Dewan Rakyat · 2 December 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 992 turns · 74,148 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Usul — MENANGGUHKAN PERINGKAT JAWATANKUASA DAN BACAAN KALI YANG KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008Bill

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Assalamualaikum warahmatullahhi warabrakatuh, Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang dijadualkan sebagai No. 2 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan peringkat Jawatankuasa dan bacaan kali ketiga ke mesyuarat akan datang.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Assalamualaikum, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memohon izin untuk menyampaikan ucapan takziah saya dan rakan-rakan dan keluarga saya dan juga ucapan takziah juga saya sampaikan kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran II dari Kementerian Pelajaran Malaysia, dari pengetua-pengetua, guru-guru, ibu bapa, pelajar- pelajar di dua buah sekolah menengah kerajaan di Bekenu dan sekolah menengah kerajaan Suai yang telah dilawati oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut pada bulan Oktober yang lepas. Mereka berpesan kepada saya untuk menyampaikan kesedihan mereka di atas kembalinya Allahyarham dan mereka sangat-sangat terharu disebabkan motivasi yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga pesanan-pesanan yang diberi oleh beliau sangat-sangat mendalam dan memberi inspirasi kepada pelajar- pelajar di sekolah yang berkenaan.

Ahmad Lai bin BujangPBB · BNSibuti · question

1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa banyak aduan kecuaian pihak hospital yang diterima oleh kementerian mengikut setiap negeri dan akibat kecuaian ini berapa banyak ganti rugi yang dibayar akibat kecuaian pihak hospital dari tahun 2006-2007 dan hingga Ogos 2008.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua dari tahun 2006 hingga Julai 2008, terdapat sejumlah 79 kes kecuaian yang diputuskan di peringkat mahkamah dan Kementerian Kesihatan. Mengikut taburan negeri di Johor - 14 kes, Selangor dan Perak -13 kes, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah - 5 kes, Wilayah Persekutuan, Sarawak - 4 kes, Terengganu, Kelantan - 3 kes, Kedah dan Melaka masing-masing 2 kes. Sejumlah RM3.1 juta telah dibayar kepada plaintif akibat kecuaian pihak hospital dari tahun 2006 hingga 2008. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan tadi. Terlebih dahulu saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Parlimen yang memberi peluang kepada saya untuk soalan naik No. 1. Soalan kedua saya ialah sebelum itu orang kampung sekarang sedang menonton televisyen di kawasan saya. [Ketawa] Soalan kedua saya ialah apakah tindakan yang diambil oleh pihak hospital dan kerajaan kepada yang membuat kesalahan, kecuaian tadi dan apakah ganti rugi kepada yang mangsa tadi, berpatutan atau pun bersesuaian kepada apa yang dirasa oleh mereka atas kecuaian itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua saya juga terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti dan soalan tambahan. Rakyat Sibuti juga dapat lihat saya sekali. [Ketawa] Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa tindakan yang kita ambil kepada pelaku iaitu mana-mana pegawai perubatan pakar mahupun pegawai sokongan umpamanya jururawat yang melakukan apa-apa bentuk kes kecuaian yang didapati sah. Kita ambil tindakan-tindakan seperti yang termaktub di dalam Perintah Am, Bab G iaitu di mana kita mengambil tindakan tatatertib, beri amaran, celaan dan kalau perlu kita membuat segala peraturan yang termaktub dalam peraturan Perintah Am Bab G. Kedua sama ada pengadu berasa selesa atau puas hati mengenai pampasan yang diberikan.

Adalah amat subjektif tapi rata-rata kalau kita tunggu kes tersebut disebut dalam mahkamah, ia mengambil masa yang agak lama, tujuh hingga lapan tahun, itu pun belum selesai lagi. Ekoran daripada itu, kita membuat pendekatan proaktif di mana melalui perundingan dengan pengadu, kita ada satu jawatankuasa yang kita panggil Jawatankuasa Ex-Gratia yang melibatkan Peguam Negara. Di mana kita akan berbincang dengan pengadu sehingga kita dapat satu jumlah pampasan serta reward yang bersesuaian dan diterima oleh pengadu. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Aduan terhadap kecuaian perubatan ini semakin bertambah, itu kita dapat lihat. Ini memang satu gejala yang berlaku bukan di Malaysia sahaja tetapi juga kepada negara-negara yang semakin maju. Jadi saya rasa kita memerlukan satu mekanisme, di dalam hospital kerajaan mungkin kita ada segala peraturannya dan kerajaan boleh berunding dengan pengadu- pengadu. Akan tetapi bagaimana dengan hospital swasta, di mana begitu susah hendak membuktikan bahawa ada kecuaian telah berlaku, walaupun kecuaian betul-betul berlaku. Jadi, saya rasa apabila kita sudah menjadi negara yang semakin maju, dalam aspek ini kita harus maju juga. Kita mesti lihat kepada akta-akta yang ada ataupun peraturan-peraturan yang ada di negara-negara yang lain seperti Australia dan New Zealand. Kita mengguna pakai mekanismenya supaya dia senang, ataupun dia menyenangkan pengadu-pengadu atau pesakit-pesakitnya. Jadi, sudah beberapa kali saya memberi cadangan seperti ini. Akan tetapi kementerian kelihatan tidak menyambutnya dengan baik. Apakah sebabnya? Adakah kita akan berbuat demikian? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang perhatikan Yang Berhormat Bukit Mertajam dari dulu sampai sekarang saya masuk penggal ke dua di kementerian, memang perkara itu sungguh konsistenlah kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Akan tetapi saya ingin maklumkan di Malaysia, kes pengaduan yang dibuat ekoran daripada ketidakpuasan hati pelanggan baik di hospital awam mahupun di hospital swasta sebenarnya amat rendah berbanding dengan kejadian-kejadian kecuaian di negara-negara maju. Umpamanya saya bagi contoh, kita terima seramai 1.9 juta orang pelanggan yang masuk ke hospital awam untuk setahun. Kita hanya terima umpamanya tahun lepas sebanyak 34 kes. Ini bermakna berbanding dengan 1.9 juta kes yang dirawat di hospital awam, ini sangat kecil. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh lepas tangan, kita boleh abaikan rungutan-rungutan ini. Usaha memang sentiasa dibuat oleh pihak kerajaan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi adalah tentang hospital swasta. Bagaimana kita hendak kawal?

Melalui regulasi yang ada di bawah Private Health Care Facilities Act 1998 atau Akta 586, ada mekanisme tertentu di mana pengadu boleh mengadu dan kementerian sekarang ini sedang melakarkan garis panduan terutama bagi memastikan pengadu itu dapat pembelaan, itu Akta 586. Pada waktu yang sama, mereka juga boleh kompelin atau mengadu kepada Akta Perubatan 1971. Ini bagi memastikan mereka yang terlibat ini tidak terlepas begitu sahaja. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali, mudah-mudahan rohnya akan dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Begitu juga takziah kepada warga pendidik kerana kita telah kehilangan seorang yang begitu gigih dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam dunia pendidikan.

Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena · question

2. Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah jumlah bangunan Persekutuan seluruh negara dan berapa jumlah kos penyelenggaraan serta nyatakan senarai syarikat kontraktor yang memperoleh dan sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tempoh kontrak yang diperolehi serta jenis- jenis kerja penyelenggaraan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan kompleks guna sama Persekutuan di seluruh negara adalah sebanyak 60 buah. Kos penyelenggaraan keseluruhan kompleks bangunan guna sama Persekutuan tersebut adalah sebanyak RM5.9 juta sebulan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan kompleks bangunan guna sama Persekutuan telah diswastakan kepada 3 syarikat konsesi utama mengikut zon iaitu: (i) Syarikat Ambang Wira Sdn. Bhd. (Zon Selatan dan Sarawak) - 24 kompleks bangunan dengan 31 buah / blok bangunan; (ii) Syarikat Gemilang Maintenance Sdn. Bhd. (Zon Utara dan Sabah) - 21 buah kompleks bangunan merangkumi 30 buah / blok bangunan; dan (iii) Syarikat Building Lindungan Sdn. Bhd. (Zon Timur) - 11 buah kompleks bangunan merangkumi 14 buah / blok bangunan. Dimaklumkan juga bahawa penyelenggaraan bagi empat kompleks guna sama Persekutuan di zon tengah belum diswastakan dan masih dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersebut adalah secara komprehensif termasuk bayaran bil elektrik dan air serta pengurusan kakitangan. Tempoh kontrak bagi penswastaan tersebut adalah selama 10 tahun dengan opsyen lima tahun lagi sekiranya kerajaan berpuas hati dengan prestasi syarikat tersebut. Sekian.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada disebut bahawa hanya ada tiga syarikat yang diberikan dalam penswastaan maintenance bangunan ini. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah ia diberikan penswastaan itu dengan dibuka satu open tender untuk penswastaan ataupun ia dibuat dalam bentuk rundingan terus. Ini adalah sebab, saya melihat adalah tidak wajar untuk hanya tiga syarikat sahaja untuk mengendalikan penyelenggaraan bangunan di seluruh negara kita dengan dibahagikan pembahagian mengikut zon. Ini kerana, bagi saya bahawa sudah tentu sepatutnya diberikan kepada beberapa syarikat lagi. Kita juga mempunyai banyak kepakaran yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu. Kemudian, saya juga ingin mendapat penjelasan dan saya difahamkan bahawa penyelenggaraan yang dibuat sekarang ini berasaskan kepada corrective maintenance iaitu rosak baiki, ia tidak ada unsur-unsur preventive maintenance. Ini yang menyebabkan kos agak begitu tinggi kerana kita tunggu rosak baru kita baiki, baru kita check. Kita tidak melihat kepada membuat jangkaan apa perkara yang kemungkinan berlaku. Oleh sebab itu, kita lihat bahawa sehingga sekarang umpamanya, kos pembaikan serangan kulat di hospital lebih tinggi daripada kos mengubat penyakit kepada manusia.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Begitu juga Hospital Queen Elizabeth terpaksa diruntuhkan kerana mungkin disebabkan kerana tidak ada preventive maintenance. Minta penjelasan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat, saya akan jawab soalan yang kedua dahulu. Sebenarnya apa yang telah pun dibuat dalam penswastaan ini, kerja-kerja dan skopnya memang saya akan baca dan beritahu. Preventif pun ada termasuk. Mereka jalankan operasi pengendalian dan selenggaraan komprehensif sistem jentera termasuk lif, air cond, elektrik dan elektronik bangunan. Selenggaraan komprehensif sistem bangunan ini juga termasuk kerja sivil.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sivil ertinya parit dan lain-lain civil workslah dan struktur seni bina dan hiasan dalaman. Ini sudah dibuat dalam maintenance. Selenggara khidmat am bangunan dan meliputi kebersihan...

Kuat sedikit, tidak dengar, tidak dengar. Kuat sedikit, Timbalan Menteri.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sudah dekat dengan mike.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mulut buka bagi luas sedikit. [Ketawa]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Cukup besar. Seni taman, landskap, kawalan serangga juga kita buat, tadi disentuh tetapi kita maintain bangunan guna sama, bukan hospital, tetapi dalam kawalan ini kita ada juga kawalan serangga dan kawalan keselamatan. Kita pun membaiki dalam technical requirement performance index itu telah diwajibkan kepada mereka memperbaiki kerosakan kecil atau besar kecuali kerosakan struktur bangunan, mengubahsuai dalaman atau luaran bangunan, khidmat nasihat operasi dan selenggaraan bangunan serta facility engineering termasuk menyediakan borang penyelenggaraan dan juga pembayaran bil-bil elektrik dan air dan lain-lain bil. Skop yang meliputi memasang peralatan penjimatan elektrik serta memasang, mengurus dan mengoperasi computerized management information system yang digunakan untuk mengurus dan mengendalikan projek. Untuk menjawab soalan yang kedua, penswastaan ini telah pun mula dalam tahun 1998 di mana pihak EPU telah pun menswastakan penyelenggaraan bangunan guna sama kepada tiga syarikat dan kita ada satu zon yang belum diswastakan dan penswastaan ini akan menggunakan sistem tender terbuka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hampir-hampirlah bersetujulah dengan Pokok Sena kerana penyelenggaraan ini dijalankan tidak betul. Tidak ada penyelenggaraan. Lagipun tidak ada penguatkuasaan. Bangunan kerajaan di seluruh negara kotor. Jelik kalau kita nampak kerana tidak ada tindakan untuk enforce undang-undang, tidak ada. Lagipun syarikat yang dibagi kontrak, kemampuan tidak ada. Semua dia claim tetapi tidak dibuat. Bukan sahaja bangunan, bahkan banyak kontrak di majlis-majlis perbandaran, kontrak jalan tetapi tidak bikin kerja, kerajaan bayar dan juga dia ambil pekerja luar. Jadi kita mahu daripada kementerian, kita mahu jawapan yang positif dari kementerian adakah tindakan susulan terhadap kontraktor-kontraktor yang mengaut keuntungan tadi dia buat kerja ini.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita swastakan maintenance atau penyelenggaraan bangunan guna sama sahaja. Kita tidak menswastakan bangunan-bangunan di bawah PBT, di bawah kesihatan dan lain-lain seperti police headquarters atau police office. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita ada jawatankuasa tiap-tiap tempat di mana mereka akan memantau perkhidmatan yang telah dibuat oleh pihak syarikat. Di Sabah dan Sarawak, kita ada yang memantaunya adalah Setiausaha Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah dengan Kalabakan punya soalan tadi? Ini soal bangunan yang terjatuh tadi itu. Ini penting soal yang belum diberi penjelasan oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tau penting Putatan, duduk. Habiskan, Menteri.

Bangunan Putrajaya di Kota Kinabalu, di Likas itu. Belum ada penjelasan daripada kementerian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, ini sesi soal jawab. Tidak boleh ada pencelahan. Sila teruskan, Menteri.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Jawatankuasa kita memantau dan kita ada juga tiap- tiap dua atau tiga bulan kita melawat semua tempat ini di mana kita tengok maintenance yang telah pun dijalankan dengan baik. Jikalau ada yang tidak baik, sila beritahu seperti di Sabah, berhubung dengan pihak Setiausaha Persekutuan di KK, Sabah supaya kita akan ambil tindakan susulan dan selanjutnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mohon Timbalan Menteri menjawab dengan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh, Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan sewenang-wenang ambil kesempatan bercakap sebelum dipanggil. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat buat begitu, saya pun buat juga nanti supaya Peraturan Mesyuarat diikuti. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan suka kalau saya buat begitu.

Mohd Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil · question

3. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan sejauh manakah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) mengalami impak dari kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah sejak tahun 2007. Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang diambil untuk membantu PKS terbabit dari terus gulung tikar.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, soalan nombor 34 pada hari ini kerana ia berkaitan isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, di antara impak daripada kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah kepada usahawan adalah: (i) ketidakmampuan usahawan untuk membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan; (ii) menanggung kos kenaikan sewa premis perniagaan; (iii) keperluan untuk memanjangkan tempoh bernafas; dan (iv) pengurangan terhadap aktiviti promosi perniagaan. Dalam membantu bukan sahaja usahawan, bahkan rakyat dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia, MECD membangunkan pelan tindakan dengan berteraskan kepada lima strategi utama yang merangkumi: (i) mengurangkan kos pelaksanaan usahawan dalam membangunkan perniagaan; (ii) mengekalkan permintaan terhadap produk atau perkhidmatan usahawan melalui pengukuhan produktiviti usahawan; (iii) mempermudahkan usahawan dalam mendapatkan pembiayaan; (iv) menjamin kesejahteraan rakyat; dan (v) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Pembangunan pelan tindakan MECD ini dirangka tanpa melibatkan peruntukan tambahan tetapi menggunakan peruntukan yang sedia ada di bawah MECD. Terima kasih.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada hari ini harga minyak telah pun turun tetapi harga barang-barang mentah masih kekal di paras yang tinggi dan berasaskan kepada langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sejauh manakah unjuran yang dijangka akan dapat meningkatkan pengeluaran PKS. Selain daripada itu adakah kementerian mengambil langkah-langkah drastik untuk mempermudahkan lagi pinjaman ataupun pembiayaan kepada PKS bagi mengatasi masalah ekonomi hari ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang kita ambil untuk mengatasi masalah pembiayaan yang kita sedar pada hari ini, inilah masalah yang utama untuk kita membantu IKS. Kerana itulah MECD telah pun mengenalkan beberapa dasar yang baru. Di antaranya setiap permohonan yang ditolak oleh mana-mana agensi di bawah MECD mestilah diberikan sebab-sebab mengapa permohonan itu ditolak dan bagi pemohon yang tidak berpuas hati dengan penolakan tersebut, bolehlah merayu kepada Jawatankuasa Rayuan yang ditubuhkan di peringkat kementerian. Yang kedua, kita juga telah meminta semua agensi memberikan kelulusan bersyarat kerana rungutan yang kita dapat daripada usahawan ialah terlalu banyak red tape ataupun perkara remeh-temeh yang patutnya boleh diselesaikan dengan segera.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi sebab itu, setiap kelulusan dia boleh beri kelulusan dahulu dengan meletakkan syarat-syarat tertentu untuk usahawan menggunakan syarat-syarat dan dalam tempoh tertentu juga, kelulusan tersebut boleh dikuatkuasakan. Yang ketiga, kita juga menyelaraskan syarat-syarat pembiayaan kerana kita dapati rungutan di mana ada juga di antara agensi-agensi ini yang mengenakan syarat-syarat yang berbeza di antara satu agensi dengan agensi yang lain. Di dalam masa yang sama, kita juga menyelaraskan kadar faedah di antara agensi-agensi. Sebagai contohnya, sebelum September 2008, kadar faedah untuk pinjaman TEKUN sebanyak 8%. Akan tetapi selepas 1 September kita telah selaraskan kadar faedah pinjaman TEKUN kepada 4% iaitu sama dengan pinjaman MARA sebagai contohnya. Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah membenarkan untuk usahawan memohon untuk menjadualkan semula bayaran dan pinjaman kerana jadual asal bayaran mungkin telah terjejas dengan masalah ekonomi maka kita telah pun membuat penyelarasan semula. Begitu juga kita telah membenarkan usahawan untuk meminjam kali yang kedua walaupun pinjaman asalnya belum lagi habis. Namun begitu kalau dari rekod pembiayaannya, usahawan ini merupakan good payer master, maka kita benarkan untuk dia membuat pinjaman kali yang kedua. Dengan langkah-langkah yang telah pun dibuat oleh kementerian ini, kita yakin akan dapat membantu usahawan IKS terutamanya dalam kita mengatasi kegawatan ekonomi pada hari ini. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi mengambil langkah menjadualkan semula iaitu pinjaman-pinjaman terhadap industri IKS yang telah menerima impak yang amat besar ekoran daripada kemelesetan ekonomi yang akan melanda semua negara termasuk negara Malaysia. Akan tetapi saya ingin hendak bertanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil lima langkah lagi kerana saya rasa untuk pihak IKS dan pihak industri adalah amat penting untuk mengurangkan kos iaitu tentang:- (i) kos tarif elektrik kerana sungguhpun dia telah dinaikkan selepas harga minyak naik, tetapi selepas itu harga elektrik tidak turun langsung. Sekiranya ia boleh turun, ia akan memberikan satu penjimatan yang amat besar kepada industri;

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

(ii) bekalan gas kerana bekalan masih tidak mencukupi. Sungguhpun harga gas sedunia telah turun tetapi harga gas masih dalam lingkungan 15mmBtu, tidak turun lagi; (iii) latihan semula. Ini kerana kita semua tak tahu Tuan Yang di- Pertua, bahawa banyak pekerja akan diberhentikan kerja. Adakah satu dana diberikan kepada IKS supaya mereka boleh mengekalkan pekerja tersebut. Kalau mereka lari selepas ini, susah untuk dapat balik. Diharapkan mereka diberikan latihan semula; (iv) bolehkah kita potong cukai syarikat supaya kita boleh memberikan mereka lebih banyak wang untuk menangani krisis ekonomi; dan yang akhirnya (v) langkah dari segi pinjaman wang. Bolehkah ia diberikan dengan dana yang lebih besar. Ini kerana kita lihat kalau Maybank boleh belanjakan RM10.8 bilion untuk beli dua bank asing, mengapakah wang sedemikian tidak boleh diberikan kepada IKS supaya mereka boleh menangani dan mengatasi masalah krisis ekonomi? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bagan kerana memberikan pandangan-pandangan yang baik. Daripada lima cadangan Yang Berhormat bangkitkan tadi, saya lihat empat cadangan itu adalah berkaitan dengan kementerian yang lain. Walau bagaimanapun, memang kementerian saya sedang menyediakan satu Kertas Kabinet untuk kita mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu usahawan-usahawan. Selain itu, pandangan Yang Berhormat kita boleh timbangkan untuk dibawakan kerana ianya berkaitan dengan kementerian- kementerian lain. Mengenai yang ada kaitan dengan kementerian saya iaitu pinjaman. Jadi pinjaman sebenarnya yang telah pun saya nyatakan tadi bahawa kita akan mencari jalan mempermudah pinjaman. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah NPL. Apabila kita memperkenalkan beberapa pinjaman tanpa cagaran, mikro kredit bagi RM50,000 ke bawah tanpa penjamin, tanpa cagaran. Namun begitu kita lihat ada juga berlaku usahawan- usahawan yang tidak bertanggungjawab untuk membayar semula. Mengenai pinjaman yang besar, kita menghadapi masalah berkaitan penjamin dan juga collateral. Ini keranakita juga pernah memberikan beberapa jenis pinjaman untuk kita membantu usahawan. Akan tetapi kebimbangan yang kita hadapi ialah mengenai bayaran balik sekiranya tidak kita kenakan syarat-syarat tertentu. Oleh itu minggu hadapan, MECD akan mengadakan satu retreat dengan menjemput beberapa wakil daripada bank-bank dari luar negara untuk kita membincangkan bagaimana cara yang paling mudah untuk kita membantu usahawan terutamanya usahawan-usahawan yang kurang atau tidak ada penjamin dan juga tidak ada collateral. Ini kerana kita lihat, di antara collateral dengan penjamin, kiranya ini macam ayam dengan telurlah, yang mana dahulu. Kita kata penjamin penting, collateral penting ataupun kita bagi pinjaman yang penting. Kita bagi pinjaman tanpa collateral dan juga penjamin, kita bimbang pula nanti mengenai bayaran balik kita akan menghadapi masalah dari segi NPL. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah · question

4. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan keberkesanan masih mengadakan pemulihan cara pembuangan negeri dan nyatakan bentuk pemulihan dan bantuan kepada ahli keluarga yang terlibat serta jumlah orang masih di bawah perintah ini setakat ini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah yang telah mengemukakan soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah Ordinan Darurat Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah 1969, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Dadah

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 merupakan satu tindakan bagi tujuan untuk menyekat dan mengawal selia setiap pergerakan serta aktiviti seseorang itu di satu kawasan terhad. Ini adalah bagi mencegah orang tersebut daripada meneruskan sebarang aktiviti haram yang pernah dilakukannya di satu kawasan. Perintah sekatan ini merupakan satu kaedah pemulihan dan bukannya satu hukuman. Tindakan perintah sekatan ini didapati masih berkesan dan dapat menghindarkan subjek daripada terus terlibat dalam aktiviti penjenayah kerana pergerakan subjek dipantau di satu-satu kawasan yang terhad. Di samping itu, subjek juga terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti tidak dibenarkan keluar dari rumah pada waktu yang ditetapkan, berkelakuan baik dan subjek juga perlu melaporkan diri kepada pihak polis pada waktu yang telah ditetapkan di mana ia menjadikan subjek tidak bebas untuk menjalankan sebarang aktiviti jenayah. Selain daripada pergerakan subjek yang dipantau oleh pihak polis, pemeriksaan mengejut dan ujian urin akan dilakukan terhadap subjek dari semasa ke semasa. Kebiasaannya, daerah yang ditetapkan untuk subjek menjalani perintah sekatan ini adalah berjauh dari tempat subjek melakukan aktiviti jenayahnya dahulu dan rakan sejenayahnya. Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan pemulihan, kementerian dengan kerjasama pihak PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan bukan kerajaan ada menganjurkan program outreach yang mengandungi sesi kaunseling, ceramah motivasi, penerangan tentang peluang pekerjaan dan juga perbincangan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah sekatan. Dari segi bantuan pula, keluarga orang sekatan boleh memohon bantuan daripada pihak Jabatan kebajikan Masyarakat sekiranya ada keperluan. Ketika ini jumlah orang yang disekat di bawah Ordinan Darurat adalah seramai 495 orang, Akta Keadilan Terhad – 159 orang, Akta Pencegahan Jenayah 1959 – 452 orang, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri seramai 33 orang dan di bawah Akta Dadah Berbahaya ialah 1542 orang. Jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 2,681 orang. Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, apabila seorang individu di buang negeri, diletak di satu daerah yang asing untuknya, saya rasa perkara yang asas serta perlu diberi bantuan oleh pihak kementerian ialah memastikan ia mempunyai pekerjaan. Buat masa ini saya nampak mereka yang di bawah perintah sekatan dan dibuang ke daerah yang baru, mereka tiada aktiviti atau pekerjaan yang lain di mana mereka boleh menyara kehidupan mereka dan juga ahli keluarga mereka yang berada di tempat tinggal sebelumnya itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memastikan golongan ini sebenarnya boleh berdikari dan boleh dijauhi daripada aktiviti sebelumnya dan apabila tamat tempoh sekatan, mereka balik kembali ke tempat tinggalnya. Mereka juga boleh diterima oleh masyarakat dan hubungannya dengan rakan penjenayah sebelum ini adalah telah diputuskan. Yang penting adalah pekerjaan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Adalah menjadi hasrat dan tujuan kita apabila kita membuat sekatan ia bertujuan membolehkan seseorang itu memulakan kehidupan baru dan sememangnya kita akan membantu untuk mendapatkan pekerjaan. Mungkin ada masalah di satu-satu tempat tapi ini adalah sebahagian daripada proses yang ditetapkan. Selain daripada itu untuk memberikan keyakinan dan jati diri kita menganjurkan program-program di bawah outreach supaya mereka mendapat motivasi. Soal sama ada keberkesanan, bagaimana pekerjaan-pekerjaan dapat ini akan kita semak seterusnya dan melihat bagaimana ia akan menentukan tidak berulangnya kejadian jenayah yang dilakukan. Apabila mereka telah pulih dengan sepenuhnya dia hendak balik ke tempat asalnya itu akan diizinkan setelah sekatan itu berakhir.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya hendak tahniah kepada Yang Berhormat Bagan. Sepatutnya yang lain belajar daripada Yang Berhormat Bagan. Sekarang Yang Berhormat Bagan, terima kasih kerana belajar benda yang baik. Yang lain itu belajar daripada Yang Berhormat Bagan. Saya cadangkan Ahli Parlimen yang lain pergi belajar di Pulau Pinang. Cakap tidak semua betul, tidak ada langsung yang baik, belajar daripada Yang Berhormat Bagan ini. Kalau tidak Yang Berhormat Bagan jangan pilih dia orang akan datang duduk dalam Dewan. Sebab yang berkuasa Yang Berhormat Bagan, bukan ayah dia lagi dah. Saya hendak tanya soalan tambahan, ini soalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah bahawa kita kena prihatin kepada mereka, saya bersetuju. Namun yang demikian, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, majoriti mereka yang terlibat ialah majoriti yang terlibat dalam perniagaan. Untuk itu mereka diperintah buangan kerana supaya mereka tidak terlibat dalam jenis-jenis perniagaan yang berunsur haram dengan jenayah, judi dan lain-lain. Untuk itu ada orang bertanya adakah masih lagi berkesan cara kita hendak melarikannya ataupun hendak supaya dibendung perniagaan yang haram itu berunsur jenayah. Ini penting kerana peniagaan berunsur penjenayah ini boleh mengakibatkan kesan keselamatan pada orang ramai di kawasan bandar-bandar ini. Sekarang Yang Berhormat Menteri orang kata tidak berkesan lagi kerana ada hand phonenya ada internetnya. Kalau satu perniagaan yang haram, dia boleh menguruskan perniagaan secara Internet, secara mobile phone. Orang putih kata kadang-kadang ‘on mockery’ ada dalam kata begitu Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan membuat satu pembaharuan supaya akta ini lebih effective. Apa yang dihasratkan oleh kerajaan membendung perniagaan-perniagaan haram kerana yang ada unsur jenayah kerana itu memberi kesan keselamatan kepada orang ramai. Sekarang ini kita bimbang Yang Berhormat Menteri apa yang berlaku di India baru- baru ini. Ini unsur–unsur jenayah kita kena bendung namun demikian jangan juga kita tidak prihatin juga kepada mereka yang ada keluarga yang betul-betul susah. Tidak semua yang terlibat yang ditahan itu semua yang ada di peniagaan. Maka itu juga harus kerajaan beri keprihatinan kita seperti yang biasa kerajaan buat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih banyak Yang Berhormat dari Rompin di atas pandangan dan keprihatinannya. Sememangnya saya pun sendiri sudah melihat kepada akta ini dia pun matlamat dan tujuan asalnya ada di antara ini dan tujuan- tujuannya mungkin sudah ketinggalan zaman. Oleh itu kita perlu menyemak dan mengkaji semula. Saya ada mengarahkan supaya perkara-perkara ini kita lihat supaya ia dapat mencapai matlamat untuk membetul dan membendung kejadian-kejadian jenayah daripada berlaku. Oleh itu kita akan mengambil kira pandangan-pandangan yang diberikan bagi menentukan apa juga akta pencegahan ataupun sekatan yang kita laksanakan. Ia akan menentukan bahawa negara kita dalam keadaan selamat, ketenteraman awam dapat dikawal dan keamanan dapat menjadi sesuatu yang membawa kebaikan untuk rakyat jelata, sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kepada Menteri yang berkenaan untuk jawapan kepada soalan No. 5. Hantar sahaja jawapan itu secara bertulis kerana Yang Berhormat Sipitang tidak hadir. Soalan No. 6, Tuan Manikavasagam A/L Sundaram. [Soalan No. 5 – Y.B. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad (Sipitang) tidak hadir]

Manikavasagam a/l SundaramPKR · PRKapar · question

6. Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Pelajaran menyatakan:- (a) berapakah peruntukan yang diberikan kepada SRJK(Tamil) Tepi Sungai Klang bagi pembinaan bangunan baru dan bilakah ia sepatutnya siap dibina dan apakah sebab utama yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek-projek

sekolah Tamil; dan (b) berapakah jumlah sekolah yang dibina oleh pihak PIBG dan berikan pecahan mengikut jenis sekolah dan berapakah jumlah sumbangan mereka mengikut jenis sekolah.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, kerajaan telah memperuntukkan kepada SJK(T) Tepi Sungai Klang sebanyak RM1.36 juta untuk menampung kos pembinaan satu blok baru tiga tingkat yang mengandungi enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Ia termasuklah pejabat, bilik sumber, bilik komputer dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek tersebut telah bermula pada Januari 2008 dan dijangka siap pada tahun hadapan. Bagi menjawab seksyen (b) soalan Yang Berhormat. Sukacita dimaklumkan bahawa Akta Pendidikan 1996 mengandungi dua jenis sekolah ialah sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Lazimnya sekolah bantuan kerajaan ini ataupun dalam konteks SJK(C) ianya diwujudkan Lembaga Pengelola Sekolah dan pembinaan bangunan itu biasanya dikendalikan oleh LPS dan dibantu oleh kerajaan. Terima kasih.

Tuan S. ManikavasagamPKR · PRKapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Negara kita telah belanja berjuta-juta ringgit untuk menghantar satu angkasawan malah gagal untuk membina sekolah untuk keselesaan beratus malah beribu pelajar dinafikan tempat untuk belajar yang selesa. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah hampir lima tahun menanti sekolah tersebut murid-murid belajar di kandang kuda untuk pengetahuan Yang Berhormat. Juga sekolah-sekolah di kawasan saya di Kapar di Jalan Yaacob masih lagi murid- murid belajar di kontena 20 kaki. Di Salak Tinggi murid-murid belajar di kontena. Apakah lima tahun tidak mencukupi bagi Kerajaan Barisan Nasional untuk membina sekolah tersebut atau sengaja mengabaikan sekolah Tamil. Minta penjelasan daripada Menteri.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, bekas Menteri Kerja Raya menulis surat kepada Menteri Pelajaran pada tahun 2006 iaitu pada 11 Oktober untuk hendak membina bangunan baru ini iaitu SJK(T) Tepi Sungai Klang. Ianya kemudiannya dibincangkan diputuskan, pada masa itu permintaannya hanya 600 ribu Yang Berhormat. Selepas itu duit itu kita sudah serahkan kepada JKR dan disebabkan masalah kenaikan harga minyak, maka bahan binaan pun sudah melambung. Maka dalam konteks ini kita cari alternatif lain untuk kita tambahkan peruntukan. Sebab itulah kalau mengikut perancangan asal cuma 600 ribu dan kini telah meningkat kepada 1.36 itu untuk menjaga keselesaan pelajar-pelajar di situ. Maka kita soal kita meminggirkan itu tidak. Dalam konteks ini kita menjaga, kita tidak melihat itu kawasan pembangkang, tidak apa kerana pelajar- pelajar kita utamakan Yang Berhormat. Jadi soalan asal Yang Berhormat tentang tepi Sungai Klang maka kita menjawab dapatkan maklumat dengan jelas kepada Yang Berhormat dan kelewatan itu disebabkan kita hendak tambahkan duit itu daripada Perbendaharaan. Sebab itu kita hendak tambahkan dan kita jangka tahun depan akan siap bangunan itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat terkilan dan juga bersimpati kepada nasib SJK(T). Baru-baru ini juga minggu lepas SJK Han Ming di Puchong juga runtuh bangunan sekolahnya dan tahun lepas ada juga sekolah bangunan yang runtuh menyebabkan guru mati katak tetapi walaupun Timbalan Menteri sudah berkali-kali memberi jaminan dalam Dewan yang mulia ini. Apakah rancangan yang menyeluruh di bawah kementerian supaya semua sekolah dijamin keselamatannya supaya keselamatan guru-guru, guru besar dan murid-murid tidak terjejas. Saya ingin satu jawapan yang konkrit dan bukannya meleret-leret. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Yang Berhormat, oleh kerana soalan Yang Berhormat tidak boleh leret meleret, jadi saya jawab secara terus menerus ya. Pertama mengenai bangunan tidak selamat, Yang Berhormat sebenarnya JKR telah mengarahkan

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

semua jurutera daerah untuk memeriksa bangunan sekolah di semua tidak kira sekolah mana dan kini dalam peringkat menyiapkan laporan tersebut untuk kita melihat struktur bangunan itu. Kalau kata kerajaan tidak prihatin bermakna kenapa kita keluarkan arahan tersebut? Pertama.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Kedua, kalau Yang Berhormat meneliti apa tindakan yang diambil oleh kementerian kita memang memberi keutamaan kepada bangunan-bangunan yang uzur kerana kita hendak menjaga keselamatan pelajar-pelajar. Itu saya rasa dari segi kalau kita hendak memberi peruntukan keutamaan itu akan diberi kepada bangunan yang daif, uzur dan ianya akan diperbaiki. Saya rasa ini antara perkara yang telah dipersetujui dalam pemberian bantuan kepada pembinaan sekolah-sekolah dan saya rasa itu adalah sesuatu yang telah diputuskan dan sama-sama kita usahakan dan perkara ini kita tidak ada sesuatu yang kita hendak menyembunyikan dan apa yang penting peruntukan yang mencukupi kita akan bantu kepada sekolah yang memerlukan dan bukannya kita bagi secara goodies seperti mana yang didakwa oleh pembangkang. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, mengenai sekolah di Puchong itu mereka sudah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh. Duduk Yang Berhormat! Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, tidak ada lagi soalan tambahan dengan soal begini. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sekolah kawasan beliau runtuh Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya kalau pun bangunan itu runtuh, kalau mahu bercakap beradablah sedikit. Saya penat sudah dengar point of order, point of order daripada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan point of order tetapi Ahli Yang Berhormat sendiri yang tidak mengikuti point of order.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ada lagi yang mahu bercakap dan ikut peraturan mesyuarat? Saya banyak kuasa.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya belum panggil.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

7. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada Bahagian Logistik Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam usaha- usaha menambah baik kemudahan pentadbiran pejabat polis; dan (b) bagaimanakah jumlah peruntukan tersebut diagihkan bagi setiap negeri.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Bintulu di atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini dalam menambah baik kemudahan pentadbiran pejabat PDRM telah diluluskan di bawah peruntukan belanja mengurus sebanyak RM309.3 juta pada tahun 2008. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM209 juta telah diluluskan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil dan sebanyak RM100 juta diluluskan bagi tujuan kerja-kerja berkaitan pembaikan bangunan. Di samping itu sejumlah RM1.6 juta telah diperuntukkan di bawah dasar one-off 2008 bagi tujuan kerja-kerja berkaitan pembaikan dan pengubahsuaian pentadbiran pejabat-pejabat polis. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang telah diluluskan tersebut

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

telah diagihkan kepada Bahagian Logistik PDRM Bukit Aman bagi menentukan supaya kawalan perbelanjaan berkaitan tujuan maksud ianya diluluskan mencapai matlamat yang dikehendaki. Sehubungan dengan itu, agihan-agihan tersebut berdasarkan keutamaan dan keperluan yang amat diperlukan bagi PDRM menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan PDRM secara menyeluruh. Oleh itu Bahagian Logistik PDRM Bukit Aman akan menyalurkan jumlah peruntukan yang dikenal pasti keperluannya kepada setiap negeri dan daerah yang berkaitan melalui ibu pejabat polis kontinjen seluruh negara. Melalui agihan tersebut kawalan perbelanjaan dan akauntabiliti berkaitan peruntukan tersebut diluluskan diharap dapat dimanfaatkan secara komprehensif bagi kepentingan PDRM.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan kebanyakan ibu pejabat polis mengalami masalah kekurangan bekalan alat tulis disebabkan oleh pembekal enggan memberi peranan yang ditambah kerana Polis Diraja Malaysia selalu berhutang. Kasut, topi, tali pinggang serta kain uniform anggota peringkat rendah (APR) sentiasa tiada stok. Kalau ada stok pun barangan tersebut adalah low class. APR diberi upah untuk jahit uniform tapi bekalan kain tiada stok sejak tahun 2004. Soalan tambahan, kenapa perkara-perkara sebegini masih berlaku? Pernahkah Menteri sendiri pandang serius terhadap isu ini? Pernahkah Menteri sedar bahawa keadaan ini telah melemahkan semangat PDRM untuk menjalankan tugas dan adakah ini juga salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kadar jenayah? Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu di atas pandangan dan semakan yang beliau lakukan terhadap perkara-perkara yang melibatkan uniform, melibatkan kualiti barangan yang dibekalkan kepada pihak polis dan saya akan semak dengan pihak logistik yang seharusnya perkara-perkara yang sedemikian tidak berlaku kerana tiap-tiap kontrak yang diberikan untuk bekalan sama ada uniform ataupun pakaian-pakaian polis mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan. Ianya di supervise dengan izin, oleh pihak logistik PDRM sendiri. Oleh itu saya akan berjanji dengan Yang Berhormat saya akan bertanya kepada pihak polis apakah yang telah terjadi. Kalau perkara-perkara Yang Berhormat bawa secara khusus sememangnya kita pandang serius dan kita mengambil tindakan yang perlu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi saya juga pernah bangkit dalam ucapan bajet saya dan juga tentang satu laporan polis yang dibuat oleh seorang NGO dan ini disebutkan di Parlimen ada sidang akhbar mengenai isu ini yang terlibat pegawai-pegawai kanan PDRM Bahagian Logistik. Yang terlibat pengarah, timbalan pengarah kedua, pegawai perolehan teknikal, pegawai pentadbiran, pegawai penyelidikan dari jabatan logistik. Saya rasa aneh kenapa sekarang Yang Berhormat Menteri kata yang ini beliau akan kaji semula. Apakah isu yang dibangkitkan oleh pihak NGO dan juga Ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. Saya malas menamakan nama-nama pegawai jabatan logistik yang terlibat itu. Kenapa Yang Berhormat Menteri adakah kerana Yang Berhormat Menteri begitu sibuk dengan pemilihan di dalam UMNO sehingga isu-isu penting yang berlaku di dalam PDRM tidak diambil berat oleh Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat berminat dengan UMNO waima dalam parti yang salah. Dia macam ini Tuan Yang di-Pertua. Dalam soal di mana ada laporan polis, di mana ada tuduhan rasuah itu dalam bidang lain. Bidangnya ialah pihak BPR siasat dan kalau ada tindakan-tindakan yang menunjukkan salah laku oleh mana-mana pegawai polis kita mengambil tindakan mengikut akta polis kalau ia bertentangan dengan akta polis. Kalau ianya rasuah sedang diselidik oleh pihak BPR. Terima kasih.

Taib Azamudden bin Md. TaibPAS · PRBaling · question

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah kerajaan sedar disebabkan kos pengangkutan yang amat tinggi ke kampung-kampung di luar bandar menyebabkan harga barangan runcit dan makanan lebih tinggi berbanding di bandar dan ini amat membebankan penduduk, apakah usaha kerajaan untuk mengatasinya.

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Johor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, saya kalah kepada suara yang lebih kuat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada soalan berhubung mengenai dengan perbezaan harga di antara kawasan bandar dan luar bandar. Pihak kementerian atau kerajaan memang sedar tentang adanya perbezaan harga barangan di antara kawasan bandar dan di luar bandar. Selain daripada kos pengangkutan yang disebutkan sebagai asas perbezaan ini terdapat juga fakta-fakta lain yang membawa kepada perbezaan harga di antara bandar dengan kawasan luar bandar. Di antaranya ialah soal kuasa pembelian yang tidak sama kuat seperti di kawasan bandar dan ini pastinya membawa kepada kurangnya kuasa untuk membawa kepada keadaan harga yang seragam di antara bandar dan luar bandar. Yang kedua, ada juga kelemahan dalam sistem pengedaran barang-barang, ianya tidak efektif bagi pelbagai jenis barangan dan menimbulkan keadaan umpamanya suasana di mana kelakuan ataupun amalan pihak pemborong itu sendiri yang ingin memaksimakan keuntungan pihak pemborong atau pihak pengedar.

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Johor Bahru

Untuk mengatasi soal kos pengangkutan, sebenarnya pihak kerajaan telah sehingga hari ini meluluskan sebanyak 3.378 bilion liter kuota diesel yang bersubsidi bagi satu tahun yang diagihkan kepada 157,660 lori dan 23,692 van bagi tujuan untuk mengekalkan kos pengangkutan dalam membawa atau menghantar barang-barangan dalam negara kita ini. Selain daripada subsidi minyak diesel kepada sektor pengangkutan awam, pihak kementerian saya sudah pun melaksanakan dua projek perintis iaitu projek perintis pengedaran bagi dua kawasan luar bandar iaitu satu di daerah Pekan, satu pagi di daerah Seberang Prai Utara dan dua lagi iaitu di Sipitang, Sabah dan Saratok di Sarawak akan juga dilaksanakan pada tahun hadapan. Saya dapat lihat daripada hasil projek perintis ini ialah bahawa memang adanya perbezaan harga daripada kawasan bandar dengan luar bandar, yang pertama. Kedua, adanya keengganan daripada pihak pemborong untuk membawa bekalan itu ke kawasan luar bandar. Ia membawa kepada pandangan daripada pihak kementerian supaya kita ulang kaji soal dan cara pemberian lesen pemborongan terutamanya bagi barang-barang keperluan yang buat masa ini mungkin tidak dapat menepati kepada kawasan-kawasan yang tertentu malahan lebih kepada cara pengedaran pemborong bukan untuk diedarkan tetapi untuk peruncit datang membeli-belah, membuat tempahan di pusat-pusat pemborongan mereka. Hasil daripada projek perintis ini saya telah menerima cadangan daripada beberapa pihak untuk mewujudkan pasar raya rakyat iaitu lebih hampir seperti pusat penjualan yang akan dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang tertentu di kawasan-kawasan luar bandar. Seterusnya pihak kementerian sedang juga meluaskan kempen penurunan harga bagi kawasan luar bandar dan di antara yang terlibat dalam perancangan ini ialah pihak FELDA D’mart di mana mereka bergiat di kawasan-kawasan rancangan FELDA. Saya percaya bahawa kalau dapat digabungkan semua usaha itu atau diselaraskan semua usaha itu, pertamanya dengan subsidi diesel yang sudah diberikan, kedua dari segi lesen pemborongan yang sudah juga dikeluarkan dapat diselaraskan. Maka soal sistem pengedaran yang kurang efektif itu dapat kita atasi di samping kedua dengan projek perintis yang telah kita laksanakan bagi kawasan-kawasan luar bandar sekiranya dapat dipanjangkan kepada seluruh negara apabila semua kaedah yang telah dihasilkan daripada empat kawasan yang saya sebutkan itu membantu kementerian untuk menyusun semula sistem pengedaran khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Berasaskan kepada jawapan tadi maka kita dapati bahawa kawasan-kawasan luar bandar dan juga di bandar-bandar kecil, kuasa pembelian atau kuasa beli memang lemah. Akan tetapi saya yakin sekiranya keadaan yang berlaku ini berterusan, keadaan kuasa beli yang lemah itu akan terus lemah. Apakah kita dapat mengatasi di mana kebiasaan harga barang-barang runcit di bandar-bandar kecil atau luar bandar tadi sebenarnya ditentukan oleh pemborong sama ada pemborong yang enggan bawa barang pergi macam yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ataupun sebenarnya tetapi dia tidak lagi berasaskan contohnya kepada suasana dan kedudukan ekonomi semasa. Kita lihat di tempat-tempat yang ada hypermarket, keadaan ini dapat diatasi dengan saingan yang begitu hebat. Oleh itu apakah langkah yang agak lebih segera dilakukan oleh pihak kementerian selain daripada apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi kerana contoh di kawasan saya di Baling berbanding dengan bandar yang agak dekat iaitu di Sungai Petani. Barang-barang runcit di Sungai Petani jauh lebih rendah daripada barang-barang runcit yang ada di Baling itu sendiri. Seterusnya Yang Berhormat Menteri apakah kerajaan sedar bahawa produk-produk di pasar raya-pasar raya besar seperti mana Giant, Tesco dan lain-lain lagi itu dimonopoli oleh pembekal- pembekal tertentu dan sukar terutama sekali untuk pembekal bumiputera mendapat tempat. Jadi kalau sekiranya kerajaan sedar apakah langkah dan tindakan kerajaan untuk mengatasi hal ini supaya di pasar raya-pasar raya besar tadi juga mendapat tempat kepada pengeluar-pengeluar atau produk bumiputera. Terima kasih.

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, ini dua soalan yang agak berbeza tetapi tidak apalah saya menjawab yang pertama dan kedua itu saya bagi jawapan setakat mana yang saya mampu. Berhubung dengan soal masalah kos pengangkutan yang telah menjadi asas perbezaan harga di antara bandar dan luar bandar, tindakan kerajaan untuk memberi minyak yang bersubsidi secara bentuk fleet card umpamanya, bertujuan untuk membantu agar mengatasi masalah kos pengangkutan. Itu merupakan satu keputusan dan tindakan yang telah kita lakukan semenjak bulan Jun tetapi apa yang saya dapati bahawa ada pihak yang menyatakan bahawa diesel yang bersubsidi itu tidak dapat membantu mengurangkan atau mengekalkan kos barangan terutama yang dihantarkan di kawasan-kawasan luar bandar. Apabila dibuat kajian kepada kawasan-kawasan luar bandar yang tertentu, dua daerah yang saya sebutkan dan juga kajian awal di kawasan Sipitang. Memang saya lihat bahawa masalah yang ada sekarang dari segi sistem pemborongannya, ianya tidak tertakluk kepada kawasan yang tertentu. Umpamanya kalau satu lesen borong yang bagi barangan tepung umpamanya, ianya tidaklah tertakluk kepada kawasan-kawasan tertentu malahan ia lebih bergantung pada persetujuan daripada pengilang baru hendak diberikan lesen pemborong yang berkenaan, itu yang pertama. Kedua ada juga amalan daripada pemborong yang memaksa umpamanya kalau sesuatu kedai runcit hendak membeli beras 15% hancur, mereka memaksa peruncit untuk juga mengambil beras 5% ataupun 10%, bukan hanya yang 15%. Sebab itu kita lihat yang barang kawalan pun menghadapi masalah untuk sampai ke kawasan-kawasan laur bandar. Jadi sebab itu dari segi untuk kita mengubahkan sistem pengedaran yang sedia ada, dengan bertindak secara melulu saya rasa ianya perlu kepada tindakan yang lebih teratur dan sebab itulah kajian yang telah kita buat bagi dua kawasan perintis itu menunjukkan adanya kaedah-kaedah yang boleh kita laksanakan untuk membetulkan sistem pengedaran itu dan menentukan barang-barang keperluan cepat sampai dan juga dapat dijual pada harga yang sepatutnya.

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Itu tindakan yang bakal kita ambil setelah kita buat kajian iaitu pada awal tahun depan dan seterusnya. Kedua yang tentang soalan Yang Berhormat mengenai dengan produk IKS ataupun produk keluaran bumiputera yang sukar untuk masuk ke hypermarket. Sebenarnya program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah pun berjalan hampir dua tahun di mana pengeluar-pengeluar barang makan

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

umpamanya memang diberikan galakan untuk memasuki hypermarket dan semua hypermarket yang terutamanya hypermarket asing dan juga hypermarket milik tempatan memang terlibat di dalam program ini untuk menjual produk-produk keluaran daripada syarikat-syarikat kecil atau syarikat sederhana mahupun daripada syarikat bumiputera. Ianya sudah berjaya tetapi bagi pengeluar-pengeluar ini haruslah mereka juga meningkatkan cara pembungkusan mereka dan juga meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka supaya apabila permintaan itu telah wujud, sudah ada permintaan, mereka dapat juga memberikan bekalan mengikut permintaan yang telah berlaku itu. Saya rasa kita memang tidak berpuas hati setakat itu dan bahawa program in akan berterusan, akan juga digalakkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pemprosesan barangan, bukan sahaja barang makanan tetapi barang-barang yang lain yang boleh dihasilkan oleh sektor yang demikian, sektor IKS dan berbagai-bagai agensi turut terlibat sebenarnya dalam membantu perkara ini. Dari segi makanan, saya tidaklah lihat kelemahannya, kekurangannya tetapi harus juga dikembangkan kepada keluaran dan barangan yang lain dan ini akan memerlukan bantuan daripada agensi kerajaan yang lain seperti SMIDEC dan sebagainya, kawasan agensi-agensi yang bukan hanya tertumpu kepada barang tentang makanan untuk meluaskan lagi hasil keluaran daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk menentukan mereka dapat tingkatkan pembungkusan mereka dan dapat tingkatkan kualiti mereka dan dapat juga tingkatkan pengeluaran mereka untuk mengisi, memenuhi permintaan yang bakal meningkat apabila mereka masuk ke pasar raya dan hypermarket.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan Kempen Turun Harga yang telah pun diamalkan oleh kementerian, harga minyak mempunyai kesan secara langsung ke atas kadar inflasi yang mana negara kita pun telah dilanda kadar inflasi yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pada musim ketiga tahun ini. Harga minyak telah pun turun daripada USD150 satu barrel sehingga USD50 satu barrel. Mengikut perangkaan statistik setelah menolak kos pengeluaran, setelah menolak komisen pengusaha stesen minyak maka harga jualan sepatutnya adalah 1 liter RM1.40 dengan janji kerajaan di mana 1 liter diberi RM0.30 subsidi. Maka harga jualan minyak pada hari ini sepatutnya RM1.10, mengapa apabila kerajaan naikkan harga minyak, keadaannya seperti roket, begitu cepat dan apabila turun harga keadaannya seperti payung terjun, begitu lambat. Maka saya harap soalan saya bilakah kerajaan akan turunkan harga minyak mengikut manage floating system. Kerajaan Singapura sudah turunkan minyak 11 kali, kita turun minyak lima kali tetapi kadarnya tidak cukup dibandingkan dengan kenaikan satu kali. Sebab itu saya harap jawapan Menteri adalah setanding Yang Berhormat Shah Alam yang begitu prihatin kepada rakyat kita, bila hendak turun harga minyak itu. Terima kasih banyak- banyak.

Dato' Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Tuan Yang di-Pertua, kena minta jawapan Ahli Yang Berhormat Shah Alam, pasal dia keluar daripada soalan asal.

Siringan bin GubatUPKO · BNRanau · question

9. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berapa keluasan tanaman kelapa sawit seluruh negara dan sumbangannya kepada ekonomi negara mengikut pecahan hasil yang diperoleh dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dari 2003 hingga Jun 2008.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan Jun 2008, jumlah keluasan tanaman sawit di seluruh negara adalah kira-kira 4.4 juta hektar. Pecahan keluasan tanaman sawit mengikut wilayah dalam hektar dari tahun 2003 hingga Jun 2008 adalah seperti berikut:

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

| Negeri | Tahun |Jumlah (Hektar)| |--------------------|--------|---------------| |Semenanjung Malaysia| 2003|2.2 juta | | | 2006|2.33 juta | | |Jun 2008|2.388 juta | |Sabah | 2003|1.135 juta | | | 2006|1.39 juta | | |Jun 2008|1.32 juta | |Sarawak | 2003|400,064 | | | 2006|591,000 | | |Jun 2008|692,000 |<END_TABLE_MARKER> Dari segi hasil pula, industri sawit secara keseluruhan telah menyumbangkan nilai eksport sebanyak RM45.1 bilion pada tahun 2007. Pecahan hasil dari nilai jualan buah tandan sawit atau BTS dalam juta ringgit adalah seperti berikut; | Negeri | Tahun |RM(Juta)| |--------------------|--------|-------:| |Semenanjung Malaysia| 2003| 12.400| | | 2006| 13.920| | |Jun 2008| 17.690| |Sabah | 2003| 6.300| | | 2006| 7.000| | |Jun 2008| 8.700| |Sarawak | 2003| 1.100| | | 2006| 1.971| | |Jun 2008| 2.595|<END_TABLE_MARKER> Bererti pecahan hasil dan nilai jualan buah tandan sawit bagi Malaysia adalah sehingga Jun 2008 adalah RM29 bilion. Tuan Yang di-Pertua, nilai eksport produk sawit Malaysia dalam RM juta dari tahun 2003 hingga Jun 2008 adalah seperti berikut: | Tahun | RM(Juta) | |--------|----------------------------------------| | 2003|198,083 (bererti lebih kurang 19 bilion)| | 2006|31,850 | |Jun 2008|32,385 |<END_TABLE_MARKER> Pendapatan pekebun kecil di Malaysia telah meningkat dari RM4,812 setan sehektar pada tahun 2003 kepada RM8,202 setan sehektar pada 2007 manakala sehingga Jun 2008 pendapatan pekebun kecil adalah sebayak RM5,895 setan sehektar.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Peladang sawit di Malaysia telah memberi banyak peluang pekerjaan. Pada tahun 2007, sebanyak 420,000 orang bekerja di sektor ini berbanding dengan 350,000 orang pada 2003. Sehingga bulan Jun 2008, sebanyak 373,000 orang pekerja berada dalam sektor ini. Sekian.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapannya saya rasa cukup jelas. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, semasa harga kelapa sawit masih tinggi dalam pasaran, pekebun-pekebun kecil menjadi mewah dan senang. Hari ini apabila harga jatuh begitu rendah sekali, mereka menjadi miskin dan menderita. Apakah langkah-langkah dan tindakan-tindakan kerajaan atau kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membantu pekebun-pekebun kecil supaya mereka tidak terus jadi miskin dan menderita dalam masa yang terdekat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2006 harga kelapa sawit adalah kira-kira RM1,600. Harga CPO. Akan tetapi pada bulan Jun tahun 2008, kita boleh lihat di mana harga pernah mencecah sehingga RM4,400 tetapi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa harga CPO adalah hanya kira-kira RM1,500 setan. Memang ini cukup membebankan pekebun-pekebun kecil khususnya di mana kalau kita lihat hari ini pekebun-pekebun kecil kos untuk mengeluarkan buah tandan ini adalah dalam lingkungan RM900 hingga RM1,000. Ini menunjukkan harga atau keuntungan yang mereka peroleh adalah kira-kira RM400. Ini harga CPO setan. Walaupun RM400 memanglah keuntungan margin yang diperoleh oleh pekebun- pekebun itu amat rendah, namun harga RM1,500 ini kita anggap sebagai harga yang masih pekebun boleh mendapat keuntungan yang sedikit. Namun begitu, kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan beban pekebun-pekebun kecil. Antaranya ialah di mana harga baja telah dikurangkan sebanyak 15%. Di samping itu kementerian saya juga telah memperkenalkan Program Replanting iaitu penanaman semula, di mana kami menggalakkan pekebun-pekebun kecil menjalankan kerja penanaman semula dengan menebang pokok-pokok sawit yang berusia 25 tahun ke atas. Dengan kaedah itu, mereka akan dapat pulangan yang baik dalam enam tahun akan datang. Di samping itu kementerian saya juga memberi satu token kepada pekebun- pekebun kecil ini sebanyak RM1,000 bagi setiap satu hektar apabila mereka melakukan kerja-kerja replanting. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi mengikut jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, di negeri Sarawak hanya, saya menggunakan perkataan “hanya” 692,000 hektar tanah yang telah dibangunkan iaitu dengan penanaman kelapa sawit berbanding dengan 1.32 juta di negeri Sabah dan lebih 2 juta hektar di Semenanjung, sedangkan negeri Sarawak dari segi luas kawasan amat besar. Jadi soalan saya, sebelum itu di negeri Sarawak memang ada sebuah agensi yang dipanggil sebagai SALCRA telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah khususnya tanah NCR atau tanah adat. Jadi, kalau mengikut jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, angka itu bagi saya amat tidak memuaskan. Ini bererti banyak lagi kawasan khususnya tanah di bawah NCR di negeri Sarawak perlu dibangunkan. Jadi memandangkan ramai rakyat di kawasan luar bandar di negeri Sarawak yang mempunyai tanah di bawah apa yang kita panggil sebagai NCR, telah memohon kepada pihak SALCRA untuk membangunkan tanah-tanah mereka untuk dijadikan ladang sawit. Akan tetapi SALCRA tidak berkemampuan. They have done a very good job. Jadi adakah kementerian akan membantu SALCRA dengan mungkin menambah peruntukan kepada pihak SALCRA untuk membangunkan tanah-tanah ini. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat secara keseluruhan tadi di Malaysia lebih kurang 4.4 juta hektar di negeri Sarawak hanya kira-kira 692,679 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit, dan kalau kita lihat di

negeri Sarawak, kebanyakannya adalah dalam bentuk ladang dan kurangnya kita anggap sebagai pekebun kecil, di mana dari segi ladang saja terdapat lebih kurang 553,000 hektar. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tanah ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun kementerian saya akan sentiasa dan sedia membantu pekebun- pekebun kecil khususnya, antaranya dalam program-program memberi anak benih berkualiti kepada pekebun-pekebun yang mempunyai kurang dari 5 hektar. Di samping itu kami juga menggalakkan pekebun-pekebun melalui Skim Integrasi Sawit, sama ada integrasi bersama dengan ternakan atau integrasi bersama tanaman lain. Jadi dari segi itu, kami percaya kami dapat membantu pekebun-pekebun khususnya di negeri Sarawak. Kalau kita lihat di negeri Sarawak sebenarnya berlaku peningkatan dari segi keluasan, kalau kita bandingkan dengan tahun 2003 di mana kalau kita lihat tahun 2003, hanya 464,000 hektar saja tetapi sehingga Jun 2008, sudah 600,000. Jadi ini menampakkan satu peningkatan lebih kurang 50%. Jadi saya percaya memang betul Sarawak mempunyai tanah yang luas. Jadi saya percaya dalam masa akan datang, lebih banyak syarikat perladangan akan membuka ladang di negeri Sarawak khususnya. Terima kasih.

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin IbrahimPKR · PRBandar Tun Razak

Just isu kecil saja hendak saya bangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh Yang Berhormat. Kalau saya kasi laluan nanti soalan tambahan...

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin IbrahimPKR · PRBandar Tun Razak

Ini mengenai harga kelapa sawit.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu, saya tahu. Kalau saya kasi laluan, lain kali terpaksa saya kasi laluan sama orang lain. Minta maaf Yang Berhormat. [Soalan No. 10 – Y.B. Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) tidak hadir]

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

11. Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keuntungan yang dicapai mengikut negara hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh Petronas ke atas lebih daripada 33 buah negara di seluruh negara.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008, jumlah keuntungan sebelum cukai yang diperoleh oleh Petronas daripada operasinya di 33 buah negara adalah sebanyak RM17.2 bilion. Lima negara penyumbang terbesar kepada keuntungan luar negara ini adalah Afrika Selatan, Sudan, Mesir, Chad dan Myanmar. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan kejatuhan harga minyak di pasaran global sekarang ini, apakah pelaburan kita di luar negara ini boleh memberi pulangan yang lebih baik dalam investment yang dibuat oleh pihak Petronas? Soalan saya yang seterusnya, kenapakah, adakah pihak Petronas membuat pemantauan yang teliti ke atas pelaburan yang telah kita buat di luar negara menerusi pemantauan dan kerjasama dengan kerajaan- kerajaan negara-negara yang terbabit.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan Petronas di luar negara begitu stabil sekali oleh sebab perancangan Petronas yang rapi. Itu sebabnya kalau kita lihat keuntungan Petronas dicampurkan dengan royalti dan duti eksport, adalah sebanyak RM107.1 bilion pada 2008. Dari segi operasi antarabangsa, perolehan Petronas pada tahun 2008 setakat ini merupakan 40.3% berbanding dengan keseluruhan keuntungannya. Maka ini menunjukkan bahawa Petronas mempunyai perancangan yang rapi kerana cara pengendalian Petronas adalah bukan sahaja di peringkat di sini, di Malaysia kita beroperasi sendiri tetapi di negara luar kita juga bekerjasama dengan operator-operator atau pengeluar-pengeluar minyak lain seperti syarikat-syarikat yang terkemuka. Maka dari

segi harga petrol yang sekarang sudah kurang ya Yang Berhormat Arau, harga petrol yang dah kurang, sudah tentu ia meninggalkan kesan terhadap keuntungan Petronas tetapi harga ini ditentukan oleh OPEC. Maka kita tidak merupakan ahli dalam institusi itu. Oleh sebab itu, terumbang-ambingnya harga petrol di peringkat dunia ini, mesti akan meninggalkan kesan terhadap keuntungan tetapi dari segi pelaburan kita, dari segi operasi kita, dari segi kepakaran kita, Petronas cukup stabil dalam penerokaan pelaburannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tak boleh tambah satu soalan?

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh Yang Berhormat.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.44 [Jadual] – Maksud P.44 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.44 dan Kepala Pembangunan P.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Sila Menteri gulung perbahasan.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji ApdalWARISANMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Semporna

Tuan Pengerusi, pertama sekali izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu berkaitan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Di sini juga saya ingin mengambil peluang menyatakan pendirian kementerian dalam hal berkaitan ketuanan di mana saya ingin menyatakan bahawa negara ini adalah merupakan negara yang berpaksikan kepada raja berperlembagaan. Justeru panggilan saya kepada Tuan Pengerusi tidak meletakkan kedudukan saya sebagai hamba kepada Tuan Pengerusi sebaliknya ia adalah merupakan tanda hormat saya kepada Tuan Pengerusi yang bertindak selaku teraju mesyuarat ini. Begitu jugalah dalam hal berkaitan ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat di mana jika disorot kembali sejarah Malaysia, negara ini adalah negara Tanah Melayu.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji ApdalWARISANMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Semporna

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, pertama saya merujuk kepada Butiran 080000 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Sebelum itu saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat dari Sri Gading berhubung kait dengan isu-isu seperti ketuanan Melayu harus dihentikan untuk tidak menimbulkan masalah prasangka dan tidak ada perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan, terima kasih. Sebenarnya di sini ada satu quotation, Koh Tsu Khoon semasa lama menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. “Konsep ketuanan Melayu, carried the connotation of the tuan, master and humble enslave relationship. Article 153 of the Federal Constitution talks about the special position of the Malays as well as the valid right some interest of other races”. Semalam, Yang Berhormat Rompin tak ada di sini, dia bangkitkan mengenai saya ada sebut, berkali-kali mahu saya tarik balik dan minta maaf semacam apa yang direkodkan dalam Hansard. Yang Berhormat Rompin - “Saya minta tarik diri, orang Melayu tidak mahu dalam ketuanan Melayu konsep mengatakan bahawa Cina hamba Melayu, tuan tidak”. Dia kata saya ada kata begitu, “...Ini DAP cuma hendak mengaitkan perkauman, ini sikap perkauman, 36(10)(c), perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit hati, bermusuhan satu kaum”, diminta satu ruling, yang katakan konsep ketuanan Melayu, dia kata orang Melayu mahu Cina jadi hamba, itu tidak benar. Saya tidak kata begitu dan yang sebenarnya Yang Berhormat Rompin ada mengelirukan Dewan yang mulia ini yang patut saya harap saya berdiri atas 36(1)(p) pun supaya Yang Berhormat Rompin dia tidak ada di sini, dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan oleh sebab mengelirukan Dewan semalam bahawa saya ada kata bahawa orang Melayu tuan dan orang Cina hamba. Saya tidak sebut itu langsung dalam Hansard ini. Itu yang pertama. Yang kedua, ketuanan Melayu adakah satu konsep yang digunakan untuk memperoleh pucuk pimpinan UMNO untuk mengabdikan semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu. Menghambakan orang Melayu pun, itulah satu konsep yang digunakan oleh UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO untuk enslave the Malays, the Chinese, Indian, Ibans and Kadazans, all Malaysian in ‘UMNO P’tera'. Itulah yang kita kata, bukan orang Cina, orang India atau orang Melayu. Sebab itu kenapa sampai sekarang kita tidak boleh menerima ketuanan rakyat Malaysia, konsep ketuanan Melayu tidak ada bersangkut paut dengan raja-raja Melayu, kita semua menerima. Saya hairan mana MCA-MCA, semua dihentam semalam. Tidak ada di sini? Boleh berdiri untuk mempertahankan sendiri atau perlu DAP untuk mempertahankan MCA di sini. Ini malulah, berdiri!

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, are you raising point of order?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang berlaku semalam adalah kekecohan. Memang apabila dibaca dalam Hansard, Yang Berhormat Ipoh Timur tidak menyebut bahawa orang Cina dijadikan hamba. Memang dalam perkataan bahawa ketuanan Melayu ada tuan dan ada hamba. Akan tetapi itu dalam kekecohan, kenyataan bahawa ramai yang inginkan perkara ini dirujuk dalam Hansard. Maknanya dalam keadaan kekecohan itu kita tidak dapat mendengar dengan lebih teliti, dengan lebih jelas apa yang telah diperkatakan. Jadi Yang Berhormat Rompin, soal point of order yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rompin itu tidak diterima. Dalam keadaan kekecohan semalam itu juga saya katakan bahawa soal point of order Yang Berhormat kemukakan juga tidak saya terima dan kita selesaikan perkara itu sedemikian Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap Yang Berhormat Rompin jangan buat begitu. Inilah sikap perkauman yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah buat perkataan itu, dia kata saya ada. Ini bukan satu kelakuan seorang yang bertanggungjawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, saya harap sebagai seorang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Tuan Pengerusi.

Sekejap.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Pengerusi, ini berkenaan dengan point of order.

