Dewan Rakyat · 5 March 2009
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 760 turns · 38,047 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, tentang usaha-usaha konkrit dan konsisten kerajaan dalam mempromosi serta memelihara kebudayaan serta warisan negara terutamanya di daerah-daerah luar bandar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari Semporna ke Sungai Petani, Singgah sebentar di Jalan Bellamy, Sudah lama saya menanti, Baru hari ini soalan akan terjawab... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan pelbagai usaha yang konkrit dan konsisten untuk mempromosikan serta memelihara kebudayaan, kesenian dan warisan negara termasuk produk kebudayaan dan warisan yang terdapat di luar bandar. Usaha ini telah dilaksanakan melalui: (i) menyemarakkan, mempromosi pelbagai produk kebudayaan, kesenian dan warisan ke seluruh negara melalui Program Merakyatkan Seni dan Budaya, program kecemerlangan, program pencungkilan bakat, persembahan, pameran, pertandingan, demonstrasi, program ilmuwan, latihan, bengkel dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 2007 sebanyak 160 Program Merakyatkan Seni telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara dan pada tahun 208 sebanyak 196 program merakyatkan seni telah dilaksanakan. Pada tahun ini, pihak kementerian menyasarkan sebanyak 164 buah Program Merakyatkan Seni akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM7,050,000; (ii) menjalankan penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan bahan yang berkaitan kebudayaan, kesenian dan warisan agar dikenali dan diwarisi oleh generasi muda. Antara penyelidikan yang dilakukan adalah mengenai kesenian masyarakat Kokos, muzik gabang dan penerbitan kamus Bidayuh. Dalam aspek penerbitan juga pihak kementerian menerusi Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara telah menerbitkan 14 buah judul buku kesenian dan lima buah judul buku menyentuh elemen- elemen kebudayaan pada tahun 2008;
(iii) memelihara dan memulihara serta menyediakan kumpulan pelapis pelbagai kebudayaan, kesenian dan warisan yang hampir pupus yang terdapat di Malaysia. Sebanyak 14 buah aktiviti perantisan telah dilaksanakan sepanjang tahun lalu; (iv) membimbing dan mendidik generasi muda, remaja dan dewasa melalui Program Bimbingan Seni Budaya dan Adiguru di seluruh negara bagi mengekalkan di kalangan generasi masa kini. Pada tahun 2008, terdapat 979 buah kelab dengan penglibatan 24,254 pelajar dan orang ramai telah dilaksanakan. Sebagai contoh, sebanyak 460 buah Kelab Tunas Budaya telah ditubuhkan sepanjang tahun 2008; dan (v) menyediakan bantuan kewangan dan nasihat kepakaran kepada badan-badan bukan kerajaan dan penggiat-penggiat kebudayaan, kesenian dan warisan untuk melaksanakan aktiviti promosi dan pemeliharaan kebudayaan, kesenian dan warisan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memang kita mengalu-alukan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kementerian ke arah bagaimana memelihara serta membudayakan kebudayaan dan warisan negara. Pada saya ianya merupakan satu aspek terpenting di dalam kehidupan manusia. Ini bagi memastikan bahawa warisan anak bangsa masa depan negara kita, mereka juga mengetahui akan warisan budaya di dalam negara kita. Soalan tambahan, apakah kementerian akan lebih memfokuskan ke arah itu termasuk memperkenalkan beberapa tempat yang dikira mempunyai satu harga nilai yang tinggi yang boleh dibudayakan yang selama ini tenggelam. Sebagai contoh, Keretapi Tanah Melayu. Saya melihat sendiri kawasan ini kalau di luar negara, ia amat dipelihara tetapi hari ini Keretapi Tanah Melayu itu nampak betul-betul terpinggir sehingga tidak boleh dirasai sebagai satu warisan budaya, sedangkan ianya warisan turun-temurun. Ini baru satu contoh. Di Kinabatangan sebagai satu contoh, lembah yang dikenali sebagai lembah yang terkenal di seluruh negara harus diberi perhatian sebab kita ada Gua Batu Tuluk, kita ada Gua Gomantong dan pelbagai lagi yang boleh diketengahkan untuk dipromosikan kepada warga Malaysia sendiri termasuk masyarakat pendatang dan pelancong-pelancong asing. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Sememangnya pihak kerajaan melalui Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memandang serius usaha untuk bukan hanya memelihara warisan negara kita, ianya dikekalkan agar anak-anak generasi akan datang tidak akan lupa tentang asal-usul budaya mereka diperkembangkan. Bahkan ianya juga pada masa kini merupakan satu usaha dan langkah tarikan kepada bukan hanya pelancong daripada luar, kita dapati contohnya bila mana kita telah wartakan beberapa tempat di Mulu dan di Kinabalu.
Ini telah meletakkan di pentas dunia tentang negara kita dan ramai pelancong yang datang melihat keunikan budaya ini. Di samping itu kita juga meneruskan usaha dan langkah memelihara agar yang ketara dan juga tidak ketara. Contohnya bagi yang tidak ketara, tarian Sumazau di peringkat negeri Sabah itu sudah diwartakan sebagai satu tarian warisan. Pihak kementerian telah mengorak langkah bukan hanya memperkembangkannya dan memperkenalkannya bahkan kita mengambil usaha untuk memastikan bagaimana asal usul tarian ini datang, caranya dan gerak geri badannya termasuk juga di kawasan Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya sudah pun memaklumkan pegawai-pegawai di peringkat kementerian untuk melihat ada beberapa tapak yang perlu kita pelihara termasuk di daerah Semporna. Contohnya di Bukit Tengkorak, pada hari ini telah pun dikenal pasti sebagai satu bukit yang sudah begitu lama. Sebenarnya ia bukan bukit. Beribu-ribu tahun yang lalu ia merupakan satu tempat pembuatan tembikar hampir 3000 tahun yang lalu. Ini cukup terbukti apabila bahan yang kita temui di tempat itu dan kita hantar ke lab seperti di Jepun dan Amerika Syarikat dan itu menampakkan ada bukti bahawa serpihan daripada tembikar ini merupakan peninggalan beribu-ribu tahun. Jadi, maknanya sudah ada wujud di situ manusia, sudah ada perdagangan di situ dan sudah ada sedikit sebanyak usaha ukiran-ukiran tembikar yang agak unik; ada unsur-unsur budaya di situ. Insya-Allah kita akan teruskan usaha dan langkah ini seperti yang disyorkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar- pelajar dari Sekolah Menengah Sik iaitu kawasan sayalah... [Tepuk] Terima kasih juga kepada Datuk Bung yang telah mengalu-alukan sebentar tadi. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya cukup yakin bahawa kementerian ini telah melaksanakan tugas yang begitu cemerlang di dalam memperkembangkan budaya dan warisan. Walau bagaimanapun, saya nampak kementerian ini agak mengetepikan warisan dari segi kehadiran tokoh-tokoh ulama yang saya rasa tidak kurang pentingnya dalam membentuk sejarah negara. Saya ingat, walaupun P. Ramlee kita telah bagi Tan Sri dan kita hendak bagi Tun selepas ini tetapi tidak ramai tokoh agama yang telah pun meninggalkan kita yang kita ingati. Begitu juga sepanjang pengetahuan saya tidak ada sekolah-sekolah agama lama yang telah digazet sebagai warisan budaya negara. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri... [Tepuk]
Terima kasih, Yang Berhormat Ahli Parlimen Sik. Tanggapan bahawa kita mengetepikan usaha-usaha untuk memelihara dan mengembangkan serta mengiktiraf pihak-pihak yang terbabit dalam dunia agama ini adalah tidak benar. Sebenarnya di peringkat kementerian contohnya di peringkat Perpustakaan Negara kita memang menggalakkan dan memberi bantuan bukan hanya penulisan buku- buku yang ada unsur-unsur ilmu, bahkan juga penulisan buku-buku yang mengenang tokoh-tokoh agama yang telah banyak berjasa di peringkat negara kita. Malahan pada masa kini pihak kementerian sedang meneliti dengan begitu terperinci cadangan-cadangan. Ahli Parlimen dari Machang pun saya ingat dahulu telah pun mencadangkan dan saya telah mengarahkan pegawai-pegawai meneliti ada satu tempat di Pulau Pinang yang kita kenal pasti sebagai tokoh di situ di mana boleh kita pelihara dan juga pupuk sebagai satu tempat di mana adanya unsur-unsur agama. Insya-Allah, sebenarnya kita akan melakukannya dan saya akan menerima baik sekiranya ada cadangan-cadangan yang bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.
2. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kewangan menyatakan, keuntungan dan kerugian yang dialami oleh Syarikat Proton pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah rancangan kerajaan terhadap Syarikat Proton khususnya pada waktu bila negara kita ditimpa kemelesetan ekonomi dunia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat keuntungan sebelum cukai Syarikat Proton Holdings Berhad dari tahun kewangan 2006 sehingga tahun kewangan 2008 adalah seperti berikut: (i) tahun kewangan 2006, keuntungan sebelum cukai RM18 juta; (ii) tahun kewangan 2007, kerugian RM618.1 juta; dan (iii) tahun kewangan 2008, keuntungan RM162.2 juta.
Bagi tahun kewangan 2007 sebanyak RM618.1 juta yang dicatatkan oleh Syarikat Proton mencerminkan keadaan persekitaran operasi yang mencabar. Jumlah jualan yang rendah serta pelbagai faktor lain termasuk perbelanjaan sekali dan peruntukan lain dengan izin, one-off expenses and provisions turut menyumbang kepada kerugian tersebut. Walau bagaimanapun Syarikat Proton telah kembali mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM162.2 juta bagi tahun kewangan 2008. Kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada industri automotif terutama untuk Proton. Bantuan dan kemudahan ini bukan sahaja disediakan sewaktu kemelesetan ekonomi, tetapi telah disediakan selama ini bagi maksud membantu Proton dan industri automotif keseluruhannya. Terpulanglah kepada Proton untuk memanfaatkan segala kemudahan yang sedia ada dan bantuan-bantuan ini dijangka wajar membantu Proton untuk terus bersaing. Pada keseluruhannya keadaan industri automotif di seluruh dunia memang tidak cerah pada masa sekarang di mana pembuatan turun, demand turun dan banyak mengalami masalah yang teruk dan memerlukan bailout oleh kerajaan masing-masing. Ini juga termasuk Amerika Syarikat. Sekian, Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa banyak syarikat automobil yang besar di Amerika Syarikat dan juga di negara-negara asing yang lain telah pun ditutup ataupun downsize. Jadi, kita juga boleh menjangka bahawa Syarikat Proton juga akan mengalami masalah yang sama kerana pasaran bagi kereta Proton ini memang lebih kecil berbanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa ini. Soalan saya ialah apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat kereta antarabangsa yang berjenama untuk bercantum dengan mereka ataupun dengan ada usaha sama yang lebih erat supaya kita tidak akan mengalami kerugian pada tahun ini ataupun pada tahun-tahun akan yang datang.
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Proton mempunyai dasar ataupun polisi yang terbuka di mana pihak-pihak ataupun syarikat-syarikat automotif asing ataupun antarabangsa yang mempunyai interest untuk bekerjasama dengan Proton dialu-alukan untuk berbincang dengan Proton untuk mencapai satu kerjasama kalau jadi. Akan tetapi pada amnya Proton telah pun mengambil inisiatif sendiri oleh kerana ekonomi yang mencabar ini untuk mengubah corak pengurusan dalaman yang lebih efektif dan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.
Proton juga selalu mengenalkan model-model yang baru, supaya lebih menarik dan juga Proton sedang cuba meningkatkan pasaran eksport, untuk menjamin persaingan di antarabangsa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya agak terkilan apabila kita mengetahui, syarikat Proton ini pengurusannya sangat mantap, yang kita tahu berpengalaman, yang terdedah telah pun begitu. Pengalamannya begitu luas tetapi masih juga mengalami kerugian. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah sebab utama yang pembeli-pembeli ini, tidak begitu minat, tidak kira pembeli di negara kita ataupun pembeli di luar negeri, tidak begitu minat dengan Proton ini. Adakah ia satu sebab, sebabnya design atau bentuknya tidak begitu attractive, pengurusannya baik. Adakah satu sebabnya dia punya harga itu tidak begitu kompetitif dengan harga-harga, jika dibandingkan dengan Naza Kia dan kereta-kereta yang lain, ataupun sebagai satu persepsi bahawa kereta buatan kita ini tidak begitu ada standard, jika dibandingkan dengan buatan kereta-kereta yang diimport daripada luar negara. Minta sedikit penjelasan daripada Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang industri automotif pada masa sekarang menghadapi cabaran yang besar dan juga menghadapi persaingan yang hebat dengan jenama-jenama yang lain.
Namun Proton ini sebuah syarikat automotif di negara kita, selalu sentiasa cuba meningkatkan teknologi supaya ia setanding dengan jenama-jenama di seluruh dunia. Akan tetapi, mengikut angka yang saya ada di sini, pengeluaran Proton memang meningkat, di mana pada sembilan bulan pertama untuk tahun kewangan 2009. Jumlah pengeluaran telah pun mencatat 122 ribu unit, berbanding dengan hanya 99 ribu unit untuk tahun kewangan 2008. Eksport untuk kereta Proton untuk tahun 2007, melebih 20 ribu unit dan untuk tahun 2008 adalah 17 ribu unit dan untuk bulan 10 yang pertama untuk tahun kewangan 2009.
Menteri, saya minta sebab-sebab.
Pada masa sekarang kalau dibandingkan di pasaran negara kita, harga memang tak mahal kalau dibandingkan dengan jenama yang lain. Terima kasih.
Menteri, kerajaan negeri pun tidak membeli Proton sudah, sebab ia punya maintenance mahal.
Sudah, sudah, Putatan, Putatan belilah Proton.
Oh BN pun tak suka Proton kah?
3. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapakah jumlah kes pembunuhan dalam tempoh lima tahun yang lepas dan berapa ramaikah penjenayah-penjenayah yang telah berjaya dibunuh serta jumlah pegawai-pegawai polis yang terbunuh semasa menjalankan tugas membanteras jenayah ini.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Maran yang telah pun mengemukakan soalan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam tempoh lima tahun sebanyak 2,906 kes bunuh dilaporkan di seluruh negara, iaitu 565 kes pada tahun 2004, 497 kes pada tahun 2005, 604 kes pada tahun 2006, 588 kes pada tahun 2007 dan 652 kes pada tahun 2008. Bagi tahun 2007 seramai 13 penjenayah telah pun ditembak mati oleh pihak polis di dalam 12 kes berasingan. Daripada jumlah tersebut dua adalah berbangsa Melayu, empat bangsa Cina dan empat India, satu Suluk dan baki dua orang, pendatang asing dari Indonesia. Manakala bagi tahun 2008 pula, seramai 79 orang penjenayah telah ditembak mati di dalam 38 kes berasingan. Dari jumlah tersebut, tujuh berbangsa Melayu, sembilan Cina dan 11 India, 51 pendatang asing dari Indonesia dan seorang warganegara Afrika. Tuan Yang di-Pertua, jumlah pegawai dan anggota polis yang terbunuh ketika menjalankan tugas pada 2004 dan 2005, masing-masing adalah seramai seorang. Manakala bagi tahun 2006, seramai dua orang. Tahun 2007 seramai empat orang dan tiada kes bagi 2008. Pasukan polis yang menjalankan operasi, terpaksa menghadapi risiko yang amat tinggi dan berkemungkinan kehilangan nyawa demi mempertahankan dan menjaga keselamatan negara ini. Apabila berlakunya kejadian tembak-menembak dengan penjenayah, anggota yang bertugas terpaksa mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan diri daripada penjenayah. Penggunaan senjata api adalah langkah terakhir untuk mempertahankan diri. Walaupun dalam keadaan mana pun, pihak polis cuba sedaya upaya untuk menangkap penjenayah untuk dibawa ke muka pengadilan dan diadili. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup baik dan juga kecekapan anggota polis kita. Soalan tambahan saya, saya kira pelbagai punca yang menyebabkan kes pembunuhan ini di negara ini seolah-olah bunuh diri, mungkin salah satu daripada jenayah. Akhir-akhir ini, kita dengar pula daripada masalah buli dan dera.
Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebenarnya punca-punca utama yang membawa berlakunya kepada kes pembunuhan di negara ini. Punca-punca utama saya ingat banyak, seperti punca-punca yang saya sebutkan tadi dan apakah kadar ataupun tahap jenayah di negara kita, kalau kita bandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara-negara jiran. Terima kasih.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, punca-punca utama apa dia?
Menyebabkan kes pembunuhan ini, pembunuhan berlaku.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Mengenai soalan tambahan yang pertama tu, punca-punca yang mengakibatkan begitu banyak kes pembunuhan dan juga kematian adalah seperti berikut, negara ini adalah sebuah negara yang majmuk dan mempunyai kekayaan, kemewahan. Semua rakyat di negara ini dah berusaha dengan sumbangan daripada Kerajaan Barisan Nasional, maka hari ini kita dapat melihat masyarakat kita adalah sebuah masyarakat majmuk, yang boleh dianggap mewah.
Negara miskin tidak ada jenayahkah tuan?
Namun demikian, begitu ramai pendatang asing pun cari peluang masuk ke negara ini, tumpang sekaki nak cari rezeki tetapi melalui jalan-jalan yang tidak sah. Tambahan pula segelintir orang pun malas dan menjadi penjenayah mencari kekayaan dengan cara mencari harta benda, merompak, menculik dan sebagainya. Sebab itulah berlaku begitu banyak kes di mana penjeyanah akan tidak teragak-agak nak membunuh sahaja, untuk mendapatkan sesuatu. Dari kes penjenayah yang telah pun ditembak mati, saya ingin beritahu Dewan yang mulia ini, semua anggota polis dilatih untuk mengikut SOP, standard operating procedure sebelum bertindak. Semasa anggota polis berhadapan dengan penjenayah, mereka ini tidak seolah-olah seperti sesetengah pihak daripada pembangkang yang mengatakan trigger happy nak bunuh saja, tidak...
[Menyampuk]
Mereka ini bila berhadapan dengan penjenayah, mereka ini ...
Kes Kugan macam mana Yang Berhormat?
Sama juga, kes Kugan pun jika ada keterlaluan akan disiasat.
Enam orang di Kedah, macam mana, enam orang ini macam mana?
Altantuya macam mana, Altantuya?
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, tak payahlah Yang Berhormat.
Saya pun tidak ada peluang nak jawab lagi, dah kacau dah.
Kes Kugan, SOP kah tuan?
Bila berhadapan dengan penjenayah bersenjata api, pihak polis akan mengenalkan diri dulu dan siap memakai pakaian seragam berpantulan dengan bullet proof vest dengan izin.
Jika mereka mula menembak, untuk mempertahankan diri, anggota polis yang buat serangan itu terpaksalah tembak-menembak dan jika terdapat penjenayah yang mati, itu kita tidak boleh buat apa-apalah sebab ini kita tidak dapat kawal. Semua nyawa anggota keselamatan juga bernilai, bukan sahaja penjenayah. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam dah banyak berdiri, jadi saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Timbalan Menteri. Kalau ada kes di mana pegawai-pegawai polis sendiri mengesyaki bahawa kawan-kawan mereka, rakan-rakan mereka terlibat dalam jenayah, pegawai polis ini tampil memberikan laporan. Adakah pihak kementerian akan mengambil tindakan serta-merta terhadap laporan tersebut kerana saya ada bukti yang pegawai polis berpangkat Chief Inspector memberikan laporan lengkap kepada polis dan jabatan polis tentang kerja-kerja yang tidak elok yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Akhirnya dia yang kena tindakan, boleh jawab itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tak kiralah siapa yang terlibat dalam kes-kes jenayah sama ada kawan-kawan Chief Inspector kah ataupun kawan-kawan IGP juga, jika dilaporkan dan kalau pihak polis mengetahui kes sebenarnya, maka tindakan sama akan diambil terhadap siapa pun, tidak kira siapalah. Jika Yang Berhormat ada bukti, serah kepada saya, saya akan bertindak secara adil dan saksama.
4. Tuan John Fernandez [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah projek-projek pembangunan yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dilakukan di dalam kawasan Parlimen Seremban setakat ini. Adakah kementerian yakin semua projek ini akan dapat dilaksanakan sebelum tamat tempoh Rancangan Malaysia Yang Kesembilan.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 209 projek telah diluluskan untuk dilaksanakan di dalam kawasan Parlimen Seremban dengan siling peruntukan sejumlah 1.7 bilion. Daripada jumlah projek tersebut, sebanyak 61 projek atau 29.2 peratus telah pun siap dilaksanakan, 117 projek atau 56 peratus dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, 8 projek atau 3.8 peratus masih dalam peringkat perancangan. Manakala baki 23 projek iaitu sebanyak 11 peratus telah ditangguhkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara projek-projek RMK-9 dalam kawasan Parlimen Seremban yang menerima peruntukan terbesar adalah projek Lingkaran Tengah Fasa 1 dan 2 dengan siling peruntukan masing-masing sebanyak 85 juta dan 460 juta diikuti dengan Universiti Sains Islam Malaysia sebanyak 447,650,000. Projek Lingkaran Tengah Fasa 1 telah siap sepenuhnya manakala Projek Lingkaran Tengah Fasa 2 dan projek universiti masih di peringkat pelaksanaan. Di negara ini, pelaksanaan projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan dipantau dengan rapi melalui dua mekanisme. Iaitu yang pertama, sistem pemantauan projek. Kedua, jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan projek yang ditubuhkan di bawah arahan 12004 Majlis Tindakan Negara. Juga pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu mempercepatkan pelaksanaan projek. Berasaskan kepada fakta-fakta ini, kerajaan yakin bahawa pelaksanaan projek-projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bukan sahaja di kawasan Parlimen Seremban tetapi juga di seluruh negara akan tetap berjalan lancar seperti mana yang telah dijadualkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah di dalam projek-projek yang dikatakan oleh Menteri, adakah apa-apa rancangan untuk declare Seremban jadi city status pada tahun 2009?
Berkenaan dengan status bandar raya itu terpulang kepada kerajaan negeri, tidak ada kena-mengena dengan pihak ICU. Terima kasih.
5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian untuk mempromosikan buah-buahan tempatan yang istimewa di Sabah seperti di belunu, tarap dan kembayau di mana buah-buahan ini tidak terdapat di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, FAMA Sabah bersama-sama dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah dan akan terus memperkenalkan dan mempromosikan buah-buahan nadir dari negeri Sabah seperti belunu, tarap, kembayau serta buah bambangan iaitu melalui sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun di Semenanjung Malaysia. Sampel buah-buahan berserta gambar dipamerkan dan diperkenalkan setiap kali program MAHA berlangsung khusus bagi memberikan pengetahuan dan promosi tentang buah-buahan tempatan yang ada di Sabah. FAMA juga bersama-sama pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah turut sama memperkenalkan dan mempromosikan buah-buahan tempatan negeri Sabah dalam bentuk sampel, gambar dan risalah pada pesta-pesta makanan yang diadakan di Semenanjung Malaysia seperti semasa Penang Fruits Fair pada tahun 2005 dan tahun 2006. Sambutan yang diterima adalah agak kurang menggalakkan dari segi cita rasa dan bau yang agak berlainan daripada buah-buahan tempatan yang lain terutama bagi buah tarap. Untuk makluman, buah-buahan seperti buah tarap atau Sarawak, terap, belunu, bambangan dan kembayau adalah merupakan tanaman bermusim yang ditanam secara kecil-kecilan di negeri Sabah dan kuantiti pengeluaran adalah tidak menentu. Oleh yang demikian, usaha yang dilakukan sehingga kini adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan keunikan buah-buahan tempatan yang ada di negeri Sabah ke Semenanjung Malaysia. Terima kasih.
Tahniah kepada Kementerian Pertanian yang telah membuat promosi setahun sekali, sampai bila nak maju... [Ketawa]
Bawa ke Parlimen semasa makan buah durian Yang Berhormat... [Ketawa]
Saya rasakan buah tempatan ini walaupun nampak kecil tetapi ia boleh meningkatkan ekonomi dan juga produk pelancongan seperti mana Pesta Rumbia di Beaufort, di Kuala Penyu dan juga Pesta Jagung dan menjadi satu daripada produk pelancongan di Sabah. Pertanyaan saya, adakah MARDI ingin membuat penyelidikan secara besar- besaran untuk memastikan buah tempatan ini menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat luar bandar khasnya di Sabah dan Sarawak.
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya memang bersetuju sangat dengan statement Yang Berhormat tadi bahawa buah-buahan tempatan ini boleh meningkatkan ekonomi dan juga produk pelancongan. Akan tetapi Yang Berhormat, saya juga berharap bahawa effort dengan izin, juga mesti diadakan bagi sama-sama kita inilah untuk mempromosi. Saya ingat lagi ada satu masa Yang Berhormat Ahli Parlimen Lanang ada membawa buah eksotik daripada Sarawak namanya buah dabai...
Buah dabai (d-a-b-e-i) Yang Berhormat...
Buah dabailah... [Ketawa] Akan tetapi selalu lalu lalanglah Ahli-ahli Parlimen yang lain. Lama-lamanya Ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabahlah sahaja yang makan.
Akan tetapi yang memang ini elok dan sebenarnya Yang Berhormat kami menggalakkan kalau dapat sebagai agro tourism sebab kita tahu di Tenom ada agriculture park sebab bukan sahaja untuk pelancongan. Sebenarnya kita harus untuk memastikan bahawa kewujudan buah-buah ini sebab buah-buah ini selalunya ia tidak ditanam tetapi ia adalah dengan izin, wild fruits. Kalau ia ditanam pun ditanam di sebelah-sebelah rumah secara kecil-kecilan. Ini kita kena pastikan bahawa, itulah saya ingin memberi pujianlah agriculture park di Tenom dia telah memastikan bahawa kebanyakan buah khusus di Sabah ini ada terdapat di dalam agriculture park di Tenom di bawah muzium buah-buahan. Kami juga sedang mengupgradekan Taman Cerakah Shah Alam, Selangor untuk mengadakan yang dinamakan buah-buah nadir iaitu buah-buah tempatan di negeri-negeri. Ini supaya untuk generasi akan datang dan even sekarang ini pun kadang-kadang anak-anak kita tidak begitu mengetahui buah-buah ini. Terima kasih Yang Berhormat, kita memang sentiasa apa-apa juga pesta kita menggalakkan supaya buah-buah ini diadakan digerai atau di booth negeri-negeri masing- masing semasa MAHA dan juga semasa kita mengadakan pesta yang besar-besaran. Terima kasih.
[Bangun]
Tahniah Yang Berhormat. Ada lagi hendak soal buah-buahan ini? Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sungguh tetarik dengan jawapan. Jawapan ini memang elok.
Sudah bagi peluang, jangan merepek Yang Berhormat... [Ketawa]
Dia mesti bagi kepujian. Apa yang saya mahu tanya soalan yang pendek sahaja. Adakah pihak MARDI Yang Berhormat telah membuat untuk R&D ke atas semua bahan makanan yang berasal daripada buah-buahan ini misalnya bambangan. Adakah pihak MARDI membuat satu essence seperti essence of chicken yang mana bambangan di Sabah ini terlalu meluas digunakan pemasakan makanan. Adakah pihak MARDI telah buat dan kalau ada apa penemuan yang telah didapati dan buah-buahan yang lain juga.
Terima kasih Yang Berhormat. Minta maaf, tadi saya terlupa dari segi MARDI. Melalui MARDI kita membuat kajian tetapi pada masa ini MARDI banyak daripada penyelidikan MARDI tertumpu kepada masalah lambakkan dan sebagainya. Buah yang terlampau banyak itu. Jadi kita membuat pemprosesan dan sebagainya. Akan tetapi satu daripada ciri buah-buahan macam ini ianya adalah mungkin kecuali bambangan, kuantitinya tidaklah sebegitu banyak dan ia bermusim. Satu lagi ciri ia tidak boleh tahan lama, dia bermusim dan tidak boleh tahan lama dan jangka hayat yang pendek. Jadi oleh yang demikian selalunya buah-buah sebegini ia selalunya dijual secara segar dan tunggu musim satu lagi baru ada. Akan tetapi cadangan Yang Berhormat itu memang baik mungkin dari segi essence kita mungkin membuat jem sebab kita memang tahu bambangan itu kalau dibuat jem memang sedap Yang Berhormat ianya masam manis. Kalau kami di Sarawak kita panggil jeruk tapi dia macam pekasamlah tapi sedap. You makan dengan cili api dan bilis memang sedap sangat tapi ini Sarawak dan Sabah sahajalah yang mengetahui... [Ketawa] Begitu juga buah-buahan yang lain. Akan tetapi yang kita lebih penting kalau dapat kita pastikan bahawa kewujudan buah ini tidak pupus. Itu yang tadi disarankan mungkin setiap negeri dan sebagainya sebab kita ada buah-buah tempatan atau buah yang wild fruits, dengan izin, yang kita harus pastikan bahawa ianya tidak pupus dan generasi-generasi anak-anak kita pun mengetahui apakah buah-buah yang lama ini dan juga khasiatnya. Terima kasih.
6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan, kenapa rancangan One Laptop Per Child (OLPD) hanya dilaksanakan di Sarawak dan tidak pula di Sabah yang lebih rendah pendapatan per kapita berbanding jirannya. Apa pula peranan Danawa Resources Sdn Bhd dan Sacofa dalam projek OLPD ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong ke atas pertanyaan yang dikemukakan. Rancangan One Laptop Per Child atau OLPC adalah satu program di bawah Sarawak Rural Broadband Initiative atau SRBI yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Rancangan ini bertujuan meningkatkan penebusan internet jalur lebar di seluruh negeri Sarawak pada kadar 50 peratus menjelang 2010 di samping untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan kawasan pedalaman. Program ini adalah berasaskan kepada konsep usaha sama sektor awam dan swasta iaitu public private partnership yang melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak, Danawa Resources Sdn Bhd dan Sacofa Sdn Berhad. Pihak Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ini kerana ia selaras dengan pelan jalur lebar kebangsaan dan akan memantau pelaksanaan serta menjalankan kajian impak terhadap program tersebut. Kandungan program ini adalah berteraskan e-pendidikan dan ICT dengan mensasarkan para pelajar luar bandar di Sarawak melalui penggunaan teknologi Super WiFi yang telah terbukti kemampuannya di peringkat perintis yang telah dilaksanakan di bahagian Miri dan zon tengah Sarawak yang merangkumi bahagian Mukah, Sibu dan Sarikei. Buat masa ini program ini hanya dijalankan di negeri Sarawak sahaja. Bagi negeri- negeri lain program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada kejayaan program ini. Danawa Resources Sdn Bhd adalah syarikat pemberi perkhidmatan berlesen yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyediakan rumusan penyelesaian sambung akhir atau last mile. Internet jalur lebar tanpa wayar serta kandungan pembelajaran. Syarikat ini turut bekerjasama dengan Sacofa iaitu syarikat sokongan Kerajaan Negeri atau State Backed Company yang menyediakan infrastruktur asas atau backhaul seperti rangkaian gentian optik serta menera telekomunikasi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas jawapan yang agak sempurna itu. Kita mengucapkan tahniah kerana terdapat private dan public partnership dalam rancangan ini. Setahu kita isu-isu seperti jurang digital dan juga internet merupakan isu sejagat dan tidaklah prioriti seperti Sabah dan Sarawak sahaja. Jadi cuma saya hendak tanya mengenai analisa kos, manfaat cost benefit analysis. Setakat masa kini apakah yang telah dilaksanakan dari segi pemberian perkakasan dan juga perisian menerusi One Laptop Per Child ini. Sebab One Laptop Per Child kalau hendak banding dengan konsep sejagat juga bukanlah satu konsep yang baru sebab pada tahun 2005 saya pernah mengikuti satu pra tonton yang diberikan oleh Profesor Nicholas Negroponte dari MIT dan terdapat laptop yang diberikan itu ialah berkonsepkan daripada rekaan MIT Media Lab diperbuat di negara China dan bawa ke Benua Afrika di negara-negara yang agak mundur.
Namanya adalah XO, Laptop XO. Akan tetapi harganya walaupun direka di Amerika, diperbuat di China tetapi harganya hanya USD100 iaitu lebih kurang RM380. Jadi apakah kos benefit analisa yang telah diadakan menerusi rancangan One Laptop Per Child setakat ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong kerana Yang Berhormat nampaknya prihatin sangat berkenaan dengan projek tersebut. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Laptop yang diberikan kepada murid-murid di bawah SRBI ini pun laptop yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi yang direka bentuk oleh Nicholas Negroponte.
Di samping itu, ia dibangunkan di MIT, Amerika Syarikat dan perisiannya adalah dari ICT Cambridge Program dicertified dengan izin University of Cambridge, United Kingdom. Jadi, berkenaan dengan apakah faedah...
Harga, harganya.
