Dewan Rakyat · 10 March 2009
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 963 turns · 38,610 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah insentif kementerian bagi menggalakkan pengusaha pertanian: (a) mempraktikkan kaedah pengurusan perosak bersepadu bagi mengurangkan kos racun perosak; dan (b) menggunakan kaedah fertigasi yang tekah terbukti memberi hasil pengeluaran yang tinggi serta menjimatkan penggunaan baja.
Tuan Yang di-Pertua, (a) Pengurusan perosak bersepadu adalah suatu pendekatan mampan atau dengan izin, sustainable approach untuk menguruskan perosak-perosak tumbuhan secara berkesan, ekonomik, selamat dan mesra alam iaitu meminimumkan kesan buruk ke atas alam sekitar dengan menyatukan beberapa kaedah iaitu fizikal, kultur, biologi dan kimia. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan pengamalan pengurusan perosak bersepadu di kalangan pekebun di Malaysia melalui latihan-latihan dan petak-petak promosi di kawasan-kawasan tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran bagi memberi kesedaran kepada pekebun- pekebun mengenai kebaikan pengurusan perosak bersepadu. Sebagai promosi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membantu dengan memberi peralatan-peralatan dan bahan- bahan kepada pekebun-pekebun yang mengamalkan pengurusan perosak bersepadu. Bagi menjawab, (b) Kaedah fertigasi adalah merupakan satu kaedah alternatif penanaman yang baik dan berdaya maju. Melalui sistem fertigasi, pengurusan tanaman adalah aspek paling penting yang dititikberatkan bagi menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan. Ini selaras dengan matlamat pengeluaran tanaman iaitu pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optimum serta menguntungkan. Beberapa galakan insentif kepada pengusaha disediakan oleh kementerian bagi pengusaha yang melaksanakan projek melalui kaedah penanaman secara fertigasi iaitu:
(i) pembangunan teknologi yang khusus di tanah pamah; (ii) program latihan inkubator fertigasi di mana peserta diberi latihan hands on secara berterusan selama 10 bulan; (iii) pembangunan projek fertigasi komersial dan disewakan kepada peserta-peserta yang berminat seperti di Taman Kekal Pengeluaran Makanan; (iv) pembangunan rantaian bekalan yang khusus untuk hasil fertigasi ke hypermarket; dan (v) kelayakan untuk menerima insentif pengeluaran makanan-makanan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan iaitu dalam RM80.00 satu tan untuk sayur-sayuran dan RM78.00 satu tan untuk buah-buahan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Batu Pahat... [Tepuk] Soalan tambahan saya, pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Sejak enam tahun telah dapat menghidu dan membaca terhadap kesan kemelesetan ekonomi dunia dan menumpukan kepada bidang pertanian. Akan tetapi akibat daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan harga baja dan racun, ini membebankan kepada petani.
Soalan...
Satu kaedah yang baru iaitu kaedah fertigasi...
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
...Satu kaedah yang baru iaitu kaedah fertigasi ini boleh menjimatkan baja dan juga penggunaan air. Soalan saya, adakah Agrobank yang telah dikorporatkan ini bersedia untuk memberikan pinjaman, menolong petani, penternak bagi kaedah baru fertigasi ini dan apakah sebabnya pengarah- pengarah Agrobank ini setelah dikorporatkan susah sangat hendak membantu petani dalam memberikan kelulusan pinjaman?... [Tepuk] Ini sepatutnya kita mestilah mengorak langkah untuk lebih membantu petani dalam keadaan ekonomi meleset dan gawat ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang satu daripada kaedah yang saya katakan tadi yang juga memberi pulangan yang baik adalah melalui fertigasi sebab di bawah sistem fertigasi, ia ada pengurusan yang terbaik dari segi penggunaan baja dan juga input-input pertanian. Akan tetapi hanya di bawah sistem fertigasi dengan izin, start-up cost dia adalah berat sedikit sebab Agrobank itulah. Jadi terima kasih Yang Berhormat mengenai persoalan fertigasi yang dikaitkan dengan Agrobank dan terima kasih Yang Berhormat di atas persoalan tersebut dan kami mengambil berat dari segi beberapa persoalan yang telah dijuruskan mengenai Agrobank dan khasnya di dalam ekonomi meleset, Agrobank adalah satu-satunya bank yang memang memberi fokus kepada pertanian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengadakan satu perbincangan khusus mengenai peranan Agrobank supaya di dalam masa begini dan juga masa-masa lain...
[Menyampuk]
Bincang itu, sudah berapa lama bincang Yang Berhormat?
Terima kasih, terima kasih.
Susah hendak bagi pinjaman ini, tidak membantu langsung.
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang kami akui...
Bincang beribu-ribu kali tetapi tidak selesai juga.
Sila, silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, sabar Yang Berhormat.
51 tahun sudah, sabar.
Sebabnya Yang Berhormat, Dahulunya, Bank Pertanian ini directly di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jadi ada flexibility, tetapi sekarang Agrobank di bawah Bank Negara. Jadi, apabila di Bank Negara ini ada syarat-syarat dan peraturan yang harus ditangani bersama khasnya dalam masa yang terkini. Akan tetapi Yang Berhormat, kami pun macam Yang Berhormat juga. Memang kami juga tidak sabar dan kami juga berharap agar beberapa kesan daripada perbincangan ini akan memberi kesan yang positif kepada industri pertanian. Terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
[Bangun]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, penggunaan racun nampaknya adalah terlampau keterlaluan di negara ini sehingga ia menyerap dalam makanan dan akhirnya kita yang mendapat semua bahan itu, racun dan sebagainya. Jadi, apakah yang dibuat oleh kementerian supaya kerajaan benar- benar memberi insentif-insentif yang tertentu supaya kita menggalakkan petani-petani menggunakan organic farming untuk mengatasi masalah ini. Adakah ini praktikal dan jika praktikal apakah yang telah dibuat setakat ini supaya ia betul-betul diimplementasikan sehingga ia dapat dijayakan oleh negara ini.
Terima kasih, Yang Berhormat. Memang satu daripada yang kita juruskan di dalam Pengurusan Perosak Bersepadu ini atau dengan izin, Integrated Pest Management, kita menjuruskan supaya kita lebih tidak menggunakan bahan kimia seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi dan menjuruskan kepada menggunakan yang lebih berbentuk organik. Saya telah katakan tadi di bawah Pengurusan Perosak Bersepadu ada tiga kaedah iaitu kaedah fizikal, biologi dan kaedah kultur (culture). Oleh yang demikian kadang-kadang secara organik ini ia dari segi lambat memberi kesan tetapi long term. Jadi, kadang-kadang petani-petani kita ini dia hendakkan segera dan melalui kimia adalah sesuatu yang digunakan. Walau bagaimanapun, kita pastikan bahawa walaupun mereka menggunakan racun perosak kimia tetapi ia adalah mengikut batasan-batasan sebab ia akan memberi kesan kepada hasil pertanian tersebut untuk di jual ke pasaran dalaman dan juga eksport.
Kadang-kadang ia di reject sebab tinggi bahan-bahan kimia. Akan tetapi menggunakan sistem fizikal yang lain seperti yang saya katakan fertigasi adalah satu daripadanya tetapi start up kosnya adalah tinggi dan dikait pula dengan Agrobank. Pada masa yang sama Yang Berhormat kami memang menjurus kepada..., sebab itulah saya katakan tadi kita menggunakan beberapa promosi seperti kita menggunakan bahan-bahan dan peralatan. Sebagai contoh kita sekarang ini mendapati bahawa kita menanam sayur- sayuran melalui kelambu (nets)... [Disampuk] kelambu, supaya kita kurang menggunakan bahan kimia dan selepas itu kita menggunakan perangkap lampu. Kita juga menggunakan burung pungguk. Burung pungguk ini bukan nyanyian sahaja, memang betul ada burung pungguk yang kita gunakan untuk mengatasi masalah perosak-perosak yang ada. Jadi, ini adalah sesuatu yang kita promosikan dan kita harapkan dengan cara ini tetapi masalahnya dengan cara ini memakan masa. Ia tidak dapat diatasi dengan segera dan petani lebih suka yang cara segera, dia gunakan balik bahan kimia tetapi ini adalah menggunakan pendedahan, latihan dan beberapa promosi untuk kami memastikan bahawa insya-Allah lama-kelamaan petani akan memahami dan kita akan lebih menjurus kepada organic farming. Terima kasih. [Soalan No. 2 - Y.B. Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) tidak hadir]
Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali telah menulis surat untuk dimaafkan dari menghadiri Dewan oleh kerana upacara Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Selangor. Dengan itu saya jemput Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang.
3. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser di kalangan rakyat Malaysia dan apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pemeriksaan kanser di kalangan rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjawab soalan nombor tiga, kebetulan nombor calon pun nombor tiga... [Disampuk]
Kempen, hah?
Dan lagi kah, di sini bukan ada perwakilan pun... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser di kalangan rakyat di negara ini khususnya kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan kanser paru-paru, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah pun melakukan beberapa pendekatan, khususnya dalam bentuk kesedaran yang mungkin boleh kita sampaikan kepada rakyat tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Kesedaran ini kita ambil maklum kerana mengesan awal dan mendapat rawatan yang awal merupakan pokok kepada mobiliti dan juga kesan hidup yang lebih berkualiti. Oleh yang demikian sejak tahun 1991 kita telah pun melakukan kempen-kempen melalui pendidikan. Sebagai contoh, untuk tahun 2008 sahaja, kita telah pun mengadakan 3,264 ceramah. Kita juga telah melakukan 459 pameran. Kita telah melakukan lebih daripada 100,000 nasihat individu. Kita sudah edarkan 53,000 edaran risalah dan kita telah mengadakan 409 forum serta dialog. Elok saya nyatakan dalam Dewan ini lebih terperinci bahawa untuk jawapan nombor dua, kita dapati bahawa peningkatan khususnya dalam pemeriksaan kanser awal, melalui kajian yang kita buat pada 2006 menandakan bahawa 51.8 peratus telah menjalankan pemeriksaan payu dara klinikal atau clinical breast examination, dengan izin, sementara terdapat peningkatan pemeriksaan sendiri iaitu breast self-examination di kalangan wanita. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya tadi. Daripada apa yang kita lihat di sini, yang kita dengar banyak sudah diusahakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengesanan dan mengawalkan pendidikan mengenai kanser. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri di kawasan-kawasan luar bandar adalah amat sukar untuk kita mendapatkan rawatan ini disebabkan banyak faktor, klinik-klinik kita yang tidak mencukupi pakar-pakarnya dan lambat mendapat pengesahan awal sehingga di masa kritikal, semasa perlu pembedahan dan pembedahan pula tidak dapat dibuat dalam klinik yang biasa, maka hendak dihantar ke Kuala Lumpur ataupun hospital-hospital besar di bandar yang besar. Apakah tindakan kerajaan untuk mempercepatkan hendak membantu orang-orang luar bandar yang mempunyai penyakit ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibuti, lebih mendalam soalan tambahan beliau. Kita sedar bahawa perawatan awal dan juga pengesanan awal dapat mengurangkan beban serta kos kepada kerajaan. Umpamanya di Sarawak sejak sepuluh tahun yang lalu kita sudah adakan cancer center di Hospital Umum Kuching dan kita ada pakar. Walaupun kita semua sedar bahawa terdapat 19 pakar onkologi di seluruh negara, sembilan sahaja yang berada dalam sektor awam sementara sepuluh berada di sektor swasta. Usaha untuk meningkatkan pakar-pakar ini sudah pun berjalan. Kita sudah tambah daripada 400 kepada 600 tempat untuk kita latih pakar-pakar, khususnya dalam bidang onkologi. Yang terbaharu kita belanja lebih sedikit di negara-negara maju, ia ada yang disebut National Cancer Institute (NCI). Kita dalam peringkat terakhir untuk membina National Cancer Institute di Putrajaya yang berharga RM700 juta yang menempatkan segala kemudahan yang sama taraf seperti Peter MacCallum National Cancer Institute di Melbourne. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan Yang Berhormat Datuk Speaker dari Dewan Undangan Negeri Kelantan mengikuti persidangan pagi ini... [Tepuk] Saya hendak ucapkan tahniah di atas jawapan kementerian terhadap usaha berterusan untuk memastikan rakyat berpeluang mendapat mutu perkhidmatan yang lebih baik. Soalan tambahan saya ialah untuk negeri-negeri Pantai Timur, Yang Berhormat Menteri, Pahang, Terengganu dan Kelantan, mengikut jawapan kementerian kepada soalan asal saya, angka terbaru pesakit kanser sahaja ialah mencecah 7,000 orang. Malangnya tidak ada seorang pun pakar onkologi, pakar kanser di negeri-negeri Pantai Timur. Soalan saya ialah sementara kementerian sedar tentang fenomena ini, apakah rancangan kerajaan sekarang untuk menempatkan pakar-pakar kanser di hospital-hospital di Pantai Timur. Bila akan diletakkan? Berapa ramai akan ditugaskan di sana? Terima kasih.
Terima kasih kerana keprihatinan Yang Berhormat Machang. Saya perlu jelaskan, kalau mengikut negeri, negeri Johor pun tidak ada kepakaran khusus. Yang ada kita tempatkan pusat onkologi di Johor Bahru, pakarnya sudah kembali ke Kuala Lumpur. Jadi soalan Yang Berhormat seolah-olah bahawa pesakit- pesakit di Pantai Timur dianaktirikan, itu tidak betul. Hendak latih pakar onkologi, Tuan Yang di-Pertua, bukan boleh dua tahun. Hendak jadi pakar biasa, empat tahun selepas tamat housemanship dan sebagainya. Untuk dia jadi subspecialty ditambah lagi dua tahun – enam tahun. Untuk dia jadi pakar onkologi dalam bidang-bidang onkologi tertentu, ada onkologi payu dara, ada paru- paru, ia mengambil masa. Jadi sebab itu saya katakan kalau hendak tanya secara spesifik bila, saya pun tidak boleh jawab kerana kita sedang melatih mereka dan mereka ini berada di beberapa buah negara dan bila mereka kembali, dia akan ditempatkan di tempat-tempat yang sepatutnya kita letakkan mereka. Terima kasih.
[Soalan No. 4 – Y.B. Dr. Che Rosli bin Che Mat (Hulu Langat) tidak hadir]
5. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah pelajar bumiputera yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di seluruh negara pada tahun 2006, 2007 dan 2008.
Tuan Yang di- Pertua, calon bumiputera yang menduduki peperiksaan UPSR di SJK(C) dari tahun 2006 hingga tahun 2008 adalah seramai 17,260 orang. Daripada jumlah tersebut, calon yang mendapat kecemerlangan dengan memperoleh semua ‘A’ dalam peperiksaan tersebut adalah seramai 99 orang murid, manakala dalam tempoh yang sama, SJK(T) daripada 75 calon bumiputera yang menduduki peperiksaan tersebut hanya seorang calon sahaja yang memperoleh kecemerlangan dengan mendapat semua ‘A’. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kebiasaannya kalau kita lihat pelajar bumiputera seperti ini memperolehi ada 6A iaitu lebihan ‘A’ berbanding dengan pelajar bumiputera di dalam aliran sekolah kebangsaan yang biasanya mendapat keputusan 5A. Di kawasan saya ada ibu bapa bertanya kepada saya. Ini menjadi soalan tambahan saya, sejauh manakah pelajar bumiputera yang mendapat kecemerlangan di sekolah rendah aliran Cina atau Tamil ini mendapat ruang dan peluang belajar ke peringkat sekolah menengah berasrama penuh dalam memastikan berterusan kecemerlangan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sebenarnya dari segi fakta yang disampaikan, 6A itu sebenarnya tidak betul kerana untuk SJK(C) dan SJK(T) ada tujuh mata pelajaran. Bermakna dalam bahasa Cina atau bahasa Tamil itu ada dua kertas yang diambil. Bermakna 7A. Daripada jumlah pelajar yang mendapat ‘A’ untuk satu-satu tahun itu sebenarnya tahun lalu kita ada 46,600 orang mendapat semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil. Maka kalau kita berbanding dengan tempat yang ada, cuma 6,000. Kita membolehkan ataupun mana-mana pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan sama ada daripada sekolah kebangsaan atau SJK(C) untuk memohon, tetapi soalnya kita hanya ada 6,000 untuk ditawarkan tempat dan kita ada jumlah calon seramai 46,600 yang layak memohon. Sebab itu kita menghadapi masalah kekurangan tempat untuk ditawarkan kepada semua. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya sebelum soalan tambahan saya, saya ingin mewakili rakan-rakan di sini ingin menyatakan kekesalan kami terhadap kenyataan Menteri Pelajaran yang menyebut bahawa parti pembangkang mendalangi perhimpunan...
Memang betul pun
Memang betul pun.
[Menyampuk]
...Di Istana Negara pada hari Sabtu lepas. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri tentang kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Saya bacakan di sini keratan akhbar, Isnin, 9 Mac, Berita Harian, “Kerajaan disaran mencontohi sekolah aliran Cina yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dua subjek itu pada peringkat menengah.” Kenyataan ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri di Bachok semalam. Jadi adakah kenyataan ini akan diambil kira dan mengakibatkan kementerian mengkaji semula dasar PPSMI? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kata orang, siapa yang makan cili, dia terasa pedas... [Disampuk] Kalau tidak makan, rasa tidak pedaslah itu. Kedua, saya rasa Yang Berhormat mengatakan kenyataan daripada Menteri Luar Negeri.
Sebenarnya setiap Ahli Kabinet mempunyai pandangan yang berlainan. Kalaulah perkara ini dibawa ke Jemaah Menteri, satu keputusan kolektif akan dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat yang mungkin berlainan dan akhirnya sampai kita dapat mencapai satu rumusan. Jadi saya rasa kalau Yang Berhormat hendak tanya mungkin kena Yang Berhormat Menteri Luar Negeri sendiri. Saya tidak mempunyai posisi untuk menjawab atau mengulas apa yang telah dikatakan oleh menteri tersebut. Terima kasih.
6. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, memandangkan pelatih-pelatih yang mendaftar mendapatkan lesen memandu berhadapan dengan masalah memahami menggunakan kaedah ujian berkomputer kerana tidak ramai tahu dan mahir menggunakan komputer: (a) adakah kerajaan bercadang memansuhkan ujian berkomputer ini; dan (b) adakah kerajaan bercadang membenarkan mereka yang gagal ujian berkomputer diberi kelonggaran dengan hanya diperlukan lulus peperiksaan dalam kaedah yang lain.
Terima
(a) Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Ujian Bahagian I secara berkomputer, ujian undang-undang di jalan raya yang telah diperkenalkan semenjak Mei 2002. Memandangkan ianya adalah merupakan satu sistem yang baik dan relevan pada masa ini. Pelaksanaan ujian ini telah dijalankan oleh syarikat- syarikat konsortium e-services yang dilantik oleh kerajaan iaitu syarikat MyEG Services, MySpeed.com dan Coms.
Ujian bahagian satu secara berkomputer merupakan teknologi baru yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan ujian bertulis JPJ. Kaedah ujian berkomputer ini bertujuan untuk memudahkan calon-calon untuk menduduki ujian dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran terlalu lama. Melalui mekanisme ujian berkomputer ini, bakal pemandu diuji tahap kompetensi dalam aspek pengetahuan, undang-undang, jalan raya khususnya mengenai dengan konsep pemanduan berhemah yang diperlukan bagi melahirkan bakal pemandu yang berkualiti dan bertanggungjawab ke arah mengurangkan kadar kemalangan kematian di jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan sentiasa memberi peluang dan membantu orang ramai bagi mendapatkan lesen memandu termasuklah pemohon yang tidak berpendidikan atau yang tidak celik komputer. Bagi pemohon yang gagal ujian bahagian satu berkomputer melalui e-khidmat, JPJ telah memperkenalkan beberapa pilihan ujian dan peraturan bagi memudahkan mereka lulus ujian bahagian satu, ujian undang-undang jalan raya seperti berikut: (i) mengadakan ujian bahagian satu secara bertulis di pejabat JPJ di seluruh negara untuk keperluan calon-calon yang gagal ujian berkomputer melebihi tiga kali. Semua calon ujian yang gagal melebihi tiga kali di pusat ujian e-khidmat layak menduduki ujian secara bertulis yang dikendalikan oleh JPJ;
(ii) mengadakan program JPJ Bersama Rakyat di mana melalui program ini pemohon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dibenarkan mengambil ujian khas berkelompok secara lisan atau bertulis. Mereka yang lulus ujian ini akan diberikan lesen belajar memandu LDL dan seterusnya setelah lulus ujian bahagian dua dan tiga mereka ini akan diberikan lesen memandu percubaan PDL; dan (iii) mengadakan ujian bahagian satu khas bagi pemohon yang buta huruf setelah mereka memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh JPJ dan mereka boleh dibenarkan menduduki lisan ujian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan daripada Timbalan Menteri tadi nampak cantik tetapi bila kita turun ke bawah khususnya mereka yang tidak celik komputer, di kawasan saya Sungai Petani dan keseluruhan tempat-tempat lain di Kedah ada yang sebelas kali ambil exam tidak lulus kerana 50 soalan untuk 45 minit pada orang tidak kenal komputer, dia tidak boleh buat. Saya pun sudah cuba, saya pun tak boleh buat kalau kali pertama. Jadi setiap kali dia fail dia kena bayar RM17. Setiap kali RM17. Apatah lagi ujian berkomputer ini dikendalikan oleh pihak swasta. Jadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri betul-betul yakin bahawa mereka yang tiga kali tidak fail dia boleh mendapat opsyen yang lain sama ada lisan atau bertulis. Betulkah ini boleh dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar diakui bahawa ujian komputer ini bukanlah mudah sebab soalannya 50 dan memerlukan 42 peratus harus lulus. Jadi bagi opsyen yang kedua ialah iaitu ujian secara bertulis sahaja iaitu tiga kali ujian komputer dan mereka tidak layak untuk mendapatkan lesen kerana tidak celik komputer maka mereka ada pilihan kedua iaitu ujian secara bertulis dan mereka boleh lulus. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedarkah kementerian kita sudah tahu bahawa si pemohon ini langsung tidak celik komputer tapi kita bagi peluang tiga kali. Bukankah itu buang masa mereka dan buang wang ringgit mereka. Kenapa kita tidak ada pilihan awal iaitu kita kenal pasti latar belakang si pemohon. Kalau dia dari kampung atau dari Kinabatangan, dia memang langsung tidak tahu apa itu komputer, kita hendak suruh dia guna komputer apa pasal? Bagi dia terus pergi latihan bertulis. Tidak buang waktu. Lagi satu yang penting iaitu pendidikan moral sebab pemandu dalam negara kita ini dapat lesen pun dia tidak tahu macam mana dia memandu. Lorong yang laju dia pergi slow drive. Orang hon dia marah. Dia tukang buli pula. Ini yang perlu dilihat oleh kementerian ke arah bagaimana membangkit semangat warganegara Malaysia apabila di jalan raya mereka memandu secara berhemah. Jangan susahkan mereka mendapatkan lesen apabila mereka sudah boleh mendapatkan lesen. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Nampaknya dia bawa soalan, dia juga jawab... [Ketawa] Terima kasih. Memang sebenarnya tujuan kita untuk memperkenalkan sistem komputer ini ialah kerana supaya rakyat Malaysia ini celik komputer dan mereka yang akan pergi mendapatkan lesen ini sebenarnya generasi muda. Bagi yang tua-tua macam kita ini tidak ada komputer dahulu. Sebaliknya yang pergi ambil lesen ini sebenarnya mereka anak-anak muda kita ataupun mungkin yang 30an, 40an sahaja. Bagi warga tua, kita tidak minta mereka buat ujian secara berkomputer. Mereka secara bertulis sahaja.
Jadi itu matlamat sebenar JPJ. Pertama supaya rakyat Malaysia celik komputer dan juga kemungkinan apabila mereka sentuh komputer ini mereka akan terdorong untuk belajar komputer. Itu di antaranya juga. Soal memandu di lorong yang tidak betul ini hanya berlaku di luar bandar misalnya mungkin di kawasan saya sendiri di Beaufort misalnya. Kalau kita hon dia marah sebab dia tidak tahu tapi kalau mereka yang memandu di highway di Kuala Lumpur ini saya percaya mereka sudah tahu bagaimana memandu di lorong yang betul, lorong yang laju dan lorong yang kurang laju. Jadi saya rasa hanya di kawasan luar bandar sahaja yang terdapat seperti ini. Terima kasih.
7. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, status rancangan jangka panjang untuk melihat Wilayah Persekutuan Labuan dihubungkan dengan tanah besar Sabah, berikutan kerajaan telah membelanjakan RM5 juta untuk kajian bersepadu yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dengan perbelanjaan yang banyak untuk satu kajian, adakah ianya tetap dilaksanakan. Sekiranya dilaksanakan, adakah status bebas cukai Labuan akan ditarik balik seperti Pulau Pinang sebelum ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Labuan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan sememangnya mengambil maklum bahawa prestasi ekonomi sedia ada di Pulau Labuan akan bertambah baik sekiranya beberapa infrastruktur di pulau ini ditambah atau di naik taraf. Antaranya ialah menyediakan alternatif selain perkhidmatan melalui laut antara Labuan dengan tanah besar Sabah dan penyediaan pelabuhan bersepadu. Infrastruktur ini dijangka akan dapat menambah akses ke Labuan dan akan mampu mengurangkan kos pengangkutan di masa hadapan berbanding dengan sekarang. Cadangan projek membina sebuah jambatan bagi menghubungkan tanah besar Sabah dengan Wilayah Persekutuan Labuan adalah salah satu alternatif yang sedang dikaji oleh Perbadanan Labuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi melonjakkan lagi prestasi ekonomi Labuan. Pada masa ini Universiti Malaysia Sabah sebagai pihak yang dilantik untuk melakukan kajian feasibility pembinaan jambatan sedang menjalankan kajian secara terperinci. Kajian tersebut dijangka siap pada Oktober tahun 2009 dengan membabitkan kos sebanyak RM1.4 juta bukan seperti mana dinyatakan dalam soalan Yang Berhormat RM5 juta. Tuan Yang di-Pertua, sama ada jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah dengan Wilayah Persekutuan Labuan ini boleh disediakan atau tidak adalah bergantung kepada hasil kajian yang akan dikemukakan kelak dan peruntukan kewangan bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, baru-baru ini apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Pulau Labuan beliau telah meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Economy Planning Unit untuk mengkaji kalau boleh mempercepatkan projek ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga status bebas cukai yang dinikmati oleh Wilayah Persekutuan Labuan sekarang sama ada dikekalkan atau dimansuhkan sekiranya cadangan pembinaan jambatan dipersetujui untuk dilaksanakan kelak adalah bergantung kepada persetujuan dan keputusan Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita juga rakyat Labuan mengharapkan seperti mana apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu lawatan beliau 5 hari bulan yang lalu kerana untuk menyuarakan supaya jambatan antara Labuan dan tanah besar Sabah dapat direalisasikan.
Soalan saya, kenapakah kajian bersepadu yang dilaksanakan oleh UMS mengambil masa yang terlalu lama, hampir bertahun-tahun dan adakah UMS mempunyai kepakaran tentang penyelidikan bersepadu tersebut berbanding dengan konsultan yang digunakan untuk membangun Jambatan Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Labuan dan ini mengenai masa kebetulannya pengumuman telah dibuat beberapa tahun dahulu. Ini kerana dari segi dasar kerajaan bersetuju untuk mengkaji kemungkinan untuk membina jambatan.
Akan tetapi surat tawaran kepada UMS telah diberikan pada 6 Januari 2009 di mana lebih kurang lapan bulan. Kita perlukan lapan bulan untuk menyempurnakan kajian tersebut dan lapan bulan untuk mengkaji kemungkinan untuk membina satu jambatan dari Pulau Pinang, dari Sabah ke Labuan bukanlah begitu lama. Isu yang kedua mengenai kenapa UMS dilantik sebagai konsultan memandangkan ada beberapa syarikat konsultan yang lebih pakar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, kini semua bukan saja UMS tetapi semua universiti di Malaysia adalah memang pakar untuk membuat kajian seperti ini dan kementerian memang percaya dengan kebolehan ataupun kepakaran yang sedia ada di UMS dan mereka lebih layak untuk membuat feasibility study ini. Terima kasih.
8. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah kes pergaduhan dan penjenayah di sekolah dalam negeri Melaka dari tahun 2003 hingga 2008 dan beberapa kes yang melibatkan Sekolah Menengah Teknik Melaka, dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terlibat.
Tuan Yang di- Pertua, salah laku jenayah dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan murid sekolah adalah berbeza dengan kes-kes jenayah yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia. Kes-kes jenayah yang direkodkan dalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid atau SSDM Kementerian Pelajaran Malaysia adalah merupakan salah laku disiplin murid yang berlaku dalam kawasan sekolah sahaja manakala kesalahan murid yang dilakukan di luar kawasan sekolah adalah di bawah bidang kuasa PDRM untuk tindakan selanjutnya. Kes- kes pergaduhan murid yang berlaku dalam kawasan sekolah akan diambil tindakan oleh pihak sekolah mengikut Peraturan Disiplin 1957 yang memberi kuasa penuh kepada pengetua dan guru besar untuk menjatuhkan hukuman terhadap murid. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi negeri Melaka, jumlah kes pergaduhan dan jenayah dari tahun 2003 hingga 2008 adalah sebanyak 3,102 kes bagi sekolah rendah manakala sebanyak 3,450 kes berlaku di sekolah menengah. Kebanyakan kes pergaduhan murid di sekolah adalah melibatkan pergaduhan kecil sahaja dan diselesaikan di peringkat sekolah. Bagi kes-kes yang dilaporkan kepada pihak polis kepada penjaga murid, pihak sekolah menyerahkannya kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya. Berhubung dengan kes disiplin di Sekolah Menengah Teknik atau SMT pula, KPM melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional atau BPTV telah menubuhkan pasukan task force yang diketuai oleh Pengarah BPTV untuk menyiasat dan memantau masalah disiplin yang berlaku di SMT Melaka. Untuk makluman, salah laku yang melibatkan kes gaduh dan jenayah ringan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka dari tahun 2003 hingga 2008 adalah sebanyak 51 kes pergaduhan dan 126 adalah kes jenayah ringan. Jenis-jenis jenayah yang dikenal pasti banyak dilakukan oleh murid di sekolah ini adalah ponteng kelas, salah laku seperti kurang sopan dan biadab, nakal, kekemasan diri, kelakuan lucah dan vandalisme. Namun, salah laku ringan yang dilakukan secara berulang dianggap sebagai satu kesalahan berat yang mendominasi isu disiplin di sekolah. KPM tidak akan berkompromi dalam menangani masalah disiplin murid ini. Sehubungan itu, pelbagai langkah telah dan sedang dilakukan terutamanya melalui Jawatankuasa Khas Menangani Disiplin Murid.
Selain itu, KPM juga telah mengeluarkan Buku Panduan dan Prosedur Pelaksanaan Hukuman Disiplin Murid berdasarkan kepada surat-surat pekeliling Peraturan- peraturan Pelajar (Disiplin Sekolah) 1959, surat-surat pekeliling yang diedarkan dari semasa ke semasa ke sekolah serta Buku Garis Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk guru besar dan guru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada 14 Jun tahun lepas, seorang pelajar, Zulkifli Roslan, berumur 16 tahun dibelasah oleh seramai 15 orang pelajar sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam akibat daripada keretakan tulang belakang. Saya difahamkan pada masa sekarang, beliau masih dirawat dan direhatkan, bed ridden dengan izin, Tuan Yang di-Pertua iaitu masih dirawat di atas katil. Soalan saya, atas kes ini, precedent Yang Berhormat Timbalan Menteri,menyatakan apakah tindakan keras yang telah diambil terhadap kesemua pelajar yang terlibat dan masih terdapat beberapa orang pelajar di antara mereka ini masih belajar di sekolah teknik ini dan juga nyatakan bantuan yang sudah dan akan diberi kepada ahli keluarga ataupun kepada adik Zulkifli Roslan ini sama ada dari kementerian ataupun dari syarikat insurans. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Insiden yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka itu memang sesuatu yang berlaku di SMT Bukit Piatu, Melaka. Setelah kementerian menerima laporan tersebut telah mengambil tindakan serius kerana ini telah diklasifikasikan sebagai satu kes berat di bawah kanun keseksaan. Maka kita menyerahkan secara bulat-bulat kepada PDRM. Mengenai apa juga pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini, pihak kementerian tidak akan berkompromi. Bermaksud kita serahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan kerana itu memang bidang kuasa PDRM untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Pada kementerian pula, kita mempunyai kaedah disiplin dan kita telah mengambil tindakan termasuk kita menghukum pelajar tersebut dengan menggantung dan juga ada kes pihak- pihak yang dikatakan bersabit, akhirnya selepas siasatan dalaman, mungkin mereka cuma hadir di tempat kejadian sahaja. Jadi itu kita mempunyai satu tahap atau degree yang berlainan untuk kita mengenakan hukuman. Mengenai bantuan yang kita berikan kepada pelajar ini, memang Kementerian Pelajaran menanggung sepenuhnya kos perubatan atau rawatan. Kedua, apa juga perbelanjaan yang ditanggung oleh ibu bapa, kita ada pelindungan insurans dan itu juga kita membantu keluarga untuk meringankan beban mereka. Jadi kita sama-sama memantau perkara ini kerana kes disiplin ini bukan saja berlaku tahun lalu. Kini juga berlaku dan kita memang ke arah memantapkan lagi kaedah disiplin dan bagaimana kita hendak mengetatkan khususnya di sekolah berasrama penuh. Itu memang satu perkara yang memang dipandang serius oleh kementerian dan pada 17 hari bulan nanti kita akan mengadakan satu jawatankuasa tetap untuk membincangkan secara khusus tentang pemantapan kaedah disiplin di sekolah berasrama penuh khususnya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh pihak polis dan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah, sebuah persatuan sukarela, dengan kerjasama juga daripada Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah dianjurkan untuk memberi kesedaran serta sifat tanggungjawab kepada murid-murid. Dalam masa yang sama, pihak polis juga meletakkan pegawai perhubungan pada setiap sekolah menengah. Seorang pegawai kanan polis. Soalan saya, setakat manakah keberkesanan program yang telah dijalankan oleh ketiga-tiga badan ini. Maknanya sekolah, polis dan juga Yayasan Pencegahan Jenayah. Adakah pihak kementerian mengambil tindakan selain daripada tindakan-tindakan perlu yang dibuat kepada murid ini, saya hendak mencadangkan kalau boleh mereka yang terlibat dengan pergaduhan ini dipecahkan kumpulannya dengan memindahkan mereka ke beberapa sekolah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Satu soalan tambahan yang memang baik kerana kita melihat dari segi keberkesanan untuk kita memantau masalah disiplin di sekolah. Sebelum Arwah Dato' Razali bin Ismail meninggal dunia, beliau telah mengilhamkan satu idea iaitu mewujudkan majlis permuafakatan di mana ia serupa dengan Majlis Tindakan atau Majlis Pembangunan Daerah. Kita dipihak daerah iaitu PPD akan memanggil mesyuarat pihak sekolah, pihak ibu bapa dan juga polis dan semua pihak atau agensi yang boleh membantu mengawal disiplin juga terlibat bersama. Dengan adanya mesyuarat secara bulanan, saya yakin boleh kita memantau keberkesanannya khususnya kalau kita melihat pelantikan Pegawai Perhubungan Polis. Ada daerah atau ada sekolah yang memang pegawai polis itu mungkin beban kerjanya kurang. Dia selalu pergi ke sekolah tetapi untuk kawasan-kawasan bandar yang memang banyak kes jenayah, mungkin terlalu berat untuk mereka pergi ke sekolah setiap kali.
Jadi kekerapan atau kehadiran pegawai-pegawai polis ke sekolah itu juga sebagai satu faktor yang mendorong. Saya rasa dengan adanya Majlis Permuafakatan itu, Yayasan Pencegahan Jenayah juga boleh memberi input mereka secara profesional. Salah satu permintaan daripada kementerian ialah kita merayu kepada ibu bapa tampil ke hadapan berjumpa dengan pihak sekolah kerana apa yang berlaku sebelum ini ada yang dibunuh kebanyakannya melibatkan pelajar yang memang sudah bermasalah. Ponteng sekolah dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang memang terjerumus ke lembah penghinaan. Saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu dipantau oleh ibu bapa juga bersama-sama dengan pihak sekolah. Terima kasih.
9. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, jumlah dana yang dikutip oleh semua pihak untuk rakyat Palestin baru-baru ini dan bagaimana maklum balas kerajaan terhadap cadangan agar para pelajar Palestin yang layak ditaja untuk belajar di universiti negara ini dalam pelbagai bidang yang boleh membina negara Palestin kembali.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian di atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan telah mengaktifkan akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin dan setiap sumbangan orang awam ke tabung ini akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia. Setakat 10 Mac 2009 iaitu hari ini, jumlah dana orang awam yang diterima dan terkumpul di dalam akaun tersebut ialah berjumlah sekitar RM12,741,000. Perlu juga dijelaskan di sini bahawa semasa permulaan serangan Israel ke atas Gaza, Kerajaan Malaysia telah menyumbang USD1 juta yang disalurkan melalui MERCY bagi tujuan bantuan segera kemanusiaan. Bagi tabung-tabung lain yang diusulkan oleh badan-badan bukan kerajaan dan tidak menyerahkan kepada tabung amanah, dimaklumkan bahawa kita tidak mempunyai peruntukan undang-undang khas untuk mengawal selia tabung-tabung berkenaan. Berkaitan dengan cadangan penajaan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Palestin, kita tidak ada halangan malah menyokong kepada semua pihak sama ada badan berkaitan kerajaan atau pihak swasta yang berhasrat menaja pembelajaran pelajar Palestin sama da di Malaysia atau pun di negara mereka sendiri. Perlu juga dijelaskan di sini, melalui Program MTCP atau Malaysian Technical Corporation Program, kita telah melantik rami birokrat dan teknokrat Palestin sebagai tanda sokongan dan Program Bina Upaya Rakyat Palestin. Melalui inisiatif dan program antarabangsa pula khususnya melalui New Asian- Africa Strategic Partnership, kita turut memberi komitmen bantuan kepada Palestin khususnya semasa persidangan Afro-Asia berkaitan Palestin di Jakarta pada bulan Mei 2008 yang lalu dan yang terkini di Cairo pada 3 Mac 2009 iaitu Donors’ Conference yang telah diadakan di Cairo. Kita telah berjanji untuk menyumbang sebanyak USD100,000 bagi Maksud pembangunan semula Palestin. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kaedah pengagihan dana RM12.7 juta itu dan bilakah ianya akan dilaksanakan dan apakah kumpulan sasarannya serta adakah pihak-pihak swasta di negara ini yang telah berminat untuk menaja pelajar-pelajar Palestin? Kita merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian yang akan mengadakan pameran kesedaran Palestin pada sembilan pagi di Lobi Dewan Rakyat ini esok. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, tertakluk kepada keputusan Kabinet. Kementerian Luar Negeri memang bercadang untuk mengagihkan bantuan yang telah terkumpul sebanyak RM12.4 juta ini kepada beberapa NGO-NGO yang telah dikenal pasti yang akan bertanggungjawab untuk mengagihkan bantuan ini kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza yang telah mengalami serangan baru-baru ini. Di antara NGO-NGO yang telah dikenal pasti yang akan diberikan bantuan ini ialah MERCY, Yayasan Salam, Yayasan Aman Palestin, Coalition Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinian, Muslim Care, Haluan Palestin Peace Malaysia, Yayasan Wanita Islam, Mawaddah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Malaysian Social Research Institute, dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia. Kita bercadang untuk mengagihkan bantuan ini kepada NGO-NGO untuk mereka mengagihkan kepada penduduk di Gaza pada 19 Mac ini bagi beberapa maksud-maksud tertentu yang telah kita gariskan: (i) bantuan perubatan dan kesihatan iaitu menyediakan atau memberikan ubat-ubatan, ambulans, artificial limns; (ii) keperluan asas bagi menyediakan telaga air, generator dan pembuat roti sebagai makanan ruji penduduk di situ; (iii) bantuan kepada kanak-kanak dan pendidikan termasuk biasiswa; dan (iv) kerja-kerja amal iaitu mikro financing bagi mereka yang berniaga dan termasuk juga kempen kesedaran kekejaman terhadap Palestin. Bagi dana selanjutnya, dana tambahan yang lebih daripada RM12 juta yang ada ini. Kita bercadang untuk menyumbang bagi maksud reconstruction dan juga rebuilding selepas permanent peace atau permanency supaya dapat dilaksanakan di tempat itu. Bagi soalan yang telah dikemukakan mengenai pembiayaan pembelajaran biasiswa tadi. Seperti mana yang saya jelaskan tadi kita mengalu-alukan syarikat-syarikat swasta dan setakat ini kita belum ada maklumat tentang syarikat-syarikat swasta atau pun pihak-pihak tertentu yang ingin menaja pelajar-pelajar bagi maksud pembiayaan pembelajaran itu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain dari bantuan yang disalurkan seperti makanan, ubat yang saya rasa sememangnya patut dibuat begitu. Apakah kerajaan bercadang untuk menyumbang sebahagian daripada dana secara dalam bentuk tunai terus kepada Kerajaan Hamas? Ini kerana Kerajaan Hamas adalah kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan mereka dipilih oleh rakyat. Jadi, saya percaya Kerajaan Hamas lebih mengetahui apakah bentuk bantuan yang diperlukan, yang patut digunakan untuk rakyat Palestin. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya, setakat ini kita mengambil keputusan bahawa bantuan-bantuan atau pun sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh sama ada orang awam atau pun kerajaan disalurkan kepada NGO-NGO kita. Ini kerana kita tidak mahu perkara serta bantuan- bantuan ini, kita mahu ianya benar-benar digunakan bagi menolong mereka yang telah cedera dan juga mengalami pelbagai masalah akibat daripada serangan tersebut.
Setakat ini, kita tidak bercadang untuk menyalurkan sama ada kepada PLO atau pun Palestinian Authority atau pun kepada Kerajaan Hamas. Ini kerana kita ingin supaya bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan dan tidak disalahgunakan oleh sesiapa juga. Terima kasih.
10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha kerajaan dalam memperkasakan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha bagi memperkasakan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau (MKI) dengan menjalinkan hubungan dan kerjasama erat dengan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Begitu juga dengan Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti- fakulti pengajian Islam seluruh IPTA dan juga institusi-institusi fatwa luar negara khususnya negara-negara anggota MABIM. Bahkan di antara ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja- Raja menganggotai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah terdiri dari kalangan ahli akademik.
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-214 pada 3 Julai 2008 telah bersetuju supaya kerajaan mengukuhkan fungsi Jawatankuasa Fatwa MKI yang meliputi fungsi bagi melaksanakan penyelidikan serta mengurus semua urusan berkaitan pengurusan fatwa. Satu bahagian baru telah pun diwujudkan, iaitu Bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad. Ianya berperanan khusus dalam hal-hal berkaitan dengan institusi fatwa. Ditubuhkan oleh JAKIM bermula dari 2 Januari 2009 yang lalu dan daripada semasa ke semasa, kerajaan akan berusaha untuk memperkukuhkan institusi ini agar setanding dengan institusi fatwa di luar negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kita menyanjungi apa yang telah dibuat oleh para ulama, pada mufti dan Ahli Majlis Fatwa kita untuk merungkai segala permasalahan masyarakat terutama yang berkaitan dengan hukum syarak. Saya ingin penjelasan, apakah kajian dibuat sejauh mana fatwa yang telah dikeluarkan terhadap pelaksanaan yang telah dibuat oleh pemerintah ataupun kerajaan termasuk dasar-dasar kerajaan yang bercanggah dengan hukum syarak. Kita lihat yang terkini bagaimana cabutan khas yang dibuat, yang diluluskan melalui Kementerian Kewangan yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta. Ini jelas merupakan satu dana yang melibatkan perjudian. Begitu juga lesen judi yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Lebih daripada 1,822 lesen judi yang diluluskan melalui Kementerian Kewangan. Sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak. Begitu juga pelaksanaan Islam Hadhari yang kita laksanakan, sejauh mana mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pelaksanaan ini Yang Berhormat kena faham. Apabila Jawatankuasa Muzakarah mengeluarkan satu-satu fatwa, maka negeri-negeri adalah bertanggungjawab untuk membawa balik keputusan ini untuk diwartakan di peringkat negeri-negeri. Jadi, sekiranya negeri-negeri tersebut tidak mewartakan, maka dia hanya akan tinggal sebagai satu fatwa yang berbentuk sebagai satu panduan sahaja, yang tidak boleh dikuatkuasakan daripada segi undang-undang.
Jadi, kalau misalnya beberapa fatwa yang Yang Berhormat sebut, katakan fatwa hal merokok misalnya, kalau di Selangor telah dikuatkuasakan dan diwartakan. Maka kalau orang merokok di Selangor, dikenakan tindakan undang-undang, tetapi kalau di Kuala Lumpur tidak dikenakan. Begitu juga yang berkaitan dengan lesen babi ataupun sebagainya. Kalau tidak dikuatkuasakan di negeri tersebut, maka dia tidak boleh...
Saya tanya berkenaan dengan judi Yang Berhormat.
Apa-apa sajalah yang berkaitan itu, yang tidak diwartakan.
Kementerian Kewangan.
Apa-apa saja yang tidak diwartakan di negeri sebab Jawatankuasa Fatwa Muzakarah dia hanya mengeluarkan fatwa dan perlu untuk diwartakan di peringkat negeri itu balik. Jadi kalau tak diwartakan, maka dia akan tinggal sebagai satu panduan sahaja dan berkaitan dengan pelaksanaan Islam Hadhari, dia tidak ada kena-mengena dengan fatwa Yang Berhormat. Dia adalah satu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Tidak ada fatwa hendak mengatakan...
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Titiwangsa.
Tidak jawab lagi.
Terima kasih. Biasanya ahli lelaki yang berperangai macam ini Yang Berhormat, tetapi apabila perempuan pun buat macam itu, memang kita dah liberated dan sama ratalah kita ini dah.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak bolehlah komen macam itu.
[Bangun]
Ya, sila Yang Berhormat.
Kata mengata macam itu.
Sila, sila Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Syabas kepada Tuan Yang di-Pertua dan kerajaan... [Ketawa]
Ini tukang bodek nombor satu ini.
Kerana usaha kerajaan memperkemaskan fatwa Majlis Fatwa, saya hendak minta pandangan ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun keputusan fatwa dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas, tetapi ini perlu dibentangkan balik kepada negeri-negeri oleh kerana kuasa agama adalah kuasa negeri, sultan dan sebagainya dan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kadang-kadang ada negeri tidak menerima ataupun tidak melaksanakannya dan ia menjadi panduan sahaja dan ini menimbulkan mungkin masalah kepada masyarakat yang kadang-kadang tidak jelas. Mungkin bagi orang yang berpengetahuan agama, mungkin mereka jelas bagaimana fatwa ini boleh dikeluarkan, tetapi ini boleh menimbulkan kurang jelas kepada masyarakat.
Jadi apakah usaha yang dibuat oleh kementerian, oleh kerajaan supaya apa juga fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini dapat dipanjangkan, diperjelaskan di peringkat negeri-negeri supaya masyarakat tidak ragu-ragu tentang fatwa tersebut. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Seperti mana Yang Berhormat faham tadi bahawa keputusan daripada fatwa ini perlu dibentangkan di peringkat negeri-negeri. Usaha kerajaan supaya ianya dipanjangkan ke negeri ialah kerana ahli jawatankuasa dalam muzakarah itu terdiri daripada mufti negeri itu sendiri. Jadi, sepatutnya apa yang dibuat ialah ahli daripada tiap-tiap negeri membawa balik keputusan daripada muzakarah ini untuk dimaklumkan kepada raja-raja, dipersetujui dan diwartakan sebagai hukum setelah dipinda atau tanpa dipinda. Jadi, perkara ini yang tersangkut di peringkat negeri-negeri setelah Persekutuan bersetuju di bawah muzakarah. Jadi kadang-kadang ini adalah masalah yang berlaku di peringkat negeri masing-masing. Di peringkat Persekutuan, apa yang kita dapat buat untuk menyelaraskan ialah kita akan pertingkatkan lagi dengan Bahagian Pembangunan Ijtihad ini tadi. Kita ada e-Fatwa dan kita akan keluarkan buku berkenaan dengan keputusan- keputusan muzakarah, bahkan kita keluarkan jurnal tentang fatwa ini sendiri untuk membolehkan rakyat yang berminat akses sendiri kepada masalah-masalah dan penjelasan tentang fatwa ini sendiri, tetapi di peringkat negeri memang Kerajaan Persekutuan tidak dapat buat apa-apa. Di sini, kita dapat ialah kita panggil dan mereka ini merupakan jawatankuasa dan panel kepada setiap muzakarah yang diadakan. Sepatutnya merekalah yang membawa balik keputusan ini untuk dibincangkan di peringkat negeri. Terima kasih.
11. Datuk Tiong Thai King [Lanang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, memandangkan harga minyak asli telah turun ke paras rendah iaitu sama harga pada tahun 2007 dan awal tahun 2008, kenapa kerajaan masih mengizinkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengenakan bayaran tambahan ke atas penerbangan antarabangsa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dari Lanang, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS sentiasa memantau dan membuat penandaarasan kadar surcaj berbanding pesaing-pesaing utamanya. Bagi memastikan kadar surcaj bahan bakar yang munasabah dalam perkembangan terkini, MAS telah membuat penyemakan semula kadar surcaj bahan bakar ke atas beberapa laluan penerbangan antarabangsa, di mana secara keseluruhannya telah dikurangkan sehingga 70 peratus di antaranya seperti berikut: (i) menghapuskan surcaj bahan bakar bagi Malaysia-Singapura dan juga Malaysia-Brunei sejak 30 Januari 2009; (ii) kadar surcaj bahan bakar bagi penerbangan ke China dikurangkan sehingga USD100 bermula pada 1 Februari 2009; (iii) kadar surcaj bahan api bagi penerbangan ke Australia dan New Zealand dikurangkan sehingga USD210; (iv) kadar surcaj bahan bakar bagi penerbangan negara-negara Timur Tengah dikurangkan sebanyak USD150; dan (v) bagi penerbangan ke Afrika dan Amerika Utara, kadar surcaj bahan bakar masing-masing telah dikurangkan kepada USD160 sehingga USD185. Untuk makluman Yang Berhormat, MAS akan sentiasa memantau pasaran semasa bagi menentukan kadar surcaj bagi bahan bakar yang sesuai bagi setiap destinasi dan bersifat munasabah. Polisi MAS adalah bagi mengekalkan harga tiket penerbangan digabungkan dengan kadar surcaj bahan bakar sentiasa kompetitif. Adalah dimaklumkan bahawa walaupun harga minyak dunia telah turun sehingga ¾ daripada paras tinggi yang telah dicatatkan pada bulan Julai 2008 iaitu USD147 setong, namun kos minyak MAS adalah masih tinggi disebabkan oleh air regime yang telah dibuat oleh pihak MAS.
