Dewan Rakyat · 18 February 2009

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 486 turns · 38,048 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang · question

1. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, mengapakah hanya dua agen sahaja yang dibenarkan memasang tali pinggang keledar kerusi belakang kereta di Sarawak sehingga menyebabkan tuan punya terpaksa menunggu selama sepuluh bulan atau dalam tahun 2010 sedangkan ini adalah keselamatan pengguna.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan tidak melantik mana-mana pihak bagi agen untuk melaksanakan tugas-tugas pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk di belakang kenderaan. Pada masa ini pemasangan tali pinggang keledar tersebut hanya dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar atau pengilang kenderaan melalui pusat servis mereka bagi menjamin pemasangan tersebut mematuhi piawaian yang ditetapkan demi menjaga keselamatan pengguna kenderaan. Kerajaan telah mendapat persetujuan dengan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua dan Honda bagi pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta secara percuma. Kerajaan juga sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan yang lain bagi pemasangan tali pinggang keledar secara percuma. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan telah mendapat maklumat bahawa terdapat bilangan tempahan pemasangan yang tinggi di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Syarikat-syarikat pengeluar kenderaan yang terlibat telah pun mengambil tindakan untuk menyediakan pasukan perkhidmatan bergerak bagi menampung keperluan pelanggan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti bagi tujuan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan kerajaan mengambil berat tentang keselamatan pengguna dengan mewajibkan pemasangan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang ini, apakah kerajaan ataupun syarikat-syarikat bersedia untuk membiayai kos perjalanan dan tempat tinggal tuan-tuan punya kereta dari luar Bandaraya Kuching yang pergi ke sana untuk memasang tali pinggang-tali pinggang tersebut kerana kedua-dua agen itu hanya berada di Kuching. Apakah syarikat sanggup untuk pergi keluar daripada bandar raya untuk membuat pemasangan ini? Daripada hasil kajian tentang bahaya penumpang belakang tanpa memasang tali pinggang keledar ini, apakah kerajaan bersedia untuk memendekkan tempoh pemasangan tali pinggang-tali pinggang keledar ini, sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kecederaan yang membabitkan penumpang di belakang. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Sebagaimana yang saya jawab tadi bahawa Kementerian Pengangkutan telah mendapat maklumat daripada kawasan-kawasan khususnya di kawasan-kawasan terpencil, di mana para pengguna dan tuan pemilik kenderaan agak sukar untuk pergi ke pusat servis bagi perkhidmatan yang dibuat oleh Proton dan juga Perodua.

Namun demikian mereka telah pun menyediakan perkhidmatan bergerak dari satu daerah ke satu daerah bagi mempermudahkan pihak pemilik kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Bagi perkhidmatan membayar kos dan sebagainya, setakat ini kita tidak ada persefahaman dengan agensi-agensi terutama sekali Proton, Perodua dan Honda. Akan tetapi sekiranya keadaan ini mungkin memaksa kita lakukan, maka kita akan cuba berunding dengan pengedar dan juga pengeluar kereta- kereta Proton, Perodua dan juga Honda. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, isunya bukan sekadar lambat ataupun bukan sekadar sukar untuk mendapatkan agen-agen khususnya di kawasan luar bandar, tetapi isunya adalah kereta-kereta secondhand sebagai contoh, yang terpaksa menunggu lama akibat kekurangan agen ini dan mereka disaman oleh pihak polis ataupun JPJ. Ini menimbulkan satu suasana yang tidak selesa bagi rakyat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan rakyat yang berpendapat rendah. Jadi, adakah kementerian ada dasar ataupun polisi umum untuk menangguhkan sedikit masa lagi sekiranya mereka tidak dapat memasang tali pinggang keledar ini dan pihak polis dan JPJ boleh memberikan pelepasan ataupun penangguhan terhadap saman yang dikemukakan terhadap mereka. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian, saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai dengan penguatkuasaan. Saya mohon izin sekurang-kurangnya tiga, empat minit Tuan Yang di-Pertua kerana memang saya percaya ramai di kalangan rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar tidak mendapat informasi yang terkini ataupun terperinci mengenai dengan soal penguatkuasaan. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa tarikh penguatkuasaan ialah pada 1 Januari 2009 dan akan berakhir pada 31 Disember 2012. Jadi, maknanya ada tiga tahun bagi pemilik-pemilik kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar di belakang. Soalan Yang Berhormat mengenai dengan saman, sebenarnya tidak ada saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ ataupun polis. Baru-baru ini kita ada keluarkan tetapi kita sudah pun tarik balik saman itu kepada kenderaan-kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar sehinggalah tamat tempoh tiga tahun atau pada 31 Disember 2012.

Ini jelas, tidak ada saman yang dikeluarkan oleh JPJ atau pihak polis kepada mana-mana kenderaan yang belum dipasang tali pinggang keledar di belakang sehinggalah penguatkuasaan telah berakhir atau pun tempoh telah berakhir pada 31 Disember 2012. Jadi, kalau ada mana-mana kenderaan, saya mintalah Ahli-ahli Yang Berhormat maklumkan kepada JPJ atau pihak polis, saman itu akan dibatalkan, tidak ada saman. Saya juga ingin menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua bahawa beberapa kekeliruan masyarakat luar bandar tentang pemakaian tali pinggang keledar seperti soalan Yang Berhormat sebentar tadi. Satu perkara yang saya ingin maklumkan bahawa mereka yang belum memasang tali pinggang keledar masih boleh menggunakan kenderaan mereka dan membawa penumpang. Tidak ada saman yang akan dikeluarkan. Ada juga pertanyaan Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan sekiranya tali pinggang keledar di belakang sudah pun ada tetapi hanya untuk tiga penumpang sahaja, bagaimana kalau keluarga itu mempunyai anak empat? Bolehkah mereka membawa anak mereka keempat-empat? Jadi, jawapannya boleh dan yang satu yang tidak memakai tali pinggang keledar di belakang tidak akan di saman oleh polis atau pun JPJ. Terima kasih.

Amran bin Abdul GhaniPKR · PRTanah Merah · question

2. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) berapakah jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan untuk pasukan polis yang terlibat dalam pilihan raya di Kuala Terengganu; dan (b) senaraikan kes rusuhan dan keganasan yang berlaku dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah yang telahpun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya juga menjawab pertanyaan ini serentak bersama-sama pertanyaan Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Gombak bertarikh 19 Februari 2009, Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 24 Februari 2009, Yang Berhormat Ketereh bertarikh 26 Februari 2009, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Shah Alam bertarikh 2 Mac 2009, Yang Berhormat Machang bertarikh 12 Mac 2009, Yang Berhormat Batu bertarikh 17 Mac 2009 dan Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Bachok bertarikh 18 Mac 2009 kerana pertanyaan-pertanyaan ini semua tersebut adalah mengenai perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah keseluruhan perbelanjaan Polis Diraja Malaysia bagi penugasan operasi pilihan raya kecil kawasan P36 Kuala Terengganu ialah sebanyak RM15.15 juta. Pecahan perbelanjaan tersebut adalah meliputi kos perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta, perhubungan dan utiliti berjumlah RM50,000, sewaan kanopi berjumlah RM6 juta, pembekalan makanan kering dan minuman berjumlah RM65,000, pembekalan bahan api dan alat ganti berjumlah RM698,000, pembekalan bahan mentah dan lain-lain berjumlah RM310,000, penyelenggaraan dan pembaikan kecil berjumlah RM830,000, dan pembekalan makanan bermasak dan penginapan berjumlah RM4.5 juta. Penugasan kali ini melibatkan seramai 3,376 orang anggota dan pegawai polis yang mana yang terdiri daripada semua jabatan atau pun cawangan dalam Polis Diraja Malaysia seperti Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Trafik, Unit Udara Polis dan Tugas Am. Di antara bentuk penugasan yang dilaksanakan ialah penugasan di bawah keperluan Suruhanjaya Pilihan raya, kawalan keselamatan orang ramai, kawalan lalu lintas dan rondaan berkala. Manakala jumlah kelengkapan yang terlibat dalam operasi P36 ialah dua unit helikopter dan satu unit fixed wing dari Unit Udara, tiga unit Armored Personnel Carrier dan Unit Kereta Perisai, 68 buah kereta peronda MPV, 238 buah motosikal berkuasa tinggi dan 58 buah motosikal ringan dari Unit Trafik dan senjata api jenis Walther P99 side arm sebanyak 3,376 unit. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada kawalan keselamatan yang dijalankan oleh pihak polis berserta kerjasama yang baik dari orang awam, tiada sebarang kes rusuhan atau pun kejadian yang tidak diingini berlaku di sepanjang Plihanraya Kecil P36, Kuala Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga pembekal kanopi sewaktu pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Rukun Saksama Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain saya meminta pihak Menteri menyatakan dalam Dewan yang mulia ini berapakah jumlah anggota polis dari Cawangan Khas yang ditugaskan berada sepanjang pilihan raya Kuala Terengganu, apakah pihak polis juga merancang untuk menempatkan jumlah pasukan yang besar seperti mana yang dilakukan di Kuala Terengganu baru-baru ini bagi menghadapi dua pilihan raya kecil yang bakal menjelang iaitu di DUN Bukit Selambau di Kedah dan di Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Sedangkan kita menyedari tatkala jumlah anggota polis yang terlalu besar itu termasuklah daripada pasukan Cawangan Khas khususnya telah menimbulkan rasa tidak selesa terutamanya di kalangan penduduk setempat. Adakah pihak Yang Berhormat Menteri setuju cara ini boleh menambahkan kos yang tinggi wang rakyat di dalam sesuatu pilihan raya dan imej Malaysia seolah-olah sudah tidak selamat di mata dunia? Sekian, terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Pertama sekali kalau saya lihat jumlah perangkaan, tadi saya sebut dalam jawapan asal jumlah anggota polis yang terlibat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah 3,376. Dalam jumlah ini hanya 433 orang anggota dari Cawangan Khas, so maksudnya kurang selesa atau tidak kurang selesa oleh kerana ada anggota dari Cawangan Khas ini memang tidak wujud langsung sama sekali. Kedua mengenai pilihan raya kecil lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau di negeri Kedah Darul Aman. Pihak polis akan terus memainkan peranan menjaga keamanan tidak kira di mana pilihan raya kecil berada sama ada di Bukit Gantang atau pun di Bukit Selambau ataupun di mana-mana tempat. Ini juga bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jika Suruhanjaya Pilihan Raya memberi arahan kepada pihak polis bahawa keadaan di suatu-suatu tempat di mana pilihan raya kecil akan diadakan harus dikawal dengan lebih ketat supaya pengundi-pengundi dapat keluar untuk mengundi dengan selesa tanpa mempunyai perasaan takut-takut, maka, pihak polis juga akan bertindak. Akan tetapi, selepas menerima arahan dari SPR, pihak polis juga akan membuat satu analisa sama ada keadaan itu harus mempunyai lebih ramai anggota polis atau tidak. Walau bagaimanapun, saya percaya Yang Berhormat boleh setuju dengan saya. Sejak kemerdekaan Malaysia hingga hari ini sudah melebihi 50 kali pilihan raya. Setiap kali pun peranan polis adalah cukup penting sekali menjaga keamanan pada keseluruhannya di semua pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum. Sekian terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Peranan Cawangan Khas.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tuan Yang di- Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang amat terdesak.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduklah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Malam tadi, enam...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai duduk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Perkara ini tidak boleh dibangkitkan dalam masa ini Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mohon, ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah ada...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ikutlah peraturan, ikut peraturan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kena ikut peraturan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Enam rakyat Malaysia... [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Malam tadi enam rakyat Malaysia... [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Pertanyaan tambahan saya ialah jika dibandingkan RM15 juta tadi itu untuk menjamin ketenteraman awam dalam pilihan raya tersebut berbanding dengan RM2.3 juta beli kereta Camry itu lagi membazir sebenarnya... [Disampuk] Jadi pertanyaan tambahan saya ialah jika sekiranya jumlah anggota tentera dan perbelanjaan itu dikurangkan tidak sebegitu ramai seperti mana yang berlaku di Kuala Terengganu, ada kemungkinan tidak akan berlaku kekacauan. Maksudnya saya ingin tahu dari segi rasionalnya. Mungkinkah berlaku kekacauan jika jumlahnya semakin kecil tetapi bila tengok ramai itu yang mereka takut hendak buat kacau. Apakah perbelanjaan ini lebih tinggi daripada apa yang kita belanjakan di Permatang Pauh? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Dari satu analisa yang telah diadakan sebelum dan selepas Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu oleh pihak polis, maka daripada analisa didapati bahawa oleh kerana kita mempunyai begitu ramai anggota polis, ianya telah pun menjamin satu keadaan yang selesa supaya pengundi dapat keluar beramai-ramai untuk mengundi. Kita rasa pada keseluruhannya walaupun RM15 juta telah pun dibelanjakan tetapi jumlah yang dibelanjakan ini memang berbaloilah oleh kerana kita dapat mewujudkan satu suasana yang tidak tegang langsung dan di mana pihak polis telah memainkan peranan seperti biasa dan kita telah mengadakan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dengan begitu licin, lancar dan selamat. Dari segi perbandingan kos dengan Permatang Pauh, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa jumlah yang dibelanjakan di Kuala Terengganu agak lebih tinggi sedikit daripada Permatang Pauh. Sekian, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Tuan Yang di-Pertua, enam orang terbunuh. Mereka rakyat Malaysia... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk. Jangan ganggu perjalanan mesyuarat ini, Yang Berhormat. Cukuplah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk, Yang Berhormat.

Rosnah binti Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNPapar · question

3. Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin [Papar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, projek jalan raya dalam kawasan Parlimen Papar yang sudah disenaraikan bagi tahun 2008 tetapi tidak dilaksanakan. Bolehkah Kementerian menjelaskan mengapakah projek ini gagal dilaksanakan.

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin MohamedUMNO · BNMenteri Kerja Raya · Sepang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi kawasan Parlimen Papar ialah projek naik taraf jalan dari Dongongun hingga ke simpang Jalan Papar-Spur. Skop kerja diluluskan ialah menaik taraf jalan sedia ada daripada dua lorong ke empat lorong berkembar sepanjang 41 kilometer dari Putatan ke Papar. Siling yang telah pun sedia ada di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah RM15 juta dan hasil daripada siling ini pihak kementerian telah pun merancang untuk menyiapkan reka bentuk terperinci secara detail terlebih dahulu dan manakala pembinaan ini kita jangka boleh dilakukan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin MohamedUMNO · BNMenteri Kerja Raya · Sepang

Saya suka memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawasanya reka bentuk terperinci ini adalah di peringkat akhir dan insya-Allah akan dapat disiapkan pada Aprii 2009. Secara keseluruhannya, untuk makluman Yang Berhormat, kos projek ini jumlah siling yang diperlukan adalah sebanyak RM375 juta. Pecahan perbelanjaan daripada ini termasuk daripada reka bentuk dan RM30 juta adalah merupakan pembayaran balik mengambil balik tanah, land acquisition dan pihak kementerian berharap supaya penambahan siling yang diperuntukkan ini akan diluluskan oleh EPU.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, adakah pihak kementerian bercadang untuk melaksanakan projek menaik taraf jalan Papar-Beaufort- Sindumin sebab sebahagian daripada perancangan pembinaan Pan Borneo Highway memandangkan jalan ini amat penting untuk menghubungkan kawasan-kawasan ini dengan negeri Sarawak dan negara Brunei Darussalam. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, selain menggalakkan sektor pelancongan yang melibatkan dua negara secara tidak langsung jika jalan ini dan projek jalan Dongongun-Papar dapat dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, rakyat khususnya di Parlimen Papar, Penampang, Beaufort dan Sipitang tidak merasakan mereka disisihkan dari kerancakan arus pembangunan negara. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Usaha kerajaan bagi menaik taraf dan menentukan bahawasanya segala kemudahan jalan yang melibatkan untuk sebagaimana Yang Berhormat sebutkan, Pan Borneo Expressway ini akan dapat direalisasikan menjadi satu kenyataan adalah satu usaha yang berterusan yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Untuk spesifiknya, Yang Berhormat, Yang Berhormat telah pun menyebutkan bahawasanya menaik taraf jalan dari Beaufort ke Sindumin dan skop kerja yang saya suka maklumkan kepada Yang Berhormat ialah mengenai taraf jalan dari single way kepada dual-carriage way di sepanjang 700 meter hendak masuk ke jalan utama ini. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa projek ini dalam peringkat pelaksanaan dan siling yang ada RM8.9 juta dan telah pun bermula kemajuan fizikal 1 peratus di tapak bina dan kontraktornya ialah Sogawa Corporation Sdn. Bhd. dan ia berasaskan kepada design and build. Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih beri peluang sekali lagi. Soalan tambahan bagi soalan yang ketiga Dewan yang mulia pada pagi ini, semalam saya agak terperanjat dan termasuk kecewa.... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak salah kalau kita buat sedikit mukadimah sebelum soalan itu dikemukakan. Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan melahirkan rasa kecewanya kerana perbelanjaan yang dibelanjakan oleh kementerian-kementerian atau dalam bahasa yang lebih singkat tetapi tepat, kekuatan perbelanjaan kementerian-kementerian walaupun peruntukan telah disediakan, cuma kekuatannya 70 peratus. Bermakna apa yang telah pun digariskan oleh kerajaan untuk melaksanakan pembangunan kemajuan untuk rakyat dalam negeri ini tidak dikerjakan secara bersungguh-sungguh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat, khususkan kepada JKR, jalan di kawasan Papar.

Saya akan masuk itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini ucapan kah atau soalan tambahan ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.... [Disampuk] Saya sudah minta supaya kemukakan soalan tambahan.

Dua-dua sekalilah.

Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, mungkin akan bermasalah nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Masuk kepada soalan, Yang Berhormat Sri Gading.

Kalau tidak diganggu ini, sudah sampai soalan saya... [Ketawa] Sebagai kementerian yang terpenting, Tuan Yang di- Pertua, JKR adalah sebuah kementerian yang terpenting yang ada kaitan dengan rakyat secara keseluruhannya.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kalau soalan ini tidak terbabas tidak terkeluar daripada soalan asal ini, berapa kekuatan yang telah pun dibelanjakan oleh JKR dalam Rancangan Malaysia Kesembilan? Kerana ini penting. Ini penting ini kalau Yang Berhormat Menteri sudi untuk menjawab soalan saya. Terima kasih Dato’.

Terima kasih. Saya suka memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat. Kalau daripada pergi performance perbelanjaan kementerian ini kita above average apa Yang Berhormat itu sebab kita dibagi pengiktirafan lima bintang oleh pihak MAMPU. Terima kasih.

Mohd Hayati bin OthmanPAS · PRPendang · question

4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang dibayar kepada Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, SUHAKAM, Penambahbaikan Polis, Pelantikan Hakim dan Pencegahan Rasuah dalam setahun.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua saya ucap terima kasihlah pada Ahli Yang Berhormat daripada Pendang yang telah bertanya secara pantun dua kerat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah besar peruntukan yang dibayar dalam setahun bagi Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dan SUHAKAM adalah seperti berikut: | Anggota | Jumlah Besar | |------------------------|--------------| |Suruhanjaya Pilihan Raya|RM862,128.48 | |SUHAKAM |RM1,503,600.00|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Yang Berhormat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dia tidak mempunyai anggota suruhanjaya seperti SUHAKAM. Walau bagaimanapun terdapat beberapa jawatankuasa pemantau yang akan dibentuk iaitu: (i) Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah; (ii) Jawatankuasa Khas mengenai rasuah; (iii) Panel Penilaian Operasi; (iv) Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah; dan (v) Jawatankuasa Aduan. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah secara sukarela dan tiada bayaran yang ditetapkan. Namun dalam perbahasan waktu membentang rang undang-undang ini kita mendapat penerangan daripada ahli-ahli Parlimen iaitu jawatankuasa yang dipilih mereka yang menganggotai jawatankuasa ini kalau boleh hendaklah diberikan seating allowance ya. Perkara ini masih lagi belum kita putuskan sama ada mahu membayar ataupun tidak. Peruntukan bagi anggota Suruhanjaya Pelantikan Hakim ia masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan belum bentuk lagi. Jadi saya tidak dapat hendak melaporkan tentang berapakah bayaran yang dibuat. Manakala bagi apa yang dikatakan suruhanjaya untuk hendak menambahbaikkan polis yang ini suruhanjaya ini belum diputuskan lagi nama dia.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Mungkin untuk polis sahaja mungkin untuk semua anggota penguatkuasaan. Namun dia dalam peringkat penggubalan jadi kita belum tentukan lagi berapakah bayaran akan dibuat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri yang telah menjawab tadi. Soalan saya adalah berhubung dengan SPR. Baru-baru ini Pengerusi SPR ada mengatakan bahawasanya mereka memerlukan returning officer ataupun pegawai-pegawai pengurus pilihan raya sendiri tidak menggunakan pegawai-pegawai kerajaan di dalam mengendalikan sesuatu pilihan raya. Ini kerana kalau kita lihat di Kuala Terengganu baru-baru ini returning officer sendiri telah mengumpulkan 592 orang kakitangan Bandaraya Kuala Terengganu dan mengugut supaya mengundi Barisan Nasional. Kalau tidak mereka ini akan dibuang kerja. Jadi saya rasa ini merupakan satu yang positif yang merupakan pandangan oleh SPR jadi apakah kerajaan memikirkan bahawasanya ini satu yang perlu di segerakan memandangkan trend sekarang ini bukit-bukit semua hendak adakan pilihan raya kecil ini?. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.

Kalau pilihan raya kecil bukit tidak apalah setakat bukit jangan sampai ke padang sudahlah. Tuan Yang di-Pertua apabila returning officer ini merupakan setiap kawasan pilihan raya satu returning officer. Bermakna kalau kita ada Ahli Parlimen 219 ya? 222 maka kita perlu ada 222 returning officer yang hanya buat kerja empat ke lima tahun sekali lepas itu dia hendak buat kerja apa? Ini kerana pilihan raya lima tahun sekali jadi pilihan raya berlaku serentak, 222 returning officer. Masalahnya ialah apabila tidak ada pilihan raya apakah kerja mereka ini? Nombor dua, kalau marah kepada nyamuk jangan bakar kelambu. Dalam beberapa kali kita mengadakan pilihan raya yang kita dapat laporan sekali ini satu sahaja, itu tidak boleh menunjukkan sebagai reflex on the fiil dan perangai semua returning officer. Lainnya telah pun bersikap dengan adil. Jadi oleh kerana itu SPR merasakan bahawa tidak perlulah kita melantik returning officer secara tetap dalam SPR.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun tidak ada apa-apa peruntukan ditetapkan untuk Suruhanjaya Pelantikan Hakim tetapi soalan saya ada kaitan. Dalam JAC ini tidakkah ada sesiapa dari Majlis Peguam yang hendak dilantik? Dan JAC ini telah diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi yang ada diumumkan di Kuching pada 7 November 2008 mengakui dia ada terlibat dalam rasuah. Adakah pelantikan dia sebagai ketua kepada pesuruhjaya ini wajar dan baik? Lebih baik dia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat berkaitan dengan soalan nombor empat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini bukan mengenai sifat atau kelakuan dia Tuan Yang di-Pertua. Dia mengaku dengan rela di Kuching. Jika seseorang hakim mengaku, mengakui dia ada membuat apa yang jadi satu kesalahan itu bukan satu perkara yang tidak boleh di berbangkit dalam Dewan yang mulia ini. Tidak langgar dengan Peraturan Mesyuarat 36(8). Oleh itu ini boleh dibenarkan dalam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat dalam soalan tambahan so Yang Berhormat kena ringkas dan terus pada soalan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Itulah saya mahu dapat tahu bagi dua- dua soalan yang saya berbangkit tadi pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya bukan kita kata kita tidak akan buat apa-apa bayaran cuma JAC ini baru sahaja penggubalannya dan baru sahaja dibentuk dan masih lagi belum kita tentukan kerana Kementerian Kewangan sedang memikirkan berapa sebenarnya patut dibayar. Bukan tidak akan bayar masih belum ada keputusan.

Keduanya yang kita lantik ini ialah atas jawatan iaitu lima orang itu Ketua Hakim Malaysia, kemudian Presiden Court of Appeal kemudian kita lantik Ketua Hakim Malaya, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak. Jadi saya tidak mahu bincang individu cuma yang kita lantik ini ialah lantik atas jawatan dia Ketua Hakim mempengerusikan JAC.

Mohd Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil · question

5. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, sejauh manakah pencapaian projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara mengikut negeri. Berapa banyakkah peruntukan yang telah dibelanjakan.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau ringkasnya TKPM merupakan salah satu strategi di bawah dasar pertanian negara yang ketiga bertujuan menggalakkan pelaksanaan projek pertanian berskala besar, komersial dan teknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Bagi memudahkan pelaksanaan program ini, perjanjian persefahaman TKPM telah ditandatangani oleh Menteri Pertanian dengan beberapa menteri besar dan ketua menteri berkenaan bermula tahun 2000 yang lalu Objektif utama projek ini ialah untuk melahirkan usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan dan mewujudkan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan. Dalam RMK-9, sebanyak 60 TKPM dirancang untuk dibangunkan setakat ini dan 47 telah berjaya dibangunkan antaranya: |Bil| Negeri |Jumlah| |--:|--------|-----:| | 1|Pahang | 14| | 2|Selangor| 10| | 3|Johor | 6| | 4|Perak | 5|<END_TABLE_MARKER> Serta lain-lain. Jumlah pengeluaran TKPM setakat ini ialah kira-kira 35,000 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak kira-kira RM40 juta. Seramai 764 usahawan tani di mana 110 adalah daripada syarikat dan 654 usahawan terlibat dalam melaksanakan TKPM dan sebahagian besar mereka telah berjaya. Pada 13 Januari lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan TKPM peringkat nasional di Lanchang, Pahang dan telah menganugerahkan tujuh orang usahawan yang paling berjaya antara mereka ialah: |Bil| Nama | Kawasan |Keuntungan (RM/Ratus Ribu)| |--:|----------------------------|-------------------|----------------------------:| | 1|Encik Ramli Idrus |Pulau Manis, Pahang| 900| | 2|Encik Mohd Nasir Husin |Ulu Tiram, Johor | 600| | 3|Encik Thian Kong Seng |Ulu Yam | 540| | 4|Encik Kaliganan a/l Mutusamy|Manjung, Perak | 250|<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah membelanjakan RM25.7 juta dalam RMK-8 untuk TKPM dalam tempoh RMK-9, kerajaan memperuntukkan RM137 juta untuk program ini iaitu RM76.25 juta di bawah RMK-9 dan selebihnya iaitu RM61 juta adalah di bawah dasar jaminan bekalan makanan. Ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, program ini telah berjaya untuk melahirkan usahawan dalam bidang pertanian, bertujuan untuk menambah pengeluaran tanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan, mengurangkan pergantungan kita kepada import. Terima kasih.

Datuk Md. Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya tentang Projek Pengeluaran Taman Kekal untuk makanan ini setakat ini, adakah ianya dapat membantu mengurangkan import? Juga, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan potensi tanaman ini untuk mengurangkan krisis makanan dan juga ianya bolehkah menambah eksport negara dan berbanding dengan kemasukan buah-buahan misalnya daripada Thailand yang murah dan berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, memang salah satu tujuan utama projek ini ialah untuk mengurangkan import dan menambah pengeluaran negara. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat buah-buahan tahun lepas 2008, import buah-buahan berjumlah kira-kira RM1 bilion berbanding RM807 juta pada tahun 2007. Kebanyakan import ini merupakan import dengan izin temperate fruits seperti orange, apple, mandarin orange, pear, anggur dan lain-lain. Jadi ini merupakan bahagian terbesar import negara. Sebaliknya eksport pula tahun lepas kira-kira RM490 juta kebanyakannya ialah tembikai, betik, nanas dan juga belimbing ataupun carambola. Jadi tujuan utama ialah untuk mengurangkan import negara dan sebagai makluman selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, di Lanchang keluasannya ialah 3600 hektar KTPM Lancang, 400 hektar adalah TKPM usahawan dan 3200 adalah untuk sektor swasta. Perancangan kerajaan untuk tempoh 20 tahun akan datang kawasan ini akan mampu mengeluarkan kira-kira 1.6 bilion buah-buahan. Ini akan menjadi pusat pengeluaran buah-buahan negara dan secara puratanya kira-kira RM70 juta buah-buahan akan dapat dikeluarkan daripada TKPM Lanchang sahaja. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat, kalau boleh tengok contoh Lanchang memanglah potensi untuk mengurangkan import cukup besar. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan kekurangan makanan dalam negara dan insya-Allah kita akan mampu untuk bersaing dengan negara-negara jiran termasuklah negara Thailand. Terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Asas Tani. Kejayaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ini bergantung juga seiringan dengan pemasaran hasil daripada tanaman- tanaman yang dikeluarkan oleh taman ini. Apakah Yang Berhormat sedar pasar raya seperti Carrefour, Tesco yang dimiliki oleh pihak luar di mana rakyat berbelanja berbilion ringgit. Saya sudah baca buku, “Trillions Money in Hypermarket” dan “Concept Prosumer” di mana rakyat suka membeli di tempat- tempat ini dan barang-barang tempatan, hasil pertanian tempatan diletakkan di ceruk-ceruk belakang, itu pun tidak banyak. Jadi pertanyaan saya, apakah sering dengan Taman Kekal Pengeluaran Makanan ini, kerajaan bercadang untuk mewujudkan konsep pasar raya sama seperti Carrefour dan Tesco ini iaitu bernama pasar raya FAMA. Sama dengan konsep Tesco dan Carrefour ini secara besar-besaran, mengambil kira dengan keadaan ekonomi sekarang ini dari segi package stimulus plan ini boleh diwujudkan pasar raya seumpama ini dengan menempatkan semua hasil-hasil pertanian, semua pengeluaran petani-petani kita; malah boleh wujud juga rangkaian di luar negara seperti di Dubai, gah kita tengok, Pasar raya FAMA di Dubai. Tidak guna ada MATRADE setakat hendak mempromosi tetapi tempat itu tidak ada. Wujudkan Pasaraya FAMA di Dubai, Pasaraya FAMA di United Kingdom, di London. Kena memulakan di Malaysia kita ini. Ini lebih baik. Oleh itu saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah ada rancangan seumpama ini? Kalau tidak, ianya indah khabar dari rupa seperti kita tengok apa yang berlaku sebelum ini. Tanam itu tidak jadi, tanam ini tidak jadi, tanam duku akhirnya tidak beli, tanam ubi akhirnya tidak beli dan yang menjadi mangsa ialah rakyat. Terima kasih. Saya bercakap panjang pun, TV sudah tidak ada Yang Berhormat. Tadi semasa Yang Berhormat Sungai Petani ada. Jadi saya tidak ada hendak ambil kesempatan apa-apa. Terima kasih... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada banyak soalan lagi Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Memanglah seperti kata Yang Berhormat Pasir Mas, pemasaran merupakan isu yang paling kritikal bagi menjayakan segala program termasuklah dalam bidang pertanian. Menyedari hal itu, FAMA memang telah memainkan peranan dalam membuka pasar tani umpamanya kita ada 300 pasar tani termasuklah pasar tani mega. Ia bukan merupakan pasar raya seperti mana Carrefour ataupun Tesco dan Mydin dan lain- lain.Jadi pada masa ini FAMA memang sudah pun berusaha untuk memasarkan hasil pertanian dan pasar tani memang telah berjaya. Persoalan Yang Berhormat sama ada FAMA ada perancangan untuk membuka pasar raya di Malaysia dan juga luar negara termasuk Dubai bagi menandingi pasar raya atau hyper market yang ada dalam negara dan ada dan di luar negara; pada masa ini, belum ada perancangan. Apa yang dibuat oleh FAMA ialah untuk mengadakan kerjasama dengan pasar raya umpamanya FAMA tahun ini insya-Allah akan mengadakan satu Projek Teman di Ipoh di Simpang Pulai dan berdekatan dengan projek tersebut ada pasar raya Tesco. Jadi FAMA akan menjalin kerjasama yang erat antara Teman di Simpang Pulai dengan Tesco di Simpang Pulai. Kerajaan juga ataupun kementerian telahpun menjalin hubungan dengan beberapa pasar raya yang lain dan Teman telah diadakan dengan mereka. Jadi pandangan Yang Berhormat iaitu pasar raya meletakkan barang-barang keluaran Malaysia di belakang, di letakkan di hujung-hujung hypermarket memang kita ambil perhatian dan tindakan telah pun di ambil dan mereka telah menunjukkan reaksi yang positif. Saya ingin memaklumkan kerjasama telah pun wujud antara kementerian dengan Carrefour, Tesco, Mydin dan lain- lain untuk memastikan bahawa hasil keluaran TKPM dan juga pertanian yang lain dapat dipasarkan sewajarnya. Jadi pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, tidak ada perancangan untuk membuka Pasar raya FAMA di luar negara dan yang ada ialah FAMA membuka pasar tani. Selain itu juga, yang ada ialah kerjasama yang erat antara FAMA dan Kementerian Pertanian dan dengan beberapa hypermarket. Setakat ini kerajaan walaupun belum berpuas hati sepenuhnya kita akan terus memantapkan usaha untuk meningkatkan kerjasama supaya petani-petani mendapat outlet yang sebaik mungkin bagi memasarkan keluaran mereka. Terima kasih.