Boleh tak saya Tuan Pengerusi, saya belum bagi laluan, nanti saya jelaskan sedikit apa Yang Berhormat Ipoh Timur...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Point of order. Tuan Pengerusi, alasan kenyataan kekecohan tidak boleh dijadikan alasan. Kalau Yang Berhormat Rompin belum mendengar dengan cermat ucapan atau hujah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, beliau tidak boleh membuat tuduhan sedemikian.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tapi memang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sudah banyak kali, sebagai contoh maaf ya, Yang Berhormat Pasir Salak sebelum ini dia membuat kenyataan yang berunsur lucah, kami mendengarnya. Akan tetapi kami berhati-hati mendapat pengesahan sebelum kami bangkit dan membuat sebarang point of order. Jadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Rompin meminta maaf kepada Yang Berhormat Ipoh Timur sebab menuduh beliau membuat kenyataan yang tidak berasas itu, yang tidak benar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita ada standing order, peraturan mesyuarat yang berkehendakkan agar setiap insiden yang dikatakan menyakiti hati orang itu haruslah diselesaikan ketika perkara itu berlaku. Itu merupakan sesuatu yang penting dalam peraturan mesyuarat. Akan tetapi exception semalam, ada kekecualian semalam bahawa perkara ini pertelingkahan, kekecohan, itu berlaku dalam keadaan yang kecoh. Ada kenyataan yang menunjukkan bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin merujuk perkataan-perkataan yang diungkapkan itu melalui Hansard menunjukkan bahawa perkara itu tidak didengar secara jelas oleh ramai di kalangan ahli-ahli yang terlibat semalam. Jadi biarlah perkara ini berlaku begitu sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat, biarlah keputusan saya ini menyelesaikan perkara yang berlaku semalam. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya pun berada di dalam Dewan yang mulia semalam sehingga hampir jam 11. Apabila mendengar perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin, sebenarnya apa yang dikatakan Yang Berhormat Rompin itu pertamanya ialah dirujuk kepada Hansard, dia tidak menuduh melulu. Maknanya ada klausa untuk membolehkan supaya refer first dengan izin dengan Hansard. Kalau ada kebenaran, kalau tidak ada kebenaran itu tidaklah satu tuduhan. Saya berharap jangan nanti Yang Berhormat Ipoh Timur jump into conclusion, same thing like what happened dengan izin, semalam. Apabila kita katakan ketuanan Melayu, ia dalam konteks seperti yang saya sebutkan Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini. Bukan bererti apabila saya sebutkan Tuan Pengerusi, saya hamba kepada Tuan Ahli Yang Berhormat dari Parlimen Semporna, tidak. Cuma tanda hormat kita, tanah ini tanah Melayu, ada penghormatan dia. Akan tetapi bahasa saya itu berhias seperti yang saya katakan di peringkat awal tadi, tidak bererti saya bangkitkan ada hubungan hamba di antara UMNO dan MCA, ada hubungan hamba antara UMNO dengan GERAKAN, tidak

ada. Tidak akan Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan menjadi hamba semasa menjawat jawatan, tidak. Tidak ada penghambaan kepada seorang Menteri iaitu satu jawatan yang begitu tinggi yang boleh memutuskan projek sehingga berbilion ringgit, tidak ada. Itu yang saya katakan saya berharap seperti yang disyorkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, hentikan perkara ini yang boleh menimbulkan masalah. Cuma tafsiran dia, tick kan apabila diungkapkan Tuan Pengerusi Yang Mulia itu, terus kita ada sifat hamba dengan Tuan Pengerusi. Tidak. Jadi saya berharap kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semalam saya juga mendengar Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pasir Salak, saya amat suka hati apabila mendengar, kadang-kadang di luar sana kedengaran tentang Ahli- ahli Parlimen atau kepimpinan-kepimpinan menjadi pencetus kepada perbalahan. Akan tetapi setelah mendengar hujah daripada hati yang murni dari Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sungai Petani menyatakan tentang jasa seorang guru India, Yang Berhormat Pasir Salak menyatakan tentang hubungan beliau dengan masyarakat kaum Cina dengan India cukup baik sekali. Jangan ada persoalan yang dibangkitkan keraguan apabila dilafazkan dengan hati yang amat terbuka. Ini yang kita hendak lihat supaya kita memainkan peranan ke arah melahirkan yang penting kepada kita satu pimpinan di Dewan yang mulia ini. Selalu, sering kali saya katakan kita tinggalkan perkataan, perbuatan yang membolehkan anak-anak kita mewarisi suasana environment dengan izin, negara yang aman yang tenteram. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin meneruskan penjelasan saya dengan merujuk kepada Butiran 080000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Butiran 080300 - Pembangunan Komuniti, Butiran 080400 - Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Hulu Terengganu, dan Yang Berhormat Jerai. Tuan Pengerusi, pertama, berkenaan usaha-usaha perpaduan kaum sama ada ianya telah mencapai matlamatnya. Sesungguhnya kerajaan telah melaksanakan program-program pengukuhan perpaduan di antara kaum semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memperkukuhkan perpaduan kaum terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969. Langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut; (i) Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat yang dilaksanakan sejak tahun 1970. Dasar ini masih relevan dan diperlukan untuk mengikis prasangka di antara kaum terutamanya mengenai keseimbangan ekonomi; (ii) Dasar Pendidikan yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan supaya Malaysia sentiasa mempunyai rakyat yang mencintai negara. Di peringkat asas pendidikan, kerajaan telah menubuhkan sekolah kebangsaan (SK) sebagai salah satu usaha menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Usaha kerajaan juga dapat dilihat dalam menyatupadukan kumpulan generasi muda yang mempunyai latar belakang dan keturunan yang berbeza menerusi pelaksanaan program latihan khidmat negara; (iii) Pewujudan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebagai agensi peneraju dalam mengukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara yang tercinta ini; (iv) Mewujudkan panel penasihat perpaduan negara bagi memberi nasihat dan pandangan mengenai program-program yang menyatupadukan pelbagai kaum serta menghakiskan prasangka di antara kaum; dan

(v) Membuat pengambilan dan pelantikan lebih ramai pegawai dari pelbagai kaum di dalam sektor awam. Contohnya pengambilan kaum etnik Iban, Melanau, Kadazan, Dusun meningkat lebih daripada 50% daripada tahun 2006 ke 2007.

Mohon mencelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan panel penasihat untuk perpaduan. Sejak saya masuk ke Dewan ini dari 2004 dan sejak sebelum itu mungkin sesekali saya masuk ke dalam Dewan, saya tidak tahu kenapa apabila kita bercakap tentang perpaduan, dalam Dewan ini, akhirnya kita bergaduh. Apabila bercakap tentang perpaduan sebenarnya pergaduhan. Adakah perpaduan itu pergaduhan? Ini persoalannya, bergaduh. Semalam apabila kita hendak bercakap tentang perpaduan, kita bergaduh. Adakah ini bentuk perpaduan yang kita hendak iaitu pergaduhan? Adakah perpaduan setakat rumah terbuka sahaja macam ‘Touch N Go’. Salam, balik, salam, balik. Macam rumah terbuka, ‘Touch N Go’ Itu perpaduan yang kita hendak atau macam mana? Saya tidak nampak kalau macam ini bentuk yang kita buat, mungkin satu masa nanti peristiwa 13 Mei akan berulang. Kita nampaknya sudah menuju ke arah itu. Itu yang kita hendak. Jadi apakah nasihat panel penasihat ini? Setakat manakah kejayaan panel penasihat perpaduan ini untuk memastikan apabila kita bercakap tentang perpaduan ini sebenarnya bukan perpaduan, tetapi pergaduhan. Dalam Dewan ini sendiri, sebenarnya kita seolah-olah tidak ikhlas apabila bercakap tentang perpaduan. Ada sahaja yang akan menimbulkan pergaduhan. Mohon penjelasan.

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tuaran bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat, boleh tanya? Mohon kalau boleh Menteri menjawab sekali. Tuan Pengerusi, pertama sekali saya berdiri untuk merakamkan persetujuan saya 100% kepada pandangan dan saranan daripada Yang Berhormat Lipis. Kedua, Yang Berhormat Menteri tadi menyentuh tentang dua program yang menjurus kepada perpaduan. Pertama sekali dari unjuran program Dasar Ekonomi Baru. Kedua dari segi pengambilan kakitangan dari semua kaum. Dalam dua aspek ini Tuan Pengerusi, saya perhatikan Dasar Ekonomi Baru ini sudah pun dipertikaikan dari segi bumiputera dan bukan bumiputera, tetapi di kalangan bumiputera itu sendiri ada perasaan dari segelintir suku kaum bahawasanya mereka merasakan bahawa mereka tidak mendapat pengagihan yang setara dalam Dasar Ekonomi Baru.

Umpamanya dari segi peruntukan projek, lesen mini bus dan sebagainya. Ada perasaan segelintir kaum bahawa peratusan itu tidak diagihkan secara not fair, tetapi saya rasa ini bukan di luar tanggungjawab Kementerian Perpaduan, tetapi saya kira dalam hal ini kalau boleh Kementerian Perpaduan campur tangan. Kedua, dari segi pengambilan kakitangan. Kita perhatikan Tuan Pengerusi bahawa masih banyak perkara yang perlu di buat dari segi peratusan, penyertaan semua kaum dalam kakitangan kerajaan. Ini kita tidak boleh nafikan. Ini juga saya kira di luar kerja-kerja tanggungjawab Kementerian Perpaduan tetapi saya menyarankan kalau kita hendak, kalau kita mahu program yang dibuat, diatur oleh Kementerian Perpaduan betul- betul berkesan, saya menyarankan Kementerian Perpaduan hendaklah campur tangan dalam perkara ini. Satu lagi komen yang terakhir Tuan Pengerusi, berlarutan dari komen Yang Berhormat Lipis tadi. Kalau kita menyentuh tentang perpaduan ini, kalau kita mendekati isu perpaduan secara artifisial, rumah terbuka dan sebagainya, won’t work dengan izin. Saya sarankan di sini ada pepatah mengatakan ‘tidak kenal maka tidak cinta’. Cara yang terbaik

untuk lebih berkesan ialah kita harus memahami, mengenali budaya bahasa semua kaum. Umpamanya saya lihat ini dengan izin dan minta maaf.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Di Semenanjung ini kita lihat kelompok-kelompok tetapi di Sabah, Sarawak perpaduan itu kalau boleh saya sarankan kepada kementerian untuk memperhebatkan lawatan daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, bukan setakat melawat Kota Kinabalu dan sebagainya tetapi duduk di kampung- kampung, memahami tentang istiadat bahasa dari semua kaum. Ini lebih berkesan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Lipis dan Tuaran. Tuan Pengerusi, saya ingat saya belum habis hendak menjelaskan beberapa program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dengan secara terperinci. Daripada semenjak kita mencapai kemerdekaan banyak sebenarnya yang telah dilakukan oleh kerajaan pada hari ini yang telah banyak membuahkan hasil dalam usaha kita menyatupadukan rakyat. Walaupun saya akui ada pertelingkahan, ada perbedaan pendapat sama ada di Dewan ini atau pun di luar Dewan tetapi Alhamdulillah tidaklah sehingga ianya mengakibatkan tercetusnya perbalahan, peperangan, pergaduhan, pertumpahan darah seperti apa yang berlaku di tempat-tempat lain. Maknanya tahap perpaduan di peringkat negara kita, kita amat hargai pada hari ini. Akan tetapi dalam pada itu, kita mengorak langkah untuk melakukan supaya program-program ini akan mendapat kejayaan. Apa yang dikatakan seperti Sambutan Merdeka ‘Touch N Go’ Itu sebenarnya tidak benar. Yang kita katakan bahawa sambutan merdeka ini menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara. Lebih daripada itu, lebih pengisian dia. Kita masuk ke sekolah-sekolah, kita masuk ke masjid. Nanti, selepas ini saya akan jelaskan secara terperinci apa pengisian program-program yang ada untuk memastikan supaya ada penglibatan, ada engagement, dengan izin semua pihak, semua kaum, semua budaya, semua agama untuk memastikan tentang yang kita atasi contohnya di peringkat panel, panel perundingan yang ada, perpaduan melibatkan semua ketua-ketua agama. Datuk Victor Lingam, datuk-datuk yang lain daripada kaum Cina, daripada kaum India, agensi kerajaan dan kita membincangkan contohnya beberapa isu masalah kaum. Ada sebahagiannya kita telah selesaikan dan dibawa kepada peringkat-peringkat agensi kerajaan yang terbabit contohnya Keselamatan Dalam Negeri. Saya berhubung rapat dengan rakan saya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri kalau berhubung kait berkenaan dengan isu yang membangkitkan tentang pembinaan- pembinaan, tempat-tempat rumah ibadat dari segi ketinggian dia, dari segi di mana letaknya, pertukaran nama, agama. Ini juga menjadi isu-isu yang telah dibincangkan secara mendalam yang ada hubung kaitnya dengan usaha untuk menyatupadukan rakyat. Ada yang perlu disebar luas bahawa pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk cuba mengatasinya. Sebenarnya, bukan semuanya gagal. Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk memastikan supaya kita dapat mempertingkatkan perpaduan pelbagai kaum. Saya juga setuju dengan rakan Yang Berhormat dari Tuaran tentang perlunya kita sampai ke peringkat akar umbi, engage dan pihak kementerian mempunyai usaha seumpama ini. Kita akan menjelajah ke daerah-daerah untuk mempamerkan contohnya bagaimana tarian Sumazau, daripada mana asal usulnya, bagaimana cara dan budayanya. Kita akan paparkan di seakan-akan program Jalan-jalan Cari Makan. Ini mempamerkan tentang kepelbagaian budaya. Dari Iban, dari Dusun, Kadazannya, tariannya, suku kaum Bajau, Melanau dan berbagai-bagai supaya ini dapat dikenali oleh masyarakat rakyat di negara kita dan juga menjadi satu produk yang kita boleh katakan ada commercial value dia dengan izin kepada pelancong-pelancong yang turut berkunjung ke negara kita.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya hargai ucapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung dengan perpaduan. Saya melihat ianya datang dari satu nada yang

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

cukup berbeza dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis. Saya rasa tidak sesuailah kalau kita ada sedikit perbalahan atau pun perbezaan pendapat terus kita rujuk kepada 13 Mei dan mengatakan bahawa ini merupakan apa yang sedang kita tujui sekarang ini. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri menegur atau memberikan pandangan yang ikhlas terhadap apa yang dinyatakan. Saya rasa kalau kita benar-benar hendak mewujudkan satu perpaduan yang ikhlas, yang betul-betul mantap maka bogeyman yang seperti ini atau pun kata-kata yang seperti ini di mana di sebut 13 Mei, hendak balik 13 Mei sebagainya perlu dijauhi, jangan disebut-sebut lebih-lebih lagi dalam Dewan yang mulia ini. Kita sebagai pemimpin, kita kena lebih bertanggungjawab. Saya harap Yang Berhormat Menteri pun boleh tolong tegur sebab saya khuatir kalau tidak segala ucapan yang indah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri akan habis begitu sahaja. Ini kerana, apa yang orang akan ingat ialah ucapan yang agak keras yang disampaikan oleh Yang Berhormat Lipis. Terima kasih.

Yang Berhormat dari Shah Alam. Saya ingat apa Yang Berhormat Lipis katakan ialah kebimbangan beliau. Sebenarnya kalau tidak dibendung, kalau programnya tidak mantap, ia akan menjurus ke arah berlakunya kejadian 13 Mei. Itu peringatan bukan bererti ianya perkara yang tidak baik, memperingati di antara satu dengan yang lain, tentang sejarah ini penting kerana kita tahu perkara buruk ada perbezaannya dengan yang tidak buruk. Maka, kebaikan harus dituntut tetapi kebaikan tidak boleh dituntut kalau kita tidak tahu tentang keburukan-keburukan dia. Maka, peringatan itu saya ingat, rakan dari Lipis menyatakan untuk diperingati tetapi saya berharap apa yang penting saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sri Gading. Saya katakan semula supaya perkara-perkara perpaduan yang perlu kita pupuk, semalam dia sebut dengan hati dan nada yang amat baik sekali. Saya amat tertarik. Jadi, insya-Allah ...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Selaku Menteri Perpaduan, saya akan memainkan peranan untuk memastikan menasihati dan memberi pandangan. Saya hendak nyatakan tentang contoh di peringkat Kabinet apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi tentang peluang perniagaan, peluang pekerjaan. Setiap minggu kita bincangkan bagaimana untuk memberi landasan kepada kaum-kaum yang lain mendapatkan tender. Saya ingat rakan-rakan di sini ada yang menduduki Jemaah Menteri dahulu pun, dari Ahli Yang Berhormat dari Mukah yang dahulu menjadi Jemaah Menteri. Beliau tahu bagaimana kita membincangkan, bagaimana untuk supaya ada tempat, ada ruang, peniaga, pekerjaan dan usaha yang murni ini. Contohnya untuk mendapatkan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam diketuai oleh Yang Berhormat dari Penampang, Presiden Parti kepada Yang Berhormat Tuaran. Banyak langkah yang telah diusahakan. Ini yang sedikit sebanyak membuahkan hasil daripada tahun 2006 sehingga tahun 2007. Pada tahun 2006 contohnya seramai 894 orang pegawai dari kaum Cina telah dilantik ke Perkhidmatan Awam dan jumlah ini meningkat kepada 1,169 orang pada tahun 2007. Pengambilan pegawai kaum daripada India pula seramai 883 pada tahun 2006 dan jumlah ini telah meningkat kepada 910 orang pada tahun 2007. Pelbagai program penyatuan dan perpaduan masyarakat juga telah dilaksanakan oleh kementerian. Antaranya Program Kesedaran, Perpaduan dan Integrasi Nasional, Program Perpaduan dan Menyatukan Masyarakat, Program Integrasi Nasional, Kempen Budi Bahasa, dan nilai-nilai murni. Penganjuran enam jenis rumah terbuka Malaysia seperti Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina, Rumah Terbuka Malaysia Pesta Keamatan, Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak, Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri, Rumah Terbuka Malaysia Deepavali dan Rumah Terbuka Malaysia Krismas.

Penganjuran rumah terbuka ini telah pun diangkat sebagai program nasional dan dilaksanakan sebagai langkah untuk menyemarakkan keharmonian sesama kaum. Ketika membahaskan butiran ini semalam, terdapat cadangan daripada Yang Berhormat Sri Gading agar majlis rumah terbuka ini dihapuskan kerana tidak mencapai matlamat perpaduan. Sebenarnya pengisian dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia ini ialah menekankan ciri-ciri perpaduan kaum di mana elemen kesenian pelbagai kaum dapat dipaparkan menerusi persembahan kesenian, demonstrasi dan pameran. Setakat ini setiap penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia telah dihadiri lebih daripada 30 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan berbilang bangsa. Ini telah memberi banyak manfaat, kesedaran kita tidak ramai orang tahu tentang contohnya tentang Tadau Kaamatan, Pesta Menuai, bila mana kita sambut dia daulatkan dia sebagai satu program nasional di peringkat negara kita. Mereka tahu mereka sedar dan hormat-menghormati akan wujud kenal mengenali oleh kerana kita memaparkan mengangkat ini sebahagian daripada program nasional. Saya yakin penglibatan generasi muda contohnya baru-baru ini bila kita menganjurkan Tadau Kaamatan di peringkat Kota Kinabalu dan kita telah mengambil melibatkan anak-anak muda supaya mereka ini bukan hanya dapat memaparkan tentang budaya mereka tetapi ada unsur-unsur integrasi, kesamaan dalam menjayakan program itu. Ini telah melahirkan satu memupuk, pemupukan generasi anak-anak muda kita di peringkat awal dan saya yakin ini dapat membantu untuk membuahkan hasil penyatuan benih-benih perpaduan di kalangan anak-anak generasi muda kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagi laluan. Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Maran dahulu. Yang Berhormat Maran dulu. Ya, sila Yang Berhormat Maran.

Terima kasih, Maran ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Tuan Pengerusi dan Menteri, saya tidak pertikaikan jasa, sumbangan, usaha yang telah dibuat oleh kerajaan selama ini. Sebelum saya menjadi Ahli Parlimen ikhlas dalam Dewan saya bercakap; saya sebagai pegawai kerajaan yang banyak terlibat dengan program-program di peringkat bawah daripada tabika, tadika Perpaduan, Rukun Tetangga dan sebagainya. Usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan cukup banyak dalam usaha kita untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat ini. Akan tetapi yang menjadikan saya terlalu kecewa Yang Berhormat Menteri, kerana adanya pihak-pihak yang kadang-kadang sahaja hendak memburukkan kerajaan. Membakar anak-anak muda kita supaya apa sahaja yang berlaku semuanya kesalahan kerajaan, terutamanya Kerajaan Barisan Nasional. Ini satu sikap yang tidak baik, saya hendak minta Menteri buktikan kepada kita berapa banyak perkara seperti ini yang telah diakhirkan oleh pembangkang. Minta maaflah saya ikhlas cakap, kalau pembangkang boleh fikir bersama-sama hari ini bahawa.

Shah Alam ini.

Kita bersama-sama hendak melihat perpaduan saya yakin kita boleh wujudkan perpaduan, kalau tidak, tidak usah bercakaplah. Betul, pergi mana-mana pun keluar dalam makalah-makalah mengatakan bila ada kelemahan di luar bandar, inilah orang luar bandar teraniaya kerana UMNO, siapa dia UMNO? [Dewan riuh] Tuan Pengerusi, kalau lah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak boleh begitu Yang Berhormat.

[Bangun]

Yang Berhormat Titiwangsa.

Yang memerintah UMNO bukan Pakatan Rakyat.

Yang Berhormat Titiwangsa, ini saya boleh bawa akhbar itu petang ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar duduk dahulu Yang Berhormat Parit Buntar.

Tuan Pengerusi, kalaulah apa yang di cakap oleh Yang Berhormat Shah Alam pagi tadi cantik tetapi setelah apabila keluar kerana kepentingan politik, kerana ingin berkuasa kita sanggup hamburkan apa sahaja memburuk kerajaan, memburuk bangsa sendiri kadang-kadang. Ini perkara yang berlaku Tuan Pengerusi. Sebenarnya kita tidak ikhlas, saya yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan berbagai-bagai jamuan hari raya, Tahun Baru Cina bersama.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Memburukkan suasana pun tidak apa.

Inilah yang berlaku. Saya minta penjelasan daripada Menteri, terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya bagi Yang Berhormat Parit Buntar.

Pencelahan. Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Minta saya hendak.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar dahulu. Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya hendak rujuk balik kepada model perpaduan, yang ini saya kira ini benda-benda asas. Saya tahu kementerian Menteri dia bukan boleh buat semua benda. Dia hanya satu kementerian yang memastikan pelaksanaan program, saya faham yang itu. Akan tetapi, kalau kita sudah mula bercakap tentang perpaduan kita kena nilai balik setelah 50 tahun lebih kita merdeka, pendekatan perpaduan kita ialah melalui wujudnya parti-parti politik yang berlandaskan perkauman. Itu tidak dapat dinafikanlah. [Tepuk] Masalah saya ini ialah kadang-kadang orang politik ini bila hendak dekat pemilihan parti dia, dia akan menjadi lebih wira terhadap kaum dia. Inilah masalah dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Semua partilah Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, semua parti. Saya tidak kata Barisan Nasional, saya tidak kata UMNO, saya kata ini rakyat Malaysia, satu. Jadi kita kena berhati- hatilah jangan kerana hendak undi pada pemilihan kita hendak tunjuk kita wira, jadi kita kena ikhlas. Kedua, saya hendak menyebut masalahnya kita tidak faham bila kita kritik kerajaan mereka kata kita kritik UMNO. Kita mengkritik pelaksanaan, kita mengkritik cara mengendalikan program-program itu.

Terasa kenapa?

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dia terasa, itu masalahnya. Jadi mereka tidak dapat, minta maaf saya bercakap sebagai generasi ketiga merdeka. Saya tidak ada terlibat dengan apa sahaja yang berlaku dahulu. Jadi saya hendak bagi tahu kadang- kadang...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

UMNO tulang belakang tuan.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

...Kalau kita kata bila kita kritik dia tidak dapat beza antara kritik yang membina dengan kritik yang meruntuhkan. Banyak masalah bila kita kritik sahaja, ini tentang kerajaan. Inilah masalah yang ada di dalam sistem kita hari ini. [Tepuk] Kita tidak dapat menerima bahawa pandangan itu boleh membina dengan lebih baik dan lebih buruk daripada itu apa sahaja yang pembangkang kata semuanya dia kata hendak meruntuhkan. Ini adalah masalah besar kalau kita hendak bercakap dengan perpaduan kita ubah mind-set kita supaya betul-betul Hadhari, yakni bertamadun betul- betul.

Saya, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi boleh tidak saya teruskan kerana perkara ini sebenarnya pertama.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Sikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kemudianlah Yang Berhormat Titiwangsa. Menteri hendak teruskan.

Last one.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang baik hati dan juga Yang Berhormat Menteri. Berkenaan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Maran tadi saya kira ini adalah satu sindrom penafian yang begitu berleluasa dalam UMNO, Barisan Nasional ini. [Tepuk] Kita mesti memahami - saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Apabila kita mengkritik bukan bermakna kita menentang. Kita untuk sama-sama...

Terima kasih, terima kasih. Saya sokong.

...Membangun dan membina negara. Apa yang ingin saya minta penjelasan daripada Menteri, bagaimana kita agaknya kalau boleh kita cetuskan kalau kita boleh kita sama-sama fikirkan bagaimana agaknya kita hendak membentuk masyarakat yang benar-benar berpadu. Tidak ada prejudis, bukan kosmetik bukan program-program kosmetik sahaja. Akan tetapi yang benar-benar berpadu sehingga kalau saya boleh kata orang Cina misalnya selesa untuk datang ke kedai-kedai orang Melayu walaupun mungkin ada kedai orang Melayu yang buka di Kampung Baru Cina. Sekarang tidak mungkin boleh, kalau dalam keadaan sekarang tidak akan laku kedai itu. Orang Cina tidak akan pergi, klinik orang Melayu pun orang Cina tidak datang. Kalau misalnya katakan orang Melayu selesa bercakap tentang penternakan babi misalnya tanpa menimbulkan rasa prejudis. Begitu juga orang Tamil selesa untuk bercerita tentang keadaan dia tanpa merasakan bahawa dia berada di kelas kedua. Bagaimana kita hendak mewujudkan keadaan ini dengan penuh rasa keikhlasan dan kesungguhan. Terima kasih.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang beberapa perkara. Sebenarnya Tuan Pengerusi, saya ingin menjurus kepada - kerana ini di peringkat jawatankuasa bukan di peringkat dasar, banyak perkara yang disentuh ini. Saya bimbang nanti masa tidak mencukupi tetapi saya juga berharap, Yang Berhormat Parit Buntar katakan tentang apa yang perlu dimainkan oleh Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Maran, saya akui 100% bukanlah satu pencapaian yang kita telah lalui untuk usaha menambah baik atau menyatupadukan rakyat. Di sana sini ada kepincangan dan saya akui tidak 100%, dengan izin kita mencapainya tetapi perlu ada pembaikan, perlu ada kajian. Di peringkat sekarang ini saya sudah mengarahkan supaya ada kajian semula tentang program dia, bagilah masa sikit untuk kita menambah baik, untuk membolehkan supaya perkara ini dapat mengatasi keadaan ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Naib presiden, tidak boleh tahan.

Keduanya, apabila kita katakan bahawa contohnya macam tadi dikatakan tentang terasa oleh sebab dibangkitkan kerana ini berhubung kait dengan tohmahan ataupun kritikan terhadap kerajaan dan UMNO pula terasa. Sebenarnya saya dengar sendiri bila ceramah-ceramah dalam kempen-kempen bukan secara direct dia katakan kerajaan dan dasar tapi terus kepada UMNO, tapi yang menyatakan bukan. Ini yang kita katakan kalau betul, Yang Berhormat Shah Alam kalau betul kita hendak bagi pandangan dan kritik baik dia membina apa rancangan yang dia buat.

Saya bagi contoh Rukun Tetangga yang kita lakukan tidak ada batasannya, hendak memasuki Program Rukun Tetangga, Yang Berhormat Sungai Petani sebut semalam. Dia menjadi anggota di situ.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Menteri, habiskan.

Yang melibatkan bukan hanya Barisan Nasional atau UMNO atau pun PKR atau semua kaum di situ, semua parti di situ. Ini kerana kepentingan keselamatan, kerana kepentingan perpaduan, kerana kepentingan untuk menjaga rukun tetangga kita dapat dipelihara.

Yang Berhormat Menteri

Kalau ini menjadi benih dan kalau ini dilihat kebaikan ada, tidak dilihat dari segi ideologi politik, tidak perlu ada pembaikan terhadap Rukun Tetangga sebagai contoh...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan sikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dengar dulu, dengar dulu penjelasan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

Saya ingat saya bagi ruang insya-Allah.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita kena dengar penjelasan Menteri, kita tanya soalan tadi Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tuan Pengerusi sikit sahaja tentang kempen. Apa yang berlaku kempen di Permatang Pauh isu perkauman menjadi seolah- olah macam tidak ada sekatan, tidak ada batasan. Saya berharap dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu kita sama-sama, seluruhnya yang turun berkempen pimpinan- pimpinan dan juga kita bagi tahu juga kepada pemimpin bahagian dan kawasan supaya berhati-hati tidak menggunakan isu perkauman untuk memenangi undi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi seperti yang saya katakan tadi. Saya berharap semua usaha yang dilakukan untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu akan menjadi kenyataan. Kedua, berkenaan dengan isu ‘Malaysia Truly Asia’ yang perlu melihat diversiti sebagai kekuatan dan bukan kelemahan. Dalam hal ini, kerajaan sememangnya mempromosikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan dan aset negara kita. Malaysia kaya dengan budaya dan adat resam, kepelbagaian keturunan tanpa meminggirkan budaya adat resam kaum minoriti. Ketiga, menerusi program-program perpaduan dengan memberi tumpuan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh minta penjelasan?

...Kepada pelajar-pelajar sekolah. Pihak kementerian menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa

meneruskan program-program perpaduan yang melibatkan pembabitan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Sebagai contoh sehingga Oktober 2008, lebih 30,000 orang remaja dan belia telah terlibat dalam program-program perpaduan di seluruh negara seperti: (i) Kelab Rukun Negara; (ii) Kem Padu Anak Malaysia; (iii) Rukun Tetangga Jiran Muda; dan (iv) Titian Integrasi. Pihak kementerian berpandangan bahawa kita perlu mendekati golongan muda dan meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kementerian. Sesungguhnya, generasi muda seperti remaja dan belia mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian kaum. Mereka perlu diberi kesedaran bahawa merekalah aset negara, mereka juga adalah permata yang perlu digilap bak kata pepatah “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Generasi muda perlu bersatu demi memartabatkan maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Keempat Liga Sukan Komuniti yang juga dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Adakah ini telah mencapai matlamat patriotisme, integrasi, semangat kejiranan dan gaya hidup sihat. Liga Sukan Komuniti yang dilaksanakan pada tahun 2007 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Liga ini melibatkan enam jenis sukan iaitu bola tampar, sepak takraw, bola jaring, badminton dan futsal. Ia dilaksanakan dalam bulan Jun hingga Ogos 2007 yang melibatkan 1,680 kawasan RT di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan seramai 25,000 orang remaja pelbagai kaum yang berusia 10 tahun hingga 15 tahun. Program Liga Sukan Komuniti amat wajar diteruskan. Kelima mewujudkan lebih banyak Skim Rukun Tetangga yang melibatkan pembabitan semua pihak, penggunaan komputer untuk RT. Sehingga Oktober 2008, sebanyak 3,974 buah RT telah berjaya ditubuhkan dengan penglibatan seramai 5,520,190 orang. Sebanyak 146,847 aktiviti telah dilaksanakan dengan penglibatan 99,350 ahli jawatankuasa RT di seluruh negara. Justeru, cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani untuk mewujudkan lebih banyak RT adalah amat dialu-alukan. Saya juga bersetuju...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

...Dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani agar RT mendapat sokongan dengan gabungan pemimpin-pemimpin tanpa mengira fahaman politik. Demi perpaduan dan keselamatan sebuah kawasan kediaman. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan meluaskan penubuhan RT yang terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan-kawasan kediaman dan memberi bantuan yang sewajarnya. Ini adalah selari dengan Pelan Tindakan Lima Tahun Rukun Tetangga yang telah diluluskan oleh Kabinet pada tahun 2006, di mana ia menyasarkan penubuhan sebanyak 250 RT dalam setahun.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semalam saya membangkitkan agar menerima diversiti dengan izin, as an advantage dan bukan as a conflict and not a conflict, diversity as an advantage and not a conflict. Jadi program-program, majlis-majlis dan tindakan-tindakan yang disenaraikan oleh Yang Berhormat Menteri lebih menjurus kepada golongan muda, anak pelajar. Yang Berhormat juga ada mengatakan ‘Malaysia Truly Asia’ yang saya bangkitkan semalam juga. Kita menjualkan ‘Malaysia Truly Asia’ ke arena antarabangsa tapi saya rasa kata kekuncinya adalah pemimpin-pemimpin politik. Apakah pihak kementerian ada terhadap program atau sasaran terhadap pemimpin-pemimpin politik? Dari atasan kita menjadi pemimpin untuk memberi satu teladan kepada anak-anak muda. Kita ada Program Latihan Khidmat Negara, menjurus kepada anak-anak muda. Akan tetapi pada masa yang sama, dasar-dasar yang diadakan

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

oleh pemimpin-pemimpin, kenyataan yang diluahkan oleh ahli-ahli politik yang penuh berbaur perkauman. Bagaimana kita memantau dalam aspek yang ini? Akhirnya, maaf Menteri, bagaimana kita mahu menjelaskan pada anak muda kita. Saya bagi contoh mengapa keputusan yang baik, adik kita tidak boleh mendapat biasiswa. Mengapa keputusan yang cemerlang, dia tidak boleh diterima masuk ke universiti atau kolej universiti? Mengapa dia mempunyai latar belakang kelayakan yang baik tidak boleh diterima dalam GLC-GLC memegang jawatan-jawatan yang tinggi? Mengapa beliau mempunyai latar belakang cemerlang tetapi tiada peluang untuk menjadi Naib Canselor universiti? Saya sebagai wakil rakyat, saya mahu memainkan peranan. Bagaimana saya boleh menerangkan kepada adik-adik saya, saya tanya Menteri tunjuk ajar. Kalau kita benar-benar ingin memupuk perpaduan erat, yang teguh, yang berpanjangan dan bukannya sementara. Kita dapat hiburan lepas itu balik kita merasa sangat sakit hati. Ini sebab urusan harian kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Kita menjumpai situasi sedemikian yang kita sedang mencari jawapan.

Pertama kita menganjurkan program- program ini bukan melibatkan pihak pimpinan kerajaan semata-mata. Kita melibatkan sebahagian daripada program-program yang kita anjurkan, kerajaan, wakil-wakil parti-parti yang lain. Contohnya kalau hendak menyambut hari raya, sambutannya semua kita panggil, tidak ada pengecualian. Jadi, harus ada pembabitan semua pihak ke arah untuk menjadikan perkara ini menjadi satu landasan untuk menyatupadukan rakyat. Saya berharap Yang Berhormat Batu Gajah contohnya yang memetik tentang ada diskriminasi. Sebenarnya kalau kita lihat keupayaan masyarakat untuk menonjolkan diri dalam pelbagai bidang, tidak ada sekatan. Boleh tak saya minta kepada Yang Berhormat Batu Gajah contohnya menyebarkan seluas mungkin, yang memiliki Air Asia bukan orang Melayu. Kalau hendak sebut Ananda Krishnan seorang India yang terkaya juga. Berapa orang, orang Melayu yang kaya di Malaysia ini? Perlu dilahirkan supaya semangat dan jangan memetik perkara-perkara seumpama itu yang boleh menimbulkan kadang-kadang kita katakan bahawa kita selaku pimpinan, nanti kita katakan tidak ada hak orang lain, ada orang lain.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Boleh Yang Berhormat Menteri ajar saya.

Penyertaan semua kaum dan daripada semua pihak dan memang saya tahu, saya akui ada sedikit sebanyak kegagalan dalam pencapaian. Contohnya dalam perkhidmatan awam, saya dahulu bekas Timbalan Menteri Pertahanan hendak meminta supaya kita bergabung dengan Presiden MCA, waktu itu dia Ketua Parti MCA, ketua pergerakan pemuda. Galakan supaya masyarakat Cina terlibat dalam perkhidmatan ketenteraan, kepolisian, perkhidmatan awam. Akan tetapi dalam program yang kita anjurkan tidak ramai yang menyertai ada sebab-sebab dia mungkin pertamanya oleh kerana ganjarannya yang tidak begitu mungkin dari segi gaji pihak swasta memberi pulangan yang baik, keselesaan mungkin tidak begitu. Jadi, itu sebahagian daripada perkara-perkara yang perlu kita atasi menyesuaikannya. Sehingga kita tingkatkan ada seorang daripada bukan Melayu kita naikkan pangkat sebagi dua star Major Jeneral, ada yang tiga bintang untuk memastikan sebagai contoh pencetus dengan izin, twin ties others to get into the system. Ini sebahagian daripada program...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya, itu masalah salah langkah diambil. Yang perlu adalah dasar ...kerana tidak puas hati kita beri satu, dua, tiga untuk bukan Melayu.

Yang Berhormat bukan dua, tiga kita katakan banyak, yang kita galakkan Yang Berhormat saya ingat saya hendak menjurus kepada Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab Yang Berhormat.

Di bawah Pelan Tindakan Rukun Tetangga 2006-2010, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.8 juta bagi tahun 2008 dan 2009.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Padang Serai bangun, Yang Berhormat.

Pemberian komputer akan dilakukan secara berperingkat dan buat permulaan sebanyak...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap, Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan lagi.

...155 buah komputer akan diagihkan ke pusat-pusat Rukun Tetangga di seluruh negara. Tuan Pengerusi, saya hendak habiskan ini. Boleh tidak? Nanti saya bagi kerana banyak perkara yang akan saya jelaskan. Saya akan bagi ruang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu, Yang Berhormat.

Ini yang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Berkaitan dengan tadi itu. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata Ananda Krishnan, Tony Fernandez tetapi tahu tidak Yang Berhormat Menteri bahawa Ananda Krishan, Tony Fernandez dan mungkin satu, dua lagi, mereka ini pemegang ekuiti paling banyak, daripada lebih 2 juta orang India di negara ini, adakah tiga, empat orang sahaja yang berjaya dan 99% daripada masyarakat India di negara ini, mereka semuanya tertinggal...

Orang Melayu pun sama.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian supaya penglibatan untuk mewujudkan satu...

Orang Cina pun sama, Melayu pun sama.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mahu cakap, bangunlah. Apa pasal ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskanlah, Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bangunlah, bangun, cakap. Saya bagi ruang. Bangun, cakap, cakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat, tidak boleh.

Saya boleh bagi ruang, Tuan Pengerusi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh.

Tuan Pengerusi, saya faham apa yang Yang Berhormat Padang Serai katakan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperbanyakkan lagi supaya hasrat bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir, hasrat Perdana Menteri sekarang, Pak Lah Badawi, sudah mahu tukar lagi – apakah langkah-langkah yang diambil supaya lebih banyak orang India dan juga

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

orang-orang yang bukan Melayu ini dilibatkan dan bolehkah kementerian wujudkan satu monitor system untuk mengawasi ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita bercakap dalam perpaduan, Yang Berhormat, bukan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya, perpaduan ini, kementerian ini. [Ketawa]

Yang Berhormat, itu cuma saya hendak petik. Sebenarnya banyak contoh. Yang saya hendak sebutkan bahawa kerajaan tidak mengetepikan kaum lain, mendorong kaum lain di peringkat perkhidmatan awam, di peringkat swasta. Kalau hendak sebut di peringkat guaman, contohnya, berapa ramai masyarakat India yang terbabit. Di Bar Council, contoh, saya petik ini, saya akan bagi datanya terperinci berapa jumlah dalam kepakaran kedoktoran berbanding dengan kaum- kaum lain. Masyarakat India tidak ketinggalan sebenarnya dan ini yang kita hendak sebutkan supaya sebenarnya apa yang berlaku di peringkat negara kita...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya cerita tentang apa yang dikata oleh Menteri.

Boleh tidak saya hendak beri penjelasan?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri selalu jangan lari tajuk. Saya minta apa yang Menteri kata tadi, sebut tiga nama, empat nama itu cukup kah? Setiap kali Perdana Menteri, setiap kali Menteri...

Padang Serai pun.

Padang Serai.

Padang Serai pun sudah berjaya.

Padang Serai, minta saya jelaskan. Bukan hanya dua orang sahaja. Bagilah saya sebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Hendak sebut doktor-doktor yang saya kenal. Banyak rakan saya yang dari masyarakat India yang menjadi pakar doktor. Di Subang Medical Center, di Pantai Medical Center. Hendak jadi guaman, banyak peguam adalah rakan-rakan saya dari Perak, dari Johor yang saya boleh sebut begitu ramai. Saya bukan hendak bagi contoh sebagai satu, dua, tiga sahaja dan saya tidak lari daripada fakta menyatakan negara ini tidak mengetepikan bangsa yang lain, yang kecil. Saya anak orang kampung, anak orang nelayan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat Menteri.

Juga mendapat tempat. Walaupun sekecil mana kaum yang ada tetapi kita diberi ruang dan peluang. Kita harus bersyukur ada tempat dia. Jadi ini yang saya hendak katakan, langkah yang dilaksanakan harus mendapat kerjasama daripada semua pihak. Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan kerana banyak perkara. Ini di peringkat Jawatankuasa, sebenarnya harus membincangkan tentang perkara-perkara spesifik dengan perbelanjaan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Kementerian ini tidak membabitkan tentang perkara-perkara yang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hulu Terengganu bangun, Yang Berhormat.

Keenam, penghayatan sejarah...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Menteri.

...Dan Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

...Sentiasa memberikan penjelasan tentang sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan di dalam sesi ceramah sama ada dimasukkan ke dalam modul kursus dan latihan pegawai jabatan mahupun Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga yang dianjurkan di peringkat negeri. Pada tahun 2008, sebagai contoh, sebanyak 1,500 kursus telah dianjurkan di seluruh negara yang memberi penjelasan tentang sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tujuannya adalah untuk memberikan pemahaman kepada para peserta kursus akan betapa pentingnya sejarah dihayati dan difahami agar ia memberi panduan dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini. Ini yang kita telah lakukan dan ini telah membawa hasil. Kalau di peringkat bawah sebenarnya, apa yang dikatakan tidak ada perpaduan, di peringkat kampung, di peringkat daerah, banyak kebaikan sebenarnya. Masyarakat tidak kacau-bilau. Tidak ada pertelingkahan, tidak ada yang kita katakan perbalahan di antara satu sama lain. It’s very much united, dengan izin, di peringkat bawah ini. Ketujuh, penerapan budaya Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan di kalangan anak-anak muda. Penerapan nilai-nilai budaya positif melalui prinsip kesopanan dan kesusilaan Rukun Negara memang menjadi salah satu agenda utama perpaduan. Penerapan ini dibuat melalui penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Semenjak penubuhan Kelab Rukun Negara pada tahun 2006, sebanyak 1,820 Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di sekolah-sekolah, 20 Kelab Rukun Negara di IPTA dan 4 Kelab Rukun Negara di IPTS. Matlamatnya adalah untuk menerapkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan yang berterusan diamalkan dan dihayati oleh golongan muda. Selain daripada itu kerajaan menerusi kementerian juga turut menekankan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni melalui Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Kempen ini turut disasarkan kepada golongan muda dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran dan Minggu Budi Bahasa di sekolah-sekolah dan IPT seluruh negara. Semua ini adalah usaha berterusan kementerian bagi melahirkan generasi muda yang bersopan-santun dan mempunyai nilai diri yang positif. Kelapan adalah cadangan agar sambutan Hari Kemerdekaan diteruskan. Terima kasih di atas cadangan ini kerana kerajaan sememangnya berhasrat untuk meneruskan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dari Arau pada tahun-tahun yang akan datang. Setelah diteliti, sambutan ini memang mampu meniup semangat patriotisme dan juga meningkatkan perpaduan kaum menerusi pembabitan semua pihak dalam pelbagai aktiviti pengisian yang dilaksanakan. Kesembilan adalah kesan Program Sambutan Hari Kemerdekaan dan cadangan pengisian yang lebih bersifat keilmuan. Pengisian Program Sambutan Hari Kemerdekaan tidak hanya tertumpu kepada pemaparan seni dan budaya sahaja tetapi ia lebih meluas dan pengisiannya merangkumi elemen penghayatan dan kesedaran kemerdekaan. Antara program yang dilaksanakan adalah program keagamaan dan majlis-majlis ilmu yang dilaksanakan dari 16 Ogos sehingga 16 September, sebagai contoh, program yang dilaksanakan adalah seperti Debat Kemerdekaan di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi, persembahan teater patriotik, Ekspo Merdeka, bacaan tahlil dan Yasin perdana di Masjid Negara dan juga di seluruh masjid-masjid yang ada kita galakkan di peringkat negeri dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Program keagamaan ini turut dilaksanakan oleh agama-agama yang lain, di rumah-rumah ibadat masing-masing. Kementerian mengambil maklum akan cadangan

untuk meningkatkan program-program keagamaan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun mendatang.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Kesepuluh, yang terakhir adalah penggunaan bahasa Melayu dalam Perlembagaan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta laluan.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Pasal kemerdekaan itu boleh...

Sekejap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jempol di belakang, Yang Berhormat.

Perlembagaan Persekutuan di dalam Perkara 152 meletakkan bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Justeru bahasa Melayu adalah medium yang terbaik dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan isu sambutan kemerdekaan dan Ambang Kemerdekaan, hari ini rata-rata rakyat ramai yang membandingkan tentang betapa bernasib baiknya Obama di Amerika berbanding daripada sesetengah rakyat yang duduk dalam negara kita. Dalam konteks ini, bolehkah kementerian menerangkan kepada rakyat bahawa nasib mereka lebih baik daripada Obama. Bermula daripada kemerdekaan negara kita, kita berikan kerakyatan, kita benarkan mereka mengundi, kita lantik dia dalam Kabinet menjadi menteri dan juga menduduki tempat-tempat yang penting dalam negara kita. Dan juga sesetengah negeri yang majoritinya dimenangi oleh suku kaum tertentu, kita benarkan mereka menjadi ketua menteri, malahan satu toleransi yang cukup hebat yang pernah berlaku dalam sejarah negara kita walaupun UMNO pernah menang besar di Pulau Pinang tetapi oleh kerana menghormati, UMNO benarkan suku kaum tertentu menjadi ketua menteri di negeri tersebut.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Nilai-nilai toleransi kaum dan juga asas-asas yang kita bina untuk membangunkan negara ini, bolehkah diserapkan sebagai modul penting kepada rakyat dalam menghayati hari kemerdekaan supaya rakyat kita sedar dan insaf?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kali ini saya tengok Yang Berhormat Jempol beranilah bangun bercakap. [Dewan riuh] [Tepuk] Selalunya, Yang Berhormat Jempol ini pengecut. Dia duduk, bising. [Ketawa] Tahniah, tahniah. Yang Berhormat Menteri...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang pertama itu Tuan Pengerusi, saya pertama. Akan tetapi, soal pengecut itu saya hendak minta tarik balik. Itu saya tersinggung.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya akan cari satu lagi perkataan gantikan ‘pengecut’lah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan panggil orang ‘pengecut’ dalam Dewan, Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tarik balik, ya. Akan tetapi, lain kali janganlah. [Disampuk][Dewan riuh] Berkelakuan yang tidak senonohlah.

Tarik balik!

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Sebab saya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan refer orang seperti itu, Yang Berhormat. Dalam peraturan mesyuarat, ada dinyatakan bahawa kita tidak boleh merujuk sifat-sifat seorang Ahli.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Saya tidak pernah berkelakuan tidak senonoh dan saya pun tidak pernah pengecut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, boleh memilih untuk tidak menggunakan perkataan-perkataan sedemikian, Yang Berhormat.

Tuan Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tarik balik.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik baliklah. [Dewan riuh] [Ketawa]

Tuan Pengerusi, tarik balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Telok Intan. Saya minta Yang Berhormat bersihkan perkataan tarik balik, ‘tak senonoh’...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tarik balik perkataan ‘tarik balik’.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tak. [Dewan riuh] Bersihkan perkataan ‘pengecut’ dan ‘berkelakuan tak senonoh’.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Okey, sudah tarik balik.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kurang berani.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ya, kurang berani. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, mengenai keagamaan adakah Yang Berhormat Menteri boleh mencadangkan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan, untuk mengadakan kelas-kelas agama untuk kaum-kaum lain di sekolah. Misalnya, di sekolah-sekolah kita ada kelas agama Islam. Mengapa tidak mengadakan kelas-kelas lain di sekolah-sekolah? Itu satu cadangan dan saya fikir kementerian boleh mengambil kira tentangnya.

Pertama mengenai dengan Ahli Yang Berhormat daripada Jempol. Saya kena ambil perhatian apa yang beliau telah cadangkan. Termasuk daripada Yang Berhormat Telok Intan, itu bukan di bawah bidang saya. Ia di bawah Kementerian Pelajaran. Di samping itu juga berhubung kait dengan di peringkat jawatankuasa ini baik kita juruskan supaya menjimatkan masa tentang perbelanjaan yang ada hubung kait dengan kementerian ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Apabila menyentuh isu bahas, terdapat Ahli Yang Berhormat khususnya daripada Ipoh Timur membangkitkan hal berkaitan bahasa di papan tanda. Perlu difahami bahawa selain daripada apa yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Kabinet telah bersetuju agar bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mana-mana perkara. Saya ingin menegaskan bahawa kita perlu berhenti mempolitikkan isu papan tanda ini. Kita perlu melihat implikasi penggunaan pelbagai bahasa dengan lebih teliti kerana sekiranya kita tidak konsisten dalam membuat keputusan, ia akan boleh mengelirukan identiti bahasa Malaysia itu sendiri. Walaupun kita sedar ini merupakan satu bidang kuasa di peringkat kerajaan-kerajaan negeri untuk meletakkan papan-papan tanda, tetapi tujuannya di peringkat awal papan-papan tanda ini untuk menjelaskan tentang hala tuju tempat dia. Jikalau hendak memperkembangkan bahasa bukan di situ. Memperkembangkan bahasa, kita galakkan di peringkat sekolah-sekolah untuk kita berbahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, bahasa Perancis. Manakala papan tanda ini khusus kepada pelancong yang kita katakan untuk menjelaskan hala tuju. Banyak negara yang kita buat lawatan seperti ke China, Amerika Syarikat, Spain, France, Germany atau Poland, mereka menggunakan satu bahasa untuk menunjukkan tempat. Ini kerana kita

tahu bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi negara ini. Perlu juga kita gunakannya dan manfaatnya sebagai satu landasan yang boleh mengikat perpaduan di negara ini. Kalau itu menjadi contoh, kita paparkan bukan hanya di dalam negara kita, ke peringkat pelancong pun kita katakan. Hendak menyatakan supaya kita paparkan kepelbagaian, dalam tarian kita libatkan. Bukan hanya dipersembahkan dalam perayaan- perayaan tertentu yang kita anjurkan di peringkat Kebangsaan, peringkat negeri bahkan di peringkat antarabangsa. Saya bawa ke pelbagai budaya yang ada. Dipaparkan di London, di Germany, di Spain, masyarakat China, masyarakat India, tarian-tarian masyarakat Melayu, masyarakat Kadazan kita bawa Sumazaunya sampai ke London untuk memaparkan ada kepelbagaian. Akan tetapi saya berharap, jangan nanti ada unsur-unsur perkara seumpama ini yang tidak menjadi masalah dahulu menjadi satu bahan politik yang akan menjadi perbalahan di antara pihak-pihak di peringkat negara kita.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduk dahulu.

Saya ingin menegaskan bahawa kita perlu berhenti mempolitikkan isu ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, kita perlu melihat implikasi penggunaan pelbagai bahasa dengan lebih teliti seperti yang saya katakan. Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 10000 – Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia di mana Butiran 100100 telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Silam. Pertamanya berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu dibuat oleh kraf tangan Malaysia di mana banyak program promosi telah dilaksanakan. Oleh itu tumpuan pembuatan hasil yang lebih halus perlu diberi perhatian. Tuan Pengerusi, kraf tangan Malaysia mempunyai program pembangunan usahawan untuk membantu para pengusaha kraf di kampung-kampung yang mengeluarkan produk berkualiti. Ia dilaksanakan melalui aktiviti bimbingan teknikal, latihan kemahiran yang dapat membantu pengusaha pengeluaran produk secara halus. Contohnya produk- produk yang dihasilkan telah dipilih oleh pengurusan Harrods untuk dipromosi dan dijual di gedung membeli belah tersebut pada penghujung tahun Februari 2009. Keduanya, mengenai pameran peranan kraf tangan dalam membantu golongan kurang upaya atau OKU. Kraf tangan Malaysia telah membantu OKU menerusi program latihan jangka pendek yang diadakan di bengkel-bengkel pengusaha, pembinaan dan pembaikan, penyediaan mesin dan peralatan serta penyediaan produk yang sesuai dengan keupayaannya. Program OKU ini dilaksanakan di setiap negeri termasuk golongan ibu tunggal, banduan dan penjara serta warga emas. OKU yang berminat dalam pembuatan kraf pada bila-bila masa boleh memohon dan berhubung dengan pihak kementerian dan kraf tangan Malaysia di setiap negeri. Sebagai contoh OKU yang telah diberi perkhidmatan dan kemudahan adalah dalam bidang menganyam perabot rotan manufacture di Kuala Selambu, kraf perak di Kampung Murak, Kelantan dan ukiran kayu seperti patung dan topeng di Pulau Teri, Selangor. Lain-lain bidang termasuk kraf seramik dan anyaman mengkuang.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin, bangun Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, ketiga menyentuh sama ada kraf Malaysia mengambil inisiatif untuk mengambil pakar-pakar kraf untuk mengajar pengusaha kraf supaya kraf dapat dipasarkan di dalam dan luar negara. Kraf Malaysia sememangnya telah melaksanakan aktiviti berkaitan.

Sebagai contoh, pihak kraf Malaysia telah mendapatkan perkhidmatan tenaga pakar dari Jepun, Indonesia, Bangladesh, Thailand dalam bidang-bidang tertentu supaya produk perusahaan kraf lebih berkualiti dan diterima di pasaran.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kementerian yang telah dapat mempromosikan kraf kita sehingga dapat dipasarkan di Harrods. Akan tetapi apa yang saya ingin cadangkan di sini, sebenarnya banyak kementerian yang telah menjalankan berbagai-bagai usaha bagi mempromosikan produk-produk yang bermutu daripada usahawan-usahawan luar bandar. Misalannya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selepas itu MITI, sekarang ini ada pula Kementerian Kebajikan pun ada buat. Pun ada buat, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kita tengok, kalau boleh keempat-empat kementerian ini mengadakan satu kerjasama yang rapat. Saya hendak bagi satu contoh semasa kita mengadakan pameran ataupun showcase SDSI di negeri Melaka yang lalu. Ia telah dapat menarik banyak sekali peserta-peserta dan juga orang ramai. Jualannya cukup hebat sekali. Akan tetapi, yang kita kurang adalah foreign buyers. Maknanya kita tidak ada kesefahaman dan kerjasama daripada kementerian lain yang boleh menarik pembeli-pembeli dan quality buyers dari luar negara. Saya hendak cadangkan kalau boleh, keempat-empat kementerian ini adakan satu kerjasama rapat supaya apa juga produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan tidak ada benda yang overlapping. Kementerian ini buat begini juga, kementerian ini buat begini juga. Apabila saya pergi ke satu pameran, kita sendiri lihat tidak ada kerjasama di antara kementerian-kementerian yang terlibat. Jadi itulah yang saya ingin cadangkan dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sememangnya ada kerjasama di antara kementerian dalam usaha ini adalah kita galakkan. Di peringkat Kabinet, memang kita tahu. Contohnya membincangkan apa langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam usaha membantu Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bagaimana membantu peruntukan untuk mengeluarkan kraf-kraf di peringkat luar bandar. Memang kita kenal pasti.

Contohnya pada dua tahun yang lalu bila kita membuat lawatan ke Keningau ada hasil kraf tangan di situ dan kita bawa ke peringkat pasaran. Cadangan dan syor yang dibawa oleh Yang Berhormat Jasin untuk dipertingkatkan kerjasama ini supaya ia dapat distrukturkan dengan disusun rapi untuk membolehkan supaya ada keberkesanan, itu salah satu cadangan yang amat baik. Tuan Pengerusi, produk pengusaha telah dibawa ke pameran perdagangan negara-negara Asian, Eropah, dan barat. Terkini usaha-usaha sedang dilakukan untuk bekerjasama dengan negara Uzbekistan khusus dalam bidang seramik dan tekstil. Keempat, adalah memulihkan aktiviti kraf di kawasan contohnya di Semporna, di kampung-kampung dalam usaha yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Silam. Dalam usaha memulihkan dan memajukan produk kraf tempatan, Kraftangan Malaysia telah mewujudkan projek satu daerah satu industri dan Projek Kraf Warisan. Melalui projek tersebut Kraftangan Malaysia menawarkan kemudahan bengkel, mesin dan peralatan serta mengadakan latihan kemahiran kepada tenaga kerja dalam mengeluarkan produk-produk baru dan produk-produk warisan. Di daerah Semporna, Kraftangan Malaysia telah memajukan semula perusahaan membuat perahu lepa di Tanjung Keramat dan Pulau Bum-Bum semenjak empat tahun yang lalu. Tuan Pengerusi, seterusnya adalah Butiran 040000 - Arkib Negara, di mana Butiran 040500 - Pengurusan Rekod Konvensional dan Butiran 040700 - Pusat Perolehan Pendokumentasian dan Pandang Dengar telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Silam. Pertama, menyentuh apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam pendokumentasian dan perekodan bahan maklumat negara. Arkib Negara Malaysia

mengamalkan pendokumentasian dan perekodan bahasa secara konvensional dan elektronik. Melalui Akta Arkib Negara 2003, Akta 629 yang menguatkuasakan pemuliharaan rekod kerajaan di jabatan dan agensi. Di samping itu usaha mengesan maklumat dilakukan secara berterusan dan mewujudkan daftar bahan. Pemilihan bahan atau maklumat persempadanan negara turut dilakukan. Di bawah seksyen 10, Akta Arkib Negara 2003 pelantikan pakar rujuk boleh dilakukan bagi usaha-usaha mendokumentasikan pengesahan dan penyelidikan bahan maklumat rekod negara. Kedua mengenai dengan peranan Arkib Negara dari segi penyiaran maklumat tentang sejarah negara khususnya bagi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda. Pada masa ini Arkib Negara Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak RTM bagi menayangkan peristiwa-peristiwa bersejarah menerusi slot Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara juga sedang membangunkan sebuah pusat pendokumentasian dan pemuliharaan bahan-bahan pandang dengar negara. Bahan-bahan ini kemudiannya akan disebarkan kepada orang ramai selaras dengan usaha untuk menjadikan pusat sumber penyelidikan negara. Ketiga adalah berkaitan pengumpulan fakta-fakta sejarah terutamanya di Sabah dan Sarawak. Akta Arkib Negara merangkumi juga pengurusan rekod konvensional di Sabah dan Sarawak. Ini dilaksanakan melalui cawangan-cawangan Arkib Negara di kedua- kedua negeri tersebut. Kerja-kerja pengumpulan fakta juga dilaksanakan melalui pendokumentasian dan pengumpulan bahan-bahan. Kajian juga akan melibatkan kerjasama daripada Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. Keempat adalah bagaimanakah peranan pusat pendokumentasian dan pemuliharaan bahan pandang dengar dalam memulihara filem-filem lama untuk tontonan generasi akan datang. Pusat pendokumentasian dan pemuliharaan bahan-bahan pandang dengar ini sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2009. Pusat ini menekankan kerja-kerja profesionalisme dari segi pendokumentasian bahan-bahan tersebut. Dengan ini adalah diharapkan filem-filem ini dapat dipelihara untuk kajian dan tontonan generasi akan datang. Kelima adalah persoalan, adakah Arkib akan diwujudkan di setiap daerah. Pada masa ini pihak Arkib Negara tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan cawangan di setiap daerah. Walau bagaimanapun Arkib Negara sedang berusaha untuk mewujudkan Arkib di setiap negeri. Penubuhan Arkib di setiap sekolah juga sedang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Keenam adalah isu berkaitan pertukaran nama Alor Setar kepada Alor Star. Setelah diteliti penamaan jalan ataupun perubahan nama tempat adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan ataupun PBT dan bukannya di bawah penyeliaan Arkib Negara. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 060000 - Perpustakaan Negara, di mana ia telah dibahaskan oleh Yang Berhormat daripada Parit Buntar, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Telok Intan dan Yang Berhormat Silam. Pertama berkenaan statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Parit Buntar yang menyatakan bahawa hanya terdapat dua buah perpustakaan desa di negeri Kelantan. Menurut statistik terkini yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia sehingga November 2008 sebanyak 1,089 Unit Perpustakaan Desa telah diwujudkan di seluruh negara. Daripada jumlah ini sebanyak 37 Unit Perpustakaan Desa telah dibina di negeri Kelantan yang meliputi 12 kawasan Parlimen daripada 14 kawasan Parlimen negeri Kelantan. Bukan dua, ia lebih daripada itu. Kedua, sekali lagi menyentuh statistik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar. Statistik yang diberikan adalah sebanyak 6,500 judul buku diterbitkan dalam setahun di Malaysia. Namun statistik terkini yang dikumpulkan oleh Perpustakaan Negara adalah secara purata sebanyak 12,000 judul buku yang diterbitkan dalam setahun di negara kita.

Ketiga, menyentuh sistem pinjaman buku menerusi internet supaya tidak perlu berbaris panjang ke perpustakaan. Dalam hal ini pihak Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membangunkan perpustakaan digital yang menyediakan perkhidmatan rujukan pinjaman, pemulangan, browsing, tempahan dan pendaftaran keahlian dari mana-mana tempat pada bila-bila masa tanpa perlu mengunjungi ataupun pergi ke perpustakaan. Keempat adalah usaha bagi memastikan budaya membaca dan perpustakaan menjadi wadah kepada penjanaan ilmu. Bagi memastikan budaya membaca dan perpustakaan sebagai wadah kepada penjanaan ilmu, kementerian melalui Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan di desa-desa yang dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan ICT. Sehingga November 2008 sebanyak 1,277 perpustakaan awam telah dibina di seluruh negara. Pelbagai aktiviti keilmuan dan program galakan membaca dilaksanakan secara berterusan di perpustakaan- perpustakaan di seluruh negara. Pihak kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai langkah bersepadu bagi meningkatkan amalan membaca di kalangan rakyat. Selain daripada menyemai amalan membaca, di institut pendidikan formal seperti di sekolah dan institut pengajian tinggi pihak kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga telah melaksanakan...

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Menteri.

Pelbagai program seperti pertandingan bercerita cerita rakyat peringkat kebangsaan Program Let’s Read Together, dengan izin, Program Buku Kawan Anda, Program Keharuman Buku, Program Jejak Maklumat, Sesi Bercerita Dengarlah Sayang, Program Literasi Maklumat dan Semarak Jawi. Satu lagi langkah strategik kementerian bagi menyemai amalan membaca di kalangan rakyat ialah mewujudkan Kelab Membaca Kebangsaan. Pihak Perpustakaan Negara menganggarkan pada penghujung tahun 2008 sebanyak 4,290 kelab membaca Sinar Pintar akan ditubuhkan di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan mencecah 34,320 orang ahli. Kelima adalah sasaran agar waktu pembukaan perkhidmatan perpustakaan dipanjangkan dan dibuka pada setiap hari, tujuh hari seminggu. Perpustakaan Negara Malaysia pernah membuka, membuat percubaan melanjutkan waktu pembukaan sehingga jam 8 malam. Walau bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan dan tidak ramai mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan pada waktu tersebut. Waktu pembukaan perkhidmatan di perpustakaan-perpustakaan desa pula dilaksanakan bersesuaian mengikut keperluan masyarakat setempat. Keenam adalah usaha menjadikan perpustakaan sebagai tempat pembentukan perpaduan dan tempat yang diminati oleh masyarakat khususnya golongan dewasa dan belia.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

[Bangun]

Perpustakaan Negara Malaysia bersama- sama Perpustakaan Awam Negeri dan JKKK serta badan-badan NGO akan mempertingkatkan program kemasyarakatan yang melibatkan golongan dewasa dan belia seperti penganjuran ceramah, forum, bengkel perpustakaan keluarga, pertandingan bercerita dan program membaca kegemaran saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila. Yang Berhormat Parit Buntar dulu.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasihlah kerana statistik yang saya bawa itu telah dapat, mungkin statistik yang lama kalau sudah capai 12,000 itu memang mengikut standard populasi di negara kita. Begitu juga mungkin dengan penambahan di perpustakaan desa. Cuma satu statistik yang belum dicabar lagi oleh Yang Berhormat Menteri ialah apakah ada statistik baru

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

peningkatan bahawa kajian terdahulu hanya dua buah buku sahaja yang dibaca secara purata oleh rakyat Malaysia setahun.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apakah statistik itu masih belum dicabar atau tetap kekal sebagai satu benchmark yang perlu diberi semangat kepada kementerian untuk meningkatkannya?

Yang Berhormat daripada Parit Buntar, kalau tak silap saya sebenarnya angka itu sudah pun meningkat lebih daripada dua naskhah buku setahun yang dibaca oleh rakyat negara ini. Perbelanjaan tentang pembelian buku-buku bacaan terhadap keluarga sudah pun meningkat. Saya akan maklumkan secara spesifik dan kita berusaha bukan hanya menggalakkan supaya jumlahnya tapi kandungan buku yang dibaca harus ada mutunya. Itu yang kita galakan, penerbitan buku-buku yang mempunyai ilmu pengetahuan diterbitkan oleh pakar-pakar oleh pihak-pihak yang mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menulis buku-buku dan dapat disebar luar oleh masyarakat di peringkat negara kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Maran bangun Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi...

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kepada kerajaan, kementerian dan juga PNM, Perpustakaan Negara Malaysia dan juga perpustakaan negeri dan daerah desa dan sebagainya kerana telah banyak membantu masyarakat luar bandar kita dalam menggalakkan membaca dan sebagainya. Cuma Yang Berhormat Menteri saya minta sedikitlah perhatian kalau boleh diberikan kepada kedudukan pegawai dan kakitangan di perpustakaan sama ada negara, negeri dan juga di kawasan-kawasan. Saya perhatikan kadang-kadang program-program kita untuk menggalakkan masyarakat membaca ini terbantut apabila ada pegawai-pegawai ataupun kakitangan yang tidak mesra buku, mesra masyarakat dan sebagainya dan tidak berminat dari segi menggalakkan masyarakat membaca. Patut kalau pada saya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, anak-anak ataupun masyarakat ataupun keluarga masyarakat dalam perpustakaan ini sepatutnya merekalah cemerlang kerana mereka berada dalam gedung buku yang cukup hebat tapi saya tidak tahu di mana. Saya minta kalau boleh kajian dibuat apakah anak-anak pegawai-pegawai dan kakitangan perpustakaan ini merupakan anak-anak yang cemerlang pencapaian akademik dan sebagainya ataupun sebaliknya. Yang kedua ialah saya minta supaya pegawai dan kakitangan kita lihat betul- betullah supaya mereka yang berada di perpustakaan ini kerana ini tempat yang cukup mahal. Pada saya buku adalah sumber ilmu yang cukup mahal yang boleh membentuk, membina, menentukan masa depan bangsa, agama dan negara tapi kalau kita tidak manfaatkan buku-buku ini, sudah tentulah sebaliknya yang akan berlaku. Jadi kita hendak supaya pegawai-pegawai dan kakitangan yang berada di sini adalah orang-orang yang betul-betul komited dengan tanggungjawab untuk menggalakkan masyarakat membaca. Kedudukan mereka ini Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya minta belalah sedikit kerana masih ramai lagi pegawai dan kakitangan perpustakaan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di negeri-negeri yang berjawatan kontrak dan sebagainya. Saya kira selagi manusia ini ada, selagi itulah ilmu perlu diperolehi, selagi itulah buku diperlukan dan juga dalam bentuk-bentuk lain seperti digital dan sebagainya. Saya harap dapat Yang Berhormat Menteri berikan perhatian dalam membela kakitangan di perpustakaan negara dan negeri-negeri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat...

