Dewan Rakyat · 17 February 2009
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 664 turns · 43,282 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Mengangkat Sumpah
(i) Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Mengalu-Alukan Ahli-Ahli Baru
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna, berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat dengan cemerlangnya. Terima kasih.
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Keluarga Allahyarham Tuan Haji Roslan Bin Shaharum
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Tuan Haji Roslan bin Shaharum - Ahli Parlimen Bukit Gantang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 9 Februari 2009, bersamaan 13 Safar 1430 Hijrah. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Puan Safiah binti Harun, balu Allahyarham serta keluarga beliau. Kita berdoa moga-moga Allah Subhanahuwataala akan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di antara roh-roh orang yang soleh. Oleh yang demikian saya menjemput Ahi-ahli Yang Berhormat sekalian bangun, kepada yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah. [Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah] [Majlis bertafakur selama satu minit]
2 LAMPIRAN
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Yang Di-Pertuan Agong
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada 16 Februari 2009, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Ucapan itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi. [Teks Titah Ucapan Diraja adalah seperti di Lampiran]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sukacitanya memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan Akta-Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut: 1. Akta Pendidikan (Pindaan) 2008; 2. Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009; 3. Akta Perbekalan 2009; 4. Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009; 5. Akta Kewangan 2009; 6. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; 7. Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009; 8. Akta Pencen (Pindaan) 2009; 9. Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2009; 10. Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2009; dan 11. Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2009.
LAMPIRAN 3
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “23 Disember 2008 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2008; 2. Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008; 3. Rang Undang-undang Perbekalan 2009; 4. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008; 5. Rang Undang-undang Kewangan 2008; 6. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008; 7. Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008; 8. Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) (No.2) 2008; 9. Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) (No.2) 2008; 10. Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2008; dan 11. Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 2008 Yang ihklas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
4 LAMPIRAN
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi penurunan indeks negara dalam menangani gejala rasuah; dan (b) mengapakah indeks ini terus menurun berbanding dengan tahun- tahun sebelumnya.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas. Keduanya saya hendak mengambil kesempatan untuk bagi pihak semua mengucapkan tahniah kepada ahli baru Yang Berhormat Kuala Terengganu Yang telah pun mengangkat sumpah... [Tepuk] Saya juga hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Pokok Sena yang telah dianugerahkan Dato’ baru-baru ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk] Yang Berhormat Kubang Kerian belum lagi. Corruptions Perception Index dengan izin, ataupun CPI yang dikeluarkan oleh Transparency International sebenarnya tidak menunjukkan penurunan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2006, indeks tersebut adalah 5.0 dan naik ke 5.1 pada tahun 2007 serta kekal pada 5.1 pada tahun 2008. Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi indeks tersebut melalui langkah-langkah berikut: (i) langkah utama yang telah diambil oleh kerajaan pada masa ini adalah penubuhan penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ataupun Akta 694 agar organisasi pencegahan rasuah ini menjadi lebih bebas, telus dan efektif. Melalui penstrukturan semula ini, keanggotaan SPRM akan ditambah seramai 5,000 orang lagi. Dengan pertambahan keanggotaan ini, kerajaan melalui SPRM akan meningkatkan lagi usaha membanteras rasuah melalui penguatkuasaan undang-undang dengan memberi tumpuan kepada kes-kes, corak dengan izin, intelligent space investigations terutamanya yang melibatkan rasuah bersindiket; (ii) penubuhan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah selaras dengan kehendak seksyen 13, akta tersebut. Lembaga Penasihat ini akan bertanggungjawab untuk menasihati SPRM tentang apa jua aspek masalah rasuah serta dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usaha untuk membanteras rasuah; (iii) penubuhan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai oleh Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Selaras dengan kehendak seksyen 14, akta tersebut. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia; (iv) mempergiatkan usaha untuk memperbaiki sistem dan prosedur kerja melalui pemeriksaan dan perundingan bertujuan untuk menutup semua ruang dan peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan; (v) mendidik masyarakat untuk membenci rasuah dan membudayakan amalan berintegriti akan terus dipergiatkan; dan (vi) terkini termasuk satu klausa peringatan mengenai kesalahan rasuah ke dalam dokumen-dokumen perolehan kerajaan sama ada di peringkat penyediaan dokumen pelawaan tender atau sebut harga dan juga e-bidding.
LAMPIRAN 5 Usaha ikhlas kerajaan ini perlulah disokong oleh segenap lapisan masyarakat dan perbuatan mempolitikkan isu rasuah melalui tohmahan liar yang tidak berasas perlu dihentikan kerana perbuatan sedemikian akan memberi kesan negatif dan mendatangkan persepsi buruk bukan sahaja kepada individu terbabit, bahkan juga kepada negara.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Memang kita sedar bahawa kerajaan memang serius menangani isu gejala rasuah dan memang pun banyak sudah usaha yang telah dilaksanakan dan banyak dasar-dasar, pelan-pelan untuk memerangi najis rasuah ini. Memang rasuah adalah masalah universal. Selagi ada duit atau wang yang boleh menjana kepada semua aksi kita dalam hidup. Seperti yang dikatakan, “money is the root of all evils”, dengan izin. Jadi soalan tambahan saya, sejak PIN ini ditubuhkan, PIN iaitu Pelan Integriti Nasional, apakah keberkesanan PIN ini, adakah ia masih relevan? Kalau masih, apakah jenis program yang telah dibuat, yang sedang dibuat dan yang akan dibuat kerana saya meragui. Kekhuatiran saya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM ) ini akan juga gagal jika sistem pelaksanaan kita masih lemah dan tidak efektif. Walaupun apa jua jenis hukuman ataupun penalti dalam undang-undang yang kita wujudkan untuk menakutkan penjenayah, namun masih banyak yang akan menghindarinya. Ini kerana apabila melihat wang, mereka-mereka ini akan dirasuk ‘hantu wang’. Jadi soalan tambahan yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu dasar atau satu pendekatan untuk menanam dalam jiwa seseorang insan itu supaya bermoral dan berintegriti. Misalnya, mewujudkan satu mata pelajaran dari peringkat asuhan kanak-kanak sampai ke peringkat universiti. Tidak guna kita ada sepuluh PhD. kalau minda kita belum lagi sampai ke tahap yang baik. Jadi, ini terkandung juga di dalam teks ucapan Titah Diraja semalam.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berkenaan dengan kesan semenjak PIN iaitu Pelan Integriti Nasional diwujudkan, ingin saya nyatakan di sini iaitu bahawa pada tiap-tiap tahun, laporan tahunan adalah dibentangkan di Dewan Rakyat dan segala butiran yang dikehendaki oleh Yang Berhormat sudah tentu maklumatnya ada di dalam laporan ini. Keduanya, soal sama ada relevan ataupun tidak relevan, saya kira dalam kita memerangi rasuah, integriti memang sangat relevan. Ia amat membantu kerana saya kira banyak kerja untuk mencegah rasuah dan menghapus rasuah boleh dilakukan kalau rakyat itu mempunyai integriti. Jadi dalam soal untuk hendak mewujudkan satu lagi dasar untuk mereka yang berada di sekolah dan juga pusat pengajian tinggi, saya kira kita sudah mempunyai PIN dan mekanismenya itu ataupun segala tindakan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan PIN ini, ialah IIM iaitu Institut Integriti Malaysia yang telah pun wujud dan sememangnya IIM mengadakan program-program yang melibatkan semua kementerian termasuk Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi di mana program-program dibincangkan dan dilaksanakan bagi mereka yang berada di sekolah sama ada di sekolah rendah dan menengah dan juga di pusat pengajian tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya apa yang berlaku ialah hilangnya kehebatan undang-undang dan penguatkuasaan dalam menangani masalah rasuah. Kehebatan ini memerlukan satu pendidikan kepada semua pihak. Saya melihat yang pertama, kes-kes rasuah yang besar. Banyak yang dilupakan ataupun yang dilenyapkan seperti KWSP, Mega Holding dan lain- lain dilupakan dan dilenyapkan. Ini menjadikan ketidakpercayaan ataupun hilang kehebatan dalam menangani masalah ini. Yang kedua, aspek agama. Rasuah adalah maksiat termasuk dalam dosa besar. Aspek ini tidak diberi penekanan seolah-olah dianggap salah dari segi undang-undang sahaja. Adakah kerajaan berfikir untuk mengkaji supaya kesan rasuah ini termasuk dalam perkara maksiat yang perlu diberi pertimbangan hak kepada pentadbiran agama untuk bertindak bagi orang Islam dalam menangani masalah rasuah.
6 LAMPIRAN
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menafikan kenyataan daripada Yang Berhormat Marang iaitu mengatakan rasuah ini hanya untuk ikan bilis sahaja. Yang berhormat membangkit isu-isu yang tertentu dalam soal untuk mengenakan seseorang dalam kes rasuah ini ia perlu kepada bukti yang cukup dan kadangkala kalau ada berlaku sesuatu dalam syarikat-syarikat yang tertentu kemungkinan besar ia adalah hasil daripada pelaburan yang telah merugikan yang tidak semestinya melibatkan rasuah. Jadi segala kerugian itu kita tidak boleh terus mengatakan bahawa ianya berlaku disabitkan oleh rasuah melainkan kalau kita mempunyai banyak bukti yang boleh kekal, yang boleh digunakan di dalam mahkamah. Masalah kita pada hari ini ialah kerana laporan yang dibuat terhadap sesuatu perkara itu meluas dan kita mengambil kesimpulan iaitu kalau perkara itu dilaporkan dalam akhbar maka sudah bersalah. Ini yang dikatakan media prosecution. Jadi, saya harap supaya kita tidak akan terpengaruh dan memberi peluang kepada mereka yang dikatakan melakukan rasuah supaya tidak terus menghukum mereka kerana dilaporkan secara meluas di dalam akhbar. Itu tidak adil kerana seseorang tidak didapati bersalah sehingga dia didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. Kalau kita dapat menukar kita punya mindset, saya percaya apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat itu tidaklah menjadi suatu perkara perbincangan yang merasakan bahawa ramai daripada ikan-ikan yu terlepas. Saya ingin menafikan bahawa perkara ini berlaku pada ketika ini. Keduanya, semua agama bukan sahaja agama Islam, semua agama tidak bersetuju dan mereka memerangi rasuah. Jadi saya kira tidak ada halangan bagi mana- mana pihak daripada segi mana-mana agama pun untuk mengadakan program menyatakan kebencian kepada rasuah. Namun dalam soal mengambil tindakan undang- undang rasuah ditentukan sebagai rasuah Malaysia Law. Jadi ia tidak merupakan kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi. walau bagaimanapun itu tidak bermakna bahawa agama tidak mempunyai peranan kerana ini hanya merupakan standardization undang-undang di negara kita.
Tambah satu lagi boleh?
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, perancangan kerajaan dalam menangani pemberhentian dan pengurangan peluang pekerjaan berikutan pengecilan operasi, penutupan dan perpindahan kilang-kilang ke negara lain akibat kelemahan permintaan barangan di negara-negara maju. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjana peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Nibong tebal pada 17 hari bulan, Yang Berhormat Bukit Mertajam pada 17 hari bulan, Yang Berhormat Lenggong pada 18 Februari, Yang Berhormat Kuala Krai pada 19 hari bulan kerana ia semua berkaitan isu yang sama iaitu pemberhentian kerja. Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi global yang sedang berlaku memberi kesan kepada banyak negara walaupun tidak terlalu terjejas berbanding negara-negara yang lain. Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis tersebut. Sektor-sektor yang agak terjejas oleh krisis ekonomi adalah sektor pembuatan khususnya sub sektor elektronik, elektrik, tekstil dan pakaian. Dari bulan Oktober 2008 hingga sekarang, seramai 10,277 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja secara tetap. Sementara itu seramai 4,550 telah diberhentikan kerja secara sukarela melalui sistem VSS. Majoriti daripada pekerja-pekerja yang diberhentikan adalah dari sektor-sektor dan sub sektor yang telah saya sebutkan tadi dan adalah menjadi peranan dan tanggungjawab semua pihak untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menghadapi cabaran tersebut dan kita mesti saling bekerjasama di dalam menghadapi krisis ini.
LAMPIRAN 7 Kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan semua pihak mengenai langkah terbaik untuk menangani cabaran ini. Pihak kerajaan ingin menyarankan agar semua pihak berusaha menggembleng tenaga untuk meminimumkan kesan krisis ini ke atas ekonomi dan rakyat. Dalam hubungan ini di antara langkah pertama yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia ialah untuk mewujudkan satu jawatankuasa tripartite pemantauan pemberhentian kerja di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri yang bertujuan untuk memantau dan mengatasi impak krisis ekonomi ini. Pihak majikan daripada semua sektor, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan perlu menyumbang idea yang bernas untuk mengelakkan pengangguran dan pemberhentian. Perbincangan dan maklum balas yang diterima amat berfaedah dalam membantu menangani isu-isu yang berkaitan dengan pemberhentian. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada semua pihak termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam usaha ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah pemberhentian kerja seperti berikut: (i) untuk meningkat accessibility kepada mekanisme khidmat bantuan kerajaan kepada rakyat menerusi penubuhan 80 bilik operasi pemantauan pemberhentian pekerja di seluruh negara dan sebahagian daripada tugas bilik operasi ini: (a) untuk memantau insiden laporan pemberhentian bekerja di kawasan seliaan bilik gerakan; (b) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan yang ada di dalam kawasan itu; (c) untuk membantu pekerja diberhentikan mendapat pekerjaan baru; (d) untuk mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian kerja secara sukarela, pemberhentian sementara atau layoff dan pengurangan gaji; dan (e) untuk membantu majikan terlibat untuk mengambil langkah atau option yang lain dari pemberhentian. (ii) untuk memantau secara proaktif kekosongan jawatan yang ada di dalam sektor awam dan sektor swasta dan seterusnya menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama daripada pihak majikan; (iii) kerajaan mengkaji peluang latihan semula dan penempatan iaitu train and place kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja termasuk juga belia dan siswazah menganggur untuk memperoleh kemahiran baru yang diperlukan dalam pasaran kerja semasa dan semasa dalam latihan mereka pekerja-pekerja ini akan diberi elaun sara hidup untuk menampung perbelanjaan minimum. (iv) di bawah program ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan latihan bagi pekerja-pekerja yang menghadapi pemberhentian kerja dan RM77 juta untuk bantu siswazah- siswazah yang menganggur. Pada masa ini, kementerian sedang mengenal pasti penyedia-penyedia latihan. Pekerja- pekerja yang diberhentikan dan telah berdaftar dengan Jobs Malaysia akan diberi latihan dan seterusnya dibuat penempatan dengan majikan yang sesuai.
8 LAMPIRAN
(v) kementerian sedang bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain untuk diberi bantuan ihsan untuk mereka yang jatuh di bawah garis kemiskinan akibat pemberhentian kerja; dan (vi) ialah program yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memberi latihan kepada pekerja di dalam majikan yang menghadapi kesukaran di dalam? Hal ini dan telah menghadapi pemberhentian sementara. Ini supaya mereka diberi latihan di dalam bidang kemahiran yang ada berkaitan dengan industri mereka dan kerajaan berharap kos operasi majikan tersebut akan dikurangkan dengan usaha ini dan pekerja tersebut selepas menerima latihan boleh pulang balik kepada majikan asal selepas tamatnya tempoh latihan ini. Sebagai dasar, pekerja asing akan diberhentikan kerja sebelum pekerja tempatan diberhentikan, dan kerajaan telah memutuskan supaya pekerja asing di sektor pembuatan terutama di sektor elektronik dan elektrik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan buat sementara waktu. Sebagai galakan kepada majikan, kerajaan telah membuat keputusan supaya baki levi pekerja asing ini akan dikembalikan kepada majikan, manakala sebagai insentif kepada majikan, jaminan bank pun akan dipulangkan secepat mungkin. Kementerian Dalam Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan bahawa pekerja asing yang menghadapi pemberhentian kerja di pulang balik ke negara asal mereka. Sekian terima kasih.
Terima kasih atas penjelasan Menteri dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani krisis ini. Cuma yang saya hendak lahirkan ialah pertama jumlah pemberhentian pekerja ini sudah menjangkau hampir satu juta. Walaupun ini kenyataan ini dinafikan oleh Menteri, tetapi Singapura sahaja memberhentikan setengah juta iaitu 300,000 dari Malaysia. Saya percaya dari Johor sehingga ke Kelantan. Oleh yang demikian sementara saya ucapkan tahniah dan langkah-langkah yang diambil, saya tidak yakin langkah-langkah ini mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang menimpa kita. Ada beberapa percanggahan. Kementerian Sumber Manusia diminta mengawal Kementerian Dalam Negeri masih memberikan laluan untuk lesen-lesen pekerja asing. Kemudian beberapa langkah lain seperti yang diambil oleh kementerian, soal meningkatkan latihan kepada pekerja kepada kumpulan siswazah yang menganggur dan ini kita perlu mendapat jumlah dan keterangan yang cukup. Kalau boleh saya pohon penjelasan dari Menteri sekadar menjelaskan langkah yang diambil mesti juga diikat dengan jumlah penganggur yang pertamanya. Keduanya jumlah yang diberikan latihan dan ketiganya jumlah siswazah menganggur yang diberikan peluang dan kesempatan mendapat latihan.
Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah yang telah saya maklumkan tadi ialah jumlah sebenar yang telah diterima oleh kementerian kerana melalui Akta Kerja di dalam negara kita. Semua majikan yang menamatkan pekerja atau buat apa-apa perubahan kepada sistem pekerjaan mereka diwajibkan memberitahu kepada kerajaan dan melalui pemberitahuan ini, kita mengumpulkan maklumat dan ini ialah asas butiran yang telah saya beritahu tadi dan saya percaya ini ialah butiran yang tepat. Tentang apa yang telah berlaku di Singapura, kita telah melalui beberapa media massa telah menggalakkan pekerja-pekerja yang telah menghadapi pemberhentian kerja di Singapura untuk mendaftar satu di dalam Pesuruhjaya kita di Singapura di mana kita ada Atase Buruh dan untuk berdaftar di dalam jabatan-jabatan tenaga kerja di seluruh Malaysia. Akan tetapi bilangannya daftar itu amat kurang dan saya diberitahu oleh Atase Buruh kita tidak ada sesiapapun yang telah mendaftar dengan Atase Buruh daripada orang-orang Malaysia yang telah menghadapi pemberhentian kerja. Kita tidak diberitahu dalam usaha menghadapi pemberhentian ini, Kerajaan Singapura pun telah memberi pandangan untuk mengekalkan pekerja-pekerja Malaysia sampai saat-saat di dalam satu ketika tidak boleh dielakkan.
LAMPIRAN 9 Oleh itu, susah untuk kerajaan untuk mendapatkan butiran tetat tentang apa yang berlaku di Singapura, kalau pekerja-pekerja yang terlibat ini tidak daftar dengan pihak kita. So, untuk menjawab soalan yang berikutan ialah tentang pemberian kebenaran untuk pekerja-pekerja asing, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri memang tegas di dalam usaha kita untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. Ini adalah bahawa pekerja asing di dalam sektor-sektor yang saya telah sebut itu tidak diberi kebenaran masuk dan perkara ini dipantau secara baik dan tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat bahawa pekerja-pekerja asing dalam sektor-sektor yang telah saya sebutkan tadi masih diberi kebenaran ialah tidak betul. Akan tetapi ada sektor-sektor tertentu di mana pekerja-pekerja asing diperlukan pada masa sekarang contoh sektor perladangan di mana kalau kita menjalankan apa-apa usaha untuk membekukan mereka, ini akan menjejaskan industri tersebut. Oleh itu, mereka masih diberi kebenaran di dalam sektor-sektor itu. Untuk soalan berikutan mengenai dengan latihan, saya memberi jaminan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa proses latihan ini akan dibuat secara transparent dan kita telah membuat satu penetapan bahawa semua yang diberi latihan, latihan ini dikaitkan dengan peluang pekerjaan, mereka akan dilatih dan semua yang mendapat latihan berjaya dalam usaha untuk mendapat pekerjaan. Kerajaan tidak mahu menjalankan satu program latihan di mana cuma latihan diberi selepas itu yang diberi latihan ini tidak berjaya untuk mendapat kerja. Oleh itu, semua peluang latihan dan program latihan yang disediakan adalah berkaitan dengan peluang kerja yang ada di dalam industri dan latihan yang diberikan ialah latihan yang sesuai dengan keperluan industri dan mereka yang diberi latihan akan berjaya di dalam mendapat peluang pekerjaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Pemberhentian kerja bukan di Semenanjung, bahkan di Sabah banyak. Buruh-buruh yang bekerja ini bukannya yang berdaftar sahaja, yang tidak berdaftar pun banyak. Jadi saya mahu tahu pertama kalau mereka ini dibuang kerja, kepada siapa mereka mahu mengadu? Jabatan Buruh, kalau kita pergi, kadang-kadang pegawai tidak ada, tidak ada kaunter khas untuk membuat laporan mengenai pekerja dibuang kerja, tidak ada. Apabila pergi Jabatan Buruh, dia kata pegawai tidak ada. Jadi di mana mereka hendak mengadu, pertama. Kedua, pekerja-pekerja asing yang tidak berdaftar kerana di Sabah daripada beberapa ribu pekerja asing banyak majikan yang tidak daftar pekerja asing mereka kerana levi terlalu mahal. Jadi kalau mereka ini dibuang kerja, kepada siapa mereka mahu mengadu. Ini persoalan saya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, setiap Jabatan Tenaga kerja telah diarahkan untuk menubuhkan bilik operasi di mana pegawai mesti ada sepenuh masa. Apa yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kalabakan, tentang Jabatan Tenaga Kerja di mana tidak ada pegawai pada masa ada pekerja boleh dibuat aduan ini, saya akan mengambil kira perkara ini dan akan memastikan bahawa pegawai sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kepada rakyat. Soalan yang dibangkitkan mengenai pekerja asing tidak rasmi yang bukan di dalam sistem kita memang perkara ini di bincang panjang lebar dan di bawa ke Kabinet serta perkara ini adalah satu usaha yang tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan bahawa mereka yang berada di dalam negara kita tanpa keizinan dan yang kerja di dalam negara kita tanpa keizinan tindakan akan diambil dan mereka dihantar pulang ke negara asal mereka.
Ini ialah apa yang boleh dibuat, kerana kalau mereka ditangkap ada di dalam negara tanpa kebenaran dan kerja tanpa kebenaran, mereka sudah melanggar segala undang-undang yang ada di negara kita dan memang Kementerian Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk memastikan mereka dihantar balik ke negara mereka dan saya diberitahu oleh Kementerian Dalam Negeri sampai sekarang lebih 200,000 orang pekerja asing telah dihantar balik ke negara asal mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh satu lagi Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing.
10 LAMPIRAN
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi makluman yang bertanya dan menjawab biarlah pendek, padat. Asal ada isu. Pusing- pusing pun tidak ada inti pati buat apa?... [Ketawa]
Yang Berhormat Kinabatangan, kalaulah itu apa yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian daripada tahun lalu saya ingatkan berbahagialah saya. Sila Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing.
3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan: (a) adakah kursus pemantauan harga barang makanan yang telah dianjurkan kepada pihak NGO oleh pihak kementerian benar- benar berkesan; dan (b) apakah langkah-langkah atau cadangan-cadangan masa depan pihak kementerian dalam meningkatkan persaingan harga komoditi dan barang-barang makanan dalam pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan bahagian, (a) Pihak kementerian tiada menganjurkan kursus spesifik pemantauan harga pada pihak NGO. Pada masa ini pemantauan harga dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa dan juga oleh pegawai-pegawai pemantau harga yang terletak di bawah Majlis Harga Barang Negara. Pemantauan harga oleh NGO dan laporan-laporan dikemukakan oleh biro tersebut adalah atas usaha NGO tersebut sendiri. Bagi menjawab soalan, (b) Tuan Yang di-Pertua, untuk menggalakkan persaingan harga barang-barang makanan dalam pasaran ianya dapat kita hasilkan persaingan harga itu kalaulah pasaran itu cukup besar untuk dapat menggalakkan kepada satu persaingan dan ini berlaku di dalam kawasan-kawasan bandar, di mana adanya kuasa pembeli yang telah meningkat dan juga telah berlaku pemodenan sektor peruncitan, tetapi malangnya keadaan kuasa membeli tidak begitu kuat di kawasan luar bandar. Jadi pihak kementerian telah mengambil langkah untuk mengadakan projek-projek perintis, melihat bagaimana dapat ditingkatkan pengedaran barang-barang ini dengan cara untuk memberi subsidi kepada kos pengangkutan kepada barang- barang perlu di dalam kawasan-kawasan luar bandar dan juga pedalaman, dan kita sudah pun laksanakan dua projek di semenanjung dan buat masa ini dua kawasan di Sabah dan satu di Sarawak sedang berjalan dan insya-Allah kita akan memanjangkan skim atau rancangan subsidi kepada kos pengangkutan supaya harga barang-barang di kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak dapat diturunkan.
Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih jawapan yang diberi tadi daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ada lihat hypermarket meminta tambahan diskaun sampai 17 peratus daripada supplier dalam masa krisis minyak. Apakah formula untuk mengatasi masalah ini? Berapakah jumlah anggota penguat kuasa yang telah dipertanggungjawab untuk memantau harga barangan di seluruh negara? Jika tidak mencukupi apakah langkah alternatif yang mampu mengatasi kekurangan ini? Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN 11
Tuan Yang di-Pertua, dari segi penambahan bilangan pegawai-pegawai pemantau harga selain daripada Bahagian Penguat Kuasa, pertamanya Bahagian Penguat Kuasa bukan sahaja melihat kepada soal harga tetapi terus memantaunya. Memantaunya di antara tugas-tugas bagi Bahagian Penguat Kuasa, tetapi bagi pemantau-pemantau harga mereka merupakan pegawai-pegawai di bawah kerja kontrak di atas urusan kontrak dan kementerian bercadang untuk melanjutkan perkhidmatan mereka. Buat masa ini seramai 1,500 dijangka bahawa kita akan kekalkan yang ada dan menambahkan kepada sehingga jumlah 2,000 pemantau harga dan pemantau harga ini berada di setiap daerah seluruh negara kita.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. soalan tambahan saya, tahun lepas kementerian telah mengumumkan pelan untuk melantik 1,500 orang atau 2,000 orang di kalangan graduan sebagai mewakili pasukan pemantau harga dengan sedikit ganjaran atau elaun kalau tidak silap saya RM1,500 untuk setiap graduan tersebut. Setakat mana kejayaan rancangan ini yang mana RM20 juta telah diperuntukkan pada tahun lepas dan berikutan dengan itu juga kementerian telah pun meluluskan RM200 juta untuk pemberian subsidi kepada pengilang tepung dan roti pada tahun lepas. Setakat mana juga perkara ini telah berlaku kerana istilahnya roti bukan makanan ruji. Ada baiknya kita tukar perkara ini kepada beras ataupun makanan-makanan ruji yang lain terutama makanan basah dan sebagainya dan saya minta kepada pihak kementerian atau Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan kepada setakat mana subsidi ini telah pun disalurkan kepada golongan sasar, iaitu pengilang-pengilang atau jenama-jenama yang telah diperuntukkan RM200 juta ini. Terima kasih.
Pertamanya tentang soal pemantau harga. Mereka telah pun dilantik untuk selama setahun. Buat masa ini daripada 2,000 yang sepatutnya kita lantik, kita ketinggalan 1,551 bagi tempoh yang pertama sehingga bulan Januari ini dan adalah cadangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya kita meneruskan pelantikan mereka secara kontrak daripada setahun ke setahun dan kita bercadang untuk terus mengisi sehingga jumlah 2,000. Bagi soal subsidi pula memang benar bahawa kerajaan telah memperuntukkan subsidi bagi tepung gandum dan khusus bagi tepung gandum kegunaan am, iaitu jenis tepung gandum yang digunakan oleh isi rumah dan subsidi kepada tepung gandum ini telah dapat mengekalkan harga tepung gandum kepada paras yang telah ditetapkan oleh kerajaan sambil juga telah dapat kita tentukan bekalan yang mencukupi. Seperti mana saya berulang kali menyatakan dalam Dewan ini ianya tidaklah menjadi masalah bagi kawasan-kawasan bandar. Yang menjadi masalah ialah barang- barang keperluan yang disubsidi banyak kali dan acap kali tidak dapat dibekalkan dengan jumlah yang secukupnya dan dijual pada harga yang sepatutnya khususnya di luar-luar bandar. Sebab itu kementerian mengadakan projek perintis di Pekan dan juga di daerah Seberang Perai utara di semenanjung dan ianya telah menunjukkan bahawa sebenarnya sistem pemborongan dan sistem pengedaran ini boleh diperbetulkan dan pengalaman kita di daerah Pekan ialah, bahawa walaupun pada peringkat 45 hari telah kita membayar imbuhan tambahan kepada pengedar untuk menentukan supaya barang-barang perlu ini sampai ke kedai runcit yang paling jauh sekali, namun apabila kita berhentikan projek ini pihak pengedar telah dengan rela hati mengedarkan barang-barang ini tanpa memerlukan tambahan imbuhan. Jadi bermakna bahawa sebenarnya yang menjadi masalah di dalam negara kita ialah, bahawa sambil pengeluar iaitu pembuat dan pengilang boleh melakukan pemodenan dari segi proses mereka dan juga sektor peruncitan juga mengalami pemodenan khususnya di kawasan-kawasan bandar, tetapi sektor pemborongan dan pengedaran serta pengangkutan itu khusus di negara kita memang berada di tahap yang kurang memuaskan. Sebab itu kementerian mengambil langkah untuk memberi subsidi kepada pengangkutan dengan harapan bila digalakkan kepada pengedaran dan pengangkutan yang lebih cekap, maka bukan sahaja barang-barang perlu dapat disampaikan kepada peruncit-peruncit di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman.
12 LAMPIRAN Ini kerana di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memerlukan pengangkutan yang berbeza tambahan kepada penggunaan lori, van dan sebagainya malah memerlukan bot dan program kita ini diharapkan dapat dilaksanakan sepenuhnya bagi Sabah dan Sarawak dan juga semenanjung bagi daerah-daerah luar bandar setelah kita dapat persetujuan daripada pihak kerajaan.
Akan tetapi saya yakin bahawa kalau kita lihat dan beri tumpuan kepada kos pengedaran, maka ini akan menentukan supaya harga barang yang ditentukan harganya oleh kerajaan dapat dijual di kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar pada harga yang sepatutnya. Buat masa ini kita lihat bahawa faedah dan nikmat sebenarnya diperoleh oleh kawasan bandar dan berdekatan dengan bandar atau pinggiran bandar lebih daripada rakyat di luar bandar dan kawasan pedalaman. Jadi usaha kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah untuk meningkatkan kecekapan, effectiveness dan bukan saja efficiencynya tetapi kecekapan sistem pengedaran yang ada dalam negara kita yang pada pandangan kementerian perlu sangat dipertingkatkan.
4. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Kesihatan menyatakan, alasan bagi kegagalan menangani ‘epidemic’ wabak denggi dan chikungunya sejak tahun lepas yang mencatat rekod tinggi jumlah kes dan kematian denggi dan sama ada wujudnya perang habis-habisan terhadap denggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan yang lain yang menyentuh isu berkaitan denggi dan chikungunya iaitu soalan daripada Yang Berhormat Jasin pada 23 Februari, Ahli Parlimen daripada Serdang pada 25 Februari, Ahli Parlimen daripada Maran pada 26 Februari, Ahli Parlimen daripada Bandar Kuching pada 3 Mac, Ahli Parlimen daripada Ipoh Barat pada 10 Mac, Ahli Parlimen daripada Hulu Rejang pada 11 Mac, Ahli Parlimen Sabak Bernam pada 11 Mac, Ahli Parlimen Puchong pada 12 Mac dan Ahli Parlimen Jempol pada 12 Mac.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2008, sejumlah 49,355 kes denggi dengan 112 kematian telah dilaporkan dari seluruh negara dengan purata 931 kes seminggu dan jumlah tertinggi adalah pada minggu yang ke-49 di mana sejumlah 1,273 kes dilaporkan. Kadar kematian kes denggi pada tahun 2008 adalah 0.22 peratus. Walaupun kadar ini adalah rendah daripada sasaran yang ditetapkan oleh WHO iaitu kurang daripada 0.5 peratus, namun Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus mengambil tindakan proaktif bagi menurunkan lagi kadar kematian kes denggi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada 112 kematian yang berlaku pada tahun lalu, 53% adalah kematian yang boleh dielakkan. Antara faktor penyumbang situasi ini adalah pesakit lewat mendapat rawatan dan para pengamal perubatan pula tidak mempunyai daya mengesyaki kes denggi awal. Semua kes yang disyaki denggi dan mematuhi kriteria yang ditetapkan adalah perlu dilaporkan mengikut peraturan di bawah seksyen 10 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2008, 85 peratus daripada kes yang didaftar adalah disahkan positif ujian serologi IgM Denggi. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan akan diambil segera selepas menerima notifikasi tanpa perlu menunggu ujian pengesahan jangkitan. Strategi ini diambil untuk memastikan langkah kawalan terutamanya fogging bagi membunuh nyamuk dewasa yang mengandungi virus denggi diambil dalam masa tempoh 24 jam selepas kes dinotifikasi. Pemantauan virus denggi daripada kes-kes denggi yang dilaporkan juga dibuat oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh bagi tahun 2008. Didapati majoriti kes adalah disebabkan oleh stereotaip Denggi Den-1 dan Den-2 profile yang sama sejak sepuluh tahun yang lepas dan tiada perubahan jenis virus denggi. Kementerian Kesihatan amat mengambil berat tentang masalah demam denggi dan setiap minggu maklumat kes denggi dimaklumkan kepada orang awam melalui kenyataan akhbar dan maklumat punca penyakit jangkitan dan juga langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh masyarakat juga dimaklumkan.
LAMPIRAN 13 Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 National Health and Morbidity Survey 2006 mendapati tahap kesedaran penduduk Malaysia bagi penyakit denggi adalah sangat baik. Akan tetapi dari segi amalan masih lagi lemah. Dalam kajian tersebut, 89 peratus penduduk Malaysia mengetahui demam denggi serta cara penyebaran dan kawalannya, manakala 79 peratus dapat mengenal pasti tempat pembiakan nyamuk aedes dalam rumah dan 88 peratus di luar rumah. Kebanyakan kes denggi yang kita dapati, rumahnya ada jentik-jentik lebih kurang 80 peratus. Akan tetapi adalah mengecewakan hanya kira-kira 14 peratus sahaja yang mengamalkan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di tempat tinggal mereka. Langkah pencegahan yang paling berkesan untuk denggi adalah melalui penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam memusnahkan tempat pembiakan aedes. Perkara ini sentiasa di saran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan pemerhatian mereka di seluruh dunia. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan program COMBI iaitu Communication for Behavioral Impact bagi menggalakkan penglibatan masyarakat secara berterusan dalam aktiviti pencegahan denggi dan memastikan persekitaran mereka masih bersih dan bebas dari aedes. Sehingga kini, terdapat sejumlah 585 locality melaksanakan program COMBI dengan 11,892 sukarelawan. Program ini terbukti berkesan di mana 84% daripada locality yang melaksanakan Program Combi telah dapat mengurangkan kes denggi di locality mereka. Kementerian Kesihatan akan terus mempromosi program ini termasuk di kawasan PBT dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat sama-sama mempromosikan program COMBI dan kami di Kementerian Kesihatan akan sedia membantu menjayakan pelaksanaannya. Tuan Yang di-Pertua, pada minggu pertama tahun 2009, jumlah kes denggi yang dilaporkan berjumlah 1,633 kes dengan empat kematian iaitu jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan sejak sepuluh tahun yang lepas. Walau bagaimanapun, jumlah kes mingguan yang dilaporkan telah menunjukkan trend penurunan hasil daripada kempen perang habis- habisan dengan penyertaan aktif anggota masyarakat dan pihak PBT. Jumlah kes denggi yang dilaporkan pada minggu ke enam tahun 2009 adalah 1,134 kes dan tiada kematian. Penurunan kes sebanyak 31 peratus dalam tempoh enam minggu. Jumlah hotspot juga telah menurun daripada 54 locality pada 31 Januari 2009 kepada 37 locality pada 15 Februari 2009. Pengurangan sebanyak 31 peratus dalam tempoh dua minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa penularan denggi sebenarnya boleh dibendung dan dicegah jika semua pihak mengambil bahagian terutamanya anggota masyarakat itu sendiri. Menurut maklumat, bagi tempoh enam minggu tahun 2009, sejumlah 227 gotong-royong telah dijalankan di seluruh negara, jumlah yang tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh enam minggu. Dalam tempoh yang sama juga, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM1.7 juta melalui kempen media untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya demam denggi. Cara pencegahan dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi. Ini termasuklah kempen meluangkan masa selama 10 minit setiap minggu bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan di luar rumah masing-masing. Kempen perang habis-habisan yang dilancarkan oleh KKM ternyata berkesan dalam menurunkan kes demam denggi. Jika kesedaran orang awam ini terus berkekalan dan menjadi budaya rakyat Malaysia, tidak mustahil bagi kita untuk mengurangkan sebanyak 10,000 kes demam denggi bagi tahun ini seperti yang telah disasarkan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kempen perangi habis-habisan ini juga merangkumi aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya. Kedua-dua penyakit ini walaupun disebabkan oleh virus yang berlainan, tetapi dibawa oleh nyamuk yang sama iaitu nyamuk aedes.
