Dewan Rakyat · 15 December 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 685 turns · 77,081 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara- perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNJabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD(PERUNTUKAN KHAS) (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang dinamakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau singkatannya (SPRM) 2008 atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Malaysia Anti Corruption Commission Act 2008. Akta SPRM ini akan mengganti Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang telah digubal khususnya bagi menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun singkatannya SPRM, memasukkan peruntukan-peruntukan baru untuk

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

menambah baik usaha pencegah rasuah, meningkatkan kuasa-kuasa penyiasatan pegawai suruhanjaya dan mengadakan peruntukan baru yang bersangkutan dengan pendakwaan serta perbicaraan kesalahan rasuah di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, rasuah adalah satu jenayah yang amat berbahaya kesannya. Kesan buruk rasuah bukan sahaja mampu menghancurkan ekonomi negara, merencatkan pembangunan, menjejaskan sistem penyampaian awam dengan izin, public delivery system dan mengancam keselamatan negara serta kestabilan politik malah yang lebih buruk lagi ia mampu meruntuhkan nilai budaya sesebuah masyarakat sehingga pada ketika itu tidak ada urusan yang bebas dari rasuah. Pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Namun kekuatan tentera Portugis bukanlah faktor utama yang memusnahkan keagungan empayar Melayu Melaka pada masa itu. Terjajahnya Melaka adalah akibat amalan rasuah yang berleluasa, sikap hasad dengki, dendam dan tamak haloba sehingga ada rakyat yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan kedaulatan negara kepada penjajah. Lipatan sejarah ini telah membuktikan bahawa kemerosotan dalam nilai, sikap, etika luhur dan mulia yang dituntut ke atas setiap insan boleh membawa kepada bencana dan kebinasaan yang mengambil masa berkurun untuk memulihkannya. Natijah dan kehancuran tersebut, kita terpaksa berjuang lebih 446 tahun untuk mengembalikan maruah bangsa dan kebebasan negara yang akhirnya kita peroleh dalam tahun 1957. Pengamal-pengamal rasuah adalah hamba kepada nafsu. Mereka adalah manusia yang bersifat tamak, rakus tidak berhati perut, sombong dan angkuh. Mereka sebenarnya membiakkan pelbagai kejahatan dalam diri masing-masing. Satu kejahatan akan melahirkan kejahatan yang lain. Mereka meletakkan kepentingan diri mengatasi segala-galanya. Kerana rasuah, pengamalnya akan sanggup berdusta, menipu, mengkhianati amanah dan melakukan apa sahaja yang ditegah demi untuk mendapatkan kenikmatan dan kemewahan dunia yang bersifat sementara. Membanteras rasuah bukanlah satu usaha yang mudah. Ia memerlukan komitmen tinggi pelbagai pihak dan usaha. Ini tidak harus digalaskan sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan. Semua pihak tanpa mengira kedudukan, latar belakang pendidikan, bangsa, agama mahupun politik perlu bersama-sama dalam memerangi jenayah ini. Kerjasama pelbagai pihak ini akan menyemarakkan lagi usaha untuk menghapuskan rasuah seterusnya dapat mewujudkan bangsa Malaysia yang dihormati dan dipandang tinggi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Penubuhan SPRM telah mengambil kira usaha menggalakkan penglibatan pelbagai pihak tersebut melalui mekanisme-mekanisme yang akan diwujudkan secara perundangan dan akan dibentuk secara pentadbiran. Kerajaan menyedari keberkesanan usaha pembanterasan rasuah amat bergantung kepada keupayaan Agensi Pencegahan Rasuah yang dipertanggungjawabkan. Atas dasar itu kerajaan terus komited untuk memperkasakan Badan Pencegah Rasuah dengan menjadikannya sebagai sebuah suruhanjaya melalui penggubalan rang undang-undang ini. Namun pengukuhan dalam aspek perundangan adalah tidak memadai sekiranya suruhanjaya yang bakal dibentuk ini tidak disokong dengan bilangan keanggotaan yang mencukupi dan tenaga kerja yang berkemampuan tinggi. Sehubungan itu kerajaan juga telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah keanggotaan seramai 5,000 orang lagi dalam tempoh lima tahun. Tambahan keanggotaan ini akan dapat membantu BPR untuk mempercepatkan proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat. Untuk ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun meluluskan tambahan keanggotaan seramai 500 orang untuk tahun 2008 dan seramai 900 orang lagi pada tahun 2009. Tambahan keanggotaan seramai 1,400 orang pegawai ini merupakan lebih sekali ganda daripada keanggotaan pegawai BPR sedia ada. Proses pengambilan pegawai-pegawai baru ini akan bermula pada awal tahun hadapan dan persiapan untuk pengambilan tersebut termasuk dengan keperluan logistik dan latihan sedang giat dilaksanakan. Bagi memastikan lebih ramai golongan berlatar belakang profesional berkhidmat dengan SPRM kelak, pihak JPA juga telah menyediakan satu skim perkhidmatan baru yang menawarkan jadual gaji dan saraan yang lebih baik bagi menarik dan membolehkan lebih ramai golongan pakar berkhidmat di SPRM.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan usaha pembanterasan rasuah. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang SPRM 2008 dicadangkan ini terbahagi kepada sembilan bahagian dan terdiri daripada 74 Fasal dan jadual. Sebahagian besar daripada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 masih dikekalkan atau dibuat sedikit penambahbaikan dalam rang undang- undang ini. Pengekalan peruntukan-peruntukan tersebut dibuat memandangkan ia masih relevan dalam konteks pencegahan rasuah di Malaysia. Secara umumnya rang undang-undang ini akan melibatkan perluasan tafsiran beberapa istilah penting, pembentukan beberapa mekanisme tanggungjawab, kesalahan penyogokan pegawai awam asing, peluasan bidang kuasa penyiasatan dan beberapa peruntukan baru yang bersangkutan dengan pendakwaan serta perbicaraan kesalahan rasuah di mahkamah. Tafsiran beberapa istilah penting di fasal 3 rang undang-undang telah diperkukuhkan selaras dengan keperluan semasa. Ini meliputi tafsiran baru bagi badan awam di mana ia telah diperluaskan untuk turut meliputi: (i) mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Pertubuhan 1966; atau (ii) mana-mana cawangan pertubuhan yang berdaftar di bawah seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966; atau (iii) mana-mana badan sukan yang berdaftar di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997; atau (iv) mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah seksyen 7 Akta Koperasi 1993; atau (v) mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah seksyen 12 Akta Kesatuan Sekerja 1959; atau (vi) mana-mana pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah seksyen 9 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Peluasan tafsiran bagi badan awam ini membolehkan SPRM mengambil tindakan ke atas mana-mana pertubuhan, badan, kesatuan dan organisasi kerana mereka turut menerima bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Walaupun Menteri mempunyai kuasa mengeluarkan perintah yang disiarkan dalam warta untuk menentukan mana-mana pertubuhan, badan, kesatuan dan organisasi sebagai badan awam dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, adalah wajar sekiranya tafsiran tersebut diperluas dan dinyatakan secara khusus dalam rang undang-undang ini bagi membolehkan tindakan segera diambil oleh pihak suruhanjaya. Tafsiran bagi kesalahan ditetapkan bagi beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 sedia ada telah diperluaskan untuk meliputi mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam jadual. Tafsiran baru ini telah meluaskan skop kesalahan yang boleh disiasat oleh pegawai suruhanjaya dan ia juga tidak terhad ke atas kesalahan- kesalahan di bawah Kanun Keseksaan sahaja. Bagi maksud rang undang-undang ini, sejumlah 35 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan telah dinyatakan dalam jadual iaitu tambahan berjumlah 29 kesalahan baru melibatkan seksyen 384, 385, 386, 387, 388, 389, 403, 404, 405, 406, 407, 408, 409, 417, 418, 419, 420, 465, 466, 467, 468, 469, 471, 472, 473. 474, 475, 476 dan 477A Kanun Keseksaan. Rang undang-undang ini juga telah memperluaskan tafsiran bagi “saudara” yang diperuntukkan dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tafsiran bagi “saudara” dalam rang undang-undang ini akan turut merangkumi: (i) orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami orang itu; atau (ii) orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b) rang undang-undang; atau

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

(iii) bapa saudara, emak saudara, atau sepupu orang itu; atau (iv) menantu orang itu. Mertua, menantu, anak-anak saudara, bapa saudara, emak saudara, dan sepupu orang tertuduh tidak terangkum dalam tafsiran saudara di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 sedia ada. Implikasinya dari ketiadaan itu tindakan tidak dapat diambil sekiranya terdapat kes yang merujuk kepada kumpulan tersebut. Kekurangan ini akan di atasi dengan memperkenalkan tafsiran yang baru di bawah rang undang-undang ini supaya skop pemakaiannya bagi kesalahan di fasal 23 dan 36 turut melibatkan golongan tersebut. Beberapa istilah baru turut diperkenalkan di fasal tafsiran rang undang-undang ini. Antara istilah tersebut ialah tafsiran bagi Ketua Pesuruhjaya, mahkamah, pegawai atau pegawai rendah dan pegawai awam asing yang dinyatakan di muka surat 8 rang undang-undang serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai suruhanjaya yang dinyatakan di muka surat 9 rang undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini memperuntukkan pelantikan Ketua Pesuruhjaya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya di Fasal 5. Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan sebelum Ketua Pesuruhjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya beliau perlu membuat satu perakuan yang paling memikat hati nuraninya di hadapan Yang di- Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di sub fasal 5(7) rang undang-undang. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya oleh Yang di-Pertuan Agong dan akuan yang perlu dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya itu amat berbeza sekali dengan pelantikan yang dibuat ke atas hakim dan mana-mana pegawai kanan kerajaan termasuk jawatan- jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan. Perbezaan ini adalah bagi melambangkan kebebasan Ketua Pesuruhjaya dalam melaksanakan fungsi jawatannya. Perbezaan yang ketara berkaitan pelantikan Ketua Pesuruhjaya di bawah rang undang-undang ini dengan pelantikan Ketua Pengarah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 adalah rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa pelantikannya tidak dihadkan kepada anggota perkhidmatan awam sebagaimana ditetapkan dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. Ini membolehkan jawatan tersebut di isi oleh individu-individu dari luar perkhidmatan awam yang diyakini terbaik, berkelayakan, bersesuaian dan mampu menerajui SPRM untuk menjadi benchmark, dengan izin atau model kepada agensi-agensi pencegahan rasuah yang lain.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Ketua Pesuruhjaya SPRM juga diperuntukkan kuasa sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi maksud pelaksanaan rang undang-undang ini sebagaimana diperuntukkan oleh fasal 5(6). Peruntukan kuasa sedemikian bukanlah satu yang baru kerana kuasa yang sama pernah dibekalkan di bawah Akta Badan Pencegahan Rasuah 1982 ataupun (Akta 271) telah dimansuhkan apabila Akta Pencegahan Rasuah 1997 diperkenalkan. Tuan Yang di-Pertua, kebebasan BPR untuk bertindak sering kali dipertikaikan oleh segelintir pihak termasuk pihak pembangkang. Tambahan pula dengan meletakkan BPR di bawah tanggungjawab pentadbiran Jabatan Perdana Menteri seolah-olah menyokong hujah-hujah pihak berkenaan bahawa kebebasan BPR untuk bertindak tersekat. Terdapat juga tanggapan di kalangan masyarakat bahawa penguatkuasaan undang-undang rasuah dilaksanakan secara terpilih atau selective enforcement, dengan izin, di mana kebanyakan tindakan BPR dikatakan hanya melibatkan golongan ikan bilis sahaja, manakala ikan jerung dibiarkan terlepas. BPR turut dilihat sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang tidak dinamik, tidak berwibawa, tidak efektif dan hanya menerima arahan dari atas sahaja. Persepsi dan tanggapan sedemikian menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti BPR khususnya dan kerajaan amnya. Masyarakat umum mungkin kurang menyedari bahawa sesuatu siasatan mesti dijalankan secara teliti, menyeluruh, profesional dan objektif bagi mengumpul segala bukti dan keterangan yang berkaitan jenayah rasuah dengan memegang teguh kepada innocent until proven guilty, dengan izin. Oleh yang demikian langkah-langkah tambahan perlu diambil untuk mengikis persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kewibawaan BPR dan mengembalikan keyakinan semua pihak terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan dalam membanteras jenayah rasuah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Langkah-langkah tersebut memerlukan perubahan ketara dibuat ke atas struktur BPR sedia ada, dengan membentuk beberapa mekanisme tanggungjawab yang berbentuk advisory dan check and balance dengan izin, tanpa menjejaskan elemen kebebasan untuk bertindak pada sebuah agensi pencegahan rasuah. Mekanisme tanggungjawab ini melibatkan pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan sebagaimana yang diperuntukkan di Bahagian III Rang Undang- Undang. LPPR yang diperuntukkan di fasal 13 adalah mirip Corruption Advisory Committee yang terdapat di Independent Commission Against Corruption (ISAC) Hong Kong, dengan izin. Ia akan dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang individu yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan turut dianggotai oleh Ketua Pesuruhjaya PSRM sebagai ex-officio. Individu-individu yang dilantik itu hendaklah terdiri daripada mereka yang berintegriti yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing. Ahli-ahli Lembaga Penasihat akan dilantik selama tiga tahun, bagi tempoh dua penggal sahaja. Fungsi-fungsi Lembaga Penasihat yang dinyatakan di sub fasal 13(5) rang undang-undang adalah seperti berikut:- (i) Untuk menasihati suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia; (ii) untuk menasihati suruhanjaya tentang dasar dan strategi dalam usahanya membanteras rasuah; (iii) untuk menerima, meneliti dan memperakukan cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan suruhanjaya; (iv) untuk meneliti dan memperakukan keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanan suruhanjaya; (v) untuk meneliti Laporan Tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan ke Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan (vi) untuk mengemukakan ulasan tentang perjalanan oleh suruhanjaya akan fungsinya di bawah akta ini kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. LPPR berperanan untuk menilai dan mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan suruhanjaya ke arah perjalanan suruhanjaya yang lancar dalam melaksanakan kewajipan menangani rasuah di negara ini. Fasal 14 rang undang-undang memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua Dewan. Pelantikan ahli Jawatankuasa ini akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dinamakan oleh Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Jawatankuasa khas berperanan:- (i) Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia; (ii) untuk memeriksa Laporan Tahunan Suruhanjaya; (iii) untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh suruhanjaya akan fungsinya di bawah rang undang-undang ini; dan (iv) untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Ahli-ahli Jawatankuasa Khas akan dilantik selama tiga tahun bagi tempoh dua penggal sahaja. Pembentukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah ini jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan persepsi kebebasan SPRM dalam melaksanakan fungsi-fungsinya. Ia juga memberikan lebih banyak ruang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan penjelasan daripada suruhanjaya agar wujud elemen accountability dengan check and balance dengan izin, kepada badan legislatif. Fasal 15 rang undang-undang ini memperuntukkan sebuah Jawatankuasa Aduan bagi memantau pengendalian salah laku bukan jenayah atau non criminal conduct, dengan izin, yang dilakukan oleh pegawai-pegawai suruhanjaya dalam pelaksanaan tugas mereka. Pembentukan Jawatankuasa Aduan di bawah Rang Undang-undang ini menjadikan SPRM sebagai satu-satunya agensi penguatkuasaan undang-undang yang mempunyai mekanisme sedemikian. Pembentukan Jawatankuasa Aduan ini akan dapat memastikan pegawai- pegawai suruhanjaya menjalankan kewajipan mereka dengan profesional sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Tambahan pula dengan kuasa penyiasatan yang lebih besar diperuntukkan kepada mereka di bawah rang undang-undang ini dapat kemungkinan segelintir pegawai suruhanjaya yang tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugas mereka. Apa-apa aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah oleh pegawai-pegawai tersebut akan dipantau oleh individu-individu luar yang bebas dan mereka juga boleh memperakukan apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya yang menyebabkan sesuatu aduan dibuat. Tuan Yang di-Pertua, kesemua kesalahan rasuah yang terdapat dalam Bahagian III - Akta Pencegahan Rasuah 1997, diperuntukkan semula di Bahagian IV - rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun rang undang-undang ini turut memperuntukkan satu kesalahan baru iaitu kesalahan penyogokan pegawai awam asing, di fasal 22 rang undang-undang. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah rang undang-undang ini bagi mana- mana orang untuk menyogok mana-mana pegawai awam asing. Walaupun pegawai awam asing itu tidak mempunyai kuasa, hak ataupun peluang untuk berbuat demikian. Tuntutan ini digubal sebagai memenuhi obligasi di bawah Artikel 16, United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) dengan izin, dan telah pun Malaysia ratifikasi pada 17 September 2008 yang lepas. Fasal 24 rang undang-undang ini merupakan fasal yang berkaitan dengan hukuman dan penalti bagi kesalahan-kesalahan rasuah berbanding dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Fasal ini memansuhkan hukuman penjara minimum iaitu dipenjarakan tempoh tidak kurang 14 hari, manakala hukuman penjara maksimum tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10 ribu yang mana lebih tinggi masih dikekalkan. Pemansuhan hukuman penjara minimum ini bukan bermakna kerajaan memandang ringan akan kesalahan rasuah, sebaliknya ia memberi kelonggaran kepada pesalah rasuah. Ini terutamanya yang melibatkan amaun yang kecil dan yang khuatir disumbatkan di dalam penjara untuk membuat pengakuan salah daripada mereka terpaksa melalui satu proses perbicaraan yang panjang yang menelan kos yang lebih tinggi.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Ini seterusnya akan dapat meningkatkan conviction rate dengan izin di samping dapat menjimatkan masa mahkamah dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk mengendalikan perbicaraan yang panjang. Kelonggaran ini juga akan dapat meringankan beban tunggakan kes rasuah di mahkamah sekiranya pesalah-pesalah rasuah yang ditangkap dan dituduh kerana memberi rasuah dalam nilai yang kecil umpamanya sebanyak RM10 terus mengaku salah daripada memohon untuk dibicarakan lantaran khuatir dimasukkan dalam penjara selama tempoh dua minggu. Walaupun hukuman penjara minimum dimansuhkan, pemansuhan tersebut tidak menghalang kebebasan pihak mahkamah untuk menggunakan budi bicara mereka atau discretion dengan izin dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan. Bagi memastikan penyiasatan dan penggeledahan berjalan lancar dan tidak diganggu gugat sepanjang proses penyiasatan berjalan, rang undang-undang ini telah

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

memperluaskan maksud kesalahan menghalang penyiasatan yang dilaksanakan oleh pegawai suruhanjaya untuk meliputi kesalahan mengganggu, menakutkan, mengugut atau melarikan atau percubaan mana-mana orang terlibat dalam siasatan sebagaimana diperuntukkan di subfasal 48(h) rang undang-undang. Subfasal ini akan memperkukuhkan kesalahan menghalang penyiasatan yang terdapat di seksyen 29 Akta Pencegah Rasuah 1997. Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 21(4) Akta Pencegah Rasuah 1997 menetapkan sesuatu aduan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai badan dan pendakwa raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduhkan di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu. Peruntukan ini bertujuan untuk menghalang pendedahan ke atas butir-butir siasatan bagi menghalang public and media prosecution dengan izin, ke atas orang- orang tertuduh yang belum dibuktikan lagi kesalahannya. Di Dewan yang mulia ini juga banyak dibangkitkan pertanyaan-pertanyaan kes rasuah dan pihak kerajaan terikat dengan halangan undang-undang tersebut akibatnya timbul dakwaan-dakwaan kononnya terdapat unsur-unsur perlindungan ke atas kes-kes siasatan terutamanya yang melibatkan individu berkedudukan. Kerahsiaan penuh atau full secrecies, dengan izin dalam konteks sebenar adalah amat sukar untuk dilaksanakan terutamanya dengan perkembangan teknologi yang pantas ketika ini. Dalam banyak keadaan, pendedahan suatu kes dibuat oleh pihak luar seperti media, ahli-ahli politik, pengadu atau saksi-saksi yang terlibat sehingga menyukarkan kerahsiaan suatu kes tersebut dapat dipelihara. Sekiranya pendedahan oleh pihak luar itu dijadikan sebagai satu kesalahan kerajaan dan suruhanjaya akan didakwa sebagai tidak telus atau cuba melindungi pihak-pihak tertentu. Walaupun tindakan tersebut bertujuan untuk mengelak media and public prosecution dengan izin terhadap individu yang disiasat. Di samping itu terdapat banyak keadaan di mana pendedahan terkawal bagi maksud kepentingan awam perlu dibuat seperti bagi tujuan tapisan keutuhan, mengambil tindakan tatatertib dan urusan-urusan pertanyaan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serta kes-kes bersindiket yang mempunyai impak besar ke atas kehidupan masyarakat dan keselamatan negara. Atas dasar itu peruntukan dalam Akta Pencegah Rasuah 1997 telah dipinda di subfasal 29(4) rang undang-undang untuk membolehkan pendedahan sedemikian dibuat dengan kebenaran pendakwa raya atau pegawai suruhanjaya berpangkat pesuruhjaya ke atas sahaja. Tuan Yang di-Pertua, SPRM perlu dibekalkan dengan kuasa penyiasatan yang secukupnya supaya proses dan tindakan siasatan dapat berjalan dengan lancar. Kerajaan mencadangkan melalui rang undang-undang ini kuasa-kuasa yang dahulunya dihadkan pemakaiannya kepada pegawai-pegawai suruhanjaya yang ditentukan. Antara fasal-fasal yang terlibat adalah: (i) kuasa pendakwa raya untuk mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan patut bagi kesalahan lain yang terzahir disubseksyen 7(3) Akta Pencegah Rasuah 1997 diperluaskan pemakaiannya kepada mana-mana pegawai suruhanjaya berpangkat pesuruhjaya atau yang lebih tinggi atas subfasal 10(3) rang undang-undang ini; (ii) kuasa pendakwa raya untuk mengeluarkan perintah bertulis bagi maksud memeriksa menggeledah dan menyita di subseksyen 23(1) diperluaskan pemakaiannya untuk meliputi pegawai suruhanjaya yang berpangkat ketua penolong kanan pesuruhjaya atau lebih tinggi yang diberi kuasa oleh pendakwa raya seperti mana yang diperuntukkan di subfasal 31(1) rang undang-undang; (iii) kuasa pendakwa raya yang diberikan secara bertulis bagi penyiasatan berhubungan dengan mana-mana bank di subseksyen 31(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 diperluaskan pemakaiannya untuk meliputi pegawai

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

suruhanjaya yang berpangkat pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh pendakwa raya sebagaimana diperuntukkan di subfasal 35(1) rang undang-undang; (iv) keseluruhan kuasa pendakwa raya bagi memperoleh maklumat berhubung penyiasatan ke atas harta yang dimiliki dan tidak sepadan dengan pendapatannya yang sah di seksyen 32 Akta Pencegah Rasuah 1997 telah dimansuhkan. Sebaliknya kuasa penyiasatan tersebut dibekalkan khusus kepada pegawai suruhanjaya yang berpangkat pesuruhjaya atau yang lebih tinggi sebagaimana di fasal 36 rang undang-undang; (v) kuasa pendakwa raya bagi tujuan pemintasan bagi perhubungan di seksyen 39 Akta Pencegahan Rasuah 1997 diperluaskan pemakaiannya untuk meliputi pegawai suruhanjaya yang berpangkat pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh pendakwa raya sebagaimana yang diperuntukkan di fasal 43 rang undang-undang; (vi) kuasa pendakwa raya yang diberikan secara bertulis bagi tujuan penyerahan dokumen perjalanan di seksyen 40 Akta Pencegahan Rasuah 1997 diperluaskan pemakaiannya untuk meliputi pegawai suruhanjaya yang berpangkat pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh pendakwa raya sebagaimana yang diperuntukkan di subfasal 44(1) rang undang-undang; (vii) kuasa pendakwa raya untuk meminda atau membatalkan apa-apa perintah berkaitan dengan siasatan di subseksyen 41(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 diperluaskan pemakaiannya untuk meliputi mana-mana pegawai suruhanjaya yang diberi kuasa oleh pendakwa raya sebagaimana yang diperuntukkan di subfasal 45(1) rang undang-undang. Rang undang-undang ini turut mengadakan beberapa peruntukan baru yang bersangkutan dengan pendakwaan dan perbicaraan kesalahan bagi memperkemaskan Akta Pencegahan Rasuah 1997 sedia ada. Fasal 59 rang undang-undang telah menetapkan semua pendakwaan di bawah rang undang-undang ini dibicarakan di Mahkamah Seksyen. Fasal ini diperuntukkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul kerana terdapat hukuman bagi beberapa kesalahan khususnya kesalahan yang terdapat dalam jadual terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret. Fasal 60 rang undang-undang memperuntukkan pendakwa raya boleh mengeluarkan perakuan kepada Mahkamah Sesyen untuk memindahkan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan perakuan pendakwa raya itu hendaklah dilaksanakan di Mahkamah Sesyen. Fasal ini diperuntukkan bagi menyegerakan perbicaraan kes rasuah yang serius yang mewajarkan ia dibicarakan di mahkamah tinggi tanpa sebarang kelengahan yang bersangkutan dari perakuan yang dikeluarkan tersebut. Bagi mengimbangi peruntukan seksyen 51a, Kanun Tatacara Jenayah di mana pihak pendakwaan perlu membekalkan penyertaan kepada pihak pembelaan. Fasal 62 rang undang-undang ini telah memperuntukkan supaya pihak pembelaan juga membekalkan penyertaan tentang pembelaan mereka dan saingan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan semasa perbicaraan kepada pihak pendakwaan. Fasal 62 ini adalah bagi memastikan keadilan terlaksana bukan sahaja terhadap pihak tertuduh tetapi juga kepada pihak yang membuat aduan. Fasal ini merupakan satu-satnya peruntukan yang terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis pada ketika ini.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan mencadangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 ini jelas membuktikan kesungguhan dan iltizam berterusan kerajaan, political will dengan izin bagi memerangi jenayah rasuah yang semakin sophisticated dan complicated dengan izin yang kini telah merentas sempadan ekoran dari perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju dan pantas. Telah banyak berlaku perubahan dalam tempoh sedekad yang lalu dan kini sudah tiba masanya undang-undang yang sedia ada itu diberi nafas baru bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaannya lebih berkesan bersesuaian dengan keadaan masa kini. Rang undang-undang ini juga diharapkan mampu untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan serta meningkatkan tahap profesionalisme suruhanjaya yang bakal beroperasi pada tahun hadapan. Sokongan oleh beberapa mekanisme, tanggungjawab yang diwujudkan akan memastikan suruhanjaya bertindak dengan telus selaras dengan kehendak perundangan negara dan aspirasi masyarakat. Adalah menjadi harapan kerajaan, rang undang-undang ini mendapat sokongan dan diterima baik oleh semua pihak termasuk pihak pembangkang ke arah membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada sesiapa menyokong?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Peraturan mesyuarat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, Peraturan Mesyuarat 54(1). Tadi Yang Berhormat Menteri pun ada harap bahawa pihak pembangkang pun boleh sokong tetapi memandangkan ada banyak kesangsian dan keraguan yang timbul dan masa yang begitu suntuk untuk mengkaji rang undang-undang ini. Adakah Yang Berhormat realize, kita sudah dengar sebab-sebab yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri, rela untuk mengikut peraturan 54(1) untuk sama ada serah kepada satu Jawatankuasa Pilihan atau untuk menangguhkan perbahasan supaya ada masa yang lebih banyak untuk mengkaji ini sekurang-kurangnya sehingga empat minggu atau enam minggu. Kita setuju ini perlu diluluskan sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersara tetapi supaya pun bolehlah memberi masa yang lebih untuk civil society untuk mengkaji perkara ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Ipoh Timur, atas permintaan Yang Berhormat Ipoh Timur jugalah kita segerakan rang undang-undang ini. Yang Berhormat pun sendiri tahu, dalam akhbar, dalam Dewan, berkali-kali lebih dari tiga tahun mahukan supaya rang undang-undang ini dibentangkan. Kemudian Yang Berhormat, saya lihat di hadapan saya ada pindaan yang dibuat oleh Yang Berhormat sendiri sehinggakan kepada perkara 58, ini bermakna Yang Berhormat telah pun meneliti dan masa telah pun diberi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak cukup!

Tidak mengapa tetapi yang lebih penting Yang Berhormat ialah kita tentukan terlebih dahulu bahawa struktur yang baru ini kita adakan terlebih dahulu. Ia perlu disegerakan kerana kita telah pun meratifikasikan ... dan kita telah pun berjanji bahawa satu peruntukan yang penting iaitu

berkenaan dengan menyogok pegawai asing. Itu mesti dimasukkan, barulah kita boleh meratifikasi tetapi kita telah meratifikasi lebih awal, baru nak masuk dalam rang undang-undang ini. Maka oleh yang demikian, saya tidak berhajat untuk menangguhkan melainkan untuk kita membuat perbahasan dan dalam masa perbahasan ini, Yang Berhormat boleh berunding dengan saya mana-mana perkara yang boleh kita perbaiki. Akan tetapi saya mahu perkara ini dibentang dan dibahaskan dan diluluskan dalam sesi ini juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat peruntukan yang selanjutnya dan lebih baik bagi pencegahan rasuah dan bagi perkara- perkara yang perlu tentangnya dan yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan inisiatif Perdana Menteri dan kerajaan membukakan satu rang undang-undang yang amat penting bagi negara selaras dengan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri selama ini. Saya menyambut baik inisiatif ini kerana ternyata ia merupakan satu pembaharuan yang jauh lebih baik dari peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Saya juga akui bahawa langkah mengadakan satu rang undang-undang SPRM ini tidak mudah kerana sistem dan rakan-rakan sejawat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampak tidak ada yang menyuarakan dengan begitu tegas dukungan terhadap langkah membanteras rasuah. Oleh yang demikian, sementara saya ada beberapa teguran, saya harus menyatakan dan mengucapkan tahniah di atas inisiatif beliau ini kerana ini merupakan satu langkah positif yang berkesan walaupun seperti mana yang disuarakan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat, kita terdesak kerana waktu yang terlalu singkat. Dan keduanya beberapa peruntukan tidak selaras dengan hasrat yang disuarakan oleh Perdana Menteri sendiri. Umpamanya kenyataan beliau baru-baru ini dengan izin, ‘the anti corruption agency and the judiciary have been the targets of negative perception. Many people think the government is not committed to tackling corruption while investors are suspicious of the integrity of the judiciary’. Satu kenyataan yang terpancar dari kesedaran Perdana Menteri membayangkan bahawa ada yang tempang dalam sistem ini dan bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada tidak cukup untuk menangani permasalahan yang begitu gawat dan besar. Saya lebih mirip untuk mendukung banyak peruntukan ini kerana secara kebetulan Yang Berhormat Menteri juga tahu bahawa saya terlibat secara langsung mengawasi dan membentang Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang begitu sukar dan kontroversial kerana tidak mendapat dukungan yang cukup kuat dari rakan-rakan saya pada ketika itu. Malah yang saya lihat dan memberi kesan yang membimbangkan ialah beberapa peruntukan yang begitu kuat ditentang oleh Peguam Negara pada ketika itu dan Perdana Menteri telah langsung dibatalkan dalam peruntukan 1997 walaupun begitu gigih diusahakan oleh rakan-rakan dari Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu. Dalam peruntukan yang ada sekarang, nampaknya Perdana Menteri tidak pernah berhasil dalam memastikan satu badan atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah yang cukup-cukup berwibawa dan bebas. Saya tidak perlu ulangi kenyataan...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Bukankah benar bahawa pada tahun 1997 apabila Yang Berhormat Permatang Pauh yang menjadi acting Prime Minister masa itu yang bertanggungjawab menggubal dan meluluskan satu akta baru ialah Anti Corruption Act yang mengikut Yang Berhormat, tidak dapat sokongan yang kuat dari rakan-rakan beliau pada masa itu. Masa itu, Timbalan Menteri yang membantunya ialah sekarang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah masa itu beliau ada memberi sokongan yang kuat? [Ketawa]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bantahan yang kuat.

Datuk Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya harus berikan jawapan yang objektif. Selain daripada Badan Pencegah Rasuah yang begitu gigih mempertahankan beberapa peruntukan termasuk kuasa pendakwaan, kebebasan menyiasat tanpa memilih bulu, saya mendapat sokongan yang cukup kuat dan padu dari Timbalan Menteri pada masa itu. Ini saya berikan jawapan yang objektif yang saya ingat. Pada ketika itu saya menyebut antara lain selain dari surat Sayidina Ali bin Abu Talib..., Gabenor Mesir, saya masih ingat di Parlimen ini. Saya menganggap ini sebagai suatu langkah yang sangat mendesak, bukan semata-mata agenda politik tetapi agenda pembangunan bangsa.

Datuk Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya menyebut dan mengimbau pengalaman Sejarah Melayu bagaimana rasuah menyebabkan kejatuhan dan kemusnahan Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu pun 1997, tatkala membentangkan rang undang-undang ini, saya menyebut bahawa keyakinan terhadap jentera pentadbiran kerajaan sudah terhakis dan dari sudut ekonomi, rasuah meningkatkan kos, mengherotkan urutan keutamaan dan menyebabkan pengagihan sumber yang salah. Sepuluh tahun berlalu dan memang saya akui kita dapat satu pembentangan yang lebih positif dari yang pernah kita bentangkan pada tahun 1997, cuma masalahnya juga lebih parah walaupun undang-undang dibentangkan yang dianggap jauh lebih baik dari ada sebelumnya tetapi keadaan corruption dan rasuah lebih parah lagi. Maka sebab itu saya hendak tekankan di sini bahawa isu rasuah ini bukan hanya tanggungjawab suruhanjaya dan ini disebut oleh Menteri dan ditekankan tetapi mesti merupakan political will dan komitmen yang menyeluruh yang melibatkan anggota penguatkuasaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, pihak polis dan dengan ketiadaan satu APCMC yang dicadangkan untuk mengawal dan memastikan kewibawaan pasukan polis yang begitu terheret dengan pelbagai karenah jenayah dan rasuah. Jabatan Peguam Negara, menteri memberi penjelasan dalam dan luar Dewan bahawa dengan menyerahkan sebahagian kuasa, memutuskan pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam Negara, mengharapkan ada keupayaan untuk menyemak dan menghalang dari ketelanjuran pihak suruhanjaya. Akan tetapi kita juga harus perhatikan bahawa Jabatan Peguam Negara khususnya Peguam negara sekarang terlalu terselaput dengan terlalu banyak tuduhan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Jadi dengan SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau CPR yang begitu kuat berbanding dengan dahulu, terserah kepada satu kuasa yang berselaput dengan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang begitu keterlaluan. Maknanya dengan kehebatan dan integriti yang hendak kita pertahankan dalam suruhanjaya ini masih terperangkap dengan kegagalan kita membersihkan institusi pemerintahan dan pentadbiran yang lain termasuk Jabatan Peguam Negara. Seperti mana juga kenyataan Perdana Menteri yang saya sebut tadi, soal integrity of the judiciary, kalaupun kes pendakwaan cukup kuat, lepas di peringkat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, diberikan laluan oleh Jabatan Peguam Negara, serah kepada badan kehakiman dengan jenis sebahagian besar hakim yang ada ikut harga untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Terima kasih. Tadi Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang ada menyebut mengenai integrity of the judiciary. Baru-baru ini ada beberapa kenyataan di luar Parlimen ada membongkar iaitu Ketua Hakim Negara kini Tan Sri Dato’ Sri Zaki Tun Azmi ada terlibat dalam korupsi. Dia dengan umum, mengakui bahawa dia ada menerima suapan kepada beberapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sikap hakim tidak boleh dibahaskan dalam Dewan Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh Tuan Yang di-Pertua, kerana ini adalah mengenai apa yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara ini sebelum dia menjadi

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ketua Hakim Negara. Dia ada dengan umum... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, dengar apa yang hendak saya sebutkan di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Keputusan... Yang Berhormat kena dengar apa yang saya cakapkan Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Dalam tahun 1987, apabila Ketua Hakim Negara adalah seorang peguam, dia ada mengaku dengan umum dia ada memberi suapan kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, perkara yang sama telah Yang Berhormat bangkitkan sebelum ini dan telah diputuskan bahawa terlalu tipis garis pemisah antara hakim dan sifat hakim yang sebelum. Sebab itu telah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk tidak membahaskan perkara ini di dalam Dewan. Saya akan kekalkan itu Yang Berhormat. Janganlah bawa perkara ini.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apa keputusan itu, jika seorang peguam memberi suapan kepada kakitangan mahkamah, bersalah. [Disampuk] Ini adalah diakui oleh Ketua Hakim Negara sendiri dengan umum. Saya yang membuat satu pertuduhan ke atas dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kalau perkara ini diungkap di luar ianya tidak terhad, tidak tertakluk kepada peraturan mesyuarat tetapi jika perkara ini dibahaskan di dalam Dewan, tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 36(8) untuk tidak membincang dan membahaskan sifat-sifat yang melibatkan hakim-hakim. Jadi Yang Berhormat saya faham.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Sebelum dia menjadi Ketua Hakim Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita anggap kekal begitu Yang Berhormat, saya tidak izinkan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tidak bolehkah saya mendapat penjelasan daripada Ketua Pembangkang sekarang mengenai isu ini, terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya jelaskan isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini berkaitan dengan integriti, kewibawaan, kelayakan Peguam Negara dan juga badan kehakiman. Isu badan kehakiman walaupun kita akan bahaskan dalam beberapa hari lagi sangat genting kerana ini juga bukan perkara baru dari isu penyingkiran Ketua Hakim Negara sehinggalah laporan mengenai salah guna dan kelembapan sistem yang merosakkan seluruhnya institusi badan kehakiman dan yang terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor mengenai kedudukan Ketua Hakim Negara. Sewajarnya, satu penjelasan diberikan, memberikan ruang untuk kita membahaskan dan kemudian memutuskan dengan sebaiknya kerana tanpa penyelesaian kes ini dan dibiarkan tergantung termasuk kedudukan Ketua Hakim Negara sekarang, maka isu perubahan yang diharapkan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini tidak akan dianggap selesai. Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini saya ingin menyambung dengan menyatakan bahawa dalam menyerahkan pendakwaan atau memutuskan secara muktamad pendakwaan ini kepada Peguam Negara, itu akan menjejaskan kewibawaan dan kebebasan suruhanjaya ini kerana sejak tahun 1997, Badan pencegah Rasuah memohon dengan tegas supaya kuasa ini diberikan, kebimbangan yang dilahirkan ialah kuasa kepada Badan Pencegah Rasuah itu terlalu kuat. Penyelesaiannya ialah membahagikan di antara penyiasatan dengan bahagian pendakwaan. Walaupun di bawah suruhanjaya tetapi bahagian yang terasing dan terpisah sama sekali, memberikan ruang kepada bahagian pendakwaan untuk mengkaji dan meneliti hanya dari segi pendakwaan dan tidak campur tangan dalam soal siasatan. Ini penting kerana seperti mana disebut oleh peguam veteran Raja Aziz Addruse dengan izin “it is imperative that the Attorney-General’s wide powers be subject to close scrutiny and not be permitted to be exercised arbitrarily”.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

If the government is truly serious in wanting to improve and restore public confidence in the administration of justice in this country, it must be prepared to review the presently unfettered powers of the Attorney-General. There is currently no formal mechanism requiring the AG to account for his conduct in relation to prosecutions of criminal proceedings. In spite of the white powers he wields, he has no duty to report to the Prime Minister, Cabinet or Parliament. There has been no call for him to account for the failure of a number of high-profile prosecutions, which commenced with much fanfare but ended up being a waste of funds.” Kita boleh senaraikan puluhan kes yang melibatkan pembesar-pembesar dan juga kes–kes yang dianggap kontroversial. Akan tetapi sampai sekarang tidak ada sama sekali, tidak ada persoalan meminta Peguam Negara memberikan penyelesaian. Kita tengok sekarang ini kes video VK Lingam masih lagi terapung dan tergantung. Kita lihat kes yang disebut oleh Menteri Datuk Rais Yatim ada kes besar 20 profil yang besar. Itu sejak tahun 2004, saya masih di penjara tetapi sampai sekarang tidak ada berita, tiada khabar sama sekali dibenamkan dalam fail, kerana kuasa yang mutlak diberikan kepada Peguam Negara. Hari ini kita diminta meluluskan satu lagi undang- undang penting, menyerahkan lagi kuasa itu kepada Peguam Negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong minta jalan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat, saya memang mengambil perhatian dengan hujah Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita sekarang bersandar di Padang Rengas yang tadi dengan kefasihannya begitu lantang untuk membentangkan rang undang-undang terutamanya Bahagian VII, Pendakwaan dan Perbicaraan Kesalahan. Saya ternampak iaitu yang tiba “di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan”. Itulah Yang Berhormat Padang Rengas. Adakah Yang Berhormat mencadangkan supaya Bahagian VII itu dimansuhkan dan digantikan dengan bahagian yang baru.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tekan tadi ialah penggantian peruntukan ini, walaupun telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan lain-lain dalam cadangan supaya dibenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah diberikan kuasa pendakwaan bebas dari keputusan Peguam Negara, sepertimana yang berlaku juga dalam Anti Corruption Commercial Hong Kong yang banyak membantu kita dari dahulu dan sekarang mengemukakan undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau.

Terima kasih Ketua Pembangkang dan terima kasih atas membawa perhatian Dewan kepada kuasa pendakwaan sepertimana yang disebut tentang ICAC di Hong Kong. Saya hendak tarik perhatian, Ketua Pembangkang sedar ataupun tidak bahawa di Hong Kong ICAC ini sebenarnya tidak ada kuasa pendakwaan. Saya memetik daripada website ataupun laman web ICAC dengan izin, “After completion of investigations, the power to prosecute is vested with the Secretary for Justice, and the separation of powers ensures that no case is brought to the courts solely on the judgment of the ICAC”. Itu daripada Hong Kong. Jadi apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi adalah tidak tepat bahawasanya Hong Kong ini ada kuasa pendakwaan. Akan tetapi saya hendak tarik perhatian juga kepada akta ini kepada peruntukan perkara 5(6). Di mana disebut bahawa: “5(6) Ketua Pesuruhjaya hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai Suruhanjaya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sepertimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya bagi maksud Akta ini”. Jadi di sini walaupun kita tidak pisahkan soal siasatan dan juga dakwaan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, saya nampak perkara ini memberi kuasa yang istimewa bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini

untuk buat satu ketetapan yang bebas daripada kes itu dihantar balik kepada Peguam Negara untuk buat keputusan. Maknanya Peguam Negara ataupun DPP yang di stesen di suruhanjaya ini barangkali dengan kuasa yang diberi ini boleh buat keputusan secara bebas tanpa dirujuk kepada Peguam Negara. Ini sedikit banyak menjawab kerisauan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Rembau dari penjelasan bagi pihak menteri. ICAC walaupun tidak ada kuasa persis pendakwaan, tidak pernah menghadapi masalah untuk semua kes yang diputuskan secara automatik didakwa. Dia merujuk kepada Chief of Justice atau Ketua Pendakwa di Hong Kong itu hanya sebagai satu proses procedural. Selama 10 tahun tidak ada kes pembantahan. Masalah di negara kita itu jauh berlainan. Sebab itu saya mengatakan, saya akui untuk penjelasan kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, saya akui bahawa ada kemajuan besar dari peruntukan 1997 yang dituntut oleh Badan Pencegah Rasuah ketika itu ialah kuasa pendakwaan dengan permasalahan yang sama. Ini kerana mereka sendiri kurang yakin dengan kesungguhan dan keupayaan Peguam Negara pada masa itu. Jadi sekarang ini yang diperuntukkan memberikan kuasa yang lebih, tetapi tidak cukup kerana akhirnya keputusan muktamad itu masih Peguam Negara, jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan sebaiknya ialah memastikan bahawa semua kes yang dianggap cukup kukuh setelah melalui dua proses penyiasatan dan juga Ketua Pesuruhjaya seperti di dalam 5(6). Sudah ikut dua proses ini sepatutnya Jabatan Peguam Negara menjadi satu kaedah yang procedural semata-mata. Jadi, saya hendak tanya siapa yang yakin sebenarnya dengan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara yang ada sekarang. Kalau itu masalahnya kita akan selesaikan dengan mengukuhkan sistem dan institusi itu. Kita memilih tidak menentang kesemuanya, malah saya telah sebut daripada awal, saya cenderung untuk menyokong terlalu banyak peruntukan dalam ini. Ini kerana saya sebagai orang yang terlibat dulu saya tahu benar bagaimana sukar hendak buat perubahan satu demi satu peruntukan. Ini kerana kebimbangan oleh tokoh-tokoh politik itu luar biasa. Ada peruntukan kalau kata ada yang disiasat, yang kini mengikut peraturan sekarang dimansuhkan dan diganti dengan perkara 36 dalam kuasa undang-undang yang ada sekarang untuk menyita harta umpamanya. Bagi peruntukan itu menjadi hampir perang dalam pimpinan. Jadi saya faham, cuma bezanya sekarang ialah kerana yang membentangkannya itu adalah Perdana Menteri. Jadi mungkin perkara ini mendapat laluan yang mudah. Sebab itu saya fikir sementara masih Perdana Menteri ambil kesempatan untuk mengukuhkan, kerana kita tidak jamin perkara ini dapat dipertahankan dan peruntukan-peruntukan ini akan dapat didukung dengan sekuat itu. Jarang saya dengar daripada menteri, tapi sebelum ini hampir tidak ada pimpinan kerajaan yang memberikan sokongan yang kuat terhadap undang-undang baik kebebasan badan kehakiman ataupun anti rasuah. Timbalan Perdana Menteri baru buat kenyataan dua hari lalu setelah rang undang-undang ini dikemukakan. Bayangkan kita ada pemimpin-pemimpin negara yang lesu. Kalau ini istilah Sukarno dalam bahasa Belanda [bercakap dalam bahasa Belanda] jeritan di padang pasir. Tidak dapat dukungan dari rakan-rakan sendiri. Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krau bangun Yang Berhormat.

Tuan Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin bertanya adakah kenyataan saya ini benar berdasarkan pengalaman yang ada pada Yang Berhormat Permatang Pauh. Pada tahun 1982 melalui Seksyen 5, Akta Badan Pencegah Rasuah, Ketua Pengarah kita ini diberi kuasa untuk membuat dakwaan. Pada tahun 1997 kuasa ini telah ditarik balik melalui pindaan yang telah dilakukan. Ketika itu apakah sebabnya kerajaan membentangkan supaya satu pindaan dibuat untuk menarik balik kuasa dakwaan yang diberikan kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu. Mohon penjelasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya dan Yang Berhormat Menteri sekarang tahu apa yang berlaku, peruntukan itu hanya dibatalkan atas nasihat Peguam Negara terus kepada Perdana Menteri dan kita tidak dibenarkan untuk bahaskan lagi. Kalau saudara hendak tahu itu kedudukan dia. Saya tidak mahu sahabat saya tolong jawab jadi saya tolong jawab bagi pihak dia bersama, bahawa peruntukan itu mahu dipertahankan dengan keras bahkan setelah keputusan membatalkan peruntukan itu, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan pegawai- pegawai kanan datang dengan memberikan bantahan yang cukup kuat kerana mereka mengatakan dengan pindaan ini walaupun umumnya jauh lebih baik daripada pindaan peraturan yang lalu, telah menyebabkan hilang kewibawaan mereka sebagai satu badan yang dianggap lebih kuat dan kukuh pada ketika itu. Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga memberi sokongan kepada beberapa peruntukan yang di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, pasal saya dengar Yang Berhormat Rompin bercakap tidak guna mikrofon.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti perbahasan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi dan penekunan saya atas kesemua amalan demokrasi ala Westminster ini hampir- hampir saya membuat rumusan bahawa teori ataupun doctrine separation of power ini hanyalah pada sebutan, pada idealismenya tetapi pada amalannya tidak ada satu negara bangsa amalan demokrasi ini mampu melaksanakannya. Saya tidak perlu sebut tentang bagaimana sejarah pembentukan idea daripada yang dikatakan sebagai the western liberal demokrasi amalan ini, yang dikemukakan oleh philosopher Baron de Montesquieu, yang kalau kita lihat inilah kunci permasalahannya di mana eksekutif tidak dapat ataupun masih punyai kuasa di atas kedua, branch government yang lain khususnya judiciary dan juga mungkin Parlimen serba sedikit. Jadi saya minta penjelasan kepada Ketua Pembangkang, kalau begitulah sifatnya yang bukan Peguam Negara, AG Office ini yang masih di bawah telunjuk, kongkongan Perdana Menteri dan AG ini memanglah sebahagian daripada eksekutif. Maka kalau begitu, keseluruhan, kepincangan cadangan rang undang-undang ini terletak di situ. Kalau kita mengambil perbandingan ICAC di Hong Kong itu, walaupun seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau tetapi pada keseluruhannya in the final analysis, ia bukan tergantung kepada undang-undang semata-mata bahkan penghayatan undang-undang itu, peribadi, jati diri, pengamal, personaliti itu, the whole culture dengan izin. Jadi dengan kata lain, bagaimana kita mahu merungkaikan bottleneck ini? Ini satu soalan kepada Ketua Pembangkang, apakah ada jalan-jalan keluar contohnya kalau kita mengemukakan kedudukan seperti diamalkan di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ringkaskan Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat. Nanti boleh berucap.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Susah juga hendak ringkas ini Tuan Yang di-Pertua. Contohnya, apakah kita akan kembali kepada susunan di mana AG itu dilantik sebagai lantikan politik, maksudnya AG mesti daripada MP’s mereka yang dipilih seperti mana Tan Sri Kadir Yusof, Tan Sri Abu Samah satu masa dahulu. Maka dengan kata lain, beliau duduk di Dewan yang mulia ini dan dipertanggungjawabkan atas apa juga tindakan yang dibuat dan tidak hanya menjadi beholden to, menjadi di bawah telunjuk Perdana Menteri semata-mata tetapi keseluruhan tanggungjawabnya dibuat di Dewan yang mulia ini. Ataukah juga boleh kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang sangatlah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Cukup? Nanti saya sambung satu lagi point. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ketua Pembangkang sudah faham penjelasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih untuk jawab, saya hendak ucap terima kasih dan ingin bagi jaminan insya-Allah, bila kita ambil alih kita akan timbang ini. Saya juga menyokong apa yang ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang menambah kuasa dan memperbaiki beberapa peruntukan umpamanya 7(3), memperluaskan bidang kuasa kepada 10(3) termasuk kuasa penggeledahan kerana kita anggap peruntukan yang lalu itu agak terbatas. Maka diperluaskan kuasa, ini melibatkan juga institusi kewangan termasuk bank dalam 35(1) dan juga dalam soal penyitaan harta yang kita anggap sangat kritikal dan peruntukan ini juga sangat perlu dan ini telah dimasukkan walaupun dulu kita gagal memasukkannya 10 tahun. Saya kebetulan hafal benar beberapa peruntukan ini tetapi saya dalam konteks ini menyambut baik beberapa perubahan yang disebutkan. Akan tetapi kebimbangan kita tidak lari daripada isu yang besar selain daripada isu pendakwaan ialah isu 5(1), (2) dan (3) soal pelantikan ahli suruhanjaya termasuk ketua suruhan jaya yang dibuat, dilakukan oleh Perdana Menteri atau nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dan ini menimbulkan kebimbangan terutama sekiranya proses pemilihan itu tidak diperjelaskan syarat-syarat yang ketat termasuk jawatankuasa khas yang dilantik dan seperti mana yang telah berlaku di kebanyakan negara-negara demokrasi, Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan ruang untuk meneliti calon yang paling layak bukan sahaja dari segi tahap profesional dan teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan. Nama dan imej Badan Pencegah Rasuah umpamanya juga terjejas sebelum ini bukan sahaja Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, tetapi juga Ketua Badan Pencegah Rasuah. Manakala seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan telah menerima terlalu banyak aduan dan aduan itu juga ditutup dengan mudah atas keputusan Peguam Negara. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kuasa pelantikan ini dan juga disebut dalam beberapa peruntukan cadangan pindaan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur ialah soal keanggotaan lembaga penasihat dan lima jawatankuasa yang kita alu-alukan kerana ini juga akan memberi ruang dan kesempatan untuk suruhanjaya ini mendengar pandangan yang berbeza, pandangan dari tokoh yang lebih profesional, yang berwibawa, yang latar belakang berlainan, yang dapat memberikan maklumat. Akan tetapi saya ingin menjelaskan bahawa sekadar lembaga yang diberikan kuasa menasihati dan kemudian pelantikannya itu mutlak kepada Perdana Menteri akan menimbulkan juga kebimbangan mengenai kewibawaan dan kebebasannya. Satu perkara yang lain yang saya hendak sentuh juga yang perlu pertimbangan mudah- mudahan dalam ruang ini akan mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan sedikit pindaan ialah kebimbangan maklumat oleh si pemberi maklumat. Saya bersetuju bahawa harus ada peraturan, hukuman kepada orang yang membuat tuduhan melulu atau fitnah terhadap mana-mana pemimpin ataupun orang lain. Oleh yang demikian harus diberikan satu ketetapan, peraturan yang menjaga supaya kebebasan ini tidak disalahgunakan. Akan tetapi hukuman itu agaknya terlalu berat dan tidak diperjelaskan apakah hukuman itu semata-mata kerana dakwaan itu palsu atau kurang keupayaan si pendakwa, orang yang membuat dakwaan itu mengemukakan bukti yang nyata kerana dari segi ini, the whistleblowers umpamanya akan dikenakan hukum penjara dan RM100 ribu maksimum.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, ini kalau diperjelaskan dan diberikan jaminan akan menakutkan orang. Buat apa ambil risiko membuat laporan terutama kepada pembesar kerana akan terus ditekan dan kemudian dihukum. Jadi, risiko itu terlalu besar dan oleh yang demikian saya minta kalau boleh peruntukan ini diteliti sedikit supaya diberikan jaminan yang cukup kuat bahawa peruntukan ini tidak bermaksud sama sekali untuk menakutkan orang daripada membuat dakwaan. Akan tetapi hanya melarang daripada tuduhan melulu atau fitnah terhadap sesiapa. Kalau itu diperjelaskan, mungkin munasabah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dalam beberapa peruntukan yang lain, termasuk protokol undang-undang di Hong Kong dan di Indonesia, jaminan itu agak lebih kuat. Ini kerana dengan jaminan bahawa kalau dia ada maklumat walaupun sedikit, pendakwa tidak boleh diminta untuk memberikan maklumat lebih daripada itu. Jadi, tanggungjawab suruhanjaya ialah melakukan penyiasatan. Kalau dia gagal mendapatkan maklumat, suruhanjaya gagal mendapat maklumat, janganlah dihukum yang membuat dakwaan itu. Ini kerana saya bimbang kalau pun ada peruntukan undang-undang yang agak kuat, tetapi dengan peruntukan kecil yang menakutkan, ini dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan dan keupayaan suruhanjaya. Tuan Yang di-Pertua, pembasmian rasuah ini tidak tertakluk hanya kepada kekuatan undang-undang. Semua orang terima ini. Kita tahu dalam undang-undang ini, yang agak kuat walaupun ada beberapa kebimbangan yang saya suarakan, peruntukan yang saya rasa harus dipinda. Peraturan dan undang-undang yang kukuh, tenaga profesional yang cukup, bayaran yang memuaskan kepada mereka dan peruntukan dana yang cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mengambil tindakan. Dengan tambahan pegawai yang lebih daripada 5,000 dan kita anggap mampu diletakkan berselerak di seluruh negara bukan sahaja di Semenanjung tetapi di Sarawak dan di Sabah. Dia ada juga saham dalam kes rasuah ini, besar lah juga. Jadi, dengan adanya percambahan pejabat di semua negeri, dengan pegawai yang berwibawa itu dengan sendirinya akan merupakan satu deterrent yang baik. Oleh yang demikian, saya menyokong langkah atau cadangan menambah kekuatan profesional dan integriti. Cuma pelantikan pegawai-pegawai itu haruslah mengikut proses yang cukup ketat. Suruhanjaya baik, tetapi ia tidak semestinya menjamin mutu profesional yang baik. Kuasa yang lebih kuat harus juga bersama dengan pertanggungjawaban. Kuasa itu harus kerana rasuah ini [Membaca sepotong hadis] - jadi ini satu pekerjaan yang dilaknat oleh Allah. Tanggungjawab apabila kita berikan kuasa yang lebih, kuasa itu harus juga dipertanggungjawabkan [Membaca sepotong hadis]. Jadi, kalau tanggungjawab itu dengan sendirinya dipikul dengan prinsip pertanggungjawaban atau accountability yang lebih. Saya tekan perkara ini kerana kalau kita tengok senarai, apakah mustahil kita wujudkan satu Badan Pencegah Rasuah yang cukup wibawa. Undang-undang yang jauh lebih lemah daripada undang-undang sekarang telah melahirkan Badan Pencegah Rasuah yang jauh lebih wibawa daripada sekarang. Dahulu semasa Tun Dr. Ismail bertanggungjawab dan Ketua Pengarahnya Tan Sri Harun Hashim. Semua orang terima, undang-undangnya lebih lemah daripada sekarang. Jumlah pegawai jauh lebih kecil tetapi kewibawaan mereka tidak pernah dipertikai. Kewibawaan pegawai yang bernama Tan Sri Harun Hashim, kewibawaan menteri yang bernama Tun Dr. Ismail. Dia keras dari segi ISA, betul. Akan tetapi dari segi integriti melawan rasuah itu memang sangat dihormati. Maknanya, soal integriti kewibawaan pegawai itu sangat penting dan kebebasan diberikan bertanggungjawab kepada siapa. Hari ini ada undang-undang yang kuat bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, yang jelas komitmennya untuk membanteras rasuah walaupun tindakannya itu tidak selari. Ini kerana tindakan kita boleh sebut puluhan kes dari dahulu sampai sekarang yang hanya ditutup atau difailkan. Ada kes-kes yang nyata, yang dibawa oleh Badan Pencegah Rasuah dengan bukti yang cukup jelas, dengan nombor akaun, dengan lot tanah, dengan saham dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara - ditutup begitu sahaja. Ada kes diselesaikan oleh BPR, diluluskan oleh Peguam Negara, ditahan di Pejabat Perdana Menteri. Jadi, sebab itu saya ingin tekankan di sini, tanpa membongkar terlalu banyak kes yang berlaku bahawa kewibawaan suruhanjaya ini tidak selesai di peringkat itu sahaja. Ia dikaitkan sekali dengan Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan menteri yang bertanggungjawab mengendalikan kes ini. Apatah lagi sekarang ini, Peguam Negara sendiri sedang menunggu pendakwaan terhadap dia. Saya difahamkan dengan maklumat yang agak cukup kuat bahawa Badan Pencegah Rasuah telah pun mengemukakan laporan, menunggu sahaja keputusan untuk mendakwa. Memang tertangguh lama sebab ia melibatkan Peguam Negara. Kalau Peguam Negara dalam keadaan sedemikian, kita luluskan, kita masih hadapi kesukaran. Yang Berhormat Menteri tahu selain daripada kes yang saya

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

sebutkan melibatkan Peguam Negara, kes-kes besar yang lain, yang tertinggal puluhan tahun, yang melibatkan puluh bilion ringgit. Saya tidak mempertikaikan berdasarkan pengalaman saya bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah kerana ramai pegawai-pegawai yang profesional. Ada juga yang takut, ada juga yang mudah diarah tetapi ramai yang profesional menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan dengan tegas. Akan tetapi, apa yang berlaku dalam kes yang kita bahaskan di sini laporan PricewaterhouseCoopers dalam kes Perwaja yang menyebabkan kita mengalami tanggungan RM13 bilion. Apa yang berlaku kepada pendakwaan Tajuddin Ramli dalam kes MAS yang melibatkan saman RM13.6 bilion? Apa yang melibatkan kes pendakwaan sekarang, paling akhir Scorpene, Sukhoi dan Eurocopter. Apakah semua tidak ada asas dan ditutup belaka? Apakah dengan berlaku kes yang dibangkitkan tentang Ketua Polis yang bertindak sebagai pelobi syarikat? Apa jadi dengan kes Ketua Pengarah BPR yang lalu dengan laporan jenayah, pengumpulan harta, pembelian kontrak dengan dokumen sekali? Kalau kita biar begini, kemudian hendak harapkan kita berikan satu persepsi baru, saya hendak beritahu kepada rakan saya menteri untuk minta menyampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawa persepsi itu tidak berubah hanya dengan suruhanjaya. Persepsi itu berubah dengan kekuatan suruhanjaya, kewibawaan, dan tindakan yang diambil. Kita tahu semuanya Semak sahaja fail. Kalau ada rakan-rakan saya daripada Barisan Nasional atau UMNO yang mengatakan saya membuat tuduhan yang tidak berasas, rujuk sahaja fail. Sebahagian fail sudah saya lihat dahulu. Rujuk sahaja fail. Bekas Ketua Menteri Melaka. Hotel di mana, tanah di mana, saham mana? Tidak payah Ahli Parlimen Bagan tambah kerana beliau sudah alami rekod di penjara. Akan tetapi, disenaraikan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Maknanya kewibawaan pada ketika itu pun kecekapan BPR menyiasat, menyita itu agak baik, cukup buktinya disahkan oleh BPR, ditandatangani, dibawa ke Jabatan Peguam Negara tetapi difailkan. Bakun ada laporan tidak ada tindakan. Ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi cukup puluhan laporan dikemukakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kalau ada yang mengatakan nanti Yang Berhormat dari Permatang Pauh harus bersabar kata mereka kerana kita baru hendak wujudkan suruhanjaya. Saya jawab dahulu di bawah pengawasan Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Badan Pencegah Rasuah masa itu mungkin jabatan sahaja belum pun badan. Jabatan Pencegah Rasuah pun jauh lebih berwibawa kerana tahap profesionalisme dan integriti kewibawaan pegawai dan tokoh politik yang mengawasinya. Sebab itu saya lebih mahu merujuk kepada komitmen, iltizam, guna istilah Menteri dia guna istilah iltizam sekarang ini untuk menangani permasalahan yang ada. Saya boleh senarai lagi. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua tahu tentang beberapa laporan lain yang melibatkan calon-calon penting dalam pertandingan UMNO sekarang. Calon presiden, calon timbalan presiden itu laporan-laporan berdasarkan fakta yang sekarang diketahui umum. Kita tidak boleh menghukum sama ada salah atau tidak kita katakan harus disiasat. Soalnya apakah siasatan dilakukan. Saya yakin sebahagian besar siasatan dilakukan. Apakah ada tindakan? Saya tidak yakin akan ada tindakan kerana kurangnya political will. Jadi kalau ada alasan sekali lagi hendak tunggu suruhanjaya baru ada tindakan saya tidak percaya ia akan berhasil melainkan ada tekad baru oleh Perdana Menteri sebelum bersara, kalau jadi bersara. Itu wallahualam. One week in politic is a long time untuk quote Winston Churchill. [Ketawa] Jadi saya harap kes-kes yang telah direkodkan oleh kerana Yang Berhormat Padang Besar pun ada kemukakan laporan polis. Saya ingat. Pada 21 November 2001 tentang penyelewengan peruntukan PPRT. Tuan Yang di-Pertua, wang rakyat termiskin pun mereka istilah Kedah dia kata menketedarah - makan sehingga kedarah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu wang PPRT dan dilapor oleh Menteri dan sekarang Pengerusi PAC. Apa keputusannya? Tidak ada. Ini saya sokonglah inisiatif Yang Berhormat Padang Besar. Yang sedihnya bukan dari projek besar bilion-bilion soal kapal selam sampai ke balak. Ini soal projek penetasan ayam di Gading Galoh, Kok Lanas, ikan hiasan, tanaman orkid, projek ayam telur pun ada disonglap lagi. Jadi kalau kita hendak tunggu suruhanjaya hendak selesaikan saya bimbang ia tidak. Saya sengaja membangkitkan ini kerana hendak membuktikan selain daripada laporan yang besar Yang Berhormat Bagan ataupun Yang Berhormat Gombak yang mengemukakan laporan-laporan lebih besar, Yang Berhormat Kubang Kerian banyak kemukakan sebagai Pemuda PAS tetapi saya sengaja mengambil beberapa laporan lain termasuk yang dianggap jauh lebih kecil tapi tidak ada apa-apa tindakan. Saya harap Yang Berhormat Menteri dalam memberi jawapan jangan sekadar mengatakan insya-Allah kita akan ambil tindakan dengan ada suruhanjaya ini tetapi memberikan jaminan yang tegas bahawa suruhanjaya ini adalah satu senjata bukan untuk salah guna, bukan untuk khianat tetapi untuk membersihkan negara kita dari barah rasuah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya telah gunakan Dewan ini dahulu untuk menyebut bahawa Morgan Stanley melaporkan kehilangan RM30 bilion dari rasuah. PEMUDAH menyebut sekitar RM10 bilion satu tahun dan saya tidak anggap satu akta baru akan menyelesaikan. Saya berikan sokongan bersyarat dengan harapan beberapa pindaan kerana saya tahu untuk memperkenalkan satu rang undang-undang begini terlalu sukar dalam keadaan yang begitu mengekang dalam sistem yang ada dan oleh kerana beberapa peruntukan yang gagal kita perkenalkan tahun 1997 berjaya dibentangkan saya sambut baik dan alu-alukan. Saya juga mengharapkan kali ini untuk mendapatkan satu semangat kerjasama yang baik. Yang Berhormat Menteri memberikan pertimbangan dalam beberapa isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat dan juga dari BN supaya kita boleh menyokong dan dengan syarat beberapa perubahan dan penyesuaian penting dalam peruntukan ini dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang telah berjaya atas iltizam untuk membawa satu akta yang pada saya cukup penting yang diberi nama Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang akan kita bahas di Dewan ini sebelum kita luluskan. Saya juga sempat mendengar ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang mungkin nanti akan sedikit sebanyak turut saya sentuh kerana kebetulan isi kandungannya itu sebenarnya adalah untuk melihat bahawa kesan dan bahaya amalan rasuah ini sebenarnya boleh menjejaskan pelbagai usaha kerajaan dalam kita mencapai satu-satu objektif dengan secara maksimum. Saya juga melihat tadi dibentangkan bahawa SPRM ini dibentangkan mengandungi dua pendekatan selain daripada kita mencegah ada juga elemen pendidikan di kalangan masyarakat, di kalangan pentadbir agar kita dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab itu dengan lebih sempurna tetapi kita kena mulakan perkara ini dengan satu pemikiran yang terbuka dan penuh kepercayaan bahawa kerajaan benar-benar beriltizam untuk memperbaiki apa juga sektor yang terlibat dalam pembangunan negara supaya bebas daripada amalan rasuah. Namun begitu, saya bersetuju seperti yang dinyatakan tadi perjalanan kita ini sebenarnya masih jauh. Mempunyai satu undang-undang yang menyatakan pelbagai perkara, pendekatan struktur, pelaksanaan pendakwaan penyiasatan sebenarnya tidak mencukupi kalau ia tidak datang dengan satu kesungguhan yang tinggi untuk kita sama jayakan hasrat yang diimpikan. Namun pada saya langkah seribu itu akan bermula dengan langkah tapak pertama supaya tapak pertama itu kita bantu, kita jayakan secara bersungguh untuk kita pergi lebih jauh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetitif yang dapat menarik minat pelbagai pihak.

Dalam soal rasuah saya rasa tidak ada siapa yang boleh menjadi juara dan jaguhnya. Tidak ada siapa yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa kita sahaja yang bebas, kita sahaja yang terbaik, kita sahaja yang memikirkan tentang masalah rasuah, kita sahaja yang mahukan satu pembersihan dalam negara kita.

Yang penting bagi saya adalah untuk kita meletakkan integriti kepada mereka yang mempunyai kedudukan dan kuasa untuk menjalankan tugas dengan sempurna kerana kita akan terus diperhatikan oleh rakyat. Bukan sahaja rakyat dengan kerajaan tetapi pekerja dengan majikan. Rakyat mahu melihat Malaysia bebas dan kita adalah badan tertinggi yang akan menentukan, apakah bentuk undang-undang yang cukup sempurna dan baik untuk kita terima pakai. Kita tahu rasuah mempunyai makna yang sangat luas. Apa juga perkara yang kita buat, keputusan yang kita buat jika ada dipengaruhi dengan elemen, faktor-faktor luaran seperti kewangan, kedudukan, kuasa, tekanan boleh juga kita istilahkan sebagai rasuah. Hubungan ketua dengan kerja apabila digunakan kuasa meminta, pekerja melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak, kemahuan juga boleh dikatakan ada wujud elemen rasuah. Tidak semestinya kewangan yang boleh menjejaskan ekonomi tetapi keputusan yang boleh menjurus kepada kepentingan seseorang individu atau ketua juga boleh dikatakan satu bentuk rasuah. Dan sebagai Ahli Parlimen, akta ini perlu kita lihat dan bahas untuk kepentingan rakyat. Kita tidak boleh tukar Dewan ini sebagai mahkamah untuk melihat satu persatu perkara yang ditentukan. Saya setuju, mungkin ada pakar-pakar yang boleh memberi pandangan tetapi hari ini telah diletak di depan kita kerana saya sebut perkara ini. Saya ada sedikit rasa kekesalan Tuan Yang di-Pertua. Pada dasarnya saya memang sangat bersetuju dengan pada dasarnya rang undang-undang ini dibawa untuk kita laksanakan tetapi sedikit kesal, saya terbaca dalam satu akhbar semalam, ada satu temu ramah yang pada saya hampir begitu spesifik membincangkan akta yang akan kita bahas hari ini. Kita tahu Yang Berhormat Menteri baru sahaja membuat Bacaan Kali Kedua dengan mengatakan aspirasi, semangat dalam akta ini tetapi dalam surat khabar semalam telah diberikan satu interview dengan satu orang yang dikatakan berpengalaman. Saya tidak ingin mempersoalkan orang yang memberikan atau tokoh yang memberikan pandangan terhadap akta tetapi saya tidak boleh menerima sebelum kita bahas, sudah ada orang memberikan pandangan yang pada saya sebahagian daripadanya tidak pun betul. Saya boleh petik kalau kita boleh rujuk kepada surat khabar berkenaan tetapi kalau ada perkara yang tidak betul, yang belum kita perbetulkan dalam Dewan ini, sudah tentu masyarakat di luar sana yang tidak mempunyai privilege dengan izin, terhadap dokumen yang dibentangkan, mereka akan terpengaruh dan percaya kerana orang yang memberikan pendapat ini adalah orang yang mempunyai latar belakang bersesuaian dengan aktiviti perundangan. Contoh dalam seksyen 53 dikatakan, kalau saya boleh petik, ”How different is the caution from the previous one, very different. The new one start with, do you wish to say anything.” Bagi yang tidak tahu, mungkin dia rasakan bahawa memang betul akta ini sudah terlalu berbeza dengan yang lama tetapi saya rasa, pihak kerajaan perlu mengambil ini sebagai satu yang serius ataupun satu bentuk pendekatan, penekanan kerana kalau kita lihat dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 45 adalah sama dengan seksyen 53 yang kita bentangkan. Bagaimana dia boleh mengatakan seksyen 53 itu sudah berubah ataupun worst from the previous one. Ini satu perkara yang kalau masyarakat yang tidak mempunyai privilege, dengan izin, kepada akta yang hendak dibentangkan seolah-olah ada satu pembaharuan dan penekanan. Walhal perkara ini sudah lama ada dalam Akta Pencegahan Rasuah. Malahan tidak ada satu pun ayat yang saya nampak bertukar daripada yang lama. Jadi sebelum kita melihat kepada perundangan yang hendak dibahaskan, perkara-perkara ini yang menimbulkan persepsi-persepsi yang mungkin tidak tepat. Saya tidak sebut persepsi yang buruk tetapi persepsi begini adalah tidak baik atas usaha kerajaan untuk membawa satu aspirasi dalam kita membanteras amalan rasuah di negara kita. Perkara-perkara lain yang ada dalam laporan surat khabar ataupun exclusive interview itu, boleh kita dapati boleh kita halusi tetapi yang ingin saya sentuh sedikit rasa kekecewaan, kekesalan saya sebelum Ahli-Ahli Parlimen diberi ruang untuk berbahas sudah ada. Kalau ini amalan yang dibenarkan, orang lain boleh bercakap, apa guna kita berbahas di Dewan yang mulia ini?

