Dewan Rakyat · 3 December 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 885 turns · 73,778 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum Warahmatullaahi Warabrakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham rakan seperjuangan Dato’ Razali Ismail bagi seluruh masyarakat di Muar.

Razali bin IbrahimUMNO · BNMuar · question

1. Dato' Razali bin Haji Ibrahim [Muar] minta Menteri Penerangan menyatakan: (a) sejak penyiaran langsung liputan sidang Dewan Rakyat dilaksanakan pada awal tahun ini, apakah minat dan maklum balas di kalangan rakyat sekiranya kajian dan tinjauan pernah dibuat; dan (b) jumlah kos penyiaran langsung untuk setahun dan sekiranya kementerian sedang mengkaji pendekatan-pendekatan yang lebih menjimatkan.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersama Yang Berhormat Bukit Bendera bertarikh 26 November 2008 kerana ia melibatkan perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Tinjauan melalui sistem mesej singkat (SMS) dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada bulan Mei 2008, mendapati sebanyak 93% penonton bersetuju untuk membuat liputan secara langsung sidang Dewan Rakyat supaya diteruskan. Berdasarkan data yang dikemukakan oleh AJB Nielsen Media Research di antara bulan April hingga Mei 2008, jumlah penonton siaran langsung tersebut adalah di antara 230,000 hingga 250,000 orang. Anggaran kos penerbitan secara langsung ialah kira-kira RM2.3 juta setahun. Kos sebenar adalah bergantung kepada hari sebenar persidangan. Kementerian juga sedang mengkaji pendekatan-pendekatan lain yang boleh menjimatkan. Sehingga sekarang Kementerian Penerangan masih dalam peringkat kajian dan belum bercadang untuk menambahkan masa siaran langsung sesi soal jawab Parlimen daripada 30 hingga 90 minit ataupun menyiarkannya melalui internet. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya percaya perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dalam mendedahkan apa yang berlaku semasa perjalanan, perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Rakyat ini, sebenarnya mendapat faedah yang banyak kepada rakyat. Saya rasa RM2.3 juta itu bukan satu jumlah yang boleh kita bandingkan dengan pengetahuan yang dapat diberi.

Namun begitu Yang Berhormat Menteri, kita tahu kadang-kadang Dewan Rakyat ini bersidang dari pagi sampai ke tengah malam. Selama dua hari sudah kita habis pukul 11 malam. Setengah jam yang kita siarkan secara langsung ini mungkin tidak dapat memberi gambaran sebenar isu tajuk perbahasan yang dijalankan di Dewan ini. Saya ingin bertanya, kita dimaklumkan bahawa RTM akan migrate kepada pendekatan digital satu masa nanti. Difahamkan akan ada begitu banyak saluran yang akan diterbitkan oleh RTM. Adakah kerajaan boleh menimbangkan untuk menyediakan satu saluran khusus mengenai perjalanan Dewan Rakyat, Dewan Negara mungkin Dewan-dewan Undangan Negeri umpamanya seperti yang dijalankan di negara India dan sebagainya. Terima kasih.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Pandangan Yang Berhormat Muar adalah satu pandangan yang baik dan kita sedia menimbangkan perkara tersebut. Ini sebagai salah satu daripada program pembesaran ataupun peranan yang boleh dimainkan oleh RTM dengan cara yang lebih berkesan lagi dalam menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat dan institusi- institusi negara seperti Parlimen kepada rakyat pada keseluruhannya. Namun begitu, kita juga perlu belajar pada apa yang telah berlaku di negara- negara lain. Ada negara seperti Amerika mempunyai saluran tersendiri yang dipanggil C- SPAN yang menyiarkan perbahasan, perkara-perkara yang berlaku di kongres dan senat negara tersebut. Sewaktu kongres dan senat tidak ada saluran tersebut dianggap sebagai saluran politik untuk membincangkan perkara-perkara politik secara khususnya. Namun begitu, pengalaman di situ tidak menunjukkan bahawa itu adalah merupakan saluran yang popular. Kalau sudah ditayangkan secara sepenuhnya daripada pagi, petang, malam dan sebagainya. Mungkin sekarang ini kita rasakan rating yang agak tinggi kerana dibuat setengah jam, maka ramai orang sanggup meluangkan masanya setengah jam untuk memerhatikan atau menonton waktu sekarang. Ada negara lain seperti Brazil misalnya, juga mengadakan saluran khusus untuk Parlimen ataupun kongres mereka. Akan tetapi kemudiannya didapati adalah banyak kesan negatifnya di mana Ahli-ahli Parlimen mereka tidak membincangkan sesuatu perkara itu berdasarkan kepentingan dasar dan kepentingan rang undang-undang dalam konteks kepentingan negara. Keseluruhannya masih ramai yang menggunakan waktu tersebut untuk bermain dengan galeri iaitu dia bercakap bagi memuaskan hati orang kawasannya lebih daripada mementingkan soal kepentingan negara dan kerajaan keseluruhannya. Jadi, perkara ini kita akan kaji lagi dan tengok kesan baik dan buruknya, tidak semua negara maju yang mengadakan satu saliran khusus dan sebaginya. Terima kasih.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Boleh saya tanya? Buat sementara waktu, bolehkah Menteri consider guna saluran internet dan buat secara langsung sidang Parlimen. Adakah Menteri akan menyokong penubuhan satu jawatankuasa pemilihan, Select Committee, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen untuk mengkaji perkara tersebut seperti apa yang dibuat di Britain, di Australia sebelum mereka buat siaran langsung Parlimen. Terima kasih.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera di atas keprihatinan dan sentiasa menjadi seorang yang menyokong kuat kepada siaran langsung dan sebagainya. Namun begitu, tentang soal perkara yang dikaitkan dengan informasi dalam Parlimen, saya percaya pada kebebasan Parlimen itu sendiri. Ada perkara yang boleh diuruskan di peringkat Parlimen itu sendiri, dan kita serahkan kepada Parlimen. Sekiranya Parlimen ingin memberikan kepada pihak RTM, atau kementerian untuk membina infrastruktur ke arah menyampaikan maklumat dalam Parlimen, kami sedia untuk melaksanakannya. Terima kasih.

Lim Lip EngDAP · PHKepong · question

2. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa hampir 1/3 daripada jumlah anggota polis seluruh negara ada di bawah bidang kuasa Bukit Aman (Segambut) sedangkan kawasan lain mengalami kekurangan terutamanya di Sabah dan Sarawak, adakah sebahagian jumlah tersebut akan disalur ke negeri-negeri lain dan jika tidak, mengapa.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Segambut yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah sebenarnya anggota polis yang ditempatkan di Bukit Aman hanyalah seramai 6,901 anggota ataupun 6.5% sahaja daripada 36,235 anggota yang berada di bawah bidang kuasa Bukit Aman. Baki 29,334 anggota polis adalah ditempatkan dan beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak di bawah sembilan pasukan ataupun unit. Ini menjadikan jumlah sebenarnya anggota polis yang ditempatkan di seluruh negara adalah 93.5% daripada jumlah keseluruhan anggota polis. Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari dan amat prihatin keperluan untuk menambah anggota polis di seluruh negara bagi mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan keamanan di negara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Polis Diraja Malaysia sedang dalam proses rebranding dan jumlah anggota PDRM akan ditambah kepada 150,000 menjelang tahun 2011. Masalah kekurangan anggota polis di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan dapat diisi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak apabila proses rebranding ini diselesaikan kelak. Sekian, terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebelakangan ini, saya pernah pergi ke Balai Polis Segambut, ada satu peraturan balai tergantung di dinding yang menyatakan setiap balai mesti mempunyai seorang sarjan, dua koperal dan 12 orang konstabel. Akan tetapi malangnya, balai tersebut hanya terdapat dua anggota polis bertugas di sana. Mereka pun diletakkan di sana sebagai sementara. Baru-baru ini pihak polis telah menubuhkan balai komuniti polis di Segambut. Saya pernah pergi beberapa kali, tapi tidak nampak satu orang pun di sana. Adakah ini cita-cita kerajaan hendak mencapai world class. Di balai, kata peraturan 12 orang, tapi seorang pun tak ada? Okey, soalan akhir saya, Yang Berhormat Menteri, berapa peratuskah anggota polis daripada jumlah anggota di Bukit Aman bertugas di dalam pejabat, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, desk job, berapa peratus? Adakah tugas sebenar mereka adalah untuk mendengar perbualan ahli-ahli politik pembangkang seperti daripada Ipoh Timur atau Permatang Pauh.

Ini berbahas ini.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Adakah mereka eavesdropping ataupun mereka mengintip pergerakan ahli-ahli politik?

Yang Berhormat Segambut, soalan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Itu soalan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Segambut. Pada keseluruhannya memang mempunyai dasar-dasar dan arahan-arahan di mana balai-balai polis dan pondok-pondok polis mempunyai pegawai dan juga anggota polis yang bertugas. Akan tetapi jikalau Yang Berhormat kalau pergi pada hari itu dan anggota pergi luar menjalankan jika ada tugas-tugas spesifik lain, maka mereka tidak berada di balai polis sahaja. Ini adalah jawapan yang saya boleh bagi setakat ini sebab Yang Berhormat tak bagi tahu hari apa Yang Berhormat kata pergi.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang kedua, mengenai peratusan yang terlibat dalam kerja-kerja administrative tadi dalam jawapan asal saya, dah bagi tahu dah. Di Bukit Aman sahaja hanya 6.5% anggota yang terlibat secara terus dalam kerja-kerja administrative. Anggota yang terlibat dalam kerja-kerja administrative ini juga dibantu oleh civillian staff dengan izin. Akan tetapi dalam rebranding exercise yang saya katakan tadi, salah satu hasrat Polis Diraja Malaysia ialah dari segi pengawaman maksudnya, jika boleh kita tambah civilian staff. Bukan anggota-anggota polis untuk membuat kerja-kerja administrative seperti perolehan, dan kerja-kerja ofis supaya anggota polis yang diambil akan terlibat dengan tugas-tugasan yang lain seperti mencegah jenayah dan lain-lain. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara rebranding ini sudah penggal yang lalu dan penggal ini kita dengar, 5 tahun, 10 tahun kita sudah dengar. Akan tetapi sampai bila rebranding ini Tuan Yang di-Pertua? Di Sabah kita kekurangan anggota polis kerana ada balai polis di kawasan saya yang anggotanya satu orang sahaja! Satu orang jaga! 24 jam, tak tidur kah, tak makan kah? Jadi ini balik-balik kita dengar rebranding, kenapa? Kerajaan tak cukup kewangankah untuk tambah anggota polis luar bandar, tambah kenderaan polis di luar bandar? Sekarang di luar bandar, di Sabah, kita pakai Wira. Kenapa tidak bodyguard kita, tidak mampukah kita beli kereta-kereta yang four-wheel drive untuk bagi polis. Kita tak boleh salahkan polis kerana satu, tidak ada anggota. Kedua, Wira tak boleh pergi ke luar bandar, di Sabah, dan Sarawak. Jadi kita minta, jangan jawab, asal jawab sahaja. Kita mahu rebranding ini betul-betul berlaku kerana sudah 10 tahun kita dengar rebranding ini. Jadi bila sebenarnya kita mahu rebranding. Bila mahu tambah anggota di Sabah dan Sarawak? Kita mahu tahu, bila? Tahun 2020 kah atau tahun depan kah? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan yang begitu prihatin terhadap tugas-tugasan, pihak polis di seluruh negara khususnya di Sabah. Seperti saya katakan tadi, dalam jawapan asal, iaitu rebranding ini bukan 10 tahun kebelakangan ini. Sebenarnya rebranding ini barulah mula pada empat tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2011, hasrat kerajaan rebranding ini akan selesai dan pada masa itu jumlah anggota Polis Diraja Malaysia akan ditambah sehingga 150,000 orang di seluruh negara. Bagi pihak negeri Sabah dan Sarawak, memang satu penstrukturan sedang dilakukan oleh pihak polis supaya pertambahan anggota ini dapat diagih kepada dua-dua negeri yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Dalam rebranding exercise ini Yang Berhormat, salah satu dasar ialah selain daripada pembesaran anggota polis sehingga 150,000, yang kedua ialah dasar pengawaman. Pengawaman itu maksudnya kita akan ambil lebih ramai civiliian staff untuk membuat kerja-kerja perolehan, kerja-kerja office dan yang ketiga, tekanan dalam rebranding ini adalah kembali kepada core business iaitu kita akan menjadi satu priority kita, keutamaan dari segi mencegah jenayah di negara ini. Selain itu juga, kita akan mengadakan satu image building bila kita habis dengan rebranding exercise ini kita dapat melihat nisbah penduduk dan pihak polis ialah seorang polis 151 orang penduduk. Sedangkan pada piawai antarabangsa ialah satu 250 penduduk. So, bila sampai 2011 itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita akan punyai PDRM yang mampu untuk menjaga ketenteraman, keselamatan dan mencegah jenayah di negara ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf kerana terlupa dengan four wheel drive dan kenderaan-kenderaan polis. Ini juga adalah salah satu strategi dalam penstrukturan Polis Diraja Malaysia. Seperti dikatakan Yang Berhormat Kalabakan kalau dalam bandar bolehlah kita pakai kereta Proton tetapi apabila kita hendak masuk pedalaman maka four wheel drive dan lain-lain kenderaan yang lebih tahan lasak akan digunakan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan rebranding ini recycling ini.

Henry Sum AgongPBB · GPSLawas · question

3. Dato’ Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berapakah jumlah / luas ladang kelapa sawit yang telah diusahakan oleh syarikat swasta dan pekebun-pekebun kecil di Sarawak.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan Jun 2008 jumlah kawasan tanaman sawit yang diusahakan di Sarawak adalah seluas 692,679 hektar. Dari jumlah ini kawasan tanaman sawit yang diusahakan oleh syarikat swasta adalah seluas 553,562 hektar dan yang diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil pula adalah seluas 30,368 hektar. Baki kawasan tanaman sawit berjumlah seluas 1800,749 adalah diusahakan oleh badan- badan kerajaan. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, pengusaha- pengusaha ladang kelapa sawit termasuk pekebun-pekebun kecil sekarang mengeluh kerana harga sawit sudah turun dari paras harga yang menguntungkan awal tahun ini kepada paras harga yang tidak menguntungkan. Sekarang ada suara atau rayuan daripada golongan pekebun-pekebun kecil minta subsidi daripada kerajaan untuk mengimbangi pendapatan mereka. Soalan. Apakah jaminan kerajaan terhadap harga kelapa sawit yang bakal dinikmati oleh pengusaha-pengusaha agar mereka tidak meninggalkan ladang-ladang yang diusahakan apabila tersepit nanti? Apakah langkah dan tindakan pihak kementerian terhadap kilang-kilang tempatan yang tidak mahu membeli hasil kelapa sawit dari pengusaha-pengusaha tempatan dan yang membeli dengan harga yang tidak berpatutan? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua apakah yang KPPK lakukan dengan mengutip RM15 bagi setiap tan sawit dari pekebun-pekebun di Sarawak? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali apakah jaminan yang diberi oleh kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil akibat daripada kejatuhan harga sawit. Seperti mana saya pernah beritahu iaitu pada bulan ini harga atau paras FFB, buah tandan segar adalah dalam lingkungan kalau kita lihat di Sarawak ialah lebih kurang RM257 sebab semalam saya bagi harga dalam CPO ramai yang confuse. Sebenarnya kalau kita lihat lima tan FAB adalah bersamaan dengan satu tan CPO. Jadi kalau kita lihat bila harga CPO diberikan pada RM1500 pada hari ini dibahagi dengan lima bererti parasnya ialah lebih kurang RM300 FFB. Jadi kalau kita lihat di negeri Sarawak RM257 seperti mana kita akui dan kita tidak dapat nafikan bahawa harga RM257 ini memanglah rendah. Dan kalau kita lihat jika dibandingkan dengan kos keuntungan yang diperoleh oleh pekebun-pekebun kecil adalah amat minimum iaitu dalam lingkungan RM50 hingga RM70 satu tan FAB. Jadi dalam situasi seperti ini KPPK bersama-sama dengan MPOB sentiasa menjalankan program-program seperti Program Bantuan Anak Benih dan Berkualiti dan sebagainya. Di mana setakat ini bagi negeri Sarawak iaitu lebih kurang RM2.8 juta telah dibelanjakan melalui pemberian anak benih berkualiti kepada pekebun-pekebun kecil. Memang ini dapat mengurangkan beban.

Soalan yang seterusnya ialah berkaitan dengan RM15 yang dikenakan kepada planters atau pekebun-pekebun. Sebenarnya kalau kita lihat ia dikutip oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan kalau kita lihat RM15 daripada RM15 ini lebih kurang RM9 iaitu 60% dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Begitu juga kita belanjakan untuk enforcement dengan izin, dan pelesenan dan kalau kita lihat yang baki 40% lagi pula kami belanjakan untuk membuat promotion ataupun untuk membuat dengan izin, atau price stabilization. Jadi ini kalau kita lihat yang 60% ini banyak kita gunakan dalam urusan-urusan penyelidikan di mana baru-baru ini Universiti Malaysia Sarawak bersama-sama MPOB sedang menjalankan penyelidikan untuk mencari teknologi yang baru dalam sektor perladangan ini dan kami percaya ini dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh pekebun-pekebun. Sekian.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih. Sebelum soalan tambahan saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada PAS kawasan Parit Buntar di belakang sana hadir dalam mesyuarat kita. Soalan tambahan saya. Baru-baru ini ada disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Besar Sarawak bahawa Sarawak memerlukan penerokaan baru kerana tidak cukup 692,000 hektar. Bagi chance lah orang saya hendak tengok. [Ketawa] Jadi saya sudah lupa dah. Jadi saya difahamkan oleh kenyataan rasmi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa mereka akan meneroka satu juta hektar lagi dan kebimbangan saya di sini ialah, ia akan memberi kesan pada tahap tertentu akan kehidupan liar ketika mereka hendak meneroka itu. Saya minta penjelasan bagaimana supaya dalam keghairahan kita untuk meneroka satu juta hektar ini, pada masa yang sama kita tidak melanggar apa-apa tatasusila untuk memelihara alam sekitar. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan ini cukup bagus. Memang... [Dewan riuh] Memang kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan keluasan kepada 10,423,000 hektar di mana kalau kita lihat kebanyakan tanah di negeri Sarawak ini adalah terdiri daripada tanah Native Customary Rights (NCR). Jadi kalau kita lihat, saya percaya dengan pembukaan secara sistematik dan berperingkat-peringkat dan tidak menyentuh sangat kawasan pedalaman. Jadi dengan itu satu jaminan boleh diberikan iaitu hidupan liar, kehidupannya tidak akan terjejas. Sekian.

Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat · question

4. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan data jumlah pelajar luar negara yang mengikuti program siswazah di IPTA. Adakah syarat kemasukan mereka setanding dengan pelajar tempatan. Siapakah yang membiayai mereka.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian ijazah pertama atau undergraduate, dengan izin dan pasca siswazah post graduate, dengan izin di IPTA sehingga September 2008 adalah seramai 16,991 orang. Daripada jumlah ini 11,376 pelajar sedang mengikuti program pasca siswazah dan selebihnya berjumlah 5,615 di peringkat ijazah sarjana muda. Semua IPTA diberi autonomi menentukan syarat dan kriteria tersendiri dalam pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa bagi program-program siswazah dan pasca siswazah. Secara umumnya syarat-syarat yang digunakan termasuklah bagi program ijazah muda. Syarat-syarat yang digunakan ialah: (i) sekurang-kurangnya memperoleh 3 principal, dengan izin dalam peperiksaan General Certificate of Education Advanced Level atau GCE A Level, dengan izin atau sekurang-kurangnya lulus enam mata pelajaran dalam International Baccalaureate atau IB atau memiliki diploma atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dan TOEFL lebih daripada 550 dan IELTS band enam;

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

(ii) bagi sarjana pula, selain syarat-syarat di atas yang telah disebutkan tadi, pelajar perlu mempunyai ijazah pertama yang diiktiraf oleh IPT yang berkenaan; (iii) pengajian pelajar-pelajar antarabangsa ini adalah dibiayai oleh pelajar sendiri ataupun melalui biasiswa negara masing-masing dan juga pihak swasta; dan (iv) seramai 101 pelajar adalah ditaja oleh Kerajaan Malaysia menerusi biasiswa Program Kerjasama Teknikal Malaysia, Biasiswa Komanwel dan Biasiswa Malaysian International Scholarship for Undergraduate Studies, dengan izin.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Adakah kementerian berusaha meningkatkan taraf akreditasi kurikulum kita dan memberi tumpuan kepada penyelidikan berdaya maju yang boleh dikomersialkan dan menaik taraf kemudahan fizikal setaraf dengan universiti antarabangsa bagi membolehkan mendapat pengiktirafan antarabangsa? Dan seterusnya sejauh mana pemantauan dibuat terhadap pelajar-pelajar antarabangsa ini terutama daripada segi visa pelajar mereka? Terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang pihak KPT prihatin dengan masalah ataupun permintaan daripada masyarakat, dan sebab itulah KPT telah mengadakan empat research university supaya kerja penyelidikan ini lebih banyak dapat dilakukan. Dan ini memang merupakan cita-cita KPT supaya kerja penyelidikan ataupun hasil penyelidikan kita itu, dapat dibangunkan ataupun dimajukan supaya kemajuannya dapat kita nampak dengan lebih jelas. Sekian.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam usaha kita nak menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan dan menarik pelajar-pelajar asing belajar di negara kita, kita tidak harus mengorbankan aspek kualiti. Oleh kerana saya difahamkan ada sebuah universiti IPTA di negara ini yang mengorbankan daripada segi aspek kualiti iaitu dengan memberi kelulusan kepada pelajar yang tak patut lulus. Jadi apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk memantapkan lagi kecemerlangan IPTA/IPTS, terutamanya dalam penubuhan Universiti APEX dengan menjadikan Malaysia sebagai Malaysia Education iaitu pusat pendidikan bertaraf dunia.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya KPT hanya memberikan universiti tempatan atau IPTA, dengan membenarkan mengambil 5% sahaja pelajar antarabangsa dan juga supaya IPTA kita dapat membangun dan dapat masuk ke era globalisasi ini dengan lebih cekap. Adalah tidak dinafikan bahawa kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa ini dalam sesebuah IPTA adalah di antara kriteria yang boleh mempengaruhi rankingnya terutama sekali dalam THESQS World University Ranking. Malah kehadiran mereka dapat membawa manfaat yang tinggi dan kebaikan yang berganda kepada pelajar-pelajar tempatan kita, kerana mereka akan berpeluang untuk berinteraksi dan saling meraih kekuatan dan kelebihan masing-masing. Ini sekali gus boleh meningkatkan lagi daya pemikiran dan daya pemahaman masing-masing, kerana setiap pelajar telah melalui dan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza baik dalam pendidikan, budaya mahupun persekitaran kehidupan mereka dan ini saya rasakan dapat meningkatkan kualiti universiti tempatan di Malaysia. Sekian.

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

5. Tuan Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) berapakah jumlah keuntungan pihak FELCRA dan RISDA hasil dari pelaksanaan projek-projek ladang sawit dan getah di negeri Pahang; dan (b) berapakah hasil daripada jumlah keuntungan ini telah diperoleh oleh masyarakat Orang Asli negeri Pahang yang terlibat dengan projek ladang ini.

Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhammad TaibMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krau. Pada tahun 2007, FELCRA Berhad telah memperoleh pendapatan sebanyak RM219,846,616 hasil daripada jualan sawit dan getah di negeri Pahang. Sejumlah RM136 juta daripada hasil tersebut telah diagih-agihkan sebagai dividen untuk peserta, di mana sebanyak RM13.6 juta telah diagihkan untuk peserta Orang Asli di seluruh negeri Pahang. Ada 14 projek melibatkan 1,362 orang peserta. Pihak RISDA pula meneruskan dua kategori ladang iaitu Rancangan Tanam Semula Komersial (TSK) dan Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB). Pada tahun 2007, hasil keuntungan daripada projek TSK ataupun Tanam Semula Komersial di negeri Pahang adalah berjumlah RM41.3 juta dan sejumlah RM25.1 juta telah diagihkan untuk peserta Orang Asli di seluruh negeri Pahang. Manakala bagi projek RTBB (Rancangan Tanam Baru Berkelompok) di negeri Pahang, hasil keuntungan daripada rancangan tersebut pada tahun 2007 adalah berjumlah RM42.8 juta dan tidak melibatkan peserta-peserta Orang Asli.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dasar FELDA dan FELCRA ini adalah dasar Kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya mengeluarkan masyarakat luar bandar tanpa mengira kaum daripada masalah miskin dan miskin tegar. Ini Yang Berhormat Permatang Pauh pun tahu dasar ini. Jadi soalan saya, FELDA telah memberi jaminan, ini FELDA dulu. FELDA telah memberi jaminan untuk memastikan supaya pendapatan bulanan sara hidup peneroka tidak kurang daripada RM1,200 sebulan akibat daripada kemerosotan harga sawit dan getah di dalam negara kita seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Soalan saya, apakah pendekatan FELCRA dan RISDA dalam menjamin supaya pendapatan masyarakat luar bandar, orang Melayu, terutamanya masyarakat Orang Asli ini tidak boleh kita jamin supaya tidak jatuh balik semula kepada miskin dan miskin tegar, iaitu pendapatan sekurang-kurangnya RM700 sebulan. Juga masalah FELCRA yang telah diusahakan tanah-tanah terbiar orang kampung ini, masalah yang belum lagi dapat diselesaikan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Sememangnya pihak kerajaan menerusi FELCRA dan RISDA ingin memastikan bahawa masyarakat yang berpendapatan di bawah kemiskinan tegar ini akan dapat dibantu. Ini disebabkan projek-projek seperti agropolitan dan juga termasuk projek- projek di bawah RISDA dan FELCRA menumpu kepada kawasan-kawasan asli dan kawasan-kawasan kampung untuk membantu pekebun-pekebun kecil mendapat pendapatan di atas garis kemiskinan. RISDA misalnya mewujudkan tabung. Ini adalah kerana kita dapati bahawa pendapatan daripada getah dan kelapa sawit ini ada masa naik dan menurun. Semasa naik, pihak RISDA memberi pendapatan sekurang-kurangnya RM420 per keluarga tiap-tiap bulan. Itu hanya hasil daripada dividen, belum lagi sekiranya peserta juga bekerja di ladang tersebut. Ini bermakna apabila di campur pendapatan dengan dividen, maka dia boleh dapat sekurang-kurangnya RM1,500.

Akan tetapi apabila harga komoditi ini menurun maka pihak RISDA boleh menggunakan tabung yang diwujudkan untuk memastikan bahawa pendapatan bagi peserta-peserta misalnya kepada Orang Asli ini dapat diteruskan. Kalau berdasarkan kepada tabung yang ada sekarang ini lebih kurang RM40 juta, dia boleh bertahan selama dua tahun dengan memberikan dividen sebanyak RM420 sebulan. Apabila harga komoditi naik, maka pihak RISDA mewujudkan tabung dan apabila harga komoditi turun, pihak RISDA membayar daripada tabung tersebut. Ini dapat menjamin pendapatan kepada pekebun-pekebun kecil termasuk Orang Asli.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah rancangan FELCRA yang telah di usahasamakan dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan berapakah jumlah bayaran hasil daripada perancangan usaha sama itu. Kedua, berapakah luas rancangan FELCRA dan RISDA dalam bentuk Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) dan Rancangan Kemajuan Tanah untuk Orang Asli? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan ini spesifik, saya akan menjawabnya secara bertulis. [Soalan No. 6 - Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) tidak hadir]

Joseph Pairin KitinganPBS · BNKeningau · question

7. Datu Seri Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah dana yang diperuntukkan dalam rangka Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khusus untuk sub wilayah pendalaman.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak RM18.9 bilion telah diperuntukkan negeri Sabah merangkumi peruntukan pembangunan sebanyak RM15.6 bilion, peruntukan pembangunan melalui Koridor Sabah iaitu RM2.37 bilion dan peruntukan khas untuk Sabah sebanyak RM1 bilion. Daripada peruntukan Sabah Development Corridor iaitu RM2.37 bilion, sebanyak 47.4% atau RM1.12 bilion adalah peruntukan sub wilayah pendalaman. Di samping itu, sebahagian besar daripada keseluruhan peruntukan RM18.9 bilion untuk peruntukan pembangunan Sabah, hampir 42.3% adalah melibatkan projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar atau pendalaman khususnya bagi memberi faedah langsung dan menaik taraf hidup rakyat di kawasan pendalaman Sabah. Ini selaras dengan matlamat pembangunan negeri Sabah iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membasmi kemiskinan rakyat Sabah yang rata-rata berada di kawasan luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM8.2 bilion telah berjaya dibelanjakan bagi projek-projek pembangunan di negeri Sabah yang melibatkan 2,869 program dan projek daripada keseluruhan peruntukan sebanyak 4,791 projek bagi negeri Sabah. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang amat penting. Saya rasa oleh sebab banyak juga projek-projek yang dilaksanakan boleh tergendala. Ini kerana peruntukan yang telah dipersetujui dan diluluskan datang lambat. Bolehkah peruntukan-peruntukan yang telah disebutkan itu diagihkan sewal- awalnya bulan Januari dan Februari dan jangan lewat daripada itu.

Terima kasih, Yang Berhormat. Dalam Bajet 2009, kita telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk Sabah Development Corridor dan secepat mungkin selepas kelulusan bajet itu, kita akan sediakan wang kepada Perbadanan Koridor di negeri Sabah. Saya juga berkehendakkan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan Perbadanan Koridor secepat mungkin supaya dapat kita salurkan wang sebanyak RM1.4 bilion itu untuk digunakan secepat mungkin. Terima kasih.

Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani · question

8. Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan: (a) adakah kerajaan berpuas hati dengan prestasi francaisi Hotel Seri Malaysia di seluruh negara; dan (b) tidakkah kerajaan berhajat menjadikan francaisi yang berjaya sebagai usahawan ulung dengan menjual Hotel-hotel Seri Malaysia kepada mereka dan peranan kementerian berkembang dengan membina hotel-hotel baru. [Dewan riuh]

Kita jawab sendiri.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya boleh jawab Tuan Yang di- Pertua.

Mana Menteri? Mana dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan bising Yang Berhormat. Kita tunggu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri tertidur kah?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Ada dua Dewan hari ini. Dua Dewan bersidang.

Dato' Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih. Minta maaf kerana soalan berlainan kementerian. Tuan Yang di- Pertua, sehingga kini kementerian berpuas hati dengan prestasi francaisi Hotel Seri Malaysia selaras dengan status hotel tiga bintang. Masalah yang sedang ditangani oleh kementerian adalah sedikit pertikaian antara francaisi dan francaisor mengenai pembaharuan atau perlanjutan tempoh tamat perjanjian francais. Kementerian ini berkeyakinan masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, kementerian ini mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan tindakan perlu diambil bagi penambahbaikan pendapatan Hotel Seri Malaysia sama ada dari aspek kelengkapan dan utiliti serta taraf service yang diberikan. Sebenarnya Hotel Seri Malaysia adalah di bawah Kementerian Pelancongan. Program francais adalah terhadap pengurusannya sahaja. Terhadap cadangan menjual Hotel Seri Malaysia kepada francaisi berkenaan dan cadangan membenarkan francaisi membeli premis atau apa-apa bangunan untuk dijadikan Hotel Seri Malaysia. Tindakan ini sedang dalam peringkat kajian. Kemungkinan untuk dibuat keputusan kerana keputusan ini boleh menjejaskan sistem francais terutama daripada aspek reka bentuk dan keseragaman bangunan itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Menteri. Saya dimaklumkan oleh pihak-pihak francaisi bahawa ada usaha-usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil alih atau mengambil balik semua hotel-hotel yang sedang diusahakan oleh francaisi termasuk yang amat berjaya dalam perniagaan mereka. Soalan saya jika ini benar adakah tindakan ini bertentangan dengan polisi kementerian yang ingin melihat pengusaha-pengusaha khususnya pengusaha-pengusaha bumiputera dalam industri ini banyak, bertambah. Saya juga dimaklumkan bahawa hingga sekarang kontrak di antara francaisor-francaisi sudah berlarutan sudah hampir tiga tahun tidak ditandatangani semula. Jadi mohon jawapan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua pemberi francais adalah satu syarikat yang ditubuhkan untuk menyelenggarakan satu format business francais yang dibangunkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelancongan. Pemegang ekuiti syarikat induk ini terdiri daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan kerajaan-kerajaan negeri di mana hotel-hotel ini didirikan. Pemberi francais adalah milik francais Hotel Seri Malaysia.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Maksudnya Yang Berhormat, Hotel Seri Malaysia milik bangunan punya Kementerian Pelancongan. Francaisornya ialah daripada hak milik Kementerian Kewangan. MeCD hanya menguruskan daripada sistem francais itu sendiri. Kita mengakui memang ada dispute kerana apabila Hotel Seri Malaysia memberikan perkhidmatan ini kepada francaisi perjanjian itu lima tahun campur tiga tahun. Bila cukup lima tahun francaisor, Hotel Seri Malaysia akan melihat balik syarat-syarat perjanjian dan ada tiga dispute yang mana francaisi mempersoalkan ada beberapa syarat-syarat baru yang diberi oleh francaisor. Apabila ada dispute di antara francaisor dengan francaisi maka barulah kes ini datang kepada pendaftar iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam permohonan yang ada dicadangkan seperti Yang Berhormat cadangkan supaya jual outlet francaisi ini kepada francaisi, baru dia ada dibangkitkan dalam satu mesyuarat baru sahaja dalam bulan September yang baru ini. Daripada segi akta kita lihat bahawa mana-mana francaisi yang telah mendapat perkhidmatan seperti Hotel Seri Malaysia inilah mereka ini apabila ditamatkan perkhidmatan mereka francaisi yang ditamatkan perkhidmatan ini selama dua tahun. Dia tidak boleh membuat atau menjalankan perniagaan-perniagaan yang sama. Sebab itulah kita sedang kaji daripada segi undang-undang kerana kita bimbang bila kita jualkan outlet ini kepada francaisi maka francaisi nanti sepatutnya tidak boleh menjalankan perniagaan yang sama dan akan bertentangan dengan akta francais. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya telah nyatakan tadi perkara ini memang dan telah sampai kepada pendaftar di bawah MeCD dan kita sedang buat kajian sama ada boleh ataupun tidak kita laksanakan seperti Yang Berhormat cadangkan. Terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih. Adakah kementerian di bawah program francaisnya melibatkan hotel lain selain daripada Hotel Seri Malaysia? Adakah Hotel Seri Malaysia ini bercadang untuk membuka lebih banyak lokasi di tempat yang berpotensi seperti di Pontian dan lain-lain tempat.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat Hotel Seri Malaysia ada 16 outlet dan sama ada untuk menambah ataupun tidak francaisi ini. Ini terpulang kepada master franchisor. Jadi kalau hendak tambah Hotel Seri Malaysia ini, mestilah mengikut standard dan spec yang telah pun ditetapkan oleh pihak pendaftar iaitu MeCD. Jadi buat masa ini yang ada sistem francais hotel ini yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ialah Hotel Seri Malaysia. Jadi kalau Yang Berhormat bercadang untuk hendak mohon tambah di Pontian ini kena mohon terus kepada Hotel Seri Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada Kuala Lumpur Tourist Guide Association.

Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNKota Tinggi · question

9. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Perdana Menteri menyatakan, generasi kedua di FELDA Bukit Ranum, Bukit Besar, Pasir Raja dan Sungai Sayong telah dikurniakan tanah tapak kediaman oleh Kerajaan Negeri dan mereka tidak berkemampuan untuk membina rumah dan apakah perancangan FELDA untuk membantu mereka dengan Program Rumah Mesra Rakyat melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, khususnya kepada Yang Berhormat Tenggara. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, generasi kedua FELDA di Bukit Ramun, Bukit Besar, Pasir Raja dan Sungai Sayong telah dikurniakan tanah untuk mendirikan bangunan kediaman. Pengurniaan tanah ini adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri pada tahun 2005. Mengikut kelulusan tersebut tanah-tanah di rancangan tersebut dipecahkan kepada beberapa lot untuk didirikan bangunan kediaman dalam tempoh tertentu. Setiap pemohon dikenakan bayaran premium bagi lot tanah yang diluluskan dan dikehendaki membiayai sendiri pembinaan unit rumah di kawasan diluluskan.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuala Pilah

Adalah difahamkan bahawa kebanyakan pemohon tidak berkemampuan mendirikan kediaman di atas lot berkenaan disebabkan kos infrastruktur yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Kos infrastruktur yang dimaksudkan ini adalah terdiri daripada pembersihan kawasan, side leap leveling, pembinaan perparitan, jalan, saliran, sistem pembuangan najis, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini FELDA mempunyai pelbagai komitmen dalam usaha membangunkan tanah rancangan dan meningkatkan taraf hidup peneroka. Komitmen tersebut termasuklah pembaikan sistem perparitan dan kawasan perniagaan serta lain-lain keperluan infrastruktur asas mengikut kemampuan yang ada. Memandangkan tanggungjawab sedia ada yang terpaksa dipikul, FELDA tidak berupaya menyediakan kos infrastruktur untuk pembinaan kediaman generasi FELDA di rancangan terlibat. Walau bagaimanapun, sehubungan dengan itu adalah disarankan pemohon terlibat mendapatkan pembiayaan daripada pihak kerajaan negeri untuk pembinaan rumah kediaman di Rancangan Bukit Ramun, Bukit Besar, Pasir Raja dan Sungai Sayong. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ini ialah, adakah FELDA akan bergabung kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara? Menteri tidak jawab yang itu, jadi saya minta Menteri tolong jawab. Kalau sudah FELDA tidak ada duit maka bincanglah dengan Syarikat Perumahan Negara. Soalan saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, adakah benar kenyataan yang mengatakan bahawa FELDA sebenarnya telah berjaya membangunkan peneroka generasi pertama dan mengglobalkan mereka. Akan tetapi kelihatan seolah-olah FELDA tidak mempunyai perancangan khusus untuk terus membangunkan generasi kedua dan ketiga termasuklah dalam soal membantu meningkatkan kualiti hidup mereka seperti penyediaan perumahan serta infrastrukturnya. Saya hendak tanya adakah kerajaan berhasrat untuk membuka semula dasar pengambilan dan penempatan peneroka baru khususnya generasi kedua dan seterusnya? Terima kasih.

Datuk Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasihlah soalan daripada Yang Berhormat yang begitu prihatinlah kepada kawasan dia. Pertamanya, saya hendak sebut bahawa FELDA ini ada mempunyai perancangannya sendiri dalam konteks pembangunan yang dahulu saya sebut soal pembangunan bandar dan ini ialah pula ialah soal pembangunan rumah-rumah untuk generasi kedua. Jadi khusus untuk rancangan sebagaimana cadangan daripada Yang Berhormat untuk melibatkan Syarikat Perumahan Negara melalui konsep ‘rumah mesra rakyat’ itu, ini saya ingat perlu ada pendekatan lain. Perlu ada syarat-syarat tertentu yang membolehkan pemohon-pemohon tersebut untuk memohon di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat ini. Untuk tujuan ini saya melihat tidak ada kerelevanannya khusus untuk rumah mesra rakyat melalui Syarikat Perumahan Negara ini. Walau bagaimanapun, apa yang disebut tadi dalam konteks perumahan, FELDA turut menyediakan kemudahan memiliki rumah melalui kaedah pembelian secara sewa beli bagi pembelian rumah kos rendah yang berharga RM35,000 dan rumah kos sederhana rendah yang berharga RM60,000. Untuk yang hari ini yang untuk tahun 2007, FELDA telah membelanjakan hampir RM30 juta dan beberapa projek telah pun dilaksanakan sudah siap dan malahan telah pun diduduki. Sebagai contoh ialah Taman Mempaga Utama di Pahang telah siap dibina termasuklah rumah kos rendah dan juga rumah kos sederhana rendah. Kemudian di Taman Bukit Goh Perdana Pahang, di Taman Lepah Hilir di Saujana Pahang, Taman Desa Keratong, Pahang. Di Johor pada waktu ini kerja-kerja perumahan untuk Taman Fasa Impian di Johor sedang giat dijalankan dan Insya-Allah ianya akan siap pada tahun depan.

Datuk Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Jadi bermaksud pihak FELDA sendiri memang ada program-program dia, termasuklah program-program yang saya sebutkan tadi yang tujuannya bukan sahaja untuk peneroka tetapi juga untuk generasi kedua. Khusus untuk tujuan ini juga tahun 2008 FELDA telah melaksanakan empat projek perumahan yang melibatkan pembinaan lebih daripada 1,200 unit buah rumah dan nisbah pecahan jenis rumah di setiap kawasan ialah 70% rumah kos rendah manakala 30% bagi kos sederhana. Kawasan yang terlibat ialah: | KAWASAN |UNIT| |---------|---:| |Jengka 11| 200| |Triang 3 | 300| |Neram 1 | 300| |Chiku | 400|<END_TABLE_MARKER> Bermaksud tadi kita tidak meminggirkan Tenggara. Ada perancangan sebegitu, cuma saya minta kena sabarlah kerana kita ada keutamaan-keutamaan tertentu untuk kita dirikan pembangunan rumah ini. Bukan sahaja untuk peneroka tetapi juga kepada generasi kedua. Jadi saya harap insya-Allah pada masa yang akan datang kita akan masukkan salah satu daripada projek perumahan ini untuk kawasan Tenggara khususnya kawasan- kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara tadi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri saya bersetuju sangat dengan rakan saya dari Tenggara tadi. FELDA satu program yang berjaya zaman Almarhum Tun Razak, pinjam bank dunia, buka tanah untuk generasi pertama yang tidak ada tanah. Yang kita hendak minta penjelasan Timbalan Menteri sekarang ialah perancangan FELDA yang menyeluruh untuk generasi kedua dan ketiga. Setakat mana komponen untuk melahirkan generasi kedua, ketiga dan keempat nanti satu daripada petunjuknya ialah mampu berdiri di atas kaki sendiri untuk tidak selama-lamanya bergantung kepada bantuan kerajaan. Mesti ada hadnya, mesti ada limit dia. Kalau generasi pertama rasa saya masalah tanah. Generasi kedua diberi tanah hendak pula untuk bantuan buat rumah. Sampai mana sebenarnya pembangunan FELDA untuk generasi kedua ini dalam aspek melahirkan generasi kedua FELDA yang berdikari? Yang peru dibantu terus itu kita setuju, tetapi sasarannya sampai mana sebenarnya?

Datuk Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Ahli Yang Berhormat dari Machang, Tuan Yang di- Pertua saya mengucapkan terima kasihlah di atas keprihatinan jua Machang kepada masalah generasi kedua. Kita ada mempunyai 11 wilayah FELDA yang merangkumi ada 317 rancangan. Jadi begitu juga dengan keadaan generasi kedua, perancangan kita untuk ini memang ada. Yang pentingnya pada saya untuk menyiapkan mereka ini dalam menghadapi masa depan mereka. Oleh kerana itu penekanan yang kita buat ialah pertamanya pembangunan modal insan itu sendiri. Beberapa program yang merangkumi soal-soal pendidikan, soal-soal pembentukan usahawan-usahawan di kalangan generasi kedua. Ini kita tekankan dan saya boleh laporkan dalam Laporan FELDA yang baru-baru ini pada tahun 2007, kita telah dapat melihat beberapa peruntukan yang kita buat khusus untuk pembangunan modal insan itu sendiri supaya mereka dapat berdiri berdikari. Supaya mereka dapat berniaga sendiri dan lain-lain perkataannya dia bersiap sedia untuk menghadapi masa depan mereka khusus untuk itu.

Datuk Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Yang perumahan ini pun, kita ada rancangan-rancangan. Jadi apa yang masalahnya ialah oleh kerana kita mempunyai satu kawasan yang luas, oleh kerana itu kita buat beberapa perancangan kita mengikut keperluan kawasan-kawasan tersebut. Jadi yang sudah dibuat beberapa tempat yang telah saya sebutkan tadi, perancangan-perancangan ini akan kita teruskan dan insya-Allah dalam masa tempoh tertentu insya-Allah bab perumahan ini juga akan dapat kita atasi bersama. Jadi itulah dia soal yang perancangan kita, begitu juga yang sedia ada program- program untuk dalam bentuk pembangunan usahawan kita ada skim insentif usahawan dan sebagainya. Banyak lagilah dia punya program-program dan juga kemudahan-kemudahan yang kita berikan. Yang pentingnya generasi kedua itu juga mesti sanggup dan mampu pula merebut peluang yang sedia ada itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya harap puas hatilah Machang.

Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor · question

10. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah kemalangan maut dan parah sejak tahun 2004 hingga 2007 dari Kuala Selangor hingga Kepong.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah kemalangan maut dari Kuala Selangor hingga Kepong bagi tahun 2004 ialah sebanyak 42 kes manakala kemalangan parah sebanyak 13 kes. Bagi tahun 2005 pula, sebanyak 43 kes dilaporkan bagi kemalangan maut dan 12 kes bagi kemalangan parah. Pada tahun 2006 jumlah kemalangan maut yang dilaporkan ialah sebanyak 28 kes diikuti oleh kemalangan parah sebanyak 12 kes. Manakala bagi tahun 2007, jumlah kes kemalangan maut ialah 28 kes diikuti kemalangan parah sebanyak 26 kes. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pihak polis senantiasa meningkatkan lagi operasi secara berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya tetapi tanpa kerjasama rakyat kita sebagai pengguna jalan-jalan raya matlamat ini tidak akan tercapai. Walau bagaimanapun, orang ramai diseru sentiasa mematuhi undang-undang peraturan jalan raya dan memandu secara berhemah pada setiap masa. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita cukup peka dengan usaha-usaha dan jutaan ringgit yang telah dilaburkan dalam usaha-usaha mengatasi kemalangan khususnya kemalangan maut pada perayaan-perayaan tertentu. Kalau kita lihat daripada Ops ke-14 baru-baru ini namun kemalangan tetap berlaku dan kemalangan maut masih lagi pada tahap yang cukup bahaya sehinggakan menjadikan negara ini seolah-olah dalam zon perang. Setiap hari lebih daripada 10, 12 maut di jalan raya. Sementara saya memahami selama adanya kenderaan di jalan raya dan selama ada manusia yang memandu kenderaan tersebut maka kita akan terdedah kepada gejala dan kemalangan maut ini. Persoalannya khususnya di jalan yang disebutkan itu Timbalan Menteri pada selekoh yang dikata selekoh Caledonia itu dikenal pasti sebagai lembah maut. Bila saya google dalam internet, rupa-rupanya setiap negeri punya banyak lembah maut mereka. Ini kalaupun saya mengakui banyak faktor-faktor kemalangan maut, tetapi ini mesti dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Khususnya kepada Selekoh Caledonia itu kita minta sungguh-sungguh pada paling tidaknya ada bekalan lampu dan bahu jalan itu mesti diperbesarkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Soalannya, kita minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk mengenal pasti berdasarkan statistik-statistik ini perlu diperbaiki jalan-jalan raya yang seperti ini dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya kerana ingatan... [Disampuk] Tak ada, itu point nya. Itu penting diangkat ini. Ini kepentingan rakyat seperti mana... [Dewan riuh] Ini tak ada TV, tak ada TV. Seperti mana yang pernah saya rakamkan di Dewan yang mulia ini, kata-kata Sayidina Umar satu masa dahulu, “Seandainya kalau ada kuda, unta dan keldai yang mati, patah kakinya akibat daripada lompang dan jalan-jalan yang berlopak dan berlubang, maka Sayidina Umar akan ditanya di Mahkamah Rabbul Jalil oleh Allah SWT”. Maksudnya, kepentingan kerajaan untuk memastikan sebagai satu tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat dikurangkan kemalangan maut. Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, tak hairanlah Yang Berhormat amatlah prihatin terhadap kemalangan-kemalangan yang sering berlaku di kawasan Yang Berhormat. Melalui usaha Yang Berhormat dengan kerjasama kerajaan, kita akan melihat supaya kadar kemalangan maut, termasuk juga kemalangan jalan raya dapat dikurangkan lagi. Baiklah Yang Berhormat, seperti kita semua maklum, hampir 85% kemalangan- kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia ataupun pemandu. Walaupun kerajaan telah bertahun-tahun kebelakangan ini melabur begitu banyak wang ringgit untuk menyebar tentang maklumat-maklumat betapa bahayanya di jalan raya kalau kita tidak berwaspada dan berhati-hati. Walaupun demikian, pihak polis masih menjalankan tugas walaupun bukan dari segi memperbaiki penstrukturan jalan raya. Ini yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari JKR, pihak polis akan memberitahu mereka tentang apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat dalam Dewan pada hari ini. Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia sentiasa menjalankan tugas-tugas mereka. Akan tetapi bila kita sebut tugas-tugas mereka ini, kadangkala Yang Berhormat pun maki juga kerana tugas-tugas mereka ialah memasangkan lebih banyak perangkap laju.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Minta maaf. Saya tidak pernah menggunakan kalimat-kalimat seperti itu. Minta tarik balik Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak pernah maki hamun orang. Yang lain mungkin. Tolong, tolong tarik balik.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Alright. Minta maaf Yang Berhormat. So, pihak polis harus menjalankan tugas dengan pemasangan lebih banyak dan lebih kerapnya perangkap-perangkap laju di jalan raya. Road block pun kena diadakan juga supaya kita dapat mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan pemandu dan pengguna jalan raya. Janganlah membawa kenderaan begitu laju.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita marah road block yang ceramah sahaja. Road block ceramah itu kita marah. Road block perangkap laju itu tidak mengapa.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat itu dia tidak mengikut peraturan. Dia celah macam itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak payah layan Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Baiklah Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat kita terima baik. Saya akan sampaikan mesej ini kepada JKR supaya JKR dapat meneliti dengan lebih mendalam mengenai penstrukturan ataupun selekoh-selekoh yang menjadi lembah maut di kawasan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang jelas. Akan tetapi saya mahu bertanya lagi sedikit mengenai masalah kemalangan ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sedar atau tidak, kita sekarang ada masalah.

Kita selalu boleh nampak di lebuh raya orang ada bawa motokar, racing dengan izin, ataupun mat rempit ataupun ada di lebuh raya kita selalu boleh nampak di lebuh raya Persekutuan, kita boleh nampak motorbike selalu orang bawa serupa macam ular. Oh, tension ini! Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya apakah langkah-langkah polis untuk kurangkan kemalangan di jalan raya di seluruh negara? Sekian, terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Bintulu pun sentiasa tanya soalan-soalan demi kebaikan rakyat keseluruhannya... [Dewan riuh] Terima kasih Yang Berhormat. Memang terdapat begitu banyak intervensi. Banyak intervensi yang dijalankan oleh pihak polis. Tadi saya sudah beritahu Dewan yang mulia ini bahawa perangkap laju salah satu langkah yang diambil. Road block juga didirikan. Selain daripada itu Polis Diraja Malaysia sentiasa mengadakan kempen-kempen dan juga pendidikan diberi pendedahan kepada murid-murid sekolah. Selain daripada itu, kita juga mempunyai begitu banyak seminar-seminar dan juga peringatan-peringatan melalui media masa bahawa kita harus berhati-hati di jalan raya. Sebelum hari perayaan di negara ini, Kementerian Pengangkutanlah dengan kerjasama polis akan mengadakan kempen-kempen di kawasan tol. Kempen-kempen supaya topi keledar dipakai oleh penunggang-penunggang motosikal dan lain-lain. Ini adalah langkah- langkah yang diambil oleh pihak polis. Dari segi mat rempit dan juga pengguna jalan raya yang sentiasa ingin berlumba- lumba, mereka ini malangnya harus mencari maut. Jika mereka berbuat demikian, walaupun terdapat begitu banyak kali peringatan oleh semua pihak, saya percaya pihak polis pun susah dan sukar hendak mengambil tindakan. Walaupun begitu banyak saman dikeluarkan, masih mereka ini degil juga dan membawa kereta macam pelumba.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apakah langkah-langkah yang drastik? Sebab makin banyak kempen, makin banyak samseng jalan raya.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dari segi mat rempit juga, kadang-kadang pihak polis pun mempunyai sekatan-sekatan di mana tindakan yang diberi oleh pihak polis, kadangkala tidak begitu berkesan. Kalau kita menggunakan kekerasan, orang kata human rights. Kalau tidak menggunakan kekerasan, mereka itu masih berlumba-lumba lagi. Akan tetapi, saya akan balik bawa ini kerana Ahli Parlimen sudah bangkit masalah ini dan kita akan balik mencari jalan macam mana kita boleh mengurangkan insiden perlumbaan oleh mat rempit- mat rempit di negara ini. Sekian, terima kasih.

Mohd Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu · question

11. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pada tahun 2008 dan jumlah mereka yang dihantar pulang serta jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan apabila menghantar mereka pulang.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Hulu Terengganu yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Yang Berhormat, seseorang warga negara asing yang dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin ataupun PATI apabila mereka melanggar Akta Imigresen serta peraturan imigresen seperti berikut: (i) masuk dan tinggal di negara ini secara haram ataupun tanpa dokumen; (ii) tinggal melebihi masa yang dibenarkan; (iii) menyalahgunakan pas lawatan permit kerja yang dikeluarkan; dan (iv) masuk atau tinggal di negara atas dokumen perjalanan dengan visa yang palsu. Kerajaan menganggarkan bahawa buat masa ini terdapat lebih kurang satu juta orang, pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya keadaan pendatang asing tanpa izin atau PATI di negara ini adalah terkawal. Ini adalah hasil dari tindakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan oleh Jabatan Imigresen Negara, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Jabatan Imigresen, bagi tempoh Januari 2008 hingga 30 September 2008 seramai 55,618 orang PATI telah ditangkap menerusi 5,804 operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen, RELA dan Polis Diraja Malaysia. Pecahan jumlah tersebut mengikut warganegara adalah 24,093 orang dari Indonesia, 9,512 orang dari Filipina, 7,115 orang dari Bangladesh, 4,510 orang dari Myanmar dan 2,024 orang dari India dan 1,772 orang dari negara Thailand. Sehingga 30 September 2008, seramai 42,389 orang PATI telah pun dihantar pulang. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10,59,534 untuk kos penghantaran pulang atau pun pengusiran PATI. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tersebut bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka ditahan di depot-depot tahanan imigresen. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah pendatang asing tanpa izin, PATI ini datang ke sini untuk bekerja dalam pelbagai sektor dan memang tidak kita nafikan bahawa mereka juga telah menyumbang kepada pembangunan negara kita terutama sektor pembinaan dan sektor ladang. Akan tetapi, kedatangan mereka ini telah merebut peluang pekerjaan penduduk- penduduk tempatan di samping sebahagian kecil mereka telah melakukan kegiatan jenayah yang menakutkan penduduk-penduduk tempatan. Majikan bertanggungjawab kerana mengaji PATI ini. Sejauh manakah kerajaan mengambil tindakan kepada majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab ini. Di samping itu, adakah usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan PATI ini kepada dengan izin, pendatang diizinkan atau PATI supaya mudah kerajaan mengurus dan mengawal mereka. Sekian, terima kasih. Pohon jawapan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Memang tidak dapat dinafikan dengan begitu ramai sekali pekerja-pekerja asing dari pelbagai sumber-sumber negara telah pun mempercepatkan pembangunan di negara kita dan tidak dapat dinafikan sumbangan mereka ini cukup banyak sekali. Akan tetapi dari segi PATI ini, kerajaan memang tidak dapat memberi peluang kepada mereka. Tidak bersetuju supaya PATI berada di sini sebab kalau lebih ramai PATI ada di sini, lebih banyak masalah sosial akan dihadapi oleh masyarakat majmuk kita. Sesetengah pihak mengatakan ada kebaikan, majikan dapat mengajikan mereka ini dengan gaji yang rendah. Keburukan itu begitu banyak masalah sosial akan dihadapi dan keselamatan dalam negeri dimudaratkan. Oleh yang demikian, kerajaan mempunyai pandangan iaitu sesiapa warga asing yang ingin bekerja di negara ini mereka ini harus berada di negara ini secara sah sebagai pekerja asing. Kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah pendirian iaitu dari PATI menjadi pekerja asing yang sah di sini sebab kerajaan telah pun memberikan amnesty, dengan izin beberapa tahun yang lalu dan didapati lagi ramai pendatang asing tanpa izin bertimpa masuk apabila mereka dengar bahawa masuk sebagai tidak sah dan tidak lama Kerajaan Malaysia akan mengesahkan mereka pula. Ini akan secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pendatang asing tanpa izin ke negara kita ini. Kerajaan tidak akan buat setakat ini. Saya percaya saya sudah jawab. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, soalan saya berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin ini, kalau kita lihat statistik yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, jumlah lebih kurang 55,000 pada tahun 2008 dan dihantar lebih kurang 32,000 melibatkan kos sebanyak RM10 juta. Banyak kos ini. Kalau bagi kepada Padang Terap, banyak kita boleh buat ini.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya hendak tanya kerajaan, adakah kerajaan berhasrat untuk berbincang dengan negara asal yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Indonesia, Filipina untuk menanggung sebahagian kos penghantaran pulang ini. Ini kerana yang diberi statistik ini untuk 2008. Maksudnya, kalau sebelum ini mungkin beratus ribu, menjangkau jutaan dan sudah tentulah terlalu banyak dana awam yang perlu digunakan oleh kerajaan. Adakah kerajaan berhasrat untuk berbincang dengan negara asal pendatang asing tanpa izin ini untuk menanggung sebarang kos atau pun pihak kerajaan berhasrat untuk berbincang dengan pihak majikan yang mana PATI ini ditangkap untuk mengenakan sebahagian daripada kos untuk menghantar pulang terhadap majikan itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih. Bagi soalan tambahan pertama itu sebenarnya pernah berkali-kali pemimpin negara kita sudah mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin negara-negara tertentu seperti Filipina dan Indonesia. Sama ada pemimpin kita berbincang dengan pemimpin negara-negara tertentu mengenai penampungan kos penghantaran balik saya kurang pasti, tetapi pemimpin kita sentiasa menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap begitu ramai PATI yang telah pun masuk ke negara kita. Apakah langkah-langkah yang boleh dibantu oleh negara-negara tertentu supaya kita dapat mempercepatkan penghantaran balik PATI yang kita tangkap sebab setiap hari kita mempunyai PATI dalam depot-depot tahanan di negara ini, maka kerajaan kita akan berbelanja lebih banyak lagi untuk memberi mereka makan dan macam-macam. So, selepas beberapa kali perbincangan didapati dua buah negara iaitu Filipina dan Indonesia telah pun bekerjasama dari segi pengeluaran dokumen supaya mereka ini dapat diusir balik ke negara dengan secepat mungkin. Sekarang ini, Malaysia dengan Indonesia, tujuh hari. Apabila kita tangkap, kalau Pejabat Peguam Negara kata tidak apa, tidak perlu dakwa sebab terlalu ramai. Kita hantar mereka balik, dalam tujuh hari kita boleh hantar balik sebab mereka ini mempunyai dokumen perjalanan balik ke Indonesia. Kedua mengenai kos penghantaran balik memang begitu tinggi sekali. Sama ada kita akan pegang kepada majikan yang telah menggaji PATI ini membayar sebahagian kos. Saya ingin mengatakan dalam peraturan dan undang-undang mana-mana majikan yang ditangkap menggaji PATI, mereka akan didakwa di mahkamah dan membayar denda yang tinggi termasuk juga penjara jika berlaku lebih pada pertama kali. So, dengan secara tidak langsung majikan telah pun menampung sebahagian kos melalui denda yang dikenakan kepada mereka ini. Sekian, terima kasih.

Mohamed Azmin bin AliPKR · PHGombak · question

12. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah cadangan FELDA membina menara ikonik di KLCC akan menjamin pulangan ekonomi memandangkan bangunan-bangunan dan ruang pejabat di Kuala Lumpur sudah melebihi daripada permintaan pasaran.

Pendek dan padat.

Dato' Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuala Pilah

Terima kasih. Saya akan jawab pendek dan padat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Suka saya memaklumkan kepada Yang Berhormat Gombak cadangan pembinaan pusat pentadbiran FELDA yang baru atau lebih dikenali sebagai Menara FELDA ini bertujuan menempatkan kakitangan ibu pejabat FELDA dan anak-anak syarikatnya yang semakin bertambah bilangannya berikutan penstrukturan organisasi. Bangunan yang bakal didirikan ini terletak di atas Lot 323, 324 dan 157, Seksyen 63 Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Pembinaan menara ini akan mempertingkatkan pegangan bumiputera di kawasan Segi Tiga Emas Bandar raya Kuala Lumpur. Pemilikan ini juga adalah selaras dengan hasrat FELDA untuk menjadi pelaku global yang signifikan berasaskan kejayaan dan pencapaian FELDA sejak 52 tahun yang lalu. Pembinaan Menara FELDA ini adalah sebahagian daripada usaha memperkemaskan business strategy dan urusan FELDA di peringkat antarabangsa.

Dato' Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuala Pilah

Mengikut kajian pasaran semasa yang dilaksanakan oleh jururunding nilaian pasaran hartanah di kawasan segi tiga emas atau Golden Triangle ini adalah sentiasa meningkat. Penurunan harga hartanah di kawasan Segi Tiga Emas ini berkemungkinan tidak akan berlaku. Ini adalah kerana tanah di sekitar KLCC untuk pembinaan pejabat adalah terhad ketika ini. Permintaan untuk ruang pejabat baru gred A atau premium A di kawasan Golden Triangle adalah sangat tinggi dan meningkat dari semasa ke semasa. Lokasi di mana bangunan Menara FELDA di Platinum Park ini dibina adalah merupakan kawasan yang menjadi tumpuan dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di Segi Tiga Emas ini. Oleh itu kerajaan perlu merebut peluang membeli bangunan di lokasi ini bagi meningkatkan pegangan bumiputera. Ini yang penting. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembelian Menara FELDA adalah berdasarkan harga pada waktu itu bernilai RM935 sekaki persegi. Pada masa ini nilaian pasaran semasa bagi tanah-tanah di sekitar Segi Tiga Emas ini adalah melebihi RM1,000 sekaki persegi. Justeru itu melihat dari pelaburan jangka masa panjang, keputusan membeli Menara FELDA memberi kelebihan bukan saja dari segi nilai ekonominya tetapi dari segi lokasi yang strategik. Terima kasih.

Boleh soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Satu saja. Ringkas, ringkas. Penting, Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tamatlah sudah Yang Berhormat.

Apakah rasional...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tamatlah sudah pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh Belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.60 [Jadual] – Maksud P.60 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyambung jawapan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin adalah berkaitan dengan budaya penyelenggaraan bangunan-bangunan Kementerian Pertahanan. Sehubungan dengan ini, Kementerian Pertahanan sentiasa memberi penekanan kepada konsep penyelenggaraan menyeluruh atau dengan izin, through live support. Dalam hal ini, pihak ATM melalui ketiga-tiga perkhidmatannya mempunyai dasar penyelenggaraan masing-masing. Selain daripada penyelenggaraan secara dalam yang dilakukan oleh ATM sendiri, out-sourcing juga dijalankan oleh industri-industri pertahanan tempatan bagi mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan yang efisien dengan kos yang setimpal. Kementerian menyediakan...

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi, apa yang saya maksudkan maintenance culture bukan hanya terlibat kepada bangunan sahaja bahkan ia melibatkan tentang peralatan, persenjataan dan apa juga bagi memastikan supaya tentera- tentera kita sentiasa menerapkan kesiagaan yang tinggi setiap masa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih. Saya habiskan dulu. Kementerian menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM480 juta setahun bagi selenggara kem-kem ATM. Mulai tahun 2009, kementerian akan melaksanakan Program Army Care di mana kementerian akan memberi fokus kepada dua kem pada setiap tahun. Pada tahun 2009, akan difokuskan kepada 12 Rejimen Askar Melayu, Kuantan yang mana peruntukannya sebanyak RM30 juta dan 25 Rejimen Askar Melayu di Tapah peruntukannya sebanyak RM30 juta.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

ATM sentiasa melaksanakan dan mempraktikkan budaya kerja selenggara dalam memastikan kebajikan anggota tentera juga. Selain itu, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi bahawa berkaitan dengan aset-aset juga. ATM sentiasa memberi perhatian di atas peralatan-peralatan dan aset-aset yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin adalah berkaitan dengan kesiagaan ATM dan keperluan membeli Helikopter EC-725. Tuan Pengerusi, dasar pertahanan negara dilakar berdasarkan peningkatan keupayaan credibility base policy. Justeru itu, para anggota ATM selain dari menerapkan sistem latihan yang sistematik dan penguasaan ilmu pengetahuan, mereka juga dilengkapkan dengan pelbagai aset dan teknologi yang canggih sejajar dengan konsep peperangan moden. Justeru itu adalah wajar kerajaan membeli aset-aset yang canggih untuk kegunaan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat pejuang Sukhoi dan seterusnya seharusnya meneruskan pembelian helikopter uliti berkeupayaan search and rescue. Dengan itu, ia pasti akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kesiagaan ATM keseluruhannya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Tuan Pengerusi, isu yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kepong berdiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya habiskan dulu Yang Berhormat. Adalah berkaitan dengan keselamatan maritim di Selat Melaka yang mana ditimbulkan juga oleh Yang Berhormat Jasin ini. Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa kerjasama ketenteraan di antara Malaysia, Singapore, Indonesia dan Thailand di bawah program Malacca Straits Patrol yang bermula sejak tahun 2005 telah banyak menunjukkan kesan positif kepada keselamatan Selat Melaka yang mana sejak pelaksanaan operasinya insiden pelanunan di Selat Melaka telah menurun dengan begitu ketara. Bagi tahun 2005, bilangan kes lanun yang dilaporkan hanya sebanyak empat kes saja. Bagi tahun 2006 tiada kes dilaporkan. Bagi tahun 2007 tiada kes dilaporkan juga dan bagi tahun 2008 setakat ini bilangan kes yang dilaporkan hanya satu kes sahaja. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Jasin agar ATM mewujudkan komunikasi dengan agensi...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kepong berdiri balik Yang Berhormat.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya habiskan Yang Berhormat Jasin dahulu. Mewujudkan komunikasi dengan agensi-agensi kerajaan yang lain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem yang dikenali Government Integrated Radio Network atau GIRN di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara MKN. Sistem ini dalam proses pembangunan yang mana apabila ia siap akan mewujudkan jaringan komunikasi dengan agensi-agensi kerajaan termasuk ATM.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, penjelasan. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa ATM kita hendak mempunyai senjata-senjata yang canggih termasuk helikopter utiliti yang canggih. Akan tetapi adakah yang sedar bahawa helikopter Nuri sekarang ada kelemahan, seperti semasa malam, dia tidak boleh digunakan dengan baik dan juga dia tidak ada auto pilot kerana kalau hendak pasang auto pilot helikopter yang ketinggalan zaman ini tidak boleh terima, baik kita beli yang baru. Bagaimana Yang Berhormat dapat mengatasi kekangan ini untuk mencanggihkan helikopter utiliti di Malaysia?

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan Nuri yang ada sekarang, memang saya setujulah bahawa ada kelemahan di mana daripada kegunaan pada waktu malam terutamanya tidak boleh digunakan oleh kerana daripada teknologinya memang ketinggalan zaman.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Oleh kerana Nuri ini telah diperoleh begitu lama bertahun, mungkin saya rasa dalam 30 tahun yang lampau. Jadi kerana itulah ATM atau Kementerian Pertahanan bercadang untuk membeli helikopter EC725 untuk meningkatkan lagi keupayaan ATM ini dalam menjalankan tugasnya. Jadi oleh kerana pada masa ini helikopter telah ditangguhkan untuk sementara, jadi untuk sementara kita masih lagi menggunakan Nuri ini yang mana boleh digunakan pada waktu siang sebagai transport dari semasa ke semasa.