Muhammad bin HusainPAS · PRPasir Puteh · question

6. Tuan Muhammad bin Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan usahawan tempatan menggantikan rangkaian pemasaran yang berkaitan Yahudi di negara ini.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dan sedang melaksanakan berbagai-bagai langkah secara berterusan bagi memastikan usahawan tempatan dapat memasarkan produk mereka secara meluas dan sebagai alternatif menggantikan rangkaian pemasaran dimonopoli oleh Yahudi di negara ini.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Dalam hal ini, kementerian telah melaksanakan pelbagai program di peringkat nasional dan daerah bagi memasarkan produk-produk usahawan tempatan. Di antaranya MeCD melancarkan program Gerak Usahawan di peringkat daerah untuk mengenalkan produk tempatan dan business matching, dengan izin, di peringkat daerah. Manakala Gerak Usahawan Nasional pula, berperanan untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk usahawan tempatan untuk pasaran seluruh negara dan juga antarabangsa.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Keduanya, kementerian sentiasa memberikan galakkan kepada usahawan untuk menghasilkan produk-produk baru yang boleh memberi saingan atau berada sebaris dengan produk ternama di pasaran serta mempelbagaikan pilihan kepada pengguna menerusi Program Groom Big. Produk-produk yang telah dibangunkan menerusi program ini, telah memasuki pasaran hypermarket dan supermarket di negara ini. Selain itu, kementerian juga membantu usahawan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan melalui Program Pengiklanan Usahawan yang melibatkan media-media utama tempatan menerusi saluran televisyen, radio, pencetakan, internet dan juga pengangkutan bermotor. Program Pengiklanan Usahawan 2009 sedang berlangsung dari 17 hingga 23 Februari 2009. Usaha-usaha dan inisiatif yang diambil tersebut juga adalah seiring dan selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan pembelian barang buatan Malaysia seperti kempen yang sedang diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat negara ini supaya menyokong dan menghargai produk-produk tempatan secara berterusan. Terima kasih.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana yang sedang berlaku di Palestin sekarang ini, kita rasakan bahawa kerajaan tidak begitu serius dalam menentukan senarai barangan yang diimport khususnya daripada Israel yang selama ini telah menguasai pasaran dalam negara kita. Ini mengakibatkan sebahagian daripada produk usahawan kita di negara ini telah jatuh. Soalannya ialah, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan barang- barang tadi yang, ini pun disenaraikan oleh Persatuan Pengguna kita untuk memboikot barang-barang Israel sekali gus dapat kita menyelamatkan barangan usahawan yang telah dikeluarkan oleh tempatan kita sekarang ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat, adalah lebih baik kita mempromosi dan kita berkempen supaya rakyat tempatan membeli dan menggunakan produk tempatan daripada kita mengharamkan barangan-barangan luar kerana, ada di antara usahawan-usahawan kita yang terlibat di dalam perniagaan-perniagaan yang melibatkan produk-produk daripada luar. Sebab itu kita di MECD akan cuba memperkenalkan beberapa produk gantian kepada pengguna supaya mereka ada pilihan jika mereka menolak barang-barang yang diimport daripada luar, khasnya yang dikeluarkan oleh Yahudi. Senarai-senarai ini saya rasa Yang Berhormat pun sedia maklum, mana yang dikeluarkan oleh Yahudi ini. Saya mengambil contoh, misal kata, ubat gigi Mukmin, sebagai contoh, nak cuba, ia adalah alternatif kepada Colgate yang kita tahu dari luar. Radix Fried Chicken dan juga Marrybrown, ini adalah alternatif kepada Kentucky Fried Chicken dan juga McDonald’s. Radix Cola adalah alternatif kepada Coca-Cola, Mydin sebagai contoh ialah alternatif kepada Tesco, yang kita tahu Yahudi punya. Forest’secret sebagai contoh, ialah barang kosmetik yang juga boleh jadi alternatif kepada bahan-bahan kosmetik seperti Body Shop yang dibawa daripada luar dan begitu juga halal gel adalah alternatif kepada gelatin halal yang mungkin diimport daripada luar yang belum tentu halalnya. Jadi banyak lagi beberapa barangan Tuan Yang di-Pertua, yang kita sedang usahakan untuk kita promosi supaya ia mendapat tempat di supermarket tempatan dan akhirnya akan mendapat pasaran yang baik daripada pengguna-pengguna tempatan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, semalam saya ada lalu di salah sebuah McDonald’s, bukan nak beli. Saya lihat pengunjung dah berkurangan, saya pun bertanya dengan sahabat saya, dia kata inilah kesan daripada kempen yang dibawa oleh pengguna, atas simpati mereka kepada rakyat Palestin. Saya bersetuju dengan kementerian bahawa bukan sekadar kita nak anti-Israel ataupun Yahudi, tapi bagaimana kita memberikan kesedaran kepada rakyat supaya kita kembalikan membeli barang-barang tempatan dan keluaran kita sendiri. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua dan Menteri, saya kira apakah kerajaan mempunyai maklumat terkini sebab sokongan daripada Palestin dan membenci Yahudi ini sudah ada, seperti yang saya sebutkan tadi.

Apakah kementerian mempunyai maklumat terkini tentang kesan ke atas pengaruh ini bagi pengguna-pengguna kita memboikot, pengeluar-pengeluar yang memberikan sokongan kepada Israel ataupun Yahudi ini. Apakah pula kesan terhadap pekerja-pekerja kita yang terlibat dengan syarikat-syarikat atau pun bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, MECD tidak ada rekod mengenai pengurangan jualan produk-produk yang daripada luar terutamanya produk dari Yahudi, tetapi kita ada rekod mengenai penjualan-penjualan barang-barang tempatan. Daripada rekod yang ada pada MECD menunjukkan bahawa sejak akhir-akhir ini, produk- produk tempatan telah mendapat tempat dan hasil jualan produk tempatan, kita dapati telah pun meningkat. Ada produk-produk tertentu yang telah meningkat sehingga 30% hasil jualan yang telah pun kita bantu dari segi promosi dan juga memasarkan barang-barang tersebut. Mengenai pekerja-pekerja yang mungkin diberhentikan, MECD memang telah bersedia untuk kita memberikan kursus-kursus keusahawanan supaya mana-mana pekerja yang diberhentikan oleh syarikat-syarikat tertentu ini, mereka akhirnya tidak terus menjadi penganggur, tetapi kita bersedia melatih mereka untuk menjadi usahawan, mudah- mudahan dengan kita melahirkan ramai usahawan-usahawan tempatan, maka produk- produk tempatan akan dapat kita pasarkan dengan lebih baik lagi di dalam negara kita, sesuai dengan kempen kerajaan membeli barang-barang tempatan. Terima kasih. [Soalan No.7 – Y.B. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) tidak hadir]

Azan bin IsmailPKR · PRIndera Mahkota · question

8. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Pertahanan menyatakan, berapakah kos yang dikeluarkan oleh kerajaan di dalam program penghantaran pasukan tentera untuk menyertai Pasukan Pengaman di Lubnan, Somalia, Sudan dan Kemboja dan syarikat manakah yang mendapat projek untuk membekalkan peralatan dan keperluan yang berkaitan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, penglibatan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pasukan pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Lubnan, Somalia, Sudan adalah seperti berikut. Bagi negara Lubnan, tempoh penugasan bermula pada akhir 2006 sehingga sekarang. Di peringkat awal, penglibatan pasukan pengaman adalah seramai 365 orang dan ditempatkan di sektor Timur Selatan Lubnan. Pada akhir Oktober 2008 atas permintaan PBB sendiri dan dipersetujui oleh kerajaan, ATM telah menambah keanggotaan seramai 230 orang lagi untuk bertugas di bawah misi PBB di sektor barat selatan Lubnan. Penggiliran setiap kontinjen ini di kawasan misi adalah selama sembilan bulan. Sehingga kini sebanyak tiga siri penggiliran penugasan telah dilaksanakan untuk sektor timur, satu siri penggiliran penugasan bagi sektor barat. Bagi negara Somalia, tempoh penugasan bermula pada Jun 1993 sehingga Mac 1995. Seramai 945 orang anggota ATM telah diatur gerak bagi setiap siri penugasan, di mana penggiliran setiap kontinjen di kawasan misi adalah selama tempoh enam bulan. Sepanjang penugasan sebanyak tiga siri penggiliran telah dilaksanakan. Bagi negara Kemboja pula, tempoh penugasan bermula pada Mac 1992 sehingga Julai 1993. Seramai 850 orang anggota ATM telah diatur gerak bagi setiap siri penugasan, di mana penggiliran setiap kontinjen di kawasan misi adalah selama enam bulan.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

Sepanjang misi penugasan sebanyak dua Malaysian Battalion ataupun MALBAT telah ditugaskan di Kemboja. Di Sudan pula tidak ada penglibatan pasukan pengaman dari Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan kos pula, bagi menghantar pasukan berkenaan ke negara-negara tersebut adalah seperti berikut:

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Masjid Tanah

|Negara |Kos Perbelanjaan Sepanjang Tempoh Penugasan (RM juta)| |-------|-----------------------------------------------------:| |Lubnan | 192.58| |Somalia| 87.09| |Kemboja| 21.55|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos ini adalah dibiayai oleh PBB di mana PBB membayar balik perbelanjaan pendahuluan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia mengikut kadar yang ditentukan oleh pihak PBB untuk kesemua negara yang terlibat. Berkaitan dengan syarikat-syarikat yang terlibat, dalam pembekalan peralatan dan keperluan, di bawah projek ini adalah seperti berikut. Bagi Somalia dan Kemboja, kementerian ini tidak dapat mengemukakan senarai nama-nama pembekal yang terlibat memandangkan dokumen-dokumen berkaitan telah dilupuskan mengikut peruntukan di bawah Akta Arkib Negara. Bagi negara Lubnan pula syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembekalan peralatan dan keperluan adalah sebanyak 29 buah syarikat. Antaranya ialah Harristan Industries, Shaflee Ventures, Pakaian KESUMA, Masters Builders, Pasaraya GM, Satang Jaya, MMC Defence, Akopal Marketing, Inmega Cooperation, Delta Masis, Fitrah Niaga, Jentayu Ventures dan banyak lagi yang mana saya boleh bekalkan senarai kepada Yang Berhormat. Setakat itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang diberitahu tadi, pasukan tentera kita menyertai misi UNCTAD, UNISOM, MALBAT dan sebagainya. Perkara ini telah memberi imej yang baik kepada pasukan tentera kita kerana menyertai pasukan pengaman di peringkat PBB. Soalan tambahan saya, setelah pasukan tentera kita mendapat menteri yang baru bertukar portfolionya dan oleh kerana sebelum pada ini angkatan tentera kita terutamanya Kementerian Pertahanan telah dilibatkan dengan beberapa isu terutama isu berkenaan dengan pembelian peralatan senjata seperti Scorpene dan juga Sukhoi yang telah menjadi isu yang dibincangkan bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Setakat mana pihak kementerian merasakan perkara ini boleh menjejaskan reputasi pasukan tentera kita terutama apabila menyertai pasukan pengaman di peringkat antarabangsa terutamanya di peringkat PBB dan pada pandangan kementerian adakah perkara ini akan menjejaskan imej dan reputasi kita apabila wujud tawaran untuk menyertai pasukan-pasukan pengaman di kawasan-kawasan lain di tempat lain kemudian hari. Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ini tidak ada kaitan dengan tugasan pasukan pengaman. Jadi apa yang ditimbulkan dengan isu pembelian Scorpene dan Sukhoi telah pun dijawab di dalam Dewan ini beberapa kali Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya mereka boleh merujuk kepada Hansard.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks tentera kita memberikan khidmat di luar negara ini, semasa kita berbahas 12 Januari tentang isu Palestin, dapat juga cadangan-cadangan supaya kita menghantar sokongan dari segi perubatan dan keperluan-keperluan lainnya. Saya rasa yang paling mudah untuk kita mobilizekan dengan izin, untuk membantu dari segi bantuan perubatan dan kesihatan di bumi Gaza ini adalah daripada angkatan tentera kita sendiri yang mempunyai satu kor perubatan yang agak lengkap dengan pelbagai kepakaran. Akan tetapi sebulan lebih telah berlalu, soalan saya adakah kita telah menimbangkan ataupun kerajaan telah pun menimbangkan untuk menghantar satu misi yang segera, yang lengkap termasuk pembinaan misalnya rumah sakit-rumah sakit makeshift di bumi Gaza walaupun usaha untuk masuk Gaza ini dipersukarkan tetapi saya yakin dengan hubungan dari kerajaan ke kerajaan, G to G kita mungkin dapat menubuhkan satu pusat khidmat perubatan dan kesihatan di bumi Gaza. Adakah ini telah dipertimbangkan atau apa tindakan yang telah dilakukan? Terima kasih.

Datuk Wira Abu Seman YusopUMNO · BNMasjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan perkhidmatan angkatan tentera kita di luar negara, kita tidak ada masalah untuk memberi bantuan perkhidmatan seperti mana yang telah kita laksanakan selama ini. Biasanya bantuan-bantuan ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang dibuat di luar negara oleh ATM kita adalah atas permintaan PBB dan juga atas persetujuan negara kita. Jadi setakat ini belum ada permintaan daripada pihak PBB dan pada masa ini juga belum ada keputusan untuk menghantar tentera kita ataupun unit perubatan kita buat masa ini.

Mohd Puad bin ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat · question

9. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sejauh manakah pemegang konsesi lebuh raya mematuhi syarat memperuntukkan 25 peratus daripada kutipan tol mereka bagi tujuan penyelenggaraan. Apakah kerajaan berhak memantau dan mengambil tindakan terhadap cara mereka membelanjakan pendapatan daripada kutipan tol tersebut.

Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bin MohamedUMNO · BNMenteri Kerja Raya · Sepang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada perjanjian konsesi bagi lebuh raya, tidak terdapat sebarang syarat yang memperuntukkan 25 peratus daripada kutipan tol bagi tujuan penyelenggaraan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan berhak memantau semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya seperti mana yang telah pun ditetapkan dalam perjanjian konsesi bagi memastikan kualiti sesebuah lebuh raya memenuhi piawaian yang ditetapkan, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia senantiasa melakukan pemantauan secara berkala. Pemantauan dibuat berdasarkan kepada garis panduan penyelenggaraan, iaitu dengan izin, Expressway Maintenance System Civil Work Guideline and Manual dan beberapa garis panduan lain yang perlu dipatuhi oleh syarikat konsesi. Di samping itu juga di dalam perjanjian konsesi, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis bagi mengguna pakai bon penyelenggaraan syarikat konsesi sekiranya di dapati syarikat konsesi gagal mematuhi obligasi untuk menyelenggarakan lebuh raya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah reclassified perjanjian konsesi tol kepada orang ramai sejak 2 Januari yang lalu. Pertanyaan tambahan saya ialah, apa yang didapati ialah di dalam perjanjian tersebut tidak ada pun dijelaskan bagaimanakah formula untuk mengira compensation supaya kadar tol tidak membebankan dan saya ingin tahu iaitu apakah kerajaan mampu sebenarnya untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat, kalau saya faham apa yang, Yang Berhormat sarankan, adakah kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk dengan izin, nationalizationkan konsesi ini dan untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini kini ada 28 konsesi yang sedang beroperasi. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Ia melibatkan berbagai perkara yang berhubung kait tentang obligasi syarikat terhadap financial cost yang telah pun tertanggung lebih awal. Secara offend nya dengan izin, jumlah ini melebihi RM35 bilion yang menjadi tanggungan kepada syarikat konsesi. Jikalau kita melalukan satu projection ataupun unjuran kepada kos operasi dan juga maintenance ke hadapan, ia memerlukan satu tanggungan yang besar. Oleh yang demikian, untuk masa kini belum ada cadangan untuk mengambil alih. Sekian.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tersebut. Saya hanya ingin menyambung daripada apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat di mana antara hasil daripada declassification itu, rakyat mendapat tahu bahawa sebagai penyelesaian untuk kerajaan mendapatkan pinjaman kewangan dan juga perjanjian daripada syarikat-syarikat lebuh raya ini, antara kompromi yang dilakukan termasuklah memberi jaminan kepada pembayar pampasan bagi kekurangan kadar trafik untuk 17 tahun pertama bagi mana-mana perjanjian.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Antaranya dengan menyediakan pinjaman dengan kadar bunga yang rendah lebih kurang 8% setahun, menanggung beban risiko kadar penukaran mata wang untuk 17 tahun serta yang paling parah menambah klausa atau syarat perkongsian pendapatan selepas melepasi satu kadar base level yang rata-rata semua mengetahui terlalu tinggi. Akibatnya, bila hendak berkongsi pendapatan dengan syarikat-syarikat konsesi, kerajaan di pihak pembayar cukai gagal mendapatkan apa-apa keuntungan yang dapat dinikmati bersama. Ramai menganggap syarat-syarat ini sebagai tidak munasabah dan hanya berpihak kepada syarikat lebuh raya. Justeru, soalan susulan saya, apakah jaminan yang dapat pihak kementerian berikan bahawa perjanjian konsesi di masa hadapan, kerana kita tidak akan mengulangi nationalization seperti Yang Berhormat sebut tadi, tidak akan repeat kegagalan lalu dan wujud syarat-syarat yang jelas untuk melindungi hak pengguna dan rakyat. Terima kasih.

Yang Berhormat, kalau kita semak daripada awalnya, salah satu teras utama di dalam prinsip privatization yang melibatkan pihak swasta juga turut serta di dalam melibatkan projek-projek yang berhubung kait dengan awam untuk dijadikan sebagai satu usaha, sebagai memacu pertumbuhan ekonomi dan salah satu teras yang awalnya ialah privatization of road yang telah pun diambil dan dilakukan oleh pihak konsesi. Tentulah daripada peringkat awalnya, pihak-pihak yang hendak memberikan pinjaman tidak ada satu prinsip, pegangan ataupun pengalaman yang boleh dijadikan sebagai satu panduan untuk memberikan pulangan yang terbaik sama ada kepada pihak kerajaan ataupun kepada pihak orang awam. Pada masa dan ketika tersebut juga, pihak yang bersedia untuk memberikan pinjaman ini telah pun mengenakan beberapa syarat-syarat yang ketat dan menentukan jaminan bahawa ada jaminan pembayaran balik kepada pinjaman. Salah satu syarat ialah untuk menentukan bahawa traffic volume itu ditetapkan dan mesti berada di satu tahap yang boleh memberikan balik pulangan kepada pinjaman. Ini merupakan satu pengalaman yang awal. Jikalau Yang Berhormat juga semak di dalam Declassification of Concession Agreement terhadap pemegang-pemegang konsesi yang terbaru. Saya yakin bahawa beberapa syarat-syarat tambah nilai bagi menentukan bahawa apa pun parameter yang termaktub di dalam perjanjian konsesi itu menjaga kepentingan dua-dua pihak yang boleh disebutkan sebagai win-win situation. Sekian, terima kasih.

Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah · question

10. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengurangkan caj permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia untuk orang ramai dan menetapkan kadar yang lebih murah untuk warga tua. Nyatakan jumlah kutipan caj bagi tahun 2007 dan 2008.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah yang mengemukakan soalan ini. Saya juga ingin memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan- soalan daripada Yang Berhormat Lawas pada 18 hari bulan dan daripada berikutan Yang Berhormat Kota Kinabalu pada 18 Mac 2009 kerana perkara-perkara yang ditimbulkan adalah mengenai tajuk yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan sentiasa prihatin dan peka terhadap pandangan dan tuntutan orang ramai mengenai kos untuk mendapatkan pasport Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan harga pasport dalam tempoh terdekat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian tidak mengenakan sebarang caj istimewa bagi kategori warga tua. Caj istimewa hanya diberikan kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelajar dan orang kurang upaya. Tuan Yang di-Pertua, penetapan harga pasport Malaysia adalah mengambil kira faktor-faktor seperti kualiti dan ciri-ciri keselamatan yang terkandung di dalamnya. Pelaburan infrastruktur serta sistem perkhidmatan pengeluar pasport seperti mesin auto gate dan kiosk yang telah diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh itu, setelah mengambil kira dan difikirkan bahawa kos yang ditetapkan ialah satu kos yang munasabah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini saya ingin membuat kenyataan terus kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kenyataan Yang Berhormat Menteri terhadap penyebaran gambar oleh ADUN wanita Selangor itu amat tidak bertanggungjawab. Ini saya hendak mengemukakan soalan ini. Yang Berhormat Menteri kata prihatin terhadap perkara ini tetapi mengapakah cajnya begitu tinggi? Sebanyak 32 muka surat, RM300. Mengapa tidak boleh direndahkan kos tersebut? Baru-baru ini ada kenyataan dibuat bahawa pasport ini akan dinaiktarafkan lagi untuk menambah elemen-elemen security. Apakah selepas itu kos permohonan ini akan dinaikkan lagi. Mengapa tidak boleh kurangkan kos permohonan dan pembaharuan pasport ini untuk meringankan beban rakyat Malaysia? Jadi saya pohon jawapannya.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah ini sentiasa marah saja apabila hendak tanya soalan... [Beberapa ahli ketawa] Dia tidak reti cakap baik-baik. Saya ingin mengatakan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya tadi saya ada langgar peraturan mesyuarat tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tidak ada ya. Jadi tidak payah buat komen macam itu.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tidak ada. Dengar. Saya pun tidak langgar, Yang Berhormat. Sebab itu saya kata tidak usah marah. Duduk senyap-senyap. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan kalau kita tengok saya punya kenyataan berkenaan Yang Berhormat itu, saya suka sebut di sini biar kita tengok perkara ini diselidik oleh pihak polis oleh kerana ada laporan. Kita boleh ketahui kedudukan sebenar. Jangan buat keputusan sebelum sesuatu. Itu saya tidak mahu memanjangkan perkara itu. Berkenaan apa Yang Berhormat katakan sama ada kita boleh mengurangkan ataupun tidak, saya ingin menjelaskan dari semasa ke semasa kita akan memerhati dan kalau ada keperluan untuk mengurangkan, memang kita akan mengambil kira pandangan- pandangan yang diberikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan yang dirasakan sekarang masih belum mencukupi? Ini kerana saya difahamkan pasport Malaysia ini merupakan yang hotspot di peringkat antarabangsa dari segi pemalsuan yang kita lihat berlaku di Hong Kong dan di Thailand baru-baru ini.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Arau. Sebenarnya sebagai salah satu pasport yang popular untuk dipalsukan, bukan kerana kurang ciri keselamatan tetapi adalah kerana ia adalah salah satu pasport yang diterima baik oleh banyak negara. Jadi banyak orang berminat. Dari tahun ke tahun kita akan menambahbaikkan dengan mengadakan ciri-ciri yang dimasukkan lebih susah untuk mereka memalsukan pasport-pasport Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dari segi jumlah angka, kes pasport Malaysia yang dipalsukan tidak banyak. Walau bagaimanapun, saya mengambil pandangan Yang Berhormat. Kita akan tentukan bahawa ciri-ciri keselamatan akan sentiasa berada di dalam pasport kita supaya ia tidak dipalsukan. Terima kasih.

Fong Chan OnnMCA · BNAlor Gajah · question

11. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, jumlah projek perumahan yang terjejas akibat daripada kelembapan ekonomi global. Minta kementerian memberi statistik projek-projek ini mengikut negeri.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Alor Gajah.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan II · Larut

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula dari Jun 2008 sehingga sekarang terdapat sebanyak 197 projek perumahan telah dikenal pasti mengalami kelewatan proses penyiapan. Dari jumlah tersebut sebanyak 181 projek yang melibatkan 12,687 unit rumah dikategorikan sebagai projek sakit manakala 16 projek lagi yang melibatkan 1,261 unit rumah adalah projek lewat. Walau bagaimanapun, kelewatan proses penyiapan projek-projek ini bukanlah semata-mata disebabkan oleh kelembapan ekonomi global, tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti keutuhan syarikat, pengurusan projek, masalah kewangan, kajian pemasaran dan sebagainya. Pecahan bilangan projek perumahan yang mengalami proses kelewatan penyiapan adalah seperti berikut: | Negeri |Projek sakit| |------------------|-----------:| |Kedah | 50| |Kelantan | 14| |Pahang | 29| |Perak | 17| |Selangor | 71| |Jumlah keseluruhan| 181|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Seri Dr. Fong Chan OnnMCA · BNAlor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang lengkap. Kita semua tahu punca utama untuk kebanyakan kelewatan projek perumahan itu ialah masalah tanah dan oleh kerana kebanyakan projek perumahan ini adalah di bawah dua kuasa, iaitu kuasa negeri dan juga kuasa Persekutuan. Apakah cadangan kementerian untuk mengatasi itu, iaitu perbezaan di antara kuasa yang berkaitan tanah di bawah negeri, masalah berkaitan dengan pinjaman, masalah berkaitan dengan advertising permit, dengan izin di bawah kuasa persekutuan. Bolehkah kementerian cadangkan supaya satu badan keistimewaan dengan izin, special purpose ‘vehicle’ diwujudkan untuk mengawal projek-projek perumahan selepas ia diluluskan oleh pihak-pihak tertentu tanpa lagi dirujuk kepada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan dan special purpose ‘vehicle’ itu boleh mengatasi masalah seperti masalah kuota bumiputera yang telah diwujudkan? Kebanyakan pemaju perumahan ini diletakkan dengan kuota-kuota bumiputera, di mana mereka tidak boleh menjual rumah-rumah selepas ia dibina. Badan keistimewaan itu boleh beri kelonggaran atau boleh beli bagi pihak kaum bumiputera rumah-rumah yang diwujudkan supaya selepas itu diserahkan kepada pembeli- pembeli yang akan wujud. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masalah ini adalah satu masalah yang besar sekarang kerana banyak projek perumahan itu sebahagian rumah-rumah itu tidak dapat dijual cepat, oleh kerana tidak ada ramai pembeli dari kaum bumiputera yang muncul dan pemaju-pemaju perumahan itu diwajibkan untuk membina rumah-rumah tersebut dan itu merupakan satu tanggungjawabnya.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat sedia maklum masalah tanah adalah kuasa di bawah kerajaan negeri. Maka sebab itu apabila kita hendak mengadakan sesuatu projek masalah zoning ataupun dari segi keseluruhan pembangunan projek itu mesti mendapat kelulusan kerajaan negeri dahulu. Maka kuota juga adalah kuasa di bawah kerajaan negeri sebab itu sekarang ini kita hendak mengadakan satu dasar perumahan negara, di mana dasar ini dapat diselaraskan di seluruh negara, insya-Allah untuk menentukan bahawa dari segi kuota dan sebagainya biarlah ia mempunyai satu konsep yang boleh diterima oleh semua kerajaan negeri dalam negara kita. Melalui OSC kita juga dapat menyelaraskan sedikit sebanyak tentang kelulusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Jadi berkenaan dengan soalan yang begitu panjang tadi yang masalah sebenarnya adalah tentang kuota bumiputera. Buat masa ini kuasa itu masih lagi di bawah kuasa kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa 29 adalah projek sakit bagi negeri Pahang. Saya ingin tahu apakah masalah sebenarnya selain daripada masalah tanah, kerana saya percaya sebelum sesuatu projek itu dilakukan masalah tapak dan masalah tanah telah diselesaikan terlebih dahulu dan kalau boleh minta satu senarai projek-projek sakit bagi negeri Pahang. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang jawapan untuk mendapatkan senarai 29 projek di negeri Pahang itu insya-Allah akan saya berikan kemudian. Akan tetapi tentang masalah keseluruhannya secara umum sebenarnya masalah ini ditimbulkan oleh kerana masalah syarikat itu sendiri, masalah pengurusan projek di mana kadang-kadang terdapat cara menguruskan projek menyebabkan projek ini lewat dan masalah kewangan, di mana dalam waktu yang terdekat ini dalam keadaan di mana ekonomi negara juga terlibat, maka ada beberapa projek ini adalah disebabkan bahan binaan yang naik begitu ketara dalam masa enam bulan yang lepas. Beberapa masalah lain juga seperti masalah kajian pemasaran yang mereka buat sebelum mendapat kelulusan projek tersebut. Maka ini beberapa masalah yang timbul, yang menyebabkan terdapat kelewatan bagi keseluruhan projek dalam enam bulan baru- baru ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Dato' Haji Mahfuz bin Omar.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan asal saya ini sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri. Terima kasihlah walaupun diubah dan saya harap jawapan berkaitan dengan jawatankuasa ini dapat diperjelaskan. Soalan saya nombor 12.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tahniah juga dapat Dato’.

Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena · question

12. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, jumlah pelaburan di bawah urusetia Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaburan bagi mempertimbangkan projek berimpak tinggi dan apakah kesan penubuhan jawatankuasa tersebut dalam meningkatkan daya tarikan bagi mendapatkan agihan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan JKMB, telah ditubuhkan pada tahun 2006 bertujuan untuk melulus dan memantau pelaksanaan projek pelaburan yang mempunyai impak besar kepada ekonomi negara dan untuk mempermudah dan mempercepatkan kelulusan serta pelaksanaan projek pelaburan tersebut. Antara lain jawatankuasa tersebut turut memberi panduan bagi menyelaras dan mempermudahkan pelaksanaan projek pelaburan yang telah diluluskan, menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelabur terutamanya yang melibatkan pelesenan dan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dan menyediakan bantuan-bantuan istimewa termasuk yang berkaitan dengan kewangan bagi mempermudahkan pelaksanaan projek pelaburan dan mengurangkan kos perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, sejak penubuhan JKMB sejak Disember tahun lalu sejumlah 22 projek berimpak tinggi yang melibatkan pelaburan berjumlah RM122.4 bilion telah diluluskan. Bagi tahun 2008 sebanyak lapan projek telah diluluskan oleh JKMB yang membabitkan pelaburan sejumlah RM22.94 bilion melibatkan sektor pengangkutan, petrokimia, perkhidmatan perniagaan dan ICT. Antara kesan penubuhan JKMB adalah peningkatan jumlah pelaburan langsung asing FDI yang masuk ke negara ini.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Bagi tahun 2006, jumlah FDI adalah sebanyak RM20.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 13.65 peratus berbanding jumlah pelaburan pada tahun sebelumnya berjumlah RM17.8 bilion.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Pelaburan asing dalam sektor perkilangan pada tahun 2007 terus meningkat kepada RM33.4 bilion iaitu peningkatan sebanyak 65.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun lalu, jumlah FDI yang diluluskan adalah sebanyak RM46.1 bilion. Jumlah FDI pada tahun lalu dan tahun 2007 sahaja telah melebihi sasaran pelan induk perindustrian ketiga iaitu sebanyak RM27.5 bilion setahun untuk pelaburan asing dan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, daripada kemasukan FDI yang meningkat, jumlah peluang pekerjaan yang disediakan juga turut meningkat. Pada tahun 2006, sebanyak 88,952 peluang pekerjaan telah disediakan. Jumlah ini meningkat kepada 97,673 pada tahun 2007 dan pada tahun lalu meningkat ke 101,173 peluang pekerjaan. Di samping itu, kemasukan FDI turut membawa kesan positif seperti pemindahan teknologi terutamanya dalam industri yang berteknologi tinggi seperti E&E, produk petroleum, bioteknologi dan nanoteknologi kepada pekerja tempatan, pembangunan industri-industri sampingan dan perkhidmatan, peningkatan kemahiran sumber manusia tempatan, dan pertumbuhan dan pembangunan kawasan-kawasan perbandaran yang baru. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat tamatlah sesi pertanyaan jawab lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua belas”. [17 Februari 2009]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya semalam telah berpeluang untuk berucap sedikit dalam usul ucapan terima kasih dan penghargaan di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila baginda merasmikan sidang kita dua hari yang lalu. Saya berpeluang menyentuh tentang keistimewaan dan tempat tinggi Dewan Rakyat dalam sistem politik negara kita, tentang betapa pentingnya Ahli-ahli Dewan Rakyat ini diberi pengiktirafan, martabat yang tinggi dalam negara kita, tentang betapa perlunya jawatankuasa pilihan khas diwujudkan dalam Parlimen kita untuk menangani persoalan-persoalan negara dan antarabangsa yang amat mencabar dan makin mencabar ini, tentang bagaimana kemuliaan Dewan Rakyat kita ini tidak boleh diperlekeh oleh mana-mana kerajaan negeri dengan menyekat mereka daripada masuk ke negeri mereka. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga telah menyentuh tentang isu Palestin dan serangan Gaza oleh pihak Israel, tentang betapa pentingnya dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud dan Batu Pahat kerana sama-sama menyokong hasrat kita supaya kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah untuk seluruh negara Palestin tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit lagi tentang Palestin ini iaitu ingin merakamkan sokongan kita, penghargaan kita dan kebersamaan kita dengan sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Erdogan dalam sidang antarabangsa di depan Presiden Shimon Peres, Israel sendiri yang mana Perdana Menteri Erdogan ini sebagai sebuah negara yang besar, sebagai rakan Amerika Syarikat dalam pakatan NATO, sebagai sebuah negara yang sebenarnya ada hubungan yang agak baik sehingga kini dengan Israel tetapi Perdana Menteri Turki, Erdogan ini sanggup dengan beraninya dalam pentas antarabangsa di depan Presiden Shimon Peres itu, bangun melangkah keluar dan menghina Presiden Israel itu... [Tepuk] Saya harap kita sebagai negara yang menganggap diri kita juga negara Islam dan sebagainya juga mengambil sikap yang berani seperti ini supaya kita memulakan pendirian kita dengan sama-sama mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengiktiraf Kerajaan Palestin yang sebenarnya ialah yang dipimpin oleh parti ataupun kerajaan yang bernama Hamas di Palestin tersebut. Kita mesti dengan berani sama ada dalam Parlimen Malaysia dan juga di pentas-pentas antarabangsa untuk menunjukkan sikap kita bahawa kita menolak apa yang dilakukan oleh Israel tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya semalam mula menyentuh sedikit tentang dasar Kementerian Pelajaran iaitu...