Jadi perkara-perkara yang jelas tidak betul. Memberi pandangan, memberi maklum balas daripada akar umbi, pendapat saya rasa, saya terbuka, tetapi sebelum pun kita menerima, kita sedang dalam tempoh perbahasan, memberi satu pandangan yang boleh memesongkan pemikiran rakyat, saya rasa perlu diambil satu keputusan, pendirian ataupun tindakan jika perlu supaya ia tidak mengganggu urusan ataupun harapan yang sedang kita kemukakan. Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat minta satu penjelasan.

Ya, ya, kawan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Adakah Yang Berhormat menyatakan bahawa sesiapa yang baca bil ini tidak mempunyai ruang untuk memberi pendapat mereka khususnya seorang yang mempunyai latar belakang kehakiman. Adakah Yang Berhormat di sini menyatakan bahawa sebelum satu bil dibaca dan diperbahaskan di Dewan yang mulia ini, tidak ada seorang pun daripada masyarakat umum, rakyat Malaysia yang boleh memberi pendirian mereka. Apakah salah itu? Khususnya di mana pendapat ini datang daripada seorang yang mempunyai latar belakang yang cukup berpengalaman untuk memberi pendapat berkenaan bil ini. Bukankah kita patut encourage pandangan-pandangan seperti ini diberikan, supaya kita semua termasuk rakyat juga, Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dan juga rakyat jelata boleh turut bersama dalam perbahasan untuk memastikan bahawa semua aspek yang penting is covered di dalam masa perbahasan ini. Apakah pendapat Yang Berhormat?

Pendapat saya kata tadi, saya tidak tahu Yang Berhormat faham tidak. Saya kata, saya terbuka. Bagilah pandangan tetapi kalau isi kandungan itu jelas tidak betul, Yang Berhormat bacalah. Saya sudah sebut dahulu akta itu tadi. Apa yang hendak kita bahas seksyen 53nya, yang disebut dalam itu dikatakan tidak sama. Ini tidak betul. Perkara yang tidak betul siapa yang boleh memberi penjelasan? Saya bangkit supaya nanti Menteri boleh jawab. Yang Berhormat tanya saya fasal apa? Saya hanya memberitahu perkara yang dibangkitkan ada satu akta rang undang-undang hendak dibawa ke Parlimen, yang disambut baik, diminta berulang-ulang kali daripada pembangkang baik, daripada rakyat baik, daripada NGO baik. Memang betul, ada persoalan menimbulkan tentang tidak cukup masa dan sebagainya tetapi pada saya benda yang tidak betul disebut dalam surat khabar, diberitahu oleh satu tokoh yang mempunyai latar belakang yang cukup dihormati. Bagaimana penerimaan rakyat? Bagaimana untuk kita memperbetulkan kenyataan yang dibuat? Sebab itu saya hanya mencadangkan, perlu diperbaiki dan perlu diambil tindakan jika perlu, itu terserah kepada kerajaan. Saya hanya membangkitkan. Saya tidak tahu, kalau Yang Berhormat bersetuju dengan kenyataan bahawa ada perbezaan. Saya katakan ia verbatim di antara satu Seksyen APR (Akta Pencegahan Rasuah 1997) dengan SPRM 2008. Sama. Mana mungkin kita terima dalam surat khabar, dia kata tidak sama. Jadi perkara ini perlu diperjelaskan. Kalau saya tidak mengambil posisi kedudukan dalam Dewan hari ini untuk menyatakan pendirian saya, siapa lagi yang hendak betulkan? Kalau hendak tunggu Yang Berhormat, Yang Berhormat setuju sahaja benda-benda yang akan menjejaskan perkara yang boleh merendahkan kedudukan kerajaan. Saya tidak akan berpendirian begitu sebab akta ini sangat penting. Kalau jawapan saya itu tidak memuaskan hati, Yang Berhormat boleh beritahu apa pendirian Yang Berhormat tentang perkara yang disebut. Saya tidak kata semua salah. Saya kata, ada sebahagian salah. Dan preacher, bercakap satu perkara yang belum kita bawa. Kadang-kadang kalau kita beri ucapan belanjawan pun diedarkan awal, ada peraturannya tidak boleh dikeluarkan dalam akhbar sebelum dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Akan tetapi hari ini perkara itu dibuka sebelum pun Bacaan Kali Kedua. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan supaya kita lebih berhati-hati kerana perkara itu dibaca oleh ramai rakyat. Semua mempunyai access kepada surat khabar yang pada mereka mungkin betul. Mungkin apa yang dibawa oleh kerajaan ini untuk menganiaya satu-satu orang dan ini perlu diperjelaskan. Dan saya tidak akan tolerate perkara yang

jelas tidak betul kalau saya diam saya lebih bersalah daripada saya bangun tidak menepati hati perasaan Yang Berhormat. Pada saya secara peribadi, dasarnya secara dasarnya ia merupakan satu perkara yang boleh kita sama-sama bantu, kita gembleng tenaga untuk dijayakan. Kerisauan, ketidakpercayaan, rasa sangsi sentiasa ada. Perkara ini tidak boleh lari kerana manusia serba kekurangan. Akta yang cukup baik banyak ada dalam negara, banyak ada dalam dunia tetapi kita masih melihat peperangan, kita masih lihat satu persetujuan di peringkat United Nations pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana manusia serba kekurangan dan mempunyai nafsu, perasaan, emosi, dendam, marah dan sebagainya.

Akan tetapi dalam soal untuk kita membina satu negara yang bebas dari rasuah, akta ini sangat-sangat saya alu-alukan cuma, mungkin dalam tempoh yang ada, bagi saya secara peribadi bila saya baca akta setebal ini, saya melihat ada satu perkara yang boleh kita seimbangkan. Bila kita sebut pasal rasuah, banyak perbahasan, kata-kata ataupun yang disebut dalam akta sendiri hanya menjurus lebih kepada sektor awam. Sektor awam ini boleh kita katakan sektor kerajaan. Mereka ini perlu diberikan keutamaan, saya setuju kerana mereka mengendalikan duit rakyat. Mereka perlu lebih telus, mereka perlu menjalankan kerja dengan lebih baik kerana duit yang mereka jaga ini adalah duit rakyat. Duit ini perlu dibelanjakan dengan betul tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat juga perkara ini diperluaskan. Di Barisan Nasional, saya merasakan kerajaan perlu mengambil peluang di bawah SPRM ini untuk melihat bagaimana dapat kita pastikan aktiviti amalan rasuah ini juga tidak berlaku dalam sektor swasta. Saya boleh bagi banyak contoh, umpamanya kerajaan memberikan satu tender kepada sebuah syarikat, pegawai ini duduk makan dengan pegawai kerajaan, boleh dituduh sebagai rasuah tetapi kita kena ingat, selepas mereka mendapat kontrak kerajaan, mereka juga pergi ke pihak institusi kewangan, mereka akan duduk dengan pegawai kewangan di sesebuah bank untuk memastikan pinjaman mereka itu juga boleh diluluskan. Jadi di sini juga boleh wujudnya perlakuan rasuah. Begitu juga tender di antara satu syarikat dengan satu syarikat. Kalau prosedur kerajaan itu amat jelas cara tatacaranya, bagaimana pula dengan urusan pemberian tender di antara sebuah syarikat kepada sebuah syarikat yang lain. Pemilihan syarikat-syarikat yang boleh membekal umpamanya. Saya dapati ada perkara yang mungkin kurang di sini kerana saya sebutkan ini, kita terima di awal tadi, ucapan Yang Berhormat Menteri, ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyatakan bahawa bahayanya amalan rasuah ini boleh menjejaskan produktiviti dan pengaliran penggunaan kewangan negara. Jadi, yang lebih besar aktiviti ini juga turut melibatkan sektor swasta di antara dua buah syarikat umpamanya. Saya sebut tadi di antara syarikat dengan kerajaan. Ada juga syarikat dengan syarikat. Yang ini saya rasa adalah menjadi lebih pertimbangan di kalangan kita di kelab-kelab penyokong kerajaan juga kerana ekonomi negara, pertukaran kewangan di antara sebuah syarikat dengan sebuah syarikat. Kalau tidak pun sama, mungkin lebih besar daripada tender kontrak aktiviti yang berlaku dalam kerajaan. Yang ini pada saya satu perkara yang cukup mustahak supaya rakyat tahu bahawa kita bukan hanya ingin membersihkan amalan rasuah di peringkat sektor awam tetapi kita juga akan lebih beriltizam untuk memastikan aktiviti di sektor swasta juga dapat kita tembusi untuk memastikan gejala ini tidak berleluasa. Ya Yang Berhormat Rompin.

Terima kasih. Syabas kepada Yang Berhormat, ucapan yang cukup bernas dan baik. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat dalam isu bil yang kita sedang timbang dalam Dewan, rasuah ini. Dari tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ada membawa usul dahulu dan sekarang tapi dahulu, kemampuan yang memberi amatlah kurang sekali. Masa itu ekonomi kita amat kecil, kemampuan swasta kita dan begitu juga potensi yang menerima pun, appetite dia pun agak kurang, tidak terbuka, tidak tahu dengan keadaan sekarang. Maknanya suasana ekonomi Malaysia sudah amat berbeza, hampir maju, sumber kewangannya banyak, pulangan ekonomi pun seperti Yang Berhormat kata tadi amat tinggi sekali. Bermakna bill yang kita bentang, dengan izin adalah nampaknya lebih menumpu kepada pengawalan yang penerima. Kurang tumpuan kita mengawal yang memberi. Banyak-banyak kita lihat kalau tak ada pemberi mana ada penerima. Kadang-

kadang bila sesuatu isu atau insiden rasuah ini kerana yang memberi itu yang kata “Ah ini ada potensinya, ada kontrak besar”. Maksud saya adakah Yang Berhormat puas hati macam seolah-olah bil ini hanya menumpu kepada awam sahaja, penjawat-penjawat awam sahaja. Tidak nampak ada juga tumpuan yang sama beratnya kepada pemberi. Ini satu tafsiran yang salah saya nampak. Bila katanya nak hapuskan rasuah, semua penjawat awam sahaja. Pegawai kerajaanlah, polislah, semua yang awam saja. Macam kononnya mereka yang hanya bersalah yang sepatutnya juga yang sama berat atau lebih berat yang pemberi kerana yang mendapat manfaat yang banyak ialah pemberi. Katakan kontrak Yang Berhormat, yang dipujuk pegawai kerajaan kata tukar peraturan macam Kelantan, balak kononnya. Kelantan ya? Salah yang beri ke yang menerima?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang beri...

Yang Berhormat Pokok Sena memang kata yang memberi salah pasal yang menerima itu semuanya PAS.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Calon-calon yang bertanding itu yang berilah itu?

Nantilah dulu. Yang Berhormat Pokok Sena, saya cakap Kelantan. Yang Berhormat Pokok Sena bukan Kelantan. Biar PAS Kelantan jawab. So saya hendak tanya Yang Berhormat, saya walaupun kata senang hatilah menerima, macam Yang Berhormat Permatang Pauh nampak beri sokongan tetapi sokong itu bersyarat. Yang Berhormat Gombak kang dia kata mungkin pujuk, jangan pula sokong, tak tahulah. Yang Berhormat Gombak ini kalaulah Menteri Besar sokong, dia tidak akan sokong. [Ketawa] So saya nak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat puas hati, kita bimbang beri satu gambaran kepada orang ramai ini, keprihatinan kerajaan untuk menghapuskan rasuah itu kita ucapkan syabas tapi saya bimbang penekanan ini. Macam kononnya kalau kita nak hapuskan rasuah ini hanya kita pegang kaki, ikat tangan, potong kepala penjawat awam. Yang swasta ini, yang pemberi ini bagaimana? Tidak ada nampak satu mesej yang kuat oleh kerajaan. Kita nak juga hapus rasuah ini. Kedua-dua pihak pemberi dan penerima itu juga kita mesti hakiskan dan kita juga adakan halangan supaya ini tidak berlaku. Minta pandangan Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon jawab sekali Yang Berhormat Muar.

Tuan Yang di-Pertua

Ini, Yang Berhormat-Yang Berhormat, duduk. Ini saya suka ingatkan kembali ya. Di House of Representative, Australia, pencelahan sebegini tidak dibenarkan. Pencelahan di bawah Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) cuma membenarkan apabila ucapan yang sedang berucap itu umpamanya dalam hal ini Yang Berhormat Muar berucap, kalau ada kesamaran dalam ucapan itu dan perlu untuk diminta penjelasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, dibenarkan. Akan tetapi kalau umpamanya minta penjelasan pada masa yang sama mahu berhujah dan tumpang idea yang terfikir oleh Yang Berhormat sementara Ahli Yang Berhormat yang sedang bercakap itu tidak dibenarkan. Ini yang memanjangkan perbahasan kita pada setiap kali. Dihadkan kepada kesamaran ucapan Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap itu. Itu maksud 37(1)(b). Sila Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon penjelasan ya, penjelasan atas kesamaran tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Muar berhubung dengan kedudukan staf lama yang sebelum akta ini dipinda iaitu saya difahamkan mereka masih terikat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, mereka tidak terikat dengan suruhanjaya. Jadi, apakah nasib mereka kalau suruhanjaya, bermakna kata ada dua kakitangan yang berlainan kedudukan di bawah dua status, tidakkah membolehkan mereka ini menjadi demoralized dan satu pihak yang di bawah suruhanjaya mungkin menganggap mereka terlalu hebat dan di pihak yang masih diletakkan di bawah JPA ini mereka mengatakan mereka mungkin dikategorikan mereka yang akan rasa rendah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika mereka diminta menyempurnakan tugas mereka.

Pada saya, kalau kita lihat daripada pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi, saya jawab Yang Berhormat Arau dulu. Disebut akan dibuat pertambahan 5,000 dalam tempoh masa lima tahun, saya rasa perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah untuk menyerap ataupun mengambil tenaga kerja yang selama ini bertugas di bawah Akta Pencegahan Rasuah yang sebelumnya supaya urusan tadbir kerja itu, latihan yang perlu diberikan tidak akan terputus. Saya rasa kerajaan akan melihat skim ini demi untuk memastikan apa yang kita nyatakan dalam rang undang-undang yang sedang diperbahaskan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Saya setuju dengan Yang Berhormat Arau, moral perbezaan ini boleh menjejaskan persaingan. Jadi apa salahnya, siapa juga yang ada di bawah JPA diberikan satu skim baru, diangkat jawatannya, diserahkan di bawah suruhanjaya dalam masa kita mencari petugas, pelatih tambahan dalam perancangan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi balik kepada Yang Berhormat Rompin, saya cukup tertarik. Yang ini Tuan Yang di-Pertua boleh setuju dengan saya, takes two to tango. Dia tidak, tak jadi. Bertepuk sebelah tangan pun tidak berbunyi. Jadi, penumpuan ataupun minat selalunya lebih kepada orang yang menerima.

Kadang-kadang kita lupa kalau kita bersetuju takes two to tango, tidak akan ada penerima kalau tidak ada pemberi, yang ini perlu kita memberi penekanan. Sebab itu saya ingin memasukkan bahawa syarikat swasta yang susah sangat kalau kita tengok dari segi prosedurnya untuk kita dapatkan bahan bukti, penetration kepada dokumen, prosedur kerana mereka tidak mempunyai, tidak semua syarikat mempunyai pengkhususan kerja dokumen dalam pemberian satu-satu perkara. Begitu juga dalam perbelanjaan yang boleh dibuat oleh seorang pengarah ataupun seorang pegawai eksekutif dalam sebuah syarikat. Kalau di peringkat kerajaan setiap perbelanjaan itu dikira secara teliti. Kita punya tuntutan juga dikira secara teliti, RM10 pun kadang-kadang diperhatikan. Akan tetapi kalau di pihak swasta, dia punya keraian itu kadang-kadang terlalu besar sampai kita tidak tahu ke mana perbelanjaan ini dibelanjakan. Kalau wujud pun keraian itu memberikan kepada pegawai-pegawai tertentu, sudah tentu sangat susah untuk kita menyatakan bahawa duit keraian itu digunakan untuk rasuah ataupun mempengaruhi keputusan dan sebagainya. Perkara ini yang kadangkala pada saya merisaukan, walhal banyak sungguh perbelanjaan kewangan yang menjejaskan ekonomi yang berlaku dalam sektor swasta, yang boleh menjejaskan ekonomi negara keseluruhannya, tetapi dari segi prosedur dalam kita membuat penyiasatan sebelum membuat pendakwaan sangat menyukarkan. Jadi saya rasa, pandangan Yang Berhormat Rompin orang yang memberi ini boleh kita tangkap, boleh kita dakwa tetapi bagaimana untuk kita memperketatkan urusan penyediaan dokumen-dokumen sebelum kita membuat pendakwaan semasa kita membuat penyiasatan itu perlu diberi penekanan.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa?

Yang bangun.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Isu pemberi, tidak kiralah sama ada pemberi itu sektor swasta atau pun sektor awam. Bukan sahaja pemberi itu daripada sektor swasta kepada sektor awam, mungkin sektor awam kepada sektor awam juga boleh berlaku. Saya memberi contoh pemberi, kes pilihan raya Pasir Raja. BPR telah menyiasat Tuan Yang di-Pertua, dengan pembuktian gambar yang dirakam dan gambar yang diambil oleh kamera dan juga melalui video cam ini telah diambil dan siasatan telah pun selesai. Itu telah menunjukkan bahawa ada bukti yang sangat jelas, bahawa calon pilihan raya Pasir Raya telah memberikan rasuah kepada calon lawan dia. Itu secara cukup jelas ada dokumen dan ada dokumen bergambar dan sebagainya. Tetapi sampai hari ini kita lihat bahawa pemberi itu tidak boleh didakwa. Walaupun kes penyiasatan itu telah pun selesai. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dia bukan sahaja soal isu pemberi yang telah dapat dibuktikan dengan kes dan sebagainya, tetapi komitmen pihak berkuasa itu sendiri untuk mengambil tindakan itu sangat penting.

Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya tentang isu yang dibangkitkan tadi tentang peruntukan yang ada, kerana kita lihat peruntukan yang ada ini khas untuk penjawat awam. Kebimbangan saya ialah pemberi itu tidak terlibat di bawah peruntukan yang ada. Katalah ia dalam satu syarikat swasta, tetapi semua peruntukan rasuah untuk mereka terikat pada undang-undang yang lain, iaitu undang-undang jenayah di bawah satu badan dengan izin, security commission. Bermakna adakah Yang Berhormat hendak tanya ahli-ahli kerajaan boleh menjawab, adakah peruntukan-peruntukan yang baru ini kepada penjawat awam. Adakah ia ada satu usaha sama dibuat juga dengan akta-akta lain seperti di bawah peruntukan jenayah, bawah security commission, minta mohon penjelasan.

Yang Berhormat Muar, sikit. Saya hendak minta pendapat sedikit sebab saya keliru dengan apa yang dibangkitkan

“16. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain - (b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain.” Jadi dia punya peruntukan di sini amat jelas bahawa pemberi rasuah sama ada swasta ataupun penjawat awam itu sama. Saya tidak tahu apakah masalahnya dari segi perimbangan antara pemberi dan penerima kerana jelas dalam peruntukan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ini tidak tahu apa perangai, saya jawab yang ini dahulu baru saya pergi Yang Berhormat Pokok Sena. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, dalam akta ini memang menyentuh tentang semua perkara. Sudah dilebarkan, saya setuju dengan Yang Berhormat Rembau dari segi pemberi, penerima tidaklah disebut tentang penjawat awam ataupun swasta. Dalam perkara 3 juga diberikan begitu banyak penjelasan dan saya setuju dengan Yang Berhormat Rompin juga, dia kata tentang suruhanjaya securities. Sebenarnya ada akta syarikat juga di bawah SSM umpamanya untuk melihat aktiviti-aktiviti syarikat yang juga dimasukkan dalam akta ini. Maknanya bukan sahaja penjawat awam tetapi juga aktiviti swasta. Jadi semuanya ada, cuma yang ingin saya sampaikan tadi pemberi, penerima untuk menangkap pemberi ini susah. Saya setuju yang itu sebab struktur di peringkat swasta ini bila hendak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan biasanya akan terlepas. Jadi dalam memantapkan sektor awam, kita juga perlu melihat sektor swastanya. Yang Berhormat Pokok Sena tadi kata awam dengan awam, yang ini memang mudah sangat. Pada saya memang banyak kena tangkap, cuma gambaran di luar seolah-olah yang rasuah ini sektor awam, yang itu pada saya satu gambaran yang tidak betul kerana yang kena tangkap sebab prosedurnya cukup tersusun, mudah dikenakan tindakan di sektor awam. Akan tetapi di sektor swasta ini susah betul untuk dikenakan tindakan sebab itu pemberi ini selalu terlepas. Jadi pada saya kalau tidak ada kamera untuk merakamkan pemberian itu, maka cukup susah kita menahan atau membuat pendakwaan kepada sektor swasta.

Saya terharu dengan pandangan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju minta Menteri memberikan kita satu data daripada kes-kes yang kita ambil tindakan, berapa kes kepada penerima dan berapa kes untuk yang memberi? Saya nampak 90% yang menerima, mungkin 10% yang memberi, itu yang saya katakan tadi. Ini gambar yang saya rasa silap, yang patut dihukum juga yang memberi bukan hanya yang menerima sahaja.

Yang ini kerajaan boleh bantu kita. Saya tidak boleh sebab saya pun tidak ada data itu dan mungkin dalam senarai, saya rasa, saya yakin dalam senarai yang ada di peringkat Badan Pencegah Rasuah ini mereka yang mempunyai harta yang banyak. Yang disita hartanya, itu pun ada banyak, tetapi ini tidak melibatkan orang memberi atau orang yang menerima. Mereka yang

benar-benar mendapat habuan dari jalan yang tidak diketahui asal usulnya. Itu pun ada, itu yang banyak dari segi jumlah. Tetapi bagi saya kerajaan boleh mengambil kira pandangan Yang Berhormat Rompin untuk dimaklumkan ke Dewan ini supaya kita rasa satu pendekatan perlu di ambil supaya seksyen atau perkara 16 yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau itu benar-benar mencerminkan bahawa perlakuan rasuah itu melibatkan dua buah badan ataupun pihak supaya ia berlaku adil dan kita kena tolak persepsi yang mengatakan rasuah hanya berada di peringkat sektor awam seolah-olah tidak langsung berlaku di sektor swasta. Sebab itu tadi Yang Berhormat Rompin ada sebut tentang perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Saya mengambil pendirian bahawa dari segi berdalih, dari segi political will, dari segi apa yang berlaku masa lampau adalah tidak menjadi minat saya. Saya hendak melihat ke hadapan sebab kalau kita buka yang belakang- belakang ini pun ada perkara nanti yang tidak elok yang boleh kita sebut, yang tidak akan selesai kerana kita asyik melihat ke belakang ini. Macam-macam Ahli Parlimen yang ada ini, Yang Berhormat ini macam-macam juga sejarahnya. Dahulu yang belah sana cakap dengan yang belah sini, hari ini menyokong pun ada juga. Tetapi pada saya, berdalih, mencari helah tidak menjadi minat. Saya hendak melihat ke hadapan, bagaimana dapat kita menjadikan SPRM ini dipanggilkan tadi sebagai satu senjata, digunakan bagi membanteras rasuah tanpa kita memilih siapa orangnya, bagaimana besar atau kecil kes-kes yang didakwa. Sila.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya inginkan penjelasan dari Yang Berhormat Muar berhubung dengan kuasa-kuasa penyiasatan. Apabila akta ini diubah seluruh siasatan dan operasi yang menyentuh tentang seksyen 31 hingga seksyen 40, BPR 1957 ini kita lihat kuasanya diperluas dan diperbesarkan. Bermakna kata di sini peningkatan conviction rate, dengan izin ia akan menyebabkan memerlukan pertambahan pegawai, pakar dan sebagainya seperti mana yang diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Muar dalam masa kita ingin meningkatkan proses penyiasatan, kita bimbang kalau ada beberapa perkara dari segi aspek teknikal yang kita tidak dapat buat seperti dahulu, kita mungkin anggap sesuatu kes itu perlu dibawa kepada Jabatan Peguam Negara yang menyebabkan kelewatan untuk kita membuat pendakwaan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Akan tetapi di sini dalam proses yang begitu baru hendak ditubuhkan dan strength dengan kepakaran pun masih di peringkat permulaan. Adakah kita boleh membuat sesuatu proses penyiasatan itu dengan lebih cepat berdasarkan kepada kedudukan strength yang masih lagi di dalam peringkat perancangan?

Satu persoalan yang saya rasa baik dan boleh saya tolong bantu jawab. Tadi Yang Berhormat Menteri sebenarnya ada menyebut di hujung pembentangan di dalam rang undang-undang ini, dibekalkan kepada kita perkara 62. Yang ini merupakan satu bentuk pendekatan baru yang saya ingin ucapkan syabas dan tahniah. Tidak pernah berlaku dalam kes-kes jenayah umpamanya, pihak pembelaan terpaksa berkongsi dokumen bahan-bahan bukti sebelum dibawa ke mahkamah. Biasanya pihak pendakwaan sahaja yang akan menyediakan bukti pendakwaan. Pihak pembelaan akan menyimpan sehingga perbicaraan berjalan. Jadi saya rasa kita boleh gunakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan walaupun mungkin dari segi CPCnya ada sedikit berbeza. Saya rasa tidak ada masalah dari segi kita memendekkan proses perbicaraan satu-satu kes rasuah apabila pembelaan sudah boleh mengemukakan. Jadi di situ sudah boleh ada persetujuan di antara pihak pendakwaan dengan pembelaan dan hanya memilih perkara-perkara yang mungkin menjadi pertelingkahan untuk dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan oleh mahkamah. Kalau ini boleh diguna pakai dan akan menjadi amalan, saya percaya kekurangan anggota boleh diatasi dalam masa yang lebih cepat sebelum menanti pertambahan perjawatan hanya dengan kerana kaedah di mana kedua-dua pihak peguam, pendakwa raya pembelaan dapat duduk terlebih dahulu sebelum ke mahkamah supaya boleh persetujuan dibuat awal. Begitu juga ada satu perkara tentang membawa keluar hukuman 14 hari. Ini pun satu perkara yang saya nampak boleh membawa keluar kes-kes kecil kerana

dahulu seperti Yang Berhormat Menteri menyatakan orang tidak berani hendak mengaku perlakuan rasuah walaupun kecil kerana ada hukuman penjara minimum 14 hari. Orang ini boleh bayar tetapi masuk penjara dia takut sedikit. Jadi kalau benda itu dibawa keluar, saya rasa kes-kes kecil yang banyak menjadi tunggakan kerana kelewatan ataupun barisan yang menanti hendak masuk mahkamah ini di bawa keluar, insya-Allah ia juga boleh meringankan kerja-kerja pendakwaan supaya DPP yang ada di pihak BPR tidak perlu melihat kes-kes yang kecil. Pergi sahaja ke sana dan dia tahu dia salah, dia mengaku bayarlah denda yang sepatutnya tanpa perlu masuk ke penjara.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sedikit Yang Berhormat Muar.

Ada lagi?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Adakah di sini menunjukkan ada sedikit pengurangan kuasa yang ada pada pegawai polis yang sepatutnya? Kuasa polis, seorang pegawai polis sebab kes ini takut ada pertindihan kuasa, salah kuasa, jenayah dan sebagainya.

Saya tidak boleh hendak jawab semualah yang ini. Akan tetapi kita tahu soal rasuah ini dia ada Akta Pencegahan Rasuah yang akan kita mansuhkan selepas sebaik sahaja kita luluskan akta yang baru ini. Kita ada kanun keseksaan yang turut mengambil kira soal-soal yang sama. Kita ada Akta Penubuhan Wang Haram (AMLA) 2001 yang kita luluskan dahulu. Itu juga melibatkan aktiviti rasuahnya. Ada banyak akta-akta yang melibatkan soal rasuah yang pada saya dia ada bidang kuasa di antara polis dan Badan Pencegah Rasuah yang boleh diseimbangkan. Dengan penubuhan suruhanjaya ini, kuasa yang lebih besar dari segi penyiasatan pendakwaan itu nanti boleh kita bincang selepas ini oleh jurucakap ataupun bahas Yang Berhormat yang lain. Pada saya, saya tidak berapa risau tentang kuasa polis kerana polis juga boleh didakwa dalam perlakuan rasuah. Takkan polis hendak menjadi pendakwa kepada rakan anggota polisnya. Oleh sebab itu dari segi kuasa ini, saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan dengan lebih terperinci tentang bidang tugas, bidang kuasa yang diperturunkan oleh AG Chambers dengan izin bagi memastikan supaya urusan pendakwaan penyiasatan itu pun tidak boleh didakwa sebagai wujudnya perlakuan rasuah kerana ada pertindihan kuasa itu tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Tuan Yang di-Pertua pandang-pandang saya, hendak suruh saya berhenti atau hendak suruh saya teruskan, saya pun tahu. Akan tetapi saya hendak beritahu dua, tiga perkara lagi. Perkara yang disebut dan dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang hukuman perlu diteliti. Ia perlu diteliti, saya setuju tetapi hasrat akta ini saya lihat untuk menggalakkan orang ramai memberi laporan jika melihat, mendengar, memperoleh perlakuan rasuah. Walaupun di peringkat awal, saya cukup tidak berkenan. Hanya kerana surat layang, hanya kerana dalam internet ataupun hanya kerana dengan mendengar, kertas siasatan boleh dibuka. Untuk mengambil semangat yang sama, saya tidak ada masalah asal sahaja kita boleh melindungi orang yang membuat aduan. Apa juga perkara yang dibangkitkan saya rasa kita perlu setuju. Akan tetapi untuk meringankan hukuman itu, saya tidak berapa setuju. Dalam kita menggalakkan orang untuk ke hadapan memberikan laporan, apa yang dia dengar, apa yang dia peroleh, ia perlu datang dengan satu tanggungjawab. Kalau tidak, orang ini atau kebanyakan orang akan mengambil kesempatan kerana kos memulakan siasatan, ada, wujud, ini melibatkan sumber kewangan. Kalau kita dapati ada laporan yang tidak langsung mempunyai asas, sengaja dibuat untuk menjatuhkan atau mengenakan satu-satu pihak, hukuman yang berat juga perlu dikenakan supaya tidak ada rakyat, orang ramai atau orang berkepentingan menggunakan keterbukaan kerajaan dalam mengambil peluang. Ini kerana dia tahu, dia boleh cakap apa sahaja, tetapi tidak ada timbal balik. Maka mereka ini akan terus membuat aduan tanpa ada rasa tanggungjawab. Kalau kita serius bahawa rasuah ini sangat penting dan sangat mustahak untuk dihadapi, maka setiap satu daripada rakyat perlu memainkan peranan supaya usaha ini tidak akhirnya menjadi satu omongan kosong yang akan menjejaskan matlamat kita bersama. Jadi pada saya, dari segi hukuman kalau pun berat dan tidak yang penting, perlu diberitahu bahawa ia mesti datang dengan rasa tanggungjawab

untuk kita memastikan apa juga kerosakan dalam urusan amalan rasuah ini dapat kita banteras. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana saya diberi peluang awal dan saya juga ingin memohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberi peluang kepada saya nanti untuk mencelah walaupun saya sudah bercakap awal. Ini adalah kerana saya tahu akta ini perlukan jangka masa yang panjang untuk kita perbahaskan. Jadi perkara-perkara yang lain, mungkin saya memberi ruang dan laluan kepada rakan-rakan. Namun begitu, harapan saya supaya akta ini kita lihat secara dasarnya amat sangat diperlukan kedudukan negara kita usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada amalan rasuah walaupun kita akui rasuah tidak boleh dibanteras 100%. Inilah satu iltizam kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang perlu kita beri sokongan dan perlu kita jayakan semata-mata untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, saya tangguhkan dahulu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan untuk menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dengan menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sesuatu yang boleh diterima kerana ia dapat menambah baik usaha pencegahan rasuah. Di sini saya ingin merujuk kepada satu statistik yang dikeluarkan oleh PEMUDAH di mana ia dinyatakan bahawa kalau kita lihat statistik prestasi Badan Pencegah Rasuah adalah sungguh mengecewakan. Iaitu daripada 7,223 kes yang disiasat, hanya 10.1% di antara tahun 2000 dan tahun 2006. Daripada 71,558 yang dilaporkan, hanya 10.1% yang disiasat. Di dalam siasatan yang diadakan Tuan Yang di-Pertua, hanya 4.1% atau 2,905 yang ditangkap. 1.8% atau 1,287 orang telah didakwa dan hanya 0.7% atau 524 orang yang didapati bersalah. Kalau kita lihat jumlah ini iaitu yang ditangkap ialah 4.8% berbanding dengan Hong Kong di mana tangkapan sebanyak 29.2%.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini adalah satu perbezaan yang amat besar iaitu hampir 25 kali ganda. Dalam pada itu, kalau kita juga lihat perbelanjaan yang dibiayai oleh Hong Kong untuk memerangi rasuah secara per kapita ialah RM40 tetapi untuk Malaysia hanya RM5. Oleh sebab itu adalah perlu kita menyalurkan sumber-sumber yang tersedia untuk memerangi rasuah supaya kita dapat menjimatkan wang yang ditipu atau diselewengkan oleh amalan rasuah. Ketirisan yang berlaku ini adalah sesuatu yang amat serius kerana PEMUDAH dalam tinjauan mereka mendapati bahawa kerugian atau kehilangan wang untuk kerajaan atau rakyat Malaysia adalah sebanyak RM10 bilion setiap tahun. Ini adalah satu angka yang amat besar. Oleh sebab itu kalau kita menaikkan perbelanjaan per kapita memerangi rasuah kepada RM40 per kapita berbanding dengan RM5 sekarang ia mungkin memakan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion. Akan tetapi ia masih berbaloi kerana berbanding dengan kehilangan RM10 bilion kita masih boleh untung RM9 bilion. Pada masa itu kita pun harus ingat tinjauan yang dilakukan oleh Morgan Stanley bahawa untuk dua dekad sejak 80-an, Malaysia telah kehilangan sebanyak USD100 bilion kerana amalan rasuah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya akan bagi nanti. Saya habiskan hujah- hujah utama. Oleh sebab itu adalah penting bahawa usaha menambah baik pencegahan rasuah ini dapat dipertingkatkan. Pada masa yang sama kita lihat hasrat ini tidak disusuli dengan tindakan dan komitmen yang sewajarnya iaitu memerangi amalan rasuah berhabis-habisan. Kita hanya menyentuh di luar permukaan sahaja tidak meneliti atau mendalami amalan rasuah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Di sini ada beberapa aspek yang saya hendak tegaskan. Kita boleh lihat kekurangan-kekurangan ini. Kalau kita lihat kedudukan Malaysia dalam tahun 2003 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri kita, kedudukan Malaysia dalam Corruption Perception Index, dengan izin CPI adalah pada tangga ke 37. Akan tetapi sekarang apabila beliau hendak bersara kedudukan tidak bertambah baik kepada kedudukan 30 yang dihasratkan, sebaliknya jatuh ke tangga 47. Oleh itu ini mencerminkan bahawa kalau kita cakap komitmen memerangi rasuah di luaran nampaknya ada atau bak kata pepatah Melayu “indah khabar dari rupa”. Oleh sebab itu adalah patut kalau kita mendalami masalah rasuah dengan memberikan komitmen yang menyeluruh. Di antara langkah-langkah yang boleh membantu kita memerangi rasuah secara menyeluruh seperti berikut. Pertama, perlunya ada kebebasan kepada SPRM untuk membuat pendakwaan. Di sini saya amat kesal bahawa fasal 58 yang masih memberikan kuasa mutlak kepada pendakwa raya iaitu Peguam Negara untuk memutuskan sesuatu pendakwaan. Beliau kalau hendak boleh halang atau tidak membenarkan sebarang pendakwaan yang dibuat tanpa mengira apakah keputusan yang dibuat oleh SPRM. Oleh sebab itu saya ingin memohon kepada pihak kerajaan supaya Fasal 58 ini bolehlah dibatalkan supaya kebebasan yang diberikan kepada SPRM masih boleh dikekalkan dan terjamin dan bukanlah terus menjadi boneka kepada Peguam Negara. Di mana seperti yang disentuh tadi oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan diketahui umum ada beberapa kes yang melibatkan individu atau pemimpin-pemimpin politik di mana Badan Pencegah Rasuah diarahkan untuk menarik balik pendakwaan. Sungguhpun mempunyai bukti yang kukuh tetapi diarah untuk menarik balik pendakwaan oleh Peguam Negara pada masa itu yang sudah pun meninggal dunia. Oleh sebab itu adalah perlu bahawa kebebasan yang sepenuhnya diberikan kepada SPRM. Kedua, kita mesti memastikan prinsip integriti terjamin. Bila saya sebutkan tentang integriti saya ingin meminta supaya Akta SPRM ini boleh mengadakan satu fasal yang mewajibkan sebarang kontrak ataupun kontrak pembekalan kerajaan mestilah dibuat secara terbuka. Amalan di luar negara ialah sekiranya sebarang kontrak kerajaan atau kontrak pembekalan kerajaan dibuat tanpa tender terbuka ia akan dianggap sebagai suatu kesalahan yang boleh ditakrifkan sebagai amalan rasuah dan tindakan undang-undang bolehlah diambil. Oleh itu, saya ingin menyarankan bahawa pihak kerajaan mesti mewajibkan, mesti meletakkan amalan tender terbuka sebagai satu kewajipan yang mesti diikuti oleh mana-mana badan kerajaan. Sekiranya ia boleh diamalkan, saya percaya rakyat boleh menjimatkan wang selain daripada memastikan mutu perkhidmatan yang lebih baik dan juga melaksanakan delivery system yang lebih efisien dan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kita hendak...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Nanti sekejap, saya habiskan beberapa perenggan sahaja. Kita pun mesti memastikan ada pendedahan yang sepenuhnya. Saya amat kesal bahawa peruntukan untuk melarang perkara-perkara mengenai amalan rasuah masih tidak dibenarkan. Larangan yang diberikan ini hanya boleh diberikan kebebasan untuk mendedahkan amalan rasuah sekiranya mendapat persetujuan daripada SPRM. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak mungkin SPRM akan memberikan kebenaran untuk mendedahkan amalan rasuah atau laporan-laporan rasuah yang dibuat kepada SPRM. Ini adalah kerana SPRM tidak mahu kepentingan mereka atau sebarang siasatan mereka terancam dan sama ada ia menghadapi risiko atau tidak hanyalah terletak di bawah budi bicara SPRM. Siapa yang boleh menentukan sama ada budi bicara ini dilaksanakan dengan kepentingan rakyat atau kepentingan awam ditetapkan. Oleh itu, saya ingin meminta bahawa semua pihak yang membuat laporan diberikan kebebasan untuk mendedahkan kalau mereka hendak kepada orang awam. Ini kerana kalau kita hendak menegakkan ketelusan ia mesti diketahui umum dan

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

bukan ditutup atau disembunyikan hanya atas alasan bahawa siasatan dijalankan oleh SPRM. Kita tahu, dalam pengalaman saya sendiri, bila laporan rasuah dibuat kepada BPR; tidak ada sebarang reaksi atau balasan atau respons tentang siasatan yang dijalankan. Kalau ini digunakan sebagai alasan sampai hari kiamat kita pun tidak boleh beritahu kepada rakyat tentang amalan rasuah yang berlaku. Oleh sebab itu kita berharap demi mencapai tahap ketelusan yang diperlukan oleh Transparency International, mereka yang membuat laporan mesti diberikan hak dan kebebasan untuk mendedahkan secara umum. Pada masa yang sama saya juga ingin bertanya, di manakah Whistleblower Act yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan untuk melindungi dan juga memelihara hak mereka yang membuat aduan tentang amalan rasuah. Kita mesti menggalakkan mereka yang membuat laporan rasuah dengan sama baik ganjaran ataupun memastikan keselamatan mereka. Dalam aspek ini tidak ada sebarang Whistleblower Act dengan izin yang boleh memastikan sesiapa yang membuat aduan rasuah tidak akan menghadapi sebarang ancaman ke atas nyawa ataupun ahli keluarga mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada cadangan SPRM ini untuk mentakrifkan semula definisi perbadanan awam iaitu merangkumi termasuk badan-badan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan dan juga badan-badan sukan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya ingin bertanyakan adakah ia juga merangkumi parti politik. Ini adalah penting, sekiranya parti politik tidak termasuk dalam definisi atau takrifan badan awam, bukankah ia dianggap double standard. Efek ini saya rasa apa yang telah didedahkan oleh bekas Pengerusi SPR menyatakan pada pilihan raya besar tahun 2004 sebanyak RM110 juta telah dibelanjakan oleh pihak Barisan Nasional, itu satu pendedahan yang amat mengejutkan kerana kalau kita lihat dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya, mana-mana calon untuk kawasan Parlimen tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200 ribu dan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri, tidak boleh melebihi RM100 ribu. Ini bermakna kalau mana-mana parti yang bertanding dalam 219 kawasan Parlimen dan 445 kawasan negeri pada pilihan raya besar 2004, bukan 2008. ini bermakna bahawa perbelanjaan maksimum adalah hanya RM88.3 juta, perbelanjaan RM110 juta yang didedahkan oleh bekas Pengerusi SPR hanya untuk poster sahaja. Jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional ini telah melebihi had perbelanjaan yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau undang-undang dikuatkuasakan itu bermakna bahawa kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya besar 2004 adalah kerajaan yang haram kerana menyalahi Akta Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Oleh sebab itu, kita nak tahu, adakah definisi baru badan awam di bawah Akta Pertubuhan selain daripada pertubuhan biasa dan juga badan-badan sukan juga merangkumi parti politik supaya kita boleh tahu dengan lebih jelas sama ada sesuatu yang tidak kena berlaku seperti perbelanjaan berlebihan yang dibuat oleh parti pemerintah dalam tiap-tiap satu pilihan raya besar. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menanyakan mengapakah hukuman mandatori 14 hari telah ditarik balik. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ini adalah untuk menaikkan kadar conviction atau increase the conviction rate kerana kalau seseorang didakwa kerana cuba menerima wang sogokan RM50, beliau akan bermati-matian tidak mahu mengaku salah kerana takut dipenjarakan selama 14 hari dan untuk membolehkan dia mengaku salah dan diberikan denda barulah hukuman mandatori penjara 14 hari ini telah dimansuhkan. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun saya boleh memahami dan juga boleh menerima logik fikiran pihak kerajaan, tetapi sekiranya kita mahu memberikan ruang yang lebih luas untuk mereka yang menerima wang sogokan untuk sejumlah yang kecil, bolehkah kerajaan menimbang, kita ada satu threshold dengan izin, untuk mungkin wang sogokan yang kurang daripada RM1,000 umpamanya atau RM2,000, kita boleh serahkan kepada budi bicara Tuan Hakim untuk tentukan hukuman yang akan dikenakan tanpa menidakkan sebarang hukuman penjara mandatori. Akan tetapi untuk jumlah yang besar saya rasa ini boleh ditetapkan oleh pihak kerajaan. Untuk jumlah

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

yang besar saya rasa hukuman mandatori saya rasa masih diperlukan. Saya harap ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan jawatankuasa iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang akan ditubuhkan di bawah SPRM ini. Saya ingin menanyakan jawatankuasa khas mengenai rasuah yang akan memberikan pandangan kepada lembaga penasihat yang mengandungi ahli-ahli daripada Senat dan juga ahli Dewan Rakyat. Adakah ahli-ahli daripada parti pembangkang akan dipilih dan dilantik untuk menyertai dan berkhidmat kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah ini. Sekiranya tidak, Tuan Yang di- Pertua, saya takut, saya bimbang ini adalah satu lagi White Wash dengan izin, yang cuba menutup sebarang kelemahan yang wujud dalam pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah ataupun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Oleh itu adalah perlu bahawa dalam rang undang-undang ini, satu fasal mesti diperkenalkan supaya ahli-ahli daripada parti pembangkang mesti dilantik untuk berkhidmat dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan sekiranya ia tidak, saya rasa untuk ia menjadi satu lagi badan terkenal Hong Kong seperti ICAC, saya rasa hanya merupakan satu impian sahaja. Tuan Yang di-Pertua, masalah rasuah telah membelenggu pembangunan ekonomi negara kita dan sekiranya kita tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan amalan rasuah adalah menjadi satu hakikat bahawa bukan sahaja pembangunan ekonomi akan cacat tetapi dari segi moral dan juga sifat kerohanian negara pun akan sama-sama terancam. Keperluan untuk menetapkan open tender, atau tender terbuka adalah sesuatu yang amat penting kerana perbelanjaan yang diselewengkan adalah jauh lebih besar daripada apa-apa skandal yang berlaku. Kita mesti ada satu sistem mekanisme overside kerana seperti kalau kita lihat, kontrak-kontrak yang diberikan tanpa tender terbuka ia merugikan kepentingan negara. Tengoklah IPP, Tuan Yang di-Pertua, di mana kita terpaksa membayar untuk kegunaan atau penjanaan tenaga yang tidak diperlukan oleh TNB, sampai RM4 bilion terpaksa dibayar, lebihan wang yang dibayar yang tak diperlukan oleh TNB hanya kerana tidak ada sebarang tender terbuka. Sama juga Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dengan pembelian Maybank dalam dua bank asing, baik MPC di Pakistan ataupun BII di Indonesia yang memakan perbelanjaan RM10.8 bilion ataupun pelaburan di Silterra Investment, Yang Berhormat dari Rompin sudah tak ada. Silterra, 5.2 bilion pun sudah hilang. Bolehkah sesuatu tindakan dibawa di bawah akta ini, akta baru ini yang akan diluluskan supaya kita boleh menghalang perbuatan penyelewengan sedemikian dari terus menghantui masa depan Malaysia.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dan di sini saya ingin lagi menyatakan bahawa dari prinsip kita menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, tetapi dari segi realitinya, saya rasa ia tidak disusuli oleh komitmen yang sebenar. Kita berharap sungguhpun ini ialah langkah ke depan tapi langkah ini amat kecil sekali dan kita bimbang bahawa ia memang tidak memadai untuk menghapuskan gejala rasuah yang makan perbelanjaan RM10 bilion setiap tahun. Sekiranya kita hendak menjimatkan wang yang besar ini saya rasa komitmen yang besar termasuk siasatan ke atas parti- parti pemerintah dalam politik wang di UMNO, di mana UMNO sendiri menyatakan mereka bersalah tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak BPR. Menunjukkan bahawa pihak BPR hanya merupakan a creature of the government, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, ini tidak akan menjayakan usaha untuk memerangi dan berjaya melawan rasuah, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Rembau.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas peluang untuk turut menyertai perbahasan kepada akta yang bernama Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Saya melihat usaha kerajaan untuk membentangkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM ini sebagai satu usaha pelengkap untuk membanteras rasuah dan rasuah ini sudah pun menjadi masalah yang melibatkan semua seluruh lapisan masyarakat di Malaysia dan bukannya satu hanya tugas dan tanggungjawab kerajaan dan juga SPRM. Walau bagaimanapun, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana SPRM ini dimodelkan ataupun direka dan ditubuhkan berdasarkan kepada amalan terbaik best practices di seluruh dunia termasuk daripada ICAC di Hong Kong, ICAC di New South Wales dan lain-lain. Saya harap dengan adanya SPRM ini yang mana dimodelkan ataupun diasaskan kepada amalan terbaik daripada negara-negara yang lain yang mana sudah pun ada suruhanjaya yang bebas, yang berkualiti, berintegriti, yang berkesan, saya harap SPRM ini akan menjalankan tugasnya dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat strategi pencegahan rasuah ini bukan hanya terhad kepada SPRM, bukan hanya terhadap kepada usaha ini untuk membawa rang undang-undang yang baru. Contohnya dlm tempoh masa yang terkini, ada pelbagai strategi yang dijalankan dan kalau kita tidak bangkitkan dalam Dewan ini maka kita tidak nampak bahawa SPRM ini sebenarnya adalah satu usaha pelengkap, satu complementary dengan izin effort untuk kita banteras rasuah. Contohnya kerajaan dengan kesungguhannya telah menggubal satu Pelan Integriti Nasional yang berjaya meningkatkan kesedaran awam terhadap masalah rasuah sampai pula kita tiba di masa ini dibentangkan dan ada banyak perbahasan. Bukan hanya di Dewan ini, tetapi di surat khabar, di media massa dan sebagainya tentang masalah rasuah yang berdasarkan kepada pelan integriti ataupun PIN tersebut. Yang keduanya adalah penubuhan institut integriti nasional dan ini penting di mana ini telah memberi peluang kepada kajian dan analisa tentang strategi-strategi membanteras rasuah dikongsi bersama dengan semua lapisan masyarakat termasuk NGO, parti-parti politik, dan juga sektor swasta seperti mana yang dibangkitkan tadi. Yang ketiga adalah penubuhan PEMUDAH yang mana statistik daripada PEMUDAH tadi itu dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dan PEMUDAH ini peting bukan hanya dari segi hasil kajian mereka untuk mendapat kesan rasuah terhadap perkhidmatan awam, tetapi juga berjaya mengurangkan kerenah birokrasi yang dapat menghapuskan discretely power dengan izin ataupun kuasa budi bicara yang boleh menimbulkan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dan PEMUDAH ini secara langsung juga telah melakukan satu proses perekayasaan ataupun reengineering, proses perkhidmatan awam di mana banyak proses perkhidmatan awam yang sebelum ini berisiko tinggi untuk menggalakkan gejala rasuah ini dapat dihapuskan. Jadi kita harus melihat juga dalam konteks PEMUDAH bagaimana PEMUDAH ini boleh dibacakan seiring dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ini. Yang keempat adalah penubuhan akademi pencegah rasuah. Kalau kita ada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM ini, tetapi kita tidak ada capacity building. Kita tidak ada satu peningkatan dari segi keupayaan. Pegawai-pegawai kerajaan dan sudah tentunya pegawai SPRM untuk melaksanakan tugas, menjalankan tugas buat siasatan dan sebagainya, maka convention rate ataupun kejayaan kita untuk mendapat dan membanteras gejala rasuah ini tidak akan meningkat dan dalam hal ini saya harap bahawa SPRM ini akan bekerjasama dengan akademi pencegah rasuah yang menjadi salah satu pusat rujukan di rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan keupayaan kita khususnya dalam bidang-bidang baru seperti forensik, accounting, dan juga pendedahan yang berdasarkan kepada teknologi maklumat. Kalau kita tengok hari ini memang canggih cara bagaimana kita hendak menggelakkan rasuah dan sebagainya dan kita perlu kepada satu kapasiti building pembinaan keupayaan yang lebih tinggi lagi kalau kita hendak pastikan bahawa SPRM ini berjaya pada masa yang akan datang. Itu dari segi strategi-strategi yang boleh dikatakan pencegahan ataupun pendidikan, education. Strategi punitif pula yang mana berhubung kait rapat dengan SPRM ini ataupun strategi tindakan dan hukuman. Kita melihat bahawa sejak kebelakangan ini dakwaan juga meningkat termasuk ke atas Jemaah Menteri, ke atas pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ke atas tokoh-tokoh

ternama dalam sektor swasta dan sebagainya dan kita melihat tempoh masa 2003- 2007 ini sudah ada peningkatan dari segi kadar penangkapan BPR yang meningkat sebanyak 74% dan ini menunjukkan bahawa strategi punitif ini juga telah berjaya dalam tempoh masa yang sama dan kita harap dalam SPRM ini strategi ataupun penangkapan dan kadar conviction ini dapat kita tingkatkan lagi keupayaan yang diberi kepada SPRM. Justeru saya hendak sebutkan di sini bahawa SPRM ini adalah satu langkah tambahan langkah pelengkap untuk memastikan bahawa segala usaha selama ini diinstitusikan. Kalau sebelum ini kita ada usaha yang dilahirkan melalui iltizam politik dan sebagainya, kita melihat pada hari ini, kita bahaskan satu langkah yang boleh diinstitusikan segala usaha untuk membanteras rasuah dan saya juga rasa begitu gembira bahawa rang undang-undang ini juga diiktiraf oleh pegawai tinggi ICAC Hong Kong sebagai suruhanjaya yang begitu menyeluruh dari segi kuasa dari segi skop dan juga dari segi memperluaskan tafsiran rasuah sampai ada seorang bekas hakim semalam dalam surat khabar telah mengatakan bahawa kuasa yang diberikan kepada SPRM ini terlalu besar dan terlalu banyak. Tambah pula dengan penambahan kakitangan seperti mana yang disebutkan oleh Menteri tadi yang sekali ganda membesarkan SPRM Malaysia ini, skim perkhidmatan yang menarik untuk profesional dan pelantikan Ketua Suruhanjaya yang terbuka dan tidak terikat ataupun terhad kepada anggota pentadbiran awam, ini memberi satu kekuatan untuk menarik profesional yang bukan hanya berintegriti tinggi, tetapi berkemahiran tinggi untuk turut serta dalam SPRM. Kita tidak mahu apabila kakitangan suruhanjaya ini ditingkatkan sampai 5,000 kita tidak mahu kuantiti tetapi tidak kualiti dilihat sebagai satu ukuran penting bagi kakitangan tersebut. Saya rasa bahawa dengan ini kita akan dapat meningkatkan lagi conviction rate ataupun kadar pendakwaan dan penghukuman dari segi rasuah dan kebimbangan yang dibangkitkan sering kali oleh pihak pembangkang dan juga kerajaan mengenai conviction rate ini saya rasa dapat kita mengatasi dan menangani melalui satu memperkasa atau satu usaha untuk memperkasakan SPRM ini melalui peruntukan yang lebih besar, kakitangan yang lebih ramai lagi dan juga kualiti pegawai-pegawai yang lebih tinggi lagi. Saya harap dengan penubuhan suruhanjaya ini juga kita dapat meningkatkan kedudukan kita dari segi ranking kita dalam transparency international, corruption, perception index. Saya cuma ingin perbetulkan sedikit ataupun perjelaskan sedikit. Ini adalah indeks antarabangsa yang berhubung kait dengan perception, berhubung kait dengan tanggapan dan tidak menggambarkan sebenarnya apa yang sebenarnya berlaku di mana-mana negara. Tadi contohnya dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Bagan yang mengatakan bahawa kedudukan Malaysia telah jatuh daripada 37 sampai 47, tetapi apabila kita lihat dari segi indeks kita, indeks kita dahulu 5.2, turun kepada 5.1 sahaja. Maknanya kekurangan itu adalah 0.1 dari segi perception indeks dan mana angka yang lebih tinggi itu mengatakan bahawa itu adalah lebih baik dari segi usaha untuk mencegah rasuah. Dalam tempoh masa yang sama di mana kita jatuh daripada 37 sampai 47 ini, ataupun tahun 2003 makna kita di tangga 27 hanya 137 negara masuk dalam corruption index transparency international pada tahun 2007, apabila kita duduk tangga 47, sampul tersebut telah dibesarkan sebanyak 47 buah negara sampailah 180 negara. Bukan saya hendak cari alasan dari segi kita hendak cari alasan dari segi kita hendak turun dari segi perception indeks ini, tetapi saya hendak bagi gambaran sebenar bahawa sebenarnya hakikat yang lebih teliti daripada apa yang disampai tadi oleh Yang Amat Berhormat Bagan. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi pula kepada isu yang berada di hadapan kita iaitu SPRM ini sendiri dan saya ingin mengucapkan tahniah kerana buat kali pertama saya rasa sudah ada satu sistem check and balance, satu system accountability yang hendak menguatkan lagi yang dapat memperkasakan lagi SPRM dibandingkan dengan badan pencegah rasuah yang wujud selama ini. Contohnya buat kali pertama individu, rakyat jelata NGO Ahli Parlimen mengambil ada peranan dari segala over sight dari segi memberi pemantauan terhadap SPRM ataupun badan-badan pencegah rasuah melalui Lembaga Penasihat dan juga Jawatankuasa Khas Rasuah.

Lembaga penasihat ini saya harap daripada pihak kerajaan akan diwakili, akan dianggotai oleh mereka-mereka yang berintegriti tinggi dan berpengalaman dalam masalah-masalah rasuah ini. Jawatankuasa khas ini juga adalah satu elemen yang memberi scrutiny daripada Parlimen, scrutiny daripada pihak perundangan yang sebelum ini tidak pernah diberi. Tambahan pula dengan laporan tahunan SPRM dan juga Jawatankuasa Khas Rasuah dibentang dalam Parlimen, memudahkan kerja kita untuk membahaskan isu-isu, kes-kes rasuah yang sebelum ini tidak pernah diberi peluang secara teliti untuk dibahaskan satu laporan yang keluar daripada Badan Pencegah Rasuah. Jadi ini adalah satu pembaharuan yang cukup penting, yang cukup landmark bagi dengan izin bagi saya untuk sama-sama kita menghayati dan sama-sama kita sokong. Cuma Lembaga Penasihat ini kalau boleh saya cadangkan dapatkan juga nasihat mungkin bukan sebagai anggota kerana mungkin ini adalah satu cadangan yang terlalu luar biasa tetapi Lembaga Penasihat ini dan juga SPRM ini mendapat nasihat daripada individu-individu yang dulu yang pernah dihukum atas gejala rasuah yang mana sudah bertaubat. Bak kata pepatah Inggeris, “it takes a thief to catch a thief”. Jadi dengan izin kalau kita boleh kita minta pengalaman bagi mereka yang sudah ada pengalaman, yang sudah bertaubat untuk cari bagaimana cara dapat kita tangkap ataupun dapat kita cari penyelewengan rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa kerana sudah tentunya cara bagaimana hendak mengelak ini sudah jadi lebih canggih dan lebih sophisticated daripada dahulu. Kita juga membaca dalam surat khabar bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sebut bahawa satu panel kajian ataupun kaji semula operasi untuk mengkaji operasi dan Jawatankuasa Aduan telah ditubuhkan yang dapat menjaga dan mengawal dari segi penyalahgunaan kuasa. Saya rasa ini adalah penting dan Jawatankuasa Aduan ini disebut dalam rang undang-undang ini. Operations Review Panel ini tidak disebut tetapi disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam surat khabar berdasarkan kepada model yang dipakai oleh ICAC Hong Kong. Ini boleh mengelak daripada agenda peribadi itu diperjuangkan oleh mana-mana pegawai dalam SPRM ini dan ini menjadi penting kerana kita hendak melakukan keadilan bukan hanya kepada kerajaan dan juga rakyat yang mana duit itu diseleweng tetapi juga kepada tertuduh andai kata tertuduh itu salah dituduh dan ada agenda di sebalik hukuman dan tuduhan terhadap si tertuduh tersebut. Saya juga ingin menarik perhatian kepada perkara 65(1). Saya melihat bahawa ini adalah satu peruntukan yang penting untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan juga maklumat tetapi saya melihat di sini, saya hendak tanya Menteri untuk jawab kemudian, sama ada perkara ini cukup untuk memberi perlindungan kepada saksi? Di sini saya sedikit sebanyak bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan tadi di mana kita perlu kepada satu akta yang khusus, yang separate dengan izin iaitu Akta Perlindungan Saksi yang mana saya rasa ini perlu bukan hanya dari segi perlindungan identiti mereka dalam peruntukan 65 ini, tetapi juga langkah-langkah yang boleh menjamin keselamatan kepada saksi-saksi ataupun pemberi maklumat dalam kes-kes rasuah. Kadang kalanya kes-kes rasuah ini melibatkan tokoh-tokoh yang besar ataupun juga tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan underworld dan sebagainya. Sudah tentunya kita perlu kepada satu jaminan, satu comfort dengan izin kepada saksi dan juga kepada pemberi maklumat bahawa nyawa mereka, keselamatan mereka terjaga dan tidak diancam. Saya harap bahawa untuk melengkapkan SPRM ini, kerajaan akan pertimbangkan usaha untuk menggubal secara secepat mungkin satu dasar perlindungan saksi ataupun satu dasar Whistleblower Act seperti mana satu ketika dahulu dijanjikan oleh kerajaan. Ya, Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Untuk pertama kalinya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau dalam saranan ini. Persetujuan saya itu berasaskan kepada fakta tatkala negara digemparkan dengan kes pendedahan tape VK Lingam yang sumber asalnya ialah bapa kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya. Bertahun-tahun dia pegang bukti itu tetapi dia tidak terdorong pun untuk membuat aduan kepada BPR. Dia seorang ahli perniagaan, barangkali bimbangkan identitinya terdedah, kepentingan perniagaannya boleh rosak. Itu keadaan yang berlaku, dia menunggu sehingga Yang Berhormat

Permatang Pauh keluar daripada penjara dan kemudian menyerah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tatkala Yang Berhormat Permatang Pauh kemudiannya membuat aduan dengan ditemani oleh peguamnya Yang Berhormat Subang ke pejabat BPR, reaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu ialah terang-terangan mempertikaikan keaslian tape tersebut. Pada masa yang sama amaran demi amaran diberikan oleh BPR ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh dan Subang. Kelihatannya yang membuat aduan itu yang menjadi tarikan BPR untuk memulakan siasatan, bukan mesej yang dilaporkan. Atas fakta itu saya fikir, saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Rembau agar barangkali tidak sempat dimasukkan dalam akta ini tetapi ianya boleh juga dijadikan satu lagi akta atau bill pelengkap kepada menterjemahkan lagi kekuatan bill ini. Saya mohon pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya lebih cenderung untuk menyokong agar satu akta spesifik, khusus digubal dalam hal perlindungan saksi dan juga whistleblowers dan tidak perlu dimasukkan dalam ini, peruntukan sudah ada, 65. Akan tetapi selepas ini perlulah kita ada satu perlindungan saksi bukan hanya dalam konteks pencegah rasuah tetapi perlindungan saksi ini dalam konteks kes jenayah, dalam kes jenayah komersial dan sebagainya dan lebih menyeluruh daripada perlindungan saksi dalam kes-kes rasuah sahaja. Dalam kes pita VK Lingam itu saya tidak tahulah, mungkin ada satu timbal balas politik daripada Yang Berhormat Permatang Pauh dengan bapa Yang Berhormat Kelana Jaya, dia jadi calon untuk PKR dalam pilihan raya yang lepas, saya tidak tahulah, itu saya serah kepada pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi pula kepada satu masalah yang boleh dikatakan masalah pokok di sini yang mana dibangkitkan beberapa kali tadi iaitu kebebasan SPRM ini. Ada yang saya nampak bahawa pembangkang sokong hari ini cuma sokongan itu bersyarat, bersyarat mengatakan bahawa tidak cukup kebebasan dan sebagainya. Saya hendak katakan di sini bahawa mungkin pada pengamatan, pandangan pembangkang, Ahli-ahli Pembangkang, SPRM ini tidak cukup power ataupun tidak cukup kuasa dan kebebasan diberi kepada SPRM. Akan tetapi saya rasa bahawa ini adalah langkah pertama yang begitu penting, tak pernah diberi over side daripada Parlimen, tidak pernah diberi kuasa pemantauan daripada Parlimen, tidak pernah diberi kuasa mengawal dari segi laporan dan sebagainya yang perlu dibentangkan dalam Parlimen.

[Bangun]

Yang Berhormat Machang ada lagi? Setuju lagi kah tidak?

Pilih untuk berbeza pendapat.

Saya nampak kadang- kadang kekaguman yang berlebihan Yang Berhormat Rembau suarakan ke atas akta ini seolah-olah ini suatu yang baru, seolah-olah inilah satu rang undang-undang yang memperlihatkan kuasa luar biasa. Kekaguman itu saya fikir agak tidak bertempat. Alasan saya, saya memetik pandangan Tan Sri Harun Hashim, bekas Ketua Pengarah dan pengasas BPR. Ini teks asalnya, ini saya petik daripada buku biografi Tun Dr. Ismail, ada satu chapter tentang rasuah sahaja. Dia sebut, “Pada tahun 1967, apabila saya dilantik untuk menubuhkan BPR oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Beliau memberikan saya sepenuh kebebasan untuk membendung rasuah daripada berleluasa dalam negara. Saya dibenarkan untuk memilih pegawai untuk badan itu daripada kalangan anggota pentadbiran awam dan polis bersama peruntukan yang tidak terhad daripada Kementerian Kewangan. Tidak ada campur tangan daripada kerajaan dalam urusan BPR, peguam negara sekalipun tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah”.

Sekurang-kurangnya dalam soal memilih anggota pentadbiran, itu sebut jelas, sudah ada pun kelulusan sekian-sekian ratus pegawai yang boleh direkrut apabila diluluskan. Akan tetapi dalam soal peruntukan tambahan, dalam soal tidak ada campur tangan termasuk peguam negara sekali pun, yang ini ayat akhir Tan Sri Harun Hashim disebut, “Berasaskan kepada undang-undang rasuah sedia ada, kelihatannya BPR boleh dikatakan tidak ada kuasa langsung dari segi undang-undang”. Itu pandangannya.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat Rembau respons, ini komen saya balik. Hujah Yang Berhormat Machang itu seharusnya dibawa sebagai satu hujah apabila beliau berucap nanti dan diberi peluang oleh sesiapa nanti oleh duduk pada sebelah tengah hari. Itu maksud saya dalam soal 37(1)(b) iaitu dalam minta penjelasan, jangan masukkan pendapat baru yang menimbulkan perbahasan kerana itu maksudnya bukan lagi pencelahan minta kesamaran diperjelaskan daripada yang sedang berucap. Itu maknanya mahu berdialog membantah sesuatu yang menimbulkan perbahasan. Hujah seperti itu elok dibawa sewaktu nanti diberi peluang untuk berbahas, baru didengar cantik. Kalau macam begini saya benarkan, tidak kita akan habis. Seorang yang berucap umpamanya tadi Yang Berhormat Muar, dicelah oleh sembilan orang. Kalau dalam pencelahan itu dan jawapan lima minit seorang sudah berapa puluh minit. Jadi itu yang tidak menimbulkan keadilan kepada Ahli-ahli yang ingin berucap untuk berhujah. Yang Berhormat Rembau nanti kalau boleh sebelah tengah hari nanti respons kepada perkara yang dibangkitkan. Saya minta kerjasama sekali lagi dalam soal pencelahan untuk minta penjelasan di bawah 37(1)(b), ingat itu untuk menjimatkan masa. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan mesyuarat sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri ada usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan: Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 16 Disember 2008.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau. Ringkaskan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Walaupun Ahli Yang Berhormat Machang tidak hadir, saya ingin menjawab sedikit celahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Yang Berhormat Machang telah mengatakan bahawa dahulu semasa Allahyarham Tan Sri Harun Hashim bertugas sebagai Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah tidak perlu ada suruhanjaya, tidak perlu ada pindaan Perlembagaan ataupun pindaan undang- undang dan sebagainya, tetapi beliau telah menjalankan tugas tanpa, without fear or favour secara berkecuali dek kerana ada jaminan peribadi daripada pemimpin dan juga Perdana Menteri pada waktu itu. Yang Berhormat Machang telah mengatakan bahawa ini menunjukkan bahawa sebenarnya yang perlu ada di sini bukan suruhanjaya baru, tetapi satu iltizam politik. Cuma saya ingin menjawab, mengatakan bahawa itu masa Allahyarham Tan Sri Harun Hashim adalah satu jaminan peribadi, that’s no guarantee daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu. Apakah keadaan di mana Perdana Menteri tidak memberi jaminan bahawa tidak ada campur tangan politik dalam perjalanan Badan Pencegah Rasuah. We cannot live it to the virtues of man dengan izin. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada kebaikan manusia untuk memastikan bahawa suruhanjaya dan juga Badan Pencegah Rasuah ini menjalankan tugas tanpa campur tangan politik. Kita perlu kepada satu usaha untuk menginstitusikan kekuatan dan juga kuasa yang diberi kepada suruhanjaya seperti mana yang ada dalam rang undang-undang ini. Jadi saya harap kita sokong bukan kerana kita mengharapkan kepada personnel guarantee ataupun jaminan peribadi mana-mana pemimpin, tetapi perkara ini diinstitusikan dalam undang-undang bahawa tidak ada sebarang campur tangan politik kerana dalam undang-undang ini kita nampak bahawa Parliamentary scrutiny pantauan daripada Parlimen, daripada perundangan, kawalan daripada perundangan itu adalah satu pembaharuan yang sebelum ini tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada satu lagi isu iaitu kebebasan dari segi pendakwaan, banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Hendak beri jalan?