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, saya...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang mana satu, Yang Berhormat Pokok Sena atau Yang Berhormat Kepong?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat sebut memang diakui Nuri ini ada problem dan itu keputusan kerajaan untuk menggantikan dengan EC Super Cougar Eurocopter dan baru-baru ini kita telah membangkitkan dan akhirnya kerajaan telah pun membuat penangguhan. Jadi saya hendak minta penjelasan di sini kenapa kita hendak menangguhkan pembelian Eurocopter. Kita bukan membantah untuk pembelian apa-apa jenis kapal terbang baru menggantikan Nuri. Kita membangkitkan persoalan hari itu ialah yang berkaitan dengan cara pembelian harga yang kita tidak puas hati dan apabila kerajaan masih lagi menangguhkan dan melewatkan pembelian penggantian kepada Nuri ini bermakna bahawa kita mendedahkan kepada nasib malang yang tidak menentu kepada anggota tentera kita. Jadi, adakah kita hendak tengok lagi bahawa selepas ini akan berlaku lagi kemalangan ataupun terhempasnya kapal terbang helikopter Nuri ini yang berpunca daripada masalah-masalah kelemahan yang telah pun dikenal pasti diakui?

Menambah perkara yang sama Timbalan Menteri. Sebenarnya apa yang saya bangkitkan tentang pembelian Eurocopter ini kerana angkatan tentera kita dalam aspek keselamatan dalam negara kita tidak boleh bertolak ansur bagi memastikan supaya kita dapat memastikan kedaulatan negara kita akan sentiasa terjamin. Yang keduanya kita juga jangan lupa kepada moral anggota-anggota tentera yang sentiasa diperlukan untuk mengawal kedaulatan negara kita. Dalam konteks ini saya sangat memahami walaupun kita sedang menghadapi kegawatan ekonomi, kita menghadapi kemelesetan. Jadi seharusnyalah kita berjimat, tetapi sampai bila? Ini kerana perkara ini sangat diperlukan penggunaan untuk mengawal keselamatan negara kita.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Jasin di atas keprihatinan Yang Berhormat Jasin berkaitan dengan ATM menjaga kedaulatan negara. Memang benar bahawa helikopter EC75 ini memang diperlukan. Akan tetapi oleh kerana seperti mana yang telah dinyatakan pada penggulungan peringkat dasar dahulu bahawa ianya ditangguhkan oleh kerana bagi projek-projek yang tidak mempunyai kesan gandaan ataupun iaitu tidak mempunyai high trickle down multiply impact. Sebab itu ia ditangguhkan untuk sementara. Jadi bagaimanapun, kerajaan dari semasa ke semasa akan menilai dari segi kemampuan. Jadi saya percaya apabila kita melihat dari segi kewangan kita didapati mampu bahawa kerajaan tidak akan bertangguh lagi untuk melaksanakan dalam pembelian Eurocopter EC-725. Bagi Nuri, problem...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya habiskan dahulu Yang Berhormat. Saya habis sekejap. Bagi Nuri yang saya nyatakan tadi, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena bahawa problem sebenarnya adalah dari segi teknologi di mana bukan satu teknologi yang terkini bagi Nuri helikopter ini tetapi ia boleh digunakan lagi dalam sebagai transport vehicle dari semasa ke semasa khususnya pada waktu siang dan juga dalam keadaan cuaca yang baik.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi terima kasih Timbalan Menteri. Walaupun masih boleh digunakan di waktu siang, bermakna bahawa dia ada problem kepada penggunaan pada waktu malam. Adakah kita keperluan kepada adanya helikopter kapal terbang ini hanya untuk hendak buat rescue hanya pada waktu siang. Sedangkan ada perkara-perkara emergency yang tidak menentu boleh berlaku pada waktu malam. Jadi ini yang seharusnya. Bermakna bahawa saya hendak sebut, kalau katakan ada problem pada waktu malam tidak mustahil bahawa dia kan berlaku pada waktu siang khususnya pada waktu cuaca yang kabus, yang tebal dan sebagainya. Ini masalah kepada Nuri. Jadi sebab itu kita kata bahawa kita kena tukar, tetapi persoalan sekarang ini Eurocopter dipersoalkan dan diragui kerana harga cara pembelian yang ada keraguan yang sangat besar kepada kami.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Yang Berhormat Pokok Sena, apabila Yang Berhormat mengatakan ada keraguan kita telah jelaskan tidak ada keraguan bahawa proses dalam kita hendak memperoleh mengikut peraturan. Seperti mana yang telah kita jelaskan dan oleh kerana apa Yang Berhormat Pokok Sena kata ada peluang, sebab bagaimana saya nyatakan tadi bahawa apabila kita melihat daripada segi kewangan kita mampu untuk membeli helikopter ini. Saya percaya kerajaan akan meneruskan dalam pembelian helikopter ini.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya mahu tanya sama ada MINDEF mengatakan kepada pembelian ini apabila ekonomi bertambah baik untuk kita mengadakan, beli helikopter-helikopter yang baru sama ada akan mengadakan satu proses tender yang terbaru di mana semua dijemput untuk memberi tawaran atau akan teruskan dengan Eurocopter bill ini sungguhpun begitu banyak soalan yang timbul mengenai semua aspek.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Ini soalan yang timbul ditimbulkan oleh Yang Berhormat pasal daripada aspek proses-proses yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ia merupakan satu proses yang mengikut peraturan dan begitu juga berkaitan dengan apa Yang Berhormat semalam menyebut, bahawa seolah-olah design helikopter ini merupakan design yang lama, tetapi mengikut daripada pakar kita di TUDM, bahawa teknologi Eurocopter EC725 ini mempunyai banyak versi iaitu untuk penjelasan bagi helikopter Cougar ini. Ia melalui evolusi sebagaimana saya nyatakan malam tadi, yang mana ia dianggap sebagai mark 3 dan merupakan satu sistem proven dan diyakini dapat memenuhi sebagaimana yang dikehendaki oleh TUDM khususnya dan ATM amnya. Memenuhi keperluan utiliti dan SAR serta boleh meningkatkan untuk memenuhi keperluan combat SAR.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri berpendapat tidak ada masalah. Soalan ini ialah soalan kira di sini sahaja sungguhpun siasatan Public Accounts Committee belum selesai dan laporan belum pun dibentangkan, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah jump the gun. Dan sungguhpun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata adalah satu siasatan, bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri jump the gun, kata tidak ada apa-apa masalah. Bahawa adalah satu pre-emptive sama ada perlulah satu kajian yang menyeluruh. Bukankah ini menunjukkan bahawa pendirian perlu mengadakan satu siasatan bukan satu pendirian yang ikhlas dan jujur, oleh kerana sudah ada satu mindset menolak segala soalan-soalan?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat sendiri, yang mana banyak maklumat daripada Yang Berhormat Ipoh Timur terutama dalam pembelian helikopter ini, yang mana didapati tohmahan yang dibuat adalah tidak betul. Yang mana mengatakan bahawa seolah-olah kita membeli EC725 ini dengan harga yang mahal RM2.5 bilion, dengan menggunakan surat daripada penender yang tidak berjaya. Jadi ini yang membuatkan Yang Berhormat mengelirukan ahli masyarakat. Jadi masalah yang kita lihat bahawa dari segi proses dalam pembelian adalah mengikut proses yang biasa iaitu peraturan yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dengan pendirian dan sikap ini tidak guna ada PAC enquiry. Apa guna ada PAC enquiry kalau sudah ada prejudge dalam segala aspek mengenai sama ada penyelewengan atau tidak mengikut peraturan yang sepatutnya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sambung sedikit. Saya rasa dalam membincangkan bajet peringkat Jawatankuasa pada hari ini seharusnyalah kita tertumpu kepada angka-angka yang telah disebutkan dalam jumlah perbelanjaan. Jangan Yang Berhormat Timbalan Menteri terkeliru ataupun dikelirukan oleh Ahli-ahli pembangkang, kerana untuk membincangkan tentang pembelian. Tak ada kena-mengena dengan pembelian helikopter dalam perkara ini. Saya mencadangkan, apa yang saya sebut tadi kalau boleh kerajaan meneruskan pembelian bagi memastikan supaya kita sentiasa dalam kesiagaan dan anggota-anggota kita moralnya sentiasa tinggi dan kelengkapan tentera sentiasa terjamin. Itu sahaja. Jangan sebut tentang tender-tender ini sebab tidak disebut dalam konteks perbelanjaan 2009. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya setujulah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin. Jadi saya rasa tak perlu melayan kerenah yang ditimbulkan Yang Berhormat Ipoh Timur ini. Seterusnya saya ingin meneruskan perbahasan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan dengan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, iaitu berkaitan dengan RM4 juta yang diperuntukkan di bawah One-Off bagi Jabatan Latihan Khidmat Negara. Yang Berhormat Batu Gajah, bahawa daripada RM4 juta yang diperuntukkan kepada JLKN adalah untuk pembelian harta modal jabatan bagi kegunaan seperti berikut: (i) pembelian peralatan mengajar untuk 90 buah kem yang beroperasi tahun 2009 sebanyak RM2.4 juta; (ii) peralatan perubatan sebanyak RM1 juta; dan (iii) keperluan peralatan pejabat di JLKN dan kem-kem lain sebanyak RM600,000. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah ialah berkaitan dengan program PLKN diserapkan dalam program sekolah, malahan isu ini juga telah ditimbulkan oleh beberapa Yang Berhormat yang lain, iaitu Yang Berhormat dari Arau, Yang Berhormat bagi Titiwangsa dan juga termasuk Yang Berhormat dari Sri Gading. Berkaitan dengan perkara ini, PLKN merupakan program untuk menyediakan remaja berkhidmat untuk negara yang mempunyai semangat kesukarelaan, jati diri, toleransi, patriotisme dan integrasi nasional. Ianya sangat berbeza dengan kurikulum di sekolah-sekolah yang mana berbentuk akademik. Oleh itu, adalah sangat wajar program ini dilaksanakan secara berasingan agar pengkhususan dapat dibuat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Pencelahan. Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang kita maksudkan dengan diserap dalam sistem pendidikan negara bukan sebagai alternatif ataupun tambahan kepada kurikulum, tetapi kokurikulum ataupun dibuat semasa cuti sekolah sebagai program kokurikulum. Jadi tidak benarlah itu sudah jauh sedikit dari apa yang kita maksudkan di sini. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Yang Berhormat Titiwangsa, kalau kita tambah sebagai program kokurikulum hari ini banyak aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah, ada yang tidak dapat dilaksanakan dari segi kekangan masa oleh pelajar- pelajar ini. Jadi boleh membebankan pelajar-pelajar. Itu sebab bagi penumpuan untuk mencapai matlamat bagi tujuan mengadakan PLKN ini adalah sebagaimana yang saya nyatakan tadi, adalah wajar ianya dilaksanakan secara berasingan.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tuan Pengerusi, kita bercakap tentang bajet RM644 juta yang dianggarkan untuk PLKN ini. Jadi kita mengatakan sepatutnya dengan bajet yang begitu besar sebenarnya boleh membantu meningkatkan tahap kualiti pendidikan dan bukannya digunakan satu untuk program tersendiri, dan kita bercakap tentang 400,000 belia yang tidak dapat mengikuti program PLKN ini berbanding dengan hanya 80,000. Jadi kenapa tidak digunakan bajet yang besar ini meningkatkan sistem pendidikan menyerapkan PLKN dalam sistem pendidikan. Walaupun, kata tak cukup masa tapi sebenarnya pelajar-pelajar kita apabila cuti sekolah ibu bapa pening kepala kerana tak ada aktiviti untuk mereka. Jadi saya kira sekarang ini masalah kokurikulum tidak dapat dilaksanakan dengan baik, mungkin salah satu sebabnya, saya percaya adalah disebabkan oleh kekurangan dana atau kekurangan bajet. Jadi perkara ini janganlah ditolak mentah-mentah. Walaupun mungkin tidak dapat dilaksanakan sekarang kerana masih berjalan tapi saya kira perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh jangan kasi lagi laluan penjelasan. Kalau tidak saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2) di mana kalau didapati tidak cukup masa saya tidak boleh benarkan pencelahan. Kita cuma ada hari ini sehingga esok, ada enam kementerian lagi. Tolonglah Ahli- ahli Yang Berhormat, semalam sudah bersidang sampai jam 11.00, besok lagi sampai jam 11.00, enam kementerian. Sila teruskan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya setujulah dengan apa arahan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Pakai turbo sedikit.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya rasa cukuplah apa yang saya telah jawab Yang Berhormat Titiwangsa, saya rasa saya teruskan.

Tuan Pengerusi

Sila.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Seterusnya saya ingin juga menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah berkaitan dengan mengenai pemeriksaan terhadap Borang 1 semasa memasuki program latihan PLKN ini. Berkaitan dengan perkara ini, sebenarnya sebaik sahaja pelatih melaporkan di kem-kem, semakan dibuat ke atas Borang 1 iaitu pengakuan kesihatan. Sekiranya terdapat keraguan mengenai kesihatan, pelatih dirujuk kepada Penolong Pegawai Perubatan melalui semakan ke atas Borang 2. Pelatih akan dirujuk ke hospital sekiranya terdapat apa-apa keraguan terhadap kesihatannya. Seterusnya Tuan Pengerusi saya menyentuh berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong. Pertama, isu berkaitan dengan apakah alternatif dalam mendapatkan alat ganti pesawat Sukhoi. Bagi dukungan logistik Shukoi, kerajaan mempunyai beberapa alternatif bagi tujuan tersebut. Antaranya pertama, mewujudkan kontrak secara terus dengan pembuat pesawat tersebut di Rusia. Kita juga sedang mengadakan rundingan dengan India dan China dalam mengenal pasti sumber alternatif tersebut iaitu kajian keupayaan sedang dijalankan dengan negara-negara tersebut.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong ialah peranan ATM di Gulf of Aden dalam menjaga keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia daripada serangan lanun. Sehubungan dengan ini, ATM telah mengaktifkan peranannya di dalam operasi selain daripada perang. Walau yang demikian, peranan ATM di dalam operasi ini hanya sebagai cegah rintang ataupun deterrent dengan mengiring kapal-kapal MISC buat masa kini yang merentas Gulf of Aden. Seterusnya saya menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti iaitu berkaitan dengan isu ancaman keselamatan negara dan pembelian aset-aset teknologi canggih. Berkaitan dengan perkara ini, kementerian ini memaklumkan bahawa sistem pertahanan negara merupakan sistem yang dibina secara berterusan dan proaktif bagi menjamin keselamatan negara. Walaupun tiada tanda-tanda ancaman yang nyata dari sebarang ancaman luar tetapi perlu diingatkan bahawa Malaysia mempunyai isu-isu keselamatan dengan negara- negara serantau seperti: (i) isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan iaitu Kepulauan Spratly; (ii) masalah tuntutan bertindih Ambalat; (iii) isu tuntutan terhadap Sabah oleh Filipina; (iv) isu Pulau Batu Puteh antara Malaysia dengan Singapore yang masih tidak mempunyai penyelesaian yang menyeluruh terutama berkaitan dengan sempadan maritim; (v) keselamatan Selat Melaka harus ditentukan oleh Malaysia supaya sentiasa selamat jika negara-negara luar sentiasa menunggu peluang untuk campur tangan. Oleh itu apa yang telah disokong oleh Yang Berhormat Sibuti agar kewajaran bagi kementerian membeli aset-aset yang canggih dan berteknologi tinggi itu seharusnya dibuat oleh ATM. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah atas sokongan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sibuti. Seterusnya adalah berkaitan dengan...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Tidak ada penjelasan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mengenai...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, sudah saya sebut tadi kita tidak ada masa lagi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Satu perkara sahaja, pencerobohan.

Tuan Pengerusi

Pendekkan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mengenai pencerobohan tentera Indonesia kepada tanah di Sarawak. Saya terima aduan bahawa syarikat pembalakan, jentera mereka telah dirampas oleh tentera Indonesia dan GPS reading pun ada diadakan bahawa tentera itu pada masa dirampas adalah terletak dalam sempadan Sarawak tetapi polis repot dibuat. Saya sudah tulis surat kepada Kementerian Pertahanan, apa jawapan saya didapati adalah masih dalam siasatan. Perkara ini berlaku pada bulan Mac tahun ini. Bolehkah Yang Berhormat memberi satu penjelasan mengenai perkara ini? Saya boleh beri reference polis repot untuk rujukan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Polis repot ini adalah BAU/000350/08. Ini adalah mengenai satu kes spesifik dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi perhatian atas perkara ini dan memberi apa-apa penjelasan kelak.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Oleh sebab perkara ini telah dibuat laporan kepada polis jadi ianya di bawah jurisdiction pasukan Polis Diraja Malaysia. So, seharusnya mendapatkan maklum balas daripada pihak polislah.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sibuti telah menimbulkan berkaitan dengan isu galakan kepada pelatih PLKN memasuki ATM. Di sini, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan bahawa matlamat utama latihan PLKN adalah untuk memupuk semangat patriotisme, kesukarelaan, ketahanan dan perpaduan kaum dan tidak khusus untuk menyertai dalam pasukan ATM. Namun begitu jika mereka memilih untuk menyertai ATM selepas tamat kursus PLKN, ATM akan memberi keutamaan dengan syarat mereka memenuhi syarat-syarat kemasukan ATM. Tuan Pengerusi, selanjutnya saya ingin menyentuh berkait dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka khususnya berkaitan dengan sebab kematian Ricky Lim yang masih belum mendapat mengetahui berkait dengan cause of death. Di sini kementerian ini memaklumkan bahawa pengesahan dari hospital belum dapat diperoleh dari kementerian ini. Apa yang difahamkan bahawa pihak hospital tidak dapat membuat keputusan berkaitan dengan cause of death dengan izin, adalah disebabkan laporan daripada Jabatan Kimia belum didapati lagi. Seterusnya isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Pontian iaitu jumlah anggota ATM yang berkhidmat 21 tahun dan menerima pencen minimum RM720. Tuan Pengerusi, bilangan pesara yang berkhidmat melebihi 21 tahun dan menerima pencen kurang daripada RM720 adalah seramai 9,833 orang. Mulai Januari 2009, pencen minimum golongan ini akan dinaikkan kepada RM720. Isu kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pontian adalah, adakah gaji prebet ATM sebanyak RM1,000 mencukupi berbanding dengan prebet di negara lain dan adakah kebajikan mereka diberi perhatian? Di sini sukacita dimaklumkan bahawa gaji prebet ATM Malaysia mencukupi mengikut taraf hidup dan ekonomi negara semasa. Kadar gaji semasa prebet pada masa ini ialah sebanyak RM1,004.20. Ini tidak termasuk elaun dan bayaran insentif yang lain serta kemudahan seperti perumahan, perubatan, pendidikan, pengangkutan, pakaian yang disediakan oleh ATM. Walau bagaimanapun, semakan dan kajian untuk menaikkan gaji prebet sentiasa di buat oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Berkaitan dengan kebajikan anggota ATM, ATM sentiasa memberi perhatian kepada mereka melalui penambahbaikan skim perkhidmatan pakej gaji dan elaun yang menarik, penyediaan perumahan, kemudahan pendidikan, kesihatan dan juga pergigian. Isu yang ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian adalah berkaitan dengan tuduhan pembangkang terhadap bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang dikatakan telah mengaku bahawa ada bayaran komisen berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene. Di sini, kementerian ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak membayar sebarang komisen kepada mana-mana pihak. Kalau baca dalam Hansard, tidak ada mana-mana yang ada menyatakan bahawa Yang Berhormat bekas Timbalan Menteri Pertahanan ada membuat pengakuan berkaitan dengan ada pembayaran komisen yang dibuat oleh pihak kerajaan. Sebenarnya, berkaitan dengan pembelian Scorpene ini iaitu kapal selam adalah dibuat secara runding terus di antara pembuat iaitu ARMARIS daripada Perancis dan NAVANTIA daripada Sepanyol dengan Kerajaan Malaysia. Jadi tidak ada menggunakan orang tengah dalam pembelian Scorpene ini. Jadi tidak timbul berkaitan dengan kononnya bekas Timbalan Menteri Pertahanan dulu ada membuat pengakuan berkaitan dengan pembayaran komisen ini. Tuan Pengerusi, seterusnya saya menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Isu yang pertama adalah berkaitan dengan berapa kos yang terlibat dalam menaik taraf masjid Khalid Ibnu al-Walid iaitu Masjid KEMENTAH. Kos yang terlibat dalam menaikkan taraf Masjid Khalid Ibnu al-Walid ini adalah sebanyak RM25,118,898. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa adalah program yang diatur untuk meningkatkan tahap kecergasan bagi anggota tentera yang melebihi berat badan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Di sini ingin kementerian menyatakan bahawa setiap anggota yang melebihi berat badan dan tidak mencapai tahap kecergasan yang ditetapkan, diberi tempoh enam bulan untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka sebelum diuji semula. Dalam tempoh tersebut anggota diberi kaunseling termasuk kesedaran tentang pengambilan makanan yang betul dan juga berkaitan dengan latihan fizikal. Sekiranya mereka belum mencapai tahap kecergasan tersebut, satu kaedah rawatan akan diberi jika perlu. Selanjutnya isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa juga adalah berkaitan dengan program mengimarahkan Masjid Khalid Ibnu al-Walid. Pihak KAGAT sentiasa memandang berat dalam menjalankan program-program untuk mengimarahkan Masjid Khalid Ibnu al-Walid. Bahkan di semua masjid atau surau-surau dalam kem-kem tentera. Setiap program yang dianjurkan adalah wajib kehadirannya. Oleh itu semua program yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Di antara program-program...

Setengah minit sahaja.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya habiskan dulu tentang program. Saya habis dulu Yang Berhormat. Di antara program-program yang dianjurkan adakah seperti kursus keibubapaan, ceramah agama selepas waktu sembahyang, kelas mengaji al-Quran, kursus perkahwinan, tahlil setiap malam Jumaat, ibadah korban, ibadah sepanjang bulan Ramadhan, sambutan hari-hari kebesaran Islam, khemah ibadat dan lain-lain lagi.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit sahaja. Di Masjid Khalid Ibnu al-Walid ini, dari rumah saya boleh jalan kaki sahaja ke masjid ini. Saya menyatakan baguslah program-program yang ada tadi itu, tapi di situ safnya tidak sampai pun satu saf kalau selalunya sembahyang fardu. Kalau di kalangan jemaah wanitanya kebanyakan masa, sayalah satu-satunya orang, jemaah wanita yang solat di masjid itu. Jadi saya kira perlu juga ada galakan kepada isteri-isteri tentera ini datang untuk berjemaah ataupun buat program untuk mereka.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya akan ambil perhatian dan akan memberi tahu kepada KAGAT supaya mereka dapat menggalakkan di kalangan anggota dan keluarga tentera ini supaya mengimarahkan masjid. Seterusnya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa berkaitan dengan peralatan yang tidak berkualiti kepada pelatih PLKN. Apakah langkah-langkah penambahbaikan daripada Laporan Audit Negara. Bagi memastikan perolehan barangan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pemeriksaan kualiti akan dibuat terlebih dahulu di premis-premis syarikat semasa pembuatan. Pemeriksaan secara rambang akan dilaksanakan oleh team Cawangan Teknikal dan Pemeriksaan, terhadap penghantaran barang-barang yang dibuat perolehan sebelum dihantar ke kem- kem PLKN di seluruh negara. Namun demikian, terdapat juga sebahagian kecil barang-barang yang dihantar didapati tidak memenuhi spesifikasi dan bermutu rendah. Dalam kes-kes sedemikian, tindakan denda rendah mutu telah dikenakan seperti mana yang diperuntukkan dalam kontrak. Sehingga kini, denda berjumlah RM233,080.15 telah dikenakan kepada syarikat- syarikat yang berkenaan atas pembekalan barang bermutu rendah dengan notis amaran supaya perkara tersebut tidak berulang lagi. Bagaimanapun langkah-langkah seterusnya dipantau dari semasa ke semasa. Isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Labuan berkaitan dengan Pulau Layang- layang dan terumbu di Gugusan Semarang Peninjau, yang mana beliau ingin mengetahui berapa bilangan kapal ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan itu dan juga berapa ramai anggota ditugaskan dan peruntukan untuk mengurus dan penyelenggaraan. Dalam hal ini, biasanya minimum sebuah kapal ditugaskan setiap masa dan dalam masa yang sama sebuah bot combat ditempatkan di setiap terumbu. Berkaitan dengan anggota, seramai 130 anggota TLDM bertugas di Pulau Layang-layang dan empat buah terumbu yang lain. Hampir RM7 juta diperuntukkan untuk menampung kos selenggaraan dan pengendalian peralatan serta sajian dan kemudahan untuk anggota.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh dengan berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Isu yang pertama adalah sejauh mana objektif PLKN tercapai. Dalam konteks ini pencapaian telah dibuat melalui penilaian keberkesanan program sejajar objektif yang telah ditetapkan. Hasil penilaian, telah didapati pelatih telah mencapai objektif-objektif seperti berikut 90% dari aspek semangat patriotisme, 93% - disiplin diri, 92% - yakin diri dan jati diri, 93% - nilai diri, 85% - bekerjasama dalam berpasukan dan kajian semula program sedang dilaksanakan bagi penambahbaikan objektif PLKN ini. Isu yang seterusnya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu adalah berkaitan dengan komposisi ATM mengikut kaum. Adakah sesuatu kaum monopoli peranan pertahanan negara? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bahawa daripada segi komposisi ATM mengikut jantina dan kaum adalah seperti berikut: (i) Lelaki (88.8% - Melayu, 0.6% - Cina, 1.3% - India, 9.3% - lain- lain kaum termasuk Sabah dan Sarawak) dan jumlah keseluruhan ialah 92.5%; (ii) Wanita (Melayu - 89% , Cina - 0.7%, India - 0.9%, lain-lain - 9.4%) dan jumlah keseluruhan ialah 7.5%...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Pendek sahaja Yang Berhormat ya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Sekejap saya habiskan dulu. (iii) Jumlah keseluruhan Melayu - 88.8%, Cina - 0.6%, India - 1.3%, lain-lain - 9.3%. Ia tidaklah mencerminkan sesuatu monopoli sesuatu kaum sahaja tetapi ia lebih kepada pemilihan kerjaya, minat dan keperluan ekonomi semasa oleh individu itu sendiri dan pengambilan anggota ATM.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri, saya ingin bertanya sedikitlah. Apakah usaha- usaha yang telah dilakukan oleh kementerian untuk menarik golongan bukan bumiputera untuk menyertai angkatan tentera kita kerana pertahanan ini merupakan yang sangat penting dan tidak harus dipikul oleh satu kaum sahaja. Apakah kerana mereka merasakan bahawa kerjaya ini merupakan kerjaya yang tidak penting ataupun kerjaya ini tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan dan menyebabkan mereka tidak berminat. Ini adalah sebab yang kita dengar bahawa kalau soal-soal lain, soal-soal yang menggambarkan kedudukan yang elit dan status yang tinggi menjadi sebutan kepada mereka. Akan tetapi bila pertahanan ini mereka buat tak kisah seolah-olahnya ini merupakan hak bumiputera sahaja. Minta penjelasan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita di Kementerian Pertahanan merasa gusar jugalah, kerana daripada segi penglibatan kaum bukan bumiputera. Apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bahawa kementerian bagi setiap tahun telah mengadakan dua eksposisi berkaitan dengan ketenteraan. Di sini ada ceramah-ceramah berkaitan dengan ketenteraan yang mana untuk menarik pihak-pihak yang berminat. Akan tetapi apa yang kita lihat bahawa daripada kaum bukan bumiputera berkaitan dengan apa keminatan untuk memasuki ATM ini tidak mendapat respons yang begitu baik. Masalahnya mungkin daripada segi pendapatan, daripada swasta berbanding dengan kerajaan terutamanya daripada segi tentera tidak begitu lumayan. Mungkin ada perkara-perkara lain yang hanya peserta-peserta sahaja yang mengetahuilah.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Selain daripada itu, pihak Kementerian Pertahanan juga telah mengadakan ceramah-ceramah...

[Bangun]

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Sekejap Yang Berhormat Jasin. Ceramah- ceramah di sekolah-sekolah, di mana telah menerangkan berkaitan dengan profesion ketenteraan ini dan banyak lagi programlah. Di mana kita membuat recruitment-recruitment berkaitan dengan tentera ini.

Saya mohon izin Tuan Pengerusi, setengah minit sahaja tapi perkara mustahak. Timbalan Menteri terima kasih banyak-banyak. Saya harap supaya pihak kerajaan daripada sekarang membuat satu langkah yang drastik bagi memastikan supaya profesion ketenteraan ini adalah satu profesion yang mulia, satu profesion yang sentiasa diminati oleh rakyat kita. Ini kerana apa, kita bimbang satu masa nanti tidak ada pemuda-pemuda kita yang berminat untuk menganggotai angkatan tentera. Selain daripada pendapatan dan juga kemudahan-kemudahan yang tidak lumayan mungkin mereka tidak berminat. Saya sebenarnya mahu menceritakan pengalaman sayalah sedikit. Saya ada satu keluarga angkat daripada UK, dia dengan begitu megah sekali, dia mengatakan pada saya dengan izin, Tuan Pengerusi my father is a Corporal in the Queen’s guard dengan megah. Akan tetapi orang kita rasa malu hendak sebut saya seorang tentera, kerana saya bekas seorang tentera, profesion ini tidak diminati. Jadi, saya berharap kerajaan pada ketika ini mengubah satu persepsi supaya selain daripada gaji, pendapatan, kemudahan yang lain kita mesti membuat satu jalan yang lain. Satu jalan yang betul-betul konkrit supaya profesion ini diminati. Kita berharap kalau macam di UK pegawai polis dipanggil “good morning officer”. Di sini dipanggil Hoi! Hoi!” saja, jadi tidak dihormati. Kita berharap supaya kerajaan dapat membuat satu persepsi yang baru. Kita hendak tengok kalau boleh kemudahannya diperbaiki, gajinya kalau boleh dinaikkan, naikkan lagi. Ini supaya orang minat, sekarang ini tentera Tuan Pengerusi selain naik pangkat...

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat, panjang sudah tu Yang Berhormat.

Hanya 20 tahun saja, dalam usia yang muda 40 tahun mereka terpaksa diberhentikan, bayangkanlah kalau 40 tahun masih gagah lagi, anak baru dua orang, kecil-kecil pula tu, lepas itu diberhentikan perkhidmatan. Kalau boleh kita kaji balik semula expectancy rate of a men berapa tahun. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jasin itu akan saya kemukakanlah kepada pihak pengurusan ATM supaya mengambil perhatian berkaitan dengan perkara ini. Berkaitan dengan gaji seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi bahawa kalau kita lihat gaji seorang private kalau dibandingkan dengan penjawat jawatan lain dalam civil service bahawa gaji seorang private lebih baik dengan penjawat awam yang setaraf dengan private pada hari ini. Selain daripada itu, banyak kemudahan yang diberi oleh pihak tentera untuk kebajikan mereka dan juga keluarga mereka. Jadi, mungkin ada masalah-masalah lain yang perlu kita mengkajilah untuk meningkatkan lagi keminatan di antara masyarakat kita. Ini terutamanya di kalangan masyarakat bukan bumiputera ini untuk memberi respons yang lebih positif untuk memasuki Angkatan Tentera Malaysia. Saya teruskan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila teruskan.

Satu minit saja.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya ingat saya teruskan Yang Berhormat. Isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu juga adalah berkaitan dengan imbuhan kepada anggota tentera yang mendapat kemalangan semasa bertugas. Dalam perkara ini anggota yang cedera dan meninggal dunia...

[Bangun]

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

....Bahawa akan mendapat ex-gratia hilang upaya semasa dalam perkhidmatan dan juga bayaran berkaitan dengan sagu hati daripada derma-derma Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara. Jika ahli mengambil insurans...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat bagi dia laluan sekali lagi?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Saya hendak habiskan dulu.

Tuan Pengerusi

Nanti dulu, nanti dulu. Bagi dia laluan satu kali lepas ini kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah juga dalam enam kementerian yang kita bincang lagi, saya akan kasi tiga, tiga minit seorang. Kalau perlu saya akan kasi dua minit seorang. Terpulang kepada Ahli Yang Berhormat untuk mendisiplinkan diri kalau tidak saya akan gunakan kuasa di bawah 37(2), enam lagi kementerian. Jadi kalau enam hendak kasi seminit satu orang jangan kompelin. Sila teruskan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Selain daripada itu, jika ahli mengambil insurans kelompok dan koperasi, tentera akan mendapat pampasan insurans dan juga mendapat pencen hilang upaya setelah bersara bagi yang cedera dan mendapat pencen dan ganjaran terbitan bagi yang meninggal dunia.

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya anggap apa yang saya bangkitkan ini adalah mustahak. Saya telah difahamkan bahawa untuk lain-lain pangkat iaitu untuk bukan pegawai, selepas berkhidmat 21 tahun atau 22 tahun, anggota tentera itu adalah diwajibkan untuk bersara sedangkan dalam usia 22 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera, waktu bersara mereka masih berumur dalam paling tua pun 43 - 44 tahun. Dalam usia 43 atau 44 tahun, mereka itu masih gagah. Mereka masih kuat. Jadi, satu, apakah rasionalnya kerajaan untuk mewajibkan anggota-anggota lain pangkat ini untuk bersara selepas berkhidmat hanya 21 atau 22 tahun. Selepas itu saya minta agar kerajaan membuat kajian tentang perkara ini. Jadi mengenai kekurangan minat belia-belia kita untuk menyertai angkatan tentera, saya berpendapat berlainan sedikit Tuan Pengerusi. Ini disebabkan lebih kurang dua minggu yang lepas satu temu duga telah diadakan di Kuching dalam mana untuk jawatan TLDM, lebih kurang 2,000 orang belia telah menunggu seawal pukul enam pagi. Jadi ini pendapat saya.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan perkhidmatan tempoh 21 tahun ini, ia merupakan syarat yang diguna pakai dah lama dahulu. Jadi mungkin pada ketika itu dari segi kesihatan kita, dari segi perkhidmatan kesihatan yang tidak begitu baik, oleh sebab itulah mungkin oleh kerana umur 43 tahun mungkin daripada keupayaan sebagai lain-lain pangkat ini untuk menjalankan tugas mungkin kapasitinya kurang sedikit. Jadi, oleh sebab pada hari ni dari segi tahap kesihatan masyarakat kita pada hari ini, dari yang kita boleh lihat, bahawa ia begitu baik. Mungkin berkaitan dengan syarat ini saya rasa saya akan mengetengahkan kepada pihak pengurusanlah untuk melihat dan mengkaji balik sama ada 21 tahun ini perlu dilanjutkan sehingga ke 25 tahun atau tempoh-tempoh yang lain difikirkan wajar. Berkaitan dengan pandangan Yang Berhormat iaitu sambutan belia-belia untuk memasuki TLDM itu merupakan satu galakanlah. Saya harap galakan ini akan berpanjangan dalam membuat recruitment yang akan datang. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau yang mana mencadangkan supaya kenaikan kadar sewa kem PLKN. Kerajaan menyedari masalah yang dihadapi oleh pengusaha kem berikutan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini. Sehubungan itu kerajaan akan mengumumkan kadar sewaan yang baru kem PLKN dalam masa yang terdekat.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Yang Berhormat Arau juga mencadangkan supaya mengekalkan SOC atau pun dengan izin, Schedule of Compliance Kem PLKN tanpa perubahan dari semasa ke semasa. Untuk makluman Yang Berhormat, JLKN telah pun menggunakan satu SOC sahaja yang lebih lengkap dan terperinci dan SOC ini telah mula dikuatkuasakan untuk kem-kem baru mulai tahun 2007. Bagi kem-kem PLKN lama dan yang sedia ada, kem-kem berkenaan masih menggunakan SOC yang lama. Seterusnya, saya menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar berkaitan dengan masalah pekerja mohon cuti untuk menjalani latihan yang dipohon daripada majikan. Di sini kementerian ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa Akta Angkatan Tentera 1977 digubal seperti berikut yang mana mengikut seksyen 201(b) mewajibkan majikan memberikan cuti kepada pekerja-pekerja menjalani latihan sukarela. Jika gagal, denda akan dikenakan kepada majikan tidak lebih RM6,000.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Penjelasan sedikit. Penjelasan dari segi...

Tuan Pengerusi

Teruskan Yang Berhormat. Jangan lagi bagi penjelasan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Yang kedua, seksyen 201(c) melarang majikan buang kerja yang menjalani latihan sukarela. Sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak lebih RM6,000 juga. Ketiga, dialog antara Kementah dengan majikan telah diadakan sejak 2006 untuk menjelaskan kedudukan seksyen-seksyen tersebut. Berkaitan nisbah kekuatan angkatan tentera sukarela, Wataniah dengan angkatan tentera tetap, tentera darat dari segi keanggotaannya adalah seramai 80,000 anggota tetap. Sehingga 2010, nisbahnya adalah 1:1, iaitu satu anggota simpanan bersamaan satu anggota tetap. Tahun 2010 hingga 2020 dua anggota simpanan, satu anggota tetap. Selepas 2010, tiga anggota simpanan, satu anggota tetap. Bagi tentera laut dan tentera udara, anggota tetap yang ada pada hari ini ialah 15,000. Sehingga 2010, anggota simpanan nisbahnya 1:3 anggota tetap. Bagi 2010 sehingga 2020, 1.5 anggota simpanan, 3 anggota tetap dan selepas 2020, 2 anggota simpanan, 3 anggota tetap. Seterusnya, isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, yang berkaitan dengan keselamatan payung terjun yang digunakan. Sebelum payung terjun ini digunakan, ia telah diuji semasa membuat pembelian. Berkaitan dengan prosedur keselamatan payung terjun, semua prosedur sebelum penerjunan dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh standard antarabangsa. Berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di LIMA. Lembaga penyiasatan yang ditubuhkan mendapati kemalangan berlaku disebabkan oleh masalah teknikal berkaitan dengan perubahan arah tiupan angin di saat-saat akhir penerjunan. Walau bagaimanapun, aspek-aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang serupa berulang. Aspek-aspek keselamatan telah pun diberi perhatian. Beberapa latihan penerjunan selepas kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang masalah teknikal. Tuan Pengerusi, saya rasa setakat itu penjelasan-penjelasan yang dapat...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Isu MIMA langsung tak dijawab Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Apa dia?

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Yang mana ada di antara yang tidak dapat dijawab pada hari ini, akan dijawab secara bertulis.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,650,504,000 untuk Maksud B.60 di bawah Kementerian Pertahanan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10,650,504,000 untuk Maksud B.60 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,351,153,500 untuk Maksud P.60 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,351,153,500 untuk Maksud P.60 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.48 [Jadual] – Maksud P.48 [Anggaran Pembangunan 2009] –Bill

Tuan Pengerusi

Kepala B.48 dan Kepala P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengkaji semula peranannya kalau berbanding pada tahun 2001 apabila kementerian ini baru diwujudkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diwujudkan pada tahun 2001; pada waktu itu Dewan ini baru mula ada Ahli Parlimen wanita daripada pihak pembangkang dan Kerajaan Barisan Nasional melihatkan perlu ada, mengadakan satu kementerian untuk khususnya pembangunan wanita. Akan tetapi selepas itu dia digubah dan dia dijadikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya lihat bahawa objektifnya telah banyak berubah dan dia terlalu difokuskan ataupun kerja kementerian sekarang fokus kepada kebajikan sahaja dan kurang berfokus kepada pembangunan wanita. Umpamanya saya hendak tunjuk bahawa objektif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila ia diwujudkan di dalam Bajet 2002, dia mengatakan objektif utamanya ialah untuk mencapai kesaksamaan gender dan institusi kekeluargaan yang mantap sebagai asas utama membangunkan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju. Yang pentingnya ialah kesaksamaan gender dan saya lihat ialah bahawa objektif ini telah hilang di dalam Bajet 2009. Objektifnya begitu berlainan kalau berbanding pada tahun 2002. Saya rasa ini tidak adil kepada kewujudan kementerian ini kerana memang kebajikan itu adalah penting. Namun kebajikan itu tidak dapat memberi pembangunan kepada kaum wanita yang merupakan separuh penduduk di dalam negara ini. Yang mana kaum wanita sebagai keseluruhannya masih lemah, masih sebagai golongan yang kurang perwakilan di mana-mana bidang, khasnya di dalam politik di dalam pembuat keputusan. Jadi saya rasa adalah perlunya kementerian ini yang diterajui oleh dua orang wanita untuk memfokuskan kepada kerjanya untuk membangunkan wanita dari segi hak dan kesaksamaan dan bukan tumpu kepada kebajikan. Kebajikan boleh diberi kepada sesiapa sahaja tetapi bukan kepada wanita sahaja. Jadi saya menyeru supaya dia dikembalikan kepentingannya agenda kesaksamaan gender dan empowerment of women kepada agenda kementerian ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekiranya kementerian ini tidak membuat agenda ini, tidak melaksanakan agenda ini siapakah, kementerian mana yang akan buat? Saya berpendapat bahawa kementerian ini memainkan peranan yang amat penting untuk mengarus perdanakan perspektif gender di semua kementerian.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, berkait dengan kesaksamaan gender ini. Adakah hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini menggambarkan bahawa seolah-olah ada sekatan yang dibuat yang membolehkan bahawa siling penyertaan wanita dalam sektor pentadbiran, politik dan sebagainya seolah-olah ada halangan dan kekangan. Seolah-olah orang lelaki kini tidak memberi laluan kepada wanita untuk membuat dasar dan sebagainya? Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi itu merupakan satu soalan yang baik dan biasanya ditimbulkan apabila mengatakan kita hendak kesaksamaan gender. Walaupun tiada mana undang-undang yang menyekakan penyertaan wanita tetapi kita tahu dari segi budaya, dari segi tradisi, dari segi keluarga ada banyak halangan wanita lebih susah mencampuri atau menyertai mana-mana bidang, khasnya seperti politik. Ini kerana wanita diharapkan untuk menjaga keluarga, menjaga anak-anak dan ini merupakan satu halangan yang besar. Jadi apa yang kami sebagai wanita minta ialah untuk memastikan halangan- halangan ini ataupun mengurangkan halangan-halangan ini. Bagaimanakah boleh mengurangkan halangan ini, yang umpamanya kita mengadakan banyak pusat penjagaan anak-anak supaya wanita dapat keluar bekerja, wanita dapat keluar untuk menceburi bidang-bidang seperti politik. Inilah saya rasa Yang Berhormat dari Arau pun dia tidak diskriminasi kepada wanita tetapi mungkin dia tidak dapat lihat halangan yang dihadapi oleh wanita. Umpamanya setiap kali seseorang pemimpin wanita apabila ditemu ramah dia selalunya disoal satu soalan, “Bagaimana Yang Berhormat menyeimbangkan keluarga dengan kerja?” Saya rasa tidak pernah ada pemimpin lelaki yang ditanya soalan seperti ini. Ini menunjukkan bahawa kerja wanita ataupun tanggungjawab wanita ini adalah lebih banyak kalau berbanding dengan kaum lelaki. Walaupun kaum lelaki ada tanggungjawab yang banyak yang dia diharapkan untuk menampung kehidupan keluarganya. Saya rasa kita ini harus saling memahami supaya wanita diberi sedikit bantuan ataupun sedikit handicap untuk membantu wanita menceburi bidang-bidang sekarang yang wanita kurang diwakili. Umpamanya dalam Dewan ini, dalam Dewan ini hanya ada 10% wanita sahaja. Saya rasa tidak, demokrasi itu memerlukan pandangan daripada banyak perspektif, daripada banyak golongan dan wanita merupakan satu golongan yang penting kerana kita memainkan banyak peranan. Kita memainkan peranan sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai pekerja dan pandangan kami adalah penting di dalam maksudnya. Ada banyak masalah yang wanita menghadapi itu kaum lelaki tidak menghadapi kerana kaum lelaki ada masalah yang lain. Saya bukan katakan bahawa kaum lelaki lebih senang tetapi kaum lelaki dan wanita mempunyai masalah yang berlainan. Itulah yang dikatakan gender. Di sini saya hendak tunjukkan bahawa pada Bajet 2002, objektif kementerian ini termasuk membangunkan pangkalan dan mengikut pecahan jantina. Gender disaggregated database untuk tujuan perangkaan, perancangan, pemantauan, penilaian program-program kumpulan sasar. Saya hendak tanya sama ada ini sudah disempurnakan, dilaksanakan kerana sekiranya kita tidak ada data-data seperti ini susah untuk kita membuat rancangan yang ada strategi melaksanakan program penyelidikan sosial ekonomi dalam bidang gender dan kependudukan. Ini sudah dibuat dan apakah kajian yang telah dibuat? Bolehkah kita semua tahu?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dalam Bajet 2002, dia ada satu program Jabatan Pembangunan Wanita. Objektifnya ialah untuk membangun, memaju dan mengukuhkan kedudukan wanita dalam pelbagai sektor yang dikenal pasti melalui perancangan, penyelarasan dan pemantauan program dan aktiviti agensi-agensi tertentu secara cekap dan berkesan. Di dalam Bajet 2009 ini, saya tak lihat objektif ini dikekalkan dan aktivitinya termasuk: (i) meneruskan peningkatan kesedaran lelaki dan wanita mengenai peranan wanita yang berubah melalui kursus kepekaan gender. Ini yang saya sangat kesal bahawa dia telah hilang dalam Bajet 2009 di mana pada pendapat saya bahawa kita begitu perlu ada kesedaran gender ini. Oleh kerana dalam Dewan ini pun kita lihat bahawa ada wakil rakyat yang kurang faham perspektif gender di mana selalunya mereka mengeluarkan perkataan- perkataan yang kurang elok dan bukan kepada wanita sahaja. Saya rasa ada perkataan-perkataan ataupun kegunaan deskripsi itu menghina seluruh Dewan dan bukan saja kepada wanita. Dia bring the shame to the whole house dan saya rasa ini berkenaan dengan kepekaan Yang Berhormat. Saya rasa ini perlu dikembalikan dan saya harap bahawa kementerian ini dapat mengembalikan gender perspektif ini; dan (ii) meyakinkan pengurusan atasan kementerian supaya mengintegrasikan perspektif wanita dalam semua peringkat proses pembangunan iaitu perancangan, penggubalan dasar, pelaksanaan dan penilaian dasar melalui Jawatankuasa Penyelarasan Antara Agensi Mengenai Hal Ehwal Wanita. Ini juga saya tidak lihat dalam Bajet 2009 dan saya rasa ini merupakan teras yang paling penting untuk mengarusperdanakan wanita dalam pembangunan negara ini. Sekiranya kementerian ini tidak memainkan peranan ini, saya rasa kementerian- kementerian yang lain tidak dapat melaksanakan apa yang mereka nak rancang. Saya lihat di dalam bajet ini seharusnya ada perspektif gender, ada analisa gender dalam semua kementerian kerana semua kementerian harusnya sudah ada gender focal point yang sudah dilaung-laungkan beberapa tahun yang lalu tapi tidak dilaksanakan. Jadi saya rasa ini merupakan kelemahan dalam kerajaan. Mungkin bukan secara sengaja tapi kerana kesedaran yang rendah dan kementerian ini, menteri yang menerajui kementerian ini memainkan peranan yang amat penting untuk menyedarkan pengurusan dalam kementerian untuk mengarusperdanakan perspektif ini dan kita sekarang begitu ramai pegawai-pegawai awam dalam kerajaan adalah wanita...

Mohon laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Akan tetapi mereka masih belum mencukupi untuk mempengaruhi dasar-dasar yang digubal. Ya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya nak tanya dengan Yang Berhormat. Kita tahu yang ada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender yang tujuan utamanya ialah membawa wanita dalam arus pembangunan negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender ini tidak berfungsi dengan baik kerana semua kementerian ada dalam Jawatankuasa Kabinet ini? Dan soal wanita ini bukan saja mencakupi bidang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi tetapi dia menyeluruh, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Wanita dan sebagainya dan tentang gender focal point tadi. Saya difahamkan bahawa semua kementerian dah pun menubuhkan gender focal point ini, tapi saya tak faham apa sebenarnya masalah yang cuba dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya rasa Yang Berhormat faham tapi nak tanya juga kerana Yang Berhormat tidak dapat memberi komen seperti saya tapi saya rasa semua rancangan ada baik. Saya lihat dalam Rancangan Malaysia Keenam pun sudah ada chapter untuk pembangunan wanita dan semua jawatankuasa sudah ditubuhkan tapi kerjanya bukan dapat dijalankan secara automatik kerana sudah ada jawatankuasa. Dia perlu ada resources, ada main power dan saya mencadangkan bahawa semua gender focal point itu, dia diadakan betul-betul dibekalkan dengan resources dan main power supaya dia boleh dilaksanakan. Di Jawatankuasa Kabinet pun begitu juga. Saya rasa mungkin lebih baik diadakan satu Setiausaha Eksekutif yang sepenuh masa kerana kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia mempengerusikan 24 jawatankuasa yang lain selain daripada dia menjaga seluruh negara. Saya rasa bagaimana seseorang itu tidak mampu kerana tenaga dan masa adalah terhad. Saya rasa mungkin lebih baik dia dilaksanakan ataupun diterajui oleh sekumpulan pakar yang betul-betul pakar dalam bidang ini dan dia diberikan resources, sumber dan juga main power untuk melaksanakan apa yang seharusnya dilaksanakan. Saya berpendapat bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, dia perlu juga maju dalam bidang gender ini dan khasnya sekiranya kita betul-betul menghargai sumbangan dan juga pandangan wanita. Kita perlu mengadakan langkah- langkah untuk menyenangkan, memudahkan wanita untuk mengambil bahagian dalam semua bidang untuk membuat keputusan. Sama-sama membuat keputusan dan Malaysia juga sebagai satu signatory kepada CEDAW di mana kita bersetuju untuk membasmi segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. Salah satu agendanya ialah sekurang-kurangnya 30% pembuat keputusan itu mesti terdiri daripada kaum wanita dan pada waktu sekarang kita masih belum mencapai matlamat ini khasnya di dalam politik kerana politik merupakan bidang yang paling penting untuk membuat keputusan umpamanya dalam Kabinet. Kabinet yang membuat keputusan untuk semua, untuk negara tapi hanya ada dua orang wanita. Mengapa kita perlukan 30%? Kerana 30% itu merupakan critical mask. Sekiranya ada dua orang di dalam 10 orang, barulah tiga orang ini dapat mewakili atau suaranya dapat didengar. Kalau dua orang di antara 30 orang, suaranya tidak didengar...

Tuan Pengerusi

Nanti dulu Yang Berhormat. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu bercakap mengenai dengan soal wanita ini nanti? Berapa orang?

[Bangun]

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Saya harap jangan lagi ada laki-laki bercakaplah supaya kita dapat kasi laluan kepada mereka untuk bercakap. Boleh?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boleh.

Tuan Pengerusi

Okey, sila. Sila teruskan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih. Tuan Pengerusi, sekiranya ada Yang Berhormat lelaki yang boleh menyokong perkara ini, kami pun welcome juga kerana perkara gender ini bukan masalah wanita sahaja. Ia adalah perhubungan di antara lelaki dan wanita. Jadi, kita nak juga ada male champion iaitu Yang Berhormat lelaki yang dapat juga bersama-sama kita untuk berjuang untuk hak saksama di antara dua gender ini.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Mohon sikit laluan. Maknanya dalam pelanggan Kementerian Pembangunan Wanita ini adalah wanita, kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya, orang papa dan juga NGO serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan sosial. Jadi saya kira kami diminta diberi prioriti Ahli Parlimen wanita tapi pada masa yang sama, supaya kita ada kepentingan juga di kalangan Ahli Parlimen lelaki. Mereka juga harus diberi peluang. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Betul. Saya setuju juga kerana ini perlukan...

Laluan Yang Berhormat. Saya setujulah kerana bila kita membicarakan soal wanita ini, secara tidak langsung ia akan berkait dengan keluarga. Wanita dan keluarga itu tidak dapat dipisahkan daripada peranan lelaki. Saya harap dalam kita membahaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang lelaki ini juga harusnya menyatakan rasa tanggungjawab mereka terhadap peranan mereka sebagai sebahagian daripada ketua keluarga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang akan diadakan pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekarang sudah masa menunjukkan jam satu. Saya tidak menghalang laki-laki untuk turut berbahas tapi kadang- kadang maaf saja, ada nanti mereka cakap keterlaluan lagi menghabiskan masa wanita. Itu makanya saya cakap begitu. Nanti Yang Berhormat sambung nanti tengah hari.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Tenggara. Salah satu halangan...

Tuan Pengerusi

Boleh sambung nanti, boleh sambung nanti sebelah tengah hari, sambung lagi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Salah satu halangan yang dihadapi oleh wanita ialah...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sudah pukul satu.

Tuan Pengerusi

Boleh sambung nanti, sambung nanti.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Oh, okey. Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan nanti pada pukul 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan mesyuarat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11.30 malam ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 4 Disember 2008.”

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, saya sambung ucapan saya. Tadi Yang Berhormat Tenggara mengatakan bahawa sepatutnya kerja-kerja rumah tangga dan penjagaan anak-anak, tanggungjawab itu dikongsi antara suami dan isteri. Saya memang bersetuju sepenuhnya dengan beliau kerana rumah tangga itu bukan isteri sahaja tetapi kedua-duanya bertanggungjawab ke atas rumah tangga dan anak-anak mereka. Saya rasa ini adalah merupakan fikiran yang baru yang patut diterima oleh semua kerana wanita pada hari ini juga ramai yang keluar bekerja untuk menampung keperluan kehidupan keluarga. Jadi, saya rasa ada perlunya dasar kerajaan mengikut keperluan masa iaitu mengadakan pusat-pusat jagaan kanak-kanak supaya dapat menolong meringankan tanggungjawab suami isteri yang bekerja. Ada ramai Yang Berhormat juga tidak faham mengapa wanita hari ini ramai yang tidak berkahwin walaupun sudah mencapai umur untuk berkahwin. Saya rasa ramai wanita hari ini berpendapat bahawa perkahwinan itu tidak menjadi satu halangan untuk mereka mencapai karier yang lebih tinggi. Kita lihat ramai suami selepas berkahwin mereka masih dapat bermain bola selepas kerja, pergi ke bandar lain atau ke luar negeri untuk bekerja tetapi wanita selepas berkahwin mereka dibebani dengan kerja-kerja yang menyebabkan ramai di antara mereka tidak dapat menguntukkan masa dan karier sendiri. Sekiranya kerajaan mengadakan dasar yang dapat menyenangkan tanggungjawab wanita dalam urusan rumah tangga saya rasa ia akan menggalakkan lebih ramai wanita untuk mendirikan rumah tangga.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, saya ingin menegaskan di sini bahawa perspektif wanita adalah penting dalam penggubalan dasar. Contohnya, sekiranya perspektif ataupun pandangan wanita diambil kira dalam perkahwinan. Walaupun kita tahu Islam membenarkan suami berkahwin empat, di Malaysia dia mesti mendapat persetujuan isteri pertama tetapi beberapa tahun yang lalu di Perlis dikatakan tidak perlu mendapat persetujuan isteri pertama. Saya rasa sekiranya wanita diminta memberi pandangan mereka, mereka tentu tidak setuju. Di Turki di mana penduduknya 98% adalah Muslim tetapi Turki juga mengatakan seorang manusia itu tidak dapat berlaku adil kepada dua orang isteri. Jadi undang-undang mereka tidak membenarkan seorang Muslim berkahwin empat. Sekiranya pandangan wanita diambil kira saya rasa mereka akan bersetuju dengan apa yang dilaksanakan di Turki.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Panjang lagi ucapannya, Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sedikit lagi. Inilah yang saya hendak buktikan bahawa pandangan wanita adalah berlainan daripada lelaki dan adalah penting pandangan mereka diambil kira. Umpamanya, mengenai HIV dan AIDS bahawa sekarang ini lebih ramai suri rumah tangga yang menghidapi HIV positif kalau dibandingkan dengan sex worker. Kita selalu beranggap bahawa sex worker ini mungkin lebih berisiko tinggi tetapi pada masa sekarang sex worker ini mereka sudah mendapat makluman bagaimana hendak melindungi diri sendiri dan pelanggan-pelanggan mereka. Akan tetapi suri-suri rumah tangga yang tidak sedar bahawa mereka juga exposed kepada risiko ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang tidak berdosa, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, mereka yang memang tidak berdosa. Sekiranya suri rumah tangga yang menjadi HIV Positif anak mereka juga akan menghadapi risiko. Inilah yang penting di mana bahawa pembendungan HIV ini mesti ada pendekatan dan perspektif gender dari segi wanita juga supaya kita dapat membendung ataupun melindungi suri rumah, housewives yang tidak berdosa ini. Baru-baru ini saya lihat dalam satu artikel di mana Presiden kepada Malaysia AIDS Council, Dr. Adibah yang mengatakan bahawa masalah yang kita hadapi sekarang ialah kita tidak dapat menggunakan perkataan “kondom” ini di dalam pencegahan HIV di mana ini memerlukan pengetahuan mengenai perlindungan dan seks yang selamat dan bukannya berapa orang sex partner yang seseorang itu ada. Akan tetapi yang pentingnya ialah sama ada perlakuan itu adakah dia mengambil pencegahan dan kondom ini haruslah dilihat dari segi mencegah merebaknya HIV dan penyakit-penyakit yang lain. Sekiranya saya rasa seorang lelaki yang bertanggungjawab yang cinta kepada isterinya dan keluarganya paling baik ialah tidak mengadakan perlakuan ataupun tidak adakan seks di luar perkahwinan. Akan tetapi kita tahu ramai lelaki yang buat begitu yang mereka mengatakan jadi masalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sangkaan jahat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Yang mereka mengatakan masalahnya ialah selalu gunakan bilik yang sama dan bukan kelakuan itu yang tidak betul. The problem is using the same room. Jadi di sini ia merupakan kelakuan sosial tetapi untuk melindungi housewife yang tidak berdosa dan juga anak-anak mereka saya hendak merayu supaya kita memilih di antara dua wise. Kita pilih yang lebih ringan yang dapat melindungi wanita yang tidak berdosa. Jadi saya pohon supaya kondom dipromosikan untuk mereka yang melakukan kelakuan yang berisiko tinggi dan juga di mana saya rasa sexual crime untuk mengatasi jenayah seksual ini kita juga perlukan ada perspektif wanita perspektif gender. Mengapa selalunya mangsa-mangsa kepada rogol ialah wanita dan bagaimana kita hendak tolong bagi bantuan kepada mangsanya?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dalam perkara Ini memerlukan pandangan mangsa sendiri dan juga pandangan perspektif wanita kerana lelaki tidak pernah, mereka tidak pernah menghadapi risiko mereka tidak faham. Jadi Kementerian Dalam Negeri kita perlukan ada satu unit supaya dia mengenali orang-orang yang gender sensitif itu mengenali kes-kes sexual crime supaya mereka lebih senang untuk mangsa-mangsa ini tampil ke depan untuk mencari keadilan. Jadi inilah yang saya katakan ini adalah penting untuk pandangan ataupun perspektif gender. Di surat khabar kita pun lihat bahawa banyak berita wanita-wanita ataupun remaja gadis-gadis dari Sarawak, dari pedalaman dari luar bandar datang ke bandar dan mereka senang percayakan kepada orang lain. Mereka pergi dating dan apabila keluar dating kali pertama dirogol. Saya rasa patutlah kita mengadakan satu program untuk mengatasi ataupun mengurangkan gejala-gejala seperti ini. Kita perlu mengadakan program untuk remaja di luar bandar atau di bandar untuk mendidik mereka bahawa jangan ambil kesempatan. Yang lelaki itu jangan ambil kesempatan ke atas gender yang lain. Yang dara itu kita mendidik supaya jangan senang percaya kepada lelaki kerana hanya lelaki dapat mengambil kesempatan ke atas kita. Jadi saya rasa ini yang kita perlu. So, kita perlukan pandangan dan perspektif wanita untuk mengatasi gejala-gejala ini. Saya rasa Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kinabatangan boleh bersetuju betul tidak?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia setuju Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu sahaja Yang Berhormat? Sudah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Satu lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita sudah bagi banyak peluang Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya satu lagi saya rasa dalam industri hiburan ini. Dalam industri sekarang kita ramai wanita yang bekerja di dalam industri hiburan. Walaupun mereka di pandang rendah dihinakan kerana jenis pekerjaan tetapi sekiranya kita mengambil kira. Sekiranya dalam industri hiburan ini tiada wanita tiada PRO wanita adakah industri ini dapat dijalankan? Saya tidak kata bahawa ini adalah satu pekerjaan yang halal. Sama ada halal atau tidak itu adalah masalah moral dan bukan masalah undang-undang. Akan tetapi apa yang mereka hadapi ini ialah eksploitasi. Sekiranya kita memandangkan mereka sebagai juga pekerja yang menyumbangkan kepada ekonomi negara kita mereka juga sebagai pekerja. Mereka harus diberi perlindungan bagaimana kita melindungkan mereka daripada dieksploitasi oleh pelanggan mereka dan oleh majikan mereka. Dari segi sini saya rasa sekiranya seseorang yang dapat bekerja mencari kerja yang lain mereka tidak kerja sebagai GRO. Ramai mereka di antara mereka ialah ditipu. Ada juga dari mereka ialah ibu tunggal yang tidak ada cara lain untuk mencari rezeki. Jadi saya meminta supaya kita melihat perkara-perkara seperti ini secara realiti apa yang berlaku dan bukan menggunakan moral sahaja tetapi menggunakan realistik apakah realiti kehidupan ini, mereka perlu rezeki. Dan sekiranya kita boleh, kita memberi rezeki kepada mereka jadi mereka tidak perlu menceburi di dalam pekerjaan seperti ini. Sekiranya kita tidak mampu membela mereka kita mesti sekurang-kurangnya mengadakan undang-undang yang boleh melindungi mereka dari further exploitation by other people.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, sangat terima kasih itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya mintalah bataskan penglibatan lelaki berbahas dalam soal wanita ini. Yang Berhormat kita ada lima kementerian hari ini dan esok Yang Berhormat. Yang berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang berhormat Silam, sudah bagi banyaklah peluang dengan Yang berhormat Silam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ada banyak kementerian tidak bahas Tuan Pengerusi bagilah kali ini saya berbahas.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

...Kerana memberi saya peluang untuk membahaskan dalam jawatankuasa ini dan sebelum saya berbahas saya ingin...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkaskan sahaja Yang Berhormat ya.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ya, saya hendak mengalu- alukan kehadiran bersama kita semua wanita. Saya percaya jururawat-jururawat yang telah mendengar perbahasan dari Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 010200 – Dasar Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di mana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan telah dengan jelasnya dasar kerajaan diketengahkan untuk terhadap kesaksamaan gender di mana dalam tempoh lima tahun mulai tahun 2006 hingga 2010. Hasrat sektor awam adalah untuk mempercepatkan penyertaan 30% wanita dalam jawatan yang tertinggi iaitu jawatan yang boleh membuat keputusan bagi wanita di Malaysia yang terdiri 49.1% dari populasi di Malaysia ini. Menurut dengan izin, Female Labour Force Participation Rate 2005, purata wanita yang ditempatkan pada kedudukan pembuat keputusan hanya 5.5. Jadi kita masih nampak pada hari ini, masih nampak lagi pelaksanaan ini masih di peringkat minimum lagi kerana kalau kita perhatikan dalam Dewan ini pun tidak ramai wanita dan kita masih belum mencapai hasrat kerajaan itu. Apa yang kita hendak tahu dari kementerian ini apakah strategi dan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan dasar ini bukan hanya dasar di letak di kertas-kertas sahaja, ditulis untuk memuaskan hati wanita yang berada di Malaysia ini? Kita hendak melihat kesungguhan ini dinyatakan ditunjukkan kepada kita bukti-bukti tertentu dan melibatkan kita. Terutama sekali macam kita di Dewan ini kalau ada pun berapa ramai sahaja yang boleh membantu wanita untuk memperkasakan wanita, mengetengahkan isu-isu wanita untuk memastikan kita mendapat apa yang kita mahu. Bukan hanya untuk kita sendiri tetapi untuk masyarakat keseluruhannya di negara ini. Saya juga hendak....

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan. Support, just to support the statement. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan memastikan bahawa penyertaan wanita di peringkat nasional ini sekurang-kurangnya 30%. Yang kita lihat suatu masa dahulu hampir-hampir tercapai dan sekarang ini nampak dia agak makin jauh sedikit berkurangan. Jadi dalam masa kita hendak mengejar, hendak mencapai penyertaan wanita 30% sebagai pembuat dasar, adakah kita harus ada sistem sokongan iaitu kesan kepada masyarakat terutamanya bagi wanita yang berkarier ini. Kalau tidak ada sistem sokongan, kita akan lihat implikasi yang saya anggap agak tidak baik, kerana tumpuan kepada berkarier ini menyebabkan ada faktor-faktor lain dari segi tanggungjawab-tanggungjawab yang seharusnya dipikul ini tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Apa pandangan Yang Berhormat?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Arau. Memang saya bersetuju sebab itu tadi saya mengatakan kita hendak melihat, apakah strategi dan sistem yang hendak dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menunjukkan kesungguhan supaya kita dapat mencapai apa yang kita hasratkan. Oleh sebab itu, saya hendak mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih sebab ramai saya nampak di kalangan Yang Berhormat dari kaum lelaki telah menunjukkan dan memberi kita respons untuk sama-sama menyertai kita dalam Gender Equality Committee, dengan izin supaya kita dapat sama-sama memikir dan juga merancang serta memberi saranan kepada pihak kerajaan untuk melihat dari segi perspektif lelaki. Sebab kita wanita ini memerlukan sokongan dari kalangan lelaki. Kalau tidak sukar untuk kita mencapai hasrat kerajaan yang telah dinyatakan untuk mencapai 30% penyertaan wanita. Saya teruskan dengan cadangan yang kedua, iaitu untuk mewujudkan Kementerian Wanita sahaja secara khusus, sebab perkara ini telah lama disuarakan. Tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam menyatakan perkara yang sama dan kita pun sedar bahawa apa yang ada pada masa kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat fokus dan skopnya begitu besar dan ia merangkumi seluruh negara. Jadi kita beranggapan ini agak sukar untuk betul-betul membantu wanita mencapai hasrat penyertaan 30% dan juga membantu wanita dalam semua aspek. Misalnya dari segi ekonomi, sosial, perundangan dan banyak lagi perkara lain bagi membantu khususnya perkara-perkara yang melibatkan wanita. Jadi kita hendak mencadangkan supaya kementerian ini diubahsuai ataupun ditukar namanya dan juga skop tugasnya, supaya hal-hal dari segi kebajikan dan hal-hal lain yang begitu banyak, dimasukkan dalam kementerian ini, diserahkan kepada satu kementerian yang lain ataupun diaturkan secara diubahsuaikan. Dan mintalah kementerian ini dikhususkan kepada hal-hal mengenai wanita kerana ini juga menjadi satu kekangan dan juga satu beban kepada kementerian ini. Sebab kalau kita perhatikan misalnya di Sarawak satu negeri yang begitu besar luas negerinya, tetapi Kementerian Wanita perlu melakukan banyak perkara. Dan sekarang ini kita memang sudah lama mencadangkan supaya Biro Wanita di negeri Sarawak dijadikan satu jabatan supaya ianya boleh memfokuskan khusus kepada perkara-perkara berhubung dengan wanita. Supaya ia boleh mengadakan program-program khusus untuk wanita dan lebih fokus kepada perancangan untuk mencapai hasrat kerajaan iaitu dasar kerajaan mencapai 30% penyertaan wanita.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bolehkah Yang Berhormat habis dalam masa tiga minit lagi?