Surcaj bahan bakar yang dikenakan hanyalah dapat menampung 30 peratus daripada kos bahan api secara keseluruhannya. Pada ketika ini adalah didapati bahawa setengah-setengah syarikat penerbangan yang telah menurunkan kadar surcaj bahan bakar meletakkan harga tiket yang tinggi, di sebaliknya syarikat penerbangan yang tidak menurunkan kadar surcaj bahan bakar menurunkan harga tiket penerbangan mereka.
Dengan pengurangan kadar surcaj bahan bakar, ia tidak bermakna bahawa penumpang akan membayar harga tiket yang lebih murah bagi sesuatu destinasi tersebut, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang saya cadangkan itu pun berkaitan dengan pengakuan yang kita dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan tadi bahawa dalam urusan perniagaan MAS, MAS telah membuat hedging dengan izin, iaitu telah mengkontrakkan pembelian bahan mentah ini dengan harga yang tinggi. Saya membaca bahawa MAS menjangkakan bahawa harga bahan bakar akan naik ke paras lebih USD100 dan sebab itu telah membuat kontrak ke hadapan atau hedging untuk selama dua tahun yang akan datang begitu pada kadar USD100 dan lebih tinggi daripada kadar tersebut. Jadi gambaran yang kita dengar ialah bahawa MAS akan mengalami kerugian yang besar dalam dua tahun kewangan yang akan datang ini. Jadi oleh sebab itu apakah langkah-langkah kerajaan. Adakah kerajaan akan sekali lagi bail out ataupun menanggung kerugian MAS ini dan apakah kesannya terhadap belanjawan tambahan yang di atas meja kita sudah ada dua belanjawan tambahan yang perlu kita bahaskan dalam beberapa hari yang tinggal ini. Apakah semua ini memberikan kesan yang jauh lebih buruk yang mungkin akan digambarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada petang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sebenarnya pada masa kini, kerajaan tidak ada rancangan untuk bail out MAS sekali lagi dan kalau tidak silap saya pada dua minggu yang lepas bahawa CEO MAS telah pun mengumumkan bahawa mereka dapat keuntungan lebih daripada RM200 juta. Jadi saya rasa soalan Yang Berhormat tidak timbul masa kini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Baru satu sahaja tadi.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sepanggar duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya balik soalan yang dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Tumpat kerana nampak macam tidak begitu dijawab. Adakah apa yang disebutkan itu benar bahawa MAS telah pun menandatangani satu perjanjian di mana membeli minyak dengan harga USD100 ataupun lebih untuk tempoh dua tahun dan tidakkah dengan itu akan mendatangkan kerugian yang cukup besar kerana kos minyak itu adalah jauh lebih tinggi daripada syarikat-syarikat penerbangan yang lain. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan bahawa ini adalah benar ataupun sebaliknya dan apakah polisi kerajaan seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya percaya soalan ini adalah soalan yang agak baru dan saya tidak ada dokumen yang ada pada saya. Walau bagaimanapun, kalau betullah pihak MAS ada kontrak dan sebagainya, saya akan dapatkan maklumat daripada pihak MAS dan saya akan maklumkan secara bertulis, terima kasih.
12. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah nilai pembelian bangunan perumahan bagi polis di Taman Nelly Kolombong, Inanam dan apakah sebab semua bangunan tersebut dirobohkan setelah didiami oleh anggota polis kurang dari 5 tahun.
Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sepanggar yang mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Nilai pembelian dan projek pembangunan bagi polis di Taman Nelly Kolombong, Sabah ialah sebanyak RM299,629,300. Perumahan polis ini terdiri dari 14 blok bangunan mengandungi sebanyak 540 unit rumah. Sebanyak tiga blok bangunan mengandungi 160 unit rumah telah dirobohkan pada tahun 2007 kerana kajian perunding yang dilantik oleh kerajaan iaitu Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. mendapati ianya tidak selamat untuk diduduki. Ini disebabkan oleh berlaku mendapan tanah di kawasan blok-blok berkenaan yang mengakibatkan implikasi kepada saluran kumbahan, keretakan kepada bangunan, pendawaian elektrik, retikulasi air dan lain-lain kerosakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan ialah adakah pihak polis telah membuat penyelidikan atau siasatan sepenuhnya atas bangunan ini sebelum mereka beli semua bangunan-bangunan ini disebabkan kita tahu bahawa bangunan ini adalah dipunyai oleh satu kontraktor yang dijual kepada pihak polis. Adakah ini dibuat penyiasatan sebelumnya.
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sebenarnya projek perumahan di Taman Nelly ini mempunyai dua fasa. Fasa pertama yang dibeli secara terus dari pemaju ataupun kontraktor dan fasa kedua ini dilaksanakan secara tender terbuka. Bagi projek fasa pertama ini memang sebelum kerajaan beli, kita telah pun melihat keadaan semua itu terlebih dahulu dan beli secara perjanjian jual beli termasuk pembinaan. Selepas itu CFO pun dikeluarkan. Apabila pembinaan habis semua siap, CFO pun dikeluarkan, ia dianggap sebagai selamat untuk didiami. Oleh yang demikian anggota- anggota polis dipindah masuk ke dalam rumah-rumah yang telah pun dibina siap certificate fitness for oocupation dengan izin, yang dikeluarkan oleh pihak majlis perbandaran tempatan. Selepas itu masalah berlaku iaitu mendapan tanah berlaku. Semasa itulah kerajaan dengan secepat mungkin melantik sebuah syarikat iaitu Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. untuk membuat kajian menyeluruh mengenai projek di dalam fasa pertama dan didapati hanya tiga blok yang tidak selamat oleh kerana mendapan tanah. Oleh yang demikian, tiga blok ini telah pun dirobohkan dan yang lain-lain blok itu dianggap masih selamat lagi cuma kerja-kerja penambahbaikan harus dilakukan kepada yang lain-lain yang masih didiami oleh anggota polis dan setakat ini kerajaan masih menjalankan kerja-kerja penambahbaikan kepada blok-blok yang tidak dirobohkan, hanya tiga blok sahaja yang dirobohkan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan Timbalan Menteri itu, saya agak hairan sedikit. Apabila sesuatu benda itu dibeli, kita seharusnya periksa, buat satu kajian bahawa duit rakyat yang digunakan kerajaan ini betul-betul mendapat hasil yang sebenarnya. Akan tetapi apa yang berlaku walaupun yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri itu, membuat kajian dengan sepenuhnya dan membuat menurut pembelian jual beli, saya harap pihak kementerian dapat melihat ini sebagai satu pengajaran bagi kita yang seolah-olah kita punya pengurusan ini lintang-pukang ataupun langsung tidak peduli atau yang ketiga mungkin ada bersekongkol dengan pihak-pihak yang tertentu. Itu anggapan oleh orang ramai. Jadi soalan yang seterusnya, adakah pampasan dan berapa pampasan diberi oleh kerajaan kalau tidak ada, kenapa?
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Seperti yang saya katakan dalam jawapan asal, iaitu apabila rumah-rumah untuk anggota polis siap dibina dan selepas inspection yang dijalankan oleh pihak kerajaan tempatan, maka CFO telah dikeluarkan. Pada peringkat itu, ianya dianggap tiada masalah. Memang tidak ada apa-apa masalah dan dianggap semua okey untuk dipindah masuk. Akan tetapi selepas pindah masuk, tidak lama macam dikatakan Yang Berhormat Sepanggar dalam tempoh masa lima tahun itu mendapan tanah mula berlaku. Ini mungkin di luar jangkaan sesiapapun. Jika CFO tidak dikeluarkan anggota polis pun tidak akan pindah masuk untuk menduduki bangunan tersebut.
Pampasan daripada pihak yang mengeluarkan OC lah.
Walau bagaimanapun, setiap kali sebelum sesiapa yang ingin pembelian, harus menjalankan siasatan dan semua ini dilakukan tetapi jika mendapan tanah berlaku selepas pembelian, selepas orang sudah pindah masuk telah pun menduduki di situ, satu, dua, tiga tahun, ini adalah satu perkara di luar jangkaan. Sekian, terima kasih.
Ada insuranskah, insurans?
Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi saya soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua? Ini masalah terkini.
13. Tengku Razaleigh Hamzah [Gua Musang] minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh mana pemantauan dilakukan oleh kerajaan bagi membendung salah laku dan salah urus tadbir dalam syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Khazanah Nasional dan Badan-Badan Berkanun.
Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai sistem beberapa peringkat. Pertama, di peringkat pengurusan. Pihak kerajaan telah memastikan sistem kawalan dalaman telah diwujudkan. Kemudian, kita ada Ahli Lembaga Pengarah untuk membuat pemantauan di peringkat syarikat dengan mengadakan Jawatankuasa Audit dan juga Jawatankuasa Eksekutif untuk melihat keseluruhan urus tadbir korporat GLC dan juga badan-badan berkanun. Kementerian Kewangan kita ada bahagian pelaksana MKD dan penswastaan dan ianya akan memantau keseluruhan daripada Khazanah, GLC dan juga badan-badan berkanun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Nampaknya jawapan itu sangat pendek. Tidak, memang pendek cuma dia sebutkan sistem kawalan dalaman sahaja.
Jawab panjang, tetapi pusing- pusing buat apa?
Dia tidak pusing, orang itu tidak pusing. Dia Tambun. Limau tambun dia tidak pusing... [Ketawa] Yang Berhormat tidak pusing, lagi tinggi. Bolehkah Yang Berhormat sebutkan berapa syarikat di bawah Khazanah Nasional sekarang? Berapa yang mengaut keuntungan, berapa yang rugi dan bagaimana pihak sistem kawalan dalaman ini menjalankan tugas untuk memastikan tidak berlakunya salah laku dan salah urus seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Gua Musang tadi. Saya berharap jawapan boleh panjang sedikit dengan butiran.
Hal limau Tambun tidak payahlah Yang Berhormat.
Ah?
Cerita limau Tambun tidak payah.
Itu kualiti yang baik... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, di sini ada 20 syarikat besar yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya berani menyatakan bahawa keseluruhan syarikat-syarikat berkenaan memperoleh keuntungan. Kecuali ada beberapa syarikat yang masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil. Salah sebuah daripadanya adalah Proton. Saya jangka akan terjejas lebih besar semasa krisis ekonomi sekarang. Dari segi tadbir urus di mana Yang Berhormat maklum, pada 2004 kerajaan telah memperkenalkan sepuluh inisiatif. Inisiatif ini adalah untuk melonjakkan GLC ke tahap yang lebih besar untuk memainkan peranan bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi domestik juga di luar negara. Ini meliputi antara lain di peringkat pengurusan sistem pemantauan keseluruhan dari segi operasi, dari segi kewangan dan juga dari segi pinjaman yang diperolehi dari luar yang mesti dipantau dengan begitu efisien. Kemudian juga dari segi sistem perbekalan GLC di bawah Khazanah ini kerana kadang-kadang sistem perbekalan, pembelian perbekalan tidak dilaksanakan dengan baik. Ini juga akan mengakibatkan kepada kerajaan berhadapan dengan masalah. Jadi, itu antara perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan. Di samping itu kita bergantung juga kepada laporan audit yang akan membuat audit pada setiap hujung tahun. Bukan sahaja menghasilkan penyata kewangan, tetapi juga mengenal pasti apakah kelemahan- kelemahan dalam sistem syarikat-syarikat di bawah Khazanah dan ini akan memberi highlight dan usaha-usaha dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Di peringkat Lembaga Pengarah seperti mana yang saya jelaskan tadi, bermula tahun 2004, kerajaan begitu tegas dari segi tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah, bukan semata-mata untuk mengadakan mesyuarat berbincang agenda biasa, tetapi .membawa sikap accountability di atas kejayaan atau tidak berjayanya status syarikat tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Khazanah membuat laporan tentang kehilangan ataupun kerugian sebanyak 20 peratus daripada Realisable Asset Value mereka, RAV dengan izin dan juga kepada network yang menurun sebanyak hampir RM20 bilion. RAV kehilangan RM18 bilion. Sehubungan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Gua Musang sebentar tadi, urus tadbir satu hal, salah laku pun satu hal yang lain. Akan tetapi dalam persoalan membuat keputusan yang buruk Tuan Yang di-Pertua, ataupun bad governance is one thing, tetapi making bad decision itu satu perkara yang lain Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyebutkan daripada kehilangan RAV dan juga Network Portfolio Khazanah ini, sejauh mana yang kita boleh berikan sumbangan itu terbit ataupun cetuskan oleh bad decision seperti yang dilaporkan dalam The Edge baru-baru ini, contohnya pembelian BII yang...
Sudah Yang Berhormat, Menteri sudah faham.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu satu contoh, Timbalan Menteri terima kasih.
Sudahlah itu, sudahlah itu.
Apalah...
Tidak apalah Yang Berhormat Kuala Selangor, duduklah. Memang biasalah itu.
Tuan Yang di-Pertua, sesebuah syarikat beroperasi di dalam pasaran. Apa yang kita katakan adalah hasil yang diperolehi sebuah syarikat itu adalah by-product kepada environment yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Kita perlu mengambil hakikat bahawa ekonomi dunia dalam krisis. IMF mulanya menjangkakan bahawa pertumbuhan tahun ini turun kepada 3.5 peratus dari 4 peratus yang diramal awal. Akan tetapi sekarang ini 0.5 peratus. Dalam konteks Khazanah, Khazanah terlibat di dalam pelaburan ekuiti. Kita tahu pasal ekuiti sekarang menurun. Apa Yang Berhormat nyatakan itu dari segi asset realisable value.
Saya ingin jelaskan di sini telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan jelas semasa menjawab saya ingat Yang Berhormat Bukit Bintang yang melaporkan dalam akhbar dan tidak ada tambahan yang saya ingin berikan, tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawa kekurangan yang dinyatakan ini adalah item balance sheet bermakna belum lagi diterjemahkan, belum lagi dijual. Dari segi strategik syarikat, apabila nilai pelaburan menurun dalam balance sheet, ini tidak akan dijual sehingga apabila Bursa Saham naik semula balance sheet nya tinggi, barulah dijual. Itu strategi mana-mana syarikat di dunia akan dilaksanakan.
14. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah rancangan kementerian untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh memandangkan ia yang menelan belanja RM54 juta kini berada dalam keadaan yang terbiar dan usang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, kerana masa tidak mengizinkan. Saya ingin menjawab dengan ringkas sahaja, bahawa kenyataan Yang Berhormat Taiping bahawa kos sebanyak RM5.4 juta yang dibelanjakan untuk pembangunan LTSAS, yang kini lapangan terbang tersebut masih berada dalam keadaan yang terbiar dan usang adalah tidak benar dan tidak tepat. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa soal jawab telah tamat Yang Berhormat. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Soalan tambahan, tidak adil lah Tuan Yang di- Pertua, sekurang-kurangnya satu soalan tambahan. Saya sudah tunggu banyak lama, untuk soalan ini.
Jangan cakap macam tu Yang Berhormat, percakapan tidak adil tak layak diungkapkan Yang Berhormat.
Kerana ini berkaitan dengan 2.4 juta penduduk Perak yang sedang sabar menanti.
Nanti jawab bawah pokoklah.
Saya sudah sebut tadi Yang Berhormat, saya bagi peluang.
Ataupun saya mohon jawapan bertulis daripada Timbalan Menteri, kerana jawapan tersebut memang tidak memuaskan, semua rakyat negeri Perak sedang menunggu.
Terima kasih, terima kasih. Bagi jawapan bertulis ya Menteri, ya?
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. 18(1). Saya telah mengemukakan satu usul 18(1) kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya buat 18(1).
Apa ini Yang Berhormat, yang mana satu Yang Berhormat? Belum lagi Yang Berhormat.
Tak, saya buat peraturan mesyuarat.
Mana satu? Berhubung dengan Yang Berhormat daripada Taiping?
Bukan-bukan.
Kalau itu, duduk dulu Yang Berhormat. Belum habis lagi, tunggu Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Belum lagi, sabar-sabar.
Hendak bagi pokok saya boleh bawa.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2008 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Kong Cho Ha]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Ini, Rang Undang-undang Perbekalan 2008, petang ini kita akan dengar pembentangan Rang Undang-undang 2009. Boleh tak yang 2009 ini didahulukan, manakala yang 2008 yang dah dibelanjakan, belum kita luluskan lagi. Itu persoalan teknikal saya rasa.
Baik Yang Berhormat, yang apa yang dikatakan mini bajet ataupun belanjawan tambahan yang dahulunya dibentangkan, telah didahulukan Yang Berhormat. Oleh sebab itu pada masa sekarang, walaupun ini dikatakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009, adalah yang telah dibelanjakan dikemudiankan dan dibuat sedemikian rupa oleh seebab dahulu pun, kita tak tahu Yang Berhormat tak bantah dulu. Jadi sekarang ia berlaku Yang Berhormat, sebab ia dah dibentang dahulu, jadi kita kena beri yang dahulu, didahulukan dan kemudian dikemudiankan Yang Berhormat.
Saya tidak tahu akan ada yang 2008, tak belanja lagi.
Yang Berhormat, duduk, baik Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat, saya faham. Kalau kita nak tambah lagi, kalau kerajaan ada sumber kewangan untuk menambah, Yang Berhormat. Mungkin baik untuk negara kita Yang Berhormat. Sepatutnya Yang Berhormat menyokong daripada membantah dengan secara teknikal sahaja. Baik, baik Yang Berhormat. Itu telah didahulukan, sebab ini bajet, kalau Yang Berhormat tak setuju, Yang Berhormat boleh lah nanti membantah semasa ucapan. Yang Berhormat Shah Alam, kalau nak berdiri membantah, di tempat duduk sendiri Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mengemukakan satu Usul 18(1) iaitu, berhubung dengan perkataan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, bahawa menyatakan pemuda UMNO, menghantar dua butir peluru kepada dia, dan usul ini telah ditolak. Saya ingin mencadangkan kalau benar-benar Bukit Gelugor ikhlas dan berani di atas ungkapan tersebut, ulangi perkataan itu di luar Dewan. Kalau dia benar-benar ada bukti, bahawa pemuda UMNO menghantar dua butir peluru kepada dia, maka nyatakan di luar Dewan. Jangan guna kekebalan Dewan ini, untuk berlindung dan mengatakan ungkapan-ungkapan yang menuduh sebuah organisasi yang dihormati oleh rakyat dan masyarakat.
Usul sudah tolak dah.
Baik Yang Berhormat.
Sebab ini tidak mencerminkan kewibawaan Ahli Parlimen tersebut. Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(3)(b), maka mana-mana usul yang telah ditolak apabila ada 15 orang ahli menyokong, maka ianya boleh dibaca dan diterima. Maka saya meminta ahli-ahli daripada Barisan Nasional 15 orang, berdiri untuk menyatakan usul ini, kita baca dan kita terjemahkan pada Dewan ini, minta keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua. [Ahli-ahli Barisan Nasional bangun menyokong]
Baik Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, saya dah lihat. Memang lebih dari 15 orang. Sebenarnya Yang Berhormat, usul berhubung dengan peluru, tidak pernah dibangkit, hanya disebut. Akan tetapi, yang mendesak saya membuat keputusan ialah perkataan ”celaka”, Yang Berhormat. Jadi ini telah ditarik balik dan akhirnya berlaku kekecohan sedikit dan satu jawatankuasa akan ditubuh dan telah pun ditubuh oleh Dewan. Jadi sebelum jawatankuasa ini bersidang Yang Berhormat, saya sebagai Speaker, tidak boleh mendahului keputusan daripada laporan yang bakal dibuat oleh Jawatankuasa ini Yang Berhormat. Kedua, soal peluru ini. Saya dimaklumkan juga bahawa ada laporan-laporan polis telah dibuat terhadap Yang Berhormat Bukit Gelugor, yang laporan ini juga masih pending atau masih belum diputuskan atau ada jawapan sebenarnya Yang Berhormat. Dengan itu Yang Berhormat, saya tidak boleh membuat keputusan mendahului apa yang akan diputuskan oleh jawatankuasa yang mungkin selepas ini, akan dilaporkan kepada Dewan, untuk diputuskan. Maknanya berdiri 15 orang, 20 orang itu, belum lagi masanya, ia masih terlalu awal untuk diputuskan Yang Berhormat.
Apakah ungkapan dua butir peluru itu, boleh disiasat oleh polis di luar, sedangkan ia berlaku dalam Dewan?
Okey Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya kadang-kadang kalau saya nak perjelaskan Yang Berhormat, dalam masa tiga hari ini, saya membaca banyak laporan berhubung dengan keistimewaan Ahli Parlimen, keistimewaan Parlimen. Keistimewaan Parlimen ini bukan Ahli Parlimen Yang Berhormat, dalam bercakap dalam Dewan. Maknanya kalau laporan polis telah dibuat, polis akan membuat satu siasatan. Kalau didapati betul perkara ini tidak betul. Polis boleh berhubung dengan Speaker. Ini pendirian undang-undang yang telah dilaksanakan oleh House of Commons di England, New Zealand dan juga di Australia. Apabila didapati seseorang itu telah melakukan kesalahan mengikut siasatan polis dan polis akan berjumpa dengan Speaker, dan Speaker akan berbincang dengan polis, sama ada orang itu tertuduh ataupun tidak dituduh. Ini akan diberi sendiri oleh Speaker, selepas keputusan siasatan oleh polis, Yang Berhormat. Jadi jangan bimbang Yang Berhormat, sebenarnya apabila siasatan telah dibuat, berlaku di dalam Dewan seseorang Ahli Parlimen tidak boleh menggunakan kekebalannya dalam Dewan ini, untuk mengatakan bahawa perkara ini tidak berlaku.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung penggulungan, sekarang menjemput Menteri untuk satu usul. Sila Yang Berhormat Menteri.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai pembentangan Bacaan Kali Kedua, Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dan usul-usul yang bersangkutan dengannya, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 11 Mac 2009.”
Saya pohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
[Menyampuk]
Yang Berhormat, kadang-kadang kerja kita pun terganggu Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyambung menjawab. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Serian telah membangkitkan isu berhubung dengan keadaan sosioekonomi kaum bumiputera di Sarawak yang jauh berbeza dengan taraf kaum bumiputera di Semenanjung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memberi tumpuan terhadap memperbaiki keadaan sosioekonomi kaum bumiputera di Sarawak terutamanya di pedalaman dengan meningkatkan accessibility dengan izin, bagi membolehkan produk dan hasil pertanian penduduk setempat dapat dipasarkan dengan lebih berkesan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ini termasuk kemudahan pinjaman TEKUN, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga yang mana golongan sasarnya adalah usahawan industri kecil dan sederhana yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Bangun]
Boleh saya habiskan?
Tak payah habiskan, saya dah faham jawapan itu.
Sikit lagi saya habiskan, lepas itu boleh dimasukkan. Saya minta supaya Yang Berhormat sabar sekejap. Baik, melalui TEKUN, masalah menyediakan kolateral yang dihadapi untuk mendapatkan pinjaman telah dapat diselesaikan memandangkan syarat pinjaman telah dipermudahkan bagi memberi peluang kepada golongan sasar menikmati kemudahan ini. Sehingga kini RM50.3 juta telah diberikan kepada bumiputera Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, melalui penyediaan accessibility ini secara tidak langsung usaha pembangunan modal insan yang berkualiti akan dapat ditingkatkan. Untuk pendidikan, skim latihan dilaksanakan melalui Pusat Giat Mara. Usaha tersebut akan memberi kesan positif dalam mempertingkatkan lagi taraf sosioekonomi mereka.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah selamat kembali ke tanah air.
Terima kasih.
Kita rasa kehilangan Tuan Yang di-Pertua semasa berada di luar negara. Dewan ini tidak ceria tanpa Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa]
Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tidak perlu lagi menabur madu. Dalam jawapan awal, saya tidak terpengaruh, apakah benar kita serius membantu sahabat-sahabat kita, rakyat Malaysia Sabah dan Sarawak yang berada di luar bandar... [Tepuk] Apakah benar-benar kita serius Tuan Yang di-Pertua? Begini lama mereka dalam negara yang dikatakan merdeka, berdaulat, yang dikatakan melahirkan sebuah negara yang memberikan kemakmuran kepada rakyat. Apakah benar-benar mereka mendapat kemakmuran ini? Jalan raya yang begitu daif, nak membawa hasil mahsul mereka daripada luar bandar menggunakan bot, menggunakan feri, kenderaan bayaran tambangnya begitu mahal.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa walaupun saya tinggal di Johor Tuan Yang di- Pertua tetapi kita sebenarnya satu negara. Walaupun Johor itu maju, makmur, saya tidak ada masalah di Sri Gading tetapi melihat keadaan yang saya lihat dengan mata kepala saya sendiri apabila melawat kawasan-kawasan sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak, keadaan penghuni mereka begitu daif dan begitu tertinggal. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak dapat mengatasi masalah yang sebenarnya ditanggung oleh mereka... [Tepuk] Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh lagi menabur janji-janji dan perkataan-perkataan yang lunak-lunak, yang muluk-muluk kata orang Indonesia, minta maaf. Zaman sekarang zaman bagaimana kita nak membela mereka Tuan Yang di-Pertua, dengan begitu praktikal, begitu berkesan...
Yang Berhormat, yang ini bukan penjelasan dari Menteri, Yang Berhormat pula memberi penjelasan kepada Menteri.
Terima kasih.
Ini mukadimah saya Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab, saya minta Yang Berhormat untuk sabar, saya akan jawab.
Menteri sudah bersedia untuk menjawab.
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Sabar, saya akan jawab, saya akan jawab.
Soalan ini memang dijawab Tuan Yang di-Pertua, tetapi sekadar untuk menjawab di Dewan yang mulia ini, masalah tidak selesai Tuan Yang di-Pertua.