Berkenaan dengan harga, itu adalah terpulang kepada pemberi perkhidmatan tersebut. Apa yang ditanyakan adalah apakah manfaat atau keuntungan daripada program tersebut? Program ini adalah baru sahaja Yang Berhormat. Kos benefitnya belum dapat kita putuskan oleh kerana di beberapa tempat ia hanya di tahap percubaan sahaja. Ini adalah berdasarkan inisiatif dari Danawa melalui Kerajaan Negeri Sarawak. Mengikut proof of konsep yang disediakan Danawa, projek di Miri wireless city dan Julau rural broadband inisiatif memang nampak berkesan daripada murid-murid yang telah dibekalkan laptop tersebut. Mereka memang kagum kerana mereka akan dapat mengeluarkan prestasi yang lebih baik dari segi pembelajaran mereka dalam apa bidang pun termasuk muzik. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Sememangnya tujuan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengadakan OLPC ini adalah untuk menyumbang kepada pembangunan sumber insan yang berkualiti di negeri itu. Ini adalah usaha yang baik. Namun, pelaksanaannya belum meluas lagi. Oleh itu, projek ini perlu diperkembangkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kerajaan Persekutuan ingin membantu di dalam perkara ini dari segi kewangan kerana tidak payahlah kita hendak melihat kos benefit analisis dahulu kerana benefitsnya memang tinggi, memang banyak. Budak-budak sekolah tidak payah lagi bawa buku yang banyak lebih-lebih lagi sekolah rendah. Oleh yang demikian, adakah Kerajaan Persekutuan boleh membantu daripada sumber kewangan untuk meluaskan lagi projek seperti ini? Walaupun ia projek perintis di Sarawak, tetapi negeri-negeri lain termasuk kawasan Parlimen Jelutong saya rasa pelajar- pelajar memang perlukan One Computer Per Child. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Mambong. Memang boleh dikatakan bahawa OLPC ini akan menguntungkan bukan hanya murid-murid di pedalaman tetapi juga untuk murid- murid di bandar. Akan tetapi, buat masa ini, oleh kerana jurang digital yang ketara, maka projek ini dimulakan di kawasan pedalaman dahulu. Berkenaan dengan adakah Kerajaan Persekutuan membantu atau akan membantu dari segi kewangan untuk menjayakan projek ini, Kerajaan Persekutuan memang sentiasa prihatin akan membantu dari segi kewangan. Untuk inisiatif SRBI di Sarawak ini, Kementerian Persekutuan melalui SKMM telah pun menyalurkan sebanyak RM10 juta untuk permulaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tetapi sebelum itu ada sedikit pembetulan. Yang tercatat dalam soalan ini sebenarnya adalah Laporan Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya ataupun Majlis Keselamatan Jalan Raya bukannya Pantomim ini. Biasanya salah taip.
7. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah langkah-langkah jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah jalan raya seperti Laporan Pantomim Keselamatan Jalan Raya tentang banyak lokasi jalan raya yang tidak selamat.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti lokasi yang kerap berlaku kemalangan serta mengambil langkah pembaikannya.
Langkah yang diambil ialah dengan melaksanakan program mengelokkan kawasan berbahaya, iaitu pembaikan jangka panjang seperti menaiktarafkan jalan atau menaiktarafkan persimpangan dan membaiki jajaran jalan dengan mempertimbangkan aspek keselamatan secara menyeluruh terutamanya di laluan Persekutuan. Pihak kementerian juga melaksanakan program pembaikan secara jangka pendek, secara yang minimum serta cepat seperti menyediakan papan tanda panduan, tandaan jalan yang mencukupi dan kemudahan peralatan keselamatan yang lain. Kedua-dua program jangka panjang dan jangka pendek ini dilaksanakan secara berterusan dan peringkat berperingkat mengikut keutamaan dan peruntukan yang diterima.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Keselamatan Jalan raya oleh Kementerian Pengangkutan. Data menyebut bahawa umumnya atau lebih 60 peratus tahap keselamatan jalan raya, jalan JKR tidak selamat. Jadi, saya berpendapat bahawa untuk soalan saya langkah yang terbaik untuk jangka pendek ialah dengan meletakkan papan tanda yang cukup sementara menunggu duit yang banyak, peruntukan yang cukup untuk membina, membaiki kelengkapan, taraf jalan yang sempurna. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua jalan alternatif, jalan JKR, jalan alternatif kepada lebuh raya bertol ini. Bila agaknya boleh dinaikkan taraf sebagai jalan yang selamat, jalan yang selesa, empat lorong supaya tidak timbul lagi soal jalan lebuh raya bertol, tol menjadi isu, sekurang-kurangnya ada jalan JKR alternatif yang selamat dan selesa. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, kalau hendak jawab, boleh jawab Yang Berhormat sebab notis pun sudah bagi tahu masa penggulungan itu soalan yang sama dibangkitkan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan mengambil tindakan susulan yang kita telah bincang dalam...
Mesti buat Pantomim... [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin dapat penjelasan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah jalan raya sebab pada Januari yang lalu, di Kelantan berlaku banjir untuk beberapa hari yang menyebabkan beberapa batang jalan raya rosak. Saya ingin tahu response time kepada pembaikan semula dan tindakan untuk menjamin keselamatan ini, berapa masa yang diambil daripada insiden sampai kepada permulaan pembaikan kerana ada jalan di Kuala Krai yang sangat-sangat berbahaya dengan cerun di sebelah kiri dan pengadang jalan sudah runtuh dibawa oleh air banjir, keruntuhan cerun itu. Hari ini masih belum dimulakan apa-apa bentuk rawatan kepada kerosakan tersebut. Jadi, bagaimana standard operating procedure untuk menangani masalah-masalah sebegini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, kalau kerosakan yang berlaku kerana banjir, pembaikannya akan dibuat dengan cara segera seperti mana kita buat di jalan raya yang mendap di Tatau, Bintulu dengan cara segera. Bagi Yang Berhormat Kuala Krai, dalam rancangan kita, kita telah pun mengenal pasti 225 tempat atau lokasi yang berbahaya yang memerlukan peruntukan RM150 juta. Di dalam ini juga kita ada empat lokasi di Kuala Krai dalam lokasi-lokasi yang akan dibaiki.
8. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh manakah penyiasatan dan tindakan yang dapat diambil dalam kes-kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar.
Tuan Yang di- Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan memandang serius terhadap kes-kes jenayah yang berlaku di dalam negara ini.
Antara langkah-langkah yang terbaru yang akan diambil untuk menangani kes-kes jenayah ialah melalui penubuhan Bank DNA yang bakal ditubuhkan di bawah Akta Identifikasi Dioksiribonukleik Asid. Selain itu, kempen pencegahan dan kesedaran dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan perhubungan kerajaan turut diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap isu keselamatan ke atas kanak-kanak. Melalui kempen tersebut, masyarakat akan dididik mengenai sentuhan selamat ataupun safe touch sebagai salah satu garis panduan di dalam menangani kes-kes jenayah yang berlaku ke atas kanak-kanak. Pendedahan mengenai isyarat-isyarat yang terkandung di dalam sentuhan itu di tempat-tempat tertentu di tubuh badan akan diperjelaskan supaya ibu bapa dan kanak-kanak sendiri mempunyai panduan dan mampu mencegah daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Tuan Yang di-Pertua, di dalam kes penculikan kanak-kanak yang masih belum ditemui, siasatan masih diteruskan dan tidak akan ditutup hingga mangsa ditemui ataupun penjenayah dihadapkan ke mahkamah. Berhubung dengan kes Nurin Jazlin dan Sharlinie, semenjak daripada kehilangan kedua-dua mangsa dilaporkan, beberapa tangkapan telah dibuat oleh pihak polis namun tiada bukti yang menunjukkan mereka ini terlibat. Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk menangkap suspek yang melakukan jenayah ini dan berusaha menyelesaikannya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membuat soalan tambahan, izinkan saya untuk sekian kalinya mengucapkan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin, Sharlinie Mohd Nashar, Siti Shazwani, keluarga Kenny Ong dan juga keluarga Kugan yang kematiannya penuh misteri dan kontroversi. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian Yang Berhormat puas hati terhadap performance ataupun berdasarkan kepada KPI pasukan Polis Diraja Malaysia kerana kita melihat penjenayah-penjenayah juga meningkatkan KPI mereka. Mereka juga semakin ganas, semakin canggih dan semakin berstrategi dalam melaksanakan jenayah dalam negara kita. Adakah KPI ini sentiasa dipantau dengan cermat dan teliti oleh kementerian Yang Berhormat? Yang keduanya, adakah dengan penggunaan CCTV yang saya difahamkan dalam bajet mini juga satu peruntukan besar akan digunakan untuk memasang CCTV ini. Sejauh manakah CCTV ini berkesan dalam menghadapi ataupun menyelesaikan kes-kes jenayah dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Walaupun saya mengetahui betapa prihatinnya Yang Berhormat terhadap kehilangan kanak-kanak seperti adik Nurin Jazlin dan Sharlinie, pihak polis juga turut bersimpati dan dalam menjalankan tugas, mereka ini sentiasa menghadapi begitu banyak cabaran. Yang pertama, ibu bapa sendiri kebanyakan kali pun tak tahu anak mereka ini keluar pergi mana, dengan siapa dan mengikut analisa yang diadakan, peratusan besar daripada remaja dan kanak-kanak yang hilang adalah dipengaruhi oleh kawan-kawan. Memanglah daripada segi remaja, dipengaruhi teman lelaki yang membawa mereka hingga ibu bapa pun tak tahu mereka ini ikut siapa, pergi kat mana. Yang kedua bagi kanak-kanak. Oleh kerana ibu bapa kadang-kadang tidak berhati-hati, membenarkan kanak-kanak ataupun anak-anak mereka yang kecil itu berkeliaran, maka juga menjadi satu masalah dan pihak polis juga sentiasa menghadapi kesukaran untuk mendapat saksi-saksi yang benar-benar mempunyai maklumat. Seperti saya katakan dalam jawapan asal tadi, memang ramai telah pun ditangkap untuk disoal siasat dan akhirnya tidak mempunyai bukti bahawa mereka ini terlibat. Maka pihak polis haruslah melepaskan mereka. Jika tidak nanti menjadi satu miscarriage of justice juga. Daripada segi KPI ini, dengan keseluruhan anggota polis yang ada pada hari ini iaitu 106,000 yang bertugas di semua bahagian di seluruh negara, maka kerajaan berpendapat bahawa mereka telah pun dengan sedaya upaya menjalankan tugas. Daripada segi CCTV ini, tak mungkin CCTV dapat dipasang macam misalnya di Kuala Lumpur, di semua tempat, semua selok-belok di KL, tak mungkin.
Lagipun CCTV ini bukan dipasang oleh pihak polis. CCTV ini dipasang, disediakan oleh DBKL kalau di KL dan di lain-lain bandar besar, di majlis-majlis bandar raya ataupun perbandaran tetapi pihak polis akan diminta menjadi konsultan memberi pendapat ataupun macam mana, di mana harus dipasang, iaitu di tempat-tempat hot spot itu di mana jenayah kerap berlaku. Ini adalah beberapa perkara yang saya ingin sampaikan kepada Yang Berhormat. Cuma satu lagi yang ingin saya beritahu Dewan yang mulia ini, mengikut rekod tiga tahun kebelakangan ini, mula dengan 2006, terdapat 1,249 kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang dan pada akhirnya polis dapat mencapai 66.6 peratus kejayaan. 2007, 64.9 peratus kejayaan dan 2008 sebanyak 56.2 peratus kejayaan. Walaupun demikian, pihak polis memang tidak puas hati lagi dengan prestasi yang dicapai dan kita akan terus untuk menambahbaikkan lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menjurus kepada soalan berkenaan pendekatan baru, kami semua hendak tahu apakah pendekatan baru yang akan diambil oleh polis bagi menyelesaikan mencari petunjuk baru bagi kes Nurin Jazlin dan Sharlini. Sharlini telah hilang lebih setahun, Nurin pembunuhnya masih bebas walaupun telah berlaku dua tahun yang lalu. Jadi apakah halangan juga yang dihadapi oleh polis, kelengkapan atau latihan untuk mencari petunjuk-petunjuk baru ini dan apakah yang boleh dilakukan oleh orang ramai dalam kes ini, kerjasama setakat ini? Jadi saya pohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Bukit Aman mempunyai satu bahagian siasatan khas yang ditubuhkan di bawah D11 dan bahagian ini mempunyai 30 orang pegawai dan juga anggota polis dan di bawah Bukit Aman ini di setiap IPK, di setiap negeri dan IPD di setiap daerah juga mempunyai satu jawatankuasa seumpama ini khususnya dilatih untuk mengesan, menyiasat dan mencari kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang. Pendekatan yang baru ialah kita sekarang sudah mula dengan mendedahkan maklumat-maklumat kepada ibu bapa, kanak-kanak sama ada di sekolah, remaja di sekolah supaya kita jangan senang mengikut orang. Ini salah satu. Kedua ini juga terlibat dengan kerjasama orang ramai. Kita tidak boleh kata kita harapkan pihak polis, mereka buat siasatan mereka jalankan kerja-kerja semua ini kalau dia orang tidak dapat kesan bermaksud mereka sudah gagal dalam perkara ini. Ini memang tidak adillah sebab membanteras jenayah ini adalah tanggungjawab bersama. Pihak polis memang memainkan peranan utama. Kalau kita dapat juga kerjasama dari orang ramai memang kita dapat menurunkan kes-kes jenayah. Bagi kes Sharlini dan Nurin, macam I kata pihak polis menghadapi begitu banyak masalah. Satu hendak cari saksi yang betul-betul boleh keluar untuk memberi keterangan tidak ada. Macam mana polis hendak pergi ikut, macam mana hendak ikut. Semua yang ditangkap dilepaskan. Ibu bapa kadang-kadang tidak tahu anak mereka pergi ke mana. Ini adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak polis dan kalau kita boleh orang ramai masuk dengan pemimpin- pemimpin masyarakat, bekerjasama dengan pihak polis, walaupun kita tidak dapat menjamin supaya kehilangan kanak-kanak dan remaja ini tidak berlaku sekurang- kurangnya kita dapat mengurangkan kadar yang sedia ada ini. Sekian, terima kasih.
9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah program-program yang dirancang oleh kementerian bagi membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar bersekali dengan soalan Yang Berhormat Jerai bertarikh 10 Mac 2009 dan Yang Berhormat Bayan Baru bertarikh 18 Mac 2009 kerana ia berkaitan dengan perancangan dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara.
Baik Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengembalikan prestasi sukan bola sepak negara adalah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada wakil FAM, KBS, KPM, MSN dan Persatuan Jurulatih Kebangsaan dan ISN. Jawatankuasa ini akan menyelaras, melaksana dan memantau pembangunan sukan bola sepak negara secara menyeluruh. Mesyuarat bagi merangka pelan tindakan untuk mengembalikan prestasi sukan bola sepak telah diadakan pada 13 Februari 2009. Satu pelan tindakan telah dirangkakan yang menggariskan peranan dan tanggungjawab mengikut kementerian dan agensi dengan mengambil kira pelan jangka pendek dan jangka panjang. Pelan tindakan ini melibatkan pembentukan structure pertandingan yang kukuh di semua peringkat dan penambahbaikan dan pengendalian pasukan kebangsaan yang melibatkan berbagai-bagai tahap umur daripada bawah 12 tahun sehingga ke pasukan senior. Peranan agensi-agensi dan kementerian-kementerian terlibat telah ditentukan secara jelas mengikut terma rujukan bagi membentuk kesinambungan persiapan pasukan khususnya untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak lampau dan pemilihan pemain bagi semua peringkat pasukan kebangsaan akan dibuat melalui proses talent ID termasuklah memantau tahap kecergasan mereka dan kementerian juga akan terlibat dalam pengendalian pasukan Harimau Muda serta melaksanakan Liga DUN bagi mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, apakah perbezaan pelan tindakan baru pembangunan bola sepak ini jika dibandingkan dengan apa yang dilaksanakan selama ini bagi meyakinkan bahawa pelan ini mampu membaiki prestasi bola sepak di negara ini, pada masa ini dan akan datang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang ada perbezaannya. Dahulu FAM merancang ataupun melaksanakan segala program pertandingan ataupun segala program bola sepak. Jadi apa yang tadi saya katakan, pertumbuhan jawatankuasa khas yang meliputi beberapa kementerian akan memainkan peranan di mana melibatkan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Negara juga Institusi Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Jadi saya yakin dengan adanya satu jawatankuasa khas ini dan jawatankuasa khas ini akan boleh menjalankan ataupun pelaksanaan atau penyelarasan dan juga pemantauan program ini dengan lebih baik dan berkesan sebab sebelum ini apa yang saya katakan tadi FAM akan menjalankan secara berasingan dan nampaknya kurang penumpuan. Jadi contoh pelan tindakan baru ini yang akan melibatkan beberapa kementerian contohnya Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi tumpuan kepada sekolah sukan bola sepak negeri dan juga pusat latihan daerah di samping dua buah sekolah sukan Malaysia. Manakala peranan Kementerian Belia dan Sukan akan melibatkan diri secara aktif dalam pasukan Harimau Muda dan FAM akan meneruskan tanggungjawab bagi mengendalikan pasukan kebangsaan senior bawah 23 tahun dan bawah 18 tahun. FAM juga bersama-sama Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar pula terus dijadikan pasukan bawah 17, bawah 15, bawah 14 dan bawah 13 tahun kebangsaan, manakala peranan baru Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memulakan program bawah 12 tahun negeri.
Jadi dengan kerjasama sedemikian saya rasa dan saya yakin kita mampu selama ini kita begitu dukacita dengan pencapaian prestasi bola sepak negara kita. Jadi ini satu inspirasi atau satu kaedah baru yang kita harap dapat mencapai satu tahap yang boleh memuaskan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat tahu sebenarnya apa yang telah saya dengar tadi yang dibentangkan dan dijawab oleh Timbalan Menteri tadi bukan satu perkara yang baru. Ini telah pun saya dengar jawatankuasa khas, dengar competition di tingkat bawah umur 15, bawah umur 18 dan lain-lain. Semua ini telah dibincangkan sebelum ini tetapi sampai hari ini standard bola sepak negara kita ini kian hari kian buruk. Saya hendak tanya sudah berapa jawatankuasa telah pun diwujudkan sejak tahun 1990-an sejak kita menjadi satu semi pro league dan adakah lebih baik jika kementerian mengambil tindakan yang lebih tegas lagi supaya kesemua FA atau Football Association di peringkat nasional dan di peringkat negeri dibuangkan unsur-unsur politik sebab buat masa ini kebanyakan FA semua ini dikendalikan oleh orang-orang politik yang boleh jadi kurang pengalaman dalam bidang bola sepak ataupun bidang sukan. Dan apakah, what’s the latest status bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain bola sepak di Malaysia di mana ramai di antara mereka...
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
Sudah hendak habis. Ramai di antara mereka, EPF mereka masih belum diselesaikan oleh pihak state FA ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jawatankuasa yang saya katakan tadi itu ialah jawatankuasa khas yang melibatkan pelbagai kementerian. Sebenarnya FAM ini dia mempunyai pengurusan sendiri dan kementerian sememangnya tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan FAM. Walau bagaimanapun, bola sepak ataupun dalam sukan ini kementerian bertanggungjawab juga bersama untuk meningkatkan prestasi ini. Jadi, tadi saya katakan dahulu jawatankuasa, tetapi jawatankuasa khas yang saya katakan itu mempunyai terma rujukan yang telah kita katakan. Ini baru ditubuhkan. Jadi kalau boleh bagilah sedikit masa dan ini juga pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat di Dewan ini. Jadi kita akan usahakan cara-cara yang boleh membantu terutama di dalam bidang bola sepak ini. Bagi jawapan untuk ahli politik mengambil bahagian, itulah yang saya katakan tadi, kementerian belia dan sukan tidak ada hak untuk mencampuri urusan FAM. Jadi kita tidak dapat mengatakan bahawa bolehkah atau tidak boleh. Itu bukan kata putus dari kementerian. Jadi yang penting ialah rakyat ataupun kita mahu nampak prestasi bola sepak di negara kita mampu meningkat untuk mendapat kualiti yang baik dan mempunyai kedudukan yang baik di arena...
Kalau macam itu jawatankuasa khas tidak ada kuasalah?
Yang Berhormat, masalah bukan kuasa atau tiada kuasa. Masalahnya ialah kita bekerjasama dengan FAM. Tadi saya sudah katakan, FAM merupakan satu badan yang mereka akan mengadakan apa-apa pengurusan daripada FAM, bukan dari Kementerian Belia dan Sukan. Jadi itu satu tanggungjawab bersama kita untuk sama-sama membantu untuk meningkatkan prestasi bola sepak. Sekian.
10. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan dan kos pembelian peralatan perubatan yang telah dibelanjakan untuk Petronas Prince Court Hospital dan sejauh manakah ianya dapat memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keseluruhan kos pembinaan Prince Court Medical Cente ataupun Prince Court melibatkan perbelanjaan sebanyak RM544 juta manakala kos pembelian peralatan perubatan pula adalah sebanyak RM182 juta. Tuan Yang di-Pertua, Prince Court telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa di samping melengkapi usaha kerajaan ke arah pembangunan program pelancongan kesihatan dengan izin, health tourism. Justeru perkhidmatan kesihatan disediakan adalah disasarkan kepada golongan yang berkemampuan. Dalam hubungan ini Prince Court merupakan antara dua hospital swasta di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan daripada Joint Commission International sebuah organisasi bebas antarabangsa yang mengiktiraf hospital-hospital yang memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf tinggi berdasarkan piawaian yang ditetapkan. Secara amnya Prince Court memberi tumpuan kepada perkhidmatan pakar dalam bidang-bidang kritikal berikut: (i) kanser; (ii) heart and lung; (iii) women and children; (iv) urologi; dan (v) plastic surgery. Di samping menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa, Prince Court juga turut menyediakan perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik menerusi program-program corporate social responsibility seperti berikut: (i) pembedahan percuma bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah sumbing bibir dan lelangit; (ii) rawatan percuma bagi pesakit barah tulang dan otot yang merangkumi pembedahan serta rawatan-rawatan radioterapi, kemoterapi dan pemulihan; (iii) pembedahan percuma bagi para pesakit jantung berlubang; (iv) program Love Your Eyes yang memberikan perkhidmatan ujian penglihatan percuma di sekolah-sekolah; dan (v) pusat serantau barah tulang dan otot iaitu satu kerjasama di antara Prince Court dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi memberi latihan-latihan kepakaran yang khusus bertujuan untuk membangunkan dan melahirkan lebih ramai doktor-doktor tempatan yang mahir dalam bidang tersebut. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau mengikut kos pembinaan dan juga kos pembelian peralatan untuk Petronas Prince Court Hospital, ini merupakan satu hospital yang paling mahal di Malaysia atau salah satu hospital yang paling mahal di Asia Tenggara dan golongan yang berpendapatan rendah tidak dapat manfaat dari hospital ini. Saya rasa dari soalan yang saya tanya pada penggal lepas tentang pembinaan hospital ini dan pada mulanya hospital itu diberi kontrak pada Peremba Construction Sdn. Bhd., tetapi syarikat ini gagal untuk menyiapkan pembinaan dan seluruh pembinaan terpaksa diberi kepada Sunway Construction.
Dengan penukaran kontraktor ini dan Petronas terpaksa menanggung kerugian RM34 juta ini. Ini jawapan yang diberi oleh menteri pada penggal lepas. Soalan saya, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian terhadap Peremba Construction Sdn. Bhd. kerana dia tidak dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual yang ditetapkan. Terima kasih.
Seperti mana-mana kontrak, kalau kontraktor itu tidak dapat menyiapkan bangunan ataupun kontrak-kontrak itu, dia punya performance guarantee akan dilunaskan ataupun apa di cash out oleh pemberi kontrak. Seperti juga dengan Peremba Construction, Petronas telah pun melunaskan, mencairkan bank performance guarantee itu. Sekian.
Terima kasih. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan tersebut. Apa yang telah Menteri telah terangkan ialah berkaitan dengan hardware sahaja. Untuk memenuhi hasrat kita menjadikan hospital tersebut sebagai satu hospital antarabangsa, kita juga memberi perhatian kepada software iaitu kepada pakar-pakar perubatan yang berkhidmat di hospital tersebut. Kita tahu ada ramai rakyat Malaysia yang merupakan pakar-pakar perubatan kenamaan di antarabangsa yang sekarang berkhidmat di luar negara, khususnya di Singapura, di London, di Amerika Syarikat dan sebagainya. Soalan saya apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menarik balik mereka dan soalan khususnya di antara pakar-pakar perunding yang berkhidmat di Hospital Prince Court peratusan harga pakar perunding yang merupakan rakyat Malaysia dan peratusannya merupakan doktor-doktor yang bukan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Secara keseluruhannya kerajaan memang ada program-pogram untuk menarik balik pakar-pakar bukan sahaja dari pakar perubatan dan termasuk jugalah pakar-pakar daripada IT dan sebagainya, program brain gain. Program itu masih berjalan dan ada kejayaannya tetapi tidaklah mengikut apa kejayaan yang kita harapkan.
Jadi usaha akan terus dijalankan untuk mendapatkan pakar-pakar yang kerakyatan Malaysia ataupun orang Malaysia untuk berpindah dan bekerja di Malaysia. Ada saya tidak dapat memberi perincian tentang insentif-insentifnya tetapi memang ada insentif nanti saya akan beri dengan terperinci insentif-insentif brain gain. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Kong Cho Ha]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini pada hari Selasa, 10 Mac 2009, jam 4 petang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG FI (MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN) (PENGESAHAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi pemerakuan kemahiran pekerja asing oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan semasa tempoh dari 25 Januari 2006 hingga 8 Mac 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Tuan Yang di-Pertua sebelum kita teruskan pada rang undang-undang yang pertama tadi itu adakah ini untuk mini bajet atau untuk.., kalau mini bajet tetapi RM5 juta sahaja.
Ada, ada Yang Berhormat, ada Yang Berhormat. Saya pun ada terima Yang Berhormat.
Itu perbekalan tambahan sahaja.
Ya, ya, istilah dalam peraturan kita Yang Berhormat. Tidak ada “mini bajet” Yang Berhormat. Jadi kita istilah itu nomenclature yang direka sahaja.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas”. [4
Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli- Ahli Yang Berhormat kerana telah mengemukakan pandangan, pertanyaan dan cadangan terhadap Kementerian Belia dan Sukan sepanjang perbahasan Titah Diraja pada sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kementerian saya. Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan supaya sukan bola sepak diswastakan sepenuhnya seperti mana yang telah dibuat oleh negara Jepun. Dengan cara tersebut maka tidak timbul masalah-masalah seperti KWSP, elaun dan gaji yang tidak dibayar. Cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat supaya menswastakan sepenuhnya sukan bola sepak adalah satu cadangan yang baik. Namun kementerian...
Minta penjelasan bolehkah, bola sepak?
Belum lagi...
Masuk sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mewakililah suara rakyat Malaysia menyatakan bahawa sukan bola sepak ini kalau boleh jangan kita jadikan sebagai sukan utama dalam negara kita. Sebab banyak lagi sukan yang membutirkan pingat dalam negara kita tidak menjadikan sukan nombor satu. Kita kategorikan bola sepak sebagai sukan nombor satu tetapi akhirnya hari ini kita turun ke tangga 165. Bermakna kementerian kena mengambil satu langkah yang bijaksana di samping cadangan menswastakan FAM sendiri harus dilihat secara positif. Sudah tiba masanya mungkin FAM ini direvolusikan, diubahsuai kepimpinan dia. Sebab mutu sukan negara kita dahulu kita boleh melahirkan pemain seperti James Wong, Allahyarham Mokhtar Dahari dan lain-lain. Hari ini tidak ada satu pun, not even one yang boleh kita kategorikan ada taraf bola sepak. Jadi minta kementerian campur tangan secara serius mengangkat kembali darjat martabat bola sepak negara kita ke satu tahap yang kita sendiri boleh banggakan. Kita lihat stadium kita ada pertandingan bola sepak, ada berapa orang kita boleh kira, berapa penonton. Sebab minat mereka melihat mutu bola sepak kita sudah terlalu bawah sekali. Apa level jika dibandingkan dengan negara seperti negara Asia yang lain, kita tengok Vietnam bagaimana miskin, makan pun susah tetapi apabila bola sepak, dia boleh kalahkan kita bila-bila masa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu satu pandangan baik kita ambil maklum. Sebenarnya Yang Berhormat bola sepak merupakan satu jenis sukan popular maknanya rakyat terutama negara kita begitu minat. Dan kita perlulah juga bukan mengutamakan tetapi kita juga kena menitik beratkan, ambil berat juga dan juga berusaha untuk meningkatkan prestasi bola. Apa jenis sukan sekalipun kalau mempunyai peluang ataupun mempunyai prestasi yang baik harus kita juga menjaga ataupun membolehkan meneruskan perjuangan tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya setuju dengan Kinabatangan hari ini, cuma kita menonton Manchester United, Liverpool, Arsenal. Baik kita buat liga di sini untuk Arsenal untuk Manchester United tidak yang lain sudah. Kalau hendak adakan bola sepak Malaysia saya mencadangkan boleh dipertimbangkan dengan secara serius, kita pecatkan semua, tubuhkan satu FAM atau jawatankuasa yang baru.
Saya setuju.
Pecatkan semua dari atas ke bawah, bawah ke atas.
Pecat siapa Yang Berhormat?
Semua dipecat.
Pecat siapa Yang Berhormat?
Pecat orang yang kena-mengena dengan bola sepak.
Oh.
FAMlah, FAM.
Terima kasih pandangan Yang Berhormat tetapi namun demikian apa-apa buat masa kini kementerian perlu berbincang bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Sebab satu badan induk buat masa kini kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri pengurusan FAM.
Penjelasan Yang Berhormat, tambahan sedikit maklumat. Saya kecewa Yang Berhormat, berapa kali perbincangan mahu diadakan. Sudah berpuluh-puluh tahun, satu tahun tidak mungkin 20, 40 kali perbincangan. Soal bola sepak tidak ada juga kemajuan sebab itu kenapa AirAsia menaja sukan, baju sukan bola sepak Manchester United. Kenapa tidak taja di negara kita? Sebab bagi dia, dia tidak ada keuntungan. Menaja baju AirAsia, di bawah tajaan AirAsia untuk sukan bola sepak kita, dia rela melangkah jauh ke negara United Kingdom menaja Manchester United. Kalau kita ada mutu mungkin banyak yang datang jadi sebab itu kita ketinggalan. Berapa kali perbincangan mahu kita adakan? Sampai tahun berapa kita punya garis, line untuk memantapkan bola sepak kita?
Saya mahu tahu berapa kali perbincangan lagi baru kita ada mutu, baru ada kualiti. Liga kita dalam negara, liga perdana tahun ini tidak dibenarkan pemain import. Apa sudah jadi? Tiada penonton, hambar. Ini memalukan negara kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya teruskan?
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Di negara Jepun pengurusan dan sumber kewangan bagi kelab-kelab bola sepak yang menyertai J. League akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak penaja. Penajaan tersebut merangkumi penyertaan pertandingan dan juga program pembangunan hingga ke akar umbi. Selari daripada itu, FAM telah mengambil langkah-langkah awal untuk menswastakan pengurusan pasukan bola sepak yang mengambil bahagian dalam Liga Super dan Liga Perdana dengan mewujudkan beberapa pasukan kelab yang dibiayai sepenuhnya oleh penaja-penaja seperti kelab KM Naza, UPB- MyTeam, KL Plus, Johor FC dan FELDA United. Walau bagaimanapun, penajaan kelab-kelab ini hanya tertumpu kepada penyertaan pertandingan sahaja. Isu yang berlaku adalah pasukan negeri sukar untuk mendapatkan penajaan dan hanya bergantung kepada bantuan subsidi FAM dan kerajaan negeri masing-masing sahaja. Menyedari keadaan ini...
Yang Berhormat, macam mana hendak ada penaja kalau tidak ada keyakinan penaja? Mutu sukan bola sepak kita tidak ada standard. Mana ada penaja mahu buang duit. Kalau saya pun kaya berfikir 10 kali. Sebab itu kenapa AirAsia melangkah jauh ke Manchester United sebab dia tidak ada keyakinan dengan FAM, tidak ada keyakinan dengan sukan bola sepak kita. Itu masalahnya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya setuju!
Kementerian akan berusaha untuk menarik pihak swasta dan syarikat berkaitan dengan GLC tampil menyumbangkan dana dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai di mana beliau meminta Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah yang lebih cermat dalam berhadapan dengan isu-isu moral, dadah, gengsterisme, rompakan dan sebagainya yang dilihat menjadi isu besar dalam kehidupan remaja hari ini. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun dan akan dijawab sekali. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa mengambil langkah yang cermat dalam berhadapan dengan isu-isu generasi muda seperti mana yang disarankan. Untuk itu bagi memastikan program-program yang dianjurkan menepati kumpulan sasaran yang spesifik kementerian menerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan kajian untuk melihat impak sosial di kalangan belia.
Satu lagi Yang Berhormat. Ini soal belia. Yang Berhormat, saya tidak setuju dengan pendekatan berhati-hati. Apa mahu berhati-hati? Sudahlah kita gagal dalam sukan, kita gagal dalam belia. Hari ini peningkatan belia dalam gejala negatif meningkat, penagih dadah meningkat, rempit meningkat, buli di sekolah meningkat. Bermakna dua-dua jurusan. Dalam sukan kita gagal, belia kita gagal jadi di mana kementerian fokus? Kenapa tidak pendekatan drastik yang lebih komprehensif, yang lebih tegas untuk memastikan belia-belia masa depan kita mendapat tempat yang lebih mereka ada keyakinan diri, mereka boleh berdikari. Ini tidak, apabila dia gagal penagih dadah, apabila dia gagal rempit, apabila dia kecewa macam-macam dia buat yang tidak tentu. Ini kementerian kena lakukan sesuatu pendekatan bukan berhati-hati tetapi drastik. Itu pandangan saya.