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Okey, saya ambil yang lebih penting. Satu lagi ialah, sebenarnya saya ada enam lagi perkara tetapi saya ambil khusus Butiran 020000 - Pembangunan Wanita, iaitu mengenai peranan media. Saya hendak mengambil peluang ini untuk memaklumkan bahawa ramai yang mengetahui terutama sekali wanita sedar bahawa pada 8 Mac tiap-tiap tahun adalah Hari Wanita. Jadi kita minta pihak Kementerian Pembangunan Wanita kali ini untuk bekerjasama dengan Kementerian Penerangan untuk memohon agar kementerian memainkan peranan yang penting kali ini untuk memberi kesedaran dan memperkasakan wanita dengan mengadakan program-program melalui media elektronik, media masa yang lain. Untuk mengadakan program-program khusus untuk wanita pada setiap hari melalui radio, televisyen ataupun di akhbar-akhbar supaya memperkasa kaum wanita melalui program perundangan atau melalui forum dengan memberi kesedaran mengenai perundangan dan juga hak-hak wanita yang lain dan mengetengahkan juga wanita-wanita yang telah berjaya. Macam mana mereka berjaya untuk menjadi motivasi kepada wanita- wanita yang lain.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Dan satu lagi sebelum saya mengakhirinya Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Pejabat Kebajikan di negeri Sarawak misalnya di tempat saya sendiri di Batang Sadong tidak mencukupi pegawai. Hanya satu orang sahaja pegawai. Macam manalah pegawai ini seorang sahaja pergi menguruskan projek kebajikan, projek cari dan semua projek lain. Satu lagi Tuan Pengerusi, saya sudah gagap sebab hendak cepat disuruh habiskan. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) – Butiran 060000. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada LPPKN kerana membantu banyak program di negeri Sarawak. Cuma satu perkara yang perlu saya nyatakan di sini dan telah kita suarakan beberapa kali waktu mesyuarat melalui Majlis MPWK. Apa yang selalu diperlukan kalau ada program melalui LPPKN, melalui MPWK kah biasanya dimintakan kalau adakan program melalui katerer diminta katerer yang mempunyai syarikat. Kalau kita di Sarawak saya tidak tahulah di Semenanjung. Kalau kita di Sarawak agak sukar hendak mencari syarikat kalau tempat itu kampung yang jauh-jauh. Jadi saya memintalah kalau boleh kementerian memohon kepada, mungkin peraturan dari segi kewangankah untuk mencari jalan yang lain supaya perkara ini boleh dikecualikan kepada kawasan yang terlalu remote, dengan izin kampung-kampung ini yang diperlukan untuk memberi lesen katerer yang melibatkan diri dalam menyediakan jamuan untuk program- program ini. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian ini. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari OKU. Saya mendengar daripada radio Bernama iaitu hari ini adalah Hari OKU Sedunia. Saya harap Menteri dapat betulkan kalau sekiranya saya salah. Saya terus sahaja kepada muka surat 595 bagi Maksud B.48 untuk Butiran 010000 – Pengurusan dan Perancangan Dasar secara keseluruhannya di mana dilihat di sini peruntukannya menurun daripada RM100 juta kepada RM61 juta. Penurunan hampir 40% ini tidakkah akan menjejaskan pengurusan kementerian? Saya juga ingin bertanya apakah pembahagian tanggungjawab antara Menteri, Timbalan Menteri dan penasihat kepada pembangunan keluarga dan wanita ini sebab kita lihat di sini ada satu tenaga lebih iaitu penasihat kepada Perdana Menteri dalam urusan wanita dan keluarga. Jadi kita mahu mendengar apakah pembahagian-pembahagian tugas dan tanggungjawabnya. Seterusnya untuk Butiran 010500 mohon beri penjelasan, sejauh manakah Pelaksanaan Dasar Sosial Negara yang ada. Secara umumnya, kita dimaklumkan bahawa Dasar Sosial Negara itu adalah satu dasar utama yang menjadi payung kepada dasar- dasar yang lain. Kemudiannya berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di peringkat antarabangsa. Jadi saya ingin bertanya, tidak adakah ada satu perancangan daripada kementerian untuk memastikan Dasar Sosial Negara ini juga mengambil kira inti pati daripada ajaran agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan nilai-nilai murni agama lain juga secara universal? Kemudiannya, seterusnya dalam muka surat 596, untuk Maksud B.48 juga Butiran 040000 – Kebajikan Masyarakat. Saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan sejauh manakah kecekapan khidmat pengurusan dari hal kebajikan masyarakat berjalan di bawah kementerian setakat ini dan adakah Yang Berhormat Menteri berpuas hati? Secara umumnya kita masih lagi melihat dan mendengar pelbagai rungutan daripada rakyat jelata di mana contohnya ibu-ibu tunggal dan warga emas khususnya mereka yang mendiami kawasan luar bandar masih lagi belum mendapat bantuan ataupun bantuannya lambat dan sebagainya.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya juga ingin bertanya adakah kementerian bercadang untuk menaikkan kadar kelayakan terima elaun bantuan untuk mereka orang-orang OKU ini. Ini adalah sebab sekarang ini adalah di bawah RM750. Bolehkah dinaikkan sehingga kepada RM1500 pendapatan isi rumah? Kemudiannya kita juga memohon supaya perkiraan untuk OKU ini juga hendaklah dikira antara yang bujang dengan yang berumah tangga. Walaupun mungkin pendapatannya lebih daripada kelayakan minimum, tetapi saya kira kalau sekiranya OKU ini telah berumah tangga dan juga anak-anak yang perlu disara, jadi perlu juga diberi kelonggaran di situ. Kemudian seterusnya Butiran 040300 – Kaunseling dan Psikologi meliputi isu dan kes-kes yang terlibat. Sejauh manakah kewujudan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ini dihebahkan kepada rakyat dan pencapaiannya dalam membantu kehidupan masyarakat? Kita lihat di sini, masalah institusi kekeluargaan sekarang yang begitu agak rapuh. Kalau kita ikuti senario terkini di mana artis-artis sepanjang tahun ini hampir lima belas pasangan yang telah bercerai. Jadi saya lihat di sini, mungkin dari segi kaunseling dan psikologi yang dijalankan oleh kementerian agak kurang dapat memberi keberkesanannya kepada masyarakat. Kemudiannya Butiran 040800 - Kanak-kanak. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan tentang apakah langkah-langkah komprehensif yang sudah dan akan diambil oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah kes kehilangan kanak-kanak yang kini semakin meruncing iaitu purata kes 3.5 kanak-kanak hilang setiap hari. Adakah kerajaan berhasrat untuk membuat kajian dan siasatan secara holistik tentang kes ini iaitu kemungkinan kanak-kanak ini menjadi korban mangsa penganut- penganut ajaran sesat ataupun mungkin diambil organnya untuk tujuan perubatan ataupun mungkin diambil oleh sindiket meminta sedekah. Untuk Butiran 041200, minta Yang Berhormat Menteri menyatakan statistik bagi kes-kes juvana dan sejauh manakah pesalah-pesalah juvana ini dibimbing dan kesannya terhadap perubahan sikap mereka. Juga sila nyatakan berapakah pusat-pusat pemulihan juvana serta berapa ramaikah penghuninya sejak tahun 2000 sebelum ini. Apakah yang berlaku kepada pesalah juvana yang masih lagi berada dalam lokap dan juga dalam penjara sehingga mereka ini terdedah kepada penjenayah tegar. Kemudiannya untuk Butiran 05000 – NAM Institute for the Empowerment of Woman. Memandangkan ia menerima peruntukan yang mencecah sehingga lebih RM8 juta, apakah program-program yang dirancang? Apakah bezanya program-program sebelum ini dengan program daripada NIEW ini, singkatannya. Untuk Butiran 00102 – Dewan Nur, minta Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlah dewan yang dibina mengikut pecahan negeri dan kawasan. Sejauh manakah Dewan Nur ini bermanfaat kepada pembangunan program wanita setempat, kelengkapan prasarana yang ada dan seumpamanya. Kemudian yang terakhir sekali ataupun yang kedua terakhir, Butiran 00504 – Rumah Kanak-Kanak. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan kewujudan rumah kanak-kanak yang diinisiatifkan oleh individu dan kumpulan-kumpulan ataupun NGO memenuhi satu standard piawaian tertentu bagi memastikan individu dan kumpulan tersebut mempunyai tahap kemampuan dan kesediaan mewujudkan rumah-rumah seumpama itu. Kita bimbang kadang-kadang ada juga kumpulan-kumpulan yang mengambil kesempatan di mana anak-anak ini diperagakan dan kemudiannya meminta bantuan padahal sebenarnya mereka ada kepentingan tersendiri. Anak-anak ini terbiar tetapi mungkin individu dan kumpulan tertentu akan mendapat bantuan dan bantuan itu masuk dalam poket mereka.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Walau bagaimanapun, ada juga rumah yang telah pun beroperasi seperti pernah saya bangkitkan sebelum ini iaitu Rumah Titian Kasih Titiwangsa, telah beroperasi selama 10 tahun dan mungkin ada sedikit-sebanyak kekurangan di sana sini tetapi tidak mendapat lesen daripada JKM. Malangnya pegawai JKM sendiri menghantar pesalah-pesalah sosial ataupun kanak-kanak yang terbiar ataupun ibu-ibu dan wanita yang teraniaya ke rumah tersebut. Jadi macam mana boleh ada discrepancy seperti ini? Satu jabatan tidak mahu memberikan lesen, satu jabatan lagi menghantar ke rumah yang dijalankan ataupun yang dikendalikan oleh NGO ini. Seterusnya Butiran 00900 – Institut Sosial Malaysia. Saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan tentang perjalanan dan objektif ISM ini, visinya dan juga peranannya dalam pembudayaan masyarakat. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya beri seorang lelaki daripada sini, seorang daripada sini. Selepas itu wanita sahaja. Yang lain itu tidak payah Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Kinabatangan dan kemudian saya bagi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Ini macam main gender Tuan Pengerusi. Walau bagaimanapun, terima kasih. Saya ingin berbicara walaupun ini Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin dia wanita, wanita ini pun dilindungi. Jadi saya ingin berbicara berhubung dengan Butiran 04100 – Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita. Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa misi kerajaan untuk meminta kementerian ini menyelesaikan masalah sosial masyarakat kita tidak terlaksana. Sebab apa? Mungkin komitmen kerajaan itu memang ada, cuma pelaksanaan kita macam melepaskan batuk di tangga. Acu tidak acu iaitu hanya sekadar mungkin menjalankan kewajipan atas dasar tanggungjawab tetapi bukan atas dasar kesungguhan. Kalau kita berjaya, sudah tentu kementerian ini telah menghasilkan sesuatu impak ke arah melihat bagaimana masyarakat sosial kita terutama sekali masyarakat wanita ini tidak terperangkap dalam banyak keadaan. Contohnya, bantuan kebajikan masyarakat. Mungkin di dalam bandar, ada NGO-NGO, masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan dalam bandar mereka ada persatuan untuk memerangi dan membantu mereka. Akan tetapi di kampung-kampung, di luar bandar, mereka tidak tahu berpersatuan. Yang menjadi mangsa, yang menanggung beban segala-galanya ini adalah wakil rakyat termasuk juga Tuan Yang di-Pertua menjaga kebajikan wanita di kawasan. Jadi kementerian ini harus fokus dan berbincang dengan kementerian di peringkat negeri-negeri bagaimana kita serius untuk menangani isu-isu melibatkan kebajikan. Kalau kita bantu RM150 satu bulan, RM200 satu bulan, ini rasa saya bukan bantuan yang sewajarnya. Kita tidak boleh beri orang ikan hari-hari. Akan tetapi kementerian harus mencari pendekatan, kita bagi dia pancing. Kita bagi dia alat-alat untuk menangkap ikan supaya dia boleh menjual ikan itu hari-hari dan kita tidak lagi golongkan dia dalam bantuan kebajikan. Bagaimana orang hidup dengan bantuan RM80, RM120? Ini tidak masuk akal. 30 tahun yang lalu mungkin masih boleh diterima. Hari ini sudah tidak boleh! Hari ini kita ada program cari-cari. Saya sudah cari tapi saya mahu tengok. Jangan nanti saya cari ribu-ribu orang, dia kata terlampau banyak. Ha, ini tidak betul. Saya cuma mengambil peringatan. Jadi saya melihat bahawa kementerian ini merupakan satu kementerian yang banyak keperluan dia. Menjaga kepentingan hal ehwal wanita, kebajikan OKU, kebajikan orang ramai yang tidak berkemampuan. Bermakna, kementerian harus berbincang dengan kerajaan bagaimana memperbanyakkan peruntukan, menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan masalah sekarang tidak selesai, esok ada lagi masalah. Dari segi penyelesaian lain untuk meyakinkan ibu bapa, saya rasa kementerian juga gagal. Sebab pertama, kita banyak kehilangan anak-anak kecil. Itu satu perkara. Kita juga banyak kehilangan remaja-remaja wanita yang berumur 17 tahun, 13 tahun kerana cinta dengan orang seberang. Saya ada contoh. Empat saya baca yang berkesempatan iaitu kes pertama Rini anak Ah Seng, 18 tahun dari Sarawak mengikuti seorang remaja dari Kalimantan berusia 27 tahun. Selepas tiga bulan baru balik dan menyatakan penyesalan. Kes kedua Melisa Saidin, 13 tahun. Bayangkan 13 tahun mengikuti kekasihnya ke Sulawesi hilang 27 hari. Kes yang paling mengejutkan iaitu gadis Malaysia terjerat dengan cinta lelaki asing melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun Tuan Pengerusi. Nor Azlin Chek Ishak mengikuti empat bulan kekasihnya ke Lombok Indonesia yang berusia 27 tahun dan yang keempat Nor Fadilah Ahmad, 18 tahun juga hilang enam bulan ke Indonesia. Kenapa pilih kekasih lelaki asing? Kenapa ibu bapa kurang perhatian terhadap anak-anak di bawah umur ini? Apakah ini menjadi satu inspirasi kepada mereka atau pun ada kejanggalan yang perlu dipikul oleh kementerian ini ke arah melihat bahawa gejala- gejala seumpama ini harus dibendung. Oleh kerana itu, saya ingin menyarankan kementerian ini sama ada menteri, pegawai-pegawai penguat kuasa di semua peringkat bahawa tugas kita semua ialah menyelesaikan dan mencari pendekatan yang baru ke arah bagaimana mengangkat martabat, darjat mereka yang perlu perlindungan, yang perlu bantuan. Sudah lah bantuan ala kadar, RM120 itu pun susah mahu dapat. Kalau di Kinabatangan, mahu ambil RM120, dia punya kos tambang pun sudah RM40. Macam mana mahu hidup? Itulah sebabnya banyak gejala-gejala sosial. Mereka yang sudah tidak tahan, nanti tidak mampu, kerja di kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini pula dilihat sebagai kerja bawahan sedangkan mereka mencari nafkah. Jadi, kementerian harus peka, harus melihat kita sudah berada dalam ambang yang penuh cabaran. Kita lihat bagaimana cabaran itu kita boleh tangani dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Jangan cuma bekerja waktu pejabat, cuma bekerja sebab ada pembayaran gaji dan sebagainya. Kita pakai akal kita, guna hati kita untuk melihat bagaimana masalah itu boleh kita atasi. Barulah kita boleh berjaya dalam industri yang melibatkan masyarakat kita supaya tidak di putar belitkan dan dimanipulasikan oleh warga-warga asing. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Wanita. Tuan Pengerusi, sebelum ini saya ada membangkitkan satu soalan berkenaan pindaan udang-undang yang mendiskriminasikan wanita sama ada undang-undang tersebut akan dipinda sebelum tamatnya Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Pengerusi, yang ingin tahu daripada pihak kementerian mengapakah jawapan demikian boleh disampaikan kepada Ahli. Apakah maksud di belakang jawapan ini. Saya ingin memetik jawapan ini, “Proses penyemakan semula undang-undang ini merupakan satu proses yang berterusan yang melibatkan pelbagai agensi dan ia memerlukan penelitian bagi memastikan pindaan yang dibuat tidak mengakibatkan impak negatif ke atas kumpulan sasar yang lain dan kepentingan negara.” Saya tahu dalam aspek mana apabila wanita-wanita menyeru pindaan undang- undang yang mendiskriminasikan wanita, ia akan menimbulkan impak negatif dan ia akan membawa akibat yang buruk kepada kepentingan negara. Jadi, saya sangat terkejut, populasi kita 50% dalam negara ini. Bagaimana jawapan boleh kata kalau kita perlu kaji agar dia tidak membawa impak negatif, saya hendak tahu aspek mana? Bukankah ini satu peranan yang patut dimainkan oleh pihak kementerian bagi menghapuskan undang-undang diskriminasi? Ini persoalan pertama.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Persoalan kedua ialah sebelum ini Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa soal jawab telah membangkitkan bahawa apa yang boleh dilaksanakan untuk meminda undang- undang yang mendiskriminasikan wanita telah dilaksanakan. Input-input telah dipanjangkan kepada kementerian berkenaan. Saya tahu mengapa ia mengambil masa yang begitu lama. Saya percaya ramai NGO telah mengenal pasti undang-undang yang perlu dikaji. Saya bagi contoh, Law Reform (Marriage & Divorce) Act, Akta keganasan Rumah telah berulang-ulang kali telah dibangkitkan oleh kami di sini dah lebih lapan tahun Tuan Pengerusi. Mengapakah pihak kementerian tidak mengambil tindakan yang lebih agresif bagi memastikan kementerian-kementerian yang lain memandang berat ke atas cadangan atau input pindaan ke atas undang-undang ini yang disampaikan kepada kementerian yang lain tersebut. Jangan risau, kami akan menyokong. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen lelaki juga akan menyokong sebab mereka mempunyai isteri, mempunyai anak perempuan. Jadi, saya hendak tahu, apa masalah yang timbul dalam pihak kementerian. Ini perkara yang kedua. Perkara ketiga ialah berkenaan pelan tindakan bagi mencapai sekurang- kurangnya 30% wanita di peringkat pembuat keputusan. Yang Berhormat, saya ada satu jawapan kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak tahu apakah pendekatan yang ada digunakan agar kementerian boleh mencapai 30% ini. Kita tidak mahu melihat berulangnya insiden di mana Naib Canselor Universiti Malaya, dua tahun kontrak tidak dilanjutkan atau kita ada Ketua Polis Trafik, jawatannya dipegang dalam tempoh yang begitu singkat sahaja. Selepas itu ditukar ke jawatan yang lain. Jadi, saya hendak tahu pendekatan yang akan digunakan untuk mencapai 30% dalam peringkat pembuat keputusan. Akhirnya, Tuan Pengerusi. Ini berkenaan bantuan kepada ibu-ibu tunggal. Sebelum ini saya ada bangkitkan. Yang Berhormat Menteri juga ada memberi maklumat kepada saya menyatakan bahawa seorang anak, RM100 maksimum RM450 kepada ibu tunggal yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM720. Sebenarnya, saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri, saya juga percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga memahami ramai wanita kita sekarang ini sebenarnya berkemampuan, capable dan saya boleh katakan tidak suka meminta bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan. Akan tetapi, persoalannya ialah jumlah yang diberi tersebut sebenarnya tidak mencukupi. Saya beri contoh Tuan Pengerusi. Satu kes di kawasan saya. Saya sangat sakit hati apabila saya melawat seorang ibu tunggal India, lapan orang anak. Sewa kena bayar RM120, bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah, RM450. Anak berumur 18 tahun, 17 tahun, 16 tahun, 14 tahun, 12, tahun, 10 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Tiga orang anak yang sulungnya kena pergi bekerja, tidak dapat menghabiskan pendidikannya. Anak yang berumur 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun berhenti belajar kerana perlu menjaga adik yang kecil berumur 5 dan 2 tahun. Jadi, mesti ada satu program di mana boleh memberi sokongan kepada kumpulan ini agar mereka boleh berdikari. Bantuan bulanan yang diberi, mungkin pada pendapat saya adalah tidak mencukupi dan ia tidak boleh berpanjangan. Ia mesti memberi mereka seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan pancing. Saya mahu bantu mereka tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu pimpin yang Menteri boleh tunjuk ajar dan kes-kes tuntutan nafkah juga. Ibu-ibu tunggal jumpa saya dia kata, apa boleh saya buat. Saya kata kecuali pergi ke kes, pergi ke mahkamah untuk fail mengatakan bahawa perintah tidak diikuti, nafkah tidak dibayar oleh suami. Mereka kata mereka tidak ada kewangan. Biro Bantuan Guaman, apakah pihak kementerian memastikan ia mempunyai pegawai ke bawah yang boleh berbahasa yang lain, sebab ada banyak kes-kes penceraian melibatkan mereka bukan Islam. Mereka susah untuk berurusan di Biro Bantuan Guaman. Apabila saya menyerahkan kes, “Saya kata boleh. Jika tidak mampu untuk ambil peguam boleh pergi ke Biro Bantuan Guaman”. Akan tetapi mereka kata mereka tidak fasih dalam berbahasa Melayu. Akhirnya saya hendak tahu. Betulkan saya kalau saya silap. Mengapakah sehingga hari ini kementerian Yang Berhormat Menteri masih tidak membuat sebarang kenyataan bagi membantah kata-kata yang berunsur sexist dan lucah yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mengapa, Tuan Pengerusi? Ada orang ketawa dia tanya mengapa sampai hari ini kes dan perkara ini tidak diselesaikan lagi. Mengapa tidak ada tindakan tegas, tidak diambil? Mengapa ahli-ahli wanita tidak boleh bersatu padu untuk menghapuskan kenyataan dan kata-kata yang telah merendah-rendahkan wanita dan berunsur sexist dan lucah berlaku dalam Dewan yang mulia ini. Saya pohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada 010200, Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Insiden Yang Berhormat Pasir Salak pada 26 November itu telah disiarkan melalui TV Nasional dan membawa disgrace kepada Parlimen Malaysia. Ramai kawan saya mengadu bahawa sikap Yang Berhormat itu sangat menghina pihak wanita. Beliau telah menunjukkan sikap tidak menghormati pihak wanita sama ada di dalam Dewan atau di luar Parlimen. Ini bukan satu isu wanita saja. Bukan satu isu gender saja sebab sebahagian Ahli- ahli Parlimen lelaki juga tidak dapat terima kata-kata itu. Mereka juga mengutuk atau condemn sikap menghina kaum wanita itu. Permintaan maaf oleh Yang Berhormat tidak menjadikan beliau tidak salah kerana perosakan sudah dikenakan terhadap penghormatan pihak wanita. Selaku seorang wakil rakyat wanita, saya tidak boleh buat tidak tahu berkaitan masalah ini. Saya berharap Tuan Pengerusi akan mengambil tindakan tegas terhadap Yang Berhormat tidak bertanggungjawab pada masa depan supaya insiden seperti ini tidak berulang di Dewan yang mulia ini. Memandangkan kerap berlakunya insiden tidak menghormati status wanita di Parlimen, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk membetulkan isu ini...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Saya hanya ada sepuluh minit saja.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Satu saat saja, satu saat saja.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkas ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya rasa perkara ini bukan isu wanita saja. Ini melebihi gender. Saya rasa Timbalan Speaker pun tidak dapat menerima percakapan seperti itu. Saya rasa tidak ada seorang pun mana-mana Ahli Yang Berhormat yang dapat menerima perkataan seperti itu. Itu sudah menghina dan disgrace to the whole Parliament and whole Malaysia. Jadi yang saya rasa Timbalan Speaker dan juga ahli-ahli yang lain sepatutnya sesuara untuk meminta Parlimen ini mengambil tindakan terhadap Yang Berhormat Pasir Salak.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 00300 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Tuan Pengerusi, Malaysia telah mencapai kebanyakan sasarannya. Di antara sasaran MDGs iaitu Millennium Development Goals dari aspek-aspek persamaan gender wanita, mengurangkan dalam kadar kematian kanak-kanak dan kadar kematian ibu-ibu bersalin kecuali usaha memerangi HIV AIDS. Bilangan wanita yang berjangkit dengan HIV didapati kian bertambah dari 90.4% pada tahun 2000 ke 16.3% pada tahun 2007. Ini sangat membimbangkan, walaupun kerajaan telah melaksanakan rancangan-rancangan strategi nasional terhadap HIV AIDS bagi tempoh 2006 hingga 2010.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Saya ingin mengetahui apakah peranan-peranan dan program-program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di samping usaha-usaha Kementerian Kesihatan. Ramai isteri yang telah terjangkit HIV AIDS kerana suaminya dan gadis-gadis yang terjangkit kerana teman lelakinya terpaksa mengalami penderitaan dan berasa malu dalam keadaan gelap tanpa nasihat atau bantuan yang sangat diperlukan. Sebilangan keluarga menghadapi kesulitan kewangan apabila suami-suami terjangkit tidak lagi dapat membiayai kehidupan keluarga. Adakah kementerian bercadang menawarkan sesuatu bantuan kewangan khas untuk menolong keluarga-keluarga yang terbabit terutama sekali keluarga-keluarga yang di mana suami-suami yang terjangkit telah meninggalkan isteri-isteri serta anak-anaknya. Tuan Pengerusi, apakah kementerian bercadang untuk mengatasi jenayah- jenayah pengedaran dadah melintasi sempadan dan eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam aktiviti seks yang merupakan jenayah-jenayah yang mendatangkan banyak kesan buruk. Baru-baru ini sedang bertambahlah kekerapan laporan melakukan kes-kes gadis- gadis dan wanita Malaysia diperalatkan untuk membawa dadah. Ini seharusnya membunyikan siren kecemasan bahawa jaring keselamatan sosial telah dipijak. Bilangan kes yang lapor hanya merupakan sebahagian kecil sahaja di antara semua kes yang sebenarnya berlaku. Apakah program-program yang dicadangkan untuk melaksanakan oleh kementerian untuk mendidik gadis-gadis dan wanita Malaysia? Ini supaya mereka tidak senang jatuh ke dalam perangkap sindiket-sindiket jenayah yang terbabit dalam pengedaran dadah atau eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam aktiviti seks terutama sekali semasa krisis ekonomi sekarang. Memandangkan bertambahnya laporan-laporan keganasan terhadap kanak-kanak dan orang muda termasuk penganiayaan seks. Bagaimanakah rancangan kementerian untuk memantau dan menggalakkan sistem-sistem pelaporan semua bentuk jenayah kanak-kanak dan orang muda supaya mereka dilindungi dengan memastikan maklumat yang dirahsiakan? Saya juga merujuk kepada Butiran 00800 - Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan Daerah. Memandangkan kos hidup yang tinggi di Sabah yang dianggarkan lebih kurang 20% hingga 30% lebih tinggi berbanding dengan purata nasional, bilakah kementerian akan menyelaraskan bantuan warga emas, orang kurang upaya dan balu-balu di Sabah dan Sarawak mengikut standard bantuan di Semenanjung Malaysia? Pada masa sekarang, beza bantuan setinggi RM200 sebulan didapati. Saya mengesah kepada kementerian agar dapat melaksanakan bantuan standard secepat mungkin supaya mengurangkan jurang bantuan sekarang. Dengan itu saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, selepas Puchong, Yang Berhormat Menteri menjawab ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, hanya dua perkara saya ingin bangkitkan khususnya berkenaan dengan B.48 - 040800 berkaitan dengan kanak-kanak. Pertamanya Tuan Pengerusi, ingin saya bertanya kementerian, apakah sebarang peruntukan disediakan untuk membantu menjayakan projek seperti apa yang dinyatakan sebagai The Nurin Alert System. Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu apabila seseorang kanak-kanak itu hilang masalah memang besar untuk mencari kanak-kanak tersebut. Saya ingin dapat tahu, daripada dua tahun yang lalu banyak kes sedemikian, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa terdapat kerjasama di antara pihak polis, di antara pihak-pihak Interpol, pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak-pihak NGO untuk mengatasi masalah-masalah sedemikian.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Misalnya, adakah sebarang cadangan dibuat supaya kerajaan menimbangkan menjadikan ia satu kesalahan untuk seseorang itu tidak melaporkan apabila seseorang kanak-kanak itu didapati oleh beliau, in other words, when a child is found dengan izin Tuan Pengerusi, would it not be an offence if that person does not lodge a police report. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Baru-baru ini Tuan Pengerusi terdapat satu kes lagi di Subang Jaya di mana seorang budak kecil hilang dan satu laporan polis dibuat oleh ayah budak kecil tersebut kerana budak kecil tersebut dikatakan menghidapi penyakit kanser. Dan menurut satu laporan perubatan yang diberikan oleh pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang menyatakan bahawa sekiranya budak itu tidak mendapat treatment dalam masa tiga bulan, budak itu mungkin meninggal dunia. Laporan polis itu dibuat, tetapi kita lihat bahawa terdapat masalah komunikasi di antara pihak polis, di antara pusat kebajikan. Pihak polis menyatakan bahawa tidak menerima kerjasama daripada kebajikan, oleh itu tidak boleh melaksanakan tugas. Pihak kebajikan tidak ingin mengambil sebarang tindakan, pihak kementerian tidak memberi sebarang peluang kepada keluarga tersebut untuk membentangkan kes mereka. Apakah langkah-langkah yang diambil, dan adakah kerajaan serius untuk mengatasi kes-kes di mana kanak-kanak itu hilang ataupun adakah ia sekadar memberi lip service kepada rungutan masyarakat apabila seseorang budak kecil tersebut hilang. Perlukah kita menunggu sehingga budak-budak tersebut dibunuh, diperkosa dan sebagainya, didera sebelum tindakan diambil? Kenapa dalam dua tahun ini tidak ada sebarang tindakan drastik yang diambil untuk menukar keadaan sedemikian. Saya ingin tahu daripada kementerian, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa efforts yang serius diambil untuk memastikan bahawa satu sistem khususnya seperti mana yang saya nyatakan tadi Nurin Alert System dijayakan, itu pertama, Kedua Tuan Pengerusi, isu berkenaan dengan, dengan izin saya gunakan perkataan english, child pornography. Baru-baru ini saya dapati bahawa terdapat satu artikel dari SUHAKAM. SUHAKAM menyatakan bahawa masalah di Malaysia ialah bahawa we do not have a proper definition of child pornography. Saya ingin tahu dari kementerian adakah ini benar? Perkara ini dilaporkan dalam surat khabar The Star pada 30 Oktober tahun ini. Sudah lebih kurang tiga bulan lalu, kenapa tidak ada sebarang kenyataan dari kementerian berkenaan dengan perkara ini? Adakah benar apa yang dinyatakan oleh SUHAKAM bahawa kanak-kanak di negara ini didedahkan kepada kesalahan ataupun masalah child pornography dengan tidak ada sebarang peruntukan khusus untuk melindungi mereka. Tuan Pengerusi, di dalam perkara ini, terdapat beberapa treaty ataupun protokol dan saya nyatakan di sini pertamanya, Convention On the Rights Of the Child On The Sale of Children, Child Prostitution and Child Pornography, as well as the protocol in involvement of children in arm conflicts. Inilah protokol-protokol yang dikemukakan oleh masyarakat sedunia. Saya ingin tahu, adakah kerajaan mengambil sebarang langkah untuk memastikan bawah kanak-kanak negara ini juga dilindungi di seluruh dunia berkaitan dengan masalah ini. Child prostitutions, child pornography and also children in arm conflicts. Sehubungan dengan itu juga kita mempunyai masalah apabila children dihantar ke luar negara untuk sebagaimana yang dikatakan tadi untuk penjualan organ dan sebagainya. Apakah yang dilakukan oleh kementerian.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kepada saya, saya lihat dalam masa yang lalu tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh kementerian. Apabila ada masalah, kementerian hanya mengatakan ya, ya kita akan mengambil tindakan, kita akan tegas, kita akan ini, kita akan itu. Tetapi kita tidak lihat sebarang pindaan, sebarang perubahan, sebarang langkah diambil untuk membawa perubahan-perubahan yang khususnya kepada isu-isu kanak-kanak dan wanita. Kita tidak perlu pergi jauh, saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Kita tidak perlu pergi jauh. Di dalam Dewan ini sendiri Yang Berhormat Pasir Salak mengeluarkan kata-kata yang kesat sekali. Damaging to women all over the world yang membawa Parlimen ini, you brought this Parliament into disrepute and scandal dengan izin. Akan tetapi kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil, Menteri seorang wanita, kenapa tidak ada satu kenyataan. Kalau dalam Dewan ini berlaku satu masalah, dan Yang Berhormat Menteri tidak boleh bertindak, bolehkah kami yakin bahawa di luar Dewan beliau boleh menyelesaikan masalah. Kenapa? Tadi saya melihat Yang Berhormat Tawau menyatakan Tuan Pengerusi juga setuju bahawa perangai Yang Berhormat Pasir Salak tidak boleh diterima. Saya lihat Tuan Pengerusi juga menjawab setuju, tetapi tidak mengambil tindakan. Kenapa? Adakah kita semua takut di sini untuk mengambil tindakan? Saya rasa di sini semua Ahli Yang Berhormat patut memberi sokongan penuh kepada wanita keseluruhan di negara ini apabila satu perkara yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pasir Salak yang menyentuh isu wanita saya rasa kita semua perlu memberi sokongan 100%, we must support the women of this country. Di sini saya minta satu penjelasan juga daripada Tuan Pengerusi kenapa tidak ada tindakan? Satu minta maaf begitu sahaja, a person slaps you and says sorry and you say never mind, it's alright. Tidak boleh Tuan Pengerusi! Ini Parlimen...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan heretkan saya dalam perbahasan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ingin mengkaji keputusan yang saya buat, Yang Berhormat boleh usulkan di dalam proper procedure.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya bangkitkan kerana ada Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya katakan jangan heretkan saya dalam perbahasan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf Tuan Pengerusi, saya ingat tadi Tuan Pengerusi yang lain yang mengangguk kepala. Itu yang saya nyatakan, mereka setuju tetapi tidak mengambil tindakan. Ini menjadi masalah, so di sini saya minta Menteri memberi penjelasan kenapa beliau berdiam diri. Why they silence when the integrity of the women in this country publicly, openly attacked by Yang Berhormat Pasir Salak in the Dewan. Dengan itu saya minta penjelasan, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perkara yang membincangkan soal wanita. Perkara pertama butiran 00300 - LPPKN. Memandangkan penggalakan dan pencegahan kesihatan penting bagi memastikan wanita sihat dan kekal sihat maka penekanan yang lebih perlu diberi kepada pelaksanaan pendidikan kesihatan dan program kesedaran. Antara program yang telah dijalankan oleh kementerian ialah Program Nur Sejahtera yang diperkenalkan bagi mendidik wanita mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan yang kerap, mengamalkan gaya hidup sihat, diwujudkan helpline bagi menyediakan maklumat menyeluruh, bersepadu mengenai talian mengenai penyakit tidak berjangkit, kanser, kencing manis, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan sebagainya.

Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tawau tadi termasuk juga melindungi wanita daripada HIV AIDS dan adakah program saringan HIV sebelum perkahwinan ini menjadi program bersama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Adakah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memberikan sokongan yang penuh supaya program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan ini akan menjadi satu program yang utama dalam memastikan kita akan melindungi hak-hak wanita terutama melindungi mereka daripada penyakit HIV AIDS? Selain daripada itu Tuan Pengerusi, baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Kesaksamaan Gender iaitu Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa kerajaan akan meneliti undang-undang yang ada di negara ini bagi memastikan tidak ada tindakan mendiskriminasikan wanita dengan mewujudkan kesaksamaan gender. Saya hendak tahu apakah undang-undang yang akan diteliti oleh Jawatankuasa Kabinet ini? Adakah kerajaan juga melalui Jawatankuasa Kabinet ini akan mendapat pandangan termasuk daripada Women Caucus yang telah pun ditubuhkan di peringkat Parlimen ini daripada NGO-NGO dan pemimpin-pemimpin wanita tentang perubahan- perubahan pindaan-pindaan yang perlu dilaksanakan terhadap undang-undang yang ada di peringkat negara ini untuk mewujudkan kesaksamaan gender kepada wanita di Malaysia. Selain daripada itu saya juga melihat bahawa dalam tempoh rancangan kerajaan menunjukkan bahawa komitmen bagi mempertahankan hak dan maruah wanita di peringkat antarabangsa dan komitmen ini termasuk juga Mesyuarat Menteri-menteri Wanita APEC, Jawatankuasa ASEAN Mengenai Wanita dan Suruhanjaya Mengenai Taraf Wanita di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan melalui rancangan dua hala Malaysia terus membangkitkan isu-isu gender dan berkongsi pengalaman meningkatkan taraf wanita. Selaku Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Malaysia kita juga telah memasukkan isu berkaitan dengan wanita dan hasil daripada itu penubuhan Pusat Pembangunan Gender NAM di Kuala Lumpur. Saya hendak tahu apakah peranan sebenarnya Pusat Pembangunan Gender NAM di Kuala Lumpur ini? Dan apakah perancangan dan pencapaian yang telah pun dilaksanakan selain daripada penubuhan Pusat Pembangunan Gender ini termasuk juga perancangan dan pencapaian yang telah pun dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender dan adakah gender focal point yang telah pun diwujudkan di setiap kementerian telah pun menjalan dan melaksanakan tugas mereka? Tuan Pengerusi, selain daripada itu bagi Butiran 041100 - Pembangunan Sosioekonomi dan Bantuan di bawah perkara butiran ini terdapat Perintah Khidmat Masyarakat. Setakat ini saya hendak dapatkan makluman setakat manakah program Perintah Khidmat Masyarakat ini telah pun berjaya merubah pesalah-pesalah muda ini dengan membangkitkan keinsafan kepada mereka. Adakah program ini telah berjaya dilaksanakan dan saya merujuk kepada program wanita dan keluarga saya perhatikan program yang dianjurkan oleh kementerian ini kadang-kadang tidak begitu menyeluruh. Saya hendak tahu bagaimana kementerian menilai pencapaian kejayaan sesuatu program yang dianjurkan untuk wanita dan keluarga. Adakah dengan jumlah kehadiran dari segi kuantitinya dan adakah program yang telah diatur telah berjaya merubah gaya hidup wanita untuk menjadikan mereka wanita yang efisien, wanita yang faham tentang tugas dan tanggungjawabnya, wanita yang tahu bahawa kerajaan sentiasa bersama-sama ada untuk memberikan sokongan kepada mereka. Satu lagi Tuan Pengerusi program untuk membantu ibu-ibu tunggal. Dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kita dengar macam-macam program yang telah dianjurkan. Program meningkatkan kemahiran, kursus jahitan dan sebagainya. Adakah kementerian mempunyai satu pelan tindakan khusus untuk ibu-ibu tunggal ini yang bukan sahaja melihat kepada soal-soal yang melibatkan mereka dengan aktiviti ekonomi seperti kursus menjahit dan sebagainya, tetapi satu pelan tindakan yang memberikan fokus yang lebih menjurus kepada isu dan masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal.

Daripada mula memberikan sokongan kepada mereka selaku ketua keluarga yang akan memimpin dan membangunkan keluarga sehinggalah kepada soal yang berkaitan dengan ekonomi keluarga. Soal yang berkaitan dengan mengurus tadbir kan keluarga mereka dan bukan sahaja sekadar memberikan kursus-kursus dan akhirnya mereka ditinggalkan begitu sahaja untuk mereka meneruskan perjuangan yang perlu mereka laksanakan dalam usaha untuk terus membangunkan keluarga mereka. Saya hendak mencadangkan kepada kementerian kerana ibu-ibu tunggal ini kebanyakannya kategori ibu tunggal ini ada beberapa kategori Tuan Pengerusi. Ada yang menjadi ibu tunggal kerana suaminya meninggal, jadi balu dan sebagainya. Ada juga ibu tunggal yang ditinggalkan oleh mereka yang mungkin tidak bertanggungjawab. Ada kategori-kategorinya. Adakah kementerian akan membantu memberikan sokongan kepada wanita dalam isu wanita sebagai ibu dan isteri memberikan sokongan yang menyeluruh dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dengan mewajibkan kursus-kursus kebapaan ini kepada bapa-bapa tentang peranan mereka selaku bapa dan suami dan juga selaku ketua keluarga kerana banyak program yang kementerian buat ini saya perhatikan kalau dijemput yang datang itu semua orang perempuan. Orang lelaki entahlah ke mana agaknya. Jarang-jarang dan kadang-kadang sahaja mereka ada. Jarang-jarang dan kadang-kadang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Mereka di kedai kopi main dam haji.

Apa dia Yang Berhormat? Mereka di kedai kopi main dam haji? [Ketawa] Kadang-kadang bila kementerian buat program yang kita perhatikan yang datang ini semua kaum wanita sedangkan kaum wanita ini perlukan sokongan daripada kaum lelaki dan wanita tidak mampu untuk memajukan diri tanpa mendapat sokongan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rompin bangun Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Rompin.

Minta penjelasan sedikit. Tahniahlah Yang Berhormat Tenggara dengan keprihatinan beliau...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Hai, Yang Berhormat Pokok Sena, janganlah kacau. Saya bimbang dan risau dengar hujung telinga saya tadi. Hendak minta penjelasan adakah benar bermakna kementerian ada mengadakan kursus untuk membina, membangunkan sikap kebapaan tadi, yang hadir semua perempuan yang tak hadir langsung, seorang tak ada lelaki. Adakah benar?

Maksud saya ialah setiap program yang melibatkan wanita dan keluarga ini apabila dianjurkan oleh kementerian yang sepatutnya hadir ialah pasangan suami, isteri, ibu dan bapa tetapi kita perhatikan bila program ini dilaksanakan yang datang semua ibu. Yang bapa-bapa ini saya tak tahulah ke mana menghilangnya mereka. Saya takut akhirnya besok mereka akan pupus daripada menjadi seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab. Jadi saya minta supaya wajibkanlah kursus kebapaan ini. Sudah cukup kami wanita ini sudah dilengkapkan dengan segala ilmu untuk menjadikan kami seorang wanita, isteri dan ibu kepada keluarga. Sudah sampai masanya bapa-bapa perlu memainkan peranan sebagai sokongan kepada wanita. Saya harap kursus ini boleh diwajibkanlah...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

...Termasuk juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat selaku Ahli-ahli Parlimen.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, saya memang setuju sepenuhnya dengan pandangan Yang Berhormat bahawa kita perlu juga menunjukkan kita tidak diskriminasi terhadap kaum bapa. Kita memberi peruntukan untuk kursus kepada mereka juga. Saya rasa ini adalah satu cadangan yang baik dan harap diambil berat oleh kementerian.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Saya menyokong penuh. Tak menyokong penuh ini soal wanita gender. Orang lelaki ini kadang-kadang sebut gender pun tak betul. Bila kita kata kesaksamaan gender, apa, kesaksamaan janda? [Ketawa] Hendak sebut gender pun kadang-kadang tak betul. Maknanya tak faham maksud kesaksamaan gender itu pun tak faham. Hendak sebut tak boleh inikan pula hendak faham. Saya setuju dengan pandangan itu kita tak hendak mendiskriminasikan lelaki ini dalam mewujudkan keluarga bahagia. Jadi saya harap mudah-mudahan akan mengambil berat tentang pandangan yang dinyatakan. Saya beralih kepada Butiran 01004 - Desa Bina Diri. Desa Bina Diri ini terletak di Mersing, Johor. Saya ingat lagi di Desa Bina Diri ini kita tempatkan kutu-kutu rayau, pengemis yang ditangkap melalui perintah mahkamah. Kita letakkan mereka di situ, kita berikan kursus-kursus pemulihan dan selepas selesai kursus pemulihan mereka akan dibebaskan selepas habis tempoh tahanan mereka di pusat bina diri ini dan mereka dikembalikan dalam masyarakat. Akan tetapi saya perhatikan tiap kali selepas selesai tempoh mereka berada di Desa Bina Diri ini, bila mereka balik kepada masyarakat mereka akan kembali menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini. Masih lagi menjadi kutu-kutu rayau, masih lagi jadi pengemis. Saya hendak tanya dengan kementerian adakah kementerian kaji tentang masalah yang berlaku ini. Kenapa bila sudah diberikan kursus, sudah diberikan pemulihan di Desa Bina Diri ini, mereka tidak berubah tetapi mereka pulang ke dalam masyarakat dan mereka menjalankan balik aktiviti yang ada. Adakah itu menggambarkan bahawa program yang dianjurkan oleh kementerian ini gagal dan tidak memberikan pulangan yang baik kepada mereka sehingga mereka terpaksa meneruskan aktiviti-aktiviti lama mereka. Saya minta supaya Tuan Pengerusi kementerian kajilah kursus-kursus yang disediakan. Menganyam bakul, mendandan rambut ini semua sudah tak sesuai. Jadi sediakanlah kursus yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan bila disediakan kursus pakej itu perlu ada follow through. Maknanya, kalau sudah diberikan kursus apabila mereka berada di Desa Bina Diri kursus yang sesuai kemudian diberikan kemudahan sokongan dari segi prasarana dan sebagainya supaya akhirnya ini akan membantu mereka merubah diri mereka. Jadi ini adalah antara beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan Tuan Pengerusi. Maka dengan itu saya menyokong kepada belanjawan yang berkaitan dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk... Ya, Yang Berhormat Papar. Selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamulaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terlebih dahulu Tuan Pengerusi saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kementerian ini yang telah menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan dalam memperjuangkan isu wanita di negara ini.

Saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pengurusan dan Perancangan Dasar khususnya Butiran 010300 – Pengurusan Sumber Manusia. Tuan Pengerusi, ura-ura Akta Pekerjaan 1955 akan dipinda telah membawa kegembiraan kepada lebih 11 juta atau lebih 46% tenaga kerja wanita di Malaysia. Pindaan berkenaan membolehkan wanita menikmati waktu kerja anjal selain melindungi hak dan juga kepentingan golongan ini. Keanjalan waktu kerja membolehkan wanita melakukan urusan lain sebelum ke tempat kerja ataupun ketika waktu kerja dan ia membabitkan masuk kerja yang lebih lewat dan pulang lebih lewat ataupun masuk kerja lewat, tetapi pulang lebih awal dengan memendekkan tempoh waktu rehat atau mana-mana mengikut kehendak wanita. Perkara ini bukanlah satu perkara yang baru Tuan Pengerusi malah di barat terutamanya mereka sudah lama mempraktikkan keanjalan. Saya ingin menyentuh akta ini Tuan Pengerusi kerana sekiranya dihitung akta yang sudah berusia 53 tahun ini memerlukan pembaharuan dan reformasi menyeluruh terutama sekali yang membabitkan wanita. Malah ia perlu diberikan sentuhan dan juga nafas baru yang lebih inovatif, progresif dan dinamik selaras dengan hasrat pembangunan negara tanpa membatasi gender, kepercayaan dan juga budaya sesuatu kaum itu. Keperluan kerja anjal bagi wanita dilihat semakin mendesak apabila semakin ramai wanita yang berusia awal 50 tahun masih bekerja. Ada wanita menguruskan anak-anak sakit atau ke sekolah sebelum pergi ke tempat kerja, apatah lagi bilangan ibu tunggal yang perlu menguruskan semuanya sendirian terus meningkat. Tuan Pengerusi, kita sebenarnya mengalu-alukan pindaan ini, tetapi diharapkan tidak wujud diskriminasi oleh majikan yang mana bila ada keanjalan waktu, pekerja berkenaan menerima gaji pekerja sepenuh masa atau rangkum waktu kerja enam atau tujuh jam tanpa waktu rehat. Hal waktu anjal biarlah disusun dengan rapi serta jelas supaya hak lain di dalam akta berkenaan tidak disalah guna termasuklah peluang kenaikan pangkat. Janganlah bila wanita berpeluang kerja anjal, maka potensi mereka diketepikan dan diperlekehkan oleh majikan. Seperti yang kita tahu sekarang ramai juga ibu tunggal yang semakin meningkat bilangannya. Urusan anak-anak mereka, kenderaan ke sekolah dan sebagainya, kadangkala melambatkan. Mereka memerlukan masa untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga. Saya fikir bukan sahaja ibu tunggal sebaliknya kebanyakan wanita bekerja juga begitu, kerana ramai lelaki menyerahkan tugasan berkenaan kepada isteri masing-masing. Oleh itu Tuan Pengerusi, sekadar perbandingan, sebenarnya kadar penyertaan wanita dalam pekerjaan di negara ini masih rendah berbanding dengan negara maju pada tahap lebih 70% seperti Sweden 77.7%, Denmark 76.7% dan juga Britain 70.3%. Justeru itu Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan pindaan berkenaan disifatkan pada saya bertepatan dengan Rancangan Malaysia Kesembilan, dengan memberikan tumpuan untuk menangani pelbagai isu berkaitan wanita masa kini sekali gus memperkasakan wanita daripada pelbagai segi. Oleh itu saya ingin mencadangkan bagi meminda Akta Pekerjaan 1955. Kementerian wajar meneliti dan mendapatkan data asas yang konkrit mengenai wanita bekerja supaya pindaan berkenaan menjadi lebih mantap dan ia perlu dijayakan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek pekerja termasuklah majikan. Jadi pindaan berkenaan insya-Allah jika ianya diadakan, insya-Allah akan bakal membangkitkan lagi semangat kaum wanita di negara kita. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Besar

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak dapat kiralah ramainya yang telah begitu prihatin menyentuh tentang perkara-perkara di bawah tanggungjawab kementerian ini, dan juga memberi pandangan-pandangan yang baik. Dan saya mungkin mohon maaf sekiranya terdapat persoalan-persoalan yang terlalu spesifik yang mungkin tidak dapat saya jawab sekarang, tetapi saya akan hantar jawapan terus kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan secara bertulis.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Baru mukadimah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya hendak tanya apakah urusan Yang Berhormat Menteri sampai dia tidak dapat datang ke Dewan ini, walaupun ini hanya sekali setahun sahaja dan ini merupakan bajet yang penting dan dia merupakan seorang Yang Berhormat Menteri yang begitu penting untuk menerajui kepentingan wanita di seluruh negara. Mana beliau dan apakah urusan beliau?

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya sokong Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, perkara ini tidak berbangkit Yang Berhormat. Saya tidak melihat ada standing order yang menghendaki hanya Yang Berhormat Menteri untuk menjawab bagi pihak kementerian, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, saya bersetuju bahawa di dalam peraturan tidak ada, tetapi saya rasa sebagai seorang Yang Berhormat Menteri, kerja yang terpenting sekali ialah datang ke Parlimen ini untuk menjawab atau menggulung isu-isu yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Ini tidak ada kaitan dengan sama ada standing order spesifik atau tidak. Saya rasa ini ialah hanya untuk menunjukkan sama ada Yang Berhormat Menteri ini sama ada beliau utamakan kerjanya di dalam Dewan atau tidak.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, saya rasa tidak perlu menjelaskan untuk Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ingin jelaskan, terima kasih Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tidak perlunya untuk membela beliau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat, tetapi dalam Dewan ini kita menjalankan tugas mengikut peraturan-peraturan mesyuarat yang ada. Jangan ada ketika kita insist peraturan mesyuarat dan ada ketika kita tidak memerlukan peraturan mesyuarat. So, waktu Yang Berhormat menghendaki jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya tidak ingin menjadikan itu sebagai satu kebiasaan, precedence dalam Dewan ini di mana hanya Yang Berhormat Menteri sahaja yang boleh menjawab soalan, jawapan bagi pihak kementerian. Jangan jadikan itu precedence kerana itu tidak tertakluk, tidak termaktub dalam peraturan mesyuarat. Kita harus konsisten Yang Berhormat. Saya melihat bahawa ada baiknya kita mengikuti peraturan mesyuarat dan jangan jadikan itu precedence untuk demanding, hanya Yang Berhormat Menteri sahaja yang boleh menjawab bagi pihak kementerian.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang saya minta penjelasan ialah supaya tahu apakah urusan yang lebih penting dari Parlimen ini sehingga Yang Berhormat Menteri tidak datang? Itu yang saya hendak tahu dan saya rasa itu adalah reasonable untuk bertanya. Saya harap timbalannya dapat memberitahu Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya juga tidak ingin mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat tidak menghormati jawapan yang dibawa oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik Yang Berhormat sila teruskan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam yang saya kira telah merindui Yang Berhormat Menteri saya. Saya akan sampaikan dan saya mohon maaf bagi pihak beliau kerana, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Yang Berhormat mempunyai kolektif responsibility, dengan izin. Yang Berhormat Menteri sekarang ini juga menjalankan tugas kerajaan di Geneva untuk satu konvensyen antarabangsa tentang keganasan terhadap wanita. Tuan Pengerusi, pertama sekali kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Beliau telah menimbulkan tentang dakwaan bahawa kementerian pada hari ini telah mula hilang fokus ke atas tujuan ataupun matlamat penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini apabila beliau merasakan bahawa isu-isu ke atas kesaksamaan gender mengarus perdanakan gender dan juga tidak begitu nampak tentang peranan jawatankuasa Kabinet tentang kesaksamaan gender ini. Beliau menyatakan bahawa kementerian ini seolah-olah tidak memberi fokus langsung kepada pembangunan wanita. Saya kira kenyataan Yang Berhormat itu adalah tidak benar dan sangkal sama sekali kerana kementerian ini masih lagi memberikan fokus kepada perkara-perkara dan isu-isu yang menyentuh tentang kesaksamaan gender Yang Berhormat sebutkan tadi. Sebagai contoh, pelbagai usaha telah kita rangka untuk mengkaji undang-undang yang ada termasuklah akta keganasan rumah rangga, akta kerja sebagaimana yang dinyatakan tadi. Walaupun bukan di bawah kementerian ini secara terus tetapi kerana memberi input. Contohnya Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Kita memberi input dan maknanya Yang Berhormat kementerian masih memberikan fokus kepada pembangunan wanita. Begitu juga kalau rakan-rakan lelaki kita kata kementerian ini tidak menjaga lelaki kerana lelaki tidak disebut di dalam kementerian ini, bukan begitu. Kita juga menganggap lelaki adalah salah satu golongan sasar kita jaga juga apabila melibatkan keluarga dan masyarakat. Jadi saya harap semua Ahli-ahli Yang Berhormat faham bahawa kementerian ini mempunyai kumpulan sasar yang besar daripada boleh saya kata dengan izin, from womb-to-tomb. Semua kita harus berikan perhatian yang sama adil seboleh mungkin.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya bukan buat tuduhan di sini. Apa yang saya cakap berdasarkan apa yang ditulis di dalam Bajet 2002 dan juga apa yang ditulis di dalam Bajet 2009. Kalau sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menyemak sendiri, Yang Berhormat akan faham apa yang saya katakan. Saya memang faham bahawa kementerian Yang Berhormat memang menjaga semua orang. Pandangan saya ialah kementerian ini diwujudkan pada awalnya ialah untuk pembangunan wanita, khasnya pembangunan wanita. Sekarang ia telah ditambah pula kebajikan dan pembangunan masyarakat. Kerja yang utama ialah kebajikan. Apa yang saya katakan bahawa kebajikan ini bukan untuk membangunkan wanita, bukan welfare based lagi, bukan berdasarkan kebajikan. Akan tetapi berdasarkan hak saksama. Apa yang saya dan juga saya rasa rakan-rakan saya hendak ialah jangan memandangkan isu wanita sebagai kebajikan. Saya tahu yang kementerian perlu membela juga orang-orang lain, orang lelaki, orang perempuan, OKU, kanak-kanak dan semua orang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Apa yang saya minta ialah kembali kepada objektif asalnya untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita ini. Jadi saya rasa Timbalan Menteri jangan salah faham apa maksud saya. Bukan maksud saya untuk saya merendah-rendah kementerian Yang Berhormat, tidak! Apa yang saya kata ialah kementerian Yang Berhormat terlalu besar skopnya dan perlu kembalikan fokusnya kepada kesaksamaan gender. Itu sahaja.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan tentang skop kerja kementerian ini yang terlalu besar. Saya ambil cadangan Yang Berhormat itu secara positif termasuklah juga cadangan daripada Yang Berhormat Batang Sadong sebentar tadi. Mungkin saya boleh bawa untuk berbincang di peringkat kementerian. Sekiranya mungkin keadaan mendesak untuk mengasingkan Kementerian Pembangunan Wanita ini khusus memfokuskan kepada isu-isu wanita sahaja supaya matlamat dan sasaran kita khususnya untuk mencapai 30% penglibatan wanita dalam peringkat dasar akan dapat disegerakan. Akan tetapi buat masa ini Yang Berhormat saya amat hargai sekiranya semua pihak dapat memahami bahawa wanita susah, ibu tunggal juga adalah menjadi perjuangan kami untuk dibela. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat menyentuh tentang dasar 30% membuat keputusan yang di semua peringkat belum kita capai objektifnya. Yang Berhormat juga menyatakan sama ada draf pelan tindakan ke arah mencapai dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat dasar ini setelah kita siapkan. Bagi makluman semua, draf pelan tindakan ini merangkumi enam sektor dan telah kita bengkelkan pada 23 Oktober tempoh hari di mana sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut hadir. Kita belum muktamadkan tetapi kita sudah ada rangkanya dan saya juga sudah menyerahkan satu salinan kepada Pengerusi Women Caucus dan saya harap mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi ahli jawatankuasanya boleh turut sama melihat dan memberi maklum balas sekiranya ada cadangan yang lebih baik untuk kita masukkan dalam pelan tindakan tersebut. Enam sektor itu kalau boleh saya sebutkan di sini adalah antaranya Parlimen dan parti politik perundangan negeri, Exco dan pihak berkuasa tempatan, kementerian, badan berkanun dan universiti, kehakiman sivil, syariah dan adat dan juga sektor swasta. Tuan Pengerusi, kita harap kita muktamadkan pelan tindakan ini sebelum habis bulan Disember 2008 ataupun selewat-lewatnya awal tahun 2009. Yang Berhormat Batang Sadong turut menyentuh tentang pelan tindakan yang saya nyatakan tadi. Ianya bukanlah satu sasaran yang mempunyai satu had masa yang mesti kita capai tetapi adalah satu matlamat yang telah diterima oleh pihak kerajaan. Insya-Allah kita akan sama-sama berjuang untuk memastikan pencapaian ini dapat kita jayakan dalam masa terdekat yang boleh, seberapa segera yang boleh. Buat masa ini sebenarnya saya kira kedudukan wanita di dalam sektor pembuat dasar termasuklah di sektor awam di peringkat jawatan utama sektor awam ataupun JUSA telah meningkat. Kalau pada tahun 2004, ada 18.8% telah meningkat kepada 26% pada tahun 2007. Begitu juga dengan wanita yang berkhidmat sebagai duta besar daripada 10% pada tahun 2006 kepada 15.6% pada tahun 2007, Pesuruhjaya Tinggi daripada 4.3% pada tahun 2006 kepada 40% pada 2007. Di sektor awam, bagi penjawat gred 48 hingga gred 54 pada tahun 2007 telah pun melebih 30% dan itu adalah satu angka yang saya kira boleh kita banggakan buat peringkat permulaan ini. Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat, penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Pendek-pendek sahajalah Yang Berhormat ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiap kali kita menimbulkan masalah ini iaitu sasaran untuk sekurang-kurangnya 30% pembuat dasar wanita, jawapan yang standard ialah seperti tadilah bahawa sudah ada meningkat. Kita semua tahu semua ada meningkat tapi sepatutnya sasaran ini dicapai pada tahun 2005 kalau mengikut agenda yang ditetapkan di Beijing pada 1995. Jadi saya rasa sebagai pemimpin wanita kita patut mengambil satu pendirian yang lebih tegas. Kita perlu mengakui bahawa kita belum mencapai sasaran ini mengikut masa yang ditetapkan. Kita perlu memberi atau berusaha lebih untuk mencapainya dan memberi kita satu jadual bilakah kita hendak capai sasaran ini.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya sasaran ini kita tidak pernah menyasarkan pada tahun 2005 Yang Berhormat. Akan tetapi kalau dapat dalam tempoh yang seberapa segera yang boleh saya kata itu adalah yang terbaik. Yang Berhormat bukannya kita tidak berusaha, kita berusaha khususnya di bidang politik, di bidang tertinggi ini, di bidang membuat dasar Yang Berhormat. Pada pilihan raya tahun 2008 misalnya Barisan Nasional meletakkan ramai calon- calon wanita tetapi kerana nasib tidak menyebelahi kita maka di peringkat Dewan Undangan Negeri ramai pemimpin wanita kita yang tewas di peringkat Dewan Undangan Negeri. Saya kira tanggungjawab untuk memastikan 30% ini di peringkat Ahli Dewan Rakyat wanita misalnya bukan sahaja di peringkat kerajaan iaitu di peringkat kita Yang Berhormat, tetapi sama-sama di peringkat pembangkang juga Yang Berhormat. Saya sangat mengharapkan supaya PKR, PAS dan DAP kita akan sama-sama, kita fight. Yang Berhormat minta 30% dan kami pun minta 30% Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat setuju bahawa ini merupakan usaha bersama dan sekiranya pihak Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya jadi tidak dapat sasaran ini. Jadi, saya rasa lihatlah bukan setakat Barisan Nasional sahaja, saya rasa kita lihat setakat semua keseluruhan. Saya rasa kalau keseluruhannya di sini pun kita tidak mencapai 30%. Jadi, sekiranya kerajaan betul-betul ingin mencapai 30% ini saya rasa kita perlu mengadakan dasar yang baru iaitu memastikan bahawa semua kerusi di dalam pilihan raya sekurang-kurangnya 30% ditandingi oleh wanita sahaja. Jadi kita boleh memastikan sama ada pihak sana menang atau pihak sini menang sekurang-kurangnya ada 30% wanita, dan ini saya boleh sokong. Apakah pendirian Yang Berhormat?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Setuju Yang Berhormat, saya sangat setuju ini adalah perjuangan bersama. Kalau di pihak Yang Berhormat, di pihak sebelah sanalah, ada agaknya 30% kami di sini mungkin 10%. Kami tumpang bangga Yang Berhormat, walaupun kita berlainan fahaman ideologi politik, kami turut tumpang bangga dan menyatakan bahawa sasaran perjuangan 30% kita itu...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Mohon penjelasan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

...Juga telah terlaksana hasil daripada perjuangan Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kuantan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih dan saya cukup berbangga dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan kita wanita ini seharusnya melepasi dan melampaui batasan-batasan parti politik dan memperjuangkan demi nasib wanita. Tidak harus wujud diskriminasi ataupun keadaan di mana kita menolak tepi pemimpin-pemimpin wanita daripada parti-parti lain. Namun, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri apakah komitmen Timbalan Menteri ini dan pihak kementerian ini genuine ataupun ikhlas? Ini kerana di sini saya ada satu laporan, satu workshop ‘Towards Achieving At Least 30% Participations of Women At Decision Making Levels In Malaysia’. Ini adalah draf report [Sambil menunjukkan laporan tersebut] draft integrated final report. Di mana diadakan satu workshop yang dipanggil pemimpin-pemimpin wanita dari pelbagai sektor yang di mana salah satu sektornya ialah Ahli-ahli Parlimen dan juga Exco.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Namun, tidak seorang pun Ahli Parlimen di sini yang dijemput! Saya dapat tahu by accident dan saya pergi. Saya dapati ini dah sampai ke final stage, dan di sini ada letak time line dia pun. Macam mana Timbalan Menteri kata tak tahu? Macam mana Timbalan Menteri kata kita tidak meletakkan tarikh akhir dan tidak meletakkan matlamat? Sedangkan dalam ini kementerian sudah pun dengan kerjasama UNDP meletakkan tarikh. Jadi, di sini saya tanya keikhlasan kementerian dan keikhlasan Timbalan Menteri sendiri dalam berkata ini? Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya boleh jamin dari segi perjuangan 30% kementerian cukup ikhlas untuk bekerjasama. Yang Berhormat...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Akan tetapi, kenapa tidak jemput?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat bukan kami tidak jemput Yang Berhormat sahaja tetapi Pengerusi Women Caucus juga tidak datang.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Itu menunjukkan tidak komited.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Itu bukan bermakna kami tidak telus Yang Berhormat. Akan tetapi ada sedikit silap faham tentang penghantaran surat jemputan...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

...Dan Yang Berhormat sebelum final report itu dibengkelkan Yang Berhormat, kita sudah turunkan ke state-state Yang Berhormat. Berjumpa dengan NGO dan juga ahli-ahli politik...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tetapi tidak Ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat!...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, seorang-seorang Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

...Timbalan Menteri, saya juga dapat tahu kehadiran saya di situ menimbulkan kemarahan pihak kementerian.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Siapa yang marah Yang Berhormat? Saya yang merasmikan program itu. Saya tak marah! Saya jumpa Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya kata terima kasih sebab datang dan saya di sini hendak merakamkan terima kasih juga sebab memberi input yang baik untuk pembangunan wanita secara bersama. Saya kesal bagaimana jemputan ini tidak sampai even kepada Pengerusi Women Caucus dan saya mohon maaf ya. Akan tetapi insya-Allah ini adalah perjuangan ikhlas kita bersama Yang Berhormat. Hari ini yang mungkin boleh kita banggakan adalah Ahli-ahli Dewan Negara wanita yang kian mencapai peningkatan sebanyak 26.7%. Saya harap akan adalah daripada Parti Keadilan Rakyat dan juga PAS kelak daripada wanita dan ada seorang wanita daripada PAS. Tuan Pengerusi, ...lagi satu...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan. Sebanyak 30% kuota ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya gembira hari ini kita mengadakan satu bahas begitu yang exciting and excellent.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tetapi kena seorang-seorang bercakap Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Saya hendak jemput Timbalan Menteri dan juga Menteri serta semua ahli-ahli Yang Berhormat wanita dari sana. Biarlah kita menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana kita boleh mengadakan satu perubahan dalam undang-undang Akta Pilihan Raya. Ini supaya kita dapat memastikan sekurang-kurangnya 30% kerusi yang ditanding itu dihadkan kepada wanita. Ini dikatakan womens kuota. Ini sudah dilaksanakan di banyak negara dan telah diamalkan oleh banyak parti. Bolehkah Yang Berhormat mewakili pihak yang sana kita mengadakan satu jawatankuasa bersama untuk mengkaji kemungkinan kita juga boleh mengamalkan tindakan ini. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira Yang Berhormat pun sudah maklum ya, bahawa itu adalah salah satu cadangan yang kita masukkan dalam bengkel itu. Saya harap akan dapat diterima dan dimuktamadkan dalam pelan tindakan 30% itu. Saya mengalu-alukanlah kalau Women Caucus yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bukit Mertajam selaku Naib Pengerusinya untuk mengadakan satu bengkel ataupun workshop, mungkin dapat bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri saya untuk kita sama-sama fikirkan pressure bentuk mana yang boleh kita berikan supaya akta pilihan raya ini dapat kita pinda untuk memberi penyertaan atau pencalonan wajib kepada 30% jumlah wanita. Akan tetapi kita sayang ketua-ketua parti kita. Kalau Yang Berhormat dapat mempengaruhi ketua parti lebih senang dan kalau saya dapat mempengaruhi Ketua Parti Barisan nasional juga ataupun UMNO pastilah lebih mudah. Kita tak hendak bermasam muka. Ini adalah satu perkara yang saya kira agak besar untuk kita perhalusi dan untuk pasti kita laksanakan memang memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Kita memerlukan sokongan daripada kalau boleh semua Ahli-ahli Parlimen lelaki di dalam Dewan ini untuk kita menjayakan pindaan akta ini...