Saya akan jawab Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab, banyak lagi ni.
Rakyat di luar bandar, di Sabah dan Sarawak yang tertinggal Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri tetap dah menang tanpa bertanding... [Ketawa]
Ini bukan soal dah menang tanpa bertanding Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Yang Berhormat Sri Gading sabar, duduk, saya akan jawab.
Yang Berhormat Sri Gading.
Saya Tuan Yang di-Pertua. Saya Ahli Parlimen yang baik dan sentiasa mematuhi Tuan Yang di-Pertua, saya duduk Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Parlimen Sri Gading yang telah menyuarakan hasrat dan perasaan Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Saya cukup simpati dengan rakan-rakan seperjuangan daripada Sabah dan Sarawak, saya pernah menjadi backbencher bersama mereka. Saya rasa dalam keadaan satu dekad, dua dekad ini Tuan Yang di-Pertua tidak pernah kita menyuarakan dengan begitu terbuka mengenai perjuangan Sabah dan Sarawak. Perkara- perkara itu telah menerima perhatian dan kalau kita perhatikan setiap mesyuarat yang kita ada, Sabah dan Sarawak tidak pernah ditinggalkan. Itulah tetapi saya tahu yang ingin hendak dirasai di peringkat akar umbi adalah perubahan...
[Bangun]
Hei, panas!
Ini tidak betullah.
Sekejap, saya habiskan. Saya minta Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat duduk. Pertama, ...
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat, biar Menteri jawab dulu.
Saya jawab habis, saya minta supaya Yang Berhormat Kalabakan sabar, saya akan jawab. Dari segi PIAS dan PIAM, walaupun baru-baru ini dalam stimulus package pertama diumumkan RM600 juta dan dalam stimulus package kedua akan diumumkan lagi, maka tempias pembangunan itu mungkin belum dirasakan di peringkat akar umbi. Saya minta satu sahaja, saya minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat...
Kalau belum di rasa, bila Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kalau Yang Berhormat sendiri kata belum di rasa, bila nak rasa?
Izinkan saya jawab, Yang Berhormat Sri Gading, saya akan jawab Yang Berhormat, saya akan jawab, minta duduk. Isunya akan kembali yang sama...
[Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat. Yang Berhormat Kalabakan minta penjelasan, nak beri laluan tidak?
Saya nak jawab dulu Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kalabakan, duduk dulu, biar Menteri menjawab dulu.
Isu yang sama Tuan Yang di-Pertua, isu yang sama. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sekali.
Sila Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, bila kita dengar hujah-hujah dari pemegang-pemegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri, kita rasa seronok tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita merdeka 45 tahun melalui Malaysia. Kalau dibandingkan, saya sudah kata dahulu, dibandingkan pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, antara bumi dan langit... [Tepuk] Rakyat di Sabah Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, taat setia kepada Barisan Nasional. Kalau kita punya hasrat tidak dipenuhi, pilihan raya yang akan datang kita sama- sama, saya akan disapu oleh tsunami.
Masuk, masuk Pakatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, ini janji-janji manis, pakej-pakej yang diumumkan, RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, hingga sekarang belum ada lagi... [Tepuk] Kita cerita mengenai kemerdekaan, kita cerita kesaksamaan Semenanjung, Sabah dan Sarawak kita merdeka. Kalau kita dengar wakil dari Johor tadi cakap, di Johor semua sudah ada. Jadi kita malu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ditanya Ahli Parlimen dari Sabah, orang cakap, “Ah bikin apa jadi Ahli Parlimen, kamu dianaktirikan”...
Saya akan jawab Tuan Yang di-Pertua.
Menteri sedia menjawab Yang Berhormat Kalabakan.
Ini jawapan memang kita tahu, manis-manis belaka, gula-gula diberi tetapi kenyataannya tidak ada Tuan Yang di-Pertua.
Madu sudah jadi racun.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila.
Tuan Yang di-Pertua, ...
Boleh jawab sekali kah?
Saya akan jawab, tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.
Sekali, sekali.
Tak boleh Tuan Yang di-Pertua, kerana saya kena habiskan pada tengah hari ini...
Yang Berhormat Kinabatangan, bagi dulu peluang kepada Menteri untuk menjawab.
Jawab sekalilah, Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab sekali.
Pendek-pendek sahaja.
Pendek sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau dari Johor rakan saya, Yang Berhormat Sri Gading boleh terasa masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak, pepatah Melayu ada menyatakan “berat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”... [Tepuk] Memang sakit. Misi kerajaan hendak negara maju 2020 saya tengok sampai 2050 pun tidak akan tercapai sebab tidak ada keseriusannya, tidak ada komitmennya, tidak ada keseimbangan pembangunan, masalah pokok tidak selesai, jalan raya tidak ada, air bersih tidak ada....
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
...Lampu elektrik tidak ada, cukup. Yang lain pembangunan biar dahulu ini tiga selesaikan bila? Kementerian, EPU ada perancangan hendak menyelesaikan semua ini supaya kami balik kawasan kami boleh cerita rakyat di Sabah dan Sarawak...
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
...Tahun ini kerajaan cakap janji hendak selesai boleh?
Terima kasih.
Terima kasih.
Menteri, Menteri jangan menjawab dahulu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sengaja mengganggu Menteri kah atau ini mengganggu saya?
Ini betul-betul masalah rakyat Tuan Yang di-Pertua.
Sila Menteri jawab.
Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu mengizinkan siapa- siapa Ahli Parlimen mengganggu saya kecuali saya bagi izin kerana banyak perkara belum dijawab.
Hai, kalau masalah rakyat pun tidak boleh suara dalam Dewan ini bagaimana?
Kerana tiga Ahli Parlimen...
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kalabakan...
Ini masalah Dewan Rakyat.
Beri peluang kepada Menteri.
Suara rakyat kalau tidak mahu dengar macam mana.
Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf.
Saya kena jawab.
Yalah...
[Menyampuk]
Kalau setuju kita keluar sekarang.
Saya akan habiskan jawapan lepas itu mengizinkan Ahli Parlimen lain.
Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan, duduk dahulu Yang Berhormat Kalabakan. Duduk dahulu Yang Berhormat Kalabakan.
Mungkin kerusi ini tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, saya mahu naik atas meja lain kali.
Yang Berhormat saya akan pergi ke...
Tidak perlu, tidak perlu Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan cukup tinggi untuk berdiri di atas meja lagi.
...Selepas itu saya jawab.
Rakyat Sabah memilih Ahli-Ahli Parlimen untuk kita bersuara dalam Dewan Rakyat. Bolehkah kalau kita bersuara di luar sahaja?
Tuan Yang di-Pertua izinkan saya jawab dahulu, selepas itu untuk isu yang banyak dibangkitkan.
[Bangun]
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu dengar dahulu Menteri untuk menjawab. Bagi dahulu peluang kepada Menteri untuk menjawab.
Ha, Tuan Yang di-Pertua.
Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua saya sudah bagi tahu tadi bahawa kementerian dan juga agensi-agensi di peringkat perancangan memang simpati dan juga memahami penderitaan masyarakat di Sabah, Sarawak. Maka dengan apa yang ada kemudahan yang sedia ada dengan sumber yang sedia ada perancangan telah pun dilakukan demi untuk memberi bantuan yang seboleh-bolehnya melalui pelbagai pakej yang telah diumumkan. Berdasarkan kepada itu kita sedang merangka dan kita sedang menjalankan proses-proses untuk pelaksanaan.
Cuma kita ada masalah di peringkat negeri. Kita kena aturkan sumber maka di peringkat negeri agensi-agensi negeri dan juga di peringkat Persekutuan telah pun datang dan untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua dalam koridor ini baru sahaja kita dapatkan segala keputusan daripada peringkat bawah untuk proses pelaksanaan. Saya tahu bahawa sudah dua tahun dari segi peringkat kerangka legislatif dan kerangka sumber tenaga pelaksana perlu dilakukan. Itulah secara jujur apa yang sedang berlaku. Untuk RM1 bilion itu saya akan bakal jawab kerana soalan itu sudah ada di sini dan akan saya jawab kemudian...
[Bangun]
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua kita sebagai Ahli Parlimen , sahabat-sahabat daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional, kita cukup sedih selalu masalah kita ada panggilkan masalah-masalah rakyat. Kadang-kadang kita terima janji lepas itu tidak tunaikan janji. Satu rancangan ke satu rancangan contoh macam Kapit itu Jalan Kapit satu rancangan ke satu rancangan.
Sudah berapa tahun.
Sudah berapa puluh tahun. Saya tidak silap penggal pertama, saya sudah tiga penggal. Penggal pertama jalan Ahli Parlimen Kapit dia sudah soal jalan raya ini tetapi janji satu rancangan ke satu rancangan tetapi bila baru habis, ini contoh. Termasuk saya punya kawasan Jalan Hulu Pandang pun satu rancangan janji ke satu rancangan. Itu hari saya nampak Rancangan Malaysia Kesembilan sudah ada tajuk tetapi sekarang EPU potong lagi sekali. Saya nampak EPU ini kadang-kadang you mahu buat revision dengan izin dalam you punya projek-projek akan dilaksanakan, you tidak buat satu kajian betul-betul turun padang perlu jalan ini dibuat kah tidak. Saya nampak EPU ada punya projek melaksanakan tidak perlu tetapi kamu sudah buat dahulu. Perlu punya rakyat punya masalah tidak mahu kasi. Kalau bangunan semua tinggi-tinggi buat kalau rakyat tidak ada benefit apa-apa, buat apa pun bikin? Kita kawasan pedalaman, kita air tiada, elektrik tiada macam saya Sabah kata persoalkan saya tidak nampak EPU ambil perhatian. Macam itu kawasan banjir dia tidak ambil perhatian. Saya sudah soal kalau kerajaan belum mampu semua melaksanakan sekali gus carilah orang buat payment suruh dia orang siapkan terus. Kalau satu kali kena banjir berapa puluh bilion kita bayar tidak apa-apa. Kemudahan asas kita kena ganti balik semua kenapa kita tidak suruh buat sekali gus kasi habis. Apa punya EPU? EPU punya pegawai tidak ada otak ke dalam?... Haiya!
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua saya memohon kepada Yang Berhormat supaya sabarlah ya.
Kontrol emosi Ahli-ahli Yang Berhormat.
Baik saya rasa pegawai-pegawai sedang banyak kerja.
Tuan Yang di-Pertua saya fikir Timbalan Menteri mesti mahu lihat bukan kita tidak sabar. Kita sabar sampai mati sudah mahu mati sudah, faham tidak?
Sudah mahu terkapitlah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat sekiranya Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk projek-projek seperti ini...
[Bangun]
Sila teruskan Menteri.
Timbalan Menteri ini sebagai contoh. Minta maaf Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua izinkan saya jawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kinabatangan.
Kawan saya, Timbalan Menteri ini kawan...
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Baik untuk makluman Yang Berhormat.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai duduk.
Yang Berhormat...
Bagi peluang kepada Menteri untuk menjawab jangan diasak sekali gus sampai empat, lima orang. Dia bukan komputer, komputer pun pandai jam juga sekali sekala.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya tidak tahu bahawa EPU menjadi sasaran yang begitu hebat pada pagi ini. Baik Tuan Yang di-Pertua soalan mengenai Kapit, Jalan Kapit itu ingin saya beri makluman sedikit cadangan itu telah pun diluluskan di bawah inisiatif Koridor Sarawak sedang di peringkat cadangan teknikal dan kewangan. Maka saya minta supaya Yang Berhormat jumpa dengan pihak kami untuk terus merealisasikan projek. Tuan Yang di-Pertua suruh Yang Berhormat Padang Serai supaya sabar juga. Baik kita teruskan.
Sabarlah Yang Berhormat Padang Serai sabar duduk dahulu.
Tuan Yang di-Pertua mana mungkin saya mahu sabar mereka belanjakan RM563 juta on gravel road dengan izin, tetapi selalu jumpa muka Timbalan Menteri ini dalam surat khabar tidak pernah cerita tentang masalah jalan raya seperti ini. Saya cukup sedih....
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai nanti saya hilang kesabaran.
...Bila Yang Berhormat Bintulu bangun, bila Yang Berhormat Kinabatangan bangun, bila Yang Berhormat Kalabakan bangun mereka semua... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Menyampuk]
Sila.
Kalau Barisan punya hal selesai sendiri bawa balik pergi rumah ceritalah hendak bawa dalam Dewan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sudah rehat dua tiga hari kelmarin pun cuti juga tidakkan sampai di Parlimen juga masih geram. Sila Menteri teruskan bersabar.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baru masih merupakan...
Minta laluan Timbalan Menteri.
Saya hendak teruskan kepada soalan..
Yang Berhormat Pasir Salak.
Lepas ini Yang Berhormat Pasir Salak
Tidak ini saya sebelum pergi kepada tajuk yang baru.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Masalah yang ditimbulkan tidak lain dan tidak bukan ialah ....
Hai, sudah keluar sudah tiga-tiga orang?
Tuan Yang di-Pertua masalah yang dibangkitkan tidak lain dan tidak bukan adalah masalah birokrasi. Kerajaan sudah buat komitmen tetapi masalah birokrasi pegawai-pegawai kerajaan, jabatan kerajaan iaitu EPU iaitu Kementerian Kewangan iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terdapatnya the ‘small’ Napoleon itu masih lagi wujud.
Pegawai-pegawai kerajaan yang masih lagi berkuasa lebih daripada Menteri. Kenapa dibiarkan ini berterusan? Kita menjanjikan public delivery system yang baru, cekap, pantas dan berkesan akan tetapi tidak ada perubahan. Begitulah, apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah kita hendak tahu pegawai-pegawai kerajaan, mereka ini are they with us or they are against us dengan izin. Kalau mereka bersama dengan kita, apa lagi yang ditunggu kalau sudah kerajaan, Kabinet dan Menteri membuat komitmen dari segi kewangan, dari segi dasar. Perlaksanaan adalah di tangan mereka. Saya ingin bertanya kepada Menteri, selain daripada membuat komitmen, kewangan dan dasar, Menteri kenalah ambil tahu apa yang pegawai-pegawai buat. Saya kadang-kadang hairan, Menteri minta tolong kepada pegawai kerajaan. Bukan pegawai kerajaan minta tolong kepada Menteri. Seolah-olah Menteri sudah tidak ada kuasa.
Soalan Tuan Yang di-Pertua?
Ini soalanlah. Bacalah in between.
Saya akan jawab.
In between, dengan izin. Iaitu masalahnya saya hendakkan penjelasan daripada Menteri. Kenapa ini berlaku? Kenapa menteri-menteri tidak ada kuasa ke atas pegawai-pegawai kerajaan bagi memastikan mereka itu melaksanakan dasar dan komitmen kerajaan, kenapa? Sudah dijanjikan dengan begitu lama sehingga hari ini tidak dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua.
Soalan nombor dua.
Cukup, cukup.
Penjelasan. Ini ...
[Menyampuk]
Suruh Yang Berhormat Padang Serai diam.
Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, satu angle yang lain. Semua orang menyokong, untuk membantu kaum bumiputera termasuk kaum bumiputera luar bandar di Sabah dan Sarawak. Saya hendak Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan.
Apa pendirian Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang khususnya DAP yang menyatakan dasar bahawa dasar ini membantu bumiputera ini satu dasar Apartheid iaitu dasar penindasan. Ini disuarakan oleh Ketua DAP di Johor. Di sokong oleh Timbalan Ketua Menteri, DAP di Pulau Pinang. Apa komen dan apa reaksi kerajaan terhadap kenyataan tersebut?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi soalan yang pertama bahawa ada kerenah birokrasi. Saya tidak menafikan bahawa ada karenah birokrasi di mana lewatnya pelaksanaan projek adalah kerana ada lapisan-lapisan yang begitu banyak sekali. Sehingga untuk mendapat kelulusan dan juga dari segi pemantauan, pengagihan kewangan dan sebagainya. Maka saya juga meminta kerjasama daripada Ahli- ahli Parlimen sebagai wakil di peringkat akar umbi. Contohnya senarai projek-projek yang dirangka datangnya daripada pejabat daerah. Melalui agensi-agensi seperti JKR, agensi JPS dan sebagainya supaya pastikan bahawa senarai itu tertangkap dalam proses pembangunan yang bakal dimajukan kepada pejabat pembangunan daerah. Dari sini, di peringkat Dewan yang mulia ini kita gunakan wadah ini. Di mana tempat ini kita gunakan untuk memberi tekanan supaya projek-projek ini pasti sampai ke peringkat akar umbi. Akan tetapi kita tidak boleh juga secara...
[Bangun]
...Terbuka atau sewenang-wenangnya membiarkan projek itu berjalan untuk memastikan bahawa tidak ada ketirisan dan juga rasuah. Itu sebabnya ada usaha melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan juga melalui Suruhanjaya Kehakiman untuk memastikan bahawa perkara-perkara berkaitan dengan birokrasi dapat diperkemas dan diperhalusi. Ada usaha tapi benda ini tidak boleh diubah suai serta merta. Kita sama-sama, kita mahu negara dan rakyat ini untuk menerima dan merasakan pembangunan untuk semua, itu hasratnya. Maka saya teruskan kepada soalan yang dikatakan tadi.
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon laluan, saya mohon jawapan. Timbalan Menteri ada menyebut pasal senarai-senarai projek daripada Sabah. Dengan izin, don’t tell me Sabah State Government has never submitted anything to EPU. Semua sudah dihantar.
Ada, ada.
Bikin apa lagi kalau sudah dihantar, kenapa tidak dilaksanakan?
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat Kalabakan sudah salah faham. Saya memberi tahu peranan Ahli Parlimen yang boleh majukan.
Ya, I know tetapi ini...
Saya akan jawab. Saya akan jawab.
Jangan berdialog Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini sudah berdialog.
RM1 bilion itu saya akan jawab.
Ini senarai projek... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Penjelasan.
Saya ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Kalau minta penjelasan itu berdiri. Kalau Menteri yang berkenaan bagi laluan baru boleh bercakap. Jangan berdialog. Saya biarkan sekejap tadi, janganlah kalau diberi betis nanti mahu paha pula. Tolong Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila Menteri. Kalau tidak mahu diganggu Menteri beri tahu sahaja...
Saya minta kerjasama daripada Tuan Yang di-Pertua supaya saya akan teruskan jawapan.
Penjelasan sikit Tuan Yang di- Pertua.
Begitu banyak sekali soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena...
Sikit sahaja.
...Punya jawapan saya akan jawab nanti. Jadi masa itu tanya. Terima kasih.
Soalan saya yang kedua Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya berkenaan dasar. Saya akan jawab soalan itu berasaskan soalan seterusnya. Dasar Ekonomi Baru masih merupakan topik yang cenderung ditimbulkan di Dewan yang mulia ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai...
Apabila Ahli Yang Berhormat Kampar menyarankan agar kerajaan mengambil langkah memastikan dasar ekonomi dilaksanakan dengan efektif sama juga dengan soalan yang dikemukakan tambahan tadi oleh Yang Berhormat daripada Pasir Salak tadi. Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, matlamat utama DEB adalah mencapai perpaduan nasional dan dasar ini dilaksanakan berasaskan prinsip pembangunan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama atau dengan izin, growth with equity. Saya ingin menegaskan bahawa matlamat utama DEB masih lagi relevan dan terus dikekalkan dalam dasar-dasar selepas ini. Namun, dasar-dasar tersebut tidak menafikan atau dengan izin, exclude dengan kepentingan golongan-golongan lain.
Tuan Yang di-Pertua.
Tumpuan terus diberi kepada golongan yang masih ketinggalan dari segi pendapatan dan hak milik kekayaan iaitu: (i) golongan bumiputera yang mana pemilikan dari segi ekuiti dalam sektor korporat adalah 19.4 peratus. Hak milik premis 15 peratus dan pendapat purata RM3,156; (ii) golongan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mana dari segi hak milik sektor korporat adalah 3 peratus dan pendapatan purata RM2,616; dan (iii) masyarakat India yang hak milik korporat mereka adalah 1 peratus, hak milik premis 38 peratus dan pendapatan purata RM3,799.
[Bangun]
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya habiskan, nanti. Saya akan berikan peluang Yang Berhormat Padang Serai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Perkongsian kekayaan negara tidak hanya terhad kepada peluang yang disediakan dalam sektor awam.
Sebahagian besar daripada sumber kekayaan sebenarnya dijana dalam sektor swasta yang pada masa ini dikuasai oleh bukan bumiputera. Namun begitu kerajaan sedar terhadap ruang untuk mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan projek seperti yang dikatakan tadi delivery system. Projek pembangunan bagi memastikan pencapaian matlamat dasar yang digubah. Kerajaan akan sentiasa berusaha untuk menambah baik mekanisme pelaksanaan dan penyampaian sedia ada serta meminimumkan ketirisan faedah yang bakal dinikmati oleh kumpulan sasaran. Isu yang sering yang ditimbulkan terutamanya mengenai pemberian kontrak hanya kepada pihak-pihak tertentu. Pembaziran dan ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan akan terus ditangani. Tuan Yang di-Pertua, memang menjadi isu antaranya melalui pemberian kontrak secara pemberian tender, secara terbuka agar pengagihan kekayaan ekonomi peluang dapat dilakukan secara adil dan saksama. Yang Berhormat dari Padang Serai.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya baru dengar daripada rakan- rakan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional mengeluh dan merintih tentang projek- projek di kawasan-kawasan mereka. Saya hendak tanya selepas sesuatu cadangan untuk satu projek di berikan dan projek itu mula diambil langkah-langkah melaksanakannya. Seharusnya berapa lama kah projek ini akan dipantau dan sebagainya? Ini kerana saya dengar daripada Ahli-ahli Parlimen. Juga dalam kawasan saya beberapa projek khususnya pembinaan sekolah dan sebagainya. Sudah empat, lima penggal dan empat, lima pilihan raya pun masih lagi belum siap. Jadi adakah EPU menjalankan pantauan dan monitor sistem dan sebagainya? Dalam jangka masa berapa lamakah langkah forward akan diambil supaya projek itu carry on.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Padang Serai kerana soalan yang ditanya secara teratur dan molek sekali. Maka saya akan jawab ya. Tuan Yang di-Pertua, soalan mengenai projek ini adalah mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan agensi kerajaan tempatan, agensi kerajaan negeri dan agensi Persekutuan. Bila isu tanah berkenaan, projek itu terpaksa dikendalikan oleh majlis tempatan dan juga peringkat PTG di peringkat negeri. Bila sekolah itu bakal dibina melibatkan isu tanah, maka ia mengambil proses yang panjang. Akan tetapi sekiranya tidak ada isu-isu seperti itu saya rasa projek itu akan dapat dilaksanakan dengan cepat. Dari segi peruntukan kewangan contohnya stimulus pakej satu, Timbalan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa terpaksa dibelanjakan pada tahun ini, maka kita kena menggerakkan agensi kita supaya pantas dan laju untuk memastikan projek-projek itu, mempunyai kesan direct kepada rakyat secepat mungkin supaya putaran ekonomi itu dapat dirasai. Maka itulah hasrat kita. Tidak ada niat di pihak EPU untuk memberhentikan projek. Kita mahukan projek. Itu tugasan kita. Akan tetapi kita kena gerakkan dari peringkat akar umbi. Itu sebabnya tadi saya kata, saya mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sama-sama menjadi pemantau kepada pergerakan projek-projek ini supaya the pressure from all, dengan izin akan menggerakkan lagi sekiranya ada pegawai yang perlahan dalam melaksanakan tugas mereka. Ini penting. Kita perlu ada check and balance dari semua peringkat legislatif iaitu Ahli-ahli Parlimen, Kehakiman dan juga Eksekutif. Maka masing-masing memainkan peranan supaya memastikan bahawa kepentingan rakyat dapat dijamin. Maka itulah tidak ada satu tempoh masa yang jelas. Ini bergantung kepada projek demi projek. Maka setiap agensi macam sekolah tadi Kementerian Pelajaran akan membawa cadangan itu dan pihak EPU, MOF, akan memainkan peranan. Kita buat perancangan. Kementerian Kewangan akan buat pemberian kewangan. Inilah cara yang kita akan buat dan kementerian akan jadi champion projek itu dengan izin.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan pembangunan koridor wilayah juga telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Boleh minta penjelasan.
...Daripada Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon selepas ini saya akan izinkan. Beberapa isu berkenaan dengan pembangunan koridor telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Paya Besar dan Kinabatangan mengenai rancangan pelaksanaan impak inisiatif pembangunan koridor wilayah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan sememangnya sedar dan mengakui bahawa terdapat jurang di antara kadar kemajuan sebenar perlaksanaan koridor- koridor ini sekarang berbanding dengan ekspektasi orang ramai. Sebenarnya perlaksanaan pembangunan semua koridor wilayah kecuali Iskandar Malaysia hanya bermula pada penghujung tahun 2008. Saya ingin menegaskan penghujung tahun 2008 iaitu selepas peruntukan diluluskan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Kesembilan (RMK-9) pada Julai 2008 yang lepas. Kerajaan yakin dengan peruntukan yang disalurkan pada tahun 2009 ini kita akan dapat menyaksikan perjalanan yang lebih lancar bagi pelaksanaan projek koridor ini. Dengan adanya projek-projek penyediaan infrastruktur, maka wilayah- wilayah ini akan dapat mempermudahkan lagi penarikan pelabur.
Minta laluan.
Setakat ini sebanyak 103 projek iaitu 46 peratus daripada keseluruhan 224 projek yang diperakukan untuk semua projek telah dilaksanakan.
[Bangun]
Okey.
Siapa? Yang Berhormat daripada...
