Dewan Rakyat · 11 December 2008
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 947 turns · 52,127 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, apakah usaha yang diambil untuk mengurus secara sepadu ilmu yang ada di muzium, arkib dan perpustakaan supaya sentiasa ada maklumat untuk orang awam sejajar dengan amalan dan kepercayaan kebebasan maklumat, selaras dengan Pelan Integriti Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa peka dan responsif kepada keperluan mengurus secara sepadu ilmu yang ada di muzium, arkib dan perpustakaan supaya sentiasa ada maklumat untuk orang awam. Usaha dalam mengurus secara sepadu ilmu yang ada di muzium juga dapat diterjemahkan melalui hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, jurnal, dan lain-lain lagi untuk diedar dan disalurkan kepada masyarakat umum untuk pengurusan bersepadu antara Jabatan Muzium, Perpustakaan Negara dan Arkib Negara yang dilaksana ialah dalam bidang penyelidikan, di mana pengguna boleh mendapat bahan rujukan melalui sistem pembekalan penerbitan. Jabatan Muzium Malaysia juga menyediakan beberapa program tertentu dalam memberikan maklumat pemuziuman seperti lawatan berpandu, ceramah, bengkel, seminar, demonstrasi, perkhidmatan perpustakaan dan khidmat sumber media dan foto. Jabatan Arkib Negara pula memastikan semua arkib awam dipelihara dan diurus dalam bentuk di mana ia mudah dirujuk dan semua arkib awam adalah dibuka untuk rujukan orang awam. Pandu cari untuk arkib awam disediakan secara manual dan juga elektronik yang boleh diakses melalui laman web Arkib Negara. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai adalah seperti berikut: (i) mengambil langkah-langkah mengumpul, memelihara, merekod, menyelenggara dan menyebarkan bahan-bahan maklumat dalam bentuk bercetak dan tidak bercetak seperti buku, cakera padat, cakera audio dan lain-lain bahan yang dihasilkan; (ii) perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia dari segi penyediaan koleksi adalah terbuka kepada orang ramai dari dalam dan luar negara; (iii) masyarakat boleh mengakses bahan-bahan yang disediakan seperti koleksi Malaysiana, koleksi manuskrip Melayu, koleksi peribadi dan lain-lain tanpa sekatan berdasarkan prosedur- prosedur yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu perkhidmatan infrastruktur komunikasi, kemudahan capaian internet juga disediakan secara berperingkat di perpustakaan desa bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar, sekali gus membolehkan masyarakat mengakses maklumat dengan lebih terbuka sejajar dengan amalan dan kepercayaan kebebasan maklumat. Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Negara sentiasa mengadakan mesyuarat untuk menyelaras penyampaian maklumat kepada orang ramai supaya maklumat ini tidak bertindih atau bercanggah dan disampaikan secara bersepadu. Sekian.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perpustakaan, arkib dan muzium merupakan institusi yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Apakah usaha untuk mengukur keberkesanan dan juga return on investment, dengan izin, ke atas institusi- institusi ini dan ekonomi negara secara menyeluruh. Terima kasih.
Bagi pengukuran keberkesanan program-program yang disediakan oleh ketiga-tiga agensi ini misalnya bagi Perpustakaan Negara, memang diadakan kajian untuk mengesan keberkesanan penggunaan perpustakaan oleh orang awam, khususnya pelajar-pelajar melalui perpustakaan desa. Didapati kempen-kempen membaca yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara memang mendatangkan kesan untuk membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat. Bagi Arkib Negara dan Muzium Negara ada juga penyelidikan sedang dijalankan untuk mengesan sejauh mana keberkesanan kedua-dua agensi itu di bawah kementerian ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang mengurus ataupun mengambil tindakan yang begitu proaktif untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat awam. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengadakan lebih agresif kempen- kempen kepada masyarakat kampung yang mereka ini jauh tertinggal dari segi maklumat termasuklah mereka juga mempunyai masalah dari sudut untuk akses dengan menggunakan teknologi terkini?
Adakah pihak kementerian bercadang untuk membuat seminar ataupun masuk ke sekolah-sekolah yang berada di kawasan desa ini, kawasan kampung pedalaman supaya mereka tidak begitu jauh tertinggal dari sudut maklumat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kementerian ini melalui Perpustakaan Desa yang bilangannya sebanyak 1089 di seluruh negara. Kita memang menyediakan kemudahan untuk pencapaian laman web melalui Perpustakaan Desa dengan tujuan ingin mengurangkan jurang pencapaian maklumat di antara luar bandar dan kawasan bandar. Rancangan untuk meningkatkan kadar membaca di kalangan rakyat khususnya di luar bandar telah diadakan setelah kita mendapati bahawa bilangan kunjungan untuk Perpustakaan Desa amat rendah. Bilangan pembaca yang menggunakan kemudahan Perpustakaan Desa itu memang jauh daripada memuaskan. Jadi beberapa rancangan telah diadakan misalnya melalui perpustakaan negara. Pada tahun 2009 akan diadakan perkhidmatan pintu ke pintu iaitu melalui jaringan Perpustakaan Desa, Perpustakaan Negara Malaysia akan melaksanakan satu perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan pintu ke pintu yang merupakan satu perkhidmatan pinjaman buku yang dibawa oleh petugas perpustakaan ke rumah-rumah komuniti sekitar Perpustakaan Desa di seluruh negara secara berjadual. Ini bermakna perpustakaan dan petugas perpustakaan akan melaksanakan tugas secara proaktif menemui pelanggan dengan turun ke padang. Selain daripada itu, juga akan diadakan baca ... penulis
sasterawan negara. Ini akan membolehkan novel-novel karyawan kita punya perpustakaan karyawan oleh penulis-penulis tempatan akan digunakan untuk dibacakan kepada murid- murid sekolah menengah. Jadi penulis-penulis tempatan itu akan dijemput untuk melakukan kegiatan yang berkenaan supaya meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga perkhidmatan meja ke meja akan diadakan. Meja ke meja ini akan dilaksanakan di peringkat pejabat kerajaan iaitu perpustakaan negara Malaysia dengan kerjasama perpustakaan khusus yang terdapat di kementerian, jabatan, institusi latihan bagi melancarkan perkhidmatan pinjaman buku dari meja ke meja, pegawai dan kakitangan di agensi masing-masing. Jadi beberapa langkah yang baru akan diambil untuk meningkatkan lagi budaya membaca khususnya di luar bandar melalui Perpustakaan Desa di seluruh negara, sekian terima kasih.
2. Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan: (a) beberapa kos pembinaan MRSM Merbok; dan (b) adakah pembinaan ini mengikut amalan biasa di mana semua pelan mesti diluluskan dahulu oleh pihak Majlis Perbendaharaan Sungai petani sebelum pembinaan bermula.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kos keseluruhan bagi pembinaan Maktab Rendah Sains MARA - MRSM Merbok ialah sebanyak RM65.3 juta dan ini meliputi RM5.2 juta bagi kos tanah, RM45.2 juta bagi kos pembinaan bangunan, RM5 juta bagi kos perundingan dan RM10 juta bagi kos kelengkapan dan perabot. Sebagai makluman Yang Berhormat lagi, Maktab Rendah Sains MARA Merbok ini adalah projek yang bersambung daripada Rancangan Malaysia Kelapan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, projek ini telah diberikan peruntukan siling sebanyak RM27 juta dan RM25 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Projek ini kemudiannya mendapat siling tambahan dari Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM5.7 juta bagi membina bengkel kemahiran hidup. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 5 Oktober tahun 2006 dan mula mengambil pelajar pada bulan Februari 2007. Projek MRSM Merbok kita laksanakan dengan mematuhi prosedur dan peraturan yang sedang berkuat kuasa pada masa itu. Ini termasuklah pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani meluluskan pelan yang telah disediakan dan perakuan kelayakan bagi menduduki yang dikeluarkan di bawah Undang- undang Kecil Bangunan Seragam mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dimaklumkan oleh pihak majlis, bahawa terdapat masalah-masalah mungkin tidak besar, tetapi apabila CF dimohon, apabila dibuka terdapat banyak pelan yang tidak di submit. Jadi mereka terpaksa juga memberikan CF kerana pelajar-pelajar hendak masuk dan untuk itu tidak mahu menyekat kemasukan pelajar-pelajar. Jadi saya minta kepada kementerian untuk melihat supaya keadaan keselamatan tidak akan kompromi dengan melihat kembali supaya semua pelan-pelan ini mengikut spesifikasi yang telah pun ditetapkan dan memberikan perhatian agar kita tidak mahu kemalangan-kemalangan berlaku sekiranya benar-benar ada pelan-pelan yang tidak lengkap tidak dikemukakan kepada pihak majlis, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Projek ini masih lagi ada tarikh tamat tempoh kecacatan sehingga bulan Mei 2010. Oleh yang demikian sekiranya ada masalah-masalah yang sama ada yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ataupun yang juga dipantau oleh bahagian yang bertanggungjawab tentang pembinaan MRSM ini yang masih boleh diperbetulkan. Untuk makluman juga kita telah pun mendapatkan CFnya pada bulan April tahun ini dan insya-Allah kita akan lihat dan kita akan
pastikan supaya semua keadaan itu kondusif dan selamat untuk anak-anak kita, terima kasih.
Terima kasih. Selain daripada MRSM Merbok, berapa buahkah MRSM baru yang dibina oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan berapa yang sudah ada dan kumpulan MRSM ini pernah satu ketika dahulu menjadi kumpulan sekolah terbaik. SPM nombor satu di seluruh negara, SPM dari MRSM nombor dua daripada MRSM nombor tiga, sekolah lain nombor empat dan nombor lima juga MRSM. Setakat mana pencapaian sekarang ini terutama dalam SPM dan apakah langkah-langkah untuk memperbaiki dan jika merosot, terima kasih.
Soalan yang asal ini sangat spesifik, tetapi kalau diizinkan saya cuba menjawabnya. Sekarang ini kita ada 40 buah Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara dan mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan ada sembilan lagi yang akan ataupun yang sedang dibina. Dari segi prestasi akademik MRSM, ia memang setanding dengan sekolah-sekolah yang terbaik. Malahan saya setuju ada waktunya dia mampu mengalahkan sekolah-sekolah berasrama penuh sekalipun.
Sekarang ini kita sedang berusaha untuk menaikkan taraf MRSM bukan sangat dari segi prestasi akademiknya tetapi kita mahu supaya MRSM ini menjadi sekolah yang bertaraf antarabangsa. Sekian, terima kasih.
3. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada Khazanah Nasional Berhad mempunyai polisi dividen dalam pembayaran dividen kepada kerajaan dan jika ada, berapakah jumlahnya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2006, Khazanah Nasional Berhad telah menetapkan polisi pembayaran dividen kepada kerajaan pada kadar minimum 5 sen setiap saham dengan cukai korporat dan dividen disatukan. Bagi tahun kewangan berakhir 2006 dan 2007, jumlah dividen yang dibayar kepada kerajaan adalah masing-masing sebanyak RM30 juta dan RM1.1 bilion. Sekian.
Terima kasih atas jawapan daripada Timbalan Menteri. Kalau kita hendak lihat dari segi dividen ini, dividen ini adalah pulangan kepada kerajaan berdasarkan kepada pelaburan yang dibuat oleh Khazanah Nasional sebagai Sovereign Wealth Fund Malaysia. Soalan saya di sini adakah Khazanah Nasional ataupun kerajaan secara langsung ada apa-apa perancangan untuk meminta Khazanah buat pelaburan pada waktu ini di mana pasaran saham dunia sudah merudum. Saya ambil contoh, strategi pelaburan Khazanah dan juga syarikat-syarikat GLC ini sebelum ini terbatas kepada syarikat-syarikat di rantau Asia sahaja. Akan tetapi kalau kita lihat bank-bank antarabangsa seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah turun harga pasaran sebanyak 70% tahun lepas dan semalam di Bursa Saham London FTSE, saham-saham bank HSBC, sebagainya telah turun. Ini mungkin satu peluang baik untuk Khazanah beli saham dalam syarikat-syarikat perbankan antarabangsa dan bukan hanya terbatas ataupun terhad kepada aset-aset perbankan yang ada di rantau Asia sahaja. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita semua faham bahawa pada masa sekarang bursa saham di kebanyakan negara di seluruh dunia telah pun turun dan memang mempunyai kaunter-kaunter yang begitu attractive sahaja untuk kita beli. Akan tetapi di antara dasar utama kerajaan untuk mewujudkan Khazanah Nasional Berhad adalah menjaga sektor strategik dan kepentingan negara kerana sektor-sektor seperti telecommunication, utiliti, pengangkutan dan sektor institusi kewangan dan sebagainya perlu kerajaan kuasai demi kepentingan negara kita.
Khazanah Nasional juga mempunyai 33% lain-lain saham dalam ValueCap juga dan pada masa sekarang Khazanah Nasional belum ada dasar untuk melabur dalam saham-saham luar dari negara kita. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa bayaran 5% dividen yang ditetapkan tidak berbaloi dengan jumlah pelaburan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada CGLC dan CGLC pula kebanyakannya mendapat layanan yang baik daripada kerajaan terutamanya kemudahan mendapat projek-projek besar. Pembayaran 5% saya kata tadi, apakah akan dikaji balik di mana banyak juga saya dapati rungutan pihak pemegang saham dari segi bayaran kepada CEO-CEO CGLC. Contohnya bekas Ketua Telekom, CEO Telekom , Datuk Wahid saya difahamkan, waktu beliau berhenti dan dipindahkan ke Malayan Banking, Telekom membayar gratuiti semasa dia berhenti Yang Berhormat saya diberitahu, stok syer nilai yang dia peroleh berjumlah antara RM16 juta ke RM18 juta. Ini saya dapat tahu, kalau tidak betul tolong betulkan dan begitu juga kita lihat Proton.
Ahli Parlimen RM72,000.
Proton sewaktu bekas CEO dulu Tengku Tan Sri Mahaleel, saya difahamkan sekitar RM45,000. Sekarang ini double. Manakala pengerusinya pula sekarang ini, non-executive chairman, elaunnya RM20,000 ke RM25,000 sebulan.
Yang Berhormat.
Saya diberitahu juga ada CEO CGLC sampai mencecah RM1 juta setahun. Jadi ini kalaulah dilihat daripada pembayarannya tentu kerajaan boleh mendapat lebih banyak dividen. Itu belum masuk lagi lain-lain kemudahan yang mereka peroleh. Jadi apakah kerajaan akan mengkaji mengenai ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya memang tidak mempunyai angka-angka berkenaan dengan allowance, gaji CEO-CEO di syarikat-syarikat pegangan Khazanah Holding Berhad. Akan tetapi apa Yang Berhormat tanya tadi berkenaan dengan bayaran 5% dividen, polisi Khazanah Holding sejak tahun 2006 adalah bayaran dividen minimum 5%. Jadi ini termasuk dividen semata-mata dan juga cukai korporat disatukan. Itu bukan semata-mata jumlah keuntungan dari Khazanah Nasional Berhad. Sebenarnya jumlah sebenar keuntungan Khazanah Nasional Berhad pada tahun 2006 ialah RM722 juta selepas cukai dan untuk tahun 2007 adalah RM4.5 bilion selepas cukai. Pada tahun 2007, kadar bayaran dividen adalah lebih daripada 18 sen sesaham dan bukan 5 sen sahaja. Jadi itu sahaja satu polisi yang ditetapkan 5% sebagai bayaran dividen yang minimum sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya semak kad kemajuan GLC di bawah Khazanah ini selepas program yang disebut sebagai program transformasi. Semua indicators nya menunjukkan positif. Kalau saya ambil 20 syarikat GLC terbesar, dia punya combine market value nya sahaja ialah RM160 bilion. Bila ditengok market capitalization nya, bila ditengok aggregate earning nya semua positif. Soalan saya ialah kalau polisi dividen ada, 5%, ada tidak polis zakat? Ada tidak syarikat GLC yang bayar zakat? Berapa jumlah bayaran? Kalau tidak bayar, kenapa? Apa alasan kerajaan tidak adakan polisi bayar zakat? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya GLC dan Khazanah Nasional Berhad, berlainan. Kerajaan mempunyai lebih dari 90 buah syarikat di bawah GLC tetapi dalam Khazanah Nasional lebih kurang 50 buah syarikat sahaja. Soalan berkenaan dengan adakah syarikat-syarikat kalau kata Khazanah Nasional Berhad yang membayar zakat, saya tidak ada maklumat. Saya boleh beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Assalamulaikum warahmatullah, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, ada sedikit tambahan IPD Kuala Muda di Sungai Petani.
4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah projek Balai Polis Pendang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan IPD Kuala Muda Sungai Petani akan diteruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada syarikat terbabit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, projek cadangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah tidak dilaksanakan secara cross subsidy bersama balai polis Yan dan IPD Sungai Petani seperti Yang Berhormat tanyakan tadi. Sebenarnya projek ini asalnya termasuk dalam pakej projek penswastaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan Kedah yang telah dimeterai perjanjian dengan kerajaan pada Julai 2001. Tempoh perjanjian penswastaan ialah mulai 11 Julai 2001 selama tiga tahun. Kos membina ketiga-tiga IPD ini berjumlah RM109 juta. Cara pembayarannya dengan pemberian tanah ataupun lands award milik kerajaan yang digunakan oleh PDRM di Sungai Petani kepada kontraktor. Harga tanah tersebut adalah senilai dengan kos projek. Walau bagaimanapun, dalam kontrak ini pihak kontraktor hanya dapat menyiapkan projek IPD Kuala Muda sahaja. Kos pembinaan ialah RM53.7 juta. Sijil layak menduduki dikeluarkan pada 2 September 2004. Kerajaan telah membayar kos projek ini dalam bentuk memberikan sebahagian tanah yang dijanjikan dalam kontrak yang bersamaan dengan nilai RM53.7 juta. Projek IPD Pendang telah dimulakan oleh kontraktor pada 15 Mac 2005 tetapi telah terbengkalai ketika kemajuan kerja yang dicapai hanya sekitar 28%. Atas persetujuan kedua pihak kontraktor dan kerajaan, kontraktor bersetuju menarik diri dari melaksanakan projek yang seterusnya perjanjian telah ditamatkan pada 17 September. Status projek tersebut pada masa ini adalah kita akan laksanakan projek ini melalui private finance initiative dengan izin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan ianya akan dilaksanakan pada 2009. Status projek-projek tersebut adalah di dalam proses penyediaan dokumen peringkat tender oleh pihak JKR selaku agensi pelaksana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya projek ini telah dimulakan semasa Pilihan Raya Kecil Pendang 2002. Kerajaan telah memberikan tanah kepada syarikat ini di Sungai Petani iaitu bekas kem polis hutan di Sungai Petani dan mereka telah pun berjaya membuat rumah kedai, rumah penginapan dan telah berjaya menjual dan mendapat keuntungan RM400 juta tetapi dua balai polis di Yan dan juga di Pendang masih terbengkalai. Di Yan belum dibuat dan di Pendang macam Yang Berhormat Menteri kata 28%. Hari Khamis lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab 27%. Tak apalah. Dekat-dekat 27 dengan 28. Masalah yang dihadapi adalah kawasan tersebut telah pun ditumbuhi oleh pokok-pokok menjadi hutan dan membiak banyak binatang buas. Saya tak tahu syarikat yang mendapat projek ini kalau tak silap saya Nagasari telah pun diberhentikan dan menghantar surat surrender tidak mahu lagi meneruskan. Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang membengkalaikan projek yang telah diberikan. Mereka sudah dapat tanah, sudah buat bangunan dan untung beratus juta tetapi ditinggalkan dua buah balai polis ini. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap syarikat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, 27 dengan 28 samalah kira. Betul Yang Berhormat cakap tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek ini telah ditamatkan. Bila ditamatkan pihak kementerian melihat dari segi nilai kepada projek yang siap. Sebab itu satu sahaja tanah yang diberikan satu lot di Sungai Petani yang telah diberikan kepada kontraktor yang bersamaan dengan nilai kontrak yang sudah siap. Yang lagi dua itu tidak diberikan kepada kontraktor dan akan dilakukan melalui projek PFI sebagaimana yang saya katakan tadi.
[Soalan No. 5 – Y.B. Dato' Ismail Kasim (Arau) tidak hadir]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, soalan asal saya adalah ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya tidak faham kenapa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri hendak hijack soalan saya ini.
Dia tidak salah Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun silakan, soalan saya nombor enam.
Yang Berhormat, ia bukan soal hijack. Jawatankuasa telah menilai dan mengajukan soalan ini kepada kementerian yang disebutkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Menteri Dalam Negeri akan menjawab bagi pihak Menteri Luar Negeri untuk soalan ini. Sila Yang Berhormat Menteri.
6. Tuan Lim Lip Eng [Segambut] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, senarai terperinci aset, ekuiti dan hartanah Kerajaan Malaysia di luar negara mengikut harga semasa ia diperoleh, harga pasaran sekarang, kaedah lain ia diperoleh sekiranya bukan melalui pasaran terbuka, tujuannya dan alasan-alasan mengapa ia masih wajar terus dipegang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya fikir Yang Berhormat mungkin kurang faham dari segi soalan-soalan. Ini soalan berkenaan luar negeri dan saya diminta untuk menjawab. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan dan ingin saya memberitahu Dewan yang mulia ini aset hartanah di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri merupakan bangunan-bangunan di luar negeri yang digunakan sebagai canseri, kediaman rasmi ketua perwakilan atau kediaman apartmen untuk pegawai dan kakitangan dari Malaysia yang berkhidmat di sesebuah perwakilan iaitu home base staff, dengan izin. Pada masa ini Kerajaan Malaysia memiliki 32 buah bangunan canseri, 33 buah kediaman rasmi ketua perwakilan dan 189 unit pelbagai jenis apartmen dan kediaman di 43 buah negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kerajaan Malaysia telah mula memperoleh ataupun memberi hartanah-hartanah tersebut seawal selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Pada keseluruhannya hartanah-hartanah tersebut yang menelan belanja sejumlah RM578.5 juta telah diperoleh melalui pasaran terbuka dan juga melalui peruntukan tanah antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan negara asing seperti yang diadakan pada tahun 2007 dengan Kerajaan Republik Turki. Oleh kerana aset ini terletak di negara-negara yang berlainan kadangkala sukar untuk mendapatkan anggaran yang tepat dari segi nilainya. Walau bagaimanapun, mengikut laporan yang diberikan oleh perwakilan-perwakilan kita di luar negara nilai masa kini hartanah tersebut dianggarkan sebanyak RM3.59 bilion kalau dipadankan dengan nilai pasaran. Tuan Yang di-Pertua, hartanah-hartanah ini harus dimiliki secara langsung kerana dengan cara ini kedutaan besar atau pesuruhjaya tinggi Malaysia di luar negara akan dapat beroperasi di bangunan sendiri. Ia juga akan menjimatkan kos khususnya yang berkaitan dengan sewaan dalam jangka masa panjang. Sekiranya bangunan-bangunan disewa untuk dijadikan kedutaan besar atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta kediaman rasmi ketua perwakilan dan kediaman apartmen HBS maka Kerajaan Malaysia akan terpaksa membayar kos sewaan yang tinggi yang mengakibatkan aliran keluar mata wang ringgit yang besar. Misalnya pada masa kini Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM95.1 juta setahun untuk sewaan di luar negeri. Dalam jangka masa panjang adalah menjadi strategi Kerajaan Malaysia melalui belanjawan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia lima
tahun untuk membangunkan kompleks kedutaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negeri di samping menjimatkan kos mengurus dalam jangka masa panjang ia juga akan dapat menonjolkan imej Malaysia melalui bangunan-bangunan yang dibangunkan dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tujuan soalan saya ini adalah untuk mendapat tahu berapa investment kerajaan seperti MARTRADE berapa rumah dia ada di luar negara, seperti PNB, seperti Petronas berapa kapal dia ada tetapi saya tak tahu kenapa soalan saya dimajukan kepada Menteri Luar Negeri. Walau bagaimanapun, soalan tambahan saya ialah ada tidak jawatankuasa ditubuhkan oleh Kementerian Luar Negeri untuk mengawal, memantau aset-aset ini di luar negara dan jikalau ada siapakah mereka dan juga ada tidak kontrak diberi kepada mana- mana company yang mengawal, maintain aset-aset rumah canselor, kereta mewah canselor ini semua. Terima kasih.
Soalan ini kerana dia bertanya berkenaan hartanah. Selalu kita bercakap berkenaan hartanah jadi hartanah berkenaan perwakilan kita di luar negeri. Sebab itu soalan ini datang untuk Kementerian Luar Negeri. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi perkara yang hendak saya timbulkan.
Yang Berhormat hendak mengetahui sama ada kita ada penyeliaan, jawatankuasa dan jabatan yang akan menentukan melalui syor-syor yang dibuat oleh kita punya perwakilan di negara asing dibawa kepada Kementerian Luar. Kemudian jabatan daripada Kementerian Luar akan menilai dan selepas itu ia akan dinilai pula oleh pihak Perbendaharaan. Perbendaharaan akan mengambil kira pandangan-pandangan daripada JKR untuk melihat sama ada apa yang hendak kita beli itu dia sesuai atau dia punya nilai itu adalah satu nilai yang berpatutan. Keduanya berkenaan kontrak. Kontrak ini tidak ada satu syarikat yang menyelia maintenance dengan izin, harta hartanah kita di luar negara tetapi dibuat peringkat setempat. Kalau dekat London ada kontrak di London yang menyelia kita punya itu dan maintain hartanah-hartanah kita. Jadi dengan itu kita akan menentukan kedudukannya sentiasa baik.
Soalan saya bukan sahaja hartanah ada ekuiti, ada aset.
Tuan Yang di-Pertua, ekuiti tidak termasuk dalam Kementerian Luar - pasal soalan ini hartanah sahaja.
Sebab itu bukan Kementerian Luar yang...
Jadi, jangan jawablah macam ini.
Ya, jangan jawablah. Patutnya Perdana Menteri jawab.
Itu ditentukan.
Yang Berhormat Taiping.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan wakil kerajaan tadi di mana kerajaan telah pun membelanjakan RM578 juta untuk membeli hartanah di luar negara di bawah projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Bagaimanapun apabila kerajaan membelanjakan jumlah yang begitu besar untuk membeli aset di luar negara, tetapi adalah amat kesal mengikut jawapan diperoleh di Parlimen; Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk memberi kediaman rasmi untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ini kerana saya difahamkan kerajaan terpaksa membayar jumlah sewa yang begitu tinggi iaitu RM4.15 juta untuk kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan RM2.7 juta untuk kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri termasuk satu hari lebih daripada RM10,000 untuk menyewa kediaman rasmi. Selain daripada itu, kos penyelenggaraan kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjangkau lebih kurang RM2 juta satu tahun iaitu satu bangunan. Mengapa apabila kerajaan mampu membeli aset di luar negara tetapi pemimpin tertinggi negara terpaksa untuk menyewa daripada siapakah syarikat yang mendapat keuntungan yang begitu besar?
Yang Berhormat soalan ini tidak berkaitan langsung Yang Berhormat.
Sebab itu kita hendak tahu apakah rasionalnya. Memandangkan yang menjawab juga Menteri Dalam Negeri dia hendak menjawab bagi pihak Menteri Luar Negeri.
Saya tidak hendak jawab, tetapi Yang Berhormat definitely tidak faham soalan Yang Berhormat. Saya fikir kalau hendak tahu dan dapat jawapan dengan tepat, Yang Berhormat punya pertanyaan pun kena tepat. Ini sekarang soalan Yang Berhormat punya persoalan ini, ini sekarang sudah balik dalam negeri berkenaan - kediaman. Saya fikir saya tidak perlu jawab. Terima kasih.
Namun, jawapan ini bercanggah apabila kata hendak jimat kos tetapi...
Jawapan Menteri asal pun tidak betul.
7. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) adakah kerajaan bercadang untuk mengambil semua graduan bidang perubatan luar negara sebagai langkah bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan di hospital kerajaan dan memberi tajaan biasiswa penuh kepada semua rakyat tanpa mengira kaum yang ingin menuntut pengajian perubatan di luar negara; dan (b) nyatakan bilangan penuntut perubatan tajaan biasiswa di luar negara mengikut kaum.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pelajar tajaan biasiswa JPA dalam bidang perubatan adalah diwajibkan berkhidmat dengan perkhidmatan awam untuk tempoh yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebaik sahaja menamatkan pengajian. Oleh yang demikian semua graduan perubatan tajaan JPA di dalam dan di luar negara yang lulus dengan cemerlang akan diambil berkhidmat oleh kerajaan bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan di hospital kerajaan. Penajaan biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut pengajian perubatan di luar negara diberikan kepada semua pelajar yang layak tanpa mengira kaum. Ia tertakluk kepada peruntukan biasiswa yang disediakan pada tahun berkenaan dan mengikut dasar-dasar yang telah dirangka. Untuk bahagian (b), Tuan Yang di-Pertua, bilangan penuntut perubatan tajaan biasiswa di luar negara mengikut bumiputera dan bukan bumiputera bagi tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut: |Tahun|Bumiputera|Bukan Bumiputera| |----:|---------:|---------------:| | 2005| 323| 214| | 2006| 617| 203| | 2007| 676| 226|<END_TABLE_MARKER>
Terima kasih.
Point of order. Soalan ialah mengenai kaum kenapa tidak ada kaum bumiputera, bukan bumiputera. Takut beri angka mengenai kaum India. Lari daripada kaum India atau apa? Kaum India kaum...
Apa ini suka menyampuk ini.
Tuan Yang di-Pertua saya minta supaya Yang Berhormat Ipoh Timur itu ikut peraturan mesyuarat.
Ini peraturan, peruntukan untuk soalan saya bukan tanya tambahan.
Itu bukan cara dia.
Jawab pun tidak betul.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Sabarlah, tidak payah tengking-tengking Tuan Yang di- Pertua. Minta dengan sopan.
Yang Berhormat Menteri duduklah Yang Berhormat Menteri saya jemput Yang Berhormat Sarikei ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah nyatakan jumlah graduan perubatan yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia di luar negara dan tidak balik berkhidmat di Malaysia sejak tahun 2006.
Tuan Yang di-Pertua saya tidak mempunyai jawapan terperinci mengenai pelajar-pelajar yang tidak balik berkhidmat untuk kerajaan setelah tamat pengajian. Saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan... [Tepuk] Saya ingin bertanya, mengapakah polisi menggantikan pinjaman dengan biasiswa kepada pelajar-pelajar perubatan tidak dibuat secara konsisten dan juga berterusan terutama kepada pelajar-pelajar perubatan yang telah pun mendapat tempat di universiti luar negara pada tahun pertama. Kemudian mereka layak untuk naik ke tahun kedua dan mendapat keputusan yang dikira sederhana dan juga cemerlang. Mengapakah mereka ini tidak diberi biasiswa? Sebelum ini pinjaman digantikan dengan biasiswa daripada pinjaman yang asalnya mereka ambil. Jadi sekarang ini tidak ada lagi amalan itu diteruskan, sedangkan kita menghadapi masalah kekurangan pelajar- pelajar perubatan yang akhirnya akan menjadi doktor yang akan berkhidmat kembali kepada negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan kenapakah tidak ada consistency dalam penawaran biasiswa JPA di luar negara. Berdasarkan kepada kriteria yang sedia ada, pemberian biasiswa ke luar negara bergantung kepada kecemerlangan keputusan dan seterusnya ia bergantung kepada kursus-kursus kritikal dan keutamaan. Kursus kritikal ini seperti perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar. Keutamaan ini adalah jurutera, accountancy, perundangan, sains dan teknologi; maka satu pilihan kursus yang kritikal untuk negara. Kedua keputusannya hampir semua macam perubatan tadi macam dikatakan hampir semua universiti-universiti memerlukan CGPA yang begitu tinggi sekali 3.75 hingga 4.00 CGPA. Maka pengambilan juga terhad kepada jumlah pelajar yang diambil kerana institusi itu hanya dibenarkan mengambil pelajar-pelajar yang terhad untuk kursus-kursus ini.
Oleh kerana ini, maka dasar itu adalah kepada golongan-golongan yang cemerlang sahaja diizinkan. Kenapakah tahun dua hanya diambil kira sebagai untuk memberi pinjaman? Kita ada tahun pertama JPA ada kalau keputusan cemerlang dan dapat tempat di universiti luar maka mereka bagi biasiswa. Bagi yang tahun kedua ini mereka boleh memohon untuk pinjaman berdasarkan kepada keputusan tahun pertama kursus yang mereka ambil di luar negara. Kalau keputusan cemerlang, maka pelajar itu boleh memohon untuk pinjaman. Itu pun 500 sahaja yang ditawarkan untuk setiap tahun. Terima kasih.
8. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, jumlah pelabur yang telah dan akan melabur di Malaysia khasnya ke Kedah sepanjang RMK-9 bagi tahun 2006 hingga 2010.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga - IMP3, sasaran pelaburan bagi tempoh 2006 hingga 2010 bagi sektor perkilangan adalah sebanyak RM101.1 bilion ataupun purata tahunan sebanyak RM27.5 bilion.
Pada tahun 2006, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan adalah sebanyak RM46.0 bilion. Pada tahun 2007 pula, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM59.9 bilion iaitu peningkatan sebanyak 30% daripada tahun sebelumnya. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2008, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan adalah sebanyak RM49.8 bilion. Pada tahun 2006, sebanyak 59 projek telah diluluskan di negeri Kedah dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.8 bilion. Daripada jumlah ini, pelaburan asing adalah berjumlah RM1.8 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM8 bilion. Antara sektor perkilangan yang menerima sejumlah besar pelaburan pada tahun 2006 adalah sektor petroleum termasuk petrokimia RM7.7 bilion, elektronik dan elektrik RM1.5 bilion, kayu dan barangan kayu RM214.6 juta, kelengkapan jentera RM156.9 juta dan produk asas logam RM80 juta. Pada tahun 2007, sebanyak 46 projek telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM13.9 bilion. Peningkatan sebanyak RM4 bilion daripada tahun 2006. Daripada jumlah ini, pelaburan asing adalah berjumlah RM6.1 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM7.8 bilion. Antara sektor perkilangan yang menerima sejumlah besar pelaburan adalah sektor petroleum termasuk petrokimia RM9.9 bilion, elektronik dan elektrik RM3.3 bilion, kimia dan produk kimia RM564 juta, barangan getah RM70.2 juta, barangan logam dibentuk RM43.9 juta. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2008, sebanyak 33 projek telah diluluskan dengan jumlah pelaburan RM2.5 bilion. Daripada jumlah ini, pelaburan asing adalah berjumlah RM2.3 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM232.7 juta. Antara sektor yang menerima jumlah pelaburan yang terbesar bagi tempoh Januari hingga Ogos 2008 adalah sektor elektronik dan elektrik RM2 bilion, alat-alat sains dan pengukuran RM230.3 juta, barangan logam dibentuk RM84.1 juta, barangan plastik RM67.1 juta dan kimia dan produk kimia RM50.7 juta. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah melancarkan koridor-koridor pembangunan mengikut wilayah. Negeri Kedah merupakan salah sebuah negeri di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara iaitu NCER. NCER telah memasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM178 bilion bagi tempoh 2007 hingga 2025 dengan tumpuan kepada sektor pertanian, modal insan, infrastruktur, pembuatan dan pelancongan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, NCER telah memasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM28.35 bilion. Jumlah pelaburan yang masuk ke negeri Kedah bagi sektor perkilangan bagi tahun 2006 dan 2007 menunjukkan daya saing negeri Kedah sebagai satu destinasi pelaburan yang menarik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun memberikan penghormatan kepada negeri Kedah dalam
soal pertumbuhan ekonomi yang baik. Soalan tambahan saya, apakah kayu ukur, indicator yang digunakan oleh pihak MIDA dalam menentukan satu pelaburan asing sebagai positif dan negatif bagi ekonomi negara? Pohon jawapan.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Apabila kita menerima pelabur-pelabur yang minat untuk melabur di kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara kita ini, memang kita melihat dari segi kekuatan mereka dari segi pembiayaan mereka iaitu finance dan juga dari segi expertise mereka dan juga dari segi kebolehan mereka untuk mendiami di negara kita dan juga boleh sama-sama membantu usaha kita untuk meningkatkan lagi status pembangunan sosial di negara kita. Jadi saya rasa dan berbagai-bagai lagilah ukuran yang dibuat supaya pelabur-pelabur ini dapat membantu kita untuk membangunkan negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu apakah justifikasi-justifikasi ataupun kriteria-kriteria yang dilaksanakan oleh kementerian memilih pelabur-pelabur luar ini untuk melabur mengikut wilayah ataupun negeri sebab dalam negara kita saya lihat cuma sebilangan kecil negeri-negeri yang menjadi tumpuan sementara negeri lain contohnya Sabah ketinggalan. Apakah ini disebabkan oleh faktor geografi ataupun mungkin ada pilih kasih di kalangan pegawai-pegawai di peringkat kementerian sehingga menafikan permohonan ekonomi sesebuah negeri. Kalau ia merupakan satu langkah, rasa saya yang tidak begitu bijaksana diusahakan, maka matlamat kita untuk menyeimbangkan ekonomi di antara wilayah akan turut terbantut. Jadi apakah jaminan bahawa di masa akan datang, negeri-negeri yang kurang pelabur luar ini akan diusahakan oleh kementerian supaya mereka datang melabur contohnya di Sabah dan Sarawak sebab ketinggalan. Negeri-negeri Selangor contohnya Pulau Pinang menjadi tumpuan. Apa faktornya?
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itu satu soalan yang amat penting sekali lebih-lebih lagi bagi negeri Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, kerajaan setakat ini memang menjalankan beberapa misi ke luar negara, ke negara asing di seluruh dunia ini di mana negara kita diterima dan mempunyai perjanjian-perjanjian tertentu dan juga mempunyai JTC atau Joint Trade Committee dengan mereka. Jadi setakat ini kita hanya menjalankan misi-misi tersebut untuk meminta pelabur-pelabur asing itu datang ke Malaysia tanpa memilih mana-mana negara di mana mereka perlu melabur. Pelaburan-pelaburan mereka ini terpulanglah, terpulanglah kepada pelabur- pelabur itu sendiri untuk memilih di mana negeri-negeri yang patut ataupun negeri yang mereka pilih untuk melabur. Ini terpulang kepada saya rasa satu dari segi infrastruktur yang sedia ada, dari segi pekerja yang ada di kawasan-kawasan tertentu, dari segi faktor bekalan amenities, facilities dan sebagainya.
Di mana mereka merasai negeri itu selamat, di mana mereka merasai keluarga mereka boleh bersama-sama tinggal di negeri itu dengan keselesaan serta pegawai- pegawai yang terlibat dalam menjalankan pelaburan-pelaburan tersebut di negeri itu. Jadi, dengan ringkasnya pelabur ini memanglah mempunyai keputusan untuk mencari di mana mereka ingin melabur. Jika, mereka rasa Sabah yang amat penting sekali untuk pelaburan mereka, maka mereka pergi ke sana. Kalau ke Sarawak maka ke Sarawaklah.
Tidak ada usaha dari kementerian dibiarkan begini.
Yang Berhormat.
Tidak ada usaha langsung. Sebab dunia sudah berubah. Presiden Amerika pun sudah berubah, kita tidak berubah? Masih di tampuk yang sama saja... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Kita tidak berdialog lah di sini. Ini terpulang kepada mereka seperti mana yang saya sebutkan tadi. Apabila kita...
Saya tanya langkah-langkah kerajaan.
Itulah langkah-langkah yang telah kita ambil untuk memberi maklumat-maklumat kepada pelabur-pelabur untuk melabur di setiap negeri. Jika di negeri Sarawak kita mengatakan bahawa negeri itu mungkin mempunyai dalam 13 hingga 15 tahun akan datang mempunyai sumber tenaga yang cukup. Jadi, kita memberi maklumat kepada pihak pelabur-pelabur sebegitu, ini sebuah negeri yang kita boleh menggalakkan pelabur melabur di dalamnya khasnya bagi pelabur yang memerlukan kegunaan tenaga yang tinggi. Kalau negeri Sabah, kerana Sabah ini mempunyai satu alam sekitar yang cukup baik. Sehubungan itu, sektor pelancongan mungkin kita boleh galakkan dan minta pelabur-pelabur mereka pergi ke Sabah melabur dalam bidang pelancongan itu. Jadi, itulah cara kita buat. Sekian, terima kasih.
9. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) apakah perbuatan menggunakan lain-lain bahasa selain daripada bahasa kebangsaan pada papan tanda jalan dan sebagainya tidak menyalahi dasar, aturan dan peraturan sedia ada; dan (b) sekiranya ia merupakan kesalahan, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang terbabit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Di bawah Perlembagaan Persekutuan perkara mengenai pihak berkuasa tempatan atau PBT kecuali bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Ini telah dinyatakan di Butiran 4, Senarai 2, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, segala perkara yang melibatkan PBT adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukanlah Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, apa-apa tindakan terhadap PBT hendaklah diambil oleh kerajaan negeri dan bukanlah Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam hal ini adalah dinyatakan bahawa peletakan nama sesuatu jalan adalah merupakan sesuatu urusan rasmi PBT. Menurut Seksyen 29 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133. Oleh itu, selaras dengan perkara 152 subseksyen 1 dan 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Akta 32 iaitu Urusan Penandaan Nama Jalan hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bagi jawapan (b), sesuatu papan tanda jalan yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib akan diambil tindakan di bawah seksyen 80 sebagai kacau ganggu menurut Akta Kerajaan Tempatan 1978, Akta 171 iaitu sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta 171 boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 119 dengan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda dan penjara dan kedua-dua sekali. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun kita dapati bahawa penguatkuasaan pelaksanaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia ini di peringkat negeri terbatas dengan kuasa kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan mereka. Akan tetapi memandangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ini adalah bertujuan untuk memupuk integrasi nasional. Integrasi nasional iaitu satu bahasa, satu bangsa. Jadi, bukankah ini merupakan satu kesalahan legal or morale? Di pihak mereka yang tidak menjurus kepada satu integrasi nasional melalui satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan. Kalau tidak pun ada tindakan yang boleh diambil secara legal. Apakah bentuk tindakan lain yang boleh Kerajaan Persekutuan
mengambil tindakan kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan yang tidak menyokong dan melakukan kesalahan dari segi menggagalkan kepentingan negara yang kita cinta ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Seperti saya katakan untuk makluman Ahli Yang Berhormat pewartaan ke atas papan tanda jalan atau penggunaan bahasa adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan kedudukan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Peruntukan yang sama juga tidak melarang penggunaan bahasa-bahasa lain. Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka bahasa Melayu wajar diberi keutamaan untuk kegunaan rasmi termasuk juga pada papan-papan tanda jalan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa di Kuala Lumpur dan di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada papan tanda dalam bahasa Malaysia dan juga dalam bahasa Arab. Di dalam kawasan yang kebanyakannya datang daripada penduduk bukan Islam. Justeru, tanpa mendapat bantahan daripada penduduk kerana ini adalah usaha untuk mengantarabangsakan bukan sahaja bandar raya kita, tetapi juga negara kita. So, dalam aspek ini bolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan bahawa usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak kebelakangan ini. Di mana kita meletakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama iaitu sekali ganda lebih besar daripada bahasa lain di bawah. Bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai mencerminkan bandar raya warisan negeri Pulau Pinang. Ini tidak membelakangkan bahasa Malaysia tetapi memberikan keutamaan kepada bahasa Malaysia. Akan tetapi juga mengantarabangsakan bandar raya kita supaya ia boleh jadi satu pusat bukan sahaja pelancongan. Akan tetapi sebagai tanda bahawa memang ada harmoni sosial oleh rakyat Malaysia tidak seperti mana yang diamalkan oleh ekstremis-ekstremis daripada Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, dalam aspek ini di DBKL, di Pulau Pinang dan saya rasa di Sibu sendiri. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan sama ada beliau sendiri sokong atau tidak usaha ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dari Pulau Pinang. Kes di Pulau Pinang berhubung dengan perkara ini juga perlu diingatkan, bahawa satu writ saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, nombor 21-27 dan 08 oleh Nik Rizman bin Sapian atau plaintif terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai defendan pertama. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) sebagai defendan kedua.
Antara lain memohon satu delegasi supaya mahkamah kerajaan negeri membatalkan keputusan mengenai penggunaan papan tanda nama jalan berbagai bahasa kerana membentangkan dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan kes tersebut masih belum didengar...
Apa pendirian beliau? Apa kementerian?
[Menyampuk][Dewan riuh]
Biarkan dia jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur biarkan dia jawab Yang Berhormat ya... [Dewan riuh]
Penjelasan di Sarawak.
Ini bapa anak punya ceritakah?
What is your stand?
Yang Berhormat Bagan, kes tersebut masih belum didengar.
[Menyampuk]
Keputusan oleh mahkamah. Maka apa-apa perbincangan perkara tersebut boleh disifatkan sebagai...
What is your stand? Apakah pendirian kementerian.
Oleh itu adalah tidak wajar dari segi...
Adakah pendirian KPM tuduh...
Lawyer pun tidak faham... [Dewan riuh]
Oleh itu adalah tidak wajar dari segi undang- undang sekiranya kementerian memberikan apa-apa jawapan atau ulasan mengenai isu yang subjudis.
Pendirian di Sarawak.
...Sama dalam Dewan ini sehingga mahkamah selesai membuat keputusan, sekian.
Pendirian Yang Berhormat mengenai...
Saya jemput Yang Berhormat Puan Hajah Fuziah binti Salleh. Yang Berhormat Ipoh Barat duduklah Yang Berhormat Ipoh Barat.
10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) sama ada barangan makanan import yang perlu disaring, telah pun disaring untuk mengesan radiasi dan dilabelkan seperti yang perlakukan ke atas bahan-bahan makanan eksport ke luar negara; dan (b) dari manakah asal dan apakah bahan-bahan makanan yang telah ditolak kemasukannya ke Malaysia kerana dikesan mengandungi radiasi.