[Menyampuk]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Mana boleh sudah kata! Tuan Pengerusi, objektif dan peranan Jabatan Pembangunan Wanita pada tahun 2002 berbeza dari tahun 2009 tadi sudah sentuh ya. Saya sudah faham maksudnya. Walaupun tidak termaktub secara bertulis tetapi program-program yang kita laksanakan daripada dahulu sampai sekarang kita masih teruskan. Malahan kita beri penambahbaikan kepada kumpulan-kumpulan wanita miskin, kumpulan-kumpulan ibu tunggal mengupayakan wanita dan sebagainya. Walaupun tidak diberi penekanan khusus Yang Berhormat. Begitu juga dengan wujudnya Gender Focal Point atau pun GFP. Jabatan Pembangunan Wanita telah pun melaksanakan dua program latihan kepada ahli-ahli Gender Focal Point ini, iaitu Program Kepimpinan Nur Bestari untuk Gender Focal Point tahun 2005 di Subang dan juga Program Nur Bestari pada 21 sehingga 29 Disember di Sheraton Imperial KL. Juga kursus mengenai SIDOR tentang prinsip-prinsip SIDOR. Bagaimana untuk mengaplikasikan dengan izin, domestic legislation kita dan juga kursus memperkasakan Gender Focal Point ini dari 2 hingga 3 Disember 2008 di INTAN. Kita laksanakan dari semasa ke semasa cuma mungkin saya boleh berkongsi rasa agak kurang seronok kerana GFP ini tidak mencapai kejayaan cemerlang sebagaimana kita harapkan kerana sering berlaku pertukaran pegawai. Juga terdapat beberapa kementerian yang tidak begitu memberi perhatian berat kepada kewujudan Gender Focal Point ini. Malahan ada beberapa kali mesyuarat, tidak menghantar wakil langsung. Jadi, isu-isu dan maklumat tidak sampai kepada pihak yang berkenaan. Akan tetapi kita sedang cuba untuk menambah baik mekanisme kerja kita Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam juga menyentuh penggalakan untuk mewujudkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak atau taska bagi membantu ibu-ibu yang bekerja. Ini juga adalah salah satu cara untuk kita menggalakkan wanita menceburi bidang pekerjaan dan juga memperkasakan mereka dalam kerjaya. Saya cukup bersetuju, dalam hubungan ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil beberapa langkah seperti memberikan geran pelancaran sebanyak RM80,000 bagi penubuhan taska di tempat kerja untuk sektor awam. Setakat ini kita ada 25 buah taska di tempat kerja dan kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 isi rumah akan menerima sebanyak RM180 subsidi untuk seorang anak. Penubuhan taska komuniti juga bagi membantu keluarga yang berpendapatan untuk luar bandar, di bawah RM1,500 dan untuk di bandar pendapatan isi rumah sebanyak tidak lebih RM2,000.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Projek Asuhan Prihatin Malaysia bagi melatih ibu-ibu bagi mengusahakan taska di rumah juga telah kita laksanakan sehingga akhir tahun 2007. Terdapat taska di institusi swasta yang berdaftar dengan JKM sebanyak RM2,176 dan taska di tempat kerja sektor awam, seperti yang saya katakan tadi, 25 buah. Di tempat kerja swasta, 77 buah dan taska komuniti yang juga akan menerima geran pelancaran sebanyak RM55,000 untuk one off dan RM64,000 setiap tahun sebanyak 26 buah pada masa ini. Kita bercadang untuk mengadakan ataupun menubuhkan sebanyak 10 taska komuniti setiap tahun. Ini juga menerima subsidi sebanyak RM180 yuran, dengan izin whatever differential untuk yuran itu ditanggung oleh penjaga.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengalu-alukan semua tindakan ini tapi saya rasa ini tidak cukup menyeluruh. Masih ada banyak kawasan yang tidak dicover oleh segala taska yang ada, yang disebut oleh Timbalan Menteri. Jadi saya hendak cadangkan bahawa kepada keluarga yang paling miskin umpamanya ibu tunggal dengan anak kurang upaya itu. Saya rasa mereka perlu dikenal pasti dan diberi sahaja bantuan untuk jagaan anak-anak ini. Tak perlulah dia pergi ke taska mana-mana, tapi dia terus diberi bantuan sama ada dia hantar anak dia ke pusat atau taska swasta. Mereka diberi bantuan jagaan kana-kanak. Bolehkah itu dilaksanakan?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Maksud Yang Berhormat dihantar ke rumah jiran - seperti itu?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Boleh Yang Berhormat. Kita memang ada satu di bawah i- KIT, di bawah Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal. Antara subjek pilihan adalah asas penjagaan kanak-kanak. Mereka ini kalau di bawah sembilan orang, boleh menjaga di rumah dan kita memberi mereka kursus-kursus asas secara percuma, memberikan mereka sijil dan mereka boleh menceburi bidang perniagaan ini Yang Berhormat. Akan tetapi bantuan itu tidak ada lagi Yang Berhormat tetapi kita mungkin boleh bekerjasama dengan JKM untuk bantuan kanak-kanak, tanggungan kepada ibu muda yang terpaksa meninggalkan kanak-kanak bekerja tetapi mestilah mematuhi syarat-syarat untuk bantuan kanak-kanak iaitu bantuan kanak-kanak iaitu pendapatan di bawah RM720 sebulan di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bukit Mertajam menimbulkan tentang lelaki yang dibenarkan berkahwin empat untuk orang Islam. Secara peribadi saya minta, saya tak boleh tak setuju, hukum adalah hukum, adalah ajaran agama saya. Saya bersetuju sekiranya dia memang mampu. Saya menyokong rakan-rakan saya yang nak jadi isteri kedua, ketiga, keempat asal saja yang lelaki itu bertanggungjawab...

Alhamdulillah.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

...Tahu menjaga hati isteri pertama, yang pertama sekali isteri pertama.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Setuju, setuju.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Untuk agama lain, pastilah itu tidak dibolehkan. Saya tidak setujulah kalau kata lelaki memang lelaki, lelaki memanglah lelaki tetapi tidak semua lelaki yang hendak empat tetapi tak nak bertanggungjawab. Biasanya yang nak lebih daripada satu itu, dia tahu dia mampu dan dia tahu dia boleh bertanggungjawab. Banyak kes yang lebih nafsu sahaja itu, itu yang mendatangkan masalah sosial kepada wanita yang menjadi mangsa pada hari ini. Itu saya bantah seratus peratus.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat, setujukah kahwin empat ini Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Memang tidak. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang saya beri contoh ialah Turki. Turki juga adalah saya katakan 98% penduduknya adalah Muslim juga, tetapi dengan undang-undangnya menetapkan bahawa poligami tidak dibenarkan. Itulah satu contoh. Yang kedua, yang saya rasa tadi ada katakan lelaki yang ingin kahwin dua, tiga, empat itu dia mesti tahu tanggungjawabnya. Saya ingin tahu sama ada dalam sistem kita ini adakah dia menetapkan apakah tanggungjawab itu. Siapakah yang membuat pemantauan? Sekiranya ada, mengapa ada yang kahwin dua, tiga itu tak dapat melakukan tanggungjawabnya dan menimbulkan masalah sosial? Jadi adakah ia ditetapkan dalam sistem kita sekarang? Apakah pandangan Yang Berhormat sendiri secara peribadi? Apakah yang ditetapkan oleh negara Turki itu, adakan ia boleh diterima kerana dia katakan bahawa seseorang itu, dia tak boleh cinta dua orang sekali gus? Jadi itulah sebab dia tak boleh kahwin dua, tiga dan empat. Apakah ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, susah kalau menjawab ada pandangan peribadi dan ada pandangan kementerian mengenai perkara ini.

Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang ini saya kena beri sedikit penjelasan kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa tidak semua perkara kita boleh ikut pada Turki walaupun dia 98% adalah Muslim. Sebab Perlembagaan dia adalah Perlembagaan sekular. Malah di Turki ini hendak pakai tudung pun tidak boleh. Jadi itu saya minta defer lah daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Jadi kita tentang hukum Islam kita tetap akan ikut hukum Islam..

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

...Kita tidak ada pandangan peribadi tentangnya itu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya sambung Yang Berhormat.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Boleh kalau hendak sokong saya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tidak berapa senang hati bila disebut masalah kahwin empat ini, betullah lelaki mesti cukup syarat, mampu, kuat, memanglah tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat. Selalunya bila kahwin empat ini orang lelaki sahaja disalah. Wanita macam mana? Bukankah Yang Berhormat tahu bahawa 99 nafsu itu datang daripada wanita. Ya, jadi saya hendak, sebab saya hendak tanya Yang Berhormat, ini akademik, ini perbahasan yang sihat. Saya hendak tanya Yang Berhormat dari segi Islam, dibenarkannya kahwin empat dengan macam-macam syarat tetapi Allah SWT yang buat kita ini, manusia, Dia tahu nafsu manusia ini. Maka sebab itu, dari segi wanita dia bila mengandung sembilan bulan, lepas mengandung tiga empat bulan, lepas itu ada pula waktu lepas cukup satu tempoh dia menopaus. Saya sebut terang-terang, saya tidak ada segan silu, jadi menyebabkan orang lelaki ini sakit kepala. [Ketawa] Balik ke rumah pula dengan mukanya yang tidak beberapa, tidak sedap ditengok, cetulah, masamlah. Saya bukan anti wanita, tidak ada wanita susahlah kita ini tetapi saya hendak supaya wanita juga melihat secara adil kepada orang lelaki. Jangan sikit-sikit bila kahwin empat lelaki yang salah. Sebenarnya kita pun tahu sekarang ini wanita lebih banyak daripada orang lelaki. Di mana-mana sahaja di dalam dunia sekarang ini dan sebab itu kita lihat juga, saya tidak dengar kita duduk pertahankan soal lelaki kahwin empat. Berapa ramai yang bercakap dan membela wanita-wanita yang bekerja di kelab-kelab malam, di karaoke- karaoke kerana hendak membiayai keluarga, anak-anak, tetapi kita hendak kahwin lebih, marah. Jadi, sensitif. Jadi tolong betulkan persepsi ini Yang Berhormat. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih. Saya rasa terpanggil apabila Yang Berhormat Pasir Mas bercakap mengenai nafsu itu datang daripada wanita tadi. Saya tidak bersetuju. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan oleh lelaki juga? Dan kita perlukan lelaki ini mempelajari dan mendidik diri sendiri kenapa ada wanita mempunyai masalah.Di mana yang menopaus itu bukan perempuan sahaja, lelaki pun ada juga menopaus. Jadi kita sudah dengar dari Yang Berhormat Menteri bahawa lelaki ini juga perlu diberi pendidikan mengenai kenapa sifat-sifat wanita berubah, pada ada kalanya mereka berubah tiap-tiap bulan. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sudah kahwin?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sudah berkahwin, ada anak sudah. Saya ingin mengambil bahagian kerana mengenai isu yang telah diwujudkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Saya berasa itu bukan pendapat semua orang lelaki di sinilah dan saya pun rasa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab kita perlu mengambil hati isteri yang kita cinta tersebut dan apa yang dia orang minta. Ini adalah satu perkara penting. Saya tidak suka apabila perkara ini dipermainkan dalam Dewan, macam tidak penting! Kita tidak payah kisah apa perasaan isteri kita semasa mereka mengandung, mereka pun susah, belakang pun sakit...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Banyak cakapnya.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Tulang belakang sakit, jalan pun susah. So, kita perlu mengambil hati, mengambil berat...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Balik ambil hati isteri dekat rumahlah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Mengambil berat dengan perkara- perkara ini. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Kuantan. Saya takut saya lupa semua yang disebutkan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak komen sedikit berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa kenyataan itu sebenarnya agak menghina wanita sebab tidak ada hujah yang mengatakan wanita ini nafsunya kuat lagi daripada lelaki... [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tidak menghina wanita, minta maaf saya kena mencelah terus sahaja Tuan Pengerusi. Saya tidak, itu persepsi Yang Berhormat. Saya mengatakan ada disebut bahawa masalah nafsu ini, masalah keperluan, macam- macam keperluan datangnya daripada wanita. Saya tidak menghina, itu sudah melampau.

Tuan Pengerusi

Ya, ya Yang Berhormat Pasir Mas. Itulah awal tadi Pasir Mas. Awal tadi saya tidak mahu lelaki campur hal perbahasan pasal begini, inilah yang saya tidak mahu dengar.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya minta sebab selalunya lelaki disalahkan, itu sahaja, sekejap-sekejap lelaki disalahkan, sayakan lelaki.

Tuan Pengerusi

Tidak apalah, tidak apa. Kita kena bersabarlah Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bersabarlah ini.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya sambung Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ya, sila.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sebab tidak ada kajian yang mengatakan bahawa wanita ini lebih kuat nafsunya daripada lelaki ataupun wanita lebih emosi daripada lelaki. Tidak ada kajian saintifik, tidak ada kajian dari sudut psikologi dan sebagainya. Maka tidak harus menuduh begitu Tuan Pengerusi. Saya tidak setuju!

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tidak tuduh, saya tanya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas. Sila, sila teruskan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya rasa punca permasalahan yang kita bincang ialah berkenaan dengan permasalahan yang timbul apabila kaum lelaki kahwin lebih daripada satu. Kita bukan berbincang berkenaan dengan hukum. Saya rasa kita tidak harus masuk ke dalam perbincangan yang melibatkan hukum kerana hukum itu ialah divine, hukum itu daripada Allah SWT dan tidak harus dipersoalkan. Cuma kalau kita hendak bincang di sini...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tahu pun.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Itulah kita harus bincang berkenaan dengan manusia dan bagaimana manusia menangani masalah. Masalah yang ditimbulkan oleh manusia. Bukan masalah yang ditimbulkan oleh Allah SWT. Jadi kita harus pisahkan perkara tersebut, isu tersebut dan kalau masalah dalam keluarga, dalam rumah tangga, kalau ada lelaki yang sudah kahwin dengan wanita, sudah kahwin 30 tahun, mula kahwin itu sayang, mula kahwin itu cantik, dah 30 tahun, sudah hendak menopaus, dah sakit pinggang, masa itu dah tidak sayang? Itu tidak wajar!

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sayang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas, sudah lah Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sayang, sayang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, ini ada dalam butiran kah yang dibincang sekarang ini?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

[Bangun]

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Jadi saya balik semula kepada permasalahannya. Saya rumus sikit Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak ada dalam Butiran tidak apalah. Janganlah dibincang, ini semua sensitif ini Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya rumus sikit. Permasalahannya ialah kita sedang berbincang tentang apakah tindakan yang harus di ambil oleh pihak kementerian, pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita hendak selesaikan masalah yang timbul ini, bagaimana kita hendak tangani masalah ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasihlah ya kepada rakan-rakan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, sedikit sambung di sini, isu yang sama sahaja. Isu yang sama kerana tadi yang saya tanya ialah ada dalam sistem kita ada mekanisme memastikan sama ada lelaki yang ingin berkahwin dua, tiga, empat itu mereka mampu. Kedua, saya hendak kata di sini bahawa saya begitu bangga dengan rakan saya iaitu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Inilah kemanusiaan seorang suami yang boleh mendirikan satu rumah tangga yang gembira. Inilah sikapnya yang mengambil perasaan dan juga isterinya...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya pun satu sahaja isteri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Dan juga yang lain.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya pun satu isteri.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kita jangan gunakan agama untuk nafsu sendiri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak ada dalam Butiran, Yang Berhormat tidak payah jawab lah itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf yang akhir, yang akhir. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak tanya ringkas sahaja. Ada kursus kah untuk cuci otak Yang Berhormat Pasir Mas. Ini bukan kali pertama dibangkitkan Tuan Pengerusi. [Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi saya sudah buat penjelasan tadi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini kali yang kedua dia membangkitkan isu ini, apabila isu berkenaan...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Eh, barua! Otak apa ini barua?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Apa itu? Apa dia kata?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa itu, apa itu, cakap lagi?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya sudah buat penjelasan tadi.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tarik balik, tarik balik perkataan ini. Ini menghina.

Tuan Pengerusi

Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Itu makanya kadang-kadang kita tegur janganlah perkara-perkara itu dipanjangkan lagi. Yang Berhormat Batu Gajah jangan ada provokasi pada mana-mana.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tanya elok tadi, saya minta penjelasan elok saya cakap tadi. Kalau Yang Berhormat jawab apa...

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, yang soal pasal lelaki kahwin dua, kahwin tiga itu soal peribadi. Saya ada isteri lebih satu tahu, saya boleh atur.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya pun satu Tuan pengerusi.

Tuan Pengerusi

Jadi ini soal objektif, bukan soal subjektif. Jadi jangan Yang Berhormat, kalau perkara itu tidak ada dalam butiran tidak payah jawablah. Sila teruskan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sudahlah Yang Berhormat Batu Gajah kita berbalik kepada landasan yang betullah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya rasa bahaya, dua kali diulangi dalam Dewan yang mulia ini. Dua kali sudah yang diberi apakah ia alasan di mana suami berkahwin empat. Dua kali diulang.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bila saya ulang ni, bila ni?

Tuan Pengerusi

Sudahlah sudah.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya tidak mahu menyentuh tentang soal agama dan hukum lagi ya kerana ia adalah di bawah bidang kuasa...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas sudah, sudah berlalu. Sudah berlalu.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

...Di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing dan memang ada Enakmen Keluarga Islam masing-masing yang memperuntukkan pastinya pra syarat untuk mengamalkan poligami dan sebagainya. Ringkas sahaja saya kira kalau kita semua lelaki dan wanita suami dan isteri sama-sama bijak mengemudi rumah tangga takkan timbul menopause, andropause dan sebagainya. Kita sama-sama bertolak ansur. Lelaki jadi boroi, perempuan sibuk di dapur mungkin bau belacan sedikit, sama-sama tolak ansur. Kasih sayang yang terpenting.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Betul, betul!

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya tutup bab itu. Tuan Pengerusi tentang masalah HIV AIDS yang mana kini lebih ramai suri rumah terbuka ataupun terdedah untuk menjadi mangsa HIV positif berbanding dengan pekerja seks ini dan anak-anak juga mengalami risiko apabila suami melanggan pelacur. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah mengadakan ceramah-ceramah kesihatan termasuklah kesedaran mengenai HIV AIDS supaya wanita dan lelaki dapat diperkasakan dengan pengetahuan dan mengamalkan gaya hidup sihat serta tahu untuk melindungi diri masing-masing. LPPKN juga menyediakan perkhidmatan perancangan keluarga termasuklah menyediakan ataupun menjual kondom pada harga yang lebih murah daripada pasaran. Saya kira Yang Berhormat Bukit Mertajam juga tadi ada menyentuh tentang GRO ya ataupun pekerja khidmat sosial yang mana sekiranya dilaksanakan secara profesional saya yakin ianya tidak akan menjurus kepada kancah gejala sosial. Mungkin mengambi masa untuk kita perbaiki persepsi daripada masyarakat tentang kumpulan pekerja ini tetapi itu semua bergantung kepada individu pekerja GRO itu sendiri sama ada untuk menampilkan imej yang lebih baik ataupun sebaliknya. Mangsa rogol juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Jabatan Pembangunan Wanita melalui Bahagian Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan program-program kaunseling kepada wanita-wanita yang menjadi mangsa rogol dan keganasan rumah tangga. Buat masa ini masih belum ada kes rogol yang dirujuk ke JPW mungkin mereka terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya. Dan mangsa sekiranya datang akan diberikan kaunseling secara percuma dengan kaedah dan temu janji dan semuanya adalah dalam bentuk yang begitu rahsia. Dan seterusnya mangsa akan kita bawa ke Polis Diraja Malaysia, sekiranya mangsa belum membuat laporan polis. Pendidikan ini saya kira pendidikan tentang kesedaran rogol ini bukan sahaja kepada mangsa iaitu anak-anak gadis wanita kita tetapi juga kepada anak- anak lelaki supaya dapat menjauhi perkara-perkara terlarang dan jenayah ini. Selain daripada itu, kumpulan remaja juga melalui LPPKN kita telah mewujudkan tiga pusat remaja iaitu Kafe@TEEN di mana kumpulan remaja ini mungkin salah satunya boleh memberi nilai-nilai positif kepada anak-anak kita ini tempat mereka sambil bersantai, berbincang tentang pelajaran. Ada juga pusat sumber di sini dan memberikan perkhidmatan kesihatan, kaunseling, pembangunan dan kemahiran diri supaya mereka tahu tindakan- tindakan yang perlu diambil untuk kesihatan di produktif mereka. Sehingga kini terdapat seramai 19,856 remaja telah menjadi sahabat Kafe@TEEN dan seramai lebih 15,000 ataupun hampir 16,000 orang telah menerima perkhidmatan kesihatan dan kaunseling dan pembangunan kemahiran diri. Kementerian bercadang untuk meningkatkan lagi bilangan Kafe@TEEN ini supaya ianya dikunjungi oleh lebih ramai remaja. Yang Berhormat Batang Sadong menimbulkan tentang sambutan Hari Wanita Kebangsaan. Sebenarnya ianya bukan diadakan pada bulan Mac tetapi sambutan adalah pada 25 Ogos setiap tahun dan tahun ini kita telah jayakan dengan cemerlang di Johor Bahru...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Boleh saya membetulkan. Bukannya Hari Wanita Kebangsaan. Internasional punya, antarabangsa. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Oh! Cadangannya adalah sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa. Insya-Allah Yang Berhormat, saya akan panjangkan kepada pihak kementerian sekiranya sesuai untuk kita laksanakan. Mungkin Yang Berhormat mohon sama ada di Sarawak, seluruh Malaysia ataupun di mana-mana yang sesuailah. Nantilah saya akan panjangkan ya. Yang Berhormat Batang Sadong juga menimbulkan tentang kurangnya kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah di Sarawak. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti masalah ini dan akan menyediakan satu dengan izin, joint paper untuk dimajukan kepada JPA untuk pertimbangan. Usaha ini dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun 2009. Yang Berhormat Batang Sadong juga menyebut tentang ada seorang sahaja pegawai di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Sadong. Saya rasa tidak tepat kerana...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya akan siasat. Ya, kalau di Simunjan satu sahaja tetapi melalui program cari yang telah kita lancarkan ini tidak salah saya kawasan Batang Sadong menerima dalam enam orang pegawai sambilan tambahan. Belum, belum sampai ya. Empat orang pegawai lantikan Persekutuan ada tiga orang di daerah kecil Batang Sadong dan satu pegawai lantikan negeri. Untuk daerah Serian untuk projek cari di Samarahan ada enam orang pegawai di Serian ada dua pegawai. Pegawai-pegawai ini insya-Allah akan mendaftarkan diri dalam masa yang terdekat ini untuk membantu projek cari golongan yang terpencil ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa yang saya kira telah mengingatkan kita semua ya bahawa pada hari ini adalah Hari Orang Kurang Upaya Sedunia dan kita mengucapkan Selamat Menyambut Hari OKU lah kepada rakan-rakan istimewa kita. Tema Hari OKU Sedunia pada kali ini “Dignity and Justice for All of Us.” Yang Berhormat Batang Sadong mencadangkan tentang...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Celahan. Boleh tidak saya minta kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian supaya mengumumkan terutama kepada Ahli Parlimen dan juga di media-media apabila ada hari-hari tertentu khas seperti ini supaya kita boleh memberi penghargaan, membuat program dan sebagainya in advancelah. Juga saya minta supaya kalau ada program-program sama ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga lain-lain kementerian iaitu pelancaran-pelancaran program dan sebagainya perlulah dimaklumkan kepada Ahli-Ahli Parlimen dan dibuat jemputan supaya kita dapat menyertai. Dengan itu kita boleh memahami apakah pelaksanaan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Insya-Allah Yang Berhormat, satu cadangan yang baik dan boleh saya terima. Saya akan panjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi kementerian ini untuk kita buat hebahan sama ada di media elektronik ataupun di medan cetak termasuklah program-program yang kita laksanakan sempena dengan sambutan-sambutan berkenaan. Cadangan Yang Berhormat Batang Sadong supaya mempromosikan dengan lebih giat lagi program-program pembangunan wanita. Sebenarnya kementerian telah pun menjalin satu rangkaian kerja dengan Radio IKIM segmen Wanita Hari Ini, segmen Jendela Pembangunan Wanita Radio Negeri-negeri, segmen Selamat Pagi Malaysia dan juga dalam satu slot Warta Perdana, Harapan Khas. Insya-Allah, kita akan memperluaskan lagi melalui Radio 24, misalnya Radio Bernama di masa yang akan datang, khususnya untuk sambutan-sambutan yang dinyatakan sebentar tadi. Yang Berhormat Titiwangsa menyatakan bahawa kaunseling oleh pihak kementerian ini tidak begitu berkesan. Saya terpaksa tidak bersetuju, Yang Berhormat, kerana di Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri mempunyai 130 orang kaunselor yang ditempatkan di negeri dan daerah-daerah.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah kaunseling individu, kaunseling keluarga dan kaunseling komuniti. Bagi tahun 2008 sehingga Oktober sebanyak 1,227 keluarga telah diberikan kaunseling dan begitu juga kaunselor daripada LPPKN juga ada dan Jabatan Pembangunan Wanita di ibu pejabat, serta para kaunselor di 13 buah negeri.

Sedikit sahaja penjelasan. Saya mengatakan begitu adalah kerana seperti yang saya katakan tadi, kita lihat senario yang terakhir ini di mana pasangan-pasangan artis bercerai dengan begitu rancaknya pada tahun ini sehingga 12 hingga 15 pasangan. Jadi, oleh kerana artis ini mahu tidak mahu mereka adalah ikon kepada masyarakat. Masyarakat memandang mereka kerana media pick up, dengan izin cerita- cerita mereka ini. Di sinilah kenapa saya katakan begitu. Jadi, kalau boleh dapat sedikit komen daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Kalau hendak sebut satu kumpulan yang khusus seperti artis ini, saya tidak beranilah hendak komen kerana mereka menjadi tumpuan seluruh lapisan masyarakat. Oleh kerana mereka popular jadi dihighlightkan sebegitu rupa sehingga nampak seperti institusi perkahwinan hari ini begitu rapuh dan mudah sangat berlaku perceraian. Akan tetapi kalau saya lihat antara punca-punca melalui Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat pada tahun 2004, antara punca utama yang menyebabkan pasangan bercerai di kalangan orang Melayu adalah ketiadaan persefahaman. Kalau masalah curang itu rendah sahaja iaitu 5.9%. Tidak bertanggungjawab itu tinggi.

Macam mana tidak ada persefahaman sebelum kahwin cinta.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Manusia berubah, Yang Berhormat Sri Gading. [Ketawa]

Ya, saya bersetuju.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Boleh saya mencelah sikit? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan kaunseling ini saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa ramai daripada kalangan Kaunselor itu benar- benar ada kelayakan dan benar-benar ada kemahiran kaunseling. Ini kerana kita tahu bahawa persefahaman itu sebenarnya bermaksud komunikasi antara suami isteri. Sebelum kahwin memang semuanya cantik, sebab bila komunikasi sebelum kahwin itu ia tidak pergi ke tahap yang mendalam. Saya bercakap sebagai seorang kaunselor. I’m a qualified Counselor. Jadi, apabila sudah kahwin itu akan terdedah segala permasalahan. Apabila terdedah permasalahan kurang kemahiran berkomunikasi di antara suami isteri inilah antara punca masalah dalam keluarga. Jadi, saya hendak tanya sekiranya pada suatu ketika dahulu memang kita ada masalah dari segi tahap kemahiran para kaunselor, jadi itu antara sebab tidak dapat hendak menyelesaikan masalah dalam masalah perkahwinan ini. Saya hendak tanya bagaimana kemahiran dan kelayakan mereka dan apakah program-program untuk memantau keberkesanan kaunseling yang diberikan? Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih, Yang Berhormat. 130 orang ini adalah Kaunselor yang berdaftar, Yang Berhormat. Pasti Yang Berhormat lebih arif daripada saya apa kriteria yang diperlukan untuk berdaftar sebagai seorang Kaunselor. Cuma untuk Jabatan Pembangunan Wanita di negeri-negeri kita ada para Kaunselor, tetapi yang di JKM itu semuanya Kaunselor berdaftar. Saya yakin mereka adalah berwibawa dan qualified seperti Yang Berhormat juga.

Mohon laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dengan rakan-rakan tadi membicarakan soal perkahwinan selepas 10 tahun berkahwin. Masa mula baru kahwin kalau tersepak batu, batu itu yang kena marah, lempar jauh-jauh. Selepas 10 tahun berkahwin bila tersepak batu, “Buta ke mata awak!” Sudah lain. Jadi, saya hendak tanya perubahan-perubahan yang berlaku di kalangan...

Tetapi saya tidak macam itu. [Ketawa]

Perubahan-perubahan yang berlaku kepada spesies kaum lelaki yang bersifat bapa dan suami ini tadi...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tenggara biasa macam itukah? [Ketawa]

Adakah kementerian berhajat untuk mengadakan program khusus selepas 10 tahun perkahwinan contohnya untuk mengimarahkan kembali, membangkitkan rasa keghairahan itu selepas usianya 10 tahun? Kita perhatikan dalam surat khabar ini selain daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, bukan sahaja artis-artis ini yang kahwin cerai. Semasa berkahwin bukan main lagi sambutan majlis perkahwinan dan sebagainya. Kadang-kadang kita rasa terpegun tetapi tidak sampai dua, tiga bulan sudah bercerai.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Wedding of the year!

Kita juga kesal kerana banyak perkahwinan yang sudah melepasi 10 tahun, 20 tahun yang berakhir dengan perceraian. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada kementerian jangan fokus kepada orang-orang yang baru hendak kahwin ini, mereka meriah dengan kasih sayang tetapi kepada mereka yang sudah lama kahwin macam Yang Berhormat Sri Gading, contohnya. Terima kasih banyak.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Memang apa yang modul kita ada di bawah LPPKN ini seperti Smart Start adalah program untuk mereka yang baru hendak melangkah ke gerbang perkahwinan dan mereka yang dalam lingkungan enam tahun baru berkahwin. Jadi, sebelum masalah itu lebih berat kita kira kalau ada komunikasi berkesan itu, saya kira boleh diselamatkan lagi dalam tempoh itu. Ini kerana bukan sahaja perceraian di usia yang agak senja, tetapi perceraian di awal-awal perkahwinan selepas setahun, dua tahun pun pada hari ini sudah seakan-akan menjadi satu trend dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu sangat baik. Saya minta LPPKN mengambil perhatian dan merangka satu modul untuk menyemarakkan kasih sayang antara suami dan isteri di usia tua, di usia senja. Walaupun sudah berkedut seribu di muka dan apabila tangan dipegang sudah kasar dan sebagainya, kalaulah boleh diambil iktibar ataupun pelajaran, ilmu daripada Hajah Wook dan saudara Mohd. Nor yang baru-baru ini kita begitu kagum bagaimana seorang anak muda yang menjaga seorang isteri yang sudah begitu berumur. Saya yakin kita semua akan selamat dalam melayari bahtera rumah tangga. Begitu juga saya difahamkan bahawa selain Smart Start untuk pasangan muda...

[Bangun]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Nanti sekejap, Yang Berhormat Titiwangsa. Selain daripada Smart Start tadi untuk pasangan muda dan dalam tempoh enam tahun perkahwinan kita ada modul-modul pakej kasih sebenarnya. Untuk program remaja kita ada Permata Kasih, untuk persediaan ada Bahtera Kasih dan pemantapan keluarga dan perkahwinan di usia tua sebenarnya sudah ada modul. Cuma mungkin kita akan giatkan promosi dan banyakkan lagi turun ke bawah sebab selalunya kaum wanita yang banyak memendam rasa, yang menahan sabar dengan kerenah suami. Akan tetapi apabila sudah lama dan dia tidak tahan pada umur 70 tahun baru semuanya terkeluar dan berlakulah perceraian yang agak menyedihkan. Apabila sepatutnya masa itu, kita sama-sama mengharungi masa tua dengan belaian dan kasih sayang.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit, bagilah.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung dengan soal program-program yang kita laksanakan. Semua kasih- kasih, apa Yang Berhormat bangkitkan tadi ini tapi soalnya di sini saya nak bangkitkan sistem sokongan ini, yang kita buat ini. Adakah ianya berterusan dan adakah kita mempunyai cukup strength dalam kita memastikan bahawa hak wanita ini sebenarnya terpelihara dan dijaga. Ini kerana kita lihat akhir-akhir ini eksploitasi terhadap wanita begitu tinggi dibuat. Buktinya sekarang ini wanita- wanita kita yang terkenal dengan lemah-lembutnya ini mudah terpengaruh kepada sesuatu yang dijanjikan indah pada zahirnya, yang tak elok pada batinnya. Contohnya, apabila mereka dijadikan alat. Hanya kenal dua tiga hari di tempat- tempat tertentu, tempat hiburan dan sebagainya, mereka telah diperalatkan menjadi pembawa dadah dan sebagainya di luar negara. Kes-kes sebegini kita ingat sekarang walaupun pada masa itu ada satu dua kes yang dianggap terpencil, tapi sekarang ini kita tengok perkara ini makin menjadi-jadi. Dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah ini kerana kita lihat keadaannya cukup serius yang memerlukan pihak kementerian menangani perkara ini. Jangan kita hanya nak fokus kepada Kementerian Wanita sahaja. Saya bersetuju pada dasarnya penubuhan Kementerian Wanita itu tapi penubuhannya harus diikuti dengan pemerkasaan dan juga apa content, pengisian yang membolehkan kita mengatasi semua masalah yang melibatkan rakyat dan wanita kita ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat yang mana pada hari ini dengan keistimewaan, kelebihan wanita yang begitu mudah dieksploitasi semuanya kerana material. Insya-Allah kementerian akan mengambil perhatian tentang perkara ini. Bukan bermakna kalau cadangan nak pecahkan kementerian ini kepada Kementerian Wanita sahaja tadi itu maknanya kita tak fokus kepada yang lain. Akan tetapi cadangan itu adalah untuk mengasingkan supaya lebih banyak isu-isu wanita ini mendapat perhatian dan pembelaan 100% daripada pihak kementerian.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Seterusnya Yang Berhormat, kursus-kursus yang kita laksanakan. Contohnya ada yang mengatakan tidak ada kehadiran. Semua program- program kita yang datang wanita sahaja, kaum ibu sahaja. Jadi bagaimana kaum bapa ini...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Bagaimana kaum bapa ini hendak kita berikan pendidikan. Okey, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Arau itu, saya rasa ia memberi makna di mana bukan semua perkara dapat diatasi atau diselesaikan oleh kementerian Yang Berhormat. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau itu ialah saya rasa ini adalah kerana kaum wanita itu khasnya mereka yang di luar bandar di dalam keluarga yang begitu konservatif, mereka kurang di expose, mereka terlalu dilindungi di dalam rumah. Jadi mereka tidak tahu risiko atau danger outside the world. Jadi saya rasa ini memerlukan kerjasama di antara beberapa kementerian umpamanya Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Penerangan. Saya rasa Kementerian Penerangan perlu mengadakan kempen media untuk mendidik keluarga, ibu bapa dan juga remaja wanita untuk tahu apakah risikonya di dalam masyarakat ini. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

[Bangun]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya cukup bersetuju Yang Berhormat sekiranya semua pihak kementerian lain dan agensi memainkan peranan masing-masing untuk membantu kita untuk memperkasakan lagi anak-anak gadis dan juga kumpulan wanita kita.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, ada dua yang berdiri. Yang Berhormat Sungai Petani sama Yang Berhormat Silam.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Adakah perkara baru Yang Berhormat? Perkara baru saya tak boleh.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sama dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi Yang Berhormat.

Dia ada hubung kait dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri ada menyebut tentang kes-kes penceraian dan sebagainya banyak dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Akan tetapi saya nak juga mencadangkan kita juga kena cerita success story keluarga. Kalau banyak sangat kita asakkan dengan cerita-cerita negatif dalam media, akhirnya masyarakat kita ini memandang benda-benda yang terlalu negatif. Akan tetapi apa kata, kita juga harus mengadakan program-program yang mengajak masyarakat untuk kasih sayang terhadap keluarga dalam keadaan yang lebih bertambah. Contoh, saya rasa semua ahli keluarga lazimnya akan menonton TV selepas ataupun semasa pukul lapan ataupun lepas berita. Waktu itu kalau kita dapat ambil dua tiga minit tayangkan success story. Contohnya ibu mithali, YDEIM buat tiap-tiap tahun. Ibu yang kematian suami tetapi membangunkan anak-anak tujuh lapan orang. Daripada tujuh ini, enam jadi doktor atau pun isteri yang ditinggalkan suami. Bagaimana dia bangunkan anak-anak dia. Saya rasa kalau success story ini kita cerita setiap hari, akhirnya kasih sayang itu datang bukan saja daripada suami tetapi anak-anak juga akan appreciate kita semua. Saya ada ibu, saya ada isteri, saya ada anak perempuan. Sudah pasti kita akan terikat dengan kasih sayang itu kalau kita tengok success story. Jadi saya cadangkan kementerian lebih banyak menceritakan success story keluarga daripada kita highlight benda-benda yang kadang-kadang negatif. Terima kasih. Apa pendapat Timbalan Menteri?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat, sebenarnya success stories ataupun kisah-kisah penceraian ini bukan diceritakan oleh kementerian ya. Ia adalah di bawah tanggungjawab kementerian yang lain. Akan tetapi tentang cadangan Yang Berhormat supaya mungkin kami bekerjasama dengan Kementerian Penerangan untuk mendedahkan ataupun menonjolkan cerita-cerita kejayaan pasangan mithali, ibu mithali, bapa mithali, tentang bagaimana anak menjaga ibu bapa OKU misalnya yang boleh dijadikan pengajaran dan contoh yang baik kepada anak-anak yang lain. Yang itu saya bersetuju dan saya akan cubalah berbincang dengan rakan daripada Kementerian Penerangan. Walau bagaimanapun, saya kira dalam program-program televisyen memang ada kisah-kisah benar yang juga memaparkan pengajaran dan juga akhirnya cerita yang endingnya baik-baik untuk kita jadikan teladan. Sambutan-sambutan Hari Keluarga misalnya Hari Keluarga Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga sering memaparkan secara di dalam program. Pasangan-pasangan yang berjaya ini, keluarga yang susah tetapi kalau ada sepuluh, sepuluh anak berjaya, itu semua kita paparkan Yang Berhormat untuk jadi contoh.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Titiwangsa tadi menyentuh tentang cadangan meningkatkan tahap kelayakan OKU untuk mendapatkan bantuan kebajikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, kadar kelayakan penerima bantuan elaun pekerja cacat misalnya untuk OKU baru kita naikkan. Kalau dahulu pendapatan pekerja OKU di bawah RM750 sebulan tetapi hari ini kalau dia OKU, bekerja, berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan, kita beri insentif untuk dia terus berdikari sebanyak RM300 lagi sebulan. Pekerjaan itu tidak kira sama ada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Begitu juga dengan elaun pekerja cacat, elaun penjagaan OKU terlantar ataupun elaun pekerjaan pesakit terlantar. Kadar kelayakannya juga sudah kita naikkan kepada pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan untuk layak menerima RM300 sebulan. Yang Berhormat Titiwangsa juga menimbulkan tentang cara-cara mengatasi kanak-kanak hilang...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan. Sedikit, sedikit tentang OKU tadi itu sebab ada permintaan daripada mereka. Saya ada sebut apabila OKU ini berkeluarga, tidakkah boleh ada pertimbangan misalnya di bawah RM3,000 masih juga mendapat bantuan elaun. Tadi saya terlupa nak sebut semasa saya berucap tadi iaitu mereka juga mohon supaya rebat diberi kepada pembelian rumah selain daripada SPN, juga rebat diberi supaya pembelian kereta selain daripada kereta nasional. Ini permintaan mereka. Apakah boleh diberi pertimbangan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya akan mencatat semua cadangan Yang Berhormat itu dan akan kita bawa kepada Mesyuarat Majlis Pembangunan OKU yang sudah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya tidak dapat hendak beri janji apa-apa, tetapi akan kita panjangkan. Tentang anak-anak kepada OKU ini, dia sama kategori. Kalau dia layak untuk menerima bantuan kanak-kanak, pendapatan isi rumah di bawah RM720 sebulan di Semenanjung, anak-anak di sekolah dia layak mendapat bagi seorang anak bantuan RM100. Maksimum RM450 sebulan. Kriteria dia sama seperti orang normal. Yang Berhormat Batang Sadong ada menimbulkan. Minta maaf, sebab saya terlompat sana, terlompat sini ya. Yang Berhormat Batang Sadong menimbulkan tentang peraturan yang ditetapkan oleh LPPKN untuk membuat tuntutan. Program misalnya, caterer yang mesti berdaftar dan sebagainya. Itu adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan sebarang pengecualian daripada peraturan itu perlulah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan juga. Mungkin boleh cuba tulis surat Yang Berhormat dan kita maklumkan bahawa di Sarawak, masalahnya adalah berbeza daripada di Semenanjung. Yang Berhormat Kinabatangan menyentuh tentang perluasan Skim Kebajikan Persekutuan ke Sabah dan Sarawak yang akan dimulakan pada 1 Januari termasuk Tawau tadi yang juga ada menyentuh. Kita akan mula menyelaraskan penerimaan pakai Skim Kebajikan Bantuan Persekutuan ke Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari tahun 2009. Jadi selepas ini kalau bantuan orang tua, kalau dahulunya di bawah kerajaan negeri dapat RM100, mulai Januari nanti dapat sama seperti di Semenanjung RM300 sebulan. Begitu juga dengan skim-skim bantuan yang lain akan dibawa ke Sabah dan Sarawak mulai Januari 2009. Dan...

Penjelasan. Bolehkah minta penjelasan sedikit, Yang Berhormat?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Tuaran.

Tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang penyebaran ataupun pelaksanaan bantuan orang tua ke Sabah dan Sarawak. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah kementerian atau Kerajaan Persekutuan mengguna pakai statistik ataupun rekod-rekod penerimaan yang sedia ada di Sabah dan Sarawak. Kita bukan untuk menolak statistik tetapi ada keadaan di mana mereka yang sepatutnya tidak menerima juga menerima dan mereka yang sepatutnya menerima tidak menerima. Adakah Kerajaan Persekutuan menerima pakai rekod kerajaan negeri ataupun dikaji semula? Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Tuaran, terima kasih ya. Peluasan Skim Bantuan Kebajikan Persekutuan itu akan kita panjangkan kepada semua penerima yang layak di bawah kategori mengikut syarat Persekutuan, cuma pendapatannya berbeza. Kalau di Sabah ialah RM960 pendapatan isi rumah, bagi Sarawak RM830 pendapatan isi rumah untuk bantuan orang tua misalnya, pendapatan dia. Kalau pencennya cuma RM500, maka dia layak untuk mohon. Jadi kepada penerima-penerima sedia ada, akan dibuka semula fail ini, akan dibuat review. Yang mana layak, sebab ia melibatkan pendapatan. Akan dilihat kalau pendapatan itu mematuhi syarat baru itu, maka ia layak untuk menerima Skim Persekutuan. Kepada mana-mana yang tidak termasuk di bawah kelayakan skim-skim itu, masih boleh diberikan bantuan am di bawah kerajaan negeri. Cuma jumlahnya memang agak rendahlah seperti mana Yang Berhormat Kinabatangan tadi tidak puas hati sebanyak RM110 kepada RM150. Akan tetapi itulah yang dilaksanakan pada hari ini dan insya-Allah sama-sama kita berdoa negara bertambah makmur dan kita akan dapat meningkatkan lagi jumlah bantuan ini. Namun begitu tanpa kita menggalakkan mereka terlalu bergantung seumur hidup untuk bantuan ini. Tuan Pengerusi...

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Mohon penjelasan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ranau.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Ranau.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Perayaan warga emas ataupun warga tua di peringkat negeri Sabah baru-baru ini adalah di kawasan saya sendiri. Yang Berhormat Menteri berkenaan telah mengumumkan bahawa pembayaran kebajikan warga tua ini akan dimulakan pada tahun hadapan seperti mana Yang Berhormat telah sentuh tadi. Akan tetapi tidak mengatakan iaitu top-up misalnya daripada RM100, kemudian diberi RM300 lagi. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan adakah hanya warga emas sahaja yang diambil alih oleh kerajaan untuk pembayaran kebajikan atau pun tidak? Sekian.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Ia bukan berbentuk top-up Yang Berhormat. Bantuan ini adalah bantuan kita bagi. Bukan bermakna kerajaan negeri bagi RM100, kita bagi lagi RM300. Ataupun hendak tampung jadikan RM300, negeri bagi RM100, Persekutuan bagi lagi RM200, bukan. Ia adalah kalau dia layak di bawah kategori bantuan orang tua misalnya dengan pendapatan yang saya nyatakan tadi, terus dapat bantuan Persekutuan RM300. Maknanya yang bantuan am daripada kerajaan negeri mansuh. Bukan bantuan orang tua sahaja yang dibawa ke Sabah dan Sarawak, mulai Januari ini adalah bantuan kanak-kanak, bantuan orang tua, penjagaan pesakit ataupun OKU kronik, elaun pekerja cacat dan juga bantuan anak pelihara yang sama kadarnya dengan di Semenanjung. Yang Berhormat Titiwangsa menyentuh tentang kanak-kanak yang berada di dalam tahanan lokap untuk mengelakkan mereka dari bercampur dengan penjenayah tegar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah seksyen 86(2)(a) Akta Kanak-kanak 2001, adalah jelas memperuntukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh ditahan di dalam lokap atau penjara yang sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Kalau ada kes, buatlah surat secara bertulis kepada KDN ataupun kepada kementerian saya, insya-Allah kita akan melihat dan mengambil tindakan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih. Boleh tak? Sebelum itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya...

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor, tak bangun.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Hendak masuk tak sempat. Minta maaflah, kalau boleh diberi laluan sedikit untuk mendapatkan penjelasan.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Bukan isu baru?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini isu Projek Cari. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak berkesempatan tadi dan saya mengiktiraf segala usaha baik Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya kementerian di dalam hal ini. Akan tetapi di dalam Projek Cari ini, saya berpengalaman sendiri, apabila mendapati bahawa Projek Cari ini dikatakan bahawa.. Saya ingin mendapat penegasan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Projek Cari ini dikatakan bahawa hanya boleh dimajukan dan ditandatangani oleh ADUN BN ataupun MPnya ataupun JKKP. Saya diberitahu oleh pegawai kebajikan daerah Kuala Selangor. Saya ingin mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita ini berjiran, Yang Berhormat. Perkara ini pernah dimasukkan dalam surat khabar dan telah pun dijawab oleh pihak kementerian. Sebenarnya ketua kampung boleh tandatangan, memberi sokongan. Pemimpin-pemimpin masyarakat, sukarelawan pun boleh mengambil borang ini, isikan dan disahkan oleh ADUN atau Ahli Parlimen atau JKKP dan hantar kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Akan tetapi jikalau Yang Berhormat insist untuk JKK ataupun Ahli Yang Berhormat sendiri untuk tandatangan, tidak ada masalah Yang Berhormat. Kalau ada masalah, Yang Berhormat boleh hubungi saya. Cuma Yang Berhormat, kita hendaklah maklumkan bahawa ini adalah untuk skim bantuan Persekutuan sahaja, bukan bantuan negeri. Tentang Dewan Nur yang juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, pada masa ini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah 8 buah Dewan Nur akan disediakan untuk menjadi pusat aktiviti kepada komuniti setempat khususnya untuk golongan wanita. Empat daripadanya yang telah siap adalah di Jempol, di Lahad Datu, di Lembah Pantai dan juga di Jasin yang akan mula beroperasi pada Januari 2009. Baki, empat projek yang masih dalam peringkat perancangan adalah di Nibong Tebal, Kepala Batas, Muar dan juga Masjid Tanah. Kesan pelaksanaan projek ini kepada pembangunan wanita Yang Berhormat, kita boleh jadikan Dewan Nur ini sebagai satu pusat sehenti untuk kita berbincang tentang masalah-masalah wanita, ibu tunggal. Kita boleh adakan seminar, forum dan boleh jadikan ia pusat sumber dan pusat-pusat latihan pendek dan sebagainya di Dewan Nur ini. Kajian impak untuk meneliti keberkesanan operasi Dewan Nur ini buat masa ini kita belum lagi laksanakan. Insya-Allah apabila semuanya telah mula beroperasi Yang Berhormat. Yang Berhormat Titiwangsa juga menyentuh tentang program yang dijalankan oleh NIEW dengan apakah bezanya dengan program-program yang lain. NIEW atau pun NAM Institute for the Empowerment of Women merupakan sebuah institut yang ditubuhkan pada tahun 2006, bertujuan untuk pembangunan kapasiti bagi memperkasakan wanita di kalangan negara-negara berkecuali. Ia merupakan komitmen kerajaan Malaysia bagi membantu negara-negara NAM. Program utama yang dijalankan adalah kursus-kursus dalam tiga bidang utama iaitu: (i) politik; (ii) ekonomi; (iii) keganasan wanita dan kesihatan; dan (iv) pendidikan serta pendidikan dan ICT.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Peserta kursus adalah terdiri daripada wanita dari negara-negara NAM. Selain daripada itu, NIEW juga menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan dan memperkasakan wanita di kalangan negara-negara NAM dalam bidang- bidang tertentu yang boleh dikongsi. Tentang kadar kenaikan OKU sudah saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Titiwangsa menyentuh Institut Sosial Malaysia atau ISM yang mana fungsinya adalah untuk menyediakan latihan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi di bawah kementerian ini serta pegawai daripada kementerian dan jabatan dan orang-orang perseorangan yang terlibat dalam pembangunan sosial. Kita buka ya. Objektifnya adalah untuk: (i) melahirkan pengamal sosial yang mahir, profesional; (ii) mempertingkatkan kemahiran serta berkongsi pengetahuan di dalam dasar sosial dan kebajikan sosial; (iii) merancang dan mereka bentuk program latihan dan kurikulum kursus yang relevan; (iv) mewujudkan rangkaian kerjasama tempatan dan antarabangsa; dan (v) menyokong penyelidikan dan menghasilkan penerbitan mengenai isu berkenaan dasar sosial dan juga pembangunan sosial. Visinya adalah untuk menjadikan sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang dasar sosial dan pembangunan sosial. Misinya menggalakkan perkongsian pengetahuan dan idea, latihan berkualiti, penyelidikan dan mempertingkatkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang dasar sosial dan pembangunan sosial. Setakat ini, pada tahun 2008 sudah ada 128 kursus yang telah dilaksanakan.

Dr. Lo' Lo Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan. Bagaimanakah mekanismenya untuk menghantar sukarelawan atau pun aktivis untuk mengikuti kursus- kursus di ISM?

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat, kalau boleh menulis kepada Menteri atau pun terus kepada Pengarah ISM sendiri untuk menyatakan bidang apa Yang Berhormat berminat hendak hantar sukarelawan itu, berapa ramai, tarikhnya dan sebagainya supaya dapat diatur dan disusun supaya tidak bertembung dengan yang telah dijadualkan. Tuan Pengerusi, sejauh manakah Operasi Rumah Kanak-kanak di bawah kelolaan NGO memenuhi kehendak kerajaan oleh Yang Berhormat Titiwangsa juga. Rumah atau pun pusat jagaan ini tertakluk di atas Akta Pusat Jagaan 1993 pindaan 2007 dan peraturan- peraturan mengenainya. Sebagai contoh, semua pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementerian dan memenuhi keperluan tiga agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Di bawah peraturan ini, setiap pengendali mesti memenuhi syarat-syarat seperti nisbah penjaga dengan penghuninya mesti sesuai, keluasan lantai, menu pemakanannya dari segi kesihatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Ini adalah untuk menentukan kebajikan kanak-kanak di pusat-pusat jagaan berkenaan terjaga dan terjamin. Tentang Rumah Titian Kasih, Yang Berhormat menyatakan tadi yang telah beroperasi sepuluh tahun tetapi tidak berdaftar. Yang Berhormat mendakwa ada pegawai JKM sendiri yang menghantar kes-kes ke Rumah Titian Kasih. Kita tidak lepaskan untuk pendaftaran tetapi kita hantar dakwaan Yang Berhormat. Saya akan jalankan siasatan Yang Berhormat, tetapi berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Ibu Pejabat JKM, Rumah Titian Kasih Titiwangsa ini dalam proses pendaftaran sekarang di bawah akta pusat jagaan dan memang belum menerima bantuan kewangan daripada JKM kerana dia tidak berdaftar lagi.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya dimaklumkan juga, Pegawai JKM menyatakan di sini tidak pernah menghantar sebarang kes ke Rumah Titian Kasih. Ini kerana JKM biasanya hantar ke rumah yang sudah berdaftar dan menerima geran daripada kementerian sahaja. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Titiwangsa juga meragui pembahagian tugas antara menteri, timbalan menteri dan juga penasihat hal ehwal wanita dan pembangunan sosial kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pembahagian tugas antara Yang Berhormat Menteri, timbalan menteri dan penasihat khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai hal ehwal wanita ini dan pembangunan sosial ini adalah jelas Yang Berhormat dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Setakat ini kementerian dan juga penasihat khas Yang Amat Berhormat iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kita laksanakan tugas masing-masing secara penuh kerjasama yang tinggi dan sangat objektif Yang Berhormat. Dan tidak ada tindanan tugas. Akan tetapi kita boleh berbincang, duduk bersama untuk kebaikan golongan sasar.

Dr. Lo' Lo Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Yang Berhormat, boleh bagi skop tanggungjawab itu, dimaklumkan di sini.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Saya akan hantar secara bertulis Yang Berhormat. Saya memang ada skopnya. Saya telah diserahkan oleh penasihat sendiri dan saya akan bagi secara bertulis. Saya yakin Yang Berhormat juga pernah dipanggil untuk berbincang dengan Yang Berbahagia Penasihat ini. Yang Berhormat Titiwangsa juga menyatakan tentang aduan bayaran lewat kepada klien mulai 5 haribulan, setiap bulan yang kita arahkan tetapi lewat. Kita ada empat cara Yang Berhormat. Empat cara bayaran bantuan JKM ini. Pertama, terus ke dalam akaun bank klien. Kedua, di pusat bayaran kelompok setempat yang mana kita kumpulkan. Ketiga, kepada yang tidak mampu, pegawai kita turun ke rumah klien. Keempat, kalau pilihan klien untuk datang ke pejabat JKM, dia boleh datang. Itu yang kadang-kadang dia tidak tepat 5 haribulan mengikut kesesuaian yang hendak datang atau pun pusat bayaran setempat ini seboleh mungkin jangan lebih daripada 5 haribulan. Itu arahan, kalau ada kelewatan satu atau dua hari itu saya mohon maaf. Kadang-kadang dengan nisbah pekerja dan klien yang begitu jauh daripada nisbah ideal pastinya terdapat sedikit sebanyak kekurangan. Kita cuba perbaiki. Yang Berhormat Batu Gajah mengatakan dia agak kecewa mengapa Yang Berhormat Menteri tidak bersuara langsung untuk membantah kata-kata lucah di dalam Dewan ini. Sebagaimana sedihnya Yang Berhormat atau kecewanya Yang Berhormat, saya kira Yang Berhormat Menteri dan saya yang selama ini berjuang untuk memartabatkan maruah kaum wanita turut tidak bersetuju sekiranya kata-kata lucah ini terus digunakan apatah lagi di dalam Dewan yang mulia ini. Yang saya tahu sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang menyayangi dan menghormati wanita. Jadi, saya turut kesal tetapi Tuan Pengerusi telah membuat ruling dengan izin. Kita sama-sama berharaplah agar perkara-perkara sebegini tidak lagi timbul di masa hadapan kerana wanita itu bukan sahaja sahabat tetapi ibu, isteri dan anak gadis kita juga. Mungkin nanti bila Yang Berhormat Menteri balik sebab dia tidak ada sudah tiga minggu, Yang Berhormat. Mungkin nanti Yang Berhormat Menteri balik saya akan maklumkan ya. Pindaan terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga, Yang Berhormat Batu Gajah. Pindaan ini dibuat dengan mengambil kira pandangan-pandangan daripada pihak NGO- NGO dan juga individu yang berkaitan. Dengan mengkaji pandangan-pandangan mereka dan untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat mungkin tidak suka jawapan saya ini. Pindaan tersebut adalah di peringkat akhir, Yang Berhormat... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Input yang wajar telah kita serahkan sebagaimana yang saya nyatakan minggu lepas. Yang Berhormat Tawau telah saya jawab...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin hujah yang saya sampaikan tadi kurang jelas. Saya nyatakan bahawa Yang Berhormat pernah nyatakan perkara ini dalam Dewan bahawa input-input berkenaan undang-undang yang perlu dipinda kerana mendiskriminasikan wanita telah diserahkan kepada kementerian yang berkenaan. Itulah yang saya persoalkan mengapa ia mengambil masa yang begitu lama. Saya minta kementerian lebih agresif pursue perkara ini. Contoh, Akta Keganasan Rumah Tangga. Saya telah membantu banyak kes di mana akta ini kurang efektif. Seperti Yang Berhormat juga mengetahui nafkah. Kita mahu bantu wanita tetapi undang-undang mempunyai loophole tidak sempurna. Saya hanya hendak tahu apa kesulitan yang dihadapi oleh pihak kementerian. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata, telah diserahkan kepada kementerian yang bertanggungjawab, input-input tersebut, tetapi jika mereka tidak bergerak atau memandang serius perkara ini, apakah daya dan mampu pihak kementerian selepas ini? Itu persoalannya.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat, saya tidak mahu menimbulkan sebarang ketegangan di sini dengan rakan sesama kementerian. Akan tetapi kalau boleh mungkin melalui Woman Caucus saya mohon bersama dengan kementerian, kita berjumpalah dengan Yang Berhormat Menteri yang berkenaan kerana ia bukan di bawah kementerian ini. Saya difahamkan pindaan sudah ke AG. Kalau boleh mungkin kita buat satu temu janjilah untuk mendengar sendiri apa masalah yang sebenarnya, Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah, tentang bantuan kanak-kanak yang kadarnya tidak mencukupi. Kalau mengikutkan Yang Berhormat, memang jumlah yang diberikan untuk bantuan kanak-kanak ini bernilai RM100 satu kepala dan maksimum RM450 memang kecil dengan keadaan sara hidup yang tinggi pada hari ini. Akan tetapi bantuan ini hanyalah sebagai assistant sahaja, dengan izin Yang Berhormat. Untuk memberi motivasi dan rangsangan kepada mereka. Juga untuk mereka cuba berdikari dan keluar dari belenggu kemiskinan. Kita tidak mahu memberi seolah-olah tanggapan bahawa bantuan mesti cukup. Kalau keperluan RM700, mesti dapat RM700 tanpa mereka perlu berusaha sendiri, tetapi ini adalah juga berbentuk sementara. Kalau mereka daripada golongan umur masih produktif dan boleh bekerja, kita beri kemahiran, kita beri bantuan geran pelancaran sedikit. Memang tidak banyak daripada JKM memang kecil iaitu RM2,700 sahaja. Projek kecil-kecilan mungkin boleh dimulakan untuk menambah pendapatan keluarga. Mungkin boleh beli sewing machine yang harganya dalam RM1,000 lebih dan kita beri kemahiran untuk menjahit yang kemudian boleh menjadi salah satu sumber pendapatan. Objektif kerajaan bukan untuk membantu 100% kepada kumpulan ini dan kita hanya membantu seboleh mungkin, secara sementara dia mendapat keluar daripada belenggu kemiskinan kecuali yang tidak produktif seperti warga emas, OKU yang terlantar dan sebagainya. Itu memang kita bagi bantuan seumur hidup. Yang Berhormat Tawau antaranya juga menyebut tentang wanita tempatan yang diperdaya untuk membawa dadah ke luar negara oleh sindiket. Pihak kementerian menyedari masalah wanita yang terpedaya dan terperangkap dalam kes-kes penyeludupan dadah di luar negara ini yang kian hari kita dengar kian kita sedih, kerana kadang-kadang merupakan wanita OKU atau wanita muda yang terpedaya dengan tawaran-tawaran kerja dengan gaji yang tinggi dan sebagainya. Isu tersebut di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kementerian akan mempertimbangkan untuk mengadakan program kesedaran bagi menangani isu tersebut. Malahan selaku Ahli Parlimen dan wakil rakyat, di mana-mana program yang kita berjumpa dengan rakyat dalam program, menghimpunkan mereka dalam dewan misalnya, saya pasti Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat juga turun padang.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Bolehlah isu ini disebutkan dan dipesan kepada ibu bapa jangan terlalu mudah percaya kepada anak yang hendak ke luar negara dengan tawaran gaji yang tinggi. Walaupun tahu anak kita itu hanya kelayakan SPM atau STPM dan sebagainya. Peranan kita semua. Saya tidak boleh membebankan kepada Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja untuk melihat perkara ini. Marilah kita sama-sama memberikan perhatian dan kita antara orang yang sering turun padang berjumpa dengan rakyat. Saya yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat pun saya selalu tengok dekat surat khabar turun padang. Satu dua saja yang kata turun padang itu buang masa. Jadi apa kata kita sama-sama berpesan kepada ibu bapa ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tawau menyentuh tentang keganasan kanak- kanak dan orang muda. Tentang rancangan untuk pelaporan bagi kanak-kanak dan orang muda dan pastikan agar maklumat itu dirahsiakan. Kes keganasan ke atas kanak-kanak dan orang muda boleh dilaporkan melalui Talian Nur 15999 yang beroperasi 24 jam ataupun terus kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat dan juga pegawai di institusi-institusi kebajikan. Kerahsiaan adalah prinsip kerja sosial yang diamalkan dan semua maklumat pengadu adalah dirahsiakan. Mengenai pemantauan rumah kanak-kanak yang dijalankan oleh NGO. Sama ada kami memantau kualiti perkhidmatan rumah kanak-kanak NGO. Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kerjasama UNICEF, sedang mewujudkan garis panduan penjagaan kanak-kanak di institusi NGO. Terdapat 74 institusi kanak-kanak NGO yang menerima geran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan garis panduan penjagaan kanak-kanak ini akan diguna pakai oleh semua NGO kanak-kanak mulai tahun 2009. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memantau NGO kanak-kanak dalam memastikan NGO ini mematuhi garis panduan penjagaan kanak-kanak supaya mencapai standard yang ditetapkan oleh JKM. Seterusnya tentang...

Mohon penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Silam.

Ya, saya. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan penjagaan kanak-kanak. Adakah satu mekanisme ataupun undang-undang ataupun akta yang diperkenalkan oleh pihak kementerian ini untuk menjaga kanak-kanak di negeri Sabah dan Sarawak? Oleh sebab kita merujuk mungkin kalau di Semenanjung ini, dari segi latar belakang keluarga yang berbeza-beza itu tidak begitu ketara. Akan tetapi kalau di negeri Sabah terutamanya dari segi kumpulan etnik yang berbeza-beza agama itu. Jadi kita takut dari segi ada yang tidak... Dari segi agamanya akan menjejaskan dari segi pertumbuhan dan pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak itu. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Silam. Kita ada Akta Kanak-kanak, tahun 2001. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan Yang Berhormat tentang keadaan di Sabah yang mungkin masalah dan isu kanak-kanaknya sedikit berbeza dengan kanak-kanak jalanan, kanak-kanak tanpa dokumentasi dan sebagainya. Izinkan saya menjawab secara bertulis Yang Berhormat, terima kasih. Penyertaan lelaki dalam program-program wanita yang sangat tidak memberangsangkan oleh Yang Berhormat Tenggara, saya pun bingung sebab kadang- kadang saya buat di kawasan saya Tuan Pengerusi, masalah yang sama juga timbul wanita sahaja yg datang walaupun tajuk itu adalah modul kebapaan. Saya tidak tahu cara mana untuk menarik kaum bapa ini untuk berminat datang kecuali saya pernah buat satu program tajuk Bermadu Itu Manis, baru ramai yang datang... [Ketawa] Jadi macam-macam hal pula. Itu betul, itu kisah betul.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Semasa saya di bawah MPWK, saya Ketua Wanita UMNO Bahagian, saya hendak datangkan bapa ini, hendak buat sambutan Hari Bapa pun ibu yang ramai datang, jadi saya buat tajuk, ”Bermadu itu Manis”. Datanglah ya, tetapi selepas itu dia tahu kita tidak berapa favor dengan tajuk itu, dia keluarlah perlahan-lahan. Nantilah kita cuba bincangkan mekanisme yang terbaik mungkin rakan-rakan Ahli Parlimen lelaki boleh membantu untuk kita mencari satu cara yang terbaik untuk menurunkan kaum bapa ini supaya mereka lebih tahu akan tanggungjawab, lebih menyayangi kita sebagai isteri walaupun perkahwinan sudah mencapai 40 tahun. Tentang CSO tadi ditimbulkan tadi oleh... Saya minta maaf Tuan Pengerusi, saya tidak sempat mecatat Ahli Parlimen mana yang menyebut, tetapi adalah tentang perintah khidmat masyarakat CSO sebab tidak jumpa kertas di sini, tetapi saya ingat tentang isu ini. Ianya telah dilaksanakan pada 1 Januari 2008, Perintah Khidmat Masyarakat setakat 2.12.2008 perintah yang telah dibuat oleh mahkamah adalah seperti berikut jumlahnya: | NEGERI |JUMLAH KES| |---------------|---------:| |Kuala Lumpur | 69| |Selangor | 47| |Negeri Sembilan| 27| |Johor | 22| |Terengganu | 21| |Pulau Pinang | 21| |Pahang | 19| |Labuan | 1|<END_TABLE_MARKER> Semuanya melibatkan 291 pesalah yang sedang mengikuti Perintah Khidmat Masyarakat ini dan antara aktiviti pelaksanaan perintah ini adalah dilakukan di Institusi Kebajikan Masyarakat sebagaimana antaranya seperti berikut: (i) pemeliharaan kawasan; (ii) pemeliharaan bangunan, itu kerja-kerja yang ringan seperti mencuci tandas dan sebagainya; (iii) kerja-kerja landskap; (iv) taman permainan rekreasi dan riadah; (v) penyelenggaraan padang; (vi) pembaikan-pembaikan kecil; (vii) housekeeping; (viii) penyajian makanan; (ix) penyelenggaraan surau; (x) membantu pengurusan; dan (xi) menguruskan diri penghuni dan lain-lain tugas yang dikira sesuai seperti membaiki singki, paip dan mengganti lampu-lampu mentol elektrik yang rosak dan sebagainya.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Maksimum adalah 240 jam dan umur pesalah di antara 18 ke 21 tahun. Pada prinsipnya ia adalah untuk kesalahan pertama dan kesalahan yang ringan dan dilaksanakan di luar waktu sekolah ataupun di luar waktu kerja jika pesalah itu pekerja. Akan tetapi kalau dia menganggur akan dilaksanakan mengikut waktu kerja yang biasa khidmat masyarakatnya. Saya kira Tuan Pengerusi, waktu anjal...

Yang Berhormat Menteri, soalan itu saya yang bangkitkan tadi.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Allah, minta maaf. Saya cari-cari kertas tidak jumpa Yang Berhormat Tenggara.

Tidak apalah, saya dengar dekat luar sebab itulah saya lari masuk. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri kita sudah faham tadi apabila Yang Berhormat Menteri memberitahu tentang program yang dilaksanakan dalam pada menamakannya sebagai Perintah Khidmat Masyarakat. Adakah kita dapat pastikan bahawa pesalah-pesalah muda ini dia dapat menerima program Perintah Khidmat Masyarakat ini bukan sebagai suatu paksaan, tetapi sebagai sesuatu yang agak diadakan untuk membantunya berubah supaya berubah, dapat membangkitkan keinsafan kepada mereka. Adakah mereka menerima itu bukan sebagai satu paksaan, tetapi mereka rela untuk menjayakan Perintah Khidmat Masyarakat ini untuk berubah.