Kota Melaka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak balik kepada cara pemantauan. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada kata kita boleh memainkan peranan untuk memantau projek-projek. Saya mendapati bahawa projek terbengkalai salah satu sebab, iaitu tentang pemantauan dari maincon kepada subcon iaitu bayaran. Saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah setakat ini ada cara-cara atau sistem yang boleh mendaftarkan semua subcon di bawah maincon, iaitu ditawarkan oleh kerajaan agar dapat satu kawalan kepada semua subcon supaya bayaran boleh sampai kepada mereka, sebab selalu mereka enggan hendak teruskan kerana tidak ada bayaran, yang sebenarnya bayaran sudah sampai ke maincon. Adakah cara pemantauan telah diadakan?
Sekali jawapan Yang Berhormat. Pasal koridor wilayah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin membangkitkan soal dan kita memuji kerajaan kerana perlaksanaan koridor wilayah ini adalah sesuatu yang amat baik. Cuma di sini apabila di peringkat penyediaan blueprint, kita lihat ada sedikit elemen ketergesaan yang dibuat dan saya sendiri terlibat dan saya tahu kadang-kadang pakai cedok merata-rata sahaja walaupun syarikat-syarikat konglomerat yang telah diberi peluang untuk menyediakan blueprint ini. Cuma sekarang ini apabila telah dilaksanakan 2008 seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita lihat seolah-olah macam ada perebutan kuasa untuk hendak buat projek dengan agensi-agensi terutamanya yang di bawah Kementerian Pertanian. Contohnya NCIA di utara. Dia berebut dengan MADA dan KADA dan sebagainya untuk melaksanakan projek dan berlaku pertindihan siapa pergi buat dulu. Jadi macam seolah-olah tidak ada koordinasi dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian. Jadi biarlah di sini ada keselarasan. Selalu diadakan perbincangan ada meeting dan sebagainya supaya rakyat tidak tertawa. Takut projek yang dibuat pun tidak ada impak apa-apa dan orang mentertawakan bagaimana sepatutnya sasaran yang hendak kita capai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka proses tender dan juga pemantauan tender maincon dengan subcon yang sentiasa menjadi isu, kerana subcon menjadi mangsa kepada putar belit maincon, maka saya rasa ini di bawah naungan Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa sekarang ada sistem-sistem di mana subcon boleh terus mempunyai ikatan perjanjian, di mana wang itu akan dapat disalurkan kepada mereka. Maka saya mohon supaya perkara ini dapat Kementerian Kewangan mengambil perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya, memang ini merupakan satu perkara yang serius di peringkat akar umbi. Manakala kepada soalan Yang Berhormat daripada Arau...
Boleh.
Soalan daripada Arau ini saya ucapkan terima kasih terhadap feedback ataupun maklum balas yang diberi, sebab inilah yang kita perlukan, saya pasti bahawa hari ini, perkara ini dibangkitkan di Dewan ini akan kita bawa kerana NCIA telah pun diamanahkan untuk menjaga pembangunan koridor utara dengan kemas dan berkesan. Sekiranya ada agensi-agensi yang tidak memahami lagi konsep mikro pembangunan northern corridor, saya ucapkan lagi sekali terima kasih dan bawalah maklum balas seperti ini supaya kita boleh ketengahkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya Menteri Pertanian dan juga Jabatan Pertanian mengambil hal ini secara perkara yang serius.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Sebetulnya masalah yang kita ketengahkan mudah,apakah program di koridor ini ada jaminan menyelesaikan soal pokok, soal asas bukan mesyuarat di bawah pokok, masalah pokok yang rakyat Sabah dan Sarawak hadapi. Soal pokoknya jalan raya, air bersih, api, elektrik. Bila agaknya dateline ataupun tarikh muktamad yang kerajaan dan EPU rasa boleh diterjemahkan kalau 20 tahun cakaplah 20 tahun kita tunggu, jadi tidak perlu kita ulang-alik ungkit di Dewan ini. Bila program...
Mesyuarat dalam Dewan pun tidak boleh berpuak juga ya.
...Terakhir yang boleh EPU kerajaan dan agensi lain memuktamadkan bahawa masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak soal-soal asas ini boleh diterjemahkan. Itu yang kita mahu.
Terima kasih. Ada seorang lagi selepas itu saya hendak terus sambung jawab Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri yang besar kuasanya. Duduk bersama dengan Perdana Menteri dan saya sungguh mengharapkan apa-apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu menjadi kenyataan, tetapi apa yang berlaku sebenarnya hanya cakap sahaja. Saya sedar Yang Berhormat ini seorang pejuang yang saya kenal. Dulu di backbencher suaranya bukan main, tetapi sekarang tugas dia mendefend kerajaan ini. Setakat mendefend sahaja. Saya tidak tahu kalau betul-betul kenyataan beliau ini Yang Berhormat ini ikhlas atau tidak. Sedar atau tidak Yang Berhormat masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama sekali berasal daripada negeri Sabah.
Kementerian Kesihatan, Hospital Queen Elizabeth, orang semua bising, memekik sama kerajaan kerana semua pesakit sakit di persekitaran. Itu penyakit besar yang sudah berlaku di negeri Sabah. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat sedar perkara ini. Kedua, masalah tanah. Orang berebut-rebut tanah dibunuh. Ketiga, masalah petrochemical plan ini belum dapat diselesaikan sampai sekarang.
Keempat, masalah PTI di negeri Sabah belum juga diselesaikan. Janji demi janji dan kenyataan Yang Berhormat ini saya pasti tidak akan memberi jaminan kepada rakyat negeri Sabah. Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua...
...Kepada soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Izinkan saya mengatakan bahawa kalau diminta satu tempoh masa untuk memberi penyelesaian kepada soalan kemiskinan dan juga keadaan hidup masyarakat luar bandar Sabah Sarawak, termasuk juga di Semenanjung seperti kaum Orang Asli dan juga ada golongan-golongan lain. Maka,saya rasa sasaran negara adalah Wawasan 2020. Akan tetapi dalam tempoh 12 tahun ini ataupun 11 tahun ini mungkin keadaannya belum lagi dapat disempurnakan. Adalah harapan kita bersama bahawa dengan adanya pelbagai agensi ini dan juga tekadnya untuk mengatasi masalah ini kita dapat sempurnakan. Maka saya juga memberitahu bahawa ada kementerian seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang perlu juga sama-sama memainkan peranan. Kita di EPU sebagai agensi perancang mikro, yang akan mendapat maklum balas dan juga membuat perancangan mengikut apa yang kita rasakan baik untuk negara dan hala tuju negara...
Mohon laluan.
Maka kita berharaplah seruan...
Mohon laluan.
[Bangun]
[Bangun]
...Dan juga harapan Tuan Yang di-Pertua, dapat kita sama-sama rasai dan atasi.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Saya habiskan Yang Berhormat Putatan, selepas itu saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat, ya?
Laluan, laluan.
Baik...
Titiwangsa.
Sekejap, sekejap. Seterusnya kepada seruan Yang Berhormat Putatan, beliau juga adalah kawan baik saya. Beliau mengatakan bahawa kami sebagai Timbalan Menteri di peringkat kerajaan tidak mungkin akan merasakan perjuangan yang sama lagi. Saya rasa itu pandangan yang salah, kerana kita juga adalah seorang Ahli Parlimen yang di mana ada...
Akan tetapi Yang Berhormat, kadang-kadang saya rasa Yang Berhormat...
Saya habiskan...
Ahli-ahli Yang Berhormat jangan berdialog, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Duduk, duduk,duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk dulu Menteri, Menteri duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan lagi berdialog. Jangan berdialog.
Dan kalau minta penjelasan, bergilir-gilir. Jangan berdiri sampai empat, lima orang sekali. Macam mana kita boleh berbahas cara begitu? Sila Menteri dan Menteri kalau tidak mahu beri laluan, jangan beri laluan. Kalau Ahli Yang Berhormat itu sudah duduk biarpun dia berdiri awal, jangan jemput dia kerana itu bukan kuasa Menteri, kuasa saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila teruskan.
Saya ingin memberi penghormatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Saya tahu Menteri.
Kerana mereka itu wakil rakyat.
Akan tetapi kalau Ahli Yang Berhormat itu sudah duduk...
Itu sebabnya...
...Jangan panggil dia lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas jaminan itu.
[Bangun]
[Bangun]
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, seruan ataupun permohonan Yang Berhormat Putatan akan juga kita lihat bagaimana. Saya akan teruskan jawapan Tuan Yang di-Pertua...
Sila.
...Dan saya tidak bagi laluan kerana saya ada banyak lagi untuk dihabiskan...
Sedikit sahaja laluan.
Baik, Ahli Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Kinabalu mohon penjelasan kerajaan berhubung dengan permulaan Sabah Development Corporation (SDC) dan peruntukan bagi projek SDC...
Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Titiwangsa duduk dulu, Menteri tidak mahu beri laluan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi perkara yang terlibat, Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, katanya Jalan Kapit sudah masuk Koridor Sarawak. Saya difahamkan itu jalan lain, terus masuk Pelaga. Ini...
Nanti, saya mohon kepada Yang Berhormat...
Yang Berhormat Bintulu.
...Bintulu supaya berbincang dengan saya di luar Dewan untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Maklum balas kepada beliau.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan berdialog, berdialog di luar Yang Berhormat.
Terima kasih.
Sila teruskan.
Baik, untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
[Menyampuk]
Yang Berhormat Padang Serai, jangan campur, Yang Berhormat Padang Serai.
...Projek di bawah SDC telah pun bermula sejak Ogos 2008.
Yang Berhormat Padang Serai duduk, Yang Berhormat Padang Serai janganlah campur. Sila.
...Sejumlah 15 projek telah dilaksanakan hingga 31 Januari 2009. Namun kebanyakan projek tersebut melibatkan kerja-kerja awalan seperti kajian reka bentuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), kajian tanah dan penyeliaan tapak. Untuk tempoh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM2.376 bilion telah diperuntukkan kepada SDC. Setakat ini, sebanyak RM559.96 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah manakala bagi keseluruhan tahun 2009, Sabah akan menerima peruntukan sebanyak RM1.374 bilion dan ianya akan disalurkan secara berkala setiap tiga bulan setelah melakukan fasa demi fasa. Selepas fasa pertama dibuat, wang itu akan disalurkan, fasa kedua akan disalurkan. Ia berperingkat-peringkat. Ini kerana...
Tuan Yang di-Pertua...
Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, agensi pelaksananya iaitu SEDIA, Sabah Economic and Development Investment Authority dengan izin, telah lulus dalam akta penubuhan pada 15 Januari 2009.
Saya mahu minta dia tidak payah jawab. Balik sahaja perkara dia semua mahu jawab di luar.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, sebagai penjelasan...
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, kalau Yang Berhormat Padang Serai buat lagi begitu saya suruh Yang Berhormat Padang Serai rehat dua, tiga jam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, sebagai penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat...
Dia selalu kata dia mahu jawab di luar lebih baik saya duduk di luar sahaja... [Dewan riuh]
...Berhubung jumlah peruntukan yang telah disediakan kepada Sarawak bagi melaksanakan Projek SCORE. Kerajaan telah memperuntukkan RM2.5 bilion kepada SCORE untuk melaksanakan sembilan projek di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Sejak dilancarkan pada 11 Februari 2008 hingga kini, SCORE telah menerima peruntukan sebanyak RM444 juta di mana RM30 telah disalurkan pada tahun2008. Manakala untuk tahun 2009 pula peruntukan sebanyak RM1.035 bilion ya, telah disediakan dan sebanyak RM414 juta daripadanya telah disalurkan kepada UPEN Sarawak pada awal tahun ini bagi melaksanakan projek-projek tersebut. Ahli Yang Berhormat daripada Tumpat, Rasah, Wangsa Maju dan Gombak telah membangkitkan isu mengenai pembinaan sebuah Low Cost Carrier Terminal (LCCT) yang baru di Labu. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, sememangnya tidak boleh kita nafikan terdapat keperluan terhadap sebuah LCCT baru yang boleh menampung peningkatan jumlah penumpang. Kita sedia maklum LCCT yang ada di KLIA merupakan terminal sementara dan telah mencapai kapasiti penuh iaitu 10 juta penumpang setahun. Sedangkan penumpang dijangka akan meningkat kepada 15 juta penumpang setahun pada tahun 2011.
Oleh kerana Malaysia Airport Holdings Berhad atau MAHB tidak dapat menyediakan sebuah LCCT yang dapat menampung peningkatan penumpang yang tinggi menjelang 2011, satu cadangan bagi membina LCCT baru bagi di Labu Negeri Sembilan telah dikemukakan oleh pihak swasta. Cadangan projek tersebut merupakan inisiatif pihak swasta untuk membina dan membiayai sepenuhnya pembinaan LCCT tersebut. Kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan ini, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan tersebut secara prinsip sahaja...
[Bangun]
Persetujuan muktamad kelak tertakluk kepada syarat kepada ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur termasuk kos connectivity dengan izin, iaitu pembinaan jalan dan rel ke LCCT Labu termasuk connectivity ke KLIA dan mematuhi segala peraturan termasuk mendapat lesen-lesen yang berkaitan dengan operasi sebuah lapangan terbang.
Yang Berhormat Kalabakan mahu minta penjelasan, Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, saya mahu sambung Tuan Yang di-Pertua, saya tidak izinkan.
Yang Berhormat Kalabakan, Menteri tidak mahu beri laluan.
Walau bagaimanapun, apabila pihak Sime Darby menarik diri daripada cadangan membangunkan LCCT tersebut dan tidak akan menampung kos connectivity berjumlah RM800 juta, sebaliknya hanya bersetuju untuk menjual plot tanah, tapak LCCT yang dicadangkan. Kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya, LCCT baru akan dibina di dalam kawasan KLIA dan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad atau MAHB serta AirAsia Berhad akan bekerjasama dengan rapat supaya sebuah LCCT akan dapat memenuhi ekspektasi pengguna terbina...
Penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya adakah penolakan daripada Sime Darby ini dibuat secara rasmi ataupun hanya satu persepsi ataupun andaian pihak kerajaan. Saya kira usaha yang mereka buat ini adalah sepatutnya kita beri satu galakan kerana ia tidak melibatkan kos daripada dana kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang kita pun bersetuju dengan apa yang diperkatakan kerana MAHB dengan AirAsia sedang dalam perbincangan sekarang untuk mencari jalan penyelesaian supaya tidak ada pihak yang rugi, sama-sama, win-win situation dengan izin, maka itulah hasrat kita pun. Baik seterusnya Ahli Yang Berhormat Sepanggar, Kinabatangan dan Kalabakan...
Tuan Yang di-Pertua, mohon maaf sebab penjelasan tadi belum lagi. Adakah penolakan ini secara rasmi ataupun hanya satu andaian?
Setakat ini, penolakan itu adalah secara rasmi. Kerajaan telah pun meminta supaya kedua-dua pihak MAHB dan juga Airport Berhad dengan AirAsia duduk semeja bincang bagaimana untuk memastikan bahawa pelancongan dan juga airlines system kita tidak terjejas. Sama-sama menang. Maka mungkin master plan mengatakan ada banyak cadangan, airport master plan mengatakan bahawa ada LCCT mungkin akan dibina di sebelah KLIA dan LCCT sekarang akan jadikan kargo. Ada banyak cadangan, biarlah proses itu berjalan, maklumat akan diberi dari semasa ke semasa...
[Bangun]
Yang Berhormat Jerlun Yang Berhormat. Sebelah kanan, Jerlun minta penjelasan.
Saya kekurangan masa Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak teruskan dengan jawapan di sini. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat Sepanggar, Kinabatangan dan Kalabakan telah berbangkit...
Mohon sedikit penjelasan, mohon sedikit penjelasan.
...Isu peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan negeri Sabah yang belum disalurkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat...
Saya mohon sedikit penjelasan.
Yang Berhormat.
...Peruntukan tambahan. Saya minta maaf Jerlun, saya minta supaya saya habiskan jawapan ini dan nanti lepas ini saya akan bagi peluang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Jun 2008. Penyaluran peruntukan tambahan tersebut telah pun dibuat mulai tahun 2008 dan sebanyak RM2.1 juta telah dibelanjakan dalam tahun yang sama bagi melaksanakan projek di kawasan Parlimen dan DUN. Ini kerana kelulusan untuk projek ini hanya bermula daripada Jun 2008. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat pelaksanaan projek-projek di bawah peruntukan RM1 bilion ini bergantung pada senarai projek yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah mengemukakan senarai projek untuk dilaksanakan pada November 2008. Oleh itu pelaksanaan penuh projek-projek ini hanya boleh dilakukan mulai tahun ini dan kerja-kerja telah dimulakan. Bagi tahun 2009, peruntukan sebanyak RM500 juta telah diluluskan di mana RM246.02 juta telah disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah...
[Bangun]
...Untuk diagihkan kepada agensi pelaksana di peringkat negeri manakala bakinya akan dibelanjakan bagi tahun ini...,
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
...Dan tahun 2010 mengikut kemajuan pelaksanaan projek.
Silakan Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri ialah peruntukan yang dibagi daripada Sabah Development Corridor. RM1 bilion yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu melawat ke Sabah 2008. Sewaktu itu diumumkan RM1000. Akan tetapi kenyataan dari Pengarah EPU mengatakan yang kewangan ini akan dibagi secara beransur-ansur if there is a request for it. Ini perkataan if there is a request for it bererti belum ada senarai dia beri. Ini kenyataan saya sudah bawa dalam Dewan ini, dengan akhbar saya baca...
Saya akan jawab.
If there is a request for it dia kata. Akan tetapi belum ada request...,
Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab soalan Yang Berhormat Kalabakan.
[Bangun]
...Dalam 2008. Sudah ada request. Jadi saya ingat ini tidak betul. Kenyataan Pengarah EPU mengatakan if there is a request for it. Bererti sampai sekarang, sewaktu saya membuat ucapan dalam Dewan beberapa minggu yang lalu, belum ada request. Ini kenyataan tidak betul...
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh jawab soalan itu.
Silakan.
Mohon laluan nanti selepas ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak payah, saya terus jawab ini dan...
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut apa yang kita telah bincang dan jawapan yang diberi oleh pegawai-pegawai berkenaan adalah bahawa senarai itu telah dikemukakan pada November 2008 dan sekiranya ada kenyataan daripada Pengarah EPU saya akan beri maklum balas kepada Yang Berhormat apakah keadaan status yang sebenarnya. Akan tetapi mengikut apa yang kita sedia ada di sini peruntukan-peruntukan yang saya sebutkan tadi telah disalurkan dan senarai projek sudah pun dihantar pada November 2008. Kita sama-sama bincang mengenai perkara ini.
Saya minta penjelasan tentang peruntukan.
Ini salah Tuan Yang di-Pertua. I think I am going to see you outside.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah dua kenyataan yang telah saya beri jawapan rasmi dan Yang Berhormat Kalabakan kata ada maklumat yang sebaliknya. Maka ini perlu verification Tuan Yang di-Pertua. Di luar Dewan kita akan bincang mengenai hal ini. Baik seterusnya...
Saya mohon minta beri laluan sedikit tentang peruntukan.
Saya minta maaf. Saya bagi laluan kerana soalan itu daripada Kalabakan.
Saya tahu ini peruntukan untuk keseluruhannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita telah sama-sama mendengar dalam Dewan ini bagaimana dikatakan hanya lebih kurang dalam 70 peratus sahaja peruntukan- peruntukan yang diberi kepada jabatan-jabatan telah dibelanjakan. Jadi sehubungan dengan isu ini, saya telah mendapat maklum balas daripada sebahagian ketua-ketua jabatan. Mereka mengatakan bagaimana mereka hendak menghabiskan peruntukan ini apabila di awal tahun ini sehingga sekarang, mereka belum dapat lagi dana yang dijanjikan yang telah diminta sejak tahun sebelumnya, tetapi apabila hujung tahun mereka diminta dalam tiga, empat minggu terakhir, diminta untuk menghabiskan beratus ribu dana yang masih lagi belum dibelanjakan. Jadi saya kira minta penjelasan di sini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya akan membawa perkara ini kepada perhatian pihak MOF dan juga pihak EPU berkenaan dengan hal ini bahawa dana itu masih belum sampai lagi. Okey, terima kasih saya ucapkan untuk maklum balas itu.
Ahli Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan isu mengenai kekurangan kemudahan awam penting di Sabah seperti hospital, klinik dan jalan raya dan tadi kita telah jawab mengenai soalan tadi. Mengenai kekangan dan juga bagaimana kita sama-sama menangani masalah itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kalabakan juga, beliau telah meminta mengenai peruntukan membina lima buah masjid di Sabah yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah meluluskannya dan sedang dalam proses penyediaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan projek itu memang sudah ada dan sekarang prosesnya adalah lukisan tender oleh pejabat penyediaan lukisan tender oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dengan bantuan daripada Pasukan Projek Sabah. Projek ini akan dibuat secara tender terbuka selewat-lewatnya pada Mei 2009. Projek tersebut adalah Masjid Kampung Lormalong, Kunak, Masjid Kampung Dasar Lama Kunak, Masjid Batu 15 Simpang Kampung Batu, Jalan Apas, Masjid Kampung Kinabutan Besar Tawau dan Masjid Babussalam Kampung Tanjung Batu Darat Tawau. Ahli Yang Berhormat Pontian bertanyakan mengenai keutamaan kerajaan berhubung pembinaan lingkaran jalan raya di bandar besar berbanding dengan pembinaan jalan kampung. Saya ingin menjelaskan bahawa teras pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam terutamanya sekali jalan, memang memberi penekanan kepada memperluas kemudahan di kawasan luar bandar. Menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup. Program pembinaan jalan raya dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada peningkatan akses di kawasan kurang membangun. Maka untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama beberapa jalan di bandar utama perlu dibina dan di naik taraf bagi menambah baik aliran penyuraian trafik. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sepanjang 100 kilometer jalan raya luar bandar telah dirancang untuk dibina dan 282 kilometer telah siap. Manakala 718 kilometer jalan raya luar bandar sedang dalam pembinaan. Daripada 1,293 kilometer jalan bandar yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak 346 kilometer telah pun disiapkan dan 947 kilometer adalah dalam pembinaan. Berkaitan dengan pembinaan Lebuh raya Kuala Krai, Gua Musang, Segamat bagi merangsang ekonomi negara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ledang. Kerajaan sedang merancang untuk membina satu hubungan jalan raya empat lorong iaitu Central Spine Road, dengan izin dari Kuala Krai ke Segamat melalui Gua Musang dan Bentong. Pembinaan jalan raya ini akan dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama yang melibatkan pelebaran jalan dari Bentong ke Kuala Krai kepada empat lorong telah mula dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Maka tempoh masanya akan mengambil empat hingga lima tahun. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Serian berhubung dengan peranan Ahli-ahli Parlimen dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pemberian peruntukan tambahan kepada setiap Ahli Parlimen. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa setiap kawasan Parlimen telah disediakan peruntukan untuk melaksanakan projek-projek kecil. Semua Ahli Parlimen dan penduduk di kawasan boleh mencadangkan projek-projek yang bersesuaian untuk dilaksanakan ke peringkat pembangunan negeri untuk dipertimbangkan. Ahli-ahli Parlimen juga boleh memainkan peranan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan...
[Bangun]
...Di kawasan mereka dengan memberi maklum balas kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkenaan di peringkat akar umbi dan turut mencadangkan projek pembangunan yang sesuai yang dilaksanakan di kawasan mereka kepada badan-badan yang berkaitan...
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Sungai Siput dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mendapat tahu untuk tahun 2008, untuk kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Adakah sesiapa yang dapat satu projek yang diluluskan daripada peruntukan ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan itu saya tidak ada butiran, mungkin saya akan beri secara bertulis, terima kasih. Yang Berhormat daripada Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas kenyataan tersebut tetapi soalnya sekarang ini, apakah satu pengarahan yang jelas diberikan kepada pihak umpamanya Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menerima segala cadangan yang dibuat oleh pihak Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang dan Pakatan rakyat? Saya juga menyentuh dalam perbahasan saya tempoh hari ialah kerajaan sekarang ini di negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah mewujudkan satu struktur baru iaitu penyelarasan Parlimen bertaraf DO yang bertaraf sebagai pegawai daerah dan penyelaras DUN yang bertaraf ADO serta juga pentadbir mukim yang bersifat sepertimana penghulu dengan tidak menggunakan lagi pegawai-pegawai di peringkat kerajaan negeri iaitu KCS dan sebagainya. Secara langsungnya pula bahawa selama ini peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen itu, peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk menguruskan projek kecil itu. Saya telah dimaklumkan bahawa dia dipegang dan diluluskan segala peruntukan tersebut mesti melalui Ketua Bahagian UMNO, sebelum ini. Hari ini peranan itu saya difahamkan akan ditukar kepada penyelaras Parlimen yang bertaraf DO iaitu daripada yang ditentukan pelantikan tersebut dicadangkan oleh UMNO Bahagian. Jadi, di mana peranan kami sedangkan kami bersedia untuk bekerjasama malah kami hendak sebut Yang Berhormat, hari ini bahawa struktur baru itu telah menafikan soal kebaikan pegawai-pegawai kerajaan negeri khususnya di Kedah yang dahulunya mereka ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Mereka melaksanakan program pembangunan, Tok Penghulunya, ADO nya, pegawai daerahnya, kenapa peranan ini juga dinafikan juga ke atas mereka. Ini saya hendak mengatakan bahawa seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional tidak menerima kedudukan Raja-Raja Melayu iaitu Sultan Kedah yang berdaulat dalam negeri Kedah... [Tepuk] Maknanya ini bagi saya satu penderhakaan kepada ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang melantik pegawai-pegawai kerajaan di negeri Kedah... [Tepuk]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tuduhan Yang Berhormat mengenai Sultan itu keterlaluan. Tidak sebegitu rakyat kita pegang kepada Rukun Negara dan juga Perlembagaan Malaysia. Itu tetap sekali, tidak payah saya beremosi mengenai hal ini. Berkaitan dengan apa yang dikatakan tadi kita ada sistem perlaksanaan yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan dan juga proses pembangunan dan sistem pentadbiran...