Sila sahabat saya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat sebab tengah hari tadi Yang Berhormat ada mengatakan bahawa Parliamentary world side ada Jawatankuasa Khas Parlimen ini untuk menjadi check and balance kepada suruhanjaya ini, tetapi saya memang mengakui bahawa kita menyokong Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan dalam fasal 14, tetapi sayangnya dalam fasal ini ia tidak menyebut bahawa keanggotaan Ahli-ahli Jawatankuasa Khas ini tujuh orang itu tidak melambangkan keanggotaan dalam Dewan Rakyat. Saya berharap bahawa keanggotaan ini dapat melambangkan kepartian atau keahlian dalam Dewan Rakyat ini. Dalam perkara ini kita berharap sekurang- kurangnya dalam sidang ini, dalam penggal ini sekurang-kurangnya tiga daripada tujuh ahli itu terdiri dari pembangkang, kerana saya rasa ini dapat memberikan kepercayaan kepada orang ramai bahawa Jawatankuasa Khas ini betul-betul bipartisanship untuk menjadi check and balance, adakah Yang Berhormat setuju.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rasah. Saya setuju pada dasarnya, tetapi tidak perlulah kita bawa perkara ini masuk ke dalam akta. Ini boleh menjadi satu konvensyen. Satu konvensyen di mana keanggotaan Jawatankuasa Khas itu secara konvensyen boleh mengimbangkan ataupun melambangkan keimbangan dalam Dewan Rakyat ini dan juga dalam Dewan Negara, sebab saya juga percaya bahawa sudah tentunya kerajaan yang menggubal, yang hendak menubuhkan suruhanjaya ini tidak akan mewujudkan satu jawatankuasa yang hanya terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan

Nasional kalau tidak, tidak bermakna langsung kita buat suruhanjaya ini menjadi seolah-olah satu toothless tiger. Jadi reputasi kita pun terletak dalam keanggotaan jawatankuasa tersebut. Jadi saya hendak pergi kepada kuasa pendakwaan yang mana banyak dibangkitkan tadi. Secara ideal dalam satu keadaan ideal dan ideal able, dengan izin sememangnya kita hendak melihat bahawa kuasa pendakwaan ini bebas sama ada kuasa pendakwaan ini reside ataupun terletak dalam suruhanjaya ataupun tidak kita hendak supaya kuasa pendakwaan ini adalah satu kuasa yang berkecuali, yang bebas, yang independent, yang tidak tertakluk kepada mana-mana campur tangan politik dan sebagainya. Walau bagaimanapun apa yang terletak ataupun terkandung dalam suruhanjaya ini adalah satu perkara yang mencerminkan Perlembagaan kita, di mana kalau kita pindah kuasa pendakwaan dan ahli-ahli pembangkang pun tahu bahawa perkara ini akan menjadi ultra virus kepada Perkara 145, Perlembagaan Malaysia tetapi perkara ini sudah tentunya soalan susulannya, kenapakah kita tidak pinda Perlembagaan dan sebagainya, tetapi sudah tentunya kita pun tahu bahawa ada prinsip-prinsip pemisahan kuasa dalam hal ini, prinsip separation of powers. Dalam hal ini kita tidak hendak yang siasat itu ada kuasa untuk mendakwa sekali kerana mereka rasa siasatan itu sudah berlangsung, sudah tentunya yang siasat itu memerlukan ataupun mempunyai satu pandangan yang datangnya daripada tanggapan orang yang siasat dan sudah tentunya kita perlu kepada satu procedure, di mana yang dakwa itu melihat kepada bukti-bukti siasatan itu secara impartial, secara berkecuali untuk buat satu pilihan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak. Akan tetapi dalam hal ini saya cukup setuju dengan pendekatan ataupun dengan cadangan dalam rang undang-undang ini dalam perkara 5(6) yang memberi penurunan kuasa seolah-olah memberi penurunan kuasa kepada Ketua Suruhanjaya ini, melalui memberi kuasa yang sama seperti DPP ataupun Penolong Pendakwa Raya kepada Ketua Suruhanjaya. Sekurang-kurangnya ini melambangkan bahawa dalam kes-kes tertentu contohnya, saya rasa perkara ini menimbul dalam kes apabila melibatkan pegawai- pegawai dalam kamar ataupun Peguam Negara, bahawasanya Ketua Suruhanjaya itu ada kuasa untuk buat pendakwaan, kuasa DPP untuk membuat pendakwaan dan secara amalannya saya harap bahawa penurunan kuasa ini daripada Attorney- General’s Chambers ataupun daripada Pejabat Peguam Negara dapat benar-benar reside ataupun diletakkan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini.

Maknanya tidak payahlah kalau ada satu kes walaupun tidak melibatkan pegawai-pegawai daripada AG’s Chamber tidak payahlah dirujuk semula kepada Attorney General untuk dibuat dakwaan. Maknanya DPP yang ditugaskan di Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ini SPRM ini boleh buat keputusan secara berkecuali tanpa dirujuk semula. Inilah sebenarnya...

Mohon penjelasan.

Ya, sahabat saya Yang Berhormat Silam.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rembau. Saya hanya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Rembau iaitu berhubung dengan kuasa yang diperturunkan daripada pihak AG di peringkat contohnya di negeri Sabah ataupun Sarawak. Adakah dari segi siasatan nanti apabila mereka membuat keputusan itu akan dibuat di negeri tersebut ataupun perlu dirujuk kepada peringkat atasan. Kita mahu clarification sebab mungkin dari segi perundangan ataupun peraturan itu perlu dirujuk oleh dua-dua negeri tersebut. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Boleh...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau kerana memberi peluang mencelah. Secara dasar saya rasa kita setuju, kita asingkan kuasa siasatan dan kuasa pendakwaan. Amalan yang disebut tadi, kalau dipraktikkan dan dihormati memang kita mengalu-alukan. Akan tetapi masalah sekarang Institusi Jabatan Peguam Negara ada satu imej yang cukup tercemar, ini hakikat. Sejak tahun 1998 sampai sekarang. Sebelum 1998 pun kita ada

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

imej Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil cuti dengan seorang peguam bernama V.K. Lingam di Itali. Inilah imej Jabatan Peguam Negara. Sekarang tuduhan adalah lebih serius, tuduhan terhadap Peguam Negara sekarang adalah memalsukan keterangan dan sebagainya, inilah masalahnya. Saya balik kepada rang undang-undang ini dengan pengasingan kuasa siasatan dari pendakwaan. Dalam rang undang-undang ini kita melihat tujuannya adalah untuk menubuhkan satu Badan Pencegahan Rasuah yang bebas. Ini memang amat dialu- alukan. Akan tetapi Yang Berhormat Rembau boleh saya bertanya, apabila kita melihat beberapa peruntukkan dengan kuasa siasatan, seksyen 31, 35, 38, 39, 43, 44, dan 45 ini adalah kuasa siasatan. Search and seizure, investigation of share, seizure of immovable property, intercept communications, surrender of travel documents dan apabila kita teliti di sini kita nampak, melihat setiap kuasa ini Tuan Yang di-Pertua tidak boleh dilaksanakan oleh suruhanjaya ini tanpa merujuk kepada Peguam Negara. Jadi apa maksudnya? Apakah ini tidak memberi keyakinan kepada kita bahawa kuasa siasatan itu betul-betul diasingkan. Kalau kita banding akta di Hong Kong memang diasingkan. Hanya kuasa keputusan mendakwa sahaja diserahkan. Jadi saya mintak penjelasan. Sebab itu kita sudah cadangkan peminda dalam ini untuk memastikan betul-betul kuasa siasatan itu di dalam tangan SPRM ini dan bukan boleh dipengaruhi oleh Peguam Negara. Minta komen daripada Yang Berhormat Rembau.

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Secara ringkas pada Yang Berhormat Silam tadi saya rasa lebih baik menteri jawab soalan tersebut. Akan tetapi saya setuju dari segi semangat soalan tersebut sama ada kebebasan ataupun satu penetapan khas diberi kepada Sabah dan Sarawak sama ada keputusan didakwa itu dibuat oleh pegawai yang ada di sana ataupun yang dibawa kepada peringkat Persekutuan. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Subang tadi, saya bersimpati terhadap pendirian yang dibuat oleh Yang Berhormat Subang bahawasanya kita hendak melihat bahawa tidak ada satu kekangan terhadap SPRM yang diletakkan melalui undang-undang ini yang mana seolah-olah ada kawalan melalui Peguam Negara, Attorney-General. Sebab itu saya hendak tarik perhatian kepada dua perkara. Pertamanya kepada penurunan kuasa yang saya sebutkan tadi ataupun devolution of power kepada SPRM. Tidak semestinya kita pisahkan sama sekali kuasa untuk pendakwaan itu keluar daripada SRPM. Kalau kita betul-betul ada satu keadaan di mana sama ada pendakwaan ataupun sama ada dari segi siasatan itu perkara tersebut tidak payah hendak rujuk semula kepada Attorney General tetapi kepada DPP yang ada di situ kerana sudah ada penurunan kuasa yang termaktub dalam undang-undang ini. Saya percaya tidak ada masalah. Apa salahnya kita cuba sebab dulu apabila BPR ini dianggap sebagai bebas dan sebagainya pada zaman Allahyarham Tan Sri Harun Hashim, tidak ada masalah. Ini kerana DPP yang ditugaskan di BPR itu telah diberikan kuasa penuh berkecuali dan bebas untuk melaksanakan tugas fear or favors tanpa rujuk kepada Attorney-General. Jadi saya harap kita cuba dulu sama ada penurunan kuasa, devolution of power ini benar-benar dapat dipraktikkan dan diamalkan secara bebas. Kedua, saya percaya devolution of power ini akan berjaya sebab daripada dulu hingga sekarang kita tidak pernah ada pembaharuan dari segi over side. Over side mechanism ini cukup penting. Kalau dulu tidak ada pressure daripada badan perundangan, kali ini kita ada Parliamentary over side. Di mana mungkin akan ada Ahli- ahli Yang Berhormat daripada pembangkang turut terlibat juga dalam komuniti dalam jawatankuasa untuk memantau SPRM ini. Jadi saya harap bahawa komuniti ini juga akan dapat mainkan peranan untuk melihat sama ada pendakwaan itu mengikut kebebasan ataupun disekat oleh mana- mana pihak. Seterusnya yang saya hendak cadangkan di sini ialah untuk kita mungkin memperketat lagi peruntukan di sini tanpa kita buat pindaan Perlembagaan dan sebagainya. Di ICAC Hong Kong dia ada satu jawatankuasa ataupun panel iaitu Operations Review Panel. Apabila satu dakwaan itu tidak dibuat dalam satu-satu kes, maka panel ini yang menjadi satu panel bebas boleh minta supaya Secretary for Justice, Menteri Keadilan Hong Kong review kes tersebut dan mengkaji semula kes tersebut secara

terbuka. Kalau boleh kita masukkan peruntukan tersebut kalau bukan dalam undang- undang secara konvensional ataupun secara pentadbiran, administrative. Ini supaya panel tersebut wujud dan dapat kita mintak supaya kes-kes tertentu di review ataupun dikaji semula oleh sama ada DPP ataupun Peguam Negara agar kita dapat kepastian bahawa perkara tersebut dibuat atas sebab-sebab profesional ataupun atas sebab politik sepertimana yang dikhuatiri oleh pihak pembangkang. Seterusnya sebelum saya mengakhiri, saya cuma ingin mencadangkan satu perkara iaitu dalam kuasa besar yang diberi kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ini cukup besar kuasanya. Cuma tadi saya sebut bahawa ada jawatankuasa aduan ada review panel dan sebaginya. Akan tetapi dalaman itu sendiri kita perlu kepada satu unit barangkali Internal Affairs Unit ataupun Unit Kawalan Hal Ehwal Dalaman SPRM ini. Contohnya dalam Polis pun kita ada Internal Affairs Unit. Maknanya kita tidak ada seseorang yang akan watch this SPRM ataupun pegawai-pegawai dalam SPRM. Sudah tentunya kadang-kadang ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana ini melibatkan rasuah dan sudah tentunya yang kena tuduh itu kalau dia betul-betul dia mengamalkan rasuah dia akan cuba juga merasuahi pegawai-pegawai daripada SPRM. Jadi saya harap akan ada satu unit dalam SPRM sendiri selain daripada jawatan kuasa aduan dan sebagainya yang betul-betul akan teliti dan akan memantau gerak kerja dan juga apa sahaja prosedur yang diamalkan oleh pegawai-pegawai SPRM. Ini supaya tidak ada kepincangan dari segi siasatan dan dari segi apa sahaja kerja yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai SPRM. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri sekali saya hendak ucapkan tahniah kepada Kerajaan atas rang undang-undang yang cukup menyeluruh yang memberi kuasa yang cukup hebat ini kepada BPR untuk menjadikan SPRM. Cuma saya hendak ingatkan kepada rakan-rakan dalam Dewan ini dengan tubuhnya SPRM ini sahaja kita tidak akan dapat banteras rasuah. Ini kerana akhirnya kita boleh menubuhkan institusi yang telus, yang ada kuasa, yang tegas dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita semua tidak ada iltizam politik sepertimana yang disebut oleh pembangkang tadi, maka kita tidak akan dapat banteras masalah ini. Akhirnya kita boleh tubuh apa sahaja institusi tetapi kalau manusia, pemimpin dan sebagainya tidak ada iltizam politik. Kalau masyarakat itu sendiri tidak ada will of society untuk memastikan bahawa masalah ini dapat kita mengatasi maka perkara ini tidak akan berjaya. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terkilan sikit kerana seolah-olah political will ini hanya tidak ada kepada pihak Kerajaan sahaja. Saya harap political will ini ada untuk dua-dua pihak. Ini adalah satu political will yang by partisans. Kalau hendak cakap tentang kerajaan macam boleh di cakap. Kalau hendak tentang pembangkang pun, macam-macam boleh dicakap. Contohnya Kerajaan Negeri Perak; di mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri didakwa oleh BPR tetapi sampai hari tidak lepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Saya tidak nafikan prinsip innocent until proven guilty. Akan tetapi kita kena pastikan setiap daripada anggota pentadbiran kita adalah above suspicion, tidak ada syak wasangka. Dalam kes Barisan Nasional dulu apabila ada seorang menteri yang didakwa oleh BPR, beliau lepaskan jawatan ambil cuti. Apabila seorang menteri besar yang dikenakan tindakan undang-undang berkaitan dengan rasuah diambil cuti kerana kita hendak pastikan bahawa anggota pentadbiran ini above suspicion.

Jadi janganlah mengatakan kita seolah-olah tidak ada iltizam politik memandangkan pembangkang pun sama juga. Kalau kita lihat dari segi pengisytiharan harta anggota-anggota pentadbiran, satu janji yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga tetapi sampai hari ini tidak ada pengisytiharan harta secara terbuka, secara awam daripada anggota pentadbiran daripada kerajaan-kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati sekalian, saya harap perkara ini adalah iltizam politik daripada semua pihak.

Jangan hanya salahkan satu pihak di mana pihak yang lain pun ada kekurangan and two wrongs do not make a right. Kita hendak pastikan bahawa semua pihak ada iltizam politik, dalam kes pengisytiharan harta, dalam kes Exco Negeri Perak, ini menunjukkan di sana juga tidak ada iltizam politik. Kalau kita hendak cakap tentang rasuah biarlah kita cakap dengan kita mengamalkan satu-satu dasar, satu-satu iltizam politik yang terbukti untuk pastikan bahawa kita dapat mengatasi masalah ini untuk menjadikan negara kita ini lebih maju dalam masa yang akan datang. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya melihat ada banyak masih hendak bercakap. Saya ingat, saya bataskan kepada 15 minit seorang Yang Berhormat. Daripada pembahas yang dahulu pun tidak ada pun mencecah satu jam. Jadi maknanya banyak boleh cakap dalam masa 15 minit. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu ini besar, penting, saya rasa 15 minit yang diperuntukkan kepada baki pembahas- pembahas untuk membahaskan rang undang-undang ini satu masa yang kami rasakan tidak adil sebab banyak tadi telah disentuh oleh rakan-rakan daripada parti pembangkang, daripada Pakatan Rakyat yang terdahulu. Kami ingin mendatangkan beberapa pandangan-pandangan baru, pendapat-pendapat baru. Kalau masa itu di limit kan kepada 15 minit, saya rasa satu yang cukup penting ini tidak dapat kita salurkan kepada Dewan ini bagi dimanfaatkan oleh Menteri, bagi dimanfaatkan oleh Dewan dan bagi dimanfaatkan oleh rakyat. Jadi saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan sedikit kelonggaran dalam hal yang berkaitan dengan masa kepada saya dan kepada rakan-rakan yang lain. Masa kita pun sudah dipanjangkan sehingga jam 11.30 malam. Itulah sebabnya kalau kita lihat tadi Ketua Pembangkang telah membangkitkan, wakil daripada DAP telah membangkitkan bagaimana kita merasakan kita boleh bersetuju pada dasarnya rang undang-undang ini dibentangkan untuk dibahaskan. Akan tetapi yang kita agak musykil dan kita kurang bersetuju adalah dari segi masa yang diperuntukkan bagi membolehkan kita membahaskan satu rang undang-undang yang amat penting yang sudah dibangkitkan untuk sekian lama. Yang mana dari segi timing nya adalah mungkin terlewat tetapi kita rasakan masih boleh kita gunakan kesempatan ini bagi kita menghalusi, memberikan cadangan, memberikan komen dan juga memberikan cadangan-cadangan tambahan kepada rang undang-undang tersebut. Jadi isu masa itu telah pun dibangkitkan oleh mereka yang sebelum daripada saya tadi dan mudah-mudahan ianya dapat diberikan pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong dan mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-undang SPRM ini yang kita rasakan seperti mana yang telah kita ikuti banyak komen-komen di dalam media di dalam tempoh sehari dua ini telah mendapat pujian daripada banyak sektor. Ia termasuklah daripada ICAC sendiri, deputynya yang membuat kenyataan secara terbuka malah memberikan komen bahawa SPRM yang kita debatkan di Parlimen pada hari ini adalah lebih baik katanya daripada akta ataupun peraturan, peruntukan yang ada di Hong Kong itu sendiri. Isu saya adalah mungkin lebih baik on paper daripada Hong Kong. Mungkin ianya lebih baik dari segi isi, content dan peruntukan-peruntukan yang disediakan tetapi bagaimana pula pelaksanaannya? Oleh sebab kita telah lihat banyak sebelum daripada ini sama ada akta, undang-undang dan sebagainya; bila ianya dibahaskan bila ianya dibentangkan, bila ianya dijadikan on paper ini begitu cantik dan indah tetapi bila pergi kepada pelaksanaan, timbul banyak keraguan yang boleh dipertikaikan. Contohnya saya ingin mendapat penjelasan daripada menteri dan kerajaan, di tengah di suasana kita tiba-tiba ataupun kita dikejutkan dengan bill ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya rasa ada beberapa perkembangan semasa yang rakyat juga tertanya- tanya, kami juga tertanya-tanya, boleh atau tidak ianya ditafsirkan sebagai rasuah. Contohnya apa yang berlaku di Terengganu dua, tiga hari lepas tiba-tiba sahaja negeri Terengganu dibayar dengan royalti RM400 juta lebih. Tiba-tiba sahaja macam-macam peruntukan diturunkan kepada negeri Terengganu pada waktu ini, pada ketika ini. Sebab kalau kita lihat kepada takrif suapan yang terdapat dalam bill ini pun,

saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, kalau takrif suapan

(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga dan sebagainya; (b) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa- (c) apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain sama ada keseluruhannya ataupun sebahagian daripadanya. Takrifan ini sendiri pun sudah begitu jelas membuktikan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Terengganu sehari dua lepas, pembayaran royalti, pembayaran berbagai-bagai jenis wang, bagi saya juga boleh ditakrif sebagai rasuah. Rasuah dalam bentuk skala besar yang sudah menjadi satu norm dalam masyarakat kita apabila tiba sahaja pilihan raya kecil, apabila tiba sahaja waktu pilihan raya, rakyat akan disogokkan dengan projek-projek instant, jalan rayanya, peruntukan-peruntukan kewangan dan sebagainya. Yang mana saya lihat ianya adalah merupakan seperti mana yang ditakrifkan sendiri oleh bil ini sebagai satu amalan yang bersifat rasuah yang perlu dididik masyarakat kita dengan satu kesungguhan seperti mana yang disebutkan tadi dengan satu political will. Saya bersetuju dan mengucapkan tahniah di atas matlamat utama akta ini. Kalau kita lihat dalam perkara 2(b), antara matlamat utama akta ini adalah untuk “mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti”. Tuan Yang di-Pertua, proses pendidikan merupakan proses yang besar maknanya peranan yang akan dimainkan oleh suruhanjaya ini nanti. Akan tetapi seperti mana yang saya sebutkan tadi, bermula sahaja kita ingin membahaskan rang undang- undang ini dalam masa yang sama perilaku yang ditunjukkan oleh kerajaan, perilaku yang ditunjukkan oleh parti yang memerintah terhadap apa yang berlaku di Terengganu adalah satu bukti bahawa di sana kita bercakap lain dan di sudut yang lain pula kita tidak mendidik masyarakat kita dengan didikan yang boleh mereka membezakan mana yang betul, mana yang salah. Mana yang rasuah dan mana yang tidak rasuah. Mana yang dikatakan menggunakan kuasa, mana yang dikatakan menyalahgunakan kuasa, itu yang pertama. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan beberapa cadangan terhadap rang undang-undang ini yang perlu juga saya rasa mendapat respons daripada pihak menteri. Saya bersetuju mengalu-alukan khasnya tentang tiga entiti yang terdapat dalam rang undang-undang ini yang saya rasa lebih baik daripada seperti mana yang disebutkan tadi lebih baik daripada Hong Kong. Pertamanya ingin saya sentuh ialah tentang lembaga penasihat. Di dalam bill ini lembaga penasihat ini akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri seramai tujuh orang. Saya merasakan jumlah tujuh orang ini tidak nanti akan dapat mewakili masyarakat kita. Tujuh orang ini bagi saya jumlahnya amat sedikit; bukan mewakili semua rakyat tetapi mewakili bidang-bidang utama ataupun segmen-segmen utama masyarakat. Kita mahukan supaya jumlah ini ditambah lebih daripada tujuh dan sebelum pelantikan itu dibuat, kita mahukan juga supaya nama-nama lembaga penasihat itu dibawa ke sini ke dalam Dewan ini bagi kita di Parlimen membuat scrutiny terhadap mereka-mereka yang dicadangkan. Oleh sebab kita tidak mahu lembaga ini yang merupakan entiti utama di dalam suruhanjaya ini nanti juga terdiri daripada orang-orang yang dipertikaikan kredibilitinya, orang-orang yang mungkin mempunyai sejarah yang hitam, sejarah yang buruk dalam hal yang berkaitan dengan rasuah itu sendiri. Maka dengan itu saya ingin mencadangkan di sini dipelbagaikan orang yang bakal menduduki lembaga penasihat tersebut dan dibesarkan sedikit jumlahnya daripada jumlah yang telah dinyatakan untuk dimasukkan pelbagai sektor dan segmen masyarakat.

saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, kalau takrif suapan

Salah satu segmen yang saya pohon di sini dan saya cadangkan di sini yang tidak boleh kita berikan perlepasan begitu sahaja adalah sektor yang mewakili golongan agama, para ulama contohnya. Ini kerana, bagi aspek pendidikan ini, saya rasa perlu diberikan perhatian oleh suruhanjaya ini nanti adalah bahawa kesalahan rasuah ini selain daripada ianya merupakan kesalahan terhadap undang-undang, kesalahan

saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, kalau takrif suapan

terhadap peraturan negara dan sebagainya ianya juga merupakan kesalahan agama. Kalau dalam konteks agama Islam ini telah disebut dengan begitu jelas kepada kita oleh sebuah nas yang menyebut [Membaca sepotong hadis] “Orang yang memberi rasuah, orang yang menerima rasuah, dua-duanya masuk neraka”. Jadi, bagaimana kita hendak menghubungkaitkan ini dan kita memberikan kesedaran kepada pelaku-pelaku sama ada penerima atau pun pemberi rasuah itu bahawa ianya adalah merupakan satu kesalahan agama. Jadi, saya ingin mencadangkan di sini supaya di dalam Lembaga Penasihat itu mesti diletakkan tokoh- tokoh agama, para ulama bagi memastikan Lembaga Penasihat ini dapat juga memberikan perspektif agama dalam memberikan nasihat kepada suruhanjaya. Kedua, yang ingin saya sentuh adalah tentang Jawatankuasa Khas yang telah banyak rakan-rakan dari pembangkang membangkitkan tadi. Saya juga ingin memberikan pandangan. Di sebut di dalam bil ini bahawa jumlah mereka yang bakal dilantik di dalam jawatankuasa ini nanti yang terdiri daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara seramai tujuh orang. Sekali lagi saya merasakan bahawa tujuh ini juga tidak cukup untuk mewakili jumlah kita yang dua ratus lebih di Dewan Rakyat ini dan di Dewan Negaranya, saya rasa jumlah itu juga patut dikembangkan lagi yang pertamanya dan ianya harus representatif. Ianya harus diwakili oleh jumlah yang seimbang daripada kedua-dua belah isi rumah ini. Jumlah itu mesti datang daripada of course daripada kerajaan, daripada Barisan Nasional dan juga mesti datang dalam satu jumlah yang munasabah, yang mewakili pihak pembangkang. Malah, saya amat bersetuju dengan salah satu cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur supaya mencadangkan Jawatankuasa Khas ini sendiri dipengerusikan sendiri oleh wakil daripada pembangkang bagi kita benar-benar dapat mewujudkan check and balance terhadap laporan-laporan nanti yang bakal dikemukakan di Dewan ini. Kemudiannya akan dilaporkan dan diangkat kepada Perdana Menteri dan sebagainya supaya kita dapat memberikan input, kita memberikan pandangan, kita memberikan maklum balas terhadap siasatan yang telah dibuat, laporan yang telah dinyatakan oleh pegawai-pegawai yang bertugas di dalam suruhanjaya ini. Ketiga dan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua tentang Jawatankuasa Aduan. Lima orang akan dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap suruhanjaya ini. Bagi saya ini menimbulkan sedikit persoalan. Kalaulah jawatankuasa ini benar- benar ingin dilihat sebagai bebas, yang mempunyai integriti, yang mempunyai kredibiliti, lima orang ini tidak sepatutnya dilantik oleh Menteri. Bagi saya lima orang ini lebih baik sekali lagi kita minta supaya Dewan ini yang memberikan cadangan, Dewan ini yang meluluskan, Dewan ini yang kemudiannya melantik dan sekali lagi ianya harus juga mewakili jumlah yang lebih daripada lima orang ini. Ini kerana saya menjangkakan respond yang akan diberikan oleh masyarakat terhadap suruhanjaya ini akan jadi positif. Saya menjangkakan laporan yang akan dikemukakan oleh rakyat kepada suruhanjaya ini juga nanti akan jadi banyak. Saya menjangkakan bebanan yang bakal dipikul oleh suruhanjaya ini nanti banyak, sebab masalah rasuah dalam negara kita sudah sampai kepada tahap yang kritikal. Masalah rasuah di dalam negara kita sudah menjadi satu kanser yang kalau tidak dirawat cepat. Usaha merawat peringkat awal melalui suruhanjaya telah dibuat. Jadi, isu-isu rasuah yang dibangkitkan sama ada oleh parti politik, oleh rakyat umum, oleh civil society, oleh NGO dan sebagainya semakin hari semakin banyak. Jadi, kalaulah Jawatankuasa Aduan ini nanti sekali lagi benar-benar mewakili segmen yang bebas, mewakili hanya mereka yang dilantik oleh Menteri yang nanti dibimbangkan mungkin nanti ada interests tertentu. Saya tidak nampak Jawatankuasa Aduan ini juga akan dapat memberikan fungsi yang positif terhadap peranan jawatankuasa ini. Ini suatu perkara yang unik. Kita tiru Hong Kong, Hong Kong tidak adapun Jawatankuasa Aduan ini. Jawatankuasa yang unik ini perlu diwakili sekali lagi tadi segmen yang benar- benar bebas supaya aduan terhadap salah laku kepada pegawai-pegawai, malah kepada suruhanjaya itu sendiri dalam hal-hal yang bukan berkaitan dengan jenayah itu dapat benar-benar diambil tindakan yang sewajarnya oleh jawatankuasa tersebut. Jadi, itu beberapa cadangan yang ingin saya sebutkan bagi membahaskan rang undang-

saya bacakan Tuan Yang di-Pertua, kalau takrif suapan

undang ini. Akan tetapi, seperti mana yang telah saya nyatakan tadi, pelaksanaan itu yang menjadi tanda tanya dan pelaksanaan daripada peraturan dan undang-undang ini nanti yang akan menjadi isu utama yang dinanti-nantikan oleh rakyat. Tidak ada maknanya kita mempunyai suruhanjaya yang baik di atas kertas tetapi apabila pergi kepada pelaksanaan, seperti mana yang telah dibangkitkan sebelum daripada saya melainkan kes-kes terpilih. Mereka yang sepatutnya menerima hukuman, mereka yang sepatutnya dibicarakan, mereka yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan dipilih mungkin daripada segmen-segmen tertentu sahaja. Istilah yang popular yang kita dengar semenjak dari pagi tadi. Ikan bilis sentiasa di jerat, ikan jerungnya terlepas begitu sahaja. Jadi, pelaksanaan itulah yang menjadi isu utama yang perlu kita bangkitkan. Satu cadangan lagi yang ingin saya kemukakan di sini adalah, kita telah mendengar tadi bagaimana 5,000 tenaga kerja baru akan diserap dalam tempoh tertentu bagi memberikan satu tenaga atau bagi memberikan satu kekuatan kepada suruhanjaya ini. Saya ingin mencadangkan supaya satu skim perkhidmatan sendiri diberikan kepada suruhanjaya ini bagi mewujudkan pertamanya daya tahan dan yang keduanya daya tarik. Daya tahan kepada kakitangan supaya apabila mereka bertugas menjalankan amanah ini dengan skim yang menarik, munasabah dan yang berpatutan supaya daya tahan kakitangan, suruhanjaya, mereka itu sendiri pun menjadi model dan dapat menahan daripada mereka pula kemudiannya terlibat dengan hal-hal yang mungkin bercanggahan dengan kehendak suruhanjaya dan rang undang-undang yang kita sedang bahaskan ini. Keduanya, skim perkhidmatan tersendiri ini juga boleh menjadi daya tarik kepada real professionals. Kita mahukan mereka yang benar-benar profesional untuk menganggotai sama ada Lembaga Penasihatnya, sama ada Jawatankuasa Khasnya, sama ada Jawatankuasa Aduannya atau pun apatah lagi anggota-anggota yang 5,000 tadi, yang telah disebut oleh Menteri, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum daripada ini. Daya tahan dan daya tarik ini bagi saya penting bagi memastikan perjalanan operasi suruhanjaya ini nanti dapat benar-benar seperti mana yang diharapkan oleh rakyat yang sudah menunggu sekian lama untuk dapat membanteras isu rasuah ini daripada berleluasa dalam negara kia. Tahniah saya ucapkan kerana pertama kali dan julung-julung kalinya kita melihat desakan kami daripada Pakatan Rakyat sebelum daripada ini supaya suruhanjaya-suruhanjaya seperti ini dan badan-badan seperti ini dipertanggungjawabkan kepada Parlimen menjadi kenyataan walaupun masih terdapat ruang-ruang yang perlu kita baiki dan ruang-ruang yang perlu kita perkukuhkan di dalam rang undang-undang ini khasnya. Kalau kita lihat dalam konteks prosedur yang telah disentuh banyak juga pada pagi tadi dan saya tidak sentuh lagi pada waktu ini. Seperti mana juga yang dicadangkan oleh temu bual bekas hakim dalam akhbar semalam itu yang saya kira perlu diberikan perhatian kepada pihak kerajaan bagi memastikan kita dapat melaksanakan suruhanjaya ini dengan sebaik yang mungkin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk bersama-sama dengan rakan- rakan yang lain untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah yang drastik untuk membentangkan Rang Undang-undang SPRM yang lebih komprehensif dan substantif bagi meningkatkan kuasa-kuasa penyiasatan mahupun memberikan peruntukan-peruntukan baru memerangi gejala rasuah negara kita.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tentunya ia akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada usaha murni kerajaan untuk menjadi telus, berintegriti dan berwibawa. Ramai rakan tadi telah pun membincangkan perincian rang undang-undang ini. Saya cuma ingin mengambil sedikit kelainan iaitu ingin membincangkan sedikit dari aspek politiknya. Persepsi politik tentang gejala rasuah ini Tuan Yang di-Pertua. Setiap kali kita berdepan dengan pilihan raya contohnya, kita dapati ada pihak- pihak tertentu menggunakan kesempatan kehangatan pilihan raya untuk memainkan isu rasuah ini. Mereka sedaya-upaya untuk berusaha untuk menggambarkan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini adalah sebuah kerajaan yang dibelenggu dengan masalah rasuah. Badan Pencegah Rasuah tidak menjalankan kerja mereka dengan telus dan sentiasa takut kepada pihak atasan. Jadi pembentangan rang undang-undang ini akan menjawab tohmahan-tohmahan pihak-pihak tertentu ini yang sentiasa memperlekehkan kewibawaan kerajaan dalam membanteras gejala rasuah ini. Rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua bukanlah satu window dressing seperti mana yang telah diperkatakan dalam banyak blog, dan juga blog-blog pemimpin parti pembangkang. Ianya satu reformasi yang nyata dan ikhlas dari pihak kerajaan dan ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk memperkenalkan usaha baru bagi membanteras kegiatan rasuah di negara kita ini, dan idea penambahbaikan Badan Pencegah Rasuah ini sebenarnya bermula sebelum pilihan raya yang ke 12 lagi Tuan Yang di-Pertua. Against what the normal…, satu persepsi bahawa kononnya kerajaan memulakan usaha untuk menambah baik Badan Pencegah Rasuah ini setelah kekalahan ataupun yang dikatakan tsunami politik pada PRU 12 yang lalu. Sebenarnya seperti mana yang dikatakan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah sebelum ini, rang undang-undang ini sebenarnya telah pun diusahakan sebelum PRU 12 dan ia sepatutnya dibentangkan pada tahun 2007 tetapi oleh kerana memerlukan penelitian yang lebih khusus yang memerlukan masa maka ia hanya dapat dibentangkan pada masa sekarang ini dan satu perkara yang saya ingin sebut di sini Tuan Yang di-Pertua ialah tentang bagaimana apabila rang undang- undang ini dipersembahkan dalam Mesyuarat Kabinet kita dapati bahawa Kabinet juga begitu proaktif malah telah mencadangkan beberapa tambahan dan penambahbaikan dalam rang undang-undang ini. Antara lainnya saya dimaklumkan bahawa Kabinet telah mencadangkan supaya jawatankuasa aduan ini diwujudkan. Ini adalah idea daripada Jemaah Menteri dan ini menunjukkan Kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri begitu ikhlas dan betul-betul mahu mewujudkan satu rang undang-undang yang boleh kita gunakan bersama membanteras gejala rasuah ini. Ini secara spesifiknya seperti yang saya katakan tadi, jawatankuasa aduan ini adalah cadangan daripada Kabinet. Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa aduan ini amat penting kerana antara lainnya ialah apabila kita memberi kuasa yang begitu besar, begitu kuat kepada suruhanjaya ini, kita perlukan satu mekanisme di mana rakyat, orang awam dan sebagainya boleh membuat aduan terhadap tingkah laku pegawai-pegawai SPRM yang telah diberi kuasa oleh kita ini. Jadi cadangan tambahan daripada Kabinet ini membuktikan bahawa Kabinet sendiri ingin menjayakan pembanterasan rasuah di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, tanggapan sesetengah pihak bahawa SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini tidak bebas daripada pengaruh pihak eksekutif atau kerajaan adalah satu tanggapan yang tidak betul dan meleset sama sekali. Kalau sebelum ini Akta Pencegah Rasuah 1997 tidak ada peruntukan yang dibuat untuk memantau operasi dan tingkah laku BPR, sekarang ini kita mempunyai lima jawatankuasa ataupun badan pemantau yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Tiga melalui pembentukan melalui undang-undang dan dua lagi melalui pembentukan pentadbiran. Ini semuanya mengambil kira apa yang ada dalam peruntukan ICAC Hong Kong. Ianya akan dianggotai oleh mereka yang berintegriti, yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang dan unggul dalam bidang masing-masing. Selain daripada itu seperti mana yang saya katakan tadi dua panel akan diwujudkan mengikut proses pentadbiran dan kelima-lima badan pemantau ini adalah bebas daripada pengaruh masing-masing dan mempunyai taraf yang sama untuk

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

memberi lebih ketelusan dan kebebasan kepada mereka menjalankan tugas pemantauan mereka. Maknanya, jawatankuasa-jawatankuasa ini tidak boleh mempengaruhi antara satu sama lain. Mereka mempunyai sistem yang tersendiri, beroperasi secara bersendirian dan memberikan check and balance ataupun semak dan imbang kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang sebelum ini begitu teruja untuk memuji kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah ataupun ICAC Hong Kong. Acap kali dalam mengkritik Badan Pencegah Rasuah bahawa kononnya BPR tidak cekap, tidak telus, tidak adil dan akur kepada tekanan kerajaan, pihak pembangkang sentiasa mendesak kerajaan untuk merombak BPR mengikut acuan ICAC Hong Kong ataupun CPIB atau Corrupt Practices of Investigating Bureau dengan izin, di Singapura. Malah kalau kita teliti pada 31 Julai tahun 1997, di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa mengenai Rang Undang-undang Akta Pencegahan Rasuah 1997, menyindir dan menempelak beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan yang kurang senang dengan pendirian beliau bahawa Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dibentangkan pada waktu itu wajib diasaskan kepada peruntukan-peruntukan di ICAC Hong Kong. Sekarang kita terkejut dengan kenyataan-kenyataan daripada pihak-pihak tertentu yang membidas perakuan Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong ini iaitu Encik Daniel Lee bahawa peruntukan dalam rang undang-undang ini adalah sama atau lebih baik dari ICAC Hong Kong. Saya ingin membaca komen-komen ikhlas daripada Encik Daniel Lee yang telah disiarkan dalam media tempatan Tuan Yang di-Pertua. Antara lain beliau berkata dengan izin, “I found it MCAC very comprehensive and very focus. Effected areas that it covers is wider than what the ICAC is covering in Hong Kong.” Satu lagi, “In reading the bill, I can see two things. First, the determination of the Malaysian Government in treating anti corruption as a priority which is good. I see they just not saying it or making an announcement and the seriousness of his effort is reflected in the bill. Second, the government realizes the problem and has given independent and authority to MCAC to do his job." Kenyataan seterusnya daripada Encik Daniel Lee, dia kata, “MCAC definition of public servant covered much wider spectrum of people. That’s very good. I’ll certainly take the idea back to Hong Kong.” Pada Encik Daniel juga menyuarakan sokongan beliau terhadap peruntukan dalam rang undang-undang ini yang membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menambah bilangan anggotanya seramai 5,000 dalam tahun-tahun yang akan datang. Kemusykilan saya Tuan Yang di-Pertua, kenapa kadang-kadang pihak pembangkang sekarang ini cuba merendah-rendahkan kredibiliti pegawai-pegawai ICAC ini seperti Daniel Lee. Kalau dahulu dipuji sekarang dikeji. Kalau dahulu puji melambung-lambung kenapa sekarang mengkritik mereka? Ini adalah satu double standard dan hipokrasi yang paling tinggi Tuan Yang di-Pertua. Pihak pembangkang hanya menyokong ICAC apabila ICAC ini boleh digunakan untuk menghentam kerajaan tetapi kalau ICAC bersetuju dengan kerajaan, maka pihak pembangkang terus mengkritik pegawai-pegawai ICAC yang paling tinggi. Saya bukan mengatakan pegawai ini adalah pegawai yang rendah, nombor dua dalam ICAC Hong Kong. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada perbahasan Yang Berhormat Ipoh Timur tersebut pada tahun 1997, Yang Berhormat Ipoh Timur juga telah membidas peruntukan Akta Pencegah Rasuah 1997 yang telah menarik balik kuasa yang telah diperturunkan kepada Ketua Pengarah BPR iaitu kuasa Timbalan Pendakwa Raya. Kata Yang Berhormat Ipoh Timur ketika itu, ramai pihak risau melihat Akta Pencegah Rasuah 1997 telah mengurangkan kuasa Ketua Pengarah BPR. Ini jelas katanya, di mana pada waktu itu Akta Pencegahan Rasuah telah menarik balik kuasa Timbalan Pendakwa Raya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi pada waktu itu Yang Berhormat Ipoh Timur begitu kecewa dengan perkara ini sehinggakan beliau mencadangkan beberapa perubahan dalam seksyen- seksyen akta tersebut. Yang anehnya Tuan Yang di-Pertua seperti mana yang kita maklum pembawa rang undang-undang Akta Pencegah Rasuah 1997 pada waktu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Yang Berhormat Permatang Pauh mantan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu. Pihak pembangkang patutnya berterima kasih kepada

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kerajaan kerana dalam usaha memperkasakan SPRM ini kerajaan mengembalikan semula kuasa Timbalan Pendakwa raya kepada Ketua Pesuruhjaya MCAC ataupun SPRM yang ditarik oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada ketika itu. Jadi kalau dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh tarik balik kuasa itu sekarang kita kembalikan kepada ini untuk menunjukkan bahawa kerajaan begitu telus dan begitu beria-ia untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya ini. Tuan Yang di- Pertua, pihak pembangkang juga sentiasa melaung-laungkan betapa perlunya SPRM diberi kebebasan mutlak dalam menjalankan tugas mereka membanteras rasuah. Akan tetapi masalahnya ialah dengan kebebasan dan kuasa tanpa had itu, siapa pula yang memantau SPRM ini? Kita semua pernah mendengar perumpamaan power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Perumpamaan ini ada kebenarannya. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, bukan kebebasan mutlak tanpa had yang menjadi perhitungan kerana kuasa mutlak tanpa had ini juga boleh melahirkan penyalahgunaan kuasa dan juga boleh melahirkan kemungkinan-kemungkinan pegawai-pegawai SPRM melakukan rasuah. Yang penting ialah melihat bagaimana SPRM menjalankan tugas dan fungsinya selepas ini. Apakah mereka akan telus dan menjalankan tugas secara adil atau takut pada sesiapa. Apakah selepas ini setelah diberi nafas baru dan kuasa yang lebih menyeluruh, masih wujud lagi persepsi rakyat bahawa SPRM ini masih takut dan mendakwa hanya ikan-ikan bilis sahaja dan bukan ikan-ikan yang besar. Saya ingin ingatkan SPRM bahawa selepas ini seluruh 27 juta rakyat Malaysia sedang memantau dan memerhati anda. Demi keutuhan urus tadbir negara dan masa depan negara dan rakyat, saya mohon SPRM untuk bertindak dari hari yang pertama lagi. Siasat dan dakwa mereka yang melanggar akta ini tanpa ada rasa takut dan gentar. Rakyat Malaysia meletakkan harapan yang begitu menggunung agar mereka menjalankan tugas mereka dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, banyak pihak yang mempertikaikan kebebasan SPRM ini. Kalau kita lihat blog seperti mana yang saya katakan tadi rata-rata mereka yang tidak faham tentang sebenarnya tentang isu ini sebenarnya membidas kerajaan kononnya SPRM perlu absolute freedom dengan izin ataupun kebebasan mutlak. Saya ingin bertanya apakah bentuk kebebasan ataupun independence yang dikehendaki oleh mereka ini? Bentuk kebebasan mutlak yang dicanang-canang selalunya ialah SPRM perlu diletakkan di bawah kawal selia Parlimen. Sebenarnya soal tentang perlunya SPRM ini dipertanggungjawabkan kepada Parlimen tidak timbul sama sekali. Saya tahu pihak pembangkang begitu lantang mengkritik keputusan kerajaan untuk tidak meletakkan SPRM ini di bawah kawal seliaan Parlimen. Malah pihak pembangkang mahu juga supaya jawatankuasa-jawatankuasa pemantauan ini, ada lima itu diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan diketuai oleh pihak pembangkang dan tentunya yang dimaksudkan ialah Ketua Pembangkang. Akan tetapi persoalannya, apa jaminan kepada rakyat bahawa seseorang Ketua Pembangkang akan berlaku adil dan tidak pilih kasih atau telus dalam menjalankan tugas memantau tugasan SPRM ini. Baik dari segi penyiasatan ataupun pendakwaan. Kita tahu juga Ketua Pembangkang juga ada agenda politik. Dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kerakusannya. Kalau seorang Perdana Menteri dalam konteks akta ini dipersoalkan kredibilitinya oleh pembangkang, maka tidak mustahil ada pihak yang juga mempertikaikan kredibiliti Ketua Pembangkang untuk berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas-tugasnya. Perlu diingat Tuan Yang di-Pertua, hampir separuh daripada kerajaan negeri di negara kita ini dikuasai oleh pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Ketua Pembangkang sebagai orang yang mengawal selia ataupun menjalankan check and balance terhadap badan-badan ini apakah beliau boleh berlaku adil jika ada pemimpin-pemimpin parti pembangkang, pemimpin-pemimpin negeri contohnya yang dituduh membuat rasuah. Apakah beliau boleh berlaku adil kerana selalunya persepsi yang diberi kepada rakyat ialah Perdana Menteri tidak boleh mempengaruhi SPRM ini ataupun suruhanjaya ini kerana kebanyakannya pemimpin- pemimpin negara...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Point of order. Minta penjelasan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa dia sudah habis Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dia membuat...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Berapa minit Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah habis pun.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Satu minit lebih sudah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey sekejap, sekejap. [Disampuk] Tidak ini betul Tuan Yang di-Pertua. Ketua Pembangkang dia...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Pendapat yang diberi tadi tidak munasabah, saya ingin minta penjelasan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak apalah. Saya bagi kalau Tuan Yang di-Pertua boleh bagi masa sedikit sebab saya ada dua tiga point lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak dapat Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi tidak apa nantilah you..

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Adakah Yang Berhormat Kota Belud faham macam mana Select Committee berfungsi? Ada faham ke tidak? [Disampuk] You cakap macam tidak tahu.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, okey saya faham. Ini Yang Berhormat Subang terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua tadi...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Subang terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

No, you kena adil juga dalam komen, you kena fair.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya tahu I will answer you.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Please be fair and talk sensibly dengan izin. Kita melihat pandangan yang macam tidak munasabah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

I will answer you. Saya boleh jawab, saya boleh jawab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey, tadi you cakap Ketua Pembangkang macam control keadaan di sini. Apa yang dicadangkan adalah committee di Parlimen. Parlimen yang akan bertindak secara telus di hadapan semua. Katakan dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang, dia akan bertindak di hadapan semua. Apa yang boleh diselindungi? Jadi komen tadi oleh Yang Berhormat Kota Belud adalah komen yang menunjukkan macam you tidak tahu langsung macam mana jawatankuasa Parlimen berfungsi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul. Betul.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Subang saya tidak ada masa. I will answer you.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua sebenarnya saya tidak faham tentang pembangkang ini. Saya duduk dalam PAC. Saya lihat Yang Berhormat Ipoh Timur setiap hari minta supaya pengerusi PAC iaitu Select Committee dalam Parlimen, Dewan yang mulia ini diketuai oleh pembangkang. Akan tetapi

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

mereka ini cakap tidak serupa bikin. Saya hendak tanya di peringkat Dewan Undangan Negeri, di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang, apakah ada jawatan Pengerusi PAC di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah diketuai oleh parti pembangkang? Semuanya PKR juga. Ini satu hipokrasi yang paling tinggi. Kalau hendak, buat dahulu di negeri yang dikuasai oleh mereka barulah mereka boleh mengatakan kepada saya Tuan Yang di-Pertua bahawa pengerusi PAC...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat , masa Yang Berhormat sudah habis sudah Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, okey, saya hendak tanyakan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua kerana saya melihat Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri ini seolah-olah merupakan Perdana Menteri UMNO atau Barisan Nasional. Satu makna yang khusus perlu diberi. Perdana Menteri adalah Perdana Menteri pada satu-satu masa itu. Jika pada 16 hari bulan, Yang Berhormat Permatang Pauh dapat menggulingkan kerajaan ini secara haram maka dialah yang menjadi Perdana Menteri. Kita di peringkat di back-bencher ini akan menyokong beliau untuk menjadi yang meluluskan, yang melantik pesuruhjaya, commissioner dan sebagainya. Tidak ada masalah kepada kita. Akan tetapi saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, sebagai point-point yang terakhir. Saya hendak ingatkan bahawa di dalam sistem demokrasi berperlembagaan Tuan Yang di-Pertua yang berkonsepkan kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat atau dengan izin government of the people by the people and for the people. Perdana Menteri adalah lambang kedaulatan kuasa rakyat. Dia menjadi Perdana Menteri kerana dia dipilih oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat yang sememangnya mewakili majoriti suara rakyat. Takkanlah pelantikan Ketua Pesuruhjaya...

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Dari UMNO sahajalah...apalah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Atau ahli-ahli badan pemantauan ini dibuat oleh Ketua Pembangkang ataupun Bar Council ataupun suara yang tidak dipilih oleh rakyat. Sebab itulah kita mesti faham. Jadi, terakhir Tuan Yang di-Pertua saya banyak point lagi tetapi terakhir. [Dewan Riuh] [Disampuk] Saya mintalah kalau akta ini... [Gangguan Pembesar suara] ...oleh pihak pembangkang dan juga pihak back-benchers di sini saya mintalah pihak pembangkang kalau bersetuju jangan pula depan lain belakang lain. Jangan pula anjur ceramah, masuk kampung keluar kampung hentam lagi kerajaan, kata akta ini tidak adil dan sebagainya. Jangan pula di Kuala Terengganu nanti, siang malam pagi petang berceramah mengatakan kerajaan masih lagi tidak telus, masih tidak lagi tidak mahu membanteras rasuah kerana kalau akta ini diluluskan dan pihak pembangkang seperti mana yang dinasihatkan oleh Ketua Pembangkang tadi akan menyokong akta ini, marilah kita sama-sama bersatu hati.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kita bagi peluang kepada suruhanjaya ini supaya negara kita akan dihormati sekali lagi di peringkat antarabangsa. Sekian, terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya minta satulah. Kalau rasa tidak tahan hendak dengar kawan bercakap, duduk dekat luarlah. Kalau tidak tahan dengar cakap kawan, janganlah cuba baling benda-benda yang keras kepada kawan. Haluslah percakapan, janganlah buat pertuduhan-pertuduhan. Jadi ini sikit sahaja tuduhan kita sudah melenting. Yang Berhormat Pasir Mas, sila Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana bila saya diberi peluang, pada masa ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada dalam Parlimen dan saya bersyukur saya katakan tadi sebab Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Rasuah Malaysia 2008 ini sudah pun menjadi kenyataan. Saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua sejak saya menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1986, sudah 20 tahun lebih saya berkali-kali pernah mencadangkan supaya diwujudkan Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah ini, boleh semak daripada Hansard sebelum ini. Malah pada penggal tahun 1990 pun saya mengulangi perkara yang sama. Hari ini alhamdulillah sudah menjadi kenyataan. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dalam membahaskan rang undang-undang ini setelah disemak, saya hendak berpandukan kepada perbahasan kepada interview yang disebut oleh satu dua orang Yang Berhormat sebelum saya, iaitu oleh bekas Presiden Hakim Mahkamah Rayuan dan juga oleh Timbalan Pengerusi IAC daripada Hong Kong yang disiarkan dalam The New Straits Times berserta dengan dua notis pindaan di peringkat jawatankuasa oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur dan juga Ahli Parlimen dari Subang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sememangnya apabila kita menyebut soal suruhanjaya, selalunya tanggapan kita mestilah sebuah badan yang bebas dan bebas ini bererti bukan sahaja bebas daripada segi kaca mata dilihat bebas, tetapi bebas dalam erti kata sebenarnya. Apa pun pada saya Tuan Yang di-Pertua, paling tidak rang undang-undang ini sudah menjadi kenyataan. Maknanya kita sudah dapat paha. Sekarang ini ada pihak hendak betis, lepas dapat betis hendak perut. Jadi soalnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat apa pun rang undang-undang yang kita ada, secantik mana sekalipun memang ianya bergantung pada iltizam pihak kerajaan iaitu soal pelaksanaan. Orang kata, macam mana baik sekalipun undang-undang kalau sempurnalah undang-undang termasuk sebagaimana kehendak pembangkang sekalipun, akhirnya seperti pepatah Melayu berkata, “Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih”. Kita boleh elak apa saja yang kita hendak elak daripada diambil tindakan daripada mana-mana pihak. Maka sebab itu dalam bab ini saya akan menjurus perbahasan saya ke atas apa yang saya sebutkan tadi. Cuma sebelum ini saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua dalam Dewan yang mulia ini, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang iaitu katanya dalam perbahasan tadi, apabila Akta Rasuah dipinda tahun 1997, menarik balik kuasa Ketua Pengarah BPR yang boleh mendakwa kes rasuah, ditarik balik kepada Peguam Negara katanya atas arahan, kalau tak silap saya dengar tadi atas kehendak bekas Perdana Menteri kerana dalam ingatan saya tahun 1997, Ketua Pembangkang adalah Pemangku Perdana Menteri pada waktu itu. Saya hendak kenyataan ini, saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi penting untuk menegakkan kredibiliti seseorang pemimpin apa sahaja kenyataan dibuat, tohmahan dibuat, mesti kena betul atau tidak betul. Saya hanya hendak mendapat jawapan daripada pihak kerajaan, benar atau tidak apa saya katakan tadi, waktu Rang Undang-undang Rasuah dipinda tahun 1997, iaitu pada waktu itu Yang Berhormat Ketua Pembangkang adalah Pemangku Perdana Menteri. Perkara yang kedua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya lupa, saya bimbang takut masa nanti terhad. Sebelum saya lupa yang penting bersabit dengan soal imbuhan gaji kepada kakitangan badan suruhanjaya ini yang kononnya nanti akan ditambah sampai RM5,000, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi saya difahamkan gaji yang akan dibayar kepada kakitangan suruhanjaya ini saya hendak tahu berapa banyak. Apakah sama dengan kakitangan awam yang lain? Kalau sama dengan kakitangan awam yang lain, saya percaya ianya tidak akan berkesan. Sebab saya mengatakan demikian, kita hendak mencegah rasuah, harap kepada kakitangan Badan Pencegah Rasuah, kita tidak boleh tolak kemungkinan kakitangan Badan Pencegah Rasuah pun boleh terlibat dalam rasuah. Maka, saya semak rupanya di Hong Kong, gaji kakitangan institusi macam ini ialah 30% lebih tinggi daripada gaji kakitangan awam. Di Indonesia, gajinya lima kali ganda daripada gaji kita, kakitangan awam. Jadi sepatutnya gaji kakitangan Badan Pencegah Rasuah, suruhanjaya ini, paling tidak mesti 30% lebih tinggi daripada kakitangan awam, daripada jabatan-jabatan lain sebagai satu insentif, sebagai satu galakan supaya mereka benar-benar menjalankan tugas dan kita tidak mahu dengar satu hari nanti ada pula kakitangan Badan Pencegah Rasuah sendiri, suruhanjaya sendiri didakwa kerana rasuah. Ini saya harap dipertimbangkan dan pihak JPA janganlah lokek sangat, Kementerian Kewangan janganlah lokek sangat dan saya percaya rakyat akan memberi sokongan yang padu

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

terhadap cadangan ini. Paling tidak 30%. Itu perkara yang kedua saya hendak bangkit dalam perbahasan ini. Yang ketiga paling penting Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak fokus kepada perkara-perkara penting. Walaupun ada pengasingan kuasa, sekarang ini dalam rang undang-undang ini diperturunkan kepada pihak Ketua Pesuruhjaya. Katakanlah memang betul-betul ada pengasingan walaupun dihujahkan oleh pihak pembangkang, masih lagi samar-samar, masih lagi belum puas hati tapi pada saya, kalau ada sekalipun pengasingan kuasa, saya nak tanya pihak kerajaan, apa yang dikatakan makna national interest, sebab kalau ada pengasingan sekalipun, daripada segi pelaksanaannya esok-esok masih lagi orang kata, “Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih”. Orang yang didakwa nanti terkena pada orang penting-penting, memang ada pengasingan kuasa, tetapi sejauh mana pula Pengerusi Suruhanjaya ini ada iltizam, semangat iltizam hendak melaksanakan, tetapi dipanggil oleh sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri mengatakan, “Ha, ini tidak boleh didakwa sebab diclassified di bawah national interest”. Apakah ada makna perkataan “national interest” apabila seseorang itu terlibat dengan rasuah, tidak boleh didakwa kerana kononnya ini national interest. Betul kita ada jawatankuasa di peringkat Parlimen, macam-macam jawatankuasa boleh diungkit, tetapi setakat ungkitlah, ianya tidak ke mana. Oleh sebab itu kita hendak pastikan yang penting sekali ianya operative, berkesan, pelaksanaannya berkesan. Sebab itu saya berharap perkara ini juga dapat dijawab oleh pihak kerajaan, kerana sebelum ini yang kita dengar banyak kes rasuah tidak didakwa sebab dikatakan di bawah kepentingan national interest.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tidak ada masa Yang Berhormat Shah Alam. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi saya tambah masa, saya bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

[Menggeleng]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak bagi? Minta maaf. Nanti Yang Berhormat boleh bangkit dalam perbahasan nanti. Seterusnya kita tahu Tuan Yang di- Pertua, kita tak payah bahas dah betapa buruknya rasuah ini. Rasuah ini dilaknat oleh Allah SWT. Semua orang tahu, tak payah kita ulang dah. Buat habiskan air liur saja. Yang Berhormat kita hendak ialah banteras rasuah ini. Cuma saya terkejut bila lihat notis daripada Yang Berhormat Ipoh Timur bersabit dengan fasal 27 iaitu hendak dipinda, dicadangkan dalam rang undang-undang ini disebut 100,000 hendak dipinda kepada 10,000. Saya punya pandangan, rasuah ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia sama buruk dengan pengedar dadah.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sama buruk, kita menganggap orang yang terlibat dalam rasuah adalah sejenis manusia yang juga mengedar dadah, kecil atau besar. Dalam konteks pengedar dadah kalau timbangannya lebih 39(b), rasuah kecil pun rasuah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Adakah Yang Berhormat tahu apa pindaan itu. Itu bukan jenayah rasuah ini information, maklumat Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, Yang Berhormat, yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, bila kita katakan rasuah tadi. Saya katakan bahawa ia nya serius mesti dianggap sama dengan pengedar dadah. Saya hendak mencadangkan sepatutnya kalau rasuah itu terlibat RM100 ribu lebih seperti timbangan dadah, maka dia didakwa di bawah 39(b), hukumannya sepatutnya mandatori. Saya bukanlah pandangan ini terlalu ekstrem sebab rasuah juga boleh mengancam keselamatan negara. Kita tahu berlaku rusuhan, kita tahu berlaku masalah dalam sesebuah negara sehingga wujudnya, berlakunya coup d’etat, rakyat turun ke jalan raya, semuanya adalah kerana rasuah dan kita tahu prevention dengan izin, adalah lebih baik daripada kita mengambil tindakan. Jadi, untuk itu saya ingin mencadangkan ianya mestilah dijadikan mandatori. Mandatori di mana yang terlibat dengan rasuah RM100 ribu lebih ke atas, hukumannya contoh, dua rotan. Apa kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mandatori? Jel,

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

kalau tidak, tidak ada guna. Macam dahulu, insider trading, menipu beratus puluh juta, denda RM500 ribu sahaja di mahkamah. Kita bagi hak kepada hakim untuk menentukan penjara lima tahun atau denda RM100 ribu maka dikata penjara dua tahun atau satu tahun. Kalau dapat berpuluh juta masuk penjara dua tahun pun okey. Tidak ada masalah. Selepas itu keluar jadi jutawan. Maka sebab itu kalau kita benar-benar serius, mesti mandatori. Pada saya mesti mandatori. Orang yang rasuah lebih daripada RM100 ribu mesti mandatori. Paling tidak satu rotan ke, dua rotan ke, ini boleh dirunding kemudian. Kedua, Tuan Yang di-Pertua dalam soal proses penyiasatan. Proses penyiasatan ini pun satu masalah. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, bila kita siasat seseorang yang rasuah daripada luarlah, makna dipanggil ke pejabat BPR, dipanggil untuk disoal siasat selepas itu dia balik. Memang dia sudah gugup sudah, tetapi dia tidak segugup diambil dimasuk dalam lokap. Lebih mudah, sebab bukan sahaja kita hendak hukum, kita hendak duit itu balik. Duit rakyat mesti dipulangkan balik. Kalau kes besar-besar yang berprofil tinggi. Contohnya macam kes apa-apa sahajalah yang disebut kes-kes besar. Saya cadangkan supaya, ini tentu setengah tidak setuju. Timbul pula ini masalah hak asasi. Bicara, tahanan tanpa bicara. Saya hendak cadangkan kes-kes besar kalau perlu diguna ISA, mesti diguna ISA. Di bawah dengan izin, pretext Keselamatan Dalam Negeri sebab saya tahu, saya pernah berpengalaman. Waktu dalam tahanan dahulu saya tengok proses siasatan oleh seorang pegawai IO. Kalau di luar dia siasat, selepas itu balik dia boleh sembunyikan dokumen itu, sembunyi wang, tukar sana tukar sini dan kita tahu bila pergi ke mahkamah Tuan Yang di-Pertua. Apabila pergi ke mahkamah kita tahu beyond reasonable doubt. Tidak mudah hendak buktikan seseorang itu bersalah, wasting time. Kerajaan belanja duit menyiasat, pergi ke Hong Kong, pergi ke Amerika, bertahun-tahun. Akhirnya kes dibuang begitu sahaja. Tidak ada guna, tetapi saya percaya kes- kes yang besarlah, bukan kes ikan bilis, ada had minima. Kalau tuduhannya RM100 ribu ke atas ke, RM1 juta ke, RM2 juta ke ataupun RM100 juta ke, ditahan di bawah ISA. Saya percaya tidak sampai seminggu Tuan Yang di-Pertua, orang yang kaya ini, hidup mewah dengan duit rasuah ini. Dia sudah tidur sedap, rumah besar, ada kapal terbang, ada jet sendiri, masuk seminggu duduk dalam lokap kena jentik dua kali. Tidak payah soal siasat dah, dia akan beritahu Tuan Yang di-Pertua, duit saya ada di Switzerland, duit saya ada di Singapura, duit saya ada di Cayman Island, mana- manalah. Dia boleh serah balik. Kalau tidak dia boleh cari jalan, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Kalau betul-betul kita hendak memerangi rasuah, wang kerajaan pun dapat di jimat. Tetapi timbul masalah human rights lah, timbul masalah ini tidak betul dari segi tidak ada perbicaraan. Hanya berkesan ialah siasat dengan tahanan, melalui tahanan daripada siasat dari luar sebab dengan dokumen-dokumen yang hilang Tuan Yang di- Pertua, ini hanya jadi perhiasan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Perhiasan semata- mata. Sebab itu pada saya hukuman dan dapatkan duit balik, terutamanya yang berpuluh-puluh juta, beratus-ratus juta ini. Tadi Ketua Pembangkang ada sebut beberapa kes yang dahulu-dahulu. Saya hendak tanya, apakah dengan tertubuhnya suruhanjaya ini, kes-kes lama dahulu akan dibuka balik. Yang Berhormat Menteri Luar sekarang ini, dahulu pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pernah buat kenyataan. Ada 18 kes berprofil tinggi yang kononnya terlibat dengan rasuah. Apakah kes ini akan dibuka balik. Kes-kes yang disebut-sebut sebelum ini, apakah suruhanjaya ini akan buka balik. Ini juga saya hendak tanya, penting ini. Tuan Yang di-Pertua, apa juga yang kita rumus dalam perbahasan dalam Rang Undang-undang Pencegah Rasuah ini. Akhir sekali ialah contoh dan teladan. Pendidikan, di mana mulanya pendidikan? Pendidikan bermula dengan kita sebagai pemimpin. Kakitangan kerajaan, pemimpin-pemimpin politik, Ahli-ahli Kabinet termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingat dahulu ada pernah slogan “Kepimpinan Melalui Teladan” hilang begitu sahaja. Bermula dengan kerajaan dahulu, sebab itu kita lihat sebelum ini, saya tidak apologetiklah sebab perkara ini sudah berlaku. Ada pemimpin yang terlibat dengan politik wang. Selepas diambil hukuman, dilantik menjadi Menteri. Ada mereka yang dituduh politik wang dilantik jadi Bendahari. Ada yang dituduh terlibat dalam politik wang dilantik jadi, dituduh macam- macamlah walaupun tidak diberi bukti mahkamah tetapi orang bercakap, dilantik menjadi jawatan itu, jawatan ini. Sebab itu saya hendak cadang, kepada Yang Amat

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Berhormat Perdana Menteri sekarang atau yang akan datang, kalau betul-betul ikhlas. Betul-betul ada iltizam yang disebut oleh Yang Berhormat Rembau tadi, lantik mereka- mereka yang betul-betul dilihat bersih. Bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih. Banyak lagi bukan tidak ada, dalam pembangkang pun tidak semua bersih saya tahu. Saya malas bercakap sahaja. Tidak mahu kita bincang-bincang sudah. Kita tahu, tetapi lantik sekurang-kurangnya bila ada persepsi rakyat, pemimpin-pemimpin si anu, si anu, si anu. Dengan kekayaan macam-macam, tentu orang menimbulkan syak wasangka. Macam-macam telahan. Jadi sebab itu, saya hendak cadangkan juga pada Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah, ini bukan sahaja jangan menunggu orang pergi membuat laporan. Ada insentif kepada informer-informer, kena bekerjasama. Saya harap akan ditubuhkan satu jawatankuasa untuk tindakan bersepadu di antara Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga satu lagi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mesti bergerak. Lembaga Hasil Dalam Negeri dia tidak kira duit datang dari mana asalkan bayar cukai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit lagi, saya hendak gulung ini. Asalkan bayar cukai. Kita hendak tahu dari mana duit banyak. Ini boleh pantau. Rumah besar? Kalau dia jadi pegawai kerajaan, Ketua Pengarah KSU, jadi Menteri. Kalau dengan gaji yang ada, dengan elaun yang ada, dia puasa 10 tahun, dia tidak boleh buat swimming pool dekat rumah dia Tuan Yang di-Pertua. Kereta-kereta depan rumah, melancong tiap-tiap tahun. Ini boleh disiasat sudah, tidak payah tunggu orang lapor. Ini kita tengok, anak-anak bangsawan mungkin dapat duit halal, dengan cara halal tetapi ada sesetengah itu kita timbul syak, pelik sangat. Ketua Pengarah, KSU, Ketua Kementerian, Menteri-menteri ke, anak-anak Menteri ke, saudara-mara kah, dengan kekayaan rumah-rumah berjuta-juta ringgit, datang daripada mana? Tidak kira daripada pembangkang kah, kerajaan kah, kita tahu kehidupan mewah ini. Semua orang tahu, jadi jangan tunggu orang lapor, terus buat siasatan. Yang kata bersih, kena bayar income tax. Ini sudahlah rasuah, income tax pun tidak bayar. Ada.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi akhir sekali kita tidak akan ada berkat. Kita tidak akan ada rahmat. Oleh sebab itu saya berharap, apabila rang undang-undang ini dilaksanakan, ditubuhkan nanti, saya ucapkan tahniah. Akan tetapi yang disebutkan tadi iltizam. Perkataan iltizam ini retorik sahajalah. Saya takut retorik, dua-dualah sekali. Sekali sahaja. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan bangun bercakap sebagaimana saya bercakap di waktu saya pegang jawatan ke tidak jawatan kalau saya rasa saya terlibat. Saya tidak mahu jadi hipokrit sebab Allah SWT tahu. Oleh sebab itu saya hendak cadangkan juga, jenis sumpah ini Tuan Yang di- Pertua. Kakitangan kerajaan jadi ketua pengarah, KSU, Menteri-menteri ini bukan sahaja bersumpah menyimpan rahsia, tetapi kalau boleh diwujudkan satu sumpah “wallahi, wabillahi, watullahi”. Bila saya jadi KSU, bila saya jadi ketua pengarah, bila saya jadi pengarah jabatan, bila saya jadi Ahli Parlimen, bila saya jadi itu dan ini, menteri, perdana menteri, jika saya rasuah, saya akan dilaknat oleh Allah SWT. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Begitu juga untuk yang bukan Islam ini, ada sumpahnya. Jangan bercakap sahajalah. Ini temberang politik semua ini. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Baik, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Jerlun.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Rabu lepas. Saya amat mengalu-alukan rang undang-undang terbaru ini dan menganggap bahawa ia mempunyai banyak peruntukan baru yang memberi kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya untuk mendakwa secara amnya mana-mana orang yang meminta atau memberi rasuah. Ketua Pesuruhjaya bukan sahaja mempunyai segala kuasa Pegawai Suruhanjaya tetapi juga diberi kuasa oleh Pendakwa Raya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan. Sekali gus membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius dan komited dalam usahanya untuk memerangi gejala rasuah di negara kita ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kerajaan. Sebenarnya kuasa Timbalan Pendakwa Raya ini pernah diberikan kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah di bawah Seksyen 5 - Akta Badan Pencegah Rasuah 1982. Akan tetapi kuasa mendakwa ini yang dianggap amat penting bagi membolehkan Ketua Pengarah BPR menjalankan tugas dengan autoriti dan tanpa perlu merujuk atau mendapat kebenaran Pendakwa Raya untuk mendakwa telah ditiadakan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997. Ini dilakukan kerana pada waktu itu BPR dilihat terlalu berkuasa dan difikirkan bahawa perlu ada pemisahan kuasa di mana Pendakwa Raya yang berkuasa untuk mendakwa dan Ketua Pengarah BPR yang bertanggungjawab ke atas penyiasatan. Ironisnya, orang yang membentangkan pindaan ini seperti yang kerap kali kita dengar oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum ini adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh. [Tepuk] Walaupun beliau tadi menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan pemisahan kuasa ini pada tahun 1982, tetapi sekarang bolehlah beliau menyatakan begitu apabila kini berada di sebelah sana. Di Dewan yang mulia ini pada ketika itu, beliaulah yang mempertahankan dengan kuat pemisahan kuasa ini dan kini bersekongkol dengan rakan-rakan pembangkang yang lain yang telah menuntut supaya kuasa mendakwa dikembalikan kepada BPR. Pada hari ini saya merasa amat pelik dan hairan apabila seseorang bekas pemimpin kerajaan yang pernah didakwa dan didapati bersalah atas kesalahan salah guna kuasa, malah telah menjalani hukuman di atas kesalahan itu; kini berlagak kononnya mempunyai autoriti moral untuk bersyarah kepada kita semua mengenai usaha memerangi rasuah. Walaupun ini pun yang dituntut oleh pembangkang sebelum ini, kini kedengaran juga suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa Ketua Suruhanjaya sekali lagi terlalu berkuasa walaupun jelas sekali fungsi semak dan imbang wujud dengan tertubuhnya Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Jelas dari ini bahawa kuasa mendakwa yang dipinjamkan kepada Ketua Suruhanjaya diimbangi oleh badan-badan ini sekali gus menangkis sebarang tohmahan yang dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu. Saya lihat dakwaan pihak pembangkang bahawa akta ini tidak memberikan kebebasan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan mendakwa secara bebas tidak berasas sama sekali. Kononnya oleh sebab Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Suruhanjaya atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka ini menunjukkan ketidakbebasan SPRM dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Hakikatnya kita sedia maklum bahawa dengan izin Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) yang berjaya mencatat ranking keempat di Asia menurut Indeks Pencegahan Rasuah Bank Dunia juga berkhidmat di bawah naungan Ketua Eksekutif Kerajaan Hong Kong. Ini juga yang diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Komanwel dengan beberapa variasi seperti yang disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat tadi. Mr. Daniel Lee, Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Operasi ICAC, dalam temu bual yang dilaporkan oleh akhbar kita di sini Khamis yang lepas telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menyedari masalah rasuah ini dan telah memberi kebebasan dan kuasa kepada SPRM untuk menjalankan tugasnya.

