Dewan Rakyat · 10 December 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 555 turns · 47,316 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tuan Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua sebelum soalan saya, saya ingin menyampaikan. Saya mewakili seluruh warga Selangor dan seluruh ahli MP ingin mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Serta kami juga ingin merakamkan jutaan setinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang telah pun memberi jamuan pada Hari Raya Haji pada mangsa-mangsa ini. Juga pemimpin-pemimpin negara, pemimpin masyarakat, badan-badan kerajaan dan NGO yang sama-sama turun untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tersebut. Kita juga mengalu-alukan kepada rakan-rakan NGO daripada Parlimen Bintulu yang ada di sini pada hari ini untuk bersama-sama dengan kita.

Abdul Rahman bin BakriUMNO · BNSabak Bernam · question

1. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian terhadap haiwan makhluk perosak tanaman seperti kera dan lotong yang sering mengganggu petani- petani dan pekebun-pekebun khususnya di kawasan luar bandar; dan (b) adakah kementerian bercadang menyediakan tabung atau dana khas bagi mengatasi masalah tersebut.

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam di atas soalan mengenai masalah gangguan kera. Saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini terdapat 10 spesies primat yang ada di Malaysia dan yang menimbulkan banyak masalah terutama sekali kepada petani dan orang awam adalah dari kategori kera, lotong dan beruk. Kita anggarkan bahawa jumlah kera sahaja yang terdapat di negara ini adalah dalam anggaran 745 ribu ekor dan di kawasan-kawasan awam yang sering menimbulkan masalah adalah lebih kurang 260 ribu ekor. Aduan-aduan yang diterima mengenai dengan gangguan-gangguan kera adalah dari tahun 1998 hingga Oktober 2008 sebanyak 38,317 aduan. Pada 2008 sehingga Oktober terdapat 8,124 aduan. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh kementerian melalui PERHILITAN ialah mewujudkan pelan pengurusan kera bermasalah yang telah dilaksanakan daripada bulan Jun dan akan berakhir fasa 1 pada Disember ini. Antara langkah-langkah tersebut ialah: (i) untuk menangkap dan memindahkan kera-kera ini; (ii) menembak mati;

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

(iii) menembak halau – tembak dan halau; dan (iv) mengadakan program kesedaran awam di kalangan masyarakat setempat supaya tidak memberi makan dan mengajar kera-kera ini jinak di kawasan-kawasan awam. Satu lagi program yang dibuat, pilot program yang dibuat di Pulau Pinang adalah untuk pemandulan, alpha male ataupun ketua kera ini sebahagian daripada ketua kera ini. Terima kasih.

Tuan Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pada pagi ini rasa agak terkilan jugalah, maklumlah dapatkan soalan nombor satu ini bukan senang, orang kampung hendak tengok TV pun tidak ada hari ini. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan bercadang memberikan ganjaran kepada sesiapa yang dapat menangkap makhluk haiwan perosak ini sebagaimana ganjaran sebanyak RM2 setiap tikus yang diperangkap, yang pernah diberikan kepada pemilik rumah dan premis perniagaan di Seksyen 2 Wangsa Maju sedikit masa dulu. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memusnahkan haiwan makhluk perosak ini secara biologi, kerana haiwan perosak ini memang merumitkan masalah-masalah petani terutama di Parlimen Sabak Bernam. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman tidak ada sebarang peruntukan ataupun program untuk memberikan ganjaran bagi mereka yang menangkap kera-kera ini. Setakat ini mungkin tidak ada keperluan itu kerana PERHILITAN bekerjasama dengan masyarakat setempat dengan RELA secara bergotong-royong dengan komuniti setempat untuk melaksanakan program ini buat masa ini. Soalan secara biologi tadi mungkin projek pilot yang saya katakan, ujian yang dibuat di Pulau Pinang secara pemandulan tadi itu boleh dianggapkan sebagai salah satu usaha ke arah tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya nampak tadi tidak ada yang sini bangun. Yang Berhormat Hulu Selangor. Baru masuk? Itu bukan hendak tanya itu.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Hai, tadi Yang Berhormat Sri Gading satu sahaja yang bangun.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Timbalan Menteri tadi ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sangat zalim. Dia bunuh kera walaupun ada banyak kera di kalangan Barisan Nasional di sini... [Dewan riuh]

Itu tarik balik, tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tarik balik! Ini biadab!

Itu tarik balik, tarik balik. Itu bukan gurau.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini biadab punya gurauan!

Itu bukan gurauan, kena tarik balik. Tarik balik!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini biadab namanya!

Tarik balik, tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini kurang ajarlah!

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Deputy Chief Minister...

Tarik balik! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tolong, tolong duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Kawan tolong tarik balik. Tarik balik Yang Berhormat.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Saya tarik balik ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Boleh saya sambung Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalan yang berhemah Yang Berhormat.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Soalan saya kepada kementerian ialah dalam zaman ini, kenapa dibunuh kera-kera dan memandulkan kera-kera. Tak adakah method yang lebih civilize, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira Yang Berhormat Batu Kawan tadi saya rasa ada istilah, saya hendak mengatakan, “It takes a bigger kera untuk menuduh orang lain sebagai kera”.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Tarik balik, tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Duduk dahulu Yang Berhormat Batu Kawan.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Tarik balik.

Awak tarik balik apa yang awak cakap kepada sahabat-sahabat saya baru saya boleh tarik balik apa yang saya cakap.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

You tarik balik sekarang!

You dahulu tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu Kawan duduk dahulu.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

You tak dengarkah? Pekakkah you!

You tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat Batu Kawan. Timbalan Menteri, Timbalan Menteri saya mahu tarik balik itu. Saya sudah bagi arahan tadi tarik balik Yang Berhormat Batu Kawan, sudah tarik balik. Jadi jangan ditimbulkan perkara itu lagi.

Kalau dia tarik, saya tarik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tarik balik Yang Berhormat.

Saya sudah cakap kalau dia tarik, saya tarik. Dengan itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tarik balik Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kata Yang Berhormat tarik balik perkataan itu tadi.

Saya tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, sila Yang Berhormat.

Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa banyak kaedah yang digunakan untuk mengelak daripada gangguan-gangguan ini. Yang dikatakan zalim itu hanyalah di peringkat pilot projek dan tidak dilaksanakan menyeluruh. Ia memilih beberapa ekor alpha male dan ini juga akan dikaji semula sekiranya ia berkesan atau tidak. Bahkan pada masa ini kita sedang melihat kesan daripada tindakan tersebut dan sekiranya kita rasa ia mempunyai kesan-kesan yang mudarat dan negatif ia tidak akan diteruskan, tetapi jika ini merupakan salah satu cara yang didapati berkesan mungkin ia salah satu kaedah yang akan dilaksanakan seterusnya. Terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

2. Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) berapakah nilai pajakan yang dibayar Lembaga Tabung Haji terhadap dua bangunan iaitu di Mekah dan Madinah; dan (b) nyatakan perincian perjanjian tempoh pajakan, kaedah penilaian pajakan apakah misalnya bergantung kepada saiz kaki persegi atau jumlah tingkat bangunan berkenaan.

Dato' Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, antara misi Tabung Haji adalah untuk memudah dan menyempurnakan urusan jemaah haji Malaysia dan mencari pelaburan strategik global dan lokal bagi memberi pulangan yang kompetitif, halal dan toyibah. Penglibatan Tabung Haji dalam pelaburan hartanah di tanah suci adalah selaras dengan misi Tabung Haji, di samping mengawal peningkatan kos perumahan di tanah suci untuk jangka masa panjang. Setiap pelaburan hartanah telah pun melalui prosedur penilaian pelaburan di mana ianya perlu melalui satu Jawatankuasa Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dengan mengambil kira risiko pelaburan tersebut. Tabung Haji telah bersetuju melabur sebanyak 359 juta Riyal dalam Projek Abraj Al Bait bagi pajakan lima tingkat bangunan Hajar Tower di Mekah selama 25 tahun, manakala pelaburan di Madinah berjumlah 300 juta Riyal bagi pajakan 14 tingkat bangunan Anwar Al-Madinah Movenpick selama 10 tahun. Umumnya nilai pajakan bangunan di Mekah dan Madinah adalah berdasarkan faktor-faktor kualitatif dan kuantitatif. Untuk pajakan ini di antara faktor kualitatif yang dipertimbangkan adalah jarak bangunan daripada Masjidil Haram bagi di Mekah atau Masjid Nabawi bagi Madinah, latar belakang dan kredibiliti pengurusan hotel yang bakal menguruskan hotel atau bangunan, pemilik sah pemegang hak pajakan serta kemungkinan-kemungkinan bahawa bangunan tidak terlibat dengan proses pembesaran kedua-dua masjid dan taraf bilik hotel. Manakala faktor kuantitatif yang diambil kira ialah pada kadar pulangan yang dijangkakan bagi satu-satu pelaburan berdasarkan kepada kadar pasaran sewaan. Dengan memiliki bangunan-bangunan sendiri melalui pajakan ini, ia akan dapat memberikan Tabung Haji peluang untuk mendapat manfaat daripada peningkatan harga penginapan harga tersebut khususnya semasa musim Haji dan pada masa yang sama ia dapat dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat swasta yang menguruskan jemaah haji ataupun umrah sepanjang tahun. Terima kasih.

Dato' Kamarul Baharin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Terima kasih. Dengan pelaburan yang besar ini maka diumumkan bahawa satu syarikat telah ditubuhkan dan saya ingin tahu, apakah syarikat ini sudah ditubuhkan dan siapa pengarahnya dan ekuiti dalam syarikat ini dan juga hasil pelaburan ini boleh tidak menjamin bahawa kos menunaikan Haji mampu dikekalkan pada tahap yang boleh dibelanjakan oleh rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita sebut tadi proses ini adalah melalui syarikat yang telah pun melalui satu jawatankuasa panel pelaburan dan kalau Yang Berhormat tanya tentang hasil pelaburan ini adakah ia boleh menampung, untuk makluman Yang Berhormat Tabung Haji akan terpaksa subsidi setiap tahun sebanyak RM79 juta. Hasil daripada

keuntungan Hajar Tower Mekah kita anggarkan lebih kurang RM19 hingga RM25 juta setahun sahaja. Ini bermakna untuk menampung RM79 juta masih lagi tidak mampu. Itu anggaran sahaja kita akan dapat RM19 hingga RM25 juta. Manakala di Madinah Movenpick kita berharap bahawa dengan adanya pajakan selama 10 tahun ini sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi masalah hotel yang semakin meningkat. Jadi selama 10 tahun kita dapat menjamin bahawa hotel di Madinah itu tidak akan dinaikkan harga. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, memandangkan peningkatan mereka yang mengerjakan Haji ini setiap tahun meningkat. Soalan saya, apakah Tabung Haji tidak berhasrat untuk membeli bangunan- bangunan ataupun membuka bangunan-bangunan baru dijadikan sebagai hotel penginapan para jemaah haji daripada Malaysia dan dijadikan aktiviti Tabung Haji di tanah suci Mekah dan Madinah. Dengan ini saya rasa kerajaan kita dan Tabung Haji boleh menjimatkan kewangan Tabung Haji itu sendiri dan dengan ini, maka kita akan dapat melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang betul-betul komitmen ke arah mempertingkatkan kualiti Haji kita setiap tahun. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Masalahnya Yang Berhormat ialah undang-undang daripada Kerajaan Saudi tidak membenarkan kita untuk membeli bangunan. Apa yang kita dapat hanyalah untuk menyewa sahaja umpamanya daripada apa yang saya sebut tadi Hajar Tower dan Madinah Movenpick pun kita hanya ditawarkan. Di Mekah ditawarkan untuk sewa selama 25 tahun dan di Madinah hanya 10 tahun. Jadi kita Yang Berhormat terikat kepada syarat-syarat yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Saudi sendiri. Terima kasih.

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

3. Dato' Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan kajian yang dibuat oleh pihak kementerian dalam memastikan stok penimbal (stockpile) beras negara tidak hanya dibebankan kepada BERNAS sahaja sebaliknya diturunkan kepada agensi ataupun syarikat-syarikat lain bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan beras yang mencukupi.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, pada 12 Januari tahun 1996 kerajaan telah menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara dan badan tersebut telah diambil oleh BERNAS.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

BERNAS diberi hak untuk menguruskan stockpile negara, menjalankan beberapa tanggungjawab sosial serta menjadi pengimport tunggal beras dalam negara kita. Tempoh penswastaan 15 tahun iaitu sehingga 11 Januari tahun 2011. Tuan Yang di-Pertua, berikutan pandangan Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan prestasi BERNAS maka pada pertengahan tahun ini kerajaan telah membuat keputusan untuk membuat kajian tentang keberkesanan BERNAS dalam menjalankan tugasnya. Oleh hal demikian, pihak EPU telah melantik sebuah syarikat perunding bagi menjalankan kajian antara lain untuk memastikan prestasi BERNAS dalam menjalankan tanggungjawab sosial termasuk menguruskan stockpile beras negara serta sebagai pembeli beras terakhir ataupun buyer of the last resort padi daripada petani. Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya sejak diswastakan pada tahun 1996, tidak ada masalah besar dalam harga beras dalam negara dan stockpile pun tidak menimbulkan isu dan masalah. Walau bagaimanapun pada pertengahan April, Mei tahun ini apabila harga di pasaran antarabangsa naik mendadak iaitu kira-kira tiga kali ganda maka stockpile beras negara turun sehingga dua minggu keperluan bekalan atau keperluan penggunaan negara. Ini telah mencetuskan krisis di seluruh dunia termasuk dalam negara kita apabila harga naik mendadak tiga kali ganda. Walau bagaimanapun bagi beras tempatan, kerajaan telah berjaya menangani masalah ini dengan mengenakan kawalan

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

terhadap harga beras seperti Yang Berhormat sedia maklum pada hari ini beras tempatan: |Jenis beras|Harga (RM)| |-----------|---------:| |15% | 1.8| |10% | 2.4| |5% | 2.6|<END_TABLE_MARKER> Jadi harga beras terkawal walaupun di pasaran dunia harga beras naik dengan mendadak. Tuan Yang di-Pertua, stockpile beras negara pada hari ini kalau dahulu cuma 92,000 metrik tan pada hari ini sudah menjangkau kira-kira 500,000 metrik tan. Ini meliputi stockpile beras negara, stockpile yang dimiliki oleh pemborong termasuk BERNAS dan juga padi yang juga boleh dikisar kepada beras jumlahnya 500,000 metrik tan, itu kedudukan stockpile. Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang Berhormat Arau sama ada stockpile ini boleh diuruskan oleh pihak lain selain daripada BERNAS. Soalan ini akan terjawab apabila pihak perunding selesai menyiapkan kajian. Pihak perunding telah pun kemukakan interim report kepada EPU awal bulan ini dan dijangka mengemukakan laporan terakhir pada Januari tahun depan. Selepas itu prosesnya kita kementerian akan kemukakan hasilnya kepada Kabinet oleh kerana ini melibatkan penswastaan. Jadi sama ada BERNAS akan terus mengendalikan stockpile ataupun pihak lain, soalan ini akan terjawab pada awal tahun depan apabila Kabinet menimbangkan perakuan yang dibuat oleh perunding yang akan menyiapkan laporan pada bulan Januari tahun 2009. Terima kasih.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita melihat total consumption dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang berkaitan dengan rice stock buffer ini dengan izin, negara memerlukan lebih kurang 2.1 juta metrik tan setahun dengan 0.35% adalah bergantung kepada beras import bermakna kata di sini lebih kurang 0.73 milion metrik tan. Jadi pusingan stok atau moving stock semasa dengan izin adalah sekitar pada 300 ribu metrik tan pada satu-satu masa yang diperlukan oleh negara bagi memastikan kita mempunyai kecukupan dalam mengendalikan beras di negara kita pada satu-satu masa. Jadi dalam hal ini ramai pihak membangkitkan soal monopoli ini gagal memainkan peranan. Memang seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kerajaan sedang menunggu laporan daripada konsultan yang telah dilantik bagi membuat analisa berhubung dengan perkara ini tetapi seharusnya dalam keadaan sekarang, penekanan kita harus melihat kepada beberapa perkara apabila monopoli ini diteruskan, sama ada kerajaan mempunyai masalah pada masa hadapan untuk kita dari segi term and condition dengan izin, kita tidak ada masalah apabila berlaku krisis makanan seumpama ini. Saya mohon mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya setiap kali benda yang berkaitan dengan food staple ini biarlah ianya ada pegangan kerajaan yang membolehkan kerajaan mengawal dari segi harga dan dari segi supply nya dan juga kerajaan dapat mengawal dari segi soal-soal keselamatan yang amat penting kepada negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Arau tadi memang diambil kira dalam kajian yang dibuat oleh pihak perunding malah dalam syarat-syarat atau terma rujukan kajian, terms of reference. Ia juga berpandu kepada Hansard perbahasan dalam Parlimen digunakan sebagai garis panduan dalam menentukan terms of reference kajian yang sedang dibuat oleh perunding. Yang Berhormat tadi membangkitkan tentang syarat-syarat penswastaan berkaitan dengan keselamatan makanan, bekalan makanan, monopoli. Ini memang antara isu-isu yang sedang dikaji dan seperti yang saya kata tadi, pihak perunding sudah pun menyiapkan laporan interimnya, sudah pun dikemukakan kepada kerajaan tetapi sekarang sedang membuat beberapa pindaan hasil pandangan kerajaan pada

awal bulan Januari akan dimuktamadkan kajian dan insya-Allah selepas itu akan ke Kabinet. Jadi segala isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi akan terjawab apabila kerajaan memutuskan hala tuju pengurusan stockpile yang kini dimonopoli oleh BERNAS, hala tuju masa depan akan ditentukan dalam sedikit masa lagi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah daripada maklumat Yang Berhormat Menteri tadi stok yang sekarang diurus oleh BERNAS ialah 500,000 tan metrik. Yang saya hendak tanya ialah apakah kerajaan melihat stok ini sebagai stok komersial atau stok ekonomi? Serentak dengan itu, saya tonton National Geography dua tiga hari lepas yang memetik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat meramalkan stok beras global ini akan terus merosot pada paras terendah dalam tempoh 25 tahun akan datang. Sudah tentu tempiasnya akan mengena kepada Malaysia. Jadi ketika tugas untuk mengadakan stockpile diberikan kepada BERNAS sudah tentu penubuhan stok penimbang ini melibatkan kos yang sangat besar. Adakah BERNAS biayai sepenuhnya atau kerajaan turut membantu dan dalam mewujudkan stockpile ini Yang Berhormat Menteri, setakat mana kerajaan mengambil kira faktor kawalan kualiti penyimpanan dan pengendalian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, banyak soalan tadi. Yang pertama saya hendak membuat pembetulan. Seperti yang saya sebut dalam jawapan saya, stockpile 500,000 metrik tan itu meliputi tiga komponen; (i) stockpile yang diuruskan oleh BERNAS; (ii) stockpile padi yang boleh dikisar kepada beras dalam tempoh beberapa jam sahaja; (iii) stockpile pemborong termasuklah anak-anak syarikat BERNAS. Jadi 500,000 itu merupakan beras yang oleh digunakan oleh pengguna jika keadaan memerlukannya. Jadi Tuan Yang di-Pertua memang benar mengikut ramalan semua pihak termasuklah badan food and culture organization ataupun FNO, ramalan badan tersebut pengeluaran beras dunia akan merosot. Ini disebabkan oleh dua perkara, sekurang-kurangnya (i) peningkatan penduduk yang ketara di beberapa buah negara membangun; (ii) pelaburan yang berkurangan dalam sektor pertanian termasuklah untuk sistem pengairan negara-negara tertentu; dan (iii) ada kaitan dengan climate change. Jadi pengeluaran padi dan beras dunia dijangka merosot. Oleh yang demikian pihak FEO telah pun mendesak supaya negara-negara meningkatkan pelaburan dalam sektor ini dan Malaysia sudah pun respons ataupun mengambil tindakan untuk menambah pelaburan untuk sektor padi. Alhamdulillah dalam masa dua tiga tahun ini umpamanya untuk padi sahaja pelaburan kira-kira RM2 bilion dua tahun setengah akan digunakan untuk membaiki sistem pengairan termasuklah untuk menyelenggara parit dan saliran. Berkaitan dengan kualiti beras ini terjamin Tuan Yang di-Pertua, kita ada sistem. Bahagian kawal selia kementerian sentiasa memantau malah seminggu sekali dipantau stok ini bukan sahaja dari segi kuantitinya oleh kerana pentingnya bekalan ini untuk makanan kita tetapi juga dari segi kuantiti dan kualiti juga dipantau dari semasa ke semasa. Jadi saya ingin memberi jaminan bahawa masalah kualiti ini kita pastikan berada di tahap muhasabah dan jika tidak patuhi syarat-syarat yang dikenakan maka tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak berkenaan, BERNAS dan lain-lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan satu, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tdak payahlah Yang Berhormat.

Roslan bin ShaharumPAS · PRBukit Gantang · question

4. Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah perkembangan proses menaik taraf Maktab Perguruan/Institut Pendidikan Guru (IPG) dan apakah bentuk insentif yang disediakan kepada pensyarah IPG dalam usaha peningkatan kualiti dan pencapaian setanding dengan pensyarah IPTA serta bentuk perancangan untuk memastikan produk IPG setaraf atau lebih hebat berbanding dengan hasilan IPTA.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pelajaran · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran serius dalam usaha kita merealisasikan Teras ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu untuk memartabatkan profesion perguruan. Sebahagian besar usaha kita ini ialah dengan terus memperkasakan institusi-institusi pendidikan guru yang sedia ada. Pindaan Akta Pendidikan 2008 yang telah diluluskan di Dewan Negara pada 4 Disember 2008 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menaik taraf maktab-maktab perguruan kita ke institut pendidikan guru. Di samping itu usaha juga dilakukan melalui penstrukturan semula IPG yang telah dibentangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA dan salah satu impak terbesar penstrukturan semula IPG ini ialah autonomi yang lebih luas diberikan kepada IPG. Terutamanya dalam menentukan kurikulum, pentaksiran hal ehwal pelajar, penyelidikan, pembangunan serta jaminan kualiti. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, IPG juga akan mengalami perubahan melalui projek pembangunan fizikal yang meliputi projek baru, projek gantian tambahan, ubah suai dan naik taraf. Melalui projek infrastruktur pula, KPM berusaha menyediakan bekalan buku, bahan rujukan dan kemudahan ICT yang terkini untuk kegunaan pengajian di IPG-IPG berkenaan. Selain daripada pemilihan tenaga pengajar berdasarkan kepada akademik, kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang perguruan, kurikulum yang diberikan juga berasaskan hasil pembelajaran yang menyeluruh dari aspek intelek, psyco motor, emosi dan juga insaniah. Kandungan kurikulum menerapkan nilai-nilai murni dan juga spiritual merentasi semua mata pelajaran di samping mewajibkannya digunakan di dalam kurikulum. Manakala modul komponen praktikum IPG pula merangkumi 32 minggu yang terbahagi kepada tiga fasa iaitu pengalaman berasaskan sekolah – 4 minggu, praktikum – 24 minggu dan internship – 4 minggu. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mendapat pengiktirafan dan memastikan tenaga pengajar berkualiti, program di IPG seperti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan mesti memenuhi keperluan sembilan bidang yang terdapat di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia atau dengan izin Malaysia Quality Framework. Bagi menarik pensyarah-pensyarah terbaik ke IPG, KPM juga telah menyediakan laluan kerjaya yang lebih menarik dengan mengadakan gred jawatan bermula daripada DG44 hinggalah kepada DG54. Pertambahan dan kenaikan gred jawatan di IPG berjumlah 5,176 telah diluluskan dalam Anggaran Belanjawan Mengurus – ABM 2008 oleh agensi-agensi pusat dan penambahan dan kenaikan ini turut melibatkan Pegawai Pengurusan DG41, pegawai dan Pembantu Pegawai Pengurusan DGA32 yang berjumlah 2,788 berdasarkan kepada kelulusan pemangkuan yang berkuat kuasa pada 25 Ogos 2008. Kesemua pengisian jawatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. Pensyarah-pensyarah di IPG juga diberi peluang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran. Dan digalakkan juga berkongsi ilmu dengan pakar- pakar dari luar negara terutamanya dengan pensyarah-pensyarah universiti luar yang ada kolaborasi dengan IPG kita. Semua ini Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk menyebarkan input terkini berhubung pedologi, pengetahuan dan juga kemahiran terkini dalam melaksanakan

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pelajaran · Sembrong

praktikum, pendekatan dan strategi PNP, pemeriksaan tugasan dan kertas peperiksaan, pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia berkeyakinan usaha yang dilakukan ini insya-Allah sudah pasti akan meningkatkan kualiti dan pencapaian pensyarah IPG setanding dengan pensyarah IPT yang ada di negara ini bagi memastikan produk IPG setaraf atau lebih hebat berbanding dengan hasilan institut pengajian tinggi sama ada di dalam mahupun dari luar negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Roslan bin ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab. Saya ingin mendapat penjelasan terhadap soalan tambahan saya, iaitu apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa proses kenaikan pangkat pensyarah-pensyarah IPG terlalu lembab, lambat dan makan masa, sampai sekarang pun tidak selesai. Kalau kita melihat dari segi jadual kerja yang diberi kepada pensyarah IPG, kalau dulu mereka boleh balik pada pukul 2.00 petang, sekarang ini mereka balik pukul 5.00 petang. Tidak ada apa-apa perubahan terhadap pensyarah tersebut. Ini juga menimbulkan rungutan daripada KKP iaitu Kesatuan Perkhidmatan Pelajaran Kebangsaan sendiri apabila mereka melihat bahawa jadual kerja yang begitu panjang dan sebagainya. Seterusnya, apakah rasionalnya IPG ini tidak diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kalau kita bandingkan dengan Politeknik Ungku Omar misalnya, politeknik-politeknik yang lain diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sedangkan IPG diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Jadi, apakah rasionalnya? Terima kasih.

Isu yang dibangkitkan, pertamanya berhubung kait dengan kenaikan pangkat yang saya sebut tadi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Jumlah pensyarah di IPG sahaja berjumlah 30,403. jadi, jumlahnya bukanlah satu jumlah yang kecil tetapi saya sedar bahawa ianya perlu dipercepatkan lagi dan sedang diusahakan oleh pihak kementerian. Berhubung kait dengan bebanan guru, saya percaya bahawa dengan pindaan akta baru-baru ini dengan usaha kita untuk terus memperkasakan IPG-IPG yang sedia ada dengan mewujudkan kampus induk di Nilai, rangkaikan dengan IPG-IPG lain dengan pengkhususannya sendiri, niche areas saya percaya bahawa usaha kita untuk mengurangkan bebanan yang ada kepada pensyarah-pensyarah kita akan dapat dilaksanakan. Akhirnya berhubung kait dengan kedudukan IPG. Secara kebetulan dan sejarahnya maktab-maktab perguruan kita sememangnya di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan apabila Kementerian Pendidikan dipecah dua, bahawa maktab-maktab ini telah pun diletakkan di bawah jagaan Kementerian Pelajaran tetapi dengan usaha untuk meningkatkan status dan tarafnya. Ini tidak menimbulkan masalah kerana pertama, mesyuarat penyelarasan pendidikan antara kedua-dua kementerian sentiasa dilaksanakan dan dipengerusikan oleh kedua-dua KSU dan keduanya persetujuan permuafakatan ini telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu supaya isu-isu yang bertindih, isu-isu yang boleh menimbulkan masalah dapat diselaraskan oleh kedua-dua kementerian. Terima kasih.

Terima kasih. Kita merasa bangga dengan usaha kementerian... dan ini Kepong...dia kacau. Dia sepatut pagi di klinik, entah macam mana pagi ini datang. Syabas kepada kementerian semenjak Menteri mengambil alih, banyak perubahan-perubahan yang dapat kita lihat telah dilaksanakan oleh kementerian. Namun demikian ada juga desas-desus kebimbangan negara kita bahawa tumpuan kita mungkin terlalu akademik. Dewasa ini kita amat bimbang dengan isu perpaduan di negara kita. Isu bahawa anak muda kita sekarang, dia punya sex skill yang ada itu antaranya sex skill mungkin tidak ada sex skill yang baru. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa kita terlalu tertumpu kepada ukuran benchmark yang terlalu akademik. Selalunya kita kata, kalau guru-guru dilatih lebih kepada berapa ramai anak- anaknya sekolah mendapat 5A itu kita baik. Kita sambut penumpuan kepada akademik. Namun demikian adakah juga ukuran-ukuran yang soft skillnya. Sebagai contoh, isu- isu perpaduan.

Dewasa ini, amatlah warga Malaysia, anak muda nampak kurang sedikit sikap kewarganegaraannya. Sayangnya pada bangsanya, sayangnya pada negara nampak tipis sedikit. Adakah Yang Berhormat nampak bahawa tumpuan ini perlu juga kita ambil, diberi tumpuan selain daripada meneruskan tumpuan-tumpuan dari segi kepakaran dan keupayaan akademik.

Satu soalan tambahan yang cukup tepat kerana saya telah umumkan sebelum ini bahawa menjelang tahun 2010, bukan sahaja dari segi kurikulum tetapi dari segi peperiksaan dan penaksiran akan dirombak semula khususnya di peringkat sekolah rendah, dimana tumpuan kepada satu peperiksaan sahaja iaitu UPSR tidak mencukupi kerana semua sedia maklum daripada mereka yang dapat pencapaian kejayaan cemerlang, tahun ini sahaja 46,000.

Maka, pentafsiran yang bersesuaian mengambil kira soft skill dan nilai-nilai murni tadi perlu diambil kira dan bagaimana ianya dapat ditafsirkan sama ada di bilik darjah atau melalui ujian-ujian tertentu sedang dirintis oleh Kementerian Pelajaran sekarang ini dengan harapan bahawa ianya dapat diperluaskan secara total melalui tahun 2010 kelak. Terima kasih.

Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNPasir Salak · question

5. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kerajaan bersedia untuk melepaskan ekuiti yang dimiliki oleh kerajaan dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat-syarikat amanah kepada usahawan-usahawan bumiputera sebagai langkah mempercepatkan pencapaian matlamat pegangan ekuiti bumiputera.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui syarikat pelaburannya seperti Khazanah Nasional Berhad secara dasarnya komited dengan objektif jangka panjang untuk mengurangkan pegangan di dalam syarikat GLC yang dikuasainya. Sejak mendapat mandat baru pada tahun 2004, selain daripada melakukan pelaburan baru untuk jangka masa sederhana dan panjang dalam pelbagai sektor strategik, Khazanah turut melupuskan pelaburan dengan melepaskan pegangan ekuiti dalam beberapa buah syarikat. Walau bagaimanapun pelupusan pegangan Khazanah dalam syarikat GLC harus dilakukan secara berhemah, sistematik dan tersusun bagi mengelakkan harga saham dan operasi syarikat GLC tersebut terjejas. Selain itu, ia juga perlu dilakukan secara konstruktif sebagai contoh untuk menggalakkan pencapaian agenda pembangunan nasional termasuk pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Pada masa yang sama, Khazanah masih perlu mengekalkan pegangan strategiknya dalam syarikat tertentu seperti Malaysia Airlines System Berhad dalam usaha memelihara kepentingan syarikat GLC ini di samping menjaga kepentingan pelaburan serta pasaran modal secara keseluruhannya. Apabila isu pegangan strategik tidak timbul, kerajaan bersedia melepaskan pegangan ekuiti ke arah mendukung pelaksanaan agenda pembangunan nasional. Berdasarkan maklumat yang sama, Khazanah turut menggunakan pendekatan lain untuk melepaskan pegangan ekuitinya. Sebagai contoh, Khazanah menggunakan beberapa instrument kewangan yang inovatif seperti penerbitan ‘sukut’ boleh tukar untuk melupuskan pegangannya dalam sesebuah syarikat secara sistematik. Di samping itu, usaha Khazanah untuk meningkatkan peranan dan pegangan golongan bumiputera dalam aktiviti ekonomi tidak hanya terbatas kepada penguasaan ekuiti semata-mata sebaliknya sebahagian besar syarikat GLC utama yang dikuasai Khazanah menjalankan program pembangunan vendor bumiputera yang bertujuan melahirkan lebih ramai pengusaha, pembekal serta usahawan bumiputera yang berwibawa dalam menyokong operasi syarikat-syarikat GLC yang akhirnya membantu meningkatkan penguasaan golongan bumiputera dalam sektor ekonomi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu tadi. Saya ingin menambah dengan soalan tambahan. Banyak orang meluahkan perasaan terhadap GLC membina empayar mereka lebih daripada untuk membantu membangunkan masyarakat perniagaan bumiputera.

Daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri pun tadi kebanyakannya adalah kenyataan-kenyataan umum yang tidak memberikan perangkaan-perangkaan di atas kejayaan yang telah dilakukan oleh GLC dalam hal yang saya bangkitkan. Soalan tambahan saya juga ialah kenapa tidak GLC mengembangkan sayapnya ke luar bandar untuk membangunkan ekonomi luar bandar. Sebagaimana yang kita tahu luar bandar sudah cukup dengan infrastruktur tetapi kekurangan dari segi modal, kemahiran, dan sebagainya untuk menjadikan ekonomi luar bandar lebih vibrant, lebih dinamik dan lebih progresif lagi. Kenapa kita tidak menggunakan kekuatan GLC ini untuk keluar bandar. Ini kerana kalau kita mengharapkan pelaburan swasta daripada luar negeri kita dapati amat terbatas. Jadi, ini saya harap mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya GLC telah pun banyak mengimplementasikan kegiatannya di kawasan luar bandar dari segi infrastruktur seperti jalan raya, PLUS, UEM dan juga dari segi kemudahan utiliti seperti TNB, Telekom Malaysia dan sebagainya. Sebagai dasarnya GLC adalah untuk menjaga kepentingan sektor industri strategik untuk kepentingan negara. Jadi, seperti infrastruktur pelabuhan, airport, perkhidmatan pos selain daripada sektor pengangkutan dan sebagainya. Akan tetapi di antara dasar GLC juga termasuk agenda pembangunan masyarakat bumiputera dalam sektor ekonomi negara kita tetapi itu bukan sebagai satu core business GLC. Core business GLC juga untuk mencari keuntungan untuk GLCs selain daripada memerlukan sosial obligation dengan izin GLCs di negara kita. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan saya agak mengalih sedikit penekanannya kepada dalam suasana pasaran saham global termasuklah khususnya Bursa Malaysia yang mengalami keruntuhan, kejatuhan market capitalization yang agak parah. Terdapat mutakhir ini satu trend ke arah penswastaan kembali atau delisting privatization. Dalam pipe line pun sekarang ini sudah ada 21 syarikat yang memohon. Persoalan saya apakah sikap dan polisi kerajaan khususnya kepada GLCs mereka yang dikatakan bahawa GLCs dan juga MNCs trend mereka adalah untuk delist atau keluar sebagai syarikat private, swasta khususnya kerana mereka punya kekuatan, keupayaan dana dan sekali gus meninggalkan kesan yang agak parah kepada minoriti shareholders. Soalan yang ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri kesan daripada trend privatization ini delisting ini tentunya akan membawa kesan yang parah kepada Bursa Malaysia dan kepada minority shareholders. Apakah fungsi kerajaan dalam hal ini kerana ia meninggalkan suasana yang agak lebih gawat andainya trend itu diizinkan berlaku. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Pada masa sekarang, kerajaan tidak bercadang untuk mengambil, menswastakan atau pun to take private atau pun to delist dengan izin GLCs yang telah disenaraikan nama dalam BSKL kita. Akan tetapi, untuk penswastaan atau pun perlepasan saham dalam GLC kepada sektor swasta, kerajaan perlu berhati-hati dan perlu buat pada masa yang tepat dan juga harga yang tepat dengan izin, privatization have to be done at the right time, and the right price sahaja untuk kepentingan pegangan GLC dan kepentingan kepada kerajaan kita. Sekian, terima kasih.

Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu · question

6. Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bentuk bantuan dalam mengatasi pembangunan yang tidak lancar di Pantai Barat Sabah, terutamanya di dalam sektor pengangkutan hasil pertanian. Bolehkah sistem kereta api dibuat.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Pembangunan Sistem Kereta Api Negeri Sabah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah. Namun begitu Kerajaan Persekutuan bersedia memberikan peruntukan dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk menjayakan projek kereta api seperti yang dilakukan bagi Projek-projek Peningkatan Infrastruktur Kereta Api Negeri Sabah di bawah Rancangan

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Malaysia Kesembilan ataupun RMK-9 dan juga melalui projek di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA). Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK-9, Projek Peningkatan Infrastruktur Kereta Api Negeri Sabah dilaksanakan dalam dua sektor seperti berikut: (i) sektor pertama daripada kilometer 39, ke kilometer 55.6 iaitu daripada Tanjung Aru ke Kimanis dilaksanakan oleh Suria Capital Holdings Sdn. Bhd. dengan peruntukan sebanyak RM133.8 juta; (ii) bagi sektor kedua, kilometer 55.6 dan kilometer 139.7 iaitu daripada Kimanis ke Tenom dilaksanakan oleh Hikmat Asia Sdn. Bhd. dengan peruntukan sebanyak RM201 juta, bagi Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam atau KWAPA, sebanyak RM57 juta telah diperuntukkan bagi pembaikan depoh kereta api negeri Sabah dan pembelian rolling stock dan sebanyak RM15 juta bagi pembinaan tambahan 30 Lintasan Rata. Terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih. Landasan Kereta api dari Tenom ke Beaufort, lebih kurang 30 kilometer berada di tepi sungai, embankment ini tidak stabil, dalam satu kemalangan, tiga orang terkorban, kereta api terus masuk ke sungai. Bolehkah kerajaan bantu dan tolong memberi lebih peruntukan untuk meluaskan landasan tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu yang begitu prihatin terhadap pengangkutan awam khususnya di negeri Sabah, memang pihak Kementerian Pengangkutan telah pun mengarahkan pihak KTMB untuk membuat kajian dan adalah disahkan bahawa landasan yang ada sekarang ini memang tidak sebegitu kukuh, ianya kerana berhampiran dengan sungai dan juga bukit bukau. Maka dengan itu pihak Hikmat Asia Sdn. Bhd. telah memberikan, membuat kajian secara percuma untuk membantu KNS atau Kereta Api Negeri Sabah dan kerajaan telah pun mengemukakan cadangan kepada KTMB dan pada prinsipnya pihak Kementerian Pengangkutan bersetuju supaya peruntukan dapat diberikan bagi mengukuhkan landasan daripada Beaufort ke Tenom ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading hendak tanya hal Sabah ya?

Saya Ahli Parlimen Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas kebenaran memberikan saya peluang untuk soalan tambahan. Saya bukan nak memuji, tetapi kerajaan harus diingatkan, di waktu zaman British, pengangkutan rakyat diberikan keutamaan dan ketika itu, antara pengangkutan awam yang diutamakan adalah kereta api. Kereta api menjadi alat penghubung yang utama, dan soalan Kota Kinabalu ini, soalan yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan kepentingan rakyat luar bandar, jangan kita anggap remeh, kalau kita tak dapat memberikan kemudahan kepada rakyat dari segi pengangkutan, dia menjadi satu kelemahan yang amat ketara kepada sesebuah kerajaan. Maka itu, jangan kita berdalih dan membuat alasan, peruntukan tidak harus dijadikan pertimbangan dan dalam menyediakan pengangkutan kepada rakyat, ringgit dan sen bukan dijadikan sebagai alasan untung dan rugi. Dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat, untung dan rugi tidak menjadi perkiraan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalan Yang Berhormat.

Soalan saya, sebenarnya dalam pengangkutan awam, kereta api di Semenanjung walaupun di Sabah, Sarawak langsung tidak adalah kereta api, tidak dibolehkan sesuatu yang utama, saya lihat dari segi kajian saya, mungkin saya salah, jadi saya berharap pihak kementerian, kita harus

mengubah cara pendekatan untuk meningkatkan, menaikkan perkhidmatan kereta api kepada rakyat di Semenanjung mahupun di Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kerana soalan ini khas untuk Sabah, bagi Semenanjung Malaysia, saya tidak ada perangkaan, tetapi sebagai pengalaman dan pengetahuan saya selama berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa memang...

Datuk, saya pernah naik kereta api ini dari Kota Kinabalu ke Papar ke Beaufort saya biasa naik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Menteri jawablah itu.

Jangan kata ini khas untuk orang Sabah, apa kata dalam perpaduan rakyat, orang Semenanjung pun pergi ke Sabah, orang Sabah pun pergi ke Semenanjung, jadi sebab itu saya kata dalam jawapan kadang-kadang kita hanya hendak membuat alasan, dalam soal sebenarnya kita tidak jelaskan..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini sudah berlainan Datuk. Sila Timbalan Menteri, Kalabakan sudah tunggu soalan nombor 7..

Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah telah pun dijawab dengan begitu lengkap bahawa kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM400 juta lebih dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk menaikkan taraf rel daripada Tanjung Aru ke Tenom, membina stesen-stesen yang baru, membaiki kawasan-kawasan yang berisiko tinggi dan bagi Semenanjung juga, pengalaman saya sebagai Timbalan Menteri lebih kurang tujuh bulan bahawa di Semenanjung juga telah dipertingkatkan kualiti perkhidmatan kereta api. Terutama sekali memperbaiki gerabak-gerabak ataupun coaches yang rosak, menyediakan hawa dingin, membaiki stesen-stesen yang disebut oleh seorang Ahli Parlimen mengatakan bahawa, seolah-olah seperti kandang kambing, semuanya telah diperbaiki, termasuklah juga memperbaiki taraf penginapan bagi pekerja-pekerja ataupun rumah-rumah pekerja KTMB di seluruh negara. Jadi ini telah dibuat di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan kesemua kerja-kerja ini hampir sampai kepada penghujung yang akan siap, misalnya double tracking daripada Ipoh ke Padang Besar yang akan siap pada tahun 2013 dan begitu juga daripada Gemas akan siap juga pada tahun 2012. Jadi ini sebahagian daripada yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menaikkan taraf kereta api dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat sama ada di Semenanjung mahupun di negeri Sabah. Terima kasih.