Sambung sedikit tentang perpustakaan.

...Daripada Maran...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis bangun.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, berkait dengan perpustakaan ini saya mohon penjelasanlah daripada Yang Berhormat Menteri sama ada ada atau tidak penggunaan perpustakaan desa. Sebab saya lihat perpustakaan ini ada yang menumpang di bangunan pejabat penghulu dan sebagainya. Sebagai contohnya di Perpustakaan Desa Tanjung Mela dalam kawasan saya yang menumpang bangunan pejabat penghulu yang kecil. Jadi penghulu ini pula pejabat dia pun kecil juga. Lepas itu buku banyak, bahan-bahan bacaan banyak dan sebagainya sudah tak ada tempat hendak diletakkan. Jadi kalau boleh peruntukan untuk membeli bahan bacaan ini, ada juga peruntukan untuk membina bangunan perpustakaan terutamanya perpustakaan desa. Hasrat kerajaan itu memang kita alu-alukan dan setuju. Hanya mungkin pelaksanaan dari segi pembinaan bangunan perpustakaan itu yang perlu ditekankan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Maran, Yang Berhormat daripada Lipis. Syor dan cadangan yang dikemukakan dari segi perkhidmatan dipertingkatkan dan jawatan kontrak juga diperbaiki sebagai dorongan supaya mereka ini dapat mempertingkatkan perkhidmatan supaya dapat membantu menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat membaca buku dan manfaatkan perpustakaan yang ada di peringkat bukan hanya negeri, di peringkat desa supaya ini sebagai satu landasan yang sebaiknya untuk membolehkan masyarakat kita lahirkan masyarakat yang berilmu. Insya-Allah kita akan laksanakan cadangan yang baik yang telah dikemukakan termasuklah cadangan Yang Berhormat daripada Lipis. Sememangnya kita ada rancangan pembinaan perpustakaan desa, mungkin peruntukan agak terbatas dan itu yang saya amat mengalu-alukan syor yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Kementerian ini memberi banyak peruntukan untuk membolehkan kita melaksanakan program-program yang seterusnya. Tuan Pengerusi, saya ingin meneruskan ucapan penggulungan ini dengan menyentuh perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh Butiran 110000 - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Butiran ini telah pun dibahaskan oleh Yang Berhormat daripada Parit Buntar dan Yang Berhormat daripada Arau. Pertama tentang penyelewengan, tentang amalan perolehan perjanjian yang melibatkan RM29.98 juta di mana kontrak perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah FINAS. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan dalam perolehan peralatan FINAS. Apa yang berlaku sebenarnya adalah satu kesilapan teknikal dan silapnya ini sedang kita perbetulkan. Kedua adalah mengenai pembayaran royalti di mana para pelakon tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Pada hakikatnya amalan di dalam industri perfileman adalah berbeza dengan industri muzik . Di dalam industri perfileman, penerimaan royalti adalah penerbit atau pemilik hak cipta sesuatu karya. Manakala bagi program televisyen hak mutlak adalah dimiliki oleh badan penyiar. Royalti ataupun pembelaan akan bergantung kepada perjanjian yang ditandatangani di antara penerbit dengan pelakon berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian mengambil maklum akan pembelaan terhadap pelakon-pelakon ini. Ketiga, menyentuh langkah-langkah FINAS memasarkan dan mempromosikan filem-filem tempatan di peringkat antarabangsa dengan lebih baik. Pihak FINAS telah mengenal pasti dan menyertai pasaran antarabangsa yang sesuai untuk disertai oleh penerbit-penerbit filem tempatan seperti di MIPTV dan MIPCOM de Cannesdi Perancis, American Film Market di Los Angeles, dan Hong Kong Film Market. Filem-filem tempatan yang terpilih juga berpeluang untuk menyertai festival-festival filem yang berprestij untuk pendedahan seperti di Asia Pasifik Filem Festival, Bangkok Filem Festival dan Pusan Filem Festival.

Penganjuran Filem Festival Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) merupakan landasan terbaik bagi mempromosikan filem tempatan dan pada masa yang sama filem kita boleh bersaing dengan produksi luar negara. Pihak FINAS juga mengadakan usaha sama erat dengan pihak National Geographic Channel dan Discovery Channel bagi memasarkan filem-filem berbentuk dokumentari. Tuan Pengerusi, saya juga mencadangkan supaya langkah lebih agresif untuk memastikan kita dapat membantu FINAS dan juga industri ini di mana penyertaan kita contohnya di de Cannes di France supaya kita melahirkan networking yang begitu mantap dengan kita menganjurkan dan melibatkan lebih ramai golongan yang bukan hanya produser, pihak-pihak yang terbabit. Kemungkinan ini akan dapat kita lahirkan anak-anak tempatan kita yang boleh terlibat dalam pembikinan filem daripada Hollywood dan mereka akan menjadi seperti apa yang kita lihat Michelle Yeoh contohnya. Bukan hanya seorang, akan lebih ramai lagi rakyat tempatan dapat dilibatkan. Tuan Pengerusi, seterusnya adalah Butiran 030000 - Kebudayaan yang turut menyentuh Butiran 030200 - Istana Budaya. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan butiran ini adalah Yang Berhormat daripada Parit Buntar dan Yang Berhormat Sungai Petani. Pertama adalah memberi peluang kepada tokoh-tokoh sasterawan berkarya di Istana Budaya. Produksi yang dipertontonkan bukan daripada karya agung. Tanggapan Istana Budaya lebih bersifat komersial dan cadangan penubuhan panel penasihat. Istana Budaya sentiasa membuka ruang dan peluang kepada semua penggiat teater termasuklah daripada tokoh-tokoh sasterawan untuk berkarya di Istana Budaya. Semenjak pembukaannya, sebagai contoh Allahyarham Syed Alwi, kita berdoa mudah- mudahan roh beliau akan dicucuri oleh Allah SWT. Beliau pernah mementaskan teater Alang Retak Seribu dan teater Keris di samping penglibatan sasterawan negara Tan Sri A. Samad Ismail. Istana Budaya juga menyediakan skim insentif bagi membentuk penggiat teater untuk membuat persembahan dengan memberi pengecualian sewa panggung, bantuan kepakaran teknikal dan sebagainya. Panel penasihat sememangnya telah ditubuhkan di mana panel ini terdiri daripada tokoh-tokoh seni budaya, ahli akademik dan sektor swasta yang sentiasa memberi pandangan berkaitan dengan sesuatu seni persembahan. Bidang teater adalah sesuatu yang dinamik yang berkembang selaras dengan daya kreativiti dan nilai artistik yang tinggi supaya ia menjadi satu persembahan yang menarik dan menggamitkan perhatian penonton. Kedua adalah cadangan supaya Istana Budaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam menambah bilangan pementasan. Istana Budaya mempunyai dua panggung utama iaitu Panggung Sari yang mempunyai 1,300 tempat duduk dan Lambang Sari mempunyai 300 buah kerusi yang boleh digunakan untuk pementasan teater muzik dan tari. Walaupun bilangan pementasan adalah rendah, namun sebenarnya jumlah dari persembahan adalah tinggi iaitu lebih daripada 200 hari setahun tidak termasuk hari-hari persediaan persembahan serta penyelenggaraan teknikal.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Selain daripada Istana Budaya, terdapat juga panggung-panggung lain yang boleh digunakan oleh penggiat teater seperti kompleks budaya di negeri-negeri, panggung DBKL, panggung terbuka kraf dan lain-lain panggung swasta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Agak panjang Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sambung petang Yang Berhormat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditempohkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Menteri, ada usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11.00 malam ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 3 Disember 2008.”

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli- Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, minggu lalu didapati mengikut Hansard Tuan Yang di-Pertua mahu buat dua ruling tetapi oleh sebab kata saya tiada di sini, bukan saya sengaja untuk lari tetapi saya berada di luar negara. Akan tetapi semalam, hari ini saya tunggu-tunggu ruling dalam dua perkara harap boleh dibuat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, minta maaf Yang Berhormat, saya pun Timbalan Yang di-Pertua pun boleh minta maaf. Oleh sebab hari ini pagi tadi sebenarnya saya sepatutnya datang pukul 10.00 tetapi oleh sebab dikehendaki menemani Speaker daripada Saudi Arabia, buat courtesy call kepada Timbalan Perdana Menteri, jadi saya ditugaskan untuk buat kerja itu untuk Speaker itu. Jadi saya bersedia bila-bila masa sahaja Yang Berhormat sebenarnya dan insya-Allah saya akan buat sebelum tamat Dewan ini nanti.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bila? Tidak mahu nanti saya tidak ada di sini, dituduh saya sengaja lari. Esok?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu oleh sebab saya tidak dimaklumkan Yang Berhormat berada di luar negara. Dalam masa sebelum mungkin besok ataupun lusa Yang Berhormat, saya akan beri notis. Saya akan beritahu, komunikasi dengan Yang Berhormat dan juga dengan Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat untuk memastikan agar persoalan yang dibangkitkan dapat dimaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana saya telah mengambil masa daripada semalam sehingga pada petang ini. Saya beralih kepada Butiran 090000 – Balai Seni Lukis Negara di mana ia telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Persoalan yang ditimbulkan adalah bantuan kepada Balai Seni Lukis Sabah. Sebenarnya Balai Seni Lukis Sabah adalah di bawah naungan kerajaan negeri dan bukan tanggungan terus Balai Seni Lukis Negara. Namun dalam perancangan Akta Pembangunan Balai Seni Lukis Negara, akan diwujudkan klausa perundangan yang akan membolehkan bantuan Kerajaan Persekutuan terhadap Balai Seni Lukis Negara. Di samping itu, ada bantuan-bantuan yang lain bukan berbentuk kewangan, galakan pameran dan pertandingan untuk diberikan kerjasama oleh Balai Seni Lukis Negara untuk membantu para penggiat-penggiat dalam sektor ini. Tuan Pengerusi Butiran 070000 – Jabatan Pesuruhjaya Warisan telah dibahaskan oleh dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Jerai. Pertama adalah mendokumentasikan dan merekodkan bukti-bukti sejarah awal negeri Sabah. Sebagai contoh di Bukit Tengkorak di Semporna dan satu lagi tapak yang berusia 27,000 tahun. Sejarah awal di negeri Sabah telah pun dirakamkan dalam bentuk buku dan video. Antaranya rakaman Bukit Tengkorak dan Mansuli. Sebuah galeri warisan sedang dibina di kaki bukit, Bukit Tengkorak. Insya-Allah sebuah lagi galeri akan dibina di Mansuli pada tahun hadapan. Tapak-tapak ini selain dibangunkan untuk meningkatkan sektor pelancongan dalam dan luar negeri, ia juga memberi kesedaran tentang sejarah tempatan dan kesannya di rantau ini serta membina kecintaan terhadap warisan negara. Kedua, memohon untuk ditambahkan peruntukan kepada Jabatan Warisan Negara supaya Terusan Wan Mat Saman dapat dipelihara. Dalam hal ini pihak kementerian mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan. Pihak kementerian akan merujuk perkara ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melihat langkah-langkah pemuliharaan terusan tersebut. Tuan Pengerusi seterusnya adalah Butiran 050000 – Muzium Malaysia yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Ketereh. Hanya terdapat satu perkara yang dibangkitkan iaitu usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Muzium Malaysia bagi menaiktarafkan Muzium Negara dan bukan hanya mempamerkan tentang hantu. Alhamdulillah keseluruhan galeri pameran tetap di Muzium Negara telah dinaikkan taraf. Jabatan Muzium Malaysia sedang menaiktarafkan muzium-muzium di bawah pentadbirannya termasuk Muzium Perak di Taiping, Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Arkeologi Kota Kayang di Perlis dan di 15 muzium yang lain. Dari masa ke semasa, pelbagai pameran khas juga diadakan di premis-premis muzium dan juga di lokasi luar, outreach program. Pameran-pameran khas yang diadakan adalah atas pelbagai tema melibatkan koleksi dalam dan luar negara. Program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh muzium ini bermatlamat mendidik masyarakat, mencetus rasa sayang dan cintakan negara serta memperkukuhkan jati diri dan menjadikan muzium sebagai tarikan pelancongan domestik dan luar negara. Jumlah pengunjung ke muzium- muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 2007 ialah 2,018,058 orang dan dari Januari hingga Oktober 2008, jumlah pengunjung telah mencecah 1,325,402 orang. Saya mohon untuk beralih kepada Butiran 120000 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Silam. Pertama adalah dari segi fungsi

dan peranan ASWARA itu sendiri. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan merupakan satu wadah pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademi serta khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan. Bagi menjawab persoalan perbezaan Akademi Seni Kebangsaan dan ASWARA, sebenarnya ASWARA telah dinaiktarafkan sebagai institut pengajian tinggi selepas kelulusan kenaikan taraf oleh Jemaah Menteri pada 6 Julai 2005. Namanya ditukar kepada ASWARA selepas itu.

ASWARA bertanggungjawab melahirkan graduan-graduan yang berupaya menjadi penggerak, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni di peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah tinggi seperti Master dan PhD. Kedua, adalah pertanyaan mengenai bentuk penyelidikan dan penerbitan di ASWARA dan cadangan untuk meletakkan ASWARA di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi. Penyelidikan dan penerbitan yang dijalankan di ASWARA adalah berbentuk kajian akademik dan ada yang ditafsirkan untuk dipentaskan oleh para pelajar kepada para khalayak umum. Kabinet telah memutuskan ASWARA bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan kualiti pengajarannya serta pembelajaran di ASWARA diselia dan dikawal oleh Malaysian Qualification Agency atau MQA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ketiga adalah permohonan agar ASWARA diperkemas dan diubah kepada status universiti. Di bawah Akta 653, Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 telah pun memperincikan penubuhan ASWARA sebagai Badan Berkanun Persekutuan dan bertaraf universiti. Keempat adalah persoalan sama ada ASWARA boleh diwujudkan di luar bandar. Sebuah IPT seumpama ASWARA belum sesuai untuk diwujudkan di luar bandar atas pelbagai faktor yang tidak mengizinkan. Buat masa ini, tiada perancangan yang dibuat agar ASWARA boleh mempunyai cawangan di peringkat luar bandar. Akan tetapi dalam pada itu tidak bererti anak-anak luar bandar tidak mempunyai ruang dan peluang. Sebahagian besar daripada anak-anak penggiat yang terlibat dalam ASWARA ini kita latih terutamanya daripada anak-anak dari luar bandar.

Mohon laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis di belakang Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak bagi tahu di belakang berdiri itu, bukan saya.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai ASWARA ini, saya difahamkan bahawa sekarang ini ASWARA menawarkan program ijazah dan sebagainya. Ada program- program ASWARA ini yang belum lagi mendapat pengiktirafan daripada MQA dan menyebabkan para pelajarnya tidak dapat membuat pinjaman di mana-mana, oleh kerana kesan daripada itu. Setakat mana statusnya sekarang. Jadi menyusahkan pelajar dan sebagainyalah, kalau tidak dapat pinjaman duit poket.

Sebenarnya seperti yang saya sebutkan, kawal selia dari segi ijazah ini juga kita mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi maknanya pengawalan dari segi mutu pengeluaran itu memang anak-anak ini apabila mendapat sijil, ianya juga akan ditapis oleh Kementerian Pengajian Tinggi sama serupa seperti IPTA/IPTS yang lain. Walaupun kemungkinan ada di antara diploma yang kita tawarkan belum lagi mendapat pengiktirafan di peringkat luar seperti mata pelajaran yang lain seperti akauntan, law, business study. Akan tetapi kita yakin dalam masa-masa akan datang ianya akan boleh diterima pakai oleh semua pihak dan anak-anak kita akan mendapat ruang mencari nafkah menerusi hasil keluaran ASWARA ini.

Tuan Pengerusi, seterusnya adalah Butiran 02000 - Khidmat Pengurusan di mana ia telah menyentuh Butiran 020500 - Dasar dan Perhubungan Antarabangsa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Belud; (i) tentang kajian mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan; dan (ii) kajian mengenai kaum, etnik minoriti dan perancangan untuk mengkomersialkan melaksanakan kajian pada pihak-pihak di Sabah dan Sarawak. Kajian-kajian mengenai etnik Sabah dan Sarawak seperti kostum etnik Sarawak, penyelidikan mengenai adat resam dalam perkahwinan lima kaum utama di Malaysia, kajian indigenous ethnic community of Sabah dengan izin. Pihak Jabatan Muzium juga ada membuat kajian dan penerbitan dua buku bertajuk Rumah Tradisional Etnik Sabah di mana antara suku kaum yang dikaji adalah seperti Bajau, Bajau Laut, Bisaya, Balanini, Suluk, Murut, Dusun, Rungus, Iranum, dan banyak lagi yang lain-lain. Tuan Pengerusi, berhubung kait dengan perkara ditimbulkan mengenai dengan yoga juga ditekankan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis bangun lagi Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai dengan warisan tadi. Di sini saya mohon penjelasan apakah tugas dan bidang kuasa pesuruh jaya warisan sebenarnya mengikut akta 645, Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang kita telah luluskan dalam Dewan ini dan apakah pesuruhjaya warisan dan ketua jabatan warisan itu dialah orang yang sama, bertindan, maknanya dia sama. Soalnya adakah kementerian sedar hari ini iaitu timbul masalah perundangan dan pentadbiranlah, am di jabatan dan adakah kementerian bercadang untuk mengasingkan antara jawatan pesuruhjaya warisan dengan jabatan warisan itu sendiri, mohon penjelasan.

Yang Berhormat Lipis, saya mengucapkan terima kasih membangkitkan tentang kekeliruan tersebut. Sebenarnya tidak ada masalah yang timbul sehingga boleh menjejaskan usaha untuk menjalankan tugas sama ada pegawai-pegawai di peringkat atasan mahupun di peringkat bawahan. Memang kita tahu bahawa ketua pesuruhjaya warisan itu merupakan commission - pesuruhjaya warisan dan dia merupakan seorang yang pakar dalam bidang-bidang pemuliharaan dan pemeliharaan bukan hanya yang tangible, yang kelihatan ataupun non-tangible, dengan izin. Maka kita dapati bahawa tidak ada keperluan untuk mengasingkan kerana kita yakin bahawa ini tidak akan menimbulkan dari segi membantutkan usaha dalam melaksanakan tanggungjawab. Mungkin kalau pun ada isu-isu yang ditimbulkan tetapi perkara ini bukanlah perkara yang boleh sehingga menjejaskan perkhidmatan pesuruhjaya warisan selaku ketua di peringkat bawahan ini. Contohnya dalam usaha kita melaksanakan dan meletakkan kedua-dua bandar raya iaitu Melaka dan Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan dan telah dilakukan oleh pesuruhjaya dengan begitu baik. Saya amat berbangga dengan usaha ini selama tiga tahun dan ini satu kebanggaan kepada negara kita. Mudah- mudahan kita dapat pertingkatkan usaha yang murni di bawah tanggungjawab pihak jabatan warisan dan pihak suruhanjaya. Berhubung kait dengan isu yang ditimbulkan mengenai yoga, saya juga setuju dengan Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Sri Gading menyatakan bahawa ini merupakan satu bidang agama walaupun bukan di bawah bidang kementerian saya tetapi ada hubung kaitnya dengan isu perpaduan. Kita berharap ianya akan difahami bukan dengan niat yang tidak baik, cuma itu merupakan satu badan yang mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menentukan mana yang baik, mana yang tidak baik kepada umat Islam. Apabila Majlis Fatwa memutuskan bahawa ini baik kepada umat Islam dan ini tidak baik tidak bererti ianya akan menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jadi jangan disalah tanggap perkara itu bahawa ianya menyinggung mana-mana perasaan. Ini kerana kita tahu dalam kehidupan seharian dan selaku umat Islam kita

bertanggungjawab memimpin umat bukan hanya daripada awal dilahirkan sehingga ke akhir hayat perlu. Mungkin penyebaran ini ataupun caranya disalah tafsirkan tetapi saya yakin ianya sebenarnya bukan menjadi masalah sangat. Jadi jangan dikelirukan kerana ini untuk menentukan hala tuju ke arah mana selaku umat Islam akan menunaikan ibadat di muka bumi ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menarik balik sedikit tentang Bandaraya Warisan Dunia di Melaka dan Georgetown diisytiharkan. Di Bandaraya Melaka terdapat tiga kampung yang paling unik iaitu satu Kampung Tradisi, Kampung Morten yang satu kampung halaman Melayu dan juga satu Kampung Portugis, iaitu satu Portuguese Settlement dan satu Kampung Chetty yang satu unik di Melaka. Boleh saya minta penjelasan dari kementerian iaitu adakah rancangan yang khasnya untuk mempertingkatkan ciri-ciri warisan agar dalam ketiga-tiga kampung ini untuk memperkuatkan kedudukan kita sebagai bandar raya warisan. Terima kasih.

Yang Berhormat Kota Melaka. Memang kerajaan untuk menjaga, memelihara dan membangunkan kawasan ini akan berjalan lancar dan baik. Dengan itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sesi belanjawan pada awal tahun ini bila mana meluluskan peruntukan RM50 juta sebagai satu titik permulaan untuk membolehkan kita memelihara dan membantu kawasan-kawasan seperti di Melaka dan juga di Georgetown. Kita juga yakin bahawa ketiga-tiga kampung yang disebutkan tadi yang ada hubung kaitnya dengan adat warisan pihak Portugis, insya-Allah kita akan berusaha untuk menjaga dan memeliharanya.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Mohon penjelasan sikit. Sebut fasal warisan ini. Beberapa hari sudah Ketua Menteri Melaka ada menyebut dia hendak minta cerai dengan Pulau Pinang ini, dengan Georgetown sebab Georgetown dengan Bandar Melaka diberi listing warisan ini bersama. Saya ingin tahulah daripada pihak menteri apa kesannya jika berlaku salah satu daripada dua ini. Apakah dia memberi kesan kepada yang satu lagi?

Yang Berhormat Parit Buntar, mengenai dengan persoalan itu amat baik sekali untuk memberi penjelasan dan penerangan. Saya pun sudah nyatakan di peringkat surat khabar. Kita tidak boleh melakukannya secara berasingan. Bila mana saya mengajukan cadangan-cadangan ini sama ada pertemuan saya dengan wakil UNESCO di Geneva. Begitu juga pesuruhjaya kita bila mana mereka berunding di Kanada. Salah satu langkah yang kita telah letakkan dan kelulusan yang kita peroleh di peringkat Kabinet bila saya ajukan ialah merangkumkan kedua-dua tapak itu sebagai satu outstanding universal value, dengan izin. Maknanya tidak ada pemisahan. Dipilih Melaka itu oleh kerana merupakan satu negeri, satu tempat. Bukan semua tempat di negeri Melaka itu menjadi warisan. Ada sesetengah. Ada core zone dia. Ada buffer zone dia. Kita dapati bahawa ada unsur-unsur tapak pemeliharaan, tapak yang bersejarah seperti A’ Famosa, kampung yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka yang Portugis tadi. Itu juga ada merupakan warisan.

[Bangun]

Manakala Pulau Pinang ini merupakan satu port. Pusat pelabuhan dan dia bukan satu tempat warisan seperti apa yang didapati di negeri Melaka. Jadi ada perbezaannya. Akan tetapi kedua-dua bandar raya ini merupakan dua bandar raya yang terletak di Selat Melaka iaitu laluan dagangan daripada 1411. Maka inilah outstanding universal value yang ada di antara kedua-dua tempat ini. Jadi kita tidak boleh pisahkan dia. Kalau terpisah satu, maka batallah satu. Jadi itu yang saya katakan tidak mungkin kita boleh pisahkan Melaka dengan Pulau Pinang kerana kalau diasingkan, maka penarikan akan berlaku terhadap pengiktirafan kepada negeri Melaka kerana apabila kita mengajukan, ia merupakan satu permohonan yang bersekali.

Merupakan satu permohonan di bawah naungan dua bandar raya. Jadi saya berharap langkah-langkah. Saya pun sudah berbincang dengan Yang Amat Berhormat...

Hendak tambah sikit, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

[Bercakap tanpa pembesar suara]

...Ketua Menteri Pulau Pinang dan kita usaha ini untuk hendak mengatasi dan saya yakin setelah saya berbincang dengan wakil kerajaan negeri Melaka dan Pulau Pinang, kita boleh cuba untuk berusaha untuk memastikan supaya pihak UNESCO dapat membantu kita mengekalkan pengiktirafan ini. Apa yang penting kerjasama daripada kedua-dua pihak. Ia bukan hanya untuk kebaikan Pulau Pinang tetapi kita yakin ia juga akan memberi manfaat kepada negara kita.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi penceraian tidak timbullah, ya?

Penceraian sebenarnya kalau dari segi permohonan yang kita majukan, saya majukan ke peringkat UNESCO, susah hendak kita asingkan kerana kedua-dua bandar raya ini merupakan terletak di Selat Melaka dan Selat Melaka itulah merupakan asas yang kuat. Tempat yang bersejarah. Laluan dagangan daripada India, daripada Portugis, daripada negara-negara Eropah dan daripada China. Jadi atas dasar itu, agak susah bagi kita untuk memisahkan.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi cukup jelas sekali. Apa yang terjadi sebenarnya penerapan daripada UNESCO untuk World Heritage. Melaka dan juga Pulau Pinang diberikan secara serangkai. Apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka kepada kerajaan Pulau Pinang adalah semata-mata supaya kita dapat memastikan kawasan heritage kita ini tidak dicemari. Apa yang dibuat di negeri Melaka cukup bertepatan sekali. Kita buat Eye On Malaysia di luar kawasan daripada yang telah ditakrifkan sebagai kawasan heritage. Hendaknya negeri Pulau Pinang membuat yang sama. Janganlah hendaknya kawasan heritage ini, yang kita pugar, yang kita jaga janganlah hendaknya dibangunkan dengan apa juga pembangunan yang boleh merosak dan mencemarkan daripada heritage kita. Itu sebablah Kerajaan Negeri Melaka mencadangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang. Bukan kita hendak minta cerai. Kalau kita cerai maknanya dua-dua akan hilang taraf heritage. Jadi saya rasa penjelasan itu cukup jelaslah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jasin menjelaskan tentang pendirian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka dan saya berharap kedua-dua negeri akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk membolehkan kita menangani usaha untuk pemeliharaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, sudah habis.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, kita hari ini dengan esok saja. Esok hari Khamis dan kita tahulah hari Khamis biasanya tidak boleh sambung, Yang Berhormat Menteri.

Sudah habis. Okey. Jadi saya ingat setakat itu...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Kali terakhir. Tadi saya tunggu lama akan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab perkara yang saya bangkit khasnya mengenai asas dan isu-isu penting mengenai perpaduan. Apa rancangan kementerian Yang Berhormat ada mencadangkan supaya semua rakyat Malaysia khasnya Ahli-ahli Parlimen faham apa asas Perlembagaan khasnya apa yang kita minta Perlembagaan 1971 sehingga Yang Berhormat Jerlun boleh mencabar peruntukan sensitif yang melanggar hasutan. Adakah satu program supaya boleh mengajar Ahli-ahli Parlimen

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

faham apa dalam Perlembagaan supaya Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Jerlun tidak mencabar isu-isu sensitif dalam Perlembagaan dan akankah Yang Berhormat Menteri menasihati Yang Berhormat Jerlun supaya menarik balik dan meminta maaf supaya menjadi mitigation sungguhpun dia sudah langgar hasutan, kesalahan tetapi sebagai mitigation lah, boleh.

Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya kalau dilihat daripada sudut yang agak luas dan besar, saya ingat kita perlu memberi nasihat kepada semua pihak. Dalam usaha kita untuk memupuk perpaduan, bukan satu pihak saja. Kita dapati bahawa langkah-langkah penyatuan bangsa rakyat di negara ini perlu kerjasama daripada semua pihak. Kita harus tertib dan teliti dari segi pertuturan dan pengeluaran pernyataan kita. Kadang-kadang pandangan itu kita lihat bahawa ia bercanggah. Sebenarnya apa yang diterapkan oleh Yang Berhormat Jerlun bukanlah perkara yang baru. Ia telah diutarakan oleh Allahyarham Tun Razak lebih awal lagi. Bukanlah satu pencetus. Kalau itu dicadangkan sebagai satu pandangan daripada beliau, beliau mempunyai hak di Dewan yang mulia ini sebagai seorang Ahli Parlimen dan menyuarakan sebagai satu langkah yang boleh menyatupadukan. Tidak akan itu menjadi satu Seditious Act dengan izin, kalau sekiranya tidak menyentuh tentang masalah dasar-dasar program- program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Tidak menyinggung perasaan dari segi sehingga menghancurkan masalah kaum yang ada. Itu yang dicadangkan oleh beliau...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Sehingga semalam pun kita dengar bagaimana dia katakan tidak menghapuskan langsung. Kalau pun dia bagi pandangan, masukkan, dimestikan dan diwajibkan mata pelajaran bahasa Tamil dan Mandarin itu juga diajar sebagai satu komponen. Jadi saya ingat Tuan Pengerusi sudah pun bagi amaran kepada saya kerana masa yang singkat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sikit saja. Sikit saja mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak. Ya, kita tahu bahawa dasar pendidikan, Tun Razak Report. Akan tetapi oleh kerana apa yang berlaku perkembangan di negara kita, masa Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dia telah meminda Perlembagaan dan masa beliau menjadi Perdana Menteri ada kes Melan Abdullan vs Public Prosecutor di mana ada headline bahawa hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa dan sekolah Tamil ialah hasutan. Ini di bawah pemerintahan dan kerajaan Tun Abdul Razak. Oleh kerana masa itu sudah tukar keadaan dan ini kita perlu ambil perhatian supaya ini tidak berlaku.

Tuan Pengerusi, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membangkitkan isu berhubung kait dengan kementerian saya. Insya-Allah bagi pihak kementerian, saya akan melaksanakan sebaik mungkin untuk memastikan perkara-perkara berhubung kait dengan perpaduan tetapi saya yakin saya tidak akan mampu melaksanakannya dengan terbaik tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak khususnya Ahli-ahli Parlimen dan saya juga berhasrat untuk mencari usaha-usaha bagaimana untuk menyedarkan dan memberi maklumat kepada Ahli-ahli Parlimen tentang bagaimana pentingnya perpaduan sama ada menerusi ceramah ataupun penulisan buku-buku dan kita edarkan supaya semua pihak dapat memainkan peranan. Terima kasih banyak atas saranan dan pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM686,957,000 untuk Maksud B.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM686,957,000 untuk Maksud B.44 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM217,360,000 untuk Maksud P.44 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM217,360,000 untuk Maksud P.44 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.45 [Jadual] – Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2009] –Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45, di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri kerana memang sedia hadir untuk mendengar apa yang kami nak ungkapkan kepada Yang Berhormat pada petang ini. Pertama sekali saya ingin menyentuh Bekalan 45, Pembangunan 45 bagi Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia yang dianggarkan RM4,060,000 keseluruhan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkenaan dengan usaha-usaha kementerian ini untuk membangunkan usahawan-usahawan golongan belia. Bagi kawasan Parlimen di Sabah, selain daripada usaha daripada Kementerian Keusahawanan, pihak Kementerian Belia dan Sukan ini agak longgar sikit program yang kita lihat yang boleh kita lihat keberkesanannya untuk memperkasakan keusahawanan di peringkat-peringkat belia, di peringkat-peringkat akar umbi, di peringkat-peringkat kampung, di peringkat-peringkat daerah dan sebagainya, tidak berkaitan sama sekali. Jadi saya harap pihak kementerian dapat melihat ini sekali lagi dengan kalau boleh saya tahu Yang Berhormat Menteri selalu turun padang. Jadi oleh sebab kawasan Putatan ini adalah kawasan di mana letaknya ibu pejabat Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan, saya harap bukan saja di Putatan yang diberi tumpuan tetapi di kawasan- kawasan seperti Kinabatangan, Silam, Tuaran, Ranau dan semua kawasan di bahagian- bahagian pedalaman. Jadi ini orang kampung mahu lihat keberkesanannya daripada kementerian. Jadi saya beralih kepada Butiran 030200 - Latihan Kemahiran IKBN yang ada di Kinarut. Saya harap ini juga dapat disebarkan kepada persatuan-persatuan belia di seluruh negeri Sabah terutama sekali negeri Sabah lah, khususnya kerana letaknya IKBN ini di Kinarut. Saya harap kalau kementerian ini dengan butiran yang saya sebutkan tadi itu dapat di perkasa kan lagi supaya diperbanyakkan latihan-latihan yang menjurus kepada kemahiran terhadap keusahawanan golongan belia-belia ini. Jadi masalah Kepala Bekalan 050500 - sumbangan kepada badan-badan lain yang akan menelan belanja RM6 juta lebih. Jadi saya mahu soal, tanya kepada pihak kementerian, sumbangan kepada badan-badan lain ini kepada siapa? Adakah ini yang sebagaimana yang kita telah hujahkan terlebih dahulu iaitu pihak Menteri telah berjanji untuk memberi sumbangan kepada persatuan-persatuan NGO membantu Kerajaan Barisan Nasional untuk membanteras semua gejala-gejala yang tidak diingini seperti gejala dadah dan sebagainya. Seperti kursus-kursus motivasi kepada golongan belia iaitu terutama sekali jangan lupa Pasukan Pengakap Malaysia, kita harus juga memperkasakan pasukan pengakap ini di peringkat sekolah, walaupun ini dalam jagaan Kementerian Pelajaran tetapi saya yakin bahawa Menteri Belia dan Sukan ini dapat juga masuk kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan pasukan pengakap ini supaya pasukan pengakap ini dapat memberi imej yang bagus macam dahulu. Pada hari ini saya memakai neck tie pengakap.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi saya harap Menteri dapat memberi sumbangan dalam segi kewangan, dalam segi sokongan moral kepada persatuan ini. Saya juga mohon kalau pihak kementerian boleh memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada pihak-pihak NGO yang menjalankan kemasyarakatan seperti Lottery, GLC, Lion yang boleh memberi sokongan, khidmat kepada pihak kerajaan terutama sekali Ahli-ahli wakil rakyat di kawasan masing-masing. Jadi walaupun mungkin tidak banyak, setakat RM1 atau RM2 ribu kepada satu persatuan pada setiap masa, saya harap ini dapat serba sedikit dapat memberi satu gambaran yang baik kepada kerajaan kita. Jadi saya beralih kepada Pembangunan 45 iaitu bagi Maksud Butiran 006010 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri yang menelan belanja RM33 juta sahaja kepada seluruh negara. Jadi saya mahu tanya kalau ini ada termasuk kemudahan- kemudahan kompleks belia dan sukan negeri Sabah. Adakah ini juga termasuk kepada sumbangan kepada kerajaan negeri iaitu kepada Kementerian Belia dan Sukan peringkat negeri. Kalau tidak saya boleh minta sikit penjelasan daripada Menteri supaya kemudahan- kemudahan kompleks belia dan sukan di Putatan ini dapat ditambah lagi kemudahannya terutama sekali dalam alat-alat yang mungkin sudah lama, ada benda-benda, alat-alat sukan ini harus diberikan yang baru terutama sekali untuk futsal kawasan masing-masing. Saya sudah bertanya dengan Menteri, jadi masalahnya selalu dibangkitkan, alasannya ialah kesediaan tanah itu mesti ada yang diberi percuma daripada Jabatan Tanah Ukur ataupun di pejabat daerah. Jadi kalau boleh Menteri ini supaya menyenangkan sedikit, satu daripada syarat ini dilonggarkanlah. Kalau bilang pejabat daerah sudah katakan ini memang tanah tersedia untuk diberi pembangunan bagi kemudahan futsal dan sebagainya, janganlah bagi syarat yang terlampau ketat. Jadi satu lagi Butiran yang saya ingin sentuh di sini ialah Butiran 020070 – Kompleks Sukan Komuniti yang di sini hanya RM643 ribu sahaja. Jadi saya mahu tanya yang janji pada Ahli Parlimen yang dahulu yang menyatakan semua kawasan Ahli Parlimen, yang telah diumumkan oleh Menteri yang dahulu bahawa disediakan dengan kemudahan kompleks sukan komuniti di setiap kawasan Parlimen.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Jadi, janji itu belum ditunaikan lagi. Jadi ini hanya janji-janji bulan sahajalah. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri yang baru ini dapat melaksanakan supaya semua kawasan Parlimen ini dapat dibagi kemudahan yang sebegitu.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Minta, minta laluan...

Tidak cukup masa ini.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Tidak cukup masa?

Tidak apa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau hendak bagi masa, Yang Berhormat dah habis masa.

Bagi sama Yang Berhormat Labis, sahabat.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Putatan. Saya ingin menyambung apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan mengenai Kompleks Sukan Komuniti. Jika kita melihat kepada jumlah anggaran harga projek iaitu RM150 juta, setakat ini setengah daripada perbelanjaan pun tidak dapat dicapai. Oleh itu pada tahun 2009 hanya RM643,000 yang diperuntukkan. Saya juga ingin mengambil tahu sama ada projek mini stadium ini yang dijanjikan kepada rakyat kawasan Parlimen Labis akan diteruskan memandangkan bajet...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat berucap atau tanya dengan Yang Berhormat Putatan? Hendak tanya dengan Yang Berhormat Putatan, bukan Yang Berhormat Menteri itu.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Belum lagi Menteri. Saya ingin mendapatkan pendapat Yang Berhormat Putatan sama ada apa yang dijanjikan perlu dan harus diteruskan dan tidak patut ditukar walaupun Yang Berhormat Menteri sudah ditukar. Terima kasih.

Memang benarlah sahabat saya dari Labis. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya Tuan Pengerusi, insya-Allah saya akan menjadi menteri pada masa yang terdekat... [Tepuk] Walaupun tidak ada hasrat, tetapi kalau Menteri Belia boleh? Terima kasih sahabat saya dari Labis...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat...

Memang saya khuatir, kebimbangan saya ini RM643,000 memang tidak wujud. Janji itu memang saya percaya tidak akan ditunaikan, oleh kerana peruntukan yang disediakan ini hanya RM643,000 Tuan Pengerusi. Jadi saya haraplah kawasan-kawasan yang telah siap dibina kompleks sukan ini yang kami tahu diberi keutamaan kepada kawasan-kawasan Yang Berhormat Menteri sahaja. Jadi saya harap kawasan-kawasan Yang Berhormat Menteri ini harap jangan diabaikan janji kepada Ahli Parlimen terutama sekali kawasan yang betul-betul berkhidmat kepada rakyat, Ahli-ahli Parlimen BN sahajalah kalau boleh yang berkhidmat kepada rakyat. Kalau...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

...Kawasan pembangkang berkhidmat bersama kita, bolehlah kita bina. Jadi saya harap...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Masa sudah habis ya, satu lagi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tadi saya sudah bagi tahu dengan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri pun bekerjasama dengan saya, kita ada sembilan kementerian Yang Berhormat. Hanya hari ini dan esok.

Kalau begitu, terima kasihlah kerana dia benarkan pencelahan tadi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa pandangan secara ringkas dalam kita berbincang berkenaan dengan anggaran belanjawan untuk kementerian di bawah Maksud B.45. Saya terus kepada Butiran 030200 dan 00100 iaitu secara spesifik berkenaan dengan Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN. Kita perhatikan kedua-dua item ini iaitu di bawah pengurusan dan pembangunan menggabungkan RM112 juta dan RM359 juta menjadikan peruntukan anggaran yang diberi kepada Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBM sebanyak RM472,129,800. Ini menjadikan hampir separuh daripada peruntukan sebanyak RM1.1 bilion yang diberikan untuk Kementerian Belia dan Sukan diagihkan atau diperuntukkan khasnya Institut Kemahiran Belia Negara. Sudah tentu ada satu agenda yang besar yang sepatutnya di bawa oleh Institut Kemahiran Belia Negara dan berkenaan dengan itu juga Tuan Pengerusi, saya ingin membawakan fenomena yang berlaku dalam pembangunan belia yang khususnya kalau justification, dengan izin, yang kita bawakan peruntukan yang lebih besar kepada pusat atau Institut Kemahiran Belia Negara yang saya fikir khusus untuk melatih terutama kepada isu-isu kepimpinan dan pembangunan belia. Perkara pertama yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan kedudukan pengetahuan am dan juga pengetahuan asas kepada 13.8 juta penduduk Malaysia yang tergolong di dalam kategori belia, iaitu di bawah 40 tahun dan jika sekiranya kita mengambil kira pada tahun hadapan, kita akan menerima sejumlah 6 juta warga negara

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

kita yang sudah mencapai umur 21 tahun dan sudah tentu mereka ini akan menyertai satu langkah awal untuk melibatkan diri di dalam proses pembuatan keputusan politik di dalam negara kita, iaitu sebagai pengundi yang berdaftar. Ini menjadikan jumlah belia ataupun peringkat belia itu penting di dalam penentuan keputusan politik di dalam negara kita. Namun saya hendak bertanya kepada pihak menteri atau kementerian satu kajian yang dilaksanakan oleh satu institusi yang agak berkaliber, iaitu berkenaan dengan penemuan survey yang bertanyakan kepada golongan belia tentang aspek asas pengetahuan mengenai pentadbiran negara. Contohnya berapakah jumlah kerusi Parlimen yang ada di Malaysia, berapa jumlah Kerusi DUN atau Dewan Undangan Negeri di sesebuah negeri, berapakah jumlah kementerian, berapakah menteri, timbalan menteri apakah nama jabatan kerajaan dan sebagainya. Malangnya kita dapati golongan belia tidak sampai 10% mereka mengetahui tentang maklumat-maklumat asas tentang pentadbiran negara ini. Jadi kalau mengambil kira kebimbangan kita, tentang jumlah dan kapasiti pembuat-pembuat keputusan terutama keputusan berkenaan dengan keputusan politik, tetapi mereka tidak mempunyai asas pengetahuan ataupun tidak didedahkan dengan sebaik atau sekurang-kurangnya perkara yang paling asas tentang pentadbiran negara, kita bimbang keputusan yang akan dibuat oleh mereka ini tidak menepati atau mungkin tersasar daripada apa yang sepatutnya dibuat. Saya bercakap secara umum kerana kita lihat kebimbangan kita terhadap beberapa insiden berlaku di negara-negara jiran yang terakhir, yang mutakhir ini yang berlaku di negara Thailand, di mana golongan belia telah membuat keputusan untuk berkampung selama lebih daripada tiga bulan. Merampas dua lapangan terbang yang terpenting seterusnya melumpuhkan penerbangan, pentadbiran dan ekonomi negara Thailand. Kita bersimpati atas perkara ini dan seperti yang diberitakan pada hari ini dan semalam sebahagian besar daripada mereka yang melaksanakan tuntutan ini sebenarnya terdiri daripada golongan belia yang mereka sendiri tidak memahami apakah itu istilah demokrasi, mereka tidak memahami apakah sebenarnya fungsi lapangan terbang itu sendiri dan mereka tidak memahami interconnection, di antara isu yang dibangkitkan dan dengan apa yang telah berlaku selama tiga bulan di negara Thailand. Kita bimbang kerana asas ini tidak ditanam atau tidak disuburkan di kalangan anggota-anggota belia dan terutama yang akan menyertai proses-proses pembuatan politik tidak lama lagi. Kita bimbang perkara overwhelming terhadap satu isu akan menyebabkan mereka membuat keputusan sesama sendiri, dan itulah yang akan berlaku dan kita minta supaya proactive decision diambil oleh pihak kementerian dan saya lihat petanda yang tidak baik atau negatif ini telah pun berlaku sekian lama. Badan-badan NGO atau badan-badan kepimpinan belia dilihat semakin tidak aktif, semakin banyak dipengaruhi oleh badan-badan politik mahupun dipengaruhi secara langsung oleh individu-individu yang terlibat secara langsung terhadap keputusan politik seperti yang berlaku di negara kita, dan saya mengalami sendiri perkara ini sebagai seorang activist yang telah lama menyertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, seperti yang saya pernah ulang tidak berapa lama dahulu. Kalau boleh Tuan Pengerusi saya hendak minta secara jujur dan ikhlas kepada Menteri Belia dan Sukan supaya melihat perkara ini dan janganlah perkara ini berulang lagi apabila seorang yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam politik negara menggunakan NGO-NGO. Saya katakan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS tadi, memanggil semua pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam itu dan memberikan taklimat dan dengan terang dan jelas menyatakan, jangan ada pertandingan kepada jawatan- jawatan tertentu. Perkara ini dirujuk dan minta dipersetujui secara bersemuka dengan semua orang...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, bagi kah Yang Berhormat Rompin?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau Yang Berhormat bagi peluang, masa Yang Berhormat kurang.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Setengah minit.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Indera Mahkota sebab dia ini belum lagi diklon di mana-mana parti walaupun pada awalnya diklon tetapi sekarang ini nampak dia sudah banyak keluar dari kulit klonnya itu. Saya setuju pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya tidak tahu yang bercakap ini, Setiausaha Agung PAS ini tulen kah klon saya tidak tahu. Saya kata tuduh karang, saya malas tuduh lah.

Yang Berhormat Rompin cakap teruslah.

Apa ini? Hendak cakap bangun, jangan bisik-bisik.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sudah habis dah?

Saya hendak tanya Yang Berhormat. Saya sanjung pandangan Yang Berhormat bahawa anak muda itu tidak wajar kita manipulasikan. Pemimpin bermula dipimpin dari universiti. Tadi Yang Berhormat mungkin membawa satu andaian mengapa tidak kita pastikan supaya anak muda itu supaya jangan dipesongkan oleh mana-mana pihak. Macam baru-baru ini saya dengar IKD pun panggil. Saya dengar, betul atau tidak betul saya tidak tahu. Bekas Pengarah IKD itu masih ada di sini. Dipanggil juga penuntut universiti, dia cuba hendak bawa kepada pemikiran-pemikiran tertentu. Saya dengar bukan hendak tuduh sebab bekas Pengarah IKD ini ada. Dia walaupun bekas tetapi dia masih aktif lagi. Katalah, saya tidak tahu betul atau tidak.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih di atas...

Seperti Yang Berhormat katakan tadi salah gunakan di Thailand. Saya bersetuju, malangnya macam di Bombay sendiri dia salah gunakan tafsir ideologi. Saya ingat satu pandangan yang baik tetapi bagaimana dia akan adil kepada semua? Jangan hanya tuduh kerajaan, pembangkang, PKR apa kurangnya juga. PKR dan kuasa ini gabungan NGO-NGO dia kata. Itu badan ala nama PKR yang dikatakan kumpulan NGO-NGO, bukan kumpulan parti PKR. Ia tidak ada ideologi PKR, dia kumpulan NGO sahaja. Minta pandangan Yang Berhormat bagaimana kalau boleh jangan di salah gunakan, di poison, di tanamkan sikap benci kepada mana-mana pihak tetapi sikap sayang kepada semua, kepada negara. Saya minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya faham beliau kadang-kadang ikhlas tetapi kadang-kadang ada juga yang tidak berapa ikhlas itu. Namun, terima kasih. Sebab itu di awal permulaan saya katakan tadi kita melihat fenomena hampir 50% peruntukan untuk tahun 2009 kita khususkan untuk IKBN iaitu institut atau institusi yang secara langsung terlibat untuk memastikan perjalanan atau latihan kepada belia yang saya katakan kepada akan memasuki pasaran sebagai satu force baru dalam negara kita. Sebab itu, lebih daripada separuh atau lebih daripada 50% ini adalah satu keputusan yang besar yang kerajaan buat kerana ini adalah satu peruntukan untuk setahun. Bukannya untuk sebulan atau pun untuk beberapa bulan sahaja, peruntukan untuk setahun. Sebab itu saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rompin kerana membangkitkan ini, menekankan lagi kepada kepentingan peruntukan ini untuk digunakan sebaik mungkin. Saya hendak sambung sedikit berkenaan dengan pengulasan saya tadi iaitu berkenaan dengan bagaimana kita harus memberhentikan segera atau memberi peringatan segera kepada pemimpin-pemimpin politik supaya tidak langsung kalau boleh mencampuri secara langsung atau secara terus kepada pembuat-pembuat keputusan dalam NGO. Kalau benar kita hendak membentuk satu peringkat pembangunan belia yang subur dengan idealisme, dengan kekentalan sayang mereka kepada negara dan juga

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

kepada charismatic leadership yang hendak kita bangunkan untuk persatuan belia di masa akan datang. Saya minta supaya kementerian atau Menteri Belia secara spesifiknya supaya memberhentikan atau kalau boleh mengehadkan pengaruh ini. Saya tidak mahu lagi ada berita dari adik-adik kita, para belia atau pemimpin belia mengatakan seorang pemimpin politik, pemimpin parti politik memanggil AJK-AJK belia supaya tidak memilih sesiapa kerana hendak menentukan kedudukan itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis dah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini adalah satu pada saya bahana yang akan menjuruskan kedudukan belia negara kita ke lembah yang lebih berbahaya. Saya rasa kalau ini berterusan, mungkin perkara ini tidak mahu dilihat seperti mana yang berlaku di Thailand dan juga di Lubnan pada suatu masa dahulu melibatkan pemimpin-pemimpin belia. Perkara terakhir ...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, apabila saya minta Yang Berhormat habiskan, saya beritahu tadi sembilan kementerian lagi Yang Berhormat. Kita ada hari ini dan esok.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya minta Tuan Pengerusi, rakan saya yang seterusnya untuk mengulas sedikit berkenaan dengan masalah yang timbul di dalam Hindu Youth Council kebelakangan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 iaitu B.45 dan P.45. Butiran yang ingin saya bahaskan ialah 02007 - Kompleks Sukan Komuniti yang telah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Putatan. Saya juga ingin meneruskan dari apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Putatan iaitu memandangkan jumlah anggaran projek sehingga sekarang yang dibelanjakan kurang daripada setengah daripada RM150 juta, maka saya berharap kementerian dapatlah memohon atau mendapatkan peruntukan yang lebih supaya semua projek mini stadium yang telah dijanjikan dapat diteruskan memandangkan bajet masih ada. Saya juga ingin beralih ke Butiran 02100 - Kompleks Sukan Negara. Saya ingin tahu kerana jumlah anggaran projek ini adalah RM320 juta, di mana kompleks ini akan dibina dan berapa kompleks yang akan di bina. Apakah tujuan Kompleks Sukan Negara ini akan diadakan? Ini adalah kerana perbelanjaan sebenar dari tahun 2006 hingga 2007 hanyalah RM6.1 juta dan anggaran pindaan 2008 ialah RM3.83 juta. Untuk tahun 2009, ia adalah hanya RM5 juta. Maka, saya ingin faham sama ada kos-kos ini yang akan dibelanjakan adalah untuk mungkin memilih tapak atau mungkin untuk kerja-kerja konsultasi sahaja. Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 02110 - Kompleks Rakan Muda Daerah. Seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Indera Mahkota bahawa bilangan Pemuda akan mencecah enam juta pada tahun 2009 atau 2008. Oleh itu, lebih banyak aktiviti-aktiviti rakan muda perlu diakan. Untuk mengadakan aktiviti-aktiviti ini, adalah perlu supaya satu pusat diadakan untuk setiap daerah. Setakat ini, adakah matlamat ini telah dicapai oleh kementerian atau setakat ini berapakah daerah yang sudah disiapkan dengan satu Kompleks Rakan Muda Daerah. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk memberikan sedikit pandangan dan ulasan saya berkaitan dengan Maksud 45 iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Pengerusi, saya ingin mula-mula merujuk kepada 00601 - Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri. Saya sealiran dengan Yang Berhormat Putatan yang bercakap tentang bukan sahaja perlunya kompleks-kompleks belia dan sukan ini untuk negeri Sabah atau pun untuk kawasan beliau. Akan tetapi saya ingin bertanya dan menyarankan supaya kemudahan-kemudahan sukan diutamakan juga di peringkat-

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

peringkat yang lebih rendah, di peringkat-peringkat kawasan Parlimen, daerah dan sebagainya.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Kalau kita ingat sekitar 10 tahun yang lalu, dalam usaha untuk menaikkan keadaan ekonomi dan suasana muram 10 tahun yang lalu, program pembangunan yang pesat dilakukan dalam bentuk penambahan bangunan-bangunan sekolah. Saya lihat ini berlaku terutamanya di Kelantan dan hasil daripada itu maka kawasan-kawasan sukan, padang- padang bola hampir keseluruhannya dikecilkan, kalau tidak ditiadakan sepenuhnya untuk dibina bangunan-bangunan baru di atasnya. Saya tidak menafikan perlunya kelas-kelas baru untuk murid-murid tetapi hasilnya juga ialah kurangnya padang-padang permainan untuk bukan sahaja murid-murid sekolah itu tetapi boleh dikatakan keseluruhan anak-anak kampung, ketiadaan padang-padang bola. Jadi, saya ingin menyeru kepada kementerian Yang Berhormat Menteri supaya memikirkan tentang bagaimana kementerian mungkin terpaksa terlibat dalam mengambil alih ataupun membeli tanah yang sesuai untuk sukan bagi anak-anak muda kita di peringkat kampung. Itu harapan saya.

Boleh minta jalan sikit.

Oh, Yang Berhormat bekas Menteri, sila.

Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat. Tidak semestinya saya tidak bersetuju, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Tumpat, dalam suasana sekarang ini kita hendak mengembangkan ekonomi kita. Oleh kerana eksport kita akan terjejas akibat keruntuhan ekonomi Amerika, adakah Yang Berhormat bersetuju kerajaan memberikan peruntukan tambahan kepada kementerian bukan hanya membelanjakan untuk prime economy dengan izin, jalan raya sahaja tetapi infrastruktur untuk belia di peringkat grassroots. Saya bersetuju Yang Berhormat tadi. Kita tidak mahu hanya peruntukan yang ada, tambahkan. Kalau kerajaan hendak tambahkan peruntukan mengapa tidak tambah kepada pembinaan prasarana. Pada masa yang sama memangkinkan ekonomi kita, to prime our economy dan pada masa yang sama kita bagi juga kemudahan-kemudahan tadi bukan hanya bola tetapi juga sukan-sukan baru. Ada sukan-sukan baru yang diminati oleh anak-anak muda kita. Saya menyokong pandangan Yang Berhormat Tumpat tadi.

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin yang nampaknya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri daripada kawasan Bera ini. Saya fikir itu amat perlu dilakukan dan kalau boleh projek-projek itu dijadikan satu lagi di bawah kepala program pembangunan usahawan dan sebagainya supaya belia-belia dilibatkan dalam projek-projek yang akhirnya melibatkan penggunaannya oleh belia itu sendiri. Saya beralih kepada 00900 - Pusat Belia Antarabangsa. Peruntukannya bagi tahun akan datang sebanyak RM5 juta adalah agak besar. Saya pernah pergi ke tempat itu dan saya rasa kalau tidak silap ada juga bilik-bilik penginapan di Pusat Belia Antarabangsa ini. Permintaan saya dan soalan saya Tuan Pengerusi, ialah kalau kita lihat bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di bandar-bandar di luar negara, di Eropah dan sebagainya mereka ada konsep asrama belia, youth hostel, ada Christian Youth Hostel, Young Christian Youth Hostel, Young Women Christian Youth Hostel dan sebagainya. Saya ingin bertanya dan memohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sebagai satu cadangan, adakah Yang Berhormat Menteri dan kementerian bercadang untuk mewujudkan asrama-asrama belia ini. Misalnya kita mulakan dengan di sebuah negeri, di ibu negeri masing-masing ada konsep asrama-asrama belia ini bagi menggalakkan belia-belia kita melancong dalam negara dan dalam proses tersebut belia- belia kita mungkin akan dapat belajar hidup ini lebih berkesan lagi daripada hanya dalam bentuk kursus-kursus latihan yang diberikan sahaja. Jadikanlah asrama-asrama belia ini tempat penginapan yang bersih, murah dan yang mana mungkin kesempatan untuk belia-

belia belajar sama ada memasarkan ataupun sukan-sukan yang sesuai diberikan di asrama-asrama belia yang dianjurkan dan dibiayai oleh kementerian sendiri. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya fikir Butiran 04005 - Program Kepimpinan Belia Negara, peruntukannya banyak. Sekali lagi saya amat bersetuju dengan program-program belia ini diadakan oleh kementerian. Tinggal lagi saya berharap dalam pengalaman saya di peringkat kawasan Tumpat misalnya, sama ada ianya sukan, program-program lain ataupun program riadah, kita telah membangunkan di kawasan pantai itu untuk menubuhkan bukannya futsal tetapi apa yang dipanggil beach football pada istilahnya yang mana saya fikir ini adalah aktiviti- aktiviti walaupun mungkin dianjurkan kadangkala atas nama parti-parti tertentu tetapi sambutannya merentasi parti. Oleh itu saya tidak kira asalkan ianya dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri atau pusat dan ia tidak dihadkan kepada mana-mana pihak kumpulan atau parti sahaja.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mohon penjelasan sikit.

Tuan Pengerusi

Masa yang paling singkat ini pun ada juga yang mahu mencelah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Pengerusi, sikit sahaja.

Tuan Pengerusi

Sikit sahaja.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mengenai beberapa inisiatif yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi itu, di sini ada satu inisiatif yang baik iaitu di Butiran 00614 - Pusat Dataran Tinggi Lojing ini mungkin merupakan pusat sukan untuk menyesuaikan atlet kita dengan cuaca yang sejuk dan tekanan oksigen yang rendah di atas dataran tanah tinggi. Tidakkah Yang Berhormat Tumpat bersetuju bahawa dengan kos yang tinggi untuk membina mungkin lebih baik kita buat di bawah, di tanah rendah yang sudah sedia ada seperti di Bukit Jalil tetapi kita menggunakan teknologi supaya Dewan atau stadium tertutup itu boleh kita control temperature, boleh kita kontrol tekanan supaya seperti di dataran tinggi tetapi tempat yang sedia ada di tanah rendah. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih.

Saya menyokong dan cuba memahami pandangan sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Saya kurang fasih tentang, beliau seorang doktor, saya kurang fasih tentang selok-belok kesihatan, risikonya dan di samping saya menganggap bahawa usaha ini jauh lebih baik daripada cadangan awal dahulu untuk menggunakan Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak di London yang bernilai jauh lebih besar belanjanya daripada yang ini. Ini suatu tindakan yang baik dan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Krai juga perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Jadi, mengenai program kepimpinan belia dan sukan tadi, saya yakin jika kementerian mengetepikan politik kepartian dan benar-benar bertujuan untuk mengangkat belia saya yakin bahawa masyarakat akan memberikan sokongan dan saya yakin manfaat oleh program kepimpinan belia ini akan lebih besar kesannya kepada negara berbanding dengan apa-apa hasrat sempit, saya boleh sebutkan mana-mana parti politik sekalipun untuk menyalahgunakan khazanah belia kita untuk tujuan-tujuan terhad ataupun parti sahaja. Jadi, saya ingin menyatakan sokongan di samping mengharapkan supaya kementerian menambahkan lagi dan biarlah program-program itu benar-benar melibatkan belia seluruhnya supaya masalah yang banyak dihadapi oleh belia itu tidak lagi terus- menerus menjadi masalah besar negara. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya pergi kepada perkara spesifik dan ringkas. Pertama sekali merujuk kepada Butiran 00110 iaitu Program Pembangunan Kemahiran. Tuan Pengerusi, dalam usaha kita untuk memberi latihan kemahiran kepada belia kita perlu untuk mengenal pasti masalah pengangguran dan juga gejala yang telah

menimpa belia-belia. Saya perhatikan dalam proses pembangunan negara kita ini di kalangan anak-anak petani dan juga nelayan, belia-belia ini telah terlibat dalam minda moden tetapi bagi mereka yang tidak berkesempatan dan berkemampuan untuk terus belajar di pusat-pusat pengajian tinggi mereka ini terperangkap. Belia-belia ini tidak lagi sanggup dan mahu mengikut dan meneruskan jejak langkah ibu bapa mereka.