Minta penjelasan.
Di mana di peringkat daerah, peringkat kampung, kita ada JKK, penghulu dan lepas itu kita ada di peringkat daerah, pegawai daerah yang akan memantau agensi-agensi. Setiap bulan mereka ada mesyuarat tindakan daerah. Melalui mesyuarat ini segala pembangunan projek-projek pembangunan yang juga perihal dengan kebajikan, infrastruktur awam, infrastruktur lain telah di bawa ke situ. Proses itu sudah ada dan kalau sekiranya adanya penyalahgunaan dan ada sistem di mana kita ada Suruhanjaya Pencegah Rasuah untuk membuat laporan sekiranya ada penyalahgunaan kuasa tolonglah buat laporan cepat-cepat.
Tuan Yang di-Pertua.
Sekiranya... Yang Berhormat saya belum jawab lagi, saya akan jawab. Tolong beri saya masa saya jawab. Baik. Sekiranya Yang Berhormat mengatakan bahawa pembangkang tidak diberi peluang dan Barisan Nasional tidak akan memberi peluang kepada pembangkang, itu salah. Barisan Nasional juga mewakili rakyat, mereka juga terpaksa memantau bahawa pembangunan yang diberi kepada rakyat juga sama-sama mereka rasai. Maka peranan itu bukan monopoli satu kaum, satu parti atau satu agensi, ianya adalah semua pihak. Maka saya memohon sekiranya ada penyalahgunaan, rakyat akan membuat ketentuan. Proses itu akan jalan, maka saya mengatakan kepada Yang Berhormat janganlah banyak mempersoalkan ini, saya meminta supaya kalau ada projek-projek untuk rakyat di peringkat akar umbi, bawalah ke agensi-agensi yang akan bakal melakukan perancangan dan juga perlaksanaan. Maka Tuan Yang di-Pertua...
Saya meminta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta Yang Berhormat bertanya hanya mengenai perkara yang dibangkitkan.
Ya, perkara-perkara yang dibangkitkan sebab saya lihat jawapan itu tidak memberikan satu penjelasan yang jelas. Saya tidak menafikan peranan Barisan Nasional dan peranan mana-mana parti, semua seharusnya bertanggungjawab. Begitu juga peranan kami daripada Pakatan Rakyat. Kami juga harus memberi sumbangan untuk membangunkan kawasan kami sebab selama ini bahawa peranan itu harus dimainkan oleh Ahli Parlimen bukan parti politik dalam konteks ini. Sebelum ini tahun 2004, yang menang di kawasan Pokok Sena ialah Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, kenapa pada waktu itu tidak timbul soal pelantikan struktur baru, penyelaras Parlimen, penyelaras DUN pada waktu itu tapi bila kita menang dan kita menubuhkan kerajaan lalu diwujudkan struktur baru ini. Kami sendiri daripada pembangkang, saya sudah pengalaman ini kali kedua selepas tahun 1999 tidak mendapat hak untuk meluluskan atau mencadangkan apa-apa projek dan tidak dapat menentukan projek itu boleh dilaksanakan ataupun tidak kerana dia di bawah tanggungjawab ketua bahagian... [Tepuk] Jadi ini yang kita minta, kami bukan mahu duit seketul masuk dalam poket kami, tidak! Nak bagi projek itu kepada kontraktor UMNO kah, kontraktor Barisan Nasional, kroni mana pun, bagilah, lantaklah berapa banyak pun. Yang penting projek itu semua...
Tuan Yang di-Pertua, soalan itu saya sudah maklum, saya akan jawab terima kasih
Sila.
Tuan Yang di-Pertua saya rasa tohmahan-tohmahan itu yang dikatakan itu adalah mungkin keterlaluan sedikit. Kalau Barisan Nasional mewujudkan satu sistem untuk membantu rakyat, kalau niatnya adalah untuk membantu rakyat dan mewakili golongan-golongan penyokongnya tidak salah saya rasa. Saya rasa tidak salah.
No,...
Wadah itu untuk Ahli Parlimen ada.
Ini menggunakan wang rakyat.
Wadah itu ada.
Kalau Barisan Nasional hendak wujudkan struktur baru menggunakan wang... [Dewan riuh]
Jangan bertengkar dan berdialog Yang Berhormat, berbahas saya benarkan.
Saya bahas Tuan Yang di-Pertua, saya bagi alasan.
Sila.
Saya bagi alasan bahawa kalau sekiranya pegawai daerah menafikan cadangan-cadangan daripada Ahli Parlimen yang dipilih di kawasan itu, perkara ini perlu dilaporkan. Saya kata ada agensi-agensi akan memastikan bahawa perkara ini akan di bawa ke tengah keadilan. Maka saya rasa kalau ada penyalahgunaan tolong laporkan.
Isu bukan pegawai daerah, saya bangkitkan isu struktur baru menggunakan wang negara, wang rakyat di berikan kepada kepentingan politik Barisan Nasional sudah tentunya UMNO.
Itu adalah sesuatu yang dikatakan oleh Yang Berhormat.
Ini baru, memang sudah wujud.
Kalau ada penyalahgunaan saya dah beritahu ada agensi untuk melaporkan... [Dewan riuh]
Jangan bertengkar Ahli Yang Berhormat, jangan berdialog.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya saya dengar, saya dengar. Ahli Yang Berhormat duduk dulu Ahli Yang Berhormat. Dalam berbahas begini kadang-kadang jawapan daripada teman sebelah tidak memuaskan hati sama ada jawapan itu tidak betul atau tidak kadang-kadang disebut sebagai persepsi. Kadang-kadang fakta yang ada pun kadang-kadang disebut tidak kena kerana itu semua politik, jadi jangan bertengkar. Tidakkan Yang Berhormat Timbalan dan Yang Berhormat Pokok Sena begitu jelas? Terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kerana semua itu akan masuk ke dalam Hansard, ini bukan pertandingan siapa yang menang, siapa yang kalah. Berapa elok kalau saya ada kuasa mengatakan siapa yang betul, siapa yang tidak. Sila teruskan jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan
Saya tidak beri jalan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak membenarkan pencelahan.
Tentang Wilayah Persekutuan.
[Bangun]
Titiwangsa, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dia tidak beri penjelasan lagi.
Minta sedikitlah, tanggungjawab dengan rakyat Tuan Yang di-Pertua.
Kenapa tidak berani jawab soalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung kalau tidak penting.
Tanggungjawab dengan rakyat Tuan Yang di-Pertua.
Kenapa Timbalan Menteri tidak berani hendak jawab soalan-soalan berkenaan hal ini cuba melarikan diri.
Saya tidak mahu.
Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua saya serahkan kepada... [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, tolong duduk dulu. Itu bukan kuasa saya, di bawah Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Kalau seseorang Yang Berhormat itu sedang berhujah dan seorang Ahli Yang Berhormat minta penjelasan, kalau Ahli Yang Berhormat sedang berhujah itu bagi baru boleh. Bukan kuasa saya. Saya cuma minta ini, apabila berada suasana begini, jangan sesekali berdiri sampai empat, lima orang. Tiada siapa yang hendak didengar pada ketika itu. Yang Berhormat Puchong dalam keadaan begini bukan siapa yang berani siapa yang tidak berani, semua kita yang masuk di Dewan ini, semua berani belaka. Soal itu tidak timbul. Cuma apabila berbahas kontrol sedikit emosi itu, jangan sampai... kamu tahu garis- garis yang tertentu.
Akan tetapi saya tidak emosi macam Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tidak emosi.
Yang Berhormat Pokok Sena pun sudah melanggar garis ini. Belum dijemput sudah bercakap. Akan tetapi tidak apa, beliau senyum selepas itu. Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, jemputlah saya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jemputlah saya Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu menerima sebarang celahan lagi. Saya akan terus habiskan.
Minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua.
Mohon laluan. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Puchong duduk.
Yang Berhormat Batu Pahat minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua saya sambung.
Menteri mahu menyambung. Menteri tidak mahu bagi laluan lagi. Sila Menteri.
Penekanan di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan..
Mana boleh tidak bagi laluan dalam Dewan. Yang Berhormat Batu Pahat hendak mencelah.
Mereka untuk menjalankan projek pembangunan.
Mohon penjelasan. Mohon penjelasan sedikit.
Seterusnya kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan mempunyai sistem mereka untuk pelaksanaan projek-projek..
Mohon penjelasan. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, ada empat berdiri, lima berdiri ini, mahu beri penjelasan atau tidak.
Tidak.
Tidak, jadi Ahli Yang Berhormat yang berdiri itu tolonglah duduk. Menteri tidak mahu beri laluan untuk minta penjelasan. Sila teruskan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Pahat mohon penjelasan.
Yang Berhormat Jempol seterusnya telah menyarankan agar Minit Mesyuarat Dewan Bandaraya di pantau. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak memberi laluan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang Berhormat Batu Pahat mohon penjelasan.
[Bangun]
Untuk makluman Yang Berhormat Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah diurus setia oleh pejabat daerah dan pelaksanaan mesyuarat dipantau oleh pejabat-pejabat pembangunan negeri di negeri masing-masing.
Yang Berhormat Menteri.
Arahan telah dikeluarkan pada tahun 2007 supaya ketua- ketua jabatan di peringkat daerah hadir sendiri ke mesyuarat berkenaan dan tidak menghantar wakil.
Mohon penjelasan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Menteri sila duduk dulu.
Arahan juga telah dikeluarkan supaya mesyuarat tersebut diadakan pada hari di mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen tidak bersidang untuk membolehkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN turut hadir ke mesyuarat berkenaan. Untuk tahun 2009.
Yang Berhormat berkaitan dengan...
Tuan Yang di-Pertua. Menteri mengingkar perintah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua minta Menteri duduk, dia tidak mahu duduk.
Menderhaka kepada Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan mesyuarat pembangunan daerah
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Saya minta Ahli Yang Berhormat Puchong jangan mengganggu saya.
Kalau Menteri yang sedang berhujah itu tidak beri laluan, bermakna janganlah berdiri. Tidak elok dipandang semua berdiri macam batang. Akan tetapi dia sudah mengatakan bahawa dia tidak beri laluan. Ahli Yang Berhormat, mahu beri lalu kepada mereka ini atau tidak. Yang Berhormat Jempol sudah berdiri, Yang Berhormat Batu Pahat berdiri, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Titiwangsa.
Tidak.
Tidak, bermakna semua ini tidak beri laluan?
Tidak.
Tidak. Sila teruskan.
Sepuluh minit untuk habiskan lagi empat soalan di sini yang ditanya oleh Ahli-Ahli Parlimen yang lain. Izinkan saya habiskan.
Kalau dia hendak baca sahaja, lupakan. Kita hendak berbahas.
Kerana isunya akan diulang balik oleh semua Ahli Parlimen yang sama.
Kalau dia hendak baca, dia bagi sahaja.
Ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli Yang Berhormat. Di bawah Peraturan Mesyuarat ‘31(B)’ itu hak Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Sama ada Ahli Yang Berhormat setuju atau puas hati dengan Menteri, itu hak dia.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak tanya kepada Menteri, tanya dia Yang Berhormat Batu Pahat mohon penjelasan, dia bagi atau tidak? Sebab dia tidak dengar Yang Berhormat Batu Pahat minta.
Tuan Yang di-Pertua, hak kami meminta Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Batu Pahat mohon penjelasan, Menteri bagi atau tidak.
Tidak.
Tidak bagi tidak mengapalah. Saya duduklah.
Tuan Yang di-Pertua, hak dia tidak memberi, tetapi hak saya untuk meminta. Saya akan minta lagi.
Yang Berhormat Kuala Krai mahu minta. Bagi atau tidak?
Bagi.
Seorang ini Tuan Yang di-Pertua, nanti kata tidak adil pula.
Sila, sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Kita sudah dengar penjelasan daripada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Kita dengar ada arahan supaya wakil-wakil jabatan tertentu tidak hadir dalam mesyuarat kerajaan negeri ataupun daerah di mana kuasa diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat. Ini bukan rahsia lagi tetapi sudah didedahkan dan ada jawapan kepada soalan-soalan tersebut dalam Parlimen. Tadi kompelin daripada rakan-rakan Sabah dan Sarawak ialah kakitangan kerajaan, kemungkinan tidak menyokong Barisan Nasional dan melakukan sabotaj. Menteri menjawab, bahawa ini kerana terlalu banyak birokrasi, lapisan-lapisan untuk mendapat kelulusan.
Bila ini berlaku, cara kita ialah untuk mengurangkan birokrasi, mengurangkan red tape. Akan tetapi dengan mewujudkan satu lagi lapisan eksekutif yang bertindan, ini bukan menyelesaikan masalah. Menambahkan masalah. Jadi tidak rasional langsung cara penyelesaian Barisan Nasional terhadap masalah yang dibangkitkan oleh kita semua bahawa terlalu banyak red tape. Selepas itu kita datang lagi, kita blame lagi kakitangan kerajaan yang berada di belakang sana kerana tidak melakukan kerja dan penyampaian tidak betul. Jadi bagaimana pandangan Menteri? Adakah ini tidak contradictory, dengan izin. Terima kasih.
Saya tidak menafikan bahawa birokrasi memang ada di peringkat semua, di daerah, negeri dan Persekutuan. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Jempol supaya kalau adanya projek-projek yang begitu penting untuk rakyat terus juga boleh tulis surat kepada Pengarah ICU dan juga kepada agensi-agensi di peringkat Persekutuan...
[Bangun]
[Bangun]
Bukan sahaja di peringkat bawah, bottoms-up. Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen terus juga boleh top bottom iaitu dari atas boleh maklumkan supaya boleh dipadankan dua-dua. Saya akan teruskan dan ini adalah yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Batu Pahat.
Menteri sudah sebut Jempol banyak kali tetapi tidak bagi peluang bercakap.
Sila Batu Pahat.
Bagi peluang kepada Yang Berhormat Batu Pahat, akhir sekali.
Sila Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, itu saya kata bahawa yang timbul di sini ialah apabila ada tuduhan mengatakan perkara ini dipolitikkan. Saya ambil contoh apabila DUN Senggarang, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS, ketika itu pada tahun 2004, maka untuk kita melicinkan pentadbiran dari segi pentadbiran, pengurusan, pembangunan dan sebagainya. Maka diwujudkan JPMN, tujuannya untuk melicinkan bukan tujuannya untuk menderhaka ataupun untuk double standard dan sebagainya. Ini yang menjadi masalah. Sebab untuk memastikan pembangunan itu diteruskan. Akan tetapi apabila membuat tuduhan yang bukan-bukan itu sebenarnya sikap pembangkang sendiri sebenarnya. Ini bukan double standard. Akan tetapi apa yang berlaku pembangunan berterusan daripada kita biarkan kawasan itu tidak membangun, apa salahnya, yang penting ialah supaya perkara itu sampai kepada rakyat. Saya fikir ini perkara yang harus diterima, maka tidak timbul soal apa yang dikatakan tadi bahawa untuk mengetepikan peranan wakil-wakil rakyat daripada pembangkang. Tidak timbul pun sebenarnya. Kadang-kadang kita jemput wakil daripada pembangkang itu hadir sekali.
Tuan Yang di-Pertua, laluan, penjelasan.
Tambah.
Ini saya kata bahawa janganlah suka membuat tuduhan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu Menteri untuk menjelaskan. Sebab itu pengalaman di DUN Senggarang sebenarnya.
Penjelasan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya sambungkan sahaja, tidak saya benarkan sesiapa yang mencelah.
Minta penjelasan sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan dan menegaskan bahawa
Menteri tidak beri laluan Yang Berhormat.
Bahawa rakyat menjadi induk yang penting dalam perjuangan politik kita..
Saya fikir Yang Berhormat Menteri ini, dia ulas isu yang saya bangkitkan banyak kali.
...Mahukan pembangkang ataupun kerajaan yang memerintah ini sama-sama perlu memberi fokus kepada rakyat. Mereka yang menjadi induk...
Tuan Yang di-Pertua, isu ini saya bawa waktu saya bahas dahulu tetapi dia tidak pernah bagi saya peluang.
...Ahli Yang Berhormat Jempol seterusnya, Ahli Yang Berhormat daripada Jempol...
Saya yang bawa, betul.
Duduk, duduk.
Menteri menjawab sekarang Yang Berhormat Jempol, dia sedang menjawab. Sila.
Saya minta maaflah dan saya teruskan.
Saya yang bawa isu ini, Yang Berhormat ulas berapa kali sebut Jempol tetapi tidak pernah bagi peluang kepada saya.
Dia tersasul tadi Yang Berhormat.
Saya belum jawab soalan ini. Saya tengah jawab ini.
Sila, sila teruskan Menteri.
Baik Tuan Yang di-Pertua.
Belum jawab sudah hendak tanya dah... [Ketawa]
Saya ingin mengatakan bahawa di sini Ahli Yang Berhormat Jempol telah menanyakan mengenai minit mesyuarat tadi. Saya sudah mengatakan bahawa mekanisme telah diwujudkan supaya semua orang hadir dan saya setuju dengan beliau bahawa ada perkara-perkara yang diminitkan, kadang-kadang tidak dilaksanakan seperti mana yang diperlukan. Maka ini bergantung kepada kewibawaan kita untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai yang menjadi sasaran pada hari ini yang tidak melaksanakan tugas dengan sempurna, harus diberi ketegasan supaya apa yang dirancang dan apa yang diberi oleh wakil rakyat dapat ditunaikan dan dikabulkan. Itu yang penting. Maka ini ialah kewibawaan kita. Kita dipilih oleh rakyat dan kita mahukan projek yang merupakan kepentingan rakyat itu dapat dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab kita supaya memastikan bahawa perkara itu dapat diselesaikan di peringkat akar umbi.
Boleh cakap? Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, mesyuarat pembangunan daerah adalah merupakan mekanisme asas grassroot di mana perancangan rakyat sampai kepada mesyuarat pembangunan daerah. Akan tetapi arahan nombor satu kerajaan yang saya ingat, semua ketua-ketua jabatan ini wajib hadir. Akan tetapi apa yang berlaku di peringkat grassroot, di peringkat pembangunan daerah, ramai ketua-ketua jabatan ini tidak hadir. Siapa hendak pantau?
Kemudian apabila kita minta respons, jawapan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat, oleh pemimpin, jawapan yang dibagi dalam mesyuarat pembangunan daerah itu tidak menepati apa yang sepatutnya dijawab. Jangan Yang Berhormat terperanjat kalau dilihat minit mesyuarat ada yang bertahun-tahun tidak berubah, tidak bergerak kerana tidak diambil tindakan. Saya bangkitkan dalam Parlimen ini siapa yang hendak pantau mesyuarat pembangunan daerah? Pegawai-pegawai yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin. Kalaupun dibangkitkan tadi banyak mekanisme yang diwujudkan, itu semua untuk pembangunan rakyat. Tidak ada kita buat sekolah, sekolah Barisan Nasional. Tidak ada kita hospital, hospital Barisan Nasional. Semua pembangunan yang kita bincang ini adalah pergi kepada kepentingan rakyat.
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri setuju bahawa saya pun juga adalah Ahli Parlimen, kita pun ada masalah-masalah di peringkat akar umbi. Maka saya minta supaya perkara ini dibawa ke perhatian pihak-pihak di atas seperti Menteri Besar dan juga HDO, dan juga kepada menteri-menteri berkenaan. Siapakah jabatan- jabatan ini dan kita sebagai Ahli Parlimen perlu melaksanakan kewibawaan kita, saya rasa. Tidak boleh terlalu lembut dalam hal ini...
Sedikit laluan Menteri.
Tidak bolehkah kementerian memaklumkan kepada Menteri Besar.
Sedikit laluan tentang perkara ini.
Ya. Seterusnya maklumkan kepada Menteri Besar semua pihak-pihak kementerian.
Ahli Yang Berhormat Menteri, boleh sambung Ahli Yang Berhormat Menteri.
Saya mohon sangat-sangat tentang perkara ini. Sedikit sahaja.
Sambung nanti sebelah tengah hari.
Ya. Saya akan habiskan Tuan Yang di-Pertua.
Sambung sebelah tengah hari nanti.
Ya. Saya akan berikan jawapan secara bertulis kepada dua lagi soalan yang dikemukakan Tuan Yang di-Pertua. Dengan itu saya menghabiskan hujah saya untuk perbahasan.
Okey. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguhkan Mesyuarat pagi ini hingga pukul 2.30 tengah hari nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput giliran Yang Berhormat Menteri bagi Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan tentang rang undang-undang anti lompat dan perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara ini kerap kali telah ditimbulkan pada tahun lalu apabila parti pembangkang menguar-uarkan penukaran parti oleh wakil- wakil rakyat Barisan Nasional. Pendirian kerajaan pada hari ini adalah sama dengan pada masa itu iaitu undang-undang tersebut tidak perlu digubal. Yang Berhormat Ipoh Timur mendakwa hanya dua daripada lapan perkara yang beliau kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas pilihan raya umum lalu dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan dasar atau program oleh kerajaan tidaklah bergantung pada cadangan atau buah fikiran seseorang wakil rakyat semata-mata sebaliknya bergantung pada pertimbangan Jemaah Menteri berdasarkan keperluan negara. Sebenarnya penubuhan kedua-dua suruhanjaya yang dimaksudkan adalah bertujuan untuk menambah baik sistem pelantikan kehakiman dan sistem pembanterasan rasuah mengikut fungsi-fungsi suruhanjaya tersebut. Penubuhan dua suruhanjaya tersebut adalah antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperkasakan sistem kehakiman dan penguatkuasaan antirasuah negara. Memandangkan suruhanjaya tersebut baru sahaja ditubuhkan, maka keberkesanannya dalam menjalankan tugas belum lagi dapat dilihat dan dinilai. Walaupun Yang Berhormat sudah merasmikan kegagalan suruhanjaya tersebut tanpa memberi sebab atau bukti, namun kerajaan yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan membuktikan keberkesanan dan sumbangan kepada rakyat kelak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan agar dasar hak istimewa kaum Melayu dilaksanakan dengan efektif. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan khususnya perkara- perkara yang menyentuh hak-hak dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputera yang merupakan sebahagian daripada kontrak sosial yang telah menjamin keamanan dan perpaduan di dalam negara kita selama ini. Atas prinsip inilah maka kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar bagi memelihara hak kepentingan kaum Melayu dan bumiputera termasuklah Dasar Ekonomi Baru. Alhamdulillah, semenjak pelaksanaan dasar ini pada tahun 1971, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam usaha membela kaum bumiputera tanpa menafikan hak kaum-kaum lain. Pada waktu ini kerajaan menyedari bahawa sememangnya ada beberapa kelemahan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang membela hak kaum Melayu dan bumiputera khususnya masalah ketirisan. Beberapa kajian telah pun dijalankan dan kerajaan akan terus membuat penyesuaian terhadap dasar-dasar yang sedia ada agar pelaksanaannya dapat diperkemas dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan ada kewajaran supaya disemak semula maksud peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan supaya kaum bumiputera memperoleh manfaat bersama-sama dengan kaum-kaum lain. Saya ingin memperbetulkan pemahaman Yang Berhormat terhadap makna peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya Perkara 153 menetapkan hak-hak dan keistimewaan yang telah dikhaskan bagi kaum Melayu dan bumiputera sebagai salah satu tonggak utama kepada kontrak sosial yang telah mendasari keamanan dan kesejahteraan negara kita selama ini.
Perlembagaan kita telah dirangka sedemikian rupa di mana beberapa perkara termasuk Perkara 153 telah ditetapkan bagi membela hak kaum Melayu dan bumiputera di samping tidak menafikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain. Hak-hak kaum lain tetap terpelihara melalui pelbagai peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada barisan pembangkang, janganlah hanya kerana menurut telunjuk satu kelompok pelampau dalam masyarakat, maka hak-hak dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputera pula mahu dihakis. Ini ditegaskan bahawa kerajaan akan terus menjunjung tinggi dan melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Perkara 153 dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana-mana usaha untuk menghakis atau menterjemahkannya semula semata-mata untuk memenuhi tuntutan satu kumpulan pelampau. Di samping itu ingin juga ditekankan bahawa kerajaan akan terus menjaga kepentingan semua kaum sebagaimana yang telah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seremban menyarankan supaya dikaji denda di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 berkenaan dengan perlanggaran privacy. Untuk makluman Yang Berhormat, akta ini tidak mempunyai peruntukan bagi kesalahan perlanggaran privacy, dengan izin. Bergantung pada fakta dan keterangan kes kesalahan perlanggaran privacy pada masa ini boleh dikenakan pertuduhan sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seksyen 292 Kanun Keseksaan memperuntukkan bagi kesalahan menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya yang lucah, dengan izin, sales etc of obscene books boleh membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 509 pula memperuntukkan bagi kesalahan menyebut perkataan atau membuat bagi apa-apa isyarat yang dimaksudkan untuk mengaibkan kehormatan seseorang. Dengan izin, word or gesture intended to insult the modesty of a person dengan izin boleh membawa hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda atau kedua- duanya sekali. Seksyen 442 di bawah akta yang sama juga memperuntukkan kesalahan pencerobohan rumah, house trespass dengan izin. Hukuman bagi kesalahan ini diperuntukkan di bawah seksyen 448 iaitu penjara maksimum satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Sementara itu jika pertuduhan dibuat di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula, iaitu bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain hukuman yang boleh dikenakan ialah denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali dan denda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan setiap hari. Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan agar keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kita singkatkan SPK.