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

7. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian ada rancangan untuk mewujudkan satu kaedah yang dapat memastikan semua pelajar yang layak dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, mendapat bantuan kewangan dalam apa bentuk sekalipun, umpamanya kemudahan pinjaman dari firma-firma kewangan yang ada.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, adalah menjadi harapan kerajaan agar setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiary tidak seharusnya dinafikan peluang mereka disebabkan oleh faktor kewangan. Berlandaskan kepada harapan ini kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan termasuklah biasiswa, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara atau singkatannya PTPTN dan bantuan-bantuan lain. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sewajarnya bersyukur kerana negara kita amat bernasib baik, kerana terdapat banyak sumber dan saran yang pelajar-pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk menyertai pendidikan tertiary.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

Saya kira negara kita berada dalam kedudukan yang sangat unik sekali sebab terdapat pelbagai pihak baik kerajaan, swasta, NGO, persatuan, pertubuhan, yayasan mahupun institusi pengajian tinggi swasta atau IPTS sendiri dan banyak lagi badan- badan menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada pelajar untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka. Terdapat juga tawaran-tawaran bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian daripada pihak negara-negara asing menerusi perwakilan masing-masing mahupun syarikat swasta dan sebagainya. Semua itu adalah atas inisiatif sendiri berlandaskan kepada rasa tanggungjawab untuk memajukan pelajar-pelajar ini menjadi modal insan yang berkualiti menerusi pendidikan. Adalah dianggarkan, sekiranya semua ini dikumpulkan, nilainya adalah melebihi RM1.3 bilion, malah pelajar-pelajar yang terpilih memasuki IPTA-IPTA sebenarnya membayar di antara 4% hingga 22% daripada kadar yuran sebenar bagi bidang pengajian yang mereka ikuti misalnya bagi bidang pengajian perubatan, jumlah yuran sebenar ialah RM275,000 tetapi pelajar hanya membayar RM5800 sahaja. Kejuruteraan sebanyak RM53,000 dan pelajar hanya membayar RM6500, dan sastera sebanyak RM20,000 berbanding RM4200 yang dibayar oleh pelajar. Selain dikenakan bayaran yang telah dikurangkan, pelajar juga layak memohon pinjaman PTPTN bagi menampung yuran yang mereka perlu bayar. Daripada tahun 1997 sehingga 31 Oktober 2008, jumlah pinjaman yang telah diluluskan adalah sebanyak RM26 bilion kepada lebih 1.2 juta peminjam. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita nampak jawapan eloklah, cantik tapi bagi Sabah dan Sarawak Tuan Yang di-Pertua, pemohon-pemohon untuk mendapat pinjaman susah sekali dapat, di Sabah dan Sarawak kerana kementerian tidak ada ejen yang mengurus pinjaman-pinjaman. Jadi sama ada kementerian boleh melantik ejen-ejen, bank, MARA atau apa juga ejen supaya di Sabah dan Sarawak boleh dapat pinjaman yang mudah sekali kerana kadangkala tak dapat sama sekali. Tak tahu pun di mana mahu merayu. Kedua Tuan Yang di-Pertua soalan saya, pelajar-pelajar yang mendapat tempat di universiti luar negara, bolehkah mereka ini layak untuk mendapat pinjaman seperti mana yang kita alu-alukan. Itu soalan saya.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi memang mengadakan satu sistem yang dirasakan agak memuaskan, yang boleh disalurkan kepada mana-mana pihak dan untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, adalah menjadi harapan kerajaan agar setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiary, tidak seharusnya dinafikan peluang mereka disebabkan oleh faktor kewangan. Justeru itu, kerajaan sentiasa prihatin dengan golongan pelajar seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, di mana Semenanjung Malaysia terdapat juga golongan dan juga complaint, dengan izin, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya punya maksud ini di Sabah dan Sarawak susah betul dapat. Belum dijawab oleh menteri. Susah betul dapat pinjaman, mengapa susah?

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa, sekiranya Yang Berhormat mempunyai kes-kes spesifik yang mungkin tidak disedari oleh Kementerian Pengajian Tinggi, saya berharap Yang Berhormat akan mengemukakan terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi ataupun kepada saya untuk saya membuat semakan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Satu masalah yang dihadapi oleh petugas-petugas untuk melatih doktor-doktor housemanship di hospital adalah ketiadaan practical skill. Kebiasaannya doktor-doktor housemanship ini adalah latihan daripada luar negara.

Saya beri contoh di Sabah misalnya daripada negara Ukraine. Jadi masalahnya mereka ini tidak mendapat practical skill yang sepatutnya diajar di dalam negara kita. Jadi saya nak tahu, apakah kementerian berhasrat untuk menambah tempat-tempat bagi pelajar-pelajar perubatan di dalam universiti-universiti dalam negara kita agar pelajar ini apabila masuk bidang kerja esok, mereka mempunyai practical skill yang boleh dimanfaatkan oleh pesakit-pesakit dan juga doktor yang akan melatih mereka menjadi pegawai perubatan. Terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu adalah terkeluar daripada soalan asal itu. Oleh kerana itu, saya tidak ada maklumat yang diminta, maka saya pohon notis untuk mengemukakan makluman balas kepada Yang Berhormat. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Masalah ataupun jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi, antara 5% hingga 22% saja yuran yang dibayar oleh pelajar di institusi pengajian tinggi yang selainnya ditanggung oleh kerajaan dan kuantum yang diberikan antara RM4,000 lebih hingga RM6,000 lebih bagi pelajar-pelajar di berbagai-bagai bidang. Untuk makluman kita semua... [Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II bangun meninggalkan Dewan]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Timbalan Menteri!.......

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalan, sini Yang Berhormat. Soalan.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Soalan tambahan dua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri dah nak balik dah? Belum habis lagi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Soalannya, walaupun RM4,000 ataupun RM5,000 bagi sebahagian rakyat Malaysia, ianya jumlah yang besar. Bantuan itu memang penting. Jadi, kita telah dengar dulu bahawa kerajaan tidak akan mengembalikan biasiswa secara menyeluruh seperti dulu, tetapi apakah langkah kementerian ataupun kerajaan bagi membina satu sikap supaya ibu bapa daripada peringkat awal lagi menanam sifat menyimpan dalam apa juga bentuk, supaya semasa masuk ke IPT ini, mereka sudah mempunyai satu tabungan untuk membantu anak- anak selain daripada pembiayaan daripada pinjaman-pinjaman. Apa usaha-usaha yang dibuat oleh IPT untuk membina semangat menyimpan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, sebelum menteri menjawab, saya nak peringatkan satu perkaralah. Saya terbaca dalam masa saya membaca peraturan-peraturan Parlimen, dalam Parlimen India ada memberi satu garis panduan, etika dalam Parlimen ialah selepas bertanya soalan, seseorang itu tidak boleh meninggalkan Dewan serta-merta sebelum soalan itu dijawab sehabisnya. Begitu juga yang menjawab, sebelum soalan itu dikatakan telah habis, tidak boleh meninggalkan Dewan melainkan di dalam keadaan darurat. Terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang ini merupakan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Pengajian Tinggi memang telah membuat banyak brosur dan telah memberi banyak maklumat supaya dapat memberikan sedikit semangat ataupun memberikan banyak pengetahuan supaya semua simpanan ataupun membuat penyediaan untuk ibu bapa yang mungkin akan menghantar anak-anak mereka untuk belajar di universiti. Sehubungan ini, saya juga ini menekankan kepada seramai 139,84 orang pelajar supaya tampil memberi kerjasama membayar balik pinjaman yang kini berjumlah RM1 bilion. Bayaran balik ini sangat penting untuk membolehkan dana tersebut dimanfaatkan oleh peminjam yang lain, yang memerlukannya. Sekian.

Siti Mariah binti MahmudPAS · PRKota Raja · question

8. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan bercadang mewujudkan satu dokumen prototaip untuk perjanjian penjualan dan pembelian (sale and purchase agreement) di antara pemaju dan pembeli rumah yang mudah difahami.

Datuk Robert Lau Hoi ChewSUPP · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sibu

Terima kasih Yang Berhormat dari Kota Raja, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan peraturan 11(1), Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, (Pindaan) 2007, semua kontrak jualan atau belian untuk sesuatu rumah tempat tinggal, adalah diwajibkan untuk mengguna pakai bentuk kontrak yang telah ditetapkan iaitu:

Datuk Robert Lau Hoi ChewSUPP · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sibu

(i) Jadual G - bagi sesuatu rumah tempat tinggal bersama dengan bahagian tanah yang telah di pecah bahagi yang bersangkutan dengannya; (ii) Jadual H - bagi sesuatu rumah tempat tinggal di dalam sesebuah bangunan yang telah di pecah bahagi; (iii) Jadual I - bagi bina kemudian jual sesuatu rumah, tempat tinggal bersama dengan bahagian yang telah dipecah bahagi yang bersangkutan dengannya; dan (iv) Jadual J - bagi bina kemudian jual bagi sesuatu rumah tempat tinggal di dalam sesebuah bangunan yang di pecah bahagi. Oleh yang demikian, buat masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang untuk mewujudkan satu dokumen prototaip untuk perjanjian jual dan belian di antara pemaju dan pembeli rumah. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tahu bahawa kebanyakan daripada kita apabila membeli rumah ia adalah mungkin satu transaksi yang tunggal dalam seumur hidup kita. Perjanjian Jual Beli yang ada sekarang, kalau kita tilik amat susah difahami oleh orang biasa (common layman) berbanding dengan peguam. Malah orang profesional pun tidak boleh memahami dengan baik Perjanjian Jual Beli antara pemaju dan pembeli. Apa yang ingin saya sarankan adalah supaya format dan bahasanya laras dan juga penggunaan bahasa itu mudah difahami oleh orang biasa. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah menyebut jadual itu dan jadual ini, kebanyakan pembeli yang kita jumpa tidak ada kebolehan dan kemampuan untuk membaca keseluruhan Sales and Purchase Agreement ini dengan izin. Jadi, sekiranya kementerian tidak bercadang untuk mengadakan satu dokumen yang prototaip dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk melindungi pembeli-pembeli yang sekarang ini menjadi mangsa kepada satu perjanjian yang mereka sendiri tidak faham. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Memang perkara ini berlaku dan kementerian saya mencadangkan supaya semua pihak khasnya pembeli harus membuat perakuan sendiri untuk memastikan peruntukan dalam perjanjian jual beli mengikut format perjanjian yang telah ditetapkan. Saya pun tidak menafikan bahawa kadang-kadang pembeli tidak faham bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu yang digunakan dalam perjanjian. Mereka tidak faham sepenuhnya. Mereka perlu meminta peguam mereka untuk menjelaskan apakah peruntukan- peruntukan pada fasal-fasal dalam perjanjian tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Gelang Patah.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mendapati bahawa kementerian telah mewujudkan satu Jawatankuasa Tribunal untuk membantu menyelesaikan masalah yang timbul antara pemaju dan pembeli. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bercadang menubuhkan jawatankuasa sebegini untuk membantu pihak pembeli rumah kedai atau commercial lot sekiranya mereka menghadapi masalah dengan pemaju; kalau tidak apakah sebabnya. Sekian.

Terima kasih, Yang Berhormat. Memang benar kementerian saya telah mewujudkan satu tribunal untuk mengatasi dispute, dengan izin, antara pembeli dengan pemaju tentang masalah di dalam Perjanjian Jual Beli. Cadangan Yang Berhormat memang baik. Saya akan membawa cadangan ini kepada kementerian untuk dikaji. Terima kasih.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

9. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan: (a) kenapa begitu banyak disiarkan filem-filem atau rancangan luar negara di stesen televisyen tempatan dan kaedah tapisan dan kelulusan tayangan yang dilakukan; dan (b) peratusan filem atau rancangan luar.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lenggong, kesemua stesen televisyen swasta bebas ke udara (free to air) di tanah air tertakluk kepada syarat lesen yang mewajibkan 60% daripada kandungan ialah dalam bahasa Malaysia dan 40% dalam bahasa asing. Daripada 40% bagi kandungan dalam bahasa asing tersebut, 60% hendaklah merupakan kandungan tempatan. Sepanjang tempoh April 2008 hingga Ogos 2008 peratus purata penyiaran kandungan bagi stesen-stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad (MPB) ialah kandungan tempatan sebanyak 49.8% dan kandungan asing sebanyak 50.2%. Peratusan kandungan asing yang agak tinggi ini disebabkan oleh penyiaran kandungan asing oleh stesen 8TV sebanyak 67.2% dan NTV7 sebanyak 62%. Bagi stesen TV3 dan TV9 peratus purata penyiaran kandungan asing masih lagi rendah iaitu masing-masing 32% dan 39.4%. Bagi stesen TV Astro ia tidak tertakluk kepada syarat-syarat lesen yang menetapkan kadar peratusan tertentu kandungan tempatan. Ini disebabkan tujuan asal pelesenan stesen berkenaan adalah bagi membolehkannya menawarkan pelbagai saluran asing daripada satelit kepada rakyat Malaysia setelah melalui proses penapisan yang dibenarkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun pada masa ini terdapat 29 saluran tempatan yang di pakej sendiri oleh Astro di mana kebanyakan kandungan adalah merupakan kandungan tempatan. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau dan menggalakkan stesen-stesen televisyen swasta di Malaysia meningkatkan lagi penyiaran kandungan tempatan dari masa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kaedah tapisan dan kelulusan tayangan semua stesen TV swasta tanah air diwajibkan mematuhi segala peruntukan undang- undang yang terdapat dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dan juga undang-undang lain berkuat kuasa terhadapnya. Ini termasuk Akta Penapisan Filem 2002 yang menetapkan semua bahan filem sama ada untuk siaran di pawagam- pawagam atau di stesen-stesen TV yang meliputi program-program atau rancangan- rancangan TV yang dirakamkan perlulah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ditayangkan.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Berkenaan dengan jawapan soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab ia agak panjang meliputi peratusan tiap-tiap negara yang ada kena-mengena dengan tayangan filem di Malaysia, saya mohon menjawab bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya, kita kena akui hakikat bahawa berlaku perubahan nilai, perlakuan lucah, keganasan hasil daripada filem-filem dan rancangan-rancangan daripada luar negara. Ini dengan sendirinya menjejas nilai murni dan jati diri anak remaja yang hendak kita lahirkan. Persoalannya, apakah kerajaan buat sebarang kajian perkaitan dengan kesan-kesan buruk terhadap usaha pembangunan modal insan yang

diharapkan oleh kerajaan kesan daripada pengaruh filem-filem luar negara yang ditayangkan ini dan secara perbandingan, berapakah pendapatan yang diperolehi kerajaan atau TV tempatan melalui penayangan filem-filem luar negara sehingga kerajaan sanggup memberi laluan begitu mudah kepada penayangan filem-filem berkenaan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lenggong. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama iaitu berkenaan dengan nilai-nilai murni yang terjejas kerana pengaruh atau kesan dari tayangan- tayangan filem luar negara, filem asing kerajaan memang sentiasa mengambil perhatian berat berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan kementerian kita dan kerajaan memang sentiasa mencari jalan macam manakah nilai- nilai murni dan tingkah laku yang ada pada rakyat kita tidak terjejas sangat tetapi oleh kerana teknologi-teknologi yang baru, adalah sukar hendak kita elakkan rakyat kita terjejas kepada pengaruh-pengaruh atau kesan-kesan pengaruh akibat tayangan filem dari negara asing. Kita hanya mengharapkan ibu bapa dan juga sekolah-sekolah mengajar murid-murid kita supaya jangan sangat terjejas pada apa-apa yang ditayangkan dan pengaruh-pengaruh tayangan yang mereka tonton. Misalnya, kita sendiri juga terdedah kepada macam-macam tayangan yang ada tetapi oleh kerana kita sendiri tidak suka hendak tonton tayangan tersebut, kita pun tidak tahu apa yang ditayangkan di televisyen-televisyen swasta ataupun televisyen-televisyen kerajaan. Oleh kerana sikap dan perangai anak-anak dan rakyat kita di Malaysia, kita sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh asing dan lebih-lebih lagi bila stesen-stesen televisyen kita didigitalkan nanti. Ini akan menyukarkan kerajaan dan stesen-stesen televisyen untuk tidak menayangkan tayangan-tayangan dari negara luar. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh yang demikian, kerajaan dan kementerian kita menggalakkan dengan pelbagai tabung untuk rakyat di Malaysia menyediakan kandungan-kandungan tempatan untuk ditayangkan kerana pada masa sekarang tidak cukup kandungan- kandungan tempatan untuk ditayangkan di semua stesen televisyen yang kita ada. Berkenaan dengan pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan dari perlesenan saya tidak ada perangkaan Tuan Yang di-Pertua dan saya mohon menjawab secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tekun mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya cukup gembira apabila kerajaan menyerahkan kepada sekolah, kepada guru untuk mendidik. Pada masa yang sama sebenarnya kerajaan mempunyai tanggungjawab sosial yang cukup berat sebenarnya. Saya melihat dalam penyiaran-penyiaran yang ada di dalam TV-TV swasta dan sebagainya, terlalu banyak filem-filem yang berunsur lucah, yang cukup keterlaluan dan juga tahyul di samping ganas. Jadi adakah pihak kementerian bercadang bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan, JAKIM sebagai misalnya yang sudah mempunyai garis panduannya tersendiri di dalam persoalan hiburan ini dan adakah kerajaan bercadang mengetatkan lagi akta ataupun AKM 1998 yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Padang Terap dan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, ini memanglah dari pihak pembangkang dia memang selalu kecewa atas apa yang disediakan oleh kerajaan. Sekiranya mereka mengatakan mereka ini berpuas hati, jadi mereka bukan pembangkang lagi. Sekiranya sekolah dan guru-guru tidak dipertanggungjawabkan bagaimana pula kita boleh sama-sama mendidik anak-anak kita yang masih lagi dalam bangku sekolah? Tuan Yang di-Pertua, kita meminta semua lapisan masyarakat termasuklah pemimpin-pemimpin atasan dan bawahan seperti guru-guru dan ibu bapa sama-sama mengajar anak-anak kita berkenaan dengan apakah yang keterlaluan dan apakah yang lucah itu?

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencelah sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak Yang Berhormat, dalam sesi soal jawab tidak boleh mencelah.

Dan pada masa ini kita sudah ada Lembaga Penapisan Filem dan dari pandangan kerajaan tugas-tugas yang diserahkan kepada Lembaga Penapisan Filem sudah mencukupi dan bagaimanakah kita dapat mengelakkan pengaruh-pengaruh yang disebutkan oleh Yang Berhormat melalui perfileman ini boleh dielakkan dari rakyat kita itu adalah atas tanggungjawab kita sendiri, ibu bapa dan rakyat-rakyat Malaysia sendiri. Apakah yang keterlaluan, apakah yang lucah itu? Itu adalah tanggapan berbagai-bagai lapisan masyarakat tidak sama. Misalnya apakah yang lucah yang dikatakan oleh Yang Berhormat mungkin tidak lucah kepada rakan dan jiran yang berdekatan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu jawapan yang tidak bertanggungjawab. Sangat tidak bertanggungjawab. Tidak boleh macam ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat dalam sesi soal jawab tidak boleh mencelah Yang Berhormat.

Ini juga, Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.

Minta satu lagi soalan tambahan.

Manikavasagam a/l SundaramPKR · PRKapar · question

10. Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan peratusan penggunaan kompleks sukan komuniti dan berapakah jumlah perbelanjaan penyelenggaraan setahun bagi kesemua kompleks tersebut di negara kita, berikan mengikut perbelanjaan bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sepuluh buah kompleks dan pusat sukan komuniti baru disiapkan dalam tahun 2008. Oleh itu tiada laporan peratus penggunaan dan juga kos penyelenggaraan bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 seperti di dalam soalan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan telah berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit AntarabangsaUrgent matter

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang kehilangan ahli keluarga masing-masing. Saya juga amat bersimpati dan dapat menyelami perasaan sedih dan kesengsaraan mangsa-mangsa yang lainnya yang kehilangan harta benda dan juga terperangkap selama tiga hari ekoran terputusnya jalan utama ke Bukit Antarabangsa. Tuan Yang di- Pertua, pada jam 7.32 pagi semalam, saya telah memfailkan notis Usul Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya Mohamed Azmin bin Ali daripada Gombak, mohon mencadangkan bahawa tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa dan memusnahkan rumah kediaman serta merosakkan harta benda awam, semakin kerap berlaku ekoran kerakusan pemaju hartanah dan kelonggaran undang-undang, maka satu akta yang tegas digubal, untuk pembangunan di cerun dan lereng bukit yang berisiko tinggi demi menjamin keselamatan penghuni dan penduduk di sekitar kawasan pembangunan. Sistem pemantauan yang lebih berkesan dikuatkuasakan untuk mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh. Tuan Yang di-Pertua, pada 11 Disember 1993, Kondominium Highland Towers menyembah bumi dan meragut nyawa seramai 48 orang. Susulan kejadian ini, satu lagi tragedi tanah runtuh berlaku pada 20 November 2002 di Hulu Klang, yang mengorbankan lapan orang ahli keluarga, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, bekas Panglima Angkatan Tentera. Namun pihak pemaju hartanah dan agensi penguatkuasaan tidak belajar dari tragedi-tragedi ini. Nyawa manusia terus menjadi pertaruhan. Pada 1 Disember 2008, satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Ulu Yam Perdana yang mengorbankan dua nyawa sekeluarga. Tiga hari kemudian, tragedi yang sama berlaku di Jalan Semantan, Damansara yang memusnahkan 11 buah kenderaan awam. Pada 6 Disember 2008, tragedi tanah runtuh berulang di Bukit Antarabangsa dan mengorbankan empat nyawa apabila 14 buah banglo mewah tertimbus. Terkini, ada laporan polis yang mendakwa, beberapa mangsa masih tertimbus di dalam runtuhan tanah tersebut. Beberapa taman perumahan di kawasan puncak Bukit Antarabangsa terputus hubungan dan hampir 5,000 orang penduduk terperangkap dan lebih 1,500 rumah terputus bekalan elektrik dan air bersih. Penduduk-penduduk di Bukit Damansara terus dihambat dengan kebimbangan ekoran pembangunan lereng bukit yang sedang rancak dibangunkan oleh pemaju yang tidak mempedulikan bantahan dan keresahan persatuan penduduk. Undang-undang pembangunan di cerun dan lereng bukit perlu diperketat. Sistem pemantauan cerun yang berisiko tinggi perlu diperbaiki. Kumpulan pakar cerun dirujuk untuk memperkenalkan sistem amaran pergerakan tanah, mengkaji struktur cerun dan lereng bukit, corak pembangunan dan langkah penambatan serta reka bentuk sistem pengaliran untuk mengekalkan keseimbangan tanah semula jadi. Kerajaan perlu meneliti cadangan-cadangan kumpulan pakar ini secara serius termasuk penguatkuasaan undang-undang untuk mempertanggungjawabkan pemilik tanah persendirian untuk menyelenggarakan cerun tanah mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ketegasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor untuk tidak lagi meluluskan projek-projek pembangunan di cerun dan lereng bukit. Namun kenyataan seumpama ini sudah kerap kita dengar, bencana masih berterusan ekoran kedurjanaan segelintir yang tamak dan rasuah, sehingga mengorbankan kepentingan penghuni dan penduduk di kawasan pembangunan. Dalam tragedi yang terbaru, Kerajaan Negeri Selangor yang lama mestilah dipertanggungjawabkan sepenuhnya... [Tepuk] Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, Parlimen adalah medan yang terbaik untuk membahaskan isu yang penting ini supaya tragedi ini tidak berulang. Atas perkara yang tertentu, yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Gombak, pada hari Selasa 9 Disember 2008. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa, perkara yang

(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Untuk kepentingan orang ramai, ianya adalah bagi kepentingan orang ramai, sama ada ianya berkehendak disegerakan perkara ini juga perlu disegerakan. Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini dibahaskan... [Tepuk] Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3)(b), Usul ini hendaklah ditempohkan hingga pukul 4.30 petang ini, dan hendaklah ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Saya akan membenarkan pihak pencadang membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan menjawab selama 30 minit. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. [Setiausaha mengemukakan Urusan Mesyuarat] [Rang undang-undang bacaan kali yang pertama]

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad BadawiUMNO · BNPerdana Menteri · Kepala Batas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008... [Disampuk]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 26(1)(d), saya baca apa yang jadi isi kandungan peraturan mesyuarat itu. ”Kecuali jika ada syarat- syarat lain dalam peraturan-peraturan mesyuarat ini, usul-usul yang hendak dibawa dalam mesyuarat hendaklah didahulukan dengan Pemberitahu, kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini dan apa yang relevan adalah, “(d). Usul hendak mengambil apa- apa perkara dahulu daripada perkara lain dengan tidak mengikut susunan biasa;..” Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada peraturan mesyuarat hari ini, dan dalam perkara 46, muncul usul saya yang ada dibentangkan pada 14 hari dulu, daripada hari ini iaitu mengenai kelakuan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon perkara ini didahulukan dan dibincangkan sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini kerana dalam rang undang-undang itu khasnya dalam seksyen 5(1), seperti apa yang ada sekarang ini. Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan hendaklah menjadi pengerusi. Oleh itu lebih baik Tuan Yang di-Pertua jika usul saya ini yang ada dalam order paper pagi ini didahulukan dan diperbincangkan, sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pagi ini. Bolehkah saya dapat satu ruling?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya tidak nampak ada keperluan bahawa usul Yang Berhormat didahulukan daripada usul yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sila teruskan Yang Amat Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Point of order Tuan Yang di-Pertua. Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor di bawah Perkara 127 Perlembagaan Malaysia dan bukan peraturan yang biasa. Tentulah ini adalah satu erti yang khas supaya apabila ada keempat-empat Ahli-ahli Parlimen yang menyokong suatu usul sama ada setuju tidak setuju, perlulah ditangani dengan segera. Kalau tidak apa ertinya Perkara 127 di mana mengenai satu substantive motion. Bukan sahaja mengikut peraturan mesyuarat dewan yang mulia ini tetapi pun di bawah Perlembagaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekali saya nyatakan bahawa saya telah buat keputusan iaitu saya tidak nampak kewajarannya bahawa usul-usul Yang Berhormat Bukit Gelugor itu didahulukan daripada usul yang akan dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sila teruskan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua bolehkah kita bertanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila bacaan kedua akan timbul. Oleh kerana mengikut - mungkin ini akan dibahaskan hari esok dan kita baru terima rang undang-undang ini yang akan memansuhkan pencegahan, Prevention of Corruption Act yang kita ambil empat hari dalam tahun 1997 untuk membahaskan akta yang kita mansuhkan. Bolehkah kita ada satu jaminan bahawa kita ada masa yang cukup bukan sahaja untuk kaji tapi untuk membahaskan dan kita mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk first reading. Bolehkah dia ada di sini untuk second reading dan untuk winding up sendiri pun menunjukkan penting dalam perkara ini. Personal attention dan important.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah respons Yang Amat Berhormat.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk membuat peruntukan yang selanjutnya dan lebih baik bagi pencegahan rasuah dan bagi perkara-perkara yang perlu tentangnya dan yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berhubung dengan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan untuk mengatakan kuasa dan fungsi suruhanjaya itu untuk mendukung kebebasan berterus badan kehakiman dan untuk mengatakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENCEN (PINDAAN) (NO.2) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) (NO.2) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENYELARASAN PENCEN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencen Penyelarasan Pencen 1980; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNPerdana Menteri · Padang Rengas

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) (NO.2) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda akta Saraan Hakim 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang yang bernama Rang Undang-undang Kewangan 2008 untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Rang Undang-undang ini adalah bagi membolehkan perlaksanaan langkah percukaian yang diumumkan dalam Bajet 2009. Di samping untuk melaksanakan keputusan Kerajaan yang memerlukan pindaan kepada akta-akta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 72 fasal yang dibahagikan kepada 5 bab seperti berikut: Bab I - Permulaan. Dalam bab permulaan terdapat dua fasal seperti berikut: (i) Fasal 1 – menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan 2008; (ii) Fasal 2 – menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949,

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Peniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Bab II - Pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967. Mengandungi dua bahagian yang terdiri dari 48 fasal iaitu Fasal 3 hingga 50. Bahagian I - Bab II terdiri dari 44 fasal iaitu fasal 3 hingga 46 yang bertujuan untuk meminda Akta cukai Pendapatan 1967 seperti berikut: (i) Fasal 3 – menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat di atas akta tersebut. Kesemua pindaan kepada akta mempunyai tarikh kuat kuasa mulai tahun taksiran 2009.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tahun-tahun tafsiran berikutnya kecuali, perenggan 45(a) mulai tahun taksiran 2008 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. Seksyen 8, 9, 26, 28, 30, 31, 33, 34, 35, 36 dengan 43(a) seksyen 44, 46(b) dan seksyen 47, 48, 49 dan 50. Apabila berkuat kuasanya akta ini. Seksyen 5, 10, 15, 25, 37, 39, 40 dan 41 dan perenggan 42(d) pada 1 Januari 2009. Perenggan 42(c) dari 1 Januari pada 2009 hingga 31 Disember 2011. Subperenggan 46(e)(iii) bagi tahun taksiran 2009 dan 2010 dan seksyen 32 mulai tahun taksiran 2010 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 2 bagi memasukkan tafsiran ‘amended return’ yang berbangkit daripada pengenalan pindaan sendiri ke atas borang cukai pendapatan seperti yang akan dijelaskan di dalam fasal 21. Fasal 5, bertujuan meminda perenggan 6(1)(i) supaya pendapatan yang diagihkan oleh Amanah Pelaburan Harta Tanah atau REITS kepada pemegang unit selain daripada syarikat bermastautin dikenakan cukai pada kadar seperti yang ditetapkan di bahagian 10 jadual 1 akta, bagi tempoh selama tiga tahun seperti dinyatakan dalam fasal 42 kelak dan memasukkan perenggan baru 6(1)(k) supaya lain- lain pendapatan yang diterima oleh bukan pemastautin dikenakan cukai di dalam bahagian 13 jadual 1 pada kadar seperti yang dinyatakan di dalam fasal 42 kelak. Fasal 6 bertujuan meminda rebate diri dari RM350 kepada RM400 bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000. Fasal 7, 38 dalam perenggan 45(b) bertujuan meminda seksyen 7 dan subperenggan 28(1) Jadual 6 berbangkit daripada pemotongan seksyen 130. Dengan pindaan ini individu warga negara yang tidak bermastautin dan bertugas dalam perkhidmatan awam di kenakan cukai sebagai pemastautin. Fasal 8 dan 9 bertujuan meminda seksyen 15 dan 15(a) untuk memperuntukkan bayaran yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan kepada bukan pemastautin disifatkan diperolehi dari Malaysia. Fasal 10 bertujuan memansuhkan seksyen baru 15(b) supaya laba atau keuntungan yang termasuk di bawah perenggan 4F disifatkan telah diperoleh dari Malaysia. Fasal 11 bertujuan meminda seksyen 25 supaya fee pengarah atau bonus dikenakan cukai pada tahun diterima. Fasal 12 adalah bertujuan meminda subperenggan 32 perenggan 1(a) perenggan (b) perenggan (i), untuk memperluaskan skop penentuan nilai pasaran saham bagi tujuan pengiraan amaun manfaat skim saham pekerja atau employee share option scheme (ESOS) bagi meliputi saham syarikat yang tersenarai di mana-mana bursa saham selain Bursa Malaysia dan memasukkan subseksyen baru 32(4) untuk tidak mengambil kira nilai ESOS bagi tujuan pengiraan nilai tempat kediaman yang disediakan percuma. Fasal 13 bertujuan meminda perenggan 34(6)(h) supaya skop kerja amal dan komuniti yang layak mendapat potongan diperluaskan kepada projek bagi pemeliharaan atau pemuliharaan alam sekitar dan projek meningkatkan pendapatan golongan miskin. Fasal 14 bertujuan meminda perenggan 43(d) dan (e) dan subperenggan 46(d)(2) berbangkit daripada pemotongan Seksyen 31(a) Akta Penggalakkan Pelaburan 1986, berkuat kuasa mulai 31 Ogos 2007.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Fasal 15 bertujuan meminda perenggan 39(1)(j) untuk tidak membenarkan potongan kepada pembayar cukai yang tidak memegang amaun cukai bukan pemastautin berkenaan dengan pendapatan yang termasuk di bawah perenggan 4(f). Fasal 16 bertujuan untuk meminda subseksyen 46(6) (11b) dan (11c), supaya hak kelayakan untuk potongan cukai ditingkatkan dari 7% kepada 10% daripada pendapatan aggregrate syarikat. Fasal 17 bertujuan meminda Seksyen 44A, supaya kadar kerugian tahun semasa yang dibenarkan ditolak dalam layanan group relief ditingkatkan daripada 50% kepada 70%. Fasal 18 bertujuan meminda seksyen 53 supaya Persatuan Profesional dimasukkan ke dalam definisi Persatuan Perdagangan. Fasal 19 bertujuan memasukkan seksyen baru 53A untuk mewujudkan satu peruntukan khas bagi memberi layanan cukai pendapatan yang khusus bagi kelab. Fasal 20 bertujuan meminda seksyen 54A supaya keuntungan pendapatan perkapalan dicukai di peringkat pendapatan statutory dengan menganggap elaun modal telah dituntut. Fasal 21 bertujuan memasukkan seksyen baru 77B untuk membenarkan pembayar cukai membuat pindaan sendiri bagi kesalahan kekurangan lapuk pendapatan ataupun terlebih lapuk perbelanjaan atau elaun modal. Fasal 22 bertujuan memasukkan seksyen baru 91A yang berbangkit daripada kemasukan seksyen baru 77B, dengan pindaan ini penyata yang dipinda disifatkan sebagai notis tafsiran atau tafsiran tambahan. Fasal 25 bertujuan memasukkan seksyen baru 97A bagi memberi peluang kepada pembayar cukai membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan bagi kes yang tidak dikenakan cukai. Fasal 26 bertujuan meminda subseksyen 98(3) bagi membolehkan pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Fasal 27 bertujuan meminda subseksyen 103 untuk memasukkan seksyen baru (1A) yang berbangkit daripada pengenalan pindaan sendiri ke atas borang cukai pendapatan seperti yang telah dijelaskan dalam fasal 21. Amaun cukai asal atau tambahan berserta kenaikan cukai hendaklah dibayar pada masa borang pindaan sendiri dikemukakan. Tambahan kenaikan 5% akan dikenakan jika amaun cukai tidak dijelaskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ditetapkan untuk penghantaran borang penyata. Fasal 28 adalah bertujuan meminda perenggan 104(1)(b) untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mengeluarkan perakuan menghalang seseorang daripada meninggalkan Malaysia jika dia gagal membayar jumlah cukai yang dinaikkan. Meminda perenggan 104(1)(c) untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mengeluarkan perakuan menghalang seseorang daripada meninggalkan Malaysia jika tidak membayar cukai pegangan bukan pemastautin dan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluarkan perakuan menghalang daripada meninggalkan Malaysia kepada seseorang yang merupakan pengarah syarikat. Fasal 29 bertujuan meminda subseksyen 106(3) berbangkit daripada kemasukan subseksyen 103(1A). Fasal 30, 31 dan perenggan 33(b), 34(b), 35(b) dan 36(b) masing-masing bertujuan meminda seksyen 107A, 107B, 109, 109B, 109D, dan 109E untuk membolehkan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri meremitkan jumlah cukai yang dinaikkan di bawah seksyen ini. Fasal 32 bertujuan meminda seksyen 107C supaya kelonggaran bagi syarikat yang tidak mengemukakan anggaran bagi dua tahun tafsiran atau bila bermulanya perniagaan tidak terpakai bagi syarikat yang mengawal atau dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang modal berbayarnya melebih RM2.5 juta.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Fasal 37 bertujuan memasukkan seksyen baru 109F bagi mengadakan mekanisme untuk memegang cukai bukan pemastautin bagi pendapatan yang termasuk di bawah perenggan 4(f). Fasal 39 bertujuan memasukkan seksyen baru 138C bagi membolehkan pembayar cukai membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk perkiraan penentuan harga awal. Fasal 40 bertujuan memasukkan seksyen baru 140A bagi mengadakan peruntukan khas berkaitan dengan transaksi antara pihak yang berkaitan khususnya mengenai penentuan harga pindaan atau dengan izin transfer prizing dan permodalan tipis atau thin capitalization dengan izin. Dengan peruntukan ini Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh menggantikan pindahan harga jika transaksi tersebut dibuat tidak mengikut prinsip selengan atau arms length. Fasal 41 bertujuan meminda perenggan 154(1) yang berbangkit daripada pengenalan peruntukan bagi penentuan harga awal. Fasal 42 adalah bertujuan meminda jadual 1 seperti berikut: (i) meminda bahagian satu untuk memperkenalkan kadar cukai baru bagi individu pemastautin dan bukan pemastautin. Di samping itu pindaan ini juga bertujuan membendung pengenalan cukai dengan mendefinisikan semula syarikat kecil dan sederhana. Dengan pindaan ini kadar cukai keutamaan tidak terpakai bagi syarikat yang mengawal atau dikawal secara langsung oleh syarikat lain yang modal berbayarnya lebih daripada RM2.5 juta; (ii) meminda bahagian empat untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan koperasi; (iii) meminda bahagian 10 dengan tujuan menurunkan kadar cukai pegangan ke atas pendapatan yang diagihkan oleh writ kepada pegangan unit yang merupakan pelabur institusi asing dan pelabur individu masing-masing dari 20% dan 15% kepada 10%; dan (iv) memasukkan bahagian 13 bagi menetapkan kadar cukai 10% dikenakan ke atas bukan pemastautin bagi pendapatan yang termasuk di bawah perenggan 4(f). Fasal 43 bertujuan meminda jadual tiga seperti berikut: (i) memasukkan perenggan baru 2D supaya tiada elaun modal dibenarkan atas amaun yang dibayar kepada bukan pemastautin berkaitan pemasangan di satu loji atau jentera jika cukai pegangan ke atasnya tidak dijelaskan; (ii) memasukkan sub perenggan 19A(3), (4) dan (5) bagi memperuntukkan bahawa sekatan ke atas elaun khas bagi aset bernilai kecil tidak lagi terpakai bagi syarikat kecil dan sederhana; (iii) meminda sub perenggan 36 berbangkit daripada pengenalan peruntukan untuk kos merungkai, mengalih aset dan membaik pulih tapak yang mana kos berkenaan tidak termasuk sebagai perbelanjaan modal yang layak; dan (iv) memasukkan perenggan 67C bagi memperuntukkan bahawa kos merungkai, mengalirkan aset dan membaik pulih tapak yang perlu dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau perjanjian bertulis boleh diambil kira sebagai tambahan kepada bagi perbelanjaan. Fasal 44 bertujuan meminda Jadual 5 untuk memberi kuasa kepada pengerusi EKCP, melantik Timbalan EKCP sebagai pengerusi bagi perbicaraan lain yang berjalan serentak dengan perbicaraan yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Perenggan ini adalah berbangkit daripada pindaan yang dibuat dalam fasal 26.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Fasal 45 bertujuan meminda Jadual 6 untuk memperluaskan pengecualian cukai ke atas ... supaya meliputi anugerah inovasi dan produktiviti di samping meningkatkan amaun pengecualian daripada RM1,000 kepada RM2,000. Fasal 46 bertujuan meminda Jadual 7A seperti berikut: (i) meminda perenggan 1, 1A, 1C dan 11 bagi memanjangkan tempoh operasi syarikat dari satu tahun kepada tiga tahun bagi membolehkan tuntutan elaun pelaburan semula; (ii) meminda perenggan 1B untuk menghalang tuntutan elaun pelaburan semula ke atas aset yang dipindah milik oleh syarikat dalam kumpulan yang sama yang mana aset tersebut telah diberi elaun pelaburan semula sebelum ia dipindah milik;

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

(iii) meminda perenggan 2A untuk menarik balik elaun pelaburan semula yang telah diberi jika aset berkenaan dilupuskan dalam tempoh lima tahun daripada tarikh pemerolehan aset. Menggantikan subperenggan 7(b) berbangkit daripada pengenalan seksyen-seksyen baru dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986; (iv) meminda subperenggan 8(i)(a) berikutan daripada pengenalan maksud manufacturing di perenggan 9 bagi tujuan projek yang layak untuk diberi elaun pelaburan semula; (v) meminda subperenggan 8(ii)(b) untuk menambah baik galakan elaun pelaburan semula bagi ternakan ayam dan itik. Dengan pindaan ini projek yang layak untuk tuntutan elaun pelaburan semula bagi ternakan ayam dan itik diperluaskan untuk meliputi pembesaran perniagaan ayam dan itik berkaitan dengan sistem reban tertutup dan meminda perenggan 9 untuk memberi takrifan kepada perkataan “manufacturing” supaya lebih jelas dan telus. Bahagian II - Peruntukan Kecualian dan Peralihan. Bahagian II, Bab II terdiri daripada empat fasal iaitu Fasal 47 sehingga 50 yang mengandungi pindaan kepada Peruntukan Kecualian dan Peralihan dan hendaklah dibaca bersama dengan dan sebagai tambahan kepada seksyen 45, 46 dan 51 Akta Kewangan 2007. Peruntukan Kecualian dan Peralihan ini adalah berikutan peralihan sistem percukaian daripada sistem adjudikasi penuh kepada sistem percukaian single-tier mulai tahun taksiran 2008. Tempoh peralihan selama enam tahun sehingga 31 Disember 2013 diberi kepada syarikat yang mempunyai baki kredit akaun seksyen 108. Untuk menggunakannya bagi tujuan pengagihan dividen. Perkara ini telah diumumkan dalam Bajet 2008 yang lalu. Pindaan ini terlibat adalah seperti berikut: Fasal 48 bertujuan menambah peruntukan seksyen 45 untuk memastikan semua syarikat mengemukakan penyata bagi maksud menentukan status baki kredit akaun seksyen 108 atau apa-apa lebihan baki kredit yang disebabkan oleh pengurangan cukai atau pembayaran dividen yang melebihi baki kredit yang ada. Syarikat perlu mengemukakan penyata walaupun tidak membayar dividen ataupun jika syarikat telah membuat pilihan di bawah seksyen 50 untuk mengabaikan baki kredit yang ada. Fasal 49 bertujuan menambah peruntukan seksyen 46 untuk memperuntukkan bahawa jika dalam tempoh peralihan sistem cukai single-tier terdapat cukai dilepaskan, direlate atau dibayar balik melebihi baki kredit yang ada, lebihan tersebut merupakan hutang kepada kerajaan. Selanjutnya jika syarikat telah membayar dividen melebihi baki kredit yang ada, lebihan tersebut merupakan hutang kepada kerajaan. Jika amaun tersebut tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, kenaikan cukai 10% boleh dikenakan.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Fasal 51 bertujuan menambah seksyen 51 untuk memperuntukkan bahawa tiada kredit seksyen 110 dibenarkan jika syarikat membayar dividen selain daripada dalam bentuk tunai. Bab III, pindaan kepada Akta Setem 1949. Bab III terdiri daripada 15 fasal iaitu Fasal 51 hingga 65 yang bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 seperti berikut. Fasal 52 adalah bagi meminda seksyen 2 untuk memasukkan takrif “stamp certificate” dan meminda takrif “duly stamp” yang berbangkit daripada pengenalan pembayaran duti setem melalui perantara elektronik. Fasal 53 bertujuan meminda seksyen 7 untuk memperkenalkan cara penyeteman yang baru iaitu sijil setem yang diperoleh melalui saluran elektronik dikepilkan kepada surat cara sebagai keterangan bahawa duti telah dibayar. Pindaan ini juga berbangkit daripada pengenalan pembayaran duti setem melalui perantara elektronik. Fasal 54 bertujuan memasukkan seksyen baru 11A bagi membolehkan perakuan pembayaran duti dibuat ke atas dokumen replika dengan syarat pemungut berpuas hati bahawa duti atas surat cara asal telah dijelaskan. Bayaran fi RM100 dikenakan bagi setiap permohonan. Fasal 55 bertujuan meminda seksyen 12 untuk menganggap replika surat cara telah disetemkan melalui pengesahan atas replica itu atau sijil setem bagi penyeteman yang dibuat melalui perantara elektronik. Fasal 56 adalah bagi meminda seksyen 36 untuk menyeragamkan kesemua jenis taksiran iaitu melalui proses adjudikasi tanpa dikena fi adjudikasi sebanyak RM10. Fasal 57 dan 58 bertujuan meminda seksyen 37 dan 40 berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 36. Fasal 59 dan 62 bertujuan meminda seksyen 48 dan seksyen 59A berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 9 berikutan pengenalan pembayaran duti setem melalui perantara elektronik. Fasal 60 bertujuan memasukkan seksyen baru 50A untuk memperuntukkan bahawa pemungut boleh memungut duti sebenar dan penalti walaupun terdapat kesilapan dalam penaksiran. Fasal 61 adalah bagi memasukkan subperenggan baru 57(f)(vi) untuk membenarkan bayaran balik duti dibuat jika transaksi tidak boleh dilaksanakan disebabkan perjanjian jual beli dibatalkan, dimansuhkan atau ditamatkan. Selain dari itu, tempoh permohonan bayaran balik duti diberi sehingga dua bulan daripada tarikh surat cara pindah milik ditolak oleh Pendaftar Hak Milik. Fasal 63 bertujuan memasukkan seksyen baru 77A dan 77B untuk membenarkan pembayaran duti melalui perantara elektronik. Walau bagaimanapun seseorang itu perlu berdaftar dengan pemungut terlebih dahulu. Melalui sistem ini, taksiran dan pembayaran duti serta perakuan pemungut akan dilakukan secara elektronik. Fasal 64 bertujuan untuk memasukkan perenggan baru 82(aa) untuk memberi kuasa kepada menteri menetapkan perakuan setem dan resit rasmi. Fasal 65 bertujuan untuk memindah butiran 22(1) Jadual Pertama untuk mengenakan duty ad valorem ke atas surat cara perjanjian pinjaman perkhidmatan dan pajakan peralatan.