14 LAMPIRAN
Cara pencegahan dan pengawalan penyakit ini adalah sama, kesan yang sama juga dapat dilihat bagi penyakit Chikungunya di mana terdapat penurunan kes yang signifikan iaitu pada minggu pertama 2009, sejumlah 159 kes Chikungunya dilaporkan di seluruh negara. Pada minggu keenam tahun 2009, jumlah kes dilaporkan telah menurun kepada 86 kes, penurunan sebanyak 46 peratus. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya puji Yang Berhormat Menteri khasnya dalam sebulan ini begitu rajin berbanding dengan tahun lalu dan dalam kempen habis-habisan terhadap wabak denggi. Ini menunjukkan kuasa satu soalan ini, oleh sebab notis diberi dalam satu bulan, dia sangat rajin... [Ketawa] The power of Parliamentary question sebab itu dia boleh kerja kuat. Akan tetapi kenapa dalam tahun lalu yang mencatatkan bilangan kematian yang tertinggi dalam sejarah Malaysia, 112 orang yang meninggal dunia, 53 peratus kematian patut dielakkan, avoidable preventable death, tidak patut meninggal dunia. Tidak ada kesedaran, perlu satu kempen habis-habisan terhadap denggi. Kita harap bahawa kempen sekarang ini bukan satu PR kempen sahaja untuk jawab soalan hari ini tetapi daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, nampaknya tidak ada kesedaran mengenai ada satu krisis besar iaitu epidemik. Oleh sebab kita tidak diberi angka sampai sekarang berapa orang yang sudah meninggal dunia dalam enam minggu yang pertama tahun ini. Kalau tidak silap mungkin dekat 18, 20 orang sudah meninggal dunia. Kalau itulah kadar kematian, mungkin tahun ini akan lebih tinggi dibandingkan dengan angka tahun ini, mungkin lebih daripada 150 sehingga 180. Apa usaha sebenarnya dan fokus yang akan dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri supaya kita boleh berjaya untuk mengurangkan avoidable death ini dan bukan untuk membuat persiapan untuk menjawab di dalam Dewan yang mulia ini sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Ipoh Timur bahawa kita tidak menjalankan apa-apa langkah tahun lepas. Sejak tahun lepas lagi kita telah menjalankan banyak kempen dan juga banyak lawatan yang saya buat termasuk saya buat lawatan ke Telok Intan dan banyak lagi kawasan. Saya rasa Yang Berhormat Ipoh Timur tidak baca berita- berita saya. Termasuk angka kematian, kata Yang Berhormat saya tidak umumkan. Sebenarnya tiap-tiap minggu selepas kita isytihar perang habis-habisan demam denggi ini, kita telah membuat sidang akhbar tiap-tiap minggu untuk melaporkan angka berapa kes minggu ini dan berapa kematian. Kalau Yang Berhormat tidak baca lagi, kalau tidak dapat surat khabar, boleh baca laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, ada juga di website Kementerian Kesihatan Malaysia, semua angka-angka yang ada ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, angka bagi tahun ini, sehingga hari ini adalah lebih kurang 7,900 kes demam denggi dan dengan kematian 18 yang meninggal. Banyak langkah telah diambil apabila kita isytiharkan perang habis-habisan. Kalau dulu apabila ada wabak, kita wujudkan bilik operasi tetapi sekarang kerana bilangan yang meningkat, maka kita telah isytiharkan perang habis-habisan, kita wujudkan bilik operasi di semua daerah. Bilik operasi ini akan berjalan 24 jam dan kita akan pastikan bahawa tindakan segera apabila dibuat, diberitahu notifikasi, tindakan segera dapat dibuat untuk membasmi, menghapuskan nyamuk aedes. Yang penting adalah kesedaran orang ramai bahawa aedes mosquito adalah pembawa virus denggi yang berbahaya dan kita perlu hapuskan nyamuk aedes ini habis- habisan. Saya rasa kita boleh buat, memang apabila kita bekerjasama, saya juga nak ajak Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur bersama-sama dengan kita turun ke padang, kita buat gotong-royong secara besar-besaran untuk kita hapuskan. Jangan kita main politik di sini, kita untuk kesihatan orang ramai. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi tentang kawalan nyamuk aedes termasuk pemeriksaan dan operasi di mana-mana tempat. Akan tetapi saya juga memang membaca dalam surat khabar kempen-kempen untuk membasmi denggi ini.
LAMPIRAN 15 Satu yang saya rasa tidak dibuat oleh kementerian iaitu pemeriksaan di saluran air atap rumah. Adakah ini dibuat? Pertama. Yang kedua, saya juga ingin tahu sama ada semburan ini membuat nyamuk aedes tahan lagi racun serangga yang digunakan dan juga jenis nyamuk aedes ini, berapakah jarak jauh terbang nyamuk aedes ini, dan berapakah ketinggian terbang nyamuk ini? Ini kerana ia menyebabkan kita susah hendak membasmi nyamuk aedes kalau kita tidak tahu ekologi nyamuk ini. Mohon jawapan.
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Dia memang pakar dalam persekitaran. So soalan yang dikemukakan tadi bahawa kita perlu membuat pemeriksaan saluran air atap ya, memang itu dari segi penguatkuasaan kita memang perlu melihat bahawa di persekitaran rumah kita bukan sahaja di atap ataupun di kolah-kolah air dan juga pasu-pasu bunga. Semua kawasan itu adalah perlu kita periksa tetapi memang kita ada periksa tetapi yang terlalu tinggi itu tak mampulah pegawai ataupun kita kena mengadakan special enforcement team untuk yang terlalu tinggi. Akan tetapi adalah diingatkan bahawa kes denggi ini kebanyakannya kita dapati di dalam rumah. Jentik-jentik yang didapati di dalam rumah, lebih kurang 80% kes denggi yang berlaku dalam negara kita, kita dapati jentik-jentik ada di dalam rumah mereka. Oleh itu kita hendak mengingatkan orang ramai tapak pembiakan ini perlu dihapuskan. Berhubung dengan ekologi, keadaan hidup nyamuk aedes ini, dia boleh hidup lebih kurang sebulan sahaja dan dia akan hisap darah tiap-tiap tiga hari. Dia boleh terbang berapa tinggi terpulanglah, kalau dia naik kapal terbang tinggi juga dia pergi ya. Kita tidak tahu dia boleh pergi mana... [Ketawa] Itu tidak tahulah, tetapi memang dari segi jaraknya it’s a radius, a few kilometer, it is only a very small radius. Kita boleh buat kawalan sebenarnya dari segi nyamuk aedes ini. Kita boleh perang habis-habisan sekiranya kita memahami ekologi sebenarnya kehidupan nyamuk aedes. Sekian, terima kasih.
5. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah-langkah yang sedang dan perlu diambil untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan buruk daripada fenomena ‘global financial meltdown’ serta ‘recession’ yang sudah mulai dialami di Malaysia sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Ahli Yang Berhormat daripada Kapit bersama-sama dengan 14 soalan lain daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Bagan, Cheras dan Bukit Gelugor yang dijadualkan dijawab pada hari ini. Dari Yang Berhormat Jerlun bertarikh 18 Februari, Kepong - 19 Februari, Tenggara - 23 Februari, Kapar - 24 Februari, Jasin - 24 dan 25 Februari, Kuala Selangor - 25 Februari, Pontian - 2 Mac, Batu Pahat - 5 Mac, Klang - 5 dan 10 Mac. Ini adalah kerana semua soalan yang dikemukakan menyentuh mengenai perkara dan isu yang sama iaitu berkaitan pakej rangsangan ekonomi dan langkah-langkah bagi menangani kesan kelembapan ekonomi dunia ke atas ekonomik domestik. Tuan Yang di-Pertua, sejak pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi pada November 2008 di Dewan yang mulia ini, persekitaran ekonomi dunia bertambah meruncing dan semakin tidak menentu. Pada 4 Februari 2009, tabung kewangan antarabangsa IMF telah menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dunia untuk tahun 2009 kepada paras yang lebih rendah iaitu daripada 2.2% kepada 0.5%.
Manakala unjuran pertumbuhan perdagangan dunia bagi 2009 juga disemak semula. Daripada kadar positif 2.1% kepada kadar pertumbuhan negatif sebanyak 2.8%. Prospek ekonomi negara maju pula tidak memberangsangkan dengan Amerika Syarikat dijangka mengalami pertumbuhan negatif sebanyak 1.6%. Negara-negara lain yang turut mengalami pertumbuhan negatif termasuk United Kingdom sebanyak -2.8%, Jepun -2.6%, Taiwan 4%, Korea -2.% dan Singapura -4.9%. Negara-negara lain seperti China dan India pula dijangka mencatat kadar pertumbuhan yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 6.7% dan 5.1%.
16 LAMPIRAN Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%. Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah. Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008. Kedudukan pasaran saham negara masih di paras kedudukan yang rendah pada 903.52 mata pada 10 Februari 2009 berbanding paras tertinggi 1519.22 mata pada 11 Januari 2008. Penunjuk-penunjuk ekonomi ini menggambarkan situasi ekonomi negara ini berdepan dengan risiko yang amat mencabar seperti mana yang dialami oleh semua negara di seluruh dunia. Perkembangan ini dijangka berterusan dalam tahun ini dan akan memberi kesan pada kegiatan ekonomi negara pada keseluruhannya pada tahun 2009. Berdasarkan perkembangan yang semakin mencabar ini serta dengan mengambil kira pakej rangsangan RM7 bilion yang diumumkan pada 4 November 2008 lepas, unjuran pertumbuhan 3.5% KDNK negara bagi tahun 2009 tidak lagi menggambarkan kedudukan terkini ekonomi negara. Berikutan kelembapan pertumbuhan dan perdagangan dunia mungkin menjadi lebih ketara jika pakej-pakej rangsangan seluruh dunia tidak memberi kesan positif yang amat diharapkan, ada kemungkinan besar permintaan ke atas eksport negara kita akan terjejas dengan teruknya dan merosot pada kadar dua angka. Oleh itu, unjuran kadar pertumbuhan 3.5% tersebut akan disemak semula bagi tahun 2009. Unjuran pertumbuhan baru yang akan diumumkan itu akan mengambil kira kekuatan dan kelebihan ekonomi negara kita dalam menangani persekitaran luar yang tidak menentu. Ini memandangkan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi, antaranya reserve antarabangsa negara terus meningkat kepada USD91.3 billion pada 30 Januari 2009 dan mampu membiayai 7.5 bulan import tertangguh. Sistem perbankan negara juga kukuh dengan nisbah wajaran modal risiko berada pada paras yang tinggi iaitu 12.6% pada Disember 2008 melebihi kadar 8% piawaian antarabangsa Basel. Negara kita mempunyai daya saing yang tinggi khususnya dalam sistem perbankan Islam serta sistem kewangan negara pula tidak terlalu terdedah kepada kesan krisis kewangan global. Tahap hutang tidak berbayar masih di tahap yang rendah yakni sebanyak 2.2%. Kadar inflasi pula dianggarkan berada pada kadar yang stabil dan dijangka meningkat pada kadar yang rendah pada tahun 2009. Paras tabungan kasar negara kekal tinggi pada kadar 37% daripada KDNK pada tahun 2008. Justeru, keadaan ini memberi kelebihan dan fleksibiliti kepada negara untuk menggembleng lebihan sumber sedia ada bagi menyokong kegiatan sektor swasta dan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar perkembangan yang tidak menentu ini jika tidak ditangani dengan bijak dan segera boleh membawa kesan yang lebih besar pada kegiatan ekonomi dalam negara dan kesejahteraan rakyat, terutamanya kesan kepada pengangguran dan kegiatan perusahaan kecil dan sederhana serta golongan yang mudah terjejas. Kerajaan sekali lagi mengambil inisiatif segera untuk menggubal langkah-langkah untuk melindungi ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan seperti mana yang dialami oleh beberapa negara. Pakej Rangsangan Kedua ini akan diumumkan dalam Dewan yang mulia ini pada 10 Mac 2009 dijangka memberi suntikan tambahan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi, dengan mengambil kira situasi sekarang, langkah- langkah dalam Pakej Rangsangan Kedua ini adalah lebih besar dan menyeluruh berbanding dengan pakej pertama bahkan pakej ini boleh disifatkan sebagai Bajet Mini.
LAMPIRAN 17 Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, butiran terperinci Pakej Rangsangan Kedua ini akan saya bentangkan pada 10 Mac nanti, dengan pelaksanaan Pakej Rangsangan Pertama dan Kedua dengan sokongan padu daripada semua pihak termasuk sektor swasta dan semua rakyat, kerajaan berharap akan dapat mengelakkan negara daripada mengalami kemelesetan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua,
[Bangun]
Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas jawapan dan penjelasan yang begitu informatif sekali. Soalan tambahan saya, saya minta penjelasan berapa besarkah jumlah yang dijangkakan cukup serta yang boleh diharapkan memberi kesan yang diingini bagi tujuan memberangsangkan ekonomi kita dalam tahun 2009 ini? Dan sila jelaskan bagaimana dan daripada manakah peruntukan itu akan diperolehi? Soalan ketiga, apa jaminan daripada kerajaan agar kesemua kawasan khususnya kawasan di pedalaman seperti kawasan saya di Kapit dapat bahagiannya dalam projek infrastruktur asas seperti jalan raya dan lain-lain dalam economic stimulus package kedua yang akan datang ini?. Saya ambil peluanglah. Sekian, terima kasih.
Ha belum dapat?
Dia nak kontrak.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, butir-butir secara terperinci termasuk jumlah yang akan dibentangkan akan saya umumkan pada 10 Mac nanti. Tidak wajar bagi saya mengumumkan pada masa ini kerana kita sedang membuat perkiraan secara terperinci. Cuma saya boleh membayangkan bahawa jumlahnya lebih besar dan lebih menyeluruh daripada pakej yang pertama. Kedua, kita juga akan mengambil kira projek-projek yang diperlukan sama ada bagi kawasan bandar mahupun luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan yang mengusik jiwa boleh bagi chance satu kali?
Sebelum saya panggil nanti untuk soalan tambahan yang kedua, saya suka ingatkan kepada menteri yang berkenaan yang bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan yang berikutnya jangan dulu beredar. Ini kerana saya mengambil ketetapan untuk menambah 11 minit kepada sesi soalan-soalan ini apabila mengambil kira sesi angkat sumpah tadi. Ini selaras dengan Peruntukan Mesyuarat 24(5). Sila Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi, akhirnya kerajaan nampaknya akur dengan cadangan daripada Pakatan Rakyat supaya Bajet 2009 dikaji semula. Soalan saya adalah berdasarkan kepada inisiatif yang dinyatakan oleh pihak SME Bank mengenai bantuan yang diberikan kepada IKS tempatan bagi menangani kesan tempias krisis ekonomi dunia pada 2008, ianya dilihat sebagai satu nafas baru kepada mereka, kepada IKS. Namun kajian yang dibuat oleh HSBC baru-baru ini terhadap prestasi perusahaan kecil dan sederhana, ia dilihat agak membimbangkan di mana daripada 300 syarikat di Malaysia yang dibuat kajian, majoriti mereka merasakan bahawa tahun 2009 adalah tahun yang sukar bagi mereka untuk meluaskan perniagaan mereka. Soalan saya adalah sehubungan dengan itu, adakah pengusaha-pengusaha IKS ini akan diberi jaminan ataupun akan mendapat jaminan untuk mendapat manfaat daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan; terutamanya dalam Bajet 2009 dan kedua-dua pakej rangsangan yang RM7 bilion dan yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada 10 Mac nanti oleh pihak kementerian.
18 LAMPIRAN
Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Bank Negara telah mengumumkan tambahan kepada dana CGC untuk SME sebanyak RM2 bilion. Ini akan memberi faedah kepada syarikat-syarikat SME. Dalam pada itu kita sedang meninjau dan kita sedang mengambil kira keperluan-keperluan tambahan untuk kumpulan SME ini yang boleh kita ambil kira dalam pakej yang kedua. Saya juga ingin menyatakan bahawa pakej yang kedua ini adalah berdasarkan kepada timbangan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh bagi peluang...
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu bagi pihak Tuan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada gerakan mansuh PPSMI, yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Doktor Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Sasterawan Negara Pak Samad Said dan rombongan mereka dan mengalu-alukan kehadiran seluruh tetamu-tetamu kita yang lainnya.
6. Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah kementerian telah mengambil kira pandangan dan desakan NGO-NGO daripada semua kalangan supaya kerajaan menarik balik dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Bagi pihak kementerian saya juga mengalu-alukan kehadiran semua pihak yang ingin mengambil bahagian dan juga prihatin berhubung kait dengan dasar ini. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 17 pertanyaan yang menyentuh tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Daripada 17 pertanyaan yang dikemukakan, 12 daripadanya bertanyakan mengenai ketetapan kerajaan terhadap pelaksanaan dasar PPSMI; manakala pertanyaan selebihnya berkisar kepada pencapaian murid dalam Matematik dan Sains melalui peperiksaan awam serta hasil kajian-kajian dasar berkenaan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua menjawab kesemua pertanyaan tersebut secara serentak. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa banyak pihak menanti keputusan kerajaan mengenai hala tuju dasar PPSMI ini selepas enam tahun pelaksanaannya.
Yang Berhormat, soalan-soalan lain yang ada kaitan itu boleh disebut secara terperinci mana-mana satu.
Soalan-soalan lain Tuan Yang di- Pertua termasuk soalan daripada Yang Berhormat Tumpat - 17 Februari 2009, Yang Berhormat Bagan Serai - 17 Februari 2009, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan - 18 Februari 2009, Yang Berhormat Hulu Rajang - 19 Februari, Yang Berhormat Pokok Sena - 24 Februari, Yang Berhormat Sik - 26 Februari, Yang Berhormat Batu Kawan - 2 Mac, Yang Berhormat Silam - 3 Mac, Yang Berhormat Alor Gajah - 5 Mac, Yang Berhormat Bachok - 10 Mac, Yang Berhormat Kuala Krau - 11 Mac, Yang Berhormat Permatang Pauh - 16 Mac, Yang Berhormat Kuala Kedah - 19 Mac, Yang Berhormat Bukit Mertajam - 19 Mac, Yang Berhormat Kubang Kerian - 19 Mac, Yang Berhormat Kota Raja - 19 Mac dan Yang Berhormat Tenggara - 19 Mac.
Sila teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sedar bahawa banyak pihak menanti keputusan kerajaan mengenai hala tuju, dasar PPSMI ini selepas enam tahun pelaksanaannya, saya memahami situasi tersebut. Namun saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini bahawa dasar pelaksanaan PPSMI adalah suatu perkara yang sangat penting dan banyak aspek perlu dilihat dan dikaji dengan mendalam terlebih dahulu termasuk aspek kurikulum, kesediaan murid dan guru, penilaian program, kos pelaksanaannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada keupayaan negara untuk terus berdaya saing di peringkat global.
LAMPIRAN 19 Keupayaan ini khusus merujuk kepada kemampuan kita dalam bidang sains dan teknologi yang semakin memerlukan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, serta kemampuan menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Penelitian dalam aspek-aspek tersebut adalah dituntut sebelum kerajaan menentukan hala tuju dasar PPSMI ini. Pada masa yang sama, kita harus juga memikirkan jalan terbaik khususnya bagi cohort murid yang terlibat iaitu kelompok murid yang telah menguasai dasar ini dan juga kelompok murid yang sebaliknya tanpa merugikan mana-mana kelompok murid tersebut. Sehubungan itu, kementerian bertanggungjawab mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk memutuskan cadangan yang terbaik demi masa depan generasi muda negara. Penyediaan analisis menyeluruh dan kertas cadangan mengenai hala tuju PPSMI sudah pun berada pada peringkat akhir dan insya-Allah dalam masa terdekat ini kertas ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah bersikap terbuka untuk mendengar, mengumpul dan juga menganalisis pandangan setiap satu daripada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan ini. Sehubungan ini selain daripada kajian, penilaian dan perbincangan melalui pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian, terdapat lima siri persidangan meja bulat PPSMI yang telah diadakan sejak dari bulan Julai hingga Disember tahun lepas sebagai platform bagi mendengar pendapat, hujah dan keluhan semua pihak. Di samping itu dua mesyuarat khas profesional juga turut diadakan. Suka saya memaklumkan kepada Dewan ini persidangan tersebut telah berjaya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Ahli-ahli Parlimen, profesional pendidikan termasuklah pegawai- pegawai kanan kementerian, penyelidik-penyelidik dari universiti-universiti tempatan, ahli akademik, pentadbir sekolah termasuk guru-guru dari semua jenis sekolah dan lokasi, badan profesional, badan korporat, pemimpin politik sama ada pihak penyokong kerajaan mahupun pembangkang, pemimpin komuniti, JKKK, PIBG, NGO dan kesatuan guru serta orang perseorangan dari luar negara pun terlibat sama. Melalui persidangan tersebut, lebih daripada 30 kertas dibentangkan dan dibincangkan yang meliputi penilaian pelaksanaan PPSMI, analisis keputusan peperiksaan awam dan keputusan ujian diagnostik, kajian mengenai tahap pencapaian murid, kajian kompetensi guru, kajian oleh pihak luar KPM termasuklah dari universiti tempatan serta Kementerian Pelajaran Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, mesyuarat perbincangan PPSMI bersama persatuan-persatuan dan kesatuan guru telah juga diadakan dengan penglibatan sebanyak 25 persatuan dan kesatuan guru seluruh negara. Namun begitu, saya telah mengarahkan kementerian mengambil sikap berkecuali dalam kesemua perbincangan yang telah diadakan agar sebarang perkara yang dibangkitkan dapat diterima dengan hati yang terbuka.
Walaupun kita telah mendapatkan pelbagai pandangan dan cadangan melalui pelbagai medium, tetapi ianya bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam menentukan masa depan dasar ini. Akan tetapi, saya ingin memberi jaminan seperkara yang pasti bahawa empat perkara pokok dalam apa jua keputusan yang dibuat akan mengambil kira: (i) kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan; (ii) penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar akan di perkasa; (iii) kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan; dan (iv) pencapaian para murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dipertingkatkan.
20 LAMPIRAN Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ingin mengucapkan rasa penghargaan dan berterima kasih di atas segala kerja sama daripada semua pihak yang terlibat dalam memberi pandangan dan cadangan-cadangan. Di sini, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Allahyarham Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang sehingga akhir hayatnya begitu komited kepada segala agenda pendidikan yang dilaksanakan khususnya dalam usaha kita menilai semula dasar PPSMI ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Pertama-tamanya supaya jelas, kita ingin menjelaskan Tuan Yang di-Pertua bahawa kita bukan penentang bahasa Inggeris, kita bukan penentang ilmu Sains, kita bukan penentang ilmu matematik... [Tepuk] Malah, kita menggalakkan penguasaan bahas Inggeris dan kita mahu masyarakat kita semuanya pintar dalam bidang sains dan matematik. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar jawapan dan ulasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi sebagaimana soalan saya tentang NGO-NGO. Kita telah mendengar laporan bahawa dua hari yang lalu, GAPENA yang dipimpin oleh Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein telah pun meletakkan suatu laporan kepada polis berkaitan dengan percanggahan yang jelas dasar PPSMI ini bukan sahaja dengan Dasar Bahasa Kebangsaan tetapi dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang baru sahaja ditegur oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja Baginda semalam bahawa mengarahkan semua warganegara supaya taat, menghormati dan menjunjung Perlembagaan Negara... [Tepuk] Kita membaca dalam laporan bagaimana Sasterawan Negara A. Samad Said mengatakan 50 tahun lagi Utusan Malaysia dan Berita Harian akan sekadar menjadi sisipan kepada News Strait Times sahaja. Hari ini rombongan daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI ada bersama dengan kita. Dua hari yang lalu, dalam The Stars, Bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan Presiden MCA sendiri mengatakan dengan izin, mother tongue is better. Jadi, Tuan Yang di-Pertua ini adalah masalah-masalah yang kita hadapi. Jadi, saya ingin tahu secara jelas sebagai Menteri Pelajaran yang terpaksa melaksanakan dasar ini disebabkan oleh keputusan Perdana Menteri yang lalu, yang dilaksanakan oleh Menteri Pelajaran yang lalu, sebagai Ketua Pemuda adakah Yang Berhormat sanggup untuk dilihat oleh sejarah untuk dilihat sebagai pemimpin Pemuda UMNO meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu ini tidak layak untuk menjadi satu bahasa yang boleh mengajar anak negaranya, warganegaranya, pelajarnya dalam ilmu sains dan matematik. Adakah ini yang akan kita tinggalkan kepada masyarakat kita...
[Menyampuk]
Kepada negara dan kepada dunia bahawa kita memfatwakan dan menghukumkan bahawa bahasa Melayu ini lemah dan tidak layak untuk menjadi bahasa yang lengkap untuk pendidikan anak bangsa kita. Terima kasih.
Terima kasih
[Menyampuk]
Terima kasih Yang Berhormat di atas ucapan tambahan tadi. Saya sememangnya mengambil masa kerana hendak memastikan bahawa anak bangsa kita terbela. Kita bukan bermain politik di sini. Polisi dan dasar yang telah pun di gubal dilaksanakan telah pun berjalan enam tahun. Takkanlah dalam masa satu dua bulan selepas cohort terakhir yang telah melalui PPSMI ini, kita perlu membuat satu keputusan dan itu akan menentukan sama ada bahasa kebangsaan itu akan di martabatkan atau tidak? Seperti dalam ucapan saya tadi, dalam jawapan saya tadi bahawa usaha kita untuk memastikan bahawa bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan sentiasa diperkasakan. Dalam konteks PPSMI diambil kira apa juga pandangan yang dibawa oleh pihak GAPENA dan juga siapa-siapa lagi yang terlibat dalam hal ini pun diambil kira.
LAMPIRAN 21 Apa yang paling penting di sini ialah supaya dalam kita hendak memartabatkan bahasa, dalam kita hendak memastikan anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris juga, dalam kita untuk memastikan anak-anak kita juga dapat meniti arus teknologi sains dan matematik. Dasar-dasar yang sebelum ini, selepas enam tahun cohort melaluinya, masanya telah pun sesuai untuk kita ambil kira semua pandangan dan juga hujah-hujah pihak-pihak berkepentingan. Cuma, dalam apa juga keputusan, kita perlu realistik. Kalau kita buat keputusan hari ini pun Yang Berhormat, pelaksanaannya selepas mengambil kira apa yang terpaksa kita lakukan dalam konteks kurikulum, dalam konteks perkakas, dalam konteks pendidikan guru, ianya tidak boleh dilaksanakan esok. Cuma, apa yang saya harapkan bahawa pandangan-pandangan yang saya alu-alukan daripada semua pihak itu diambil kira, berikan pandangan kepada kita, kita fikirkan apa yang terbaik. Keempat-empat perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi sebenarnya ialah dengan ikhlas untuk memastikan anak bangsa kita terbela dalam dunia yang semakin sempit pada hari ini.
Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Ada perumpamaan Melayu mengatakan “Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”. Walaupun saya wakil rakyat daripada luar bandar, rata-rata rakyat di kawasan saya, mereka meminta saya menyuarakan supaya PPSMI ini dikekalkan sebab pada mereka, rata-rata saya membuat analisa mereka yang bercakap ini anak-anak mereka kebanyakannya di luar negara sekolah Orang Putih. Akan tetapi, mereka seperti mengajar itik berenang. Di suruh orang kampung concentrate dengan pendidikan bahasa Melayu tetapi anak-anak mereka didedahkan dengan ilmu-ilmu yang tinggi-tinggi. Ini merupakan rasa saya tidak ada keikhlasan ...
Pahat tidak...
Soalan saya, saya meminta kementerian membuat keputusan yang wajar. Jangan terpengaruh dengan ‘anasir-anasir’ yang mungkin ada agenda sebab keputusan yang silap akan menganiaya masyarakat Melayu bumiputera di luar bandar. Terima kasih.
Batu Pahat...
Kinabatangan anasir terbesarlah.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dalam kita membuat keputusan, tidak perlu kita membuat keputusan ya atau tidak, hitam atau putih, meneruskan atau menidakkan dan kembalikan dasar ini sebulat- bulatnya. Banyak pendekatan yang boleh kita lakukan. Selepas enam tahun, kita sudah tahu di mana kelemahan-kelemahan kita, di mana kekangan kita, di mana dasar ini boleh menjejaskan masa depan bukan sahaja anak-anak kita tetapi kedudukan bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan dalam usaha kita hendak membina sebuah negara bangsa. Bermakna bahawa dalam polemik PPSMI ini, saya hendak nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa ada pendekatan-pendekatan lain yang juga diambil kira. Contohnya menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah. Memulakan PPSMI dari tahun empat, tahap dua hingga ke sekolah menengah. Penggunaan bahasa pengantar untuk sains dan matematik ditentukan oleh sekolah sendiri. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga, tahap pertama diikuti dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.
Kalau kita hendak tengok di luar kotak memansuhkan mata pelajaran Sains Tahun 1 hingga Tahun 3 tetapi mengajar Ilmu Sains dalam mata-mata pelajaran yang lain. Ini semua menunjukkan kalau sekiranya kita betul-betul ikhlas, ingin melihat isu ini untuk masa depan anak-anak kita. Isunya bukan sama ada hendak meneruskan atau kembali ke dasar.
22 LAMPIRAN Apa yang penting ialah melihat dasar yang sedia ada ini untuk kebaikan anak kita dan melihat apa jua pendekatan-pendekatan yang ada di hadapan kita dan membuat keputusan yang tepat. Inilah keikhlasan Barisan Nasional yang tidak mahu polemik dan mempolitikkan dasar ini.
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta satu soalan tambahan?
Peraturan mesyuarat.
[Bangun]
Peraturan mesyuarat dulu.
Boleh?
Saya mahu dengar peraturan mesyuarat. Sila Ahli Yang Berhormat yang lain duduk.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tadi rakan bijaksana saya daripada Kinabatangan gunakan perkataan ‘anasir’, “...jangan dihiraukan anasir-anasir...”. Saya mengambil konteks itu satu benda yang negatif dan niat jahat. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua untuk mengarah, memohon penjelasan kerana saya rasa tidak ada niat jahat di sini kerana kita hanya satu niat sahaja. Mempertahankan Perlembagaan...
Yang Berhormat Padang Serai yang bagi anasir.
Kita ada satu niat sahaja. Mempertahankan aspirasi Perlembagaan Negara yang mengangkat martabat bahasa Malaysia daripada bahasa rasmi kepada bahasa kebangsaan. Itu ada aspirasinya. Tidak ada anasir-anasir di sini. Jadi saya mohon penjelasan apa yang dimaksudkan sebagai anasir itu?
Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan tidak payah beri penjelasan.
Saya dibagi penjelasan, senang.
[Bangun]
Yang Berhormat Kinabatangan tidak payah beri penjelasan. Yang Berhormat Gombak, duduk dulu. Saya setiap kali mempengerusikan mesyuarat sebegini, saya teliti baik-baik semua yang dihujahkan. Jadi kadang-kadang ada perkataan dilontarkan walaupun perkataan itu apabila kita buat definisi secara satu perkataan ianya jahat tetapi apabila diambil dalam konteks secara keseluruhan, ianya tidak melanggar peraturan mesyuarat. Jadi dalam soal itu saya tidak nampak bahawa ada perlanggaran peraturan mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat dengan jawapan daripada Menteri Pelajaran tadi, sesi soal jawab tempohnya sudah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Banginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi, terima kasih.
LAMPIRAN 23 Pertama sekali marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah diberikan kesihatan, kelapangan, kekuatan yang baik untuk kita menghadiri sidang Dewan yang mulia ini untuk Mesyuarat kali pertama dalam Penggal Kedua bagi Parlimen ke-12 semata-mata dalam usaha untuk memenuhi amanah dan tanggungjawab selaku wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya Razali bin Haji Ibrahim Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi kawasan Muar negeri Johor dengan ini memohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah kerana sudi berangkat menyampaikan Titah Ucapan di Persidangan Penggal Kedua, Parlimen Kedua belas pada hari semalam bersamaan dengan 16 Februari 2009, 20 Safar 1430 Hijrah. Usul saya adalah seperti berikut:- Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan sesuatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua belas”. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan ucapan ini izinkan saya merakamkan rasa ucapan takziah kepada keluarga serta seluruh sanak saudara dan sahabat handai kepada Allahyarham Yang Berhormat Tuan Haji Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 9 Februari yang lalu. Kita berdoa kepada Allah SWT semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat dan diletakkan bersama mereka yang beriman. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan atas nama demokrasi dan raja berperlembagaan untuk mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Wahid Endut yang telah melafazkan sumpah taat setia di hadapan kita pagi tadi sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Dalam nada yang sama, dalam nama demokrasi dan Raja Berperlembagaan, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional di Perak yang telah menubuhkan kerajaan atas nama demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Kita berdoa atas bijaksana ke bawah duli Tuanku Sultan yang telah melantik, memberikan amanah dan tanggungjawab kepada Yang Amat Berhormat Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah bagi membangunkan negeri Perak. Tuan Yang di-Pertua, Titah Baginda dimulakan dengan cabaran yang sangat besar. Cabaran yang benar, betul-betul berlaku dan sedang berlaku. Maka pelbagai usaha telah digariskan oleh Seri Paduka Baginda yang diminta kerajaan seluruh pimpinan dan rakyat untuk menghadapinya. Cabaran yang mendatang adalah cabaran ekonomi. Krisis kewangan yang berlaku di dunia yang mungkin dan akan tiba ke negara kita. Akan tetapi dalam menggariskan pelbagai inisiatif usaha untuk kita menghadapi cabaran ekonomi yang melanda di pertengahan titah Seri Paduka Baginda juga merasa dukacita di atas kerapuhan perpaduan yang wujud di negara ini. Saya berpandangan bahawa perkara yang terpaksa kita hadapi ini adalah suatu yang sangat sukar, tidak dapat kita kawal. Yang berlaku di luar, yang akhirnya limpahan ekonomi ini akan datang juga ke negara kita. Akan tetapi baginda dukacita kerana perkara yang boleh kita kawal, yang boleh kita lakukan berlaku disebabkan kepentingan tertentu. Apa juga alasan perkara tentang perpaduan ini selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan menubuhkan negara sepatutnya tidak berlaku. Bila dunia dilanda krisis kewangan, maka kita membuat persiapan. Akan tetapi tidak boleh dikawal apabila perkara yang kita boleh kawal tidak kita lakukan.
24 LAMPIRAN Bagaimana pelaksanaan yang cuba kita rangka dapat kita jayakan dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, kita kena terima hakikat bahawa di bawah perkara 32(1) Duli Yang Maha Mulia adalah Ketua Utama Negara disebut secara jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan. Maka kita sebagai mereka yang terpilih di dalam Dewan Rakyat berseluruh dengan pemimpin-pemimpin yang ada hendaklah mengangkat, menerima bahawa perlembagaan adalah perkara yang tertinggi dalam negara kita. Sebagai ketua negara rasa hormat kita dan kasih sayang kita adalah kepada ke bawah Duli Tuanku. Di awal titah baginda telah menggariskan sebegitu banyak inisiatif kerajaan. Baginda dalam usaha untuk membangunkan negara dengan corak dan cara kita sendiri terutama dalam krisis kewangan global. Pembentukan kerajaan yang kuat dan sokongan rakyat yang padu adalah inti pati yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.
Ini jelas Yang di-Pertuan Agong juga mengakhiri titah dengan menyatakan bahawa gesaan kepada kita Ahli-ahli Parlimen serta seluruh anggota kakitangan awam dan anggota keselamatan sehingga rakyat keseluruhan sama-sama dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi memastikan pembangunan dan kemakmuran negara dapat diteruskan. Saya sebagai pemimpin yang mewakili golongan generasi muda hari ini sangat yakin bahawa titah Baginda semalam ada asas. Ini kerana hakikatnya negara kita hari ini tidak sudah lagi seperti dahulu. Kemajuan dan pembangunan yang kita kecapi telah juga membawa bersamanya suatu ancaman dan dugaan yang besar. Setiap kali kita berhadapan dengan kacau bilau dan setiap kali ia berlaku tanpa henti sehingga kadangkala sudah menjadi kebiasaan di negara ini. Keselamatan penduduk terancam dan kalau sebelum ini kejadian jenayah berlaku yang dapat kita tonton di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar, hari ini telah berlaku di depan mata kita, di depan halaman kita. Saya yakin gesaan yang dinyatakan oleh Tuanku Baginda semalam adalah untuk kita sama-sama mengawal suasana ini dari terus menular dan menghancurkan negara yang tercinta ini terutama bagi perkara-perkara yang mampu kita kawal. Manakala bagi perkara-perkara di luar kawalan sudah tentu lebih sukar untuk kita atasi kerana ia memerlukan perancangan yang teliti. Seperti krisis ekonomi dan masalah kewangan global yang melanda dan tentu sukar untuk kita menghadapinya. Seharusnya selepas pilihan raya berlangsung kita mesti menumpukan kepada agenda melaksana pembinaan bangsa dan pembangunan negara. Namun rupanya kesan masih belum reda malah ada pihak yang belum dapat menerima kenyataan. Sebagai manusia, begitu banyak rupanya kelemahan kita. Masih banyak lagi kemahuan, masih banyak lagi yang belum dapat dipenuhi dan masih banyak lagi ke tidak kepuasan hati mereka. Mereka masih mahu dan mahu lagi sehingga melanggar batas- batas yang ada walaupun ia boleh menjejaskan kerukunan bermasyarakat dan bernegara. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menerima hakikat bahawa yang mengamalkan demokrasi, bahawa negara ini mengamalkan demokrasi dan Raja berperlembagaan yang membentuk kerajaan setelah wakil-wakil dipilih dan diberi mandat oleh rakyat. Ini bermakna bahawa rakyat berkuasa untuk memilih dan menentukan wakil mereka yang dibuat melalui proses pilihan raya. Ia juga bermaksud bahawa rakyat akan menentukan wakil mereka dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab pemerintahan kerajaan yang sebenarnya bertindak sebagai pemegang amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara. Bagi maksud tersebut, suara rakyat di bawa ke dewan yang mulia ini melalui wakil mereka. Dalam sistem demokrasi institusi Parlimen adalah badan tertinggi dalam menggubal undang-undang-undang, menentukan dasar-dasar negara, membincang dan meluluskan perbelanjaan negara. Sistem demokrasi juga membenarkan kebebasan bersuara tetapi hendaklah berlandaskan undang-undang yang ada.