Walaupun pembangkang tidak mahu menerima pengiktirafan pihak ketiga yang memang layak untuk memberikan pandangan tersebut, kita boleh lihat dari segi struktur organisasi SPRM yang mewujudkan lima lembaga, jawatankuasa dan panel yang memainkan peranan sebagai pemeriksa dan pengimbang. Setiap satu daripada badan-badan ini mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab tertentu dan berbeza antara satu sama lain. Setiap satunya juga bebas berfungsi tanpa penglibatan pihak lain. Keanggotaan setiap lembaga dan jawatankuasa pula diisi oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan orang-orang kenamaan yang diiktiraf mempunyai integriti tinggi. Kesemuanya ini sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan berani mengambil langkah-langkah konkrit untuk memastikan SPRM dan badan-badan yang berkait dengannya dapat berfungsi dengan telus dan penuh akauntabiliti. Walaupun begitu, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bagan sebentar tadi, pembangkang masih tidak berpuas hati akan kebebasan yang diberikan kepada SPRM. Bagi mereka, SPRM tidak akan bebas dari campur tangan selagi pemimpin pembangkang tidak mengetuai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah atau Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. Namun begitu saya yakin rakyat dapat melihat muslihat di sebalik tuntutan pembangkang. Mana mungkin badan-badan ini dilihat bebas sekiranya ia dipengerusikan oleh pemimpin pembangkang yang pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas hukuman tuduhan salah guna kuasa semasa memegang jawatan tinggi kerajaan sepuluh tahun dahulu. [Tepuk] Bagi saya, pembangkang tetap tidak akan berpuas hati sehingga mereka mendapat apa yang mereka mahu. Segala usaha murni kerajaan diperlekehkan. Sekarang apabila kerajaan menunjukkan komitmen untuk memberi kuasa yang secukupnya kepada SPRM yang baru ini...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Penjelasan.

Biar saya habiskan ayat ini. Yang baru ini bagi menjayakan aspirasi kita semua untuk memerangi rasuah, pembangkang masih mahu mempolitikkannya. Itulah sahaja yang mereka tahu buat. Silakan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan Yang Berhormat Jerlun, dua kali Yang Berhormat sebutkan tentang tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang. Jadi adakah Yang Berhormat tahu tuduhan yang dibawa pada masa itu adalah bukan di bawah Akta Pencegahan Rasuah tetapi di bawah satu Ordinan Tahun 1948 yang tidak boleh dipakai lagi oleh bekas Perdana Menteri? Adakah kamu sedar dan tahu bahawa itu adalah satu penyalahgunaan kuasa pada masa itu?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya, ya, ya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Sila beri jawapan, mengapa tidak gunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997?

Yang Berhormat Telok Intan, apa pun kita semua dalam Dewan yang mulia ini mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab kita mengikut undang-undang. Kalau itulah undang-undang pada waktu itu, itulah juga undang-undang yang harus kita pakai. Jadi tidak perlulah kita hendak mengungkit perkara yang lama-lama ini. Setahu saya, mahkamah juga yang menjatuhkan hukuman dan telah menjalankan tugasnya, maka itulah yang kita terima. [Dewan riuh]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

You don’t know, don’t saylah.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Siapa ungkit?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai dua perkara yang mungkin boleh diperjelaskan oleh pihak kerajaan dan saya yakin mempunyai penjelasan yang baik mengenai kedua-dua perkara ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih, Yang Berhormat Jerlun. Saya rasa hakikat bahawa ada pindaan yang telah dibuat merupakan satu pengakuan bahawa undang-undang yang selama ini ada banyak kelemahan dan kelemahan-kelemahan ini telah pun didedahkan dan dibawa ke hadapan hasil daripada suara pihak pembangkang. Antaranya, ini tidak bererti bahawa apabila ada perubahan 100% kita kena terima kerana malangnya perubahan dan pindaan-pindaan yang dibuat telah dibuat tanpa satu perbahasan yang menyeluruh, yang melibatkan kami daripada pihak awal ataupun dengan NGO-NGO dan sebagainya. Kedua, hakikat bahawa akan di bahas tidak lama lagi undang-undang persoalan pelantikan hakim juga merupakan satu pengakuan bahawa selama ini hakim- hakim termasuk mereka yang telah mendapati bahawa Ketua Pembangkang bersalah dan sebagainya adalah hakim-hakim yang tidak bebas. Ini semua merupakan pengakuan-pengakuan yang tidak boleh dinafikan kerana ia adalah satu hakikat dan inilah di antara sebab kenapa kita perlu ada pindaan dan perbahasan ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Itu pun yang sedang kita lakukan sekarang ini. Masalah dengan pembangkang ini ialah apabila kerajaan membuat perkara yang membetulkan keadaan yang dilihat mungkin ada kepincangan-kepincangannya mereka juga yang selalu mengambil kredit dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai dua perkara yang mungkin boleh diperjelaskan oleh pihak kerajaan dan saya yakin kerajaan mempunyai penjelasan yang baik mengenai kedua-dua perkara ini. Pertama, seksyen 46 memberi kuasa kepada SPRM untuk memaksa peguam bela dan peguam cara mendedahkan maklumat mengenai klien mereka. Tidakkah ini bercanggah dengan seksyen 126 dan 129 Akta Keterangan 1950 di mana hubungan dan komunikasi antara peguam dan anak guamnya terpelihara dan tidak boleh dipaksa didedahkan kepada mana-mana pihak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, bolehkah difahamkan bahawa seksyen 52 bermaksud bahawa SPRM akan menggunakan agen provokasi untuk memerangkap seseorang yang tidak pernah melakukan rasuah untuk terjebak dalam gejala ini. Jika ya, adakah ia tidak melanggar sebarang kod etika. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita semua tahu rasuah berlaku apabila seseorang itu mahu memberikan sogokan atau suapan kepada seseorang yang lain bagi tujuan mendapatkan sesuatu yang diperlukan. Maksudnya rasuah cuma boleh berlaku apabila dua atau lebih pihak terlibat. Saya tertarik dengan draf akta ini kerana ia merujuk kepada kesalahan rasuah itu apabila ia dilakukan oleh mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang yang lain. Tafsiran “Badan awam” pula tidak terhad kepada Kerajaan Pusat dan negeri sahaja tetapi kini ruang lingkupnya merangkumi pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan sukan, koperasi, kesatuan sekerja, pertubuhan belia dan yang paling menarik pihak swasta. Umum mengetahui bahawa sekiranya seorang pegawai kerajaan disogok kemungkinan besar pihak yang menyogok itu mewakili sebuah syarikat. Walaupun saya faham bahawa persaingan yang wujud dalam dunia perniagaan kini semakin sengit dan kadang-kadang syarikat-syarikat sanggup melakukan apa sekalipun untuk mendapat apa yang mereka mahu, ketelusan dan kewibawaan ekonomi negara mesti dipertahankan sebaik mungkin. Amalan rasuah oleh sektor swasta mesti dibendung dengan serius supaya pertumbuhan ekonomi yang dijana akan dimanfaatkan oleh rakyat. Contoh-contoh tidak baik dari barat seperti Enron pada beberapa tahun lalu dan yang terbaru seperti institusi pinjaman dan kewangan Freddie Mac, Fannie May, Lehman Brother, Citicorp. dan banyak lagi, mengingatkan kita peri pentingnya kita berpegang teguh kepada nilai- nilai murni dalam segala urusan kewangan dan ekonomi kita. Mengikut pengalaman ICAC Hong Kong pada waktu penubuhannya pada tahun 1971, kes-kes yang melibatkan sektor swasta di Hong Kong cuma 18% tetapi

sekarang angka itu meningkat kepada 65%. Mungkin atas kesedaran akan hakikat ini Rang Undang-undang SPRM ini sengaja memasukkan pihak swasta juga dalam ruang lingkup akta ini dan saya ucapkan syabas kepada kerajaan atas soal ini. Oleh itu saya harap Akta SPRM ini akan menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya sebaik mungkin dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak; pihak kerajaan, swasta mahupun badan-badan bukan kerajaan yang didapati bersalah mengikut akta ini. Saya doakan agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua menjayakan usaha murni ini untuk menjadikan negara tercinta bebas daripada rasuah. Tuan Yang di-Pertua, Jerlun mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin menyentuh dengan ucapan Yang Berhormat Kota Belud yang menyoalkan mengapa saya tidak puas hati dengan komen-komen nombor dua daripada ICAC, Donald Lee, baru-baru ini yang ada memuji MACC. Saya kata bahawa Donald Lee yang dianggap sebagai nombor dua dalam ICAC, dia seorang autoriti mengenai apa yang ada di Hong Kong mengenai rang undang-undang dan mengenai usaha untuk membanteras rasuah tetapi dia bukan seorang autoriti mengenai keadaan rasuah atau keadaan MACC dalam Malaysia. Sebenarnya ini sangat jelas dalam interview beliau yang keluar semalam dalam satu Q&A, dengan izin, “How does the ICAC maintains its independence?” Bagaimana di Malaysia MACC akan maintains its independence? Apa jawapan? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini. Apa jawapan? Bagaimana MACC boleh akan maintains its independence? Dalam soalan ini apabila ditanyakan kepada Donald Lee dalam interview ini, apa jawapan beliau? Jawapan beliau ialah, “We are independent, there is nothing to maintain”. Tanpa apa keraguan, what hesitation what so ever. “We are independent, there is nothing to maintain.” Tidak ada sesiapa yang ada keraguan mengenai kebebasan ICAC. Adakah kedudukan ini sama ada ACA atau MACC yang akan ditubuhkan? Beranikah ACA menjawab apabila ditanya bagaimana boleh mengekalkan independence, dan kata, “Rubbish, Inilah masalah tidak timbul oleh kerana kita ini independent.” Semua mengakui kita independent. Sebenarnya ini pun ada satu kenyataan yang dibuat oleh pegawai nombor dua dalam ACA apabila Rang Undang-Undang MACC dikemukakan untuk bacaan pertama. Dalam tajuk The New Straits Times pada 11 Disember Abu Kasim orang nombor dua dalam ACA berkata, ‘Lapdog Tag Won’t Stick Any More’. Dia mengakui bahawa ACA adalah dilihat sebagai lapdog. Ini bukan perkataan saya. Lapdog kepada pihak yang memerintah dan boneka tidak ada kebebasan, tidak ada kewibawaan. Ini bukan sahaja persepsi orang ramai tetapi ini adalah diakui oleh pegawai-pegawai tertinggi dalam ACA. Itulah sebabnya apa yang kita boleh dapat daripada MACC yang boleh memperkukuhkan keyakinan bahawa MACC akan tentu boleh mengadakan kewibawaan, kebebasan seperti ICAC di Hong Kong. Memang betul saya ada kritik sebab Donald Lee apabila datang dan dengan izin, dia kata, “When I read the bill I found it very comprehensive and very focus. In reading the bill we can see two things. First is the determination of the Malaysian government in treating anticorruption as a priority, the seriousness of its efforts is reflected in the bill…” dan lain-lain.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sebenarnya ini pun pendirian pegawai-pegawai tertinggi ICAC 11 tahun dahulu, apabila kerajaan menggubal Anti Corruption Act, masa itu pun Deputy Commisioner, Timbalan Pesuruhjaya ICAC, Tony Kok pun ada dijemput untuk datang ke Malaysia melibatkan dalam siri perbincangan mengenai rang undang-undang dan kempen-kempen membasmi rasuah dan beliau pun memuji, mereka pun masa itu memuji bahawa ACA, Anti Coruption Act 1997, tetapi adakah kita berjaya untuk membasmi rasuah dalam 11 tahun ini. Kalau begitu tidak perlulah kita ada MACC di hadapan kita.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

11 tahun dahulu ICAC pun puji ACA, tetapi apa yang berlaku? Sebenarnya apabila saya berdiri, saya ada empat imej mengenai Rang Undang-undang SPRM, berikutan dengan perkembangan setiap hari, selepas rang undang-undang ini dibaca kali yang pertama, Rabu yang lepas. Pertama ialah kesan rasuah yang menyerap yang begitu far reaching sehingga fatal consequences macam apa yang..., apa nama, itu MalaysiaKini tajuk, Landslide Survivor, We are Victim of Corruption, dengan izin, A furious, Ungku Farid Ungku Abdul.., do not hesitate in identifying the course in culprit of last Saturday landslide at Bukit Antarabangsa, the victim of the corruption Malaysia - allege Farid. A businessman whose house of one of the fourteen destroyed in the accident, dan sebenarnya kita pun boleh tambah dengan perkembangan apa yang berlaku, malapetaka kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tangkak yang membunuh 10 penumpang dan mencederakan 14 orang, Ahad yang lepas. Imej yang kedua, MalaysiaKini yang laporan dua hari yang lalu. Law, ialah Timbalan Pengerusi SUPP, time for SUPP oldies to shift out. Saya tak sebut mengenai suruhan dia kepada pemimpin-pemimpin old guy SUPP untuk lepas kuasa politik, tetapi apa yang saya sebut di sini ialah satu perenggan yang dikata, dengan izin, apa dia kata kepada Konvensyen SUPP, the 2006 Sarawak Election and the 2008 General Election, set a blow at old politics and left us confronted to this the legacy, the legacy of the all way, that’s it, election had to be bought, election have to be bought, perlu dibeli. Spending could be reckless. It was no need to invest in the future because the present was all that matters. Satu pengakuan bahawa adalah sistem corruption dalam sistem pilihan raya di negara kita, sama ada di peringkat nasional atau di peringkat negeri, tapi apalah peruntukan-peruntukan yang ada sama ada MSCC atau undang-undang sedia ada di mana Badan Pencegah Rasuah boleh mencegah korupsi dalam election. Sebenarnya kalau kita mahu ikut ICAC, ICAC satu maksud, satu matlamat yang sangat terang yang termaktub dalam ICAC Ordinan di Hong Kong ialah bahawa ada tanggungjawab untuk membanteras rasuah dalam sistem election, tapi dalam Malaysia, sistem election ialah is a open seismic. Imej yang ketiga ialah bahawa MalaysiaKini pun, Dr. M, Vision 2020, now doubtful, Vision 2020 now doubtful. Saya bukan tak mahu bincang mengenai matlamat, ekonomi, pertumbuhan ekonomi tak boleh dicapai, sungguhpun saya ada sebut itu dalam Parlimen ini, dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesembilan atau mengenai matlamat mewujudkan bangsa Malaysia tetapi mengenai rancangan strategik satu ialah bahawa kita mahu memupuk satu masyarakat yang ethical, yang bersih. Kalau begitu kitalah perlu ada satu corruption free Malaysia. Nampaknya dalam ucapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak ada sebut pun iltizam, will kerajaan supaya ada satu masyarakat dengan zero tolerance of corruption. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau memegang jawatan Perdana Menteri, ada satu kali atau dua kali ada sebut terma itu, a zero tolerance for corruption. Akan tetapi tidak ada menjadi satu centre peace, kerajaan dalam kempen Anti Rasuah dan keempat, imej saya ialah, tadi saya ada sebut mengenai itu, ‘lap-dog’ itu satu gambaran bagaimana, bolehkah kita ada satu gambaran di mana kita boleh adakan satu Anti Corruption Agency yang sebenar-benarnya yang bebas, dan berwibawa. Oleh kerana, pada hari Rabu ada berita besar mengenai bekas Presiden Taiwan Chen Shui-bian yang didakwa korupsi. Ahli-ahli keluarga beliau, mungkinkah perkara bersamaan itu berlaku dalam Malaysia dengan institusi-institusi, sistem-sistem yang kita ada di Malaysia dan ini sangat tepat oleh kerana ini sangat relevan mengenai tajuk yang kita bincang di sini dan sebab itu sebenarnya saya ada satu perasaan dejavu dalam perbahasan hari ini. Oleh kerana 11 tahun dahulu, kita ada bincang ACA dan sungguhpun masa itu kita memberi sokongan sungguhpun kita ada reservation, hari ini pun kita beri sokongan oleh sebab ada banyak reservation, kita mahu satu negara di mana kita boleh menghapuskan rasuah, supaya rakyat benci rasuah, di mana supaya kita ada zero, kerajaan ada satu sikap zero tolerance for corruption.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini pun keadaan 11 tahun dahulu. Masa itu saya boleh ingat lagi, adalah satu assignment, assignment in the air, bahawa kali pertama di negara kita ada usaha yang boleh membanteras rasuah. Masa itu di bawah pucuk pimpinan Yang Berhormat Permatang Pauh masa itu, think Prime Minister, oleh sebab Perdana Menteri adalah ambil cuti dua bulan. Saya ingat lagi bahawa masa itu civil society ada ambil bahagian yang cergas dalam proses perbincangan apa yang terbaik sekali, mengadakan satu Anti Corruption Law dan masa itu sebagai Ketua Pembangkang pada kalau tidak silap 13 Julai 1997, saya ada menganjurkan satu round table yang pertama mengenai cara dan kaedah kita boleh mengumpul satu sikap mobilize sokongan rakyat Malaysia supaya kita ada satu zero tolerance for corruption culture, ada satu budaya yang baru untuk politik dan public service. Mengambil bahagian, orang-orang yang ternama, sungguhpun beberapa antara mereka sudah meninggalkan kita, tetapi orang macam Tan Sri Ahmad Nordin, most famous Auditor General dalam Malaysia. Macam Tan Sri Harun Hashim, Ketua Pengarah yang pertama ACA yang the most famous Director General untuk ACA; macam Tan Sri Samad Ismail, wartawan; semacam Dr. Jomo; dan Ungku Aziz, kita ada bincang. Pada 21 Julai adalah satu national consensus conference diadakan di PWTC yang dianjurkan antara lain ialah Backbenchers Club, Institut Kajian Dasar, dan Asli dan ada input oleh Ahli-ahli Parlimen, dua-dua pihak. Menteri pun ada terlibat, masa itu Menteri Pendidikan merasmikan conference itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Amat Berhormat pada masa itu Menteri Luar Negeri menutup conference itu yang menunjukkan kita semua ambil bahagian. Pada masa rakyat menyatupadukan tenaga, usaha dan program ketiga civil society pada masa itu dua minggu pada 27 Julai ialah round table yang kedua, mengenai rang undang-undang yang baru yang dikemukakan dalam Parlimen. Akan tetapi dalam dua minggu itu keadaan sudah berubah. The atmosphere has changed; the spring time for anti- corruption. Nampaknya begitu cerah dalam dua minggu, was crushed spring time for anti-corruption was crushed in two weeks it became very frosty, it became very wintery oleh kerana masa itu Perdana Menteri sudah balik daripada bercuti.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dua minit sahaja? Dua minit sahaja?

Tuan Yang di-Pertua

I have given you extra two minutes already.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

My goodness, I have not gone into the subject.

Tuan Yang di-Pertua

Memang begitu Yang Berhormat kalau kita yang bercakap.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

This is a serious subject. Yang Amat Berhormat Menteri ada di sini, ini adalah satu subject yang serius, kita harap kita ada masa yang cukup, oleh kerana nanti sia-sia tidak ada, sia-sia sahaja. Itu adalah satu lesson. Saya mahu kita tahu apa yang berlaku dalam 1997, di mana semua mengharapkan satu rang undang-undang yang baru, ada satu bab yang baru dalam negara kita untuk membanteras rasuah, ada national integrity, kenapa gagal. Saya tidak mahu bincang dengan detail sama ada mengenai tarik balik kuasa Ketua Pengarah ACA untuk pendakwaan Yang Berhormat Permatang Pauh berkata ini ialah arahan daripada Perdana Menteri, daripada Peguam Negara. Akan tetapi kenapa kita sudah gagal, tengok apa yang berlaku dalam 12 bulan ini? 1996, 1997 masa kita bahas rang undang-undang ACA Julai 1997, kedudukan Malaysia di Transparency International Corruption Perception Index pada masa itu untuk tahun 2006 ialah kedudukan 26 dan skor kita pada masa itu ialah 5.32. Sekarang, selepas 12 tahun kita jatuh ke-47 dan skor kita 5.1. Kita hovering antara 5.1 ke-5.32 dan 5.32 yang sebenarnya yang terbaik sekali, the best score for Malaysia. Apa yang kita rasa bangga? Yang Berhormat Rembau kata inilah 5.1, 5.3 not bad, itu teruk. Kalau kita banding dengan Singapura, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, bukan sahaja mereka boleh mengekalkan kedudukan mereka semacam

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Singapura, 1996, kedudukan ke-7, sekarang kedudukan keempat, Hong Kong kedudukan 17 sekarang kedudukan 12. Jepun, dari 17 ke-18 dan South Korea tahun 1996 di belakang kita, sekarang di hadapan kita, kita 47, dia 40 dan ini pun kita boleh lihat daripada CBI score, kenapa we’ve lost out. Ini menunjukkan political will. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, saya ucap tahniah kerana kita ada rang undang-undang di hadapan kita, ini di antara satu daripada tiga reformasi, diharap dia boleh mengotakan janjinya sebelum dia bersara bulan Mac. Kita akan beri sokongan, kita akan memberi sokongan tetapi kita boleh bagi satu blank cheque khasnya kalau ada peruntukan-peruntukan yang sebenarnya inimical kepada matlamat reformasi-reformasi itu. Kita mahu satu anti-corruption commission yang sebenarnya independent dan bukan di bawah thumb Attorney-General sekarang yang pun bukan dibawa untuk Perdana Menteri. Tentulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan menyalahgunakan kuasa yang ada di dalam MACC oleh kerana dia tidak ada masa. Dia orang yang baik, dia tidak akan menyalahgunakan kuasa dan dia tidak ada masa pun oleh kerana dia akan bersara. Akan tetapi kita mahu satu rang undang-undang di mana tidak ada sesiapa yang menjadi menteri boleh menyalahgunakan kuasa. Sebab itu ada peruntukan-peruntukan dalam MACC yang kita tidak persetujui dan kita rasa detract daripada matlamat mengadakan satu badan yang boleh hapuskan rasuah. Kenapa dalam beberapa bulan dahulu, fikiran dalam kerajaan ialah mengadakan satu pindaan kepada Perlembagaan supaya MACC ada constitutional status sekarang ini diketepikan. Kenapa satu masa special committee untuk prevention of corruption, ia dinamakan special parliamentary committee oleh kerana akan terdiri daripada ahli-ahli Parlimen, tetapi sekarang perkataan Parlimen itu sudah ditinggalkan. Nampaknya tidak begitu parliamentary, sebenarnya mewakili Parlimen dan kenapa sungguhpun sekarang MACC nampaknya terkeluar daripada jurisdiction, Jabatan Perdana Menteri, tetapi sudah ada beberapa langkah-langkah yang berbuat begitu. Akan tetapi keluar daripada Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab kepada sesiapa. Adakah bertanggungjawab kepada Parlimen? Tidak, oleh kerana lima committee yang ada diperuntukkan ialah untuk check and balance, semua akhirnya ialah dilantik oleh Perdana Menteri. Akhirnya Perdana Menteri, dan semua ini ada kuasa-kuasa dalam MACC yang sebenarnya semalam bekas hakim, Court of Appeal pun ada bincang penerima yang kita tidak boleh terima tanpa perbincangan yang mendalam. Oleh kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, saya berharap bahawa kita boleh kemukakan pandangan, tetapi selepas second reading, ini boleh dirujuk kepada satu Select Committee, saya setuju bahawa kita mahu rang undang-undang ini diluluskan sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersara. Akan tetapi ini boleh dibuat, kalau kita menangguhkan kelulusan yang terakhir untuk empat minggu atau enam minggu. Kita rela untuk balik bermesyuarat sama ada pertengahan Januari atau awal Februari supaya kita ada satu rang undang-undang MACC yang sempurna yang sebenarnya bukan sahaja on paper good, tetapi boleh dilaksanakan, bolehlah menjadi satu instrument yang utama untuk menterjemahkan Malaysia, translate Malaysia kepada satu negara yang begitu mundur dalam pandangan dunia, nombor 47 dalam Transparency International Corruption Perception. Index...

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Kita boleh melompat among the worst ten or 20 list corrupt nation. Ini patut menjadi tujuan kita. Bolehkah MACC mencapai matlamat itu dan akhirnya yang kita mahu tanya ialah kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lima tahun menjadi Perdana Menteri, dan beliau tidak berjaya untuk melaksanakan menjayakan reformasi anti-corruption, bolehkah beliau berjaya dalam tiga bulan yang terakhir. Akhirnya, UMNO politics going on everybody knows, a lot of money politics going on, the worst money politics corruption sebenarnya, kalau ini tidak boleh dibanteras, bagaimana MACC boleh berjaya untuk mengadakan satu Malaysia yang bersih dan tidak corrupt? Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang ini. Kita menyokong siapa sahaja yang berjuang untuk membanteras rasuah, tidak kira daripada pihak pembangkang ataupun daripada pihak kerajaan.

Gejala rasuah itu satu penyakit yang tidak memberi apa-apa kebaikan kepada kita rakyat Malaysia dan negara kita. Dengan adanya rasuah, rakyat akan menanggung kos, membebankan rakyat dengan kos yang tidak perlu dalam apa juga pembelian barang-barang, perkhidmatan dan sebagainya. Dengan sebab itu kita menyokong. Walau bagaimanapun saya ingin juga berkongsi maklumat dan juga pengetahuan bahawasanya tidak ada satu undang-undang yang perfect, yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh kita semua. Kita boleh berusaha sebaik mungkin untuk mewujudkan satu undang-undang bagi membanteras rasuah ini, begitu juga undang-undang yang lain. Kita cuba yang terbaik dan saya kira undang-undang yang telah dibentangkan pada hari ini mempunyai kekuatannya dari segi menunjukkan political will, daripada pihak kerajaan, daripada pihak pemimpin untuk membanteras rasuah di dalam negara kita ini. Kita orang yang beragama Islam pun tahu bagaimana Al-Quran itu sebagai undang-undang Allah SWT, pun tidak dapat menyelesaikan banyak masalah masyarakat. Banyak manusia yang tidak mempedulikan undang-undang Al-Quran, undang- undang Allah SWT. Saya tidak mengatakan bahawa undang-undang Al-Quran itu tidak sempurna, ianya adalah satu undang-undang yang sempurna, pun tidak boleh menyekang kebejatan masyarakat di sekeliling kita. Inikan pula undang-undang buatan manusia. Walau bagaimanapun kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang sudi dan sanggup dalam keadaan yang begini terutama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menunaikan janji beliau, janji beliau dalam perkara ini. Jadi dengan sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dan juga mengambil keinsafan atau dengan insaf bahawa mungkin ini tidak sesempurna undang- undang yang kita harapkan, tetapi kita juga melihat bahawa di dalam rang undang- undang ini ada peruntukan, di mana ianya improvement atau penambahbaikan boleh dibuat dari masa ke semasa, bagi memperkemaskan undang-undang ini supaya ianya menjadi betul-betul berkesan sebagai satu senjata untuk memerangi rasuah di dalam negara kita ini. Peruntukan-peruntukan yang ada memberikan kesempatan adanya check and balance, di antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Suruhanjayanya, lembaga penasihatnya, special jawatankuasanya dan jawatankuasa aduannya serta memastikan bahawa pegawai-pegawai penguat kuasa pencegahan rasuah tidak boleh berdiam diri ataupun tidak mengambil tindakan, apabila ada satu kes yang perlu diambil tindakan. Jawatankuasa aduan yang saya faham daripada rang undang-undang ini terdiri daripada anggota-anggota yang tidak ada kepentingan peribadi, dan tidak juga mendapat bayaran elaun atau gaji daripada pihak kerajaan. Dengan sebab itu, tidak ada sebab bagi mereka untuk mengampu kerajaan untuk mengambil atau bertindak bagi melindungi kerajaan, tetapi anggota-anggota ini terdiri daripada mereka yang diletakkan di situ semata-mata untuk melihat bahawa tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai pencegah rasuah benar-benar mereka itu melaksanakan tanggungjawab mereka. Kalau tidak, jawatankuasa ini akan mengambil tindakan terhadap mereka. Ini sudah menunjukkan bagaimana ada sistem dan mekanisme di dalam rang undang-undang ini bagi memastikan, bahawa tidak ada peluang bagi mana-mana pihak untuk melindungi rasuah ataupun untuk tidak mengambil tindakan ataupun untuk memilih bulu apabila berlakunya kes-kes rasuah. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ingin ditegaskan juga, mana satu kerajaan yang Perdana Menterinya dicabut kuasanya, siapa yang ingin menjadi Perdana Menteri? Siapa yang ingin menubuhkan satu kerajaan yang kerajaan tidak ada kuasa. Ketua Eksekutif sesebuah kerajaan tidak ada kuasa, inilah kehendak sesetengah pihak ingin melihat bahawa kuasa Perdana Menteri itu dicabut sama sekali. Hendak dijadikan Perdana Menteri itu sebagai satu jawatan, sebagai pokok kayu

sahaja cakap orang kampung. Tidak ada apa peranan, tidak ada kuasa, tidak ada authority, saya sendiri tidak mahu jadi Perdana Menteri kalau tidak ada kuasa, kerana akhirnya sesebuah kerajaan yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab di atas perjalanan pentadbiran kerajaan itu. Dengan sebab itu kuasa tertentu mesti ada kepada ketua kerajaan itu. Kalau dia tidak ada kuasa, tidak ada authority, bagaimana dia boleh dipertanggungjawabkan berhubung dengan perjalanan kerajaan, pentadbiran negara dan sebagainya. Dengan sebab itu Perdana Menteri mesti ada kuasa. Saya tidak percaya ada satu negara yang membentuk kerajaan yang ingin diberi ataupun dilucutkan kuasanya sama sekali dan diserahkan kepada Parlimen semata-mata. Memang dalam mekanisme rang undang- undang ini kita ada ruang bagi Parlimen untuk memainkan peranan, bukan bermakna tidak ada ruang langsung, Ahli Parlimen ada ruang untuk mengambil bahagian.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Berjalan keluar dari Dewan]

Yang Berhormat Ipoh Timur sudah balik. Habis sahaja cakap, dia balik. Tadi dia bercakap kita dengar, kita bercakap dia tidak hendak dengar. Inilah masalahnya, tutup telinga.

Dia ada dekat luar, dekat luar tu.

Dekat luar apa, sudah balik tu, bawa beg dah. He closes his ears and eyes and everything else, he only talk dengan izin, what he likes to talk. Inilah tokoh pemimpin contoh. Contohnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita duduk di situ dengar apa yang dia cakap. [Tepuk] Dengar, walaupun pahit macam mana, walaupun pedas macam mana, Yang Amat Berhormat relax sahaja. Kalau saya jadi Yang Amat Berhormat, saya dah bangun tadi, lawan habis. Tetapi dengan orang kata sabar menunggu.

[Menyampuk]

Tak apa nak bodek dah sekarang pun. [Ketawa] Saya cakap perkara yang benar. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan masalah korupsi ini, rasuah ini. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu zero corruption, zero tolerance. Memang kita zero tolerance, tapi nak kata zero corruption, mana ada masyarakat, mana negara di dalam dunia ini yang ada satu negara yang masyarakatnya boleh dikatakan zero corruption. Di mana? Tunjuk kepada saya.

Pulau Pinang.

Pulau Pinang, Pulau Pinang baru enam bulan bentuk kerajaan, buat rombongan pergi ke Hong Kong, pergi ke Taiwan, panggil syarikat swasta sponsor. Ini bukan saya buat fitnah, saya baca di dalam akhbar apabila reporter tanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini pergi rombongan, bawa ramai pergi Hong Kong, pergi Taiwan, konon apa buat? Promosi pelaburan. Siapa belanja? Kerajaan tidak keluar duit, duit rakyat kita tidak gunakan. Duit siapa? Tauke-tauke. Tauke Taiwan, tauke Hong Kong. Ini bukan rasuahkah? Cakap tidak serupa bikin, ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih’. Ini baru enam bulan Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah 50 tahun memerintah, kita tidak buat kerja yang macam itu, kita tidak buat kerja macam itu. Kalau bagi 50 tahun, hancur negara ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Buat lebih lagi.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Maksud kamu, 50 tahun rasuahkah?

Apa kamu-kamu ini, cakap berhemahlah sikit. Unparliamentarily you know. [Ketawa]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

I learnt from you.

Dahlah, kita lupa yang sudah-sudah okey. Now we try to improve, we respect, kita hormati antara satu sama lain. Avoid the provocation, I said dengan izin, apa yang saya cakap kadang-kadang apa yang terlepas itu, sebagaimana yang disebutkan hari itu. Sometimes I regret, I hate myself, I repeat, you know. This is honest, I’m a Muslim.

I’m a good Muslim you know. Jadi kalau kita buat salah, kita mengaku salah, kita bertaubatlah minta ampun kepada Allah SWT. Kalau kita salah dengan orang, kita minta maaf dengan dia. No problem, what is the big fuss, no problem so we can...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Mertajam berdiri ini mungkin ada hajat ini.

Silakan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan bahawa negeri Pulau Pinang telah membawa pasukan ke Taiwan dan juga Hong Kong. Saya hendak beliau menjelaskan daripada pengetahuan dia siapa yang pergi? Berapa orang yang pergi? Ini kerana dia mendakwa ramai yang pergi tetapi beliau tidak tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional dahulu di Pulau Pinang membawa rombongan 50 orang, 70 orang ke Jepun, ke mana-manalah.

Okey, terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Lebih banyak lagi, lebih ramai dan mereka memakai duit rakyat lebih banyak lagi kalau dibandingkan apa yang dibelanjakan oleh sekarang. Sekarang itu bukan adalah goodwill daripada kawan yang mereka tidak dapat apa-apa sekiranya Yang Berhormat Pasir Salak hendak belanja, sponsor mana-mana orang pergi, kita pun alu-alukan. Jadi apakah ini dipanggil rasuah, adakah Yang Berhormat Pasir Salak juga pergi ke mana-mana rombongan kerajaan mungkin belum lagilah; kerana baru menjadi Ahli Dewan ini. Jadi saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak sekiranya ada bukti tunjukkan bukti, sekiranya tidak jangan membuat dakwaan yang tidak berasas, itu bukan kelakuan seorang Muslim yang baik.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya telah mendengar persoalan yang telah dikemukakan. Saya bercakap berdasarkan kepada fakta, maklumat ini keluar di dalam surat khabar dan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri yang menjawab iaitu apabila ditanya rombongan pergi itu ialah dibiayai oleh tauke-tauke dan yang pergi dalam surat khabar pun disebut bukan dia pergi seorang. Mungkin Yang Berhormat Bukit Mertajam dia tidak bawa, tidak tahu apa pasallah, mungkin dia ada masalah dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Akan tetapi ramai Exco daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dibawa, saya tidak tahu 10 orang atau 20 orang ada. Itu boleh tanya Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. But there is a group of them, this is a fact.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Baik, terima kasih. Jadi itu jawapan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah korupsi di dalam masyarakat kita ini, bukan sahaja terletak kepada pihak kerajaan, kita semua ada peranan. Jadi dengan sebab itu saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan supaya selain daripada mengambil tindakan dari segi investigation, perlu juga kita melakukan program education, we have to educate dengan izin orang ramai dalam hal corruption ini. Orang Islam perlu diingatkan, orang yang beragama perlu diingatkan bahawa corruption ini adalah satu kesalahan besar yang tidak kita boleh lepas daripadanya. Iaitu kita akan bertanggungjawab nanti selepas ini apabila kita sudah tidak ada di sini lagipun kita akan dipersoalkan. Akan tetapi apabila di dalam politik, dalam Dewan ini apabila disebut hukum Allah SWT banyak orang senyum sinis seolah-olah bahawa hukum Allah SWT itu not applicable dengan izin, di dalam politik. Saya hairan senyum sinis apabila ianya disebutkan, manakala bahawa di dalam Islam politik pun juga kita accountable atas apa yang sudah kita lakukan dalam politik. Jadi dengar baik-baik itu kita bercakap soal kesalahan rasuah ini perlu diingatkan kepada masyarakat Islam sama ada pengguna, peniaga ataupun pegawai kerajaan perlu kita terapkan dengan kefahaman berhubung dengan perkara ini.

Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyeru kepada pihak kerajaan, berlakunya rasuah ini kadang-kadang disebabkan public delivery system kita itu yang menjemput pihak awam melakukan rasuah. Dihantar surat - surat tidak berjawab, buat permohonan - permohonan tidak dijawab. Memohon projek - projek tidak diluluskan. Jadi sekiranya public delivery system ini telus, transparent saya rasa dapat dikurangkan. Ini orang awam, rakyat biasa yang tidak begitu bijak, yang tidak begitu pandai mereka pergi ke pejabat tanah, pejabat tanah tidak layan. Permohonan hak milik memakan masa 10 tahun, 15 tahun. Selalunya fail hilang di sana sini. Kerajaan Negeri Selangor tunggulah masa ini akan mengalami ini semua. Pejabat Tanah Selangor pun jangan duk sedap mengangguk-angguk sahaja apabila bercakap cerita ini seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Pakatan Rakyat pun satu masa nanti akan menghadapi masalah ini kerana pegawai kerajaan begitu ramai di negeri-negeri, tolong Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor tengok juga jangan berlaku perkara ini. Nanti permohonan lesen pun tertangguh, mohon itu tertangguh. Jadi dengan sebab itu public delivery system biar telus, biar transparent, serupalah itu telus dengan transparent sama sahaja. Jadi dengan sebab itu kita perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan. This is a peace of legislation, will get us nowhere dengan izin kalau kita semua tidak memainkan peranan secara positif sama ada kerajaan, sama ada pembangkang, rakyat jelata, pegawai kerajaan, all of us dengan izin mesti bersatu kalau kita hendak menjayakan negara kita ini sebagai sebuah negara yang tidak ada berlakunya rasuah. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin turut membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008. Memang dari segi prinsipnya kita bersetuju atas sebarang usaha untuk melaksanakan Program Pelaksanaan Pencegahan Rasuah ini melalui pembentukan suruhanjaya ini. Akan tetapi harus kita ingat bahawa negara kita sudah banyak suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan melalui Parlimen, yang ditubuhkan melalui bidang kuasa Perlembagaan dalam negara kita. Yang mana kadang-kadang kita lihat bahawa fungsi suruhanjaya-suruhanjaya itu tidak menepati atau dapat memenuhi kehendak yang sepatutnya. Saya tunjuk contoh Tuan Yang di-Pertua, di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM yang kita lihat bahawa kita wujudkan suruhanjaya itu untuk memastikan supaya hak asasi manusia di negara kita ini akan lebih baik dari semasa ke semasa. Namun beberapa pendapat dan pandangan serta cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM tidak pun diimplementkan ataupun dilaksanakan, dipenuhi tuntutan tersebut oleh pihak kerajaan. Umpamanya saya masih ingat bahawa SUHAKAM pernah mencadangkan supaya dimansuhkan seksyen 27 dalam Akta Polis umpamanya, begitu juga pandangan SUHAKAM tentang soal ISA. Saya tidak nampak tentang komitmen kerajaan dan kita melihat bahawa kita menubuhkan suruhanjaya dan akhirnya kita membawa satu perbelanjaan kewangan yang besar yang membebankan pembayar cukai dalam negara kita. Begitu juga dengan SPR, Suruhanjaya Pilihan raya yang diwujudkan melalui Perlembagaan dan juga ada satu akta di Dewan ini. Apabila kita membahaskan dan membincangkan persoalan kebebasan SPR sendiri, SPR berkali-kali - Pengerusi SPR sebelum ini yang akan bersara pada penghujung bulan ini menyatakan bahawa mereka tidak ada masalah tetapi yang ada masalah ialah pihak eksekutif, iaitu pihak kerajaan sendiri. Yang mana tidak mempunyai political will ataupun komitmennya tinggi untuk membuat pindaan-pindaan bagi memastikan supaya satu kebebasan yang lebih jujur dan lebih telus di dalam perkara tersebut. Ini menunjukkan bahawa penguasaan eksekutif itu terlalu tebal dalam suruhanjaya-suruhanjaya seperti itu. Begitu juga dalam isu rasuah ini Tuan Yang di- Pertua. Kita melihat bahawa pandangan ataupun persepsi masyarakat negara kita dan

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

juga antarabangsa yang menyebabkan indeks rasuah itu agak memalukan kita ialah dilihat kerana penguasaan pihak eksekutif itu seperti yang disebut oleh rakan-rakan tadi terlalu besar.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Perkara yang keduanya ialah kerana peranan AG ataupun Peguam Negara tersebut yang dipersoalkan mempunyai kepentingan ataupun kuasa yang terlalu luas dan akhirnya mereka boleh berperanan untuk melindungi perasuah-perasuah dalam negara kita. Jadi sebab itu bila saya lihat dan saya baca rang undang-undang ini saya masih tak dapat melihat dua aspek ini iaitu penguasaan eksekutif dan juga peranan AG itu tadi. Saya masih tidak dapat melihat aspek ini di berikan penekanan. Malah sebaliknya kalau kita lihat bahawa penguasaan eksekutif itu makin tebal. Seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri tetapi kuasa kepada Perdana Menteri itu terlalu besar dalam penentuan pelantikan-pelantikan dan begitu dengan soal pendakwaan yang masih diberikan kuasa kepada Peguam Negara. Jadi sebab itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan apalah salahnya supaya kalau betul-betul ianya hendak dapat dilihat sebagai satu kebebasan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM ini betul-betul dia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Kalau tidak nanti orang akan mengelar dia sebagai ‘suruhanjaya pelindung rasuah’. Ini tidak baik kepada masa depan pertumbuhan ekonomi dalam negara kita. Sebab itu saya ingin meminta apa salahnya kerajaan sendiri kalau bolehnya mengemukakan, Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri ada di sini iaitu untuk mewujudkan satu mekanisme yang lebih jelas tentang pembentukan dan pelantikan anggota-anggota lembaga suruhanjaya; ini sekali gus pelantikan yang berkaitan dengan Ketua Pesuruhjaya itu sendiri. Sebab itu saya melihat bahawa ada dua komuniti di sini yang saya tidak nampak dia punya fungsi dia sangat jelas iaitu Special Committee on Corruption iaitu Jawatankuasa Khas Rasuah dan Jawatankuasa Aduan. Saya tidak nampak apa keperluan untuk wujud di sini kerana peranan dia hanya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dan untuk meneliti laporan suruhanjaya. Kemudian meneliti aduan- aduan kalau ada berlaku berkaitan dengan aduan terhadap suruhanjaya ini sendiri, lembaga ini sendiri. Jadi saya lihat bahawa apa salahnya kalau dua-dua itu dicantumkan dan diwujudkan satu fasa baru yang boleh dikatakan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi iaitu Jawatankuasa Khas Peringkat Parlimen. Jawatankuasa inilah yang sepatutnya diberikan satu kuasa untuk menentukan siapa yang sepatutnya dilantik untuk menduduki jawatankuasa penasihat kepada suruhanjaya ini. Ini sangat- sangat penting supaya jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Parlimen. Saya boleh terima tidak semestinya Ketua Pembangkang ataupun daripada pihak pembangkang, saya boleh terima secara rasionalnya. Akan tetapi lebih baiknya daripada pihak pembangkang, kerana itu akan memberikan satu persepsi yang lebih baik kepada negara kita. Akan tetapi saya boleh terima asalkan dia dapat memenuhi dari segi peruntukan kuota berapa peratus penguasaan Parlimen daripada kerajaan dan juga daripada pembangkang. Kalau 60% penguasaan Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan maka daripada pihak Barisan Nasional yang bukan daripada anggota kerajaan. Maka peratusnya merekalah yang lebih dan berapa peratus daripada pihak pembangkang. Namun yang pentingnya jawatankuasa, komuniti ini ialah komuniti yang betul- betul diberikan power yang jelas bagi membuat pelantikan cadangan. Buat satu screen test terhadap mana-mana lembaga penasihat kepada suruhanjaya yang hendak dilantik ini. Mereka yang ini di screen terlebih dahulu. Di boleh memanggil mereka itu membuat satu penelitian dan sebagainya. Kemudian saya boleh terima, mengangkat nama ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diangkat supaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bukan diangkat kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan Perdana Menteri tapi dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini bagi saya bahawa akan dapat memperlihatkan satu ketelusan dari segi komitmen menunjukkan kesungguhan untuk kita benar-benar melaksanakan tugas ataupun hasrat kita untuk membuat pencegahan rasuah. Akan tetapi kalau kita melihat ini menunjukkan bahawa semuanya ialah dengan kuasa Perdana Menteri. Semuanya dengan kuasa Perdana Menteri, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Aduan, Jawatankuasa Khas dan sebagainya. Semuanya adalah dengan kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri. Sudah tentu bahawa selagi peruntukan yang sepertimana yang terkandung ini dia tidak akan menghakis persepsi ini yang selama ini bahawa BPR - Badan Pencegah Rasuah yang akan dikenali sebagai SPRM ini akan dikuasai oleh eksekutif, oleh pihak Kerajaan khususnya oleh pihak Perdana Menteri. Jadi sebab itu saya mencadangkan ini supaya dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kemudiannya juga kita lihat bahawa dalam pelantikan Ketua Pesuruhjaya umpamanya, pelantikan Ketua Pesuruhjaya ialah dengan cadangan daripada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Namun, kita tidak ada satu mekanisme yang jelas bagaimana kalau Ketua Pesuruhjaya itu melakukan beberapa perkara yang boleh diambil tindakan ataupun dibuat pemecatan dan sebagainya. Jadi sebab itu bagi saya bahawa sepatutnya jawatankuasa yang saya cadangkan tadi, Jawatankuasa Parlimen itulah yang seharusnya diberikan kuasa untuk mempertimbangkan juga pelantikan Ketua Pesuruhjaya. Ini sekali gus jawatankuasa itulah juga yang boleh mempertimbangkan kalau berlaku kecacatan-kecacatan kepada Ketua Pesuruhjaya dan Lembaga Penasihat kepada suruhanjaya ini, Jawatankuasa Peringkat Parlimen inilah yang boleh mengambil tindakan, membuat penukaran ataupun pemecatan dan sebagainya. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat bahawa tentang bagaimana perkara yang berkaitan dengan soal - sebab saya katakan tadi bahawa Jawatankuasa Aduan tidak ada keperluan. Oleh sebab saya difahamkan bahawa pada bulan dua ini, sidang akan datang ini akan dibentangkan satu rang undang-undang yang baru untuk membentuk satu Jawatankuasa Aduan terhadap agensi-agensi kerajaan. Sepatutnya sudah cukup untuk kita memberikan kuasa kepada jawatankuasa itu tadi untuk meneliti tentang fungsi perjalanan aduan-aduan terhadap lembaga- lembaga suruhanjaya ini tanpa perlu kepada satu jawatankuasa aduan yang lain. Ini kerana akan mewujudkan banyak kerenah birokrasi yang bukannya untuk mempercepatkan ataupun mempertingkatkan usaha pencegahan rasuah. Namun, melambatkan lagi dan mewujudkan kerenah-kerenah birokrasi yang boleh menyebabkan kelambatan ataupun menggagalkan usaha-usaha untuk pencegahan rasuah. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan beberapa persoalan di sini berkaitan dengan beberapa seksyen yang saya kira bahawa perlu kepada satu penjelasan yang lebih jelas kepada kami di Dewan ini. Iaitu seksyen yang berkaitan dengan 43, sebab saya cukup bimbang bila diberikan satu keluasan yang sebegitu tanpa ada check and balance yang menyebabkan bahawa orang yang hanya disyaki. Saya melihat juga dari segi bukan sekadar kita hendak mencegah rasuah hendak mengambil tindakan, tapi hak orang yang disyaki juga harus diambil kira. Itulah hak-hak mereka iaitu apabila kuasa memintas perhubungan, boleh detect telefon dan sebagainya. Bagi saya bahawa sepatutnya SPRM ini harus mengambil, mendapat order daripada mahkamah terlebih dahulu walaupun tanpa pengetahuan orang yang disyaki. Sebab mereka harus menunjukkan apa evidence yang menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka perlu untuk membuat pemintasan perhubungan ini. Iaitu hendak detect telefon kepada orang yang disyaki sehingga mahkamah berpuasa hati, hakim berpuas hati memang ada keperluan bahawa mahkamah boleh beri hak itu kepada pihak SRPM.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dua minit lagi? Kalau tidak nanti bermakna bahawa ini sudah tentu tidak begitu baik untuk seseorang kerana mereka hanya disyaki belum lagi dituduh dan belum didapati bersalah dan sebagainya. Sebab

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

itu bagi saya bahawa kita takut nanti privasi seseorang itu akan terganggu kerana akan berlaku detect melalui pintasan telefon dan sebagainya.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Begitu juga dengan seksyen 47 berkaitan dengan soal iaitu obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat. Saya kira bahawa ini suatu penjelasan yang harus diberikan kepada kami di sini bahawa seolah-olahnya seksyen 47 yang harus juga dibaca bersekali dengan beberapa seksyen yang lain bahawa seolah- olahnya macam orang yang disyaki itu tidak ada hak untuk mengatakan tidak boleh memberikan ketenangan sedangkan dalam kes-kes jenayah yang lain pengalaman saya bahawa kita boleh mengatakan kepada pihak penyiasat bahawa saya akan menjawab di mahkamah. Akan tetapi dalam akta ini dia memberikan satu kuasa yang begitu penuh, pasti mesti berikan keterangan kepada pihak yang menyiasat. Jadi bagi saya bahawa ini hak seseorang itu mungkin boleh berlaku penyalahgunaan kuasa bagi saya dan berlaku pemaksaan ke atas mereka untuk memberikan keterangan-keterangan yang kemungkinan orang itu tidak terlibat tetapi oleh sebab ketakutan berada dalam siasatan pihak SPRM ini, kemungkinan ini akan menjebakkan orang-orang tersebut. Saya menyebut ini bahawa saya bimbang bahawa ada kemungkinan akta ini juga boleh berlau penyalahgunaan kuasa itu sendiri. Jadi ini yang saya kira bahawa harus dilihat oleh pihak kerajaan sendiri.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta penjelasan sedikit yang pasal tadi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak habis sebab Tuan Yang di-Pertua tidak beri penambahan masa kepada saya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akta itu tidak berubah, yang disebut tadi itu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya katakan bahawa apa salahnya kalau untuk kita ubah. Apa salahnya untuk kita ubah? Sebab itu saya katakan bahawa soalnya bukan tidak berubah ataupun tidak tetapi pentingnya kepada kita memberikan hak kepada orang yang disyaki itu sendiri supaya dia tidak terdedah kepada penyalahgunaan kuasa yang akhirnya dia memberikan keterangan yang tidak sepatutnya dia berikan keterangan kepada pihak yang menyiasat. Saya pun hendak jaga juga Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat yang kena bab pemilihan UMNO ini. Kemudian beberapa klausa yang lain yang saya fikir bahawa begitu juga dengan 53(4), 53(6), 53(7) yang tidak perlu saya sebut bahawa perlu dibuat satu kajian bahawa kadang-kadang kita mengambil kuasa mahkamah, kita mengambil satu kuasa mahkamah yang sepatutnya mahkamah yang menentukan beberapa tindakan dan keputusan-keputusan tetapi undang-undang ini telah mengambil suatu bentuk kuasa mahkamah. Akhirnya bagi saya bahawa yang berkaitan dengan soal defense statement ini, maknanya penyataan pembelaan ini. Bagi saya bahawa adalah tidak wajar untuk peringkat ini orang yang dituduh itu mengemukakan kepada pendakwa tentang apa bentuk pembelaan diri dia, tidak sepatutnya bagi saya bahawa. Sepatutnya pembelaan ini ialah pembelaan yang seharusnya berada, berlaku di hadapan hakim. Akan tetapi apabila pembelaan itu dibuat terlebih dahulu dan diberikan secara bertulis, secara dokumen kepada pihak pendakwa dan saya kira bahawa ini sesuatu yang tidak adil yang mungkin akan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa. Jadi sebab itu bagi saya bahawa perkara-perkara ini harus dilihat dan saya melihat bahawa minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri ialah berapa kes aduan yang membabitkan pemilihan UMNO ini. Sebab saya pun tidak dengar lagi siasatan itu dibuat dan apa tindakan. Di tangan saya ini ada satu kes aduan BPR berkaitan pemilihan UMNO di Wangsa Maju iaitu yang membabitkan Setiausaha kepada Menteri Pertahanan, ada aduan BPR kepada saya. Saya rasa bahawa ini baru aduan dan ada salinan wang yang dibuat satu salinan di tangan saya nombor-nombor wang yang diberikan dalam satu envelop yang bernilai RM1,000. Jadi kita hendak tahu bahawa berapa jumlah harga keseluruhannya dalam kes pemilihan ini sebab saya ada juga mendapat maklumat tentang dikatakan bahawa ada seorang daripada mereka yang terlibat dalam pemilihan ini ada kes sampai 860 aduan terhadap diri dia seorang.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini maklumat yang diberitahu oleh kawan-kawan daripada UMNO sendiri bukan daripada Padang Rengas. Padang Rengas dia tidak boleh bocor maklumat daripada BPR maknanya daripada UMNO. Ada di kalangan mereka yang terlibat dalam pemilihan ini, ada aduan BPR terhadap dia 860 kes aduan.

Tuan Yang di-Pertua

Gulung Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi bagi saya bahawa takkan daripada 860 kes itu tidak boleh lepas satu kes. Sebab itu saya hendak tahu bahawa apakah bentuk siasatan yang telah pun dibuat dan apakah tindakan-tindakan yang telah dibuat? Kalau tidak nanti bahawa ini kita tidak buat bermakna bahawa SPRM yang kita bentang ini takkan pergi ke mana dan akhirnya dia hanya menjadi satu lipstik.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini yang baru ini, yang baru termasuk dari Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Gulung Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya minta kepada pihak kerajaan bahawa harus menunjukkan komitmen, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus tunjukkan komitmen supaya dapat mengambil tindakan tegas terhadap kes pemilihan Agung UMNO ini. Ini sangat penting bahawa kita tidak mahu nanti seperti mana yang disebut oleh Menteri Besar Pahang, dia kata saya jijik untuk bercakap soal pemilihan UMNO, dia pun jijik. Ini ada kepada saya kenyataan. Saya pun tidak tahulah saya tidak hendak tuduhlah kawan-kawan semua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi saya katakan bahawa ini sangat-sangat penting kalau tidak nanti bahawa tidak ada tindakan yang serius terhadap ini sebab saya dikatakan bahawa kes 860 aduan terhadap seseorang itu dikatakan bahawa BPR bersedia untuk memulakan kes bertindak.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi ada orang tertentu daripada pihak kerajaan kata boleh tetapi dengan syarat ada saksi yang ketiga. Kalau ada saksi yang ketiga boleh on, boleh ambil tindakan tetapi saya tidak tahulah bahawa apakah boleh dalam kes rasuah ini wujud perlu sampai kita hendak dapat kepada saksi yang ketiga?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, gulung Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya minta sungguh-sungguh sebab ini isu penting Tuan Yang di-Pertua bahawa kalau tidak nanti orang akan gelak dan ketawa, SPRM ini akan menjadi bahan ketawa...

Gulunglah, gulung, gulung, gulung.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Masyarakat antarabangsa mengatakan bahawa dalam UMNO sendiri pun tidak terlibat. Sebab itu saya pergi Padang Rengas dia tidak bertanding. Jadi bagi pun hendak, terima pun hendak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia tidak bertanding itu saya pujilah dia tetapi saya tidak tahulah kot dia jadi broker siapa-siapa Wallahualamlah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Aduh. Ha, kita tanya tidak hendak bagi Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum dan selamat petang. Saya turut menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2008 ini kerana kita sudah nampak kesungguhan kerajaan kita dalam menghapuskan gejala rasuah. Saya ingin menyeru kepada semua, biarlah kita mengambil peluang ini untuk sama-sama meninggalkan legasi. Legasi kepada rakyat kita bukan sahaja legasi dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi kalau kita sama-sama menyokong rang undang-undang ini, sama-samalah kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan pada hari ini. Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara yang telah menjadi maklum balas kepada saya pada satu hari suntuk dari malam tadi sehingga hari ini. Saya telah banyak menerima maklum balas dari rakan-rakan terutama sekali mereka di kalangan pengamal undang-undang yang banyak menyuarakan apakah peranan kita di Parlimen ini. Sebagai Ahli Parlimen terutama sekali saya salah seorang wakil dari Sarawak untuk menyuarakan hasrat hati orang ramai dan juga mereka yang betul-betul hendak menghapuskan gejala rasuah ini. Saya percaya pihak kementerian terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab yang begitu penting, sebab-sebab yang begitu utama sehingga beliau menyatakan sebelum beliau bersara, beliau menghendaki rang undang-undang ini diluluskan. Saya memohon agar pihak kementerian dapat membantu dalam memberi penerangan terutama sekali dalam komen-komen yang dibaca pada akhbar pada semalam. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena ada menyentuh mengenai seksyen 43, seksyen-seksyen lain, jadi saya tidak mahu menyentuh lagi seksyen-seksyen tersebut. Saya akan menyentuh mengenai seksyen 53 terutama sekali 53(3) pagi tadi telah dinyatakan oleh Yang Berhormat dari Muar juga kerana pihak akhbar memainkan peranan penting untuk membantu kita menyuarakan komen-komen kita sebelum ianya diluluskan. Seksyen 53 ini ternyata sudah ada wujud dalam seksyen 45 akta yang ada pada masa ini dan ini dinyatakan satu perkara yang begitu jauh berbeza.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya berharap, pihak kementerian menyatakan sebab-sebab kenapa perkara ini diwujudkan. Bagi seksyen 53(4), 53(5), 53(6) dan 53(7), apabila saya membacanya, saya juga pada mulanya merasakan dari segi mata kasar apabila dibaca ia seolah-olah mengambil alih kedudukan mahkamah dari segi accessibility atau pun memutuskan penerimaan sesuatu penyertaan oleh orang yang tertuduh. Jadi, kalau kita lihat seksyen ini, mungkin kalau orang yang tidak mengamalkan undang-undang banyak yang menyatakan seksyen-seksyen ini telah mengambil kedudukan mahkamah. Jadi, saya berharap pihak Menteri menjawab dan memberi penjelasan yang sebaik-baiknya kepada kita. Walaupun pagi tadi, ada yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Muar juga memberi sedikit penjelasan. Mungkin ada lagi yang masih belum jelas mengenai peruntukan undang-undang ini. Begitu juga dengan seksyen 62 yang juga telah mendapat komen iaitu peruntukan seksyen 62 ini memberi peluang kepada tertuduh iaitu seolah-olah ia duplicating dengan izin dengan caution statement yang sudah ada peruntukan yang sama di dalam Akta Keterangan. Kalau kita kaji peruntukan ini, ia sebenarnya seolah- olah membantu ataupun perkataan seolah-olah mungkin tidak begitu kuat bagi menyokong peruntukan ini, ianya memberi peluang kepada tertuduh untuk mengemukakan dokumen atau pernyataan baru yang tidak dinyatakan di bawah seksyen 53 oleh tertuduh akibat daripada keadaan yang tertentu yang dihadapi oleh orang yang dituduh pada masa beliau dituduh. Mungkin pada masa itu beliau terlupa, dalam masa tertekan. Jadi, kita dalam seksyen ini memberi peluang kepada orang yang tertuduh untuk memberi keterangan ini, mengemukakan dokumen. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang dinyatakan after thought dengan izin. Jadi, seksyen-seksyen lain yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan yang lain saya tidak akan menyentuhnya kerana saya akan teruskan kepada peranan ketiga-tiga jawatankuasa. Yang pertama, kita ada Lembaga Penasihat di bawah Seksyen 13. Kedua, Jawatankuasa Khas dan juga Jawatankuasa Aduan. Dalam ketiga-tiga ini kita mempunyai keanggotaannya. Bagi pihak negeri Sarawak dan Sabah, bagi rakan-rakan

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

kita di Timur sana ingin menyuarakan kalaulah dilantik keanggotaan ini, janganlah tinggalkan orang dari Timur supaya kita sama-sama dapat menyuarakan keadaan dari negeri kita di Sarawak dan juga Sabah. Kalau kita perhatikan juga seksyen 13(3), di mana kalau kita baca seksyen 13(3) di sini. Anggota-anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang berintegriti yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesionnya. Saya ingin menyeru kepada rakan-rakan di sini bahawa kita di sini sama-sama bertanggungjawab terhadap kelulusan rang undang-undang ini. Kepada pihak agensi yang terlibat dalam pelantikan orang-orang yang berintegriti ini agar melakukannya dengan cara yang objektif kerana kalau tidak ianya boleh back fire dengan izin, back fire kepada sistem tersebut, back fire kepada mereka yang bertanggungjawab dalam pelantikan orang yang berintegriti ini. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya ini, saya ingin menyentuh walaupun tidak dinyatakan di dalam rang undang-undang ini mengenai skim gaji yang saya rasa Yang Berhormat dari Bachok pun ada menyatakan. Ini kerana, kalau kita sama-sama hendak membanteras rasuah ini, saya menyarankan agar pihak yang terlibat dalam menyediakan skim-skim gaji untuk memberi gaji yang seimbang dengan risiko, dengan tugas yang dijalankan oleh mereka yang terlibat ini. Ini kerana, kita mahu mereka menjadi role model dengan izin tetapi kalau gajinya tidak seimbang dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan apa yang dipikul oleh mereka, maka ini akan mempunyai kesan yang tidak begitu positif terhadap pelaksanaan tugas tersebut dan juga terhadap apa yang akan dilakukan. Kita difahamkan bahawa 5,000 akan direkrut kan oleh agensi ini untuk menjalankan kerja-kerja ini dan kita berharap ia akan membawa kesan yang begitu baik kepada kita seluruh negara ini. Saya rasa itu sahaja perkara-perkara kerana yang lain juga sudah disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Jadi, saya berharap pihak kementerian melihat kepada perkara-perkara yang dikomen. Saya mengambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih juga kepada rakan- rakan di sebelah kerana turut sama-sama menyokong rang undang-undang ini dan biarlah kita sama-sama dengan cara yang objektif memberi kritikan yang baik. Ini kerana ini bukan hanya untuk kita. Ini adalah untuk masa depan Malaysia dan sama- sama kita memberi kritikan yang boleh membantu negara kita untuk maju pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Saya beri kepada wanita dahulu pasal ini pertama wanita. Jadi, biar saya ambil daripada wanita. Sila Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti di kasi. Jangan susah. Sila.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

ini wanita, dia ada disiplin sedikit. Dia tidak makan masa.

Pertama kali saya melihat rang undang-undang ini, apabila saya melihat matlamat utama akta ini saya agak terkejut. Ini kerana, saya melihat matlamat utama akta ini adalah untuk membanteras rasuah. Akan tetapi nampaknya yang utama yang diletakkan di sini menggalakkan integriti dan mendidik pihak berkuasa. Saya tidak menafikan yang ini adalah satu objektif yang penting. Mungkin juga sekarang ini di bawah Pelan Integriti Nasional tetapi seharusnya ia dengan jelas kita meletak akta ini adalah untuk membasmi rasuah itu sendiri. Perkara kedua ialah mengenai apabila kita bercakap mengenai rasuah. Saya ingat kefahaman rakyat Malaysia masih kabur. Kebanyakan rakyat biasa hanya faham rasuah itu apabila bertukar wang ringgit dengan satu habuan atau pun satu fever dengan izin maka itulah rasuah yang jelas. Akan tetapi, banyak kawasan-kawasan atau Gred Areas yang begitu nipis perbezaan di antara rasuah atau pun tidak. Saya hendak memberi beberapa contoh terutamanya kita yang bekerja di dalam perkhidmatan awam. Misalnya apabila syarikat-syarikat melakukan promosi-

promosi barangan atau pun alat-alat perkakasan kepada jabatan-jabatan, biasanya yang saya lihat adalah penjualan-penjualan ini atau pun offers, tawaran-tawaran ini dia ada bersamanya tawaran-tawaran sampingan. Misalnya, kalau di dalam industri farmasi, doktor-doktor ditawarkan untuk pergi kursus-kursus dan sebagainya di luar negara dan di dalam negara. Akan tetapi, di luar negara itulah yang agak lumayan ditanggung segala-galanya. Jadi, kadang-kadang persoalannya, apabila persaingannya sengit di antara pengusaha-pengusaha dan penghasil produk ini, ia menjadi kabur. Saya kira perkara ini masih tidak jelas apabila persaingan ini melibatkan pembelian public procurement, pembelian awam masih lagi berlaku.

Kalau dari pengalaman saya pun, saya biasa rasa agak kadang-kadang terkilan kerana apabila terutamanya jabatan-jabatan membuat hari-hari keluarga atau hari-hari sambutan misalnya, maka semua syarikat yang pernah membekalkan jabatan- jabatan ini akan dihantar surat-surat untuk memohon sumbangan-sumbangan dan kita pernah diberitahu juga bahawa sumbangan-sumbangan ini dengan maknanya kalau ada sumbangan, lain kali, kalau ada peluang baru, boleh kami pertimbangkan. Walaupun ini bukanlah satu amalan yang sekarang ini mungkin diambil tindakan kalau kita lihat di dalam peruntukan yang ada ini, dalam akta ini, Fasal 57 walaupun dengan jelas di sini menunjukkan bahawa apa-apa suapan yang tersebut dalam akta ini yang menjadi kelaziman dalam apa-apa profesion, trade atau kerjaya ini, tidak boleh dijadikan alasan sebagai sebab untuk menerima suapan kerana banyak perkara sekarang ini tidak jelas. Adakah ia suapan, adakah ia derma ikhlas ataupun adakah ia sumbangan ikhlas dan sebagainya. Jadi perkara-perkara ini masih tidak jelas kepada rakyat terutama kakitangan awam dan saya merasakan bahawa apa sahaja yang terikat dengan timbal balas semuanya adalah rasuah. Begitu juga dengan sponsorship tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan juga oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Itu juga masih menjadi kekaburan. Bilakah garis pemisah antara ini suapan, dengan ini sebenarnya sumbangan ikhlas. Kita mesti ada mekanisme sebenarnya kerana kita akui bahawa sistem yang kita ada, sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak swasta, individu- individu ikhlas ini, ada orang hendak menyumbang tetapi bagaimanakah ia harus dilakukan dan untuk qualified, dengan izin yang dia itu above board di atas bukan kerana ia satu bentuk rangsangan untuk mendapat pulangan kemudian hari. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak ada menyebut bahawa dengan undang- undang Al-Quran sekalipun, masih tidak dapat menyelesaikan kebejatan manusia yang ada sekarang. Pokoknya undang-undang Al-Quran itu sempurna. Masalahnya kita manusia yang tidak melaksanakan, tidak yakin, dan tidak komited untuk melaksanakannya. Jadi saya rasa itu sebab agaknya tadi, sayalah yang dikata tersenyum sinis itu. Bukan maksudnya kita tidak bersetuju yang hukum-hukum agama itu kita pegang dalam kehidupan. Itulah perjuangan parti kami selama ini tetapi apabila dikatakan bahawa tidak dapat menyelesaikan, kita tidak dapat menyelesaikan masalah kerana kita tidak melaksanakannya. Itu masalahnya. Begitu juga akta rasuah yang kita ada sebelum ini. Kalau kita sudah dapat mengimplementasikan, menjadikannya satu badan yang bebas, saya yakin masalah yang kita hadapi berpuluh tahun ini tidaklah seteruk sekarang, sehinggakan indeks kita sekarang semakin melurut ke bawah daripada 37 hingga 43. Itulah sebabnya sebelum pembangkang, mengulang-ulang iltizam politik, political will power kita. Sejauh mana kita hendak melaksanakan apa yang telah kita rancang, kita bahaskan ini untuk membasmi rasuah dan kita mesti tanam di dalam rakyat kita, rasuah itu najis, rasuah itu jijik. Saya ingat beberapa tahun yang sudah, UMNO menidakkan mengatakan bahawa politik wang ini tidak rasuah tetapi alhamdulillah mereka telah mengaku kini bahawa ini adalah rasuah. Jadi menerima yang itu adalah rasuah adalah satu langkah pertama untuk kita menghapuskan rasuah. Begitu juga dalam pendidikan rakyat, kita perlu mendidik mereka melihat rasuah sebagai sesuatu yang kita tidak boleh terima dan kita mesti melihat kepada negara-negara walaupun mereka negara bukan Islam atau tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti negara-negara Scandinavia, di mana mereka boleh menjadi negara teratas di dalam indeks rasuah dan rasuah itu

dianggap sebagai satu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat dan negara mereka. Bagaimana negara ataupun manusia yang tidak berpegang kepada Allah SWT, kepercayaan kepada akhirat, dan sebagainya, dapat menanam etika integriti ini di dalam rakyat mereka. Kita perlu mengkaji dan tidak guna kita mendabik dada mengatakan bahawa agama kita dan memang agama kita meletakkan bahawa rasuah itu sesuatu perkara yang tidak boleh diterima, akan dibakar di dalam neraka tetapi kenapa umat Islam yang kalau kita babitkan rasuah ini banyak dilihat di negara kita, persepsinya mungkin salah mungkin betul tetapi ini yang berlaku yang menerimanya adalah orang Islam. Yang memberinya adalah mungkin orang perniagaan yang kebanyakan terdiri daripada orang-orang bukan Islam. Jadi kenapa ini berlaku? Perlu ditanam dan kita perlu...

Sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Kota Raja. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan kesungguhan kerajaan dalam membasmi rasuah ini. Kita lihat bagaimana ada pegawai- pegawai kerajaan yang hidup mewah berbanding dengan pendapatan mereka. Begitu juga dengan anak-anak menteri yang kita rasa kehidupan mereka tidak berpadan dengan pendapatan mereka. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat, dalam kesungguhan kita membasmi rasuah ini seharusnya golongan-golongan atasan ini dimulakan di peringkat golongan atasan ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Sebelum kita mengenakan ataupun melaksanakan kepada rakyat biasa, saya berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin yang aula, yang sebelumnya itu diaplikasikan dahulu undang-undang ini, diutamakan, kerana kita akan ditanya nanti, apa yang telah kita pimpin, kenapa kita bertindak di atas rakyat marhaen tetapi pemimpin-pemimpin terlepas di dunia ini. Saya memang bersetuju dan saya harap, dan saya lihat di sini ada ruang untuk Suruhanjaya SPRM ini untuk memulakan inisiatif untuk menyiasat mereka yang hidup tidak sepadan dengan pendapatan. Pernah kita dengar, ada pemimpin-pemimpin negara mengadakan perkahwinan anak sehingga membelanjakan RM1 juta dan sebagainya dipaparkan dalam akhbar. Kalau kita katalah, tak pakai pun duit gajinya disimpan bulat-bulat pun hendak dapat RM1 juta itu dalam jangka masa yang pendek untuk membuat sesuatu itu, adalah agak mustahil tetapi rakyat biasa tentulah bila membuat tuduhan atau membebel misalnya, mengatakan, menuduh dikatakan bawa bukti. Jadi beban mencari buktinya adalah bukan kepada rakyat ataupun kepada orang- orang yang membawa laporan itu, tetapi adalah kepada pihak penyiasat, sekarang ini SPRM dan bukanlah kepada rakyat itu sendiri. Pepatah Melayu mengatakan, pokok tidak akan bergoyang sekiranya tidak ada angin; tidak ada asap sekiranya tidak ada api. Jadi kita harap SPRM ini lebih proaktif. Satu perkara lagi yang saya ingat, saya setuju dengan tadi Yang Berhormat Rembau mengenai perisytiharan harta. Kalau boleh perisytiharan harta oleh penjawat- penjawat awam, pemimpin-pemimpin, ahli-ahli politik bukan kepada Menteri Besar ataupun kepada Perdana Menteri tetapi satu badan yang berkecuali juga dan menjadi tanggungjawab kita untuk update ataupun untuk mengemas kini maklumat penambahan harta dan sebagainya dan di manakah sumbernya. Saya ingat saya bersama dengan cadangan kawan-kawan kita tadi, supaya perkara ini menjadi satu norma, satu kebiasaan kepada pemimpin dan penjawat awam, dan sebagainya. Satu perkara lagi persoalan dalam kepala saya bila saya mencari di mana pendakwaan ini, selepas seseorang itu bersara, bolehkah SPRM mengambil tindakan atau menyiasat ke atas mereka ini lagi sebab tidak ada di dalam peruntukan ini kerana saya sendiri melihat juga mendapat maklumat, ada pihak-pihak tertentu, orang-orang tertentu semasa mereka duduk dalam jawatan-jawatan tertentu mempunyai maklumat- maklumat dan sebagainya. Selepas mereka bersara, baru nampak bahawa mereka ini mempunyai banyak harta, contohnya pegawai daerah ataupun pegawai tanah.

Mereka duduk di dalam satu keadaan dan mereka tahu di mana ada tanah- tanah tol dan sebagainya dan mereka tahu lubang-lubang macam mana pada masa mereka menjadi penjawat awam perkara ini tidak ketara, tetapi setelah mereka bersara maka kita lihat mereka membina rumah ataupun mendirikan stesen-stesen minyak dan sebagainya di tanah-tanah yang begitu prime, begitu strategik sekali. Dan sebelum itu

semua orang mungkin rakyat mengetahui bahawa tanah itu adalah tanah kerajaan dan sebagainya. Jadi sejauh manakah SPRM boleh bertindak setelah seseorang penjawat awam ataupun pemimpin politik dan sebagainya mengambil inisiatif untuk menyiasat dan mendakwa mereka ini. Akhir sekali saya ingin mengatakan kepada pihak kerajaan, saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah. Tahniah kepada pihak pembangkang yang sudah lama mengutarakan bab-bab ataupun isu-isu rasuah ini sehinggakan berlakunya satu akta yang baru ini. Dan saya mengucapkan tahniah juga kepada Perdana Menteri dalam akhir-akhir beliau untuk bersara bersungguh-sungguh untuk membawa satu akta yang kita sudah lama tunggu walaupun ada kelemahan. Jadi kita mesti berlapang dada untuk menerima maklum balas daripada pihak pembangkang kerana niat kami adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia jua. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun disindirkan bahawa kalau letak Ketua Pembangkang esok dia yang hendak jadi ketua dalam badan-badan yang ditubuhkan ini, tetapi bayangkan kalau Pakatan Rakyat menang dia jadi Perdana Menteri. Dia pun tidak boleh juga menentukan siapa yang akan menjadi Ketua Pengarah kepada SPRM ini. Jadi itulah cadangan saya terutamanya mengenai bahagian-bahagian atau grey areas di dalam apa yang dikatakan rasuah atau tidak, suapan atau tidak ini dapat diperjelaskan kepada rakyat apabila Akta SPRM ini berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bangun untuk menyokong rang undang-undang ataupun membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) ini. Tuan Yang di-Pertua kepada saya sama ada BPR ataupun SPRM ialah lebih mencari kebenaran ke atas sesuatu dakwaan berkaitan dengan BPR. Bukan sahaja menyiasat untuk pendakwaan, tetapi juga untuk membersihkan nama mereka yang teraniaya ataupun yang difitnah. Kita biasa dengar seseorang didakwa oleh pihak media melakukan rasuah, tetapi tidak ada pendakwaan dan kadang-kadang tidak ada pun penyiasatan. Sedangkan kita tahu Tuan Yang di-Pertua, seseorang hanya didapati bersalah setelah mereka didapati bersalah di mahkamah. Sehingga sekarang Tuan Yang di-Pertua terlalu banyak persepsi negatif seolah-olah negara kita dipenuhi rasuah. Malahan seseorang itu atau satu pihak telah dihukum sebagai telah bersalah melakukan rasuah, walhal seseorang itu belum boleh dihukum bersalah sehingga didapati bersalah. Tuan Yang di-Pertua amat tidak adil menghukum orang yang tidak bersalah sehingga menjejaskan bukan sahaja dirinya malahan keluarga dan saudara maranya. Yang ini Tuan Yang di-Pertua amat tidak adil, sebab itu saya yakin sama ada BPR lebih-lebih lagi SPRM akan membela kedua-dua pihak, di mana yang salah boleh didakwa dan dihukum oleh pihak mahkamah dan yang tidak bersalah yang teraniaya yang terfitnah mendapat pembelaan sebenar-benarnya dengan membersihkan namanya. Ini tugas sama ada BPR ataupun SPRM. Tugas inilah Tuan Yang di-Pertua yang perlu diperkemaskan, yang perlu dilakukan dengan sebaik-baik mungkin supaya benar-benar berkesan. Saya katakan tadi supaya yang tidak bersalah dapat dibersihkan namanya setelah banyak tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh mana-mana pihak. Saya suka menyebut, walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua yang melakukan jenayah rasuah perlu disiasat dan didakwa serta dihukum kerana Tuan Yang di-Pertua kita semua benci rasuah. Sama ada di pihak Barisan Nasional begitu juga seperti yang selalu disebut oleh pihak Pakatan Rakyat. Akan tetapi kita perlu ikhlas dan tidak perlulah kita mendabik dada, bahawa kita sahaja yang memperjuangkan rasuah, memperjuangkan untuk menghalang rasuah sedangkan realitinya ialah kita mesti sama-sama memberikan kerjasama yang sebaik mungkin.

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya yakin kita memerlukan political will, dengan izin dalam merealisasikan rang undang-undang SPRM ini. Daripada huraian Rang Undang-undang SPRM yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi, saya yakin kita ada political will, dengan izin. Dan Tuan Yang di-Pertua political will ini memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk rakyat jelata. Rakyat jelata juga perlu faham tentang peranan mereka dan mereka tidak mudah terperangkap dengan persepsi-persepsi jahat seperti yang saya sebutkan tadi. SPRM perlu lebih rapat dengan rakyat jelata dalam usaha untuk memberikan kefahaman kepada mereka. Saya terbaca dalam Rang Undang-undang SPRM ini, SPRM pegawai- pegawai penyiasatnya seluruh anggota SPRM perlu memberikan kefahaman kepada rakyat jelata tentang tanggungjawab masing-masing supaya rakyat faham tentang peranan SPRM bagaimana menyiasat, bagaimana pendakwaan dan sebagainya. Dan yang paling penting Tuan Yang di-Pertua rakyat juga mestilah memberikan kerjasama terutamanya yang berkaitan dengan memberi maklumat, kerana dalam SPRM ini disebut pemberi maklumat akan diberikan perlindungan terutamanya dari segi kerahsiaan. Dalam hal ini rakyat juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya seperti yang saya sebutkan tadi, termasuk memberikan maklumat yang tepat kerana kita sayangkan negara kita. Saya tidak tahulah kalau ada di kalangan rakyat dalam negara kita yang tidak sayangkan kepada negara kita. Akan tetapi saya yakin rakyat kita sayang negara kita dan kita semua benci kepada rasuah dan sebab itu kita mesti sokong SPRM ini. Saya melihat kerajaan sangat bersungguh-sungguh untuk melawan amalan rasuah sehingga terbentangnya SPRM ini. Contoh yang paling ketara sekali Tuan Yang di-Pertua ialah Rang Undang-undang SPRM ini telah pun menyenaraikan dengan lebih panjang tentang tafsiran saudara seperti bapa saudara, emak saudara, sepupu, sepupu orang itu sehinggalah kepada menantu. Yang ini jelas Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan serius. Kalau dahulu anak menantu terlepas kerana tidak ada dalam senarai undang- undang yang lama, tetapi kali ini anak menantu kah, bapa saudara kah, emak saudara orang itu tidak terlepas. Ertinya kita secara peribadi perlu berhati-hati. Mereka yang ada kuasa lebih lagi berhati-hati. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, disebutkan penubuhan lima jawatankuasa seperti ramai yang disebut oleh rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua pada masa yang sama kerajaan mestilah juga melengkapkan SPRM ini dengan sumber yang cukup.

Saya gunakan pendekatan 4M dengan izin, man ataupun manusia, money, duit ataupun peruntukan, material ataupun bahan yang akan saya ulas kemudian kalau ada masa dan method, kaedah. Daripada segi staf dan kakitangan, Tuan Yang di- Pertua, setakat ini kita difahamkan bahawa BPR cuma ada 1,200 pegawai siasatan, 700 staf kumpulan sokongan. Berjumlah 1,900 dan di situ ada juga disediakan 30 pegawai pendakwa untuk rakyat Malaysia berjumlah 27 juta berbanding dengan Hong Kong 1,200 anggota dengan penduduk dia lebih kurang 7 juta. Alhamdulillah, dalam pembentangan rang undang-undang tadi disebut kerajaan akan tambah anggota dalam masa 5 tahun kepada 5,000 staf dan tahun ini JPA telah pun meluluskan, kerajaan telah pun meluluskan 500 orang. Tahun depan, 2009 seramai 900 orang. Kepada saya Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah juga lebih menarik golongan yang berlatar belakangkan kelulusan ikhtisas ataupun profesional untuk menyertai SPRM ini. Ya lah, kita pun sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak bersungguh-sungguh untuk menyertai SPRM ini, sebab itu saya simpati dengan pegawai SPRM ini, kalau tak ya, ya, hilang saudara, hilang kawan kerana walaupun niat mereka bersih, walaupun mereka bertugas untuk negara tetapi ramai juga yang memandang serong kepada mereka. Saya ada ramai kenalan, tidak ramai, ada lah beberapa kenalan pegawai BPR. Mereka selalu menyatakan kepada saya mereka terpaksa kadang-kadang mengasingkan diri daripada masyarakat kerana mereka sering dipandang serong oleh sekumpulan masyarakat. Kepada saya Tuan Yang di-Pertua, pegawai SPRM perlu lebih komited dan mahir dalam mengendalikan siasatan lebih-lebih lagi dalam dunia IT. Dalam dunia IT yang kompleks, dalam amalan rasuah di mana kita sedia maklum biasanya Tuan Yang di-Pertua, pengamal rasuah ini sangat bijak membaca kaedah penyiasatan BPR ataupun pegawai pencegah rasuah baik dulu ataupun sekarang dan saya yakin pada

masa-masa akan datang. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut ini kerana kita perlu pegawai SPRM yang komited, kita perlu pegawai SPRM yang mahir. Saya mengambil satu contoh yang mudah. Contohnya, lembaga tender. Bergantung sepenuhnya kepada laporan teknikal ataupun jawatankuasa penilai tender. Ini saya ambil satu contoh saja Tuan Yang di-Pertua. Laporan teknikal dibuat oleh pegawai ataupun kumpulan pegawai. Jawatankuasa tender hanya bergantung kepada laporan pegawai penilai tender, jawatankuasa penilai tender ataupun laporan teknikal semata- mata. Saya tidak nampak sejauh mana lembaga tender boleh baca semua sekali dokumen tender dalam masa yang singkat untuk memutuskan suatu tender di mana semuanya bergantung kepada laporan jawatankuasa penilai tender ataupun laporan teknikal pegawai yang menyediakan laporan tersebut. Keraguan di sini Tuan Yang di- Pertua ialah laporan teknikal yang disediakan oleh mereka yang sebenarnya amat profesional dan berkemahiran untuk disanggah ataupun untuk dinafikan oleh lembaga tender. Ini satu contoh. Mungkin Tuan Yang di-Pertua, mungkin berlaku pakatan antara pegawai berkenaan dengan kontraktor. Buktinya Tuan Yang di-Pertua ialah, ini bukannya saya bercakap tanpa fakta. Buktinya semaklah kontraktor di seluruh Malaysia ini. Mengapa hanya satu-satu kontraktor sahaja yang mendapat projek yang banyak? Walaupun Tuan Yang di-Pertua, Surat Pekeliling Perbendaharaan menetapkan asas-asas penilaian tender seperti berikut: (i) petender memenuhi syarat dalam dokumen tender. Saya setuju; (ii) menilai kemampuan teknikal petender seperti kakitangan profesional dan teknikal, pengalaman dan rekod kerja, projek dalam tangan dan logistik seperti jentera dan sebagainya; (iii) kemampuan kewangan, modal pusingan, kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan. Ini saya baca dalam pekeliling tersebut; dan (iv) menganalisis harga tender, mengambil kira tempoh siap dan tawaran yang paling menguntungkan kerajaan. Akan tetapi soalnya Tuan Yang di-Pertua, adakah pekeliling tersebut telah dipatuhi? Adakah pekeliling tersebut mampu dinilai oleh lembaga tender kerana lembaga tender hanya bergantung kepada laporan daripada pihak pegawai. Ertinya Tuan Yang di-Pertua, bilangan anggota yang ramai sahaja seperti yang saya sebut tadi, bilangan anggota yang ramai sahaja tidak cukup untuk memastikan keberkesanan penyiasatan tetapi SPRM memerlukan kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu untuk menyiasat sesuatu kes. Cadangan saya ialah kerajaan boleh menawarkan pegawai yang berpengalaman daripada jabatan-jabatan lain dengan skim gaji yang lebih baik kepada mereka untuk menyertai SPRM kerana Tuan Yang di- Pertua, kalau kita ambil pegawai bekerja dengan SPRM tanpa pengalaman, tanpa pendedahan secara langsung dalam bidang-bidang kerja yang tertentu, saya tidak nampak Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh benar-benar berfungsi sebagai pegawai penyiasat. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, JPA hendaklah turut komited. Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah turut komited untuk membantu SPRM dalam merealisasikan hasrat kerajaan. Ertinya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya habiskan, habiskan Yang Berhormat.

Bagi saya seminit dua. JPA janganlah kedekut sangat. Saya, Tuan Yang di-Pertua selalu menerima aduan daripada jabatan- jabatan lain, kata mereka semuanya dikawal oleh JPA. Dalam hal ini Tuan Yang di- Pertua, saya minta supaya JPA jangan terlalu cerewet untuk memenuhi permintaan daripada SPRM. Satu minit Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga daripada segi peruntukan. Peruntukan 2008 untuk BPR cuma RM146.7 juta. Tahun depan RM161 juta berbanding dengan Hong Kong, tahun depan sahaja USD66, satu jumlah yang banyak. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya fikir untuk tahun-tahun akan datang

lebih-lebih lagi lima tahun akan datang, kita sepatutnya mengadakan bajet yang lebih besar. Kita tak perlu bajet yang kecil tetapi kita rugi daripada segi perbelanjaan yang lain. Maksudnya biar kita belanja besar untuk SPRM tetapi kita dapat selamatkan harta negara. Mungkin RM10 bilion, mungkin RM100 bilion kerana kalau kita Tuan Yang di- Pertua, kalau kita boleh adakan peruntukan bajet untuk SPRM katakanlah setengah bilion, insya-Allah kita dapat selamatkan harta negara RM50 bilion. Yang ini Tuan Yang di-Pertua, yang penting saya nak sebut. Oleh kerana masa tak cukup Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Subang.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini yang cukup penting. Hakikat Perdana Menteri telah ambil keputusan untuk bentangkan rang undang-undang ini menunjukkan bagi saya satu pengakuan bahawa masalah rasuah sudah jadi cukup parah dan ini juga dibuktikan dengan fakta-fakta dan statistik yang telah diberikan oleh Ahli-ahli lain dalam perbahasan yang telah berlaku. Sebagai contoh, tinjauan Morgan Stanley menunjukkan USD100 bilion telah dibazirkan dalam 20 tahun yang lalu.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

PEMUDAH juga telah mengesahkan setiap tahun kita bazirkan RM10 bilion akibat rasuah dalam negara ini. Jadi, bagi saya tidak ada seorang ahli di Dewan yang mulia ini saya nampak yang akan membantah rang ini secara keseluruhan. Tidak ada seorang pun, baik daripada Barisan Nasional atau pun daripada Pakatan Rakyat. Namun, memang kita lihat ada beberapa aspek, ada beberapa peruntukan kita melihat ada beberapa kelemahan dan boleh diperbaiki dan ada peruntukan yang baik yang boleh kita masukkan untuk memperkuatkan lagi rang ini Tuan Yang di-Pertua. Ini yang saya memohon kepada rakan-rakan di sana di Barisan Nasional untuk menimbang supaya boleh bersama-sama meluluskan satu Rang Undang-undang SPRM ini yang cukup baik, yang mungkin lebih baik daripada apa yang dibentangkan. Saya berharap perbincangan, keputusan yang kita akan buat tidak akan macam merupakan perbahasan kita dengan pindaan Rang Undang-undang AUKU. Di mana kita melihat perbezaan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat jauh dari segi prinsip. Pakatan Rakyat kita mahu demokrasi lengkap untuk pelajar-pelajar universiti. Dari segi Barisan Nasional mereka belum sedia lagi untuk memberi kebebasan itu hanya sedia memberi kelonggaran sedikit. Jadi perbezaan itu kita dapat membina satu bridge dengan izin. Akan tetapi saya harap dalam kes ini dalam rang undang-undang ini kita tidak ada pengalaman yang sama sebab dari segi prinsip semua bersikap bersama. Kita mahu satu rang undang-undang ini diluluskan, kita mahu suruhanjaya ini. Namun begitu, harapan saya Tuan Yang di-Pertua adalah rakan-rakan daripada Barisan Nasional akan menimbang cadangan-cadangan yang dibuat daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, menimbang setiap cadangan itu dari segi meritnya dan bukan dari segi siapa yang memberinya. Kita harap dalam perbahasan Jawatankuasa kita boleh menimbangnya secara terperinci. Tuan Yang di-Pertua, saya telah melihat rang undang-undang ini ada banyak persamaan dengan Akta 1997 yang diluluskan oleh Dewan ini. Kita menambahkan dua seksyen. Seksyen baru adalah berkaitan dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah berbahas panjang lebar tadi. Dua kesalahan baru, seksyen 18 , seksyen 22. Hukuman mandatori 14 hari dibatalkan dan beberapa fine tuning dengan izin yang dibuat dalam rang undang-undang ini. Saya pergi pertamanya dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada isu jawatankuasa-jawatankuasa dalam seksyen 13, seksyen 14 dan seksyen 15. Bagi saya sudah cukup telah disebut tentang keanggotaan dalam jawatankuasa itu. Saya tidak mahu mengulangi isu itu tetapi saya mahu sebut sedikit tentang isu laporan yang dibuat oleh badan-badan ini.

Tuan R.SivarasaPKR · PHSubang

Kita melihat di seksyen 11, Ketua Pesuruhjaya akan membuat satu laporan tahunan untuk suruhanjaya. Itu satu laporan yang cukup penting, laporan tahunan untuk suruhanjaya. Setiap tahun apa yang dibuat dan sebagainya. Selepas itu kita melihat lembaga nasihat akan buat laporan tahunan dan juga jawatankuasa khas akan meneliti laporan tahunan daripada SPRM dan buat laporan mereka sendiri dan itulah yang di bentang di Parlimen. Ini luar biasa. Ini saya kurang faham. Nampak macam kita tidak boleh melihat laporan asalnya. Laporan tahunan yang dibuat oleh suruhanjaya sendiri, Ketua Pesuruhjaya. Nampak macam kita ialah anak-anak yang tidak boleh melihat satu buku dewasa. Apakah susahnya laporan asal itu laporan yang dibuat oleh SPRM ini sendiri di bentang di sini di Parlimen. Itulah cadangan saya kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Saya ingin mencadangkan di sini Tuan Yang di-Pertua, semua laporan yang dibuat baik oleh Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah di seksyen 13. Laporan di bawah jawatankuasa khas seksyen 14, biar semua laporan ini dibentangkan di Parlimen untuk dilihat di sini dan yang penting kita mesti ada peruntukan khas supaya laporan itu di bahas di Parlimen bukan sahaja di bentang. Setiap kali kita bermesyuarat kita ada berpuluh, beratus-ratus laporan di sini tetapi kita tidak ada peluang untuk berbahas. Saya lebih suka kalau kita ada peruntukan khas laporan ini adalah cukup penting daripada badan cukup penting dan laporan itu di bahas di sini. Berkaitan dengan keanggotaan, saya ada satu pandangan bahawa kalau kita mahu jawatankuasa dan badan ini bertindak secara bebas, kita mesti ada dengan izin security of tenure untuk mereka. Jadi pelantikan mereka mesti di jamin untuk tempoh itu dan kalau mereka akan diberhentikan itu mesti ada satu proses yang jelas dan proses seperti mana proses yang kita ada dalam perlembagaan untuk memberhentikan anggota-anggota SPR dan sebagainya. Jaminan itu mesti ada, yang kita belum ada lagi. Kalau kita ada dan itu akan memberi keyakinan lebih kuat bahawa mereka akan bertindak sebagai satu check and balance yang lebih berkesan daripada apa yang kita lihat sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi sekarang kepada kuasa siasatan dan kuasa pendakwaan yang kita melihat dalam rang undang-undang ini. Banyak telah disebut tentang kuasa pendakwaan. Kita melihat di sini masih akhirnya kata putus tentang pendakwaan masih di tangan pendakwa raya atau Attorney-General, dengan izin. Ini masih merupakan satu masalah walaupun kita mengakui Perlembagaan Persekutuan masih ada itu Perkara 145 dan kita tidak boleh lari daripada itu. Akan tetapi rakan-rakan di sana dan Menteri telah beri jaminan amalan ialah kuasa pendakwaan akan di laksana oleh SPRM. Kita menerima itu dengan baik. Namun, gambaran yang diberi di seksyen 58 ialah setiap keputusan akan dirujuk kepada Peguam Negara, itu yang masalah sekarang. Ada satu masalah lagi. Apabila kita teliti seksyen-seksyen berkaitan dengan kuasa siasatan, dan saya ambil satu sebagai contoh seksyen 31. Seksyen 31 – Kuasa Untuk Memeriksa, Menggeledah dan Menyita. Saya baca dengan izin yang pertamanya, 31(1); “Bilamana ternyata pada pendakwa raya atau seorang pegawai suruhanjaya yang berpangkat Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh pendakwa raya dan...” Jadi ini bermaksud, kuasa untuk memeriksa, menggeledah, menyita itu tidak boleh dibuat oleh anggota SPRM ini tanpa kelulusan daripada pendakwa raya, AG sendiri bukan DPP di SPRM, AG sendiri ataupun pegawai yang diberi kuasa oleh beliau. Apakah implikasi ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Segambut.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Subang apa pendapat Yang Berhormat Subang mengenai kuasa pendakwa raya daripada BPR untuk menahan atau mendakwa Peguam Negara dalam rang undang-undang ini? Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Menahan dan mendakwa. Itu adalah soalan yang cukup menarik dan saya akan cuba menjawab. Namun, biar saya menerangkan kuasa-kuasa siasatan ini dahulu. So, serupa demikian kita melihat di seksyen 35,

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

dengan izin saya baca dalam Inggeris, Investigations of shares and Purchased Account. Seksyen 38 – Seizure Immovable Property.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Seksyen 39 – Prohibition of dealing with property outside Malaysia, seksyen 43 – Power to intercept communications; seksyen 44 - Surrender of travel documents, Seksyen 45 – Power to amend or revoke any order or notice under this Act. Semua ini adalah kuasa penting, kuasa siasatan. Akan tetapi dalam semua peruntukan ini kuasa itu mesti dirujuk balik kepada Peguam Negara ataupun pegawai yang diberi kuasa oleh beliau. Jadi ini jelas memberi gambaran, bukan gambaran, ini hakikat rang undang- undang ini. Kuasa siasatan sekarang adalah dikawal oleh Peguam Negara. Jadi macam mana kita boleh memberi keyakinan kepada orang awam? Inilah satu badan yang bebas seperti yang tersebut dalam tujuannya di seksyen 2(a). “Menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab. Peruntukan-peruntukan terperinci tidak memberi keyakinan ini”. Pendakwaan itu lain. Itu lain cerita, tidak mengapa. Kita kata putus pendakwaan akhirnya dalam tangan Peguam Negara. Kita akui itu, kita terima. Akan tetapi macam mana dengan siasatan? Siasatan masih dikawal oleh dia. Dia boleh berhentikan, dia boleh arahkan. Itu jelas dan ini jauh beza dari realiti di Hong Kong, kalau saya ada Akta Hong Kong di sini. Saya telah baca, jauh bezanya. Apabila kita katakan, kita ikut amalan Hong Kong, itu jauh beza. Amalan Hong Kong jelas. Semua kuasa siasatan ini dilakukan oleh ICAC. Tidak perlu rujuk kepada Attorney-General. Hanya kata putus atas pendakwaan. Keputusan pendakwaan, dia rujuk kepada AG, itu lain. Akan tetapi di sini, AG boleh kawal setiap proses itu. Jadi sama ada boleh tahan atau boleh dakwa, tahan AG boleh, tetapi pendakwaan mungkin dia boleh halang sebab dia sendiri akan arahkan, “You tak boleh mendakwa saya”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah kerisauan saya tentang seksyen-seksyen itu, tentang kuasa siasatan dan saya merayu kepada Ahli-ahli di Dewan ini kita mesti buat pindaan kepada perkara ini kalau kita mahu membentuk satu badan yang bebas. Saya pergi sekarang kepada beberapa peruntukan lain yang telah membangkitkan kebimbangan daripada beberapa rakan tadi dalam ucapan yang bagi saya Tuan Yang di-Pertua, the rights to silence, dengan izin. Ini satu isu yang penting. Akan tetapi, di sini kita melihat seksyen 53, seksyen 62 di mana defence statement itu diperlukan. Kesemua ini adalah peruntukan yang tidak harus ada dalam rang undang-undang ini. Peruntukan itu melanggar secara terus hak seseorang tertuduh. Peruntukan semacam ini tidak ada dalam undang-undang Hong Kong. Jadi saya pun kurang faham bila Yang Berhormat Menteri kata, “Ini ikut Hong Kong”. Hong Kong tidak ada. Kalau you cuba membuat peruntukan semacam ini di Hong Kong, itu akan dibantahi dengan sekeras-kerasnya sebab mereka ada Bill of Rights mereka. Mereka mengiktiraf taraf-taraf antarabangsa untuk hak asasi. Mereka tidak akan menerima peruntukan semacam ini di mana saya nampak Yang Berhormat Pokok Sena sudah bangkitkan isu, Yang Berhormat Batang Sadong sudah membangkitkan kerisauannya. Saya pun bersetuju peruntukan semacam ini seharusnya tidak ada. Saya mengakui itu ada. Bukan semua, rights to silence, section 53 itu ada di akta 1997. Itu betul. Akan tetapi kita kena betulkan ini sekarang. Mengambil peluang ini sebab rang undang- undang ini dibentangkan sekali lagi. Kita ambil peluang ini untuk membetulkan apa yang kita buat salah pada tahun 1997. Begitu juga dengan Seksyen 46 iaitu untuk memaksa seorang peguam untuk memberi maklumat tentang anak guamnya. Itu ada di akta dahulu dan itu pun salah. Sekarang kita haruslah betulkan dan batalkannya dari akta ini. Ini pun tidak ada di undang-undang di Hong Kong. Hong Kong tidak langsung, seksyen dia jelas. Seksyen 18 dengan jelas melarang apa-apa yang kita sebutkan di sini iaitu memaksa peguam untuk memberi maklumat kepada SPRM tentang anak guam dia. Jadi kita kena faham, macam mana kita selalu kata kita ikut Hong Kong dalam hal ini manakala kita buat yang sebaliknya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya gulung Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya ada dua perkara lagi dengan izin. Ada yang baik di Hong Kong yang sebagai contoh mereka ada peruntukan untuk kesalahan, dengan izin, seksyen 10(1) of the Bribery Ordinance. Possession by a government

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

servant of unexplained property. Inilah keadaan di mana kakitangan kerajaan itu ada harta yang cukup besar, tidak selaras dengan pendapatan. Itu boleh didakwa. Kenapa itu yang baik, itu yang cukup berkesan untuk mencegah rasuah dalam undang-undang mereka, kita tidak ambil dan masuk dan tidak ada yang tidak baik kita masuk. Dalam ucapan kita, kita kata kita ikut Hong Kong. Yang ini saya kurang faham dalam secara ringkas. Akhirnya dengan satu peruntukan lagi seksyen 27, kita ada peruntukan di mana apabila ada laporan yang palsu. Itu adalah satu kesalahan saya nampak. Definisi itu amat luas dan perlu kita ketatkan definisi yang merupakan satu laporan palsu itu. Ini adalah sebab dalam keadaan sekarang, seksyen 27 itu boleh ada effect di mana laporan mencegah rasuah tidak akan dibuat sebab ada risiko yang banyak dan besar supaya kita tidak boleh dituduh. Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan berhujah bahawa ini seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan lain iaitu kita boleh membuat satu undang-undang yang baik tetapi akhirnya adalah pelaksanaan dia. Dari segi pelaksanaan, saya ingin mengakhiri dengan mengingatkan satu kejadian rasuah yang didedahkan pada tahun 1998 tetapi sampai sekarang belum ada apa-apa tindakan dilakukan dan saya berharap selepas SPRM ini dibina, kita akan melihat tindakan. Contoh itu adalah seperti ini, “Pada tahun 1998, ini berkaitan dengan kes V. K. Lingam. Amalan rasuah didedahkan oleh kakitangan V. K. Lingam sendiri. Bekas Setiausaha beliau dan adik beliau telah memberi statement kepada BPR dengan jelas bahawa macam mana rasuah dilakukan kepada beberapa hakim kanan. Macam mana duit itu diambil daripada bank mereka, dibawa dalam beg kepada mereka, rumah yang mana, siapa yang bawa semua diberitahu pada tahun 1998.” Pada tahun lepas keterangan ini juga didedahkan sekali dalam prosiding suruhanjaya rakaman video V. K. Lingam itu. Semua itu didedahkan sekali lagi. Akan tetapi sampai sekarang kita tidak melihat seorang hakim pun didakwa di mahkamah. Jadi inilah saya berharap undang-undang ini kita tidak akan melihat sebagai satu atas kertas sahaja tetapi kita akan melihat satu komitmen yang cukup serius dari pihak kerajaan untuk membanteras rasuah. Dengan itu saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kimanis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah pun memberi saya peluang untuk mengikuti perbahasan rang undang- undang ini dan saya juga mengalu-alukan hasrat kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menunjukkan kesungguhan untuk mengemukakan rang undang-undang ini pada masa yang tepat dan perlu. Maka saya meminta sedikit masa Tuan Yang di-Pertua oleh sebab rang undang-undang ini adalah penting dan saya sendiri tidak begitu faham tentang beberapa frasa yang telah pun dikemukakan. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak-pihak yang tertentu supaya boleh memberi penjelasan dan sebaliknya pula saya boleh memberi penjelasan kepada rakyat-rakyat di kawasan saya dan juga rakyat-rakyat khasnya di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 2 rang undang-undang ini menggariskan matlamat utama, rang undang-undang ini ialah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegah rasuah yang bebas dan bertanggungjawab. Begitu juga mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam, swasta dan juga komuniti. Merujuk kepada peruntukan seksyen 2(a), Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan menubuhkan suatu Badan Pencegah Rasuah yang bebas dan bertanggungjawab? Badan Pencegah Rasuah hendak dijadikan bebas dan bertanggungjawab daripada pihak mana dan apakah masalah utama ataupun kekurangan yang ada pada Badan Pencegah Rasuah yang sedia ada yang hendak dipertingkatkan?

Bagi tujuan mencapai hasrat ini dalam seksyen 2(a) rang undang-undang, seksyen 5(6) telah digubal untuk memberikan apa-apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh pendakwa raya bagi maksud akta ini. Seksyen 5(6) dengan izin, “The Chief Commissioner shall have all the powers of an officer of the commissions and shall have such powers of a deputy public prosecutor as authorized by the public prosecutor for the purpose of this Act.” Daripada peruntukan ini persoalan yang nyata lagi ialah adakah rang undang- undang ini bertujuan menjadikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Anti Rasuah ini segala kuasa yang dimiliki oleh timbalan pendakwa raya sebagaimana yang telah diberi oleh pendakwa raya supaya Ketua Pesuruhjaya ini bebas daripada pengaruh pendakwa raya. Kalau benar sedemikian adakah mencukupi dengan menggubal seksyen 5(6) sedemikian rupa. Kita hendaklah merujuk kepada perundangan substantif berkaitan dengan pendakwa raya dan kuasa-kuasa pendakwa raya. Perundangan substantif ini berkaitan dengan pendakwa raya dan kuasa-kuasanya adalah bab 37 Kanun Tatacara Jenayah disemak tahun 1999, Akta 593 KTG dengan tajuk Pendakwa Raya. Seksyen 376 KTG memperuntukkan 376(1) dengan izin, “The Attorney- General shall be the public prosecutor and shall have to control and direction of all criminal prosecution and prosiding under this code”. Selepas itu “Solicitor general dan juga the public prosecutor may appoint fit and proper person to be deputy public prosecutor who shall be under the general control and direction of the public prosecutor and may exercise all or any of the rights and powers vested in or an exercisable by the public prosecutor by or under this code or any other written law except any rights of powers expressed to be exercisable by the public prosecutor personally and may designate any of such deputy public prosecutors as senior deputy public prosecutors”. 3(a) juga, “The public prosecutor may appoint fit and proper persons to be assistant public prosecutor and so on” Jadi, the rights and powers vested in or accessible by the public prosecutor of subsection 3 dan 68(2) shall be exercisable by the public prosecutor personally”. Manakala Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 377 KTG pula memperuntukkan berkaitan pengendalian pendakwaan di mahkamah itu. Seksyen 377,’’Every criminal prosecution before any court and every enquiry before a magistrate shall subjected to the following section being conducted by the public prosecutor, Senior Public Prosecutor, deputy public prosecutor or assistant public prosecutor, advocate dan selainnya. Jadi, apa yang saya hendak tanya seksyen 378 dan 380(a) KTG pula memperuntukkan, seksyen 378, “No person shall appear on behalf of the public prosecutor on any criminal appeal other than the public prosecutor, a senior public prosecutor or deputy public prosecutor”. Seksyen 380(a), seksyen 377 and 380, “Shall prevail not withstanding any inconsistency with any other written law.” Jadi, komen saya, Tuan Yang di-Pertua yang saya tidak jelas daripada peruntukan-peruntukan seksyen 376, 377, 380(a) KTG itu adalah jelas bahawa kuasa untuk pendakwa raya memberikan kuasanya kepada orang lain amatlah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat khusus. Seksyen 376 jelas mengatakan orang yang hendak diberi kuasa oleh pendakwa raya mestilah seorang yang dengan izin, “fit and proper person” dan orang itu hendaklah menjadi seorang timbalan pendakwa raya dan orang itu hendaklah dengan izin, “Shall be under the general control in direction of the public prosecutor and may exercise all or any of the rights and powers vested in or exercisable by the public prosecutor by or under this code or any other written law except any rights or powers expressed to be accessible by the public prosecutor personally” Jadi seksyen 376 KTG, tiada peruntukan yang memberi kuasa kepada pendakwa raya untuk memberi kuasanya kepada mana-mana orang lain untuk menjalankan kuasanya selain daripada seorang timbalan pendakwa raya. Persoalan yang timbul ialah bagaimana boleh pendakwa raya memberi kuasa kepada Ketua

Pesuruhjayanya untuk menjalankan apa-apa kuasa timbalan pendakwa raya sedangkan seksyen 376 KTG tidak memberi kuasa kepadanya untuk berbuat sedemikian. Persoalan yang seterusnya ialah boleh Ketua Pesuruhjaya terus kekal dengan status sebagai Ketua Pesuruhjaya Anti Rasuah yang mempunyai kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa seorang timbalan pendakwa raya sedangkan untuk membolehkan ia memberi kuasa yang sedemikian ia hendaklah dilantik sebagai seorang timbalan pendakwa raya dan hendaklah tertakluk kepada segala arahan dan kawalan pendakwa raya. Dalam keadaan sedemikian bolehkah Ketua Pesuruhjaya dikatakan bebas daripada mana-mana pihak lain dan bolehkah tujuan asal rang undang-undang ini dicapai. Seksyen 377 KTG juga adalah satu-satunya punca kuasa yang membolehkan pendakwa raya memberi kuasa kepada mana-mana orang lain daripada timbalan pendakwa raya untuk menjalankan kuasa-kuasa pendakwa raya tetapi kuasa cuma terhad kepada menjalankan pendakwaan di mahkamah sahaja dan bukan selain daripada itu. Seksyen 380(a) KTG pula dengan jelas memperuntukkan sekiranya mana- mana undang-undang lain bercanggah dengan peruntukan seksyen 377 dan 380 kanun tersebut, seksyen 377 dan 380 adalah terpakai, will prevail. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu pendakwa raya tidak boleh memberikan kuasa yang boleh memberikan kuasa yang diberikan kepada timbalan pendakwa raya kepada Ketua Pesuruhjaya di bawah seksyen 377 KTG. Adalah jelas bahawa seksyen 5(6) rang undang-undang ini melampaui atau exceeded kuasa yang diperuntukkan kepada pendakwa raya di bawah seksyen 377, KTG dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah berdasarkan peruntukan seksyen 380(a), KTG itu. Oleh itu saya mengatakan untuk membolehkan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kuasa menjalankan apa-apa kuasa timbalan pendakwa raya sebagaimana yang diberikan oleh pendakwa raya adalah tidak mencukupi untuk memperuntukkan peruntukan dalam seksyen 5(6) rang undang- undang ini. Pindaan susulan hendaklah dibuat ke atas seksyen 376, KTG yang dengan jelas memberikan kepada mana-mana orang lain untuk menjalankan kuasa timbalan pendakwa raya. Persoalan yang timbul ialah adakah pendakwa raya sanggup memberikan kuasa yang diberikan kepada timbalan pendakwa raya kepada mana- mana orang lain sedangkan orang itu tidak menjadi seorang timbalan pendakwa raya dan adalah bebas daripada arahan dan kawalan pendakwa raya. Ini merupakan perkara dasar yang hendaklah diputuskan oleh pendakwa raya. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Parlimen masih berniat memberikan kuasa sedemikian kepada Ketua Pesuruhjayanya, pindaan sewajarnya hendaklah dibuat atas seksyen 376, KTG ini dan dengan sedemikian juga akan menjejaskan atau compromise kuasa pendakwa raya. Kita seharusnya ingat bahawa Seksyen 376(1) KTG, memperuntukkan bahawa Peguam Negara adalah bertindak sebagai pendakwa raya Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Repco Holdings Sdn. Bhd. telah memutuskan antara lain, apa-apa kuasa pendakwa raya yang dijalankan oleh mana- mana orang lain secara bertentangan dengan Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah. Pelaksanaan kuasa Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 145(3), Perlembagaan Persekutuan adalah diperuntukkan dalam bab 37, KTG iaitu seksyen 366, 367 dan 368 secara khususnya. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 5(4) memperuntukkan dengan izin. “The chief commissioner shall during his term of office as such, shall be deemed to be a member of the general public service of the Federation for purpose of discipline. Komen saya Tuan Yang di-Pertua, dan saya minta penjelasan, kenapa Ketua Pesuruhjaya hendaklah dianggap sebagai seorang penjawat awam dan dalam perkhidmatan Persekutuan hanya untuk tujuan disiplin sahaja. Mungkin saya tidak faham tetapi apa pengertian yang saya baca itu bahawa saya menganggap bahawa itu ertinya. Adakah juga bagi tujuan yang selain daripada disiplin beliau bukan merupakan seorang penjawat awam dalam perkhidmatan persekutuan berbanding dengan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah yang sedia ada. Adakah beliau seorang yang tidak menerima bayaran atau remuneration, dengan izin, daripada peruntukan awam atau public fund. Sekiranya bagi maksud selain daripada disiplin, beliau bukan merupakan

penjawat awam dalam perkhidmatan Persekutuan apakah status beliau dan adakah peruntukan akta ini boleh terpakai ke atasnya. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 6(4) juga memperuntukkan dengan izin, “Every officer and junior officer of the Commission shall have such powers as may be provided for him under this act and shall be subject to the direction, control and supervision of the chief commissioner or any other officer of the commission superior to him in rank, and shall exercise his powers, perform his functions, and discharge his duties in compliance with such directions or instructions as may be specified orally or in writing by the chief commissioner or any other officer of the commission superior to him in rank”.

Tuan Yang di-Pertua, komen saya juga berkenaan dengan akta ini, rang undang-undang ini serta clause ini ialah, kenapa Ketua Pesuruhjaya atau mana-mana pegawai suruhanjaya tersebut yang lebih tinggi pangkatnya berbanding dengan pegawai dan pegawai muda suruhanjaya tersebut dibenarkan mengeluarkan arahan secara lisan atau bertulis. Seksyen tersebut tidak mengehendaki apa-apa arahan yang dikeluarkan secara lisan hendaklah dituruti dengan dibuat secara bertulis dalam waktu yang terdekat ataupun munasabah. Saya sesungguhnya berpendapat dan percaya bahawa arahan-arahan yang dikeluarkan secara lisan adalah sukar untuk dikesan, akan apakah arahan yang telah dibuat, dikeluarkan, adalah satu pendekatan yang tidak telus dan adalah terdedah untuk disalahgunakan. Seksyen ini jelas membenarkan arahan diberikan secara lisan tanpa keperluan, diikuti dengan dibuat secara bertulis dan adalah tidak telus serta terdedah kepada penyalahgunaan. Bagaimanakah kita boleh menjamin sikap bertanggungjawab dalam suruhanjaya ini diamalkan apabila pegawai atasan diberi kuasa mengeluarkan arahan secara lisan tanpa dibuat secara bertulis kepada pegawai-pegawai di bawah beliau. Seksyen 13 memperuntukkan: “13.(1) The Commission shall be advised by an advisory board to be known as the Anti-Corruption Advisory Board; (3) The members appointed by the Yang di-Pertuan Agong shall be persons of integrity....” Komen saya Tuan Yang di-Pertua, petikan-petikan daripada peruntukan seksyen ini jelas menunjukkan bahawa suruhanjaya ini hendaklah menerima nasihat dan dinasihati daripada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang diwujudkan oleh seksyen ini. Perenggan (c) jelas sekali mengehendaki sebarang cadangan oleh suruhanjaya untuk meningkatkan efisiensi dan juga keberkesanan suruhanjaya hendaklah terlebih dahulu dikemukakan, diteliti dan disahkan or endorse, dengan izin, oleh Lembaga Penasihat itu. Ini bermakna bahawa Ketua Pesuruhjaya tidak bebas untuk melaksanakan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam perenggan (c), dan hendaklah menerima pengesahan daripada Lembaga Penasihat sebelum mengemukakan kepada Jawatankuasa Khas Rasuah di samping sentiasa boleh dinasihati oleh Lembaga Penasihat tersebut, perkara-perkara yang dinyatakan di dalam perenggan (a), (b), (d), (e) dan seksyen 13(5). Bagaimanakah sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas boleh diwujudkan dengan adanya campur tangan oleh Lembaga Penasihat ini? Lembaga Penasihat tidak seharusnya diberikan kuasa untuk mengesahkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya sebelum ia boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Rasuah. Kuasa pengesahan oleh Lembaga Penasihat adalah campur tangan dari luar secara langsung ke atas kuasa-kuasa suruhanjaya itu. Tambahan pula, peruntukan berkaitan kelayakan keahlian Lembaga Penasihat ini juga adalah terlalu umum dan tidak menjamin bahawa keanggotaan lembaga tersebut adalah bersesuaian dengan tujuan dan fungsi suruhanjaya ini. Sekiranya pemilihan dan pelantikan keanggotaan Lembaga Penasihat tidak dibuat secara berhati-hati, keadaan di mana Lembaga Penasihat tidak dapat menghayati kefahaman, sensitiviti dan keperluan suruhanjaya boleh berlaku perkara yang akan menjejaskan keupayaan, kewibawaan, kebebasan

suruhanjaya itu sendiri. Yang di-Pertuan Agong melantik mereka yang bersesuaian untuk dilantik menganggotai Lembaga Penasihat atas nasihat oleh Perdana Menteri. Sejauh manakah pelantikan anggota Lembaga Penasihat ini mampu membentuk sebuah Lembaga Penasihat yang bebas. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 14 menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Rasuah, yang dianggotai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tujuan Jawatankuasa Khas Rasuah ini ditubuhkan adalah dengan izin, 14(1)(a), (b), (c) dan (d) dan juga Jawatankuasa Khas ini terdiri daripada tujuh orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga pencalonannya dibuat oleh pemimpin Dewan Rakyat iaitu Perdana Menteri. Jawatankuasa Khas Rasuah ini akan menyediakan laporan tahunan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan kepada Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi sedikit komen tentang seksyen ini, bahawa keanggotaan Jawatankuasa Khas ini perlulah dibuat secara teliti bagi mewujudkan sebuah Jawatankuasa Rasuah yang seimbang, yang menempatkan perwakilan di dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini adalah untuk menjamin bahawa Jawatankuasa Khas Rasuah ini mampu melaksanakan fungsi-fungsi, tujuan penubuhan secara adil dan juga berkesan. Dengan cara ini kita akan mampu memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat melaksanakan fungsinya dengan bebas dan bertanggungjawab, justeru, mencapai tujuan penubuhan suruhanjaya ini. Seksyen 15 menubuhkan Jawatankuasa Aduan atau Complaints Committee yang dianggotai oleh lima orang yang dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab ke atas suruhanjaya ini. Tujuan Jawatankuasa adalah dengan izin, to monitor, to identify any weaknesses and so on and so forth. Saya juga ingin memberi komen Jawatankuasa Aduan ini hanya boleh menerima aduan ke atas salah laku oleh pegawai-pegawai suruhanjaya yang tidak menjurus kepada perlakuan perbuatan jenayah oleh pegawai-pegawai suruhanjaya. Kepada siapakah aduan salah laku pegawai-pegawai suruhanjaya yang menjurus kepada perbuatan jenayah hendak dilaporkan? Kepada siapakah Jawatankuasa Aduan memberi atau mengemukakan syor-syor berkaitan kelemahan di atas prosedur-prosedur kerja suruhanjaya ini, dan juga Tuan Yang di-Pertua, apakah suruhanjaya terikat untuk melaksanakan syor-syor ini oleh Jawatankuasa Aduan ini tanpa menjejaskan kebebasan suruhanjaya dan pada waktu yang sama memastikan Jawatankuasa Khas ini mampu mencapai tujuan penubuhannya. Kita harus berhati-hati apabila membentuk terlalu banyak badan untuk memantau suruhanjaya ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas dan bertanggungjawab. Terlalu banyak pemantauan dan kawalan akan menafikan status bebas dan kebertanggungjawaban suruhanjaya itu sendiri. Seksyen 29(4) memperuntukkan dengan izin, “ ...none disclosure of report relating to the Commission of an offence under this Act prior to the accused being charged in court unless with the consent of the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Commissioner and above.” Komen saya Tuan Yang di-Pertua, seksyen ini tidak mengehadkan jenis orang atau tujuan komunikasi kepada siapa maklumat aduan di bawah seksyen kecil 29(1), akta ini boleh dibuat. Saya berpendapat bahawa adalah wajar untuk dimasukkan peruntukan yang jelas kepada siapa dan untuk tujuan apa komunikasi ke atas report tersebut boleh dibenarkan, sebelum sesuatu pendakwaan dimulakan terhadap orang yang diadukan untuk mengelakkan impak negatif terhadap orang yang diadukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

Ya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana rang undang-undang itu begitu penting, maka saya tidak akan dapat menjelaskan dan tidak faham, oleh itu izinkan sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Maxim undang-undang bahawa dengan izin, every person shall be deemed to be innocent until proven guilty. Hendaklah dihormati dan dipertahankan, tambahan lagi tidak ketentuan

nyata bahawa pendakwaan akan dibuat terhadap orang yang diadukan itu. Jika keadaan spesifik tidak dapat dilakukan, tiada justifikasi untuk maklumat dalam report tersebut didedahkan kepada mana-mana pihak dalam tujuan apa sekalipun. Seksyen 30, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan power to examine persons. Seksyen ini memberi kuasa kepada suruhanjaya yang menyiasat kesalahan di bawah rang undang-undang ini untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana orang untuk mengumpulkan maklumat-maklumat buku, akaun, rekod, dokumen, data dan sebagainya dan perakuan bertulis secara bersumpah tentang apa-apa maklumat yang dapat membantu siasatan. Seksyen 30(5) mewajibkan orang yang dikeluarkan perintah di bawah Seksyen 30(1) untuk memberikan maklumat yang diarahkan, walaupun ia mungkin mendedahkan dirinya atau pasangannya (spouse) kepada berlaku perbuatan jenayah. Seksyen 30(6) mengehendaki semua orang yang dikeluarkan arahan, mematuhi arahan tersebut walaupun arahan itu bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis atau prinsip undang-undang, ataupun rule of law. Seksyen 30(9), memperuntukkan mana-mana maklumat, dokumen, data rekod dan sebagainya dan perakuan bertulis secara bersumpah diberikan oleh mana-mana orang yang dikeluarkan arahan dalam perenggan 1. Seksyen 30 hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan di mahkamah, walaupun ia boleh mengakibatkan pemberi maklumat itu atau mana-mana orang lain yang didakwa di atas kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau hartanya disita dan peruntukan undang-undang bertulis lain dan prinsip undang- undang rule of law yang bertentangan dengan peruntukan ini adalah tidak terpakai. Tuan Yang di-Pertua, komen saya adalah jelas bahawa peruntukan Seksyen 30 rang undang-undang ini bercanggah secara terang-terang dengan peruntukan Akta Keterangan 1950 yang melindungi komunikasi profesional ataupun profesional communication. Seksyen 126, Akta Keterangan iaitu komunikasi antara suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka. Seksyen 122 Akta Keterangan dan berkaitan perlindungan daripada mengemukakan apa-apa dokumen, rekod, data dan sebagainya selagi ia tidak menjadi pihak kepada sesuatu perbicaraan melainkan dia bersetuju untuk berbuat demikian. Seksyen 130, Akta Keterangan.

Apakah keterangan yang diterima secara bertentangan dengan peruntukan- peruntukan Akta Keterangan tersebut adalah tidak boleh diterima masuk dalam perbicaraan. Nampaknya peruntukan seksyen 30 telah digubal begitu rupa untuk membolehkan pegawai penyiasat suruhanjayanya mendapatkan maklumat-maklumat dan record, document, data dan sebagainya dan perakuan secara bertulis dan bersumpah yang ia tidak mungkin boleh peroleh peruntukan undang-undang bertulis dan prinsip undang-undang berkaitan keterangan circumvention. Apa yang ketara Tuan Yang di-Pertua ialah prinsip keadilan yang telah terbentuk dan diamalkan menerusi undang-undang bertulis dan prinsip undang-undang yang berkaitan keterangan telah diketepikan secara keras dan rang undang-undang mula memperlihatkan kekerasan draconian. Adakah efficiency kebebasan dan kebertanggungjawaban hanya boleh dicapai menerusi menggubal undang-undang yang berbentuk dengan izin, draconian. Kita tidak seharusnya mengorbankan prinsip undang-undang rule of law dan mengetepikan undang-undang bertulis yang telah berkembang secara sekian lamanya yang telah mampu mewujudkan keadilan semata-mata mahu memastikan Suruhanjaya ini mencapai tugasnya. Sekiranya hak-hak yang dilindungi oleh mana-mana undang- undang bertulis berkaitan dengan hak asasi dilindungi di bawah Perlembagaan seperti Perkara 5, kebebasan pergerakan dan Perkara 8, hak kesamarataan di sisi undang- undang peruntukan seksyen 30(6) dan (9) adalah terbatal setakat sejauh mana peruntukan tersebut bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini. seksyen 30(1) Tuan Yang di-Pertua (3), “power of seize and seizure or any officer of the Commission of the rank of Chief Assistant Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor.”

Komen saya Tuan Yang di-Pertua, subseksyen ini melampaui kuasa Pendakwa Raya di bawah seksyen 37(6) KTG dan adalah ultra vires seksyen 37 dan bercanggah dengan seksyen 380 A Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah di atas alasan yang dinyatakan dalam komen di perenggan 8 di atas kerana Pendakwa Raya tidak boleh berikan kuasanya kepada orang luar lain selain daripada Timbalan Pendakwa Raya selain kuasa khusus yang dinyatakan dalam seksyen 37 Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 25(1) Tuan Yang di-Pertua, mewajibkan mana-mana orang yang ditawarkan atau menerima atau dijanjikan dan juga seksyen 25(2) menjadikan kesalahan kepada sesiapa yang gagal mematuhi seksyen 25(1) boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun dan kedua-duanya sekali. Bagi kegagalan mematuhi seksyen 25(3) adalah menjadi kesalahan di bawah seksyen 25(4) di mana didenda RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Komen saya Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang menerima suapan dan tidak melaporkannya nampaknya peruntukan rang undang-undang ini mendapati tujuan untuk menghukum mereka yang menerima suapan. Tetapi bagi mereka yang cuma ditawarkan atau dijanjikan suapan tetapi tidak melaporkannya kesalahan yang dilaporkan dalam seksyen 25(2) adalah terlalu keras. Tujuan rang undang-undang ini adalah untuk membasmi rasuah khususnya mereka yang bertanggungjawab memberi rasuah atau menerima atau meminta dirasuahkan. Peruntukan seksyen 25 rang undang-undang ini menjadikan orang yang ditawarkan rasuah atau daripada diminta memberi rasuah juga melakukan kesalahan. Mereka yang sering...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

....Terjebak dalam keadaan ini adalah penjawat awam yang kerjanya adalah menghadapi orang ramai seperti petugas kaunter, polis, pegawai kastam dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Ya, saya akan gulung Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana ini adalah penting, dan walau bagaimanapun izinkan saya meneruskan Tuan Yang di-Pertua, adakah contoh pegawai polis yang menahan kesalahan trafik yang kemudiannya menawarkan suapan kepadanya supaya tidak mengeluarkan saman kepada pesalah trafik itu melakukan kesalahan apabila ia enggan menerima suapan tersebut, tetapi terpaksa menggunakan budi bicara membebaskan pesalah itu untuk memberikan ia peluang untuk membetulkan kesalahan, tetapi melakukan tawaran suapan oleh pesalah trafik itu kepada pegawai suruhanjaya yang paling hampir dengannya. Jika ini adalah niat penggubal rang undang-undang ini, maka tidak mustahil kiranya setiap hari pegawai suruhanjaya hanya melayan penjawat awam yang melakukan perkara-perkara dalam seksyen 25(1) dan (3) rang undang-undang ini. Ahli- ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya rang undang-undang yang dibentangkan ini mempunyai niat murni untuk membasmikan rasuah dan mempertingkatkan integriti awam dan swasta dan berfungsi secara bebas dan bertanggungjawab. Akhirnya menjadi sebuah institusi yang dilengkapkan dengan segala kuasa yang mengetepikan prinsip undang-undang, rule of law dan mana-mana undang-undang yang bertulis yang bertentangan dengannya. Tertakluk kepada nasihat dan pengendorsan oleh sebuah lembaga penasihat menyediakan dan melaporkan segala aktiviti tahunan pada asasnya sentiasa tertakluk kepada Perdana Menteri. Menyediakan peruntukan melakukan kesalahan yang tidak membezakan antara perbuatan salah berbanding orang yang menyediakan kuasa budi bicara. Rang undang-undang ini dengan sendirinya bertukar menjadi satu rang undang-undang yang begitu keras yang saya katakan tadi berbentuk draconian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Dengan itu saya mengesyorkan supaya kajian yang lebih teliti bagi mewujudkan sebuah rang undang-undang yang benar-benar adil, telus, teratur dan tidak bercanggah dengan perjalanan undang- undang bertulis lain atau prinsip undang-undang rule of law dan benar-benar mencapai

sasaran utamanya dan tidak menjadikan mana-mana orang menjadi mangsanya. Rang undang-undang ini merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan rakyat dan amat mudah menjadikan kesalahan akibat cara hidup dan aktiviti harian yang bukan berbentuk rasuah tetapi mempunyai elemen-elemen yang boleh menjadi kesalahan di bawah peruntukan rang undang-undang ini. Kita hendaklah berhati-hati dan peka supaya rang undang-undang ini benar-benar adil dan berkesan untuk mencapai hasrat penggubalan dan tidak mendatangkan ketidakadilan, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, masa habis. Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih, yang pertama, saya rasa adalah perlunya untuk mengadakan rang undang-undang ini walaupun belum mencapai apa yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat, tetapi adalah lebih baik daripada yang kita ada sekarang. Yang kedua, saya rasa walaupun penting untuk mengadakan rang undang-undang ini, tetapi saya rasa sekiranya kita memperbaiki delivery system kita dan ketelusan dalam urusan kerajaan, saya rasa kita akan juga mencegah rasuah. Ketiga, saya ingin sentuh kepada suapan ini. Suapan ini boleh dalam apa-apa cara sahaja dan tuntutan khidmat seksual adalah salah satunya, sexual service yang di demand. Itu merupakan satu. Saya rasa ini perlu pada pendapat saya, pada waktu sekarang, dia agak berleluasa juga kerana kita sering mendengar bahawa kepada pendatang asing wanita yang mereka diminta supaya mereka memberi khidmat sexual untuk exchange supaya tidak diambil tindakan ke atas mereka dan suapan seperti ini boleh diadakan saya rasa dua jenis. Satu adalah secara sukarela yang hendak diberi. Sekiranya hendak diberi itu saya rasa pun adalah salah, tetapi yang jenis kedua ialah dipaksa kerana sudah ditangkap dan tidak ada wang untuk disogok atau tidak ada wang untuk diberi sebagai rasuah, jadi dia diminta untuk memberi perkhidmatan seksual kepada anggota penguat kuasa. Jadi saya minta supaya suapan yang terpaksa ini diberikan hukuman yang lebih berat dan juga wanita yang terpaksa ini kerana dalam keadaan yang terpaksa ini dan tidak ada cara yang lain, tidak ada pilihan, terpaksa memberi perkhidmatan seks kepada anggota penguat kuasa ini, mereka diberi perlindungan apabila mereka membuat laporan. Oleh kerana ini, saya rasa adalah wajarnya di dalam Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, jawatankuasa aduan dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini perlu ada cukup perwakilan wanita atau kedua-dua gendernya. Saya harap Kerajaan Barisan Nasional dapat mengamalkan apa yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu dalam semua Jawatankuasa membuat keputusan, dia akan mempunyai 30% wanita.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi saya harap ia akan tunjukkan, buktikan keazamannya untuk mencapai objektif ini iaitu 30% dalam pembuat keputusan supaya dalam Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini semua mempunyai 30% perwakilan daripada golongan wanita. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Penat saya berdiri. Kita tahu sebelum daripada kemerdekaan negara, usaha membanteras rasuah dan amalan rasuah sebagai kesalahan yang perlu dibendung dan dijadikan sebagai rasuah yang bersifat jenayah telah pun diperkanunkan di bawah peruntukan-peruntukan tertentu dalam kanun keseksaan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ini dapat dilihat di jadual kepada rang undang-undang ini yang telah dijadikan sebagai kesalahan ditetapkan. Usaha pembanterasan rasuah dan amalan rasuah menjadi lebih fokus dan dipertingkatkan selepas negara merdeka dengan perundangan yang lebih khusus melalui Akta Pencegahan Rasuah 1961 Akta 57 dan Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat, Nombor 22 Tahun 1970 yang telah pun memperlihatkan tindakan-tindakan pendakwaan ke atas kesalahan rasuah dan amalan rasuah menjadi lebih ketara berpandukan kepada kes-kes yang melibatkan anggota pentadbiran, penjawat awam di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan jawatan bagi kepentingan diri dan juga ahli keluarga.

Iltizam dalam usaha-usaha pembasmian pembanterasan rasuah oleh kerajaan terus dipertingkatkan melalui Akta Agensi Pencegahan Rasuah 1982 yang mana kemudiannya akta ini dan Akta Pencegahan Rasuah 1961 digantikan oleh Akta Pencegahan Rasuah 1997 Akta 575. Kini, usaha untuk membasmi dan membanteras rasuah dan amalan rasuah dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi dan komprehensif melalui pembentangan rang undang-undang ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang mana menjadi satu penyataan iltizam kerajaan sebagai suatu ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang dengan pendekatan serta kesungguhan dan komitmen kerajaan memerangi rasuah di negara ini supaya kita bebas dari rasuah, amalan berbentuk rasuah dan gejala rasuah. Pembentangan rang undang-undang ini juga adalah selari dengan pendirian negara kita yang telah menjadi negara ahli kepada konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu yang menentang rasuah yang telah Malaysia menandatanganinya pada 9 Disember 2003 dan diratifikasikan pada 17 September 2008. Ini yang menjadikan negara kita di rantau ini sebagai di antara yang terawal dalam menerima pemakaian peruntukan konvensyen tersebut yang sehingga sekarang telah ditandatangani oleh sebanyak 107 negara. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh ke atas beberapa perkara yang terkandung dalam peruntukan rang undang-undang ini. Banyak yang telah pun diperkatakan, dan kita telah dengar bahawa rang undang-undang ini disifatkan sebagai mempunyai peruntukan yang komprehensif dan mampu merealisasikan hasrat dalam membawa negara kita ke arah negara bebas rasuah. Walau bagaimanapun hasrat ini tidak akan mudah dicapai tanpa peningkatan keupayaan modal insan oleh semua lapisan warga kerja suruhanjaya dan penggemblengan usaha yang bersepadu dan berterusan di kalangan pegawai awam, anggota pentadbiran, pihak swasta, badan- badan bukan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya tidak kira di peringkat mana pun mereka berada. Suruhanjaya ini hendaklah berterusan memperkasakan tugas dan fungsinya dan menjadikan Akademi Badan Pencegah Rasuah, Institut Integriti Nasional dan badan-badan lain yang memainkan peranan dalam membentuk nilai-nilai murni dan amalan etika sebagai rakan kerja supaya usaha ke arah membasmi rasuah. Ini bukan sahaja dibuat dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang tetapi juga bersifat pencegahan dan membentuk rasa benci ke atas rasuah. Dalam perkara ini seksyen 7 klausa 7 kepada rang undang-undang ini hendaklah dihayati dengan lebih berkesan dan peranan tersebut wajar dipertingkatkan bukan sahaja di peringkat badan awam tetapi juga dalam entiti swasta supaya ianya menjadi lebih menyeluruh lagi berkesan. Dalam perkara seksyen 14 iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai oleh tujuh ahli. Peruntukan tersebut nampaknya tidak pun menjelaskan berapakah perwakilan Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat yang akan dinamakan sebagai menganggotai jawatankuasa itu. Seksyen itu juga tidak memperuntukkan kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli jawatankuasa yang dilantik bagi tempoh tiga tahun. Saya hendak tahu bagaimanakah kedudukan jika seseorang ahli itu tamat tempoh lantikannya, sebagai contoh Ahli Dewan Negara. Sedangkan tempoh tiga tahun sebagai ahli jawatankuasa masih ada berbaki ataupun kemungkinan- kemungkinan lain yang akan menjadikan dan tidak mewajarkannya untuk terus menjadi ahli. Dalam perkara seksyen 15, Jawatankuasa Aduan. Adalah menjadi hasrat rakyat untuk melihat jawatankuasa tersebut lebih bersifat bebas atau dengan kata lain keahliannya bukan terdiri daripada kalangan pegawai suruhanjaya. Ini akan membolehkan jawatankuasa tersebut menjalankan tugas-tugas dengan lebih telus dan tidak memihak. Walau bagaimanapun, tidak diperuntukkan di bawah seksyen ini mekanisme perjalanan jawatankuasa ini dan kesan-kesan yang diinginkan daripadanya. Dalam perkara seksyen 24, penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 dan 23, saya berpandangan peruntukan baru ini yang memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah dalam menentukan lama mana hukuman adalah wajar. Ini kerana setiap kes mempunyai fakta merit dan mitigasi yang tersendiri yang sewajarnya mahkamah diberikan kebebasan dalam menentukan jenis dan tempoh hukuman bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Peruntukan seksyen 74, kecualian nampaknya tidak menyebut tentang kes- kes pertuduhan dan pendakwaan yang sedang dibicarakan di mahkamah ataupun di peringkat rayuan ataupun yang belum dituduh. Adakah ini bermakna dengan pemansuhan Akta Pencegahan Rasuah 1997 mulai 1 Januari 2009, maka mahkamah boleh menggunakan seksyen 24 tersebut. Saya harap perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang peruntukan subseksyen 6, seksyen 5 rang undang-undang dalam Hal Kuasa Ketua Pesuruhjaya. Seperti yang kita ketahui, Akta Pencegah Rasuah 1997 telah pun menggugurkan kuasa tersebut yang pada mulanya diperuntukkan di bawah Akta Agensi Pencegah Rasuah 1982 yang telah pun dimansuhkan itu. Walau bagaimanapun, subseksyen 6 seksyen 5 ini memasukkan semula kuasa-kuasa tersebut yang membolehkan Ketua Pesuruhjaya mempunyai apa-apa kuasa timbalan pendakwa raya. Saya nak tahu apakah rasionalnya untuk kuasa tersebut untuk dikembalikan? Dan adalah menjadi harapan saya supaya perkara ini diberi perhatian berat dalam kita mewujudkan keseimbangan peranan dan check and balance dengan izin di antara pihak pendakwa raya yang diasaskan kuasa-kuasanya di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dengan urusan dan tindakan agensi penyiasat dan penguat kuasa. Adalah menjadi prinsip umum bahawa tugas menyiasat dan tugas memulakan pendakwaan hendaklah diasingkan bagi menjaga dan memelihara kepentingan umum dan implikasi daripada kuasa ini secara tersiratnya membolehkan pegawai suruhanjaya berurusan terus dengan Ketua Pesuruhjaya dalam semua hal yang melibatkan kuasa timbalan pendakwa raya yang sekarang ini dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Yang Berhormat, minta penjelasan… [Ketawa]

Terima kasih.

Laju macam kereta api.

Dia stop abruptly, terkejut habis orang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, peluang ini saya nak gunakan dengan pertamanya memberikan pandangan tentang Bahagian III, fasal 15 Jawatankuasa Aduan. Hal ini saya bangkitkan ekoran daripada, kita pernah membaca laporan dalam media di negara kita berkenaan dengan kes-kes apa yang disebut sebagai dakwaan rasuah yang melibatkan pemegang jawatan berprofil tinggi. Misalnya Berita Harian 28 Julai memetik, “Peguam Negara arah BPR tutup kes ke atas Ketua Polis Negara.” Utusan Malaysia 28 Julai 2007, Peguam Negara mengarahkan siasatan BPR berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Pengarah BPR, Dato’ Zulkifli Md. Noor ditutup. Kemudian 12 Julai 2007 Peguam Negara mengarahkan BPR tutup siasatan ke atas Timbalan Menteri Dalam Negeri waktu itu tutup juga.