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

Bab IV, pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab IV mempunyai lima fasal iaitu fasal 66 hingga 70 yang bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 seperti berikut: (i) Fasal 66 mengatakan tarikh kuat kuasa bagi fasal 66 mulai tahun taksiran 2010 dan tahun-tahun taksiran berikutnya; (ii) Fasal 67 bertujuan meminda sub seksyen 16(7)(b) untuk memperluaskan ruang lingkup potongan berkenaan projek komuniti untuk meliputi projek pemeliharaan atau

Dato Kong Cho HaMCA · BNLumut

pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan pendapatan golongan miskin; (iii) Fasal 68 bertujuan memasukkan seksyen baru 61(a) supaya selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membolehkan pembayar cukai membuat rayuan terhadap kes tidak dikenakan cukai. Rayuan hendaklah dibuat kepada TKCP dalam masa 30 hari dari tarikh Notis Pemberitahuan Tidak Dikenakan Cukai yang dikeluarkan oleh KP Lembaga Hasil Dalam Negeri; (iv) Fasal 69 bertujuan memasukkan perenggan baru 2(a) Jadual Kedua, supaya perbelanjaan modal yang dilakukan bagi loji atau jentera tidak dikenakan potongan jika cukai pegangan ke atasnya tidak dijelaskan; dan (v) Fasal 70 bertujuan meminda perenggan 1, Jadual Ketiga untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Petroleum. Bab V. Pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990. Bab V mempunyai dua fasal iaitu fasal 71 hingga 72 yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 seperti berikut: (i) Fasal 71 menyatakan tarikh kuat kuasa bagi bab ini adalah mengenai tahun taksiran 2009, dan tahun-tahun taksiran berikutnya; dan (ii) Fasal 72 bertujuan meminda subseksyen 3(a)(2) untuk memperuntukkan bahawa syarikat luar pesisir yang memilih untuk dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, mesti membuat pemilihan dalam masa tiga bulan selepas permulaan tempoh access ataupun asas sesuatu tahun taksiran. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak banyak perkara hendak dibahaskan dalam rang undang-undang ini kerana ianya lebih merupakan pelarasan hasil daripada pembentangan belanjawan tahun 2009. Cuma saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dapati apabila rang undang-undang ini dibentangkan, bahasanya dicampuradukkan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saya hendak tanya apakah selama ini belum ada lagi Akta Ibu. Apabila dirujuk apabila dibentangkan rang undang-undang ini, saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, contohnya seksyen 32, seksyen 107C Akta Ibu dipinda daripada subseksyen (4A) dengan menggantikan perkataan, “where a accompany”, dengan perkataan, “subject to subsections (4B) dan (4C), where a accompany.” Maknanya dicampuradukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Jadi ini pun satu masalah juga. Kalau pihak kerajaan sendiri tidak memahami hendak menghormati bahasa Melayu, siapa lagi kita hendak harap untuk rakyat dan pihak-pihak lain menghormati bahasa Melayu? Saya ingin memberi cadangan supaya lain kali, supaya apabila membentang rang undang-undang, mana-mana sahaja kementerian, supaya apabila merujuk kepada Akta Ibu pun disebut dan ditulis dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini sudah jadi bahasa carca marba

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

undang-undang dicampuradukkan dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jadi saya pun tidak ada minat hendak bahas sebab bila lihat cara akta ini dibentangkan bahasa ini. Dan saya hendak tarik perhatian supaya perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau kita hendak mendaulat bahasa Melayu ianya juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita, di mana di bawah peraturan 152(1), segala urusan rasmi kerajaan mesti dilakukan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tidak faham lagikah? Berapa kali kita hendak ingatkan, berapa kali kita hendak suarakan. Hal ini sepatutnya diambil perhatian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, lain-lain saya tidak ada hendak sentuhlah banyak juga hendak bercakap tetapi tidak ada mood. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyentuh dan saya setuju dengan apa yang disebut oleh Pasir Mas tadi ini bahawa pihak kerajaan harus memberikan perhatian yang serius dalam penguatkuasaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Kita asyik dok kompelin pihak-pihak lain yang kononnya dikatakan tidak menghormati soal penggunaan bahasa kebangsaan, tetapi bagi saya bahawa masih lagi meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama sama ada di jalan dan sebagainya, tetapi kerajaan macam tidak serius dalam menghormati bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Saya cuma hendak menyentuh berkaitan dengan pindaan kepada Akta Petroleum tadi berkaitan dengan soal percukaian kepada petroleum. Cuma ingin saya hendak mendapat satu penjelasan daripada pihak kerajaan tentang, berapakah jangkaan hasil yang akan kita peroleh daripada hasil percukaian melalui pendapatan petroleum melalui syarikat-syarikat khususnya daripada Petronas sendiri kepada negara kita, kepada kerajaan kita. Sebab kalau kita lihat kepada pembentangan belanjawan yang dibuat ini, belanjawan ini dibuat berasaskan kepada harga minyak antarabangsa berada pada USD125 satu tong pada waktu itu. Dan sekarang, kita sudah pun berada pada harga minyak dalam lingkungan antara USD44 ataupun USD45 satu tong. Maka sudah tentu bahawa jangkaan dari segi hasil pendapatan negara kita dari sudut percukaian khususnya juga akan turut merosot. Jadi ini sangat penting untuk kita melihat, apakah penyesuaian pindaan-pindaan ini nanti walaupun dari undang- undangnya memang kita boleh membuat penyesuaian kepada belanjawan yang telah pun dibentangkan tetapi penyesuaian yang aktualnya dari sudut perbelanjaan kita nanti, apakah dari sudut kemampuan dan keupayaan kerajaan dalam hendak menghadapi permasalahan suasana krisis ekonomi yang sedang melanda dunia dan terkesan kepada negara kita. Dan kita memerlukan kepada satu sumber pendapatan kita yang lebih, khususnya daripada percukaian-percukaian melalui petroleum ini. Sebab kita memerlukan perbelanjaan pendapatan kita untuk kita berbelanja bagi kepentingan masyarakat dan rakyat. Rakyat di kampung sekarang ini Tuan Yang di-Pertua begitu bermasalah harga getah berada pada harga getah sekerap sekarang ini berada pada RM1.00 sekilo. Mereka tidak lagi mampu, dan RM1.00 sekilo itu yalah, ada harga tetapi masalahnya sekarang, pembeli-pembeli yang mereka dok beli getah selama ini tidak hendak beli lagi getah sebab mereka tidak mampu kerana stok sudah berlebihan kerana harga getah itu hari-hari turun.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apabila hari-hari turun, jadi orang yang hendak beli dia tidak mahu beli lagi getah sebab dia tidak mahu menanggung kerugian sedangkan ini menimbulkan masalah kepada masyarakat di kampung. Jadi, bagaimana kerajaan hendak menguruskan dari segi perbelanjaan negara kita dalam konteks untuk menjaga kepentingan kehidupan rakyat dari sudut kebajikan dan sebagainya. Kedua, yang saya hendak sentuh di sini berkaitan dengan soal bagaimana kita menguruskan kewangan hasil daripada percukaian yang kita buat, yang kita perolehi daripada syarikat-syarikat yang telah memperolehi keuntungan. Akan tetapi dalam konteks untuk kita hendak memastikan supaya wang yang kita belanja itu mestilah perbelanjaan yang betul-betul boleh memberikan manfaat kepada rakyat. Jadi, sebab

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

itu saya ingin hendak tanya tentang janji Menteri Kewangan Kedua di Parlimen ini sewaktu menggulung perbahasan dasar kita apabila saya membangkitkan persoalan berkaitan Syarikat Telekom Malaysia. Syarikat Telekom Malaysia yang juga turut memberikan hasil cukai, membayar cukai kepada kerajaan. Di mana janji pihak kerajaan untuk mengkaji atau pun meneliti semula tentang projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang telah pun diputuskan untuk diberikan kepada Telekom Malaysia dengan nilai hampir RM12 bilion sedangkan saya berhujah pada waktu itu bahawa kita masih mempunyai alternatif-alternatif yang lain perbelanjaannya tidak sampai kepada peringkat yang sebanyak itu di mana kita boleh menggunakan seperti yang saya katakan Digital Power Line (DPL) dan kita boleh menggunakan wimax dan sebagainya. Jadi, apakah kerajaan telah pun meneliti cadangan-cadangan yang telah saya buat sebelum ini untuk memastikan supaya perolehan maknanya kita dapat daripada hasil cukai itu nanti yang sepatutnya kerajaan membelanjakan RM3 bilion. Yang selebihnya RM9 bilion itu yang dibelanjakan oleh Telekom. Jadi, saya tidak mahu nanti bahawa hasil pendapatan kerajaan, kita membelanjakan kepada perkara-perkara yang sepatutnya kita boleh berbelanja dengan harga yang lebih murah tetapi kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi ataupun lebih besar khususnya seperti Projek Jalur Lebar berkelajuan tinggi ini. Ini sangat penting sebab saya masih tidak dapat apa-apa maklumat tentang perkembangan ini sebab saya bimbang bahawa kalau kerajaan terus juga dengan keputusan yang sebelum itu, ini sesuatu yang malang sebab saya telah berhujah. Saya katakan bahawa kita hanya boleh berbelanja dalam lingkungan RM3 bilion sahaja bukan untuk sampai peringkat RM12 bilion. Sebab itu saya sangat meneliti kepada soal aktual perbelanjaan kita. Kita tidak mahu nanti kita hanya memikirkan hasil pendapatan tetapi corak dan cara pengendalian pengurusan kewangan kita itu tidak menggambarkan kecekapan kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyebut berkenaan pindaan seksyen 39 iaitu perkara 15 iaitu memasukkan seksyen 109B dengan perkataan atau/or 109F. Itu berkenaan dengan meminda untuk tidak membenarkan potongan kepada pembayar cukai yang mana tidak menjelaskan cukai pegangan seperti yang dibaca oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Oleh sebab withholding tax ini dikhususkan kepada pembayar cukai persendirian atau pun syarikat yang mana bertujuan untuk memastikan bahawa tanggungjawab percukaian dilaksanakan atau cukai yang kena dibayar sepatutnya dibayar terlebih dahulu sebelum mereka dilepaskan sebahagian daripada jumlah yang dipegang di bawah seksyen withholding tax tadi. Maka, dengan memasukkan seksyen 109F iaitu tidak membenarkan mereka ini menerima apa-apa potongan mahupun faedah seperti tolakan daripada elaun modal, elaun-elaun yang sebelum ini dibenarkan kepada individu ataupun syarikat. Maka, saya berpendapat bahawa memasukkan seksyen 109F memerlukan satu badan atau satu seksyen baru untuk memastikan perjalanan untuk membenarkan potongan- potongan cukai ini berjalan dengan baik sebaik sahaja pematuhan kepada withholding tax. Saya merasakan kuasa atau provision yang dibenarkan kepada pentadbir cukai untuk menentukan kaedah withholding tax selalunya dipertikaikan. Sebagai contoh, pematuhan ini selalunya mempunyai tempoh untuk disahkan. Ada kes di mana pematuhan kepada withholding tax telah pun dibuat tetapi dari segi kebenaran untuk menerima ataupun tidak menerima elaun-elaun yang dibenarkan seperti elaun modal, elaun bangunan industri dan sebagainya masih lagi tidak dibuat kerana cukai pegangan untuk dilepaskan memerlukan kepada satu pengesahan. Kes ini juga terlibat di mana seksyen 104 iaitu kuasa untuk menghalang seseorang pembayar cukai sama ada bermastautin atau tidak bermastautin meninggalkan negara atas tujuan yang disebutkan tadi kerana ketidakpatuhan kepada cukai pegangan di bawah seksyen 109 yang kini ditambah kepada 109F. Saya mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menerangkan langkah-langkah cadangan untuk memastikan perkara ini tidak menjadi satu bebanan kepada para cukai bermastautin, seterusnya akan menjadikan satu isu internasional kepada bukan pemastautin yang terdiri daripada sudah tentu pelabur-pelabur asing

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

yang kita juga meminda beberapa seksyen seperti seksyen 46 yang juga untuk mewujudkan satu galakan kepada pelaburan-pelaburan luar. Kalau kita perhatikan beberapa kes rungutan pembayar-pembayar cukai terutama yang bukan bermastautin, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengesahan kepada pelepasan seksyen 104. Ada di antara mereka yang pernah mengemukakan bantahan mereka kerana pihak yang berada di last frontier itu di check point-check point di lapangan terbang dan sebagainya adalah diletakkan di bawah kuasa pihak berkuasa imigresen. Pihak berkuasa imigresen mesti atau pun wajib mendapat pengesahan daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan seorang pembayar cukai itu sama ada boleh meninggalkan negara atau pun tidak. Suasana yang begitu kritikal di check point, di imigresen tadi selalunya menjadi bahan pertikaian terutamanya apabila pembayar-pembayar cukai bukan pemastautin yang selalunya merupakan pengarah-pengarah lantikan kepada syarikat-syarikat asing yang berada di dalam negara merasa tidak puas hati. Ini akan memberi satu imej atau gambaran yang berlaku ketidakcekapan dari segi memberi pengesahan terhadap seksyen ini. Perkara ini juga berlaku kepada beberapa kes yang melibatkan pemastautin iaitu warga negara yang terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapatkan pengesahan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya bercadang dan memohon supaya satu sistem pengesahan terhadap pelepasan seksyen 104 yang dikenakan sebagai sampingan terhadap withholding tax, ataupun cukai pegangan tadi diperkenalkan atau dinaiktarafkan. Ini supaya elemen ketidakcekapan ini tidak tergambar dalam masa kita nak menguatkuasakan seksyen 109B dan menambah kepada 109F. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang saya ingin sebut di sini adalah berkenaan dengan pindaan Jadual 7A, iaitu perkara fasal 46 yang disebutkan tadi itu pindaan kepada akta ibu. Yang mana bertujuan untuk menghalang kebenaran ataupun kelulusan elaun pelaburan semula kepada syarikat yang sama kepentingan ataupun pengarah-pengarah yang sama memiliki beberapa syarikat untuk tujuan memanipulasi kemudahan ataupun facilities yang diberi dalam menuntut elaun pelaburan semula. Sekali lagi perkara ini sebenarnya banyak menyangkut atau berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai sebahagiannya entiti ataupun pegangan yang juga dibuat secara persetujuan bersama yang melibatkan entiti-entiti bukan pemastautin. Baru-baru ini kita ada membincangkan kaedah untuk memberi kelulusan, elaun-elaun modal kepada syarikat-syarikat yang mempunyai syarikat induk iaitu yang banyak terletak atau tertakrif di bawah SME ataupun syarikat-syarikat berstatus kecil dan sederhana dengan definisi modal pusingan masing-masing. Perkara ini juga menjadi satu kebimbangan di mana halangan untuk membenarkan elaun pelaburan semula dalam syarikat-syarikat yang juga mempunyai kaitan kepada syarikat ibu ataupun syarikat yang dipunyai oleh sebahagian entiti-entiti asing. Yang mana kita tidak iktiraf secara jelas, maksud saya ada sebahagian syarikat- syarikat yang menggunakan proksi orang-orang tempatan atau pemastautin, hanya tujuan semata-mata untuk mendapat manfaat daripada elaun pelaburan semula. Saya juga memikirkan satu kaedah untuk pihak pentadbir cukai supaya menentukan definisi ataupun cara untuk mengenal pasti elemen mengambil kesempatan terhadap syarikat- syarikat tempatan untuk tujuan mendapatkan keuntungan ataupun mengurangkan cukai kena bayar dalam syarikat-syarikat yang juga dimiliki oleh sebahagiannya entiti asing. Tuan Yang di-Pertua, maaf. Berkenaan dengan pindaan jadual perenggan 9 iaitu perkara (i) iaitu berkenaan dengan elaun-elaun modal untuk industri-industri berkenaan dengan ayam dan itik, seperti yang dicadangkan dalam bacaan terdahulu. Untuk kita menentukan sama ada projek ataupun perniagaan tersebut bagi tujuan memberi pelepasan elaun modal, elaun pelaburan semula dan juga elaun-elaun yang boleh menjadikan perniagaan ini mendapat faedah mengurangkan cukai kena bayar mereka masing-masing. Pentakrifan sistem reban tertutup seperti yang disebut secara jelas ini. Saya nak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Menteri, klasifikasi atau cara kita nak menentukan secara sistematik, takrifan yang mungkin boleh menyekat sesuatu syarikat atau projek atau usaha persendirian untuk mereka

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

mendapat tuntutan elaun, modal ataupun elaun pelaburan semula di dalam industri atau perniagaan ayam dan itik seperti yang kita cadang. Memang tujuan kita untuk menggalakkan livestock ataupun industri ternakan untuk menambah pengeluaran makanan dan juga daging ayam dan itik seperti yang kita cadangkan. Namun sehingga kini, industri ini memang dilihat sebagai industri kecil- kecilan dan sistem reban tertutup memang menjadi salah satu daripada kaedah semasa untuk industri penternakan. Saya mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk kalau boleh melihat industri penternakan ayam dan itik dalam suasana yang lebih luas lagi. Itu juga barangkali demi menggalakkan industri-industri kecil dan sederhana di kampung- kampung yang mereka juga sebenarnya terlibat dalam program ataupun industri menternak ayam dan itik. Jikalau boleh, mereka juga diberikan galakkan untuk mendapat tujuan pemberian elaun modal. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan Bahagian II, Peruntukkan Kecualian dan Peralihan. Sebentar tadi ada disebut berkenaan dengan peralihan tempoh perakaunan sesuatu syarikat. Saya sebenarnya kurang jelas tentang perkara yang disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi iaitu tempoh enam bulan, sebagaimana digariskan di bawah seksyen 48, 49 dan 50 seperti yang disebutkan tadi. Adakah ini berkenaan dengan tempoh asas perakaunan sesebuah syarikat, ataupun tempoh untuk meminda tahun asas kepada sesuatu perniagaan syarikat. Saya tinggalkan dulu perkara yang tidak jelas. Barangkali selepas Timbalan Menteri menerangkan semula berkenaan dengan kekaburan ini, saya cuba untuk menyambung semula berkenaan perkara ini. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penerangan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama membahaskan di peringkat dasar ini. Rang Undang- Undang Kewangan 2008 yang tentunya tidak berbekalkan rang undang-undang ini pada lebih awal, maka perbahasan ini terpaksa mengambil pendekatan yang lebih bersifat dasar, lebih makro dan strategik sifatnya mungkin.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa pun, keperluan kepada pindaan rang undang-undang ini terbit daripada pembentangan belanjawan yang lalu dan juga akibat daripada sebutan yang dikatakan suntikan RM7 bilion yang masih menunggu butiran-butiran yang lebih terperinci. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin merujuk secara khusus buat awalnya perkara yang menyebut Bab V, maaf, bukan lima. Bab IV Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Petroleum yang secara dasarnya ingin saya tanyakan hasil tekunan saya tentang Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan Tahunan 2009. Apa yang dibuat anggaran hasil itu pada muka surat 108, saya dapati ternyata di situ pendapatan daripada operasi petroleum Pihak Berkuasa Bersama Malaysia – Thailand (MTJA) atau income from petroleum operation Malaysian-Thailand Joint Authority yang di sana dinyatakan pada tahun 2007 dan juga 2008 terdapat pendapatan menyebabkan jumlah pendapatan daripada aktiviti cari gali minyak dan gas MTJA itu berjumlah kurang lebih RM238 juta pada tahun 2007 dan RM268 juta pada 2008. Seterusnya ia anggaran ataupun estimate untuk tahun 2008, penghujungnya revise version RM519.566 juta dan dikatakan bahawa jumlah hasil bukan cukai ataupun total non-tax revenue seperti mana yang tertera di muka surat 109 - RM43.9 juta dan seterusnya di mana ia merupakan jumlah hasil bukan cukai ataupun non tax revenue. Persoalan yang saya ingin bangkitkan untuk mendapat penjelasan daripada kementerian dan menteri adalah apakah Kerajaan Persekutuan bersedia memberikan royalti khususnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Di mana sebagai selaku kerajaan negeri yang seharusnya mendapat royalti ini, apakah kementerian bersedia untuk membayar royalti 5% itu. Tuan Yang di-Pertua, adapun saya beralih kepada perkara yang lebih mustahak. Susulan daripada suasana yang sedang gawat dan dikatakan bahawa suasana akan lebih gawat. Dalam suasana ekonomi dan penguncupan ekonomi global, runtuhan institusi-institusi perbankan dan kalau dulunya kita sebutkan tentang

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

kita bebas daripada kesan kewangan ini, tetapi mutakhir ini kita sudah bersedia menerima kalau pun kita bebas daripada kesan impak kewangan itu tapi pada kesan fasa duanya yakni kesan ekonominya, maka kita tidak boleh tidak menerima bahawa hakikat akan berlaku kesan yang parah itu yang akan menimpa ekonomi negara kita ini. Kita diberi faham pelbagai negara membuat suntikan-suntikan besar. Seumpama China baru-baru ini membuat suntikan bukan RM7 bilion Tuan Yang di- Pertua tetapi sebanyak RM2.1 trilion bersamaan USD586 bilion. Satu rangsangan yang cukup besar untuk mengelakkan kelembapan khususnya kepada negaranya. Akan tetapi suntikan yang sebesar itu hanya mampu merangsang bursa-bursa khususnya di rantau ini untuk hanya beberapa hari yang menunjukkan dan mengisyaratkan kita satu yang agak ngeri juga. Kalaulah suntikan sebesar itu tidak dapat merangsang kesan kelembapan ekonomi dunia yang hasil bermula daripada krisis sub prima Amerika ini, ia cukup menakutkan. Bayangkan kalau kita hanya mampu menyuntik RM5 bilion sahaja melalui ValueCap kepada apa yang dikatakan syarikat-syarikat under value itu, agaknya berapa lama sahaja, beberapa jam sahaja agaknya it will evaporate dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, suasana seperti ini meletakkan kita perbahasan dalam Dewan ini kepada tahap ini betul kita perlu melihat kepada rang undang-undang ini yang hasil daripada belanjawan baru-baru ini, ia melihat kepada banyak perkara yang lebih bersifat teknikal, bersifat struktural mungkin. Percukaiannya, Akta Setemnya, sedikit sebanyak pindaan kepada Akta Petroleumnya dan juga Akta Perniagaan Luar Pesisir, offshore financial activities. Akan tetapi yang perlu kita hadapi Tuan Yang di-Pertua, secara lebih serius, secara lebih bertanggungjawab dan transparent adalah apakah pendekatan strategi dalam mendepani kelembapan ini. Sehingga kini kita masih belum lagi menerima satu jawapan, satu pembentangan yang lebih jelas khususnya RM7 bilion yang disebut-sebutkan baru-baru ini. RM7 bilion Tuan Yang di-Pertua, adalah jauh tersasar daripada kehendak yang sebenarnya. Pakar-pakar ekonomi dan kewangan mutakhir ini menyebutkan tak kurang daripada RM40 bilion mungkin perlu disuntikkan untuk merangsang ekonomi negara ini supaya ia dapat mengelakkan recession ataupun kelembapan ekonomi itu. Recession, apa ya recession?

Kemelesetan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kemelesetan ekonomi negara ini Tuan Yang di-Pertua. Maka, kalau hanya RM7 bilion dan butirannya pun tidak dilihat hingga hari ini, kita mengkhuatiri kalaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengatakan bahawa kita akan dapat mengelakkan kemelesetan ini dalam dua quarter ataupun first half of 2009. Namun, fakta-fakta yang bakal saya sebutkan ini sudah menunjukkan bahawa kita sedang menuju kepada satu kemelesetan yang tentunya semacam satu kepastian. Maka, perbahasan yang perlu dibawa dalam Dewan yang mulia ini bukan hanya daripada sudut teknikal pindaan-pindaan ini tetapi kita mahu dengar daripada Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan sendiri, jumlahnya berapa untuk suntikan itu dibuat. Bagaimana gearing ataupun hutang itu mampu ditanggung. Maksudnya sumber daripada mana hendak dipetik ataupun hendak dijana ataupun hendak diambil. Apakah kita terus-terusan akan mengeluarkan bon dan yang lebih penting daripada itu adalah ke mana akan dibelanjakan. Akhir sekali bagaimana hendak menangani supaya dapat dijauhkan ketirisan dan kebocoran akibat seperti mana yang disebutkan oleh salah seorang pakar ekonomi, “Kalau kita dapat menyelamatkan ketirisan ini, kita akan dapat menyelamatkan tidak kurang daripada 20% daripada perbelanjaan bajet baru- baru ini”. Maksudnya dengan kata lain, we will able to save, kita akan dapat menyelamatkan RM40 bilion dalam belanjawan yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan sedikit daripada perbahasan ini supaya kita memerhatikan perkara-perkara dan isyarat-isyarat parameter ekonomi yang sedang meletakkan ekonomi negara ini pada tahap dan paras yang membimbangkan ataupun lebih tepat lagi mengerikan. Ya benar, memang benar kita mempunyai parameter ekonomi yang lebih baik daripada pengalaman yang lalu iaitu 1998. Contohnya daripada sudut lebihan dagangannya, daripada sudut lebihan kewangan ataupun akaun semasa kita, current account surplus kita, mungkin daripada sudut rizab asing ataupun international reserve yang agak juga kukuh. Akan tetapi

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

pada waktu yang sama kita sedang menyaksikan parameter-parameter yang lain termasuk nilai ringgit berbanding dolar Amerika yang sedang mengalami free fall pun kita sudah merosot daripada sudut nilainya. Keduanya, daripada sudut penarafan apa yang dikatakan sebagai sovereign rating kita yang terpaksa diturunkan daripada A kepada A -.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh sambung tengah hari nanti?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membawakan usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 11 Disember 2008.”

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Telekom, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor untuk meneruskan perbahasan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meneruskan perbahasan pada peringkat dasar sebentar tadi dan perkara- perkara yang telah saya sebutkan berhubung persoalan Akta Petroleum yang saya telah sebutkan adalah apakah kesediaan kerajaan untuk memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan hasil daripada laporan anggaran hasil yang dibentangkan sendiri oleh kerajaan. Saya juga kemudiannya menumpu kepada perkara yang menjadi cabaran mengurus kewangan dan ekonomi negara dalam suasana mendepani kegawatan kewangan global. Yang kita paling khuatir adalah datangnya impak fasa dua kepada ekonomi negara yang dulunya pernah dinafikan bahawa kita mampu mengelak atas sebab ekonomi kita kononnya adalah boleh decoupling economy ataupun boleh di rungkai daripada ekonomi Barat, khususnya Amerika dan Eropah. Perkara itu memang kita semua maklum kerana Amerika masih merupakan rakan dagang utama kita. Begitu juga Eropah dan statistik-statistiknya sendiri dibentangkan oleh kerajaan maka akhirnya kesan kepada krisis kewangan itu akan menimpa kepada persoalan ekonomi negara ataupun prestasi ekonomi negara yang tentunya akan menguncup, melembap dan membawa kesan langsung dan kesan berantai kepada semua perkara yang dianggap parameter dalam mikro ekonomi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pertamanya, pertumbuhan; keduanya, unemployment (pengangguran) akibat daripada syarikat-syarikat yang justeru permintaannya sudah kurang pastinya mahu mengekalkan margin keuntungan lalu sama ada mengurangkan pekerja ataupun mengurangkan masa bekerja. Saya ingin teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Dalam suasana gawat ini apakah tanggungjawab sebuah kerajaan dan yang lebih penting lagi tanggungjawab Dewan yang mulia ini, termasuk kami dalam Pakatan Rakyat ini apa yang perlu kita hadapi dan gembleng bersama. Ini kerana parameter yang paling mutakhir menunjukkan bahawa sudah sampai indicatornya. Contohnya tentang apa yang dikata sebagai Indeks Pengeluaran Industri (IPI) yang jelas menunjukkan dalam bulan Ogos yang lalu, dalam suku ketiga 2008, Industrial Productivity Index (IPI) jelas menunjukkan pengurangan, penguncupan sebanyak 1.7% dan termasuklah ceraian-ceraiannya: output pembuatan 0.8%, perlombongan turun permintaan sehingga 48%, pembekalan electrical electronic turun 2.2%. Keseluruhannya menunjukkan bahawa tidak ada lagi keselesaan. Dulu kita dalam penantian mengatakan ekonomi kita tidak terjejas. Hari ini indeks ini sendiri yang dibuat laporan oleh kerajaan dan MITI menunjukkan bahawa kalaupun tidak meleset lagi, we are not recession as yet, dengan izin, tetapi kesemuanya menunjukkan bahawa trendnya adalah ke arah itu. Termasuk juga laporan-laporan perbankan. Maybank juga menunjukkan penguncupan ataupun keuntungan yang menurun, net earning yang reduce sebanyak 22%. Begitu juga perbankan yang lain kecuali mungkin juga CIMB. Bumiputera Commerce juga menunjukkan penurunan begitu. Jadi, dalam suasana yang seperti ini seharusnya perbincangan di peringkat dasar ini mesti mengajak Dewan yang mulia ini sama-sama menggembleng seluruh kekuatan kita untuk negara mampu mengatasi cabaran kegawatan yang sudah pun tiba sebenarnya on our own shore dengan izin. Kalau kita lihat sendiri, nilai mata wang Ringgit menurun berbanding nilai Dolar. Nilai ringgit jatuh, rizab antarabangsa pun menurun, defisit fiskal terus melebar. Nilai ringgit merosot sebanyak 7.3% berbanding Dolar yang jatuh sebanyak 13.3% dariapda puncaknya dalam dua tiga bulan yang lalu pada nilai 3.13 dalam bulan April, yang merupakan nilai Ringgit paling kuat ketika itu iaitu dua minggu yang lalu dan kini kita lihat nilai Ringgit menurun. Saya terpaksa menyebutkan bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) - itu tanggungjawab Bank Negara. Kita cukup faham dan memahami peranan Bank Negara. Apabila nilai Ringgit turun maksudnya permintaan Ringgit peringkat global sudah menurun. Maka dilaporkan oleh MUDIS Economy.Com. bahawa Bank Negara terpaksa bertahan dan membelanjakan sebanyak RM42 bilion untuk mempertahankan nilai Ringgit supaya berada pada tahap tukaran yang munasabah berbanding dolar.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita tahu ini adalah kerja Bank Negara, mana-mana central bank of any country itu adalah tanggungjawabnya bagi menstabilkan nilai mata wangnya. Namun ini sudah jelas menunjukkan bahawa kesan kepada impak kemelesetan ekonomi ia sudah sampai ke peringkat mencemaskan. Dahulu kita kata membimbangkan. Benar maknanya kita masih boleh bertahan dengan apa yang kita sebutkan tadi parameter sama ada akaun semasa, lebihan dagangan tetapi hari demi hari ini sudah menunjukkan satu keadaan yang lebih mencemaskan dan kalau kita lihat juga seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi, rizab antarabangsa kita menguncup pada bulan Ogos yang lalu bernilai USD116 bilion Tuan Yang di-Pertua. Akan, tetapi pada bulan September yang lalu menurun kepada USD109.6 bilion dan pada mutakhir yang saya sempat semak pada 15 Oktober yang lalu turun kepada USD107.6 bilion. Ini sekali gus meninggalkan kesan kepada banyak hal termasuklah juga penarafan negara yang saya sebutkan sebentar tadi daripada A jatuh kepada A minus ataupun A negatif. Jadi dengan kata lain keseluruhan perkara itu meninggalkan kesan kepada keupayaan kita. Keupayaan meminjam, keupayaan to raise bon kepada pasaran- pasaran kewangan yang keseluruhannya menjejaskan prestasi ekonomi dan kewangan negara dan yang paling mutakhir juga kita dengar bagaimana berlaku pengaliran keluar dana lebih daripada kemasukan dana. Buat pertama kali, buat pertama kali we have negative out flow berbanding in flow dana. Jadi, ini pun pada pandangan kami di Pakatan Rakyat kalau boleh disebutkan di sini berjumlah RM8.99 bilion yang mengalir keluar merekodkan FDI negatif dan

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

malangnya dan peliknya juga daripada 10 negara ASEAN kita adalah satu-satunya negara yang mengalami negatif out flow Tuan Yang di-Pertua berbanding sepuluh negara ASEAN yang lain...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat habiskan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, banyak lagi Tuan Yang di- Pertua, tetapi tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Blok perdagangan ASEAN ini sementara ASEAN menerima FDI paling banyak mengikut sejarahnya sebanyak 209.2 bilion. Tuan Yang di-Pertua, saya banyak lagi point-point yang perlu saya bangkitkan cumanya saya mahu masuk kepada rang undang-undang ini secara lebih kursus ataupun masih di peringkat dasar berikan untuk menghormati permintaan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan pada akhirnya kerajaan perlu berdepan dengan persoalan apakah strategi menangani kedatangan kemelesetan ini yang tidak perlulah di nafi dan disangkal lagi. Kita mahu bersama dalam perbincangan itu, kita mahu bersama membincangkan apa jumlah yang cukup untuk economic stimulus kita. Apakah cukup sekadar RM7 bilion, keduanya, dari mana sumber itu; ketiganya, saya sebutkan bagaimana hendak dibutirkan di Dewan yang mulia ini dan akhirnya pelaksanaannya. Sedikit lagi Tuan Pengerusi dalam perbincangan pindaan kepada Akta Setem dan juga withdrawing tax yang disebutkan awal tadi. Saya ingin menyebutkan menyongsong suasana yang akan datang dengan perbelanjaan yang mega besar dalam projek-projek koridor-koridor ekonomi ini sama ada NCERnya, Iskandarnya sama ada di Sabah, Sarawaknya ia tentunya akan membawa perbelanjaan besar pada cukai-cukai setem ini. Apakah kita akan berikan keseluruhannya ini kepada Menteri Kewangan? Ataukah layaknya kita wujudkan satu jawatankuasa khas untuk menimbang perkara ini kerana ini juga sekali gus akan mengesani beberapa hal? Kita sedia untuk… Ya, boleh TYDP, boleh?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor sebab program- program pembangunan koridor-koridor yang dirancang terlebih dahulu sudah tentu melibatkan conveyance, surat cara dan sebagainya berkenaan dengan hartanah dan nilai-nilai aset. Oleh kerana kita punya satu cadangan untuk memperkukuhkan tentang kedudukan duti setem ini barangkali kita perlu menyokong seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat Kuala Selangor untuk mewujudkan jawatankuasa khas berkenaan dengan penyelarasan duti-duti setem ini. Terima kasih, betul ya?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Minta ucapan Yang Berhormat Indera Mahkota masukkan dalam ucapan saya, terima kasih. Jadi itu antara perkara yang ingin saya tumpukan pada peringkat dasar ini Tuan Yang di-Pertua. Akhirnya kalau boleh saya sebutkan sedikit sebagai rumusannya sudah tidak ada lagi ruang untuk kerajaan mengurus tadbir kewangan negara ini khususnya dalam membuat apa jua pembelian yang besar umpama memakan berbilion ringgit sama ada dalam high speed broadband, sama ada dalam pembelian acquisition seperti BII dan komersial bank Pakistan, dalam apa jua sama ada dalam perkara-perkara yang disebutkan sebagai akhirnya meletak dan menjejaskan bilion ringgit wang rakyat yang kalau diurus tadbir dengan baik khususnya dalam mendepani suasana kemelesetan ini maka tentunya kita akan dapat mengagih dan menggembleng atau menggunakan, deploy dana ini dengan lebih baik, lebih bertanggungjawab untuk create the economy stimulus ataupun suntikan ekonomi yang kita perlukan. Di sinilah tanggungjawab Dewan yang mulia ini untuk terus mewujudkan check and balance kepada setiap perbelanjaan yang dibuat dan sehingga kini kita belum dapat lihat lagi butiran kepada RM7 bilion, walaupun RM7 bilion itu pada pandangan saya sebenarnya tidak mencukupi untuk menyuntik satu rangsangan yang bersifat expansionary ataupun anti cyclical untuk ekonomi negara bertahan supaya dapat mengatasi kemelesetan atau lebih penting lagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Tidak ada lagi yang bangun, saya akan jemput Yang Berhormat Machang selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pembentangan Rang Undang- undang Kewangan 2008. Peluang ini saya gunakan untuk menyampaikan beberapa perkara. Kita faham bahawa pembentangan rang undang-undang ini bertujuan untuk mengemaskinikan lagi mekanisme kutipan cukai dan memantapkan lagi kecekapan bagi memastikan pendapatan dan perolehan kerajaan akan bertambah yang kemudiannya pertambahan itu akan dapat digunakan untuk merangka pelbagai program untuk kebaikan rakyat seluruhnya. Biarlah ruang ini saya gunakan Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan beberapa peringatan. Isu cukai kerajaan dan rakyat ini sebenarnya isu yang sangat dekat, kalau kena cara bawanya maka sejahteralah kehidupan rakyat tetapi sekiranya tidak kena cara bawanya maka rakyat boleh saja bangun menunjukkan rasa tidak puas hati. Hal ini terbukti benar. Kalau saya singkap balik lembaran sejarah, pernah di Kelantan khususnya di Pasir Puteh 1915, berlaku pemberontakan rakyat gara-gara perintah waktu itu kebetulan Inggeris mengenakan cukai yang sangat membebankan rakyat. Cukai sirih sejunjung daripada 5 sen dinaikkan kepada 8 sen. Cukai binatang ternakan ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau juga dinaikkan, cukai hasil hutan dinaikkan, cukai pokok kelapa juga dinaikkan. Pemerintah itu memaksa rakyat supaya membayar. Rakyat yang hidup dalam keadaan serba daif terpaksa akur.

Akhirnya rakyat mengadu kepada pemimpin mereka, Tok Janggut. Tok Janggut mengambil pendirian bahawa cukai kepada kerajaan mesti dibayar, tetapi malangnya pejabat daerah waktu itu di bawah penguasaan Inggeris tidak menyediakan prasarana yang mencukupi. Rakyat terpaksa berbaris berhari-hari untuk membayar cukai, sedangkan Kerajaan Inggeris waktu itu cuma membawa seorang kerani sahaja dari Singapura namanya Encik Abdul Latiff. Akibat terpaksa tunggu lama, kemudian terpaksa bayar cukai yang tinggi, rakyat kemudiannya bangun memberontak. Berlaku peperangan seminggu lamanya, Tok Janggut dan rakyat tidak terkalah. Akhirnya Inggeris terpaksa menghantar kapal- kapal perang dan menumpaskan Tok Janggut dan orang kampung. Tok Janggut mati dan mayatnya diarak dengan menaiki kereta lembu dari Pasir Puteh ke Padang Merdeka, di situ digantung beberapa hari, kaki di atas kepala di bawah, akhirnya dikebumikan. Saya kira dekat dengan Pasir Pekan. Ini satu peristiwa yang boleh sebenarnya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tempat saya lahir.

Ya, Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tempat saya lahir Pasir Pekan itu.