LAMPIRAN 25 Dalam perbahasan di dewan ini umpamanya proses percambahan fikiran akan berlaku oleh kerana setiap individu melalui orientasi dan latar belakang yang berbeza, sudah tentu pendapat dan pandangan kita juga berbeza. Ini ditambah pula dengan hakikat iaitu politik demokrasi adalah berasaskan kepada persaingan parti walaupun terdapat perbezaan, tidak semestinya sistem demokrasi tidak boleh membawa kebaikan jika wakil rakyat dapat bersetuju di dalam perbezaan, sudah tentu kepentingan-kepentingan bersama terutama untuk menjaga kedaulatan negara akan tercapai. Saya percaya tiada individu yang mampu menjalankan usaha membangun negara seorang diri, tiada organisasi yang lengkap tanpa ada cacat celanya dan tiada program yang sempurna sepenuhnya tanpa memerlukan langkah-langkah pembaikan. Justeru, teguran, pandangan serta input-input rasional dalam perbahasan boleh digunakan dan dipertimbangkan jika didapati berfaedah.
Mohon penjelasan.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai dengan demokrasi ini, di negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan sebab tidak semua orang baik bapak demokrasi mengatakan bahawa demokrasi ini adalah baik. Ia juga perlu dikawal, perlu ada perseimbangan dan di negara kita ini raja berperlembagaan adalah merupakan payung yang boleh mengimbangi apabila kita berhadapan dengan kemelut untuk kita melaksanakan demokrasi itu. Akan tetapi mutakhir ini ada orang yang cuba mempersoalkan apabila raja membuat sebarang definisi terhadap sesuatu undang-undang yang ada. Sehingga mereka sanggup melakukan perkara yang boleh mencemarkan kedaulatan raja-raja itu yang bukan tujuannya untuk memihak tetapi untuk memastikan perlembagaan itu diguna pakai. Jadi tidakkah Yang Berhormat bersetuju iaitu bahawa perlu ada satu jawatankuasa khas sebenarnya untuk kita melihat, memantau dan mengkaji supaya Perlembagaan persekutuan ini sentiasa diguna pakai dan tidak cuba dipergunakan ataupun dihasut oleh orang-orang yang tertentu, kalau mendatangkan keuntungan padanya okey, kalau tidak mendatangkan keuntungan pada dia maka tidak okey. Maka ini yang sedang berlaku sekarang ini. Apa pandangan Yang Berhormat dalam perkara ini sebenarnya?
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Sebenarnya apa yang dinyatakan tadi termaktub jelas dalam Perlembagaan cuma kadangkala apabila kita terlalu sangat beremosi, segala perkara kita langgar. Dalam peraturan, dalam perlembagaan nyata dan jelas menunjukkan bahawa kita ada Majlis Raja- Raja. Di bawah perkara 32 dinyatakan jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Kuasa-kuasa yang ada dalam Perlembagaan jelas ditunjukkan. Perkara ini saya setuju apabila dinyatakan bahawa undang-undang diambil dalam tangan sendiri. Diwujudkan satu suasana persepsi yang melampau sehingga perkara yang menepati cita rasanya dianggap betul, perkara yang tidak menepati cita rasa dianggap tidak betul. Saya tidak boleh terima apa yang berlaku di negeri Perak umpamanya apabila Raja Muda ditahan oleh rakyat jelata sehingga menimbulkan huru-hara. Apa perasaan Raja Muda ketika itu, tidak ada seorang pun rakyat yang cuba ambil tahu. Mereka terlalu beremosi sehingga melanggar had dan batasan. Apa perasaan Tuanku Sultan Perak apabila anakanda Baginda diperlakukan sebegitu? Kalau kita diperlakukan, anak kita diperlakukan nescaya kita akan rasa marah tetapi hemah Ke Bawah Duli Paduka Baginda tidak ada langsung satu kenyataan yang dibuat menyatakan perasaannya yang terguris. Sebab itu pada saya kita sebagai rakyat, sebagai pemimpin perlu membuat pendirian. Ini bukan soal politik, ini bukan soal ia tidak menepati cita rasa kita, ini soal kenegaraan. Raja-Raja Melayu adalah payung kepada negara, ia adalah tunggak kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah berjanji dan berikrar sebagai rakyat di negara ini. Rukun Negara jelas dinyatakan tentang Tuhan yang pertama, Tuhan kepada semua orang, tidak kira Tuhan apa.
26 LAMPIRAN Kepada orang Islam, Allah SWT kemudian ada Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Kenapa kita tidak boleh setia kepada Raja kita? Ada Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Ini semua tertib kita sebagai rakyat Malaysia. Sebab itu pada saya kita perlu bangkit menyatakan bahawa tindak tanduk yang melampau di kalangan pemimpin, rakyat yang telah melampaui batas-batas kewarasan hendaklah kita tolak. Hari ini kita tengok dalam surat khabar, dalam blog-blog menyatakan ketua agama ataupun pegawai mufti negeri dipanggil anjing, adakah ini perkara yang kita galakkan di kalangan masyarakat walaupun ada keterbukaan dan kebebasan. Akan tetapi pada saya had dan batasan itu janganlah kita langgar kerana ini akan meruntuhkan usaha kita membina sebuah negara yang damai, aman untuk kita huni.
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi berasaskan kepada hujah itu tadi, apakah tindakan beberapa pihak yang mahu menyaman Sultan Perak dalam keputusan yang telah dibuat bahkan menyaman Menteri Besar yang baru dilantik oleh Sultan Perak itu dianggap sebagai satu hasutan sebenarnya yang boleh memecahbelahkan masyarakat kerana tidak patuh kepada keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak dalam menentukan serta dalam mentafsir undang-undang Perak itu sendiri. Saya ingin penjelasan ini dan apakah sebenarnya kerajaan harus bertindak tegas kepada mereka ini iaitu tidak melambatkan sebarang tindakan dan guna perundangan serta peraturan yang ada sekarang untuk mengambil tindakan kepada mereka ini.
Saya setuju dari segi tindakan perlu diambil dan jangan dilengahkan kerana perlengahan tindakan boleh menyebabkan begitu banyak andaian dan masyarakat menjadi kucar-kacir.
[Bangun]
Saya akan bagi Yang Berhormat Shah Alam. Sekejap saja, saya akan bagi Yang Berhormat Shah Alam. Sebab itu perkara yang dinyatakan tentang kesalahan perlu diambil tindakan, pada saya perlu disegerakan. Ini kerana kekeliruan di kalangan rakyat sehingga yang berkepentingan mengambil kesempatan akan menimbulkan rasa tidak enak di kalangan masyarakat. Akan tetapi saya ingin menyatakan bahawa dari segi pembacaan apa yang berlaku di Perak dengan rasa hormat saya Ke Bawah Duli Tuanku yang merupakan pakar dalam undang-undang secara peribadi tanpa atau ada nasihat daripada kerajaan negeri sekalipun Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak tidak boleh kita nafikan seorang yang mahir dalam bidang undang-undang.
Sudah tentu Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak telah pun diikuti, mana mungkin kita kata, Titah Ke Bawah Duli Tuanku, yang mematuhi Perkara 16(6) mungkin, 16(8), 18(2) menggunakan budi bicara dalam membuat keputusan itu tidak betul, menyatakan untuk membawa ke mahkamah, buat, saya nak tengok. Sebab ini adalah perkara yang tidak boleh kita benarkan dan tidak boleh kita biarkan. Sila Shah Alam.
Terima kasih Muar, dan Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar ucapan Yang Berhormat Muar dengan penuh teliti, dan saya rasa ada sedikit percanggahan, betul, kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan betul, kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Silapnya ataupun percanggahan di dalam ucapan ialah apabila kita mengandaikan bahawa Sultan berhak untuk mentafsirkan undang-undang dan Perlembagaan dan tafsiran yang dibawa oleh Sultan, tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Saya rasa, Yang Berhormat Muar menyedari bahawa sememangnya sikap dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Menteri Besar yang sah, iaitu Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar adalah juga berasaskan kepada Perlembagaan, dan apabila adanya pentafsiran yang berbeza.
LAMPIRAN 27 Dalam soal ini, adakah yang ingin dicadangkan oleh Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Batu Pahat, bahawa kata putus terhadap percanggahan pendapat ini dan tafsiran ini diserahkan kepada Sultan semata-mata, dan inilah bagi saya, sebenarnya tindakan yang ingin mencemar kemuliaan dan ketinggian Institusi Raja-Raja Melayu. Apabila UMNO Barisan Nasional dalam keadaan tidak mampu berdepan dengan cabaran daripada Pakatan Rakyat, ingin mengheret Institusi Raja-Raja Melayu di dalam perbalahan ini dan berselindung di sebalik Institusi Raja-Raja itu. Saya rasa amat jelas bahawa dalam soal adanya Menteri Besar dan kerajaan yang memerintah pada satu-satu ketika, ada prosedur dan proses bagaimana Menteri Besar dan Exconya perlu diturunkan, iaitu bukan mengikut kehendak satu-satu orang ataupun satu-satu pihak, tetapi merujuk kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Amalan UMNO-Barisan Nasional, untuk mengheret Institusi Raja-Raja dalam perkara ini merupakan satu amalan yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu, dan perkara inilah yang ditentang oleh rakyat jelata. Yang Berhormat Muar perlu mengiktiraf hakikat bahawa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat itu di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, merupakan satu luahan kekecewaan rakyat yang tidak di orchestrated dengan izin, oleh mana-mana pihak, tetapi apabila rakyat melihat bahawa kerajaan yang dipilih oleh mereka melalui satu pilihan raya yang sah, dirampas dengan menggunakan dan memperalatkan Institusi Raja-Raja adalah ianya merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, yang sayang kepada raja-raja mereka dan ingin supaya Raja-Raja ini diselamatkan daripada dicemari dan dinodai oleh UMNO-Barisan Nasional. Saya rasa, dalam persoalan ini kaedah untuk menyelesaikannya adalah amat mudah, dan saya ingin menyeru kepada UMNO dan Barisan Nasional, jangan fobia. Jangan fobia dengan pilihan raya kecil. Kita tahu, dah kalah di Permatang Pauh, kita tahu dah kalah di Kuala Terengganu, tetapi masih ada harapan. Janganlah merasa diri dah tak ada harapan, dah tak boleh menang, maka nak cari jalan yang lain. Pintu belakang melalui istana, tunjuklah kehebatan dan keberanian dan kejantanan yang sepatutnya ada pada satu kerajaan, yang kononnya mendapat sokongan daripada rakyat jelata, turun seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Besar yang sah, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar, turun, kita turun dan kita bertarung, kalau tak sanggup seluruh Dewan Undangan Negeri Perak, paling kurang...
Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan berucap Yang Berhormat..
Maka soalan saya, teguran saya pada Yang Berhormat Muar, ini bukan tahun 60-an, ini bukan tahun 70-an. Jangan cuba memperbodohkan Dewan dan rakyat jelata. Orang dapat faham dan orang dapat baca, apa sebenarnya dan permainan di sebalik tabir, dilakukan oleh UMNO-Barisan Nasional. Terima kasih.
Yang Berhormat Muar, ada unsur-unsur hendak membahaskan soalan, kalau betul, pendapat saya bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah. Kalau kita membahas Yang Berhormat, dia bercanggah dengan peraturan. Jadi tidak perlu, saya berharap Yang Berhormat, janganlah membahas soalan atas perkara yang telah dibawa ke mahkamah. Pada segi dasarnya boleh Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Muar.
Ini masalah daripada pembangkang ini, mengheret kalau sebelum berlaku, lepas berlaku andaian menuduh ini biasa. Semalam surat khabar pun ada tulis, dia kata gambar yang dikeluarkan itu adalah konspirasi daripada Barisan Nasional. Ini biasa, dia akan buat, itu kenyataan saya..
Penjelasan, penjelasan, ini gambar apa ini?
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Kalau kita boleh suruh orang dengar cerita kita Yang Berhormat, dengarlah cerita orang juga.
28 LAMPIRAN
Tuan Yang di-Pertua, saya tak berapa suka hendak berpolitik, tapi sebab ayat tadi itu banyak juga mengganggu pemikiran saya, sebab ditanya gambar apa, gambar ADUN Lanjan, keluar diedarkan. Apa dia Batu Gajah? Saya duduk diam saja bila dia cakap, saya tak sebut, dia yang minta saya beritahu. Kalau nak marah, marah Shah Alam. Saya berlapik tadi, saya kata ada gambar keluar dalam surat khabar semalam, pergilah baca surat khabar, yang dia tanya gambar siap, pasal apa? Yang Batu Gajah marah pasal apa? Bukan gambar Batu Gajah, dia yang tanya... [Ketawa]
[Menyampuk]
Ha, cakap, cakap, nanti saya sambung cakap.
Terima kasih Yang Berhormat Muar, saya rasa gambar, kita tak mahu tahu gambar itu... [Ketawa] Saya rasa tak payah, yang di sebelah sana, saya rasa lebih bahaya lagi, kalau gambar ini boleh diterima sebagai satu cara untuk menjatuhkan seseorang, pihak yang sana lebih bahaya, lebih ramai yang akan mengadakan gambar seperti itu, tapi saya rasa seperti Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini... Kita patut mengadakan tahap politik yang lebih bertaraf tinggi dan kita berbanding ataupun bersaing secara positif, secara daya bekerja dan bukan untuk menceroboh peribadi, kehidupan peribadi. Jadi saya rasa Yang Berhormat Muar selalunya saya amat hormat kepada dia, kerana saya rasa dia merupakan seorang Ahli Yang Berhormat yang bertaraf, yang ada standard. Jadi saya haraplah, kita maintain the standard of the House. Terima kasih.
Kejap-kejap, saya hendak jawab. Terima kasih kerana pengiktirafan, lain kali, jangan tanya saya benda-benda macam itu. Saya cakap tadi, surat khabar, surat khabar menuduh, sebab kita ajar menuduh bahawa perkara itu dilakukan oleh Barisan Nasional, ini tidak betul, sebab itu saya kata budaya menuduh sebelum perkara berlaku ini biasa, sudah menjadi amalan.
Akan tetapi menuduh orang lain buat untuk kepentingan diri, yang itu tidak betul. Cuma saya minta maaf, saya akan terus jaga hemah saya untuk tidak menyebut tetapi Yang Berhormat Shah Alam, ambil tanggungjawab tadi sebab gatal tanya saya. Kalau tidak saya pun tidak berniat hendak beritahu sebab saya dididik begitu, tidak suka untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Cuma saya hendak mengambil bila ada satu perkara berlaku, kita dituduh dan biasanya kita tidak membuat satu respond dengan izin, untuk membela diri. Perkara yang berlaku di Perak sudah mula disebut sebenarnya pada 16 September, kononnya sebuah kerajaan baru akan dibentuk. Saling tidak tumpah apa yang berlaku di Perak digunakan semasa Pilihan Raya Permatang Pauh, 30 kononnya hendak melompat, dapatlah satu sahaja majoriti itu pun Pasir Mas, Bebas. Dia kempen kata akan jadi Perdana Menteri. Kenapa tidak cerita dekat rakyat apa yang terkandung dalam perlembagaan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh jumpa ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong untuk mohon pembubaran dan kuasa untuk membubar ada pada Yang di-Pertuan Agong. Kenapa dengan begitu yakin kata kalau 30 lompat kerajaan akan dibentuk. Sampai hari ini tidak bentuk pun. Satu tipu, tidak jadi, jelas tidak jadi.
[Bangun]
Penjelasan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam, tipu atau tidak? Jawab saya dahulu tipu atau tidak kalau hendak cakap. Kedua, tidak cerita penuh tetapi apabila berlaku di Perak, dia kata ini kuasa untuk tafsiran mahkamah. Ini pembohongan. Nanti saya bagi dekat Batu Pahat dahulu. Akan bagi.
LAMPIRAN 29
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama tentang Bukit Mertajam. Saya setuju iaitu bahawa kita jangan lagi suka membangkitkan perkara-perkara yang berasaskan kepada tuduhan-tuduhan yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Akan tetapi kita lihat pembangkang pun selalu buat perkara yang sama. Perkara yang tidak ada bukti, tidak ada gambar pun tuduh yang bukan- bukan, tuduh isu Altantuya dan sebagainya. Ini sering disebut di dalam Dewan ini. Jadi bagaimana double standard kita, tentang perkara yang dikaitkan dengan standard tadi. Jadi saya harap perkara ini juga dijaga oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana, jangan sebut suka-suka hati. Saya hendak menyentuh sedikit tentang 16 September. Pada 16 September ini, saya salah seorang yang diminta tanda tangan surat tersebut, hendak dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk beritahu Yang di-Pertuan Agong bahawa Perdana Menteri, Pak Lah no longer command the support of the majority. Dia minta Yang di-Pertuan Agong nanti isytihar Yang Berhormat Permatang Pauh jadi Perdana Menteri. Tidak bawa pun dalam Parlimen ini tetapi apabila di Perak berlaku tiga orang Bebas jumpa sendiri Tuanku, beritahu, ”Kami akan menyokong Barisan Nasional”. Kalau sekiranya jadi 28-28, kenapa tidak boleh pula? Kenapa hendak minta dibawa kepada Dewan Undangan Negeri? Kenapa bila Sultan mentafsir ‘16(4)’ maka dipersoalkan sedangkan Yang Berhormat Permatang Pauh pun hendak buat di sini. Itu pun gunakan surat kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini double standard. Bila sudah tempat sendiri tidak berjaya 16 September, berlaku kena kepala sendiri di Perak, kata ini tidak ada demokrasi, bagaimana? Ini double standard sebenarnya...
[Bangun]
Benda yang sama kah, lain? Kalau lain saya layan yang lain, saya jawab ini dahulu. Okey sambung.
Ya terima kasih Yang Berhormat Muar. Nombor satu, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Batu Pahat dia lupa kot, fasal Melayu UMNO ini dia cepat lupa, mengikut Tun Dr. Mahathirlah. Nombor satu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memanggil sidang khas dalam Parlimen supaya kita akan buat undi tidak percaya dalam Parlimen. Ini satu kenyataan. Nombor dua, betul Yang Berhormat Batu Pahat, dia diminta untuk tanda tangan surat tetapi Yang Berhormat Batu Pahat kena culik kah, ada kena tahan lima hari kah, ada kah? Tidak ada, kita tidak culik...
Hendak saya jawab kah?
Kita tidak tahan. Tidak mahu, tidak payah, saya tidak minta jawab... [Ketawa] Kita tidak culik orang...
Itu takutlah itu, orang hendak beri penjelasan.
...Kita tidak ugut orang, kita tidak sogok orang. Kita menjemput siapa yang ingin melihat satu kerajaan yang bersih lompat bersama tetapi proses yang hendak kita lakukan tetap merupakan satu proses di mana kita panggil sidang khas Parlimen. Ini apa yang telah kita sebutkan. Saya rasa Yang Berhormat Muar kalau hendak nafikan hakikat ini amat tidak wajar. Dalam soal gambar yang disebutkan, saya hanya hendak penjelasan. Kalau kita hendak cakap biar kita cakap habis. Kalau kita hendak buat pertuduhan ataupun kita hendak buat satu kenyataan, biar semua faham. Apa hendak cakap dengan selindung- selindung ini. Gambar yang keluar dalam surat khabar, gambar apa? Kalau hendak cakap, cakap terus terang dan saya setujulah dengan pendirian yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Muar. Memang politik kita...
...Bawa sekarang undi tidak percayalah.
Sabarlah dahulu, belum tiba masa kamu, sabar, sabar, duduk, duduk, duduk.
30 LAMPIRAN
Kita sedang bersidang sekarang ini, bawa sekarang. Sekarang Parlimen sedang bersidang.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya pun minta semualah Yang Berhormat. Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu Pahat, sudah panjang cerita itu sudah. Semua sudah baca cerita, bincang dalam Dewan, hanya masuk Hansard sahaja belum Yang Berhormat. Jadi sudah cukuplah, cukuplah, terima kasihlah. Masa kita tujuh hari sahaja Yang Berhormat.
Fasal hendak penutup itu, terkejut nanti, orang tidak puas hati kan, lalu dalam soal Yang Berhormat Elizabeth ini, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar. Memang kita tolak corak politik yang kotor seperti ini. Gambar-gambar yang diambil yang digunakan sebagai satu bahan untuk menjatuhkan seseorang, peribadi. Harap maklum ya, pihak pembangkang tidak pernah menyiarkan dan mengedarkan mana-mana gambar. Yang dahulu, yang gambar yang menggemparkan negara kita pun bukan kita yang edarkan...
Gambar apa?
Dia tidak hendak tahu gambar apa... [Disampuk] Tidak apalah itu. Itu orang Barisan Nasional dengan orang Barisan Nasional juga. Terima kasih. Jadi tidak peliklah andaian, tidak peliklah andaian.
Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian mintalah, kita ada tujuh hari untuk bahas dan saya ingat banyak yang akan berbahas nanti. Siapa yang tidak dapat itu dia pun rasa kecewa. Jadi minta tolonglah, perkara yang sepatutnya bukan dalam Dewan ini tidak payah bawalah. Sudah mencukupilah cerita Perak tadi sudah disentuh sedikit, soal gambar pun sudah kita sentuh sedikit. Sudah cukuplah, itu terima kasih. Yang Berhormat Muar sila.
Saya pun tidak faham juga benda sebut undi tidak percaya. Mananya peraturan ada undi tidak percaya, saya pun tidak tahulah. Akan tetapi pada saya, apa yang berlaku ini yang ingin saya gambarkan adalah untuk kita mempertahankan institusi yang ada. Sama ada institusi itu daripada judiciary, executive, legislative ataupun institusi diraja yang disebut secara jelas. Saya akan sambung tetapi sebab sahabat saya daripada Kota Belud Tuan Yang di-Pertua ingin menyatakan satu persoalan, maka saya mohon untuk memberi keizinan.
Yes ringkas ya Yang Berhormat ya.
Ya ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma ingin Yang Berhormat Muar beri penjelasan tentang apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi berkenaan dengan persamaan kes. Kes yang di Perak dan juga apa yang berlaku pada 16 September. Saya tidak tahu apa maksud Yang Berhormat Shah Alam tetapi kalau saya mengikuti perkembangan yang berlaku memang tidak ada persamaan langsung. Contohnya pada kes 9 September ini, kononnya kita diminta pakatan pembangkang ini, Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi Permatang Pauh meminta supaya kononnya minta daripada Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Ini kerana dia mempunyai list Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang hendak melompat. Ini adalah satu fitnah, ini satu pembohongan. Jadi tidak ada satu Perdana Menteri yang sebegitu bodoh mengikut telunjuk seorang Ketua Pembangkang yang hanya bluffing, so itu bunuh diri. Jadi saya mintalah janganlah, persamaan itu tidak betul, saya minta Shah Alam correct lah sedikit dia punya statement itu.
Tidak, tidak apa, saya correct kan, tidak apa. Ini saya punya floor, saya correct kan, saya betulkan. Yang ini Tuan Yang di-Pertua saya kena sebut sebab tadi bila kita beri peluang untuk pertanyaan, banyak sangat kenyataan yang dibuat yang kalau tidak jawab masuk dalam Hansard, orang kata seolah-olah betul.
LAMPIRAN 31 Memang banyak disebut, sebab itu pada saya politik andaian ini menimbulkan persoalan di mana kononnya ada yang hendak melompat dan akhirnya rakyat rasa betul. Kita sama kita pun termangu-mangu, siapa di kalangan kita yang hendak melompat ini kerana tidak ada. Jadi persepsi ini sengaja diwujudkan dan ini yang berbahaya kepada suasana kita dalam menghadapi ekonomi yang gawat di luar yang akan menghampiri negara kita kerana kesediaan kita untuk menghadapi suasana ekonomi itu tidak akan terbentuk kerana rakyat dan pemimpin dilaga-lagakan. Kepada Yang Berhormat Kota Belud pada saya kita di Barisan Nasional bercakap atas fakta yang ada di hadapan kita. Kita tidak buat andaian. Contoh, Yang Berhormat Bukit Gelugor membuat kenyataan bahawa Ketua Pembangkang kena berundur kerana moral.
Itu fakta, yang itu perlu kita nilai. Yang cakap dia, bukan saya. Saya hanya mengulangi. Ia ditayang dalam surat khabar. Apa maksud ada masalah moral dan sebagainya? Yang Berhormat Bukit Gelugor sahaja yang tahu. Yang ini bukan saya mengandaikan, yang ini perkara yang betul-betul berlaku. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Permatang Pauh tempoh hari mengatakan ada 30 hendak melompat, kemudian diminta buat sidang khas, kemudian untuk membuat pengundian tidak percaya, tidak ada disebut di dalam mana-mana peraturan. Yang ada di dalam ini kalau ketua, Perdana Menteri tidak mendapat majoriti keyakinan, maka dia boleh bubar ataupun dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kita bercakap pasal apa yang ada di hadapan mata, bukan andaian kerana andaian ini akan mengundang banyak persoalan dan akhirnya menyulitkan. Silakan, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih,Yang Berhormat Muar. Kita tahu bahawa dalam sejarah politik Malaysia pernah ada kerajaan negeri yang runtuh atau jatuh kerana ada Ahli Yang Berhormatnya yang melompat ke parti yang lain seperti di Sabah. Jadi, saya rasa apa yang berlaku di Perak menunjukkan bahawa ahli-ahli politik yang berkelakuan sedemikian tidak baik untuk suasana politik di dalam negeri, di dalam negara dan juga tidak baik sebagai satu bahan pengajaran kepada generasi yang baru. Ini menunjukkan bahawa dia menukar pendirian kerana kepentingan diri sendiri. Jadi, adakah Yang Berhormat Muar dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak sana bersetuju supaya kita ada Anti-hoping Law supaya kita sama-sama menjaga standard Ahli Yang Berhormat supaya kita betul-betul dihormati oleh rakyat. Jadi, saya cadangkan bahawa Yang Berhormat mencadangkan kita meluluskan Anti-hoping Law di dalam Dewan ini.
Anti-hoping Law biar kerajaan yang jawab sebab kalau kita hendak bawa, kita bawa secara private. Kalau Yang Berhormat Bukit Mertajam hendak bawa, bawalah. Kita tengok ada orang sokong atau tidak sokong bukan kerana saya hendak sebut atau tidak. Akan tetapi Yang Berhormat, yang mula kata hendak lompat ini ialah Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita tidak ada pun cerita tentang hendak lompat ini. Dia yang mulakan. Kita pada masa itu kata tidak setuju, immoral, unethical.
[Bangun]
Sekejaplah, saya hendak jawab ini. Saya hendak bercakap kalau orang ramai berdiri ini saya tidak selesalah. Biar saya jawab dahulu. Yang mula, kalau tengok kronologi selepas Pilihanraya Umum Keduabelas, pihak Yang Berhormat. Jawapan kita apa dia? Tidak bermoral, tidak ethical. Akhirnya tidak berlaku. Akan tetapi apabila ada seorang ADUN BN melompat kepada PKR di Perak...
[Menyampuk]
Oh, begitu ramai Yang Berhormat kata, ini adalah angin perubahan. Ini adalah kehendak rakyat. Bukan kita yang cakap. Yang Berhormat tadi kata tidak ada orang kena culik, tetapi Yang Berhormat BN 11 hari duduk dalam PKR. Kita tidak buat apa-apa kenyataan sebab kita tahu kita tidak ada Anti-hoping Law. Kita tidak ada akta yang berkenaan. Jadi, kita boleh buat kenyataan.
32 LAMPIRAN Yang suka ketika itu adalah kawan-kawan Yang Berhormat tetapi akhirnya apabila ada yang lain melompat pula, hari ini kita dengar bahawa “Kita perlu satu akta.” “Ini tidak boleh, rakyat-rakyat ditipu.” Yang cakap pun Yang Berhormat juga. Oleh sebab itu bagi saya, dari awal saya tidak berminat untuk membuat andaian ataupun bermain politik sebab perkara pertama yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Baginda Tuanku adalah ancaman ekonomi. Cara bagaimana hendak berhadapan ada dua. Pertama, dia tunjukkan apa juga perkara yang hendak dilakukan rakyat dan pemimpin kena bersedia. Kedua, titah baginda, bahawa kita kena bekerjasama, rapatkan perpaduan kerana kalau ada perancangan yang baik tetapi masih lagi perangai untuk menyalahkan satu sama lain, mungkin Yang Berhormat tidak perasan bahawa ancaman ini betul-betul benar akan berlaku. Cuma sejauh mana kita bersama-sama menghadapi adalah perkara mustahak. Oleh sebab itu saya yakin dan rakyat perlu yakin bahawa Barisan Nasional telah cuba sebaik mungkin menjalankan kerja dengan baik tetapi kaedah di mana menyatakan bahawa banyak perkara tidak betul ini telah menjejaskan keyakinan rakyat atas andaian. Saya hendak beri contoh, Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini di hujung sidang Dewan Rakyat kita dengar cerita bahawa IJN hendak diserahkan kepada satu badan swasta. Oh, semua orang buat kenyataan, “Tidak boleh!”. Pihak Pembangkang pun kata, “Jangan bagi, ini tidak boleh dilakukan.”, kerana apa? Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kenyataan bahawa IJN jangan diserahkan kepada Sime Darby, kenapa? Ini kerana IJN telah membuat kerja yang baik kepada masyarakat, kerja sosial yang baik kepada rakyat. Siapa yang jaga IJN? Kerajaan Barisan Nasional. Maknanya Barisan Nasional telah membuat kerja dengan baik, tetapi oleh sebab kita tidak perasan pembangkang pun setuju. Oleh sebab itu ada banyak perkara lain yang baik, yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional hari ini atas konsep andaian dan persepsi sudah mula meruntuhkan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional. Walhal perkara ini tidak langsung wujud kerana mereka bersandarkan kepada andaian dan kami di Barisan Nasional bersandarkan kepada fakta. Jadi, bagi saya soal lompat atau tidak selagi tidak ada undang-undang maka perkara itu tidak dapat kita halang. Tepuk dada tanya selera, jangan kita mengubah-ubah pendirian. Apabila terkena muka kita, kita tidak puas hati. Apabila mendapat manfaat kita kata, bagus. Ini yang bagi saya tidak boleh kita laksanakan.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih. Sabda Rasulullahlah SAW... [Membaca sepotong hadis dalam bahasa Arab] Semua amalan bergantung pada niat, termasuklah dalam soal lompat-melompat ini. Kalau kita lompat bukan oleh kerana disogok, bukan kerana diculik, bukan kerana diugut dan kita lompat oleh kerana hendak pergi daripada satu tempat yang buruk kepada satu tempat yang lebih baik, maka tidak ada salahnya.
Hijrah.
Ini bukan tuduh. Saya rasa Yang Berhormat ataupun bekas mantan Yang Berhormat Arumugam yang daripada Bukit Selambau itu, dia telah membuat beberapa laporan polis bahawa dia telah diekori, dia telah diugut dan dia telah disogok. Kalau tidak silap saya ada juga satu statutory declaration yang telah dibuat oleh orang BN sendiri yang mengatakan dia akan dibayar RM5 juta kalau dia dapat menguruskan pertemuan di antara dua ADUN yang daripada PKR, yang awal-awal melompat di negeri Perak itu. Dia hanya sebagai middleman. Ini bukan andaian, ini fakta, ini hakikat. Sehingga mantan Yang Berhormat Arumugam terpaksa letak jawatan kerana dia tidak tahan tekanan, asakan yang dikenakan oleh Barisan Nasional terhadap beliau, hendak paksa dia lompat. Ini hakikat. Lalu kalau berlompat oleh kerana itu... Saya cukup hairan bagaimana dalam keadaan yang seperti itu dan adanya laporan polis tidak ada tindakan. Malahan bila Arumugam letak jawatan, pegawai Menteri Besar Kedah yang diasak oleh BPR, SPRM dan Polis seolah-olah dia letak jawatan itu satu perkara yang menteri besar pula hendak kena tuduh dengan rasuah. Ini semua bukan andaian.
LAMPIRAN 33 Inilah sebabnya mengapa apa yang di titah oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Agong bahawa kita perlu adanya satu kerajaan pentadbiran yang telus bahawa harapan baginda dengan terwujudnya SPRM ini akan menjadi satu suruhanjaya yang benar-benar bebas. Malangnya, Barisan Nasional tidak mahu memberikan kebebasan yang sepatutnya dan masih memperalatkan institusi-institusi ini termasuklah SPR ang menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang satu hari...
Yang Berhormat, sudah sudahlah Yang Berhormat. Saya yang akan ambil nota di sini siapa yang banyak mencelah akan last to speak, dengan izin.
Wah, itu satu ugutan!
Niat saya, biar saya dengan Allah SWT, tetapi saya hendak beritahu banyak sangat andaian. Dia masih tidak faham apa yang saya cakap.
Bukan niat Yang Berhormat,
Saya hendak beritahu yang melompat ini. Terima kasih, ingatkan saya.
BN, PKR. BN lompat masuk PKR. Kalau hendak kata ada beli, ada ugut, itu mungkin. Akan tetapi PKR lompat BEBAS. Dia tidak masuk BN. Yang itu kena ingat... [Dewan riuh] Macam mana kita hendak bayar?... [Tepuk] Macam mana kita hendak bayar orang yang lompat masuk BEBAS? Makna kalau hendak tuduh, pada saya inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Bila dia cakap, kita diam sahaja.
Kalau macam itu Sultan sudah salahlah? Sudah tua, betullah ha?... [Ketawa]
Kita diam, dengar. Akan tetapi bila kita cakap, dipersendakan. Oleh sebab itu saya kata, saya bertindak atas fakta. Hendak cerita ada lima jutakah, sepuluh jutakah, berapa juta sekalipun lah, pada saya kalau ada bukti, bawa ke muka pengadilan... [Disampuk] Kalau hendak cerita dalam website, dalam blog, macam-macam lagi ada. Tak habis Dewan Rakyat ini kalau kita hendak bincang. Banyak perkara boleh dibuat dengan teknologi hari ini tetapi di mana? Di mana pendirian kita apabila sesuatu perkara itu berlaku? Atas prinsip, saya hendak mengucapkan tahniah kepada tiga wakil rakyat PKR yang masuk BEBAS ini sebab dia tahu tanggungjawab dia ke bawah Duli Tuanku. Dia pergi menghadap kepada Tuanku. Dia bukan menghadap kepada BN. Dia pergi kepada Tuanku. Oleh sebab itu, dia mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat BEBAS... [Dewan riuh] Dia tak lompat! Dia cuma buka baju parti dia. Akan tetapi yang BN masuk ke sana, kalau saya hendak wujudkan andaian, saya pun hairan juga. Bila masuk ke sana, apa benda yang dia buat? Berapa banyak yang dia dapat? Akan tetapi itu pun kita tidak ada buat apa-apa tuduhan. Ini kerana alhamdulillah digerakkan hatinya untuk kembali kepada Barisan Nasional. Akhirnya kerajaan baru tertubuh. Oleh sebab itulah di awal ucapan saya, saya cuba jadi seorang wakil rakyat yang sangat baik, yang berhemah. Tidak ada niat untuk saya menyentuh mana-mana pihak supaya kita meletakkan balik kepada perspektif yang sebenar. Mewakili suara orang muda yang kita tidak mahu ajaran-ajaran ini menjadi amalan sehingga akhirnya nanti kita sangat susah untuk mengembalikan semula jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Maka saya mengharapkan, kita sebagai pemimpin memberi tunjuk ajar teladan yang baik. Bukan kita menimbulkan begitu banyak kekeliruan, begitu banyak persoalan. Oleh sebab itu kepada saya, saya menghormati begitu setiap pandangan yang diberi tetapi biarlah kita berbincang, kita berbahas. Saya sebut dengan panjang lebar, perbezaan itu akan ada. Apatah lagi latar belakang kita, pendidikan kita tidak sama. Kita mewakili kawasan yang jauh tidak sama. Ada yang di bandar, pinggir bandar, luar bandar, pendalaman dan kita membawa aspirasi rakyat ke Dewan ini.