Tuan Yang di-Pertua terima kasih soalan pada Yang Berhormat Kuantan. Bagi, (a) Jawapannya ialah ya. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan juga Peraturan 396(2), Peraturan Makanan 1985. Bagi jawapan, (b) sehingga sekarang tidak ada sebarang makanan yang ditolak yang mengandungi bahan-bahan radiasi. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuantan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Sekiranya ada label yang mengatakan bahan-bahan itu ada radiasi, irradiated food dengan izin ataupun Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak nampak ianya ada digunakan di pasaran. Sebab kenapa saya bertanya hal ini kerana barang-barang makanan yang dikenakan sinar radiasi ataupun irradiated food ini selalunya merupakan barang makanan yang senang bercambah seperti bawang dan kentang. Jadi kalau kita tengok kentang itu cantik itu selalunya dia irradiated untuk memastikan tidak ada percambahan berlaku. Makanan ini selalunya ada free radical dan boleh merubah struktur sel dalam makanan itu yang boleh membahayakan kesihatan. Jadi pengguna di sini, di
Malaysia mempunyai hak untuk memilih makanan yang sama ada mereka hendak makan ataupun tau irradiated food ini kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan. Oleh kerana kita tidak lihat, tadi tidak lihat label-label itu tetapi menteri kata ya. Jadi saya hendak tanya apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian sebab kalau tidak label saya tahu bahawa kentang memang dikenakan irradiation tetapi tidak ada label. Jadi apakah tindak pihak kementerian untuk memastikan bahawa pihak pengguna mendapat hak mereka diberitahu supaya mereka boleh membuat pilihan berkenaan apa yang mereka beli untuk makanan mereka, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 396 (2), pengimport dia perlu memenuhi tiga syarat: (i) dia perlu mohon permit daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani; (ii) dia kena label; dan (iii) dia kena juga mengeluarkan satu sijil daripada negara asal produk tersebut. Di Malaysia hanya satu syarikat sahaja yang declare ada permit, masuk dan mengikut peraturan-peraturan ini. Syarikat-syarikat lain ia tidak declare mengikut peraturan- peraturan yang saya katakan tadi. walau bagaimanapun kita bekerjasama dengan Kastam iaitu bila produk-produk mereka masuk, kalau mereka tidak declare kita buat random checking. Lama random checking di peringkat darat ada 70% kita kena sampai tahap 70% dengan izin. Ini piawaian yang ditetapkan oleh peringkat antarabangsa. jika barang-barang tersebut melalui udara 35% kita periksa secara random. Kalau daripada laut kita periksa setakat sehingga 40%. Jadi saya hendak maklumkan bahawa makanan yang kita periksa sentiasa selamat, terima kasih.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mendapati bahawa banyak barang-barang makanan yang ditolak ataupun direject untuk dieksport terutamanya ke Singapura dan lain-lain negara akibat daripada sama ada radiasi ataupun penggunaan racun serangga yang berlebihan. Akan tetapi akhirnya dijual di dalam negara ini. Saya ingin tahu apakah tindakan yang dibuat oleh kementerian di dalam hal ini. terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Sekijang amat bagus tetapi dia terkeluar daripada soalan asal. Mengikut Peraturan 24 (3), terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang.
11. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Perdana Menteri menyatakan, berapa ramai anak tempatan Sarawak Bumiputera dan bukan Bumiputera yang menerima biasiswa daripada Kerajaan dan GLC Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara contohnya biasiswa JPA, Petronas dan MARA.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sibuti. Bagi tahun 2006-2008 seramai 157 pelajar bumiputera dan 378 pelajar bukan bumiputera Sarawak yang telah menerima penajaan JPA di bawah Program Ijazah Luar Negara PILN. Pecahan terperinci bilangan pelajar Sarawak yang ditawarkan PILM mengikut kaum dan tahun adalah seperti berikut:
|Tahun |Bumiputera|Bukan bumiputera| |------|----------|----------------| | 2006|36 orang |86 orang | | 2007|53 orang |171 orang | | 2008|68 orang |121 orang. | |Jumlah|157 orang |378 orang |<END_TABLE_MARKER> Manakala bilangan pelajar dari negeri Sarawak yang telah menerima penajaan Petronas ke peringkat pendidikan tinggi bagi tempoh lima tahun terkini 2004 hingga 2008 adalah seramai 348 orang. Butiran terperinci adalah seperti berikut: |Penerimaan Biasiswa Petronas|Bumiputera|Bukan bumiputera| |----------------------------|----------|----------------| |Biasiswa ke luar negara |41orang |20 orang | |Biasiswa dalam negara |200 orang |87 orang |<END_TABLE_MARKER>
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Che Uda bin Che Nik.
12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah status siasatan kes penganjuran piala CYC sekarang. Jelaskan bentuk siasatan berhubung isu itu setakat ini. Apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat dan peristiwa ini tidak berulang lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita sedia maklum bahawa piala CYC yang ditetapkan pada tahun ini tidak dapat dilangsungkan kerana kegagalan daripada pihak penganjur iaitu Gifted Group Ltd. untuk mendapatkan sangsi ataupun sentient daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Daripada apa yang kita lihat, pada apa yang kita kaji dan siasat, kita dapati bahawa pihak penganjur gagal memenuhi obligasinya iaitu untuk mendapatkan sentient daripada FAM sedangkan ia merupakan satu pra syarat untuk menganjurkan kejohanan ini. Oleh itu kita menganggap bahawa pihak ini telah pun melanggar perjanjian dan pertandingan tidak dapat diteruskan. Sehingga hari ini, pihak kementerian telah pun menyerahkan kes ini kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan kita dimaklumkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara bahawa dua-dua pihak iaitu Jabatan Peguam Negara dan Pihak Gifted Group sedang menunggu untuk melantik arbitrator ataupun penimbang tara. Di antara langkah yang di ambil oleh kementerian supaya perkara ini tidak berulang lagi, pihak kementerian telah pun membuat satu dasar yang baru iaitu kejohanan-kejohanan sama ada di peringkat antarabangsa ataupun kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan sekali pun tidak akan lagi diserahkan kepada event-event company atau pun syarikat-syarikat event kerana kita mengetahui bahawa event company kepentingan mereka adalah untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, selepas ini semua kejohanan-kejohanan bertaraf dunia dan taraf kebangsaan hanya akan diserahkan kepada persatuan-persatuan sukan sahaja untuk dikendalikan. Kita berharap selepas ini tidak ada lagi perkara-perkara seperti ini berlaku pada masa-masa akan datang.
Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berikutnya ialah penyelewengan boleh dikatakan berlaku dalam berbagai-
bagai bentuk di Kementerian Belia dan Sukan. Dalam SUKMA di Terengganu, penyelewengan yang sama iaitu merugikan wang kementerian terus berlaku. Jadi apakah tindakan kementerian dalam soal mengawal perbelanjaan di kementerian untuk memastikan bahawa penyelewengan-penyelewengan ini tidak berterusan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita tidak dapat menentukan sama ada kejadian-kejadian yang berlaku adalah penyelewengan. Ini adalah andaian dan setiap perkara yang berlaku di dalam kementerian yang meragukan, pihak kementerian biasanya menubuhkan panel siasatan dalaman untuk menyiasat segala perlakuan yang berlaku. Selepas itu, perkara itu akan dirujuk kepada pihak yang berwajib iaitu pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan terserah kepada pihak BPR untuk menentukan sama ada perlakuan yang disebutkan tadi merupakan penyelewengan dan sebagainya. Jika ada penyelewengan maka pihak BPR bolehlah mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kebelakangan ini kebanyakan pasukan-pasukan bola sepak negeri-negeri FAM mengalami keadaan tenat kewangan mereka. Ini adalah kerana kekurangan sumbangan dari FAM di mana saya difahamkan sekatan-sekatan appetizing revenue yang telah hilang. Apakah kerajaan sedar dan adakah tindakan akan di ambil supaya kita boleh balik kepada sekurang-kurangnya memberi kebenaran kepada seperti syarikat-syarikat rokok bukan setakat yang menjual rokok tetapi brand-brand nya seperti Dunhill dan sebagainya ia boleh diadvertised supaya revenue itu dapat disumbangkan kepada kerajaan-kerajaan negeri FAM terutamanya. Berkaitan dengan ini mengenai referee-referee, baru-baru ini ada referee-referee yang tidak bertauliah telah dihantar untuk menjadi referee. Apakah ini diketahui oleh FAM dan tindakan susulah akan diambil mengenai perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya boleh tidak menjawab soalan ini kerana ia nya keluar daripada persoalan CYC, tapi untuk beri ruang kepada Yang Berhormat untuk mengetahui perkara ini. Memang persatuan- persatuan negeri mempunyai masalah kewangan dan pihak FAM juga mempunyai masalah kewangan dari segi penajaan. Pihak FAM tidak lagi mampu untuk memberikan sumbangan kepada negeri-negeri seperti yang pernah diberi satu ketika dahulu iaitu sejumlah RM1 juta dan RM1.5 juta untuk setiap persatuan negeri. Akan tetapi kerana FAM mengalami masalah kewangan sendiri dari segi penajaan, maka tidak mampu untuk memberi kepada negeri- negeri seperti dahulu. Cadangan supaya rokok diberikan kebenaran untuk menaja, saya ingin maklumkan bahawa Malaysia tertakluk kepada perjanjian iaitu tertakluk kepada perjanjian dengan WHO. Kita telah pun rectifykan perkara ini dan sebab itu kita tidak boleh membenarkan iklan rokok menjadi penaja kepada persatuan-persatuan bola dan sebagainya. Saya tahu Yang Berhormat Titiwangsa akan menyokong saya dalam perkara ini dan tentang referee dan sebagainya saya akan semak balik dengan FAM. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya mengatakan bahawa benda-benda yang dijual oleh perokok-perokok seperti brand nama dia, seperti Dunhill, belt Dunhill, pen Dunhill dan sebagainya. Kenapa dia tidak dibenarkan?
Ia nya masih menggambarkan rokok. Apabila kita sebut Dunhill walaupun tie Yang Berhormat mungkin jenama Dunhill, tetapi persepsi atau anggapan daripada orang ramai, apabila disebut Dunhill ia nya akan dikaitkan dengan rokok dan sebagainya. Terima kasih.
13. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, apakah sebabnya terdapat banyak kes-kes di mana pelajar-pelajar STPM yang berjaya mendapat 4A (straight A’s) hanya diberi pilihan yang kelapan dalam senarai kursus dan, atau IPTA mereka padahal mereka patut diberi pilihan-pilihan mereka yang diutamakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Subang kerana membangkitkan soalan berkaitan dengan kemasukan pelajar-pelajar STPM yang berjaya mendapat 4A. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat IPTA bergantung kepada dua syarat iaitu syarat am dan syarat khas yang mereka miliki. Susunan merit yang dikira berdasarkan jumlah 90% markah pencapaian akademik dan 10% markah pencapaian penglibatan di dalam bidang kokurikulum. Pemilihan program pengajian serta bilangan tempat yang ditawarkan oleh IPTA, untuk makluman Yang Berhormat antara sebab-sebabnya ialah IPTA tidak menawarkan kursus bagi pilihan pertama secara automatik kepada pelajar walaupun mendapat keputusan STPM 4A kerana jumlah markah merit juga tertakluk kepada pencapaian markah kokurikulum. Untuk makluman Yang Berhormat, pencapaian kokurikulum yang rendah akan mempengaruhi markah merit dan susunan pemeringkatan. Mereka mungkin tidak ditawarkan tempat bagi kursus pilihan pertama sekiranya terdapat pemohon lain yang mempunyai markah merit yang lebih tinggi daripada mereka. Untuk makluman Yang Berhormat juga, dasar meritokrasi yang telah diguna pakai sejak sesi akademik 2002 – 2003 yang lepas memberikan layanan yang saksama kepada setiap pelajar tanpa mengira wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Subang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya faham formula yang digunakan 90% adalah kepada keputusan akademik dan 10% adalah kepada kokurikulum.
Akan tetapi, kita ada banyak kes-kes di mana pelajar-pelajar yang mendapat 4A. Inilah yang cemerlang tetapi tidak berjaya mendapat kursus yang diutamakan oleh mereka, kursus pilihan pertama atau pilihan kedua tetapi diberikan pilihan kelapan. Itu lah maksud soalan saya. Jadi, saya kesal jawapan itu tidak menangani masalah yang saya kemukakan di sini. Jadi, saya ingin tanya sekarang sama ada untuk mengelakkan kecurigaan bagi pihak pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini, sanggupkah kementerian memberi jawapan terperinci kepada mereka kenapa mereka tidak dapat kursus yang dipilih oleh mereka atau pun pilihan mereka. Cadangan saya yang kedua adalah sama ada kementerian sanggup melakukan proses ini secara lebih telus iaitu kita membuat satu database yang telus untuk menunjukkan permohonan siapa yang memohon, siapa yang mendapat, di universiti mana dan apakah pencapaian mereka daripada gred mereka? Jadi, secara telus mereka boleh melihat dan masalah ini tidak akan timbul. Sanggupkah kementerian membuat dua langkah ini. Satu, memberi jawapan bertulis dengan alasan kepada mereka yang tidak dapat kursus yang mereka mahu. Kedua, menunjukkan proses ini secara lebih telus supaya ketidakpuasan hati ini boleh ditangani. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan proses pemilihan secara berkomputer berasaskan kepada prinsip-prinsip yang saya sebutkan di dalam jawapan soalan asal tadi Yang Berhormat. Saya boleh menceritakan langkah-langkahnyalah. Kalau tidak dapat yang pertama, tetapi kedua, ketiga dan sebagainya. Merujuk kepada hasrat Yang Berhormat untuk kementerian menjawab satu persatu. Untuk tahun 2008 Yang Berhormat, kita menerima permohonan sebanyak 40,178. Dalam 40,178 ini mereka tidak semuanya memperoleh pilihan yang pertama. Saya boleh menyatakan kesanggupan kementerian untuk jawab kalau ada permintaan daripada mereka yang tidak berjaya mengatakan mengapa mereka tidak berjaya. Akan tetapi, kalau setiap orang saya tidak nampak ada keupayaan kita.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi ketelusan proses ini, saya dapat memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa sistem pemilihan komputer ini adalah yang paling telus boleh disediakan oleh pihak kementerian. Terima kasih Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; di bawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
Yang Berhormat Pontian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah dengan pindaan AUKU ini dapat memberi peluang yang luas kepada pentadbir dan pelajar universiti agar dapat menanamkan budaya keusahawanan tanpa mengira kursus yang mereka ambil dan kemudiannya memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan yang akhirnya akan menyelesaikan masalah pengangguran siswazah sekarang ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Soalan kedua yang penting juga ialah tentang ranking 2008 universiti. Universiti Malaya 230, UKM, 250, USM, 313, UPM, 320, dan UTM, 356. Melalui pindaan AUKU ini, berapa tahun atau berapa puluh tahun lagi sebuah universiti di negara ini boleh mencapai setaraf seumpama Harvard, Yale, Cambridge, Oxford, California Institute of Technology (Cal Tech), Imperial College London, University College London (UCL), University of Chicago dan Massachusetts Institute of Technology (MIT). Sepuluh universiti terbaik di dunia yang kebetulan kesemuanya berada di US dan UK.
Saya melihat secara positif pindaan AUKU ini akan dapat memperbaiki tadbir urus universiti dan pendidikan tinggi secara holistik kerana:- (i) menambah baik proses perundingan secara demokrasi dari segi pelantikan Naib Canselor, Ketua Kampus, Keanggotaan Senat, Pelantikan Dekan, ketua sekolah, institut, pusat dan akademi; (ii) keterbukaan, ketelusan dan accountability dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang bertujuan untuk menasihati Naib Canselor; (iii) menambah autonomi kepada universiti dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat dan Naib Canselor; (iv) memberikan perincian pembahagian fungsi dan kuasa Lembaga Pengarah Senat dan Naib Canselor dengan lebih jelas dan teratur; (v) penyelesaian pertikaian antara pihak berkuasa universiti boleh dijalankan dengan lebih berkesan dengan penubuhan satu panel penyelesai pertikaian; (vi) penyelidikan inovasi dan pengkomersialan akan dapat dihebatkan kerana dibolehkan pemindahan dan wujud mobiliti perkhidmatan pekerja dan pensyarah antara universiti-universiti; (vii) pengantarabangsaan pendidikan tinggi akan dapat dicapai kerana pindaan akta ini membenarkan menteri untuk menubuhkan kampus cawangan universiti di luar negara; Saya tidak sabar untuk menanti, melihat misalnya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ada cawangan di Mesir. UKM di UK dan USM di US. (viii) kebajikan dan hak asasi pekerja dan pensyarah universiti akan lebih terbela kerana pindaan ini melibatkan penambahbaikan dalam pelantikan dan kenaikan pangkat, penubuhan jawatankuasa kebajikan pekerja dan hak untuk memilih perwakilan dalam Senat dan Lembaga Pengarah Universiti; dan (ix) tindakan merapatkan hubungan dengan pihak swasta juga dialu- alukan kerana keanggotaan Lembaga Pengarah Universiti dalam pindaan ini menambah dari dahulunya seorang kepada tiga orang agar wujud kerja sama menang-menang dengan pihak swasta. Tuan Yang di-Pertua, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikuatkuasakan pada 13 April 1971 telah dipinda sebanyak empat kali iaitu pada September 1971, Mei 1975, Februari 1983 dan Oktober 1996. Pindaan kelima Disember 2008 ini adalah pindaan secara besar dan menyeluruh dan selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang telah dilancar oleh Perdana Menteri pada 27 Ogos 2007. Pertikaian utama AUKU ialah tentang penggantian seksyen 15 kepada fasal 8, fasal 9 dan fasal 10 tentang larangan pelajar terhadap aktiviti berkaitan mana-mana parti politik, pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan mana-mana pertubuhan yang menteri putuskan setelah menerima pandangan dan berunding dengan Lembaga Pengarah Universiti. Waktu empat hingga enam tahun di universiti adalah era singkat yang menjadi arah tuju persimpangan jalan hidup kepada siswa siswi. Ketika itu api idealisme sedang menyala dengan terang. Ketika itu berlaku lambakan ilmu dan maklumat yang membawa kepada ledakan fikiran dan idea-idea baru. Jangan kita padamkan api idealisme itu. Biarkan ia terus menyala demi kepentingan perjuangan murni untuk rakyat. Jika idealismenya untuk melihat kawasan luar bandar termasuk di ceruk pedalaman, di hulu
Sabah dan Sarawak dibangunkan oleh kerajaan, maka benarkan kumpulan pelajar berkaitan pergi mengadakan khidmat dan bakti siswa di rumah-rumah panjang yang belum ada kemudahan air, elektrik, telefon serta jalan yang sempurna. Saya kira tiada salahnya jika setelah aktiviti itu, mereka menulis laporan sama ada berbentuk akademik atau pun tidak, yang dihantar salinannya kepada Ahli-ahli Parlimen atau Menteri-menteri yang berkaitan. Kedua, jika idealisme pelajar untuk melihat bumiputera memiliki lebih daripada 15% premis perniagaan di bandar-bandar agar kuasa ekonomi lebih banyak dimiliki oleh 66% bumiputera di negara ini, benarkan pelajar-pelajar sama ada bumiputera dan bukan bumiputera bekerjasama membuat kajian akademik lapangan yang kemudiannya dihantar kepada menteri-menteri yang berkaitan agar wujud keadilan dari segi pengagihan kekayaan negara ini. Ketiga, jika idealisme pelajar untuk menghapuskan kemiskinan tegar sama ada di kota atau pun di desa, bagi memastikan rakyat miskin tanpa mengira kaum, merasai nikmat sesuap nasi pagi, tengah hari, dan malam dengan bumbung rumah yang tidak bocor dan lantai papan yang tidak reput, benarkan mereka menulis cadangan-cadangan kepada pihak-pihak berkaitan setelah membuat kajian akar umbi.
Minta penjelasan.
Syorkan apakah lagi yang belum kerajaan lakukan untuk mengeluarkan rakyat dari putaran ganas kemiskinan.
Minta penjelasan.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat menyebutkan perkara-perkara itu seolah-olah ianya menjadi pertikaian dalam pindaan AUKU ini, seolah-olah pelajar-pelajar tidak digalakkan untuk membuat aktiviti itu semua. Saya rasa perkara ini tidak timbul, kenapa pula hendak dibangkit-bangkitkan soal yang itu, bangkitkanlah perkara yang menjadi masalah sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas pandangan. Sabar, saya akan sampai ke situ. Keempat jika idealisme pelajar ingin melihat diri mereka cemerlang dari segi akademik, mendapat PNGK atau CGPA yang semaksimum mungkin agar senang diterima oleh majikan swasta dan luar negara. Menjadi pelajar yang glokal pencapaian akademiknya namun terdapat halangan kewangan kerana dia anak penoreh getah, pekebun kecil sawit, nelayan atau petani miskin. Mereka sebagai satu kumpulan ingin menyampaikan suatu memorandum bagi membaiki peluang mereka di IPTA. Wajarlah memorandum itu diterima oleh Lembaga Pengarah Universiti dan Menteri Pengajian tinggi. Saya telah memberikan empat contoh idealisme pelajar yang saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah dalam pindaan AUKU 2008 ini, pelajar disekat untuk mengadakan empat aktiviti yang berkaitan itu - Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, sambil kita mensyukuri hakikat yang selalu dilupakan. Fakta yang selalu tidak di sebut bahawa semua pelajar IPTA tanpa mengira kaum menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada kerajaan. Hanya 10% yang pelajar bayar, itu pun diberi pinjaman PTPTN. Namun hakikat yang pahit untuk ditelan bahawa kecemerlangan akademik khasnya pelajar bumiputera di menara gading masih di tahap yang perlu diperbaiki. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sudah dibuat kajian- kajian ilmiah bahawa jika para pelajar terlibat dalam parti politik maka pencapaian mereka dalam akademik akan merosot. Jika belum dilaksanakan kajian itu, mungkin ada baiknya dibuat segera.
Jika kajian mendapati wujud tidak sentosa dalam keharmonian kampus apabila politik kepartian diamalkan, maka elok pelajar menangguhkan dahulu untuk aktif berpolitik. Mereka ada baki seumur hidup 30, 40, 50, 60 tahun lagi untuk menjadi seperti kita di Dewan Rakyat ini. Kepada yang berminat untuk memahami teori politik, saya mengesyorkan agar mereka mengambil subjek Sains Politik yang ada di hampir semua universiti. Kepada yang berminat untuk memahami real politik sekurang-kurangnya mereka boleh bertanding dalam pilihan raya kampus suatu replika realiti politik sebenar. Kita mengharapkan agar ketajaman jurus fikir dan sahsiah mulia pelajar terus dicanai dengan baik melalui pindaan AUKU ini. Apabila kita menyebut seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, persatuan, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis; sama ada ia ada di dalam atau di luar universiti atau di dalam atau di luar Malaysia selain tiga pengecualian yang disebut, ini adalah suatu yang sungguh memeriahkan aktiviti para pelajar. Saya melihat pelajar mempunyai ribuan pilihan untuk terlibat dalam aktiviti masyarakat, keagamaan, ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan, bahasa, kesukarelaan, kebajikan, sains, sastera, hubungan kaum integrasi negeri dan negara. Sebut sahaja yang baik, maka seribu satu macam horizon akan terbuka. Sudut pandang pelajar akan berubah kepada lebih positif, proaktif dan inovatif yang akan membawa kepada anjakan paradigma bagi mengangkasakan pendidikan tinggi negara. Saya dengan ini menyokong. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya sambut baik hasrat Menteri Pendidikan Tinggi dan kementerian mengemukakan pindaan ini yang saya kira wajar diberikan pertimbangan. Saya sambut baik kerana sekurang-kurangnya Kementerian Pendidikan Tinggi menerima teguran, kebimbangan mengenai kemerosotan mutu pendidikan negara yang tentunya akan menjejaskan kedudukan ekonomi dan kemaslahatan rakyat umumnya. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1983 Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan tentang kemerosotan mutu pendidikan di sana. Ini agak aneh kerana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, kebanyakan universiti yang tersenarai dan yang terbaik juga di Amerika Syarikat. Saya ingin sebut satu, dua ayat dari laporan tersebut “A Nation At Risk” satu national commission yang penting dan kebetulan pada masa itu saya edarkan kepada semua orang, naib canselor di Malaysia pada ketika itu. Dengan izin, “Our nation is at risk our ones unchallenged preeminence in commerce industry science and technological innovation is being over taken by competitors throughout the world”. Satu negara yang diakui dunia mempunyai tahap pencapaian ilmu dan teknologi yang tinggi, merasakan kedudukan mereka tergugat dan terancam. Kini ternyata kejutan itu membantu menimbulkan kesedaran di kalangan ilmuwan, sarjana, pimpinan universiti khususnya, untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk memperbaiki untuk pendidikan mereka. Saya harap semangat yang sama ada di kalangan pimpinan universiti kita dan Menteri Pendidikan kita. Lantaran itu saya lihat ada kesediaan membawa dan mengemukakan pindaan yang kita bahaskan pada hari ini. Akan tetapi, sementara diakui permasalahan itu, langkah yang diambil itu tidak nampak sepenuhnya. Masih bertahap kerana ada suatu ketakutan di kalangan pemerintah untuk memberi kebebasan kepada tenaga akademik dan mahasiswa. Kalau menteri itu pintar, pemerintah itu telus dan bertanggungjawab lagi berwibawa tidak harus bimbang dengan anak-anak kita. Kita harus berdepan, berbahas dan
bijak menangani masalah ini. Jikalau kita ada hal-hal pekung busuk yang mahu kita tutup seperti rasuah, penyelewengan maka jangan berikan kebebasan kerana kebebasan itu akan menikam kita. Namun, dengan mengehadkan kebebasan akademik dan memilih tokoh dan sarjana dan ilmuwan yang benar-benar wibawa untuk memimpin universiti; kita akan menggalak kemaraan universiti kita sebagai universiti dan pusat pendidikan cemerlang. Malaysia tidak kurang tenaga ilmuwan, sarjana yang setara dengan rantau ataupun dunia tetapi masih janggal kerana tokoh-tokoh ini tidak dikemukakan untuk memimpin. Saya tidak maksudkan hanya di kalangan satu kaum. Di kalangan Melayu bumiputera sendiri pun ada tokoh-tokoh yang jauh lebih cemerlang yang disisihkan kerana bimbang keberanian mereka dan ketegasan mereka. Orang punyai ilmu kepetahan tetapi diminta untuk menjadi ‘pak turut’ di universiti. Mungkin mahir menulis puisi, memuji dan memuja pemimpin salah satu ukuran menjadi naib canselor, saya tidak tahu. Saya harap mudah-mudahan dengan minat menteri sekarang, hal ini dapat diperbaiki. Kita tidak mahu wujudkan apa yang disebutkan oleh Czeslaw Milosz sebagai The Captive Mind. Kita tidak kurang tenaga di kalangan Melayu, Cina, India yang boleh ditonjolkan. Satu kerugian besar bagi negara kita kalau kita memilih untuk mengetengahkan tokoh yang tidak cukup pintar dan wibawa memimpin puluhan ribu mahasiswa.
Di Arab Saudi, oleh kerana minat Raja Abdullah sekarang untuk mengangkat mutu pendidikan tinggi di Arab Saudi, King Abdullah University of Science and Technology telah melantik Prof. Shih Choon Fong, bekas Presiden National University of Singapore sebagai presiden berkuat kuasa bulan ini. Ini adalah kerana Prof. Shih Choon Fong dianggap orang yang bertanggungjawab membantu mengangkat taraf National University of Singapore. Saya dimaklumkan hal ini oleh Gabenor Madinah tatkala saya diminta untuk memberikan saranan tentang gedung ilmu dan King Abdulaziz University beberapa bulan yang lalu di Madinah. Saya spontan menanyakan apakah tidak ada tokoh sarjana Arab atau Muslim yang boleh diketengahkan sebagai Presiden universiti terulung kerana dari segi kos terulung di dunia Arab. Jawapan yang diberikan itu menarik: “Kita mempunyai cukup tenaga, kita akan kejar, kita akan pastikan mereka ini diberikan tempat tetapi belum ada yang teruji yang berjaya mengangkat kedudukan universiti dan cabaran kami kepada Prof.Shi ialah supaya beliau membantu dalam beberapa tahun mengangkat kedudukan universiti ini dan kami akan letakkan tokoh-tokoh Arab dan sarjana Muslim untuk memimpin kelak.” Saya pohon kerajaan dan rakan-rakan dalam UMNO untuk membuka minda sedikit dan tidak terperangkap di bawah tempurung...
Minta laluan.
...Melihat ruang dan peluang yang ada supaya kita dapat melihat tokoh yang berwibawa di kalangan Melayu dan lain untuk memimpin universiti.
Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya ingin bangun dan bertanya lebih awal tadi apabila Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut soal apa yang berlaku di Amerika Syarikat, a nation at risk tetapi saya tidak mahu menyampuk begitu awal kerana hendak memberi peluang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh bercakap dengan flow yang licin dan lancar dan tidak mahu dituduh saya tidak sabar untuk menanyakan soalan. Jadi, sekarang ini oleh kerana sudah banyak dipercakapkan saya ingin minta penjelasan dan mungkin juga Yang Berhormat Permatang Pauh dapat juga penjelasan daripada saya, daripada apa yang saya hendak beritahukan ini. A Nation at risk United State pada ketika itu dalam tahun 1980-an bukan disebabkan kerana universitinya yang tidak memainkan peranan. Kekalahan Amerika, business Amerika pada waktu itu dari segi
innovation dan juga technological discoveries untuk menjadikan mereka lebih kompetitif dalam masyarakat antarabangsa adalah disebabkan kedegilan kapten-kapten industrinya, businessmennya yang tidak mahu melakukan perubahan yang boleh menyaingi Jepun dan juga negara-negara lain yang cepat memintas mereka. Umpamanya dalam bidang automatif, Amerika berdegil dengan mengeluarkan kereta-kereta yang besar. Manakala Jepun, mereka inovatif mengeluarkan kereta-kereta yang lebih kecil, lebih economical dan appealing kepada masyarakat. Jadi, bukanlah faktor universiti sebenarnya tetapi adalah businessmen, kapten industri yang gagal sebenarnya. Ini yang saya dapat tahulah. Jadi, saya harap mungkin kita boleh berkongsi maklumat dalam hal ini sama ada saya yang betul atau Yang Berhormat dapat menjelaskan lebih lagi. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Salak itu membaca laporan yang lain. Saya merujuk kepada a Nation at Risk yang khusus mengenai pendidikan tinggi di Amerika Syarikat. Dalam report itu ditekankan bahawa di antaranya ialah menjamin mutu pendidikan: “By virtue their efforts competently guided and can hope to attain the mature and informed judgment needed to secure gainful employment and to manage their own lives, thereby serving not only their own interest but also the progress of society itself.” Ini merujuk khusus kepada mutu pendidikan tinggi Amerika Syarikat special commission yang di set up oleh Presiden Reagen pada tahun 80-an. Yang disebut oleh Yang Berhormat itu memang tepat dari segi industri yang pada masa itu mengalami kekalahan dengan Jepun dan lain-lain. Akan tetapi merujuk kepada isu yang sama sekarang ini negara-negara lain mengambil alih. Umpamanya India, bila Kerajaan India merasakan mutu pendidikan mereka itu tidak dipacu, ditingkatkan selaju yang dikehendaki maka pemerintahan India bersetuju menubuhkan Indian Institute of Technology dalam bidang tersebut IIT sekarang di Bangalore. Dalam masa yang singkat, IIT di Bangalore telah mencatat satu kejayaan yang luar biasa dan dianggap di antara 10 hingga 15 yang terbaik di dunia. University of Beijing, dengan seluruh kekangan yang ada di negara China tetapi apabila melihat kepada keperluan negara China mengangkat kedudukan mereka, kebebasan akademik dan mahasiswa Universiti Beijing itu luar biasa. University of Singapore, jiran kita, sekarang ini diiktiraf sebagai di antara universiti yang terkemuka di rantau. Saya sengaja menyebut perkara ini kerana nampaknya ada hasrat dan minat dari kementerian untuk menangani masalah ini. Untuk menangani masalah ini memerlukan suatu political will dan satu courage (keberanian) untuk memperbaiki kelemahan. Akan tetapi kalau kita buat perubahan-perubahan kecil saya bimbang maksud pindaan ini tidak tercapai. Bank Dunia pada tahun 2007 menerbitkan laporan berjudul “Malaysia and The Knowledge Economy Building A World Class Higher Education System”
Ada yang bangun lagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih, Ketua Pembangkang. Saya tertarik tadi dengan contoh yang diberi oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang University of Beijing dengan National University of Singapore. Saya hendak tanya apakah pendapat dan pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang apakah sebab punca kecemerlangan universiti-universiti tersebut memandangkan di negara-negara Singapura dan China, kita semua ketahui bahawa kebebasan yang diberi untuk pelajar-pelajar, contohnya bergiat dalam politik amat terbatas. Mereka tidak boleh menyertai mana-mana pertubuhan atau pun persatuan yang mirip kepada politik mahupun menjadi ahli kepada mana-mana parti politik di Singapura dan di China. Jadi, saya hendak minta pendapat Yang Berhormat Ketua Pembangkang, apakah punca lain yang menyebabkan universiti-universiti di negara-negara yang tidak mengamalkan demokrasi liberal ini menjadi cemerlang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Rembau. Saya rasa langkah pertama yang dilakukan oleh negara-negara ialah mengangkat tokoh-tokoh akademik dan ilmuwan paling wibawa untuk memimpin universiti berkenaan. Melantik profesor, dekan berdasarkan kelayakan, bukan kemampuan untuk mengampu dan ciri itu cukup stringent. Kebetulannya di kedua-dua universiti termasuk di Banglore, saya sendiri telah diundang untuk menyampaikan pandangan, berucap dan berbincang dengan tenaga akademik. Saya memang kagum melihat academic credential mereka. Saya boleh sebutkan dengan izin, impeccable academic credential, maknanya pertimbangan itu yang diberikan. Salah seorang pemimpin di Universiti Beijing yang menghairankan saya itu tidak dari kalangan yang corak dan mirip fahaman politik itu selari sangat dari negara China. Dia diambil dari luar yang agak berpandangan sedikit liberal tetapi diterima oleh kepimpinan negara China.
Begitu juga di Singapura. Di Singapura walaupun tidak ada kebebasan seperti mana yang kita harapkan untuk mahasiswa, tetapi pimpinan universiti masih yang terbaik. Sebab itu King Abdullah bersetuju mengambil Profesor Shi untuk memimpin Universiti di Arab Saudi. Keduanya, tahap akademik profesor itu tidak dikompromi sedikit pun. Syarat- syaratnya ketat dan ketiganya mahasiswa walaupun tidak boleh aktif dalam politik di luar, diberikan kebebasan penuh untuk mengadakan apa juga perbincangan, seminar dan perbahasan mengenai politik dalam atau luar negara. Asalkan di dalam lingkungan universiti. Jadi dibandingkan kebebasan universiti di Singapore dengan universiti tempatan kita jauh bezanya. Mungkin Menteri Pendidikan Tinggi patut buat kunjungan ke sana untuk berbincang...
Penjelasan.
Mohon penjelasan sedikit.
Yang Berhormat Permatang Pauh, saya peringatkan, saya bagi laluan banyak kepada Ketua Pembangkang. Sebenarnya kita sudah bataskan kepada 15 minit. Jadi Yang Berhormat...
Sedikit sahaja.
Sedikit, minta Titiwangsa.
Jangan panjang sangat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya lahir ataupun berada di universiti, di kampus semasa zaman Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai Presiden sebuah NGO, iaitu ABIM dan juga semasa Yang Berhormat Permatang Pauh orang kata pada masa itu bersama-sama dengan UMNO. Saya adalah pemimpin pelajar pada masa tersebut. Jadi saya merasai kedua-dua zaman itu dan saya kira pengalaman saya sebagai pemimpin pelajar yang telah melahirkan saya pada hari ini sebagai seorang pemimpin. Saya kira tidak ada apa masalahnya, saya dahulu dilatih sebagai pemimpin pelajar dan kini saya berada di sini. Walaupun saya berada di sebelah pembangkang, tetapi saya adalah sebahagian daripada kerajaan yang memerintah. Jadi, saya sekarang ini meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, tidakkah kiranya keberanian daripada pihak kerajaan untuk memberi kebebasan kepada pelajar-pelajar membentuk, menjana meningkatkan jati diri mereka dalam kampus. Dengan itu mereka akan keluar menjadi pemimpin-pemimpin negara yang lebih berwibawa. Berbanding dengan sekarang ini. Semua kita akui bahawa kualiti para graduan kita agak masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Jadi mengapa tidak kita berani mengambil satu langkah seperti beraninya King Abdullah mengambil seorang profesor dari luar negara untuk mengetuai universiti yang terkenal di negara Arab Saudi.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa dan rakan-rakan lain. Saya sebenarnya setuju bahawa sekiranya atau seandainya pimpinan universiti itu wibawa, pintar, Menterinya pun berani berhadapan dengan mahasiswa, tidak ada sebab harus dikekang kegiatan mahasiswa. Semuanya aktif, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pontian tadi, Yang Berhormat Rembau itu adalah orang yang pernah aktif sebagai pimpinan mahasiswa. Melainkan mereka boleh datang ke sini menyatakan kami terkorban sebab kami menjadi pemimpin mahasiswa oleh yang demikian, sekatlah kegiatan mahasiswa. Saya percaya itu bukan saranan mereka walaupun Yang Berhormat Pontian tadi bagi banyak sangat syarat-syarat. Saya pun hairan tetapi tidak apalah, soalnya sekarang ialah apakah tidak boleh kita beri keyakinan, kepercayaan kepada anak-anak kita bersuara menentang sedikit hendak jadi extremis dalam mana-mana bidang. Dengarlah pesalah, dia belajar. Kalau profesor dan pimpinan universiti pintar, dia boleh menghadapi dan menjawab permasalahan yang dibangkitkan dan sebab itu saranan Yang Berhormat Titiwangsa itu walaupun tidak terjawab dalam pindaan ini, tetapi satu permulaanlah saya akui oleh Yang Berhormat Menteri untuk membuat sesuatu perubahan. Saya rujuk semula kepada laporan bank dunia yang saya sebutkan tadi 2007, tentang mutu pendidikan negara kita dan laporan itu merujuk kepada competitiveness. Menurut laporan itu lagi, kelebihan persaingan ekonomi Malaysia tidak lagi terjamin. Malaysia perlu mentransformasikan dirinya kepada ekonomi inovatif, meminjam Yang Berhormat Pasir Salak punya istilah, di mana persaingan tidak lagi berdasarkan kepada pengeluaran besar-besaran efficiency dan lain-lain dan dibangkitkan di sini integrasi sains, teknologi, kejuruteraan dalam proses pengeluaran, daya kreatif, daya imaginasi, daya reka cipta yang dikaitkan dengan pendidikan tinggi. Ada cadangan-cadangan yang dikaitkan dan dikemukakan dalam pindaan ini yang menyentuh umpamanya search committee, yang saya rasa satu cadangan yang baik. Cuma kelemahannya ialah bahawa ia tidak diselesaikan peringkat itu. Maknanya Jawatankuasa Pemilih itu memberi pandangan pada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri memberikan pendapat, boleh setuju boleh tidak. Ia tidak ada satu ketetapan, peraturan yang cukup yang boleh mengikat keputusan menteri supaya benar-benar memilih kalangan yang cukup kewibawaannya. Saya masih beranggapan sebuah universiti selain dari dana, peruntukan dan dasar, itu hanya akan terserlah dengan pimpinan universiti yang baik. Ini belum dapat kita saksikan sekarang terutama dalam keadaan, di mana kita menghadapi kemelut ekonomi dan jumlah pengangguran kian bertambah dan Timbalan Menteri di Parlimen ini pada tahun 2006 telah menyebutkan bahawa 70% dari pengangguran di kalangan siswazah terdiri daripada graduan universiti awam tempatan. Sebahagiannya daripada luar negara walaupun kebanyakannya dari Timur Tengah. Saya yakin perkara ini dapat diperbaiki sekiranya mutu pendidikan itu dapat ditingkatkan. Majalah Economist tahun 2005 merumuskan tentang universiti bertaraf dunia yang kita bahaskan pada hari ini, tetapi teras yang menjayakannya ialah tanpa ragu dan kecuali. Tanyalah sarjana dan ilmuan, jangan tanya ahli politik picisan. Jawapan mereka, kalau mahu universiti bertaraf dunia syarat mutlaknya ialah kebebasan universiti dari kawalan ketat kerajaan... [Tepuk] Dengan ini akan menggalakkan daya saing antara para akademik dan mahasiswa tanpa kecuali. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri hendak jawab, hendak pertahankan ini maknanya ia akan memilih, merujuk kepada pandangan minoriti politik rendah akal budi.
Boleh tanya?
Tuan Yang di-Pertua, sudah bagi amaran time. Bolehlah kalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak...
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya hendak tanya apakah kebebasan yang dimaksudkan. Kebebasan mutlak? Maksudnya tanpa ada unsur-unsur halangan ataupun sekatan. Sedangkan kita tahu dalam dunia ini hidup kita pun tidak ada kebebasan secara total ada garis-garis panduan dia. Terima kasih.
Terima kasih saya setuju Yang Berhormat Kinabatangan. Tidak ada sesiapapun yang minta kebebasan mutlak. Tidak boleh rompak, tidak boleh rasuah, tidak boleh banyak maki hamun dan fitnah, betul. Akan tetapi kebebasan yang terikat dengan peraturan memang betul. Saya tidak menghalang Yang Berhormat Menteri untuk meletakkan peraturan- peraturan yang mengawal kebebasan. Ada peraturan untuk menganjurkan majlisnya, tetapi peraturan itu disamakan. Saya tidak mahu berhujah secara peribadi di sini. Saya memang sampai sekarang masih diminta untuk menyampaikan kuliah-kuliah di universiti-universiti terkemuka yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, tetapi tidak boleh masuk universiti tempatan. Alasan saya mungkin Yang Berhormat, kita kena positif, mungkin kerana standard universiti tempatan terlalu tinggi, tidak tercapai oleh saya, di bawah Menteri sekarang... [Ketawa] Jadi arahannya mutlak, tidak boleh masuk sampai ke tahap begini. Kalau begini maknanya, ia menghina profesor dan menghina mahasiswa. Ini bukanlah sekatan yang dimaksudkan. Saya percaya kalau ada universiti di Kinabatangan Yang Berhormat akan jemput saya... [Ketawa] Selain daripada tahap kedudukan universiti yang telah banyak disebut, saya tidak akan ulang, tetapi saya hanya menyebut tentang kertas penyelidikan yang dihasilkan oleh Malaysia.
Ada scope database yang agak sedikit terbelakang pada 2006. Kertas penyelidikan dihasilkan oleh Malaysia, 1,226 pada tahun 2001 meningkat 175% kepada 3,372 pada tahun 2006. Di Singapura, Universiti Nasional yang cukup terbatas jumlah mahasiswa dan profesor pun jauh lebih berkurangan. Dalam tempoh lima tahun yang berkenaan, peningkatannya 83%, 5,274 kepada 9,630 kertas penyelidikan berbanding dengan 3,372 di Malaysia. Di Australia kadar peningkatannya dari kaedah yang digunakan berbeza, ini macam kes jenayah yang dibahaskan oleh kita sama ada yang secara umum, penyelidikan atau yang kita anggap mutu tertinggi. Jadi oleh sebab itu kadar di Australia itu jauh lebih rendah daripada yang dicatat untuk Malaysia dan Singapura. Saya juga teliti Pelan Strategi Pendidikan Tinggi yang membahaskan beberapa isu ini dan saya ingin menggalakkan menteri dan rakan-rakan pimpinan universiti untuk terus melihat isu utama pendidikan tinggi yang kian merosot dan tidak memberikan hanya satu jaminan dan pengakuan bahawa keadaan sudah lumayan kerana yang berkaitan dengan strategi pendidikan tinggi ini haruslah juga mengenai pengeluaran sumber tenaga saintifik seperti mana yang dilakukan oleh Indian Institute Technology, Beijing University dan juga Nasional University of Singapore yang saya sebutkan tadi. Kecekapan dari hal ini bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi iaitu merentas dalam disiplin sastera di mana mahasiswa dalam disiplin ini diminta supaya lebih pintar dan menggunakan kemudahan- kemudahan termasuk teknologi komputer. Tuan Yang di-Pertua saya ingin akhiri dengan menekankan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia GERAK berhubung dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang ditandatangani oleh Profesor Wan Manan di mana seperti juga yang saya tekankan, walaupun kita sambut baik usaha awal ini tetapi dua isu pokok itu tidak terjawab dengan begitu memuaskan. Pertama menjamin mutu pimpinan universiti di kalangan yang cukup berwibawa, utamanya dari segi kelayakan akademik. Keduanya memberikan ruang dan budaya cintakan ilmu dan pergerakan yang lebih selesa di kalangan mahasiswa. Saya pohon Menteri memberikan pertimbangan ini sebelum meluluskan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti ini.
Saya masih memperingatkan Yang Berhormat, 15 minit Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu kita menganggap bahawa universiti ini adalah sebagai harapan masa depan bangsa dan negara kita di mana kita akan menjana tenaga manusia yang boleh diharapkan dari segi ilmu dan pengetahuan, inovasi, kreativiti dan sebagainya. Sebab itulah kalau kita melihat kepada peruntukan-peruntukan di dalam pindaan ini, kita dapati ianya menjawab apa yang menjadi persoalan ataupun permasalahan berhubung kait dengan untuk melihat pimpinan universiti itu dipimpin oleh orang yang mempunyai kelayakan dan juga pengetahuan serta komitmen yang tinggi. Bukan terdiri daripada pengampu-pengampu, bukan sahaja pengampu kepada kerajaan tetapi juga kepada pembangkang. Kita tahu ada universiti-universiti yang mempunyai kiblat yang berlainan. Pensyarahnya, profesornya dan sebagainya yang telah menyeleweng. Itu istilah daripada Barisan Nasional lah kita kata menyeleweng, daripada pembangkang tidak disebut menyeleweng. Akan tetapi kita hendak kepada naib canselor yang mengikut prosedur terbaru ini dalam pindaan ini, ianya bukan hanya dengan sewenang-wenangnya dilantik oleh menteri melalui satu proses, cadangan daripada LPU, Lembaga Pengarah Universiti. Lembaga Pengarah Universiti bukan sembarangan keanggotaannya. Mengikut peruntukan perlembagaan ini terdiri daripada wakil-wakil daripada swasta dan juga wakil- wakil daripada pegawai-pegawai tinggi dalam universiti itu sendiri dan juga suara daripada masyarakat pelajar. Jadi ini representative dari segi suara LPU itu yang akan memberikan cadangan kepada pelantikan naib canselor. Jadi saya percaya masa depan kita cerah di mana tidak ada seorang menteri yang mempunyai sewenang-wenangnya kuasa untuk melantik orang-orang yang hanya menjadi pengampu kepada Menteri ataupun kepada kerajaan. Jadi itu menjadi harapan kita dan insya-Allah akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila pindaan ini dilaksanakan. Ya Yang Berhormat?
Boleh?
Boleh.
Bagus Yang Berhormat Pasir Salak hari ini Tuan Yang di-Pertua, lemah lembut, berbudaya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya...
Dulu teruk kan?