Puan Noriah KasnonUMNO · BNSungai Besar

Setakat ini kami tidak menerima sebarang masalah seperti rasa memberontak dan sebagainya di kalangan mereka dan tidak pula mereka rasa terpaksa tetapi mereka tahu, mereka sedar mereka sudah melakukan kesalahan dan mereka bersyukur kerana tidak diberikan hukuman yang lebih berat tetapi mereka boleh balik ke rumah, boleh pergi sekolah, boleh pergi kerja sambil menjalankan satu program khidmat masyarakat yang saya kira mereka pun tahu. Kalau ikhlas dijalankan walaupun ini adalah sebagai balasan tetapi jika ikhlas pahala juga mereka akan dapat kepada orang Islam. Saya kira Tuan Pengerusi mana-mana isu-isu dan permasalahan yang tidak sempat saya jawab seperti Yang Berhormat Papar, tentang Akta Kerja 1955 ianya di bawah Kementerian Sumber Manusia. Bagi saya berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dan mungkin satu jawapan bertulis akan kita hantar. Begitu juga dengan rakan- rakan dan Ahli-ahli Parlimen yang lain yang tidak dapat saya jawab secara lebih tepat mungkin. Kalau yang mana masih memerlukan makluman tambahan harap dimaklumkan kepada saya. Kira yang lain-lain sudah saya sentuh sedikit sebanyak. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM781,390,900 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM781,390,900 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM151,832,000 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM151,832,000 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.49 [Jadual] – Maksud P.49 [Anggaran Pembangunan 2009] –Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.49 dan Kepala Pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahaskan. Lima minit Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Pengerusi, inilah satu kementerian untuk RM14 bilion. Tadi kita ada 10 minit, 15 minit mengenai perkara nafsu yang dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen yang mengambil 10 minit. Saya rasa kita perlu utamakan apa yang penting untuk masa hadapan kita. Antara kementerian-kementerian yang maha penting ialah kementerian ini, iaitu sumber manusia sama ada kita akan berjaya untuk ke hadapan dalam race international competitiveness. Dan sangat malangnya universiti-universiti kita kalah kepada universiti- universiti negara-negara yang lain yang bukan sahaja di negara-negara, universiti-universiti yang establish tetapi universiti-universiti sehingga hari ini dianggap sebagai di belakang kita. Tidak boleh dibandingkan dengan kita. Universiti-universiti di Thailand, di Indonesia, di Philippines dan rantau South East Asia tetapi di dunia kepada University of Cape Town, South Africa University of Argentina di Brazil kita sekarang di belakang mereka. Kenapa ini berlaku? Kali yang pertama tahun yang kedua kita ditinggalkan daripada top 200 universities TIMES Higher Education supplement dan QS World University Rankings 2008. Kenapa berkali-kali kita tidak boleh membaiki kedudukan kita sehingga bukan sahaja kita kalah kepada top universiti di Singapura, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan tetapi negara-negara yang lain. Yang tadi saya sebutkan dan bukan sahaja kali yang kedua, tetapi tahun yang kedua kita ditinggalkan daripada top 200 universities! Tahun yang kedua, tidak ada satu tempat dalam dengan izin, separate ranking of top 100 universities untuk lima bidang. Natural science, social sciences, art and humanities, life sciences, biomedicine, dan teknologi. UKM dan UM dalam tahun 2006 adalah ditempatkan masing-masing nombor 185 dan 192, tapi UKM jatuh kepada 309 tahun lalu sungguhpun tahun 2007 di tempat yang lebih baik sekarang 250 dan universiti jatuh kepada 246 tahun 2007 dan lebih baik sekarang 230 tapi masih di luar daripada 200 top universities. USM yang ada dinamakan sebagai APEX Universiti lebih teruk rankingnya. Ada satu masa 2004 di tempat 111, 2005 - 326, 2006 - 277, dan di tahun 2007 - 307 dan di tahun ini 2008 - 313. Bagaimana, kenapa kita boleh ada satu APEX University yang sepatutnya nombor satu top universiti di Malaysia di tempatkan di nombor 313? Bukan sahaja kalah kepada National University of Singapore nombor 30 dan Nanyang Technological University nombor 77, Chulalongkorn University Thailand nombor 166, University of Indonesia nombor 287, Ateneo de Manila University - 254 dan University of Philippines - 276. Semua kita di belakang mereka dan ini menunjukkan bahawa kita tidak ada apa- apa kemajuan dalam memperbaiki taraf universiti kita hingga sekarang universiti-universiti Indonesia lebih baik berbanding dengan banyak universiti di Malaysia dan kedudukan ini masa dahulu tidak pernah berlaku. Lebih baik daripada universiti, saya tak mahu sebut di sini, sungguhpun saya ada buat banyak homework dan research dalam perkara ini, tetapi apa yang mustahak ialah mengenai lima bidang yang top 100 universities untuk lima bidang yang saya sebutkan. Ini bererti ada 500 slot lima bidang di mana ada diklasifikasikan top 100 universities setiap bidang. Ada 500 slot untuk dipilih. Ada satu masa 2006, kita ada di tempat, dua tiga tempat slot Universiti Malaya adalah untuk social science di tempatkan nombor 49 di dunia. Natural science di tempatkan 95. UKM ada di tempatkan untuk natural science nombor 62 dan Universiti Sains Malaysia di tempatkan nombor 96 untuk life sciences dan biomedicine. 500 slot yang terbaik kita ada empat slot, tetapi untuk tahun ini satu pun tak ada.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sungguhpun di dunia ada sekurang-kurangnya 30 universiti bukan hanya ditempatkan dalam 200 top universities, tetapi mereka juga ada dalam lima-lima kategori best 100 top universities. Boleh diklasifikasikan sebagai the elite of the elite wise. Di Australia ada enam universiti begitu. Singapore ada satu, Hong Kong ada satu, Jepun ada satu, negeri China ada dua, Kuwait ada satu, tapi Malaysia tiada! Bukankah ini menunjukkan bahawa kita dalam satu krisis higher education yang begitu lama and not turn into corner. Apakah sebabnya kita menghadapi krisis ini, oleh kerana kita tidak rela untuk pecah the backbone of the problem ialah kalau kita mahu memulihkan kedudukan tahap universiti kita, mahu kembalikan kepada satu sistem universiti bertaraf dunia kita perlu memansuhkan, berhentikan Dasar Ekonomi Baru dalam bidang universiti. Dasar Ekonomi Baru ialah untuk 20 tahun. Tahun 1970 ke tahun 1990. Cukuplah untuk universiti. Saya tak mahu bincang di sini mengenai bidang-bidang yang lain tapi khusus untuk universiti supaya kita kembalikan meritokrasi yang terbaik sekali untuk sama academicians. Untuk mahasiswa-mahasiswi supaya inilah baik untuk negara. Untuk semua kaum, untuk rakyat Malaysia supaya universiti-universiti kita menikmati kecemerlangan dan ada taraf yang diiktiraf dan bermulanya berhentikan Dasar Ekonomi Baru dalam sektor universiti. Sepatutnya Dasar Ekonomi Baru perlulah dimansuhkan secara berperingkat- peringkat, tetapi kita sebut mengenai universiti oleh kerana ini mustahak cutting edge, yang menentukan sama ada Malaysia, bolehkah vary forefront of competitiveness? Dan ini mustahak, oleh kerana kalau tidak ini pun dicadangkan oleh satu World Bank dalam satu kajian Malaysia and the knowledge economic buildings, a world class higher education system yang dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Mac tahun lalu. Bahawa apa yang mustahak ialah untuk mengadakan meritokrasi yang sebenarnya dan untuk berhentikan satu sistem meritokrasi yang fraudulent sebagai contohnya, menyamakan STPM dengan meritokrasi. Ini tidak boleh disamakan! STPM yang standard yang diiktiraf oleh dunia, yang one of the most difficult examination in the world dengan meritokrasi. Mana boleh disamakan? Ini fraudulent. Ini bukan meritokrasi. Ini fraudulent meritokrasi dan ini ada dicadangkan oleh world bank...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tak ada masa Yang Berhormat, tidak ada masa.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, sedikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf, teruskan tak apa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tak jadi, tak jadi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap bahawa kita boleh dapat satu jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai outcome kajian kerajaan mengenai recommendation World Bank study ini. Bahawa stop mengadakan satu common university entrance examination dan juga perakuan-perakuan yang lain. Apa tindakan yang diambil supaya kita sebenarnya boleh kembalikan kepada dahulu ada world class university berdepan dengan bukan sahaja taken over by Indonesian, Thai, Universities South Africa, Argentina dan Brazil tapi boleh banding, boleh compete dengan Singapura, dengan South Korea, China dan Taiwan dan Jepun. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahas di bawah kementerian ini. Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 020100 - Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. Di universiti tempatan sekarang IPTA, kerajaan mengarahkan agar 120 jam kredit dibawa untuk setiap major di dalam IPTA, dan kerajaan mengarah agar 120 jam kredit ini dibawa dalam tempoh tiga tahun ataupun enam semester.

Saya rasa ini adalah satu keseksaan untuk pelajar-pelajar kerana satu semester 20 kredit memang amat berat. Lagipun kerajaan mahu setiap pelajar to be an all-rounder, dengan izin. Bagaimanakah mereka boleh jadi an all-rounder sekiranya mereka tidak ada masa untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka sendiri, tidak ada masa berinteraksi dengan tenaga pengajar ataupun pensyarah-pensyarah? Ini adalah satu masalah! Bagaimanakah kita ataupun negara kita hendak menghasilkan graduan yang boleh berfikir, yang inovatif dan sebagainya? Jika matlamat mereka hanyalah untuk lulus dalam peperiksaan dan mendapat sijil kertas. Ini tidak boleh! Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, kita harus melihat perkara ini. Kurikulum universiti daripada penghasilan graduan yang pandai membuat analisis, yang pandai menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai bidang kerja. Saya tidak ingin menyentuh world university ranking di sini kerana yang penting adalah penghasilan graduan yang bermutu. Oleh itu kita mesti mementingkan aspek kualiti graduan kita dan lihat daripada segi 120 jam kredit dan bagaimanakah hendak menghasilkan mereka ini daripada kredit yang mereka ambil, dan berapa semester seharusnya mereka jalani untuk graduate? Oleh itu, saya mencadangkan agar empat tahun lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi kerana empat tahun amat sesuai. Kita tidak mahu pelajar-pelajar kita hanya untuk belajar dan mengambil masa untuk belajar agar mereka lulus dalam peperiksaan. Terakhir saya ingin menyentuh Butiran P. 04000 – Universiti Malaysia Sarawak. Jumlah RM160,795,000 ini amat besar. Saya ingin bertanya, adakah ini untuk pembangunan kampus Universiti Sarawak? Oleh kerana kawasan kampus Universiti Malaysia Sarawak ataupun UNIMAS amat luas dan banyak lagi pembangunan infrastruktur dan bangunan belum lagi siap dan sesuai. Akan tetapi saya ingin mencadangkan juga di sini bahawa jumlah ini dibahagikan juga untuk R&D. UNIMAS amat aktif dalam bidang R&D lebih-lebih lagi dalam bidang bioteknologi, konservasi biodiversiti dan sebagainya. Oleh itu, saya mencadangkan agar sejumlah peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan R&D mereka. Sekian, terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Jabatan Pengajian Tinggi, serentak dengan Butiran 020100 – Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan dan juga Butiran 050000 – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pertamanya, memang saya juga bersetuju dengan pendapat Ahli Yang Berhormat yang bercakap sebelum saya tadi. Kita memang berhasrat untuk melihat pusat pengajian tinggi negara kita terutama universiti mencapai tahap yang betul-betul gemilang iaitu termasuk dalam golongan institusi pengajian tinggi world class, dengan izin. Akan tetapi pada masa yang sama, kita harus jangan lupa iaitu apa yang dikatakan meritokrasi. Sememangnya ia satu prinsip yang memang baik tetapi pada masa yang sama kita jangan lupa bahawa kita mesti melahirkan juga graduan-graduan dalam pelbagai kaum yang akhirnya nanti dapat mengimbangi dan dapat memperlihatkan bahawa pelbagai kaum negara kita ini mempunyai, melahirkan graduan-graduan yang harapan kita ialah sama rata, yang kita tahu dalam bidang profesional, kaum bumiputera, kaum peribumi jauh ketinggalan. Jadi untuk itu Tuan Pengerusi, masalah kuota di pengajian tinggi yang kita tahu sekarang ini sudah sampai kepada peringkat tahap 55 dan 45, yang mana kepentingan kaum bumiputera dalam bidang pendidikan terletak di bawah kuasa Majlis Raja-raja Melayu. Jadi untuk itu, saya ingin mengambil perhatian dan hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang profesional iaitu perubatan, architecture, kejuruteraan dan seumpamanya yang digulung di dalam, bawah bidang pengajian profesional.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini penting sebab kita ingin melihat pencapaian kaum bumiputera seimbang dengan lain-lain kaum, dengan tidak mengorbankan kepentingan pendidikan lain-lain kaum. Akan tetapi pada masa yang sama, kita hendak ingatkan supaya perkara ini diberi keutamaan dan diberi perhatian. Kedua saya ingin bertanya juga, dalam kita mementingkan world class universiti, tetapi untuk makluman Tuan Pengerusi, saya baru kembali daripada Iran, baru jam 9.00 pagi tadi. Saya mengikuti rombongan Yang Amat Berbahagia Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, di mana beliau telah diberi anugerah Ijazah Doktor Kehormat daripada Shahid Beheshti University dan juga University of Tehran. Dua-duanya dalam bidang medical science dan public health dan dapat kesempatan melawat universiti tersebut terutamanya dalam bidang medical science dan public health. Negara Iran kita tahu sebuah negara yang memang menghadapi masalah dengan dunia luar akibat daripada politik dan dasar mereka yang mana mereka terasing daripada negara dunia luar. Akan tetapi pencapaian dalam bidang akademik dan dalam bidang sains dan teknologi cukup hebat dan mengagumkan. Universiti di Tehran tidak termasuk dalam senarai world ranking, tidak ada nama pun tetapi kita dapati research yang dibuat oleh universiti-universiti di Tehran dalam bidang HIV prevention, maknanya masalah penyakit AIDS dan juga penyakit diabetes sudah sampai kepada tahap yang cukup berjaya. Oleh itu saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, sejauh manakah kerjasama antara universiti-universiti di negara kita dengan negara universiti- universiti di Tehran? Saya harap kalau boleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi melawat negara Iran dan melawat universiti-universiti yang saya sebutkan tadi dan mempelajari bagaimana kita boleh membawa kajian-kajian yang dibuat di Universiti Tehran ini bekerjasama dengan universiti di Malaysia terutamanya dengan UiTM, Universiti Teknologi Mara. Saya cukup yakin dua-dua universiti yang saya sebutkan tadi mempunyai kepakaran research yang cukup hebat dan ini mungkin juga yang membimbangkan negara Amerika Syarikat. Begitu juga kerjasama dengan universiti-universiti di negara China dalam bidang teknologi. Ini juga penting. Saya tidak tahu sejauh manakah kerjasama dengan universiti-universiti ini, cuma saya hendak minta pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian dalam perkara ini secara khusus. Untuk makluman Tuan Pengerusi, di Universiti Tehran, ada seorang pelajar Malaysia bernama Fatimah binti Zahra, sekarang ini tahun tiga buat kursus dalam bidang kedoktoran. Beliau pergi dengan belanja sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan biasiswa ataupun pinjaman sehingga beliau juga meminta saya kalau boleh menguruskan kalau dia dapat pinjaman daripada MARA ataupun sebagainya. Waktu Tun Dr. Mahathir membuat sidang media dengan hampir 200 wakil-wakil media, yang membuat terjemahan bahasa Parsi ke bahasa Inggeris adalah pelajar ini yang bernama Fatimah binti Zahra yang masuk tahun ketiga dan mendapat pujian daripada pihak Universiti Tehran daripada medical science. Jadi kita cukup bangga dengan kejayaan beliau dan saya harap kalau bolehlah Kementerian Pendidikan ambil tahu, juga pelajar-pelajar yang terpencil yang belajar di universiti-universiti yang kita tidak tahu. Kita selalu memandang universiti di United Kingdom, Australia, Amerika tetapi kita lupa negara-negara ini cukup maju dan ke depan dalam bidang sains dan teknologi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit lagi Tuan Pengerusi. 052300, masa tidak mengizinkan Universiti Malaysia Kelantan. Sebelum ini saya ada tanya, bilakah ada buat cadangan Universiti Kelantan hendak mewujudkan pengajian Tok Kenali? Sehubung dengan itu, juga saya tengok dalam senarai butiran pembangunan tidak ada peruntukan untuk pembangunan Universiti Kelantan. Jadi bilakah kampus baru akan didirikan? Apakah tidak ada peruntukan untuk tahun 2009 bagi Universiti Kelantan? Jadi Tuan Pengerusi, habis sudah masa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habis Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya ada empat perkara lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habis Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Lima minit saja? Bila lima ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita hendak habiskan esok.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya baru ada empat perkara lagi. Tidak boleh sambung lagi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Pengerusi kerana bagi peluang kepada saya membahaskan belanjawan Kementerian Pengajian Tinggi ini. Saya hendak sebut beberapa perkara yang pertama ialah Butiran 020100, 020200 Pengurusan IPTA dan IPTS. Di negara dimaklumkan terdapat lebih kurang 16,900 orang pelajar luar negara, antarabangsa yang menuntut di negara kita ini. Sebahagian mereka ini mendapat biasiswa ataupun bantuan daripada negara mereka sendiri dan juga dengan negara kita di samping belanja persendirian. Saya yakin bahawa dan kita mendapat makluman terdapat daripada mereka ini di samping belajar menggunakan masa lapangnya untuk bekerja sambilan dalam pelbagai aktiviti termasuk berniaga dan sebagainya. Tidak kurang juga mereka yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang boleh merosakkan, melanggar peraturan negara kita. Masalah sosial dan juga masalah jenayah dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah jumlah kes perlakuan sosial ataupun pelanggaran peraturan negara yang dilakukan oleh pelajar luar negara ini termasuklah kes-kes jenayah? Apakah tindakan yang telah diambil ke atas mereka ini dan berapakah jumlah pelajar luar negara yang telah dikenakan tindakan ini? Kedua ialah tentang IPTS, institut pengajian tinggi swasta akibat daripada keadaan ekonomi yang mencabar ini saya kira memang kita dapat maklum banyak IPTS yang telah ditutup dan sehingga hari ini berapakah jumlah IPTS yang telah ditutup? Saya kira sebahagian daripada IPTS ini mulanya dibuka untuk membantu pelajar-pelajar kita yang tidak ada kesempatan ke IPTA dan sebagainya. Mereka ini ada yang di ambil belajar di IPTS ataupun swasta ini tetapi apabila institusi pengajian tinggi ini ditutup maka sudah tentulah jaminan masa depan mereka tidak ada lagi. Saya hendak bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah pelajar kita yang akibat daripada penutupan IPTS ini mereka telah terbiar begitu sahaja? Dan apakah tanggungjawab yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Oleh kerana mereka telah mengeluarkan perbelanjaan, ibu bapa telah mengeluarkan perbelanjaan untuk mendapatkan pelajaran tapi malangnya akibat penutupan ini mereka mendapat kerugian. Berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 04800 - Kolej Komuniti. Suatu ketika dahulu kerajaan heboh kita hendak bina setiap Parlimen kolej komuniti tetapi selepas itu apabila tukar menteri maka bertukarlah dasar yang berlaku. Saya memohon kepada menteri yang baru ini, di Maran juga telah dijanjikan sebuah kolej komuniti dan kita telah usahakan. Untuk makluman Tuan Pengerusi dan menteri, kita ada tapak, zon Maran telah dikenali sebagai zon pendidikan tetapi malangnya tidak ada kolej-kolej seperti ini yang dibina terutamanya di Pekan Tajau, di Simpang Jengka dan sebagainya.

Saya mohon benarlah kepada kementerian, kepada menteri supaya dapat merealisasikan pembinaan kolej ini kerana masyarakat telah tahu. Saya tidak mahu nanti masyarakat marah kepada kita kerana janji yang telah dibuat oleh kerajaan sedangkan anak-anak mereka perlu masuk ke kolej ini untuk mereka mendapatkan pengetahuan dalam menjamin masa depan hidup mereka. Jadi saya bersedia Yang Berhormat Menteri untuk menyediakan tapak dan saya harap dapat direalisasikan pembinaan kolej ini. Berikutnya ialah Butiran 05009 - Akademi Kepimpinan Pengajian tinggi Negara. Saya tidak tahu, mungkin pengalaman dan pengetahuan saya tidak cukup banyak tentang tujuan pembinaan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Negara. Saya yakin bahawa apakah sebenarnya peranan akademi ini dan apakah akademi ini sebenarnya telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin akademik di pengajian tinggi termasuklah melahirkan pemimpin pelajar yang saya kira akan lahir ke luar masyarakat untuk memimpin negara dan sebagainya. Kita yakin bahawa ramai daripada pelajar-pelajar kita di IPTA, IPTS ini lahir sebagai pemimpin yang memberikan sokongan kepada kerajaan. Akan tetapi dalam masa yang sama tidak kurang juga banyaknya, ramainya pelajar-pelajar yang telah lari daripada menyokong kerajaan. Mungkin akibat daripada faktor-faktor lain yang menghasut mereka dan sebagainya sehingga mereka tidak lagi berterima kasih kepada kerajaan walaupun mereka dalam masa yang sama menerima bantuan kerajaan semasa mereka belajar. Akhirnya Tuan Pengerusi ialah 051600 - Kolej Tunku Abdul Rahman. Saya yakin bahawa sehingga hari ini Kolej Tunku Abdul Rahman ini masih lagi dipenuhi oleh pelajar- pelajar keturunan Cina. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, berapakah jumlah keseluruhan pelajar ini dan berapa jumlah pelajar-pelajar lain daripada keturunan lain seperti Melayu, India dan sebagainya yang belajar di kolej ini? Saya hendak tarik balik kerana di peringkat sekolah rendah ramai daripada pelajar- pelajar kita sama ada Melayu, India dan sebagainya belajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Cukup menarik dan saya melihat, berjumpa dengan pelajar-pelajar yang cukup pandai berbahasa Cina dan sebagainya tetapi apabila pergi ke peringkat menegah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi kita perhatikan agak kurang pelajar ini menyambung pelajaran mereka termasuklah di Kolej Tunku Abdul Rahman ini. Saya hendak tahu daripada kementerian apakah sebab-sebabnya, mungkin mereka merasa takut, rendah diri dan sebagainya ataupun apakah faktor-faktor yang boleh kita menyokong balik supaya pelajar-pelajar yang dulunya sekolah rendah mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan Cina ini dapat kita berikan galakkan supaya mereka dapat sama-sama memasuki kolej ini sepertimana juga pelajar-pelajar lain masuk menerusi kolej ataupun universiti-universiti lain di negara kita. Ini saya kira satu cara yang boleh kita buat bagi kita mengeratkan lagi perpaduan di antara kaum di negara kita. Tuan Pengerusi terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bangun untuk membahasakan beberapa butiran di dalam Kementerian Pengajian Tinggi. Pertama 020300 - Jabatan Penuntut Malaysia. Saya ingin menarik perhatian ahli- ahli Dewan yang berkenaan dengan pelajar-pelajar terbaik yang kita hantar ataupun kerajaan hantar ke luar negara. Saya cukup risau apabila pelajar-pelajar ini sebahagian daripada mereka yang kita iktiraf sebagai genius tapi apabila sampai sekerat jalan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak baik dan ada yang tidak lulus. Jadi saya ingin menarik perhatian pihak kementerian, berapa ramai pegawai- pegawai yang dihantar khususnya pegawai agama untuk memantau, mendidik, mentarbiahkan ataupun melakukan suatu langkah pencegahan agar mereka tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Laporan yang kita terima, ramai yang belajar di sana balik membawa budaya-budaya yang cukup bertentangan dengan nilai-nilai yang diamalkan di dalam negara kita.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya juga ingin mengajak ataupun menyebut tentang bagaimana kita boleh menyekat penghijrahan beramai-ramai penuntut-penuntut yang kita taja yang mereka ini menggunakan dana-dana awam. Bagaimanakah ataupun apakah langkah-langkah yang diguna pakai oleh pihak kementerian dalam usaha untuk menanamkan perasaan patriotik untuk berkhidmat dengan negara yang cukup berjasa menghantar mereka ke luar negara? Saya harap pihak kementerian akan bekerjasama dengan JPA, Kementerian Sumber Manusia untuk menanamkan semangat ini agar mereka kembali dan menabur jasa di dalam negara kita. Saya juga ingin tahu berapa ramai pelajar-pelajar yang ditaja oleh kementerian yang tidak balik apabila mereka menghabiskan pengajian mereka dan berapa jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara akibat daripada tindakan yang mereka lakukan? Seterusnya Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh Butiran 050000. Saya ingin menimbulkan apakah berkenaan dengan apakah sebenarnya sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi terhadap peratusan ataupun sasaran paras pendidikan tinggi dalam negara kita. Adakah 20% bagi keseluruhan rakyat dalam negara kita? Adakah 30%? Berapa sebenarnya? Apakah sasaran yang ditetapkan oleh pihak kementerian untuk menjadikan negara kita, ataupun masyarakat dalam negara kita berpengetahuan? Begitu juga, berapakah sasaran sebenar pihak kementerian terhadap bilangan pemegang ijazah sarjana dan juga doktor falsafah? Saya berharap ada satu mekanisme yang baik untuk kita ataupun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk sama- sama kita menilai dan kita mengangkat martabat masyarakat ataupun rakyat negara Malaysia. Di samping itu, saya juga ingin menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan pengambilan pelajar-pelajar daripada pedalaman dan juga orang kurang upaya. Kita lihat bagaimana faktor pendidikan yang begitu agak jurang dan terpaksa dihadapi oleh pelajar- pelajar. Saya mengharapkan satu kuota kepada pelajar-pelajar miskin dan juga pelajar- pelajar daripada pedalaman seperti Sabah, Sarawak, Padang Terap dan sebagainya untuk diambil ataupun diberikan peluang untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu juga, saya ingin menyentuh khusus terhadap mahasiswa- mahasiswa istimewa, daripada orang kurang upaya. Saya pohon dan saya rayu pihak kementerian. Saya dapat maklum balas, saya dapat panggilan dan pertemuan dengan kawan-kawan daripada golongan kurang upaya ini agar mereka diberikan keistimewaan. Ini termasuklah mereka diberikan walaupun tidaklah secara biasiswa penuh tetapi PTPTN yang dalam bentuk boleh ubah. Ini kerana mereka ini begitu sukar untuk mendapat pekerjaan selepas mereka graduate daripada universiti. Seterusnya Tuan Pengerusi, jurang mahasiswa dan mahasiswi yang ada di peringkat IPTA begitu jauh jaraknya. Saya percaya Ahli-ahli Dewan maklum tentang peratusan, bilangan mahasiswi yang cukup ramai. Ada kelas masa saya belajar di Universiti Malaya dulu kursus yang dihadiri oleh mahasiswi ini, mahasiswa bilangannya hanya lima orang. Akan tetapi mahasiswi hampir 100 orang. Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku ini. Saya harap pihak kementerian bersedia untuk memberikan dan juga membincangkan untuk meminimumkan kelulusan keputusan bagi mahasiswa untuk memudahkan mereka masuk ke universiti. Namun begitu Tuan Pengerusi, di peringkat sarjana, mahasiswi ataupun bilangan mahasiswi sangat kurang apatah lagi mereka yang menyambung pelajaran di peringkat doktor falsafah. Saya harap pihak kementerian akan melakukan kerjasama dengan Kementerian Wanita, Pembangunan dan Masyarakat untuk membantu golongan mahasiswi ataupun wanita yang berpendidikan tinggi ini daripada pupus. Saya juga ingin tanya pada pihak kementerian, adakah strategi-strategi pihak kementerian untuk melihat perjawatan di universiti-universiti termasuklah bilangan profesornya, bilangan pemegang ijazah sarjananya, pemegang ijazah doktor falsafahnya di kalangan wanita agar mereka ini boleh dipertingkatkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi yang terakhirnya. Saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan pelantikan jawatan-jawatan tinggi bagi wanita. Saya dan Ahli Dewan sama-sama maklum tentang penamatan kontrak Datuk Rafiah Salim daripada Naib Canselor Universiti Malaya. Saya tidak kisah masalah tidak sambung kontrak itu tidak ada masalah. Akan tetapi saya mengharapkan daripada pihak kementerian sendiri janganlah kita bandingkan kerana dia baru seorang. Dia baru seorang wanita yang berada di peringkat perjawatan yang begitu tinggi universiti. Saya mengharapkan janganlah kita membuat kenyataan tentang masalah prestasi. Kalau kita tengok secara prestasi, bagi saya prestasi beliau cukup baik, kedudukan Universiti Malaya meningkat berbanding dengan tahun 2007. Mengikut Time higher education supplement. Jadi, apa sebenarnya kayu ukur yang diguna pakai oleh pihak kementerian? Jadi, sekurang-kurangnya ucapkanlah terima kasih kepada golongan wanita ini. Ini kali pertama mereka diberi peluang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Akhir sekali, akhir.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah, tadi dah akhir. Tadi dah akhir tak boleh dua kali akhir.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang kedua tak boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tambahan tak boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk turut sama bagi membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengajian Tinggi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Jabatan Pengajian Tinggi dan Butiran 030000 – Politeknik dan Kolej Komuniti serta Butiran 060000 – Dasar Baru. Kalau kita lihat peranan pengajian tinggi dalam pembentukan modal insan bagi memastikan bahawa setiap warga di negara kita ini mempunyai ilmu pengetahuan dan kita melihat bagaimana kita dapat digabungkan dalam sebuah negara yang mengetahui bahawa pendidikan itu sangat penting. Ini untuk membolehkan kita keluar dari segi mobiliti sosialnya kalau daripada susah sampai kepada mobiliti sosial masyarakat itu akan menjadi berjaya, meningkat dan seterusnya boleh berdaya saing dengan masyarakat dunia yang lain. Dalam Butiran 020000 ini iaitu Pengajian Tinggi. Kita bersyukur sebab Universiti Malaysia Sabah memang telah wujud dan melihat kepada kedudukan geografi negeri Sabah yang luas. Saya ingin mencadangkan dan juga kalau katakan kementerian belum bercadang. Saya ingin tahu juga adakah di masa akan datang Kementerian Pengajian Tinggi bercadang untuk mewujudkan cawangan Universiti Malaysia Sabah itu untuk di kawasan-kawasan pedalaman dan di kawasan pantai timur? Ini adalah sebab merujuk dari segi kemudahan infrastruktur yang masih berkurangan dari segi pusat pengajian tinggi ini di negeri Sabah nampak ketara sangat. Jadi, untuk membolehkan supaya kawasan yang jauh dari kawasan bandar itu sendiri mendapat perhatian yang sama. Mereka ini juga boleh mendapat pengajian yang terbaik seiringan ataupun serupa dengan seperti mana yang mereka peroleh di kawasan yang berhampiran dengan bandar seperti Kota Kinabalu dan lain-lainnya lagi.

Di sini juga saya ingin mencadangkan iaitu merujuk kepada Butiran yang kedua iaitu 030000 – Kolej Komuniti. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian oleh sebab negeri Sabah merupakan hab kedua terbesar dari segi kemasukan pelancong ke negara ini. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mewujudkan Kolej Komuniti yang berasaskan kepada perkhidmatan pelancongan. Ini untuk membolehkan supaya kita dapat melatih warga negara Malaysia itu sendiri. Dalam bidang perkhidmatan yang kita tahu kalau dari segi ketergantungan kita dalam aktiviti pertanian, perikanan atau pun industri berat yang lain, yang mana pasarannya sekarang ini semakin agak terhad. Jadi, kita lebih baik tumpukan kepada satu budaya atau pun bidang kajian yang diwujudkan oleh kolej komuniti yang dicadangkan oleh pihak kementerian ini menjurus kepada perkhidmatan. Ini sebab kita melihat dari segi kemudahan asas yang semakin baik di Malaysia ini terutamanya di negeri Sabah dengan baik pulih atau pun menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, maka kita tahu di masa akan datang penumpang akan datang ke negeri Sabah ini 5 hingga 6 juta orang. Jadi, untuk membolehkan supaya peluang pekerjaan itu semakin meluas dan tidak terhad kepada penduduk dan rakyat kita di kawasan negeri Sabah dan Sarawak. Sebenarnya juga di negeri-negeri Semenanjung dalam proses ini dan saya mencadangkan supaya Kolej Komuniti Pelancongan ini diwujudkan di kawasan Pantai Timur negeri Sabah khususnya di kawasan Parlimen Silam. Ini sebabnya kita melihat dari segi aset pelancongan itu banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Timur ini. Jadi, untuk memudahkan dari segi prasarana yang akan diwujudkan oleh pihak kementerian itu dapat dilaksanakan dengan baik. Kita juga berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil berat dalam perkara ini sebab mungkin kalau cadangan ini baru diperkenalkan. Akan tetapi sebenarnya ia lebih baik kita memulakan sebagai orang yang pioneer memulakan dan biarlah masyarakat lain itu akan menirunya. Seterusnya Butiran 060000 – Dasar Baru. Saya ingin mengetahui dan bertanya kepada pihak kementerian dasar-dasar baru yang akan diperkenalkan oleh pihak kementerian ini khususnya di negeri Sabah dan di negara kita ini supaya apabila dari segi dasar baru yang diperkenalkan ini terutamanya dari segi sebagai contoh, Agensi Kelayakan Malaysia. MQA diwujudkan juga di negeri Sabah bagi membolehkan apa juga kursus-kursus atau pun satu perkara baru yang ingin diperkenalkan atau pun dasar yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini, sama-sama diambil kira bagi membolehkan ia dapat memastikan segala kualiti pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini dapat diperkenalkan, dipertingkatkan serta dikawal dan diselia dengan baik. Apa yang penting dari segi pendidikan yang diperoleh di negara kita ini sebenarnya dari segi kualitinya pun sudah bertaraf antarabangsa. Hanya mungkin kalau kita membandingkan negara kita dengan negara lain, kita akan terasa seolah-olah kita banyak kekurangan. Inilah satu kelemahan yang mungkin ada pada diri kita sendiri, inferiority complex dengan izin, iaitu rasa rendah diri kita seolah-olah kita tidak yakin dengan sistem. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Mas tadi, iaitu ada beberapa universiti tertentu yang ada di dunia ini yang sebenarnya kadang-kadang kita tidak ketahui dan tidak kenali. Akan tetapi apa yang paling penting ialah kita sama-sama meyakini. Pada masa yang sama juga, pihak pengurusan di Kementerian Pengajian Tinggi dalam semua IPTA tempatan dan swasta yang ada di negara ini perlu dipantau dari semasa ke semasa supaya mereka ini dapat memastikan dari segi kualiti pendidikan atau pun ilmu yang diberikan kepada para pelajar itu menjadi yang terbaik. Tidak ada satu kompromi yang ada pada setiap warga yang terlibat dalam pendidikan atau pun Kementerian Pengajian Tinggi ini kalau kita berfikir second class thought, ataupun pemikiran kelas kedua...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Sedikit lagi Tuan Pengerusi. Sudah tentu kita akan rasa terpinggir. Itu sebabnya kita perlu yakin bahawa kekuatan dan keupayaan kita sebenarnya seiringan dan sama dengan bangsa yang lain. Jadi saya berharap supaya di masa akan datang Kementerian Pengajian Tinggi ini dalam rangka untuk melaksanakan dasar-dasar baru ini perlu mengambil kira kepelbagaian etnik yang ada di negeri Sabah dan Sarawak itu dan seterusnya di negara kita ini supaya perpaduan itu dapat kita pupuk di peringkat awal lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Bakri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Siapa panggil? Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk tidak melengahkan masa, mengambil masa yang panjang, saya cuma nak beritahu ada satu perkara yang spesifik sahaja berkenaan dengan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu yang pertama saya melihat kepada 60000 – Dasar Baru dan 70000 – One Off. Kedua-dua bahagian ini ada tercatat 60400 dan juga 70600 iaitu kedua-dua menyentuh berkenaan IPTA. Satu, berkenaan Dasar Baru, peruntukan sebanyak RM491,108,000 dan juga di bawah One Off memperuntukkan RM799,940,800. Ini bermakna kedua-dua Dasar Baru dan juga One Off untuk IPTA diberi peruntukan anggaran untuk tahun depan sebanyak RM1.29 bilion, satu angka yang cukup besar untuk digunakan kepada IPTA. Sebagaimana yang kita lihat, di bawah Perbekalan P.49 – Perbelanjaan Mengurus yang diperuntukkan sebanyak RM9.6 bilion merupakan sebahagian besar daripada peruntukan yang dicadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk tahun hadapan. Trend ini juga ada trend yang sama pada tahun hadapan. Mengikut beberapa laporan catatan yang dikeluarkan oleh laporan audit pada tahun lepas menunjukkan bahawa trend perbelanjaan mengurus memang tidak ada perubahan langsung daripada trend pembangunan. Saya nak tanya kepada Kementerian Pengajian Tinggi secara khusus, daripada jumlah RM14 bilion yang diperuntukkan kepada kementerian ini, berapa banyakkah revenue ataupun perolehan ataupun kutipan sekurang-kurangnya daripada jumlah pembayaran yuran yang dikutip daripada pelajar-pelajar seluruh negara yang menduduki IPTA atau pun IPTS? Berapakah jumlah yang diperoleh oleh kerajaan sebagai kutipan daripada yuran yang dikeluarkan oleh semua pelajar yang terdapat dalam negara kita? Andaian yang mengatakan kita mempunyai 300,000 pelajar yang menduduki IPTA dan IPTS di negara kita dengan andaian minimum RM5,000 seorang pelajar terpaksa keluarkan untuk yuran tahunan, maka kita sepatutnya mendapat perolehan atau pungutan daripada hasil ini sebanyak sekurang-kurangnya RM2.3 bilion. Saya nak bertanya kepada pihak kementerian juga, adakah justifikasi pihak kementerian untuk melihat bahawa peruntukan yang lebih besar akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan untuk mempertingkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar kita sekurang-kurangnya untuk memartabatkan industri pengajian tinggi secara keseluruhan di negara kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 050000 – Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kita melihat penambahan secara drastik bilangan kemasukan pelajar dalam 20 IPTA dalam negara ini. Daripada statistik yang didapati 64,061 orang pelajar pada tahun 2002 bertambah kepada 128,839 orang pelajar pada tahun 2007 dan pertambahan sebanyak 101% dalam masa lima tahun. Dalam satu ketika, kita merasakan satu persaingan untuk mendapat tempat di IPTA-IPTA ini adalah amat sengit sekali bila mana bilangan pelajar dan kalangan pelajar yang cemerlang adalah semakin bertambah. Namun, masih ada lagi kenyataan-kenyataan secara tidak rasmi yang menyatakan bahawa sesetengah IPTA masih lagi menghadapi masalah memenuhi kuota dan bilangan sasaran kemasukan pelajar khususnya dalam bidang-bidang kritikal. Persoalan yang saya ingin bawa di sini bukanlah soal kegagalan IPTA mengisi ruang yang ada, tetapi adalah soal kualiti pelajar lepasan sekolah menegah yang akan ke IPTA-IPTA ini. Secara ringkas, saya ingin menyatakan bahawa kelemahan dalam mata pelajaran sains dan matematik ini adalah antara penyumbang kepada masalah ini. Sepatutnya pembangunan akademik di sekolah–sekolah rendah hingga menengah haruslah memberi penekanan yang lebih kepada budaya penghayatan mata pelajaran matematik dan sains. Seperkara lagi, ramai pihak dan tenaga pengajar daripada universiti beranggapan bahawa universiti adalah sebuah gedung ilmu semata-mata dan mereka memainkan peranan hanya menyampaikan ilmu dan kurang menitikberatkan soal praktikal sejak di universiti lagi. Ini menyebabkan keluaran universiti kurang memenuhi kriteria permintaan pasaran pekerjaan dan sekali gus menyebabkan pengangguran sementara. Saya nak tahu daripada kementerian, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi permasalahan ini? Seterusnya saya beralih kepada soal dalam kawasan saya. Perjanjian pembelian tanah seluas 500 ekar telah pun selesai antara UiTM dan YPJ Holdings. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah pun memperoleh hak milik tanah dengan syarat nyata hendaklah digunakan untuk universiti. Pada tahun 2007, saya difahamkan UiTM telah pun mula merangka kaedah pembangunan untuk kampus wilayah selatan di Bandar Akademik YPJ, kebetulan dalam kawasan Parlimen Tenggara. Kerja-kerja reka bentuk bangunan telah pun dibuat oleh JKR melalui consultant yang telah dilantik. Pembinaan bangunan dijadualkan bermula pada pertengahan tahun 2008. Maklumat terkini yang saya peroleh ialah, UiTM mendapat arahan supaya kampus wilayah selatan ini dipindahkan ke Pasir Gudang. Sekarang KPTG telah pun membuat keputusan menyewakan tanah ladang kelapa sawit sedia ada sejumlah 500 ekar kepada syarikat-syarikat tertentu. Saya nak tahu, apakah yang telah menyebabkan kementerian menukar keputusan untuk membina sebuah kampus wilayah selatan UiTM daripada Bandar Akademik YPJ dalam Parlimen Tenggara seluas 500 ekar yang terletak di Parlimen Tenggara ke kawasan Pasir Gudang? Sedangkan ia telah pun dimasukkan dalam perancangan Iskandar Malaysia bagi mewujudkan sebuah bandar akademik. Saya harap Menteri tidak akan menghampakanlah warga-warga, rakyat-rakyat yang ada di Parlimen Tenggara dan juga dalam daerah Kota Tinggi supaya sebuah pusat pengajian tinggi akan dapat diwujudkan. Saya beralih kepada Butiran 060200 – Politeknik dan Kolej Komuniti. Tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan peluang kedua pembelajaran sepanjang hayat kepada anak-anak kita dengan mewujudkan Kolej Komuniti di setiap kawasan Parlimen. Ada dua isu yang ingin saya bangkitkan Tuan Pengerusi, yang pertama ialah saya harap kementerian dapat melihat kembalilah berkaitan dengan logistik perwujudan kolej-kolej komuniti ini yang sekarang ini disewa melalui rumah-rumah kedai yang mempunyai ruang- ruang kemudahan yang terhad.

Tidak mengambil kira keperluan jangka panjang. Tidak ada kemudahan prasarana seperti padang, dewan kuliah, kafeteria. Tidak ada kemudahan asrama dan ini amat menyukarkan pelajar-pelajar sehingga ada di antara emak bapa mengatakan bahawa projek pendidikan berimpak tinggi ini diadakan secara melepaskan batuk di tangga dan sebagai sebuah institusi pendidikan yang berada di kawasan yang paling hampir terutama bagi Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan kawasan Parlimen Tenggara berada di kawasan luar bandar. Sewajarnya kerajaan membina sebuah kolej komuniti yang memenuhi keperluan jangka panjang untuk perwujudan kolej komuniti ini. Perkara seterusnya berkaitan dengan kolej komuniti. Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa penasihat bagi kolej komuniti sebagai penghubung antara masyarakat dengan kolej komuniti agar masyarakat setempat dapat menggunakan peluang kedua pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti ini. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya turut menyokong.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi yang saya hormati memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Maksud 49 Butiran 05000 berkaitan dengan Peringkat Jawatankuasa Pengajian Tinggi. Di sini saya hendak bercakap berkenaan dengan IPTA yang pernah berlaku di kawasan Parlimen Bakri pada beberapa kebelakangan ini di mana ada beberapa pelajar STPM yang dapat CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan STPM tetapi gagal dapat masuk ke universiti tempatan. Sebaliknya terdapat pelajar yang dengan CGPA 3.0 ke bawah boleh dapat masuk ke universiti tempatan. Di sini saya hendak tahu adakah sistem pemarkahan untuk masuk ke universiti bagi pelajar STPM masih lagi dikatakan adil? Kenapakah keadaan ini berlaku semakin berleluasa dan juga, adakah Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengkaji semula sistem pemarkahan yang tidak adil ini? Akhirnya saya hendak tahu juga tentang golongan pelajar yang dapat CGPA 3.0 ke atas ini tetapi gagal masuk ke universiti tempatan, apakah bentuk program-program yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membantu pelajar tersebut? Sila jelaskan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 02000 – Jabatan Pengajian Tinggi sekali gus Butiran 020100 – Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan dan Butiran 020200 – Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Swasta. Saya lihat hari ini di negara kita banyak universiti awam yang dibina. Begitu juga dengan IPTS, jadi ini juga mungkin salah satu penyumbang masalah pengangguran. Jadi saya ingin bertanya, apakah usaha kementerian dalam menangani lambakan lebihan graduan dan kesulitan serta halangan yang dihadapi oleh kementerian? Kenapa saya lihat setiap negeri sudah ada sebuah universiti? Saya juga ingin bertanya, adakah kementerian ingin merancang dan berhasrat untuk menubuhkan universiti awam lagi di negara kita? Selain itu, banyak saya ada lihat laporan akhbar mengenai kursus yang ditawarkan oleh IPTA mahupun IPTS tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sedangkan mereka ini telah habis belajar dan telah menggunakan pinjaman dalam membiayai pinjaman mereka. Apabila hendak minta kerja, majikan enggan menerima ekoran tidak mendapat pengiktirafan MQA. Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa tindakan kementerian dalam menyelesaikan masalah ini dan kenapa IPTA sendiri tidak mendapat pengiktirafan kursus yang ditawarkan?

Tuan Pengerusi, masalah gejala sosial yang melibatkan pelajar IPTA dan IPTS kita saban hari dilaporkan oleh pihak media. Jadi saya ingin bertanya, apakah usaha kementerian dalam menangani masalah gejala sosial di kalangan siswa dan siswi kita dan saya kira dalam membentuk modal insan yang gemilang kementerian seharusnya menekankan aspek pendidikan moral kepada diri siswa serta siswi kita. Saya difahamkan kepada kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 60% pensyarah universiti memiliki PhD. Jadi saya ingin bertanya, sejauh mana peratus yang telah berjaya dicapai dan perancangan kementerian seterusnya untuk memastikan peratus itu dapat dicapai? Seterusnya Butiran 030000 – Politeknik dan Kolej Komuniti sekali gus Butiran 030100 – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Butiran 030200 – Politeknik, Butiran 030300 – Kolej Komuniti. Pertamanya saya ingin sentuh peranan Politeknik dan Kolej Komuniti ini. Apakah objektif yang ingin dicapai oleh kementerian atas penubuhan kedua-dua institusi ini dan apakah langkah kementerian untuk memperkasakan kedua-dua institusi ini? Selanjutnya sebelum ini saya difahamkan tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti diberi gred DG41 dan baru-baru ini kementerian mengumumkan menukarkan gred tersebut kepada DH41 yang mana sebelum ini gred tersebut sama dengan gred guru Kementerian Pelajaran. Jadi, mengapa ada perbezaan antara gred di antara pensyarah politeknik dan pensyarah IPTA. Selain itu, saya ingin bertanya, adakah peluang melanjutkan pelajaran yang diberikan oleh kementerian kepada tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti ini memandangkan peluang itu cukup luas buat pensyarah universiti yang berada sama di bawah kementerian Pengajian Tinggi? Akhir, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah bercadang untuk mewujudkan kolej politeknik khususnya di Parlimen Parit? Sekian, terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh beberapa butiran sahaja. Pertamanya Butiran 020300 – Jabatan Penduduk Malaysia. Saya ingin tahu berapakah MSD, the Malaysian Student Department yang mana masih lagi beroperasi di seluruh dunia memandangkan jumlah pelajar-pelajar kita di luar negara makin mengecil. Di antara peranan utama yang diberikan kepada MSD pada waktu itu ialah pertama sekali hendak menguruskan pembayaran biasiswa para pelajar. Kedua mencari tempat yang terbaik untuk para pelajar di samping mengawal prestasi juga dan hal-hal bersangkutan dengan kelakuan dan akhlak mereka. Jadi peruntukkan RM5.8 billion ini satu jumlah yang besar sekiranya pelajar-pelajar kita makin mengecil. Adakah perwujudan MSD yang masih ada ini masih boleh kita lihat kembali dan kalau sekiranya boleh kita kecilkan. Apa salahnya kita kecilkan. Namun begitu soalan saya ialah berapakah yang masih ada? Kedua ialah 051400 – UiTM yang diperuntukkan satu jumlah yang besar. RM1.488 bilion satu jumlah yang besar berbanding dengan universiti-universiti yang lain. Tuan Pengerusi suatu masa dahulu pada tahun 70-an, 80-an dan awal 90-an sebut sahaja graduan UiTM employer-employer, majikan-majikan di luar berebut-rebut hendakkan student UiTM ataupun lulusan UiTM. Ini kerana berapa faktor, yang pertama sekali ialah pelajar-pelajar UiTM memang dilihat independent dan agresif. Yang kedua, penguasaan bahasa Inggeris mereka yang baik dan yang ketiga, attitude pelajar-pelajar ITM di zaman itu amat hebat. Malah sebagai pengalaman peribadi, walaupun saya waktu itu menuntut di Universiti Malaya tapi waktu-waktu yang lapang, kami akan curi masuk ke ITM untuk mendengar lecturers di ITM kerana hebat sungguh pada tahun 70-an di ITM tetapi akhir-akhir ini, ramai kita dengar pelajar-pelajar ITM yang tidak mempunyai pekerjaan dan ini menyebabkan kita rasa mungkin sesuatu yang tidak kena.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Adakah pemimpin di ITM itu sendiri, maksud saya pimpinan universiti itu yang terlalu mengongkong ataupun jauh menyimpang daripada cara pemimpin ITM mentadbir UiTM pada tahun sebelum ini. Jadi kalau ini dapat dikembalikan, cara ITM dahulu dapat dikembalikan di mana pemimpin pelajarnya termasuk daripada Yang Berhormat Pasir Mas, ramai pemimpin pelajar dan yang mengepalai organisasi korporat hari ini kebanyakan daripada ITM. Jadi, saya minta supaya kementerian boleh melihat kembali supaya kegemilangan ITM itu dapat dikembalikan pada tempatnya. Akhir sekali Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 020000. Saya ingin bertanya adakah satu garis panduan yang jelas. Kita dapat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dua tiga minggu yang lepas mengatakan bagaimana pemilihan naib canselor ini dibuat. Mesti melebihi satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para cendekiawan dan juga personaliti-personaliti yang dihormati. Akan tetapi saya kira, mesti ada satu garis panduan yang jelas berapa lamakah sepatutnya naib canselor ini berkhidmat dan bagaimanakah prestasi mereka ini dinilai daripada semasa ke semasa? Oleh kerana ada juga naib-naib canselor yang kita dapat rungutan tidak begitu berprestasi hebat selepas mereka dilantik. Mungkin sebelum dilantik itu hebat tetapi semasa dia duduk atas kerusi tersebut, dia makin menurun. Saya tidak berhajat untuk menyebut universiti-universiti yang terlibat namun begitu, saya cadangkan juga supaya untuk menjadi ketua di universiti, naib canselor, saya cadangkan dan harus diperhatikan bahawa ini ialah medan ilmu. Oleh yang demikian, naib canselor mestilah ada PhD. Apa pun juga orang kata kadang-kadang PhD tidak melambangkan kehebatan seseorang itu daripada segi akademik tetapi yang kita bercakap ini ialah medan ilmu. Kalaulah naib canselor tak ada PhD, macam mana budak-budak, murid-murid, pelajar-pelajar itu nak ikut? Jadi saya cadangkan supaya harus ada satu garis panduan yang jelas. Yang pertamanya, kriteria untuk jadi naib canselor itu di antaranya mestilah ditambah naib canselor mesti mempunyai PhD agar ianya menjadi satu rangsangan, motivation kepada bukan sahaja pelajar-pelajar, tapi juga pensyarah-pensyarah. Yakni bayangkan pensyarah- pensyarah yang ambil PhD failed, kemudian naib canselor sendiri nak pergi tegur pensyarah-pensyarah macam mana? Kamu pun tak ada PhD. Jadi tak kena, tak kena sebab ini ialah medan ilmu. Mungkin medan lain saya tak tahu, mungkin dia jadi pegawai tadbir, pegawai PTD, jadi cikgu itu cerita lain tetapi selagi dia dalam medan universiti, di medan ilmu, saya rasa tidak ada kompromi. Nak jadi naib canselor mesti ada PhD. PhD yang betul-betul dapat PhD lah. Ada juga yang dikatakan PhD yang failed, ada yang plagiat dan sebagainya. Itu saya tak ada bukti yang kukuh tetapi maksudnya di sini ialah, ini medan ilmu dan mesti mempunyai PhD yang dihormati, barulah anak buah dia boleh ikut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kepong sabar ya. Tuan Pengerusi mengantuk dah, penat ya? Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Soalan saya mudah, tentang mutu atau kualiti pelajar-pelajar yang berada di IPTS dan juga pelajar-pelajar yang menjalani atau menuntut pengajian di peringkat IPTA atau IPTS secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh) ini. Terutama sekali kalau yang sepenuh masa, dikawal tentang kehadiran, mestilah menepati berapa peratus. Akan tetapi yang PJJ ini, yang kadang-kadang dia sedang bekerja, hujung minggu hari Sabtu dan hari Ahad dia pergi ke IPTS atau IPTA menuntut, belajar, kadang-kadang tak datang.

Diberikan tugasan, hanya dibayar kepada rakan satu kursus, katalah bayar RM50, saya tidak payah buat, tolong buatkan lepas itu bagi kepada saya. Saya hantar kepada pensyarah. Kadang-kadang juga tentang peperiksaan menimbulkan keraguan terhadap keputusan-keputusannya. Jadi saya ingin tahu bagaimanakah pengurusan institusi pengajian tinggi swasta dan juga IPTA ini dapat memastikan supaya mutu kualiti pelajar-pelajar melalui PJJ ini betul-betul bermutu dan betul-betul menepati kelayakan-kelayakan untuk memastikan supaya graduan yang dikeluarkan melalui PJJ ini bermutu. Satu. Yang keduanya, tentang setelah mereka ini menamatkan pengajian. Adakah dapat ditempatkan di tempat atau jawatan yang lebih tinggi di tempat-tempat pekerjaan contohnya guru kalau DG39 di sekolah kebangsaan, bila masuk dapat DG41, adakah akan ditempatkan di sekolah menengah atau secara automatiknya dinaikkan pangkat sebagai DG41. Seterusnya tentang Butiran 051400 – Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kawasan saya Parlimen Kuala Krau ada UiTM Pahang Cawangan Jengka, di Jengka. Saya ucap terima kasih kerana mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang selalu bertanya kepada saya tentang keadaan pengurusan dan juga pelajar-pelajar di sana. Dan saya ingin tahu sasaran untuk pelajar UiTM ini katanya 2010, 10,000 pelajar UiTM di Jengka. Adakah ini akan mendapat sasaran dan pembangunan kemudahan-kemudahan kerana apabila diwujudkan pusat pengajian tinggi awam di kawasan luar bandar, ia boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat dan saya mohon supaya sasaran 10,000 pelajar UiTM di Jengka ini dapat dicapai. Seterusnya saya ingin tahu tentang Butiran 060200 – Politeknik dan Kolej Komuniti. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada pengumuman dulu untuk setiap Parlimen diwujudkan satu kolej komuniti akan tercapai. Adakah dasar ini telah berubah apabila bertukar Menteri Pengajian Tinggi? Saya berharap permohonan daripada Parlimen Kuala Krau sama ada politeknik atau kolej komuniti ini menjadi satu kenyataan dapat dibina di Parlimen Kuala Krau. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Halaman 615 iaitu Butiran 020000 – Jabatan Pengajian Tinggi. Di sini saya hendak menerangkan bahawa pihak kerajaan dengan Action Plan for Higher Education Strategy, pada mulanya mereka hendak semua pensyarah di universiti itu 80% mempunyai PhD. Sekarang diturunkan kepada 60%, tapi PhD ini mestilah berdasarkan kepada tahap yang tinggi iaitu mereka mesti ada examiner daripada universiti- universiti terkemuka terutamanya daripada universiti-universiti antarabangsa, yang pertama. Akan tetapi PhD ini bukan yang tertinggi, yang tertinggi itu, seseorang itu seperti Einstein. Dia tak perlu PhD. Dia punya penyelidikan dan rencana serta artikel dia yang dikeluarkan itu lebih tinggi, banyak lebih tinggi daripada PhD dan kita mesti ada syarat PhD ataupun kelayakan yang lebih tinggi daripada PhD. Ha, itulah yang masalahnya. Di sini saya hendak dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang baik juga kerana beliau sendiri datang menunjukkan beliau memang komited untuk meningkatkan kualiti IPTA dan IPTS kita. Di sini, Times Higher Educational Supplement atau THES ini...

Yang Berhormat Kepong, butiran berapa?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Butiran sudah cakap. Yang Berhormat jangan kacaulah, ada tiga minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Lima minit, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

THES ini, selepas USM dianugerahkan APEX ini, bermakna Accelerated Program for Excellence, tetapi rankingnya sudah turun. Universiti Malaya meningkat kepada 30 dan Universiti Kebangsaan Malaysia meningkat daripada 59 point kepada 250. Saya tidak faham USM diberi status APEX tetapi dia turun. Yang lain tidak diberikan status tetapi dia naik. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Dengan matlamat kita pada tahun 2015, dua universiti di antara di tangga 100 yang ke atas dan pada 2020, ada dua lagi di tangga 50 ke atas. Itu matlamat yang baik, tetapi saya hendak tahu bagaimana USM diberi status, orang yang lain tidak diberi. Mungkin dari segi geografi, pemandangan di USM lebih cantik daripada UM. Kalau begitu, Universiti Sabah mesti diberi APEX kerana kawasan universitinya sangat cantik, kalau itulah satu kriteria, mesti diberi APEX kepada Universiti Sabah. Saya hendak Yang Berhormat menerangkan kepada kita, apakah proses, prosedur dan kerangka undang-undang dan sebagainya yang diadakan untuk menjadikan USM sebagai universiti APEX dan juga kepada universiti-universiti yang lain. Kita ada IPTA lebih daripada 20 buah. Apakah akan terjadi kepada universiti-universiti yang lain? Di sinilah kita perlu menekankan bahawa dasar kita untuk mengambil orang-orang yang cerdik pandai ini daripada luar memang penting. Kalau universiti-universiti di Amerika Syarikat dan England sekarang, kalau seseorang itu sangat pandai daripada Malaysia, dia tidak kira. Dia boleh bagi dan tidak lama lagi dia jadi permanent resident dan selepas itu dengan cepatnya dia jadi citizen kerana dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun pendapatan pakar. Itulah masalah! Di Malaysia kita mesti buat seperti itu. Ini bermula daripada sekolah lagi. Kalau di sekolah, kita hendak kurangkan jurang di antara kaum, memang betul kita sentiasa berusaha tetapi kita jangan buat sehingga menjejaskan keadaan. Misalnya, kalau seseorang itu dapat 7A di dalam kelasnya, ini di sekolah kebangsaan, tetapi yang lain dapat 3A sahaja; tetapi yang 3A dapat biasiswa dan layanan yang lain lebih baik. Kalau kita buat seperti itu, bagaimana kita boleh meningkatkan tahap universiti kita. Tidak boleh! Ia bermula daripada bangku sekolah lagi. Saya berharaplah Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan kepada perkara-perkara yang telah saya bangkitkan di sini terutamanya soal universiti kerana semua universiti kita tidak masuk. Selain daripada USM itu, bagaimana kita hendak meningkatkan semua universiti kepada tahap APEX. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai Butiran-butiran di 050000, 020000 dan 030000 berkenaan dengan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi dan juga Kolej Komuniti. Tuan Pengerusi, saya ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri supaya bertegas berhubung dengan pengambilan pelajar bumiputera ke IPTA. Jangan dengar cakap itu dan ini. Kita perlu pastikan bahawa pelajar-pelajar bumiputera sama ada dapat berapa A, yang penting kalau dia mempunyai kelulusan yang cukup mesti diberikan tempat kerana pelajar-pelajar bumiputera masih lagi ketinggalan dari segi peluang untuk mendapatkan kejayaan dalam pengajian tinggi. Ini perjuangan negara kita. Betul, kita hendakkan universiti yang berkualiti. Memang kita hendak, tetapi kita tidak mahu universiti yang hanya berkualiti tetapi tidak menjaga kepentingan negara. Kestabilan negara tidak dijaga, tidak ada kesaksamaan dari segi peluang di antara pelbagai kaum di dalam negara kita. Ini lebih penting daripada segala perkara yang penting dan saya minta Yang Berhormat Menteri jangan bertolak ansur dari segi polisi ini.

Memang bumiputera kebanyakan mereka di luar bandar. Mereka tidak mencapai maksimum ataupun kecemerlangan dalam peperiksaan mereka sama ada dalam SPM, SPTM ataupun matrikulasi. Memang mereka kekurangan dari segi kemudahan, bagaimana hendak disamakan dengan orang lain yang mempunyai pelbagai kemudahan. Oleh sebab itu jangan dinafikan, jangan dihukum mereka ini sehingga tidak diberi tempat kerana semata-mata mereka tidak mendapat A yang banyak dalam peperiksaan. Kedua, Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi, berhubung dengan populasi pelajar dalam IPTS. Kita ada lebih kurang 500 IPTS, bagaimana dengan populasi pelajar ini, kenapa ia tidak seimbang? Berapa ramai pelajar dalam sektor pengajian tinggi swasta? Saya rasa ada 300,000 hingga 500,000 tetapi berapa orang pelajar bumiputera di sini, 20%, 30%? Kenapa tidak ada orang yang memperjuangkan supaya diramaikan populasi pelajar ini di dalam sektor IPTS ini, kenapa tidak ada? Kalau kita betul-betul memperjuangkan kesamarataan antara kaum, kenapa tidak ada?...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Tidak ada masa! Tuan Pengerusi, dalam hal ini tidak ada masalah. Kenapa mereka ini tidak boleh mendapat tempat? Kerana wang? Wang sekarang ini tidak menjadi masalah kerana saya difahamkan kerajaan mempunyai dasar untuk membiayai pelajar-pelajar bukan sahaja di IPTA tetapi juga pelajar-pelajar di IPTS. Jadi, pelajar luar bandar sama ada Melayu ataupun India ataupun Cina di luar bandar yang memerlukan tempat, mesti diberikan tempat di IPTS kerana kerajaan boleh membiayai pengajian mereka. Akan tetapi kita pastikan bahawa di dalam IPTS ini kita dapati pelajar bumiputera hanya segelintir sahaja, 10% dan tidak lebih daripada 30%. Dengan sebab itu, saya minta kerajaan jangan banyak bertolak ansur, banyak sangat kompromi, banyak sangat tolak ansur sehinggakan banyak matlamat kepentingan negara yang telah diabaikan. Ketiga, berhubung dengan untuk mewujudkan universiti yang cemerlang, APEX dan sebagainya ini. Saya difahamkan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan dan lain-lain universiti, mereka tidak berkembang...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat, boleh minta jalan?

Tidak ada masa. Kalau ada, saya bagi. Minta maaf.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sekejap sahaja.

Berhubung dengan universiti- universiti ini, mereka hendak berkembang, mereka hendak menjadi universiti yang maju dan setaraf dengan dunia dan perlukan pembiayaan untuk pengembangan mereka dari segi kemudahan tempat pelajar, dari segi tumpuan pembelajaran, dari segi untuk mendapatkan tenaga pengajar yang berkualiti, PhD yang terbaik dalam dunia, tetapi masalahnya kerajaan tidak cukup wang! Saya difahamkan universiti-universiti ini mengambil langkah untuk membiayai development expenditure mereka menerusi apa yang dipanggil private financing initiative, tetapi pihak kementerian, EPU, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kabinet tidak memberikan guideline yang jelas kepada mereka hinggakan banyak program atau projek pembangunan ini yang terbantut dan ianya menjejaskan pengembangan universiti dan juga kecemerlangan pelajar ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri meletakkan satu guideline, satu dasar yang jelas bagaimana universiti-universiti ini supaya dapat berkembang dengan sendirinya, tidak bergantung kepada kewangan kerajaan. Mereka boleh menggunakan sektor swasta untuk melakukan pembangunan di dalam universiti mereka itu.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri ialah berkenaan dengan sikap ataupun jati diri pelajar-pelajar kita. Di universiti-universiti ini yang berilmu itu dalam pelbagai pengetahuan, tetapi kita dapati mereka lemah dari segi semangat cintakan negara, semangat cintakan kepada bangsa Malaysia. Ini yang kurang. Mereka keluar menjadi scholars dalam pelbagai bidang tetapi mereka tidak mengamalkan sebagai scholar yang terbaik hingga menimbulkan perasaan resah, perasaan yang tidak stabil di dalam negara kita ini. Ini menunjukkan betapa kurangnya jati diri dan semangat patriotisme di kalangan pelajar-pelajar daripada universiti kita. Saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil satu inisiatif, satu langkah untuk mengatasi masalah ini. Yang terakhir, Tuan Pengerusi, berhubung dengan pelajar-pelajar yang ramai menganggur, tidak bekerja, terlalu dependant, over dependant on employment, terpaksa bergantung kepada pekerjaan. Tidak ada pekerjaan, menganggur, tidak ada pekerjaan, menganggur. They are so helpless! So hopeless, many of them, dengan izin. Ini disebabkan oleh kurangnya keusahawanan di dalam diri mereka. Mereka tidak boleh berdikari atas diri mereka sendiri. Apakah perlu mereka menunggu pekerjaan, employment? Apakah mereka tidak boleh bekerja sendiri? Sebagai engineer, membuka workshop, sebagai graduate dalam pertanian, membuka kebun, sebagai graduate dalam bidang business boleh membuka kedai-kedai, sebagai graduate dalam IT, boleh membuka bengkel-bengkel komputer dan sebagainya. Tidak perlu menunggu pekerjaan daripada sektor swasta ataupun daripada sektor awam supaya mereka boleh hidup. Mereka boleh terus hidup kalau mereka mempunyai daya keusahawanan yang tinggi dan semangat jati diri yang tinggi...

Tuan Pengerusi

Masa habis, Yang Berhormat.

Saya mohon menyokong.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkit satu atau dua perkara. Perkara pertama adalah mengenai syarat-syarat yang dikenakan untuk membuka satu cawangan kolej di sesuatu tempat. Apakah syarat- syarat yang dikenakan oleh kerajaan untuk meluluskan satu kolej untuk membuka cawangan di sesuatu tempat. Sebab-sebab saya membangkitkan soalan ini adalah kerana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, calon SUPP, Sarawak United People Party, satu komponen parti dalam Barisan Nasional, calon SUPP di Sarikei membuat jaminan kepada pengundi- pengundi di Sarikei. Jika dia diundi sebagai Ahli Parlimen di Sarikei, dia akan menyebabkan pembukaan satu cawangan TAR College di Sarikei dan orang yang bersama dengannya ialah Tan Sri Ting Pek Khing yang juga membuat jaminan. Tiap-tiap hari ada sidang akhbar jika pengundi-pengundi di Sarikei dan Bintangor mahu satu cawangan TAR College dibina di Bintangor, mereka mesti undi calon SUPP. Kalau calon ini kalah dalam pilihan raya, tidak ada cawangan TAR College di Sarikei. Oleh itu saya hendak tanya kerajaan bahawa, adakah ini satu syarat yang dikenakan oleh kerajaan untuk pembukaan satu cawangan di sesuatu tempat. Adakah unsur politik juga sekarang menjadi satu syarat pembukaan satu cawangan kolej di sesuatu tempat? Kalau tidak, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian sama ada kelulusan telah diberi kepada TAR College untuk membuka satu cawangan di Bintangor di bawah kawasan Parlimen Sarikei, sama ada kelulusan telah diberi. Kalau diberi, bila ia diberi? Kenapa calon Barisan Nasional boleh membuat satu jaminan sehingga satu ugutan terhadap pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Sarikei? Kalau Barisan Nasional punya calon kalah, tidak ada TAR College, kalau menang ada TAR College. Saya fikir ini memang melanggar polisi-polisi kerajaan!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oleh itu saya ingin mendapat satu penjelasan daripada kementerian mengenai sama ada kelulusan telah diberi, kerana sehingga sekarang walaupun calon Barisan Nasional telah menang di kawasan Sarikei tetapi sampai sekarang tapak yang sepatutnya dibina cawangan TAR College itu, sampai sekarang, tidak ada apa-apa aktiviti pembinaan! Tidak ada lagi walaupun calon SUPP telah menang. Perkara yang kedua saya ingin membangkit adalah susulan daripada satu jawapan yang diperoleh oleh Yang Berhormat Batu Gajah mengenai kemasukan pelajar lepasan SPM ke setiap kolej universiti. Dan menurut jawapan yang diberi pada sesi akademik 2008/2009, umpamanya daripada 156,024 permohonan untuk mengikuti program berkenaan sebanyak 135,944 iaitu 87.13% permohonan adalah di kalangan pelajar bumiputera. Permohonan ialah 4.1% adalah daripada pelajar Cina dan pelajar India adalah 5.72%. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai, kenapa mereka yang masuk ke universiti melalui Program Lepasan SPM? Di kalangan pelajar bumiputera mengandungi begitu besar peratusannya dan kenapa kebanyakan pelajar dari kaum lain-lain harus menerusi STPM untuk memasuki universiti- universiti? Kita semua tahun STPM adalah salah satu peperiksaan yang diakui paling susah di antara dunia. Saya ingin dapat satu penjelasan, kenapa kebanyakan pelajar-pelajar yang belajar dalam STPM adalah dari kaum-kaum lain dan sementaranya pada masa yang sama kebanyakan mereka yang mengikuti program pengajian lepasan SPM ini, yang kononnya lebih senang ini adalah daripada kaum bumiputera? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Saya ingin merujuk kepada, pertamanya kepada 060200 iaitu mengenai dengan Politeknik dan Kolej Komuniti. Saya juga turut serta dengan rakan-rakan yang lain memohon kepada menteri, kerajaan untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dahulu iaitu mendirikan komuniti kolej di setiap kawasan Parlimen. Sudah tentu apa yang telah diumumkan ini dinanti-nantikan oleh rakyat setempat. Merujuk kepada keadaan di Sabah, kewujudan kolej komuniti dan politeknik ini amat diperlukan memandangkan keadaan ekonomi Sabah di mana kita ini berada di tahap nombor dua termundur di Malaysia. Kita akui bahawa salah satu daripada kunci kemajuan sesuatu daerah ataupun negeri ialah pendidikan dan latihan. Jadi dengan adanya kolej komuniti ini dipercepatkan, maka ianya dapat membantu mempercepatkan peningkatan pembangunan ekonomi. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, dua hari yang lalu saya telah sentuh satu perkara iaitu kita dapati sekelompok, sekumpulan anak-anak muda ini yang terperangkap antara modernity dan juga kerja-kerja tradisi ibu bapa mereka. Kalau mereka ini anak-anak nelayan dan gagal memasuki ke IPTA, IPTS, mereka ini tertinggal di kampung tanpa apa- apa latihan, tanpa pelajaran. Dalam minda mereka, mereka ini menganggap diri bahawa mereka ini sebahagian daripada masyarakat moden walhal mereka ini tidak ada kemahiran, tidak ada latihan dan sebagainya. Di samping itu mereka tidak lagi mahu dan enggan untuk mengikuti jejak ibu bapa mereka dalam kerja tradisional sama ada petani ataupun nelayan. Jadi mereka ini terperangkap, jadi kita harus menjurus kepada kumpulan ini kalau kita mahu semua rakyat muda ini dilatih bersama dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Selain daripada itu, saya juga mencadangkan kepada kementerian, apabila kita mendirikan satu kolej komuniti dan politeknik di sesuatu tempat atau negeri, kita harus mengambil kira tentang corak ekonomi tempatan.