Kalau bapanya nelayan, petani mereka ini tidak mahu lagi bekerja sebagai nelayan. Mereka ini terseliput dengan pemikiran bahawa mereka ini dalam era moden tetapi mereka ini terperangkap. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk terus mencebur diri dalam masyarakat moden yang berkemahiran. Jadi apa yang terjadi ialah mereka ini terperangkap di kampung. Saya perhatikan bagi anak-anak nelayan di tepi pantai Tuan Pengerusi mereka ini terperangkap dengan izin, day another day, nowhere. Apabila mereka ini terkeluar daripada alam pembelajaran, dia orang tercicir daripada pelajaran; mereka ini terperangkap di kampung-kampung dan mereka menganggur. Apa yang terjadi ialah mereka senang untuk ditembusi oleh gejala sosial yang tidak diingini seperti di Sabah ini saya lihat sama ada masalah dadah ataupun gam yang terkenal di Sabah. Jadi kita lihat anak-anak ini berkeliaran tanpa arah dan sebagainya. Dalam hal ini saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merangka satu kursus yang khusus untuk menangani kumpulan belia ini. Iaitu terperangkap dalam gejala sosial, di mana mereka ini tidak ada tempat dalam arena moden dan juga mereka tidak mahu dia mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Jadi mereka ini terperangkap di kampung-kampung, menjelajah di pekan-pekan dan sebagainya. Ini perlu kita dengar kerana jumlah ini semakin hari semakin besar dan ini akan sudah tentunya menjadi masalah kepada negara. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00603 iaitu ini khusus Kompleks Sukan Tawau. Kita tahu Tuan Pengerusi bahawa tanggungjawab untuk membina kompleks sukan di negeri terutama sekali Sabah ini adalah tanggungjawab negeri Sabah. Akan tetapi kita terima kasihlah kepada Kerajaan Persekutuan kerana Kompleks Sukan Tawau ini telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan kerana kasihan pada negeri Sabah. Dalam konteks ini saya ingin mengambil perhatian Menteri bahawasanya di kawasan saya ini ada satu kompleks sukan yang sudah pun mula dilaksanakan di Kerajaan Negeri di Tuaran tetapi sekarang ini terbengkalai. Pertama sekali tanah yang dikenal pasti dan sudah pun RM1 juta telah dibelanjakan dan tidak dapat diteruskan oleh kerana kawasan itu tidak sesuai dilanda banjir. Kedua, Kerajaan Negeri nampaknya tidak lagi mempunyai bajet untuk kompleks ini. Bukan tidak ada bajet tetapi nampaknya semasa mantan Ketua Menteri Sabah dahulu beliau telah menarik peruntukan ini kepada Kudat dan ditinggalkan projek yang telah dilaksanakan terlebih dahulu. Jadi dalam konteks ini saya ingin merayulah minta belas kasihan kepada Menteri untuk mengambil kira dengan izin, RM1 million spend. Kontrak sudah dibuat tetapi tergendala jadi tanah itu kita akan bantu untuk menyediakan, Yang Berhormat. Yang akhir sekali ialah terima kasihlah kepada Menteri kerana baru-baru ini telah memberi peruntukan pembinaan futsal kepada beberapa kawasan termasuk Tuaran. Namun masalah dia ini ialah di Sabah ini bahan-bahan binaan telah naik begitu melambung dan peruntukan yang telah diberi itu tidak dapat mencukupi dan tidak ada kontraktor yang sanggup memulakan Yang Berhormat. Jadi saya merayu supaya satu peruntukan tambahan diberi supaya projek itu dapat dimulakan. Hingga hari ini tidak banyak projek ini dibuat kerana masalah ongkosnya. Jadi akhir sekali sebelum saya mengakhiri Tuan Pengerusi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana kita lihat beliau ini seorang yang betul-betul serius dengan kementerian beliau. Kerap kali turun padang dan kita mengharapkan bahawa masa depan belia ini akan dapat diperjuangkan di masa hadapan. Terima kasih.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa. Saya mahu mengambil giliran untuk membahaskan Bajet 2009 menyentuh Kepala P.45 Kementerian Belia dan Sukan. Meskipun seperti juga kementerian-kementerian lain yang di bawah tanggungjawab mereka terbahagi pelbagai perkara atau butiran. Namun untuk Kementerian Belia dan Sukan tentulah pembangunan belia dan sukan adalah keutamaannya. Selepas menyemak secara teliti bajet kepada kementerian ini, kita boleh mengesan tiga tunjang utama di bawah lingkaran tanggungjawab kementerian yang nampaknya gagal menumpukan kepada pembangunan belia dan sukan secara mikro atau terperinci. Kita sering bersetuju untuk kos pengurusan tidaklah terlalu tinggi dan nampaknya kos pembangunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan lebih tinggi berbanding kos pengurusan. Namun di bawah penanda baik kita juga harus dapat meneliti apakah aliran bagi biayaan pembangunan itu benar-benar disasarkan kepada aspek pembangunan sukan dan belia itu keseluruhannya. Tuan Pengerusi, meskipun kos pengurusan dapat dikurangkan kepada sekitar RM408 juta iaitu pengurangan sebanyak sekitar RM23 juta di samping anggaran perbelanjaan pembangunan pula meningkat dengan jumlah yang agak besar iaitu daripada sekitar RM550 juta kepada RM746 juta bagi tahun hadapan ataupun peningkatan sekitar RM194 juta. Peningkatan hampir RM194 juta ini pula sekiranya diteliti aliran yang dibelanjakan belum tentu dapat menggambarkan keseriusan kerajaan di dalam pembangunan belia dan sukan; terutamanya bagi menebus maruah negara di peringkat antarabangsa di dalam sukan yang popular. Antara persoalan pokok mengapa lapangan sukan kini lesu ialah kurangnya bakat- bakat baru. Oleh itu bakat-bakat baru harus dikesan di seluruh negara bukan sahaja dapat dilahirkan daripada Kompleks Sukan Bukit Jalil misalnya. Seraya itu saya ingin bertanya seperti mana Butiran di bawah 02007 – Kompleks Sukan Komuniti iaitu Dewan-Dewan sukan yang akan dibina di seluruh negara. Malahan kita meragui pelaksanaannya pada tahun yang lalu. Namun, anggaran bagi tahun 2009 sudah jatuh merudum berbanding 2008. Apa tidaknya daripada jumlah RM41 juta kini menjadi hanya RM643,000 sahaja iaitu pengurangan sebanyak 40 kali ganda lebih rendah. Saya kira tidak pernah berlaku pengurangan sebegini banyak bagi pembinaan Kompleks Komuniti. Sukan komuniti yang menjadi nadi sukan peringkat bawah sedangkan dalam masa yang sama bajet pembangunan bertambah. Tuan Pengerusi, di samping pihak kerajaan akan tetap menafikan bahawa pengurangan tersebut ada kena mengena dengan kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri tetapi tentulah dengan angka merudum begitu besar itu adalah antara sebab musabab mengapa pengurangan pembiayaan untuk kompleks sukan komuniti jatuh sehingga 40 kali ganda. Begitu juga apabila kita melihat betapa kerajaan tidak konsisten di dalam dasar yang mereka gubal apabila peruntukan Kompleks Rakan Muda Daerah atau KRMD, di bawah Butiran 02001 yang juga akan menjadi nadi kepada pembangunan belia juga dikurangkan lima kali ganda. Sekitar RM19 juta kepada hanya RM3 juta sahaja. Malahan ketidakseriusan tersebut menjadi lebih nyata apabila kita melihat bagaimana butiran di bawah 02000 – Pembangunan Belia dan Sukan meliputi enam perkara. Tiga daripadanya mengalami pengurangan peruntukan iaitu di bawah Butiran 020200. Pembangunan sukan juga sebanyak kira-kira RM200,000. Tidak mengapalah mungkin pengurangan tersebut tipis jumlahnya tetapi bagaimana dengan aspek di bawah Butiran 020300 - Pembangunan Belia yang mengalami pengurangan sebanyak sekitar RM6 juta. Lebih mengecewakan apabila menyentuh di bawah Butiran 02400 – Penyelarasan Rakan Muda yang mengalami pengurangan peruntukan sekitar RM32 juta. Tuan Pengerusi, contoh-contoh yang saya kemukakan ini adalah sebahagian daripada bukti bagaimana peningkatan jumlah peruntukan kepada kementerian ini bagi tahun hadapan tidak bererti ia dapat disalurkan kepada perkara-perkara yang menyentuh kepada pembelaan di peringkat bawah. Saya bimbang peruntukan lebih RM1 bilion dengan

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

penambahan besar akan hanya menjadi lubuk emas untuk memberi kontrak dan tender kepada syarikat-syarikat kroni untuk memperkasa konco-konco parti-parti pemerintah. Kontrak dan tender kecil mahupun sederhana seperti kemungkinan yang wujud di bawah Butiran 02301 melibatkan Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri iaitu daripada hanya sekitar RM35.5 juta kepada RM82 juta atau peningkatan sebanyak RM46 juta dilihat sebagai merupakan satu peningkatan yang terlalu mendadak.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Kita tidak mengerti mengapakah tiba-tiba peningkatan sebegini berlaku sedangkan semua kompleks sukan sudah dirancang dan dibina dalam tempoh waktu yang lama dan bukannya bangunan atau kompleks yang baru seolah-olah muncul dalam satu malam, saya juga gemar memanjangkan hujah ini dengan melihat Butiran 00200 iaitu menaik taraf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara IKTBN Sepang, penambahan belanja bagi tahun itu sebanyak RM20 juta, daripada tahun ini, jumlah yang diperuntukkan ialah lebih RM8.8 juta, tentulah menjadi tanda tanya kepada rakyat bagaimana tiba-tiba di saat peruntukan langsung kepada rakyat dikurangkan, tetapi peruntukan untuk permohonan yang melibatkan tender dan kontrak, naik mendadak di dalam kes IKTBN ini. Kenaikan berjumlah lebih daripada RM11 juta, ayuh kita bandingkan bagaimana tatkala kerajaan mampu untuk membina sebuah kompleks seumpama IKTBN, tetapi kompleks di peringkat daerah dan kampung terabai, bukti saya ialah di bawah Butiran 02001 - Kompleks Rakan Muda di daerah tadi. Tuan Pengerusi saya ingin merumuskan bahawa tatkala kementerian berbangga, kerajaan mendapat peruntukan tambahan bagi tahun hadapan, namun ternyata secara terperinci kelihatan di bawah peruntukan tersebut belum tentu menjamin kemajuan sukan dan belia. Peruntukan lebih RM1 bilion itu nampaknya sekali lagi digunakan untuk memberi kontrak dan tender kepada konco-konco parti pemerintah. Seperti mana yang lazimnya kita dengar, peruntukan sebegitu besar juga, tidak menjamin tidak berlakunya ketirisan, aspek sukan dan belia juga dari kaca mata pemimpin politik pemerintah hanyalah sekadar lubuk emas dan bukannya sebuah tanggungjawab kepada generasi muda. Kita tentu sahaja tidak mahu tanggapan begini terus menghantui hati nurani rakyat. Tuan Pengerusi, sekian saja. Terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya cuba akan selesaikan giliran saya dalam masa lima minit. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, saya cuma ingin membangkitkan tiga perkara, yang khusus, pertama ialah Butiran 020200, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi peluang kepada Kota Belud diberikan tempat untuk menubuhkan beberapa gelanggang futsal ataupun yang dipanggil gelanggang rakyat multisport ini ataupun serba guna ini, tetapi seperti mana yang dikatakan oleh Tuaran tadi, mungkin pihak kementerian tidak dapat menjangkakan bahawa di negeri Sabah ini kedudukan tanahnya ini tidak begitu sesuai. Ada kawasan-kawasan di perkampungan itu yang selalu ditenggelami air, ada enam kampung dan juga lokasi yang saya ingin nyatakan di sini yang mempunyai masalah di kawasan Kota Belud ini iaitu di Kampung Kagurahan, di Kampung Jawi-Jawi, di Kampung Pantai Emas, Kuala Abai, Kinasaraban dan juga di Tambulian, semuanya ini mempunyai masalah dari segi lokasi. Walaupun saya berterima kasih kepada Menteri kerana memberikan peruntukan dan cuba untuk menaik tambah kemudahan-kemudahan di kawasan saya, tetapi saya minta kalau boleh ditambah sedikit dari segi peruntukan dan jangan samakan jumlah itu dengan kawasan-kawasan di Semenanjung ini, itu yang satu. Kedua Yang Berhormat menteri dan Tuan Pengerusi, kos untuk special surface itu, permukaannya itu haruslah diambil kira dan diberi kepada kontraktor yang menjalankan projek tersebut, kerana sekarang ini seperti mana yang saya diberitahu oleh kontraktor- kontraktor itu, special coating itu dijalankan atau dibuat oleh kontraktor yang lain. Jadi ini tidak menambah keuntungan kepada kontraktor itu, maka timbullah masalah seperti di

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuaran, di mana kontraktor tidak sanggup untuk menjalankan projek-projek sedemikian. Itu satu. Keduanya Tuan Pengerusi berkenaan dengan satu persatuan yang begitu besar, persatuan belia yang begitu besar dan bermakna dan mempunyai sejarah yang cukup besar dalam negeri Sabah. Melahirkan banyak pemimpin-pemimpin negeri Sabah dari zaman dahulu sampai sekarang, saya tidak tahu sama ada Tuan Pengerusi pun juga adalah anak lahir daripada persatuan ini iaitu Persatuan Belia Kebangsaan Negeri Sabah atau SANYA, saya diberitahu bahawasanya telah pun deregistered kerana ada sedikit masalah dari segi compliance kepada ROS dan sebagainya. Saya minta kalau boleh kementerian mengambil inisiatif yang khusus untuk kalau boleh menghidupkan semula SANYA ini kerana SANYA ini mempunyai sejarah yang sinonim dengan negeri Sabah yang melahirkan banyak, Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan sebagainya dan kita minta supaya SANYA ini dihidupkan semula dan mereka- mereka yang bertanggungjawab yang telah memusnahkan masa depan SANYA ini mungkin diberi hukuman atau apa yang patut atau ditolak supaya SANYA ini dapat dihidupkan semula. Ketiganya dan terakhir Tuan Pengerusi ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dalam pembangunan sukan ini Butiran 020200 ini, Pembangunan Sukan. Saya tidak tahu, kita mempunyai training program facility yang cukup baik malah mungkin antara yang terbaik dalam dunia, dalam membangunkan industri sukan ataupun bidang sukan dalam negara kita ini. Saya cuma ingin bertanya sama ada kementerian mengambil kira atau memberikan penekanan yang khusus dari segi psikologi ahli-ahli sukan kita ini, kerana kadang-kadang walaupun pemakanan sudah cukup, training cukup, fizikalnya cukup, dengan kemudahan sukan yang cukup, tetapi aspek psikologi ini tidak diberi perhatian, itu sebabnya kadang-kadang kita menang satu gol misalnya, lepas itu kita kalah masa yang kedua, kita sudah hilang semangat. Tidak ada lagi semangat juang, senang mengaku kalah dan tidak mempunyai internal strength ini. Ini saya minta kalau boleh kementerian di samping memberi sedikit penekanan kepada fizikal, makanan, training, facility dan sebagainya, tolong ambil pakar- pakar psikologi untuk memberi kaunseling yang berpatutan kepada ahli-ahli sukan kita ini supaya tidak senang mengaku kalah walaupun dalam keadaan tertekan, mungkin kalah satu gol ataupun kalah satu set dalam badminton, tapi sampai ke penghujungnya berjuang untuk menaikkan nama negara. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Saya nampak ramai lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap, jadi kalau saya kasi 10 minit setiap seorang, semua akan bercakap, saya kasi lima minit seorang, supaya ramai yang boleh bercakap, okey, boleh?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, peluang lima minit ini, pertamanya, kita nak ucap syabas kepada beberapa acara sukan, cumanya dua tiga hari lepas, heartbreaking Yang Berhormat Menteri, kita punya doubles di Masters itu hampir-hampir nak menang tetapi seperti yang disebut oleh Kota Belud tadi, the last stretch itu yang kita really menyedihkan, malang bagi kita. Diharapkan komponen spiritual, komponen selain daripada fizikal dan juga material itu di tambah supaya ada kekuatan diri, kerana dulu pun masa beberapa peringkat kemajuan kita, kita panggil motivator untuk pasukan-pasukan ini untuk mencapai kemenangan, tapi sekarang ini sudah ada apa yang dipanggilkan ISQ, besides intelligence, emotional, spiritual, aspek pun kita berikan penekanan. Mengenai 04005 - Pembangunan Kepimpinan Belia, saya rasa kita gagal untuk mengenal pasti di kalangan anak-anak muda kita yang sekarang ini terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti yang tidak diingini, kita harus tahu bahawa mereka ini bukan bersendirian, mereka bukan bergerak atas inisiatif individu, tetapi sebenarnya mereka ini juga berkumpulan, ada kepala-kepala mereka yang kita sebut di Kelantan ini, Kepala Masam ini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Apakah tidak boleh kita menggunakan sedikit budi bicara untuk mengesan bagi setiap kumpulan-kumpulan anak muda yang kita anggap sudah terpesong ini, cari kepala- kepala dia dan kita peruntukkan secara yang tidak dihebahkan sangatlah, membawa mereka ini, ketua-ketua mereka ini kepada satu proses pembinaan kepimpinan supaya daya kepimpinan mereka itu dapat dijuruskan daripada memimpin aktiviti yang terpesong kepada aktiviti yang lebih bermanfaat. Jadi saya harapkan kementerian dapat memulakan usaha ke arah ini melalui mungkin dengan sedikit penyelidikan dan kemudian menganjurkan beberapa aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak muda ini

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Seterusnya saya rasa dalam program pembangunan usahawan di kalangan belia ini salah satu yang saya nampak potensinya besar ialah dalam bidang pertanian. Walaupun ia tidak glamorous, tidak menampakkan imej yang tinggi tetapi dari segi pulangannya saya rasa program pertanian ini baik. Tidak semestinya mereka masuk dalam program pertanian besar-besaran jangka masa panjang seperti menanam sawit atau pun apa-apa yang mengambil masa yang lama tetapi program tanaman kontan kalau mereka dapat dibimbing dan diberikan sedikit modal awal saya yakin dua tiga kali pusingan, mereka akan dapat berdikari, dan seterusnya menambah minat anak-anak muda dalam satu sektor yang bukan sahaja bermanfaat kepada mereka tetapi kepada manusia, kepada rakyat keseluruhannya di negara kita ini. Itu yang kedua. Yang ketiganya saya ada bertanya tambahan kepada Yang Berhormat Tumpat tadi mengenai pusat dataran tinggi Lojing. Sebenarnya saya bersetuju supaya ada satu sistem latihan yang boleh memberikan peluang kepada atlet kita sesuai dalam semua keadaan cuaca dan juga geografinya. Akan tetapi saya rasa dapat dicarikan pilihan di mana kosnya tidak setinggi kos yang disediakan untuk pembangunan tanah tinggi ini, mungkin kita dapat menyelamatkan kos di samping kita masih lagi dapat memberikan satu latihan yang baik kepada anak-anak muda kita yang terlibat dalam sukan yang saya contohkan tadi menggunakan teknologi supaya di mana-mana juga kemudahan yang ada kita boleh perbaiki, naik tarafkan supaya temperatur atau pun suhu dan tekanan dapat dikontrol sesuai dengan keperluan atlet ini yang bakal pergi bermain di mana-mana tempat di dalam negara kita. Tuan Pengerusi, Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada 020200 – Pembangunan Sukan. Saya ucap tahniah kerana Pembangunan Sukan ini mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri di mana di peringkat Jawatankuasa Kabinet dibincangkan dan saya difahamkan semalam ada mesyuarat. Saya ingin tahu apakah sebenarnya pendekatan-pendekatan terbaru terhadap sukan ini di bawah Jawatankuasa Kabinet Sukan ini, apakah jenis-jenis sukan. Setelah diwujudkan Jawatankuasa Kabinet ini apakah kejayaan-kejayaan yang telah kita capai dalam sukan sama asa di peringkat negeri dan juga di peringkat antarabangsa. Seterusnya tentang kerjasama di antara tiga kementerian iaitu KBS, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Saya lihat di bawah Pembangunan Sukan kita wujudkan sekolah sukan di dalam negara, contohnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, sekolah sukan. Akan tetapi sehingga hari ini Yang Berhormat Menteri, dulu kawasan Temerloh sekarang beralih ke Bera, saya tak nampak kejayaan ahli-ahli sukan yang dilahirkan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh ini. Saya juga tak nampak kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada sekolah-sekolah yang lain termasuk juga sekolah berasrama penuh dan sekolah di dalam negara kita. Seterusnya tentang Pembangunan Belia. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli belia ini akan menentukan arah tuju negara pada tahun 2013 di mana dua juta akan jadi pengundi di dalam negara kita. Disebut juga oleh Yang Berhormat Kuala Krai, ini kita kena tackle atau kita kena dekati, kenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu kepala MASAM, yang menjadi

penentu kepada arah tuju, kadang-kadang kumpulan-kumpulan di kampung-kampung. Akan tetapi saya hendak ingatkan juga kepala MASAM ini macam, Petaling Jaya Utara, Indera Mahkota, janganlah gunakan NGO-NGO ini untuk parti-parti pembangkang. Jadi kita hendaklah bersama-sama untuk memartabatkan belia dalam hasrat Kementerian Belia dan Sukan di dalam negara kita. Di bawah Pembangunan Belia juga saya dah lama tak melihat, mendengar ke manakah pergi MOIC, ke manakah pergi Belia 4B di negara kita, Majlis Belia di peringkat daerah-daerah. Apakah program-program keupayaan persatuan-persatuan belia di peringkat kampung yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri akan diberikan secara terus sejumlah RM2000 atau RM3000 setahun untuk memberikan peruntukan kepada persatuan-persatuan belia ini. Seterusnya kepada 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Diwujudkan Tabung Ekonomi Belia, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana beberapa juta peruntukan telah diberikan untuk membangunkan ekonomi belia tetapi setakat ini saya ingin tahu berapakah peruntukan atau kelulusan yang telah diberikan, yang telah diluluskan kepada belia-belia untuk membangunkan ekonomi masing-masing, di dalam bidang apakah selalunya ahli-ahli belia ini ingin tumpukan kepada permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank-bank yang telah ditetapkan. Saya percaya terdapat juga masalah-masalah tertentu yang diberikan syarat-syarat tertentu oleh bank- bank dan saya ingin tahu bank manakah yang begitu senang untuk belia ini berurusan supaya Tabung Ekonomi Belia ini dapat memberi kelulusannya. Seterusnya tentang 02004 – Program Pembangunan Rakan Muda. Saya ucap tahniah kerana setiap Parlimen ada Pusat Rakan Muda dan saya ingin tahu kejayaan- kejayaan apabila kelak atau Pusat Rakan Muda ini telah diwujudkan di setiap Parlimen, program yang telah dilancarkan, yang telah menaikkan semangat belia-belia terutamanya Rakan Muda. Yang terakhirnya tentang Kompleks Sukan Negara atau kompleks sukan di peringkat negeri dan juga di daerah. Di kawasan saya, Parlimen Kuala Krau ada pusat kompleks sukan di Jengka, begitu indah sekali tetapi kosong tidak digunakan. Rumah-rukah kakitangan, rumah-rumah jurulatih telah disediakan tetapi tidak diguna pakai atas alasan tidak ada peruntukan. Untuk kos-kos penyelenggaraan juga tidak diberikan. Saya percaya bahawa rakan saya tadi sebut kementerian ini telah mendapatkan peruntukan yang tinggi, saya ucapkan tahniah. Inilah pembangkang, kalau diberikan peruntukan yang tinggi, marah, peruntukan yang kurang pun dia marah. Jadi saya percaya bahawa kejayaan Yang Berhormat Menteri untuk mendapatkan peruntukan yang tinggi untuk menaikkan pembangunan sukan dan belia dalam negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat PJ Utara. Ahli-ahli Yang Berhormat, kadang- kadang saya terlupa nama. Siapa yang saya terlupa nama selalu itu, jarang-jarang bercakap. Sila, sila. Lima minit, lima minit. Ya, Yang Berhormat PJ Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan ini untuk mendapat sedikit penjelasan daripada pihak kementerian mengenai Butiran 010000, 020200 – Pembangunan Sukan di negara kita. Saya ingin tahu adakah kementerian akan mengambil satu keputusan yang benar-benar akan berkesan untuk menghapuskan pengurusan yang amat lemah terutamanya di peringkat negeri bagi persatuan-persatuan bola sepak di peringkat negeri. Kita pun ada baca dalam surat khabar hari ini bahawa Cabinet Committee telah mengumumkan bahawa ada sembilan buah persatuan di peringkat negeri telah berhutang sebanyak RM 4.8 juta kepada pihak pemain bola sepak di Malaysia peringkat negeri buat masa ini. Kita tahu kalau perhutangan kepada pihak EPF dalam majikan swasta, dalam masa dua bulan sahaja surat merah akan datang kepada majikan. Kalau tidak dibayar akan terus dibawa ke mahkamah. Kenapa perkara ini tidak berlaku terhadap persatuan- persatuan yang tidak membayar EPF pemain bola sepak dalam masa yang on time.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Adakah mereka diberikan pengecualian daripada undang-undang untuk membayar EPF sebab saya fikir EPF ini adalah amat penting bagi pemain bola sepak di negara kita ini. Bukannya pemain bola sepak di negara kita ini mempunyai gaji yang amat besar seperti di Eropah di mana setiap minggu kita buat kerja lima tahun, dia punya upah satu minggu ini. Pemain bola sepak di Malaysia ini tidak dibayar dengan wang yang terlalu lumayan dan saya ingin tahu adakah...

PJ, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Boleh saya...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Lima minit sahaja.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat tidak ada masa, saya bagi lima minit sahaja seorang ini.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Lima minit sahaja.

Saya tertarik dengan bola sepak.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya tahu tetapi kalau Yang Berhormat pun berucap lima minit, habislah masa saya.

Tuan Pengerusi

Sila, sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara teruskan.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya ingin tahu, adakah kementerian...

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Adakah kementerian akan mengambilkan satu tindakan yang benar-benar berkesan, saya ada dua cadangan di sini. Satu cadangan adalah supaya persatuan-persatuan bola sepak yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak di peringkat negara mesti sebelum mengambil bahagian perlu memberikan wang deposit pada satu tabung khas, yang diwujudkan untuk memberikan jaminan kepada pihak-pihak pemain supaya gaji mereka akan dibayar ataupun nombor dua kalau persatuan-persatuan ini tidak mematuhi undang-undang dan tidak membayar wang EPF kepada pemain-pemain, adakah mereka akan digantungkan secara langsung jawatan mereka ataupun dimasukkan dalam satu blacklist, di mana mereka tidak dapat menjadi pengurus ataupun mengambil jawatan di dalam persatuan-persatuan bola sepak di peringkat negeri dan juga negara pada masa yang tertentu seperti lima tahun kah atau tiga tahun. Saya agak kalau dengan cara macam ini mereka akan lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini, dan saya tahu masalah sudah lama sejak saya berada di sekolah menengah 20 tahun yang lalu, saya pun pernah ada dengar ramai pemain tidak dibayar gaji mereka, gaji tertunggak, EPF tertunggak dan juga selalunya kerajaan perlu memberikan wang bail out untuk memulihkan kewangan atau situasi kewangan dalam peringkat negeri. So, saya harap kementerian di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri akan dapat menyelesaikan masalah ini secara telus dan tidak akan kita dengar lagi dalam peringkat negeri, di mana pemain kita dan kita harap menarik bakal-bakal pemain yang terbaik sekali masuk bola sepak. Kalau bakal-bakal, murid-murid di sekolah selalu dengar gaji tidak dibayar, tak nak main bola sepaklah, macam itu. So, kita harap ada satu sistem yang baik dan kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti bola sepak negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang pertama ialah yang berkaitan dengan Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan, di bawah Butiran 020400 – Penyelarasan Rakan Muda dan Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Bagi perkara yang pertama Butiran 020200 – Pembangunan Sukan, saya mengambil kesempatanlah untuk mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di

atas segala usaha yang telah dilaksanakan untuk terus membangunkan sukan negara. Akan tetapi kita perhatikan masih banyak lagi tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti sukan negara ini. Saya hendak bertanya apakah tindakan dan langkah-langkah KBS supaya usaha- usaha untuk terus melahirkan ahli-ahli sukan di peringkat akar umbi ini akan menjadi agenda utama kepada KBS, dan agenda melahirkan ahli-ahli sukan bukan sahaja bergantung pada program-program yang telah disediakan oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi juga yang paling penting ia bergantung pada perlu adanya kemudahan-kemudahan tempat bersukan bagi belia-belia di kawasan kampung-kampung selain daripada di kawasan bandar-bandar. Adakah KBS mempunyai inventori kemudahan-kemudahan sukan di peringkat akar umbi dan adakah ia telah berjaya menepati hasrat menyediakan dan meningkatkan lagi kualiti kemudahan sukan di peringkat akar umbi? Ada satu perkara lagi yang saya hendak bangkitkan, saya pernah bangkitkan perkara ini sebelumnya ialah tentang janji Menteri KBS dulu untuk membina sebuah stadium sukan di daerah Kota Tinggi, apa sudah jadi? Saya selalu berjumpa dengan rakyat jelata yang ada di daerah Kota Tinggi ini dan mereka bertanya, apa sudah jadi kepada janji Menteri untuk membina sebuah stadium sukan di daerah Kota Tinggi. Bagi Butiran 020400 – Penyelarasan Rakan Muda, dahulu saya ingat lagi Yang Berhormat Menteri bila Program Rakan Muda ini dilancarkan ia telah menjadi igauan, siulan anak-anak muda belia. Begitu juga ramai anak-anak muda mendaftar menjadi Rakan Muda kepada 12 gaya hidup Rakan Muda. Saya hendak tahu setakat manakah kejayaan Program Rakan Muda ini setelah dilancarkan? Keghairahan yang pernah diwujudkan oleh Rakan Muda waktu dilancarkan telah menjadi sepi dan longlai seperti ketandusan semangat keghairahannya.

Tenggara ini Tuan Pengerusi, dia tidak boleh pakai baju merah, dia lekas marah.

Bukan marah dia membangkitkan rasa keghairahan.

Tuan Pengerusi

Sila teruskan.

Dan Tuan Pengerusi ia seolah-olah telah menjadi Program Rakan Muda sekadar terpaksa meneruskannya hanya kerana ia telah dilancarkan. Jadi saya minta supaya KBS dapat hidupkan kembali keghairahan 12 gaya hidup Rakan Muda ini agar anak-anak muda kita dapat terus mengukir jati diri mereka. Terima kasih saya turut menyokong.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Menteri Belia dan Sukan yang turut hadir pada petang ini. Pertama sekali dalam saya merujuk kepada ucapan Menteri pada 30 Mac yang lalu dengan tema “Merakyatkan Sukan” dan juga mahu belia dan sukan diseimbangkan. Ia bererti begitu bersungguhnya Menteri dan kementerian tersebut dalam usaha untuk menjadikan belia dan sukan ini seimbangkan dan digerakkan ke peringkat yang lebih baik. Butiran yang saya akan sentuh adalah Butiran 02100, Butiran 020200, Butiran 020300 dan Butiran 02400, berkaitan dengan belia sukan. Terus kepada penganjuran bola sepak tempatan yang menjadi hangat diperkatakan oleh semua pihak dan termasuk rakyat jelata dan kaki bola sepak semuanya sedang menunggu keputusan atau keputusan yang telah dibuat iaitu penarikan penyertaan pemain import untuk mengguna tenaga tempatan semata-mata dan kita melihat di sana sini terdengar pelbagai permasalahan yang timbul. Jadi kementerian harus menjawab, ia diserah kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Saya memohonlah kepada kementerian ataupun Menteri tersebut supaya duduk semeja dan berbincang semula kerana menimbul pelbagai soalan kepada kita apabila kejohanan diteruskan tanpa pemain import. Jadi akan menerima padahlah kepada pasukan yang johan menyertai AFC. Ini yang disebut oleh setiap pasukan-pasukan kerana

berhadapan dengan Liga AFC, kita berhadapan dengan pasukan-pasukan luar yang mempunyai pemain-pemain import. Sudah tentulah akhirnya bola sepak tempatan tidak ke mana. Kedua, berkaitan dengan sokongan minat anak muda apabila pemain import ini tidak dapat beraksi di dalam liga tempatan ia menimbulkan rasa kelesuan dan tidak berminat di kalangan anak muda. Ini perlu dilihat semula dan apakah alternatif ganti. Kita melihat dari sudut kewangan Persatuan Bola Sepak Negeri yang saya difahamkan hanya bola sepak liga super, Liga M diberi kepada RM250 ribu ataupun Liga Perdana RM180 ribu dan juga ahli bersekutu ATM dan PDRM RM100 ribu. Kita melihat kos yang begitu tinggi hari ini menyebabkan Pasukan Bola Sepak Negeri atau PBN yang terkapai-kapai dan sehinggalah kita melihat ramai pemain kita yang tidak dibayar gaji, tidak dicarumkan KWSPnya, income tax dan sebagainya yang menyebabkan pemain kita di akhir karier mereka, mereka bukan menjadi jaguh bola sepak tempatan, tetapi menanggung kerugian memilih profesion sebagai pemain bola sepak negara kita. Jadi saya pohon kepada kementerian supaya melihat semula kerancakan bola sepak itu perlu diperbetulkan semula dan dilihat dengan lebih teliti dari sudut manakah yang perlu kita ambil kira. Contohnya apabila kejuaraan ataupun kejohanan AFC diambil hanya dari sudut pasukan yang juara Piala Malaysia dan juga Piala FA, di manakah status kejuaraan Piala Liga? Apakah tidak layak bermain untuk AFC dan sebagainya. Kemudian dari sudut badminton BAM, saya mohon kepada kementerian melihat semula pemain-pemain baru untuk mengganti apa yang sedia ada dan kita ketandusan sudah banyak kejuaraan yang kita anjur sendiri terlepas di tangan kita, dan kita menjadi pemain tetamu juga kita kecundang. Ini keadaan semangat kesukanan disebabkan mungkin tidak ramai pemain tempatan yang bersaing untuk mendapat pemain nombor satu negara, menjadikan pemain kita lesu dan lemah dan kadang-kadang jaguh di kampung, bukan jaguh di luar kampung. Ketiganya berkaitan pembangunan remaja seperti disebut rakan- rakan tadi berkaitan dengan Rakan Muda yang menjangkau usia 18 tahun, yang mana kita melihat Rakan Muda ini lebih kepada politik kepartian.

Saya pohon supaya Rakan Muda diperkemas balik mengikut Rakan Masjidnya, Rakan Ramadhan dan seumpamanya. Ini kerana kita bimbang kalau Rakan Muda hanya di peringkat IPTA dan IPTS sahaja, bagaimana dengan anak-anak muda di pesisiran pantai yang kita panggil anak-anak kuala, anak-anak kampung pedalaman yang rata-rata kita tidak ada program yang disusun ke akar umbi. Kalaulah yang Menteri menyebut 200,012 orang peserta menyertai setiap program yang dianjurkan oleh KBS, satu angka yang cukup besar tetapi angka itu melibatkan pelajar-pelajar di IPTA, IPTS dan juga Kolej Komuniti. Akan tetapi bagaimana dengan anak-anak muda yang di kampung, yang saban hari mereka berhadapan dengan isu dadah, isu penagihan, isu rompakan dan isu merempit, lumba haram dan sebagainya. Ini beberapa perkara yang perlu dilihat kerana keseimbangan sukan itu perlu. Saya pohon kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya segera untuk memulihkan rohani mereka dengan kefahaman agama yang diterapkan supaya anak muda kita dapat kembali menjadi anak muda yang bermaruah sesuai dengan “Belia Cemerlang Negara Gemilang”. Ini iaitu tema hari belia. Saya merujuk kepada 020600 – Pentadbiran Negeri. Saya minta satu. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya bersatulah dalam hal ini. Ini supaya tidak melibatkan terlalu nampak sangat kepartian politik itu sehingga himpunan belia Kedah baru-baru ini Menteri sendiri turun tetapi tidak jemput Exco Bahagian Belia dan Sukan negeri. Ini menyebabkan orang tertanya-tanya apakah setiap kali kementerian di peringkat pusat ke negeri Pakatan Rakyat Exco tidak dijemput sekali. Apakah sukan pun kita hendak berpolitik di situ sehingga kita memisahkan kepentingan kita bersama untuk melahirkan atlet-atlet tempatan.

Tuan Pengerusi

Gulung Yang Berhormat. Sila gulung.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam membahaskan tentang butiran-butiran tertentu. Sebelum itu saya juga menyokong rakan-rakan yang lain bahawa Menteri Belia dan Sukan hari ini berbeza dengan Menteri yang sebelumnya... [Tepuk] Kita amat senang dengan Yang Berhormat Menteri kerana sering berbincang cara macam mana hendak membantu belia-belia. Tuan Pengerusi, kalau boleh kalau tidak ada percanggahan Menteri ini juga boleh digunakan sebagai satu stunt pasal oleh kerana ketinggian badan yang diperlukan oleh atlet-atlet sukan kita seperti bola sepak. Tuan Pengerusi, Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri, 00906 – Program Pembangunan Ahli Sukan Skim Kumpulan Ahli Sukan, 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa, 02007 – Kompleks Sukan Komuniti dan 02301 – Penyelenggaraan Kompleks Sukan dan Kegunaan Sukan- sukan Negeri. Semuanya ada sangkut paut dengan apa yang hendak saya bawakan. Adalah bahawa pemimpin sebahagian besar daripada rakyat Malaysia begitu mengharapkan atlet-atlet kita mempersembahkan satu kualiti atau mutu sukan-sukan yang kita sertai di persada seperti Asia dan juga dunia. Akan tetapi yang menyedihkan tidak ramai yang mengetahui bahawa ibaratnya bangunan yang melangit tinggi itu juga mempunyai foundation atau tingkat bawah yang bermula. Kita sangat-sangat mengharapkan dan membandingkan atlet-atlet kita dengan negara-negara Jepun, Korea yang dulu kita sering kalahkan dalam Pesta Bola Sepak Merdeka. Akan tetapi kita tidak pernah membandingkan kepimpinan dan kemudahan- kemudahan yang diberi oleh negeri-negeri atau negara-negara yang telah pun melonjak naik dan sampai ke tahap dunia. Kemudahan-kemudahan sukan terutama sekali bola sepak di negara-negara Jepun, Korea dan sekarang China dan juga Eropah tidak ada tolak bandingnya dengan kemudahan-kemudahan atau yang disediakan oleh negara-negara tersebut kalau dibandingkan dengan negara kita. Saya khuatir Menteri yang bertanggungjawab yang mempunyai kesungguhan, Menteri juga akan disalahkan kalau tidak ada atlet kita yang menyerlah di rantau Asia ataupun di dunia. Jadi, oleh itu kita tidak boleh lari daripada the basic. The basic facilities must be provided. Bukan sahaja kemudahan-kemudahan itu tetapi juga pakar-pakar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi tentang aspek psikologi, dietary, daripada segi pemakanan dan semuanya harus diambil kira. Saya juga terkilan dengan apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Dia kata masalah-masalah yang dihadapi oleh Persatuan-persatuan Bola Sepak. Saya pernah menjadi Naib Presiden Bola Sepak Malaysia dan pernah menjadi Presiden Bola Sepak di Sabah. Masalah-masalah yang kita hadapi I think di luar jangka Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. It is so easy to criticize, senang sangat untuk kita mencaci tetapi orang-orang yang telah menyumbangkan, I salute them. Masalah belanja misalnya negeri Sabah kita memerlukan sebanyak RM600,000 sebulan. Kita tidak mempunyai sponsorship, cuma RM500,000 setahun daripada FAM. Kita dalam kontrak setahun. Kalau kita darab RM500,000, RM600,000 darab dengan 12, I think Yang Berhormat Petaling Jaya Utara you don’t need a brilliant accountant untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi itu. Jadi, we must go to the basic. Jangan kita orang kata you pay peanuts, you get monkeys Tuan Pengerusi. They are expecting something like the lions or elephants but they want to pay peanuts. Jadi, saya berharap bahawa mereka ini supaya jangan mengkritik sahaja, tetapi memahami apakah keperluan-keperluan yang diperlukan. Misalnya di Australia, Tuan Pengerusi saya tidak segan mengatakan bahawa saya menghantar anak-anak saya sekolah di Australia. Oleh kerana Australia Tuan Pengerusi, dia mempunyai kemudahan- kemudahan yang sukan lima padang bola sepak, padang kriket, swimming pool bertaraf antarabangsa, heated swimming pool, di mana boleh panaskan waktu winter, waktu musim sejuk. Akan tetapi Australia yang mempunyai penduduk tidak lebih daripada kita, telah melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia dalam sukan kriket, renang dan lain-lainnya. Ia bukan

secara luck atau pun tidak dirancang tetapi ia dirancang dengan rapi, dengan kemudahan- kemudahan yang ada. Jadi...

Tuan Pengerusi

Gulung Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tanah Merah tadi mengkritik kerajaan sedangkan dia sendiri tidak faham. Apa yang perlu Yang Berhormat Menteri usahakan supaya... [Dewan riuh] Tidak mengapa, you have your floor tapi saya cuma untuk memahami bahawa janganlah ungkit tentang politik. Apa yang penting kita mencadangkan cadangan-cadangan yang bernas supaya belia-belia kita macam di kawasan saya Tuan Pengerusi kita membelanjakan berpuluh-puluh juta untuk pusat serenti tetapi tidak ada satu mini stadium yang dibangunkan di kawasan Kimanis.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Oleh itu, saya berharap supaya Yang Berhormat Menteri janganlah macam Yang Berhormat Menteri yang sudah-sudah, cuma berjanji sahaja tetapi tidak dapat menunaikan. Oleh itu, saya mencadangkan untuk kita melahirkan atlet-atlet yang bertaraf dunia dan kemudahan-kemudahan juga bertaraf dunia. Sekian, saya mohon menyokong.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya membahaskan atas P.45. Ingin saya merujuk kepada Butiran 00908, bersekali dengan 02301, 04005, 04006. Tuan Pengerusi, Program Pembangunan Ahli Sukan telah pun diwujudkan begitu lama. Namun, jelas atas pembaikan hasil daripada program ini menampakkannya tidak sebegitu cemerlang seperti mana yang kita lihat daripada ahli-ahli sukan yang telah dilahirkan pada ketika ini. Semangat dan dorongan yang saya melihat ahli sukan ini begitu rendah spiritualnya, begitu lemah bila diduga ataupun diuji kehebatan mereka. Motivasi yang dibuat dalam latihan perlu konsisten untuk kita melahirkan ahli sukan yang hebat. Dalam masa yang sama, ahli sukan itu perlu juga dibela seperti mana rakan-rakan beri tahu gaji tak dibayar, EPF tidak dipotong, SOCSO tidak dijelaskan. Ini yang menampakkan dalam sistem yang bercanggah dua.

Satu membenarkan, satu melanggar peraturan kerja dan dalam prospek ini saya mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya mengkaji semula dengan serius kepentingan dan kebajikan ahli-ahli sukan ini sekiranya mereka dinaungi sepenuhnya dalam kerjaya sukan, mereka perlu diberikan keutamaan dalam bentuk faedah bila mana mereka bersara. Kalau di luar pekerjaannya dikatakan EPF itu wajib, maka mereka juga dikategorikan wajib diberikan potongan untuk mereka bila hari tua dapat menikmati penghidupan yang lebih selesa atas sumbangan dan juga dukungan yang telah mereka berikan kepada negara. Tuan Pengerusi, merujuk kepada penyelarasan kompleks kemudahan sukan negeri-negeri seperti mana yang rakan-rakan telah pun utarakan, saya ingin merentasi komentar iaitu melahirkan para atlet yang hebat. Kebanyakan datang daripada mereka di pinggir kampung yang memerlukan diberi peluang yang terlalu banyak kedapatan banyak kompleks dan juga kebudayaan sukan tidak ada di kawasan-kawasan di pinggir kampung atau di pinggir bandar. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ingin mencadangkan mana-mana kemudahan-kemudahan kompleks yang ada tidak terurus dibaiki semula dan dikenal pasti program-program yang boleh kita memartabatkan dan memberi ruang kepada anak-anak kampung untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka. Saya juga melihat kepada sudut kemudahan secara up-to-date. Maknanya peralatan dan sebagainya perlu diberikan yang terbaik ataupun yang terkini

seperti mana kalau kita melihat daripada kayuhan basikal diberikan basikal yang sudah lapuk, yang tidak dipakai 15 tahun yang lalu diberikan kepada pelatih-pelatih berbasikal kita. Kita memerlukan teknologi yang sama taraf dengan negara-negara maju untuk melahirkan atlet-atlet yang ada konsisten wibawanya dan mempunyai jiwa kebangsaan dan negarawan yang begitu hebat dan di samping motivasinya, kita memerlukan juga kemudahan-kemudahan itu. Begitu juga dengan program kepimpinan belia negara apabila kita melahirkan belia, haruslah belia itu menjadi contoh kerana belia adalah pemangkin kepada kepimpinan negara yang akan mereka pimpin di hari muka. Program ini saya melihat dari sudut yang cukup baik yang mana ianya perlu diperbanyakkan supaya belia negara ini mempunyai kepimpinan yang boleh menjadi contoh dan mengetepikan fahaman negatif ataupun perangai negatif yang tidak boleh diterima dalam konsep belia positif atau belia madani. Seterusnya 04006 – Program Pembangunan Usahawan. Peluang dan ruang harus diberikan kepada rakan-rakan belia dan untuk memastikan bahawa ruang itu, kita kena bersikap adil kepada semua, tidak kira dari kelompok mana mereka datang, yang penting kesaksamaan dan peluang dan ruang itu wajib diberikan kepada semua untuk mereka menguji kehebatan, kepandaian dan kebijaksanaan belia itu sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian untuk menyokong bagi Butiran 020300 dan juga 020500 iaitu Pembangunan Ekonomi Belia dan Pembangunan Belia. Rakan-rakan telah banyak membincangkan aspek kesukanan belia. Saya ingin menumpukan kepada perkara ekonomi belia. Sebagaimana yang kita semua sedar kebanyakan belia di luar bandar, keadaan ekonominya, Tuan Pengerusi, adalah sangat rendah dan ini perlu pihak kementerian khususnya menteri mengambil perhatian yang serius kerana masalah ekonomi akan membawa kepada masalah keselamatan, masalah sosial dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya menjadi sebagai penyelaras ataupun master coordinator, dengan izin, bagi pembangunan ekonomi belia kerana pembangunan ekonomi dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kewangan dan pelbagai kementerian lagi yang menjalankan aktiviti ataupun mempunyai program-program perancangan peruntukan dan sebagainya dalam bidang masing-masing, tetapi Kementerian Belia dan Sukan ialah belia itu sendiri. Perkara mengenai belia itu dari segi ekonomi, Kementerian Belia dan Sukan mestilah menjadi koordinator ataupun penyelaras kepada semua kementerian yang melaksanakan program pembangunan ekonomi belia. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya mengadakan data bank bagi setiap daerah ataupun setiap kawasan Parlimen iaitu mengenal pasti semua belia di dalam kawasan Parlimen ataupun di daerah masing-masing dan data bank ini tidak sukar untuk diadakan sebab sekarang adalah zaman IT. Kita boleh ada database, biar berjuta bilangan belia sekalipun dengan satu tekanan butang sahaja, kita sudah dapat maklumat berhubung dengan kedudukan ekonomi belia di kawasan-kawasan ataupun di daerah-daerah atau di kampung-kampung

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Masa ada lima minit. Nanti pertanyaan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Setengah minit sahaja.

Setengah minit? Okey.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat setuju dengan saya

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

bahawa sehingga pada hari ini negara kita gagal sama ada industri belia pun gagal, industri sukan pun gagal, kita tidak ada beza... [Disampuk] Yang lain tolong diam-diamlah. Tutup mulut itu. Nanti sebelum saya kasi kena, tolong tutup mulut.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Salak tinggal satu minit lagi, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita gagal melaksanakan misi ke arah bagaimana memartabatkan sukan dan ke arah bagaimana memartabatkan belia.

Terima kasih, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Setujukah Yang Berhormat kementerian ini dibahagi dua? Kementerian Belia satu khusus untuk belia, Kementerian Sukan satu khusus untuk sukan.

Ya, saya fikir itu kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk membuat kajian sekiranya perlu banyak kerja yang dibuat, eloklah boleh tambah seorang menteri lagi. Saya mungkin ada chance kah, juga Kinabatangan untuk jadi menteri... [Ketawa] Salah satu daripadanya. Tuan Pengerusi, jadi saya ingin mencadangkan supaya perkara ini diambil perhatian dengan serius, bukan sahaja dengan cara dipanggil lip service, dengan izin, perlu ada perancangan yang rapi. Selain daripada kita mengadakan data-data ini, Kementerian Belia dan Sukan ini perlu mengadakan program-program pendedahan kepada belia tentang peluang-peluang ekonomi dan bagaimana untuk menguruskan ekonomi. Jangan berikan kursus seperti yang ada sekarang ini. Kursusnya mestilah bercorak hands-on di mana belia- belia ini akan mendapat bimbingan dan pertolongan daripada mula-mula untuk melaksanakan satu-satu projek ekonomi hinggalah kepada peringkat kejayaannya melibatkan product development, financial management, human resource management, marketing, sales dan sebagainya. Akhir sekali, Tuan Pengerusi, saya mencadangkan, negara kita mempunyai Majlis Ekonomi Negara. Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya seorang tokoh belia yang mewakili masyarakat belia duduk di dalam Majlis Ekonomi Negara itu. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ada dua point sahaja yang hendak dibawa. Pertama, adalah agak mengecewakan bahawa projek-projek naik taraf dan penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan di negeri Pulau Pinang oleh kementerian telah dibatalkan atau ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak spesifik. Kedua-dua projek itu adalah, satu, projek membina kemudahan dry scheme di PISA, Penang International Sport Arena. Kedua, projek menaiktarafkan Kompleks Sukan Bertam yang mempunyai padang hoki, nombor dan bumbung.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Kedua-dua projek ini, nilai itu tidak banyak iaitu cuma RM3 ½ juta sahaja. So, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan alasan kenapa projek-projek tersebut telah dibatalkan. Hal yang kedua yang saya hendak bangkitkan di sini adalah sikap ataupun attitude kementerian terhadap negeri-negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Ini telah diucapkan oleh beberapa rakan tadi. Terutamanya, di sini ada dua contoh di Pulau Pinang. Contoh pertama, Majlis Mesyuarat Tertinggi SUKMA. Pada 15 Julai 2008, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Mesyuarat Tertinggi SUKMA tanpa mengundang wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat iaitu keempat-empat kerajaan negeri baru yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat. Sukan ini tidak payah main politiklah sebab ini untuk kebaikan semua. Adalah diharapkan bahawa masa hadapan wakil-wakil kerajaan negeri boleh dijemput ke mesyuarat-mesyuarat ini.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Contoh kedua, adalah Majlis Perundingan Belia Negeri. Pada 14 Ogos 2008, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah memanggil satu Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri. Biasanya Majlis Perundingan Belia Negeri adalah dipengerusikan oleh Ketua Menteri. Akan tetapi mesyuarat ini ahli Kerajaan Pulau Pinang tidak dijemput. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan dan berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang hadir pada petang ini. Saya ada beberapa sahaja yang hendak disebutkan pada petang ini tentang perbahasan bajet Kementerian Belia dan Sukan ini. Yang pertama ialah 010000 – Pengurusan Belia. Saya hendak respons kepada Yang Berhormat Bukit Bendera tadi Tuan Pengerusi yang mengatakan bahawa sikap kementerian yang tidak mengambil endah kepada kerajaan PKR dan sebagainya. Saya berasa agak terkilan juga. Sebenarnya, saya mintalah kepada pembangkang bagi lima negeri ini. Apalah salahnya kalau kita bercakap dalam Parlimen di mana pun, kita berikan penghargaan kepada kementerian-kementerian. Ini tidak, setiap kali bercakap mula katanya, “Kecewa, gagal, kerajaan tidak berjaya”. Semuanya ke lain. Ini satu sikap yang cukup negatif. Apa salahnya kita berterima kasih kepada kerajaan yang telah melakukan banyak program? Selepas itu barulah kita ambil ruang untuk kita masuk. Inilah cara untuk berterima kasih namanya. Ini respons awal saya. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut beberapa perkara iaitu Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Kita baru-baru ini telah meluluskan satu akta yang baru dan saya difahamkan proses pendaftaran persatuan- persatuan belia ini telah berjalan sekarang. Saya kira dalam tempoh setahun sahaja. Cuma saya perhatikan akhir-akhir ini, agaknya pergerakan belia ini sudah perlahan Yang Berhormat Menteri. Saya mohon benarlah supaya diberikan perhatian. Ini kerana dahulu kita gabungan belia yang umurnya dewasa dan juga yang umurnya bawah 40 tahun. Saya minta supaya sesuatu dilakukan kepada belia ini kalau kita biarkan kerana mereka ini masa hadapan kita, masa hadapan negara dan juga bangsa, agama dan sebagainya. Jadi saya mencadangkan, kalau boleh selepas ini satu gerak gempur, gerak kerja yang khusus kita berikan kepada persatuan-persatuan belia yang baru didaftarkan ini supaya mereka sedar bahawa peranan itu amat besar. Bukan sahaja mereka hendak membangunkan persatuan itu sebagai persatuan tetapi sebenarnya kita bangunkan mereka itu untuk kepentingan masa hadapan negara kita sendiri. Yang keduanya ialah tentang penglibatan belia-belia Orang Asli. Saya perhatikan kerana saya terlibat khusus dengan persatuan belia Tuan Pengerusi. Akan tetapi saya perhatikan banyak agak ketinggalan sedikit belia-belia Orang Asli, terlibat di dalam persatuan belia, sama ada belia 4B, MOIC dan sebagainya. Saya ingin bertanya, setakat ini berapakah jumlah persatuan belia yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang telah didaftarkan. Kalau pun mungkin mereka bergabung dengan persatuan-persatuan lain, berapakah bilangan Orang Asli yang terlibat bersama dalam menyertai persatuan- persatuan belia yang telah ada di dalam negara kita ini. Yang berikutnya Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Belia akhir-akhir ini berdasarkan akta yang baru ialah 40 tahun ke bawah, kepimpinan belia. Akan tetapi lazimnya ataupun sebahagian besar, mereka ini ialah orang muda kita atau remaja kita yang baru keluar daripada pusat pengajian tinggi dan sebagainya yang dari segi latar belakang ekonominya sudah tentu tidak kuat. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian dan berterima kasih kepada kementerian kerana telah membuka balik peluang untuk belia berniaga di bawah kementerian yang baru ini; dengan beberapa syarat yang dilonggarkan dan cukup menggalakkan. Saya ingin tahu setakat ini berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada belia-belia yang memohon bagi menjalankan perniagaan di bawah skim ini. Berikutnya ialah Butiran 00601 – Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri- negeri. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri Belia, saya minta supaya

kementerian memberikan perhatian kepada kompleks-kompleks sukan belia yang berada di negeri dan juga di daerah. Tadi ada sahabat saya menyebutkan beberapa kompleks yang terbiar dan sebagainya. Saya ambil contoh di negeri Pahang, kita ada Kompleks Belia Negeri Pahang di Kuantan yang cukup besar dan mempunyai ruang-ruang mungkin pejabat dan juga bilik mesyuarat, dewan mesyuarat yang cukup baik untuk digunakan. Namun begitu, saya perhatikan sambutannya agak dingin dan banyak ruang-ruang tidak digunakan. Saya difahamkan kalau dalam ingatan saya selaku yang terlibat dengan belia ini, hanya MBM menggunakan, MOIC, JBB dan sebagainya. Akan tetapi banyak lagi ruang- ruang yang tidak digunakan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah serius yang diambil oleh kementerian bagi kita memastikan supaya bangunan- bangunan yang dibina ini dimanfaatkan sebaik mungkin khusus bagi belia.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Berapakah jumlah pendapatan yang diperoleh melalui dewan-dewan yang digunakan ini yang telah pun kita sewa kepada masyarakat umum yang juga memberikan pulangan kepada belia. Berapakah jumlah penyelenggaraan yang terpaksa dikeluarkan oleh Kementerian Belia dalam menyenggara bangunan kompleks sukan di Kuantan ini? Terima kasih Tuan Pengerusi dengan itu saya mohon menyokong.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan saya kesempatan untuk berbahas terhadap anggaran perbelanjaan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Butiran 020300 – Pembangunan Belia. Pada masa ini, kita tengok ada banyak masalah sosial antara belia. Ada geng-geng pemuda India, ada fenomena mat rempit, ada masalah pencurian, snatch theft dan sebagainya. Ramai di antara pemimpin kita termasuk BN dan juga PR, kita bincang berkenaan kita perlukan lebih polis dan penjara. Kita ada anggapan bahawa mereka ini kurang berdisiplin, kurang agama. Kita juga salahkan ibu bapa mereka. Katakan, ini masalah kekeluargaan, tidak ada quality times dengan mereka. Saya mahu membawa dua perkara yang jarang dikaitkan dengan masalah sosial dan jenayah di kalangan belia kita. Saya harap ini dapat dipertimbangkan oleh kementerian. Kita tengok adakah kita boleh mencipta kaedah yang lain untuk mengatasi masalah? Satunya ialah kesan polisi ekonomi Malaysia untuk menarik pelabur asing dan memakai polisi gaji rendah dan mengimport beribu-ribu pekerja asing telah membawa tekanan yang besar kepada pemuda kita. Mereka sukar mendapat pekerja. Majikan lebih berminat memberi kerja kepada pekerja asing kerana mereka ada gaji yang rendah dan senang di kontrol. Jikalau belia kita dapat kerja pun, gaji rendah. Setakat ini di Sungai Siput, hanyalah RM18 sehari. Jadi sebulan hanya sampai RM460 sahaja. Begitu juga mereka mesti mengelakkan daripada suara bantahan mereka. Mereka terpaksa merendahkan diri untuk bekerja. Jadi untuk seorang pemuda di Ipoh, katakan yang tidak berpelajaran tinggi. Jika dia bekerja di kilang, dia hampiri sebagai seorang hamba yang gaji sebegitu rendah. Akan tetapi kalau dia bekerja sebagai bouncer untuk night-club atau untuk seorang ah long, taraf dia lebih tinggi. Gaji dia lebih baik, orang pun hormati pada dia.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi ini pilihan untuk remaja India yang tidak berpelajaran tinggi. Jadi saya mahu tengok, ini pun sama sahaja untuk Mat Rempit juga. Jadi kita bagi dia satu status di society yang begitu rendah, macam hamba. So, saya rasa kita mesti buka minda sedikit untuk mengkaji sejauh mana polisi gaji rendah ini meminggirkan belia tempatan. Adakah perasaan peminggiran ini satu sebab yang menimbulkan masalah sosial. Perkara kedua yang ingin saya kemukakan adalah lebih sukar sedikit. Ini berkaitan dengan jiwa manusia atau dengan izin, human nature. Pada kefahaman saya, perhubungan antara manusia yang berdasarkan pada solidarity masyarakat adalah satu keperluan jiwa manusia. Kita perlukan dengan izin, social solidarity. Malangnya sistem ekonomi yang diamalkan oleh kita

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

berdasarkan bukan pada solidarity tetapi pada persaingan yang hebat pada sifat materialism dengan ketamakan pada individualisme dan bukan pada solidarity. Erti katanya, pada saya sistem ekonomi ini bercanggah dengan idaman jiwa manusia. Ini bukan hanya apa yang saya katakan sebagai seorang socialist. Memang saya mesti criticize capitalist tetapi ini juga dikatakan oleh Emile Durkheim yang dikenali sebagai seorang Bapa Ilmu sosiologi. Dia utarakan konsep alienation atau perasaan disingkirkan atau dikecualikan oleh masyarakat. Dalam analisa Durkheim ini perasaan anomie adalah salah satu punca masalah-masalah sosial di masyarakat beliau pada masa itu yang sedang membangun pada masa itu sebagai satu negara industrial capitalist. Jadi saya juga mahu menjemput Kementerian Belia untuk keluar dari kotak konvensional dan kaji konsep baru seperti daripada Durkheim. Pada saya masalah-masalah sosial belia yang kita hadapi hanya satu gejala, satu kesakitan yang lebih dalam, dalam sistem kita iaitu satu sistem ekonomi di mana falsafah utamanya bercanggah dengan idaman jiwa manusia, terima kasih.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin mengambil bahagian untuk menyentuh butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Yang Berhormat Menteri kalau kita tengok Misbun Sidek, Rashid Sidek berjaya pada tahap di dunia dilatih oleh ayahnya semenjak dia berumur lima tahun maknanya dia belum sekolah. Hari ini kalau kementerian menyambut atau melatih ahli-ahli sukan kita berprestasi tinggi selepas sekolah maknanya sudah terlewat. Kalau kita hendak fokus kepada Jabatan Pelajaran di sekolah tanggungjawabnya sangat besar iaitu mendidik anak-anak kita dalam bidang pelajaran. Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Yang Berhormat menteri supaya mengambil bahagian secara aktif, melatih ahli-ahli sukan berprestasi tinggi untuk mengambil anak-anak di peringkat sekolah rendah untuk dilatih. Yang kedua Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kemudahan gelanggang AstroTurf di setiap daerah. Saya mencadangkan semua daerah dibuat gelanggang AstroTurf yang terbuka bagi meningkatkan lagi tempat latihan untuk anak-anak kita berjaya dalam bidang atlet. Saya mulakan di daerah Jempol iaitu di Sekolah Menengah Datuk Mansor mempunyai padang yang sesuai. Kalau boleh dengan peruntukan ini digunakan untuk membina gelanggang AstroTurf tersebut. Begitu juga dengan negara-negara yang berjaya dalam bidang sukan bermula daripada kekuatan gimnastik. Saya mencadangkan supaya gelanggang-gelanggang gimnasium ini dibina di seluruh daerah. Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh perkara- perkara 020300 berkaitan dengan Pembangunan Belia. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dengan peruntukan yang besar ini supaya mula membina wisma belia kepada persatuan-persatuan belia, Hari ini kita memberikan peruntukan yang banyak, untuk pentadbiran kita belikan komputer, peralatan sukan, kompang dan macam-macam peralatan belia tetapi sebaik sahaja bertukar tangan, persatuan tersebut kepimpinannya, semua peralatan ini tidak dapat dikesan dan kita dapat melihat begitu sukar untuk mentadbir persatuan belia di kampung-kampung. Dengan adanya wisma belia yang khusus untuk digunakan oleh anak-anak muda ini, kita akan dapat meningkatkan lagi segala kemudahan yang seharusnya menjadi pusat aktiviti belia di kawasan-kawasan persatuan belia ini akan dapat dipertingkatkan. Yang kedua berkaitan dengan pertubuhan belia Cina dan India yang sangat kurang dalam negara kita. Saya berharap supaya kementerian mempertingkatkan lagi usaha supaya persatuan-persatuan belia Cina dan India ini dapat ditubuhkan dan seterusnya dapat mengambil bahagian dalam Majlis Belia Daerah dan mempertingkatkan lagi perpaduan di kalangan anak-anak muda. Seterusnya perkara 020400 Penyelarasan Rakan Muda. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian yang membina Pusat Rakan Muda ini. Kita mengharapkan supaya Pusat Rakan Muda ini dapat digunakan sebagai pusat untuk melatih aktiviti belia. Hari ini kemudahan seperti Dewan itu kalau boleh kita air cond kan kerana belia ini tidak cukup duit. Kalau kita hendak gunakan hotel yang besar-besar hendak melatih mereka mungkin kekurangan kewangan tetapi dengan adanya dewan di Pusat Rakan Muda

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Jempol ini akan dapat menggantikan kemudahan-kemudahan seumpama itu untuk melatih belia-belia kita. Begitu juga surau yang dibina itu terlalu kecil untuk menjayakan program- program yang berasaskan keagamaan. Perkara 020500 Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan Pembangunan Ekonomi Belia. Saya dapat melihat kesungguhan Yang Berhormat untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda mengambil bahagian dalam aktiviti keusahawanan ini termasuk belia tani dan juga program-program keusahawanan. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya melantik seorang pegawai kontrak yang betul-betul mahir, profesional, yang terlatih, graduan kita yang ramai dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pembangunan usahawan supaya dia dapat membantu, membimbing, memantau projek-projek yang kita berikan kepada belia ini supaya usahawan yang kita lahirkan ini benar-benar sebagai usahawan yang berjaya. Begitu juga dengan soal latihan keusahawanan berkaitan dengan teknologi baru, pengurusan kewangan kepada belia-belia ini dan juga soal pemasaran dan sebagainya..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

...Harus dipantau dengan sebaik mungkin. Habis Tuan Pengerusi, terima kasih saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya bagi seorang selepas itu Menteri menjawab. Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh 020300 dan 020400 - Rakan Muda dan Pembangunan Belia. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang program pembangunan belia ini sejauh mana keberkesanan dari sudut latihan, kepimpinan mereka, kesedaran mereka untuk menyertai persatuan dan sebagainya. Sebab kalau kita lihat dalam buku ini program pembangunan belia ini dari segi bilangan peserta makin berkurangan dari 2007 - 133,000; 2008 - 75,000; dan anggaran 2009 - 75,000. Jadi nampaknya macam belia pada hari ini tidak begitu berminat untuk menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Belia. Kemudian dari sudut penyertaan mereka dalam berpersatuan. Begitu juga dari segi keberkesanan Program Rakan Muda ini kalau kita lihat walaupun angka ini besar dari 440,000 kepada 530,000 dan anggaran tahun hadapan 550,000 tetapi dari segi keberkesanan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi bahawa masalah sosial di kalangan anak-anak muda ini makin gawat dan kita ingin lihat juga sejauh mana kesedaran mereka itu, cukup sekadar diri mereka sahaja kah atau dalam program. Kita tidak boleh hanya menjadikan kayu pengukur itu pada jumlah peserta yang ramai datang untuk satu-satu program atau kita boleh buat satu-satu program, tetapi kesedaran mereka itu haruslah nilai bagaimana mereka mempunyai kesedaran yang tinggi yang kemudiannya ialah daripada 400,000 - 500,00 Rakan Muda yang kita latih pada setiap tahun itu, sejauh mana kita boleh memanfaatkan mereka untuk menjadi satu penggerak untuk mempengaruhi rakan sebaya mereka. Sebab bagi saya bahawa kalau diuruskan secara betul kalau mereka ada kesedaran yang tinggi, setiap tahun 400,000 - 500,000 ini maknanya kita mempunyai penggerak yang cukup tinggi di kalangan belia ini untuk membantu bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit dalam golongan belia ini. Ini yang saya mohon penjelasan. Kemudian 020200 - Pembangunan Sukan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya juga ingin mendapat penjelasan berkaitan laporan surat khabar mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu latihan bersepadu tiga kementerian tetapi yang saya lihat di sini ialah bahawa ia lebih tertumpu kepada sasaran Sukan Asia di Guangzhou 2010 dan Olimpik di London 2012. Saya bersetuju bahawa perlu ada latihan bersepadu tetapi kita tidak hanya hendak melihat kepada kejohanan dalam tempoh jangka pendek ini dua tiga tahun yang akan datang tapi

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

yang penting kepada saya ialah untuk melihat bagaimana program pembangunan sukan itu yang harus bermula daripada peringkat bangku sekolah. Ini satu program jangka panjang. Ini mesti ada pelan induk, rangka pelan untuk membangunkan sukan supaya setiap sekolah umpamanya maknanya mereka harus berikan tumpuan kepada bidang-bidang sukan tertentu yang menjadi fokus utama seperti mana yang berlaku tahun 60-an, 70-an kerana setiap sekolah itu ada special jenis sukan yang dikuasai oleh setiap sekolah. Kemudian saya ingin mendapat penjelasan berkaitan dengan apa jadi dengan Piala CYC yang kontroversi ini kerana kita mengalami kerugian. Itu saya minta penjelasan. Yang keduanya ialah berkaitan dengan program perisian untuk sukan SUKMA di Terengganu kalau tak silap saya ada satu siasatan kerana program itu memakan belanja yang agak besar berbelas-belas juta tetapi ia tidak boleh digunakan dalam sukan SUKMA itu. Jadi saya hendak minta penjelasan yang berkaitan dengan itu. Akhir sekali Tuan Pengerusi berkaitan dengan 02007 - Kompleks Sukan Komuniti. Saya hendak tanya berapa jumlah yang di target oleh kementerian untuk kompleks sukan komuniti ini. Kalau ikut program asalnya setiap satu kawasan Parlimen satu kompleks sukan komuniti. Jadi setakat sekarang ini berapa kompleks yang telah pun didirikan sebab saya lihat bahawa masih ada dalam buku ini peruntukan yang tertentu untuk 2009 dan saya difahamkan seolah-olah kita sudah pun mulai hendak kurangkan. Tidak lagi mengikut target asal. Jadi ini yang saya hendak minta penjelasan. Yang keduanya saya hendak minta penjelasan kenapa hanya diberikan kepada satu kontraktor sahaja iaitu Syarikat Ranhill untuk membina keseluruhan projek. Kalau ikut pelan asalnya hendak diberikan untuk keseluruhan projek di setiap kawasan Parlimen berapa ratus kawasan Parlimen ini satu syarikat kontraktor sedangkan satu projek untuk makluman Yang Berhormat Sri Gading ia memakan belanja yang cukup besar. Jadi seolah- olah macam kita ini tidak ada kontraktor yang lain. Sepatutnya kalau di Sri Gading bagilah kepada kontraktor di Sri Gading, di Kinabatangan berilah kepada kontraktor di Kinabatangan dan syarikat arkiteknya juga adalah yang dipilih oleh Ranhill ini adalah satu syarikat arkitek yang satu sahaja. Arkitek yang dibuat ada kaitan dengan pemimpin besar dalam Dewan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita ada lapan kementerian lagi. Besok hari Khamis saya cukup yakin...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Besok Rabu Tuan Pengerusi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Rabu Tuan Pengerusi, jangan cepat sangat... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Besok hari Rabu jadi lusa tak boleh sambung lagi sudah. Kita sampai 5 hari bulan sahaja. Jadi silakan.

Dato' Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Bera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang nampaknya begitu ramai berminat untuk bersama-sama memberi pandangan bagi membangunkan sukan dan belia di negara ini dan kepada yang tidak sempat untuk bangun memberi pandangan boleh kita berbincang dan beri pandangan kepada saya walaupun tidak di dalam Parlimen ini. Saya akan cuba menjawab kepada setiap Ahli Yang Berhormat yang memberi pandangan dan jika terjadi pertindihan mungkin saya tidak akan ulang...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri, saya tidak berkesempatan. Kita boleh bincang di dalam kah di luar?

Di luar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau di luar, saya keluar sekarang saya tunggu. Terima kasih.

Boleh. Kepada Yang Berhormat daripada Putatan, Yang Berhormat Putatan ada membangkitkan mengenai usaha-usaha untuk pembangunan keusahawanan belia. Ingin saya maklumkan bahawa di bawah program Kementerian Belia dan Sukan berbagai usaha telah pun dijalankan untuk membangunkan usahawan-usahawan belia. Di antaranya ialah dengan penganjuran kursus-kursus usahawan yang kita bahagikan kepada beberapa jenis kursus seperti kursus asas perniagaan, kursus teknikal tani komersial, program bimbingan usahawan muda, kursus rancangan perniagaan, seminar peluang peniaga tani dan sebagainya. Ini adalah di antara kursus-kursus yang kita jalankan berperingkat-peringkat. Saya ingin maklumkan bahawa selepas kursus dijalankan belia-belia mempunyai wang untuk berniaga dan kita memberi bantuan kepada belia-belia untuk menjalankan perniagaan dengan memberikan modal awal kepada belia-belia. Di bawah BUM, Bimbingan Usahawan Muda misalnya di bawah tabung ini pada tahun-tahun yang lepas kita memberi sejumlah RM2,000 geran untuk memulakan perniagaan tetapi tidak diberi secara tunai tapi diberi secara peralatan in-kind dengan izin, dan pada tahun 2009 memandangkan keadaan harga barang yang begitu tinggi dan sebagainya pihak kementerian telah pun memutuskan mulai 2009 mana-mana belia yang ingin memulakan perniagaan selepas mengikuti kursus- kursus perniagaan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan pihak belia boleh memohon ataupun berhak memohon pinjaman di bawah BUM sejumlah RM3,000 dan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Sebentar ya. Selepas itu untuk mengembangkan perniagaan kita menyediakan tabung skim tabung ekonomi belia sejumlah RM40 juta yang mana RM20 juta untuk belia tani dan RM20 juta untuk belia niaga. Kita sehingga hari ini telah pun meluluskan sejumlah RM14.17 juta kepada belia- belia iaitu pecahannya ialah RM8.76 juta kepada skim belia niaga yang melibatkan 239 orang belia dan juga RM5.4 juta kepada skim belia tani kepada 151 belia tani yang terlibat di dalam bidang pertanian. Walaupun nampak jumlahnya kecil iaitu RM14 juta daripada RM40 juta saya ingin menjelaskan akhir-akhir ini selepas lima bulan apabila pinjaman ini dipermudahkan yang menyebabkan pinjaman ini semakin bertambah. Dahulu kena ada ujian saringan untuk mendapat borang untuk memohon pinjaman. Kita sudah pun batalkan. Tidak ada lagi ujian saringan. Dahulu perlukan penjamin. Sekarang ini untuk RM15,000 ke bawah tidak memerlukan sebarang penjamin dan untuk RM15,000 hingga RM50,000 hanya memerlukan seorang penjamin yang gajinya RM800 sahaja yang mana saya kira amat mudah untuk mendapatkan pinjaman ini. Jadi sebab itulah pada kali ini nampak bahawa lebih ramai belia yang mampu dan telah pun memperoleh pinjaman-pinjaman yang disediakan. Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, tentang pembangunan usahawan ini saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri iaitu pembangunan usahawan ini adakah juga sebab dikatakan pembangunan belia dan sukan seimbang. Adakah juga pembangunan usahawan ini di dalam industri sukan juga iaitu produk-produk yang melibatkan jenis sukan supaya kita dapat membangunkan bersama iaitu usahawan belia dan juga industri produk jenis sukan seperti jersi, bola dan lain-lain yang ada berkaitan keduanya.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang apa sahaja di dalam bidang perniagaan kita masukkan di dalam industri yang saya sebutkan tadi. Saya ingin maklumkan bahawa program-program lepasan daripada pelajar-pelajar yang mungkin gagal selepas mengambil peperiksaan SPM. Ada beberapa rakan tadi menyebutkan apakah program yang kita lakukan? Bagaimana hendak membantu belia- belia di luar bandar misalnya apabila tercicir selepas peperiksaan SPM dan sebagainya. Kita mempunyai satu program yang kita panggil on job training iaitu di dalam on job training ialah kita mendapatkan tempat misalnya saya memberi contoh satu workshop.