Jangan cakap macam itu, tidak bagus, dia baik tetapi hari ini lebih baik. Tuan Yang di-Pertua soalan saya, apakah Yang Berhormat mempunyai keyakinan bahawa dengan pindaan-pindaan yang ada ini saya pun telah menelaahnya. Ianya memberi keyakinan kepada rakyat dan juga mungkin pelajar- pelajar daripada luar negara untuk memasuki universiti kita sebab pertama ada kelonggaran, kedua unsur-unsur penganiayaan sekiranya berlaku ada tempat untuk aduan yang mengadilinya. Apakah juga dengan akta ini Yang Berhormat melihat bahawa pengampu-pengampu itu mungkin sudah tidak begitu kuat mengampu sebab dalam hidup ini maklumlah kalau tidak pandai mengampu dia mati. Jadi saya pun dimaklumkan banyak juga pensyarah-pensyarah ini dianiaya oleh VC-VC ini sebab dia bukan kaki pengampu. Yang mengampu dia naik pangkat, yang tidak mengampu walaupun dia baik tidak dapat apa-apa.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itulah perubahan yang dibuat melalui pindaan ini di mana proses demokrasi, proses keadilan ada diperuntukkan dalam pindaan ini. Jadi dengan sebab itu tidak ada timbul soal penganiayaan, soal untuk mengampu dan sebagainya. Semuanya menjadi telus dan dilakukan dengan secara profesional. Jadi kalau dengan ciri-ciri ini akan dipupuk dan dimajukan di IPT-IPT kita, tentunya akan menarik masyarakat antarabangsa, pelajar-pelajar antarabangsa untuk datang belajar di universiti kita dalam masa-masa yang akan datang. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk menyatakan rakan-rakan kita daripada pembangkang, dia melihat kepada perkara kecil. Satu saya rasa Perkara 231(b)(1) iaitu berhubung dengan penyertaan dalam parti politik. Pindaan Perlembagaan ini bukan sekadar itu, pindaan Perlembagaan ini adalah begitu luas sekali iaitu berhubung kait dengan untuk menjadikan institusi pengajian tinggi kita satu institusi bukan medan politik.
IPT adalah menjadi tempat di mana kita hendak membina tenaga manusia yang akan menjadi orang-orang yang akan memajukan bangsa dan negara kita. Orang yang berilmu dan berpengetahuan. Memang saya juga kagum dan menghormati Yang Berhormat Permatang Pauh. Dahulu pun saya akur di atas kehebatan beliau menjadi seorang tokoh politik, seorang pemimpin kerajaan, sekarang pemimpin pembangkang. Akan tetapi kita Yang Berhormat sekalian, negara kita Malaysia bukan hanya memerlukan politician. Negara kita bukan perlukan politician. Kalau semuanya menjadi politician, politikus yang hebat...
Seperti Yang Berhormat Pasir Salak.
...Ke mana negara kita hendak pergi dan ramai di sini bukannya dahulu pun aktif dalam politik. Baru ini aktif dalam politik sudah berlagak seolah-olah tokoh politician, pemimpin yang hebat. Baru ini. Dahulu masa di universiti, belajar, bookworm, studious dan sebagainya tapi Yang Berhormat Permatang Pauh dari dahulu dia aktif politik.
Macam Yang Berhormat Petaling Jaya lah.
Lebih kurang. Saya pun aktif politik masa belajar dahulu.
[Bangun]
Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita berkehendakkan semua pelajar di universiti ini aktif dalam politik. Kita hendak melihat masyarakat pelajar yang menguasai ilmu dan pengetahuan. Ilmu sains, ilmu teknologi, ilmu ekonomi dan berbagai-bagai ilmu kerana negara kita ini memerlukan semua disiplin ilmu untuk membangunkan negara kita ini. Kita perlu itu semua. Jadi dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua...
Minta penjelasan Yang Berhormat Pasir Salak.
Masa sudah tak berapa ada. Saya minta maaf. Kalau masa banyak, boleh, tak ada masalah. Jadi kita memerlukan itu. Sekarang ini pun kita masih kekurangan masyarakat luar bandar. Berapa ramai yang jadi doktor? Berapa ramai? Kita hendak suruh mereka berpolitik. Politik, politik, politik. Pagi, petang, siang, malam berpolitik. Kita mahu mereka belajar. Belajar jadi doktor, jadi jurutera, jadi saintis, jadi mathematician, jadi industrialist, economist dan sebagainya. Kalau tidak di masa hadapan masyarakat luar bandar akan jauh ketinggalan. Memang orang-orang yang menjadi musuh kepada pembangunan ini, agenda perjuangan ini mereka tak hendak pelajar-pelajar kita belajar. Mereka hendak pelajar-pelajar kita lalai dengan politik, politik dan politik. Tuan Yang di-Pertua, kita kena berhati-hati dalam hal ini. Anak-anak kita lemah mindanya, jati dirinya. Bukan disebabkan penglibatan dalam politik, kebebasan berpolitik, tidak boleh menyertai parti politik. Ramai daripada anak-anak kita yang malas belajar. Malas belajar! Di universiti baca buku hanya nota-nota daripada pensyarah. Buat rujukan malas, hendak belajar buku dalam bahasa Inggeris malas kerana susah, pening kepala. Pergi periksa berdasarkan kepada nota pensyarah, nota tutorial. Ke mana ilmu dan pengetahuan yang ada dalam kalangan masyarakat pelajar kita?
Jadi dengan sebab itu jangan kita hilang fokus. Tuan Yang di-Pertua, jangan kita hilang fokus. Kita hendak membina satu bangsa yang maju, negara yang maju pada tahun 2020. Kita perlu mengeluarkan barangan. Kita tak mahu menjadi pengguna, consumers. We want to be producer, dengan izin. Kita hendak mengeluarkan kapal terbang, kita hendak mengeluarkan kapal selam, kita hendak mengeluarkan itu dan ini. Pada hari ini masyarakat Malaysia pada keseluruhannya consumers. Kekayaan kita dikaut oleh orang luar kerana kita tidak berupaya untuk mengeluarkan barangan.
[Bangun]
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya hendak tanya apa yang boleh kita keluarkan pada masa ini? Hendak keluarkan satu jarum pun tak boleh.
Penjelasan.
Masalah masa saya. Ready, I’m ready, no problem, dengan izin.
Seminit sahaja.
Yang Berhormat, minta maaf. Nanti Tuan Yang di-Pertua tak bagi saya masa tambahan. Kita bincang di luarlah.
Saya tak bagi Yang Berhormat.
Jadi oleh sebab itu bukan penglibatan dalam parti politik.
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Dahulu pun Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua dahulu pun kecemerlangan tamadun Islam yang cemerlang...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, ada peraturan mesyuarat Yang Berhormat. Saya hendak dengar dahulu.
Duduk, duduk.
Bagi betul-betul peraturan mesyuarat ya. Jangan main-main.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(10)(b), “…adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.” Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Pasir Salak telah menuduh pelajar-pelajar kita malas belajar. Pada pandangan sini, ia akan membangkitkan perasaan di kalangan pelajar-pelajar kita akan tidak berpuas hati dengan kerajaan ekoran kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak.
Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Terima kasih.
Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Ini pelajar-pelajar akan lagi marah...
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak suruh saya buat keputusan, saya buat keputusan. Kita tak akan biar Yang Berhormat buat keputusan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit lagi. Sedikit, bagilah Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih. Saya rasa pagi ini mungkin Yang Berhormat Batu Gajah ada masalah. Okey lah to be fair to you.
Saya pun tak faham ini. Saya pun tak faham. Yang Berhormat Batu Gajah minta keputusan, Yang Berhormat berdiri hendak tanya Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat, saya belum bagi keputusan lagi.
Yang Berhormat Titiwangsa minta kebenaran dengan Tuan Yang di-Pertua.
Okey. Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu. Saya pun nak buat keputusan ini.
Okey.
Macam itu kita berbincang dalam Dewan. Sebenarnya kalau semua perkataan yang macam Yang Berhormat Pasir Salak sebutkan tadi diharamkan dalam Dewan ini, tidak boleh dibolehkan dalam Dewan ini, tak boleh cakap lagi kita Yang Berhormat. Jadi saya tak hendak buat ruling ke atas Yang Berhormat Pasir Salak tadi nanti menteri pun syok juga dengar semua pujian-pujian sahaja. Yang Berhormat ya? Jadi Yang Berhormat Pasir Salak, silakan.
Yang Berhormat, Titiwangsa, boleh?
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit. Okey terima kasih. Saya rasa agak kecewa apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak iaitu pelajar-pelajar kita di sini malas, orang kata tidak boleh bangun memajukan bangsa dan sebagainya sebab saya kira itu sebagai satu seolah-olah downgrading pelajar-pelajar kita dalam negara. Saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Pasir Salak sedar pelajar-pelajar di luar negara dibenarkan menyertai Kelab UMNO. Malah diberi galakan, diberi peruntukan untuk berada dalam Kelab UMNO… [Tepuk] Adakah Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan pelajar di luar negara lebih tinggi standardnya berbanding dengan pelajar dalam negara? Jadi sila beri penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya bercakap sebagai orang tua. Saya menasihati. Kalau Yang Berhormat Titiwangsa hendak bercakap sebagai orang muda, bercakaplah. Hendak bercakap sebagai pemimpin, bercakap sebagai pemimpin. Jangan bercakap sebagai pengikut, pengampu pemimpin. Pemimpin menunjuk hala tuju, memberi nasihat, memberi pimpinan. Kalau masyarakat pelajar kita perlu ditegur kita tegur. Apa salahnya? Adakah kita hendak mengiakan sahaja kelemahan di kalangan pelajar kita? Saya telah temu duga ramai pelajar walaupun dengan kelulusan masters degree untuk menjadi pensyarah di kolej swasta saya. Ramai yang saya temu duga. Apabila berbincang, apabila berbicara, begitu lemah sekali. Ilmu dan pengetahuan mereka dalam hal-hal general knowledge, pengetahuan am begitu terhad sekali. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana pembacaan. Kurang membaca, kurang mengikuti perkembangan semasa. Jadi inilah yang saya sebutkan tadi dan saya bukanlah bermakna berniat jahat atau berniat tidak baik. Niat saya baik. Saya ingin menyeru kepada masyarakat pelajar belajar rajin-rajin supaya menjadi masyarakat pelajar yang berilmu dan berpengetahuan supaya menjadi kebanggaan kita, bangsa kita, negara kita. Apa salahnya? Benda yang perlu diperbaiki,
diperbaiki. Jangan jadi pembangkang mengiakan sahaja apa yang dibuat oleh pelajar. Ini tidak membawa kemajuan. Jadi saya rasa itulah jawapannya.
Double standard tadi, double standard.
Jadi masa pun sudah cukup. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong… [Ketawa]
Saya memang menghormatilah Yang Berhormat Pasir Salak hari ini. Suruh duduk, duduk. Terima kasihlah Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, hasrat kementerian untuk memindahkan AUKU adalah baik dan telah lama dinanti-nantikan.
Kementerian Pengajian Tinggi juga harus dipuji kerana mengadakan perundingan dengan pelbagai stakeholders tiga tahun kebelakangan ini, saya pernah menyertai salah satu sesi perundingan anjuran kementerian dan dipimpin oleh Prof. Syed Faruqi dengan Ahli-ahli Pembangkang dua tahun lalu semasa saya bertugas sebagai penyelidik kepada Ahli Ipoh Timur. Ini adalah baik dan lebih baik daripada Jabatan Perdana Menteri yang membawa enam akta baru, enam bill baru tanpa rundingan sebelum dibawa tetapi malangnya seperti apa yang diulas oleh Yang Berhormat Batu Gajah semalam, adalah mengecewakan bahawa sesi-sesi perundingan ini tidak membawa paradigm shift dengan izin, ataupun pemikiran baru. Pindaan-pindaan ini sudah begitu lama dinanti-nantikan dan empat pindaan lalu lazimnya superficial atau demi hal pentadbiran sahaja. Akta ini telah digubal sejak tahun 1971. Fasal-fasal yang draconian atau zalim itu dimasukkan semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawat Menteri Pelajaran pada tahun 1975. Tidak lama Perdana Menteri yang sekarang menjawat Perdana Menteri akan meninggalkan jawatannya tetapi kita masih berada dalam atmosfera atau suasana Mahathirisme dengan izin. Saya harap kementerian atau Menteri boleh consider atau bawa balik, buat lebih banyak perundingan kerana fokus ataupun tumpuan kita ini salah. Tumpuan kita ini terutamanya seksyen 15, 16 adalah untuk mengongkong minda penuntut-penuntut kita yang sudah mengongkong minda penuntut-penuntut kita hampir 40 tahun. Saya harap saya muda, saya baru mencecah umur 30-an dan akta ini sudah lama, sudah uzur, saya tidak mahu adik-adik atau anak-anak Malaysia yang lebih muda daripada saya mengalami apa yang telah dialami oleh penuntut-penuntut sebelum ini. Sudah sampai masanya kita ada pemindaan yang baru atau paradigm shift. Tumpuan akta ini sepatutnya tidak harus ditumpu kepada untuk mengongkong minda penuntut atau komuniti universiti tetapi harusnya ditumpukan untuk membawa ketelusan, kebebasan universiti dan pendemokrasian. Apa yang harus dikawal bukan minda penuntut tetapi apa yang harus dikawal adalah pentadbiran universiti yang semakin berkembang, semakin besar. Saya ada data sini, pendapatan Universiti Malaya tahun 2007 adalah RM454 juta. Expenditure ataupun perbelanjaan adalah RM450 juta - Universiti Malaya. Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pendapatan itu RM961 juta. Ini expenditure RM816 juta. Bagi USM (Universiti Sains Malaysia) kumpulan dia bagi tahun 2007, pendapatan RM929 juta, bayaran RM856 juta. Saya bagi bandingan sahaja. Kerajaan Pulau Pinang, bajet Kerajaan Pulau Pinang atau pembiayaan Kerajaan Pulau Pinang hanya RM470 juta bagi tahun depan. Bagi bajet USM, dua kali ganda bajet Kerajaan Pulau Pinang. Ini bermakna salah satu tumpuan atau fokus harusnya terhadap pentadbiran universiti, bukan terhadap untuk mengongkong minda-minda pelajar. Saya bagi contoh, bersama dengan Akta AUKU, pindaan AUKU tahun 1970-an dibentuk HEP (Hal Ehwal Pelajar). Hal Ehwal Pelajar ini tidak wujud atau tidak besar pada masa 60-an. Pada tahun 60-an hal-hal pelajar atau penuntut di kendali oleh pelajar mereka
sendiri. Pelajar universiti atau union Universiti Malaya mengendalikan dentist, mengendalikan klinik, bas, kantin, kafeteria, perkhidmatan yang lain-lain semua dikendalikan oleh union. Union itu ditubuhkan oleh ahli-ahli akademik, ahli-ahli kakitangan dan juga penuntut atau pelajar. Mereka mengendalikan suasana universiti dengan spirit atau semangat demokrasi tetapi dengan Akta AUKU dan dengan pindaan tahun 1975, diwujudkan HEP. Dan HEP IPTA sekarang ini telah menjadi satu birokrasi yang besar dan memakankan sumber kewangan dan sumber manusia yang boleh disalurkan kepada kegunaan lebih penting iaitu core business university, dengan izin. Core business university adalah pengajian ilmu dan penghantaran ilmu itu. Dan ini haruslah, tumpuan kita haruslah balik kepada apa yang penting, core business university. Yang bukan core business itu seperti pengendalian hal ehwal pelajar haruslah dikendalikan oleh pelajar sendiri dengan semangat demokrasi. HEP biasanya disalahgunakan untuk menyekat hak-hak asasi manusia penuntut-penuntut IPTA. Saya sendiri pernah mengalami situasi bahawa saya dijemput ke universiti untuk mengungsikan pandangan saya dengan mahasiswa mahasiswi tetapi apabila saya sampai sahaja sampai ke UPM, tempat perjumpaan itu telah dikawal oleh pegawai-pegawai security HEP. Ada banyak berita bahawa HEP di IPTA ditugaskan oleh kerajaan supaya memastikan calon-calon program yang dipilih dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Mahasiswa. Saya mintalah Menteri supaya memaklumkan Dewan ini apakah kos untuk mengendalikan HEP di semua IPTA dan kenapa kementerian tidak menimbangkan devolution ataupun mengongsikan kuasa HEP dengan union pelajar, union kakitangan seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya. Lagi satu aspek saya hendak bawa di sini adalah kolej kediaman di universiti yang tidak dikawal. Saya ingat Akta Universiti kena kawal apa yang penting dan bukan minda-minda penuntut. Kolej kediaman biasanya tidak dikawal, kolej kediaman universiti atau IPTA biasanya tidak perlu memberikan laporan pendapatan kepada sesiapa. Biasanya mereka ditubuhkan sebagai persatuan tetapi kolej- kolej ini besar, ada tiap-tiap tahun bajetnya RM10 juta, RM20 juta. So, saya harap Menteri jawab bagaimana kementerian mengawalkan pendapatan dan juga pembayaran kolej-kolej yang begitu besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya saya bagi Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya turut mengambil peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan bagi tahun 2008 ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua kalau kita melihat objektif AUKU, kita lihat objektifnya adalah untuk menghindarkan pelajar-pelajar dari melibatkan diri dalam pertubuhan atau pergerakan politik sewaktu mereka dalam pembelajaran di universiti. Itu sebenarnya kalau kita lihat semangat daripada AUKU ini. Kita bukan tidak membenarkan mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang lain tetapi apa yang kita harapkan adalah pelajar dan apabila mereka masuk ke universiti mereka menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada pelajaran. Itu core business atau tujuan utama mereka masuk universiti bukan dengan niat-niat yang lain. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Jadi kalau hendak berpolitik dan sebagainya, pergilah ke tempat lain, bukan di universiti. Universiti ini khusus supaya mereka menimba ilmu, cemerlang dalam pelajaran mereka dan akhirnya mereka boleh keluar menjadi seorang warga yang dapat menyumbang kepada tanah air, bangsa, negara dan sebagainya dengan cara yang betul dan telus. Itu yang kita hendak. Jadi kalau kita lihat di universiti ini pun kalau lihat mereka ada forum perbahasan tetapi dalam bentuk dalaman. Dalam universiti sendiri ataupun antara universiti dan mereka boleh mendapatkan pakar yang tidak ada kepentingan politik sebenarnya dan didapati untuk memberi syarahan dan juga sesi soal jawab. Tidak ada masalah sebab dengan cara itu mereka tidak terlibat langsung dengan aktiviti politik kepartian. Mereka boleh juga menguasai dan memahami selok-belok politik negara ini.
Jadi saya lihat itu sebenarnya semangat AUKU ini.
Minta penjelasan.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis dan Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat setuju bahawa dunia hari ini apabila individu itu tidak mempunyai pengetahuan, tidak memiliki ilmu yang tinggi, maka masa depan individu itu akan samar-samar. Sesebuah negara apabila generasi masa depannya tidak mempunyai ilmu, maka masa depan negara tersebut akan menuju jalan kehancuran. Jadi di sinilah sebenarnya letaknya undang-undang yang ketat sedikit iaitu melarang pelajar-pelajar di universiti agar tidak melibatkan diri dalam pertubuhan politik semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran. Jadi apakah Yang Berhormat setuju bahawa ini memang reliable untuk dilaksanakan, untuk menentukan masa depan sesebuah negara.
Terima kasih.
Yang Berhormat Lipis, boleh minta mencelah sedikit. Sambung sedikit.
Sambung. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Lipis bahawa saya katakan ada paradoks di sini. Kita dengar tadi perbahasan mengatakan bahawa kita complain pelajar-pelajar sekarang ini agak jumud. Pemikirannya inward looking, tidak membaca, education excellentnya tidak ke mana berbanding dengan pelajar-pelajar dahulu. Sepatutnya, kerana ada AUKU yang mengongkong pelajar-pelajar daripada berpolitik, sepatutnya mereka semua jadi excellent. Dalam akademik jadi excellent, dalam pentadbiran excellent. Selain daripada politik, yang lain sepatutnya mereka semua excellent. Akan tetapi paradoks. Lagi kita kongkong dia, lagi teruk. Ini di confirm kan oleh beberapa penghujah-penghujah sebelum ini. Terima kasih. Sila jelaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Jadi kalau kita lihat apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, saya setuju. Dua-duanya saya setuju. Akan tetapi kalau kita lihat kalau pelajar ini dibenarkan berpolitik secara tanpa halangan dan sebagainya, tanpa ada sekatan, kita hendak mereka jadi pelajar yang bertanggungjawab. Jadi itu sebab kita lihat dulu masa kita dululah, ada orang yang tidak pernah masuk kelas pun. Mereka kerja berdemonstrasi saja. Tidak fikir. Jadi bagi saya yang penting duduk di universiti ini ialah untuk memastikan mereka ini mendapat ilmu macam yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Memang negara perlukan mereka untuk masa depan mereka. Kita di sini pun kalau kita lihat yang duduk di sini asalnya apa? Kalau kita tidak ada ilmu, kita boleh duduk di sini? Dalam Dewan ini. Tidak boleh! Perlukan ilmu dan tempat-tempat lain pun perlukan ilmu. Akan tetapi apa yang penting ialah cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ini yang penting bagi saya, sebab kalau tanpa kita boleh mengadakan apa-apa pun tapi tanpa pengajaran dan pembelajaran yang baik, segala benda tidak boleh berkesan. Ini yang penting. P&P. Tugas pensyarah pun core business rasanya mengajar. Sebab itu kita katakan di pusat-pusat ilmu mana-mana, guru-guru termasuk pensyarahlah. Guru mengajar, murid belajar. Murid itu termasuklah pelajar-pelajar universiti. Itu falsafah yang kita kena pegang. Guru mengajar, murid belajar; dan mengajar dalam bidang yang sepatutnya mereka ajar dan belajar juga dalam bidang yang sepatutnya mereka belajar. Jadi bagi saya, saya setuju supaya pengajaran dan pembelajaran itu diutamakan di universiti. Sila, Yang Berhormat Kinabatangan.
Ya, yang terakhir, Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa apabila tidak ada sekatan langsung dan pelajar-pelajar ini diberi kebebasan untuk menyertai organisasi politik dan sebagainya, apa yang membimbangkan ada anasir-anasir tertentu yang - bukan komunis. Saya tidak mahu pembangkang dituduh komunis. Pembangkang ini bukan komunis. Cuma mengambil kesempatan. Kalau saya cakap komunis nanti saya kena marah lagi. Macam ini Yang Berhormat Tumpat saya tahu dia bukan orang jahat punya. Dia pemimpin yang baik. Jadi jangan hasut sayalah. Ini Yang Berhormat baru ini diam-diam dululah. Ada anasir-anasir luar yang mengambil kesempatan untuk memberi rangsangan kepada pelajar- pelajar ini supaya melakukan perkara-perkara negatif seperti demonstrasi dan sebagainya dan ini merugikan masa depan mereka. Bukan saya, tetapi mereka dan negara kita. Setujukah Yang Berhormat, kecuali batu demonstrasi jadi wakil rakyat.
Boleh Yang Berhormat Lipis, boleh? Bab demonstrasi, Yang Berhormat Lipis. Boleh sikit? Demonstrasi.
Sila, sila.
Tambahan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membuat perbandingan dan minta pandangan daripada Yang Berhormat Lipis. Memang tentunya kalau pelajar-pelajar ini diberi ruang untuk terlibat dalam politik dan sebagainya, mungkin di negara-negara tertentu, itu boleh membolehkan pelajar-pelajar tersebut mengembangkan minda dan juga personaliti mereka untuk menjadi pemimpin di masa yang akan datang. Akan tetapi sedar atau tidak mungkin di negara-negara jiran kita di mana pelajar- pelajar diberi ruang untuk melibatkan diri dalam politik. Akhirnya di negara-negara jiran kita ini mereka mengetuai demonstrasi sepanjang hari setiap hujung minggu mengakibatkan negara-negara jiran ini ekonominya tidak berkembang dan politiknya tidak berkembang. Malah tidak ada membuktikan mereka ini lebih baik daripada negara Malaysia...
Boleh, Yang Berhormat Lipis? Satu ayat, Yang Berhormat Lipis ya. Fasal...
Okey, saya bagi peluang. Lepas ini saya tidak bagi peluang sebab...
Saya setuju. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Kinabatangan bahawa kalau aktiviti pelajar itu cumanya demonstrasi, maka itu tidak wajar. Sebab itu bila Menteri Besar Selangor kemukakan cadangan buka 10% masuk UiTM, maka vice chancellor mengerakkan mahasiswa demonstrasi. Yang itu saya fikir tidak wajar. Oleh sebab itu saya setuju Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Kinabatangan. Dikerah kampus UiTM Shah Alam, UiTM Pulau Pinang demonstrasi. Yang itu saya fikir saya sependapat buat pertama kalinya dengan Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Namun sejarah mahasiswa demonstrasi juga Yang Berhormat Lipis ya, seperti mampu menumbangkan rejim diktator sebenarnya. Lima mahasiswa Trisakti gugur di Jakarta dan itu membawa atau menyuntik kebangkitan rakyat yang membawa kepada tersungkurnya Pak Suharto beberapa tahun dulu. Jadi dinamisme ini saya fikir yang hilang. Maknanya demonstrasi yang kena pada tempatnya. Yang Berhormat Lipis, saya berbeza dengan Yang Berhormat Lipis dari sudut universiti ini tempat belajar dan gambaran belajar itu cuma dewan kuliah. Interaksi dengan alam, interaksi dengan dunia luar tidak dianggap sebahagian daripada disiplin mempelajari ilmu. Yang ini saya berbeza sedikit. Apa pun tiga empat tahun, akhir sekali apa? Tesis Sarjana Muda dalam satu bidang Yang Berhormat Kinabatangan, Sains Politik.
Ini panjang sedikitlah, Yang Berhormat.
Jadi dewan kuliah itu harus dilihat dalam konteks yang lebih luas sebenarnya.
Kalau mahasiswa mati rasa terhadap segala musibah dan penderitaan rakyat di luar hanya kerana kita katakan mahasiswa tak boleh berpolitik itu ada yang tak kena. Sebab itu, Yang Berhormat Lipis tidak menjawab dan begitu juga dengan Sungai Petani, paradoks. Adanya Akta Universiti sekian lama, apakah kita mampu melahirkan yang cemerlang? Double standard itu cukup banyak. Waktu saya sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia di mana jawatan yang kemudian diambil oleh Yang Berhormat Kota Belud. Jadual tahunan saya ialah menjelajah seantero dunia ditemani oleh Menteri Kebudayaan pada waktu itu, Exco Pemuda. Kita juga ke Kelab UMNO di UK, Pengerusinya pada waktu itu ialah Yang Berhormat Batu Pahat. Dalam semua ucapannya ialah...
Janganlah berucap Yang Berhormat.
Jadi, paradoks dan standard itu saya mohon penjelasan sikit. Terima kasih.
Yang Berhormat kalau ada perkara lain Yang Berhormat hendak sebut, tak payahlah sebutlah. Penjelasan itu dia dah self-explanation…
Hanya saya hendak betulkan tanggapan dia saja Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak pernah mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku dalam bilik kuliah. Dalam mana-mana ucapan saya tadi saya tidak pernah berkata. Jadi, bila mengatakan bila VC, Vice Chancellor UiTM menggerakkan pelajar itu merupakan satu sangkaan jahat dan tuduhan jahat. Kita tidak boleh membuat tuduhan jahat yang sebegitu. Inilah masalah dia, bila kita bercakap kita mula menuduh orang, menuding jari ke sana dan ke sini. Kita bercakap dan kita berbincang secara rasional dan sebagainya. Masalah universiti merupakan masalah universiti, kita biarkan. Sebab itu, saya katakan tadi ini masalah dia. Masalah dia ialah bila kita bagi kebenaran dan kebebasan dia menjadi lain. Kalau kita lihat mana ada sebuah negara pun kebebasan yang mutlak atau demokrasi yang mutlak, tak ada. Oleh sebab itu, kita perlukan AUKU kan? Kita perlukan AUKU. Kalau kita lihat AUKU ini, AUKU ini dinamik sebab itu kalau kita lihat kita hanya setuju Kementerian Pengajian Tinggi. Ini kerana bila mereka lihat AUKU ini dinamik dan ada perkara-perkara yang kita rasa sudah tidak sesuai semasa ia dibuat dulu dan ada pindaan kemudiannya mungkin. Maka kita buat pindaan dan ini satu langkah berani daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi, bagi saya...
Minta penjelasan.
Masa dah hendak habis.
Sikit saja.
Tak apa, tak apa. Terima kasih.
DAP lagi tak ada demokrasi. Ini Yang Berhormat Batu Gajah dulu tak hendak bertanding tetapi tiba-tiba masuk balik.
Ini floor saya Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi, sebab itulah bagi saya mesti kita ada sekatan dan AUKU inilah yang perlu sebenarnya kita buat. Ini juga sebagai satu daripada peraturan, okey. Jadi, kalau kita lihat seperti tadi yang kita cakap banyak kali memang AUKU ini tidak pernah menghukum pelajar, tidak pernah. Saya sendiri belajar di universiti semasa AUKU. Tidak ada masalah dan saya tidak pernah terfikir bahawa AUKU ini mengongkong.
Saya rasa banyak juga tadi umur 30-an dan sebagainya tadi. Saya percaya pelajar yang semuanya belajar masa AUKU dan semua menjadi Ahli Parlimen. Sehubungan itu, banyak yang menjadi Ahli Parlimen di sini...
Dia belajar di Australia bukan di sini.
Siapa yang belajar di Australia? Kalau di Australia pun..., Yang Berhormat Machang belajar di mana, Yang Berhormat Machang di mana?
Di Serdang.
Jadi, manusia yang baik, pemimpin handalan dan sebagainya. Hanya sekarang dia beralih arah itu saja. Akan tetapi jangan jadi huru-hara macam Yang Berhormat Batu Gajah. Dia pun belajar semasa AUKU juga. Akan tetapi agaknya universiti dia itu tidak termasuk dalam AUKU sebab itu dia huru- hara sikit. Kalau kita lihat seterusnya AUKU ini dipinda pada tahun 1971 kalau tak silap saya bagi membolehkan pelajar menganggotai pertubuhan belia. Jadi, ketika masih dalam pengajian ini adalah sebagai satu langkah. Bagi saya untuk mengatasi masalah kekurangan penyertaan golongan itu dalam pergerakan belia pada masa akan datang. Jadi, belia ini kalau kita lihat memang satu daripada wadah untuk melahirkan kepimpinan pada masa akan datang. Jadi, salah satu punca mengapa tidak ramai pelajar yang terlibat dalam pertubuhan belia. Ini ialah kerana mereka tidak dibenarkan terlibat sejak dari dalam kampus. Ini merupakan AUKU 71 dan kita pinda yang ini untuk kepentingan pelajar. Ini saya rujuk kepada Utusan Malaysia pada 13 Mac 2008...
Masa Yang Berhormat dah habis dah.
Dah habis?
Ya, Yang Berhormat.
Tak ada sempat lima minit lagi kah?
Tak boleh Yang Berhormat.
Tak ada injury time ya?
Itu sendiri punya...
Jadi, sebab itu sebagai menggulung. Saya melihat balik objektif pindaan AUKU ini. Jadi, kalau kita lihat pindaan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar dan universiti lebih kebebasan setelah kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di tahap global. Jadi, ini tujuannya sebab itulah marilah beramai-ramai Ahli-ahli Parlimen di sini dan di sana kita sokong AUKU ini kerana kita percaya pindaan ini boleh membawa universiti-universiti dan IPTA kita ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Tawau.
Tuan Yang di-Pertua terima kasih di ucapkan atas peluang bagi saya mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang
bernama satu akta untuk meminda akta AUKU 1971. Izinkan saya menyentuh beberapa isu yang berkenaan. Pertama, cadangan bahawa akta diberi kefleksibelan bagi pelajar-pelajar yang berumur 21 tahun dan ke atas. Saya berpendapat bahawa akta AUKU ini perlu ada tetapi ia perlu dijadikan lebih fleksibel dari segi kumpulan pelajar yang manakah dikena kawalan ini di bawah akta ini. Saya bercadang bahawa pelajar-pelajar yang berumur 21 tahun dan ke atas dikecualikan daripada kawalan di bawah akta ini. Cadangan saya ini adalah berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia yang menganggapkan seorang warga negara yang mencukupi umur 21 tahun dan ke atas sebagai seorang dewasa yang mempunyai semua hak asasi seorang rakyat Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia mereka boleh berkahwin, menurut undang-undang juga mereka boleh beranak, mereka sudah dewasa tetapi peliknya mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Pelajar-pelajar yang berumur 21 tahun dan ke atas patut dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti politik. Terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak sosial dan amal seperti apa yang dikatakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Ini supaya dapat menguasai kefahaman tentang mekanisme pekerjaan politik negara. Di samping itu, mereka dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti politik yang tidak bersalah di sisi undang- undang. Pelajar-pelajar berkenaan juga perlu menyedari secara mendalami situasi politik negara. Mereka ini juga tidak patut dihalang daripada mengakses pengetahuan dan kefahaman situasi politik negara. Jika mereka menjadi buta politik akibat halangan akta ini lebih sebaik mereka mula bekerja, di dalam masyarakat mereka mungkin terlalu senang di pengaruhi oleh orang- orang yang berniat negatif untuk menyertai demonstrasi dan aktiviti politik lain yang tidak membina. Jikalau semua pelajar universiti atau kolej universiti di biar menjadi katak di bawah tempurung sahaja terhadap apa juga yang berlaku di dalam senario politik negara. Lebih senang lagi bagi mereka dikipas-kipaskan supaya menjadi beremosi serta menyertai demonstrasi politik tanpa berfikir masak-masak. Demonstrasi pelajar-pelajar UiTM sebelum ini adalah satu insiden politik yang tentu meninggalkan kesan buruk pada perpaduan negara. Dalam pada ini, dalam pindaan seksyen 2 akta ini. Saya bercadang bahawa perkataan pelajar dalam seksyen 2(d) perlu digantikan dengan pelajar berumur tidak kurang dari 21 tahun. Ini supaya pelajar-pelajar yang berumur 21 tahun dan ke atas dikecualikan daripada kawalan di bawah akta ini. Akta AUKU seharusnya menjadi sebahagian undang-undang di bawah Perlembagaan Negara. Jikalau fasal-fasal dalam akta tersebut bercanggah dengan semangat dan isi kandungan Perlembagaan Negara. Maka kedaulatan perlembagaan yang perlu diberi penghormatan tertinggi. Oleh itu, pandanglah jika perkataan pelajar dalam pindaan akta tersebut dihalusi dengan frasa pelajar yang berumur kurang daripada 21 tahun...
Yang Berhormat, ada lagi yang hendak sambung Yang Berhormat?
Ya.
Duduk dulu Yang Berhormat ya.
Ya, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pagi telah tamat dan Dewan di tangguh sehingga pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Menteri ada usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Isnin, 15 Disember 2008.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya diberitahu bahawa yang akan menyambung perbahasan pada tengah hari ini daripada Yang Berhormat Tawau. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tawau saya ingin berunding dulu dengan Ahli- ahli Yang Berhormat. Sebelum saya gunakan kuasa di bawah 35(7) iaitu mengehadkan masa. Berapa orang lagi yang akan turut berbahas dalam akta ini? Empat, oleh kerana saya ingin ingatkan bahawa kita ada tujuh akta lagi untuk dibahaskan sehingga 18 hari bulan dan mengetahui dengan disiplin Ahli Yang Berhormat kalau berbahas saya tidak jangkalah bahawa kita akan habis. Maka itu saya kasi pilihan, kalau sekarang ini mahu setuju untuk pendekkan masa mungkin sepuluh minit seorang, jadi ada lagi peluang untuk akta-akta yang lebih mustahak daripada ini yang akan juga dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri yang baru membentangkan usul tadi. Kalau tidak kamu akan dapati juga bahawa di penghujung minggu depan kita akan hadkan masa itu. Jadi mulai daripada sekarang ini atas perundingan bukan menggunakan kuasa saya di bawah 35(7), saya benarkan sepuluh minit sahaja seorang dalam soal akta yang kita bahaskan ini. Bagi Yang Berhormat Tawau tidak apalah kalau ada lima belas minit yang sudah dibuat ruling seawal tadi lima belas minit. Apa yang lebih itu Yang Berhormat, itu yang digunakan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan sambung. Dalam keadaan yang sama saya rasa kita tidak dapat memberi pengecualian kepada pelajar berasaskan peringkat kursus yang diambil contohnya peringkat persediaan pra ijazah, lepasan ijazah atau lepasan kedoktoran. Penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya. Dalam zaman ini di mana kita galakan pendidikan sepanjang hayat terdapat juga orang dewasa yang juga balik ke universiti mengikuti kursus pra ijazah dan undergraduate. Terdapat juga kes-kes di mana pelajar berumur kurang daripada 21 tahun sudah lanjut ke
peringkat ijazah sarjana atau kedoktoran. Oleh itu saya tidak bercadang pengecualian pelajar kursus-kursus tertentu daripada kawalan di bawah akta ini. Pelajar-pelajar universiti atau kolej universiti sama ada awam atau swasta berumur 21 tahun dan ke atas perlu diberi kebebasan mengambil bahagian dalam politik dengan peraturan–peraturan yang tertentu, iaitu mereka boleh menyertai semua aktiviti politik yang sah dan tidak salah di sisi undang- undang. Mereka boleh menjadi ahli politik, parti politik, mereka boleh menyertai pidato dan perbahasan politik, mereka boleh menganjurkan kempen atau isu-isu semasa tertentu, mereka boleh menjalankan tinjauan dan penyelidikan berkaitan pembangunan politik dalam atau di luar negara, mereka boleh dibenarkan menjalankan pelbagai aktiviti yang bercorak politik di luar kampus sahaja. Akan tetapi yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua semua aktiviti pun ada batasannya. Contohnya mereka tidak boleh menyertai demonstrasi jalanan haram, mereka tidak boleh menyalahgunakan kemudahan SMS, internet, mereka cetak dan lain-lain untuk menyebarkan khabar-khabar angin, penuduhan palsu, propaganda politik yang tidak berasas fakta khususnya politik perkauman yang memecahbelahkan rakyat dan sebagainya sehingga perpaduan dan keselamatan negara yang terancam. Dalam kata lain pelajar- pelajar yang berumur 21 tahun ke atas perlu bertindak sebagai warganegara dewasa yang bertanggungjawab terhadap semua percakapan dan tindakan mereka. Saya terkejut sebelum ini bila mendapati protes atau demonstrasi murid-murid sekolah kebangsaan dianjurkan oleh ibu bapa-ibu bapa, kononnya untuk protes tentang kes-kes pengusikan murid-murid perempuan oleh guru mereka. Aduan para ibu bapa yang dibawa kepada guru besar sekolah berkenaan telah diabaikan, maka para ibu bapa tidak ada pilihan selain menganjurkan protes untuk mengutarakan kemarahan mereka terhadap kelakuan guru-guru yang memang salah. Patut dan adil para ibu bapa harus mengadakan protes itu, tetapi apa yang membimbangkan saya iaitu orang-orang dewasa itu memang menyamai budaya protes dan demonstrasi yang salah di kalangan murid-murid yang masih muda lagi mentah itu. Oleh itu ingin saya bercadang kepada kedua-dua kementerian, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam negeri supaya menubuhkan sebuah biro aduan yang bebas atau independent complaint bureau, dengan izin bagi menangani kes-kes pengusikan atau penyalahgunaan kekasaran di sekolah, kolej atau universiti kerana sistem yang sedia sekarang tidak menyediakan jalan-jalan bagi menangani kes-kes sedemikian yang sudah berlaku banyak kali tahun demi tahun. Isu yang kedua kekurangan doktor- doktor perubatan di Sabah.
Statistik telah mendedahkan bahawa kadar insiden kematian bayi negeri Sabah pada tahun 2007 adalah yang tertinggi di seluruh Malaysia iaitu 9.6 kematian di antara 1000 kes bersalin. Kadar kematian itu bersalin di Sabah adalah di antara yang tertinggi juga. Keadaan ini disebabkan kekurangan doktor-doktor yang mahir di Sabah terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Pada hakikatnya kekurangan doktor di kebanyakan hospital awam adalah sangat serius di Sabah. Ingin saya ucapkan tahniah kepada kumpulan pertama 30 orang doktor perubatan yang tamat pengajian Ijazah Perubatan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun ini. Saya diberi kefahaman bahawa hanya 20% tempat pengajian perubatan UMS diperuntukkan bagi pelajar-pelajar Sabah. Saya berharap kementerian akan menambahkan pengambilan pelajar di UMS dan di samping itu juga menambahkan kuota pengambilan pelajar Sabah ke tahap 50% untuk fakulti perubatan. Saya yakin bahawa langkah ini merupakan suatu cara yang berakal untuk mengatasi masalah kekurangan serius doktor perubatan di Sabah. Saya juga terkejut bila membaca berita bahawa walaupun terhadap seramai 7000 orang doktor yang tamat pengajian dari universiti-universiti awam dan swasta tetapi hanya 4000 orang doktor perubatan ini yang bertugas secara profesional di hospital-hospital. Manakala yang baginya seramai 3000 orang doktor perubatan telah menyertai profesion atau perkhidmatan administration yang lain. Betul kah berita ini dilaporkan dari surat khabar?
Jika benar, apakah plan yang akan dijalankan kementerian untuk menggalakkan berlakunya doktor-doktor perubatan memilih tidak bertugas di hospital-hospital sebaik sahaja mereka tamat pengajian universiti. Keadaan ini adalah semata-matanya pembaziran masa dan dana kerajaan sudah kehilangan sumber manusia terutama sekali kerana mereka telah mengaji selama lima tahun di fakulti perubatan universiti. Isu yang ketiga, kursus-kursus pemindahan kredit pengajian supaya boleh menyesuaikan atau menyelaraskan bekalan sumber manusia dengan permintaan pasaran kerja. Apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kursus- kursus yang diperkenalkan di universiti-universiti awam atau swasta dapat menghasilkan sumber manusia yang sesuai dengan keperluan kerja yang sedang berubah...
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Adakah negara kita mempergunakan pengetahuan kemahiran dan kejayaan negara asing melalui kerjasama pendidikan berbentuk kursus-kursus pemindahan kredit pengajian. Ambil satu contoh, saya sangat gembira tentang kerjasama yang terjalin antara universiti-universiti asing dengan institusi pengajian tinggi Malaysia contohnya Germany dan Malaysia yang menunjukkan kemajuan dan merupakan pendekatan yang berubah bagi pelajar-pelajar Malaysia di Bavaria. Germany adalah terkenal sedunia dalam pengeluaran kereta, mesin-mesin dan peralatan. Pelajar-pelajar Malaysia belajar di arah pembangunan pengalaman praktikal, penyelidikan aplikasi dan pemindahan teknologi ini. Memanglah cara maju untuk menyediakan sumber manusia Malaysia yang lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran. Seorang pelajar Malaysia yang belajar di Germany berkata, “Jurutera buatan Germany adalah jurutera yang berkualiti tertinggi”. Saya berharap kursus-kursus pemindahan kredit di antara universiti-universiti Malaysia di universiti-universiti atau perbadanan asing dapat menolong Malaysia mencapai kemajuan secara berkesan dan lebih cepat. Saya ingin tahu, berapakah universiti awam atau swasta di Malaysia yang memasukkan kursus-kursus pemindahan kredit ke dalam kursus-kursus pengajiannya dan apakah kursus-kursus yang berkenaan. Kebanyakan universiti awam Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur kelas pertama yang dibanggakan. Sepatutnya Malaysia harus maju menghasilkan para lepasan ijazah yang dapat dibanggakan sebagai sumber manusia dengan pengetahuan dan kemahiran kelas pertama juga. Dengan itu, sekian terima kasih
Terima kasih, Yang Berhormat Silam. Sepuluh minit Yang Berhormat Silam. Selepas Yang Berhormat Silam, saya panggil Yang Berhormat Seremban. Selepas Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Rasah, selepas Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat belakang itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej (Pindaan), bagi tahun 2008, saya turut membahaskan iaitu kalau kita lihat pada masa sekarang ini iaitu terdapat 500 buah IPTS dan 20 buah institusi IPTA yang tertakluk di bawah AUKU, akta tahun 1971. Kita melihat AUKU ini adalah satu akta yang memberi peruntukan kepada banyak perkara meliputi penubuhan dan penyelenggaraan serta pentadbiran universiti dan kolej serta aspek-aspek yang lain. Jelaslah bahawa peranan akta AUKU ini diwujudkan untuk iaitu membolehkan kita dapat mengurus dan mentadbir pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini yang bertujuan untuk membolehkan ia nya selaras dengan fahaman dan aspirasi seperti mana yang direncanakan oleh pihak kerajaan. Kalau kita lihat juga dalam perjanjian dokumen lama Malaysia iaitu perkara yang kelapan. Apa pun peraturan dan perlembagaan yang dipersetujui oleh negara ini yang akan ada kepentingannya dengan rakyat di seluruh negara ini akan juga mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak dan sesungguhnya segala persefahaman ini dan pelaksanaan ini akan dilaksanakan mengikut kepentingan bersama untuk kebaikan bersama. Maka tidak mahu dan kita juga melihat perkara untuk peraturan Rang Undang- undang AUKU ini akan berat sebelah ataupun tidak akan bertanggungjawab untuk
memastikan segala pentadbiran dan pengurusan pusat pengajian tinggi di negara kita ini akan terkawal. AUKU masih menjadi isu di setengah-setengah pihak dan mereka mempolitikkan sudah lama perkara ini berlaku sebab kita lihat ada suatu suasana di mana untuk membolehkan mereka mendapat sokongan di kalangan masyarakat tertentu terutamanya di kalangan pelajar maka mereka menggunakan akta AUKU ini untuk mereka- mereka mendapat sokongan. Apa yang penting ialah kita melihat peraturan ini untuk suatu perkara yang membolehkan kita ditadbir dan di urus dengan baik. AUKU yang terkandung dalam akta seksyen 15 sejak sekian lama menjadi senjata yang setengah pihak mempolitikkannya dan mengaitkan dengan isu kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa. Kalau kita tidak kawal dari segi mereka bersuara ini dan saya tidak berpengalaman belajar di dalam negara kita ini tetapi ada pengalaman di luar negara dan kita melihat bagaimana contoh yang terbaik kalau kita ada peraturan sendiri kita dikawal oleh pihak universiti ataupun institusi itu akan menyebabkan segala kita punya pergerakan dan kita apa yang kita buat itu mengikut tatacara yang telah direncanakan oleh pihak pengajian itu sendiri. Maka sewajarnyalah AUKU ini dari segi untuk ditambah baik dari segi pindaan Rang Undang-undang 2008 ini yang bertujuan mengemaskinikan segala terdapatnya kekurangan akta ini akan membolehkan pihak kerajaan dapat merencanakan bagaimana kita dapat melaksanakan segala pembangunan dan aturan susun atur dari segi perwujudan semangat.
Sebelah kanan Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Silam. Hujah-hujah yang diberikan oleh pembangkang tentang kononnya kekangan-kekangan yang telah dikenakan oleh pihak kerajaan ataupun kementerian melalui akta AUKU ini.
Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Silam. Pertama sekalinya ialah saya mendapat point daripada pembangkang ini seolah-olah pelajar-pelajar universiti ini tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik, berpolitik, berdebat dan sebagainya, mereka ini terkeluar daripada realiti politik negara. Sedangkan kalau ada isu-isu yang penting yang dikatakan oleh pembangkang melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, pihak pembangkang masih lagi boleh mempengaruhi minda pelajar ini melalui Parlimen, melalui internet, melalui media. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Silam. Saya tidak dapat lari daripada beranggapan bahawa pihak pembangkang sebenarnya mempunyai agenda yang tersirat atau hidden agenda. Yang mana mereka mahu meracuni pelajar-pelajar, penuntut IPTA ini dengan propaganda politik yang tidak berasas, tuduhan-tuduhan yang liar dan mengambil kesempatan daripada semangat gemuruh orang muda ini yang kadang-kadang tidak dapat membezakan tentang the gentleman of politic atau pun fahaman politik, hubungan kaum dan sebagainya. Kadang-kadang mereka ini gemuruh. Jadi, apakah ini ada satu agenda tersirat ataupun hidden agenda atau pun niat tersirat daripada pihak pembangkang? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya bersetuju bagaimana kita melihat dalam kita sebagai penggubal dasar di negara ini. Kita anggap diri kita sebagai termasuk dalam golongan profesional. Kita melihat bagaimana kerisauan pihak pembangkang dalam mengutarakan idea mereka, mereka mengkritik dan cuba menafikan kononnya bahawa akta AUKU ini adalah bertujuan untuk mengekang kebebasan pelajar itu. Saya tahu Yang Berhormat Kota Belud ini juga mendapat pendidikan dari luar negara dan saya rasa pernah menjadi pemimpin pelajar di salah sebuah universiti di tempat beliau belajar. Jelas sekali, kita lihat sejak akhir-akhir ini, cara atau trend berfikir pihak tertentu terutamanya daripada pihak pembangkang melihat perkara ini sebagai suatu batu
loncatan untuk mereka cuba mempengaruhi generasi muda yang sekarang ini kalau kita lihat memang kebetulan mereka lahir dalam dunia yang serba maju, yang maklumat itu boleh diperoleh di hujung jari. Saya bersetuju maklumat ini kita sampaikan, tetapi pada masa yang sama kita mahu mengekalkan AUKU ini sebab kita sebenarnya tidak menghalang dari segi kebebasan. Saya rasa kalaupun Yang Berhormat ada yang bebas mengatakan bahawa beliau menjadi pemimpin dan dia bandingkan pelajar zaman sekarang ini dengan pelajar pada zaman 60-an, 70-an dari segi kebebasan berfikir, kematangan berfikir. Itu sebabnya kita berharap dengan menambah baik Akta Rang Undang-undang AUKU ini akan membolehkan pihak kerajaan dan universiti itu sendiri mengambil kesempatan untuk memperbaiki dari segi mutu dan kepelbagaian kurikulum yang diajar di peringkat universiti itu. Kita berharap profesor, juga pada masa yang sama para pensyarah perlu tampil ke hadapan untuk menjadi profesor yang benar-benar mahu melahirkan individu itu bukannya terkongkong atau pun sesetengah pihak disebut sebagai pengikut atau pun pak turut. Sebenarnya ini bergantung juga kepada pensyarah atau pun profesor itu sendiri dalam mereka memberi pengajaran atau pembelajaran kepada pelajar mereka. Jadi, apa yang penting di sini ialah kita perlu sesuaikan dengan persekitaran kita. Kalau dalam universiti, saya takut nanti apabila kita terlibat secara langsung atau pun tiada kawalan di peringkat universiti, di peringkat pengajian tinggi, kita tahu mereka ini memang layak mengundi dan mempunyai kebebasan untuk memberi pandangan. Mereka ini juga boleh mempengaruhi golongan masyarakat umum yang akan mengikuti pandangan mereka. Itu sebabnya juga generasi pada masa sekarang ini perlu mempunyai kematangan dari cara berfikir. Mereka perlu membezakan mana yang baik, mana yang tidak baik. Walaupun mungkin kita anggap negara Amerika itu sudah maju, sudah lebih kurang 200 tahun lebih. Akan tetapi, tidak semua perkara yang ada di dalam negara tersebut boleh menjadi contoh teladan kepada kita. Kita sebuah negara yang merdeka, yang mempunyai sistem sendiri. Kita tidak perlu terikut-ikut dengan dunia yang lain. Kita perlu bentuk dari segi peraturan dan perlembagaan merujuk kepada AUKU ini mengikut kehendak dan acuan negara kita supaya kita dapat melahirkan satu generasi yang betul-betul bahawa dia itu warga Malaysia. Di mana pun dia berada, kalau dia dalam Dewan ini, mungkin sama ada dari pihak sebelah sana atau sebelah sini, sebenarnya kita golongan profesional yang mahu membentuk suatu yang mengikut acuan kita. Saya nampak, beberapa pihak-pihak tertentu daripada sahabat ini ada di kalangan sebelah ini yang sebenarnya mereka ini memberikan pandangan dari segi kritikan, teguran atau pun memperbaiki AUKU ini mengikut rangsangan yang mereka peroleh dipengaruhi daripada unsur-unsur anasir luar.
Sila gulung Yang Berhormat.
Akan tetapi mereka tidak melihat...
Sila gulung Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mereka tidak melihat bagaimana kepentingan AUKU itu adalah untuk kepentingan negara kita sendiri. Maka, apa yang perlu kita lihat di sini bagaimana bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama, golongan mudalah yang menjadi harapan dan tumpuan pembentukan minda kelas pertama. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan mahasiswa atau golongan muda ini merupakan aset sesebuah negara yang amat berharga. Jika salah corak yang dilakar, maka buruklah golongan muda yang bakal menjadi pemandu negara pada suatu ketika. Kebebasan dalam mengutarakan pendapat yang kritis seperti yang saya telah sebutkan tadi perlu ada hadnya. Kita sesuaikan dengan adat resam Malaysia, kita sesuaikan dengan pembentukan negara kita yang berbilang kaum ini. Sensitiviti itu perlu kita hormati dan pandang. Kalau pun kuasa-kuasa tertentu diberikan kepada menteri, itu adalah mengikut keadaan semasa. Kita tahu tujuannya baik
untuk kebaikan negara kita itu sendiri sebab kita perlu bentuk apa yang ada di negara ini mengikut kehendak kita sendiri. Di samping itu juga, kegiatan bermasyarakat..., saya sarankan kepada pihak kementerian ini untuk dipergiatkan lagi supaya memberikan kematangan kepada generasi muda terutamanya para pelajar kita yang berada di universiti. Keterlibatan bersama badan bukan kerajaan juga diperlukan secara usaha sama bagi mematangkan lagi mahasiswa-mahasiswi kita yang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Terima kasih Yang Berhormat.
Satu minit. Melalui aktiviti seumpama ini, kita berharap kita dapat melahirkan warga yang bertanggungjawab, yang akan dapat menghormati segala peraturan dan Perlembagaan negara kita. Apa yang penting ialah kita melihat dalam sudut yang positif. Mudah-mudahan dengan memperbaiki lagi Rang Undang-undang AUKU ini, maka kita melihat universiti kita dan pusat-pusat pengajian tinggi di negara kita ini akan bertaraf antarabangsa. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Seremban, saya ingatkan masa cuma sepuluh minit. Kalau boleh jangan lagi kasi laluan untuk penjelasan kerana Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mempunyai masa. Bukan bermakna apabila tidak kasi penjelasan, Yang Berhormat ketar, Yang Berhormat kecut dan sedemikian. Tidak. Jangan kasi lagi penjelasan. Saya juga ingin ingatkan Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) dalam soal penjelasan ini, interjection. Kadang-kadang saya perhatikan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang menumpang interjection itu dia tumpangkan idea dia kepada Yang Berhormat, yang dia tidak terfikir sebelum itu. Interjection sebenarnya ialah minta penjelasan dari orang yang berhujah itu dalam kesamaran apa hujah yang dia telah kemukakan bukan untuk menumpang idea baru. Ingat itu. Sila Yang Berhormat Seremban. Sepuluh minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk ambil bahagian dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008. Pertama, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada beberapa artikel dalam Federal Constitution kita, Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 4 di mana mengatakan apa-apa pindaan dibuat dalam mana-mana akta mesti mengikut Artikel 4 dalam Perlembagaan Persekutuan sebab Artikel 4 ialah supreme law of the country dengan izin. Selain daripada itu, saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Artikel 8 sebelum saya buat ucapan di atas akta rang undang-undang yang ada di hadapan Dewan yang mulia ini. Artikel 8 iaitu equality before the law, dengan izin. Satu lagi ialah apabila saya baca rang undang-undang ini, banyak pindaan telah langgar Artikel 10 iaitu Freedom of Association, dengan izin.
Yang akhirnya saya suka bagi sedikit iaitu di atas Artikel 53 iaitu dikatakan dengan izin, the right of choice to be represented by a council are the choice of the particular person, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi banyak pindaan dalam akta ini seperti yang saya katakan adalah melanggar Artikel 10, Federal Constitution. Oleh sebab itu saya tidak sokong banyak pindaan dalam di sini. Amendment yang diberikan dalam rang undang-undang ini adalah cosmetic in nature sahaja dan selepas saya baca amendment yang dicadangkan oleh kementerian, fikiran saya tidak sokong pindaan dan sebelum itu saya suka menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, satu memorandum kita dapat daripada pelajar-pelajar universiti lebih kurang dua atau tiga bulan yang dihantarkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan juga kepada semua Yang Berhormat Ahli Parlimen daripada seorang yang bernama
Zul Fatah Ibrahim iaitu Ketua Gerakan Mahasiswa meluluskan AUKU, di mana dalam memorandum ini dia ada bantah banyak pindaan yang ada di hadapan Dewan yang mulia ini. Selain daripada itu, saya suka bagi tahu iaitu di atas pindaan di bawah seksyen 15(1) dan 15(2) dalam rang undang-undang ini. 15(1) iaitu substitution of section 15 dengan izin, 15(1) dan 15(2) ialah lebih kurang sama juga tetapi 15(1) dirujuk kepada pelajar-pelajar dalam universiti dan 15(2) dirujuk kepada organization, body or group of students dan persatuan-persatuan lain dalam universiti. Jikalau kita lihat peranan 15(1)C dan juga 15(2)C, ada kuasa diberikan kepada menteri yang berkenaan tetapi ini boleh jadi subject to abuse of power, salah guna kuasa. Oleh sebab itu, saya tidak sokong pindaan seperti yang ada di bawah seksyen 15(1)C dan 15(2)C dan seksyen 15 yang buat pindaan ada melanggar freedom of association seperti yang dikatakan dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Untuk amendment di bawah seksyen 15(5) iaitu katakan, pelajar-pelajar dalam universiti tidak boleh bagi apa-apa pandangan di atas political issues, ini pun saya tiada sokong sebab di sini ada satu lacuna. Kenapa saya katakan ada satu lacuna, kalau kita katakan dia tidak boleh berikan dia punya political opinion di atas satu isu, apabila pelajar- pelajar dalam universiti umur di atas 21, apabila dia pergi polling station untuk buang undi untuk kerajaan ataupun untuk parti pembangkang, apabila dia buang undi, bukankah dia bagi satu political opinion. Apabila dia express, dia buang undi untuk satu political party, ini katakan dia akan berikan dia punya political opinion. Oleh sebab itu, ikut pandangan saya di bawah seksyen 15(5), it does not make sense sebab ada satu lacuna dan saya harap menteri yang berkenaan boleh semak balik seksyen ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya suka rujuk di atas seksyen 15(A) iaitu dahulu di Akta 30, that is the main act. Jikalau apa-apa kesalahan dibuat di atas main act, punishment ialah denda ialah RM1,000 atau pun enam bulan penjara atau pun dua-dua tetapi jikalau kita baca muka surat tujuh dalam rang undang-undang, dikatakan dalam muka surat tujuh, dikatakan perenggan tujuh di atas, masa ini sudah substitute oleh disciplinary action dalam universiti dan di sini pun ada sedikit kesilapan. Saya harap menteri boleh semak balik seksyen-seksyen ini sebab di bawah seksyen 16B(3)(c), di bawah seksyen 15B(3)(c), dikatakan apabila satu pelajar dituduh di atas disciplinary action, dia akan mewakili oleh employee or another student. Di muka surat 11, saya rujukkan Tuan Yang di-Pertua kepada version dalam bahasa Inggeris, dikatakan di muka surat 11, perenggan 3B atas dengan izin Tuan Yang di- Pertua, a student of the university shall have the right to be represented by an employee or another student of the university. Ini tidak boleh masuk akal sebab macam mana satu pelajar yang lain boleh jadi defence counsel untuk pelajar yang dituduh di hadapan disciplinary board, it does not make sense. Lagi satu, apa yang dikata....
Dua minit lagi Yang Berhormat. You have another two minutes.
Yes Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan di sini selain daripada student yang lain, dia katakan employee tetapi apabila saya semakkan pindaan di hadapan Dewan yang mulia ini, rang undang-undang ataupun saya baca the main act, Act 30 langsung tidak ada apa-apa definition untuk employee, siapa ini employee dalam universiti, boleh define satu pelajar dalam universiti. Oleh sebab itu saya harap ministry yang berkenaan boleh semak balik dan cadangan saya ialah rang undang-undang ini mesti ditangguhkan kepada tahun akan datang untuk ministry yang berkenaan untuk semak balik dan bagi pindaan ke atas rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Rasah, then afterwards I promise Yang Berhormat Hulu Terengganu, selepas itu Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya ingin membahaskan daripada perspektif seorang yang pernah terkongkong dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU ini selama tiga tahun. Selama tiga tahun saya menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1997 sehingga ke tahun 2000. Selama pengalaman tiga tahun saya, saya cukup benci kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU ini kerana akta ini menyebabkan tiap-tiap malam selama tiga tahun itu ibu bapa saya tidak dapat tidur lena kerana mereka tahu anaknya suka berpolitik, anaknya suka hendak mengambil tahu hal ehwal politik, anaknya memilih memihak kepada sebuah parti bukan MCA dan bukan Gerakan. Itu sebabnya ibu dan bapa saya tidak dapat tidur lena. Itu sebabnya saya benci sungguh kepada AUKU ini. Saya tiada hal, you AUKU ke tidak, saya tetap lawan Barisan Nasional, dahulu, kini dan selamanya…. [Ketawa] Akan tetapi ini juga menyebabkan ramai ibu bapa di luar takut anak mereka kritikal sedikit, takut tidak dapat graduate, tidak dapat mengambil ijazah, tidak ada karier yang baik pada masa depan. Itu yang menyebabkan ramai yang begitu takut. Pada hemat saya AUKU ini menyebabkan satu psychology fear kepada mahasiswa, bukan semua mahasiswa tahu apa kandungan dalam AUKU. Kalau tanya mahasiswa kita, ramai yang tidak tahu apa yang ada dalam AUKU itu, tetapi psychological fear, ketakutan itu yang diletakkan kepada mahasiswa itu cukup besar kesannya. Saya tengok tiap-tiap tahun apabila ada minggu suai kenal, ada orientation program, minggu pertama mahasiswa-mahasiswi kita akan dibasuh minda mereka, jangan berpolitik, jangan mempersoalkan apa, jangan lawan kerajaan kerana ini akan menyebabkan anda diambil tindakan di bawah AUKU.
Ini menyebabkan satu masyarakat mahasiswa yang spoon-feed, yang tidak kritikal, yang tidak ada pendapat sendiri. Itu yang menyebabkan sekarang ini kita mempunyai mahasiswa mahasiswi yang begitu lesu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak pagi tadi. Ini disebabkan kita ada AUKU. Dalam masa 38 tahun selama ini kita ada AUKU yang menyebabkan mahasiswa kita tidak kritikal. Apa maksudnya kita hendak adakan kampus, apa peranannya universiti, apa peranan menara gading? Peranannya ialah melahirkan masyarakat yang kritikal, masyarakat yang inovatif, masyarakat yang boleh adaptasi kepada masyarakat, kepada daya kita untuk memikir dan daya kita untuk menyelesaikan masalah. Itu yang penting iaitu hendak melahirkan mahasiswa, bukannya melahirkan robot-robot yang tidak boleh berfikir. Akan tetapi apabila saya tengok dalam suasana kampus pada hari ini, pada tahun 1983 semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Pelajaran. Beliau mengemukakan sistem 3M. Saya masih ingat sebab saya batch pertama dalam 3M iaitu kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira. Pada hari ini budaya 3M ada dalam kampus kita tetapi bukan budaya 3M iaitu mengira, menulis dan membaca tetapi budaya pergi ke dewan kuliah menyalin nota, itu ‘M’ yang pertama. ‘M’ yang kedua menghafal nota; dan ‘M’ yang ketiga ialah apabila ada peperiksaan muntah balik bulat-bulat apa nota yang mereka salin dan baca itu. Itulah 3M, tidak ada apa-apa perkara lain. Kita tengok pada hari ini, menteri atau mana-mana Ahli Parlimen masuk ke kampus, adakan syarahan dan ucapan. Selepas satu jam syarahan dan ucapan bertanya kepada mahasiswa, ada apa-apa soalan. Satu tangan pun tidak boleh nampak! Kalau di universiti luar atau di tempat lain, berlumba-lumba yang hendak tanya soalan. Dulu semasa saya pergi kuliah, profesor sering mengadu mengapa tidak ada soalan daripada pelajar- pelajar. Tiap-tiap kali tengok dua, tiga muka yang itu sahajalah. Tanya banyak sikit nanti kawan kata ini hendak tunjuk sombong, hendak tunjuk pandai. Tidak ada budaya...
Macam di Parlimen jugalah!... [Dewan riuh] [Ketawa]
Itulah. Dulu Yang Berhormat Rembau, saya kenal dia tahun 1998. Dia penganjur Hedge Fund Conference, kalau masih ingatlah. Saya pun ada menyertainya program itu. Saya keluar bertanya, semasa itu Timbalan Perdana Menteri merasmikan konvensyen itu. Semasa itu Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada ketika itu, saya bertanya, mengapa tidak ada ramai pelajar Malaysia yang keluar datang mengambil bahagian dalam konvensyen ini, satu conference internasional yang begitu masyhur sekali, tidak ramai pelajar Malaysia. Ada pelajar Malaysia tetapi tidak berani keluar bertanya soalan. Apa budaya yang kita hendak timbulkan kepada pelajar-pelajar kita. Itulah sebabnya kita tengok pada hari ini tidak ada budaya bertanya, tidak ada budaya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan perdebatan ilmiah. Langsung tidak ada dalam kampus kita! Saya katakan bahawa ini adalah kerana psychological fear yang disebabkan oleh AUKU. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas semalam yang mengatakan definisi pelajar...
Sedikit sahaja, boleh?
Minta maaf sebab Tuan Yang di-Pertua tadi...
Half minute, boleh? Half minute sahaja iaitu tentang budaya takut tadi. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Rasah. Adakah Yang Berhormat Rasah sedar ataupun tidak, dalam kursus BTN; Ketua Pembangkang, Mursyidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan dikatakan anasir subversif. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Rasah.
Saya memang sedar. Itu memang cara Barisan Nasional hendak “cuci otak” mahasiswa mahasiswi kita. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Mas bahawa selepas pindaan ini, definisi pelajar itu lebih teruk daripada AUKU yang sebelum ini. Selepas saya menjadi ADUN pada tahun 2004, tahun 2005 saya mendaftar diri dalam Universiti Malaya untuk mengambil Masters dalam Public Administration. Tidak ada masalah untuk saya mendaftar menjadi pelajar universiti walaupun saya sudah menjadi seorang ahli politik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Akan tetapi, kalau selepas pindaan ini diluluskan, sesiapa Ahli Parlimen dalam Dewan ini hendak mengambil Masters atau PhD kena dapatkan kebenaran daripada naib canselor. Ini bercanggah sungguh dengan MCA, kata lifelong learning! Semua Ahli Parlimen patut digalakkan untuk mengambil kursus yang lebih banyak Lifelong Learning Program. Oh, ini mungkin agenda Presiden yang dulu lah! Sekarang sudah tidak ada agenda ini lagi. Mana Ahli Parlimen MCA, tidak ada seorang pun mengambil bahagian dalam AUKU ini, tidak minat langsung kepada masa depan mahasiswa kita. Jadi, saya hendak bertanya, adakah definisi pelajar itu merangkumi semua ini. Saya rasa tidak patut kerana kita adalah orang dewasa. Sepatutnya kita adakan galakan budaya supaya lebih ramai orang dewasa Malaysia pergi mengambil kursus Masters atau PhD dalam universiti-universiti kita dan tidak sepatutnya dikongkong. Saya jawab kepada ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengatakan bahawa kita hendak menggalakkan politik di kalangan mahasiswa mahasiswi. Sebenarnya ia tidak benar. Kalau kita betul, tidak larang pun. Saya tidak nampak bahawa kalau kita benarkan hari ini, esok ada 30,000 atau 40,000 mahasiswa mahasiswi berlumba-lumba hendak masuk PAS, PKR dan DAP. Tidak! Saya bukan hendak mengatakan bahawa semua mahasiswa itu perlu menjadi ahli politik. Dalam Parlimen ini kerusi hanya ada 122. Kalau semua mahasiswa dan mahasiswi hendak jadi Ahli Parlimen tidak ada kerjalah kita. Semua hilang pekerjaan. Tidak betul, bukannya begitu. Akan tetapi kita hendak melahirkan masyarakat yang ada budaya berfikir, ada budaya untuk berbahas, ada budaya untuk mengejar ilmu. Kalau menjadi doktor, seorang doktor yang sering mengajak teori yang baru, pergi tengok teori yang baru. Ada peguam, peguam yang sering membahaskan undang-undang, membahaskan Perlembagaan,
jurutera yang inovasi dan sebagainya. Budaya yang kita mahu ialah supaya mahasiswa kita ada untuk budaya untuk memikir, mencabar dan mengejar ilmu. Itu yang kita mahu. Kita tidak lihat kalau ada AUKU itu akan membenarkan satu suasana ini berlaku dalam kampus kita. Kita tahu bahawa memang perlu ada satu undang-undang khusus untuk urus tadbir universiti. Perlu ada satu undang-undang yang ada clear guidelines untuk urus tadbir, cara bagaimana hendak memilih naib canselor dan sebagainya. Akan tetapi suasana akademik itu perlu bebas dan perlu dikembalikan kepada masyarakat kampus tanpa campur tangan menteri dan orang politik. Pada hemat saya pindaan ini tidak cukup. Kalau kita benar-benar hendak menghidupkan semula suasana kebebasan ilmiah dalam kampus kita...
Masa ada sedikit sahaja lagi Yang Berhormat.
...Apa yang paling penting kita perlu mansuhkan terus Akta Universiti Kolej Universiti ini... [Tepuk] Tidak perlu pinda apa-apa, mansuhkan terus. Saya rasa AUKU ini tidak sedap didengar dan saya cadangkan satu akta baru AUTU - Akta Urus Tadbir Universiti, bukan AUKU. Mansuhkan AUKU dan kita bawakan satu undang-undang baru Akta Urus Tadbir Universiti seperti yang dilakukan untuk Akta ACA, ada satu akta baru, gantikan kepada Akta Pencegahan Rasuah. Saya rasa satu akta baru perlu untuk urus tadbir universiti tetapi tidak menyentuh dan memberikan kebebasan semula kepada mahasiswa dan mahasiswi kita supaya ada suatu suasana kebebasan akademik yang benar-benar dalam kampus kita. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Terengganu. Selepas Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rembau dan selepas itu Yang Berhormat Kepong.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya.
Tunggu dulu Yang Berhormat Telok Intan, nanti ada masa saya panggil.
Saya ingin mengambil bahagian untuk menyokong pindaan Akta Universiti Kolej Universiti ini kerana saya amat yakin bahawa pindaan akta ini bertujuan untuk memperkasakan universiti-universiti kita. Ia juga supaya pelajar-pelajar, siswa-siswa dan produknya akan menjadi siswazah yang terbaik. Terbaik bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat global. Saya ingat balik bahawa apabila memperkatakan tentang AUKU ini bahawa ia tidak mengongkong dan menyekat kebebasan anak-anak kita untuk mengembangkan bakat dan pemikiran mereka. Saya amat yakin bahawa dengan pindaan akta ini akan menjadikan bahawa pengurusan pihak universiti kita akan menjadi lebih baik. Saya percaya bahawa penubuhan sesebuah universiti itu dan perjalanannya mestilah selari dan sesuai dengan asas penubuhannya. Kita masih ingat bagaimana penubuhan UKM pada akhir tahun 1970 dulu. Tentulah penubuhan UKM itu dan perjalanannya sampai sekarang ini mesti bersesuaian dengan natijah mengapakah UKM itu ditubuhkan.
Oleh itu kita harus ingat bahawa pihak pengurusannya mestilah selari dengan kehendak kepada owner nya, kepada pihak yang menubuhkannya supaya pengurusannya tidak menyeleweng daripada matlamat asalnya itu. Oleh itu pengurusan pihak universiti mestilah selari dengan pihak yang menubuhkannya dalam konteks ini adalah pihak kerajaan. Kita tidak mahu bahawa pengurusan universiti itu diberi kebebasan 100%
terpulang kepada pihak pengurusannya sehingga tidak dapat dikawal, sehingga tidak dapat dilihat bagaimanakah asas-asas penubuhannya itu. Oleh itu AUKU ini sangat perlu supaya ianya selari dengan kehendak pihak penubuhan itu walau bagaimanapun saya amat yakin bahawa pihak kerajaan tentulah inginkan kebebasan akademik berjalan sepenuhnya di peringkat universiti itu. Demikian juga dengan pensyarah dan pelajarnya. Saya amat yakin bahawa untuk mengembangkan modal insan, bahawa siswa- siswa kita harus diberikan kebebasan untuk mengembangkan bakat potensi yang ada pada mereka. Kita tidak seharusnya mengongkong dan menyekat kerana sekatan yang ada akan membantutkan perkembangan yang ada pada mereka. Pada saya pihak siswa kita diberikan kebebasan. Cuma diberi sekatan supaya tidak terlibat secara aktif dalam parti politik. Kerana saya amat yakin, apabila masuk dalam gelanggang politik, kebenaran hanya ada di sebelah pihak sahaja. Pemikiran sudah tidak menjadi rasional lagi. Sebab orang politik ini kalau dia calon barisan, dia akan sokong barisan. Kalau dia pembangkang walau macam mana elok pun kerajaan buat, dia tetap akan membangkang. Macam Yang Berhormat Batu Gajah hendak bangun tadi.
Penjelasan.
Sebab dia dari pembangkang, saya amat yakin dia tidak bersetuju dengan saya, sebab dia di pihak pembangkang. Jadi kita tidak mahu...
Minta penjelasan.
...Supaya siswa-siswa kita itu diracunkan oleh tokoh-tokoh politik yang hanya bermata, sebelah bukan mata dua belah.
Yang Berhormat Batu Gajah sudah berdiri, pasal Yang Berhormat singgung dia. Jadi saya tidak bertanggungjawab selepas ini.
Saya belum singgung dia, dia sudah bangun Tuan Yang di-Pertua.
Terpulang kepada Yang Berhormat.
Sebab dia sangat tertarik dengan saya... [Ketawa]
Minta penjelasan. Ringkas sahaja.
Okey, satu minit.
Saya rasa Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Belud semua pandangan menyokong mengehadkan penglibatan pelajar dalam universiti. Saya berasa lebih menjurus kepada risau ada persaingan. Persaingan dari pelajar-pelajar yang akan mengambil tempat Yang Berhormat di masa hadapan, lebih menjurus ke aspek itu.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Apa sangat saya hendak risaukan? Saya tidak risau, sebab politik hanya buat sementara untuk peribadi. Akan tetapi politik untuk generasi yang akan datang. Saya amat yakin bahawa kalau anak-anak kita keluar dari universiti mempunyai ilmu, mempunyai kemahiran, mereka banyak, cukup masa untuk turun gelanggang politik, bukan semestinya semasa di kampus ini. Jadi kita minta supaya anak-anak kita di universiti supaya mencari bekalan ilmu, memenuhkan dada dan fikiran mereka supaya apabila mereka turun di gelanggang nanti, mereka boleh pilih mana gelanggang mereka hendak masuk. Sebab kalau mereka masuk awal-awal, kalau mereka masuk cepat-cepat fikiran mereka sudah dihantui dan dirasuk. Oleh itu sabarlah.
Saya amat yakin semasa kita di kampus dahulu, saya semasa di kampus dahulu, saya pun jenguk-jenguk dalam politik, tetapi saya anggap saya sangat ingat pesanan kepada orang-orang kampung saya, saya ingat kepada pesanan penaja-penaja supaya pergi ke universiti bukan tujuan lain. Tujuan utamanya ialah untuk mencari ilmu dan bawa balik segulung ijazah untuk menjamin masa hadapan saya, masa hadapan keluarga saya membina dan membangunkan kampung halaman saya. Tanyalah ayah-ayah, tanyalah bapa-bapa adakah mereka hendak anak mereka tercicir kerana asik berpolitik diheret oleh golongan pembangkang untuk berdemonstrasi sepanjang jalan? Tuan Yang di-Pertua, saya masa masuk kampus dahulu tahun 1972, hari-hari ada student leader menganjurkan tunjuk perasaan. Bersyarah sehingga kita lupa masuk dewan kuliah. Saya masih ingat tunjuk perasaan di AIA yang diketuai oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Kami duduk di atas, kereta jahanam kereta orang, tetapi siswa bersorak tidak fikir perasaan tuan punya kereta tersebut. Tuan Yang di-Pertua....
Dua minit Yang Berhormat.
Sabar. Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingat bagaimana orang-orang terutama pihak pembangkang ini meracunkan pemikiran siswa-siswa kita. Sebagai contoh tahun 1974, mereka berdaya di kampus menunjukkan, mengatakan bahawa berlaku kebuluran di Baling sehingga kami siswa-siswa, siswi-siswi telah keluar beramai-ramai mengadakan tunjuk perasaan kerana terpedaya dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkepentingan. Pada hal sebab itulah saya kata bahawa pada masa usia 21 tahun itu kami belum begitu matang sepenuhnya dan boleh diperdayakan oleh orang-orang yang berkepentingan...
[Bangun]
Sebab itu saya kata kepada siswa-siswa kita sabar dahulu, matangkan dahulu selepas itu turun ke gelanggang untuk mengambil peluang dalam politik...
[Bangun]
Hendak celah lagi.
Ya.
Saya hendak jawab yang dibangkitkan tadi. Tadi dikatakan double standard, studen kita di UK boleh ada Kelab UMNO, student kita di Ireland boleh ada kelab UMNO. Kenapa di UM, kenapa di UKM tidak ada kelab UMNO? Jawabnya cukup mudah. Cukup mudah jawabnya, apa jawabnya? Di UK itu jauh, di Ireland itu jauh... [Dewan riuh] UM itu dekat. Kalaulah kita benarkan kampus kita dimasuki oleh ahli politik, siang malan kumpulan-kumpulan ini akan masuk ke gelanggang untuk meracuni fikiran anak-anak kita.
Luculah Yang Berhormat Hulu Terengganu jawab macam itu.
Pandangan BN macam ini kah?... [Dewan riuh]
Selepas itu Tuan Yang di-Pertua...
Duduk Yang Berhormat..., sila gulung.
Kemudian saya amat yakin siswa kita pada hari tidak semerosot seperti yang dikatakan sama ada oleh Yang Berhormat Pasir Salak ataupun oleh Yang Berhormat Rasah. Saya tengok, saya boleh berdebat dengan mereka, boleh berhujah dengan baik. Boleh, tidak ada apa-apa pun. Saya
tengok pointer mereka tinggi. Zaman saya dahulu dapat seorang first class, riuh seluruh negara tetapi sekarang lima enam orang satu fakulti biasa sahaja. Kenapakah ini merupakan satu kemerosotan? Tidak ini hanya merupakan persepsi dan tohmahan- tohmahan semata-mata, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Untuk menghalalkan bagi mereka untuk masuk ke kampus untuk meracuni anak-anak kita yang tentu akan dikutuk oleh emak bapa yang menghantar anak mereka masuk ke universiti untuk mencari ilmu pengetahuan.
Tolong Yang Berhormat, terima kasih.
Sekian Tuan Yang di- Pertua terima kasih, saya menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Rembau, after Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kepong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut bahas dan menyokong pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pindaan ini sebagai satu langkah pertama yang baik untuk kita mengembalikan kecemerlangan dalam pendidikan khususnya dalam pengajian tinggi. Antara asas kepada pindaan ini yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah... [Yang Berhormat Sabak Bernam bersalam dengan Yang Berhormat Rembau] Lawa baju Melayu, terkejut tengok. Adalah bagaimana kita dapat..., pengantin... [Merujuk kepada Yang Berhormat Sabak Bernam] Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, saya distracted dengan warna Baju Melayu dia...
Tidak ada injury time Yang Berhormat, sila teruskan.
Terima kasih, terima kasih.
Bagaimana kita dapat meningkatkan lagi modal insan negara, bagaimana kita dapat meningkatkan daya saing negara dan bagaimana kita dapat membentuk tamadun melalui pelajar-pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswa. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana antara inti pati, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti ini sebenarnya, walaupun ada yang mengatakan bahawa superficial dan sebagainya, tetapi bagi saya amat memerlukan satu recognition pengiktirafan yang jelas bahawa pindaan ini memberi autonomi yang sebelum ini tidak ada kepada pentadbiran universiti dan juga kepada ahli- ahli akademik. Contohnya saya melihat ada banyak delegation of power, dengan izin ataupun penurunan kuasa daripada Yang Berhormat Menteri kepada Naib Canselor, kepada Senat dan sebagainya. Ini adalah langkah pertama ke arah kebebasan akademik ataupun academic freedom seperti mana yang kita semua tuntut. Sudah tentunya rakan-rakan kita di belah sana tuntut lebih banyak daripada apa yang disediakan dalam pindaan ini, tetapi bagi saya ini merupakan langkah pertama yang baik agar kita kembalikan kebebasan akademik kepada Senat, kepada Naib Canselor dan juga kepada fakulti yang ada di universiti. Antara saya nampak langkah yang penting yang perlu kita bahaskan, perlu kita iktiraf adalah bagaimana Senat-senat Universiti di democratize ataupun diberi satu nafas demokrasi yang baru, di mana pemilihan Senat itu dahulunya dipilih ataupun dilantik oleh Naib Canselor sendiri, hari ini dipulangkan semula kuasa tersebut kepada fakulti, kepada ahli-ahli akademik untuk menentukan 20 orang Ahli Senat. Secara langsung ini memberi kuasa kepada ahli akademik, kebebasan kepada ahli akademik untuk menentukan, satu
badan yang akan menentukan dasar, hala tuju dan juga masa depan universiti tersebut. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana pelantikan dekan yang juga dulu tidak ada langsung input daripada fakulti dan juga ahli akademik, hari ini pula diadakan satu rundingan daripada pihak VC dan juga fakulti. Sudah tentunya ini juga menyumbang kepada kebebasan akademik dan peningkatan dari segi kualiti, pensyarah-pensyarah, dekan-dekan dan sebagainya. Akan tetapi untuk semua pindaan ini bermakna ataupun membawa erti dan makna kepada satu peningkatan dari segi modal insan kita, pengeluaran produk universiti dan peningkatan universiti secara keseluruhannya. Kita harus memastikan bahawa pindaan ini tidak menjadi semata-mata lip service ataupun semata-mata satu pindaan yang tidak dilaksanakan, dikuatkuasakan dengan baik. Contohnya, ini antara concern ataupun kebimbangan saya, apabila saya membaca atas teorinya pindaan ini baik tetapi sama ada dapat dilaksanakan, diamalkan dan sebagainya. Pertamanya adalah pelantikan Naib Canselor. Ditulis di sini di bawah seksyen 4A yang dipinda bahawa menteri boleh menubuhkan jawatankuasa penasihat untuk mencari ataupun melantik Naib Canselor yang baru. Di sini saya ingin tanya adakah ini merupakan satu amalan yang menyeluruh. Maksudnya apabila kita hendak lantik Naib Canselor yang baru, adakah menteri akan buat satu search, satu pencarian yang meliputi semua akademik bukan hanya akademik yang ada di Malaysia tetapi satu global search. Saya bagi contoh, apabila kita lantik Naib Canselor untuk APEX Universiti yang baru dipilih iaitu Universiti Sains Malaysia apabila Naib Canselor punya tempoh sudah tamat, adakah Yang Berhormat Menteri mencadangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang akan buat satu global search, kerana kita hendak menghasilkan universiti yang terbaik bukan hanya di Malaysia tetapi dari satu rantau Asia ataupun di peringkat antarabangsa. Sudah tentunya kita perlu attract talent, menarik talent ataupun bakat akademik daripada seluruh seantero dunia untuk menjadi Naib Canselor kepada APEX Universiti kita. Adakah kita akan buat global search dengan meletakkan iklan dalam surat khabar-surat khabar antarabangsa dan sebagainya untuk mencari seorang Naib Canselor, pemimpin kepada universiti unggul kita yang baru sahaja kita kenal pasti. Keduanya adalah dari segi pelantikan dekan. Apakah maksud rundingan itu kerana dalam pindaan ini secara ditulis terlalu longgar ataupun terlalu loose, di mana rundingan itu adakah visi itu perlu ada perjumpaan dengan fakulti tersebut, adakah ada undian daripada fakulti ataupun adakah Naib Canselor itu terikat kepada pendapat daripada fakulti tersebut, kerana kita tidak hendak rundingan ini semata-mata menjadi lip service. Dia panggil fakulti, fakulti memberi pandangan tetapi akhirnya pandangan fakulti tersebut tidak dipatuhi ataupun tidak menjadi satu bahan nasihat kepada Naib Canselor untuk lantik dekan tersebut. Ketiga adalah kriteria bagi akademik evaluation ataupun penilaian akademik. Ini sebenarnya adalah inti pati kepada pindaan AUKU tersebut, bagaimana kita dapat lahirkan kakitangan ataupun ahli-ahli akademik yang cemerlang, yang betul-betul dipilih kerana merit yang betul-betul dipilih kerana kebolehan mereka, kecemerlangan mereka dan juga kewibawaan mereka. Di sini saya ingin tarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa apabila kita melihat dari segi ahli akademik universiti, ada dua kayu pengukur. Satu adalah kecemerlangan pelajaran ataupun teaching excellence, dengan izin. Satu lagi adalah kecemerlangan dari segi penyelidikan ataupun research excellence. Di sini apakah cara- cara bagaimana pindaan ini akan dilaksanakan, akan diamalkan untuk memastikan bahawa kriteria bagi kecemerlangan pengajaran ataupun teaching excellence itu dapat kita letakkan sebagai kriteria-kriteria yang telus, KPI yang telus untuk kita betul-betul melihat bahawa yang menyampaikan pengajaran di universiti dari segi teaching ataupun pengajaran adalah lecturers yang terbaik yang dihormati oleh pelajar dan dapat menyampaikan subjek matter mereka dengan competent, dengan izin...
Dua minit lagi Yang Berhormat.
Dari segi research excellence apakah cadangan menteri untuk meletakkan satu KPI publish or perish. Di universiti- universiti terkemuka memang ada publish or perish, maksudnya terbitkan hasil penerbitan kalau tidak disingkirkan daripada dinaikkan pangkat dan sebagainya. Adakah kita akan amalkan satu pendekatan yang transparent seperti publish or perish tersebut. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin tambah sedikit kepada apa yang disebut tadi tentang AUKU ini, tentang hak kebebasan bagi pelajar-pelajar. Saya akhirnya akan undi, menyokong pindaan tersebut tetapi saya terpaksa menyatakan concern saya di Dewan ini. Concern saya di Dewan ini berhubung kait dengan hak mahasiswa untuk berpolitik. Saya percaya bahawa kalau ada double standard saya kurang setuju dengan alasan yang diberi, bahawa UK jauh dan sebagainya kerana Kelab UMNO itu pun wujud di Indonesia, di Sumatera yang cukup dekat dengan kita. Saya sebenarnya Yang Berhormat Menteri, saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus kerana walaupun bagi saya tidak ada apa-apa bukti bahawa kebebasan politik itu memberi satu rangsangan kepada kecemerlangan akademik. There’s no relationship between academic excellence and political involvement, tetapi walau bagaimanapun saya setuju ada tulisan satu ketika dahulu daripada penulis tersohor Amerika Syarikat Mark Twain, dia kata, ”Don’t let school get in the way of your education”. Jangan sampai pembelajaran kita mengehadkan pendidikan kita. Pendidikan di sini adalah pengalaman hidup. Pengalaman hidup adalah bermaksud apakah pelajar itu belajar bukan hanya atas kertas? Bukannya ditelan, bukannya muntah dalam pemeriksaan, tetapi apakah dia belajar sebagai seorang mahasiswa dengan experience ataupun pengalaman yang ada. Sebab itu Yang Berhormat Menteri saya rasa bahawa biarlah pindaan ini diluluskan saya akan sokong, tetapi biarlah untuk masa yang akan datang kita buka sahaja kampus ini, kerana hari ini pun memang ada saingan antara parti kerajaan dan parti pembangkang dalam kampus di IPTA tempatan. Cuma tidak rasmi, pro aspirasi kerajaan, pro mahasiswa dan sebagainya tetapi kita semua tahu siapakah itu pro aspirasi kerajaan, siapa pro mahasiswa dan sebagainya. Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.
Terima kasih gulung Yang Berhormat. Sila gulung Yang Berhormat.
Akan tetapi maksudnya di sini...
Pemuda berpecah belah.
Duduk dulu, duduk dulu. Maksudnya di sini kita perlu seperti mana...
Presiden UMNO menang tanpa bertanding.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti mana kita ada kebebasan, kebebasan akademik, free flow of ideas, dengan izin. Biarlah pelajar-pelajar ini juga ada free flow of political ideas supaya mereka menjadi mahasiswa dan juga rakyat yang lebih cemerlang dalam masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau, terima kasih. Sila Yang Berhormat Kepong. Selepas Yang Berhormat kepong, Telok Intan. Selepas Yang Berhormat Telok Intan saya berfikir dahulu apa yang saya mahu buat sama ada langsung tidak boleh bercakap atau apa-apa sahaja, sebab dalam peringkat Jawatankuasa, ada enam cadangan pindaan daripada Petaling Jaya Utara. Di situ lagi panjang masa. Sila Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan hati sedikit sedih kerana pindaan yang diadakan tidak begitu mendalam. Ada kurang sesayat sebelanga tapi ada beberapa cadangan itu baik juga seperti Yang Berhormat Rembau tadi yang menikmati pengalaman di universiti di luar negara sehingga hari ini ada hujah itu baik juga. Mencari orang-orang yang cerdik pandai di seluruh negara jadi fikiran itu betul juga tapi walau bagaimanapun apa yang dinikmati di Universiti Oxford itu dia tak mahu dilakukan di Malaysia. Itu masalahnya sekarang. Masalahnya cakap tak serupa bikin.
Saya tak dengar ucapan ini.
Yang pertama mengenai autonomi. Saya akan berbincang lagi dalam peringkat jawatankuasa autonomi. Walaupun ada sedikit-sebanyak diberi kepada Naib Canselor tapi fikiran dan pola fikiran di kementerian dan juga di universiti itu tidak setakat memberi autonomi, tidak. Misalnya Tuan Yang di-Pertua apabila kementerian bagi satu notis pemberitahuan sekular pihak Naib Canselor itu dia tentulah terkejut dan juga biasanya mematuhi arahan daripada kementerian. Itu masalah. Dia punya fikiran mindset itu dan daripada Perbendaharaan, Treasury bagi satu arahan kepada Naib Canselor. Naib Canselor mengangguk sahajalah itu. Masalah. Masalah di sini mindset. Yang Berhormat Kluang pun tahu apa mindset dia ini dan di dalam pindaan ini tidak mengambil kira fikiran dan mindset yang sudah hampir lebih tiga dekad fikiran seperti hamba abdi. Naib Canselor tidak sepatutnya mempunyai mindset atau fikiran yang begitu sebagai fikiran bawahan sahaja kemudi di haluan, berhilir ke buritan. Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan. Itulah fikirannya dan pindaan ini tak mengambil kira hal seumpama ini dan Yang Berhormat Menteri pun seolah-olah walaupun sebelah kanan diberi sedikit sebelah kiri itu ambil balik. Ini bukan cara hendak pinda. Bukan cara hendak memberi kebebasan dan autonomi kepada universiti. Universiti tanpa autonomi memang bukan satu universiti bahkan sebagai kolej kerajaan sahaja dan Yang Berhormat Rembau pun tahu apakah maksud autonomi tapi nampaknya dia belum bersedia untuk beri autonomi kepada universiti 20 buah IPTA di negara ini, belum sedia lagi bagi. Mungkin hendak tanding Pemuda UMNO dia bersikap sedemikian... [Ketawa] Saya berharap Yang Berhormat dapat mempertimbangkan macam mana kita dapat ubah pola fikiran ini. Kementerian sebagai master dan Naib Canselor sebagai orang bawahan suruhan sahaja. Saya ulang, berkemudi di haluan, bergilir di buritan. Itu fikiran dan yang pertama itu autonomi. Mengenai pelantikan Naib Canselor. Naib Canselor ini sekarang 20 buah IPTA ini Naib Canselor tidak mempunyai rasa senang. Tidak ada security of tenure. Selagi Naib Canselor tidak mempunyai fikiran bahawa jawatan itu selamat tidak ada security of tenure maka mereka tidak boleh menjalankan tugas dengan berkesan sebab dia sentiasa berjaga- jaga mungkin Yang Berhormat Menteri akan datang dan melakukan sesuatu. Bayang di bawahnya bayang Yang Berhormat Menteri itu. Itu masalah kita dan saya berharap security of tenure dan kita mesti ada peruntukan di dalam untuk menjamin security of tenure kecualilah mereka melakukan jenayah ataupun perkara-perkara yang tidak sepatutnya diterima oleh masyarakat. Kalau tidak kita mesti menjamin jawatan itu dengan security of tenure. Berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?
Dua minit.
Dua minit lagi?
Dua minit lagi. Yang Berhormat tidak sedar pasal Yang Berhormat selalu menghadap ke sana apabila berhujah.
Ya.
Kalau Yang Berhormat Kepong menghadap saya mesti tau.
Bukan tidak sedar, itu satu contoh.
Ya, sila teruskan.
Satu contoh.
Sila.