Umpamanya maksud saya di Sabah ini, the mainstay dengan izin, ekonomi Sabah ialah pertanian khususnya kelapa sawit, pembalakan, perikanan dan juga pelancongan. Saya ingin mencadangkan bahawa apabila kita mendirikan satu politeknik dan juga kolej komuniti ini, kokurikulum dan juga mata pelajaran yang ditawarkan itu harus tailored ataupun dijuruskan kepada keperluan ekonomi tempatan. Tuan Pengerusi, di Sabah ini tidak ada satu kolej yang menawarkan umpamanya satu kursus atau mata pelajaran yang membolehkan pelajar ini masuk terus kepada sektor kelapa sawit. Jadi kita ini kekurangan field officer, estate manager dan sebagainya. Apa yang kita dapati di ladang-ladang kelapa sawit yang besar ini adalah mereka-mereka yang mengetuai estate itu tidak melalui satu kursus yang khusus. Jadi saya dapati ada juga kolej swasta yang menawarkan kursus kepada mereka ini. Jadi saya memohon kepada kementerian supaya mengambil kira cadangan ini supaya kolej komuniti dan politeknik ini dimasukkan kokurikulum ataupun mata pelajaran yang membolehkan satu kumpulan tenaga kerja yang terus masuk ke sektor ini. Tuan Pengerusi, satu perkara lagi ialah mengenai dengan PTPTN ini. Terima kasih lah kepada kerajaan Persekutuan kerana dalam beberapa tahun ini, banyak wang yang telah digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin masuk ke kolej dan universiti dengan pinjaman PTPTN. Akan tetapi masalah yang kita lihat ialah pinjaman ini sampai kepada pelajar itu agak lambat sedikit. Kadang-kadang satu tahun baru mereka menerima. Jadi dalam jangka masa satu tahun itu, lebih-lebih lagi apabila pelajar itu masuk ke kolej, ibu bapa yang terdiri daripada mereka yang miskin tidak mampu untuk membeli tiket kapal terbang, membayar wang kemasukan dan sebagainya sementara menunggu kelulusan PTPTN. Jadi saya mencadangkan kepada kementerian supaya program pengeluaran kelulusan PTPTN ini diubahsuai supaya mana-mana mereka yang diterima masuk kepada institut pengajian tinggi ini dapat terus menikmati pinjaman ini supaya mereka dapat masuk. Banyak yang tercicir ini! Banyak yang tercicir yang tidak mampu masuk. Walaupun kemungkinan besar mereka akan dapat pinjaman PTPTN dalam satu tahun kemudian tetapi masa mereka masuk kolej itu, mereka tidak ada wang. Jadi mereka ini tertinggal di kampung, tertinggal di tempat masing-masing. Satu perkara lagi yang saya ingin sentuh Tuan Pengerusi ialah tadi ada rakan kita yang menyentuh tentang PJJ ini. With your respect dengan izin, Tuan Pengerusi. Saya bukan memandang rendah tentang kualiti graduan ataupun degree daripada PJJ ini. Saya lihat mereka ini agak kaku, stiff dan mereka ini tidak melalui satu proses budaya as student culture. Seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan yang lain, kalau kita mengejar sesuatu degree atau ijazah itu, kita perlu untuk duduk dalam satu kampus, berinteraksi bukan sahaja mendengar lecture daripada pensyarah tetapi kita juga interaksi. Akan tetapi mereka yang mengikuti PJJ ini hanya pergi ke kolej dalam hujung minggu, hujung bulan dan sebagainya. Akhirnya mereka mendapat degree tetapi kualiti, keberkesanan degree PJJ ini saya masih tidak tahulah. Mungkin pihak kementerian boleh menimbang semula ataupun mengkaji PJJ ini.

Tuan Pengerusi

Last lah.

Izinkan saya, UMS ya.

Tuan Pengerusi

Last lah, last itu Yang Berhormat.

Last ya. Saya ingin bertanya, saya lihat statistik di sini Tuan Pengerusi, dalam usia yang pendek, UMS sekarang ini mempunyai 17,000 pelajar. Dalam tahun 2009, seramai 4,000 graduan dijangka keluar. Pertanyaan saya secara ringkas ialah apakah jenis ijazah yang dikeluarkan? Sama ada pengajian sastera, engineering, pertanian, forestry dan minta Menteri untuk menerangkan kerana ini penting. Banyak daripada graduan ini yang menganggur. Kita lihat mereka ini bekerja di hotel sebagai waiter dan mereka mempunyai ijazah daripada UMS. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, kalau yang bercakap itu nanti, kalau lima minit, lima minitlah, tidak payahlah Tuan Pengerusi kasi ingat balik-balik. Bermakna disiplin di antara Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Lima minit, lima minitlah, tidak payah diingatkan balik. Yang Berhormat Ipoh Barat, lima minit. Kalau boleh kurang daripada itu lagi.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, 040000 ini mengenai Agensi Kelayakan Malaysia. Tuan Pengerusi, mengenai jurusan undang-undang di beberapa universiti-universiti yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempelajari undang-undang. Kenapa sehingga kini, tidak ada satu sistem yang sama rata untuk semua universiti-universiti tersebut? Beberapa kali cadangan telah dibuat, Majlis Peguam pun telah membuat cadangan kepada kerajaan. Apabila sebelum ini Senator Zaid mengaku bahawa kita perlu seragamkan semua universiti supaya semua subjek-subjek yang mereka pelajari di universiti-universiti adalah sama dan tempoh masa mereka dikurangkan daripada empat tahun kepada tiga tahun. Sekarang kita ada empat tahun dan saya pun ada beberapa kali mengemukakan soalan ini supaya kita ada satu sistem seperti di England di mana semua pihak-pihak yang mempelajari jurusan undang-undang, akan dapat basic degree, selepas itu pergi membaca satu profesion degree. Kenapakah ini tidak lagi diimplementasikan dan adakah kerajaan memikirkan untuk mengimplementasikannya, kalau tidak, kenapa tidak? Kenapa tidak mahu seragamkannya? Kedua adalah mengenai tabung PTPTN ini. Tuan Pengerusi, kita semua tahu bahawa ada ramai yang layak tetapi tidak mendapat wang dari tabung tersebut. Apakah kriteria yang sedang digunakan? Saya difahamkan ada ramai diantaranya yang telah meminta pertolongan dari kerajaan, dari tabung ini tetapi mereka tidak diberi consideration. Satu di antaranya ini adalah kerana mereka menjalani pelajaran di luar negara terutamanya di mana jurusan-jurusan itu sangat mustahak seperti jurusan medical studies dan kenapa kerajaan tidak memberi galakan kepada mereka? Lebih-lebih lagi mereka yang layak dan sudah masuk universiti selama dua tahun atau tiga tahun dan kenapa kerajaan tidak memberi atau salurkan wang untuk menolong mereka? Selain daripada itu, saya hendak bertanya dalam jurusan perubatan sekarang di negara ini, berapa pelajar yang sedang belajar di setiap universiti negara ini? Pada tahun 2004, hanya seorang pelajar sahaja dari bangsa India yang telah mendapat tempat untuk mempelajari jurusan perubatan. Saya difahamkan lebih lagi pada kebelakangan ini pun tidak berapa memuaskan dan ini juga kepada bangsa Orang Asli, Kadazan dan Iban. Apakah yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan mereka yang terlibat di dalam jurusan-jurusan ini? Tuan Pengerusi, selain dari itu dalam universiti-universiti yang kita ada, kenapa sehingga ini dalam pelantikan vice chancellor-vice chancellor, tidak ada kriteria di mana terbuka? Kita semua tahu apakah kriteria yang digunakan di dalam pelantikan vice chancellor-vice chancellor dan juga termasuk dean-dean seperti di Universiti Malaya di mana kita ada percanggahan pendirian kementerian dan juga dengan pihak-pihak yang layak dan patut dilantik, tetapi mereka yang layak tidak diberi kebenaran atau tidak diberi sokongan supaya mereka mendapat jawatan tersebut. Terima kasih.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan mengenai Butiran 01000 tentang pengambilan pelajar luar negara. Kita mendapati pihak kementerian telah memberi kebenaran kepada IPTA dan kolej swasta untuk mengambil pelajar luar negara. Saya ingin tahu bilangan IPTA dan kolej swasta yang mempunyai lesen atau permit untuk pengambilan pelajar luar negara dan apakah syarat kemasukan serta yuran yang ditetapkan IPTA adalah selaras dengan kolej swasta. Soalan terakhir ialah, adakah kementerian memantau kadar yuran dikutip oleh kolej swasta berpatutan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Berhubung dengan IPTA, saya dapati kursus-kursus terutamanya perubatan yang dijalankan oleh Universiti Malaya, UKM, USM, Universiti Malaysia Sabah tidak selari, tidak sama. Kalau macam saya dahulu di UKM, enam tahun. Tahun pertama itu kita hanya belajar basic science yang kita sudah pelajari di Tingkatan 6 ataupun di matrikulasi. Jadi saya harap kalau boleh distandardkan menjadi lima tahun. Semacam UMS baru-baru ini dia lima tahun. Jadi saya berharap perkara ini dapat di standardise kan supaya semua pelajar dapat mengikuti kuliah dalam jangka masa yang sama walaupun ada yang mempunyai sistem penggal dan sistem semester. Yang keduanya, tentang pengkajian pekerja yang telah dibuat oleh pakar-pakar daripada universiti-universiti dalam bidang perubatan ini. Saya harap bukan setakat mereka ini mendapat pingat-pingat di luar negara tetapi mereka hendaklah mengeluarkan apa siasatan ataupun kajian yang mereka buat itu untuk digunakan di dalam negara. Saya memuji langkah yang dibuat oleh Profesor Asmah daripada Universiti Malaya yang telah mengeluarkan tifoid test kit. Kita ada pakar yang boleh mengeluarkan denggi test kit. Saya harap perkara ini dapat dikomersialkan ataupun digunakan dalam negara kita. Begitu juga dengan vaksin-vaksin. Semasa saya bertugas, saya dapati kita menghadapi masalah untuk mendapat antivenom kepada jangkitan ular. Jadi saya berharap perkara ini kalau di USM mereka boleh membuat pengkajian kerana kita terpaksa mengimportnya daripada Thailand. Daripada Thailand ini didapati banyak reaksi-reaksi yang rejection ataupun penolakan daripada pesakit-pesakit kita. Jadi saya berharap kalau ada pengkajian yang dijalankan oleh pakar-pakar kita, hendaklah kita gunakan. Janganlah hanya kita letakkan medal-medal di dalam almari untuk dipamerkan sahaja. Kemudian untuk dentistry course ataupun kursus-kursus pergigian. Pada tahun pertama, biasanya mereka ini mempelajari sama dengan pelajar tahun pertama di bidang perubatan. Jadi saya rasa perkara ini mungkin tidak begitu enak bagi mereka kerana mereka kadang-kadang tidak minat dengan bidang perubatan. Sebab itulah mereka mengambil bidang pergigian. Jadi hanya perubatan-perubatan yang basic sahaja saya rasa perlu diajari kepada mereka dan bukan seperti mereka ini hendak menjadi seorang doktor ataupun pakar di dalam bidang perubatan. Kemudiannya, saya ingin juga bertanya kepada Kementerian Pengajian Tinggi tentang keyhole surgery yang dipelopori oleh HUKM. Berapa banyak pelaburan yang telah dapat dibawa masuk oleh pakar yang dibawa dari luar negara ini dalam menjalankan keyhole surgery ini di dalam negara kita? Ini kerana dia banyak menggunakan scope ataupun teropong-teropong untuk melakukan pembedahan. Jadi berapa banyak pelaburan daripada syarikat yang mengeluarkan scope ini yang dapat masuk ke dalam negara kita?

Kemudiannya tentang community medicine ataupun kesihatan masyarakat ini. Kebelakangan ini sesetengah universiti banyak membawa studens ataupun pelajar-pelajar mereka ke luar negara. Biasanya ke Vietnam, Kemboja, Indonesia. Saya rasa ini akan memakan belanja yang banyak. Jadi saya harap perkara-perkara ini kita lupakan supaya kita membawa pelajar-pelajar ini ke dalam negara kita sendiri. Kita masuk ke dalam masyarakat luar bandar ataupun di pedalaman supaya mereka dapat mengetahui bakal- bakal pesakit yang akan mereka rawat apabila mereka menjadi seorang pengamal perubatan kelak. Akhir sekali, saya hendak sentuh juga tentang PTPTN iaitu campur tangan PROKAS dalam pengurusan PTPTN. Saya berharap perkara ini dapat diterangkan oleh pihak kementerian kerana kita dapati PROKAS kepunyaan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang diperbadankan dipelawa untuk membantu urusan data cleansing secara percuma di dalam PTPTN ini. Akan tetapi mereka tidak dapat melakukannya tetapi menyerahkannya kepada vendor yang dibawa dari India. Vendor ini menjalankan satu sistem yang dinamakan end-to-end financing system yang menyebabkan masalah dalam pelantikan Ketua Eksekutif PTPTN. Dan juga kelemahan dalam sistem ini adalah sistem data-line di dalam peminjam- peminjam PTPTN ini. Kelambatan mereka untuk mendapat wang dan juga masalah mereka untuk membayar balik pinjaman PTPTN. Ini kerana segala data-data yang dibuat di ETEFS ini adalah menyebabkan kebanyakan data-data itu hilang dan juga membuat masalah kepada sistem PTPTN itu sendiri. Jadi saya berharap pihak kementerian dapat memberi penjelasan berhubung dengan PROKAS dan juga ETEFS ini di dalam PTPTN. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Saya kasi sama Yang Berhormat Pontian. Selepas itu saya terpaksa suruh Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya minta maaf kepada yang lain-lain tidak dapat bercakap oleh sebab kita benar mencelah. Berpuluh orang sudah.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Yang pertama, Butiran 020200 – Pengurusan Institusi IPTS. Saya ingin bertanya berapa jumlah IPTS sekarang ini? Berapa milik bumiputera, berapa milik bukan bumiputera, berapa jumlah pelajar bumiputera, berapa jumlah pelajar bukan bumiputera? Itu yang pertama. Yang kedua, pelajar luar negara yang menuntut di negara kita ini, adakah kita memastikan mereka mempelajari bahasa Malaysia kerana kalau kita berada di luar negara, kita mesti mempelajari bahasa Jepun, Mandarin, Inggeris, Jerman, Arab. Mengapa mereka tidak dibenarkan atau pun tidak disyaratkan untuk belajar bahasa Malaysia kerana mereka menjadi duta negara kita apabila mereka pulang ke negara mereka masing-masing. Perkara ketiga tentang 030300 – Kolej Komuniti. Saya mohon sebuah kolej komuniti di Benut, Parlimen Pontian. Saya ingin mencadangkan agar kolej komuniti ini disewa di bangunan yang ada atau membina baru dan dicadangkan di kawasan-kawasan luar bandar. Perkara keempat, saya ingin bertanya kepada Menteri untuk institusi pengajian tinggi awam. Sedarkah Yang Berhormat Menteri selama ini kerajaan telah tidak berlaku adil kepada Bumiputera kerana memberikan kuota 55%:45%? Sedangkan sepatutnya kuotanya ialah 66%:33% kalau kita mengikut komposisi penduduk kita yang sebenar. Adakah kerajaan bercadang untuk memperbaiki ketidakadilan yang telah dibuat selama ini kepada Bumiputera? Perkara yang kelima ialah saya ingin bertanya berapa ramai pelajar Bumiputera yang ada di Kolej Tunku Abdul Rahman dan berapa ramai pelajar bukan Bumiputera ada di Universiti Sains Islam Malaysia? Saya kira pelajar Bumiputera patut diramaikan di Kolej Tunku Abdul Rahman dan pelajar bukan Bumiputera patut diramaikan di Universiti Sains Islam Malaysia.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Perkara yang terakhir ialah mengenai dasar baru 060000 – mewajibkan latihan keusahawanan sama ada dari segi teori dan juga praktikal di universiti-universiti untuk mengurangkan pengangguran agar siswa dan siswi menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan mereka. Kursus itu dicadangkan diwajibkan agar mereka menjadi usahawan dan menanamkan budaya usahawan dan akhirnya pengangguran di kalangan siswazah akan dapat dikurangkan. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat jawatankuasa membahaskan perkara-perkara dan peruntukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi bajet 2009 bagi kali ini. Yang Berhormat dari Ipoh Timur telah membangkitkan mengenai isu ranking dan kedudukan beberapa universiti kita yang didapati terkebelakang dalam penilaian atau pun kedudukan di bawah sistem Times Higher Education Supplement. Seperti yang telah dijawab di perbahasan peringkat dasar, kita telah menyatakan bahawa dalam soal kedudukan-kedudukan universiti-universiti penyelidikan, kita perlu atau pun kita menghadapi soal untuk mengimbangi antara kedudukan yang baik, ranking itu dan juga soal matlamat sosial yang terdapat dalam negara kita, bagi tujuan untuk kita memenuhi perkara-perkara yang perlu dalam usaha kita membangunkan negara kita. Saya juga ingin menyangkal kenyataan kononnya bahawa kedudukan yang merosot bagi universiti-universiti kita dalam ranking Times Higher Education Supplement ini adalah kerana berpunca daripada amalan Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya dalam soal kita menggerakkan universiti kita. Itu merupakan satu kenyataan yang tidak benar. Ia tidak ada kaitan langsung tetapi apa yang saya katakan dari segi perimbangan itu yang sedikit sebanyak merupakan perkara yang perlu kita pilih. Ia mungkin menjadi antara penyebab kepada kedudukan universiti kita pada hari ini. Atas sebab itulah saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Mambong dan juga Pasir Mas yang menyatakan kita jangan hanya melihat kepada soal ranking. Yang Berhormat Mambong mengatakan bahawa yang pentingnya ialah penghasilan graduan manakala Yang Berhormat Pasir Mas menyatakan bahawa penting untuk kita melihat soal matlamat sosial. Jadi, dalam kita tidak menolak penyertaan universiti kita dalam ranking Times Higher Education Supplement, itu tidak bermakna kita tidak akan melakukan apa-apa usaha untuk kita memperkukuhkan sistem pengajian tinggi negara. Atas sebab itu, pada tahun yang lepas kita telah melancarkan rancangan jangka panjang kementerian untuk mentransformasikan pengajian tinggi negara melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Kita juga telah memilih empat universiti untuk menjadi universiti penyelidikan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Kita juga telah menubuhkan Agensi Kelayakan Malaysia untuk mengendalikan aktiviti jaminan kualiti dan melakukan pengauditan ke atas IPTA dan juga IPTS. Kita memperkenalkan sistem APEX. Kita memilih universiti yang kita rasakan perlu kita lonjakan untuk menjadi cemerlang. Bukannya universiti itu sudah cemerlang sekarang, tetapi program untuk melonjakkannya ke arah kecemerlangan dan dengan menubuhkan Akademi Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk melatih pakar pemimpin pengajian tinggi. Semua ini tidak ada diamalkan atau pun diperkenalkan di negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, iaitu soal pelan strategik pengajian tinggi, soal agensi kelayakan, soal AKEPT. Ini adalah cara dan pendekatan kita. Ini kerana yang pentingnya untuk kita beri penekanan ialah soal seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Mambong dan juga Yang Berhormat Pasir Mas dan sebahagian daripada Ahli- ahli Yang Berhormat di sini. Iaitu soal matlamat sosial, soal penghasilan graduan dan semuanya yang memenuhi kepentingan negara.

Saya telah terangkan dengan panjang lebar di peringkat dasar, cara dan pendekatan penghasilan Times Higher Education Supplement yang berbeza dengan cara yang kita lakukan dalam kita mengukur universiti-universiti dalam negara kita pada hari ini...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang mana satu?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Hulu Terengganu.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Padang Terap.

Petaling Jaya Utara. Tadi dia tidak dapat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Merujuk kepada apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai matlamat sosial untuk pengajian tinggi di negara kita ini. Saya setuju bahawa ada kaum yang boleh jadi kebelakangan dan diperlukan pertolongan yang khas, khusus untuk meningkatkan mutu mereka supaya mereka dapat berdikari dan mendapat kerja yang lebih baik pada masa hadapan. Akan tetapi, adakah Menteri bersetuju bahawa untuk mencapai matlamat sosial ini kita memerlukan sistem pendidikan yang cukup kuat dan cukup berkualiti dan ia perlu berasaskan daripada sistem pengajian tinggi yang baik dan kualiti pensyarah-pensyarah dan juga kepala universiti iaitu pihak vice chancellor yang terbaik sekurang-kurangnya di Asia Pasifik, kalau tidak di seluruh dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut kita perlu melantik visi internasional yang cukup bermutu dengan secara terbuka seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Kita perlu mengambil pensyarah-pensyarah yang berkualiti dari universiti-universiti lain yang cukup matang dan cukup baik untuk datang ke universiti kita supaya kita dapat mencapai matlamat sosial yang kita mahukan, sebab pada masa ini matlamat sosial ini bukan sahaja dijalankan dengan penuntut-penuntut iaitu pengambilan pelajar-pelajar daripada peringkat menengah tetapi juga di kalangan pensyarah-pensyarah. Adakah protection juga diberikan kepada pensyarah-pensyarah tempatan untuk mencapai matlamat sosial ini? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, sememangnya kita tidak lari daripada soal untuk mencapai kecemerlangan. Atas sebab itu, kita memberi penekanan kepada soal kita membawa transformasi kepada pengajian tinggi negara. Saya ingin tekankan bahawa kita lakukan mengikut cara dan pendekatan kita melalui usaha-usaha yang telah saya nyatakan tadi, yang merupakan cara yang inovatif dan kreatif. Why can’t we be innovative and creative bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara kita? Kita menggunakan pendekatan amalan Blue Ocean Strategy. Kalau kita gunakan Red Ocean Strategy iaitu competition atau persaingan, sampai bila pun kita tidak boleh mencapai kedudukan yang pertama ataupun nombor satu. Yang pentingnya kita meletakkan sasaran untuk juga cemerlang dan berkualiti dan juga untuk tentukan supaya pelajar-pelajar yang kita lahirkan dan sebagainya merupakan mereka yang dapat memenuhi keperluan negara, dan kemungkinannya satu ketika kelak kita merupakan negara yang melahirkan pekerja ataupun keperluan untuk seluruh dunia...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

...Itu matlamat kita dan kita akan lakukan apa saja untuk sama ada secara pendekatan yang baru dan sebagainya untuk kita penuhi, tetapi tidaklah hanya tertakluk ataupun terhad dan terikat semata-mata kepada soal

satu dua ranking yang dibuat oleh pihak luar atau badan bebas yang berasaskan kepada perception yang tidak kurang juga mendapat pandangan-pandangan yang tidak positif daripada banyak universiti dan negara dalam dunia pada hari ini. Soal ini telah banyak dibahaskan dan di bincang. Ia merupakan satu perkara yang merupakan perkara dasar. Jadi kalau hendak dibuka lagi sampai bila pun memang tidak habis. Memang setiap tahun apabila keputusan Times Higher Education Ranking ini keluar, beginilah juga kita akan bahas. Jadi pendekatan kerajaan yang ada seperti yang telah saya terangkan. Jadi tidak perlulah kita hendak berbahas dan...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pelan-pelan yang telah diwujudkan oleh kementerian, bukan ranking. Mengenai pelan-pelan yang telah diwujudkan oleh kementerian, memang benar bila saya baca pun ada objektif-objektifnya. Memang betul. Matlamat memang apa yang kita hendak capai bagi universiti-universiti tempatan kita ini, tetapi sejak Yang Berhormat Menteri telah mengambil alih kementerian ini, sejak Mac tahun ini, sudah beberapa orang dan beberapa VC telah ditukar. VC baru telah pun dilantik tetapi belum sekali saya nampak kementerian mengambil langkah untuk mengadakan satu cara terbuka untuk memilih VC yang terbaik untuk universiti-universiti kita di kawasan ini. Soalan yang saya berikan pertama sekali ialah kita memerlukan pemimpin yang terunggul sekali untuk memimpin universiti-universiti kita. Kalau kita tidak membukakan pencarian untuk mencari VC yang terbaik, kita tidak akan dapat meningkatkan mutu universiti kita untuk mencapai matlamat yang baik, munasabah dan yang telah diwujudkan dalam pelan-pelan kementerian.

Terima kasih Yang Berhormat. Ramai VC yang belum bersara. Baru satu dua.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Jadi atas sebab itulah tidak dapat membuat perubahan kalau seperti itu yang dikehendaki oleh Yang Berhormat. Ada 20 universiti awam. Hanya satu dua saja sejak saya jadi Menteri. Maka berasaskan kepada itulah tidak banyak perubahan yang boleh dibuat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Saya ingin pergi kepada Yang Berhormat daripada Mambong...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Sikit, Yang Berhormat Menteri.

...Yang telah membangkitkan mengenai soal 120 jam kredit setiap IPTA yang dianggap sebagai tidak sesuai dan sebagainya. Telah saya memaklumkan bahawa jumlah jam kredit 120 jam dalam tempoh tiga tahun berasaskan kepada 20 jam kredit satu semester merupakan...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri. Sikit saja. Tentang ranking. Sikit saja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan ranking universiti. Kita bukan mengejar ranking sangat. Kita mementingkan juga tentang matlamat sosial. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memantau universiti-universiti ini kerana jika saya di Universiti Malaya dulu, kita tengok ketika Universiti Malaya berada dalam ranking 100 yang terbaik, di setiap jalan, di setiap lorong dan di setiap fakulti diletakkan bahawa Universiti Malaya terbaik. 100 terbaik dunia. Kemudian bila jatuh mungkin ia terbaik dalam fakulti-fakulti tertentu. Jadi kalaulah matlamat sosial kita untuk melahirkan graduan-graduan berkualiti, kita minta kalau boleh jangan..., Kementerian pantau universiti-universiti ini kerana semua orang tengok terbaik sana, terbaik sini, Malaysia Boleh! Last-last jatuh, kemudian kita memberi alasan yang lain pula. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya tambah sikit Yang Berhormat Menteri. Saya tambah sikit Yang Berhormat Menteri. Jasin.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Mengenai ranking tadi, saya kurang puas hati dengan pendekatan Yang Berhormat Menteri mengatakan higher education ranking itu adalah satu persepsi sedangkan kalau kita kaji semua senarai yang top 100 in the world, universiti-universiti yang tersenarai itu bukanlah kira ikut persepsi. Jadi kalau kita pun terpilih di dalam lingkungan 100, top 100, kita bangga. Kita buat periklanan dan pengumuman besar. Jadi di antara matlamat negara untuk mencapai social balance, kita juga harus mengeluarkan graduan-graduan yang employable. Masalah di negara kita ini graduates are not employable. Jadi pengangguran setakat 80,000 itu bukan tidak ada kerja, tetapi they are not employable. Itu masalah kita sekarang. Jadi ilmu pengetahuan itu kurang memuaskan. Jadi ini bukan satu persepsi dengan izin, if we go along this way, we will never achieve our objective of excellence. Jadi sila Yang Berhormat Menteri mengkaji balik pendekatan Yang Berhormat Menteri bahawa itu adalah persepsi. No! You are wrong. This is not a perception. Harvard and Yale cannot be perception as number one and two in the world. Sila jelaskan.

Saya tambah sikit, Yang Berhormat Menteri.

Sudah, cukuplah saya ingat.

Kementerian sebenarnya selalu memberikan penekanan kepada aspek kualiti tenaga pengajar di IPTA dan IPTS. Akan tetapi apa yang kita lihat ini pada tahun 2006, terdapat kira-kira 20,000 tenaga akademik di IPTA seluruh negara. Yang ada ijazah PhD hanya 25% sahaja iaitu 5,000 orang. Daripada situ kita tengok UiTM hanya memiliki 20% tenaga akademik yang berkelulusan PhD. Universiti Sains dan Universiti Putra mencapai 60%. Di sini saya hendak mencadangkanlah kalau boleh UiTM di mana sebuah universiti yang menjadi gedung ataupun gudang mengeluarkan graduan-graduan bumiputera yang berkualiti seharusnya diperlengkap. Saya hendak cadangkan satu lagi kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tidak dapat peluang bercakap tadi. Saya hendak mencadangkan satu lagi, kalau boleh kita diberikan peruntukan sebanyak RM14 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Banyak wang kita belanjakan untuk menghantar pelajar-pelajar kita ke luar negara. Kalau boleh sebahagian daripadanya untuk menjimatkan perbelanjaan, hantar anak-anak kita ke Timur Tengah yang mungkin akan menjimatkan perbelanjaan kita mungkin untuk satu orang di Eropah kita boleh hantar dua orang anak-anak bumiputera ke Timur Tengah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ya, terima kasih. Mengenai Ahli Yang Berhormat dari Telok Intan. Kalau kita lihat kepada Times Higher Education Supplement, mereka sendiri menyatakan bahawa asas penilaian mereka adalah based on perception. Bukan saya yang menyatakan, jadi kita jangan tersilap. Soal graduan yang menganggur dan sebagainya itu adalah satu perkara lain dan itu sedang kita tangani mengenai pelbagai usaha yang kita lakukan, yang telah juga disebut oleh beberapa Ahli Yang Berhormat di sini akan saya berikan jawapan. Mengenai Yang Berhormat daripada Jasin yang menyatakan mengenai kedudukan UiTM dari segi soal pensyarah yang mempunyai kelulusan PhD dan sebagainya. Kita mempunyai sasaran yang berbeza untuk universiti dalam negara kita. Kalau universitinya ialah universiti penyelidikan, memang jumlah pensyarah yang perlu mempunyai kelulusan PhD mestilah tinggi, oleh kerana dalam masa akan datang jumlah pelajar yang akan kita terima masuk akan diimbangi iaitu antara postgraduate dengan undergraduate lebih kurang 50-50. Manakala bagi universiti-universiti yang lain, masih lagi mengekalkan pengajian diploma, degree dan sebagainya, manakala yang universiti penyelidikan ia akan dikurangkan dari segi itu.

Ini adalah satu perkara yang sememangnya tidak dapat dielakkan, untuk tentukan agar universiti-universiti penyelidikan ini dapat mencapai matlamatnya. Maka sebab itulah kita perlu tentukan jumlah pensyarah yang memiliki kelulusan PhD, perlu lebih tinggi daripada universiti-universiti yang biasa...

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya matlamat kita untuk mengadakan kalau boleh wujudkan 200,000 pelajar di UiTM. Inilah sebenarnya harapan kita. Kalau boleh persepsi dapat kita tukarkan dan kalau boleh kita tambah lagi tenaga-tenaga pengajar yang benar-benar berkebolehan.

Kita ambil cadangan Yang Berhormat itu. Kembali kepada Yang Berhormat Mambong mengenai sistem kredit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem kredit baru adalah berasaskan kepada Malaysian Qualification Frame Work yang sememangnya berbeza dengan sistem lama di IPTA dan pengiraan kredit mengambil kira dan berpandu kepada student learning time dan adalah lebih kepada student focus. 20 kredit satu semester mengambil kira bukan sahaja syarahan, tutorial, kerja-kerja lab, tetapi masa yang diperlukan untuk menyedia, mengkaji, menyelidik untuk tumpuan pembelajaran sesuatu subjek. Jumlah tahun bagi sesuatu program juga bergantung kepada standard bidang sama ada yang biasanya untuk ICT, kejuruteraan, pengurusan tiga hingga empat tahun dan perubatan adalah lima tahun. Yang Berhormat bagi Mambong juga telah bertanyakan mengenai peruntukan R&D untuk UNIMAS dan menyentuh mengenai peruntukan RM160 juta yang terdapat bagi tahun hadapan untuk UNIMAS, ini adalah sebenarnya untuk peruntukan pembangunan sahaja. Peruntukan R&D adalah di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu di bawah Sains Fund, Tabung Sains sebanyak RM1.2 bilion di mana sebahagian besar peruntukan Science Fund ini diguna pakai oleh IPTA termasuklah daripada UNIMAS. Yang Berhormat bagi Pasir Mas telah...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Menteri, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya tidak sempat tadi untuk membawa perbahasan dalam perkara tersebut. Peruntukan R&D walaupun tidak besar tetapi memadai jugalah dalam suasana sekarang ini. Akan tetapi penekanan seharusnya Timbalan Menteri perlu juga KPT menekankan khususnya kepada APEX universiti kita. Pensyarah membuat penerbitan dalam indeks ataupun jurnal-jurnal indeks ataupun index jurnal. Guna untuk yang sedia maklum dan tidak perlu saya perbahaskan kerana apa satu masa dahulu di universiti publish, tetapi bukan hanya publish sahaja. Dengan peruntukan R&D yang begitu besar, kita mahukan juga an outcome based. Jadi galakan perlu diberikan juga kepada pensyarah-pensyarah, intensif bukan dalam bentuk monetary tetapi promotion dan sebagainya supaya digalakkan pensyarah-pensyarah khususnya yang terlibat dalam research membuat publication dalam indeks jurnal. Terima kasih.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Kita memang menggalakkan dan untuk APEX Universiti misalnya, kita sedang dalam rangka membincang mengenai soal kedudukan universiti, soal kemasukan pelajar, soal pengambilan akademik dan sebagainya. Semua ini memang diambil kira untuk kita tentukan maklumat kita agar USM berjaya dalam program APEX akan dapat dicapai.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya Menteri kerana apabila sebut tentang APEX Universiti, bolehkah saya tahu sama ada peruntukan yang telah dijanjikan sebelum kemelesetan ekonomi boleh diteruskan? Ini adalah kerana ada kebimbangan sama ada wang yang telah dijanjikan akan terus disalurkan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya juga harap di sini bahawa kita harus melihat selepas kemelesetan ekonomi, dengan izin we should look beyond the recession untuk membolehkan kita selepas economy recovery, kita bolehlah mengambil kesempatan yang sepenuhnya. Oleh sebab itu pendidikan yang bagus, yang baik, yang bermutu adalah yang penting sekali. Saya berharap bahawa kita boleh terus membangunkan Universiti APEX supaya ia boleh jadi satu kebanggaan bukan sahaja untuk negara Malaysia, tetapi untuk di rantau ini. Kedua Tuan Pengerusi, kalau kita bercakap tentang Universiti APEX, saya tidak mahu hanya tumpukan kepada USM kerana ia berasal di negeri Pulau Pinang. Kita sama- sama prihatin tentang kedudukan Universiti Malaya. Di sini memandangkan ada aduan daripada bekas Vice Chancellor bahawa beliau telah didiskriminasikan. So, untuk kepentingan gender equality dengan izin, adakah benar bahawa yang berjantina perempuan diberikan tempoh dua tahun iaitu lebih pendek berbanding dengan lelaki yang mendapat tiga tahun. Memandangkan bahawa ada tohmahan ke atas kemampuan beliau, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi harus memohon maaf kepada beliau kerana telah menyatakan tohmahan atau kenyataan yang tidak benar tentang kelayakan beliau? Sekian, terima kasih.

Pertamanya untuk menjayakan program Universiti APEX, kementerian akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemudah cara, membantu untuk tentukan program ini dapat dijayakan dan bantuan sokongan kerjasama daripada kementerian dalam semua aspek. Ini bukanlah semata-mata kepada soal peruntukan dan sebagainya, kebimbangan sama ada ia akan dikurangkan, dipotong dan sebagainya. Kita juga faham bahawa program ini bukanlah satu tahun dua tahun, tetapi satu program yang panjang. Maka oleh itu jaminan kita untuk menjayakan program APEX ini dan sokongan sepenuhnya akan diberikan kepada USM. Keduanya, tidak ada soal perbezaan ataupun diskriminasi dalam pelantikan atau dalam soal Naib Canselor Universiti Malaya yang sebenarnya telah bersara dan habis tempoh perkhidmatan. Datuk Rafiah dilantik pada umur 59 iaitu pada umur sudah bersara. Mengikut amalan ataupun peraturan kerajaan bagi mana-mana mereka yang dilantik setelah umur bersara, kontraknya adalah dua tahun. Manakala bagi mereka yang dilantik masih dalam perkhidmatan, kontraknya adalah tiga tahun. Atas sebab itulah Datuk Rafiah - dua tahun dan atas sebab itulah Profesor Aminah - tiga tahun, itu sahaja. Saya ingin tegaskan bahawa sebenarnya kontraknya tamat dan berasaskan kepada itu Select Committee telah membuat pemilihan untuk melihat dan mencadangkan nama naib canselor yang baru untuk UM, itu sahaja.

Minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Bolehkah saya mencadangkan untuk menyelesaikan misunderstanding atau salah faham di antara bekas Naib Canselor Universiti Malaya dengan Kementerian Pengajian Tinggi ini supaya jangan terus-terusan, seolah-olah ada perasaan tidak senang antara satu pihak khususnya bagi pihak Datuk Rafiah bekas vice chancellor. Adakan satu majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi meraikan beliau sebagai menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat dengan baik di Universiti Malaya selama tempoh sebagai naib canselor. Saya ingin memberi input kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mungkin lebih tahu, lebih arif daripada saya tapi saya mengikuti perkembangan Universiti Malaya dan juga kerja yang dibuat oleh Naib Canselor Datuk Rafiah dahulu. Beliau mempunyai rancangan yang baik-baik untuk Universiti Malaya. Untuk pelajarnya, untuk universiti pada keseluruhannya, untuk tenaga pengajar dan beliau juga mempunyai perancangan jangka panjang sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu untuk menjadikan Universiti Malaya ini di mercu kejayaan. Bolehkah adakan majlis seperti itu kerana beliau memang seorang vice chancellor yang hebat semasa beliau bertugas?

Saya ingat semua majlis yang membawa kepada kebaikan kementerian tidak ada masalah. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Begitulah kedudukannya kita percaya bahawa ini bukannya soal gender dan sebagainya. Apabila dilantik pada permulaannya memang berasaskan kepada kemampuan, kekuatan, keupayaan dan pengalaman yang ada pada Datuk Rafiah. Namun malangnya, kontraknya sudah pun tamat maka berasaskan kepada itu the university has to go on, dengan izin dan kita perlu untuk memilih naib canselor yang baru dan kita berharap naib canselor yang baru dapat meneruskan segala kerja-kerja yang baik yang telah dibuat oleh Datuk Rafiah sebelum pada itu. Dalam Parlimen ini saya merakamkan ucapan terima kasih kementerian kepada Datuk Rafiah di atas segala khidmat bakti sumbangan yang telah diberikan kepada kita semua. [Tepuk]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

[Bangun]

Apa lagi? Kontrak sudah tamat. [Ketawa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini malangnya kontrak sudah tamatlah tapi saya rasa Kerajaan Barisan Nasional mengatakan bahawa hasratnya ialah untuk mengadakan sekurang-kurangnya 30% pembuat keputusannya adalah daripada kaum wanita. Di dalam universiti kedudukan naib canselor ini sekarang hanya ada dua wanita daripada jumlahnya 17. Jadi ini belum sampai sasarannya. Jadi saya rasa kita tidak boleh mengatakan bahawa kita ada gender blind kerana kalau gender blind ini ialah untuk reinforce apa yang kita ada sekarang iaitu tidak mencukupi wanita untuk menduduki kedudukan itu. Saya rasa kita perlu ada satu timeline iaitu bagaimana dan apakah pendekatan kementerian untuk memastikan bahawa kita mempunyai wanita yang cukup kelayakan dan pengalaman untuk menduduki kedudukan itu, kerana kalau kita tidak memberi peluang kepada mereka tentu mereka tidak akan ada pengalaman selama-lamanya. Jadi apakah pendekatan untuk memastikan dalam tiga tahun atau lima tahun akan datang kita akan ada 30% naib canselor wanita.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya sambung sedikit Yang Berhormat? Saya hendak tanya Yang Berhormat apakah setiap kali kita berikan lantikan kontrak kepada sesiapa sahaja tak kira orang lelaki kah, kaum wanita kah yang akan pencen atau yang sudah pencen bahawasanya kontrak ini tiga tahun atau dua tahun dan lepas itu tidak mungkin akan disambung, dan jika tidak disambung jangan melenting. Adakah diberitahu begitu? Sebab menjadi tabii manusia bila dilantik sudah dapat jawatan tinggi di mana-mana sahaja dia sukar hendak berhenti. Itu satu. Yang kedua, bagi mereka yang ada pengalaman walaupun kontraknya sudah tamat macam Vice Chancellor Universiti Malaya, Datuk Rafiah ini ataupun di mana-mana sahajalah, adakah mereka ini kerana pengalaman diletakkan di tempat lain. Menjadi perunding kepada universiti kah, diberi peranan lain selain daripada jawatan vice chancellor yang boleh dipergunakan ilmunya seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Pasir Salak tadi supaya mereka boleh terus berkhidmat. Memanglah dari segi umur makin meningkat umur lagi banyak pengalaman seperti Tuan Pengerusi. Terima kasih. [Ketawa]

Yang Berhormat, mengenai...

Jawab sekali, jawab sekali.

Ingat cukuplah.

Jawab sekali. Satu line sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang saya ingin sambung sedikit tentang apakah kriteria untuk seorang vice chancellor yang baru. Tadi kita sebut Datuk Rafiah ditamatkan bila kontrak tidak disambung dan kita harap cari seorang vice chancellor. Bolehkah sesuatu target telah diletakkan supaya seseorang vice chancellor ini dapat membuat penilaian sendiri sama ada pencapaian ini boleh dicapai dalam masa tempoh itu. Terima kasih.

Ahli Yang Berhormat dari Batu, kriteria melantik naib canselor itu akan saya jawab bila saya jawab Yang Berhormat Sungai Petani kerana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Mengenai soal sasaran kita supaya 30% naib-naib canselor itu akhirnya akan diisi oleh wanita. Saya ingat itu bukanlah sesuatu yang tidak disokong oleh pihak kementerian dan juga kerajaan. Kita memberi sokongan dan saya sendiri nampak bahawa di masa yang akan datang mungkin lebih kerana jumlah wanita yang masuk universiti itu lebih banyak daripada lelaki. Hanya hendak galakkan mereka supaya menyambung postgraduate dan seterusnya untuk tentukan mereka mendapat pendedahan yang mencukupi khususnya di lantik dalam jawatan-jawatan timbalan naib canselor. Pada ketika ini kita memang mempunyai enam di kalangan wanita, tapi pada masa yang sama terdapat juga centre of excellent dan juga top business school yang sebenarnya diketuai oleh wanita. Daripada sinilah pool, kita harap kita dapat menilai mereka untuk tentukan akhirnya daripada golongan inilah mereka akan ditimbang untuk dilantik sebagai naib canselor. Jadi Tuan Pengerusi, ini merupakan satu perkara yang sememangnya tak dapat kita elakkan. Satu hari kelak akan ada ramai wanita yang akan kita lantik sebagai naib canselor di negara kita tetapi sudah tentulah ia bukan sesuatu yang kita akan buat semata- mata kerana hendak memenuhi soal gender. Segala persiapan perlu dilakukan untuk kita tentukan dalam pelantikan itu mereka juga dapat memberi sumbangan untuk membawa kecemerlangan kepada universiti yang mereka diberi tanggungjawab untuk menjadi pemimpin. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas mengenai perkara yang pertama itu tidak eloklah untuk saya ulas soal-soal kelemahan dan sebagainya. Saya rasa setakat saya menyatakan bahawa mereka sudah sampai masa untuk bersara kita kena terima hakikat untuk bersara. Mengenai perkara yang kedua saya percaya setiap naib canselor yang telah bersara mereka diberi tempat dalam universiti masing-masing dan akan diberi peranan dari semasa ke semasa, tidak dilupakan begitu sahaja. Bagi menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas juga dalam perbahasan sebentar tadi jumlah bumiputera dalam bidang profesional negara kita akan berikan kemudian kerana ia melibatkan soal-soal yang perlu kita bekalkan secara detail. Kerjasama antara Iran dan Malaysia dalam soal pengajian tinggi perkara ini memang sedang kita timbangkan. Memang ada usaha daripada kedua-dua pihak untuk kita mewujudkan hubungan yang rapat, hubungan bilateral dalam pengajian tinggi dan apabila kedua-dua draf perjanjian diterima oleh kedua-dua negara, maka insya-Allah kita akan mewujudkan atau mengadakan MoU antara kementerian dengan pihak pengajian tinggi Iran.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya terima kasih Yang Berhormat. Selain daripada hubungan dua hala nanti dari segi kerjasama, saya minta juga Yang Berhormat kalau boleh membuat kajian dan melihat bagaimana universiti di Iran mereka memupuk semangat jati diri, kecintaan kepada negara, semangat juang di kalangan mahasiswa-mahasiswa di Universiti Tehran cintakan tanah air mereka cukup tinggi Tuan Pengerusi. Jadi saya berharaplah kini juga modul macam kegiatan-kegiatan extra moral aktiviti sampingan yang ditanam di kalangan pelajar-pelajar Iran saya harap dapat juga dijadikan sebagai contoh bagaimana kita boleh membina daya tahan mahasiswa generasi muda di negara kita terutamanya daripada universiti. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan ambil cadangan itu. Sebenarnya sebuah universiti swasta, Multimedia Universiti telah pun mewujudkan kerjasama dengan sebuah universiti di Iran. Kita akan galakkan juga universiti-universiti awam untuk melihat apakah kekuatan dan kelebihan yang ada di universiti-universiti di Iran supaya kita dapat bertukar ilmu dan pengetahuan antara kedua-dua belah pihak Iran dan juga Malaysia. Mengenai kampus baru Universiti Malaysia Kelantan, sememangnya pembinaan kampus UMK ini akan kita teruskan pertamanya di Jeli. Itu memang ada dalam perancangan kita di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Mengenai soal penubuhan kerusi Tok Kenali seperti mana yang telah banyak kali dijawab dalam soalan lisan ataupun dalam perbahasan peringkat dasar, buat ketika ini kita belum mempunyai keputusan untuk mewujudkan kerusi ini, dan kita mahukan ialah supaya UMK memberi pengkhususan khususnya dalam bidang keusahawanan dan memberi perhatian kepada soal-soal yang perlu bagi sesebuah universiti yang baru. Apabila itu semua telah dapat kita lakukan maka insya-Allah kita tidak ada halangan untuk timbang bagi universiti tersebut untuk mewujudkan kerusi apabila sampai masanya universiti itu sendiri bersedia. Mengenai soal pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian sains perubatan di Universiti Tehran dengan tajaan sendiri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar persendirian yang menuntut di universiti luar negara, wang penajaan memang ada disediakan secara pinjaman khususnya oleh JPA untuk bayaran yuran dan juga oleh pihak MARA. Walau bagaimanapun, kita perlu meneliti terlebih dahulu sama ada kursus-kursus yang diambil khususnya dalam konteks pelajar ini iaitu kursus perubatan sama ada diiktiraf ataupun tidak oleh pihak kerajaan. Jika diiktiraf maka sudah tentulah ia akan memudahkan soal untuk pelajar ini mendapat pinjaman pembiayaan bagi tujuan membiayai kos pembelajaran ataupun pelajarannya di sana. Yang Berhormat dari Maran telah membangkitkan mengenai pelbagai perkara. Antaranya ialah mengenai soal jumlah IPTS yang telah ditutup sehingga kini dan sebagainya. Sebanyak 28 buah IPTS telah ditutup dalam tahun 2008 dan kesemua IPTS ini dibatalkan kelulusan penubuhan kerana ia tidak beroperasi ataupun ia tidak aktif. Sebelum kita mengambil tindakan untuk menutup, mengikut kebiasaannya kita akan berunding ataupun berhubung dengan pihak IPTS itu dan kita cuba membantu pelajar-pelajar yang sedia ada untuk dimasukkan ke dalam IPTS yang lain. Yang Berhormat juga telah membangkitkan...

Yang Berhormat Menteri, IPTS. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kementerian tentang usaha-usaha untuk menangani IPTS bumiputera yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan menggulung tikar. Sebab bila kita bicara soal IPTS bumiputera ini, definisi yang diberikan ialah pemilikan ekuiti itu ialah sekurang-kurangnya 30% dan mampu menyumbangkan tenaga pengajar dan pengurusannya sebanyak 50% termasuk pelajar-pelajar bumiputera juga sekurang- kurangnya 50%. Dalam memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, banyak IPTS bumiputera tidak mampu memenuhi syarat tersebut. Antara masalah yang berbangkit ialah soal penajaan yang sebelum ini sebahagiannya ditaja oleh PTPTN ataupun MARA dan JPA, semakin hari semakin berkurangan. Apabila penajaan ini tidak dapat diteruskan, apatah lagi dalam suasana kegawatan ekonomi pada hari ini, banyak IPTS bumiputera terpaksa menggulung tikar. Saya ingin juga mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri tentang ada satu usaha penajaan program belia FELDA untuk meningkatkan keupayaan belia-belia FELDA dengan satu jumlah dan kos yang begitu tinggi. Akan tetapi kerajaan memilih untuk menghantar belia-belia FELDA ini kepada Institut Lim Kok Wing. Mengapa ini berlaku? Mengapa kementerian tidak mengambil inisiatif untuk menggunakan kesempatan ini supaya program penajaan belia FELDA ini dimasukkan kepada IPTS bumiputera?

Ini kerana kalau diserapkan dalam Institut Lim Kok Wing ini, sudah tentulah kosnya cukup tinggi berbanding dengan kursus yang diambil dan ditawarkan kepada belia-belia berkenaan. Maka saya ingin mencadangkan kalau boleh program penajaan belia FELDA ini yang memakan belanja jutaan ringgit sewajarnya diserapkan kepada IPTS bumiputera; supaya kosnya itu dapat diselamatkan berbanding dengan kursus yang diambil oleh belia- belia berkenaan. Dengan cara ini kita mungkin dapat menyelamatkan sebahagian daripada IPTS bumiputera yang tidak mampu menerima pelajar-pelajar akibat masalah penajaan daripada pihak-pihak yang sebelum ini mampu mengeluarkan tajaan yang agak banyak. Terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Yang Berhormat Menteri, sama perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa FELDA menghantar ke 54 IPTS dan Lim Kok Wing adalah satu daripada 54 itu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat kerana menjawab. Kita tidak mahu dikelirukan antara soal untuk memberi seluas-luasnya peluang kepada pelajar bumiputera untuk mendapat ilmu pengetahuan di institusi yang terbaik. Dengan satu lagi soal ialah untuk membantu IPTS bumiputera. Banyak cara dan usaha boleh ataupun akan kita lakukan untuk kita membantu IPTS bumiputera. Ini adalah soal penganjuran, pembiayaan oleh FELDA untuk tentukan supaya belia-belia FELDA juga mampu ataupun berpeluang untuk mendapat mengikuti kursus yang terbaik yang disediakan oleh mana-mana IPTS. Kalau kita hanya gunakan belia FELDA Melayu untuk bantu IPTS Melayu saya ingat itu bukannya satu strategi yang bijak dan betul. Jadi kita tidak perlu campur adukkan perkara yang sedemikian kerana kita menggunakan pendekatan yang lain sekiranya IPTS bumiputera benar-benar menghadapi masalah. Yang mana antara satu daripada pendekatan yang kita lakukan ialah mereka merupakan institusi yang menyediakan tempat untuk pelajar-pelajar di bawah payung UiTM. Itu satu cara yang kita lakukan dan ada juga yang menjadi kolej bersekutu kepada USM sebahagian daripada IPTS bumiputera. Ini supaya mereka sentiasa mendapat bekalan bumiputera dalam bidang-bidang yang sememangnya di outsourcers kepada mereka. Jadi di Lim Kok Wing itu adalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian, satu daripada 54 yang menawarkan bidang yang mungkin juga tidak dapat dan tidak boleh didapati, dan disediakan oleh IPTS bumiputera.

Minta laluan.

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Tuan Pengerusi saya bersetuju dengan pendirian kementerian bahawa soal kualiti pendidikan itu juga penting sementara kita mahu membantu IPTS bumiputera. Cuma persoalan saya ialah kursus-kursus yang ditawarkan di Lim Kok Wing ini mampu dilaksanakan oleh IPTS bumiputera, sebab dia bukan satu subjek ataupun kursus yang betul-betul memerlukan pengkhususan. Seperti contoh ada belia-belia FELDA yang mengikuti kursus di Lim Kok Wing mengambil kursus jahitan. Apakah IPTS bumiputera tidak mampu melaksanakan program berkenaan? Kedua, dengan meletakkan bahawa program penajaan belia FELDA ini dihantar kepada Lim Kok Wing kerana kualitinya lebih tinggi. Apakah kementerian berpendapat kualiti IPTS bumiputera ini terlalu rendah. Kalau itulah pendirian kementerian bagaimana IPTS bumiputera ini mendapat lesen daripada kementerian untuk menganjurkan kursus- kursus yang kementerian sendiri merasakan kurang berkualiti jika dibandingkan dengan Lim Kok Wing. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Menteri tadi iaitu kita tidak mengira lah untuk menghantar ke mana pelajar demi untuk mendapat ilmu dan ilmu yang baik. Pepatah kita pun ada menyebut iaitu belajarlah kita walau ke negeri China untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan. Jadi itu bukan satu perkara untuk menjadi pertikaian saya rasa cuma saya ingin bertanya iaitu Lim Kok Wing ini menjadi satu IPTS yang hebat. Saya mendapat tahu ianya mendapat bantuan daripada kerajaan, mendapat geran yang paling istimewa sekali daripada kerajaan. Kalau tidak silap saya mendapat 100 juta atau 200 juta geran untuk membangunkan universiti mereka. Akan tetapi bagaimana dengan IPTS bumiputera ini? Usahkan hendak dapat geran, hendak dapat pinjaman pun susah untuk memajukan universiti ataupun kolej mereka, sama ada dari segi prasarana ataupun alat-alat pembelajaran dan sebagainya. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah IPTS bumiputera ini juga boleh diberi peluang untuk mendapatkan geran- geran? Kalau tidak ada, wujudkan skim geran untuk IPTS-IPTS bumiputera yang betul-betul komited, yang betul-betul gigih memperjuangkan bidang keilmuan ini, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak tahu Universiti Lim Kok Wing dapat geran ataupun tidak kerana sepanjang yang saya ada di sini dan lagi pun kalau ada mesti ada dalam butiran perbelanjaan ataupun peruntukan di bawah kementerian. Mengenai Yang Berhormat daripada Gombak, sudah tentulah bukan sahaja soal untuk mendapat sijil ataupun ijazah tetapi suasana pembelajaran, pergaulan dan sebagainya yang mungkin dapat disediakan dalam Lim Kok Wing. Dengan jumlah pelajar antarabangsanya yang ramai dengan cawangan-cawangannya di luar negara semua itu memberi peluang pendedahan kepada pelajar-pelajar kita yang mungkin terhad untuk didapati di universiti ataupun di IPTS swasta.

Yang Berhormat Menteri sekali saya bangun hendak menyatakan saya amat bersetuju dengan kementerian dan Yang Berhormat Menteri kalau persoalan suasa pembelajaran itu diambil kira. Akan tetapi dalam konteks program penajaan belia FELDA ini, anak-anak belia FELDA dicampakkan ke satu premis di Kelana Jaya yang sudah hampir usang. Suasana pembelajarannya jauh lebih teruk daripada IPTS bumiputera. Ini yang menjadi concern kita sebab ia melibatkan satu jumlah ratusan juta ringgit. Mengapa diberikan kepada Lim Kok Wing? Apakah IPTS bumiputera tidak mampu melaksanakan program-program seperti itu? Suasana pembelajaran penting, saya setuju tetapi dalam konteks penajaan belia FELDA ini anak-anak kita ditempatkan di satu premis di Kelana Jaya yang agak usang dari segi kemudahan dan prasarananya. Kalau kementerian boleh ambil sedikit inisiatif untuk memastikan dalam program yang akan datang sementara kita hendak menentukan kualiti pendidikan itu adalah di antara kualiti yang terbaik, kita juga mahu memastikan IPTS ini tidak menggulung tikar semata-mata kerana kita tidak mampu menaja anak-anak bangsa kita untuk meneruskan pengajian mereka di IPTS yang dimaksudkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri ini. Saya baru masuk, kita bermula pada jam 5.49 tadi, kita sudah dua jam lebih dah. Kita ada empat kementerian, Kementerian Dalam Negeri itu banyak.

Okey, saya akan cuba. Lepas ini tidak payah lagi mencelah. Kita akan maklumkan kepada pihak FELDA yang menaja untuk membuat siasatan agar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu dapat kita kenal pasti akan mengesahkan ataupun kebenarannya.

Sambung Yang Berhormat Maran mengenai soal kolej komuniti dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Pontian, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kuala Krau yang semuanya menyatakan kesediaan kawasan-kawasan ini untuk mendapat sebuah kolej komuniti dan saya percaya juga semua kawasan-kawasan Parlimen yang terdapat pada hari ini sememangnya kolej komuniti ini merupakan satu usaha kerajaan untuk menentukan kita dapat membangunkan sumber manusia yang berkualiti dalam negara kita. Ini dilakukan antara lain melalui penyediaan kolej komuniti yang dianggap sebagai hak pembelajaran sepanjang hayat. Kerajaan memang akan melaksanakan kolej komuniti ini berperingkat-peringkat mengikut peruntukan yang diberi dalam setiap rancangan pembangunan dalam negara kita. Oleh itu saya berharap supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membangkitkan mengenai soal ini khususnya yang juga telah menyediakan tapak dan sebagainya, kita akan memberi pertimbangan mengikut kelulusan yang telah diberikan kepada pihak kementerian. Apa yang pentingnya kita terima bahawa ianya memainkan peranan yang penting sebagai satu hab dan sememangnya menjadi dan amalan dasar kerajaan untuk tentukan kita dapat membangunkan serta memberikan perhatian kepada soal pembangunan sumber manusia yang merupakan satu perkara yang diberi perhatian besar oleh pihak kerajaan. Seterusnya Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai AKEPT (Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi). Sebenarnya ia baru ditubuhkan dalam bulan Januari 2008 dan mulai beroperasi pada bulan Februari. Ia mengendalikan kursus-kursus untuk melatih pengurusan tertinggi IPTA dalam aspek pengurusan kewangan dan juga sebagainya dan pesertanya meliputi timbalan naib canselor, dekan-dekan dan juga ahli lembaga pengarah universiti yang mana melalui kefahaman dan pengetahuan yang diberi akan dapat membantu mereka untuk mengendali dan memimpin universiti mereka masing- masing. Bagi pertanyaan Yang Berhormat mengenai jumlah pelajar di Kolej Tunku Abdul Rahman, suka saya dimaklumkan bahawa bagi kemasukan bulan Jun 2008 jumlah pelajar yang masuk ialah 2,273. Bumiputera seramai 14 orang, India 17 orang manakala kaum Tionghoa 2,242 orang. Yang Berhormat dari Padang Terap telah membangkitkan mengenai berapa ramai pelajar yang tidak balik daripada luar negara dan sebagainya. Bagi makluman pelajar- pelajar yang tidak balik ataupun ditaja ini adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga pihak MARA. Soal sasaran pendidikan tinggi negara pada masa sekarang, akses ke pengajian tinggi ialah sebanyak 36% dan sasaran kita pada tahun 2020 ialah sebanyak 50%. Sasaran kita untuk peringkat sarjana, PhD sasarannya ialah sebanyak 60,000 pemegang PhD. dalam masa 15 tahun. Sebab itulah kita mempunyai program My Brain 15 yang mensasarkan usaha-usaha kita untuk mencapai matlamat ini. Mengenai pelajar-pelajar orang kurang upaya. Untuk makluman bantuan pelajar orang kurang upaya yang diberikan oleh kementerian ialah sebanyak RM300 sebulan dan bilangan penerima pada masa ini adalah lebih kurang 300 orang. Mengenai pinjaman PTPTN sama ada boleh diubah kepada golongan kurang upaya. Buat ketika ini PTPTN tidak mempunyai cadangan untuk mengadakan pinjaman boleh ubah kepada golongan OKU disebabkan peruntukan terhad PTPTN. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memohon menangguhkan bayaran balik sehingga maksimum dua tahun sekiranya mereka belum bekerja. Dalam soal jawatan di IPT, kementerian melihat kepada pelantikan untuk berkhidmat di IPT dan juga proses kenaikan pangkat berasaskan kepada amalan meritokrasi dan tidak lihat kepada soal jantina tapi kepada kepakaran yang dimiliki. Syarat lantikan ke IPT adalah warganegara dan memiliki kelayakan akademik. Untuk syarat kenaikan pangkat telah disahkan dalam perkhidmatan, melepasi PTK, menunjukkan kecemerlangan akademik yang telah ditetapkan dan diperakukan oleh ketua jabatan.

Yang Berhormat Silam telah membangkitkan tentang cawangan UMS di pedalaman Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, di Sabah telah terdapat kampus UMS Antarabangsa Labuan dan juga UiTM Cawangan Menggatal. Selain itu, terdapat 20 buah IPTS di Sabah yang mampu menawarkan pendidikan untuk anak-anak Sabah. Oleh itu, buat ketika ini kementerian belum bercadang untuk menubuhkan kampus-kampus cawangan di pedalaman Sabah. Akan tetapi bila ada keperluan kemudian insya-Allah kita akan beri pertimbangan. Yang Berhormat Silam juga telah menyatakan juga mengenai perlunya dipantau IPTA dan juga IPTS. Suka dinyatakan bahawa sememangnya pihak kementerian secara intensif melakukan audit pada tahun 2008. Untuk makluman sebanyak 187 buah IPTS telah dipantau dan diaudit secara intensif sepanjang tahun ini. Selain itu, kita juga menjalankan audit establishment yang melibatkan 200 buah IPTS. Cadangan untuk mewujudkan MQA di Sabah untuk menjaga kualiti IPT di Sabah, buat ketika ini ia bergantung kepada jumlah IPT yang memerlukan perkhidmatannya. Ketika ini bolehlah dikatakan bahawa jumlah itu kecil dan atas sebab itulah belum ada keperluan. Akan tetapi kementerian dan juga MQA turun dari semasa ke semasa ke kawasan-kawasan di luar Lembah Klang untuk kita melakukan pemantauan dan juga menjalankan audit. Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan soal pelajar yang mendapat CGPA yang baik tetapi tidak dapat memasuki universiti. Ini adalah mungkin tertakluk kepada bidang yang dipohon. Sekiranya bidang yang dipohon kompetitif maka tidak dinafikan sukar untuk masuk ke universiti dalam bidang yang dipohon itu. Berasaskan kepada itu bagi mereka yang tidak berjaya peluang yang lain ialah melalui sama ada IPTS ataupun memasuki Politeknik dalam bidang-bidang atau dalam program yang mungkin tidak kompetitif. Yang Berhormat Parit telah membangkitkan mengenai sama tadi, sama ada KPT bercadang untuk menubuhkan IPTA lagi. Kita telah ada sekarang ini 20 IPTA dan kita tidak bercadang untuk menubuhkannya kerana tumpuan kita sekarang ialah kepada soal untuk meningkatkan kecemerlangan. Mengenai soal masalah pengangguran di kalangan graduan. Kerajaan memang meletakkan soal kebolehpasaran graduan sebagai salah satu daripada agenda kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Ini merupakan usaha-usaha yang akan diberi perhatian terus oleh pihak kementerian bukan sahaja melalui penyediaan finishing school, bukan sahaja melihat kepada kurikulum yang ditawarkan oleh pihak universiti membuat pembaikan dan perubahan supaya ia menepati kehendak pasaran. Akan tetapi pada masa yang sama juga menjayakan lebih banyak program intensif berasaskan kepada usaha sama yang dibuat antara kementerian, universiti dan juga pihak industri. Kita bukan sahaja melihat kepada soal supaya pelajar-pelajar itu setelah melalui program-program ini berkhidmat dan bekerja dengan syarikat dan industri. Akan tetapi kita juga mendedahkan pelajar kepada soal keusahawanan, budaya keusahawanan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dalam perbahasannya. Kita telah mengadakan kerjasama dengan pihak SMIDEC melalui Program SMIDEC University Internship yang mana melalui program ini pelajar-pelajar didedahkan dengan budaya keusahawanan dengan ditempatkan dalam syarikat-syarikat SME yang terdapat di bawah tanggungjawab SMIDEC. Untuk tahun ini dan tahun hadapan kita membuka peluang kepada seramai 5,000 orang pelajar untuk mengikuti program tersebut. Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan mengenai jumlah Jabatan Penuntut Malaysia pada hari ini yang menyatakan bahawa oleh kerana jumlah pelajar sudah mengecil maka sudah tentulah tidak ada kewajaran untuk MSD ini terus beroperasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekarang ini terdapat sebanyak 11 Jabatan Penuntut Malaysia yang beroperasi di luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat juga sebenarnya jumlah pelajar Malaysia bukan semakin mengecil tapi semakin meningkat. Kalau mengikut statistik yang ada pada kita pada tahun 2002 jumlah pelajarnya ialah 42,780 orang. Manakala tahun 2006 jumlah pelajarnya ialah 53,924 orang dan pada tahun 2008 terdapat 56,000 orang pelajar...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

...Mungkin jumlah pelajar yang ditaja oleh kerajaan kurang. Akan tetapi jumlah pelajar yang ditaja sendiri ia meningkat pada setiap tahun. Jabatan Penuntut Malaysia ini bukan sahaja melihat ataupun menjaga soal- soal pelajar yang ditaja oleh kerajaan tetapi juga memainkan peranan untuk menjadi tempat bagi pelajar-pelajar di luar negara untuk mengatasi apa saja isu...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan.