Jadi keadaan di mana Peguam Negara menggunakan kuasa yang dibolehkan ke atasnya bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan itu sebenarnya sementara dia exercise dengan izin, kuasanya itu tetapi dia menghasilkan satu persepsi bahawa demikian mudah arahan untuk tutup. Baik, Yang Berhormat Rompin tengah semak standing order apa hendak stop saya, sila. Sebab itu saya tengok Jawatankuasa Aduan ini ada kemunasabahannya.

Saya boleh kata dijemput, saya hendak sama ada beri saya penjelasan atau saya pakai point of order.

Bagi saya habis sekejap.

Bolehlah, saya junior. Ini bekas menteri.

Tidak, kalau dengan kebenaran saya, hendak bertanya.

Saya beri peluang. Saya bagi peluang sekejap lagi. Bagi saya habiskan ayat ini.

Baik, apabila rang undang- undang ini Tuan Yang di-Pertua memperuntukkan jawatankuasa aduan saya juga mendengar tadi syarahan pada tengah hari oleh Yang Berhormat Rembau bahawa ada di sana yang pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa dalam kes-kes di mana Peguam Negara kemudiannya mengarahkan ianya ditutup. Harapan kita ialah agar dalam jawatankuasa aduan ini dia akan diberikan satu kuasa untuk kembali menyemak kes-kes yang tidak diteruskan pendakwaan apakala selesai siasatan dan hendaknya walaupun ayat di sini menyebut jika difikirkan sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya. Saya harap syor itu mestilah syor yang berupa tidak boleh disanggah atau ditolak oleh Peguam Negara. Jadi barulah saya tengok jawatankuasa aduan mempunyai kredibilitinya. Jika tidak praktis atau amalan seorang sahaja penjawat awam atas nama Peguam Negara boleh sahaja membuat satu titah perintah yang seumpama itu, itu yang pertama. Yang Berhormat Rompin sila seperti yang saya janji.

Yang Berhormat, apabila saya mendengar hujah Yang Berhormat tentang cadangan jawatankuasa itu ada faktor kebaikannya tetapi yang pertama tadi menuduh. Kita Yang Berhormat sendiri tidak dapat melihat sendiri kertas siasatan. Saya rasa tidak wajarlah Yang Berhormat menuduh AG menutup kes itu. Mungkin ada faktor-faktor dan asas-asas sebelum beliau menggunakan kuasa seperti dalam fail. Saya mungkin lebih baik kalau yang kedua itu saya bersetuju. Yang Berhormat pertama saya tidak bersetuju bahawa Yang Berhormat menuduh sewenang- wenangnya AG menutup, mengandaikan bahawa kes itu ada tetapi mengarahkan menutup kerana apa Yang Berhormat. Ini juara-juara mereka yang memperjuangkan rasuah ini, they so called the hero of the fight against rasuah. Mereka tidak mahukan publisiti, di heboh-heboh. Dia hendak senyap-senyap tetapi di Malaysia ini kadang-kadang yang heboh-heboh kononnya memperjuangkan dan menghapuskan rasuah ini kadang-kadang mereka ini orang politik. Adakah Yang Berhormat tertanya-tanya ada udang sebalik batu dalam memperjuangkan kononnya rasuah ini.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, ada udang di sebalik batu kah atau sebalik mi itu saya tidak boleh ulas bab-bab itu. Yang saya hendak teruskan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebelum daripada kita bentangkan rang undang-undang ini akta yang terpakai ialah Akta Pencegahan Rasuah 1997 tetapi di sana juga ada satu lagi yang disebut Ordinan Darurat, Corrupt Practices 1971. Dengan kita nanti meluluskan rang undang-undang ini saya hendak tanya apa yang terjadi pada status Ordinan Darurat, Corrupt Practices 1971 itu masih kita guna pakai ataupun tidak. Kalau sekiranya tidak kita guna pakai lagi, apakah mekanisme untuk menghapuskan atau padamkan sahaja ordinan itu sebab saya ingat walaupun Dewan ini dahulu 1997 meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah diluluskan pun apabila ada kes pertuduhan rasuah oleh Peguam Negara ke atas mana-mana tertuduh yang diguna pakai waktu itu ialah Ordinan Darurat, Corrupt Practices 1971 biarpun Akta pencegahan Rasuah 1997 telah pun diluluskan oleh Dewan ini. Jadi yang itu saya hendak minta kepastian apakah setelah rang undang- undang ini kita luluskan dengan kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 ini, Ordinan Darurat itu masih lagi terpakai, itu perkara khusus yang saya minta reaksi daripada pihak kerajaan. Banyak diperkatakan oleh teman-teman saya Ahli-ahli Yang Berhormat tentang modul yang kita guna pakai ini sebahagiannya kita ambil daripada Module Independent Commission Against Corruption, pengalaman New South Wales Australia dan juga pengalaman Hong Kong. Akan tetapi yang tidak disebut ataupun tidak diambil

sepenuhnya dalam rang undang-undang ini walaupun pengalaman Australia dan Hong Kong itu diambil ialah di Australia di New South Wales maksud saya dia ada satu lagi suruhanjaya yang dipanggil Police Integrity Commission. Yang ini di sekali kan bergerak, dia ada sekali. Kita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini wujud tetapi commission berkenaan integriti polis itu tidak ada. Jadi keberkesanan Independent Commission Against Corruption di New South Wales itu adalah lebih ketara kerana ianya berjalan sekali dengan Suruhanjaya Integriti Polis dan ICAC di New South Wales itu mendukung empat tugas; (i) menyiasat; (ii) mendedahkan; (iii) mencegah; dan (iv) mendidik. Perkara yang kedua exposure strategy itu juga tidak wujud dalam rang undang-undang ini. Kebetulan waktu Perdana Menteri berucap merasmikan dalam ucap utama Asean Integriti Dialog pada April tahun ini, saya hadir sebagai peserta dan berpeluang dalam roundtable discussion di sekalikan dengan Mr. Roy Weldone Executive Director New South Wales yang in charge tentang Independent Commission Against Corruption. Pengalaman yang dikongsi dalam perbincangan kumpulan itu ialah elemen- elemen exposure strategy yang dimaksudkan ialah amalan public hearing itu. Itu dilaksanakan oleh ICAC New South Wales. Bahkan itu dianggap sebahagian daripada proses penyiasatan dan kemudiannya laporan awam diadakan. Apakah dalam suruhanjaya ini amalan atau practice public hearing sebagai sebahagian daripada exposure strategy itu juga akan ambil kira dalam pengalaman kita di Malaysia waktu kita hendak meluluskan rang undang-undang ini nanti, itu perkara yang saya timbulkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan sementara kita berkongsi dan cuba mengambil pengalaman Hong Kong. Hong Kong ini adalah satu wilayah yang kita anggap sebagai a special authority region dan berlatarbelakangkan undang-undang induk Tanah Besar China. Sebab itu di China undang-undang rasuah mereka keras. Pesalah yang didapati terbabit dihukum tembak. Parti Komunis China itu sendiri adalah merupakan antara sasaran utama kepada Badan Pencegah Rasuah di China. Di Shanghai parti komunis paling kuat dan di situlah gerakan pembersihan oleh BPR China itu dikuatkuasakan. Syarikat-syarikat GLCs di sana juga menjadi tumpuan. Sebab itu amalan rasuah walaupun masih wujud tetapi secara relatifnya keyakinan pelabur terhadap mereka adalah lebih baik. Berdasar latar belakang inilah Hong Kong ini melaksanakan ICAC mereka. Dalam undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua tertera dengan jelas pada muka surat awal iaitu tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta ini mula berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Saya percaya inilah peguam yang inilah peluang yang boleh kita tengok sama ada political will atau azam dan tekad politik kerajaan ini disertai dengan tindakan yang betul-betul tegas. Misalnya 1 Januari dikuatkuasakan, apakah mungkin 2 Januari, 1 Januari 2009 hari Khamis, 2 Januari 2009 hari Jumaat, bolehkah lebih daripada seribu aduan salah laku politik wang dalam UMNO itu dimulakan siasatan. Itu yang kita hendak tengok dulu. Boleh tidak dibuat? Kata bekas Perdana Menteri dia sedang mengumpul maklumat berkenaan dengan amalan-amalan rasuah politik di dalam UMNO. Ianya tidak memadai dengan Setiausaha Agung UMNO menyebut bahawa daripada seribu aduan yang diterima hampir separuh merupakan aduan yang palsu. Dia tidak boleh, Setiausaha Agung Parti yang membersihkannya. Kalaulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini betul-betul boleh berfungsi dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2009, apakah hari berikutnya itu mereka sudah boleh exercise kuasa mereka. Tidak boleh ada lagi penangguhan, tidak boleh ada lagi perlengahan, tidak boleh ada lagi cubaan menghalang dan galangan yang dikenakan. Kalau itu boleh dilakukan saya percaya bermulanya operasi suruhanjaya ini akan dapat menggamit keyakinan dan kepercayaan rakyat. Saya katakan demikian Tuan Yang di- Pertua adalah kerana kita ikuti kes-kes yang besar dalam negara kita misalnya

dilaporkan dalam surat khabar bagaimana urusan membayar kos penceraian ataupun harga penceraian dalam rumah tangga VVIP tertentu. Ini surat khabar sebut dengan terang. Ada bekas menteri selesaikan kes tuntutan cerai oleh isterinya dengan membayar RM50 juta. Ada timbalan menteri masih bertugas pun sekarang selesaikan kes tuntutan cerai isterinya dengan bayaran RM11 juta. Menteri boleh selesai bayaran cerai ini dengan RM50 juta, duit datang dari mana? Timbalan menteri boleh selesai kes tuntutan cerai dengan RM11 juta. Dari mana datang duit ini? Berapa gaji menteri? RM25 ribu? Berapa lama dia bekerja? Mana datang RM50 juta? Timbalan menteri yang sesekali menjawab soalan kita pada sesi soal jawab dilaporkan dalam media terang-terang RM11 juta. Seorang Menteri lagi yang masih lagi menjadi Menteri juga menyelesaikan kes tuntutan cerai dengan bayaran puluhan juta ringgit. Ini tidak ada dalam rekod saya, hak saya simpan tiga. Timbalan Menteri seorang, bekas Menteri seorang dan Menteri yang sedang bertugas hari ini juga puluhan juta ringgit. Ini sebenarnya menggamit perhatian kita, betul? Satu kes lagi yang saya tengok dalam perkatakan isu-isu rasuah ini ialah tragedi Bukti Antarabangsa, simpati kita kepada mereka. Akan tetapi dia juga mendedahkan beberapa perkara yang berkaitan dengan corak kehidupan yang melampaui daripada pendapatan. Pegawai tinggi kerajaan, dia membuat kenyataan terbuka dalam surat khabar bahawa dia mengalami kerugian RM3 juta. Dia baru sahaja selesai baik pulih rumah dia dengan harga RM1 juta. Dia pegawai tinggi kerajaan yang masih lagi bertugas. RM1 juta ubah suai rumah dengan harga rumahnya RM3 juta. Bagaimana seorang penjawat awam yang masih berkhidmat dengan kementerian ini boleh menikmati aset yang begitu besar. Dari mana sumber dapatannya? Memiliki harta tidak salah, jalan memiliki harta itu haruslah jalan yang bersih. Akan tetapi ini juga menjadi perkara yang menarik tumpuan untuk kita teliti. Saya sebutkan ini sebab saya boleh menerima dan menyokong beberapa cakupan di dalam takrif yang terbabit terutama dalam perkara yang berhubung dengan takrif saudara dengan jelas tambahan kepada butiran (h) dalam versi bahasa Melayu, menantu orang itu dalam versi bahasa Inggeris dia sebut, daughter in-law and son in-law. Dalam bahasa Inggeris dia lain sikit. Dalam bahasa Melayu di sekadar menyebut menantu orang itu sebab bab ini secara khusus saya boleh bersetuju tanpa sebarang niat untuk di target kan kepada mana-mana watak. Ini kerana saya mengambil pengajaran daripada peristiwa Umar al-Khattab, tatkala diadu oleh rakyat kepada beliau bagaimana padang ragut yang dia peruntukkan untuk rakyat tetapi anaknya Abdullah bin Umar yang membawa binatang ragut ke padang ragut tersebut. Umar segera memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan kemudiannya meminta supaya dijual binatang ternakan, ambil modalnya sahaja, untung dimasukkan ke dalam baitulmal bagi mengelak salah tanggap rakyat bahawa anaknya mendapat keistimewaan ketika dia menjadi seorang pemimpin. Dalam bab ini saya boleh menerima tambahan terhadap perkara ini. Seperkara lagi saya juga meneliti dalam jawapan kerajaan terhadap soalan awal saya berkenaan dengan perolehan ataupun bayaran yang kerajaan terima melalui Perbadanan Putrajaya ke atas kediaman pemimpin dan Perdana Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya dapati bahawa angka ini agak mengganggu fikiran saya terutama apabila bayaran sewanya itu berjumlah berjuta-juta ringgit. Kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, jumlah sewanya itu agak mengganggu sehingga mencecah berjuta-juta ringgit. Tidak ada jawapan rasmi kerajaan terhadap perkara yang saya bangkitkan. Saya katakan demikian sebab kediaman Perdana Menteri, ini saya teringat kisah Abu Zhar al-Ghifari pernah menegur Muawiyah bin Abu Sufian, Tuan Yang di-Pertua, “Kenapa mesti kamu bina rumah besar di tengah-tengah kemiskinan rakyat? Apakah kamu guna harta kamu? Kalau kamu guna harta kamu sendiri pun salah sebab kamu berbelanja lebih daripada keperluan. Apakah kamu guna harta baitulmal? Itu juga salah, kamu berbelanja sehingga melampaui batas kemewahan.”

Ini kelihatannya berlaku terang-terang di hadapan mata kita. Sewa rumah Perdana Menteri itu sangat menjolok mata dari segi kadar dan nilai sewanya. Ini semua bukan wang saku pemimpin kita. Ini adalah wang daripada rakyat jelata. Amalan ini, amalan hidup mewah inilah Tuan Yang di-Pertua sering kali membawa kepada perkara yang mendedahkan terhadap amalan-amalan rasuah. Akhir sekali yang ingin saya kongsi bersama pada sesi perbahasan ini ialah pengalaman New South Wales dan juga Hong Kong, New South Wales khususnya. Ada satu perkara khusus yang disebut iaitu Parliamentary Joint Committee nya terdiri daripada 11 Ahli Parlimen. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengendalikan, to conduct hearing di atas isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam Dewan mahupun oleh khalayak rakyat biasa. Maknanya Parliamentary Joint Committee ini yang ditubuhkan oleh ICAC mereka ini yang terdiri daripada 11 anggota Parlimen, mereka mempunyai job spec, dengan izin yang jelas untuk mengendalikan hearing atas isu-isu yang dibangkitkan dalam Parlimen atau di luar Parlimen. Ini apakah menjadi sebahagian daripada tugasan dalam suruhanjaya yang sedang kita bincangkan ini. Di satu sesi yang lain, dalam fungsi pencegahan suruhanjaya itu juga berperanan untuk mendidik masyarakat dan penjawat awam agar menjauhi amalan rasuah, bahkan mereka menerbitkan laporan-laporan penyiasatan.

Ingin saya timbulkan apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini sampai kepada tahap boleh menerbitkan laporan-laporan penyiasatan. ICAC New South Wales ini menerbitkan 113 spesifik corruption prevention recommendation terhadap kes-kes rasuah. Katakanlah mereka mendapati ada aduan ke atas satu jabatan kerajaan, mereka kemudiannya membuat penyiasatan. Mereka kemudian mendedahkan dan memberikan recommendation bagaimanakah perkara itu boleh ditangani. Jabatan berkenaan kemudiannya memberikan respons terhadap teguran ICAC New South Wales ini dan kita boleh membacanya dengan jelas melalui internet ICAC New South Wales. Begitulah yang memberikan jaminan berkesannya sistem ini apabila ianya dilaksanakan. Nah, perkara yang saya babitkan di sini ialah, apakah praktis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini boleh sampai kepada menerbitkan laporan-laporan penyiasatan dan kemudiannya laporan yang berupa syor-syor bagi mengatasi masalah rasuah di jabatan-jabatan kerajaan di negara kita dan kemudiannya mempamerkan juga reaksi jabatan-jabatan itu terhadap recommendation yang diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bolehkah sampai ke tahap itu? Dengan persoalan-persoalan itu saya tangguhkan ucapan saya sampai di sini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Alhamdulillahirabbil’alamin, terima kasih bangun sejak pukul 11.00 pagi baru dapat Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Umum telah mengetahui kewujudan BPR yang telah sekian lama di negara ini, namun rasuah masih berleluasa. Oleh itu sebarang tindakan kerajaan untuk memantapkan agensi penguat kuasa, menambah baik pelaksanaan dan meningkatkan usaha pencegahan rasuah wajarlah disokong. Akta SPRM ini adalah satu lagi bukti dan komitmen kerajaan yang wajar didukung oleh semua pihak kerana kegigihan usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan mempunyai azam dan tekad bagi memperbaiki pelaksanaannya. Rasuah boleh dibendung bukan sahaja dengan mewujudkan akta seumpama ini, malahan yang utama ialah melalui pendidikan dan usaha-usaha pencegahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat manakah gerakan pendidikan kepada masyarakat telah dilaksanakan dan apakah perancangan ke arah itu pada masa-masa mendatang. Antara fungsi pegawai SPRM dalam Fasal 7(f) akta ini ialah bagi mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Fasal 7(g) bagi mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Saya kira fungsi pegawai SPRM dalam mendidik masyarakat wajarlah diberikan keutamaan dan diberi fokus nombor wahid bukan sekadar untuk penangkapan dan perbicaraan yang menjadi KPI atau pengukuran prestasi pegawai. Sehubungan dengan itu, pendedahan awal tentang rasuah melalui saluran jentera pendidikan wajar dibuat di

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

peringkat sekolah rendah, menengah, universiti, IPTS, IPTA, institusi kemahiran, institusi latihan guru termasuk diajar dalam bab-bab tertentu dalam kurikulum pendidikan di semua peringkat. Selain itu usaha penerangan wajar dibuat kepada semua daripada peringkat JKKK kampung hingga ke penjawat awam dan pekerja swasta. Rakyat perlu disedarkan tentang akibat rasuah, pemberi dan penerima rasuah yang merosakkan masyarakat dan negara. Radio, TV, akhbar, majalah, khutbah Jumaat, sermon di gereja, aktiviti di tokong dan kuil, tentang penjagaan rasuah wajar dihebatkan. Rasuah tidak mengenal kaum, warna kulit dan agama. Ia hanya kenal tamak haloba, hasad dan ingin cepat kaya Tuan Yang di-Pertua. Selain itu, punca-punca berlakunya rasuah wajar dikaji. Adakah gaji yang rendah di sesetengah kumpulan penjawat awam dan swasta antara puncanya? Tekanan hidup dengan kos yang semakin meningkat, tanggungan keluarga yang besar mungkin mendesak mereka untuk menerima rasuah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kajian terperinci pernah dibuat tentang the root cause dengan izin, atau punca-punca utama terhadap perlakuan rasuah. Setelah kajian dibuat, wajar diambil usaha untuk memperbaikinya. Sebagai contoh ada ramai pegawai dan staf sokongan kerajaan yang diambil secara kontrak dalam pelbagai jabatan. Mungkinkah wujud rasa tidak mempunyai masa depan yang pasti? Tiada pencen dan pelbagai kemudahan lain akan menyebabkan dalam tempoh kontrak, mereka akan melibatkan diri dalam perniagaan atau perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai rasuah. Jika ini ada kebenarannya, wajarlah pegawai dan staf sokongan kontrak diambil secara tetap agar mereka akan rasa hidup lebih terjamin dan mengelakkan rasuah. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang cadangan pengambilan hingga 5,000 orang petugas atau pekerja SPRM. Ini adalah langkah yang penting dan besar bagi memperkasakan SPRM dengan jentera yang mencukupi dibandingkan dengan jumlah 1,960 pekerja BPR kini yang terdiri daripada 1,260 pegawai dan 700 sokongan. Terlalu biasa kita mendengar ungkapan tentang kualiti lebih penting daripada kuantiti. Sewajarnya pemilihan mereka ini bukan secara rambang atau sekadar mengisi kekosongan jawatan. Ia wajar dibuat dengan teliti, dipilih mereka yang mempunyai idealisme dan integriti yang tinggi. Bukan sekadar hendak mendapatkan gaji bulanan tetapi individu yang mempunyai suatu perjuangan. Bukan juga kerja hanya sekadar untuk menangkap orang, tetapi kerja untuk mendidik orang agar menjauhi amalan rasuah. Pada tahun 2008 mengikut data BPR, sebanyak 95 kes selesai dibicarakan dan selesai 59 kes rayuan. Walaupun begitu kes tertangguh bicara adalah sebanyak 754 dan rayuan 441 kes. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah segera dan proaktif yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan kes bicara dan rayuan yang tertangguh itu. Sesungguhnya keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Dengan kewujudan SPRM ini, maka kebebasan pencegahan rasuah adalah lebih terjamin. Persepsi tidak bebas sebelum ini yang mungkin benar atau tidak benar wajarlah dikikis. Ikan bilis dan ikan jerung wajar semuanya ditangkap setelah bukti lengkap diperoleh. Ini termasuk ikan belut yang licin dan ikan parang yang tajam tulangnya. Pada ketika yang sama perlu dipastikan bahawa tiada penganiayaan dibuat, pelapor palsu, surat layang fitnah dan aduan berniat jahat wajar juga dipastikan agar tidak berlaku dan perlulah diambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, Institut Integriti Malaysia, IIM telah ditubuhkan. Ia berkait rapat dengan pencegahan rasuah. Saya ingin bertanya bagaimanakah bentuk kerjasama IIM dengan SPRM kelak. Bagaimana pertindihan tugas boleh dielakkan dan kerjasama menang-menang atau win-win boleh diperoleh? Kita tidak mahu institut di tubuh, suruhanjaya diaktakan, pegawai ditambah, namun keberkesanan masih tidak meningkat dengan ketara. Akan tetapi kita yakin dengan keazaman politik yang ada maka rakyat akhirnya sedar, bahawa kesungguhan kita akan mendatangkan hasil yang nyata. Hasil dari segi kadar rasuah yang menurun dan indeks persepsi rasuah akan lebih baik. Pada tahun ini indeks persepsi rasuah, corruption perception index negara Malaysia menurun daripada tempat 43 tahun 2007 ke tangga 47 tahun 2008. Kita yakin dengan kewujudan SPRM akan membaiki hal ini. Walau apa pun yang kita nyatakan tentang indeks ini ia tetap digunakan oleh masyarakat antarabangsa. dalam kajian tentang bribe Payers Index atau BPI, Indeks Pemberi

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Rasuah tahun 2008 pula, yang dikeluarkan oleh transparensi internasional menyebut, syarikat-syarikat dari negara India, Mexico dan China, didapati bahawa kemungkinan untuk terlibat rasuah adalah tinggi bagi mendapatkan peluang perniagaan. Sebaliknya syarikat-syarikat dari negara Belgium, Kanada, Belanda dan Switzerland adalah yang terbersih daripada kajian 22 buah negara tidak termasuk Malaysia. Kita mengharapkan bila kajian dibuat tentang syarikat-syarikat di negara ini setelah SPRM dikuatkuasakan, hasil yang positif akan diperoleh. Dalam akta ini disebut bahawa pegawai badan awam termasuklah kita sebagai Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Adalah menjadi kelaziman dalam tugas kita memberikan pelbagai sokongan kepada rakyat dalam kawasan kita khasnya untuk pelbagai tujuan. Setakat manakah kebenaran sokongan itu dibolehkan dan tidak dibolehkan mengikut akta ini? Tuan Yang di-Pertua, kewujudan mekanisme tanggungjawab berbentuk advisory dan check and balance dengan izin, dalam Akta SPRM dalam Bahagian Ketiga, Fasal 13, 14, dan 15 adalah suatu langkah ke hadapan yang dialu-alukan. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan yang berkhidmat secara bebas serta mempunyai tugas tertentu akan memantapkan lagi SPRM. Pembentukan Jawatankuasa Aduan bagi memantau perlakuan bukan jenayah pegawai-pegawai suruhanjaya menjadikan SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan undang-undang rasuah yang seumpama itu di dunia. Ini adalah lebih baik daripada apa yang dibuat di Hong Kong sebagai negara rujukan akta ini. Saya juga menyokong jika Jawatankuasa Khas dalam Fasal 14 itu turut dianggotai oleh Ahli Parlimen atau Dewan Negara dari parti pembangkang dengan nisbah yang sesuai seperti lima kerajaan dan dua pembangkang misalnya. Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 telah memansuhkan peruntukan kuasa BPR sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini adalah langkah ke belakang di banding Akta BPR 1982. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-alukan dalam Akta 2008 ini bahawa Ketua Suruhanjaya SPRM di peruntukkan kuasa sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Ini bagi membolehkan SPRM dibekalkan dengan kuasa penyiasatan yang cukup supaya proses dan tindakan siasatan dapat berjalan dengan lebih berkesan dan lancar. Akhirnya di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 188 dan surah al-Maidah ayat 42, 62, dan 63 adalah merupakan antara ayat larangan Allah tentang rasuah. Dalam hadis Nabi Muhammad SAW, riwayat at-Tarmizi pula bermaksud Allah telah mengutuk orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah. Hadis riwayat Ahmad dan Hakim pula bermaksud Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya. Demikianlah sedikit renungan untuk diri saya sendiri dan sebagai ingatan dalam kita membahaskan dan meluluskan Akta SPRM ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Tawau.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penggantian Akta Anti Rasuah 1997 dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dinampak sebagai penjenamaan baru dan proses reformasi untuk memupuk kewibawaan dan accountability pihak-pihak berkuasa supaya mencetuskan keyakinan awam yang baru semua lapisan masyarakat Malaysia. Jika dilaksanakan secara berjaya, akta ini akan dapat meningkatkan kredibiliti dan accountability landskap kebangsaan dan juga memperbaiki persepsi Pertubuhan Persepsi Rasuah Antarabangsa terhadap Malaysia. Mengikut laporan 2008, Pertubuhan Persepsi Rasuah Antarabangsa, Polis Diraja Malaysia menduduki tempat pertama dari segi amalan rasuah di Malaysia. Ini juga adalah persepsi orang awam. Diikuti oleh parti-parti politik, kemudian disusuli oleh pihak-pihak berkuasa bagi perkhidmatan, pendaftaran dan permit. Saya juga ambil berat terhadap Parlimen dan legislative Malaysia menduduki tempat yang keempat dalam amalan rasuah. Saya berharap Rang Undang-undang

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

SPRM ini dapat mengubah persepsi awam dan mencetuskan keyakinan baru terhadap sistem legislative negara kita. Ingin saya utarakan beberapa perkara terhadap rang undang-undang ini. Perkara pertama, jika Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 bertujuan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya yang bebas sempurna, maka mengapakah SPRM tidak diberi autonomi yang muktamad atau 100%. Mengikut seksyen 5(6) rang undang-undang ini, Ketua Pesuruhjaya hanya akan mempunyai apa- apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sebagai mana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya bagi maksud akta ini untuk mendakwa suatu kesalahan di bawah seksyen 58. Nampaknya ini bercanggah dengan seksyen 58 yang menyatakan bahawa pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan izin Pendakwa Raya. Adakah ini bermaksud bahawa kuasa muktamad ini di bawah Artikel 145, Perlembagaan Persekutuan terletak pada tangan Pendakwa Raya? Oleh kerana secara amalan, SPRM atau Timbalan Pendakwa Raya boleh mendakwa kes-kes tanpa merujuk kepada Attorney-General? Apakah rasional memasukkan seksyen 58 dalam Akta SPRM ini? Demi menjadikan SPRM bebas sempurna dan berautonomi matlamat, saya bercadang bahawa suatu pindaan dibuat terhadap Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan juga singkirkan seksyen 58 dari Rang Undang-undang SPRM ini. Perkara yang kedua, dialu-alukan penubuhan lima badan bebas untuk memeriksa dan menyelia SPRM dan menyediakan check and balance dalam SPRM ini terutama sekali anggota Jawatankuasa Khas Terhadap Rasuah kerana Suruhanjaya SPRM harus bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukan sahaja kepada Perdana Menteri sahaja. Ini akan memperbaharui penghormatan yang lebih tinggi kepada Parlimen. Ingin saya mengetahui sama ada peruntukan tersedia dalam lima jawatankuasa khas ini apabila terhadap kes-kes dalam penyiasatan yang membabitkan orang-orang yang berhubung rapat misalnya keluarga atau saudara dengan ahli-ahli jawatankuasa atau ahli-ahli jawatankuasa berkenaan perlu menarik diri dari mengambil bahagian dalam penyiasatan kes-kes tersebut untuk mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingannya. Perkara yang ketiga, di bawah seksyen 65 berkaitan perlindungan, pemberian, maklumat. Ingin saya mengetahui sama ada warga atau pelancong asing dibenarkan membuat laporan sementara tidak lama lagi mereka akan kembali ke negara-negara asalnya. Bolehkah maklumat diberi melalui internet atau ICT? Adakah pemberi-pemberi maklumat terpaksa hadir dalam mahkamah sebagai saksi-saksi walaupun mereka sebenarnya memilih tidak mahu hadir? Perkara yang keempat, dengan pelaksanaan Akta SPRM 2008 diramalkan suatu peningkatan mendadak dalam bilangan laporan dan ramai orang yang disyaki terbabit dalam kes-kes rasuah dan akan didakwa. Dengan masih ada banyak kes backlog yang belum dibicarakan lagi di mahkamah-mahkamah misalnya Mahkamah Majistret atau Tinggi pada masa sekarang, ingin saya di sini mencadangkan bahawa kerajaan menubuhkan mahkamah-mahkamah pencegahan rasuah khas untuk menangani kes-kes rasuah di bawah Akta SPRM ini. Ini akan membolehkan pelaksanaan akta ini dengan berkesan dan ia juga menandakan keikhlasan kerajaan dalam menangani serta mengatasi kesalahan-kesalahan rasuah secara secepat mungkin. Perkara yang kelima, saya tidak bersetuju dengan Timbalan Ketua Pengarah ACA yang berkata bahawa ACA berkhidmat lebih baik daripada ICAC Hong Kong kerana ACA telah menyiasat lebih banyak kes dan mendakwa lebih ramai orang dan ahli-ahli politik.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Padahal population Malaysia ada tiga dan setengah kali populasi Hong Kong. Dengan izin, it is not how many cases that were investigated, it is the end result that counts. Oleh kerana tenaga kerja baru seramai 5,000 orang akan menyertai SPRM di samping 1,900 orang yang kini bekerja di ACA, kerajaan mesti lebih berhati-hati dalam disiplin dan latihan profesional tenaga kerja baru agar mereka tidak salah gunakan

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

kuasa di SPRM. Biasanya rang undang-undang dan dasar-dasar bertujuan baik untuk negara tetapi penguat kuasa yang salah gunakan kuasa-kuasanya untuk bertindak demi kepentingan diri dan bukan demi kebaikan negara. Rakyat mahu SPRM menjadi kuat dan berkuasa semasa bertindak terhadap orang-orang yang terbabit dalam amalan rasuah di Malaysia tanpa sebarang ketakutan, prasangka atau memihak mana-mana pihak dengan semangat tidak ada siapa pun yang di atas undang-undang. Justeru SPRM mesti diberi autonomi sempurna dan kuasa yang kuat untuk bertindak. SPRM mestilah seumpama harimau yang dapat menggigit. Rakyat mahu SPRM menangkap jerung-jerung bukan sahaja segelintir ikan bilis sahaja. Rakyat tidak inginkan SPRM yang tidak berkesan seperti harimau yang tidak bergigi sahaja. Ada orang berpendapat bahawa SPRM mungkin diberi kuasa yang terlalu besar. Mereka takut bahawa pegawai-pegawai SPRM mungkin akan salah gunakan kuasanya untuk kepentingan diri. Sementara SPRM mungkin adalah kucing-kucing yang dapat menangkap tikus. Siapakah yang akan memastikan bahawa tidak akan berlakunya sebahagian kucing SPRM menjadi lebih jahat daripada tikus? Itulah tanggungjawab lima jawatankuasa khas yang akan melindungi penggunaan kuasa SPRM secara betul. Saya juga bimbang berkenaan penyalahgunaan kuasa yang mungkin berlaku yang akan menggagalkan pencapaian objektif-objektif tentang SPRM ini. Justeru keazaman politik atau political will yang kuat adalah amat penting untuk memastikan bahawa suruhanjaya ini akan dapat membela keadilan yang saksama bagi kedua-dua pihak baik bagi yang bersalah mahupun yang tidak bersalah. Dengan itu saya ucapkan tahniah dan menyokong prinsip dan asas penggubalan rang undang-undang ini walaupun ada sebahagian tertentu yang saya tidak dapat bersetuju. Dengan itu sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang SPRM ini adalah membuktikan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan integriti pada sesebuah badan yang bertindak sebagai saluran utama untuk memerangi gejala rasuah. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the real fighter against corruption is the one who amend the law. Jadi dalam konteks ini kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh Menteri Kabinet yang secara ikhlas telah berjaya membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2008 dan menjadikan ianya sebagai satu rang undang-undang yang akan diguna pakai kalau diluluskan pada 1 Januari tahun 2009. Perkara pokoknya, penubuhan SPRM ini bukan sekadar penambahbaikan perkara-perkara yang disebutkan dalam BPR sebelum ini bahkan SPRM berjaya menonjolkan banyak kelainan supaya ianya lebih berkesan membawa pembaharuan dalam usaha kita untuk membanteras rasuah. Yang paling menarik sekali kita lihat pada seksyen 5(6) yang mana Ketua Pesuruhjaya diberikan kuasa sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Hakikatnya perkara ini sering ditimbulkan kerana ketiadaan kuasa mendakwa menjadikan BPR tiada kuasa untuk meneruskan pendakwaan bagi kes-kes yang telah kita kenal pasti. Kuasa BPR sebenarnya terhenti setakat menjalankan siasatan sahaja. Manakala proses pendakwaan akan disambung oleh Jabatan Peguam Negara setelah mendapat perkenan Peguam Negara yang telah menyebabkan banyak kes tertunggak. Dengan pemberian kuasa tambahan Pendakwa Raya di pihak Ketua Pesuruhjaya membuktikan ketelusan pihak kerajaan untuk memastikan SPRM benar-benar bebas tanpa merujuk pada Peguam Negara seperti amalan sebelum ini. Lebih penting lagi terdapat lima badan yang akan bertindak sebagai pemantau untuk memastikan ketelusan dan integriti SPRM tidak dipersoalkan. Badan-badan tersebut ialah: (i) Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah; (ii) Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dilantik mengikut akta perundangan;

(iii) Jawatankuasa Aduan yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri; (iv) Panel kajian semula operasi; dan (v) Panel konsultatif dan pencegah rasuah yang dilantik secara pentadbiran. Apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat daripada Machang tadi tentang struktur ICAC daripada Hong Kong, sebenarnya badan tersebut melantik secara administrative ataupun secara pentadbiran sahaja oleh CEO, manakala jawatankuasa-jawatankuasa kita yang lima tadi adalah dilantik mengikut perundangan yang lebih transparent lagi. Jadi nampaknya ICAC kita adalah lebih baik lagi. Memandangkan SPRM mempunyai empat orang sahaja yang berpangkat Pesuruhjaya dan ke atas yang dibekalkan kuasa Timbalan Pendakwa Raya adalah dicadangkan kuasa ini diperluaskan kepada Timbalan Penguasa bagi memastikan keberkesanan kerja-kerja penyiasatan dan juga pendakwaan terutamanya Tuan Yang di-Pertua, di negeri-negeri yang menempatkan Pengarah BPR pada ketika ini kalau mereka sebagai Timbalan Pesuruhjaya dibekalkan kuasa Timbalan Pendakwa Raya maka lebih mudah lagi SPRM menjalankan kerja mereka. Rang undang-undang ini kita jangka akan berjaya untuk melonjakkan imej negara kita dalam hal rasuah yang merosot daripada tangga 43 tahun 2007 kepada tangga 47 tahun 2008. Manakala Hong Kong ada di tempat ke-15 tahun 2008 tetapi apa yang penting di sini bukan sahaja placing kita tetapi kita hendak pointer kita. Kalau 2006 dahulu kita berada pada tahap nombor 44 tetapi pointer kita hanya lima. Tahun 2007 kita berada di nombor 43 tapi pointer kita 5.1. Manakala tahun 2008 kita jatuh pula ke tahun 47 tetapi pointer kita masih lagi sama 5.1. Maknanya kita adalah di antara negara yang terbaik di kalangan negara membangun dalam membanteras rasuah tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, CPI indeks ini dibuat oleh Transparency International iaitu satu badan bebas. Sebenarnya mereka memberikan indeks ataupun pointer ini berdasarkan kepada persepsi. Apa yang kita buat pada ketika ini mengangkat nama negara. Ada pula satu pasukan yang menghukum kita, membusukkan nama negara. Setiap kali kempen, menteri itu rasuah, menteri ini rasuah, menteri ini rasuah. Inilah sebenarnya Transparency International mengambil data-data ini menjadikan ianya sebagai scoring kita dan apa yang terjadi di negara kita rasuah sebenarnya dipolitikkan sahaja.

Tidak ada rasuah yang begitu besar berlaku. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penubuhan SPRM dibentuk dengan mengambil kira model daripada ICAC Hong Kong berdasarkan kejayaan badan tersebut dalam membanteras rasuah dan di antara yang terbaik di dunia. SPRM yang hendak dibentuk berdasarkan model ICAC dengan beberapa penambahbaikan untuk kesesuaian negara dan diakui lebih komprehensif. Sebenarnya dalam kita merangka SPRM ini ada tiga faktor yang menjadikan SPRM ini lebih unik dan memang dipuji oleh ICAC Hong Kong. Pertamanya kerana kita ada mempunyai dengan izin, political will of the entire government. Rang Undang-undang BPR 1997 menjadikan kita terkebelakang. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pembangkang yang secara ikhlas mengakui bahawa beliaulah orangnya yang membentangkan Rang Undang- undang 1997 yang terkebelakang yang menarik banyak kuasa daripada BPR pada ketika tersebut. Dan pada ketika tersebut beliau adalah pemangku Perdana Menteri dan beliau mengetahui tentang kecacatan dalam rang undang-undang ini. Bagaimanapun apa yang saya hendak sebut di sini kalau kerajaan ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, inilah satu daripada faktor utama kejayaan SPRM kita. Keduanya kepada rakyat ataupun kepada komuniti. Kita penuh yakin rakyat akan memberikan sokongan di atas usaha ini dan akan bersama-sama kita dalam usaha untuk membanteras rasuah. Walaupun sebenarnya dalam Dewan ini kita berlainan pendapatan tetapi sebagai wakil rakyat kita memikul satu tanggungjawab yang amat besar bagi menjamin supaya negara kita terus maju dan kita tidak ada masalah rasuah. Dan itulah harapan

saya semoga semua daripada kita akan memberikan sokongan padu dan memastikan supaya SPRM ini akan dapat dijadikan sebagai satu akta mulai tahun 2009. Ketiganya, public awareness ialah sangat penting. Kita mahu mendidik rakyat supaya mereka sama-sama membenci rasuah. Dan perkara ketiganya yang menjadi faktor untuk SPRM ini adalah perluasan bidang kuasa. Perluasan bidang kuasa ini ada dua, satunya kuasa penyiasatan dan keduanya kuasa pendakwaan. Jadi peranan pegawai-pegawai suruhanjaya dalam aspek operasi SPRM ini, alhamdulillah sekarang diperluaskan. Keduanya tentang kuasa pendakwaan keputusan terhadap mana-mana kes siasatan termasuk kes-kes yang sensitif atau yang berkepentingan awam dimuktamadkan di peringkat SPRM sahaja tanpa perlu diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk keputusan. Ini dapat dilaksanakan sekiranya Timbalan Pendakwa Raya yang kanan dipinjamkan ke SPRM bagi membuat keputusan ke atas kes-kes siasatan yang dijalankan. Kuasa Timbalan Pendakwa Raya juga akan turut dibekalkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut perkara Seksyen 65 – Perlindungan Pemberi Maklumat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Biasanya Yang Berhormat, di peringkat dasar ini, “Pengerusi” ini dipanggil, “Tuan Yang di-Pertua”, Yang Berhormat.

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sedikit-sedikit itu kena ingat jugalah.

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Perkara seksyen 65(3) kepada mana-mana orang yang beri maklumat palsu adalah melakukan satu kesalahan. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa seharusnyalah kita merendahkan hukuman penjara dan juga denda kepada RM10,000. Bagi saya sebenarnya ini tidak ada berubah. Sebenarnya klausa ini ada dalam klausa 1997, dan klausa ini dimasukkan juga pada tahun 2008, tidak ada perubahan. Dan memang patut kalau mereka yang sengaja untuk menganiaya orang yang tidak bersalah dikenakan hukuman RM100,000 dan penjara. Keduanya tentang perkara 14(3). Perkara 14(3) ada menyebut di sini, anggota-anggota yang hendak dilantik di bawah subseksyen 2 hendaklah Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang dinamakan oleh Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Dalam konteks ini Ahli Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat adalah sebenarnya Perdana Menteri. Walaupun Perdana Menteri dalam sikap eksekutif tetapi dalam konteks ini Ketua Majlis adalah entiti Parlimen. Beliau sebenarnya pelantikan ini bukan dibuat oleh Perdana Menteri tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Maknanya entiti Ketua Majlis sebagai entiti Parlimen hanya mengemukakan nama kepada Yang di- Pertuan Agong. Kalau Agong setuju, kita terima, kalau tidak kita namakan yang lain yang lebih terbaik lagi. Dan seterusnya Jawatankuasa Aduan, Perkara 15. Saya ingin mencadangkan supaya perkara 15(1)(a) disebut untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya. Seharusnya Jawatankuasa Aduan ini bukan kerjanya memantau sahaja. Bahkan kita hendak masukkan perkataan kalau boleh, boleh menerima aduan lepas itu pantaulah. Dan seterusnya, perkara 27 yang menyalahgunakan kuasa. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, Perkara 11 - Laporan Tahunan. Di sini dalam perkara 11 disebut hanya Ketua Pesuruhjaya hendaklah membuat laporan tahunan tentang kegiatan suruhanjaya pada jawatankuasa khas. Selepas itu perkara 13(e) pula Lembaga Penasihat Pencegah untuk meneliti Laporan Tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai rasuah. Selepas itu dia menilai, buat ulasan, akhirnya pada Perkara 14(5), Jawatankuasa Khas hendaklah membuatkan Laporan Tahunan mengenai peranan fungsinya kepada Perdana Menteri yang hendaklah membentangkan satu salinan laporan tahunan ini di hadapan setiap Majlis Parlimen. Akan tetapi kita hendak tahu bila? Dalam laporan ini kita hendakkan - kita mesti ada satu jangka masa. Saya hendak mencadangkan kalau boleh apa yang dibuat oleh ICAC New South Wales yang menutup kira-kira daripada setiap 31 Jun. Dia memberikan masa selepas empat bulan melaporkan kepada Parlimen. Dalam konteks kita, kita tahu selalunya kalau sitting yang pertama kita tahun depan bulan Februari, selalunya bulan Mac. Memang kita ada mempunyai kesempatan kerana daripada satu tangga ke satu tangga sehinggalah perkara ini dihantar kepada Perdana

Menteri dan dipersembahkan kepada Parlimen. Saya hendak mencadangkan kalau boleh tarikh laporan ini dibuat selewat-lewatnya penghujung bulan Jun pada setiap tahun. Seterusnya tentang tenaga kerja. Pada ketika ini BPR kita mempunyai 1,900 orang untuk menyiasat penduduknya seramai 27 juta orang. Di mana di Hong Kong Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dia ada tenaga 1,300 orang dan penduduknya seramai 7 juta orang sahaja. Makna nisbah dia satu kepada 5,000 orang. Jadi dengan iltizam daripada SPRM untuk menambah sebanyak 5,000 orang lagi kakitangan adalah sangat dialu-alukan tetapi apa yang saya hendak minta kalau boleh, kita hendaklah kalau boleh, membuat pengambilan kepada mereka-mereka yang benar-benar mempunyai kelayakan, kelayakan pakar dan mereka ini didedahkan dengan latihan- latihan intensif dan diberikan peralatan serta logistik. Tidak guna kita ada 5,000 orang Tuan Yang di-Pertua tetapi kita tidak ada peralatan, tidak ada senjata. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya rasa setakat itu yang dapat saya sampaikan. Saya menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Kita telah mendengar Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak termasuk Bebas, membahaskan rang undang-undang ini. Dan daripada apa yang kita dengar kita semuanya jelas mempunyai sikap sama iaitu ingin melihat cara-cara untuk menghapuskan rasuah, budaya rasuah, amalan rasuah, sifat rasuah dan sebagainya dalam negara kita ini.

Kerajaan sebagaimana hasil daripada desakan rakyat, NGO, saviour dan sebagainya hari ini telah membawa rang undang-undang ini untuk kita bahaskan dan luluskan. Saya fikir pada dasarnya sudah tentulah kita berhasrat untuk melihat perubahan-perubahan dilakukan dan tidak dapat dinafikan salah satu perubahan yang dilakukan ialah menerusi pembentangan rang undang-undang yang kita ada pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah mendengar pembahas-pembahas tadi memberikan penekanan juga tentang perlunya ada iltizam politik atau political will di kedua-dua belah pihak untuk memastikan bahawa rasuah ini dapat kita kurangkan dengan cara yang amat berkesan. Saya pun bersetuju dengan sikap dan pandangan supaya terdapat political will yang tulen di semua pihak untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya kita mulai menunjukkan bahawa kita benar-benar berhasrat, ingin secara yang amat berkesan untuk mengurangkan dan menghapuskan rasuah sebagai budaya masyarakat kita. Saya rasa yang paling baiknya untuk kita melihat contoh permulaan ada political will ini jika di kalangan parti kita masing-masing, amalan ini kita benar-benar cuba bersihkan dan hapuskan daripada diamalkan. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, dan sekarang ini pun pemilihan parti dalam UMNO berjalan dengan amat rancak. Kita lihat bahawa ada laporan-laporan, ada tuduhan-tuduhan berkaitan dengan amalan rasuah dalam parti tersebut. Di antara tuduhan-tuduhan itu, ada suatu tuduhan yang dibuat secara bertulis kepada parti dan kemudiannya menjadi bahan laporan ke BPR iaitu suatu tuduhan yang dibuat oleh seorang Ketua UMNO Bahagian yang bernama Datuk Kapten Zahar Hashim yang membuat laporan bahawa amalan menggunakan kuasa, jawatan dan berpolitik secara wang ini diamalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Presiden parti sendiri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Timbalan Presiden UMNO. Beliau membuat laporan tersebut, kemudiannya ada seorang lagi di kalangan ahli-ahli UMNO iaitu Datuk Mazlan Harun dan rakan-rakan beliau membuat laporan kepada BPR dan polis berlandaskan kepada apa yang ditulis oleh Yang Berbahagia Kapten Datuk Zahar Hashim itu. Itu tidak tinggal dan diam di situ sahaja. Kapten Datuk Zahar Hashim kita tahu kemudiannya secara terbuka menulis surat sekali lagi berkaitan pula dengan tender Eurocopter untuk Kementerian Pertahanan dan itu menjadi suatu bahan yang kita di

Parlimen, di PAC pun membincangkan dan membuat beberapa keputusan. Itu pun tidak habis di situ sahaja Tuan Yang di-Pertua, kita dengar baru-baru ini bahawa Kapten Datuk Zahar Hashim telah digantung keahliannya daripada parti UMNO. Jadi ini kalau kita bercakap tentang political will, kita bercakap tentang iltizam politik, kita bercakap tentang hasrat kita bersama di kedua-dua belah pihak ingin menghapuskan amalan rasuah, maka saya rasa salah satu tindakan untuk membuktikan bahawa parti-parti yang ada wakil-wakilnya dalam Parlimen ini, yang menjadi kerajaan dan sebagainya memimpin benar-benar masyarakat kita dengan membuktikan bahawa rasuah benar-benar hendak kita hapuskan. Oleh sebab itu, jika ada sesiapa pun yang melaporkan tentang rasuah ini, paling akhir sekali tindakan terhadap beliau ialah menggantungkan keahlian parti beliau. Sebaik-baiknya beliau itu dilantik menjadi Senator di Dewan Negara misalnya untuk mengiktiraf peranan beliau yang berani untuk membawa isu-isu yang sudah tentu tidak dianggap sebagaimana proses perundangan kehakiman yang biasa yang perlu dibincangkan lagi, perlu dibawa kepada pengadilan lagi, perlu diteliti lagi oleh badan- badan pencegah rasuah yang ada ketika ini. Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan saya bahawa kita bercakap tentang iltizam politik, kita bercakap tentang political will tetapi amalan kita apabila benar-benar berdepan dengan kes yang khusus, kita bertindak amat bercanggah dengan apa yang kita isytiharkan sebagai sikap kita dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk khusus kepada rang undang-undang ini dan ingin membawa kepada perhatian Dewan dan Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang pakar undang-undang, Pada saya, kalau kita kaji rang undang-undang ini dengan rang undang- undang seakan-akan sama dengannya ataupun rang undang-undang yang sebelum ini telah diluluskan yang seakan-akan sama dengannya iaitu khusus rang undang-undang yang berkaitan dengan suruhanjaya. Kali ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, yang akan kita bahaskan kemudian nanti Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, yang kita telah luluskan dalam Dewan yang mulia ini dalam Parlimen- parlimen yang lalu misalnya ialah Rang Undang-undang Suruhanjaya SUHAKAM (Keadilan). Kalau kita kaji, sepatutnya ada dengan jelas dimasukkan dalam rang undang-undang ini ahli-ahli suruhanjaya secara khusus tetapi yang kita lihat dalam rang undang-undang ini, fasal 4 mengisytiharkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan. Fasal 5 tidak bercakap tentang suruhanjaya itu lagi, sudah mula bercakap tentang ketua pesuruhjayanya. Kalau kita pergi pula kepada fasal yang berkaitan dengan jawatankuasa-jawatankuasa dan sebagainya iaitu bahagian tiga, ianya bercakap tentang Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, kemudiannya ianya bercakap tentang Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan kemudiannya bercakap tentang Jawatankuasa Aduan. Where is the Suruhanjaya? Kalau misalnya Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, selepas disebutkan bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan, fasal seterusnya keanggotaan suruhanjaya yang kita akan bahaskan sudah tentu selepas ini dalam rang undang-undang ini tetapi jelas there is a suruhanjaya ditubuhkan dengan izin, there is the senarai anggota suruhanjaya. Yang ini tak ada, tak ada suruhanjaya yang jelas dalam rang undang-undang ini. Yang ada diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan, yang ada diumumkan suatu jawatan yang bernama Ketua Pesuruhjaya yang ada seterusnya yang dipanggil Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Yang ada ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, yang ada ialah Jawatankuasa Aduan. So where is the Jawatankuasa Pencegahan Rasuah? Mana dia jawatankuasa tersebut? Kenapa begitu? Adakah ini bermaksud bahawa di kalangan kerajaan, di dalam Kabinet ada percanggahan pandangan sama ada kita benar-benar nak menubuhkan suatu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ataupun kita cuba nak untuk mengabui mata rakyat, masyarakat dan negara yang kita ini kononnya amat berminat untuk mencegah rasuah dan oleh itu kita mesti membawa rang undang-undang yang bernama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini tetapi sebenarnya kita ingin mengekalkan cara lama, kaedah lama, nama sahaja rebranding yang baru.

Mohon penjelasan sikit Yang Berhormat Tumpat, sikit saja. Kalau Yang Berhormat tengok dalam seksyen

2 cadangan rang undang-undang itu dikatakan matlamat utama akta ini menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban. Yang kedua, mendidik pihak. Saya tak nampak dia tulis kat situ menggalakkan. Kalau dilihat dalam bahasa Inggeris dia kata to promote. Saya nampak seolah-olah macam promotional body, dengan izin. Jadi saya mohon penjelasan.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Ya, itu yang saya nak tunjukkan bahawa nampak tidak ada komitmen yang jelas, tidak ada perwujudan yang jelas sebuah suruhanjaya. Suruhanjaya mesti ada anggota suruhanjayanya. Yang ada ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Itu pun saya nak bangkitkan juga. Dalam bahagian awal tentang takrif-takrif ini Tuan Yang di-Pertua, tafsiran, takrif dan diberikan tafsiran berbagai-bagai, badan awam, ejen, harta, instrumen, wang, kekalahan dan sebagainya. Akan tetapi saya fikir ianya tertinggal satu istilah yang penting yang kerap wujud dalam rang undang-undang ini iaitu istilah nasihat. Ia ada sebut di sini pada saya sekurang-kurangnya dua pengertian yang amat berbeza tentang perkataan nasihat itu iaitu pertamanya tentang bagaimana jawatankuasa atau Ketua Pesuruhjaya ini hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Satu tempat lagi juga berkaitan dengan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah ini sekurang-kurangnya tujuh anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, itu satu. Kemudian tentang tugas Lembaga ini. Lembaga ini hendaklah dinasihati oleh, kemudiannya tugas Lembaga Penasihat ini untuk menasihati dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Lembaga Penasihat kepada kononnya suruhanjaya yang saya kata tidak ada ini lain ertinya. Nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong jelas dalam undang-undang wajib dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang kita lihat diberi kuasa kepada Lembaga Penasihat ini tidak wajib diterima, tidak semestinya diterima dan diguna pakai oleh kononnya suruhanjaya. Itu pun Tuan Yang di-Pertua kalau kita kaji secara detail nya Fasal 13 dan seterusnya berkaitan dengan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah ini pun saya fikir banyak yang perlu kita kaji dan fikir balik. Misalnya Fasal 13(5) Lembaga Penasihat ini fungsi-fungsinya, untuk menasihati suruhanjaya tentang apa- apa aspek masalah rasuah di Malaysia. Kalau pada saya tidak boleh dinasihati suruhanjaya kerana tidak wujud suruhanjaya, yang boleh dinasihati ialah untuk menasihati Ketua Pesuruhjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah. Kemudian: (b) untuk menasihati bukan suruhanjaya, Ketua Pesuruhjaya tentang dasar dan strategi suruhanjaya; dan (c) untuk menerima, meneliti, mengendorskan cadangan. Maknanya sekali lagi untuk menerima, meneliti, mengendorskan kuasa Lembaga Penasihat untuk membuat keputusan tidak ada. Sepatutnya untuk menerima, meneliti dan memutuskan cadangan daripada suruhanjaya, yang mana sekali lagi pada persepsi dan fahaman saya tidak wujud suruhanjaya setakat yang ada dalam fasal- fasal yang ada dalam cadangan rang undang-undang yang kita sedang bahaskan ini. Jadi, saya mohonlah kepada pihak kementerian, pihak kerajaan supaya menjelaskan kenapa nampak suatu dengan izin, discrepancy yang jelas Tuan Yang di- Pertua dalam suruhanjaya ini berbeza dengan suruhanjaya-suruhanjaya lain, nampaknya tidak jelas tentang pewujudan benar-benar sebuah suruhanjaya. Yang ada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang ada sebagaimana yang saya sudah ulang beberapa kali Jawatankuasa Khas dan juga Jawatankuasa Aduan. Maknanya tidak ada seorang pun nanti boleh kata, saya adalah Ahli Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Dia boleh kata saya Lembaga Penasihat sahaja. Saya bukan Ahli Lembaga ataupun ahli suruhanjaya itu dan yang menjadi Ketua Eksekutifnya, Ketua Pesuruhjaya. Jadi saya rasa perlu ada di mana-mana istilah dan badan yang bernama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua kita jelas dan kerajaan perjelaskan hal ini. Tuan Yang di-Pertua, kita juga berbahas tentang kuasa dan peranan Parlimen dalam bentuk baru yang kita sedang bahaskan ini. Sekali lagi saya merasakan seperti ramai Ahli Yang Berhormat menyatakan tentang kebimbangan kita bahawa fasal 58

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

kekal memberikan kuasa yang sepenuh dan semutlaknya kepada Pendakwa Raya iaitu Peguam Negara untuk mengendalikan, membuat keputusan, mengendalikan ataupun membuat persetujuan, keizinan untuk membawa kes yang dibawa ini ke mahkamah. Saya fikir inilah pencabar utama kepada apa sekalipun Lembaga dan Jawatankuasa yang diwujudkan. Inilah pencabar utama misalnya Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah ini kerana sekali lagi Jawatankuasa Khas ini ialah peranannya menasihati, peranannya memberi ulasan dan sebagaimana yang kita dengar daripada Yang Berhormat Jasin tadi, kita pun ada pengalaman dalam Dewan yang mulia ini, SUHAKAM membentangkan, tabled yearly report dengan izin, dan literally tabled the report, literally put the report on the table. Kalau kita hendak bahaskan tidak ada sebenarnya tajuk khusus perbahasan tentang itu. Kalau kita hendak bawanya di bawah usul-usul yang tertentu kita akan dinasihatkan supaya ianya dibahaskan apabila kita membahaskan peringkat dasar, undang-undang tertentu ataupun titah ucapan Yang di- Pertuan Agong dan sebagainya. Jadi ini saya fikir walaupun suatu perubahan...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat hendak beri peluang?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sikit sahaja. Saya ingin bertanya penjelasan Yang Berhormat Tumpat iaitu empat Jawatankuasa yang terlibat hasil daripada pindaan ini iaitu dua IPPR seperti yang disebut oleh Yang Berhormat dalam satu Jawatankuasa JKMR yang dua dibentuk melalui akta dan dua lagi dibentuk secara pentadbiran. Yang dibentuk secara pentadbiran ialah Panel Penilaian Operasi dan juga Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Jadi di sini saya ingin penjelasan Yang Berhormat, adakah disebabkan empat komiti yang mengawal keseluruhan perjalanan pentadbiran ini akan menyebabkan berlaku ketidaklancaran proses untuk mengendalikan siasatan dan pendakwaan.

Saya minta maaf kepada Yang Berhormat Arau, yang saya lihat di sini adalah apa yang dipanggil Lembaga Penasihat, LPPR, Jawatankuasa Khas, JKR agaknya dan Jawatankuasa Aduan, mungkin ada lagi. Dua lagi yang sudah tentu kami di pihak sini tidak ada peluang langsung untuk mengetahui dalam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat Yang Berhormat, yang memberi penjelasan biarlah Menteri bagi. Menteri boleh membuat perubahan.

Saya rasa begitulah, sebelum perubahan kerajaan berlaku biarlah pihak kerajaan yang ada hari ini memberikan penjelasan terhadap soalan yang saya tidak mampu menjawabnya. Jadi inilah Tuan Yang di- Pertua kebimbangan saya, bahawa nampak tidak ada secara jelas dalam rang undang- undang ini perwujudan khusus sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, dan oleh sebab itu mungkin menggambarkan masih lagi ada dalamannya perbezaan pandangan setakat mana hendak beri benar-benar kuasa kepada sebuah suruhanjaya untuk membasmi pencegahan ataupun sebenarnya kita mengekalkan kuasa yang amat besar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tidak sebenarnya memberikan suatu kuasa kepada suruhanjaya itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krau.

Selepas ini Gombak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya diberikan peluang juga untuk turut menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) yang akan dikuatkuasakan jika diluluskan dan saya percaya komitmen daripada Yang Berhormat Barisan Nasional dan juga parti pembangkang untuk menyokong supaya rang undang-undang ini diluluskan menunjukkan satu hasrat yang baik untuk kita mencegah dan membanteras amalan rasuah di dalam negara kita. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Tumpat tadi telah menyentuh tentang tidak ada jawatankuasa Suruhanjaya bagi SPRM ini. Cuma kalau kita lihat tafsiran- tafsiran mengenai pegawai kanan suruhanjaya ertinya Ketua Pesuruhjaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, Penolong Kanan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, Penguasa Kanan

dan Penguasa. Ini adalah pegawai-pegawai kanan yang boleh kita lihat, kita rujuk kepada pelantikan pegawai-pegawai lain suruhanjaya di bawah seksyen (1), maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya dan seterusnya. Saya kira inilah di antara pegawai-pegawai kanan yang akan menguatkuasakan dan memastikan supaya amalan rasuah di dalam negara kita dapat kita banteras. Saya percaya bahawa dengan pembentangan Rang Undang-undang SPRM ini membuktikan bahawa kerajaan kita dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya begitu serius sekali untuk membanteras dan juga memerangi gejala rasuah di dalam negara kita. Usaha ini usaha yang begitu gigih sekali selepas Yang Amat Berhormat menjawat jawatan Perdana Menteri dan telah menubuhkan Institut Integriti Nasional bersama juga dilancarkan Pelan Integriti, di dalam pendekatan Islam Hadhari juga disebutkan bagaimana untuk kita menjadikan negara kita bebas dari gejala rasuah.

Soal integriti ini menjadi punca utama bukan sahaja kepada BPR, lebih penting lagi ialah kepada masyarakat, sektor awam dan juga sektor swasta untuk sama-sama memikul beban bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala rasuah. Saya amat menyokong tentang perbahasan dari Yang Berhormat Muar pagi tadi menyatakan bahawa bukan sahaja gejala rasuah ini berleluasa di kalangan individu, perseorangan, penjawat-penjawat awam tetapi juga berleluasa di kalangan pihak swasta. Dengan adanya peruntukan-peruntukan khas bagi kita menangani gejala rasuah, kepada pihak swasta juga inilah satu perkara baru yang boleh kita menjadikan negara kita bebas daripada gejala rasuah. Penubuhan SPRM ini bukan sahaja mengulangi apa yang ada di dalam Akta Anti Rasuah sebelum ini malah banyak lagi peruntukan-peruntukan yang memberi nafas baru dan memberi keyakinan kepada BPR atau Suruhanjaya ini untuk menjadikan negara kita bebas daripada amalan rasuah. Contohnya kalau kita lihat dan kita dengar perbahasan pagi tadi dan sehingga petang ini di mana ada juga pertikaian mengenai seksyen 58 di mana hak untuk membuat pendakwaan ini mestilah dirujuk kepada Pendakwa Raya atau pejabat Peguam Negara. Akan tetapi apabila kita baca bersama dengan seksyen 5(6) tentang pendakwaan ini mestilah juga dengan keizinan Pendakwa Raya dan diberikan kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya dalam menilai dan meneliti sama ada seseorang itu boleh dituduh dan sebagainya. Ini juga bersesuaian dengan Perkara 145 dalam Perlembagaan. Selama ini soal ketiadaan kuasa mendakwa bagi menjadi BPR tiada autoriti untuk meneruskan pendakwaan bagi kes-kes yang telah dikenal pasti menjadi isu yang besar. Dengan kata lain, BPR terhenti setakat menjalankan siasatan manakala proses pendakwaan akan disambung oleh Jabatan Peguam Negara setelah mendapat persetujuan daripada Peguam Negara itu sendiri. Menerusi seksyen 5 Akta Anti Rasuah pada tahun 1982, di mana di dalam peruntukan ini Ketua Pengarah BPR diberi kuasa untuk meneruskan dan juga untuk menilai sama ada seseorang itu boleh dibuat pendakwaan atau tidak. Akan tetapi malangnya pindaan pada 1997, kuasa Ketua Pengarah itu telah ditarik balik dan seksyen itu telah dimansuhkan. Jadi sebagaimana soalan celahan saya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh pada pagi tadi, kenapakah ketika itu kerajaan memikirkan untuk menarik balik kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah BPR untuk menilai dan meneliti sama ada seseorang itu patut dituduh ataupun tidak. Saya percaya bahawa apabila dengan tertubuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini ataupun SPRM ini akan dapat memberi nafas baru dan mengembalikan keyakinan kepada pihak BPR atau kepada pihak Suruhanjaya untuk menjalankan siasatan dan seterusnya menilai sama ada seseorang itu patut dituduh atau sebagainya. Ramai lagi rakan-rakan wakil rakyat yang telah berkata mengenai satu keistimewaan yang ada di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini di mana disebutkan di bawah seksyen 13, 14 dan 15 di mana ada jawatankuasa- jawatankuasa tertentu dan ini telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Menteri dan juga telah disokong oleh beberapa kawan-kawan tentang fungsi dan peranan sama ada jawatankuasa ataupun panel tertentu untuk menyemak dan mengkaji kenapakah, contohnya seseorang itu telah dituduh, ditangkap, kertas siasatan telah dibuka tetapi begitu agak lama, selepas enam bulan tidak tahu cerita. Inilah kuasa penyemakan atau check and balance seperti yang dikatakan oleh pihak wakil

rakyat Subang bahawa ada perkara yang kita perlu sokong di mana Suruhanjaya ini di bawah rang undang-undang ini wujud panel dan jawatankuasa yang boleh membuat pemantauan, menyemak dan sebagainya kerja-kerja yang dilakukan oleh Suruhanjaya termasuk pegawai-pegawai kanan bagi membuat siasatan, menuduh dan sebagainya. Satu perkara lagi yang saya sangat sokong kerana apabila selepas daripada enam bulan fail itu dibuka tetapi tidak ada penilaian, tidak ada berita tertentu. Kalau kes itu kes kepentingan umum yang melibatkan sama ada orang kenamaan ataupun yang telah disiarkan di dalam surat khabar dan sebagainya terus senyap dan akibatnya yang malu ialah orang yang kena tuduh dan sebagainya. Jadi ada hak di bawah jawatankuasa ini untuk memberikan maklumat kenapakah fail ini ditutup dan apakah sebabnya dan ini boleh membersihkan semula nama orang yang telah dituduh dan diberi aduan kepada pihak Suruhanjaya ini. Seksyen 13, 14 dan 15 ini dibentuk dan diberi kuasa menerusi akta ini. Akan tetapi ada dua lagi di mana Yang Berhormat Tumpat mungkin terlepas pandang di dalam akhbar Utusan Malaysia dan sebagainya di dalam akhbar-akhbar tempatan. Kita telah menyebut juga selain daripada tiga, ada dua lagi panel yang ditubuhkan di bawah jabatan Suruhanjaya ini iaitu yang pertamanya Panel Penilaian Operasi atau PPO. Ia merupakan struktur baru yang dicadangkan untuk dibentuk di bawah SPRM ini. Jawatankuasa ini mempunyai peranan yang hampir sama dengan Operation Review Committee di ICAC Hong Kong. Pembentukan PPO ini akan dibuat secara pentadbiran dan tidak dilaksanakan melalui kuasa undang-undang. Tindakan pentadbiran ini merupakan antara langkah susulan kerajaan untuk memperkukuhkan SPRM ini bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan juga berkesan. Cuma siapakah individu yang akan dilantik menjadi ahli panel dan berapakah individu yang dilantik. Saya percaya bahawa individu yang dilantik ini akan diteliti oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bahawa mereka ini mempunyai kepakaran dan mestilah mewakili badan-badan profesional sama ada peguam kanan dan sebagainya yang menunjukkan integriti yang tinggi serta bersesuaian dengan individu yang berupaya meningkatkan ketelusan SPRM ini. Kepakaran mereka juga boleh digunakan untuk membantu SPRM dalam kes-kes yang dikendalikan. Saya percaya bahawa pelantikan ahli-ahli PPO adalah bagi setiap dua tahun untuk tempoh tiga penggal sahaja dan kekerapan mesyuarat hendaklah sekali dalam setiap dua bulan ataupun enam kali setahun. Jawatankuasa ini akan diurus setia oleh Sekretariat di Bahagian Siasatan SPRM. Terma rujukan PPO adalah banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh kita dapat dan saya percaya Yang Berhormat Menteri akan menjelaskan dengan lebih teliti dan lebih mendalam lagi tentang peranan dan juga terma rujukan bagi panel penilaian operasi. Antara contohnya dalam secara ringkas ini, seperti menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung dengan perangkaan kertas siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya dan berapakah kertas siasatan dan sebagainya. Selain itu menerima dan meneliti laporan Suruhanjaya berhubung dengan kertas siasatan yang mana siasatannya melebihi tempoh 12 bulan. Apakah sebabnya kertas ini dibuka dan melebihi 12 bulan, tidak tahu apakah cerita dan sebagainya. Banyak lagi saya kira sampai sepuluh peranan PPO ini dan yang keduanya iaitu tentang Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Tadi tiga di bawah rang undang-undang, di bawah akta dan dua di bawah jabatan. Satu lagi struktur baru yang dibentuk bagi menyokong usaha-usaha mendidik. Ini adalah khusus untuk mendidik masyarakat dan mencegah jenayah rasuah melalui penglibatan pelbagai pihak. Pembentukan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah juga akan dibuat secara pentadbiran sebagaimana pembentukan PPO. Penglibatan pelbagai pihak ini akan memudahkan usaha SPRM terutamanya dalam mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan mendapat serta memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Fasal 7(f) dan juga Fasal 7(d) rang undang-undang ini.