Memang sedar. Kemudian mengenai jawatankuasa pencarian dan di dalam pindaan jawatankuasa pencarian itu ialah datang daripada kementerian. Ini memanglah boleh disifatkan satu perkara yang tak betul. Kalau kita hendak memberi autonomi kepada universiti yang baik kita bagi pihak universiti untuk menubuhkan jawatankuasa pencarian. Universitilah yang menentukan, yang memilih dan selepas jawatankuasa pencarian itu mendapatkan satu keputusan maka diserahkan kepada Menteri. Itu caranya. Saya berharaplah peruntukan untuk menubuhkan jawatankuasa pencarian oleh pihak kementerian memang melanggar dengan semangat kita untuk memberi kebebasan kepada universiti. Memang tak bebas. Saya berharap dapat dipertimbangkan perkara ini dan saya setuju dengan Yang Berhormat Rembau kerana kita mesti mengadakan pencarian seluruh dunia untuk mendapat cerdik pandai daripada mana-mana pun asalkan mereka boleh memberi sumbangan kepada IPTA kita. Itu cara dan satu lagi mengenai cara ada sedikit-sebanyak di sini memberi kelonggaran kepada para pelajar kalau ada melakukan masalah dan telah ditahan di dalam universiti Kamunting kita maka ada banyak jenis universiti. Kamunting university salah satu universiti dalam negara kita. Kalau masuk ke universiti Kamunting dia masih boleh ambil peperiksaan dan sebagainya dan lulus sebagai graduan daripada universiti. Memang ada kelonggaran sedikit tapi yang penting sekali itu kecuali seseorang pelajar itu melakukan jenayah yang jijik dan sebagainya biasanya tidak boleh menjenayahkan para pelajar. Masa cukup sudah sekarang ya? Jadi saya berharaplah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Rakyat orang bincang tentang dan telus, kawan berkuasa kawan riwayat bagai pancang digoncang arus. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Teluk Intan. Yang Berhormat Teluk Intan selepas itu Yang Berhormat Kuala Krai, then Yang Berhormat Serdang dan saya tutup perbahasan lepas itu saya jemput Menteri untuk jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan peluang saya ini untuk berbahas mengenai pindaan akta tersebut.
Pada mula-mulanya saya ingin mengatakan bahawa saya tidak setuju dengan AUKU. Bukan sahaja pindaan tetapi saya rasa akta ini tidak perlu sebab akta ini saya rasa mengongkong minda pemikiran pelajar-pelajar di universiti-universiti di negara kita. Saya percaya ada salah tafsiran mengenai penglibatan seseorang penuntut di arena politik dan taraf pengajiannya. Saya rasa ini tidak ada kena mengena tetapi mungkin fasal-fasal di AUKU ini mungkin akan mengongkong apabila seseorang pelajar itu terasa tersekat, terasa beliau selalu diawasi oleh AUKU dan vice chancellor-vice chancellor di universiti. Mereka tidak dapat meluaskan pemikiran mereka. Saya rasa AUKU ini tidak sesuai pada masa sekarang. Mungkin 20, 30 tahun saya tidak tahulah. Kita dapat kita tengok Yang Berhormat
dari Barisan Nasional begitu cetek pemikiran, kita baru saksikan perbahasan mereka. Jadi saya rasa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, I hope you are with me...
I’m with you Yang Berhormat. I’m with you all the time.
Thank you very much because tadi dia kata dengan Yang Berhormat Kepong. Mesti hadapi saya, when I see you I want you to see me... [Ketawa]
Sila.
Terima kasih, terima kasih. Jadi pepatah dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, ”Our minds are like parachutes. They only function when you open them.” Jadi pemikiran minda penuntut-penuntut kita di universiti saya rasalah pada setakat ini amat kurang memuaskan. Ini adalah sebab bukan penceburan diri mereka dalam politik tetapi pada dasarnya standard taraf pendidikan kita telah amat turun mutunya dari peringkat sekolah rendah dan sumber untuk universiti- universiti adalah dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadi apabila taraf di sekolah rendah dan menengah begitu sudah turun, maka apa yang diambil oleh universiti-universiti adalah murid-murid yang kurang sefahaman dengan apa itu pendidikan. Seperti rakan-rakan sebelah sana mengatakan seorang doktor mesti mempelajari di universiti dalam bidang kedoktoran. Seorang penuntut undang-undang mesti tahu undang-undang sahaja. Apa itu pendidikan? Untuk saya itu bukan satu pendidikan yang meluas dalam universiti. Dengan izin, the university is a store house, a warehouse of knowledge, a fountain of knowledge where the intelligence and knowledge grows dengan izin, tetapi kita bukan dalam keadaan begitu sekarang. AUKU ini khususnya seksyen 15 yang menyekat, tidak membiarkan atau membenarkan penuntut-penuntut mengambil bahagian dalam badan-badan lain seperti badan-badan politik adalah bercanggah dengan Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan, di Perkara 10, memberi kebebasan kepada seseorang individu untuk freedom, for example to be associated with any organization. Itu digerenti dalam Perlembagaan Persekutuan kita tetapi AUKU ini adalah bercanggah. Perkara 4 di Perlembagaan Persekutuan telah jelas mengatakan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ini pada setakat percanggahan itu tidak boleh diterima pakai dalam undang-undang negara kita ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nampak seksyen 8 AUKU, constitution of university. Saya nampak lain-lain seksyen seperti responsibility of minister. Responsibility ataupun tanggungjawab menteri saya baca di seksyen 3 adalah setakat dengan izin, “The minister shall subject to the provision of this act be responsible for the general direction of higher education”. Itu sahaja general direction. Kita kena liberalize universiti-universiti kita dengan memberi lebih kuasa kepada senat dan canselor. Bukan semua keputusan mereka mesti diberi persetujuan oleh menteri ataupun kementerian. Jadi kalau begitu kita tidak jadi lain daripada sekolah-sekolah di negara kita yang semuanya guru besar kena putuskan dan semuanya Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pendidikan kena putuskan. Kita kena tukar cara pemikiran kita mengenai universiti-universiti kita sebab baru apabila ini diberi kebebasan, liberalization of the university and the minds of the students, baru kita boleh bersaing dengan universiti- universiti lain. Baru-baru ini saya telah mengatakan bahawa dalam Times Higher Education Index, kita telah jatuh amat teruk sekali. Lebih daripada 200 lebih kedudukan Universiti Malaya sekarang. Apa sudah jadi? Pada satu masa Ijazah Perubatan Universiti Malaya diiktiraf oleh negara lain tetapi pada masa ini tidak dapat lagi. Apa sebab ini? Apa sebab ini boleh jadi di negara kita ini sedangkan negara-negara jiran kita lebih maju taraf universiti- universiti mereka tetapi universiti kita turun lagi pula. Saya masih ingat pada suatu masa saya telah interview seorang penuntut universiti terkenal dari Kuala Lumpur. Bukan Amerika Syarikat yang terpenting sekali tetapi saya tanya dia, apakah capital of United States of America. Dia kata New York. Jadi bukan New York atau Amerika penting untuk kerja itu sebagai project officer di sebuah sekolah
tetapi untuk saya sebagai seorang majikan, saya ingin seseorang graduan atau pelajar dari universiti bukan sahaja fasih dan mahir dalam bidang yang mereka graduate tetapi fasih dalam semua general knowledge. Mereka mesti tahu apa yang berlaku di negara kita dan di arena antarabangsa. Itu yang kita pentingkan. Jadi, adakah graduates kita employable dengan izin. Saya rasa mereka bukan employable sekarang sebab itu kita ada lebih kurang 80,000 graduate yang tidak boleh dapat kerja di negara kita. Ini satu perkara yang serius kita harus mengambil kira. Jadi saya percaya walaupun saya nampak semua pindaan-pindaan, ada satu dua pindaan seperti pembatalan seksyen 15, iaitu presumption. Presumption itu tidak perlu dalam AUKU dan ini akan dibatalkan. Akan tetapi pada keseluruhannya adalah kosmetik. Saya percaya dan saya rayulah kepada pihak menteri dan kementerian bolehkah kita bersama-sama, saya percaya di bahagian sini pembangkang, we are better and brighter people who can give input in terms of law, dengan izin. So bolehkah kita berganding bahu untuk menggubal lagi satu akta untuk uruskan universiti-universiti kita dan bukan mengongkong atau menyekat universiti-universiti kita. Sampai anak-anak, pelajar- pelajar kalau you fikir universiti sekarang hanya mungkin lebih daripada 50% tahu Obama itu daripada Republican atau Democrat, dia tidak baca. Dia tidak baca. Saya sudah terangkan reading make the man tetapi dia kurang baca. Jadi mari kita bersama-sama menggubal satu akta untuk betul-betul mengambil kira apakah keadaan universiti-universiti di negara kita ini. Macam mana Singapura boleh lebih baik dari kita, saya tidak faham. Sedangkan Universiti Malaya pada satu masa menjadi satu universiti yang premier di negara dan rantau ini. Kita tidak boleh just take this like that, cannot. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya juga fikir dan rasa apabila universiti-universiti kita mengeluarkan graduan-graduan yang luas pengetahuan mereka, fasih dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi, ini ada kesan yang baik untuk negara kita pada keseluruhan termasuk dalam usaha-usaha untuk mencegah rasuah di negara kita. Saya baca semalam di akhbar The Sun mungkin Tuan Yang di- Pertua this is very much concern...
Seminit lagi Yang Berhormat ya. I’m following you closely, so seminit lagi.
Thank you very much Tuan Yang di-Pertua I see that, I see that. Jadi untuk membawa satu masyarakat yang lebih berpengetahuan luas termasuk untuk pencegahan rasuah, saya membaca di surat khabar The Sun semalam bahawa dengan izin, assessment of government action in the fight against corruption in Malaysia, 100 respondents. Didapati bahawa pasukan polis yang teruk sekali. Dari skala satu hingga lima, pasukan Polis Diraja Malaysia dapat gred empat. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Almost very bad, dan political parties 3.8 dan seterusnya registry dan permit services 3.6, dan saya terkejut apabila membaca ini. Saya rasa apabila saya membaca sekarang, Tuan Yang di-Pertua pun akan terkejut. Parliament dan legislation 3.3. That means we are in the middle of the corruption level. Saya ingin tahu dan saya mahu Tuan Yang di-Pertua mengambil tahu bagaimana Parlimen boleh dimasukkan dalam persepsi indeks untuk corruption ini. Jika boleh, saya boleh bekalkan ini kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mintalah. Saya minta kepada kementerian atau menteri kalau bukan sekarang, bila-bila masa dalam short term ini marilah kita bersama-sama menggubal satu akta untuk meningkatkan taraf universiti-universiti kita kepada satu taraf yang setanding dan setimpal di antarabangsa. Sekian saja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Yang Berhormat Kuala Krai, selepas itu Yang Berhormat Serdang. Then, perbahasan tutup. Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita berasa selesa juga dengan ucapan daripada Yang Berhormat Rembau tadi yang menyatakan reservation dia tadi tentang beberapa perkara walaupun beliau tetap akan menyokong rang undang-undang ini. Saya rasa langkah yang sewajarnya beliau ambil ialah untuk menentang dan membangkang rang undang-undang ini kerana hendak tunggu bila pula pindaan AUKU ini tidak tahulah kerana pindaan yang sebelumnya kalau tidak silap saya berbelas tahun yang lalu. Jadi bila pula kita akan mendapat satu peluang untuk mendapatkan satu pindaan yang lebih menyeluruh ataupun lebih baik diubah terus akta ini. Abolish terus, dengan izin, Tan Sri dan Datuk Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Dia waktu pertukaran itu kena sebut dua-dualah. Kita juga dukacita kerana walaupun amalan di universiti sekarang ini ialah menghalang pelajar-pelajar post graduate terlibat dalam mana-mana politik, tidak ada dalam akta ini dan kali ini akta ini menetapkan secara hitam putih bahawa pelajar itu tergolong dalamnya ialah semua yang matriculated dengan universiti termasuk pasca siswazah, diploma jarak jauh ataupun pelajar part time. Semua termasuk. Sebelum ini tidak termasuk tetapi sudah dilaksanakan. Sekarang ini makin jelas akan dilaksanakan dan inilah yang menimbulkan rasa dukacita kita kerana tindakan yang double standard bagi sesetengah orang. Kita lihat ada wakil kita di sebelah sana yang menyiapkan PhD nya semasa memegang jawatan dalam kerajaan. Bukan setakat dalam politik, dalam kerajaan lagi. Akan tetapi dipihak sini kita mempunyai seorang Naib Ketua Pemuda PAS yang membuat PhD nya, terpaksa berhenti kerana dianggap terlibat dalam politik. Ada seorang pelajar yang membuat Masters di Universiti Teknologi Malaysia juga diambil tindakan tatatertib kerana beliau aktif di dalam parti PAS dalam Dewan Pemuda. Beliau membuat Sarjana dan sudah matang, yang tadi Hulu Terengganu kata tunggulah dulu. Sudah tunggulah itu. Sudah habis first degree. Masuk second degree pun tidak boleh juga. Hendak tunggu bila? Esok hendak buat PhD tidak boleh juga. Jadi sampai ke tua tidak boleh masuk politik macam itu. Jadi ini satu perkara yang saya rasa tidak munasabah. Sebab itu kita tidak menyokong dan kami di sebelah sini tidak akan menyokong pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti ini.
Kalau boleh sedikit. Sedikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat penjejasan agaknya bagaimana dengan konsep Open University? Universiti Terbuka di mana sesiapa pun, agak berlainan sedikit daripada jarak jauh. Bagaimana agaknya misal kita politician, ahli-ahli politik ini ingin turut serta menjadi pelajar ataupun mengambil kursus-kursus tertentu dalam Open University. Adakah juga akan terlibat sama dalam pindaan ini?
Melihat kepada pemakaian undang- undang ini kepada universiti di Malaysia, saya menjangka Open University pun akan terikat dengan peraturan ini. Jadi di manakah tarikan universiti kita kepada orang kita sendiri kalau halangan-halangan ini berlaku dalam universiti kita. Jadi inilah ironinya. Dalam satu masa kita hendak menjadikan universiti kita ini mempunyai kedudukan dan penarafan yang tinggi tetapi dalam pelaksanaannya ia tidak cantik dan tidak menarik untuk orang melihat ia sebagai universiti yang terbuka, yang bebas, yang membebaskan kakitangan akademiknya untuk aktiviti-aktiviti akademik dan juga aktiviti kemasyarakatan yang lain. Jadi jelas ini bertentangan dengan hasrat yang kita hendak laksanakan. Tadi saya telah berbincang dengan seorang pensyarah daripada Hong Kong yang mengatakan mereka mendapat geran dari sebuah NGO di United Kingdom sebanyak 20 juta paun untuk membuat kajian mengenai kedudukan wanita Islam dalam negara-negara umat Islam. Buat di Hong Kong. University of Hong Kong. Apa ceritanya? Sepatutnya geran-geran tersebut
disalurkan kepada universiti di negara umat Islam tetapi macam mana hendak hantar ke Malaysia misalnya kalau kita mempunyai kedudukan universiti yang tidak bebas dan ahli akademiknya terkongkong. Maka orang tidak berminat untuk memberikan kepercayaan kepada institusi kita, melaksanakan kajian-kajian tersebut. Ini maksud saya kalau kita hendakkan kecemerlangan, maka kita harus menggambarkan universiti kita sebagai tempat yang terbuka. Yang sangat mendukacitakan kita lagi, selain daripada halangan untuk menyertai parti politik ialah halangan untuk menyatakan pandangan yang dilihat menyokong sesuatu parti politik ataupun membangkang satu-satu parti politik. Itu pun tidak boleh. Sudahlah masuk parti politik pun tidak boleh, yang boleh hanya masuk persatuan-persatuan. Yang persatuan-persatuan ini pula Tuan Yang di-Pertua, kita boleh persoalkan. Sebagai contoh, kalau pelajar universiti ataupun badan-badan dalam universiti bergabung dengan contohnya NGO luar, GPMS misalnya. GPMS ini dipengerusikan, presidennya ialah calon Naib Ketua Pemuda UMNO. Jadi GPMS itu sendiri ialah badan yang cenderung kepada politik. Ya. Nanti dulu. Satu-satu. Jadi kalau mereka boleh bergabung dengan GPMS, GPMS itu sendiri cenderung kepada parti politik. Begitu juga MBM. Kita ada wakil daripada Lenggong sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia. Tentulah dia mempunyai satu pandangan politik. Bohonglah kalau kita katakan dia akan bersifat neutral dalam konteks MBM. Mana mahu dia. Naik kerana politik. Tentulah mereka akan berpegang kepada prinsip politik yang diperjuangkan oleh mereka. Jadi kalau pelajar kita boleh bergabung misalnya dengan GPMS dan MBM, itu sendiri sudah menyebabkan mereka terlibat dengan politik. Boleh pula.
Habiskan, Yang Berhormat.
Hendak habislah ini. Lagi lima minit. Jadi saya merasakan pindaan ini sungguh pelik dan merosakkan lagi imej universiti kita dan masa depan pelajar-pelajar kita. Sebab itu kita daripada awal lagi mahu mencadangkan supaya diberikan kebebasan kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka ini sudah masuk ke umur yang boleh menentukan masa depan mereka. Kalau anak-anak kita di England, di Scotland, di Wales dan Ireland dilihat matang untuk menentukan pendirian politik mereka, apakah bezanya anak-anak kita yang bukan tidak mahu pergi ke sana tetapi tidak berkesempatan belajar luar negara. Kita layan mereka seperti second class dan anak-anak kecil. Ini yang menyebabkan mereka menjadi rendah diri, rendah jiwa, tidak bersemangat, takut dan sentiasa boleh ditekan oleh pihak-pihak yang ada di dalam...
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kembali Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Serdang. Selepas itu Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan mengenai Seksyen 15 dan pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini secara jelas menampakkan niat tidak baik pihak kerajaan terhadap subject matter akta ini iaitu mahasiswa, yang memberikan gambaran jelas bahawa pihak kementerian tidak serius dalam menangani dan menyelesaikan isu kemunduran, mentaliti, kreativiti dan daya saing mahasiswa. Meskipun peruntukan ini menyediakan satu aturan umum bahawa setiap mahasiswa diberikan hak untuk terlibat secara langsung dalam apa bentuk persatuan sekalipun, namun halangan yang tersedia dalam tiga sub seksyen berikutnya menjadikan hak dan kebebasan yang diberi di peringkat awal sebenarnya bersifat domestik dan tidak berkepentingan langsung.
Halangan ke atas mahasiswa untuk bermanifestasi dan berkonfrontasi secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti politik jelas bercanggah dengan beberapa undang-undang asas yang ada di Malaysia. Ini termasuklah Perlembagaan Persekutuan, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, Demokrasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, Prinsip-prinsip Keadilan Semula jadi iaitu Natural Justice dengan izin, dan prinsip-prinsip peraturan undang-undang rule of law. Bahkan tanpa perlu merujuk secara terperinci kepada undang-undang domestik dan antarabangsa yang dinyatakan di atas. Seorang manusia yang waras juga mampu untuk berhujah bahawa mahasiswa sebagai seorang warga negara yang sah di Malaysia. Seharusnya, diberi kebebasan untuk menikmati hak-hak asasi yang telah dijamin. Apakah rasional sebenarnya untuk kerajaan yang mencadangkan pindaan ini di sebalik peruntukan sebegini. Sudah pasti jawapan yang akan diberi oleh Menteri atau Timbalan Menteri nanti ialah supaya mahasiswa kita mampu memberikan tumpuan dan fokus yang lebih kepada akademik sebagai core business mereka di kampus. Namun, ingin saya kemukakan di sini sepanjang AUKU berdiri sebagai sebuah undang-undang yang terjalin di Malaysia selama 38 tahun. Apakah bukti-bukti relevan dan praktikal bahawa mahasiswa dan universiti Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik mereka? Adakah mana-mana universiti di Malaysia yang berjaya mencapai tangga ke 200 dan ke atas dalam rangking universiti-universiti terbaik dunia. Tambahan lagi mengapa negara-negara membangun lain seperti England, Jepun, dan China tidak perlu langsung undang-undang mirip AUKU untuk memastikan kecemerlangan prestasi akademik mereka. Ada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang mengatakan bahawa mahasiswa sebagai aset berharga negara perlu dipelihara daripada terpengaruh dengan mana-mana agenda politik kepartian yang bakal merosakkan mentaliti mahasiswa. Namun, ingin dilontarkan kembali persoalan kepada mereka yang menjunjung AUKU sebagai undang- undang yang baik di Malaysia. Selama AUKU wujud, siapakah yang sebenarnya mendominasi pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik kepartian? Siapakah yang menganjurkan program BTN yang semata-mata untuk mengangkat ideologi parti politik sesebuah parti dan mengutuk ideologi politik yang lain? Siapakah yang biasanya menyalurkan jutaan ringgit untuk setiap jentera pro aspirasi kampus setiap kali menjelang pilihan raya kampus, siapakah yang menganjurkan bengkel jentera pro aspirasi nasional? Siapa pula yang merasmikan bengkel tersebut? Fakta sejarah sudah cukup jelas memperlihatkan bahawa mahasiswa selama ini dilayan secara dengan izin, double standard. Ini kerana kita katakan bahawa peruntukan ini mempunyai kepentingan politik sebahagian pihak yang berkuasa. Mahasiswa dan politik dan seharusnya tidak dapat dipisahkan. Mahasiswalah yang bakal menggantikan kepimpinan negara yang ada sekarang. Mahasiswa yang bakal menerajui kecemerlangan dan kegemilangan negara di masa akan datang. Andai mahasiswa ditukarkan daripada politik maka negara sebenarnya melahirkan bakal pemimpin yang tidak berdaya saing dan ketinggalan. Belajarlah daripada Singapura bagaimana kepimpinan yang ada sekarang mengadar kepimpinan yang akan datang. Konklusinya sekali lagi saya berpendirian bahawa pindaan yang dicadangkan oleh KPT kali ini tidak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh mahasiswa. Pindaan ini sekadar topeng untuk mengembalikan pengaruh politik kerajaan di kalangan pelajar yg semakin terhakis. Sekian terima kasih.
Ya, dijemput Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Sememangnya seperti yang telah
dikatakan akta AUKU ini dipinda bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan universiti dalam negara kita. Di samping itu, memperbaiki kedudukan mereka termasuklah di peringkat antarabangsa, mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif dalam universiti sebagai pusat menimba ilmu. Perkara-perkara yang menjadi asas kepada perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dibangkitkan oleh kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Pendek kata pindaan kepada akta ini merupakan satu enabler dan juga sebagai langkah pertama untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah saya nyatakan tadi. Saya percaya bahawa semua mengakui bahawa akta ini merupakan akta yang paling dipolitikkan sama ada di dalam Dewan ini ataupun luar Dewan. Walaupun sebanyak 61 fasal, dipinda. Walaupun kementerian juga mengambil masa yang panjang untuk meneliti setiap satu cadangan dan juga input-input yang diberi oleh pelbagai pihak. Akan tetapi masih lagi dianggap sebagai kosmetik oleh sebahagian daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Walaupun ada Yang Berhormat membahaskan pindaan ini mahu difikirkan soal supaya dalam membahaskan pindaan ini supaya ia berasaskan kepada soal kepentingan negara. Akan tetapi nampaknya semua menjurus kepada soal kepentingan parti yang sempit. Lebih- lebih lagi apabila menyentuh kepada larangan pelajar supaya tidak menyertai mana-mana parti politik. Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan kepada AUKU ini mempunyai landasan falsafah yang mendasarinya. Landasan falsafah yang dimaksudkan ialah pendidikan dan bukannya politik. Ini bererti jenis cadangan pindaan AUKU adalah berasaskan semata-mata kepada pertimbangan dan prinsip pendidikan. Justeru, prinsip pendidikan di rumus daripada matlamat pendidikan. Maka persoalannya ialah apakah matlamat pendidikan? Matlamat utama pendidikan ialah antara lain memenuhi hasrat bagi melahirkan insan yang sempurna dan satu daripada tabii insan yang sempurna ialah insan yang berfikir. Dengan demikian, demi mencapai hasrat ini segenap daya upaya dan segala daya usaha wajib digembleng ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan dan persekitaran kurikulum yang terbaik bagi pembinaan insan yang baik dan juga berfikir. Sebenarnya telah sedia wujud di universiti-universiti kita pelbagai alat pendidikan yang menyediakan peluang luas untuk mengasah dan mempertajamkan minda warganya. Misalnya mata pelajaran Sejarah, Geografi, Ilmu Alam, Perubatan, Kejuruteraan, Ekonomi, Falsafah, Sains Politik, Ekonomi Politik dan seumpamanya. Semua mata pelajaran itu mempunyai segi-segi yang menyediakan medan pertarungan minda yang sangat luas lagi tertib. Walaupun begitu, di samping kita menyediakan ataupun wujud ruang untuk mengasah dan menajamkan minda warganya; melalui pindaan ini kita juga dalam menentukan kita dapat meningkatkan lagi usaha untuk mengasah minda pelajar. Maka kita memberi kelonggaran ataupun kita memberi hak dan peluang kepada pelajar-pelajar kita untuk berpersatuan dan juga untuk kebebasan bersuara.
Maka atas sebab itulah kita mempunyai fasal yang hari ini kita membenarkan supaya pelajar-pelajar kita boleh melibatkan diri dengan mana-mana organisasi sama ada di dalam ataupun di luar universiti, di dalam negara ataupun di luar negara. Ianya berbeza dengan keadaan sebelum daripada ini, sebelum AUKU dipinda di mana pelajar langsung tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana organisasi ataupun pertubuhan khususnya yang berada di luar universiti. Akan tetapi melalui pindaan ini kita membenarkan mereka melibatkan diri dan tidak ada sebarang kelulusan awal diperlukan. Ini bermakna pelajar-pelajar akan terdedah kepada beratus-beratus organisasi belia sosial, alam sekitar, pengguna, hak asasi manusia, antarabangsa dan perkhidmatan sosial dan sebagainya. Bagi tujuan untuk membantu kita mengasah mindanya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Persoalannya mengapa mengecualikan parti politik kepada pelajar-pelajar ini? Kalau boleh memberi ruangan kepada pelajar menyertai persatuan dan pertubuhan. Parti politik bukannya satu parti yang tidak berdaftar. Sekarang parti politik berdaftar mengapa mengecualikan mereka?
Nanti saya akan jawab. Dia kena ikut urutan Yang Berhormat jangan cuba langkah. Bila sampai masanya ada jawapan mengapa kita memilih itu tapi walau apa pun satu isu yang ditimbulkan dalam soal ini ialah kuasa menteri yang berasaskan kepada kepentingan dan juga kesentosaan universiti boleh menamakan mana-mana pertubuhan yang dirasakan tidak boleh disertai oleh pelajar. Saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat sekalian walaupun ini dianggap sebagai satu permainan oleh kerajaan dan kementerian antara perkara pasif dan juga aktif seperti yang dihujahkan semalam. Sebenarnya apa yang kita berikan kepada pelajar melalui pindaan ini ialah sekarang ini mereka boleh masuk apa sahaja persatuan dan adalah penting kalau menteri ingin melarang mana-mana persatuan maka menteri perlu berunding, merujuk kepada pihak universiti sebelum dinamakan mana-mana pertubuhan yang pelajar tidak boleh sertai. Kalau tanya saya sekarang, apa agaknya pertubuhan yang saya hendak namakan yang pelajar tidak boleh masuk mungkin yang saya tahu hanya Al Qaeda. Selain itu saya rasa masuklah, tidak ada masalah, tidak ada halangan. Jadi sebenarnya yang menakut-nakutkan pelajar yang membangkitkan tanam bahawa AUKU ini jahat, AUKU ini menghalang, AUKU ini akan menentukan pelajar-pelajar ini semua tidak bebas dan sebagainya ialah pembangkang sendiri. Jadi saya dalam Dewan ini menyatakan bahawa pelajar masuklah apa sahaja persatuan kerana tidak ada niat hendak menamakan mana-mana persatuan sebagai sesuatu yang tidak boleh, yang dilarang dan sebagainya. Begitu jugalah Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian kita pinda sebagai satu pembaharuan dan kebaikan daripada keadaan dahulu. Dahulu langsung tidak boleh apa- apa, hari ini pelajar akan terdadah dengan pelbagai persatuan. Maka beri keutamaan untuk mereka menyertai persatuan-persatuan ini kerana saya percaya walaupun kita tidak benarkan mana-mana parti politik empat tahun apabila mereka keluar selepas itu mereka boleh pilih. Hanya seperti yang telah saya katakan di peringkat awal ucapan penggulungan saya tadi ialah kita melakukan pindaan ini secara langkah pertama dan kita lakukan secara progresif. Kita ingin melihat walaupun saya akan menjawab secara khusus mengenai soal penglibatan pelajar dalam parti politik tetapi kita ingin melihat supaya mereka memilih dulu persatuan-persatuan yang pelbagai untuk mereka menajamkan minda mereka supaya matlamat kita mereka ini masuk ke universiti akan dapat kita sama-sama capai.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa masuklah apa persatuan sekali pun tetapi isunya ialah ada klausa yang mengatakan bahawa kuasa menteri untuk menentukan mana persatuan yang boleh dan tidak boleh kononnya menjaga kepentingan dan kesentosaan pelajar-pelajar universiti. Tapi jaminan Yang Berhormat Menteri kata boleh. Soalnya jaminan itu tidak ada bertulis. Bagaimana kalau selepas ini orang lain yang jadi Menteri Pendidikan Tinggi. Adakah Yang Berhormat tidak boleh berikan jaminan bagi pihak menteri yang baru. Sudah tentu kalau menteri yang baru datang “Oh, sekarang saya hendak klasifikasikan persatuan- persatuan ini tidak boleh demi kerana untuk menjaga kesentosaan pelajar”. Jadi saya minta penjelasan bagaimana keadaan selepas daripada kalau Yang Berhormat tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan Tinggi. Mungkin bila menang naib presiden nanti mungkin jadi menteri yang lebih senior. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dari masa ke semasa akan ada peningkatan kemajuan negara. Kita berada dalam zaman maklumat dan saya percaya apa sahaja yang dibuat perlu ada asasnya dan bukan mudah. Bukan maknanya sesuatu menteri celik, dia tidur dia tidak suka persatuan ‘A’, dia terus namakan itu tidak boleh. Saya percaya dari dalam masa keadaan ketika itu sudah tentulah ia perlu mempunyai asas yang kuat dan juga kukuh. Apatah lagi dalam Parlimen boleh dipersoalkan, boleh ditanya dan boleh diminta untuk memberi sebab asas mengapa sesuatu pertubuhan itu tidak boleh dimasuki. Kalau dahulu undang-undangnya langsung tidak boleh disoal tetapi jika menteri menamakan persatuan ‘A’ tidak boleh dimasukkan saya percaya perlu dalam Parlimen ini pun dia tanya dan diminta penjelasan mengapa perkara itu dilakukan. Itu juga bergantung kepada sejauh mana pada ketika itu Yang Berhormat main peranan sebagai seorang pembangkang yang baik. Kalau Yang Berhormat tidak tanya, tidak pandai hendak tanya, tidak reti hendak jawapan yang baik maka tidak akan dapatlah jawapan yang sebenarnya. Jadi terserahlah juga kepada Yang Berhormat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita ...
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat Shah Alam?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi ada disebut bahawa falsafah pendidikan yang ingin diperjuangkan ataupun yang merupakan dasar kepada pindaan-pindaan yang dilakukan di mana mengikut falsafah pendidikan itu ialah ingin mewujudkan seorang manusia yang sempurna. Saya tidak dapat memahami bagaimana dengan menyediakan sekatan-sekatan yang seperti itu di mana penglibatan seorang pelajar di dalam pertubuhan politik ataupun di dalam isu-isu politik boleh membantu ke arah pencapaian matlamat falsafah itu. Saya rasa bagi Yang Berhormat Menteri sendiri terlibat dalam politik dan sebagai ahli politik saya rasa kita memahami bahawa bidang politik ini merupakan satu bidang yang cukup penting kerana ianya berhubung dengan soal kepimpinan negara. Ianya berhubung dengan dasar-dasar yang akan mencorakkan masyarakat negara dan generasi yang akan datang.
Yang Berhormat ringkaskan Yang Berhormat.
Lalu sekiranya kita menjadikan penglibatan seorang pelajar di universiti yang merupakan institusi yang tertinggi pendidikan yang tertinggi di negara kita, kita sekat dan kita tidak galakan. Lalu bagaimana kita boleh menjamin bahawa manusia yang kita keluarkan daripada universiti ini akan menjadi seorang yang sempurna sedangkan kesempurnaan itu menuntut supaya dia mengambil kira, mempunyai pendapat, pandangan, sikap, pendirian terhadap isu-isu yang mencorakkan masyarakat dan negara dia.
Lalu janganlah kita mempunyai satu falsafah yang cantik dari segi melihat manusia yang sempurna tetapi dasar-dasar yang kita tentukan dan undang-undang yang kita tentukan sebenarnya mendorong pelajar-pelajar ke satu arah yang terlalu.
Ringkaskan Yang Berhormat.
Sempit. Terima kasih.
Saya percaya apabila disebut mengenai soal pindaan AUKU ini didasari oleh falsafah yang berasaskan kepada pendidikan tentunya hanya melalui satu para mungkin kita tidak dapat memahami ataupun
melihat bagaimana kita ingin melakukan perkara itu. Maka atas sebab itulah Yang Berhormat perlu bersabar mendengar sampai saya habis semua hujah saya yang juga menyentuh soal dari segi penglibatan dalam politik maka barulah Yang Berhormat akan nampak bagaimanakah asas kita meminda akta ini berfalsafah kepada pendidikan. Jadi sabarlah Yang Berhormat tunggu jangan tinggalkan kerusi, dengar sampai saya habis. Jadi, Tuan Yang di-Pertua hak untuk berpersatuan ini, yang kita benarkan yang kita berikan dalam yang bertujuan untuk bersama-sama menyumbang kepada soal kita mengasah minda pelajar kita. Melalui pindaan kepada AUKU ini kita juga membenarkan pelajar-pelajar tidak disekat dalam menganjur ataupun terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Apa sahaja perkara dan memang banyak perkara, banyak bidang, banyak sektor yang sebenarnya boleh dilakukan oleh pelajar kita dalam kegiatan-kegiatan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian yang sebenarnya boleh membantu kepada soal-soal mengasah minda. Begitu juga pindaan ini akan membenarkan interaksi antara pelajar dan ahli-ahli politik serta parti politik dibenarkan bagi program-program yang berkaitan dengan politik. Misalnya kita hendak buat debat atau forum mengenai kenaikan harga minyak atau turun harga minyak hendak dijemput. Tidak ada masalah kerana ia terlibat dalam soal akademik, soal yang sememangnya ada kaitan dengan pembelajaran oleh pelajar universiti melalui pindaan kepada AUKU ini. Begitu juga hak pelajar untuk melibatkan diri dalam demokrasi pelajar dan berkecimpung dalam politik pelajar sebagai suatu latihan dan penyediaan, sebagai persediaan mereka dalam penyertaan politik negara di masa hadapan juga diteruskan melalui pindaan kepada AUKU.
Minta laluan.
Pokok Sena.
Terima Tuan Yang di-Pertua, saya hendak balik soal penyertaan dalam persatuan-persatuan tadi ini. Apa masalah kepada kerajaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri untuk kita meletakkan paling mudah bagi saya dalam pindaan ini, itu meletakkan bahawa pelajar-pelajar boleh menyertai apa- apa sahaja persatuan yang berdaftar dengan mana-mana undang-undang kerajaan, tidak perlu lagi beri kuasa kepada Menteri untuk klasifikasi apa persatuan yang boleh, tidak boleh sedangkan kalau persatuan itu sudah diterima untuk didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Adakah Yang Berhormat tidak percaya dengan kementerian-kementerian lain yang meluluskan pendaftaran persatuan-persatuan ini? Menteri-menteri yang lulus ini mereka tidak boleh dipercayai, adakah begitu?
Ada persatuan daripada luar negara Yang Berhormat. Dalam zaman Internet ini kita tidak perlu berada di mana-mana.
Maksud saya ialah persatuan yang ada dalam negeri.
Itu sudah tentulah saya tidak akan namakan, kalau ia sah tentu saya tidak akan namakan sebab ia tidak boleh. Takkanlah Yang Berhormat tidak boleh fikir.
Dalam undang-undang ini diberi kuasa kepada Menteri kah? Dia beri kuasa kepada Menteri untuk kata tidak boleh.
Kuasa betul, kuasa. Maknanya.
Yang Berhormat.
Maknanya dalam menjalankan kuasa itu sudah tentu saya tidak akan atau mana-mana menteri akan datang tidak akan namakan mana-mana pertubuhan.
Yang Berhormat hanya bagi jaminan mulut tidak ada jaminan bertulis.
Yang Berhormat kena dengar dulu penjelasan daripada Menteri Yang Berhormat.
Jaminan mulut Yang Berhormat bukan undang-undang. Kita memerihalkan di sini ialah jaminan undang-undang yang bertulis. Yang Berhormat beri undang-undang mulut. Undang-undang yang tidak boleh dipegang.
Yang Berhormat Pokok Sena, saya minta Yang Berhormat Menteri diberi peluang untuk menjelaskan perkara ini, ya.
Sudah tentulah kita tidak akan lari daripada apa yang terdapat Yang Berhormat.
[Bangun]
Saya ingin menyentuh tentang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai soal politik sebenarnya boleh masuk dalam universiti untuk memberikan satu presentation mengenai satu perkara akademik. Sebenarnya awal tahun ini saya dijemput oleh satu persatuan Law students daripada UPM untuk memberikan satu presentation mengenai satu subjek yang saya boleh kata ada sedikit specialty iaitu mengenai income distribution di negara kita. Tetapi, jemputan itu sudah diberikan dan dia punya planning sudah dibuat tetapi tiga hari sebelum saya diperlukan untuk memberikan presentation saya, saya menerima panggilan daripada penuntut-penuntut di UPM. Dia kata minta maaf walaupun jemputan telah dibuat lebih kurang empat bulan yang lalu, tetapi pihak universiti tidak bagi Yang Berhormat masuk dalam universiti untuk berucap. Perkara-perkara ini sering berlaku saya tahu Menteri memang berhati baik. Menteri kalau saya terus datang kepada Menteri, Menteri akan kata tidak ada masalah tetapi pada hakikatnya di kalangan universiti-universiti dan pegawai- pegawai yang menguruskan perkara-perkara ini akan terjadi perkara-perkara tersebut kerana di dalam undang-undang kita tidak clear, tidak jelas. Terima kasih.
Menteri laluan sedikit menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, maka sebab itulah sokong pindaan ini supaya kita ubah, itu sahaja. Yang Berhormat cakap mengenai keadaan dahulu, keadaan yang sedia ada dan mungkin Yang Berhormat suka dengan keadaan yang sedia ada itu dikekalkan kerana itu boleh jadi sebagai perkara yang dipolitikkan.
Menteri saya tidak politikkan perkara ini.
Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menyebut tadi hanya Al-Qaeda sahaja mungkin pelajar-pelajar terlibat tetapi dalam seksyen 15 yang baru sahaja dipinda ini, jelas menyebut di sini dengan izin, saya hendak baca sedikit. “...Seorang pelajar universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang sehingga habisnya selain: (a). Mana-mana parti politik sama ada dalam atau di luar Malaysia.” Dan yang lebih mencengkam sebenarnya ialah subseksyen 5 yang menyebut di sini. “Seolah-olah memang diharamkan untuk menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada simpati atau dengan bangkangan terhadap:
(a). Mana-mana parti politik...” Jadi seolah-olah ada kontradiksi terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Minta penjelasan.
Saya ingat tidak ada kontradiksi ataupun pertentangan mengenai perkara itu, akta itu, pindaan ini adalah amat jelas. Jelasnya dari segi memang kita pelajar itu memang tidak boleh menyertai mana-mana parti politik tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka tidak boleh bersama-sama hadir dalam program yang dianjurkan berkaitan dengan akademik yang mana penceramahnya ialah orang politik. Itu tidak dihalang. Mereka dibenarkan melalui pindaan ini dan saya juga ingin menyatakan bahawa walaupun banyak perkara dibangkit mengenai tafsiran pelajar adalah perlu oleh kerana ketika ini kita dapati bahawa jumlah pelajar post graduate akan meningkat apabila kita telah mempunyai empat universiti penyelidikan. Maka sudah tentulah mereka juga perlu ditakrifkan sebagai pelajar bagi tujuan untuk mereka tertakluk kepada peraturan universiti. Soal-soal peperiksaan, soal-soal library, perpustakaan dan sebagainya, isu-isu plagiarisme, peniruan jika berlaku kerana kalau tidak dianggap mereka sebagai pelajar, mereka dianggap sebagai apa? Itu persoalannya dan kalau kita berpendapat bahawa ini mungkin boleh menjejaskan kedudukan mereka sebagai seorang yang telah pun mempunyai jawatan dalam mana-mana parti politik sebelum mereka masuk diterima untuk melanjutkan pelajaran, maka atas sebab itulah kita beri kelonggaran kepada mereka hanya untuk memohon kepada naib canselor untuk mendapat kelulusan bagi mereka terus kekal pegang kedudukan ataupun menyertai mana-mana parti politik yang sebelum ini mereka telah pun menjadi anggota. Oleh itu.
Saya hendak minta maaf. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menyebut tentang sekiranya mereka meminta kebenaran daripada naib canselor untuk terlibat dalam politik dan terus memegang jawatan politik. Sebelum daripada akta ini dipinda, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, dia ada diambil tindakan oleh UKM. Ini belum dipinda. Manakala, calon kepada UMNO di Pangkalan Pasir, Hanafi Mohd dia tidak diambil tindakan walaupun pada ketika itu dia sedang menyiapkan PhD beliau di UTM. Ini sikap double standard sebelum daripada pihak kementerian memperincikan tarif pelajar. Bagaimana selepas daripada diperincikan? Ini kebimbangan kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kalau mereka bukan pelajar, mereka tidak boleh dapat ijazah. Itu tarifnya. Hanya pelajar yang boleh diberi ijazah. Habis, masuk universiti keluar tidak dapat ijazah hendak buat apa? Tuan Yang di-Pertua, kalau ada kebimbangan mana-mana pihak yang pegang jawatan, mohon untuk mengambil ijazah post graduate dan sebagainya. Kalau katalah universiti tidak memberi pertimbangan yang baik, boleh maklumkan kepada kementerian. Itu dalam masa saya sebagai Menteri, saya beri jaminan. Insya-Allah tidak ada masalah sebab saya percaya banyak juga pemegang- pemegang jawatan daripada parti kerajaan juga yang akan sama-sama melanjutkan pelajaran berasaskan kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Jadi, kita benarkan sebenarnya kedua-duanya sama ada parti kerajaan atau pun pembangkang dalam soal ini. Atas sebab itulah akta ini memberi pengecualian membenarkan naib canselor untuk membuat keputusan. Maka, Tuan Yang di-Pertua sebenarnya adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa seksyen 15 ini mencabuli hak asasi manusia. Seksyen 15 AUKU sebenarnya tidak mencabuli atau pun melanggar hak- hak pelajar. Seksyen ini hanya menyekat dan mengawal pelajar selaras dengan undang- undang. Saya tahu bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat banyak membangkitkan beberapa fasal dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi, biasalah sebagai pembangkang kita hanya akan membaca sekerat-kerat fasal-fasal tersebut.
Kalau kita melihat kepada Perkara 10(3), Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c), Fasal 1 boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pun pelajaran. Maka, adalah jelas bahawa AUKU merupakan undang-undang yang bersandarkan kepada Perkara 10(3), Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kita untuk membuat akta yang sedemikian.
Yang Berhormat Menteri, soalannya pendek sahaja. Akan tetapi perlembagaan kita tidak memberikan satu had bagi freedom expression dan juga freedom assembly. Freedom association benar ada had, ada qualification nya tetapi pada freedom expression dan freedom assembly langsung tidak ada had dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Akan tetapi yang dalam AUKU ini memang akan mengehadkan freedom expression dan juga freedom assembly pelajar dan akademik Malaysia.
Sebab AUKU ini adalah dalam bidang pelajaran yang saya percaya apabila fasal ini dipersetujui dan diluluskan oleh perlembagaan, apabila AUKU dahulu juga dipinda, perkara yang sama juga dibangkitkan dan berasaskan kepada itu selama berpuluh-puluh tahun pihak pembangkang tidak pula cuba untuk bawa perkara ini ke mahkamah untuk mempersoalkan atau pun untuk menafikan kewujudannya. Akan tetapi hanya mahu perkara ini sentiasa dibangkit supaya menjadi modal politik. Parti politik tidak ada modal, tidak hidup. Beginilah cara dan pendekatan yang diambil. Saya mengatakan bahawa AUKU, semenjak dahulu, sekarang pun untuk kita pinda bersumberkan kepada Fasal 10(3), Perlembagaan Persekutuan. Kita tidak perlu berhujah mengenainya kerana hak-hak untuk berpersatuan pun tidak dinyatakan secara mutlak walaupun di bawah undang-undang antarabangsa. Kita boleh bangkitkan Perkara-perkara 20, Universal Declaration of Human Rights. Kebebasan berpersatuan adalah tertakluk kepada Perkara 30, yang menyatakan bahawa tiada hak yang boleh dilakukan sehingga boleh memudaratkan hak orang lain. Contoh lain adalah seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 22, International Covenant on Civil and Political Right di mana di bawah perkara tersebut kebebasan berpersatuan adalah tertakluk kepada pelbagai sekatan. Sebagai contoh, pasukan tentera dan polis tertakluk kepada sekatan-sekatan ke atas hak-hak mereka untuk berpersatuan. Maka, adalah jelas bahawa hak-hak untuk berpersatuan adalah tidak mutlak meskipun di bawah undang-undang antarabangsa. Apa- apa pandangan atau hujah...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi yang disebut oleh isu tentang hak mutlak, kita tidak pernah menyokong hak mutlak kepada siapa-siapa pun. Akan tetapi, yang telah dibaca tadi adalah International Covenant In Human Rights yang menyatakan hak kebebasan ini harus disekat supaya tidak mengancam keselamatan sesiapa pun. Akan tetapi dalam undang-undang pindaan ini, adakah membenarkan pelajar kita untuk menyertai pertubuhan dan parti-parti politik mengancam keselamatan individu yang lain atau negara. Ini saya anggap selain daripada kalau pelajar itu atau seorang mahasiswa atau mahasiswi menyertai satu pertubuhan haram atau pertubuhan terrorist. Kalau pertubuhan yang didaftarkan dan parti-parti politik yang didaftar di bawah undang-undang, bagaimana kita boleh tafsirkan penyertaan mereka ini mengancam keselamatan negara atau keselamatan orang lain. Sekarang ini, kita akan mendidik pasukan intelek dan pemimpin negara masa depan. Kalau mereka tidak dibenarkan atau kebebasan menyertai dalam parti-parti politik atau pertubuhan ini disekat, bagaimana mereka dapat experience untuk teruskan tanggungjawab mereka sebagai golongan intelek bagi masyarakat. Terima kasih.
Contoh yang diberi sebenarnya menunjukkan bahawa kebebasan itu tidak mutlak. Dalam konteks antarabangsa undang- undang dan sebagainya, memang berlaku sekatan-sekatan. Manakala dalam negara kita seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Fasal 10(3) yang mana sekatan untuk menubuhkan persatuan boleh dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai pelajaran. Hak untuk menubuhkan persatuan maknanya tidaklah ada kebebasan, tidaklah perkara-peraka yang disebutkan dalam Fasal-fasal 4, peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya. Jadi, maksudnya adalah tidak wajar apabila dikatakan bahawa apabila kita mempunyai satu seksyen yang tidak benarkan pelajar-pelajar menyertai parti politik bahawa itu mencabuli hak asasi manusia lebih-lebih lagi kita berasaskan hujah kita seolah-olah hak asasi itu hanyalah terpelihara apabila kita dapat menyertai dan menganggotai parti politik semata-mata.
Yang Berhormat Menteri.