...Juga masalah yang mereka hadapi.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang Jabatan Penuntut Malaysia ini saya ingin mendapat penjelasan bagaimana kementerian membuat pemantauan. Saya ingin mendapat maklumat, adakah kementerian sedar bahawa satu insiden kemalangan telah menimpa dua orang pelajar di Universiti Makasar, Indonesia iaitu pelajar Fakulti Perubatan. Di mana kedua-duanya telah cedera parah dan seorangnya telah putus almost severed hand dalam kemalangan itu dan seorang itu patah tulang belakangnya. Setelah hampir seminggu saya ingat hari Khamis, kemudian hari Rabu minggu depannya barulah warden yang didatangkan dari Jakarta. Saya atas naluri seorang ibu dan seorang doktor telah pergi ke sana dan membawa pelajar-pelajar itu balik kerana mereka itu adalah junior kepada anak saya yang belajar di sana. Jadi, saya lihat di situ tidak ada kesungguhan sebab saya telah melaporkan kepada Timbalan Menteri Luar di sini iaitu di Parlimen iaitu pada hari Khamis. Pada hari Jumaat telah sampai maklumat itu ke pihak sana, hari Selasa baru warden datang. Pengarah jabatan penuntut pelajar itu hanya menelefon sahaja. Jadi saya kira ini adalah satu pengabaian sedangkan kedua-dua pelajar ini cedera parah. Jadi saya harap mendapat sedikit penjelasan bagaimana pemantauan pihak kementerian.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Lanjutan daripada perkara yang sama. Peningkatan jumlah pelajar-pelajar Malaysia di luar negara mungkin jauh lebih besar daripada tahun-tahun sebelum ini. Penguncupan angka iaitu seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri adalah ekoran kerana kurangnya pelajar-pelajar yang ditaja oleh kerajaan. Kalau saya boleh bersetuju dengan cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian bersedia untuk mengkaji bahawa perkembangan yang terbaru ini menuntut dan mendesak supaya kedudukan MSD itu di kaji semula. Sebagai contoh sebelum ini, saya sedia maklum ramai pelajar Malaysia yang ditaja oleh kerajaan sama ada MARA, JPA dan sebagainya dihantar ke Amerika Syarikat dan juga ke United Kingdom dan Eropah. Akan tetapi kerana kegawatan ekonomi dan kos sekarang semakin meningkat termasuk pertukaran wang asing dan sebagainya menyebabkan kita mengurangkan penajaan ke luar negara dan ramai pelajar Malaysia hari ini yang private student, dia tidak lagi ke Amerika ataupun ke United Kingdom kerana kosnya terlalu tinggi. Akan tetapi sekarang sudah berhijrah ke Australia dan negara-negara berdekatan termasuk Jakarta. Apakah mungkin jumlah MSD di luar negara di kawasan-kawasan tertentu itu dikaji semula dan dipindahkan ke kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan anak-anak Malaysia sekarang termasuk di Australia, Indonesia dan mungkin juga negara-negara yang berdekatan termasuk China dan sebagainya. Terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Setengah minit sahaja Menteri. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada AirAsia yang telah menaja penerbangan saya ke Makasar dan juga penerbangan balik saya bersama dua pelajar yang saya nyatakan tadi.

Ya, sememangnya kalau di satu-satu tempat itu kita dapati sudah kurang pelajar Malaysia, maka tiada halangan untuk kita buat kajian dan mungkin kita lakukan perubahan dan kita menambah jumlah pegawai kita di Jabatan Penuntut Malaysia di sesebuah negara yang ada peningkatan pelajar.

Ini adalah antara sebab kita menghadapi masalah di Indonesia, kerana jumlah pegawai yang sedikit mungkin pada masa yang sama, perkara-perkara yang lain yang berlaku di banyak tempat kerana kedudukan pelajar yang berselerak di Indonesia. Walau apa pun, kita ambil pengajaran daripada situ supaya keadaan sebegitu tidak berulang. Jika berlaku lagi keadaan sebegitu dan bagaimanakah tindakan yang pantas perlu dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di negara-negara seperti di Indonesia yang mana pelajar kita tidak diletakkan di satu tempat. Jadi kita ambil perhatian mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Sungai Petani juga ada bangkitkan mengenai bagaimana penilaian dibuat terhadap pemilihan naib canselor. Antara asas pemilihan yang kita lakukan, kriterianya adalah soal visi dan misi, kepimpinan dan pengurusan pencapaian akademik, pengiktirafan keperibadian unggul, fasih berkomunikasi, dan juga laporan penilaian yang lain yang dibuat oleh mantan naib canselor. Jadi ini adalah antara asas-asas yang kita lakukan bagi tujuan kita tentukan di kalangan mereka yang patut dipilih menjadi naib canselor. Yang Berhormat dari Kuala Krau telah membangkitkan mengenai soal kualiti pelajar, mutu pelajar daripada IPTS dan juga khususnya Pendidikan Jarak Jauh telah saya maklumkan kepada Yang Berhormat, bahawa semua program pengajian di IPTS termasuklah program Pendidikan Jarak Jauh diluluskan oleh kementerian berdasarkan kepada syor yang dikemukakan oleh pihak MQA. Seperti juga pelajar-pelajar program konvensional, pelajar-pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh mesti melalui sistem penilaian yang terjamin kualitinya. Seperti yang kita juga sedia maklum, Pendidikan Jarak Jauh ini adalah satu khidmat penawaran pendidikan untuk pelajar-pelajar yang sebenarnya datang daripada golongan yang sedang bekerja. Maka atas sebab itu cara dan pendekatan yang dilalui oleh mereka tidak bolehlah disamakan dengan mendapat pendidikan secara konvensional. Namun begitu, kementerian akan secara berterusan sentiasa memantau pengendalian program PJJ bagi memastikan semua syarat yang ditentukan itu dapat dipenuhi. Mengenai jumlah pelajar UiTM yang dirangka akan datang, itu kita akan maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Kepong juga telah membangkitkan antara lain soal pensyarah PhD tadi yang telah saya jawab dan juga yang telah membangkitkan mengenai soal mengapa USM diberi kedudukan ataupun diterima untuk memasuki program APEX berasaskan kepada kedudukannya yang tidak begitu baik dalam Times Higher Education Supplement. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, APEX adalah satu program pemacuan untuk kecemerlangan. Ia bertujuan untuk membantu institusi yang terpilih untuk mencapai tahap daya saing di peringkat antarabangsa dan menjadi antara institusi terbaik di dunia. Berdasarkan trend terkini universiti-universiti di Malaysia sudah tentulah jika kita ingin mereka mencapai status bertaraf dunia dengan segera, maka ia memerlukan intervensi ataupun campur tangan daripada pihak kerajaan. Maka dengan sebab itu APEX diwujudkan dengan semangat di mana satu atau pun dua universiti yang mempunyai potensi yang besar dipilih diletakkan di atas landasan yang betul, diberi ramuan yang diperlukan seterusnya dilonjakkan bagi mencapai status bertaraf dunia. Kejatuhan USM dalam ranking test tidak boleh dijadikan ukuran tentang keupayaannya untuk bersaing memandangkan sasaran yang diletakkan untuk program APEX ini adalah dalam masa lima tahun. Universiti tersebut mesti berada di antara universiti-universiti yang terbaik dalam dunia dan ini baru berapa bulan kita membuat keputusan mengenai USM.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan, sedikit sahaja. Apakah bentuk-bentuk keistimewaan yang boleh dinikmati oleh USM sebagai status universiti APEX ini dari segi autonomi, pengurusan dan sebagainya?

Ya, seperti yang Yang Berhormat sebut itulah, autonomi, pengurusan, pengambilan pelajar, pembiayaan dan sebagainya. Kita masih lagi dalam peringkat berbincang untuk kita tentukan perkara-perkara ini akan dapat dilaksanakan dan dalam masa sebulan dua ini. Kita berharap perkara ini akan dapat dimuktamadkan supaya universiti yang terpilih dalam program APEX ini seperti USM akan mempunyai lebih autonomi untuk menentukan kecemerlangan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Yang Berhormat Keponglah, Yang Berhormat Kepong yang bangkit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkas sahaja Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, ringkas sahaja Tuan Pengerusi. Bolehkah Yang Berhormat fikirkan kalau UM menjadi universiti yang terbaik terdahulu misalnya lingkungan 100 dan ke atas dalam masa lima tahun, apakah pendapat Yang Berhormat mengenai USM kerana universiti-universiti lain boleh menjadi lebih canggih, lebih cemerlang tanpa APEX. Saya ingat begitu juga dengan UKM. Mengapa kita tidak bagi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ataupun Universiti Malaysia Sabah (UMS), dia punya kampus sangat cantik dan potensi pun sangat tinggi. Saya hendak tahu apakah pendapat Yang Berhormat kalau UM jadi lebih cemerlang?

Kita telah menyatakan mengenai penilaian yang kita buat untuk kita menjayakan program APEX ini. Pertamanya tahap kesediaan universiti itu dan dalam kita menentukan tahap kesediaan universiti itu, kita memang gunakan penilaian ataupun kedudukan yang didapati oleh universiti dalam Times Higher Education Supplement. Maka sebab itulah yang universiti yang selalu disebut oleh Yang Berhormat, Universiti Malaysia Sabah tidak berada dalam tahap readiness untuk kita nilai. Kemudian kita lihat dari segi nilai transformation plan. Setiap universiti yang telah berjaya telah menunjukkan state of readiness itu, apakah transformation plan dia dan sama ada transformation plan itu merupakan idea yang baru, yang berinovatif, yang boleh dicapai untuk dijayakan oleh universiti itu. Ketiganya ialah soal kesediaan untuk berubah. Kita tidak mahu transformation plan itu hanya yang faham naib canselor seorang. Bila tanya dengan dekan, tanya dengan pensyarah dan sebagainya, semuanya tidak tahu. Atas sebab itulah kriteria yang ketiga ialah soal berubah seluruh lapisan universiti untuk tentukan pencapaian transformation plan. Berasaskan kepada itu, yang berjaya yang mendapat kedudukan tertinggi ialah Universiti Sains Malaysia. Maka universiti itulah yang terpilih kerana kita percaya mampu untuk membawa lonjakan bagi mencapai pelan transformasinya ke arah kecemerlangan seperti mana yang kita harapkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit sahaja saya ingin bertanya, dalam belanjawan ini saya tidak nampak satu peruntukan sesuai dengan taraf APEX kepada Universiti Sains Malaysia, mungkin saya silap. Akan tetapi peruntukan sebanyak RM516 juta berbanding UPM - RM536 juta, yang lain itu mungkin rendah daripada USM tetapi tidak membayangkan satu perancangan ataupun protected, satu rancangan ke depan yang apakah saya silap atau apakah ada peruntukan lain selain daripada bajet ini? Keduanya Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian bersedia... Yang ini reverse gear sikit. Apakah kementerian bersedia untuk meletakkan universiti dan empower, berikan pengupayaan kepada jawatankuasa terdiri daripada pensyarah, profesor daripada universiti tertentu itu sama ada research university mahupun Universiti APEX untuk mereka memilih naib canselor berdasarkan peer assessment dalam universiti itu sendiri untuk bebas dalam campur tangan politik. Itu dua soalan, terima kasih.

Pertamanya, soal APEX ini bukan melibatkan soal peruntukan wang ringgit semata-mata. Dia juga melibatkan soal autonomi serta pengurusan. Mungkin universiti itu boleh pilih pelajarnya sendiri dan sebagainya dan dari segi soal pembiayaan yang dikehendaki. Ini juga merupakan satu perkara yang membezakan antara satu universiti dengan yang lain. Ada universiti yang memohon peruntukan yang begitu besar untuk menjayakan usahanya untuk mendapatkan kecemerlangan. Ada universiti yang bergantung pada sumber dalaman yang boleh didapatinya sendiri melalui usaha-usaha penyelidikan yang dijalankan dan sebagainya. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat melihat kepada buku belanjawan, anggaran perbelanjaan Persekutuan, Yang Berhormat semua boleh membuat perbandingan berapa banyakkah penyelidikan yang akan dibuat oleh setiap universiti yang ada dalam buku itu. Kita boleh tahu bagaimana kita membezakan satu universiti dengan yang lain. Sudah tentulah jika ia benar-benar melibatkan peruntukan tambahan, kita ada belanjawan tambahan dari semasa ke semasa yang perlu dibentangkan di Parlimen. Jadi ini bukanlah perkara yang tidak akan dilakukan mengikut proses yang kita ada pada hari ini. Mengenai soal supaya naib canselor itu dipilih oleh semua mereka yang terdiri daripada kakitangan akademik dalam universiti, yang pentingnya ialah kita tahu bahawa kerajaan juga ada saham dalam universiti kerana peruntukan masih lagi diperlukan oleh universiti daripada kerajaan. Lainlah kalau universiti mencari hasilnya sendiri, maka kita boleh serahkan semua kepada tenaga akademik pengajar dalam universiti untuk tentukan. Walaupun begitu, kalau kita pinda AUKU, kemudian kelak kita akan tentukan select committee, jawatankuasanya juga terdiri daripada wakil universiti. Jadi kita tidak ketepikan perkara itu. Last Tuan Pengerusi...

Terima kasih Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya pun hendak habiskan ini Yang Berhormat sebab kalau bajet ini tidak habis Dewan Negara tidak boleh dengar bajet ini pada lapan hari bulan, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, terima kasih. Bila Yang Berhormat Menteri sebut bahawa USM dengan status APEX universitinya itu akan ada juga kuasa autonominya. Apakah ini juga bermaksud bahawa bila USM yang akan melaksanakan dalam sedikit masa lagi USM Science Parknya itu dengan saya difahamkan fizikal development bajetnya hampir mencecah RM400 juta, apakah ini tertakluk pada keupayaan USM dalam exercise kuasa autonominya termasuk dalam mencari dana dan kementerian terus lepas tangan begitu sahaja untuk tidak bersama dalam menjayakan ini? Sebab saya fikir ini satu projek yang cukup signifikan yang memberi kelebihan tersendiri pada USM jika betul-betul mampu dilaksanakan.

Autonomi dengan accountability Yang Berhormat. Maknanya apa sahaja yang dilakukan, mereka perlu bertanggungjawab dan kementerian akan memantau, semua itu di ambil kira. Jadi bukan maknanya kita lepaskan begitu dalam keadaan mereka ada autonomi tetapi perlu dan ini juga dengan pindaan kepada AUKU, peranan yang perlu dimainkan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Jadi ini adalah antara usaha yang kita lakukan. Autonomi itu dengan tidaklah maknanya kebebasan sepenuhnya tetapi autonomi dengan accountability yang kita kehendaki daripada pihak universiti. Yang Berhormat dari Pasir Salak ada membangkitkan mengenai soal garis panduan pembangunan infrastruktur universiti yang dilaksanakan melalui pendekatan PFI. Sememangnya perkara ini merupakan satu pendekatan yang baru untuk kita menjayakan infrastruktur di universiti dan kita percaya bahawa garis panduan yang sewajarnya akan dikeluarkan oleh pihak EPU, badan ataupun agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengenai soal pembangunan ataupun pelaksanaan projek di universiti mengikut kaedah PFI.

Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan Yang Berhormat saya telah pun menjawab soal pengangguran, keusahawanan dan sebagainya sebentar tadi dan begitu juga soal patriotisme sememangnya satu perkara yang kita berikan perhatian...

Sikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sedikit sahaja. Apa jawapan tentang populasi pelajar di dalam IPTS? Adakah peranan kerajaan untuk melihat populasi pelajar di IPTS itu seimbang? Terima kasih.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sehingga bulan Jun 2008, bilangan bumiputera yang menjadi pelajar di IPTS adalah sebanyak 27.67%. Manakala bukan bumiputera - 62%, dan pelajar antarabangsa ada sebanyak 10%. Dalam soal isu ataupun kemasukan pelajar sama ada bumiputera atau bukan bumiputera, yang pentingnya ialah bukan soal mengikut komposisi kaum. Yang penting ialah semua berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, tidak ada yang tercicir. Kalau misalnya jumlah bumiputera yang layak adalah 50%, yang pentingnya semuanya kerana layak dapat masuk. Saya percaya berasaskan kepada jumlah pelajar bumiputera di IPTA campur dengan IPTS dan ada sebahagian besarnya juga di politeknik, soal keciciran ataupun tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kita nak tetapkan kuota tapi tidak ada pelajarnya pun tidak akan memberi sebarang makna. Pokoknya di sini ialah sesiapa sahaja yang layak, mereka mendapat tempat dan ini yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tentukan usaha kita untuk membawa kemajuan kepada bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain akan dapat kita lakukan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Akhirnya, satu soalan saja.

Akhir ya? Betul?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akhir saja. Ini soalan pertama dan terakhir daripada saya. Yang Berhormat Menteri, saya rasa perlu diperbetulkan. Tadi jawapan Yang Berhormat Menteri baik, tapi tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan sebelum ini sudah banyak kali ketidakseimbangan pengambilan pelajar bumiputera dan non bumiputera di IPTS. Apakah pihak kementerian ada membuat kajian mengapakah timbulnya di mana kemasukan pelajar bukan bumiputera di dalam IPTS lebih tinggi? Apakah kerana mereka tak ada peluang di dalam IPTA sebab itu mereka pergi ke IPTS? Jadi mungkin boleh membetulkan persepsi kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya UMNO. Tadi mereka persoalkan ketidakseimbangan ini. Bagus jawapan Yang Berhormat Menteri kata berdasarkan kelayakan tapi masih ada ahli yang membangkitkannya. Tadi ada seorang ahli kata kita orang Melayu sangat baik, seolah-olah ini telah memberi peluang atau telah memberi tempat kepada bukan bumiputera. Jadi saya pohon diperjelaskan kerana kenapa selalu kita tanya soalan dalam Parlimen, komposisi pengambilan masuk pelajar ke IPTA mengikut etnik, mengikut pecahan kaum. Kita sering kali tak dapat jawapan itu, kita diberi jawapan bumiputera 60%, Cina 35%, India 5.1%. Kenapa bumiputera itu diberi, kenapa bukan mengikut kaum iaitu Melayu berapa, Kadazan berapa, Iban berapa. Saya pohon jawapan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya sambung sikit Yang Berhormat?

Tak habis kita.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit, sikit saja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya mintalah Yang Berhormat. Ini bukan saya punya bajet Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya nak tanya pasal apa Yang Berhormat sebut tadi semua kaum kita bagi tempat tak kira siapa saja tetapi saya ada tanya soalan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat kata nak bagi soalan kepada saya balik. Saya tanya jumlah pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang profesional. Walaupun kita beri peluang kepada semua pihak, tetapi agenda nasional dalam soal nak menentukan penyusunan semula masyarakat di Malaysia terutamanya dalam bidang profesional, kaum bumiputera kurang.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi untuk itu, untuk diimbangi maka diberi peluang lebih. Soal meritokrasi tak timbul. Kita tengok di UiTM dulu, waktu selepas 13 Mei dahulu, dimasukkan pelajar-pelajar akhir sekali pergi ke luar negeri dapat first class honors, macam-macam kecemerlangan dapat. Jadi saya harap Yang Berhormat pun ambil kira bahawa pelajaran ini di bawah Majlis Raja-raja Melayu, diberi hak keistimewaan Melayu daripada segi bidang pelajaran. Jangan dicampuradukkan hak ini. Terima kasih.

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat kedua-duanya. Memang perkara ini akan dibangkitkan daripada semasa ke semasa dan apa yang kita tentukan ataupun kita dapat lihat ialah kita berusaha untuk membangunkan kekuatan untuk negara. Kita berada dalam satu dunia yang tidak ada sempadan di mana hendak tak hendak kita perlu bersaing. Maka berasaskan kepada itu, untuk tentukan adanya kekuatan, rakyat kita mesti mempunyai ilmu dan pengetahuan dan inilah yang menjadi asas pegangan kerajaan sedia ada tentukan tidak ada sesiapa yang tercicir lebih-lebih lagi kita hendak meningkatkan akses kepada pengajian tinggi sebanyak 50% rakyat dalam negara kita pada hari ini. Ini akan menentukan kejayaan negara. Maka berasaskan kepada itu, kalau nak mengharapkan kepada kerajaan sahaja menyediakan peluang pengajian tinggi, maka ia melibatkan peruntukan yang besar, perbelanjaan yang mungkin tidak mampu ditanggung oleh kerajaan. Maka di sinilah peranan yang sama penting dimainkan oleh IPTS dan bersama-sama tentukan rakyat Malaysia dan semua kaum mendapat peluang belajar dan seterusnya dapat menjayakan dasar dan juga usaha negara untuk menjadi sebuah negara yang berjaya. Dalam masa yang sama, kita juga mengambil kira soal kedudukan pelajar bumiputera ataupun bumiputera dalam bidang-bidang yang tertentu, dalam bidang-bidang yang strategik dan untuk menampung perkara-perkara ini, ia dilakukan melalui pelbagai pendekatan. Antaranya, kita tentukan UiTM itu hanya untuk bumiputera. Kita juga tentukan dalam soal meningkatkan lagi jumlah bumiputera dalam bidang yang strategik, menghantar mereka untuk belajar ke luar negara dan sebagainya. Jadi ia bukannya hanya melihat kepada apa yang terdapat di kalangan dalam IPTA dan IPTS dalam negara tetapi melibatkan pendekatan yang lebih luas daripada itu. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat yakinlah bahawa kerajaan ini tidak akan mengetepikan soal-soal untuk memberi ilmu dan menentukan peluang kepada bumiputera dalam bidang ilmu ini dapat dijayakan sepenuhnya. Saya beralih kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tenggara. Soal kolej komuniti, kita bersetuju dengan usaha ataupun saranan supaya diwujudkan jawatankuasa penasihat bagi tujuan untuk tentukan kolej komuniti berkesan dan menepati keperluan dan juga kehadirannya dalam usaha untuk membantu masyarakat untuk menambah nilai kepada diri mereka. Mengenai soal kampus UiTM yang dipindahkan dari Tenggara ke Pasir Gudang, ia adalah selari dengan matlamat untuk kita tentukan supaya universiti mempunyai hubungan yang rapat dengan industri dan dalam usaha itu memandangkan bahawa di Pasir Gudang dengan kedudukannya, dengan kewujudan industri, kilang-kilang dan sebagainya di kawasan itu, maka ia memberi peluang yang terbaik kepada pelajar-pelajar yang diterima belajar di UiTM yang akan dibina di Pasir Gudang, tetapi itu tidak bermakna bahawa kawasan di Tenggara itu pihak UiTM tidak mempunyai perancangan untuk membina kampusnya yang lain. Difahamkan bahawa untuk Tenggara, kemungkinannya ialah jika dibina kampus akhirnya kelak, ia akan memberi tumpuan kepada bidang bioteknologi berasaskan kepada kedudukan kawasan itu sendiri. Jadi, untuk Yang Berhormat dari Tenggara, tidaklah perlu melahirkan kebimbangan kerana tanah itu masih merupakan tanah UiTM, kementerian dan sudah tentulah usaha untuk pengeluaran hasil itu bagi tujuan untuk menyumbang kepada dana universiti. Seterusnya Yang Berhormat dari Pendang telah bangkitkan mengenai soal...

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya tidak benarkan lagi mencelah Yang Berhormat.

Tak ini sikit saja. Berkaitan dengan UiTM ini. Saya ucapkan terima kasihlah banyak-banyak kepada Yang Berhormat Menteri kerana Parlimen Tenggara ini merupakan lembah biotech yang telah pun diiktiraf oleh kerajaan negeri. Jadi bidang bioteknologi ini adalah amat bertepatan dan bersesuaian sekali. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih kat luarlah.

Insya-Allah. Yang Berhormat dari Pendang telah bangkitkan mengenai soal PROHAS. Untuk makluman Yang Berhormat, PROHAS dilantik untuk membantu PTPTN mengurus pinjaman secara lebih cekap dan berkesan. Segala keputusan mengenai soal khidmat yang diberikan oleh PROHAS ini adalah dipantau dan akan diputuskan oleh Lembaga Pengurusan dan Pengarah PTPTN dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, usaha ini perlu dilakukan kerana kita mahu mengatasi semua isu yang dihadapi sebelum daripada ini terhadap PTPTN. Saya percaya sebagai sebuah syarikat yang di tubuh dan dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan dan begitu juga PTPTN satu badan walaupun diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tetapi juga tanggungjawab perjalanannya, peruntukan dan sebagainya di bawah Kementerian Kewangan. Maka sewajarnya tidak perlu kita memberi tanggapan-tanggapan yang negatif terhadap apa yang sedang kita lakukan dalam usaha kita untuk menambah baik perjalanan dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kepada PTPTN. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, setakat ini belum ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk menubuhkan cawangan Kolej Tunku Abdul Rahman di kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Soal perkara itu menjadi perkara yang dibangkitkan dalam masa kempen pilihan raya itu perkara biasa. Saya percaya Yang Berhormat sebagai seorang ahli politik biasa mendengar perkara-perkara yang sedemikian dan sewajarnya tahu bahawa itu bukan menjadi asas bagi kita menentukan sama ada sesebuah permohonan itu akan diluluskan ataupun tidak. Untuk makluman, buat ketika ini tidak ada apa-apa permohonan yang dikemukakan kepada pihak kementerian. Saya rasa itulah antara perkara-perkara yang dapat saya nyatakan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Ada perkara-perkara yang secara umum yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah saya jawab khususnya kebolehpasaran graduan kolej komuniti, soal kualiti dan sebagainya. Bagi mana-mana yang saya tidak sempat untuk menjawab, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM9,682,119,800 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM9,682,119,800 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,433,556,000 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM4,433,556,000 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.47 [Jadual] - Maksud P.47 [Anggaran Pembangunan 2009] -Motion

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Penerangan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 030300 - Media dan Koperasi Korporat, Butiran 031000 - Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Butiran 050000 - Perkhidmatan Hal Ehwal Khas, sekali gus oleh kerana masa tidak mengizinkan. Pertamanya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Penerangan mengenai keberkesanan Gerak Saraf dengan peruntukan yang hanya RM2.2 juta. Memandangkan keadaan sekarang ini saya dapati Kementerian Penerangan terutamanya di bawah Media dan Gerak Saraf sepatutnya lebih agresif, lebih proaktif dengan menyediakan pelbagai program dan produk selain daripada Gerak Saraf untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat, terutamanya isu-isu yang membabitkan mengenai dengan asas Perlembagaan Negara, isu Ketuanan Melayu dan seumpamanya kerana sering kali isu ini terus dibangkitkan. Jadi, apakah pihak Kementerian Penerangan bercadang untuk mengubah dasar penerangan dengan lebih agresif dengan memperbanyakkan sama ada dalam bentuk drama ataupun dalam bentuk program-program khas memberi penerangan kepada isu-isu yang saya sebutkan tadi. Ini supaya rakyat betul-betul faham sejarah negara Tanah Melayu ini dahulu, sejarah pembentukan Malaysia, sejarah kemerdekaan dan juga mengetengahkan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada generasi muda. Apakah tidak mungkin pihak Gerak Saraf dengan pihak Kementerian Penerangan menerbitkan drama-drama ringkas yang walaupun dalam bentuk drama tetapi menyampaikan mesej dengan mengetengahkan tokoh-tokoh seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Rosli Dhobi dan juga ramai pejuang lain. Ini supaya pihak- pihak tertentu yang tidak memahami sejarah ini memahami kedudukan sebenarnya dan sekali gus boleh menyelesaikan masalah perpaduan kaum di negara kita ini. Malangnya kementerian Yang Berhormat, timbalan menteri Yang Berhormat sendiri pun kadang-kadang biul juga dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengungkit soal sejarah keturunan orang-orang Melayu yang menjadi isu baru-baru ini dan berlarut-larut. Sesudah Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan saya ingat sudah reda, ada pula sehari dua baru-baru ini keluar pula kenyataan-kenyataan yang tidak sedap didengar yang menyebabkan rakyat marah, tetapi akhirnya ia kembali kepada pihak Gerak Saraf. Apa peranan Gerak Saraf dalam menangani isu seumpama ini? Mengenai Butiran 050000 - Perkhidmatan Hal Ehwal Khas ini. Ini perbelanjaannya agak banyak juga iaitu RM65 juta. Kalau kita lihat kepada isu-isu yang berbangkit seolah- olah jabatan ini tidak berkesan. Bagaimana hendak memastikan bahawa ia benar-benar berkesan? Saya hendak bertanya mengenai dengan ahli-ahli fikir, berapa ramai dan apakah tidak bercadang untuk ditambahkan lagi. Ahli-ahli fikir bukan sahaja duduk di pejabat ada juga ahli fikir yang turun ke bawah yang mampu memberi ceramah, memberi penerangan tanpa mengira soal kelulusan dan kedudukan. Asal mana mereka dapat menyampaikan maklumat yang betul untuk kepentingan negara, saya memberi sokongan yang penuh. Sebab itu saya berharap unit ini diperbesarkan lagi dan dipastikan mereka betul- betul berfungsi bukan semata-mata diberikan tempat kerana kita mengenali orang itu dan orang ini, semata-mata untuk memberi jawatan tetapi kesannya tidak ada. Peranannya tidak berfungsi tetapi pada masa yang sama mungkin jumlahnya tidak mencukupi, eloklah ditambah kakitangan ini bukan untuk kepentingan Barisan Nasional tetapi untuk agenda negara. Ini yang penting supaya ia memberi kesan. Tentulah apabila agenda ini berjaya orang akan menghargai kerajaan dan rakyat boleh menghargainya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Akan tetapi kalaulah dasar itu berkecamuk dalam akhbar-akhbar, macam-macam isu pun banyak kita lihat bercanggah, tidak diselaraskan, maka sudah tentu peranan Gerak Saraf lagi penting untuk menentukan supaya ia tidak keliru lagi kerana rakyat juga memahami keadaan yang sebenarnya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus menjurus kepada Butiran 020100 tentang Penyiaran dan Rancangan. Pertama saya hendak mengucapkan tahniah kepada RTM kerana akhir-akhir ini banyak memberikan peluang kepada pelakon-pelakon melalui drama, filem dan sebagainya. Persoalannya sekarang ialah kalau kita perhatikan rancangan yang diterbitkan oleh RTM banyak juga lakonan-lakonan oleh pelakon ini yang diulang tayang sama ada dari sudut filem atau drama. Akan tetapi berbanding dengan bayaran royalti kepada pencipta muzik dan juga penerbit, pelakon tidak dapat. Walaupun lakonannya diulang-ulang tetapi pelakon tidak dapat bayaran royalti sebagaimana pemuzik dan juga penerbit. Selama ini ada pertubuhan yang namanya PRISM yang bermaksud Performers and Artist Right tetapi sehingga sekarang berbanding dengan MACP iaitu badan yang berkaitan dengan pencinta muzik dan Persatuan Penerbit (PPM), PRISM gagal menyempurnakan tugasnya. Jadi, saya mohon supaya RTM melihat perkara ini kerana saya simpati dengan pelakon-pelakon yang sudah uzur ini seperti Yahya Sulong, Datuk S.M. Salim dan sebagainya. Yang mana lakonan mereka diulang tayang tetapi mereka tidak mendapat imbuhan sebagaimana yang diterima oleh pemuzik dan juga penerbit. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Rancangan TV. Ini cerita membekalkan program TV kepada RTM, Tuan Pengerusi, ada sistem baru saya difahamkan. Kalau dahulu sistem perolehan program itu diberi kepada syarikat produksi mengikut kadar slot jam. Sekarang kementerian khabarnya telah buat sistem tender bagi memastikan kualiti produk dan tengok rekod syarikat dan sebagainya. Sedikit tinjauan yang saya buat, tender untuk Kelas A mula dilancar 2 Disember, Kelas A punya tender dibuat 18 Jun, Tender Kelas B – 2 Julai dan segala macam. Jadi beratus-ratus syarikat pembekal ini ambil bahagian, isi borang. Saya tengok dalam laman web ini pun borang itu lengkap, sangat menyeluruh, tetapi yang tidak sedap dengarnya saya difahamkan ialah sambil yang tender itu tenderlah, tetapi ada pula berkira-kira yang berlakunya, amalannya ialah ada syarikat tertentu yang tiga, empat buah sahaja ini, ia dapat terus tidak payah tender, dapat terus slotnya, beribu-ribu. Saya difahamkan yang slot dalam RTM ini hampir 16,000 jam setahun tetapi bila yang ditender itu mereka diberitahu pada awal 2008 bila keluar keputusan tender, jam siaran cuma tinggal 1,600 jam – 300 jam untuk rancangan swasta, 1,300 jam untuk rancangan syndication. Ini cerita MacGyver, Combat dan segala macam ini. Jadi ada dua sistem. Kalau tender, kenapa pula ada yang dapat secara terus begitu dan khabarnya berulang-ulang kepada syarikat yang sama. Ada yang saya tengok di sini ada Gama Taktif, ada Platinum Screen, ada Lindungan Seni, ada Fantasia Elit, ada Euro Fine – Euro Fine ini Puteri UMNO punya, kebetulanlah. Pengarah Urusannya pun Puteri UMNO punya. Jadi isunya ialah saya hendak tanya di sini di mana sebenarnya fungsi jawatankuasa penilai rancangan RTM antara tender dengan bagi terus ini? Apakah betul ada dakwaan di sana sini, di luar sana, di kalangan pembekal rancangan TV yang sebut bahawa tugas agihan ini telah pun diambil oleh pegawai tinggi kementerian yang duk buat kerja agih ini. Apakah benar? Saya hendak dengar yang itu. Kemudian saya juga dapati bahawa yang membolot program syndication ini, saya pun baru perasan kebelakangan ini cerita MacGyver, Combat, Mission Impossible itu timbul balik.

Saya hendak tanya syarikat mana yang dapat dan berapa harga satu episod? Apa kepentingan cerita-cerita lama ini ditayangkan balik? Alangkah baiknya kalau cerita sejarah Melayu daripada Filem Negara yang dibangkit oleh Pasir Mas tadi ditayangkan balik berbanding cerita Combat yang merupakan propaganda Amerika lawan Jerman pun, Tuan Pengerusi. Ini sudah tidak relevan dengan sejarah sekarang, tetapi bersungguh-sungguh RTM tayangkan balik cerita ini walaupun lewat malam. Episod Hong Kong ini, TVB ini, Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu, saya difahamkan hampir 260 episod. Syarikat pembekal itu syarikat mana dan berapa harga satu episod. Begitu juga filem Indonesia. Saya pun syok juga tengok Cinderella. Itu saya mengakulah, Sri Gading ya. Kenapa ada filem-filem luar ini diberikan prime time, masa puncak, masa utama itu mereka dapat. Boleh tidak disenaraikan balik berapa banyak senarai filem-filem luar ini yang ditayangkan di RTM.

Pelakon dia jelita.

Ha, pelakon dia jelita. [Ketawa] Dan berapa harga satu episod dan syarikat mana pula yang dapat. Saya hendak tengok yang ini satu-satu. Kerananya ialah hal ini, Tuan Pengerusi, saya rasa penting sebab saya tahu Yang Berhormat Menteri telah pun membuat dalam jawapan kepada saya beberapa minggu lepas menyebut bahawa dalam penstrukturan semula RTM, mungkin bermula beberapa tahun lagi, 2012 kah begitu, akan ada 19 saluran termasuk saluran sedia ada. Di situ akan terhidang banyak peluang untuk pengusaha-pengusaha dan pembekal filem ini bagi membekalkan, tetapi sementara itu menjadi kenyataan, saya hendak bangkitkan praktis sekarang, mohon mendapat penjelasan dan sedikit lagi ialah berkaitan dengan filem animasi ini, marketnya besar, Tuan Pengerusi, tetapi Doraemon ini saya ingat sudah berapa tahun ditayangkan. Sebab apa ini? Harganya murah kah? Animasi tempatan ini, Kampung Boy, Sidek Brothers, Usop Sontorian, apa semua ini, ia ada beberapa nilai. Saya hendak tanya, kementerian wujudkan tidak, ada tidak dana bagi membantu para creator ini untuk membangkitkan dengan nilai-nilai tempatan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Sedikit. Boleh sedikit sahaja? Saya sudah prepare ini, terkilan kalau saya tidak sambung yang ini. Saya juga bangkitkan di sini sedikit soal Filem Negara, Tuan Pengerusi. Ia saya baca dalam misinya ia jadi pusat sumber rujukan sejarah negara dalam bentuk filem. Saya hendak tanya, sehingga sekarang, sebab saya tengok pencapaiannya tidak up todate di sini sehingga 2002 sahaja. Sekarang sudah 2008. Kita hendak tahu banyak mana filem yang telah dihasilkan dan kalau kita inilah hendak buat program di kampung, hendak tayangkan balik tentang sejarah negara, bagaimana cara kita hendak dapatkan ini sebab kempennya itu tidak meluas. Kita hampir tidak tahu kalau kebetulan RTM tayang, tayanglah, tetapi kalau kita hendak mengambil langkah proaktif mendekati kementerian untuk kita tayangkan kepada masyarakat dan rakyat di kawasan kita, boleh menteri terangkan bagaimana cara dan kaedahnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ucapan Machang ini sebahagian daripada yang saya hendak cakap. [Disampuk] Sebenarnya Machang ini kalau masuk UMNO, alangkah bahagianya kita. Saya sokong ucapan dia tadi. Saya hendak cakap 020100, Gombak jangan marah – Perkhidmatan Penyiaran dan Rancangan. Saya hendak bercakap empat perkara, Tuan Pengerusi, ringkas-ringkas. Yang pertama...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkas-ringkas, Yang Berhormat.

Ya, ringkas-ringkas. Pasal menteri kita ini menteri yang pandai, jadi dia faham. Macam Tuan Pengerusi juga, orangnya bijak. Yang pertama, difahamkan dalam ucapan awal pukul 10 pagi tadi, soal jawab, TV1 ini besok, tahun depan dikatakan akan jadi TV berita dan maklumat. Cuma saya hendak ingatkan jangan lupa isikan isu-isu agama dan berilah isu-isu agama ini, ceramah-ceramah agama di tempat yang sesuai. Jangan macam Bicara Mufti pukul 12.30 malam, sudah tidak ada orang. Mufti itu sendiri sudah tidur. [Ketawa] Biar sesuailah. Itu satu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Betul ini. Betul, Parit Buntar, kita kena bersetuju dengan ini. Yang kedua, FINAS ini boleh tidak dikembalikan kepada Kementerian Penerangan, pasal dia ada kaitan dengan industri perfileman. Jadi duduk di bawah kementerian sekarang ini di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tidak berapa kena. Yang kena, duduk di bawah Kementerian Penerangan. Saya pun tidak faham siapa meletakkan FINAS ini di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Saya tidak faham. Jadi letak balik di Kementerian Penerangan. Yang ketiga, peranan JASA. JASA ini ada di Dewan Negeri, ada di Parlimen, supaya pegawai-pegawai ini antara kerja dia mengumpulkan maklumat peribadi, data maklumat masyarakat setempat, nombor telefonnya, namanya, alamatnya. Jadi sudah ada maklumat itu hendak menyalurkan dalam zaman IT ini pakai SMS dasar-dasar kerajaan, senang kerana sekarang ini hendak mengumpulkan orang hendak terangkan dasar kerajaan, orang tidak hendak dengar. Orang tidak hendak dengar, tidak tahu apa sebabnya. Kemudian boleh tidak pegawai-pegawai JASA ini dikumpulkan tiga, empat kali setahun bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Penerangan, dengan Perdana Menteri, bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, bertemu dengan menteri-menteri supaya maklumat-maklumat yang terkini itu dapat kepada pegawai-pegawai dan dengan itu apabila dia faham dasar itu, barulah dia dapat menyampaikan dengan berkesan. Ini dia sendiri pun tidak faham, macam mana hendak terangkan. Saya biasa dengar ucapan-ucapan dia orang ini. Bukan hendak memperkecilkan mereka. Jadi kalau dia sendiri pun tidak faham, saya pula menyoal dia, saya pula hendak bagi kuliah dia, beratlah cerita. Itu yang ketiga. Yang keempat, yang akhir. Saya amat berterima kasih...

Minta laluan.

Gombak, minta maaf.

Satu sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah, Yang Berhormat.

Satu sahaja.

Kalau dapat tambahan masa, saya memang suka ini hendak bertukar fikiran dengan Gombak ini. Gombak ini kalau masuk UMNO, kemain bagus lagi, Tuan Pengerusi. Ini semua star-star UMNO dahulu.

Saya tidak jadi hendak tanya soalanlah.

Dia masuk filem lain, kalau masuk dalam UMNO alahai. [Ketawa]

Yang keempat, minta maaf Yang Berhormat Gombak pasal berkejar dengan masa ya. Saya amat berterima kasih, ucap tahniah, syabas kepada Kementerian Penerangan atas wujudnya radio Klasik Nasional. Ho, ho, ho, ho. Saya difahamkan daripada Raja sampai ke bawah, kalau dalam kereta tidak ada cerita lain. Ini tahniah, saya dengar rating dia punya nampak dah sejuta lebih, tak lama lagi dua juta, tiga juta, dia menguasai. Memang terhibur sangat, jadi radio klasik ini memikat hati, menghibur hati, membawa kenangan-kenangan manis pada zaman silam waktu kita muda-muda bercinta, cinta monyet dan sebagainya. Ini macam Yang Berhormat Gombak, macam Yang Berhormat Machang masa dia muda-muda dulu. Ia lagu-lagu klasik, tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an, yang dulu pun kita payah nak dengar, dengan adanya radio FM klasik ini, kita dapat mendengar. Alangkah berbahagianya, berpahala Menteri ini menghiburkan orang, Alhamdulillah ya. Kemudian yang lagi penting ini, radio ini, lagu asli, lagu langgam, lagu keroncong, zapin, irama Hindustan, irama Arab dan lain-lain yang dihasilkan oleh pengubah-pengubah lagu, yang ini saya hendak tekankan. Pengubah-pengubah lagu yang bermutu tinggi, ha, ho... [Ketawa] Pengubah-pengubah lagu sekarang, Astaghfirullah, lagu yang digubah tak lebih tak kurang macam gendang perang, tak faham kita. Seni kata “pengkah”, seni kata “tak ada mutu”, “aku cinta pada mu, bagaimana kita berjumpa di...”. Lailahaillallahlah, tak berjumpa langsung. Seni kata Melayunya, lintang pukang, saya minta maaflah pengubah-pengubah, ada yang baik-baiklah kan, tak banyaklah. Jadi ini, kemudian yang lebih cantiknya itu, dinyanyikan oleh penyanyi lama, Momok Lunya, Luna Asia Jasni, S. Effendi, Titik Puspa, Lily Suriani, Din Selamat, P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Suita, Ahmad Suibi, Said Amin, Umar Basir, Sam Simon. Ho, hebat ya. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dah habis Yang Berhormat?

Ada sikit lagi. Dia pula yang mahal, pengacara itu, juruacara itu, siapa dia? Yalah, fahamlah. [Ketawa] Dia Tuan Pengerusi...

DJ nya pula itu, dia terangkan pula sejarah, sejarah pengubah lagu itu, sejarah penyanyi itu, bila nyanyi itu digubah, dalam filem apa lagu ini? Astaghfirullah, tak ada radio lain tak boleh lawan, memang hebat radio klasik. Berbahagialah orang-orang di dalam radio klasik ini. Jadi saya hendak mencadangkan di sini, janganlah lagu-lagu klasik Melayu sahaja, bolehkah agaknya lagu-lagu klasik Hindustan yang dinyanyikan oleh Lata Mangeshkar, Muhammad Rafi. Lagu-lagu Arab oleh Abdul Hab, [Menyanyi sepotong lagu] Abdul Halim Hafiz, Ummi Kalthum...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah.

Kemudian, lagu-lagu Inggeris, Elvis, Nat King Cole, Cliff Richard, [Menyanyikan sepotong lagu] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading, sudahlah.

Masa habis.

Sesekali, agaknya seminggu satu jam, dicampurkan, diselang-selikan dan ini akan menarik pendengar-pendengar yang lama. Lagu-lagu ini semua Tuan Pengerusi, termasuk Tuan Pengerusi saya ingat cukup minat lagu ini yang menjadi siulan kita waktu muda-muda dulu, menjadi siulan. Jadi inilah, kalau bolehlah...

[Menyampuk]

Ala, lagu rakyat apa?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau nak nyanyi kat luar Yang Berhormat.

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Nanti saya nyanyi kat luarlah.

Alhamdulillah Tuan Pengerusi, jadi inilah sumbangsih saya kepada Kementerian Penerangan nak melihat bahawa Kementerian Penerangan di bawah seorang menteri yang muda, yang hebat. Hebat, dia berani lawan berbahas dengan Ketua Pembangkang. Mana ada orang dalam Malaysia, dia membentuk sejarah dia. Jadi itu ya Tuan Pengerusi, terima kasih, saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih, terima kasih, ya. Memang saya sokong klasik itu. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak cadang kepada Menteri Penerangan, boleh ambil Yang Berhormat Sri Gading jadi DJ radio klasik, dia boleh mengulas, dia pandai mengulas. Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh B.47 020100 - Rancangan dan 060000 – BERNAMA. Pertama saya nak minta sedikit penjelasan tentang beberapa peratus pembahagian program-program yang mutakhir, sekarang ini. Rancangan hiburan yang berbentuk maklumat, berbentuk agama dan juga lain-lain perbahasan, intelektual dan sebagainya yang disiarkan oleh RTM khususnya oleh TV khususnya. Ini sangat penting untuk kepada kandungan, isi kandungan yang benar-benar dapat memberikan satu input yang baik dari segi penyaluran maklumat khususnya kepada masyarakat dan rakyat yang mesti diimbangi antara hiburan, maklumat, berita, agama dan sebagainya. Saya menyebut ini juga ada kaitan dengan satu kajian yang pernah dibuat, saya tak ingat oleh siapa yang buat kajian mendapati bahawa 93% kakitangan Kementerian Penerangan khususnya RTM ini lebih minat kepada TV3, tak minat kepada RTM. Ini yang disiarkan pada Januari, kajian ini disiar oleh BERNAMA pada Januari tahun ini. 93% kakitangan Kementerian Penerangan ataupun RTM yang lebih berminat kepada kandungan dan rancangan untuk melihat rancangan di TV3. Ini saya rasa agak pelik bila Kementerian Penerangan khususnya RTM sendiri. Dia sendiri pun rasa bahawa aku yang dok buat hari-hari, aku tahulah sama ada baik atau tidak, kualiti ataupun tidak. Jadi saya hendak tanya bahawa selepas daripada kajian ini apakah ada inisiatif kepada pembaharuan untuk meningkatkan mutu program rancangan-rancangan yang disiarkan, kandungan-kandungan rancangan yang disiarkan oleh RTM ini? Sama ada dalam bentuk hiburan, ataupun maklumat ataupun rancangan agama. Saya bersetuju tadi dengan Yang Berhormat Sri Gading, umpamanya rancangan agama disiarkan pada waktu orang dah tidur, umpama macam bicara-bicara mufti. Itu satu benda yang saya kira bahawa tidak sewajarnya berlaku begitu. Begitu juga rancangan dari Parlimen umpamanya, disiarkan pada jam 11.30 malam kalau tak silap saya. Jadi pada waktu orang pun dah agak keletihan, ramai orang dah fikir nak tidur, esok nak bekerja dan sebagainya. Jadi saya kira bahawa tidak begitu dapat memberikan maklumat apa yang diperbincangkan dalam Dewan Parlimen ini sendiri. Sudahlah rancangan pada waktu pagi itu, daripada Parlimen ini hanya dalam tempoh setengah jam sahaja. Yang saya kira bahawa sudah sampai masanya untuk pihak kementerian mengkaji kalau pun tidak menyiarkan sepenuh hari persidangan ini tetapi sekurang-kurangnya akan ada tambahan masa daripada setengah jam, kita naik satu jam atau dua jam. Bukan sahaja dalam sesi soalan tetapi juga dalam siri-siri perbahasan yang dilakukan, yang diambil bahagian oleh Ahli-ahli Parlimen mahupun jawapan dari pihak kementerian.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini sangat penting bagi saya kerana saya lihat minat orang untuk melihat apa perkembangan berlaku di Parlimen ini sangat tinggi. Setengah mereka itu yang tidak dapat akses internet, kalau dalam internet ada, mereka boleh akses internet secara live tetapi sesetengah mereka tidak dapat akses internet maka mengharapkan kepada TV, kepada RTM. Jadi mereka berjangka Ahli Parlimen ini tidak bercakap apa sedangkan setengah jam, tak nampak Yang Berhormat Sri Gading cakap selalu, Yang Berhormat Arau ataupun Yang Berhormat Padang Besar. Jadi ini yang harus diberikan perhatian kerana bagi saya bahawa kalau dengan penyiaran daripada Parlimen ini dan juga berita di Parlimen yang pada jam 11.30 malam itu diawalkan lagi, saya percaya rating RTM itu akan bertambah, akan naik lagi. Ini kerana disebut juga dalam Parlimen oleh Yang Berhormat Kalabakan. Saya masih ingat lagi bahawa Yang Berhormat Kalabakan pernah menyebut bahawa RTM kurang menyiarkan tentang pandangan-pandangan yang agak kritikal daripada Ahli-ahli Parlimen walaupun daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sangat kritis terhadap kerajaan, terhadap dasar-dasar kerajaan yang mereka rasa bahawa keperluan kepada adanya perubahan-perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan. Jadi seolah-olahnya macam pihak RTM ini tidak begitu berminat untuk orang mendengar ada pandangan-pandangan yang berbeza daripada dasar kerajaan hatta datang daripada pihak kerajaan sendiri, pihak back-bencher sendiri. Jadi apatah lagi hendak dengar pandangan daripada pembangkang. Saya boleh beri sedikit kredit kepada TV BERNAMA mahupun Radio BERNAMA yang agak lebih telus menyiarkan maklumat- maklumat yang agak begitu lebih tepat, walaupun begitu sangat criticize terhadap kerajaan. Maknanya dia lebih baik daripada RTM. Akan tetapi sudah tentulah bahawa berita BERNAMA ini sama ada TV BERNAMA ataupun Radio BERNAMA ini tidak begitu meluas dia punya penonton dan tidak ramai sangat orang tahu. Hanya orang yang melanggan Astro sahaja yang mungkin dapat dan tidak ramai orang tahu tentang ada berita TV daripada BERNAMA. Jadi saya kira bahawa perlu ada pengiklanan penampilan berita TV BERNAMA itu. Saya boleh terimalah setakat ini mahupun daripada Radio BERNAMA ataupun daripada TV BERNAMA itu sendiri. Jadi ini yang saya kira bahawa yang harus dilihat oleh Kementerian Penerangan yang bukan sahaja hanya hendak melihat kepada soal kemajuan, soal kestabilan politik negara, tetapi rakyat pada hari ini lebih berminat kepada untuk melihat soal ketelusan, keterbukaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Dan juga soal keadilan. Sekian, terima kasih.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua butiran sahaja iaitu Butiran 020000 berkenaan dengan Perkhidmatan Penyiaran dan Butiran 04902 tentang Projek Perintis Pendigitalan RTM. Tuan Pengerusi, kalau kita memandu kereta dari Bandar Johor Bahru menuju ke arah Kuala Lumpur, sepanjang jalan kita dapat lihat antena televisyen yang dipasang atas bumbung itu semakin jauh jaraknya dari Singapura, semakin tinggi antena itu. Jadi bila sampai ke kawasan Muar, ketinggian antena itu ada yang lebih tinggi daripada ketinggian bangunan rumah. Akan tetapi mereka ini bukan hendak menerima signal RTM tetapi kerana mereka suka menonton program Singapura. Tuan Pengerusi, saya berasal dari negeri Johor dan dibesarkan di Johor Bahru juga. Jadi sejak masa kecil, memang kita suka menonton program-program Singapura. Sehingga sekarang pun terutamanya masyarakat Cina kebanyakannya masih menonton program Singapura.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya yakin pihak kementerian cukup sedar tentang hakikat ini. Jadi saya inginlah penjelasan dari pihak kementerian kerana saya dapati anggaran 2009 di Bahagian Perkhidmatan Penyiaran telah memenuhi lebih daripada 50% jumlah anggaran 2009 kementerian ini. Apakah langkah-langkah yang diambil dan pendekatan yang pernah dirancang untuk memikat penonton-penonton di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia? Tuan Pengerusi, tidak dapat dinafikan bahawa televisyen dan radio ini memang satu peralatan yang mudah sekali untuk kita sampaikan mesej kepada rakyat. Saya berharap kementerian dapat mementingkan dan tidak mengabaikan golongan penduduk di kawasan ini. Di bawah butiran yang sama juga, saya ingin tahulah berapakah jumlah pendapatan yang dikutip oleh RTM daripada iklan-iklan TV? Ini penting kerana ia merupakan satu sumber pendapatan yang utama dan kalau dibandingkan dengan tahun lepas, adakah ia lebih kurang sama atau adakah ia sudah jatuh dan apakah sebabnya? Selain daripada itu, saya juga ingin tahu apakah perjanjian yang pernah dibuat di antara Astro dengan RTM dan juga Bernama TV. Setelah tiga channel ini dibenarkan dan disiarkan melalui Astro, berapakah wang yang dibayar oleh Astro setahun kepada TV1, TV2 dan BERNAMA TV? Ini adalah kerana kita kena membantu menambahkan rangkaiannya dan juga meningkatkan kadar penontonnya. Tuan Pengerusi, akhirnya ialah Butiran 04902 tentang Projek Perintis Pendigitalan RTM. Saya ingin penjelasan daripada kementerian, syarikat mana yang ditawarkan untuk melaksanakan projek ini dan bilakah ia ditawarkan dan bila tamat tarikh siap projek ini? Saya juga difahamkan percubaan siaran TV digital telah pun diadakan di Lembah Klang dan apakah kesan dan maklum balas daripada masyarakat ataupun penduduk di situ, dan adakah masih sesuai untuk kita meneruskan projek ini memandangkan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi dan mungkin akan membebankan penduduk ataupun rakyat kita, kerana ia memerlukan decoder dan sebagainya? Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 dalam butiran rancangan yang diberikan satu peruntukan yang agak besar iaitu hampir RM400 juta untuk butiran yang berkenaan. Tuan Pengerusi, Kementerian Penerangan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar untuk membentuk rakyat dan masyarakat supaya mereka ini lebih mempunyai watak dan sikap serta peribadi dan nilai-nilai yang murni sebagai rakyat Malaysia. Justeru itu dalam konteks ini, saya merasakan Kementerian Penerangan dan kerajaan seharusnya mengambil sikap yang lebih terbuka dan berlapang dada dalam soal dasar penyiaran negara. Kalau sikap dan program yang terlalu pro kerajaan yang agak melampau dalam satu, dua program yang telah pun disiarkan, diteruskan, ianya saya rasa tidak dapat membantu proses pembentukan watak bangsa Malaysia yang lebih kritis dan mempunyai nilai-nilai murni dalam memacu pertumbuhan bangsa Malaysia. Kalau kita melihat program- program yang telah dijalankan sebelum ini, kalau ianya menjurus kepada persoalan yang terlalu pro kerajaan, biasanya ia akan kurang mendapat sambutan daripada rakyat. Satu sebab yang berani saya nyatakan hari ini, generasi hari ini mempunyai akses kepada maklumat dalam bentuk-bentuk yang berlainan. Tidak semestinya hanya menonton siaran dan rancangan dalam RTM. Mereka juga boleh merujuk kepada program dan sistem penyiaran yang lain termasuk melalui internet atau blog ataupun website. Maka sekiranya RTM ini memaparkan sesuatu yang tidak tepat ataupun memutarbelitkan kenyataan- kenyataan tertentu, maka sudah tentu generasi akan membuat penilaian dan perbandingan di antara berita yang disiarkan dalam RTM dengan berita dan maklumat yang disiarkan dalam saluran-saluran alternatif yang saya nyatakan tadi.

Justeru itu saya merasakan RTM perlu juga mengambil sikap yang lebih terbuka dan berlapang dada untuk memastikan rancangan-rancangan yang dipaparkan ini dapat membentuk watak-watak yang lebih kritis bersandarkan kepada sejarah pembentukan negara, melalui program-program yang lebih tertumpu kepada permasalahan umat dan bangsa dalam negara kita. Justeru itu saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat meneliti semula rancangan-rancangan yang disiarkan oleh RTM, untuk memastikan ianya dapat menggamit generasi muda hari ini supaya memberikan tumpuan kepada persoalan yang telah saya nyatakan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perkhidmatan Penyiaran dan Butiran 020100 – Rancangan. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada RTM kerana kalau dahulu kita disajikan dengan berita negeri- negeri pukul 5 setiap hari. Sekarang diubah kepada Berita Wilayah. Jadi, seperti apa yang kita tahu atau pun yang kita lihat bahawa berita jam lapan ini telah dipendekkan daripada satu jam dahulu kepada 45 minit sekarang ini. Kenapa tidak kita mengambil slot sepanjang 15 minit itu untuk menyiarkan berita wilayah itu kerana pukul lima itu ramai yang mengadu tidak sempat hendak melihat berita. Orang baru balik kerja. Jadi, kalau diubah masukkan dalam prime time, berita wilayah ini. Kemudiannya saya ingin mencadangkan supaya Program Hari Ini Dalam Sejarah yang sekarang ini telah ditiadakan diwujudkan semula seperti saranan yang dibuat oleh sahabat saya dari Pasir Mas tadi. Seterusnya, kepada program bintang RTM dan bakat TV, perlulah kita adakah semula kerana seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi bahawa kita ingin melahirkan penyanyi yang berkualiti jika kita bandingkan dengan penyanyi-penyanyi yang dilahirkan melalui program-program realiti TV Astro seperti Akademi Fantasia. Jadi, eloklah diwujudkan semula Bintang RTM ini kerana melalui Bintang RTM ini, kita telah dapat melahirkan penyanyi yang berkualiti. Siti Nurhaliza umpamanya, Allahyarham Sudirman, Rohana Jalil. Kita mencungkil bakat-bakat muda dengan lebih tersusun. Kedua, Butiran 050000 – Jabatan Hal Ehwal Khas. Saya mengesyorkan supaya program-program yang dianjurkan oleh JASA yang ini sama ada di peringkat DUN, atau pun di peringkat Parlimen ini perlulah tersusun dengan secara ad hoc seperti mana yang dilakukan selama ini. Sekiranya ianya diprogramkan secara tersusun, maka manfaatnya lebih banyak daripada apa yang kita peroleh pada hari ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Di samping itu, jangan lupa untuk berbincang bersama dengan pemimpin- pemimpin tempatan kerana saya percaya pegawai-pegawai JASA pun tidak tahu berkenaan dengan permasalahan tempatan. Jadi, sekiranya pemimpin-pemimpin tempatan itu dapat dibawa berunding, maka masalah tempatan itu dapat diselesaikan melalui program- program yang dianjurkan oleh JASA. Sekian, terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hari sudah lewat. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan kerana kementerian ini adalah satu- satunya kementerian yang mengemukakan bajet lebih rendah pada tahun lepas. Saya rasa kejayaan ini seperti yang dijanjikan oleh Menteri Penerangan dalam debat dahulu. Saya rasa ini adalah satu kejayaan untuk beliau. Perkara yang saya hendak sentuh secara spesifik iaitu Perkara 040000 – Perkhidmatan Filem Negara. Tuan Pengerusi, sebagaimana yang telah dibincangkan banyak kali, content providing yang dikemukakan dalam Filem Negara seperti juga yang dikatakan oleh rakan daripada Machang tadi tidak banyak berubah dalam masa 10 atau 15 tahun. Terakhir kita tengok pada hujung tahun lepas dan beberapa bulan yang lalu, Filem Negara masih lagi membawa imej lama seperti lambang seekor harimau yang hendak terkam. Perkara yang sama dan contentnya masih lagi menjurus ke arah perkara yang sama, di samping itu, kita nampak aspek yang jauh lebih penting. Sepatutnya Filem Negara Malaysia juga membawa content untuk menyedarkan masyarakat terutamanya masyarakat golongan muda kepada kepentingan memahami peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memahami sistem pentadbiran negara dan sebagainya. Ini amat penting kerana generasi muda dilihat sebagai tidak mendapat maklumat yang betul, maklumat yang jelas berkenaan dengan fungsi-fungsi suruhanjaya- suruhanjaya termasuk juga SPR yang saya katakan tadi. Perkara 04902 bersama dengan 04903 iaitu Projek Perintis Pendigitalan RTM dengan Kelengkapan RTM iaitu menaiktarafkan RTM. Seperti rakan sebentar tadi juga menanyakan berkenaan dengan Projek Asas Pendigitalan RTM. Saya hendak bertanya kepada pihak menteri kerana di dalam anggaran belanjawan ini dinyatakan projek keseluruhan berharga RM145.9 juta iaitu 79.1 dan 66.8 menggabungkan kedua-dua kepala tadi. Peruntukan asas yang diberi pada tahun 2009 yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, oleh kerana ada satu jawapan yang diberi oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran yang mengatakan bahawa Projek Pendigitalan RTM ini adalah ditangguhkan dan akan dilaksanakan mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun, yang diberitahu di sini, kementerian sedang dan masih berusaha untuk mendapatkan kaedah alternatif penyediaan pelaksanaannya iaitu PFI yang hendak di tanya di sini. Adakah masih pihak kementerian meneruskan lagi usaha pembiayaan melalui PFI? Kalau benar perkara ini masih lagi diteruskan, bolehkah pihak menteri menerangkan secara jelas setakat ini di manakah kedudukannya atau pun prestasi perundingan terhadap PFI ataupun Private Finance Initiative ini di pihak kementerian? Sekiranya perkara ini masih lagi hendak diteruskan, saya fikir aspek-aspek yang terkandung di dalam projek pendigitalan penyiaran ini mesti diambil kira teknologi-teknologi terkini yang sepatutnya kita bawa di dalam projek atau pun proses pendigitalan ini. Perkara terakhir yang saya hendak bangkitkan di sini Tuan Pengerusi iaitu berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh TV swasta. Baru-baru ini Kementerian Kewangan memberi jawapan tentang hasil atau pun sumbangan bidang penyiaran swasta ini dilihat terlalu minimum, terlalu rendah. Sebagai contoh, pihak Astro hanya membayar cukai sebanyak RM48 juta pada tahun 2006 sedangkan perolehan yang diraih oleh TV swasta bernilai RM486 juta. Kalau dibandingkan kepada asses TV-TV swasta dalam mencorakkan minda dan pemikiran rakyat kita amatlah jauh sekali. 10% revenue di raih daripada penyiaran swasta ini agak keterlaluan kalau kita bandingkan dengan peluang mereka untuk menyerap dan mempengaruhi, memberi pengaruh terhadap pemikiran kepada rakyat kita terutamanya remaja dan belia. Saya harap Kementerian Penerangan memikirkan semula tentang fungsi yang meluas diberi terbuka kepada syarikat-syarikat televisyen swasta ini untuk memberi satu kaedah yang lebih baik daripada usaha sama dan juga potensi menang-menang kepada kedudukan ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Enam kali bangun baru dapat ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada Butiran 020100 – Rancangan. Tuan Pengerusi, sebenarnya dalam kita mengikut rancangan asal, saya tidak menyalahkan Menteri Penerangan sekarang. Oleh kerana kalau kita melihat kenapa kita bersusah payah untuk membawa masuk rancangan-rancangan daripada luar negeri sedangkan tidak berlaku perbincangan supaya rancangan-rancangan terbitan tempatan diadakan secara pertukaran supaya rancangan kita dapat ditayangkan di Indonesia, Filipina, Thailand, China, di mana-mana sahaja atau di India dan Hong Kong. Jadi saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya selain daripada program perbincangan yang kita adakan penukaran berita dan sebagainya, Berita Serumpun yang pada saya cukup baik yang kita buat dengan Indonesia bagi memperjelaskan isu-isu semasa ini. Kita harus pastikan bahawa filem-filem ataupun siri-siri drama yang dibawa masuk daripada luar negara itu dibuat secara barter trade ataupun pertukaran. Dia terima satu filem, kita bagi filem kita. Bermakna kata kalau di sini berlaku bermakna kata filem kita dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa kerana ini keluhan yang dilahirkan oleh ramai produser dan anak seni kita yang mengeluh perkara ini yang kita nampak bagaimana terlalu mudah kita menerima masuk filem-filem luar seperti Mexico dan Sepanyol sehingga ia menyebabkan sebahagian besar menjadi menarik minat dan mengubah budaya kita kepada satu budaya luar yang menyebabkan dari segi kesan negatif jangka panjang dan jangka pendek yang amat berbahaya. Jadi saya memohon di sini supaya walaupun sesetengah pemberian syndicated filem ini yang berlaku pada masa dahulu seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Akan tetapi saya pohon Yang Berhormat supaya usaha murni yang telah dibuat oleh pihak Yang Berhormat Menteri supaya mereka yang mempunyai tajaan sahaja yang harus datang kepada RTM dan RTM tidak ada masalah untuk menawarkan airtime ataupun waktu siaran ini. Yang kedua Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan soal lesen kawalan. Selain daripada saranan Yang Berhormat Sri Gading yang bersetuju supaya FINAS dikembalikan kepada RTM. Saya juga mohon mencadangkan supaya lesen kawalan kepada TV-TV swasta dan radio swasta supaya juga diberi kepada Kementerian Penerangan dan penyiaran. Di sini kita lihat, bukan saya tidak yakin kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengendalikan perkara ini. Akan tetapi kita melihat apabila dia menjadi terlalu diletakkan kepada satu kementerian yang bukan pakar dan mempunyai kemudahan untuk mengendalikan perkara ini dengan sebaik mungkin, maka kita lihat banyak rancangan-rancangan daripada luar yang kadang-kadang terlepas daripada penapisan yang kita lihat. Walaupun penapisan ini bukan setakat daripada elemen-elemen seks semata-mata, bahkan unsur-unsur tahyul yang melibatkan pertentangan dari segi agama, yang melibatkan soal-soal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan adat, budaya dan moral kita di mana kita perlu pertahankan. Seterusnya saya minta pihak RTM supaya mempertimbangkan Hari Ini Dalam Sejarah disiarkan semula bagi peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara kita supaya walaupun seminit, tetapi sekurang-kurangnya fakta sejarah itu dapat kita paparkan kepada rakyat kembali kepada peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara kita. Pohon Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan. Ini hasrat orang kampung yang datang beritahu supaya Forum Perdana tidak ada iklanlah di antara walaupun ia merupakan rancangan tajaan. Akan tetapi orang tua-tua ini dia tidak syok kalau ada iklan di tengah-tengah. Mereka merekodkan rating tinggi dan peminat ramai. Orang tua-tua yang memang tunggu di hadapan televisyen awal-awal lagi tetapi apabila ada iklan di tengah, mengganggu konsentrasi mereka yang kita harap dipanjangkan lagi dan iklan boleh disiarkan di awal dan di akhir. Syarikat yang menaja ini sudah tentu mereka mahu nama mereka juga turut dipaparkan sebagai penaja dalam siri ini.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Kemudian yang terakhir 040000, Perkhidmatan Filem Negara. Saya pohon walaupun dalam peruntukan yang dibuat ini ada membaik pulih bangunan Filem Negara Malaysia, kita pohon kepada pihak kementerian sekarang ini saya tahu dan saya sedar bahawa peralatan ataupun equipment yang ada di Filem Negara ini telah usang dan kebanyakannya layak untuk diletakkan di muzium. Jadi dalam usaha kita untuk bersaing dalam pasaran terbuka sekarang, sudah tentu kita perlu mengemas kini dan memodenkan semua peralatan, kamera dan segala-galanya. Studio rakaman ada 3D, 3 dimension yang dana RTM belum lagi mencapai ke tahap itu. Bukan soal digital saja. Jadi dalam hal ini kita minta Filem Negara selain daripada itu supaya menerbitkan filem-filem tokoh-tokoh sejarah yang melibatkan semua bangsa yang berjaya. Tan Sri Ghazali, Tun Tan Siew Sin, Tun Abdul Razak, Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya dan tokoh-tokoh pra kemerdekaan, sebelum kemerdekaan yang sebelum daripada itu yang mencetuskan semangat nasionalisme yang beberapa pertubuhan 42, 200 yang terlibat pertubuhan. Kita mahu kita paparkan kembali kepada rakyat untuk menjadi renungan. Kenapa sebenarnya? Kita tidak mahu perkara ini hilang sebab apabila sejarah ini sudah mula dilupakan, orang sudah hilang jati diri. Jadi sebab itulah kita minta peranan Kementerian Penerangan yang satu-satunya kementerian yang boleh memberi maklumat segera kepada rakyat dalam usaha kita memperbetulkan mereka-mereka yang buta sejarah ini supaya memastikan bahawa segala-galanya kita dapat nyatakan di atas fakta dan kebenaran. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran Perkhidmatan Penyiaran, 020100 - Rancangan. Saya ingin mencadangkan supaya RTM memperbanyakkan rancangan wanita dan juga kesaksamaan gender. Saya faham bahawa sekarang memang ada rancangan Wanita Hari Ini. Akan tetapi saya rasa rancangan Wanita Hari Ini lebih condong kepada pelbagai isu wanita tetapi tidak berkaitan dengan hak-hak wanita dan juga kesaksamaan gender. Saya berharap bahawa RTM dapat mengadakan satu program talk show yang khas untuk bidang ini, hak- hak asasi wanita dan juga kesaksamaan gender. Pada bulan Mac tahun depan, sempena International Woman’s Day, saya harap ada dalam satu bulan dapat mengadakan talk show mengenai Hari Wanita Kebangsaan dan juga tajuk-tajuk seperti woman quota, 30% pembuat keputusan itu harusnya terdiri daripada wanita dan apakah sebabnya seperti ini. Jadi hanya ini yang saya rayukan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Janganlah Yang Berhormat Pokok Sena. Dua isi saja. Yang pertamanya 02400, Bangunan Sedia Radio Negeri Pahang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah membina satu studio yang berjuta-juta ringgit yang telah memberikan satu impak yang besar kepada negeri Pahang. Satu perkara lagi yang saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar supaya diwujudkan semula Bintang RTM dan satu perkara lagi ialah Raja Lawak. Sebenarnya Kementerian Penerangan agak tercicir berbanding dengan stesen televisyen swasta yang telah mewujudkan Akademi Fantasia dan Raja Lawak. Kita sentiasa ketinggalan dan kita bila ada sesuatu stesen televisyen swasta hendak buat, barulah kita cuba hendak wujudkan kembali.