[Bangun]

Ya Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berhubung dengan Palestin, saya juga merasa cukup terkilan dengan apa yang berlaku. Pada 30 Januari, kami telah sampai ke Rafah dan ingin memasuki Gaza dalam cita-cita kita untuk memberikan pertolongan perubatan dan juga kemanusiaan. Akan tetapi apabila ada NGO yang membawa surat daripada Duta Malaysia iaitu Datuk Zainal Abidin, tiba-tiba imigresen di sempadan ada yang mengoyak surat daripada duta dan juga ada ubat-ubat yang dibawa oleh kumpulan ini dirosakkan oleh pihak di sempadan antara Rafah untuk memasuki Gaza. Jadi saya harap pihak Kementerian Luar Negeri seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Tumpat kelmarin, perlulah memberi perhatian kepada perkara ini. Sekurang-kurangnya kita boleh memberi sedikit nasihat ataupun pengajaran kepada pihak Kerajaan Mesir ataupun kepada Duta Mesir di Kuala Lumpur ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sebagaimana...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Saya ingatkan kembali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam soal pencelahan ini jangan timbulkan isu-isu baru yang tidak menimbulkan kesamaran hujah kepada Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap. Jangan gunakan kesempatan untuk minta penjelasan itu sebagai cara untuk tumpang berbahas. Saya tidak akan benarkan. Kelmarin saya sudah tidak tahan kesabaran dengan peraturan mesyuarat dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi saya kena strict dengan soal ini. Lain kali saya akan gunakan kuasa di bawah peraturan mesyuarat lain, saya tidak akan benarkan pencelahan untuk memanjangkan perbahasan. Sehingga di akhir-akhir hari terpaksa disambung sampai 11.30 malam. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes Palestin, Gaza dan kesengsaraan kemanusiaan yang dialami oleh 1.5 juta rakyat Gaza ini, saya sedikit sebanyak di samping memahami apa yang dihasratkan oleh Tuan Yang di- Pertua, juga merasai benar bahawa orang-orang yang pernah ke Timur Tengah khususnya cuba untuk masuk ke Gaza itu menghadapi suatu halangan yang begitu dahsyat yang dihasilkan oleh dasar luar kerajaan yang sepatutnya paling rapat dan paling mudah membantu Palestin dan Gaza iaitu Kerajaan Mesir sendiri. Akan tetapi kita berterima kasih kerana sebagaimana disebutkan tadi, duta kita di Mesir telah mengambil peranan yang agak penting walaupun tidak berjaya untuk memastikan bantuan kita sampai ke sana. Yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua ialah Kerajaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri sebagaimana kita sepakati dari semua pihak semalam mengambil sikap bahawa bantuan kita, pengiktirafan kita, sokongan kita ialah kepada kerajaan yang sah di Palestin itu iaitu kerajaan Hamas. Oleh itu segala kutipan yang dilakukan sama ada oleh pihak kerajaan, Wisma Putra, oleh syarikat-syarikat media, New Straits Times dan sebagainya, wang kutipan itu akan hanya sampai kepada rakyat Palestin di Gaza itu jika ianya disalurkan melalui kerajaan Hamas. Kita persetujui bersama semalam bahawa selagi ianya dibuat dan dihantar melalui sama ada kedutaan mereka di Kuala Lumpur ini ataupun kepada parti Fatah dan kumpulan Fatah yang berpejabat sebenarnya di Tebing Barat, di Ramallah dan seterusnya, maka kemungkinan besar wang tersebut tidak akan sampai kepada rakyat yang sedang menanggung kesengsaraan kemanusiaan yang tidak dapat dibayangkan dahsyatnya yang masih terus dialami sehingga ke hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih seketika kepada isu Kementerian Pelajaran...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, panjang lagi?

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terpulang kepada budi bicara Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu sebentar Yang Berhormat. Saya ada kemusykilan di sini yang saya perlu kerjasama daripada Ahli Yang Berhormat berkenaan. Kelmarin secara konvensinya, selepas ucapan sokongan daripada Yang Berhormat Kampar, seharusnya yang harus saya jemput dulu ialah Ketua Pembangkang tetapi Ketua Pembangkang tiada kelmarin atas alasan-alasan yang saya juga diberi maklum dan tidak ada ketua parti daripada pembangkang ini yang kelmarin hadir untuk bersedia berucap. Jadi Yang Berhormat Tumpat berdiri dan terpaksa dipanggil oleh timbalan saya. Jadi apabila Yang Berhormat Tumpat berucap panjang lebar, ini akan menjejaskan masa yang saya akan beri kepada Ketua Pembangkang dan ketua-ketua komponen. Selepas itu saya akan ambil kira nanti berapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin bercakap, kemukakan kepada saya atau Timbalan-timbalan supaya masa kita boleh agih-agihkan. Yang Berhormat, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menuduh saya berleter, cakap panjang tetapi ingat juga bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat juga cakap panjang kadang- kadang perkara irrelevant. Jadi kelmarin Yang Berhormat Kinabatangan telah mengatakan jangan lagi putar-putar kata-kata di situ juga. Jawapan saya kepada itu saya kata kalau semua Ahli Yang Berhormat tidak berhujah panjang, saya bahagia. Ada Speaker daripada Arab Saudi buat courtesy call kepada saya. Saya tanya syurah ataupun Majlis Syurah di Arab Saudi berapa panjang yang dibenarkan untuk seorang wakil syurah bercakap. Dia kata it used to be ten minutes, now only five minutes. Jadi kalau Orang Arab yang begitu panjang lebar boleh bercakap lima minit, saya tidak nampak kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh bercakap lima minit atau sepuluh minit. Jadi bunga-bunga itu dielakkan, jadi saya janji saya tidak akan cakap juga kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ikut peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menghormati saranan Tuan Yang di-Pertua dan juga sudah tentu untuk menghormati pemimpin-pemimpin pembangkang yang bersedia untuk berucap, saya akan mungkin ringkaskan dan ambil masa lebih kurang sepuluh minit jika diizinkan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, terima kasih. Terima kasih.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Tentang dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, saya hanya ingin merakamkan bahawa sekali lagi semua pihak dalam Dewan ini kecuali mungkin seorang Yang Berhormat sahaja tidak bersetuju dasar ini terus dijalankan dan mendesak supaya dasar ini dipulangkan balik, dirombak semula dan dikembalikan dengan pembaharuan, perubahan... [Tepuk] Yang perlu kepada dasar yang lama tentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh mohon penjelasan?

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Masa itu yang saya, saya bukan tak bagi, saya sangat ingin...

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Cuma nak bagi tahu Batu Pahat, kepada dasar asal.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Saya mohon maaf, saya akan teruskan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin secara ringkasnya menyentuh tentang hal-hal ekonomi. Kita dengar bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan membentangkan Mini Bajet pada 10 Mac 2009. Saya sekadar ingin menyentuh tentang apa yang berlaku sebulan dua ini dalam bidang ekonomi iaitu khususnya tentang ura-ura ataupun cadangan ataupun entah sudah menjadi dasar berkaitan dengan apa yang disebut satunya iaitu penswastaan Institut Jantung Negara dan keduanya saya cepatkan kononnya ada suatu dasar besar bernilai ribuan juta ringgit yang dipanggil kadangkala Labu East lah, kadang-kadang Terminal LCCT barulah dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, kita mengalami suasana ekonomi yang diakui sekarang ini oleh kerajaan sebagai amat teruk. Di pihak yang sama kita lihat bahawa syarikat-syarikat gergasi negara tidak kurang daripada Sime Darby terlibat dalam projek-projek atau cadangan-cadangan yang cukup lemah kepentingan ekonomi negaranya dan cukup bercanggah dengan kepentingan masyarakat dan negara dalam apa yang mereka cadangkan ini. Bayangkan IJN yang sudah dianggap amat penting, sudah diakui, diterima sebagai suatu institusi perubatan, kesihatan yang terpenting untuk negara kita, yang memberi khidmat kepada sebahagian daripada rakyat yang mempunyai masalah penyakit berkaitan dengan jantung itu tiba-tiba telah diisytiharkan akan diswastakan tetapi tiba-tiba pula kata tak ada dasar dan belum ditentukan lagi. Kemudian ada pula pengumuman oleh Menteri-menteri Kanan bahawa memang sudah dipersetujui di peringkat Kabinet. Ini adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan yang paling aneh sekali Tuan Yang di-Pertua, tiba-tiba kita terbaca doktor- doktor di IJN itu membuat kenyataan bertulis ditandatangani oleh hampir kesemua doktor- doktor bahawa mereka tidak dirujuk, mereka tidak tahu dan mereka tidak setuju untuk IJN ini diswastakan ataupun diMBOkan dengan izin, Management buyout kan oleh mana-mana pihak. Jadi saya masih belum faham kenapa kerajaan sanggup sehingga ke peringkat Mesyuarat Kabinet membuat suatu dasar yang cukup-cukup tidak menguntungkan rakyat. Kalaulah Sime Darby ini ada kepentingan dalam dunia perubatan, arahkan mereka untuk wujudkan hospital khusus untuk penyakit-penyakit kanser misalnya, hospital khusus untuk penyakit-penyakit kencing manis misalnya ataupun banyak lagi hospital yang perlu ada. Di Kinabatanganlah, di Langkawilah, di Besutlah, di Pontianlah. Banyak lagi hospital yang perlu.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Apa perlu mengambil alih suatu sistem perubatan, suatu hospital yang sudah ada yang doktor-doktor kata tanggung sendiri. Mereka tak perlu pun bantuan kerajaan. Jadi apa alasan? Saya tak nampak tapi ini yang berlaku Tuan Yang di-Pertua. Keduanya tentang Labu East ini. Yang Berhormat Ketua Pembangkang tahu bahawa KLIA ada pelan induknya. KLIA, pelan induknya kalau saya masih ingat zaman saya muda dulu terlibat, berminat dalam hal-hal seperti lapangan terbang dan sebagainya, KLIA itu Tuan Yang di-Pertua pelan induknya ada main terminal, ada satelit. Pelan induknya seharusnya jika perlu diperbesarkan lagi, penumpangnya meningkat lagi, ada satu lagi satelit sekurang-kurangnya. Pelan induknya saya difahamkan selepas terminal itu sudah diguna pakai, satelit pertama penuh, satelit kedua sudah digunakan sepenuhnya, iaitu gate- gate atau pintu-pintu A dan B terminal, gate atau pintu C untuk satelit yang satu, pintu-pintu D misalnya untuk satelit yang kedua, maka perancangan utama, master plan dengan izin KLIA itu membolehkan ianya membina satu lagi terminal di tempat yang saya dimaklumkan Hotel Concorde Inn berada sekarang ini dan satelit-satelitnya pula. Jadi pengembangan yang ada termaktub dalam pelan induk KLIA itu mencukupi untuk keperluan penerbangan, penumpang, syarikat-syarikat penerbangan dan sebagainya untuk puluhan tahun yang akan datang. Tiba-tiba dalam kes AirAsia dan LCCT ini kita dengar pula nak diwujudkan terminal lain, saya anggapkan ianya terminal tapi rupanya lapangan terbang yang baru yang hanya belasan kilometer jauhnya daripada Lapangan Terbang KLIA yang sedia ada yang kemudiannya sekali lagi Sime Darby terlibat di dalamnya dan sekali lagi sikap dan penjelasan daripada Kabinet amat-amat keliru. Sekali kata hanya di peringkat dasar dipersetujui, sekali pula ada kata sudah pun dipersetujui, sekali kata masih lagi dalam pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, gambaran yang kita dapat hari ini ialah bahawa di peringkat tertinggi negara, di peringkat tertinggi Kerajaan Malaysia hari ini nampaknya tidak ada ketentuan dalam menentukan dasar-dasar yang penting untuk masa depan negara dan tidak ada ketentuan tentang keputusan-keputusan yang dibuat oleh pimpinan negara. Kalau Samuel Huntington menulis tentang clash of civilization, mungkin tidak ada clash of civilization sebab budaya pimpinan kita sama daripada sudut itu tetapi yang ada jelasnya ialah clash of administration. Kita nampak Perdana Menteri ada dasarnya, kita nampak Timbalan Perdana Menteri ada dasarnya. Kalau Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet, sekian-sekian dasar dan projek diluluskan. Apabila Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet, kemudian dasar- dasar lain pula diputuskan yang bercanggah di antara mereka... [Tepuk] Jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya mengawasi hal-hal ini dan jangan memporak-perandakan negara kita yang sedang menghadapi cabaran-cabaran yang cukup besar tadi. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya ada hal-hal lain tapi menghormati keperluan untuk menjimatkan masa, saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan Tuan Yang di- Pertua untuk saya berucap.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mahu Yang Berhormat Kinabatangan wakil BNBBC. Selepas itu Yang Berhormat Marang dan saya bersetuju untuk Ketua Pembangkang esok berucap pagi. Kalau ada wakil daripada DAP, bersedia untuk hari ini. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya terpaksa buat ini Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menjimatkan masa.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingin turut mengambil kesempatan untuk membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Perasmian Parlimen Penggal Kedua pada 16 Februari 2009. Seri Paduka baginda juga telah menyentuh berbagai isu termasuk perpaduan, ekonomi, kemakmuran negara dan juga kesetiaan rakyat kepada negara dan juga undang-undang yang sedia ada. Saya ingin mengambil kesempatan sebab Seri Paduka Baginda juga telah menyentuh bagaimana masa depan negara kita pada bulan Mac ini, peralihan kuasa di antara Ahli Parlimen Kepala Batas selaku Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen daripada Pekan, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Najib pada bulan Mac.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Elakkan menyebut nama kerana kelmarin Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan saya telah bertikam lidah. Jadi Yang Berhormat Bukit Gelugor minta supaya dan saya timbalan-timbalan saya straight. Saya telah panggil timbalan-timbalan saya pagi ini, mulai daripada hari ini Parlimen Penggal Kedua ini mesti kami buat kerja seperti yang dikehendaki oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Iaitu ikut peraturan mesyuarat. Jangan sebut nama.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya sebut nama Parlimen tadi. Cuma jawatan dia saya sebut.

Tuan Yang di-Pertua

Ada juga sebut nama tadi. Saya dengar Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat itu di antara Tuan Yang di-Pertua dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor sahaja. Kita terkecuali.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Itu secara keseluruhan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oh, keseluruhan? Ini seorang punya pasal semua kena ikut sudah... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan bagi pihak rakyat Kinabatangan. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab telah melakukan kewajiban dia untuk memastikan negara kita sentiasa aman, makmur, damai. Kita percaya walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, rintangan, dugaan namun Yang Amat Berhormat masih terus dapat menangani isu-isu yang berlaku dari semasa ke semasa. Bagi saya kita akan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang ingin melihat bahawa negaranya sentiasa dalam keadaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, pepatah ada mengatakan “pemimpin datang dan pergi”. Apa yang perlu kita teruskan ialah perjuangan anak bangsa untuk mengekalkan ke arah bagaimana negara kita ini akan menjana dari segi ekonomi, perpaduan, kemakmuran, dan juga kesenangan rakyat. Sebab saya terlalu percaya tidak ada kerja yang paling mulia dalam hidup kita dalam kesementaraan kita hidup dalam dunia ini selain daripada membahagiakan anak bangsa kita. Apa pun yang kita rebut, apa pun yang kita kelahi, apa pun yang kita perjuangkan, semuanya bersifat sementara. Tidak ada yang kekal, abadi buat selama-lamanya dalam hidup kita ini melainkan di alam yang lain. Tuan Yang di-Pertua, demikian juga harapan rakyat setinggi-setinggi gunung Everest kepada bakal pengganti Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen daripada Pekan. Sebab seluruh rakyat seluruh negara...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baru mukadimah sudah masukkah?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih sahabat saya Yang Berhormat daripada Kinabatangan. Saya bersetuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa kehebatan yang ada kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri khususnya daripada Kepala Batas ini yang telah menunaikan tanggungjawab yang begitu baik. Yang Berhormat sendiri memperakui tentang kelebihan dan kebolehan yang ada. Tidakkah Yang Berhormat, melihat bahawa walaupun telah dinyatakan tentang proses peralihan kuasa.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Proses peralihan kuasa itu dalam UMNO yang bakal berlaku pada penghujung bulan Mac nanti. Tidakkah, walaupun peralihan kuasa dalam UMNO itu berlaku tetapi peralihan kuasa dalam kerajaan itu tidak perlu berlaku kerana kehebatan itu sudah tentu diperlukan untuk masa depan negara Malaysia. Jadi saya melihat bahawa kalau kita katakan ini satu kelebihan, satu kehebatan sudah tentu kita memerlukan kehebatan itu untuk masa depan negara Malaysia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Tahniah baru dapat Dato’.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini macam hendak perhambat orang betul-betul ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Seharusnya lama sudah dapat sebab sudah berjuang begitu lama... [Ketawa] Dia punya timbalan pula belum dapat. Ini tidak betul, dia lompat pula. Presiden ada, bagilah timbalan tahun ini... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah menggunakan ungkapan ‘kehebatan’, sebab bagi saya manusia tidak ada yang hebat. Yang hebat hanya Allah SWT yang mencipta langit dan bumi, menghidupkan dan mematikan manusia, menghina dan memulihkan kemuliaan. Itu sahaja yang hebat. Manusia sama sahaja. Tidak ada kehebatannya, ada lebih ada kurang, itu sahaja. Ketua Pembangkang pun memang banyak kelebihan dia, ada juga kekurangan dia. Akan tetapi kehebatan itu rasa saya tidak ada. Yang hebat cuma satu orang, yang mencipta kita dan percaya ini, tanya tok guru kita. Presiden PAS, dia tahu ini siapa yang hebat. Yang Berhormat Pokok Sena ini ada, saya tengok dia goyang sikit... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, proses dalam politik ini memang tidak boleh kita duga, unpredictable. Tidak boleh siapa yang meramal. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia susah kita mahu baca. Jadi begitulah keadaannya apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, harapan meninggi gunung daripada rakyat kepada Perdana Menteri yang baru ini harus kita sifatkan sebagai satu langkah yang positif. Saya secara ikhlas mendoakan semoga Yang Amat Berhormat yang baru ini memimpin negara kita semoga berjaya dalam mengharungi cabaran-cabaran yang besar yang akan menanti setiap detik dan ketika. Cuma pesanan saya kita tidak perlu gentar, kita tidak perlu ragu dan kita tidak perlu bimbang. Saya dan rakan-rakan di bahagian belakang BNBBC akan terus berdiri teguh menyokong apa jua langkah yang diambil ke arah untuk memastikan rakyat dan negara kita stabil, aman dan makmur. Kita akan berdiri di kiri, kanan, depan, belakang, atas mahupun bawah. Ini sebab kita melihat bahawa pembangunan negara...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Meniarap sekali apa?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Harus diteruskan. Apa pun yang kita perjuangkan pembangunan negara dan rakyat adalah prioriti, keutamaan dalam menentukan untuk sesebuah bangsa. Sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Kadang-kadang kita pun bertanya kenapa perlu berperang untuk mendapat keamanan? Kenapa tidak perlu berunding secara aman untuk mencari keamanan. Akan tetapi kita lihat proses manusia, apabila manusia lebih daripada satu, sudah ramai. Maka apa yang kita perjuangkan majoritinya mengatakan untuk rakyat tetapi sebetulnya adalah kepentingan. Kalau di negara-negara maju, kalau kita lihat ada kes pembunuhan dan sebagainya, polis akan siasat tiga faktor yang melibatkan. Kenapa ada pembunuhan? Pertama, kepentingan, berbagai-bagai kepentingan. Saya tidak mahu sebut satu demi satu. Hari ini juga kita melihat bagaimana senario politik negara kita. Ada yang menjadi mangsa. Saya sebetulnya simpati dengan apa yang berlaku dengan seorang Exco Elizabeth Wong ADUN di Selangor. Bukan dia yang mahu macam itu. Akan tetapi ada orang mengambil kesempatan di atas kelemahan dia. Semua kita ini manusia. Sebab itu saya tidak berminat menyentuh soal isu-isu seumpama ini. Sebab pada saya selagi kita manusia, selagi itu kita lemah, selagi itu kita ada kelemahan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Namun, malangnya pepatah Melayu ada mengatakan, ”malang tidak berbau”, dan dia terkena dalam kesempitan tersebut. Saya simpati terus terang, dan reporter tanya di luar, saya kata saya tidak mahu komen sebab saya pun manusia juga, walaupun saya seorang wakil rakyat. Kita sedih tetapi telah menjadi trend politik dalam negara kita, dan apakah ini merupakan satu senario yang baik ataupun kita semua kena melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam keterbukaan dunia globalisasi. Di mana kita di sini melakukan satu perkara kita rasa elok, ada orang lain menganggap tidak elok; bukan sahaja di kawasan itu yang tahu bahkan seluruh dunia mengetahui apa yang telah kita lakukan. Ini pada saya harus dilihat dalam dua aspek yang berbeza positif dan negatif. Yang seterusnya kita juga harus melihat bahawa kestabilan politik harus dipastikan. Keyakinan rakyat harus diperkukuhkan. Ekonomi negara mesti dimantapkan. Inilah saranan saya kepada Perdana Menteri yang baru nanti, sebab kalau ini semua tidak dititik beratkan maka berlakulah pertembungan-pertembungan yang tidak boleh kita nafikan. Dalam politik berbeza dengan negara-negara yang lain iaitu kita berhadapan secara direct dengan pengundi; sementara negara-negara lain dia pakej, pukal, dia pilih satu presiden pilih parti dia boleh pilih siapa-siapa. Jadi kita dalam soal ini saya juga berfikir wakil rakyat ini sebagai yang dihormati tetapi dia juga manusia biasa. Ada kelemahan dia. Dia juga bermacam-macam dihadapi. Bagaimana kita harus melihat perkara ini pada masa akan datang, apakah kita akan kekal dalam suasana begini? Ataupun kita harus mencari pendekatan-pendekatan yang baru. Saya teringat pepatah Melayu iaitu dia kata, ‘bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora; lidah mana tidak tergigit, hati mana tidak terluka’. Semua ini cabaran dan rintangan, tetapi apa pun cabaran dan rintangan selagi kita masih terus berjuang maka kita harus memperjuangkan dengan niat dan ikhlas yang murni. Apakah kita akan terus bertelagah sepanjang hayat kita untuk mencari kebenaran menegak kebenaran sebenarnya tidak ada pun yang benar... [Ketawa] Saya tidak tahu. Saya orang kampung Tuan Yang di-Pertua tetapi saya melihat keadaan ini tidak boleh diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, sebab kalau kita terus bertelagah dalam tidak ada titik noktah dia. Saya bimbang kuasa-kuasa yang hebat akan menentukan bagaimana kehancuran negara kita. Apakah kita tidak boleh duduk dalam satu rundingan yang memperbetulkan keadaan? Kenapa kita libatkan rakyat kita? Pemimpin bertelagah selepas itu berunding rakyat dibawa berperang.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Minta jalan sikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini ustaz, saya bagi... [Ketawa]

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya ucapan tadi bila kita ikuti...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak landing lagi...

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Belum landing lagi.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ke tak mendarat?

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Adakah landing nya national unity dan juga kerajaan perpaduan rakyat. Itukah yang dimaksudkan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu yang sebetulnya ingin saya sampaikan cuma pembangkang seolah-olah terkeliru terus... [Ketawa] Kita tidak boleh begini terus terang walaupun demokrasi itu menghalalkan kita untuk menentukan masa depan kita. Pembangkang berkempen, kita berkempen. Kalau sama-sama gentleman boleh, tetapi ini macam-macam berlaku, yang kesian rakyat tidak ada juga perubahan. Ada lagi cakap.

Ini pasal Shah Alam lah...

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ini Shah Alam. Saya ingin menyentuh kelmarin Tuan Yang di-Pertua; saya cukup marah, saya cukup sedih, saya cukup kecewa. Seolah-olah di Dewan Rakyat ini wakil rakyat tidak selamat. Saya berdiri menyatakan bagaimana suara rakyat di kawasan saya berhubung dengan pelaksanaan pendidikan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab pada saya, saya melihat secara ikhlas di Kinabatangan tidak ada pusat tuisyen Inggeris, tidak ada apa-apa. Ruang untuk mereka belajar bahasa Inggeris melalui pendidikan Sains dan Matematik. Jadi pandangan masyarakat saya perlu dikekalkan. Tiba-tiba saya disergah oleh 30 orang termasuk ustaz, termasuk pelajar sehingga mengatakan Yang Berhormat kurang ajar. Tarik balik kenyataan dalam Dewan. Saya kata itu pandangan daripada rakyat saya dan kami ini orang-orang profesional Yang perlu menyampaikan apa itu harapan rakyat. Orang-orang panggil dia ustaz pakai topi haji bukan untuk ini, saya hormat. Kalau ustaz boleh panggil kita kurang ajar saya pun tidak kenal dia. Saya cakap tuan haji, balik rumahlah, tapi kalau di kawasan saya, orang begini tidak layak dipanggil ustaz. Oleh sebab saya tahu ustaz dia penyabar, memberi nasihat, memberi pandangan, bukan saya tidak kenal dia. Dia panggil, “Yang Berhormat memang kurang ajar!”. Tarik balik bantahan!

Tuan Yang di-Pertua

Shah Alam serta Padang Serai sudah berdiri Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak bagi. Ini dua orang kita bagi betis, dia naik atas kepala... [Ketawa].

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Tidak boleh! Kita sudah biasa sama dia jadi tidak. Itu saya bagi... [Ketawa]

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cukup bersetuju dan bersimpati dengan Yang Berhormat Kinabatangan yang mengharapkan ada ruang-ruang untuk anak-anak kita di luar bandar belajar bahasa Inggeris, untuk memahirkan diri dengan bahasa Inggeris dan akhirnya nanti mereka boleh diterima di pasaran. Kita bersetuju, yang kita tak bersetuju cara nak belajar bahasa Inggeris ini melalui Sains dan Matematik. Kita dulu belajar bahasa Inggeris literaturenya dan pelajaran bahasa Inggeris diajar dengan detail dengan nahu ataupun grammar nya. Jadi kita mahir Inggeris itu, Inggeris yang sebenar. Yang menjadi contention kita, dengan izin, ialah belajar bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik ini tidak akan dapat meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, menguasai bahasa Inggeris. Ia terlalu dogmatik sebenarnya kerana dengan formulanya yang standard macam mana kita nak mengajar vocabulary misalnya melalui Sains dan Matematik. Jadi yang dituntut oleh ramai ini kalau nak bahasa Inggeris, pengajaran bahasa Inggeris itu mesti dipertingkatkan melalui bahasa itu sendiri. Bukan kita tak bersetuju. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebetulnya ada dua perkara berbeza. Pertama pandangan Yang Berhormat memang boleh dipakai, tapi saya juga mempunyai pandangan saya tersendiri. Terserah kepada Kementerian mentafsir dan memikirkan. Mesej saya lihat rata-rata yang datang buat bantahan, saya kaji latar belakang mereka mendapat pendidikan ijazah kedoktoran semua di luar negara dalam masa yang sama dia kata mendaulatkan bahasa Malaysia. Kenapa tidak ada ambil Ph.D di UPM, UM? Ini hipokrit!

Tuan Yang di-Pertua

Shah Alam, Pasir Salak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pepatah Melayu ada menyatakan, something is ‘bitter’ than nothing!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Not bitter. Better.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sedikit lebih baik daripada tidak ada... Apa sahaja la tak apa. Yang Berhormat punya Inggeris terlampau tinggi. Itulah luar negara punya tapi hipokrit. Cakap memperdaulat bahasa, tapi sekolah luar negara berpuluh-puluh tahun. Anak-anak hantar sana, tapi anak kita cakap duduk sekolah Melayu. Ini masalah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak mahu betis tapi kasi peluang cakap.

Tuan Yang di-Pertua

Pasir salak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti you sekejap

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Salak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat menyokong penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains ini.

Adakah hanya sekadar untuk melihat bahawa anak bangsa kita mahir dalam bahasa Inggeris untuk menjadi lebih kompetitif sahaja kerana penguasaan bahasa Inggeris atau pun yang juga menyedari sebagaimana yang kita semua tahu tetapi ada juga yang tahu tetapi cuba hendak nafikan. This is a denial syndrome iaitu ini soal menuntut ilmu. Penguasaan bahasa Inggeris untuk menuntut ilmu. Ilmu dalam sains, matematik dan teknologi kebanyakannya masih lagi dalam bahasa Inggeris. Buku-bukunya dalam bahasa Inggeris. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, berapa banyak buku-buku yang telah di translate kepada bahasa Melayu dalam subjek-subjek Sains dan Matematik di peringkat tertinggi. Jangan cakap peringkat rendah. Ini kerana, kita hendak melihat anak bangsa kita mempelajari Sains, Matematik dan Teknologi di peringkat yang lebih tinggi. Penguasaan bahasa Inggerisnya secara umum seperti kita ini yang pandai bercakap Inggeris ini tidak cukup. Ia tidak cukup. Istilah-istilahnya semuanya di dalam bahasa Inggeris. Jadi, dengan sebab itu pentingnya pengajaran itu bukan sekadar untuk menguasai bahasa Inggeris tetapi untuk menguasai ilmu. Sekian, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya. Tidak perlu saya jawab. Macam terjawab sendiri ucapan Yang Berhormat saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi buku lali pun tidak apa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang mana satu, yang mana satu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Betis, buku lali pun tidak apa.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sebab saya pun belajar di UK, di Amerika. Akan tetapi, bagi saya bahasa Melayu perlu diberi keutamaan dalam sistem pendidikan. Oleh itu, saya secara peribadi tidak bersetuju pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan ia mesti dikembalikan kepada bahasa Melayu. Ini kerana, bagi saya memang kita pelukan bahasa Inggeris tetapi soal kaedah, ini yang dipersoalkan. Jadi, apakah Yang Berhormat merasakan bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini menjamin anak-anak kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Itu persoalannya. Mohon penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soal jaminan, saya tidak boleh bagi. Cuma kelmarin, kita semua sudah jelas. Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan empat perkara, empat elemen, empat anasir yang tidak ada kompromi seperti berikut: (i) mengutuhkan, mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, bahasa Malaysia; (ii) memastikan tidak ada pelajar yang tercicir; (iii) guru-guru diberi latihan dengan sewajarnya; dan (iv) sudah banyak forum diadakan lebih 30 meja bulat diadakan, profesor ada, semua ada. Yang Berhormat seperti saya katakan mempunyai pandangan tersendiri. Pandangan saya berlainan, tidak salah. Akhirnya, biarlah kementerian yang menentukan. Yang penting pada saya matlamat kita sama ingin melihat pelajar-pelajar kita yang mewarisi masa depan negara kita sentiasa cemerlang.

Beri laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Adakah kita mahu melihat pelajar-pelajar masa depan yang mewarisi kepimpinan negara kita semuanya tahu soal dalam negara, apabila luar negara dia tidak tahu. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Berapa banyak buku Sains dan Matematik diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, berapa banyak?

Putatan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, kita jangan emosi dalam soal begini. Bukan Yang Berhormat, saya tahu ada yang hipokrit, pura-pura.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ia untuk mengambil kekuatan daripada rakyat, dia pasang batu api.

Tuan Yang di-Pertua

Ada empat, ada empat Yang Berhormat yang ingin mengajukan pertanyaan.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat, saya mahu terus dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Terus dahulu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, terus dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sudah diberi juga, bukan tidak bagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Ahli Yang Berhormat yang tidak dibenarkan duduk dahulu.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk dahulu. Tidak apa, duduk dahulu. Sedikit jadi banyak, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, maka saya ingin menyeru kepimpinan negara kita masa akan datang pastikan pertama keutuhan negara. Ini tidak boleh ditolak ansur. Kedua pastikan pembangunan seimbang di antara wilayah itu diberi jaminan. Kita sekarang berhadapan dengan krisis ekonomi yang merunsingkan seluruh dunia. Hari ini ada yang tersiar, ada yang tidak. Lebih kurang 40 tycoon seluruh dunia, multi-billionaire yang bunuh diri sebab krisis ekonomi. Dahulu mereka ada RM20 bilion, hari ini tinggal RM2 bilion. Mereka tidak sanggup menanggung hutang, lalu membunuh diri. Dalam negara kita mungkin ini berkat kekuatan kerajaan, berkat kekuatan ekonomi dalam negara kita. Akan tetapi, sejauh mana kita boleh bertahan untuk menangani krisis seumpama ini? Siapa pun pemimpin kita, siapa pun yang mengetuai negara kita harus melihat satu pendekatan, pakej yang boleh meyakinkan rakyat dan negara luar. Kalau tidak, kita lihat bagaimana keadaan di Singapura, Temasek yang pada satu ketika kononnya merupakan satu rangkaian perniagaan yang paling hebat, mengaut keuntungan berbilion- bilion, hari ini kehilangan juga berbilion-bilion. Kita melihat Panasonic yang untung berbilion-bilion hari ini kerugian, semua syarikat rugi. Tidak ada lagi yang untung, saya tidak tahu siapa lagi yang untung dalam soal-soal yang sebegini. Justeru itu, pakej rancangan yang hendak diterjemahkan minggu hadapan, mini bajet perlu dilihat bahawa sasaran utama dia iaitu untuk memberi ekonomi seimbang di peringkat akar umbi. Projek-projek mega saya cadangkan kalau boleh bukan sahaja dikurangkan tetapi dibatalkan. Namun, projek-projek yang melibatkan rakyat seperti tebatan banjir dan sebagainya. Jalan raya untuk berhubung antara rakyat dengan rakyat harus diberikan. Rumah rakyat yang tidak ada dibagi. Inilah tujuannya berkerajaan. Bukan kita hanya main politik hari-hari. Tidak ada guna juga sebab contohnya oleh kerana kita main hari-hari politik di Perak, jatuh kerajaan. Ini contoh. Jadi, kita harus melihat bagaimana mengekalkan kerajaan yang baik. Rakyat sekarang tidak boleh lagi buta tuli, tidak boleh lagi kita tipu. Dia tahu sudah.

Yang Berhormat Kinabatangan, beri laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia tahu sudah. Apabila dia sudah tahu, maka sukarlah untuk kita melepaskan diri.