Mengenai perkara kedua yang dibangkitkan, saya akan jawab.
Okey, tetapi kita belum lagi selesai masalah double standard ini. Seperti yang disebut oleh sebelah sana juga, kalau kelab UMNO dibenarkan. Kita membenarkan pelajar kita menyertai kelab UMNO, kenapa mereka tidak boleh dibenarkan untuk menyertai kelab lain? Satu lagi, kalau kita membenarkan anak-anak kita menyertai parti-parti politik apabila mereka di luar negeri tetapi di dalam negeri kita tidak membenarkan mereka menyertai parti politik.
Yang Berhormat, isu ini telah pun dibawa oleh ramai Ahli Yang Berhormat.
Ini tidak dijawab dalam isu sekatan ini. Sekatan ini harus diambil hanya menyekat kalau seseorang itu, tindakan ini boleh mengancam keselamatan atau kebebasan orang lain. Akan tetapi sekatan ini tidak boleh digunakan hanya secara arbitrary dengan izin. Terima kasih.
Pertama, Kelab UMNO bukannya sebagai satu parti politik per se kerana ia hanyalah satu kelab, saya belum habis. Hanyalah satu kelab yang bertujuan ditubuhkan untuk membantu melihat kepada soal-soal kebajikan pelajar dan dengan apabila dibenarkan untuk mewujudkan Kelab UMNO di luar negara oleh parti UMNO tanpa bukannya ada kaitan dengan keputusan kerajaan, parti pembangkang pun boleh tubuh kelab parti masing-masing di luar negara. Dalam negara, UMNO tidak tubuhkan kelab di universiti-universiti dan begitu juga sepatutnya tidak ada sebab juga untuk lakukan yang sedemikian. Kita jangan gunakan perbandingan apabila di luar negara kita buat, kita hendak buat dalam negara. Soalnya parti pembangkang bebas hendak tubuh kelab apa sahaja di luar negara, tubuhkanlah kelab tersebut.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu. Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya. Salah.... [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa
Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.
Baiklah Yang Berhormat. Contoh yang diberikan Yang Berhormat sedemikian rupa tetapi banyak sebenarnya kita tahu banyak lagi dan tidak ada apa-apa tindakan oleh universiti atau oleh kerajaan. Ramai kita tahu bahawa kunjungan ataupun pihak pelajar yang menerima kunjungan daripada mana-mana pemimpin parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang yang sebenarnya mereka tidak menghadapi sebarang masalah. Hanya Yang Berhormat ambil, bangkitkan kes yang mungkin menghadapi masalah seperti Yang Berhormat katakan.
Menteri, sedikit menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak rujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang menggunakan Artikel 10(3) jika mana dibentangkan AUKU ini oleh ataupun semasa dipinda AUKU ini oleh bekas Perdana Menteri kita ketika itu merupakan Menteri Pelajaran, tidak timbul pun persoalan Artikel 10(3) ini. Tiba-tiba pada hari ini menteri berhujah dengan menggunakan Artikel 10(3) dan sehinggakan dalam satu tulisan yang ditulis sendiri oleh Tun Mahathir kerana kita apabila AUKU ini diperkenalkan dia menyekat kreativiti mahasiswa untuk berfikir. Saya berpengalaman ketika duduk di Universiti Malaya, pengalaman ketika duduk di UiTM, ada sahaja sedikit masalah, buat press conference sedikit, ayah saya telefon. Dia bukan menakutkan mahasiswa sahaja, menakutkan ibu bapa. Jangan, sat lagi kena AUKU, jangan sat lagi kena ISA, apa ini. Kemudian di sini saya baca apa yang ditulis oleh Tun Mahathir, dia kata jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja AUKU. Ini bukan kenyataan saya, ini kenyataan bekas orang yang membentangkan pindaan AUKU 1975, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, tidak mengapalah, itu Tun Mahathir bekas Menteri Pelajaran dia hendak kata apa pun tetapi dia tidak ada dalam Dewan ini.
Yang Berhormat takut.
Kita yang sekarang berhadapan dengan isu yang ada di hadapan kita dan kita pun tahu cara penulisan Tun Mahathir. Dia kadang-kadang bukannya direct apabila dia mengatakan mengenai sesuatu perkara. Jadi oleh itu adalah tidak benar apabila kita mengatakan bahawa seksyen 15 mencabuli hak asasi manusia. Kerajaan akan terus mengenakan sekatan ke atas pelajar untuk berpolitik, menyertai parti politik atas antara lain sebab-sebab yang berikut iaitu: (i) universiti berhasrat untuk mengelakkan parti politik daripada mencampuri urusan kampus (ii) universiti mempunyai hak untuk memastikan siapa yang patut dibenarkan masuk dan berada di dalam kampus dan bagaimana universiti boleh mengelakkan penglibatan parti politik dalam kampus sekiranya pelajar-pelajarnya aktif berpolitik atau memegang jawatan dalam parti politik; dan (iii) universiti juga ingin mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Sekatan ke atas pelajar untuk berpolitik tidak bermaksud pelajar tidak dibenarkan untuk mempelajari politik. Di negara ini terdapat universiti yang menawarkan pelbagai kursus Sains Politik di mana ia diajar secara ilmiah, tersusun dan tidak menjurus kepada pembentukan budaya kepartian atau berpuak-puak.
Politik yang dipelajari juga adalah merangkumi politik dalam negara dan antarabangsa. Kedua, pelajar juga diberi peluang untuk mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus sebagai latihan pada penglibatan dalam politik negara pada masa hadapan dan ketiga, pelajar tidak disekat untuk membuat kajian atau penulisan ilmiah berkenaan politik dalam negara. Apa yang disekat AUKU ialah bergiat aktif, penglibatan berpolitik berpuak-puak dalam politik negara. Dalam usaha membentuk suasana yang lebih terbuka dan demokrasi di universiti, kementerian menyedari akan keperluan satu perubahan dibuat secara beransur-ansur dan kementerian berusaha untuk tentukan peruntukan undang-undang sedia ada dapat dilaksanakan dengan adil...
[Bangun]
Seperkara lagi yang dapat ataupun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam soal ini ialah kononnya supaya kelonggaran diberi kepada pelajar menyertai parti politik bahawa penyertaan dalam politik kepartian akan mempertingkatkan daya berfikir penuntut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil isu sedikit mengenai statement tadi yang kata hanya disekat adalah untuk mengambil aktif dalam parti politik dan mencarumi puak-puak yang tertentu sebab dengan jelas sekali dalam seksyen 15(5), dia kata seorang penuntut atau pertubuhan dalam universiti tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang ditafsirkan sebagai sokongan ataupun simpati ataupun bangkangan terhadap parti politik. Ini bukan sahaja jadi aktif dalam politik, ini langsung tidak boleh berkata apa-apa simpati. Teresa Kok masuk ISA, “Oh saya bersimpati dengan dia dan parti DAP” Tidak boleh buat macam itu. Ini sudah keterlaluan ini. Sekatan sedikit saya memang faham, dalam universiti memang perlukan sekatan tetapi sekatan yang seperti ini adalah telah keterlaluan.
Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang keadaan pelajar kita di luar negara. Sebenarnya apa sistem yang ada sekarang ataupun pelaksanaan yang ada sekarang daripada dasar-dasar kementerian telah awal- awal lagi mewujudkan satu diskriminasi dan prejudis terhadap anak-anak kita. Saya tidak kisah kalau Yang Berhormat Menteri kata Kelab UMNO adalah satu kelab kebajikan dan sebagainya tetapi sebenarnya realitinya tidak begitu seperti kata Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan berlaku diskriminasi kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan simpati ataupun mungkin seperti tadi menjadi tuan rumah sahaja. Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai- pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang. Terima kasih.
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Saya rasa bukan pihak universiti tetapi masalahnya ialah pihak Kerajaan Barisan Nasional yang tiada keyakinan terhadap pimpinannya. Mengapa tidak boleh membenarkan parti politik bersaing untuk menarik atau memberi pengaruh kepada pelajar-pelajar terhadap ideologi parti masing-masing. Itu persoalannya.
Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ia menjurus kepada persoalan iaitu sama ada penyertaan dalam politik kepartian akan mempertingkatkan daya berfikir penuntut kerana premis hujah yang dinyatakan tadi ialah bahawa pindaan ini adalah berasaskan kepada falsafah pendidik. Usaha-usaha untuk kita menajamkan pemikiran pelajar-pelajar kita dan berasaskan kepada itu sama ada penyertaan pelajar dalam parti politik kepartian benar-benar akan dapat mempertingkatkan daya berfikir pelajar-pelajar kita. Memang benar, kita tidak nafikan medan politik kepartian boleh menjadi wadah untuk berwacana. Namun setakat ini tidak ada bukti empirical yang dapat menyokong hujahan bahawa penyertaan dalam politik kepartian berupaya mempertingkatkan daya berfikir keseluruhan pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut kita. Pada pandangan kerajaan, hujahan tersebut adalah telahan yang tidak dapat dipertahankan secara saintifik.
Yang Berhormat Menteri, ada kajian menunjukkan bahawa membenarkan pelajar-pelajar terlibat dalam parti politik akan menjejaskan pendidikan mereka. Kita sudah ada for the past 30 over years dengan AUKU...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang lain duduk dulu, Yang Berhormat.
Ini jawapan. Ada apa kajian, ada apa bukti ini akan menjejaskan pendidikan mereka. Ini alasan yang selalu diberikan oleh menteri.
Saya hendak tambah sedikit.
Mohon laluan. Pasir Salak pula. Boleh?
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa. Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini?
Minta laluan. Pasir Salak pula.
Minta laluan. Hulu Terengganu.
Batu.
Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa pada tahun 70-an, iaitu 1972, 1973, dan 1974 dahulu ada pemimpin pelajar kalau diizinkan saya akan sebutkan nama. Saya rasa tidak perlulah sebutkan. Ada pemimpin pelajar pada masa itu di Universiti Malaya pernah dikatakan bahawa menjadi tempat kepada pertubuhan sosialis, ada pemimpin pelajar yang begitu aktif, ada pensyarahnya yang menyertai Parti Rakyat Malaya, ada pemimpin pelajar yang tidak dapat menghabiskan program pengajiannya dan tidak dapat ijazah. Malah terpaksa membuat permohonan untuk menyambung tempoh pengajiannya. Ini berlaku di Universiti Malaya pada tahun 1974 - 1975. Itu pemimpin pelajar yang terlibat dalam politik. Terima kasih.
Minta laluan. Yang Berhormat Menteri, boleh? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya belajar pada tahun 1969 to 1972. Kita terlibat dalam aktiviti student, politic in a very big way, dengan izin, dengan Ketua Pembangkang sekali. Saya hendak beritahu di sini iaitu kebanyakan daripada pemimpin pelajar yang aktif dalam politik ini dia kurang belajar, banyak mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Politik sahaja... [Disampuk] Perkataan “kamu” itu jangan pakai lagi! Saya hendak beritahu, kalau kata begitu nanti saya sebut saudara- saudara juga yang malu. Saya tidak mahu sebut. Jangan cuba hendak provoke saya. Nanti saya keluarkan cerita, yang malunya Pembangkang...
Boleh!
Ha, hendak? Kalau boleh tetapi saya menghormati orang. Saya tidak mahu memalukan orang di depan orang ramai. Jadi, Yang Berhormat Shah Alam, mulut jaga sikit. Betul!
Jaga banyak.
Jaga banyak. Saya keluarkan nanti cerita-cerita yang memalukan.
Yang Berhormat, berbalik kepada AUKU, Yang Berhormat.
Berbalik kepada AUKU. Ini cerita betul. Kita hendak pelajar-pelajar kita tumpu kepada pelajaran. Saya rasa majoriti di sini pun semasa di universiti tidak begitu aktif. Cuma terlibat sikit-sikit tetapi mendakwa seorang yang hebat benarlah konon! Jadi Ahli Jawatankuasa biro itu ini ingat sudah jadi pemimpin pelajarlah. Seorang dua sahaja yang hebat, yang lain belajar bersungguh- sungguh. Ini yang jadi doktor dan jadi apa semuanya ini dulu belajar sebab itulah jadi orang. Kalau tidak entah jadi apa pun. Jadi, bagi anak-anak kita, kita hendak mereka belajar bukan kita hendak berpolitik. Jangan habiskan masa. Saya tahu, saya pun terpaksa banyak ponteng tutorial class, lecture class kerana politik pelajar, mesyuarat-mesyuarat, seminar, forum sana, forum sini. Yang Berhormat Batu Gajah, jangan ingat Yang Berhormat terlalu hebat. “Oh, saya yang critical thinking, saya pandai, saya cerdik.” Kita bukan hendakkan pemimpin daripada pelajar yang macam Yang Berhormat Batu Gajah, hanya pandai bercakap buat tidak pandai.
Ini sangkaan jahat ni! Tarik balik. Sangkaan jahat.
Begitu juga dengan Yang Berhormat PJ Utara, dia yang pandai main blog, blogging. What do you do other than blogging? You tell me. Duduk dalam Dewan... Ini betul!! Itu tengok komputer, blogging! 24 jam blogging.
Dah dia menang pilihan raya, hormatlah sikit.
Jadi, dengan sebab itu kita jangan habiskan masa kerana hendak berpolitik. Pelajar-pelajar kita, kita hendak mereka belajar. Anak-anak kita belum cukup pandai lagi. Ada ilmu, belum cukup. Kita emak bapa ini hendak anak kita sibuk berpolitik kah? Kononnya hendak critical thinking, hendak competitive thinking, okey, suruhlah anak-anak jadi orang politik semuanya.
Itulah sebabnya kita hendak tukar AUKU itu!
Yang Berhormat!
Itu pihak pembangkang. Pihak Kerajaan Barisan hendak anak-anak kita berilmu dan berpengetahuan dan kalau mereka belajar bersungguh-sungguh kita mereka akan menjadi orang-orang yang berjaya. Ini yang kita hendak bukan anak-anak yang berpolitik...
Ringkaskan, Yang Berhormat.
...Yang tidak membawa kemajuan kepada bangsa. Ini bercakap cuma mengikut emosi fitnah, tuduhan bukan-bukan. Ini soal di luar negara. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena ada sebut di luar negara. Kita tahu bahawa pembangkang cukup aktif dengan pelajar-pelajar di luar negara. Tidak ada halangan. Sama ada kelab atau tidak kelab, saya ingat sambutan kepada pembangkang lebih hebat daripada sambutan pelajar kepada Barisan Nasional. Tidak ada masalah! By all means go, go and have it, dengan izin. Jadi, dengan sebab itu soal kita hendak jaga pelajar di luar, itu terpulang kepada kita, inisiatif kita. UMNO dengan UMNO, Pembangkang boleh buat apa yang mereka hendak buat. Akan tetapi kita menganjurkan ke arah kebaikan, kemajuan bukan hendak menganjurkan supaya anak muda kita membuang masa, membazirkan masa yang tidak berfaedah kepada kita. Terima kasih.
Batu.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, saya sikit pasal hak untuk orang politik ini.
Yang Berhormat kata bahawa ada pindaan ini menyebut bahawa untuk melarang pelajar-pelajar terlibat dalam parti politik tetapi dalam satu klausa yang lain, memberikan kuasa kepada NC, kepada Naib Canselor untuk meluluskan, untuk mempertimbangkan bila ada permohonan daripada pelajar-pelajar. Maknanya bolehlah kalau Naib Canselor rasa kata boleh, bolehlah. Satunya saya hendak katakan bahawa ini seolah-olah macam menjatuhkan taraf Naib Canselor jadi macam Ketua Penghulu, Ketua Kampung, JKKK, dok cop sain, cop sain. Jadi sesiapa mai mohon, dia cop sain macam orang hendak dapat buku teks. Sedangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku. Tetapi perkara keduanya, sejauh mana jaminan yang boleh diberikan dari sudut undang-undang bahawa Naib Canselor boleh berlaku adil, bahawa sesiapa pun yang memohon untuk menyertai parti politik, tidak kira parti politik apa, pembangkang ataupun kerajaan, dia boleh luluskan. Saya bimbang takut nanti kalau ada permohonan dari parti pembangkang, dia kata ini tidak boleh. Kalau dari parti kerajaan, BN, ini boleh. Ini masalah saya. Saya hendak tunjukkan bahawa seolah-olah macam ada contradict..., satu waktu kata tidak boleh berpolitik, tetapi boleh dengan pertimbangan daripada Naib Canselor. Ini satu contradict lah bagi saya.
Ini...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Kita dengar Yang Berhormat Menteri menjawab dahulu Yang Berhormat.
Sedikit sahaja.
Isu yang dibawa ini sama juga. Menteri belum jelaskan lagi, menteri tengah menjelaskan, soalan isu yang sama berbalik Yang Berhormat. So, let the minister answer dahulu, kemudian...
Seperti tidak ada pertentangan kerana yang dibenarkan adalah yang boleh memohon dengan budi bicara Naib Canselor ialah pelajar-pelajar post graduate, pasca ijazah, post graduate student yang seperti yang telah dinyatakan sebelum daripada ini. Mereka merupakan pelajar yang sememangnya sudah pun mempunyai kedudukan dalam parti politik. Maka mereka memohon untuk melanjutkan pelajaran dan golongan inilah yang diberikan pengecualian untuk terus dipertimbangkan bagi memegang jawatan. Soal yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam celahan tadi, sebenarnya apabila kita meminda akta ini, kita memberi pilihan. Pilihan kepada pelbagai organisasi dan persatuan-persatuan yang lain, yang sebelum ini tidak diberikan kepada mereka. Kita tidak mahu mereka hanya melihat kepada parti politik dan saya ingin nyatakan sekali lagi bahawa usaha untuk meminda akta ini adalah merupakan langkah pertama kepada usaha-usaha kita untuk membawa kecemerlangan kepada pengajian tinggi dalam negara kita dan kita lihat bagaimana perkembangan dan juga kemajuan yang akan kita lalui melalui usaha pertama yang dilakukan oleh kementerian seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dari Rembau tadi bahawa pindaan kepada AUKU ini memang merupakan sebagai satu usaha pertama, langkah pertama daripada kerajaan dan kementerian untuk membawa, mencapai matlamat yang kita kehendaki untuk universiti kita. Memang pun antara perkara-perkara yang menjadi kebimbangan kepada kerajaan dan kementerian seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu, soal tidak dapat menghabiskan pengajian, memohon masa lanjut untuk menyempurnakan pengajian dan kita juga mempunyai maklumat ataupun pengetahuan mengenai keputusan dan pencapaian-pencapaian setakat ini. Pelajar-pelajar yang sememangnya begitu aktif dalam pertubuhan-pertubuhan yang pelbagai, yang diwujudkan oleh pelajar di universiti atas nama-nama seperti ada yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang ada tidak pun didaftar dan sebagainya. Yang menunjukkan prestasi pencapaian yang tidak begitu baik dan ini menyokong hujah yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Mungkin kerana tumpuan pada usaha-usaha untuk menjayakan pertubuhan mereka yang bersifat sedemikian, maka ia mengambil masa, tumpuan yang banyak bagi pelajar-pelajar sedemikian daripada mereka memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Oleh itu, wajar diambil ingatan bahawa halangan melibatkan diri dalam satu aspek tidaklah bermakna terhalang sepenuhnya...
[Bangun]
Mohon laluan.
..Kebebasan bersuara dan seterusnya membantut pertumbuhan daya intelek penuntut-penuntut universiti.
Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Padang Terap.
Inilah, yang ini... [Menunjuk kepada Yang Berhormat Kota Raja]
Kota Raja, terima kasih.
Yang itu sudah banyak kali... [Menunjuk kepada Yang Berhormat Padang Terap]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat apa yang ingin saya katakan ialah kadang-kadang kita prejudge, kita menilai, menghukum mahasiswa dan mahasiswi kita terlalu awal yang mereka menyokong parti itu dan parti ini. Kadang-kadang isu ataupun perkara yang mereka hendak bawa itu adalah isu-isu kemanusiaan, isu-isu keadilan dan isu-isu yang semestinya menyentuh masyarakat tetapi oleh kerana isu itu secara kebetulannya adalah isu-isu juga yang dibawa oleh pihak pembangkang. Maka mereka dicap dan dituduh menyokong pembangkang. Kita perlu memberi respect kepada mereka. Sekiranya mereka tidak menggunakan platform-platform yang telah sedia ada sekarang ini iaitu pertubuhan-pertubuhan yang diluluskan oleh kementerian atau oleh universiti yang tidak menyuarakan isu-isu tersebut, misalnya isu rasuah, isu ketelusan, isu integriti dan banyak lagi isu yang menjadi kepentingan kepada masyarakat, maka platform apa yang mereka hendak gunakan itu? Kalau sekiranya mereka bersuara, maka mereka dicap, mereka ini adalah penyokong pembangkang. Jadi jelaskan kepada saya bagaimana mereka hendak bersuara dalam kes ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri dan Kementerian miss the point. Apa yang kita katakan bahawa walaupun kalau hari ini tidak ada larangan untuk mahasiswa berpolitik, bukan setiap mahasiswa akan masuk parti politik ataupun berminat untuk menjadi ahli politik. Saya rasa itu bukan. Kerana kalau bagi semua, tidak akan semua hendak masuk jadi ahli politik tetapi yang pentingnya, saya rasa yang inti patinya ialah kerana ada AUKU, kerana ada larangan- larangan yang....
[Bangun]
Yang Berhormat Parit Buntar duduk dahulu Yang Berhormat.
Ini menyebabkan satu sense of ketakutan, ada rasa satu ketakutan dalam universiti kita, dalam kampus kita yang tidak menggalakkan satu suasana keterbukaan untuk membahaskan secara ilmiah. Saya rasa yang penting ialah AUKU ini telah menggalakkan satu spoon-feed system. Satu sistem yang memberikan maklumat satu hala. Pelajar-pelajar hanya mendapat sahaja, mendapat maklumat sahaja tetapi tidak memproses maklumat itu, tidak menganalisis sesuatu perkara itu. Saya rasa itu kesan yang paling buruk yang telah dikenakan oleh AUKU ini. Saya harap pihak kementerian melihat faktor-faktor ini bukan kerana ini bukan soal kepentingan politik. Saya yakin kalau hari ini tidak ada AUKU, tidak ada larangan, tidak semestinya semua mahasiswa akan menyokong Pakatan Rakyat, tentu tidak tetapi yang pentingnya ialah kebaikan kepada mereka ini dan kemajuan untuk para mahasiswa kita. Itu yang saya rasa kementerian patut lihat kepada perkara itu, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Semua sama sahaja.
Lain sedikit.
Last, last.
Menteri, pagi tadi ada satu rombongan mewakili mahasiswa seluruh negara datang ke Parlimen untuk melobi dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan mungkin mereka telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri. Memorandum mereka sebenarnya adalah lebih kurang 5 pages tetapi intinya, pandangan pokoknya adalah they demand the right for freedom of expression, itu sahaja mereka hendak. Mereka tak hendak masuk UMNO kah, MCA kah, ataupun PAS kah, DAP ke ataupun PKR. Tidak, itu mereka tidak hendak. Apa yang mereka hendak dan mereka jelaskan ialah untuk ada satu suara untuk mengetengahkan aspirasi mereka dan juga
pandangan mereka. Itu adalah pandangan mereka dan pandangan mereka juga disokong oleh GERAK iaitu Persatuan Kakitangan Akademik di Malaysia. So, oleh kerana itu saya fikir baguslah kalau menteri dapat ulang kaji Seksyen 15 dan juga ulang kaji dan withdraw that provision, so that will give the right, hak kepada mahasiswa-mahasiswa untuk mengutarakan masalah rakyat. So, I think that is the confusion dalam pandangan menteri dan juga penasihat-penasihat menteri. Kalau dilonggarkan, mereka semua akan jadi anggota parti pembangkang. Tidak! Itu tidak!.
Cukuplah Yang Berhormat.
...Mereka hanya hendak satu suara untuk dengarkan dan menyuarakan hak mereka sebagai rakyat negara ini mengenai isu-isu pekerjakah, peladangkah, ataupun isu-isu di mana hak rakyat dieksploitasi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa pelajar-pelajar memang dibenarkan untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang ada kaitan dengan pembelajaran mereka, yang ada kaitan dengan akademik dan juga soal-soal ilmiah. Kita tidak menyekat soal-soal itu yang kita sekat ialah supaya mereka menyertai mana-mana parti politik. Saya juga telah menyatakan tadi bahawa dalam mereka menganjurkan program-program itu walaupun mungkin dijemput terdiri daripada wakil-wakil daripada parti-parti politik, ianya juga dibenarkan asalkan ia ada kaitan dengan soal-soal akademik yang mereka terlibat dan sebagainya. Kedua saya ingin nyatakan, Yang Berhormat banyak kali semua ada bangkit soal GERAK. GERAK adalah satu pertubuhan yang sebenarnya diwakili tidak lebih daripada 200 anggota akademik yang sudah empat tahun tidak bermesyuarat. Jadi balik-balik sebut gerak-gerak, saya tidak hendak sebenarnya bangkitkan hal ini. Akan tetapi sebenarnya ada banyak persatuan, akademik dalam universiti di negara kita pada hari ini. Janganlah hendak dibangkitkan hanya kerana kita berjumpa dengan satu pertubuhan dan itu dijadikan sebagai asas yang menggambarkan, mewakili seluruh kakitangan akademik universiti dalam negara kita pada hari ini.
Adakah menteri boleh tunjukkan bukti bahawa semasa proses undang-undang ini dibuat, pindaan ini dibuat, rundingan sudah dilakukan dengan kakitangan universiti dan juga pihak-pihak pendidik yang 100% menunjukkan dasar ini akan membantu untuk mempertingkatkan daya saing dan juga mempertingkatkan keupayaan ilmiah pelajar-pelajar kita. Saya hendak tambah sahaja secara umum tidak ada negara yang lain selain daripada negara-negara diktator yang menghalang atau menyekat aktiviti-aktiviti politik pelajar yang di sini dimaksudkan bukan sahaja parti politik tetapi segala aktiviti-aktiviti yang menunjukkan simpati atau bantahan terhadap pendirian politik. Ini langsung sekali tidak membenarkan lagi penglibatan keprihatinan masyarakat oleh pelajar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa soalan yang telah dikemukakan tadi berhubung dengan kajian yang saintifik yang membuktikan bahawa penglibatan dalam kegiatan politik telah menyebabkan ramai daripada pelajar-pelajar kita gagal tidak juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak pun merupakan sebagai bukti bahawa ianya tidak menjejas pertumbuhan seorang manusia yang walaupun dia terlibat dalam politik semasa zaman ABIM dulu di Universiti Malaya dia masih lulus. Akan tetapi ramai saya rasa yang dekat Universiti Malaya yang gagal yang tidak terlibat dengan apa-apa pun tetapi dia gagal. Saya boleh mengatakan bahawa pengalaman saya sendiri pun semasa saya menuntut di UK, ramai pelajar-pelajar yang gagal tetapi mereka gagal bukan kerana mereka terlibat dalam politik ataupun mengambil kira, mengambi berat tentang perkembangan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata di negara mereka sehingga mengikuti bermacam- macam program, seminar, forum kerana mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai motivasi, motivated, dia hendak menyumbang kepada masyarakat. Itulah sebabnya mereka terlibat dalam politik. Mereka mendengar bermacam-macam pandangan dan sebagainya dan mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai motivasi,
motivated, dia hendak menyumbang kepada masyarakat. Itulah sebabnya mereka terlibat dalam politik. Mereka mendengar bermacam-macam pandangan dan sebagainya dan mereka faham bahawa untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara mereka terpaksa lulus dalam ujian dan dapat ijazah mereka supaya mereka boleh balik sebagai seorang yang dilihat sebagai yang berjaya yang boleh menyumbang, sambil itu mempunyai satu wawasan yang jelas berhubung dengan peranan orang yang berpelajaran di dalam masyarakat. Lalu sekiranya satu kajian saintifik berhubung dengan persoalan ini tidak boleh dikemukakan dan memang tidak dibuat, maka saya rasa Yang Berhormat Menteri kena tarik baliklah hujah itu. Itu satu hujah yang tidak boleh dipakai. Saya sebagai ayah yang mempunyai empat orang anak, lima orang cucu, saya hendak anak-anak saya dan cucu-cucu saya mengambil berat soal politik. Kalau boleh semasa mereka di dalam peringkat universiti, mereka mengikuti dan mereka menyertai program-program politik dan sebagainya kerana bagi pengalaman saya sendiri, ianya telah membuka minda dan memberikan satu wawasan yang lebih mantap dan lebih terbuka dalam soal pendidikan dan matlamat untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai perkara sama ada pandangan telah diminta daripada pelbagai pihak termasuklah daripada persatuan akademik dan sebagainya, sememangnya ianya dilakukan semenjak dua ataupun tiga tahun dahulu apabila mulanya proses untuk menyemak dan mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti ini. Sememangnya pelbagai pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dan sememangnya pandangan-pandangan tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lain dan sudah tentulah terserah kepada kerajaan dan kementerian untuk merumuskan apa yang kita rasakan sebagai yang terbaik dalam usaha kita untuk membawa pindaan kepada akta ini. Seterusnya dari segi soal kajian saintifik dan sebagainya. Seperti yang telah saya katakan tadi bahawa asas kita bukanlah semata-mata kerana ada atau tidak ada kajian saintifik mengenai soal ini tetapi perkara-perkara yang lain juga yang menjadi pertimbangan kepada kita, berasaskan kepada pilihan-pilihan yang kita beri kepada pelajar dalam soal untuk mengasah mindanya, dalam soal-soal kita tahu banyak kes yang terlibat pelajar tidak dapat meneruskan pengajian ataupun lewat habis. Begitu juga soal-soal lewat pencapaian yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lebih menjurus kepada yang sepatutnya mereka lakukan. Kita juga sedar bahawa sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada ketumpulan daya fikir yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam negara kita pada hari ini dan ini adalah antara yang sedang kita usahakan dari segi soal pembelajaran dan pengajaran, dari segi soal kurikulum, dari segi soal kualiti tenaga akademik dan sebagainya yang kita sedang berusaha untuk memperbaiki dalam kita ingin untuk melihat kecemerlangan dilahirkan di kalangan pelajar kita.
Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya, pertubuhan kakitangan universiti mana yang sokong pindaan ini dan pakar-pakar pendidik mana yang menganggap pindaan ini akan membantu mempertingkatkan keupayaan ilmiah kita. Saya ingin dapatkan penjelasan secara spesifik.
Itu tidak dapat saya beri sekarang sebab merupakan satu perkara yang hanya akan saya beri secara makluman bertulis. Tuan Yang di-Pertua, suka dinyatakan bahawa setiap bidang pengajian memiliki korpus ilmu yang dikutip dan dikumpulkan dalam tempoh yang panjang dan sentiasa diperkaya oleh para sarjana dari masa ke semasa. Penuntut pengajian tinggi didorong supaya merujuk dan mendasarkan hujahan mereka kepada korpus ilmu tersebut apabila meneroka dan mengupas sesuatu persoalan. Tuntutan tersebut merupakan satu kaedah latihan yang berkesan dalam membina kemahiran berhujah secara sistematik dan koheren. Tuntutan tersebut juga sekali gus mendorong penuntut menggunakan daya akal dan juga daya rasa, head rather than heart dalam mengutarakan buah fikiran.
Dalam pada itu, kewibawaan korpus ilmu yang terkandung dalam setiap bidang pengajian merupakan bawaan dan pegangan para sarjana bidang berkenaan. Dengan demikian, seseorang penuntut pengajian tinggi sangat menyedari betapa buruknya akibat mengesampingkan etos budaya kesarjanaan. Berasaskan etos budaya kesarjanaan ini, seseorang penuntut boleh membincangkan sesuatu fenomena atau peristiwa, sekalipun memperkatakan apa sahaja kes yang ada di dalam negara kita dengan cara meneroka dan menghurai kes tersebut dalam parameter dan ilmu dan perkara-perkara yang sedang dipelajarinya.
Sorotan daripada perspektif kesarjanaan ini membawa kita kepada rumusan bahawa tiada ruang kepada politik kepartian dalam dunia akademik. Pertamanya tidak wujud korpus ilmu ataupun tahap korpus ilmu dalam politik kepartian, dalam negara kita masih lagi berada pada tahap yang kita perlu perbaiki. Perdebatan dalam politik kepartian selalunya dikuasai daya rasa bukan daya akal. Logik dan rasional tidak dapat bertapak dalam dunia politik kepartian. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Demikian tadi ada dibangkitkan seorang anggota parti pembangkang mesti membangkang dan terus membangkang tanpa menghiraukan logik dan rasional yang diungkapkan oleh daya akal.
[Bangun]
Anggota parti mesti bukan sahaja...
Yang Berhormat Menteri...
...Menyokong dan mengundi pendirian partinya. Malah sentiasa akur dan mematuhi keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh parti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya kurang setuju tadi itu yang kata parti politik kepartian itu yang kata tidak ada rasional, lebih kepada emosi. Saya rasa itu tidak betul. Sebab selama ini yang kita bangkang ini pun adakah Yang Berhormat Menteri menganggap ia satu sentimen ataupun emosi. Saya kira apa yang kita bangkang ini ialah constructive opposition iaitu bangkangan yang membina bukan bangkangan yang semata-mata kerana apa sahaja yang kerajaan buat kita mesti bangkang. Saya rasa semua kita daripada pembangkang ini tak setuju dengan kenyataan yang menyatakan bahawa kepartian itu membawa kepada satu yang destructive. Sebab itu saya kira dalam kita mengandaikan teori politik, kadang-kadang orang akademik ini dia mengajar politik tapi dia tidak on the ground. Itu masalahnya. Mereka hanya belajar teori dan sebaik-baik pengajaran ialah teori dan juga praktikal. Mungkin pelajar tidak dapat praktik secara macam kami tapi sekurangnya mereka mendengar first hand daripada aktivis politik yang dihalang oleh AUKU yang ada ini. Saya lebih suka jika diberi kebebasan sebab jika tidak ada kebebasan mereka akan lebih kepuakan, mereka akan lebih bersifat diskriminasi kepada mereka. Jadi kebebasan itu bukan bermakna mereka akan menyokong pembangkang tetapi kebebasan itu memberikan mereka satu kebebasan memilih untuk menilai dan kita pun mahu mereka tak semestinya menyokong pembangkang. Mereka juga mesti mengkritik pembangkang. Itu tara meter kita bila kita bercakap tentang parti politik.
Yang Berhormat Menteri, kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik. Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar, sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk universiti.
Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu logik yang kita hadapi sekarang. Satu perkara lagi kalau ini berlaku, lebih baik kita susun semula menjadikan negara kita negara yang tak berparti politik dan kita juga tak boleh bezakan menteri itu yang juga dinaikkan melalui parti politik bila menteri berucap atau pemimpin-pemimpin kanan negara yang berdialog dengan mahasiswa-mahasiswi ini susah kita hendak bezakan kepartian dia. Menteri Pelajaran datang dari Barisan Nasional UMNO, tidak puji UMNO bila mereka berdialog dengan pelajar-pelajar. Maksudnya ada double standard. Perbezaan access of information. Perbezaan penyebaran maklumat kepada pelajar juga bermaksud sesiapa yang memerintah mempunyai kuasa yang lebih dari pengaruh fahaman politik pelajar dan kita tidak memberi ruang untuk perbandingan kepada anak-anak kita yang berada di universiti. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat. Yang saya maksud ataupun hujah saya tadi ialah saya menyatakan bahawa korpus ilmu yang masih lagi berada pada tahap yang boleh kita perbaiki. Kita tidak mahu pelajar kita diikat dan kita tidak mahu bahawa yang mendorongnya membuat keputusan adalah berasaskan kepada keanggotaannya dalam mana-mana parti politik. Kita hendak dia berfikir sendiri berasaskan kepada ilmiah yang dia belajar yang telah dibangunkan dalam satu-satu ilmu itu. Jadi atas sebab itulah saya nyatakan bahawa rang undang-undang ini adalah satu permulaan. Satu langkah yang panjang ke arah untuk kita menentukan perkara-perkara yang kita ingin lahirkan dalam universiti kita dan bukannya dengan serta-merta seperti yang dikehendaki.
Kalau ini permulaan, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan berapa langkah lagi kita akan ambil? Adakah pindaan seterusnya akan dibuat setiap dua tiga tahun supaya kita boleh maju ke arah kebebasan yang lebih meluas untuk pelajar-pelajar kita dalam masa yang akan datang?
Kita akan lihatlah bagaimana keadaan bersama-sama...
[Bangun]
Okey, last. Kemudian kita ada jawatankuasa lagi.
Yang Berhormat Menteri, amat merisaukan kalau ini hanya satu langkah permulaan. Kalau kita tengok di Singapura, NTU apabila pelajar ini membuat rakaman kehadiran pembangkang di universiti mereka dan laporan mereka di dalam surat khabar universiti telah dilarang. Mereka membuat protes di Speaker’s Corner. Mereka pelajar NTU di Singapura dibenarkan sekarang untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap universiti mengenakan tindakan terhadap mereka. Jadi kalau ini baru permulaan, AUKU telah menyekat kebebasan pelajar ini untuk 37 tahun. Sekarang baru permulaan. Singapura kita tahu demokrasi sangat sempit ruangannya tetapi mereka sudah terbuka dengan membenarkan pelajar NT universiti pergi berhujah, protes di Speaker’s Corner. Malaysia kita masih mahu menyekat. Berapa lama baru kita mahu kembalikan hak-hak ini kepada pelajar kita? Saya rasa selagi ada AUKU, selagi itu kita akan membawa pelajar ini ke belakang. Ini hakikatnya kita boleh tengok for the past 37 years old. 37 tahun dengan adanya AUKU ini. Mohon penjelasan. Bandingkan dengan Singapura, jangan lihat jauh. Singapura mereka NTU top 100 tapi mereka berani. Benarkan pelajar NTU pergi ke Speaker’s Corner membantah tindakan universiti tersebut.
Ya, Yang Berhormat. Walaupun saya menyatakan bahawa ini langkah pertama tetapi jangan di manipulasi apa yang saya nyatakan. Langkah pertama ke arah kita membawa kecemerlangan seperti yang hendak kita sama-sama capai. Pindaan kepada akta ini adalah merupakan an ambler kepada usaha-usaha yang hendak kita lakukan. Bukan bermaknanya baru hendak mula ataupun
baru ingin melihat perkara-perkara yang mesti kita bawa serta-merta. Maknanya langkah permulaan ke arah satu keadaan yang akhirnya kita akan dapat sama-sama lihat berlaku dalam universiti negara kita pada hari ini. Di Singapura saya difahamkan bahawa walaupun mereka benarkan tetapi hanya dalam lingkungan universiti. Tidak boleh keluar daripada itu dan bagi mana-mana pelajar yang didapati benar-benar bergiat dalam politik, maka saya difahamkan mereka tidak berhak untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan Singapura yang sekarang ini amalan yang dilakukan...
[Bangun]
Akan tetapi sekarang mereka boleh bantah di Speaker’s Corner terhadap tindakan yang diambil oleh pihak universiti kerana melarang laporan pelajar ini berkenaan lawatan oleh pembangkang. Sini boleh? Di mana pelajar boleh suarakan bantahan mereka terhadap ISA saya hendak tanya? Datang ke Parlimen menyerah memorandum mereka ditangkap, diambil tindakan. Mana ruangan untuk pelajar universiti sekarang kalau mereka tidak bersetuju dengan sebarang dasar oleh kerajaan? Saya minta penjelasan pihak Yang Berhormat Menteri.
Sekarang ini akta ini belum pinda. Cuba kita lihat nanti bila akta itu sudah pinda. Saya percaya seperti yang telah dikatakan bahawa kita akan beri kebebasan kepada pelajar dalam lingkungan universiti dan mungkin ada universiti yang hendak menubuhkan Speaker’s Corner macam dahulu Universiti Malaya dan sebagainya, mungkin itu akan dijayakan ataupun akan dipertimbangkan oleh universiti masing-masing. Last lah Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengarlah dengan sabar, kesabaran saya lebih satu jam dengar, tetapi saya hendak tahulah belum lagi...
[Menyampuk]
Bukan tidur, saya dengar. Mengenai...
[Menyampuk]
Ini tidak kena mengena kementerian... [Menunjuk kepada seorang Ahli Yang Berhormat]
Jangan ganggu Yang Berhormat, biar Kepong cakaplah.
Ya. Yang pertamanya saya ada sebutkan mengenai pola fikiran kementerian dan juga Naib Canselor dan sebagainya belum dijawab, itu yang penting. Kerana kalau tidak ada Naib Canselor yang berkaliber sia-sia sahaja. Macam mana kita boleh mewujudkan satu situasi yang membenarkan Naib Canselor yang berkaliber muncul di IPTA kita. Yang pertamanya, mengenai mind set, pola fikiran. Yang kedua, security of tenure untuk Naib Canselor dan juga jawatankuasa pencarian yang dilantik hanya oleh pihak universiti sahaja yang dikendalikan, diselenggarakan oleh pihak universiti sahaja. Itulah kita hendak lihat. Sekarang University Union yang disebutkan satu jam tadi mengenai pelajar sahaja tetapi daripada sudut sebaliknya tidak disebutkan langsung. Jadi satu kegagalanlah petang ini.
Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.
Mahasiswa sedikit, sedikit sahaja, Menteri sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Kepong tadi tidur, itu sebab dia bangun bawa satu persoalan yang telah pun dijawab dalam peruntukan AUKU ini, pindaan ini iaitu pelantikan Naib Canselor akan dibuat, cadangan daripada LPU iaitu Lembaga
Pengarah Universiti. Bukannya Menteri ambil orang suka sewenang-wenangnya. Orang yang dipilih nanti adalah orang yang berwibawa, berkaliber, berilmu, berpengetahuan dan sebagainya, yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah Universiti. Lembaga Pengarah Universiti terdiri daripada keanggotaannya orang-orang yang memang layak untuk membuat pencalonan Naib Canselor. So soal itu telah terjawab di sini, kenapa dibangkitkan? Tunggulah masa pelaksanaannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Okeylah last.
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya sudah banyak kali cakap last.
Terima kasih Menteri. Cuma saya juga hendak respons apa disebut oleh Pasir Salak tadi minta penjelasan Menteri bahawa pelantikan Naib Canselor itu di bawah nasihat lembaga tetapi tidak pun disebut dalam akta ini bahawa Menteri terikat dengan nasihat dan cadangan yang diberikan oleh lembaga. Jadi bermakna bahawa Menteri masih boleh ada kebebasan sendiri untuk tidak mengambil nama yang dicadangkan oleh lembaga, itu satu. Kedua saya hendak balik kepada soal tentang kuasa Naib Canselor Yang Berhormat sebut kata boleh beri kelulusan kepada pemohon yang post graduate yang telah pun memegang jawatan dalam parti politik sebelum daripada dia melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ataupun PhD. Akan tetapi saya dok semak ini tidak pun ada tercatat, disebut secara khusus bahawa permohonan itu ialah permohonan daripada post graduate yang sudah pun memegang jawatan dalam parti politik. Ini yang saya katakan contradict tadi ini, antara larangan untuk pelajar berpolitik dengan kuasa untuk mempertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pelajar. Akan tetapi kalau Yang Berhormat bermaksud dalam seperti mana yang disebut dalam huraian ini iaitu orang yang telah memegang jawatan dalam parti politik itu seolah-olahnya dia itu yang buat post graduate lah maknanya, dia sudah pegang jawatan lama. Saya hendak tanya macam mana pula orang yang pergi ambil ijazah pertama dalam keadaan dia sudah lanjut umur dia? Dia 35 tahun, 40 tahun dia baru masuk ijazah pertama tetapi dia sudah pegang jawatan dalam parti politik. Boleh tidak boleh dia dipertimbang untuk mendapat kelulusan. Ini tak munasabah sebab kalau diambil logik mengatakan bahawa orang itu telah memegang jawatan makna dia sudah pegang lama sudah kemudian dia sambung buat Master tetapi bagaimana orang yang pergi melanjutkan pelajaran ijazah pertama, dia masuk universiti umur 40? Cikgu umpamanya dia masuk universiti, dia sudah pegang jawatan dalam parti politik. Tidak kiralah cikgu kah, apa kah, maknanya dia melanjutkan pelajaran. Adakah boleh dipertimbangkan untuk dia terus memegang jawatan dalam parti politik dan diterima untuk menjadi pelajar di universiti?
Minta penjelasan apa yang dikata oleh Pasir Salak dan Kepong tadi, ada kaitan tentang pelantikan Naib Canselor ini. Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri apa yang dikatakan oleh Pasir Salak adalah tidak ada masalah tentang pelantikan Naib Canselor sebab sekarang akan dibuat oleh lembaga. Bagi saya, saya tidak melihat apa-apa pelantikan oleh Lembaga. Pelantikan yang dicadangkan sekarang adalah oleh sebuah jawatankuasa yang akan menasihatkan Menteri tentang pelantikan.
Pasir Salak yang tidur.
Betul, so jadi .....
Ini baca ini 2.15.
Bukan dia tidur, dia tidak baca dengan betul.
Tuan Yang di-Pertua ini...
Biar saya habis, biar saya habis dahulu.
Tidak, ini pindaan, buat apa besar-besar, kecil pun boleh pakai.
Yang lain jangan mencelah Yang Berhormat. Di sini bukan tempat gaduh peribadilah, kalau hendak gaduh peribadi, keluar Yang Berhormat.
Jadi penjelasan yang saya minta daripada Yang Berhormat Menteri...
Peradaban dalam Dewan saya minta maaflah, saya hendak sebut ini. Peradaban dalam Dewan macam budak-budaklah. Kalau hendak bercakap berdiri macam Yang Berhormat Subang ini.
Boleh saya teruskan?
Sila, sila Yang Berhormat.
Terima kasih. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ialah masalah yang sekarang ada, jawatankuasa yang disebut ini yang akan menasihatkan Menteri tentang pelantikan Naib Canselor ini tidak ditakrifkan dalam rang undang-undang ini. Jadi Menteri boleh melantik dua orang sebagai satu yang boleh dikatakan jawatankuasa, yang akan menasihatkan beliau dan buat pelantikan. Jadi ini bukan satu langkah yang begitu bermakna. Ini pun disebut oleh Rembau pun tadi, bila dia kata jawatankuasa ini tidak ditakrifkan. Ada satu sebutan sahaja jawatankuasa, tidak ada definisi, so lembaga yang disebut dalam ini adalah benda yang lain, ini jelas. Lembaga bukan ini, jadi inilah masih tidak menyelesaikan isu kewibawaan dan kebebasan, the independence, dengan izin, Naib Canselor dalam institusi, ini yang cukup penting. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Ha Kepong ini penghabisanlah ini.
Tuan Yang di-Pertua akhir sekalilah, akhir sekali.
Akhir ya.
Penjelasan. Saya tidak tahu bila Pasir Salak menjadi Menteri untuk menjawab soal saya. Itu masalah yang teruk. Dan tambah pula bacaan dia ke atas jawatankuasa untuk menasihatkan Menteri mengenai pelantikan terserong sedikit. Serong sehingga teruklah, tidak mengertikan makna yang sebenar. Itu masalah.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu. Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat?