Tentang Hari Ini Dalam Sejarah, saya juga menyokong rakan-rakan yang lain supaya dapat ditayangkan semula dan satu perkara lagi tentang di negeri Pahang kita ada Pahang FM iaitu mewujudkan talian sahabat-sahabat. Lebih hampir 40,000 sahabat- sahabat yang telah menelefon dan berbual dengan artis berjadual di Radio Pahang FM yang mengetengahkan isu-isu semasa dan aduan-aduan terhadap sesuatu perkara yang berlaku di dalam kawasan tempatan sama ada pembangunan, jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya. Ini dapat mengetengahkan isu-isu semasa yang boleh diberikan terus kepada Ahli- ahli Parlimen dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri. Cuma satu perkara lagi tentang artis berjadual ini, Yang Berhormat Menteri. Kalau RM70 sehari, RM70 sehari. Kalau dia bekerja 48 jam ataupun waktu-waktu perayaan, semasa hari raya dan sebagainya, tidak ditokok tambah. Saya mohonlah supaya kalau ada kerja lebih masa ini hendaklah diberikan elaun tambahan kepada artis berjadual atau juruhebah di radio-radio tempatan kita. Yang keduanya 03300 mewujudkan Studio Bergerak Pentarama Jabatan Penerangan. Ini satu langkah kementerian yang proaktif yang dapat menjelaskan dasar dan polisi kerajaan dan memberikan maklumat-maklumat yang tepat kepada orang kampung, luar bandar dan masyarakat kita di luar. Saya mohon supaya Studio Bergerak Pentarama Jabatan Penerangan ini dibanyakkan lagi turun ke kawasan-kawasan pedalaman bukan sahaja musim-musim tertentu. Contoh musim pilihan raya, tetapi sentiasa turun bergerak ke sana sini untuk menjelaskan isu-isu semasa supaya parti pembangkang terutama Yang Berhormat Gombak ini tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan fakta. Itu sahajalah Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak bercakap banyak, cuma dalam Butiran 020100 iaitu Rancangan. Jadi saya juga ingin bertanya ketua pengarah pihak menteri peratusan program-program mengikut klasifikasi. Misalnya program hiburan, wanita, keluarga, remaja, program kesihatan, belia, program kanak-kanak, alam sekitar dan sebagainya. Kemudian seterusnya juga saya ingin bertanya kepada pihak menteri apakah pemantauan daripada pihak menteri terhadap TV-TV swasta yang dilihat begitu seolah-olah macam tidak ada kawalan. Program-program yang ditonjolkan sangat kadang-kadang benar-benar kita rasa menjadi punca kepada banyak masalah sosial yang sekarang ini pun sedang kita hadapi keadaan moral dan akhlak masyarakat remaja kita terutamanya begitu parah. Seperti kata, kalau boleh saya petik kata-kata Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Menular adegan panas di media negara ini sebagai punca maksiat yang berleluasa”. Jadi sebagai Menteri Penerangan yang bertanggungjawab, kita bukan sahaja bertanggungjawab di dunia, tetapi juga sampai ke akhirat. Maka sangatlah penting untuk memastikan program-program itu tidaklah sehingga menjadi punca kepada kerosakan akhlak dan juga lebih-lebih lagi kerosakan aqidah seperti yang dikatakan oleh daripada Yang Berhormat Arau. Di mana terlalu banyak sangat program-program seram, tahyul yang tidak membawa pembinaan diri langsung. Kita bercakap di Parlimen sehari-hari tentang jati diri rakyat Malaysia, tetapi kita melihat program-program tidak membawa Ketua Pengarah jati diri rakyat Malaysia itu sendiri. Program-program hiburan terlampau banyak. Drama-drama Melayu misalnya tidak membawa kepada realiti masyarakat yang kita mahu wujudkan di negara kita. Tambahan pula kita hendak tengok TV swasta membawa drama-drama dari negara luar dari Mexico, dari Filipina yang jauh sangat budayanya dari negara kita. Saya tidak faham apa mesej yang ingin dibawa oleh TV swasta ini.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya tunjukkan di sini satu laporan berita dalam akhbar. Media Prima Television Networks Screening 2009 yang berlangsung Jumaat lalu dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Gambar di sini adalah bagaimana dijemput penari dan penyanyi dari Filipina yang memakai pakaian yang sangat teruk dalam program ini. Apakah sebenarnya mesej yang hendak ditunjukkan. Apakah TV3 bermaksud tahun 2009 inilah rupa bentuk rancangan yang akan dipaparkannya kepada masyarakat. Jadi saya harap sangatlah supaya pihak menteri mengambil perhatian tentang perkara ini dan membuat teguran yang sewajarnya. Saya juga ingin menyentuh rancangan RTM. RTM memanglah alat propaganda kerajaan. Kalau kita jadi kerajaan sudah pasti kita akan menggunakan untuk maklumat-maklumat. Itu memang mesti pro kerajaan.

Kalau tahu tidak apa.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Pada masa yang sama juga mestilah ada lebih keterbukaan di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Kalau RTM tutup pun orang akan melihat melalui internet dan sebagainya, tidak dilihat satu kematangan di sini. Jadi saya kira sudah sampai masanya RTM dilihat lebih matang, lebih terbuka memberi peluang tidak memutarbelitkan, tidak memalsukan fakta. Itu yang paling utama. Jangan sehingga rakyat cap RTM ini kalau dia kata putih, maknanya hitam. Kalau dia kata hitam maknanya putih. Jadi saya harap itu sahaja terima kasih.

Macam TV Paslah itu.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Butiran Perkhidmatan Penyiaran. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena bahawa rancangan dari Parlimen biasanya jam 11.30 malam itu terlewat. Adakah RTM bercadang untuk menukar misalnya pada jam 10 malam? Biarlah 11.30 malam itu program lain seperti sukan dan hal-hal yang seumpamanya. Berita jam 8 juga bukanlah masa yang terbaik. Masa itu orang-orang bandar hendak keluar pergi program, 8.30 ada dinner misalnya. Orang kampung pergi masjid dan surau kerana waktu itu adalah waktu maghrib dan Isyak. Cuba kaji masa yang terbaik. Mungkin jam 6.00 dan 6.30 petang sebagai berita utama bukan berita wilayah atau pukul 9.00 malam. Di luar negara jam 6.00 banyak negara yang menyiarkan berita utama di negara-negara berkenaan. Butiran Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat. TV3 ada siri Bersamamu, kita ingin mencadangkan RTM menyiarkan berita-berita gembira, berita-berita kejayaan pendidikan anak-anak luar bandar, berita-berita kejayaan program modal insan yang dipelopori oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kejayaan tokoh-tokoh korporat, kejayaan anak-anak FELDA misalnya memberi motivasi yang positif kepada rakyat dan bukan hanya cerita-cerita yang negatif. Misalnya 12 jam kita bersidang dalam Dewan ini, kadang-kadang kita bertengkar 12 minit, tetapi yang keluar hanya 12 minit dan orang kampung fikir kita dalam Dewan Rakyat ini, setiap hari kita bertengkar sahaja. Kemudian Butiran 04902, bilakah digital TV untuk RTM akan dimulakan sepenuhnya dan apakah implikasi dari segi jumlah saluran, masa siaran dan kos yang terlibat? Butiran Gerak Saraf dan Pengurusan Isu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas, adakah RTM bercadang untuk memberikan persefahaman tentang isu kontrak sosial, hak-hak istimewa orang Melayu, hak-hak kaum lain, kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu pada siaran waktu utama, bukan pada siaran hujung-hujung malam. Rencana yang menarik dan mudah difahami agar tiada siapa lagi yang mempertikai hal-hal asas negara kita itu. Kemudian Butiran Perkhidmatan Hal Ehwal Khas, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan pegawai-pegawai JASA ini sebagai pegawai-pegawai yang tetap tarafnya atau jika kerajaan meneruskan sistem kontrak, wajarlah diberi insentif khas kerana mereka tidak mendapat pencen? Ini satu penganiayaan dan tidak adil kepada mereka yang bertugas siang malam, pagi petang, membuat penerangan dasar-dasar kerajaan di akar umbi tanpa mengira masa.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Contoh insentif khas itu ialah pencen dengan jumlah dan kadar tahun perkhidmatan kontrak. Jika lama berkhidmat pencennya banyak, jika kurang lama berkhidmat maka pencennya juga adalah kurang dan saya difahamkan peruntukan kepada JASA tiga bulan ini sudah habis. Saya hendak bertanya kepada Menteri Penerangan betul atau tidak dan mereka sekarang ini tidak ada menjalankan apa-apa program, hanya duduk di pejabat baca surat khabar. Mengapa perkara ini berlaku dan mengapa kementerian tidak menambah peruntukan daripada peruntukan luar jangka? Akhirnya setakat mana rating TV Bernama dan Radio Bernama, adakah ramai penonton dan pendengarnya dan setakat mana keberkesanan TV Bernama itu? Terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya hendak sentuh tentang Butiran 020100. Kita bincang panjang dalam Kementerian Perpaduan, bagaimana penampilan anak-anak Malaysia begitu penting. Untuk itu saya melihat ada kewajarannya Kementerian Penerangan memikirkan kembali melihat pembaca-pembaca berita kita ini. Kadang-kadang muka itu bertahun-tahun kita tengok. Harjit Singh ini semasa saya kecil sampai sekarang baca berita lagi. We do respect to him, one of the best. Akan tetapi saya rasa kalaulah kita memperbagaikan pembaca-pembaca berita ini. Contohnya orang bukan Melayu membaca berita Melayu, anak Melayu baca berita Cina. Sudah tentu ramai anak-anak Melayu yang boleh berbahasa Mandarin. Apa salahnya? Ataupun anak India membaca berita dalam Mandarin. Saya rasa kepelbagaian ini akan memberikan satu gambaran yang cantik. Tengok Malaysia orang Cina boleh berbahasa Malaysia. [Tepuk] Terima kasih dan anak India boleh bercakap ataupun menyampaikan berita dalam Mandarin ataupun anak Melayu boleh menyampaikan berita dalam Bahasa Mandarin. Wah, ini saya rasa hebat Sri Gading, saya rasa hebat! Yang keduanya tentang 040000 - Filem dan Dokumentasi. Melihat kepada apa yang tercatat didapati bahawa 2007 ada 35 yang dikeluarkan, 2008 - 40 dan dijangka pada 2009 juga 40. Saya melihat dan bersetuju dengan pandangan kawan-kawan yang lain bahawa harus diperbanyakkan. Filem dokumentasi yang menjadi bahan sejarah ini harus diperbanyakkan dan kalau boleh bukan sahaja kita buat dalam bentuk kualiti yang baik tetapi juga kepelbagaian bahasanya. Contohnya, kita buat dalam bahasa Inggeris agar ia boleh juga dieksport keluar untuk orang faham apa yang berlaku dalam negara kita. Soal pahlawan-pahlawan kita, pejuang-pejuang kemerdekaan dan banyak lagi peristiwa yang berlaku yang harus menjadi khazanah negara yang kita simpan dan bukan sahaja untuk tontonan anak-anak Malaysia masa depan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Tuan Pengerusi saya juga ingin menyentuh tentang 030800- Rancangan Strategik dan Pendidikan. Saya kira banyak research dan penyelidikan yang dibuat oleh universiti-universiti. Yang universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi tidak mempunyai ruang untuk cerita kepada rakyat dan dunia luar. Apa salahnya kalau RTM mengambil langkah untuk menayangkan atau untuk memaparkan hasil kajian-kajian sama ada daripada universiti tempatan khususnya. Sama ada daripada UPM kah, yang universiti yang berbentuk research ini dan saya yakin banyak penemuan yang akhirnya universiti simpan kerana hanyalah untuk tontonan orang-orang yang berminat dalam bidang itu. Manakala ramai yang berminat tetapi tidak dapat akses kepada maklumat-maklumat yang mereka ada. Jadi saya cadangkan RTM mengambil sikap proaktif berbincang dengan pihak universiti-universiti, sudah pasti ada bahan-bahan yang boleh ditayangkan untuk manfaat rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akhir sekali Tuan Pengerusi, kita hendak tahu, sudah tentu RTM juga mendapat hasil daripada iklan-iklan. Jadi kita hendak tahu berapakah hasil iklan yang kita dapat semenjak setahun yang lepas dan adakah pendapatan dari iklan itu bertambah dari tahun ke tahun? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh di bawah tajuk perkhidmatan penyiaran dan juga penerangan. Butiran penerbitan dasar negara. Dasar negara adalah digubal oleh kerajaan dengan tujuan untuk kesejahteraan rakyat dan juga untuk kemajuan negara kita yang dicintai sama ada dasar-dasar yang berkait dengan ekonomi, pelajaran, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Namun, kita perlu mengakui bahawa dalam tempoh kebelakangan ini dasar-dasar kerajaan sudah mendapat persepsi yang negatif. Bukan hakikatnya negatif tetapi perception dengan izin, yang negatif di kalangan majoriti ataupun banyak rakyat di seluruh negara. Mereka dinegatifkan perception ini oleh unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab sama ada dari segi politik atau kumpulan-kumpulan NGO dan sebagainya dengan mengadu- domba dasar-dasar kerajaan dan juga program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjayakan dasar-dasar tersebut. Jadi Kementerian Penerangan tidak boleh lagi duduk diam dan membiarkan keadaan ini terus berlaku. Saya merasakan bahawa media, peralatan sama ada elektronik ataupun yang dicetak tidak memberikan kesan sebagaimana yang sepatutnya. Banyak bahan cetakan kementerian penerangan yang tidak dibaca. Dilihat dan diletakkan laporannya itu ditinggalkan begitu sahaja. Jadi segala penerbitan ini tentunya memakan belanja yang banyak dan juga pihak yang membuatnya, pengarangnya, penulisnya dan sebagainya. Mengorbankan masa dan tenaga dan pemikiran tetapi tidak sampai kepada masyarakat umum. Mereka tidak membaca, tidak berminat akan penerbitan-penerbitan ini. Jadi apa gunanya kita menerbitkan ini semua kalau ianya tidak sampai kepada matlamat yang kita harapkan. Lebih baik dilupakan sahaja. Jangan dicetak langsung. Kalau mahu dicetak saya menyarankan kepada Kementerian Penerangan supaya ada kaedah yang baru, strategi yang baru, format yang baru yang boleh menarik perhatian terutama golongan muda. Golongan muda sebagaimana yang kita tahu mempunyai cita rasa yang berlainan sekarang. Mereka ingin melihat sesuatu yang menarik hati, perhatian mereka, perasaan mereka, minat mereka. Jadi dengan sebab itu Kementerian Penerangan perlu mempunyai orang-orang yang lebih kreatif dalam mengeluarkan bahan-bahan seperti ini. Selain daripada itu media elektronik pun begitu. Kita dapati banyak program yang disiarkan oleh media elektronik, RTM umpamanya, kebanyakannya sama ada hiburan ataupun terlalu tinggi keintelektualannya. Kita perlu ingat bahawa masyarakat kita ini yang menentukan masa depan negara kita ini bukannya sekumpulan kecil para intelektual sahaja. Ia ditentukan oleh the masses, massa, rakyat yang ramai yang terdiri yang tidak intelektual, yang tidak pergi ke universiti, yang bekerja di kilang-kilang, yang bekerja sebagai pemandu teksi, yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan sebagainya. Mereka ini tidak intelektual. Jangan kita ingat dengan adanya program-program yang begitu tinggi keintelektualannya maka kita telah melaksanakan program yang terbaik kepada rakyat. Sampai kepada rakyat matlamat kita untuk menerangkan atau menyampaikan mesej-mesej kerajaan. Jadi dengan sebab itu perlu kita meneruskannya untuk kumpulan-kumpulan yang terpelajar yang menjadi pemimpin. Dalam pada itu kita juga perlu menerbitkan program- program yang sesuai dengan masyarakat umum, tetapi dalam pada itu saya ingin ingatkan Yang Berhormat Menteri jangan pula terlalu banyak program hiburan dan iklan-iklan yang tidak kena-mengenai dengan matlamat RTM itu sendiri kerana RTM bukannya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Is not profit oriented. Is not profit oriented dengan izin.

Bukan seperti Astro ataupun TV3. Mereka berorientasikan keuntungan. Mereka perlukan keuntungan untuk terus survive sebagai sebuah satu stesen TV manakala kita RTM, kita tidak bergantung kepada pendapatan daripada sumber-sumber tersebut. Kita bergantung kepada kerajaan. RTM mempunyai social responsibility, national interest dengan izin. Dengan sebab itu tidak perlulah kita mengharapkan duit daripada iklan-iklan yang kadang selepas program agama, ceramah agama, Hal Ehwal Islam timbul pula iklan yang totally against atau bertentangan dengan keagamaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya gulung Yang Berhormat.

...Ini saya rasa tidak sesuai. Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Jadi dengan sebab itu saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri jadikanlah media elektronik, jadikanlah bahan cetakan kita betul-betul berkesan dalam memaparkan dasar-dasar kerajaan yang tidak boleh dipertikaikan kebaikannya, kesaksamaannya, keadilannya, dan komitmen kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Tidak ada sebuah negara dalam dunia ini yang mempunyai dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan rakyatnya! Sekian, saya mohon menyokong. [Tepuk]

Terima kasih Tuan Pengerusi, Assalamulaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Butiran 02100 – Mengisi Liputan Radio FM Fasa II. Saya tengok dalam JAKIM tengok radio IKIM.fm tidak nampak. Jadi saya rasa mungkin di dalam RTM lah. Saya hendak tanya tentang radio digital IKIM.fm ini kerana banyak kawasan-kawasan yang tidak diliputi dan kalau ada liputan pun dia terputus-putus. Kadang-kadang setengah jam dia putus selepas itu sambung balik. Jadi saya harap pihak RTM kalaulah ada di bawah RTM ini, kementerian ini tolong beri perhatian kepada IKIM.fm ini. Kemudian pembelian kenderaan, Butiran 080300. Saya harap pihak kementerian ataupun menteri tolong tengok-tengok kenderaan di Pejabat Penerangan di Pendang itu banyak yang telah uzur dan telah diletak tepi. Saya ingat dua ataupun tiga buah telah tidak boleh digunakan lagi. Mereka sekarang menggunakan sebuah kenderaan yang cukup uzur saya rasa untuk mereka membuat liputan kepada program-program pun ada masalah bagi pihak pegawai penerangan di situ. Kemudian Butiran 020000 – Khidmat Penyiaran, Butiran 030000 – Khidmat Penerangan. Saya juga ingin menyentuh yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi tentang iklan-iklan. Iklan-iklan kita dapati sekarang ini banyak menggambarkan pelakon-pelakon iklan itu bukan lagi macam rakyat Malaysia. Kalau dahulu kita lihat masa Datuk Mat Rahmat dulu dia ada unit tatatertib dia, mereka yang rambut panjang tidak boleh, yang pakai tidak senonoh tidak boleh. Akan tetapi sekarang ini nampak macam sudah tidak ada tatatertib lagi dalam mereka-mereka yang hendak disiarkan. Kita tengok rupa-rupa pengiklan-pengiklan itu pun tidak menggambarkan orang- orang Malaysia. Nampak macam rupa ‘mat salleh’, ada rupa lain daripada rakyat Malaysia. Jadi saya rasa pihak kementerian perlulah memberi perhatian semula ke atas tatatertib.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kena cari rupa Yang Berhormat Kuala Krau, ada campuran sedikit.

Kadang-kadang yang rambut panjang pun kita nampak sudah tidak macam lelaki lagi, rambut sampai ke bahu Memang sudah teruklah, sudah tidak ada tatatertib di dalam sistem penyiaran lagi. Kemudian juga filem- filem yang ditunjukkan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Arau kalau tidak silap saya. Filem-filem tahyul banyak, kalau kita lihat Bawang Putih Bawang Merah itu ada pari- pari lah. Maknanya benda ini semua tidak masuk dek akal kita kalau kita tengok filem tersebut, masih ditayangkan. Kalau sebuah filem baru ini Kementerian Pelajaran telah haramkan daripada tunjukkan di sekolah-sekolah kerana ada unsur tahyul ataupun mereka kata benda-benda ghaib tetapi filem-filem ini ditunjukkan oleh RTM, anak-anak duduk depan TV tengok dia kata, ai ni mai mana pula, sekejap ada sekejap tidak ada macam biskut Chipsmore ini.

Perkara-perkara ini saya rasa perlu diberi perhatian oleh kementerian. Begitu juga dengan rancangan Bicara Mufti. Saya hendak sentuh Bicara Mufti. Biarlah mufti orang yang paling tinggi kita kata dalam sesebuah negeri dalam ilmu agama mereka. Berilah peluang kepada setiap mufti di setiap negeri memberi ruang kepada mereka untuk mereka muncul di dalam rancangan TV yang dikhususkan untuk mereka dan membicarakan perkara-perkara yang kita kata tinggi ilmunya sedikit daripada hanya sama dengan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau. Kemudian tentang Klasik Nasional, Yang Berhormat Sri Gading. Saya pun memang sering juga mendengar Klasik Nasional iaitu tentang drama yang dikarang oleh penulis-penulis skrip yang menghantar skrip mereka, mereka mengatakan disiarkan di tengah-tengah malam. Jadi siapalah yang hendak dengar kalau disiarkan di tengah malam? Jadi mereka pun bila sudah terdengar skrip di tengah malam rancangan yang mereka hantar drama ini mereka kata tidak ada mood lagi hendak buat drama-drama ataupun menulis skrip drama tersebut. Akhir sekali Tuan Pengerusi tentang di negeri-negeri kami inilah negeri-negeri Pakatan Rakyat ini. Berilah ruang kepada Menteri Besar untuk muncul sekali sekala di dalam RTM ini, TV kah, radio kah kerana saya dapati ada satu rancangan hari itu bila Duli Yang Maha Mulia Sultan bertitah ada tetapi bila Menteri Besar berucap sebelum itu tidak ada. Jadi sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta maaf tidak dapat memberi lebih ramai penglibatan lagi. Setakat ini ada 19 orang, saya akan panggil seorang daripada Barisan Nasional kemudian selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri saya peluang untuk bahaskan bajet Kementerian Penerangan. Saya hendak cepat sahaja. Pertama ialah Butiran 030200 – Perkhidmatan Telekomunikasi dan Pembangunan Masyarakat. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan kerana banyak program-program ke arah kesedaran, jati diri, cintakan negara yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan ini. Saya minta kalau boleh program-program ini diperluaskan bukan sekadar kita menyambut hari kemerdekaan, program-program sivik tetapi kalau boleh diperluaskan lagi supaya kita dalam membina anak-anak muda ini kadang-kadang yang dieksploitasi oleh orang lain. Saya hendak komen sedikit apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi. Program yang pro kerajaan memanglah Kementerian Penerangan kena ketengahkan kerajaan. Pada saya, program yang dibuat oleh Kementerian Penerangan tidak ada pun yang menggalakkan masyarakat muda, orang muda untuk merosakkan kerajaan, merosakkan negara dan sebagainya. Sebab itulah saya harap perkara ini dapat diperluaskan lagi dan begitu juga dalam menghadapi isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Saya menyokong ada sahabat saya tadi yang menyentuh tentang Panorama, di bawah Butiran 03300 di mana kalau kita lihat dalam kita mengatasi masalah penagihan dadah, Panorama keluar ke seluruh pelosok negara tetapi malangnya program ini terlalu sedikit dan perlu diperluaskan. Saya lihat dalam satu program yang kita adakan dalam Panorama ini kita lihat anak-anak muda bahkan ibu bapa menangis apabila Panorama ini dipersembahkan yang menggambarkan bagaimana kesan negatif implikasi akibat daripada penagihan dadah. Saya harap program seperi ini dapat diperluaskan termasuklah dalam menanamkan semangat cintakan negara kepada anak muda kita.

Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri saya minta benarlah dari segi kemudahan-kemudahan di kawasan daerah ini. Kadang-kadang daerah ini menghadapi masalah kemudahan peralatan yang cukup sedih. PA sistem yang lama kadang-kadang apabila program kita berjalan sering berlaku putus pendengaran dan sebagainya yang kita rasa perlu dipertingkatkan lagi kerana penerangan yang di bawah Kementerian Penerangan, Jabatan Penerangan ini amat besar peranannya kepada masyarakat. Berikutnya ialah Butiran 030600 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya juga minta kepada Kementerian Penerangan. Saya tahu sebahagian daripada kakitangan penerangan ini hendaklah mereka yang berjawatan kontrak dan sudah lama pun saya minta kalau boleh mereka ini dipertimbangkan, yang sudah ada potensi ada prestasi yang baik dipertimbangkan supaya ditetapkan jawatan mereka. Satu lagi ialah dalam memilih pegawai-pegawai yang bertugas umpamanya juruacara. Kadang-kadang ada di sesetengah tempat juruacaranya kadang-kadang dari segi penggunaan bahasanya tidak tepat, dari segi suaranya tidak sesuai. Jadi saya harap kalau boleh Kementerian Penerangan bagi mereka yang mengendalikan program-program seperi ini dapat kita berikan pendedahan yang lebih luas. Umpamanya latihkan mereka dalam public speaking dengan izin, dan lain-lain pendedahan tentang maklumat semasa. Satu lagi Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 031000 – Gerak Saraf dan Pengurusan Isu. Saya kira peranan yang dimainkan oleh penerangan cukup besar di dalam kita menangani isu-isu semasa dalam negara. Kadang-kadang isu itu ialah isu antarabangsa tetapi implikasi juga dirasai oleh negara kita. Akan tetapi inilah kadang- kadang sesetengah pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini yang mengatakan bahawa inilah akibat kelemahan kerajaan. Ini satu benda yang cukup memalukan kita dan tidak sepatutnya berlaku dalam kerajaan kita ataupun dalam negara kita sama ada pemimpin kita dan juga pemimpin-pemimpin yang khususnya daripada pembangkang. Jadi Tuan Pengerusi saya minta supaya kalau satu ketika dahulu kita ada Jawatankuasa Gerak Saraf di peringkat pusat di peringkat negeri dan juga daerah, yang menangani isu-isu gerak saraf, isu-isu semasa yang boleh merosakkan kerajaan, yang boleh menjejaskan ekonomi negara, yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan sebagainya, saya hendak supaya jawatankuasa ini dihidupkan semula di mana di peringkat daerah biasanya jawatankuasa ini dianggotai oleh penerangan yang juga merupakan usaha bersama dengan bahagian keselamatan daerah. Jadi dengan cara ini kita harap isu-isu yang dimainkan di peringkat negara kita dapat kita pertahankan, dapat kita atasi. Berikutnya ialah Butiran 65000 – Perkhidmatan Hal Ehwal Khas iaitu JASA. Saya mengucapkan terima kasih kerana sebenarnya memang peranan JASA besar dalam menangani isu-isu dan juga dalam program-program yang lain. Cuma saya bersetuju apa yang disebutkan oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Paya Besar tadi dan juga Yang Berhormat Pontian supaya dari segi perjawatan ini kita lihat balik. Mereka ini boleh dikatakan saya kira semuanya kontrak dan kalau boleh dipertimbangkan supaya mereka diberikan jawatan yang lebih terjamin dan untuk masa depan mereka. Kedua dari segi program ini, saya minta supaya pegawai-pegawai JASA ini dari segi perlaksanaan program kita selaraskan dengan teratur. Melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan, Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya supaya apa program yang kita buat selaras dengan isu yang berlaku dalam masyarakat. Saya tidak mahu masalah ada di kampung A, tetapi program di buat di kampung B. Akhirnya matlamat kita untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam negara kita dalam masyarakat tidak selesai. Jadi itulah saya harap supaya pihak kementerian memberikan perhatian kepada perkara ini dan akhirnya saya kira kita dapat menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dalam negara kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan kepada kerajaan. Sekian dengan itu saya memohon menyokong, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Tuan Pengerusi, minta bagi satu sahaja pembangkang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat. Bolehlah mencelah Nanti.

Tuan Pengerusi saya hendak minta petua sikit. Sebab kita ada hanya sembilan minit sahaja lagi. Jadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

11.30 malam Yang Berhormat.

11.30 malam? Bukan 11.00 malam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

11.30 malam.

Kalau...

Kalau macam ini bagi lima minit.

Ada baiknya kalau kita benarkan perbahasan jadi Yang Berhormat Menteri boleh start fresh pagi esok. Lebih segar dia punya jawapan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah 20 orang Yang Berhormat.

Ya. Kita tunggu sampai tengah malam.

Sebab Kementerian Penerangan ini saya kira penting untuk kebaikan bersama. Jadi kalau Tuan Pengerusi benarkan lagi tiga, empat orang lagi dan Yang Berhormat Menteri boleh bahas dan menggulung pagi esok.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah 20 orang Yang Berhormat. Kita habiskan Kementerian Penerangan malam ini ya kerana esok kita ada tiga kementerian lagi termasuk usul potong gaji dan sebagainya akan mengambil masa panjang Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat.

Terima kasih.

Dato’ Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Seramai 20 orang semuanya yang saya kira sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah sudi untuk mengemukakan pelbagai cadangan dan saranan yang saya akan ambilnya sebagai bahan untuk kita perbaiki segala program di bawah Kementerian Penerangan. Bukan sahaja di peringkat kementerian tetapi juga di peringkat jabatan-jabatan yang berkenaan. Ada beberapa perkara yang saya rasa perlu dijelaskan di sini. Ada beberapa perkara telah disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya di luar daripada kemampuan ataupun kawalan kementerian, tetapi disebut dan diulang beberapa kali sebelum ini. Misalnya tentang program-program yang disampaikan melalui TV-TV swasta, Astro, TV3 dan sebagainya, itu bukanlah di bawah Kementerian Penerangan. Telah ada yang menimbulkan tentang soal artis, tentang soal program- program yang bersifat apa yang dikatakan tidak begitu menepati cita rasa penduduk tempatan, masyarakat tempatan. Ada yang mempersalahkan Kementerian Penerangan. Jadi itu adalah di luar Kementerian Penerangan. Sama seperti kalau dikatakan ada beberapa program yang dibuat oleh pihak pembangkang, misalnya mengadakan konsert yang menyanyi lagu Jilat misalnya. Konsert sejuta orang, menyanyi lagu yang berkenaan menunjuk perlakuan yang tidak senonoh. Kalau tidak disiarkan orang kata kita tidak berlaku adil kerana ini dianjurkan oleh pembangkang contohnya, tetapi disiarkan, mungkin Yang Berhormat Pokok Sena tidak setuju, mungkin Yang Berhormat Pendang pun tidak setuju, kerana ia adalah program-program yang tidak menepati daripada kemahuan ataupun cita rasa penduduk tempatan dan sebagainya.

Dato’ Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Jadi kalau dilihat di sini pada keseluruhannya memperlihatkan bahawa beberapa program yang disebutkan tadi terdapat keterbatasan-keterbatasan yang tertentu yang terpaksa dikendalikan oleh Kementerian Penerangan khususnya satu jabatan yang paling penting iaitu Jabatan Penyiaran, di mana RTM adalah merupakan sebagai satu organ yang terpenting di dalam kementerian kita. Jadi disebutkan juga di peringkat kementerian lagi tentang cadangan-cadangan misalnya FINAS supaya dikembalikan kepada Kementerian Penerangan sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat dari Arau, dan juga dikaitkan dengan soal perlunya kawalan-kawalan TV-TV swasta yang sekarang ini berada di bawah kementerian lain untuk diselaraskan di dalam Kementerian Penerangan. Kalau ini adalah cadangan, insya-Allah saya akan bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh dibawa kepada Kabinet dan sebagainya. Mungkin boleh dicontohi beberapa negara lain dari segi keberkesanan dalam melaksanakan program sekiranya beberapa agensi berkenaan berada di bawah satu kementerian. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya percaya bahawa apa yang diatur sekarang adalah atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kami melaksanakan dengan cara yang terbaik. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi soal keterhadan ataupun kekangan yang kita hadapi misalnya RTM. Semua pihak hendakkan prime time. Orang yang bercakap tentang soal agama dikatakan mengapa Bicara Mufti disiarkan pada waktu 1.00 pagi, dan waktu petang. Kita ada dua iaitu waktu pagi selepas sembahyang subuh iaitu jam 6.30 pagi mempunyai rating yang tinggi. Malam pun mempunyai rating yang tinggi kerana ada yang menyatakan selepas sembahyang Subuh, bagi Yang Berhormat yang bersembahyang Subuh dia merasakan itu adalah satu program yang cukup baik diadakan sebaik sahaja sembahyang Subuh. Diulang sekali lagi pada waktu malam. Mungkin Yang Berhormat melihat waktu malam ratingnya rendah sedikit, tetapi di waktu pagi ratingnya boleh dikatakan baik. Namun yang lebih penting lagi saya sebutkan di sini, bahawa RTM sedang berhadapan dengan satu persimpangan yang besar di dalam dunia penyiaran sekarang ini. Dalam dunia penyiaran dulu orang bercakap tentang konsep broadcasting ataupun broadcasting saya tidak tahu, kalau terjemahannya kita panggil penyiaran, tetapi dalam bahasa Inggeris ialah dia berdasarkan kepada adanya mass audience iaitu mempunyai pendengar ataupun penonton secara besar-besaran. Akan tetapi dalam penyiaran moden sekarang ini di mana konsep mass audience, dengan izin Tuan Pengerusi, semakin lama semakin tidak ada di mana orang lebih mengkhususkan seseorang kanak-kanak dia perlu ada saluran dia sendiri, orang agama dia patut ada saluran sendiri, hiburan ada saluran sendiri, soal sukan ada saluran dia sendiri, itu yang disebutkan konsep narrow casting ataupun penyiaran yang sempit, tetapi lebih mengkhususkan. Ini ialah merupakan konsep broadcasting moden dalam mana-mana dunia yang menuju proses pemodenan. Sebab itulah dalam konteks apa yang ditimbulkan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi, tentang program pendigitalan adalah satu program yang mahu tidak mahu adalah merupakan satu kemestian mana-mana negara yang ingin berada di dalam arus pemodenan ini. Kalau tidak kita ketinggalan. Negara-negara Asian sudah telah menetapkan tahun 2015 sebagai tarikh tutup kepada penyiaran analog sebagaimana yang kita ada sekarang. Amerika akan tutup, switch off siaran analog tahun depan. Tahun depan hanya beberapa bulan lagi, kalau tidak silap saya bulan Februari ataupun bulan April tutup tidak ada lagi. Kalau orang pakai TV kotak biasa yang tidak digital, kerajaan akan beri kupon kepada mereka untuk membeli set top box ataupun mesin yang boleh menukar siaran digital untuk digunakan oleh TV analog, kena tutup. Ini bermakna semua dunia akan menuju kepada proses pendigitalan. Kalau kita masih lagi menjadi negara yang mengamalkan sistem analog tahun 2015, mungkin pada waktu itu spare part pun sudah tidak ada. Kalau ada satu masalah mungkin kita berhadapan dengan satu dikatakan national disaster di mana TV kita tidak berfungsi lagi.

Dato’ Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Oleh sebab itulah kalau disebutkan oleh Yang Berhormat dari Simpang Renggam dan sebagainya tentang berapa kos, berapa mahalnya dan sebagainya. Ini merupakan perkara yang sedang diusahakan sekarang supaya kita dapat melaksanakan program pendigitalan. Kenapa perlu pendigitalan? Saya beritahu di sini ialah kerana siaran ataupun transmisi digital dianggap lebih efisien. Sekarang ini satu transmisi, satu mark katanya hanya boleh untuk siarkan satu saluran tetapi digital boleh keluarkan sampai lapan saluran. Itu lebih efisien katanya. Maka perlulah kalau banyak dalam udara kita dengan spektrum-spektrum yang digunakan untuk pelbagai saluran dan pelbagai siaran, sepatutnya dijimatkan untuk kepentingan-kepentingan keselamatan, bomba, polis dan sebagainya. Sebab itu kita katakan penting dan bila kita bercakap tentang digital, kita akan dapat mempunyai banyak saluran seperti yang disebut tadi matlamat kita satu masa nanti sehingga 19 saluran dan sebagainya. Sebab itulah bila saya sebutkan di sini, saya kata halangan yang kita hadapi sekarang ini ialah saluran kita hanya ada dua. Dengan hanya ada dua saluran, kita boleh mampu untuk menerima hanya kira-kira 60 dan maksimum 70. Bagi kita, kita boleh dapat antara 50 hingga 60 producer ataupun penerbit-penerbit sahaja yang boleh dikendalikan dengan mengisi ruang udara yang ada sekarang. Ini saya sebutkan tadi. Jadi...

[Bangun]

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tuan Pengerusi, yang memohon lebih daripada 400...

Minta laluan sikit. Sikit saja. Saya keliru sikit Yang Berhormat Menteri, sebabnya begini, peringkat jawatankuasa ini 20 pembahas membangkitkan perkara khusus dan spesifik tapi jawapan Yang Berhormat Menteri tidak menyentuh secara khusus tentang perkara-perkara yang kita bangkitkan. Banyak menyentuh persoalan dasar sebenarnya. Kalau betul firasat saya, pandangan saya begitu tapi kita mengharapkan ini, kita bertahan sampai pukul 11 lebih ini. Kalau berakhir jam 11.30, lagi setengah jam. Saya tak fikir Yang Berhormat Menteri boleh menyentuh secara khusus tentang perkara-perkara yang kita bangkitkan dalam butiran- butiran buku anggaran berkenaan kementerian.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Okey, saya sebutkan tadi sebab saya boleh rangkumkan sekali. Ada perkara bersifat perbincangan, lebih baik saya jelaskan dasarnya baru masuk kepada apa yang Yang Berhormat timbulkan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain timbulkan tentang perkara ini. Sebab itulah kalau saya katakan kalau ditanya sekarang ini, contohnya tentang sistem perolehan filem kita, tadi saya nak sebutkan nak jawab sekali gus, semua orang hendakkan masa prime time, masa yang disebutkan. Ini masalah kita, semua orang nak masa yang sama. Yang dari Sabah, Sarawak, dari Parlimen dan sebagainya hendakkan masa yang sama. Kita ada halangan kerana kita mempunyai bilangan channel atau saluran yang sikit. Itu jawapannya. Saya nak maklumkan tentang perkara ini, itu masalahnya. Jadi sebenarnya sekarang ini kita nak timbulkan tentang soal apa yang disebutkan, kalau saya baca satu-satu dan jawab mungkin tak sempat tetapi saya cuba umumkan dan saya cuba rangkumkan sekali. Tentang program perolehan filem kita katakan, memang benar dahulunya pendekatan kita, kita berikan dalam bentuk hours. Ada orang dapat 100 jam, ada dapat 200 jam. Betul, saya tidak mahu ulangi di sini tentang siapa-siapa kerana saya boleh berikan secara terperinci kalau dikehendaki siapa yang dapat dan sebagainya kerana di RTM sekarang ini kita boleh menempatkan kira-kira 70 ataupun 60 penerbit kesemuanya.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

[Bangun]

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Saya boleh berikan 70 atau 60 yang hours ini siapa dapat, yang ini siapa dapat, drama ini siapa dapat. Saya boleh berikan semua, kalau saya baca tak sempat di sini. Kemudiannya ada sistem tender tetapi pendekatan yang terbaru yang saya cuba lakukan sekarang ini ialah pendekatan yang berdasarkan kepada waktu-waktu yang tertentu misalnya, waktu yang popular.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Bukan lagi soal RTM yang membayar, mereka yang mendapat masa yang berkenaan. Bukan lagi RTM yang membayar tetapi kita akan tanya kepada mereka berapa banyak kamu boleh bayar kepada RTM, berapa banyak kamu bayar pada RTM. Sebagai contoh disebutkan tadi, semuanya masuk kepada spesifik. Program yang disebutkan Chinese Belt TVB yang disebutkan tadi, Chinese Belt ataupun waktu Cina enam hingga tujuh. Waktu tersebut kita katakan dahulunya dibayar satu jam RM40,000 dibayarkan. Kamu ambil RM40,000, cari filem yang kamu boleh dapat untung dengan RM40,000 dan empat kali seminggu kali setahun, belanjanya lebih kurang RM11.5 juta, hampir RM12 juta. Pendapatan daripada iklan, kita dapati pada yang lepas ialah kira-kira RM9 juta tahun lepas, berdasarkan pada tahun lepas. Kali ini saya katakan, sekarang ini kami beri pada kamu time ini, tujuh hingga lapan. Saya tidak bayar sesen pun pada kamu, pada company yang berkenaan. Saya tidak akan bayar tetapi kita berikan waktu iklan pada mereka yang berkenaan, waktu iklan kita berikan kepada mereka berkenaan yang nilainya tinggi berdasarkan kepada jualan iklan yang syarikat tersebut buat sendiri, berapa yang kamu sanggup bayar kepada RTM. Syarikat yang menawarkan kepada RTM yang terbaru yang saya rasa ini cara yang terbaik, telah sanggup membayar kepada RTM sebanyak RM3.6 juta. Sekarang ini pertama kali dengan sistem ini RTM sudah dapat untung RM3.6 juta. Terpulang pada dia untuk membawa filem yang mana. Selalunya untuk memastikan dia mendapat pulangan daripada iklan, dia akan membawa filem nilainya bukan RM40,000 tetapi filem yang lebih mahal daripada itu kerana ia akan dapat menjamin bahawa dia mendapat penonton yang banyak, penonton yang banyak membawa pulangan iklan yang banyak dan dia boleh memberi pulangan kepada RTM. Ini cara yang terbaru yang kita buat dan kita harap konsep inilah yang akan menampung kita, cara kerajaan tidak perlu berbelanja banyak di dalam masa kita nak menuju ke arah pendigitalan. Kalau ada 19 channel, apakah kerajaan nak bayar kepada semua? Inilah kaedah yang cuba kita buat sekarang ini. Jadi dalam soal itu Yang Berhormat, tentang RTM, ada beberapa pandangan. Yang Berhormat Sri Gading telah memberikan pandangan yang begitu baik...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Menteri, boleh celah? Berkenaan dengan...

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tolong sebab saya ada masa sehingga 11.30 saja lagi.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Sikit saja, berkenaan dengan perolehan.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Ya.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Tahniah kepada Menteri kerana menukarkan cara perolehan tapi soalan saya ini, menurut Berita Harian pada 7 April, Syarikat Eurofine telah mendapat lion’s share untuk membekalkan program ini sebelum Menteri dilantik kepada RTM yang bernilai RM132 juta untuk lima tahun. Boleh Menteri sentuh berkenaan kes spesifik ini tak? Terima kasih.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Ini adalah program dahulu, kaedah dahulu di mana diberikan pada syarikat yang dikatakan berupaya supaya ianya lebih besar bukan secara sikit-sikit. Diberikan pada syarikat yang bernama Eurofine bukannya lima tahun tetapi tiga tahun mungkin plus satu sekiranya dia tak dapat menampung...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Bukan review ke? Menteri akan review ke?

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Kita pernah ada masalah bila kita review, kontrak sudah dibuat, mungkin RTM kena bayar. Ini akan rugi lagi tetapi kita akan panggil pihak Eurofine ataupun pihak yang diberikan kontrak sebelum ini, memastikan mutunya baik, memastikan dia bersama untuk membantu untuk mendapatkan revenue ataupun pulangan pada RTM dan sebagainya. Ini adalah perkara yang kita akan cuba berdepan dengan syarikat-syarikat yang sebelum ini telah diberikan jumlah masa yang disebutkan tadi.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Ada beberapa syarikat yang berkenaan. Jadi Tuan Pengerusi, pandangan- pandangan Yang Berhormat Sri Gading tentang Klasik Nasional. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan indah sekali sebutan dan ingatan-ingatan Yang Berhormat sebentar tadi. Cadangan supaya dalam saluran yang sama untuk...

Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

...Dimainkan lagu-lagu klasik Arab, Hindustan dan juga English adalah satu cadangan yang boleh kita timbangkan tetapi saya harap janganlah pula akhirnya Tionghoa pun kata nak duduk di situ juga kerana kita ada saluran-saluran untuk bahasa Tionghoa, bahasa Tamil dan sebagainya yang boleh dimainkan lagu-lagu klasik dan sebagainya. Itu satu pandangan yang baik.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ada yang bangun Yang Berhormat.

Sedikit sebab Yang Berhormat Menteri telah pun beralih tajuk kepada pembahas-pembahas yang lain. Cuma dalam beberapa perkara yang saya bangkitkan secara khusus Yang Berhormat Menteri, saya pohon kalau tak kesempatan dalam tempoh masa berbaki, ianya dapat disampaikan jawapan secara bertulis kepada saya berkenaan dengan perkara tersebut.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Insya-Allah.

Penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi tentang Eurofine adalah sangat jelas bahawa syarikat ini membolot sebahagian besar daripada slot dan secara kebetulan Yang Berhormat Menteri ya, syarikat ini rupanya adalah milik kepada calon Ketua Puteri UMNO yang hendak bertanding bulan Mac ini. Kita nak confirm yang itu saja. Terima kasih banyak.

Isu RTM.

Tuan Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Itu saya tidak tahu, apa kedudukan beliau dan sebagainya. Ini tidak bermakna...

Lagi pun apa salahnya kalau bagus. Janganlah dengki.

Ini tidak bermakna ia melanggar undang-undang dan peraturan. Saya percaya kalau dilihat ada juga calon-calon ataupun mereka yang di dalam pembangkang ada sejarah business tertentu dengan kerajaan dan sebagainya kalau hendak didedahkan satu persatu. Dikaitkan dengan soal ini kita boleh berbuat demikian tentang apa yang dibuat oleh sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan sebagainya. Saya rasa jangan dipolitikkan tentang perkara ini. Yang pentingnya ialah tentang kualiti dan sejauh manakah ia dapat memberi sumbangan dalam menguatkan RTM dan sistem penyiaran kita. Itu yang saya maksudkan tadi.

[Bangun]

Yang Berhormat, saya tidak ada masa. Kasihan yang...

Yang Berhormat Menteri akan sentuh penstrukturan semula RTM? Kalau akan sentuh, saya...

Ya, akan sentuh. Sebenarnya tentang berita Parlimen isu agama. Perlu saya maklumkan di sini bahawa RTM akan menstrukturkan kembali, mengambil kira tentang semua perkara ini tentang saranan yang dibuat oleh misalnya Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Mas dan sebagainya. Kita akan menstrukturkan kembali dari segi rancangannya.

Ingin saya maklumkan di sini bahawa mulai 1 Januari tahun hadapan TV1 kita akan khususkan sebagai saluran yang bersifat berita, talk show ataupun bual bicara, informasi, yang bersifat informasi dan sebagainya. Itu TV1 termasuk saluran Mandarin dan sebagainya akan dimasukkan di situ. Konsep kita ialah sudah tidak lagi dianggap sebagi satu waktu Berita Perdana sebab sepanjang masa kita boleh jadikan ia berita. Akan tetapi kekuatan yang ada pada RTM, saya percaya kita mempunyai biro kita di Sabah, di Sarawak, kita mempunyai kekuatan dari segi infrastruktur kita di mana-mana. Kalau kita hendak buatkan dengan izin, dalam breaking news untuk melaporkan bencana- bencana supaya tidak lagi terganggu mana-mana siaran yang sudah sedia ada berdasarkan pada kontrak, perjanjian dan sebagainya, itu sedang kita bina sekarang ini. Tuan Pengerusi, oleh sebab itulah ada beberapa perkara yang disarankan tadi, insya-Allah akan dimasukkan perkara ini dalam soal ini. Misalnya Yang Berhormat Bukit Mertajam tentang wanita, itu sudah ada dalam perancangan.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

[Bangun]

Satu talk show ataupun perbincangan bual bicara yang hanya mengkhususkan tentang wanita. Ini lebih mudah kita buat sekarang, sudah ada di dalam perancangan. Saya kata, saya boleh terima cadangan kerana itu sudah ada dalam belting ataupun dalam cara pengaturan kita. Tentang soal laporan Parlimen pada waktu malam, kita sedar bahawa laporan Parlimen di waktu malam adalah merupakan antara program yang diminati, mempunyai rating yang tinggi tetapi waktunya pada 11.30 malam, langkah baik diawalkan. Insya-Allah, kita awalkan kerana ini adalah perkara yang penting. Ada pandangan Yang Berhormat daripada Pontian mengatakan berita carikan waktu ‘ngam’ ataupun pukul 9.00. Kita cuba cari pada waktu yang sesuai kerana ini adalah pandangan yang baik mengenangkan orang sembahyang Maghrib, sembahyang Isyak dan sebagainya. Ini adalah antara perkara yang kita timbangkan secara serius untuk tukar daripada jam 8.00 kepada jam 9.00 dan sebelum itu jam 6.00 dan sebagainya. Ini adalah antara perkara kerana ia akan menjadi saluran berita sepanjang masa.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan khabar angin ini bahawa masa untuk berita dan maklumat dalam bahasa Mandarin akan dikurangkan daripada lapan jam 25 minit ke empat jam setengah. Boleh Yang Berhormat Menteri mengesahkannya?

Yang Berhormat, kita belum putuskan apa-apa. Semuanya dalam perancangan tetapi tolong jangan melihat perkara ini dalam aspek perkauman, tolong. Bila kita katakan saluran berita ialah berita itu penting. Misalnya kalau kita katakan apa yang berlaku di Mumbai sekarang ini kita perlu salurkan secara terus, kebetulan dalam bahasa Inggeris. Apakah kita hendak kira sangat tentang soal hari ini berapa peruntukan masanya untuk bahasa Melayunya, Inggerisnya, Tamilnya dan sebagainya kerana ia akan berterusan selama mungkin empat jam, lima jam mungkin sehari atau dua hari sebagai contohnya. Oleh sebab itulah kita jangan sempitkan bila soal berita kita katakan berita itu mesti dibuat dalam struktur RTM1 yang ada sekarang. Misalnya memang ada slot Mandarin yang dicadangkan tetapi ada yang berbentuk dipanggil headline misalnya dalam bahasa Mandarin yang kemudian dibuat pada waktu- waktu yang lain. Jadi tolonglah jangan dilihat perkara ini dari aspek perkauman kerana ia adalah satu perkara yang penting untuk kepentingan nasional pada keseluruhannya. Oleh sebab itu apabila dicadangkan soal program-program lain yang dikaitkan dengan penstrukturan kembali saya ingin jelaskan di sini juga kita akan masukkan rancangan- rancangan hiburan seperti drama dan sebagainya di RTM2. RTM1 satu untuk program- program yang bersifat informasi sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Ada pandangan-pandangan lain yang perlu saya jelaskan di sini ialah tentang Yang Berhormat Sri Gading dan beberapa rakan yang lain telah menyebutkan tentang apa yang patut dimainkan oleh JASA...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa apabila Yang Berhormat Bukit Bendera bertanya mengenai masa untuk Berita Mandarin itu ia bukan bermaksud untuk memenangkannya dari sudut perkauman tetapi ini merupakan satu-satu channel ataupun satu-satu sumber berita yang boleh diakses oleh mereka yang hanya fasih dalam bahasa Mandarin sahaja. Saya lebih ingin kementerian melihat dari sudut itu bukannya sudut perkauman. Kita tidak boleh menafikan bahawa masih ramai yang prefer menerima ataupun menonton program dalam bahasa yang mereka fasih. Umpamanya berita dalam bahasa Tamil, kalau mereka tidak dapat menerima apa yang mereka hendak daripada RTM, mereka terpaksa mencari alternatif dari SunTV dari India ataupun tempat-tempat lain. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melihatnya dari segi bahawa kami menghargai RTM sebagai sumber maklumat kepada komuniti yang berlainan. Jadi, kita minta supaya mungkin apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kita perlukan lebih spesifik, satu channel untuk satu bahasa supaya semua komuniti dapat maklumat yang kerajaan ingin keluarkan.

Yang Berhormat, saya sudah beritahu tadi bahawa kita sekarang ini dalam proses ke arah pendigitalan. Kalau kita ada 19 saluran (channel), ada satu saluran untuk bahasa yang lain daripada bahasa Melayu dan saya tekankan ia perlukan content tempatan. Content tempatan bukan sahaja berita Mandarin atau berita Tamil boleh dibanyakkan tetapi drama yang dibuat oleh penerbit-penerbit tempatan dalam bahasa Mandarin, Tamil dan sebagainya. Kita menuju ke arah itu. Adakah kita hendak rigid kerana berapa jam yang ada, tetapi ada, memang berita Mandarin itu ada. Akan tetapi saya tolong ingatkan di sini kalau dulu berapa jam, sekarang ini hendak tambah atau sama dan sebagainya. Saya belum putuskan sepenuhnya kerana konsep berita yang ada sekarang ini, kita katakan bahawa misalnya ada soal banjir dihuraikan tiga, empat jam. Apakah selepas ini kita buat dalam Mandarin juga tentang ada soal kemalangan, tragedi, misalnya, breaking news sekarang ini dihuraikan proses menyelamat. Bomba datang, polis datang dan sebagainya. Apakah selepas itu kita kena buat pula dalam bahasa Mandarin misalnya. Ini perkara yang kami bincangkan tentang bagaimana berkesannya sistem saluran TV yang berbentuk berita yang saya sebutkan tadi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tolonglah Yang Berhormat, masa tidak ada. Boleh bincang dengan saya di luar, saya bagi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak rasa Yang Berhormat akan mengulas lebih lanjut mengenai pendigitalan RTM tadi. Saya bertanyakan perkara ini kerana seperti Yang Berhormat Machang kata kita ada butir-butir secara spesifik dalam buku anggaran ini. Saya menyebut tentang jumlah yang diperuntukkan dan saya juga minta kepastian sama ada perkara ini diteruskan ataupun tidak. Sebab itu saya bangkitkan berkenaan dengan PFI tadi. Kebetulan ada peruntukan yang diberi secara jelas permulaan dia, projek perintis dan sebagainya. Oleh sebab itu saya harap Yang Berhormat menteri terangkan kalau ada. Ada? Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tetapi kita hendak sebab. Yang Berhormat Menteri sendiri katakan tadi pendigitalan ini dianggap sebagai satu program besar untuk Kementerian Penerangan untuk masa akan datang berbanding dengan negara-negara lain. Kita tidak mahu lagi proses atau pun pendigitalan ini akan dikaitkan seperti projek- projek sebelum ini yang dikaitkan dengan skandal dan sebagainya. Kita tidak mahu lagi dengar perkara ini. Sebab itu kalau boleh Yang Berhormat terangkan supaya kita ini dapat kepastian ataupun penjelasan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, telah disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi tentang kita sudah sampai ke peringkat perintisan. Peringkat pilot project sudah selesai. Kita mendapat maklumat bagaimana perkara yang perlu diperbaiki. Apa yang perlu dikurangi dan sekarang ini saya sudah berjumpa dengan pihak Kementerian Kewangan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri pada dasarnya mengatakan bahawa ia perlu diteruskan projek pendigitalan tetapi adalah terlalu awal untuk saya umumkan di sini apakah ia dibuat seluruhnya ditanggung oleh kerajaan secara PFI ataupun secara berkongsi. Akan tetapi insya-Allah ia akan diteruskan. Saya sebutkan tadi insya-Allah saya katakan pendigitalan satu perkara yang mesti untuk kita lihat dalam perkembangan sistem broadcasting ataupun penyiaran moden kita. Yang Berhormat Gombak tadi ada menyebutkan tentang soal ada bias ataupun keterlampauan dalam propaganda kerajaan. Saya rasa tidak pernah sebelum ini kalau dilihat di mana RTM mengadakan siaran langsung Parlimen seperti yang kita lihat hari ini. Mungkin setengah jam dahulu, tidak puas hati ramai orang tidak puas hati setengah jam. Kalau dapat sikit, nak lagi, nak lagi dan sebagainya. Akan tetapi kita mulakan setengah jam. Kalau dikatakan bahawa Yang Berhormat pembangkang dan sebagainya tidak mendapat sambutan. Saya baca di sini kalau disebutkan, yang pada waktu pagi kita panggil pelbagai yang pagi. Yang Berhormat Seputeh dapat, Yang Berhormat Padang Serai ada, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Bukit Mertajam pun ada. Ertinya kita sudah sampai ke arah kita lebih terbuka sekarang. Kita terimalah hakikatnya. Akan tetapi kalau dianggapkan bahawa ia tidak mencukupi, kita tidak tahu sejauh manakah yang mencukupi, apa yang dimaksudkan mencukupi? Apakah apabila ditimbulkan tentang soal pembaca berita sudah tua-tua, hanyalah mencukupi kerana digantikan dengan salah seorang daripada Yang Berhormat di sini, baru mencukupi. Saya rasa itu pun tidak mencukupi. Minta saya sebutkan di sini juga.

Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.

Tolonglah Yang Berhormat, masa sudah...

No, no, no, cepat. Kita tidak persoalkan ada keterbukaan. Kami juga tidak mempersoalkan sudah ada terutamanya Bernama TV juga memberi ruang kepada pihak pembangkang. Namun begitu program seperti Politik Desperado dan pelbagai program yang jelas bertujuan untuk memburukkan imej pembangkang disiarkan di dalam TV. Bagaimana Yang Berhormat Menteri jelaskan perkara-perkara ini masih berlaku?

Saya tak tahu ada program Politik Desperado dalam RTM. Kadang-kadang orang silap. Macam Doraemon itu tadi, TV7, bukan RTM. Jadi mungkin ada siaran dalam saluran lain. Saya tidak tahu. Bila tengok TV, ada perkara tidak itu, dia salahkan RTM. Dalam soal ini saya tidak berapa beri jaminan tentang semua perkara dibuat oleh RTM. Jadi saya tak nak hurailah satu perkara sebab kita masa tidak banyak. Misalnya, Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan kita kena kuatkan lagi tentang kontrak sosial. Kontrak sosial ini adalah berkaitan dengan soal kita tahu tentang sejarah negara kita. Kita kena terima hakikat sejarah. Sejarah bagaimana pembentukan Malaysia, pembentukan bangsa Malaysia. Tentang pelbagai perjanjian walaupun perjanjian itu tidak dinamakan sebagai kontrak sosial, tetapi perjanjian tahun 1948 ada berkaitan dengan soal citizenship ataupun kewarganegaraan. Itu kontrak sosial. Siapa dapat, siapa yang mengorbankan dan siapa yang perlu diberi perlindungan dan sebagainya. Itu kontrak sosial.

Kenapa Perlembagaan kita nama Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi dari segi asalnya ia adalah berdasarkan kepada Akta Kemerdekaan Malaya yang dibuat di British berdasarkan perjanjian tahun 1957. Apa itu perjanjian? Perjanjian ialah kontrak. Apa yang negeri dapat, apa yang raja dapat, apa orang Melayu dapat, apa orang Cina dapat? Akan tetapi kalau kita melaungkan banyak kali tentang kontrak sosial, ada orang kata ini propaganda. Ini realiti yang perlu kita jelaskan dalam soal ini. Jadi sebab itulah perkara ini saya berterima kasih dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, daripada beberapa Yang Berhormat - tentang peranan JASA misalnya, untuk menerangkan perkara ini ke bawah. Jadi janganlah marah kalau JASA terangkan tentang perjanjian 1948, perjanjian tahun 1957, tentang apa terjadi selepas penolakan Malayan Union misalnya. Ini dikaitkan dengan sejarah. Ini yang ingin dipaparkan. Kita paparkan. JASA, Jabatan Penerangan turun ke bawah. Terima kasih, ada yang mengatakan tidak cukup peruntukan, perlu diperbanyakkan peruntukan. Terima kasih kalau dikatakan bahawa mereka ini tidak patut dianggap sebagai pekerja kontrak, sebagai pegawai kontrak. Kita perlu berikan pegawai sepenuhnya. Sekarang kita ada 150 orang pegawai sepenuhnya. 1,028 orang pegawai misalnya yang kontrak. Kalau kontrak itu diberikan, itu satu pandangan yang begitu baik sekali. Disebutkan tentang dasar, perlu mempertingkatkan dengan kaedah-kaedah yang terbaru. Disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, kaedah SMS, kaedah blog, kaedah YouTube. Ini adalah pandangan-pandangan yang kita rasakan pandangan-pandangan besar yang akan kita rangkumkan dalam pembinaan sistem dalam Kementerian Penerangan. Ada pandangan-pandangan lain misalnya persoalan tentang Filem Negara. Filem Negara, ada peranan dan sejarahnya dan terus memainkan peranan sekarang ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, antara tahun 2003 hingga tahun 2007, sebenarnya ada 175 buah filem dokumentasi telah dikeluarkan oleh Filem Negara. Ada yang dimasukkan dalam TV dan sekarang ini kita perkenalkan kembali sistem kita panggil layar bestari. Dahulu orang panggil wayang pacak. Orang Sabah saya pergi baru-baru ini, dia panggil wayang piri, wayang free. Saya baru sahaja balik dari Keningau, Nabawan dan sebagainya, nama wayang free. Di situ juga kita memulakan balik beberapa mesej yang disampaikan oleh layar bestari. Termasuklah tidak lama disampaikan tentang peranan SPR, tentang sejarah, tentang apa yang disebutkan sebagai kontrak sosial dan sebagainya. Semua ini kita akan ambil pandangan dan perlu diperbaiki lagi peranan yang dimainkan oleh Filem Negara dan sebagainya. Hari Ini Dalam Sejarah, saya sebutkan tadi, terima kasih atas pandangan. Dahulunya ia dibekalkan oleh Arkib Negara tetapi Arkib Negara akhirnya memberi benda yang berulang-ulang. Ada pandangan kata, “Usahlah, benda ini dah berulang banyak kali. Kita hentikan”. Akan tetapi, kalau ada pandangan perlu kita hidupkan. Dalam konteks penstrukturan kembali, sekarang ini kita ada satu saluran informasi maka ini adalah antara perkara yang perlu kita timbangkan supaya diingatkan lagi perkara-perkara penting dalam sejarah untuk paparan anak cucu kita. Yang Berhormat Sungai Petani, saya sebutkan lagi tentang soal pembaca berita yang lama-lama. Tolong jangan pandang rendah. Kalau kita tengok CNN, nama seperti Christi Paul, sudah tua. Pandangan...

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, saya kata direspect. Saya kata perbanyakkan. Kalau satu Singh, kenapa tidak ada sepuluh Singh. Kalau satu Cina, kenapa tidak ada sepuluh Cina? Kita tukar-tukarkan. Orang Cina boleh baca dalam bahasa Malaysia, orang India boleh baca dalam bahasa Malaysia, itu yang saya maksudkan. Saya tidak pernah mengatakan mereka ini tua dan tidak berguna. Tidak! Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, itu pandangan dan kita timbangkan. Akan tetapi saya perlu ingatkan yang lama-lama juga seperti Lowrence Hughes, seperti Christi Paul, masih berguna lagi. Pandangan perlukan mereka yang bukannya Melayu bercakap ataupun membaca berita dalam bahasa Melayu dan insya-Allah itu semua kita akan tingkatkan dalam masa yang akan datang.

Tentang pendapatan iklan, perlu saya maklumkan pendapatan iklan yang ditanya iaitu yang diperoleh oleh RTM pada tahun ini. TV kita mendapat RM68 juta dan RM19 juta untuk radio. Dia adalah pendapatan yang mungkin kurang sedikit tetapi kalau kita dapat tingkatkan lagi mutu penerbitan kita, mutu pengeluaran kita, insya-Allah kita akan mendapat revenue daripada iklan. Ada Yang Berhormat mengatakan oleh sebab kita ini sebagai TV kerajaan, apa penting sangat iklan? Perlu difahamkan dalam bentuk broadcasting sekarang terutama sekali saluran-saluran yang berbentuk dipanggil FTA ataupun free to air yang percuma ini, orang akan melihat bahawa jumlah iklan itu, ratingnya tinggi. Kalau kita katakan, jangan ada iklan langsung, ia akan memberi gambaran bahawa tak ada orang nak tengok. Itu pun ada. Akan tetapi iklan yang berpadanan, iklan yang berpatutan, iklan yang memaparkan suasana sebenar adalah antara perkara yang saya rasakan perlu kita perhatikan dan perlu kita beri perhatian supaya kita memperbaiki sistem penyiaran kita. Tuan Pengerusi, saya faham Tuan Pengerusi agak gelisah kerana Tuan Pengerusi dipertanggungjawabkan untuk mengawal masa. Terima kasih...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Lesen Yang Berhormat, lesen, lesen. Lesen TV swasta.

Itu saya sebutkan awal-awal tadi sewaktu Yang Berhormat di luar tadi. Di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang perlunya seperti FINAS, TV-TV swasta ini diletakkan di bawah satu kementerian. Ada negara lain kebanyakannya begitu. Informasi dan komunikasi misalnya banyak negara yang berbuat begitu. ini adalah satu pandangan dan saya akan bincangkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang perkara ini. Bukan, saya tak boleh kata saya nak minta kuasa orang lain kepada kementerian saya. Itu pandangan yang disebutkan di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya berkongsi bahawa ini adalah satu perkara yang penting. Saya lihat negara-negara lain yang dipanggil liberal. Misalnya lebih liberal, lebih terbuka seperti Jepun, Korea Selatan dan sebagainya. Tidak semudah itu kalau orang hendak membuat saluran berita misalnya, ia perlu dilesenkan. Jadi jangan menganggap bahawa melesenkan saluran berita itu adalah satu perkara yang berbentuk kekangan atau keterhadan dan sebagainya. Jadi ini adalah pandangan yang perlu kita fikirkan bersama. Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi di atas kesabaran dan ketekunan juga terima kasih kepada semua di atas pandangan dan persoalan yang ditimbulkan tanda minat yang berpanjangan dan besar kepada Kementerian Penerangan. Insya-Allah mana yang tidak sempat saya jawab, saya akan pastikan ia akan dapat disampaikan secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM999,857,600 untuk Maksud B.47 di bawah Kementerian Penerangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM999,857,600 untuk Maksud B.47 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM79,121,000 untuk Maksud P.47 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM79,121,000 untuk Maksud P.47 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi pada hari Khamis, 4 Disember 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.34 malam.