Saya setuju.
Tak perlu sokongan Yang Berhormat... [Ketawa]
Yang Berhormat.
Terima kasih...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tambah sedikit?
Ya, Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Di akhir-akhir ini kita tengok kadang-kadang mengecewakan kita. Mungkin Yang Berhormat Kinabatangan tak sebut faktor-faktor lain umpamanya penglibatan belia-belia dalam demonstrasi jalanan yang mungkin dipelawa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sejauh mana kementerian ini dapat mengawal ataupun dapat mengawal, membendung belia-belia ataupun remaja- remaja ini terlibat dengan usaha-usaha seperti ini yang mana kita harapkan mereka ini masa depan negara kita. Jadi kalau ini akibatnya, ini peranan yang mereka mainkan, ini kesan yang timbul akibat daripada mungkin kecuaian kita ataupun kurangnya kawalan ini maka sudah tentu masa depan kita tidak terjamin lagi. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Laluan sedikit. Sambung yang itu. Saya bersetuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Maran iaitu kena kawal Pemuda UMNO selalu pergi demonstrasi sekarang ini... [Ketawa]
Yang Berhormat...
Ini tidak berhemah namanya. Kita cerita serius ini masa depan remaja kita. Cerita Yang Berhormat lain pula.
Ya itu tiada kaitan dengan ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Mohon laluan.
Saya tidak menyebut PAS atau PKR.
Ya, ya. Saya setuju.
Saya sebut pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Ya saya katakan itu tiada kaitan dengan politik.
Siapa yang mulakan?
Mohon laluan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Sebab itulah...
Yang Berhormat Silam bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam, tak payah ketuk-ketuk nanti rosak mikrofon Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Takut dia tidak dengar Tuan Yang di-Pertua.
Saya melihat Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila kita melihat bagaimana peranan belia di negara kita ini boleh dikatakan 41 peratus adalah menjadi kalau dari segi pengundi memang sudah layak menjadi pengundi dan mereka ini merupakan aset utama negara kita di masa akan datang. Saya bersetuju dengan beberapa pandangan Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang isu masalah belia di negara kita ini. Pada masa yang sama juga saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri oleh sebab banyak pusat belia yang telah diwujudkan di negara kita ini, adakah kementerian menggubal satu dasar yang betul-betul khusus sebab saya melihat kegagalan kita dalam melahirkan suatu belia yang boleh kita harapkan untuk menjadi kebanggaan negara kita yang boleh bersaing bukan hanya dalam bidang sukan ataupun dalam bidang-bidang yang lain tetapi kita mahu mereka ini menjadi sesuatu yang betul-betul mendatangkan aset. Sebab kita mahu melihat kalau belia pada hari ini yang dibentuk oleh kementerian ini gagal menjadi satu aset yang berguna kepada negara kita bagaimana kita boleh melahirkan kepimpinan di masa akan datang. Jadi bolehkah pihak kementerian menggubal satu dasar terbaik yang mengkhususkan walaupun mungkin mengambil masa yang panjang dari segi pelaksanaannya sebab saya melihat kementerian terlalu banyak katakan berubah pentadbirannya ataupun menteri itu sentiasa berubah dan memperkenalkan dasar masing- masing-masing. Jadi kalau ada satu dasar yang baik, yang perlu diperkenalkan dan perlu dipertahankan untuk memastikan dapat melahirkan generasi belia yang benar-benar ada jati diri, ada kehebatan, ada keupayaan maka tidakkah kementerian terfikir untuk mewujudkan satu dasar yang sedemikian rupa. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tambah sedikit? Isu belia.
Sila Yang Berhormat.
Nombor satu sekali di peringkat grass roots. Banyak lagi kampung yang tidak mempunyai persatuan-persatuan belia. Jadi kementerian dan juga jabatan mesti memastikan seluruh kampung kita meliputi semua kaum mempunyai persatuan-persatuan belia. Yang kedua, ada persatuan belia tapi tidak aktif dan belia bergantung kepada kepimpinan. Apa yang berlaku sekarang ini dari segi kualiti kepimpinan yang terdapat kepada persatuan-persatuan belia kita amat lemah sebahagiannya. Saya mencadangkan supaya kementerian terus mengatur program latihan kepimpinan yang berterusan kepada persatuan-persatuan belia, pemimpin-pemimpin belia supaya dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, boleh mengatur program secara berkesan dan juga menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh jabatan dan juga kementerian untuk melibatkan seluruh belia kita di kawasan kampung terutama sekali di mana mereka tinggal akan dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan belia. Selain daripada itu, kita juga harus menjurus kepada pengisian masa kepada golongan belia kita. Oleh kerana sebahagian daripada golongan belia kita ini tidak diisi masa mereka secara berkesan maka timbullah masalah yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi di mana gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan juga kegiatan-kegiatan lain ini menjadi pilihan kepada mereka dan saya yakin kalau kementerian melalui jabatan belia dapat mengatur program-program yang memberi faedah dan manfaat serta mengisi program belia kita, kita dapat melihat bagaimana tenaga belia yang muda, yang produktif ini dapat kita salurkan kepada aktiviti yang berkesan.
Terima kasih. Memang Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menggiatkan lagi semua aktiviti belia dan kita memang faham dan rasa permasalahan belia kita perlu diatasi sebaik yang boleh. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, banyak aktiviti contohnya baru-baru ini kita telah mewujudkan Siber Rakan Muda. Maknanya satu Parlimen kita akan wujudkan satu Pusat Siber Rakan Muda untuk membolehkan belia-belia kita juga mempunyai satu pusat di mana mereka yang boleh berkunjung untuk menggunakan internat dengan cara yang lebih betul. Baru-baru ini kementerian juga telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di mana telah mewujudkan Sekretariat Kelab Rakan Muda di sekolah dengan satu cara untuk memberi bantuan dan membolehkan aktiviti sampai ke sekolah juga untuk membolehkan anak-anak kita dapat mengambil bahagian dalam aktiviti. Untuk grass roots atau tadi yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan begitu giat. Justeru, adalah diharapkan agar belia-belia boleh menubuhkan persatuan-persatuan belia. Satu pendekatan yang telah digunakan oleh kementerian di mana kepada mereka yang telah menubuhkan persatuan belia dan aktif di grass roots, maka kementerian akan menyalurkan dana. Kalau di cawangan sebanyak RM3,000 untuk mereka supaya ada dana untuk merancang dan menjalankan aktiviti sebagai satu sokongan kewangan untuk mereka. Banyak lagi program termasuk baru-baru ini Rakan Muda Storan kepada mereka yang berumur 15 hingga ke 25 tahun di seluruh negara.
[Bangun]
Kita telah memperhalusi supaya semua lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dapat menikmati dana ataupun boleh menjalankan aktiviti mengikut cita rasa mereka. Maka baru-baru ini kita telah mengadakan bantuan kepada pertubuhan Kelab Rakan Muda di kampung-kampung baru Cina, di estet untuk kaum-kaum India, kaum minoriti seperti kaum Siam dan Orang Asli di Sabah dan Sarawak semua.
Itulah satu cara yang kita harap boleh memperkasakan persatuan-persatuan belia kita supaya mereka mempunyai dana dan boleh mempergiatkan aktiviti mengikut cita rasa dan keperluan mereka di kawasan masing-masing.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyokong semua saranan termasuk yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi untuk memperbanyakkan lagi sekali gus mengaktifkan persatuan-persatuan belia. Cuma saya hendak zahirkan di sini, saya memandang dan menaruh harapan tinggi kepada Kementerian Belia dan Sukan terutama kepada Menteri dan Timbalan Menteri atas usaha untuk mengaktifkan lagi belia-belia. Ini terutama belia yang tidak menganggotai mana-mana persatuan belia yang ada 2,000 lebih persatuan belia di seluruh negara yang diiktiraf sebagai aktif sedikit daripada yang lain itu. Hampir setengahnya hendak di registered, dengan izin. Namun, saya yakin jumlah pertubuhan belia yang didaftar tidaklah mendatangkan apa-apa faedah. Sekiranya kita tidak berjaya menyemaikan kepada belia-belia terutama yang baru hendak menyertai persatuan-persatuan belia untuk memahami pergerakan belia mempunyai satu peraturan atau satu undang-undang sekurang-kurangnya yang digariskan oleh Akta Pertubuhan ataupun kita sedang meneliti sekarang ini Akta Pertubuhan Belia yang baru sahaja di bentang dan diluluskan. Jauh lebih penting daripada itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita mesti dan wajib memberi kefahaman yang jelas kepada ahli-ahli persatuan belia yang bakal menyertai persatuan-persatuan ini. Mereka adalah tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan yang penting sekali mereka mesti memahami Perlembagaan ataupun tatacara pergerakan pertubuhan yang dianggotai. Kita tidak mahu berulang lagi kes-kes di mana ahli-ahli yang bergerak menyertai program ataupun aktiviti langsung tidak faham tentang peraturan pertubuhan masing- masing yang mereka sendiri mesti atau wajib adakan mesyuarat tahunan dan sebagainya. Ini adalah asas yang cukup rendah kefahamannya. Kalau kita gagal memahami atau meyakinkan mereka, mereka juga tertakluk kepada peraturan, tidak ada guna kita ada 10,000 atau 20,000 pertubuhan belia sedangkan pergerakan mereka liar dan tidak terbatas. Ini jadilah seperti apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita menyertai apa-apa aktiviti yang melencong jauh sekali daripada matlamat sebenar penubuhan belia tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh sambung sedikit. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada beberapa perkara yang saya ingin ikut serta di dalam perbahasan ini. Pertama sekali kalau kita bandingkan dengan tahun-tahun selepas kemerdekaan dahulu, kita lihat gerakan belia merosot begitu sekali. Ini saya rasa berpunca daripada keadaan ataupun keperluan ekonomi yang memaksa belia-belia tadi bekerja di kilang-kilang dan juga di pelbagai bidang menyebabkan mereka tidak sempat untuk aktif. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa perkara ini boleh diperbaiki. Pertama sekali saya rasa kepimpinan belia perlu disusun semula. Orang-orang tua, lama-lama itu saya ingat tidak payahlah jadi pemimpin belia. Biarlah belia sendiri memimpin diri mereka kerana mereka inilah sebenarnya yang sedar apa yang diperlukan oleh golongan muda ini. Kalau kita tengok akhir-akhir ini atau beberapa tahun yang lalu, persatuan-persatuan belia ini menjadi rebutan orang-orang tertentu menyebabkan belia ini menjadi satu isme yang menyebabkan jika pemimpin belia tadi dipimpin oleh sesuatu golongan, memaksa golongan lain menjauhkan diri daripada persatuan ataupun gerakan belia ini. Perkara ini patutlah diatasi. Keduanya, kita nampak. Oleh kerana tidak ada satu panduan yang jelas, gerakan belia hanya tertumpu kepada soal kesenian dan kebudayaan. Kalau dulu kita lihat belia- belia ini begitu aktif dengan kegiatan-kegiatan yang bercorak ekonomi dan juga kemasyarakatan. Contohnya, belia-belia dulu diberi latihan yang cukup di dalam bidang pertanian dan juga aktiviti ekonomi yang lain. Hari ini walaupun ada, tetapi sambutannya amat kecil dan menyebabkan di kampung-kampung kita tidak nampak lagi belia-belia yang melaksanakan kegiatan pertanian ataupun kegiatan-kegiatan yang bercorak ekonomi dan kemasyarakatan.
Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada belia-belia tadi merasakan menyertai persatuan-persatuan belia ini tidak memberi faedah sangat kepada mereka dan menyebabkan mereka tidak berminat. Jadi saya rasa Kementerian Belia dan Sukan harus melihat balik dan menyediakan satu panduan yang jelas untuk belia-belia ini dan yang lebih penting lagi peruntukan yang mencukupi. Kita tidak mahu lagi masalah kewangan menyebabkan belia-belia ini tidak dapat memimpin diri. Itulah sebabnya sama ada di dalam gerakan belia ataupun sukan yang dibincangkan panjang lebar tadi kita lihat peserta-peserta ataupun golongan yang menyertai persatuan-persatuan ini lebih suka melantik mereka yang berkemampuan dari segi kewangan walaupun dari segi kepimpinan, mereka tidak seberapa.
Yang Berhormat, panjang Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab sekali? Saya minta maaf. Saya tidak menafikan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sik. Cuma saya tanya Yang Berhormat Sik, dalam persatuan belia, belia apa yang Yang Berhormat masuk, 4B kah, MAYC kah, JBB kah, Tamil Bear kah? Sebenarnya saya tidak berapa bersetuju dengan Yang Berhormat Sik. Tidak boleh menafikan apa peranan Kementerian Belia. Saya terlibat dengan belia daripada kecil lagi. Lepas sekolah saya sudah terlibat. Kalau ada yang tanya berapa persatuan belia yang saya terlibat saya ada. Saya tidak menafikan peranan orang lama-lama, orang tua-tua dalam membantu dan menyokong...
Minta penjelasan dari Menterilah.
Saya minta Menterilah ini. Saya minta dengan Menterilah, Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua sekali. Saya tidak nafikan, selama ini persatuan lama-lamalah sebab itulah adanya kita hari ini. Selamatnya, ada kemakmuran, kesejahteraan, keamanan. Peranan orang lama-lama juga tapi kadang-kadang kita lupa peranan ini. Sebab itulah akhirnya untuk kita mengembalikan balik peranan persatuan belia kepada belia, sebab itu kita luluskan akta. Akta belia. Akta pertubuhan belia yang dalam pelaksanaan sekarang ini. Jadi dari segi peranan, kementerian memberikan sumbangan, memberikan bantuan dari segi perniagaan dan sebagainya saya tidak nafikan. Sebab itulah kita sebagai ahli politik, pemimpin kita tidak boleh menyalahkan kementerian semata-mata. Kita hendak tanya apa peranan kita selama ini? Apa yang harus kita buat? Sekarang bukan kita hendak tunjuk kepada siapa-siapa. Akan tetapi kelemahan yang ada di kementerian perlu kita perhatikan. Sebab itu saya minta pihak Menteri memberikan perhatian yang serius. Apabila sebahagian besar pemimpin yang sudah lama ini, yang tua mengundur diri dan sekarang belia-belia semua umur 40 tahun. Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Sik sebutkan tadi. Dulu kita ada pemimpin-pemimpin lama, pemimpin tua yang dari segi background, dari segi knowledge, dari segi informasinya dengan izin, dari segi ekonominya yang kuat, maka mereka boleh mampu berjalan.
Akan tetapi apabila yang lama tidak berjaya mendidik pun tidak guna Yang Berhormat.
Betul. Saya terima. Yang Berhormat pun wakil belia juga. Kalau gagal belia sini bermakna Yang Berhormat pun sama gagal juga macam kita. Jangan nafikan itu semua tetapi, kita sama-sama...
Saya boleh katakan...
Yang Berhormat mana peraturan mesyuarat. Ada peraturan ya.
Nanti. Mana boleh saya bercakap dengan Menteri ini. Jadi apabila saya bercakap, Yang Berhormat marah. Kita sama-sama belia Yang Berhormat. Kita jangan nafikan. Kita buat pembetulan. Bersama- sama betulkan. Saya minta pandangan Menteri mungkin, minta bantuan. Ini forum saya ini.
[Bangun]
Jadi saya minta Menteri berikan perhatian kerana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi apabila pemimpin belia ini terdiri daripada orang muda yang sudah tentulah background ekonominya tidak kuat, mereka agak gementar juga. Walaupun ada yang keyakinan. Sebab itu saya minta supaya berikan perhatian yang serius kekuatan ekonomi, kekuatan jati mereka untuk mereka menjadi pemimpin. Satu lagi Yang Berhormat, kebetulan saya tanya ini saya minta hendak bertanya. Kalau ikut dalam akta belia ini, akhir ini melalui Akta Pertubuhan Belia ini, pendaftaran belia kena selesaikan dalam tahun 2009 ini. Saya perhatikan dari segi pendaftaran masih lagi perlahan. Satu lagi saya nampak fenomena yang berlaku apabila pendaftaran baru dibuat. Dulu kita ada MAYC, GPMS, 4B dan sebagainya. Ada sebahagian tempat yang menyuarakan kepada saya, apabila daftar persatuan baru, sebahagian daripada persatuan yang telah wujud dulu dimatikan. Saya minta juga Yang Berhormat berikan perhatian kepada persatuan belia FELDA umpamanya. Di FELDA ini ada belia 4B, MAYC dan sebagainya. Bagaimana mereka boleh diselaraskan balik supaya pertubuhan belia, maksud saya yang hendak ditambahkan lagi, penglibatan belia lebih ramai dalam persatuan dapat kita pertingkatkan dan peranan belia ini kita dapat pastikan supaya mereka benar-benar menjadi masa depan negara kita. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat, saya melihat bahawa pandangan-pandangan ini bernas dan ia boleh membantu Kementerian Belia dan Sukan tetapi dalam Dewan ini kita ada peraturan mesyuarat. Dalam penggulungan sebegini yang kementerian hanyalah memberi utama kepada perkara- perkara dan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan. Kerana ini saya minta Yang Berhormat Menteri untuk tidak lari jauh daripada peraturan mesyuarat yang sedemikian ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hubung kait dari segi point yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu ada satu dasar dalam kementerian yang mahu melihat dari segi belia itu dibenarkan terlibat dalam aktiviti yang mereka minati. Kalau kita lihat dari segi indeks belia Malaysia sekarang ini dari segi kepimpinan memang jelas nampaklah indicator nya itu menurun. Kalau dalam tahun 2006 iaitu 67.2 peratus dan sekarang ini tinggal 65.3 peratus. Saya berharaplah, adakah kementerian mengkhususkan sebab kalau katakanlah belia itu dibiarkan bergiat mengikut cita rasa mereka sebab dalam bidang keusahawanan saya nampak memang mereka berminat sebab ada peningkatan dalam 2006, 51.6 dan sekarang ini 63.3. Jadi cuba dari segi kepimpinan iaitu perlu diperbaiki dari segi tahap pencapaian tahap kita punya belia sebab dalam bidang keusahawanan dan bidang jati diri itu saya lihat mereka ini ada peningkatan. Di sini juga saya ingin ingatkan kepada pihak kementerian pada masa yang sama juga, saya melihat hubungan antara para belia kita ini, dari segi indeks belia ini hubungan dari ibu bapa semakin menurun. Sebagai contohnya dalam tahun 2006, 73.5 sekarang ni tinggal 72.8 walaupun dari segi margin hubungan itu nampak penurunannya kecil tetapi kita berharap supaya Kementerian Belia dan Sukan ini dapat mengambil perhatian dalam hubungan sebab peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak ataupun belia ini amat penting dan relevan. Kita tidak boleh biarkan sebab kita nampak mereka ini lebih terikut-ikut kepada rakan sebaya mereka sehingga peningkatannya itu mendadak kepada 75.8 peratus.
Jadi saya berharap supaya kementerian apabila membenarkan para belia membuat perniagaan secara mengikut cita rasa mereka kita berharap supaya dapat dikawal untuk membolehkan mereka ini lahir menjadi betul-betul ada budaya, entreprenurship. Terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat memang telah memberi banyak pandangan yang murni. Sebenarnya sebelum sesuatu pertubuhan ataupun pertubuhan belia ini ditubuhkan, kementerian juga mempunyai kursus-kursus dilancarkan ataupun telah diperkenalkan untuk membantu mereka. Program-program banyak diaturkan. Memang kalau boleh kita harap sambutan daripada belia-belia kita... Tadi ada berkaitan dengan akta belia. Memang akta belia sudah dikuatkuasakan dan kepada mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun ditakrifkan sebagai belia...
Boleh tambah sikit Ahli Yang Berhormat.
...15-40
Terima kasih Yang Berhormat. Memang tidak dapat kita dinafikan program belia itu memang ada. Cuma yang kita ada keraguan impak daripada program belia itu. Contohnya, Program Rakan Muda kita organized dengan belia tetapi apa impak jangka panjang yang boleh kita lihat yang boleh mendatangkan input ataupun hasil kepada program yang telah kita anjurkan itu. Ini yang harus kita fokuskan. Apa yang saya lihat, rata-rata pegawai-pegawai belia kita tidak ada komitmen secara total mungkin kerana bagi dia, dia cuma penjawat awam dan dia bekerja ikut waktu. Seharusnya pegawai-pegawai belia kita, kita tanamkan mereka bahawa tanggungjawab mereka untuk mendedikasikan belia-belia kita ini sebab mereka ini adalah harapan masa depan negara kita. Contohnya belia yang berdedikasi ialah Menteri Luar Negeri kita. Tengok dia bersemangat, dia boleh hujah di luar negara. Inilah contohnya. Sebetulnya yang kita perlu belia-belia kita... [Disampuk] Jangan belia-belia kita lesu, tidak bermaya, apa-apa pun dia tidak boleh buat. Kalau beginilah, maka ada pepatah yang menyatakan bahawa masa depan sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana kekuatannya masa depan atau remaja dia. Kalau remaja dia hari ini lesu, tidak bermaya, tidak berfungsi maka masa depan negara itu akan menunggu kehancuran.
Terima kasih. Saya bersetuju masa depan belia kita atau negara kita bergantung kepada belia masa kini. Bagaimana kita hendak mendidik mereka sebagai orang yang berguna pada masa depan yang boleh menjadi golongan yang berguna. Jadi kepada Yang Berhormat, sebab itulah mengapa tertubuhnya Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Kita berusaha gigih untuk mendapatkan feedback atau untuk mendapatkan kaji selidik daripada semua program yang dijalankan supaya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, kita memastikan supaya program yang dilaksanakan itu akan mendapat satu impak yang positif. Bukannya setakat untuk menjalankan aktiviti sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan...
Penjelasan.
Hasil daripada kajian akan digunakan sebagai panduan...
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Yang Berhormat, sedikit.
Ya, sila Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua, sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman bila kita berbahas tentang belia. Saya sendiri, Yang Berhormat faham, hampir 30 tahun dalam belia dan juga dalam pemuda. Saya mendapati rata-rata tujuan belia kita ini, orientasinya bila mengadakan program dan aktiviti orientasinya adalah lebih banyak menjurus kepada hiburan. Itu saya rasa di antara fenomena yang kementerian Yang Berhormat kena melihat dengan teliti dan cermat. Saya yakin dan percaya bahawa kadang-kadang terdapat suatu persepsi dan mungkin satu perkara yang menjadi halangan, constraint ialah bagi saya. Saya hendak sokong sahabat saya dari Kinabatangan tadi bahawa belia ini mesti memikirkan tentang masa depan negara. Dia mesti fikir tentang kepimpinan negara. Siapa pun yang memerintah besok, maknanya belia hari inilah yang akan memimpin. Kadang-kadang kita melihat ada di kalangan persatuan-persatuan belia ini bila mereka bercakap tentang politik, itu satu orientasi yang tidak baik, tidak sihat kononnya. Jangan terlibat dengan politik. Jangan terlibat dengan pembangkang apatah lagi, contohnya. Jadi elemen politik dalam jiwa pemuda ini bagi saya, ia tidak boleh dipisahkan. Kita suburkan pemikiran mereka, ajak mereka ke gelanggang yang lebih luas. Jangan sempitkan mereka kepada elemen hiburan semata-mata. Ini tidak membantu negara. Bagi saya, sampai masanya kementerian Yang Berhormat supaya menyediakan platform ataupun pentas politik sebagai satu premis bertolaknya jiwa anak-anak muda kita ini supaya mereka faham politik. Kalau Yang Berhormat boleh berkongsi dengan saya, di universiti bila kita halang politik, fresh graduate ini kadang-kadang mereka tidak faham apa dia economy recession, mereka tidak faham apa dia belanjawan negara, mereka tidak faham apa dia yang dikatakan masa depan negara. Jadi saya rasa kita kena memperluaskan. Biarkan supaya pemikiran belia ini disuburkan dengan pemikiran-pemikiran politik kerana hendak membina kepimpinan, hendak membina negara, kita tidak boleh pisah daripada mengajar mereka berpolitik. Akhirnya besok sama ada mereka hendak menyokong Barisan Nasionalkah, hendak menyokong pembangkangkah, itu saya rasa kita boleh letakkan dalam satu kerangka bahawa bagaimana negara kita mengamalkan satu konsep politik demokrasi yang mesti disuburkan. Apa pandangan Yang Berhormat terhadap pandangan saya? Terima kasih.
Boleh sekali, Timbalan Menteri?
Hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?
Sedikit sahaja. Saya tidak akan kempen macam calon nombor 31lah... [Ketawa] Pasal dia kempen di merata-rata tempat. Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, kita kena mengakui bahawa bukan semua belia di negara kita menganggotai persatuan-persatuan belia. Saya rasa kebanyakan, majoriti orang-orang muda kita tidak menganggotai mana-mana persatuan belia. Akan tetapi saya rasa Kementerian Belia dan Sukan perlu ada satu orientasi baru, satu pendekatan baru untuk menarik perhatian orang-orang muda yang tidak menganggotai persatuan-persatuan belia. Saya hendak tanya, apakah orientasi ini? Adakah Kementerian Belia dan Sukan menyediakan satu forum kerana saya rasa pada hari ini ramai orang muda, mereka mempunyai banyak masalah dalaman dan sebagainya yang mereka perlukan satu forum, satu pentas untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Saya mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mengadakan forum-forum ini kepada orang-orang belia, orang-orang muda supaya mereka dapat ekspres mereka sendiri. Mereka boleh membincangkan masalah-masalah mereka di antara peers mereka supaya mereka boleh meluahkan perasaan mereka dan tidak terjebak dalam masalah-masalah sosial yang lain seperti mat rempit dan sebagainya.
Keduanya saya juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Kalau pemimpin kita lesu hari ini, kalau kita hendak melahirkan pemimpin belia yang tidak lesu, kita ada kongkongan yang begitu hebat dalam AUKU. Baru-baru ini di UUM, seorang pemimpin pelajar yang memperjuangkan nasib pelajar lain dikenakan tindakan disiplin dalam AUKU.
[Bangun]
Ramai sangat bangun, Yang Berhormat. Yang lain duduk dulu.
Jadi saya rasa ada pendirian di sini. Terima kasih.
Yang Berhormat, hendak bagi jalan atau teruskan, Yang Berhormat?
Saya jawab dahululah ya. Terima kasih.
Dia teruskan dahulu, Yang Berhormat. Kemudian bangun.
Nanti ya. Memang benar di negara kita banyak lagi belia tidak mengikut atau ambil bahagian dalam persatuan. Sebab itulah Kementerian Belia dan Sukan, kita ambil kira apa-apa aktiviti yang dijalankan, juga mengambil kira kepada mereka yang tidak berpersatuan. Sebab ia adalah satu golongan yang besar. Selama ini kementerian tidak menghalang pun termasuklah kepada persatuan belia. Yang penting ialah mereka membuat sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan hasil. Mereka boleh berbincang apa sekalipun, kami tidak ada halangan. Tidak ada dasar mengatakan persatuan belia tidak boleh berbincang berkaitan dengan isu apa sekali pun, ini terbuka supaya mereka boleh memberi apa-apa pandangan sekalipun. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya teruskanlah. Ya?
Ya.
Hasil dapatan kajian akan dijadikan sebagai panduan kepada pihak kementerian dalam merangka dan melaksanakan sesuatu program. Antara hasil kajian yang telah dijadikan asas perencanaan program-program kementerian ialah: (i) kajian intakes belia Malaysia dan penyertaan belia Malaysia; (ii) kajian pemantauan sikap belia; (iii) kajian pemerhatian Majlis Pembangunan Ekonomi Belia; dan (iv) kajian impak Program Komuniti Belia Remaja. Hasil daripada dapatan kajian tersebut, maka kementerian telah mengenal pasti dan melaksanakan beberapa program baru yang mempunyai tujuan spesifik bagi menangani isu-isu tertentu. Program-program tersebut ialah: (i) Program Komuniti Belia Remaja yang bertujuan untuk mendapat hubungan belia dengan kepimpinan setempat dan komuniti masyarakat. Sasaran sebanyak 219 program bagi tahun 2009 dengan penyertaan seramai 17, 520 orang peserta; (ii) Kursus Kepimpinan Kendiri ataupun psikologi kaunseling. Program membentuk pembangunan kendiri dengan menerapkan elemen kaunseling dan psikologi dikendalikan oleh kaunselor bertauliah menyalurkan sebanyak 16 program bagi tahun 2009 dengan jumlah penyertaan sebanyak 9280 orang; (iii) Program Bimbingan Usahawan Muda. Program ini berbentuk bantuan dana sebanyak RM3,000 bagi melahirkan usahawan muda. Bagi tahun 2009, disasarkan 1,034 orang belia akan menerima manfaat daripada program tersebut;
(iv) Program Satu Komuniti Satu Persatuan bertujuan untuk menambah penyertaan belia dalam persatuan dan memperbanyakkan bilangan persatuan belia di peringkat akar umbi. Bagi tahun 2009 sebanyak 2,991 program akan dilaksanakan; dan (v) Program atau Kursus Pembangunan Personaliti Belia. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu bagi memastikan isu sosial di kalangan belia dapat ditangani dengan teliti dan sebaiknya, kementerian telah membentuk Jawatankuasa Menangani Isu dan Gejala Sosial Belia pada tahun 2008.
[Bangun]
Sri Gading bangun, Yang Berhormat.
Jawatankuasa...
Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bantuan niaga kepada belia ini apalah nama dia, jumlahnya RM3,000. Apalah RM3,000? Apakah ini projek orang Melayu kata atau Timbalan Menteri faham atau tidak faham, “macam melepaskan batuk di tangga”. Kepong faham. Kepong ini faham bahasa Melayu dengan mendalam. Jawi pun dia pandai. “Macam melepaskan batuk di tangga” – RM3,000 ini. Jadi sebenarnya betapa seriusnya kementerian hendak menolong budak-budak ini, orang-orang muda kita ini, belia-belia kita ini.
Tidak bolehkah angka ini ditingkatkan lagi kepada satu angka yang agak munasabah, nisbah kepada keadaan semasa yang boleh agaknya anak-anak muda kita ini dapat menjalankan perniagaan kecil-kecilannya. RM3,000 ini, lailahaillallah! Ada t-shirt budak-budak muda ini pakai satu sahaja RM800. Takkan semua belia Melayu ini... Janganlah, asal berniaga sahaja goreng pisang, asal berniaga sahaja burger. Allah! Takkan semua hendak goreng pisang, semua burger. Tak tahulah saya macam mana. Hendak jawab pun saya bukan menteri berkenaan, bukan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat. Insya-Allah, kita akan kaji balik bantuan niaga itu, tetapi maksud yang...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.
Nanti, saya jawab. Bantuan niaga yang saya maksudkan itu sebanyak apa yang saya katakan itu bukan hanya sekali gus tetapi Kementerian Belia dan Sukan mempunyai pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) dari RM5,000 ke RM50,000. Inilah satu tabung yang popular, yang begitu disukai oleh belia kita untuk memohon. Jadi, yang maksud RM3,000 itu hanya sebagai galakan, sokongan kementerian kepada belia-belia yang mungkin semasa keadaan kegawatan ekonomi seperti ini, saya rasa boleh juga sedikit sebanyak membantu mereka dari segi pembelian peralatan ataupun keperluan dalam segi perniagaan, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Menangani Isu dan Gejala Sosial Belia 2008 yang diwujudkan menerusi peruntukan seksyen 43(1), Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 ini telah mengenal pasti beberapa punca masalah sosial di kalangan belia dan telah mencadangkan langkah-langkah untuk menangani isu tersebut. Antara program yang akan dilaksanakan pada tahun 2009, hasil daripada cadangan jawatankuasa ini adalah Kursus Intervensi Kecemerlangan Belia yang akan dilaksanakan di semua peringkat iaitu di peringkat negeri dan daerah.
Kementerian pada tahun ini juga akan melaksanakan Program Generasi Bebas Jenayah yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 8 Mac 2009. Program ini berkonsepkan pencegahan masalah sosial dan perlakuan ke arah tingkah laku jenayah di kalangan belia. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah di kalangan belia dan kesan-kesannya serta mengurangkan penglibatan belia dalam aktiviti tidak sihat yang boleh mendorong kepada perlakuan jenayah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerai juga mencadangkan supaya kementerian mengaktifkan semula sukan-sukan di peringkat kampung, desa, bandar dan seumpamanya. Untuk makluman Yang Berhormat, program-program sukan di peringkat kampung, desa dan bandar sememangnya dijalankan secara berterusan oleh pihak kementerian. Sebagai contoh, pada tahun lalu 2007, seramai 274,747 orang peserta telah mengikuti Program Liga Sukan Komuniti di peringkat DUN. Manakala pada tahun ini kementerian melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan menganjurkan program-program sukan lasak seperti Karnival Kelab Sukan Komuniti, Khidmat Latihan Sukan Teras, Cabaran Kecergasan Malaysia, Program Pakej Sukan Memanah, Klinik dan Pertandingan Bola Sepak Orang Asli, serta pertandingan sukan tradisional. Program-program tersebut akan dilaksanakan secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi...