34 LAMPIRAN Kalau kita hendak bermain politik, kita cari arena lain. Masa kita menghadiri Dewan Rakyat, kita semua dibayar gaji, ada elaun. Kalau kita hendak buang masa, jangan ambil elaun. Ini kerana ia merugikan duit rakyat dan lebih penting amanah untuk kita menjalankan tugas sebagai wakil-wakil rakyat tidak kita laksanakan dan akhirnya kita sendiri jawablah. Yang Berhormat Shah Alam senyum lagi bila saya bercakap. Dia cukup seronok dengan perkara yang dibangkitkan dan saya berharap dia bersetuju. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, setelah kita berusaha mengejar perubahan yang lebih baik dalam merangka strategik demi mencapai hasrat yang diharapkan, namun kita harus sedar dan akur bahawa ada perkara di dalam kawalan dan ada di luar kawalan kita. Tiada yang menang dan tiada yang kalah dalam usaha untuk memajukan negara kerana yang lebih utama adalah kepentingan kepada rakyat. Yang ada hanya yang benar dan apa yang salah. Maka yang benar harus dipersetujui dan yang salah hendaklah kita perbaiki. Rasa tidak puas hati sentiasa ada di dalam diri manusia Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana di dalam kehidupan saya percaya tidak ada kesempurnaan. Kita tidak akan capai satu kesempurnaan. Semangat untuk tidak puas hati itu sangat penting supaya daripada satu kedudukan, kita tidak puas hati kita melangkah kepada satu kedudukan yang lain. Hari ini kita pakai basikal, kita tidak puas hati. Esok kita pakai motosikal. Esok tak puas hati, kita pakai kepada kereta. Kecil, besar dan sebagainya. Ini rasa tidak puas hati manusia yang biasa. Kita tidak akan rasa sempurna dalam kehidupan. Cuma dalam kita rasa tidak sempurna, kita rasa marah, kita rasa tidak puas hati, jangan kita hilang kewarasan. Ini kerana kalau kita hilang kewarasan, inilah jadinya. Apa juga keputusan yang dibuat dalam suasana tidak waras, saya yakin keputusan itu tidak akan capai matlamat yang kita kehendaki. Saya percaya keputusan itu tidak akan dapat menguntungkan sesiapa. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang satu suasana di mana keterbukaan yang sedang berlaku di dalam negara kita dan apakah makna sebenar ‘keterbukaan’ yang dianjurkan oleh kerajaan? Rakyat harus diasuh berfikiran kritikal dan berfikir secara kritis. Kita harus memungkinkan wujudnya masyarakat yang menghargai kebebasan bersuara yang disebut secara jelas di dalam Perlembagaan. Kita berada di dalam undang-undang yang sama, perkara 8, perkara 10, perkara 11. Kita bebas dan sama rata. Kita harus menyediakan ruang yang kondusif untuk perbincangan terbuka, cerdik dan bebas. Ini merupakan satu tuntutan yang bukan kecil. Tidak banyak negara khususnya dalam negara dunia ketiga yang bersedia membuka ruang seumpama ini. Kekhuatirannya ialah keterbukaan akan memberikan kesempatan pihak-pihak lain untuk mendedahkan kelemahan dan keburukan yang keterlaluan atau yang sengaja diada- adakan. Maka wujudlah tindakan, kecaman dan kritikan yang melampau terhadap pemimpin malahan pada hari ini kepada institusi raja juga turut menjadi sasaran. Dengan membuka ruang media dan dunia siber, kita mengambil risiko yang luar biasa. Apa yang kita lihat adalah perdebatan yang hangat dan terbuka di media dan dalam alam siber, suasana yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita harus menerima hakikat bahawa keterbukaan boleh membawa korban yang bukan kecil. Pendekatan keterbukaan yang diamalkan oleh Presiden Soviet Union pada tahun 80-an...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menyentuh soal keterbukaan. Yang Berhormat juga telah antara lain menjelaskan bahawa keterbukaan tanpa kawalan ini boleh memudaratkan kewujudan sesebuah negara dan masyarakat. Saya ambil contoh di negara yang terdekat seperti Filipina, Thailand, Indonesia. Tiga negara contohnya. Saya tidak mahu sentuh soal Republik Balkan, Rusia dan sebagainya. Ekoran keterbukaan itu, maka kerajaan sesebuah negara itu, Thailand contohnya pada hari ini dalam satu, dua tahun, berapakah perdana menteri yang telah digugurkan? Bayangkan seratus ribu orang boleh menentukan kejatuhan majoriti berjuta-juta orang.
LAMPIRAN 35 Apakah negara kita pada pandangan Yang Berhormat telah bersedia menerima keterbukaan yang sebegini? Ataupun apakah kita harus kekal dengan apa yang ada dengan melihat bahawa apa-apa perkara yang perlu diperbahaskan, harus ada forum-forum yang tertentu? Ini adalah sebab, kita tidak boleh mengizinkan keterbukaan ini. Demonstrasi jalanan berleluasa. Polis pun kelam-kabut. Tangkap sana, tahan sana, tahan sini. Ada yang mempunyai agenda dan keterbukaan ini juga jelas. Saya ingin menyentuh sedikit insiden sebentar tadi di luar. Setelah saya bertanya dengan Yang Berhormat Menteri Pelajaran berhubung dengan keterbukaan beberapa NGO dan sebagainya meng’critise’ bahawa pelaksanaan PPSMI ini harus ditarik balik. Persepsi saya, setelah enam tahun dilaksanakan, ditarik bukan begitu mudah sehingga saya disergah dengan penyokong. Saya tidak tahu dari mana, begitu ekstrem! Memanggil saya kurang ajar di luar. Ini kepada saya, keterbukaan yang tidak sihat. Dia dipanggil haji, ustaz tetapi memanggil saya seorang wakil ‘kurang ajar’. Saya jawab singkat sahaja, “Tuan Haji balik rumah fikir baik-baik ungkapan Tuan Haji”. Saya tidak marah tetapi Tuhan mungkin tidak juga suka dengan ungkapan yang sebegini. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat, keterbukaan sebegini harus kita lebarkan ataupun kita skop memfokus kepada satu arah yang boleh menjamin keutuhan sebuah negara.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan sangat bersesuaian walaupun di campur dengan luahan perasaan. Yang ini tidak boleh kita biarkan. Kita di sini membawa suara. Kalau kita hendak bawa suara yang kita suka dengar, kita kena ingat. Saya pun sebut tadi, tidak ada kesempurnaan. Sudah tentu dalam kita menerima pandangan kita sebagai betul, kita kena bersedia bahawa pandangan orang lain juga ada kebenaran. Apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Kinabatangan satu perkara yang amat menggemparkan. Di dalam bangunan Dewan Parlimen, ada rakyat kita bukan berselindung dalam dunia siber secara berhadapan. Sudah tidak lagi ada tatasusilanya.
[Menyampuk]
Jempol tanya saya siapa mengajarnya sebab dalam Hansard tidak keluar. Jempol tanya siapa mengajar. Yang ini pada saya kita kena ikhlas dan jujur pada diri kita. Dari saya kecil tidak pernah saya diajar untuk kurang ajar. Tidak pernah saya diajar untuk marah keterlaluan, tetapi hari ini suka atau tidak suka, saya berhadapan dengan suasana ada banyak anak kita dalam usia yang sekecil ini sudah mula kurang ajar. Yang ini pada saya satu perkara yang sangat membimbangkan. Tidak ada salah Kinabatangan memberi pandangan tentang apa yang berlaku di kawasan dia tetapi untuk mengambil tindakan dalam tangannya sendiri adalah satu perkara yang tidak boleh kita benarkan. Sebab itu sebelum saya teruskan tentang keterbukaan dan makna sebenar seperti yang diminta oleh Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat dari Padang Serai yang penuh tertib untuk bertanyakan soalan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat, penuh tertib gunakan perkataan yang indah juga, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Muar. Saya pun duduk di dalam Dewan yang mulia ini mendengar hujah Kinabatangan pagi tadi dan terguris juga hati saya kerana saya juga seorang yang berjuang untuk bahasa ibunda saya supaya dimartabatkan. Saya juga berjuang supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda dan bahasa Malaysia di negara ini, apa salah kita berjuang mohon untuk bahasa ibunda dipentingkan untuk mengajar Sains dan Matematik. Apa salahnya? Muar kata Kinabatangan memberi hujah beliau dengan baik dengan bernas. Apakah Muar juga menyokong Kinabatangan yang memanggil mereka yang berjuang untuk bahasa ibunda mereka sebagai anasir? Apakah Muar menyokong ini? Jadi seperti yang Kinabatangan pun tadi kata, pergi ke luar, Kinabatangan dihampiri oleh rakyat Malaysia, rakyat yang ada bangsa, rakyat yang ada bahasa, bahasa yang membesar dengan mereka semenjak mereka lahir. Mereka berjuang untuk martabatkan bahasa mereka, bahasa ibunda mereka. Apa salah mereka memperjuangkan?
36 LAMPIRAN Akan tetapi, Kinabatangan kata mereka itu semua anasir. Jadi saya mahu Muar katakan, adakah Yang Berhormat menyokong Kinabatangan memanggil rakyat yang memperjuangkan bahasa ibunda mereka itu sebagai anasir.
Yang pertama, anasir ini bukan satu perkataan yang tidak baik. Kalau kita kata pencuri, penjenayah, perompak, pengganas, perogol, tidak ada yang baik. Itu confirm, itu memang orang tidak baik, tetapi anasir ini ada banyak. Dalam pembelajaran Sains pun ia ada anasir juga. Dalam kehidupan...
[Bangun]
Tunggulah sekejap, Shah Alam ini suka betullah. Yalah, nanti saya bagilah. Potonglah dia ini. Maknanya perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebagai anasir itu jangan kita ambil sebagai satu perkara yang tidak baik. Anasir boleh baik, boleh tidak baik, tetapi cara menyerang itu yang tidak baik. Sebab depan-depan secara jelas.
Penjelasan.
Sila, sila.
Ya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bukan pakar bahasa tetapi kalau orang yang tidak tahu bahasa kena saya beritahu dia apa sebenarnya ungkapan saya. Saya kata, saya masih ingat Yang Berhormat, kerajaan dan kementerian jangan terpengaruh dengan anasir luar. Apa itu anasir luar? Kalau ada!... [Disampuk] Bukan saya sebut anasir dalam negara. Anasir luar ini ancaman dari luar yang boleh meruntuhkan institusi pendidikan negara kita tetapi Yang Berhormat ini tidak faham, balik sekolah. Jangan berdiri mencelah tidak tentu arah. Go back to school.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sekejap. Yang Berhormat Padang Serai, janganlah bangun, sayalah bangun dahulu.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, tunggu Yang Berhormat ya. Adat dalam Dewan, Yang Berhormat, berdiri dahulu, kalau ahli itu mengalah, saya yang akan bagi kebenaran, Yang Berhormat.
Ha.
Kalau saya tidak bagi, Yang Berhormat tidak boleh cakap dahulu. Saya hendak bacakan anasir ini, Yang Berhormat. Ini Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka... [Ketawa] Anasir, Yang Berhormat, saya daripada 15 tahun dahulu saya sudah tahu percakapan anasir ini. Itu 20 tahun lebih dahulu. “Zat yang empat iaitu air, api, tanah atau angin, element dalam bahasa Inggeris yang menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-gala di seluruh alam.” Yang kedua, maknanya “segala yang terdapat di dunia, makhluk, bahagian sesuatu keseluruhan anggota daripada seluruh golongan ini ialah orang, manusia, elemen sekumpulan” bermakna anasir. Bukan jahat, Yang Berhormat. Kalau jahat, unparliamentary, Yang Berhormat. Itu sebab saya masuk ini. Jadi anasir ini tidak dikatakan perkataan yang jahat. Jadi cara mana menggunakan perkataan itu, saya setuju dengan Muar, baru dia boleh jadi baik ataupun jahat. Sila, Yang Berhormat.
Faham?
[Bangun]
Sekejaplah, sekejaplah. Bagi saya cakap dahulu. Nasib baik tadi, Tuan Yang di-Pertua, saya punya penterjemahan itu hampir tepat.
LAMPIRAN 37 Saya cuma tidak ada 20 tahun sahaja tahu anasir itu tetapi anasir itu maksudnya dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita ucap terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
[Bangun]
Sekejaplah. Saya tidak habis lagi ini. Sebab itu pada saya, cara itu tidak kena. Yang Berhormat Kinabatangan, cara cakap dia macam tadi itu bukan dia marah, itu cara dia, dia tidak marah. Saya ini begini cara cakap saya, tetapi saya tengah marah. Sebab itu benda ini subjektif. Kita tidak akan dapat tahu tentang perasaan orang. Cuma kita boleh kawal perasaan kita. Kalau kita asyik memikirkan tentang kita sahaja yang betul, ini yang jadinya. Sebab pandangan yang disebut tadi kalau boleh saya petik. Kalau kita dengar betul-betul jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, cukup jelas memberikan suasana apa yang akan dilaksanakan dalam isu PPSMI. Tidak ada seorang pun sama ada pemimpin ataupun rakyat di luar sana patut marah, patut menuduh bahawa kerajaan tidak betul atau kerajaan mempunyai agenda. Tidak patut kita tuduh ada orang lain ada agenda kerana masing-masing ada kehendak dan keperluan dan diberitahu dengan jelas empat perkara yang tidak akan beliau kompromi iaitu tentang martabat bahasa Melayu, penguasaan bahasa Inggeris, kemampuan guru-guru kita dan pencapaian pelajar. Apa juga keputusan, empat perkara ini disebut dengan jelas, kenapa kita perlu marah sehingga menyerang Ahli Yang Berhormat. Di mana letak budi pekerti kita sebagai rakyat dalam negara ini? Sila Shah Alam.... Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam hendak tanya lagi.
Ya, sila. Jangan panjang, Yang Berhormat ya.
Saya ingat saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya pun setuju perkataan itu pada asalnya tidak ada salah tetapi cara penggunaannya dan di sini saya rasa amat jelas cara bagaimana ianya digunakan. “Jangan dipengaruhi oleh anasir luar”, seolah-olah mereka yang ingin supaya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa kebangsaan adalah anasir luar. Bukankah itu satu penggunaan yang amat jelas menghina? Nombor satu. Nombor dua, saya setuju, kita sokong, memang dengan izin, we want the highest standard of English language in our country. This will give our people competitiveness in the open market... [Disampuk] but why do you want... Tidak apalah saya baliklah, tukar channel. Kenapa kita hendak ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Kita hendak ajar bahasa Inggeris untuk tingkatkan bahasa Inggeris, ajarlah bahasa Inggeris. Kenapa ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sehingga akhirnya rakyat yang tidak faham, yang lemah bahasa Inggeris; oleh kerana itu kita hendak ajar bahasa Inggeris, kita ajar mata pelajaran yang sukar untuk mereka faham dan dalam bahasa yang mereka tidak faham, apa punya polisi ini? Hendak ajar mata pelajaran yang orang tidak faham, yang sukar difahami dalam bahasa yang sukar difahami.
Sudah, sudah, Yang Berhormat Shah Alam.
Saya faham.
Shah Alam.
Mungkin ini Matematik, negatif masuk negatif jadi positif.
Okey.
Saya nasihat tidak payah bagi lagi.
38 LAMPIRAN
Saya pun tidak minat. Saya pun tidak minat hendak...
Kalau Yang Berhormat tidak bagi, saya tidak akan bagi.
Sebab dia pandai betul diversion. Jauh tempat saya hendak sebut tadi, tetapi saya hendak cadang sedikit. Yang Berhormat Shah Alam ada lima round table discussion, ada 30 kertas dah dibentangkan. Yang Berhormat pergilah bersama Kementerian Pelajaran bangkitkan perkara itu, kerana saya yakin perkara itu telah dibangkitkan dan diambil kira.
...Sudah dilaksanakan... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, tidak faham-faham.
Kita bagi pandangan sebelum dilaksanakan. Saya rasa kita semua dijemput untuk terlibat dalam program atau perbincangan tersebut. Akan tetapi saya tidak berminat untuk memberi penjelasan. Kalau tidak Dewan ini akan bincang pasal PPSMI. Jawapan tadi cukup jelas. Akan tetapi pada saya, apa yang diminta oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi pada saya sangat-sangat penting. Ini kerana pada saya, kesan yang berlaku di Thailand umpamanya berkampung ratus ribu orang di lapangan terbang atas nama keterbukaan demokrasi. Tukar kerajaan beberapa kali, akhirnya mereka yang berkampung itu tetap balik ke tempat asalnya. Kalau duduk di rumah setinggan, dia akan balik ke rumah setinggan. Tidak ada satu pun keuntungan yang saya nampak dari apa yang berlaku, tetapi kesan cukup jelas, pelancong yang hendak keluar balik tidak akan datang kembali. Pelancong yang hendak datang ke sana akan berkurangan kerana situasi yang tidak lagi aman dan menggembirakan. Ini yang penting untuk kita hadapi dalam kita menonjolkan keterbukaan, dalam kita ingin rakyat kita terlibat sama dalam apa yang kita panggil ketelusan. Sebab itu saya sambung Tuan Yang di-Pertua pendekatan keterbukaan. Ini pernah diamalkan oleh Presiden Soviet Union dalam tahun 80-an. Presiden Gorbachev melalui Glasnost dan Perestroika yang telah mendapat pujian barat apabila melaksanakan keterbukaan. Tiba-tiba rakyat Rusia mendapat kebebasan baru. Suara rakyat Rusia diterjemahkan dalam bentuk satu revolusi, pemikiran dan kesediaan untuk membuat perubahan. Sejarah menunjukkan bahawa keterbukaan baru itu bertanggungjawab memerdekakan pemikiran baru rakyat Rusia. Akibatnya Soviet Union tumbang dan negara-negara blok Rusia mendapat kebebasan satu demi satu. Tembok Berlin yang menjadi lambang perang dingin dan pengaruh komunisme juga akhirnya tumbang atas nama keterbukaan. Maka kerajaan perlu sedar, kalau sekali pintu kebebasan suara dibuka, tidak ada cara lagi untuk menutupnya. Pintu ini dibuka kerana kita yakin bahawa rakyat telah bersedia memahami dan menghargai keterbukaan dan saya percaya ia sebahagian daripada proses pematangan rakyat. Ia teras untuk melahirkan warga negara yang berjiwa besar dan mampu bersaing dengan sesiapa sahaja. Akan tetapi apa yang berlaku hari ini ada kalanya ia digunakan sebagai lesen untuk menjadi rakyat kita tidak bertanggungjawab. Ke Bawah Duli Tuanku turut bertitah dan menyentuh mengenai perkara ini. Fitnah, rasa kebencian dan dendam menjadi hukum baru dalam dunia media dan di alam siber. Ramai yang mengatakan bahawa media di negara ini dikawal ketat dengan sekian akta dan peruntukan serta undang-undang dan lesen terbit yang ada. Namun saya perhatikan, begitu banyak perkara dapat kita edarkan dan menjadi bahan bacaan. Sama ada dalam laman web ataupun daripada media-media. Ini pun satu persepsi yang dianjurkan supaya rakyat terus keliru. Akan tetapi apa yang berlaku, ada kalanya lesen yang diberikan itu menjadikan rakyat kita tidak bertanggungjawab. Kita bandingkan negara kita dengan banyak negara lain. Tidak banyak yang mahu melaksanakan apa yang kita buat. Cuma bezanya negara kita negara pelbagai kaum dalam segala sensitivitinya.
LAMPIRAN 39 Kita kadang-kadang terlupa kawalan terhadap penerbitan dan media itu ialah untuk mengawal agar pengamal media tidak terlanjur kerana satu cetusan kecil boleh membawa kepada kerosakan yang besar pada perpaduan dan kerukunan masyarakat di negara ini. Kadang kala penganut fahaman kebebasan ini lupa kenyataan tersebut. Memang mudah menuding jari mengatakan media kita tidak sebebas media di negara barat, tetapi kita jangan lupa bahawa konsep kebebasan itu adalah relatif. Mempunyai definisi tersendiri mengenai maksud kebebasan. Dalam konteks kita, biarlah kita menggunakan kayu pengukur dengan acuan kita untuk menilainya. Janganlah menganggap kebebasan itu tidak datang dengan tanggungjawab. Janganlah kita mengandaikan apa yang baik untuk barat, baik untuk kita. Apa yang baik untuk orang lain belum tentu sesuai untuk kita.
Mohon penjelasan sedikit, kalau dibenarkan. Yang Berhormat, saya ingin menanyakan adakah prinsip kebebasan ini hanya datang dari barat? Seolah-olah semuanya tadi dikatakan barat, barat. Seolah-olah kita di Timur tidak, itu kerana saya rasa. Mohon penjelasan. Saya yakin prinsip freedom itu dengan izin, atau kebebasan itu satu yang universal, saya mohon penjelasan.
Apa yang berlaku, kita tidak tahu siapa yang buat, tetapi sudah tentu ada pembuat. Sebab itu andaian boleh kita buat, saya boleh nyatakan macam-macam. Kenapa saya katakan dari Barat, kerana apa yang berlaku dalam media ataupun dalam web page dibangunkan oleh Barat. Jadi perkara itu sudah masuk ke seluruh dunia. Kita tidak tahu apa agenda atau niat seperti Yang Berhormat Shah Alam kata, niat itu kita dengan Allah SWT tetapi perkara itu datang baik dan buruk. Saya tidak nampak Timur Tengah mewujudkan blog-blog. Perkara yang baru tiba di negara kita diikuti sebab berlaku di negara Barat permulaannya. Media-media ataupun rancangan-rancangan, program-program datang dari Barat. Jarang sekali kita tengok filem-filem dari Timur Tengah dengan budaya dan nilainya. Jarang sekali kita tengok budaya daripada timur. Kita hanya terpengaruh dan kita membesar dengan pengaruh yang cukup besar daripada barat. Dengan kata itu maka saya menggunakan bahawa itu diterbitkan dari Barat.
Terima kasih, dari segi faktor...
Yang Berhormat Balik Pulau, lihat ke sini. Yang Berhormat anggap ini di antara Yang Berhormat dengan dia sahaja.
Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan isu ini isu prinsip. Isu kebebasan pada saya ialah bukan isu barat. Isunya isu orang Islam, isu bukan orang Islam. Saya pohon penjelasan kerana saya rasa tidak adil dikatakan bawah disebabkan isu itu Barat kerana barat yang mencipta internet. Akan tetapi saya tanya penjelasan tadi ialah mengenai prinsip kebebasan itu adakah kita mempunyai satu prinsip yang lain pula daripada apa yang. Kalau kayu ukur yang dibuatnya itu, internet dibuat oleh barat atau barat yang mempelopori isu kebebasan ini, saya rasa itu satu hujah yang agak cetek. Jadi saya mohon agar penjelasan supaya kita sama-sama di sini mempunyai satu pemahaman yang sama, yang cohesive. Terima kasih.
Sebelum kita terus salah faham, biar saya baca balik. Sebab ini ada teks, sebab masa hendak menulis ini pun, kita tidak tuduh barat sangat. Saya kata kita mudah menuding jari mengatakan media kita tidak sebebas negara barat. Akan tetapi kita jangan lupa bahawa konsep kebebasan itu relatif. Masing-masing mempunyai definisi sendiri tentang makna kebebasan. Dalam konteks kita, biarlah kita menjadi kayu pengukur dengan acuan kita dan nilainya. Jangan kita menganggap kebebasan tidak datang dengan tanggungjawab, jangan kita mengandaikan apa yang baik untuk barat, baik untuk kita. Apa yang baik untuk orang lain belum tentu baik untuk kita. Maksudnya saya tidaklah kata semua Barat. Jadi saya tambahlah. Janganlah kita mengandaikan apa yang baik untuk timur itu baik untuk kita. Janganlah kita rasa yang Timur Tengah baik, baik untuk kita. Sebab saya sudah sebut, acuan itu biarlah acuan kita sendiri tetapi saya masih berpandangan apabila dipersoalkan tentang kenapa saya menuduh Barat, kerana banyak perkara yang dimulakan itu dari barat dan kita kena terima hakikat, kita ini penumpang.
40 LAMPIRAN Kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri sudah banyak kali menyatakan bahawa jangan jadi penumpang. Jadi orang yang mencipta, biar orang lain mengikut. Akan tetapi memang banyak perkara kita tidak dapat menyumbang. Kita masih mengikut dan apa yang baik di sana, kita rasa baik di tempat kita. Akan tetapi adakah niat orang luar, sama dengan niat kita dalam negara? Kita sekurang-kurangnya baik atau tidak, kita tidak akan sekali-kali sanggup menghancurkan negara kita. Akan tetapi orang luar saya tidak tuduh. Akan tetapi niatnya belum tentu. Kerana ikrar taat setia kepada negara tidak ada pada mereka, tetapi ada kepada dalam diri kita sebagai pemimpin di negara ini. Jadi saya mengucapkan terima kasih kalau kenyataan saya tadi mengelirukan, saya tidak menuduh. Akan tetapi saya menyeru rakyat di negara ini untuk melihat bahawa apa jua perkara yang hendak kita lakukan, hendaklah ada batas dan sempadan. Tidak semua perkara dilihat baik di tempat lain, baik di tempat kita kerana akhirnya ini negara kita, ini tempat tumpah tanah air kita dan inilah perkara yang akan saya pertahankan sampai bila-bila. Jadi janganlah kita menganggap demokrasi satu konsep yang datang tanpa disiplin dan tuntutan moral. Janganlah kita mengandaikan bahawa negara ini akan hanya menjadi lebih demokratik dan terbuka semata-mata dengan hanya memberi ruang sebebas-bebasnya kepada sesiapa sahaja yang menyalahgunakannya untuk kepentingan tertentu. Tidak ada makna kita menjunjung hak kebebasan media yang akhirnya akan hanya merosakkan kerukunan dan keamanan dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang inisiatif kerajaan dalam mewujudkan perkembangan dunia cyber di negara ini. Apabila negara kita membuat keputusan untuk menerima penggunaan teknologi maklumat, kita sebenarnya telah membuat keputusan yang amat penting. Kita tidak boleh menoleh ke belakang dengan bermulanya Koridor Raya Multimedia – MSC, kita sebenarnya telah melangkah ke hadapan untuk meletakkan negara kita pada tahap kemajuan yang baru. Kita menjadi sebahagian daripada liga negara-negara yang menerima ICT sebagai cara hidup dan amalan. Kita telah memasuki era yang sangat menarik tetapi penuh dengan ancaman dan bahaya. Satu alam yang sukar diduga dan diramalkan. Akan tetapi MSC tidak akan bermakna sekiranya kita tidak menyediakan prasarana yang betul dan sistem sokongan yang sesuai. Tidak ada maknanya kita menerima ICT sebagai penjana kemajuan negara sekiranya tidak ada menghargai kebebasan dan potensi yang ada padanya.
Yang Berhormat, jam pukul 1. Panjangkah lagi ucapan Yang Berhormat itu?
Saya ada 21 muka surat, sekarang baru muka surat 7.
Kalau kurangkan penjelasan, berapa lama lagi anggaran Yang Berhormat?
Untuk kebaikan bersama, apa jua arahan saya ikut. Kalau saya diberi...
Saya tidak hendak beri arahan, saya akan beri kebebasan untuk memikir sendiri Yang Berhormat.
Atas kewarasan saya rasa satu jam pun memadai.
Jangan lebih satu jam, panjang sangat sudah itu.
Sebab dia kacau banyak.
Baik Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguh dahulu dan kita akan bermula semula pada jam 2.30 tengah hari nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.01 petang.
LAMPIRAN 41 Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Muar untuk meneruskan perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung kembali ucapan yang kita tinggalkan sebelum penangguhan dewan tadi iaitu mengenai perkembangan dunia siber. Saya menyentuh bahawa semenjak kita melaksanakan Multimedia Super Corridor kita tidak boleh menoleh ke belakang atas alasan bahawa kita perlu mempersiapkan rakyat negara ini dengan serba kesediaan tentang teknologi yang sedang melanda dunia dan kita tidak boleh ketinggalan dalam perkembangan tersebut. Akan tetapi MSC tidak akan ada maknanya sekiranya kita tidak menyediakan prasarana yang betul dan sistem sokongan yang sesuai. Tidak ada maknanya kita menerima ICT sebagai penjana kemajuan negara sekiranya kita tidak menghargai kebebasan dan potensi yang ada padanya. Internet merupakan sungai besar yang mengalir di dalamnya segala maklumat dan ilmu selain sudah tentunya ada di dalamnya segala sampah sarap dan keburukan. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana internet menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia abad ke-21. Pada waktu yang sama ICT bukan saja mengubah cara kita berkomunikasi, tetapi berkerajaan, berurusan, berniaga dan bermasyarakat. Sasaran kita bukan sahaja untuk membolehkan pengaliran ilmu dan maklumat secara terbuka, tetapi juga untuk meningkatkan penguasaan teknologi di kalangan rakyat. Lebih penting lagi ICT akan digunakan bukan sahaja untuk memperbaiki cara hidup tetapi juga untuk meningkatkan produktiviti. Kita tidak menafikan bagaimana ICT telah memudahkan cara kita berurusan, namun apa yang sering dipersoalkan ialah bagaimana kita dapat mengawal kemasukan maklumat serta ilmu dan bahan-bahan lain ke dalam pejabat dan rumah kita. Kita tidak mampu mengekang semua perkara yang disalurkan melalui internet sama ada yang baik, bermutu ataupun yang tidak. Tuan Yang di-Pertua, ICT bukan hak eksklusif golongan berada atau mereka yang tinggal di bandar. ICT harus sampai ke setiap pelosok negara, oleh itu, saya memandang serius usaha untuk mengurangkan jurang digital ataupun digital divide di kalangan masyarakat di negara ini. Pada masa ini adalah dipercayai Malaysia telah mencapai tahap internet penetration dengan izin, hanya 12 peratus. Pada tahun 2000, terdapat 3.7 juta pengguna internet dan pada tahun 2005 terdapat hampir 10 juta pengguna. Akan tetapi dalam tahun 2007, Malaysia telah mencatatkan 14 juta pengguna internet dan ini bermakna dalam masa tempoh tujuh tahun sahaja kita telah mencatatkan pertumbuhan melebihi 301 peratus. Pada masa yang sama, internet telah memungkinkan lahirnya lebih 5 bilion laman web di dunia. Sebanyak 70 juta darinya adalah web blog atau blog. Walaupun pada awalnya blog merupakan wahana untuk menyatakan pandangan peribadi, atau untuk bertukar-tukar maklumat dengan teman-teman, tetapi blog kemudiannya menjadi satu kegiatan yang semakin popular dikalangan pelayar untuk menyatakan pendirian. Malah di Malaysia dianggarkan terdapat lebih setengah juta bloggers. Di dalam jumlah itu terdapat sekumpulan yang memberikan tumpuan khusus kepada isu-isu politik dan semasa. Tidak dapat dinafikan bahawa bloggers mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam menentukan agenda pemikiran semasa. Saya percaya kita perlu meneruskan usaha yang amat penting ini. Kita perlu memastikan bahawa rakyat kita tidak ketinggalan dalam menerima dan menggunakan teknologi ini tetapi dengan bertanggungjawab.
42 LAMPIRAN Kita mahu membuktikan pada dunia bahawa Malaysia cukup yakin dengan ICT yang akan membawa jauh lebih banyak kebaikan dari keburukan. Walaupun kita sedar bagaimana terlalu banyak salah guna ICT boleh berlaku kita hanya ada satu pilihan di hadapan kita, meneruskan apa yang telah kita mulakan untuk memastikan bahawa revolusi ICT akan menjadi penjana minda dan penggerak kepada kemajuan negara. Tidak semua kerajaan mempunyai keberanian seperti kerajaan di Malaysia ini. Kita tahu ICT boleh disalahgunakan, tetapi kerajaan telah menetapkan bahawa sebarang usaha untuk menapis internet tidak akan membawa banyak kebaikan kepada kita semua. Malah kita telah berjanji kepada dunia bahawa internet akan kita hormati kehadirannya. Melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kita berjanji internet censorship atau tapisan internet tidak akan berlaku. Apa yang lebih perlu ialah pendidikan agama dan pembinaan jati diri di kalangan pengguna bagi memastikan teknologi itu digunakan dengan cara yang sebaik-baiknya demi kebaikan umat, rakyat dan negara. Namun begitu saya suka mencadangkan, bahawa kita kena cari satu mekanisme di mana pelayar, pengguna dan tuan punya laman-laman web ini perlu kita daftarkan kerana apa, supaya tanggungjawab itu lebih mudah. Kita pernah melaksanakan perkara ini kepada pengguna talian mobile, yang mana kita minta semua yang ingin memiliki talian ini dapat mendaftarkan talian masing-masing- masing bukan untuk kita menyekat kebebasan, tetapi adalah untuk kita mengekang banyak perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan marabahaya terutamanya dalam sindiket-sindiket jenayah di mana kemudahan talian telefon itu boleh dijadikan sebagai medium untuk mereka melakukan pergerakan, dan ini diterima baik oleh seluruh rakyat kerana kita nampak bahawa kalau tidak ada penguatkuasaan seperti ini, walaupun saya tahu ramai yang menyatakan bahawa dunia siber ini susah untuk kita gunakan kerana bidang kuasa yang cukup luas, tetapi beralasan, berdalih yang akan membawa keruntuhan pada saya perlu kita kekang dan perlu kita atasi. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua walaupun saya nyatakan bahawa kemasukan internet ini kita alu-alukan, namun tanggungjawab yang ada kepada pengguna, kepada tuan punya, hendaklah juga kita perhatikan dengan mendaftarkan mereka ini, nescaya tanggungjawab yang saya nyatakan itu akan dapat mencapai matlamat. Tuan Yang di-Pertua, Perkara 3, menyebut Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana di bawah bahagian Persekutuan. Perkara ini juga disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang menekankan soal kerukunan bernegara dan keluhuran perlembagaan. Saya sangat menarik apabila Tuanku bertitah dengan mengingatkan kita semalam bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tubuh dan undang-undang yang tertinggi di negara ini yang perlu kita sepakati dan persetujui oleh semua pihak dalam negara sebelum mencapai kemerdekaan. Sebab itu, perkataan yang digunakan dalam titah baginda supaya tidak ada undang-undang lain di dalam negara ini sangat-sangat bersesuaian dan sangat-sangat relevan dalam kita menjaga kesepakatan kita menghadapi ancaman ekonomi yang melanda dunia di kala ini. Perpaduan merupakan rencah utama kepada pembinaan negara. Saya bersetuju dengan saranan bahawa pemimpin di Malaysia perlulah menjadi pemimpin kepada semua kaum. Pemimpin bukan hanya mewakili kaum masing-masing sahaja. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)
Pengetahuan yang mendalam terhadap keperluan dan latar belakang antara kita merupakan satu perkara terpenting untuk kita atasi bersama. Kita perlu terlebih dahulu menerima hakikat bahawa Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, ras, agama yang dianuti pelbagai fahaman serta mengamalkan adat budaya yang berbeza-beza. Justeru, adaptasi merupakan kaedah yang lebih tepat untuk diguna pakai berbanding integrasi. Jika integrasi kaum menjadi tujuan dan harapan, mengapa masih wujud pelbagai tuduhan serta aliran terutamanya termasuk dalam bidang politik, pendidikan, sosiobudaya, ekonomi, perkhidmatan dan macam-macam lagi. Menimbulkan rasa syak prasangka dan permintaan yang berbagai-bagai demi kepentingan kelompok tertentu masih tidak wujud. Maka yang sebenarnya berlaku adalah adaptasi iaitu cara bagaimana kita menguruskan masa depan kita bersama dan saksama.
LAMPIRAN 43 Sebab itu pemimpin hendaklah mewakili semua kaum dan pemimpin bukan hanya mewakili kaum-kaum tertentu. Cuma saya ingin tekankan kembali bahawa saya mahu pemimpin di negara ini perlu mewakili semua tetapi kenapa konsep ini...
Laluan.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada sahabat saya Yang Berhormat Muar. Apabila Yang Berhormat sentuh soal bangsa-bangsa etnik ataupun hubungan bangsa di negara kita. Saya tertarik kerana pada satu ketika, kita ada mendengar hujah-hujah daripada pihak-pihak yang tertentu supaya kita adakan rang undang-undang interracial. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya perkara yang menghasut ataupun mempersendakan perasaan antara kaum yang dimainkan terutama sekali mempolitikkan kaum-kaum di negara kita ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya akta ini boleh diwujudkan di negara kita supaya segala permainan politik dalam mempersoalkan kaum ini dapat dibendung. Sekian.
Satu soalan yang pada saya sangat mustahak tetapi garisannya terlalu nipis kerana bila kita menyatakan soal kaum ini, kadangkala menjadi satu perkara yang tabo, satu perkara yang terlalu sensitif di negara ini. Akan tetapi saya secara peribadi merasakan bahawa akta antara kaum boleh membawa kita ke terbelakang kerana kita sudah ada suatu Perlembagaan Persekutuan yang dibina dan memberi hak sama rata kepada seluruh rakyat. Akan tetapi apabila perkara ini sering dibangkitkan dan ini saya suka kaitkan dengan Titah Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Ini kerana apabila kita sering sekali menyatakan tentang umpamanya pemimpin hanya memikirkan kaum masing-masing, akhirnya kita terbelenggu dengan sifat kerana kita mewakili kaum tertentu. Sebab itu pada saya hubungan kaum ini adalah satu perkara ataupun ingredient resipi yang paling penting dalam negara Malaysia supaya kita tidak lagi membezakan di antara kita sama ada mereka mewakili kaum-kaum tertentu, agama tertentu atau fahaman tertentu. Sebab itu integrasi antara kaum ataupun hubungan antara kaum hendak dijadikan dalam satu akta akan lebih mewujudkan suasana terpisahnya masyarakat di negara ini dan akhirnya usaha kita untuk meletakkan setiap seorang rakyat di negara ini berada sama tidak akan tercapai. Sebab itu saya merasakan secara peribadi akta ini kalaupun hendak dibentangkan ataupun hendak di bawa hendaklah diteliti kerana kita tidak boleh menoleh ke belakang dalam membeza-bezakan di antara rakyat di negara kita. Sebab itu dalam kita mempromosikan pemimpin mesti mewakili semua kaum, saya cuma ada persoalan Tuan Yang di-Pertua. Kenapa apabila pemimpin dari golongan minoriti menjadi pemimpin, baru kita kata kita berjaya? Kenapa tidak boleh kita terima bahawa apabila pemimpin dari golongan majoriti menjadi pemimpin, kita tetapi berjaya kerana kita terima pemimpin mesti mewakili semua pihak. Yang ini kadangkala apabila Presiden Obama memenangi kerusi presiden, seolah-olah di negara Amerika Syarikat sudah mencapai satu tahap di mana tidak ada unsur-unsur perkauman kerana mereka dari golongan minoriti sudah boleh menjadi presiden. Ini selalu diutarakan. Pada saya tidak ada masalah kalau sepatutnya kita menerima konsep pemimpin mewakili semua kaum yang termaktub dalam Perlembagaan. Siapa juga walaupun dia hadir daripada golongan minoriti, dia tetap melaksanakan konsep pemimpin mewakili semua kaum. Sebab itu kalau kita boleh terima amalan ini, insya-Allah apa yang kita usahakan di dalam Barisan Nasional umpamanya tidak langsung diwujudkan tentang perbezaan antara kaum. Sebab itu Titah Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tuanku begitu serius menyatakan rasa dukacita baginda bahawa selepas berpuluh tahun merdeka, kita masih terbelenggu dengan cakap-cakap perbahasan mengenai kaum. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu menyusun semua pendekatan agar kita lebih saksama. Kerajaan perlu memberi penekanan, perancangan dan strategi untuk menyediakan suasana dan kualiti kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat. Program-program mega umpamanya kalau perlu kita perlahankan kerana dalam suasana kegawatan, kita perlu melihat bagaimana keutamaan perbelanjaan negara itu dapat kita tumpukan supaya rakyat teramai dapat merasainya.