Ya, tempat Yang Berhormat lahir. Terima kasih kerana betulkan saya. Kalau itu tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, kalau kita baca Sejarah Pemberontakan Tani juga menjadi tempat di mana rakyat mengadu nasib, Inggeris kenakan cukai yang bukan-bukan juga. Inggeris adalah lambang pemerintah. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong bangun memperjuangkan nasib rakyat yang terbeban kerana cukai yang tinggi. Mereka tidak boleh buka tanah sawah melainkan dengan izin Inggeris. Kalau buka kena bayar cukai yang tinggi, di samping cukai-cukai yang lain. Akhirnya kes dibawa ke mahkamah dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong menang, maknanya rakyat menang, tetapi kerajaan kemudiannya merayu kerana Hakim Mahkamah Tinggi itu dikatakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong. Kes itu dibawa sampai ke atas, panjang kisahnya. Inggeris kemudiannya berpakat dengan sultan untuk membuang negeri Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong ke Singapura dan kemudian ke Mekah, dengan propaganda Inggeris ialah kami telah hantar tok guru kamu ke Mekah. Sebenarnya buang negeri. Ini juga satu kisah bagaimana kalau tidak kena cara

bawanya dan cara kenaannya, maka cukai ini boleh sahaja membangkitkan sentimen rakyat. Hari ini saya hendak sentuh – Inggeris sudah tidak ada, tetapi sistem pungutan cukai adalah satu daripada perjalanan dalam sebuah kerajaan. Dalam skala kes yang lebih kecil, saya ingin merujuk kepada beberapa aduan waktu saya didatangi oleh rakyat jelata di kawasan saya khususnya. Ini bercerita tentang saman. Saman JPJ, saman polis, saman pihak berkuasa tempatan, yang kemudiannya apabila saman- saman ini diintegrasikan Tuan Yang di-Pertua, ia membawa kepada rakyat tidak boleh hendak membaharui lesen memandu dan juga cukai jalan. Saman ini sepatutnya clearing housenya berakhir di mahkamah, mengikut keperluan akta dan ordinan dan segala macam undang-undang yang sedia ada. Apakah rasionalnya ke atas nama sistem yang kita integrasikan, kita hukum pesalah JPJ, polis dan PBT ini sampai menyusahkan dan menyukarkan mereka untuk membaharui cukai jalan dan lesen memandu? Apakah atas semangat yang sama, kerajaan kalau boleh saya tanyakan hendak meneruskan kaedah ini dengan mengintegrasikan juga, kalau ada di sana dan memang ada pun rakyat yang tak boleh bayar cukai pendapatan, apakah pasport antarabangsa mereka juga tidak boleh diperbaharui? Baru kena. Pak cik di kampung kena saman dengan polis tidak boleh memperbaharui lesen memandu, tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Akan tetapi jerung-jerung yang lari dari cukai pendapatan ini boleh sahaja menjelajah seantero dunia. Atas prinsip yang sama, semangat yang sama apakah kerajaan bersedia untuk mengguna pakai kaedah ini? Pertama. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, pada kertas rang undang-undang ini, dalam Bab III ianya menyatakan berkenaan dengan Akta Setem. Masih segar dalam ingatan saya, waktu saya serahkan kertas penamaan calon tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua pun serahkan juga sebab kita bertanding pilihan raya. Kita kena isi borang penamaan calon, kita kena bayar deposit calon dan poster, kita kena isi kertas-kertas statutory, kita kena isi borang akuan bersumpah dan beberapa hari sebelum penamaan calon itu datang pengumuman dari Pengerusi SPR bahawa semua calon diwajibkan, disyaratkan, dikehendaki untuk mengikut kehendak Akta Setem 1949 menyempurnakan duti setem. Itu syaratnya. Diberitahu kegagalan berbuat demikian, dianggap dokumentasi pencalonan tidak lengkap, boleh sahaja ditolak. Saya masih ingat saya bertugas di Pejabat Setem di Kota Bharu hari cuti, sambil pemimpin-pemimpin parti dari PKR, PAS dan juga DAP memastikan semua calon Pakatan Rakyat wajib mengikut arahan SPR. Katanya, “Ini Akta Setem 1949”, walhal dalam Borang Akuan Berkanun itu ditulis, “Duti Setem dikecualikan”, tetapi kita tidak banyak masa hendak bersoal jawab dengan SPR. Kita tahu suasana kelam kabut. Katanya, “Ini mengikut Akta Setem 1949”. Pengarah SPRlah katakan. Segala katanya mestilah dianggap benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Lawan, ingkar maknanya boleh sahaja diisytiharkan tidak layak bertanding dan lawan kita diisytiharkan menang tanpa bertanding. Padahal arahan itu Tuan Yang di-Pertua dikeluarkan dalam keadaan cuti umum. Tiba hari penamaan calon, saya tahu di Titiwangsa kalau tidak silap saya, sahabat saya bangkitkan calon yang lawan dengannya tidak isi pun, tidak matikan setem pun. Akan tetapi SPR buat bodoh sahaja. Buat pekak sahaja. Ini adalah keadaan yang berlaku pada waktu itu. Baik, inilah perkara yang kita hendak bangkitkan, kebetulan dalam Bab III rang undang-undang ini ada pindaan pada Akta Setem 1949. Waktu hendak impose, dengan izin adalah mengikut Akta Setem 1949, tidak semena-mena SPR kemudian kata, “sistem itu tidak pakai, tidak aci”. Tidak disempurnakan pun tidak apa. Jadi di sini timbul persoalan. Sewaktu arahan menarik balik kewajipan untuk duti setem itu disempurnakan katanya, “Ikut Akta Setem”. Waktu batalkan itu ikut kuasa siapa? Kuasa-kuasa khas Menteri Kewangan atau Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) atau pandai-pandai SPR sendiri? Kerajaan mesti jawab perkara ini. Jawab secara bertanggungjawab tanpa perlu ‘basa-basi’. Terus kepada persoalan pokok yang kita timbulkan, kuasa siapa? Yang Berhormat Timbalan Menteri waktu impose - Akta Setem 1949, waktu tarik balik tidak sandarkan kepada akta mana- mana, pada borang akuan berkanun duti setem dikecualikan. Tegas Pengerusi SPR, kegagalan calon berbuat demikian pencalonan akan ditolak tanpa mengira bulu, pangkat, kedudukan dan mana-mana parti, hebat.

Kita tabiklah, tiba hari pencalonan semua yang Pakatan Rakyat ini kita matikan setem, tetapi kedapatan di sana sini daripada Barisan Nasional tidak matikan setem, Pengerusi SPR kata, “Tidak apalah tidak matikan setem pun boleh bertanding”. Yang boleh bertanding dan tarik balik itu pakai akta apa?

Suruh nyatakan di bawah akta apa. Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan sampai kata “Oh, oleh kerana itu Suruhanjaya Pilihan Raya, itu Suruhanjaya Pilihan Raya punya urusan”. Jangan! Ini berkaitan Akta Setem 1949. RM10 sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu bukan soalnya tetapi saya hendak tunjukkan bagaimana keadaan itu terjadi dalam negara kita ini. Itu perkara yang kedua. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat, penjelasan.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Empat orang? Saya pilih Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang. Cukai setem ini saya pun dan kita semua mengalami perkara yang berlaku pada bulan Mac yang lalu. Apa pandangan Yang Berhormat Machang, cukai dalam bentuk Akta Setem, mematikan setem, certificate stamp ini adalah kita bawa daripada zaman penjajah. Konsepnya, konsep kerajaan hendak revenue, hendak hasil. Jadi dalam keadaan ini adakah kita mesti terikat kepada kaedah-kaedah lama memungut hasil daripada rakyat dan salah satu kaedah lama ini ialah apa yang panggil setem. Di mana kita menghantar surat kaedahnya ialah kita setem, perjanjian ada setem dan sebagainya. Kalau kita mahu mengadakan suatu perubahan yang besar, memikir di luar kotak dan sebagainya. Adakah mungkin sudah sampai masanya kita hapuskan terus konsep Akta Setem ini supaya kita menunjukkan dalam hari-hari akhir kita menjadi Perdana Menteri ini bahawa kita mahu membawa perubahan daripada yang kecil sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya iaitu konsep pelantikan hakim, kita mesti buat betul-betul perubahan. Bukan sahaja pindaan-pindaan kosmetik semata-mata. Begitu juga yang berkaitan dengan rasuah ini kita buat perubahan yang benar-benar bermakna. Bukan sekadar kosmetik sahaja. Begitu juga cara kita memungut hasil daripada rakyat, kita mungkin akan memikirkan bahawa Akta Setem ini sudah lagi tidak perlu. Ia bukanlah memberi kepada kerajaan satu-satu sahaja cara untuk mendapat hasil. Ada banyak lagi cara untuk mendapatkan hasil. Lagi pula minyak pun kita kena cukai sebagai pengguna sekarang ini. Suatu juga hasil secara curian yang telah dilakukan, hasil secara mengelirukan rakyat dengan awal-awalnya menghina rakyat bahawa subsidi ini adalah suatu penghinaan dan sebagainya. Akhirnya rakyat yang memberi subsidi melalui bayaran harga petrol di stesen-stesen minyak yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenarnya. Jadi yang hina sekarang ini Kerajaan Barisan Nasional bukan lagi rakyat jelata nampaknya mengikut konsep yang ada hari ini. Apa pandangan Yang Berhormat Machang?

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Tumpat. Soal Akta Setem ini...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Sekejap ya Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya hendak ucap takziah juga ke atas kembali ke rahmatullah, bonda kepada Yang Berhormat Indera Mahkota pada pagi hari raya. Saya hendak respons kepada hal yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tumpat berkenaan Akta Setem ini. Saya setuju ini amalan lama. Saya ingat waktu saya belajar dulu hendak isi borang masuk universiti dan hendak minta biasiswa waktu itu pun kena mati setem juga. RM5, RM3, segala macam.

Dia banyak mana sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerajaan punya kutipan hasil daripada kutip cukai kecil-kecil ini. Sebab cukai kecil ini kita tekan sungguh. Tapi kalau cukai dalam bentuk windfall tax kepada IPP, pengeluar tenaga bebas, sekali sahaja dia bayar. Lepas itu dia complain, bising-bising kita kata tidak apalah. Kita bagi One-Off. Kita tidak pakai sudah windfall tax. Kalau bab tauke-tauke besar ini kita lunak, kita lembut sangat. Tapi kalau bab rakyat ini tidak sah, borang tidak boleh proses kalau tidak bayar duti setem. Banyak mana sebenarnya pendapatan kerajaan ini, dalam duti setem ini. Boleh share dengan kita barangkali ya, dengan izin. Saya hendak...

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Penjelasan sikit.

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan juga Yang Berhormat Machang. Oleh kerana dibangkitkan mengenai duti setem ataupun cukai setem semasa kita mendaftarkan diri untuk bertanding pilihan raya dan dikatakan bahawa ada setengah calon tidak perlu bayar pun. Jadi apakah Yang Berhormat Machang mahu mencadangkan supaya sesiapa yang sudah bayar itu dipulangkan baliklah dengan laba. [Ketawa] Walaupun RM10, tetapi maknanya besar. Kalau bukan besarlah RM10 ini mengapa kita buat usul potong gaji RM10 sampai berbalah besar kita. Jadi RM10 itu besar. Maknanya dari segi prinsip. Jadi apakah Yang Berhormat Machang sedia untuk mencadangkan supaya kita dipulangkan balik wang RM10.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Pasal stamp duty boleh, sambung sekali? Terima kasih Yang Berhormat Machang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat perkara yang sama. Sebenarnya di dalam peringkat Parlimen kita ada 220 orang. Di peringkat negeri kita ada 500 lebih. Itu belum lagi calon bebas, calon-calon yang private ini, yang persendirian ini. Kalau hendak kira jumlah keseluruhan lebih daripada 1,500 orang yang terlibat. Adakah perlu Yang Berhormat Machang saya hendak tanya, kita perlu buat satu ketetapan kalau kita semua bersetuju sebagai wakil yang bertanding di peringkat Parlimen dan juga DUN untuk mencari satu asas yang kenaan RM10 atas kita itu sudah jelas, kalau tidak perlu dibayar tapi kita bayar, di anggap suatu keputusan yang tidak sah. Kita perlu buat ketetapan atas keputusan yang tidak sah telah kita buat dalam pilihan raya umum yang lalu. Terima kasih, macam mana?

Terima kasih. Reaksi saya kepada Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Indera Mahkota Tuan Yang di-Pertua ialah proses kalau hendak mengemukakan kertas pencalonan, hendak ambil bahagian dalam proses demokrasi negara kita biarlah segala urusan dipermudahkan. Itu prinsip yang saya pegang dan saya hendak cadangkan begitu. Tidak perlu dipersulitkan urusan-urusan yang sebenarnya mudah. Akan tetapi oleh kerana hal itu dijalankan dengan bersandarkan kepada Akta Setem 1949 dan kita telah pun membayar. Tapi ianya menjadi diam begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Sudah tentulah kerajaan wajar untuk memberikan penjelasan. Bukan dari sudut nilainya tetapi dari sudut disiplin sebuah pemerintahan itu. Itu perkara yang saya hendak sebut. Tuan Yang di-Pertua, telah memberi syarat tidak langsung kepada saya untuk mendarat, saya dapati juga dalam soal-soal cukai ini khususnya di bawah cukai petroleum ini. Banyak disentuh oleh rakan-rakan saya yang lain. Saya tertarik untuk meneliti beberapa perangkaan. Rupa-rupanya pendapatan negara kita ini betul-betul bergantung banyak kepada cukai petroleum dan juga petroleum by products. Besar rupanya. Saya mengikuti ucapan tahunan oleh Presiden Petronas. Beliau membuat anggaran bahawa pendapatan daripada petroleum dan hasil-hasil petroleum ini daripada Syarikat Petronas dan syarikat-syarikat asing yang beroperasi dalam negara kita, menyumbang hampir 60% kepada pendapatan negara, sangat besar. Sebuah kerajaan yang berjalan dengan bergantung sebegitu besar kewangannya untuk mengerakkan seluruh instrumen pemerintah kepada sumber hasil yang sebenarnya semakin menyusut. Minyak dan gas adalah hasil yang semakin menyusut biar pun Petronas beroperasi di lebih 30 negara dan hampir satu per tiga daripada revenuenya disumbang daripada operasi luar negara. tetapi untuk negara bergantung kewangannya, untuk menghadapi keadaan ekonomi yang semakin malap dan keadaan harga minyak yang

tidak menentu. Bahkan harga yang sekarang ini barangkali cuma memberi sedikit kelebihan berbanding dengan kos pengeluarannya. Sebab kita bukan macam negara pengeluar di Timur Tengah, boleh korek sahaja di daratan, jumpa minyak. Kita terpaksa nun meneroka sampai ke laut jauh. Jadi sebuah kerajaan yang hampir 60% hasil kewangannya bergantung kepada sumber yang semakin berkurangan, ini tidak menjanjikan satu keadaan yang baik untuk 10, 20 tahun akan datang. Apatah lagi sesetengah pelaburan Petronas di luar negara itu seperti di negara-negara yang boleh kita katakan sebagai lawless, macam Chad, Mauritania. Di negara-negara ini Petronas ada kes pun kena booted out dengan pelaburan berbilion-bilion dolar itu.

Itu dialami oleh pekerja-pekerja dan pemimpin syarikat Petronas kita. Bahkan di Sudan menjelang 2011, Sudan selatan akan mengadakan referendum untuk menjalankan pemerintahan sendiri. Pelaburan Petronas banyak dibuat di selatan Sudan dan ini akan memberikan kesan di satu sisi. Kementerian Kewangan dan Timbalan Menteri yang membentangkan ini bercakap tentang kaedah kutipan cukai. Secara khusus kita sebut tentang cukai petroleum yang lebih efektif yang boleh menyumbang kepada dana pendapatan negara. Di satu sisi yang lain, syarikat negara ini berhempas pulas menghadapi pelbagai risiko soal keselamatan terhadap pelaburan Petronas di luar. Setakat mana sebenarnya kerajaan memberikan tumpuan dan apakah persiapan kita menjelang 2011 dalam kes khusus yang saya bangkitkan soal Sudan selatan, keadaan politik yang tidak menentu itu. Kalaulah ditakdirkan ianya memberikan satu pendirian atau sikap mereka terhadap pelaburan Petronas di sana, sudah tentu ini juga akan memberikan kesan yang menjejaskan pendapatan negara. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada gas asli yang diusahakan oleh Petronas ini yang terpaksa kita terikat dengan kuantiti di mana kita telah pun berjanji untuk membekalkan kepada beberapa negara di Asia Timur misalnya seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya yang menyebabkan kita hari ini terpaksa mengambil gas daripada sempadan luar negara kita di Songkhla, Natuna adalah dua wilayah yang memberikan hasil gas asli yang Petronas beli dengan harga pasaran, tetapi terpaksa jual dengan harga subsidi. Ini juga satu isu lain sebenarnya. Kita terpaksa beli dengan harga pasaran. Boleh jadi USD30 sekarang ini bagi mmBtu. Akan tetapi kita terpaksa jual dengan harga subsidi dan 60% daripada harga gas asli ini kita jual dengan harga subsidi yakni Petronas jual dengan harga subsidi dengan kepada IPP. Mereka menikmati beberapa kelebihan subsidi beberapa kali waktu kita nak impose windfall tax, mereka bising. Mereka kata pengeluar bon itu bising sebab dalam perjanjian asal tidak begitu. Akhirnya kerajaan terpaksa akur, bersetuju dengan one-off. Sasaran kerajaan kalau tidak silap saya terhadap jawapan Menteri Kewangan dalam Dewan yang mulia ini, sasaran kutipan windfall tax ialah RM500 juta. Saya hendak bertanya kepada kerajaan, apa jadi sasaran ini tercapai atau pun tidak. Itu yang pertama. Yang kedua, kenapa sampai ubah windfall tax kepada one-off. Yang ketiga, ada tidak syarikat-syarikat yang terpaksa bayar, sepatutnya bayar, tetapi culas dan tak bayar. Boleh tidak berikan kita rekod terperinci itu bagi membantu kita memahami lagi keadaan yang berlaku hari ini. Tuan Yang di-Pertua dah jeling saya banyak kali. Saya ada tiga point lagi, tetapi saya harap diberi peluang mencelah waktu penggulungan oleh Timbalan Menteri nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas, Pokok Sena, Indera Mahkota, Kuala Selangor dan Machang kerana mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2008. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini adalah khusus untuk meminda keempat-empat akta dan berkaitan dengan cadangan-

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

cadangan cukai dalam Bajet 2009. Oleh itu, saya akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Rang Undang-undang Kewangan 2008. Untuk pertanyaan dari Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan mengapa pindaan tidak dibuat dalam bahasa kebangsaan. Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Setem 1949 adalah undang- undang yang digubal dalam tahun 1967 dan sebelumnya. Teks sahih undang-undang ini adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu pindaan perlu dibuat ke atas teks bahasa Inggeris. Perkara 152(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa 10 tahun selepas merdeka, teks sahih undang-undang adalah dalam bahasa Inggeris. Undang-undang yang digubal selepas 1 September 1967, naskhah sahih adalah dalam bahasa kebangsaan. Sebagai contoh naskhah sahih Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 adalah dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu pindaan kepada akta ini dibuat dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Untuk menjawab...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih. Saya memahami walaupun itu peraturannya dan sudah pun lebih 10 tahun. Apakah daya inisiatif dan jaminan Kementerian Kewangan supaya lain kali apabila ada pindaan-pindaan akta seumpama ini. Ia dibuat sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita perlu buat pindaan mengikut akta-akta yang ada dan mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara kita. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Pokok Sena iaitu berkenaan dengan...

Pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengikuti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan sudah berapa kali saya sentiasa membangkitkan apabila kita meminda rang undang-undang dan undang-undang asalnya dalam bahasa Inggeris, saya mengingatkan kerajaan bahawa di Jabatan Peguam Negara ada suatu tugas yang khas dan jelas iaitu untuk menterjemahkan undang-undang negara kita ke bahasa kebangsaan. Jadi, jawapan mengatakan kita tertakluk kepada undang-undang asal, oleh kerana undang-undang asal dalam bahasa Inggeris, maka dalam rang undang- undang ini juga mesti diguna, saya fikir ini mesti dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga bahagian undang-undang. Kenapakah pejabat Peguam Negara masih lagi belum dapat menterjemahkan, merubah bahasa ke bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia undang-undang yang ada khususnya yang akan dibawa kepada dewan ini untuk dipinda. Kenapa yang itu tidak diutamakan? Tidak ada program yang jelas untuk menukar bahasa ke bahasa kita supaya soalan ini tidak lagi ditimbulkan oleh jaguh-jaguh bahasa negara yang ramai di kalangan kita yang amat berminat untuk menjaga dan memastikan bahawa ia tidak diperlekehkan dan dipermudahkan dengan jawapan-jawapan seperti yang kita dengar sebentar tadi daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya bersetuju dengan hujah Yang Berhormat. Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan, saya juga bersetuju bahawa ia mungkin boleh dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau pun oleh Peguam Negara berkenaan dengan akta-akta yang tidak diterjemah. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Pokok Sena berkenaan dengan berapakah jangkaan dari hasil cukai pendapatan petroleum. Untuk makluman Yang Berhormat, anggaran kutipan cukai pendapatan petroleum adalah RM24.5 bilion bagi tahun 2008 dan untuk tahun 2009 dijangkakan akan meningkat ke RM33.5 bilion. Kutipan dividen daripada Petronas adalah RM30 bilion untuk tahun 2008 dan juga dijangka akan membayar dividen RM30 bilion juga bagi tahun 2009. Jadi itulah angka yang kita dapati.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan berkenaan dengan pengurusan hasil kerajaan. Kerajaan mengurus hasilnya dengan cermat dan prudent dengan izin. Dasar umumnya adalah untuk memastikan hasil kerajaan mencukupi untuk perbelanjaan operasi. Bagi tujuan ini kerajaan telah mengambil tindakan berikut: (i) meningkatkan pematuhan pembayar cukai; dan

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

(ii) mengadakan sunset clause dalam insentif cukai. Jadi itu bermakna kalau sebuah syarikat mendapat insentif cukai, insentif cukai ini adalah bukan untuk selama-lamanya. Ia ada satu exit clause, yang mana selepas beberapa tahun insentif itu akan tidak ada. Dari itu, ini akan menambah kutipan cukai. Juga daya usaha untuk mengurangkan kebocoran cukai dan membendung pengelakan cukai. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota, berkenaan dengan kekaburan berhubung fasal 47 hingga fasal 50. Fasal 47 hingga fasal 50 adalah berkaitan dengan pertukaran sistem imputasi kepada sistem percukaian single- tier bagi cukai pendapatan syarikat. Dalam tempoh peralihan selama enam tahun, syarikat dibenarkan untuk mengamalkan sistem imputasi sekiranya syarikat masih mempunyai baki kredit bagi membayar dividen. Dalam tempoh peralihan tersebut juga, syarikat dikehendaki mengemukakan penyata baki kredit tujuh bulan selepas penyata akaun syarikat ditutup. Penyata ini bertujuan untuk memastikan syarikat tidak membayar dividen melebihi baki kredit yang ada pada syarikat. Jika cukai yang dipotong atas dividen yang dibayar melebihi baki kredit, lebihan akan dituntut atas syarikat itu. Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkenaan dengan...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penjelasan. Saya nak tanya adakah dengan kadar harga minyak yang sudah berkurangan pada 44 dolar sekarang ini, bahawa Petronas dan juga syarikat-syarikat minyak yang lain ini. Syarikat Petronas kita ini mampu untuk membuat suatu keuntungan yang besar dan membayar cukai yang lebih dari tahun 2008. Pada tahun 2008 disebutkan 24.5 bilion dan 2009 jangkaannya meningkat lebih lagi 33.5 bilion. Adakah itu maksud Yang berhormat?

Dato’ Kong Chong HaMCA · BNLumut

Untuk makluman Yang Berhormat, itu adalah yang betul seperti yang saya kata. Ini kerana sistem accounting untuk Petronas itu yang mana keuntungan dari tahun 2008 itu adalah dibawa ke tahun 2009. Akan tetapi untuk tahun 2010 dan ke atas kita tidak tahu lagi berapakah kita akan dapat daripada keuntungan Petronas. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Indera Mahkota berkenaan dengan penahanan orang ke luar negara kerana gagal membayar cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri dan imigresen sentiasa bekerjasama untuk memastikan rekod pembayar cukai yang meninggalkan Malaysia dikemas kini supaya tiada lagi kejadian yang mana pembayar cukai ditahan di lapangan terbang sedangkan cukai telah dibayar. Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkenaan dengan takrif reban tertutup yang layak untuk reinvestment allowance dengan izin. Takrif sistem reban tertutup tidak diperuntukkan di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967. Walau bagaimanapun, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menilai dan meluluskan sistem reban tertutup tersebut di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sistem reban tertutup yang layak diberi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A - Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah jika reban itu ditukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup. Yang kedua adalah untuk menambah bilangan sistem reban tertutup. Peruntukan ini menggalakkan pelabur membesarkan perniagaannya dan mengurangkan masalah alam sekitar juga. Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkenaan dengan pengenalan peruntukan menghalang syarikat dalam kumpulan yang sama menuntut elaun pelaburan semula atau reinvestment allowance dengan izin; atas aset yang dilupuskan di bawah Jadual 7A. Peruntukan ini diperkenalkan untuk mengelakkan suatu aset yang diberi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A - Akta Cukai Pendapatan 1967 diberi kali kedua dan seterusnya atas aset yang sama. Sebenarnya tiada pelaburan tambahan atas aset yang dilakukan. Elaun pelaburan semula yang diberi berulang-ulang atas aset yang sama merugikan kerajaan dan membebankan hasil kerajaan. Pindaan Rang Undang-undang Kewangan hari ini adalah untuk menangani kejadian reinvestment allowance dengan izin itu disalah gunakan oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkenaan dengan seksyen 109F dan memerlukan satu seksyen baru bagi memastikan pelaksanaannya berjalan

Dato’ Kong Chong HaMCA · BNLumut

lancar. Jika seksyen 109F telah dipatuhi, tiada isu perbelanjaan yang tertakluk kepada cukai pegangan tidak dibenarkan keuntungan. Di bawah sistem taksiran sendiri, pembayar cukai boleh menuntut perbelanjaan jika telah mematuhi peruntukan seksyen tersebut. Pembayar cukai perlu menyemak resit pembayaran cukai pegangan bagi tujuan audit. Sebenarnya perwujudan mekanisme untuk pembayar mengutip cukai pegangan dari penerima bukan pemastautin. Ini adalah di bawah pindaan berkaitan dengan pendapatan mereka yang menerima fi dan sebagainya dari luar negara. Namun, pembayarnya adalah individu atau syarikat atau pun badan kerajaan dari negara kita. Yang Berhormat Indera Mahkota juga bertanya berkenaan langkah-langkah cadangan untuk memastikan cukai pegangan tidak membebankan pembayar cukai dan tidak menjadi isu kepada pelabur asing. Kebanyakan pindaan undang-undang berkaitan dengan cukai pegangan melibatkan orang asing iaitu orang bukan bermastautin. Pindaan undang-undang dibuat bertujuan meningkatkan ketulusan dan memudahkan pentadbiran cukai. Ini adalah satu kebaikan yang dipohon oleh Persatuan Pelabur Asing seperti MICCI, maka pindaan cukai mengenai cukai pegangan tidak akan membebankan pelabur asing.

Dato’ Kong Chong HaMCA · BNLumut

Untuk menjawab hujahan dari Yang Berhormat Kuala Selangor yang banyak menyentuh tentang bagaimana ekonomi negara kita pada masa yang akan datang dan banyak kali Yang Berhormat Kuala Selangor menimbulkan perkataan kemelesetan ekonomi ataupun dalam bahasa Inggeris recession. Kemelesetan ekonomi itu ditakrifkan sebagai penurunan perkembangan ekonomi berturut-turut dalam dua suku tahun dan ini memang tidak berlaku lagi dan oleh kerana itu kita kata bahawa ekonomi negara kita dengan izin is not in recession tetapi kerajaan telah pun banyak mengambil langkah-langkah untuk menangani dan untuk menentukan bahawa ekonomi kita tidak akan memasuki keadaan yang lebih teruk dari apa yang ada sekarang. Jadi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi berkenaan dengan ValueCap RM5 bilion tidak cukup dan sebagainya dan juga RM7 bilion untuk membantu pelbagai sektor ekonomi di negara kita dan sebagainya. Melalui Bank Negara juga telah pun melaksanakan satu dana sebanyak RM1.2 bilion melalui bank-bank perdagangan di negara kita untuk membantu SME...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Minta penjelasan.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Nanti saya habiskan ini dahulu. Membantu SME dan RM1.2 bilion ini untuk makluman Yang Berhormat RM800 juta telah pun dikeluarkan oleh bank-bank dagangan di negara kita untuk SME untuk mereka tidak mengalami pusingan wang yang bermasalah dan sebagainya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, tadi timbalan menteri ada menyebut berkenaan dengan jangkaan tidak wujud kemelesetan ekonomi pada tahun depan. Berdasarkan kepada laporan yang timbalan menteri pernah bagi dahulu kutipan cukai kita setakat ini telah mencapai target merujuk kepada bahan-bahan jangkaan mengatakan kutipan cukai pendapatan sahaja telah mencapai lebih RM80 bilion sedangkan jangkaan cuma RM77 bilion sasaran yang ditetapkan. Adakah pada tahun hadapan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjangka kutipan ini akan lebih meningkat daripada apa yang kita capai pada tahap ini sebagai indikasi ataupun penentu kemelesetan ekonomi tidak akan berlaku atau tidak teruk memberi kesan kepada kita. Terima kasih.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebutkan tadi bahawa kita tidak in recession, dengan izin kerana ekonomi pembangunan kita tidak menguncup dua suku tahun secara berturutan, mungkin begitu. Amerika Syarikat baru dalam masa dua tiga minggu ini mengaku sudah setahun dia in recession, ini sebagai bandingan. Bandingan kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam masa tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan seterusnya hingga hari ini masa mana kita kononnya

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

membangun 6%, 7%, itu pun kalau kita bercakap dengan peniaga-peniaga, dengan kita tengok kepada laporan mahasiswa bumiputera menganggur 60,000. Maknanya setakat mana yang 6%, 7% itu benar-benar dirasai dengan keadaan keselesaan masyarakat, keadaan pendapatan sebenar masyarakat dan sebagainya, itu 6%, 7%. Tahun depan para ahli statistik dan menteri-menteri kita kata 3.5% begitu dianggarkan. Kalau 7% pun rakyat begitu marah kepada kerajaan dan keputusan pilihan raya baru-baru ini membuktikan. Ini 3.5% yang diunjurkan ini saya tidak tahulah, tidak mahu guna istilah kemelesetan atau recession tidak apa tetapi hakikat kehidupan ataupun ianya akan runtuh seperti Bukit Antarabangsa juga Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih.

Yang Berhormat, ada soalan tambahan.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Selepas ini, saya jawab ini dahulu. Berkenaan dengan kutipan cukai RM80 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ini memang adalah satu angka yang benar tetapi ini adalah dengan izin gross collection, itu belum tolak bayaran balik dengan izin refund kepada mereka yang terlebih bayar tetapi untuk tahun yang akan datang. Untuk tahun ini kita memang mencapai sasaran tetapi untuk tahun yang akan datang, kita belum tahu lagilah. Jadi sama untuk angka-angka yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tumpat jadi itu adalah angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan atau Department of Statistics dengan izin. Dari itulah angka rasmi yang kita boleh pakai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya berkait dengan pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai recession. Walaupun negara kita bukan dalam technical recession tetapi the possibility of the serious downturn atau pun recession is a very real one. Maksud saya kita dapati bahawa harga oil palm telah jatuh daripada RM4,000 sekarang lebih kurang RM1,200, RM1,400. Harga minyak telah jatuh kepada sekarang USD44 daripada USD125. Kita dapati pengeluaran kilang-kilang kita telah pun jatuh teruk. Sebenarnya anggaran untuk pengangguran 2009 ialah sekarang lebih kurang 4.6% atau 5%. Saya dapati bahawa kerajaan tidak mengambil isu downturn itu dengan serius. Kalau kita nampak dengan Australia sekarang mereka telah memberikan rakyat mereka sebanyak 8 bilion Australian Aussie dollars untuk belanja sebelum Krismas untuk jump start ekonomi mereka. Dia bagi 8 bilion Dollars kepada orang-orang di Australia untuk belanja, to create effective demand in the economy sebab to stabilize their Australian economy sama juga dengan Eropah. Akan tetapi Malaysia telah mengutarakan ataupun Menteri Kewangan mengatakan bahawa we spend RM7 billion dan telah mengatakan di mana dia hendak belanja tetapi they are not targets dan saya fikir RM7 bilion itu is a drop in the bucket, maybe a drop in the ocean actually. Saya fikir RM7 bilion mesti diulang kaji dan ada pandangan-pandangan lain mengatakan bahawa what the Malaysian economy needs for 2009 ialah lebih kurang RM40 bilion hingga RM50 bilion. Itu adalah anggaran. Juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin membawa kepada pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada satu analisa yang telah dibuat oleh British Firm yang mengatakan bahawa the good rate for Malaysian 2009 will be zero, zero perkembangan ekonomi for 2009. Now this may not be recession but they are bordering on a recession. So I think we can’t simply say we are invested money in ValueCap dan juga kita telah adakan satu program rescue package sebanyak RM7 bilion dan we will seat on a warm chair and expect the problem will be solved dan kita ada problem with workers. What we are going to do about the social safety net for workers yang akan hilang kerja mereka dan juga keluarga-keluarga mereka, sekian terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya social safety net, pengangguran ini semua kerajaan juga pada awalnya telah pun ambil tindakan, di mana kita mengurangkan pengangguran dan menentukan bahawa SME di

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

negara kita terus berfungsi supaya mereka tidak gulung tikar. Kalau mereka gulung tikar jadi akan menambah masalah pengangguran di negara kita. Jadi berkenaan dengan kadar pertumbuhan. Berapakah kadar pertumbuhan ini? Yang Berhormat kata bahawa ada yang meramalkan bahawa ia akan tumbuh mungkin kosong dan berapa peratus sahaja untuk tahun depan. Bank Negara kita telah pun meramalkan bahawa ekonomi kita akan tumbuh dari 3% hingga 3.5% untuk tahun 2009, tetapi ini bukan satu anggaran yang tertinggi. Sebenarnya IMF sendiri telah meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2009 adalah 3.8%. Jadi kita pun bukanlah ambil yang paling tinggi, tetapi ini adalah satu angka di mana dari kiraan dari Bank Negara Malaysia sahaja. Yang Berhormat Kuala Selangor juga banyak bangkit berkenaan dengan macam mana ekonomi kita akan terjadi pada tahun yang akan datang, kerana apa yang saya boleh kata di sini, bahawa selama persidangan Parlimen ini kita juga telah banyak berbahas dan Menteri Kewangan Kedua dan banyak juga kementerian telah pun menjawab dan menerangkan tentang langkah-langkah yang diambil, juga dalam jawapan soalan lisan dan sebagainya. Jadi saya minta maaflah kalau tidak hendak memanjangkan jawapan ini. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Machang.

Minta laluan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Royalti isu royalti Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan lupa. Saya dengar isu sedikit royalti, royalti Kelantan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang- undang Kewangan 2008 ini berkenaan dengan cukai pendapatan adalah sebenarnya LHDN bertanggungjawab untuk mengutip cukai sahaja. Jadi pengagihan itu bukan di bawah tanggungjawab LHDN.

Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Salak.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri ya kalau boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyambut soalan tadi. Kita ingin tahu sebab ini laporan daripada anggaran hasil Kerajaan Persekutuan tahun 2009 dan disebutkan di sini tentang pendapatan daripada aktiviti cari gali minyak dan gas Malaysian-Thailand Joint Authority yang menyebutkan tentang jumlah pendapatan daripada aktiviti cari gali minyak pada tahun 2007 dan 2008. Yang saya bangkitkan sebentar tadi adalah, mengapa Kerajaan Negeri Kelantan terkecuali daripada penerimaan royalti seperti mana yang termaktub dalam Akta Petroleum. Jadi itu yang saya ingin bangkitkan. Atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi saya ucapkan terima kasihlah, cumanya yang dibangkitkan di Dewan ini adalah apa pun stimulus package itu mengikut pakar-pakar ekonomi dan kewangan adalah ia perlu dilakukan segera. Jumlahnya mesti bertepatan dengan keperluan dan dilakukan productively, dengan izin dan dalam waktu yang sesegera mungkin untuk merangsang the expansionary effect, the anti-cyclical effects itu yang diperlukan. Jadi tidak boleh, hari itu Menteri Kewangan menyebutkan RM7 bilion negara ini tidak nampak di mana butirannya dan tidak tahu pula bagaimana ia hendak dilaksanakan. Ini yang menjadi pertikaian. Sudah ada para-para ekonomi yang menyebutkan perlu kepada RM48 bilion untuk benar-benar meletakkan kita mampu menangani persoalan kemelesetan. Dan kemelesetan ini pun Yang Berhormat Timbalan Menteri hanyalah technical definition of recession pada two quarters. Itu textbook stuff, tetapi persoalannya bagaimana rakyat menanggungkan pengangguran lay of workers, maknanya pengurangan pendapatan dan permintaan yang menurun khususnya daripada Amerika dan Eropah. Jadi kesemuanya ini meletakkan satu kegawatan yang tidak boleh kita sambil lewa dan secara selesa untuk mendepaninya. Kalau kita benar-benar mahu mendepani ini di sini tempatnya. Dan kita sehingga hari ini belum nampak lagi satu kesungguhan butiran- butiran RM7 bilion itu pun kita tidak nampak tetapi RM7 bilion tidak cukup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Minta laluan jawab sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berdasarkan kepada apa yang disebutkan oleh rakan-rakan kita di sebelah sana, iaitu RM7 bilion ini tidak cukup sebagai satu pakej rangsangan untuk menghadapi krisis ekonomi. Dan kita mendengar pendapat yang begitu hebat sekali lebih-lebih lagi mengatasi pakar-pakar ekonomi Amerika seperti Wall Street dan sebagainya, hebat. Pertama kali saya mendengar daripada pihak rakan-rakan kita sebelah sana. But is all in theory lah yet to be proven, dengan izin. Akan tetapi cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu kalau berdasarkan kepada pengalaman yang sudahlah tindakan kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat ataupun mengadakan pakej-pakej rangsangan ini, membantu syarikat-syarikat yang difikirkan dalam keadaan kritikal dianggap sebagai bail out, dengan izin. Dan dahulu bail out ini tidak popular. Apabila Dr. Mahathir melaksanakan bail out Tuan Yang di-Pertua kerajaan Amerika, kerajaan Eropah, pakar- pakar ekonomi mengutuk Dr. Mahathir habis-habisan termasuk juga pihak pembangkang pun mengutuk kerajaan. Akan tetapi hari ini kita dengar mereka kata RM7 bilion tidak cukup mahu RM48 bilion. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri fikir esok, apabila kerajaan fikir peruntukan yang begitu besar untuk merangsang ekonomi ini sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Amerika pada hari ini, kita akan dapat sokongan atau tidak daripada pembangkang dan rakyat jelata pada keseluruhannya? Adakah Yang Berhormat Menteri buat kajian tidak dalam hal ini?

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih. Yang Berhormat saya mengucapkan terima kasihlah atas cadangan bernas dari Kuala Selangor yang begitu mengambil berat tentang keadaan ekonomi di negara kita pada masa sekarang. Kalau dikatakan RM7 bilion itu tidak mencukupi memang kalau untuk rakyat berapa banyak pun tidak cukup, tetapi untuk kerajaan pada masa sekarang itu adalah di antara langkah-langkah kerajaan ambil. Mungkin ada lagi langkah-langkah yang akan diambil mengikut keadaan ekonomi atau perkembangan ekonomi pada masa yang akan datang. Memang betul dan benar bahawa bila Amerika Syarikat senang untuk mengkritik kita, tetapi pada masa sekarang kita nampak bukan sahaja Amerika Syarikat negara-negara yang lain juga lebih banyak bail out syarikat-syarikat dan korporat-korporat mereka yang mempunyai masalah untuk menghadapi masalah krisis ekonomi ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Kuala Selangor sudah banyaklah cukuplah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan salah gunakan perkataan saya. Saya tidak kata persoalan bail out, saya mengata bagaimana suntikan dapat merangsang ekonomi.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Bail out itu dikata oleh Pasir Salak bukan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, jadi jangan...

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

I tidak cakap Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey saya terima saya terima.

Akan tetapi yang Amerika pakai itu bail out lah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita tidak...

Tuan Yang di-Pertua, bail out. You ada tengok CNN News tidak? Pasal tidak ada tengok CNN News ini, payah.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pasir Salak tidak faham, jangan cakap.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Pasir Salak tidak faham apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Bukan bail out, nationalization…

Ini. Semalam only last night CNN News, bail out…

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat tidak tahu menggunakan definition, tanya sahajalah.

Bail out, bail out.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Saya pun tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Baru hendak belajar sedikit.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Sekarang, banking industry dikontrol oleh American government sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Saya bukan tidak ada mata. TV, CNN, watch CNN.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, Ahli-ahli Yang Berhormat. Soal ekonomi tidak boleh diputuskan oleh mana-mana. Memang begitu ekonomis berbeza pendapat. Seperti juga dengan guaman. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Okey Yang Berhormat. Kita ada lebih banyak pakar ekonomi di Dewan ini nampaknya. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Machang berkenaan, apakah kerajaan akan menimbangkan untuk tidak benarkan pembaharuan pasport untuk mereka yang tidak membayar cukai. Pada masa ini telah ada peruntukan dalam undang-undang yang menghalang dan melarang pembayar cukai keluar negara jika mereka tidak bayar atau pun tidak menjelaskan cukai mereka di bawah seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat, LHD atau Lembaga Hasil Dalam Negeri, tidak ada peruntukan untuk melarang pasport-pasport itu diperbaharui. Jadi, hanya untuk melarang mereka yang tidak atau pun ada cukai terhutang itu keluar dari negara kita sahaja. Berkenaan dengan hujah-hujah sebentar tadi berkenaan dengan Akta Setem. Apa yang ditanya oleh Yang Berhormat berkenaan dengan pada masa pilihan raya dan sebagainya itu, saya memang tidak boleh jawab kerana keputusan itu dibuat mengikut hujahan Yang Berhormat adalah dibuat melalui SPR. Jadi, kita di bahagian cukai setem dan sebagainya, kita memang tidak tahulah apa yang berlaku pada masa itu. Berkenaan dengan...

Yang Berhormat Menteri, pencelahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Waktu saya berkira-kira membangkitkan perkara ini dalam perbahasan peringkat dasar, saya sudah menjangkakan demikian bunyinya jawapan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri saya fikir masih ada locus standi, dengan izin. Ini kerana perkara yang dijalankan oleh SPR itu, ada kaitannya dengan hal yang di bawah jurisdiction dengan izin, Kementerian Kewangan iaitu berkaitan Akta Setem. Saya fikir, sikap cuci tangan sangat tidak wajar. Sebab itu dalam penghujahan tadi, saya memohon satu jawapan yang conclusive, bertanggungjawab. Kalau sekadar hendak sebut bahawa itu dipraktikkan atau dijalankan oleh SPR, tetapi SPR tidak menjalankan berdasarkan kepada satu undang-undang yang dipetik di awang- awangan. Ianya adalah bersandarkan satu akta yang namanya Akta Setem 1949, dan ianya jelas di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Sebab itu perlu diberikan. Kalau tidak sempat hari ini tidak apa. Saya faham tetapi harus ada satu komitmen untuk memberikan penjelasan sekurang-kurangnya secara bertulis bagi memberikan penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Yang Berhormat, memang kita bertanggungjawab tentang Akta Cukai Setem, tetapi keputusan untuk calon dalam pilihan raya hari itu untuk dibenarkan untuk bertanding atau pun tidak dibenarkan untuk bertanding, itu atas tanggungjawab SPR, bukan Kementerian Kewangan...