Yang Berhormat Kinabatangan, beri laluan Putatan. Membantu, membantu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya sungguh tertarik dengan hujah Yang Berhormat soal sistem penyampaian kita terutama sekali pelaksanaan projek-projek di kawasan kita terutama sekali kawasan luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya minta pendapat Yang Berhormat soal keberkesanan projek-projek atau pun bantuan-bantuan kerajaan terhadap rakyat kita di peringkat akar umbi. Jadi, saya minta pendapat atau cadangan Yang Berhormat bagaimanakah pihak kerajaan dapat membantu kita sebagai wakil rakyat, sebagai wakil kerajaan di peringkat-peringkat akar umbi supaya dapat dinikmati atau pun dianggap oleh rakyat di peringkat akar umbi bahawa kita ini pemimpin yang berkesan, pemimpin yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat kita di peringkat akar umbi. Saya dengar hujah-hujah Yang Berhormat ini apa yang dibuat oleh kerajaan ini semuanya belum dapat keberkesanan lagi. Minta Yang Berhormat membuat satu cadangan kepada kerajaan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sampai ke situ. Sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, saya berhasrat untuk mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan satu dana khas untuk memulihkan ekonomi negara kita. Di Amerika, di negara-negara lain mereka telah mewujudkan dana khas semata-mata untuk memperkukuhkan ekonomi negara mereka.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi tidak salah dalam kita berhadapan dalam senario ekonomi yang sebegini maka kita harus mewujudkan satu dana yang sebanyak mungkin. Pertama, pastikan rakyat di peringkat akar umbi dijamin akan masa depan ekonomi mereka sebab kita harus menerima hakikat banyak pemberhentian kerja, banyak kilang-kilang telah ditutup. Sudahlah diberhentikan kerja, gaji pun tidak dibayar, banyak berlaku, macam mana mahu bayar dia kata, kami pun mahu muflis. Kementerian buruh pun campur tangan, syarikat cakap kami pun mahu bayar tapi tidak ada duit untuk bayar, macam mana? Jadi ini harus dilihat sebagai satu perkembangan yang memberi cabaran kepada kerajaan. Kita harus..., saya bukan pakar ekonomi, saya percaya dalam kerajaan dan Kementerian Kewangan banyak pakar-pakar ekonomi, jadi gunakan lah. Tidak ada guna kita banyak pakar kalau kepakaran itu kita tidak guna pakai, tidak ada kita guna banyak doktor kalau kedoktoran itu kita tidak guna pakai, buat apa? Gunakanlah kepakaran ekonomi yang ada itu untuk cetusan ekonomi baru walaupun di peringkat yang kecil dan sederhana sebab jangan lagi, hari ini jangan kita harap ada lagi projek yang berbilion-bilion, tidak ada. Seluruh dunia sudah tidak ada, tidak ada lagi pembeli, pembekal banyak, membeli tidak ada. Harga minyak sawit turun, getah turun. Kadang-kadang di kawasan saya, di bawa kelapa sawit ke kilang-kilang beli dia kata, “Sembilan puluh ringgit, kalau tidak mahu bawa pulanglah”. Bagaimana rakyat mahu hidup? Jadi kerajaan, menteri-menteri, pegawai-pegawai khususnya harus melihat, membuat kajian dari semasa ke semasa bagaimana kita memulihkan ekonomi yang sebegini dalam negara kita sebab seluruh dunia ini dilanda krisis-krisis yang tidak boleh dielakkan dan saya percaya dengan adanya dana khas yang saya cadangkan itu kemudian dana ini kita guna pakai untuk menjana ekonomi yang kecil di peringkat akar umbi..., sila Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan, saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat berhubung dengan kedudukan ekonomi yang berlaku bukan sahaja di peringkat global bahkan akan mula melanda negara kita dan telah bermula pun dan dijangka keadaan ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1920-an ataupun 1930-an dulu. Jadi saya ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat berhubung dengan kedudukan yang berlaku di negara kita walaupun pimpinan-pimpinan yang terdahulu telah pun boleh dikatakan mendahului daripada dasar-dasar yang dibuat di negara-negara maju sekalipun seperti kita telah mewujudkan Danamodal ataupun Danaharta terlebih awal, cuma sekarang ini, dalam keadaan sekarang bagaimana kita bijak menangani masalah ini kerana pandangan saya dan menurut Ibnu Khaldun dalam bukunya, Mukadimah. Seorang pemimpin yang hebat dia harus mempunyai empat ciri utama yang ada pada dirinya, pertama dia menguasai logik, fizik, metafizik dan matematik. Jadi keempat- empat ciri ini kalau pemimpin kita ada keempat-empat ini, kita mampu menangani perkara ini dengan sebaik mungkin kerana kita lihat kegagalan sistem-sistem yang dianjurkan oleh Barat seperti Bretton Woods System sebagai ukuran dalam petunjuk ekonomi harus diganti dengan sistem yang lebih mampan dan mampu menangani semua masalah ekonomi dalam semua keadaan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat kalau dalam keadaan sekarang kita melihat seolah-olah akan berlaku peralihan pandangan dari segi kedudukan, penguasaan ekonomi apabila Barat telah mula runtuh, peralihan sudah mula ke Timur. Jadi apa pandangan Yang Berhormat, adakah di antara peluang-peluang yang boleh direbut oleh kita sebagai di antara negara yang berkemampuan untuk kita bersama-sama mendapat sedikit keistimewaan daripada keadaan kemelut kemelesetan yang berlaku pada masa ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat, ungkapan Yang Berhormat itu saya pernah dengar 13 tahun yang lalu daripada Permatang Pauh sekarang ini. Ungkapan-ungkapan Ibnu Khaldun dan masih segar dalam ingatan saya, bukan copy di antara lain. Shah Alam jangan la begini, jangan menghina orang, tidak bagus, nanti qisas... [Ketawa] Tidak bagus.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa kita harus melihat secara lebih proaktif dan positif. Ucapan awal-awal saya, sekejap, belum, sekejap ya..., bahawa di samping kita berpolitik kenapa tidak kita ada keutamaan, di Amerika lepas pilihan raya dia bergabung, pembangkang dan kerajaan bersama-sama, mungkin sistem politik dia lebih baik daripada kita, kita di sini sudah habis pilihan raya bergaduh lagi, tidak ada time plan, tidak ada waktu yang ditetapkan bila tidak gaduh, bila tidak lawan. Ini ada lagi tiga bukit, lawan lagi, terus lawan. Di Jepun tidak, mungkin Dewan kita mahu tengok mana Perlembagaan kita mahu rujuk, mahu tukar supaya kita jadi aman. Politik selepas satu musim tidak ada lagi, kita berunding bagaimana untuk memulihkan ekonomi negara kita, mungkin ini satu pendekatan baru harus kita lihat sebab Tuhan meminta umat dia berusaha dan berikhtiar jangan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan pula tidak tahu bersyukur. Kita harus berikhtiar melihat sesuatu yang baik ke arah masa depan negara kita sebab semua sudah berubah. Kalau sistem pemerintahan Amerika lebih baik dari apa yang kita ada. Kenapa kita tidak pakai sistem itu supaya kita lebih baik daripada mereka. Ya, sila

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, tadi Yang Berhormat Kinabatangan ada mempersoalkan mengenai isu kepakaran daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Kinabatangan setujukah tidak ataupun apa pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, ini cuma saya fikir kalau kegawatan ekonomi bukan hanya Kementerian Kewangan yang jalankan tugas ataupun pakar kemukakan idea-idea ataupun cadangan-cadangan atas mengenai isu ekonomi sahaja. Saya fikir kementerian-kementerian lain juga mesti mahu proaktif menjalankan tugas terutama sekali turun padang, berdialog bersama peniaga ataupun rakyat, apakah masalah yang dia orang hadapi tetapi sampai hari ini kita sudah lihat berapa lama sudah ekonomi sudah terjejas, world economic crisis tetapi sehingga sampai hari ini saya tidak nampak lagi kementerian turun padang. Macam oil palm, kelapa sawit, krisis sampai hari ini saya tidak nampak kementerian ataupun Menteri ataupun pegawai-pegawai daripada kementerian turun padang, berdialog bersama-sama macam mana kita boleh mengatasi masalah atas krisis ekonomi ini. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, saya memang sehaluan dengan Yang Berhormat, dari awal-awal lagi ini adalah komitmen, ini adalah tanggungjawab kita semua. Mereka yang berwajib, mereka yang bertanggungjawab harus bertanggungjawab. Kita tidak boleh, pegawai-pegawai tidak boleh lagi duduk di pejabat tunggu pelanggan mengadu datang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita kena turun melihat kalau negara kita dan ekonomi negara ini musnah pegawai-pegawai pun tiada gaji, tidak ada. Justeru itu tanggungjawab. Kenapa diberi nama tanggung dan jawab? Berat ini kerana orang Islam dia terlepas di dunia di akhirat dia tidak terlepas. Sebab tanggungjawab dia, dia tidak langsaikan dia tidak laksanakan. Jadi kita harus bekerjasama melihat bagaimana memperkukuh ekonomi kita dan mewujudkan satu misi yang baru ke arah untuk memantapkan ekonomi negara kita. Kita tidak boleh lagi menanti sesuatu. Orang luar tidak akan datang membela untung nasib kita. Kita warganegara Malaysia sendiri yang cuma memastikan kemakmuran, keharmonian, ekonomi, bangsa dan negara kita. Tanggungjawab kita ada di pihak kerajaan, di pihak pembangkang kalau boleh buat sementara ini lupakan dahulu politik antara satu dengan lain. Duduk kita berbincang ke arah mana untuk kita membawa negara kita sehingga kita tidak terjejas daripada tempias ekonomi yang berlaku di peringkat global ini.

Bagi laluan. Soal tanggungjawab. Ini saya tertarik dengan istilah tanggungjawab oleh Yang Berhormat Kinabatangan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa berlainan pendapat daripada sahabat saya dari Bintulu. Tanggungjawab ini bukan semata-mata daripada pihak kerajaan, tanggungjawab ini harus dipikul bersama dengan pengusaha-pengusaha ladang terutama sekali meng mechanize sistem pengurusan kerja di ladang. Tidak bergantung kepada tenaga kerja ataupun tidak bergantung terlalu kepada kenderaan yang begitu kos operasinya kian meningkat. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya jika semua pengusaha ladang ini kita galakan untuk mechanize sistem pengangkutan di dalam ladang terutama sekali mengangkut tandan-tandan kelapa sawit itu supaya dapat dikurangkan. Perbelanjaan kos untuk pengurusan ladang ini dapat dikurangkan supaya buruh-buruh asing yang bekerja di ladang ini dapat kita kembalikan dan menggalakkan pekerja-pekerja tempatan serta diberi gaji yang lebih daripada pekerja-pekerja buruh asing ini. Minta pendapat daripada Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebetulnya kawasan saya ini tiga perempat adalah ladang sawit. Malang sekali saya sudah berhujah dalam Dewan ini, kerajaan dan kementerian tidak melihat bagaimana sawit ini bukan sahaja buah dia boleh dipakai dia punya daun, akar, batang, kulit semua boleh diproses. Akan tetapi malangnya tidak ada downstream activity. Kalau ada buah dia tidak laku kulit dia boleh dieksport, akar dia segala-gala tetapi cuma orang semua kira buah dia biji dia...

Kementerian tidur!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama ada kementerian ini tidur kah saya tidak tahu. Kalau tidur kita bangunkan dia.

Memang tidur pun.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab masanya sudah tiba untuk kita tidak tidur. Keadaan tidak mengizinkan kita tidur lagi. Kalau kita terus tidur maka rasa saya sudah tiba masanya yang sukar tidur ini diberi tidur panjang... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua janji tadi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Kinabatangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini pasal downstream aktiviti dalam perladangan kelapa sawit dan sebagainya. Setuju kah Yang Berhormat Kinabatangan kalau kerajaan menetapkan satu dasar di mana gaji bagi pekerja-pekerja di ladang-ladang ini yang bekerja dalam ladang ditetapkan paling kurang kalau kadar gaji itu paling kurang satu hari RM25? Ataupun kerajaan menetapkan satu dasar di mana ladang-ladang membayar gaji yang setimpal kepada keadaan hidupan di kawasan bandar, pekan, ataupun kawasan yang diduduki oleh rakyat Malaysia seperti di Kinabatangan di mana tiga perempat Kinabatangan, kata Yang Berhormat Kinabatangan tadi adalah kawasan ladang kelapa sawit. Jadi, kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit itu dikerjakan oleh pendatang- pendatang asing di mana gaji mereka kerana saya percaya kadang-kadang hanya RM10 satu hari sahaja. Jadi, kalau kerajaan dapat menetapkan ataupun membawa satu dasar di mana gaji setiap pekerja di ladang-ladang kelapa sawit paling minimum mesti lebih kurang RM25 atau ke atas, setuju kah? Ini akan membawa satu kejayaan kepada penganggur- penganggur ataupun rakyat Malaysia yang tidak ada kerja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua inilah buat pertama kali saya dengar dia punya cadangan paling bagus. Cadangan begini yang kita perlukan sebab apa kenapa rakyat tempatan tidak suka kerja di ladang. Kadang-kadang gaji dia RM8 tetapi kementerian kita tidur. Dia tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Kita ada berbilion-bilion duit untuk buat R&D. Mana sudah apa yang dia research? Saya tidak tahu duit itu pergi mana, siapa yang pakai? Kalau dia buat kenapa tidak kelapa sawit ini kita jadikan sebagai satu bahan yang boleh kita produce bukan daripada buah sampai segala-galanya. Apabila buah tidak ada harga yang lainnya ada kerja tetapi tidur. Kita punya duit untuk R&D saya tidak tahu mana dia pakai. Saya minta kalau boleh BPR masuklah siasat perkara-perkara sebegini...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ada kebimbangan sebetulnya sebab tidak ada hasil penemuan-penemuan yang baru yang boleh dilahirkan dengan wang yang beratus-ratus juta ini. Jadi ke mana wang itu, kajian apa dia buat, dan siapa yang bertanggungjawab? Ini sebetulnya menyumbang ke arah keruntuhan ekonomi sesebuah negara. Kita tidak boleh biar perkara sebegini. Mana-mana pihak yang bertanggungjawab harus bertanggungjawab tidak boleh dia melepaskan diri sementara rakyat kita menderita. Saya sentuh soal ini...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mohon penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila menyebut tentang kementerian yang tidur ini memang menjadi satu masalah sekarang ini isu mengenai dengan harga komoditi yang semakin turun. Selain daripada kelapa sawit termasuklah getah, termasuklah kelapa, termasuklah koko dan ini menimbulkan masalah. Saya memang menyedari perkara ini juga berlaku di kawasan saya dan tidak ada perhatian daripada pihak yang berkenaan. Justeru tidak diberitahu apakah strategi yang terbaru untuk mengatasi masalah ini. Saya ingin memohon penjelasan daripada Kinabatangan koko sebagai contohnya. Apakah wajar AP-AP ini dihapuskan sahaja untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Terima kasih.

Kinabatangan, saya ini Sik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cuma hendak menyebut bahawa istilah tidur tidak bekerja tadilah. Saya rasa ini adalah tidak baiklah kita buat begitu kerana sebenarnya pengalaman saya sendiri bila kita duduk di Dewan Undangan Negeri dahulu ini kita akan sampaikan kepada Menteri itu secara baik-baik. Jadi Menteri dapat benda itu perkara yang baiklah. Perkara yang kasar-kasar macam Yang Berhormat Kinabatangan cakap itu tidak akan sampai. Jadi di sinilah saya rasa apa yang perlu disuarakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan iaitu Menteri-menteri patut hadir ke Dewan kerana kalau kita hendak ambil contoh, kita berbahas panjang lebar tahun lepas untuk meluluskan bajet tahun lepas iaitu selama dua bulan setengah.

Akan tetapi tidak sampai sebulan kita melaksanakan bajet itu, kita hendak pula membentangkan mini bajet. Ini menandakan segala teguran kita semasa di Dewan ini tidak sampai kepada menteri. Sebenarnya kes ini saya rasa berlaku ataupun samalah dengan kementerian-kementerian lain termasuk juga soal komoditi ini. Jadi saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan juga perlu menyuarakan bahawa di dalam perbahasan- perbahasan yang penting, bajet terutamanya Menteri mesti turun, barulah dia boleh dengar apa yang kita sampaikan, apa pandangan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nampaknya Yang Berhormat tidak mengikuti ucapan saya. Kita ini, bahasa Melayu ”tidur” ini tidak bermakna dia tidur. ”Tidur” itu bermakna tidak berfungsi, macam-macam lagi jadi bahasa kiasan. Orang Melayu ini kaya dengan bahasa-bahasa dia, lagi teruk lagi kalau saya kata dia langsung tidak kerja. Jadi terserah kepada tafsiran Yang Berhormat cuma pada saya sama ada dia haluskah, kasarkah yang penting mesej kita sampai, cukup jelas bahawa rakyat tidak lagi boleh menunggu mana-mana agensi, mana-mana kementerian yang tidak menjalankan kewajipan tugas dan tanggungjawab mereka dan memang Yang Berhormat suka. Apabila mereka tidak bekerja, pembangkang ada isu, memang itu yang ditunggu tetapi saya tidak melihat ke arah itu. Pada saya keutamaan saya, siapa juga kerajaan keutamaan saya rakyat hidup dalam keadaan yang baik. Tuan Yang di-Pertua...

Mohon laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baju dia garang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Kita dengar banyak tadi persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kinabatangan. Soalan saya, adakah langkah-langkah dan tindakan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk menghadapi krisis ekonomi ini sebenarnya tidak memberikan kesan yang diharapkan oleh rakyat. Maknanya, adakah rakyat tidak dapat merasai kesan tindakan kerajaan dalam penghidupan seharian mereka seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam isu kelapa sawit dan sebagainya tadi. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, itulah yang berlaku Yang Berhormat. Apabila kesan harga sawit, getah dan lain-lain ini sudah tidak mencapai kepada suatu tahap yang boleh mendatangkan manfaat kepada pengusaha-pengusaha, maka saya juga bercakap di sidang yang lalu supaya ada satu jawatankuasa khas untuk melihat tetapi jawapan menteri dia kata tidak ada, nanti Mac yang boleh dibuat sebab ini melibatkan isu global cuma pada pandangan saya itulah kesilapan dia. Kita tidak melihat bagaimana kelapa sawit itu sendiri boleh dimanfaatkan daripada biji dia, buah dia, daun dia, batang dia, kulit dia, akar dia, segala-galanya tetapi berapa banyak di antara pengusaha kita yang ada mekanisme untuk memproses bahan-bahan ini sehingga boleh diguna pakai dan antara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan pembangunan seimbang di antara wilayah. Belum masuk, rakan saya sudah bertanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Kita sedang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Ucapan daripada Ahli-ahli Parlimen ini adalah ucapan yang penting, yang berkaitan dengan titah ucapan tetapi saya tengok di kawasan depan ini hanya seorang Timbalan Menteri sahaja yang menunggu. Apakah ucapan-ucapan Ahli Parlimen membahaskan Titah Ucapan Diraja tidak dipandang penting, tidak dipandang sebagai satu perbahasan yang mesti diambil keutamaan. Ini Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Duli Yang Mulia dalam ucapan menegur Ahli-ahli Parlimen hendaklah bersikap dengan sikap yang baik, dengan sopan. Sopan apa, baik apa. Bagaimana kita hendak melahirkan perasaan yang kita diwakili oleh rakyat dalam Dewan yang mulai ini Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Kadang-kadang kita menggunakan suara yang tinggi, suara yang tajam Tuan Yang di-Pertua, minta maaf. Saya tengok kita tidak serius. Ini dalam soal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak meninggalkan takhta kekuasaan dia, tiada orang peduli seolah-olah bagaimana. Payah kalau bercakap.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Inilah sebetulnya kalau kita meninggikan suara, wakil rakyat lain cakap kita keraslah, kasarlah tetapi lihat walaupun kami ini dipihak kerajaan, tetapi saya tidak senang hati. Saya setuju dengan rakan saya, rakan-rakan lain pun. Kalau Perdana Menteri sibuk, menteri, timbalan tidak akan sibuk semua. Kalau macam ini berhentilah kita ganti... [Tepuk]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak suka macam ini, saya tidak setuju.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita berhujah dan berbahas, duduklah apa dia tidak ada, dengarlah rintihan rakyat. Ini sebab pilihan raya kita kalah.

Tuan Yang di-Pertua

Dua wakil rakyat berdiri.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

Dato Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan juga sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading. Saya juga bersimpatilah dengan Yang Berhormat dan saya bersetuju bahawa sepatutnya menteri-menteri dan Timbalan Menteri hadir untuk menghormati persidangan kita tetapi Yang Berhormat juga harus ada simpati juga kepada menteri-menteri ini, depa pun ada kesibukan. Sebahagian besar hendak bertanding jawatan-jawatan penting, jadi perlu ada untuk membuat tinjauan-tinjauan bagi mendapatkan sokongan dan undi, kalau tidak nanti kalah... [Ketawa] Oleh sebab itu bagi mereka tidak penting persidangan macam ini walaupun membahaskan titah kerana untuk mendapatkan takhta lebih...

Ini membelakang mengutuk.

Dato Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Serius sedikitlah Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, saya minta.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini orang baru saya bagi.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya rasa dengan kali pertama saya hadir dalam Parlimen dengan ketidakhadiran seorang pun Menteri, saya rasa eloklah selepas ini dalam pilihan raya baru-baru ini kami dari Kuala Terengganu kami telah menghilangkan seorang Timbalan Menteri, selepas ini dalam pilihan raya akan datang, semua Timbalan Menteri atau semua Menteri ini kita akan kerjakan insya-Allah, dalam pilihan raya akan datang... [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk]

Baru masuk pun tidak membina juga.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cuma apa pun sebetulnya kita jangan riak. Semuanya ketentuan daripada Allah, jangan keterlaluan. Kita ikut Tok Guru, pesanan Tok Guru tenang tetapi ada makna dia. Yang Berhormat baru menang bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab diberi kemenangan. Kemenangan itu tidak ada yang kekal buat selama-lamanya, semua bersifat sementara... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal...

Dato Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat bertandingkah?... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Yang Berhormat menyokong, saya bertanding.

Dato Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi saya percaya Yang Berhormat, walaupun dia bertanding dia tidak macam Menteri-menteri. Dia duduk sini kerana ada jaminan undi sokongan untuk dia, terima kasih dan tahniah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang terakhir iaitu isu pembangunan wilayah. Wawasan negara, Wawasan 2020. Hari ini tinggal 11 tahun menuju negara maju, apakah kerajaan, apakah kementerian yang diberi tanggungjawab dan kewajipan telah ada data tiap-tiap Parlimen di seluruh negara 222 kawasan Parlimen sudah ada datakah wilayah mana yang tertinggal, wilayah mana yang maju? Kalau di Wilayah Persekutuan, di Selangor, rakyat dia sudah tidak lagi bertanya mana klinik kesihatan kami minta, mana pusat hospital kami pohon bertahun-tahun sebab kiri, kanan, depan dan belakang semua ada, tinggal dia suka pilih mana satu yang specialist dia kata, padahal sama-sama juga doktor dia, kelulusan dia tetapi oleh kerana dia punya psycho dia tinggi, dia kata klinik dia semua specialist harga dia pun tiga kali gandalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi di Sabah, di Sarawak, kita bukan bertanya hospital mana kita mahu pergi, mana hospital yang kami minta, mana klinik kesihatan yang kami minta, tempat ibu- ibu melahirkan anak, tidak ada juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menteri, dia janji saya. Dua sudah menteri ganti-ganti, sampai hari ini, satu pun tidak ada. Bukan mahal sangat, satu dua juta, pun masih tidak ada. Bagaimana kita cerita soal seimbang? Ini bukan seimbang, ini penganiayaan nama dia. Ini tidak adil, kita dianaktirikan dalam soal pembangunan. Saya sebetulnya saya marah dengan apa yang berlaku. Saya tidak boleh melihat, kawasan lain membangun, kawasan-kawasan kita di Sabah bertambah mundur...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jalan raya tidak ada, baru-baru ini, banjir melanda, naik sehingga 10.58 meter. Bayangkan, bagaimana keadaan air itu naik. Kalau Dewan ini mungkin boleh tenggelam. Saya satu orang berjuang, kebetulan yang lain sibuk di sana sini mungkin...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Apabila Yang Berhormat membangkitkan soal pembangunan antara wilayah. Saya melihat ada sedikit elemen ketergesaan dalam menyediakan blue print kerana bila Yang Berhormat membangkitkan soal pembangunan yang tidak seimbang ini, walaupun ada usaha dibuat oleh kerajaan dalam pembangunan koridor wilayah, tetapi ia nya dibuat dengan begitu tergesa-gesa. Sampai sekarang ini, pelaksanaan projek, contohnya di NCER, di Koridor Wilayah Utara, seolah-olah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan seperti MADA dan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat, yang terbabit di ambil alih oleh NCER, seolah-olah berlaku pertindihan yang menyebabkan seolah-olah tidak ada kelarasan dalam tindakan. Jadi kalau kita lihat ini macam seolah-olah gagal pelaksanaan Koridor Wilayah ini yang dibuat oleh kerajaan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Arau. Seharusnya apa-apa perkara yang melibatkan rakyat yang harus dilaksanakan, kenapa perlu tergesa-gesa. Kenapa koridor sana, koridor sini, tapi saya tidak nampak impak yang besar untuk merubah hidup rakyat. Ini boleh dikatakan, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran, seolah-olah ada unsur-unsur pembaziran. Jadi kalau boleh, tidak salah kita review, membaharui pendekatan-pendekatan yang sudah kita lakukan, tapi tidak menguntungkan, mendatangkan impak kepada rakyat, kita perbetulkan semula, tidak salah. Kalau kita sudah rugi, dalam berniaga, apa kita mahu terus berniaga dalam keadaan rugi. Kita harus berniaga cara lain. Kita ini Tuan Yang di-Pertua, bukan pakar ekonomi, tapi ini budak darjah dua pun boleh pakai kira-kira otak dialah, mana baik mana tidak. Jangan kita terdesak, seolah-olah terdesak, terdesak apa? Ini pegawai-pegawai pun kita kena periksa. Saya rasa nasihat dia kepada Menteri pun, ada kepentingan untuk dia...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan lama ha?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini saya dengar tentang pembangunan wilayah dan juga keluhan serta rintihan, tapi tidak tengok tangisan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya juga terharu bila saya dengar ini daripada rakan Ahli Parlimen, di mana seperti kata tadi di Wilayah Persekutuan, di Selangor tak perlu tanya, memang semua sudah ada. Akan tetapi apabila saya dengar bahawa di Sabah dan Sarawak, memang ini jelas kelihatan walaupun saya kerap berulang, tapi kini dihalang kerana banyak saya bersuara tentang Sarawak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Memang saya prihatin, saya melihat, saya teliti dan juga apabila Kinabatangan mengatakan itu, saya teringat bahawa Perdana Menteri kita telah menjanjikan beberapa bilion, pada tahun lalu, pergi ke Sabah. Turun dari kapal terbang, umum bilion untuk pembangunan wilayah Sabah, kemudian pergi ke Sarawak, umum berbilion-bilion juga. Ini berbilion-bilion yang Kinabatangan dengar daripada Perdana Menteri dan juga daripada Kerajaan Barisan Nasional itu. Sampai sekarang, adakah nampak melalui bilion- bilion ini naik macam cendawan beberapa hospital, ataupun klinik, ataupun kemudahan asas, sekolah ke apa-apa, ada ke nampak. Kalau tidak nampak, macam mana perasaan Yang Berhormat Kinabatangan bila melihat janji ada tapi tak naik apa-apa, mana pergi duit itu, atau di mana duit itu sekarang, macam mana perasaan Yang Berhormat Kinabatangan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, ini soalan boleh kasi pukul mati... [Ketawa] Sebenarnya perancangan memang ada. Itulah yang saya persoalkan, perancangan ada, tapi pelaksanaan dia belum ada. Saya mahu tanya kerajaan bila? Ada kah tidak, ataupun janji saja? Kalau janji saja, awas! Kita tidak akan tolak ansur. Kita mahu kerajaan, agensi-agensi pelaksana itu melihat perancangan yang dia sudah buat, jangan buat perancangan masuk dalam laci, pegawai pun tukar ganti...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Perdana Menteri pun tukar ganti... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi ini tidak akan membawa hasil yang baik kepada rakyat. Itu baru saya sebut soal klinik kesihatan, hospital, bagaimana dengan kemudahan-kemudahan yang lain? Bagaimana dengan air bersihnya, api elektriknya, jambatan-jambatan yang runtuh semasa hujan dan banjir, mana nak cari peruntukan?... [Disampuk] Saya, meminta, mana? Dia pulau kecil, susah nampak...[Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat katakan tadi, ketidakseimbangan pembangunan yang dilaksanakan di setiap kawasan- kawasan Parlimen, terutama seperti mana Yang Berhormat katakan tadi. Bagi kawasan kita di Sabah dan Sarawak, mungkin Yang Berhormat terlupa, Labuan juga kedudukannya di kawasan antara Sabah dan Sarawak. Jadi apa yang kita lihat, kerajaan pada hari ini, untuk Sabah dan Sarawak, sampai hari ini saya rasa sudah 51 tahun kita merdeka dan contribution untuk menubuhkan kerajaan diberikan oleh kerusi- kerusi daripada Sabah, Sarawak dan Labuan. Adakah kita nampak sampai hari ini, jalan-jalan highway, dual carriageway yang mencapai 100 kilometer yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Saya rasa belum ada lagi, kita sudah merdeka 51 tahun. Akan tetapi apa yang kita lihat di tanah Semenanjung, hampir daripada Johor sampailah ke Perlis, kita sudah pun menikmati jalan-jalan yang istimewa. Apa yang kita lihat sekarang, pembangunan-pembangunan yang rancak, apabila kita ada pilihan raya kecil banyak peruntukan yang disediakan atau diberikan di kawasan- kawasan tertentu. Apakah kita akan selalu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebagainya untuk kita dapatkan peruntukan daripada kerajaan. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada dua perkara, pertama, saya memang setuju, saya sebetulnya sudah ini penggal ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Saya meminta, merayu supaya jalan di Sandakan menuju ke Jalan Batu 32, untuk tak usah double lane, sekarang semua masih one way. Sudah berapa puluh tahun, di sini tak usah cakaplah, Sri Gading. Saya pergi Johor, boleh baring-baring dalam kereta... [Ketawa] Ini sebab jalan dia terlampau bagus. Di sana dekat lebih kurang 25 kilometer, tapi perjalanannya mahu dua jam. Inilah kerja dia, jadi di mana pembangunan wilayah itu? Kalau Yang Berhormat melihat, perlu ada pilihan raya kecil baru ada projek, saya rasa kita timbang-timbang untuk adakan pilihan raya. Kalau itulah syarat dia untuk kita maju, tidak apa, tidak perlu kita jadi wakil rakyat, yang penting rakyat kita senang. Wakil rakyat itu bukan perlu sangat. Kalau itulah syarat yang kerajaan mahu, saya rasa kita bincang-bincanglah. Kita adakan pilihan raya terus.

Jangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tak usah henti-henti, asal rakyat kita hidup mewah, pembangunan kita terjamin. Saya sudah sakit hati terlampau lama...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kerajaanlah tak mahu buat pilihan raya di Perak... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang jam menunjukkan pukul 1, boleh Ahli Yang Berhormat sambung nanti tengah hari?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu, Yang Berhormat Marang bersedia. Ahli Yang Berhormat Dewan Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 tengah hari nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kinabatangan sudah habis. Yang Berhormat, dalam catatan saya ini ada mengatakan pembahas yang berikut akan bercakap.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak, belum habis. Meminta sambung...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita sambung dan cepatkan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidaklah Tuan Yang di-Pertua, sekejap saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dari 11.45 tadi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyambung hujah yang berhenti tadi iaitu berhubung dengan pembangunan seimbang di antara wilayah. Perlu kita melihat bahawa berlaku di sebuah negara, di Indonesia. Apabila pembangunan wilayah ia tidak seimbang di mana kepesatan pembangunan itu difokuskan kepada satu kawasan sementara di kawasan- kawasan yang lain terbiar. Sebab itu maka Indonesia telah kehilangan satu wilayah Timor Timur dan pergolakan di sana sini. Ketidakpuasan masyarakat, ketidakadilan dan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah itu telah mencetuskan satu perasaan yang memuncak di kalangan penduduk masyarakatnya sendiri. Jadi jangan terjadi perkara sebegitu di negara kita. Kalau ini berlaku, saya cukup bimbang bukan saja kita kehilangan kawasan, kehilangan sokongan rakyat, kehilangan wakil rakyat tetapi juga ada kemungkinan kita akan kehilangan wilayah-wilayah kita. Justeru itu, kerajaan harus melihat perkara ini sebagai satu perkara keutamaan. Saya cukup sedih dan saya cukup simpati melihat bagaimana kedua-dua pemimpin utama negara kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bekerja tanpa ada waktu pejabat tanpa ada jangka masa. Semalam saya tahu, kita bersidang sampai 5.30. Yang amat Berhormat Perdana Menteri masih di pejabat masih di pejabat sehingga 11.45 malam. Ini bermakna Menteri- menteri di Kabinet tidak menyahut saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebab kita telah dimaklumkan apabila sidang Dewan, maka semua Menteri-menteri disediakan semua kelengkapan pejabat hampir semua ada. Bermakna apabila tidak ada Dewan Rakyat, mereka harus berada di pejabat tetapi kedua- duanya nampak tidak ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Besar sangatkah Menteri ini daripada Perdana Menteri, sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bermesyuarat harian apabila sidang Dewan Rakyat dipergunakan di Dewan Rakyat. Apa kurangnya? Jadi saya meminta pemimpin atasan melihat perkara ini sebagai satu perkara yang menjadi keutamaan. Ini adalah sebab kita harus melihat bahawa keadaan semua sudah berubah, kenapa kita tidak mahu berubah? Apakah kita perlu diubah oleh orang lain ataupun kita akan merubah keadaan kita sendiri? Mereka harus akur dengan keadaan, kesibukan di luar itu tidak bermakna untuk menidakkan kita hadir di Dewan Rakyat. Kalau semua kerusi front stand semua kosong. Apa rakyat kata? Akhirnya rakyat memihak pada parti lain. Jangan salahkan rakyat sebab ini kelemahan dan cetusan dari kita sendiri... [Disampuk] Shut up! Mind your own business... Tuan Yang di-Pertua sebagai yang terakhir saya sekali lagi ingin memberi penekanan bahawa saya tidak meminta apa-apa untuk kerajaan bangun di kawasan saya. Cuma saya mahu perhatian kerajaan, soal-soal pembangunan asas di kawasan Parlimen Kinabatangan, jalan raya jalan raya di Kinabatangan harus diselesaikan masalahnya. Air bersih harus dibekalkan, api elektrik harus diadakan dan pembangunan-pembangunan asas yang lain. Saya mahu tanya kerajaan bila perkara ini boleh diadakan. Sepuluh tahun, 20 tahun, 50 tahun, 100 tahun?. Saya mahu tahu bila time frame dia kerana ada time frame masa limit dia. Kalau tidak ada rakyat saya terus tanya. Bila Yang Berhormat masalah kami selesai. Saya mahu tahu, saya mahu jawapan dalam sidang semasa Menteri menjawab kalau tidak saya akan bangkit perkara ini hari-hari. Asal saya duduk di sini saya akan bangkit. Saya tidak jemu-jemu, saya tidak bosan sebab wakil rakyat dipilih oleh rakyat, saya tidak boleh lagi memberi jawapan retorik, memberi janji-janji palsu kepada rakyat di kawasan saya sebab mereka tidak boleh diberi janji-janji palsu, janji terang bulan. Mereka mahu realiti menjadi kenyataan. Tidak ada lagi. Jangan kita guna macam pembangkang, tidak ada memerintah pun dia kata memerintah. Janji roket pun ada semua ada. Kita tidak mahu ini, kita mahu perkara yang sebenarnya. Kalau boleh katakan boleh, kalau tidak katakan tidak. Kenapa tidak boleh, kenapa boleh? Jangan kita cerita Menteri umum sana bilion-bilion, juta-juta, pakej rancangan, apa-apa. Rancangan apa? Sama juga kawasan gelap lagi gelap. Nasib baik rakyat di kawasan luar bandar ini walaupun harapan itu tinggal harapan tapi sokongan padu mereka kepada kerajaan tidak berubah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini nasib baik, bagaimana kalau mereka berubah, apa yang kita boleh buat? Jadi jangan sampai kita hilang kuasa baru kita kata kita sudah tidak ada kuasa. Selagi ada kuasa di tangan kita gunakan kuasa untuk menentukan kepentingan rakyat, negara dan bangsa kita. Jangan sama sekali, pernah banyak orang begini, apa mahu buat Yang Berhormat kita sudah hilang kuasa. Saya kata itulah kebodohan kita berlaku sebab semasa ada kuasa kita tidak tahu guna kuasa kita. Tuan Yang di-Pertua seperti saya janji saya akan mengakhiri ucapan ini dan saya dengan penuh rendah diri menyokong usul yang dibawa oleh rakan saya berhubung dengan titah ucapan Seri Paduka Baginda semasa perasmian sidang Dewan Rakyat pada 16 hari bulan yang lalu. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Marang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, bagi menyertai perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh kepada perkara rukun ataupun tonggak kepada tegaknya sesebuah negara. Ilmuwan politik dan ilmuwan undang-undang perlembagaan menyatakan bahawa tegaknya sesebuah kerajaan dan negara yang dianggap sah mestilah mengandungi lima rukun yang penting: (i) rakyat; (ii) perlembagaan;

(iii) pemimpin; (iv) tanah air; dan (v) kedaulatan. Sama ada negara itu negara beraja ataupun negara republik, termasuk negara yang didirikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul alaihissalam muas salam, memenuhi ciri-ciri dan rukun-rukun ini. Termasuk nabi besar kita Muhammad SAW ketika mendirikan negaranya di Madinah bermula dengan mencari rakyatnya sama ada orang Islam, Mujahirin dan Ansar yang disatukan dan termasuk orang-orang yang bukan Islam, Yahudi, Kristian dan penyembah berhala yang belum menganut Islam. Seterusnya mencari sebuah tan air iaitu dalam Madinah dan digubal perlembagaan yang dinamakan Sahifah Madinah. Baginda sendiri menjadi pemimpin dan negara itu mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara yang berdaulat. Alhamdulillah kita sudah berjaya menegakkan negara Malaysia yang merdeka yang telah memakan masa lebih 50 tahun. Apa yang pentingnya bagaimanakah kita merealisasikan objektif daripada rukun-rukun dan tonggak kepada tegaknya negara ini. Rukun yang pertama rakyat, di antara kekuatan rakyat itu ialah perpaduan di kalangan rakyat yang disentuh oleh titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Hari ini kita melihat perpaduan yang sangat rapuh di kalangan rakyat bukan sahaja di kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama yang membimbangkan. Bukan perpaduan di kalangan sesama kaum sendiri dan perpaduan dalam kalangan satu parti, sama-sama ahli dalam parti dalam keadaan yang begitu rapuh. Kita tidak boleh memandang ringan dalam perkara ini dan mestilah melihat tanggungjawab bersama dengan penuh amanah yang mesti ditunaikan sebagai pemimpin- pemimpin. Di sana banyak pendekatan yang diambil untuk mewujudkan perpaduan. Ada kalangan yang menegakkan perpaduan di atas asas negeri, sempadan negeri tanah air. Ini adalah satu kawasan. Walaupun pelbagai kaum dan bangsa dan menganut pelbagai agama rakyatnya. Ada yang menegakkan perpaduan di atas asas agama yang sama dan ada yang menegakkan perpaduan di atas bangsa dan keturunan yang sama dan ada juga mengambil pendekatan ekonomi seperti yang wujud dengan cara yang lebih besar di kalangan Kesatuan Eropah yang diwujudkan. Perlu disedari bahawa semua pendekatan ini adalah rapuh kerana tidak barangkali merangkumi sebarang aspek yang menjadi naluri kepada kejadian manusia itu sendiri. Manusia tidak boleh disatukan dengan bangsa sahaja. Satu bangsa boleh bergaduh, satu keluarga boleh bergaduh bahkan satu agama pun boleh berperang seperti yang berlaku di United Kingdom, Ireland Utara antara mazhab yang berbeza walaupun satu agama. Di kalangan orang Islam di Pakistan, Sunni dan Syiah. Di India juga berlaku, sempadan negeri juga tidak boleh menyatukan, ekonomi juga tidak boleh menyatukan. Al-Quran secara tegas mengatakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ”Kalau sekiranya kamu wahai Muhammad SAW membelanjakan seluruh harta kekayaan yang ada di bumi untuk menyatukan hati-hati manusia, bermakna sekarang kamu tidak mampu untuk menyatukan hati mereka, sesungguhnya Allah yang menyatukan mereka”. Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri. Islam meletakkan tiga perkara yang penting yang boleh menyatukan ataupun mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat: (i) ukhuwah – persaudaraan; (ii) adalah - adil (iii) hukuk –hak, menunaikan hak dengan cara yang betul.

Persaudaraan, di sana ada persaudaraan yang kita tidak boleh nafikan, mesti ada. Persaudaraan di kalangan satu keturunan, keluarga. Persaudaraan di kalangan penganut agama. Persaudaraan di kalangan manusia. Kita mesti mengiktiraf wujudnya persaudaraan di kalangan manusia. Sekiranya kita meletakkan persaudaraan ini pada tempat-tempatnya yang wajar maka wujudlah perpaduan yang kita idam dan kita impikan. Persaudaraan hendaklah wujud tanpa taksub. Kalau ada taksub maka jahanamlah perpaduan itu. Ada orang bersaudara di atas nama agama, di atas nama keturunan di atas nama bangsa tetapi di sana ada taksub, ataupun asobiyah, fanatik. Apakah fanatik itu? Nabi besar Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya dan menjadi ingatan kepada seluruh manusia... [Membaca sepotong Hadis] “Bukan dari kalangan kita orang yang berjuang di atas dasar taksub, fanatik. Bukan di kalangan kita orang yang mati kerana fanatik dan bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah fanatik ke arah taksub ini.” Mati di atas taksub ini. Lalu di tanya... [Membaca sepotong Hadis] “Ya Rasulullah? Apakah dia fanatik itu ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw... [Membaca sepotong Hadis] “Engkau menolong puak mu di atas dasar kezaliman”. Itu makna fanatik.

Oleh kerana dia saudara kita, dia zalim, kita bela. Dia kawan kita walaupun dia tidak betul kita bela. Pembelaan di atas dasar kezaliman dan tidak betul inilah yang menimbulkan fanatik yang menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat. Oleh kerana itu mesti dihapuskan fanatik ini, taasub ini. Kita melihat wujudnya taasub ini dan fanatik ini kerana dia kaum lain, puak lain, bercanggah dengan puak kita walaupun puak kita tidak betul, kita bela puak kita juga. Ini tidak boleh melahirkan perpaduan. Dalam erti kata yang sebenarnya. Yang kedua adil. Adil meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan sahaja dalam aspek kehakiman, termasuk dalam aspek ekonomi dan aspek pendidikan. Hendaklah memberi hak di mana adil bergabung dengan hak yang diberi kepada semua pihak mengikut cara yang wajar dan sepatutnya. Di sana ada hak bumiputera yang tidak dinafikan. Ada hak bukan bumiputera dan juga menjadi hak rakyat yang tidak boleh dinafikan. Hak yang diberi kepada bumiputera tidak boleh menjejaskan hak kaum lain sehingga mencabuli hak-hak mereka. Ini satu hal yang perlu difahami. Semua rakyat menerima hakikat Dasar Ekonomi Baru untuk membela bumiputera di atas asas mereka merupakan golongan majoriti dan golongan miskin yang paling besar dalam negara ini ia perlu dilakukan. Kerajaan perlu mengkaji mengapa gagalnya Dasar Ekonomi Baru. Bahkan, golongan bumiputera sendiri pun terdapat kezaliman yang tidak tepat dengan hak sebenar kerana diberi berdasarkan kepada kroni, kepada puak, kepada parti, kepada golongan yang tertentu, walaupun di atas nama bumiputera. Dalam masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan hak kaum yang lain yang menjadi sebahagian daripada rukun kepada tegaknya negara kita ini. Hak wilayah yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan juga perlu diberi perhatian. Malangnya kita telah merdeka 50 tahun lebih, tetapi masih berlaku ketinggalan.

[Bangun]

Ya. Nanti sekejap saya habiskan. Saya akan bagi. Ketinggalan yang berlaku kepada wilayah-wilayah timur, wilayah yang tertentu dalam keadaan miskin. Malangnya Sabah dan Sarawak, Terengganu - negeri yang ada petroleum tetapi kadar kemiskinannya paling buruk dibandingkan dengan negeri- negeri yang lain. Kita perlu mengambil pengajaran tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Indonesia yang memisahkan Timor Timur. Ada lebih parah, Bangladesh yang asalnya Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Itu adalah kerana pengagihan yang tidak adil, hak yang diberi dengan tidak sewajarnya. Yang berlaku di Sri Lanka pergaduhan kaum di antara golongan Tamil dan golongan penduduk asal. Ia mungkin di sana ada perkara yang salah. Walaupun kita tidak setuju keganasan berlaku di semua pihak, tetapi hendak lihat sejauh mana hak itu diberi.

Semua perkara yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita yang kita mahu supaya perkara yang malang tidak berlaku dalam negara kita ini. Sila, Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Marang. Saya menghormati Yang Berhormat dari Marang yang telah pun memberikan hujah-hujah ataupun garis panduan bagaimana kita hendak menjayakan perpaduan dalam negara kita yang berbilang bangsa ini. Saya dapat merasakan bahawa Yang Berhormat Marang merasakan ada yang tidak kena berhubung dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan tindakan Kerajaan Barisan Nasional dalam perkara ini. Yang disebutkan tadi bahawa lebih penting ialah persaudaraan, keadilan dan juga yang hak. Saya amat bersetuju dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih meyakinkan ataupun yang adil, penjelasan yang adil daripada Yang Berhormat Marang. Di manakah yang menunjukkan kerajaan tidak bersikap adil sebenarnya ataupun ini sebagai satu persepsi? Umpamanya dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang jelas matlamatnya untuk membasmi kemiskinan untuk menstrukturkan semula masyarakat, untuk membangunkan umah. Kita dapati kejayaannya walaupun tidak 100% tetapi besar dan ianya dinikmati oleh semua tidak kira bangsa atau agama, luar bandar dan sebagainya. Jadi di mana yang tidak adanya keadilan ini, kezaliman ini. Yang dilaung-laungkan kezaliman-kezaliman ini di mana? Kalau ada kes-kes tertentu bukan maknanya ia menggambarkan kezaliman. Mungkin kepincangan dari segi pelaksanaan dan pentadbiran. Itu satu. Keduanya saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Marang, minta masa sedikit, saya minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Saya dapati dapatnya kontradiksi daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Marang dengan apa yang dipraktikkan oleh pimpinan PAS. Saya ingin bertanya kalau atas dasar tidak assabiyah atas dasar tidak fanatik bolehkah Yang Berhormat mengutuk dan tidak merestui apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikut PAS di Istana Kuala Kangsar tempoh hari. Yang memaki hamun tidak tentu fasal dan menggunakan slogan “Allahuakbar, Lailahaillallah”, kemudian mengeluarkan perkataan-perkataan kesat, seperti “binatang, babi, kurang ajar” dan sebagainya. Saya menyaksikan. Ini bukan tuduhan, ini bukan fitnah. I was there. Jadi saya hairan dan ingin mendapat jawapan Yang Berhormat Marang dalam perkara ini supaya kita tidak timbul ada was-was oleh apa yang dipercakapkan. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman. Tanggapan orang kampung bila pukul kepala, belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim. Ini kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing. Di sana ada kempen- kempen yang tidak menggalakkan pelabur pergi negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional. Padahal kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme. Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak Barisan Nasional sebagai contoh umpamanya. Di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum... [Tepuk] Walaupun di sana ada perjanjian. Ini kami tidak lupa peristiwa ini. Ini sebagai satu contoh. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan sudah sebut, Sabah sendiri yang sudah merdeka 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebuh raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya di Sarawak barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja masa itu tidak kenal.

Ini termasuk dalam pengertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kerana kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kita, kadar pengangguran yang masih besar. Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonomi yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil. Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja sementara saya bekerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan dalam hal ini. Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja, kita mendukung Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan dengan erti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-Raja memberi kuasa mutlak.

Akan tetapi apa yang berlaku ialah pemimpin UMNO telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-Raja dia sendiri untuk menyalahgunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan. Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan. Modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak. Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Baca dengan nama ilmu dan dengan nama Tuhan. Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangun manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari. Masyarakat madani, masyarakat yang bertamadun. Perkataan tamadun, perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat. Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain. Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul. Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua. Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang. Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaga dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani. Ini Hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah di bangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak. Dengan ilmu yang tepat dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat. Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini satu hal yang kita perlu fahami. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan. Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu bercelaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena, tempat yang salah. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya. Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an, Bahasa Jiwa Bangsa. Bila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik. Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Bahasa pengantaraan di antara kaum yang mengilmukan rakyat.

Dalam masa yang sama, kita menerima bahasa ibunda yang digunakan oleh bangsa-bangsa yang ada di Malaysia hari ini. Tamadun Islam yang dibina pada zaman kegemilangan Islam. Pemerintah Islam tidak menyuruh semua orang Islam belajar bahasa Parsi. Semua orang Islam belajar bahasa Rom dan bahasa China untuk mendapatkan ilmu daripada Rom dan Parsi. Berapa orang saja yang belajar bahasa Rom dan bahasa Parsi. Kemudian ilmu itu dipindah dan diterjemahkan dalam bahasa Arab. Jepun yang maju setelah runtuh dalam Perang Dunia Kedua, bukan semua bangsa Jepun belajar bahasa Inggeris. Dihantar orang Jepun sebahagiannya belajar bahasa Inggeris, belajar bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Kemudiannya bawa ke Jepun di mana diilmukan bahasa Jepun itu untuk meramaikan rakyat Jepun berilmu. Itu caranya. Kita tengok Jerman yang ranap dalam Perang Dunia Kedua boleh bangkit semula dengan bahasa Jerman. Jenis teori apa ini hendak mengilmukan rakyat dengan bahasa asing. Ini satu keadaan yang rapuh dan tidak betul. Dengan sebab itu kita perlu kembali kepada permohonan yang dibuat oleh Gerakan Mansuh PPSMI yang mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri di mana mereka bukan dari kalangan sembarangan. Kalangan akademik yang berpendidikan tinggi dan merasa resah dengan kecelaruan pendidikan rakyat kerana meninggalkan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Tidak timbul apa-apa masalah kekurangan buku teks dalam kita hendak merealisasikan bahasa kebangsaan. Kegigihan Dewan Bahasa dan Pustaka membina peristilahan sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan yang melibatkan ratusan ahli-ahli bahasa dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah peristilahan sains tidak timbul lagi dalam tempoh itu. Hasilnya ratusan ribu pelajar dari semua kaum berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan di negara ini. Dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Bahkan hingga ke peringkat pengajian tinggi, dasar itu telah berjaya melahirkan puluhan ribu sarjana, profesor, pensyarah, ahli sains, pakar- pakar perubatan dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang lain yang terdidik dalam bahasa Melayu melalui sistem pelajaran kebangsaan itu. Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1970 menjadi bukti nyata tentang perkara ini. Di sana ada pendidikan yang dibuat penyelidikan di mana ilmu sains dan matematik yang diajar itu dalam bahasa kebangsaan negara adalah ilmu yang secara asasnya sama di mana-mana sahaja ilmu itu diajar dalam bahasa apa pun di sekolah dan universiti di negara lain. Kalau kita hitung-hitung, kita akan menyedari bahawa di seluruh dunia ilmu itu lebih banyak diajar dalam bahasa-bahasa lain daripada dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahasa yang digunakan di sekolah dan di universiti di lima buah negara di Asia itu Jepun, Korea, China, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Thailand serta semua negara Eropah dan negara-negara Scandinavia menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing. Tidak bahasa Inggeris untuk mengajar semua bidang ilmu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pusat pengajian tinggi. Kita merasa hairan bagaimana adanya teori yang mengatakan hendak mengilmukan rakyat dengan bahasa asing. Kita tidak anti bahasa Inggeris. Tidak anti. Kita menggalakkan rakyat belajar bahasa asing dengan sebanyaknya. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat mestilah dengan bahasa ibunda sendiri. Di sana ada hasil kajian yang sebenar yang dilakukan oleh pasukan penyelidik. Seramai 50 orang pensyarah dari tujuh buah universiti iaitu UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM dengan seliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional atau PEMBINA di 70 buah sekolah menengah pelajar Tingkatan 4 dan 50 buah sekolah rendah di seluruh negara murid Tahun 5 membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar beberapa buah negeri misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Dua kajian lain telah dilakukan iaitu kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Datuk Ishak Harun dari UPSI pada Januari 2008 terhadap 1,703 orang murid Tahun 5 di 28 buah sekolah rendah dan terhadap 1,692 orang guru.

Dan juga kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long dari UKM di atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 orang pelajar menunjukkan bahawa semua kajian ini menandakan bahawa apa yang dirancang melalui sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak mencapai ke tahap kemajuan kepada bangsa kita. Kerajaan perlu kembali ke pangkal jalan dalam melaksanakan perkara ini. Yang kedua, Perlembagaan. Titah Baginda juga menyentuh tentang Perlembagaan. Kita perlu menyedari bahawa...

[Bangun]

Perlembagaan negara kita...

Kalau boleh mencelah.

Ya, Yang Berhormat Sik.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Marang. Saya ingin menyentuh sebelum kita meninggalkan tajuk ini. PPSMI ini Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan sentuh, Yang Berhormat. Tanya.

Saya hendak tanya ini. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya PPSMI ini bukan saja merosakkan sistem pendidikan kita, tetapi merosakkan Malaysia dari segi identiti negara kita sendiri. Kalau kita lihat, sejak PPSMI diperkenalkan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara makin merosot.

Kalau dahulu saya masih ingat mula-mula Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia bila dia pergi ke Jakarta dan bercakap dalam bahasa Inggeris, heboh di Malaysia mengenai perkara tersebut. Surat khabar-surat khabar membantah dan kita lihat masa itu yang menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu juga turut terlibat yang pernah menjadi Menteri Penerangan kita tetapi kita lihat keadaan ini berubah sama sekali. Bila PPSMI ini diperkenalkan, bahasa Melayu makin luntur. Orang jarang menggunakan bahasa Melayu bahkan bukan sahaja jarang tetapi kita nampak di TV-TV kita yang menggunakan Bahasa Kebangsaan pun menjadi kebiasaan menyelitkannya dengan bahasa Inggeris dan menjadi kebiasaan juga menteri-menteri kita pun bila bercakap di TV dan radio hanya mukadimah sahaja bahasa Melayu tetapi kemudiannya menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga kita lihat korporat-korporat kita, walaupun terdiri daripada orang-orang Melayu tetapi tidak lagi pandai berbahasa Melayu tetapi sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Jadi apa yang berlaku kedudukan bahasa Melayu yang melambangkan identiti negara turut merosot. Apa pandangan Yang Berhormat Marang dalam soal ini?

Setuju dan untuk menguatkan lagi saya mengharap supaya Ahli Yang Berhormat dan pegawai kerajaan merujuk di laman web UNESCO, satu badan di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyelia berkenaan pendidikan dan pembelajaran yang telah membuat kajian hampir 30 tahun, mendedahkan bahawa pengajian ilmu dalam bahasa ibunda masing-masing, Bahasa Kebangsaan masing-masing adalah cara yang berkesan untuk mengilmukan rakyat, bukan dengan bahasa asing. Negara-negara yang menggunakan bahasa asing untuk mengilmukan rakyat adalah gagal. Adalah gagal untuk mengilmukan rakyat, bukan untuk melahirkan beberapa tokoh ilmuwan. Melahirkan tokoh ilmuwan sahaja tidak cukup. Melahirkan tokoh ilmuwan, lepas dia bijak dia bekerja di negara asing. Dia bekerja di Amerika, bekerja di England dan negara kita pun sibuk pasal ramai pakar perubatan ini tidak balik. Kita mahu rakyat yang berilmu. Tidak terjejas dengan yang tidak balik. Rakyat berilmu seramai yang mungkin mestilah dengan bahasa ibunda. Ini kajian yang dibuat oleh UNESCO sendiri.

Yang kedua, tonggak ataupun rukun kepada negara kita ialah Perlembagaan. Titah baginda juga menyentuh tentang Perlembagaan. Dalam bahasa kebangsaan juga, fasal 152, jelas menyatakan perlu kita mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Di mana kita letak fasal Perlembagaan ini? Kita meninggalkan Perlembagaan dan di sana Akta Pendidikan, akta di zaman Tun Razak, zaman Rahman Talib, zaman akta-akta pendidikan semua akta-akta ini ialah ke arah memajukan ilmu melalui bahasa kebangsaan. Kita tinggal. Bila naik Perdana Menteri baru ubah, naik baru ubah. Tidak sampai kepada matlamat dan tujuan. Yang kedua dalam Perlembagaan kita perlu menyedari bahawa Perlembagaan kita adalah Perlembagaan yang diilhamkan oleh Suruhanjaya Reid. Tidak ada melibatkan anak-anak negeri ketika menggubal Suruhanjaya Reid ini. Walaupun demikian, di sana ada desakan dan memorandum yang dihantar oleh berbagai-bagai NGO dan badan politik di masa itu yang mendesak supaya dilengkapkan Perlembagaan itu dengan beberapa perkara yang menjadi realiti kepada rakyat negara ini. Di antaranya ialah disebut Islam adalah agama Persekutuan, dalam masa yang sama agama-agama lain bebas diamalkan tetapi dalam melaksanakan subjek secara objektif kita melihat di sana terdapat perkara-perkara yang tidak tepat dengan hakikat yang ada di dalam ajaran agama Islam itu sendiri. Ini satu hal yang perlu kita sedari. Islam bukan satu religion sebagaimana yang dipamerkan oleh orang Barat. Islam adalah ad-din yang merangkumi segala aspek . Apa yang penting setelah kita mencapai kemerdekaan tidak perlu kita rombak Perlembagaan itu. Kita pinda cuma kita tafsirkan perkataan agama dalam Perlembagaan itu dengan maksud kita sendiri bukan maksud yang diilhamkan oleh penjajah supaya kita memberi tempat kepada Islam didaulatkan bukan untuk orang Islam sahaja termasuk untuk memberi hak kepada bangsa lain dengan cara yang seadil-adilnya. Fahaman yang menyempitkan Islam secara sekularisme adalah fahaman yang dibawa oleh Barat. Barat yang menganut agama Kristian yang mengalami masalah dengan gereja yang bertempur dengan raja dan gereja yang bertempur dengan sains di mana gereja yang tidak mampu menghadapi pemerintah yang zalim, dibenci oleh rakyat dan ada yang dibunuh, dikorbankan dan tidak berjaya dalam membetulkan pemerintahan kerana kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri yang telah mengundur ke belakang merakamkan di dalam Bible mengatakan perkara agama adalah agama pemerintahan. Pemisahan di antara agama dan pemerintah. Yang kedua, apabila barat menimba tamadun Islam dengan menghayati ilmu-ilmu sains yang diambil daripada orang Islam mereka mengambil ilmu sains dengan tidak mengambil Islamnya menyebabkan berlaku pertembungan di antara sains dengan Islam. Bagi menyelesaikan pertembungan ini mereka memisahkan di antara agama dengan sains. Ini kelahiran sekularisme yang tidak wujud di dalam ajaran Islam. Dengan sebab itu mengapa kita hendak realisasikan perkara yang tidak tepat dengan negara dan tanah air kita sendiri. Dengan sebab itu kita perlu memperkasakan Islam, meninggikan kedudukan Islam. Walaupun di sana sudah ada usaha perbankan Islam dan berbagai-bagai bidang yang lain tetapi kita mahu dengan cara yang lebih menyeluruh supaya Islam dapat memayungi keadilan dalam erti kata yang sebenarnya. Yang ketiga, yang penting bagi rukun sebuah negara ialah pemimpin. Kita akan mengalami peralihan pemimpin daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada hendak serah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kepimpinan adalah amanah yang sangat besar. Saya melihat Perdana Menteri menyerahkan amanah sebelum selesai menunaikan tugasnya dengan cara yang betul. Macam serah rumah yang tidak siap dan orang yang hendak terima amanah ini juga mestilah juga dilakukan muhasabah terlebih dahulu sebagaimana amalan dalam negara-negara demokrasi yang lain.

Amanah adalah satu perkara yang sangat besar. Amanah negara adalah amanah yang paling besar sehingga disebut dalam Quran yang tidak sanggup dibebankan oleh langit, bumi, gunung-ganang dan bukit-bukau... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau dan gunung-ganang supaya semua makhluk itu memikul amanah, semua makhluk itu gerun dan takut tetapi manusia bersedia untuk memikulnya”, dan memang Allah Taala menugaskan manusia untuk memikul amanah ini kerana manusia mempunyai fitrah, naluri yang berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain. Manusialah yang boleh memikul amanah kepimpinan untuk mentadbir negara dan mentadbir hasil-hasil yang ada di dalam negara itu. Maka Allah menegaskan dalam ayat-ayat yang lain... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerah amanah, menunaikan amanah dan apabila kamu memerintah, kamu menghukum hendaklah menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah itu maha melihat, maha mendengar lagi maha melihat.” Dalam ini saya melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa beliau memegang tampuk pemerintahan banyak membuat cadangan yang kita tunggu dan kita sokong seperti Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Mencegah Rasuah, Suruhanjaya Pembaikan Semula Polis dan pelbagai suruhanjaya. Saya lihat hanya cadangan, hanya bentuk rangka sahaja. Dinding, atap dan lantai belum siap. Kalau orang hendak beri rumah kepada menantu, berilah rumah yang siap, jangan bagi rumah yang tidak siap... [Tepuk] Itu tidak betul. Mesti beri rumah yang sudah siap. Dengan sebab itu saya mahu supaya Perdana Menteri terus dalam jawatan ini sehingga dia selesai. Menyelesaikan dan menunaikan amanah baru dia boleh serah. Jangan pakai campak begitu sahaja. Mesti dia selesaikan amanah. Kita akan sokong sebarang perubahan reformasi kehakiman yang tercalar, suruhanjaya polis yang tercemar, Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih mengalami kelemahan-kelemahan. Baru hendak tunjuk sedikit kejayaan.

Di Kuala Terengganu baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menunjukkan satu anjakan yang sangat baik apabila memecat pengurus pilihan raya yang telah melakukan satu kesilapan yang besar, berkempen. Pengurus pilihan raya berkempen, kalau pengadil main bola sama, apa jenis ini? Kita tidak tahu jenis apa ini tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah menunjukkan satu sikap yang kita puji memberhentikan pengurus. Ini baru satu perubahan. Kita mahu perubahan yang lain yang perlu diselesaikan. Undi pos, banyak wakil rakyat yang jadi wakil pos, kena menang dengan undi pos, bukan menang dengan undi rakyat, satu masalah...

Minta laluan.

Satu masalah, satu pencemaran dalam politik negara kita. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Marang. Saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa saya mahu menghormati Yang Berhormat Marang sebagai Tok Guru. Dalam pada itu, saya juga mahu Tok Guru supaya bercakap ikhlas, jangan cakap politik. Politik dalam agama pun ada, hukum agama tidak boleh dibuat dengan hukum yang lain, hukum politik pun hukum agama juga. Saya rasa Tok Guru bersetuju dengan saya tetapi memanglah sukar untuk mengetahui apa dalam hati perut Yang Berhormat Marang, nawaitu itu ikhlas, tidak ikhlas, susah kita nak tahu. Akan tetapi sesama kita boleh baca sahaja, sekarang bacaan saya, Yang Berhormat dulu pernah menghentam, mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mendesak itu dan ini, memberi gambaran mahu supaya Perdana Menteri ini berhenti daripada menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi hari ini menyokong supaya Yang Amat Berhormat terus menjadi Perdana Menteri. Ini saya tidak berapa boleh terimalah, di mana keikhlasan Yang Berhormat dan penyokong-penyokong Yang Berhormat di sana, semua mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini ditamatkan perkhidmatannya... [Dewan riuh] Pada hari ini mahu supaya, adakah ini strategi politik parti pembangkang?

Untuk mengatakan rumah belum siap, pimpinan PAS pun begitu, pimpinan Parti Keadilan pun begitu, pimpinan apa parti pun begitu. Dulu PKR sebelum saudara Permatang Pauh mengambil alih, bekas, tak boleh sebut nama kan, sekarang? Iaitu Datin Seri yang memimpin, hari ini Yang Berhormat suami pula yang memimpin. Esok, lusa tak tahu, mungkin Yang Berhormat Padang Serai yang memimpin, mana kita tahu. Akan tetapi perjuangan mesti diteruskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat, ringkas.

...Perjuangan mesti diteruskan. Jadi saya minta ikhlaslah Yang Berhormat, jangan strategi politik, kita pun boleh baca, kita pun boleh cium baunya.

Tuan Yang di-Pertua, ikhlas ini saya dengan Tuhan, bukan saya dengan Yang Berhormat... [Tepuk] Saya bercakap bagi pihak 80,000 pengundi saya, dan bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat. Kalau di Semenanjung lebih daripada separuh yang mengundi kita dalam pilihan raya baru-baru ini. Bukan saya bercakap bagi pihak diri saya seorang, dan kita ingin melakukan perubahan dengan cara yang terhormat termasuklah usaha yang dilakukan 16 September yang tidak jadi kerana kita hendak buat secara yang terhormat melalui Perlembagaan, melalui sidang Parlimen, bukan macam Perak, tak melalui sidang Parlimen. Di mana sebarang perubahan mengikut amalan demokrasi sama ada dengan cara pilihan raya ataupun dengan cara Undi Tidak Percaya di Parlimen, ini yang kita hendak buat. Akan tetapi kita lihat yang paling tidak berakhlak adalah Barisan Nasional, saya hormat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seorang yang berakhlak yang menunjukkan sesuatu akhlak yang sangat baik dan beliau menunjukkan kesungguhan untuk membuat perubahan dalam Suruhanjaya Rasuah, Suruhanjaya Kehakiman yang baru peringkat mukadimah, peringkat pendahuluan, baru gear satu. Masuk gear satu dah turun. Kita tidak mahu drebar macam itu, masuk gear satu, emergency brek, terhantuk kepala kita. Kita mahu dia bawa terus untuk membawa perubahan yang kita sokong kerana di sana menunjukkan tanda-tanda yang sangat positif. Kita perlu menyedari, Suruhanjaya Rasuah sebagai contoh, di sana ada kelemahan-kelemahan di masa yang lalu. Ini kerana dalam menangani masalah rasuah dan masalah-masalah yang lain macam saya sebut di awal tadi manusia bukan sahaja jasad, manusia ada roh. Kita tidak boleh hukum dengan undang-undang, dari segi jasad, roh yang zahir sahaja. Di sana ada aspek-aspek spiritual yang perlu diberi penekanan yang selaras dengan Perlembagaan negara kita yang menegakkan Islam sebagai agama persekutuan. Dengan sebab itu, kita menunggu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya meneruskan ucapan, dengan sebab itu kalau boleh biar dia bawa usul di Parlimen ini minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jangan berhenti, terus lagi menjalankan tugasnya. Kita mahu, bukan kita nak halang Timbalan Perdana Menteri pegang jawatan, dalam negara lain kita melihat umpamanya di Amerika hendak pilih Hillary Clinton sebagai Setiausaha Negara, dipersoalkan oleh Senat, dipersoalkan oleh kongres, dipersoalkan oleh jawatankuasa, dipersoalkan segala kelemahan-kelemahan dan segala tindak-tanduk yang dianggap tidak betul. Kita tidak mahu Timbalan Perdana Menteri kita difitnah, mesti bersih daripada fitnah kerana orang yang dituduh, dianggap tidak bersalah mengikut keadaan perundangan Islam dan kaedah ini dipakai oleh Barat. Akan tetapi mesti dibersihkan, jangan pegang jawatan sebelum dibersihkan daripada fitnah-fitnah ini. Dengan sebab itu, kita mencadangkan supaya peralihan jawatan pemimpin ini ditangguhkan sehingga selesai rumah siap baru serah, dan sehingga orang nak pegang tugas itu dibersihkan dengan erti kata yang sebenarnya... [Tepuk] Kemudian, di antara tonggak kepada negara ialah...