Penjelasan.
Sikit lagi Yang Berhormat. Terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Untuk makluman Yang Berhormat, keanggotaan dan latar belakang lima orang anggota SPK telah ditetapkan dalam seksyen 5, Akta SPK. Manakala empat orang anggota lagi yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri haruslah merupakan individu yang berkelayakan dan dapat menjalankan fungsi-fungsi SPK sebagaimana dinyatakan di seksyen 21, Akta SPK yang antaranya untuk memilih individu berkelayakan yang sesuai dan wajar bagi dilantik sebagai Hakim Mahkamah atasan. Untuk menjalankan fungsi pemilihan ini Ahli Suruhanjaya perlu mempunyai kebolehan menemu duga, menguji dan memeriksa kebolehan pemikiran dan ilmiah perundangan, dengan izin, territorial thought and legal analysis seseorang calon hakim.
Silakan, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya mengenai penguatkuasaan undang-undang yang kita ada yang sebelum ini dikatakan. Kita memang ada undang-undang yang cukup tetapi pelaksanaannya saya rasa adalah agak lemah, pencerobohan rumah, privacy dan sebagainya. Umpamanya for example, gangguan seksual melalui telefon selalu berlaku ataupun gangguan seksual di tempat-tempat kerja. Kita semua ada kod, ada undang- undang tetapi kurang berkesan. Jadi apakah langkah-langkah lain yang kerajaan boleh buat, ataupun kita semua boleh buat untuk mengurangkan atau mencegah perkara-perkara seperti ini daripada berlaku?
Tuan Yang di-Pertua, saya kira, Yang Berhormat, masalah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini ada dua perkara yang sebenarnya menghalang daripada kita dapat mengambil tindakan yang cepat. Pertamanya iaitu tentang awareness, berkenaan dengan wujudnya undang-undang yang menghalang perbuatan itu daripada berlaku. Itu pertama yang saya tengok di kalangan wanita-wanita kita. Mereka tidak mengetahui bahawa itu merupakan kesalahan. Keduanya, dari segi apa yang dikatakan masyarakat kita ini merasakan iaitu bahawa perkara seperti ini kalau hendak dilaporkan ia memalukan orang yang menjadi mangsa itu. Ini kerana kalau dikacau sedemikian pertamanya bukan apabila dimaklumkan dia akan dianiaya di pejabatnya. Mungkin dikatakan bahawa itu tidak sosial lah dan macam- macam lagi. Jadi, ini masalah kita, culture kita, budaya kita. Ini juga merupakan perkara yang menghalang mereka daripada membuat laporan kepada polis. Bukan bermakna bahawa perkara itu tidak berlaku, ia berlaku tetapi inilah yang menyebabkan kadangkala sesuatu laporan itu tidak dilakukan kerana tiada awareness tentang undang-undang itu. Keduanya dikatakan sanction masyarakatlah. Ini kerana malu kalau diceritakan bahawa dia telah dikacau dan dia bimbang juga kalau akan dianiaya (victimize). Berkenaan dengan penguat kuasa, saya kira iaitu bahawa kalau kita membuat laporan, jadi sememangnya proses itu sudah tentu memakan masa. Sekarang ini, orang yang bersalah dia tidak mahu mengaku bersalah sebab dia faham bahawa kes ini boleh diberikan tarikh yang lambat untuk pendakwaan. Kadangkala kita tahu bahawa dia memang melakukan kesalahan itu. Katakanlah dalam pejabat seorang bos, dia ada sexual harassment dilakukan terhadap orang bawahnya tetapi apabila dilaporkan kepada polis dan setelah dibuat siasatan proses ini memang memakan masa. Apatah lagi kalau bos itu duitnya banyak dan dia tahu sistem perjalanan ini dan dia akan cuba untuk memperlambat-lambatkan kes ini didengar di hadapan seorang hakim. Ini menyebabkan kadangkala ramai di kalangan orang ini merasakan malas untuk membuat aduan kerana perkara seperti ini tetapi kita kena mencari jalan bagaimana. Saya tidak tahu. Yang Berhormat mungkin sebagai seorang aktivis wanita boleh memikirkan sama ada mahu melakukan perkara ini sebagai mandatori kah atau sebagainya, cari jalan bagaimana kita percepatkan. Jangan benarkan orang-orang yang unscrupulous menyalahgunakan sistem undang-undang kita untuk menguntungkan mereka. Jadi, saya berharap Yang Berhormat boleh memberi cadangan. Nampaknya macam hendak beri cadangan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya kagum dengan kefahaman Yang Berhormat Menteri dalam perkara ini. Saya rasa setelah kita faham masalahnya kita harus hendak mengambil langkah social stigma ini yang dikatakan itu. Saya rasa ia perlukan public education, media education dan saya harap RTM dan Radio Malaysia dapat memfokuskan perkara seperti ini serta mengadakan banyak talk forum untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai supaya menggalakkan mangsa-mangsa berani tampil ke hadapan. Ini yang pertamanya yang saya hendak cadangkan. Keduanya ialah kita tahu ada masalah dengan undang-undang kita. Jadi, kita haruslah menutupkan semua kelemahan. Jadi, saya hendak cadangkan supaya kita adakan satu Select Committee untuk membincangkan semua isu wanita dalam Dewan ini supaya perkara-perkara serius dan mengambil berat tentang isu-isu seperti ini. Jadi, saya mencadangkan kita adakan Select Committee on women issue. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Pertamanya, kalau saya memahami masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu bukan bermakna saya mempunyai pengalaman yang banyak harassing, ya?
[Menyampuk]
Tidaklah. Takutlah nanti orang tidak faham. Kadang-kadang kita kata dapat memahami ini dia kata, dia banyak pengalaman tetapi saya sebagai seorang Menteri yang menjaga Dewan Rakyat. Saya dilawati oleh banyak NGO wanita dan menceritakan tentang perkara-perkara seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya setuju. Pertamanya, kita mesti ada awareness dan mesti memberanikan wanita supaya mereka tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka dan diadakan talk show seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Keduanya, saya juga bersetuju walaupun pada ketika ini kita ada kokus mungkin kita bincang dengan Tuan Yang di-Pertua, perkara ini adalah serius. Bagi saya dalam sebuah negara yang tamadun satu daripada cara bagaimana untuk menentukan sama ada kita bertamadun ataupun tidak ialah bagaimana kita melayani kaum wanita kita. Kalau kita layan tidak baik bermakna walaupun infrastrukturnya first class, world class, tetapi kalau otaknya masih lagi menganggap wanita ini sebagai satu bahan penghinaan, itu belum mencapai ketamadunan lagi. Saya harap iaitu bahawa select committee ini, Yang Berhormat, jangan terdiri daripada wanita sahaja sebab nanti akan di bincang sesama wanita. Wanita sudah faham apa masalah dia. Hendak difahamkan ialah kaum lelaki ini. Jadi, saya akan bincang dengan Tuan Yang di-Pertua tentang penubuhan Select Committee ini yang saya fikir sememangnya kita mesti berikan keutamaan dalam soal gender di negara kita. Boleh saya teruskan?...
[Bangun]
Ada lagi?
Banyak terima kasih.
Oh ya. Saya faham Yang Berhormat hari ini dia pakai baju hitam. Maknanya dia berkabung, marah sangat bagaimana wanita di hina di sini. Jadi, terma kasihlah, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang.
Penjelasan.
Ya, Bukit Gelugor, Yang Berhormat.
Wanita? Oh, baguslah ada lelaki bincang pasal wanita. Ya, sila.
Ya, sila Yang Berhormat.
Menteri, dengar baik-baik ya apa yang saya nyatakan sekarang ini... [Ketawa] Di antara undang-undang yang boleh dikuatkuasakan mengenai privacy adalah the Minor Offences Act 1955 dan peruntukan mengenai hukuman dalam undang-undang itu adalah seksyen 14, di mana maximum penalty adalah RM100. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda akta ini untuk mengadakan satu hukuman yang serius, yang keras di bawah Penal Code, Kanun Keseksaan ada seksyen 509, di mana ada peruntukan untuk membawa seseorang yang ada disabit mengenai invasion of privacy? Peruntukan hukuman adalah tidak lebih daripada lima tahun. Undang-undang ini tidak sesuai bagi keadaan yang ada sekarang, di mana sophisticated equipment yang canggih boleh digunakan untuk invasion of privacy. Adakah kerajaan bercadang untuk menentukan ada hukuman-hukuman yang lebih daripada lima tahun sahaja? Barangkali 20 tahun dengan sebatan untuk menentukan tidak ada seseorang yang boleh membuat apa yang dikatakan invasion of privacy. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor dia cakap dengar baik-baik sebab bahasa Malaysia dia teruk betul. Jadi kalau kita tidak dengar betul-betul, kita tidak faham apa dia cakap... [Ketawa] Jadi saya faham. Yang Berhormat lain jangan marah. Bukan dia mengajar saya.
Saya menyatakan itu oleh kerana...
Ya, bahasa Malaysia dia teruklah.
...Yang Berhormat Menteri ini adalah...
Bahasa Malaysia dia teruk. Saya dengar baik-baik dan saya faham.
Menteri baby boy. Oleh itu saya... [Ketawa] Sebab itu saya kena beri amaran.
Boy Speaker, dia sokong boy Speaker di Perak, sebab itu dia kata baby boy, tetapi Yang Berhormat tidak apa, baby boy, I look cute. It’s okay, no problem... [Ketawa] Okey, Yang Berhormat, betul, sebenarnya saya sudah jawab sebentar tadi. Saya merasakan iaitu kalau kita mengambil tindakan privacy, orang kata mengacau privacy orang, mengguna akta yang disebut memang RM100 pada tahun 1955 merupakan satu jumlah yang besar. Jadi undang-undang ini ia hidup dan saya akan berbincang dengan pihak-pihak yang tertentu supaya kita update. Memang akhir-akhir ini invasion of privacy, dengan izin, berlaku berleluasa dan orang yang tidak bersalah, privacy nya telah pun diceroboh dan kadangkala yang menceroboh itu terlepas. Victim nya selalu yang ada dalam klip dan macam-macam lagi. Saya akan bincang dengan pihak yang tertentu supaya kita melihat balik sama ada hukuman yang dikenakan ini adalah setimpal dengan kesalahan yang pada hari ini sudah menjadi-jadi disabitkan oleh kerana mungkin kalau didapati salah pun RM100. Bukan saya hendak buat tetapi kalau saya yang buat, saya tidak pergi mahkamah pun saya mengaku salah sudah, bayar RM100. Memang betul. Kita akan berbincang untuk memastikan supaya hukuman akan setimpal dengan perbuatan jenayah yang disebutkan itu.
Mohon sedikit penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon sedikit penjelasan bagaimana kita hendak membezakan antara privacy dengan perbuatan yang tidak bermoral. Walaupun itu privacy, tetapi jika sekiranya perbuatan itu adalah perbuatan yang tidak bermoral, bagaimana kita hendak mengambil tindakan dalam perkara ini. Maksudnya apakah perkara itu boleh terlepas sebab kadang- kadang ada juga kalau melibatkan soal dia menghisap dadah kah dan sebagainya, apakah itu dianggap privacy jika diambil gambar itu ketika ia berlaku dalam rumahnya. Jadi saya memohon penjelasanlah bagaimana kita hendak mengatasi konflik ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang morality dengan legality adalah dua perkara yang berbeza ya.. [Tepuk] Ini kita kena ingat. Sebagai seorang yang belajar undang-undang, tahun pertama kita belajar ialah bahawa tidak semestinya morally wrong, you are legally wrong. Itu berbeza. Jadi sebab itu kerana morality ini satu perkara yang tidak diperundangkan. Ada di satu tempat, sebagai contoh, ada tempat kalau dia berjudi, itu budaya, kebiasaan, tidak ada masalah, tetapi ada sesetengah orang merasakan itu tidak moral. Akan tetapi selagi kita tidak ada undang- undang yang menyatakan bahawa perkara itu salah, maka walaupun dianggap sebagai tidak bermoral, dia tidak bersalah. Jadi sebab itu dalam hal ini apa yang penting ialah untuk kita memastikan sama ada pelanggaran undang-undang telah berlaku ataupun tidak.
Saya kira kerajaan tidak mahu menjadi snooping squad kah, pergi tengok orang buat itu buat salah dari segi moral, we don’t have the timelah. Jadi dalam hal ini, satu perkara itu sama ada morally right kah, morally wrong kah, ia tidak ada penguatkuasaan legality. Jadi sebab itu sebagai jawapan kepada Yang Berhormat, saya hendak menjawab perkara yang dianggap mungkin kerana morally right, morally wrong itu terpulang kepada masyarakat. Ada masyarakat kalau macam kita pergi ke Afrika, dia telanjang tetapi tidak ada apa-apa. Yang tidak betulnya orang yang bukan daripada masyarakat itu datang hendak tengok dia telanjang... [Disampuk] Akan tetapi dari segi masyarakat dia, tidak apa-apa. Sebab itu kita tidak boleh secara spesifik mengatakan apa yang dianggap sebagai morally wrong dari segi pandangan kita tidak semestinya dia legally wrong, tidak semesti. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang mendakwa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan oleh undi pos...
Minta penjelasan.
Bukit Gelugor lagi, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri ada menyatakan mengenai morality dan legality. Dalam kes bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek, perbuatan dia dikatakan apa yang ditonjolkan dalam video klip itu, dengan izin, oral sex, an offence against the order of nature. Bukankah ini satu perkara morality? Oleh itu adakah wajar untuk mengadakan seksyen 377A, B dan C di mana seorang yang melakukan oral sex boleh disabit dan hukuman terhadap dia adalah maksimum 20 tahun dengan sebatan. Adakah kerajaan rela untuk repeal, menghapuskan seksyen 377 dalam Kanun Keseksaan?
Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat sebut unnatural sex, dia immoral, tetapi dia juga pada hari ini dianggap sebagai kesalahan oleh akta tersebut. Jadi sebenarnya kalau hendak diambil tindakan memang boleh ambil tindakan, tetapi sama ada hendak ambil atau tidak ambil, jangan serah kepada saya, saya tidak tahu. Itu terpulang kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan terhadap orang yang berkenaan di bawah seksyen tadi itulah. Memang morally dia salah, tetapi dari segi legality pun dia salah kerana sudah ada diperundangkan, if unnatural sex, sexual behavior. Jadi terpulang, Yang Berhormat, bukan kepada saya untuk menentukan hendak ambil tindakan ataupun tidak. I cannot, because saya tidak menguasai pihak Peguam Negara.
Minta penjelasan. Bukan mengambil tindakan. Itu bukan kuasa baby boy. Itu adalah kuasa Peguam Negara. Apa yang saya tanya tadi adalah adakah kerajaan rela untuk repeal seksyen itu. Bolehkah memberi jawapan baby boy?
Tuan Yang di-Pertua, kita belum lagi bincang tentang perkara itu pun. Jadi bagi pihak saya untuk menyatakan pendirian, belum kita bincang dan tidak pernah pun lagi kita bincang sama ada kita hendak repeal ataupun tidak. Jadi lepas ini mungkin kalau Yang Berhormat sudah bangkit, saya ingat pegawai saya di depan saya ini mungkin mereka akan catat dan mungkin akan dibincangkan sama ada mahu di repeal ataupun tidak.
[Bangun]
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor, kawasan Yang Berhormat Menteri ini masih lagi Padang Rengas dan mungkin bukannya baby boy... [Ketawa]
Big boy. Yang Berhormat, mengenai seksyen tersebut, bolehkah Yang Berhormat membuat rekomendasi supaya ia direpeal kerana kita semua tahu bahawa itu sudah lama dihapuskan di banyak negara. Repeal.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa untuk undang-undang minor Offencing Act 1955, RM100 pada masa itu merupakan satu hukuman yang besar tapi pada hari ini ia sudah menjadi satu amaun yang sangat kecil. Jadi begitu juga dengan seksyen 377A, B and C. Saya rasa dahulu mungkin ia dipandang juga unnatural sex dan dipandang sebagai offencing the undang-undang, illegal. Itu undang-undang yang dibuat oleh manusia. Jadi pada waktu sekarang, saya rasa manusia dan juga dunia telah lebih tolerance dengan private behavior dan banyak negara pun sudah mengubah atau repeal undang- undang ini. One of them is Singapura. Jadi saya rasa kita perlu maju dengan masa. Jadi saya rasa sekurang-kurangnya kita dapat berbincang sama ada patut atau tidak untuk membuat amendment kepada seksyen-seksyen ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri initiate perbincangan seperti ini? Terima kasih.
Buat rekomendasi.
Ramai yang duduk dengar cerita kita dok bincang ini. Saya minta boleh kita bincang di luarlah. Segan saya. Pasal ini perkara- perkara...
[Bangun]
Tak payahlah. Kita bincang di luarlah. Nanti kalau Yang Berhormat Ipoh Barat suruh saya buat, kalau kata ya, saya akan buat nanti mereka ingat saya pro perkara itu pula.
Di luar itu unnatural.
Ya. Jadi biar kita bincang di luarlah. Anyway...
Yang Berhormat Menteri, di luar itu unnatural. Di sini natural. Cuma cakap sahaja... [Ketawa]
Yalah... [Ketawa] Let we discuss outside. Apa pun, seperti saya sebut, undang-undang ini hidup dan ia menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Jadi walau bagaimanapun, saya sebut sebentar tadi pegawai saya ada dan sudah tentu saya ingat perkara ini natural, unnatural sex, sexual behavior ini satu perkara yang harus kita bincang dengan mendalam. Tidak hanya setakat apa Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan ini fikir kerana ia akan melibatkan orang ramai tentang sexual behavior mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang mendakwa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan oleh undi pos dan bukannya undi rakyat. Saya pun tak faham apa beza undi pos dengan undi rakyat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam pilihan raya umum atau kecil tidak ada perbezaan nilai undi biasa atau undi pos kerana ianya datang dari warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, seseorang yang mendapat undi terbanyak walaupun satu undi ia dianggap pemenang. Tidak kiralah sama ada ia mendapat undi yang lebih itu dari undi pos ataupun undi biasa tapi dalam pengalaman kita pilihan raya, tidak semestinya undi pos itu memihak kepada kerajaan. Dalam Pilihan Raya 2008 baru-baru ini, sebagai contoh kerusi yang dimenangi oleh parti pembangkang di P.12 Jerai. Wakil rakyat Jerai ada di sini? P.12 Jerai dan N.22 Gurun. Daripada undi yang diperoleh pos, BN dapat tiga sahaja dan PAS dapat 88. Di Kota Bharu yang dimenangi oleh PKR dan juga di Tanjong Manis, BN dapat 63, pembangkang dapat 79. Di Kuala Nerus P.35 dan N.12 Bukit Tunggal, BN dapat lima, pembangkang dapat 25 walaupun BN menang. Di Tanjung P.49 dan N.29 Pengkalan Kota, ini lagi seronok. BN dapat satu pembangkang dapat dua. Satu pun menang juga. Menang juga. Indera Mahkota, Yang Berhormat Indera Mahkota mana? Ada di sini.., ada?
PKR, PKR.
...Dengan N.12 Beserah. P.82 Indera Mahkota, BN dapat 283 dan pembangkang dapat 895. Betul Yang Berhormat?
Tak betul!
Mana boleh tak betul, betul. DUN Beserah sekalilah itu. DUN Berserah, 895. Bermakna bahawa tak semestilah undi pos ini memihak kepada kerajaan. Saya masih ingat Pilihan Raya 1999, habis undi pos dapat kepada pembangkang.
[Bangun]
[Bangun]
Jadi bermakna tidak semestinya undi pos ini memihak kepada kerajaan. Ada ketika, sebab tentera kah, polis pun dia geram dengan kita, dengan kerajaan. Sebab itu kita tengok banyak kapten, leftenan sudah bersara, dia bertanding atas tiket pembangkang. Itu biasa. Jadi saya cuma hendak mengatakan iaitu bahawa janganlah tuduh semata-mata kerana undi pos semestinya dia mesti memihak kepada kerajaan. Ya.
Ya, sila Yang Berhormat Ampang.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana memberi angka-angka tadi tetapi angka-angka Yang Berhormat Menteri sebut tadi adalah angka-angka undi pos yang kecil-kecil belaka. Bagaimana pula dengan Setiawangsa yang mana 14,000 pengundi pos yang tidak sepatutnya terjadi dalam Bandaraya Kuala Lumpur dan dalam pilihan raya lepas, Setiawangsa, kita menang undi orang ramai, tapi kita kalah undi pos. Jadi ini harus diperbetulkan kerana di bandar tidak harus kita ada undi pos lagi. Ini angka yang besar dan sebab itu dalam wilayah kita menang semua, satu sahaja Setiawangsa kita kalah dan Menteri pula orang BN. Shouldn’t be there. Sepatutnya kalau kita yang menang sudah 10 kerusi, kedudukan Menteri harus diberikan kepada Pakatan Rakyat. Terima kasih.
Tak faham logiklah. Di Setiawangsa, pengundinya saya ingat ramai. Saya sebut yang kecil-kecil sebab jumlah pengundinya kecil tapi kalau di Kuala Lumpur semua orang tahu, very compact, kawasan pilihan raya itu walaupun dia kecil tapi pengundinya banyak. Jadi sudah tentulah undi posnya banyak. Di situlah polis bekerja, di situlah guru-guru yang diambil untuk menjadi pegawai yang tidak boleh mengundi pada hari itu...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Itu biasalah tapi saya rasa Yang Berhormat, kalau dapat pada PKR semua itu, adillah itu. Inilah logik yang kita ada. Saya pun tak boleh terima juga dalam perkara seperti ini. Ada tempat kita menang. Jangan tempat apabila memihak kepada Barisan Nasional, oh, tak betul. Bila memihak kepada PKR, betul. Jangan bercakap daripada high moral ground. Sebab kita semua manusia. Jadi jangan menganggap bahawa kalau BN menang, itu tipulah itu. Tak bolehlah macam itu. Macam mana kita boleh kalah di Kedah? Macam mana kita kalah Kelantan, Perak, Ipoh kita kalah, macam mana? Kalau tidak...
Kita rampas balik Perak.
...Undi telah pun dilakukan dengan adil. Jadi sebab itu Yang Berhormat saya ingat Yang Berhormat punya fakta dan hujah langsung saya tidak boleh terima dan tak boleh pakai. Minta Yang Berhormat...
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya sampel-sampel yang diberikan tadi mengenai Indera Mahkota, Jerai dan lain-lain kesemuanya agak situation di mana pihak pembangkang menang sedikit sahaja. Akan tetapi kalau dengan keseluruhan, the whole picture, apakah perbezaan? Apakah perbandingan? Adakah undi pos di mana 90 peratus adalah undi Barisan Nasional kah, 80 peratus, ataupun memang seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa equal, lebih kurang. Kita faham ada keadaan di mana Pakatan Rakyat kita menang walaupun menghadapi cabaran yang tidak adil di dalam satu pentas yang tidak adil di pilihan raya... [Dewan riuh] Kita tahu memang tidak betul. Kita menang di Kedah, kita menang di Selangor dan kita menang di Pulau Pinang walaupun ada keadaan yang tidak seimbang. So, despite the challengers we won. Bukan kerana sistem adil kita menang tetapi sebab despite the challengers kita menang. Namun, undi pos memang menjadikan satu halangan yang besar. Halangan yang besar dan kita dapat banyak kes di mana ada orang yang dapat satu undi pos dan juga satu undi biasa. Satu undi pos, satu undi biasa. Check dengan i/c semua dekat dalam dan hantar kepada isi tetapi macam tidak ada respons...
[Bangun]
Akan tetapi itu isu yang lain. Gambaran yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tidak betullah. Ada mengelirukan sedikit. So, harap jelaskan.
Unnatural, unnatural.
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, pertamalah. Saya hendak cakap Yang Berhormat, pertama saya Menteri tahu? Kalau saya menjawab di dalam Dewan, saya minta daripada pegawai saya supaya bagi maklumat yang betul. Kalau Yang Berhormat kata saya menipu dalam Dewan, saya ingat itu agak malanglah kerana apa yang saya beri...
Tidak tipu.
Sudah itu?
Beritahu informasi sedikit saja. beritahu whole picture. Itu bukan menipu. Itu...
Yang Berhormat, kalau hendak dikira. Katalah satu kerusi. Bagilah jumlah kerusi yang mana Barisan menang dengan besar-besaran atas undi pos. Kalau Yang Berhormat Ampang sebut tadi cuma Setiawangsa satu sajalah. Akan tetapi tidak akan kerana satu ini berlaku, kerana kebetulan pegawai kerajaan sokong kita, Yang Berhormat hendak marah? Ini kita tidak boleh secara saintifik menunjukkan iaitu bahawa ada berlaku tekanan atau apakah kerana mereka menyokong kita. Janganlah begitu. Jadi, kalau menang di Kedah, okey. Menang di Kelantan, okey. Kalah di Perlis, tidak okey. Janganlah begitu Yang Berhormat. Kita bertanding pilihan raya tidak ada masa sebenarnya.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri masih tidak mahu jawab overall, apakah percentage.
Begitulah perangai pembangkang.
Ya, saya boleh beritahu kalau overallnya. Kalau overallnya saya tidak ada maklumat, tetapi saya kira kepada overall nya, kalau sekalipun ia memihak kepada BN, tidak sebesar yang kita fikirkan. Tidak sampai...
Kalau mereka memihak kepada BN pun, apa jadi salah kah?
Tidak, kita hendak tunjuk bahawa ini adil.
Bukan jadi salah! Undi pos itu undi siapa pun ia tidak menjadi salah. Apa masalahnya?