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apalah Yang Berhormat. Itu jawapan dia.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Satu perkara.

Tuan Yang di-Pertua

Itu jawapan Yang Berhormat Menteri. Tidak apa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Soal sama dengan ini atau apa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang sama juga.

Tuan Yang di-Pertua

Setem? Dia sudah jawab. Menteri sudah jawab Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebenarnya begini sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri mencadangkan tadi yang disebutkan secara jelas yang seksyen baru 50(a), kepada surat cara, jual belikah atau apa semua yang dikenakan setem tetapi dibatalkan termasuk borang pencalonan...

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Bukan dibatalkan, itu diselaraskan dengan izin, to simplify.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Bermakna, kalau Setem Hasil yang dikenakan tetapi sebenarnya tidak patut atau tidak diwajibkan, itu bermakna pengutipan hasil yang secara tidak sah. Secara tidak sah patutnya dipulangkan semula. Itu soalan saya...

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Soalan itu tidak ‘lekat’lah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apa pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kesemua...

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Pindaan ini adalah khusus untuk menyelaraskan, kerana dahulu dia ada banyak perbezaan cukai setem.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Maksudnya setem yang sudah dibayar itu, tidak akan dipulangkan.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Ini untuk dilaksanakan selepas rang undang-undang ini diluluskan sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Last Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maksud saya tadi, semua calon Pilihan Raya Keduabelas yang lalu, membayar stamp duty, kebanyakannya. Boleh dikatakan semua. Ada lebih kurang 1,500 orang. Adakah duti setem yang dibayar oleh mereka ini akan dipulangkan semula atau dianggap hangus? Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Machang lagi berkenaan dengan Kementerian Kewangan ataupun revenue untuk negara kita, terlalu bergantung kepada cukai petroleum. Saya ingin menjawab di sini bahawa Petronas selama ini juga telah mempelbagaikan aktiviti mereka dalam 37 negara di seluruh dunia dan baru-baru ini dalam laporan mereka, adalah menunjukkan bahawa 17.2 bilion revenue itu adalah dari luar negara. Akan tetapi saya memang bersetuju bahawa itu adalah satu risiko yang tinggi kerana kita terlalu bergantung daripada revenue minyak sahaja. Oleh kerana itu, selama ini kerajaan telah pun cuba mempelbagaikan aktiviti ekonomi di negara kita supaya revenue kita datangnya dari pelbagai bidang dan bukan sahaja kebanyakannya dari Petronas sahaja. Berkenaan dengan windfall tax yang dikutip dari IPP. IPP ini diberi kebenaran untuk membayar windfall tax yang telah dipersetujui RM500 juta itu berperingkat- peringkat atau pun melalui ansuran. Untuk tahun 2008, mereka perlu membayar RM200 juta dan selama ini mereka sudah pun membayar lebih dari RM100 juta.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Untuk tahun 2009, mereka akan bayar RM500 juta. Windfall tax ini dari mulanya ada satu sistem yang kita cadangkan tetapi tidak diguna pakai kerana atas rayuan dari semua IPP, kerana aktiviti yang tidak menentu, harga bahan api yang tidak menentu dan sebagainya.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Oleh kerana itu, kerajaan membenarkan mereka bayar IPP itu windfall tax, one off RM500 juta, jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya dan akhir sekali saya ingin..

Sebelum, sebelum itu saya mohon sedikit lagi, Yang Berhormat Menteri terima kasih saya dapat merasakan kesungguhan Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan terhadap perkara-perkara yang kita bangkitkan, saya hargai kesungguhan Yang Berhormat Menteri, cuma satu ayat sahaja untuk menjelaskan bahawa sementara Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan pandangan bila saya katakan bahawa kebergantungan kerajaan yang sangat berlebihan terhadap sumber petroleum sehingga mencecah 60% daripada pendapatan negara itu sebenarnya tidak menjanjikan satu masa depan yang meyakinkan. Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa kerajaan sedang berusaha mempelbagaikan lagi sumber perolehan daripada sektor-sektor lain, malangnya ayat itu terhenti setakat itu, tak diperincikan, sektor-sektor lain itu, sektor mana yang memberikan, diberikan keutamaan, saya fikir itu lebih menjadi fokus yang kita tunggu- tunggu. Walaupun kita boleh menyemak dari sudut anggaran pendapatan kerajaan daripada buku yang dibekalkan, tetapi ketika perbahasan langsung seumpama ini, saya fikir Yang Berhormat Menteri masih punya keupayaan dengan dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi kementerian, sekurang-kurangnya untuk memberikan penjelasan yang lebih terang bahawa sementara mengakui 60% itu daripada sumber petroleum dan seumpamanya ini, dari sudut jaminan jangka panjang kalau terlalu bergantung itu tidak baik untuk ekonomi negara, sektor-sektor lain juga diperbagaikan, bolehkah diperincikan sikit lagi sektor-sektor lain itu. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya kita memang sedar bahawa kadar revenue dari cukai petroleum ini memang tinggi dan ini bukan satu keadaan yang sihat untuk ekonomi kita sustainable untuk jangka masa yang panjang, dan apa yang saya katakan tadi berkenaan dengan mempelbagaikan revenue kerajaan ini, sebenarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara kita tidak nampak satu pertumbuhan dan juga perkembangan yang memang membanggakan kita dalam sektor perkhidmatan, seperti dari sektor pelancongan, perhotelan dan dari service industry yang lain. Ini juga, kerajaan pada masa sekarang juga nak mempergiatkan aktiviti pertanian dan juga kita banyak bergantung kepada perdagangan dan sebagainya, inilah satu sektor yang saya maksudkan..

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Boleh tanya sikit saja, boleh tanya sikit?

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Saya ingat cukuplah, [Ketawa] jadi Tuan Yang di- Pertua, akhir kata saya mengucapkan terima kasih atas perbahasan dan cadangan, pandangan dan peringatan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan Kementerian Kewangan menghargai dan mengambil kira pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua

Fasal-fasal 1 hingga 71 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Usul — Rang Undang-Undang Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008Bill

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008, dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. Tuan Yang di-Pertua, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta 30 yang lebih dikenali umum sebagai AUKU telah digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuan utama AUKU digubal adalah untuk menyediakan asas undang-undang antara lain dari segi tatacara penubuhan struktur tadbir urus, penyelenggaraan dan pentadbiran sesebuah universiti dan kolej universiti awam di Malaysia dan kegiatan pelajar.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Secara keseluruhannya, AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governance, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya. Pada kesempatan ini juga ingin dinyatakan bahawa AUKU tidak terpakai ke atas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). Universiti Islam telah dikecualikan daripada pemakaian AUKU kerana ditubuhkan di bawah triti antara Kerajaan Malaysia dengan Negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam, Organization of Islamic Conference (OIC). Dalam hal ini, tadbir urus Universiti Islam adalah berdasarkan kepada perlembagaannya sendiri yang bersumberkan kepada Akta Syarikat 1965. UiTM pula ditubuhkan di bawah aktanya sendiri iaitu Akta Universiti Teknologi Mara 1976 ataupun Akta 173. IPTS pula tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ataupun Akta 555 yang mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawal seliaan dan kawalan kualiti pendidikan yang disediakan oleh IPTS di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan, banyak perkembangan berkaitan pendidikan tinggi sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa telah berlaku. Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi merasakan bahawa sudah sampai masanya AUKU dipinda. Di sini sukalah dijelaskan bahawa gerakan untuk meminda AUKU bukan baru dilaksanakan oleh pihak kementerian. Sebenarnya kementerian telah memulakan kajian untuk meminda AUKU sejak akhir tahun 2005 lagi. Memandangkan AUKU ini agak sensitif sifatnya, maka kementerian telah memperhalusi setiap pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak. Ini sudah tentulah mengambil masa yang sedikit lama. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang kepada gerakan untuk meminda AUKU. Antaranya adalah kerana komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, mempertingkatkan daya saing negara di peringkat global,

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

memperkasa institusi pengajian tinggi negara dan untuk memperkukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian juga sedang berusaha untuk menjadikan universiti awam negara sebagai universiti bertaraf dunia dan mengharapkan cendekiawan negara mendapat pengiktirafan sebagai Nobel Laureate. Kementerian percaya bahawa pindaan AUKU yang holistik akan dapat menjayakan harapan dan sasaran tersebut. Selain daripada itu, kementerian juga sedar bahawa masyarakat pelajar pada masa ini lebih matang dalam menangani erti kebebasan dan kepelbagaian. Kementerian juga percaya dan yakin bahawa generasi muda yang terdiri daripada pelajar akan dapat memahami kehendak kerajaan dalam melahirkan barisan kepimpinan muda yang unggul. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini akan mendorong kepada pemantapan kepada tiga aspek utama iaitu tadbir urus universiti, kebajikan dan hak asasi pekerja universiti dan kebajikan dan hak asasi pelajar universiti. Aspek pertama, tadbir urus universiti. Pada masa ini terdapat sebanyak 18 buah universiti awam yang diselia secara terus di bawah AUKU manakala dua buah lagi yang telah saya nyatakan tadi diletakkan di bawah perundangan yang berbeza. Kementerian sedar bahawa untuk melonjakkan taraf dan prestasi universiti awam supaya setanding dengan universiti terbaik dunia, beberapa pindaan yang holistik berkaitan dengan tadbir urus universiti hendaklah dilakukan. Komitmen ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang melangkau tahun 2020, Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010 dan Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi. Tadbir urus universiti hanya akan dapat diperkemaskan melalui pindaan kepada AUKU. Prinsip-prinsip yang akan diterapkan dalam penambahbaikan kepada tadbir urus universiti adalah merangkumi: (i) membudayakan proses perundingan secara demokrasi; (ii) menggalakkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti; (iii) menambah baik autonomi kepada universiti; (iv) memantap dan memperinci fungsi dan kuasa pihak berkuasa universiti yang antara lain terdiri daripada lembaga pengarah universiti, senat dan juga naib canselor; (v) menyediakan mekanisme bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak berkuasa universiti; (vi) menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan melalui perkongsian kepakaran; dan (vii) memantapkan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Melalui rang undang-undang ini, proses rundingan secara demokrasi akan menjadi asas kepada sebarang pelantikan jawatan utama di universiti seperti jawatan naib canselor, pemilihan keanggotaan senat, pelantikan ketua kampus, dekan dan ketua sekolah institut, pusat dan akademi di sesebuah universiti. Bagi pelantikan naib canselor, ia akan dibuat oleh menteri selepas melalui proses pemilihan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh menteri dan juga selepas menteri berunding dengan lembaga pengarah universiti. Ini akan memastikan ketelusan dalam proses pemilihan tersebut dan hanya calon yang benar-benar berkaliber, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, mempunyai kelayakan yang istimewa, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman serta jaringan hubungan yang luas sahaja yang akan mengisi jawatan tersebut. Pemilihan keanggotaan senat dari kalangan profesor akan dijalankan secara lebih demokrasi di mana seramai tidak lebih daripada 20 orang profesor yang dahulunya dilantik oleh naib canselor akan dipilih oleh rakan sejawat mereka yang terdiri daripada profesor dan profesor madya di sesebuah universiti. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga amat menitikberatkan keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti dalaman dan juga luaran dalam tadbiran sesebuah universiti. Justeru, sebuah jawatankuasa pengurusan universiti yang

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

bertujuan untuk menasihati naib canselor dalam perkara pentadbiran dan pengurusan universiti akan juga diwujudkan. Selain itu, rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan menambah baik autonomi universiti. Ini dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lainnya terdiri daripada lembaga pengarah universiti, senat dan naib canselor. Melalui rang undang-undang ini, kuasa untuk menubuhkan fakulti dan jabatan yang dahulunya berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong diberikan kepada senat. Pindaan ini adalah selaras dengan fungsi senat sebagai badan utama akademik di universiti. Selain itu, kuasa menteri dalam hal ehwal rayuan tatatertib pelajar universiti dipindahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Universiti. Jawatankuasa ini akan ditubuhkan oleh LPU dan keanggotaannya juga akan ditentukan oleh LPU. Ini akan dapat mempercepat proses penyelesaian sesuatu rayuan tatatertib pelajar. Rang undang-undang ini juga akan memperinci dan membuat pembahagian fungsi dan kuasa LPU, senat dan naib canselor dengan lebih jelas dan teratur. Melalui rang undang-undang ini, kuasa yang diperuntukkan kepada universiti di bawah Seksyen 4 Jadual Pertama AUKU telah diagihkan secara jelas antara LPU dan senat. Semua kuasa universiti akan dilaksanakan oleh LPU melainkan beberapa perkara yang terletak di bawah bidang kuasa senat iaitu berkaitan dengan hal ehwal akademik. Selain itu, fungsi dan kuasa naib canselor diperuntukkan dengan jelas. Takrifan naib canselor telah diperkemaskan sebagai ketua pegawai eksekutif yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pentadbiran akademik dan pengurusan sesebuah universiti. Ini akan mengelakkan pertindihan fungsi dan kuasa yang dijalankan oleh LPU. Rang undang-undang ini juga akan memperkukuh fungsi dan kuasa LPU sebagai badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi bagi universiti. Melalui rang undang-undang ini, keanggotaan LPU ditambah daripada lapan orang kepada sebelas orang. Ahli-ahli yang ditambah adalah seperti berikut: (i) seorang profesor yang dipilih oleh senat dimasukkan sebagai ahli LPU; (ii) wakil swasta yang dahulunya seorang ditambah kepada tiga orang. Ini dapat meningkatkan hubungan kerjasama antara sektor swasta dengan universiti;

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

(iii) seorang wakil alumni universiti dimasukkan menjadi Ahli LPU; dan (iv) seorang lain yang dilantik oleh menteri. Rang undang-undang juga akan memperuntukkan kuasa kepada LPU untuk melantik penasihat undang-undang bagi universiti. Ini bertujuan supaya kepentingan universiti dari segi perundangan dapat dijamin. Pewujudan jawatan baru ini diharap akan dapat menangani isu-isu perundangan universiti yang kompleks dan dinamik. Ini termasuklah isu-isu seperti hak-hak harta intelek, rundingan persefahaman dan perjanjian antarabangsa, penubuhan kampus cawangan di luar negara dan hak-hak pelajar serta pekerja universiti. Selain itu LPU juga akan diberi kuasa untuk mendengar rayuan dari mana- mana pekerja universiti yang terkilan ataupun dengan izin agreed dengan keputusan berkaitan naik pangkat atau pelantikan. LPU juga akan diberi kuasa bagi pihak universiti untuk menjana pendapatan bagi tujuan aktiviti akademik dan penyelidikan. Sebelum ini LPU hanya di benar untuk menerima hadiah dalam bentuk geran dan sebagainya. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan memperkukuh fungsi dan kuasa Senat sebagai badan akademik utama di universiti. Melalui rang undang- undang ini Senat akan mempunyai kuasa yang mengatasi kuasa LPU dalam hal berkaitan akademik melainkan jika ia melibatkan peruntukan kewangan. Dalam keadaan tersebut LPU akan dibenarkan untuk menyatakan pendapat tetapi keputusan

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

muktamad masih berada di bawah bidang kuasa Senat. Selain itu, persetujuan Senat hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum LPU membuat, meminda atau memansuhkan mana-mana statut berkaitan hal ehwal akademik. Seperti yang dijelaskan sebentar tadi penubuhan fakulti dan jabatan juga akan diletakkan di bawah bidang kuasa Senat. Rang undang-undang ini akan memperjelaskan fungsi dan kuasa naib canselor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif universiti yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, akademik, dan pengurusan universiti secara keseluruhannya. Melalui rang undang-undang ini kuasa naib canselor sebagai pihak berkuasa tatatertib pelajar dijelaskan lagi. Beberapa proses dan prosedur digariskan dengan terperinci bagi menjamin hak dan kepentingan pelajar yang menghadapi tindakan tatatertib dipatuhi. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan membenarkan mana- mana pihak berkuasa atau pegawai universiti untuk merujuk apa-apa pertikaian berhubung dengan fungsi dan bidang kuasa yang tidak dapat diselesaikan kepada menteri. Sekiranya menteri tidak bercadang untuk menyelesaikan pertikaian tersebut sendiri beliau boleh menubuhkan satu panel penyelesai pertikaian bagi mendengar dan membuat keputusan berhubung pertikaian tersebut. Rang undang-undang ini juga amat menitikberatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan iaitu antara perkara yang merupakan teras kepada pelan strategik pengajian tinggi negara. Justeru rang undang- undang yang dicadangkan ini akan memberikan menteri kuasa untuk meminjam atau memudahkan perkhidmatan pekerja universiti atas persetujuan pekerja tersebut dari satu universiti ke universiti atau institusi yang lain atas kepentingan pendidikan tinggi atau perkembangan penyelidikan dan pembangunan. Ini akan dapat membenarkan mobiliti pekerja dan pada masa yang sama dapat membantu universiti baru yang kekurangan pekerja yang pakar dan berkemahiran dalam sesuatu bidang untuk berkhidmat di universiti tersebut. Selain itu fungsi dan kuasa LPU untuk menjana pendapatan yang akan dapat digunakan untuk tujuan memajukan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di sesebuah universiti akan turut dimantapkan. Rang undang-undang ini juga akan membenarkan menteri untuk menubuhkan kampus cawangan bagi sesebuah universiti di luar negara. Ini akan dapat memastikan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dapat dilaksanakan. Komitmen kementerian untuk mengantarabangsakan pendidikan tinggi negara adalah selaras dengan pelan strategik pengajian tinggi negara. Tuan Yang di-Pertua, aspek kedua kebajikan dan hak asasi pekerja universiti. Prinsip asas bagi kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut menguruskan pekerjanya dengan baik. Pekerja merupakan aset utama kepada sesebuah organisasi. Pengurusan pekerja secara umumnya adalah merangkumi: (i) aspek pelantikan dan kenaikan pangkat; (ii) kecenderungan organisasi untuk mendengar pandangan dan mendapatkan persetujuan pekerja sebelum sebarang keputusan yang melibatkan pekerja berkenaan atau organisasi pada keseluruhannya dibuat; dan (iii) penjagaan hal ehwal kebajikan pekerja tersebut. Antara perubahan yang akan dibuat melalui rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah memberi ruang kepada mana-mana pekerja universiti yang terkilan atau tidak berpuas hati dalam hal pelantikan ataupun kenaikan pangkat untuk merayu kepada Lembaga Pengarah Universiti. Selain itu rang undang-undang ini juga memastikan persetujuan seorang pekerja diperoleh sebelum peminjaman atau perpindahan perkhidmatan mereka ke universiti atau institusi lain dilaksanakan. Universiti/institusi yang menerima perkhidmatan pekerja universiti tersebut hendaklah membayar apa-apa tuntutan yang berbangkit dari peminjaman dari atau perpindahan pekerja. Bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja sentiasa dipelihara dan dijamin maka rang undang-undang ini juga membenarkan penubuhan jawatankuasa kebajikan pekerja. Ini dilaksanakan dengan memperuntukkan seorang wakil daripada setiap kesatuan atau kesatuan pekerja universiti yang berdaftar dilantik menganggotai Jawatankuasa Kebajikan Pekerja yang ditubuhkan.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Selain itu rang undang-undang ini juga akan membenarkan seorang profesor yang dipilih oleh senat untuk menganggotai LPU. Ini akan memberi peluang kepada profesor tersebut untuk menyampaikan pandangannya sebagai wakil Senat yang berkaitan dengan hal ehwal akademik kepada LPU. Di sini sukalah ditegaskan bahawa rang undang-undang ini amat menitikberatkan pandangan pekerja universiti di mana ia memperuntukkan bahawa sebarang pelantikan Dekan dan ketua sekolah, institut, pusat dan akademi hendaklah melalui proses perundingan dengan kakitangan akademik setiap fakulti, sekolah, pusat dan akademi berkenaan. Ini akan membolehkan kakitangan akademik menyuarakan pandangan mereka berhubung dengan pelantikan tersebut. Selain itu rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan memansuhkan beberapa peruntukan yang berkaitan dengan disiplin pekerja universiti yang tidak terpakai ke atas universiti. Ini kerana mulai tahun 2000 disiplin pekerja universiti adalah tertakluk di bawah Akta 605. Dengan pindaan ini AUKU hanya terpakai ke atas disiplin dan tatatertib pelajar universiti sahaja. Tuan Yang di-Pertua, aspek ketiga, kebajikan dan hak asasi pelajar universiti. Pindaan kepada AUKU tidak akan lengkap tanpa perubahan kepada aspek pengurusan kebajikan dan hak asasi pelajar. Perkara ini merupakan hasrat dan harapan setiap pelajar di universiti negara ini. Pelajar merupakan stakeholder utama kepada sesebuah universiti. Mereka juga merupakan bakal pewaris kepada kepimpinan negara. Justeru, kebajikan dan hak asasi pelajar hendaklah sentiasa dipelihara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan terbaik (best practices) antara bangsa. Justeru rang undang-undang ini akan memberi penekanan khusus kepada aspek kebajikan dan hak asasi pelajar tersebut. Antara perkara yang akan dilihat semula merangkumi: (i) kebebasan berpersatuan; (ii) kebebasan bersuara; (iii) pemansuhan peruntukan berkaitan kesalahan dan hukuman jenayah; (iv) pemansuhan peruntukan berkaitan penggantungan atau pembuangan secara automatik; (v) hak asasi pelajar kepada pendidikan; (vi) tatacara pengendalian kes tatatertib; (vii) penggantungan atau pembubaran pertubuhan pelajar; (viii) hak pelajar pasca siswazah; (ix) perwakilan dalam jawatankuasa kebajikan pelajar; dan (x) penglibatan pelajar dalam senat. Seperti yang dimaklumi AUKU sedia ada memperuntukkan bahawa mana- mana pelajar yang hendak menganggotai mana-mana persatuan atau organisasi di luar universiti hendaklah mendapat kebenaran pihak universiti terlebih dahulu atau dengan izin, prior permission. Peruntukan ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai agak negatif dan tidak memberi kebaikan kepada pelajar dalam peningkatan ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNBacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Menteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Justeru rang undang-undang yang dicadangkan ini akan membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada di dalam atau luar negara.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung 5.30 petang nanti. Ahli Yang Berhormat, sekarang tiba masanya kita bahas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dibawa oleh Yang Berhormat Gombak dan memandangkan perbahasan kita cuma dalam sejam saya cuma boleh benarkan empat penghujah daripada pembangkang dan empat juga daripada kerajaan iaitu pembentang usul saya benarkan 15 minit dan lima minit seorang dan Yang Berhormat Menteri juga menjawab dalam masa 15 minit. Sila Yang Berhormat Gombak.

Usul Menangguhkan Mensyuarat Di Bawah P.M 18(1) — Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit AntarabangsaUrgent matter

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sebaik sahaja Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan pada pagi ini, seluruh rakyat Malaysia merasa lega kerana keberanian dan ketegasan Tuan Yang di-Pertua membenarkan usul ini dibahaskan pada petang ini. Pada hari ini juga Tuan Yang di- Pertua kita [Tepuk] sedang menyambut ulang tahun yang ke-15 peristiwa Highland Towers menyembah bumi seperti yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kesemua recommendations yang dibuat yang terkandung dalam Inquiry Commission Highland Towers ini ditolak begitu sahaja sehinggakan tragedi seperti ini berulang lagi semenjak Highland Towers berlaku. Namun pada petang ini bukan kita hendak menuding jari pada mana-mana individu atau pihak, malangnya Tuan Yang di-Pertua terlalu banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri. Akan tetapi malangnya tidak ada kekuatan untuk memastikan satu ketegasan diambil supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya ingin memberi contoh Tuan Yang di-Pertua, di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah pun ada garis panduan yang disebut Total Planning Guidelines 2001, bermula 1999 dipinda pada 2001 tetapi Total Planning Guidelines ini langsung tidak di ambil kira dalam menentukan projek-projek dan kelulusan yang diberikan sama ada oleh kerajaan pusat mahu pun oleh kerajaan negeri. Saya hendak bawa sedikit contoh dan saya percaya teman saya daripada Bandar Tun Razak juga akan memberikan perincian yang lebih besar lagi. Dalam kawasan DUN Bukit Antarabangsa Tuan Yang di-Pertua, ada sembilan projek pembangunan tanah tinggi. Sembilan, saya tidak mahu pergi satu persatu tetapi keseluruhan sembilan projek pembangunan tanah tinggi di DUN Bukit Antarabangsa ini diluluskan pada tahun 2004, diluluskan pada tahun 2006 dan diluluskan pada tahun 2007. Siapa yang bertanggungjawab memberikan kelulusan sedangkan kementerian sudah pun ada garis panduan? 2001 untuk tidak lagi membenarkan pembangunan di cerun dan lereng-lereng bukit melebihi 25 degrees. Siapa yang bertanggungjawab Tuan Yang di-Pertua? Kalau kita tengok di Seoul baru-baru ini, ada supermarket yang ranap, yang runtuh dalam tempoh dua hari. Pemilik bangunan dan tanah tersebut dihadapkan ke mahkamah, didakwa dan kini berada di dalam penjara. [Tepuk] Sebab itu Tuan Yang di- Pertua, sementara kita mendengar kenyataan keras daripada Perdana Menteri untuk tidak lagi membenarkan pembangunan di lereng bukit, kita mendengar kenyataan yang cukup tegas, dasar Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang tegas daripada bulan April, tidak lagi ada pembangunan di cerun-cerun bukit. [Tepuk] Akan tetapi kenyataan sahaja tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, kita mahu siapa juga yang bertanggungjawab meluluskan projek-projek ini segera didakwa dalam mahkamah terbuka dan diambil tindakan kepada mereka. Sampai bila kita hendak membenarkan perkara ini berterusan? Undang-undang sedia ada mungkin kita perlu perkemaskan. Garis panduan tidak dipatuhi, bukan kita hendak menuding jari sebab sekarang ini sudah ada usul, ini semua PBT, ini semua kerajaan negeri. Saya hendak membuktikan di sini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat kenyataan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan garis panduan pembangunan untuk dipatuhi oleh PBT di setiap negeri. Ini bermakna ada peranan, kementerian ada peranan, PBT ada peranan. Begitu juga di JKR kita ada cawangan cerun, JKR juga bertanggungjawab. Kementerian Alam Sekitar juga bertanggungjawab. Dalam kes yang berlaku di Bukit Antarabangsa Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri juga mengesahkan bahawa kawasan ini adalah kawasan tadahan air, water catchment areas. Bagaimana kawasan tadahan air yang sudah diwartakan tiba-tiba diberikan kebenaran untuk dibangunkan? Sekali lagi Dewan Rakyat perlu diberikan maklumat siapa yang digazet warta tersebut dan beliau mesti dihadapkan ke mahkamah serta-merta kerana bertanggungjawab dengan soal ini.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan di Bukit Antarabangsa dalam keadaan yang cukup kritikal. Beberapa orang terbunuh, ribuan terkandas sekarang saya baru dapat panggilan, hujan lebat, masih ada lagi mayat yang terkambus dalam tanah-tanah tersebut. Akan tetapi kalau tidak ada tindakan yang tegas dan keras dan berani, saya percaya perkara ini akan berulang. Di antara tahun 2000 hingga 2008 Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya siapa Menteri Besar Selangor mulai tahun 2000 sehingga 2008? Daripada tahun 2000 hingga 2008, kawasan-kawasan yang terlibat dengan kelas tiga dan kelas empat yang diluluskan pembangunannya di mukim Ampang, saya hendak bicara kawasan saya, mukim Ampang 14 permohonan. Mukim Ulu Kelang 28 permohonan, jumlah 42 permohonan, diluluskan oleh siapa? Mengapa pemimpin- pemimpin ini tidak belajar daripada tragedi yang sudah berlaku? Di Highland Towers, Tan Sri Ismail Omar, sekarang di Bukit Antarabangsa, sebelum ini di Kampung Pasir. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi ruang kepada teman-teman lain kerana ini isu besar. Bukan sahaja soal enforcement yang harus kita perkemaskan, tetapi banyak juga ruang-ruang rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pemberian kelulusan kediaman dan pembangunan di lereng-lereng bukit ini. Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan mendesak kerajaan supaya garis panduan yang telah pun diwartakan pada 2001 ini dipindahkan menjadi undang-undang supaya dipatuhi oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan marilah kita mencontohi Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang telah memutuskan bahawa cerun tiga dan cerun empat tidak lagi kita benarkan untuk pembangunan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya berharap agar Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, PBT, pihak penguat kuasa bersama-sama senada dengan tegas dan berani, mulai hari ini memastikan tragedi seperti ini tidak berulang lagi dalam negeri dan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Tuan Yang di-Pertua, pesanan datuk nenek kita dahulu bahawa ‘jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai’. Pesanan sekarang ini ‘jika takut ditimbus tanah jangan berumah di lereng bukit’. Dari segi ekosistem, Profesor Zaini Ujang, Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Point of order, mengikut peraturan mesyuarat ialah 30 minit untuk pihak sebelah sini selepas itu barulah pihak sebelah sana. Inilah apa yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua

Apa beza Ahli Yang Berhormat kalau saya kasi gilir- gilir?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Suka-suka ikut masa mana boleh, 30 minutes, 30 minutes.

Tuan Yang di-Pertua

I can be strict on the masa.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, 30 minutes, 30 minutes.

Tuan Yang di-Pertua

I know I can be strict on the masa. Sila just continue.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Bahagikan satu kawasan pembangunan kepada lima kelas. Kelas pertama ialah ekosistem seimbang yang mudah dibangunkan kerana impak pembangunan terhadap komponen alam sekitar pada tahap minimum. Ini mungkin kerana ekosistem tersebut tidak mempunyai komponen unik dan ciri istimewa yang perlu dilestarikan. Secara umumnya komponen alam sekitar terbahagi kepada: (i) geosfera - tanah, batuan dan kontur; (ii) hidrosfera – laut, sungai, tasik, alur air bawah tanah; (iii) atmosfera – udara; dan (iv) biosfera – hidupan dan tumbuhan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Kelas kedua ialah ekosistem yang boleh terjejas dengan sesuatu projek pembangunan, tetapi dapat dikawal jika tindakan penempelan dan pemulihan dilakukan dengan segera. Biasanya kelas kedua ini menjadi isu dalam konteks kajian impak alam sekitar. Kelas ketiga ialah ekosistem sensitif yang boleh terjejas dengan mudah, tetapi tidak membahayakan penduduk dan pengunjung seperti pembangunan kawasan peranginan dan aktiviti ekopelancongan di kawasan hutan simpan. Contohnya ialah pembangunan pinggir pantai dan jeti di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Kelas keempat ialah ekosistem sensitif yang boleh terjejas dan membahayakan penduduk atau pengunjung apabila sesuatu pembangunan dilaksanakan. Tahap bahaya ini dikaji menerusi analisis dan risiko terhadap komponen alam sekitar. Antara risiko yang selalu dikaitkan dengan projek pembangunan tanah ialah banjir kilat, tanah runtuh dan pencemaran sungai. Pada hemat saya ekosistem kawasan sekitar Bukit Antarabangsa termasuk dalam kelas empat ini. Kelas kelima ialah ekosistem sensitif yang sangat terkesan dengan apa juga bentuk aktiviti pembangunan. Ini kerana ekosistem tersebut unik, kaya dengan flora dan fauna, sanctuary menampung kepelbagaian biologi dan punyai peranan penting dari segi keselamatan dan kesejahteraan penduduk dan ekosistem sekeliling. Contohnya ialah hutan bakau di pinggir pantai sepanjang Selat Melaka dan hutan simpan di Banjaran Titiwangsa. Persoalannya apakah yang perlu dilakukan seterusnya apabila sesuatu ekosistem mengalami kemusnahan. Contohnya tanah runtuh seperti di sekitar Bukit Antarabangsa. Dari segi politik kita berbincang usul ini hari ini di Dewan yang mulia ini, mungkin Kerajaan Negeri Selangor perlu memanggil satu sidang Dewan Undangan Negeri Khas bagi membincangkan hal tanah runtuh kerana berlaku dalam persada tanggungjawab mereka. Dari segi teknikal kita mempunyai lima pilihan Tuan Yang di-Pertua. Pilihan pertama, memulihkan ekosistem secara kecil-kecilan dengan izin, minor ecosystem remediation menerusi pelbagai kaedah dan teknologi. Saya yakin ramai jurutera tempatan mempunyai pengalaman untuk memulihkan kawasan tanah runtuh menerusi kaedah penstabilan tanah dan penyuburan ekosistem. Kaedah ini mengambil masa dan memerlukan biaya besar. Pilihan kedua memulihkan ekosistem menggunakan kaedah komprehensif, tetapi bukan kepada seluruh kawasan. Ia hanya membabitkan kawasan berisiko tinggi sahaja seperti tanah runtuh, aliran air bawah tanah dan kawasan lembangan. Pilihan ketiga memulihkan ekosistem secara keseluruhan, dengan izin major ecosystem remediation dengan mengubah landskap, kontur dan fungsi kawasan tersebut. Bagi kawasan tanah tinggi misalnya perlu ditukar menjadi kawasan landai untuk mengurangkan risiko tanah runtuh dan penompokan air di suatu alur atau akuifer. Ia memerlukan kos tinggi dalam jangka masa antara lima hingga 10 tahun, tetapi di kawasan tertentu dan terpilih sahaja serta strategik untuk penempatan penduduk yang ramai. Pilihan keempat, membiarkan ekosistem kawasan tersebut...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian, seminit lagi.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Ya. Stabil melalui proses alamiah tanpa perlu mengeluarkan biaya besar untuk melakukan sebarang kerja penstabilan tanah dan pemantapan ekosistem. Pilihan kelima mengosongkan kawasan tersebut untuk meminimumkan risiko bencana seperti tanah runtuh sehinggalah prosedur perundangan pampasan diselesaikan. Dalam konteks ekosistem sekitar Bukit Antarabangsa pilihan pertama pemulihan secara kecil-kecilan tidak lagi relevan. Pilihan ketiga iaitu memulihkan ekosistem secara keseluruhan adalah paling relevan. Saya juga ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Pusat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah pasukan khas untuk memastikan kesemua pilihan ini dapat dikenal pasti termasuklah dari segi pembiayaan hak milik hartanah, keselamatan penduduk dan pampasan jika perlu.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Selain itu saya menggesa dan mencadangkan semua agensi yang terlibat menerima pakai garis panduan pembangunan di kawasan tanah tinggi yang disediakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia kira-kira empat tahun lalu. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menghentikan tuduh menuduh, menuding jari siapa yang bersalah dalam hal yang telah berlaku. Jika terdapat kesangsian terhadap kelulusan kawasan itu, malahan kawasan-kawasan bukit dan lereng bukit yang lain, laporkan sahaja kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat. Untuk masa hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah mengumumkan larangan kerajaan sepenuhnya, sebarang bentuk pembangunan dan projek perumahan di kawasan lereng dan puncak bukit yang berisiko tinggi di seluruh negara. Inilah satu lagi bukti keprihatinan dan tindakan proaktif Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila.

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin IbrahimPKR · PRBandar Tun Razak

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ucapkan terima kasih kerana dapat bersama-sama membincangkan salah satu tragedi yang boleh kita kurangi tetapi kita tidak lakukan. Kerajaan Negeri Selangor yang dibentuk pada 9 Mac setelah mengambil alih daripada pentadbiran Barisan Nasional, sudah mengkaji projek-projek yang diluluskan bagi kawasan cerun dan tanah tinggi dari tahun 2000 dan sehingga sekarang. Sebagaimana yang dikatakan oleh rakan dari Gombak, keseluruhannya ada 99 projek yang sudah diluluskan sehingga Mac 2008. Dari projek 99 tersebut, 64 projek yang sedang berjalan, 21 projek belum bermula dan 3 projek didapati terbengkalai. Daripada projek tersebut, yang terbanyak sekali ialah 27 projek yang sedang berjalan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, itu yang terbanyak. Sebanyak 10 projek terletak di sekitaran kejadian Bukit Antarabangsa dan 11 projek terletak di Taman Melawati di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Saya dapati, kalau kita melihat dapatan kajian yang telah diberikan kepada kita sejak tahun 1993, kita dapati beberapa kajian kejadian yang telah berlaku. Umpamanya Pangsapuri Highlands Towers sebagai penanda yang pertama dan Pangsapuri Athenian Towers yang juga berada di kawasan di situ pada tahun 1999. Pada Oktober 2000, Bukit Antarabangsa mengalami kesan runtuhan tanah. Pada November 2002, lot banglo di Taman Hillview runtuh. Pada 2 Mei 2006, cerun runtuh di Kampung Pasir Hulu Kelang, mengakibatkan empat kematian, 160 hilang tempat tinggal. Pada September 2007, di Bukit Mas Melawati berlaku tanah runtuh dan banjir lumpur menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda. Pada bulan Mac 2008, bongkah batuan runtuh di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai. Dengan yang demikian, daripada beberapa kejadian tanah runtuh itu, bermulanya kami membuat keputusan supaya tidak meneruskan lagi projek kelas tiga dan kelas empat di cerun bukit tinggi. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin IbrahimPKR · PRBandar Tun Razak

Jadi untuk itu saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membuat rancangan bersama tentang cara hendak membetulkan projek perumahan ataupun penempatan yang sudah sedia ada. Kalau kita tidak selesaikan masalah seumpama ini, ia merupakan risiko yang tinggi bagi penghuni dan kita juga mesti mencari jalan cara kita melihat projek itu secara keseluruhan iaitu membetulkan kawasan-kawasan yang sudah tidak terkawal dan cara kita hendak memberitahu mereka ini tentang kehidupan di lereng-lereng bukit.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, malapetaka tanah runtuh Bukit Antarabangsa ialah satu dengan izin shear criminal negligence di mana 5 orang kehilangan nyawa dan 5,000 orang terkandas. Selepas tragedi Highland Towers 15 tahun dahulu ialah satu testimoni, bukti yang sedih dan memeranjatkan bahawa 48 nyawa yang hilang dalam tragedi Highland Towers itu mereka meninggal sia-sia, die in vain oleh kerana iktibar yang patut dipelajari tidak berlaku.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyalahkan pemaju-pemaju dan pembeli-pembeli. Pemaju-pemaju oleh kerana mahu untung, pembeli-pembeli oleh kerana mahu pemandangan yang baik. Yang Berhormat Menteri Penerangan pun ada sikap serupa apabila dia berkata bahawa dengan izin “We cannot blame on just one authority. After all you need two to tango, but this time there are three; the government, the developers and the buyers”. Ini sangat tidak adil oleh kerana tanggungjawab yang sepenuhnya patutlah pihak yang berkenaan sama ada di peringkat kerajaan patutlah bertanggungjawab mengenai memberi kelulusan kepada pelan-pelan itu atau tidak mengendahkan iktibar-iktibar daripada Highland Towers tragedy. Apa yang lebih memeranjatkan ialah kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Perumahan tadi bahawa inilah bukan yang rules out human negligence. Dia kata bahawa inilah natural causes ialah probable factor yang empat hari dia hilang, tidak tahu dia pergi mana tapi bila balik dia kata bahawa tidak ada human negligence tetapi itu natural causes. Nampaknya dia sudah menjadi Samy Vellu yang kedua sekarang yang kata itulah act of God, natural causes dan saya rasa itu menunjukkan satu sikap yang tidak bertanggungjawab pihak Kerajaan, satu sikap impunity, immunity daripada kegagalan, kecuaian pihak kerajaan. Tidak hairanlah bahawa Doktor Benjamin George yang menjadi survivor yang tunggal daripada tragedi Highland Towers yang ada komen dengan izin, “In three months the tractors will start work again. I have survived long enough to see all this nonsense repeated”. Kita tahu ada kajian sains yang landslide boleh berlaku sama ada dalam beberapa bulan ini sama ada mengenai pokok-pokok yang jatuh, ataupun mengenai earth movements. Namun semua tidak diendahkan sungguhpun ada dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Apa yang mustahak ialah, kita mahu apa yang sebenar berlaku dan sangat perlu satu royal commission inquire untuk tiga tujuan. Pertama untuk siasat sebenarnya sebab musabab tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Kedua, satu mandate yang lebih besar kenapa authorities sama ada federal atau state atau majlis tempatan tidak belajar, tidak dapat iktibar daripada apa yang berlaku dalam Highland Towers 15 tahun dahulu yang hilang 48 nyawa. Bukan sahaja mengenai apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa tetapi pun mengenai tempat- tempat yang serupa semacam lereng-lereng bukit di kawasan-kawasan yang lain di negara kita. Ketiga, kenapa di negara yang lain sampai ke Hong Kong mereka boleh berjaya untuk mencegah tanah runtuh sungguhpun lereng-lereng d cerun-cerun bukit mereka adalah di bangunkan dengan begitu giat. Di sini pun saya rasa perlulah satu siasatan yang bebas mengenai...