44 LAMPIRAN Isu membasmi kemiskinan umpamanya yang kita wujudkan tanpa batasan kaum dan agama hendaklah dijadikan keutamaan kerana rakyat tidak mampu lagi melihat jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin melebar. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan melalui beberapa aktiviti seperti Program Cari, Jaringan Keselamatan Sosial, Perumahan Rakyat Termiskin dan Projek Perumahan Mesra Rakyat serta lain-lainnya. Namun begitu masih terdapat beberapa kelemahan dalam pengeluaran golongan miskin di negara ini disebabkan oleh kekaburan sistem pelaksanaan. Umpamanya dalam perbahasan ini saya ingin memberi satu contoh. Akta Perikanan di bawah Agensi Persekutuan manakala kaedah perikanan sungai berada di bawah pengendalian kerajaan negeri. Kesannya ialah tiada agensi yang melihat nasib dan keperluan nelayan sungai atau apa yang dipanggil nelayan air tawar yang miskin. Ini menyebabkan mereka yang tergolong dalam mereka yang dikenali sebagai nelayan air tawar tidak dapat menikmati bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan seperti nelayan laut yang dikendalikan oleh LKIM. Mereka juga tidak dapat insentif petrol atau diesel bagi enjin sangkut mengikut kuasa kuda yang ada kerana mereka juga bukan nelayan laut. Akhirnya, mereka juga terlepas insentif hasil jualan sebanyak 10 sen sekilogram yang dinikmati oleh nelayan laut serta banyak lagi perkara. Semua ini berlaku kerana nelayan air tawar tidak layak mendaftar sebagai nelayan laut disebabkan kekeliruan pentadbiran yang ada, sama ada ia menjadi tugas dan tanggungjawab siapa bukan isunya. Namun yang jelas, ada rakyat di negara kita yang keciciran, miskin dan tidak terbela. Ini tidak seharusnya berlaku dan perlu diatasi. Begitu juga apabila kita dimaklumkan sering kali dibangkitkan tentang perkara-perkara yang menjadi masalah kepada rakyat. Umpamanya tentang tol. Tol dinaikkan. Apabila tiba masa rakyat membuat satu perjumpaan. Ini yang dinyatakan oleh Tuanku Baginda. Jangan ada undang-undang lain. Kita tidak perlu berdemonstrasi. Kita tidak perlu bawa rakyat kejalanan kerana apabila ada satu masalah, kita boleh tangani dengan cara bermusyawarah. Kita kena terima hakikat apabila kerajaan ingin melaksanakan konsesi tol ataupun lebuh raya, maka sudah ada perjanjian. Harga dan kadar tol akan dinaikkan apabila tiba masa. Kita memberi tekanan kepada kerajaan jangan bebankan rakyat. Akhirnya harga tol tidak dinaikkan tetapi kerajaan terpaksa membayar pampasan. Saya melihat perkara ini menjadi kekeliruan kerana yang menggunakan highway ataupun lebuh raya bukan semua rakyat. Akan tetapi apabila kerajaan membayar pampasan, atas tekanan yang diberikan...
Minta penjelasan.
...Maka duit rakyat akan digunakan untuk membiayai mereka yang menggunakan lebuh raya.
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil dengan isu berhubung dengan tol. Yang Berhormat Muar ini seorang peguam. Yang anehnya, dalam kerajaan pun kita ada penasihat peguam yang dikira pakar dan matang. Akan tetapi apabila sampai perjanjian antara pengusaha tol dengan kerajaan, nampak-nampaknya perjanjian ini terlalu berat sebelah di mana kerajaan tidak boleh review harga tol. Kalau di review kena top up. Kena tambah lagi duit.
Apa pasal jadi begini, ini peguam-peguam bodohkah, tak boleh pakaikah? Kalau tidak boleh pakai, pakai kita! Inilah yang menyebabkan ‘anak seluar’ mengambil kesempatan memesongkan keadaan disebabkan kelemahan yang disediakan oleh kita, kerajaan pun nampak berat sebelah dalam soal ini, jadi apakah Yang berhormat menggesa kerajaan pada hari ini supaya membatalkan serta-merta perjanjian tersebut untuk meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat, tidak perlu tunggu PKR kah apa kah untuk menggesanya.
Ini cadangan yang baik, ini juga kaedah yang baik, gunakan Dewan ini untuk kita menyatakan pandangan. Sebab itu saya kata apa juga perkara boleh kita bawa dan kita bahaskan dan saya setuju dalam kita membuat perjanjian itu kadangkala ada perkara yang tidak menepati faedah kepada rakyat.
LAMPIRAN 45 Sebab itu, kajian boleh dibuat, cuma yang saya nyatakan tadi selain daripada bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan, ada cara yang lebih baik untuk kita mengatasi. Umpamanya jangan kita gunakan duit rakyat terbanyak untuk membayar pampasan. Saya mengalu-alukan tindakan yang kita boleh buat. Cuma pada saya kalau tiba satu-satu waktu untuk kadar tol dikaji, naikkanlah hanya kepada kenderaan perdagangan kerana mereka akhirnya mendapat keuntungan, akhirnya mereka memendekkan jangka masa, biarlah rakyat persendirian yang menggunakan kemudahan lebuh raya membayar tol dalam keadaan yang minima, mungkin ada pihak yang akan terus menyatakan bahawa kalau kenderaan perdagangan dinaikkan harga tol hanya kerana perjanjian, harga barang naik. Pada saya itu bukan soal kerana mereka ada pilihan menggunakan jalan lama, yang mungkin meningkatkan kos. Ini kemudahan yang diberikan oleh kerajaan sudah ada pembiayaan. Jadi kalau dia hendak guna kenderaan ini pula besar-besar, lebuh raya kita pula rosak kerana kenderaan perdagangan yang besar-besar, maka sudah layak mereka membayar lebih daripada kereta persendirian, tetapi atas alasan bahawa barang akan naik kalau tol dinaikkan, saya rasa dia boleh jalan selepas pukul 12 sebab kerajaan kata lepas pukul 12, 50 peratus. Jadi kalau boleh naikkanlah macam biasa dia rasa barang tidak boleh jadi mahal, jalanlah sebelah malam. Jadi ini adalah perkara yang berhemah yang boleh kita buat daripada kita membawa rakyat ke tepi-tepi jalan untuk membantah satu perkara yang termaktub dalam undang-undang. Kalau tidak betul perjanjian yang dibuat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, maka kita kaji tetapi bukan dengan cara kita berdemonstrasi. Akan tetapi saya rasa di Dewan ini tahu, Yang Berhormat Kinabatangan tadi bukan marah, itu cara dia cakap sebab dia memang begitu, jangan ambil hati. Jangan ada yang bangun suruh tarik pula kata-kata yang digunakan sebab dia memang macam itu, saya kenal dia tetapi hati dia baik. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Muar. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kita tidak patut membudayakan demonstrasi. Dulu dikatakan pihak pembangkanglah yang selalunya disalahkan mengenai demonstrasi. Akan tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa kenapa rakyat keluar berdemonstrasi? Akhir-akhir ini kita lihat, orang UMNO sendiri, Pemuda UMNO sendiri keluar berdemonstrasi... [Tepuk] Adakah Yang Berhormat sebagai..., insya-Allah menjadi pemegang teraju Timbalan Ketua Pemuda UMNO, sekarang mengatakan kepada Pemuda UMNO jangan keluar berdemonstrasi. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima oleh Kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya kata bawa ke tepi jalan, saya hendak beritahu ya, 19hb, jemputlah kita ada buat satu majlis perhimpunan menjunjung setia, kita buat dalam bangunan. Kita buat di PWTC, rumah UMNO. Kenapa kita tidak buat di tepi jalan? Sebab kalau nak pecah pun, pecah bangunan sendiri. Ini masalah bila bawa tepi jalan, bukan hak sendiri, dia pecahkan semua. Jadi kalau kita pecahkan barang orang, ini yang tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua.
Membuat bantahan, ada banyak cara. Sekejap Yang Berhormat, saya akan bagi. Dulu kalau kita tidak puas hati, kita berdebat, kita boleh tulis surat, kita boleh hantar memorandum, kita boleh hantar referendum, kita boleh hantar macam-macam perkara untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Kita boleh buat satu bantahan di stadium, duduklah dalam satu tempat itu, menyatakan bantahan, itu boleh. Akan tetapi kalau bawa tepi jalan, bawa sampai merosakkan urusan orang lain, yang ini yang saya maksudkan. Tidak ada masalah kerana untuk buat perkara ini, kita ada peraturan mintalah permit, tidak dapat permit, tangkaplah. Tidak kiralah UMNO kah tidak. Sebab pada saya yang ada depan mata kita ini peraturan. Sebab itu kalau dibakar perasaan manusia ini, daripada sabar boleh jadi marah. Yang saya maksudkan tadi jangan bawa ke tepi jalan kerana kita ada peraturan dan undang-undang.
[Bangun]
46 LAMPIRAN
Yang Berhormat Beruas dulu.
Ya, Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya apa yang dinyatakan tadi berkenaan dengan pemuda UMNO tidak benar langsung. Mereka ini berdemonstrasi di kawasan orang awam di negeri Perak berbas-bas, tetapi pemuda- pemudi orang Melayu di negeri Perak tidak sokong Rembau, Rembau bawa ramai-ramai dari luar buat kacau di negeri Perak di padang Ipoh di tempat awam, begitu juga di Pulau Pinang, membawa orang ramai, kita kata berdemonstrasi pergi ke rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor. Adakah Yang Berhormat Muar bersetuju dengan tindakan Yang Berhormat Rembau itu?
Yang Berhormat ...
Sekali boleh?
Sekejap, ini menarik untuk saya jawab, takut nanti saya lupa, tak apalah biarlah sama-sama kena. Yang Berhormat punya pertanyaan ini saya teringat satu kenyataan yang dibuat oleh seorang Menteri Besar, bila ditanya tentang perlakuan seorang Exco. Dia kata, “Bagi bukti apa nak takut, orang lain pun buat”. Ini kenyataan yang tidak bagus Yang Berhormat, jangan kerana kita buat kita kata orang lain buat. Orang tanya apa tindakan yang hendak diambil kepada seorang Exco yang kononnya begini-begini dia kata, “Apa bagi bukti kalau tidak orang lain pun buat UMNO lagi ramai yang buat”. Ini pendirian yang bagaimana? Hanya kerana saya menyatakan tentang demonstrasi Yang Berhormat menyatakan UMNO buat dan sebagainya. Pada saya Yang Berhormat...
Itu betul tetapi Pakatan Rakyat yang hendak...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Sekejaplah, tadi Yang Berhormat cakap saya tidak bangun tanya saya biar saja Yang Berhormat bercakap. Sebab Yang Berhormat kata bawa orang luar Yang Berhormat, kalau saya ada cermin saya tutup dan tunjuk begini. Banyak juga demonstrasi Yang Berhormat orang luar juga, jadi sendiri buat, sendiri pandai- pandailah simpan tetapi pada saya, yang saya cakap dari awal perbahasaan ini kita cakap perkara yang menjadi hakikat. Kalau tidak betul tidak betul, jangan kerana hendak melindungi perkara yang kita buat tidak betul kita kata orang lain tidak betul. Itu bukan tindakan pemimpin yang bertanggungjawab.
[Bangun]
Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya setuju kalau apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Muar tadi, maknanya kalau hendak berdemonstrasi menggunakan dewan dan sebagainya, bangunan tertutup ataupun bangunan sendiri, tidak ada masalah. Akan tetapi ada perbezaan di sini, kalau UMNO berdemonstrasi dalam dewan PWTC satu dunia dapat tahu sebab TV akan memancarkan demonstrasi itu. Akan tetapi kita kalau duduk dalam dewan, tidak siapa yang akan tahu mesej yang kita hendak sampaikan kepada masyarakat. Malah sekarang, Ketua Polis Negara mengatakan tidak boleh buat ceramah politik, kita tidak akan beri permit. UMNO setiap hari, BN dalam TV, dalam media, dalam paper, bantai ceramah politik macam-macam, kita nak berceramah politik tidak boleh, media tidak ada, Ketua Polis Negara di mana dia nak bagi kita venue, laluan untuk menyampaikan mesej kita kepada rakyat. Inikah dia? Kalau betul UMNO betul-betul kuat, hebat, mari kita bertempur sama-sama dalam medan, padang yang sama... [Tepuk]
Yang Berhormat, saya kalau menyatakan sesuatu perkara, saya tidak meletakkan publisiti sebagai perkara utama. Cuma kadang- kadang mereka yang bertugas, kita kena beri pengiktirafan.
LAMPIRAN 47 Orang yang bertugas di media massa, di TV, di surat khabar, mereka hendak cari bahan berita, suka hati dialah, dia nak tonjolkan yang mana sebab Yang Berhormat pun ada juga laman-laman web yang menonjolkan cerita Yang Berhormat. Yang ini bukan tugas kerajaan untuk menentukan cerita mana keluar. Dia hendak pergi buat liputan terhadap perhimpunan Pemuda, nak buat macam mana, Pemuda UMNO. Akan tetapi pada saya yang lebih penting perkara yang nak kita sampaikan, bukan publisitinya. Kalau saya dengar Yang Berhormat cakap tadi, Yang Berhormat buat demonstrasi atau menganjurkan satu-satu perkara untuk publisiti. Bila ada publisiti maka rakyat akan diajak bersama, yang ini yang tidak baik. Sebab itu bila saya dengar orang kata dalang, ada dalang di sebaliknya, ada yang marah.
Akan tetapi bila ada Yang Berhormat Kinabatangan sebut anasir pun ada Yang Berhormat marah sebab kita bukan nak ajak orang sama-sama pergi menyerang sesuatu orang, kita nak beritahu tentang sokongan. Kita nak beritahu perkara yang buat dan Yang Berhormat percayalah cakap saya, saya tak tahulah Yang Berhormat macam mana. Di belah sini Yang Berhormat, ada banyak benda yang kita buat tak ada publisiti pun tetapi yang penting hasil kepada perkara yang kita nak buat itu memberi manfaat kepada rakyat dan dilaksanakan. Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju Yang Berhormat Muar mencadangkan supaya diadakan juga demonstrasi oleh Pemuda UMNO. Barangkali dia orang ini hendak belajar untuk demonstrasi kah macam mana, tak tahulah. Cuma begini, saya dalam perkara yang ringkas kalau boleh kita berkongsi, kalau nak buat demonstrasi pun kalau boleh jangan melibatkan pelajar- pelajarlah. Di tempat saya di Kuantan, di Indera Mahkota baru-baru ini dengan terang dan jelas bas sekolah digunakan untuk angkut pelajar-pelajar untuk berkumpul di depan balai polis. Bukan sekolah biasa, ini sekolah berasrama. Kalau nak guna pun tak apa tapi parking lah jauh sikit, 1km kah, biar budak-budak jalan sikit supaya orang tak nampak. Orang yang lalu lalang tepi jalan raya itu depan balai polis tengok dengan jelas budak- budak ini beratur turun bas membawa bendera UMNO berkumpul depan itu, kemudian naikkan sepanduk untuk menyatakan rasa tak puas hati dan sebagainya. Ada sesetengahnya di guide, diberi tunjuk ajar cara macam mana nak berdemonstrasi. Angkat tangan macam mana, nak berjalan macam mana, nak panjat pokok macam mana. Jadi saya rasa yang pertama, bolehlah nak buat demonstrasi menunjukkan sokongan itu tak apa tetapi mintak tolonglah jangan kita rosakkan pemikiran adik-adik kita yang masih lagi di bangku sekolah dan kalau boleh hendak buat juga, parking lah bas itu jauh sikit supaya public yang ramai tak tengok dan benda ini tak memalukan. Yang penting, yang paling ramai sekali, majoriti yang hadir itu anak-anak Melayu, budak sekolah kita yang berbangsa Melayu dan digunakan untuk berkumpul di situ dan diberi secara terang-terangan hadiah sedikit sebanyak botol minuman kah, diberi kuih dan sebagainya. Ada sesetengah itu berkongsi untuk beri sampul-sampul surat di depan orang ramai dan riuh rendah bertempik kerana ada yang tak dapat dan sebagainya. Kalau boleh yang memalukan ini kita berhentikanlah segera. Terima kasih Yang Berhormat.
Seronok saya kalau kita boleh bersepakat. Yang Berhormat balik beritahu dengan pasukan Yang Berhormat. Saya akan beritahu tentang bas...
Saya tak pernah buat di kawasan saya.
Tahu, tahu. Pasukan, saya tak kata Yang Berhormat sebab saya pun tak bawa bas itu. Kita sama-sama tak buat tapi ada yang buat Yang Berhormat.
[Bangun]
48 LAMPIRAN
Yang Berhormat Kinabatangan, bagi saya sekejap. Ini seronok saya nak cakap ini. Tentang bas sekolah tak sama dengan pelajar sekolah. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, pilihan raya kecil Kuala Terengganu, saya jaga Gong Tok Nasib. Di hadapan saya budak itu baru darjah tiga, darjah empat. Ini bukan bas sekolah, ini budak sekolah.
Ini budak sekolah Yang Berhormat.
Apa yang diajar? “Mampus UMNO, hidup Islam”. Budak ini bersorak dengan mimik muka...
Saya pergi...
Sekejaplah. Tadi Yang Berhormat cakap saya tak adalah bangun. Sekejaplah, saya nak beritahu. Saya cakap dengan Yang Berhormat, saya akan pastikan bas sekolah itu, bas sekolah yang terlibat dalam program UMNO, kita akan beritahu bas, “Bas, jangan ikut”. Akan tetapi saya nak beritahu Yang Berhormat, pelajar-pelajar sekolah digunakan dalam pilihan raya, bersorak, bertempik dengan air muka yang betul-betul benci dengan satu perkara yang diajar. Kalau Yang Berhormat ada dengan saya, saya ini cuma tak reti hendak ambil gambar hendak masuk dalam website saja sebab saya kasihan ini anak bangsa kita dan di bawah Kementerian Pelajaran kita anjurkan, ambil tindakan kepada mereka yang dibawa. Kita dah ada peraturan siapa boleh layak mengundi. Ini kanak-kanak. Jangan kata bagi sampul, dia pegang duit tunjuk macam itu. Kenapa kita ajar anak-anak kita begitu? Jadi Yang Berhormat, gunakan tanggungjawab kedudukan Yang Berhormat, beritahu dalam perhimpunan Yang Berhormat ya. Nanti saya beritahu tempat sayalah.
Terima kasih. Yang Berhormat, saya ingin mengajak Yang Berhormat menutup bab demonstrasi ini dengan lontaran sedikit...
Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota boleh duduk Yang Berhormat ya.
Apakah Yang Berhormat setuju bahawa demonstrasi ini adalah the last resort ataupun pilihan terakhir untuk menunjukkan sesuatu ketidakpuasan. Sebab, kalau kita ingat rentetan Kerajaan Amerika dengan membunuh, mengebom, menghancur negara-negara luar, seluruh dunia buat demonstrasi. Sehingga hari ini, dasar Kerajaan Amerika tidak juga berubah. Apa George Bush kata? “Biarlah bila lautan manusia berdemonstrasi, namun pendekatan Amerika terhadap negara- negara yang dia anggap paksi kejahatan tidak akan diubah”. Kita lihat Indonesia, contohnya, kejatuhan Suharto diakibatkan keterbukaan dan demonstrasi jalanan. Akhirnya, mereka mewarisi satu kerajaan yang pada hari ini mereka peroleh kejayaan tetapi mereka runtuh dari segala-galanya. Thailand pun begitu. Ekonomi Indonesia runtuh, segala pengusaha-pengusaha bank dia dikuasai oleh negara-negara luar. Kita hari ini masih boleh berdiri teguh, bermegah dengan kurnia daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mengizinkan demonstrasi di negara kita sebab kita berbagai-bagai bangsa, suku kaum dan agama dan ada yang mengambil kesempatan memainkan isu-isu perkauman. Sebab itu saya melihat bahawa demonstrasi ini pilihan yang terakhir dan setujukah Yang Berhormat bahawa banyak cara kita gunakan untuk menyelesaikan persoalan yang kita hadapi termasuk pilihan raya. Kita ada pilihan raya. Ada kalah, ada menang. Ada negeri dimenangi pembangkang, ada kita menang, ada dia sudah menang kita ambil balik, ini pun cara politik yang sihat. Kadang-kadang kawan tanya, dia kata BN rampas kuasa di Perak. Saya kata tidak. Kita lihat senario dulu, kadang-kadang di kampung orang berkumpul, saya tengok main apa ini? Dia kata ini main dam haji, dam kampung. Saya bilang kenapa tidak main chess, main catur? Kita tidak main catur, kita main dam. Kita bagi makan satu tapi kita makan empat balik. Dia lompat satu dua, kiri kanan dia makan. Itu dam kampung. Jadi inilah strategi politik dan saya rasa kita bermain dalam gelanggang yang sama. Terserah kepada kita bagaimana mencatur dam haji kita tersebut. Minta pandangan Yang Berhormat.
LAMPIRAN 49
Pengakuan yang jujur.
Falsafah, falsafah. Bagus, saya setuju. Saya tadi baru nak sebut demonstrasi jalan terakhir itu bukan maknanya saya suka. Saya tak setuju sebab tadi Yang Berhormat Kinabatangan telah menyatakan kita ada pilihan raya. Yang saya sebutkan demonstrasi sebab bila dia menjadikan masalah kepada orang lain. Kita boleh ada rapat umum, semasa menuntut, menentang Malayan Union pun ada rapat umum.
[Bangun]
Akan tetapi tidaklah kita sampai menyusahkan orang lain. Sebab itu pada saya, menyatakan bantahan bermula daripada surat hinggalah kepada referendum. Mungkin kita mengadakan rapat umum untuk memberikan kita hak bersuara, menyatakan pendirian, kemudian kita hantar memorandum. Yang ini tidak ada masalah. Sebab itu pada saya kalau kita nak berterus-terusan bercerita tentang ini, tepuk dada tanya selera sebab kesannya saya rasa kita setuju tidak baik.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Pakat-pakatlah. Ada tiga orang bangun.
Ya, Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas awal bangun.
Kuala Krai dulu.
Yang Berhormat Beruas bangun dahulu Yang Berhormat ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak tanya Yang Berhormat Muar, adakah beliau setuju dengan rampasan kuasa Barisan Nasional di negeri Perak baru-baru ini. Adakah ini cara dan juga tahu kah Yang Berhormat Muar bahawa terdapat rasuah dan ganjaran yang telah diberikan dalam rampasan kuasa ini menidakkan hak rakyat untuk memilih wakil sendiri ataupun kerajaan pilihan rakyat. Kalau Barisan Nasional kata mereka pilihan rakyat, kenapa takut nak bubarkan balik Dewan untuk mereka... [Tepuk] Memilih wakil rakyat dan kerajaan yang rakyat pilih itu.
Ini bukan soal rampas. Saya bawa balik sikit, Yang Berhormat beritahu saya kenapa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dulu bubarkan dan letak jawatan? Sebelum jumpa Tuanku, Berhormat Yang Berhormat Menteri Besar buat kenyataan meletak jawatan dan membubarkan DUN. Keluar dalam surat khabar.
Tidak ada, itu tidak betul langsung tidak betul.
Ini mengelirukan Dewan, mengelirukan Dewan, nombor berapa ya?
Minta jalan Yang Berhormat.
Nombor 56(6), 36(6), 36(12) mengelirukan Dewan? Mana ada Menteri Besar Perak letak jawatan, mimpi kah dia? Menteri Besar Perak minta dibubarkan Dewan, dia tidak letak jawatan. Tarik balik.
Okey, menggunakan kedudukan dia ketika itu menghadap untuk meminta bubar, okey? Jadi maknanya, kita tidak rampas, tidak ada orang rampas.
[Menyampuk]
50 LAMPIRAN
Nantilah Yang Berhormat, hendak berbual dekat luar, kejap, kejap.
Aku ingat sudah hafal, tidak hafal lagi?... [Ketawa] Mengelirukan Dewan juga sekali lagi. Bila diminta untuk bubar Dewan sebabnya adalah kerana keadaan di dalam Dewan 28 Pakatan Rakyat, 28 Barisan Nasional. Tiga lagi ADUN, Speaker sudah isytihar sudah letak jawatan, kerusinya sudah dikosongkan. Maka dalam keadaan yang seperti itu satu kerajaan yang bersifat demokratik akan bawa kepada sultan minta dibubarkan kerana hendak kembalikan balik kepada rakyat.
Cukuplah Yang Berhormat.
Tidak, hendak beri dia faham, terima kasih.
Okey terima kasih, saya faham. Selepas itu, dia bagi kepada Tuanku, masa bila pula Barisan Nasional rampas ini? Tuanku yang buat keputusan, sebab itu kita kata Yang Berhormat pun sudah ada banyak fail difailkan di mahkamah. Jadi kita tunggulah keputusan itu. Sebab itu saya kata, saya hanya hendak menjawab tentang rampas. Akan tetapi Yang Berhormat nanti cakaplah andaian, ada pintu belakang, gunakan Tuanku, tidak apalah yang itu. Itu andaian, itu biasa. Akan tetapi atas kertas minta untuk dibubarkan 28, 28(3), itu semua orang tahu akhirnya Tuanku buat keputusan di bawah peraturan yang ada. Yang Berhormat pun sudah cerita panjang tadi, siapa yang ada hak untuk dari segi keterangan,tafsiran.
Sudah jelas Yang Berhormat.
Perkara 36(12) sekali lagi.
Perkara 36(12) mengelirukan Dewan.
Kerana tidak serah kepada Sultan. Dia bukan dia kata, saya ambil Dewan ini, sekarang ini saya serah kepada Sultan, Sultan buat keputusan hendak buat macam mana, tidak. Itu bukan caranya. Apa yang dilakukan ialah meminta supaya Sultan bubar. Kalau Sultan tidak hendak bubar, tidak bererti bahawa sekarang ini Dewan itu dalam tangan Sultan untuk buat ikut suka dia. So kenyataan itu tidak tepat.
Cukuplah Yang Berhormat.
Dia kena faham dia punya undang-undang ini dalam Perlembagaan ini.
Yang Berhormat, kita ini berada di dalam Dewan Rakyat ya? Akta Tubuh Perak nanti kita mintalah mereka yang berwajib untuk kemukakan. Akan tetapi kalau kita tunjuk, kita tengok. Sebab itu tadi, saya sudah ditegur perkara yang dibangkitkan di mahkamah jangan kita sebut lagi.
Penjelasan.
Mungkin Yang Berhormat Beruas tidak ada tetapi pada saya, sekejap ya Yang Berhormat Batu Pahat. Kalau kita tengok di Parlimen ini, dia tulis situ, jika Perdana Menteri, saya cakap sebab kita ini di Dewan Rakyat sebab kita pun ada situasi yang lebih kurang sama. Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
[Bangun]
Sekejap, sekejap, sekejaplah, duduk lah sekejap. Saya hendak bagi pengajaran ini. Perkara 42, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara pada melaksanakan fungsi yang berikut iaitu:
LAMPIRAN 51 (a) melantik seorang Perdana Menteri; dan (b) tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan Parlimen. Ini di Dewan Rakyat, maknanya ada budi bicara. Tidak apalah duduklah dulu. Yang Berhormat Batu Pahat pun saya tidak bagi lagi Yang Berhormat Shah Alam hendak minta buat apa duduklah sekejap. Yang Berhormat sudah cakap tadi. Jadi maknanya...
[Menyampuk]
Tahu, sebab itu saya kata kita biarlah mereka yang berwajib untuk cerita tentang Perak tambahan pula kita sudah ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua bawah peraturan mesyuarat, perkara yang dibangkitkan di mahkamah di bawah perkara 38 tidak boleh kita perbahaskan. Jadi macam mana saya hendak panjang, jadi saya sebut benda yang tidak ada kena mengena dengan mahkamah. Maknanya, nanti dekat luar kita jelaslah. Itu kalau saya bagilah, ya Yang Berhormat sabar, bawa bertenang. Sebab itu kita bila cakap itu kita rasa kita sahaja betul. Jadi bila saya sebut yang ini Yang Berhormat hendak pertahankan, biarlah mahkamah yang tentukan. Cuma saya tidak boleh terima apabila kita mempersendakan Ke Bawah Duli Tuanku yang membuat Titah. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Itu yang berbangkit tadi iaitu sekarang ini siapa yang mengelirukan siapa. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi jelas sebenarnya satu penghinaan kepada Sultan Perak sebab yang jelas di sini Sultan Perak menggunakan kuasa 16(2), 16(6) dan yang terakhir sekali yang ada adalah 16(4). Itulah yang sama tentang budi bicara tadi, iaitu budi bicara Tuanku tidak perlu mengadakan membubarkan Dewan sebab dia sudah mendapatkan keyakinan tiga orang yang bebas ini jumpa sendiri cakap kepada Sultan Perak bahawa mereka akan menyokong BN dan di atas keyakinan itulah dia kata tidak perlu bubar dan Nizar kena meletak jawatan. Cuma dia sekarang ini tidak mahu mengikut arahan.
[Bangun]
Yang Berhormat tidak boleh bangun lagi yang berhormat. Hendak balik dengan Muar baru boleh bangun.
Jadi sebab itulah apa yang penting di sini tidak timbul soal merampas kuasa. Sebab itulah jangan bila terkena kepada diri kita, kita tidak hendak terima kenyataan, tetapi kita sendiri hendak buat sampai minta orang tandatangan borang, surat dan sebagainya bawa kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menyatakan bahawa Perdana Menteri ini sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti. Jadi apa sebenarnya?. Sebab itu saya mengatakan bahawa dalam persoalan ini yang penting ialah kita menerima konsep iaitu demokrasi berparlimen dan kerajaan berperlembagaan ini. Jangan sesuka hati kita sebab itu saya tadi hairan, tengok Yang Berhormat Indera Mahkota tentang pelajar sekolah. Yang jelas di Kuala Terengganu, depan mata saya budak-budak sekolah bawa kalendar Yang Berhormat Kuala Terengganu ini bagi kepada saya. Ini budak sekolah, jadi apa bezanya?
[Bangun]
Yang Berhormat Indera Mahkota tidak boleh bangun Yang Berhormat, dia sedang mencelah.
Jadi sebab itulah saya mengatakan bahawa dalam persamaan ini kita menerima kenyataan inilah perlembagaan yang kita dokong. Jangan pada kita tidak sedap, bila kena kepada kita, kita kata bahawa ini soal privacy. Ini soal, privacy kita. Akan tetapi yang penting ialah bermoral atau tidak bermoral privacy kita itu. Kalau tidak bermoral walaupun privacy terima kenyataan, letak jawatan, biar ada pilihan raya.
[Bangun]
52 LAMPIRAN
[Bangun]
Yang Berhormat Muar. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tidak apalah Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil baik pandangan sahabat-sahabat, yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi Batu Pahat pun baik.
Yang Berhormat Muar, beri saya peluang. Tadi hendak beri pengajaran, saya hendak beri penjelasan.
Tidak apalah Yang Berhormat tadi sudah tidak terkeliru sudah. Yang Berhormat pegang. Yang Berhormat kena pegang percaya apa Yang Berhormat percaya. Jangan berubah-ubah.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Beri laluan kalau berani.
Sebab saya ingat lagi, dulu masa hendak ambil 16 September Yang Berhormat beria-ia kata boleh.
Beri laluan.
Akan tetapi apabila berlaku di Perak sudah tidak boleh pula. Saya tidak bagi, tidak apa sebab saya hendak Yang Berhormat jangan ubah ya pendirian itu.
Maknanya dia tidak berani.
Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Ini bukan soal berani ini soal peraturan.
Maknanya dia tahulah itu.
Yang Berhormat seorang sahajalah berani dalam Malaysia ini Yang Berhormat saya rasa.
Hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota Yang Berhormat?
Sikit.
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya nak respons kepada Yang Berhormat Batu Pahat tadi. Saya katakan bukan saya tidak menyokong hendak diadakan demonstrasi. Baik yang diadakan di mana-mana sekali pun di Kuala Terengganu, di Kuantan dan sebagainya, cuma saya tegaskan semula kalau boleh elakkan daripada menggunakan budak-budak sekolah. Ini demonstrasi bukan hendak nyatakan sokongan kepada parti mana-mana, berdemonstrasi. Saya sedih kerana budak- budak demonstrasi pada hari itu untuk makluman Yang Berhormat, telah kena tindakan disiplin kerana mereka ponteng waktu sekolah ponteng mata pelajaran dan mereka ini diangkut dengan bas, bas sekolah. Kalau hendak buat pun saya tidak ada masalah, buatlah kerana ini hendak menyatakan sokongan kepada Tuanku dan sebagainya tetapi masalahnya budak-budak ini dibawa dengan bas sekolah sendiri. Saya katakan semula tadi kalau boleh bas ini biarlah parking jauh sedikit kerana kita tidak hendak nampak sangat kepada public bus itu, kemudian beratur naik bas balik ke sekolah, itu sahaja. Saya bukan kata tidak boleh buat ataupun hendak bandingkan dengan Kuala Terengganu dan sebagainya. Itu hak kalau benar mereka ini beria-ia ataupun secara sukarela hendak menyatakan sokongan, tidak apa.
LAMPIRAN 53 Akan tetapi penganjur itu yang diwakili oleh pemuda UMNO bahagian dan negeri kalau boleh timbanglah juga janganlah rosakkan imej mereka kerana terutama apabila mereka kena tindakan disiplin. Saya yakin Yang Berhormat Muar yang bakal hendak gantikan sebagai naib, kalau boleh ambil beratlah perkara ini. Elakkan daripada menggunakan kanak-kanak sekolah kita. Terima kasih.
Saya hendak tambah sedikit, hendak celah sedikit. Macam mana pandangan kalau anjuran yang mengayuh basikal itu berkumpul di Parlimen, berpanas itu, adakah itu merupakan yang terbaik kah? Macam mana Yang Berhormat Batu Pahat?
Saya minta maaf Yang Berhormat. Apa juga alasan, benda itu saya tidak akan benarkan sebab tidak boleh kita guna anak-anak kecil kita untuk buat apa juga perkara atas kepentingan kita, apa juga alasan. Sebab saya minta kerajaan jagalah, janganlah bawa pelajar sekolah untuk sokong Barisan Nasional sekalipun. Biarlah mereka belajar supaya pemikiran mereka tidak digunakan. Saya harap perkara ini kita ambil serius kerana generasi ini akan membesar dalam negara kita dalam suasana yang tidak baik. Apa juga alasan, kita tidak boleh biarkan anak sekolah mempunyai sifat berparti sehingga belum sampai masanya kerana jiwa yang begitu rapuh mudah sekali dirosakkan. Pada saya untuk kita menjadi manusia yang baik kita kena ada keikhlasan, amanah dan jujur. Akan tetapi amanah, ikhlas dan jujur tidak memadai Yang Berhormat kalau kita tidak ada pengalaman sebab kita akan ditipu dan dimainkan orang. Akan tetapi apabila kita ada pengalaman jangan sekali-kali kita buang ikhlas, jujur, dan amanah kerana kalau tidak kita yang akan tipu orang. Sebab itu perkara ini perlu diimbangi dan jangan sekali-kali kita benarkan ia berlaku dalam negara kita. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas topik tadi. Saya nampak ada kesepakatan. Alhamdulillah, akhirnya di Dewan Rakyat ini kita bersetuju di atas satu perkara dan yang penting balik jangan buat. Sebab kalau balik buat juga saya tidak tahu apa hendak kata sudah sebab ini Dewan tertinggi dan persetujuan telah kita capai. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Muar. Saya rasa kita belum dapat kesepakatan lagi kalau mengenai isu demonstrasi, kita belum sepakat lagi. Saya rasa, demonstrasi ini boleh dijadikan halal kalau polis beri permit. Apa yang menjadi masalah ialah demonstrasi yang haram kerana tidak ada permit. Kita pernah ada dua demonstrasi. Satu dianjurkan oleh Pemuda UMNO, satu lagi dianjurkan oleh PAS, NGO dan PKR dalam isu membantah tindakan Amerika Syarikat ketika Condoleezza Rice datang ke Kuala Lumpur. Pemuda UMNO diberikan permit untuk demonstrasi. Maka, berdemonstrasilah mereka dalam keadaan aman. Manakala, yang dibuat oleh pembangkang dan NGO tidak memohon permit tetapi dipanggil penganjur untuk datang ke balai polis untuk mengambil permit yang tidak dipohon. Jadi, kita pergi jugalah untuk menghormati. Jadi, demonstrasi itu berjalan dengan aman. Aman tidaknya demonstrasi ini bergantung kepada ianya halal atau haram.Apabila dikatakan haram, maka akan datanglah sana pasukan polis dengan kawalan yang cukup keras sehingga menimbulkan kacau bilau. Akan tetapi, demonstrasi yang dibuat oleh pembangkang dalam isu Amerika Syarikat ini bergerak daripada Masjid Kampung Baru tiba di kedutaan Amerika Syarikat dengan hujungnya belum habis lagi di Kampung Baru. Punya panjangnya maksudnya saya itu. Tidak jadi apa-apa isu, tidak jadi kecoh. Jadi, kalaulah dalam menangani isu tol misalnya, isu kenaikan harga minyak diberikan kebenaran untuk mengadakan demonstrasi, saya yakin mesej yang kita hendak sampaikan itu akan sampai dalam keadaan yang aman. Jadi, janganlah kita katakan demonstrasi ini bukan budaya kita sehingga meletakkan orang yang berdemonstrasi dalam keadaan yang sangat tertekan, berasa terhina, ditakut-takutkan. Yang membezakan ianya oleh atau pun tidak, ianya sekeping surat daripada polis. Jadi, kalau boleh biarkan dan jangan under estimate, the effect of demonstration dengan izin. Ini kerana dengan demonstrasilah kita nampak ada layanan terhadap isu tol. Dengan demonstrasi inilah mesti diakui harga minyak dapat diturunkan. Macam mana pandangan Yang Berhormat?