Kita ambil tempat itu untuk workshop ini dan letakkan bekas I mean pelajar-pelajar yang tercicir tadi untuk praktis di workshop tersebut dan kita bayar elaun kepada pelajar tadi. Bukan workshop itu yang bayar gaji dia tetapi pihak kementerian yang membayar gajinya. Jadi dalam masa enam bulan akhirnya mereka mampu untuk menjadi pembaik kereta yang terlatih dan mereka diberi peluang sama ada untuk memulakan perniagaan sendiri yang kita beri pinjaman ataupun untuk masuk ke IKBN, iaitu satu pusat yang kita sediakan bagi mendapatkan diploma dan sebagainya. Ini adalah bagi membantu pelajar- pelajar lepasan SPM yang tercicir selepas SPM. Bagi mereka yang tidak tercicir yang masuk ke IKBN, kita menyediakan berbagai-bagai program kemahiran di dalam IKBN, sama ada mendapat sijil ataupun diploma dan sebagainya. Yang Berhormat Putatan juga menyebut tentang sumbangan kepada badan-badan NGO dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan bahawa di bawah program memperkasakan persatuan belia, sejumlah RM12 juta telah pun dibelanjakan iaitu persatuan-persatuan belia sama ada di peringkat cawangan hingga ke daerah dan negeri diberi geran terus kepada mereka. Saya hendak dimaklumkan di peringkat cawangan kita memberikan sejumlah RM3,000, di peringkat daerah RM5,000, di peringkat negeri RM30,000 dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memberi ruang kepada persatuan- persatuan belia menganjurkan program sendiri. Kalau selama ini pihak jabatan yang merancang program, menganjurkan program dan belia hanya menjadi peserta, dan kita menganggap bahawa untuk melahirkan pemimpin yang kreatif dan sebagainya, mereka perlu diberi ruang untuk menganjurkan program sebegini. Jadi bagi menjawab Yang Berhormat Putatan tadi, memang kita menyediakan bantuan terus kepada persatuan-persatuan belia supaya mereka boleh menganjurkan program mengikut selera mereka sendiri. Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, saya dimaklumkan bahawa memang pihak kementerian menyediakan peruntukan tambahan untuk menambahkan peralatan-peralatan dan sebagainya. Bagi persoalan tentang pembinaan gelanggang-gelanggang futsal yang mana syaratnya terlalu ketat dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan bahawa syarat itu tidaklah dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Soal tanah misalnya adalah hak kerajaan negeri adalah hak pejabat tanah yang mengeluarkan syarat-syaratnya. Walaupun pihak Yang Berhormat mengemukakan pelan cadangan di tanah tersebut tetapi dari segi peraturannya, tuan tanah iaitu pejabat tanah mesti mengeluarkan surat membenarkan pembinaan di tanah-tanah yang telah dikenal pasti tersebut. Jadi pihak kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya untuk membina tanpa kebenaran dan kelulusan daripada pejabat tanah. Walau bagaimanapun bagi membantu Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan meminta supaya pihak Jabatan Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kita untuk membantu mempercepatkan perkara ini. Kompleks Sukan Komuniti. Saya rasa ramai yang membangkitkan daripada Yang Berhormat Tenggara, daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Saya bila nampak uban baru nampak Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena dan berbagai-bagai lagi yang bercakap soal Kompleks Sukan Komuniti. Memang telah pun diluluskan iaitu 50 gelanggang di 50 kawasan Parlimen. Satu gelanggang kosnya sejumlah RM3 juta, bermakna 50 gelanggang adalah RM150 juta. Di dalam negara kita terdapat 222 kawasan Parlimen. Jadi saya berpendapat bahawa kalau di Rancangan Malaysia Kesembilan kita mampu membina 50, bermakna lebih daripada 170 kawasan Parlimen yang masih tidak mendapat gelanggang ini. Kalau Rancangan Malaysia Kesepuluh kita tambah lagi 50, bermakna ada 120 lagi yang tidak akan mendapatnya. Mungkin RMK-12 baru habis seluruh negara. Jadi saya berpandangan adalah lebih baik kalau projek ini dihentikan. Jadi walaupun 19 projek ini telah pun diluluskan, bakinya ada lagi RM120 juta lebih, jadi saya batalkan projek ini dan ditukarkan kepada gelanggang rakyat yang harganya RM120 ribu. RM120 ribu saya mempunyai RM120 juta, bermakna saya boleh membina 1,000 gelanggang rakyat di seluruh negara di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Jadi itulah sebabnya gelanggang ini dihentikan. Itu yang pertama bermakna spread, kita

beri semua akhirnya dapat. Average satu DUN dua gelanggang. Jadi akhirnya 1000 kampung di seluruh negara akan dapat. Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena, sahabat saya Pokok Sena, Ranhill dilantik menjadi kontraktor untuk projek-projek ini. Jadi tentulah saya juga tidak bersetuju seperti juga Yang Berhormat Pokok Sena tidak bersetuju. Jadi bila dibatalkan ini, setiap gelanggang yang berharga RM120 ribu itu akan diserahkan kepada 1000 kontraktor Kelas ‘F’ di seluruh negara. Jadi saya rasa ini lebih adil kepada semua kawasan di Parlimen, lebih adil kepada kontraktor-kontraktor, maknanya duit yang kita ada boleh dibahagi-bahagikan kepada lebih ramai manusia, lebih ramai peniaga dan gelanggang ini dapat dinikmati oleh 1000 kampung, 1000 kawasan-kawasan flat dan sebagainya. Jadi itulah sebabnya tidak ada lagi KSK, Kompleks Sukan Komuniti yang telah pun diluluskan. Lebih-lebih lagi di dalam ekonomi yang agak kurang baik pada hari ini, adalah tidak wajar kalau saya rasa kita membina gelanggang-gelanggang yang besar-besar daripada membina gelanggang- gelanggang yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat di negara ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, pertama saya hendak tanya, saya bersetujulah untuk membatalkan terus Kompleks Sukan Komuniti ini, cuma saya hendak tanya setakat sekarang ini yang masih belum siap yang belum diserahkan oleh Ranhill Engineering ini, berapa lagi dan yang termasuk dalam buku ini, ini untuk projek yang belum sempat dibatalkan atau memang sudah diprogramkan daripada awal lagi?

Yang sudah siap sehingga kini adalah sejumlah sepuluh, dan sembilan lagi telah pun mendapat LOI, ini surat niat telah pun dikeluarkan tetapi masih belum dibina lagi. Lain-lain tadi yang sepatutnya dibina tetapi dibatalkan pembinaannya. Jadi yang sudah dibina itu kita teruskan pembinaannya, yang di dalam mendapat surat tunjuk niat ini masih lagi kita hold dulu dan kalau boleh kita batalkan kita batalkan, kalau tidak boleh kita akan teruskan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ingin membangkit berkaitan dengan yang sembilan lagi yang sudah pun diberi surat niat itu sebab bagi saya bahawa kalau pun hendak diteruskan sepatutnya bagi saya bukan Ranhill kerana untuk tujuh yang sebelum ini yang masih lagi belum siap, ia melewati daripada tempoh yang sebenar yang ditentukan oleh pihak kerajaan. Ini merugikan kita.

Saya bersetuju. Saya pun kalau boleh tidak mahu menyerahkan lagi kepada satu kontraktor, tetapi pihak kontraktor ini sedang membuat rayuan mengatakan segala preliminaries dengan izin, telah pun dijalankan oleh beliau. Jadi bagi saya kalau dia telah pun memulakan kerja awalan, jadi adalah tidak adil kalau kita memotong, merampas kerja ini daripada mereka. Akan tetapi kalau dapat dibuktikan bahawa tidak ada kerja awalan yang telah pun dilakukan, kita tidak akan memberikan kepada satu syarikat dan kita akan keluarkan tender secara terbuka kepada mana-mana kontraktor yang berminat untuk menyertai tender ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, fasal gelanggang rakyat. Ini telah dimulakan untuk projek di kampung-kampung atau kawasan Parlimen tertentu dan kemudiannya saya hendak dapat penjelasan fasal gelanggang rakyat ini. Berapa keluasan dia dan permainan apa yang boleh dibuat, yang boleh dimainkan dalam gelanggang rakyat ini.

Terima kasih. Gelanggang rakyat ini saiz dia adalah saiz gelanggang futsal tetapi boleh di pelbagai gunakan iaitu boleh dijadikan gelanggang bola jaring, badminton, basketball, juga volleyball dan mempunyai lampu untuk bermain di waktu malam dan sebagainya. Mungkin waktu siang, wanita nak bermain netball dan sebagainya boleh bermain di gelanggang tersebut. Sebab itu saya kata gelanggang rakyat kerana terbuka untuk semua. Rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan tentang IKBN.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Laluan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Gelanggang rakyat seperti yang pernah saya bangkitkan sebelum ini, adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan satu peruntukan masa khusus untuk pengguna-pengguna daripada kaum wanita ataupun remaja-remaja belia wanita khusus untuk mereka sahaja kerana hendak memberi peluang kepada sebahagian mereka yang mungkin tidak rasa selesa dalam keadaan sukan yang bercampur gaul. Jadi saya hendak tanya adakah perkara ini telah diberi perhatian dan diberi pertimbangan ataupun telah ada perbincangan-perbincangan kerana saya telah bangkitkan sebelum ini.

Kita tidak menetapkan syarat khusus dari segi penggunaan dan sebagainya dan gelanggang-gelanggang itu tidak akan dikendalikan oleh pihak kementerian. Kita akan menyerahkan kepada persatuan-persatuan belia dan sebagainya di kawasan-kawasan pembinaan tersebut. Jadi terserahlah kepada mereka yang mengendalikan gelanggang itu untuk membuat peraturan dan sebagainya. Seperti saya sebut tadi kalau futsal dan sebagainya bermain malam, bola jaring dimainkan oleh wanita di waktu siang, mungkin dari segi percampuran itu boleh kita asingkan. Akan tetapi kita tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat tidak boleh ada lelaki, tidak ada percampuran lelaki dan perempuan dan sebagainya. Itu di luar daripada bidang kuasa kita.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih. Bukan maksud saya mesti menetapkan. Cuma ada pilihan mungkin dalam satu minggu satu kali, satu hari ataupun separuh hari, beberapa jam. Bukan kita hendak menetapkan tidak boleh ada percampuran dan sebagainya. Itu bukan maksud saya, cuma mungkin ada pilihan untuk beberapa jam untuk remaja wanita dan belia yang mungkin memilih untuk tidak bersama- sama dengan remaja lelaki untuk bersukan.

Boleh sebenarnya, tidak ada masalah. Seperti saya kata, kita boleh memberikan nasihat dan sebagainya kepada persatuan- persatuan yang mengendalikan gelanggang tersebut. Boleh kita ambil cadangan itu dan kita sampaikan kepada mereka. Tentang IKBN, banyak IKBN yang disebutkan di dalam butiran yang disebutkan tadi merupakan IKBN yang dianggap sebagai projek sambungan. Projek-projek yang telah pun dijalankan dan di dalam sambungan untuk penyiapannya. Terdapat juga di dalam IKBN tersebut adalah untuk pembelian peralatan-peralatan. Sebab itu kita lihat bahawa peruntukannya besar seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa ini adalah lebihan untuk sambungan sebelum berakhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Tentang kepimpinan, saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota yang saya kira merupakan bekas pemimpin belia yang memahami tentang kepimpinan ini. Menang kita akui kadang-kadang kurangnya pemahaman belia mengenai kepimpinan dan sebagainya, pemimpin negara dan berbagai-bagai-bagai pengetahuan am yang sepatutnya diketahui tidak diketahui oleh mereka. Tentang apa itu, IKBN lagi?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Menteri, Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Laporan audit yang lalu masih lagi menyatakan tentang teguran yang diberi khususnya terhadap IKBN. Saya anggap perkara ini sudah selesai tetapi saya mungkin minta penjelasan daripada pihak Menteri sebab unsur dikatakan inflated figure tadi jelas sangat. Dahulu kata beli screwdriver sampai RM40, ada yang RM10 jadi RM400. Agaknya kerana peruntukan yang begitu besar ini, hendak menjurus kepada menyelesaikan kosmetik reporting dalam accounting dia kah atau macam mana? Ini sebab saya sebut tadi separuh daripada anggaran peruntukan ini hanya merujuk kepada IKBN, separuh daripada peruntukan keseluruhan kementerian. Kalau soal inflated figure dalam reporting itu telah pun selesai, saya rasa perkara in tidak harus lagi dibawa kepada anggaran tahun 2009. Adakah perkara ini telah pun

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

diselesaikan atau masih lagi kita terikat dengan urusan untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih Menteri.

Beri peluang saya cek perkara ini tetapi dari segi apa yang saya tahu, yang terlibat dalam teguran daripada Auditor General itu adalah perkara yang lepas, tidak termasuk dalam yang ini. Saya ingat saya bersama dengan Yang Berhormat Tumpat. Waktu itu berada dalam PAC atau Public Account Committee. Kita memeriksa perkara ini dan ia merupakan di dalam pembelian IKBN yang lepas, yang sudah lama, yang sudah pun siap dibeli. Ini merupakan perkara yang baru. Terima kasih. Jadi dalam soal kepimpinan, pihak kementerian memang mengakui bahawa perlu diadakan lebih banyak program-program kepimpinan kepada pemimpin-pemimpin belia ini. Sebenarnya di waktu-waktu lepas, memang agak kekurangan program kursus kepimpinan ini. Ianya melibatkan 50 daerah dan satu kali setahun tetapi kita telah pun membuat keputusan. Mulai tahun depan, mulai 2009, setiap tahun kita adakan tiga kali kursus kepimpinan yang melibatkan semua daerah. Kursus melibatkan ahli-ahli belia di peringkat akar umbi, sebab itu kita buat di peringkat daerah, tidak dibuat di peringkat negeri misalnya. Kalau kita buat di negeri, sebahagian daripada kepimpinan Pemuda sahaja yang dapat melibatkan diri di peringkat negeri dan di peringkat kebangsaan. Jadi saya setuju bahawa program mesti dijuruskan kepada akar umbi ini supaya kepimpinan belia, kefahaman tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi boleh diberi kepada golongan- golongan belia di akar umbi tadi. Soal politik ini, soal campur tangan pemimpin politik di dalam persatuan belia dan sebagainya, saya kira persatuan belia mempunyai perlembagaan mereka sendiri, mempunyai ruang untuk sesiapa sahaja. Pada hari ini saya agak takut juga, takut-takut di negeri pembangkang, persatuan-persatuan belia dikuasai oleh parti pembangkang. Mungkin itu yang difikirkan oleh pihak pembangkang. Takut di negeri-negeri di perintah oleh BN, pemimpin-pemimpin belia dipengerusikan oleh pemimpin BN tetapi ini merupakan persatuan belia yang bebas memilih sesiapa sahaja sama ada hendak memilih pemimpin parti mana. Di dalam Perlembagaan, mereka membenarkan sesiapa sahaja di kalangan ahli untuk bertanding. Jika mereka dipilih, maka menjadi pemimpinlah mereka yang dipilih tersebut. Jadi kita tidak ada sekatan kepada mana-mana mengatakan mereka tidak boleh jadi pemimpin belia dan sebagainya, itu adalah hak dan kebebasan kepada persatuan belia itu untuk memilih mereka menjadi pemimpin.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sedikit penjelasan.

Ada masa kah saya Tuan Pengerusi?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Pengerusi. Minta Yang Berhormat Menteri bagi sedikit penjelasan. Tadi Yang Berhormat Jempol ada sebutkan tentang pertubuhan belia kaum Cina dan kaum India kurang. Saya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri iaitu memang pertubuhan belia masyarakat Cina memang banyak tetapi sebab mereka tidak daftar berasingan dengan ROS, ia di dilihat sebagai sub-committee untuk pertubuhan-pertubuhan itu. Adakah sebagai subcommittee dengan ROS itu, PBB ibu badannya boleh daftar dengan kementerian? Minta tanya.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di dalam Akta Permohonan Belia yang kita baru laksanakan, persatuan-persatuan belia diiktiraf oleh kita adalah persatuan-persatuan belia yang berdaftar dengan Persatuan Belia. Itu adalah tuntutan akta. Walau bagaimanapun, saya tahu di dalam persatuan-persatuan Cina, persatuan-persatuan kaum keluarga seperti Hakka dan sebagainya, mereka mempunyai cabang-cabang belia di dalam persatuan tersebut. Untuk persatuan-persatuan ini kita bersetuju membantu misalnya tetapi mestilah memohon mengikut program-program yang ingin dijalankan. Tidak seperti persatuan lain yang mendapat geran terus tadi. Itu adalah persatuan yang mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia. Akan tetapi seperti Yang Berhormat maksudkan boleh memohon

peruntukkan melalui program-program yang telah pun direncanakan dan kita akan beri seperti persatuan lain. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan, asalkan di bawah umur 40 tahun kita anggap mereka sebagai belia dan berhak mendapat bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Yang Berhormat Labis bertanya tentang KSK iaitu Kompleks Sukan Komuniti. Saya sudah jawab dan soalan keduanya ialah mengenai berapa banyak Kompleks Rakan Muda di seluruh negara. Saya ingin maklumkan bahawa di seluruh negara terdapat 16 Kompleks Rakan Muda. Tidak ada. Yang Berhormat Tumpat mencadangkan kemudahan di peringkat yang lebih rendah. Saya bersetuju bahawa kita perlu mempunyai prasarana yang lengkap. Sukan misalnya perlu ada di setiap kampung. Padang bola, gelanggang badminton dan semua tetapi adalah terlalu sukar untuk Kementerian Belia dan Sukan di dalam peruntukan yang terhad untuk memberi semua sekali kepada semua kampung. Walau bagaimanapun tanggungjawab ini sepatutnya tidak dibebankan kepada Kementerian Belia dan Sukan saja. Misalnya kementerian-kementerian lain juga bertanggungjawab membantu. Di kawasan-kawasan bandar, saya kira majlis-majlis daerah misalnya juga mempunyai tanggungjawab untuk membina gelanggang-gelanggang dan sebagainya. Begitu juga di kawasan-kawasan lain. Akan tetapi seperti saya sebut tadi bahawa 1,000 gelanggang rakyat itu sebagai salah satu contoh apa yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk membantu memperbanyakkan prasarana sukan di kawasan- kawasan luar bandar. Dari segi menaik taraf dan sebagainya Yang Berhormat, saya suka maklumkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memohon sebenarnya untuk mengenal pasti gelanggang-gelanggang yang perlu dinaiktarafkan dan kita boleh, kita mempunyai peruntukan untuk naik taraf dan sebagainya. Jadi saya bersetuju bahawa memang hasrat kementerian kalau mempunyai kewangan yang mencukupi, setiap kampung satu gelanggang. Itulah sebenarnya harapan kita tetapi kekangan kewangan menyebabkan kita tidak boleh memuaskan hati semua tempat di dalam negara ini. Pusat Belia Antarabangsa dan cadangan Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih iaitu lebih memperbanyakkan asrama belia. Saya ingin maklumkan bahawa kita mempunyai asrama-asrama belia di kompleks-kompleks belia dan juga di Kompleks- kompleks Rakan Muda. Kompleks Rakan Muda kita ada 16 buah dan juga di kompleks- kompleks belia yang mana kita hanya memberi sewa sebanyak RM10 sehari saja untuk belia-belia ini. Walau bagaimanapun saya percaya dan saya bersetuju bahawa masih tidak mencukupi dan jika boleh diperbanyakkan. Kalau boleh setiap daerah ada satu kompleks ataupun asrama belia. Itu adalah satu perkara yang amat ideal dan kita amat persetujui. Terima kasih atas cadangan tersebut. Mungkin kita akan kemukakan perkara ini. Program-program kepimpinan belia di negeri-negeri harap merentasi parti. Saya bersetuju. Sebenarnya di dalam pemilihan peserta-peserta, kita tidak pernah campur dari segi siapa yang menyertainya. Mulai tahun depan, program-program dan kursus-kursus kepimpinan akan mula diserahkan kepada persatuan-persatuan belia untuk menganjurkan. Kita mulakan dengan kerjasama dan akhirnya kita serahkan kepada persatuan-persatuan belia. Jadi dengan itu persatuan belia bebas untuk memilih sesiapa saja yang menjadi peserta kerana bagi kita, kita hendak supaya belia-belia yang tidak menjadi persatuan ini diberikan keutamaan. Jadi kita hendak supaya mereka yang memilih peserta. Tidak seperti biasa.

Mohon mencelah, Yang Berhormat Menteri.

Misalnya kita yang menganjurkan. Bila kita menganjurkan, kadang-kadang itulah timbul masalah seperti yang disebutkan tadi. Jadi bila belia menganjurkan, terserahlah kepada belia untuk memilih sesiapa.

Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memohon penjelasan selanjutnya berhubung dengan iaitu akan memberi kebenaran kepada persatuan-persatuan belia untuk menganjurkan kursus dalam jangka masa panjang. Tidakkah pihak kementerian bercadang ataupun merancang sebab kita khuatir jika sekiranya persatuan belia itu dibiarkan secara bebas untuk mengawal dari segi struktur perjalanan kursus itu, kita melihat banyak penyelewengan-penyelewengan kepimpinan belia ini sebab sebagai contohnya sebab kebetulan juga kalau di kawasan Pantai Timur, tumpuan Kementerian Belia dan Sukan ini hanya di bahagian Tawau. Jadi sedangkan Tawau dengan Silam itu sebenarnya dari segi saiz pun sama dan kemudian dari segi jumlahnya sebenarnya di kawasan saya lebih ramai belia dari segi hitungan yang kita peroleh. Jadi kita berharap supaya dari segi untuk menganjurkan kursus- kursus ataupun seminar ini kita harap kementerian itu dapat mengawal selia sebab kalau kita biarkan, ia akan menyebabkan banyak perkara-perkara yang tidak baik ataupun tersasar daripada dasar kerajaan itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Benda yang sama, Yang Berhormat Menteri. Benda yang sama.

Sambung?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, sambung. Berkaitan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan untuk beri peluang kepada persatuan- persatuan belia untuk menganjurkan kursus kepimpinan. Walaupun itu tujuan baik untuk mengaktifkan persatuan belia tetapi dalam suasana sekarang ini kita lihat banyak persatuan belia yang agak slow, lembap, tidak produktif dan sebagainya. Jadi saya bimbang takut nanti bahawa target untuk melahirkan kepimpinan belia yang lebih berkaliber pada masa akan datang nanti tidak akan tercapai. Yang keduanya ialah sukar apabila persatuan sendiri yang menganjur dengan peruntukan daripada kerajaan. Maknanya kawalan kepada pengurusan perbelanjaan kewangan itu akan menjadi masalah selepas daripada itu dan kita tidak akan dapat melihat dari segi pengukuran keberkesanan seperti mana yang saya bangkitkan tadi sebab yang dianjurkan oleh kementerian dan jabatan ini sendiri pun kita lihat bahawa pengukuran keberkesanan itu masih tidak terhasil sehingga sekarang. Tidak nampak dia punya penghasilan walaupun jumlah macam saya katakan tadi semakin berkurangan latihan- latihan kepimpinan dan kursus-kursus.

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, masih tajuk yang sama sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab. Kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi soal latihan belia hendak diserahkan kepada pertubuhan belia. Mungkin memerlukan lebih banyak penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri kepada Dewan yang mulia ini. Alasan saya ialah apabila kita sebut program latihan, ia melibatkan sekurang-kurangnya tiga perkara utama. Yang pertama ialah transfer of knowledge. Yang kedua ialah pembinaan atau pembentukan kemahiran dan yang ketiga ialah perubahan sikap. Jadi setakat mana sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan mengambil kira bahawa ketiga-tiga komponen ini betul-betul mampu dilaksanakan oleh persatuan-persatuan belia kalau sekiranya program-program sebegini diserahkan oleh kementerian kepada pertubuhan. Mungkin Yang Berhormat Menteri perlu memberikan lebih penjelasan.

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Machang, bukan program kemahiran ya. Ini program kepimpinan. Kursus kepimpinan dan sebagainya. Jadi walaupun kita serahkan kepada belia, serah. Sebab itu saya kata kerjasama dan serah kepada belia. Mungkin ada belia yang di peringkat Majlis Belia Daerah misalnya, Majlis Belia Negeri. Mereka boleh kita serahkan kepada mereka untuk

menjalankan program-program ini kerana mereka mungkin didapati mempunyai pengalaman dan sebagainya. Kita boleh serahkan kepada mereka. Namun bagi belia-belia di peringkat kampung misalnya yang masih lagi belum mampu, kita akan bekerjasama dengan mereka.

Akan tetapi dari segi soal program yang hendak diserahkan kepada mereka mestilah program-program itu mengikut apa yang kita sediakan dari segi perkara-perkara yang sepatutnya, kursus-kursus yang sepatutnya dijalankan. Misalnya mesti mempunyai perkara-perkara berikut; patriotisme, penerapan nilai-nilai patriotisme di dalam kepimpinan itu mesti ada. Jati diri mesti ada, dalam program itu kita tetapkan mesti ada ciri-ciri keagamaan mesti ada. Jadi kita memberi mereka panduan, bukanlah maknanya bila kita beri, ia bebas hendak buat menari dan sebagainya ikut suka, tidak. Kita ada memberi panduan kepada mereka berdasarkan perkara-perkara yang saya sebut tadi. Dari segi kawalan kewangan dan sebagainya, memang apabila kita memberi kewangan kepada mereka, memang mereka bertanggungjawab untuk dari segi laporan kewangan dan sebagainya. Tujuan kita juga apabila kita memberi direct kewangan kepada akaun mereka, mereka mesti bertanggungjawab kepada kewangan tersebut. Jika mereka didapati tidak bertanggungjawab, didapati ada penyelewengan dan sebagainya, maka berakhirlah bantuan yang diberikan kepada mereka. Ini juga sama dengan program memperkasakan belia tadi. Bila saya kata kita beri RM3,000 tadi, kita mempunyai star rating nya, kita akan memperkenalkan star rating pada tahun 2009 ini. Yang pertama, bagaimana mereka mengendalikan kewangan. Kita hendak melahirkan belia yang bertanggungjawab juga. Kita hendak melahirkan belia yang mampu menjalankan aktiviti, saya sebut sebagai aktiviti. Kalau setakat beli uniform, lawatan sambil belajar ke Pokok Sena, mungkin kita akan batalkan, tidak ada lagi. That’s the end of dengan izin, duit bantuan yang kita beri. Jadi bermakna mereka perlu bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang baik untuk mendapat lebih bantuan untuk masa akan datang. Jadi ini kita boleh kita katakan sebagai umpan untuk mereka lebih bertanggungjawab dan menjalankan aktiviti. Lebih banyak aktiviti mereka, lebih baik aktiviti mereka, lebih banyaklah sumber kewangan yang akan disalurkan. Jika mereka melanggar perkara yang kita sebut tadi, kita akan hentikan segala bantuan yang diberikan kepada mereka. Lojing, ini dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen. Pusat Latihan Tinggi di Lojing Gua Musang. Saya hendak maklumkan projek itu dibatalkan. Jadi Yang Berhormat Gua Musang pun tidak ada, ini bukan kerana apa-apa, memang projek itu tidak berdaya maju. Sebab yang pertamanya, permohonan kita besar, kelulusannya kecil. Yang keduanya, untuk sampai ke Gua Musang, ini saya pun nak fokus juga kepada Yang Berhormat Machang kerana bertanya saya di luar. Untuk sampai ke situ, memerlukan satu infra yang baru, jalan dan sebagainya, memerlukan perbelanjaan sejumlah RM27 juta. Sedangkan ada kelulusan kalau saya tidak silap, kelulusan daripada Kementerian Kewangan adalah RM29 juta kalau saya tidak silap, saya akan check balik. Buat jalan sahaja dah RM27 juta. Jadi memang tidak munasabah kalau diteruskan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, memang di beberapa negara mereka mempunyai teknologi yang baru iaitu bilik yang di control pressure, seperti orang nak naik ke bulan tak perlu berlatih di bulan untuk naik ke bulan, dia ada tempat dia untuk latihan di bumi ini. Begitu juga tempat kawasan tinggi, tak perlu naik kawasan tinggi kerana boleh dikawal dari segi pressure dan sebagainya di dalam bilik yang disediakan. Jadi sebenarnya itulah di antara perkara-perkara yang sedang kita teliti sama ada perlu atau tidak. Cuma alasan-alasan yang diberi oleh pihak tertentu jikalau berlatih di kawasan tanah tinggi melebihi 1,500 meter tersebut, bahawa mereka akan sentiasa berada di dalam kawasan tinggi itu bukan sahaja waktu berlatih. Waktu makan pun masih berada di kawasan tinggi, waktu tidur pun masih di kawasan tinggi. Akan tetapi kalau kita sediakan kawasan untuk bilik dan sebagainya, cuma latihan sahaja berada di situ. Bila keluar balik,

kita duduk di dalam keadaan udara dan sebagainya tempat biasa tadi. Jadi mungkin tidak mencukupi. Untuk peringkat hari ini, kita menghantar atlet kita ke Kunming dan sebagainya untuk merasai kawasan tinggi. Sebenarnya tujuannya adalah dari segi kontrol pernafasan dan sebagainya. Kalau mereka mampu untuk berlatih di kawasan tanah tinggi, apabila turun untuk bertanding di kawasan tanah rendah yang mempunyai udara yang lebih baik yang tidak nipis seperti di kawasan tanah tinggi, mereka lebih mampu untuk berlari dengan lebih kuat, laju dan lebih lama lagi. Itu sebenarnya alasan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara ini, nasihat yang diberi kepada kita. Akan tetapi cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Krai itu memang sedang dalam pertimbangan. Jadi lojing itu telah dibatalkan. Yang Berhormat Tuaran, saya setuju bahawa perlu kenal pasti masalah pengangguran di kalangan belia. Daripada Yang Berhormat Tuaran tadi, Yang Berhormat Kota Belud ya. Memang kita akan mengenal pasti punca pengangguran tersebut. Bukan sahaja itu, kita akan juga apabila mengadakan program-program latihan, kemahiran dan sebagainya kita akan mengambil kira di tempat kawasan belia itu, di kawasan belia itu dan peluang pekerjaan yang ada di sekitar kawasan belia itu. Misalnya di dalam kawasan yang, belia di sekitar kawasan perhotelan misalnya. Latihan yang diberikan adalah untuk kerja- kerja yang ada di kawasan mereka itu. Kalau di situ tempat resort dan sebagainya, jadi belia dilatih supaya boleh mampu untuk bekerja di kawasan resort yang ada berhampiran. Jadi dia lebih senang untuk mendapat kerja di industri-industri yang ada di sekitar mereka.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya, setelah mendengar Menteri membicarakan soal persiapan untuk belia diberikan peluang pekerjaan. Soalan saya, adakah Kementerian Belia dan Sukan berhubung rapat, berkait rapat dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengenal pasti bahawa belia-belia ini memang benar diberikan peluang dan ruang latihan yang konsisten supaya mereka tidak bicaranya berbeza dan implementasinya berbeza. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pada masa yang sama juga, oleh sebab belia-belia kita di Parlimen Silam itu sebagai contohnya, adakah pihak kementerian di masa akan datang mahu bekerjasama dengan FELDA sebab melihat kepada aktiviti yang ada sejak akhir-akhir ini di kawasan penempatan FELDA, banyak masalah-masalah sosial. So ada baiknya kalau kementerian dapat bekerjasama untuk mengadakan kursus latihan dalam bidang industri hiliran dan kelapa sawit untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia di kawasan FELDA. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Kita akan mengambil perhatian perkara itu. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat, memang di IKBN sendiri, Institut Kemahiran Belia Negara, kursus-kursus yang kita jalankan memang ada berkait rapat dengan kedudukan belia itu, seperti saya sebut tadi. Misalnya di Melaka, IKBN di Melaka contohnya, ianya melibatkan hospitaliti, hotel dan sebagainya. Jadi kursus yang dijalankan di situ sesuai dengan keadaan industri di sekitar mereka. Sebelum mereka tamat IKBN, tahun-tahun akhir, kita telah pun mengadakan perjanjian dengan syarikat-syarikat yang berkaitan. Sebab itulah apabila mereka keluar sahaja, mereka akan terus mendapat pekerjaan. Di IKBN kalau saya tidak silap dari segi peratus, lebih daripada 60% pelajar IKBN yang masih berada di IKBN telah pun mendapat tempat pekerjaan dengan syarikat-syarikat ataupun industri-industri yang ada di sekitar mereka. Jadi dari segi soal bekas pelajar-pelajar IKBN yang kita latih ini, tidak ada masalah tidak mendapat pekerjaan. Sama ada mereka terus mendapat pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Ini kerana apa yang kita buat adalah kursus-kursus bersesuaian dengan kawasan sekitar dan kita mengadakan kerjasama dengan industri-industri yang berada di sekitar IKBN yang kita ada itu. Memang dengan kementerian-kementerian lain di Jawatankuasa Kabinet mengenai kemahiran telah pun diwujudkan untuk semua kementerian yang mempunyai kemahiran ini boleh bekerjasama di antara satu sama lain dari segi untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Jadi saya teruskan lagi, Kompleks Sukan Tuaran yang terbengkalai saya akan lihat perkara ini. Saya akan beri jawapan kepada Yang Berhormat, perkara ini spesifik. Gelanggang futsal, peruntukan tidak cukup, saya akan bincang balik kenapa tidak cukup tetapi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi ada kawasan yang berlopak, berpaya tapi saya minta kalau boleh untuk menjimatkan kos cari kawasan yang tidak berlopak dan tidak berpaya. Jadi boleh menjimatkan kos. Jadi kenapa kita mencari kawasan yang boleh menambahkan kos dan sebagainya. Tanah Merah...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Cepat sahaja. Tuan Pengerusi, untuk membina gelanggang-gelanggang seperti gelanggang badminton, bolehkah Yang Berhormat timbangkan itu sebagai dasar kementeriannya untuk membina lebih banyak gelanggang badminton seperti di Kepong satu pun tidak ada. Yang ada itu di swasta. Saya hendak tengoklah itu kerana Yang Berhormat ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat main badminton Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa dia?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh main badminton?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan saya tapi saya hendak tengok kerana kita punya badminton kadang-kala lebih sikit, kadang-kala dia menang sekali dan kali kedua memang kalah... [Ketawa] Sebelum dia menang beberapa kali, sekali menang itu dia dapat Datuk. Jadi Datuk sudah. Ini masalah Yang Berhormat Bera ini tidak kawal dengan baik. Keduanya mengenai apakah lagi sukan yang boleh kita menggalakkan, boleh membina supaya kita boleh jadi seperti squash itu. Squash ini menunjukkan dapat Nicole David itu dia tunjuk sekali kerana dia hebat. Akan tetapi kecuali squash itu tidak ada sukan yang lain yang saya nampak. Terutamanya bola sepak, teruk... [Ketawa]

Memang saya sudah sebut tadi gelanggang serba guna yang kita wujudkan seribu gelanggang tadi boleh kita jadikan sebagai gelanggang badminton. Yang Berhormat Kepong hendak gelanggang badminton? Kita akan tengoklah kawasan yang sesuai ya? Dari segi sukan tadi, sudah jawab jenis sukan yang ...

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

...Sekejap Yang Berhormat Kuala Selangor. Sukan-sukan yang berdaya maju selain daripada squash. Sebenarnya banyak sukan-sukan yang boleh kita jadikan sebagai sukan yang mampu untuk mencapai kejayaan. Misalnya sukan memanah. Sukan memanah merupakan satu sukan yang kita fokus untuk mendapat pingat di Olimpik pada tahun 2012. Sukan berbasikal, ini dari Terengganu ini. Beberapa orang dari Terengganu ini berjaya memenangi beberapa kejohanan dunia dan sebagainya. Ini juga sebagai sukan yang akan kita ketengahkan dan kita fokuskan mendapat pingat di Olimpik 2012. Jadi sebenarnya banyak sukan-sukan lain. Oleh kerana bangkitkan perkara sukan tadi saya terus hendak menjawab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang mengatakan bahawa sukan kita gagal. Saya ingin maklumkan mungkin persepsi sukan kita gagal kerana sukan yang kita suka untuk menang, gagal. Bola sepak, sukan yang cukup popular di kalangan rakyat dan kita hendak kalau kita menang kerana kita pernah berjaya menang satu ketika dulu tapi gagal. Begitu juga dengan hoki, pernah berada di tempat keempat dunia, pada hari ini menjadi no. 15 dunia. Sudah dua kali tidak layak menyertai sukan Olimpik. Jadi oleh itu kita anggap sukan semuanya gagal tetapi sebagai sebuah negara yang kecil seperti kita dengan penduduknya tidak ramai. Kita world champion untuk sukan squash. Kita ranking pertama dunia sukan badminton. Kita ranking pertama dunia untuk lawn ball. Kita ranking pertama dunia di dalam tempat pertama dan kedua dan ketiga selalu ranking pertama dunia untuk sukan bowling, tetapi mungkin kita tidak minat lawn ball. Kita tidak minat bowling jadi kita mengatakan sukan gagal padahalnya empat.

Karate juga, wusyu kita mendapat empat gold dalam kejohanan dunia. Bermakna secara keseluruhannya sebagai negara kecil seperti Malaysia menjadi juara dunia untuk enam jenis sukan adalah perkara yang boleh kita banggakan. Cuma kita rasa lebih sedih lagi kerana beberapa sukan yang kita minat untuk menang masih tidak menang, itu sahaja. Sila.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkiefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Menteri. Tuan Pengerusi, sebenarnya saya bersetuju sangat dengan pandangan Menteri sebentar tadi kerana berhubung dengan salah seorang kawan yang punya kepakaran sports science dan sports medicine begitu juga pandangan beliau yang mengatakan bahawa negara kecil kita ini nampaknya tidak boleh memenangi sukan yang kita minati seperti bola dan umpamanya tetapi pada events ataupun sukan-sukan yang berlandaskan equipments ataupun tools, apparatus ya, boling, memanah, archery, menembak, lawn ball dan seumpamanya. Itu satu yang saya boleh setuju dengan menteri. Ada pun yang hendak saya berhajat memberikan pandangan sebelum penggulungan Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu sejauh mana balik kepada perkara yang asas untuk kita menurunkan sebelum kita pergi kepada perkara-perkara yang agak pada peringkat yang tinggi. Bagaimana mungkin kita boleh turunkan enam universiti hari ini sudah ada sports science. Beberapa pakar-pakar dalam fakulti medicine ada exercise physiologist, Masters, PhD. Suami Yang Berhormat Titiwangsa contohnya di HUKM tetapi kita belum dapat menurunkannya kepada peringkat yang lebih rendah supaya talent identification itu dikenal pasti dahulu. Yang dikatakan sebagai kinaesthetic intelligent itu. IQ memang ada ukurannya kritikal intelligent nya, matematiknya, language nya, tetapi atas perkara ini kinaesthetic intelligent yang merupakan intelligent yang diperlukan dalam sukan. Saya ingin tahu daripada Menteri dan keduanya juga saya kembali kepada satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong sebentar tadi. Ini agak berlainan sikit. Kita perlukan gelanggang futsal, saya minggu lalu merasmikan di satu program futsal JKKK Bukit Badoh yang saya nampak, yang jelasnya ini lain sikit Menteri kalaulah boleh kita bina gelanggang futsal, bola, badminton, takraw dan seumpamanya saya kira itu adalah satu pemberian kepada generasi remaja belia kita untuk mereka dapat dijauhkan daripada segala perkara yang kita katakan sebagai angkara sosial itu. Merempit dan sebagainya kerana saya nampak sendiri dan saya akan adakan satu league Parlimen Kuala Selangor dan akan menggerakkan semua kampung-kampung mengadakan program futsal dan bertemu pada peringkat. Ini kerana saya nampak di peringkat Parlimen sekali gus dapat mengisi kepimpinan berpasukan, team building, segalanya, sahsiah mereka, jati diri mereka. Akan tetapi RM1.1 bilion peruntukan di KBS ini pastikan untuk tahun depan pada penghujungnya 2009, semua kampung ada ameniti sosial yang asas seperti ini untuk kita bangunkan remaja kita, terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin bertanya adakah pihak kementerian pernah bercadang untuk menjadikan ahli sukan yang berjaya misalnya Ruqaya atlet daripada negara Bahrain yang menjadi ikon sukan negara kita yang telah menang larian 200 meter di Sukan Asia Doha pada tahun 2007.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Kenapa saya menyatakan dia menjadi ikon. Oleh kerana negara kita ramai majoritinya orang Islam, jadi Ruqaya telah berjaya dalam keadaan dia menutup aurat dan dia mempraktikkan atau pun dia practicing Muslim. Dia mempraktikkan amalan-amalan dia sebagai seorang Islam, solat dan sebagainya. Jadi, saya mencadangkan supaya dapat membawa Ruqaya ini untuk menjadi ikon atau pun role model kepada remaja-remaja terutama remaja wanita kita. Terima kasih.

Terima kasih. Sebenarnya tidak menjadi dasar kementerian untuk menjadikan atlet daripada luar negara sebagai ikon di negara kita. Walau bagaimanapun, untuk atlet-atlet di dalam negara misalnya Nicole David telah pun

diangkat menjadi ikon baru-baru ini oleh Majlis Belia FELDA. Nicole David, di sepuluh kejohanan dunia berturut-turut menjadi juara walaupun di dalam keadaan yang terpaksa berlatih untuk menang, masih mampu mendapat 7A misalnya di dalam peperiksaan SPM. Jadi, ini merupakan satu ikon yang perlu diberi contoh oleh golongan-golongan remaja misalnya. Boleh menjadi ahli sukan, dalam masa yang sama mampu untuk belajar. Dari segi masalah gosip dan sebagainya tidak ada. Bersih daripada gejala-gejala yang tidak sihat dan sebagainya yang kita ketahui. Walau bagaimanapun cadangan dari Yang Berhormat itu boleh kita pertimbangkan sebab saya difahamkan Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC, mencadangkan untuk mengadakan kejohanan Negara-negara OIC. Mungkin selepas itu ada ikon-ikon yang tertentu yang mungkin boleh kita lihat. Walau bagaimanapun, belum menjadi dasar kita.

Sekejap. Sedikit sahaja.

Yang Berhormat sekejap. Saya hendak habiskan yang tadi. Gelanggang futsal tadi, gelanggang di seluruh kampung. Saya sudah katakan tadi itu harapan kita kalau boleh. Mungkin saya boleh jadikan perbahasan pada hari ini, jadikan mungkin sebagai cadangan daripada semua Ahli Parlimen untuk membantu pihak kementerian, mungkin membuat permohonan untuk akan datang ini supaya semua kawasan kampung mempunyai lengkap dengan prasarana sukan, bola, badminton dan sebagainya dan mungkin peruntukan yang lebih banyak dapat diberikan oleh pihak kementerian. Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan daripada rakan-rakan tadi. Sekejap Yang Berhormat ya. Saya hendak habiskan tentang sukan tadi. Ini sport science dan sebagainya. Oleh kerana Yang Berhormat Tanah Merah bangkitkan tentang bakat-bakat baru, jadi saya teruskan dengan...

Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja, sukan tadi. Saya minta sedikit.

Sukan lagi ini. Saya habis ini, saya buka kepada Yang Berhormat Maran.

Ada kaitan dengan sukan tadi, kemajuan sukan tadi.

Saya hendak jawab dahulu. Saya hendak sebut bahawa memang kita mempunyai program mencungkil bakat baru yang bermula bukan sahaja di sekolah menengah. Kalau dahulu bermula di sekolah menengah, Program Tunas Gemilang tetapi mulai tahun depan satu jawatankuasa telah pun dibentuk yang dipengerusikan oleh saya sendiri iaitu jawatankuasa bersama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Dengan ini, pencarian bakat akan bermula di peringkat pra sekolah lagi, bukan sahaja di sekolah menengah tetapi di sekolah pra sekolah dan juga di sekolah rendah. Program-program akan dimulakan di peringkat akar umbi ini dan selepas itu kita ada dengan pengajian tinggi misalnya, kalau dahulu selepas SPM misalnya, ramai pelajar- pelajar yang masuk ke IPT akhirnya mereka hilang di dalam sistem itu, tidak lagi menjadi atlet yang berjaya. Sedangkan mereka berjaya sebenarnya berjaya di peringkat awal, di peringkat sekolah merupakan atlet yang berjaya. Jadi, dengan adanya tiga kementerian yang bekerja sama nanti bahawa segala atlet kita yang bermula pada peringkat bawah hinggalah peringkat IPT dapat dikesan oleh kita, pihak kementerian melalui MSN dan untuk melatih mereka menjadi atlet. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Elemen sport science amat kurang di kalangan atlet-atlet sebab itulah saya kadang-kadang agak sukar untuk menjawab di Parlimen apabila saya menjawab perkara yang sama. Apabila atlet kita kalah, jawapan saya adalah mental strength, dengan izin, ketahanan mental tidak kuat, gabra dengan izin dan sebagainya. Akhirnya kita kalah kerana tidak mampu bersaing dari segi psikologi, tekanan kita dan sebagainya. Masalah kita ialah ISN tidak mempunyai pegawai yang mencukupi. Akhirnya apa yang kita buat adalah menerapkan elemen sport science beberapa bulan sahaja sebelum hantar ke luar negara.

Sedangkan sepatutnya yang idealnya ialah penerapan itu mesti bermula di peringkat awal lagi, di peringkat akar umbi nanti, dari segi psikologi, dari segi pemakanan dan sebagainya. Semua patut bermula daripada awal. Sebab itulah semalam saya hendak maklumkan kepada Dewan ini, di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, kita telah mencadangkan supaya sport science ISN menubuhkan pusat-pusat ISN satelit di seluruh negeri, di seluruh negara. Saya difahamkan tahun depan mungkin Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan sebagainya akan ada. Semuanya kita akan wujudkan dan barulah boleh walaupun tidaklah secara ideal di sekolah rendah kita terapkan, mungkin atlet-atlet yang telah pun dipilih di peringkat sekolah rendah sudah pun boleh diterapkan dengan elemen-elemen sport science. Sebab kita mengetahui negara-negara maju daripada tempat pertama hingga kesepuluh di Sukan Olimpik, semuanya dikuasai oleh negara maju kecuali Kenya. Itu exceptional tetapi selain daripada itu sebuah negara maju. Di Asia, Jepun, Korea, China kerana semuanya menerapkan elemen-elemen sport science kepada atlet-atlet mereka. Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor, memang elemen sport science ini perlu diterapkan dan kita akan memulakan dengan membina pusat-pusat satelit di setiap negeri dan kita akan terapkan di peringkat awal lagi.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu peraturan mesyuarat. Maaf Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, minggu lepas yang lalu 27 hari bulan, saya dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 26(8) dan 36(4) berkenaan kenyataan, tingkah laku sikap Yang Berhormat Pasir Salak. Saya hendak tahu bilakah pihak Yang Berhormat Tuan Pengerusi akan memberi keputusan sebab semalam saya menunggu, hari ini saya menunggu untuk dapatkan keputusan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Hari Khamis lalu pun saya menunggu perkara ini dibangkitkan tetapi saya tidak tahu kekeliruannya dan saya jangkakan bahawa rakan saya telah memutuskan peraturan itu. Sewaktu saya datang pada hari Khamis, saya mempengerusikan Mesyuarat sebanyak tiga kali seperti dalam jadual tetapi benda ini tidak dibangkitkan Yang Berhormat. Saya fikir perkara ini telah diselesaikan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, peraturan mesyuarat untuk merujuk seseorang ke Lembaga Disiplin, ianya haruslah di usul ketika kejadian itu berlaku. Kejadian yang berlaku itu merupakan peraturan mesyuarat yang ada dalam peraturan mesyuarat kita. Apa yang berlaku pada malam ungkapan Yang Berhormat Pasir Salak itu yang difikirkan obscene atau lucah. Pada ketika ianya diungkap, saya mempengerusikan mesyuarat dan ada lebih daripada 20 orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Malangnya, tidak seorang pun bangun untuk membantah dan mengumumkan peraturan mesyuarat pada ketika itu. Saya berpendapat bahawa tanggapan saya dan lebih daripada 20 Ahli Parlimen yang duduk mendengar ungkapan Yang Berhormat Pasir Salak pada ketika itu tidak melihat bahawa ianya satu ungkapan yang harus ditegur oleh Parlimen. Akan tetapi selepas balik, dan pada keesokan harinya Yang Berhormat mengemukakan peraturan mesyuarat untuk menegur Yang Berhormat Pasir Salak sebab itulah kita mempunyai peraturan mesyuarat untuk melihat sesiapa jua Ahli Parlimen, Ahli- ahli Yang Berhormat yang membuat ungkapan atau pun menggunakan perkataan- perkataan yang unparliamentary untuk ditegur ketika insiden itu berlaku.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ini kerana kita mempunyai pandangan yang berbeza pada ketika ia berlaku dan selepas ia berlaku. Apatah lagi selepas semalam ia berlaku kita mungkin mempunyai pandangan-pandangan dan interpretasi yang berbeza terhadap apa juga perkataan dan ungkapan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya melihat kalau lebih daripada 20 Ahli Parlimen termasuk saya sendiri tidak menegur Ahli Parlimen Pasir Salak pada ketika itu bererti kita tidak melihat itu sebagai sesuatu yang perlu kita tegur. Kita harus berlaku adil kepada mana-mana Ahli Parlimen dan kita tidak boleh penalized sesiapa pun mengikut rekodnya ataupun perkara-perkara yang berlaku pada ketika yang telah berlalu. Kita harus menegur dan penalized mana-mana Ahli Parlimen ketika insiden itu berlaku. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat saya rasa kita harus tinggalkan insiden itu dan saya harap semua Ahli Parlimen akan patuh kepada peraturan mesyuarat yang menggunakan ungkapan dan perkataan-perkataan yang tidak menyinggung perasaan terhadap mana- mana Ahli Parlimen. Semalam pun ketika membahaskan dalam Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Ahli Parlimen Pasir Salak telah pun menjelaskan perkara ini dan telah pun secara tidak langsung kesal terhadap perkara yang telah berlalu. Itulah pendapat saya dan kita look forward dan kita lupakan perkara itu untuk dijadikan sebagai pengajaran. Diharap Yang Berhormat boleh menerima keputusan ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi kepada Peraturan Mesyuarat 26(h) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, usul hendak menggantung kerja seseorang sebagai ahli. Ia tidak melibatkan bahawa ini patut dibangkitkan pada masa kejadian. Perkara satu. Perkara kedua ialah perkara yang saya bangkitkan sebelum itu iaitu Perkara 36(4), bahasa yang kurang sopan. Ia adalah hakikat bahawa bahasa yang kurang sopan telah dikeluarkan. Tuan Pengerusi memberi sebab bahawa pada ketika ia dikeluarkan tidak ada seorang ahli yang bangun untuk menegurnya, oleh itu ia tidak boleh penalized Ahli Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi tadi pertamanya saya kata bahawa tiada ada peruntukan ia perlu dibangkitkan pada masa kejadian itu. Kedua adalah bahawa kami mesti mendapat kepastian perkataan, setiap kata-kata yang dikeluarkan tersebut. Minggu yang lepas Yang Berhormat Bandar Kuching juga telah menjelaskan mengapa kita tidak bangkitkan pada ketika itu, sebab kita mahukan satu kepastian dan saya rasa amat penting. Memang benar Yang Berhormat Pasir Salak semalam ada membuat kenyataan bahawa beliau kesal dan memohon maaf. Itu satu kenyataan, satu hakikat tetapi permohonan maaf itu tidak akan bermakna kepada Dewan yang mulia ini, kalau Dewan yang mulia ini tidak mengambil tindakan terhadap satu kenyataan yang berunsur lucah yang dikeluarkan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf, Tuan Pengerusi. Ini satu hal. Satu lagi saya telah baca Hansard yang mana Yang Berhormat Pasir Salak telah memberi alasan bahawa pada ketika tersebut dia telah ditekan. Saya dengan izinnya membaca, “Saya ditekan, saya di provoke, saya dihina”, tetapi kenyataan unsur lucah yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak pada ketika itu, hari Rabu adalah semasa mencelah. Beliau meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Parit Buntar. Pada ketika itu tiada sesiapa yang mem provoke dia, yang menghina dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf, Tuan Pengerusi, biar saya habiskan ayat ini. Walau bagaimanapun, dalam apa-apa keadaan kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata tersebut dan tidak boleh memberi alasan bahawa kita dihina, kita di provoke untuk menjustifikasikan kata-kata yang berunsur lucah atau kasar atau biadab. Jadi, demi maruah martabat Dewan yang mulia ini, saya berharap Tuan Pengerusi mengambil tindakan. Akhirnya saya telah membaca rekod hansard 27 hari bulan. Timbalan Speaker yang seorang lagi telah menyatakan dengan terang di muka surat 29 bahawa, “Saya akan bincang dan saya akan minta Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee iaitu Timbalan Yang di-Pertua akan buat satu keputusan”, dan sebagainya. Jadi, sekarang ini kalau Tuan Pengerusi tidak membuat keputusan perkara ini akan tergantung.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Itu yang saya... demi Dewan yang mulia ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya prihatin dengan keprihatinan Yang Berhormat, tetapi kita harus membaca rekod bahawa ketika Yang Berhormat Pasir Salak membuat ungkapan iaitu Yang Berhormat Parit Buntar bercakap tentang “Tidak masuk gear”, dan “Belum masuk gear lagi”. Ungkapan itu dibuat dalam konteks yang sedemikian. Yang Berhormat, kalau kita silap tidak menegur Yang Berhormat Pasir Salak pada ketika itu bererti lebih daripada 20 orang Ahli Parlimen yang duduk dalam Parlimen ketika itu adalah silap dalam konteks ini, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap, Yang Berhormat. Nanti, Yang Berhormat. Saya menegur Yang Berhormat Pasir Salak dua kali pada ketika yang sama, iaitu penggunaan perkataan “biul” dan penggunaan perkataan “Keling”. Kedua- duanya ini telah pun ditarik balik oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat, saya telah buat keputusan dan keputusan saya ialah kita lupakan perkara ini. Kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 26 apa yang kita boleh buat kita akan meminta Yang Berhormat Pasir Salak untuk meminta maaf. Itu tujuan kita untuk penalized kerana kalau tujuan kita untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ia haruslah dilakukan pada ketika insiden itu berlaku. Saya melihat perbahasan Yang Berhormat Pasir Salak pada malam semalam adalah satu perbahasan yang merujuk kepada insiden yang berlaku itu dan saya menerima bahawa itu adalah satu perbahasan yang telah meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku. Saya tidak bersetuju jika dikatakan bahawa saya tidak mengambil tindakan tegas terhadap Yang Berhormat Pasir Salak dan rekod menunjukkan bahawa dua perkataan yang digunakan oleh beliau telah saya minta tarik balik. Jadi, Ahli Yang Berhormat, saya mohon agar dapat menerima keputusan ini dan biarlah insiden yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita. Ahli Yang Berhormat Pasir Salak dalam rekod pun telah meminta maaf terhadap dua perkataan yang digunakannya, dan semalam dalam rekod pun telah berbahas untuk meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku pada insiden yang disebutkan pada minggu lalu. Saya memohon agar Yang Berhormat dapat menerima keputusan ini dan pada masa hadapan kita akan bersama-sama menegur Ahli-ahli Yang Berhormat yang menggunakan perkataan- perkataan yang menyakiti Ahli Parlimen yang lain dan yang melanggar peraturan-peraturan mesyuarat yang ada. Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Yang Berhormat Tanah Merah tentang Kompleks Sukan Komuniti saya sudah jawab. Kompleks Rakan Muda pun saya sudah jawab. Bagi penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan negeri-negeri, saya ingin maklumkan bahawa peruntukan adalah untuk menyelenggarakan kemudahan sukan di bawah pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan yang tidak diselenggarakan dengan baik. Jadi, pihak kementerian mengambil tanggungjawab untuk menyelenggarakan pusat-pusat yang sepatutnya diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Untuk IKBN adalah dalam proses pelaksanaan projek dan bayaran ke atas kemajuan projek naik taraf. Projek ini adalah untuk menaik taraf kemudahan yang sedia ada bagi keselesaan pengguna. Yang Berhormat Maran...

Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan. Sikit sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan kerana mengadakan jawatankuasa khas untuk memastikan martabat sukan kita.

Cuma saya hendak bagikan pandangan sedikit. Terima kasih, di peringkat bawah, di peringkat awal kita ada usaha di peringkat sekolah menengah, pusat pengajian tinggi dan sebagainya dalam membina ahli-ahli sukan ini. Kemudian yang keduanya di peringkat atasan apabila kita sudah kenal pasti atlet-atlet yang berjaya ini kita pun membawa mereka sehingga mereka berjaya ke peringkat antarabangsa dan sebagainya. Akan tetapi di peringkat pertengahan Yang Berhormat Menteri Belia dan juga Tuan Pengerusi iaitu di

peringat daerah, saya perhatikan di peringkat daerah ini sebenarnya masyarakat kita boleh kata menceburi semua jenis sukan. Badminton, netball, sepak takraw, futsal, bola sepak, hoki, tenis, golf dan sebagainya. Saya perhatian peranan Jabatan Belia ini saya ingat perlu kita berikan perhatian. Saya perhatikan sebahagian besar belia ini bila melibatkan Rakan Muda ataupun mungkin di peringkat belia, perhatian dia lebih. Persatuan-persatuan sukan ini yang berada di daerah ini kadang-kadang mereka berjalan sendiri. Sebab itulah saya tidak nampak sedangkan mereka ini boleh memberikan semangat kepada anak-anak muda kita bagi bergerak untuk melahirkan atlet-atlet ataupun ahli-ahli sukan. Saya mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan sedikit kekuatan kepada Jabatan Belia Daerah ini supaya mereka dapat melebarkan ruang kuasa mereka ataupun peranan mereka kepada pertubuhan-pertubuhan sukan yang berada di daerah seperti tenis yang kadang-kadang dikendalikan oleh badan-badan berkenaan sahaja termasuklah menyalurkan peruntukan kepada mereka. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hendak rujuk semula berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Menteri untuk mewujudkan gelanggang-gelanggang sukan di setiap kampung dan daerah. Baru-baru ini saya terserempak di kawasan di negeri kita jugalah, negeri yang diwakili oleh Yang Berhormat Menteri juga sekumpulan anak-anak remaja perempuan yang menganjurkan seolah-olah macam wrestling atau pergaduhan sesama sendiri kerana untuk memilih ketua. Katanya ini adalah satu aktiviti yang sudah lama dipraktikkan untuk memilih ketua di kalangan mereka yang semuanya perempuan. Perkara ini agak dikaitkan agak besar juga dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri seperti silat dan sebagainya yang dikatakan tidak mempunyai ruang untuk menggunakan tempat-tempat seperti stadium, gelanggang-gelanggang tenis, takraw dan sebagainya tidak diberi secara khusus. Bertepatan dengan cadangan Menteri, setiap kawasan kampung dan sebagainya satu gelanggang, adakah cadangan ini untuk membuka ruang yang lebih luas secara teratur dan tersusun kepada aktiviti-aktiviti seni begini. Kebetulan juga ramai yang memperkatakan ini mungkin alternatif kepada yoga yang satu masa berapa hari lepas menimbulkan kontroversi di kalangan orang yang menjaga kesihatan dan menganggap ini sebagai satu seni untuk senaman atau menjaga kesihatan. Kalau benar ada cadangan ini, saya rasa amatlah baik kalau kita promote atau kita mempertingkatkan publisiti berkenaan dengan usaha untuk mengalihkan pandangan pada yoga yang kontroversi ini untuk menceburi ataupun dekat kepada seni mempertahankan diri tidak kiralah silat dan sebagainya. Akan tetapi yang pentingnya menyediakan ruang dan ruang dan peluang untuk menggunakan tempat-tempat seperti yang Yang Berhormat Menteri katakan tadi. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat boleh saya? Terima kasih. Tuan Pengerusi saya juga ingin membangkitkan sedikit soal tentang pembangunan sukan. Yang Berhormat Menteri, saya percaya bahawa pembangunan sukan ini selain dari untuk mendapat kejayaan, saya ingat satu objektifnya ialah untuk membina masyarakat yang berbudaya sukan demi perpaduan dan keharmonian masyarakat. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri di negara kita ada jenis sukan yang biasa. Contohnya kaum Melayu suka menyertai sepak takraw, silat, tetapi yang lain seperti table tennis, wusyu ini kaum Cina yang lebih suka menyertai. Adakah kementerian Yang Berhormat ada program atau usaha supaya kita dapat menggalakkan sukan-sukan ini yang mungkin kurang popular di satu-satu kaum ini dapat kita campurkan atau menggalakkan semua yang ambil bahagian. Ini supaya kita dapat mencapai objektif kementerian ini iaitu untuk mewujudkan atau membina satu masyarakat yang berbudaya sukan demi perpaduan. So, adakah program-program atau usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian?

Yang Berhormat Maran menyebut mengenai peranan Jabatan Belia dan Sukan. Memang Jabatan Belia dan Sukan sentiasa bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan di peringkat daerah. Di dalam soal pencarian bakat dan sebagainya, kita juga mengembangkan bakat-bakat yang dikenal pasti di peringkat-peringkat daerah dan sebagainya.

Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya Yang Berhormat jangan silap faham. Bukan saya kata saya akan mewujudkan setiap kampung satu padang permainan. Saya ada sebutkan kalau boleh itulah harapan Kementerian Belia dan Sukan, tetapi kerana kekangan kewangan dan sebagainya, kita tidak mampu. Untuk menjawab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat fasal silat dan sebagainya tadi, memang pihak kementerian menggalakkan tentang silat ataupun martial art dan lain-lain seni mempertahankan diri ini termasuklah daripada wusyu, silambam bagi kaum India, tekwando dan sebagainya. Aktiviti ini juga dimasukkan di dalam sukan-sukan seperti Sukma dan sebagainya. Memang kita mempunyai program yang cukup, program-program latihan dan sebagainya. Di peringkat Rakan Muda di bawah Rakan Muda Waja Diri misalnya, semua martial art ini ataupun seni mempertahankan diri ini merupakan salah satu daripada program yang kita jalankan. Kita memang sentiasa menggalakkan silat dan sebagainya. Saya rasa tidak ada masalah jikalau tempat-tempat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan akan boleh digunakan oleh persatuan-persatuan ataupun mereka yang berminat di dalam aktiviti- aktiviti seni mempertahankan diri. Saya rasa tidak ada masalah ini pada kita, boleh digunakan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, saya setuju apa yg Menteri katakan. Akan tetapi saya nampak macam di kampung, jarang saya nampak ada basketball court. Sebab pertubuhan badan Cina, Melayu, India lebih kurang sama. Ada yang tinggi untuk kaum Melayu, saya ingat amat sesuai untuk bermain bola keranjang tetapi tapak ini memang kurang di kawasan perkampungan. Yang ada dalam taman-taman yang ramai penduduk kaum Cina dan lain-lain. Sebab itu saya minta adakah kerajaan nampak mungkin kita perlu menggalakkan, mewujudkan tapak-tapak ini untuk belia-belia untuk ambil serta dengan sukan-sukan yang berlainan sedikit. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang seperti yang saya sebutkan tadi, 1,000 gelanggang yang kita bina tadi boleh digunakan untuk permainan seperti bola keranjang, bola tampar dan sebagainya. Seperti kita tahu mana-mana sukan adalah terbuka kepada semua kaum. Bola misalnya, tidak terhad kepada kaum Melayu sahaja, tetapi kepada kaum Cina, kaum India dan sebagainya. Jadi saya akui memang sukan merupakan satu alat perpaduan tanpa mengira kaum dan sebagainya. Jadi kita akan usahakan program-program untuk menggalakkan perpaduan melalui sukan ini.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Paya Besar bangun Yang Berhormat.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Menteri ada menyebut fasal penyelenggaraan padang-padang bola, gelanggang dan sebagainya yang mana ada mengatakan bahawa ada kawasan-kawasan padang bola ini diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga pejabat-pejabat daerah. Akan tetapi saya difahamkan dalam satu mesyuarat tindakan daerah, pejabat daerah menafikan bahawa penyelenggaraan padang-padang bola di kampung-kampung ini diselenggarakan oleh pejabat daerah. Jadi bila kita ajukan pertanyaan ini kepada Jabatan Belia Daerah, Jabatan Belia mengatakan bahawa tidak ada peruntukan untuk membaiki padang-padang bola di kawasan-kawasan kampung yang sudah sedia ada.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Kita bukan minta padang bola baru, tapi kalau kita dapat menyelenggarakan, membantu JKK ke untuk menyelenggarakan padang itu supaya ianya boleh digunakan dengan sempurna oleh belia-belia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, saya suka perjelaskan di sini bahawa secara amnya, kita tidak semua padang-padang permainan adalah kepunyaan Kementerian Belia dan Sukan, itu perlu jelas. Ada Dewan-Dewan serba guna misalnya yang dibina di kampung-kampung di bawah JKK dan sebagainya tidak

dimiliki oleh Kementerian Belia dan Sukan, itu di bawah Kementerian Luar Bandar, misalnya. Di dalam majlis-majlis daerah, dewan-dewan banyak dibina oleh majlis-majlis daerah di bawah KPKT, kerajaan tempatan, itu juga bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan, walaupun ianya merupakan tapak permainan iaitu tapak permainan bola, badminton yang ada kaitan dengan sukan tetapi tidak semuanya dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan dan diselenggarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan, ianya diselenggarakan sepatutnya di dalam majlis daerah, diselenggarakan oleh majlis daerah, di kawasan luar bandar diselenggarakan oleh jabatan-jabatan lain. Bagaimanapun ada beberapa tempat kedapatan yang mana pihak tertentu memohon pihak kementerian menyelenggarakan dan kita selenggarakan. Bagaimanapun suka saya maklumkan bahawa ianya tertakluk kepada kewangan dari segi penyelenggaraan yang ada pihak kementerian dan kita tak bertanggungjawab untuk menyelenggarakan semua padang-padang bola, badminton dan prasarana sukan di seluruh negara ini. Terima kasih.

Terima kasih Menteri, saya nak sentuh sikit pasal bola sepak. Duduk sembang di luar dengan Dato’ pasal bola sepak, saya nampak Dato’ ini baik, Menteri yang boleh dengar cadangan dan sebagainya. Standard bola sepak di Malaysia ini dah teruk sekali, tambah-tambah lagi selepas kita mengamalkan profesionalisme dalam bola sepak, bola sepak profesional. Tambah lagi dengan wang yang kurang. Dulu jenama rokok sponsor FAM. Kedudukan bola sepak boleh tahan sebab negeri-negeri khususnya, persatuan-persatuan bola sepak negeri dapat bantuan. Selepas ditarik balik sponsor jenama rokok ini, FAM pun menghadapi masalah, negeri-negeri lagi bermasalah tentang kewangan dan bola sepak merudum. Sekarang ini di dunia, ranking kita 151, di Asia nombor 25, tetapi memandangkan bahawa asas bola sepak ini, pemain- pemain bola sepak ini datang daripada negeri-negeri. Saya nak cadang kepada Menteri, kalau tidak boleh dapat sponsor melalui FAM, kerajaan sendiri yang sponsor sebab ini satu sport for the masses ataupun sukan untuk rakyat dan beribu-ribu peminat bola sepak seluruh negara yang sekarang ini kurang minat bola sepak local tetapi tengok televisyen English Premier League sebab standard kita turun. Jadi saya rasa ini satu tanggungjawab kerajaan, kalau bolehlah bagi satu peruntukan direct kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri supaya bimbingan bola sepak di peringkat negeri dipupuk untuk kepentingan bola sepak nasional. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, memang kita akui bahawa bola sepak mempunyai masalah yang besar pada hari ini terutamanya dari segi kewangan. Seperti saya sebut dalam akhbar hari ini, sebanyak sembilan negeri berhutang dengan EPF sebanyak RM4.8 juta dengan EPF, belum lagi hutang stadium, hutang lain-lain lagi. Memang masalah kewangannya besar sebab waktu rokok menaja persatuan bola, jumlah yang diberi ialah RM30 juta dan setiap negeri akan mendapat lebih kurang RM1 hingga RM1.5 juta, tetapi pada hari ini peruntukan yang diperoleh oleh FAM melalui tajaan adalah sebanyak RM19 juta sedangkan perbelanjaan yang diperlukan oleh FAM untuk liga dan sebagainya adalah sebanyak RM22 hingga RM25 juta, defisit setiap tahun. Jadi ini merupakan satu masalah yang besar dan apabila profesional setiap negeri, dia mesti mengaji pemain-pemain dia, sebab itulah saya terus jawab kepada Yang Berhormat daripada Jerai tadi tentang perlunya pemain import dan sebagainya. Bagaimana nak membayar pemain import yang harganya RM15 ribu sebulan, sedangkan nak bayar EPF pun dah tidak mampu. That’s why dah tak ada pilihan, akhirnya tidak menerima pemain import dan sebagainya. Pada hari ini, kita kerajaan memang sedar perkara ini berat tetapi untuk kerajaan mengambil alih peranan untuk membayar setiap persatuan bola negeri memerlukan RM4 - RM5 juta setahun untuk survive, untuk hidup. Kalau RM2 juta satu persatuan negeri, bermakna berapa banyak duit yang perlu dibelanjakan untuk persatuan bola negeri sahaja. Kalau kita berbelanja untuk persatuan negeri, apa yang dihadapi oleh kerajaan adalah apa

kata kalau persatuan lain pun meminta supaya kita bail out mereka, kalau ada masalah hutang dan sebagainya akhirnya kerajaan terpaksa membayar begitu besar perbelanjaan. Jadi apa dilakukan oleh kerajaan pada hari ini ialah membantu dari segi pembangunan bola sepak itu sendiri. Kita berbelanja lebih kurang RM8 juta setahun untuk pembangunan sahaja, tetapi dari segi pentadbiran, administrative kita masih lagi tidak mampu. Walau bagaimanapun semalam pihak Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan telah mengarahkan pihak kementerian untuk duduk bersama persatuan bola, FAM dan juga mungkin kepada persatuan bola negeri untuk berbincang bagaimana kita menyelesaikan masalah yang ada pada hari ini, tetapi tidak ada komitmen tentang bayaran dan sebagainya oleh pihak kerajaan sehingga hari ini.