Tuan Yang di-Pertua

Satu minit lagi Yang Berhormat Ipoh Timur. One more minute.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mengenai kompelin yang dibuat oleh mangsa-mangsa Bukit Antarabangsa khasnya mengenai anggota-anggota search and rescue. Yang tingkah laku mereka khasnya yang dibuat oleh suami kepada mendiang Eng Yee Peng bahawa dakwaan tidak dapat kerjasama daripada anggota search and rescue dan mereka. Beliau diberi cangkul oleh sepasukan penyelamat dan meminta dia mencari isterinya sendiri masa itu isterinya masih hidup. Inilah saya rasa sangat perlu disiasat. Kita tahu bahawa majoriti SAR members ialah bertanggungjawab tetapi kalau ada black sheep segelintir patutlah mereka di fired out dan di punish sekeras-kerasnya. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita memahami masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk di seluruh Bukit Antarabangsa yang tidak menentu masa depannya kerana walaupun yang terlibat 14 buah rumah tetapi hampir 5,000 penduduk sekitar kawasan tersebut juga diarahkan berpindah. Jadi ini merupakan satu trauma yang cukup perlu di ambil perhatian kerana kita sudah dengar beberapa kes di mana mangsa dan juga orang-orang yang lain yang terpaksa berpindah sudah mula bercakap sendirian, sudah mula menunjukkan tanda-

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

tanda tekanan jiwa yang mesti ditangani segera dalam masa yang terdekat ini. Saya juga ingin meminta supaya suatu siasat ataupun satu jawatankuasa bebas siasatan ditubuhkan secara yang segera walaupun ada yang akan mempertikaikan beberapa kali siasatan pun hasilnya tidak akan ke mana-mana masih lagi berterusan projek sedemikian. Namun untuk kes ini oleh kerana ia sudah menjadi kes berprofil tinggi saya rasa kita memerlukan satu jawapan sama ada pihak yang bertanggungjawab dalam merangka pembangunan di kawasan lereng bukit ini mempunyai maklumat-maklumat latar belakang yang tepat mengenai jumlah hujan untuk tempoh 50 tahun yang lalu, jenis tanah yang ada, bentuk lereng bukit yang ada. Ini kerana kalau kita melihat pembangunan yang sedia ada ini seolah-olah macam tidak berasaskan satu maklumat yang mencukupi sehingga akhirnya kita mendapat masalah begini. Kita bernasib baik bukan berada di kawasan gempa bumi. Saya rasa kalau kita ada gegaran lebih kurang dalam 5 skala rektor ini, rasa habis seluruh Bukit Antarabangsa itu runtuh. Kita hendak tahu juga sama ada kerosakan ataupun kerosakan yang berlaku di lereng-lereng ini adalah kerana design yang tidak betul? Jikalau tidak betul mengapa ia diluluskan dan pihak mana yang mana yang meluluskan dan sama ada tindakan akan diambil atas mana-mana pihak yang meluluskan suatu reka bentuk yang tidak mencapai satu piawaian. Kalau dikatakan design nya betul tapi masih runtuh juga ertinya kita sama da bertindak menentukan standard pembangunan yang lebih tinggi ataupun seperti dibuat oleh Selangor kita haramkan sahaja pembangunan di sekitar lereng-lereng bukit ini. Apa yang lebih penting bagi penduduk hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana menjaga kebajikan mereka? Mereka kehilangan rumah, kehilangan ahli keluarga. Mereka tidak akan dibayar insurans katanya kerana insurans tidak meliputi kes-kes natural disaster ini. Akan tetapi kita harus mencari jalan tengah kerana natural disaster ini yang berpunca daripada tangan-tangan manusia. Jadi tentulah elemen kesalahan manusia ini mesti diambil kira. Jadi kita ada pihak pemaju. Kita ada tuan tanah, tuan rumah, kita ada kerajaan. Masing-masing dalam meluluskan projek ini ada insuransnya masing-masing. Tidak bolehkah kita mengambil jalan tengah supaya pampasan diberikan walaupun tidak keseluruhannya oleh ketiga-tiga pihak ini...

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi Yang Berhormat.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

...untuk melegakan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ini. Seterusnya kita berharap supaya siasatan ke atas projek-projek yang ada di sebut 99. Saya dengar kata ada 119 projek lereng bukit yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu. Kalau perlu Kerajaan Selangor hari ini harus menghentikan projek yang sedang berjalan sekalipun, yang telah bermula. Ini kerana nyawa manusia yang terlibat. Di samping itu saya minta Kerajaan Negeri melalui PBTnya supaya tidak mengenakan apa-apa assessment pada masa ini, menghantar surat assessment kepada mangsa- mangsa yang hanya akan menimbulkan rasa sakit jiwa lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi kalau boleh beri percumalah sekali assessment cukai pintu dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas. Penghabisan daripada pihak pembangkang Yang Berhormat Pasir Mas. 5.05 minit, terus berhenti ya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, yang penting sekarang ini ialah penderitaan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat di Bukit Antarabangsa. Seramai 5,000 orang dipindah. Saya bersama dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, iaitu yang didahulukan dahulu ialah masalah kebajikan mereka. 5,000 yang diarah pindah dan bagaimanakah keadaan mereka sekarang ini dari segi kos perpindahan, hendak dapat rumah baru, tempat kediaman baru, tidak cukup dengan apa yang dibantu sekarang ini. Kita dapat lihat bagaimana tekanan jiwa yang dihadapi oleh keluarga-keluarga ini. Begitu juga rumah-rumah yang

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

musnah yang ditelan bumi ini. Siapa yang bertanggungjawab itu satu soal. Hendak didakwa keesokan hari, hendak pastikan perkara ini tidak berlaku lagi, tu boleh bincang. Bolehlah masing-masing bercakap, tetapi yang pentingnya bagaimana keadaan mereka sekarang ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan termasuk kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mengumpulkan dana berjumlah sebanyak RM50,000,00 sekarang. Kalau kita betul-betul prihatin kepada rakyat. RM50,000 tanggungan separuh daripada Kerajaan Negeri Selangor, separuh daripada Kerajaan Pusat dan RM50,000,000 ini ditambah lagi dengan sumbangan daripada pemaju-pemaju yang bertanggungjawab, daripada syarikat-syarikat korporat supaya mencari jalan membantu rumah yang ranap, hutang belum bayar lagi dengan bank, rumah sudah ranap. Hutang kena bayar, insurans tidak bayar, kerana ini adalah mala petaka yang tidak dicover oleh insurans. Jadi saya mencadangkan ini langkah yang praktikal. Bercakap sahaja tidak guna, yang pentingnya ialah beri sumbangan. Katalah rumah yang runtuh dibayar separuh ke, dibayar 1/3 ke, dilangsaikan hutang bank ke, sebab mereka menjadi mangsa. Saya rasa kerajaan boleh terutamanya Kerajaan Pusat bayar ex gratia kepada Tun Salleh Abbas RM5 juta pun boleh, tidakkan ini tidak boleh. RM5 juta, kena pecat oleh tribunal, boleh bayar RM5 juta. Hakim-hakim lain boleh bayar, tidakkanlah rakyat yang betul-betul menderita ini tidak boleh bayar. Saya tahu apabila guna wang kerajaan ialah wang rakyat, wang pembayar cukai. Tentulah pembayar cukai yang lain menyoalkan apa sebab, apa faedahnya bayar. Akan tetapi saya percaya atas semangat keperimanusiaan, tanggungjawab sosial, rakyat boleh bersetuju demi meringankan mereka-mereka yang ditimpa kemalangan ini dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua, macam-macam kita dengar cadangan tadi, rumah tidak akan dibina lagi di lereng bukit atau atas bukit. Tetapi satu tidak disebut, bukan sahaja masalah pembinaan rumah di lereng bukit ataupun bukit, pemaju-pemaju. Yang tebang kayu balak ini pun juga menjadi masalah, ekosistem yang mencemarkan sungai-sungai ini ialah kerana penebangan kayu balak. Saya sudah bangkit dahulu dalam Dewan Rakyat ini beberapa kali supaya mulai pada sekarang atas peristiwa di Bukit Antarabangsa sekalipun saya cadangkan supaya diharamkan pembalakan dalam negara kita. Negara Thailand boleh haramkan balak, dan tidak pernah tebang balak, kenapa kita biarkan penebangan balak. Saya cadangkan pembalakan di Malaysia ini diharamkan sama sekali, tidak kira negeri mana, Barisan Nasionalkah, Pakatan Rakyatkah, haram kalau betul-betul kita sayang kepada ekosistem kita, sayang supaya tragedi tidak berlaku, supaya kita konsisten, supaya kita biar telus, biar kita betul-betul terbuka kalau kita hendak menjaga keadaan ini supaya tidak berlaku lagi. Tetapi apa pun Tuan Yang di-Pertua, malapetaka ini qada’ dan qadar juga. Kuasa Allah pun ada juga. Kita manusia boleh berusaha, tanggungjawab parti-parti memerintah menjaga tanggungjawab ini, meluluskan sesuatu mengikut undang-undang, peraturan yang betul, berlaku rasuah, penyalahgunaan kuasa maka berlaku. Tetapi pada masa yang sama seperti tsunami dahulu, dia hendak jadi, dia jadi juga. Ini malapetaka ini macam-macam. Ada orang kata buat rumah di lereng bukit, tetapi mungkin kerana rasuah sana, rasuah sini, kerana moral, maksiat, benda-benda yang berlaku Allah SWT mari pun dihumban di situ pun boleh jadi juga. Tidak kena-mengena pun. Semua ini kemungkinan boleh berlaku. Tetapi apa pun yang saya katakan tadi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keadaan mereka-mereka yang terlibat sekarang ini, kalau tidak ada tindakan seumpama ini, saya percaya kita juga turut tidak bertanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin terus ke dalam perbahasan usul penangguhan ini. Kalau kita melihat gempa bumi sebahagian daripada fenomena semula jadi yang seperti mana Yang Berhormat Pasir

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mas bangkitkan tadi. Fenomena semula jadi, tanah runtuh ini adalah fenomena semula jadi yang harus kita rundingi bersama dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas bahawa segalanya berlaku daripada tangan manusia yang kadang-kadang ada hikmah tersembunyi yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, bukan masa untuk menuding jari kepada siapa yang bersalah. Orang yang bersalah, kalau benar dia bersalah dan terlibat dalam hal ini harus di bawa ke muka pengadilan dan cuma jangan kita hanya bersimpati pada masa ini dan di masa-masa akan datang perkara ini masih berterusan dan tidak dijadikan iktibar dalam kita merancang projek-projek pembangunan dan perumahan seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada banyak perkara yang timbul daripada apa iktibar yang berlaku di Bukit Antarabangsa ini. Pertama sekali ialah kita melihat projek- projek yang sedang dilaksanakan sekarang. Contohnya pembinaan pembekalan air daripada Pahang ke Selangor yang menggunakan tunnel ataupun saluran di bawah tanah. Saya berasa projek ini harus dipertimbangkan semula oleh kerajaan untuk dibatalkan. Kalau boleh ianya dibuat di luar menggunakan kaedah paip kerana ini juga merupakan di antara punca yang boleh menyebabkan kalau tidak ada tindakan susulan pemantauan maintenance dengan izin, yang berkesan yang dibuat dari masa ke semasa sudah tentu ini juga akan menjadi kekuatan ataupun struktur di bawah tanah ini akan mula tidak stabil dan boleh terjadi seperti apa yang berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kemudian yang kedua dari segi kedudukan EIA reports kerana saya difahamkan projek 50 ekar yang ke atas kerana kita telah memberi kebenaran untuk dibuat pembangunan peringkat demi peringkat untuk tujuan projek perumahan. Ini sebenarnya tidak harus dibuat kerana syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan, mereka mahukan keuntungan dan dalam masa kesuntukan mereka mahukan jimatkan kos yang mereka tidak mahu terlibat dalam pembinaan sewerage system dan sebagainya jadi menyebabkan mereka membuat fasa-fasa yang kecil dan menyebabkan keadaan semakin tidak terancang di masa hadapan seperti mana yang berlaku kepada Highland Towers. Pada masa itu, jurutera pada masa pembinaan mereka merancang kedudukan pada masa itu dengan tidak mempertimbangkan keadaan yang berlaku di persekitaran, jangkaan-jangkaan projek pembangunan yang berlaku di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa pada masa itu. Akan tetapi apabila pembangunan pesat berlaku di sana bermakna, tidak ada pemantauan yang berterusan seperti yang disiarkan, sistem perparitan. Di situ pun, walaupun hujan lebat tetapi air yang turun nampak sedikit, bermakna kata air yang mengalir masuk ke dalam bumi yang boleh menyebabkan sesuatu yang berlaku. Penebangan pokok ketika kita melakukan pokok-pokok besar kepada projek-projek pembangunan yang kita gantikan dengan pokok-pokok yang kecil. Ini juga menyebabkan kedudukan tanah yang sepatutnya menjadi kukuh, ini akan menjadi tidak stabil. Jadi dalam daripada ini kita minta kementerian mempertimbangkan supaya syarat-syarat yang lebih ketat dikenakan ketika kita hendak mengeluarkan lesen pembangunan perumahan supaya kita memastikan di masa akan datang ianya sentiasa menjadi ingatan kepada kita semua bahawa alam kurniaan Allah ini sebenarnya perlu dijaga dan tangan-tangan manusia yang rakus ini sebenarnya harus memikir bahawa dalam jangka masa yang tertentu ianya kita memikirkan keadaan jangka masa panjang. Kedua, mengikut sumber-sumber yang saya tidak.. tetapi saya yakin ada juga faktor yang menyebabkan laluan ke MRR2 ini yang menyebabkan gegaran daripada tekanan bunyi kenderaan-kenderaan berat yang melebihi dua tan yang tidak ada penampanan bunyi yang melalui laluan ini juga boleh menyebabkan sesuatu yang boleh menimbulkan gegaran. Lama-kelamaan hasil daripada bunyi dan udara yang terkuak daripada kenderaan yang melebihi dua tan yang dibenarkan melalui di jalan MRR2 ini dan sudah tentu sedikit demi sedikit ianya merupakan di antara punca-punca yang pelbagai yang kita boleh anggap sebagai satu pengkelasan dan risiko yang sebenarnya harus ditangani oleh bijaksana dan bukan masanya untuk kita pada saya katakan tadi untuk menuding mana-mana pihak tetapi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan di sini harus mencari langkah keluar meringankan bebanan yang telah menimpa rakan-rakan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tanah di Bukit Antarabangsa ialah jenis laterit dan expended clay hasil daripada weathering of granite rock, dengan izin. Jenis tanah ini lazimnya longgar. Di Bukit Antarabangsa kedalaman jenis tanah ini ialah lebih daripada dua meter di lereng bukit. Apabila tanah laterit memerap air ianya jadi satu datar untuk tanah tersebut tergelincir ataupun susur. Kegelinciran tanah dan runtuhan tanah adalah satu proses yang lazimnya berlaku di lereng bukit. Ianya natural proses. Kekukuhan tanah di cerun dan lereng bukit berlaku kepada resistance pressuring. Apabila tanah memerap air atau saturated with water, dengan izin, tekanan air di tanah yang dinamakan pore pressure mengurangkan kekukuhan tanah. Terdapat pelbagai persepsi tanah runtuh: (i) bangunan dengan asas ataupun foundation yang kuat kononnya selamat. Tidak semestinya kalau di lereng bukit. Jika bangunan itu di lereng bukit sama ada bangunan ada cerucuk kuat atau tidak bangunan itu boleh diheret oleh tanah tergelincir; (ii) parit di permukaan tanah boleh menghalang cerun daripada runtuh. Jika parit permukaan itu baik ianya mengurangkan penyerapan air ke dalam tanah jika dibina di tempat yang sesuai. Namun jika parit sudah retak atau pecah dan jika parit terlalu kecil tidak mampu membawa pengaliran air, air yang terkeluar daripada parit menyebabkan berlakunya ‘galis’ yang menyebabkan runtuhan tanah; (iii) benteng cerun tidak dapat menghalang runtuhan cerun. Jika benteng tidak diselenggarakan dengan sempurna dan jika benteng terlalu nipis ianya tidak boleh menahan tanah di cerun yang penuh dengan air dapat tergelincir ataupun runtuh; (iv) runtuhan dan kegelinciran adalah sama. Ini tidak sama. Walaupun kedua-dua proses adalah geomorfologikal namun kegelinciran ataupun landslip berlaku kerana ada tarikan graviti. Oleh itu jika tanah tergelincir dari cerun ianya mencari tapak rata bagi penempatan ataupun settlement. Jika kejadian tanah runtuh tidak dapat dielakkan sebab ianya natural proses, kerajaan seharusnya mewujudkan peraturan yang sesuai bagi mengawal pembangunan di lereng bukit. Cadangan saya ialah jangan lagi meluluskan projek-projek pembangunan di lereng bukit kerana tanah runtuh dan tanah tergelincir pasti berlaku... [Tepuk] Bukit Antarabangsa adalah satu contoh di mana carrying capacity iaitu keupayaan untuk menerima pembangunan sudah pun melebihi batas. Oleh itu, larangan untuk pembinaan rumah di lereng bukit dan di cerun seharusnya dikaji dari segi kekukuhan cerun dan carrying capacitynya. Di dalam Akta 56 tahun 1965 Kanun Tanah Negara seksyen 51 hingga 54 ternyata boleh diguna pakai untuk kegunaan tanah. Kuasa negeri dan kuasa pegawai- pegawai negeri berkenaan dengan penggunaan tanah adalah dinyatakan dalam akta yang sama seksyen 11 hingga 16.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Selain daripada itu, perancangan desa tahun 1976 boleh juga diguna pakai untuk mengawal pembangunan di lereng bukit dan cerun. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri dalam masa 15 minit. Terima kasih.

Dato' Seri Ong Ka ChuanMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap tragedi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa ini. Sebelum saya lanjutkan jawapan saya, saya hendak pamerkan satu hakikat di mana telah terdapat runtuhan di lereng bukit yang berhampiran dengan kawasan tapak perumahan Taman Bukit Mewah. Rumah itu bukan runtuh sendiri tetapi akibat daripada runtuhan tanah dan hakisan tanah yang menolak 14 banglo itu runtuh. Oleh kerana terdapat runtuhan tanah maka ini melibatkan kementerian yang lain seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan sebagainya maka jawapan saya merangkumi jawapan daripada kementerian- kementerian yang berkenaan bukan sahaja dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Yang di-Pertua, bagi kes bencana ini saya rasa sedih kerana buat masa sekarang empat nyawa telah terkorban dan seorang lagi masih tidak dapat dikesan. Jadi keutamaan buat masa ini ialah untuk menyelamatkan nyawa, memindah penduduk-penduduk yang terlibat serta kaji cara untuk menstabilkan persekitaran kawasan tersebut. Pada masa ini gabungan pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, SMART, PDRM, tentera, Rela, Majlis Perbadanan Ampang Jaya dan lain-lain termasuk badan- badan bukan kerajaan telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Saya telah buat lawatan ke tempat tanah runtuh pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur saya bukan kata not an human error. Daripada tinjauan saya kawasan perumahan 14 banglo ini telah berusia hampir 15 tahun. Laporan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya maklumkan tidak ada kerja-kerja pembinaan kawasan yang berkenaan sejak kebelakangan lebih daripada 10 tahun. Maka kalau kita katakan ada kerja pembinaan mencetuskan runtuhan itu memang tidak benarlah. Tidak ada kerja-kerja pembinaan di kawasan ini sejak kebelakangan 10 tahun ini. Namun kita tidak berpuas hati dan kita telah menubuhkan satu jawatankuasa kumpulan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Jabatan Kerja Raya dan anggotanya terdiri daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Parit dan Saliran, Malaysian Centre for Remote Sensing dengan izin, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, IKRAM dan juga pakar-pakar geologi dari swasta dan universiti. Jadi saya telah terima laporan bahawa mereka akan dapat membuat satu laporan, rumusan terakhir selewat-lewatnya tiga bulan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan, penjelasan. Adakah Yang Berhormat Menteri menafikan apa yang dilaporkan Malaysia Kini bahawa Yang Berhormat ada kata bahawa no clear evidence bahawa landslide ialah oleh kerana result of human negligence dan natural cause ialah provable factor. Adakah Yang Berhormat menafikan?

Dato' Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya rasa ini misquoted by the press.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Misquoted MalaysiaKini yang salah.

Dato' Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Sebenarnya apa yang saya sebut ialah tidak ada kerja-kerja pembinaan di kawasan itu sehingga mencetuskan runtuhan tanah itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan. Boleh? Oleh kerana tidak ada kerja pembinaan yang terbaru yang berlaku bererti tidak boleh berlaku human factor oleh kerana maintenance dan holistik development di bukit itu. Sungguhpun di tempat dekat tidak tetapi di bukit adalah kerja pembinaan bukankah ada holistik development di satu tempat boleh influence perkembangan di lain dan sebab itu menyebabkan natural causes. Jangan jadi Samy Vellu yang kedua, act of God.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini mungkin pihak akhbar ambil sekerat daripada percakapan saya. Saya kata, saya tidak nampak ada kesan pembinaan sehingga mencetuskan tetapi kita ada satu jawatankuasa dalam peringkat siasatan. Lebih baik kita biarkan jawatankuasa ini buat siasatan sehingga satu rumusan yang lebih tepat dapat dirumuskan. Inilah sebenarnya satu percakapan saya yang lebih menyeluruh.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ada dua soalan pendek sahaja. Satu ialah kerana ada banyak mangsa yang ingin membuat saman ke atas pihak yang bertanggungjawab termasuk juga PBT, pihak berkuasa tempatan tetapi kerana di bawah Seksyen 95, Street, Drainage and Building Act 1974, di mana kerajaan tempatan mempunyai kuasa kekebalan atau imuniti daripada disaman, sungguhpun mereka melakukan kesalahan dan kes mahkamah adalah Highland Towers tidak membolehkan mereka membuat demikian, iaitu kerajaan tempatan boleh buat salah, tidak mengapa, tidak payah menanggung rugi. Saya rasa itu amat tidak adil. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memansuhkan seksyen 95 ini untuk membolehkan PBT disaman, dan pada masa yang sama mereka bolehlah memberikan wang ganti rugi sebagai balasan atas kegagalan mereka? Yang kedua, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pembeli tidak harus dipersalahkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan, di mana beliau menyatakan bahawa pembeli pun harus dipersalahkan kerana membeli rumah di kawasan bukit, kerana sepatutnya kalau yang dipersalahkan ialah pihak kerajaan yang meluluskan untuk sesuatu yang tidak selamat? Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa lebih baik saya tumpu kepada runtuhan tanah ini kerana kalau dilanjutkan ia tidak habis-habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Seksyen 95.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak bertanya sama ada kerajaan ada mempunyai peta mengenai risiko tanah di kawasan Bukit Antarabangsa, atau tidak ada?

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Minta maaf Yang Berhormat sebab saya hendak tumpu dalam runtuhan ini. Mungkin aspek undang-undang kita akan kaji dalam aspek yang lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa sekarang terdapat tujuh akta, dua undang-undang kecil dan sembilan enakmen negeri sedia ada berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan di kawasan tanah tinggi termasuk cerun dan lereng bukit. Selain daripada itu juga terdapat sembilan garis panduan untuk mengurus dan mengawal pembangunan di kawasan tanah tinggi. Jadi dari segi akta, dari segi garis panduan memang mencukupi. Masalahnya macam mana kita boleh menjadikan pihak berkuasa tempatan mematuhi semua akta dan garis panduan ini sepenuhnya. Ini adalah satu cabaran yang cukup besar untuk kementerian ini. Tuan Yang di-Pertua, sejak 13 April tahun 2007 kementerian ini telah mewujudkan satu one-stop-centre, di mana sebanyak 16 jabatan teknikal merupakan anggotanya, dengan tambahan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Jabatan Mineral dan Geosains, Indah Water Consortium serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan lain-lain pegawai dan Ahli-ahli Majlis PBT duduk dalam jawatankuasa OSC untuk meluluskan cadangan pembangunan. Jadi maksud saya ialah kita mempunyai akta yang mencukupi, kita mempunyai kepakaran yang mencukupi, tetapi kita masih ada masalah untuk memantau projek-projek terutamanya di high risk area, di tempat yang berisiko tinggi seperti lereng-lereng bukit. Ini memang adalah satu cabaran yang cukup besar kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak kerajaan negeri.

Penjelasan. Yang Berhormat Menteri, ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama Yang Berhormat Menteri mengesahkan usul yang kita bahas ini melibatkan beberapa kementerian dan saya pohon fatwa daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kalau boleh melanjutkan perbahasan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Tidak boleh? Peraturan tidak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita kena berhenti 5.30 petang.

Sebab kalau tidak usul yang sebegini penting kita tidak boleh selesaikan sebab Menteri pun tidak memberi jawapan yang cukup komprehensif dan details. Ini satu isu yang besar Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya faham Yang Berhormat.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua membenarkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Akan tetapi Peraturan Mesyuarat 18 tidak mengizinkan perbahasan lebih daripada 60 minit.

Yang keduanya jawapan tadi pun tidak tepat. Menteri beritahu tidak ada lagi pembangunan di kawasan sekitar. Yang Berhormat Menteri saya duduk berhampiran kawasan berkenaan. Saya juga diberikan amanah mewakili kawasan tersebut. Sekarang ini ada satu projek yang sedang rancak dijalankan iaitu Sierra Oakleaf betul-betul tempat permulaannya berlaku tanah runtuh ini. Saya tidak pasti Yang Berhormat Menteri pergi pagi ini dapat taklimat daripada siapa. Projek itu masih berjalan dan diluluskan dalam pentadbiran yang lalu, saya tidak mahu menuding jari, tetapi mengapa tidak ada satu ketegasan dalam memastikan akta ataupun guidelines Yang Berhormat Menteri sebut tadi tidak dipatuhi.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gombak sebenarnya pagi ini pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya memberi maklumat kepada saya. Walau bagaimanapun saya akan serah maklumat yang diberi ini kepada jawatankuasa ini untuk membuat siasatan lanjut. Walaupun hari ini kita tidak ada masa yang mencukupi¸ tetapi pada saya lebih baik kita biarkan jawatankuasa ini buat siasatan. Apabila mereka dapat satu keputusan, maka saya rasa...

Mohon penjelasan sedikit.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Ya.

Yang Berhormat Menteri, bagi meredakan keadaan, bolehkah saya cadangkan supaya dokumen- dokumen berkaitan pengurusan projek tersebut tanda tangan siapa, siapa meluluskan ditunjukkan kepada orang awam supaya tidak timbul menuding jari, kalau boleh dipersetujui.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya rasa jawatankuasa ini akan menyiasat kejadian ini...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Menteri soalan susulan. Soalan saya ialah, adakah pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik yang melanggar undang-undang atau memanipulasikan undang-undang akan dihadapkan ke mahkamah?

Dr. Lo’ Lo Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah hasil kajian daripada peristiwa Hingland Towers dahulu kalau boleh dibentangkan di sini dan juga apakah yang telah diambil manfaat dari hasil kajian tersebut? Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung dalam masa dua minit Yang Berhormat.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Dari runtuhan di Bukit Antarabangsa sampai Highland Towers. Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu langkah untuk mencegah runtuhan cerun kerajaan telah menubuhkan Cawangan Kejuruteraan Cerun..

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tuan Yang di-Pertua saya tidak bertanya soalan, saya hanya hendak minta Yang Berhormat Menteri memeriksa dokumen-dokumen yang ada di kalangan pemaju-pemaju. Memang di bukit itu pemaju- pemaju memajukan tanah-tanah kurang daripada 50 ekar untuk mengelak daripada EIA. Akan tetapi apabila dicantumkan 2, 3 lot yang kurang 50 (kurang 50 di bawah satu syarikat), dibuat satu planning tanpa EIA. Jadi saya minta kementerian mengkaji dan menyiasat tiap-tiap satu yang ada, yang dibuat sejak tahun 2000 sampai sekarang. Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Saya akan siasat Yang Berhormat. Sebagai satu langkah untuk mencegah keruntuhan cerun kerajaan telah menubuhkan Cawangan Kejuruteraan Cerun di Kementerian Kerja Raya.

Siasat segala tindakan...

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Pada tahun 2004 untuk memberi nasihat..

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ingat kita ada 30 saat sahaja, jawab “betul” atau “tidak”, Kerajaan Pusat ada peta risiko, kalau benar ada, bolehkah di classify dan diketahui umum? Okey, 30 saat dari sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat kena berhenti, sudah pukul 5.30 petang.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Jadi sebagai satu langkah untuk mencegah keruntuhan cerun, kerajaan telah menubuhkan Cawangan Kejuruteraan Cerun di Kementerian Kerja Raya pada tahun 2004 untuk memberi nasihat kepakaran bagi kestabilan cerun.

Dato’ Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Kerajaan juga telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya menjalankan Kajian Pelan Induk Cerun Negara pada tahun 2004 dengan kos RM5.8 juta. Kajian ini dijangka siap pada awal tahun 2009.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Kerajaan juga telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya menyediakan kajian terperinci mengenai bahaya cerun, hazard assessment di kawasan Ulu Klang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

...seluas 100 kilometer.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat ya.

Tuan Yang di-Pertua kalau macam ini perbahasan kita tidak ada hasil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan... kita kena ikut peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 18 di bawah usul yang dikemukakan oleh 18 ini hanya dibenarkan perbahasan daripada 4.30 petang hingga 5.30 petang Yang Berhormat. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung semula pembentangan rang undang-undang.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sebelum itu bolehkah oleh kerana Yang Berhormat Menteri tidak boleh habiskan jawapan, boleh buat satu ministerial statement hari esok yang bertanggungjawab semacam bekas Menteri masa Highland Tower satu ministerial statement dibuat...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Mesti, mesti, betul, betul.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

... dengan satu perbahasan yang menunjukkan bertanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ministerial statement akan datang daripada Menteri. Itu akan diputuskan oleh kementerian. Saya tidak sebut esok Yang Berhormat ya. [Perbahasan peringkat pembentangan rang undang-undang disambung semula]

Dato' Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua saya sambung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sambung.

Pembentangan saya tadi. Dalam pembentangan tadi saya di peringkat aspek yang ketiga, pindaan kepada akta ini iaitu soal kebajikan dan hak asasi pelajar universiti. Seperti yang dimaklumi AUKU sedia ada memperuntukkan bahawa mana-mana pelajar yang hendak menganggotai mana- mana persatuan atau organisasi di luar universiti hendaklah mendapat kebenaran pihak universiti terlebih dahulu. Peruntukkan ini dilihat oleh setengah pihak sebagai agak negatif dan tidak memberi kebaikan kepada pelajar dalam peningkatan ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri. Justeru rang undang-undang yang dicadangkan ini akan membenarkan pelajar untuk bersekutu dengan, atau menjadi ahli sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada di dalam atau luar negara. Walau bagaimanapun pelajar adalah dilarang untuk terlibat dengan entiti-entiti berikut: (i) parti politik sama ada di dalam atau luar negara; (ii) pertubuhan yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara; (iii) pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti. Dalam menyediakan senarai pertubuhan yang tidak sesuai tersebut Menteri akan berunding dengan lembaga pengarah universiti terlebih dahulu dan senarai yang akan disediakan adalah untuk kegunaan semua universiti. Meskipun terdapat larangan ke atas pelajar untuk berpolitik, rang undang-undang ini masih memberikan sedikit pengecualian. Kuasa untuk memberi pengecualian ini akan dilaksanakan oleh Naib Canselor. Dalam menjalankan kuasa tersebut Naib Canselor atas permohonan pelajar boleh memberi kebenaran untuk terlibat dalam parti politik. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar sebagai pelajar di universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan memberi kebebasan kepada pelajar untuk...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua boleh minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh mencelah Yang Berhormat.

... bersuara dalam hal yang berkaitan dengan perkara akademik yang diikuti dan dilakukannya. Pelajar adalah dibenarkan untuk memberi pendapat dalam seminar, simposium dan sebagainya dengan syarat seminar atau simposium tersebut tidak di anjur atau diberi peruntukan kewangan oleh entiti-entiti berikut: (i) parti politik sama ada di dalam atau luar negara; (ii) pertubuhan yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara; (iii) pertubuhan badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Rang undang-undang ini juga akan menggantikan kesalahan dan hukuman jenayah yang diperuntukkan dalam AUKU dengan prosiding dan hukuman tatatertib. AUKU hendaklah dilihat dalam konteks untuk mendidik pelajar universiti dan bukannya melihat pelajar sebagai seorang penjenayah. Kiranya pelajar yang terlibat dengan kes jenayah, kesnya akan dikendalikan berdasarkan undang-undang negara yang berkaitan jenayah seperti Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Polis, Akta Hasutan dan sebagainya. Selain itu peruntukkan berhubung dengan anggapan bersalah tanpa perlu disabitkan dengan izin, presumption of guilt without conviction akan turut dimansuhkan. Rang undang-undang akan turut memansuhkan peruntukan berhubung pergantungan atau pembuangan secara automatik, pelajar yang menghadapi tuduhan jenayah atau disabit atau ditahan di bawah Undang-undang Tahanan Pencegahan atau Keselamatan Dalam Negeri atau penjara. Melalui pindaan ini Naib Canselor dibenar untuk mengguna budi bicara sama ada untuk menggantung seseorang pelajar yang didakwa atau mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang disabitkan atas kesalahan boleh daftar iaitu kesalahan jenayah yang berat seperti mencuri, merogol, menculik dan sebagainya. Rang undang-undang ini juga akan melindungi hak asasi pelajar kepada pendidikan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak yang dilindungi adalah seperti berikut: (i) membenarkan pelajar yang diletakkan di bawah tahanan atau tertakluk kepada suatu perintah sekatan atau dipenjarakan untuk menduduki peperiksaan dengan keizinan senate dan tertakluk kepada kelulusan Menteri Dalam Negeri atau pihak berkuasa berkaitan; (ii) membenarkan pelajar yang digantung atau dibuang dari universiti memohon untuk memasuki universiti yang sama atau universiti lain dengan kelulusan bertulis Menteri; dan (iii) membenarkan pelajar yang dibebaskan oleh mahkamah untuk kembali menyambung pengajian tanpa mengambil kira tempoh penggantungan atau tahanan. Rang undang-undang yang dicadangkan ini akan turut memantapkan lagi tatacara tatacara pengendalian kes tatatertib pelajar oleh pihak berkuasa tatatertib universiti supaya lebih telus dan adil. Antara perubahan yang dibuat adalah menetapkan tempoh masa yang munasabah bagi sesuatu perbicaraan, keputusan dan rayuan dengan lebih spesifik. Ini akan memastikan pelajar mendapat keadilan yang sewajarnya. Selain itu rang undang-undang ini menyatakan dengan jelas hak asasi pelajar universiti untuk mendapatkan keadilan dalam sesuatu prosiding tatatertib. Hak- hak tersebut adalah seperti berikut: (i) hak untuk diberitahu alasan sesuatu tindakan disiplin diambil ke atasnya; (ii) hak untuk diwakili oleh mana-mana pekerja atau pelajar lain semasa kes perbicaraan; (iii) hak untuk membuat representasi secara lisan atau bertulis; (iv) hak untuk membuat rayuan bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar; dan (v) hak untuk diberitahu keputusan sesuatu perbicaraan dan rayuan. Rang undang-undang ini juga akan turut melindungi hak pertubuhan pelajar yang akan digantung atau di bubar untuk mengemukakan representasi bertulis kepada Naib Canselor sebelum sebarang keputusan penggantungan atau pembubaran dibuat. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Naib Canselor tersebut mereka dibenarkan untuk membuat rayuan bertulis kepada Menteri. Di samping itu rang undang-undang yang dicadangkan ini akan membolehkan dua orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar dilantik menganggotai Jawatankuasa Kebajikan Pelajar yang ditubuhkan.

Ini akan memastikan hak dan kebajikan masyarakat pelajar disampaikan melalui saluran yang tepat dan betul kepada pihak pengurusan tertinggi universiti. Rang undang-undang ini juga akan turut memberi ruang kepada pelajar untuk terlibat dalam hal ehwal akademik universiti di mana mereka boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat senate. Tuan Yang di-Pertua selain daripada tiga aspek pindaan utama yang telah dinyatakan tadi, rang undang-undang ini turut membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan lain. Ia termasuklah: (i) urusan penubuhan kampus universiti; (ii) penubuhan universiti hanyalah di bawah AUKU dan Akta 555 iaitu untuk institusi pengajian tinggi swasta; (iii) kuasa pengecualian oleh Yang di-Pertuan Agong; (iv) mengeratkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta dan industri; (v) pelucutan ijazah seseorang siswazah; (vi) pembaharuan takrif pelajar. Rang undang-undang yang dicadangkan akan turut memantapkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi dengan memindahkan kuasa untuk menubuh kampus universiti yang dahulunya di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Menteri. Pindaan ini adalah berikutan pertambahan bilangan universiti awam dan pelajarnya yang disebutkan tadi pada masa ini terdapat 18 buah universiti awam yang diselia secara terus di bawah AUKU di mana masing-masing mempunyai pelajar-pelajar dari kalangan under graduate dan post graduate dan juga merangkumi pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa. Rang undang-undang yang dicadangkan ini juga akan menjelaskan bahawa sebarang penubuhan IPT bertaraf universiti atau kolej universiti dan penganugerahan ijazah atau diploma oleh IPT tersebut hendaklah dibuat di bawah AUKU atau Akta 555. Pindaan ini tidak melibatkan universiti seperti sedia ada seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UiTM, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pindaan ini selaras dengan penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2004 dan bertanggungjawab kepada pendidikan tinggi negara. Pindaan ini juga adalah wajar bagi membantu kerajaan menyeragamkan standard pengajian dan mengawal kualiti ijazah yang dikeluarkan oleh IPT. Rang undang-undang ini juga akan turut akan turut memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengecualikan pemakaian AUKU sama ada secara keseluruhan atau sebahagian ke atas mana-mana universiti. Selain itu, rang undang-undang ini akan turut memberi canselor kuasa untuk melucutkan ijazah daripada mana-mana siswazah atas sebab melakukan perbuatan, skandal ataupun dengan izin, scandalous conduct atas syor tidak kurang 2/3 ahli LPU. Sebelum dilucutkan, siswazah berkenaan hendaklah diberi hak untuk didengar. Ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang natural justice, right to be heard dengan izin, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, rang undang-undang ini juga akan meluaskan skop takrifan pelajar supaya merangkumi pelajar yang mengikuti kursus pengajaran, latihan atau penyelidikan pada peringkat persediaan (preparatory), pra ijazah, lepasan ijazah atau lepasan kedoktoran sama ada separuh masa atau sambilan dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah. Ini akan dapat meluaskan akses pengajian tinggi dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menaruh kepercayaan tinggi bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan ini akan dapat memantapkan lagi sistem tadbir urus universiti, memberi kebebasan berorganisasi dan berpersatuan kepada pelajar dalam spektrum yang dibenarkan, mewujudkan budaya ilmiah di kalangan pelajar, menjaga hak dan kebajikan pekerja dan pelajar supaya selaras dengan Undang- undang Hak Asasi Manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,

menggalakkan pengantarabangsaan, dan meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti di pasaran global. Kementerian juga berkeyakinan bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan ini akan dapat menjadi landasan dan seterusnya memacu Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. Justeru, kementerian berharap agar pindaan-pindaan yang dicadangkan ini akan dapat diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sehubungan di atas, butiran terperinci mengenai rang undang-undang adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan takrif permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 30 untuk memasukkan takrif baru dan untuk meminda takrif sedia ada yang diguna dalam akta. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 4A dan 4B ke dalam Akta 30. Seksyen 4A membolehkan menteri melantik suatu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai orang yang layak dan sesuai bagi pelantikan naib canselor atau apa-apa jawatan lain yang dia mempunyai kuasa untuk melantik di bawah akta. Seksyen 4B memberi menteri kuasa untuk meminjam atau memindahkan seseorang pekerja universiti kepada perkhidmatan mana-mana universiti, pihak berkuasa berkanun atau pertubuhan yang memohon di dalam Malaysia tertakluk kepada persetujuan pekerja tersebut. Fasal 4 bertujuan untuk meminda Seksyen 5 Akta 30 untuk memastikan bahawa tiada institusi pelajaran tinggi yang bertaraf universiti ditubuhkan kecuali melalui peruntukan Akta 30 atau Akta 555. Fasal 7 bertujuan menggantikan Seksyen 12 Akta 30 untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan satu kampus bagi universiti selepas berunding dengan lembaga. Kuasa untuk membuat perintah kampus yang pada masa ini dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong dicadangkan diberikan kepada menteri memandangkan penglibatan universiti dalam pelbagai perkiraan pentadbiran berikutan dengan pertambahan bilangan pelajar. Atas semangat keantarabangsaan pindaan ini membenarkan penubuhan kampus di luar negara. Fasal 8 bertujuan untuk menggantikan Seksyen 15 Akta 30 untuk memberikan kepada pelajar dan pertubuhan pelajar kebebasan berpersatuan tertakluk kepada sekatan berhubung dengan parti politik, pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan pertubuhan badan atau kumpulan orang yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu. Sebagai tambahan, naib canselor boleh atas permohonan seseorang pelajar mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 1(a) yang dicadangkan. Fasal 9 bertujuan meminda Seksyen 15A Akta iaitu penalti jenayah dalam sub seksyen 2 digantikan dengan tindakan tatatertib, dan bagi memperuntukkan autonomy kepada universiti, kuasa untuk memberi pengecualian di bawah subseksyen 15A(3) sekarang diberikan kepada naib canselor. Fasal 12 bertujuan menggantikan seksyen 15D Akta 30. Seksyen baru 15D mencadangkan relief kepada pelajar yang berhadapan dengan pertuduhan jenayah, penahanan, perintah sekatan atau pemenjaraan. Fasal 13 bertujuan meminda Seksyen 16 Akta 30 untuk memberi pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti hak untuk membuat representasi bertulis sebelum apa-apa pergantungan atau pembubaran di buat terhadap pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu oleh naib canselor. Fasal ini juga mewujudkan hak untuk merayu kepada menteri. Fasal 22 bertujuan untuk meminda Seksyen 24 Akta 30. Pindaan yang dicadangkan kepada sub seksyen 1 bertujuan memastikan bahawa tiada seorang pun dibenarkan untuk menubuh, mengurus atau menyelenggarakan sesuatu institusi pengajian tinggi bertaraf universiti atau kolej universiti melainkan jika ia adalah suatu institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan mengikut Akta 30 atau Akta 555. Fasal 25 bertujuan meminda seksyen 26 untuk memberi Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk mengecualikan mana-mana universiti atau kolej universiti daripada mana-mana peruntukan Akta 30 atau jadual pertama dan kedua, atau untuk mengubah jadual dalam pemakaiannya bagi mana-mana universiti atau kolej universiti. Fasal 26 bertujuan meminda perlembagaan universiti dalam jadual pertama kepada Akta 30. Perenggan (a) bertujuan meminda takrif yang sedia ada dan memasukkan takrif baru. Perenggan (b) bertujuan meminda antara lain perenggan 4(1)(m) dan (n) perlembagaan masing-masing untuk memberi lembaga kuasa mempertimbangkan rayuan daripada

mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan pelantikan dan kenaikan pangkat dan untuk membenarkan peminjaman pekerja universiti. Perenggan (g) bertujuan meminda Seksyen 13 Perlembagaan untuk menambah keanggotaan lembaga pengarah daripada lapan orang kepada 11 orang. Dua orang pegawai daripada Perkhidmatan Awam boleh diwakili oleh ahli silih ganti mereka dalam mana-mana mesyuarat lembaga. Perenggan (w) bertujuan meminda seksyen 39 bagi membenarkan universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikannya. Perenggan (z) bertujuan meminda Seksyen 48 Perlembagaan. Kemasukan subseksyen (1a) itu bertujuan untuk memberi lembaga kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi perjalanan pemilihan pelajar. Yang terakhir Fasal 28 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan. Pindaan-pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam huraian ini adalah juga merupakan pindaan sama ada kecil ataupun berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sesiapa menyokong?