Saya percaya juga bahawa kuasa untuk melantik ahli-ahli panel ini adalah terletak di dalam bidang kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga mereka yang dilantik juga mempunyai integriti yang tinggi, diyakini dapat membantu

SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di samping mewujudkan suasana bebas rasuah dalam pelbagai sektor. Saya juga percaya bahawa pihak atau panel ini mestilah sekurang-kurangnya tiga bulan sekali mengadakan mesyuarat atau empat kali setahun. Saya percaya akan diurusetiakan oleh sekretariat dari bahagian Pendidikan, masyarakat dan bahagian pemeriksaan dan perundingan SPRM. Juga beberapa terma rujukan atau fungsi-fungsi panel perundingan dan pencegahan rasuah seperti yang disebut secara ringkasnya meneliti dan memerhati pada suruhanjaya, bidang tumpuan sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang mempunyai ruang dan peluang untuk jenayah rasuah berkembang, meneliti dan menambah baik laporan yang disediakan oleh suruhanjaya berhubung dengan perakuan bagi menutup ruang dan peluang dan peluang jenayah rasuah berkembang di sektor awam dan swasta. Seterusnya banyak lagi yang akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri kerana ini tidak ada di dalam rang undang- undang. Ini diwujudkan di bawah jabatan sahaja. Kalau kita meneliti kepada keupayaan pegawai-pegawai pencegah rasuah kita atau pegawai-pegawai yang ada sekarang ini yang disebut juga oleh Yang Berhormat Jasin di mana anggota kita, pegawai penyiasat seramai 1,200 dan pegawai-pegawai lain adalah seramai 700. Nisbahnya kalau kita bandingkan di dalam negara kita seorang pegawai berbanding dengan 13,000 penduduk di dalam negara kita dan kalau kita bandingkan keupayaan di Hong Kong seorang pegawai dengan nisbah lima orang penduduk. Saya percaya bahawa kita bercakap mengenai supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera. Saya juga memohon supaya selain daripada 30 orang Timbalan Pendakwa Raya yang telah ada di bawah BPR sekarang ini, saya yakin akan secara automatiknya diserapkan dan kita percaya bahawa kerajaan juga akan mempertingkatkan lebih ramai lagi bilangan pegawai-pegawai Timbalan Pendakwa Raya supaya hasrat kita untuk membanteras dan melicinkan perjalanan sama ada menyiasat, membuat tuduhan dan juga untuk mensabitkan supaya yang dituduh itu dapat dikenakan hukuman. Kalau kita bandingkan dengan jumlah kes yang disiasat BPR pada tahun 2000 sehingga Oktober 2008, maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai kepada BPR daripada 2000 sehingga 2008 adalah seramai 97,564. Hampir 100,000 dalam masa tempoh lapan tahun ini. Kertas siasatan hanya dapat dibuka sejumlah 9,834. Saya percaya ini beberapa kelemahan dan kekurangan sama ada maklumat itu maklumat palsu ataupun juga kekurangan pegawai untuk menyiapkan kertas siasatan. Daripada jumlah 9,834 ini, hanya 4,051 sahaja yang ditangkap dan yang dituduh hanya 1,694, dan yang disabitkan hanya 655. Saya percaya beberapa penambahbaikan berdasarkan statistik ini dengan tertubuhnya suruhanjaya ini dapat kita atasi dan dengan ini saya menyokong supaya rang undang-undang ini diluluskan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa satu perkara yang amat penting dalam rang undang- undang ini adalah berkenaan dengan kuasa Pendakwa Raya. Dengan ini saya merujuk kepada seksyen 58, cadangan-cadangan seperti mana dalam rang undang-undang. Saya bacakan seksyen 58 yang saya rasa sudah dibacakan beberapa kali. Ini cukup jelas, cukup precise. Seksyen 58, “A prosecution for an offence under this Act shall not be instituted except by or with the consent of the Public Prosecutor.” Dengan kaedah ini, kami juga mempunyai peruntukan Seksyen 145 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa pihak Pendakwa Raya, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The Attorney-General will have a discretion...” telah dinyatakan jelas, “to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence other than proceedings before a Syariah Court, a Native Court or a Court Marshall.” Apa yang menjadi masalah kepada kami semua adalah berkenaan dengan objektiviti dan juga independence of the Public Prosecutor. Izinkan saya merujuk kepada satu kes iaitu kes Repco Holdings Berhad lawan Public Prosecutor. Dalam kes ini apa yang berlaku ialah kuasa-kuasa tertentu telah pun diberikan kepada the

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Securities Commission. Apabila Securities Commission cuba institute criminal proceedings, perkara ini telah pun dibawa kepada Mahkamah Tinggi di mana satu keputusan telah pun dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Saya bacakan perkara yang diputuskan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. The Justice Gopal Sri Ram, “I will be seen at once from my reading of the plain language of Article 145(3) the Supreme Law, namely the Federal Constitution has committed to the hands of the Attorney General…”. Ini perkataan penting, “..the sole power”. Tuan Yang di-Pertua. “…the sole power exercisable at his discretion to institute conduct and discontinue criminal proceedings.” Ada beberapa kes lain seperti kes Datuk Haji Harun bin Idris dan sebagainya telah pun dibuat rujukan. Bukan sahaja setakat itu, masalahnya ini pertamanya, discretion to institute diletakkan dalam tangan Attorney-General. Akan tetapi masalah yang keduanya adalah sepertimana yang dinyatakan dalam petikan itu juga dan saya baca. “In other words, the exercise by Attorney-General of his discretion in one way or another under Article 145, cannot be question in the courts by way of social rights, declaration or other judicial review proceedings.” Saya teruskan, “I think the proposition is not mainly good law but good policy for it otherwise upon each occasion that the Attorney General decides not to institute or to conduct or discontinue a particular criminal proceeding he will be called upon to account to a court of law the reasons for his decision. It will then be the court and not the Attorney-General who will be exercising the power under Article 145(3). That were surely not the intend of our founding fathers who framed the constitution for us” Di sini jelas kita lihat terdapat dua masalah. Pertamanya kita hendak satu sistem di mana kuasa tidak terletak di tangan Peguam Negara sahaja, diberikan kepada suruhanjaya - MACC sebagaimana dicadangkan di sini. Akan tetapi masalahnya adalah berkenaan dengan masalah pindaan kepada Perlembagaan iaitu bukannya senang. Kedua, bukan sahaja discretion diberikan kepadanya tetapi kelihatan di bawah Article 145, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh memaksa Peguam Negara memberikan sebab-sebab atas mana beliau tidak mengambil tindakan. I think itu yang menjadi masalah. Itu menjadi aspek yang kita semua concern. So, di sini saya ada satu cadangan. Saya buat rujukan kepada seksyen 7, seksyen 7 akta ini menyatakan dengan jelas fungsi-fungsi yang diberikan kepada commission, the functions of the commission dan sebagainya. Seterusnya kita lihat seksyen 10. Seksyen 10 speaks of the powers of the commission an so forth. Di sini saya buat rujukan, ini penting, kepada duties of the officers of the commission. Kalau

boleh saya minta izin Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada seksyen 11(2). Ini penting

“The Chief Commissioner shall make an annual report on the activities of the Commission to the Special Committee on Corruption.” Selepas itu apa yang penting ialah untuk kami meneliti bahawa terdapat satu advisory board di bawah seksyen 13 di mana scrutiny dan sebagainya. I’m not going into that. Apa yang penting adalah seksyen 14(2) yang menyatakan dengan jelas bahawa:

boleh saya minta izin Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada seksyen 11(2). Ini penting

“The Special Committee shall consist of seven members, to be appointed by Yang di-Pertuan Agong, who shall be drawn both from the members of the Senate and House of Representatives, none of whom shall be a member of the administration”. Apa yang penting adalah 14(5) - “The Special Committee shall make an annual report on the discharge of their functions to the Prime Minister who shall lay a copy of that annual report before each House of Parliament”. Tuan Yang di-Pertua, pada lazimnya the main concern, semua orang adalah berkenaan dengan independence of the Attorney General. Dalam masa lampau kita dapat banyak kes-kes di seluruh dunia di mana permintaan telah pun dibuat supaya tindakan satu Attorney General itu dijadikan satu perkara yang boleh dijadikan satu perkara yang boleh di debat di Parlimen. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya lihat satu cadangan, saya lihat satu cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi di sini, dan saya cadang kalau kita lihat seksyen 11(2) jelas, “The Chief Commissioner shall make an annual report activities of the Commission to the Special Committee on corruption”, tetapi akta ini tidak menyatakan apakah kandungan laporan tersebut, adakah laporan tersebut setakat hanya menyatakan apa aktiviti-aktiviti formal yang dilakukan oleh commission itu

boleh saya minta izin Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada seksyen 11(2). Ini penting

keseluruhan tahun atau adakah itu satu laporan di mana khususnya diperuntukkan, bahawa Attorney General boleh diperlukan ataupun diperlukan secara terperinci untuk menyatakan jumlah kes-kes di mana laporan telah pun dibuat. Jumlah kes-kes di mana laporan telah pun diambil dan hasil tindakan tersebut dan juga yang penting kes-kes di mana laporan dibuat tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. So, di sini saya berpendapat bahawa seksyen 11(2) ini satu seksyen yang baik tetapi banyak kekurangan, ianya perlu dipinda untuk memasukkan apa yang penting, kita nak tahu, what is the purpose of section 11(2). Di sini kita mempunyai satu cara di mana kita boleh memaksa Attorney-General, Peguam Negara untuk memberikan sebab-sebab di atas mana satu laporan itu tidak disiasat. Ini amat penting oleh sebab laporan tersebut akan dibentangkan di Parlimen dan itu menjadi apa yang penting di sini untuk kita sebagai Yang Berhormat-Yang Berhormat di Parlimen diberi peluang untuk meninjau dan meneliti apakah sebab-sebabnya. Di mana kita tidak puas hati, perlu seksyen ini juga memasukkan satu klausa di mana Parlimen boleh meminta untuk penjelasan seterusnya berkenaan dengan kes-kes khususnya kes-kes yang sensitif di mana tindakan tidak diambil. Dalam keadaan itu, Peguam Negara, walaupun Peguam Negara diberikan kuasa mutlak di bawah seksyen 58, di bawah Artikel 1453 dan sebagainya, tetapi beliau tidak boleh lari daripada penelitian Parlimen khususnya. Di sini juga kita boleh membangkitkan satu cara di mana ahli-ahli Parlimen dapat mendebatkan tindakan dan tingkah laku seorang Peguam Negara, this is could be a breaking ground for us the first time, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, di mana Ahli-ahli Parlimen dibenarkan membincangkan satu keputusan Peguam Negara dengan terbuka di Parlimen. Dengan adanya satu undang-undang yang membenarkan sistem di mana pendapat Ahli-ahli Parlimen boleh dikembalikan kepada Peguam Negara untuk beliau mempertimbangkan. Saya rasa itu apa yang penting, oleh kerana kalau ianya satu kes yang jelas di mana pihak pendakwa raya atau pihak Peguam Negara tidak ambil tindakan dalam satu kes dan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat lihat, kaji dan mendapati bahawa memang kes itu satu kes di mana tindakan perlu diambil. Kalau Peguam Negara masih enggan mengambil tindakan bahawa itulah menjadi satu masalah bila Perdana Menteri perlu mengambil tindakan terhadap Peguam Negara tersebut. So ini menjadi satu cara bagaimana kita boleh mengatasi masalah Artikel 1453. Artikel 1453 itu adalah satu perkara yang telah pun, it has been like that for many years, bukan saja di sini tetapi merata dunia, difficult for us to amend the constitution. Akan tetapi ini menjadi satu undang-undang di mana cara diberikan ataupun di mana peluang diberikan kepada kami untuk memastikan bahawa Attorney General conduct of prosecution the openers, the transparency of the AG Chambers, bila diperdebatkan di Parlimen, I think this is ground breaking. Di sini saya minta agar seksyen 11 dilihat semula. Kita perlu mempunyai peruntukan-peruntukan khusus Tuan Yang di-Pertua, kita dapat laporan-laporan, saya tak tahu, beratus-ratus laporan di atas meja saya. Laporan-laporan yang menyatakan mungkin hari kebajikan, hari sukan dan sebagainya dan photograph semua orang. Kita tahu adakah itu laporan yang dimaksudkan di bawah seksyen 11, apakah perlunya kita mempunyai satu rang undang-undang di sini dan next year, kita dapat satu laporan yang tidak memasuki perkara-perkara yang penting. Apa guna kerana kita mempunyai satu laporan tersebut. So di sini persoalan yang timbul, adakah seksyen 11 di sini satu seksyen yang memadai, khususnya kita kena baca dengan seksyen 14 juga dan seksyen 14 memerlukan komuniti tersebut terdiri daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Parlimen. It’s say very-very clearly, seven members to be appointed by Yang di-Pertuan Agong who shall be drawn both from the members of the Senate and the House of Representatives. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan bahawa ruang juga diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang untuk mengambil bahagian supaya dapatlah kita juga bersama-sama meneliti dengan teliti apakah yang berlaku, apakah kandungan laporan tersebut dan supaya dapatlah kita bersama-sama menunjukkan kepada dunia bahawa tujuan sebenar kita menggubal rang undang-undang ini ialah untuk memastikan bahawa terdapat transparensi, integriti, bukan saja pada tahap MACC tetapi pada tahap keseluruhan Jabatan Peguam Negara.

boleh saya minta izin Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada seksyen 11(2). Ini penting

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajukan satu contoh yang cukup mudah untuk kita fahami, sila kita ambil perhatian, sila Yang Berhormat fikirkan kepada keadaan di mana terdapat aduan yang dibuat seorang Peguam Negara. Saya gunakan contoh sahaja. Apakah rang undang-undang ini mempunyai peruntukan-peruntukan yang mencukupi untuk mengawal satu keadaan sedemikian. Saya rasa tidak dan di situ juga kita boleh lihat satu keadaan di mana tindakan tidak diambil. Selepas itu satu laporan dibentangkan tetapi tidak dimasukkan sebarang sebab-sebab, kenapa undang-undang tidak diambil, tetapi bila kita tanya, kita ditunjukkan Artikel 145, di mana dinyatakan bahawa bukan sahaja saya mempunyai discretion you can’t force me not to take action or take action, you can’t force me to give reason also. So, ini menjadi satu keadaan di mana saya cukup tertarik dengan peruntukan- peruntukan yang dimasukkan dalam MACC ini dan saya juga ingin menyatakan bahawa saya melihat, saya telah baca, kaji rang undang-undang ini dan saya rasa rang ini satu rang yang cukup baik digubal, but I think the main area of it seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tawau tadi we got a tiger here, but the teeth kita perlukan peruntukan-peruntukan yang jelas supaya Peguam Negara tahu even he can’t run away from Parliament. Ultimately Parliament can direct him to give reason and they are no reason, action can be taken against the men, that what we want. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan agar satu peruntukan walaupun dari segi pindaan dimasukkan ke seksyen 11(2) untuk menentukan kandungan- kandungan spesifik laporan tersebut, ataupun satu peruntukan dimasukkan di mana commission tersebut diberikan ruang untuk regulate, regulate the procedure tetapi dengan nyata satu peruntukkan jelas di mana commission ini boleh meminta Peguam Negara supaya memberikan sebab-sebab. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan aspek yang lain. Saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada seksyen 52 dan saya rasa ini juga sangat penting dan ini dari pandangan seorang peguam yang biasa dengan kes-kes jenayah. Seksyen 52 menyentuh apa yang dikatakan sebagai agen provocateur dan agen provocateur ini adalah seorang yang dilantik ataupun yang diletakkan ataupun dipilih to act ataupun memainkan peranan samaran to attract people to commit offences.

boleh saya minta izin Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada seksyen 11(2). Ini penting

Kebiasaannya dalam undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya dan sebagainya, terdapat peruntukan khusus bahawa seorang agen provocateur itu perlulah mempunyai ataupun has to be a certain standings, mungkin satu pegawai yang tinggi dan sebagainya, kenapa? Ini adalah untuk memastikan bahawa beliau bertugas dengan bersungguh-sungguh, that particular area of protection is afforded where an area provocateur involve in the case tetapi kita lihat MACC ini, 52 tidak sekali menyatakan apakah qualification, apakah standings seorang agen provocateur di dalam undang-undang ini dan ini penting kerana kalau tidak semua orang tidak kira siapa yang terlibat dalam satu kes boleh datang ke mahkamah dan beri keterangan menyatakan bahawa semasa berlakunya kes itu, suspek telah pun beritahu saya, sekian, sekian, sekian. There can be no limit to it. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] So ini menjadikan ia satu keadaan yang memang bukan sahaja dangerous in law tetapi juga keadaan di mana satu suspek itu boleh dengan senang, dengan mudah sekali to be frame. Ini kerana kalau kita buat satu laporan polis, minta seorang datang ke satu tempat di situ terdapat wang misalnya dan dia tidak berkata apa-apa, duduk di situ sahaja, pihak anggota-anggota polis datang, tangkap. Selepas itu semua orang yang duduk di situ boleh berkata macam-macam, this is what he told me, that is what he told me. So tidak ada sebarang sekuriti yang dinyatakan di sini di mana agen provocateur itu boleh dijadikan accountable kepada mahkamah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. Juga tidak adanya satu peruntukan di situ di mana evidence of the agent provocateur itu perlu di reduce into writing dijadikan bahan bertulis. Itu penting Tuan Yang di-Pertua untuk kes-kes pada masa yang biasanya kes itu datang ke mahkamah bukan hari kemudiannya, kes datang ke mahkamah two or three years later, orang tidak boleh ingat. Selain daripada itu saya juga ingin membangkitkan perkara bahawa akta ini tidak sama sekali menyentuh berkenaan dengan cara commission akan mendapat bantuan daripada pihak-pihak antarabangsa dalam kes-kes rasuah, ini penting. Ini merupakan satu perkara yang penting khususnya pada masa ini, especially when it comes to banks dan sebagainya, apabila kita hendak dapat maklumat-maklumat dari pihak-pihak ketiga yang di luar negara bagaimana wang tersebut telah pun dibelanjakan, di akaun mana dan sebagainya. Tidak ada sebarang peruntukan. Ini kerana apa yang perlu adalah untuk memastikan bahawa terdapat satu peruntukan yang ditetapkan di mana agen-agen ataupun ahli-ahli commission kita boleh pergi ke luar negeri untuk mendapatkan statement-statement untuk memberitahu kepada mahkamah dalam satu perbicaraan di sini bagaimana kejadian rasuah ini berlaku. Itu penting, kalau tidak, kita dapat kes-kes di mana wang itu didepositkan di luar negeri, bank-bank luar negeri tetapi commission kita ataupun ahli-ahli yang siasat di sini tidak mempunyai kuasa untuk ke luar negeri untuk mendapat bantuan yang diperlukan untuk maju ke mahkamah semasa satu perbicaraan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga melahirkan perasaan yang sama berkenaan dengan seksyen 62 di mana dinyatakan bahawa satu defence statement dan sebagainya perlu dimasukkan sebelum perbicaraan. Ini bercanggah dengan long standing system of law in all modern constitutionalize world or countries di mana jelas bahawa seseorang tertuduh itu berhak untuk berdiam diri. Apa yang penting ialah pihak pendakwaan untuk mendapatkan bukti untuk membawa satu pendakwaan dan satu kesalahan ataupun satu sabitan kesalahan itu hendaklah bergantung ke atas bukti yang dikemukakan oleh pendakwa raya, bukan di atas satu pengakuan yang dibuat oleh tertuduh. Ini jelas, kerana terdapat banyak kes di mana seseorang tertuduh itu dipaksa, dibelasah dan sebagainya. Kalau tidak dibelasah di hadapan kita, mungkin terdapat masalah-masalah di sebaliknya di mana seseorang tertuduh itu terpaksa membuat pengakuan, tidak masukkan dokumen. Mungkin terdapat seorang peguam yang tidak berpengalaman, peguam yang tidak tahu, peguam yang membuat kesilapan di mana satu dokumen tidak dimasukkan, satu pembelaan tidak dibangkitkan. Akan tetapi oleh kerana kesilapan itu, beliau disabitkan kesalahan. Itu tidak menjadi tujuan akta ini. Tujuannya bukan untuk menyabitkan orang itu yang membuat kesilapan, tetapi adalah bertujuan untuk menyabitkan orang membuat kesalahan. Jadi di sini saya juga menyeru...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, saya juga menyeru agar satu pindaan dibuat kepada seksyen 62, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong bil ini terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk menyumbang kepada perbahasan. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas usaha dan keazaman beliau untuk membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada tanggal 11 Disember 2008. Saya percaya bahawa rang undang-undang ini adalah merupakan brain-child beliau sendiri dan ianya mencerminkan komitmen beliau untuk membanteras gejala rasuah di negara kita dan sekali gus mengembalikan pandangan positif serta keyakinan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. Saya yakin rang undang-undang ini mendapat sokongan dan kita dengar hujah-hujah daripada rakan-rakan dari pembangkang, ramai yang menyokong. Juga

daripada saya kira lapisan masyarakat kerana kita semua mahu negara kita bebas daripada cengkaman gejala rasuah. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya tahap rasuah di negara kita ini telah meresap ke semua lapisan masyarakat dan pentadbiran awam sehinggakan sebahagian amalan rasuah di kalangan kakitangan awam telah dianggap oleh orang ramai sebagai satu norm. Walaupun amalan itu dikenal pasti sebagai amalan rasuah, tetapi ianya telah diterima sebagai kebiasaan. Untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan, terpaksa akur atau bersekongkol dengan pengamal rasuah. Keadaan ini amat membimbangkan dan kalau tindakan drastik tidak diambil, maka masa hadapan negara kita menjadi malap. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil contoh berkaitan dengan tahap amalan rasuah yang meresap serendah-rendahnya dalam pentadbiran awam. Saya mengambil contoh di Sabah, dalam beberapa masa yang lalu, laporan mengenai dengan penjualan IC-IC kepada pendatang tanpa izin ini berleluasa, it’s an open secret, sehinggakan ramai yang dikhuatiri telah memperoleh kad pengenalan melalui penjualan kad pengenalan ini daripada pegawai pendataran negara. Apa yang malang sekali ialah apabila Jawatankuasa Integriti Parlimen telah memanggil Jabatan Pendaftaran dan Imigresen untuk hadir dalam satu mesyuarat untuk memberi keterangan, kedua-dua jabatan ini enggan untuk hadir. Jadi tindakan ini tidak memberi contoh yang baik ke arah usaha kita untuk membanteras gejala rasuah ini. Tuan Yang di-Pertua, rakyat sudah pun menjelaskan rasa bosan dan muak ke atas penyakit negara ini dalam pilihan raya yang lalu, ini kita terima hakikatnya. Dengan pembentangan rang undang-undang ini menunjukkan bahawa pengurusan kerajaan membanteras rasuah di bawah Akta Pencegah Rasuah 1969 tidak mencapai sasaran. Oleh yang demikian, pembentangan Rang undang-undang SPRM ini tepat pada masanya. Apa yang penting ialah pelaksanaan undang-undang ini secara berani, telus dan objektif. Tidak guna kita ada undang-undang baru jika pelaksanaan tidak berkesan. Masyarakat mahu kita sebagai pemimpin menunjukkan contoh dahulu. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita berusaha untuk membanteras gejala rasuah ini dan apabila rang undang-undang ini menjadi undang-undang nanti dan kita laksanakan, apa yang penting ialah saya kira kita cuba teliti dan selidik landskap rasuah di negara kita. Maksud saya ialah siapakah yang memberi rasuah di kalangan masyarakat kita ataupun dalam struktur birokrasi kita. Apa yang kita dengar dan baca ialah laporan bahawasanya mereka yang lebih rasuah ialah yang memegang kuasa dan mereka yang menguatkuasakan undang-undang. Tadi saya dengar laporan bahawasanya kes- kes tertinggi rasuah adalah di kalangan pihak polis dan disusuli oleh parti politik. Inilah saya kira apabila kita melaksanakan peruntukan-peruntukan undang-undang ini kita harus menjurus kepada sektor-sektor di mana terdapat kes-kes yang banyak dan tinggi ini. Saya kira dalam peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam rang undang-undang ini memerlukan satu accountability yang tinggi di dalam SPRM. Dari segi matlamat dan prinsipal nya, adalah jelas dan sedang difahami tetapi kita ambil kira teguran, pendapat dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari kerajaan atau pembangkang dan kita harus mengambil kira sebab semua pendapat itu adalah penting. Oleh kerana saya berpendapat dan bersetuju bahawasanya rang undang-undang ini mempunyai banyak areas yang perlu pada masa akan datang perlu diperbaiki dan dihalusi seperti yang disarankan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagi saya pada malam ini, saya hanya ingin menyentuh sedikit perkara dalam rang undang-undang ini yang saya fikir perlu diteliti juga dan dijelaskan oleh pihak kerajaan dan saya tidak bermaksud untuk menyentuh perkara yang telah disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh fasal 2 iaitu mengenai dengan matlamat rang undang-undang iaitu terbahagi kepada dua matlamat iaitu eradication, pembasmian dan juga preventive. Dalam soal prevention ini dikatakan dalam rang undang-undang ini adalah unsur-unsur pendidikan. Dalam soal pendidikan, kita tidak boleh hadkan dalam usaha mendidik pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah JKK, tetapi saya mencadangkan agar ianya menjadi satu on going program untuk mendidik anak-anak sekolah kerana kita boleh.

Kalau pun kita tidak dapat mencapai kejayaan dalam mendidik orang-orang dewasa seperti kita tapi kalau kita mulakan daripada sekolah, apabila mereka dewasa nanti it becomes satu budaya, become norm to them. Contohnya ialah apabila kita membuat kempen, mendorong anak-anak kita mencintai alam sekitar. Sekarang ini telah berkesan, apabila mereka dewasa mereka mempunyai satu perasaan cintakan alam sekitar. Begitu juga saya rasa dalam soal rasuah, apabila ianya telah diserapkan dalam pemikiran anak-anak kita, maka apabila mereka dewasa lebih-lebih lagi kalau mereka memegang satu jawatan, maka soal rasuah ini akan menjadi satu perkara yang negatif dalam pemikiran kita. That is first front of the war against the corruption. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perkara Fasal 3(k) iaitu mengenai dengan soal kebebasan commission ini, suruhanjaya ini. Di mana fasal 3 mengatakan bahawa chief commissioner itu adalah dianggap sebagai seorang kakitangan kerajaan dalam konteks disiplin. Jadi kalau kita mahu lihat satu commission yang bebas, saya berpendapat commission ini harus mempunyai kuasa hired and fire. Mereka harus mempunyai satu servis yang berasingan seperti polis dan tentera, kerana apabila mereka ini masih lagi bergantung kepada PAC dari segi perolehan kakitangan atau pegawai, maka mereka mempunyai satu handicap. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Pengarah BPR di Sabah telah ditukarkan dengan serta-merta ke Pulau Pinang. Dan ini menyebabkan pelbagai tanggapan dan banyak pihak yang mempersalahkan BPR, tetapi sebenarnya ini bukan tindakan daripada BPR, ini adalah tindakan daripada PAC menukarkan pegawai. Jadi ini menunjukkan bahawa commission ini kalau tidak mempunyai kebebasan dari segi recruitment, fire and hire, promotion dan sebagainya, mereka tidak mempunyai satu kebebasan mutlak. Jadi saya cadangkan supaya commission ini mempunyai servis mereka tersendiri seperti polis dan askar. Satu lagi ialah seksyen 54 mengenai dengan kedudukan chief commissioner ya Tuan Yang di-Pertua. Fasal 3(k), ini ialah tafsiran mengenai dengan badan awam. Ia merangkumi (k), merangkumi mana-mana syarikat atau syarikat subsidi yang terhadapnya atau yang dalamnya mana-mana badan am yang disebut dalam perenggan yang sebelum itu mempunyai kawalan atau kepentingan. Ini penting kerana dalam GLC’s ini, syarikat-syarikat di mana kerajaan ada kepentingan, ramai juga kakitangan kerajaan, pegawai awam ini di second ataupun dipinjamkan. Dan kita melihat bahawa banyak daripada syarikat-syarikat government related ini menghadapi kerugian. Satu daripada sebabnya ialah tidak ketelusan dari segi pentadbiran. Jadi kita boleh ambil contoh, tetapi saya tidak bermaksud untuk menyebut pada malam ini. Akan tetapi saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ada satu syarikat bernama Sinora, anak syarikat Yayasan Sabah, diberi kapital yang begitu banyak. Bapanya ialah seorang pemegang concession balak, tetapi anaknya Sinora ini tidak menerima balak yang good grade. Balak yang baik itu dijual kepada orang lain. Apa terjadi? Sinora ini tutup pintu, tetapi apabila ianya diswastakan dan ditadbir oleh satu syarikat sekarang ini telah mendapat keuntungan sebab pegawai-pegawai pentadbir syarikat ini tidak telus, there’s something wrong there inside. Ini dibuktikan apabila ianya diserahkan kepada syarikat swasta, ia mendapat keuntungan. Jadi ini saya rasa adalah amat penting kerana dulu ini apabila kita berbincang tentang soal badan awam hanya tertumpu pada jabatan-jabatan, tetapi sekarang ini merangkumi syarikat-syarikat yang di mana kerajaan ada kepentingan. Jadi saya merasa senang hati kerana ini dimasukkan di dalam undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah Fasal 7(a), ini berkaitan dengan laporan yang disampaikan kepada commission dan tidak dijelaskan dalam rang undang-undang apakah jenis laporan yang dibolehkan. Saya difahamkan dan saya tahu bahawa dalam di bawah Undang-undang Pencegahan Rasuah, pegawai-pegawai BPR telah memberi penerangan kepada masyarakat bahawa laporan melalui SMS pun boleh diterima. Jadi perlu dijelaskan apakah bentuk laporan yang boleh diterima oleh commission ini. Sama ada ianya secara peribadi, in person, bersurat, e-mel atau sebagainya. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, kalau SMS ini boleh diterima maka ianya mempercepatkan tindakan. Kalau soal perceraian itu dibolehkan SMS, kenapa tidak laporan kepada BPR, kepada commission ini? Kita ada undang-undang dalam bil itu sendiri, kalau ada laporan palsu, maka pelapor itu akan diambil tindakan kerana kita boleh trace, kita boleh tahu dari mana laporan itu. Sebab ramai daripada ahli

masyarakat yang takut untuk tampil ke hadapan, untuk memberi laporan dan mereka rela kalau menggunakan telefon, e-mel dan sebagainya. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ini soal mengenai dengan special committee yang terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Saya mencadangkan dan bersetujulah dengan pendapat daripada pihak pembangkang pun ada mencadangkan, bahawa kalau boleh untuk menaikkan integriti dan keutuhan committee ini ia seharusnya dibentuk seperti pembentukan PAC dan committees yang lain, iaitu terdiri dari kerajaan dan pihak pembangkang. Saya percaya bahawa siapa juga Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik itu mereka akan menjalankan tugas dengan telus, komited dan responsible. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua ialah ini Jawatankuasa Aduan. Saya kira seksyen 15 ini mengenai dengan Jawatankuasa Aduan ini, dengan izin it’s the dead end. Dikatakan di sini bahawa hanya meneliti aspek-aspek salah guna, salah laku tetapi apa jadi dengan laporan? Kalau lihat commission, pegawai ini mempunyai kuasa yang luas dan apakah saluran bagi the great parties, kerana bukan semua pegawai commission ini malaikat. Kadangkala ada juga unsur salah guna kuasa, kalau dia tidak berapa setuju dengan kita, maka dia gunakan kuasa dalam undang-undang untuk parasite dan di manakah tempat kita mengadu? Seksyen 15 ini tidak memberi satu penjelasan apakah remedy bagi mereka yang mengadu mengenai dengan kelakuan pegawai-pegawai commission ini. Tuan Yang di-Pertua, ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Jawatankuasa Penasihat ini, saya ingin turut serta dengan rakan tadi yang mengatakan, kalau boleh dan kita memohon di sini bahawa jawatankuasa ini diambil menyeluruh dari seluruh pelosok Malaysia, jangan lupa Sabah dan Sarawak kerana ini akan mewakili pandangan, penghormatan daripada rakyat Malaysia. Kalau ahli ini diambil dari seluruh Malaysia.

Saya kira ini boleh dan tidak susah untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, untuk menambahkan keberkesanan perjalanan kerja- kerja pegawai-pegawai commission ini apa salahnya kalau diperkenalkan special allowance sebagai satu dorongan kepada pegawai untuk menyiasat. Contohnya kalau satu kes ini selesai untuk disiasat, didakwa dan dapat penyelesaian maka satu elaun khas mungkin boleh dibagi pada pegawai yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja saya ingin kongsi bersama maka saya akhiri dengan ucapan saya menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bersyukur dan rasa gembira kerana akhirnya rang undang-undang ini dapat dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Saya pernah membahaskan dalam Dewan Rakyat ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa usaha untuk perangi rasuah ini bukan satu slogan politik atau pun sekadar retorik sahaja tetapi kita mahu satu political will, komitmen ataupun iltizam daripada kedua-dua pihak untuk memastikan satu rang undang-undang dapat dibahaskan dalam Dewan Rakyat ke arah membanteras gejala rasuah yang hari ini semakin hari semakin parah. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua kita mendengar suara-suara yang agak lunak dan positif daripada teman-teman saya daripada Pakatan Rakyat yang menyambut baik usaha ini tetapi pada masa yang sama kita juga memberikan teguran dan pandangan terhadap beberapa masalah ketempangan dan kelemahan dalam menggubal undang- undang yang dibentangkan ini. Jangan dilihat kita mempunyai agenda politik, kita sekadar memberikan satu pandangan yang bertanggungjawab untuk memastikan apa yang dibentangkan ini bukanlah sekadar lip service ataupun satu cosmetic amendment oleh pihak kerajaan tetapi kita mahu ianya dilaksanakan secara serius. Saya tekankan ini sebagai mukadimah kerana apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa jelas menunjukkan

undang-undang sedia ada sudah cukup untuk memastikan tidak ada pembangunan di lereng dan cerun-cerun bukit tetapi malangnya undang-undang ini diketepikan, tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa pemerintah, bukan sahaja soal enforcement ataupun penguatkuasaan tetapi ada element dan unsur-unsur rasuah yang telah menyebabkan pihak pemaju hari ini bermaharajalela dan akhirnya rakyat dan penghuni serta penduduk kawasan sekitar menjadi mangsa dalam kes yang berlaku baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kenyataan seorang hakim kanan baru-baru ini yang bertanyakan satu persoalan yang cukup mudah, apakah sebenarnya tujuan kita menggubal rang undang-undang ini. Sudah tentulah kita mahu mewujudkan dan membentuk satu badan yang bebas, mempunyai integriti memerangi gejala rasuah tetapi apabila rang undang-undang ini dibentangkan pada hari ini kita mulakan perbahasan, apakah kita yakin conscience kita menyatakan ianya benar-benar bebas. Jawapannya sudah tentulah tidak. Saya ingin memulakan perbahasan dengan merujuk kepada seksyen 58 yang menjadi tumpuan dalam perbahasan kita sama ada dalam Pakatan Rakyat mahupun pihak Barisan Nasional di mana kuasa pendakwaan ini masih lagi berpusat kepada Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kuasa pendakwaan SPRM ini akan benar-benar menjadi satu pendakwaan yang bebas sekiranya seksyen 58 ini masih terpakai. Ini bermakna penilaian siasatan yang dibuat oleh SPRM ini akan dinilai oleh Peguam Negara. Kebimbangan kita hari ini ialah ketaatan pimpinan SPRM ini akan beralih kepada Jabatan Peguam Negara. Harus diingatkan bahawa Jabatan Peguam Negara ini bukan satu badan atau institusi yang bebas, ianya merupakan anggota pentadbir, maka di mana kebebasan SPRM yang hendak kita bahaskan pada petang ini. Prinsip separation of powers tidak dapat kita laksanakan dalam menggubal rang undang- undang ini apatah lagi apabila Peguam Negara hari ini dan juga yang lalu bergelumang dalam pelbagai bentuk skandal dan masalah kes penyelewengan salah guna kuasa dan rasuah. Apakah kita mampu meletakkan harapan kepada Peguam Negara untuk bertindak secara bebas dan adil dalam pendakwaan kesalahan di bawah seksyen 58. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kalau benar kerajaan bersungguh-sungguh untuk menggubal satu rang undang-undang membentuk SPRM yang benar-benar bebas dan mempunyai integriti yang tinggi, saya mencadangkan satu penggubalan secara total yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan sekiranya ianya menuntut untuk mendapat sokongan dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat ini, saya memberi jaminan apabila kita benar-benar membentuk satu badan yang bebas dan berintegriti, kami daripada Pakatan Rakyat bersedia untuk mendukung usul yang dibawa oleh pihak kerajaan… [Tepuk] Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan juga ialah tentang Jawatankuasa Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Khas dan juga Jawatankuasa Aduan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuaran sebentar tadi bahawa Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh tujuh Ahli Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat ini biarlah dianggotai juga oleh pimpinan bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan tetapi daripada Ahli-ahli Parlimen yang bakal membentuk kerajaan. Perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua, supaya cadangan yang dibawa serta syor yang dibawa oleh jawatankuasa ini dapat benar-benar mewakili pandangan keseluruhan Ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat dalam negara kita. Begitu juga dengan Jawatankuasa Aduan yang dianggotai oleh lima orang yang akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri. Saya bimbang kalau pelantikan ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri ianya akan menjadi satu jawatankuasa yang tidak bebas. Justeru itu saya mencadangkan Jawatankuasa Aduan ini dianggotai oleh golongan profesional yang mempunyai integriti yang cukup tinggi dan tidak melibatkan ahli-ahli politik daripada mana-mana parti. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan Rakyat. Jawatankuasa-jawatankuasa yang hendak dibentuk ini, apakah elaun yang akan dibayar kepada mereka.

Saya bimbang sekiranya menteri ataupun Perdana Menteri membayar apa- apa elaun kepada mana-mana ahli jawatankuasa mahupun suruhanjaya, kalau elaun itu merupakan elaun tetap bulanan, sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi kedudukan anggota tersebut. Sekiranya elaun itu dibayar terlalu tinggi, pastinya ianya akan terikat dengan pimpinan politik khususnya Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri. Justeru itu saya ingin mencadangkan supaya ahli-ahli jawatankuasa ini hanya dibayar sitting allowance, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, supaya tidak ada satu jumlah yang besar dibayar kepada mereka untuk mengelakkan ketaatan mereka bukan kepada prinsip untuk menjalankan tugas dengan adil dan bebas dan berintegriti kerana kalau elaun itu terlalu tinggi maka mereka akan lebih mengenang jasa kepada Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri.

Ketiga, tentang seksyen 2 dan 3 dalam rang undang-undang ini iaitu pelantikan pegawai dan juga pegawai rendah suruhanjaya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuaran tadi supaya pelantikan ini dibuat oleh satu Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM. Kalau mengikut penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada awal tadi lebih 5 ribu anggota sama ada pegawai mahupun pegawai rendah akan dilantik dalam satu tempoh untuk memastikan SPRM ini dapat berjalan dengan cukup efektif dan berkesan. Akan tetapi pelantikan pegawai dan pegawai rendah ini dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sekali persoalan yang timbul ialah di mana kebebasan dan integriti SPRM. Kalau PDRM boleh bentuk Suruhanjaya Perkhidmatan Polis, kalau Jabatan Perkhidmatan Awam ada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mengapa tidak kalau benar Kerajaan bersungguh- sungguh untuk memastikan SPRM ini satu badan yang benar-benar bebas dan bertanggungjawab. Maka saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM dapat dibentuk bagi tujuan melantik, menaikkan pangkat dan mengambil tindakan tatatertib ke atas kaki tangan SPRM dan mesti disokong oleh Jawatankuasa Aduan SPRM. Perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana jumlah aduan dan kes yang dapat diselesaikan oleh SPRM akan menjadi kayu pengukur dalam menilai perkhidmatan SPRM dan keberkesanan SPRM dalam membanteras rasuah dalam negara kita. Maka Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM ini dapat menentukan modulnya, bentuk latihannya, kepakarannya, profesionalismenya bagi memastikan pegawai dan juga pegawai rendah SPRM adalah golongan yang benar-benar mempunyai ilmu dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Saya juga dimaklumkan sebelum ini pegawai dan kakitangan termasuk pegawai rendah Badan Pencegah Rasuah gred ataupun skil perkhidmatan mereka jauh lebih rendah daripada gred perkhidmatan polis dalam negara kita. Saya bimbang kalau perkara ini tidak diteliti semula ianya akan demoralize dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai SPRM dan pegawai rendah yang menjalankan tugas dengan baik dan telah menerima tanggungjawab dan beban tugas yang begitu besar, menjalankan siasatan dengan cukup terperinci tetapi tidak diberikan imbuhan yang sewajarnya. Maka saya mencadangkan supaya gred perkhidmatan dan gaji pegawai dan pegawai rendah SPRM ini dapat benar-benar kita menghargai perkhidmatan mereka dan dapat diteliti supaya dinaikkan pada kadar yang munasabah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada perkara seksyen 66 iaitu tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia. Saya menyambut baik usaha ini, peruntukan ini bagi memastikan kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia oleh mana- mana warganegara boleh diambil tindakan. Saya juga terbaca bahawa akta ini ataupun rang undang-undang yang sedang kita bahaskan ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Saya ingin menarik perhatian Dewan Rakyat dan Tuan Yang di-Pertua tentang apa yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang. Baru-baru ini kerajaan mengambil keputusan untuk melantik semula Duta Besar Malaysia ke Washington yang telah pun tamat perkhidmatan kembali ke tanah air sekarang kerajaan sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melantik Duta Besar Malaysia ini sebelum tamatnya pentadbiran Presiden Bush.

Apa yang membimbangkan saya Tuan Yang di-Pertua ialah duta yang saya maksudkan ini terpalit dengan amalan rasuah, apabila seorang pelobi Yahudi yang bernama Jack Abramoff ditahan, didakwa dan dibicarakan dalam mahkamah terbuka termasuk di depan Senat. Terhadap satu pembayaran yang dibuat untuk membolehkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada ketika itu mendapatkan temu janji dengan Presiden Bush. Walaupun pada peringkat awal Tun Dr. Mahathir cuba menafikan tetapi akhirnya beliau sendiri membuat pengakuan sejumlah USD1.2 juta dibayar semata-mata untuk mendapat pertemuan dengan Presiden Bush yang diaturkan oleh pelobi Yahudi bernama Jack Abramoff. Jack Abramoff ditangkap, akhirnya Jack Abramoff membuat pengakuan secara terbuka dalam mahkamah. Memang benar sejumlah USD1.2 juta dibayar kepada pelobi Yahudi dan yang membayarnya itu adalah Duta Besar Malaysia di Washington DC. Kalau Jack Abramoff telah pun ditahan, ditangkap, didakwa dan dihukum. Di mana ketegasan Badan Pencegah Rasuah dan hari ini kita ingin menggubal satu rang undang-undang yang lebih tegas memberikan kuasa yang cukup besar kepada SPRM bagi mendakwa warga Malaysia yang berkhidmat di laur negara. Maka saya berharap undang-undang ini juga terpakai ke atas mana-mana warganegara Malaysia di luar negara. Tidak kira sama ada ianya duta ataupun pegawai-pegawai kedutaan apabila ada bukti yang cukup saya mahu SPRM tidak teragak-agak untuk segera bertindak ke atas individu yang berkenaan bermula 2 Januari 2009 ini. Saya mohon gesaan ini kerana saya bimbang Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan Malaysia sedang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan persetujuan daripada pentadbiran Bush supaya pelantikan beliau diterima sebelum Presiden Bush meninggalkan pejabatnya pada penghujung bulan Januari yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan terhadap perkara dan peruntukan dalam rang undang-undang ini untuk melindungi pengadu dan saksi-saksi. Persoalan saya ialah apakah peruntukan yang telah dibawa oleh kerajaan pada hari ini sudah mencukupi untuk memberi pelindungan kepada pengadu dan saksi-saksi untuk memastikan keselamatan dan keluarga mereka terjamin termasuk pelindungan terhadap kemungkinan pembuangan kerja ataupun kehilangan peluang perniagaan seperti yang dibangkitkan oleh teman saya dari Machang berhubung kes klip video V.K. Lingam. Apabila bapa kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya, menyimpan klip video ini begitu lama ianya atas satu perkara yang cukup jelas iaitu memohon jaminan keselamatan untuk dirinya, keluarganya dan juga kemungkinan kehilangan peluang- peluang perniagaan sekiranya perkara ini dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat. Boleh gulung Yang Berhormat.

Ya Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu sebelum ini saya pernah mendesak supaya Kerajaan menyegerakan satu akta yang disebut Whistleblower Act.

Akan tetapi sehingga petang ini akta ini belum lagi pun dibentangkan dalam Dewan Rakyat. Saya berharap perkara ini dapat disegerakan walaupun ianya agak terlambat. Bagi saya Whistleblowers Act ini sepatutnya dibentangkan lebih awal daripada Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini ataupun sekurang-kurangnya ia dibentangkan bersekali untuk memastikan apabila kita ada akta ini iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, pada masa yang sama kita juga mempunyai akta untuk melindungi saksi-saksi dan individu yang memberikan maklumat kepada SPRM agar keselamatan diri mereka dan keluarga mereka terjamin. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mendukung sebahagian dari peruntukan rang undang-undang ini namun kita juga menuntut supaya beberapa pindaan dilakukan bagi mengukuhkan lagi akta yang kita bahaskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi tahun 2008. Apabila kita melihat tentang pelaksanaan rang undang-undang itu nanti dalam sedikit masa lagi saya terlebih dahulu ingin merakamkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berusaha untuk memperkenalkan satu rang undang-undang yang kepentingannya bukan hanya mungkin pada masa sekarang tetapi yang jelas ianya akan menjadi satu titik permulaan untuk memastikan bahawa satu peraturan yang digubal untuk kesejahteraan rakyat dan bangsa Malaysia itu sendiri. Ianya akan bertindak sebagai suatu pelindung dan akan memastikan bahawa kerajaan yang mentadbir yang mengurus segala peraturan yang ada di negara kita ini akan mendapat kepercayaan yang tidak berbelah bagi daripada semua rakyat, daripada kalangan berbilang kaum yang ada di negara kita ini. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin memetik pandangan salah seorang ahli falsafah iaitu S. Tompkins yang mengenal pasti dua jenis skrip yang penting dalam kehidupan manusia iaitu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembentukan Malaysia itu dari segi sikap dan perbuatan iaitu skrip kehidupan masing- masing yang disebut sebagai skrip komitmen dan skrip nuklear. Antara lain skrip komitmen ini ialah seseorang yang mengingatkan dirinya kepada suatu jadual sepanjang hidup yang dimilikinya sendiri di mana dia yakin jadual itu akan menghasilkan ganjaran yang sangat positif sementara skrip komitmen melibatkan pelaburan jangka panjang bagi melakukan pelbagai kebaikan. Inilah rang undang-undang yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini ringkasnya SPRM ini adalah bertujuan iaitu yang ada hubung kaitnya dengan skrip komitmen tadi sebab kita melihat bagaimana kalau kita menganggap satu ketika dulu dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Saya sangat bersetuju bagaimana rasuah ini pula sebenarnya dia ini boleh kita anggap juga sebagai musuh nombor satu negara kerana dengan adanya rasuah ini sudah tentu segala pentadbiran dan pengurusan kerajaan kita ini tidak akan begitu lancar. Kita telah pun melalui rancangan Malaysia yang sekarang ini Rancangan Malaysia Kesembilan dan dalam tahun 2010 kita akan masuk ke Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sudah sembilan rancangan Malaysia, bagaimana kemiskinan ataupun kemunduran ataupun banyak susun atur pentadbiran dan perancangan kerajaan yang masih terdapat ketirisan, yang masih lagi banyak perkara-perkara yang menyebabkan pembangunan itu terencat dari segi perancangan dan pelaksanaannya disebabkan faktor dan pengaruh yang dibuat oleh rasuah ini. Saya sangat mengalu-alukan dan menyokong SPRM ini untuk dijadikan satu rang undang-undang tanpa mengenal sesiapa pun, yang kita juga tidak boleh melihat sesuatu undang-undang yang akan diperkenalkan ini adalah kekebalan kepada pihak- pihak tertentu dan tidak akan kita hormati atau pandang tinggi undang-undang itu ataupun peraturan itu kalau kita tidak ada kekebalan daripada peraturan yang kita buat itu sendiri. Jadi kalau peraturan yang akan diperkenalkan ini dalam SPRM ini, kita sebagai penggubal dasar yang akan menjadi peraturan ini akan dituruti oleh generasi akan datang, perlu menghormati dan perlu berasa bertanggungjawab. Saya melihat bagaimana rakan-rakan dalam Dewan ini sama-sama membincangkan pentingnya rang undang-undang ini diperkenalkan dan mungkin kalau Hong Kong itu mengambil masa 32 tahun untuk mereka mendapat hasil yang terbaik, hasil daripada suruhanjaya yang mereka perkenalkan. Kita mungkin ini satu titik permulaan yang kalau kita anggap ianya satu yang bila lagi kita mahu laksanakan tetapi titik permulaan ini seharusnya akan menjadikan ianya 1,000 tahun akan datang. Mungkin juga kita beranggapan supaya peraturan yang akan kita gubal yang akan kita luluskan ini sama-sama akan menjadi kebanggaan kita sebagai penggubal yang ada sekarang ini akan tercatat dalam sejarah yang mahu melahirkan, yang mahu melihat bahawa bangsa Malaysia kerajaan ini ditadbir oleh mana rakyatnya itu mempunyai integriti dan mempunyai wibawa yang sungguh mulia dan dipandang tinggi di masyarakat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat tanah air kita sudah merdeka 51 tahun dan merujuk kepada perjanjian lama Malaysia yang baru-baru ini kita tengok pamerannya dan kita melihat peraturan itu memang digubal perlu menggabungkan semua aspek setelah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Dengan mengambil penggubalan undang-undang SPRM ini sendiri, kita melihat dari segi matlamat utama akta ini iaitu menggalakkan integriti dan bertanggungjawab pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan suatu badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab. Saya melihat rakan- rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini telah membincangkan dari pelbagai sudut untuk kepentingan dari segi penambahbaikannya, dari segi bagaimana peraturan ini dapat dilaksanakan dan bagaimana loophole dengan izin, kalau ada kekurangan- kekurangan yang terdapat dalam rang undang-undang ini kita akan sama-sama perbaiki. Saya ingin bertanya kepada pihak menteri dan kementerian yang bertanggungjawab, adakah dalam rancangan jangka masa panjang supaya dalam SPRM ini diwujudkan R&D dengan izin, iaitu bukan hanya kita ingin mencipta suatu produk yang terbaik. Mungkin dari segi istilah R&D itu kita hanya biasanya dipakai dalam industri, dalam produk-produk tertentu tetapi dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini juga saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan badan R&D ini yang akan dari masa ke semasa kita akan mengkaji kelebihan dan kebaikan serta ertinya iaitu dari segi kekuatan SPRM itu sendiri dan supaya ia sentiasa relevan. Ini kerana kita nampak sendiri bagaimana pandangan Timbalan Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah daripada Hong Kong sendiri, Daniel Lee yang mengakui sendiri walaupun mungkin dari segi struktur dari segi apa yang dibuat tentang peraturan ini kita ambil sedikit daripada Hong Kong. Akan tetapi Daniel Lee juga mengakui akan ada kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam rang undang-undang yang akan diperkenalkan ini, yang akan dikuatkuasakan ini yang mukin tidak terdapat dalam peraturan Hong Kong itu. Jadi kita berbangga sekurang-kurangnya walaupun mereka sudah 32 tahun melaksanakan Suruhanjaya Bebas Rasuah ini tetapi pada masa yang sama walaupun pada permulaan ini seharusnya memberi kekuatan kepada kita untuk memastikan supaya rang undang- undang ini benar-benar kita bertanggungjawab untuk memastikan supaya ianya akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita melihat juga bagaimana iaitu dihubungkaitkan mungkin dari segi R&D itu sekarang ini pun kita sudah mewujudkan Institut Integriti Malaysia dan kalau kita lihat untuk kebaikan jangka masa panjang. Kita melihat perlulah supaya suruhanjaya ini juga melibatkan dalam R&D itu sendiri. Kalau sekarang ini kita ada tabika ataupun pra sekolah di seluruh negara, banyak agensi yang telah diperkenalkan. Alangkah baiknya saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dan juga bertanya kepada menteri itu sendiri adakah rancangan kerajaan untuk memastikan supaya mata pelajaran yang berunsurkan rasuah ini dapat diperkenalkan di peringkat awal persekolahan itu terutamanya di pra sekolah. Ini supaya generasi yang ada di sekarang ini baik di peringkat yang mungkin mereka tidak mengenali perkataan rasuah itu tetapi ada baiknya kita menginstitusikan ataupun memperkenalkan ataupun mewujudkan satu subjek yang boleh mengajar generasi muda tadi sampai mungkin generasi kita sekarang ini di peringkat sekarang.

Akan tetapi supaya dia berterusan, supaya undang-undang dan peraturan ini relevan untuk beberapa tahun ataupun beribu tahun akan datang maka perlu kita wujudkan satu mekanisme supaya pembelajaran secara berterusan itu dapat kita perkenalkan di peringkat awalan sebab kalau kita lihat peribahasa Melayu pun sendiri, melentur buluh itu biar dari rebungnya. Inilah proses yang kita ingin perkenalkan sebab kita tahu bahawa masalah rasuah ini sudah berakar umbi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Yang memberi, yang menerima dan sebagainya semua terlibat. Kalau kita asyik menuding jari kepada sesiapa, belum lagi kita tahu yang tertuding jari itu ada tiga. Jadi kalau kita kadang-kadang cakap lebih, yang kita sendiri pun melakukan, bagaimana? Jadi proses yang terbaik pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua ialah kita perlu memperkenalkan di peringkat awalan dan sampailah kepada penggubalan di peringkat universiti. Proses ini saya rasa kita akan melahirkan kepimpinan ataupun masyarakat yang semua akan peka dan faham tanggungjawab mereka akan kepentingan dan rasuah ini dianggap sebagai satu yang memang menjadi masalah utama kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin merujuk kepada fasal-fasal tertentu yang terdapat dalam rang undang-undang ini iaitu mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain dalam Perkara 3(c) dan (d), di sini kita melihat bagaimana dalam cengkaman kolonialisme asing tetapi hakikatnya kita masih terperangkap. Kita berharap supaya pihak-pihak berkuasa tempatan dan juga jabatan-jabatan yang berkaitan perkhidmatan dan perusahaan Kerajaan Malaysia, kerajaan negeri ataupun suatu pihak berkuasa tempatan itu perlu menjadikan rasuah ini sebagai satu penyakit dan perlu dijauhi oleh kita semua sebab kita tidak mahu ia akan membunuh kita punya moral dan keyakinan. Kalau rasuah ini kita dapat perangi, saya sangat yakin walaupun kita melihat sekarang ini dalam keadaan ekonomi dunia yang dijangka tidak akan menentu dalam beberapa tahun ini tetapi kalau kita mempunyai satu peraturan yang orang lain akan hormati dan percaya akan wibawa kepada kerajaan kita itu, sudah tentu mereka ini akan berlumba-lumba dan masih mahu melabur dengan negara kita dan sudah pasti ini akan menjadi satu identiti kepada kekuatan kita. Kita berbangga dengan bangsa yang berbilang kaum dan sebagainya. Kenapa kita tidak boleh berbangga pada satu ketika nanti kita akan menjadi contoh kepada negara-negara lain dari segi pengurusan, dari segi tatatertib dan dari segi disiplin. Salah seorang ahli pemikir dari negara Indonesia, Dr. Ari yang beliau pernah menulis iaitu untuk sesuatu bangsa itu, untuk sesuatu bangsa itu akan menjadi gemilang, terbilang dan dipandang mulia, mereka perlu mempunyai rasa tanggungjawab, jujur, tidak mempunyai amalan-amalan yang dibenci oleh sama ada diri sendiri ataupun yang bertentangan dengan fahaman masing-masing dan agama. Kalau kita lihat sebagai contohnya dalam Surah Al-Baqarah itu sendiri, mungkin Ahli-ahli Dewan juga faham antara lain yang memberi makna bahaya dan jijiknya rasuah ini kepada kita. Jadi ertinya dari segi sudut pandangan masyarakat, pandangan agama ataupun pandangan semua pihak, masyarakat antarabangsa menganggap bahawa musuh utama kita sekarang ini ialah rasuah. Kita juga berharap dengan usaha yang murni ini, kita akan menyokong bagi memastikan supaya pihak kerajaan juga dalam semua hal dan perkara ini walaupun dari segi kekuasaan yang diberikan kepada pegawai eksekutif yang tertinggi itu, di negara kita ini kalau dari segi pentadbiran kerajaan ialah Perdana Menteri. Akan tetapi pada masa yang sama supaya institusi Parlimen ini yang menjadi lambang kekuasaan dan menjadi kebanggaan kita sebagai penggubal dasar, sebagai suatu institusi yang akan memastikan perjalanan dan urus tadbir negara ini berjalan dengan baik. Maka pada masa inilah kita berharap supaya peranan kita dalam parlimen ini diambil perhatian berat dan sebenarnya taraf parlimen itu sepatutnya melebihi segala-galanya dari segi peraturan. Kalau ada di antara kita ini seperti yang saya kata dalam perbahasan awal saya tadi, kalau kita kebal dari segi peraturan ini, maka tidak ada gunanya kita memperkenalkan rang undang-undang ini. Untuk memantapkan pembangunan yang dicapai selama ini, rakyat perlu meningkatkan keutuhan dan kewibawaan diri ataupun integriti. Kita berhasrat mewujudkan rakyat Malaysia yang bersih dan amanah, yang adil dan beretika, beramah mesra dan bersatu padu. Unsur-unsur ini adalah penting untuk meningkatkan jati diri, ketahanan dan perwatakan rakyat Malaysia agar membantu mencapai matlamat mewujudkan negara yang cemerlang. Selain daripada itu juga, pembentangan Rang Undang-undang SPRM ini boleh disifatkan sebagai satu langkah yang positif oleh kerajaan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara kita. Kembalikan keyakinan rakyat hanya wujud sekiranya suruhanjaya berkenaan tidak disuruh dan tidak diperdaya oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan diri, politik ataupun ekonomi. Rasuah adalah satu penyakit kritikal yang boleh memusnahkan

negara. Jadi inisiatif ini adalah satu langkah yang baik untuk menghalang rasuah daripada tersebar. Hadis nabi juga ada mengatakan bahawa pemberi dan penerima itu sama-sama, mereka ini adalah penghuni neraka. Oleh kerana itu pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar kita tidak terlibat dalam rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal sama ada sebagai pemberi rasuah, penerima ataupun pengantaranya kerana semua ini adalah golongan-golongan yang dilaknat oleh agama itu sendiri. Kita juga berharap dengan petunjuk yang baik ini dan mudah-mudahan dengan pelaksanaan SPRM ini, penguatkuasaan autoriti yang ada perlu dipertingkatkan dan mengambil kira yang sama iaitu dari segi Jawatankuasa Khas, Jawatankuasa Aduan, Jawatankuasa Pembaikan ini perlu ada kebebasan yang mutlak supaya mereka ini dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dan berintegriti. Selain daripada itu juga, dari segi jawatankuasa ini jangan diberi kerja yang ada selain daripada peranan mereka sebagai ahli jawatankuasa yang terlibat dalam SPRM ini. Badan ini milik rakyat dan tidak boleh menjadi milik kepada mana-mana parti politik. Itu cabaran kita untuk berlaku adil kepada semua sedangkan keadilan yang sebenar menurut Al-Quran yang berpaksikan keimanan dan bertunjangkan ketakwaan dan dapat hukum tuhan. Pendekatan membasmi rasuah harus dibuat secara harfiah bukan badaniah. Pendidikan akliah harus bermula dari peringkat sanubari masyarakat. Subsidi sukar dibanteras jika pemberi dan penerima punya kepentingan. Rasuah parah di Malaysia kerana rasuah tidak diajar di sekolah seperti yang saya huraikan di peringkat awal tadi. Tumpuan kuasa membuat keputusan kepada seseorang menyebabkan amalan rasuah menyubur di kalangan pegawai kanan dan pembesar negara. Undang- undang yang dipinda tidak memberi makna jika hanya menghukum golongan bawahan. Yang ada kuasa beli terlepas begitu, maknanya jika hanya menghukum golongan bawahan dan yang ada kuasa beli terlepas begitu saja. Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua supaya pihak yang bertanggungjawab yang akan termasuk dalam Rang Undang-undang SPRM ini benar- benar ikhlas dan mempunyai jati diri yang kuat. Inilah suatu amanah yang telah diamanahkan kepada mereka kelak nanti sama ada perjawatan yang akan dipertanggungjawabkan kepada SPA ataupun kepada mereka yang dilantik nanti dalam jawatan yang akan mereka pegang dalam SPRM ini benar-benarlah mereka akan sayang. Bukan sayang kepada diri sendiri, tetapi yang paling penting ialah sayang kepada negara kita itu. Kita mahu melihat bagaimana orang lain itu gemilang dan terbilang, kita juga sama-sama. Kita akan sepatutnya merasa jijik kalau kita dilihat terlibat sebagai orang yang bersekongkol sebab saya sendiri pun melihat, saya sangat jijik bagaimana kalau kita tengok ataupun lihat bagaimana perkembangan sukan di negara kita ini. Saya sayang kepada pasukan negara saya terutamanya kepada pasukan bola sepak. Akan tetapi itulah, kita mahu supaya ada generasi, pemain ataupun sesiapa juga yang bertanggungjawab yang diamanahkan untuk memikul. Macam juga kita penggubal dasar yang ada di dalam Dewan yang mulia ini sama-sama bertanggungjawab ingin melahirkan suatu perkara yang terbaik, yang sama-sama kita suka, yang sama-sama yang boleh menyebabkan antara kita ini semua menghormati di antara satu sama lain dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa butiran yang saya ingin tunjukkan di sini iaitu sejak dua tahun yang lalu rampasan harta milik pelaku rasuah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Bagi saya dalam masa seminit, Tuan Yang di-Pertua. Bentuk wang ringgit, kenderaan, bangunan dan harta tanah membabitkan sekitar RM30 juta dan sepanjang tahun 2006 kita melihat bagaimana BPR sudah membuka 1,317 kertas siasatan berhubung dengan kes rasuah ini. Kita berharap supaya kes ini dapat diselesaikan dengan tertubuhnya SPRM ini dan kita

sama-sama ingin melihat supaya Lembaga Penasihat dan pencegah rasuah serta SPRM yang akan diwujudkan ini benar-benar bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh.

Kalau negara lain mengambil masa beberapa puluh tahun, kita pun sanggup mengambil masa yang lama untuk memastikan. Mudah-mudahan saya yakin dan pasti SPRM ini akan menjadi satu akta yang menjadi kebanggaan kita dan kita akan dapat membentuk satu masyarakat yang benar-benar ada integriti, yang akan dipandang mulia oleh bangsa yang lain. Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin turut sama menyampaikan pandangan mengenai rang undang- undang yang ada di depan kita ini, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Apa yang menjadi isu ini diminati oleh kita semua dan oleh rakyat ialah apabila BPR yang sedia ada dilihat tidak bebas, tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya kerana terkongkong dengan beberapa ikatan dengan pihak eksekutif. Ini yang menjadi sebab Ahli-ahli Parlimen seperti yang disebutkan oleh kerajaan tadi, Ahli Parlimen Pembangkang sibuk dan menuntut supaya rang undang- undang ini diwujudkan. Isu kebebasan ini perlu dijawab sama ada ianya di address atau tidak oleh rang undang-undang ini. Kalau ianya sudah terjawab melalui peruntukan-peruntukan yang disediakan, maka kita seharusnya memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada rang undang-undang ini tetapi seandainya kita melihat, isu besar yang menjadi sebab kita menuntut satu rang undang-undang yang baru ini tidak dijawab melalui kandungan rang undang-undang ini, maka kita terpaksa menilai lebih dalam, supaya dalam masa sebelum ianya diluluskan dibuat pindaan-pindaan bagi meyakinkan kita dan juga meyakinkan rakyat bahawa apa yang dituntut iaitu kebebasan badan ataupun suruhanjaya mencegah rasuah ini betul-betul bebas. Kalau sekadar memberikan kuasa yang lebih, ini telah dihuraikan dalam temu bual yang kita lihat dalam akhbar oleh seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang mengatakan bahawa kuasa-kuasa yang besar yang diberikan kepada SPRM ini setengahnya tidak diperlukan. Malah kita khuatir, walau pun kita mahu setiap pelaku rasuah dihukum setimpal dengan kesalahan mereka, kita tidak mahu berlaku penganiayaan, berlaku kezaliman terhadap orang-orang yang dituduh. Yang disebut di dalam temu bual dengan bekas hakim tersebut, dia mengatakan ada beberapa bahagian dalam rang undang-undang yang memberikan kuasa yang dianggap sebagai melampaui batas. Tak perlu pun kuasa sebesar itu untuk melaksanakan penyiasatan, untuk mendapatkan kenyataan-kenyataan berhemah, ataupun untuk mendapatkan statement pembelaan yang tidak diperlukan. Kalau ini kita luluskan, bermakna telah memberikan satu peluru yang besar sangat sehingga kita mungkin menyebabkan kezaliman terhadap orang-orang yang di accused ataupun yang didakwa seperti yang dinyatakan oleh hakim tersebut. Ertinya dalam konteks ini, apa-apa yang ada dalam akta 1997 itu, telah boleh diguna pakai untuk menyiasat, untuk membawa ke muka pengadilan, mereka yang terlibat dengan rasuah, mencukupi. Yang pentingnya, yang menjadikan kita prihatin ini ialah, apabila beberapa tindakan BPR sebelum ini tidak bebas dan ianya berpunca daripada pertautan yang begitu rapat di antara BPR dengan pihak eksekutif, dengan pihak Pendakwa Raya, Attorney-General, dengan pihak Perdana Menteri. Ini yang menjadi isu. Kalau dalam rang undang-undang ini, perkara ini telah diselesaikan, maka kita rasa itulah yang terbaik tetapi seperti yang telah dibahaskan tadi, Perkara 58, semua pendakwaan mesti mendapat kelulusan daripada pihak Attorney General, ertinya, kita belum bercerai lagi dengan kuasa ini. Maka tidak ada bezanya. Kita terpaksa melalui proses yang sama. Jadi kita khuatir ini tidak akan dapat membantu untuk kita menyelesaikan beberapa kes yang berprofil tinggi, yang melibatkan nama-nama besar, sama ada dalam politik ataupun dalam perniagaan, yang dikatakan terlibat dengan rasuah,

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

terutamanya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gombak tadi, Peguam Negara yang current, yang masih dalam jawatan ini pun dilihat banyak berkait dan dikaitkan dengan beberapa perkara salah guna kuasa dan juga rasuah, dan pegawai ini akan berada masih lama lagi di dalam perkhidmatan awam kerajaan. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan satu kebebasan bagi SPRM ini untuk menjalankan tugas. Sebab itu kita mintalah, walaupun tadi dikatakan pihak pembangkang akan menyokong tetapi sokongan kita itu bergantung kepada setakat mana kesediaan pihak pembawa rang undang-undang iaitu pihak kerajaan bersedia untuk mengambil cadangan-cadangan kita dan ini antara perkara yang besar...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, sila.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung tiga perkara yang dibangkitkan menerusi bekas Hakim Mahkamah Rayuan dalam NST pada hari Ahad yang lepas kerana dua perkara yang lama dengan satu perkara baru yang kita pinda pada hari, bermakna kata, perkara itu dibuat pada tahun 1997 dan yang terbaru hanya 1962. Bermakna kata, yang pada masa itu Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun masih berada dalam barisan Kabinet. Jadi saya ingin penjelasan Yang Berhormat Kuala Krai, bermakna seksyen 62 ini hanya menambah daripada apa yang ada dua seksyen yang melibatkan pindaan pada tahun 1997. Jadi di sini, adakah tujuan pindaan ini bagi memperkukuhkan apa yang sedia ada berdasarkan daripada perundangan yang dibuat di United Kingdom. Apa pandangan dan penjelasan Yang Berhormat Kuala Krai berhubung perkara ini?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Niat ini kita kena tanya menteri yang buat usul tetapi saya memang mengatakan bahawa, kalaulah seandainya mengikut pandangan hakim ini perkara ini adalah an overkill kah atau apa pun seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, satu perkara yang sudah melampaui batas, saya rasa ianya tidak perlu tetapi kalau dirasakan perlu, jauh lebih baik daripada 1997, saya rasa tidak jadi masalah pada saya. Yang saya hendak tekankan dalam hujah saya ialah dari segi kebebasan itu bukan dari segi kekuasaan, cara soal jawab, cara mendapatkan kenyataan berhemah dan sebagainya. Kalau itulah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Hong Kong yang lama melaksanakan ini, mengatakan bahawa Malaysia jauh lebih baik, aspek mana yang dikatakan yang lebih baik. Adakah aspek pendakwaan atau penyiasatan atau aspek kebebasan SPRM itu. Yang kita hendak tekankan dan menjadi perjuangan kita ialah kebebasan supaya SPRM boleh mendakwa, boleh membawa ke muka pengadilan sesiapa juga tak kira orang berjenama atau tidak berjenama. Itu yang menjadi point saya. Kemudian kita bersetuju supaya Akta Pemberi Maklumat atau Whistleblower Act itu dianggap sebagai satu yang penting ataupun diwujudkan bagi memberikan kekuatan kepada usaha membebaskan urusan pencegahan rasuah ini. Ini kerana, tanpa sesuatu undang-undang untuk memelihara kebajikan orang-orang yang memberi maklumat, kita rasa agak susah untuk kita mendapatkan kerjasama daripada masyarakat tetapi itu tidak cukup kerana untuk menunjukkan bahawa Malaysia ini bebas untuk melaksanakan sesuatu bagi memperbaiki imej kita, ada perkara-perkara lain lagi antaranya kebebasan media. Antaranya Freedom of Information Act. Ini kena jalan sekali. Ia tidak boleh runcit-runcit buat satu, yang satu ini tidak ada, ia tidak akan jadi menyeluruh. Jadi saya hendak mencadangkan mungkin bukan dalam sidang ini kerana kita akan habis dalam masa tiga hari, supaya rang undang-undang yang dicadangkan tadi disebut oleh Yang Berhormat Rembau kalau tak silap saya, dikemukakan bagi memperkuatkan hasrat kita mewujudkan satu Badan Pencegah Rasuah yang lebih bebas iaitu Whistleblower Act dan Freedom of Information Act dan juga keseluruhan kebebasan media.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jangan media disekat untuk mencari maklumat, untuk mendedahkan perkara- perkara yang kita anggap baik untuk negara. Yang menjadi kehebatan negara-negara maju seperti Amerika ialah apabila medianya bebas. Di situ kita akan nampak bagaimana orang yang melakukan rasuah walaupun mungkin boleh disorok seperti apa yang berlaku kepada mayor of... [Melihat kepada Yang Berhormat Kuala Selangor] Mana Kuala Selangor? Chicago! Cara yang kita anggap memang tidak nampak ada kesilapan tetapi apabila media berperanan dengan bebas, maka terdedah peristiwa ini, maka walaupun ianya dilihat mungkin kecil tetapi akhirnya menyebabkan hamba Allah ini mungkin terpaksa melepaskan jawatan. Jadi itu tentang perkara-perkara yang mesti diwujudkan bersama dengan rang undang-undang ini dalam masa yang terdekat. Selain daripada itu saya menyokong cadangan daripada Tuaran misalnya kita buat dahulu yang ini kemudian kita ubah balik tetapi kita sedang berpeluang sekarang ini untuk melakukan satu ataupun meluluskan satu rang undang-undang, kenapa tunggu rang undang-undang ini lulus, esok kalau ada perkara-perkara yang hendak dipinda, kita pinda pula. Oleh kerana kita sudah berbahas, pihak belah sana, pihak kerajaan pun bersetuju bahawa perlu ada perubahan. Kenapa kita tidak incorporate dengan izin, pada masa ini? Supaya dia jadi lebih lengkap kerana sebelah sana pun rasa rang undang-undang tidak lengkap jadi tidak payah tunggu, kita minta supaya pihak kerajaan membawa perubahan-perubahan seperti yang kita cadangkan. Kemudian yang dilihat usaha untuk membebaskan urusan pencegahan rasuah ini ialah pembentukan tiga jawatankuasa seperti yang termaktub di dalam rang undang- undang ini. Kita ada Jawatankuasa Penasihat, Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen dan juga Jawatankuasa Aduan. Dan kedua-duanya yang penasihat dan juga khas ini adalah cadangan yang penasihat ini dibawa atau dinasihatkan kepada Agong oleh Perdana Menteri. Yang Jawatankuasa Khas juga daripada Ahli Parlimen ini pula memang di nominate, itu perkataannya. Nominate oleh Ketua Dewan Rakyat iaitu Perdana Menteri juga, jadi keseluruhannya semua Perdana Menteri. Cuma Jawatankuasa Aduan ini sahaja tidak. Perdana Menteri mungkin kerana Jawatankuasa Aduan tidak berapa glamorous, maka setakat Menteri pun boleh mencadangkan nama. Dan memang patut pun, sepatutnya bukan Menteri, siapa-siapa boleh mencadangkan kerana tanggungjawab Jawatankuasa Aduan ini kecil sangat peranannya. Kita menyangka Jawatankuasa Aduan ini boleh misalnya kalau kita membuat laporan tidak disiasat oleh SPRM, maka kita bawa aduan tetapi kalau kita tengok di dalam rang undang-undang ini, tanggungjawab Jawatankuasa Aduan ini adalah terlalu kecil dan tidak padan dengan usaha untuk memberikan satu imej bebas kepada SPRM. Kalaulah dengan tiga jawatankuasa ini kita merasa ini jauh lebih baik daripada Akta Pencegah Rasuah 1997, maka elok kita cadang tambah lagi empat lima jawatankuasa, lagi hebat. Akan tetapi kita hendak bawa ke mana kalau tidak diberikan satu peranan yang besar terutamanya di kalangan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen sekadar untuk meneliti laporan daripada Ketua Suruhanjaya. Kemudian untuk mengemukakan balik kepada Perdana Menteri pandangan kita setakat untuk meneliti laporan. Saya rasa seperti yang disebutkan oleh setengah Ahli tadi, Puchong terutamanya, laporan banyak kita baca. Saya mengaku sendirilah, saya tidak sempat hendak baca semua. Mungkin apabila satu laporan SPRM ini datang ke meja kita ataupun yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas ini pun kita tidak terbaca berbanding dengan misalnya Laporan SUHAKAM. Semua suruhanjaya-suruhanjaya yang penting pun sudah tidak lagi menjadi satu perbahasan besar di dalam Parlimen kita ini. Jadi kalau itulah peranan Suruhanjaya Khas, maka kita rasa ini macam bukan penghinaan tetapi tidak ada satu penghargaan sebenarnya kepada kita, Ahli-Ahli Parlimen untuk mengajukan pandangan ataupun cuba untuk membentuk SPRM jadi lebih baik. Ini kerana tadi dikatakan Ahli Parlimen kita inilah yang bising sangat hendakkan satu pindaan, satu undang-undang baru tetapi bila dipinda, diberikan satu kedudukan yang tidak berapa relevan kepada keseluruhan urusan untuk mencegah rasuah ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ada sedikit lagi. Tuan Yang di- Pertua, last point saya. Saya juga terkejut tadi mungkin kerana saya tidak membaca akhbar Utusan apabila Kuala Krau membawa cadangan-cadangan yang ada dalam surat khabar. Kalau betullah cadangan ini begitu besar maknanya dan penting untuk memberikan imej yang lebih baik kepada Rang Undang-undang SPRM ini, kenapa tidak dimasukkan terus di dalam rang undang-undang ataupun dibentangkan oleh Menteri semasa pembacaan tempoh hari, dibentangkan terus, disebut. Kalau pun tidak dimasukkan dalam rang undang-undang tetapi disebut oleh Menteri dan bukan Kuala Krau yang membentangkan di dalam Dewan ini. Dan ini menyebabkan kalau betul itu ada dan kita tidak dimaklumkan, tidak ada kertas di depan mata kita ini, bagaimana kita hendak membawa perbincangan yang lebih mendalam. Jadi kalau ianya penting, ianya bukan sekadar peraturan-peraturan yang nanti akan diselitkan bagi menguatkuasakan rang undang-undang ini nanti. Sepatutnya ia dimasukkan di dalam rang undang-undang ini untuk diluluskan sebagai sebahagian daripada rang undang-undang, bukannya hanya peraturan-peraturan kemudian yang mengikut pandangan daripada Menteri semata-mata. Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya sama-sama peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2008. Saya juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan khususnya kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana begitu prihatin dengan masalah rasuah di dalam negara ini sehingga kita dapat membentangkan rang undang-undang sebagaimana tajuknya iaitu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2008. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan bererti bahawa negara kita mempunyai masalah rasuah yang teruk sehingga boleh melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan pada masa ini. Ini kerana masalah rasuah ini boleh berlaku di mana-mana negara di dalam dunia kita pada hari ini dan ianya melepasi sempadan kaum, bangsa, warna kulit dan agama. Sebab itu banyak negara-negara di dunia ini bertekad mencari jalan bagaimana rasuah ini dapat dihapuskan. Sebab itu kita juga memerlukan komitmen semua pihak dan political will yang kuat supaya ianya dapat dibanteras. Ianya bukan sahaja melibatkan kepada pentadbir-pentadbir sesuatu badan tetapi juga pendidikan mengenai rasuah di dalam masyarakat itu sendiri. Di dalam akta yang dibentangkan ini saya melihat bahawa sememangnya kita mempunyai keazaman yang kuat di mana Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2008 adalah jauh lebih baik saya kira daripada Akta Pencegah Rasuah 1997 atau Akta 575 yang secara automatiknya akan terhapus apabila kita meluluskan rang undang-undang ini. Di mana di dalam rang undang-undang yang baru ini beberapa pembaharuan dan perubahan telah dimasukkan di dalamnya.