Yang Berhormat Menteri boleh

Ini sepak takraw, mungkin sepak takraw pun nak juga dari segi duit dan sebagainya.

Saya nak merujuk Yang Berhormat Bayan Lepas, ha, minta maaf, Yang Berhormat Bayan Baru. Dia mencadangkan kerajaan memberi bantuan terus kepada FAM - bola sepak kerana memang bola sepak merudum dia dahsyat betul, tak ada siapa nak tengok bola sepak ini, pasal mutu permainan. Masalahnya fulus, masalah duit, ini Yang Berhormat Bayan Baru katakan. Yang Berhormat pula jawab tak mampu, tak mampu nak memberi kewangan yang begitu banyak. Jadi apa salahnya, tapi mungkin apa yang saya cadangkan ini berlawanan la pula nanti dengan kawan-kawan yang lain. Kembalikanlah semula kutipan tajaan daripada rokok ini... [Tepuk] [Disampuk] Ha, kan sudah... [Ketawa] Kalau gitu gini pun rokok tak juga diharamkan, orang hisap rokok juga kita faham kerana nak menyekat supaya orang ketagih rokok ini taklah meluas. Kita fahamlah, tapi apa salahnya duit rokok ini hantar kepada bola sepak, hantar kepada pasukan sukan-sukan yang memerlukan kewangan. Memang kewangan menjadi satu perkara yang agak menyulitkan semua persatuan-persatuan sukan ini miskin-miskin, terutama sepak takraw. Jadi kembalikan semula jelah, kutiplah, jangan kata dapat RM2 - RM30 juta agaknya sekarang boleh juga bertambah RM40 juta, supaya mutu bola sepak kita, mutu sukan-sukan yang lain agaknya boleh ditingkatkan dengan tajaan daripada rokok yang tidak pula diharamkan. Walaupun Parit Buntar kata nak...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Titiwangsa tak boleh bangun Yang Berhormat Titiwangsa.

Saya faham...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Titiwangsa tak boleh bangun ketika ini, dia sedang mencelah itu.

Yang Berhormat Titiwangsa, saya memang puji dialah, dia seorang wanita yang gigih nak menyelamatkan lelaki yang banyak menghisap rokok ini... [Ketawa] Saya kagum dialah, berbahagialah dia, dia membuat kerja kebajikan itu. Walaupun agaknya Yang Berhormat Parit Buntar semalam ke masa bila dia cakap, Majlis Fatwa haramkan rokok, tapi belum dilaksanakanlah.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Yang Berhormat Sri Gading sedar tak Australia dan UK lebih berjaya daripada kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh mencelah dalam menjawab Yang Berhormat.

Sedar saya sedar. Cukup sedar. Cuma, itulah kalau masalah kewangan menjadi halangan yang besar kepada kebangkitan kepada sukan itu terutamanya bola sepak, kenapa tidak agaknya kembalikan semula kutipan. Saya tak tahu, ini cadangan, kalau boleh pakai, pakailah. Kalau tak boleh pakai pun, saya tak kecil hati. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tak boleh pakai. Saya hendak jawab bagi pihak Menteri.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak kepastian daripada Menteri. Adakah kaedah atau last resort kita untuk selesaikan masalah bola sepak ini hanya semata- mata dengan mengambil sponsor daripada tobacco company. Kalau kita dah tak ada pilihan lain untuk menyelamatkan industri bola sepak kita ini, maka saya rasa ramai juga boleh buat ketetapan, diharuskan. Akan tetapi adakah benar itu exclusively and wholly problem ini tak boleh hendak diselesaikan dengan izin, kalau kita dah tak ada sangat dah source atau pun sumber lain untuk digantikan kepada peruntukan untuk menghidupkan sedikit semula industri bola sepak negara.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tuan Pengerusi, bagi saya cakap sedikitlah Tuan Pengerusi. Saya hendak bagi tahu sedikitlah kepada Yang Berhormat Sri Gading ini...

Kita bagi Yang Berhormat Titiwangsa dahulu lepas itu…

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya dah cakap dah benda ini, Framework Convention on Tobacco Control. Kita parti. Parti itu bermakna kita telah menandatangani bersama-sama dalam convention itu. Sekiranya kita melakukan balik, mengiklankan rokok untuk menjana pendapatan sukan, kita boleh dikenakan hukuman antarabangsa. Itu saya bagi tahulah supaya tak timbul lagi. Bukan masalah saya hendak memperjuangkan dari segi rokok sahaja, tetapi itu adalah salah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia menjawab itu. Yang Berhormat Titiwangsa menjawab Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Masalahnya, kita lihat di sini masalah duitnya. Kita juga terjebak kerana bila kita melaksanakan dalam bentuk profesional ini menyebabkan kita terpaksa menanggung kos pembiayaan elaun gaji kepada pemain itu terlalu tinggi. Jadi sekarang ini, bila kita tidak lagi mengambil pemain import untuk bermain di pasukan-pasukan negeri ini, saya kira kita kena kaji balik. Maknanya perlu ada satu badan khusus untuk kaji balik dari segi bayaran kepada pemain-pemain ini supaya setiap persatuan negeri itu tidak tertanggung dengan beban kos kewangan yang tinggi. Kalau sepak takraw umpamanya, mana ada orang bayar, ada bayar pemain sepak takraw? Bola sahaja yang kita bayar yang agak tinggi; kepada jurulatihnya, kemudian kepada pegawainya dan sebagainya. Jadi, saya kira bahawa kita perlu kaji balik tentang pembayaran. Bukan kita hendak hapuskan pro ini tetapi maknanya biarlah berpadanan dengan kemampuan dan keupayaan kita. Kalaulah kita tak upaya dengan sumber kewangan yang terhad, jadi kita harus kaji. Saya percaya pemain-pemain juga harus terima sebab mereka pun tak ada tempat lain, nak pergi mana. Kalau semua negeri bersetuju, okey, tapi kalau setiap negeri tak bersetuju akhirnya pemain itu boleh lari ke negeri yang lain. Jadi ini yang saya kita bahawa kita kena terima realiti ini supaya kita dapat kaji balik sesuai dengan kemampuan dan keupayaan kita.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit sahaja?

Berbeza dengan rakan-rakan yang lain yang melihat masalah kemerosotan bola sepak itu dikaitkan dengan duit, saya fikir ada faktor lain Yang Berhormat Menteri. Negara-negara macam Nigeria, Ghana, Ivory Coast ini, Yang Berhormat Menteri, kemudahan sukannya berbanding dengan kita, stadiumlah, jauh ke belakang. Padang pun tak ada rumput. Padang di Sri Gading cantik lagi.

Akan tetapi mereka menghasilkan pemain bertaraf dunia Yang Berhormat Menteri, mesti ada sesuatu yang lain sebenarnya. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri telah mengambil inisiatif mengumpulkan bekas-bekas pemain hoki kebangsaan. Mereka inilah yang melakukan brainstorming untuk mencari punca sebab apa hoki juga merosot, walaupun tak menggelongsor seteruk bola. Masih dalam tahap 15 terbaik walaupun terlepas Olimpik Athens, terlepas Olimpik Beijing, kita tak mahu terlepas pula Olimpik London. Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai sukan semalam tak masuk pun hoki sebagai sukan utama, itu tak apa. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, bukan duit satu-satunya saya kira. Kadang-kadang saya dok terfikir balik, bab bola ini, begitu juga hoki yang dulu-dulu ini. Kalau komposisi pemain itu, barangkali secara kebetulan ya, kerana hubungan waktu itu, konteks perpaduan tak begitu meruncing macam sekarang. Komposisi pemain mengikut kaum pun agak seimbang. Goalkeeper, kebetulanlah ya, Arumugam, tengah, dia ada Chin Aun, dia ada Santokh, mid-field dia ada Chun Wah, striker dia ada Mokhtar, komposisi seimbang. Hoki macam itu juga, goalkeeper dia ada Khairuddin Zainal, defend dia ada Sri Shanmuganathan, dia ada Mahendran, dia ada Fook Loke. Jadi komposisi itu menjadi secara natural. Hari ini kita tengok suka ini, bola terutamanya, saya nak ingat satu pemain India yang mewakili Malaysia, saya tak ingat dah. Begitu juga saya tak jumpa lagi seorang pemain daripada bangsa Cina maksudnya. Secara kebetulan atau pun tidak ia telah merubah keseluruhannya. Akibatnya, walaupun kita masuk sistem Liga Profesional, Singapura pergi ke Liga Profesional selepas dahulu selalu bergaduh dengan Johor. Akhirnya Johor kata “Nyahlah Singapura, tak payah masuk Malaysia Cup”. Dia buat liga dia sendiri, dia mengatasi kita sekarang. Jepun ada liga pro dia sendiri, dia menjadi kuasa hebat Asia. Korea Selatan ada liga pro dia sendiri, dia menjadi kuasa besar Asia. Malaysia ada liga pro, bergelumang dengan masalah rasuah, tak bayar EPF, tak bayar gaji, tak bayar hutang, apa isu sebenarnya Yang Berhormat Menteri ini, dalam soal bola ini. Itu saya fikir, saya mendengar keseluruhan jawapan Menteri, bab-bab lain meyakinkan, Yang Berhormat Menteri cukup confident. Kelihatannya bila Yang Berhormat Menteri respons tentang bola ini, Yang Berhormat Menteri ini sangat pesimis nada itu, nada yang tak jumpa jalan keluar. Ini berat sebenarnya Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri terbawa-terbawa bahawa sukan-sukan yang Malaysia menang besar, tetapi pengaruh masanya tak luas Yang Berhormat. Macam mana pun orang nak tengok, bila suka ini, bola, bila sukan ini, hoki. Dahlah takraw terlepas dah kita. Jadi, Yang Berhormat Menteri, sesuatu yang hilang. Saya pun tak jumpa punca juga Yang Berhormat Menteri. Konvensyen Sukan dah buat, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai sukan pun dah ada dah. Tiga dah dikenal pasti bidang sukan utama, lumba basikal, memanah, kemudian apa lagi Yang Berhormat Menteri sebut, badminton, semua dah, tapi membelakangkan bola ini Yang Berhormat Menteri, kita hendak kena ada satu niche ya. Sebut Australia, raga. Sebut New Zealand - olahraga, sebut India - dia ada hoki, sebut Indonesia - badminton. Sebut Malaysia apa, congkak!? Maknanya, tak jumpa Yang Berhormat Menteri. Jadi ini yang kita nak tengok dalam kementerian ya. Saya mohon penjelasan. Terima kasih.

Sedikit Yang Berhormat. Apa yang saya faham fasal bola sepak ini, kita ingin lihat bola sepak Malaysia ini ala-ala profesional. Akan tetapi kalau isu cara profesional ini bagi masalah kepada kita, mungkin kita fikir cara amatur. Pemain-pemain hebat dahulu tak fikir tentang gaji pun. Mokhtar Dahari, Ghani, Shaharudin Abdullah, semua nama besar bola sepak, mereka bukan harap pada gaji. Akan tetapi, sekarang ini nak jaga satu pasukan negeri, sekurang-kurangnya setahun perlu RM1.5 juta; sebab dia ada 50 pemain, sorang pemain, minimumnya RM2 ribu. Jadi itu adalah profesional. Mungkin kalau kita nak cari jalan, ini salah satu daripada cadangan. Tidak pun kementerian bagi satu negeri RM1 juta. Saya yakin dengan RM1 juta kita boleh cari jalan untuk memperbaiki lagi kedudukan. Sekurang-kurangnya Persatuan Bola Sepak Negeri tak gulung tikar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud di belakang Yang Berhormat.

Sedikit sahaja, Kota Belud untuk bola, Sabah punya angle. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya bola sepak ini jangan dilihat sebagai hanya isolation tentang bola, sukan. Saya melihat bola sepak ini sebagai salah satu instrumen perpaduan juga. Saya masih melihat dahulu di negeri Sabah, apabila Sabah melahirkan pemain bola sepah seperti Hassan Sani, James Wong dan sebagainya.

Kita berduyun-duyun satu keluarga pergi ke stadium untuk melihat, menonton perlawanan bola sepak malah duduk dengan pendatang tanpa izin sebelah itu di dalam stadium kita tidak kisah, orang Indonesia, orang pendatang tanpa izin. Jadi soal sama ada kita boleh membangunkan bola sepak ini tanpa duit ini semua perkara tidak boleh difikirkan lagi. Semangat patriotisme kita ini tidak begitu tinggi lagi. Kalau kita hendak menjadi pemain bola sepak yang boleh membawa nama negara ke mercu antarabangsa dengan hanya tidak memikirkan tentang gaji, is gone forgone conclusion. Dia tidak boleh dipakai lagi. Sekarang ini saya minta kerajaan belanja sebanyak mana yang boleh, RM50 juta, RM100 juta, RM200 juta, bangunkan. Kalau kita boleh hantar angkasawan ke luar negara berbelanja berpuluh-puluh juta untuk seorang dan kita tidak tahu kesannya kepada perpaduan ataupun kebaikan untuk rakyat, saya rasa industri sukan bola sepak ini perlu diberi perhatian nombor satu. Kalau perlu bagi duit, kita luluskan dalam Parlimen ini, kita bagi berapalah sahaja hendak untuk memajukan bola sepak negara kita ini.

Terima kasih. Sebenarnya saya bersetuju bahawa banyak angle yang kita perlu lihat. Profesional misalnya, semuanya bermula apabila profesional ini, Liga Profesional ini dimulakan. Apabila profesional bermakna pemain itu dibayar gaji. Itu beza dengan amatur. Amatur tidak payah bayar gaji, elaun setiap kali bermain, dapat elaun, seperti takraw lah. Takraw dia tidak ada gaji tetap sebab dia bukan profesional tetapi bila profesional, gajinya kena bayar. Lima ribu, sepuluh ribu pun ada, bayarannya mahal. Jadi ini merupakan perkara-perkara yang menyebabkan akhirnya timbul masalah kewangan dan sebagainya. Kita memang mengakui bola merupakan satu permainan yang penting, sebab itulah di peringkat sekolah misalnya pihak kementerian memberi bantuan. Di dalam program yang saya sebutkan tadi, program bakat dan sebagainya walaupun bola masih lagi di nombor, takuk ke 151 tidak dianggap sebagai permainan yang boleh mendapat pingat walaupun di Sukan SEA sekalipun tetapi di peringkat akar umbi kita membelanjakan wang yang banyak bersama dengan pihak sekolah untuk menjadikan bola itu satu permainan rakyat kerana perpaduan dan sebagainya. Jadi untuk apa yang timbul hari ini ialah masalah bola di peringkat negeri dan negara, itu bukan di peringkat akar umbi. Jadi pihak Jawatankuasa Kabinet semalam memutuskan perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan setakat iklan rokok dibenarkan ke ataupun kerajaan bagi duit ke ataupun balik kepada amatur daripada profesional. Jadi sebenarnya mesti dilihat dengan cara yang menyeluruh, komprehensif, holistik dan sebagainya dan pihak kementerian akan berbincang dengan persatuan bola negeri, Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mencari jalan bagaimana kita menyelesaikan masalah-masalah yang timbul ini. Jadi beri peluang kepada kementerian, kita akan dapatkan satu formula. Saya tahu bola dekat kepada hati kita semua. Jadi saya terus, saya diberitahu oleh Tuan Pengerusi perlu cepat kerana banyak lagi kementerian lepas ini. Saya kalau boleh hendak bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sampai pukul berapa sekali pun. Jadi saya tidak payah komenlah tentang Tanah Merah dengan retorik-retorik politik biasa pembangkang, biasa mengatakan ada kroni dan sebagainya, dengan kontrak. Saya sebagai seorang peguam saya tahu, setiap tuduhan mesti ada bukti dan fakta. Jadi kalau setakat kata projek kementerian kroni yang dapat itu tuduhan yang tidak berasas kerana setiap kontrak di tender secara terbuka dan sebagainya. Jadi saya pergi

kepada Yang Berhormat Kota Belud, masalah tanah tadi saya dah sebut, kita cuba cari dan kalau tidak dapat juga kita akan bincangkan dari segi kewangan tadi dan tidak ada arahan, saya hendak maklumkan, tidak ada arahan menggunakan dua kontraktor. Satu kontraktor sahaja arahan kita. Satu kontraktor Kelas F sahaja dan tidak perlu ada dua. Kalau ada dua memang tidak ada siapa yang mampu buat sebab harga futsal itu pun RM120 ribu memang tidak mencukupi. Mengenai SANYA, saya terserah kepada pemimpin-pemimpin SANYA sebab saya difahamkan bukan kementerian yang membatalkan SANYA, tidak ada. Jadi saya pun minta kalau SANYA ingin dihidupkan semula, kita tidak ada masalah. Walau mana pun dari segi pendaftaran, berdaftar dengan ROS lah. Tidak boleh berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan sebab negeri Sabah dan Sarawak masih belum menerima Akta Pembangunan Belia 2007, belum terima lagi. Jadi SANYA boleh ditubuhkan dan didaftar dengan ROS seperti biasa, tidak ada masalah. Pembangunan sukan fokus kepada sports science, saya sudah sebut tadi sewaktu menjawab Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, saya rasa sama sahaja jawapan saya. Yang Berhormat Kuala Krai, satu perkara yang baru yang agak saya rasa ada logiknya untuk pegang kepala-kepala masam, saya pun ini Yang Berhormat Kuala Krai punya istilah tadi, satu cadangan yang boleh kita terima, kita akan usahakan dan pertanian saya sudah sebut tadi bahawa kursus usahawan tani dengan jumlah-jumlah yang telah berjaya mendapat pinjaman. Yang Berhormat Kuala Krai juga bertanya pasal Lojing, Projek Tanah Tinggi Lojing saya sudah sebut. Yang Berhormat Kuala Krau apakah pendekatan baru untuk sukan? Saya sudah sebut tadi untuk mewujudkan jawatankuasa bersama dengan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi untuk mengenal pasti bakat, mewujudkan lebih banyak jurulatih kerana lebih ramai atlit yang kita kenal pasti lagi ramai jurulatih dan jurulatih mestilah mempunyai kepakaran yang tertentu dan sebagainya. Pada hari ini sekolah, guru-guru sekolah yang mengajar pendidikan jasmani sahaja kadang-kadang menjadi jurulatih. Jadi, kita anggap itu tidak memadai dan kita akan melatih jurulatih- jurulatih di kalangan guru lebih ramai lagi supaya menjadi jurulatih yang lebih mempunyai kepakaran dan sebagainya. Begitu juga untuk kejayaan, kita akan fokuskan sukan-sukan ini berdasarkan kemampuan. Misalnya Olimpik, tidak semua sukan kita fokuskan untuk berjaya di Olimpik. Mungkin tiga sukan untuk 2012. 2016 kita tambahkan hoki dan beberapa sukan yang lain. Kalau squash masuk menjadi salah satu sukan di dalam 2016 Olimpik, squash kita akan masukkan. Ada sukan yang kita fokuskan untuk Komanwel, ada sukan yang kita fokuskan untuk Sukan Asia dan ada sukan yang kita fokuskan untuk Sukan SEA sahaja. Jadi dengan kita meletakkan pencapaian berbeza itu jadi fokus kewangan dan sebagainya boleh kita menguruskan kewangan itu dengan lebih bijaksana, tidak kita bahagikan sama rata sahaja. Sedangkan pencapaian dia mungkin hanya untuk sukan SEA, sedangkan sukan yang satu lagi ini untuk Olimpik dan sebagainya. Jadi mulai daripada sekarang kita akan memfokuskan sukan itu mengikut kemampuan pencapaian masing-masing.

Pencelahan ringkas Yang Berhormat tentang sukan acara Olimpik Yang Berhormat. Apa sudah jadi pada usaha Malaysia untuk promote supaya takraw ini diterima sebagai satu acara Olimpik Yang Berhormat sebab saya tengok dalam online Yang Berhormat, ada seorang cikgu berbangsa Inggeris. Dia start dia punya online petition mendesak supaya Majlis Olimpik Antarabangsa ini memasukkan sepak takraw dalam Olimpik. Kalau cikgu daripada Inggeris Yang Berhormat, boleh mengambil inisiatif begitu kerana kecintaan, alasan dia mudah dia kata. Kalau volleyball pantai pun boleh masuk dalam Olimpik, takraw itu lebih punya kredibiliti katanya. Jadi bila Yang Berhormat sebut tentang acara Olimpik yang kita tumpu kepada jenis sukan yang kita boleh dapat pingat ataupun potensi dapat pingat. Satu daripada sukan memang kita punya hubungan yang cukup dekat dari segi nilai sentimentalnya ialah takraw tetapi kelihatannya kita tidak begitu bersungguh-sungguh promote. Kita asyik bergaduh untuk main bola rotan atau main bola plastik. Itu berat tu Yang Berhormat sebenarnya. Jadi barangkali Yang Berhormat boleh maklum balik pada Dewan setakat mana sebenarnya

walaupun ini perkara baru Tuan Pengerusi, tetapi kerana kita tidak berpeluang mengambil bahagian sepenuhnya peringkat perbahasan saya tidak fikir Yang Berhormat keberatan untuk update kita sikit tentang ini. Terima kasih.

Sebenarnya memang Persatuan Sepak Takraw Malaysia, PSM sedang berusaha ke arah untuk memasukkan sepak takraw di dalam acara sukan Olimpik kerana alasan daripada pihak PSM sepak takraw ini mula dimainkan oleh negara-negara tertentu. Walau bagaimanapun untuk masuk menjadi salah satu daripada sukan di Olimpik ini ia mempunyai beberapa kriteria. Bukan sahaja jumlah negara yang bermain sepak takraw, memang satu-satunya permainan itu, misalnya takraw berapa banyak yang bermain.

Akan tetapi sekarang ini usaha sedang dijalankan oleh pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia untuk eksport permainan ini ke negara-negara luar, China telah mula bermain. Pemain wanita China dan pasukan wanita China telah pun berjaya lebih baik mengatasi kita sebenarnya dari segi takraw wanita. Korea sudah pun bermain takraw dan di Eropah pun mereka boleh memperkenalkan takraw. Cuma yang saya takut satu sahaja apabila seluruh dunia bermain takraw, bila kita masuk Olimpik kita kalah dan orang lain menang, itu yang saya takut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi, itulah kedudukan sekarang iaitu sepak takraw sedang diuruskan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Sebenarnya, sekolah sukan ini diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dari segi memberikan jurulatih dan sebagainya. Sememangnya beberapa nama besar di dalam sukan kita lahir daripada sekolah-sekolah sukan ini. Dari segi pembangunan belia saya sudah sebut tadi tentang pengupayaan, saya sudah sebut daripada awal lagi berapa jumlah yang telah kita bayar. Berapakah jumlah yang telah diluluskan oleh Skim Tabung Ekonomi Belia. Yang Berhormat Kuala Krau ini pun saya sudah sebut tadi iaitu sejumlah RM14 juta lebih dan detail nya saya dah sebut dan bank yang terlibat adalah Bank Rakyat dan Bank Pertanian.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri peringatan kita sudah empat jam Yang Berhormat Menteri

Saya akan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Satu kementerian saya dah hitungkan jamnya. Dua jam satu kementerian.

Okey saya akan habiskan. Boleh saya habiskan? Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengenai pasukan bola sepak, kita dah bincang tadi EPF dan sebagainya. Apakah KBS akan mengambil tindakan kepada negeri- negeri yang tidak mampu membayar EPF. Saya rasa bukan kuasa kementerian untuk menggantung mana-mana persatuan dan sebagainya itu bukan di bawah kuasa kita. Masalah itu saya sudah sebut kita akan selesaikan secara menyeluruh. Yang Berhormat Tenggara mengenai Rakan Muda memang Rakan Muda merupakan satu program yang dah lama, yang lebih daripada 12 tahun dan memerlukan kepada perubahan-perubahan serta penambahbaikan. Ini kerana keadaan remaja pada hari ini berbeza daripada remaja pada mula-mula Rakan Muda diperkenalkan. Jadi, pihak kementerian akan sentiasa merangka program-program yang baru dan bersesuaian. Misalnya yang terbaru ialah penubuhan Kelab Rakan Siber dan menubuhkan Pusat Rakan Siber di setiap kawasan Parlimen untuk mengelakkan belia terlibat dengan cyber cafe. Dalam masa yang sama memberi ruang kepada belia-belia di luar bandar yang tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki komputer boleh akses kepada internet dan sebagainya. Ini supaya jurang digital ini tidak terlalu luas di antara masyarakat luar bandar dan di bandar.

KSK saya sudah jawab, Rakan Muda saya sudah sebut tadi rebranding dan sebagainya. Yang Berhormat Jerai, saya sudah sebut penganjuran bola sepak kenapa kita tidak mengambil pemain import dan sebagainya, saya sudah sebut tadi. Sebab-sebabnya kerana masalah kewangan dan sebagainya. Pemain pelapis seperti saya sebut tadi kita memang sentiasa mengadakan program untuk pemain pelapis badminton. Ada disebutkan pemain pelapis badminton. Saya hendak sebutkan di dalam Sukan Commonwealth Youth, Sukan Belia Komanwel di India. Pasukan badminton belia kita, remaja kita mendapat pingat emas di India. Jadi, bermakna dari segi pelapis kita juga mempunyai program- program pelapis dan sebagainya. Program-program Rakan Muda yang baru saya sebutkan untuk merapatkan jurang hubungan dan sebagainya di antara kaum. Saya hendak sebutkan kita telah melancarkan Program Rakan Muda Kampung Baru Cina. Ini direct kepada Kampung Baru Cina, now program sekarang adalah program mendekati golongan remaja outreach program. Program Rakan Muda Kampung Baru Cina telah pun dilancarkan di Selangor iaitu di Sungai Chua, Kajang. Program kaum India estet akan dilancarkan di Tapah, Perak. Selain itu, Program Rakan Muda Orang Asli akan dilancarkan di Rompin, Pahang. Di kawasan- kawasan lain seperti di Sabah dan Sarawak, iaitu etnik-etnik semuanya kita akan adakan program-program di kawasan Iban, Kadazan dan sebagainya.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

[Bangun]

Kita akan jalankan program secara outreach ini dan kita menjangkakan. Apabila kita mengadakan program di peringkat daerah semua wakil daripada kelab-kelab Rakan Muda di kawasan-kawasan yang ditubuhkan di kampung baru Cina, India dan sebagainya akan terlibat. Pada hari ini, program dijalankan di peringkat daerah sebanyak 90% dan 95% terdiri daripada satu kaum sahaja. Ini merupakan satu perkara yang tidak baik kepada Malaysia kerana...

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Penjelasan.

...Kepada Malaysia kerana tidak menggambarkan semua kaum. Jadi, dengan adanya program yang kita buat di kampung baru Cina, India, Orang Asli dan sebagainya. Bila ada program di peringkat daerah semuanya akan terlibat sama. Mungkin kita akan adakan program cross daripada kampung Melayu mungkin gotong-royong di kampung baru Cina, di kampung baru Cina akan pergi ke kampung India. Jadi, dari segi perpaduan, saya kira lepas ini boleh nampak bagaimana berpadunya masyarakat dengan program-program ini yang kita mulakan daripada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat muda lagi.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Sikit Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Rakan Muda. Kalau kita lihat program-program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan objektifnya ialah pertama untuk pembangunan modal insan. Kita ketahui banyak program seperti yang disebut oleh Menteri tadi. Satu masalah saya nampak di kawasan Parlimen yang sering kita juga menghadiri majlis-majlis penutupan program Rakan Muda adalah apabila mereka mengadakan program ini di rumah-rumah panjang. Kosnya adalah sangat besar untuk membawa ataupun untuk pengangkutan tetapi yang terjadi kursus ini adalah untuk satu atau dua hari. Saya nampak ianya kurang berkesan. Jadi, saya ingin penjelasan daripada kementerian ataupun Menteri, apakah beza ataupun kejayaan yang lebih ketara apabila program-program ini jika dibandingkan dengan program-program yang sedang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan iaitu dalam Program Latihan Khidmat Negara. Objektifnya sama juga, seperti untuk pembangunan modal insan. Saya lihat dengan peruntukan yang lebih besar dalam lebih daripada setengah bilion dalam setahun, pengambilan peserta pun lebih banyak dalam beratus-ratus ribu dalam setahun. Saya nampak dengan objektif yang sama, saya minta penjelasan dalam keberkesanan Program Rakan Muda.

Terima kasih Yang Berhormat, memang PLKN merupakan satu program yang bagus. Akan tetapi program PLKN tidak mampu untuk menerima semua belia ataupun remaja. Ia berjalan selama tiga bulan, empat bulan dan ada had waktunya. Sedangkan program Rakan Muda fokus kepada belia yang berumur

15 hingga 25 tahun secara berterusan. Apabila dia 15 tahun, tahun depan dia mungkin terlibat lagi sampai umur 25 tahun. Jadi, ia berterusan bukan one-off program untuk satu- satu individu tersebut. Walau bagaimanapun, program-programnya saya kira PLKN merupakan satu program yang baik dan kita juga sebagai salah satu program lain yang ada selain daripada PLKN. Bezanya one- off dan kita berterusan daripada 15 tahun hingga 25 tahun dan ia tidak akan pilih. Kalau PLKN mungkin tahun ini masuk, tahun depan mungkin tidak boleh masuk. Akan tetapi dari segi program Rakan Muda ia akan berterusan sehinggalah umur 25 tahun, keluar daripada Rakan Muda dan apabila umur 26 tahun barulah dia tidak boleh menyertai program Rakan Muda, itu beza dia. Saya terus pergi kepada Yang Berhormat Kimanis tentang facility sukan saya sudah sebut tadi iaitu mesti diwujudkan lebih banyak. Yang Berhormat Kuala Langat pula program usahawan tidak ada diskriminasi di antara semua saya bersetuju tidak akan ada diskriminasi. Yang Berhormat Pasir Salak mencadangkan Master Coordinator, mencadangkan tokoh belia menduduki Jawatankuasa Majlis Ekonomi Negara, saya amat berterima kasih kepada cadangan tersebut. Kita akan mengambil tindakan terhadap cadangan tersebut. Untuk menyediakan database usahawan belia, saya maklumkan bahawa kita telah pun mengarahkan Institut Penyelidikan Belia Negara (IPBN) untuk mewujudkan database yang lengkap mengenai profil belia yang ada di negara ini. Jadi, semua belia yang mendaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia akan dimasukkan di dalam database belia yang lengkap dengan profil diri masing-masing dan ini sedang pun dijalankan. Seterusnya, kursus bercorak hands-on dan sebagainya saya setuju. Yang Berhormat Bukit Bendera mengenai projek menaiktarafkan Bertam saya akan beri laporan secara bertulis kepada beliau

Majlis Mesyuarat Tertinggi SUKMA, kita tidak panggil, memang kita tidak panggil itu hari sebab kita hanya berbincang mengenai SUKMA di Melaka, jadi kita panggil negeri- negeri yang ada kaitan dengan sukan tersebut yang terlibat iaitu Melaka akan terlibat pada 2010, Perlis 2012 dan sebagainya. Jadi sebab itu kita tidak panggil banyak wakil dari negeri lain. Majlis Perundingan Belia Negeri, okey kita akan lihat perkara ini. Memang pada kali ini kita hendak melibatkan belia sahaja yang terlibat dengan Majlis Belia Negeri. Sebab itulah di peringkat negeri, pengerusinya adalah Pengarah Belia Negeri bersama dengan Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negeri. Di peringkat daerah, pegawai belia daerah pengerusi bersama dengan Pengerusi Majlis Belia Daerah. Jadi tidak timbul masalah kita tidak membawa parti-parti lain di negeri-negeri pembangkang untuk menyertainya. Maran, pegawai kepimpinan, pengurusan pentadbiran kewangan dan sebagainya memang kita setuju kita akan sentiasa adakan. Untuk menjawab Maran mengenai jumlah belia-belia Orang Asli, sehingga 2 Disember 2008, empat Pertubuhan Belia Asli yang telah berdaftar iaitu dua daripada negeri Perak, satu daripada negeri Johor dan satu daripada negeri Pahang. Okey. Tentang peruntukan, saya sudah sebutkan tadi. Jumlah pendaftaran saya sudah sebutkan tadi, Orang Asli. Sungai Siput, kesan ekonomi dan sebagainya saya secara teorinya, mereka telah membangkitkan akan timbul masalah sosial dan sebagainya, sebab itu kita sebutkan bahawa kita untuk menyelesaikan, mengurangkan masalah sosial di kalangan belia, kita dari segi masalah berkaitan dengan ekonomi, jadi kita memperbanyakkan kursus-kursus usahawan dan juga membantu mereka untuk menjadi usahawan dengan tabung-tabung yang kita sediakan. Jempol, latihan di peringkat sekolah rendah dan sebagainya, saya sudah sebut, kita sudah setuju. Untuk mewujudkan AstroTurf hoki di setiap daerah, itu memerlukan perbelanjaan yang besar yang perlu kita mendapat kelulusan dulu baru mendapat AstroTurf di setiap daerah. Itu merupakan satu belanja yang besar. Untuk membina lebih banyak Wisma Belia dan sebagainya, kita memikirkan memang cadangan itu baik, tetapi

apabila dalam keadaan kewangan yang tidak terlalu mengizinkan, kita lebih mengutamakan menganjurkan program daripada membina bangunan. Bagi kita, lebih baik kita memperbanyakkan program untuk melahirkan manusia berguna daripada membina bangunan. Sebab itulah kita mengurangkan pembinaan, sebaliknya melebihkan kepada program. Saya sudah sebut tadi, fokus kaum-kaum Cina dan India dalam Rakan Muda, Dewan Rakan Muda Jempol untuk ada air cond, kita akan tengok perkara ini kalau ada peruntukan, insya-Allah dan untuk bantu usahawan dan sebagainya, saya sudah sebut dalam ucapan saya tadi dan akhirnya ialah Pokok Sena. Memang saya akui masih kurang lagi belia-belia yang menyertai persatuan. Hanya 10% daripada 11.6 juta belia. Jadi salah satu sebabnya kerana kurang minat dengan program-program yang dijalankan. Dulu mungkin kerana kepimpinan belia yang terlalu jauh bezanya dengan umur mereka yang mereka rasa tidak boleh mempunyai pemikiran yang sama, jadi mereka tidak berminat untuk menyertainya. Tidak ada ruang bagi persatuan belia untuk mengadakan program sendiri dan tidak ada diberi ruang. Jadi sebab itulah saya sebut tadi perancangan kita memperkasakan belia dan sebagainya untuk menarik minat. Begitu juga dengan Program Rakan Muda yang saya sebut tadi, yang kita anjurkan bersama dengan persatuan belia dengan harapan akhirnya mereka akan terlibat dengan persatuan belia yang pemimpinnya tidak lebih daripada 40 tahun. Bermakna mempunyai level pemikiran yang sama. Jadi saya teruskan, kalau boleh, saya sudah dapat surat ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah tiga jam lebih.

Sudah hendak habis ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah empat jam lebih.

Sudah empat jam lebih. Sukan kita sudah sebut tadi di peringkat sekolah, cuma saya hendak jawab dua sahaja. Yang pertama, CYC. CYC kita telah pun melantik arbitrator, penimbang tara dan sekarang ini terserah kepada penimbang tara untuk membuat keputusan. Jadi kalau Yang Berhormat kata kita rugi, tidak ada sesiapa yang rugi lagi setakat ini. Mungkin kita untung atau kita rugi, itu ditentukan oleh timbang tara ini. Jadi tidak ada lagi itu. Tentang pengisian SUKMA, perkara ini masih di dalam siasatan. Jadi saya serahkan kepada pihak penyiasat untuk menentukan dan apabila sudah ada keputusan nanti, saya akan maklumkan kepada Dewan ini, insya-Allah.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Ya? Kita mulakan dengan siasatan dalaman. Saya pun telah melantik Ketua Setiausaha Kementerian, KSU untuk menjadi pengerusi kepada panel penyiasat dan keputusan itu mungkin diserahkan kepada pihak BPR dan sebagainya, saya serahkan kepada BPRlah. Jadi Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya minta maaf kerana mungkin mengambil masa yang begitu lama, tetapi kerana minat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap sukan dan belia ini, maka kita terpaksa berbincang dengan begitu panjang. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberi pandangan, cadangan dan insya-Allah kalau ada perkara-perkara yang masih belum jelas yang tidak dijawab oleh saya, kita masih boleh mengadakan perbincangan seterusnya walaupun tidak di dalam Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM408,841,400 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Wang sebanyak RM408,841,400 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM746,064,800 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM746,064,800 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2009] –Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Ya, saya bagi Sri Gading.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya amat sukacita, amat berbahagia Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia ada bersama-sama. Saya pendek sahaja. Saya hanya hendak merayu, hendak meminta dan saya harap Yang Berhormat Menteri bertindak, itu sahaja, atas permasalahan yang baru saya terima. Permasalahan yang berkaitan dengan rakyat kita. Yang Berhormat Menteri mudah sahaja kerjanya, siasat, ambil tindakan dan berikan pertolongan. Itu sahaja. Yang Berhormat Menteri pun seorang warganegara yang bertanggungjawab, saya rasa masalah ini harus diselesaikan. Saya mendapat panggilan telefon bahawa seramai 400 orang pekerja tempatan diberhentikan di Kilang Sharp dalam kawasan Parlimen Sri Gading. Pemberhentian ini telah bermula daripada 24 November dan akan berakhir 24 Disember ini. Diberhentikan 400 orang ini secara berperingkat-peringkat tetapi yang mendukacitakan 1,500 orang pekerja asing telah pun diambil. Maknanya buang rakyat kita, ambil pekerja asing dari Indonesia dan juga dari Myanmar.

Alasan pihak kilang buang pekerja tempatan, konon ceritanya kerana mereka ialah pekerja kontrak. Tuan Pengerusi, alangkah buruknya nasib rakyat Malaysia. Alangkah hibanya hati kita mendengar, melihat peristiwa di hadapan mata kita. Berlaku di dalam negara yang dikatakan mewah, makmur! Kita sibuk menarik pelabur-pelabur asing, kononnya hendak memberikan pekerjaan kepada rakyat kita! Akan tetapi dukacitanya Yang Berhormat Menteri, alangkah rasa kecewanya 400 pekerja ini, kalau dikalikan setiap orang ada lima orang keluarga, 2,000 rakyat negara yang tercinta ini menjadi begitu sengsara. Dalam keadaan barang yang mahal, hutang kereta yang belum selesai, rumah yang disewa! Kenapa dan mengapa? Yang Berhormat Menteri, seperti yang saya nyatakan tadi, mohonlah, mohonlah. Saya ulang sekali lagi, mohonlah, ambillah tindakan segera. Kalau boleh esok pagi kerana kita sudah malam. Esok pagi juga, Yang Berhormat bangun tidur, inilah kerja pertama, membela rakyat sendiri yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Saya berharap sangat bagi pihak 400 pekerja tempatan ini, bagilah mereka pembelaan. Rundinglah dengan pihak kilang Sharp ini. Kenapa mereka begitu zalim? Memberikan susu, anak di riba mati kelaparan. Apa tu, perbidalan?

Kera di hutan disusukan.

Kera di hutan, kera di hutan, kera di hutan...

Ya, betul.

Kera di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan. Sahabat saya Yang Berhormat dari Segamat, saya haraplah. Jadi, jangan ada lagi nak buat kajian. Kami akan kaji, kami akan siasat, no... [Ketawa] Tak adalah itu. Sorry lah. Dipertimbangkan, akan... [Disampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah cukuplah itu, dah.

Ha, begitulah, lebih kurang Tuan Pengerusi. Lebih kurang Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, terima kasih. Saya setuju.

Terima kasih di atas peluang yang diberi ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu, saya tahu...

Saya tahu Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini perkara yang kritikal Yang Berhormat. Cepat.

Jadi saya haraplah tindakan segera dan tindakan bagi menyelamatkan 400 pekerja tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, 400 orang. Cepat.

Supaya mereka kekal bekerja seperti biasa. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyokong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedih saya mendengar ucapan Yang Berhormat Sri Gading. Itu baru Sri Gading. Kalau seluruh negara, saya kira hampir 400,000. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030100 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Tuan Pengerusi, baru-baru ini telah dikeluarkan satu surat pekeliling oleh Ketua Pengarah Hal Ehwal Sekerja yang mengatakan bahawa definisi seksyen 26(1)(a) memperjelaskan bahawa apabila pekerja itu digantung kerja, dia tidak layak menjadi pegawai ataupun menjadi ahli kepada satu kesatuan. Sebelum perkara ini diaturkan untuk dibuat pekeliling, telah pun ada perbincangan secara tidak formal dengan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sekerja. Masalahnya Tuan Pengerusi ialah inilah peluang yang ada kepada majikan untuk meranapkan ataupun untuk menekan pekerja-pekerja dalam kesatuan. Masalahnya juga ialah belum jatuh hukum, mengapa harus dihukum? Maknanya, mahkamah belum jatuh hukum. Seksyen 20, Akta Perusahaan 1967 itu diambil, mengapa harus diletakkan orang ini tidak boleh memegang jawatan mana-mana? Walaupun demikian, saya nyatakan kepada Yang Berhormat Menteri, bahawa kita telah pun mengambil satu usul di Mahkamah Tinggi untuk mencabar definisi yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ini. Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 030200 – Jabatan Perhubungan Perusahaan. Seperti mana Yang Berhormat Sri Gading maklumkan di sini, dalam fenomena 2009, ekonomi begitu agak meruncingkan. Memang meruncing dan dahsyat yang akan menimpa kaum pekerja. Itu baru di Sri Gading. Belum lagi kita buka yang lain. Jabatan Perhubungan Perusahaan bila dirujuk kepada pembuangan pekerja, contohnya saya buat seperti mana pedagang manusia. Diambil bekerja, bekerja beberapa bulan dengan tidak dibayar gaji dan mereka memfailkan di bawah seksyen 20, unfair dismissal. Bila difail,

mereka ini akan mengambil masa yang terlalu panjang, 3 – 4 tahun. Pekerja-pekerja ini akan menunggu 3 – 4 tahun, sedangkan visa mereka sudah pun habis tempohnya. Dalam proses itu, maka Jabatan Perhubungan Perusahaan tidak ada kuasa atau tidak ada satu sistem yang boleh menyelamatkan atau memberikan ruang pekerjaan tambahan kepada mereka yang tergolong dalam pembuangan kerja yang diproses mengikut seksyen 20 di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Saya ingin mencadangkan supaya disegerakan. Bila dilaporkan pembuangan kerja itu di bawah seksyen 20, Jabatan Perhubungan Perusahaan segerakan kes itu di mahkamah dan di mahkamah itu sendiri merujuk kepada Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan, harus mengambil proactive decision supaya tindakan hukum itu disegerakan. Masalah yang dihadapi sekarang ini ialah bilamana berlakunya pembuangan kerja, mahkamah di bawah seksyen 30 dipinda oleh Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Menteri baru saya sudah rujuk berkali-kali supaya mengambil peranan proaktif dalam permasalahan seksyen 30 ini, mengawal Mahkamah Perusahaan itu dalam bentuk period. Saya berpandangan bahawa perlu apa berbuat demikian? Kalau seseorang itu bekerja 30 tahun dan masa menunggunya dalam sekitar 24 bulan. Kalau dia bekerja, dipotong lagi tinggal 6 bulan dan dalam keadaan 18 bulan itu yang dilayakkan untuk mendapatkan pampasannya. Saya merayu daripada Kementerian Sumber Manusia supaya mengkaji semula seksyen 30 yang dipinda oleh kementerian pada Julai 2007 itu. Tuan Pengerusi, seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, laporan-laporan yang diterima daripada Singapura, ribuan pekerja akan dipecat. Begitu juga dengan Koperasi, Sharp, Toshiba, Panasonic telah dikuncupkan oleh majikan mereka. Tempias kemerosotan ekonomi yang ditimpa oleh kaum pekerja ini memang jelas. Itu yang kita dengar di Sharp. Yang lain di Toshiba telah pun dibuat 24 jam dan dioperasi 12 jam dan telah pun di serve untuk VSS. Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah pun mengeluarkan statement mengatakan memang ada, memang ada menjurus kepada pembuangan pekerja. Saya tidak nampak apa yang diharuskan oleh kementerian dalam masa terdekat ini. Apa yang saya nampak ialah seperti mana Yang Berhormat Sri Gading maklumkan, tolonglah melihat kebajikan dan faedah yang diterima oleh kaum pekerja yang mangsanya 10 tahun itulah fenomena yang berlaku. Seperti mana berlaku di Nikko, pekerja dibuang begitu sahaja. Majikan tidak perlu bayar apa-apa kerana tidak ada penguatkuasaan yang begitu tegas daripada pihak kementerian. Kalau dihukum satu majikan, di blacklist kan, saya percaya yang pedagang-pedagang dari luar negara akan sedar bahawa negara kita pun ada penguatkuasaan. Sekarang ini seolah-olah, timun di tangan mereka, pisau di tangan mereka. Hendak ukir apa sahaja bentuknya, majikan berkuasa penuh dan pekerjalah yang terhegeh-hegeh merayu. Akhirnya, Yang Berhormat Sri Gading juga merayu-rayu di Dewan yang mulia ini untuk dibela 400...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Sebenarnya hampir 400 saya kira akan mengalami nasib yang sama dengan kawasan daerah Sri Gading. Yang Berhormat Menteri harus mengambil tindakan yang drastik. Saya percaya tabungan Renti- Kerja Sentara yang kita uar-uarkan ini disegerakan tubuhnya. Sekurang-kurangnya seksyen...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baiklah Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat, sudah dengar. Sudah faham Yang Berhormat.

Seksyen 63 itu diimplementasikan dengan segera dan saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya mengkaji semula seksyen 30, Akta Perusahaan 1967 demi untuk kebaikan seluruh kaum pekerja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau kita berbahas di Finland, banyak Ahli Parlimen dia keluar daripada Dewan.

Betul kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya kena lari jauh sikit kerana bising sangat. Di Finland the certain decibel yang dibenarkan berucap. Yang Berhormat bila saya jemput Yang Berhormat berucap return the good will, dengan izin. Kalau saya kata sudah habis masa, minta tolong sudah habis masa. Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 010500 iaitu Dasar Sumber Manusia. Kalau kita dengar selama ini kita sudah banyak dengar bahawa kerajaan melaung-melaungkan mengenai penyertaan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam jawatan tertinggi yang hendak digalakkan oleh kerajaan ini. Jadi apa yang kita hendak tahu di sini bahawa kesungguhan kerajaan mengenai dasar yang dinyatakan ini. Sebab kita tidak mahu dasar ini hanya dijadikan dasar pada kertas sahaja. Jadi kita minta pihak kementerian untuk menyatakan strategi-strategi untuk memastikan keberkesanan dasar ini. Terutama sekali kalau boleh kita sarankan di sini kita beri insentif kepada organisasi yang menyahut seruan kerajaan ini. Seterusnya ialah Butiran 050000 iaitu Pentadbiran Undang-undang dan Standard Perburuhan menjurus kepada 050100 mengenai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Kalau kita perhati, kalu kita pergi ke hotel-hotel di airport kita nampak terlalu ramai pekerja-pekerja asing ini. Pada masa yang sama pekerja-pekerja ataupun orang kita sendiri di negeri kita sendiri selalu mengatakan tidak ada kerja untuk mereka. Saya percaya kalau betul-betul diusahakan untuk mendapatkan pekerja di kawasan kita sendiri ataupun di negeri kita sendiri ataupun di negara Malaysia ini keseluruhannya saya percaya ramai yang memerlukan pekerjaan ini. Jadi saya berharap kementerian mengambil serius mengenai perkara ini supaya apabila kita berada di hotel misalnya bercakap dengan waiter dan waitress, dengan izin, mereka faham bahasa kita sekurang-kurangnya bahasa Inggeris kalau tidak faham bahasa Malaysia. Ini menjadi cabaran kepada kita kalau dibiarkan sahaja. Saya berharap pihak kementerian mengambil serius mengenai perkara ini. Seterusnya 020200 - Perkhidmatan Latihan. Saya baru-baru ini menerima banyak maklum balas dari ketua-ketua jabatan mengenai pengambilan pekerja baru dari kalangan para graduan. Masalah yang dihadapi sekarang ialah, para graduan memang dari segi keputusan peperiksaan memang bagus. Cuma apa yang dijadikan maklum balas, yang dijadikan rungutan ketua jabatan sekarang ini ialah para graduan ini yang memohon pekerjaan yang pergi interview mempunyai masalah dari segi disiplin, tidak tahu macam mana hendak menghadapi para yang menemu duga mereka. Cara mereka menghadapi mereka bermain SMS macam mendengar radio dari handphone mereka dan cara berpakaian menjadi masalah. Mungkin perkara ini boleh diatasi di mana pihak kementerian boleh memberi saranan kepada kolej ataupun di universiti agar pada tahun terakhir, semester terakhir sebelum mereka menjadi graduan mereka boleh dilatih. Ada universiti melatih dengan baik tetapi kita perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar ini bahawa ini adalah penting untuk mereka sendiri supaya kita boleh mendapatkan pekerja yang bukan sahaja berkemahiran, mereka mungkin pengetahuan yang begitu, mereka pandai dari segi akademik. Akan tetapi dari segi bersedia untuk menjadi pekerja yang berketerampilan dengan baik itu yang menjadi cabaran negara kita sekarang ini. Akhir sekali saya hendak merujuk kepada Butiran 02800 iaitu Projek Bantuan untuk Pemantapan Pendidikan dan Pengasuhan Kanak-kanak di Pusat Asuhan Kanak- kanak di Ladang di negeri Sarawak. Ini saya hendak tahu sejauh manakah keberkesanan projek ini dan adakah ia digunakan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri dan juga timbalan. Saya ada tiga isu yang saya hendak bawa. Pertama

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

ialah berkenaan dengan keharmonian perhubungan perusahaan di bawah 030200. Permasalahan saya ini mungkin dianggap mudah tapi ia menjadi masalah kepada orang Islam iaitu persoalan solat Jumaat. Solat Jumaat ini saya menerima aduan dan saya ada memonya di sini daripada salah satu daripada syarikat yang beroperasi di Penang yang telah mengeluarkan memo bahawa berkenaan dengan perkara di atas iaitu sembahyang Jumaat, siapa yang ingin pergi sembahyang hari Jumaat maka setiap penganut agama Islam lelaki dibenarkan keluar sembahyang setiap hari Jumaat selang seli, every alternate Friday, dengan izin. Makna kata orang Islam dalam masa sebulan itu empat kali dia sembahyang Jumaat. Kalu kerja di kilang ini dia jadi dua kali kerana sudah keluar memo. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian apakah ada satu penegasan bahawa hak untuk sembahyang Jumaat ini adalah hak seorang Islam yang perlu dibela dan sering kali apabila kita rujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri masing- masing mereka kata mereka tidak ada kuasa. Jadi saya bawa pengaduan ini kepada Dewan yang mulia ini khusus bagi Menteri dan Timbalan Menteri untuk ambil tindakan. Saya kira ini bukan satu-satunya kilang yang mengeluarkan arahan tidak boleh solat Jumaat. Cuma yang saya ada maklumat yang ini sahaja. Jadi saya kira ini perlu diambil perkiraan oleh pihak menteri. Kedua ialah tentang pemakaian tudung. Saya juga menerima aduan di kawasan saya ada sebuah hypermarket di sana apabila mereka interview maka syarat untuk menerima pekerja itu dia mesti buka tudung. Ini satu pencabulan kepada hak berpakaian seorang Muslimah. Jadi dia datang mengadu hal kepada saya lalu saya berjumpa dengan pihak pentadbiran syarikat hypermarket itu tetapi mereka tidak memberi kerjasama dan mereka menyatakan itu hak mereka untuk menentukan sama ada syarat itu terletak kepada hak mereka. Saya kira ini satu pencabulan terhadap hak untuk menutup aurat di kalangan wanita Islam dan saya mintak pihak kementerian juga membuat penegasan bahawa syarat untuk menerima bekerja bukan dengan meletakkan syarat pakaian dan sebagainya. Akhirnya Tuan Pengerusi, pendek sahaja kali ini iaitu tentang perkhidmatan latihan Jabatan Pembangunan Kemahiran ini iaitu tentang HRDF, Human Resource Development Fund yang mana saya ingin tahu berapakah syarikat yang berdaftar dalam HRDF program ini. Apakah modul-modul yang disediakan kerana saya mendapat aduan juga berlaku penyelewengan dari sudut pihak industri dan HR konsultan yang mengambil kesempatan dari peruntukan ini untuk mereka gunakan duit itu dan akhirnya pekerja tidak mendapat latihan yang sepatutnya. Itu sahaja tiga isu saya Tuan Pengerusi sebagai balasan good will kepada Tuan Pengerusi. Sekian terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi saya terus kepada Butiran 08200 - Sistem Latihan Dual Nasional. Jabatan Pembangunan Kemahiran sebelum ini dikenali sebagai nama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau MLVK iaitu salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras, memantau latihan kemahiran dan membangunkan kerjaya dalam bidang kemahiran iaitu selaras dan berkuat kuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 iaitu Akta 652 mulai 1 September 2006.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi menerusi pusat-pusat latihan yang menyediakan program-program latihan yang diperlukan industri pada masa ini kalangan pencari kerja supaya ianya agak lebih kompetitif dalam pasaran pekerjaan. Jadi pencapaian program dan strategi pembangunan modal insan yang banyak bergantung kepada persekitaran yang kondusif dan kesesuaian program yang dirancang kita harus memastikan pembangunan kemahiran berjalan sejajar dengan dasar ekonomi negara dan cuba mengambil kira arus pembangunan industri tersebut di peringkat antarabangsa. Sistem latihan kemahiran kebangsaan seperti yang diorientasikan semula untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kreativiti biar berjalan dengan perkembangan dalam teknologi perkhidmatan dan pengeluaran di peringkat antarabangsa. Jadi persoalannya di sini mengapakah proses pengimplementasian latihan kemahiran

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

diubah sehingga dikenali sebagai Program SLDN ini dan apakah yang perlu dilakukan dalam memperkasa dan menjayakan tujuan penubuhan MLVK sejak tahun 1989. Apa yang jelas ialah MLVK yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan membangunkan latihan dan kerjaya dalam bidang kemahiran tanpa mempunyai perundangan atau aktanya sendiri dengan kepincangan dalam peringkat pelaksanaan. Ini jelas program tersebut tidak bergerak dengan efektif untuk menggalak dan memajukan bidang latihan dan kemajuan kerjaya dalam bidang kemahiran. Jadi di sini saya berpandangan program MLVK yang diperkenalkan itu adalah baik tetapi kegagalannya pada satu tahap pelaksanaannya itu menyebabkan kementerian harus meneliti supaya ianya selari dengan perancangan dan polisi kerajaan yang sebenarnya. Maka yang oleh demikian kita melihat supaya kerajaan memperkenalkan kembali sistem MLVK dengan kemudahan pinjaman untuk pelatih-pelatih seperti dahulu. Di sini, setiap program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian harus lebih konsisten untuk membolehkan pihak yang terlibat membuat perancangan jangka masa panjang dengan lebih rapi. Walaupun banyak rungutan yang telah didengari pengendali pusat kemahiran ini tentang kekerapan perubahan dasar yang sering membawa kepada gangguan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jadi saya berharap dalam sesuatu perkara pihak kementerian seharusnya tidaklah membebankan pusat-pusat kemahiran yang telah diberi tanggungjawab dalam bidang latihan ini. Selain itu juga saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak kementerian harus memberi perhatian yang secukupnya dan serius. Ini supaya segala perancangan kerajaan yang dibuat ini berjaya kerana wujudnya semacam perkara yang negatif iaitu Program Sistem Latihan Dual Nasional atau SLDN ini alah untuk golongan yang gagal ataupun tercicir. Pihak kementerian harus merangka program strategi pemasaran yang inovatif dan efektif dalam usaha mengikis pandangan negatif di kalangan ibu bapa dalam usaha menarik para pelajar yang berkualiti untuk masuk ke program ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hanya satu perkara yang ingin saya sebutkan. Merujuk kepada program keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja. Kepala 040100, 040200 dan 040300 mengenai Pengurusan Operasi Pemeriksaan Berkanun Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerja. Apa yang saya faham sekarang Safety Officer dengan izin, ataupun pegawai keselamatan memang diwajibkan bagi setiap industri. Jadi saya difahamkan kursus untuk Safety Officer ini hanya dijalankan oleh NIOS. Jadi adakah pihak kerajaan berhasrat atau bercadang untuk mengembangkan latihan ini juga kepada swasta atau institusi awam seperti universiti dan sebagainya yang mempunyai kemudahan dan kepakaran dari segi pengajarannya Cuma mungkin menggunakan kurikulum yang disediakan oleh NIOSH. Yang kedua, dari segi kemudahan-kemudahan memang berdasarkan pembangunan 01800, 02000 dan 02300 memang saya difahamkan hampir RM25 juta telah diperuntukkan membina kampus baru cawangan NIOSH iaitu di Johor dan sebagainya. Memang saya tak nafikan bahawa NIOSH mungkin mempunyai kemudahan yang baik tetapi dari segi penguatkuasaan safety officer yang bertugas di swasta adakah NIOSH ataupun DOS jabatan keselamatan kesihatan pekerja ini memantau secara lebih telus atau lebih detail pegawai keselamatan adakah mereka itu kompeten atau tidak. Satu perkara penting saya ingin mendapat penjelasan kalau industri memang diwajibkan ada Safety Officer tetapi bagaimana pula dengan institusi awam seperti institusi penyelidikan seperti MARDI, ROI atau PORIM dan sebagainya atau universiti. Adakah mereka juga wajib mempunyai Safety Officer? Kemudian dari segi modul pengajaran pula tentulah kalau mereka ini didedahkan dari segi bahaya bahan kimia ataupun kendalian bahan kimia, bahan biologi, bahan

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

radioaktif, agronomi dan adakah mereka juga diberi pendedahan dari segi pengurusan psikologi dan sebagainya. Jadi setakat ini sijil pegawai keselamatan ini adakah ia mendapat pengiktirafan daripada luar negeri atau lain perkataan adakah NIOSH juga melatih pegawai- pegawai daripada luar negara terutama dari negara-negara Asian atau timur tengah? Sekian sahaja, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan butiran 05000 - Pentadbiran Undang-undang dan Standard Perburuhan. Dalam pada kita berusaha keras untuk meringankan beban rakyat dengan pelbagai dasar dan kaedah. Saya merasakan kita macam kadang-kadang terlepas fokus terhadap satu lagi kumpulan masyarakat kita yang tidak kurang sumbangannya kepada kesejahteraan ekonomi negara tetapi terlindung di sebalik syarikat-syarikat besar bertaraf GLC dan sebagainya. Mereka adalah rakyat tempatan yang telah memerah keringat dari satu krisis ke satu krisis ekonomi berperanan menyelamatkan keadaan melalui komoditi perladangan yang mereka kerjakan. Dari segi pendapatan, jika kini terdapat pendapatan isi rumah yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebanyak RM720 sebulan, maka rata-rata atau majoriti pekerja ladang adalah merupakan mereka yang berada dalam kategori ini. Realiti yang sebenar pendapatan bulanan buruh ladang adalah antara RM500 hingga RM700 sebulan dan mereka ini pula rata-rata terpaksa berhadapan dengan harga barangan keperluan yang tinggi daripada tempat lain. Ini kerana tempat tinggal mereka kadang-kadang kebanyakannya jauh daripada kawasan penempatan yang lain. Sebenarnya secara purata rakyat tempatan yang masih bekerja dan tinggal di estet adalah lebih kurang 30 hingga 40% daripada jumlah pekerja ladang sahaja dan sektor yang suatu masa dahulu dipelopori oleh rakyat tempatan kini telah diambil alih oleh pekerja asing yang berstatus putih ataupun hitam. Sementara itu pekerja tempatan yang bekerja di ladang-ladang ini berhadapan dengan masalah penghantaran pembiayaan anak ke sekolah, penyaraan keluarga serta berhadapan dengan umur pencen yang kunjung tiba dengan ketiadaan rumah untuk berteduh membuatkan mereka merasa seolah-olah mereka tersisih dan kurang terbela. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya satu usaha khusus dibuat untuk melihat secara lebih adil lagi terhadap tuntutan-tuntutan yang dikemukakan NUPW; yang mewakili pekerja-pekerja ladang terhadap majikan mereka dari segi gaji dan kemudahan asas yang disediakan. Di samping melihat kembali kepada keperluan dan hak kelompok rakyat ini dari segi prasarana dan kebajikan mereka daripada kerajaan kerana dalam kelompok masyarakat ini terdapat orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan juga orang-orang kurang upaya.

Pekerja ladang ini kini bermajikan syarikat tempatan dan ada yang berstatus GLC, sewajarnyalah mendapat perhatian dan layanan yang lebih baik daripada zaman mereka berada di bawah pentadbiran syarikat asing. Bagi Butiran 08400 – Projek Skim Geran Galakan Untuk OKU. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah skim ini telah dapat membantu OKU untuk lebih memajukan diri mereka. Selain daripada itu satu lagi program yang telah pun diwujudkan oleh kementerian, SPOKU, Pendaftaran Pekerjaan dan Penjodohan Pekerjaan OKU. Adakah program ini telah berjaya memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada OKU dan bagaimana kementerian dapat memastikan bahawa kementerian dapat sebenarnya mendekati kumpulan sasar ini dengan menjayakan SPOKU ini dan adakah kementerian mengadakan kerjasama bijak dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan program ini akan mencapai kepada matlamatnya? Sekian, terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sentuh Butiran 010300 dan Butiran 010500 - Pembangunan Sumber Manusia dan Dasar Sumber Manusia. Saya pohon dan minta kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat segala supaya kita meningkatkan status atau taraf sumber manusia di negara kita ini. Salah satu aspek untuk meningkatkan taraf sumber manusia di negara kita adalah untuk mengkaji semula undang-undang yang melibatkan pekerja-pekerja di negara kita seperti Akta Kerja 1955, sekarang sudah lebih kurang 50 tahun lebih tetapi terdapat banyak klausa- klausa di akta tersebut yang harus dipinda untuk mencerminkan kemajuan sektor sumber manusia jika dibandingkan dengan negara-negara lain, seperti minimum wage yang boleh diguna pakai untuk memakai Akta Kerja tersebut. Termination Benefits 1980 harus dikaji balik supaya pekerja-pekerja kita apabila disingkir atau dibuang kerja, mereka mendapat ganti rugi yang setimpal mengikut berapa tahun mereka kerja di tempat majikan mereka. Saya juga ingin menyentuh Butiran 030300 – Mahkamah Perusahaan, di mana Akta Perhubungan Perusahaan serta prosedur yang diambil jika seseorang itu ingin mengambil tindakan di Mahkamah Perhubungan Perusahaan. Pada masa ini Yang Berhormat Menteri, amat remeh untuk menteri mengkaji balik semua permohonan ataupun pengaduan pekerja kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan tiap-tiap aduan menteri kena kaji dengan sendiri untuk mengeluarkan afidavit sampai saya tidak tahu adakah betul-betul masa menteri menumpukan perhatian kepada afidavit-afidavit itu dan membuat keputusan jika perlu atau wajar dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak boleh memainkan dua peranan di sini. Biarlah peranan-peranan judicial dibuat oleh Mahkamah Perusahaan sahaja dan menteri tidak terlibat sebab kita terdapat banyak kes-kes yang diputuskan tidak wajar dirujuk kepada mahkamah, keputusan diketepikan oleh Mahkamah Tinggi negara kita. Jadi ini menunjukkan bukan semua keputusan Yang Berhormat Menteri untuk tidak rujuk kepada Mahkamah Perusahaan itu wajar sedangkan alasan yang tidak dirujuk kepada mahkamah itu adalah kes itu tidak wajar dirujuk. Jadi saya pohon menteri mengambil perhatian tentang perkara ini. Satu lagi sumber kelewatan kes-kes di Mahkamah Perusahaan adalah prosedur selepas Menteri tidak merujuk, pengadu harus pergi ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat kebenaran dulu untuk mengetepikan atau membatalkan keputusan Yang Berhormat Menteri. Ini mengambil masa lebih kurang dua tahun pun kadang-kadang kes tidak habis di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Jadi saya pohonlah untuk singkatkan permohonan untuk ganti rugi oleh pekerja-pekerja, kita cari satu jalan yang lain di mana Yang Berhormat Menteri tidak terlibat. Biarkan mereka terus fail aduan ke Mahkamah Perusahaan dan biar hakim atau pengerusi di Mahkamah Perusahaan buat keputusan sewajarnya setelah mendengar kedua-dua pihak, pihak pengadu serta pihak majikan. Saya fikir itu lebih adil. Seterusnya Yang Berhormat Menteri saya juga ingin menyentuh mengenai syarikat-syarikat yang telah digulung di mana pekerja-pekerja mereka tidak mendapat pampasan ataupun dibiarkan begitu sahaja. Saya rasa kementerian Yang Berhormat boleh bersama-sama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengawal syarikat-syarikat di mana sesuatu syarikat itu apabila digulung, jangan benarkan pengarah dari syarikat yang digulung itu pergi membuka satu lagi syarikat baru, ini yang berlaku sekarang. Jadi tiap-tiap kali satu-satu syarikat itu digulung, pengarah itu pergi buka satu lagi syarikat baru, senang untuk dia. Mahupun di kes-kes di mana syarikat ditutup dan pekerja-pekerja dibiarkan begitu sahaja dan kes-kes pembangunan perumahan pun sama juga. Apabila terbengkalai, mereka tutup syarikat dengan izin, hide behind the veil of incorporation, buka lagi satu syarikat. Saya faham dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan perniagaan jadi terus membenarkan mereka menjadi pengarah di syarikat-syarikat baru tetapi ini adalah membawa kesan yang buruk kepada pekerja dan pada jangka masa yang panjang pembangunan perniagaan kita dan syarikat-syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jadi ini perlu diambil kira oleh Yang Berhormat, dengan itu,

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

itu sahajalah saya memberi pandangan saya kepada Yang Berhormat. Pohon diambil kira, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih, masa Yang Berhormat pun sudah habis. Ada empat orang berdiri, saya bagi Yang Berhormat Jasin dahulu kerana Yang Berhormat Jasin tidak ada berucap hari ini. Saya lihat senarai ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara sahaja iaitu tentang Butiran 02000 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Yang Berhormat Menteri, sekarang ini kita mempunyai seramai 2,000 orang tenaga pekerja asing di negara kita. Daripada Indonesia, daripada China, daripada Nepal, daripada India, daripada Bangladesh, sebut sahaja berada di sini. Ini menunjukkan bahawa negara kita adalah lombong emas yang menawarkan rezeki yang cukup lumayan. Keduanya, negara tersebut sebenarnya adalah ketandusan sumber pekerjaan. Menurut daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang membuat kenyataan bahawa penghuni penjara pada ketika ini yang berjumlah sebanyak 49,000 orang. Daripada jumlah tersebut 24,000 adalah daripada pendatang asing. Maknanya 50% daripadanya. Ini menunjukkan kita menghadapi satu masalah yang cukup besar. Sebelum itu izinkan saya berikan sedikit gambaran tentang keadaan krisis ekonomi global yang sedang berlaku pada ketika ini. Maknanya kita sedang menghadapi satu zaman yang cukup sukar sekali. Walaupun ekonomi kita masih mantap tetapi impak daripada krisis ekonomi kita tidak boleh dapat tahan. Apatah lagi Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Sekarang pada ketika ini rakan dagang kita yang paling utama, Amerika menghadapi recession yang cukup kuat sekali. Keduanya imagine ekonomi satu daripada negeri China sekarang menghadapi satu krisis yang cukup hebat berkenaan dengan pengangguran di mana beribu-ribu kilang telah ditutup kerana negara Eropah dan juga negara Amerika telah pun mengeluarkan satu arahan ataupun membuat langkah tidak mengeksport ataupun tidak membeli dan mengimport barangan buatan China. Sekarang kita adalah sebuah negara yang mengeluarkan komoditi yang cukup banyak, kelapa sawit, getah dan juga minyak. Sebenarnya jumlah dagang kita pada suku tahun keempat, kita telah menghadapi kekurangan yang cukup teruk kerana penurunan harga barang minyak sawit, minyak dan juga harga getah.