54 LAMPIRAN
Saya menyebut tentang kesan kepada demonstrasi yang boleh menjejaskan orang lain. Benda yang baik bagus sebab itu saya cakap tadi kita ada cara surat, memorandum, referendum dan sebagainya. Kalau kita hendak cadang betul-betul hendak buat. Saya yang hendak cadang kepada kerajaan, saya harap ini boleh tutuplah. Mungkin cadangan ini diterima atau tidak tetapi kita tidak perlu panjang-panjangkan cerita fasal demonstrasi kerana yang penting kita tahu apa tanggungjawab kita. Minta kerajaan buat satu tempat, buat tembok tinggi-tinggi, ada pentas dengan pembesar suara, di belakang itu ada dewan menunggu untuk menerima memorandum. Semua yang hendak buat demonstrasi pergi situ. Bercakaplah atas apa juga isu supaya ini kaedah yang dapat diterima, pergi ke situ tetapi tidak adalah publisiti, tidak adalah orang yang terjejas. Kalau kita ada memorandum...
I rest my case lah....
Hantar, hendak hantar kepada siapa pun. Wujudkan imuniti ke tempat itu tetapi perkara-perkara yang melanggar tentang hasutan tidak boleh lah kita sebut. Kalau kita hendak membudayakan, mana tahu apabila Malaysia buat ia akan jadi tempat pelancongan. Orang luar datang dia boleh pergi tengok di situ seperti di London. Ada speaker corner, high park orang datang dengar, bercakap tidak berhenti, jadi kita pun dengar Jadi, orang Malaysia pergilah situ, bawalah sepanduk, menjerit dan sebagainya. Habis satu jam, pergi hantar memorandum. Kerajaan pun ambil tindakan kalau dia memadai. Keluarkanlah kenyataan media dan sebagainya. Tidak ada masalah kalau kita hendak menghalalkan perkara tersebut yang saya sebut tadi jangan ganggu orang yang tidak berminat untuk berdemonstrasi kerana dia berniaga di tepi jalan, harta benda rosak. Kerajaan boleh timbangkan kalau hendak sangat perkara itu ada kesan baik, maka sediakan satu tempat khusus. Kalau tidak ada tempat buat di Muar. Nanti ramai-ramai boleh datang Muar. Dari segi hendak datang situ tidak ada masalah sebab yang berdemonstrasi itu dia memang ada keupayaan, bawalah bas dan sebagainya kita turun. Nanti saya suruh orang Muar berniaga dekat luar itu untuk barang-barang makanan dia. Boleh, tidak ada masalah. Cuma saya sebutkan tadi adalah perkara yang memberi kesan tidak baik kepada minda, kepada harta benda kepada masyarakat. Bukan kepada perkara yang dapat kita capai apabila kita lakukan satu-satu perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pukul 3.26. Tadi, saya janji sejam tetapi agak terlewat sedikit. Saya harap saya dapat dibenarkan untuk meneruskan beberapa perkara kerana kalau tidak saya telah melanggar janji saya. Namun, saya mohon agar perkara ini dapat diberikan kelonggaran kerana perkara-perkara ini juga pada saya mustahak untuk saya bangkitkan.
Teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingin menyentuh tentang perkara utama yang disebut oleh ke Bawah Duli Tuanku. Tadi yang saya sebut adalah perkara kedua tentang perkara yang boleh kita kawal dari segi bagaimana kita dapat mewujudkan kerjasama dan perpaduan. Akan tetapi, perkara pertama yang disebut dalam titah kali ini ialah bagaimana krisis kewangan dunia boleh menyebabkan negara kita terbabit secara teruk kalau kita tidak bersedia menghadapinya. Saya hendak sebut tentang penghargaan saya kepada kerajaan dengan segera dapat menerbitkan pakej rangsangan ekonomi yang akan dibentangkan di Dewan ini pada 10 Mac. Tahniah, syabas saya ucapkan dan saya menanti bagaimana pakej rangsangan ini dapat kita bentangkan dan kita cari jalan bagaimana dapat mampu kita bertahan dalam suasana ekonomi yang gawat di peringkat antarabangsa. Cuma, satu perkara yang ingin saya nyatakan berapa cepat pakej rangsangan ini dapat terus turun ke peringkat akar umbi. Itu sangat mustahak kerana kalau kita bentangkan tetapi mengambil masa yang cukup panjang, maka ia tidak dapat memberi kesan yang baik terhadap perkara yang cuba kita laksanakan kerana kalau bulan Jun ekonomi dunia masih lagi teruk, Malaysia tidak dapat tidak akan merasa keperitan. Begitu juga dengan pemahaman.
LAMPIRAN 55
[Bangun]
Yang Berhormat hendak beri jalan? Yang Berhormat Beruas bangun.
Bagi saya habiskan dahulu yang ini. Begitu juga dengan tujuh bilion yang diterbitkan tempoh hari. Ada kata-kata jumlah itu tidak mencukupi dan tidak sampai ke bawah. Ini menjadi kerisauan kalau pakej ini nanti dibentangkan, perkara pertama yang ingin saya sebut adalah bagaimana dapat kita pastikan sejumlah wang yang akan diterbitkan itu benar-benar dapat turun sehingga ke peringkat akar umbi, supaya mereka yang berada di bawah ini tidak merasa keperitan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi global yang kita perlu hadapi, adakah Yang Berhormat Muar bersetuju dengan saya bahawa keadaan politik di negeri Perak di mana Barisan Nasional telah mengambil alih kuasa tanpa tidak mengikut Perlembagaan Kerajaan Negeri Perak dan juga tidak secara berdemokrasi ini telah meruncingkan keadaan hinggakan ramai rakyat terutamanya rakyat Perak tidak dapat menggembleng tenaga untuk menghadapi krisis ini? Adakah Yang Berhormat setuju? Kalau kita setuju untuk bubarkan Dewan negeri Perak supaya isu politik ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat iaitu dalam masa mungkin 20 hari adanya pilihan raya kecil dan tidak seperti yang sedang berlaku di mana kes mahkamah akan berlanjutan dan tindakan dengan izin Committee of Right Privilege..., yang akan mengambil tindakan melalui DUN ini akan berlarutan. Ini akan menyebabkan ekonomi negeri Perak dan negara juga akan tergugat ataupun terancam untuk masa yang lebih lama.
Yang Berhormat, dalam kepala saya ini hendak cakap fasal ekonomi; namun Yang Berhormat masih bawa saya balik kepada suasana di Perak. Saya faham Yang Berhormat hilang kuasa ini sangat memeritkan tetapi saya rasa Yang Berhormat bersabarlah. Benda ini mungkin asam garam. Ini biasa kalau Yang Berhormat masih ada itu buat kerja baik. Saya pun tidak tahu hendak cakap fasal Perak ini. Nanti terlebih cakap orang Perak marah saya pula tetapi pada saya...
Bukan Tuan Yang di-Pertua, maksud saya ini perkara yang telah berlaku terutamanya atas tindakan Timbalan Perdana Menteri telah meruncingkan keadaan di mana kita tidak dapat menggemblengkan tenaga dan rakyat tidak bersatu padu dalam menghadapi economy crisis ini. Sungguhpun kita kata bajet perangsang kah, bajet mini kah yang cuba diwujudkan untuk menangani masalah ekonomi; bagi saya kestabilan politik merupakan perkara yang begitu penting sekali untuk kita mengurangi ataupun mengatasi masalah ekonomi global ini. Maksud saya kita ini tidak boleh cakap atas mana-mana parti, tetapi demi kebaikan rakyat adalah baik kita selesaikan isu ini dengan cara yang terbaik. Sebab itu saya pun memohon kepada kerajaan dan parti- parti Barisan Nasional supaya kita menggunakan jalan yang terbaik demi kebaikan rakyat dan negara.
Yang Berhormat, saya menyerahkan atas kebijaksanaan dan hidayah yang diberikan Ke Bawah Duli Tuanku Perak. Ini kerana saya rasa Ke Bawah Duli Tuanku pun tidak mahu perkara yang buruk berlaku. Jadi pada saya kalau Yang Berhormat kata ada rakyat begitu saya rasa ada rakyat begini. Jadi kita pun tidak tahu berapa ramai yang sokong berapa ramai yang tidak, tetapi atas taufik dan hidayah yang diberikan saya berdoa semoga Tuanku Sultan Perak dapat terus mentadbir negeri Perak sebagai Ketua Negara. Apa juga keputusan yang pada saya mematuhi undang-undang akan kita pertahankan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
[Bangun]
Ini fasal ekonomi Kuala Langat ke fasal Perak ini?
56 LAMPIRAN
Ekonomi.
Ekonomi okey sila. Yang Berhormat memang pakar itu.
Ya terima kasih Yang Berhormat Muar, Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada cadangan untuk rangsangan mini yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini; saya ingin membawa Yang Berhormat Muar sedikit langkah ke depan bagaimana untuk merungkaikan dalam kerangka 2009 ini untuk menepati rangsangan itu terus kepada akar umbi Yang Berhormat bicarakan tadi. Cadangan saya yang nombor satu ialah memungkinkan sekiranya cukai bila mana pekerja itu dibuang, retrenchment, tidak dikenakan cukai atas longgokan pampasan yang diterima. Saya kira itu satu bantuan secara terus ke akar umbi dan merangsang kepada pembiakan ataupun kebaikan untuk faedah pekerja itu sendiri. Yang kedua, saya ingin membawa juga Yang Berhormat tentang ke akar umbi itu sendiri. Bila syarikat-syarikat yang mempunyai permasalahan ini rangsangan yang akan di bentang oleh Kementerian Kewangan pada 10 Mac ini diberikan terus kepada syarikat- syarikat yang bermasalah dan tidak perlu lagi melantik macam ValueCap dan sebagainya. Ini akan membuahkan banyak benda yang jadi persoalan yang memeritkan penerima di akar umbi. Yang ketiga, saya melihat daripada Kementerian Kewangan itu sendiri dan juga bergabung dengan Kementerian Sumber Manusia turun ke padang dan melihat apa yang boleh membantu syarikat-syarikat yang bermasalah ini untuk disuntik rangsangan mini yang akan dibuat oleh Kementerian Kewangan. Saya bicara itu boleh mengatasi masalah kemelut dalam ekonomi yang merudum yang menerus kepada sektor pembuatan dan sektor mobil yang terlibat secara langsung. Ini saya bicara untuk bagaimana kita hendak mengimbang untuk terus memperkasakan dan menyertai kegiatan ekonomi itu sendiri dalam bentuk rangsangan terus kepada akar umbi Yang Berhormat bicarakan tadi. Sekian.
Tahniah. Ini ada makna sedikit. Tuan Yang di-Pertua, 10 Mac bila bentang kita bahas tetapi dalam tempoh Titah Diraja ini saya percaya pandangan dibangkitkan jika baik akan diambil kira. Sebab itu saya kata tadi saya tidak mahu mencadangkan atau mengambil masa yang panjang. Saya hanya ingin menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi itu sangat baik dalam suasana dan kewajarannya untuk dilakukan. Tiga perkara dari segi cukai terus kepada syarikat masalah turun padang, apa masalah di bawah saya rasa perlu dilaksanakan oleh kerajaan sebelum dibawa ke Dewan ini. Apa juga cadangan tentang perkara ini saya rasa inilah pentasnya untuk kita bantu dan saya rasa kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan melebihi daripada saya. Cuma saya minta dia seperti yang dipersetujui oleh Hulu Langat mestilah terus segera sampai ke akar umbi kerana ada pakej tetapi lambat dia tidak dapat menyelesaikan persediaan kita menghadapi kegawatan. Saya ada masa sedikit rasanya ya, saya bagi boleh Tuan Yang di-Pertua?
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Baru saya dapat satu ringkasan berita yang dihantar oleh Star sekejap tadi yang mengatakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri barangkali akan merevise semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara kita yang telah ditetapkan pada 3.5 peratus kepada tahap yang rendah kerana memandangkan pakej-pakej merangsangkan ekonomi telah gagal. Telah gagal, bukan gagal dalam negara kita tetapi kegagalan stimulus pakej di luar negeri. Apa maksud, apa saranan Timbalan Perdana Menteri kerana cakap begitu. Kalau kita berbanding kepada apa yang dinyatakan oleh MIER tempoh hari MIER Executive Director nya telah mengatakan bahawa kalaulah pakej-pakej ekonomi untuk merangsangkan ekonomi tidak dijalankan dengan mantap dan pada tahap yang pertama yang RM7 bilion itu tidak sampai ke akar umbi barangkali kadar pertumbuhan ekonomi kita akan menjadi negatif untuk tahun 2009. Apa pandangan Yang Berhormat Muar? Terima kasih.
LAMPIRAN 57
Nanti saya jumpa saya tanya dia sebab saya pun tahu. Saya tengah berbahas perkara itu diunjurkan, tetapi pada saya sudah tentu ada sebab. Kerisauan untuk mengetahui adalah kerisauan pemimpin, dan kalau ada kesempatan saya sendiri akan minta penjelasan cuma tidak sempat saya hendak jawab sekarang. Namun terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak menyambung...
Satu penjelasan lagi sebab apa yang saya rasa hairan kerana pertumbuhan ekonomi kita akan diturunkan memandangkan kegagalan negara-negara lain merangsangkan ekonomi mereka. Kalaulah ekonomi kita tergantung 100 peratus ataupun secara mutlak terhadap pertumbuhan ekonomi luar negara apa gunanya kita melaksanakan pakej stimulus untuk negara kita kalau kita hanya menunggu usaha-usaha negara lain. Oleh sebab itu, saya minta juga Yang Berhormat Muar bila jumpa Timbalan Perdana Menteri itu, kalaulah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri cakapkan kepada Timbalan Perdana Menteri supaya kita dapat pastikan. Kalau kita baca, ada financial analysis yang mengatakan kalaulah untuk stimulus pakej yang kedua, kalau sekadar RM10 bilion barangkali tidak mencukupi untuk merangsangkan ekonomi untuk negara kita. Jadi itulah unjuran pakar financial analyst dan mereka telah mengutip angka-angka yang mendekati RM40 juta bilion. Itu ialah satu natijah yang dikemukakan oleh pakar ekonomi. Jadi saya harap-harap sangatlah Yang Berhormat Muar dapat membawa saranan ini kepada Timbalan Perdana Menteri kalaulah bertemu. Terima kasih.
Saya rasa apabila sudah disebut pun kira sudah bawa. Saya percaya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mendengar apa yang kita bahaskan ini cuma saya hendak menyentuh sedikit ada recession, ada depression. Kita ini bukan berdagang dalam negara. Dunia tanpa sempadan kesan di tempat lain akan mempengaruhi tempat kita. Jadi adjustment perlu dibuat dan saya percaya yang kita bangkitkan ini satu perkara pokok yang sangat penting untuk diberi penjelasan.
Yang Berhormat Muar sila duduk. Saya mahu bercakap sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping ghairah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja, jangan sama sekali ketepikan peraturan mesyuarat walaupun saya tidak duduk dari tengah hari tadi. Saya perhatikan dari kamar saya, saya perhatikan ada Ahli-ahli Yang Berhormat langsung mengetepikan peraturan mesyuarat dan kadang-kadang menegakkan benang yang basah. Perkara yang saya ingat kan selalu jangan politik di luar bawa ke dalam Dewan kerana masing-masing punya pendapat adalah benar. Pernah saya ketengahkan dahulu dan pernah Yang Berhormat Gombak mengatakan tidak boleh Tuan Yang di-Pertua kerana tidak semua pendapat benar. Kalau tidak saya katakan begitu bermakna hujah Yang Berhormat tidak bisa habis kerana masing-masing menegakkan benang yang basah. Jadi kalau pendapat masing-masing juga mahu didengar saya sebagai Tuan Yang di-Pertua ada pendapat, pendapat saya Peraturan Mesyuarat 35..., saya boleh mengehadkan perbahasan dan ada juga pendapat saya di bawah Peraturan Mesyuarat 37(b) dan Peraturan Mesyuarat 32 iaitu tidak membenarkan pencelahan kalau pencelahan itu merupakan satu perbahasan. Pencelahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil masa kadang-kadang 10 hingga 15 minit seolah-olah berucap, berhujah dan berbahas. Agenda saya Yang Berhormat tidak ada lain. Saya bukan minta popular di konstitusi, saya tidak minta popular daripada Yang Berhormat. Agenda saya ialah tarikh yang ditetapkan berbahas 17 sampai 26 selesai, selepas itu menteri-menteri jawab empat hari selesai, itu agenda saya. Jadi kalau nanti ada Ahli Yang Berhormat yang saya tegur jangan berucap, jangan sakit hati. Sila Yang Berhormat Muar, tadi Yang Berhormat Muar janji satu jam. Saya dengar tadi.
Sedikit lagi.
Okey.
Kalau tidak ada gangguan, saya habis dalam masa 10 minit.
58 LAMPIRAN
Itu pun terpulang kepada Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak benarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 37 boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Ada satu perkara lagi yang ingin saya kaitkan dalam segmen ekonomi ini iaitu apabila dunia dilanda krisis kewangan maka ekonomi negara akan turut terjejas. Petanda awal kurangnya aktiviti perniagaan dan keduanya pengangguran bertambah Disebut oleh Yang Berhormat Jelutong, MIER turut menyasarkan kadar pengangguran 4.5% di mana seramai 200,000 orang pekerja akan kehilangan pekerjaan utama terutamanya di sektor elektrik dan elektronik. 200,000 orang ini sangat tinggi jika dibandingkan dengan krisis 10 tahun dahulu di mana hanya 85,000 orang sahaja yang telah hilang pekerjaan. Jika ini berlaku maka ia merupakan pertambahan sebanyak lebih daripada 100 peratus jumlah mereka yang akan kehilangan pekerjaan. Bezanya pada tahun 1997, ia hanya melibatkan negara-negara Asian tetapi pada kali ini ia melibatkan seluruh dunia malah ada yang menjangkakan kadar pengangguran di negara ini boleh mencecah 6 peratus. Ini menunjukkan bahawa suasana hari ini sangat serius dan menuntut kesatuan serta kerjasama dari semua pihak kerana kalau kita lihat jumlah pekerja dalam negara ini adalah seramai 11 juta orang. Kalau 6 peratus maka ia akan menjadikan jumlah yang akan hilang pekerjaan lebih daripada 600,000 orang. Jadi perkara ini merupakan satu perkara yang sangat serius dan kita berkehendakkan supaya apa juga rangsangan yang hendak kita laksanakan benar-benar menjadi suatu perkara yang dapat mengatasi masalah supaya Malaysia dapat bersaing. Justeru, beberapa langkah boleh saya cadangkan: (i) mungkin kesempatan ini boleh kita ambil untuk kita kurangkan buruh asing secara berperingkat dalam sektor-sektor terpilih yang boleh kita laksanakan; (ii) menarik minat rakyat tempatan terutamanya para graduan untuk tidak terlalu memilih pekerjaan; dan (iii) mungkin kita boleh mencari jalan dari segi sumber manusia boleh melihat bagaimana seseorang pekerja itu dapat mengurangkan jangka masa kerja dari biasa supaya tempat itu dapat kita kongsi dengan mereka yang lain. Maknanya satu masa kerja yang pendek boleh menyebabkan pekerja yang ramai. Ini antara perkara yang pada saya perlu kita laksanakan dan ada satu perkara lagi apabila ekonomi terjejas, satu perkara tidak dapat tidak akan bertambah iaitu kadar jenayah. Selalu berlaku.
Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Muar sahabat saya. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan tindakan kementerian yang memantau isu pemberhentian pekerja ini dan merupakan di antara saranan kerajaan supaya tindakan memberhentikan ini merupakan last result bagi pekerja-pekerja tempatan dan disusuli pula dengan tindakan kementerian melaksanakan program train and place dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini kalau kita lihat apakah impak yang dari segi jangka panjang dan jangka pendek daripada program train and place ini yang boleh sekurang-kurangnya mengurangkan beban yang bakal ditanggung oleh para pekerja hasil daripada keadaan uncertainty yang berlaku pada masa kini.
Saya percaya Ke Bawah Duli Tuanku semasa bertitah dan ini saya serahkan kepada kerajaan untuk mengambil kira cadangan yang dibuat kerana kita diberi maklum tentang wujudnya Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Kerja, garis panduan tentang cara pengurusan pemberhentian dan Jawatankuasa Pemudah Cara Penggajian Pekerja.
LAMPIRAN 59 Perkara-perkara ini, atas dasarnya kita persetujui kerana pengangguran yang terlalu banyak dalam suasana ekonomi yang gawat, kalau tidak ditangani seperti yang dibangkitkan akan menjurus kita kepada suasana jenayah yang keterlaluan. Malahan pada saya, Tuan Yang di-Pertua ia telah pun bermula apabila rakyat tidak mempunyai lagi maka dia akan mengambil hak orang. Jadi, ini perlu dibendung dalam nada yang sama, saya ingin mengalu-alukan tindakan ataupun titah Ke Bawah Duli Tuanku untuk menyediakan satu skim perkhidmatan saraan yang baik kepada SPRM supaya dalam kita menghadapi krisis ketelusan kerja kita, good governance perlulah kita teruskan. Skim yang sedikit berbeza yang diberikan kepada SPRM turut saya ingin cadangkan untuk kita melihat Polis Diraja Malaysia, agar mereka anggota-anggota keselamatan ini dapat juga kita perkasakan supaya mereka ini tidak lagi dijadikan bahan senda gurauan dan hentaman pihak-pihak tertentu. Polis Diraja Malaysia merupakan mereka yang telah banyak berkhidmat dan berbakti dalam mewujudkan keselamatan dalam negara kita dan ini perlu kita pertahankan. Kalau perlu skim khusus kepada mereka diadakan, buatlah kerana kita tidak dapat tidak berterima kasih atas kerja-kerja anggota keselamatan ini dalam menjamin keselamatan dan saya ingin menyentuh sedikit kita kena ajar, beritahu daripada anak-anak kecil tugas polis ini. Sebab itu apabila kerajaan hendak buat muzium di Bukit Kepong, satu tempat di Johor yang mempunyai sejarah perjuangan anggota polis, saya sangat suka, saya sangat gembira tetapi baru-baru ini saya diberitahu Muzium Bukit Kepong ini diberhentikan. Agak malang kerana kita perlu diberitahu bahawa muzium tentang sejarah perjuangan anggota polis terutamanya hendak di bina di Bukit Kepong sangat-sangat penting dan perlu sebagai satu kaedah mendidik dan memberitahu dan saya harap kerajaan boleh meneruskan perkara ini dan tidak dilengahkan. Sila Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Muar sahabat saya. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat berhubung dengan koordinasi di antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri berhubung dengan masalah yang berlaku seolah-olah kemasukan pekerja asing yang kita buat tidak mengambil kira perancangan dan segi dasar keperluan dan guna tenaga negara kerana saya lihat Kementerian Dalam Negeri seolah-olah mengalu-alukan kemasukan ini dengan begitu luar biasa sehinggakan dijadikan sebahagian daripada perniagaan oleh golongan-golongan tertentu dan diberi lesen pula untuk mereka mengendalikan urusan kemasukan buruh asing walaupun pada asasnya kemasukan ini diasaskan kepada 3D iaitu difficult, dirty dan juga dangers kalau ikut garis panduan yang dibuat oleh pihak kementerian. Jadi Kementerian Sumber Manusia tidak tahu apa yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri. Jadi apabila berlaku keadaan macam ini sudah terjadi, kita tidak dapat menampung pekerjaan kita terpaksa hendak hantar balik dan mereka masih ada keperluan visa untuk tinggal di negara kita sudah tentu mereka terpaksa survival dan sudah tentu mereka akan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi. Sebab itu di masa akan datang kita mahu pihak kementerian terutamanya urusan kemasukan pekerja asing ini di bawah satu kementerian sahaja supaya ianya benar-benar jelas dalam menangani masalah keperluan dasar guna tenaga negara. Apa pandangan Yang Berhormat?
Ini mungkin perkara terakhir yang saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua. Selepas ini saya hendak berhenti.
Saya setuju, saya pernah bangkitkan matlamat asal untuk transfer of technology dengan izin, pemberitahuan pembelajaran sudah dilupakan. Akhirnya kita meniaga orang, sebab itu dalam tempoh dan suasana ini, kita kena ambil peluang untuk kita kurangkan 3D ini, merupakan matlamat asal, antara lain seperti yang saya nyatakan tadi dan saya pernah cadangkan di Dewan ini, 3D ini, kita tak perlulah lagi buruh asing luar, dirty, difficult, dangerous.
60 LAMPIRAN Ini sebab saya pernah tengok pelatih pusat serenti, apabila dilatih dalam tempoh dua-tiga tahun, kita ada 75 ribu orang yang sedang dilatih di pusat-pusat serenti, tidak ada masalah untuk mereka laksanakan kerja-kerja yang dirty, difficult, and dangerous, sebab dulu mereka dah buat benda-benda ini. Akan tetapi yang mereka inginkan adalah kehidupan. Jadi kenapa tidak kementerian yang dua ini, saya setuju, kita koordinasikan supaya dapat melihat bagaimana boleh kita kurangkan pengambilan buruh asing bagi sektor-sektor tertentu dan digantikan dengan pelatih pusat serenti. Kita semua tahu, kementerian ada mengumumkan untuk memberi tempat kepada bekas tahanan penjara. Terima kasih, tahniah, saya tak tahu boleh laksanakan atau tidak, tetapi ini saya yakin boleh buat sebab saya dah berjumpa dengan pelatih, badan tegap-tegap belaka, latihan, disiplin dan mereka semua memang menyesal. Cuma bila dia kembali kepada rakyat, rakyat tidak mahu terima dan mereka terpaksa bersaing dengan mereka-mereka yang normal, sudah tentu mereka tercicir. Akan tetapi kalau ada syarikat-syarikat perladangan, pembinaan yang sanggup menerima, apa salah kerajaan memberikan sedikit insentif kepada syarikat-syarikat tersebut, mengambil mereka dalam jumlah yang besar kerana mereka ini rakyat kita, rakyat Malaysia dan mereka juga sedang mencari kehidupan. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya janjikan dan saya yakin rakan-rakan yang lain boleh menyambung usul yang saya bawa dengan memberi saranan dan, oh ada lagi..
Muar sudah mengatakan ada lagi, ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, yang baik hati, yang mulia, pendekar lagi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya di luar, tapi saya tergamit dengan isu yang dibawa berhubung dengan pekerja asing kapan datang tanpa izin ke, saya melihat bahawa rata- rata rakyat sama ada di peringkat kerajaan, ahli politik, orang ramai di kaki lima, berbicara soal pekerja asing ini. Saya juga melihat dan membuat kajian, tidak ada koordinasi dan tidak ada keikhlasan di pihak pelaksana. Apa pun dasar kerajaan yang dibuat baik, tapi pelaksana dia tidak baik maka akhirnya, keputusan dia tidak baik. Contoh dia, mana boleh dalam negara kita ini, kerja restoran pun orang asing, kedai kopi pun orang asing, apa salahnya kerajaan, kementerian menyediakan sektor yang mana perlu kita ada pekerja luar, jangan semua, ini macam outsourcing semua, semua kita kasi orang, nasib baik negara kita tidak kasi orang, kalau boleh kasi, saya bimbang perkara ini. Jadi apakah Yang Berhormat Muar setuju dengan saya bahawa perlu diberhentikan seketika untuk menyemak sejauh mana keperluan pekerja asing ini, di sektor mana yang dibenarkan dan pegawai-pegawai dia juga di monitor, Menteri bertanggungjawab, kena monitor pegawai-pegawai dia, jangan suka-suka, ini bukan negara dia punya sendiri. Ini negara yang perlu kita jaga. Minta pandangan.
Undang-undang ini kita yang luluskan, kalau AP kereta dulu kita boleh beku, dalam suasana sekarang, saya rasa tidak ada masalah untuk kita bekukan dan kita kaji semula pengambilan buruh asing seperti yang dicadangkan, sebab koordinasi di antara agensi-agensi yang terlibat ini sudah memberi kesan yang tidak baik dari segi aspirasi kerajaan peringkat awalnya untuk membawa pengambilan buruh asing di luar, dan saya setuju dan saya masukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik apa yang Ke Bawah Duli Tuanku katakan dalam Titah iaitu, Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang Tubuh yang tertinggi di negara ini, yang telah dipersetujui oleh semua semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tuanku telah mengingatkan supaya kita bersepakat menghormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
LAMPIRAN 61 Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk menyatakan rasa penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk membawa usul menjunjung kasih ini. Saya percaya Dewan mulia ini akan terus menjadi saksi kepada kejayaan Malaysia pada masa-masa akan datang dan kita sematkan keikhlasan, kesungguhan dan keamanahan dalam urusan kita sebagai pemimpin. Saya berdoa semoga kita dalam apa jua perkara yang cuba kita laksanakan akan mendapat keredhaan dari Allah SWT dan saya yakin kalau kita terus jujur, ikhlas dan beramanah, rahmat dan keberkatan itu akan diberikan kepada kita jua, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya Razali Haji Ibrahim, mohon mencadangkan. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Kampar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menyokong usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi kawasan Muar iaitu usul menjunjung kasi Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Dewan Rakyat Pertama Penggal Kedua, Parlimen Keduabelas di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan kepada sidang Parlimen yang baru di Dewan yang mulia ini, untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas sumbangan dan jasa beliau kepada negara sepanjang beliau menerajui Malaysia selama lima tahun, lima bulan. Semua sedia maklum hujung bulan depan, negara kita akan menyaksikan proses peralihan kuasa apabila Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri keenam negara. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama melafazkan kesyukuran kerana sekali lagi proses peralihan kuasa dalam negara akan berlangsung dalam suasana yang tenteram dan terkawal, tidak seperti di negara-negara lain. Proses peralihan kuasa yang tenteram ini, membuktikan kepada dunia, bahawa kepimpinan negara tidak pernah mengabaikan mahupun menidakkan kestabilan politik untuk kepentingan peribadinya. Malah kestabilan politiklah yang menjadi tunjang utama kepada kemakmuran serta kesejahteraan yang di kecapi oleh Malaysia sejak sekian lama, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin menyatakan rasa terhutang budi terhadap kepimpinan Pak Lah, kerana peka kepada suara hati rakyat yang mahu melihat perubahan drastik, bukan sahaja dalam sistem kehakiman negara, bahkan juga gejala rasuah yang tidak berkesudahan serta kebebasan media yang didakwa sesetengah pihak sebagai tidak bebas. Komitmen dan kesungguhan Pak Lah untuk mewujudkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman...
Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua...
Memberikan kebebasan..
Minta penjelasan,
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Bukit Gelugor minta penjelasan.
Saya tak bagi. Saya ingin teruskan ucapan saya... [Ketawa] Memberikan kebebasan kepada civil society untuk menggerakkan serta melonggarkan kawalan ke atas media-media merupakan satu langkah yang cukup berani, mengambil kira suasana politik negara ketika ini, sudah banyak berubah. Usaha meningkat SPRM baru-baru ini dalam menangkap individu-individu yang...
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
62 LAMPIRAN
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Kampar duduk dulu.
Tuan Yang di-Pertua saya minta penjelasan...
Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, Peraturan Mesyuarat 37(1)(b).
Dia sudah duduk. Dia memberi jalan.
Tidak. Saya yang suruh dia duduk Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Bukit Gelugor saya minta kerja sama apabila seseorang Ahli Yang Berhormat yang sedang berhujah itu tidak berhasrat untuk kasi laluan di bawah Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Maka yang ingin penjelasan itu tidaklah boleh berucap. Bukan begitu Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Saya memang tahu itu Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi saya pun ada satu tugas di sini bermakna dia ada, kenapa dia tidak mahu memberi jalan?
Masing-masing kita ada tugas Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tugas saya ialah memastikan bahawa Peraturan Mesyuarat mesti dipatuhi. Peraturan Mesyuarat 43 juga, apabila Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan tidak boleh...
Saya terima semua itu. Kenapa dia takut?
Yang Berhormat Kampar sila teruskan. Sama ada takut atau tidak, teruskan.
Boleh teruskan dengan ketakutan? [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Usaha meningkat SPRM baru-baru ini dalam menangkap individu-individu yang terbabit dalam rasuah tanpa memilih bulu, parti politik dan pangkat amatlah dialu-alukan dan ketegasan SPRM ini harus dijadikan peringatan kepada semua pihak bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan gejala rasuah. Gejala rasuah harus ditentang habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan dalam konteks peralihan kuasa kepimpinan negara ia tidak terkecuali kenaikan Dato’ Sri Haji Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Keenam berlangsung dalam suasana politik negara yang cukup tidak menentu dan antisipasi rakyat yang cukup tinggi. Rakyat ingin melihat sejauh manakah keputusan Pilihan Raya Umum Kedua belas kira-kira satu tahun lalu benar-benar telah menyedarkan BN terhadap keperluan untuk berubah atau masih berada di takuk lama. Perubahan pucuk kepimpinan negara sudah tentu diiringi dengan pelbagai antisipasi dan jangkaan yang tinggi. Bagi Dato’ Sri Haji Mohd. Najib sendiri seluruh rakyat Malaysia kini akan menanti dengan penuh debar apakah dasar- dasar dan perubahan baru yang bakal di ambil beliau. Hakikatnya Barisan Nasional kini tidak mempunyai kebebasan untuk membuat eksperimen terhadap sentimen rakyat. Rakyat sudah pun menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Barisan Nasional menerusi pilihan raya umum yang lalu dan amat mustahak bagi Barisan Nasional untuk membuat perubahan segera itu agar sokongan pengundi tidak terus beralih kepada pembangkang. Apa pun kita percaya dan menaruh keyakinan tinggi apabila mengambil alih pucuk kepimpinan negara nanti, Dato Sri Haji Mohd. Najib dengan dibantu oleh barisan kabinetnya agar menyahut aspirasi rakyat dengan tenang dan matang. Sebagai seorang pemimpin yang telah pun didedahkan dengan politik sejak dari usia muda lagi kepimpinan dan kemampuan Najib untuk memacu Malaysia ke era yang lebih...
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
...Cemerlang mampu menjadi kenyataan.
LAMPIRAN 63
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Yang Berhormat Kampar duduk dulu Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Bukit Gelugor mempunyai point of order.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Point of order? Sila Yang Berhormat.
Peraturan 36(5), seseorang ahli tidak dibenar menyebutkan nama ahli yang lain. Siapa ini Najib Tun Razak? Dia adalah ahli daripada Pekan. Tidak harus boleh nyatakan nama dia dalam Dewan yang mulia ini. Ini dilarang dengan peraturan 36(5). Saya mahu dapat satu ruling daripada Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Memang benar bahawa sewaktu berhujah, nama Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh disebut. Akan tetapi saya dapati bahawa ini sudah menjadi budaya Parlimen Malaysia. Sebentar tadi Yang Berhormat Muar pun menyebut, saya tidak tegur. Akan tetapi atas kehendak Yang Berhormat Bukit Gelugor dan ambil perhatian kepada semua termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor juga. Jangan lagi langgar peraturan mesyuarat terutama sekali Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya tahu, tetapi Yang Berhormat Bukit Gelugor juga selalu langgar peraturan mesyuarat seperti tadi. Di mana 37(1)(b) mengatakan bahawa kecuali Ahli Yang Berhormat yang sedang berhujah membenarkan barulah kita boleh mencelah. Akan tetapi Yang Berhormat Bukit Gelugor insistence juga. Itu melanggarlah ceritanya.
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]
Tidak, bukan perkara..., bertengkar...
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]
Saya sudah buat ruling bahawa tidak boleh sebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat, ruling saya.
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]
Tidak, saya mahu cakap ini bertengkar dengan Tuan Yang di-Pertua pun tidak boleh juga. Perkara 43 ini betul, tidak lain.
Satu ruling.
Sekarang pertengkaran ini sudah saya buat ruling, tidak boleh menyebut Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sokong.
Tidak boleh bertengkar dengan Tuan Yang di-Pertua, menurut Peraturan Mesyuarat 43.
Itu lain, 36(5).
Saya tahu.
Itu...
Maksud saya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh bertengkar dengan Tuan Yang di-Pertua. Ruling saya yang itu tidak boleh menyebut nama Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi saya ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar Yang Berhormat Bukit Gelugor, bahawa mulai daripada sekarang ini tidak boleh sebut nama Ahli- ahli Yang Berhormat.
Okey cukup, cukup. Itu cukup.
64 LAMPIRAN
Jangan perintahkan saya.
Saya sudah dapat ruling.
Jangan perintahkan saya Ahli Yang Berhormat. Jangan perintahkan saya. Ahli Yang Berhormat ini mempunyai attitude bahawa semua pendapat Ahli Yang Berhormat itu adalah seperti daripada Bible atau Quran. Tidak boleh. Itu pendapat Yang Berhormat.
Don’t go beyond your power Tuan Yang di-Pertua. Make the ruling ...
[Menyampuk]
Ahli Yang Berhormat sudahlah Ahli Yang Berhormat. Saya cukup hormat dengan Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor dan hormat kepada saya.
Itu perkara lain ada hormat atau tidak ada hormat.
Itu bukan perkara lain. Itu perkara benar. Apabila peraturan mesyuarat itu kena kepada Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat suka bertengkar.
Salah.
Apabila kena sama orang lain Ahli Yang Berhormat menegakkan benang yang basah.
Sudah cukup tadi.
Belum cukup. Saya belum habis bercakap. Menurut Peraturan 42, apabila Tuan Yang di-Pertua sedang bercakap Ahli Yang Berhormat yang lain diam. Tengok betul kah tidak? Sekarang ini pun masih juga bertengkar.
Tuan Yang di-Pertua...
Sudahlah, 42 mengatakan apabila Tuan Yang di-Pertua bercakap, diam.