[Bangun]

Tuan Jelaing anak MersatSPDP · BNSaratok

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bismillaahir Rahmaanir Rahim.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ingin hadkan masa 15 minit untuk seorang.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa akta ini sangat penting. Minta maaf Yang Berhormat. Tidak ramai ahli yang mahu berucap dan hanya pembangkang sahaja yang berminat, tidak bermakna rang undang- undang ini tidak penting, ia sangat penting.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya pun minat untuk berucap.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya. Bebas juga berminat. Barisan Nasional tidak minat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bagi kita lebih masa. Tuan Yang di- Pertua, saya pohon sejak 2005 sampai sekarang untuk mengkaji ...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tolong jangan hadkan masa lah kalau boleh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya hadkan masa, tidak bermaksud bahawa rang undang-undang ini tidak penting. Saya juga melihat bahawa rang undang-undang ini penting Yang Berhormat dan kerana itu biarlah perbahasan kita terus menumpu kepada perkara-perkara yang dicadang dipinda dalam akta ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

15 minit dah okey.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan, saya hendak mulakan dengan firman Allah SWT dalam satu hadis Qudsi... [Membaca sepotong Hadis] “Aku mengharamkan diriKu melakukan kezaliman, maka jangan kamu melakukan kezaliman.’’ Saya bangun untuk membahaskan satu cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti, satu akta yang sudah usang yang berusia lebih tua daripada usia saya,

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

sudah pun 38 tahun, satu akta yang bagi saya merupakan akta yang berat sebelah, bertentangan dengan hak asasi manusia serta Perlembagaan Persekutuan. Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua rakyat adalah sama dan tidak boleh dibezakan atas sebab bangsa, agama, gender ataupun tempat kelahiran. Artikel 10, setiap rakyat di Malaysia berhak untuk bersuara, berkumpul dan berpersatuan. Akta yang kita bahaskan ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam 1981. Akta ini antara lain yang termaktub di dalam seksyen 15(3) dan juga seksyen 15(4). AUKU melarang pelajar dan Pertubuhan Pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan. Ini jelas Tuan Yang di-Pertua, bertentangan dengan hak asasi kebebasan bersuara. Kita selalu menyebut tentang melahirkan generasi minda kelas pertama. Teras 2 Misi Nasional yang digagaskan oleh Perdana Menteri ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Bagaimana kita nak lahirkan generasi minda kelas pertama sekiranya generasi pelapis yang mempunyai best brain, dengan izin, dirantai, dicengkam, diugut dan ditakutkan dengan akta yang berat sebelah ini. Tuan Yang di-Pertua, cukup ganjil bagi saya, golongan pelajar yang diajar dalam kuliah mengenai prinsip kebebasan bersuara oleh pensyarahnya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama dirantai dan dihalang daripada bersuara. Walaupun menyokong kebenaran dan menentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Islam melabelkan pengikutnya atau penganutnya yang tidak mengambil sikap apabila berdepan dengan situasi yang benar dan situasi yang salah tetapi dia tidak bersuara, sebagai syaitan bisu. Sepatutnya kita memberi ruang yang luas kepada bakal kepimpinan negara masa depan ini untuk melatih diri menjadi manusia terbaik, demi agama, bangsa dan negara. Pemimpin jenis apa yang kita ingin lahirkan sekiranya kita bisukan mulut mereka dengan ‘akta rimba’ seperti ini. Pada masa yang sama kita laungkan, dengan izin, rule of law yang adil dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat cadangan pindaan seksyen 15 yang lebih memberi kuasa yang cukup besar kepada Menteri dan Lembaga Pengarah Universiti, ini satu yang cukup pelik dan cukup menggerunkan hanya dengan alasan demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu. Ini sudah cukup mengugut pelajar, tambahan apabila pelajar tersebut mempunyai pendapat yang berbeza dengan Menteri dan Lembaga Pengarah Universiti. Saya memberi contoh dalam Dewan yang mulia ini semasa saya berada di UiTM sekitar 2003-2004, ketika berlaku pilihan raya kampus, pihak yang tidak ditaja oleh pentadbiran universiti cukup sukar untuk mendapat tandatangan daripada Dekan Fakulti. Dekan Fakulti pula telah diserahkan senarai mereka yang boleh sokong pencalonan, bahkan dekan terpaksa mengikut kursus ataupun induksi khas terlebih dahulu sebelum berlakunya pilihan raya kampus. Sehingga calon-calon yang mempunyai pandangan yang kritikal dengan pentadbiran, terpaksa kadang-kadang untuk mendapatkan tanda tangan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus, menunggu di luar tandas untuk mendapat sokongan dekan. Ini pengalaman saya. Ini macam cerita kartun tapi itu hakikatnya, tetapi apabila selari dengan kerajaan, maka perhimpunan pun dibenarkan, perarakan pun dibenarkan, bahkan mendapat sokongan Naib Canselor sendiri, sedangkan kita lihat pada hari ini mereka yang kritikal dengan kerajaan satu ketika dulu di kampus bersama dengan pembangkang, tetapi pada hari ini, mereka menjadi pemimpin kerajaan dan juga pembangkang, banyak contoh yang kita boleh beri. Contoh yang kedua saya nak sebut, seorang sahabat saya, bekas pimpinan mahasiswa Universiti Utara Malaysia, hanya kerana bertanya soalan yang agak kritikal kepada Astora Jabat pada ketika itu, maka dia telah dihukum dan digantung pengajiannya. ini kuasa yang begitu besar bagi saya, kita risau pemimpin yang lahir macam robot, ikut petunjuk dan tidak ada daya tahan serta pak turut. Islam melarang pak turut, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jangan kamu jadi Pak Turut, bila orang buat baik kamu pun buat baik, sekiranya kamu berbuat jahat,

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

kamu pun melakukan kejahatan”. Sebaliknya kata nabi, “Kamu mesti ada jati diri, bila orang buat baik maka kamu buat baik, bila orang jahat, tinggalkan kejahatan mereka.” Tuan Yang di-Pertua, dan ahli-ahli Dewan yang mulia, saya cukup bimbang apabila melihat cadangan pindaan ini, sudahlah pelajar sudah cukup lesu dan tidak prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Akta ini terus memperincikan takrif pelajar seperti mana yang dicadangkan pindaan kepada seksyen 2(a), (c) dan juga (d). Ini bererti, semua tempat yang bernama kampus universiti atau kolej universiti termasuk cawangannya termasuk juga dengan takrif yang disebutkan dalam pindaan ini. Ini meluaskan lagi cengkaman akta ini. Takrif pelajar yang cukup besar meliputi sehingga merangkumi pelajar peringkat persediaan, pra ijazah, lepasan ijazah termasuk kedoktoran, cukup untuk mematikan kredibiliti dan kehasilan baru akademik, bahan-bahan akademik yang berkualiti tinggi. Saya cukup bimbang akan menularnya budaya takut hingga menjejaskan keinginan kita untuk melihat ahli-ahli akademik yang berwibawa dan menjunjung tinggi kebenaran. Budaya takut dikhuatiri menyelubungi seluruh warga akademik yang berada di sebuah universiti. Kita akan berhadapan dengan kemungkinan kehilangan pensyarah-pensyarah terbaik seperti mana yang pernah berlaku di UM, di UUM sewaktu ketika dulu, ada pensyarah yang terpaksa meninggalkan UUM lantas berkhidmat di luar negara, lantaran kerana menyatakan pandangan ataupun ruang untuk menyatakan pendapat sudah pun terbatas. Tuan Yang di-Pertua, pelantikan naib canselor juga adalah merupakan satu tanggungjawab besar yang dipikul oleh Yang Berhormat Menteri. Kita cukup bimbang, universiti-universiti adalah sangat bergantung kepada naib canselor dan timbalan- timbalan naib canselor sekiranya ia adalah merupakan atas pilihan orang politik. Kita risau ianya menjadi seperti Universiti Malaya. Sewaktu ketika dulu berada di antara universiti terbaik. 100 universiti terbaik, tetapi tiba-tiba sekarang sudah pun jatuh rankingnya ke tempat yang cukup membimbangkan. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua, saya minta biarlah Senat Universiti yang buat keputusan, mereka ini semua bijak-bijak, saya yakin mereka akan pastikan ranking Universiti Malaya melonjak semula, bukan hanya jaguh di kalangan negara OIC yang hanya menarafkan 83 buah universiti, tetapi Time Higher Education Supplement yang menarafkan ratusan bahkan ribuan universiti. Akurlah kita kepada kertas putih yang diterima oleh Kementerian Pengajian Tinggi daripada Jawatankuasa Mengkaji dan Meratifikasi kedudukan IPTA tempatan daripada 100 terbaik menjadi 300 terbaik, ini satu perkara yang cukup merisaukan dan juga membimbangkan kita. Ini bagi saya ialah merupakan sebahagian daripada kesan Akta Universiti Kolej Universiti yang tidak menjunjung tinggi, tradisi keintelektualan mahasiswa dan juga para academician di peringkat universiti. Tuan Yang di-Pertua, mahasiswa adalah merupakan aset negara, biarlah mereka belajar daripada suasana ataupun di dalam suasana yang kondusif, jangan kongkong mereka sangat. Sayidina Umar, seorang Khalifah Islam, Khalifah Islam yang kedua selepas Rasulullah s.a.w menyatakan... “Kamu ajarilah anak-anak kamu, didiklah mereka, mereka itu adalah merupakan generasi yang bukan berada dalam generasi kamu”. Biar mereka buat persiapan, persediaan, biar mereka belajar daripada kesilapan, bangkit daripada kesilapan menjadikan mereka lebih hebat dan tegar, biar mereka berdemonstrasi sekiranya perlu dengan rasa tanggungjawab tinggi kepada negara. Biar mereka kritik kita, baik mengkritik kerajaan ataupun pembangkang, untuk membina kualiti diri terbaik dan juga menjadi pemimpin masa depan, biarkan mereka memberikan pandangan mereka, kalau mereka salah tunjukkan mana yang benar, kalau mereka benar, bimbing mereka untuk menjadi yang terbaik. Ini proses pembelajaran namanya.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali..., saya risau apabila pindaan AUKU ini berjalan dan Akta AUKU ini masih lagi diguna pakai. Ini termasuk juga sekiranya kita

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

buat pindaan. Kuasa apabila berada di tangan kita sudah tentu kita boleh buat apa sahaja. Kadang-kadang berlakunya ugutan, tarik pinjaman bahkan pecat seumpamanya. Jadi, kita harap seumpama anak kecil yang mahukan sesuatu, anak kecil yang menangis gigit tangan kita, pukul kita. Maka kita ayah sudah tentu kita boleh buat apa sahaja. Kita boleh tampar anak kecil itu, kita boleh cekik dia. Akan tetapi lebih baik kita biarkan dia bangun dan juga membesar sebagai seorang yang yakin diri dan juga tabah. Jadi, mahasiswa bagi saya perlu dibantu, dibimbing, diberikan ruang dan tunjuk ajar. Malahan mereka bukannya dirantai dan diugut. Biar mereka mempraktikkan apa yang mereka belajar, teori demokrasi, kebebasan bersuara dan tanggungjawab mempertahankan negara dan sebagainya. Jangan takut mereka diperkudakan oleh parti politik atau sebaliknya dan orang-orang lain. Mereka boleh berfikir, mereka mempunyai minda yang baik, minda kelas pertama seperti mana yang digagaskan. Biar mereka berfikir dalam kerangka mereka dan bagaimana mereka mahu menentukan yang mana baik dan juga yang mana salah. Saya fikir itu sahaja ucapan saya untuk membahaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang pindaan kepada AUKU ini amat mengecewakan. Ini sebab satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji AUKU sejak tahun 2005. Bertukar tangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak tiga kali Yang Berhormat adalah Menteri Pengajian Tinggi yang ketiga. Hasilnya adalah tiga tahun apakah rang undang-undang sedemikian yang dibekalkan kepada ahli? Selepas konsultasi diadakan, apakah ini hasilnya? Sejajar dengan perkembangan masa kini. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Terap. Pindaan yang dicadangkan dalam rang undang- undang ini masih melanggar perlembagaan, melanggar prinsip-prinsip keadilan dan juga universal declaration of human rights. Ia masih menafikan hak-hak asasi kepada siswazah kita. Sebenarnya rang undang-undang yang dibentangkan hari ini sepatutnya adalah untuk mengembalikan hak-hak asasi asal kepada siswazah kita. Akan tetapi, kesannya tiga tahun selepas mempengerusikan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan meneliti AUKU ini hasilnya dengan ringkas. It is more like window dressing, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan kosmetik sahaja. Selagi hak asasi yang paling asas iaitu kebebasan bersuara dan berpersatuan tidak dikembalikan kepada siswazah kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada dua seksyen yang saya rasa sangat penting iaitu seksyen 15 dan seksyen 16. Di dalam seksyen 15, semasa Yang Berhormat Menteri membentangkan rang undang- undang pindaan ini dan menyatakan, “Oh! Ada sedikit ruangan diberi kepada pelajar untuk terlibat dalam politik”. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Menteri berkemungkinan cuba menyelewengkan Dewan yang mulia ini. Kalau kita tengok penjelasan dan huraian di bawah rang undang-undang ini, ruangan yang kecil diberikan untuk berpolitik dan nampaknya dijelaskan dalam huraian hanyalah kepada seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana politik. Ini hanya ada pengecualian itu diberikan kepada mereka yang sekarang rang undang-undang seksyen 15. Tuan Yang di-Pertua, sangat aneh hasil kerja sedemikian, selepas tiga tahun. Seksyen 15 sebelum ini pindaan dikemukakan dan akta menyatakan tiada sesiapa jua semasa menjadi seorang pelajar boleh terlibat dalam mana-mana persatuan, parti politik, Kesatuan Sekerja dan lain-lain. Kecuali sebagai mana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh naib canselor. Dia kata, “Tidak ada sesiapa boleh”. Pindaan pula dia kata, “Boleh”. Boleh menjadi mana-mana ahli persatuan dan pertubuhan selain daripada mana-mana politik dan lain-lainnya. Ini macam dari ayat pasif ditukar ke ayat aktif. Akan tetapi makna kandungan larangan kawalannya masih ada. Saya boleh nyatakan dalam pindaan yang dicadangkannya lebih meluaskan lagi kawalan dan kebebasan pelajar kita. Kita juga ada seksyen 15(c), di mana pelajar boleh menjadi ahli mana-mana persatuan selain daripada 15(c), iaitu mana-mana pertubuhan badan atau kumpulan orang yang telah

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri. Selepas berunding dengan lembaga secara bertulis kepada naib canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti. Ini meluaskan larangan kepada pelajar terlibat dalam mana-mana persatuan, pertubuhan atau mana-mana lain aktiviti. Sehubungan itu, daripada pandangan Menteri ia adalah didapati tidak sesuai dan lebih mengongkong pelajar kita. Ini saya kata seperti Tuan Yang di-Pertua dulu kita ada belajar ayat pasif, “ Baju ini dicuci oleh bapa” apabila ditukar “Bapa saya mencuci baju”. Inilah hasilnya... [Ketawa] dia kata sebelum ini tidak boleh sesiapa ditukar. Akan tetapi sekarang ayat ini diatur semula dan dikata boleh selain daripada.. hasilnya sama. Kawalan dan kongkongan yang sama ke atas pelajar. Saya amat terkejut dengan pindaan yang dicadangkan ini, lepas tiga tahun hasilnya. Sama dengan seksyen 15(2), tadi saya menyatakan seksyen 15(4). Naib Canselor boleh atas nama seorang pelajar universiti mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan satu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut. Huraian mengatakan pelajar adalah ahli yang sedang bergiat dalam politik. Jadi, ruangan ini adalah sangat sempit. Mungkin kepada mereka yang sedang belajar mengambil Master di universiti dan dia juga seorang ahli politik mungkin untuk ruangan itu sahaja kalau mengikut penjelasan dalam huraian. Jadi, masih tidak ada ruangan untuk pelajar kita terlibat dalam politik. Mereka adalah cream, dengan izin golongan cerdik pandai. Kalau kita mahu lahirkan graduan yang bertaraf dunia mestilah diberikan mereka kebebasan bersuara, meluahkan pandangan mereka, mempunyai daya saing, daya kreativiti dan bukan masih mahu menyimpan seksyen 15 dan 16. Sejak tahun 1971 sehingga hari ini masih mahu menyimpannya dan meluaskan larangannya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada seksyen 15(d), seksyen ini menyatakan bahawa jika seorang pelajar universiti dituduh atas satu kesalahan boleh daftar, dia boleh mengikut budi bicara naib canselor dan digantung daripada menjadi seorang pelajar. Apabila digantung sedemikian dia tidak boleh semasa prosiding jenayah belum selesai berada di dalam atau memasuki kampus. Justeru, masih melanggar prinsip one is innocent until proven guilty Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini, seksyen yang asalnya dia kata, “Seseorang pelajar apabila dia dituduh lalu digantung dengan serta-merta”. Akan tetapi di sini ada menyatakan bahawa memberikan budi bicara kepada naib canselor. Pada asasnya masih sama iaitu budi bicara. Saya hendak tanya Menteri, dalam kes-kes di manakah ada kes-kes tertentu yang akan disenaraikan, di mana naib canselor boleh menggunakan kuasa ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Pada asasnya, apabila seseorang dituduh sahaja, dia tidak boleh digantung daripada meneruskan pendidikannya. Itu tidak adil, mana prinsip keadilannya? Begitu juga dengan seksyen 15D(2), ia mengatakan iaitu selepas pelajar itu dituduh atas sesuatu kesalahan, dia boleh disabitkan dan boleh dikenakan dengan tindakan tatatertib. Gantung dia sebaik sahaja dituduh, budi bicara naib canselor, selepas itu dijatuhkan hukum. Kalau dijatuhkan hukum oleh mahkamah, selepas itu pihak universiti masih boleh mengambil tindakan tatatertib, tiga kali. Ini masalahnya, mengapa tidak boleh memberi hak pendidikan kepada seorang pelajar walaupun dia telah dituduh tetapi tidak bermakna dia bersalah selagi mahkamah tidak menghukum, menjatuhkan dia bersalah. Perkara yang lain ialah sama juga apabila seseorang pelajar ditahan di bawah perintah sekatan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib. Itu juga tidak adil, hanya bawah tahanan, hanya bawah sekatan, tindakan tatatertib boleh diambil. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, dari ayat pasif sekarang dipinda menjadi ayat aktif, betulkan saya kalau saya silap. Sebelum ini seorang pelajar yang telah digantung tidak boleh diterima oleh mana-mana universiti tanpa kelulusan Yang Berhormat Menteri. Sekarang dia kata, boleh, seorang digantung boleh diterima oleh mana-mana universiti dengan kelulusan bertulis Yang Berhormat Menteri. Apa bezanya? Sebelum ini dikatakan tidak boleh terima tanpa kelulusan Yang Berhormat Menteri, sekarang kata boleh diterima oleh mana-mana universiti apabila pelajar telah digantung dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri. Apa bezanya? Sama. Rebranding.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya ingin merujuk kepada seksyen 16B. Pada pendapat saya, kalau berbalik kepada seksyen 15D tadi, selagi dia belum dijatuhi hukum, pelajar itu mesti dibenarkan untuk meneruskan pendidikannya di universiti. Itu hak dia, right of education seperti yang dinyatakan oleh Universal of Human Rights, Artikel 26, dengan izin. Seksyen 16B Tuan Yang di-Pertua, di mana ada nyatakan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap pelajar dan pelajar boleh secara bertulis memberi alasan atau melalui representasi bertulis atau lisan kepada prosiding tatatertib. Saya memohon dalam seksyen 16D(3d) menyatakan di mana apabila keputusan telah diberi, ia hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu. Saya pohon dibuat pindaan, saya ingin cadangkan, itu barulah keadilan. Ia tidak sepatutnya memberi kebebasan kepada naib canselor atau timbalan naib canselor yang menjalankan prosiding tatatertib ini mengambil masanya untuk membuat keputusan. Di sini menyatakan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu. Pada pandangan saya, ia sepatutnya dari tarikh pendengarannya, keputusan hendaklah disampaikan kepada pelajar yang dicadangkan diambil tindakan tatatertib. 14 hari dari tarikh pendengaran, saya rasa ini patut lebih adil daripada 14 hari dari keputusan. Begitu juga dengan rayuan, apabila pelajar tidak puas hati dengan keputusan oleh naib canselor atau timbalan naib canselor, diambil terhadapnya, dia boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib seperti dalam seksyen 16D(11) di mana di sini menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah memutuskan rayuan itu dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan rayuan itu. Saya rasa keputusan mesti disampaikan kepada pelajar itu dalam masa 14 hari dari keputusan itu, ia sepatutnya sebegitu. Seperti yang dalam seksyen 16(3d), seperti yang dicatatkan dalam 11 ini. Ada satu jangka masa yang tepat dari masa penerimaan rayuan itu, sama dalam masa pendengaran 14 hari dari masa pendengaran disampaikan keputusan. Seksyen 16(C) di mana kaedah tatatertib yang seksyen 16C(2), kaedah- kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi pengambilan pelajar universiti semasa prosiding tatatertib belum selesai. Saya tahu pihak kementerian telah memberi kuasa kepada naib canselor di bawah akta ini untuk menetapkan tatacara. Saya rasa ia akan adil jika tatatertib itu disenaraikan, dinyatakan, dicatatkan dalam rang undang-undang ini agar kita boleh memastikan bahawa setiap langkah yang diambil oleh pihak universiti adalah adil untuk pelajar yang berkenaan. Walaupun rang undang-undang ini ada memperuntukkan bahawa pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan naib canselor boleh merayu kepada Menteri, jika mereka digantung seperti yang saya katakan tadi tetapi kita telah tahu kes ISA 7 sebelum ini. ISA 7 melibatkan empat orang pelajar universiti, sebelum ini Kementerian Pelajaran di bawah Dato’ Musa Mohamad. Pelajar ini merayu kepada Yang Berhormat Menteri seperti yang diperuntukkan oleh akta sebelum ini tetapi Yang Berhormat Menteri kata kalau kamu memohon maaf, saya akan bagi kamu meneruskan pendidikan di universiti. Saya rasa itu tidak adil, selagi pelajar itu tidak dijatuhkan hukum, pelajar itu patut dibenarkan balik untuk meneruskan pendidikan mereka. Jadi saya rasa seksyen tersebut patut dibatalkan, dimansuhkan agar sejajar dengan prinsip-prinsip keadilan. Saya dengan itu, perkara-perkara lain, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara akan menyampaikannya. Saya harap Ahli-ahli yang mementingkan masa depan anak-anak kita, pelajar kita, memastikan mereka mempunyai daya saing, kita sama-sama menyokong cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara nanti. Sekian, terima kasih.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Izinkan saya turut serta dalam perbahasan ini. Saya mahu menyebut pertamanya kata-kata daripada Yang Berhormat Menteri tadi semasa membentangkan hujah beliau di mana beliau nyatakan salah satu sebab pindaan ini dibuat adalah untuk memudahkan urusan penyelenggaraan dan penubuhan universiti-universiti di Malaysia. Saya tidak menolak kerana tentunya pindaan pada AUKU yang dibuat pada tahun 1993 adalah untuk memudahkan

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

pertubuhan UIA, Universiti Islam Antarabangsa pada waktu itu. Manakala pindaan pada tahun 1995 adalah untuk tujuan penswastaan dan pertubuhan universiti swasta. Jadi saya tidak menyanggah kenyataan ini dan keperluan ini. Yang saya pertikaikan adalah seksyen-seksyen terutamanya seksyen 15 yang beberapa teman sebut tadi yang sering menimbulkan pertikaian di antara kekangan pada hak pelajar bersuara atau berpersatuan yang sememangnya bertentangan dengan prinsip perlembagaan persekutuan negara kita. Saya ingin mengimbau sejarah sedikit di sini. Ramai yang mungkin lupa, saya pun tidak menyedari sebelum ini bahawa Akta Universiti dan Kolej 1971, AUKU ini telah digubal oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

MAGERAN ini ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 untuk mengambil alih kuasa Parlimen dan memerintah negara kita di bawah Emergency Ordinance untuk satu tempoh yang pendek dengan izin. Jadi pada waktu itu pihak MAGERAN berpendapat bahawa gerakan mahasiswa dan mahasiswi di dalam dan luar kampus akan mengancam kepentingan negara, maka sebuah suruhanjaya siasatan kampus universiti ditubuhkan untuk meneliti kegiatan mahasiswa dan mahasiswi di setiap universiti. Akhirnya pihak MAGERAN memutuskan untuk mengawal kegiatan mahasiswa dan mahasiswi negara dan AUKU dicadangkan digubal. Jadi kesimpulannya, AUKU merupakan salah satu hasil pemerintahan ataupun hasil daripada keputusan MAGERAN dan ia menunjukkan bahawa pindaan pada tahun 1971 dan 1975 seterusnya dilakukan untuk mengetatkan lagi kongkongan terhadap kegiatan para mahasiswa dan mahasiswi. Tadi Yang Berhormat Padang Terap menyebut AUKU ini sudah tahun 30 tahun lamanya. Maksudnya selama 30 tahun hak dan kebebasan...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

38.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

38. Terima kasih Yang Berhormat. Hak dan kebebasan yang dinikmati oleh mahasiswa dan mahasiswi termasuklah ahli akademik universiti adalah jauh lebih merudum peratusannya dari rakyat jelata. Ini memang tidak munasabah. Seperti diketahui umum, mahasiswa dan mahasiswi kita di luar negara, di Britain, Ireland dan juga Amerika, dan banyak negara lain dibenarkan menyertai kelab UMNO tetapi mahasiswa dan mahasiswi domestik di negara kita sendiri dilarang menyertai mana-mana parti politik tanah air. Bukankah itu satu double standard yang jelas tidak adil kepada pelajar di Malaysia? Justeru, setiap kali ada seruan untuk memansuhkan AUKU, kerajaan akan menggunakan alasan pelajar-pelajar kita akan diperalatkan oleh ahli politik. Kononnya kegiatan mereka secara tidak sengaja dahulunya membantu aktiviti komunis di negara kita. Ini masa MAGERAN dahulu. Jadi saya tidak lihat rasional dan keperluan meneruskan akta ini. Selain daripada kemerosotan kualiti graduan yang sudah disebut berkali-kali dalam Dewan ini yang saya tidak bercadang untuk mengulangi lagi. AUKU 1971 juga telah menjadikan budaya kronisme dan sikap menyebelahi satu pihak akibat pemberian kuasa pelantikan kepada menteri dan naib canselor. Dengan adanya hubungan sedemikian, tokoh akademik yang dinaikkan pangkat dipersoalkan. Bukannya disebabkan kerana mereka berkaliber, tetapi kerana hubungan politik kerana mereka rapat dengan pimpinan kerajaan dan akhirnya menimbulkan tanda tanya dan ketidakadilan. Justeru, ramai para akademik kita yang berasa kecewa dan aliran keluar bakat dalam negara bertambah. Tokoh yang berjiwa nasionalis, Allahyarham Rustam Sani pernah berkata kesemua aktiviti pelajar telah dikawal dengan ketat. Suasana akademik dan pengetahuan di universiti tempatan masihlah jauh daripada matlamat keunggulan dan kesejatian negara maju. Saya mulakan pertamanya dengan kritikan am tindakan AUKU yang saya ambil semuanya bukanlah daripada pandangan parti-parti politik tetapi daripada Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia atau GERAK yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 yang merupakan sebuah pertubuhan mewakili lebih 23,000 orang ahli akademik di seluruh negara melalui persekutuan dengan semua persatuan akademik IPTA Malaysia. sebelum pelaksanaan AUKU 1971, Akta Universiti Malaya 1981 wujud. Ini telah memberikan kebebasan yang jauh lebih banyak kalau dibandingkan dengan pindaan sekarang termasuklah ahli akademik boleh bertanding dalam pilihan raya

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

umum tanpa meletakkan jawatan, mahasiswa mahasiswi dan ahli akademik boleh mengadakan ceramah dan bengkel dan tidak perlu memohon permit. Malah ahli akademik boleh melancong tanpa memberitahu pihak universiti dan lain-lain. Kenapakah kita tidak memulihkan hak-hak dan ruang yang diberikan dalam Akta Universiti Malaya ini? Saya juga ingin sebut seksyen seperti 15(1)(c) dan 15(d)(5) masih lagi menunjukkan pemberian kuasa mutlak dan ruang yang besar kepada Yang Berhormat Menteri dan naib canselor. Jadi ini masih lagi menjadi halangan kepada kita termasuklah definisi pelajar selepas pindaan yang terlampau komprehensif dengan izin. Selepas pindaan dibuat, pelajar dimasukkan ertinya seseorang pelajar berdaftar selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan universiti dan kolej universiti yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan. Maksudnya ia merangkumi hampir semua orang yang terlibat dalam bidang akademik di sebuah universiti. Daripada penyelidik sambilan kepada profesor dalam peringkat lepas kedoktoran. Jadi saya tidak melihat kenapa perlu ditambah lagi merangkumi kesemuanya. Kerajaan harus sedar akan matlamat kita mahu mewujudkan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan serantau. Jadi ia harus sejajar dengan kebebasan dan penghormatan yang diberikan dalam institusi pelajaran pengajian tinggi kita. Jadi saya lihat banyak isu yang dapat diadakan atau bila wujud serangan ataupun kritikan, kerajaan menggunakan ini sebagai satu modal politik. Kedua, saya terus kepada kritikan berkenaan dengan pelajar ataupun berkaitan dengan pelajar. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah telah sebut seksyen 15(a) dan juga (b) menghalang pelajar dari menjadi mana-mana ahli parti politik ataupun pertubuhan, badan ataupun kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau luar Malaysia. Akan tetapi bahagian (c) memberi kuasa kepada menteri untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh menteri. Kenapa diberi kuasa kepada menteri untuk menentukan mana satu pertubuhan yang tidak boleh disertai? Atas prinsip dan kriteria apakah keputusan ini dibuat? Tidak ada keterbukaan dan saya fikir kesemua seksyen 15 ini sepatutnya dihapuskan untuk memberi ruang kepada para pelajar yang mempunyai kematangan untuk memilih pertubuhan yang mereka mahukan. Jadi kuasa yang begitu besar diperuntukkan kepada menteri ini sepatutnya ditarik balik. Ketiga, kritikan berkenaan dengan ahli akademik. Persatuan GERAK sebenarnya mahukan mana-mana pindaan, mengambil kira atau merujuk kepada UNESCO Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teaching Personnel, saranan-saranan mereka, dengan izin termasuklah di mana prinsip utama ahli akademik sepatutnya diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam pengurusan universiti supaya kesepakatan dapat diwujudkan di antara pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar. Dalam seksyen 13(1), lembaga pengarah hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, naib canselor, dua orang pegawai daripada perkhidmatan awam, seorang yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya universiti itu, seorang profesor universiti dan lima orang yang terdiri tiga orang daripada sektor swasta, seorang daripada alumni universiti dan sebagainya. Perwakilan daripada pihak akademik yang tertera dalam seksyen ini hanyalah seorang ataupun kurang daripada 10% sahaja. Peratusan tersebut sepatutnya dipertingkatkan kepada 20% atau 30%. Sejajar dengan hasrat kita untuk menyaingi standard UNESCO, dalam seksyen 17 perenggan (e) membenarkan naib canselor mengambil tidak lebih daripada lima orang ke dalam senat. Kenapakah tidak membuka kesemua kerusi untuk dipilih oleh peers mereka dengan izin, rakan setaraf. Seksyen 4(a) juga membolehkan menteri melantik sebuah jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai orang yang layak dan sesuai bagi pelantikan naib canselor atau apa-apa jawatan yang lain. Jadi sekali lagi saya persoalkan kenapakah kuasa pelantikan jawatankuasa berada dalam tangan menteri dan bukannya lembaga tadi seperti yang disebut. Apakah tujuan kalau kita hendak menubuhkan satu jawatankuasa untuk menasihati menteri apabila lembaga ini seolah-olah tidak boleh bertindak atau mempunyai independence dengan sendiri. Jadi saya akhiri dengan memohon pihak kementerian, kami tidak mahu mempolitikkan isu ini hanya mahu pihak kementerian ambil kira pandangan GERAK berdasarkan kepada kertas cadangan yang diberikan kepada pihak kementerian. Dalam seminar, pindaan AUKU yang dibentangkan di UM

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

termasuk input para peserta seminar, mereka mahukan atau mereka berpendirian pindaan-pindaan AUKU yang disarankan oleh pihak kementerian tidak akan menolong universiti-universiti di Malaysia mencapai taraf dunia atau world class. ■1830 Ini kenyataan mereka, bukan mana-mana parti politik pembangkang. Ini dipersetujui oleh pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Saudara Azmi Sharom, juga dalam GERAK. Mereka menyatakan dalam satu sidang khas yang mereka adakan untuk orang ramai. Sebarang salah laku pelajar di Malaysia dalam universiti atau para kakitangan universiti sudah pun diliputi oleh kanun keseksaan yang ada. Tak perlu kita ada dua undang-undang untuk satu kesalahan yang sama. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Justeru, saya harap permohonan mereka agar draf pindaan ini dibincangkan, diperhalusi secara halus sebelum diluluskan di Parlimen diterima. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi mengenai dengan Akta AUKU yang dibawa untuk dipinda ini. Apabila saya menerima rang undang-undang ini, ianya di ada agak terlalu awal, kita berterima kasih. Saya telah didatangi oleh banyak pemimpin-pemimpin pelajar universiti dan juga pensyarah- pensyarah universiti dan ada interaksi sehingga ada brainstorming, perbincangan dan mereka membagi pandangan yang akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan pandangan yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Padang Terap, dari Batu Gajah dan juga dari Lembah Pantai... [Tepuk] Saya bercakap ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebagai bekas pemimpin pelajar. Pada tahun 70-an dahulu di mana sememangnya kita tahu dan sedar Akta AUKU ini sudah lama dinanti-nantikan oleh para mahasiswa dan juga oleh cendekiawan negara kita. Mereka mengharapkan hujan di tengah hari, rupanya panas di tengah hari. Sebab apabila kita meneliti rang undang-undang ini, sememangnya ianya tidak lebih daripada pindaan kosmetik semata-mata... [Tepuk] Maka sebab itu saya ingin mencadangkan kalau bolehlah, supaya pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menarik balik akta ini dan dilihat semula. Saya menyatakan demikian adalah untuk membantu kerajaan. Kalau tidak, saya percaya rang undang-undang ini walaupun pihak parti pembangkang mengemukakan berbagai- bagai kritikan yang berucap sebelum ini dan pihak Ahli Yang Berhormat dari Petaling Jaya Utara akan mengemukakan usul pindaan di bawah peringkat jawatankuasa nanti, kalau ianya juga di lulus sebagaimana yang asal, sudah tentu pihak pembangkang tidak perlu kecewa. Sebab akhirnya parti pembangkang akan mendapat untung. Sebab saya mengatakan demikian, apabila saya bertemu dengan pemimpin pelajar, pensyarah- pensyarah universiti, mereka semua menggeleng kepala tidak boleh menerima pindaan ini. Ertinya kerajaan tidak mendapat apa-apa mileage. Ingat, mahasiswa universiti semuanya boleh dikatakan umurnya lebih daripada 21 tahun. Mereka akan mengundi. Jadi pindaan ini tidak membantu mahasiswa mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. Saya mengemukakan pandangan yang ikhlas sebab saya sebagai bekas pemimpin pelajar dulu yang pernah kena bawah ISA, mereka datang bertemu dengan saya. Saya hanya nak menyampai maklum balas bahawasanya pindaan ini tidak begitu popular. Saya nak huraikan sebab-sebabnya, tetapi asasnya kalau kita lihat daripada segi kebimbangan pihak pentadbir universiti, pihak kementerianlah tentang penglibatan pelajar. Kalau kita bimbang daripada segi masalah keselamatan kalau mereka bebas, kan kita sudah ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA sudah ada. Dulu pun saya kena ISA di waktu menjadi pemimpin pelajar. Maka oleh itu, apa yang perlu nak dibimbangkan lagi. Cuba kita lihat keanehan Yang Berhormat

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Menteri Pendidikan Tinggi, definisi pelajar kalau nak dikira daripada segi Perkara 10, Perlembagaan iaitu hak bersuara, hak berpersatuan, hak berhimpun dan kita lihat di bawah fasal 119 iaitu setiap rakyat yang berumur 21 tahun boleh mengundi, maka kita lihat definisi pelajar. Definisi pelajar termasuk mereka yang juga buat program post graduate. Bagi mereka yang buat peringkat sarjana post graduate, ini bukan pelajar dah, ini bapa budak dah. Bapa budak dah, takkan dia orang ini tak boleh berfikir, dia orang dah matang dah. Sebab itu saya harap dipindakan definisi pelajar ini. Simple saja contohnya kalau saya sebagai Ahli Dewan Rakyat sekarang ini mahu buat PhD Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua mahu buat PhD, nak buat sarjana secara sambilan, pergi daftar di mana-mana universiti IPTA, kita kena minta permohonan dengan naib canselor untuk terlibat dalam politik dan untuk duduk dalam Dewan Rakyat. Begitu kaedahnya? Ini aneh. Saya tak boleh terima, minta maaflah. Saya seboleh-bolehnya nak menyokong apa sahaja yang dibawa oleh kerajaan tapi ini tak boleh. It’s against dengan izin, my consent... [Dewan riuh] Tidak boleh. Sebab definisi pelajar ini, bapa budak pun dan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, naib canselor ini dalam pindaan ini diberi kuasa cukup besar, cukup besar. Kena naib canselor yang lebih sudu daripada senduk betul tak? Yang kaki mengampu ini, cara mereka mentadbir universiti dengan kuasa yang ada ini, saya pasti akan menjadikan mahasiswa tidak begitu senang hati dengan kerajaan nanti. Betul. Sebab takkan Yang Berhormat Menteri seorang nak pantau 18 universiti ini. Diserah kepada naib canselor. Naib canselor yang akan menentukan. Hari-hari kerjanya tak ada kerja lain. Berapa ratus ribu pelajar satu universiti? 18 buah universiti, kerja dia hari-hari nak proses pelajar-pelajar mahasiswa yang memohon nak menyertai parti politik. Kerja lain tak ada. Bertimbun fail. Inikah kerjanya? Tak payah sebab ianya bertentangan dengan fasal 10 Perlembagaan, Akta ISA dah ada dah. Apa yang kita nak bimbang? Saya lihat Tuan Yang di-Pertua, mahasiswa yang keluar universiti tahun 70-an zaman saya dahulu termasuklah zaman Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya kena dulu ISA sekali dengan beliaulah pada tahun 1971 dulu selepas peristiwa Baling. Saya ingat lagi. Kalau kita tengok tahun 70-an dulu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mahasiswa waktu itu yang keluar cukup gah, yakin diri, bersemangat dan mereka yang berjaya hari ini walaupun ada setengah-setengah drop-out, tidak dapat ijazah pun tetapi keluar berani, kritikal sehingga mereka berjaya sebagai seorang usahawan. Yang keluar sekarang ini betul-betul macam robot. Saya sendiri pernah temu duga. Lain dengan mahasiswa yang dihasilkan pada tahun 70-an dulu, amat berbeza sebab mereka belajar dalam disiplin tertentu. Kalau belajar dalam sains, bab sains. Kalau belajar dalam kedoktoran, medical, medical. Dia tak tahu dah benda-benda lain. Maka dia terkongkong dengan pelajaran ini. Oleh sebab itu sepatutnya dalam pindaan ini saya menantikan kalau boleh pindaan ini dikembalikan semula peranan mahasiswa ini, kebebasan mereka di universiti ini seperti dulu. Apabila ada buka universiti, mereka daftar, mereka membayar yuran juga kepada persatuan mahasiswa. Wang ini dipungut oleh persatuan mahasiswa, mereka mengendalikan wang ini dan mereka juga boleh menganjurkan aktiviti sampai saya nak cadang dihidupkan kembali Speakers Corner di universiti ini. Speaker’s Corner di universiti ini boleh menolong, membantu jati diri mahasiswa. Biarlah mereka nak bersyarah pun. Dulu saya pun bersyarah. Ramai juga yang bersyarah dulu. Yang kuat-kuat bersyarah di kampus dulu akhirnya banyak juga masuk kerajaan. Tak ada masalah apa yang nak dibimbangkan. Malah saya cadangkan kalau boleh kalau mahasiswa universiti nak mengadakan tunjuk perasaan terhad dalam universiti waktu hari minggu apa salahnya. Biar mereka bercakap, mereka berhimpun, mereka nak menyuarakan pendapat. Apa salahnya? Tak menjadi masalah. Dulu ada sudut Speaker’s Corner dan mereka nak mengadakan simposium, seminar, konvensyen, mereka tak payah minta kebenaran. Orang itu boleh, orang ini tak boleh. Biarkan mereka nak pilih siapa pun. Siapa pun boleh dijemput untuk menjadi ahli panel, membicarakan ke dalam seminar, simposium, apa pun aktiviti, biarkan mereka ini. Apa yang kita nak takut sangat? Mereka dah dewasa dah. Pengundi, umur 21 tahun.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kalau kita tak percaya kepada anak-anak muda kita ini, pada siapa lagi kita hendak percaya?...[Tepuk] Siapa lagi? Ini untuk kebaikan Kerajaan Barisan Nasional juga. Ini pembangkang tidak berapa hendak sebut, kalau sebut macam ini. Saya hendak sebut ini memang untuk kebaikan juga. Saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Apabila akta ini dibentangkan cuba layari dalam website, internet, tengok ada bermacam-macam komen. Ini bermakna tidak popular. So, ia tidak membantu memulihkan imej kerajaan. Saya hendak tolong bantu. Biarlah golongan ini ada keyakinan diri. Kita letak keyakinan ini kepada mereka. Kalau mereka bertindak di luar daripada batas undang-undang, mengancam keselamatan negara, polis ada. Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak akan dipinda, tidak akan di mansuh. Jadi, ini pula dikenakan lagi. Itulah sebabnya hakisan keyakinan rakyat kepada pemerintah ini semakin hari semakin luntur. Kita tengok seksyen-seksyen di bawah 15(1)(a), 15(2)(a). Saya sudah buat kajian. Kalau hendak disebutkan satu persatu cukup panjang, 15(4), 15(5), semuanya ini bertentangan. Akhirnya ke mana kita hendak tuju dalam kita membentuk generasi muda. Saya percaya kalau kita tengok kepada pengalaman dahulu, walaupun ada tunjuk perasaan beberapa kali tetapi tidaklah teruk sangat. Di tempat-tempat lain lagi teruk. Saya percaya bila kita kongkong seumpama ini mereka akan dapat juga maklumat-maklumat daripada website, internet. Mereka tiap-tiap hari dengan laptop. Mahasiswa universiti semua ada laptop. Mereka akses kepada semua maklumat. Ucapan-ucapan Ahli Parlimen dan kritikan-kritikan semuanya masuk. Maka sebab itu saya harap lebih sensitif. Saya sangat bimbang dengan kuasa naib canselor ini. Esok ada mahasiswa hendak masuk menyertai parti politik. Ini boleh, yang ini tidak boleh. Sudah jadi berpecah belah pula. Ini sudah pilih kasih. Tidak ada kerja lain. Jadi biarlah, serahlah, yakinlah. Saya percaya mahasiswa ini kalau kita lebih tekan lebih lagi mereka akan bertindak dengan secara yang negatif. Kalau kita percaya kepada mereka, saya percaya mereka akan lebih proaktif dan akan lebih positif. Macam kita bapa dengan anak, kalau kita tekan dengan peraturan di rumah lagilah dia hendak buat. Akan tetapi kalau kita bagi sedikit kebebasan dia mula hargai ibu bapa, maka dia boleh memberi reaksi yang proaktif kepada pihak kerajaan. Oleh kerana itulah saya tengok akta ini, saya bercakap ini sebagai bekas pemimpin pelajar dahulu saya merasa turut bertanggungjawab. Selepas tahun 1971 dahulu berlaku beberapa kali tunjuk perasaan yang kemuncaknya pada tahun 1974. Sekarang sudah hampir 24 tahun. Ini bermakna yang graduate dahulu semuanya sudah pencen. Sekarang ini mungkin sudah berumur 56 - 57 sudah pencen. Mereka tahu akan pengalaman ini. Saya tengok tidaklah menjadi masalah sangat. Inilah yang dinantikan oleh para mahasiswa. Bab-bab yang lain saya tidak ungkit sangat. Ada juga yang lain-lain yang dipinda itu ada sedikit kebaikannya tetapi itu bab bahagian lain. Akan tetapi bab definisi pelajar, kuasa naib canselor dan penyertaan pelajar dalam politik ini saya rasa mereka tidak payah dapatkan kebenaran. Saya bersetuju supaya pelajar tidak boleh memegang jawatan dalam parti politik tetapi menyertai parti politik itu hak mereka. Sekiranya memegang jawatan itu tidak boleh sebab akan menjejaskan pelajaran mereka, itu saya tidak bersetuju. Saya hanya bersetuju setakat mereka menyertai parti politik apa-apa pertubuhan tanpa kebenaran naib canselor dan saya percaya mereka akan bertanggungjawab. Kita mereka keyakinan ini. Namun kalau kita merasa waswas, kita rasa tidak ada keyakinan diri maka segala-galanya tidak akan bermanfaat. Bukankah kerajaan mengadakan Latihan Khidmat Negara, modal insan yang dicadangkan dan semua ini untuk merangsang pembangunan manusia. Pembangunan manusia macam mana? Ia adalah keyakinan diri. Bagaimana proses membentuk keyakinan diri seseorang insan, seseorang manusia kalau kita tidak berikan sedikit kebebasan hak mereka yang dicari oleh Perlembagaan sendiri? Ini yang saya harap diberikan perhatian oleh… Yang Berhormat Padang Terap ini bertakbir pula. Dia ingat ini ceramah? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya bukan berceramah, saya berhujah. Saya mengatakan demikian kerana saya tengok dari segi minda pelajar-pelajar yang saya sebut tadi jika dibandingkan dengan dahulu amat jauh bezanya. Ini dunia yang

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

sudah abad ke berapa. Oleh sebab itu, saya tidak tahulah sama ada cadangan tadi itu ditarik balik ataupun pihak kerajaan sendiri membuat pindaan. Jangan tunggu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara membuat pindaan ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini tahulah, selepas dia cadangkan pindaan ini, kalau ditolak maka pindaan ini akan diedarkan di universiti dan nanti masuk dalam internet. Yang untungnya dialah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Seolah-olah dia seorang sahaja yang bela. Seolah-olah dia seorang sahaja yang bela AUKU ini, orang lain tidak ada. Saya awal- awal sudah sebutkan ini. Saya pun bela juga. Janganlah hendak cari kredit seorang sahaja orang lain pun hendak juga.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita berkongsi kredit.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita berkongsi. Ini akan masuk. Memang ada sesetengah pindaan ini saya mengakui ada bahagian-bahagiannya yang baik. Walaupun tidak semua saya sokong tetapi sebahagiannya memang betul. Saya bersetuju dengan berapa bahagian yang dicadangkan. Jadi, saya hendak cadangkan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi... [Disampuk] Ha, sudah tarik, gentlemen. Yang Berhormat gentlemen. Ini maknanya tarik balik ataupun pinda setengah- setengah, mati akal puak pembangkang nanti... [Ketawa] Mati akal sebab dia kena pinda. Jadi mahasiswa pun puas hati, pensyarah pun puas hati, profesor pun puas hati, pilihan raya akan datang mungkin BN pun dapat sokongan dan puak-puak ini pun tidak ada lagi dalam Dewan Rakyat akan datang. Tidak ada masalah.