Jadi tidak dapat tidak, apa yang berlaku di negara luar terutamanya negara China pada ketika ini yang membuang pekerja begitu banyak sekali kerana kilang bukan sahaja ditutup, jatuh bankrap terus akan juga berlaku di negara kita. Saya hendak minta kalau boleh kementerian janganlah sebut kita akan cuba alihkan mereka ke tempat lain, tiada tempat lagi. Kita mesti buat satu langkah yang benar- benar konkrit, apakah sebenarnya perkara yang patut kita buat, latih mereka kah atau adakan satu resettlement course kepada mereka kah supaya mereka dapat membuat satu persediaan kerana apabila ekonomi kita tumbuh kembali, kita dapat membekalkan tenaga pekerja yang cukup mahir. Apa yang terjadi pada ketika ini Yang Berhormat Menteri, kebanyakan majikan dia membuat alasan pekerja-pekerja tempatan kononnya tidak berdisiplin ataupun pekerja tempatan menuntut upah yang tinggi. Saya hendak mencadangkan kepada kementerian pada ketika ini kalau boleh buat kerjasama dengan Kementerian Dalam negeri, hentikan pengambilan pekerja asing dan semua majikan kalau boleh kita arahkan mereka, kalau boleh kita jangan buat lagi dasar last in, first to go. Kita buat kalau they have to go, pekerja luar dahulu pergi, pekerja tempatan. Saya cukup simpati dengan Yang Berhormat Sri Gading tadi. Sebenarnya bukan sahaja terjadi di Sri Gading tetapi di seluruh negara pada ketika ini. Malaysia menghadapi satu fenomena di mana pembuangan pekerja daripada kilang-kilang begitu kerap sekali. Saya hendak sebut yang terakhirnya Tuan Pengerusi kerana Malaysia pada ketika ini adalah pengeksport terbesar.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kena pendekkan mukadimah dia Yang Berhormat.

Yang terakhir.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu mukadimah itu sudah habis masa, bercerita latar belakang panjang sangat.

Malaysia ini pengeksport elektronik yang terbesar 40% daripada barangan eksport kita adalah elektronik, sebanyak RM266 bilion harganya. Sekarang siapa pembeli kita kerana semua negara yang hendak kita dagangkan sedang menghadapi masalah. Jadi inilah perkara yang perlu yang kementerian kena ambil tindakan, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, saya bagi Yang Berhormat Indera Mahkota selepas itu Yang Berhormat Putatan. Menteri menjawab selepas itu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya Cuma hendak membawa perkara yang sangat ringkas sahaja iaitu berkenaan dengan perkara di bawah keseluruhan bawah 4P(46) iaitu berkenaan dengan kebanyakannya menyentuh berkenaan ILP. Kalau kita rujuk di muka surat 568, jumlah peruntukan keseluruhan pembangunan untuk kesemua ILP yang ada dalam negara kita, peruntukan harga projek ini sebanyak RM6.668891 bermakna RM6.6 bilion keseluruhannya cuma peruntukan dibuat khusus untuk tahun 2009 adalah sebanyak RM374 bilion. Ini menunjukkan ILP diberi penekanan yang cukup istimewa dan menjadi nadi atau tulang belakang dalam peruntukan perbelanjaan yang termaktub dalam anggaran belanjawan itu terutama belanjawan mengurus dan pembangunan. Saya berharap ILP benar-benar dapat membawa perubahan terhadap membangunkan sektor guna tenaga terutamanya untuk menyediakan guna tenaga yang baik untuk pembangunan industri dalam negara kita. Perkara kedua yang saya sentuh di sini ialah berkenaan Hal Ehwal Antarabangsa iaitu Kepala 010700. Perkara yang sama dan dibincangkan dalam Dewan yang Mulia ini iaitu berkenaan dengan aktiviti-aktiviti di bawah perdagangan guna tenaga yang kebelakangan ini kita mendapat bantahan dan juga dapat teguran daripada negara-negara luar dan perkara yang saya sebutkan tadi ialah Hal Ehwal Antarabangsa Kepala 010700 itu ada peruntukan khas untuk hal ehwal perhubungan antarabangsa dan saya kira perkara in perlu juga disentuh lagi sekali iaitu tentang wujudnya dakwaan dan juga tohmahan ataupun lebih tepat lagi wujudnya dakwaan-dakwaan oleh negara luar mengatakan Malaysia adalah antara one-stop-centre di dunia untuk memperdagangkan guna tenaga manusia yang juga menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran dan juga aktiviti- aktiviti perdagangan manusia. Kita dilabelkan begitu jelas dan perkara ini menjadi satu kerisauan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kita dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti negatif seperti ini di peringkat antarabangsa. Saya fikir peruntukan ini menjadi satu tanda kementerian mengambil inisiatif untuk menerangkan ataupun sekurang-kurangnya memberi impak yang lebih positif terhadap me nuteralize kan persepsi yang negatif ini yang diberi kepada negara luar. Satu perkara yang juga terkandung di bawah kepala yang sama, saya difahamkan bahawa wujudnya juga aktiviti-aktiviti syarikat yang menawarkan tenaga kerja kepada syarikat-syarikat tempatan yang mereka ini mensyaratkan ataupun menawarkan perkhidmatan mengikut jam. Para pekerja tidak mendapat gaji secara langsung, mereka ini dibayar mengikut takrifan perkhidmatan yang diberi tetapi yang mendapat upahan atau gaji sebenarnya tidak didapati atau diperoleh oleh syarikat yang menyalurkan mereka ini sebagai tenaga kerja mengikut jam. Akhirnya mereka tidak mendapat apa-apa faedah termasuk faedah kesihatan, perubatan dan sebagainya. Mereka dianggap sebagai satu mesin, dibayar kaedah

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

mengikut jam dan mereka tidak mendapat apa-apa faedah. Saya mohon kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menyiasat dan mengkaji perkara ini terutama kepada penerima-penerima lesen membekalkan tenaga kerja supaya masalah berkenaan dengan tendency dibiarkan tanpa faedah ataupun keselamatan yang betul kepada pekerja- pekerja yang bernaung di bawah syarikat-syarikat yang mendapat lesen guna tenaga untuk menyalurkan mereka secara kontrak dan ad setengahnya secara hari dan mengikut jam, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, ada seorang lagi Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Putatan selepas itu Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Putatan dahulu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana berada bersama-sama kita mendengar hujah-hujah kita pada malam ini, terima kasih Menteri. Saya ingin menarik perhatian kepada kementerian bagi maksud Butiran 46 dan pembangunan 46 bagi Butiran 020200 - Perkhidmatan Latihan 050200 spesifik khususnya kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Apa yang berlaku, kenapa saya timbulkan spesifik kepada negeri Sabah kerana di Sabah agak berlainan sedikit daripada situasi di Semenanjung. Kalau kita tengok pekerja-pekerja di ladang-ladang yang mana saya sudah bahaskan bahawa ladang-ladang perusahaan kelapa sawit almost become sunset industry, dengan izin. Oleh kerana itu kita lihat ramai bekas pekerja-pekerja ladang yang sudah mulai berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan seperti di bidang pembinaan dan sebagainya dan kita juga lihat di Sabah ini kelihatan ramai yang menunggang basikal dengan pemotong rumput yang pergi rumah ke rumah. Jadi oleh kerana mereka ini manusia juga, jadi walaupun tidak terlatih dalam bidang kerja domestik dan sebagainya, jadi saya berharap kepada pihak kementerian untuk mewujudkan kursus jangka masa pendek untuk orang dewasa bukan belia terutamanya kepada orang-orang yang dibuang kerja yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pembinaan dan sebagainya. Jadi orang-orang ini perlu dilatih dengan dua tiga bulan misalnya untuk bagaimana menyusun bata, bagaimana meletakkan tiles, bagaimana memegang berus cat dan sebagainya. Jadi ini diperlukan di bidang-bidang pembinaan. Selain daripada itu, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Sabah ini mempunyai tenaga kerja yang mungkin haram ataupun halal. Ramai antara mereka ini memang sudah mempunyai kerakyatan yang kita bukan senang mahu selesaikan masalah PTI di Sabah ini. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Jadi kalau kita hendak hantar balik ke negara masing-masing mungkin ada kesukaran yang besar kerana negara asal mereka tidak sedia menerima mereka ini. Jadi apa yang berlaku di Sabah ini kita mempunyai banyak tenaga kerja. Kalaulah kita kira jumlah pekerjaan di bidang perusahaan, ladang-ladang, bidang pembinaan dan sebagainya tidak perlu kita lagi sebagaimana sahabat saya dari Jasin menyentuh banyak kilang hendak ditutup. Maka masalahnya pekerja-pekerja asing yang kita telah import ini bermasalah. Jadi yang sedia ada di Sabah ini kita boleh latih, Yang Berhormat Menteri orang- orang dari Filipina dan Indonesia jiran kita ini boleh dilatih kerana mereka ini tidak akan menghantar balik duit ke negara masing-masing. Dia akan berbelanja dan dia tidak ada niat mahu balik ke negara asalnya. Jadi saya harap kalau boleh pihak kementerian wujudkan kursus-kursus pendek terutama sekali kerja rumah misalnya. Pengasuh kanak- kanak ataupun penjaga orang sakit yang mungkin ada keluarga yang mempunyai orang- orang yang sudah tua. Ini kebanyakannya berlaku di Sabah dan kita memerlukan orang-orang yang terlatih. Sekurang-kurangnya pandai membaca sikit-sikit soal ubat-ubat kepada orang sakit ini, membasuh kain dan sebagainya. Ramai di Sabah ini yang kita boleh latih. Saya rasa inilah satu-satunya langkah untuk membantu yang mana seperti diuar-uarkan rakyat negeri

Sabah, iaitu soal pendatang tanpa izin di negeri Sabah. Kedua Yang Berhormat Menteri soal promosi pekerjaan sure kerja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa, Yang Berhormat.

Saya tahu. Yang last. Kalau boleh sekejap saja isu kerja ini yang mana pengalaman saya sewaktu saya menuntut di luar negeri. Ada job centre yang mana bukan di pejabat kerajaan tetapi di kedai-kedai. Jadi mungkin kita boleh juga meletakkan iklan-iklan yang secara sementara, kontrak dan sebagainya. Misalnya membersihkan kebun atau membersihkan longkang di belakang rumah. ‘Sure Kerja’ ini saya rasa pihak kementerian dapat melihat supaya orang-orang yang baru datang ke tempat itu dan sedang menunggu pekerjaan yang tetap boleh membuat kerja secara sementara dan sebagainya. Ini kita membantu masyarakat yang memerlukan pendapatan. Oleh kerana itu saya tidak sempat menyentuh butiran-butiran yang lain. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010500 - Dasar Sumber Manusia, sekali gus Butiran 010600 - Dasar Perburuhan. Saya ingin menimbulkan di sini mengenai dasar kementerian terhadap penggunaan pekerja warga asing. Apa yang saya perhatikan bilangan warga asing ini semakin meningkat dan saya ingin mengetahui berapakah bilangan warga asing yang bekerja di negara kita dan apakah usaha yang diambil bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing. Saya juga ingin menyentuh mengenai penetapan gaji minimum pekerja di negara kita. Saya kira penetapan gaji minimum bagi pekerja seharusnya dikaji sedalam-dalamnya. Ini kerana berlaku ketidaksamaan dalam penetapan gaji minimum yang kadangkala menindas pekerja. Apakah usaha kementerian untuk memastikan agar gaji minimum yang diterima selepas melepasi had di bawah paras kemiskinan? Saya difahamkan ada majlis di bawah kementerian yang dinamakan Majlis Penetapan Gaji. Jadi saya ingin mengetahui apakah fungsi majlis ini bagi membantu pekerja dalam menentukan gaji minimum buat mereka. Mengenai pemotongan KWSP, ada yang saya lihat ditipu oleh majikan yang tidak melakukan caruman pekerja. Jadi apakah bentuk penguatkuasaan yang diambil dan berapa banyak syarikat yang terlibat? Pihak kementerian juga seharusnya mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat kepada para pekerja tentang hak mereka serta kelebihan yang harus disediakan oleh syarikat. Dikhabarkan juga krisis ekonomi yang melanda ketika ini menyebabkan ramai majikan ingin memberhentikan pekerja mereka khususnya di sektor perkilangan. Saya dimaklumkan ketika ini pihak pengurusan kilang sedang berkira-kira untuk membuang pekerja dan sudah mula memerhatikan pekerja yang ingin dibuang. Jadi ini akan meningkatkan lagi jumlah pengangguran di negara kita. Justeru itu apakah pendekatan kementerian dalam menangani pembuangan pekerja secara besar-besaran dan saya sarankan agar kementerian mengambil data mereka yang diberhentikan akibat krisis ekonomi ini, dan berusaha untuk memberi peluang pekerjaan yang baru kepada mereka, kerana pekerja ini ada di antaranya adalah pekerja yang mahir. Selain daripada itu mengenai peranan FOMEMA. Dalam menjalankan urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing, saya ingin menimbulkan dengan pertambahan pekerja asing, apakah FOMEMA mampu untuk menguruskan pemeriksaan pekerja ini dan juga sejauh mana pemeriksaan yang dilakukan oleh FOMEMA dapat menjamin tidak berlakunya penyelewengan. Saya juga ingin tahu prosedur pemeriksaan yang dikenakan oleh kementerian bagi pekerja asing. Adakah pemeriksaan kesihatan hanya terhad kepada pekerja baru? Seterusnya Butiran 020200 - Perkhidmatan Latihan, sekali gus Butiran 020300 - Jabatan Pembangunan Kemahiran atau JPK. Saya ingin menimbulkan tentang latihan

kemahiran yang dijalankan oleh kementerian. Saya lihat dulu ada Latihan MLVK yang dijalankan oleh kementerian. Akan tetapi ada yang saya lihat terhenti sekerat jalan. Jadi saya ingin tahu status latihan kemahiran terbaru yang dijalankan oleh kementerian dan bagaimana latihan yang dijalankan dapat menyediakan pekerja mahir yang memenuhi keperluan industri. Seterusnya Butiran 030300 - Mahkamah Perusahaan. Saya ingin bertanya mengenai keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan. Adakah para majikan serta pengusaha mematuhi keputusan yang dikeluarkan dan apakah bentuk penguatkuasaan yang dikenakan terhadap pengusaha yang ingkar. Selanjutnya Butiran 040000 - Keselamatan Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan. Saya ingin menimbulkan kebajikan pekerja yang terdedah kepada risiko kemalangan di tempat kerja. Ada juga isu pekerja yang lambat dibayar pampasan akibat kemalangan di tempat kerja. Jadi bagaimana kementerian menyelesaikan masalah ini dan apakah usaha kementerian dalam mempromosikan suasana kerja yang selamat dan kemalangan sifar di tempat kerja. Akhir sekali Butiran 050100 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Saya ingin bertanya mengenai Sistem Penjodohan Kerja yang dilaksanakan oleh kementerian. Saya lihat usaha ini baik bagi membantu masyarakat kita mencari kerja memandangkan kementerian mempunyai rangkaian yang luas dengan majikan. Justeru itu saya ingin mengetahui sejauh manakah keberkesanan Sistem Penjodohan ini dalam menyelesaikan masalah pengangguran di dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan peruntukan bajet untuk Kementerian Sumber Manusia untuk tahun 2009. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Sri Gading telah menerangkan satu keadaan yang amat menyedihkan tentang satu syarikat di Sri Gading yang telah menamatkan pekerjaan pekerja-pekerja tempatan, dan telah memberi peluang kepada pekerja-pekerja asing untuk meneruskan kerja di dalam syarikat itu dan siasatan awal yang telah dibuat oleh kementerian menunjukkan, bahawa syarikat itu telah mengamalkan satu sistem pengajian di bawah kontrak dan pemberhentian kerja ini telah dibuat selepas pihak kontraktor yang telah ditawarkan itu sudah ditamatkan kontraknya. Walaupun demikian, kita akan mengambil tindakan di peringkat kementerian untuk memastikan bahawa mana-mana syarikat tidak menggunakan mana-mana cara backyard strategy untuk mengurangkan peluang kerja untuk pekerja-pekerja tempatan dan menggunakan peluang ini untuk membawa pekerja-pekerja asing ke negara kita.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Saya akan buat siasatan seperti yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat Sri Gading dan kalau ada penyelewengan oleh syarikat Sharp di dalam kawasan Sri Gading, kita akan mengambil tindakan asas kepada kuasa-kuasa yang ada di bawah kementerian. Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Langat telah membangkitkan beberapa perkara tentang kes-kes pemberhentian pekerja asing yang telah dikendalikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan. Di peringkat kementerian, kita mengambil berat tentang perkara ini dan segala usaha telah diambil untuk memastikan kes-kes ini diberi keutamaan dan satu penyelesaian didapati secara cepat supaya mereka boleh balik ke negara mereka selepas kes mereka tamat. Kita telah menggubal beberapa perubahan di bawah peringkat JPP dan Mahkamah Perusahaan untuk memastikan segala kes yang dibawa ke Jabatan Perhubungan Perusahaan diselesaikan melalui Mahkamah Perusahaan kalau diperlukan di dalam satu jangka masa yang terhad, kalau boleh di dalam 24 bulan sahaja. Beberapa proses penambahbaikan telah dilakukan dan sekarang kita nampak bahawa usaha kita untuk penambahbaikan ini memberi kesan. Pada tahun ini jumlah kes yang telah dirujuk telah turun dan jangka masa yang diambil pun memberi tunjuk gambaran awal bahawa

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

jangka masa yang diambil untuk menyelesaikan kes sudah jadi lebih pendek. Oleh itu, dalam masa yang akan datang, inilah harapan kementerian bahawa semua kes diselesaikan di bawah 24 bulan sahaja. Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Langat pun telah membangkitkan tentang takrifan di bawah seksyen 26(1A) berkenaan dengan Akta Kesatuan Sekerja di mana seseorang ahli kesatuan sekerja, kalau ditamatkan kerja mereka, dia hilang kelayakan untuk meneruskan keahliannya. Ini adalah untuk memegang jawatan di dalam sesuatu kesatuan sekerja sahaja. Pemindaan ini dibuat berasas kepada pandangan bahawa seseorang yang tidak menjadi pekerja di dalam satu-satu majikan, susahlah dia untuk menjadi seorang pemimpin kesatuan sekerja di dalam kesatuan itu. Akan tetapi hak pekerja itu untuk mendapat pembelaan kalau di dalam Mahkamah Perusahaan tentang proses penamatan kerja dan rayuan beliau untuk diberi tempat balik boleh diteruskan, kuasa diberi di bawah akta itu untuk menganggap beliau sebagai seorang pekerja untuk diberi pembelaan di bawah Mahkamah Perusahaan. Oleh itu di dalam hal ini, hak mereka tidak menghadapi apa-apa kesusahan tetapi cuma mereka tidak boleh menjadi pemimpin di bawah kesatuan sekerja tersebut. Ahli Yang Berhormat daripada Parit Buntar telah membangkitkan isu tentang sembahyang Jumaat dan tentang beberapa majikan yang telah mengeluarkan memo supaya pekerja-pekerja mereka tidak boleh menunaikan sembahyang Jumaat. Ini adalah satu perkara yang kita akan beri tumpuan yang berat dan mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan bahawa tiap-tiap majikan ini memberi masa yang cukup untuk sembahyang Jumaat. Kalau masa itu panjang, maka majikan itu dengan persetujuan pekerja boleh mengambil masa kerja pada hari yang lain untuk ganti. Akan tetapi perkara ini kalau selepas saya mendapat maklumat yang lebih dalam daripada Yang Berhormat Parit Buntar, kita boleh menasihati majikan tersebut supaya mereka tidak boleh buat sedemikian. Ada yang soal tentang bilangan yang didaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad ialah lebih kurang 6,500 majikan dari sektor perkilangan dan 5,280 majikan dari sektor perkhidmatan dan jumlahnya ialah lebih kurang 11 ribu majikan telah didaftar. Sistem pembayaran di dalam Human Resource Development Fund atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad ialah program-program ini yang dicadangkan oleh majikan dan selepas perbincangan dengan majikan, satu keputusan dibuat tentang program-program yang sesuai untuk diberi kepada pekerja-pekerja mereka. Kalau ada apa-apa penyelewengan di dalam hal ini dan kita mendapat maklumat yang lebih tepat tentang itu, memang kementerian akan mengambil tindakan terhadap majikan atau pihak-pihak lain yang telah membuat sedemikian. Ahli Yang Berhormat daripada Batang Sadong telah membangkitkan beberapa isu iaitu satu daripada segi pusat asuhan kanak-kanak yang ada di dalam ladang. Ini adalah satu kewajipan di bawah undang-undang supaya majikan-majikan ladang menubuhkan pusat-pusat asuhan kanak-kanak di dalam ladang mereka. Jabatan Tenaga Kerja ada kuasa untuk memantau perkara ini dan untuk mengarahkan majikan mendirikan pusat asuhan kanak-kanak ini. Kita mempunyai peruntukan untuk membiayai peralatan yang ada di dalam pusat asuhan kanak-kanak. Ini adalah satu program yang dibuat di seluruh negara dan diagihkan untuk diberi kepada majikan tiap-tiap tahun untuk ladang-ladang yang lain. Ini ialah tambahan kepada kewajipan asas majikan. Selain daripada itu, isu yang lain ialah tentang soft skills yang ada pada para graduan kita. Ahli Yang Berhormat telah memberi penjelasan bahawa ada graduan semasa mereka pergi temu duga, mereka tidak sopan santun dan tidak mempunyai soft skills yang diperlukan oleh seseorang yang memohon pekerjaan. Perkara ini sudah disedari oleh pihak kementerian dan kita telah mengambil langkah untuk melaksanakan beberapa program termasuk untuk wujudkan satu employment support service di mana kursus-kursus bimbingan kerjaya dan kursus-kursus di dalam mewujudkan skill komunikasi yang lebih baik dan untuk meninggikan lagi kemahiran mereka di dalam penguasaan mereka di dalam bahasa Inggeris dan sebagainya dipertingkatkan lagi supaya dapat membantu mereka untuk mendapat kerja.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Isu yang lain ialah tentang pekerja asing di dalam sektor hotel dan lapangan terbang. Ini adalah satu isu yang kita sedar dan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Baru-baru ini kita telah mewujudkan peluang latihan di dalam beberapa bidang perhotelan dan kita berharap dengan latihan-latihan yang diberi oleh pihak kementerian di dalam bidang ini, ramai orang yang mempunyai kemahiran akan wujud dan tenaga kerja kita di dalam bidang ini akan bertambah. Ini akan memberi peluang kepada pekerja-pekerja tempatan untuk merebut peluang-peluang yang sedia ada di dalam bidang perhotelan. Dalam usaha untuk mendapatkan kerja di dalam lapangan terbang terutamanya dalam peringkat yang rendah, saya diberitahu oleh majikan-majikan yang mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam lapangan terbang bahawa mereka menghadapi kesukaran mendapat bilangan pekerja tempatan yang cukup. Oleh itu mereka terpaksa mencari pekerja-pekerja asing. Ini adalah satu isu yang kita harap dapat diselesaikan di dalam masa yang akan datang. Yang Berhormat daripada Arau telah membangkitkan isu tentang sistem latihan kementerian, tentang ada sistem MLVK yang telah diamalkan pada masa dahulu masih diteruskan dan telah mempersoalkan bahawa apa yang berlaku dengan sistem pinjaman yang diberi oleh kementerian.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Pada masa sekarang pun, sistem pinjaman yang diberi oleh kementerian di dalam bidang latihan ini masih diteruskan melalui Tabung Pembangunan Kemahiran di Badan Kementerian dan melalui ini kementerian memberi bantuan kepada para pelatih yang mengikuti kursus-kursus kemahiran melalui pusat-pusat tauliah di swasta. Kementerian memberi pinjaman kepada pelatih-pelatih ini dan ini diteruskan dan banyak bantuan kita sudah beri dan pada tahun yang akan datang kita berharap untuk memberi bantuan lebih kurang RM200 juta untuk pelatih-pelatih yang akan mendapat latihan daripada institusi- institusi latihan yang ada di dalam negara kita. Namun sistem latihan luar negara ialah satu sistem baru yang telah diwujudkan. Ini ialah diwujudkan asas keperluan industri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Prinsip sistem ini ialah di mana seseorang pelatih akan meneruskan latihan beliau di dalam institusi untuk separuh masa selepas itu teruskan latihan beliau di dalam industri. 30% di dalam institusi dan 70% di dalam industri. Sistem ini telah diwujudkan untuk mendedahkan para pelatih di dalam bidang kemahiran kita kepada suasana di dalam industri dan oleh itu melalui itu untuk meninggikan lagi tahap kemahiran mereka supaya kemahiran ini lebih sesuai dengan harapan industri. Dengan itu kita akan meninggikan kemungkinan umur mereka untuk mendapatkan kerja iaitu employability mereka ialah mengapa sistem program baru ini wujud dan dia telah menunjukkan bahawa program ini berjaya sampai masa sekarang lebih dari 5,000 pelatih yang sedang mengikuti pelbagai jenis kursus di bawah program SLDN ini. Yang Berhormat bagi Telok Intan telah membangkitkan tentang faedah penamatan kerja dan kesesuaiannya pada masa sekarang dan perkara ini kita sedang kaji melalui satu kumpulan kerja teknikal dan kalau berpendapat bahawa faedah yang telah ditetapkan ini tidak sesuai kita akan buat pindaan asas kepada apa yang telah dicadangkan oleh kumpulan kerja teknikal. Pada waktu sekarang pun, kita telah membuat beberapa pindaan kepada cadangan untuk membuat beberapa pindaan kepada akta kerja yang akan menambah baik lagi beberapa daripada pendekatan yang ada di dalam Akta Kerja dan pindaan-pindaan ini melindungi gaji pembantu rumah, isu sexual harassment dan meningkatkan hukuman bagi kesalahan dan untuk menambahkan bantuan yang diberikan melalui workman compensations untuk meliputi pembayaran kepada hospitalization iaitu pembayaran kesihatan.

[Bangun]

Ya Yang Berhormat bagi Hulu Langat.

Yang Berhormat Kuala Langat.

Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, seperti mana Yang Berhormat Menteri bicarakan tadi, setelah saya tekun daripada luar apa yang telah di hujah oleh Menteri dalam soalan dan jawapan yang diberikan, ingin saya sedikit langkah ke hadapan seperti mana Yang Berhormat Sri Gading bicarakan tadi. Walaupun kontrak pekerja itu adalah pekerja tempatan sesuai di bawah Akta Pekerja di bawah Seksyen 60 M mengatakan haram bagi pekerja tempatan dibuang dan digantikan dengan pekerja asing. Penguatkuasaan itu penting. Apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian di dalam Akta Kerja 1955 itu sendiri yang ada menjelaskan dengan tegas bahawa tindakan itu diambil tetapi tidak diambil dan penguasaan tidak dikenakan dengan begitu tegas dan majikan berleluasa membuang pekerja tempatan yang membolehkan pekerja asing di replace kan. Saya ingin mendapat pandangan daripada menteri apakah langkah drastik yang boleh kementerian lakukan untuk siap sedia pada 2009 ini apabila akan berlakunya banyak retrenchment dan ramai pekerja asing dikekalkan, minta penjelasan terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Langat bahawa di dalam Akta Kerja kita memang jelas bahawa pilihan yang pertama ialah pekerja tempatan dan kalau ada apa-apa usaha untuk menamatkan seseorang pekerja ini mesti dibuat kepada pekerja asing dahulu sebelum apa- apa usaha diambil untuk menamatkan pekerja tempatan. Sebelum seseorang majikan ini memberhentikan mana-mana pekerja mereka diwajibkan untuk memberi laporan kepada Kementerian Sumber Manusia. Kalau ada majikan yang tidak buat sedemikian, kita boleh mengambil tindakan terhadap mereka seperti yang telah diperuntukkan di bawah akta. Di dalam kes yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, siasatan awal menunjukkan bahawa ini ialah berkaitan dengan seorang kontraktor. Memang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat seperti yang mana telah saya beritahu di dalam jawapan saya pada awalnya bahawa kalau ada seseorang menggunakan sistem- sistem sedemikian seperti contracting dan outsourcing untuk memberi keutamaan yang lebih banyak kepada seseorang pekerja asing daripada pekerja tempatan, memang kerajaan akan mengambil tindakan kepada mereka dan menyuruh mereka dan kalau perlu memaksa mereka supaya semua pekerja ini menyerap di dalam sistem mereka seperti pekerja biasa supaya mereka boleh mendapat segala perlindungan di bawah akta sebagai seorang pekerja biasa dan mereka tidak boleh dianiaya seperti yang telah diterangkan tadi. Yang Berhormat bagi Tenggara telah menanyakan dua isu. Satu ialah tentang program OKU. Di bawah program OKU ini prinsipnya ialah untuk membantu OKU supaya mereka boleh mewujudkan peluang kerja untuk OKU yang lain dan melalui program ini sampai sekarang kementerian telah memberi bantuan kepada 80 orang OKU dan melalui ini 500 peluang pekerjaan telah disediakan untuk OKU yang lain. Dari segi itu program ini boleh dikatakan satu program yang telah berjaya. Kita ada pelbagai jenis kaedah untuk meluaskan lagi pengetahuan tentang program ini di dalam kalangan OKU dan melalui perbincangan yang kita ada dengan persatuan-persatuan OKU dan NGO-NGO yang bertanggungjawab dengan itu supaya mereka tahu tentang kemudahan-kemudahan yang sedia ada di bawah kementerian supaya mereka boleh menggunakan peluang-peluang ini dan memberi bantuan kepada ahli-ahli mereka. Isu yang kedua ialah tentang pekerja-pekerja di ladang. Kementerian memang mengambil berat tentang isu-isu berkenaan dengan pekerja-pekerja di ladang dan saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kedua-dua pihak iaitu NUPW dan MAPA tentang beberapa isu yang mereka hadapi. Beberapa perkara ini telah mendapat pencapaian yang baik. Salah satu daripadanya itu ialah kemudahan-kemudahan asas iaitu untuk memastikan bahawa majikan memberi kemudahan elektrik dan air kepada pihak pekerja-pekerja dari sumber awam dan mengikuti standard-standard yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini satu dasar telah dibuat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar manakala beberapa daripada kemudahan yang sebelum ini tidak di bawa ke ladang-ladang ini boleh di bawa ke ladang-ladang. Contohnya buat klinik-klinik kesihatan, klinik desa, proses pembaikan untuk jalan-jalan dan sebagainya. Sekarang NPUW sedang mengadakan perbincangan untuk menandatangani collective agreement yang baru dan kita berharap melalui collective agreement yang mereka akan mencapai, beberapa daripada isu mereka berkenaan dengan gaji dan bonus-bonus lain boleh dipertingkatkan lagi supaya dia lebih selaras dengan kehidupan yang ada pada masa sekarang.

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagi Jasin dan Yang Berhormat bagi Kuala Langat Yang Berhormat.

Jasin.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat bagi Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang pekerja- pekerja di ladang.

Pada ketika ini, mengikut daripada perangkaan - 80% daripada pekerja ladang adalah rakyat-rakyat asing. Orang ini sebenarnya pekerja-pekerja ladang taraf hidup mereka lebih baik daripada orang-orang yang duduk di kampung, orang Melayu yang duduk di kampung. Ini kerana, kalau kita kirakan dari tekong salary, pendapatan isi rumah, dia boleh melangkaui RM2,000 sebulan kerana bukan sahaja suami boleh bekerja, isteri boleh bekerja, anak-anak yang lain boleh bekerja. Dengan kemudahan-kemudahan asas yang telah kita sediakan dengan tadika, sekolah, klinik dan kemudahan-kemudahan yang lain. Mengapakah kerajaan tidak dapat menarik perhatian atau pun minat pemuda-pemuda kita atau pun pekerja-pekerja lain untuk bekerja di ladang ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, bersekali dengan soalan ...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti mana yang berlaku pada tahun 1974 bila mana Allahyarham Tun Abdul Razak telah memperkenalkan COLA dan diwajibkan kepada semua pekerja- pekerja termasuk pekerja ladang. Kes yang mana tidak dibayar pampasan kembali oleh MAPA dan juga NUPW telah memihak kepada NUPW dan diwajibkan bayar pampasan keseluruhannya dalam bentuk back pay yang dikenakan ke atas COLA atau yang dikenal sebagai Cost of Living Allowance. Persoalan saya ialah adakah Yang Berhormat Menteri berpandangan bahawa dengan mengimplementasikan kembali sejarah silam iaitu pada tahun 1974 menjadikan wajib COLA itu boleh sedikit sebanyak menampung atau mengangkat sedikit ekonomi atau pendapatan para pekerja peladang ini sekurang-kurangnya melintasi paras kemiskinan iaitu paras miskin tegar dalam sekitar 791. Jadi, saya ingin mendapatkan pandangan dari Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri berhasrat untuk memperkenalkan kembali COLA sebagai pra wajib kepada semua pekerja? Sekian.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Pengerusi, ini berkaitan dengan isu pekerja ladang juga sekiranya diizinkan. Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Tadi, saya gembira mendengar ada perkembangan sedikit tentang kemudahan yang diberi kepada pekerja ladang. Soalan saya adalah berkaitan dengan pekerja ladang yang warganegara kita, bukan pekerja asing.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Inilah tentang hak perumahan mereka sebab kita tahu apabila mereka kerja di ladang mereka dapat rumah. Soalan saya adalah adakah apa-apa perancangan dari segi kementerian untuk memastikan pekerja ladang yang ditamatkan pekerjaan mereka diberi jaminan tentang perumahan selepas mereka diberhentikan sebab kita ada beribu-ribu kes di mana mereka bekerja 25 ke 30 tahun dan ada rumah pada masa itu. Selepas ditamatkan pekerjaan, mereka mendapat EFF macam RM6,000 atau RM7,000 atau jumlah wang yang tidak cukup untuk membeli rumah kos rendah pun. Jadi, adakah perancangan untuk memastikan mereka boleh selepas bersara atau ditamatkan pekerja selepas 20 ke 25 tahun, mereka ada jaminan ada rumah atau pun rumah kos rendah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, isu berkenaan pekerja ladang ini memang dua pandangan yang berbeza telah dibuat oleh Ahli Yang Berhormat. Satu yang diberitahu bahawa kedudukan pekerja ladang asing lebih baik daripada penduduk-penduduk tempatan di kampung dan satu lagi ialah yang beritahu yang pekerja-pekerja ladang masih di bawah kemiskinan dan apa yang patut dibuat untuk membantu mereka. Pandangan Kedua-kedua ini adalah benar. Ada keadaan di mana pekerja-pekerja ladang, pekerja asing yang mendapat pada satu ketika pendapatan RM1,000, RM1,500 dan sebagainya pada masa harga komoditi itu tinggi. Beberapa usaha telah dibuat oleh majikan ladang untuk menarik pekerja-pekerja tempatan tetapi mereka tidak berjaya dalam usaha itu. Di ladang, selain daripada gaji dan bonus-bonus yang lain, ada perumahan yang percuma walaupun bukan rumah mereka tetapi tempat untuk didiami. Sekolah ada di kebanyakan ladang di tempat itu juga. Pelbagai jenis kemudahan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, pemuda pemudi tempatan pada masa sekarang mungkin tidak setuju dengan pandangan bahawa suasana atau prasarana di dalam ladang ini tidak menarik mereka untuk kerja di dalam ladang. Ini isu yang kita hadapi. Memang benar pandangan Ahli Yang Berhormat dari Jasin bahawa di banyak ladang pekerja-pekerja tempatan mungkin 20% atau 30% sahaja. Walau sedemikian pun, kementerian kita tidak membezakan di antara pekerja tempatan dan pekerja asing daripada kemudahan asas yang patut mesti ada, mesti adalah. Kita berharap kalau kemudahan-kemudahan yang ada di ladang ini boleh dipertingkatkan lagi, ini akan jadi satu galakan supaya pekerja tempatan akan datang ke situ. Untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Subang tentang perumahan. Salah satu daripada sistem yang kita sedang kaji ialah sistem yang telah dibuat oleh FELDA Plantations. FELDA Plantations telah mewujudkan satu sistem di mana seseorang pekerja semasa mereka mula kerja, memberi bayaran kepada satu tabung perumahan, RM100 tiap-tiap bulan dan duit ini disimpan di dalam akaun mereka. Mereka cuma layak untuk mengambil duit itu kalau mereka kerja sekurang- kurangnya 10 tahun. Kalau seseorang pekerja kerja dengan majikan untuk 10 tahun dan kalau beliau bersara, bilangan duit pungutan ini, duit yang telah disimpan ini diberi kepada mereka untuk beli rumah. Ini boleh jadi RM20,000, RM25,000 jumlah yang telah disimpan semasa mereka bekerja. Kita sedang kaji kalau boleh sistem ini dicadangkan kepada majikan-majikan yang lain. Ini supaya mereka boleh terus buat sistem seperti ini untuk membantu pekerja-pekerja ladang yang sudah kerja di dalam satu ladang untuk satu jangka masa yang lama. Semasa mereka bersara, ada pilihan untuk beli rumah mereka dengan senang melalui tabung yang telah dimulakan oleh majikan semasa mereka mula bekerja. Ya, Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, penjelasan. Di dalam bajet yang dibentangkan pada bulan Ogos. Kita ada menjamin kebajikan pekerja. Tadi ada kebajikan disebutkan dan apakah akan terjadi dengan kemelut ekonomi kita ini dengan sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja termasuk cadangan elaun perjalanan antara rumah ke tempat kerja dan sebagainya. Di samping itu, pengecualian cukai diberi ke atas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah, telefon mudah alih dan sebagainya. Apakah akan terjadi dengan cadangan menjamin kebajikan pekerja di dalam bajet. Adakah ini akan dibatalkan

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

sama sekali atau pun cadangan ini akan dikekalkan, dilaksanakan. Pasal tidak nampak ada kenyataan dari pihak-pihak kementerian ini.

Apa-apa cadangan di bajet yang dibuat kebanyakan ini daripada bayaran dari sektor awam. Tentang sektor swasta, banyak yang di bawah ialah di bawah kawalan di bawah Akta Kerja yang telah ditetapkan dan dikawal melalui perjanjian bersama yang dibuat di antara majikan dan pihak wakil pekerja seperti di dalam pekerja ladang segala kemudahan yang disediakan untuk seseorang pekerja ladang ialah melalui perjanjian bersama yang telah ditandatangani di antara NUPW dan MAPA. Apa-apa yang di dalam perjanjian ini dibeli oleh majikan. Itu ialah semasa mereka bincang balik perjanjian ini yang dibuat pada masa sekarang, kita berharap apa-apa kelemahan yang ada di dalam perjanjian di pada masa dahulu ini boleh diatasi.

Kemudahan-kemudahan lain yang diberi kepada pekerja di dalam sektor awam seperti baru-baru ini Perdana Menteri telah umumkan bahawa yang membayar KWSP di dalam sektor awam boleh berpindah kepada sistem pencen. Ini adalah satu perkara yang diberi kepada pekerja-pekerja di sektor awam.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, memang saya tidak bersetuju dengan kita hendak menyentuh yang menjejaskan KWSP. Biarkan KWSP, itu satu-satunya wang simpanan bagi pekerja. Yang pentingnya yang saya sebutkan di sini pihak kementerian akan menjamin kebajikan pekerja dan banyak cadangan yang saya tidak payah sebutkan di sini semasa kemelut ekonomi kita akan wujudnya pengangguran. Kita mesti pastikan bahawa pengangguran itu dapat dikurangkan dan sebagainya ataupun yang menganggur dapat dipelihara. Itu yang kita hendak lihat. Walau bagaimanapun kalau itu berlaku dan kemelut ekonomi, macam mana? Kalau ada perjanjian pun orang sudah dipecat bagaimana hendak laksanakan kebajikan ini? Itulah maksud saya.

Semasa bajet dibentangkan itu ekonomi adalah dalam suatu keadaan yang baik. Memang di dalam keadaan yang ada pada masa sekarang dengan tujuan untuk menghadapi krisis ekonomi global yang ada, kerajaan dan kementerian telah membuat pelbagai persediaan bagaimana kita akan menangani dan menghadapi krisis ekonomi global ini. Perkara ini pun telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat mengenai apakah pendirian kementerian pada masa sekarang dan apa yang kita buat. Pelbagai cadangan yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi antaranya ialah untuk mengurangkan pekerja asing dan ada satu cadangan untuk membekukan pengambilan pekerja asing. Selain daripada itu apa yang kita buat di peringkat kementerian ialah selain daripada memantau semua majikan yang menghadapi masalah selepas mereka membuat laporan ataupun aduan kepada kita ialah untuk memastikan bahawa segala proses mengurangkan pekerja dibuat secara betul mengikut apa yang sedia ada dalam undang- undang. Kita akan memantau dan memastikan bahawa: (i) pekerja-pekerja tempatan diberi keutamaan; (ii) kalau tidak boleh dielakkan, sekiranya majikan membuat penamatan kerja, bayaran-bayaran pampasan yang wajib ini diberi seperti yang telah ditetapkan di bawah undang-undang; dan (iii) untuk membantu orang-orang yang menghadapi penamatan kerja, kementerian akan membantu mereka di dalam proses memberi latihan dalam bidang-bidang yang perlu pada masa sekarang. Seperti yang telah diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat tadi, kemahiran yang mereka peroleh melalui latihan- latihan ini boleh digunakan oleh mereka semasa ekonomi kita pulih semula kepada satu keadaan yang lebih baik.

Pada masa yang sama kita mengumpulkan data tentang peluang-peluang kerja yang ada dan membantu orang-orang yang kehilangan kerja supaya mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang baru. Ini adalah beberapa usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk menghadapi krisis global yang kita sedang hadapi pada masa sekarang dan kita berharap untuk mengurangkan kesan buruk yang akan bangkit daripada krisis ini dan membantu pekerja- pekerja tempatan untuk menghadapinya. Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Seperti Yang Berhormat Menteri bicarakan tadi soal retrenchment dan persiapan dalam memastikan bahawa pekerja tidak menjadi mangsa dan menyelamat syarikat, memantau dalam segi pembuangan dan sebagainya, saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya bahawa di bawah seksyen 60(j) yang mana memberikan pampasan kepada pekerja yang dibuat pada pindaan... the latest pada tahun 1980 itu sudah jadi ketinggalan zaman? Adakah amaun itu sesuai dalam keadaan sekarang? Apakah perancangan kerangka besar yang akan Yang Berhormat Menteri buat untuk memastikan bahawa nilai atau value, seksyen 60(j) Akta Pekerja 1955 itu dimartabatkan, dinaikkan supaya nilai itu dapat dianjak dan tidak diberikan sedikit sahaja hasil pampasan itu kepada pekerja dan untung banyaknya kepada majikan. Terima kasih.

Tambah sikit, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Saya sudah sebut tadi tentang senario sebenar yang berlaku. Ini perkara real. Jadi, seharusnyalah pihak kementerian dan kerajaan membuat persediaan awal daripada sekarang. Perkara ini akan berlaku kerana telah pun berlaku di mana-mana. Di Singapura yang terdekat sekali telah berlaku. Sekarang negeri Thailand sudah pun berlaku dan telah pun berlaku di negara kita sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi. Jadi, persediaan yang patut kita buat ketika ini selain daripada tenaga kerja yang kita sedia ada tiap-tiap tahun kita ada 90,000 tenaga sumber manusia yang keluar daripada universiti dan daripada sekolah menengah. Itu selain daripada yang sedia ada. Ini bermakna kita akan menghadapi satu masalah besar. Selain daripada masalah sosial dia akan menyebabkan pelbagai perkara yang tidak diingini akan berlaku. Jadi, seharusnyalah kerajaan membuat persediaan awal daripada sekarang. Kalau kita patut tambah bajet untuk melatih mereka kita kena buat kerana ini dalam keadaan yang cukup sukar. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya pun...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, mohon laluan sekali dengan Yang Berhormat Jasin.

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan dasar pengambilan pekerja asing tadi yang telah kita buat. Saya berpandangan kenapa tidak Kementerian Sumber Manusia yang membuat pengambilan ataupun memberi kelulusan untuk mengambil pekerja asing. Mengapa perlu diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri hanya kerana melibatkan Jabatan Imigresen. Saya difahamkan apabila tidak ada synchronize ataupun tidak ada di antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Keselamatan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, kita lihat kemasukan yang dibuat seolah-olah tidak mengambil kira faktor 3D seperti mana yang kita tetapkan di peringkat dasar tentang kemasukan pekerja asing. Jadi, dalam hal ini kita tidak perlu bertangguh lagi. Cukuplah ada kumpulan- kumpulan yang cuba mengambil keuntungan daripada kemasukan ini tanpa mengambil kira kepentingan negara dan kepentingan sejagat yang kerajaan tidak payah lagi bersembunyi perkara ini, yang kita perlu tangani dengan sebaik mungkin.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Ada dua perkara di sini, satu ialah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin tentang keperluan memberi latihan di dalam bidang-bidang yang sesuai untuk pekerja-pekerja tempatan supaya mereka lebih mahir untuk merebut peluang-peluang yang sedia ada dan yang akan wujud semasa keadaan ekonomi kita pulih kepada keadaan yang biasa. Kementerian sudah sedar tentang hal ini dan pada masa sekarang kita telah pun mencadangkan kepada pihak Kementerian Kewangan dan pihak kerajaan supaya menambah bantuan dan peruntukan yang disediakan untuk kementerian supaya kita boleh wujudkan program-program baru untuk memberi latihan kepada pekerja-pekerja yang telah menghadapi penamatan kerja. Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Arau bahawa mesti ada penyelarasan di dalam proses pengambilan pekerja-pekerja asing dan saya bersetuju 100% bahawa kuasa untuk menetap dan menentukan bilangan pekerja asing yang sebenarnya diberi kebenaran masuk ke dalam negara ini mesti dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia. Cuma tugas memberi visa diberi kepada Kementerian Dalam Negeri. Ini adalah pandangan kita dan kita telah mengutarakan pandangan ini di dalam Jawatankuasa Pekerja Asing, di dalam Jawatankuasa Teknikal yang ada bahawa kalau perkara ini boleh dilaksanakan maka segala proses untuk menentukan bahawa cuma bilangan pekerja asing yang perlu sahaja masuk ke dalam negara kita. Saya bersetuju 100% dengan Ahli Yang Berhormat bahawa kalau ada golongan- golongan yang tertentu yang menganggap sebagai membawa pekerja asing kepada negara ini adalah satu peluang untuk menjadi kaya, maka segala usaha kita untuk memastikan bilangan pekerja asing berkurangan tidak akan berjaya.

Oleh itu di dalam pandangan saya, saya bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudara Ahli Yang Berhormat bahawa segala usaha mesti diambil untuk memastikan bahawa cuma bilangan kerja yang perlu sahaja masuk. Setiap seorang yang masuk ini mesti ada satu kerja yang ditetapkan untuk dia. Kita tidak mahu satu keadaan di mana pekerja-pekerja asing datang dan masuk ke dalam negara kita dan tidak ada kerja yang tetap. Ini yang mewujudkan banyak masalah. Oleh itu di dalam peringkat Kementerian Sumber Manusia kita punya pendirian memang tetap di dalam hal ini dan sedang mengambil pelbagai jenis usaha untuk memastikan bahawa ini akan berjaya. Untuk isu-isu yang lain yang telah dibangkit ialah tentang bayaran pampasan untuk pekerja yang menghadapi kemalangan dan di peringkat PERKESO kita telah mewujudkan beberapa penambahbaikan proses memberi bantuan. Pada masa sekarang lebih daripada 95% daripada kes-kes ini diberi bayaran di dalam dua minggu sahaja kepada kes-kes yang menghadapi kemalangan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Ya, Subang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Dengan izin saya ingin berbalik pada isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Arau tadi. Cadangan yang baik yang saya setuju juga bahawa penyeliaan kemasukan pekerja asing ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang perlu diselia oleh Kementerian Sumber Manusia dan bukan oleh Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi saya dengar cadangan telah dibuat supaya tanggungjawab ini boleh dialihkan. Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri apakah keputusan dalam Jemaah Menteri, apakah yang telah dibuat dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Perkara ini sudah berlaku untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu kita sekarang apa yang sudah kita sudah berjayalah untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Tindakan Bersama Dasar, menetapkan dasar di mana agensi-agensi yang berkaitan dengan proses pengambilan pekerja asing duduk di dalam suatu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha daripada Kementerian Sumber Manusia yang diberi tanggungjawab untuk mengkaji balik segala dasar berkenaan dengan pekerja asing. Kita berharap melalui jawatankuasa ini kita akan buat perbincangan dan mendatangkan hasil untuk mewujudkan satu proses yang lebih baik dan lebih selesa.

Yang Berhormat Menteri.

Mandat Ahli Parlimen. Kita bersama dalam perkara ini. Kemasukan pekerja asing mesti dipindahkan kuasa mutlaknya kepada Kementerian Sumber Manusia. Ambil balik ambil daripada Kementerian Dalam Negeri. Bawa dalam Kabinet hari Jumaat ini. Hari Jumaat ini bawa dengan mandat Ahli- Ahli Parlimen kerana permasalahan pekerja asing ini begitu hebat menekan pekerja-pekerja tempatan. Jangan kira Yang Berhormat Menteri. You are Menteri Kabinet sama taraf dengan Menteri Dalam Negeri. Apakah Menteri Dalam Negeri lebih besar daripada Menteri Sumber Manusia? Saya hendak tanya kalau sama taraf Kementerian Dalam Negeri kena pindahkan kuasa ini mahu tidak mahu kepada Kementerian Sumber Manusia yang saya lihat Menterinya bersungguh-sungguh untuk menentukan rakyat tempatan ini harus diberikan keutamaan. Berani tidak berani Yang Berhormat Menteri dengan mandat Ahli Parlimen? Ahli Parlimen dalam Dewan Parlimen yang mulia ini mendesak kerajaan pindahkan kuasa memasukkan pekerja asing itu kepada Kementerian Sumber Manusia. Tidak ada dua tidak ada tiga full stop pindahkan segera. Hari Jumaat ini bawa dalam Mesyuarat Kabinet.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat kerana pandangan dan sokongan yang diberi. Saya berharap dengan mandat ini kerja-kerja kita untuk menyelaraskan proses pengambilan pekerja asing akan mendapat kejayaan yang lebih baik. Biarlah saya terus isu...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan, penjelasan.

Penjelasan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita mahu satu jawapan yang tegas. Adakah ini bererti bahawa Yang Berhormat Menteri akan bawa isu kepada Kabinet dan bukan satu jawapan yang tidak ada apa-apa isi kandungan. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa cadangan ini daripada Yang Berhormat Sri Gading ini sebenarnya...

Bukan Sri Gading sahaja, kita semua.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bona fide, bukan satu cadangan ala provokasi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak boleh minta Menteri jawab ini prerogatif kepada Menteri Yang Berhormat.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah beri pandangan saya pun sudah beri pandangan dan kita tahu...

Ini Ipoh Timur banyak hairanlah.

Ya, ya. So Majlis Penetapan Gaji ini yang dibangkitkan oleh Parit...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Labuan di belakang Yang Berhormat.

Nantilah saya jelaskan ini dahulu.

Satu Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma ingin menjelaskan apa yang kita lihat tentang pekerja asing kebanyakannya yang mereka-mereka yang bekerja di darat baik di perladangan mahupun di kilang-kilang. Adakah kita terlupa Yang Berhormat dengan pekerja-pekerja asing yang menguasai bidang maritim yang mana lebih daripada 50% pekerja-pekerja kapal atau pelaut di Malaysia ini yang mana kapalnya adalah dimiliki oleh Malaysian ship-owners. Jadi kita tidak ada pilihan sebenarnya kerana kemasukan mereka secara legal cuma

masalahnya kita tidak cukup pelaut, tidak cukup nakhoda, tidak cukup engineer untuk melaksanakan tugas-tugas di laut. Apakah langkah-langkah kementerian untuk memperbanyakkan mereka-mereka pekerja-pekerja di laut ini yang sebagai pelaut katanya kerana Malaysia sekarang adalah salah sebuah negara maritim yang mana banyak projek- projek kita terutamanya projek peleburan minyak dan sebagainya adalah dikuasai oleh ship owner dengan izin, dari Malaysia. Jadi kita mengharapkan supaya kalau boleh keseluruhan pekerja-pekerja di laut yang mana mempunyai gaji yang besar dua tiga kali lipat dengan gaji dia di darat haruslah dikuasai oleh orang-orang tempatan. Apakah langkah-langkah kementerian untuk memperbanyakkan mereka-mereka ini dengan mengadakan training centre dan sebagainya supaya masalah ini dapat kita atasi dalam tempoh lima ke sepuluh tahun yang akan datang. Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ini adalah satu bidang kepakaran yang khusus dan pada masa sekarang saya setuju bahawa peluang latihan yang kementerian ada di dalam bidang ini mungkin kurang. Saya akan mengambil kira pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat dan tengok macam mana kita boleh menambahkan lagi peluang-peluang latihan di dalam bidang-bidang tersebut supaya bila peluang-peluang kerja yang ada di dalam bidang marin ini boleh diberi kepada pekerja- pekerja kita. Saya cuma kena memberi keterangan sedikit kepada Majlis Penetapan Gaji. Ini adalah satu sistem di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji yang beri sedikit ruang untuk kementerian dan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa di dalam bidang-bidang tertentu satu gaji boleh ditetapkan. Pada masa sekarang di dalam lebih kurang sepuluh sektor yang tertentu di mana kementerian berpendapat gaji yang masih rendah kita telah mewujudkan majlis dan memberi cadangan supaya gaji dikawal bidang-bidang ini ialah lebih selesa. Sekarang kementerian dalam usaha untuk menggunakan majlis ini di dalam bidang-bidang yang lain. Pada masa sekarang tidak ada satu majlis yang sedang berusaha untuk menetapkan gaji di dalam bidang hospitaliti dan baru-baru ini kita telah mula lagi dua majlis di dalam bidang pekerja-pekerja di dalam tekstil industri dan pekerja-pekerja di dalam elektronik industri untuk memastikan gaji mereka selaras dengan kos kehidupan yang ada pada masa sekarang. Tentang pandangan ‘Sure Kerja’ dan Jobsmalaysia ini diperluaskan dan diletakkan di tempat-tempat strategik. Ini adalah satu perkara yang sudah dilaksanakan oleh pihak kementerian. Pada masa sekarang Jobsmalaysia kita telah memberi satu corporate image yang baru dan cadangan telah dibuat supaya kita akan menubuhkan beberapa pusat Jobsmalaysia di beberapa tempat yang strategik termasuk shopping centre dan sebagainya di mana belia-belia kita dan pemuda-pemuda kita semasa mereka pergi ke situ boleh mendapat maklumat tentang peluang-peluang kerja dan peluang-peluang latihan. Melalui ini kita boleh bantu mereka mendapat kerja dengan lebih senang dan kerja yang lebih baik.

Sebab itu soalan berasal daripada Putatan, oleh sebab Menteri menjawab bersungguh-sungguh bahawa ini adalah perkara Jobsmalaysia atau what we call, job centre dengan izin, sudah pun dilaksanakan, jadi saya ingin bertanya kepada pihak Menteri di mana agak-agaknya tempat ini diletakkan di Sabah? Saya mahu melihat sebab saya belum pernah nampak di Sabah, mungkin saya terlepas pandang.

Ahli Yang Berhormat, sebelum ini semua job ini di bawah Jabatan Tenaga Kerja, oleh itu cuma orang yang pergi ke Jabatan Tenaga Kerja sahaja boleh mendapat maklumat ini, perubahan tentang penukaran kepada imej job centre ini ialah satu perkara yang baru saja kita telah buat keputusan dan sekarang di dalam proses pelaksanaan, mungkin di dalam satu tahun lagi Yang Berhormat boleh nampak di dalam negeri Sabah dan lain-lain tempat apa yang kita cadangkan ialah dia dikeluarkan daripada Jabatan Tenaga Kerja, dibuat di tempat-tempat awam termasuk di dalam shopping center atau tempat-tempat lain di mana para remaja kita lebih ramai seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat semasa mereka pergi ke situ dengan tujuan-tujuan

yang lain pada masa yang sama mereka akan didedahkan kepada pengetahuan dan isu-isu yang ada tentang peluang kerja dan sebagainya. Saya sedar bahawa sampai sekarang mungkin Yang Berhormat tidak nampak perkara ini di dalam negeri Sabah, selepas program ini sudah dilaksanakan dan sebelum sepenuhnya mungkin ada peluang supaya perkara ini boleh nampak, dan tentang isu keputusan Mahkamah Perusahaan yang tidak dipatuhi, perkara ini akan dirujuk balik kepada Mahkamah Perusahaan supaya mereka akan dapat memastikan bahawa pihak ini mematuhi keputusannya melainkan kalau mereka mengambil tindakan untuk menyemak balik keputusan ini di dalam mahkamah yang lain, kalau perkara ini berlaku memang kita kena menunggu sampai keputusan mahkamah dibuat oleh High Court or Appeal Court tentang keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Perusahaan. Ahli Yang Berhormat Telok Intan telah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagi jalan Kuala Langat.

Nanti saya habiskan ini, telah mencadangkan bahawa kuasa yang ada di bawah Menteri sekarang untuk memastikan bahawa kes-kes penamatan kerja sebelum ini dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan dikaji balik dan bolehkah mereka dirujuk terus kepada Mahkamah Perusahaan. Ini ialah perkara yang saya pun kadang-kadang fikir, tetapi saya mahu terangkan di peringkat ini bahawa pada masa sekarang kita telah mengambil beberapa usaha untuk memastikan, bahawa sebelum sesuatu keputusan dibuat, perkara ini disiasat di beberapa peringkat, ia disiasat di peringkat di negeri dua kali, oleh panel yang berlainan, selepas itu di peringkat pusat oleh satu panel dan lepas tiga-tiga panel ini sudah siasat, sudah buat percubaan untuk menyelesaikan isu itu. Lepas itu mereka membawa kes itu kepada saya dengan pelbagai jenis maklumat yang telah diperoleh, selepas saya bincang dengan segala isu berkenaan kes itu, kita membuat satu keputusan untuk dirujuk atau tidak dirujuk, dan saya setuju walaupun keputusan ini dibuat, ada pihak yang tak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri, ada yang dirujuk pun membuat semakan dibawa ke mahkamah, ada yang tak rujuk pun buat semakan di mahkamah, majikan pun buat dan pekerja pun buat, ini adalah hak mereka, kita tak mahu menghalang hak mereka, tetapi kalau kita merujuk semua kes iaitu 15 ribu kes yang datang ke JPP terus kepada Mahkamah Perusahaan. Ini akan jadi satu isu yang besar, kerana pada masa sekarang Mahkamah Perusahaan pada satu tahun dengan sepenuhnya boleh menangani lebih kurang 2,300 kes sahaja. Jumlah kes yang datang kepada Jabatan Pengurusan Perhubungan pada tiap-tiap tahun lebih daripada 15 ribu, itulah sebabnya kita mesti mengadakan pelbagai jenis proses untuk menapis bahawa ada kes-kes yang telah ditamatkan kerja, asaskan kepada undang- undang yang sedia ada, sudah mengikut segala perkara yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Majikan sudah diberi bayaran dan faedah, ada banyak kes bahawa orang sudah mendapat bayaran faedah penamatan, sudah terima duit lepas itu mereka membuat rujukan kepada mahkamah. Saya serah kepada Jabatan untuk merujuk balik, so ini adalah kes-kes yang ada, oleh itu di dalam hal ini kementerian serba salah, kerana kalau kita tak ada buat satu-satu perkara pun ada 15 ribu kes yang kena diselesaikan, kalau buat satu-satu perkara pun, orang tidak puas hati kerana mesti dirujuk kepada mahkamah. Oleh itu kita sedang kaji untuk mewujudkan satu sistem yang paling baik, yang sesuai dengan kehendak kedua-dua pihak iaitu pihak majikan dan pihak pekerja supaya semua orang puas hati dengan keputusan yang boleh dibuat, ya Subang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, bagi Subang Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri selepas mendengar penjelasan tadi daripada Yang Berhormat Menteri, saya nampak alasan yang diberi supaya sistem sekarang dikekalkan dan pekerja tidak diberi akses direct ke mahkamah adalah jumlah kes yang mungkin akan sampai di Mahkamah Perusahaan. Saya minta maaf, saya tak nampak jumlah kes itu boleh dijadikan alasan

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

supaya kita tak ubah sistem sekarang, saya dilanggar oleh kereta di jalan raya, saya tak perlu tanya apa-apa Menteri untuk pergi ke mahkamah untuk saman ganti rugi. Saya mahu cerai isteri saya, saya tidak perlu tanya apa-apa Menteri untuk pergi ke mahkamah dan saya ada kontrak dengan seorang lain, saya ada isu pecah kontrak, saya tidak perlu tanya apa-apa Menteri dan kes-kes macam ini sama ada kes di jalan raya, kes langgar di jalan raya, kes cerai, kes pecah kontrak adalah berpuluh-puluh ribu dalam negara kita dan pergi ke mahkamah terus. Jadi saya tidak nampak jumlah kes ini boleh dijadikan sebagai alasan, isunya adalah isu pokok, hak pekerja itu untuk pergi terus kepada mahkamah dan menuntut apa yang dia mahu, kenapa perlu ditapis oleh Jabatan Pengurusan Perhubungan, itu yang isunya, dan kita nampak proses itu telah melambatkan kes sebab pengamalan kita sekarang untuk kes sampai ke mahkamah sudah ambil satu tahun kadang-kadang lebih dari satu tahun, hampir dua tahun beberapa kes. Jadi ini adalah isu yang serius sebab sekarang kita sudah hadkan ganti rugi kepada 24 bulan di Mahkamah Perusahaan, dengan pindaan yang dibawa oleh Kementerian Sumber Manusia, dan inilah satu penindasan yang besar kepada pekerja- pekerja. Jadi saya harap isu ini diberi satu pertimbangan yang cukup serius oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini perlu diubah dan kita tidak perlu teruskan dengan sistem yang lama ini, jumlah kes tidak boleh digunakan dan saya minta cadangan ini diambil dan diberi pertimbangan yang lebih teliti oleh Kementerian Sumber Manusia. Sila beri pandangan. Terima kasih.

Menteri ini bersekali dengan soalan yang diberi oleh Subang, saya memantau dari segi pengalaman ini empat lima tahun yang lalu bila kes itu tertunggak mengambil masa tiga empat tahun Menteri menggunakan kuasa di bawah seksyen 20.3 di bawah Akta Perusahaan 1967, merujuk kepada wajar atau tidak wajar tanpa memberikan alasan, sebab itu bila pekerja mendapat laporan yang Menteri boleh menangani dengan katanya tidak wajar. Saya setuju dengan Subang bila tidak wajar bermakna dengan tanpa alasan, sebab itu dibawa di Mahkamah Tinggi, saya berpandangan seperti mana yang berlaku di Filipina. Saya mencadangkan supaya 20.3 itu tidak perlu kuasa diberi kepada Menteri dan boleh pergi terus kepada Mahkamah Perusahaan untuk mengetengahkan hak kaum pekerja. Saya kira itu cara yang terbaik sama ada wajar atau tidak wajar Menteri tak ada kuasa yang ada kuasa ialah Mahkamah Perusahaan. Saya cadangkan supaya 20.3 ini dirapuhkan ataupun dilenyapkan ataupun dibuang untuk memudahkan sistem kehakiman itu berlandaskan kepada hak. Sekian.

Terima Yang Berhormat. Saya mengambil kira pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Biar saya teruskan dengan isu yang lain iaitu isu daripada Yang Berhormat Indera Mahkota tentang kegiatan pembekal pekerja atau outsourcing company. Semua pekerja di bawah outsourcing company adalah dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.

Jika ada laporan pekerja dianiayai oleh syarikat outsourcing, jabatan kita boleh ambil tindakan pendakwaan kepada mereka. Sehingga sekarang, sebanyak 12 syarikat outsourcing telah diambil tindakan dan pendakwaan telah dibuat ke atas mereka di bawah akta. Tindakan penguatkuasaan adalah ditingkatkan untuk memastikan segala outsourcing company ini tidak menganiaya pihak pekerja asing di bawah penggajian mereka termasuk yang telah diberitahu tadi, ada yang tidak memberi mereka gaji, gaji di bayar kepada agensi dan selepas itu dibayar mengikut jam bekerja dan sebagainya. Perkara-perkara ini diberi tumpuan yang berat oleh kementerian dan kita mengawal untuk memastikan hak pekerja bukan sahaja pekerja-pekerja tempatan yang kita memang tetapkan, tetapi pekerja-pekerja asing pun seperti yang diperlukan oleh undang- undang antarabangsa, kita membela hak mereka pun. Sekali lagi Tuan Pengerusi, saya

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli yang telah memberi pandangan mereka kepada isu-isu yang berkaitan...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

Penjelasan sedikit.

Saya nak jawab soal latihan-latihan jangka pendek ini.

Ya, okey.

Itu saya rasa penting sebab ini melibatkan pekerja-pekerja tempatan.

Skim pendek.

Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang outsourcing tadi. Di Melaka ada menghadapi satu masalah besar. Satu ketika dahulu, seramai 1000 pekerja untuk ditempatkan di Petronas tetapi outsourcing company ini, dia hantar sahaja pekerja, dia letakkan di taman perumahan yang telah menyebabkan seluruh penduduk taman itu hidup dalam ketakutan kerana mereka dapat kerja dua hari seminggu. Dia tak makan, kucing pun hilang, anjing pun hilang, rupa-rupanya dia makan. Jadi saya nak minta kalau boleh, Menteri mesti membuat pemantauan tentang outsourcing company ini kerana kita takut.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan, duduk Yang Berhormat. Ya.

Saya sambung Yang Berhormat Menteri. Ini soal pekerja-pekerja asing, outsourcing ini. Saya rasa pihak kementerian harus memandang ke arah yang lain pula, menumpukan kepada pekerja tempatan. Ini kerana kalau tidak, apa yang sahabat saya dari Jasin dan Sri Gading sentuh ini, permasalahan berkenaan dengan pekerja-pekerja asing ini banyak. Jadi bukan sahaja kesengsaraan mereka, pekerja-pekerja sendiri tetapi melibatkan masalah kepada orang-orang tempatan terutama sekali. Kalau kita lihat di penjara kita, peratusan yang dipenjarakan oleh sebab permasalahan yang dihadapi oleh pekerja asing ini mungkin mengarah kepada gejala- gejala yang tidak baik. Jadi apa yang berlaku, kena tangkap masuk lokap. Jadi kalau kita kira peratusan dalam penjara kita itu adalah warga asing. Kalau kita lihat hospital... [Disampuk] Siapa yang tidur di katil-katil di hospital itu. Kalau kita peratusan dia, siapa? Adakah dia orang tempatan atau pun orang-orang asing? Jadi Menteri patut melihat perkara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ini isu baru Yang Berhormat, isu baru.

Ini bukan isu baru. Ini perkara yang saya timbulkan tadi, Menteri tak jawab.