Setuju semua?

...Kedaulatan negara.

Setuju tu, Yang Berhormat Pasir Salak setuju.

Kedaulatan negara kita telah tercalar dengan peristiwa Batu Puteh. Ini kerana kelemahan kita sendiri yang cepat-cepat hendak bawa ke Mahkamah Antarabangsa, belum siap hujah-hujah yang kuat, akhirnya Batu Puteh dapat kepada negara lain, kedaulatan negara kita tercalar, ini malang. Menunjukkan bahawa kita tidak bersungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri yang merupakan rukun yang penting bagi sebuah negara. Begitu juga kedaulatan negara hendaklah dibuktikan dalam menentukan sikap kita terhadap dasar luar kita. Contohnya dalam isu Palestin, sebagai contoh. Dalam isu Palestin, peristiwa yang berlaku di Gaza, peristiwa berdarah yang menyayat hati seluruh masyarakat antarabangsa semata-mata kerana kuasa besar yang mendukung Israel tidak menerima kemenangan pilihan raya yang dicapai oleh Hamas dalam pilihan raya yang diakui oleh Yayasan Carter, yang dipengerusikan oleh mantan Presiden Amerika, Jimmy Carter yang mengakui pilihan raya Palestin, pilihan raya yang telus, pilihan raya yang adil, yang memberi kemenangan kepada Hamas. Bila Hamas dah menang, mereka mesti mengiktiraf kemenangan itu. Kita harap kerajaan kita jangan takut-takut untuk iktiraf Hamas ini, jangan takut kerana kita berprinsipkan kepada kedaulatan kita sendiri. Kalau kita takut-takut bermakna kita tidak ada kedaulatan sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, hanyut dengan kehendak negara lain. Begitu juga dengan isu antarabangsa, kita mesti memainkan peranan yang proaktif terhadap masalah-masalah antarabangsa yang mengorbankan jiwa yang banyak di Selatan Thailand, pembunuhan yang berlaku kerana tidak berlaku keadilan terhadap rakyat yang sebangsa dengan kita. Kita tidak mahu menceroboh negara Thailand tetapi kita mahu sesuatu yang adil dan kerajaan kita mesti berani berusaha supaya keadilan diberi kepada mereka yang serumpun dengan kita di Selatan Thailand, di Selatan Filipina, di Mindanao. Isu Kashmir, satu lagi contoh yang jelas, mengapa tidak dilaksanakan keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 1948 untuk mengadakan pungutan suara di Kashmir. Kalau di Timur Timor, mereka adakan pungutan suara, di Kashmir tidak ada pungutan suara, ini double standard dalam melaksanakan keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kelima ialah bumi tanah air kita. Tuhan jadikan tanah air kita ini tanah air yang strategik dalam peta dunia dan dikurniakan hasil bumi yang banyak. Sepatutnya dengan kedudukan yang strategik dan hasil bumi yang banyak, kita mampu dalam menghadapi krisis ekonomi yang melanda dunia pada hari ini dengan kita mempunyai bahan-bahan kita sendiri.

Dengan kita mengambil iktibar bahawa krisis ekonomi adalah berpunca daripada krisis moral dan akhlak dalam bidang ekonomi, kerana mereka yang melaksanakan ekonomi tidak bermoral dan tidak berakhlak. Kita jangan lupa keruntuhan komunisme yang berlaku di abad lalu yang diikuti oleh sosialisme, kerana teori ini dan ideologi sistem ini bertentangan dengan naluri manusia yang menghapuskan kebebasan individu, kebebasan untuk mencari hak ekonomi bagi kumpulan yang tertentu. Dihadkan dengan sebegitu rupa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Ini membantut kemajuan ekonomi dalam negara itu dan ideologi ini tidak ada akhlak, tidak ada haram halal dalam teorinya. Tiada akhlak menyebabkan berlakunya tidak terkawal, berlakunya zalim, yang dikatakan nak membela masyarakat sama rata dan sama rasa adalah bohong dan palsu semata-mata. Di sana ada pemimpin-pemimpin negara yang mendukung sosialisme, yang menyokong komunisme adalah kapitalis yang paling besar daripada golongan-golongan rakyat dalam negara kita. Ini tidak jujur kerana apa? Kerana tidak ada aspek akhlak di dalam ajarannya. Yang kedua, keruntuhan liberal kapitalisme yang berlaku di Barat hari ini ialah kerana ekonomi yang tidak berakhlak juga, kerana berlakunya ihtikar dan riba’. Ihtikar ini maknanya monopoli. Saya dah sebut tadi manusia adalah masyarakat madani, masyarakat bertamadun, masyarakat yang tak boleh hidup keseorangan, yang tidak hidup terpencil di negeri masing- masing. Mesti ada taaun, tolong-menolong di antara satu sama lain.

Ada negara yang ada sumber bahan api petroleum, ada negara yang ada sumber pertanian, ada negara yang ada sumber manusia, ada negara yang ada sumber maklumat teknologi. Apa salahnya kalau berlaku tolong-menolong di antara negara-negara ini? Pertukaran sumber antara satu sama lain, tolong-menolong ini tidak wujud kerana golongan kapitalis mahu mengkayakan dia sahaja, mengkayakan negeri dia sahaja, menindas negara-negara lain dan ini menjerat leher dia sendiri. Dia kehilangan sumber dan hilang kepercayaan di antara satu sama lain. Ini yang meruntuhkan sistem kapitalisme Barat. Oleh kerana itu kita mesti belajar daripada keruntuhan ini dengan kita membina dalam peringkat nasional dalam negara kita sendiri dengan menegakkan ekonomi kepada masyarakat, ekonomi yang bertimbang rasa di kalangan sesama manusia, memanfaatkan sumber yang ada dengan betul, jangan boros dan jangan kedekut. Jangan boros, jangan kedekut dan pelaksanaan yang betul, dasar yang betul. Kalau pelaksanaannya betul, dasarnya betul. Sekarang kerajaan sudah menunjukkan tanda-tanda cuba nak beramal dengan sistem Islam. Kalau boleh biar sistem Islam ini diperbanyakkan lagi dan menjadi alternatif kepada sistem yang lain, kepada cara yang lain untuk membuktikan bukan sahaja Islam boleh, bahkan untuk menyelamatkan manusia dan menyelamatkan negara daripada kemelut ekonomi yang berlaku dalam dunia pada hari ini, dan akhirnya pada kesempatan ini saya ingin supaya kita menunaikan tanggungjawab dengan betul dan tepat, bukan saja pihak pembahas di kalangan kerajaan dan kalangan pembangkang, kita minta juga menteri- menteri yang tak hadir ini biar hadirlah. Saya nak ulangi sebagaimana rakan-rakan lain sebut... [Tepuk] Dia hadir supaya dengar dengan penuh tanggungjawab. Jangan jawab beli di bakul, bukan jawab...

Ikut teks.

Ikut teks yang ditulis dengan dia tidak mendengar. Ini satu cara yang tidak amanah. Kalau cara ini tak amanah, bagaimana kita nak selamatkan negara sebagaimana yang disebut oleh Baginda Yang di- Pertuan Agong. Saya rasa sekadar itulah ucapan saya. Terima kasih... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya tidak akan mengambil masa yang panjang, hanya sekitar 15 minit tanpa gangguan. Dirakamkan setinggi junjung kasih atas Titah Tuanku yang meliputi banyak perkara. Dunia pernah menghadapi pelbagai krisis ekonomi seperti The Great Depression 1930-an, Peperangan Korea 1950-an, krisis minyak 1973, kemelesetan ekonomi dunia 1984, krisis kewangan Mexico 1994, wang panas dalam pasaran saham dunia 1995 dan krisis kewangan 1997- 1998. Pada tahun 1998, negara kita telah menubuhkan MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara). Kita sudah berpengalaman melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan) dengan izin. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan dan EPU tentang pelan negara untuk memastikan setakat mana persiapan terhadap enam perkara ini: (i) kestabilan ringgit dapat diwujudkan; (ii) keyakinan pasaran dan pelaburan dapat dipulihkan; (iii) kestabilan pasaran kewangan dapat diteruskan; (iv) asas atau fundamental ekonomi terus dikukuhkan; (v) agenda sosioekonomi dapat dilaksanakan; dan (vi) sektor ekonomi yang terjejas dapat dibina kembali.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Enam objektif itu wajarlah menjadi asas atau modul menangani krisis ekonomi yang sedang dan akan dihadapi. Rakyat memerlukan jaminan dari kerajaan bahawa kesejahteraan, pembelaan dan kualiti hidup rakyat akan terus menjadi keutamaan nombor satu pada masa ini. Kesan kemelesetan ekonomi sedang mula dirasai oleh rakyat. Bak kata pepatah, “Elok disediakan payung sebelum hari hujan”. Oleh itu Kementerian Kewangan, EPU dan Kementerian Penerangan perlu merangka pesanan, nasihat atau kempen melalui media massa tentang persiapan menghadapi kemelesetan. Antaranya ialah agar mengurangkan segala bentuk pembaziran, merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih teratur, mengurangkan hutang piutang yang tidak terkawal, mendapatkan tambahan pendapatan melalui kerja sampingan dan Program Bumi Hijau serta meningkatkan produktiviti. Masih belum ada nasihat seumpamanya untuk rakyat yang telah diberikan. Mereka terpinga-pinga antara tahu dan tidak apakah sebenarnya yang berlaku. Kempen Peningkatan Produktiviti (KPP) adalah suatu yang wajar dibuat sebagai cadangan pertama saya. Bayangkan jika setiap pekerja yang berjumlah sekitar 11 juta orang di negara ini dapat meningkatkan 10% usaha dalam kapasiti masing-masing, ia adalah umpama tambahan pacuan 10% atau lebih ekonomi negara dengan kesan berganda multiplying effect daripada segi mikro dan makro. Pelbagai contoh peningkatan produktiviti boleh dilihat. Antaranya membereskan tugasan lebih awal daripada masa yang diberikan, melawat lebih banyak ke kawasan yang perlukan bantuan, menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih sempurna, menghasilkan produk lebih banyak daripada jumlah yang ditetapkan, mengadakan promosi dagang yang lebih luas, menyegerakan pembayaran kepada kontraktor dan pembekal serta 1001 macam contoh-contoh lain termasuk lebih usaha berfikir, berbincang, merancang, melaksana dan memantau sesuatu dasar dan program. Kempen peningkatan produktiviti ini perlu melibatkan pelbagai kementerian secara bersepadu dan merata agar segera difahami, segera dirancang dan segera dilaksanakan. Usaha peningkatan daya pengeluaran atau produktiviti ini akan menguntungkan syarikat, kerajaan, keluarga, individu yang jika dihimpun kesannya akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh. Dengan lain-lain perkataan, semua orang, semua pekerja, semua syarikat, semua agensi kerajaan, semua sistem yang ada mesti lebih produktif, menambahkan tingkat usaha bekerja lebih kuat, merancang lebih hebat, bertindak lebih kreatif, melaksana secara proaktif, bingkas bangun, bergerak lebih laju ke hadapan. Sayugia saya mohon jawapan daripada semua kementerian diharap pegawai- pegawai yang hadir melaporkan pertanyaan saya yang bertanyakan, apakah bentuk program peningkatan produktiviti dalam kementerian masing-masing.Sebenarnya kementerian tidak perlu bajet tambahan untuk mengaturkan Kempen Peningkatan Produktiviti (KPP) ini. Hanya dengan sedikit kreativiti dan pengubahan terhadap sumber serta kewangan yang sedia ada, ia sudah boleh dilaksanakan. Antara slogan yang boleh ditimbangkan bagi kempen ini ialah yang pertama: (i) tingkatkan produktiviti memakmurkan ekonomi; (ii) daya pengeluaran penentu kejayaan dan; (iii) tambah produktiviti bertambah rezeki. Seorang tokoh korporat luar negara menyebut bahawa produktiviti bukannya seperti memerah air daripada sehelai kain, produktiviti ialah kepercayaan dan keyakinan bahawa terdapat sangat banyak cara dan kaedah untuk meningkatkan penambahbaikan terhadap kapasiti yang sedia ada.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Marilah kita renungkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang pendek tetapi penuh bermakna yang bermaksud, “Allah menyukai seseorang yang apabila ia melakukan kerja, ia melakukannya dengan tekun dan terbaik”. Cadangan kedua yang ingin di sentuh dalam perkara menangani krisis ekonomi negara ialah dengan mengurangkan pembaziran. Secara sedar atau tidak pembaziran berlaku dalam pelbagai bentuk di pelbagai tempat dibuat oleh pelbagai khalayak.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Contohnya lampu dan penghawa dingin di pasang di tempat yang tidak diperlukan. Kereta bergerak di tengah bandar tanpa penumpang, makanan terbuang dalam majlis yang kehadiran yang tidak disemak, sampah-sarap yang tidak pernah kurang, taksiran kos pelbagai projek yang melebihi anggaran dari sepatutnya, pembaziran masa yang terluang, tenaga dan fikiran yang terbuang secara sia-sia dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Lawan sifat membazir ialah berhemat, berjimat dan optimumkan penggunaan sumber- sumber yang ada. Kesannya perbelanjaan yang terbazir boleh digunakan untuk menjana program lain ataupun melebarkan peruntukan dengan lebih merata. Saya ingin bertanya kepada semua kementerian tentang langkah-langkah yang mereka laksanakan bagi mengatasi pelbagai pembaziran yang berlaku agar tindakan sewajarnya diambil bagi memperbaikinya. Cadangan ketiga ialah pengagihan peruntukan yang lebih merata dan berkesan. Oleh kerana sumber kewangan yang merosot, maka peruntukan yang ada wajar di susun atur dengan lebih cekap. Sebagai contoh, peruntukan RM1 juta bagi melaksanakan projek jalan kampung boleh dibahagi kepada menaik taraf lima batang jalan di sebuah Parlimen dengan kos RM200 ribu untuk setiap projek. Akan tetapi jika penagihan dibuat secara lebih merata dengan kaedah mengurangkan skop kerja, RM1 juta boleh dibahagikan kepada lima puluh projek kecil. Menampal lubang jalan kampung dengan nilai RM20 ribu untuk setiap projek. Ini akan memanfaatkan lima puluh kampung yang berlainan dan menggembirakan lebih ramai rakyat dibandingkan cuma lima batang jalan di lima kampung dengan kos tinggi dan hanya menguntungkan segelintir kontraktor yang mendapat laba berlipat ganda. Apa yang ingin kita bela ialah rakyat jelata bukan segelintir kontraktor. Kita wajar memberi semaksimum manfaat kepada seramai mungkin rakyat. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tentang contoh yang baru diberikan. Kepada EPU JPM pula, sebagai contoh apakah yang menjadi keutamaan sama ada membina satu lagi lingkaran jalan di bandar besar untuk menyuraikan trafik atau menggunakan ratusan juta ringgit itu untuk diberi kepada ratusan Parlimen bagi membina ribuan jalan kampung yang masih banyak bertanah merah atau berbatu kasar yang telah dinantikan lebih 50 tahun oleh rakyat desa di tanah air merdeka. Silalah jawab pertanyaan saya ini. Pengagihan sumber secara berkesan, dengan izin, effective allocation of resources, wajarlah dijadikan keutamaan. Nilai perbelanjaan dalam bajet tetap sama tetapi dengan nilai itu dengan memikirkan kepentingan lebih ramai rakyat, maka perbezaannya amatlah besar. Bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi misalnya, adakah lebih wajar membina lebih banyak empat atau lima pintu kedai desa di persimpangan strategik kampung di banding membina sebuah kompleks perniagaan yang tidak strategik lokasinya yang bukan menjadi tumpuan pelanggan di bandar besar walaupun itu juga perlu jika memenuhi syarat iaitu lokasinya adalah strategik. Perkara yang lain ingin disentuh ialah mengenai cadangan saya sebelum ini iaitu tentang syor agar Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan satu subjek baru untuk pelajar sekolah menengah bagi tingkatan satu hingga lima iaitu mata pelajaran keusahawanan, perniagaan, atau perdagangan. Subjek ini boleh diteruskan di IPTA, IPTS, diajar dalam bahasa Inggeris kerana bahasa perdagangan antarabangsa adalah bahasa Inggeris selain bahasa utama yang lain. Jika ini dipersetujui, maka pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris boleh disemak semula perlaksanaannya. Tujuan akhir diwujudkan subjek business ini ialah untuk menanamkan budaya niaga kepada rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Hakikatnya hanya segelintir pelajar yang dapat memasuki IPTA atau IPTS. Apakah yang berlaku pada yang gagal? Bukankah lebih baik jika mereka ini menjadi usahawan, wira swasta, wira niaga yang sekurang-kurangnya telah didedahkan kepada ilmu asas perniagaan selama lima tahun hampir setiap hari ketika masa persekolahan. Kesannya ekonomi negara juga akan menjadi lebih makmur apabila lebih banyak aktiviti perdagangan dilakukan. Ingin juga disentuh tentang pengangguran pekerjaan dan kaitan dengan industri asas tani.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Kementerian Sumber Manusia wajar menjuruskan sebahagian pekerja yang menganggur kepada sektor perniagaan dalam bidang pertanian. Telah banyak disebut bahawa pertanian itu adalah perniagaan, namun hasilnya masih kabur. Industri asas tani masih belum diteroka dengan meluas begitu juga masih banyak tanah terbiar yang boleh dicucuk tanam. Bayangkan jika semua benteng sungai yang menjadi rizab JPS di seluruh negara dimanfaatkan.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Maka terlalu banyak ternakan yang boleh dipelihara...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

...Dan pelbagai tanaman kontan boleh diusahakan. Apakah dasar JPS tentang cadangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Ringkas sahaja.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pontian, saya tertarik dengan beberapa cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Pontian. Akan tetapi saya ada satu fundamental question iaitu berkait dengan stimulus package yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan pada 4 November 2008, sebanyak RM7 bilion. Hari ini semua surat khabar mengatakan bahawa hanya 70% daripada RM7 bilion ini telah di distributed kepada ministry-ministry berkenaan. Saya agak shocked, irresponsibility of government. Sebab pada 4 November, kita kemukakan stimulus package tetapi sehingga sekarang, hingga 3rd week of February, wang itu belum sampai ke bawah. So, bukankah itu satu type of irresponsibility dan juga Yang Berhormat satu lagi isu. Di Australia, mereka menggunakan tiga minggu untuk distribute sebanyak AU$9 bilion untuk mendapat satu spike of 1.2% economic growth. Sebab mereka takut dia punya ekonomi akan lagi gawat pada tahun ini so there’s a caution.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Akan tetapi we are standing behind, and very irresponsible. Minta pandangan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Izinkan saya menjawab soalan itu. Pandangan saya ialah ia memerlukan suatu perancangan yang teliti. Satu kisah benar di kawasan saya, ingin diluluskan RM1.5 juta untuk membina lima batang jalan di dua buah kampung. Saya terpaksa menulis surat kembali kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana pegawai yang ingin meluluskan RM1.5 juta itu tidak membuat kajian yang terperinci. Diluluskan kepada dua buah kampung, tujuh batang jalan. Sedangkan yang diperlukan kampung, ada 267 kampung di dalam Parlimen Pontian. Pada pandangan saya, penelitian, perancangan yang teliti perlu dibuat. Itu agaknya mengambil masa RM7 bilion itu baru boleh dilaksanakan pengagihannya. Satu perkara lagi...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Akan tetapi...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Satu lagi perkara Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Minta jalan Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Satu lagi perkara Yang Berhormat...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Menteri mengatakan bahawa...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Kita tidak boleh berdialog sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kena minta jalan Yang Berhormat ya. Yang Berhormat kena minta jalan ya.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Satu lagi perkara ialah bukan hanya RM7 bilion peruntukan untuk stimulus package ini. Memang disebut RM7 bilion tapi pandangan saya ialah kita ada belajar sedikit sebanyak ekonomi sewaktu di universiti. Seluruh bajet pada tahun itu adalah jumlah yang patut disalurkan kepada rakyat. Seluruh bajet pada tahun 2009 ini bukan RM7 bilion. Apabila keseluruhan bajet itu dilaksanakan, maka keseluruhan ekonomi akan bergerak dengan pantas. Bukan hanya RM7 bilion yang kita ingin persoalkan sekarang ini tetapi keseluruhan bajet iaitu kalau tidak silap saya RM200 bilion setahun, tidak silap saya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Kalau Rancangan Malaysia Kesembilan RM220 bilion. Pada tahun 2009 ini ada beratus bilion yang perlu dilaksanakan bukan hanya RM7 bilion. Kita jangan hanya tumpukan pada RM7 bilion itu, RM7 bilion itu kecil sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Saya sebenarnya tengah laju tadi, gear lima, kemudianlah. Lagi pun saudara sudah biasa bercakap. Industri asas tani diharap akan bercambah di pekan dan desa yang akhirnya bermanfaat untuk semua rakyat. Setakat manakah usaha kementerian untuk mengembangkan industri asas tani ini. Selain diserap kepada pelbagai sektor, penganggur di bandar boleh pulang ke kampung melibatkan diri dalam industri asas tani dengan keyakinan dan semangat yang masih tinggi bahawa mereka boleh menjadi petani, peniaga, pengusaha yang berbakti kepada bumi dan bertambah sumber rezeki. Tuan Yang di-Pertua, Barack Hussein Obama dalam temu ramah dengan stesen TV Al-Arabia menyebut dengan izin, my job to the Muslim world is to communicate that the Americans are not your enemy. Jika benarlah apa yang disebut itu, maka tugas Wisma Putra adalah menjadi lebih mudah.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Tugas MITI untuk mencari pasaran negara baru bagi produk keluaran negara ini bertambah cerah. Dalam kegawatan ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat dunia tidak mempunyai pilihan selain menerima tempias ribut yang ganas itu. Segala pakej rangsangan dan bailout negara Amerika sebelum ini setakat mencurah wang dalam baldi-baldi yang bocor. Oleh yang demikian presiden baru yang membawa harapan baru diharap akan segera memulihkan ekonomi negaranya bukan melaksana pelan pemulihan seperti mencurah air ke daun keladi. Obama juga wajar melaksanakan dasar luar yang lebih adil terutama kepada negara dan umat Islam. Kita ingin melihat keikhlasan beliau dalam usaha terhadap pelan damai jangka panjang yang kekal untuk rakyat Palestin terhindar daripada sifat kebinatangan rejim Zionis Israel. Saya ingin bertanya kepada Wisma Putra setakat manakah usaha yang Malaysia lakukan untuk mencari formula perdamaian di Gaza. Semoga bahana kehancuran ekonomi Amerika dan Eropah akan segera pulih bagi manfaat keamanan dan kemakmuran dunia termasuk Malaysia. Rakyat di negara ini sepatutnya dididik oleh kerajaan dan media massa agar lebih menumpukan kepada hal berkaitan ekonomi daripada hanya berpolitik atau berhibur setiap masa. Berita-berita sensasi politik atau cerai berai artis boleh dimuatkan tetapi tidaklah hampir setiap hari dan saban minggu menjadi berita dan tajuk utama. Apa kata jika media mula menumpukan tentang kaedah-kaedah membantu rakyat menghadapi kegawatan ekonomi pula. Cerita tentang kejayaan usahawan tani dan pengusaha IKS desa elok dicari. Berita tentang pekerja yang dibuang kerja tetapi kemudian dapat berdikari dengan usaha yang kreatif wajar dimuatkan. Dialog dan wawancara tokoh-tokoh politik yang merentas semangat kepartian bagi membina ekonomi keluar daripada kegawatan baik agaknya untuk dimulakan. Ketika waktu yang semakin sukar motivasi kekentalan rohani dan ketahanan diri oleh JAKIM dan kursus untuk menambah kemahiran kreatif pengeksportan produk tertentu oleh SMIDEC dan MITI misalnya hendaklah diperbanyakkan.

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Rumusannya, peranan kita wajar terjurus kepada membantu bersama membaiki ekonomi negara dan bukannya hal-hal lain yang tidak penting. Terdapat kira-kira 496,500 buah isi rumah di negara ini yang berpendapatan di bawah RM1000 di seluruh negara. Kesan kemelesetan ekonomi akan tambah memiskinkan lagi mereka ini. Saya ingin bertanya kepada EPU dan KKLW tentang hasrat sifar miskin tegar menjelang 2010. Maksudnya pada Disember 2009 ini tinggal sepuluh bulan lagi sepatutnya sudah tiada lagi yang miskin tegar. Apakah target ini boleh dicapai? Pelan Tindakan Desa telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Setakat ini 17 buah kampung telah dilatih untuk pelan berkenaan. Namun terdapat 14,537 kampung dalam negara termasuk 267 kampung di Parlimen Pontian.

Mohon laluan. Lipis.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Bilakah Pelan Tindakan Desa yang baik itu dapat dilatih kepada begitu banyak lagi kampung di seluruh negara. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian, Pulau Pisang. Ini tentang miskin tegar. Sekarang kalau kita lihat terdapat banyak angka yang mengatakan tentang miskin tegar. Jadi, yang mana satu yang kita hendak pegang sebenarnya sebab daripada EPU ada angkanya dan KKLW juga ada angkanya. Mungkin daripada agensi yang lain ada angkanya. Jadi, angka yang mana pada pandangan Yang Berhormat yang boleh kita pegang betul-betul kerana kadangkala angka yang silap menyebabkan pemberian bantuan menjadi silap. Terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih. Setakat yang saya faham angka miskin tegar ialah pendapatan seisi rumah. Seluruh rumah itu pendapatannya ialah RM720 sebulan ke bawah, seluruh isi rumah. Kalau dalam rumah itu ada sepuluh orang, pendapatan sepuluh orang itu RM720 sebuah rumah sebulan, itu miskin tegar. Itu yang saya difahamkan.

[Bangun]

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Ada soalan lain?

Terima kasih, ada lagi satu soalan. Ini berkaitan dengan pemberian wang KWAP baru-baru ini terhadap para pelajar. Angka yang diambil itu menyebabkan ada pelajar-pelajar yang miskin tidak mendapat bantuan. Jadi, bagaimanakah itu?