Bebas pun kalah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bebas mesti adalah. Tidak ada masalah, tetapi kalau tidak dipinda ini dijadikan bahan kempen. Pilihan Raya Kuala Terengganu pula akan datang, ini membawa modal besar ini kepada mahasiswa. Berapa jumlah mahasiswa? Jadi, saya kemukakan pandangan ini berkali-kali. Saya kemukakan pandangan ini demi kebaikan. Saya ulang balik, beberapa kumpulan mahasiswa universiti datang berjumpa saya di rumah. Saya kata, “Ini serah kepada kerajaanlah.” “Tidak boleh” kata mereka, “Yang Berhormat dulu bekas pemimpin pelajar, kena bercakap”. Itulah yang saya tunggu ini, bercakap juga untuk sampaikan pandangan dan isi hati mereka. Mereka juga buat kolokium dan seminar baru-baru ini. Cuba baca laporan-laporan ini. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional, jangan bercakap lebih-lebih hendak pertahankan sebab dengan Yang Berhormat nanti mahasiswa bantai. Duduk diam-diam sahaja... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jangan, sebab ini akan masuk internet nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang ini dia akan kutip semua ucapan ini masuk. Teruk kita kena nanti. Saya tolong nasihatkan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Pasir Mas, masa sudah habis, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Masa sudah habis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Terap. Belakang Pasir Mas. Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin turut sama dalam perbahasan AUKU ini dan saya ingin menegaskan kalaupun apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi,

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

saya harap jangan buat kerana politik tetapi atas kesedaran yang tinggi terhadap kebebasan dan hak bersuara mahasiswa di kampus bukan kerana hendak undi sahaja. Saya hendak memetik kata-kata daripada pengarang yang prolifik iaitu Noam Chomsky, dia menyebut dalam buku “Miseducation”. Dia kata bahawa, “Janganlah kita tersilap didik mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang. Keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk sahaja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.”

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Adapun pandangan daripada pendapat para ahli akademik tempatan pula menyebut bahawasanya penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai juru bicara rakyat. Imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan penyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin yang rasuah dan oportunis disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan elit yang memerintah. Saya membawa kenyataan-kenyataan ini semua sebagai mukadimah saya apabila melihat apa yang dipinda daripada AUKU ini, saya mohon maaf saya tidak dapat walaupun mencari ruang bagi saya mengakui bahawa pindaan ini akan memberi keselesaan, akan memberi ruang kebebasan kepada mahasiswa. Saya tidak dapat mencari, apa yang saya dapat ialah seperti mana yang disebut Yang Berhormat Batu Gajah tadi perkataan yang negatif ditukar kepada aktif. Sedangkan dia punya isi kandungan sama sahaja, tidak ada perubahan. I try many times dengan izin, saya tengok mungkin saya silap bacakah, mungkin saya tidak fahamkah, sama sahaja sebenarnya tidak ada perbezaan antara yang telah ada dan yang diperuntukkan. Saya hendak bagi satu contoh, contohnya dalam masalah menghalang, menyekat pelajar daripada terlibat dalam parti politik. Sebelumnya disebut terus, pelajar tidak boleh menghalang pelajar terus disebut. Akan tetapi kali ini dia lunak sikit, kali ini dia kata pelajar boleh menjadi ahli mana-mana persatuan tetapi di bawah selain mana- mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Dua kali lima sahaja, sama tidak ada perubahan kecuali apa yang disebut sebagai permainan perkataan semata- mata. Hanya tukar sana dan tukar sini dengan harapan kita tidak baca maka terus diluluskan maka jadilah undang-undang ini, pindaan ini sama seperti yang dahulu. Seterusnya saya ingin menyebut tentang aktiviti pelajar. Seperti yang disebut oleh rakan-rakan aktivis pelajar dahulu. Pelajar ini ada tiga aktiviti yang dilakukan. Pertama ialah aktiviti dia dengan masyarakat. Aktiviti dia di kampus dengan persatuan dan sebagainya. Kedua, ialah sumbangan bakti dia kepada masyarakat. Ketiga, yang juga merupakan satu peranan yang penting bagi mahasiswa iaitu advokasi, makna dia memperjuangkan sesuatu. Dia memperjuangkan soal-soal hak kemanusiaan. Dia memperjuangkan soal demokrasi. Apa yang kita dapat di dalam pindaan ini, aktiviti ada, bakti ada tetapi mematikan advokasi. Inilah yang disebut mahasiswa yang lesu. Mahasiswa yang apabila tidak didedahkan dengan advokasi, satu nilai perjuangan yang dianggap suci yang menjadikan dirinya ada ketahanan diri ada prinsip dan sebagainya. Maka dengan adanya peruntukan-peruntukan yang kononnya dipinda ini, saya melihat advokasi tidak ada dan inilah yang melesukan para mahasiswa. Inilah yang mahasiswa takut hendak bagi pandangan. Saya ingin memetik pandangan mahasiswa sendiri, keluhan rasa mereka. Kalau pun boleh saya mewakili mereka ini saya terjumpa salah satu daripada kesalan mereka. Mereka menyatakan bahawa: “Dari senario universiti saya ini dapat dirumuskan bahawa pihak pentadbiran universiti dan kerajaan sendiri takut untuk memberikan kebebasan kepada pelajar untuk membuat pilihan. The right to choose pun tidak boleh, hak untuk memilih, hak untuk menyertai, hak untuk menyokong pun tidak boleh. Menghalang mahasiswa untuk berfikir dan untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Mahasiswa yang diperap, mahasiswa yang dijadikan macam mana apa kita kata cencaluk, mahasiswa yang diperam otaknya yang

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

tidak boleh berfikir. Martabat pemikiran mahasiswa dihina, dilanyak dengan rasa takut dan penindasan. Hasil dari taktik kotor pentadbiran universiti ini akhirnya wakil-wakil majlis persatuan pelajar yang dilantik gagal menjadi wakil kepada mahasiswa. Sebaliknya menjadi agen-agen universiti dan parti pemerintah untuk merekrut ahli-ahli cacai yang baru dan untuk buat memenuhkan program-program parti pemerintah. Begitulah hina dan jijiknya realiti politik kampus di universiti yang kononnya bertaraf dunia.” Ini bukan saya kata Yang Berhormat Menteri, ini pelajar sendiri yang meluahkan perasaan dia terhadap halangan-halangan, sekatan-sekatan, suara-suara ini yang diluahkan kita mengharap pindaan ini dapat memberi satu sinaran yang baru tetapi apa yang berlaku ialah kita terus menuju ke belakang. Kita terus memusing jam ke arah yang belakang. Cuba tuan-tuan, para wakil-wakil sekalian melihat apa yang diperuntukkan di dalam seksyen-seksyen yang paling ketara ialah seksyen 15 ini. Betul-betul seksyen yang memberikan tekanan, tidak ada kebebasan kepada mahasiswa. Contoh dia kata di sini bahawa dalam seksyen 15 yang dipinda. Penggantian seksyen 15 ini, “Tiada seorang pun pelajar universiti pertubuhan badan ataupun agensi yang ditubuh di bawah mengikut Perlembagaan - melakukan apa juga yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai nyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau pun di luar Malaysia". Macam mana kita hendak halang orang daripada dia berfikir untuk dia membuat pilihan menyokong ataupun membangkang? Macam mana kita boleh menahan fitrah ini? Kita pelik mereka ini ketika diajar di dalam kampus untuk demokrasi memilih tetapi mereka sendiri tidak dapat membuat pilihan di luar kampus. Ini sesuatu yang sungguh kita kata mengaibkan dari sudut kebebasan ini. Begitu juga dikatakan di sini tentang pelajar itu sendiri. Saya setuju tadi bahawa pelajar yang termasuk takrif pelajar ialah mereka yang buat ijazah lepasan, yang buat doctorate, yang buat PhD. Bagaimana mungkin mereka ini di kalangan wakil rakyat? Mereka ada pandangan dan pengalaman. Mereka hendak masuk universiti tetapi mereka terikat, sudahlah itu mereka juga terikat dengan aku janji. Mereka terikat, sudahlah terikat dengan aku janji, sudahlah terikat dengan etika-etika universiti, diikat pula dengan AUKU. Jadi di sana penindasan ke atas penindasan ataupun disebut dalam bahasa al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] gelap di atas kegelapan. Maka bagaimana kita hendak melihat pencerahan, bagaimana kita hendak melihat masa depan anak-anak kita. Kalau teruskan dengan ini saya kira ia akan memberi satu tamparan kepada kebebasan berfikir dalam generasi akan datang. Saya juga ingin menyentuh tentang seksyen 15 juga iaitu tentang membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikan. Makna kata walaupun dia ini tidak boleh terlibat dalam politik, menyatakan sokongan atau bangkangan tetapi kalau dia hendak sebut sesuatu tentang kajian dia, maka dia boleh sebut. Ini juga menjadikan satu yang sempit bagi pelajar untuk dia betul-betul tidak boleh bagi pandangan di luar daripada bidang dia. Sedangkan di dalam ilmu dunia hari ini kita nama the convergences of knowledge dengan izin iaitu kesepaduan ilmu yang berbagai-bagai. Jadi bagaimana dia hendak lari daripada dia memberi kenyataan terhadap sesuatu. Begitu juga dia tidak boleh bagi pandangan dalam mana-mana seminar politik yang dianjurkan oleh parti politik tertentu, katalah dia ini seorang pelajar PhD. Dia buat kajian tentang parti politik itu, tiba-tiba dijemput oleh parti politik itu untuk memberi pandangan dia tidak boleh bagi pandangan kalau ia dianjurkan oleh parti politik. Ini bagi saya mematikan apa sahaja kita kata dia punya kemahiran untuk mengongsi sama seolah-olah dia disisih daripada dunia luar dan inilah apa yang kita tidak mahu berlaku kepada pelajar-pelajar kita.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Inilah apa yang kita tidak mahu berlaku kepada pelajar-pelajar kita. Begitu juga saya tidak mahu sebut yang kaedah bertentangan... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Atau disebut, innocent until proven guilty di dalam kaedahnya, bahawa

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

bagaimana seseorang itu baru sahaja dituduh, belum lagi tersabit kesalahan, dia tidak boleh lagi untuk berada di dalam kampus. Ini satu yang menganiayai dari sudut, kita kata kaedah yang diterima seseorang tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah, apatah lagi kalau dia kena dengan ISA dan sebagainya, maka sudah tentulah ini satu kezaliman terhadap mahasiswa yang pada hakikatnya mesti menggugat dengan lantang suara-suara mereka, yang perlu dilihat oleh Menteri sebagai suatu yang positif bukan sebagai suatu negatif. Sebagaimana yang dikatakan, tidak semua pelajar yang kita kata menentang dasar kerajaan di kampus, akhirnya mereka akan menentang selama-lamanya. Ada juga yang menjadi pro kepada kerajaan. Oleh itu biarkan mereka berfikir, beri ruang kepada mereka. Saya minta jangan apa-apa tindakan yang dibuat oleh kementerian kerana kepentingan politik tetapi buat dengan kesedaran terhadap kebebasan mahasiswa yang merupakan aset terbesar kita untuk generasi yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Klang.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kementerian kerana sudi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti untuk mencapai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia. Terdapat banyak perkara yang telah ditambahbaikkan umpamanya menteri perlu berunding dengan jawatankuasa dan ahli akademik sebelum melantik timbalan canselor dan dekan fakulti. Bagaimanapun, sebelum kita membuat sesuatu perubahan terhadap sistem universiti kita, perlulah kita memeriksa secara mendalam kelemahan universiti kita. Mengapa universiti kita termasuk universiti terkenal ataupun Universiti Malaya, tidak lagi berada dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia mengikut kedudukan universiti dunia Times. Jika kita merujuk kepada kajian kedudukan universiti yang ketat, misalnya kedudukan akademik universiti dunia 2007 yang dihasilkan oleh University Shanghai Jiao Thong China, universiti China, tidak satu universiti Malaysia pun terdapat dalam 500 universiti pertama. Apa yang saya ingin menjelaskan di sini ialah universiti Malaysia tidak ada dalam senarai 200, dan tidak ada dalam senarai 500. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh menjadi regional centre of academic or education excellence, itu menjadi satu soalan yang penting. Tuan Yang di-Pertua, jika pihak Kerajaan Malaysia bersikap serius untuk melihat universiti-universiti kita berada pada taraf dunia atau world class, maka perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian utama: (i) kebebasan akademik untuk para akademik menjalankan tugas mengajar, melaksanakan research serta menyebarkan hasil kajian dan pandangan mereka tanpa takut atau berpihak; (ii) autonomi mahasiswa untuk melibatkan diri dan menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan terbuka demi meluaskan ruang sosial dan intelek mereka. Justeru memastikan para graduan atau mahasiswa yang matang dan berpandangan luas; (iii) budaya universiti yang berasaskan integriti intelektual dan merit akademik; dan (iv) autonomi universiti untuk membuat keputusan ke arah memenuhi tuntutan academia dan masyarakat, dan bukan kepentingan politik. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil Universiti Cambridge di England sebagai contoh. Di Cambridge University, salah satu universiti terbaik dalam dunia ini atau yang termasyhur dalam dunia ini, sistem universiti yang paling dekat, sistemnya sama dengan Universiti Malaya, lebih kurang sama dengan Universiti Malaya dan universiti ini kedudukan kedua dalam Times Educations Standard dan juga keempat dalam kedudukan academic of Shanghai. So maka Universiti Cambridge is on top of the list. Di University Cambridge, jawatankuasa yang membuat atau memberi nasihat kepada menteri mengenai pelantikan naib canselor yang disebut dalam seksyen 4(a) rang undang-undang kita, AUKU, adalah tidak wujud.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Universiti Cambridge diberi autonomi melalui badan dewan regent atau regent house. Dewan regent ini akan memilih canselor, timbalan canselor, berhak meminda statut universiti atau perlembagaan universiti dan membuat peraturan-peraturan tertentu kepada universiti. Maksudnya, Universiti Cambridge boleh mengurus segala hal ehwal pentadbiran, akademik, disiplin tanpa campur tangan ahli politik. Oleh yang demikian saya menyeru Kementerian Pengajian Tinggi memberi autonomi kepada Lembaga Pengarah Universiti Tempatan. Lembaga Pengarah harus disertai oleh semua ahli akademik universiti, berhak memilih canselor dan timbalan canselor dan membuat peraturan-peraturan disiplin mereka. Tuan Yang di-Pertua, para intelek termasuk ahli-ahli akademik, termasuk badan-badan bukan kerajaan membantah seksyen 15 dan seksyen 16 dalam Rang Undang-undang AUKU. Dalam pindaan yang dicadangkan, mahasiswa boleh menyertai...

Minta penjelasan boleh?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tunggu saya habis dahulu, tunggu saya habis.

Tadi Cambridge itu, can I touch on the Cambridge University? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya ingin bertanya, dengan izin, I bit curious, ini kecemerlangan Cambridge University ini, pelajar-pelajarnya kecemerlangan akademik pelajar-pelajarnya, adalah ianya juga disebabkan faktor penglibatan pelajar-pelajar dalam parti-parti politik? Adakah mereka begitu aktif dalam parti politik, aktivis politik, yang menjadikan mereka cemerlang sebagai studen ataupun kerana mereka merupakan studen yang rajin belajar yang berdisiplin, yang mengadakan macam-macam ceramah, forum dan sebagainya bukan dari segi penglibatan politik, boleh tolong jawab?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sebenarnya...

Lain yang ditanya lain yang menjawab ini, apa hal?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Jangan takut, saya akan jawab.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dia akan jawab lagi. Adakah Yang Berhormat setuju dan sedar bahawa universiti-universiti di Harvard, di Yale, Oxford, Cambridge, semuanya, saya dulu belajar di sana, semuanya mempunyai kelab- kelab politik yang amat-amat aktif di universiti-universiti tersebut. Selalunya penuntut- penuntut universiti-universiti tersebut, daripada kelab-kelab Labor, kelab-kelab Konservatif, selepas graduate dia terus lagi masuk campur dalam politik di negara tersebut. Ini adalah satu aktiviti yang sihat dalam universiti dan bukannya satu aktiviti yang kurang sihat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak dengan Yang Berhormat PJ Utara. Sebenarnya saya merupakan graduan luar negeri di Amerika Syarikat, dan saya juga ada pergi kursus dan juga pergi ceramah di Harvard dan juga di Cambridge. Saya boleh mengatakan bahawa di Cambridge dan juga di Oxford, dan di MIT juga, ada kelab-kelab berasaskan politik. In fact di London School of Economics, kita ada the Communist Club…

[Ketawa]

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

.... the Communist Club, Marxist Club. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pasir Salak, the top historian in the world iaitu Eric J. Hobsbawm, dia itu adalah pengasas Kelab Komunis di London School of Economics dan sekarang ajar di Open University di England. Okey saya teruskan Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, para intelek....

Boleh saya minta celahan satu ayat, celahan satu ayat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Klang, kalau bagi banyak masa, masa Yang Berhormat hendak habis.

Satu ayat celahan ya? It’s yours, your floor.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Boleh.

Thanks. Tuan Yang di- Pertua, saya bangun kerana terdorong dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak soal penglibatan mahasiswa dengan politik dan kecemerlangan. Dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, satu ketika di Universiti Malaya di kalangan pimpinan pelajar, Menteri Penerangan Presiden Mahasiswa; Yang Berhormat Batu Pahat Setiausaha Agung; Yang Berhormat Gopeng Exco Penerbitan. Ini, dalam ini sahaja yang saya perasan ini, aktif dalam politik. Hari ini ada yang jadi menteri, Yang Berhormat Batu Pahat kita rindu dia sejak dia pergi Mekah ini, sunyi Dewan dan kita ada Yang Berhormat Gopeng seorang doktor pakar. Mereka berjaya dalam bidang mereka dan mereka juga aktif dalam politik. Jadi persepsi bahawa terlibat politik, hancur dari segi pelajaran ini tidak berapa tepat, saya fikir yang itu.

Saya tidak sampai ke Cambridge macam Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya tidak sampai ke Universiti Amerika macam Yang Berhormat Klang. Saya cuma UPM Serdang sahaja. Saya cuma kenal lembu, ladang, dusun. Akan tetapi saya fikir waktu itu walaupun ada Akta Universiti tetapi pelaksanaannya itu tidak sampai mengikat kata itu boleh, ini tidak boleh dan sebagainya. Soalnya pendedahan itu memberikan kita kematangan dan saya fikir itu antara pengalaman yang saya cherish betul. Hendak memberikan sedikit komen terhadap Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Silakan terima kasih.

Boleh saya dapat penjelasan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada tinggal lima minit Yang Berhormat. Kalau bagi peluang semua orang...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Saya rasa habislah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Para intelek, ahli akademik di Malaysia dan juga badan-badan bukan kerajaan membantah cukup kuat seksyen 15, 16 dalam Rang Undang-undang AUKU. Dalam pindaan yang dicadangkan mahasiswa boleh menyertai atau menyokong mana- mana pertubuhan di dalam atau di luar kampus kecuali parti politik, pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang ketiga pertubuhan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai tidak sesuai. Saya juga tidak setuju dengan pindaan tersebut. Mahasiswa adalah individu yang matang dan berdikari. Mengehadkan kebebasan mereka dengan melarang menjadi ahli atau sokong sesuatu pertubuhan, mengehadkan kebebasan…, it is undemocratic and stifle independent thinking and creative thinking para mahasiswa. Kalau benar pelajar mencari ilmu di dalam perpustakaan dan kuliah, mengapa mahu halang mereka mencari kebenaran dalam kehidupan. Universiti perlu satu suasana yang sangat bebas untuk melahirkan pengetahuan baru dan menghasilkan fikiran inovasi dan kreatif. Kerajaan harus memotong seksyen-seksyen yang mengehadkan kebebasan seperti seksyen 15. The act of voting is a political act tapi seksyen 15 melarang mereka ataupun mahasiswa menyokong parti politik. Ini adalah control diction in terms. Fasal yang tidak rasional ini akan menakutkan pelajar menggunakan hak kualiti mereka, seperti apa yang kita nampak sekarang dalam universiti-universiti kita mungkin menyebabkan golongan mahasiswa semakin impolitic. Dalam bab 15(b) menyatakan sebelum prosiding mahkamah habis, mahasiswa tersebut tidak dibenarkan meneruskan pelajarannya. Ini bermakna kalau mahasiswa tersebut didapati tidak bersalah selepas prosiding mahkamah dia sudah membazirkan masa pelajaran. Peraturan ini melanggar dengan prinsip keadilan kerana semua orang adalah tidak bersalah sebelum dijatuhkan hukuman. Seperti yang saya katakan tadi dalam Universiti Cambridge peraturan- peraturan termasuk disiplin akan digubal oleh Dewan Diligence - Satu badan bebas yang bernama the University of Advocate akan mendakwa sesiapa yang melanggar peraturan. Oleh yang demikian seluruh fasal 15 dan 16 harus digugurkan. Biar

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

lembaga pengarah universiti menentukan peraturan dan disiplin dalam kampus. Seksyen 16 menyatakan naib canselor boleh menggantung atau membubarkan mana- mana pertubuhan pelajar. Jika pertubuhan tersebut menjalankan urusan dengan cara yang pada pendapat naib canselor boleh merosakkan kepentingan atau kesentosaan universiti. Pandangan saya naib canselor diberi kuasa terlalu besar, terlampau walaupun pertubuhan dibenarkan memberi penjelasan dan membuat rayuan. Bagi pengetahuan Yang Berhormat tiada fasal atau akta atas Statute Universiti Cambridge menyentuh tentang penubuhan dan pertubuhan pelajar. Core value Universiti Cambridge ialah kebebasan berfikir dan kebebasan tanpa berdiskriminasi. Maka mahasiswa Universiti Cambridge adalah bebas menubuhkan apa-apa persatuan dan pihak universiti tidak berhak membubarkan persatuan pelajar. Maka saya cadangan seksyen 16 juga harus dipotongkan. Berkenaan dengan komposisi lembaga pengarah dalam rang undang-undang jadual pertama seksyen 13 lembaga pengarah akan terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan sebagainya dan juga also profesor dan lima orang di mana tiga orang dari sektor swasta, seorang daripada alumni dan seorang dilantik oleh Menteri. Saya setuju dengan sistem Universiti Cambridge itu adalah Dewan Diligence. Lembaga pengarah di Malaysia harus terdiri daripada ahli-ahli akademik dan staff. Pada pandangan saya lembaga pengarah harus mengikut Universiti Cambridge iaitu Lembaga Pengarah Malaysia harus terdiri daripada lembaga akademik dan staff pentadbiran universiti sahaja. Tidak perlu memasukkan pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan wakil sektor swasta ke dalam lembaga pengarah. Baru-baru ini pergerakan Tenaga Akademik Malaysia, GERAK menggesa kerajaan membentuk budaya universiti yang berasaskan integriti, intelektual dan merit akademik, menghormati autonomi universiti untuk membuat keputusan demi kepentingan akademia dan masyarakat dan bukan memenuhi kepentingan politik mana-mana pihak. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 49 jadual pertama menyatakan tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar universiti dengan membuat kelulusan daripada naib canselor boleh menubuhkan satu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar universiti. Kebebasan berkumpul, menubuhkan persatu adalah hak asasi manusia yang telah dijanjikan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu pelajar berhak menubuhkan pertubuhan tidak kira saiz, objektif, tujuan sekiranya tidak melanggar undang-undang Malaysia. Pandangan saya pertubuhan baru hanya perlu berdaftar dengan pegawai pendaftar. Pegawai pendaftar tidak boleh tolak penubuhan badan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, last point. DAP telah menganjurkan round table mengenai AUKU di Parlimen dalam bulan November. Ahli- ahli round table ini termasuk ahli akademik daripada universiti tempatan dan juga semua persatuan-persatuan mahasiswa. Kesimpulan mereka, kedua-dua stakeholders ini adalah terus terang supaya kerajaan tarik balik rang undang-undang ini. Malah GERAK telah menganjurkan satu seminar iaitu seminar pendidikan AUKU dan peralihan peranan universiti dan program ini telah dianjurkan oleh GERAK PKUM iaitu Persatuan Kakitangan Universiti Malaya, Persatuan Kakitangan Universiti Sains Malaysia dan juga International Islamic University. Saya baca apa kesimpulan mereka dan saya akan habis selepas itu Tuan Yang di-Pertua. GERAK peserta-peserta seminar mendapati rang undang-undang pindaan AUKU yang telah dibentangkan di Parlimen merupakan satu langkah positif ke arah menambahbaikkan kepada AUKU asal. Bagaimanapun penambahan yang lebih besar perlu dilakukan sekiranya hasrat pelan strategik pengajian tinggi negara untuk menjadikan universiti-universiti di Malaysia bertaraf dunia hendak dicapai. Kami iaitu GERAK PKUM, PKUSM dan IIUM kami berpendirian bahawa pindaan-pindaan yang disarankan tidak akan menolong universiti-universiti di Malaysia mencapai taraf dunia ini. So dengan kesimpulan ini Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di- Pertua, kita dapati bahawa pihak akademik dan pihak kesatuan-kesatuan mahasiswa

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

menolak the present AUKU. So saya cadangkan bahawa AUKU ini dipulangkan balik dan diulang kaji dan dibawa balik kepada Parlimen ini. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam pembahasan pindaan Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti atau digelar AUKU. Cadangan dan desakan AUKU dimansuhkan atau sekurang-sekurangnya dipindahkan setelah sekian lama diperjuangkan oleh bukan sahaja oleh golongan mahasiswa dan gerakan pelajar tetapi juga oleh tokoh-tokoh akademik, pertubuhan-pertubuhan NGO dan parti-parti politik semenjak akta ini mula diperkenalkan pada April 1971. Diperketat lagi dengan tambahan seksyen-seksyen baru bagi pindaan pada tahun 1975. Pada amnya cadangan untuk meminda rang undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti atau ringkasannya AUKU diterima baik kerana banyak peruntukan di akta ini khususnya seperti seksyen 15 (a), 15(b), 15(c) dan 15(d), 16(a), 16(b), 16(c) dan beberapa peruntukan lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan dan juga semangat Perlembagaan Negara yang jelas memberikan hak kebebasan untuk rakyat terlibat dalam parti politik.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Akan tetapi malangnya telah dihalang oleh AUKU. Kita secara prinsipnya amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan tindakan yang menjurus kepada hasrat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan reformasi. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya ingin saya simpulkan beberapa hujah dan alasan mengapa peruntukan yang AUKU wajar dipinda. Jika tidak, dimansuhkan sekali gus. Sikap menghalang pelajar untuk tidak terlibat dalam kegiatan politik adalah satu sikap ke belakang. Di negara-negara maju, malah di negara-negara dunia membangun yang rancak melakukan perubahan dan reformasi, halangan seperti ini tidak wujud lagi di negara mereka. Ini kerana halangan melalui peruntukan undang-undang semata-mata untuk menyekat kecenderungan dan minat pelajar terhadap perjuangan dan dasar sesuatu parti politik tidak akan menguntungkan negara masa akan datang. Ianya hanya akan menumpukan dan membekukan daya fikiran di kalangan mahasiswa yang sepatutnya rancak membincangkan, mengungkap idea-idea dan pemikiran baru yang boleh mengangkat martabat rakyat dan negara. Ini termasuk diskusi-diskusi yang melibatkan parti politik dan politik kepartian. Menggunakan kebebasan untuk memilih dan bergiat dalam parti politik akan merancakkan ruang berfikir dan kepekaan pelajar terhadap isu-isu semasa yang melanda negara. Ramai pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin negara kita berjaya dicungkil bakat kepimpinan mereka melalui kegiatan activism sewaktu menjadi pelajar. Sehingga kini tiada terbukti empirikal yang menunjukkan bahawa mutu dan kualiti pembelajaran seorang mahasiswa akan merosot apabila mereka terlibat di dalam kegiatan politik. Hujah yang mengatakan pelajar harus mengutamakan pelajaran dan tidak perlu terlibat di dalam kegiatan persatuan dan organisasi yang berlatar belakangkan politik kerana khuatir pelajaran mereka akan terjejas adalah hujah yang lapuk dan mempunyai kesalahan logik yang cukup besar. Ini adalah sama seperti menyuruh anak membaca buku-buku sukatan pelajaran semata-mata menghalang dan membaca dan mengetahui perkembangan dan tujuan politik. Ini hanya akan merencatkan pembangunan anak-anak mahasiswa kita daripada mengikuti satu cabang penting proses pembangunan negara dan demokrasi politik. Politik negara dan demokrasi tidak dapat dipisahkan sama sekali. Ini hakikat yang sebenarnya yang dilihat telah cuba dihalang oleh AUKU. Kesedaran politik terus wujud, bukannya disekat agar kecenderungan dan keprihatinan mahasiswa terhadap proses demokrasi sebenarnya dapat disuburkan dan dipersiapkan mereka supaya pelapis kepimpinan negara. Salah satu tujuan pendidikan tinggi ialah untuk mempersiapkan pelajar untuk realiti dunia sebenar. Secara realitinya perjalanan pentadbiran negara dan dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan tidak dapat lari dari pengaruh dan pertimbangan politik.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Apa yang jelas, bukti empirikal akan menunjukkan bahawa penglibatan awal para pemimpin negara di seluruh dunia kebanyakannya bermula di peringkat universiti.

Yang Berhormat PJ Selatan, boleh saya mencelah sedikit? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat PJ Selatan. Saya mendengar rakan-rakan daripada parti pembangkang begitu hebat berhujah menentang AUKU ini. Akan tetapi dalam kesimpulan saya, hanya satu. Yang jadi kemarahan atau kemurkaan atau rasa benci ini ialah kerana tidak dibenarkan masuk politik. Itu sahaja yang saya nampak dan yang saya dengar daripada hujah mereka. Bukan saya hendak menambah-nambah. Jadi saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, benarkan mereka masuk politik, iaitu politik Barisan Nasional. Agak-agak PJ macam mana?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ini bagi Yang Berhormat Menteri menjawab soalan ini. Ini jelas dan dapat dibuktikan dengan mudah. Dengan adanya suasana kebebasan untuk bersuara dan mengungkap pendapat akan menajamkan daya fikiran di kalangan mahasiswa. Dunia intelektual yang ingin disuburkan melalui kampus-kampus universiti dan kolej akan dapat berkembang dengan meluas. Dengan adanya kebebasan di kalangan mahasiswa untuk berbahas, berbincang, meminda sesuatu isu atau polemik yang melibatkan dengan rakyat dan negara. Ini tentunya merangkumi isu-isu politik. Hanya dengan adanya kebebasan untuk membezakan pendapat, kita dapat melihat sesuatu permasalahan dan isu dari pelbagai arah dan seterusnya dapat membantu kita mencapai satu rumusan yang terbaik. Umumnya ramai berpendapat bahawa AUKU ini adalah satu bentuk manifestasi sikap hipokrasi di pihak kerajaan kerana didapati kerajaan sering menggunakan akta ini untuk menyekat aktiviti dan kegiatan pelajar yang cenderung ke arah parti politik pembangkang. Akan tetapi tidak mengenakan tindakan apabila kegiatan pelajar menjuruskan kepada sokongan terhadap parti pemerintah. Sebagai contoh, di luar negara, kerajaan membenarkan penubuhan kelab-kelab UMNO yang jelas mempunyai struktur dan jaringan organisasi dengan parti UMNO yang memerintah tetapi menekan dan menakut-nakutkan pelajar daripada terlibat dalam parti-parti politik pembangkang. Setiap kali perhimpunan agung UMNO, wakil-wakil pelajar dari kelab UMNO ini dibenarkan untuk turut serta di dalam perbahasan, sedangkan kegiatan pelajar yang cenderung ke arah parti pembangkang ditekan dan diambil tindakan. Sikap berat sebelah kerajaan dalam menangani perkara ini cukup disedari umum. AUKU jelas bercanggah dengan Perkara 4, 5, 8 dan 10, Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan asal Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan walaupun beberapa pindaan dibuat kemudiannya cuba menyekat semangat asal Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk berpolitik, bersuara dan berpersatuan termaktub di dalam pengisytiharan Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Tuan Yang di-Pertua, apabila diteliti dan diamati semua cadangan dan pindaan AUKU dibentangkan di Parlimen, kita berasa dukacita kerana didapati masih banyak peruntukan akta seksyen dan subseksyen yang lapuk dan mengongkong pelajar terus dikekalkan. Malah setengahnya diperbaharui kuasa dan takrifannya oleh kerajaan. Semangat dan iltizam untuk melakukan perubahan yang lebih bermakna tidak tercapai dengan pindaan rang undang-undang baru ini. Kongkongan melalui akta ini masih kekal dan akan terus merantai penglibatan aktif golongan pelajar dalam kegiatan politik luar kampus dan activism pelajar yang lebih meluas yang melibatkan isu-isu rakyat setempat dan isu-isu nasional yang memerlukan keprihatinan dari kita semua termasuk golongan pelajar. Amat mendukacitakan beberapa pindaan baru yang dibuat telah memperuntukkan kuasa berlebihan kepada menteri. Walaupun cuba digambarkan dalam peruntukan baru ini, terdapat proses rundingan bersama dengan lembaga universiti dan naib canselor sebelum menteri membuat tindakan. Hakikatnya kuasa sebenar masih terletak di tangan menteri dalam mentakrifkan penggunaan istilah-istilah yang kabur dan menggunakan secara meluas di dalam pindaan rang undang-undang ini. Sebagai contoh, cadangan pindaan seksyen 15(1) subseksyen C, dan juga seksyen 15(2) subseksyen C, dan berhasrat untuk mengehadkan jaringan pertubuhan pelajar dengan pertubuhan lain yang tidak dikuatkan kongkongannya melalui peruntukkan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada tiga minit lagi. Saya gunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 12(3) untuk menyambung tiga minit Yang Berhormat menamatkan ucapan. Sila Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ia berbunyi mana-mana pertubuhan badan atau kumpulan orang yang ditetapkan menteri selepas berunding dengan lembaga, secara bertulis kepada naib canselor supaya tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu. Istilah tidak sesuai amat kabur pentakrifannya dan ini tidak dijelaskan dengan lanjut di dalam peruntukan baru rang undang-undang ini. Istilah tidak sesuai ini boleh ditakrifkan sebagai semberono oleh pihak kerajaan melalui menteri untuk menghalang sebarang bentuk pergabungan di antara pertubuhan-pertubuhan pelajar dengan pertubuhan lain di luas kampus atas alasan yang cukup remeh iaitu tidak sesuai. Juga peruntukan baru dalam seksyen 15(3) berbunyi, “menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar universiti dan pertubuhan badan atau kumpulan pelajar universiti nama pertubuhan badan atau kumpulan orang yang ditetapkan menteri di bawah perenggan 1(c) dan 2(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu”. Di sini sekali lagi istilah tidak sesuai digunakan tanpa apa-apa penjelasan dan panduan yang munasabah, tetapi dimasukkan juga di dalam pindaan rang undang- undang ini yang bermakna tafsirannya boleh dibuat dan diputuskan secara sewenangnya oleh pihak menteri dan kerajaan. Peruntukan baru yang mengizinkan penglibatan seorang pelajar universiti untuk terlibat dalam politik di dalam pindaan seksyen 5(3) semestinya dialu-alukan dan sudah sampai masanya kerajaan membenarkan penglibatan golongan pelajar dalam politik luar kampus. Malangnya peruntukan baru ini masih dibebankan dengan tekanan birokrasi tanpa memansuhkan terus halangan untuk melibatkan di dalam kegiatan politik luar kampus. Kuasa dan hak mutlak setiap rakyat Malaysia yang dewasa untuk terlibat dalam proses politik tanah air yang sepatutnya terjamin di dalam peruntukan Perlembagaan ini terletak di tangan dan budi bicara naib canselor. Itu pun hanya setelah mendapat permohonan terlebih dahulu daripada seseorang pelajar untuk dikecualikan daripada seksyen 15(1A) yang jelas menghalangkan seseorang pelajar universiti daripada menjadi ahli mana-mana parti politik. Apa yang dikesalkan peraturan ini jelas bertentangan dengan hasrat dan cita- cita kerajaan sendiri agar pelajar mempunyai kepekaan dan minat dalam proses parti politik khususnya penglibatan golongan muda yang melebihi 21 tahun untuk keluar membuang undi di waktu pilihan raya umum negara. Keluar membuang undi dibolehkan, dan ditakrifkan sebaik baik dan halal kepada pelajar tetapi menjadi ahli politik disekat dan dipersulitkan. Ini jelas bukan hanya satu bentuk peraturan yang membingungkan, malah amat pandir. Peruntukan seperti ini tidak lagi relevan di kalangan minat dan kecenderungan pelajar terhadap isu-isu politik sudah semakin meningkat dengan timbulnya kesedaran yang baru meluas terhadap kegiatan politik dan penglibatan aktif golongan belia di dalam proses demokrasi. Fungsi dan peranan naib canselor tidak perlu dibebankan dengan tugasan remeh seperti ini sama ada untuk meluluskan atau tidak seseorang pelajar untuk terlibat dalam parti politik kepartian. Sepatutnya tugas dan peranan naib canselor ditumpukan terhadap bagaimana ingin mengangkat taraf pendidikan universiti-universiti tempatan agar setaraf dengan kualiti pendidikan universiti-universiti terkemuka rantau dan dunia. Bayangkan berapa banyak masa naib canselor terbuang untuk membuat keputusan remeh ini sama ada meluluskan ataupun tidak sekiranya kerajaan peka akan tuntutan suara hati rakyat, kawalan dan kongkongan sebegini tidak ditimbulkan lagi ketika seruan pembaharuan dan reformasi kuat bergema di seluruh pelosok tanah air.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Habis Yang Berhormat? Masa sudah habis.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, boleh sambung esok perbahasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Memang sambung.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis, 11 Disember 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.33 malam.