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jerai juga mencadangkan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Bakri, bangun. Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang sukan ini saya minta maaflah sebab saya tidak sempat untuk bahas semasa Titah Diraja. Saya ingin minta satu penjelasan, satu keterangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang status kesediaan negeri Melaka dalam menganjurkan SUKMA pada tahun depan termasuk tapak, kemudahan serta facility yang lain. Berapakah jenis sukan yang akan dipertandingkan pada SUKMA 2010 di negeri Melaka ini. Bagaimana dengan laporan di surat khabar menyatakan tidak memuaskan tentang penyediaan, tapak dan lain-lain. Bolehkah kementerian memberitahu kepada Dewan yang mulia ini adakah memuaskan tentang persediaan oleh negeri Melaka. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di sini saya ingin penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan mengapa tidak ada apa-apa peruntukan untuk membaik pulih Kolam Renang, Muar. Selama ini kerajaan mampu membina stadium-stadium baru di setiap daerah tetapi tidak mampu maintain dan repair satu kolam renang yang sedia ada. Muar hanya mempunyai satu kolam renang umum iaitu Kolam Renang Muar yang terletak di Tanjong Mas ini telah tertunda sejak 1996. Kolam renang yang berukuran 50 meter ini mempunyai satu kolam renang standard Olympic. Ia bukan sahaja digunakan sebagai satu recreation centre, dengan izin kepada orang Muar tetapi digunakan sebagai tempat latihan kepada belia-belia dan pelajar- pelajar. Namun sudah selama 13 tahun tidak ada apa-apa tindakan dan rancangan daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut jawapan yang kita perolehi dari kerajaan negeri, anggaran kos untuk membaik pulih kolam renang tersebut adalah RM3 juta. Setakat ini Majlis Perbandaran Muar tidak ada rancangan membaik pulih kerana kedudukan kewangan yang terbatas. Di sini saya hendak meminta kementerian, sila jelaskan adakah Kolam Renang Muar yang tertunda sepanjang 15 tahun ini dibiarkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, semua cadangan, celahan Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Bakri ini falls into standing order yang mengatakan bahawa ini perkara-perkara yang baru Yang Berhormat.
Jadi, saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Mohon laluan, Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini.... [Mengangkat tangan]
Ya, Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Yang di-Pertua nampak.
Tidak, saya nampak Tuan Yang di-Pertua toleh kiri, kanan. Saya di sini.
Sebab ada dua suara tadi, Yang Berhormat. Yang Tenggara itu I kenal.
Terima kasih. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi, kita dengar bahawa kementerian menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji kepada punca dan masalah sosial; dan ada program-program yang telah pun dicadangkan bagi tahun 2009. Selain daripada peruntukan yang dianjurkan dalam usaha untuk membanteras dan menyelesaikan masalah sosial ini adalah penganjuran sukan-sukan dengan memberikan peruntukan dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada kementerian, adakah kementerian menyediakan sejumlah peruntukan untuk diberikan kepada persatuan-persatuan belia yang ada supaya mereka dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti beriadah dalam bentuk kesukanan, ia bukan semestinya penganjuran pertandingan sukan sahaja. Kadang-kadang saya perhatikan kementerian bila time hendak adakan pertandingan tertentu baru peruntukan turun untuk dianjurkan di peringkat kampung, mukim, daerah dan kebangsaan tetapi kalau dapat saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, peruntukan turun supaya sampai kepada persatuan-persatuan belia supaya mereka dapat menganjurkan aktiviti ini secara mingguan dan sebagainya untuk mengelakkan daripada mereka membuang masa tidak tentu hala dan supaya mereka dapat mengamalkan semangat kesukanan sebelum adanya pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat dari Tenggara. Sebenarnya persatuan belia ini pada bila-bila masa sekali pun, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada kementerian melalui Borang BP1 apabila menganjurkan sesuatu program ataupun aktiviti. Jadi, persatuan belia ini tidak setakat menganjurkan aktiviti sahaja, kadangkala juga menganjurkan aktiviti sukan. Jadi, permohonan tersebut haruslah tidak dimohon semasa menjalankan aktiviti. Sebelum ataupun semasa dalam perancangan patutlah kemukakan permohonan supaya peruntukan yang diluluskan oleh kementerian dapat disalurkan tepat pada masanya. Tuan Yang di- Pertua...
Saya mencelah sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, kita fahamlah tetapi kadang-kadang kerenah untuk memohon peruntukan daripada kementerian ini satu perkara yang perlu kita akui.
Kita hendak buat program, siapkan kertas kerja and then kena hantar kepada jabatan, jabatan kepada kementerian. Kadang-kadang ia mengambil masa yang lama, jadi saya harap mudah-mudahan kementerian boleh mengarahkan pegawai-pegawai belia dan sukan di peringkat daerah, mengadakan pada akhir sesuatu tahun, mengadakan satu perjumpaan dengan semua pengerusi-pengerusi persatuan belia, cadangkan tentang perkara-perkara yang perlu dimaklumkan kepada mereka.
Dan ini supaya mereka dapat menyediakan kertas kerja perancangan anjuran program dan aktiviti yang hendak dilaksanakan kepada tahun yang berikutnya. Kemudian diuruskan sendiri oleh Pegawai Belia dengan kementerian, jadi bila sampai masa planning untuk tahunan, untuk tempoh satu tahun itu telah pun dapat dilaksanakan dan program itu boleh berterusan, tanpa menghadapi masalah birokrasi untuk mendapatkan peruntukan dan sebagainya. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh saya sambung sikit Tenggara, satu, sekali senafas jawab. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan di antara kementerian yang paling penting sebenarnya, selepas pertahanan, pelajaran, belialah, sebab yang akan mendidik, membesar pemimpin negara ialah belia, kementerian inilah sebenarnya. Sebab itu saya cadangkan kementerian melihat di daerah dan negeri-negeri, sebenarnya pegawai-pegawai kita kena proaktif, daripada menunggu belia-belia datang, kita pegawai-pegawai ini kena cari belia. Sebab itu saya cadangkan setiap tahun, pegawai- pegawai dah tahu jumlah belia di peringkat ataupun daerah-daerah. Sepatutnya pegawai belia itu rancang program-program yang boleh diadakan. Kalau liga bola, liga bolalah, kalau sepak raga, sepak ragalah, tomoi, tomoilah. Jadi kalau begini terjadi, tak semestinya kita tunggu belia datang, kita rancang. Lepas itu Kementerian Belia dan Kementerian Kesenian ini, Rukun Tetangga. Rukun Tetangga duit banyak, belia pun duit banyak, tetapi kalau simpan Timbalan Menteri, tidak jadi. Sebab itu pegawai kena turun di bawah, rancang paling tidak pun, setahun empat kali jadi, liga bola keempat kali, tomoi keempat kali. Saya ingat semua belia akan suka, sebab itu saya cadangkan supaya pegawai- pegawai kita proaktif, dan Menteri-Menteri pun turun tengok sama, insya-Allah selesai problem ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum pandangan ini. Memang kita mahu pegawai kita proaktif, ini satu cara yang boleh mendekati dengan belia... ‘insya-Allah’ kita buatkan. Terima kasih... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, program-program tersebut, akan dilaksanakan secara menjurus sehingga ke peringkat akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Jerai juga mencadangkan supaya gelanggang futsal dibuka ke peringkat PBT, Parlimen serta DUN. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan sebanyak RM165 juta bagi pembinaan 1,300 buah gelanggang sukan pelbagai guna di seluruh kawasan Parlimen dan DUN. Gelanggang sukan pelbagai guna ini turut mempunyai komponen gelanggang futsal, seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jerai. Sehingga kini sebanyak 129 gelanggang telah siap dibina dan pembinaan bagi tapak-tapak yang lain akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2010. Seterusnya Yang Berhormat Jerai turut meminta supaya kementerian mengatasi dengan segera kemelut dalaman yang melanda pertubuhan belia dan pertubuhan sukan tempatan, bagi menyelamatkan sukan dan golongan muda. Bagi persatuan-persatuan sukan, mohon supaya memberi tumpuan kepada olahraga, hoki, bola sepak dan lain-lain. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada dasarnya kementerian tidak akan campur tangan dalam apa jua pertikaian dalaman yang melibatkan mana-mana pertubuhan belia dan pertubuhan sukan di negara ini. Pertubuhan belia dan pertubuhan sukan terlibat hendaklah menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul di kalangan ahlinya mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pertubuhan masing-masing...
[Bangun]
Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan belia, sekiranya pertikaian tersebut berlanjutan, dan tidak dapat diselesaikan di peringkat dalaman.
Maka mana-mana ahli yang terkilan boleh merujuk kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia yang seterusnya akan mengambil pendekatan berdasarkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007...
Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.
Manakala bagi kemelut..., saya habiskan. Manakala bagi kemelut berkaitan pertubuhan sukan, ia perlu dirujuk kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang akan bertindak berdasarkan peruntukan, Akta Pembangunan Sukan 1997.
Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Tentang gelanggang rakyat ini, gelanggang serba guna ini. Saya nampak bahawa rupa bentuknya, pelannya, kurang memuaskan, sebab biasanya futsal ini dimainkan oleh anak muda kita, oleh belia kita, terutamanya mereka suka bermain di waktu malam. Jadi kalau rupa bentuk yang ada sekarang, yang tidak ada atap, yang tidak ada dinding, menyebabkan saya rasa ianya akan menjadi gajah putih. Jadi saya cadangkan supaya rupa bentuknya lebih menarik, supaya ia dapat digunakan dengan sepenuhnya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Saya menunggu dengan sabar, sebab apa saya menurut dengan apa yang Tuan Yang di-Pertua sebutkan, hanya yang menyebut, mengambil bahagian dalam perbahasan tempoh hari, berkenaan isu-isu yang spesifik boleh mengajukan soalan tambahan.
Salah Yang Berhormat, bukan yang mengambil bahagian, hanya perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan.
Saya membangkitkan perkara yang khusus berkenaan dengan persatuan belia, kalau rujuk Hansard, memang saya minta Menteri dan pihak Yang Berhormat Menteri berjanji akan membuat penerangan semasa sesi penggulungan. Malangnya kementerian diwakili oleh Timbalan Menteri yang saya rasa saya tak mahu ambil masa yang lama untuk minta ulasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Namun perkara ini masih lagi belum disentuh, barangkali mungkin tak akan disentuh langsung, saya pun kurang pasti. Saya nak ulang sekali lagi, pandangan ataupun pendirian kementerian secara keseluruhan kita tahu tadi kemelut persatuan belia ini memang diakui sendiri oleh pihak-pihak kementerian kebelakangan ini. Pihak Yang Berhormat Menteri pun memberitahu tadi, yang kita banyak menumpukan kepada sukan, pembangunan sukan, berbanding dengan pembangunan belia ataupun persatuan belia. Kita tengok sukan ditawarkan hadiah RM1 juta kepada pemenang yang pernah disebut dan diuar-uarkan dalam media tetapi tidak ada satu pengiktirafan yang setaraf dengan persatuan belia sampai ke peringkat itu setakat ini. Sebab itu saya lihat persatuan belia ataupun pergerakan belia dianggap sebagai kurang berkesan. Saya tak mahu satu hari kita dianggap menumpukan pada bidang yang kita rasa kita boleh mencapai kejayaan besar, akhirnya kita ibarat yang kita kendong itu tercicir, yang kita kejar tak dapat, dua-dua kita tak dapat nanti. Saya nak sebutkan sekali lagi, walaupun perkara ini dianggap dan dipesan oleh rakan-rakan supaya katanya tak perlu diperbesarkan tetapi saya anggap ini perkara asas. Kes di mana terlalu dalam, terlalu jauh penglibatan campur tangan politik dalam persatuan belia menyebabkan kita menghadapi masalah yang besar pada hari ini. Saya tengok ramai di antara rakan-rakan dalam pertubuhan belia sekarang ini telah pun diheret ke jalan-jalan raya untuk menunjukkan kononnya sokongan sebagai bantuan kepada menambahkan jumlah-jumlah yang berada di tepi jalan.
Kita tengok masa demonstrasi untuk membantah kepada kenyataan seorang Ahli Parlimen kita, Bukit Jelutong secara terlebih-lebih dibawa oleh persatuan-persatuan belia dan sebahagian besar mereka tidak memahami apakah perkara yang nak disampaikan dalam demonstrasi-demonstrasi mereka. Perkara ini berlaku apabila adanya pertubuhan politik yang mendalangi, yang mengupah dan sebagainya. Ini terjadi sebab persatuan-persatuan ini membenarkan ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan politik, terlalu jelas. Saya katakan begini sebagai contoh, Pemuda- pemuda UMNO memang mempunyai kepentingan politik secara langsung sebab itu mereka nampak ada setengah pertubuhan politik yang boleh digunakan sebagai landasan untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin dan sebagainya, mereka gunakan. Perkara ini terjadi seperti dalam ucapan saya kata, sehingga mereka membelakangkan langsung akta pertubuhan atau peraturan-peraturan perlembagaan yang digariskan oleh pertubuhan, dibelakangkan langsung. Mereka mengajak kanak-kanak ataupun para belia kita ini untuk mengadakan mesyuarat dua, dua mesyuarat, dah tentu dua mesyuarat ini mesyuarat yang satunya, adalah berlawanan atau bercanggah dengan undang-undang.
Sebab itu saya sebut tadi kalau kita ada 10,000 pertubuhan belia pun, kalau kita tak minta atau tak paksa atau tak didik anggota-anggota pertubuhan ini untuk memegang kedaulatan undang-undang ataupun perlembagaan pertubuhan masing-masing, tidak ada gunanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kecewa sebab rakan-rakan kita dalam Dewan ini ramai juga yang datang daripada pemimpin-pemimpin belia sebelum ini. Ada yang jadi belia tua pun sekarang ini masih lagi menduduki ataupun memimpin pertubuhan- pertubuhan belia dan mereka ini sampai sekarang masih tak mahu ambil iktibar, menggunakan juga pertubuhan-pertubuhan belia untuk tujuan politik. Baru dua minggu lepas kita tengok mereka ini di depan orang ramai, depan public, orang nampak semua mereka menggunakan pertubuhan belia, mengajar ayat apa yang perlu ditulis pada sepanduk dan sebagainya kononnya nak menyatakan pertubuhan belia bersama dengan dia sedangkan semua orang tahu yang mereka ini sebenarnya menggunakan pertubuhan belia. Saya spesifik mengatakan pertubuhan belia yang saya maksudkan ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang ditubuhkan 14 Ogos 1946.
Yang Berhormat, panjang sangat Yang Berhormat.
Yang mana presidennya sekarang ini sedang giat berkempen untuk mendapat tempat sebagai Naib Pemuda UMNO Malaysia.
Yang Berhormat dalam pencelahan Yang Berhormat, ringkaskan.
Saya mengatakan ini sebab saya bersabar agak lama untuk menunggu giliran Tuan Yang di-Pertua.
Saya tahu tapi Yang Berhormat dalam pencelahan.
Saya habiskan sedikit ayat yang terakhir.
Baiklah Yang Berhormat.
Perkara ini telah ditegur oleh semua orang termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi saya hairan kenapa teguran itu dipandang sepi. Sekarang ini kita telah terlibat in fact dengan izin, ada gerakan- gerakan yang membawa ahli-ahli pertubuhan belia yang saya sebutkan tadi pergi ke negeri Perak, ke Ipoh untuk menyertai demonstrasi secara jelas, mengikat reben-reben di kepala dan sebagainya. Saya bertanya juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan saya sama ada mereka faham apakah perlakuan yang hendak ditunjukkan kepada public ataupun kepada awam di Ipoh. Mereka sama sekali tidak faham, sama sekali tidak faham.
Yang Berhormat.
Sebab itu saya kata saya berharap kepada Menteri Belia untuk clarify perkara ini sebab beliau berjanji akan menghuraikan perkara ini kerana beliau juga berharap supaya isu ini tidak berpanjangan. Sebaik kata masanya sebelum persidangan agung UMNO yang mana rakan-rakan kita begitu ghairah untuk menggunakan pertubuhan belia berkempen. Saya rasa inilah masanya kita ambil satu pendekatan, sekurang-kurangnya kita letaklah satu garis pemisah, pertubuhan belia mesti dikecualikan daripada pengaruh politik yang keterlaluan seperti ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri, saya ada pemakluman untuk dibuat.
Saya teruskan ya.
Sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila duduk dulu. Ada pemakluman yang ingin saya buat sekarang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa dokumen-dokumen yang diedarkan pada pagi ini iaitu Kertas Perintah 4, dan 5, Tahun 2009 adalah untuk kegunaan Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 yang dijadualkan pembentangan bacaan kali kedua pada hari Selasa, 10 Mac 2009 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Sebagai menghormati Dewan Rakyat dan peraturan-peraturan Dewan maka maklumat-maklumat tersebut tidaklah wajar diedarkan kepada pihak-pihak lain sehingga ianya dibentangkan pada hari Selasa depan. Saya harap ini akan dijadikan makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya ucapkan terima kasih. Ya, sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab gelanggang rakyat yang dikatakan reka bentuknya kurang memuaskan. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau untuk membuat satu gelanggang yang berbumbung, saya rasa ia meliputi implikasi kewangan. Jadi setakat ini Kementerian Belia dan Sukan ingin kalau boleh membuat ataupun membina seberapa banyak yang boleh kemudahan ini terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, memang pertubuhan belia ataupun belia kita tidak, maksudnya kita mengajar mereka ataupun memberi pendidikan kepada mereka. Ini masa depan milik kita tetapi sebab itulah masalah politik. Alhamdulillah kita masih damai di negara kita tetapi ...
Yang Berhormat, boleh mencelah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya setuju dengan sahabat saya daripada Indera Mahkota. Yang Berhormat Indera Mahkota ini Tuan Yang di- Pertua, dulu pemimpin belia, dia naik pun dengan belia, GPMS. Akan tetapi saya mohonlah, saya bersetuju sebab itu saya nak kalau boleh, saya tidak kiralah politik Barisan kah, politik UMNO, politik pembangkang, jangan musnahkan mentaliti belia ini kita bawa mereka kepada perkara-perkara yang tidak baik. Kadang-kadang kenapa kita protes, kerana ada orang lain yang lakukan. Sebab itulah saya Yang Berhormat Indera Mahkota, saya minta naiknya Yang Berhormat kerana belia tetapi kalaulah pemimpin belia ataupun belia tidak mahu lagi kita, jangan kita blame persatuan kita. Kita bersedia, ini patutnya kita terima, saya tak nak berlawan dengan Yang Berhormat sebab sahabat lama, saya kenal dia. Akan tetapi kita cari jalan supaya belia kita akan datang, sebab kalau belia ini dimusnahkan pemikiran mereka, tingkah laku mereka, yang musnah bukan Barisan Nasional sahaja, pembangkang pun akan musnah, kita semua akan musnah. Ini yang penting kepada kita, saya minta itulah. Jadi janganlah apabila kita tidak diterima oleh persatuan belia, maka kita salahkan pertubuhan belia ini politik dan sebagainya. Saya bersedia, kita mesti menerima, masa sekarang 40 tahun, biarlah orang 40 tahun ambil, pimpin mereka, sokong mereka sebagai pemimpin lama. Terima kasih Yang Berhormat, minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah, saya teruskan.
Sikit-sikit sahaja, saya nak perbetulkan, boleh sikit sahaja. Apa yang saya maksudkan itu, tak seperti apa yang dikatakan.
Yang Berhormat, fahamlah semua, itu fahamlah, saya rasa faham semua. Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat tersebut kementerian melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah mengadakan kursus, bengkel, seminar bagi mendekatkan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan belia dan pertubuhan sukan dengan ilmu pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan perancangan dan pembangunan aktiviti belia dan sukan supaya sesebuah pertubuhan dapat ditadbir urus dengan baik dan berkesan. Kementerian juga sentiasa memantau dan memandang serius...
[Bangun]
Yang Berhormat, nak bagi jalan Yang Berhormat?
...Dan memandang serius permasalahan atau kemelut dalaman yang terpaksa dihadapi oleh sesetengah pertubuhan belia.
Yang Berhormat, saya mahu tanya nak bagi jalan, tak bagi jalan beritahu Yang Berhormat.
Tak bagi.
Sesebuah pertubuhan dan pertubuhan sukan kerana dikhuatiri akan merencatkan usaha kementerian untuk melaksanakan program-program pembangunan belia dan sukan negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai telah mencadangkan kepada kementerian supaya memperkenalkan satu dasar di mana taman-taman atau di kawasan yang mempunyai penghuni yang ramai mesti disediakan sebuah padang bola. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan mesti bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak untuk dibina padang bola. Ini kerana tidak guna memperkatakan tentang kemerosotan sukan bola sepak sekiranya pembinaan taman-taman yang diluluskan tidak diperuntukkan untuk padang bola atau permainan. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Serai, dasar mengenai penyediaan kemudahan-kemudahan sukan atau taman permainan telah pun sedia ada dan termaktub dalam Perkara 9 Dasar Perbandaran Negara. Sehubungan itu, buat masa ini Kementerian Belia dan Sukan tidak berhasrat untuk memperkenalkan dasar seperti yang dicadangkan. Walau bagaimanapun kementerian sentiasa komited dan menjalankan kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi membangunkan kemudahan-kemudahan sukan seperti pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi. Mengenai sukan bola sepak negara, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan kerjasama KBS, KPM, KPT, MSN, ISN dan FAM bagi membantu menangani isu kemerosotan bola sepak negara.
Minta penjelasan.
Untuk itu ...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Ya saya?
Yang Berhormat Telok Intan bangun. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai bola sepak di negara kita ini, kita selalu dengar pelbagai jawatankuasa ditubuh untuk mengatasi masalah mutu permainan bola sepak di negara kita. Di mana kita semua tahu pada masa 70-an kita adalah bersaing dengan Korea Selatan, Jepun dan sebagainya. Kalau saya tidak silap kita selalu mengalahkan Jepun tetapi Korea Selatan kita bagi satu cabaran yang hebatlah. Adakah keadaan mutu permainan boleh sepak ini boleh dikatakan disebabkan FAM yang dipimpin oleh seorang sahaja yang begitu lama ini? Baru-baru ini Yang Berhormat Rembau pun telah menceburi diri dalam pentadbiran FAM dan pentadbiran coach kitalah, jurulatih kita. Jadi, bolehkah kementerian membawa satu perubahan di mana FAM ini bebas dari penglibatan ahli-ahli politik ataupun pucuk pimpinan FAM ini dibubarkan dan satu pimpinan yang baru diadakan? Di mana pada suatu masa kita layak ke Moscow Olympics tetapi pada hari ini seperti jurulatih mengatakan Malaysian league not football anymore, dengan izin. Jadi saya sokong Sathianathan punya kenyataan yang mengatakan, “There is no more football in Malaysia.” Jadi bolehkah kementerian mengambil tindakan yang serius? Lebih baik jangan terlalu tubuhkan jawatankuasa, terlalu banyak jawatankuasa dan terlalu banyak taklimat dan meeting sahaja. Akan tetapi mutu kita masih turun juga. Jadi sila minta penjelasan, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sudah jelaskan bahawa kerajaan buat masa kini tidak boleh campur tangan dalam urusan. Namun, telah saya katakan sebab bercanggah dengan Perlembagaan Badan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di bawah artikel 17, FIFA status ini. Itu sahaja yang saya boleh jawab...
Akan tetapi, boleh sikit yang terakhir.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan please. Tinggal sikit sahaja hendak habis dah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dungun telah mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan menyediakan data base bilangan belia menganggur. Ini bagi memastikan golongan belia tersebut mendapat pekerjaan yang sesuai dengan latar belakang mereka. Untuk makluman Yang Berhormat kementerian pada masa kini sedang membangunkan data base belia dan di dalam data base tersebut sememangnya terdapat elemen kerjaya belia. Walau bagaimanapun, maklumat yang tepat mengenai belia menganggur tidak terdapat di kementerian ini kerana sistem tersebut hanya merekodkan belia-belia yang dikategorikan sebagai tidak bekerja. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap saranan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tidak boleh last kah? Soalan terakhir.
...terhadap Kementerian Belia dan Sukan...
Last. Gulung, terima kasih. Terima kasih, gentlemen dengan izin. Saya cuma hendak minta kesimpulan kepada Timbalan Menteri yang mewakili kementerian. Saya katakan tadi dengan terang, Timbalan Menteri pun katakan kalau boleh jangan ada lagi campur tangan politik baik dalam pertubuhan belia dan sukan. Kita tidak mahu lagi sejarah ada dua mesyuarat, ada dua mesyuarat berasingan satu yang legal, satu illegal, dengan izin. Kalau boleh jangan ada lagi. Sebab kita pun tidak mahu apa yang berlaku di negeri Perak ada dua kerajaan, satu legal, satu illegal. Ini semua natijah daripada kita sendiri. Kita sendiri yang menggalakkan anak-anak muda kita perhatikan perkara ini. Jadi kalau ada berlaku kepada pertubuhan-pertubuhan belia atau sukan akan datang, ada dua Mesyuarat Agong, yang satu diiktiraf dan satu lagi juga kata mereka ini disahkan. Kementerian Belia dan Sukan juga yang susah hati nanti hendak selesaikan perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian ambil maklumlah. Kita memang tidak suka perkara ini berlaku begitu kerana memberi kesan negatif kepada belia kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas setiap saranan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Belia dan Sukan sepanjang pembahasan Titah Diraja berlangsung di Dewan yang mulia ini. Akhir sekali saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama kita berganding bahu ke arah memartabatkan belia dan meningkatkan lagi mutu sukan negara ke tahap yang lebih membanggakan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekali. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk Kementerian Luar Negeri.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan pihak saya bagi memberi beberapa jawapan atas perkara-perkara yang ada di bawah jagaan Kementerian Luar Negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan menyentuh isu yang telah membawa seluruh rakyat Malaysia kepada satu kesepakatan bahawa Rejim Israel telah mengambil tindakan yang di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa dengan melancarkan serangan ke atas Gaza. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian, Tumpat, Batu Pahat, Kuala Krai, Gombak, Pendang, Marang dan Telok Intan telah menyentuh isu-isu tersebut. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian Malaysia menganggap tindakan kejam Israel ini sebagai satu tindakan sendirian atau satu hala dengan izin, unilateral yang mengetepikan norma dan prinsip kemanusiaan sejagat. Malaysia juga beranggapan bahawa tindakan kejam tersebut sebagai satu jenayah terhadap kemanusiaan atau crime against humanity dengan izin berikutan genocide yang dihasilkan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menganggotai jawatankuasa Palestin iaitu dalam akronim Inggerisnya United Nations Committee on the exercise of the inalienable rights of the Palestinian People. Dengan izin, OIC Committee of Six, on Palestine dan mengaktifkan pelbagai langkah dalam bentuk kerjasama yang membela hak rakyat Palestin. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat...
Yang Berhormat.
...Ahli Yang Berhormat sejajar dengan penerimaan usul yang telah dibahaskan oleh Dewan yang mulia ini pada 12 Januari 2009 yang lalu.
[Bangun]
Langkah-langkah sepadu telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza seperti berikut: (i) mengutus surat kepada Presiden Perhimpunan Agong PBB supaya menyambung mesyuarat ke-32 sesi tergempar khas Perhimpunan Agong PBB ke-10. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 15 dan 16 Januari 2009 berikutan kegagalan perlaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1860 tahun 2009; (ii) mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara OIC, NAM, pemimpin-pemimpin negara ahli tetapi Majlis Keselamatan PBB dan tokoh-tokoh ternama dunia supaya bertindak untuk menghentikan serangan Israel di Gaza dan mendesak PBB mengadakan mesyuarat sesi tergempar khas Perhimpunan Agong PBB ke-10;
(iii) kerajaan telah mengeluarkan sumbangan sebanyak RM3.7 juta melalui MERCY Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza yang menderita akibat serangan yang telah dihuraikan; (iv) kerajaan telah mengaktifkan semula Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin dan melancarkannya pada 8 Januari 2009 lalu. Kutipan ke tabung tersebut telah dihebahkan di media masa tempatan; (v) memberi kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO di Malaysia yang berkhidmat di Gaza untuk membantu rakyat Palestin termasuk menganjurkan dengan izin, road show bersama badan-badan bukan Kerajaan Malaysia di dalam dan di luar negeri bagi mengerakkan kempen menjenayahkan perang yang dikenal pasti sebagai satu jenayah besar; (vi) menyertai persidangan-persidangan dan mesyuarat-mesyuarat antarabangsa mengenai isu Palestin dan bantuan untuk pembangunan semula Gaza; dan (vii) akhirnya berusaha supaya tindakan kejam Israel itu boleh dihadapkan di Tribunal Jenayah Antarabangsa.
Yang Berhormat kita sambung petang Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan sehingga pukul 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung penggulungan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormatnya, bagi meneruskan penggulungan yang Tuan Yang di- Pertua benarkan saya untuk melaksanakannya, izinkan saya meneruskan dengan sedikit penerangan mengenai kedudukan yang berterusan di Palestin khususnya yang berkaitan dengan Hamas, al-Fatah dan juga kerajaan pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. Tuan Yang di-Pertua, perlu kita ulangi bahawa Malaysia menyokong kerajaan semasa Palestin ataupun government of the day dengan izin, iaitu Kerajaan Palestin yang diterajui oleh Presiden Mahmoud Abbas, seorang presiden yang telah dipilih oleh rakyat Palestin dalam satu pilihan raya Presiden yang dianggap adil dan telus. Untuk makluman Dewan yang mulia, kemenangan Hamas di dalam pilihan raya pada 25 Januari tahun 2006 telah disambut baik oleh kepimpinan Malaysia. Malaysia tidak pernah menganggap pertubuhan Hamas sebagai pertubuhan pengganas, tetapi Malaysia sentiasa merujuk Hamas sebagai kumpulan pejuang Palestin. Jika dilihat daripada usaha Malaysia di dalam arena diplomasi antarabangsa, dasar Malaysia sejak awal lagi adalah untuk mencari definisi keganasan atau terrorisme yang dapat diterima secara global yang, yang mengecualikan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan kebebasan dari pendudukan kuasa asing.
Ini merupakan salah satu usaha Malaysia yang menyokong perjuangan Hamas. Tuan Yang di-Pertua, akibat perbalahan politik yang berlaku di antara Hamas dan Fatah, Kerajaan Palestin di Tebing Barat, West Bank dengan izin, diterajui dengan oleh Presiden Mahmoud Abbas manakala Gaza dikuasai oleh Hamas. Ini merupakan krisis politik dalaman Palestin dan Malaysia tidak harus mencampuri perbalahan tersebut tetapi adalah memadai bagi kita menyeru kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya mengetepikan perbezaan politik dan kembali bersatu dalam membentuk Kerajaan Palestin. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada bantuan kemanusiaan. Pada 2 Mac yang lalu, telah diadakan satu mesyuarat antarabangsa di Kaherah di mana 80 negara telah bersidang bersama-sama dengan anjuran yang diketuai oleh Mesir sendiri. Malaysia yang turut mengambil bahagian di dalamnya telah menyampaikan beberapa pandangan dan salah satu daripadanya ialah supaya mengukuhkan lagi bantuan dan juga usaha-usaha kemanusiaan. Kerajaan buat masa ini sedang bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan Malaysia yang telah menghantar pasukan perubatan mereka ke sana. Duta Besar Malaysia di Kaherah serta pegawai-pegawainya telah memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa antara aktiviti-aktiviti jangka panjang yang dirancang terhadap hasil sumbangan Tabung Akaun Amanah Rakyat Palestin yang telah diaktifkan kembali di Kementerian Luar Negeri ialah untuk membangunkan semula Gaza. Akan tetapi, jurusan yang harus dipilih ialah untuk memberi sumbangan menerusi ikhtiar-ikhtiar perubatan, menerusi...
Minta laluan Yang Berhormat.
...Saluran-saluran yang berkaitan dengan pembinaan semula kemudahan-kemudahan yang termampu dibantu dan juga cadangan- cadangan yang mudah dilaksanakan menurut apa yang disentimenkan oleh tempatan atau menerusi pandangan negara Mesir.
Penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyanjung tinggi apa yang telah dijawab oleh Menteri tadi berhubung dengan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh NGO dari negara kita. Akan tetapi, apa yang saya terkilan adalah banyak atau pun ramai di antara anggota NGO yang Rafah telah pergi ke Mesir melalui Rafah untuk ke Gaza dengan membawa surat daripada duta kita, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir. Akan tetapi, ada di antara kita yang pergi sampai di sana, apabila kita menunjukkan surat duta kita, dikoyak oleh pihak Imigresen Mesir. Jadi, saya rasa ini satu perkara yang patut diberi perhatian oleh pihak Yang Berhormat Menteri di dalam perjumpaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ada yang kita bawa ubat iaitu drip bottle dibuang, dipecahkan drip bottle sehingga kita pun melelehkan air mata kita bawa untuk bantu sahabat kita di Gaza tetapi dibuat sebegitu oleh mereka yang berada di sempadan antara Rafah hendak masuk ke Palestin. Saya sendiri mengalami itu pada 30 Januari yang lepas. Jadi, saya rasa pihak Menteri bolehlah membawa ini kepada mesyuarat tersebut, memberi perhatian kepada isu ini dan juga dibawa ke dalam mesyuarat dengan Kerajaan Mesir. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ada...
Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan itu akan kami ambil tindakan menerusi susulan diplomatik, tetapi perlu bagi saya untuk menjelaskan bahawa tidak kurang dari lapan badan bukan Kerajaan Malaysia yang telah dibenarkan masuk ke dalam kawasan Gaza dengan membawa pelbagai kemudahan dan juga peralatan bantuan kemanusiaan.
Tinggal lagi jika peristiwa yang berkaitan dengan mana-mana pihak yang berlagak tidak diplomatik atau di luar dugaan kemanusiaan biasa, perkara ini memang harus bagi pihak kami di Wisma Putra membawanya ke perhatian pihak berkuasa Mesir. Tuan Yang di- Pertua, saya teruskan supaya...
Boleh minta penjelasan.
...Proses pendamaian di Palestin ini...
Sebentar Yang Berhormat, kemudian.
...Dapat saya kemukakan kepada Dewan...
Sudah jauh...
...Dan selepas itu, mungkin bolehlah dibangkitkan beberapa soalan yang ada kaitan dengan persoalan yang dikemukakan. Malaysia sentiasa mendesak persatuan-persatuan dunia khususnya PBB supaya memastikan kewujudan negara Palestin yang berdaulat, bebas dan merdeka. Ke arah ini, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan negara-negara OIC dan pergerakan negara-negara berkecuali atau NAM supaya bersepakat dalam usaha mendesak PBB melaksanakan usaha mencari perdamaian di Palestin. Malaysia juga turut menggesa rakyat Palestin sendiri khususnya puak Fatah dan Hamas supaya bersatu padu dan mengelakkan sengketa di antara mereka agar dapat menumpukan perhatian terhadap usaha-usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat, bebas dan merdeka.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan jangka panjang ialah untuk seterusnya mengadakan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa melalui penglibatan negara di dalam OIC dan NAM supaya mereka dapat dikenakan beberapa syarat sama ada syarat khusus ataupun syarat yang ditegaskan dalam pelbagai urusan kita mewujudkan perdamaian dan dalam konteks inilah insya-Allah Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Parlimen Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan akan mengadakan satu pameran kesedaran Gaza pada 11 Mac nanti dan insya-Allah jua akan dirasmikan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama-sama dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara. Bagi kita dalam Dewan ini, inilah peluang bagi kita mencurahkan perhatian khusus yang rasmi sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang sama-sama tempoh hari mendaulatkan perjuangan kita, mewujudkan perhatian yang khusus dan mendapatkan perhatian dunia menerusi usul khusus Dewan Rakyat sendiri...
[Bangun]
Nak bagi jalan Yang Berhormat? Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri Luar Negeri. Saya ingin pertama sekali puji kementerian kerana mengambil satu pendirian tegas dalam isu Palestin dan ini adalah satu dasar yang kita mempunyai common ground di antara pembangkang dan juga parti pemerintah. Walau bagaimanapun, kita telah dengar beberapa langkah dan dasar pendekatan yang telah dikemukakan dan juga dimaklumkan kepada Dewan ini. Akan tetapi saya ingin melanjutkan soalan ini, bagaimana berbezanya langkah-langkah ini yang kita sudah lakukan lebih kurang setengah kurun tapi isu ini belum selesai lagi. Adakah kita mempunyai satu evaluasi, kaji semula adakah langkah-langkah bantuan perikemanusiaan dan langkah-langkah yang diplomatik ini, adakah mereka berkesan sehingga sekarang nampaknya isu Palestin ini masih date log baik pun di taraf PBB atau OIC.
Saya nampak dalam isu dalam perbalahan di antara Hamas dan Fatah ini, adakah kerajaan selain daripada mendesak supaya kedua-dua pihak berdamai, adakah Kerajaan Malaysia mengambil satu pendekatan yang lebih proaktif untuk membina apa yang disebut confident building measure di kalangan dua puak ini dan apakah langkah-langkah yang lebih konkrit selain daripada kita mengiktirafkan kerajaan yang diketuai oleh Presiden Mahmoud Abbas. Seterusnya, saya juga pernah bangkitkan, untuk mengambil satu pendirian yang lebih tegas, adakah Menteri Luar Negeri atau Kementerian Luar Negeri mengambil pendekatan untuk kaji semula perjanjian-perjanjian yang bersifat militan, yang bersifat ketenteraan dengan negara-negara yang merupakan secara terus terang menyokong dan membekal senjata kepada Zionis Israel termasuk Amerika Syarikat.
Ringkaskan Yang Berhormat.
Sehubungan dengan ini, sehingga sekarang Pelabuhan Lumut dan pelabuhan-pelabuhan Malaysia ini masih service kepada Angkatan Laut Amerika Syarikat. Adakah ini memberi satu signal yang positif dalam isu ini kalau kita mengambil satu pendekatan yang menentang kekerasan, keganasan yang dilakukan oleh Zionis Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Batu. Ada pepatah menyatakan, berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Walaupun falsafah itu barangkali tidak ada kaitan secara langsung dengan perkara yang melibatkan Malaysia dengan hasratnya untuk membantu negara-negara luar dan dalam hal ini, Palestin. Apa yang Malaysia boleh bantu hanyalah dalam rangka peranannya sebagai anggota PBB. Kedua, anggota NAM dan ketiga anggota OIC, Pertubuhan Persidangan Negara- Negara Islam. Kita tidak boleh melangkaui batasan-batasan yang diadakan oleh norma dan juga peraturan antarabangsa. Misalnya salah satu daripada Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, sesuatu negara yang lain tidak boleh campur tangan dalam keadaan dan juga situasi dalaman sesebuah negara lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi yang terhad, ini sahaja. Malaysia telah banyak menggunakan jasa baiknya dan menonjolkan kepada dunia kadangkala bahawa Malaysia lebih daripada anggota negara-negara Liga Arab. Jadi ini harus Yang Berhormat terima sebagai satu peranan di hadapan yang dilakukan oleh Malaysia dan kita akan terus cari jalan bagaimana peranan ini akan terus dirasai oleh masyarakat antarabangsa. Seperkara yang harus dilihat ialah Amerika sudah berubah pimpinannya. Oleh kerana Barrack Obama baru lagi menjadi Presiden dan Hillary Clinton sebagai Menteri Luarnya baru lagi melawat Indonesia, kita memberi sedikit masa kepada mereka untuk menimbang semula beberapa nilai perantaraan antarabangsa yang ada di pihak Amerika dan juga yang ada pada kesempatan Bangsa-bangsa Bersatu. Malah saya sendiri telah menulis secara rasmi kepada Menteri Luarnya supaya dapat menimbangkan beberapa langkah baru bagi melihat semula perwujudan dan juga keadaan yang membawa kepada kedamaian. Bagi menjawab soalan ataupun perkara yang dibangkitkan tentang peranan kawasan-kawasan di timur jauh khususnya di Lumut misalnya, ini adalah hal yang telah dikaitkan dengan kerjasama awalan dengan Amerika Syarikat. Bukan bermakna bahawa jika pangkalan di Lumut itu diguna pakai oleh pihak- pihak tertentu, maka lantas kita mengiktiraf pula tentang peranan Amerika membantu pihak Israel. Soal bekerjasama dalam bidang-bidang ketenteraan adalah soal lain. Namun bekerjasama dalam bidang memberi peralatan dan juga beberapa kemudahan pelabuhan boleh kita timbangkan dalam urusan bekerjasama yang lebih luas. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terus kepada isu lain iaitu isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand.
Yang Berhormat Menteri, minta laluan.
Sebentar ya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang ada menyentuh mengenai isu Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
Bangun kemudian Yang Berhormat.
Kerajaan Malaysia mengambil pandangan bahawa masalah ...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Kalau saya tidak bangkit kepada Tuan Yang di-Pertua, bermakna nak meneruskan ucapan saya.
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke topik lain.
Ya, Yang Berhormat boleh bangun kemudian Yang Berhormat.
Dan kita perlu beri sedikit sehingga saya habis para ini. Kerajaan Malaysia mengambil pandangan bahawa masalah-masalah di Wilayah Selatan Thailand dan Filipina adalah masalah dalaman Kerajaan Thailand dan Filipina. Sebarang peranan yang ingin dimainkan oleh Malaysia di wilayah-wilayah tersebut perlu mendapat persetujuan Kerajaan Thailand dan Filipina terlebih dahulu. Malaysia sentiasa memainkan peranan yang proaktif untuk membawa keamanan di Wilayah Selatan Thailand dan Filipina. Peranan Malaysia di Selatan Thailand kini adalah tertumpu kepada usaha-usaha yang bertahap melalui program membina keyakinan dikenali sebagai Inisiatif 3E iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan juga Pekerjaan atau dengan izin, education, entrepreneurship dan employment. Program pembangunan sosioekonomi melalui pembangunan infrastruktur dan latihan vokasional menerusi GiatMara. Peranan Malaysia di Selatan Filipina pula adalah sebagai fasilitator rundingan damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro. Walaupun Malaysia mempunyai hubungan dua hala Tuan Yang di-Pertua, yang rapat dan mesra dengan Kerajaan Thailand dan Filipina, namun Kerajaan Malaysia tetap prihatin dan mengambil berat terhadap apa yang berlaku di Wilayah Selatan Thailand dan Filipina dengan cara: (i) sentiasa membangkitkan isu Wilayah-wilayah Selatan tersebut dengan pucuk pimpinan tertinggi Kerajaan Thailand dan Filipina dalam setiap pertemuan dua hala yang diadakan; dan
(ii) menawarkan bantuan dalam cara dan bentuk yang difikirkan sesuai dan berpatutan oleh kerajaan Thailand dan Filipina. Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik yang sedia ada dalam usaha membawa keamanan ke wilayah Selatan Thailand dan Filipina tanpa menjejaskan hubungan dua hala yang baik dengan kedua-dua kerajaan tersebut. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua beralih kepada isu ASEAN.
Tidak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara saya hendak timbulkan. Pertama saya hendak minta Yang Berhormat Menteri berkongsi dengan Dewan tentang progress atau pencapaian jawatankuasa kerjasama antara sempadan, antara Malaysia dengan Thailand khususnya menjurus persoalan penyelesaian terhadap masalah Selatan Thai, yang pertama.
Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya sedang membaca akhbar online Liberation Fan’s yang baru sahaja memuatkan berita terbaru tentang Malaysia dan saya fikir hal ini agak mendesak dan saya mohon agar Yang Berhormat Menteri dapat memberikan sedikit tumpuan. Ianya adalah berkaitan dengan laporan terperinci yang memetik sumber Polis Diraja Malaysia yang bersumberkan laporan beramaran daripada salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan seorang gadis Mongolia yang disiarkan pada hari ini oleh surat khabar antara yang terbesar circulation nya di Perancis. Ini memberikan kesan kepada negara Malaysia kerana saya fikir ini skop yang diperoleh melalui akhbar ini yang bersumberkan laporan Polis Diraja Malaysia. Dia memetik di sini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dia memetik di sini bersumberkan; “Report from the Malaysia police reveals dry and precise descriptions as to how this young woman has been killed. In this document, one of the killers, a policeman of the Malaysian Special Branch named Sirul Omar, replied to the questions of an officer at a police station. When the Chinese women saw that I was taking a gun, she begged me to spare her, saying she was pregnant.”
Yang Berhormat ...
Saya sebut sumber ini kerana dia memberi kesan kepada reputasi Malaysia.
Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya takut kes ini bercanggah dengan peraturan mesyuarat Yang Berhormat, case in the court, dalam mahkamah.
Saya hendak bertanyakan, bagaimanakah peranan kementerian terhadap laporan sebegini ...
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya mengasaskan hak saya untuk meneruskan ucapan sebab apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang tiada kaitan langsung dengan mana-mana isu yang dibangkitkan dalam soal dasar Kementerian Luar.
Ini memberikan kesan terhadap nama baik Malaysia Yang Berhormat Menteri. Ini memetik sumber polis. Yang Berhormat Menteri ...
Tinggal lagi di atas. Saya mempunyai hak untuk berdiri dan menjelaskan pendirian Kementerian Luar. Saya minta Yang Berhormat duduk oleh kerana ini adalah arahan dari Tuan Yang di-Pertua Dewan.
Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, ini adalah cerita bocor maklumat polis kepada akhbar...
Cerita bocor Yang Berhormat, macam-macam yang bocor. Salah satu ialah pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan isu di depan kita. Ini adalah spekulasi Yang Berhormat harus tuliskan dan kita tidak boleh menerima apa yang dispekulasi oleh Yang Berhormat sebagai salah satu daripada tema menjawab bagi saya. Tuan Yang di-Pertua, harus memberi penghormatan terhadap soal tersebut.
Menteri, ini perkara mendesak, bocor maklumat daripada polis.
Yang Berhormat cukuplah. Menteri sudah beri penjelasan.
Mengenai sempadan Yang Berhormat Machang kemukakan, setakat ini mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan di antara kedua-dua negara sangat memberangsangkan dan tiada apa-apa isu yang dibangkitkan yang membolehkan Malaysia untuk mengemukakan dalam bentuk tidak puas hati ataupun bagi negara Thailand untuk mengemukakan pada Malaysia sebagai isu yang masih berbaki...
[Bangun]
[Bangun]
Duduk dahulu Yang Berhormat, saya akan panggil nanti.
Oleh kerana exercise atau tindakan ini masih berjalan, saya sukacita untuk menyampaikan kepada Yang Berhormat kemudian perkara- perkara yang sampingan yakni yang melibatkan kawasan-kawasan di Selatan Thai yang mungkin ada kaitan dengan hak-hak yang dituntut berkaitan dengan kemanusiaan dan juga bantuan-bantuan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik seperti yang saya sebut sebentar tadi dan apa-apa query yang timbul daripada sama ada Filipina dan Thailand kita akan lunaskan di bawah JCM atau Joint Commission Meeting antara kedua-dua negara. Malah pada bulan Julai, Malaysia dan Thailand khususnya akan mengadakan mesyuarat dan berkemungkinan besar Perdana Menteri Malaysia pada masa itu akan bersama-sama dengan pimpinan Thailand bagi mengorak satu lagi era baru dalam rangka kerjasama antarabangsa bagi kedua-dua negara. Tentang Filipina, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru sahaja berunding dengan Presiden Arroyo semasa mengadakan mesyuarat Summit baru-baru ini di Hua Hin Bangkok dan sepucuk surat yang telah ditulis oleh Presiden Filipina kepada Perdana Menteri Malaysia sedang kita teliti berkaitan dengan rayuan supaya Malaysia terus memainkan peranan sebagai pihak yang memantau keadaan di Mindanao. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terus kepada isu-isu berkaitan dengan ASEAN.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Kemudian Yang Berhormat.
Ingin saya di sini menyentuh pula tentang isu- isu Asean yang kebanyakannya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di atas inisiatif Malaysia, sidang kemuncak ASEAN ke- 14 yang berlangsung di Hua Hin baru-baru ini telah bersetuju supaya isu pelarian Rohingya ditangani bersama di peringkat ASEAN dengan kerjasama negara asal yakni yang melibatkan diri dengan perkara-perkara transit dan penerimaan lawatan yang dilakukan oleh pelbagai pihak.
Sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bukankah dalam banyak negara di mana berlakunya huru-hara dan perang saudara adalah kerana kedaulatan undang-undang tidak dipertahankan. Semalam dalam TV saya nampak Yang Berhormat Menteri telah pun memberi satu pandangan yang agak mengejutkan dan membimbangkan iaitu dikatakan di negeri Perlis, Perak dan Terengganu dikatakan kalau Tuanku Sultan telah memilih mana-mana Menteri Besar ...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Apa kaitan dengan ASEAN Yang Berhormat telah bangkitkan?
Yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan menghormati undang-undang yang kita kata ditafsirkan oleh mahkamah.
Yang Berhormat ...
Yang Berhormat Menteri seakan-akan menggalakkan tindakan pelaksanaan tanpa merujuk kepada ...
Yang Berhormat, kita sedang dalam Kementerian Luar Yang Berhormat.
Saya sekarang ini maksudkan apa yang berlaku di luar negara kita ini, adakah Yang Berhormat Menteri ini menggalakkan tidak mengikut undang-undang dengan tafsiran dibuat oleh mahkamah dalam Perlembagaan. Apakah pengajaran yang kita dapati daripada luar negeri?
Cukuplah Yang Berhormat.
Dapatkah Menteri ...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri telah memberi pendapat yang amat mengejutkan.
Haluan soalan Yang Berhormat itu tidak berkaitan dengan masalah Rohingya ataupun ASEAN yang saya cuba huraikan di Dewan ini.
Saya tadi tiada izin ...
Justeru saya pohon Ahli Yang Berhormat menumpukan kepada isu ini, saya akan cuba jawab. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua ialah pemimpin ASEAN bersetuju supaya perkara ini kita tangani secara berperingkat yakni soal Rohingya.
Cukuplah Yang Berhormat.
Peringkat-peringkat ini bermula dengan pengumpulan data mengenai jumlah sebenar dan kategori pelarian Rohingya yang meninggalkan negara Myanmar. Dalam hal ini Setiausaha Agung ASEAN dengan kerjasama Kerajaan Myanmar telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Pemimpin ASEAN juga bersetuju supaya isu Rohingya turut dibincangkan di persidangan Bali mengenai penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan jenayah berkaitan yang merentasi sempadan yang dijadualkan diadakan di Bali Indonesia pada pertengahan April.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang prinsip none intervention ASEAN dengan izin, walaupun ASEAN berpegang teguh kepada....
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
...Prinsip tidak campur tangan...
Sebentar, sebentar.
...Terhadap masalah dalaman negara anggota yang lain, namun terdapat pendekatan seperti constructive engagement dengan izin, di mana isu-isu yang dianggap boleh membangkitkan masalah dan beban kepada ASEAN boleh diketengahkan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Khususnya yang melibatkan keamanan dan kestabilan serantau. ASEAN adalah sebuah organisasi yang dinamik, ASEAN perlu membuka ruang pilihannya dan juga kemungkinan-kemungkinannya yang dibuka dari semasa ke semasa untuk teguran pelbagai pihak yang menganggotai badan ini. Mengambil kira tahap pembangunan ekonomi yang berbeza di kalangan negara- negara anggota ASEAN, maka ASEAN perlu meneliti dan mempertimbangkan semua faktor.
ASEAN boleh belajar dari Model Kesatuan Eropah dari hal strateginya seperti liberalisasi perdagangan dan pelaburan untuk mengintegrasikan semua negara anggota ASEAN dan tidak perlu mengikut semua cara yang dibuat oleh Kesatuan Eropah. ASEAN mempunyai visinya sendiri iaitu Visi 2015 bagi mencapai perpaduan, kesatuan dan kemakmuran ekonomi di rantau ini.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menghargai apabila Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa Malaysia mengambil inisiatif membawa isu pelarian Rohingya semasa sidang kemuncak ASEAN. Akan tetapi saya ingin bertanya dengan lebih lanjut kerana saya juga pergi ke Bangkok dalam lawatan ASEAN InterParliamentary Myanmar Caucus dan di sana saya lihat inisiatif Thailand sehinggakan Menteri Luar Thailand, Menteri Luar Singapura bertemu dengan kami, dengan sokongan daripada Menteri Luar Indonesia untuk membincangkan antara lain isu pelarian Rohingya sehingga sebelum Perdana Menteri Thailand ke Hua Hin, pertemuan lain ASEAN, beliau bertemu dengan kami. Malangnya, bagi pihak Malaysia Yang Berhormat Menteri, tidak bersetuju untuk berjumpa dengan wakil-wakil daripada ASEAN InterParliamentary Myanmar Caucus. Jadi pertama, saya mempersoalkan, kenapa kalau benar inisiatif Malaysia yang bawakan isu pelarian Rohingya, kenapa tidak mahu bertemu dengan wakil-wakil dari ASEAN InterParliamentary Myanmar Caucus dan kalau bercakap mengenai constructive engagement, bukankah ini salah satu teras utama dalam kita mengadakan constructive engagement. Berjumpa dengan kesemua kumpulan, apatah lagi yang diberikan recognition, pengiktirafan seperti AIPMC. Isu kedua, Yang Berhormat Menteri sudah sebut tadi tentang regional grouping yang mahukan ASEAN menjadi satu economic community dengan izin Tuan Yang di- Pertua, menjelang 2015. Ada dua prasyarat yang telah dilakukan oleh European Union. Bukanlah kita akan mengikut setiap langkah yang mereka buat, tetapi saya ingin tanya apakah perancangan kementerian memandangkan di dalam ASEAN ini terlalu besar jurang ekonomi antara negara-negara yang menjadi member countries of ASEAN dan kedua di Myanmar itu sendiri, pembangunan institusi kewangan jauh daripada apa yang kita harapkan, apatah lagi dari segi sosial dan isu hak asasi manusia dan kalau dalam isu pelarian Rohingya pun kita tidak berani ke hadapan sangat apatah lagi dalam membina satu kesatuan ekonomi menjelang 2015. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih.....
Jawab sekali....
[Bangun]
Sebentarlah Yang Berhormat.
...Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua....
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Sebenarnya saya tidak ada menerima apa- apa surat daripada Yang Berhormat di atas hasrat hendak bertemu. Jadi mesyuarat sidang kemuncak ini diadakan di Hua Hin. Saya maklum iaitu beberapa pihak telah mencuba menemui beberapa pemimpin di negara-negara seperti Myanmar, Kemboja, Brunei dan lain-lain dan tidak semua hasrat mereka itu dapat dipenuhi oleh pihak-pihak berkuasa di Hua Hin pada masa itu. Tinggal lagi sekiranya Yang Berhormat masih menekankan tentang hasrat untuk mengemukakan beberapa pandangan berkaitan dengan Rohingya ini kami di Wisma Putra bersedia untuk bertemu dengan Yang Berhormat pada masa yang boleh kita tetapkan kemudian. Saya perlu menegaskan Tuan Yang di-Pertua, isu Rohingya ini kami yang bawa kementerian persidangan tersebut.
Oleh kerana keadaannya agak membimbangkan setelah rakan-rakan ASEAN membangkitkan isu ini dalam konteks manusia yang dihadapkan dengan pelbagai masalah hidup setelah meninggalkan kawasan-kawasan mereka sama ada di Myanmar ataupun kawasan-kawasan yang lain. Justeru Setiausaha ASEAN telah memutuskan menerima pandangan Malaysia supaya datanya dahulu kita kumpulkan dan setelah maklumat ini jelas, maka ASEAN akan cuba mencari jalan keluar atau solution menghadapi masalah ini khususnya penjurusan terhadap Myanmar dan kedua, terhadap Thailand. Tuan Yang di-Pertua, tentang perancangan Malaysia berhubung dengan ekonomi negara-negara yang tidak setara di dalam ASEAN. Ini kami tidak dapat lakukan bersendirian kecuali menerusi Caucus ASEAN dan juga bimbingan yang boleh diberi menerusi kepakaran di Secretariat ASEAN nanti. Saya yakin pada bulan Julai apabila para menteri kewangan juga akan terlibat, hal seperti ini akan dapat kita tumpukan dengan lebih mendalam dan beroleh beberapa idea baru bagi kita meneruskan perjuangan kita menerusi gagasan ekonomi dan juga politik serta keselamatan di ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu Myanmar, pendemokrasian di Myanmar yang juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Lembah Pantai dan Telok Intan, ingin saya memaklumkan bahawa Malaysia terus memberi sokongan.....
Sedikit sahaja tambahan.
...Kepada Kerajaan Myanmar dalam usahanya untuk menjadikan sistem politik yang lebih terbuka dan seterusnya membawa pendamaian di negara tersebut. Ini selaras dengan pendekatan yang diambil oleh ASEAN ke atas Myanmar melalui dengan izin, constructive engagement tadi. Malaysia dan negara- negara anggota ASEAN yang lain sentiasa memberi sokongan penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memujuk Kerajaan Myanmar agar mengambil langkah- langkah yang perlu bagi membawa demokrasi di negara tersebut. Usaha ini dilakukan melalui wakil khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar, Dr. Ibrahim Gambari.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. Kalau begitulah memang benar inisiatif Malaysia saya hanya pohon, kalau lain kali kerana dalam perancangan AIPMC dipimpin oleh Ahli Parlimen Thailand Kraisak Chunvahen, telah memberi notis kepada semua Menteri Luar sehinggakan Singapura pun bersedia. Daripada Singapura ini, Menteri Luar Singapura bersedia untuk bertemu membincangkan banyak perihal berkenaan Myanmar. Bagi Malaysia pula, kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang berbunyi, saya quote, “Sent the Muslim boat people back”. Mungkin mewujudkan sedikit kekeliruan kepada keberanian ataupun kesediaan Malaysia untuk memperjuangkan hak mereka. Terima kasih.
Sama Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan....
Ini isu yang sama dengan Myanmar.
Ya, teruskan Yang Berhormat.
[Bangun]
[Bangun]
Apa pasal Menteri tidak bagi?
Iaitu rentetan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai...
Yang Berhormat, kemudianlah Yang Berhormat.
Lebih baik fotostatlah.
Oleh sebab perkara ini adalah sebenarnya perkara yang ditadbir sendiri oleh pihak Thailand. Kami berada di wilayah lain dan pada dua hari sahaja....
[Bangun]
...Justeru pertemuan dengan pihak-pihak tertentu tidak dapat dilakukan mengikut jadual yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak yang hendak bertemu. Namun bagi saya, soal ini bukanlah soal yang merunsingkan oleh kerana kita boleh berbincang dan menerima pandangan-pandangan ataupun cadangan- cadangan daripada pihak-pihak yang bersimpati dengan kumpulan masyarakat Rohingya ini.
Berkaitan dengan apa yang dianggap sebagai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, saya yakin sekiranya...
[Bangun]
...Asas kenyataan beliau itu dianalisis...
Tengok kanan sama.
...Juga dikenakan dengan padanan kita dengan fakta yang wujud, mungkin apa yang telah dibuat telahan itu tidak menepati apa yang telah dijangka oleh Ahli Yang Berhormat. Dalam masa yang sama Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN akan sentiasa menekankan pentingnya semua tahanan politik ataupun mereka yang ditahan di bawah kuat kuasa undang-undang di Myanmar dapat dihuraikan oleh negara tersebut menjelang pilihan raya mereka pada tahun 2010.
Boleh tidak?... Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua tadi soalan- soalan daripada sebelah sana itu bertanya seolah-olah Kerajaan Malaysia tidak berbuat apa-apa. Saya hendak tanya sama ada kemungkinan Menteri Luar kita sekarang mungkin dia sedar, mungkin dia ketahui bahawa satu ketika beberapa tahun lalu keputusan dibuat untuk membantu anak-anak Rohingya ke sekolah, mendapat pekerjaan dan bekerjasama dengan UNHCR. Akan tetapi apabila perkara ini didengari maklumat sampai ke Myanmar dan berpuluh-puluh bot bawa datang bawa orang baru. Maka kerajaan tidak berani lagi membuat apa-apa yang positif untuk menolong golongan ini. Jadi saya hendak tanya.....
Sedikit sahaja tambahan sedikit.
...Sama ada pembangkang tahu dan sama ada Yang Berhormat Menteri ingat lagi benda itu.
Tambahan sedikit mengenai pelarian Rohingya di Malaysia, sedikit ya. Di Ampang Tuan Yang di-Pertua paling banyak sekali orang-orang Rohingya, ya. Menteri tinggal di Ampang, dekat rumah saya juga. Jadi saya hendak tanya tentang usaha Kerajaan Malaysia satu ketika pada 2006 yang mana kita telah meminta bayaran wang sebanyak RM90 kepada setiap pada 5,000 orang Rohingya datang untuk mendapatkan IM13. Akan tetapi seminggu selepas program itu dilancar dan diberhentikan kita hendak tahu apa kedudukan duit yang telah dikumpulkan dan apakah tindakan selanjutnya? Apakah usaha-usaha kita dalam membantu rakyat Rohingya ini yang kebanyakannya mereka adalah orang Islam? Baru-baru ini yang meninggal di Ampang alhamdulillah dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor kami telah membuat bantuan untuk menunaikan semua kos pengebumian dan sebagainya. Jadi saya minta Menteri tolong.
Minta penjelasan Rohingya.
Saya cuba memberi penjelasan sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan Yang Berhormat Padang Besar yang masih ingat sejarah baik budi Kerajaan Malaysia. Sebenarnya kita akui ada beberapa langkah kebajikan yang dihulurkan menerusi badan-badan bukan kerajaan dan berita tersebut memang merebak dan selepas itu kedatangan masyarakat ini boleh dikatakan agak meningkat dari masa ke semasa. Dalam proses demikianlah dipersoalkan bagaimana mereka datang ke negara ini. Terakhir diberi maklumat bahawa melebihi 14,700 orang berada di seluruh negara Malaysia dan sekian ramai pula berada di Indonesia. Bilangan yang berada di negara Thai tidaklah diketahui tetapi menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mereka juga di sana meningkat kepada angka yang agak merunsingkan. Dengan lain perkataan, exodus dengan izin, dari Teluk Burma ini ke selatan terus menerus berjalan. Sekiranya Malaysia tidak mengadakan rundingan terus dengan pihak-pihak yang berwajib dalam ASEAN hal ini akan terletak pada bahu Malaysia sahaja. Justeru perundingan kolektif perlu diadakan dan ini sedang berjalan pada masa ini dengan jasa baik setiausaha ASEAN dan pihak sekretariat di Jakarta itu akan menjalankan usaha mereka bersama-sama dengan kerjasama Myanmar, Thailand Malaysia dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua pandangan atau soalan dari Ampang tidak dapat saya beri penjelasan sebab ini tidak berada dalam lingkungan pengetahuan Wisma Putra iaitu tentang kutipan derma tersebut. Namun saya akui bahawa pada masa ini keramaian masyarakat Rohingya di Malaysia adalah sesuatu yang perlu diberi perhitungan dan perhatian. Dan saya sendiri mempunyai satu jadual yang terdekat untuk berbincang dengan pihak berkuasa UNHCR supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meneliti perkara ini dari sudut undang-undang antarabangsa dan juga mengenakan beberapa langkah atau mengambil langkah-langkah positif supaya masalah ini dapat membantu ASEAN mengatasinya. Tuan Yang di-Pertua mohon izin Tuan Yang di-Pertua oleh kerana tidak banyak lagi isu yang hendak saya kemukakan untuk jawapan berpindah perkara-perkara yang melibatkan Sri Lanka...
Sila Yang Berhormat.
Boleh UNHCR dahulu boleh sedikit.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Tentang pelarian. Adakah kerajaan tadi sebut tentang kerjasama dengan UNHCR adakah kerajaan bercadang atau merancang untuk mengiktiraf International Convention on Refugees yang membolehkan kerajaan mempunyai satu peralatan yang lebih efektif untuk membantu dan juga menapis pelarian yang genuine, yang betul. Saya agak masalah yang keramaian yang banyak yang datang ini mungkin terlibat economic refugees dan juga political refugees. Dari segi kerajaan yang boleh bantu kemampuan kerajaan kita harus mengambil pendekatan yang lebih tepat untuk membezakan kedua-dua. Saya ingin tahu apakah langkah kerajaan untuk melakukannya. Dan dari segi bertaraf ASEAN adakah ASEAN mengambil isu pelarian ini sebagai satu isu yang serius kerana Malaysia adalah salah satu negara yang akan terima banyak pelarian baik pun dari Selatan Thailand atau Selatan Filipina dan juga Myanmar. Dan saya percaya kita perlukan satu regional approach dalam isu ini dan apakah inisiatif kementerian dalam isu ini. Last sekali, terakhir sekali adalah isu ASEAN. Jelasnya pelarian tidak dapat diselesaikan kalau masalah politik di Myanmar ini tidak dapat selesai. Pendekatan constructive engagement ini sudah kita berlarutan sudah tiga dekad tetapi tidak nampak ada penyelesaian yang satu perkembangan yang positif di Myanmar. Adakah ASEAN bercadang untuk mengambil satu pendirian yang lebih tegas, satu dateline yang tegas kepada Kerajaan Junta Myanmar supaya pendemokrasian ini harus dilakukan dateline itu. Road map sehingga sekarang sudah hilang tidak nampak ada apa-apa road map.
Kerajaan Malaysia dahulu merupakan salah satu sebuah negara yang membuat inisiatif untuk mengambil Myanmar dalam ASEAN dan seterusnya kita juga mengambil inisiatif untuk membantu dalam pendemokrasian Myanmar. Akan tetapi nampaknya kita telah hilang kepimpinan leadership dalam isu ini. Adakah Menteri sekarang mempunyai komitmen untuk melakukan ini dalam tempoh Yang Berhormat Menteri memegang jawatan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua soalan Yang Berhormat ini lapis berlapis jadi saya gulungkan dalam satu kesimpulan. Pertama azam Malaysia di dalam ASEAN untuk melihat Myanmar menyempurnakan tanggungjawabnya peta ke arah demokrasi ini sebagai satu realiti. Yang Berhormat harus maklum iaitu proses mengubah sistem sesebuah negara bukan semudah mana yang dapat kita tanggap di Dewan ini. Ini adalah bergantung kepada sejarah serta kemasyarakatan mereka kebergantungan mereka kepada situasi politik yang tertentu. Walau bagaimanapun kita akui Malaysialah yang pada awalnya menjalankan pelbagai usaha dan langkah supaya peta ke arah pendemokrasian berjalan mengikut jadual yang selesa diikuti oleh ASEAN.