Saya...
Diam. Sila Yang Berhormat Kampar teruskan.
Okey. Habis, sudah cukup ruling?
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Peraturan Mesyuarat 35. Apabila hendak bercakap, kalau dijemput oleh Tuan Yang di-Pertua baru boleh berhujah. Saya tidak panggil pun berhujah.
Saya bukan berhujah. Saya membangkitkan perkara mesyuarat...
Bercakap? Sama. Cuba Yang Berhormat baca 35. Baca 35.
Tidak payah itu semua Tuan Yang di- Pertua.
Kalau tahu diamlah.
Peraturan 36(5) sudah cukup. Sudah mendapat ruling.
Sila Yang Berhormat Kampar...
Cukuplah.
Sudahlah.
Baiklah.
LAMPIRAN 65
Tuan Yang di-Pertua...
Baik, baik Tuan Yang di-Pertua. Okey what’s the problem with you?
You have the problem. Bukan saya ada problem.
And then?
Ahli Yang Berhormat punya problem, attitude problem.
Your problem is...
Seolah-olah pendapat Ahli Yang Berhormat muktamad dalam semua aspek. Perlembagaan, perundangan, peraturan mesyuarat.
Your problem, you talk too much.
Sudah.
Your problem is to make a ruling.
Tuan Yang di-Pertua saya cadang ambil tindakan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Ambil tindakan pada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tidak apa Ahli Yang Berhormat Batu Pahat. Sila duduk. Jangan campur. Jangan campur Ahli Yang Berhormat, saya tahu apa yang saya buat. Sila Yang Berhormat Kampar.
Tuan Yang di-Pertua, ketidaktentuan politik negara yang dialami ketika ini tidak memanfaatkan mana-mana pihak, gelagat pemimpin- pemimpin politik yang lebih suka beretorik daripada melaksanakan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya membuatkan rakyat kini semakin rimas. Kunjungi sahajalah ke kedai- kedai kopi, pasar pagi ataupun di jalanan. Sentimen rakyat cukup negatif. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan retorik yang diberikan oleh pemimpin politik dan apa yang mereka mahukan ialah tindakan-tindakan konkrit bukannya janji-janji manis. Justeru, kita melihat arus perubahan politik di Perak menjadi pentas terbaik untuk Barisan Nasional dalam mengubat kembali hati para pengundi dengan komposisi penduduk Perak. Ini agar seimbang antara tiga kaum terbesar negara iaitu kaum Melayu - 49.9 peratus, Cina - 36.2 peratus, India - 11.5 peratus dan lain-lain 0.9 peratus. Barisan Nasional memerlukan satu pendekatan baru atau new approach yang bijak. Seandainya pendekatan baru Barisan Nasional ini mampu...
Penjelasan.
...Menarik hati pengundi di Perak, maka ia akan menjadi...
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Telok Intan minta penjelasan Yang Berhormat.
Tidak bagi. Saya ingin hendak teruskan ucapan saya.
Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Kampar tidak beri laluan.
Kalau begitu fotostat sahajalah!
Yang Berhormat Telok Intan, baru sahaja Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi minta saya buat ruling.
66 LAMPIRAN
Maka ia akan menjadi...
Tuan Yang di-Pertua, dia sentuh tentang...
...Kepada kawasan-kawasan lain.
Yang Berhormat, Perkara 38, tidak boleh bercakap, Yang Berhormat.
He touched on opposition, then we...
Tidak boleh bercakap, Yang Berhormat.
He touched on the opposition, I must speak up also. Otherwise don’t touch the opposition.
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat mengatakan bahawa sebelum dijemput oleh Speaker ataupun sebelum dibenarkan oleh orang yang sedang berucap, tidak dibenarkan. Baru saja Yang Berhormat Bukit Gelugor bertengkar dengan saya berkenaan peraturan mesyuarat iaitu kita terpaksa patuh kepada peraturan mesyuarat. Silakan, Yang Berhormat Kampar.
Keseimbangan dari segi komposisi kaum di Perak menunjukkan BN tidak boleh memandang remeh terhadap sokongan pengundi daripada semua kaum. Pilihanraya Umum Keduabelas menjadi saksi kepada BN bahawa disebabkan kekurangan sokongan kaum Melayu, Cina dan India.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Bukit Gelugor minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Tuan Yang di-Pertua minta Ahli-ahli Yang Berhormat lain jangan mengganggu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor, tadi, Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor secara serius minta saya buat ruling. Saya buat ruling. Sebelum ini saya tidak buat ruling pun mengenai dengan nama disebut kerana saya apply discretion saya, tetapi saya didesak untuk buat ruling dan bersikap strict. Dia tidak mahu beri laluan. Silakan, Yang Berhormat Kampar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pendek kata, the old political game sudah berakhir. Ini sebabnya kita tidak boleh membuat pentakrifan naif bahawa trend sokongan sesuatu kaum terhadap parti politik tidak akan berubah. Pasca Pilihanraya Umum Keduabelas telah menyaksikan pengundi tidak teragak- agak untuk memilih wakil rakyat yang bukan daripada kaum mereka. Sebagai contohnya terdapat segelintir pengundi Cina yang merasa bersedia mengundi calon PAS ataupun pengundi Melayu yang mengundi calon DAP. Realiti sebenar politik Malaysia hari ini sudah berada di hadapan kita dan mahu tidak mahu kenyataan ini perlu dihadapi secara berani dan jujur. Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Cina yang membentuk sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan penduduk Perak memainkan peranan yang cukup penting kepada kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini. Di Perak jugalah terdapat banyak penempatan kampung-kampung baru rata-ratanya didiami oleh masyarakat Cina. Walaupun masyarakat Cina merupakan penduduk minoriti di sini komitmen mereka kepada pembangunan Perak tidak pernah luntur. Hasil-hasil tanaman yang diusahakan di kampung-kampung baru ini menjadi nadi utama kepada bekalan di pasar-pasar seluruh negara. Pembabitan mereka dalam sektor-sektor lain seperti perniagaan, perladangan dan peruncitan juga memberi aspek positif kepada pertumbuhan ekonomi Perak. Masyarakat Cina secara umumnya tidak suka mempamerkan emosi mereka baik ketika mengundi mahupun dalam urusan harian mereka.
LAMPIRAN 67 Justeru aspirasi mereka kepada kerajaan yang memerintah sekarang cukup simple. Apa yang dimahukan oleh mereka lebih tertumpu kepada aspek kesaksamaan terutamanya dari segi ekonomi, kesaksamaan dalam mendapat peluang pekerjaan, biasiswa dan tidak dilayan seperti pendatang. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh segelintir pemimpin yang mendakwa kaum Cina sebagai pendatang amat mengecewakan. Komen sedemikian tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam sebuah negara berbilang kaum yang masing-masing mempunyai sensitivitinya tersendiri. Ke manakah hilangnya semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang pernah ditunjukkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Walaupun ketiga-tiga pemimpin ini datang daripada latar belakang pendidikan agama dan bangsa yang berbeza, namun ia tidak sekalipun menghalang mereka untuk berkawan dan berkorban untuk satu perjuangan yang murni. Kepada mereka yang gagal memahami kuasa sebenar di sebalik “Satu Rakyat, Satu Undi” bersedialah untuk ditolak pada pilihan raya umum akan datang. Para pemimpin politik negara perlu diingatkan untuk tidak memandang remeh terhadap kuasa undi rakyat. Tanpa penglibatan rakyat dalam proses pilihan raya, maka tidak akan terpilihlah seorang pemimpin untuk mengetuai sesebuah organisasi atau pertubuhan. Rakyat memilih seseorang pemimpin kerana merasakan pemimpin berkenaan mampu membawa perubahan dan menjana suasana yang lebih baik kepada kebajikan rakyat. Justeru apabila hal tersebut telah diperkosa dengan sewenang-wenang, maka tidak hairan jika satu hari nanti rakyat memutuskan untuk enggan mengundi. Keengganan untuk keluar mengundi sesungguhnya bukannya perkembangan sihat kepada sistem demokrasi negara. Yang rugi akhirnya hanya rakyat sendiri. Tuan Yang di-Pertua, kegagalan buruk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan BN gagal memperoleh undi majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali sejak 1969 selain kehilangan lima buah negeri kepada pembangkang turut mengundang pelbagai persoalan terhadap sejauh mana BN mahu bertahan dalam iklim politik yang kian tidak menentu. Pengundi muda sebagai contohnya bukan sahaja bersikap anti establishment malah mereka menganggap BN sebagai sebuah gagasan yang corrupt, racist dan tidak telus. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kecenderungan generasi muda untuk terpengaruh dengan diayah-diayah politik pembangkang yang nampaknya lebih memenuhi aspirasi mereka. Kumpulan pengundi ini cenderung untuk menyokong parti-parti pembangkang kerana parti-parti berkenaan dilihat lebih berani bersuara dan bersedia memperjuangkan isu-isu tertentu tanpa rasa takut. Tidak seperti parti-parti komponen BN yang terikat dengan formality tertentu hingga parti tertentu seperti MCA dilabel sebagai parti yang tidak bertaring. Barangkali imej serong inilah yang perlu diperbetulkan oleh BN. Kita perlu meyakinkan rakyat bahawa parti-parti komponen dalam BN sebenarnya bebas untuk bersuara dalam isu-isu membabitkan kepentingan rakyat. Cuma pendekatan yang digunakan adalah berbeza...
Mohon penjelasan.
Satu mekanisme khas perlu diwujudkan bagi membolehkan parti-parti komponen BN menyuarakan pandangan ...
Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Batu Pahat minta penjelasan.
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat jangan ganggu saya sekali lagi.
Sila teruskan.
...Kritikan mahupun tohmahan dengan mengambil kira keperluan dan perasaan setiap kaum.
68 LAMPIRAN Tuan Yang di-Pertua, kegawatan ekonomi yang melanda dunia ketika ini tidak menampakkan tanda-tanda akan ia pulih. Kesannya sudah lama dirasai secara global. Amerika Syarikat, Britain dan Jerman baru-baru ini telah mengisytiharkan secara rasminya bahawa mereka dilanda kemelesetan ekonomi. Statistik ekonomi dunia yang dikeluarkan baru-baru ini mendapati bahawa data pengangguran di Amerika Syarikat telah meningkat dari 7.2 peratus kepada 7.6 peratus ataupun sebanyak 2.6 juta pekerja telah diberhentikan kerja sepanjang tahun 2008.
Daripada jumlah tersebut, 1.9 juta pekerja telah diberhentikan dalam tempoh empat bulan lalu. Di China pula keadaan juga tidak banyak berbeza. Kadar pertumbuhan ekonomi negara itu dijangka tumbuh lebih perlahan tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sehingga Januari 2009 yang lalu kadar pengangguran di China telah meningkat sebanyak 5 peratus. Jumlah ini adalah bersamaan dengan 26 juta pekerja telah kehilangan sumber pekerjaan mereka. Kadar eksport China keluar negara telah menunjukkan penurunan yang cukup mendatar iaitu sebanyak 43.1 peratus dalam tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya. Sekalipun kesan daripada kemelesetan ekonomi global terhadap ekonomi negara tidaklah seburuk berbanding negara-negara lain, namun sudah terdapat tanda-tanda bahawa kemelut ekonomi akan berlarutan dan dijangka menjadi lebih buruk dalam tempoh terdekat. Perangkaan yang dikeluarkan oleh institusi kewangan dan akademik menganggarkan kadar pengangguran negara akan meningkat kepada 6 peratus tahun ini daripada 4.5 peratus tahun sebelumnya. Ini bermakna seramai 600,000 orang dijangka kehilangan kerja pada tahun 2009. Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dijangka merosot kepada 1.1 peratus pada tahun 2009 berbanding 4.9 peratus pada November 2008. Beberapa syarikat konglomerat terkemuka dunia seperti Western Digital dan Intel telah mengumumkan penutupan kilang dan penempatan semula pekerja-pekerja mereka ke lokasi lain. Semenjak krisis kemelesetan ekonomi global meletus pada suku empat tahun lalu, berbagai-bagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk meminimumkan impak kemelesetan ekonomi kepada Malaysia. Salah satu daripadanya ialah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib semasa...
Yang Berhormat Kampar.
Sorry...
Yang Berhormat Kampar.
Minta maaf. Oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa kurungan Bajet 2009. Dalam pakej rangsangan ekonomi tersebut, strategi-strategi telah digariskan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Sebanyak RM7 bilion telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada pelbagai sektor ekonomi terutamanya sektor pembinaan. Walau bagaimanapun, selepas enam bulan pakej tersebut diumumkan, keberkesanannya masih diragui. Timbul laporan bahawa peruntukan yang dicadangkan kerajaan ini tidak sampai ke kumpulan sasar yang ditetapkan. Krisis ekonomi dunia ternyata memberi kesan yang cukup perit kepada golongan yang berpendapatan rendah. Perangkaan terbaru indeks harga pengguna CPI menunjukkan peningkatan mendatar. Pada Mac 2008, CPI berada pada paras 2 peratus tetapi angka itu meningkat kepada 6 peratus pada tahun yang sama sebelum ia menurun sedikit ke paras 4.4 peratus pada Disember 2008. Pergerakan yang tidak menentu dalam indeks barangan kegunaan harian telah mengakibatkan golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kewangan yang teruk. Di sini saya ingin mengesyorkan agar kerajaan mempamerkan perincian dan informasi tentang pakej rangsangan ekonomi, pengagihan jumlah perbelanjaan serta impaknya terhadap ekonomi negara.
LAMPIRAN 69 Pakej rangsangan ekonomi kedua yang bakal dibentangkan nanti perlulah memberi banyak kuasa kepada PEMUDAH dalam memantau mekanisme sesebuah agensi kerajaan. Langkah ini penting bagi mengurangkan prosedur-prosedur yang membazir masa selain membendung masalah rasuah dalam agensi-agensi kerajaan. Dengan berkurangnya kes-kes rasuah dalam agensi kerajaan hasil daripada tindakan PEMUDAH, perkembangan tersebut mampu mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif, positif di samping menarik lebih ramai pelabur asing memasuki pasaran tempatan. Bagi menjamin pakej rangsangan ekonomi kedua mendatangkan kesan yang semaksimumnya, saya ingin mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan. Di antaranya: (i) pakej rangsangan ekonomi perlu proaktif dalam menarik pelaburan asing yang berkualiti; dan (ii) mengutamakan program melatih semula pekerja yang telah dibuang serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Mutakhir ini Malaysia mempunyai lebih dua juta pekerja asing. Kebanyakannya bekerja dalam sektor perkilangan, pertanian dan sebagai pembantu rumah. Akan tetapi dari segi jangka panjang, kebergantungan keterlaluan kepada pekerja asing akan memudaratkan negara. Sepatutnya kekosongan yang ditinggalkan oleh pekerja asing diisi oleh pekerja tempatan. Dalam apa sekalipun keadaan, keutamaan haruslah diberikan kepada pekerja tempatan. Bagi MCA juga kita tidak ketinggalan dalam mengambil langkah proaktif bagi menghadapi krisis ekonomi dunia terburuk semenjak the great depression 1929. Untuk itu, MCA telah menggariskan satu pelan bertindak untuk dilaksanakan dalam tempoh krisis ini. Pelan bertindak yang dimaksudkan itu termasuklah: (i) melancarkan Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia; (ii) meningkatkan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME); dan (iii) kempen menarik pelaburan asing ke Malaysia. Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia bukan sahaja dapat membantu peniaga tempatan untuk mengekalkan perniagaan mereka malahan pengguna dapat menjimatkan wang mereka kerana barangan buatan Malaysia terbukti lebih berkualiti dan harganya juga murah. Seperti mana yang semua sedia maklum, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan penjana utama ekonomi negara. Sehubungan itu, MCA ingin membantu kumpulan peniaga kecil dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang terlibat. MCA menyarankan kepada Bank Negara dan bank-bank tempatan untuk mengambil langkah drastik dalam meluluskan dan membiayai peniaga-peniaga yang berpotensi dalam IKS. Pada masa yang sama, MCA juga menyarankan bahawa dalam kegawatan ekonomi ini kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman kredit mikro dapat diturunkan daripada 18 peratus setahun kepada 4 peratus atau 5 peratus setahun. Bantuan daripada Bank Negara dan bank-bank tempatan adalah amat diperlukan bagi membantu peniaga kecil dalam menghadapi masalah kekurangan modal pusingan. MCA juga mengambil langkah proaktif dalam menarik kehadiran pelabur asing ke Malaysia. Pada pertengahan Januari lalu delegasi MCA diketuai oleh Presidennya Dato’ Sri Ong Tee Kiat telah mengadakan rombongan ke China. Lawatan selama seminggu itu antara lain bertujuan untuk mencari peluang-peluang ekonomi selain memantapkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara. Dalam pertemuan antara peniaga-peniaga tempatan dengan peniaga China, para peniaga China menyatakan minat mereka untuk melabur secara aktif dalam koridor ekonomi terutamanya di Iskandar Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi global yang mencabar ini menuntut pendekatan yang progresif. Justeru sasaran tokoh perbankan terkemuka negara, Dato’ Seri Nazir Razak baru-baru ini yang mengesyorkan...
70 LAMPIRAN
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, nama seorang ahli tidak boleh disebut.
Minta maaf.
Teruskan.
Sasaran tokoh perbankan terkemuka negara baru-baru ini yang mengesyorkan beberapa strategi penting untuk menangani krisis ekonomi ini wajar diberikan perhatian. Dalam sasaran itu beliau yang juga Ketua Eksekutif CIMB mengesyorkan lima strategi utama yang dilihat mampu membantu kerajaan mengatasi impak krisis ekonomi global terhadap negara. Lima strategi yang dimaksudkan itu merangkumi: (a) mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB); (b) memanfaatkan hubungan strategi dengan kuasa-kuasa ekonomi dunia di Indochina, India dan rantau Asia Barat; (c) menggalakkan semangat kerjasama antara ahli akademik, peniaga dan kakitangan awam dalam melaksanakan pembangunan nasional; (d) kerajaan beri perhatian kepada usaha pemilikan jenama dan keupayaan rangkaian pengagihan; dan (e) menggalakkan warganegara Malaysia di luar negara untuk kembali bekerja di Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, DEB telah dipraktikkan lebih 40 tahun yang lalu dan sepanjang pelaksanaannya ramai penduduk yang telah menikmati manfaatnya. Namun ketidakpuasan hati terhadap DEB lebih bertumpu kepada cara pelaksanaannya. Cara pelaksanaannya nampaknya telah disalahgunakan. Ada yang mendakwa DEB ini hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Dasar Ekonomi Baru haruslah ditinjau semula untuk mengutamakan keperluan rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah dan merapatkan jurang taraf pendapatan tanpa mengira kaum. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Cabaran yang mendepani negara kita akibat krisis ekonomi global ini adalah cukup besar, maka segala aktiviti politiking yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini perlulah dihentikan segera. Para pemimpin dari Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri perlulah memberi tumpuan mereka sepenuhnya untuk memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan bersama. Para pemimpin negara perlu menyedari bahawa tumpuan utama rakyat Malaysia sekarang ialah aspek ekonomi dan bukannya politik. Hakikat bahawa agenda ekonomi menjadi keutamaan ialah kerana...
Minta penjelasan.
...Tanpa sebuah ekonomi...
Minta penjelasan.
...Yang kukuh lagi berdaya saing berlangsung..
Minta penjelasan.
...Survival rakyat tergugat. Apabila survival rakyat tergugat, ia boleh mengundang permasalahan sosial yang lain.
Yang Berhormat Kampar, ada orang minta penjelasan. Hendak bagi peluang?
Saya ingin meneruskan ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua. Berikutan dengan keputusan Pilihanraya Umum Keduabelas pada 8 Mac 2008 yang di luar jangkaan ramai pihak, pihak BN perlu meneliti dan mengkaji semula beberapa isu penting yang dilihat sebagai punca kepada penolakan rakyat terhadapnya.
LAMPIRAN 71 Antara pemangkin utama kepada penolakan ini adalah kelemahan sistem penyampaian di semua peringkat, baik di Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan. Dengan adanya sebuah sistem penyampaian yang mantap, ia dapat memastikan kerajaan dapat berfungsi secara efektif lagi efisien. Banyak isu telah dibangkitkan semasa Pilihanraya Umum Keduabelas sebenarnya banyak berkait rapat dengan keadaan sistem penyampaian. Isu yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut: (i) korupsi – rakyat mengalu-alukan inisiatif kerajaan meluluskan...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan?
...Rang Undang-undang Suruhanjaya...
Saya hendak sokong dia. Sokong Yang Berhormat Kampar.
Tidak payah, tidak payah. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menyokong. Saya ingin meneruskan.
Tidak apa, Yang Berhormat. Dia kata terima kasih sebab sokong.
Rakyat mengalu-alukan inisiatif kerajaan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRM) yang telah diluluskan pada 16 Disember 2008 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah 1982 yang berkuat kuasa secara rasminya pada 1 Januari 2009 yang lalu. Menerusi langkah itu, ia sepatutnya memberikan lebih banyak kuasa kepada SPRM untuk menyiasat dan menghukum pihak yang terbabit.
Minta penjelasan tentang SPRM ini.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu merupakan satu inisiatif murni oleh pihak kerajaan, namun masih terdapat ruang pembaikan...
Yang Berhormat, minta penjelasan...
Kampar, Kampar.
...Tentang SPRM ini. Saya minat juga.
...Yang boleh dipertingkatkan bagi...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Bagi memastikan suruhanjaya itu dapat menjalankan fungsinya secara berkesan seharusnya perlu ada mekanisme check and balance yang mencukupi bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawabnya tanpa campur tangan mana-mana pihak. Oleh itu saya mengesyorkan agar jawatankuasa khas untuk rasuah di bawah seksyen 15 dalam akta terbabit dipinda bagi memberikan kuasa untuk meminta laporan kes-kes daripada suruhanjaya terbabit dan atau pihak pendakwa raya terhadap kes-kes yang mana siasatan telah dihentikan atau hukuman tidak dilaksanakan serta mempunyai kapasiti untuk meninjau kembali kes-kes tersebut bilamana keadaan memerlukan. Di bawah seksyen 59 akta itu, suruhanjaya itu tidak boleh menghukum suspek- suspek dengan kehadiran pihak pendakwa raya bagi memastikan SPRM mampu melaksanakan tugasnya dengan efektif maka saya mencadangkan agar SRPM diberikan kuasa untuk menghukum suspek-suspek. Ketika ini Ketua Pesuruhjaya di bawah seksyen 7 akta berkenaan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada nasihat daripada Perdana Menteri. Beliau akan menjawat jawatan tersebut atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong, namun tetap tertakluk kepada nasihat oleh Perdana Menteri.
72 LAMPIRAN Sehubungan itu saya ingin mencadangkan supaya Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong berdasarkan kepada nasihat daripada Kabinet bagi menjamin kebebasan SPRM dan calon-calon yang berpotensi boleh dipilih di kalangan mereka yang berkhidmat di sektor awam atau swasta. Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-43 dari segi kedudukan indeks persepsi rasuah 2007 dan dengan lulusnya Rang Undang-undang SPRM 2008 adalah menjadi harapan saya kadar kes di semua sektor, khususnya dalam perkhidmatan awam dapat dikurangkan sekali gus mengambil kira keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kurangnya ketelusan dalam sistem penyampaian kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar yang kurang konsisten telah mengundang ketidaktentuan dalam negara. Sistem penyampaian kerajaan masih tidak cukup untuk dianggap sebagai telus apabila masalah ini telah mendorong salah guna kuasa oleh pihak pegawai di pelbagai jabatan dan ketika menjalankan tugas mereka. Lantaran ini perkembangan tersebut telah mencetuskan suasana yang tidak mesra rakyat yang hanya membebankan rakyat serta mendorong rakyat merasa kecewa. Kekecewaan mereka ada asasnya kerana dasar-dasar yang diperkenalkan adalah baik. Namun apabila ke peringkat sistem dan pelaksanaannya, ia terhenti begitu sahaja.
Salah satu lagi masalah terbesar di dalam sistem penyampaian kerajaan ialah kerenah birokrasi yang keterlaluan. Birokrasi atau dengan izin, red tape merupakan punca utama kepada kelewatan dan pembaziran kerana ia membawa kepada banyak prosedur atau proses yang berulang-ulang yang pada akhirnya hanya akan meningkatkan kos untuk melakukan sesuatu. Ketiadaan penyelarasan antara kementerian-kementerian, jabatan- jabatan kerajaan termasuk di peringkat negeri dan tempatan telah membuatkan rakyat marah dan kecewa. Masa dan sumber-sumber dibazirkan begitu sahaja semata-mata tidaknya kecekapan dalam melaksanakan dasar-dasar dan aktiviti yang ditetapkan. Jadi saya ingin menggesa kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang diwujudkan satu sistem yang pantas, efisien dan mesra di mana rakyat boleh berinteraksi dengan kerajaan. Ketetapan masa amat penting dalam sistem penyampaian kerajaan bagi memastikan keberkesanannya. Ketidakupayaan untuk menepati waktu untuk memproses suatu permohonan atau perkhidmatan kepada rakyat hanya akan menyebabkan rakyat terus marah dan terus dilabel sebagai kurang cekap. Ketidakcekapan ini juga mendorong kepada pembaziran. Sebagai contohnya perubahan terbaru dalam sistem penyampaian kerajaan dalam memperbaharui pasport telah mencetuskan imej positif di mata rakyat. Oleh yang demikian, kerajaan mesti terus memberikan arahan yang jelas kepada kementerian, jabatan-jabatan kerajaan termasuk mereka di peringkat negeri dan tempatan untuk bekerja secara efektif. Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Perangkaan terbaru yang dikeluarkan menunjukkan indeks jenayah telah meningkat sebanyak 13.3 peratus dari 2006 hingga 2007 sungguhpun usaha-usaha Polis Diraja Malaysia untuk membanterasnya. Dijangkakan kadar jenayah ini akan terus meningkat tahun ini ekoran kemelut ekonomi dunia. Lantas perkembangan tersebut telah mencetuskan ketakutan dan tanda tanya di fikiran rakyat. Selamat kah lagi keselamatan mereka di tempat awam? Usaha memerangi jenayah adalah tanggungjawab kita bersama dan oleh itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan melakukan perkara-perkara berikut; (i) merekrut seramai 60,000 anggota polis menjelang tahun 2012 dan mewujudkan pusat-pusat dan balai polis sejajar dengan peningkatan populasi di negara ini; (ii) menimbangkan kemungkinan melantik rakyat awam untuk tugasan pentadbiran di balai polis sekali gus membolehkan kakitangan polis melaksanakan tugas utama mereka;
LAMPIRAN 73 (iii) memperuntukkan tanah sebanyak RM75 juta untuk pembelian kamera litar tertutup CCTV di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sarang jenayah di seluruh negara; dan (iv) mewujudkan Suruhanjaya Bebas terhadap salah laku dan aduan polis atau Suruhanjaya Aduan Khas bagi meningkatkan akauntabiliti di mata rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya sekolah vernakular merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang dikuatkuasakan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah vernakular kini menghadapi masalah khasnya membabitkan kerja-kerja pemeliharaan bangunan sekolah dan kekurangan ruangan sekolah ekoran kekurangan dana diberikan. Secara tidak langsung, ini mengakibatkan Lembaga Pengurusan Sekolah terpaksa memungut derma dengan menganjurkan kempen Jogathon, Hari Kantin dan sebagainya daripada sektor persendirian dan para ibu bapa lagi menampung kos membaik pulih dan usaha memperbesarkan sekolah. Sesungguhnya kekurangan sumber kewangan dari kerajaan amat membebankan sekolah-sekolah tadi. Oleh sebab itu kami ingin menyeru kepada kerajaan supaya mempraktikkan pengagihan sumber-sumber kewangan kepada sekolah secara saksama tanpa mengira jenis sekolah, bangsa pelajar dan lokasi institusi terbabit. Kajian semula terhadap dasar ini amat diperlukan dalam usaha membantu hasrat kerajaan merealisasikan suasana pembelajaran yang lebih ideal lagi kondusif bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Sejajar dengan itu, kerajaan perlulah peka dan bertanggungjawab dalam memastikan peruntukan kewangan yang disediakan mencukupi kepada sekolah vernakular bagi menampung kos-kos pemeliharaan dan pembangunan sekolah. Selain daripada masalah tadi yang dialami, saban tahun terdapat juga laporan yang mendedahkan kes pemohon Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang memohon kursus pemilihan mereka tetapi sebaliknya ditawarkan dengan kurus lain ataupun lebih malang lagi ditolak langsung oleh pihak berkenaan walaupun memiliki keputusan dan pencapaian yang cemerlang. Bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang kembali, saya mendesak supaya sistem meritokrasi dilaksanakan dalam menentukan kemasukan pelajaran ke IPTA. Hanya melalui sistem meritokrasi kami dapat menentukan sesiapa yang memperoleh tempat IPTA adalah mereka yang benar-benar berkelayakan dan keupayaan. Konsep kesamarataan ini yang tidak berpaksikan kepada mana-mana pihak akan melahirkan anak bangsa Malaysia yang berbakat tinggi demi pembangunan dan kemajuan negara. Dalam pada itu perbahasan dan perdebatan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik terus hangat diperkatakan oleh semua pihak sejak kebelakangan ini. Bagi parti MCA sendiri kami telah membuat ketetapan dalam isu tersebut. Di peringkat sekolah rendah, MCA mahukan agar bahasa ibunda digunakan. Pendirian ini diambil memandangkan kebanyakan sekolah rendah masih menghadapi kesukaran memahami subjek Sains dan Matematik apabila diajar dalam bahasa Inggeris ekoran kurangnya pendedahan terhadap bahasa antarabangsa ini. Tuan Yang di-Pertua, apa pun sebarang tanggapan serong pihak-pihak tertentu, bahawa kerajaan tidak serius dalam menangani masalah rakyat yang disebutkan tadi boleh ditangkis jika wujudnya kesungguhan politik dan kesediaan untuk berubah. Mengambil kira landskap politik negara mahu tidak mahu Barisan Nasional perlu berubah dari segi cara mereka melihat sesuatu krisis bahkan juga dari segi pentafsiran dan cara-cara untuk mengatasinya.
Kerajaan misalnya boleh memulakan agenda pengubahan ini dengan melaksanakan pembaharuan dalam sistem kerajaan menerusi agenda pengubahan itu kerajaan perlulah terus ketika menjalankan urusan perniagaan terutamanya yang melibatkan konsesi dan tender-tender yang dirunding. Selain itu pemantauan juga perlu dilakukan ke atas tanah-tanah yang digunakan kerajaan bagi memastikan ia tidak disalah guna.
74 LAMPIRAN Justeru, marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam mengharungi detik-detik getir dalam suasana politik yang tidak menentu ini. Bak kata pepatah yang berbunyi bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini dan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat dari Muar sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ya Yang Berhormat Tumpat.
Wakil Ketua Pembangkang ya?
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun harap begitu juga untuk menjadi wakil Ketua Pembangkang tapi Yang Berhormat Kampar tadi lebih hebat pembangkangnya daripada apa yang boleh kita sebutkan hari ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kerana memilih saya untuk bercakap pada petang ini dalam membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Muar berkaitan dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam dalam merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas kita ini. Sebagaimana rakyat jelata dan Ahli-ahli Yang Berhormat juga kita sudah tentunya menyanjung tinggi dan menghormati kemuliaan institusi Yang Dipertuan Agong dalam konteks demokrasi berparlimen sebagaimana yang diamalkan oleh negara kita selama puluhan tahun lamanya selepas merdeka malah sedikit sebanyak ianya juga menjadi amalan masyarakat dan negara kita ratusan tahun lamanya sebelum daripada kita mencapai kemerdekaan pun. Oleh sebab itu kita menganggap majlis semalam sebagai majlis yang penuh bermakna dalam kita sama-sama menzahirkan sokongan kita kepada institusi-institusi yang ada dalam Perlembagaan Negara kita dan amalan-amalan yang patuh kepada Perlembagaan kita. Oleh sebab itulah kita turut sama-sama menyatakan sukacita kita dan terima kasih kita kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah memberi ucapan dan titah baginda ke Dewan yang mulia ini semalam. Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat adalah amat mulia kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut tradisi dan amalan demokrasi negara-negara lain khususnya negara United Kingdom telah kita persetujui memberikan titah ucapan baginda di Dewan Rakyat bukan di Dewan Negara yang sepatutnya mengikut istilah biasa dianggap lebih tinggi kedudukannya. Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara lebih tinggi kedudukannya berbanding dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetapi Seri Paduka Baginda mengikut amalan juga hadir dan memberi ucapan titah baginda kepada semua wakil rakyat semua Parlimen yang dihadiri oleh hakim-hakim dan lain-lainnya di Dewan Rakyat kita ini, Ini bererti bahawa sedikit sebanyak menunjukkan bahawa kita memberikan tempat yang cukup tinggi kepada rakyat yang memilih kita semua untuk menjadi wakil-wakil mereka dan dengan pengertian yang sama memberi makna bahawa kita sebagai wakil rakyat ini adalah kedudukan kita amat tinggi berbanding dengan anggota-anggota masyarakat yang lain yang ada dalam negara kita ini. Jadi saya berharap bahawa Dewan kita ini akan bersidang dengan penuh kemuliaan dan kita menghormati di antara kita, kita menghormati institusi-institusi dan amalan-amalan yang ada dan jika kita ingin lakukan perubahan marilah kita lakukan dengan cara yang amat baik sekali. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Dewan Rakyat juga saya ingin awal-awal lagi mencadangkan dan memohon sokongan daripada kerusi Tuan Yang di-Pertua juga supaya kita terus menganggap tugas kita bersama untuk terus memperkukuhkan lagi institusi Dewan Rakyat kita ini.
LAMPIRAN 75 Kita dalam sidang-sidang dan mesyuarat-mesyuarat yang lepas senantiasa menyentuh tentang perlunya misalnya diperbanyakkan lagi jawatankuasa-jawatankuasa pilihan Dewan Rakyat. Saya ingin menyeru awal-awal lagi memandangkan yang suasana negara kita ini diakui oleh semua pihak dan akhir sekali diakui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pagi tadi keadaan ekonomi negara adalah amat membimbangkan dan menakutkan kita sekali. Maka dengan sebab itu awal-awal lagi saya ingin mencadangkan supaya Dewan Rakyat ini membuat keputusan supaya kita mewujudkan satu jawatankuasa pilihan khas khusus untuk menangani, mengkaji, memberi buah fikiran, memanggil pakar- pakar dan sebagainya dan jawatankuasa pilihan ini khusus untuk membincangkan dan membuat cadangan-cadangan kepada Dewan Rakyat, kepada kerajaan, kepada negara dalam soal-soal ekonomi. Saya juga ingin mencadangkan supaya keputusan lama kita dalam Parlimen yang dahulu lagi telah pun dipersetujui dan saya masih ingat bahawa kita ingin mewujudkan satu jawatankuasa pilihan tentang hubungan luar negara. Ini saya ingin cadangkan supaya kita menghidupkan balik cadangan ini supaya sekali lagi Dewan Rakyat kita ini dapat diberikan laporan yang khusus dan dapat menumpukan menerusi jawatankuasa pilihan luar negara ini menumpukan kepada permasalahan luar negara yang banyak. Jadi saya ingin mencadangkan supaya perkara-perkara ini kita ingat semula, kita ambil perhatian yang lebih berat dan kita desak supaya ianya dilaksanakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Berkaitan dengan hal kemuliaan Dewan Rakyat juga Tuan Yang di-Pertua saya amat...
[Bangun]
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya daripada Tumpat. Saya amat tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Tumpat tadi bahawa jawatankuasa pilihan khas tentang isu-isu luar negara ini mestilah lebih maju ke hadapan untuk melihat isu-isu serantau dan di peringkat antarabangsa yang semakin mencabar. Kita telah bersetuju dalam isu Palestin penaklukan ataupun serangan Israel ke atas Gaza baru-baru ini, Parlimen Malaysia sewajarnya kita bersama berbangga kerana kitalah yang pertama yang mengadakan sidang khas mengenai perkara ini tetapi adakah Yang Berhormat Tumpat bersetuju bahawa isu umat Islam Palestin dan isu serantau ini adalah merupakan isu yang tidak boleh kita tangani secara adhoc sahaja, touch and go sahaja. Sebab itulah saya merasakan dengan adanya jawatankuasa pilihan khas tentang dasar luar ini akan menjadikan Parlimen Malaysia lebih bertanggungjawab menerokai pandangan-pandangan dan membawa gagasan-gagasan baru dalam pemikiran negara kita yang boleh kita sumbangkan ke arah masa depan Palestin dan juga masa depan negara- negara yang memerlukan pandangan daripada negara kita. Adakah Yang Berhormat bersetuju tentang pandangan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya amat setuju dengan pandangan dan cadangan iaitu kita sama-sama terlibat dalam memastikan bahawa Dewan kita ini adalah yang pertama menyentuh dan memberikan sikap kita yang tegas tentang serangan Israel dan Gaza di Palestin itu tetapi nampaknya sesudah itu seolah-olah kita agak sejuk, kurang memberikan penekanan yang berterusan dan ini sebenarnya adalah sesuatu tindakan awal yang baik tetapi tidak ada follow through dengan izin, tidak ada dasar dan tindakan yang seterusnya yang seharusnya kita terus lakukan dan kita mainkan peranan kita supaya kita terus menjadi negara yang konsisten dalam sokongan kita terhadap isu-isu besar dunia seperti kes serangan Israel terhadap Gaza Palestin itu dan kita mainkan peranan kita dengan lebih berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
76 LAMPIRAN
Isu kedua berkaitan dengan kemuliaan Dewan Rakyat ini adalah incident yang berlaku minggu lepas yang mana Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat kita ini, Ahli Yang Berhormat Subang telah dilarang daripada masuk ke sebuah negeri dalam negara Malaysia kita ini iaitu negeri Sarawak. Saya tidak fikir bahawa tindakan ini sesuai dengan taraf, martabat dan kedudukan kita, Yang Berhormat sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat di mana dalam Dewan inilah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan titahnya dan kita-kita ini yang berucap, kita berkuasa dan kita diberi tugas dan amanah untuk menyentuh semua perkara untuk meluluskan semua undang-undang termasuklah belanjawan untuk negeri Sarawak sekalipun. Termasuklah jalan-jalan raya untuk negeri Sarawak sekalipun. Akan tetapi kita tidak dibenarkan untuk pergi ke Sarawak. Saya fikir tamparannya bukan terhadap Yang Berhormat Subang sahaja tetapi tamparannya kepada Dewan Rakyat yang mulia ini. Jadi saya menyeru dan saya mendesak sama ada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya menganggap bahawa amalan menyekat walaupun ada undang-undang-undangnya, tetapi apabila ia menyentuh kedudukan Ahli Parlimen atau wakil rakyat yang dipilih dan yang ditugaskan untuk menjamin keseluruhan negara Malaysia kita ini.