Saya berharaplah Pasir Salak pun...
Ya sila Kepong.
Pasir Salak pun boleh berfikir macam mana kita boleh mewujudkan satu pola fikiran, mind set yang lebih sihat di IPTA kita, yang pertama. Yang kedua, macam mana kita boleh mewujudkan jawatankuasa pencarian yang benar- benar bebas dan yang ketiga, bagaimana kita boleh sama-samalah. Saya percaya Pasir Salak, dia fikiran dia baik juga kadang kala, cuma kali ini salah langkah sahaja. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai soal..
Minta laluan Tuan Yang di- Pertua. Boleh minta laluan Menteri?
Hendak bagi Menteri tadi kata sudah akhir penghabisan.
Yang akhirlah, akhir, tadi sudah akhir.
Sedikit sahaja sebab hendak menjelaskan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tadi kalau mencelah dengan cara tidak betul. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Jadi sekarang saya merujuk kepada pindaan AUKU 2.1(1)(a). Pelantikan naib canselor oleh menteri hendaklah melalui proses pemilihan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh menteri dan juga selepas menteri berunding dengan LPU atau Lembaga Pengarah Universiti. Maknanya menteri tidak melantik naib canselor sendirian. Melalui satu jawatankuasa dan juga dengan perundingan dengan lembaga pengarah universiti. Siapa dia lembaga pengarah universiti? Keanggotaan lembaga pengarah universiti muka surat 2.1.5(a). Keanggotaan Lembaga Pengarah Universiti di tambah daripada lapan orang kepada sebelas orang. Ahli- ahlinya yang ditambah adalah seperti berikut. Seorang profesor yang dipilih oleh senat dimasukkan sebagai ahli lembaga pengarah universiti. Wakil swasta. Ini penting. Wakil swasta yang dahulunya seorang ditambah kepada tiga orang. Ini dapat meningkatkan hubungan kerjasama antara sektor swasta dengan universiti. Ketiga, seorang wakil alumni universiti dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah universiti. Seorang lain yang dilantik oleh menteri. Dua orang ahli silih berganti. Ini penerangan secara detail nya. Jadi bermakna keanggotaan lembaga pengarah universiti terdiri daripada orang-orang yang hebat-hebat dan mewakili industri dan masyarakat kita pada keseluruhannya. Mereka inilah yang memberikan nama-nama kepada menteri untuk dipilih yang terbaik daripada senarai yang dikemukakan LPU itu. Jadi bagaimana dikatakan bahawa tidak ada ruang untuk mendapatkan naib canselor yang berkaliber? Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.
Baik, baik Yang Berhormat.
[Bangun]
Sudah cukuplah, cukuplah.
Seksyen 12 ini sangat penting. Saya minta.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau kita lihat tiap-tiap minit memang ada pencelahan. Menteri tidak ada jawab pun.
Akhir.
Saya tidak tahu ini Dewan apakah ataupun pasar raya.
Last. Saya tidak ada tanya sudah, Tuan Yang di-Pertua. Ini last sekali. Yang Berhormat Menteri, seksyen 12 ini saya hendak minta penjelasan sebab saya difahamkan seksyen 12 ini sebelum ini memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan segala kuasa yang terkandung dalam subseksyen (1)(a) hingga (f) melalui perintah yang disiarkan dalam warta yang dikenali sebagai perintah kampus. Saya berpendapat bahawa seolah-olah pindaan ini dipindahkan
kepada kuasa menteri setelah berunding dengan lembaga ini seolah-olah macam penghakisan kuasa dan kemuliaan Yang di-Pertuan Agong ini. Apa salahnya dari sudut kita mengharmonikan undang-undang ini setelah kita lihat dalam pindaan Perlembagaan sebelum ini pun bahawa Yang di-Pertuan Agong ini dia bertindak dengan nasihat daripada Perdana Menteri. Tidak bolehkah dibuat satu pindaan yang lebih harmoni dalam seksyen ini iaitu hanya sekadar memasukkan bahawa Yang di- Pertuan Agong akan menjalankan segala fungsi dan kuasanya iaitu kekalkan di dalam seksyen 12 ini dengan berdasarkan kepada nasihat daripada Menteri Pengajian Tinggi setelah menteri berunding dengan lembaga pengarah universiti. Ini menunjukkan bagaimana kita mengharmonikan, meletakkan status dan mengekalkan kedudukan raja-raja ataupun Yang di-Pertuan Agong itu dalam akta ini. Jadi saya menganggap bahawa ini penghakisan kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong yang sudah pun terhakis selama ini.
Saya ingat tidak payah. Itu semua politiklah, Yang Berhormat. Tidak payahlah hendak dijawab perkara itu. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, pelajar-pelajar yang matang yang belajar sebagai undergraduate, itu boleh dipertimbangkan oleh naib canselor mengikut budi bicaranya seperti yang dimasukkan ataupun diperuntukkan melalui pindaan kepada akta ini. Mengenai soal jawatankuasa untuk menasihati menteri mengenai pelantikan naib canselor ataupun mana-mana jawatan lain, apa yang akta ini berikan ialah proses yang lebih demokratik dan terbuka yang memerlukan menteri dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendapatkan nasihat. Sudah tentulah jawatankuasa yang dilantik itu merupakan satu jawatankuasa yang akan melaksanakan tanggungjawabnya untuk memainkan peranan untuk menilai khususnya dalam soal pelantikan naib canselor misalnya berasaskan kepada kriteria-kriteria yang akan di rumus dan ditetapkan. Jawatankuasa ini juga terdiri daripada mereka-mereka yang sememangnya mempunyai reputasi dan kelayakan yang baik dan juga diwakili oleh lembaga pengarah universiti. Sedikit sebanyak seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Pokoknya ialah proses yang selama ini, sebelum ini tidak ada langsung yang mana menteri mesti mendapatkan nasihat dan pandangan daripada jawatankuasa ini. Ia kerana sememangnya kita bersetuju bahawa kita ingin mencari calon-calon yang sesuai untuk menerajui universiti kita kerana mereka merupakan kepimpinan, kita telah meletakkan sasaran yang tinggi untuk kecemerlangan universiti dan merekalah yang menentukan sama ada kita akan berjaya untuk mencapai matlamat tersebut ataupun tidak. Saya percaya bahawa inilah antara pendekatan yang terbaik. Dari segi menteri sudah tentulah terpaksa mempunyai akauntabiliti kepada Parlimen dan perlu untuk memberi penjelasan terhadap apa saja perkara yang dilakukan oleh universiti khususnya dalam soal-soal peruntukkan yang kerajaan salurkan dan sebagainya. Maka atas sebab itulah kita memikirkan bahawa ini merupakan kaedah yang terbaik dalam kita melaksanakan tanggungjawab untuk kita mencari naib canselor yang boleh menerajui sesebuah universiti. Dari segi kaedah, dari segi keanggotaan atau siapa dia, dari segi syarat-syarat untuk menjadi naib canselor dan sebagainya, saya percaya sebelum daripada ini pun dari semasa ke semasa kita telah pun memberi jawapan dalam Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai soal hak kepada pendidikan. Kita sedia maklum merupakan perkara yang dibangkitkan juga oleh sebahagian daripada Ahli- ahli Yang Berhormat. Kita sedar bahawa kerajaan memberi subsidi yang tinggi kepada pendidikan melalui universiti awam kita. 90% daripada kos pengajian dibiayai oleh kerajaan dan 100% kos pembangunan universiti kita disalurkan melalui peruntukkan kerajaan. Dari segi pindaan ini juga, kita telah buat pindaan supaya dari segi soal-soal pelajar yang menghadapi masalah tuduhan dan sebagainya, kita telah memperuntukkan iaitu mana-mana pelajar yang dituduh melakukan kesalahan jenayah atau disabitkan dengan kesalahan tersebut, pelajar itu tidak akan digantung ataupun dibuang dari universiti secara automatik. Dahulu kalau pelajar kena pertuduhan atau kena charge, dia digantung dan bila dijatuhkan hukuman, dia secara automatik dibuang daripada universiti.
Sekarang ini universiti diberi budi bicara untuk mengadili kes tersebut bergantung kepada fakta kes masing-masing. Sekalipun pelajar tersebut ditahan di penjara atau di pusat tahanan, dia tidak akan dibuang secara automatik. Dia masih boleh dengan kebenaran Menteri Dalam Negeri mengambil peperiksaan dalam penjara. Apabila pelajar tersebut dibebaskan, kita masih membenarkan dia untuk menyambung pengajiannya dan dia masih mempunyai hak untuk meneruskan pengajiannya dalam tempoh ketidakhadirannya tidak diambil kira. Itu antara usaha-usaha yang dilakukan melalui pindaan kepada akta ini. Perkara-perkara yang merupakan perubahan dan kemajuan yang lebih baik dalam soal untuk menjaga kepentingan pelajar. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya AUKU tidak digubal sebagai perangka yang akan terus menyokong kehidupan graduate yang telah meninggalkan alam pendidikan tinggi di universiti. Jangkauan AUKU adalah terhad dan singkat iaitu meliputi hayat penuntut sebagai penuntut sewaktu di universiti saja. Selepas tamat pendidikan di universiti, graduate sebagai mana orang-orang dewasa yang lain bebas memilih dan bertindak mengikut kemahuan dan keupayaan mereka termasuk menganggotai mana-mana parti politik pilihan mereka.
Keprihatinan kita di peringkat kerajaan dan kementerian ialah menyediakan persekitaran yang kaya dengan mitos dan budaya kehidupan intelektual, persekitaran yang merangsang pertumbuhan minda dengan cara yang sihat, persekitaran yang mendorong perkembangan daya fikir mengikut tradisi kesarjanaan yang gemilang. Dalam konteks keprihatinan ini kita mengambil peranan menyumbang kepada pembangunan diri modal insan negara dalam satu fasa pendidikan tinggi yang singkat, yang mereka peroleh di institut-institut pengajian tinggi kita. Sebagai rumusan suka saya tegaskan bahawa cadangan pindaan yang dikemukakan oleh kerajaan ini tiada lain maksudnya kecuali untuk memastikan wujudnya keharmonian, keamanan dan keheningan di semua kampus pengajian tinggi kita. Di samping itu, persekitaran pendidikan yang sihat tidak boleh wujud dalam kampus yang diselaputi kekalutan, kekeliruan, huru-hara dan kacau bilau. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan yang kedua sekarang. Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil peluang untuk mengemukakan satu cadangan pindaan kepada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atas Fasal 2, pindaan seksyen 2. Seksyen 2(d), dipinda dengan menggantikan. Saya mencadangkan supaya seksyen 2(d) dipinda dengan menggantikan perkataan peringkat persediaan pra ijazah dengan perkataan peringkat persediaan dan pra ijazah tanpa melingkungi pelajar. Seksyen 2(d) ini akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. Pelajar ertinya seorang pelajar berdaftar selain belajar di suatu institusi yang bersekutu dengan universiti
atau kolej universiti yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihal pada peringkat persediaan dan pra ijazah tanpa melingkungi pelajar lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh, atau dari universiti atau kolej universiti itu dan termasuklah pembelajaran jarak jauh luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pindaan-pindaan yang telah saya cadangkan ini termasuk fasal-fasal yang akan datang adalah bukan merupakan satu fikiran saya sendiri. Ini merupakan satu fikiran sama antara ahli-ahli di pihak Pakatan Rakyat dan kita telah berdialog dan mengambil rujukan dan mengadakan perbincangan dengan...
Belum sampai peringkatnya Yang Berhormat.
Oh belum sampi peringkat itu?
Ya, belum lagi.
Okey.
Lepas ini kalau Yang Berhormat hendak cakap, cakaplah ya. Duduk dulu Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagai mana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk di bahas. Sila Yang Berhormat. Baru Yang Berhormat cakap lah.
Terima kasih Tuan Pengerusi pertama kali. Saya tak payah repeat lah.
Satu lagi Yang Berhormat, sebab dah persetujuan di antara Yang Berhormat seorang sahaja bercakaplah cukup...
Maaf.
Oleh sebab, ini satu persetujuan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat kata tadi. Jadi, saya bagi dua orang sajalah dari belah sini cakap dan dua orang dari sebelah sini. Okey.
Okey cadangan-cadangan yang dibentangkan adalah hasil daripada dialog, rujukan dan perbincangan yang agak luas dengan pihak akademik, pensyarah dan pakar undang-undang di universiti-universiti tempatan. Oleh sebab itu, saya harap kementerian dan juga ahli-ahli dalam Dewan ini terutamanya daripada sebelah sana dapat memberikan pertimbangan yang sepenuhnya kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini. Seperti yang telah dihujahkan oleh lebih kurang kesemua Ahli Parlimen terutamanya daripada Ahli Parlimen sebelah sini dan juga Ahli Bebas dari Pasir Mas hari ini tidak ada. Sebenarnya susah dapat persetujuan daripada Yang Berhormat Pasir Mas akan tetapi kali ini dia bersetuju dengan pihak pembangkang. Dewan ini tidak patut dan tidak boleh menyokong satu pindaan undang-undang yang bukan sahaja mempertikaikan kematangan rakyat Malaysia yang boleh jadi telah ada anak dan ada cucu. Akan tetapi juga merompak hak mereka di dalam Perlembagaan Malaysia. Kalau kita tengah berbincang mengenai seseorang budak yang berumur 16 tahun, boleh jadi Dewan ini boleh fahamlah. Ini adalah sebab dia masih 16 tahun, masih belum matang dan kita akan mewujudkan satu akta yang lebih menyekat tetapi kita bukan berbincang mengenai budak-budak sekolah. Akan tetapi kita tengah berbahas satu undang- undang yang melibatkan orang dewasa yang telah pun berhak mengundi dan menentukan masa hadapan negara kita. Malahan saya rasa sedikit kecewa kerana apabila pindaan undang-undang ini pertama sekali dikemukakan antara parti-parti yang memberikan opinion mengenai klausa-
klausa yang perlu digubal dan ada Presiden Parti Gerakan iaitu dia juga seorang bekas tokoh akademik sebelum dia menyertai politik. Namun pada kedua-hari ini kita berbahas tidak ada seorang representative daripada Parti Gerakan untuk menyokong apa yang telah di hujah oleh Tan Sri Koh di luar Dewan ini. Akan tetapi tidak apa, saya mengambil peluang ini untuk membawa hasrat Tan Sri Koh ke dalam Dewan dengan memetik satu petikan daripada surat khabar mengenai apa yang dikatakan oleh Tan Sri Koh mengenai UCCA ini pada 28 Julai dengan izin ia dipetik daripada surat khabar The Star. “The definitions of “student” in the purposed amendments of the University and University Colleges Act (UCCA) should exclude post- doctoral fellows and students pursuing distance-learning and off-campus programs. Gerakan acting President Tan Sri Dr. Koh Soo Koon said post- doctoral fellows were no longer students even in the loose of the word. They are almost like faculty members as they often do research and work as teaching assistants as well. Moreover, students enrolled in distance-learning and off-campus program should also not be subjected to the same definition because they are only studying part-time while having a job and other responsibilities. There are also not on campus most of the time except for tutorials over weekends. He said in a statement released here. Dr Koh also said distance-learning and off-campus student were usually given very flexible timeframes to complete their studies. Thus, he said, they should be allowed to engage in other activities including participation in political parties. This way we hope that our local universities will then be able to attract the best and brightest including Malaysian scholars overseas to teach our students and to do research locally.” Ini bukan pembangkang sahaja. Ini adalah satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh satu Presiden Komponen Parti Barisan Nasional dan saya agak amat besar dalam Barisan Nasional. Saya setuju 100% dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Koh Soo Koon. Takrif pelajar yang telah dipinda oleh kementerian untuk melingkungi pelajar lepas ijazah, post graduate ataupun selepas kedoktoran atau post-doctoral, pelajar sambilan, jarak jauh, penukaran dan tidak berijazah adalah bukan sahaja tidak berpatutan. Seperti apa yang telah dihujahkan.
Akan tetapi juga ia tidak langsung juga tidak praktikal. Undang-undang yang tidak dapat dikuatkuasakan adalah undang-undang tidak berguna kecuali Kerajaan adalah berniat untuk menggunakan undang-undang ini untuk menjalankan dakwaan terpilih ataupun dengan izin, selective prosecution. Adakah kementerian akan memerlukan kesemua borang permohonan untuk masuk universiti bagi pihak pemohon mengisytiharkan bahawa mereka adalah ahli politik daripada DAP, ataupun daripada UMNO ataupun daripada MCA ataupun daripada PAS. Takrif pelajar ini menghinakan rakyat Malaysia dewasa yang berfikiran matang di mana hak Perlembagaan mereka digantung. Ianya juga merupakan satu faktor negatif untuk menarik lebih ramai rakyat untuk melanjutkan pendidikan mereka di institusi pengajian Malaysia. Saya tahu sebentar tadi...
Panjang lagi Yang Berhormat?
Tidak panjang lagi. Tiga perenggan sahaja, pendek. Menteri tadi telah pun menjelaskan bahawa pindaan yang dikemukakan
tidak bercanggah dengan perlembagaan tapi saya tidak bersetuju bahawa benar memang untuk freedom of association ada hadnya 10(3) Article, Federal Constitution. So memang kerajaan ada kuasa untuk mengehadkan penuntut-penuntut di universiti supaya tidak diberikan kebenaran untuk menjadi ahli sebuah parti politik. Akan tetapi bagi, minta maaf yang itu bukan seksyen dua tapi bagi seksyen yang lain memang Perlembagaan mereka telah terhad dan hak Perlembagaan mereka tidak patut dihadkan terutamanya bagi pelajar-pelajar yang dicadangkan supaya tidak dilingkungi dalam akta ini. Saya harap dengan secara ikhlas dan murni supaya pihak kementerian ataupun sekurang-kurangnya parti-parti komponen Barisan Nasional seperti Gerakkan MCA dan MIC yang kini sering menyeru supaya akta undang-undang yang tidak munasabah digubal mengikut hasrat rakyat yang menyokong pindaan yang dicadangkan di sini terutamanya mengenai lingkungan akta ini yang jelas terlalu luas. Biar saya memperingatkan rakan-rakan di sebelah sana bahawa rakyat sedang meneliti kesemua tingkah laku kita di Parlimen. Kalau kita tidak menunaikan janji kita, jika kita cakap tidak serupa bikin dalam pilihan raya yang akan datang adalah tidak memeranjatkan lagi jika satu tsunami yang lebih besar akan menjadi satu hakikat. Terima kasih.
[Bangun]
Saya hadkan kepada lima minit Yang Berhormat oleh kerana ini satu seksyen sahaja Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kepong.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tangga Batu ini dia belum ada pengalaman untuk lepas ijazah atau ambil kedoktoran. Saya menggalakkan beliau pergi ke Universiti Malaya untuk mengambil kedoktoran baru dia tahu. Yang Berhormat Menteri juga saya galakan dia pergi mengambil kedoktoran. Saya....
Yang Berhormat tidak payah layan Yang Berhormat.
Tidak payah layan ya? Saya tidak layan itu sebagai contoh.
Yang Berhormat pandang saya sudah cukup.
Saya tahulah tapi kita mesti memperbagaikan pandangan juga… [Ketawa] Tuan Pengerusi, yang pentingnya, saya pernah bekerja sebagai doktor dan menjadi pensyarah dan juga mengambil kedoktoran di dalam satu penyelidikan di universiti. Semasa itu saya tidak dianggap sebagai pelajar seperti itu di universiti.
Ada kena mengena dengan perkara ini?
Memang kena. Memang kena mengena dengan erti definisi pelajar di dalam. Saya setujulah jangan kita masukkan lepas ijazah ataupun orang yang mengambil kedoktoran. Jadi yang keluar pun ada kedoktoran sudah. Semasa dia mengambil ijazah kedoktoran dia merupakan pelajar ke seperti yang diertikan di definisi di sini, pentakrifan di sini? Bukan. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengambil perhatian apa yang disebutkan sebagai pelajar. Yang mengambil kedoktoran ataupun lepas ijazah itu jangan kita anggap sebagai pelajar lagi kerana boleh menjadi pembantu pensyarah dan sebagainya. Itulah dia, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Rasah.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan sokongan saya kepada cadangan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara untuk
meminda seksyen 2 ini. Ini kerana bagi kita memang takrifan pelajar itu tidak boleh diguna pakai kepada mereka-mereka yang mengambil ijazah ataupun lepasan kedoktoran PhD, Master dan sebagainya. Juga kepada mereka-mereka yang mengambil kursus melalui pembelajaran jarak jauh kerana ini memang merupakan bukannya, mereka ini adult students. Penuntut universiti yang mungkin dewasa yang telah bekerja lama. Mungkin menjadi ahli parti politik. Tidak semestinya bukan sahaja datang daripada ahli-ahli Parlimen ataupun wakil rakyat tetapi mereka juga yang mungkin aktif dalam parti politik. Akan tetapi pada masa yang sama mereka hendak mengambil satu kursus yang lebih dalam universiti termasuk Master dan PhD dan sebagainya. Jadi kita amat mengharapkan bahawa takrifan ini, pindaan ini dapat diterima oleh pihak kerajaan. Sekurang-kurangnya kita memang tahu Dewan yang mulia ini memang sukar untuk kita dapat satu meeting point untuk mendapat satu bahawa apa yang kita perjuangkan sebelah sana tidak setuju. Apa yang dikatakan di sebelah sana memang kita pun kurang setuju. Akan tetapi saya rasa ini salah satu perkara yang mungkin kedua-dua pihak boleh mencapai satu meeting point. Biar kita tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa walaupun kita ada banyak perbezaan Dewan yang mulia ini tetapi dalam perkara-perkara seumpama ini perkara ini, takrifan ini kita boleh bersetuju, kita boleh mencapai satu meeting point. Kita amat mengharapkan bahawa sekurang-kurangnya dalam pindaan ini, takrifan ini dapat dipersetujui oleh pihak-pihak Kerajaan. Kita mengharapkan bahawa pindaan ini dapat diterima, Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu.
Saya ringkas sahaja. Saya harap pindaan ini bukan sahaja dipandang sebagai satu pindaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Saya anggap ini adalah satu pindaan yang kita kemukakan supaya kita sebagai Ahli Parlimen boleh menyokong secara mengikut kesedaran concern kita dengan izin, dan sebelum ini kita telah banyak mendengar dari banyak ahli-ahli politik dari komponen Barisan Nasional. Juga mengutarakan concern atau keprihatinan mereka terhadap isu AUKU ini khususnya dari PPP dari Gerakan MCA dan juga sebahagian daripada UMNO. Harap kita dapat sokong pindaan bukan dasar kepartian. Inilah yang menteri sebut tadi jangan kita sokong sesuatu itu hanya atas dasar kepartian tetapi di sini kita pandang dari setiap individu kalau kita anggap ini adalah satu perkara yang betul dan ini mengikut prinsip parti masing-masing. Marilah kita memberi sokong kepada pindaan ini supaya akta ini boleh membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat kita, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. isunya ialah kalau mereka ini yang menyertai ataupun masuk ke universiti untuk mendapat ataupun mengikuti pengajian, latihan dan sebagainya di peringkat lepas ijazah, lepas kedoktoran apakah yang hendak kita definisikan mereka.
Apa yang kita lakukan melalui pindaan ini ialah untuk memberi satu takrifan yang umum yang bertujuan untuk mentakrifkan pelajar sesebuah universiti. Tidak kira peringkat mana kursus pengajian mereka. Ini juga bertujuan supaya mereka tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas pelajar universiti. Sebagai pelajar universiti sudah tentulah di masa yang akan datang, pelajar-pelajar post graduate yang mengambil Masters dan juga PhD dengan adanya universiti-universiti penyelidikan, jumlah mereka akan sama banyak dengan jumlah pelajar pascaijazah.
Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.
Kadarnya adalah 50%-50%. Kita tidak habis lagi, kita hendak habiskan.
Tidak, sebab...
Masa Yang Berhormat Kepong dahulu mungkin tidak banyak. Masa Yang Berhormat Kepong bangkitkan dalam ucapan dalam ucapannya tadi, masa ketika itu mungkin tidak ramai. Akan tetapi dengan adanya research universiti, ada kemasukan pelajar antara pascaijazah dan selepas daripada itu 50%- 50%. Itu yang akan kita hadapi dan atas sebab itulah kita perlu satu takrifan umum dan hari ini dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam menyokong kepada pindaan ini semuanya menjurus kepada soal bagaimanakah kedudukan mereka ini dari segi penglibatan dalam parti politik. Saya percaya bukannya dalam satu jumlah yang ramai golongan yang akan ambil, akan mengikuti pengajaran pengajian di peringkat pascaijazah ini di universiti. Maka atas sebab itulah kita juga melindungi kedudukan dan kepentingan mereka ini, pihak naib canselor diberi budi bicara untuk menentukan kedudukan mereka sebelum ini dalam parti politik masing-masing. Jadi dari segi hak itu, kedudukan itu sudah pun di ambil kira oleh pihak universiti melalui budi bicara yang dilaksanakan oleh naib canselor. Kalau itu yang jadi kebimbangan kerana kalau mereka ini tidak ditakrifkan sebagai pelajar, pertama mereka ini sebagai apa? Kedua, bagaimana pula dengan peraturan-peraturan lain yang sememangnya perlu dikenakan seperti soal-soal peraturan dalam peperiksaan, dalam soal kehadiran mereka dalam universiti, soal peraturan tatatertib, perpustakaan dan sebagainya perlu dikenakan atau pun perlu mereka patuhi. Jadi ini isu dan masalah. Satu ialah.
Tuan Pengerusi, dengan ringkas. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat kita mesti lihat misalnya seorang doktor. Saya juga seorang doktor, sambil menjadi doktor di universiti misalnya Universiti Malaya, saya jadi seorang doktor dan kemudiannya saya pun meluangkan masa untuk membuat penyelidikan bagi kedoktoran. Jadi saya seseorang kakitangan universiti dan kemudian saya meluangkan masa untuk membuat penyelidikan dan daripada penyelidikan itu saya dapat menulis satu tesis untuk menjadi seorang doktor dengan ijazah kedoktoran. Itulah maksudnya. Begitu juga dengan PhD, seorang penyelidik untuk menjadi PhD mungkin dia jadi pembantu pensyarah di dalam itu jabatan itu. Adakah ditakrifkan sebagai pelajar juga? Ini memang Yang Berhormat ini mesti mengkaji hal ini, mesti mengkaji hal ini.
Selalunya saya tidak panjang. Saya selalu ikut janji. Sebenarnya ada dua perkara pendek sahaja. Satu, definisi pelajar adalah mengikut undang-undang. Ini bukan definisi mengikut apa yang ditakrifkan sebagai pelajar dalam universiti ini mengikut undang-undang. So. Kalau kita hendak undang-undang ini hanya tertakluk kepada pelajar-pelajar pra ijazah, then undang-undang ini hanya tertakluk kepada pra ijazah. Saya fikir itu masalah teknikal sahaja dan bukannya masalah praktikal dalam universiti. Perkara kedua, Menteri telah kata bahawa pelajar post graduate akan melingkungi dalam 50% dalam tahun-tahun yang akan datang. Sebenarnya saya fikir, argument itu lebih memperkuatkan argument saya supaya tidak dilingkungi dalam satu akta yang sama di mana seorang yang matang, seorang yang telah pun mempunyai budi bicara dia sendiri supaya dia dapat mengalirkan apakah politik, apakah pelajaran, mereka dapat membuat kerja-kerja mereka yang tertentu termasuklah melibatkan diri sendiri dalam bidang politik dan lain-lain perkara yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, tujuan untuk memberi takrifan ini tidak sekali-kali ingin merendahkan status mereka. Seperti yang saya katakan, ini hanyalah satu takrifan umum yang perlu ada di bawah AUKU yang bertujuan untuk memperuntukkan siapakah pelajar dalam sesebuah universiti dan bagi golongan ini kalau
kita bercakap soal hak atau pun penglibatan mereka dalam parti politik berasaskan kepada jawatan yang mereka pegang, kita telah pun secara spesifik memperuntukkan mengenainya. Bagi perkara-perkara lain, memang kita akan membezakan mereka dengan pelajar-pelajar pra ijazah dan sudah tentulah itu akan dilakukan melalui peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa khusus untuk mereka. Kalau kita hendak buat satu akta untuk pelajar pascaijazah, post graduate, saya ingat itu tidak praktikal. Jadi inilah hanya bagi maksud takrifan umum. Mereka pelajar daripada sesuatu universiti yang berkaitan dan walaupun mereka bukannya pelajar pascaijazah, mereka merupakan pelajar post graduate, Masters, PhD dan sebagainya dan sudah tentulah universiti akan mengadakan peraturan yang berbeza untuk golongan ini. Maka atas sebab itu, kerajaan dan kementerian tidak dapat menerima cadangan dan usul untuk meminda fasal ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan. Fasal 2 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin mencadangkan satu pindaan kepada seksyen baru 4A yang membaca sebagai seksyen baru 4A dipinda dengan memasukkan perkataan “Timbalan Naib Canselor” sebelum perkataan “atau” dan menggantikan perkataan “Menteri” dengan perkataan “Lembaga Pengarah Universiti” dan memotong perkataan dari semasa ke semasa. Seksyen baru 4A akan dibaca seperti berikut selepas pindaan, “4A. Bagi maksud memilih orang yang layak dan sesuai bagi jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor atau bagi mana jawatan yang lain yang Menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah akta ini, Lembaga Pengarah Universiti hendaklah melantik suatu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai pelantikan itu.”
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk di bahas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pindaan yang dicadangkan ini di sini mempunyai tiga tujuan tertentu. Pertama sekali dan terpenting adalah supaya Lembaga Pengarah Universiti berikan kuasa yang sepatutnya untuk menguruskan universiti mereka. Seperti mana yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Klang semalam, Universiti Cambridge di United Kingdom mempunyai kuasanya tersendiri bagi Universiti Council untuk melantik seorang canselor yang paling sesuai. Universiti Oxford di mana saya mendapat ijazah muda saya juga sebegitu di mana statutnya mesti mengenai pilihan naib canselor berkata dengan izin, kalau hendak tengok statut di Universiti Oxford:
“The procedures for the appointment of Vice Chancellor shall be laid down by the University Council.” Ini bermaksud, Lembaga Pengarah Universiti Oxford mempunyai kuasa yang sepenuhnya untuk memilih seorang Naib Canselor yang sesuai sekali untuk memimpin universiti sepanjang tujuh tahun. Malah, komposisi University Council pun dipilih secara demokratik oleh University Congregation yang melingkupi semua ahli fakulti dan juga ketua kolej. Tuan Pengerusi, adalah bukan satu kebetulan apabila kita mendapati bahawa 100% daripada seluruh universiti-universiti yang disenaraikan dalam top 50, universiti seluruh dunia oleh Times Higher Education Supplement ini adalah mempunyai pengurusan universiti yang bebas. Mengapa saya hanya membuat perbandingan mengenai 50 buah
universiti sahaja dan bukannya 100 sebab saya belum ada masa untuk menyelidik the next 50. Akan tetapi saya yakin apabila diselidik bagi the next 50 adalah juga kebanyakan akan mempunyai penguasaan yang bebas dalam universiti-universiti mereka. [Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Oleh sebab itu, antara ciri-ciri yang terpenting sekali untuk mencapai tahap world class, untuk universiti awam tempatan adalah bagi kementerian untuk memberikan kebebasan pengurusan kepada pihak lembaga universiti dan tanggungjawab jawab yang terutama sekali adalah pelantikan seorang Naib Canselor yang berkebolehan. Tujuan kedua pindaan ini adalah untuk memotong perkataan dari semasa ke semasa kerana penggunaan kata ini memberikan maksud bahawa satu jawatankuasa pemilihan akan hanya ditubuhkan mengikut suka hati pihak yang berkuasa. Kalau ianya ikut suka hati pihak berkuasa, tidak payahlah kerajaan membuat pindaan kepada Akta Ibu AUKU. Ini kerana buat masa ini, menteri pun boleh buat secara suka hati untuk menubuhkan satu jawatankuasa pemilihan, no difference. Tujuan ketiga adalah supaya fasal ini akan melingkungi cara pelantikan Timbalan Naib Canselor yang pada masa ini adalah prerogatif Naib Canselor. Sebenarnya pindaan ini bagi seksyen baru, 4A sepatutnya di baca serentak dengan pindaan di bawah Fasal 26, seksyen 26C(1) pindaan jadual pertama. Sebenarnya jadual ini telah dialihkan ke belakang tetapi I baca di sini, saya tidak akan baca sebelah belakang nanti sebab isunya sama. Subseksyen 1 dalam Jadual Pertama C, dalam seksyen 9 dipinda dengan memasukkan perkataan, “dan Timbalan Naib Canselor”, selepas perkataan, “…Naib Canselor”, dan menggantikan perkataan, “…selepas berunding dengan Lembaga” dengan perkataan, “keahlian jawatankuasa ini”. Terma rujukannya bagi pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor. Keputusannya hendaklah dibuka kepada khalayak ramai. Saya amat mengalu-alukan penubuhan sebuah ...
Yang Berhormat, yang itu seksyen berapa Yang Berhormat?
Seksyen 26C(1)
Sekarang kita dalam ...
Sekarang kita seksyen 4A.
Stick to that seksyen 4.
Isu berkaitan, sebab itu saya bacakan sedikit dalam 26C(1)
Kita akan sampai pada Fasal 26 nanti Yang Berhormat.
Saya akan baca tetapi isu perkataan, so saya kasi hujah di sini. Saya amat mengalu-alukan sebenarnya penubuhan satu jawatankuasa pemilihan. Saya agak menteri pun tahu. Selalunya saya bertanya mengenai isu ini di dalam Parlimen untuk memilih satu jawatankuasa untuk memilih seorang Naib Canselor. Akan tetapi, untuk memperoleh keputusan yang terbaik sekali, calon-calon Naib Canselor mestilah dipilih dari khalayak ramai dan bukannya dipilih daripada satu short list yang disediakan oleh pihak kementerian. Hanya satu proses pencarian yang terbuka di universiti tempatan akan dapat menarik permohonan daripada kesemua pihak akademik yang berminat dan layak untuk memimpin universiti tersebut. Untuk menaiktarafkan mutu institusi pengajian tinggi di Malaysia, peranan seorang Naib Canselor adalah penting sekali. Hanya dengan Naib Canselor yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan juga pengurusan yang cekap, sebuah universiti dapat dipimpin ke arah cemerlang. Kita tidak memerlukan satu Naib Canselor yang dikatakan memiliki kriteria ahli UMNO seumur hidup dan penerbitan akademiknya terhad kepada gaya hidup remaja masa
kini, dalam majalah diterbitkan universiti nya sendiri. Sebaliknya, jawatankuasa juga perlu memilih calon mengikut kriteria yang tertentu seperti jumlah penerbitan dalam jurnal terkemuka antarabangsa dan lain-lain. Misalnya, King Abdullah, University of Science and Technology, sebuah universiti yang baru di Arab Saudi yang telah diperuntukkan USD100 juta oleh King Abdullah, telah memilih Profesor Shi Yinhoong sebagai presiden universiti yang pertama awal tahun ini. Profesor Shi sebelum ini memimpin National University of Singapore dengan cemerlang. Apabila kita menyelidik kelayakan Profesor Shi, kita akan mendapati bahawa dia adalah seorang perunding untuk MIT, pernah menjadi profesor di Brown University antara satu Ivy League Universities di Amerika Syarikat dan juga mempunyai lebih kurang 150 penerbitan cendekiawan dalam bidang kejuruteraan mengikut Institute of Scientific Information. Bukan sahaja tiada Naib Canselor antara 20 universiti di Malaysia yang mempunyai kelayakan yang setanding, bau pun tidak ada. Tidak ada yang dekat dengan qualification seperti ini. Kesemua Ahli di Dewan yang mulia ini, saya berfikir bersetuju bahawa mutu pengajian tinggi di Malaysia masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki dan boleh jadi perkara yang terpenting sekali adalah pencarian dan pemilihan seorang Naib Canselor yang cukup pakar dan berupaya. Dengan itu, saya menyeru supaya kesemua Ahli-ahli Dewan ini akan bersetuju dengan cadangan-cadangan pindaan Fasal 3, seksyen baru 4A bersama dengan Fasal 26 nanti yang saya telah bentangkan. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Saya minta maaf, minta maaf ya. Yang Berhormat Kepong hendak berbahas.
Tuan Pengerusi, memang pindaan Seksyen baru 4A ini adalah penting. Sekiranya pihak kerajaan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi benar-benar hendak melantik Naib-naib Canselor yang berkaliber, saya sebutkan sebab seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Apabila dia baca ini bagi maksud memilih orang yang layak dan sesuai bagi jawatan Naib Canselor atau bagi mana- mana jawatan lain yang menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah dan sebagainya. Apabila dia baca, ini memang baik tetapi ada langkah yang lebih baik. Daripada dahulu memang sudah. Kita pun tahu tetapi akal tidak sekali datang, runding tidak sekali tiba. Saya pun setujulah, beransur-ansur. Akan tetapi, kalau kita hendak menyaksikan Naib-naib Canselor benar-benar seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi, kita mestilah adakan pindaan seumpama ini. Gantikan pihak menteri dengan Lembaga Pengarah Universiti kerana kita hendak memberikan kuasa kepada universiti menubuhkan jawatankuasa sendiri dan juga memilih orang-orang yang berkaliber dan kemudiannya kemukakan kepada menteri untuk dipertimbangkan. Jadi, itulah caranya. Kalau kita hendak satu jawatankuasa. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberikan pertimbangan. Misalnya di Harvard University. Apakah jawatankuasa yang diwujudkan apabila hendak mencari calon-calon yang sesuai. Bukannya jawatankuasa ini dipilih oleh Menteri Pendidikan di Amerika Syarikat. Bukan! Jauh daripada itu. Harvard, private pun jadi universiti yang pertama, kita rujuk kepada Harvard sebagai di dalam Times Higher Supplement, universiti yang pertama lah. Private pun. Kita hendak jadikan satu contoh teladan macam mana kita boleh menjadikan kualiti IPTA kita semakin hari semakin bertambah baik, itu caranya.
Saya berharaplah Yang Berhormat dapat memperkirakan, mempertimbangkan cadangan ini. Kalau hari ini tidak dapat kelulusan kerana itu mungkin hendak mengambil
masa sedikit, lain kali kita dapat luluskan cadangan seumpama ini, pindaan seumpama ini supaya kita bersama-sama dapat meningkatkan kualiti IPTA kita.
Serdang.
Saya minta Menteri untuk menjawab Yang Berhormat.
[Bangun]
Tuan Pengerusi, kalau kita lihat kepada cadangan pindaan ini; pada pembacaan saya mungkin tidak lengkap cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kerana kalau dibaca seksyen 7A yang dicadangkan untuk dipinda itu jawatan-jawatan yang menteri mempunyai kuasa untuk melantik itu tidak dipinda. Katakanlah betul hendak ikut apa cadangan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Jadi maknanya tidak ada notis untuk memindahkan kuasa menteri kepada Lembaga Pengarah Universiti maka itu bacaan kepada fasal ini adalah sesuatu yang contradictory kerana substantive power masih berada pada menteri. Alih-alih hendak lantik satu jawatankuasa menasihati lembaga pengarah yang mana lembaga pengarah dalam akta ini langsung tiada kuasa hendak lantik. Jadi cadangan ini adalah satu cadangan yang sepatutnya tidak ditimbangkan kerana ia flout ataupun ia tidak sempurna sebenarnya.
Menteri.
Kalaupun ianya sempurna kita sedar bahawa kita tidak boleh mengambil perbandingan universiti di luar negara kerana mereka bergerak berasaskan kepada endowment daripada sumbangan, donation daripada pihak- pihak luar manakala universiti-universiti dalam negara kita masih memerlukan peruntukan yang besar daripada kerajaan dan adalah lebih baik accountability itu terus datangnya daripada menteri yang menjawab dalam Parlimen.
Terima kasih menteri. Sebenarnya saya hendak berikan sedikit penjelasan. Saya faham bahawa di Malaysia adalah tidak sama dengan negara lain. Saya memberikan contoh negara lain kerana kita boleh jadi dalam lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun ingin setanding dan setaraf dengan universiti- universiti tersebut. Oleh sebab itu saya tidak mencadangkan kuasa menteri diambil alih oleh lembaga.
Yang Berhormat telah diberi masa berbahas mengenai perkara ini.
Saya minta penjelasan daripada menteri.
Itu sebab jadi sekarang ini Yang Berhormat contradict, tadi kata hendak lembaga pengarah ambil alih now Yang Berhormat kata sebenarnya.
Boleh saya habiskan sedikit sebab...
Jadi sebenarnya usul ini tidak lengkap. Jadi ia banyak prediction, saya dengan pegawai-pegawai saya terpaksa fikir panjang apa yang sebenarnya Yang Berhormat hendak.
Sebab menteri tadi kata ada percanggahan so saya explain tidak ada percanggahan. Saya tidak bercadang untuk mengambil alih kuasa menteri untuk melantik tetapi hanya kuasa untuk melantik satu jawatankuasa pemilihan diberikan kepada Lembaga Pengarah Universiti dan selepas itu mereka akan menasihati menteri mengenai pelantikan yang lebih sesuai so the orders is reverse buat masa ini.
I understand.
Menteri faham.
Saya faham. Ini akan bertentangan dengan prinsip delegation of power. Menteri ada kuasa untuk melantik menteri punca kuasa. Kemudian dalam melaksanakan dalam hendak melaksanakan kuasa itu menteri memerlukan nasihat dan sudah tentulah apabila menteri memerlukan nasihat; maka menteri yang melantik menasihati supaya menteri accountable ke atas sesiapa yang menasihatinya. Ini orang lain yang menyediakan nasihat. Jadi kalau menteri buat keputusan, siapa punya salah? Siapa yang menjadi punca kepada nasihat yang tidak betul. Adakah hendak disalahkan menteri ataupun hendak disalahkan jawatankuasa penasihat yang dilantik oleh orang lain sebab tidak ada dalam susunan power dan kedudukan autoriti.
Namun buat masa ini bagi perlembagaan kita memang ada sistem-sistem seperti ini seperti Yang di-Pertuan Agong dinasihati oleh Perdana Menteri, sama dengan ini. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik tetapi dinasihati oleh Perdana Menteri dan mempunyai penasihat-penasihat tersendiri untuk dia. Ini tidak menjadi masalah, yang jadi masalah adakah menteri dapat menerima satu sistem yang lebih baik seperti ini. Bukan sistem dia yang jadi masalah.
Tuan Pengerusi, tafsiran. Itu soalnya ialah menteri yang memerlukan nasihat dan nasihat itu perlu datang daripada mereka yang dipilih, dilantik oleh menteri. Jadi kita tidak hendak dan tidak ada kaitan yang jauh dan yang mana kalau mengikut cadangan ini Lembaga Pengarah Universiti yang melantik jawatankuasa yang perlu nasihat kepada menteri adalah lebih baik secara terus sebab menteri pun yang melantik jawatankuasa pengarah universiti. Jadi berasaskan kepada itu, kerajaan tidak menerima cadangan yang sebenarnya nampak seolah-olah ada putus it is a vacuum, a break in that change.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan tidak disetujukan. Fasal 3 jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal 4 hingga 7 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Sila Yang Berhormat sambung semula.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mencadangkan penggantian seksyen 15 dan membaca cadangan saya. Subseksyen 15(1A), (B) dan (C) dipotong dan digantikan dengan, “15(1A). Mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diisytiharkan oleh pihak kehakiman negara sebagai mengancam keselamatan negara, persehubungan mesra dengan negara lain dan ketenteraman masyarakat awam”. Subseksyen 15(2A), (B), (C) dipotong dan digantikan dengan, “15(1A). Mana- mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diisytiharkan oleh pihak kehakiman negara sebagai mengancam keselamatan negara persehubungan mesra dengan negara lain dan ketenteraman masyarakat awam”. Subseksyen 15(3) dipotong, subseksyen 15(A), (B), (C) dan digantikan dengan subseksyen, “15(5A). Mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diisytiharkan oleh pihak kehakiman negara sebagai mengancam keselamatan negara persehubungan mesra dengan negara lain dan ketenteraman masyarakat awam”. Subseksyen 15(6A) dipinda dengan perkataan, “yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya”, dipotong.
Subseksyen baru 15(6A) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan, “15(6A). Membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik.” Subseksyen baru 15(6B) dipinda dengan menggantikan perkataan, “mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan dan kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mana-mana pertubuhan, badan dan kumpulan orang yang ditetapkan oleh menteri di bawah perenggan 1C dan 2C sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu...”, dengan perkataan, “mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diisytiharkan oleh pihak kehakiman negara sebagai mengancam keselamatan negara, persehubungan mesra dengan negara lain dan ketenteraman masyarakat awam.” Seksyen baru 6A akan dibaca seperti berikut selepas pindaan, “15(6B). Menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan A pada suatu seminar simposium atau majlis seumpamanya tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang diisytiharkan oleh pihak kehakiman negara sebagai mengancam keselamatan negara, persehubungan mesra dengan negara lain dan ketenteraman masyarakat awam.” Terima kasih.
Masalahnya ialah pindaan seperti sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Lima minit Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi.
Lima minit, Yang Berhormat.
Ya, tidak panjang, Tuan Pengerusi. Pindaan yang dicadangkan untuk Fasal 8, seksyen 15 ini walaupun agak panjang tetapi ia repetitive dan dengan secara ringkas hanya mempunyai dua unsur utama sahaja. Pertama sekali, akta pindaan yang dikemukakan dalam seksyen 15(1) dan 15(2) oleh kementerian telah melarang keahlian pelajar dalam penglibatan dengan mana-mana parti politik, mana-mana pertubuhan atau pun kumpulan orang yang menyalahi undang- undang dan organisasi-organisasi lain mengikut sembarangan menteri. Malah dalam seksyen 15(5) pihak pelajar walaupun tidak menyertai apa-apa pertubuhan pun yang dinyatakan tadi tidak juga dibenarkan untuk menyatakan simpati dengan atau bangkangan pertubuhan-pertubuhan itu. Ini bermaksud apabila Yang Berhormat Seputeh seperti yang telah dikatakan tadi telah ditahan di bawah Akta ISA dengan khabar angin yang berniat jahat seseorang pelajar yang berhak mengundi adalah dilarang sama sekali untuk bersimpati dengan Yang Berhormat Seputeh. Ini tidak masuk akal. Bagi unsur yang kedua, ia melibatkan seksyen 15(6) di mana seorang pelajar hanya boleh membuat pernyataan perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajiannya. Seksyen ini telah secara langsung menyekat kebebasan akademik di semua universiti tempatan atau IPTA. Adakah seorang pelajar Ekonomi tidak berhak untuk berunding dalam bidang Sejarah? Adakah seorang pelajar Matematik tidak boleh melibatkan dirinya dalam bidang Sastera? Adakah kementerian sedar bahawa tokoh-tokoh saintis yang terkemuka di dunia seperti Galileo, Aristotle dan lain-lain yang moden seperti Steven Hopkins merupakan multi disciplinary genius. Adakah kementerian sedar bahawa Lewis Carroll ataupun nama sebenarnya Charles Lutwidge Dodgson seorang penulis yang telah menulis cerita “Alice in Wonderland” yang dicintai di seluruh dunia adalah seorang pakar dalam bidang Matematik. Lagipun tanpa satu takrif yang tepat adakah seorang pelajar dalam bidang Undang-undang Kontrak dihalang daripada membuat penyataan mengenai Undang-undang Perlembagaan. Dengan segala hormatnya, this is absolutely ridiculous for any institution of higher learning. Macam mana boleh jadi satu world class university?