Namun saya akui juga iaitu pada saat ini setelah berubahnya ibu negara Myanmar dari Yangon ke Naypyidaw maka perubahan itu menimbulkan beberapa perubahan sosial dan politik yang di luar kemampuan kita untuk mengulas dan menentukannya...
[Bangun]
Walau bagaimanapun, pengiktirafan terhadap usaha ini sudah pun dilandaskan dan apa yang disebut sebagai peta ke arah demokrasi ini...
Sebentar Yang Berhormat.
...Akan kita susul terus-menerus dengan adanya perubahan pentadbiran yang besar di bawah ASEAN...
Minta laluan.
...Sekretariat di Jakarta pada masa ini.
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua...
Sebentar Yang Berhormat.
...Mengenai pengiktirafan konvensyen yang berkaitan dengan orang-orang pelarian atau refugee ini ia adalah sesuatu yang perlu kita lihat dari segi kepentingan negara kita. Pertama, jika konvensyen ini diterima pakai hanya dengan begitu, maka Malaysia akan menjadi satu tong menampung semua orang yang lari dari negara-negara sama ada dalam kawasan geografi Asia ataupun di Tenggara Asia ataupun di satu-satu negara yang menganggotai kesatuan dalam Asia dan juga ASEAN. Sedangkan apa yang berlaku di Myanmar sendiri ini tidak dapat kita atasi dengan tindakan tegas semata-mata tetapi mesti melibatkan...
Minta laluan.
...Diplomasi dan juga tindakan yang boleh disekutukan menerusi ASEAN. Tuan Yang di-Pertua, perlu juga dengan jawapan sedemikian disebutkan iaitu bukanlah ini bermakna UNCHR dan usaha-usahanya itu menerusi lunasan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak kita sokong. Kita perlu menyokongnya tapi pada masa yang sama kita mesti melandaskan kepentingan negara kita juga daripada asakkan kedatangan orang-orang pelarian ini.
Apatah lagi pada masa ini negara kita didatangi oleh berjuta orang dalam menentukan suasana kepentingan kehidupan mereka dan juga tentang agihan tenaga manusia yang pada masa ini merupakan masalah dan beban kepada negara kita...
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan jawapan ringkas ini kepada isu di Sri Lanka...
Minta laluan boleh tidak? Lama tunggu ini.
Tak apa, tak apa.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, pelarian Myanmar yang ada di negara kita bukan sahaja Rohingya, ada juga Kumpulan Chin. Kumpulan Chin, mereka kebanyakan Kristian, dan Kristian ini lebih mudah kita hantar keluar oleh kerana negara-negara maju sanggup menerima mereka, kerana mereka agamanya Kristian tetapi bagi Rohingya mereka menolak kerana Rohingya adalah Islam. Maka inilah menjadi masalah kepada semua. Jadi saya hendak tanya sama ada Kementerian Luar Negeri kita mampu mencari jalan supaya selain daripada Chin ini, Rohingya dapat juga diterima di negara-negara maju. Kalau tidak diterima adakah kita juga hendak mengusahakan satu inisiatif supaya negara- negara Islam yang kaya (bukan yang miskin) dapat membantu dalam apa sahaja, sama ada mereka mampu menerima mereka atau mampu memberi dana yang mencukupi bagi membantu kehidupan mereka di mana negara pun. Jadi saya hendak tanya adakah inisiatif seperti ini?
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Pengalaman beliau sebagai bekas Menteri Dalam Negeri tentunya memberi imbasan kepada pelbagai dasar yang pernah kita laksanakan dalam kerajaan dan kepada beliau. Saya ucapkan terima kasih. Tentang kumpulan Chin belum ada lagi isu yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi ASEAN ataupun menerusi hubungan dua hala yang dilakukan oleh negara kita. Oleh yang demikian, sebelum Kementerian Luar Negeri membuat apa-apa penegasan tentang kumpulan tersebut kita beranggapan begini iaitu barang siapa yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah maka mereka perlu tertakluk kepada undang-undang Imigresen Malaysia. Samalah halnya dengan Rohingya pada masa ini. Walau bagaimanapun, masyarakat Rohingya yang terletak pada pelbagai kawasan geografi di Malaysia ini sekarang memerlukan kajian yang amat mendalam. Menjurus kepada itu kita telah memberi satu isyarat dan maklumat penting kepada Sekretariat ASEAN supaya Rohingya itu diutamakan. Tinggal lagi apabila muncul masalah khususnya melibatkan data yang banyak pada satu ketika nanti tentang Kumpulan Chin maka kita akan membuat satu kesimpulan. Pada masa ini kita hanya berjaga-jaga terlebih dahulu dan saya tidak akan keberatan Tuan Yang di-Pertua untuk menyahut pandangan Yang Berhormat Padang Besar supaya hal ini dibangkitkan dalam tempoh yang terdekat dalam urusan bilateral atau hubungan dua hala kita dengan negara-negara yang berkenaan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua secara ringkas mengaitkan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia mengambil pendirian bahawa soal pergolakan di dalam Sri Lanka adalah isu dalaman negara tersebut. Walaupun begitu, pihak Malaysia sentiasa gigih berusaha memperkembangkan hubungan dengan Sri Lanka terutama di bidang-bidang ekonomi, pelaburan dan pembangunan modal insan. Pihak Malaysia berharap supaya inisiatif sedemikian dapat membantu rakyat Sri Lanka mencari penyelesaian adil dan menyeluruh kepada konflik berkenaan menerusi proses perundingan. Walau bagaimanapun, sekiranya diperlukan maka kita boleh menyuarakan beberapa langkah dalam bidang kemanusiaan.
Ini pun telah diusahakan oleh beberapa pihak dan kementerian ini sedang meneliti anjuran-anjuran tersebut untuk dijadikan sebagai cadangan kepada pihak-pihak yang bertauliah dan bertanggungjawab. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usaha kita membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Diraja yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Luar Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Baling yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong khususnya dalam soal-soal agama Islam. Sebagai Ketua Agama Islam di negara ini Titah Duli Tuanku perlulah dijadikan asas panduan bagi memastikan toleransi beragama, keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini terus dipelihara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat mahukan penjelasan kenapa ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencabar fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan contohnya fatwa yoga di mana ia jelas menunjukkan tidak ada kesepakatan dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Itu dakwa beliau. Dalam membahaskan sesuatu isu yang memerlukan hukum syarak, isu-isu yang dikemukakan tersebut akan dikaji dengan terperinci terlebih dahulu oleh Panel Kajian Syariah dan Panel Kajian Akidah JAKIM. Mengikut amalan, setelah kertas kajian ini dibahaskan secara mendalam di peringkat kedua-dua panel ini ia akan dibentangkan pula di dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia untuk dipertimbangkan. Kaedah dan prosedur yang diguna pakai dalam menentukan sesuatu hukum atau pandangan syarak adalah dibuat berdasarkan prinsip syura atau kesepakatan semua Ahli Jawatankuasa Fatwa yang terdiri dari mufti-mufti seluruh negeri dan ahli-ahli atau pakar-pakar yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Setakat ini tidak timbul sebarang isu tiada kesepakatan atau percanggahan dalam menentukan sesuatu hukum. Pihak-pihak yang mencabar keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa contohnya dalam isu yoga adalah terdiri daripada pihak- pihak yang berkepentingan dan yang bukan yang terdiri daripada alim ulama. Mereka juga bukan ahli pakar dalam bidang hukum-hakam Islam atau yang diberi autoriti dalam penentuan hukum syarak.
Yang Berhormat Jerai memohon agar kerajaan...
[Bangun]
Boleh minta penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini saya ingin bertanya sebab ramai lagi yang masih keliru. Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa yoga itu haram. Akan tetapi kita melihat bahawa yoga itu sebagai satu amalan untuk kesihatan. Cuma mungkin yang haramnya bagi umat Islam apabila dia beryoga dan membaca mantera-mantera yang kita sendiri tidak faham. Apakah benar itulah yang dimaksudkan ataupun sebaliknya?
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana punca yoga itu adalah daripada satu amalan agama lain yang memasukkan elemen meditasi dan mantera, maka, pengamal-pengamal yang mengasingkan exercise dengan izin, ataupun senaman masih juga berasal dan berpunca daripada sumber yang sama. Oleh sebab itu, daripada melakukan sesuatu syubhah, lebih baiklah kita mengelakkannya.
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum atau fatwa itu hanya untuk orang Islam dan bukan untuk orang bukan Islam. Ini harus difahami. Exercise yang terbaik Yang Berhormat ialah melalui solat.
[Bangun]
Ada kajian yang dibuat secara saintifik, solat yang banyak itu lebih kuat daripada yoga daripada kekuatan apa pun perkara yang diperlukan, Yang Berhormat.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita gunakan hujah yang seperti mana yang disebutkan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem demokrasi liberal ini berpunca daripada tamadun barat yang menganggap bahawa manusia ini adalah the centre of the universe dan kebenaran itu akan ditentukan berdasarkan kepada suara majoriti. Kalau kita hendak menggunakan hujah seperti mana yang dikemukakan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem kapitalisme adalah berasal daripada satu kepercayaan bahawa manusia ini adalah haiwan ekonomi yang mana keperluannya adalah food, shelter dan sex. Kalau kita hendak gunakan falsafah atau pendekatan yang sebegitu, maka saya rasa kita akan dapati bahawa banyak daripada amalan-amalan yang sedang kita lakukan sekarang ini mempunyai asas-asas yang pada dasarnya datang daripada kefahaman yang kemungkinan bercanggah dengan Islam. Namun setelah Islam dan umat Islam melihat ada hikmat, ada kebijaksanaan dan ada kebenaran dalam amalan-amalan itu, maka amalan-amalan ini diambil dengan ditolak falsafah yang pada asalnya merupakan asas dan dasar kepada amalan yang sedemikian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengasingkan antara soal muamalat dengan soal akidah apatah lagi kalau Yang Berhormat daripada Shah Alam dari parti yang berdasarkan Islam. Oleh yang demikian, perkara- perkara muamalat dan perkara-perkara yang tidak melibatkan akidah memang kita boleh guna pakai untuk kepentingan ummah dan kepentingan kesejagatan apatah lagi dalam sistem demokrasi...
[Bangun]
Akan tetapi kalau sesuatu itu melibatkan akidah dan dalam meditasi serta di dalam amalan yang dilakukan itu menyekutukan diri dengan penciptanya, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima di dalam Islam. Itu sebabnya Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ia harus ditolak.
Kalau pula yoga itu tapi meditasinya tasbih kepada Allah, salahkah itu?
Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut bahawa dari sudut muamalatnya, dari segi amalan-amalan yang tertentunya kalau kita nampak ada kebijaksanaan dan ada manfaatnya, maka tidak ada masalah asalkan kita menolak akidah, kepercayaan, mantera-mantera dan konsep seperti mana yang disebutkan tadi. Dalam amalan yoga ini saya rasa ramai daripada orang Islam yang mengamalkannya tidak memahami, tidak menghayati dan tidak sedar sekalipun bahawa ia ada konsep percantuman di antara manusia dengan Tuhan, dengan alam dan sebagainya. Ini merupakan aspek-aspek falsafah dan akidah...
[Menyampuk]
Walaupun saya Shah Alam tetapi tidak ada penyatuan dengan alam. Ini merupakan aspek-aspek akidah dan falsafah yang tidak relevan bagi kebanyakan malahan majoriti pengamal-pengamal yoga yang pergi ke gimnasium ataupun pusat-pusat kesihatan. Mereka mengamalkan riadah. Riadah yang bertujuan untuk melegakan otot-otot dan sebagainya.
Kalau atas dasar yang sebegitu, saya tidak nampak. Saya tidak nampak. Walaupun saya bukan pakar, tapi saya tidak nampak kesalahan dan penyelewengan dari segi amalan itu dan saya rasa dalam fatwa yang panjang lebar yang diceritakan, itulah kesimpulan yang saya peroleh. Namun pada hari ini bila Yang Berhormat Menteri cakap begitu, nampak macam seolah-olah kita tolak semua. Saya rasa kiranya kita membuat sebegitu, kita memberikan satu gambaran bahawa Islam ini begitu tertutup sedangkan Islam ini mempunyai satu konsep yang begitu terbuka dan sanggup menerima kebijaksanaan dan hikmah yang boleh diperoleh daripada semua budaya dan daripada semua masyarakat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pendapat Yang Berhormat Shah Alam itu adalah pendapat muktazilah. Satu pendapat yang berada di luar lingkungan akidah yang dibahaskan.
[Bangun]
Saya fikir apa yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah berdasarkan kepada nas yang telah diartikulasikan melalui juga pendapat-pendapat yang telah dikemukakan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi. Fatwa-fatwa yang sama yang telah digazet di Mesir dan fatwa ini juga telah digazet di Singapura melalui Majlis Agama Islam Singapura dan Indonesia juga telah mengikuti langkah Malaysia untuk mengharamkan yoga ini untuk umat Islam.
Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua, tiga perkara saya ingin mencelah untuk mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali berhubung dengan Jawatankuasa Fatwa. Kita melihat setakat ini perjalanan fatwa di negara kita dilakukan sebegitu rupa daripada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sampai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Apakah Yang Berhormat Menteri merasakan sampai masa dan ketika ini supaya ada di kalangan wanita kita duduk dalam Ahli Jawatankuasa Fatwa... [Tepuk] Saya yakin di negara kita ini, di kalangan wanita sudah ramai yang difikirkan sesuai dan layak untuk duduk di situ dengan pengetahuan dan penglibatan...
Saya ingat Yang Berhormat Rantau Panjang boleh, dan layak duduk.
Yang kedua, dari segi yoga tadi, apakah Yang Berhormat Menteri setuju ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa, pertama sekali berasaskan kepada IHTIYAT atau ambil CERMAT, ambil langkah supaya daripada kita terjerumus terus, maka lebih baik kita mengambil langkah lebih awal ataupun dalam kaedah lain... [Bermaksud menolak kerosakan lebih didahulukan dari mengambil kebaikan] Walaupun kebaikan dari segi senaman itu ada, tetapi saya rasa kalau dipisahkan senaman daripada manteranya, orang tidak panggil yogalah pula. Jadi apabila masuk yoga itu, makna senamannya dan manteranya sekali. Persoalan yang timbul di situ ialah mantera bersama dengan senamannya itu, exercisenya. Jadi dalam kaedah usul fiq, walaupun ada kebaikan dari segi senaman, tapi mudarat yang kemungkinan menimpa itu lebih banyak lagi. Jadi maka apakah Yang Berhormat setuju itulah salah satu asas kenapa Jawatankuasa Fatwa kita lebih mengambil langkah mengharamkannya. Saya rasa selepas ini terutama orang Islam tidak payah timbullah. Yoga pun riuh satu dunia, buat malu dekat orang. Kemudian yang ketiga, yang mungkin saya rasa perlu ataupun apa pandangan Yang Berhormat Menteri. Kita melihat terutama sekali NGO-NGO Islam yang direct saya sebut di sini Sisters in Islam ini dilihat kebelakangan ini begitu berani membawa elemen- elemen yang boleh disifatkan bercanggah dengan Islam itu sendiri terutama apabila mereka sudah sampai kepada peringkat berani mempertikaikan dalil-dalil yang bertaraf qataiyyatul dilaalah atau dalil-dalil yang telah diputus dalam al-Quran.
Maka apakah pihak Yang Berhormat bersetuju untuk membawa kepada pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan sebenarnya kedudukan Sisters In Islam ini supaya orang ramai boleh menjadikan panduan dan mengambil pegangan. Kita rasa di negara kita ini masyarakat Islam ini bukanlah besar sangat bilangan. Habis kalau dalam soal-soal sebegini kita boleh berpecah sesama sendiri, ini bagi saya adalah amat merugikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berbeza sekali Baling dan Shah Alam kerana Baling tahu hal-hal agama. Itulah caranya kalau hendak berbahas dalam Dewan yang mulia ini kerana ada ilmu dalam bidangnya.
[Bangun]
Untuk...
Hendak beri jalan Yang Berhormat.
Bagi saya jawab soalan Baling dulu.
Okey... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Baling. Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mempunyai seorang wanita sebagai anggotanya iaitu Profesor Madya Datin Dr. Faizah daripada Universiti Malaya manakala Jawatankuasa Peringkat Wilayah Persekutuan juga ada seorang wanita iaitu Ustazah Hajah Nik Asmah. Kalau Yang Berhormat Baling ada teman- teman lain yang mahu masuk sebagai Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun UF. Kita alu- alukan. Ini adalah satu cadangan yang baik. Keduanya mengenai lontaran pandangan Yang Berhormat tentang fatwa yang dibuat...
Kalau boleh Baling sekali masukkan.
Kalau dia masuk Barisan Nasional kita pasti masukkan dia dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam hal yang demikian tentang soal yang kedua tentang soal mengenai ikhtiar yang disarankan.
Menteri tarik baliklah itu. Tidak boleh itu tidak boleh sangat.
Yang disarankan oleh Baling mengenai yoga ini tadi. Memang itu satu ikhtiar yang baik daripada kita terjerumus lebih baik kita elakkan. Jadi umpamanya hukum telah menentukan bahawa arak dan judi itu haram dan jelas perkara itu. Walaupun botol arak depan kita tetapi kita tahu sebagai orang Islam hukumnya di situ kita elakkanlah. Jadi perkara ini fatwa adalah panduan untuk orang Islam dan kalau mereka mahu menempah neraka silalah lakukan dan kita tidak menghalang.
[Bangun]
Dan yang ketiganya Yang Berhormat Baling.
Penjelasan.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua.
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Baling ada bertanya tentang soal NGO yang bergerak terutamanya Sisters in Islam.
Saya telah bertemu juga dengan pemimpin-pemimpin Sisters in Islam, dan saya telah memberikan beberapa pandangan mengenai seminar yang telah mereka adakan dan saya berpendapat bahawa sesuatu isu yang menimbulkan kontroversi hendaklah dielakkan dan mereka telah memberikan jaminan kepada saya bahawa ianya mahu dielakkan. Oleh yang demikian, nasihat Perdana Menteri dalam hal ehwal wanita dan keluarga telah juga menyertai seminar itu bukan sebagai peserta tetapi mahu memantau dan mendengar apakah perkara-perkara yang menjadi takwil dan menjadi perbezaan pendapat antara sistem Islam yang ada dengan Sisters in Islam. Oleh yang demikian apa yang dilaporkan di dalam akhbar dalam media yang kita ketahui mana-mana yang tidak sesuai dengan hukum Islam, ini kita akan berikan penjelasan kepada mereka dan kita harap mereka juga menerima penjelasan daripada para ulama khususnya Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama untuk memberikan sesuatu penjelasan itu supaya mereka tidak jauh lari dari hukum yang sebenarnya.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Boleh saya.
Yang Berhormat.
Boleh saya dulu.
Ya. Yang Berhormat Shah Alam.
Nombor satu saya hendak cakap kepada Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh menggunakan Barisan Nasional itu sebagai asas hendak pilih orang masuk dalam Majlis Fatwa Negara. Kalau kita nampak orang itu ada kemahiran dan ada kemampuan maka jangan kita kata masuk Barisan Nasional dulu baru kita lantik. Itu tidak betul... [Dewan riuh]
Itu dia bergurau. Dia bergurau sahaja.
Nombor dua perbezaan dalam PAS ini memang perkara biasa mungkin orang UMNO dia nampak dia rasa pelik tetapi bagi kita tidak ada masalah. Seperti mana yang disebut Yang Berhormat Baling ia merupakan tindakan berhati-hati kerana tadi kiranya perkara ini tidak diawasi maka ianya mendatang kepada kemudaratan dan tidak boleh disamakan seperti Yang Berhormat Menteri tadi sebut soal yoga dengan soal arak dengan judi. Soal arak dengan judi merupakan satu benda yang sudah qat’i. Ia merupakan satu hukum yang sudah qat’i. Hukum yang telah ditetapkan berkenaan dengan yoga tadi Yang Berhormat Baling pun jelaskan adalah satu preventive measure dengan izin, takut-takut orang yang melibatkan dirinya, dia tidak memahami latar belakang dan sebagainya dan dia menghayati bukan sekadar riadah dan sebagainya tetapi dari segi falsafahnya dengan itu akan rosak akidahnya. Terakhir saya rasa jolokan Menteri bahawa saya ini oleh kerana itu daripada golongan muktazilahlah. Saya rasa itu patut ditarik baliklah kerana saya tidak ada mengatakan apa-apa yang bercanggah akidah Sunah wal-Jemaah kalau kita nak start label-label orang kita boleh label macam-macam dengan konsep sekularisme yang dibawa oleh UMNO Barisan dan sebagainya. Ini merupakan satu perkara yang mana kita kena menjelaskan dengan sebaik-baiknya. Saya ambil apa yang ditulis dalam Majlis Fatwa dengan satu kefahaman bahawa yoga dalam erti kata amalan riadah dan falsafahnya. Itu yang diharamkan. Akan tetapi dalam amalan riadah yang tertentu yang dilakukan sama ada amalan- amalan yang tertentulah tanpa falsafahnya sebagai satu riadah joggingkah duduk dalam bentuk yang tertentukah dan sebagainya tanpa akidah ataupun falsafah yang berhubung dengannya adalah satu perkara yang biasa. Saya rasa dalam kes Majlis Fatwa, dalam kita hendak buat satu kajian kita patut kaji dari segi amalan yang berlaku.
Sejauh mana orang yang pergi kepada program-program yoga di gimnasium dan sebagainya, mereka memahami konsep akidah dan falsafahnya. Saya rasa kita akan dapati hampir seratus peratus daripada orang Islam yang mengamalkannya langsung tidak memahami falsafah dan tidak ascribe tidak menerima falsafah yang disebutkan tadi. Wallahualam. Terima kasih.
[Bangun]
Menteri boleh.
Saya bagi peluang pada...
Telok Intan.
Saya bagi peluang pada Titiwangsa.
Titiwangsa.
Terima kasih Dato’ Menteri. Saya tertarik dengan penjelasan daripada Menteri tadi berkenaan dengan penasihat wanita kepada Perdana Menteri memantau perjalanan MUSAWWA sama ada bercanggah atau tidak syariat dan sebagainya. Saya kira tanpa bertujuan untuk merendah-rendahkan sesiapa mungkin sepatutnya bukan beliau tetapi pihak yang mungkin berilmu yang berautoriti memahami agama yang sepatutnya memantau dan bukan beliau. Jadi saya kira perlukan juga penjelasan sejauh mana pemantauan yang telah beliau lakukan itu dan apakah perjalanan MUSAWWA ini tidak ada apa-apa kontroversi ataupun bertentangan dengan syariat itu sendiri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh....
Bagi penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya peluang ini. Ini hal.
Bagilah peluang bagi pengamal yoga. Semua orang cakap Yoga.
Ini hal orang Islam. Saya bagi orang Islam dulu punya soalan saya jawab dulu. Okey.
Yoga itu bukan Islam. Saya bukan Islam.
Tunggulah dulu. Islamlah dulu.
Ya. Sebentar Yang Berhormat.
Ya tunggu dulu. Dari segi apa Yang Berhormat Shah Alam sebutkan memang beliau mengakui ada pertentangan pendapat di antara pemimpin-pemimpin PAS. Perbezaan pendapat. Jadi itu kita masukkan dalam Hansard. Keduanya soal qat’ie hukum-hukum qat’ie memang itu jelas. Itu sekadar contoh sahaja, yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi saya tidak pernah menyebut Yang Berhormat tentang Yang Berhormat ini berhubung dengan muktazilahlah. Itu jelas.
Saya kata pendapat Yang Berhormat adalah pendapat muktazilah, tetapi kalau Yang Berhormat mengkategorikan Yang Berhormat sebagai golongan muktazilah, saya tidak juga menghalang. Begitu juga Yang Berhormat Titiwangsa bertanya tentang soal pemantauan yang dilakukan oleh penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal keluarga dan wanita itu, sebenarnya JAKIM dan IKIM telah juga menghantar wakilnya dan kami ada empat orang wakil yang telah pergi ke seminar atau musyawarah yang berkenaan.
Dan ada laporan lengkap yang telah saya perolehi dan kalau Yang Berhormat sudi, boleh saya kemukakan minggu depan di Dewan ini secara peribadi dan insya-Allah saya akan kemukakannya supaya kita sama-sama duduk untuk membuat kajian secara terperinci...
Laluan.
Sedikit. Kalau boleh laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan ini daripada saya seorang sahaja, saya ingat tidak kurang manfaatnya berbanding kalau dikongsi oleh lebih ramai. Saya percaya daripada Barisan Nasional pun terutama Kinabatangan dan Sri Gading pun hendak tahu laporan itu. Terima kasih.
Boleh?
Ya, Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara, lanjutan yang Baling bangkitkan soal pertubuhan NGO, Sisters in Islam. Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat berikan sedikit penjelasan. Beberapa hari lepas di London berlangsung satu diskusi atau round table discussion antara Sisters in Islam dan turut dihadiri oleh dua orang mufti negeri dari Perlis dan dari Terengganu. Antara hasilan daripadanya ialah akan diangkat cadangan oleh Sisters in Islam untuk kerajaan mengharamkan poligami...
[Menyampuk]
Sri Gading nampak berminat. Dalam mengharamkan poligami. Kalau sebelum ini kempen mereka ialah monogami. Itu tidak ada masalah apa-apalah tetapi kalau untuk membawa kepada usul yang akan diangkat kepada kerajaan, itu bakal mengelirukan sebenarnya. Bukanlah soal kita ini... Saya macam juga Yang Berhormat Menteri, bukan tidak berminat, cuma isteri tidak takut dengan kita... [Ketawa] Itu sahaja isunya. Jadi, yang kedua ialah...
Bukan takut bini, bini tidak pandai takut kita... [Ketawa]
Itu quotation popular daripada Yang Berhormat Menteri dahulu, waktu saya dengan dia. Dan yang kedua, Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa dalam perkara yang jelas, soal arak dan judi itu jelas, kita tidak mahu terbabit dengan dosa. Cuma jawapan kerajaan terhadap soalan Rasah yang saya baca jawapan bertulis. Sejak bulan Oktober yang lepas apabila Pekan menjadi Menteri Kewangan, kepada tiga syarikat judi telah diluluskan sepuluh cabutan khas dalam masa seminggu. Yang ini saya fikir ada kaitan dengan hal yang disebut oleh Menteri. Dalam jawapan bertulis itu disebut bahawa, tujuan diperbanyakkan lagi lucky draw itu adalah bagi meningkatkan revenue kerajaan untuk membiayai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial. Disebut jumlah pendapatan dalam tempoh sebulahkah sehari begitu ialah RM71 juta, hasil daripada menambahkan lagi cabutan baru ini. Ini sangat tidak eloklah dipandang sebab dia akan jadi presiden parti dan sebagainya tetapi dalam bidang kuasa Menteri Kewangan untuk meluluskan itu, kalau kekal yang lama itu pun sudah satu bab tetapi menambahkan lagi ini sangat tidak eloklah. Jadi, bukan penegasan apa-apa. Cuma kalau boleh kita sampaikan nasihat yang lebih baik kepada Yang Berhormat Pekan kerana perkara ini jelas, yang qat’ie kata Menteri tadi. Biar kita putuskan di situ dahulu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, saya akan sampaikan.
inta laluan sedikit.
Insya-Allah, saya akan sampaikan yang kedua itu tadi. Yang pertamanya mengenai penglibatan Sisters in Islam bersama-sama dengan Mufti Perlis dan Terengganu, saya belum dapat laporan lagi dan insya-Allah kalau saya dapat laporannya, saya akan memaklumkan...
Minta laluan sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Sebentar, Yang Berhormat.
...Kepada rakan-rakan dan juga tentang soal mengharamkan poligami, itu saya fikir yang paling menentang ialah Sri Gading... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit.
Dan saya fikir hukum tetap hukum dan perkara ini saya fikir penjelasan harus dilakukan dan saya harap dalam perkara-perkara yang begini, semua pihak harus setuju pada perkara asas tentang soal hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua...
Batang Sadong di belakang.
Yang Berhormat Menteri, belakang.
Ya, sila Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat dari Machang tadi. Bukan saya hendak menyokong poligami tetapi oleh kerana NGO yang berkenaan yang telah dinyatakan tadi telah datang kepada kami, Women Caucus dan telah bertanya mengenai salah satu daripada usul yang disebut tadi mengenai poligami yang dimasukkan dalam Islamic Family Law, dengan izin, yang telah dikemukakan kepada kerajaan dan kita hendak tahu apakah status pindaan tersebut pada masa ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong telah melontarkan sesuatu yang cukup baik pada hemat saya dan family law ini, dengan izin. Undang-undang keluarga ini walaupun dahulu telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini tetapi ditarik balik kerana perkara ini masih dalam penelitian oleh Jabatan Peguam Negara dan saya sendiri dengan kerjasama rakan-rakan daripada PAS dan PKR serta yang di sebelah sini telah mengadakan perbincangan, mengadakan muzakarah dan kita membincangkan perkara itu di luar daripada Dewan ini sebelum kita bawa semula ke Dewan ini. Insya-Allah, Yang Berhormat, perkara ini akan kita selesaikan dalam waktu yang terdekat ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerai memohon agar pihak kerajaan menerapkan pendidikan agama dan nilai-nilai takwa kepada umat Islam melalui mimbar masjid supaya umat Islam dijadikan sebagai contoh bagi negara yang penduduknya berbilang kaum. Kerajaan menyedari khutbah Jumaat memainkan peranan penting untuk mendidik masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Oleh itu kerajaan telah mengambil inisiatif melalui mimbar masjid dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri untuk mempelbagaikan tajuk-tajuk khutbah supaya ianya dapat menerapkan nilai-nilai takwa kepada umat Islam agar umat Islam menjadi ummah yang bertamadun, disegani dan dicontohi oleh masyarakat berbilang kaum di dunia.
Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk meningkatkan kualiti khutbah. Antaranya dengan mengadakan bengkel- bengkel khutbah bagi menghasilkan tajuk-tajuk khutbah yang semasa dan pelbagai tajuk supaya dapat membimbing masyarakat ke arah membentuk peribadi Muslim yang berintegriti dan berhemah tinggi. Selain itu untuk memantapkan lagi penyampaian khutbah yang berkesan, latihan telah diberikan kepada imam-imam, khususnya khatib agar menyampaikan khutbah dengan lebih berkualiti dan dapat menarik minat masyarakat untuk menghayati khutbah yang disampaikan, termasuklah menggunakan alat-alat AV ataupun pendekatan ICT. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling telah membangkitkan beberapa isu. Antaranya beliau mengatakan bahawa 80 peratus hotel-hotel yang beroperasi di Malaysia tidak memiliki Sijil Halal. Untuk makluman Yang Berhormat, pengusaha-pengusaha hotel di negara ini sentiasa berusaha memastikan hotel-hotel mereka mendapat pengiktirafan sijil dan logo halal dari Halal Industrial Development Corporation. Mereka telah menganjurkan bengkel-bengkel kursus kepada pengusaha hotel-hotel yang berminat untuk mendapatkan sijil atau logo halal. Bengkel ini diadakan dengan kos yang ditanggung sendiri oleh pihak hotel, manakala penceramahnya dijemput daripada HDC, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga JAKIM. Melalui kursus begini para peserta diberi tunjuk ajar untuk mengisi borang permohonan secara online, menyediakan dokumen sokongan, memahami keperluan kebersihan yang dikehendaki menurut standard piawaian yang sedia ada, mengenal pasti sumber bahan ramuan yang tidak halal serta keperluan lain yang terkandung dalam MSO1500 2004 yang menjadi garis panduan bagi mendapatkan sijil atau logo halal. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat hanya 25 buah hotel yang telah memiliki sijil atau logo halal dan sebanyak 15 permohonan sedang diproses untuk mendapatkan sijil dan logo halal. Saya ingin memberikan perakuan di Dewan yang mulia ini daripada 1,500 hotel yang ada, cuma kira-kira 117 sahaja hotel yang telah diberikan sijil atau logo halal. Ertinya kurang daripada 20 peratus dan lebih sikit daripada 10 peratus...
[Bangun]
[Bangun]
Dan halal ini mesti difahami ialah operasi restoran, coffee house atau tempat makan sebab kita melalui HDC melihat dari segi, dengan izin, syariah compliance terhadap penyediaan makanan dan perkhidmatan di hotel-hotel berkenaan.
Terima kasih.