Contohnya di dalam akta baru ini adalah lebih telus dan dijangka lebih berkesan kerana terdapat penubuhan Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, terdapat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan juga Jawatankuasa Aduan. Ketiga-tiga jawatankuasa ini saya kira mempunyai tugas yang tersendiri yang dijangka mampu membawa suruhanjaya ini bergerak secara bebas dan tersendiri. Misalnya Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang ahli. Yang menariknya ketua pesuruhjaya sendiri adalah dilantik secara ex-officio sahaja yang tentunya suara ataupun undi tidak akan dapat mempengaruhi lembaga itu sendiri semasa bermesyuarat dan menentukan dasar dan hala tuju suruhanjaya. Manakala di dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah pula, ahli-ahlinya terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen Dewan Negara yang mana ini adalah satu pembaharuan saya kira. Ini secara langsung melibatkan kita semua di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mana kita semua ini adalah mewakili rakyat di dalam kawasan yang kita wakili. Jawatankuasa Aduan pula ditubuhkan dengan tujuan untuk mengawasi dan memantau pegawai-pegawai dan kakitangan suruhanjaya dan mungkin juga aduan-aduan ataupun kelemahan suruhanjaya supaya dapat diatasi dan

diperbaiki. Dengan ini, saya percaya suruhanjaya ini akan dapat menjalankan fungsi dan tugasnya dengan lebih sempurna dan berkesan lagi. Di sini juga saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang saya fikir amat penting bagi kita selaku Ahli Parlimen yang telah ditakrifkan sebagai pegawai badan awam ...

[Bangun]

Yang Berhormat, Yang Berhormat Putatan mencelah. Bagi laluan sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Sekijang. Memang terpaksa dia bagi peluang bagi saya untuk mencelah. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Sekijang. Soal persepsi korupsi ini yang dipolitikkan oleh pihak di sana, yang pembangkanglah. Saya mahu tanya sikit penjelasan Yang Berhormat, ini seolah-olah kerajaan diperkecil- kecilkan oleh pihak pembangkang ini bahawa kita ini tidak serius. Ini kerana pada pilihan raya 2004, ini satu daripada manifesto kita, satu. Yang keduanya, ini antara satu daripada konvensyen antarabangsa, United Nations Convention yang mana kita tidak terlibat untuk menandatangani konvensyen antarabangsa. Adakah ini sebagai satu helah politik pihak pembangkang yang memperkecilkan Kerajaan Barisan Nasional ini. Minta penjelasan sikit.

Terima kasih sahabat saya dari Putatan. Itulah sebagaimana saya katakan lebih awal tadi bahawa sememangnya kita selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat ingin melihat bahawa rasuah ini perlu dibanteras dan juga kalau boleh dihapuskan daripada masyarakat kita. Jadi, yang dikatakan oleh Pembangkang itu kadangkala tohmahan- tohmahan ini saya kira tidak cukup pembuktian yang dibuat dan ini tentunya boleh menjatuhkan imej kita selaku kerajaan. Oleh sebab itulah di dalam akta ini juga dimasukkan kalau tak salah saya dalam seksyen 27 bahawa mereka yang membuat fitnah ataupun sengaja melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah perkara yang diada-adakan, didenda sehingga RM100,000. Jadi saya berbalik kepada saya punya ucapan tadi Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya juga ingin membangkitkan beberapa perkara yang saya rasa amat penting bagi kita selaku Ahli Parlimen yang telah ditakrifkan sebagai Pegawai Badan Awam. Oleh kerana kita ini Tuan Yang di-Pertua, selalu mengeluarkan surat sokongan kepada orang ramai yang memohon kadang-kadang bermacam-macam perkara yang dimohonnya. Kita mengeluarkan surat sokongan dan kita rasa bahawa surat sokongan kita ini adalah satu surat biasa yang daripada segi kepentingannya kita tidak ada kepentingan. Kalau ada pun misalnya sokongan sebagai contoh untuk masuk ke Maktab Rendah Sains MARA, masuk ke pusat pengajian tinggi dan secara kebetulan mungkin dapat dan sebagainya. Kalau ini juga dianggap sebagai satu kesalahan di bawah akta ini, saya kira amat susahlah bagi kita selaku wakil rakyat ataupun selaku Ahli Parlimen untuk kita bekerja. Ini kerana saya mendapati dalam seksyen 19 itu, walaupun kita tidak ada niat, walaupun kita tidak tahu tapi kalau ada terbukti begitu, maka kita boleh disabitkan di bawah kesalahan tersebut. Jadi saya mohon penjelasan perkara ini supaya kita selaku wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen dapat mengubah ataupun kita perlu mendapat penerangan yang lebih jelas lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya bagaimana pula sokongan yang diberikan oleh ketua jabatan kepada orang-orang di bawahnya. Iaitu ketua jabatan, sudah tentu kalau ada kenaikan pangkat, sudah tentu akan membuat sokongan kepada bukan semua. Mungkin kalau ada 10, mungkin yang betul-betul untuk naik jawatannya satu akan diberi satu. Kalau ini juga dianggap sebagai salah, jadi saya rasa ketua jabatan ini pun serba salah juga sebab ketua jabatan ini memilih seseorang itu ada kriteria-kriteria dia. Mungkin boleh bekerja dengan dia dan sebagainya tapi kalau ini dianggap salah, saya rasa ini juga mendatangkan masalah kepada pengurusan sesuatu jabatan. Saya mohon penjelasan tentang perkara ini. Saya juga ingin bertanya di dalam akta ini tetapi mungkin saya daripada segi pemahaman saya atau tafsiran saya mungkin berbeza agaknya di dalam seksyen 13 itu tentang pelantikan Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah. Di mana saya mendapati di

situ anggota-anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang berintegriti, yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang. Jadi, saya punya tafsiran di sini ialah perkhidmatan awam ini ialah mereka yang bekerja dengan kerajaan selaku kakitangan kerajaan ataupun maksud dia berbeza daripada apa yang saya maksudkan ataupun pekhidmat awam, badan-badan NGO dan sebagainya tapi kat sini perkhidmatan awam. Jadi saya kadang-kadang confused melihat kepada apa yang tercatat di dalam akta ini. Oleh kerana apabila pelantikan lembaga ini kalau daripada perkhidmatan awam, sudah tentu ianya akan tertumpu pada jabatan kerajaan tetapi sepatutnya kita boleh melantik ataupun kita boleh melantik daripada sektor swasta ataupun sektor- sektor lain yang kita rasakan bahawa individu itu layak diberikan sokongan supaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, saya juga ingin bertanya bagaimana pula dengan keselamatan pegawai- pegawai suruhanjaya yang dilantik. Adakah mereka ini dibekalkan dengan peralatan- peralatan keselamatan ataupun mereka ini mendapat cukup daripada segi keselamatannya, di protect dengan izin, oleh kerajaan ataupun oleh badan-badan tertentu bagi menjamin keselamatan diri mereka dan keluarga mereka.

Saya kira dalam mereka menjalankan tugas ini sudah tentu ada perkara- perkara, Putatan hendak minta lagi. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sekijang. Ini saya suka ini Yang Berhormat Sekijang ini sebab dia dahulu dia kerja di Sabah Tuan Yang di-Pertua. Soal keselamatan ini saya terpanggil untuk minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Soal apa yang berlaku ini Yang Berhormat Kepong tidur lah ini. Yang Berhormat Kepong dengar kah?

Yang Berhormat Kepong tidur.

Ini soal polis ini, Yang Berhormat Kepong. Saya ingin tanya Yang Berhormat, emolumen yang dicadangkan dalam soal keselamatan ini, oleh sebab polis, pihak tentera kita terdedah dengan keselamatan live sendiri itu. Adakah Yang Berhormat berpandangan bahawa commissioner dan kakitangan Pesuruhjaya BPR ini tidak terdedah dengan keselamatannya dan satu. Keduanya yang emolumen itu. Gaji yang ada pada sekarang ini saya difahamkan bahawa gaji, emolumen BPR ini agak sikit-sikit daripada polis dan askar. Jadi, bersetuju kah Yang Berhormat kalau kita bercadang supaya ini lebih tinggi daripada polis sebab BPR ini melihat anggota-anggota polis juga supaya terdedah juga dengan suapan-suapan ini. Minta penjelasan sedikit.

Terima kasih sahabat saya daripada Putatan. Itulah sebab saya rasa, salah satu daripada sebab kita menubuhkan suruhanjaya ini adalah untuk meningkatkan emolumen ini. Sebab ianya saya kira tidak perlu refer ataupun merujukkan kepada pihak lain, mungkin dia ada skim dia yang tersendiri. Akan tetapi kalau saya rasa seperti mana kata Yang Berhormat Putatan tadi, dia punya kedudukan jauh lebih bawah, saya rasa tidak guna kita buat suruhanjaya sebab saya fikir, apabila tertubuhnya suruhanjaya ini dan suruhanjaya ini akan membuat skim yang terbaik untuk kakitangannya. Jadi dengan skim yang terbaik untuk kakitangannya ini, mereka dapat bertugas, mereka dapat berkhidmat sebagaimana yang kita harapkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada tiga minit. Hendak bagi, bagi.

Yang Berhormat Kuala Krau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Soal keselamatan itu satu soal. Ini soal kekebalan, soal dalam menjalankan tugas menyiasat dan juga mengambil apa-apa tindakan. Adakah di bawah suruhanjaya ini ada kekebalan dari disaman oleh pihak- pihak tertentu jika laporan-laporan tersebut tidak betul. Contohnya di Perak, Padang

Serai nampak ya? Di Perak bagaimana Exco Kerajaan Perak menyaman BPR. Adakah di bawah suruhanjaya ini ada kekebalan untuk pihak penjawat awam ini menjalankan tugas. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Kuala Krau, saya rasa di dalam peruntukan ini memang ada, tetapi saya dah tidak dapat hendak cari seksyen mana yang diperuntukkan untuk kekebalan. Maknanya pegawai suruhanjaya ini tidak boleh untuk didakwa di dalam mereka menjalankan tugas mereka. Saya rasa ada di dalam peruntukkan yang diberi.

Fasal 72.

Fasal 72. Jadi, saya sambung semula Tuan Yang di-Pertua. Dibekalkan dengan peralatan keselamatan yang boleh menjamin diri mereka dan keluarga mereka supaya keselamatan pegawai- pegawai dan kakitangan SPRM ini dapat terjamin semasa mereka menjalankan tugas dan juga semasa mereka meninggalkan keluarga mereka berada di rumah. Jadi, dalam dunia kita pada hari ini Tuan Yang di-Pertua bahawa kadang- kadang sama ada kita mahu atau tidak mahu menerimanya realitinya kadang-kadang kita dalam kehidupan seharian ini kita lihat kadang-kadang ada terkena itu menggunakan khidmat bomoh pun ada. Jadi apa protection ataupun apa yang boleh dibantu oleh suruhanjaya ini kepada keluarga mereka yang terkena benda-benda macam in. Kadang-kadang merana dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua yang akhir sekali juga, saya ingin bertanya sekiranya ada di antara pegawai-pegawai dan kakitangan daripada suruhanjaya ini yang dipertuduhkan di bawah akta yang kita bentangkan ini, dan saya ingin tahu siapakah yang akan membuat siasatan dan pertuduhan ataupun tindakan untuk menguatkuasakan undang-undang ini kerana kalau pegawai dan kakitangan suruhanjaya yang kena dan pegawai dan suruhanjaya yang membuat siasatan, dan membuat pertuduhan saya rasa yang ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat atau di kalangan orang ramai yang mana dia kata kalau ini berlaku maka akta kita ini tidak begitu lengkap. Jadi saya ingin tahu bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kepong. Dia bangun Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kepong tidak tidur.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya bangun untuk menyokong Rang Undang- undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan syarat bukan sokong dengan bulat, sebulat-bulatnya dengan syarat. Ini kerana saya nampak ada setengah- setengah orang terutamanya di dalam UMNO, pemimpin-pemimpin yang kanan yang tidak mempunyai iltizam untuk menyokong. Saya tidak nampak. Ada setengah-setengah tidak sokong kerana menganggap Yang Amat Berhormat itu tidak lama lagilah. Bulan Mac sahaja dia hendak pergi sudah dan ada setengah-setengah orang kata ini tidak pentinglah itu. Pulau Selising ada balai, Bukan diikuti jalan putus, Kalau kucing tiada misai, Takkan ditakuti tikus. Itu masalah kita orangnya. Akan tetapi di dalam... [Disampuk] Macam mana tidak kena mengena. Itu kacau saja itu buangkan masa kita. Jangan kacau ya. Jadi di dalam rang undang-undang ini kita nampak ada itu hendak refund secara simple mengenai suapan dan sebagainya tetapi kalau ikut political dictionary, corruption obtains when an official transfers a benefit dengan izin Tuan Yang di-Pertua to an individual who may or may not be entitle to the benefit in exchange for an illegal payment, the bribe and taking the bribe to official break illegal binding promise he gave to his principal usually the state administration or a private company, allocate the

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

benefit to those entitle to it. Corruptions are neither a property of a social system or an institution nor a trade of the individual’s character rather than an illegal exchange. Kerana merupakan satu illegal exchange maka kita boleh banding yang biasanya kita merujuk kepada transparency international satu badan bukan kerajaan German dan juga kepada Bank Dunia dan freedom house. Itulah kita banding. 12 tahun yang lepas transparency international persepsi, index perception, perception index. Kita mendapat 5.32 tetapi sekarang itu 5.1. Itulah perbandingan illegal exchange.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Di sini yang penting sekali, kita mesti rujuk kepada Perkara 145. Ada disebutkan oleh sesetengah Yang Berhormat di sini, Perkara 145 dan ini penting. Kalau Perkara 145 tidak dipinda, Perlembagaan Persekutuan maka kuasa bagi Suruhanjaya itu terhad, memang terhad. Walaupun Yang Berhormat Putatan dia berminat hendak bercakap-cakap tetapi itulah tidak mementingkan perlembagaan kita, pindaan ke atas perlembagaan kita. Ini adalah kerana, secara ringkasnya kita tidak dapat di dalam perlembagaan kita, misalnya Perkara 145 ada enam fasal. Misalnya fasal 2, adalah menjadi kewajipan Peguam Negara menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Menteri, atau mana-mana jemaah menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang dan menjalankan apa-apa kewajipan lain yang bercorak undang-undang sebagaimana dari semasa ke semasa, dirujukkan atau diberi kepadanya dan secara ringkaslah, dengan Perkara 3, Perkara 4 dan begitu juga kuasa diberi kepada Peguam Negara. Kalau tidak dipinda, maka Pesuruhjaya kita tidak mempunyai kuasa yang..

Yang Berhormat Kepong boleh bagi laluan tak? Satu sahaja.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kita tak cukup masa Yang Berhormat.

Satu sahaja, satu soalan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya?

Satu sahaja.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Satu boleh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tentang seksyen 58 dan Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 58 ini dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, dalam rang undang-undang ini, saya mohon juga Yang Berhormat Kepong merujuk kepada fasal 5(6).

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Boleh, boleh.

Ya, mengenai ketua pesuruhjaya mempunyai kuasa. Apa-apa kuasa timbalan pendakwa raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh pendakwa raya bagi maksud akta ini. Adakah ini kuasa DPP atau ini telah diturunkan kepada Ketua Pesuruhjaya? Mohon penjelasan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, ya ,Yang Berhormat.

Tidak perlu kita pinda Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, betul, betul. Mujurnya Tuan Yang di- Pertua pun dia peguam. Bila dia baca, dia sudah tahulah itu, senyum sahaja. Dia kata Yang Berhormat Kuala Krau itu kurang sikitlah kefahamannya... [Disampuk] Dia kurang sedikit kefahamannya. Maka ini di dalam rang undang-undang kita, dan bila diluluskan kelak menjadi akta. Akan tetapi itu perlembagaan itu, Perlembagaan Persekutuan itu lebih dahsyat lagi. Tuan Yang di-Pertua pun tahulah itu. Saya tidak ada masa dan saya akan teruskan dengan cadangan bahawa selain daripada meminta...

Yang Berhormat Kepong, oleh sebab Putatan kena sentuh tadi..

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Putatan, Putatan itu kita balik baca Perlembagaan Persekutuan, Perkara 145.

Saya, perlembagaan ada di sini.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Selepas membacakan, selepas itulah kita boleh bertindak.

Bagi peluang atau tidak?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya hendak rujuk kepada fasal 5 dan fasal 6.

Bagi peluang atau tidak Yang Berhormat Kepong?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia tidak bagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan duduk dahulu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak ada masa Yang Berhormat Putatan. Tadi dia...

Lain kali jangan sebut Putatan!

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Arau, pohon laluan. Arau pohon laluan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Fasal 5, Yang Berhormat Menteri. Dia pun ada dengar...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Memang Perkara 145, tetapi Arau pohon laluan.

Perkara 145.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak ada masalah itu.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Tidak ada masa apa? Yang Berhormat Menteri ada di sini, dia bagi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kalau bagi saya satu jam, saya boleh bagi.

Kalau tidak, bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Jangan kacaulah itu.

...Memperjelaskan. Dia seorang undang-undang.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Fasal 5(4) dan Fasal 6...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan duduklah. Sudahlah.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sudah hendak duduklah ini. Jangan kacau Yang Berhormat Padang Serai.

Yang Berhormat Padang Serai buat apa? Diam-diamlah Yang Berhormat Padang Serai... [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

...Mengenai itu skim..., Sekijang dengan perkara ini lebih bijak. Yang Berhormat Sekijang lebih bijak. Dia merujuk kepada skim perkhidmatan kakitangan suruhanjaya. Yang Berhormat Putatan tak tahu mengenai ini tetapi Yang Berhormat Sekijang lebih bijak.... [Ketawa] [Disampuk] Saya tak ganggu tadi. Saya pun bagi dan kita mesti mengkaji setakat mana....

Peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 36(6). Ini sangkaan jahat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa sangkaan jahat? Kalau saya kata Sekijang baik..

Dia kata Putatan, dia tak tahu pasal Artikel 145.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Padang Rengas...

Sangkaan jahat, mahu tarik balik.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Suruh dia baliklah untuk membaca 145...

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai peranan di dalam Skim Kakitangan Suruhanjaya. Jadi kalau itu berlaku, maka kebebasan Suruhanjaya itu terhad. Sebab itulah saya berharap Fasal 5 dan Fasal 6 perlu ditimbang semula oleh Yang Berhormat Menteri supaya kita boleh wujudkan satu Skim Perkhidmatan bagi Suruhanjaya dengan lebih bebas, tidak dipengaruhi sangat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Disebutkan juga di dalam rang undang-undang ini mengenai tatatertib bagi kakitangan. Jadi saya pun percayalah, suruhanjaya mempunyai tatatertib sendiri. Tidak payah kita rujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam dan seterusnya mengenai kuasa Suruhanjaya ini. Di sini memang Fasal 30(7) dan juga mengenai fasal untuk kuasa menyiasat, kuasa untuk menahan orang dan sebagainya, memang ada, termasuk banyak lagi dalam rang undang-undang ini. Akan tetapi yang pentingnya Yang Berhormat Menteri mesti mempertimbangkan. Kalau seseorang itu orang asing, orang asing yang mungkin terlibat dalam kes-kes rasuah yang tertentu. Kita mestilah pinda Akta Imigresen supaya kita boleh tahan orang-orang asing ini. Ini kerana ada di dalam rang undang-undang ini untuk orang- orang tempatan, warganegara Malaysia. Akan tetapi bagi warga asing, kita mesti pinda Akta Imigresen. Kepada saya kelak, saya pun fahamlah kita tidak boleh dengan sekali gus memperbaiki keadaan. Segala sesuatu tidak selesai sekali gus, melainkan beransur-ansur. Saya pun faham, akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba... [Disampuk] Ini memanglah, tidak mengapalah, tidak mengapa... [Disampuk] Jangan ganggu Yang Berhormat Padang Rengas. Dia kali ini baik, dia bentangkan rang undang-undang yang baik. Jangan kita ganggulah dia itu. Jangan ganggulah, bagilah saya peluang sedikit hendak memperbaiki keadaan itu. Dia buat ke arah yang betul, kita tambahkan kebetulan itu. Itulah hendak buat... [Disampuk] Saya cadangkan supaya kita pertimbangkan. Kita timbangkan bagaimana kita boleh meminda Akta Imigresen supaya orang-orang asing yang terlibat dengan kes-kes atau disyaki, boleh ditahan oleh pesuruhjaya. Ini memang penting. Mengenai kes siasatan dan sebagai penyitaan dan ada banyak jugalah fasal- fasal di dalamnya. Akan tetapi saya tidak nampak fail-fail Lembaga Hasil Dalam Negara, LHDN itu. Ini penting. Macam mana Yang Berhormat Kuala Krau, Arau, Putatan, kita hendak tahu fail-fail dia di dalam LHDN. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita hendak tahu, kerana bising-bising di sini, kita nampak fail dia itu dan kita perlu memindalah. Fasal 37 itu tidak cukuplah saya nampak dan juga ini bukan 30 sahaja, 31(1) dan sebagainya. Itu panjang juga.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Fasal 37, “Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa buku dokumen, rekod atau data komputer atau barang menurut seksyen 1(1)(3)(5) baik orang yang mula-mula disebutkan itu mahupun mana- mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai agen atau pekerjanya, orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu dan sebagainya” Ini panjang sangat. Namun yang pentingnya kita mesti beri peluang untuk Ketua Pesuruhjaya supaya dapat melihat fail- fail di dalam LHDN. Itu penting, perlu disebutkan di dalam rang undang-undang...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak payah gulung, ada banyak lagi yang hendak disebutkan di sini. Yang penting sekali saya ingat, ini termasuk Yang Berhormat Padang Besar pun bersetuju dengan saya. Dia senyum sahaja.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Peraturan Mesyuarat 35(1), Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kepong bercakap tidak menghadap Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa sekejap lagi, dia berhenti.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sudah hendak berhenti.

Tuan Yang di-Pertua

Empat minit lagi, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Empat minit!... [Ketawa] Sepatutnya, Yang Berhormat, kita meminda undang-undang ini lagi supaya kita menyiasat fail-fail di dalam LHDN... [Disampuk] Dia bising sangat. Oleh kerana kita sudah tidak ada masa, saya berharap kita dapat bersatu padu. Semua parti dapat bersatu padu, kita bersama- sama hendak mencegah rasuah di dalam negara ini kerana pada tahun 2020 kita hendak menjadi sebuah negara yang maju. Masa kembara bawalah tongkat, Kalau boleh jenis semambu; Sama senegara teguhkan pakat, Kalau tidak musuh berkubu. Kita mesti berpakat untuk bersama-sama mencegah. Ini termasuk semua parti, terutamanya parti UMNO. Kita mesti mempunyai iltizam untuk mencegahnya kerana ada sesetengah ahli dalam UMNO tidak begitu percaya kepada rang undang-undang ini kerana Yang Amat Berhormat sudah hendak bersara. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu tidak tahulah. Tanyalah Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kita merayu kepada semua pihak termasuk Yang Berhormat Menteri supaya kita bersama-sama memberi perhatian, berusaha dan berikhtiar untuk mencegah rasuah di negara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan yang dekat sini, Yang Berhormat Selayang.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang sehingga hampir pukul 11.00 malam untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Sebuah suruhanjaya bebas untuk membasmi rasuah adalah sepatutnya ditubuhkan awal-awal lagi dan dinanti-nantikan oleh rakyat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kegigihan, keyakinan dan iltizam politik, dengan izin, political will untuk membentangkan rang undang-undang ini. Rasuah telah memusnahkan jiwa masyarakat kita. Rasuah adalah seperti penyakit barah atau kanser apabila tanpa dikawal ia akan merebak seluruh anggota badan dan memusnahkan semua. Rasuah melemahkan dengan izin, good governance. Ia memutarbelitkan polisi awam yang menyebabkan penyalahgunaan sumber-sumber terhad di kalangan masyarakat kita. Akhirnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah yang paling terjejas. Mereka terpaksa membayar kerugian yang disebabkan oleh rasuah. Rakyat membayar bukan sahaja dengan wang tetapi juga dengan nyawa mereka yang dikorbankan. Penumpang-penumpang di Bukit Gantang yang tidak berdosa mati apabila bas mereka terhempas. Mereka mati bukan sebab adanya satu kemalangan tetapi kerana rasuah apabila bas yang tidak selamat dibenarkan membawa penumpang-penumpang di jalan raya. Di Bukit Antarabangsa, penduduk-penduduk rumah dan kondominium mati apabila tanah runtuh. Mereka mati bukan sebab bencana alam berlaku tetapi pemaju diberikan kebenaran untuk membina rumah dan kondominium di cerun bukit yang seharusnya tidak dibenarkan.

Kebebasan suruhanjaya telah disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Fasal 5(1) memperuntukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Juga definisi di Fasal 3 memperuntukkan bahawa menteri merujuk kepada menteri yang bertanggungjawab kepada suruhanjaya tersebut. Saya juga mengambil perhatian bahawa di dalam rang undang-undang ini tidak ada peruntukan terperinci untuk memberikan kewangan bagi suruhanjaya yang bebas daripada pihak ketiga terutamanya pegawai awam yang suruhanjaya ini diwujudkan untuk memantau. Perbezaan utama dan penting di antara rang undang- undang ini dan undang-undang mencegah rasuah yang terdahulu adalah merupakan kebebasan kepada suruhanjaya. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya tidak boleh menjadi bebas jika pelantikan adalah bergantung pada Perdana Menteri. Ketua Pesuruhjaya tidak boleh menjadi bebas jika beliau bertanggungjawab dan melaporkan kepada seorang menteri. Ketua Pesuruhjaya juga tidak boleh menjadi bebas jika suruhanjaya bergantung kepada satu kementerian untuk mendapatkan kewangan. Jika kelemahan dalam rang undang- undang ini tidak dipulihkan, maka rang undang-undang ini ditakdirkan gagal seperti akta-akta sebelumnya. Untuk mengadakan sebuah badan suruhanjaya yang bebas, badan tersebut hendaklah bebas daripada bahaya halangan politik dan pengaruh ahli politik. Seharusnya ia tidak bertanggungjawab kepada mana-mana entiti politik atau ahli politik dan ia mesti mempunyai satu peruntukan sumber kewangan yang sewajarnya dan cukup dari Parlimen. Agensi Pencegahan Rasuah (BPR) yang sedia ada dianggap oleh masyarakat sebagai tidak berkesan disebabkan campur tangan ahli politik. Masyarakat menganggap bahawa BPR adalah sebagai ruang kebersihan atau dengan izin, whitewash untuk ahli politik yang mencebur diri dalam skandal serta isu-isu yang dipersoalkan. Rakyat tahu BPR ataupun jabatan penguat kuasa yang sedia ada boleh dipengaruhi oleh ahli politik seperti bekas Perdana Menteri telah mengambil tindakan untuk menyingkirkan musuh politik beliau dan bukan atas sebab rasuah atau kesalahan yang lain. Jika keupayaan halangan atau pengaruh politik tidak disingkirkan dengan selengkapnya, maka rang undang-undang ini hanya akan menjadi satu perihal ... yang lain.

Supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ia perlu melibatkan masyarakat dalam pemilihan Ketua Pesuruhjaya, Ketua Pesuruhjaya hendaklah dilantik dengan mempelawa calon-calon dari pihak awam dengan kriteria untuk orang yang berintegriti dan calon-calon senarai diberikan kepada Parlimen dan senarai ini diberikan oleh Parlimen kepada Yang di Dipertuan Agong untuk pelantikan. Supaya suruhanjaya ini berjaya, dia mesti mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk peruntukan juga dari Parlimen, ia mesti mempunyai satu peruntukan bajet sendiri yang akan diluluskan oleh Parlimen serta tidak dibentuk sebagai sebahagian dari kementerian supaya isu kebebasan dan kawalan tidak timbul. Satu lagi isu ialah kuasa-kuasa penyiasatan dan pendakwaan, rang undang-undang tersebut memperuntukkan Pendakwa Raya untuk meluluskan pelbagai aspek penyiasatan seperti penyiasatan rekod dan memperoleh perintah-perintah larangan dan pendakwaan. Suruhanjaya tersebut mesti mempunyai kuasa-kuasa penyiasatan, penyitaan dan pendakwaan dan tidak bergantung kepada Peguam Negara, ia adalah imperatif bagi suruhanjaya tersebut untuk mempunyai kuasa-kuasa penyiasatan dan pendakwaan sendiri, maka mengambil alih tanggungjawab rasuah daripada polis dan Peguam Negara. Hakikatnya, Suruhanjaya tersebut ditubuhkan sebagai badan autonomi, ini adalah satu formula yang penting dan kritikal untuk menjamin kejayaan. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Subang dan Puchong bahawa kita hendak suruhanjaya yang berkuasa, tetapi kita juga hendak memberikan orang yang kena tuduh hak untuk membela tuduhan. Apa yang dikehendaki ialah keadilan, siapa yang bersalah harus disabit dan dihukum, tetapi siapa yang tidak bersalah berhak untuk diberikan pembelaan dan diamalkan di seluruh mahkamah di negara-negara yang bertamadun dan adil.

Seksyen 53 dan 62 dan rang undang-undang ini ada peruntukan yang telah menukar prinsip-prinsip bahawa seorang yang dituduh tidak bersalah sehingga dihukum mengikut prosedur yang adil dan saya harap seksyen-seksyen ini akan dikaji semula untuk mengadakan keadilan. Peruntukan supaya suruhanjaya bertanggungjawab kepada seorang Menteri menimbulkan kekhuatiran seperti yang telah dikatakan sebelum ini, suruhanjaya tersebut hendaklah dilantik melalui Parlimen, suruhanjaya ini boleh bertanggungjawab kepada satu komiti seperti Jawatankuasa Perakaunan Awam - PAC. Parlimen merupakan satu badan yang mewakili kesemua kepentingan rakyat, ini adalah lebih baik untuk suruhanjaya tersebut bertanggungjawab kepada badan sedemikian, daripada kepada seorang individu yang spesifik. Banyak aduan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan masih belum disiasat. Aduan-aduan dan laporan-laporan dibuat kepada BPR terhadap seperti dengan contohnya V.K. Linggam dan hakim-hakim yang menyatakan dalam laporan yang diberikan di Suruhanjaya Pelantikan Hakim atau yang lebih dipanggil Suruhanjaya V.K. Linggam. Ini adalah satu contoh bahawa ada kesusahan untuk BPR dan pegawai- pegawai untuk menyiasat Menteri dan pegawai-pegawai yang sedang melaksanakan menyandang jawatan itu. Pengalaman Hong Kong Independent Commission terhadap rasuah, ICAC, berjaya kerana melibatkan awam. Suruhanjaya itu mengiktiraf keperluan melibatkan awam untuk membasmi rasuah dan ia ditentukan bahawa cara yang mungkin boleh memenangi dan diterima oleh pihak awam untuk membasmi rasuah adalah untuk mendakwa dan menghukum penjenayah-penjenayah yang berpangkat tinggi dengan izinnya, big and corrupt actors must be named and punished, so that a cynical citizen tree believes that an anti corruption drive is more just than just words. Rasuah di Malaysia pada ketika ini telah mencapai perkadaran sistemik, pendekatan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada telah membuktikan ketidakberkesanan dan tidak mampu untuk membasmi amalan rasuah, pandangan cynical orang awam terhadap pembasmian rasuah yang sedia ada tidak boleh disalahkan, ini adalah penting, oleh sebab itu untuk suruhanjaya untuk memfokuskan kepada sistem rasuah daripada individu-individu. Ini adalah sebab individu perlu disabit dan dihukum tetapi kalau kita masih ada satu sistem yang menggalakkan rasuah, rasuah ini tidak dapat ditangani, oleh sebab itu kita hendak ada satu sistem di mana tumpuan diberikan untuk mengadakan, dengan izin, check and balance dan dengan ini yang penting ialah monopoly of power, bila kuasa ditumpukan kepada eksekutif dan tidak ada sebenarnya dengan izin, separation of powers, dengan check and balance. Ini adalah suasana dan keadaan di mana rasuah dapat timbul.

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi Yang Berhormat.

Pemonopolian kuasa adalah memberikan perkembangan rasuah, ini sebabnya mengapa menjadi penting bahawa pemonopolian kuasa mesti disingkirkan untuk memberi laluan kepada kejayaan suruhanjaya. Oleh yang demikian saya pohon rang undang-undang ini dikaji semula untuk membetulkan kelemahan-kelemahan yang disebut ini dan saya harap Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini harus mengambil kesempatan ini untuk mengadakan satu akta yang lengkap dan bekerja dengan secara by partisan supaya kita tidak akan didakwa bahawa kita mencegah rasuah dengan empty promises and mere words tetapi kita dapat dengan izin, put substance into the words and to have real action, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Titiwangsa.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun SPRM. Saya di sini ingin merakamkan penghargaan saya di atas sekurang- kurangnya orang kata usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri

Malaysia khususnya untuk membentangkan rang undang-undang ini yang saya kira adalah hasil daripada saranan-saranan, cadangan-cadangan dan juga tekanan-tekanan yang diberi oleh pelbagai pihak terutamanya dari pihak kami, pembangkang selama ini.

Saya juga ingin menyatakan sokongan saya di atas apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang pagi tadi dan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan rakyat dan juga Barisan Nasional yang menyatakan bukan sahaja undang-undang itu penting, tetapi yang sama pentingnya juga adalah sistem dan budaya yang menyokong undang- undang tersebut. Jikalau sekiranya sistem itu rosak, kalau sekiranya sistem tersebut banyak kebocoran dan ketirisan dan sistem tidak ada keberanian, sistem itu penuh dengan pengampuan, maka apa-apa sahaja undang-undang tidak akan menjana ataupun tidak akan mencapai matlamatnya. Oleh sebab itulah saya kira matlamat utama akta ini dalam fasal 2(a) di mana “menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta hendaklah dimulakan dengan integriti sistem kehakiman itu sendiri”. Integriti ataupun kebebasan media dan juga lain-lain institusi yang merupakan institusi sokongan kepada institusi pencegahan rasuah ini. Saya juga ingin menyokong apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi berkenaan dengan keanggotaan suruhanjaya yang tidak disebut dalam rang undang-undang ini. yang ada dalam fasal 6(1) adalah pegawai-pegawai. Di sini yang dinyatakan adalah hanya Ketua Pesuruhjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang lain-lain cuma pelantikan pentadbiran. Kalau kita bandingkan organisasi ataupun suruhanjaya yang lain misalnya SPR ada di situ ahli-ahli panelnya, pesuruhjaya atau commissionernya dan di mana ada pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli panel commissioner. Namun di sini kita lihat hanya ada Ketua Pesuruhjaya. Apakah di sini bermaksud ahli lembaga penasihat itu dikira sebagai commissioner atau adakah jawatankuasa khas yang dikira sebagai commissioner kepada suruhanjaya ini. Di sini juga saya kira boleh saya jelaskan empat badan yang ditubuhkan, iaitu SPRM yang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya dan pegawai-pegawainya yang mungkin akan terdiri dari lebih 5,000 orang. Adakah suruhanjaya ini - biasanya suruhanjaya ini terdiri daripada anggota ini beberapa orang sahaja, tetapi seolah-olah di sini suruhanjaya dan juga pegawai-pegawai. Jadi ini sudah lari daripada kebiasaan pemahaman kita, satu suruhanjaya. Adalah agak aneh suruhanjaya ini terdiri daripada terlalu ramai keanggotaan dia dan juga saya ingin mengetahui perbezaan ataupun peranan yang sebenarnya yang dimainkan oleh ahli lembaga penasihat. Oleh kerana di sini kita lihat lembaga penasihat ini seolah-olah hanya mediator atau orang tengah sahaja. Kalau kita lihat kepada peranan kepada lembaga penasihat ini, iaitu antaranya contohnya menerima, meneliti dan mengendors cadangan daripada suruhanjaya. Ini seolah-olahnya sebagai satu badan atau satu lembaga yang berbentuk rubber stamp sahaja, untuk memperakui dan mengendors sahaja. Kemudian yang keduanya meneliti laporan tahunan suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah. Jadi kalau boleh saya mahu mendapat penjelasan tentang peranan sebenarnya Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah. Seterusnya saya juga di sini ingin menyokong saranan-saranan yang mahukan Jawatankuasa mengenai rasuah yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen, terdiri daripada kedua-dua belah pihak daripada pihak kerajaan dan juga dari pihak pembangkang dan hendaklah mencerminkan keanggotaan parti-parti yang ada dalam Dewan Rakyat- yang mulia ini dan juga dari Dewan Negara. Kemudian seterusnya berkenaan dengan fasal 15 iaitu jawatankuasa aduan. Kita lihat di sini jawatankuasa aduan ini tujuannya adalah untuk; (a) untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya akan aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya; dan (b) untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tata cara kerja suruhanjaya

Kemudian kita lihat dalam fasal 15(2) – “Menteri yang akan melantik lima anggota yang difikirkan patut dan sesuai untuk menjadi Jawatankuasa Aduan”. Jadi di sini seolah-olah peranan atau fungsi jawatankuasa aduan itu sangat kecil. Apakah tidak boleh kita serapkan peranan atau fungsi jawatankuasa aduan ini dalam Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Jadi ini akan mengecilkan ataupun mengurangkan birokrasi. Tambahan pula apabila kita dimaklumkan sebentar tadi, saya pun baru sahaja mengetahui tentang cadangan untuk mewujudkan panel penilaian operasi dan panel perundingan dan pencegah rasuah. Walaupun tidak ada dalam rang undang-undang ini, tetapi cadangan ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri dan telah disiarkan oleh akhbar-akhbar; adakah panel ini termasuk sebahagian daripada suruhanjaya ini ataupun urusan pentadbiran yang tidak perlu kita bincangkan. Sebenarnya apakah pula peranan operasi ataupun peranan dan fungsi kedua- dua panel ini, adakah tidak akan menyebabkan seolah-olah pertindihan peranan dan pertindihan kuasa di situ. Kemudian seterusnya saya juga ingin bertanya apakah ada satu keberanian satu inisiatif daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini nanti apabila telah menjadi akta dan apabila telah ditubuhkan untuk menyemak kembali kes- kes rasuah yang saya kira telah pun diselesaikan oleh BPR sekarang ini dan saya kira juga failnya telah pun berhabuk dan berlapuk di pejabat AG. Adakah SPRM ini mempunyai daya keberanian untuk menyemak kembali kes-kes yang orang kata di sekat di pejabat AG. Adakah juga SPRM ini mempunyai keberanian untuk menyemak kembali keputusan-keputusan kes yang dikira kontroversi sebelum ini ataupun kes-kes yang berprofil tinggi. Kemudian seterusnya juga, saya ingin bertanya satu perkara yang mungkin agaknya belum lagi dibangkitkan, menjadi satu persoalan kepada saya. Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa parti-parti politik di negara ini terutamanya parti politik pemerintah dan ini bukanlah sahaja menjadi amalan di negara kita, tetapi juga di negara-negara lain di mana sering kali parti politik ini mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat, individu-individu dan korporat-korporat untuk perjalanan operasi parti- parti tersebut. Adakah ini dikira sebagai satu rasuah atau kita mahu mengambil kira amalan yang telah dijalankan di negara-negara yang lebih maju di mana sumbangan- sumbangan ini didedahkan kepada orang ramai, dimaklumkan kepada orang ramai. Dengan ini maklumat yang lebih telus, lebih terbuka seperti ini akan mengurangkan budaya ataupun amalan rasuah di negara-negara tersebut. Jadi saya kira ini juga harus diberi satu pandangan, tinjauan dan juga harus diperbincangkan orang kata legalize kan daripada sekarang ini dibuat secara secret ataupun berahsia. Sehingga akhirnya syarikat-syarikat ini ataupun korporat ataupun individu ini mungkin akan meminta timbang balas ataupun ditimbang balik daripada sumbangan mereka itu. Jadi saya rasa itu sahaja, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan. Saya anggap bahawa rang undang-undang ini yang sudah lama kita nantikan. Jika pihak kementerian dapat meminda kuasa-kuasa yang kurang sempurna dan tidak tepat, dengan terdapat banyak pandangan dan cadangan dari Ahli-ahli Yang Berhormat dari kedua-dua pihak. Jika pindaan ini boleh dimasukkan dalam rang undang-undang ini, maka saya anggap bahawa kemungkinan besar ialah satu rang undang-undang yang terbaik dan dapat sokongan yang paling besar daripada Dewan yang mulia ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana usaha untuk membentangkan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa keadaan rasuah di negara kita bertambah serius. Sungguh pun kita katakan rasuah adalah satu jenayah yang amat berbahaya kesannya dan tidak ada satu agama yang boleh terima perbuatan ini. Saya amat sedih bahawa mengapa masyarakat kita menganggap rasuah ini sudah jadi satu budaya. Dalam laporan yang sering diterima oleh BPR, saya percaya BPR atau

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

kementerian memang ada jalankan kajian tentang punca-punca yang mengakibatkan rasuah di negara kita semakin serius. Saya ingin memberikan beberapa pandangan yang saya percaya punca- punca kegiatan rasuah ini sering berlaku. Saya setuju dengan Yang Berhormat dari Pasir Salak yang mengatakan bahawa sistem penyampaian awam iaitu public hearing system yang tidak telus dan tidak jelas dengan cara-caranya dan semua keperluannya. Akibat satu ruangan atau satu keadaan yang sering kali berlaku rasuah. Tuan Yang di-Pertua, kita memang sudah dimaklumkan bahawa terdapat banyak laporan kepada BPR tentang permohonan rasuah ini jika terlibat ini tentang permohonan lesen, permit atau kelulusan atas permohonan pasir, tanah kerajaan dan juga projek-projek atau kontrak-kontrak oleh kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Cara sistem untuk memberikan tender iaitu bukan tender terbuka iaitu dengan mungkin negotiate tender atau dikatakan design and build. Ini memberikan satu peluang yang besar kepada orang-orang tertentu supaya dapat kontrak ini atau dapat projek ini dengan cara yang tidak sihat iaitu melalui rasuah untuk mendapatkan kontrak ini dan bukannya satu sistem yang terbuka atau tender terbuka supaya semua orang faham tentang syarat-syarat dan keperluan projek-projek yang telah ditawarkan. Satu lagi yang sering kali saya dapat aduan tentang melibatkan rasuah iaitu tentang permohonan tanah kerajaan atau permit pembalakan yang dikatakan memang perlukan orang tengah dan memang perlu memberikan komisen atau markup price dengan izin supaya baru dapat peluang untuk mendapatkan tanah-tanah itu. Tuan Yang di-Pertua, saya amat sedih, saya difahamkan oleh pelabur atau pemaju tempatan yang dikatakan I have to pay all my way to see that my file is on the table for consolation. Macam budaya ini tiap-tiap baik pun dalam Kastam atau JPJ, kita sering kali dapat aduan tetapi mengapa sistem ini tidak dapat diperbaiki caranya, mengapa dengan jelas kita nampak berapa hari keputusan akan diberitahu, berapa hari ini dapat diproses tetapi tidak semestinya mengikut apa yang dikatakan oleh jabatan- jabatan. Saya nampak dalam rang undang-undang ini, satu suruhanjaya ini tiada kuasa untuk mengarahkan jabatan-jabatan lain untuk membetulkan keadaan ini atau menukarkan sistemnya atau prosedurnya supaya lebih terus dan tidak akan dapat mengatasi peluang yang dikatakan memberi rasuah. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan banyak Ahli Yang Berhormat yang telah bahaskan sebelum ini, mereka mengatakan selain daripada penguatkuasaan, pendidikan amat penting. Bagaimana kita hendak memberikan pendidikan supaya generasi muda ini jauh dari rasuah atau kegiatan rasuah ini. Akan tetapi saya ingat satu lagi pencegahan yang lebih penting dalam kita untuk membasmi rasuah atau menghapuskan rasuah ini ialah pencegahan. Saya percaya dan faham bahawa BPR atau kementerian memang tahu, dalam delivery system kita ada kelemahan, ada kita wujudkan peluang-peluang atau keadaan untuk kegiatan rasuah ini tetapi selama ini kita tidak tukarkan sistem ini. Kita masih membawa banyak alasan mengatakan ini begitu baik sungguhpun teguran dan nasihat dari banyak pihak katakan ini akan wujudkan keadaan, memberikan satu keadaan serius dengan kegiatan rasuah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada bahagian dua rang undang- undang ini iaitu ketua pesuruhjaya. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat dari Kimanis yang katakan status ketua pesuruhjaya, statusnya tidak jelas. Bukan hanya tidak jelas, adakah dia sebagai ketua pesuruhjaya ini sebagai seorang anggota perkhidmatan awam atau sebagai seorang pegawai kontrak. Mengikut apa yang dikandungkan, dan dikatakan jika ketua pesuruhjaya dilantik di kalangan anggota perkhidmatan awam, tempoh pelantikan ketua pesuruhjaya tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya. Dikatakan semasa dia dilantik sebagai ketua pesuruhjaya, dia masih sebagai seorang anggota perkhidmatan awam, dia akan teruskan. Saya percaya jika dia teruskan imbuhan, bayaran atau keistimewaan akan bersama dengan gred dia tetapi apabila dia punya tarikh persaraan sudah sampai, dia akan boleh dilantik semula tetapi sebagai kontrak dengan terma-terma yang kita tidak tahu. Sebab itu saya nampak dalam fasal 5(1) ini dikatakan dengan izin saya bacakan, “Yang di-Pertuan Agong hendaklah di atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang ketua pesuruhjaya bagi

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya”. Siapa yang akan tandatangan surat cara pelantikannya? Apakah terma-terma? Adakah terma-terma ini akan bertukar jika ketua pesuruhjaya kepada ditukar kepada orang lain? Adakah itu tidak khaskan satu terma-terma atau satu syarat-syarat semua akan di fix kan dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apakah imbuhannya? Saya juga dapati dalam rang undang-undang bahawa kelayakan sebagai seorang ketua pesuruhjaya, kelayakannya, pengalamannya, pendidikannya atau bagaimana kita dapat charge kan dia punya integriti dan lain-lain. Sebab itu saya nampak jika hanya seorang dinamakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya bukan kata I’m having doubt dengan izin dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi memberikan satu gambaran bahawa bagaimana ketua pesuruhjaya ini dapat bebas atau tidak perlu dilaporkan kepada seorang iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sungguhpun terma-terma ini semua tidak jelas status dia, bagaimana jika kita perlu wujudkan satu skim yang tertentu untuk Ketua Suruhanjaya atau kepada semua anggota ini, kita perlu wujudkan. Parlimen ini saya ingat kita boleh berbincang dan bersetuju dengan satu sistem yang tertentu untuk suruhanjaya ini. Sebab itu saya berpendapat bahawa Ketua Pesuruhjaya ini statusnya, kelayakannya juga imbuhannya dan lain-lain ini perlu lebih jelas di dalam rang undang- undang ini dan saya harap semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, mungkin dapat memberikan di Dewan yang mulia ini lebih maklumat tentang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin beri satu pandangan, saya berpendapat bahawa Ketua Pesuruhjaya ini jika boleh dicadangkan atau dinamakan oleh Dewan yang mulia ini atau Parlimen ini supaya nama itu dipersetujui oleh Parlimen ini yang selepas kajian dan juga perbahasan ini, saya ingat nama itu yang telah dipersetujui Ahli-ahli Yang Berhormat ini dan melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk Yang di-Pertuan Agong melantik ini lebih baik. Kita memang tidak meragui tentang Ketua Pesuruhjaya ini. Dengan ini saya akhiri dengan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Saya berdiri menyokong kerana berdasarkan kepada matlamat utama akta ini iaitu; (i) untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan satu badan yang kita panggil Badan Pencegah Rasuah; (ii) untuk mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta serta dan komuniti. Pada saya, pembentangan rang undang –undang ini merupakan satu keberanian pihak kerajaan untuk bersungguh-sungguh menghapuskan amalan buruk dan masyarakat kita. Malah difahamkan bahawa rang undang-undang ini jauh lebih baik berbanding dengan rang undang-undang yang telah diluluskan pada tahun 1997 dahulu. Pada saya dengan penubuhan Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Jawatankuasa Aduan merupakan satu langkah untuk membolehkan badan ini mengambil tindakan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan amalan rasuah ini. Tuan Yang di-Pertua, pada saya walau secantik mana pun peraturan dan undang-undang yang diluluskan, ianya banyak bergantung kepada pelaksanaannya terutamanya kepada pegawai-pegawai. Yang pertama, peranan yang dimainkan oleh Ketua Pesuruhjaya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi bahawa sesungguhnya Ketua Pesuruhjaya ini memainkan peranan yang sangat penting. Oleh itu kita minta supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya merupakan pegawai yang sungguh-sungguh ingin melaksanakan tugasan ini dengan mempunyai kepakaran-kepakaran dan komitmen serta tahap integritinya yang tinggi yang boleh meyakinkan masyarakat kita. Kita tidak mahu bahawa pelantikan seorang Ketua Pesuruhjaya itu akan menimbulkan persoalan ataupun tanda tanya kepada masyarakat. Oleh itu, seharusnya pihak kerajaan melantik Ketua Pesuruhjaya ini di kalangan sama ada pegawai-pegawai kerajaan ataupun pihak-pihak tertentu yang boleh meyakinkan kepada pihak masyarakat. Yang kedua tentang pegawai-pegawai lain. Saya juga ingin mencadangkan supaya satu skim khas dibentuk untuk membolehkan pegawai-pegawai yang terlibat dalam suruhanjaya ini supaya tahap dan kedudukannya lebih tinggi di mana mereka ini terpilih daripada pegawai-pegawai yang terbaik. Kalau boleh biarlah ada skim yang diuruskan oleh pesuruhjaya ini sendiri supaya gaji mereka, elaun mereka, kemudahan- kemudahan yang mereka dapat meyakinkan kita bahawa mereka ini tidak lagi akan terdorong untuk melakukan kegiatan-kegiatan sehingga dikatakan bahawa timbul unsur lain untuk menyiasat kedudukan mereka. Saya yakin bahawa sekiranya mereka ini diberi kedudukan yang tinggi, diberi tahap yang tinggi, nescaya mereka akan lebih menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan dan sesungguhnya bahawa pemilihan pegawai-pegawai ini seharusnya lebih baik berbanding dengan pegawai-pegawai lain di sektor awam kita. Perkara yang kedua yang ingin saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan apa yang telah dibentangkan dalam peraturan ini serta cadangan yang dikemukakan oleh wakil Yang Berhormat Ipoh Timur yang mengatakan bahawa berkenaan dengan fasal 27 iaitu dikatakan bahawa sekiranya ada laporan palsu iaitu didenda tidak melebihi RM100,000 ditukarkan kepada RM10,000 sahaja. Ini menggambarkan seolah-olah menggalakkan pihak-pihak tertentu supaya membuat laporan palsu dengan tujuan berniat untuk menjatuhkan seseorang. Saya amat bersetuju supaya dikekalkan dengan denda yang dikatakan sebanyak RM100,000 tersebut. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya bahawa kes rasuah di negara kita ini telah pun dipolitikkan. Sesungguhnya rasuah ini lebih banyak diutarakan untuk menjadi isu politik berbanding dengan usaha untuk menghapuskan rasuah itu sendiri sehingga rasuah ini menjadi modal yang sangat besar kepada pihak pembangkang sehingga rasuah ini merupakan satu persepsi yang dilaung-laungkan. Sesungguhnya mereka ingin membuat kenyataan-kenyataan yang sehingga apabila dibentangkan rang undang- undang ini supaya didenda RM100,000 mereka hendak diturunkan kepada RM10,000 seolah-olahnya memberi peluang yang lebih banyak supaya aduan palsu ini dapat dibuat. Tuan Yang di-Pertua dalam soal ini saya yakin bahawa...

Minta laluan. Arau minta laluan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Okey, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat berhubung dengan soal denda kepada golongan yang bukan pelapor tetapi mereka ini sebenarnya pemfitnah. Pemfitnah ini kalau dari segi agamanya adalah lebih dahsyat daripada membunuh. Jadi pada saya denda RM100,000 perlu ditambah. Kenapa fitnah ini niat dia bukan hendak melaporkan kebenaran ataupun fakta. Niat, nawaitu dalam hati pemfitnah ini adalah untuk menjadikan seseorang itu sebagai bahan menjatuhkan, malah membunuh karier, membunuh juga walaupun insan itu masih hidup di atas muka bumi ini. Akan tetapi niatnya adalah untuk membunuh karier, membunuh maruah, membunuh segala-galanya. Jadi denda RM100,000 pada saya tidak mencukupi. Ianya perlu ditingkatkan dua kali ganda, baru padan dengan kehendak keagamaan kita. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Itulah saya katakan tadi bahawa isu rasuah ini telah dipolitikkan dan merupakan modal untuk menjatuhkan seseorang itu dan mereka sewenang-wenangnya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sebab bila disebut sebagai persepsi dan sehingga dikata-katakan sahaja seolah-olah masyarakat menganggap bahawa perkara itu perkara yang benar. Walaupun itu merupakan cakap-cakap sahaja. Sebab itulah saya katakan bahawa saya tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan dari Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau tadi, kerana fitnah ini merupakan satu angkara perbuatan yang sangat jijik, sangat keji malah ia boleh dinaikkan lagi supaya kita tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu melakukan rasuah, kerana ianya merupakan satu perbuatan yang lebih buruk dari membunuh. Tuan Yang di- Pertua...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya pohon laluan. Saya ingat masa masih ada.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ya, sila.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya ingin penjelasan kalau boleh Yang Berhormat berkongsi dengan saya berhubung dengan soal kita ingin mencegah rasuah yang satu masa dulu kita panggil Biro Siasatan Negara (BSN) dan sebagainya, diubah kepada BRP dan lain-lain. Akan tetapi kita semua ini di kalangan pemimpin tidak kira pembangkang ataupun di kalangan anggota kerajaan, bila kita hendak memburu burung, kita hendak menangkap burung kita pukul gendang. Burung lari dan kita salahkan si penangkap burung. Ini saya hendak bangkitkan apa Yang Berhormat Kepong bangkitkan tadi. Jadi di sini apa pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganu, kita hendak hapuskan benda itu biar kita hendak tangkap dengan elok. Biar ianya dilakukan dengan senyap. Malah saya difahamkan pegawai-pegawai BPR sendiri yang insya-Allah akan jadi pegawai-pegawai dalam SPRM. Mereka sendiri hendak membuat sesuatu malah seluruh maklumat adalah dirahsiakan. Ini belum sesuatu yang kita gembar-gemburkan di dalam akhbar, terbitkan. Sedangkan belum dibuktikan fakta dan kebenarannya yang menyebabkan orang yang ditangkap, fakta yang kita perlu cari kita tidak dapat dan akhirnya kita salahkan pihak lain sebagai scapegoat ataupun kambing hitam kepada sesuatu fakta itu. Saya ingat ini yang berlaku dalam tradisi kita. Kita cuba tidak menutup, kita hendak membela kebenaran tapi dalam masa yang sama kita ada agenda-agenda tersembunyi dalam hati sanubari kita. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sekejap. Saya ulas dulu. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Itulah yang saya katakan tadi bahawa kita menjadikan rasuah itu sebagai isu politik. Bukan tujuan untuk menghapuskan rasuah itu sendiri. Sebab rasuah ini dianggap sebagai modal kepada kita untuk bersyarah dan untuk menarik perhatian kepada orang ramai supaya kononnya kita memperjuangkan rasuah, menentang rasuah. Sebenarnya mereka hendak menggembar-gemburkan perkara tersebut dan sebenarnya saya rasa macam seolah-olah mereka rasa “mujur”, kata orang Terengganu. Mujur ada rasuah, sebab bila ada rasuah mereka boleh bercakap boleh bersuara lantang untuk menarik perhatian kepada orang ramai. Jadi tujuan mereka bukan hendak menghapuskan rasuah, tetapi hendak menggembar-gemburkan isu rasuah tersebut sebagai modal politik kepada mereka.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sebab itulah ada akta mengatakan bahawa kalau kita hendak menangkap seseorang pencuri itu, kita tidak boleh berteriak, bersyarah tetapi kita tangkap, kita bawa pergi, kita intip mereka secara senyap dan sunyi supaya kita dapat tangkap pencuri tersebut.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Penjelasan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Apa lagi?

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sikit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Apa agaknya pandangan Yang Berhormat tentang tanggungjawab kita, amal maaruf nahi mungkar? Setiap orang daripada kita wajib menjalankan peranan tersebut. Keduanya saya hendak tanya juga apa pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganu, fitnah yang telah dikenakan ke atas Yang Berhormat Permatang Pauh pada tahun 1998, belum lagi masuk mahkamah, belum apa-apa lagi tetapi difitnah sehabis-habisnya oleh pemimpin tertinggi negara. Dalam akhbar, dalam media, pada masa itu Yang Berhormat Arau di mana? Pada masa itu Yang Berhormat Hulu Terengganu di mana?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Pada saya orang yang memfitnahkan merupakan orang yang mengamalkan perkara buruk dan mendapat akibat yang buruk. Bukan sahaja di dunia malah dibawa ke akhirat. Akan tetapi dalam kes tahun 1998 dulu bahawa perkara ini telah dibawa ke mahkamah, mahkamah telah mensabitkan kesalahan dan yang terlibat telah pun dihukum. Satu hal yang...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Saya cakap sebelum. Sebelum dibicarakan. Malah hukuman tidak melibatkan rasuah satu sen pun sebenarnya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Raja ini dia tidak faham ini. Sebenarnya bukan rasuah yang melibatkan duit sahaja. Rasuah ini termasuk...

Tuan Yang di-Pertua

Titiwangsa Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Rasuah ini termasuklah penyalahgunaan kuasa. Itulah rasuah. [Disampuk] Inilah susahnya kita ini. Sebab itulah saya katakan bahawa, hendak bagi tahu bahawa ini merupakan penyalahgunaan kuasa. Termasuklah juga habuan seks, itu pun rasuah juga. Walaupun hendak sama hendak. Tuan Yang di-Pertua, [Ketawa] saya juga hendak menarik perhatian berkenaan dengan gesaan beberapa orang wakil rakyat mengatakan bahawa pihak Badan Pencegah Rasuah harus bertindak proaktif.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sabar-sabar dulu. Melihat tentang gaya kehidupan seseorang itu yang melebihi daripada tahap kemampuan kewangannya. Kita tidak boleh terus menangkap, terus menyiasat walaupun kita dapati bahawa gaya hidup seorang itu melebihi daripada pendapatannya, kerana kemungkinan seseorang itu mempunyai harta pusaka. Ibu bapanya mungkin berada. Sebab saya ada rakan, dia bekerja sebagai kerani, dia pakai kereta besar tetapi rupa-rupanya keluarganya merupakan keluarga berada. Oleh itu perkara ini perlu dilakukan secara berhati-hati, secara berhemah dan ada bukti sebab bila disiasat ataupun diberi perhatian oleh Badan Pencegah Rasuah apatah lagi digembar-gemburkan. Ini akan menjejaskan nama baik seseorang itu padahal dia tidak bersalah. Jadi tindakan proaktif itu tidak munasabah dan tidak harus dilakukan. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pada awal tadi cuba memahami penghujahan Yang Berhormat Hulu Terengganu yang terkadang kali penuh dengan kontradiksi. Saya ingin bertanya terus terang kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu. Apakah Yang Berhormat Hulu Terengganu bersedia menerima hakikat bahawa dengan penampilan rang undang-undang ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah cukup menunjukkan bahawa perlunya kepada satu rang undang-undang disegerakan bagi menangani masalah rasuah yang sudah cukup sarat dan parah di negara ini. Jelas terbukti dengan laporan Ketua Audit Negara, yang jelas disebutkan oleh di dua-dua belah pihak. Kalau ambil dalam UMNO itu sendiri, diakui sendiri oleh presidennya, diakui sendiri oleh Tan Sri, kalau boleh sebut, sebut nama ini yang perlu

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

perkara itu disegerakan. Apa yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang, oleh siapa pun di seluruh Dewan ini bahawa kita semua bertanggungjawab.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Cukup.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi kalau Yang Berhormat Hulu Terengganu mengatakan bahawa hanya pembangkang menggunakan seluruh perkara ini sebagai hanya political mileage itu sudah bertentangan dengan apa yang disebut oleh beliau....

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Okey terima kasih. Saya sudah faham.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya tidak faham. Mana kedudukan ini?

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit Yang Berhormat Hulu Terengganu untuk respons dan buat kesimpulan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya faham bahawa dari tadi saya katakan, bahawa kesanggupan kerajaan membentangkan rang undang- undang ini menggambarkan kesungguhan, keyakinan dan keberanian kerajaan untuk menghapuskan rasuah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Cukup, cukup.

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sebab saya kata bahawa, yang saya katakan tadi bukan menggambarkan bahawa rasuah berlaku dengan parah di negara kita. Akan tetapi kerajaan kita ingin menghapuskan rasuah tidak semestinya parah baru hendak dihapus. Akan tetapi kalau sedikit pun kita akan menghapuskan rasuah ini termasuklah juga di Perak. Kemudian, saya hendak kata juga, saya hendak jawab juga tadi. ...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Dalam pemilihan UMNO sebenarnya etika pemilihan UMNO itu terlalu ketat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Amboi!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Lebih ketat, jauh lebih ketat berbanding dengan amalan akta rasuah ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini masalah UMNO ...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

PAS mana tahu cerita UMNO.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

UMNO parti politik terbesar sebab itu dibicarakan secara umum. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak payah politicize benda ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sudah, sudahlah. Masa hendak habis.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sebab itu saya kata jangan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Terengganu sila gulung.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya kata tadi bahawa sesungguhnya...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk] [Ketawa]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Bahawa peraturan UMNO itu sangat ketat sehingga untuk mengadakan jamuan dan berkempen pun tidak dibenarkan. Ini bukan merupakan....

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau tidak, Naib Presidennya kenapa dipecat?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ini bukan merupakan kesalahan dalam etika pemilihan UMNO sahaja.

Kenapa tidak menggunakan ISA...[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sudah lupakah Ahli Parlimen UMNO mengatakan dia kalah kerana dia tidak rasuah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

Yang Berhormat Padang Serai dia bukan ...

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulung Ahli Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sebab itu kata bahawa pihak pembangkang sengaja mempolitikkan isu rasuah ini supaya mereka dapat mileage dalam pilihan raya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pihak pembangkang tidak perlu mempolitikkan. UMNO memusnahkan dirinya dengan amalan rasuah.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pihak pembangkang tidak perlu politikkan. Sudah jelas.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ahli Parlimen UMNO sendiri mengambil rasuah... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Padang Serai duduklah. Yang Berhormat Padang Serai duduklah, duduklah!

[Menyampuk][Dewan Riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang ini jam sudah pukul berapa? Yang Berhormat Hulu Terengganu sila gulung Yang Berhormat. Saya sudah kasi banyak masa.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya juga ingin menarik perhatian kepada rang undang-undang ini supaya memberi perhatian kepada unsur-unsur pendidikan. Kita tidak seharusnya melihat kepada tindakan menghapuskan sahaja tapi harus diberi kepada unsur-unsur pendidikan, tanamkan ke dalam masyarakat kita bahawa perbuatan rasuah itu merupakan satu perbuatan yang jijik, yang kotor dan merupakan satu perbuatan yang barus kita benci sama sekali termasuklah kepada anak-anak sekolah kita sebab saya pernah terbaca dalam satu artikel mengatakan, bahawa sebahagian peratus besar kepada siswa-siswa kita bahawa kalau mereka berpeluang untuk melakukan rasuah mereka akan mengambil kesempatan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ini bermakna bahawa kita tidak menentukan unsur-unsur pendidikan dalam membasmi rasuah ini. Sekian terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 16 Disember 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.35 malam.