Dengan secara ringkas seksyen 15(6)(b) yang melarang pelajar mengambil bahagian dalam apa-apa seminar dan simposium yang dianjurkan mana-mana parti politik adalah satu larangan yang melampau. Adakah parti politik di negara kita ini tidak berhak untuk menganjurkan satu simposium mengenai ekonomi ataupun isu alam sekitar dan menjemput pelajar ataupun akademik untuk berunding dalam bidang kepakaran mereka. Apatah lagi seperti mana yang telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Padang Terap semalam, sekatan ini bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan kita melalui Artikel 10(1)(a) dan (1)(b) mempertahankan hak kebebasan speech and expression dan juga hak berhimpun secara aman tanpa senjata untuk rakyat Malaysia kecuali dalam isu spesifik seperti Bahasa Kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu...
Habiskan, Yang Berhormat.
Saya akan gulung. Alasan yang diberikan oleh kementerian bahawa larangan yang dibentangkan adalah demi kebaikan pihak pelajar supaya mereka tidak mengabaikan pendidikan mereka adalah langsung tidak sah. Jikalau kementerian benar-benar takut pelajar-pelajar akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh jadi memburukkan keputusan peperiksaan mereka, kementerian sepatutnya mewujudkan undang-undang untuk melarang pihak pelajar berhimpun lewat malam di kedai minum mamak atau menonton wayang di pusat membeli belah ataupun tempat-tempat lain yang lebih berpotensi menarik perhatian pihak pelajar yang masih muda ini berbanding dengan isu-isu politik yang langsung tidak menarik bagi kebanyakan ramai...
Habiskan, Yang Berhormat.
Minta maaf. Ini yang panjang sikit. Fasal-fasal yang lain pendek. Berbanding dengan isu-isu politik yang tidak menarik bagi ramai pelajar. Lebih kurang 90% - 95% pelajar di universiti tidak berminat dalam bidang politik. Oleh kerana isu-isu yang telah dihujahkan, saya mencadangkan supaya penglibatan pelajar hanya dilarang daripada mana-mana pertubuhan yang diisytiharkan sebagai mengancam keselamatan negara, hubungan persahabatan dengan negara lain dan juga ketenteraman masyarakat awam. Ini adalah selari dengan hasrat menteri juga seperti yang dikatakan tadi tidak hendak huru-hara. Pihak pelajar dan akademik juga diberikan wang untuk berunding dalam apa-apa bidang akademik yang mereka mengambil minat dan bukannya hanya dalam bidang yang dikaji. Pindaan ini merupakan satu pindaan yang amat penting demi masa hadapan pencapaian universiti tempatan kita dan saya harap sekali lagi supaya pindaan yang dikemukakan ini akan diberikan sokongan daripada kedua-dua belah Dewan ini. Minta maaf Tuan Pengerusi, ini adalah yang panjang sekali. Fasal lain semuanya pendek. Terima kasih.
Hujah Yang Berhormat itu sudah pun dihujahkan. Sebelum ini ia dijawab dan di hujah balik.
Saya tidak berhujah semasa dasar sebab saya tau dalam peringkat jawatankuasa saya akan dapat berucap. Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Kita sudah bahas perkara ini. Ia adalah menjurus kepada soal pokok.
Maaf Tuan Pengerusi. Kita boleh diberi peluang untuk membahaskan pindaan yang dicadangkan?
Pindaan ini, saya percaya berasaskan kepada...
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, Yang Berhormat.
Fasal ini sangat penting, Tuan Pengerusi.
Saya tahu, Yang Berhormat. Semua fasal pun penting.
Semua penting.
Saya melihat tadi ...
Sekurang-kurangnya ada penyokong kepada cadangan pindaan ini.
Saya sokong.
Mengapa tergesa-gesa.
Isu ini menjadi perbahasan yang panjang sebenarnya. Tiba-tiba bila kita cadangkan pindaan atau gantian terus dijawab begitu tanpa dirasionalkan lagi keperluan-keperluannya.
Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Saya menyokong penggantian ini dan saya mohon rakan-rakan saya pun menyokongnya di atas sebab ada tujuannya, bukan suka-suka sahaja ganti. Pertama ialah tentang sikap...
[Berjalan keluar daripada Dewan]
Yang Berhormat Kepong, sudah balik.
Ya, macam mana?... Oh! Yang Berhormat Kepong balik. Tidak mengapa, saya ganti Yang Berhormat Kepong. Saya berbalik kepada tadi. Tiga perkara yang penting dalam tujuan penggantian ini, pertamanya ialah memberikan ruang untuk para pelajar membuat pilihan mereka dan menentukan sikap politik mereka. Ini adalah penting tanpa menjejaskan academic excellence mereka. Saya tidak akan bertoleransi kalau mereka sibuk perkara ini sehinggakan menggadai academic excellence dan tadi pun sudah dihujahkan bahawa tidak ada satu empirical support menyatakan demikian. Tadi yang penting tentang convergence of knowledge. Hari ini convergence of knowledge tidak hanya ada satu. Kalau orang itu bidang Ekonomi kadang-kadang dia terpaksa juga bercakap tentang perkara lain. Jadi, di mana letak rasionalnya kalau dia hanya boleh bercakap dalam bidang dia. Ini akan membantut convergence of knowledge, dengan izin, yang akan memberikan keluasan fikiran yang kini tidak ada jenis ilmu yang satu sahaja tetapi ia adalah kesepaduan ilmuwan. Jadi, saya memohon sekali lagi dengan rasional ini pihak di sebelah sana menyokonglah ini untuk kebaikan AUKU ini. Terima kasih.
[Bangun]
Cukuplah, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, cadangan untuk meminda fasal ini pertamanya adalah berkaitan dengan isu kebenaran ataupun kebebasan pelajar untuk menyertai parti politik. Saya telah membahaskannya di peringkat dasar dan saya telah pun memberi jawapan dalam penggulungan di peringkat dasar. Yang perlu ialah sama ada kita bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara supaya pelajar dibenarkan berpolitik ataupun kita menolak cadangan ini seperti yang berada pada peruntukan pindaan kepada Rang Undang-undang AUKU ini. Mengenai soal perkara kedua yang dibangkitkan iaitu untuk pernyataan berkaitan akademik, memang saya mengakui bahawa sekarang ini ada convergence of knowledge dan memang ada garisan yang begitu nipis untuk kita pisahkan antara satu perkara dengan satu perkara yang mungkin menjadi perhatian dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh pelajar. Sudah tentulah jika itu berlaku, maka apa yang dibuat oleh pelajar itu tidak merupakan sesuatu yang salah dan apa-apa kesalahan pun yang berlaku melalui akta ini
bukan lagi satu kesalahan jenayah tetapi hanyalah merupakan tatatertib dan pihak universiti mempunyai budi bicara. Jadi tidak perlu hendak dikhuatirkan mengenai perjalanan fasal yang dinyatakan ini.
Walau bagaimanapun sukalah dinyatakan bahawa tujuan dan apa yang diharapkan melalui peruntukan ini ialah supaya kita dapat tanam satu budaya yang betul di kalangan pelajar kita supaya apabila mereka menyatakan sesuatu, apabila mereka bercakap ia hendaklah bersandarkan kepada kajian dan juga penyelidikan. Kita tidak mahu dia macam orang politik ahli-ahli politik yang sebahagiannya mungkin tidak berucap bersandarkan kepada mana-mana kajian, bersandarkan kepada mana-mana penyelidikan dan sebagainya yang sudah tentu kita tidak akan dapat melahirkan seorang pelajar yang lebih bertanggungjawab, seorang pelajar yang lebih berilmu, learnt dan yang paling penting ialah seorang pelajar yang accountable kepada apa yang dia cakap. Dia bertanggungjawab terhadap apa yang dia cakap dan dia yakin bercakap mengenai perkara-perkara itu kerana ia bersandarkan kepada kajian, penyelidikan dan yang dilaksanakan olehnya. Oleh itu, saya bagi pihak kementerian dan kerajaan berpendapat bahawa tidak ada masalah dengan fasal-fasal ini dan perlulah fasal-fasal yang dicadangkan dalam pinda ini ditolak...
Menteri...
...Boleh kita semua habis, habis.
Yang Berhormat sudah jawab habis.
Sudah gulung.
Ada penjelasan.
Yang Berhormat, Menteri sudah habis jawab, sudah habis Yang Berhormat.
Akan tetapi, saya berdiri sebelum Menteri habis. Tidakkanlah Menteri tidak bertanggungjawab macam ini.
Cukuplah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. Masalahnya dikemukakan bagi diputuskan, dan tidak disetujukan.
Tuan Pengerusi, saya berminat berbahas Fasal 8.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri melarang mengekalkan larangan ke atas
pelajar untuk menyertai politik menyatakan bahawa mahu menanam budaya yang betul agar mereka membuat kenyataan pemikiran selepas kajian dan penyelidikan bukan seperti sesetengah ahli politik. Saya rasa itu kenyataan yang hantar satu mesej yang tidak betul berkenaan ahli politik. Saya berpandangan bahawa larangan di bawah seksyen 15 tidak boleh diadakan lagi disimpankan dalam akta ini lagi. Kalau Yang Berhormat Menteri ada mendengar ucapan Yang Berhormat Rembau, dua Ahli Bebas termasuk Yang Berhormat Pasir Mas, itu pendirian bebas dua orang Ahli Bebas dan pendirian Yang Berhormat Rembau bahawa di universiti pelajar-pelajar sedang berpolitik. Mengapakah tidak boleh membenarkan mereka mendekati parti politik untuk memahami keadaan politik yang sebenarnya daripada mendapatkan maklumat yang tidak tepat melalui laman web atau kenyataan oleh sesetengah ahli politik tertentu. Jadi ia akan merugikan lagi pelajar kalau larangan ini diadakan lagi. Yang kedua ialah berkenaan pengajaran di universiti. Kalau Yang Berhormat Menteri tahu Montessori teaching, pengajaran Montessori untuk kanak-kanak 0-6 tahun mereka menekankan, bukannya membaca buku. Mereka menekankan pengajaran menerusi memberi kanak-kanak yang berusia 0 hingga 6 tahun kebebasan untuk memilih dan berinteraksi dengan alam sekitar. Belajar sedemikian, ini pengajaran yang telah diadakan untuk berpuluh-puluh tahun ini. Akan tetapi lihat kementerian, kerajaan masih mahu mengekalkan pengajaran cara lama. Membaca buku, jadi bagaimana kita boleh ada kemajuan, pembangunan minda untuk pelajar-pelajar kita. Akhirnya bagaimana kita boleh asingkan isu-isu, isu politik adalah isu semasa yang melibatkan kita, mengikuti kita mengekori kita tanpa mengira umur sepanjang masa termasuk pelajar-pelajar. Saya bagi contoh, ISA kalau pelajar-pelajar prihatin mengenai isu ISA, kenaikan minyak, kenaikan harga barangan, isu-isu kehakiman, apakah mereka tidak boleh bersuara. Dengan larangan ini saya risau mereka tidak boleh mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat mereka.
Cukup Yang Berhormat.
Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri membuka minda demi kebaikan bukan untuk pembangkang. Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri membuka minda demi kebaikan bukan untuk pembangkang. Yang Berhormat Pasir Mas telah jelaskan semalam, siapa yang rugi? Kerajaan yang rugi. Mohon penjelasan.
Tuan Pengerusi, tambahan. Fasal 8 ini, yang melarang kita mengeluarkan hujah atau pendirian tentang satu bidang yang bukan bidang kita, kalau seseorang itu bukan ahli dalam bidang itu, tidak boleh berhujah. Ini akan menyekat kebebasan bukan sahaja berpolitik, tetapi kebebasan untuk mencari ilmu kerana ilmu ini bukan satu perkara yang sempurna dari permulaan dan kita harus membenarkan kelonggaran supaya orang-orang yang bukan pakar atau bukan semestinya dalam bidang itu untuk berbahas, untuk mencari kebenaran. Satu...
Yang Berhormat, point ini sudah dibahaskan Yang Berhormat.
Betul, tetapi satu contoh yang sangat serius seperti perkara yang baru-baru kita menghadapi tragedi Bukit Antarabangsa ini. adakah kita melarang semua ahli akademik dan juga pelajar-pelajar yang bukan pakar dalam geo- teknologi untuk berbahas untuk mengeluarkan statement. Adakah mereka tidak boleh mengkritik Kerajaan Selangor, kerajaan tempatan...
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
...Ini kerana dia bukan pakar dalam bidang itu. Ini juga boleh ditafsirkan sebagai satu pendirian politik, bukan terhadap Yang Berhormat boleh ditafsirkan kalau diikut tafsiran yang sempit.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, fasal ini sudah jadi sebahagian dari rang undang-undang dan saya sudah jawab tadi. Saya terima hakikat soal
convergence of knowledge. Saya menyatakan bahawa dalam kita menerima hakikat itu maka sudah tentulah pihak universiti walaupun ada peruntukan yang sebegini mungkin tidak mudah untuk menguatkuasakan dan sebagainya dan mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah, memang saya banyak juga berdialog dengan pelajar-pelajar dan persoalan yang dibangkitkan soal minya dan sebagainya juga dibangkitkan. Ini tidak ada masalah dan sememangnya pelajar mempunyai pelbagai pandangan dan kita tidak mengongkong. Jadi saya tidak mahu balik kepada isu....
Mengapa kita ada fasal ini? Kalau dia tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa kita luluskan fasal yang tidak boleh dikuatkuasakan?
Saya tidak kata itu, mungkin tidak mudah kerana pasal convergence of knowledge.
Inilah hakikatnya...
Yang Berhormat...
Budi bicara....
Hakikatnya tidak terima pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat PJ Utara tadi kerana definisi ini tidak dapat dijelaskan, ini terpulang sekalu lagi kepada budi bicara. Kalau segala ini kita luluskan undang-undang yang kita tidak mudah dikuatkuasakan dan terpulang kepada budi bicara, ini bukan undang- undang yang boleh dianggap sebagai satu pindaan yang lebih sempurna.
Yang Berhormat, memang semua dalam akta ini kalau dahulu ianya punitif, sekarang ini ia hanyalah soal-soal yang terletak di bawah tatatertib. Sebab kita bukan hendak mengongkong pelajar. Sebab kita menghormati hak kepada hak kepada pendidikan. Jadi berasaskan kepada semua fasal ini, kita tidak lagi macam dahulu. Dahulu apa sahaja salah, ia adalah pelanggaran dan ini boleh dihukum. Jadi berasaskan kepada itu berharap Yang Berhormat faham. Terima kasih. Fasal 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal-fasal 9 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Fasal 12 (Pindaan) -Motion
Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mencadangkan supaya satu gantian diadakan untuk seksyen 15D. Seksyen 15D(1) dipinda dengan perkataan “dipertuduh” diganti dengan perkataan “disabitkan”. Seksyen baru 15D(1) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan, “15D(1). Jika seseorang pelajar universiti disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar”. Terima kasih.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Tuan Pengerusi, ini pendek sahaja. Di bawah seksyen 15D yang baru yang dibentangkan oleh kementerian, seorang Naib Canselor universiti berkuasa menggantung seorang pelajar yang dituduh atas kesalahan boleh daftar dan perkara yang berhubungan dengan penahanan mengikut budi bicara naib canselor. Pelajar tersebut juga boleh dikenakan tindakan tatatertib. Seperti mana yang telah dihujahkan oleh rakan seperjuangan saya daripada Batu Gajah semalam, bukankah seksyen ini bercanggah dengan prinsip di mana seseorang adalah dengan izin, innocent until proven guilty, ataupun Malaysia kini mengamalkan dua sistem keadilan.
Satu mengikut sistem penghakiman untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk pelajar institusi pengajian tinggi. Bukankah masa hadapan pelajar-pelajar ini lebih penting dan tidak patut dijejaskan dan sebaliknya dipertahankan kecuali tuduhan-tuduhan tersebut dapat dibuktikan beyond reasonable doubt di mahkamah kita. Secara nyata pindaan akta AUKU yang dikemukakan oleh kerajaan telah secara sengaja ataupun tidak sengaja telah melanggar satu prinsip natural justice yang diterima seluruh dunia. Oleh sebab itu saya dengan penuh ikhlas dan segala hormatnya mencadangkan supaya tindakan terhadap seorang pelajar hanya akan diambil oleh pihak universiti ataupun kementerian selepas pelajar tersebut disabitkan di mahkamah dan bukannya semasa dia dituduh. Ini merupakan satu pindaan yang amat adil dan saksama dan langsung tidak mempunyai unsur-unsur politik yang kami di sebelah sini selalu dituduhkan dan saya harap dengan sesungguhnya pindaan ini akan dapat diberikan sokongan daripada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini satu pindaan yang agak sangat simple dan tidak akan berkaitan dengan politik dan juga ini satu perkara yang kita ingin pelihara maruah dan kerjaya seseorang yang ingin mengikuti kursus dalam universiti atau mencari ilmiah. Kalau kita menghukum seseorang itu atas tuduhan sahaja, akan terjejasnya pelajaran dia dan juga akan berlaku tidak adil seperti yang telah disebutkan. Saya agak ini mempunyai satu implikasi yang sangat besar kalau kita sekali lagi bergantung pada budi bicara naib canselor untuk gantung atau tidak kepada sesiapa yang dituduh sahaja. Ini akan membawa satu kesan yang negatif kepada seseorang individu yang berada di dalam universiti kerana kita tahu ramai sering dapat tuduhan, pendakwaan yang akhirnya terbuktinya tidak bersalah. Proses perbicaraan ini boleh mengambil masa yang panjang. Saya ambil contoh saya sendiri yang banyak dapat pendakwaan dalam perhimpunan haram dan seterusnya. Selama 10 tahun, banyak kes saya belum selesai lagi. Adakah ini bermakna orang-orang yang dituduh sebelum kesnya selesai dan dibuktikan akhirnya tidak bersalah, tetapi akhirnya dihukum sebelum hukuman mahkamah telah diputuskan. Terima kasih.
Saya hendak celah sedikit. Saya ingin tahu jangka masa yang diambil di antara pertuduhan dengan menyelesaikan kes sebab kalau dilihat kepada Yang Berhormat Batu, dilihat di mahkamah. Akan tetapi kalau dilihat di sekolah jangka masanya cukup pendeklah dalam masa seminggu macam itu. Jadi hendak tahulah jangka masa diambil oleh pihak yang menuduh untuk menyelesaikan masalah itu sama ada disabitkan kesalahan ataupun tidak. Kalau panjang saya rasa memang berlaku penganiayaanlah.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, ini adalah kes-kes yang melibatkan mahkamah. Kes-kes kesalahan boleh daftar dan kita tidak tahu bila satu- satu kes itu boleh selesai. Apa yang ada sekarang di bawah AUKU yang belum dipinda, jika seseorang pelajar itu dituduh di bawah apa sahaja undang-undang, termasuklah sama ada perlanggaran reckless driving, memandu dengan cuai ataupun perkara-perkara yang lain, secara automatik dia digantung. Tidak kira sama ada dia bersalah ataupun tidak bersalah akhirnya. Kalau dia didapati bersalah sekarang ini sebelum dipinda, dia akan dibuang daripada universiti. Maka peruntukan yang ada di hadapan kita hari ini ialah untuk tentukan semua kes pelajar dituduh, dia tidak akan digantung, tidak secara automatik. Akan tetapi ada keadaan di mana pelajar-pelajar ini dituduh di bawah kes-kes yang tidak boleh di bil, tidak boleh dapat bil. Maka dia akan ditahan dalam lokap mengikut masa dan sebagainya. Kalau itu berlaku, maknanya dia tidak dapat menghadirkan diri dalam kuliah yang akhirnya akan menjejaskan kedudukannya untuk menghadiri peperiksaan dan sebagainya. Peraturan
universiti menyatakan bahawa setiap pelajar yang ambil peperiksaan mestilah menghadiri kuliah sekurang-kurangnya 70%. Apabila dia tidak dapat hadir kerana dia tidak boleh di bil, maka dia menjejaskan pelajaran dia. Maka atas sebab itulah diberi kepada naib canselor untuk menentukan boleh dikenakan tindakan iaitu menggantungnya supaya dia tidak hilang kelayakan untuk dia terus sebagai pelajar dan sebagainya.
Minta penjelasan.
Supaya dia tidak hilang hak dia sebagai pelajar.
Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Nampaknya apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah jauh berbeza daripada kandungan kuasa, budi bicara diberi naib canselor ini. Kalau memang benar seseorang telah dituduh dan di dalam lokap, dia tidak boleh diambil tindakan untuk menggantungnya sebab dia sudah ada di dalam lokap dan boleh diperuntukkan di dalam AUKU kalau memang untuk kepentingan, kebaikan pelajar bahawa jika pelajar ini tidak hadir ke kuliah tiga bulan tanpa sebarang surat, pihak universiti akan menghantar tiga kali surat berdaftar, memaklumkan, meminta mereka menjelaskan ketidakhadirannya. Peruntukan sedemikian untuk mahu mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar kalau mereka tidak hadir ke kuliah. Akan tetapi sekarang ini peruntukan ini jelasnya memberi budi bicara kepada naib canselor untuk menggantung mana-mana pelajar yang hanya dituduh sahaja. Jadi penerangan Yang Berhormat jauh beza daripada apa yang diterangkan dalam rang undang-undang yang dicadangkan ini.
Digantung. Bermaksud digantung sebab maknanya bukannya sebagai satu proses hukuman.
Termasuk tidak boleh hadir?
Digantung maknanya kerana dia tidak ada.
Ini tidak diterangkan.
Ini dalam ini, fasal ini.
Yang Berhormat hanya kata dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar, dipertuduh sahaja. Dia masih boleh bebas.
Ya, betul.
Dia masih boleh bebas.
Yang lain sila duduk Yang Berhormat.
Jadi pihak universiti boleh gantung dia kalau mahu. Jadi Yang Berhormat silap. Silap penerangan Yang Berhormat. Kalau macam itu saya pohon Yang Berhormat kaji semula, tarik balik.
Yang Berhormat.
Kalau niat Yang Berhormat ialah baik untuk kebajikan pelajar.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Ini jelas. Baca dulu Yang Berhormat Menteri, kita boleh tunggu.
Tidak, tidak. Dulu Yang Berhormat memang automatik.
Tahu dulu ialah serta-merta digantung.
Jadi atas sebab itu sekarang...
Sekarang juga boleh digantung.
Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat, dengar dahulu penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Sekarang melihat kepada jenis-jenis jenayah ataupun tuduhan yang dihadapi...
Ya ini saya boleh terima.
...Oleh pelajar.
Akan tetapi tadi Yang Berhormat bukan cakap macam itu.
Misalnya kes-kes rogol dan sebagainya ataupun kes-kes yang melibatkan dadah. Jadi kita beri budi bicara walaupun dituduh kita beri budi bicara kepada Naib Canselor untuk tentukan...
[Bangun]
...Status pelajar itu kerana kalau pelajar itu berada dalam universiti mungkin pelajar itu menghadapi masalah hubungan dengan pelajar-pelajar lain. Jadi terserah kepada budi bicara Naib Canselor.
Dengar dahulu Yang Berhormat. Dengar dahulu jawapan Yang Berhormat Menteri.
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Menteri, maaf Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Menteri, kalau kes hanya dituduh kalau mahkamah boleh beri mereka ikat jamin untuk keluar apakah mereka boleh juga masih diambil tindakan digantung oleh Naib Canselor kalau dalam kes sedemikian? Saya rasa peruntukan ini amat tidak adil untuk pelajar...
[Bangun]
...Kalau mahkamah boleh beri mereka bebas, dilepaskan dengan ikat jamin.
Kita beri budi bicara kepada Naib Canselor. Kita percaya kita beri keyakinan.
Itulah masalahnya, where is a natural justice? Kalau mahkamah boleh...
Yang Berhormat, kena dengar jawapan menteri Yang Berhormat. Baru tanya balik.
Dia tak dengar apa yang kita ucap sebelum ini.
Yang Berhormat pun tak dengar jawapan dia Yang Berhormat.
Pihak di sini memberi keyakinan. Itu sebab kita letakkan budi bicara itu kepada Naib Canselor...
Tuan Pengerusi.
...Memberi keyakinan kepada Naib Canselor dan pihak di sana tak mahu sebarang budi bicara itu diberi kepada Naib Canselor.
Tuan Pengerusi, saya sudah faham tentang penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri. Kalau kita bandingkan di antara pelajar dengan orang awam, nampaknya pelajar lebih bernasib baik sebab kalau penjawat awam, kalau mereka dituduh di mahkamah, mereka memang digantung kerja tanpa budi bicara sesiapa pun. Berbanding dengan pelajar, kalau mereka dituduh dalam kes-kes jenayah seperti kes rogol, saya rasa wajarlah mereka ini digantung atas budi bicara Naib Canselor sebab mereka telah pun dituduh di mahkamah berbanding dengan orang awam. Orang awam yang bekerja pun sudah digantung. Tidak ada ruang lagi untuk masuk ke pejabat.
Cukup Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri sudah jelas Yang Berhormat.
Memang itu pun satu perkara yang saya hendak nyatakan bahawa ini bukanlah sesuatu yang berbeza dengan amalan dan undang-undang yang sedia ada dalam pentadbiran awam.
[Bangun]
Habis jawapan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri...
Menteri, menteri...
Penjelasan menteri. Pendek sahaja.
Okeylah.
Dua perkara. Yang pertama, saya memahami bahawa pindaan ini adalah lebih baik daripada yang dahulu. Tidak dinafikan adalah lebih baik tapi untuk menjadikan ia lebih baik lagi tidak susah. Tukar satu perkataan sahaja. Nombor dua, ada perbezaan antara perkataan digantung dan deferment. Dalam...
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat tadi diberi masa untuk membahas.
Bukan membahas, berikan penjelasan kepada...
Saya bagi tahu Yang Berhormat, Yang Berhormat telah diberi masa sepenuhnya untuk membahas...
Kita ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian.
...Dan memperjelaskan.
Tuan Pengerusi, kita kena faham...
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja, sedikit sahaja boleh tak?
Cukuplah.
Sedikit sahaja Balik Pulau. First time. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri seperti yang dibandingkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi mengenai apa yang berlaku di penjawat awam digantung. Di situ ada prinsip undang-undang dengan izin, natural justice nya sebab itu ia digantung dahulu tetapi apabila AUKU ini hendak buat satu perkara yang berbeza, apa asas prinsipnya itu. Dia mesti ada satu asas prinsip, because perlembagaan kita boleh dibuat sekiranya ada asas prinsipnya itu.
Kalau dalam penjawat awam, kenapa digantung dahulu sebab ada asas prinsip natural justice nya sebelum seseorang itu didapati bersalah jadi digantung dahulu tetapi di sini kita cuba buat pengurusan secara budi bicara. Di mana prinsipnya di situ? Itu penjelasannya.
Ya cukup Yang Berhormat.
[Bangun]
Saya ingat cukuplah.
Penjelasan. Dalam kes yang konkrit menteri, kalau kita kata kita terpulang kepada Naib Canselor untuk membuat keputusan, ini bermaksud Naib Canselor sendiri akan jadi hakim sebelum mahkamah dapat putuskan kes rogol ini ada berunsur fitnah atau betul, kita perlukan Naib Canselor untuk enquiry. Ini adalah satu beban kepada Naib Canselor yang tidak dalam pakar seperti dalam prinsip ini Naib Canselor ini bukan pakar undang-undang.
Cukuplah Yang Berhormat.
Naib Canselor ini pakar akademik yang tidak semestinya mempunyai keupayaan untuk menentukan sama ada kesalahan ini harus digantung atau tidak dan saya ambil contoh sekali lagi dalam kes...
Yang Berhormat, tak payahlah bagi contoh banyak. Isu yang sama juga Yang Berhormat.
...Kes yang tadi kalau seseorang pelajar pergi hantar memorandum untuk memprotes kezaliman Zionis di Lebanon lepas itu dia ditahan atas perhimpunan haram tapi sebenarnya dia tidak. Selepas empat tahun atau lima tahun perbicaraan habis dan memutuskan bahawa pelajar ini tidak bersalah tapi dia digantung dari pelajarannya kerana mengambil satu sikap yang prihatin kepada masyarakat. Ini adakah kita menghukum pelajar-pelajar kita kerana mengambil tindakan...
Cukuplah Yang Berhormat.
...Seperti itu.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, menjawab mengenai soal natural justice sudah tentulah semua prinsip natural justice akan digunakan oleh universiti dalam soal jika ia mengambil tindakan untuk menggantung seseorang pelajar dan seperti yang telah saya nyatakan iaitu dalam soal ini apa yang kita lakukan adalah lebih baik daripada dahulu dan ianya berasaskan kepada hakikat bahawa bila seseorang kita percaya peranan universiti dan saya percaya Naib Canselor juga akan menjayakannya ialah dalam soal hubungan universiti selaku loco parenthesis kepada pelajar. Maknanya mereka akan mengambil kira supaya akhirnya seperti kata Yang Berhormat Hulu Terengganu memang benar akhirnya semuanya adalah berpihak supaya ianya memberi kebaikan kepada seseorang pelajar. Jadi tidaklah sebenarnya hendak menghukum ataupun mengambil tindakan yang memudaratkan seseorang pelajar. Itu biasanya menjadi pegangan panduan bagi universiti dan bagi Naib Canselor. Jadi berasaskan kepada itu maka dari segi kerajaan dan kementerian kita mempunyai keyakinan bahawa apabila Naib Canselor melaksanakan budi bicaranya ianya akan berasaskan kepada amalan yang terbaik yang juga akan memikirkan soal masa hadapan pelajar-pelajar tersebut. Itu pendirian kerajaan.
Habis Yang Berhormat? Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam Kertas Pindaan hendaklah dipersetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan. Fasal 12 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 13 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Sila Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Saya mencadangkan supaya seksyen 15(a), bawah Fasal 14 dipotong, seksyen ini dipotong dan Akta Ibu, seksyen 16(a) tidak dipinda.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dengan pembatalan seksyen 16(a) yang dicadangkan oleh pihak kementerian, hal-hal disiplin staf universiti akan dipindahkan ke Akta Badan-badan Berkanun (Disiplin dan Surcaj). Akta ini adalah untuk pekerja perkhidmatan awam kerajaan dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengawal pihak akademik universiti tempatan terutamanya Akta Badan- badan Berkanun (Disiplin dan Surcaj) ini merupakan satu akta yang menyekat suara seseorang kakitangan kerajaan. Sekatan ini boleh jadi dapat diterima dari segi perkara-perkara sensitif yang diuruskan oleh kakitangan kerajaan setiap hari. Akan tetapi pihak akademik bukannya berfungsi seperti kakitangan kerajaan sebaliknya jika pihak akademik di universiti-universiti terunggul di dunia seperti Harvard ataupun Cambridge dan juga universiti yang kedua seperti Bristol, Warwick, Cornell diberitahu bahawa mereka merupakan kakitangan kerajaan di negara mereka sendiri, mereka boleh jadi akan membelot. Prinsip perkhidmatan awam memang patut mementingkan kesulitan, akan tetapi prinsip akademia sepatutnya mementingkan kebebasan dan kewujudan satu suasana yang terbuka.
Oleh itu, akta badan-badan berkanun, disiplin dan surcaj tidak patut digunakan untuk mengawal pihak akademik universiti. Sekali lagi saya dengan segala hormatnya saya menyeru supaya kerajaan sudah Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bukan sahaja mempertimbangkan cadangan saya untuk memotong seksyen 16A yang baru ini tetapi juga mempertimbangkan suasana dan keadaan yang patut diwujudkan untuk membina satu akademia di Malaysia yang setanding dunia. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi rang undang-undang ini adalah ataupun seksyen 16A dipotong adalah pindaan yang berbangkit consequential amendment kepada penguatkuasaan Akta 605, Akta Badan-badan Berkanun, Disiplin dan Surcaj 2000. Akta ini supersede apa-apa peruntukan mengenai soal hubungan tatatertib, penamatan perkhidmatan dan sebagainya bagi mana-mana pegawai dan kakitangan kerajaan. Jadi oleh itu jika ingin kepada mana-mana pindaan supaya ianya tidak terpakai kita kena tunggu bila ada cadangan untuk meminda Akta Badan-Badan Berkanun. Jadi kita memang tidak boleh hendak kita perlu melakukan consequential amendment kepada akta ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan tidak disetujukan. Fasal 14 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 15 hingga 25 jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Sila Yang Berhormat PJ Utara.
Pindaan panjang kena baca semua. Okey fasal 26. 26(a) pindaan Jadual Pertama, seksyen (2). Jadual Pertama seksyen 2(2B) dalam takrif pegawai dipinda dengan perkataan penasihat undang-undang dipotong. Jadual Pertama seksyen 2(2B) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan 2(2B) dengan menggantikan perkataan, “pegawai perpustakaan” dengan perkataan, “ketua pustakawan.” 26(C)(1) pindaan jadual pertama subseksyen 1 dalam Jadual Pertama C dalam seksyen 9 dipinda dengan masukkan perkataan, “Timbalan Naib Canselor” selepas perkataan, “Naib Canselor”, dan menggantikan perkataan, “selepas runding dengan lembaga”, dengan perkataan, “keahlian jawatankuasa ini terima rujukannya bagi pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor dan keputusannya hendaklah dibuka kepada khalayak ramai.” Subseksyen ini akan dibaca seperti berikut selepas pindaan, “Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Keahlian jawatankuasa ini terma rujukannya bagi pemilihan Naib Canselor dan keputusannya hendaklah dibuka kepada khalayak ramai”. 26(d) pindaan Jadual Pertama seksyen 9A. Jadual pertama seksyen baru 9A(1) dipinda dengan perkataan, “Menteri”, digantikan dengan, “Naib Canselor”, dan perkataan “Naib Canselor” digantikan dengan perkataan “Menteri.” Jadual Pertama seksyen baru 9A(1) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “9A(1). Jika terdapat suatu kampus cawangan maka hendaklah ada seorang ketua kampus cawangan yang hendaklah dilantik oleh Naib Canselor selepas berunding dengan Menteri.” Jadual pertama seksyen baru 9A(2) dipinda dengan perkataan, “Menteri” digantikan dengan perkataan, “Naib Canselor.” Jadual Pertama seksyen baru 9A(2) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “9A(2). Ketua kampus cawangan boleh dikenali dengan apa-apa nama lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor.” Jadual pertama seksyen baru 9A(3) dipinda dengan perkataan, “Menteri”, diganti dengan perkataan, “Naib Canselor”, dan perkataan, “Naib Canselor”, diganti dengan perkataan “Menteri.” Jadual pertama seksyen baru 9A(3) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “9A(3). Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan lain ketua kampus cawangan hendaklah ditentukan oleh Naib Canselor selepas berunding dengan Menteri.” 26(e) pindaan Jadual Pertama seksyen 10. Jadual Pertama seksyen 10(1) dipinda dengan memotong perkataan, “dan yang pertama”, dan tanda baca koma sebelum, “ketua pustakawan dan penasihat undang-undang”, dipotong. Jadual Pertama seksyen 10(1) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “10(1). Dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan, “pegawai perpustakaan”, dengan perkataan “ketua pustakawan.” Jadual Pertama seksyen 10(2) dalam subseksyen 1A dipinda dengan memotong perkataan, “dan yang pertama”, dan tanda baca koma sebelum, “ketua perpustakaan”, dan perkataan “penasihat undang-undang.” Jadual Pertama sub seksyen 10(2) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “10(2)(a). Dengan menggantikan perkataan pegawai perpustakaan dengan perkataan ketua pustakawan.”
Jadual Pertama seksyen 10(3) dalam seksyen 1A dipinda dengan menggantikan perkataan, “besar ketua pustakawan dan penasihat undang-undang”, dengan perkataan “besar dan ketua pustakawan.” Jadual Pertama seksyen 10(3) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “10(3)1A. Jawatan pendaftar besar dan ketua pustakawan boleh dikenali dengan apa-apa nama lain sebagaimana yang ditentukan oleh lembaga.” Jadual Pertama seksyen 10(4) dipinda dengan memotong perkataan, “dan” yang pertama tanda baca koma sebelum “ketua pustakawan”, dan perkataan “dan penasihat undang-undang.” Jadual Pertama seksyen 10(4) akan dibaca seperti berikut selepas pindaan. “10(4). Dengan menggantikan perkataan pegawai perpustakaan dengan perkataan ketua pustakawan.” Terima kasih. Eh, satu lagi. 26(g) pindaan Jadual Pertama pengendalian seksyen 13. Jadual Pertama seksyen 13(1) dipinda dengan memasukkan subseksyen yang baru, “(g). Seorang wakil akademik universiti yang dipilih oleh Kesatuan Pekerja atau Persatuan Pekerja Universiti.” Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa mengira Usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Isnin, 15 Disember 2008.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat PJ Utara.
Terima kasih ada tiga perkara yang ringkas sahaja. Perkara yang pertama mengenai Jadual Pertama 2B dan seksyen 10 mengenai penasihat undang-undang. Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat untuk membina satu institusi yang bertaraf dunia. Akan tetapi pada masa yang sama Akta AUKU membentuk struktur organisasi institusi dengan keras dan tanpa kelonggaran untuk diubahsuai mengikut prinsip pengurusan yang berbeza. Bukan sahaja Naib Canselor dan timbalan-timbalannya pun dilantik oleh Menteri. Pembukaan kampus baru, pelantikan ketua kampus cawangan besar, pendaftar dan juga seorang penasihat undang-undang pun perlu dikuasai oleh Menteri. Malah jawatan ketua pustakawan pun tertakluk dalam akta ini. Bagi saya, sebenarnya pihak pengurusan universiti mempunyai kuasanya sendiri untuk melantik penasihat undang-undang yang tertentu dan dikenalkan universiti-universiti tempatan pun ada pakar-pakar mengenai undang-undang tempatan. Saya berasa bahawa pelantikan satu penasihat undang-undang yang tertentu oleh kementerian adalah bercanggah dengan kebebasan lembaga pengarah untuk menguruskan universiti-universiti mereka.
Jadual pertama seksyen 9(a) adalah mengenai pelantikan ketua kampus cawangan. Saya berasa kuasa-kuasa ini seperti yang sebelum ini sepatutnya diserahkan, di delegate kepada naib canselor universiti supaya dia dapat menjalankan pengurusan dalam universiti dengan lebih sempurna tetapi tidak mengabaikan kepentingan menteri. Sebab itu naib canselor untuk membuat apa-apa pelantikan perlu berunding dengan menteri dahulu. Saya faham di Malaysia tidak sama dengan negara lain. Menteri mempunyai satu role atau tanggungjawab yang besar sebab universiti-universiti dikuasai oleh kerajaan. Akan tetapi dengan perubahan yang ringkas. Bukannya menteri melantik selepas berunding dengan naib canselor. Naib canselor akan mempunyai pilihannya sendiri dan berunding dengan menteri. Akhir sekali jadual pertama seksyen 13, lembaga pengarah ditambahkan lagi satu wakil akademik universiti yang dipilih oleh kesatuan pekerja dan persatuan pekerja negeri. Saya rasa dalam kebanyakan universiti yang terunggul di dunia termasuk di sebelah selatan kita, di Singapura seperti National University of Singapore, lebih kurang 70% daripada ahli-ahli senat, ahli-ahli lembaga dalam universiti tersebut adalah dipilih secara demokratik antara fakulti-fakulti mereka. So, untuk menubuhkan satu universiti yang benar- benar world class, yang benar-benar bebas dan dapat mengambil responsibility untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran mereka, mereka perlu diberikan satu delegation of responsibility dan bawa supaya mereka dapat, dengan izin, change their own future for better Malaysia. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Sila.
Tuan Pengerusi, mengenai pertama soal pelantikan ketua kampus cawangan, saya ingin nyatakan dalam Dewan ini bahawa kampus cawangan dari segi tanggungjawabnya bagi ketua kampus cawangan adalah sama berat seperti yang diletakkan kepada seorang naib canselor. Maka atas sebab itulah tanggungjawab diberikan kepada menteri untuk tentukan setelah berbincang dengan naib canselor dan bukan sebaliknya. Oleh itu kita tidak menerima cadangan seperti yang diusahakan...
Yang Berhormat Menteri.
...Kerana ia tidak mengikut tertib dan susila pentadbiran.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Saya celah sikit. Saya agak ini kita sudah terbalikkan priority. Isu dalam kampus kita tidak bagi kuasa kepada naib canselor. Isu hendak gantung pelajar dan hendak siasat tentang jenayah yang mereka terlibat. Kita bagi kepada naib canselor. Isu boleh menyertai politik atau tidak kita biar kepada naib canselor. Akan tetapi dalam bidang kuasa, dalam
kampus ini sepatutnya ini kuasa naib canselor tapi menteri pula. Apa jaminan menteri bertindak tanpa berhaluan politik. Ini bukan saja Barisan Nasional. Kalau kita lihat nanti Pakatan Rakyat menang, dia lantik Ketua Perpustakaannya datang dari parti tertentu. Kalau UMNO menang UMNO letak orang UMNO. Ini akan lagi mengganggu dan mengancam kewibawaan akademia.
Tuan Pengerusi, saya percaya dalam menteri menggunakan dan melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentulah diambil kira soal pencapaian. Setiap yang dilantik di universiti...
Menteri hanya boleh percaya menteri sekarang. Akan tetapi bolehkah jamin menteri Pakatan Rakyat? Menteri datang dari parti-parti lain.
Saya percaya itu prinsip. Jadi soalnya Yang Berhormat, saya ingat adalah kita perlu soal saya percaya apa pun yang akan dibuat oleh menteri, dia perlu accountable dalam Parlimen dan sebagainya apatah lagi cawangan- cawangan kampus yang saya percaya selepas ini banyak lagi akan ditubuhkan apatah lagi bila kita benarkan kampus cawangan di luar negara. Tanggungjawab. Biarlah menteri yang bertanggungjawab dan menjawabnya di Parlimen. Tanggungjawab kepada, accountable kepada Parlimen. Jadi atas sebab itulah kita tidak dapat hendak terima....
Pelantikan menteri pun banyak yang tidak dijawab di Parlimen. Kita tidak boleh jamin. Banyak pelantikan yang dibuat oleh menteri tidak dijawab di Parlimen. Saya anggap ini mengelirukan Dewan ini.
Jawapan akan diberi oleh kementerian sebab pokoknya ada jawapan. Saya ingat tidak habis kita Yang Berhormat.
[Bangun]
Kedudukan yang kita ambil selari dengan amalan-amalan biasa. Selari dengan amalan biasa.
Akan tetapi ini bagi kami ini membenarkan ruang untuk bercampur tangan.
Tidak apalah. Kalau jadi kerajaan nanti pinda sendiri okey? Kemudian usul yang berkaitan dengan penasihat undang-undang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ini adalah hasil daripada pindaan untuk menubuhkan jawatankuasa pengurusan universiti. Seksyen 17 yang menamakan bahawa jawatankuasa pengurusan universiti ditubuhkan untuk menasihati naib canselor yang mana terdapat penasihat undang-undang. Usul ini sepatutnya meminda perkara ini dulu tetapi tidak dimasukkan. Walau bagaimanapun, asas kepada penubuhan jawatankuasa ini dan keanggotaannya ialah ia terdiri daripada mereka yang membuat dasar dan akan memainkan peranan menasihati naib canselor dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sudah tentulah dalam keadaan kita hendak melonjakkan universiti, universiti yang akan ada hubungan dengan industri dalam soal kita meningkatkan lagi pengkomersialan produk-produk universiti dan sebagainya, kita memerlukan kehadiran dan peranan seorang yang boleh menasihati dari segi undang-undang kepada universiti. Kita tidak mahu penasihat undang-undang diambil apabila sudah berlaku masalah. Kita mahu kehadiran penasihat undang-undang untuk menentukan dan mengenal pasti jika akan berlaku apa- apa masalah sebelum ia terjadi. Maka atas sebab itu, kita tidak memasukkan ketua pustakawan tetapi dia masih lagi seorang ketua pustakawan, boleh diminta oleh naib canselor untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa pengurusan universiti mengikut kesesuaian seperti yang dikehendaki oleh naib canselor. Lagipun, jawatankuasa ini adalah satu jawatankuasa yang biasanya mengikut amalan bertemu pada setiap minggu dan sudah tentulah seorang ketua pustakawan mempunyai peranan dan tanggungjawabnya tersendiri dan tidak mungkin sesuai untuk sentiasa berada dalam jawatankuasa pengurusan universiti. Ini mencerminkan perubahan yang sedang dilalui oleh universiti dan kita menerima perubahan-perubahan sedemikian.
Untuk usul mencadangkan supaya seorang wakil akademik universiti dipilih oleh kesatuan pekerja sebagai ahli lembaga pengarah universiti, suka saya maklumkan bahawa dalam lembaga pengarah universiti kita memerlukan wakilnya yang mempunyai kekuatan akademik juga. Bagi kesatuan pekerja ataupun persatuan pekerja universiti, kita telah mewujudkan jawatankuasa kebajikan pekerja yang mana setiap pertubuhan ataupun kesatuan yang terdapat dalam universiti itu akan diwakili. Akan ada wakil dalam jawatankuasa kebajikan pekerja universiti. Maka kita berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk kita masukkan wakil daripada kesatuan pekerja untuk menjadi ahli lembaga pengarah universiti. Jadi Tuan Pengerusi, kita tidak terima sebarang pindaan kepada fasal-fasal yang terdapat...
Penjelasan.
...Yang dikemukakan oleh pihak Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Kita sebenarnya ingin memaklumkan bahawa rang undang-undang yang dicadangkan ini telah pun melalui proses saringan yang ketat yang mana melibatkan banyak pihak dan telah mengambil kira semua aspek perundangan.
Di peringkat ini saya juga ingin membetulkan satu kenyataan tadi yang telah dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Titiwangsa yang menyatakan bahawa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Indonesia dalam satu majlis pegawai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah cuba mencari anak Yang Berhormat daripada Titiwangsa dan sebagainya seolah-olah ingin mengasingkan atau mengidentifikasikan untuk tujuan-tujuan tertentu. Saya dimaklumkan bahawa kenyataan itu merupakan satu kenyataan yang tidak benar dan tidak dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ataupun pegawai-pegawainya. Oleh itu, kementerian berharap supaya kita dapat terus memberi sokongan kepada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Sekian Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat masalahnya ialah pindaan yang dicadangkan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan. Fasal 26 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal-fasal 27 dan 28 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Rang undang-undang dilaporkan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari Isnin, 15 Disember 2008 Dewan akan memulakan perbahasan yang pertama Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008, dan kedua Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.53 malam.