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Itu biar kementerian berkaitan jawab... [Ketawa] Saya ingin bertanya, tadi terdapat 14,537 kampung di seluruh negara, 267 kampung di Parlimen Pontian dan baru 17 kampung yang dikhususkan bagi Pelan Tindakan Desa. Berapa banyak lagi..., 14,500 kampung itu, bila masa hendak selesai Pelan Tindakan Desa ini? Satu kaedah untuk mempercepatkan latihannya wajar dibuat. Saya ingin merumuskan dengan memberikan dua rangkap pantun: Satu, dua, tiga, empat; Lima, enam, tujuh, lapan; Semua kerja perlu cepat, Supaya desa dibangunkan. Satu, dua, tiga, empat; Lima, enam, tujuh, lapan; Semoga ekonomi kembali hebat, Demi rakyat dan masa depan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan Diraja merupakan satu ucapan selamat tinggal kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semasa Yang di-Pertuan Agong pada akhir titah ucapan beliau menyentuh mengenai peralihan kuasa kepimpinan negara kita apabila jawatan Perdana Menteri dialihkan kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan. Yang di-Pertuan Agong merakamkan rasa penghargaan terhadap Perdana Menteri kerana kepimpinan dan sumbangan beliau khasnya merujuk kepada isu-isu berkenaan dengan pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari. Ketua kepada majoriti rakyat Malaysia, tempoh Yang Amat Berhormat daripada Kepala Batas sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima ini akan diingati sebagai satu tempoh di mana peluang terlepas, missed opportunity dan bukannya sebarang pencapaian yang sebenar. Kita diberitahu bahawa satu pakej perangsang kedua dalam bentuk mini bajet akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Mac untuk mendorong ekonomi negara. Sungguhpun empat bulan yang lepas saya telah menyeru supaya Menteri Kewangan yang baru juga selaku Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya membentangkan satu bajet 2009 yang dikaji semula, mengambil kira segala langkah- langkah pembetulan untuk melindungi negara kita daripada krisis ekonomi sedunia yang paling buruk dalam tempoh 80 tahun supaya daya persaingan kita dapat dipertingkatkan, pertumbuhan diperkukuhkan dan inflasi dikawal. Itulah satu peluang yang terlepas. Kita diberitahu mengenai satu Jawatankuasa Kabinet untuk mengenal pasti dan memantau penglibatan masyarakat India dalam program-program dan projek-projek kerajaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sungguhpun saya telah menyarankan selepas kekalahan BN yang besar dalam pilihan raya umum tahun lepas supaya satu Jawatankuasa Kabinet yang berkuasa tinggi membentangkan satu rangka kerja atau blueprint kepada Mesyuarat Parlimen Pertama demi menangani isu-isu berpanjangan mengenai masalah peminggiran dan pengasingan yang dihadapi oleh masyarakat India di negara kita yang membawa kaum India ke arus utama pembangunan negara sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan lain-lain lagi. Satu lagi peluang yang terlepas. Sebaik sahaja berlakunya tsunami politik 8 Mac lepas yang menafikan penguasaan dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen dan lima kerajaan negeri, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata beliau telah terima mesej yang kuat daripada pengundi dan mengakui; dan saya petik, “Keputusan pilihan raya ini adalah satu mesej yang jelas bahawa saya tidak bergerak cukup pantas dalam melaksanakan pelbagai pembaharuan yang saya janji akan dilaksanakan. Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mesej ini, point made and point taken. Itulah apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata masa itu. Walau bagaimanapun, Yang Amat Berhormat telah gagal memahami erti sebenar keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac. Ia bukannya mengenai hakikat bahawa beliau tidak bergerak cukup pantas dalam pelbagai pembaharuan yang beliau janjikan empat tahun yang lepas tetapi merupakan satu keputusan bahawa beliau hampir tidak bergerak langsung selain daripada mengeluarkan janji-janji kosong yang diulangi dari semasa ke semasa.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Berikutan dengan kemasukan Yang Amat Berhormat daripada Kepala Batas ke 40 hari terakhir sebagai Perdana Menteri adalah jelas bahawa perjawatannya yang dipaksa berhenti oleh pakatan unholy align, unholy compact dalam kepimpinan UMNO sendiri tanpa sebarang perundingan atau rujukan terhadap lain-lain komponen parti Barisan Nasional yang mengelakkan hegemoni UMNO yang berterusan dan peranan sebagai bully dalam Barisan Nasional. Negara kita sekali lagi melihat contoh-contoh bagaimana peluang terlepas sekali lagi untuk merealisasikan pembaharuan yang sebenar, untuk memperkukuhkan niat asas negara dalam segi pembangunan negara, demokrasi, akauntabiliti, ketulusan, integriti, pembanterasan rasuah, keluhuran undang-undang, badan kehakiman yang benar-benar bebas serta pentadbiran yang baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sehari sebelum mesyuarat pertama Kabinet baru pada 26 Mac 2008, saya telah menghantar satu faks tergempar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai lapan perkara yang harus diberikan keutamaan oleh Kabinet baru supaya menunjukkan bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat yang kedua bersedia untuk membalas tsunami politik 8 Mac yang lepas dan melakukan perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh rakyat jelata iaitu: (i) pembebasan segera dan tanpa syarat lima pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dan Adun baru DAP kawasan Kota Alam Shah M. Manoharan, V Ganabatirau, R Kenghadharan dan T Vasantha Kumar dari ISA. Ini kerana kesalahan mereka hanyalah untuk menyuarakan aduan-aduan sah mengenai masalah peminggiran kaum India di Malaysia yang berpanjangan. Itulah dibuktikan benar dari keputusan Pilihanraya Umum 8 Mac yang lepas. (ii) Memulihkan keyakinan masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap kebebasan integriti dan kualiti badan kehakiman kita dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat krisis-krisis kehakiman yang berlarutan selama dua dekad termasuk pemecatan sembarangan tanpa mematuhi peruntukan perlembagaan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas serta Datuk George Chia dan Mendiang Tun Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1988; (iii) parlimen bertaraf dunia pertama memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pembaharuan dan pemodenan parlimen termasuk penubuhan satu sistem jawatankuasa parlimen atau pemilihan atau select committee dan diketuai oleh para Ahli Parlimen di mana setiap kementerian dibayangi atau di shadow oleh select committee; (iv) perang habis-habisan membanteras rasuah dan menjadikan badan pencegah rasuah sebuah badan yang berautonomi dan menjawab kepada parlimen sahaja; (v) kepimpinan melalui teladan atas isu integriti di mana para menteri, timbalan menteri, ketua menteri, menteri besar, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri termasuk mengenai langkah-langkah perisytiharan harta secara terbuka menggantikan dasar diskriminasi dalam pemberian peruntukan pembangunan di kawasan yang mengundi wakil parti pembangkang. Menghapuskan politik wang yang digunakan untuk mendorong gejala lompat parti serta pembaharuan pilihan raya untuk memastikan pilihan raya yang benar-benar bebas, adil dan bersih; (vi) melaksanakan sepenuhnya 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Polis demi mencipta satu perkhidmatan polis yang efisien, tidak corrupt, profesional dan bertaraf dunia yang berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah, menghapuskan rasuah dan melindungi hak asasi manusia khasnya menubuhkan Suruhanjaya Bebas mengenai salah laku dan aduan polis ialah APCMC; (vii) siasatan melibatkan semua parti demi memperkukuhkan daya saingan antarabangsa Malaysia yang membantu negara kita menghadapi cabaran globalisasi ; dan (viii) menjalankan siasatan terbuka ke atas skandal dalaman build out RM4.6 bilion Port Klang Free Zone demi menunjukkan komitmen kerajaan baru terhadap akauntabiliti, ketulusan, integriti dan pentadbiran yang baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, usaha telah dilakukan untuk menangani dua dari lapan perkara yang saya bangkitkan itu termasuk penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau pun MACC dan Suruhanjaya Kehakiman (JAC). Malangnya kedua-duanya hanya merupakan bayang yang pudar atau appear shadow berbanding dengan institusi- institusi bebas dan ber credible yang sebenarnya dalam usaha membanteras rasuah dan memulihkan keyakinan masyarakat nasional dan antarabangsa mengenai kebebasan kehakiman kita. Sebenarnya sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen empat tahun yang lepas, saya tidak pernah merasa begitu mual dan jijik, disgust dan distaste terhadap tahap hina politik negara kita yang telah menjunam ke tahap rendah terbaru yang digambarkan oleh perampasan kuasa secara haram, melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tidak bermoral di Perak serta pelanggaran kebebasan peribadi serta pencabulan kehormatan Elizabeth Wong seorang anggota Exco wanita di Selangor. Perasaan mual dan jijik, disgust dan distaste ini merupakan perasaan yang sama- sama dirasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh Titah Uapan Yang di-Pertuan Agong telah ditolak ke sebelah oleh laporan-laporan media yang tertumpu ke atas soal perampasan kuasa di Perak dan pelanggaran kebebasan peribadi serta pencabulan kehormatan Elizabeth Wong. Sungguhpun, apa yang patut kita tumpukan sekarang adalah krisis ekonomi yang melanda negara. Tsunami politik 8 Mac mewakili harapan rakyat Malaysia untuk satu perubahan dan kemajuan baru. Menjadikan kita sebuah negara yang lebih bersatu padu, harmoni, demokratik, progresif dan berdaya saing supaya Malaysia maju dan bukannya kalah kepada negara-negara lain dalam pentas dunia. Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara kita adalah bagaimana rakyat Malaysia dapat mengharungi krisis ekonomi sedunia yang paling serius dalam 80 tahun yang dijangka oleh para ahli ekonomi akan diikuti dengan krisis resesi yang bakal melanda Malaysia. Malangnya, keutamaan dan usaha kerajaan yang dipimpin oleh bakal Perdana Menteri serta Menteri Kewangan adalah langsung tidak betul, completely displace merangkakan orchestrate perampasan kuasa secara haram, melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tidak bermoral di Perak dan menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat yang sah, legitimate, effective dan functioning. Dalam tahun 60-an, wujud apa yang dikenali sebagai the great trend robbery di United Kingdom. Kini, kita adalah the great political robbery. Kita sendiri di Malaysia yang bukan sahaja membangkitkan rasa jijik dan mual di kalangan rakyat Perak tetapi di kalangan rakyat Malaysia yang berfikiran waras di seluruh negara terhadap penafian hak sah rakyat serta perampasan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat sendiri menerusi proses demokratik sebenar. Rakyat Malaysia mendapati bahawa mereka telah hilang hak asasi supaya bebas dari jenayah serta rasa takut terhadap jenayah, freedom from crime and the fearer crime. Diperburukkan lagi oleh keengganan pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan sepenuhnya 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Polis demi mencipta satu perkhidmatan polis yang efisien, tidak corrupt, profesional dan bertaraf dunia yang berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah, menghapuskan rasuah dan melindungi hak asasi manusia. Rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur semua tidak merasa selamat di negara ini sama ada di kawasan awam mahupun di rumah sendiri. Kini, dengan wujudnya the great political robbery yang dirangka oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, rakyat Malaysia juga turut hilang keselamatan hak politik mereka.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Memandangkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak boleh dirampas secara tidak bermoral, tidak sah dan melanggari Perlembagaan berikutan dengan rampas kuasa yang dirancang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sebagai bakal Perdana Menteri Keenam, Yang Amat Berhormat dari Pekan tidak akan dapat menikmati tempoh 100 hari pertamanya yang biasanya digunakan untuk membuat janji-janji baru kepada rakyat kerana apa yang telah dilakukannya dalam tempoh 100 hari sebelum menjadi Perdana Menteri, pre 100 days, khasnya tindakan merampas kuasa Kerajaan Negeri Perak menerusi cara tidak bermoral, tidak sah dan melanggari Perlembagaan ini sehinggakan menghasilkan dua Menteri Besar di Perak akan membayangi sepanjang tempohnya, will haunt his entire premiership sebagai Perdana Menteri berikutan dengan insiden rampas kuasa yang tidak bermoral, tidak sah dan melanggari Perlembagaan di Perak. Menerusi insiden lompat parti wakil rakyat yang antara lompat balik kemudian, defection and re-defection. Mereka yang lompat parti menghilangkan diri, umpan kewangan hingga ke tahap berjuta-juta dan berpuluh-puluh juta ringgit berserta dengan peristiwa keji pelanggaran kebebasan peribadi serta pencabulan kehormatan Elizabeth Wong, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri nampaknya memulakan pentadbirannya bulan depan sebagai seorang Perdana Menteri yang paling divisive dan polarize dalam sejarah negara ini. Berlandaskan latar belakang ini, bagaimana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dapat memenangi keyakinan seluruh negara supaya bersatu padu dan menggembleng tenaga semua rakyat untuk mengatasi krisis ekonomi yang melanda ini. Pendirian DAP terhadap kelakuan lompat parti yang tidak berprinsip, tidak beretika dan tidak bermoral adalah jelas dan konsisten seawal 31 tahun sebelum ini dalam bulan Mac 1978 setelah cuba memperkenalkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian yang dinamakan Akta Ahli-ahli Parlimen Pencegah Lompat Parti 1978 untuk memastikan integriti politik di kalangan Ahli-ahli Parlimen dan usul saya pada 1978 dalam Dewan yang mulia ini, saya berkata bahawa tindakan lompat parti mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti yang beliau terpilih ke parti yang lain merupakan satu perkara yang paling tidak patut berlaku dan adalah tidak beretika kerana mereka terpilih bukan kerana kualiti peribadi mereka tetapi adalah disebabkan sokongan rakyat yang ditujukan kepada parti yang mereka wakili. Perlakuan itu juga membolehkan ahli politik terpilih dibeli dan dijual seperti komoditi di pasaran yang sekarang berlaku secara bermaharajalela dan begitu berleluasa. Sekiranya seseorang Ahli Parlimen meletak jawatan atau disingkir dari parti asalnya, maka beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Sekiranya peletakan jawatannya itu adalah disebabkan oleh isu yang berkenaan dengan prinsip politik yang mendapat sokongan rakyat, maka Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang berkenaan tidak perlu risau tentang keputusan rakyat yang semestinya akan memilihnya semula. Bagaimanapun peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletak jawatan untuk bertanding semula telah dipinda dua dekad yang lepas sungguhpun dibantah keras oleh DAP dan kini seseorang wakil rakyat yang meletak jawatan adalah dihalang untuk bertanding semula untuk tempoh lima tahun. Apa yang perlu dilaksanakan dengan segera kini adalah menggubal perundangan anti lompat parti dan menghapuskan peruntukan di Fasal 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang seseorang daripada bertanding semula selama lima tahun. Tuan Yang di-Pertua, mengenai krisis ekonomi, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pada bulan Oktober tahun lalu bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjejas oleh krisis kewangan Amerika Syarikat. Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa Malaysia tidak lagi bergantung kepada eksport ke Amerika Syarikat dan telah pun mempelbagaikan eksport ke negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, China, India dan Eropah. Yang Berhormat Menteri juga terlupa bahawa negara-negara lain juga akan mengalami kesan kemerosotan ekonomi yang juga akan membawa impak negatif yang besar kepada perindustrian di Malaysia. Pada bulan November, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua mendesak bahawa ekonomi Malaysia terlindung daripada kemelesetan ekonomi dunia kerana eksport ke China dan India tetap kukuh.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri berkata bahawa Malaysia yakin mencapai pertumbuhan GDP 3.5% walaupun ekonomi negara lain telah merosot. Pada 4 Disember, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pula memberitahu Dewan Negara bahawa Malaysia hanya akan merasai cubitan yang sedikit sahaja daripada impak krisis pinjaman sub prime kerana kita mempunyai ekonomi domestik yang kukuh. Pada 10 Januari, awal tahun ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua masih mendesak bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi. Rakyat Malaysia hanya akan merasa kesan ripple effect akibat kemerosotan ekonomi seluruh dunia. Yang Berhormat Menteri Kewangan juga berkata bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh walaupun negara lain mengalami kemelesetan dan pengecutan ekonomi. Kerajaan pada asalnya melahirkan keyakinan bahawa ekonomi Malaysia dapat mencapai pertumbuhan 5.4 peratus apabila Bajet 2009 dibentangkan di Parlimen. Akan tetapi dalam masa dua bulan, anggaran tersebut direndahkan kepada 3.5 peratus dan dipertahankan selama tiga bulan dan kini Yang Berhormat Menteri Kewangan akhirnya mengakui bahawa anggaran pertumbuhan GDP perlu direndahkan sekali lagi walaupun tiada rakyat Malaysia yang berpengetahuan masih percaya terhadap anggaran dan peratusan yang diumumkan oleh kerajaan lagi. Yang Berhormat Menteri-menteri Barisan Nasional merupakan “katak bawah tempurung” yang enggan mengakui hakikat yang sebenar. Menteri-menteri Barisan Nasional hanya suka dan pandai menepuk dada dan memuji diri sendiri bagaikan siput memuji buntut. Kenyataan-kenyataan yang “mengangkat bakul” sahaja merupakan sikap kurang bertanggungjawab terhadap pengurusan ekonomi di Malaysia. Pada bulan Oktober...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat? Indera Mahkota.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Berkenaan dengan kerisauan Yang Berhormat berkenaan dengan kenyataan daripada Menteri Kewangan berkenaan dengan keadaan ekonomi semasa di dalam negara, saya hendak tanya perkara yang ringkas mengenai pandangan Yang Berhormat sebab Bank Negara sekali lagi mengeluarkan penyata aset dan liabiliti yang terbaru pada bulan Oktober mengatakan daripada belanjawan RM208 bilion yang telah dimasukkan berserta dengan suntikan RM7 bilion yang lalu, mata wang dalam edaran kita cuma bernilai RM45.839 bilion sahaja. Ini bermakna kalau langkah Kementerian Kewangan memasukkan stimulus baru berbentuk seperti suntikan kewangan dalam pasaran kita bernilai yang kita semua anggarkan dalam 30 atau mungkin lebih berdasarkan GDP kita, tidakkah ini mendatangkan satu kesan yang maha hebat di dalam situasi inflasi kita akan melonjak tinggi. Dalam keadaan kita menggalakkan rakyat kita untuk berjimat-cermat dan menjangkakan satu keadaan yang sukar dari segi ekonomi berlaku, kita memberi teladan yang kurang baik dengan menambahkan lagi kadar inflasi secara automatik kerana kita membuka ekonomi kita pada tambahan kewangan yang akan disuntik, katanya daripada pinjaman dan sebagainyalah yang akan dibuat. Macam mana itu, Yang Berhormat?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih. Sebenarnya kita semua keliru, rakyat keliru kerana selalu ada berlaku conflicting signal daripada orang-orang di pentadbiran kerajaan lain, different personality ada keluarkan conflicting signal dan juga stimulus package bertujuan atau dengan maksud yang tidak tentu. Sebagai contoh, di sini saya ada satu press cutting yang menunjukkan stimulus package bukan untuk stimulate ekonomi tetapi untuk stimulate Barisan Nasional sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini mengikut apa yang dikatakan oleh Ahmad Zahid acting Perak UMNO Deputy Chairman yang baru Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dalam The Star 1 Februari di mana dia kata bahawa masa itu untuk menenteramkan krisis UMNO di Perak. Dia kata bahawa “Ahmad Zahid said each state constituency under Barisan would receive RM1 million under the RM7 billion stimulus package”. Kita mahu tahu adakah ini RM7 bilion stimulus package yang diumumkan pada bulan November ialah sebenarnya untuk stimulate Barisan Nasional, untuk menyelamatkan Barisan Nasional. Dari mana kuasa yang diberikan oleh Dewan yang mulia ini supaya RM7 bilion stimulus package ini digunakan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional RM1 juta, dari mana? Bukan ini satu bukan sahaja conflict signal mengenai matlamat stimulus package tetapi pun mengenai integriti, penyelewengan, penyalahgunaan wang rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua pada bulan Oktober penggal Parlimen yang lalu pemimpin- pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah pun dengan sebulat suara menyeru supaya Menteri Kewangan yang baru mengemukakan satu bajet yang baru yang lebih bersesuaian dengan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh negara kita. Akan tetapi tidak kerajaan yang bersifat sombong langsung tidak mengambil perhatian tentang kemerosotan ekonomi dan secara angkuh mendesak bahawa bajet asal adalah mencukupi. Kami telah menyiasat bahawa ekonomi Malaysia akan tercabar kerana harga petroleum telah pun jatuh ke tahap USD80 setong berbanding dengan USD155 yang dianggarkan oleh kerajaan. Pada masa ini harga petroleum setong hanya sebanyak USD35 setong. Kami mengkritik bahawa perbelanjaan kerajaan terlalu optimis dengan hasil yang dapat dikutip dan kekurangan tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan berbanding dengan perbelanjaan pengurusan. Akan tetapi reaksi kerajaan merupakan satu sifat penafian yang amat mengecewakan. Akhirnya dua hari yang lalu hari Selasa, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan berkata unjuran kadar pertumbuhan 3.5% Malaysia akan disemak semula bagi tahun 2009 walaupun pihak juruanalisis ekonomi bank tempatan seperti RHB dan CIMB telah pun sejak beberapa bulan yang lalu menganggar bahawa pertumbuhan hanya akan berada di sekitar sifar. Amaran yang begitu tepat dan teliti yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah tidak diendahkan dan diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Cadangan Barisan Nasional menghadapi masalah dan cabaran krisis ekonomi di hadapan kita telah menjejaskan ekonomi negara. Mengikut Persatuan Small Medium Industry (SMI) Malaysia sebanyak RM1.35 juta industri kecil dan sederhana akan menimpa krisis operasi. Banyak antara syarikat tersebut juga dijangka akan tutup kedai apatah lagi 56% pekerja bekerja dengan syarikat SMI di Malaysia. Ramai antara mereka telah menganggur dan lebih ramai lagi akan menganggur kerana tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terlalu lambat dan terlalu lembap. Sekarang Kerajaan Barisan Nasional menghadapi cabaran yang lebih sengit untuk mengatasi krisis ekonomi kerana polisi-polisi dan perbelanjaan yang membazir pada tahun-tahun lalu. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber petroleum kaya dengan pengeluaran ladang seperti kelapa sawit dan getah yang kesemuanya mencapai harga yang amat tinggi sepanjang lima tahun yang lalu dan telah membawa hasil yang amat lumayan kepada negara kita. Oleh itu kita sepatutnya mempunyai rizab dan simpanan yang mencukupi untuk menentang tsunami ekonomi ini dengan lebih mudah. Namun kerajaan kita hari ini jelas dalam keadaan rumit kerana tidak mempunyai peluru wang yang mencukupi untuk pump-prime economy. Perbelanjaan stimulus RM7 bilion yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada hujung tahun lalu bukan merupakan satu perbelanjaan tambahan seperti tanggapan yang diberikan. Ianya hanya perbelanjaan yang dialihkan kepada wang subsidi yang terjimat akibat penurunan harga petrol. Kekurangan wang untuk perbelanjaan stimulus merupakan kesan pembaziran semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil jawatan dan juga Menteri Kewangan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Walaupun Kerajaan Malaysia mendapat hasil durian runtuh daripada peningkatan harga petroleum daripada USD24 setong setinggi USD147 setong setiap sen keuntungan telah pun dibelanjakan begitu sahaja pada tahun-tahun yang lalu. Malah bukan sahaja kesemua keuntungan durian runtuh petroleum dibelanjakan Kerajaan Barisan Nasional meneruskan perbelanjaan defisit 12 tahun berturut-turut tanpa mengira keadaan ekonomi yang lemah ataupun kuat. Jelas sekali perbelanjaan pengurusan kerajaan telah pun meningkat dengan dahsyat sekali daripada RM73 bilion pada tahun 2003 sehingga RM154 bilion yang diperuntukkan tahun ini. Ia merupakan peningkatan melebihi 110% dalam masa enam tahun sahaja. Hasil pendapatan kerajaan yang sepatutnya dijimatkan ataupun digunakan untuk perbelanjaan pembangunan telah pun digunakan untuk membina sebuah kerajaan besar atau big government yang boros, tidak efisien, kurang berkesan dan yang teruk sekali dilanda rasuah. Apa yang menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah kehilangan arah dan akal dengan paling jelas sekali ialah apabila Perbendaharaan menterbalikkan keputusan menjimatkan wang pengurusan kerajaan dalam masa tiga bulan sahaja pada awal tahun ini. Perbendaharaan kini menggalakkan kakitangan kerajaan membuat perbelanjaan lebih untuk melengkapkan dan menyelenggarakan pejabat, membeli kereta ataupun meminda ke pejabat ataupun bangunan yang lebih mewah. Walaupun kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan pada masa ini untuk menyokong ekonomi kita akan tetapi perbelanjaan yang lebih berkesan dan lebih bermanfaat ialah untuk memberi sokongan kepada industri, pekerja-pekerja pembangunan infrastruktur seperti sistem pengangkutan, pendidikan dan latihan. Manakala galakan yang telah diberikan kepada kakitangan kerajaan untuk menyelenggarakan pejabat merupakan satu pemborosan yang tidak membawa apa-apa kesan ekonomi yang bermakna. Oleh kerana Kerajaan Barisan Nasional telah membazirkan keuntungan pada tahun-tahun yang lalu kini wang yang diperlukan untuk mendorongi ekonomi tidak mencukupi dan defisit perbelanjaan tahun ini dianggar akan meningkat lebih 6% tanpa apa- apa perbelanjaan tambahan. Bergantung kepada sumbangan sektor petroleum. Kini kerajaan telah terlalu bergantung kepada hasil pendapatan petroleum yang menyumbang sebanyak 46% hasil kerajaan. Tertekan kerana harga petroleum telah menumbang daripada USD125 setong yang dianggarkan ke USD35 sekarang yang akan menyebabkan kekurangan hasil sebanyak RM30 bilion. Apatah lagi penurunan harga pengeluaran ladang seperti kelapa sawit dan mengurangkan pendapatan daripada cukai syarikat. Ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah gagal mempelbagaikan sumber pendapatan dan gagal mempertingkatkan produktiviti sektor-sektor yang lain seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan. Oleh sebab itu walaupun kerajaan Singapura yang langsung tidak mempunyai apa-apa sumber semula jadi dapat memperuntukkan satu bajet stimulus yang agresif berjumlah USD200 bilion Singapura. Mini bajet Malaysia dianggarkan hanya sekitar RM10 bilion. Yang malang sekali sampai hari ini walaupun keadaan kemerosotan adalah amat jelas kepada semua, kerajaan masih tidak dapat mengumumkan pelan stimulus yang baru untuk membantu ekonomi kita. Sejak Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari dalam masa tidak melebihi satu bulan sahaja telah pun berjaya meluluskan satu pelan stimulus berjumlah USD787 bilion dan mendapat persetujuan yang sukar daripada kedua-dua cabang Parlimen Amerika Syarikat yang berpendapat dan berkuasa bebas daripada pejabat presiden. Tindakan yang telah diambil oleh presiden yang baru ini menunjukkan kesungguhan dan betapa serius dia ingin mengatasi krisis ekonomi ini. Akan tetapi walaupun satu mini bajet tambahan telah pun terbayangkan sejak akhir tahun lalu. Rakyat Malaysia masih dalam kegelapan mengenai pelan tindakan kerajaan. Berbanding dengan sistem pentadbiran Amerika Syarikat Menteri Kewangan tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk meluluskan apa-apa pelan yang dikemukakan tetapi kerajaan masih bertindak dengan begitu perlahan sekali.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini bukan sahaja membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional lemah dan tidak berkesan dalam isu menangani kemerosotan ekonomi tetapi juga fokus dan kepentingan Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri kepada isu-isu politik manakala isu ekonomi pula diabaikan. Kita meminta supaya kerajaan mengambil tindakan yang cukup drastik untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan bukannya satu pelan yang tidak mempunyai impak yang cukup berkesan. Adalah sampai masanya untuk Perbendaharaan mengambil tindakan keras untuk memotong perbelanjaan pengurusan sebanyak RM40 bilion dan jumlah tersebut diagihkan kepada perbelanjaan pembangunan yang mempunyai daya pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tindakan ini adalah realistik dan praktikal sebab ia akan menurun perbelanjaan pengurusan dari RM150 bilion ke RM114 bilion yang masih melebihi peruntukan pengurusan pada tahun 2007. Kalau RM113 bilion sudah mencukupi untuk perbelanjaan pengurusan pada 2007 tentu RM114 bilion mencukupi untuk tahun 2009. Kita juga menyeru supaya kerajaan memperuntukkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM10 bilion untuk mempertahankan pekerjaan rakyat Malaysia memperuntukkan employment unemployment benefit jangka masa enam bulan, sokongan latihan dan lanjutan pendidikan dan insentif yang menarik kepada majikan untuk membuat pelaburan yang baru. Jika kerajaan masih lagi berlengah-lengah, tidak bersungguh-sungguh dan terus bersikap penafian ekonomi kita akan kian merosot dan tidak akan pulih dengan secepat mungkin berbanding dengan negara-negara yang lain. Tuan Yang Dipertua, apa yang mustahak sekarang ialah untuk memulihkan keyakinan orang ramai dan kepada keazaman kerajaan supaya untuk melancarkan program-program di mana institusi-institusi nasional boleh memainkan peranan yang bebas, tetapi dalam setahun ini kita lihat bahawa usaha-usaha untuk membanteras rasuah tidak berkesan sungguhpun ada MACC dan MACC masih dipengaruhi oleh faktor-faktor politik. Ini boleh dilihat apabila MACC mula beroperasi pada 1 Januari dan berlaku Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu apabila usaha untuk mendakwa dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri diberhentikan supaya tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Apa sebab MACC buat keputusan seperti itu? Kalau MACC ialah bebas ia tak akan ambil kira mengenai faktor-faktor politik sama ada siapa akan menang atau kalah dalam satu pilihan raya kecil, tidak ada kena mengena dengan MACC serta tidak patutlah ada semua usaha-usaha untuk mendakwa sesiapa untuk diberhentikan, untuk dilewatkan oleh kerana tidak mahu mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Itu satu contoh di mana MACC nampaknya tidak sebenarnya bebas semacam apa yang kita hasrat dalam Dewan yang mulia ini. Contoh yang kedua ialah apabila seorang ahli dewan undangan negeri daripada Botak masa itu dia kata bahawa dia mahu keluar UMNO dan mahu masuk parti Keadilan Rakyat atau PKR, MACC dengan cepat keluar kenyataan bahawa akan siasat sama ada money politic, itu boleh siasat. Makna ada money polittic, ada rasuah dan saya percaya dalam perkara ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar satu parti mahu masuk satu parti yang tidak memerintah di Persekutuan nampaknya tidak ada unsur-unsur money politic, tetapi apabila Ahli Undangan Negeri daripada Botak itu re effect balik kepada UMNO MACC diam, kenapa? Kenapa MACC kalau apa itu disaffection daripada satu parti kepada lain mungkin menimbulkan syak wasangka sama ada adalah dimensi korupsi. MACC perlu konsisten kenapa lompat balik, tidak ada kenyataan daripada MACC? Ini menunjukkan nampaknya MACC dan sudah tuned for Barisan Nasional kerajaan. Nampaknya satu creature MACC sahaja dan inilah saya harap tidak yang kita mahu dan apa yang kita mahu ada dijamin bahawa MACC akan menjadi semacam Hong Kong ICSC Independent Commission Against Corruption, bebas tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor, tetapi nampaknya MACC dalam pendek masa yang bergerak kita dapati sudah tunjuk bahawa tidak ada kewibawaan semacam itu dan pun sama ada mengenai peranan institusi- institusi yang penting sama ada JAC yang ditubuhkan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Akan tetapi adalah dipertikaikan mengenai kredibiliti, kewibawaan oleh kerana keanggotaannya khasnya Pengerusi JAC sama ada peranan Peguam Negara, sama ada IGP, oleh sebab menjadi pelobi mega-mega skandal dan pun adalah dakwaan bahawa adalah terlibat orang-orang swasta V.K. Tan yang nampaknya ada maha kuasa dalam semua keputusan mengenai naik pangkat pegawai polis yang menjadi de factor KPM. Semua ini tidak ada dijawab, tidak ada diterangkan sungguhpun ada dakwaan terbuka untuk tiga tahun begitu lama sama mengenai election commission yang membuat keputusan mengenai tetap tarikh untuk dua pilihan raya kecil yang diadakan sama ada di Bukit Selambau atau di Bukit Gantang yang selepas UMNO General Assembly. Ini menimbulkan adakah ini lagi satu faktor yang disebabkan political influence, takutlah nanti ada kekalahan sebelum UMNO General Assembly yang tidak baik reflection kepada Perdana Menteri yang bakal Perdana Menteri. Ini tidak patut menjadi contoh sama ada apa-apa political connection dan sebab itu inilah kita semua menjadi masalah dan kita pun yang satu perkara yang penting ialah kita selalu ada selepas dua tahun merdeka dan pembinaan negara, satu krisis pembinaan negara kita hadapi khasnya sama ada kita boleh menyatukan semua rakyat Malaysia, sama ada Malaysia untuk semua rakyat Malaysia atau sebaliknya dan kita selalu dengar bahawa UMNO ialah champion semua orang bumiputera orang Melayu tetapi baru-baru ini saya ada jumpa seorang entrepreneur satu orang Melayu yang sebenarnya dia ahli UMNO 25 tahun yang bekerja begitu tekun yang rajin untuk kempen UMNO tetapi oleh sebab dia bukan UMNO Putera dan sebab itu usaha beliau sebagai seorang entrepreneur yang baru, dia ditidakkan seorang yang nama Melia Majlis dengan izin, Former Subang UMNO Wanita Chief. Usaha beliau untuk travel agensi Melia Travel Sdn. Bhd. ditubuhkan sangat berjaya dalam 10 tahun dahulu tetapi oleh sebab ada usaha dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan masa itu yang mahu menubuhkan satu consortium travel agency yang dinamakan MT Malaysia Travel Biro, syarikat itu ada satu share sort RM25 juta dianggap sebagai nilai Melia Travel Sdn. Bhd. dan share sort akhirnya disuapkan semua disapukan dan sekarang perkara ini sudah 10 tahun dia UMNO pemimpin UMNO dia cari menteri- menteri, pemimpin-pemimpin menteri untuk mendapat keadilan sahaja. Ada jumpa menteri masa itu Rafidah Aziz, Shahrizat, Sabaruddin Cheek pun pejabat Perdana Menteri dahulu Dr. Mahathir, sekarang Perdana Menteri Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri semua enggan untuk memberi apa-apa bantuan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Menteri Pelancongan sendiri pun sekarang ada dihubungi. Kenapa? Kenapa ini berlaku dan dalam sesi lalu kita dapat satu laporan mengenai high level business Review Pempena Group of Companies. Ini adalah satu syarikat di mana boleh kata dimakan oleh Pempena Group of Companies, di mana orang bumiputera yang biasa dan bukan UMNO Putera menjadi mangsa-mangsa aniaya Putera UMNO dan bagaimana ini boleh berlaku. Sebab itu inilah menjadi satu krisis kenapa ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu pun rasa UMNO bukan lagi champions untuk kaum Melayu tetapi untuk UMNO Putera sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap perkara ini Yang Berhormat Menteri Pelancongan boleh memberi satu jawapan dan apa tindakan diambil untuk membantu, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh... [Gangguan sistem rakaman] Oleh sebab syarikat beliau adalah dianiayai oleh Pempena. Justeru, Pempena satu syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelancongan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat. Selepas Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Pasir Mas.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan, untuk menjunjung kasih Titah Yang Dipertuan Agung.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong menyentuh perkara yang berhubung dengan krisis kewangan antarabangsa. Kita melihat bahawa recession akan berlaku dengan begitu lama di Amerika Syarikat dan mungkin di negara kita ini, kita akan merasakan suasana recession yang sebenarnya pada akhir tahun ini. Jika sekiranya kita tidak membuat sebarang persiapan untuk berhadapan dengan tahun hadapan, maka sudah tentulah kita merasakan ekonomi kita akan berhadapan dengan suasana yang lebih gawat lagi. Kita melihat bahawa selama ini dalam keadaan ekonomi baik, kita mengalami belanjawan defisit yang berterusan dalam keadaan ekonomi yang baik. Akan tetapi bila berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini, di mana kalau kita melihat apa yang berlaku di Iceland, New Zealand, Singapura dan Italy yang sudah pun menyatakan bahawa berlaku recession di negara mereka. Maka sudah tentulah kita tidak boleh lari daripada kesan akibat daripada krisis kewangan antarabangsa itu. Di Malaysia, masalah utama yang sudah kita rasakan ialah apabila rakyat sudah mula kehilangan kerja, pelbagai angka telah diberikan, ada yang dijangkakan akan sampai kepada 170 ribu dan ada yang kata 200 ribu. Oleh kerana itu, kita mengharapkan pakej rangsangan kedua ini ataupun apa yang disebut sebagai mini bajet yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini benar-benar memberikan perhatian yang menyeluruh iaitu bahawa pakej itu akan sampai ke akar umbi. Ini adalah untuk memastikan bahawa rakyat tidak merasakan kesan yang mendalam akibat daripada krisis kewangan antarabangsa itu. Dengan kata lain bahawa kita mesti memastikan keutamaan dalam pakej ini ialah memastikan bahawa rakyat tidak kehilangan kerja. Ini adalah sebab Tuan Yang di-Pertua, saya baru balik daripada Westminster saya melihat di England sudah pun berlaku suasana ini iaitu orang ramai kehilangan kerja. Inilah yang paling membimbangkan kita apabila rakyat kehilangan kerja maka, sudah tentulah mereka tidak mampu lagi untuk membeli makanan untuk menyara persekolahan anak-anak, membayar sewa rumah, membayar pinjaman perumahan dan sebagainya. Oleh sebab itu, barangkali saya merasakan bahawa antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah kita harus juga membuat perubahan kepada undang-undang, akta yang sedia ada khususnya dalam akta pekerjaan. Untuk memastikan bahawa rakyat tidak kehilangan kerja dan untuk memastikan majikan-majikan ini mengutamakan untuk mengekalkan pekerja-pekerja tempatan ini. Oleh kerana itu, antara cadangan-cadangan yang sering disebut, yang sering dikemukakan ialah bahawa kita harus meminda supaya diadakan akta iaitu cuti tanpa gaji, ataupun annual leave, ataupun pemberhentian sementara. Ini supaya apabila ekonomi kembali pulih, maka mereka yang diberhentikan ini ataupun berhenti sementara ini dapat kembali bekerja di syarikat yang sama. Dengan kata lain iaitu, bahawa syarikat tidak sahaja tidak kehilangan pekerja- pekerja mahirnya terutamanya orang-orang tempatan ini, maka dalam masa yang sama, rakyat yang kehilangan kerja ini, terpaksa berhenti sementara ini, dapat kembali bekerja sementara mereka membuat pekerjaan sementara. Oleh kerana itulah, perkara-perkara ini harus menjadi perhatian iaitu bagaimanakah untuk memastikan pakej rangsangan kedua ini ataupun apa yang disebut sebagai mini bajet ini turun sampai ke bawah, membawa kesan kepada rakyat keseluruhan. Oleh kerana itulah, saya meminta dan saya bersetuju supaya satu contoh yang harus diberi perhatian iaitu pihak berkuasa tempatan sebagai contohnya, iaitu mereka mesti memudahkan pemberian lesen dan permit kepada mereka yang mahu berniaga, memulakan usahawan-usahawan kecil ini. Jangan maksudnya permohonan mereka untuk mendapatkan permit dan lesen untuk berniaga di sekat dengan melambat-lambatkan ataupun tidak memberikan lesen kepada mereka dan ini yang berlaku dan ini juga yang ditegur oleh Perdana Menteri. Oleh kerana itulah, saya fikir bahawa pakej rangsangan harus memberi perhatian kepada perkara seperti ini supaya rakyat yang diberhentikan kerja ini ataupun berhenti sementara ataupun mengambil cuti setahun, dua tahun sebelum kembali bekerja, setelah ekonomi pulih nanti, mereka dapat berdikari serta terlibat dalam perniagaan kecil melalui pemberian lesen, permit oleh pihak berkuasa tempatan.