Ya, Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Menteri yang bertanggungjawab mengenai halal tadi, tidakkah Menteri ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diadakan satu akta yang menyentuh pemakanan yang disajikan kepada umum perlulah halal. Maknanya kita meletakkan satu tanggungjawab kepada penjual-penjual dan pengilang-pengilang bahawa mereka mesti memastikan ini halal, syariah compliance, begitu. Sekiranya mereka tidak melakukannya apabila dikuatkuasakan maka tindakan akan diambil ke atas mereka, rather than kita meminta mereka supaya mendapat pensijilan itu sendiri. Jadi, sekiranya kita meletakkan satu akta, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengilang yang menghasilkan makanan terbuka untuk umum wajib untuk menyediakan makanan yang halal. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Saranan daripada Yang Berhormat Kota Raja ini adalah satu saranan yang baik. Sebenarnya pihak JAKIM sendiri dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menyediakan Akta Halal berkenaan dan sebelum membawa ke Dewan yang mulia ini kita akan membentangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya memberikan input ataupun feedback serta menambah perkara- perkara yang perlu dalam Akta Halal berkenaan. Insya-Allah, kalau semuanya lengkap kita akan bentangkan dalam tahun ini juga. Bagi memastikan semua hotel yang beroperasi di negara ini memiliki sijil atau logo halal, pihak kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Halal. Jawapan rasmi ada, ya? Bagi memastikan semua pihak yang mahu menjalankan industri perhotelan dan makanan mempunyai Sijil Halal di mana kita semua ketahui kebersihan itu dituntut oleh semua agama.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya kira sementara hendak menunggu diwujudkan Akta Halal tersebut, satu tindakan yang mungkin boleh diambil oleh kerajaan dan saya rasa patut diambil adalah untuk memastikan semua program kerajaan mestilah dibuat di hotel yang telah dapat Sijil Halal. Ini sangat penting. Kerajaan Negeri Selangor telah pun memulakan langkah ini. Saya kira tidak ada apa-apa halangan untuk Kerajaan Pusat mengambil langkah yang sama. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya itulah yang sedang dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, HDC juga telah mengadakan taklimat, ceramah, program-program pendidikan masyarakat supaya semua pihak terutamanya jabatan kerajaan dan institusi kerajaan memilih hotel yang mempunyai sijil dan logo halal bagi memenuhi keperluan mereka seperti untuk mengadakan sama ada majlis seminar, majlis berbuka puasa, kenduri kahwin dan sebagainya. Jadi, ini jawapan rasmi, Yang Berhormat. HDC juga mengeluarkan siaran akhbar menyeru masyarakat umum supaya memilih hotel yang mempunyai sijil atau logo halal untuk apa-apa aktiviti harian mereka. Melalui media elektronik telah diadakan beberapa siri dokumentari “Halal Sentiasa” melalui saluran RTM TV2.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan Sijil Halal oleh Halal Development Corporation iaitu HDC, kita melihat sekarang ini sejauh mana kerajaan bertindak. Operasi yang dilakukan oleh HDC kita nampak lebih kepada orientasinya adalah untuk perniagaan dan kita dapati ada logo-logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang hanya boleh didapati dengan harga bayaran RM2,000 ke RM3,000 dan keadaan ini tidak meyakinkan. Sebenarnya apakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk selepas ini kita balik semula kepada dasar dan konsep yang mula dibincangkan untuk kita wujudkan Sijil Halal ini di peringkat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri iaitu BAHEIS dahulu dan sekarang ini sudah jadi JAKIM. Kita beri autoriti penuh kepada BAHEIS dan JAKIM untuk melaksanakan tugas ini sebagai satu tugas, tanggungjawab kerajaan, bukan lagi untuk kita jadikan ini sebagai satu ruang untuk perniagaan dan sebagainya. Jadi, rasanya kita nampak sekarang ini mudah orang hendak dapat Sijil Halal dan mungkin JAKIM sendiri pun sudah tidak tahu siapa yang diberi Sijil Halal oleh HDC. Dengan sebab itu kita lihat bahawa food court yang dimiliki oleh orang lain sendiri pun sudah ada Sijil Halal. Kita tanya, dia pergi dapat dekat mana. Dia kata, dia boleh dapat daripada syarikat sekian, sekian. Dia bayar sampai RM2,000 hingga RM3,000. Jadi, saya rasa ini cukup meragukan dan apakah menjadi masalah sangat kepada pihak kerajaan kita perbesarkan lagi peranan ini di JAKIM dan kita beri autoriti sepenuhnya. Kalau tidak cukup pegawai yang hendak buat kerja di JAKIM kita bagi tambah pegawai. Kalau perlu kita separate, tidak hanya semestinya duduk di bawah satu pengurusan pentadbiran di JAKIM, tetapi kita ada satu separate section yang khusus macam yang kita buat boleh SIRIM itu sendiri, maka SIRIM dan piawaian yang ada di JAKIM hanya untuk kontrol perkara ini. Kita tidak hendak orang mengeksploit atau mengambil kesempatan dengan Sijil Halal ini sendiri, orang berniaga dapat untung. Itu yang saya cadangkan.
Boleh jawab sekali, Yang Berhormat Menteri? Saya ada kemusykilan, Yang Berhormat Menteri. Kita ini negara Islam seharusnya sijil yang kita keluarkan kalau kita bimbang disalahgunakan sijil bukan halal. Negara kita negara Islam seharusnya semua di kedai-kedai ini semua halal. Jadi, yang kita keluarkan sijil bukan halal. Ha, ini tidak halal, jadi orang tidak pergi dan tidak ada lagi penyelewengan. Itu yang seharusnya kita amalkan dalam negara kita.
Jawab sekali, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Silam di belakang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan halal ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebab dari segi pelaksanaannya terutamanya di negeri Sabah, kebanyakan restoran ataupun hotel tertentu sebenarnya belum lagi mendapat pengiktirafan secara menyeluruh. Sebagai contohnya, kalau di kawasan saya sendiri hanya sebuah hotel sahaja yang ada pengiktirafan halal ini. Jadi, bagaimana penyelarasannya untuk di peringkat negeri Sabah sebab kebanyakan restoran itu mereka hanya meletakkan perkataan “Serve No Pork”. Jadi, mungkin bagi masyarakat kita di Sabah memang sudah arif ataupun maklum tentang perkataan tersebut tetapi bagi pengunjung daripada luar ataupun para pelancong yang bukan berasal daripada negara kita mungkin mereka akan merasa ragu dan waswas dalam perkara ini. Jadi, saya mohon penjelasan dan berharap jika badan Halal Development Corporation ini belum lagi diwujudkan di negeri Sabah, saya mohon supaya ia dapat ditubuhkan dengan segera. Dengan ini boleh memudahkan lagi urusan restoran dan kita pun tidak merasa ragu untuk pergi makan di sesuatu tempat. Walaupun pada sesetengah pihak dianggap ia satu perkara yang tidak begitu penting sangat tetapi dalam hal-hal ini kita perlu sensitif dengan persekitaran kita supaya dapat mempermudah lagi dan ini juga tidak mendatangkan kerisauan terutamanya masyarakat Muslim di negeri Sabah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, di luar pengetahuan HDC ada syarikat-syarikat yang mengeluarkan Sijil Halal dengan bayaran- bayaran tertentu. Sijil Halal hanya dikeluarkan oleh HDC dan pegawai-pegawai dalam HDC pun sebenarnya adalah pegawai-pegawai JAKIM yang dipinjamkan ke HDC dan menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang telah dan sedang dilakukan oleh JAKIM yang berkenaan. Kalau Yang Berhormat Baling ada maklumat mengenai perkara itu, ambil kepedulian dan berikan kepada saya. Insya-Allah, saya akan ambil tindakan kerana dalam hal penguatkuasaan sekarang ini kita beri kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya tidak mahu terlepas pandang dalam perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana...
Mohon laluan.
...Ini adalah soal autoriti dan kita cukup mengambil kepedulian terhadap permasalahan itu. Di samping itu saya ingin response dengan izin, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Silam mengenai sijil bukan halal ataupun, “Serve No Pork” dengan izin, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Silam tadi. Saya fikir kalau sampai masanya, kalau banyak Sijil Halal yang telah dikeluarkan dan insya-Allah sampai ketikanya, semasa itu bukan saya lagi yang pegang portfolio ini, mungkin Yang Berhormat Kinabatangan akan berada di sini untuk mengeluarkan sijil yang berkenaan, dan untuk Sabah sendiri memang ada perancangan untuk diwujudkan cawangan HDC di negeri Sabah bagi memantau soal-soal halal ini. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Menteri. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Baling dan rakan-rakan, supaya tanda halal ini diberi balik kepada JAKIM.
Pada saya, untuk sebuah perbadanan mengendalikan urusan halal ini adalah tidak wajar, sebab HDC ini ia lebih dari berorientasikan perniagaan. Sekarang ini, lebih baik HDC hanya menumpukan kepada kerja-kerja barangan halal dan menjadi hab halal di negara kita. Itu lebih baik, kerana tanda halal ini kalau simply dikeluarkan kepada sebuah corporation yang mengendalikan urusan perniagaan, saya ingat ia nampak macam tidak begitu baik dan tidak kena pada tempatnya. Jadi Yang Berhormat kembalikan balik halal ini kepada JAKIM. Ia lebih nampak diyakini oleh rakyat...
Minta laluan sikit saja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, persoalan ini bukan sahaja kita melihat dalam konteks makanan, tetapi kita kena melihat halal juga dari sudut hiburan dan dari sudut ekonomi dan sebagainya. Yang kita amat dukacita sampai hari ini tidak ada satu akta yang dibentangkan juga dalam Dewan ini yang membawa tentang halal dari sudut hiburan sedangkan kita lihat ramai artis-artis yang menjolok mata pakaiannya apatah lagi yang melibatkan artis Islam. Begitu juga dari sudut ekonomi. Kita lihat pelaburan dan sebagainya ataupun perkara-perkara yang bercanggah di syariat. Contohnya judi di Malaysia yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, lebih daripada 1822 lesen judi yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Apakah ini tidak terlibat halal dan haram? Apabila saya tanya dalam Dewan ini, Dewan menjelaskan bahawa cukai daripada lesen judi ini, dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan. Apakah ini tidak melibatkan halal haram? Begitu juga persoalan akidah, seperti murtad dan sebagainya. Sampai hari ini tidak ada satu undang-undang yang menyelamatkan akidah umat Islam daripada murtad. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri sahabat saya. Saya bersependapat juga dengan rakan saya Yang Berhormat Arau tadi. Apakah wajar HDC yang juga turut terlibat dalam industri produk halal ini, dan saya pernah sebut di Parlimen ini bahawa di Dewan ini, dia pernah melabur, ada syer dengan syarikat daripada luar negara dari Timur Tengah dalam menghasilkan produk- produk halal. Jadi dalam masa yang sama, dia mengeluarkan produk, dia juga memberikan pensijilan. Jadi saya kira bahawa, satu perkara yang agak aneh, dia mengeluarkan barangan dan dia juga yang memberikan pensijilan. Jadi sepatutnya, ada badan lain yang bebas, yang tak terlibat dalam industri pengeluaran produk halal ini, yang boleh menentukan pensijilan sama ada barangan itu halal ataupun tidak. Jadi saya kira bahawa wajar ini diberikan perhatian. Begitu juga kerajaan. Kalau kerajaan itu haram, tak boleh, kena bagi balik pada halal, macam di Perak itu... [Ketawa] Itu tak ada sijil itu. Kerajaan tanpa Sijil Halal... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena selalu mengharamkan apa yang halal. Kerajaan Perak itu halal lah tu. Kerajaan yang bawah pokok itu, itu kerajaan haram, mana ada orang mesyuarat bawah pokok...
Kerajaan bawah pokok tu, pasal Jason King rampas... [ketawa]
Siapa yang paksa, Barisan Nasionalkah atau polis yang paksa?
Itu kerajaan pasir dua butir.
Begitulah cara dia, Barisan Nasional paksa orang untuk bersidang di bawah pokok.
Masalah you all..
Kerajaan Pasir Berdengung itu.
Sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat, sudahlah.
Pasal ada orang rampas kuasa, sebab itu dia terpaksa bersidang bawah pokok macam cerita yang betul P. Ramlee.
Takkanlah bawah pokok kot?
Dia rampas, dia pi culik anak Menteri Pasola... [Ketawa]
[Ketawa] Yang Berhormat Pokok Sena, ini semua sahabat-sahabat saya. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Beruas.
Yang Berhormat Menteri, kembali kepada tajuklah Yang Berhormat.
Saya fikir pun begitu jugalah. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pokok Sena tadi, membincangkan perkara-perkara yang lebih kurang sama, tetapi saya merasakan apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Pokok Sena, adalah sesuatu yang harus dilihat semula. Ada keperluan ke arah itu, maka pihak kerajaan tentulah terbuka untuk menggunakan sistem yang lama. Walau bagaimanapun, kerana ianya melibatkan soal dasar ia akan dibawa ke Kabinet untuk diperbincangkan secara berartikulasi. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan tentang soal akta halal sebenarnya. Ketika saya memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat mungkin solat dan banyak zikir di luar jadi tak dengar apa yang saya nyatakan. Namun HDC berperanan untuk melaksanakan keseluruhan pembangunan industri halal, sebelum ini JAKIM hanya melaksanakan pengeluaran Sijil Halal, manakala pembangunan industri halal, dilaksanakan pelbagai kementerian dan badan-badan kerajaan. Dengan tertubuhnya HDC, pembangunan industri halal dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih menyeluruh. Pada 2 April 2008, Jemaah Menteri telah bersetuju agar persijilan halal dilaksanakan oleh HDC dengan kerjasama JAKIM, mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan, HDC terus mengguna pakai prosedur mengenai Standard Halal Malaysia, MS 1500: 2004, Makanan Halal, Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan, garis Panduan Umum (Semakan Pertama) termasuk kadar yuran yang dikenakan masih sama seperti yang dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini. Di samping itu, HDC terus melaksanakan prosedur- prosedur dalam proses pensijilan halal yang menitikberatkan kedua-dua aspek syariah dan teknikal dalam kriteria audit pensijilan halal. HDC juga meningkatkan kecekapan bagi memperbaiki proses persijilan halal, supaya jangka masa pengeluaran Sijil Halal dapat dipendekkan. Secara purata, buat masa ini proses pengeluaran Sijil Halal, memakan masa selama 30 hari bekerja selepas menerima pembayaran berbanding 100 hari bekerja di waktu yang lalu. Kerajaan amat prihatin terhadap perkara berkaitan hukum syarak dan sentiasa mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila merangka dasar pembangunan negara. Oleh HDC telah menubuhkan Panel Penasihat Syariah dan Panel Kelulusan Pensijilan Halal, Panel Penasihat Syariah diuruskan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Ismail Ibrahim, iaitu yang mengetuai kerusi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Berbahagia Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah atau Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, ahli-ahli yang lain ialah, Yang Berbahagia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfiq Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM, Yang Berbahagia, Briged Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, dan Prof Madya Dr Abdul Rahman Awang, Pensyarah Fakulti Undang-undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa.
Manakala Panel Kelulusan Persijilan Halal, dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Mustapha Abdul Rahman, Bekas Ketua Pengarah JAKIM, ahli-ahli panel terdiri daripada Sahibul Samahah, Datuk Tamyes Mufti Selangor, Profesor Dr Yaakob Che Mat, Pengarah Institut Produk Halal UPM, Dr Mohd Khan Ayub, Pensyarah UKM dan Ustaz Murni Awang Mat, bekas Pengarah Darul Quran. Yang Berhormat Baling juga ingin tahu..
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sikit? Saya ada kemusykilan, kenapa proses untuk mendapatkan sijil ini, daripada 100 hari ke 30 hari. Keadaan dunia sudah berubah, kenapa efficiency kita di JAKIM tidak berubah. Apabila ada pemohon, pastikan daftar bayar, periksa dua tiga hari, lulus. Apa mahu tunggu lama-lama? Inilah tidak ada perubahan nama dia. Minta kita punya agensi pelaksanaan ini berubah, keadaan sudah berubah, jangan mimpi lagi di siang hari.
Tuan Yang di-Pertua, itu berubahlah. Dari 100 hari dipendekkan ke 30 hari, dulu 100 hari. Akan tetapi saya yakin Yang Berhormat Kinabatangan ambil alih tempat saya, mungkin satu hari boleh lulus. Yang Berhormat Baling juga ingin tahu, siapa yang memantau dan memastikan Sijil Halal yang dikeluarkan. Itu soalan dia. HDC juga meneruskan kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan seperti mana yang telah dilaksanakan oleh JAKIM bersama-sama dengan jabatan lain yang berkaitan, dan untuk menjawab secara empirikal kepada soalan Yang Berhormat Kinabatangan, bahawa Sijil-sijil Halal itu dikeluarkan dalam tempoh 30 hari Yang Berhormat, kerana produk-produk itu harus dikaji dan harus dibawa ke makmal, dan ia nya juga dibawa ke Jabatan Kimia dan SIRIM untuk menentukan standardnya, agar Sijil Halal itu dikeluarkan benar-benar pada produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang halal sahaja. Saya yakin Yang Berhormat Kinabatangan memang bersetuju dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak HDC sekarang. Buat masa ini, penguatkuasaan dijalankan oleh HDC bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna...
[Bangun]
Dengan mengguna pakai Akta Perihal Dagangan 1972, dan juga Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri, jika berkaitan serta peraturan-peraturan lain, yang ada hubung kait seperti Akta Bahagian Kerajaan Tempatan, serta mana-mana peraturan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain pada itu, HDC juga menjalankan aktiviti audit pemantauan secara berkala...
Minta laluan Yang Berhormat.
Bagi memastikan syarikat-syarikat yang memiliki Sijil Halal mematuhi syarat pensijilan halal yang telah ditetapkan secara berterusan.
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Setiap apa yang saya ketahui, setakat ini kita belum ada suatu akta untuk menyekat penggunaan logo halal yang berleluasa. Mungkin yang disediakan Sijil Halal oleh HDC dan sebagainya tetapi bagaimana pula apabila kita dapati Sijil-sijil Halal yang digunakan itu bukan suatu Sijil Halal yang sah. Mungkin orang boleh lapor dan orang boleh buat report kepada pihak-pihak yang berkenaan. Akan tetapi pihak berkenaan sebenarnya dia tidak boleh ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak ada lagi suatu akta yang menyekat penggunaan itu. Jadi di bawah kedudukan mana? Sehubungan dengan ini juga Yang Berhormat, kita melihat di premis-premis yang menjalankan perniagaan terutama sekali yang berkaitan dengan ayam, sembelih ayam walaupun lari sikit daripada bab Sijil Halal, begitu juga di pasar-pasar. Sebenarnya maklumat yang kita terima ada ayam dan ikan yang disuntik enzim bagi menampakkan ayam itu gemuk dan besar, hormonnya dan ikan. Jadi, saya rasa ini satu pemantauan yang serius perlu diambil atau langkah-langkah yang lebih kukuh untuk mengelak daripada penyalahgunaan yang sebegini. Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu misalnya pusat sembelihankah di tempat-tempat yang tertentu.
Ini supaya apabila pusat-pusat pemulihan ini kita adakan, maka memudahkan pihak-pihak yang bertanggungjawab, makna pihak agensi-agensi ini untuk memantau. Minta penjelasan.
Sekali kalau boleh, sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyebut tentang isu ayam, halal atau tidak ini. Saya ada dimaklumkan baru-baru ini mengatakan adalah satu kebiasaan untuk pihak-pihak peniaga tomyam misalnya dan juga peniaga- peniaga gerai makanan mendapatkan bekalan ayam ini daripada Thailand. Maknanya dihantar satu kontena daging ayam sahaja. Jadi dari segi sudut kehalalannya itu memang sangat diragui. Jadi ini kita dapat daripada orang ramai, saya harap kalau boleh dapat penjelasan ataupun dibuat satu siasatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Baling, untuk sijil-sijil yang tidak sah tadi. Saya telah menjelaskan bahawa pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama JAKIM dan pihak polis sendiri. Ia bukan hanya berdasarkan kepada aduan tetapi jika ada laporan-laporan dalam media pun, kami akan mengambil tindakan. Sila Yang Berhormat Sri Gading.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Menteri... [Berucap dalam bahasa Arab] Mudah-mudahan kita akan berjaya sebagai salah seorang naib presiden... [Tepuk] Tengok tokoh itu rasanya keyakinan itu tinggilah, insya-Allah.
Mengikut kurang undi ini... [Ketawa]
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling, apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita di sini, sebenarnya isu halal haram ini satu isu yang besar. Halal haram bagi orang Islam itu perkara yang pokok, penting. Jadi, saya rasa keraguan-keraguan orang Islam terhadap makan minum, mungkin pakai patut, mungkin kalau wanita perhiasan gincu bibir, gincu bibir ini orang perempuan pakai tetapi orang lelaki pun sama pakai, cara pakainya tidak tahulah macam mana. Yang Berhormat Menteri fahamlah, kalau perempuan pakai gincu macam mana, Yang Berhormat pakainya. Ini semua berkaitan halal haram, saya rasa tidak sudah kita, tak sudah kita ding dong ding dong begini, tidak sudah. Tanpa meragukan tentang kebolehan JAKIM, kementerian-kementerian lain, saya rasa Akta Halal Haram ini disegerakan dan kalau perlu kena buat satu badan yang khusus yang boleh memantau, yang boleh mengambil tindakan, yang boleh menghukum dan macam-macamlah di mana jaminan halal itu benar-benar dapat dirasai, tidak ada syak wasangka. Kita orang Islam ini kalau subahat pun sudah tidak boleh, macam tadi kata, ayam datang daripada Thailand, ia dah ketul-ketul saja. Siapa tahu dia punya sembelih, wallahualam, siapa yang tahu, ia datang ketul paha, kepak dia...
Kita pula makan.
Jadi kita macam mana? Ini masalah besar sebenarnya, masalah besar umat Islam dalam negara ini yang telah pun terkenal kepada seluruh dunia bahawa Malaysia halal. Orang Arab saudara mara saya datang dia kata tidak ada masalah kalau hendak makan di Malaysia berbeza dengan Singapura. Nama baik kita begitu hebatlah. Jadi macam mana agaknya Yang Berhormat Menteri?
Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Titiwangsa, izinkan saya menjawab bakal Timbalan Pengerusi Tetap yang menang tanpa bertanding. Saya ucapkan tahniah kerana beliau telah pun melakukan sesuatu yang baik di Dewan yang mulia ini dengan mengedarkan panduan Fardu Ain ini, ini buku halal...
Pakat puji memuji nampak... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling tadi tentang adanya suntikan hormon pada ikan dan ayam. Memang ada aduan yang telah kami terima dan tangkapan telah pun dilakukan. Saya ingin menasihatkan terutamanya orang lelaki, elakkanlah jika tahu ayam dan ikan itu ada hormon, elakkanlah. Yang banyak berlaku adalah kerana lelaki lembut mungkin disebabkan pengambilan ayam dan ikan yang ada hormon ini terutamanya anak-anak. Saya sebutkan terutamanya anak-anak yang mungkin tersalah makan masakan makanan segera yang mempunyai elemen-elemen yang begitu. Itu sebabnya sekarang ini masalah lelaki lembut ini wujud lebih banyak sekarang ini berbanding dengan zaman ketika Yang Berhormat Sri Gading berada dalam peringkat remaja dulu. Berkenaan tentang usaha untuk mengadakan pusat sembelihan, insya-Allah usaha ini sebenarnya telah dirancang dan pusat sembelihan setempat ini telah diperbincangkan dengan Jabatan Veterinar bersama dengan JAKIM dan HDC. Insya-Allah perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan negeri-negeri juga telah diadakan supaya ada pusat-pusat penyembelihan, one-stop dengan izin, one-stop-abattoir ataupun tempat penyembelihan ini. Insya-Allah bila akta halal siap nanti, isu soal pemantauan dan juga penguatkuasaan akan dapat diselesaikan. Sebagaimana disarankan oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Sri Gading. Nampaknya kita pelbagai parti tetapi dalam soal halal ini kita bersependapat Tuan Yang di-Pertua. Saya teringat ada seorang kenalan saya yang kebetulan pergi ke London satu ketika dulu, baru turun dari kasino dan saya tahu orang itu memang main judi tetapi lepas dia turun kasino itu, dia tanya kawan-kawan, mana restoran halal ya? Di mana boleh dapat makanan halal padahal perbuatannya di atas itu perbuatan yang haram, bermain judi, saya tahu sangat tetapi masih lagi hendak cari makanan yang halal. Jadi dalam perkara ini saya fikir keprihatinan orang-orang Islam terhadap halal ini termasuk penjudi pun cukup jelas. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, penguatkuasaan ...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sudah panjang lebar tentang halal haram. Saya hendak masuk isu yang besar sekarang, kalau bolehlah, tak sabar-sabar saya sebab hari pun sudah 4.30. Sejak mutakhir ini Yang Berhormat Menteri, mutakhir ini orang menghina Melayu, tidak pernah berlakulah sebelum ini.
Orang tergamak menghina Melayu peri watan tanah air tercinta ini. Tidak pernah berlaku dulu. Orang sudah menghina polis penguat kuasa, hebat sekarang. Orang sudah menghina mahkamah, orang sudah menghina Islam, orang sudah menghina institusi raja dan hari ini pelampau-pelampau ini telah pun menghina Allah SWT...
Pengerusi Tetap, mana boleh berucap banyak-banyak.
Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Perkataan “Allah” sudah mula dipersendakan oleh setengah-setengah pihak. Satu perbuatan yang kurang ajar. Satu perbuatan yang kalau tidak dibendung akan mengakibatkan satu malapetaka di negara ini yang selama ini tidak pernah berlaku. Jika nama “Allah” boleh digunakan oleh agama lain, tidakkah generasi akan datang itu akan menganggap bahawa agama itu sebenarnya sama, sedangkan tidak. Agama yang diredai oleh Allah dan tercatat dalam Perlembagaan kita ialah Islam. Saya rasa usaha yang sedang dijalankan sekarang ini amatlah bahaya kepada generasi Islam pada masa akan datang. Saya ingin juga penjelasan dalam menentukan fatwa, kebenaran menggunakan nama Allah. Apakah kita hendak gunakan Mahkamah Sivil ataupun Mahkamah Syariah? Saya juga ingin mengambil apa yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah JAKIM dua tiga hari yang lalu. Apakah dalam agama-agama lain daripada Islam yang ada pada hari ini pernah menggunakan nama “Allah”.
Dalam Zabur, Taurat, Injil hari ini yang ditulis semula oleh penganut-penganut mereka, mereka tidak pernah gunakan nama Allah. Jadi apakah menggunakan nama Allah ini boleh dikatakan sebagai mencabar Perkara 11 dalam Perlembagaan negara kita. Saya harap dapat penjelasan Yang Berhormat Menteri yang saya harap sangat-sangat supaya memelihara kesucian nama Allah, supaya tidak dicemarkan oleh mana-mana pihak yang cuba hendak mempersendakan nama Allah di bumi bertuah Malaysia tercinta.
Soalan yang sama jika saya boleh menambah. Tuan Yang di-Pertua, adakah JAKIM berbincang dengan KDN tentang perkara ini. Mengapakah berlaku baru-baru ini suatu semacam tidak sefahaman dan kita ingin penjelasan tentang perkara ini. Jika perkara ini dibenarkan oleh pihak yang berkaitan itu menggunakan nama Allah dalam publication mereka dan juga dalam kegiatan mereka, adakah mereka tidak sedar tentang sensitiviti yang cukup-cukup merbahaya jika perkara ini diteruskan. Mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, berapa masa lagi yang saya boleh gulung?
Oleh kerana ini perkara soalan yang penting, saya bagi peluang Yang Berhormat menjawab.
Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga rasa terpanggil untuk memberi beberapa penekunan saya tentang isu ini. Yang Berhormat Menteri, sementara saya faham di sebalik perhitungan yang dibuat, saya juga mahu merakamkan dalam Dewan yang mulia ini. Kalau ditanya apakah dan siapakah yang boleh kita ambil ukuran dan penentuan dalam penggunaan nama Allah, saya kira kita perlu merujuk kepada Allah dan kalam Allah. Saya merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, dalam ayat Allah yang jelas sifatnya ‘qad’i’, putus, jelas dan dalilnya pun ‘qad’i’, putus. Sifatnya... [Berucap dalam bahasa Arab] Sebutannya jelas, mafhumnya pun jelas. Di mana dalam ayat, Allah SWT dalam surah Al- Haj, ayat 40 dengan izin saya bacakan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran, Surah Al-Hajj : 40] Tuan Yang di-Pertua...
Maknanya Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, dengan mafhumnya lebih kurang maksudnya, kalau tidak Allah SWT mengizinkan menolak perbuatan kezaliman, keterlanjuran satu kaum manusia, ditolak dan disemak imbang atau di check and balance oleh satu golongan yang lain, maka musnah tempat-tempat ibadat, orang-orang Yahudi, Nasrani dan ada mengatakan Majusi dan juga masjid-masjid yang di mana dalamnya, kata Allah... [Berucap dalam bahasa Arab] Dan di dalamnya itu disebutkan dan disucikan... [Berucap dalam bahasa Arab] Dan dipersuci dan ditakdiskan nama Allah yang sebanyaknya...[Berucap dalam bahasa Arab] Seterusnya dalam ayat itu, wallahualam. Tuan Yang di-Pertua, jelas dalam ayat ini kalau Allah SWT sendiri menyebutkan bahawa dia yakni Allah yang mengiktiraf dalam semua tempat ibadat Allah SWT ini, nama Allah, the name of Allah is glorified. Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah di tempat-tempat ibadat agama-agama langit ini. Maka dengan itu Tuan Yang di- Pertua, meskipun saya memahami latar belakang isu ini yang lebih bersifat perhitungan politik, tetapi saya ingin jelaskan dalam Dewan yang mulia ini buat sekian kalinya, jangan sampai perbuatan kita itu menimbulkan pelbagai suasana yang kurang sihat di antara persefahaman antara agama. Apa yang paling malang Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menunjukkan sikap seperti satu psikik dan psikologi umat yang dalam keadaan diserang ataupun dengan izin, a siege mentality. Sebentar tadi kita bercakap tentang isu yoga. Saya juga memahami perkara itu dan saya tidak mahu ulas lebih daripada apa yang telah dibahaskan. Akan tetapi dalam persoalan nama Allah ini, perlu diperjelaskan kepada semua. Guna untuk kita jalinkan persefahaman yang sebenarnya.
Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya sifatkan sebagai satu politik baru di negara yang menyingsing satu landskap baru. Permuafakatan antara agama, budaya dan juga kaum yang lebih menekankan hari ini persoalannya Allah SWT angkat yakni… [Membaca sepotong ayat Al-Quran, Surah Al-Hujurat] Mengenali dan memahami lantas hormat menghormati di antara satu agama dan yang lain… [Tepuk] Lalu dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan sekali lagi, kalau kita tolak tepi persoalan perhitungan politik yang keterlaluan, pastikan dirakamkan dulu perkara yang benar daripada kalam Allah SWT itu sendiri. Ada pun dari sudut-sudut yang lain, kalau kita takut perkara-perkara persoalan daayah dan segalanya itu, saya mahukan perkara itu dibincang dengan lebih cermat, lebih teliti tanpa kita menggugat atau menjejaskan persefahaman antara agama yang perlu ditekankan. Ini kerana semua kita mahukan kebaikan dalam hal itu. Saya rasa begitu sahaja dahulu Tuan Yang di-Pertua, Sekian, terima kasih. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Hendak bagi Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Surah Al-Imran ayat 64... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Qul...”, Allah perintah Rasulullah untuk berkata atau pun bersabda... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Wahai ahli-ahli Kitab, orang-orang Nasrani, orang-orang Yahudi, datanglah kamu kepada kalimah yang sama di antara kita dan di antara kamu.... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Mengabdikan diri, ibadah hanya kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkan sesuatu dengannya. Lalu kita dapati bahawa di dalam ayat-ayat Al-Quran banyak ayat-ayat seperti mana disebutkan yang saya baca, Yang Berhormat Kuala Selangor baca yang menunjukkan bahawa kalimah Allah ini digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Ayat yang mana apabila ditanya kepada mereka, siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.” Lalu ianya bukan merupakan satu kalimah khusus untuk orang Islam, ianya merupakan kalimah bahasa Arab daripada perkataan “Ilah”, dan ditambahnya “Al”. “Al-ilah” dipendekkan menjadi “Allah”. Ianya bukan nama peribadi seperti mana saya Khalid ataupun nama Yang Berhormat itu Zul. Ini kerana tidak perlu pada nama peribadi kerana hanya satu. Kita perlu nama peribadi kalau ramai. Nombor dua, kalau kita anggap ianya sebagai nama peribadi kepada Tuhan maka ianya perkataan Arab. Orang akan mengatakan, ini Tuhan orang Arab kerana namanya Arab. Lalu, kita hendak faham mesej Islam yang sebenar iaitu memanggil semua manusia, tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah dan sepatutnya kita merasa bangga kalau orang yang bukan Islam yang lain khususnya orang-orang Nasrani dengan orang-orang Yahudi sanggup menggunakan perkataan Allah. Umat Islam di dunia Barat Yang Berhormat Menteri, mereka berusaha untuk mendapatkan masyarakat Kristian, mengiktiraf bahawa Tuhan yang mereka sembah, umat Islam sembah ini adalah Tuhan yang sama, yang mengutus Nabi Ibrahim dan Nabi Isa a.s. Akan tetapi, kita di sini oleh kerana siege mentality yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, kita hendak mengkhususkan ini Tuhan orang-orang Islam, ini Tuhan orang Melayu sahaja. Ini merupakan satu penyakit yang perlu diperbetulkan. Saya khuatir kalau kita membuat satu sikap yang sebegini, kita melanggar apa yang terkandung di dalam al-Quran itu sendiri sehingga orang akan kata bahawa, apa yang disebut di dalam al-Quran itu tidak betul. Ini kerana, sebenarnya dalam al-Quran, perkataan “Allah” itu memang digunakan oleh orang-orang Nasrani dan orang-orang Yahudi. Perbahasan di kalangan mereka telah diabadikan di dalam al-Quran. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Saya sedikit sahaja.
Saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani dahulu bolehkah?
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga kadang-kadang tidak tahu untuk menjawab soalan ini apabila didatangi oleh kawan-kawan bukan Islam. Sebagai contoh, saya menjadi tetamu dalam perayaan Thaipusam baru-baru ini. Ada ramai orang yang datang, profesional, doktor, yang estet, yang kaya dan miskin. Dalam perbincangan di dalam kuil itu, saya bertanya kepada mereka apakah yang sebenarnya kamu sembah. Ramai yang mengatakan kita mempunyai cara-cara tetapi yang pasti kami percaya kepada Tuhan Allah. Jadi, apabila sebut tentang ini, saya pun tidak tahu hendak sebut macam mana kerana dia merasakan dia duduk Malaysia, perkataan Tuhan Allah itu ialah Oneness tiba-tiba kita hendak kata, ini jangan sebut. Saya rasa mereka telah sampai satu tahap mengiktiraf bahawa apabila Oneness itu maksud di sini ialah Tuhan. Jadi, kita sepatutnya memupuk dan saya tidak nampak di manakah Oneness itu kita hendak sekat. Begitu juga dengan perbincangan-perbincangan dengan kawan sebab saban minggu saya akan masuk ke kuil, ke gereja untuk mengetahui. Minggu depan ialah ke Temple Guru Nanak yang Sikhism. Ini kerana sebagai pemimpin, saya dapat merasai bahawa mereka seolah-olah mengiktiraf bahawa Oneness itu ialah Allah. Jadi, saya rasa perkataan bukan menghina tetapi untuk mengiktiraf bahawa Oneness itu ialah Allah. Jadi, macam mana kita hendak sebut kepada kawan-kawan yang bukan Islam jangan sebut benda ini. Ini adalah untuk orang Melayu, orang Islam sahaja. Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya sangat perlukan penjelasan di sini. Terima kasih.
[Bangun]
Sebelum kawan-kawan lain, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Pontian.
Sedikit sahaja.
Nanti dahulu, nanti sekejap. Nanti sekejap, sabar sedikit sahaja lagi kawan-kawan. Saya hendak tanyalah dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Shah Alam serta Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah pendapat Ahli Yang Berhormat berdua itu merupakan pendirian Parti PAS? Saya hendak tanya, adakah itu pendirian Parti PAS?
Ianya merupakan pendirian yang telah keluar dalam Dewan Ulama’ PAS Pusat dan ianya merupakan satu sikap yang jelas.
Okey, cukup. Cukup dahulu.
Maknanya pendirian PAS lah.
Yang Berhormat Sungai Petani, adakah itu juga pendirian PKR?
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Maknanya itu pendirian PKR juga lah.
Bukan pendirian rasmi PKR ya? Okey, okey. Sekarang Yang Berhormat Bintulu boleh tanya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sedikit tadi Yang Berhormat Menteri. Maaf, maaf Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu, Bintulu.
Yang disebutkan tadi itu adalah pandangan Ketua Dewan Ulama’ PAS. Datuk Daud ya. Boleh?
Okeylah, okeylah.
Bolehkah? Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya mencadangkan agar isu, perkara ini, mengenai isu Allah. Kalau boleh saya mahu mencadangkan kepada jabatan ini kalau boleh, mengadakan satu mesyuarat panggil agama Islam, agama bukan Islam duduk berbincang bersama-sama, instead of create a lot of misunderstanding in the public and then create a lot of emosi dalam society kita. Duduk berbincang bersama-sama, settle ones for all dengan izin. Sekian, terima kasih.
Saya mohon jika ...
[Bangun]
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Tenggara duduk dahulu.
Boleh mohon?
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Jika dibenarkan, saya mohon penjelasan daripada rakan kita juga. Mungkin kalau Yang Berhormat Baling bersetuju untuk bercakap dan memberikan pandangan, ini sekadar pandangan saya. Permohonan sebab tadi Yang Berhormat Baling ada memberikan cadangan yang baik dari segi Yoga.
Yang Berhormat Tenggara.
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Pontian. Kita perlukan pandangan daripada Yang Berhormat daripada Baling tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.
Yang Berhormat Baling tidak berdiri Yang Berhormat. Jadi, kita tidak boleh paksa Yang Berhormat Baling berdiri dan buat ucapan.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, kerana ini floor saya, dan menghormati Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Pontian, saya berikan keizinan kepada Yang Berhormat Baling untuk buat penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua ...
Sebelum Yang Berhormat Baling berucap, duduk dahulu Yang Berhormat Baling. Sebenarnya, apabila Tuan Yang di-Pertua berucap, tidak kisah floor siapa, bila Tuan Yang di-Pertua berucap, semua orang lain tidak ada floor lagi. Tuan Yang di-Pertua yang punya floor. Jadi, oleh kerana permohonan daripada Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Baling berucap dan Yang Berhormat Baling sedia berucap, saya boleh beri kebenaran. Sila Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian.
Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu. Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.
Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain baru kita confirm kan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain. Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita perbincangkan ini tapi kalau Allah SWT yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus Samad...
Allah hu ahad.
Allah hu ahad, Allah hus Samad. Dia tauhid as-Samadiah dengan tauhid al-Ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, al- Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat al- Quran] Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang- orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as- samadiah dan al-ahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana. Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu, orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana, tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-Samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualam lah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa. Bahasa Ilah, bahasa..., hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami waqi’. Waqi’ kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain. Waqi’ kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara- saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu, “Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.
Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah yang nak pergikah, inikah Allah, yang mana?
Dengar tu Yang Berhormat Shah Alam.
Allah hu akbar.
Sebab itu saya lebih suka dalam konteks ini, kita ya lah, saya menasihatkan ini termasuk diri saya sendiri.
Bertaubatlah Yang Berhormat Shah Alam.
Dalam masalah Islam, dalam masalah menyentuh akidah, dalam masalah menyentuh agama, saya rasa kita tak payah sibuk-sibuk sangatlah dengan parti tapi kita lihat ...
Ya, Yang Berhormat. Saya rasa itu sudah mencukupi Yang Berhormat.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat yang lain-lain tolong duduk Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Selepas Yang Berhormat Baling ini, saya serah kepada Yang Berhormat Menteri melainkan Menteri kata beri ruang kepada orang lain, saya tak bagi lagi dah Yang Berhormat. Dah mencukupi Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Baling... [Dewan riuh]
Kita dalam suasana masyarakat yang bagi saya kita masih lagi berbangga dengan keharmonian yang ada. Sama ada kita berbagai kaum, berbagai agama nak dibandingkan dengan sesetengah negara lain, kita masih akui bahawa kita mempunyai satu keharmonian yang sungguh mahal. Oleh itu, saya rasa keharmonian yang mahal ini perlu dipelihara dan dijaga oleh semua pihak dan dengan sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri supaya tegaskan Allah mana atau solat mana sebagainya yang dimaksudkan itu... [Tepuk] Itu yang penting dan itu sajalah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dengar itu Yang Berhormat Shah Alam!
Saya serah dengan Yang Berhormat Menteri. Kalau saya, saya ...
Kelirukan orang!
Yang Berhormat Shah Alam mengelirukan orang. Dah lah.
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati ruling yang ditetapkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Selepas Yang Berhormat Baling, serah kepada saya.
Ringkas saja.
Sikit saja Menteri.
Sudah cukuplah.
Tak payah lagi. Tak payah. Menteri jawab teruslah!
Tadi sudah bagi laluan!
Yang Berhormat Kuala Selangor, sudahlah. Sudah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, sikit saja. Tak sampai dua minit.
Tuan Yang di-Pertua, pegangan saya Tuan Yang di-Pertua ialah soal ...
Ustaz ......
Menteri, jawab terus!
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Ya, betul. Kita setuju itu semua.
Duduk, duduk.
Kamu dengan agama kamu, aku dengan agama aku.
Yang Berhormat Menteri, sikit saja.
Ertinya, kita menghormati agama lain, agama lain menghormati agama kita. Itu pegangan kita.
Duduk Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Politik saja itu, bidaah saja!
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Dalam soal ini, dalam konteks Malaysia,
Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah. Yang Berhormat Kuala Selangor, cukuplah. Saya tak boleh ulangkan, saya tak boleh ulang Yang Berhormat walaupun satu minit Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya minta Yang Berhormat duduklah. Yang Berhormat Shah Alam, duduk. Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk. Saya minta Menteri teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling, itulah pendirian Kerajaan Malaysia!... [Tepuk] Pegangan JAKIM, itulah juga pegangan JAKIM. Pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan, itulah juga pendapat Yang Berhormat Baling tadi! Pendapat sebahagian besar orang Malaysia itulah, kecuali Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Tuan Yang di-Pertua, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan...
Hek eleh, bila cakap seorang bolehlah! Berilah peluang dua minit!
[Menyampuk]
Islam ialah agama bagi Persekutuan, Perkara 3(2), Sultan atau Raja ialah ketua agama di negeri-negeri. Perkara 38, kuasa Majlis Raja-Raja mengenai hal ehwal Islam adalah di seluruh Malaysia...
Tuan Yang di-Pertua.
Dalam hal ini, isu kalimah “Allah” adalah di luar bidang kuasa kita, di luar bidang kuasa mahkamah kerana ianya adalah non justifiable dan kes tidak sepatutnya diputuskan oleh kita dan oleh mahkamah.
Permohonan kerajaan dan tujuh majlis agama Islam umpamanya dan MAKMA iaitu Persatuan Saudara Baru Islam untuk rujuk kes ke Mahkamah Persekutuan kerana isu ini adalah isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan melibatkan kuasa Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam, maka kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memutuskan. Walaupun kes perbicaraan permohonan ini akan disuarakan, akan disebut pada 7 Julai 2009, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dibuat di bawah Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa ini 10 negeri telah menggazetkan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Baling kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Oleh hal demikian larangan penggunaan perkataan Allah telah diperuntukkan dalam enakmen yang termaktub dan penguatkuasaan yang telah dibuat di negeri-negeri yang telah saya sebutkan tadi. Oleh yang demikian, dalam hal ini elok kalau dapat kita tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai wadah dan pentas untuk kita berbahas mengenainya dan hormatilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling sebagai pendirian rasmi kerajaan walaupun kami berbeza parti tetapi itulah pendirian yang kita mahukan... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling membangkitkan tentang apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan tukang gunting rambut menggunakan berus yang dibuat daripada bulu babi. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan melalui JAKIM untuk mengelakkan penggunaan barangan yang tidak halal dan suci ialah menerbitkan garis panduan penggunaan kulit dan bulu untuk dijadikan pakaian dan barangan yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali yang ke-20 pada 1 hingga 3 Februari 2008. Hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan ke atas salon dan unisex salon didapati bahawa berus yang dikenali sebagai pure bristle 38 mm Miken, dengan izin, adalah disahkan dibuat daripada bulu babi. Dengan itu, perkara ini perlu dijelaskan supaya dielakkan oleh orang-orang Islam dan kita memberikan penjelasan dan nasihat kepada masyarakat Islam melalui saluran media elektronik dan media cetak iaitu ICT dan multimedia agar pengguna mengunjungi premis gunting rambut yang menggunakan barangan halal, menasihatkan pemilik premis gunting rambut agar memohon Sijil Halal daripada HDC dan mendidik pengguna supaya menggunakan barangan halal dan suci untuk keperluan harian mereka. Ini termasuklah untuk keperluan kosmetik dan barangan dandanan diri. Yang Berhormat Baling juga telah mempersoalkan kenapakah pihak berkuasa memberi kebenaran kepada Sisters in Islam mengadakan persidangan equality dan justice mengenai wanita dengan menjemput Profesor Amina Wadud sebagai penalis persidangan dan saya telah menjelaskan di awal penggulungan tadi. Ahli Parlimen Titiwangsa telah membangkitkan isu pembelian kondominium bersebelahan dengan KLCC di mana Yang Berhormat mendakwa Tabung Haji dipaksa membayar RM400 juta untuk pembelian tersebut sedangkan harga asalnya RM200 juta. Saya ingin menjelaskan di dalam Dewan yang mulia ini dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Titiwangsa, dakwaan terhadap Tabung Haji itu tidak benar kerana Tabung Haji tidak pernah membeli kondominium berkenaan. Apa yang dibeli ialah sebuah office block 38 tingkat di Jalan Stonor yang berhadapan dengan PNB Darby Park dan kita beli daripada TTDI sebagai pemaju perumahan dengan harga RM466 juta setelah panel pelaburan Tabung Haji membuat kajian dengan izin, marketability dan juga valuation dengan izin, penilaian dan didapati pulangan terhadap pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji itu melebihi daripada kadar pulangan yang diberikan kepada depositors Tabung Haji sebagaimana yang telah diumumkan baru-baru ini dan tahun-tahun yang lalu.
Ertinya tidak ada penyelewengan dan saya sendiri telah menyemak semua dokumen perjanjian S&P dengan izin, sales and purchase agreement, dan marketability dan juga valuation yang telah dilakukan, maka saya berpuas hati bahawa pembelian itu adalah pembelian yang telah dibuat dengan teliti. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru pula ingin ...
Boleh saya sedikit lagi penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Alhamdulillah saya dapat mendengar pada hari ini sebenarnya pembelian itu adalah office block dan bukan kondominium sebab itu yang dimaklumkan kepada saya cuma di sini ada satu lagi jawapan yang saya mungkin belum mendapat penjelasannya iaitu kalau mengikut maklumat yang saya dapat, harga market nya adalah RM200 juta. Akan tetapi dipaksakan untuk beli sehingga sampai RM400 juta kerana hendak menyelamatkan projek yang bermasalah. Saya bercakap dan bertanya ini untuk mendapat penjelasan. Jadi saya harap perkara itu pun dapat diperjelaskan, terima kasih.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini Yang Berhormat, walaupun transaksi ini dilakukan sebelum saya berada di portfolio ini, tetapi saya telah meneliti semua dokumen berkenaan. Ianya bukan satu bail out dengan izin, terhadap TTDI tetapi setelah kajian terhadap marketability dan juga penilaian yang dibuat berdasarkan pelaburan yang berlatarkan ROI dengan izin, return on investment yang sebenarnya kepada Tabung Haji, maka panel pelaburan Tabung Haji telah memutuskan ianya bukan dipaksa sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat, tetapi adalah sesuatu yang viable untuk dibuat pelaburan dan harga pasaran ketika itu memang itulah harga sebenarnya yang telah diputuskan oleh panel pelaburan dan ahli pengarah Tabung Haji ketika itu dan kelulusannya telah dibuat oleh Menteri yang berkenaan pada ketika itu. Saya yakin apa yang telah dilakukan oleh Tabung Haji adalah sesuatu pelaburan yang mengikut garis panduan dan tidak ada paksaan dengannya. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru ...
[Bangun]
Minta laluan sedikit Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, apabila ditubuhkan Tabung Haji dan di antara benda yang disebut oleh Ungku Aziz ialah untuk memberikan peluang kepada petani-petani dan orang-orang Islam yang hendak pergi menunaikan haji tidak menjual harta mereka, tetapi dengan mendengar angka-angka pelaburan tadi RM400 juta, RM800 juta naik gerun kerana nampaknya seolah-olah Tabung Haji telah menjadi satu business entity, a giant business entity. Adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa kita telah agak departure jauh daripada tujuan asal, takut-takutnya dengan keadaan sekarang ini pelaburan sana, pelaburan sini, takut-takutnya harga atau jumlah yang terpaksa dibayar oleh mereka yang hendak pergi haji ini makin hari makin naik, bukan makin turun. Jadi orang melabur, orang miskin, penoreh getah dan sebagainya sepatutnya dia mengharapkan, dengar berbilion- bilion investment sepatutnya dari RM11,000 mungkin tahun depan tinggallah RM9,000. Akan tetapi nampaknya jawapan Timbalan Menteri dua hari yang lepas nampaknya jumlah ataupun harga yang dibayar untuk Tabung Haji itu makin naik. Macam mana pendapat Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Bangun]
Boleh saya dapat sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Persoalan dengan marketability dengan izin, Yang Berhormat sebutkan tadi, adakah nilai marketability ini mengambil kira keadaan semasa di mana kalau kita dengar peringatan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyatakan kerisauan dia dalam keadaan pasaran aset sekarang telah jatuh sehingga 31 peratus. Adakah sustainable marketability ini diambil kira oleh pihak kementerian ataupun oleh pihak Yang Berhormat Menteri dalam mengatakan bahawa ada assurance dengan izin, ataupun guaranteed return dalam pelaburan ini. Terima kasih.
Betul, untuk maklumat Yang Berhormat Indera Mahkota. Transaksi ini telah dibuat dulu dan soal market price dengan izin, sekarang ini ianya tidak timbul lagi. Viability telah ada, return on investment sudah ada, minimum guarantee return dengan izin, telah ada kerana ada anchor tenant dengan izin. Telah ada penyewa yang kekal dan tetap di bangunan itu, di premis itu dan didapati pulangan kepada pelaburan sebanyak RM466 juta yang telah dibuat oleh Tabung Haji ketika itu telah memberikan pulangan yang baik untuk Tabung Haji. Menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Petani, perlu diketahui bahawa tambang haji ataupun belanja haji keseluruhannya ialah sebanyak RM15,000 manakala caj yang dikenakan pada jemaah haji adalah sebanyak RM12,400 ertinya pihak Tabung Haji telah memberikan subsidi atau bantuan sebanyak RM2,600 pada tahun lalu.
Berbanding dengan lain-lain hujjaj dari negeri-negeri Asia Tenggara kerana mereka melalui muassasah Asia Tenggara, mereka membayar dengan jumlah RM15,000 tetapi duduk di hotel yang jauhnya kira-kira tujuh hingga lapan kilometer dari Masjidil Haram dan mereka terpaksa masak sendiri. Makanan tidak disediakan oleh pihak travel agent atau syarikat yang mengendalikan jemaah haji itu. Ertinya Tabung Haji telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk hujjaj berbanding dengan negeri-negeri lain dan di samping itu wang deposit yang dimasukkan kepada akaun Tabung Haji adalah merupakan akaun yang dipegang secara amanah dan dilaburkan di luar melalui beberapa sektor tertentu. Pulangan itulah yang diberikan subsidi kepada hujjaj, ertinya kita tidak menaikkan tambang haji sewenang-wenangnya. Malah harga yang kita kenakan kepada hujjaj di bawah daripada harga pasaran. Saya ucapkan terima kasih kerana itu soalan provokasi daripada Yang Berhormat Sungai Petani supaya saya menjawab dengan telus kepada bakal-bakal haji. Akan tetapi pada tahun ini saya tidak menjamin subsidi sebanyak RM2,600 terus diberikan dengan keadaan pasaran kelapa sawit yang kita laburkan dan dengan pasaran saham yang kita masuki saya tidak dapat menjamin subsidi sebanyak itu dapat kita berikan. Tuan Yang di- Pertua, saya....
Lagi panjang Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak banyak jawapan yang perlu saya sebutkan kecuali yang terakhir adalah mengenai isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berkenaan dengan isu murtad di kalangan masyarakat Islam yang didakwa amat serius pada masa ini di mana pada hari ini terdapat ustaz dan ustazah dari lulusan Al-Azhar, dan saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa ustazah yang dimaksudkan itu adalah Ustazah Kamariah Ali dan ustaz yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd bin Yah suami kepada Ustazah Kamariah Ali. Nauzubillah supaya tidak berlaku orang-orang yang ada pengetahuan dan kelulusan agama, murtad. Mudah-mudahan Allah SWT buka pintu taubat untuk mereka, wallahualam. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja jawapan saya...
Boleh tanya satu soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri, boleh atau tidak?
Sudah habis Yang Berhormat, sudah habis.
[Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tan Sri Senator untuk menggulung sebahagian daripada persoalan yang dibangkitkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Selamat petang dan salah sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Di sini izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Pada kesempatan ini, saya ingin menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri khususnya Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Jabatan Perdana Menteri ialah perkara-perkara berkaitan ekonomi mikro, pembangunan koridor, isu pengagihan dan kemiskinan, Dasar Ekonomi Baru serta isu-isu yang lain. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menangani keadaan ekonomi dunia semasa yang tidak menentu, terdapat saranan agar kerajaan merangka pelan tindak balas yang lebih proaktif dan komprehensif bagi memperkukuhkan asas ekonomi negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Pontian, melalui Exco Majlis ekonomi yang bersidang setiap minggu, kerajaan dapat memantau keadaan ekonomi dunia dan kesan-kesannya terhadap negara ini. Susulan pemantauan itu, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif dan komprehensif bagi menangani isu-isu ekonomi semasa. Antara tindakan yang telah diambil ialah mengadakan pakej rangsangan ekonomi pertama sejumlah RM7 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5.29 bilion atau 75 peratus telah pun disalurkan kepada agensi pelaksanaan melibatkan lebih kurang 38,000 projek. Program dan projek yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan lima teras Misi Nasional dan tiga strategik khusus Bajet 2009 iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara. Kerajaan juga akan membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang akan diumumkan pada minggu depan yang akan merangkumi dasar, selain itu tindak balas Dasar Monetari telah dan akan sentiasa diambil oleh Bank Negara Malaysia. Selain daripada tindakan jangka pendek, seperti yang disebutkan tadi, kerajaan juga akan sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan ekonomi supaya negara ini dapat bersaing dan berdaya maju. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Muar telah membahaskan berkaitan kemiskinan dan kemiskinan tegar. Yang Berhormat Marang membangkitkan isu kadar kemiskinan yang masih tinggi di Sabah, Terengganu dan Sarawak walaupun negeri-negeri berkenaan menghasilkan petroleum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar kemiskinan di Sabah, Sarawak dan Terengganu masih lagi tinggi berbanding dengan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Namun, perlu difahami bahawa kemajuan di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia sedikit sebanyak berpunca daripada keupayaan negeri-negeri ini menarik pelaburan yang jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Sejarah juga menunjukkan bahawa tumpuan pembangunan infrastruktur adalah di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Kelebihan ini telah mempengaruhi keputusan pelaburan untuk melabur di kawasan tersebut. Menyedari hakikat ini dan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di tiga buah negeri yang disebut ini, kerajaan telah merangka dan melaksanakan Pelan Pembangunan Wilayah supaya dapat menarik lebih banyak pelaburan bagi membangunkan negeri-negeri tersebut.Pelan pembangunan tersebut melibatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang dapat menarik pelabur terutama dalam sekitar hiliran minyak dan gas serta industri berat yang menggunakan sumber tenaga diperbaharui. Selain itu, pembangunan infrastruktur industri pertanian juga dilaksanakan bagi meningkatkan keluaran sektor ini. Kerajaan juga melaksanakan pelbagai program dan bantuan secara langsung kepada golongan miskin tegar termasuk di tiga-tiga negeri berkenaan. Program ini termasuk program peningkatan pendapatan bantuan perumahan dan pembangunan modal insan. Dengan adanya inisiatif ini, kerajaan telah berjaya mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri-negeri tersebut. Bagi negeri Sabah kadar kemiskinan telah berkurangan daripada 24.2 peratus pada tahun 2004 kepada 16.4 peratus Dewan tahun 2007. Terengganu daripada 15.4 peratus kepada 6.5 peratus dan Sarawak daripada 7.5 peratus kepada 4.2 dalam tempoh yang sama. Komitmen kerajaan untuk membawa pembangunan kepada ketiga-tiga negeri tersebut ternyata dilihat melalui peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Ketiga-tiga negeri ini diperuntukkan sejumlah RM43.16 bilion iaitu 17.3 peratus daripada keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan. Berhubung dengan isu kemiskinan tegar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Muar untuk, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kumpulan Focus Group bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif pembasmian kemiskinan di peringkat daerah negeri dan Persekutuan.
Selain itu, usaha memperkemaskan daftar maklumat kumpulan sasar di kalangan miskin tegar juga sedang dilaksanakan. Dalam hal ini kerajaan menyeru kepada wakil-wakil rakyat dan NGO bekerjasama erat dengan kerajaan dalam mengenal pasti kumpulan miskin tegar ini. Harapan kita ialah supaya bantuan dapat disampaikan. Kerajaan mengakui dengan keadaan ekonomi semasa hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar menjelang tahun 2010 semakin mencabar. Namun, berdasarkan kepada perancangan dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan percaya dan mempunyai harapan yang tinggi bahawa dengan kerjasama semua pihak matlamat ini boleh dicapai. Ahli Yang Berhormat Lipis juga telah mempersoalkan statistik kemiskinan tegar yang berbeza-beza. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan sedar dengan kewujudan statistik yang berbeza-beza mengenai maklumat kemiskinan tegar yang dikumpulkan oleh pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan. Namun, bagi menyelaras semua statistik yang di kumpul oleh pelbagai agensi tersebut satu pangkalan data nasional mengenai kemiskinan yang dikenali sebagai e-Kasih telah dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008. Pangkalan data ini akan mengintegrasikan semua maklumat kemiskinan tersebut dan diselaraskan berdasarkan kepada satu konsep dan definisi yang seragam untuk dijadikan rujukan utama kepada semua agensi berkaitan. Berdasarkan kepada pangkalan data e-Kasih sehingga ini terdapat seramai 44,640 ketua isi rumah terdiri daripada miskin tegar dan 53,557 ketua isi rumah pula adalah miskin. Tuan Yang di-Pertua, mengenai sasaran Ahli Yang Berhormat Arau agar dasar-dasar yang berkaitan bumiputera dikaji semula untuk membolehkan sasaran 30 peratus bumiputera dapat dicapai. Ingin saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa usaha tersebut sentiasa dilaksanakan. Ini termasuk penambahbaikan ke atas strategi pelaksanaan sedia ada serta penilaian ke atas beberapa instrumen penyusunan semula bagi mengkaji keberkesanan instrumen-instrumen tersebut ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan. Antaranya di bawah pelaksanaan fasa kedua Program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, kerajaan terus memberi penekanan kepada pembangunan bumiputera dalam rantaian ekonomi.
Program khusus telah dilaksanakan melalui inisiatif pembangunan kluster yang diterajui oleh pihak swasta bagi meningkatkan penyertaan bumiputera yang efektif dan berdaya tahan dalam rantaian ekonomi yang lebih tinggi dan signifikan. Sehingga kini 13 kluster telah ditubuhkan yang merangkumi inisiatif di pelbagai industri seperti automatif, bioteknologi dan pembinaan. Di samping itu, langkah juga akan diambil untuk mengelakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC dengan izin, menyekat peluang perniagaan terutama dalam bidang yang sama penglibatan enterprise bumiputera adalah tinggi...
Mohon penjelasan.
Masa kita tidak ada Yang Berhormat ringkas Yang Berhormat ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang membantu masyarakat bumiputera ini. Akan tetapi satu persoalan yang timbul di sini ialah peranan EPU ini ialah apakah hanya setakat memantau ataupun menyelaras sahaja, tetapi tidak berbentuk penguatkuasaan iaitu mana-mana dasar bumiputera tadi. Katalah 30 peratus tidak dilaksanakan maka dia mempunyai kuasa untuk memastikan dia dilaksanakan dan dipatuhi. Saya rasa ini penting sebenarnya kalau hanya setakat kita kata 30 peratus tetapi tidak ada penguatkuasaan maka dasar itu tidak tercapai. Saya ingin penjelasan juga bahawa sebelum ini ada tuduhan mengatakan dasar bumiputera ini sebagai satu aparteid yang saya rasa adalah tuduhan keterlaluan yang tidak faham dan cuba menimbulkan suasana ketegangan kaum sebenarnya apabila mengatakan bumiputera semua ini sebagai satu dasar Aparteid. Sedang kita tahu aparteid adalah hanya satu dasar segregation satu dasar warna kulit iaitu antara the black and the white. Dalam keadaan di negara kita bumiputera semua ini ialah untuk merapatkan jurang bukan satu dasar segregation. Segregation adalah satu dasar British yang mewujudkan Kampung Baru dan sebagainya, tetapi apa yang kita lakukan kita dasar terbuka masuk universiti pun terbuka, JPA pun terbuka siapa hendak mohon dan sebagainya tidak ada segregation. Ini saya rasa antara perkara sebenarnya yang sering menggagalkan usaha kita untuk melaksanakan dasar bumiputera. Ini kerana wujud segolongan dan segelintir orang yang dia tahu sebenarnya ini sebenarnya adalah satu dasar yang baik tetapi kerana politik maka dia mengatakan ini adalah satu dasar yang disebut sebagai aparteid yang keterlaluan. Bagi saya ini adalah tindakan mereka yang sebenarnya hanya untuk menimbulkan ketegangan dan yang tidak faham yang cuba hanya menimbulkan pergaduhan kaum. Jadi saya harap dasar bumiputera kita yang dilaksanakan ini mestilah bukan hanya setakat memantau tetapi penguatkuasaan itu supaya ia dapat dipenuhi sebenarnya...
Tambah sedikit Menteri ada hubungan itu.
Saya boleh bagi kebenaran, tetapi dengan ringkas Yang Berhormat minta maaf ya kita ada empat minit lagi Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya usaha untuk kita mempertingkatkan peranan bumiputera ini telah lama kita bincangkan tetapi masih tidak berhasil. Walaupun kita telah cadangkan banyak jalan pintas yang telah kita patut buat, pertamanya patut kita beli semua banyak lagi property overhang yang sepatutnya pemilikan bumiputera yang boleh dibeli oleh macam-macam agensi. Keduanya Yang Berhormat Menteri pada ketika ini banyak daripada usahawan bumiputera menghadapi masalah. Sepatutnya apa yang telah dibuat oleh kerajaan menurunkan OPR, menurunkan SRR sampai 1 peratus sekarang OPR tinggal 2 peratus sahaja. Sebenarnya menjadikan cost off fund kita lebih murah. Bank sepatutnya bekerjasama tetapi sebaliknya sekarang bank menyusahkan orang berniaga memperketat pinjaman dan ia tidak memberikan pinjaman kepada ketika ini. Ada banyak usahawan yang kita dapat lihat yang telah diberikan credit facilities. Ini ada dua kes pada satu dapat RM5 juta sekarang bank sudah tarik balik...
Sudah Yang Berhormat Menteri faham Yang Berhormat.
Terima kasih dengan soalan itu. Saya ingin di sini menyatakan bahawa peranan EPU bukan hanya setakat memantau. Pelaksanaan dasar- dasar kerajaan terutamanya dasar-dasar ekonomi termasuk dasar ekonomi yang dilaksanakan. EPU juga merangka dan instrumen-instrumen untuk dapat kita mempertingkatkan lagi penyertaan bumiputera dari segi penyertaan ekonomi. Sepertinya kita setiap masa sekarang ini masih lagi kita memperkemaskan peranan FIC misalnya supaya dapat FIC menjalankan kerja-kerjanya supaya dapat bumiputera terus menyertai ekuiti dari segi peningkatan pada 30 peratus. Akan tetapi yang lebih penting ialah pendekatan yang dijalankan oleh EPU dari segi untuk membina enterprise dan peniaga-peniaga usahawan bumiputera yang dapat mereka bersaing dan juga dapat mereka memperbaiki lagi keadaan ekonominya. Ini adalah kerana dengan adanya asas-asas kekuatan dari segi pembinaan modal insan dan juga pembinaan dari segi perniagaannya dapat bumiputera akan terus sustained penyertaan bumiputera dari segi penyertaan ekonomi.
Yang Berhormat Tan Sri jam sudah 5.30, berapa lama lagi Yang Berhormat boleh menghabiskan?
Baru mula lagi Tuan Yang di-Pertua tetapi boleh saya sambungkan lagi dalam hari Selasa.
Berapa minit?
Ini kira-kira dalam ada 40 minit lagi.
Kalau boleh habis dalam 15 minit saya boleh bagi Yang Berhormat.
Dalam 15 minit tidak boleh habis. Saya kena sambung untuk hari Selasa.
Baiklah Yang Berhormat jam sudah pukul 5.30 sudah jadi kalau tidak boleh habis dalam 15 minit saya tidak boleh sambungkan masa sebab kuasa saya di bawah Peraturan 12(3) hanya 15 minit. Jadi dengan itu kalau Yang Berhormat Menteri kata 40 minit kena menghabiskan ini jadi kita kena sambunglah selepas ini nanti.
Sambungkan hari Selasa tetapi Dato' Seri Mohamed Nazri akan membuat penggulungannya.
Baik Yang Berhormat baik. Ahli-ahli Yang Berhormat Jabatan Perdana Menteri akan menyambung menjawab perbahasan ke atas Titah Diraja pada hari Selasa 10 Mac 2009. Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan adalah dijadualkan pada jam 4 petang hari Selasa 10 Mac 2009. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Selasa 10 Mac 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.