[Bangun]
Maka saya rasa ini suatu pencabulan yang amat-amat memalukan dan menghina kedudukan status dan taraf kita sebagai Dewan Rakyat. Jadi saya harap kita akan mengambil tindakan yang seterusnya sama ada membawa orang-orang yang terlibat sama ada dia adalah Ketua Pengarah Imigresen ataupun Ketua Menteri sendiri ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan ini supaya tindakan dan keputusan yang jelas diambil kepada sesiapa sekalipun yang berani untuk mencabul kehormatan kita sebagai wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat ini... [Tepuk]
[Bangun]
Yang Berhormat Tumpat, yang mana satu hendak bagi? Yang Berhormat Indera Mahkota ataupun Yang Berhormat Mambong?
Yang Berhormat Indera Mahkota dulu selepas itu saya bagi Yang Berhormat Mambong.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya teringat satu kes di mana seorang warganegara Switzerland, Bruno Manser telah berada di hutan di negeri Sarawak secara haram bertahun-tahun lamanya dan Bruno Manser ini telah pun mengeluarkan banyak artikel yang bukan sahaja menyerang kedudukan ataupun kepentingan negara di peringkat antarabangsa, beliau termasuk juga menghina penduduk-penduduk ataupun boleh dikatakan Orang Asli golongan Penan dengan memaparkan kes-kes seksual dan sebagainya. Perkara ini telah berlaku berulang kali walaupun ada ketegasan daripada kerajaan kita. Namun perkara ini dilihat sebagai satu pencerobohan dan pihak imigresen juga pada satu masa telah memberi pengakuan bahawa kemasukan Bruno Manser ini bukan secara halal tetapi masuk secara haram. Akan tetapi yang penting isu di sini ialah satu tindakan yang dilihat kepada rakyat asing yang jelas mendatangkan keburukan kepada negara dilepaskan begitu saja. Salah satu kes lain itu Yang Berhormat daripada Subang ditahan di pintu masuk atau check point oleh pegawai imigresen kita yang mengatakan beliau di blacklist. Saya melihat perkara ini incident yang memalukan. Satu perkara yang perlu kita tangani dengan begitu jelas kerana berkepentingan negara. Satu kes lagi hanya melibatkan elemen kepentingan politik ataupun kesalahtafsiran dari segi tumpuan politik. Bagaimana Yang Berhormat Tumpat melihat perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya setuju bahawa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat ada hak yang tertentu dalam kes yang melibatkan bukan warganegara negara kita.
LAMPIRAN 77 Akan tetapi di dalam kes sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi apabila ia melibatkan warganegara negara kita dan lebih-lebih lagi ia adalah Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Rakyat yang bertanggungjawab dan berhak untuk campur tangan dan memberi undi, menyokong dan sebagainya. Kecualilah kami yang luar daripada bukan wakil rakyat atau Ahli Parlimen daripada Sarawak apabila hendak luluskan bajet untuk Sarawak dan sebagainya, tidak berhak untuk mengundi atau bercakap. Tidak begitu sebab sikap kita dari segi wakil rakyat ialah kita bertanggungjawab terhadap keseluruhan negara. Yang Berhormat Mambong.
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya kita lihat dari segi sejarah. Pada tahun 1963, Malaysia dibentuk, Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, Perlembagaan pun telah diwujudkan. Kalau kita lihat di dalam Jadual 9, perkara-perkara yang tertentu, senarai negeri ataupun list kedua, ia ada satu list lagi, list kedua tetapi khas untuk Sabah dan Sarawak dan satu perjanjian di mana negeri ada hak terhadap imigresen. Oleh yang demikian, negeri Sarawak masih lagi menggunakan hak negeri ke atas imigresen. Sekiranya seseorang ada niat yang tidak baik masuk ke Sarawak, maka imigresen ataupun kerajaan negeri juga berhak mengenakan perundangan ini kepada sesiapapun yang berniat tidak baik sama ada Yang Berhormat daripada Subang ataupun dulu dari Padang Serai. Dia hendak masuk ataupun tidak, kerajaan mungkin mendapat maklumat daripada sini. Maklumat daripada sini bahawa mereka mungkin ada niat tidak baik hendak masuk ke Sarawak. Mungkin itulah sebabnya. Oleh yang demikian, kita juga harus menghormati apa yang terjadual dalam Perlembagaan.
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Saya menghormati pandangan Yang Berhormat. Saya juga sedikit sebanyak faham akan peruntukan dan ia merupakan sebahagian daripada perjanjian Malaysia dalam tahun 1963. Akan tetapi sudah tentu Yang Berhormat Mambong pun tahu bahawa prinsip, sebab perjanjian itu dimuatkan ialah pada ketika itu kebimbangan negeri-negeri baru Malaysia seperti Sabah dan Sarawak bimbang kalau ia tidak ada kuasa untuk menentukan keluar masuk rakyat Malaysia lainnya ke negeri Sabah dan Sarawak. Maka ia membuka pintu kepada peniaga-peniaga atau tauke-tauke besar masuk ke Sabah dan masuk Sarawak beli balak atau lombong. Walhal kita tahu dalam sejarahnya ramai anak-anak di sebelah semenanjung ini akhirnya selagi ia bersama dengan parti memerintah, dapat masuk ke Sabah dan menjadi tauke-tauke besar, ada bangunan menara tinggi di Kota Kinabalu dan sebagainya. Itu berlaku. Akan tetapi semangat itu ialah dalam konteks supaya peluang diberikan kepada rakyat dan masyarakat Sabah dan Sarawak untuk mengembangkan aktiviti ekonomi mereka tanpa membuka dengan sebebas-bebasnya rakyat yang kononnya lebih maju daripada Semenanjung ini dengan modal yang lebih besar untuk masuk dan membuka kilang dan mengeksploitasi kekayaan negeri-negeri yang baru itu. Itu semangatnya. Bukan untuk menghalang wakil-wakil rakyat daripada Parlimen Malaysia untuk masuk ke suatu wilayah dalam negara Malaysia. Bukan untuk melabur atau untuk membeli ratusan atau ribuan ekar yang kalau di Sarawak kita tahu siapa tuan punya tanah, tuan punya syarikat, tuan punya kilang dan sebagainya yang paling besar di Sarawak itu. Saya tahu bukan orang Kuala Lumpur, bukan orang Semenanjung tetapi orang di Sarawak sendiri yang amat terkenal kedudukan dan jawatannya dalam konteks politik negeri Sarawak itu. Jadi inilah keadaan yang saya fikir perlu diberikan perhatian oleh kita, Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks demokrasi berparlimen yang sama ini jugalah kita...
[Bangun]
Saya sudah beralih. Okey, saya bagi peluang.
Hendak bagi lagi, Yang Berhormat? Bagi. Ya, Yang Berhormat Mambong.
78 LAMPIRAN
Terima kasih Yang Berhormat. Kita di Sarawak ada 26 suku kaum dan selama ini semua suku kaum tidak ada pergaduhan dan sebagainya. Bahkan tidak ada juga membuat mogok jalanan seperti di sini. Jadi itulah yang kita ingin pelihara, itulah dari segi perkauman.
Tambah sedikit boleh?
Saya minta penjelasan, saya minta penjelasan.
Terima Kasih. Mungkin dah agak...
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Minta penjelasan sini dari orang Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi menghormati pandangan Yang Berhormat Mambong itu bahawa dengan adanya 26 suku kaum dan oleh sebab Sarawak itu aman. Kita tidak mahu orang dari Kuala Lumpur atau Semenanjung pergi untuk kacau dan memecahbelahkan rakyat di Sarawak tu tapi sekali lagi Yang Berhormat Mambong, kita harus ingat dalam tahun 1966 sudah ada krisis besar di Sarawak di antara puak, kumpulan, suku kaum ini, kan kita kata isu Stephen Kalong Ningkan itu, itu ada kaitan dengan kaum dan puak-puak negeri Sarawak. Jadi jangan kita nafikan sama ada di Sarawak atau di Sabah atau di Semenanjung, kita ada masalah sedikit sebanyak yang berpunca daripada etnik, pemikiran politik dan sebagainya tetapi jalannya bukan untuk menghalang Yang Berhormat Subang atau Yang Berhormat Padang Serai daripada berpeluang untuk pergi ke negeri Sarawak itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya memang kutuk salah guna kuasa imigresen oleh Kerajaan Sarawak, Kerajaan Barisan Nasional Sarawak. Adakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan saya bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak membenarkan kedua-dua Ahli Parlimen daripada PKR masuk ke Sarawak adalah kerana mereka takut terhadap kekuatan Pakatan Rakyat. Mereka berasa bahawa penguasaan politik mereka atas Sarawak atau monopoli mereka atas kuasa politik Sarawak akan tergugat. Oleh itu mereka tidak membenarkan kedua-dua Ahli Parlimen itu masuk ke Sarawak.
Boleh tambah sikit?
Ya, sudah tentu itu. Saya berhajat untuk beralih kepada demokrasi berparlimen dalam konteks negeri Perak Tuan Yang di-Pertua yang mana sekali lagi kita mengetahui pergolakan yang berlaku tetapi tanpa menyentuh dengan mendalam yang kita dengar, baca dan kaji adalah jelas dalam konteks demokrasi berparlimen. Pemilihan atau ada cara yang tertentu untuk seseorang ketua kerajaan sama ada Perdana Menteri atau menteri besar, ketua menteri berhenti daripada jawatan beliau itu, ini jelas. Pertama, beliau dengan sendiri meletakkan jawatan sebagai menteri besar atau Perdana Menteri. Keduanya, beliau diundi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Dan ketiganya dalam konteks sesuatu pilihan raya umum, beliau atau parti beliau tidak memenangi majoriti, maka yang majoritilah yang menjadi kerajaan selepas sesuatu pilihan raya umum. Dalam dunia yang mengamalkan demokrasi berparlimen, dalam negara kita pun itulah caranya. Sama ada ianya contoh 1966 di Sarawak ataupun 1978 di Kelantan, ataupun 1961 atau 1962 di Terengganu, itulah cara-caranya kerajaan jatuh ataupun kerajaan bangun, menteri besar jatuh ataupun menteri besar baru dilantik, tidak ada cara lain.
LAMPIRAN 79 Apa yang berlaku di politik negeri Sabah sendiri pun dalam tahun 1994, ianya juga adalah dalam konteks ianya berlaku selepas sesuatu pilihan raya umum yang mana kuasa ataupun kedudukan dan peranan tuan yang terutama negeri adalah besar untuk menentukan siapa Ketua Menteri Besar yang baru. Bukan dalam konteks kerajaan sudah tertubuh, Menteri Besar sudah ada, ianya tidak boleh diberhentikan dengan cara keempat, kelima, keenam dan sebagainya sebab tiga cara itu sajalah yang ada. Jadi seruan kita ialah kita rujuk balik kepada Perlembagaan Negara atau negeri dan kita rujuk balik kepada presiden ataupun amalan-amalan yang dilakukan di seluruh dunia termasuk tanpa kecuali dalam negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu luar negara khususnya isu Palestin. Saya ingin sekali lagi menegaskan pendirian bersama kita, saya fikir tidak ada kontroversi di sini bahawa kita bersama-sama dengan rakyat Palestin, kita khususnya bersama-sama dengan masyarakat di Gaza yang diserang dengan begitu ganas oleh Israel yang disokong oleh negara-negara barat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kita semua bahawa dunia barat sama ada Amerika Syarikat sebelum Obama khususnya ataupun Eropah ataupun negara- negara kuasa besar yang lain sering mempermainkan kedudukan Palestin. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak boleh menerima ataupun duduk semeja dengan pimpinan Hamas kerana kononnya Hamas ini bersifat terrorist ataupun keganasan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kita semua supaya Kementerian Luar jelas dengan kedudukan dan pendirian kita. Sama ada Israel atau Amerika Syarikat atau Eropah, apabila Hamas menang dan jadi kerajaan dalam pilihan raya umum yang diakui oleh seluruh dunia termasuk Carter Centre sebagai Pilihanraya Umum 2006 yang adil, yang bebas memberi kemenangan kepada parti Hamas. Maka seluruh dunia barat menolak kerajaan Hamas, ini adalah suatu benda yang amat-amat tidak betul dan salah dari segi apa sekalipun. Amalan untuk tidak mengiktiraf pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan amalan untuk tidak berunding, amalan untuk malah cuba menjatuhkan dengan cara-cara yang tidak betul pernah dilakukan oleh dunia barat dan ini semua harus kita ingat. Ia dilakukan terhadap Gerakan Kebebasan Afrika Selatan oleh parti yang bernama ANC, African National Congress yang dipimpin oleh Mandela. Ketika itu Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher, Ronald Reagan, tidak mahu berbincang, berunding duduk semeja dengan Mandela kerana Mandela dianggap sebagai memimpin satu kumpulan pengganas. Akan tetapi sejarah menunjukkan bahawa hari ini Nelson Mandela lah seorang negarawan peringkat antarabangsa yang dikira antara yang paling dihormati tokohnya sehingga ke hari ini. Ini bererti bahawa apabila seseorang pemimpin itu dipilih dalam proses demokrasi oleh rakyat negara itu bahawa dunia luar tidak berhak untuk memberikan label- label dan melandaskan hubungan negara luar itu dengan label-label yang mereka letakkan. Jadi saya ingin mendesak bahawa kerajaan mengambil tindakan yang tegas supaya berani dengan terbuka mengiktiraf bahawa Hamas lah kerajaan yang sah untuk negara Palestin dan tidak tertakluk, terikat kepada keputusan barat yang tidak ingin mengiktiraf Hamas sebaliknya mengiktiraf parti yang kalah dalam pilihan raya umum yang diiktiraf oleh seluruh dunia di Palestin dalam tahun 2006 iaitu sama ada Fatah atau kumpulan PLO yang menangnya ialah Hamas dan ini diakui oleh seluruh dunia. Jadi saya ingin supaya Kementerian Luar kita, Wisma Putra kita menganggap bahawa Hamas lah kerajaan yang sah dan oleh itu hubungan kita, urusan kita, sumbangan wang ringgit bantuan kita hendaklah melalui kerajaan yang sah iaitu kerajaan Hamas. Tambah-tambah lagi walaupun dunia barat tidak mengiktiraf, walaupun Israel tidak mengiktiraf, sekurang-kurangnya untuk Wilayah Gaza itu, seluruh dunia mengiktiraf bahawa Hamas lah yang menguasainya.
Mohon penjelasan.
80 LAMPIRAN
Jadi kalau kita ingin membantu, maka kita bantulah melalui Hamas. Ya Yang Berhormat bakal calon untuk bertanding di... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat iaitu bahawa kerajaan kita mesti mengiktiraf Hamas sebagai sebuah kerajaan yang sah, menang dalam pilihan raya yang sekarang ini sebenarnya mereka mentadbir Gaza dan mereka menjadi mangsa kepada komplot yang dibuat oleh Amerika dan Israel dan negara-negara kuasa besar yang lain untuk memecahbelahkan orang Palestin. Dalam keadaan ini saya fikir bahawa kita harus tegas, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tumpat bahawa kita mesti mengiktiraf kerajaan Hamas dan kita mesti membantu kerajaan Hamas terutamanya untuk memulihkan balik Gaza. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tumpat, oleh sebab Fatah ini juga sebagai sebuah pertubuhan yang berjuang untuk membebaskan Palestin, apakah tidak ada satu pendekatan yang lebih sesuai bagaimana kita hendak mengimbangi berhadapan dengan perpecahan politik Palestin ini. Mohon penjelasan.
Terima kasih banyak Yang Berhormat,
Tambah sikit Yang Berhormat Tumpat. Tadi tak bagi, boleh bagi?
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga setuju dengan Yang Berhormat Tumpat soal Kerajaan Hamas ini. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi ataupun perhimpunan di rumah... [Tepuk] Duta Palestin baru-baru ini berkenaan dengan isu Gaza. Dalam keadaan kita cuba membantu, sebelum kami datang ke sana ada sebahagian daripada orang yang datang berhimpun itu adalah rakyat Palestin yang menyokong kerajaan ataupun parti Hamas dan mereka ini dihalau, dihalau keluar daripada Kedutaan Palestin kerana Duta Palestin tidak mengiktiraf mereka dan ini adalah satu perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Batu Pahat bahawa sebenarnya parti Hamas ini jangan kita ikut telunjuk Amerika yang mengatakan parti Hamas ini adalah parti penjenayah ataupun terrorist kerana sebenarnya Hamas ini di Gaza dapat menyerapi ke seluruh aspek kehidupan. Pendidikan, kesihatan, sosial dan sebagainya. Itu saya setuju kita minta kerajaan mengiktiraf parti Hamas ataupun Kerajaan Hamas.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Kota Belud. Saya sambung sikit sambil itu saya ulas. Misalnya Barat kononnya menganggap bahawa Hamas ini adalah pengganas, tidak boleh diiktiraf dan hari ini mengiktiraf pula seolah-olah Fatahlah yang baik. Jangan kita lupa apabila Yasser Arafat masih hidup, menjadi pemimpin bukan saja Fatah tetapi seluruh Palestine Government ini, Kerajaan Palestin. Presiden Bush tidak pernah membenarkan Yasser Arafat ke White House, beliau dihalang. Apabila beliau menghembuskan nafas yang terakhir, niat beliau, hajat beliau ialah untuk dikebumikan di Baitulmuqaddis. Amerika, dengan kerjasama Israel tidak membenarkan beliau dikebumikan di Baitulmuqaddis, terpaksa dikebumikan di perkarangan bangunan kerajaan di Ramallah dan diambil rasanya ketulan batu atau pasir daripada Baitulmuqaddis untuk ditabur di atas kubur beliau di Ramallah itu. Masa beliau hidup, beliau ditolak sedemikian rupa. Fatah dianggap juga ekstremis, terrorist dan sebagainya. Beliau tak ada, Fatah kalah, Hamas menang, kemudian Hamas pula dilabelkan sebagai terrorist dan sebagainya. Ini kepura-puraan dasar luar Barat yang hanya kepentingannya ialah untuk menjadikan Israel wakil mereka untuk terus melemahkan seluruh dunia Arab tanpa mengira mereka itu Arab Islam, Arab Kristian ataupun sebagainya.
LAMPIRAN 81 Jadi saya fikir inilah yang kita dalam dasar luar kita mesti jelas, mesti terperinci kita punya pertimbangan dan perkiraan khususnya yang berkaitan dengan suatu negara dan rakyat yang begitu lama sengsara hasil daripada tindakan oleh Israel dan dunia Barat itu. Maka, dengan kita mengatakan kita menyokong dan mengiktiraf Hamas, sudah tentu kita mengiktiraf juga adanya Fatah, adanya sebagaimana yang kita mengharapkan dalam negara kita orang mengiktiraf ada kerajaan dan kita harap Pembangkang pun diiktiraf sama sebagai ada tempat dalam sistem politik kita. Apabila kita kerajaan, kita juga akan mengiktiraf tuan-tuan semua sebagai Pembangkang yang baik dalam sistem politik kita.
[Bangun]
[Bangun]
Ini saya fikir semangat yang kita perlu ada.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Siapa yang hendak bagi Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Ada dua orang ini.
Kuala Krailah... [Ketawa] Satu lagi perkara yang kita sangat kecewa dan kita dengar laporan daripada semua kumpulan dan badan-badan bukan kerajaan yang pergi cuba masuk ke Gaza ialah kegagalan sebuah lagi negara yang bersempadan dengan Israel ini membenarkan pintu masuk ke Gaza ini dibuka dan semua barangan yang dibawa oleh NGO-NGO ini baik daripada Malaysia atau mana- mana negara yang bersimpati dikumpulkan di dalam satu stadium di sebuah kota 40 kilometer daripada sempadan Rafah yang boleh masuk ke Gaza bernama El-Arish dan sebulan kemudian kebanyakan daripada barangan ini termasuk ubat-ubatan, makanan, susu dan sebagainya terpaksa dilupuskan kerana terdedah dan terbiar dalam stadium tanpa boleh dibawa masuk ke dalam Gaza dan negara ini ialah Mesir. Kami sendiri cuba masuk tapi dihalang dan banyak kumpulan yang ingin memberikan bantuan telah dihalang masuk dengan begitu kasar dan dengan rakus serta tidak ada diplomatik langsung. Kita dimaklumkan oleh His Excellency, Duta Besar kita di Mesir bahawa rombongan beliau sendiri pun tidak dibenarkan masuk ke Gaza untuk meninjau dan memberikan sokongan moral kepada Kerajaan Hamas di Gaza. Jadi, pada pandangan Yang Berhormat Tumpat, apakah tindakan Mesir ini dilihat sebagai sesuatu yang amat merugikan dan juga mengecewakan umat Islam dan apakah tindakan yang sepatutnya diambil ke atas negara seperti ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang saya bersyukur kita semua faham dan mengikuti ialah tahap kesengsaraan kemanusiaan yang dialami oleh 1.5 juta rakyat manusia di Gaza itu adalah cukup-cukup memilukan, menyayat hati kita sekali. Jadi dengan sebab itulah kita mengambil tindakan dan saya amat gembira bahawa kita ada pendirian yang sama dan saya dengar juga daripada laporan Yang Berhormat Kuala Krai di majlis yang lain bahawa kita mengakui bahawa peranan Duta Besar kita di Kaherah adalah baik dan berhasrat untuk membantu rakyat serta membantu rombongan Malaysia tanpa mengira daripada parti atau kumpulan mana dalam semangat untuk menyelamatkan krisis kemanusiaan yang amat dahsyat itu.
[Bangun]
Yang Berhormat Gombak.
Ya, Yang Berhormat Gombak.
82 LAMPIRAN
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok Yang Berhormat Tumpat nampak bersungguh- sungguh menegaskan supaya Kerajaan Malaysia mengiktiraf kerajaan Hamas. Mengapa ini berlaku? Apakah kerana ada andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ini adalah budak suruhan daripada Washington D.C.? Saya ingin mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat, ketika Hamas menang pada tahun 2006, jangan kita lupa ada satu Persidangan Negara-negara Islam yang diadakan di Kuala Lumpur, ketika itu Kerajaan Palestin menghantar Menteri Luar Hamas tetapi ada satu pihak menghantar Menteri Luar daripada Fatah. Namun Kerajaan Malaysia kerana tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat, menghalau Menteri Luar yang mewakili kerajaan yang sah, yang dipilih secara demokratik iaitu mewakili kerajaan Hamas tetapi menerima wakil yang tidak pun menang dalam pilihan raya yang dilakukan pada tahun 2006. Apa penjelasan Yang Berhormat Tumpat?
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya pun ingat peristiwa tersebut. Wakil rasmi Kerajaan Palestin ketika itu ialah Dr. Mahmoud Zahar, manakala wakil tidak rasminya ialah Farouq Qadumi yang akhirnya diiktiraf sebagai Menteri Luar Negara Palestin dan dihalang Dr. Mahmoud Zahar itu untuk mewakili negara beliau. Saya fikir ini satu lagi contoh yang mana dasar luar negara kita mesti terperinci, mesti agresif dan mesti ada panduan norma-norma yang tinggi dan mulia supaya kita tidak sebagaimana Yang Berhormat Gombak bayangkan dengan jelasnya tadi tertakluk kepada kepentingan kuasa-kuasa besar yang jelas tidak ingin menjadikan Palestin itu sebuah negara yang berjaya dan terus dipecahbelahkan oleh dunia Barat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu bahasa. Sebagaimana yang kita maklum bahawa hari ini kita telah sekali lagi dihormati, menandakan mulianya Dewan Rakyat ini. Tokoh-tokoh bahasa yang dari segi kebiasaan seharusnya bersara dalam kehidupan dan pergerakan yang aktif, hari ini walaupun dihalang oleh ratusan polis, puluhan kereta-kereta polis seolah-olah mereka ini penjenayah seperti Hamas juga dibuatnya. Pencinta-pencinta bahasa kita, Datuk Hassan Ahmad, Pendeta dan Tokoh Sasterawan Negara kita dihalang sedemikian rupa tetapi mereka sanggup demi menjaga maruah negara kita, demi menjunjung Perlembagaan kita hadir bersama dengan kita pada hari ini untuk menyerahkan kepada semua pimpinan-pimpinan politik dari seluruh negara yang hadir di Parlimen hari ini suatu memorandum yang bertajuk “Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris” iaitu projek kerajaan yang bernama PPSMI ini. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, lagi panjang?
Ada lagi.
Boleh habis?
Rasa tak sempat itu.
Tak sempat..., sambung esok Yang Berhormat ya.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini di tangguh sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 8 Februari 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.
LAMPIRAN i
Usul — Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahBill
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wabihi Nasta’in Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat sekalian. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya pada hari ini sekali lagi kita dapat bersama-sama dalam Istiadat Perasmian Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas. Pada kesempatan ini Beta ingin menyentuh beberapa perkara yang wajar diamati dan diambil perhatian. Pada tahun 2008, dunia telah dilanda krisis kewangan global yang bermula di Amerika Syarikat, kemudiannya merebak ke Eropah dan bahangnya dirasai oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia. Walaupun dunia pada masa kini menghadapi cabaran ekonomi yang amat getir, namun ekonomi negara masih bertahan kerana langkah- langkah telah pun diambil bagi memperkukuhkan asas ekonomi dan sistem kewangan negara sejak krisis kewangan pada tahun 1997/98. Sehubungan itu, pada tahun lalu ekonomi negara terus berkembang pada kadar sekitar lima peratus dan jumlah perdagangan antarabangsa kekal melebihi satu trilion ringgit. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun ini situasi ekonomi dunia dijangkakan lebih mencabar dan boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara. Melalui Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Mamanda Perdana Menteri yang bermesyuarat setiap minggu, Kerajaan sentiasa memantau dengan rapi persekitaran ekonomi global dan mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan impaknya ke atas ekonomi negara. Antara langkah yang diambil ialah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai tujuh bilion ringgit, mengkaji semula strategi pembangunan, menyenarai utamakan program dan projek pembangunan, menggalakkan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta serta melaksanakan projek yang mempunyai kesan pengganda tinggi bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara. Beta berharap dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut ekonomi negara akan terus berkembang dan kesejahteraan rakyat akan terpelihara. Jika keadaan memerlukan, pakej tambahan untuk menstabilkan ekonomi akan diperkenalkan.
ii LAMPIRAN Kerajaan Beta akan terus meminimumkan kesan kelembapan ekonomi global ke atas sektor perdagangan dan perindustrian negara. Antara langkah tersebut ialah mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kondusif, meningkatkan daya saing negara serta memperkenalkan dasar pelaburan yang lebih liberal dan telus. Dalam hubungan ini, promosi dan usaha bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan dari negara-negara yang mempunyai lebihan dana di Timur Tengah dan Republik Rakyat China akan dipertingkatkan. Begitu juga pelaburan dari India dan rantau ASEAN. Di samping mengekalkan eksport ke pasaran tradisi, usaha-usaha akan digiatkan lagi untuk meneroka pasaran baru yang berpotensi. Sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar akan berperanan lebih besar dalam menjana pertumbuhan, memperluaskan asas ekonomi dan menyumbang kepada hasil eksport negara. Langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan secara terancang dan progresif akan terus diambil supaya sektor tersebut menjadi lebih kompetitif di peringkat serantau dan global. Sektor pelancongan adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan pertukaran wang asing negara. Pada tahun lalu negara telah mencatatkan ketibaan seramai dua puluh dua juta lima puluh ribu orang pelancong dan menyumbang sebanyak lebih kurang empat puluh lapan bilion ringgit kepada pendapatan negara. Pada tahun ini, di sebalik kelembapan ekonomi global Kerajaan menyasarkan ketibaan seramai dua puluh juta orang pelancong ke negara ini. Sehubungan ini, promosi produk-produk pelancongan seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan pelbagai keagamaan, program Malaysia Rumah Keduaku, program inap desa serta Malaysia sebagai lokasi membeli belah, mesyuarat, konvensyen dan pameran antarabangsa akan terus dipertingkatkan lagi. Selain itu, Kerajaan Beta juga akan mempromosikan program minat khas seperti sukan golf, selam skuba dan memancing. Bagi menggalakkan pelancongan domestik, destinasi-destinasi pelancongan yang sebelum ini kurang mendapat pendedahan akan dipromosikan dengan lebih agresif. Pada masa yang sama penjagaan kebersihan, alam sekitar dan sistem pengangkutan serta kemudahan awam akan terus diberi perhatian bagi memajukan lagi industri pelancongan negara. Beta sukacita kedudukan Malaysia dalam Laporan Kajian Bank Dunia bagi kemudahan menjalankan perniagaan telah meningkat daripada kedudukan kedua puluh empat pada tahun 2008 kepada kedudukan kedua puluh di kalangan seratus lapan puluh satu buah negara pada tahun 2009. Pada masa yang sama, tumpuan akan terus diberi terhadap usaha-usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam yang akan membantu kepada peningkatan daya saing negara. Ini semua boleh meningkatkan lagi kemasukan pelabur ke negara ini. Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana, berdaya maju yang menerima kesan buruk daripada kelembapan ekonomi global, Skim Bantuan Jaminan PKS bernilai dua bilion ringgit telah disediakan bagi membolehkan mereka mempunyai akses kepada pembiayaan pada kos yang lebih rendah. Justeru, Beta menyeru institusi perbankan supaya terus menyediakan kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat perniagaan dalam usaha menjana dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
LAMPIRAN iii Selain daripada langkah-langkah yang Beta nyatakan, pihak industri sama ada besar, sederhana atau kecil wajar beralih kepada industri yang berasaskan teknologi tinggi misalnya bioteknologi. Pihak industri hendaklah juga mengambil peluang-peluang yang disediakan dengan menceburi dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan secara moden dan berskala besar. Pihak swasta juga hendaklah mengambil peluang sepenuhnya di atas keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap pensijilan halal Malaysia. Ini bertujuan bagi memperkukuhkan kedudukan negara kita sebagai hab barangan dan perkhidmatan halal dunia. Kepakaran Malaysia dalam perbankan Islam yang diiktiraf masyarakat antarabangsa juga boleh dieksploitasi bagi mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab sistem perbankan Islam. Ahli-ahli Yang Berhormat, komoditi juga merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan harga komoditi kebelakangan ini telah memberikan kesan kepada pendapatan kepada pekebun-pekebun kecil. Sehubungan ini, Kerajaan Beta telah mengambil langkah-langkah perlu bagi meringankan beban mereka dengan menggalakkan industri hiliran, meningkatkan penggunaan bio bahan api, meneroka pasaran-pasaran baru dan memberi insentif penanaman semula kelapa sawit dan getah. Di samping itu, kerjasama dengan negara-negara pengeluar lain akan dipertingkatkan lagi bagi menstabilkan harga komoditi di pasaran antarabangsa. Masyarakat FELDA juga tidak terlepas daripada kesan kejatuhan harga komoditi. Justeru, langkah-langkah menggiatkan aktiviti keusahawanan serta melaksanakan Program Bumi Hijau telah diambil untuk meringankan beban mereka. Kerajaan Beta juga telah menyediakan pelbagai program untuk membangunkan sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA. Golongan ini akan diperkasakan melalui pelbagai latihan kemahiran termasuk dalam bidang- bidang teknologi tinggi. Dalam usaha meringankan beban rakyat jelata menghadapi suasana ekonomi yang mencabar, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Beta misalnya pemberian pelbagai subsidi serta meneruskan kawalan harga barangan keperluan. Seperti yang dijanjikan harga runcit petrol dan diesel talah diturunkan sebanyak tujuh kali selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Ini jelas menggambarkan keprihatinan Kerajaan Beta terhadap kesejahteraan rakyat jelata. Usaha ini hendaklah disokong oleh semua pihak termasuk para pengusaha, peniaga, badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna. Rakyat jelata sekalian juga telah beriltizam bersama Kerajaan Beta memenangi cabaran ekonomi masa kini dengan meningkatkan produktiviti, berbelanja dengan bijak serta mengutamakan barangan tempatan seperti mana Kempen Membeli Barangan Malaysia yang telah dilancarkan oleh Mamanda Perdana Menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik. Dalam menangani kenaikan harga barangan makanan, adalah menjadi hasrat Kerajaan Beta memastikan rakyat memperoleh bekalan makanan yang mencukupi dan pada harga yang berpatutan. Pada masa yang sama, rakyat adalah digalakkan untuk mengeluarkan bahan makanan sendiri melalui Program Bumi Hijau. Beta menyeru supaya kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang dijadikan sebagai titik tolak untuk para pengusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mengutamakan tenaga kerja tempatan. Dalam sektor pembinaan misalnya, para pengusaha boleh mengguna pakai kaedah sistem binaan berindustri.
iv LAMPIRAN Pada masa yang sama, tenaga kerja tempatan juga hendaklah tidak terlalu memilih kerja. Sehubungan ini, langkah Kerajaan Beta menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat nasional, negeri dan daerah, Jawatankuasa Pemudah Cara Penggajian Pekerja Yang Diberhentikan untuk melatih dan menempatkan pekerja-pekerja yang diberhentikan dan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja bagi membantu majikan mengekalkan tenaga kerja selama mana yang boleh adalah tepat. Kerajaan Beta tidak akan sama sekali mengabaikan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli serta masyarakat luar bandar termasuk petani, nelayan dan pekebun kecil. Pelbagai langkah dan usaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi kaum-kaum tersebut dan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan bandar akan terus dilaksanakan. Antara usaha-usaha tersebut termasuklah penyediaan peruntukan biasiswa yang khusus bagi kaum-kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta golongan-golongan yang amat memerlukannya. Di samping itu, Kerajaan Beta juga mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum India dengan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Bagi Mengenal Pasti Dan Memantau Penyertaan Kaum India Dalam Program Dan Projek Kerajaan yang dipengerusikan oleh Mamanda Timbalan Perdana Menteri bagi mempertingkatkan penyertaan kaum tersebut dalam arus pembangunan negara. Kerajaan Beta telah mengambil langkah-langkah yang bersepadu dalam membantu rakyat menghadapi kesan-kesan sosioekonomi berikutan kelembapan ekonomi global berikutan kemelesetan ekonomi global. Sejak tahun lalu Projek Cari telah dilaksanakan bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum mendapat bantuan daripada Kerajaan. Pada masa yang sama Jaringan Keselamatan Sosial telah diperluaskan dengan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bagi membolehkan lebih ramai golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, warga emas dan ibu tunggal diliputi di bawah skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kemudahan perumahan terutamanya bagi golongan yang memerlukan terus menjadi agenda utama Kerajaan Beta. Sehubungan ini, Program Perumahan Rakyat, Program Bantuan Rumah, Projek Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya akan terus dilaksanakan dan dipertingkatkan bagi memastikan rakyat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa mengikut kemampuan mereka. Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak dua puluh lima ribu lima ratus unit rumah akan dibina pada tahun ini. Skim Jaminan Kredit Perumahan telah disediakan bagi membantu golongan yang tidak berpendapatan tetap memiliki rumah kos rendah dan sederhana rendah. Beta bangga dengan pengisytiharan bandar raya Melaka dan Georgetown sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Pengiktirafan tersebut hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempromosi pelancongan negara. Beta ingin mengingatkan agar apa jua tindakan yang boleh menjejaskan pengiktirafan tersebut hendaklah dielakkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Beta dukacita walaupun negara kita telah lima puluh satu tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. Beta ingin menegaskan bahawa Kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan. Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.
LAMPIRAN v Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, Beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya. Perlembagaan Persekutuan juga adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, Beta ingin mengingatkan supaya kesepakatan tersebut dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Justeru, sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan kepada golongan ini supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Di samping itu, prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat. Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. Kerajaan Beta juga mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara. Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Sehubungan ini, Polis Diraja Malaysia hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat. Beta juga menyeru rakyat jelata memberi kerjasama kepada pihak polis dalam usaha-usaha mereka membanteras jenayah dan menyertai program Kepolisan Masyarakat. Beta menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan Beta mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang. Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini. Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan Beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.
vi LAMPIRAN Ahli-ahli Yang Berhormat, modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru, kerajaan Beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa. Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan Beta menetapkan lapan belas agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama. Pada masa ini, empat puluh satu peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara lima belas hingga tiga puluh sembilan tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu pada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan. Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri. Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut. Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, Beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit. Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan Beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang. Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperoleh. Dalam bidang pengangkutan, Kerajaan Beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan.
LAMPIRAN vii Di samping itu, Beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang. Kerajaan Beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, Kerajaan Beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Perkhidmatan Awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta. Ahli-ahli Yang Berhormat, dasar Luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif. Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau. Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan- pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa. Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang tekah Beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia. Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa. Beta maklum dan menggalakkan daya usaha Kerajaan Beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya. Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara. Kerajaan Beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara- negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan Kerajaan Beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat. Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
viii LAMPIRAN Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan secara tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara. Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan. Sebelum Beta mengakhiri titah ini, Beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003. Sehubungan ini, Beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari. Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan. Akhir titah, Beta merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai. Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.