Yang Berhormat Batu Pahat boleh mencelah...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sekejap, sikit lagi, dan oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan bahawa TEKUN sebagai satu agensi yang penting dalam memberikan pinjaman kecil kerana kelebihan TEKUN ini ialah ia memberikan, meluluskan pinjaman dengan segera tanpa banyak birokrasi dan begitu memudahkan dan sebenarnya dalam keadaan TEKUN yang semakin efisien sekarang ini. Dari segi sistem kerja dan sebagainya maka saya fikir lebih mudah kita menyalurkan pinjaman untuk mereka yang mahu berniaga secara kecilan ini tanpa melalui proses bank-bank yang terlalu birokrasi. Maka oleh kerana itu saya mengharapkan di dalam pakej rangsangan kedua ini perkara-perkara seperti ini haruslah diberi perhatian sebab itulah Tuan Yang di-Pertua. Saya sebagai Ahli Parlimen, kebanyakan peruntukan saya tidak lagi saya berikan untuk tujuan balai raya, pembelian khemah, dan sebagainya. Akan tetapi saya mendapatkan apa yang disebut sebagai wang tunai untuk diberikan kepada setiap anak muda ataupun keluarga yang ingin membuat aktiviti pertanian yang diberikan bantuan sebanyak RM3 ribu dan kalau RM30 ribu saya dapat sepuluh orang maka ia sampai kepada rakyat, sampai kepada orang kampung dan mereka merasa gembira apabila terlibat dalam pertanian fertigasi ini. Contohnya, baik timun, baik lada, dan sebagainya, sekurang-kurangnya mereka ada hasil tambahan, sebab itu yang saya maksudkan bahawa mini bajet ini mestilah menumpukan kepada rakyat sampai ke bawah dan mereka ada sumber kewangan lain. Terutamanya yang kehilangan kerja ini dan ini sebenarnya membantu dalam usaha kita supaya rakyat tidak tertekan untuk meneruskan hidup, untuk membeli makanan, menyara kehidupan, persekolahan anak dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya nak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Pahat, adakah bersetuju jika pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan ini termasuk RM7 juta yang dulu dan yang akan diluluskan kemudian nanti sepatutnya diberitahu kepada rakyat ataupun Ahli Dewan ke mana pakej itu ditujukan. Kalau tidak kita pun tak tahu, mungkin bila kita tak tahu itu, pakej itu akan tak tahulah pergi ke mana, jadi apa salahnya kalau pakej yang dilaksanakan itu dihebohkan sikit atau diberitahu ke mana perginya pakej itu. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, saya rasa itu satu perkara yang patut menjadi perhatian, iaitu bahawa rakyat perlu tahu dan Ahli-ahli Parlimen juga perlu tahu, kerana seperti mana yang sering dibangkitkan dalam sehari dua ini bahkan dalam media seperti disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi, iaitu hanya 70% sahaja yang sampai maka di mana lebihnya. Sebab itulah saya mengatakan tadi bahawa pakej rangsangan mini bajet ini harus tertumpu sampai kepada rakyat dan dapat memberikan satu jaminan bahawa rakyat sebenarnya menikmati mini bajet yang kedua ini. Kerana kita tahu bahawa krisis kewangan antarabangsa ini adalah bersifat global. Ia bukan 1977 dulu hanya berlaku di peringkat di Asia dan Asia Pasifik, tetapi kali ini di peringkat global dan recession yang berlaku di Amerika yang akan berlaku dalam begitu lama. Sudah tentulah kesannya akan mula dirasakan di negara kita ini pada akhir tahun ini dan tahun hadapan. Kita tidak tahu! Ada yang meramalkan bahawa ia mengambil masa yang lebih lama sebenarnya untuk pulih berbanding dengan pengalaman kita pada tahun 1998. Oleh kerana itulah, kita berharap mini bajet ini yang akan dibentangkan adalah satu perkara yang cukup penting untuk kita berikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh bahawa apabila kita berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini, kita juga mesti memastikan soal keamanan dan ketenteraman di dalam negara kita. Saya menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong dalam butiran yang ke-19 itu, iaitu yang memberi jaminan bahawa hak-hak di setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Ini adalah satu jaminan sebab itu Perlembagaan kita bersifat inclusive sebenarnya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ia tidak menyisihkan sesiapa pun, ia memberikan hak kepada semua selagi kita menghormati Perlembagaan seperti mana yang di mana sering disebut oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Oleh kerana itulah, Yang di-Pertuan Agong juga memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang cuba memecahbelahkan perpaduan ini, kerana perpaduan ini juga penting terutama dalam saat kita berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa yang cukup mencabar ini, yang sudah kita rasakan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, bagi saya yang penting pada kita ialah, kita tidak baling batu sembunyi tangan kalau kita berkata bahawa kita jangan mainkan isu perkauman, maka pastikan kita juga tidak bermain dengan isu-isu perkauman sebenarnya. Jangan kita hanya menuduh orang lain, tetapi dalam masa yang sama kita sering mengaitkan perkara-perkara yang bersifat perkauman. Ini yang saya maksudkan sebagai “baling batu sembunyi tangan”. Sebab itulah sebenarnya, saya setuju dengan Yang Berhormat Marang tadi, yang menyebut soal perpaduan ini, yang menyebut bahawa apa yang penting kepada kita sekarang ini ialah bagaimana sebenarnya kita memastikan perpaduan dicapai di negara kita. Saya setuju dengan apa yang disebut, tetapi apabila disebut tentang kezaliman iaitu apabila kita menolong bangsa, berasaskan kepada kezaliman. Saya pun setuju bahawa kita tidak boleh menolong bangsa kita berasaskan kepada kezaliman, tetapi apakah kita mesti menyempitkan pengertian kezaliman dalam konteks kita sahaja. Apakah menolong bangsa, membantu bangsa yang kekurangan sebagai satu yang zalim? Saya setuju kalau dikatakan zalim, apabila kita menafikan hak kaum yang lain tetapi zalimkah sebenarnya kalau menolong bangsa yang tertinggal, mundur dan sebagainya dengan apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan dan apabila disebut zalim. Saya setuju kalau kita melakukan rasuah, penipuan, penyelewengan, kronisme, dan sebagainya. Akan tetapi ia juga menjadi zalim kalau kita membuat tuduhan yang liar, memfitnah dan sebagainya, memburukkan peribadi orang dan sebagainya. Itu juga maksud zalim, kerana pengertian zalim dalam Islam saya yakin lebih luas, iaitu apabila kita berceramah mengata kerajaan, membuat fitnah menuduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang tidak benar. Itu juga zalim, itu juga sebenarnya yang tidak akan menjamin perpaduan di negara kita. Oleh sebab itulah, bagi saya perkauman tidak timbul sebenarnya jika kita tidak mempersoalkan apa yang sudah ada di dalam Perlembagaan. Perkauman tidak berbangkit jika sekiranya kita tidak mempersoalkan perkara 153 atau Islam sebagai agama rasmi dan sebagainya dan sebab itulah saya bersetuju, jika sekiranya melampaui batas, maka sudah tentulah kita ada berbagai akta yang boleh kita gunakan untuk menjamin ketenteraman awam seperti Akta Hasutan 1948 dan sebagainya. Saya mengambil satu contoh Tuan Yang di-Pertua, apabila orang mempersoalkan penggunaan perkataan “Allah”. Kita lihat akhbar The Christian Herald, masih berkeras juga untuk menggunakan perkataan “Allah”. Ini sebenarnya mencabar apa yang sudah ada di dalam Perlembagaan, ini yang kita katakan sudah boleh menimbulkan, keresahan, pergeseran, perkauman dan sebagainya dan oleh kerana itulah kita mesti bersama-sama mengambil tindakan bertindak menegur dan jangan kita biarkan hanya pada pihak kerajaan, tetapi apabila kerajaan bertindak, kita mengatakan ini tidak adil, sedangkan ini melanggar sebenarnya apa yang sudah ada di dalam Perlembagaan tersebut. Sedangkan kita tahu perkataan “Allah” adalah dikhususkan untuk umat Islam yang bermaksud Tuhan yang Maha Esa... [Disampuk] Ini diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan. Sebab itulah, saya kata bahawa apabila sudah ada fatwa seperti penkid, yoga dan sebagainya. Kenapa kita mahu mencabar keputusan yang sudah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Oleh kerana itulah saya mengatakan bahawa apabila kita mendiamkan perkara ini dan kalau kita tidak setuju tolong kemukakan hujah bagi mereka yang tahu, lebih tahu tentang Islam, kemukakan hujah cakap berdepan beritahu mana yang tidak betulnya. Jadi kerana itulah saya mengatakan jangan kita hanya memikirkan sokongan politik maka kita mendiamkan diri. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kalau kita marah perkataan...

Tuan Yang di-Pertua

Dia nampak kita Yang Berhormat, bukan dia tidak nampak.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, saya akan bagi Yang Berhormat Shah Alam ya. Kalau kita marah perkataan “pendatang” digunakan dan saya sendiri tidak setuju menggunakan perkataan “kaum pendatang” dan sebagainya dalam keadaan kita sudah lama merdeka ini kepada rakyat Malaysia sendiri. Akan tetapi kenapakah ada orang yang berani mengatakan orang Melayu juga sebagai pendatang? Kenapa pihak yang bising selama ini mendiamkan diri, kenapa ada double standard? Kenapa kita mempersoalkan ketuanan Melayu yang hanya bermaksud tentang kedaulatan Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu yang bukan maksud perhambaan? Kenapa sebenarnya kita berdiam diri apabila ada orang mencadangkan 30% ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian juga mesti ditarik balik? Hari ini kita merasa kecewa ada pula yang mencadangkan ekuiti 30 peratus dalam syarikat kenderaan pengangkutan juga mesti ditarik balik kerana ini tidak berdaya saing.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya fikir ini hanyalah alasan-alasan sebenarnya yang mana kalau ditegur mereka akan mengatakan kita perkauman sedangkan Tuan Yang di-Pertua, Joseph E. Stiglitz, nobel prize winner dalam bidang ekonomi mengatakan DEB itu dengan izin, it is not just a matter of economic but it is a matter of this survival of a nation. Dia sendiri mengakui sebagai nobel prize winner, DEB bukan soal ekonomi tetapi survival sebuah negara bangsa. Kalau dia sendiri boleh mengatakan sedemikian supaya tidak berlaku pergaduhan kaum, kenapa ada pihak yang mahu mempertikaikan DEB sedangkan siapa sebenarnya yang benefit daripada dasar ini. Bukan setakat orang Melayu, semua kaum yang lain juga mendapat benefit. Kalau berlaku soal penyelewengan maka sudah lama kita berbahas, itu bukan sebab untuk kita mahu menghapuskan DEB.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya hendak bagi sedikit peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya tidak nafikan bahawa mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan tentang persoalan itu, ianya tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengemukakan dengan hujah, pandangan- pandangan yang berbeza. Dalam persoalan ini tidak mustahil bahawa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ada dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan politik juga kerana penggunaan perkataan Allah adalah amat jelas, ianya tidak terhad hanya kepada orang- orang Islam. Akan tetapi kalau kita pergi ke Timur Tengah kita akan melihat bahawa ianya digunakan oleh orang-orang Nasrani dalam gereja-gereja mereka dan sebagainya. Malahan di dalam al-Quran itu sendiri kita akan dapati ayat-ayat di mana Allah sendiri mengakui bahawa orang-orang yang bukan Islam menggunakan istilah Allah untuk membawa pengertian Tuhan. Di antaranya, satu ayat yang malangnya saya tidak ingatlah pada hari ini dan saya tidak bawa pula saya punya hand phone yang ada ayat al-Quran yang menceritakan bagaimana di dalam surah al-Haj ayat yang ke-40. Allah menceritakan bagaimana Allah jadikan satu kumpulan manusia untuk menghalang satu kumpulan manusia dan dengan itu terselamatnya tempat-tempat peribadatan... [Menyebut beberapa perkataan Arab] ...Di mana di dalamnya disebut nama Allah dengan banyaknya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, cukup.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini point bacaan yang pertama, yang kedua ini tentang DEB.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua saya ingat saya sudah tidak bagi, cukup.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak mendapatkan penjelasan, pandangan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya akan menjelaskan, saya akan menjelaskan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itulah saya mengatakan bahawa apakah jaminan kestabilan politik di negara kita ini? Sudah tentulah kebijaksanaan, hikmah kita. Kalau kita sudah tahu bahawa umat Islam menggunakan perkataan Allah di Malaysia ini dalam konteks negara kita, jangan kita menjadikan contoh di negara lain, dalam konteks negara kita. Mengapa kita mahu mengubah-ubahnya yang akan menyebabkan berlaku kekeliruan sedangkan kita tahu Islam sebagai agama rasmi. Apabila perkataan Allah digunakan dalam keadaan ia sudah menjadi kebiasaan sebab kita juga selain daripada melihat soal undang-undang, kita juga patut melihat soal norms, iaitu kebiasaan. Kalau di dalam Bible sendiri pun, maafkan saya, perkataan yang digunakan hanyalah ‘Ilah, God and Lord,’ tidak ada perkataan Allah. Akan tetapi apakah tujuan di sebalik penggunaan perkataan Allah itu? Maka ini dalam keadaan kita takut menimbulkan kekeliruan, kebimbangan, salah faham, maka tidak perlu digunakan dan patuh sahajalah kepada apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga undang-undang supaya menjamin kestabilan dan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah apabila ada orang mengatakan UMNO itu perkauman...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya respons pasal tuan tanya soalan itu, saya jawab.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Apabila ada orang mengatakan UMNO itu perkauman, apakah sebenarnya UMNO perkauman? Sebab itulah kita melihat ada wakil-wakil rakyat termasuk Yang Berhormat Kampar sebagai contoh, menang pun kerana ramai orang UMNO masih mengundi beliau. Tidak timbul soal UMNO itu perkauman tetapi kerana dipersepsikan. Kalau kita melihat siapakah sebenarnya parti yang menang hanya dengan kerana sokongan satu kaum, kerana itulah saya ingin mengatakan bahawa tidak timbul. Oleh sebab itulah saya merasa terkejut apabila wakil rakyat DAP yang menjadi BEBAS di Perak itu, yang keluar daripada DAP menjadi BEBAS. Dia mengatakan kenyataannya, cuba baca cuba teliti, dia mengatakan bila dia keluar daripada DAP, dia sebenarnya membahayakan dirinya kerana dia telah menjatuhkan sebuah kerajaan Cina di Perak. Siapa perkauman? Dia yang mengatakan begitu, dia mengatakan sedemikian. Sebab itulah saya mengatakan bahawa...

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Belud Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu selepas dia masuk BN.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab saya ingin mengatakan di sini bahawa yang paling penting adalah kita harus mencerminkan diri kita sendiri, melihat diri kita sendiri. Sebenarnya apa yang kita katakan, apakah sebenarnya kita tidak melakukan dan kerana itulah saya mengatakan bahawa soal yang paling penting di sini ialah soal perlembagaan itu sendiri. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf Yang Berhormat Batu Pahat, saya terpaksa reverse sedikit, hendak sentuh sedikit pasal perkataan penggunaan kalimah Allah tadi. Saya cuma ingin minta kalau boleh Yang Berhormat Batu Pahat tanyakan kepada Yang Berhormat Shah Alam, saya tak bolehlah tanya dia because floor dia kan. Pertama sekali apakah kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Shah Alam itu adalah pendirian rasmi parti PAS? Saya keliru sedikit tentang pendirian parti PAS kerana dalam Dewan Ulama PAS Pusat website dia Tuan Yang di-Pertua, dia ada mengatakan di sini tidak salah penganut Kristian guna kalimah Allah, kata Dewan Ulama PAS Pusat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi dalam artikel itu, dia juga keliru ataupun mengelirukan kerana jawapannya itu adalah jawapan politik kepada saya. Kalau boleh Yang Berhormat Batu Pahat bagi sedikit satu perenggan sahaja saya hendak quote daripada artikel ini. Dewan Ulama PAS Pusat kata, Yang Berhormat Datuk Ustaz Haji Muhamad Daud Al-Hiraqi, menjelaskan tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah Allah malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu. Akan tetapi pada paragraph yang kedua dia kata, cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa. Jadi maknanya Dewan Ulama PAS hanya membenarkan penggunaan Allah ini kalau ia merujuk kepada Allah seperti mana yang pengiktirafan agama Islam. Jadi ini saya minta kalau boleh tanya kepada Yang Berhormat Shah Alam, pendirian PAS dalam hal ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya saya tidak hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam sebab saya tahu dia akan menyalahgunakan nanti peluang itu untuk bercakap lain. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sebab itulah sebenarnya apabila...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini standing order Tuan Yang di-Pertua, dia buruk sangka Tuan Yang di-Pertua, buruk sangka.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Apabila kita menerima demokrasi Tuan Yang di-Pertua, demokrasi itu juga dilihat daripada perspektif, latar belakang masyarakat kita. Kita tidak mengambil sebulat-bulatnya kerana yang penting ialah kita memelihara persefahaman di negara kita. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua dalam amalan multi culturalism dengan izin, ada empat perkara iaitu: (i) pluralism; (ii) civic culturalism; (iii) assimilation; dan (iv) ethnic. Negara kita hanya mengguna pakai pluralism. Walaupun kebudayaan Melayu itu menjadi asas kepada kebudayaan nasional, kita tidak membenarkan kaum-kaum yang lain mengamalkan budaya mereka dalam keluarga mereka, di rumah mereka, bahkan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina juga dibenarkan. Kita tidak mengguna pakai civic culturalism sehingga tidak ada peruntukan untuk kaum-kaum lain melaksanakan aktiviti-aktiviti kebudayaan mereka. Kita tidak menggunakan assimilation sehingga orang Cina ini mesti assimilate dengan budaya Melayu, tidak ada. Kita tidak menggunakan pendekatan etnik seperti mana di Jerman, iaitu tidak ada etnik yang diberikan apa yang disebut sebagai kewarganegaraan. Sebab itulah saya amat concern sebab kalau kita melihat contoh Amerika dengan 300 juta penduduk tetapi kita melihat values, western Anglo-Saxon itulah yang mendominasikan pembinaan dan hala tuju negara Amerika. Walaupun penduduknya hanya 200 juta, 100 juta lagi adalah etnik-etnik yang lain. Walaupun dia mengatakan dia adalah bapa liberalisme tetapi dia tetap menjadikan western Anglo-Saxon itu sebagai values yang menguasai apa sahaja dasar, apa juga bentuk negara Amerika yang diwujudkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okeylah, Yang Berhormat Kuala Selangor tidak apalah. Sedikit sahaja. Ringkas ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Menyentuh tentang DEB sebagai apa yang disebut, diistilahkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat sebentar tadi sebagai dasar membangunkan negara. Saya bersedia dasar menyelamatkan negara.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sedia Tuan Yang di-Pertua menerima 30 tahun yang lalu, ketika berlaku jurang yang ketara. Ada latar belakang sejarahnya, lalu satu polisi, satu social interventionist policy yang dikatakan Dasar Ekonomi Baru dengan ungkapan sama ada ianya affirmative ataupun positive discrimination sifatnya untuk merapatkan jurang tersebut. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau sudah 30 tahun, satu-satu kejayaan sebuah polisi seperti ini dinilai sejauh mana ianya merapatkan jurang itu. Maka dengan kata lain, setelah senggang waktu 30 tahun, tiga dekat, tiga dasar Warsaw berlalunya atau berkuat kuasanya polisi ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Batu Pahat, berjayakah atau tidaknya satu polisi yang menyelamatkan negara katanya tadi, masih mahu diteruskan. Kalau polisi itu telah berjaya, maka ini tidak lagi seharusnya berada di sini. It is irrelevant, outdated, outmoded, kerana hari ini untuk menyelamatkan negara Tuan Yang di- Pertua, tentunya memerlukan polisi-polisi interventionist, ataupun polisi-polisi ekonomi yang lebih jauh atau lebih mampu meletakkan negara ini ke daya saingnya yang lebih tinggi dalam persaingan global hari ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi kalau masih mahu merujuk kepada satu polisi yang sudah ketinggalan waktu, itukan going backward, itukan retrogresif namanya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya faham Yang Berhormat Kuala Selangor. Okey.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bagaimana, Yang Berhormat Batu Pahat sudah cukuplah DEB ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey, saya akan berhenti soal DEB ini sebab kita sudah pun sudah berbahas, begitu banyak kali. Cuma saya ingin menyatakan bahawa sekurang-kurangnya antara kejayaan penting DEB ini ialah melahirkan kelas menengah Melayu. Itu tidak ada sesiapa yang menafikan. Saya fikir Kuala Selangor pun lahir daripada dasar ini... [Tepuk]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Shah Alam sebentar, nanti saya bagi peluang. Sebab itu saya katakan bahawa, kebimbangan saya ialah apabila orang berselindung menggunakan bahawa berlaku penyelewengan dan sebagainya dan kita pun tidak menafikan perkara itu. Sebagai asas untuk menghapuskan DEB semata-mata untuk mendapat sokongan daripada kaum yang lain. itu yang kita merasakan, sedangkan kita tahu sebenarnya DEB ini memberikan sumbangan yang besar kepada penyusunan semula masyarakat baru dan membasmi kemiskinan. Tuan Yang di- Pertua saya, sebab itulah saya...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Mencelah sedikit. Yang Berhormat Batu Pahat, mencelah sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu saya bersetuju dengan pandangan Sultan Perak yang mengatakan bahawa...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Batu Pahat, sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Di institusi-institusi pendidikan ini perlu diajar balik tentang apa yang dimaksudkan sebagai kontrak sosial. Sebab kontrak sosial ini perkara-perkara yang melibatkan konsultasi, perbincangan, perbahasan dan lebih penting ialah tolak ansur yang tinggi sebenarnya dalam masyarakat berbilang kaum. Tolak ansur yang begitu tinggi, ini adalah titah sultan Perak yang menyatakan bahawa kontrak sosial ini walaupun tidak disebut dalam Perlembagaan, tetapi ia adalah real. Ia wujud sebenarnya. Ia berasaskan kepada perbincangan, permuafakatan, perbahasan dan akhirnya ialah apa yang disebut sebagai tolak ansur yang begitu tinggi. Maka wujudlah satu Perlembagaan, wujudlah satu negara dan wujudlah kemerdekaan. Jadi sebab itulah saya kata bahawa ini cukup penting untuk dihayati dan Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin menyatakan di sini bawah di dalam kita berhadapan seperti ini, makas menyatakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam berhadapan dengan suasana ekonomi sekarang ini, saya ingin menyatakan, saya menyokong cadangan penggunaan dinar emas ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya sudah masuk topik lain, minta maaf Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya boleh kaitkan balik.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Nanti saya bagi masa dinar emas. Kita bahas pasal dinar emas. Saya Tuan Yang di-Pertua kerana menghadiri satu seminar tentang penggunaan dinar emas, dan saya menghayati dan memahami dan saya fikir sudah sampai masanya kerajaan kita memberikan pertimbangan yang serius tentang penggunaan dinar emas ini. Ini kerana untuk berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa, akibat daripada kegagalan bank-bank pusat di barat ini, dan kita melihat sektor perbankan barat sekarang ini berhadapan dengan satu krisis yang cukup rumit kerana mereka bertanggungjawab kepada keruntuhan ekonomi dunia. Oleh kerana sistem mereka itu adalah sistem yang mencipta wang tanpa had, yang tidak disandarkan kepada apa-apa, sehingga ekonomi sesebuah negara menjadi bubble atau bubble economy, dengan izin. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan penggunaan dinas emas ini boleh mengelakkan penghasilan wang yang mewujudkan bubble economy ini. Dari segi ekonomi, dinar berperanan untuk meningkat dan mempertahankan kekayaan. Ini kerana emas tidak mudah runtuh valuenya dan nilainya akan semakin meningkat terutamanya ketika berlaku inflasi. Harga barang pula jika diletakkan pada kadar emas boleh mengelakkan inflasi. Jadi oleh kerana itu bagi saya sampai masanya terutama di kalangan OIC ini, supaya penggunaan dinar emas ini perlu diberi perhatian. Supaya kita tidak terikat sebenarnya terutama US Dollar ini yang sebenarnya inilah yang memberi peluang terutama pengalaman kita pada tahun 1958 iaitu penyangak seperti George Soros yang menggunakan Dollar Amerika ini dengan kelemahan ringgit kita yang menyebabkan ekonomi kita terjejas. Orang selalu bertanya bagaimanakah kita menggunakan dinar emas ini. Apakah kita perlu membawa emas ke mana-mana dan ini pun yang saya soal dan saya tanya ketika seminar tersebut. Akan tetapi apa yang penting di sini Tuan Yang di-Pertua ialah mekanisme berbelanja mewujudkan sistem pembayaran emas elektronik seperti kad debit dan pengguna boleh berbelanja tanpa penggunaan fizikal dan ini menyebabkan spekulator mata wang tidak boleh membuat spekulasi. Yang Berhormat Kuala Selangor, okey. Dinar emas ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sementara saya cukup terpanggil dan seronok melihat kesungguhan Yang Berhormat Batu Pahat mengesyorkan satu gagasan baru kembali kepada dinar emas. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyedarkan juga sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat bahawa dalam super structure financial global hari ini tadi, kita yang bermegah dengan apa jua yang diperkatakan Islamic capital market ini ataupun Islamic financial product kita ini, atau amalan Islamic finance dan banking kita ini masih terperangkap dalam essence dan dalam bingkai dan paksi sistem riba based system ini Tuan Yang di-Pertua supaya sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat jangan pergi jauh-jauh. Ambil sahaja apa yang kita katakan Islamic Financial Practices di Malaysia ini masih lagi terikat dengan satunya currency. Betul currency adalah penggunaan fiat money. Kita kena kembali kepada the use of precious matter sama ada emas ataupun silver. Dinar ataupun dirham, memang kita kembali kepada Bretton Woods ataupun gold standard yang terlebih dipelopori oleh pemikiran Islam atau pelaksanaan Tamadun satu ketika dahulu. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, sama ada Yang Berhormat Batu Pahat sedar bahawa keseluruhan perkara ini memerlukan dan menuntut satu political will kembali kepada kuasa yang memerintah yang diwakili juga oleh Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apakah di sana ada satu political will untuk extricate ataupun untuk mengeluarkan kita daripada seluruh ini atau paling tidaknya kita merupakan pelopor dan perintisnya untuk menegaskan kepentingan yang sekian hari kita lihat bagaimana runtuhnya financial Barat ini khususnya kerana leveraging dan overleveraging of product yang seluruhnya adalah bersifat ribawi ataupun..., cukuplah begitu. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sebab itu saya amat kagum bila melihat pakar-pakar ekonomi bukan Islam pun memberikan sokongan yang cukup memberangsangkan dalam penggunaan Dinar Islam. Pengasasnya pun, bekas Perdana Menteri sebelum ini pernah mencadangkan penggunaan Dinar walaupun dalam skop yang terhad tetapi beliau juga pernah mencadangkan dan saya rasa PAS sendiri pun pernah mencadangkan penggunaan Dinar. Jadi apabila dibangkitkan soal political will, saya rasa tidak berbangkit dalam perkara ini asalkan apabila kita ada kesatuan dalam menerima satu kenyataan bahawa kita mesti bergerak ke satu arah yang lebih baik yang tidak hanya terikat dengan sistem kapitalisme, yang tidak hanya terikat dengan Dolar Amerika kerana kita tahu bahawa satu ketika dahulu Dolar Amerika dicetak dengan begitu banyak di Vietnam. Ini menyebabkan ekonomi di Vietnam itu berhadapan dengan satu suasana yang amat gawat. Oleh kerana itulah saya fikir penggunaan Dinar Islam ini harus diberi perhatian dan harus menjadi satu perkara yang diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagaimanakah melaksanakan dan bagaimanakah untuk melobinya di kalangan negara-negara OIC. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu, berhadapan dengan suasana ekonomi sekarang ini kita melihat apa yang berlaku ialah pasaran saham naik atau turun berpunca daripada foreign funds managers. Apabila mereka datang dalam pasaran saham kita, maka naiklah indeks kita. Mungkin sampai 1,300 mata tetapi apabila mereka jatuh, maka jatuhlah indeks kita. Mungkin sampai 700-800 mata. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, bila naik pasaran saham kita ini 50 peratus daripada benefit nya adalah kepada pihak luar ini dan tidak kepada pihak kita. Oleh itu, saya ingin mencadangkan bahawa diwujudkan semula BSE iaitu Bumiputera Stock Exchange ini yang pernah wujud satu ketika dulu diwujudkan semula untuk membantu bersama-sama memantapkan ekonomi negara kita ini khususnya untuk kaum bumiputera. Kalau kita lihat syarat penyenaraian di Bursa Malaysia sekarang ini, ia memerlukan lebih kurang 40 juta untuk membenarkan sesuatu syarikat bumiputera ini untuk disenaraikan. Ini menyukarkan kepada syarikat-syarikat bumiputera untuk layak disenaraikan. Dengan syarat yang rigid itu menghalang syarikat-syarikat bumiputera untuk memobilisasikan punca kewangan awam ini. Kebanyakan syarikat-syarikat bumiputera yang disenaraikan di Bursa Malaysia mengalami kegagalan kerana kekurangan ataupun ketiadaan cara perniagaan yang betul. Oleh kerana itulah Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Bumiputera Stock Exchange ini dihidupkan semula dengan cara perniagaan dan sistem pembayaran yang lebih mantap setanding dengan informasi pasaran dan BSE harus beroperasi sebagai satu badan di bawah MARA ataupun dengan kata lain majoriti sahamnya dipegang oleh MARA Incorporation. Saya berharap perkara ini diberi perhatian sebenarnya dalam usaha kita untuk mengukuhkan ekonomi negara kita ini. Ini adalah antara perkara-perkara yang saya yakin cukup penting sebenarnya dalam kita melakukan satu perubahan dan rombakan terutamanya di dalam kita memantapkan ekonomi negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang TNB atau Tenaga Nasional Berhad ini. Kita mengucapkan terima kasih kerana kadar takrif elektrik yang sudah pun dikurangkan. Walaupun ada yang mengatakan masih tidak mencukupi, tetapi kerajaan telah membuktikan komitmennya untuk menurunkan kadar takrif ini dan kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana melaksanakan perkara ini. Akan tetapi saya ingin menimbulkan satu perkara di sini iaitu benarkah seperti mana yang dilaporkan bahawa TNB telah mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion kerana kadar pertukaran ataupun Forex ini yang pernah disebut dan tersiar di dalam akhbar.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kalau berlaku, kenapakah ini berlaku sebab RM1.4 bilion ini adalah satu jumlah yang besar dan CEOnya baru-baru ini telah diberi pengiktirafan sebagai CEO of the year di Malaysia. Dia sendiri mengatakan sebelum ini bahawa jika mereka tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar elektrik, mereka akan mengalami kerugian. Jadi sebab itulah rakyat perlu diperjelaskan sebab dulu kita boleh mengambil tindakan kepada orang yang terlibat apabila Bank Negara sendiri mengalami kerugian kerana Forex ini. Akan tetapi dalam soal TNB ini, kita perlu penjelasan sebenarnya. Saya bawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua ialah kerana kita berhadapan dengan masalah di kampung-kampung. Sebagai contohnya, saya sebagai seorang wakil rakyat mengusahakan untuk mendapatkan peruntukan membina rumah- rumah PPRT dan rumah-rumah mesra rakyat. Sudah siap tetapi tidak boleh diduduki ataupun terpaksa juga diduduki menggunakan lilin dan sebagainya kerana tidak ada elektrik dan alasannya ialah kerana tidak cukup meter. Meter tidak ada. Sekarang ini TNB berhadapan dengan masalah kekurangan meter untuk dipasang. Walaupun wiring sudah siap, tetapi bila meter tidak ada maka tidak boleh dilaksanakan. Api tidak boleh masuk sebenarnya. Kenapakah kekurangan ini boleh berlaku? Dalam keadaan dikatakan bahawa TNB sekarang ini sudah mendapat keuntungan dan kita boleh mengurangkan kadar takrif elektrik tadi. Ini bukan perkara yang satu dua contoh Tuan Yang di-Pertua, tetapi berlaku di mana- mana. Kekurangan meter ini dan paling saya dukacita ialah tidak ada jaminan bila meter ini akan diperoleh dan bila meter ini dapat sebenarnya. Ini sudah tentulah akan mengecewakan mereka yang dapat rumah PPRT yang sudah pun siap ini, yang mereka seronok hendak masuk tetapi mereka tidak dapat masuk kerana tidak ada bekalan elektrik berpunca daripada meter tersebut.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya. Saya ingin tanya apakah Yang Berhormat Batu Pahat sedar pada 1 Julai tahun lalu ketika keputusan kerajaan Barisan Nasional menaikkan tariff electricity, kenaikan itu adalah sebanyak 26 peratus, Tuan Yang di-Pertua. Pada harga minyak ketika itu USD141 lebih kurang. Ketika diturunkan, ia hanya diturunkan pada paras 5 peratus. Ketika minyak sedang berada pada paras kurang daripada USD40 satu tong. Kedengaran sudah, banyak pelbagai pihak yang bersungut kalaupun memanglah diturunkan tetapi tidak langsung berpadanan dengan bagaimana ia satu ketika dahulu dilonjakkan dan dinaikkan begitu ke paras yang cukup parah. Jadi, saya minta Yang Berhormat Batu Pahat sedar walaupun ada sedikit, sekelumit rasa keringanan tetapi jauh daripada meringankan penderitaan dan beban rakyat. Sebagai contoh saya mengambil satu sungutan daripada satu pihak yang mewakili satu saja Associted Chinese Chambers of Commerce, presidennya menyebutkan 5 peratus penurunan itu dengan berdepan dengan pelbagai kenaikan tidak membawa apa-apa sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat Batu Pahat sedar kalau dulu tidak silap saya Yang Berhormat Kuantan menyebutkan reserve capacity 40 percent. Hari ini dengan kemelesetan dan penguncupan ekonomi ini, permintaan electricity sudah juga menjunam. Hari ini kita punya 50 peratus reserve capacity, berapa bilion ringgit tanggungan secara ditanggung oleh rakyat dengan pembayaran ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat, panjang lagi? Kalau panjang lagi lebih daripada 15 minit, kita tempohkan sampai esok.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Minta sambung esok, Tuan Yang di- Pertua, tetapi esok pun saya tidak akan cakap lama. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Kita sambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 19 Februari 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.