Yang Berhormat, isu berkenaan dengan outsourcing agency ini, sebenarnya bila di bawa pekerja-pekerja asing, outsourcing agensi yang menjadi majikan kepada mereka. Oleh itu outsourcing agency mempunyai tanggung jawab untuk bayar gaji kepada mereka, mereka ada kerja, atau tak kerja, outsourcing agency diwajibkan membayar gaji. Akan tetapi kalau dalam hal ini, saya setuju ada agensi-agensi yang lain yang tidak membuat demikian. Seperti yang telah saya jawab tadi, kementerian sedang meningkatkan sistem pemantauan dan pemeriksaan kepada agensi-agensi outsourcing ini supaya tiap- tiap pekerja yang mereka bawa ini adalah di bawah tanggung jawab mereka, mesti diberi gaji dan mereka mempunyai satu kerja yang tetap pada satu-satu masa. Kalau ada apa-apa penyelewengan di bawah mereka, di bawah akta kerja. Kita boleh mengambil tindakan ke atas mereka dan saya akan minta Jabatan Tenaga Kerja di

bawah kementerian untuk meningkatkan lagi tahap pemantauan dan pemeriksaan kepada outsourcing agency. Untuk jawab soalan tentang program-program kursus pendek dan module of courses untuk bidang kemahiran yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, ada banyak peluang di bawah kementerian supaya kursus-kursus ini dibuat, sekarang pun kita sedang buat. Contohnya dalam bidang perhotelan. Kita sedang menjalankan kursus jangka masa pendek, satu bulan sahaja, di bawah ILP. Perkara ini boleh dibuat di ILP-ILP di Sabah pun di mana kalau ada kursus-kursus yang diperlukan, yang akan tarik minat pekerja-pekerja tempatan...

Yang Berhormat, saya kira Yang Berhormat Menteri ini salah faham cadangan saya. Ini bukan untuk golongan belia-belia. Kursus pendek ini untuk orang dewasa yang sambil menunggu pekerjaan yang tetap, mungkin mereka boleh belajar cara-cara menyusun bata. Ini orang kampung yang tak sekolah pun boleh ambil latihan ini. Dalam masa satu bulan kah, belajar bagaimana mahu campur simen dan sebagainya, orang kampung mana tahu campur simen. Berapa dia punya ratio, pegang berus dan sebagainya. Mungkin apabila mereka sudah mahir, bolehlah diambil sebagai pekerja di bidang binaan dan sebagainya. Jadi ini maksud saya, bukan budak-budak lepasan sekolah masuk ILP, bukan ini.

Saya faham Yang Berhormat. Perkara yang saya terangkan ini sudah dilaksanakan. Baru-baru ini kita buat satu program di Langkawi di mana semua orang di Langkawi termasuk orang tua, suri rumah-suri rumah ditawarkan untuk beri latihan di bidang perhotelan kerana ini diperlukan di pulau itu. Sama seperti itu, kalau ada cadangan supaya di satu-satu tempat, kerana keperluan tempat itu, ada bidang-bidang tertentu yang kita boleh beri latihan, maka ini boleh menambahkan lagi peluang kerja untuk mereka. Maka kita boleh bantu untuk menyediakan peluang-peluang ini. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada cadangan tentang program-program khas yang boleh mula dimulakan di bawah Sabah di dalam ILP-ILP di situ, walaupun ditempatkan di ILP tetapi ini adalah kursus pendek yang bertujuan untuk golongan-golongan tertentu yang telah disebut oleh Ahli Yang Berhormat. Cuma menggunakan kemudahan ILP tetapi golongan sasaran yang lain, program yang lain untuk tujuan mereka. Program ini boleh dibuat demi mencapai matlamat yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat. Dengan kata-kata itu Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Perkara yang saya bangkitkan tadi dari segi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Okey, okey. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Hulu Langat. Saya jawab banyak soalan Yang Berhormat Kuala Langat, sudah lupa Yang Berhormat Hulu Langat sedikit. Tentang DOSH, NIOSH dan program-program keselamatan yang dijalankan oleh kementerian, pihak NIOSH menjalankan banyak kursus. Kursus-kursus ini ialah untuk mewujudkan satu golongan mahir di dalam bidang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu, bagaimana taraf mereka dan anak mereka mendapat pengiktirafan dalam bidang antarabangsa. Ada ramai safety officer yang mendapat kelayakan daripada Malaysia iaitu daripada NIOSH, sijil NIOSH yang sedang bekerja contohnya di Timur Tengah dan sebagainya dan mendapat bayaran serta gaji yang lumayan. Itu menunjukkan memang kemahiran kita diberi pengiktirafan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Pada masa sekarang, selain daripada NIOSH, memang ada pihak-pihak swasta dan pihak-pihak universiti yang telah pun menjalankan program-program di dalam bidang

keselamatan dan kesihatan. Akan tetapi mereka mengikuti modul dan kurikulum yang telah ditetapkan oleh NIOSH dan sijil dikeluarkan oleh NIOSH tapi latihan dibuat oleh mereka. Untuk isu ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tentang kemahiran safety officer, adakan pihak DOSH membuat pemantauan untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran yang cukup.

Ini adalah salah satu tanggungjawab DOSH dan mereka sentiasa membuat pemeriksaan untuk memastikan safety officer dalam pelbagai bidang ini mempunyai kemahiran yang tinggi. Ada cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat bahawa keperluan safety officer ini boleh diluaskan lagi kepada bidang-bidang lain melainkan kepada beberapa industri yang sekarang perlu untuk industri-industri yang lain. Kita buat ini kadang kala lepas keperluan ini diperluaskan dengan ambil kira keperluan industri-industri itu dan saya akan ambil pandangan Yang Berhormat tentang meluaskan ini kepada bidang-bidang pertanian dan bidang-bidang yang lain di mana mempunyai risiko daripada segi keselamatan supaya mereka pun diwajibkan ada safety officer dalam di dalam keadaan mereka. Jadi ini ialah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberi pandangan yang bernas dan kita akan mengambil kira segala pandangan yang diberi untuk meningkatkan lagi segala usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bahawa satu harmoni industri yang baik ada di negara kita. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM555,908,700 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM555,908,700 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM374,662,000 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM374,662,000 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.60 [Jadual]- Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2009] -Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala bekalan B.60 dan kepala pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat kita masih kekalkan keputusan yang dibuat pada pukul 3.57 petang tadi untuk mengehadkan masa lima minit untuk seorang pembahas. Lima minit Yang Berhormat. Sudah sejak petang tadi Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi tempoh lima minit ialah kerana masih ada ramai hendak berdebat dalam satu kementerian untuk masa itu sahaja, bukan untuk semua kementerian.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Untuk Kementerian Sumber Manusia pun dihadkan lima minit Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu sudah silap saya rasa. Keputusan itu ialah untuk kementerian itu sahaja. Pada waktu itu ada ramai yang hendak ucap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat saya peruntukan masa lima minit untuk perbahasan setiap orang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa ini terlalu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Bolehlah Yang Berhormat. Kita tolak ansur.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terlalu cincai lah macam ini mana boleh. Begitu penting punya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak Yang Berhormat. Terus direct kepada point Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Begitu penting macam mana lima minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian Sumber Manusia juga penting Yang Berhormat.

Ini dalam peringkat Jawatankuasa bukan dasar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian Sumber Manusia pun penting.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekurang-kurangnya sepuluh minit nanti kalau ramai hendak bahas barulah kurangkan lima minit. Tengok sekarang ada berapa orang sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Teruskan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jangan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Mengecil-ngecilkan kementerian ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak perkecilkan kementerian ini dan saya juga tidak melihat Kementerian Sumber Manusia diperkecilkan kerana lima minit seorang Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita buat sejarahlah lima minit, bajet RM10 bilion ringgit saya tidak tahu bagaimana kita boleh bincanglah. Yang Berhormat Sri Gading jangan suka hatilah tetapi, satu perkataan nilai berapa bilion nampaknya. Tuan Pengerusi perkara pertama ialah mengenai Eurocopter deal dan oleh sebab masa yang begitu singkat. [Disampuk]

Yang Berhormat Butiran berapa itu? Butiran?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita masih menunggu laporan PAC supaya kita boleh lebih mendalam faham perkara ini.

Tuan Pengerusi, Butiran berapa itu? Butiran?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Lima minit jangan buang masa, duduk. Duduk sudah dua minit. [Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Itu cerita lama Yang Berhormat.

Tak ada butiran macam mana hendak cakap. Bila bercakap kena butiran dahulu. Yang Berhormat mana ada undang-undang ini.

Butiran, butiran, butiran.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bahawa Public Account Committee (PAC) harap esok kita boleh dapat satu laporan supaya kita ada satu usul oleh kerana perlu 14 hari notis untuk bincang kalau satu usul mahu dibahaskan. Hari yang akhir ialah 18 dan saya tidak tahulah oleh sebab Pengerusi PAC ada sendiri buat janji minggu lalu bahawa dalam dua, tiga hari akan bentang laporan itu. Oleh sebab kita tidak ada masa pun dengan izin, ada nasihat panduan kita mahu laporan PAC dikaji oleh pakar-pakar aviation dan manufacturer aircraft untuk kaji proses penilaian dan saya ada dapat satu laporan mengenai perkara ini. Oleh sebab masa yang singkat saya minta izin untuk baca ini mengenai Eurocopters dan saya harap bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi jawapan sama ada benar pendirian kementerian berkenaan, dengan izin: “The new Eurocopter Cougar helicopters selected by the Government to replace the RMAF Nuri helicopters are a design which first flew in 1965 and began operational service in 1968. According to an international aviation consultant and helicopter expert. The EC725 Cougar is not a wholly new helicopter but a derivative of a design which first flew as the SA330 Puma manufactured by the then Sud Aviation which subsequently became Aerospatiale and later Eurocopter. The first prototype SA 330 flew in April 1965 and although the EC725 Cougar is the latest in a long line of subsequent upgrades, the design is still that of an old helicopter. I am surprised that the RMAF considered spending so much money RM1.6 billion on an old design when other contenders offered to the RMAF were newer designs and fully, not partially certified to the latest safety requirements. The EC725 basic design will 85+ years old by the time the aircraft are retired and one has to question why the RMAF is to get helicopters which are not even a generation removed from the S61A Nuris they are going to replace. Unless the RMAF is going to have new helicopters which are really a new design and a real generational leap, a far more cost effective method would be to upgrade the current Nuri helicopters with new blades, avionics and engines which would bring them into the same era as the EC725 for probably one quarter of the cost. The manufacturer of the existing S61A Nuri helicopters, US based Sikorsky Aircraft, had offered a comprehensive OEM backed upgrade program for S61 helicopters which the government and the RMAF should explore before buying Eurocopter helicopters of a similar design vintage. Since the procurement is on hold anyway, I think it would be a sensible decision to completely revisit the whole requirement and process. It maybe that the RMAF can achieve just as much capability for a much smaller price.” Apa yang saya mahu tanya ialah kenapa satu keputusan akan dibuat kalau kerajaan akan unfreeze pembelian Eurocopter ini bahawa kerajaan akan terus membeli daripada Eurocopter dan bukan mengadakan satu open tender supaya semua proses yang tidak regular tidak mengikut, tidak accountable boleh di atasi. Perkara kedua ialah yang terakhirlah mengenai National Service dan di sini saya mahu ucap tahniah kepada Pengerusi National Service, Yang Berhormat daripada Mas Gading Datuk Dr. Tiki anak Lafe dan saya harap beliau akan lebih berkesan dan khasnya untuk mengatasi segala kelemahan-kelemahan kes Jean Lim yang keluarga enggan benarkan Jean Lim untuk menyertai National Service program.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Oleh kerana anak mereka iaitu Ricky Lim berusia 20 tahun sudah meninggal dunia selepas sembilan hari tamat perkhidmatan nasional servis pada 15 September di Kem Lagenda Gunung Ledang Asahan, selama tiga bulan. Ini satu isu yang sepatutnya ditangani oleh kerana kita patutlah faham kenapa keluarga serta ibu bapa mereka tidak mahu release anak tunggalnya selepas Ricky Lim meninggal dunia dan traumatize. Ini

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

merupakan trauma yang besar, bahawa kenapa permohonan mereka Jane Lim release daripada exempted dikecualikan daripada nasional servis tidak boleh dibenarkan. Sungguhpun doktor Ticky telah mengambil inisiatif yang patut dipuji supaya tangguhkan perkhidmatan Jane Lim. Akan tetapi apa yang kita mahu ialah dikecualikan, ini kerana trauma, trauma kepada mereka. Kalau peraturan-peraturan dan peruntukan- peruntukan yang sedia ada boleh membenarkan kes semacam ini. Kalau perlu pindaan kepada akta ibu, National Service Training Act dan bawalah pindaan-pindaan. Ini supaya dalam kes macam ini tidak boleh menunjukkan bahawa kita caring dalam perkara ini dan kita juga tidak dilihat sebagai sangat zalim, tidak heartless dalam perkara ini. Seterusnya, bahawa sepatutnya satu kajian yang menyeluruh kenapa boleh berlaku begitu ramai orang meninggal dunia dalam nasional servis training atau pun segala kompelin-kompelin yang ada, sama ada sub-standard dalam kem-kem, instructor dan program-program dan saya berharap bahawa kita mendapat satu laporan berhubung perkara ini dalam masa Yang Berhormat menggulung. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkit berhubung Kepala B.50. Saya ikut peraturan, saya bacakan butiran, bukan macam Yang Berhormat Ipoh Timur. Butiran 080300 – Meningkatkan Kelengkapan dan Kemudahan Pengubahsuaian Bersama. Saya hendak mencadangkan supaya Angkatan Tentera Malaysia menerapkan budaya senggaraan iaitu maintenance culture. Ini supaya dengan satu tujuan kita boleh menjimatkan sumber, kita boleh menjimatkan tenaga manusia dan juga kita boleh menjimatkan perbelanjaan. Kedua, kita juga dalam masa yang sama kita boleh menerapkan sifat-sifat kesiap-siagaan yang tinggi di kalangan anggota-anggota tentera. Kedua, Butiran 080500 – Kepentingan Maritim. Maritim amat penting selain daripada menjaga pelantar minyak kita, selain daripada menjaga keselamatan perairan negara, ia juga bertanggungjawab tentang sempadan. Ketiganya tentang perairan tangkapan ikan kerana kehadiran maritim akan memberikan keyakinan kepada nelayan kita daripada diganggu gugat. Selain daripada untuk mencegah piracy kerana Selat Melaka merupakan selat yang strategik sekali. Akan tetapi sekarang kita menjadi selat yang paling selamat sekali. Untuk menjaga Selat Melaka dan perairan, kita tidak memerlukan bantuan tentera asing. Bahkan dengan kerjasama serta kesepaduan antara Singapura, Indonesia dan juga Malaysia telah mencukupi untuk menjaga kesejahteraan dan kedaulatan Selat Melaka dan juga negara kita. Seterusnya 040500 – Hidrografi, cabang dalam Tentera Laut Diraja Malaysia yang menjadi pihak berkuasa mengeluarkan carta laut. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada kita kenakan apa-apa pembayaran tentang perkhidmatan yang kita beri untuk carta-carta laut ini. Selepas itu, saya pergi kepada 080600 – Penyelenggaraan dan Kelengkapan Pertahanan Ruang Udara. Perkara pembelian Eurocopter ditangguhkan kerana langkah penjimatan. Saya sebenarnya begitu sedih sekali apabila kerajaan mengumumkan untuk menangguhkan pembelian Eurocpoter. Ini kerana pembelian Eurocpoter adalah begitu perlu sekali kepada logistik, kelengkapan dan juga persenjataan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kita tidak boleh bertolak ansur dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara kita. Perkara yang keduanya, seharusnyalah kita mesti menjaga moral anggota-anggota tentera yang pada ketika ini terpaksa menggunakan kapal terbang yang begitu usang sekali. Jadi, saya berharap semoga Angkatan Tentera Malaysia dapat membuat penilaian semula dan memikirkan yang terbaik. Seterusnya, 080300 – Meningkatkan Kelengkapan dan Kemudahan Bantuan Bersama. Pada ketika ini, Angkatan Tentera Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi antara agensi lain yang boleh menyalurkan maklumat dan real time data. Keduanya, untuk menyeragamkan tindakan-tindakan penguatkuasaan. Saya ingin mencadangkan kepada Angkatan Tentera Malaysia apa juga perancangan yang patut kita buat supaya perkara Government Integrated Radio Network (GIRM) ini, seharusnya lah diwujudkan. Ini supaya kita ada mempunyai keupayaan berkomunikasi antara ketiga-tiga

perkhidmatan dan juga berkeupayaan berkomunikasi dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain. Macam kastam, imigresen, APMM, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Polis Marin dan lain-lain. Seterusnya, untuk 020300 – Latihan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah anggota-anggota kita yang telah dilatih terutamanya dalam bahagian-bahagian teknikal kerana mereka tertakluk kepada perkhidmatan. Selepas 20 tahun diberhentikan, orang-orang macam ini sepatutnya kita berikan kelonggaran dan seharusnyalah kita pertingkatkan perkhidmatan mereka. Terakhirnya 080300 – Meningkatkan Kelengkapan dan Kemudahan Bantuan Bersama. Tuan Pengerusi, pada ketika ini, Singapura menyediakan facility dan kemudahan untuk tentera laut dan juga tentera udara Amerika. Mereka menyediakan bukan sahaja pangkalan dan persinggahan bahkan Singapura menyediakan Logistic Command Pacific yang cukup penting. Jadi, dalam militan apa yang didapati oleh Singapura, Amerika akan memberikan jaminan moral dan juga mental ketenteraan dalam keadaan yang memerlukan untuk pertahanan Singapura. Untuk Malaysia saya mencadangkan kita tak perlu apa yang Singapura ada, kerana kita berkeupayaan untuk mempertahankan keselamatan dan juga kedaulatan negara kita. Akan tetapi dalam masa yang sama saya hendak cadangkan supaya kita mengeratkan hubungan ketenteraan yang baik dengan Amerika. Ini kerana Amerika juga memberikan kita peluang latihan kerana kita di peruntukan sebanyak RM2.5 juta setiap tahun untuk training budget bagi melatih tentera-tentera kita. Dalam internal military education dan juga training.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Masa dah cukup Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi dua tiga perkara yang ingin saya bangkitkan; 060000 – Peruntukan RM611 juta dan 080700 – Peruntukan RM4 juta. Di mana Butiran 080700 memperuntukkan RM4 juta one-off, saya ingin tahu apakah tujuan RM4 juta ini sebab dalam buku belanjawan tidak menyatakan tujuan one-off untuk Latihan Khidmat Negara ini? Perkara kedua ialah sebelum ini Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara yang baru Yang Berhormat Mas Gading telah membuat kenyataan bahawa pelatih dengan izin, screen through apabila mereka memasuki kem-kem mereka. Kemudian kononnya beliau telah memaklumkan bahawa tidak akan sedemikian tetapi sebaliknya borang-borang kesihatan perubatan mereka yang akan screen through, dengan izin oleh pihak-pihak kem semasa mereka memasuki kem tersebut. Bukankah ini bermakna ia bukan satu pembaharuan. Apakah ini menunjukkan di sepanjang masa apabila pelatih ini mendaftarkan diri borang-borang pengakuan kesihatan perubatan kesihatan mereka tidak di screen through sepanjang masa ini?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi saya pohon penjelasan. Sekarang baru tahu bahawa kita perlu tengok semula dia punya borang integrasi kesihatan perubatan mereka atau sebelum ini sepanjang masa tidak pernah buat. Ini perkaranya. Perkara ketiga ialah saya hendak tahu, dalam tahun akan datang, kalau saya tengok bajet ini telah membuat anggaran RM615 juta untuk PLKN. Jadi apakah pihak kementerian ada bagi satu tempoh di mana dalam jangka masa itu semua modul PLKN ini akan diserap ke dalam sistem pendidikan agar kita boleh menjimatkan anggaran lebih kurang RM600 juta lebih ini boleh dijimatkan dan boleh digunakan untuk pembangunan di kawasan yang memerlukan seperti di Sabah dan di Sarawak untuk membantu kemudahan asas.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tiga objektif PLKN ini boleh diserapkan ke dalam modul. Apakah pihak kementerian mempunyai rancangan sedemikian? Sebab sekarang kita nampak PLKN ini hanya memilih secara rawak sejumlah kecil sahaja anak-anak muda kita yang berumur 18 tahun. Jadi mungkin ia akan lebih memanfaatkan kesemua anak muda kita kalau modul- modul ini memang benar modul ini boleh mencapai tiga objektif ini diserapkan dalam modul sistem pendidikan kita. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Nampaknya Yang Berhormat Batu Gajah sudah menyokong PLKN. Bagi maksud Butiran 060200...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Don’t put words into my mouth, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ya,ya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya masih konsisten, saya masih tidak bersetuju dengan PLKN.

Okeylah, sorry, sorry. Pada masa ini terdapat kira-kira 400,000 remaja yang berumur 18 tahun tidak dipilih menyertai PLKN dan mereka ini sebenarnya telah menuntut peluang yang sama supaya kerajaan berusaha mengatasi masalah. Kita hampir 400,000 belia yang layak tetapi tidak diterima menyertai PLKN ini. Jadi kemudahan dan kem setakat ini yang sedia ada hanya mencukupi sekitar 85,000 hingga 100,000 peserta sahaja dan kita lihat walaupun kerajaan sedang berusaha meningkatkan pelbagai kemudahan baru, ianya masih dilihat belum mencukupi untuk kita menampung golongan belia yang layak menyertai program ini bagi setiap tahun. Jadi di sini saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya Modul Pra Program Latihan Khidmat Negara ini diserapkan di seluruh sekolah menengah di seluruh negara sebagai merupakan persiapan mental dan fizikal bagi bakal-bakal peserta program ini sekali gus mereka dapat diberi pendedahan tentang aspek integrasi kaum, ketahanan fizikal bagi pelajar-pelajar sekolah sebelum mereka menyertai program yang begitu besar ertinya. Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan soal keluhan yang dibuat oleh operator- operator PLKN ini. Kita lihat dasar yang dibuat oleh pihak JLKN, Jabatan Latihan Khidmat Negara selalu berubah-ubah dan kita faham memang hasrat JLKN untuk meningkatkan facility dan juga kemudahan asas yang terdapat di kem-kem ini menyebabkan SOC terpaksa dibuat pertambahan tiap-tiap tahun yang kita lihat bermula daripada khemah iaitu siri pertama program pertama dan sekarang ini kepada bangunan separa kekal, kemudian bangunan kekal dan semua tempat penting mestilah dipasang tile yang termasuk bilik air hingga ke dinding dan sebagainya, termasuk menyediakan survey system yang kosnya menghampiri RM500 ribu atau RM600 ribu. Jadi kalau dilihat daripada keadaan ini, sudah tentu operator yang terpaksa meminjam daripada bank-bank walaupun ianya dibantu oleh pihak kerajaan di awal untuk menyiapkan program ini haruslah adil bagi pihak kementerian memberi pertimbangan untuk kenaikan ganjaran iaitu per head bagi setiap peserta kerana saya difahamkan ada di kalangan operator yang telah menjalankan kem ini sejak lima tahun yang lalu semasa program ini dilaksanakan masih lagi belum break even kerana hasil pertambahan SOC yang diperkenalkan oleh kerajaan setiap tahun. Jadi dalam hal ini kita minta pihak kerajaan mempertimbangkan supaya SOC ini dibuat sekali sahaja dan lain-lain pemantauan-pemantauan yang lain yang dibuat oleh pihak kementerian sentiasa berterusan bagi memastikan star ataupun kebersihan sentiasa terjaga di semua kem PLKN ini di seluruh negara. Bagi Butiran 030400 – Operasi Pertahanan Darat, 040400 – Operasi Pertahanan Maritim dan 050400 – Operasi Pertahanan Ruang Udara. Saya ingin menarik perhatian, Tuan Pengerusi, berhubung dengan pergerakan pendatang asing yang illegal ini, yang haram ke negara kita. Kita lihat soal membanteras pergerakan pendatang asing ini ke tanah air kita adalah merupakan di antara keselamatan sempadan yang cukup penting.

Sudah tentu tanggungjawab menjaga keselamatan sempadan ini akan diambil alih oleh pihak tentera dan kita lihat beberapa kes seperti kumpulan pengganas di Sabah satu masa dahulu yang dikenali sebagai Darul Islam, misalnya, yang di mana salah seorang daripada anggotanya adalah rakyat Filipina yang mempunyai status pemastautin tetap tetapi pada 2005 barulah kita mendapat bisikan berjaga-jaga tentang gerakan-gerakan militan yang cuba masuk menerusi perairan Sabah seperti Abu Sayyaf dan lain-lain yang masuk ketika sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas. Jadi dalam keadaan ini apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa kerjasama kita di arena antarabangsa dalam membanteras fenomena keganasan ini dan di pihak yang lain pula, apakah kepincangan dalam sistem keselamatan sempadan dan sistem imigresen kita yang memudahkan proses mendapatkan kerakyatan yang begitu mudah yang menjadikan negara kita ini sebagai pangkalan keganasan di rantau ini sehinggakan yang berlaku di Mumbai baru-baru ini pun dikaitkan bahawa ada gerakan itu datang daripada negara kita sendiri. Jadi dalam hal ini kita tidak mahu apa yang telah kita bina selama ini dengan kedudukan kita yang begitu terdedah kepada sempadan yang cukup luas sama ada di peringkat laut dan juga darat yang menyebabkan soal-soal keselamatan. Walaupun perjanjian dua hala kita telah dijalinkan dengan Filipina, Indonesia dan Thailand menerusi kerjasama-kerjasama dan perbincangan yang dibuat selepas itu tetapi adakah ada jaminan yang dibuat oleh pihak kerajaan kita dapat membendung kemasukan pengganas- pengganas dan tidak mungkin kalau kita melonggarkan kawalan ketat di sempadan ini akan menyebabkan pengganas-pengganas boleh membuat serangan tertentu hasil daripada gerakan-gerakan yang terancang seperti mana yang berlaku di negara-negara luar baru- baru ini. Jadi apakah tanggungjawab pihak kementerian untuk memantau masalah ini sebelum perkara yang tidak diingini berlaku hasil daripada kelonggaran yang kita buat di pihak sempadan terutamanya di Sabah dan Sarawak ini kita lihat begitu terdedah selain daripada lanun dan sebagainya. Jadi untuk mengembalikan imej negara kita, mempertahankan kedudukan perairan kita sebagai perairan yang selamat, sudah tentu kita harus berjaga-jaga dalam memastikan bahawa kita sebenarnya memiliki negara yang betul- betul terkawal dari segi keselamatan yang secara tidak langsung akan menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, masa habis, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Mike belum hidup, Yang Berhormat, mikrofon.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Oh, mikrofon.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah hidup.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Halaman 631, Butiran 010000 – Pentadbiran Pertahanan. Tuan Pengerusi, yang penting bagi Malaysia untuk pertahanannya kita meminta hari ini lebih RM10 bilion untuk pertahanan, tetapi kita hendak tahu setakat mana Angkatan Tentera Malaysia dapat dimodenkan. Yang kita nampak semasa Hari Kemerdekaan iaitu Soyuz dan Nuri helicopter pula. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] mempengerusikan Jawatankuasa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu sahajalah kita nampaknya. Air fighter pun kadangkala kita tak nampak. itu sahaja kita nampak. Saya tidak tahu, dalam usaha untuk memodenkan dengan permintaan untuk tahun hadapan lebih RM10 bilion, apakah bilangan kapal perang? Bilangan yang kita dapat. Soyuz misalnya. Apakah terjadi dengan Soyuz? Mesti ada penyelenggaraan, spare

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

part dan sebagainya. Dari manakah kita dapat spare part? Ini kerana setahu saya kalau kita hendak dapat daripada Rusia itu susah. Jadi, macam mana kita dapat spare part dia, komponen-komponen dia? Susah dapat. Kalau kita minta daripada dia, dua, tiga tahun pun tidak dapat lagi. [Disampuk]

Soyuz kah Sukhoi?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sukhoi, Sukhoi, Sukhoi, salah saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini mungkin tengah malam Yang Berhormat. Akan tetapi janganlah cakap macam di pasar, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu memang betullah itu. Terima kasihlah kerana dia pun baik hati.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat pun baik hati juga.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya? Ya, ya. Sukhoi, Sukhoi ya? Sukhoi itu. Kalau kita hendak pelawa spare part daripada Rusia susah. Dua tiga, tahun pun tidak dapat lagi. Apakah yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mendapatkan spare part- spare part ini? Daripada China ataupun daripada India. Ha, itu memang penting kerana kita hendak memodenkan angkatan tentera kita. Saya sudah tahulah bilangan dan jenis kapal aircraft, air fighters, fighter craft dan bombers yang kita ada di negara ini, itu yang pertama. Yang kedua ini mengenai study kita. Study kita, strategi kita. Jadi semualah untuk kapal aircraft tentera laut, tentera udara dan tentera darat. Setakat manakah kita bersedia untuk menghadapi perang moden? Terutamanya di Asia Tenggara itu. Setakat mana kita bersiap sedia untuk menghadapi musuh-musuh kita? Di sini, memang dari segi helikopter kita iaitu Nuri, kita beli 40 tahun yang lepas, 50 buah Nuri. 50 buah Nuri helikopter kita, pengalaman 10 buah. Yang korban, 92 orang. Kalau kita kira, kita kurang menggunakan dari the flying hours itu kita kurang berbandingkan dengan negara yang lain.

Yang Berhormat...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

USA, UK dan juga di Australia masih guna. Kanada sudah berhenti, tidak guna Nuri lagi. Kita diberitahu bahawa kita boleh guna sehingga 2012 atau 2015. Kita tangguhkan pembelian kerana ada masalah.

Yang Berhormat, sekejap.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Putatan. Ya, apa Putatan itu? Putatan tidak ada kapal terbang.

Ini bukan Soyuz. Sukhoi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sukhoi pula. Apa masalah dia?

Jadi baru-baru Yang Berhormat, sedar atau tidak Yang Berhormat negara Singapura telah membuat lawatan udara. Apa agaknya pendapat Yang Berhormat tentang keupayaan tentera udara Singapura itu dapat mendarat di jalan raya di Singapura sampai menutup dan membersihkan kawasan-kawasan jalan raya yang panjang. Ini kena mengena dengan Sukhoilah ini.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, kita bukan hendak bahaskan masalah di Singapura. Kita hendak bahaskan masalah di Malaysia. Memang di Singapura, dia mengaturkan supaya kapal dia boleh mendarat di jalan raya besar. Dia mesti buat kerana negara itu kecil sahaja. Dia tidak ada tempat hendak mendarat. Takkan dia hendak masuk ke laut. Tak boleh itu. Yang Berhormat Arau pun tahu lah hal ini. Negara begitu kecil hendak dibandingkan dengan kita. Tak bolehlah itu. Ini perbahasan yang berguna. Berguna, cuba tanya itu Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis, dah. [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Satu lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebenarnya sudah satu minit lebih Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tak perasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya bagi peluang.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Satu minit? Kita ada empat minit lagi. Ya [Ketawa] Itu mengenai halaman 632, Butiran 040000 – Pertahanan Maritim. Dia hendak buangkan masa saya. Saya pun nak tahu juga. Memang tabiat Putatan itu. Yang Berhormat, di sini pertahanan maritim mesti kita pertahankan. Misalnya dari segi lanun. Tadi Yang Berhormat Jasin ada mengatakan bahawa lanun di Selat Melaka itu kurang sedikit. Kurang dua, tiga tahun itu lebih 50, 60 kes dan sebagainya. Sekarang sudah tidak dengar lagilah. Mungkin, mungkin ada. Saya tak tahu ramalan tahun ini berapa kes. Akan tetapi, di Teluk Eden, Somalia kita MISC ada dua kapal sudah diserang, ditahan iaitu Bunga Melati II dan Bunga Melati V sudah ditahan dan bayaran wang tebusan itu saya ingat diberitahu USD4 juta. Kita tak tahulah berapa? Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi kita tahu berapakah wang tebusan itu. Walau bagaimanapun apakah peranan angkatan tentera kita untuk mempertahankan kapal-kapal perdagangan kita seperti Bunga Melati kita. Kalau kita belayar ke Teluk Eden, apakah peranan pihak angkatan tentera kita untuk mempertahankan kapal-kapal perdagangan kita? Ini kerana di Teluk Eden itu memang satu teluk yang paling berbahaya dari segi pelanunan. Jadi saya berharaplah hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjawab bagaimana kita mempertahankan kapal-kapal kita di lautan dunia ini? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil Butiran PLKN 060200 – Latihan. Kita melihat dan mendengar bahawa banyak sudah belia berumur 18 tahun di latih di pusat ini dan telah banyak berjaya dalam apa yang mereka pelajari daripada pusat PLKN ini. Apa yang saya hendak pastikan di sini ialah bahawa kita mesti mengambil berat tentang belia-belia ini yang telah lulus daripada latihannya selama tiga bulan ke tempat di mana ada lagi latihan-latihan untuk pertahanan negara kita baik di dalam tentera darat, tentera laut dan udara. Ini adalah sebab mereka sudah merasa mereka terlatih dan bahawa mereka ingin hendak menceburi jika kelulusan akademik mereka cukup untuk mengikuti latihan selanjutnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mas Gading yang telah dilantik menjadi pengerusi pusat latihan ini adalah orang daripada negeri Sarawak.

Saya berasa bangga kerana kita di negeri Sarawak pun diberi peluang untuk menjadi pengerusi pusat ini. Daripada inilah kita memberi tekanan kepada belia kita agar mereka tahu, apakah kepentingan untuk mempertahankan negara kita daripada Kementerian Pertahanan dalam banyak bidang daripada udara, laut dan darat kerana kita melihat di negeri kita Malaysia baik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perairan kita adalah luas di mana penceroboh-penceroboh boleh datang dengan senang dari pulau- pulau mana, dari tempat-tempat mana yang dikatakan mereka dapat berjalan menerusi jalan-jalan tikus, di mana kita melihat ketahanan tentera-tentera kita yang menjaga keamanan negeri kita Malaysia ini sehingga kita dapat hidup aman damai selama kita sudah merdeka. Dari itu kita patut bersyukur tidak boleh kita hanya mencari kesalahan sahaja, bahawa kita tidak boleh membeli alat-alat pertahanan yang begitu canggih untuk negara

kita. Walaupun kita berbelanja berlebihan demi negara Malaysia kita mempertahankan negara kita perbelanjaan itu patut kita terima dengan baik dan kita mesti menyokong dengan ikhlas kerana kita melihat bagaimana tentera-tentera darat, laut dan udara menjalankan tugas untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan yang dilakukan oleh penyeludup-penyeludup dan sebagainya. Mereka inilah yang membuat pertahanan. Jangan kita sudah sampai masa seperti apa yang berlaku di negara jiran kita, barulah kita mengatakan mengapa kita tidak membeli alat-alat yang canggih. Mengapa kita tidak mempunyai senjata yang canggih? Akan tetapi kita juga yang membantah untuk berbelanja perbelanjaan yang besar untuk mempertahankan negara kita sendiri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Sibuti.

Silakan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya risau dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat sebentar tadi, di mana yang berkata mengalu-alukan atau menyeru kementerian berbelanja besar untuk pertahanan. Saya hendak tahu, apakah Yang Berhormat mengetahui keadaan negara ini apakah kita mengalami sebarang ancaman buat masa ini dan mengapakah Yang Berhormat tak boleh membuat kenyataan agar menyeru kementerian berbelanja setakat yang mana wajarnya, di mana ada keperluan. Kalau Yang Berhormat kata secara besar-besaran saya sangat risau. Nanti tak ada pengawalan dan pemantauan. Mestilah kita marah masa ini. Kalau ada ancaman kita pun mesti berbelanja di mana yang wajar, di mana yang perlu.

Terima kasih, terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Setujukah Yang Berhormat?

Terima kasih. Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sibuti, cepat sedikit cakap. Habis masa sudah.

Yang Berhormat, kita mesti ingat pertahanan negara ini adalah sangat penting walaupun kita berbelanja besar. Memanglah pihak Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab tahu apa yang patut dibelanja. Tak akan kita hendak berbelanja sewenang-wenangnya. Demi untuk mempertahankan negara kita termasuk Yang Berhormat sendiri dan keluarga Yang Berhormat, kita mesti mempertahankan negara kita daripada orang-orang yang mencerobohi. [Tepuk] Jadi mengapakah kita takut hendak berbelanja? Dengan itu Tuan Pengerusi saya menyokong perbelanjaan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Selalu duduk dalam Dewan jarang bercakap. Mencelah banyak.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin membahas satu perkara sahaja iaitu Butiran 060000 -Latihan Khidmat Negara. Tuan Pengerusi, semasa saya mengambil bahagian dalam perbahasan bajet tahun 2009 ini pada 30 Oktober, saya ada kemukakan dua soalan iaitu, izinkan saya baca dengan ringkasnya. Adakah kementerian telah kenal pasti sebab kematian bekas pelatih mendiang Ricky Lim dan bolehkah adik mendiang dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, kerana beliau telah dipilih untuk mengikuti PLKN siri 6/2009. Tuan Pengerusi, saya telah terima jawapan dari Bahagian Pentadbiran, Kementerian Pertahanan. Dalam jawapan ini saya ingin dengan izin baca dari satu paragraph. Mengatakan mendiang Ricky Lim telah menghadiri Program Latihan Khidmat Negara bagi kumpulan 3 siri 5 tahun 2008 mulai 15 Jun 2008 dan tamat pada 6 September 2008. Mendiang telah meninggal dunia pada 15 September 2008 semasa tidur di rumah ibu bapanya di Tanjung Kling Melaka selepas sembilan hari beliau menamatkan PLKN. Setakat ini pihak hospital Melaka masih belum mengeluarkan laporan punca kematian

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

sebenar mendiang. Selepas dua bulan lebih masih tidak dapat mengenal pasti punca kematiannya. Dengan paragraph yang juga jawapan yang diberi kepada saya iaitu Jabatan Latihan Khidmat Negara dimaklumkan oleh ibu bapa mendiang, bahawa adik perempuan mendiang Jenny Lim Wi Cheng telah terpilih untuk menjalani PLKN siri 6/2009 yang akan bermula pada 27 Disember 2008. Bagaimana ibu bapa Jenny Lim tidak membenarkan Jenny Lim mengikuti PLKN dengan alasan mereka tidak sanggup kehilangan seorang lagi anak kerana keluarganya hanya mempunyai dua orang anak termasuk mendiang. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam permohonan ini untuk mengecualikan adiknya atau anak yang tinggal seorang sahaja untuk mengikuti program ini. Kementerian dalam jawapan ini mengikut Akta Latihan Khidmat Negara 2003 adik mendiang Jenny Lim tidak boleh dikecualikan mengikuti PLKN, kerana beliau tidak tergolong dalam kategori orang yang boleh diberi pengecualian mengikut seksyen 64(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Namun begitu JLKN sangat bersimpati terhadap perasaan keluarga mendiang dalam menghadapi keadaan yang sukar untuk mengikuti PLKN. Sehubungan dengan itu JLKN telah meluluskan penangguhan Jenny Lim untuk tempoh tiga tahun dari mengikuti PLKN. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat dari Ipoh Timur iaitu bagi pihak keluarga Ricky Lim, kita merayu kepada kementerian iaitu membenarkan atau diminta meluluskan Jenny Lim dikecualikan untuk menyertai program ini. Saya ingat jika kita menganggap bahawa ialah kita ibu bapa mendiang Ricky Lim yang sehingga hari ini tidak tahu punca sebab kematian anaknya. Hanya beberapa hari balik dari menyertai program ini dan anak perempuan juga terpaksa menjalani program ini. Bagaimana perasaan ibu bapa?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya ingat kita boleh katakan kita bersimpati, kita tangguhkan tetapi masih perlu menjalankan program ini. Sebab itu Yang Berhormat Timbalan Menteri juga datang dari negeri Melaka, saya bagi pihak keluarganya juga minta dengan jasa baik Yang Berhormat Timbalan Menteri mempertimbangkan permohonan ini supaya kita dapat menyenangkan hati keluarga mendiang Ricky Lim ini supaya sekali gus mereka dapat tahu anak perempuannya akan sedia dekat dengan mereka. Terima kasih.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kerana Tuan Pengerusi menulis kepada saya mengucapkan takziah atas kembalinya ayah saya ke rahmatullah. Semalam telah dikebumikan dan hari ini saya kembali untuk berkhidmat di Dewan ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kami sangat simpati Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Perkara yang saya ingin timbulkan ialah Butiran 10000 – Emolumen. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah gaji anggota tentera kita yang berpangkat prebet sekitar RM1,000 sebulan itu mencukupi dan adakah setara dengan gaji anggota tentera di negara-negara jiran. Apakah usaha-usaha untuk kita memberikan kebajikan yang lebih kepada anggota tentera kita supaya mereka yang bertugas penting untuk menjaga keamanan negara kita ini sentiasa diberikan perhatian. Itu perkara yang pertama. Perkara kedua Butiran 10100 – Pentadbiran dan Dasar Pertahanan. Pada bajet baru ini kerajaan mengumumkan semua anggota kerajaan yang telah berkhidmat 25 tahun diberikan pencen minimum sebanyak RM720 dan untuk anggota tentera mereka yang berkhidmat selama 21 tahun diberikan pencen minimum RM720. Ini adalah satu usaha yang amat baik dan saya ingin bertanya berapa ramaikah anggota tentera yang terlibat dalam menerima pencen setelah berkhidmat 21 tahun. Ini adalah usaha yang baik dan kita patut merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Butiran ketiga yang saya ingin sentuh ialah Butiran 60000 – Latihan Khidmat Negara. Memang satu nyawa pun amat penting, kita tahu tentang perkara itu dan semua kalau boleh kita tidak mahu ada seorang pun yang meninggal dunia akibat PLKN ini. Saya pernah bertanya dan saya mengira bahawa yang meninggal dunia dalam latihan PLKN ini cuma 0.004% daripada jumlah yang menghadiri Latihan Khidmat Negara. Ini bererti 99.996% daripada peseta adalah hidup dan ia adalah hampir 100%. Saya ingin bertanya adakah kadar kematian 0.004% ini adalah kadar kematian biasa rakyat Malaysia sama ada dia masuk dalam PLKN ataupun tidak PLKN, apabila sampai ajalnya, maka meninggallah dia. 0.004% tanpa menafikan bahawa satu nyawa pun amat penting dan kita harap bukan disebabkan oleh di PLKN itu mereka meninggal dunia. Perkara seterusnya ialah tentang Butiran 00300 - Tentera Laut. Yang Berhormat Permatang pauh dalam Dewan ini ada menyatakan bahawa bekas Timbalan Menteri Pertahanan dituduh ada menyebut perkataan komisen ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat ini apabila ditanya oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tentang kapal selam Scorpene. Setelah saya memeriksa Hansard, beliau tidak menyebut pun perkataan komisen. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah benar disebut perkataan komisen itu ataupun tidak. Akan tetapi setakat yang saya yakin, tidak ada disebut oleh Timbalan Menteri Pertahanan pada ketika itu tentang komisen. Mengenai seterusnya Butiran 00500 – Tentera Udara. Saya ingin mohon penjelasan adakah komisen diberi untuk pembelian Sukhoi. Ini ditimbulkan juga oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang sedangkan telah dinafikan oleh bekas Menteri Pertahanan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sekali lagi. Itu sahaja yang saya ingin timbulkan. Terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak membangkitkan beberapa perkara iaitu antaranya saya menyokong penuh apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat batu Gajah tadi iaitu setelah RM644 juta duit rakyat akan dibelanjakan untuk anggaran yang akan dibelanjakan kepada PLKN, sudah sampai masanyalah kementerian memikirkan supaya program ini diserapkan dalam sistem pendidikan negara yang sedia ada. Saya kira apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Arau tadi iaitu di mana 400,000 orang lagi belia yang tidak berpeluang untuk mengikuti PLKN sebagaimana 80,000 yang telah diberi peluang akan boleh mendapat peluang yang sama sekiranya program PLKN ini diserapkan dalam sistem pendidikan negara. Saya harap perkara ini diberi perhatian dan juga pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Kemudian yang keduanya pada masa yang sama, sementara program PLKN ini terus berjalan, kita mahukan supaya satu perhatian khusus diberi untuk memastikan kem-kem latihan ini adalah kem-kem latihan yang mencapai standard yang sewajarnya untuk memberikan keselamatan dan keselesaan kepada peserta-peserta PLKN. Ini kerana melalui laporan audit negara, kita dapati masih banyak lagi kem-kem latihan yang jauh daripada standard yang ditetapkan oleh kementerian ataupun oleh program ini. Begitu juga dengan barang-barang atau peralatan yang dibekalkan adalah tidak berkualiti ataupun berkualiti rendah. Jadi kita ingin tahu apakah langkah-langkah daripada kementerian untuk memastikan teguran-teguran dalam laporan audit negara ini akan diperbaiki. Kemudian yang seterusnya juga saya ingin menyentuh tentang latihan ataupun kecergasan daripada ahli-ahli anggota tentera kita. Saya duduk berhampiran dengan KEMENTAH dengan ataupun MINDEF. Saya biasa melihat anggota tentera menjalani latihan ataupun jogging dan di situ kita boleh nampak bagaimana anggota-anggota tentera ini sangat tidak fit, tidak cergas. Mereka overweight dan juga hanya beberapa meter berlari mereka telah fainting ataupun pernafasan mereka sudah tersekat-sekat. Jadi kita rasa ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan memerlukan pemantauan yang lebih. Jadi saya ingin tahu apakah program yang disediakan kepada anggota-anggota tentera untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan yang cergas dan untuk memastikan juga mereka ini tidak masuk dalam golongan yang lebih berat badannya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini pejabat punya orang Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Orang pejabat ini.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tidak ini memang anggota tentera yang patutnya duduk di barisan hadapan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Orang pejabat itu.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Kemudian yang seterusnya, saya juga ingin bertanya berapakah kos naik taraf Masjid Khalid Ibnu Walid ataupun lebih terkenal dengan Masjid KEMENTAH di mana saya dapati masjid ini akan dibesarkan sebanyak tiga kali ganda daripada keadaan dia sekarang ini. Saya tidak membantah untuk pembesaran masjid ini sebab kita kira ini adalah perkara yang sangat wajar tetapi kita mahu tahu apakah perancangan KAGAT untuk memastikan masjid ini terus diimarahkan dengan kuliah-kuliah dan juga pada masa yang sama memastikan kuliah-kuliah ini tidak hanya didengari atau disertai oleh beberapa kerat orang dan berpuluh-puluh tiang. Jadi saya ingin bertanya apakah rancangan untuk memastikan setiap anggota tentera digilirkan untuk memakmurkan masjid yang akan diperbesarkan lagi. Malah saya percaya dengan ini juga anggota-anggota tentera kita akan lebih baik dari segi pengisian kerohanian dan sehingga akhirnya, mereka akan meletakkan satu target iaitu tujuan mereka berjuang dan berperang adalah kerana berjihad untuk mempertahankan negara. Sekian sahaja. Assalamualaikum.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Sebenarnya mengenai butiran.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah Yang Berhormat. Saya dengar banyak orang cakap sedikit-sedikit tetapi sampai lima minit.

Butiran 040000 mengenai Perkhidmatan Maritim. Apa yang saya mahu nyatakan adalah involvement Maritim atau Navy di Pulau Terumbu Layang-layang yang mana kedudukannya dekat dengan Pulau Labuan. Saya ingin menanyakan kepada timbalan menteri berapa buahkah kapal navy yang beroperasi di sekitar Pulau Terumbu Layang-layang dan juga berapakah jumlah anggota tentera yang mengawal kelima-lima pulau yang berada di sekitar Pulau Layang- layang tersebut. Ini adalah untuk memperjuangkan atau mempertahankan pulau tersebut, janganlah sampai menjadi Pulau Batu Putih yang mana apabila kita tidak kawal keadaannya dan diambil alih oleh negara lain. Yang kedua, ada berapa banyakkah biaya atau perbelanjaan yang dibelanjakan untuk pembangunan pengawasan di Pulau Terumbu tersebut dan juga pembangunan peruntukan tahunan untuk maintenance di pulau tersebut. Yang ketiga iaitu program pembangunan, apakah yang dirancang supaya pulau tersebut lebih menarik selain daripada pulau yang dikelilingi oleh tentera. Apa yang saya difahamkan pulau tersebut juga mempunyai sebuah resort, Resort Pulau Layang-layang dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke pulau tersebut sedangkan kawasan itu adalah kawasan tentera yang sentiasa di kawal oleh tentera laut kita di situ. Jadi apakah hubungan antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pelancongan supaya kedudukan pulau tersebut dapat dijadikan pulau pelancongan terumbu yang terkenal di masa yang akan datang, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tahniah Yang Berhormat kerana betul-betul sedikit. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah perkara 040000 - Pertahanan Maritim. Saya hendak bertanya oleh kerana jumlahnya dipaparkan di sini jumlahnya RM1.3 bilion dan saya dapati di bawah item yang hampir sama iaitu Kepala 080500 iaitu Pengurusan Operasi Maritim. Kedua-dua menggabungkan walaupun secara one-off, digabungkan menjadi RM1.577 bilion. Saya hendak bertanya, minta penjelasan daripada pihak timbalan menteri berkenaan dengan maritim ini yang juga mempunyai hubung kait dengan MIMA iaitu Malaysian Institute of Maritime. Oleh kerana peruntukan yang begitu banyak menyentuh berkenaan dengan maritim ini dan ada satu persoalan yang ditanyakan oleh institut ini yang menganjurkan yang mengatakan bahawa dengan izin; Malaysia must have clear policy on private maritime security course iaitu PMSC di mana mereka mendakwa pada tahun 2006, sebanyak 65,870 buah kapal telah melalui perairan Selat Melaka yang menjadi antara laluan yang tersibuk di dalam rantau ini. Kalau kita lihat di antara aktiviti-aktiviti yang dibimbangi iaitu aktiviti penyeludupan termasuk penyeludupan item-item yang dikawal ataupun yang bersangkutan dengan keselamatan negara dan kita mesti ingat kejadian di Mumbai juga telah diklasifikasikan sebagai laluan diguna melalui laut untuk sampai ke India sebagaimana mereka mendakwa daripada Pakistan dan setengahnya mengaitkan dengan Malaysia juga. Perkara ini sangat berkait rapat dengan perairan laut sebagai saluran utama untuk sampai ke tempat dan kita bimbang kedudukan polisi yang tidak jelas berkenaan dengan maritim ini sebagaimana yang didakwa oleh MIMA. Saya sebutkan nama ini Kapten Nor Apandi Kosnin, dia yang membuat kenyataan ini yang menyatakan kita tidak mempunyai polisi yang jelas. Saya harap dengan peruntukan yang begitu banyak hampir RM1.6 bilion pada tahun hadapan, kita akan menyelesaikan masalah ini dan tidak akan timbul lagi kerisauan kita terutama kepada kemungkinan berlaku penyeludupan senjata. Kita tidak mahu kalau boleh peristiwa-peristiwa seperti negara-negara jiran kita berulang dan kita harap perkara ini dapat perhatian dan penerangan daripada timbalan menteri, terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan Kementerian Pertahanan ini kerana Kementerian Pertahanan ini merupakan yang menjaga keselamatan kita sama ada dari luar ataupun dari dalam. Dari luar yang dicerminkan oleh tentera darat, laut dan udara. Yang dalamnya dikaitkan dengan Latihan Khidmat Negara. Jadi saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan Butiran 060000 yang diperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM611,982,000. Daripada pembacaan saya, saya dapati bahawa Latihan Khidmat Negara ini bertujuan berobjektif untuk meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan dan interaksi antara kaum, membentuk perwatakan positif, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan mencergaskan serta menimbulkan keyakinan diri. Jadi saya ingin bertanya dengan peruntukan yang sebanyak itu, sejauh manakah objektif-objektif itu dicapai. Adakah tidak ada ataupun tidak pihak kementerian telah membuat kaji selidik tentang pencapaian objektif tersebut sama ada ianya tercapai ataupun tidak dan saya ragu-ragu sekiranya masa latihan selama tiga bulan itu memadai untuk mencapai objektif tersebut. Jadi kita harap bahawa pihak menteri akan memberi jawapan supaya meyakinkan kita bahawa Latihan Khidmat Negara ini sesungguhnya merupakan program yang mengukuhkan pertahanan dari dalam tentang remaja-remaja kita. Yang kedua saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan dasar baru, Butiran 070000 yang mendapat peruntukan RM620 juta lebih yang berkaitan dengan bantuan

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

bersama pertahanan darat, maritim dan udara. Saya ingin bertanya tentang perkara- perkara ini bahawa saya mencadangkan supaya pihak-pihak tentera kita yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi yang kurang cergas. Apakah tidak ada langkah-langkah yang kita ambil supaya pihak tentera juga oleh kerana sekarang ini kurang berperang, tidak berperang, membuat kerja-kerja lain, kerja-kerja amal yang melibatkan secara rutin anggota-anggota tentera terutamanya membuat kerja-kerja kebajikan kepada tempat-tempat yang tertentu. Yang kedua saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah polarisasi kaum ataupun bilangan anggota tentera dari segi kaumnya sebab tadi saya dengar bahawa Yang Berhormat Batu Gajah sangat mempersoalkan tentang kedudukan dari segi pegawai-pegawai kerajaan terutama juga Yang Berhormat Bagan Serai iaitu dari segi golongan-golongan elit. Jadi saya hendak tanyalah sebab pertahanan ini merupakan penting yang menjaga kita sama ada bilangan mengikut kaum juga mencerminkan dari segi pertahanan. Saya bimbang takut pertahanan ini terutamanya di kalangan tentera yang berpangkat rendah hanya dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu sahaja yang tidak mencerminkan komposisi kaum di negara kita sebab ini penting kerana yang kita pertahankan bukan untuk kaum tertentu sahaja tetapi untuk negara kita keseluruhannya. Jadi kalaulah saya dapati jawapan yang diberikan oleh pihak menteri nanti yang tidak menggambarkan kedudukan kaum di negara kita, saya mencabar kepada pihak DAP terutamanya supaya menarik golongan-golongan bukan Melayu supaya turut sama menganggotai tentera terutama golongan yang berpangkat rendah supaya mereka juga terasa mereka juga bertanggungjawab untuk menjaga pertahanan negara kita. Juga saya ingin menarik perhatian tentang imbuhan yang diberikan kepada tentera-tentera kita yang mendapat kemalangan. Adakah sepadan dengan pengorbanan mereka dengan penderitaan yang mereka hadapi dengan imbuhan-imbuhan yang diberikan supaya ianya meyakinkan kita bahawa tentera kita yang berjasa itu tidak dilupakan apabila mereka mendapat musibah. Itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua isu yang saya hendak bawa dalam perbahasan peringkat Kementerian Pertahanan ini iaitu tentang Pertahanan Darat - 030000. Pertama ialah tentang peralatan yang digunakan dalam alat-alat payung terjun ini. Setelah beberapa kes kita tengok dalam latihan, berlaku kemalangan yang mengakibatkan korban jiwa seorang tentera yang kita rasa begitu berharga. Namun demikian, saya ingin bertanya apakah peralatan payung terjun yang ada dalam tentera darat khususnya merupakan peralatan yang selamat dipakai. Itu satulah. Yang kedua ialah apakah prosedur-prosedur yang dilaksanakan itu mengikut prosedur keselamatan dan yang ketiganya ialah daripada postmortem yang dibuat daripada peristiwa yang berlaku; apakah ia juga ada kaitan dengan cuaca, angin dan sebagainya sehingga boleh mengakibatkan berlaku kemalangan dalam latihan. Contohnya di Langkawi baru-baru ini, dikatakan cuaca tidak sesuai untuk membuat penurunan jumping masa itu. Akan tetapi oleh kerana arahan disuruh juga terjun, akhirnya salah seorang daripada anggota tentera itu payung terjunnya telah dibawa jauh daripada tempat sasaran untuk dia turun. Jadi kita tidak mahulah kalau perkara-perkara yang begitu serius sehingga mengakibatkan nyawa seorang anggota tentera kita dikorbankan semata-mata kerana kehendak pihak atasan supaya penerjunan ini dibuat juga sedangkan ia merupakan sesuatu yang bahaya kepada nyawa mereka.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia memang macam itu, Yang Berhormat. Do first question later. Kalau tidak, tidak boleh berperang kita.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Habis. Last one, saya sebagai bekas Anggota Wataniah walaupun lama tidak pergi latihan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya empat tahun setengah dalam hutan melawan komunis, Yang Berhormat. Lima kali nasib masuk dalam ambush.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Hebatlah. Saya baru sajalah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ketawa

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu tidak pentinglah. Yang penting ialah soalan saya. Kita tahu Tentera Wataniah ataupun simpanan ini kalau jadi peperangan, dia akan memastikan communication line antara markas dan juga medan pertempuran itu. Jadi saya hendak tahu kalau di negara Amerika mereka mempunyai reserve yang besar. Dalam banyak hal mereka boleh deploy mereka punya reserve tentera simpanan ini. Saya ingin tahu apakah kementerian ada meletakkan sasaran nisbah anggota simpanan dengan anggota tentera yang berkhidmat sepenuh masa. Ini supaya jika berlaku apa-apa incident yang tidak diingini, sebagai mengawal communication line itu maka tentera simpanan ini mampu untuk mengendalikan tugas-tugas yang besar ini kerana saya mengalami pengalaman itu ketika menjadi pensyarah. Apabila saya berkobar-kobar untuk masuk menjadi anggota simpanan, timbul masalah bila hendak buat latihan kena minta cuti. Jadi pihak universiti contohnya ataupun mungkin pihak lain khususnya syarikat swasta mereka tidak melayan permintaan cuti untuk latihan ini. Jadi timbul permasalahan. Apakah mungkin dibuat satu polisi yang memudahkan supaya anggota ataupun rakyat Malaysia yang mahu berkhidmat untuk negara dalam pasukan simpanan ini diberi kemudahan-kemudahan untuk mengikuti latihan-latihan dan diberi kelonggaran oleh syarikat ataupun pihak yang akan melepaskan dia untuk mengikut latihan-latihan yang dibuat. Jadi dengan dua soalan itu saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mana telah mengambil bahagian untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Pertahanan yang mana terdapat seramai...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

13 orang.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

13 orang Ahli Parlimen yang telah membahaskan perkara-perkara yang berhubung kait dengan Kementerian Pertahanan ini. Pertamanya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang di bawa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur yang mana beliau membangkitkan isu Eurocopter sama ada dari segi designnya, adakan design yang baru ataupun yang lama. Di sini saya ingin menyatakan bahawa Helicopter Cougar EC725 bukan helikopter design lama. Ia adalah evolution daripada ‘Super Huma’. EC725 telah dilengkapkan oleh enjin main gear box, komposisi brek yang baru dan moden dan ia memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak TUDM. Keduanya sama ada kerajaan akan terus dengan pembelian Eurocopter. Jika sekarang masih freeze lagi. Kerajaan belum lagi memutuskan pembelian helikopter ini kerana perolehan telah ditangguhkan. Keduanya Yang Berhormat Ipoh Timur juga menyentuh berkenaan dengan Jane Lim iaitu adik kepada Ricky Lim supaya dikecualikan daripada mengikuti PLKN. Ini termasuk juga yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Mendiang Ricky Lim telah menghadiri Program Latihan Khidmat Negara bagi kumpulan tiga Siri 5/2008 mulai 15 Jun 2008 dan tamat pada 6 September 2008. Mendiang telah meninggal dunia pada 15 September 2008 semasa tidur di rumah ibu bapanya di Tanjong Keling, Melaka selepas 9 hari beliau menamatkan kursus PLKN. Jabatan Latihan Khidmat Negara dimaklumkan oleh ibu bapa mendiang bahawa adik perempuan mendiang, Jane Lim Hew Chen telah terpilih untuk menjalani PLKN Siri

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

6/2009 yang akan bermula pada 27 Disember 2008. Bagaimanapun ibu bapa Jane Lim tidak membenarkan Jane Lim mengikuti PLKN dengan alasan mereka tidak sanggup kehilangan seorang lagi anaknya kerana keluarga ini hanya mempunyai dua orang anak termasuk mendiang. Mengikut Akta Latihan Khidmat Negara, adik mendiang, Jane Lim tidak boleh dikecualikan mengikuti PLKN kerana beliau tidak tergolong dalam kategori yang boleh diberi pengecualian mengikut seksyen 41 Akta Latihan Khidmat Negara. Namun begitu, JLKN sangat bersimpati terhadap perasaan keluarga yang menghadapi keadaan yang sukar untuk mengikut Kursus PLKN Siri 6 ini. Jadi sehubungan dengan itu JLKN telah meluluskan penangguhan Jane Lim untuk tempoh tiga tahun daripada mengikuti kursus Siri 6/2009 seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 20 Akta Khidmat Negara 2003 iaitu kategori orang yang akan mengalami kesusahan di luar biasa. Jadi cadangan Yang Berhormat merupakan rancangan yang baik. Jabatan akan mengkaji kewajaran perkara ini di mana jika sesuai dimasukkan di dalam syarat-syarat pengecualian. Jadi untuk sementara kita hanya memberi peluang untuk ditangguhkan selama tiga tahun.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, menurut seksyen 4(1), menteri mempunyai kuasa melalui pemberitahuan dalam warta mengecualikan mana-mana orang. Selepas itu memberi arahan kepada ketua pengarah. Jadi mengapakah pihak kementerian tidak boleh menunjukkan ke perikemanusiaan, tunjukkan ke perikemanusiaan dan mengecualikan Jane Lim untuk menghadiri program ini. Jika tidak, apabila hampir tamat tempoh tiga tahun, ahli keluarganya akan risau, Jane Lim akan risau dan sepanjang tempoh itu beliau akan dihantui dengan akan tamatnya tempoh dan akan perlunya kehadirannya ke PLKN ini. Mengapa tidak boleh tunjukkan perikemanusiaan? Apabila kita memaksa Jane Lim untuk menghadiri PLKN, apabila tamat tempohnya, apakah Jane Lim akan gembira? Apakah tiga objektif PLKN ini akan tercapai? Ia akan meletakkan ibu bapanya sepanjang masa risau, keadaan Jane Lim di dalam kem tersebut. Tunjuk sifat perikemanusiaan, itu saya pohon dan Menteri berkuasa..

Minta penjelasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Kalau saya lihat seksyen 4, Menteri berkuasa.

Tambahan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, Ipoh Timur dan juga Kota Melaka adalah sangat wajar. Saya kira sebagai seorang doktor, tekanan psikologi juga boleh membuatkan seseorang itu menjadi sakit dan begitu tertekan. Jadi saya berharaplah, bukan sahaja masalah sakit fizikal, sakit psikologi kadang-kadang boleh membawa kepada kemudaratan yang besar juga. Jadi saya kira tidak ada ruginya program ini kalau seorang yang betul-betul memohon untuk dikecualikan diberi pengecualian oleh pihak program. Saya harap berilah perhatian yang serius. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Timbalan Menteri, saya ingin mencelah. Selain daripada yang dicadangkan tadi, ada tak peserta-peserta lain yang minta dikecualikan?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan isu pengecualian, Yang Berhormat Batu Gajah janganlah terlampau emosi sangat. Keputusan telah diberi di mana ditangguhkan selama tiga tahun dan di samping itu oleh sebab arahan telah diberi, bukan saya menyatakan tadi bahawa jabatan sedang mengkaji kewajarannya. Jadi kita bersabarlah dulu semasa kita dalam membuat kajian yang berkaitan dalam perkara ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang saya hendak bangkitkan adalah, setiap kali bila kementerian kata akan kaji-kaji, ia tidak ada

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

jawapan akhirnya. Itulah kerisauan, bukan tidak sabar. Kita tengok ibu bapa dan Jane Lim ini, sepanjang masa sekarang risau. Risau bila-bila masa selepas tamat tempoh ini akan dipanggil. Menteri berkuasa, gunakan kuasa mengecualikan. Kita sudah ada beribu-ribu pelatih yang tidak boleh dicari, yang tidak hadir PLKN. Mengapa ini seorang menteri tidak boleh melepaskannya? Saya merayu bagi pihak ahli keluarganya.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sudah saya katakan tadi arahan telah diberi, surat telah dikeluarkan yang bersetuju untuk menangguhkan selama tiga tahun. Akan tetapi tiga tahun itu masa panjang dan dalam masa itu kita jangan buat sesuatu andaian yang tidak terbukti bahawa ...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tertarik hati saya dengan hujah Yang Berhormat Titiwangsa. Kalau ada clause yang boleh kita kecualikan, kecualikanlah sebagai jalan keluar kepada kemelut yang boleh menghantui supaya jangan ada hantu. Saya menyokong apa Yang Berhormat Titiwangsa katakan tadi, saya juga seorang bapa, kadang-kadang kita ada perasaan begitu. Jadi kalau tak menyalahilah, kita kecualikanlah.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih. Saya dah nyatakan tadi bahawa kementerian akan membuat kajian berkaitan dengan kewajaran perkara ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah tempoh masa diberi untuk kajian ini? Ada tempoh masa diberi untuk kajian ini?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Bagilah kita masa.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya nak tanya, ada tetapkan tempoh masanya?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Sebelum...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

This is a very straight forward case dengan izin. [Dewan riuh]

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Sebelum tamat tiga tahun.

Bawa keluarlah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa masalah? Di sebelah sana yang setuju untuk lanjutkan Mesyuarat ini. Sekarang bising-bising, buat apa? Ini RM13 bilion.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Yang Berhormat Batu Gajah ini penuh dengan emosilah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sebab saya manusia. [Dewan riuh] Ada dua jenis yang tidak ada emosi, robot dan orang yang sudah mati.

Itu semua orang tahu.

Marahlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia dah beritahu Yang Berhormat yang keputusan bukan di tangan Yang Berhormat seorang sahaja.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya rasa dia faham Tuan Pengerusi tetapi dia buat tak faham. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin iaitu adakah pembayaran untuk perkhidmatan menyediakan carta-carta hidrografi dikenakan bayaran? Penyediaan carta-carta hidrografi diuruskan oleh Pusat Hidrografi Negara di Klang. Disebabkan kekurangan peralatan, sebahagian kerja-kerja pengukuran kawasan laut diswastakan secara tender terbuka. Carta-carta hidrografi pula disediakan oleh Pusat Hidrografi Nasional dan dijual dengan harga USD30 untuk sekeping. Seterusnya berkaitan latihan selepas 21 tahun yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jasin juga. Kementerian Pertahanan mewujudkan sebuah agensi kursus latihan dikenali Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera ataupun PERHEBAT. Tujuan memberi

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

kemahiran yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada bakal-bakal pesara. Latihan yang ditawarkan dalam tempoh 18 bulan, 12 bulan dan juga 6 bulan tertakluk kepada modul latihan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya sebutkan kepada anggota-anggota tentera yang mempunyai pengalaman teknikal, kepakaran specialization. Mereka ini terikat kepada peraturan perkhidmatan selepas 21 tahun tamat berkhidmat. Mereka telah diberi latihan bukan sahaja di dalam negara bahkan di luar negara. Apabila mereka keluar daripada perkhidmatan, kemahiran yang mereka dapati dalam latihan tentera ini tidak boleh diaplikasikan sebagai orang awam dan kemahiran yang dimiliki ini cukup mahal harganya. Sepatutnya kalau boleh kita ada satu kelonggaran kepada anggota-anggota mahir ini, kita lanjutkan perkhidmatan mereka atau kita naikkan kepada pangkat pegawai supaya mereka boleh meneruskan perkhidmatan kerana untuk melatih mereka ini, bukan sahaja memerlukan wang dan masa juga. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Atas cadangan Yang Berhormat itu, saya rasa saya pun setuju, adalah satu perkara yang baik yang mana saya akan menyampaikan kepada jabatan yang berkaitan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, belum habis lagi?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Banyak lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Banyak lagi ya, sambung esok lah Yang Berhormat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, Rabu, 3 Disember 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.00 malam.