Mana boleh kita paksa. Yang Berhormat bukan tidak tahu dalam pilihan raya yang lepas.
Prinsip, prinsip.
Dalam pilihan raya yang lepas, umum semua tahun majoriti, majoriti pegawai kerajaan tidak menyokong kerajaan. Semua orang tahu.
Tahun 1999, tahun 1999.
Serupa 1999. Akan tetapi kita terimalah. Jadi Yang Berhormat kena ingatlah pilihan raya ini kita tidak boleh hendak kontrol orang kah, apakah suruh undi kita, tidak boleh. Melainkan sekiranya mereka mengundi banyak kepada pembangkang. Itu kehendak mereka. Jangan pula bila dia mengundi sebelah sini, itu atas paksaan. Jangan begitu, ya. Okey.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya tidak nafikan memang di Parlimen Indera Mahkota banyak juga bilangan pegawai kerajaan yang menyokong dan memberi undi kepada selain daripada Barisan Nasional. Tidak dinafikan sebab kita mempraktikkan pada masa itu memberi kebebasan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk membuat pilihan. Akan tetapi berbeza dengan beberapa tempat yang mana penentuan dibuat. Maksudnya, sebagai contoh jiran kepada Indera Mahkota iaitu Kuantan dan Pekan, kita lihat memang ada kelonggaran diberi dalam proses Gerrymandering dengan izin, yang dibuat melebihkan ataupun memberi kelebihan kepada kerajaan untuk menentukan cara persempadanan kawasan pilihan raya. Sebagai contoh di Pekan. Jumlah undi pos yang terlibat lebih daripada 14,000 dan 14,000 ini memang ditentukan sebagai undi yang memang tradisinya hampir tidak ada kepada selain daripada Barisan Nasional. Walaupun kita bandingkan dengan proses Gerrymandering dengan izin tadi, melukis kawasan persempadanan pilihan raya itu memang nampak agak weird dengan izin, nampak agak pelik kerana serupa macam ekor kucing. Dimasukkan dengan sengaja satu kawasan yang menempatkan pegawai-pegawai kerajaan dengan tepatnya anggota tentera dan polis. Itu sahaja. Saya tidak nafikan memang ada kes-kes di mana pembangkang juga diberi undi sekiranya mereka diberi pilihan secara terbuka. Terima kasih.
Yang Berhormat ingat pilihan raya tahun 1999? Berapa Ahli Parlimen Pekan menang, 200 lebih? Jadi undi pos semua pergi kepada? Jadi, maknanya ini pilihan raya kita tidak boleh tentu. Ada masanya dia sokong kita, ada masanya dia tidak sokong. Itu biasalah.
Tidak. Masa itu belum Gerrymandering lagi.
Tidak. Kalau sekalipun Gerrymandering, saya hendak beritahu. Gerrymandering ini tidak boleh lari. Buatlah macam mana sekalipun. Buatlah macam mana sekalipun kalau sudah rakyat tidak mahu, tidak mahulah.
Sikit, sikit saja.
[Bangun]
Ini rakyat punya kehendak dan pilihan. Kita tidak boleh. Tidak boleh kita hendak paksa. Macam saya bertanding tahun 1995, tinggi menang. Happy. Selepas itu 1999, down. Marah juga. Tahun 2004 tinggi balik. Jadi ini rakyat punya perasaan. Ada masa dia hendak marah, dia marah. Silap sikit, silap sebut dan tidak senyum. Dia hendak marah ikut suka hati dialah. Jadi kita tidak usahlah kata iaitu bahawa kita boleh menguasai pemikiran pengundi sehinggakan kita boleh paksa dia hendak mengundi kita. Ya, Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun sedar bahawa di kawasan saya, Bukit Bintang tentang undi pos. Seramai 5,555 orang. Dalam pusat bandar mana ada kem tapi undi pos ini, undi dari askar kah atau polis dipindah dari kawasan lain ke kawasan Bukit Bintang. Saya rasa saya pun sudah buat aduan kepada Yang Berhormat Menteri juga tentang kes ini. Akan tetapi semakin hari semakin bertambah undi pos. Ada 5,500 orang. Dulu ada 4,000 lebih. Tambah lagi 1,000 lebih. Inikah keadilan? Saya rasa ini seharusnya di ambil satu langkah yang lebih adil tentang kes undi pos ini oleh kerana Lembah Pantai punya kawasan pun masuk ke kawasan saya. Undi pos...
Sudah?
Sikit lagi, Yang Berhormat Menteri. Sikit.
Tuan Yang di-Pertua, nanti saya punya train of thought...
I am just continuing what he said.
Sekejap ya, Yang Berhormat.
Saya hendak bagi, Yang Berhormat. pertama, saya hendak tanya.
Sekali terus, sekali terus.
Yang Berhormat Ampang, duduklah Yang Berhormat.
Duduk, duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] The principle. We are talking about the principle.
Duduk, duduk. Saya hendak tanya Yang Berhormat daripada Bukit Bintang, Yang Berhormat menang atau kalah? Menang atau kalah, menangkan?
Yang Berhormat Menteri. majoriti yang corrupt.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Menang?
Itu bukan isunya, Yang Berhormat Menteri.
Okey, baik. Menang ya. Yang Berhormat, Bukit Bintang ini diibaratkan dalam segi hendak mengundi ini, voters, macam kita kalau kita tambah undi pos, macam curah garam ke laut. Tahu tidak? Buang masa saja. Kalau betul, saya rasa buat apa kita hendak kacau Bukit Bintang?
Bukit Bintang tidak pernah menang Barisan Nasional ini. Baik 5,500 ini kita hala kepada kawasan-kawasan yang kita boleh menang. Namun kita tidak buat. Kerana apa? Kerana di situ juga pertamanya Sungai Besi punya airport itu keluar dalam itu, okey? Okey.
Okey, okey. Sudah pindah pergi Subang tetapi daripada segi pendaftaran pekerjaannya, pejabat pendaftarannya di Airport Sungai Besi. Jadi sebab itu dia ada di sana. Kemudian, di situ juga depan Pudu Jail itu ada pejabat polis yang bertingkat-tingkat, yang banyak orang bekerja di situ. Orang mendaftar alamat mengikut tempat dia bekerja atau pun tempat dia duduk. Ini pakai kita laku. Jadi, saya hendak beritahu maknanya kalau kita menggunakan undi pos sebagai satu instrument untuk memenangkan Barisan Nasional, saya tidak letak 5,500 undi pos dekat Bukit Bintang. Sampai kiamat pun tidak menang di situ. Lebih baik saya letak di tempat lain yang boleh kita menang. Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak manipulasi undi-undi pos ini. Yang Berhormat jangan bimbanglah...
[Bangun]
Memang Yang Berhormat menang.
Minta penjelasan, penjelasan
Ya? Okey.
Saya minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apabila saya bertanya SPR tentang undi pos, apabila dia jawab saya tidak ada surat setiausaha. Dia kata berdasarkan mereka duduk. Apabila saya tanya satu lagi soalan, dia cakap berdasarkan kerja mereka. Yang mana betul? Berdasarkan duduk atau kerja? Dua-dua bercanggah. Ini satu surat dua-dua bercanggah, macam mana itu?
Dua-dua boleh pakai, duduk boleh, kerja boleh.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang, dengar lah hendak cakap ini. Dua-dua boleh pakai. Ya, dua-dua boleh pakai, tempat kita bekerja. Kalau kita tidak boleh daftar tempat kita bekerja, saya ingat Yang Berhormat Bukit Bintang dok ada dalam berapa ribu sahaja undi. Pasal tengah bandar, tempat office orang bekerja tetapi kita membenarkan orang mendaftar mengikut alamatnya dia bekerja. Dua-dua boleh. Namun Yang Berhormat di mana kita mengundi itu tidak begitu penting tetapi setiap citizen mesti ada hak untuk undi mengundi sekali. Itu penting.
Rumah urut mengundi di mana?... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Ipoh Barat itu pakai apa itu?
Yang Berhormat Ipoh Timur mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilihat lebih memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional berhubung dengan penetapan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang. Untuk makluman Yang Berhormat, penetapan tarikh pilihan raya adalah hak mutlak SPR. Penetapan tarikh-tarikh pilihan raya dibuat atas beberapa faktor. Antaranya kemampuan SPR untuk mengendali pilihan raya, persiapan daftar pemilih, latihan dan keadaan semasa.
Mesyuarat Agung UMNO.
Oleh itu, tarikh pilihan raya tidak perlulah dipertikaikan. Namun, jika berlaku penafian peluang yang sama untuk bertanding misalnya maka bolehlah ianya dipersoalkan. Pasal apa, UMNO? Yang Berhormat kata apa UMNO? Bukan makna UMNO Yang Berhormat.
Mesyuarat Agung UMNO.
Siapa yang bercakap itu?
Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Shah Alam. Okey, okey. Tidak apa Yang Berhormat Shah Alam.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tidak, saya sudah dengar Mesyuarat Agung UMNO.
Ya, ya. Di antara faktor-faktor yang diambil kira oleh SPR ialah tarikh tamatnya Mesyuarat Agung UMNO.
Bukan, kebetulan sahaja itu, kebetulan, kebetulan.
Ini amat berbeza dengan tarikh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
Dia ada tempoh 60 hari.
Macam mana dalam... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Kerja buat andaian sahaja ini.
[Bercakap tanpa pembesar suara] Siapa yang padam mike ini?... [Ketawa] Pasal apabila dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, PAS tengah ada kita punya muktamar tetapi tarikh itu dikenakan sambil kita sibuk dengan bermuktamar. Akan tetapi bagi Pilihan Raya Kecil...
Kebetulan.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau, nampak gaya cukup cantiknya lah timing nya.
Takdir tu, takdir.
Habis-habis Mesyuarat Agung UMNO diadakan penamaan calon. Walaupun kita tahu bahawa betul apa yang disebut bahawa ini merupakan hak mutlak SPR tetapi kebebasan SPR dalam menentukan tarikh- tarikh ini amat dipertikaikan. Ini kerana, ianya seolah-olah mengambil kira soal tarikh-tarikh seperti mana yang disebutkan tadi. Terima kasih.
Sangka buruk itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya, awal- awal lagi telah memaklumkan sebelum pun Yang Berhormat meninggal dunia. Kita telah mengumumkan tarikh mesyuarat Parlimen kita. Parlimen kita berakhir dengan pertambahan tiga hari sehingga 26 April. Itu Parlimen bersidang sampai 26 April. Jadi 26 April itu ialah pada hari Khamis. Jadi, kalau hendak buat pilihan raya waktu kita bersidang, ini akan menyulitkan Ahli-ahli Parlimen daripada menghadirkan diri dalam Dewan. SPR dia ambil kira semua.
Tarikh yang paling terdekat sekali selepas Parlimen bersidang ialah pada hari Ahad, 29. Sebab itu kita buat pada hari Ahad, 29 hari bulan. Tidak ada benda-benda lain Yang Berhormat dalam perkara ini kerana apa yang kita lakukan itu seperti mana yang telah saya sebut ialah di atas pertimbangan yang dibuat oleh SPR secara bebas tentang tarikh yang terbaik sekali untuk diadakan penamaan calon dan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh tentang keputusan Pengerusi SPR berhubung isu peletakan jawatan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Perak, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta dakwaan adanya rasuah dan kelemahan di kalangan pegawai SPR sewaktu menjalankan tugas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dakwaan Ahli-ahli Yang Berhormat kononnya Pengerusi SPR berat sebelah adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya keputusan SPR berhubung peletakan jawatan seseorang ADUN adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen bukti yang dikemukakan. Dalam membuat keputusan, SPR tidak boleh menerimanya dengan begitu mudah dan perlu lebih berhati-hati terutamanya mengenai kesahihan dokumen-dokumen berhubung sesuatu peletakan jawatan itu. Jika surat peletakan jawatan diragui mengikut peruntukan udang-undang sebagai mana berlaku dalam peletakan dua orang ADUN Perak berkenaan, SPR boleh mengetepikan surat peletakan jawatan mereka walaupun ianya dikemukakan oleh Yang di- Pertua Dewan Undangan Negeri. Ini kerana kekosongan jawatan ADUN bagi tujuan pilihan raya kecil adalah ditentukan oleh SPR. Berhubung Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau pula, untuk makluman Yang Berhormat SPR mendapati tidak wujud keraguan seumpamanya dalam peletakan jawatan ADUN kawasan berkenaan. Oleh itu, tiada sebab kenapa SPR perlu menolak surat peletakan jawatan ADUN tersebut seperti yang telah dimaklumkan dan dikemukakan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah. Berhubung dengan tuduhan rasuah di kalangan pegawai SPR sewaktu...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sedikit penjelasan, dari bilakah SPR ini ada kuasa untuk meneliti dan telah mengambil fungsi speaker untuk membuat keputusan bahawa ada sesuatu dokumen itu sah atau tidak sah atau orang yang telah meletak jawatan dengan sukarela atau tidak. Ini kerana, pada hemat saya dari segi undang-undang nampaknya function, fungsi yang dibuat oleh SPR adalah lebih daripada batas perundangan. Nampaknya ada black hand di sana di mana kita semua tahu bahawa kerajaan pun ada terlibat dalam membuat keputusan mengarahkan SPR membuat keputusan menolak surat yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar mengatakan bahawa ketiga-tiga orang itu telah pun meletak jawatan. Pada pengetahuan saya, tidak pernah SPR mengambil inisiatif sedemikian kerana fungsinya adalah hanya apabila dia mendapat pengetahuan dari Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri maka dia menjalankan tugas yang diperlukan, bukan to find on the merits. Dia telah menjadi judge, jury and prosecutor.
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya Yang Berhormat kita mempunyai kes law yang jelas mengatakan iaitu bahawa kalau sesuatu surat yang ditandatangani tanpa tarikh yang mengatakan peletakan jawatan seseorang itu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, maka hakim telah mengatakan bahawa it’s against public policy untuk memaksa seseorang wakil rakyat menandatangani satu surat yang tidak bertarikh bahawa dia telah meletakkan jawatan. Berdasarkan kepada itu, maka didapati bahawa surat yang sedemikian adalah tidak sah daripada segi keputusan kes law yang telah dibuat.
Jadi, apabila dua, dua ke tiga di Perak ini?
Tiga.
Tiga? Okey.
[Bangun]
Bagilah saya jawab dulu. Jadi kalau...
Tiga ekor.
Tiga ekor ya? Okey, baik. Ini geng- geng Yang Berhormat jugalah dulu kan. Geng-geng dia lah.
Sebab itu dia orang baik, tiga-tiga itu baik. Lepas itu masuk Bagan Datok, jahat.
Genglah, serupa juga. Yang macam Yang Berhormat Bota itu dulu jahat, baik sekejap lepas itu jahat balik ya?... [Ketawa] Itu atas dia punya pendapatlah Yang Berhormat. Apabila tiga orang ADUN itu menyatakan hasrat untuk keluar daripada Pembangkang, Kerajaan Pembangkang. Kemudian, surat yang ditandatangani tanpa tarikh pun diserahkan kepada Speaker. Eh, Speaker serah kepada SPR. Baik, kalau sekiranya tiga-tiga orang itu tidak pertikai, kosonglah tetapi tiga orang ini pertikaikan tentang kesahihan surat itu. Mereka menyatakan di antara surat yang mereka tandatangani dengan suara mulut tiga orang menyatakan bahawa mereka tidak letak jawatan, sudah tentu ada sesuatu yang tidak betul. Sebab itu, SPR mengambil keputusan daripada mereka membenarkan kerusi itu kosong, adakan pilihan raya, nanti kalau tiga orang itu bawa ke mahkamah, mereka menang, sia-sia saja. Duit rugi, masa rugi. Adalah lebih baik mereka membuat keputusan berdasarkan case law yang sudah wujud iaitu bahawa surat itu tidak ada penguatkuasaannya daripada segi undang-undang, sebab itulah. Berbeza dengan di Bukit Selambau. Di Bukit Selambau, apabila surat itu sampai ke Speaker, Arumugam kah nama dia? Arumugam tidak pertikai langsung malah telah menghilangkan diri dan tidak pertikai bahawa dia letak jawatan. Sebab itu SPR merasakan selesa untuk membuat keputusan mengatakan kerusi itu kosong. Itu beza dia Yang Berhormat, because there is a case law.
Terima kasih. Ada sedikit perbezaan, nombor satu, fakta daripada mana Yang Berhormat bergantung adalah salah iaitu semua surat itu bukan dikatakan tidak ada tarikh, ada tarikh. Saya sendiri ada nampak surat-surat tersebut dan maka kewajipan SPR adalah untuk mengimplementasikan apa yang tertulis dalam undang-undang macam mana dia mengambil kuasa untuk membuat keputusan, adakah perlu membuat pilihan raya atau tidak, adakah surat-surat ini ada benar atau tidak ada ditulis, yang itu tidak boleh ditanya kerana Speaker yang membuat keputusan. Decision oleh Speaker is final dan tidak boleh disoal. Semua surat yang sebelum ini tidak ada soalan kerana semua surat-surat yang dihantar itu, Speaker-speaker itu semua Speaker Barisan Nasional. Maka itu okey, tetapi kali ini bila surat itu dihantar oleh Speaker yang daripada satu Kerajaan Pembangkang, maka ia tidak diterima. Itu tidak menjadi rasional. There’s no logic dalam perkara itu. Saya pernah mengatakan bahawa case law mengatakan bahawa SPR itu just do administrative duties. Dia tidak boleh pergi dalam untuk mengambil tahu adakah itu benar atau tidak, itu bukan fungsi dia. Kalau dia mengambil tindakan sedemikian, apa guna ada mahkamah, apa guna ada Speaker? Lebih baik mereka terus membuat rayuan kepada SPR. No use.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat kata memanglah surat itu bertarikh tapi waktu dia sign itu undated. Takkan dia letak jawatan, menang pilihan raya 8 Mac, maka semua orang signed pada 8 Mac 2008, letak jawatan dah. Mana ada, mana ada.
...Itu surat tak ada tarikhlah, Speaker yang letak tarikh.
Sudah tentulah, sudah tentulah apabila nak hantar surat kepada Speaker, barulah bubuh tarikh itu. Takkan lebih awal dah tahu. Menang pilihan raya 8 Mac 2008, letak jawatan 8 Mac 2008, mana ada logik.
[Bangun]
...Yang Berhormat Ipoh Barat pun ada surat itu.
Dan nombor dua Yang Berhormat, nombor dua. Yang Berhormat pandanglah kat saya, pandanglah kat saya. Saya tahulah dia berdiri style macam itu, tunggulah. Saya tak habis lagi. Yang Berhormat, ada case law, ada case law. Sudah tentu SPR memang arif tentang undang-undang berkenaan... [Ketawa]
[Memakai kain pengikat kepala]
Ini agama apa pula ini? Saya tahu yang...
Ini bubar DUN, DUN Perak.
Ha, saya ingat Orang Asli tadi, saya ingat Orang Asli.
Ini saya nak kata, bubar DUN.
Ini kerajaan Pasola punya.
Ha tengok, kalau tiga orang sudah meletakkan jawatan, sekarang sudah dibubarkan. Inilah bubar.
...Ini pakaian apa ini?
Jadi saya hendak sebut, kita sudah ada case law Yang Berhormat dan SPR tahu tentang case law itu. Kalau dia teruskan juga menganggap kerusi itu kosong dan tiga orang ini sudah tentu akan bawa ke mahkamah. Dah pergi ke mahkamah, keputusannya sudah diketahui.
Biarlah pergi mahkamah, biar mahkamah decide.
Ha, tak bolehlah macam itu. Masa rugi.
Tak, pasal...
Membazir. Bukankah kerajaan Yang Berhormat PAS tak mahu membazirkan wang?
Ya, ya.
Sekarang ini bila mari hal ini sanggup membazir wang pula.
Tak membazir, tak membazir.
Jangan macam itu.
Ikut prosedur, ikut prosedur.
Ha membazirlah itu. Sebab apa, sebab apabila pertamanya, apabila orang itu bawa ke mahkamah, sudah ada case law yang menunjukkan bahawa surat yang sedemikian tidak boleh dipakai dan apatah lagi yang tiga orang ini jelas menyatakan bahawa mereka tidak letak jawatan, mereka tidak letak jawatan walaupun surat mari.
[Bangun]
Maka di sini akan nampak memang ada paksaan bagi ketiga-tiga wakil rakyat ini dan memanglah mereka punya sistem pun memang ada sikit komunisme punya.
Kena ugut, kena beli.
Paksa orang sebab tak percaya kepada wakil rakyat dia. Tak macam kita.
Menteri, menteri tak adillah.
Saya nak tanya Yang Berhormat Sri Gading..
Yang komunis rambut macam Menteri itu komunislah.
Pembangkang memang tidak gentleman, takut.
Saya hendak tanya, Yang Berhormat Barisan Nasional ada sign surat kosong tak? Beberapa Ahli Barisan Nasional: Tak ada, tak ada.
Tak ada.
Semua orang tahulah, semua orang tahu.
Dia tak percaya orang dia sendiri. Macam mana...
Kita sign surat kosong sebab kita taat kepada parti, kita tak payah tukar-tukar.
Saya bagi laluan Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih. Saya ingat yang komunis, dia style macam Yang Berhormat Menteri, itu macam komunis punya style lah, kalau nak cakap pasal komunis-komunis. Hakikatnya, bukan peranan SPR untuk membuat keputusan itu. Bila Dewan dah buat keputusan, Speaker dah serah, dah kata dah letak jawatan, kalau yang tiga orang itu tidak setuju, bawa pergi mahkamah. Mahkamahlah yang perlu buat keputusan, bukan SPR. Di sini, bila SPR yang membuat keputusan nampak sangat bahawa SPR mengikut kehendak Kerajaan Barisan Nasional, minta maaflah. Dalam kes ini kalau kita lihat, orang yang mana bawah BN ini bila dia pencen baru dia cakap betul. Macam Tan Sri Rashid, dia dah pencen, dia dah bukan jadi Pengerusi SPR, dia punya kenyataan, apa yang dia cakap memang betul dan tepat mengikut peraturan dan undang-undang. Itu merupakan hak Speaker untuk menerima peletakan jawatan. Peletakan jawatan itu bukan dipaksa!
...Bila menyebelahi dia, okey lah tu.
Bila ditanya kepada mereka juga, mereka pun tidak mengatakan mereka dipaksa. Ianya ditandatangani awal-awal lagi. Kerana apa ianya ditandatangani awal-awal lagi? Kerana ada sejarah seperti mana yang berlaku di Terengganu, seperti mana yang berlaku di Sabah di mana orang-orang melompat oleh kerana adanya paksaan. Lalu yang memaksa bukan daripada Pakatan Rakyat, yang memaksa mengikut sejarah ialah daripada Barisan Nasional. Diculiknya orang, diugutnya orang, disogoknya orang. Atas dasar itulah yang kita meminta semua calon-calon kita dengan rela hati, dalam keadaan penuh kesedaran, in full command of his senses dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Tak payah diculik, tak payah diugut, tidak payah disogok, dia sign, dia setuju, saya jadi calon bagi parti. Kalau sekiranya saya khianat, surat ini akan digunakan oleh parti untuk menuntut supaya saya letak jawatan. Kerana apa? Kerana bila dia menang pilihan raya, parti yang turun membantukan dia menang. Atas dasar prinsip itu. Di sini, persoalannya, bagaimana SPR boleh buat keputusan sedangkan ini merupakan satu persoalan yang sepatutnya diputuskan oleh mahkamah sekiranya yang tiga orang itu hendak pertikaikan. Di sini they have gone beyond their area of jurisdiction of responsibility. Terima kasih.
Menteri, bagilah sini sikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kalau saya komunis, tak bagilah Yang Berhormat bercakap. Bukan macam dalam Pakatan Rakyat, tidak boleh bercakap langsung! Buang terus.
Hairstyle saja, hairstyle.
Hair style sahaja, okey samalah. Yang Berhormat, ini soal tandatangan kerana ada satu pihak yang akan cuba paksa mereka melompat.
[Bangun]
Di Perak ini siapa yang mula dahulu? Saya hendak tanya di Perak siapa mula dahulu? Di Perak, siapa yang tarik orang BN.
Eh, kita tidak tarik, dia mari. Kita jemput. Ada diculik, tidak ada diculik. Macam hari ini kita jemput Yang Berhormat Menteri mari join. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
[Mencelah]
[Bangun]
Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat.
Diculik, siang malam. Yang Berhormat Permatang Pauh...
Yang nyata kalau hendak mengatakan bahawa Barisan Nasional ini kerja dia hendak cuba paksa orang sebelah sana melompat, orang di sebelah sana siapa pergi lompat ke sana? Barisan Nasional itu Yang Berhormat tarik dahulu. Kita tidak tarik.
[Bangun]
Ialah...
Nanti dahulu, nanti sekejap dan saya hendak tahu satu tahun, tahun lepas Dewan rakyat kita bersidang banyak kali yang kerja hendak tarik orang kita masuk ke sana, siapa, BN atau Ketua Pembangkang?
[Bangun]
[Mencelah]
Satu tahun bercakap tetapi kita tidak payah tandatangan, no problem.
Menteri, pergi Taiwan ikut.
Walaupun tidak ada muka yang kuat daripada pihak ketua pembangkang. Setiap hari dalam Dewan bercakap. Hendak ambil...
Taiwan ikut ini.
Tuan Yang di-Pertua, bukan di Malaysia, dia Taiwan. Menghabiskan duit rakyat.
Common agencies.
Kita tidak pernah suruh orang kita tandatangan. Jadi soal tandatangan ini Yang Berhormat sebenarnya tidak percaya kepada orang sendirilah. Itu sebenarnya.
[Bangun]
Jadi Yang Berhormat, nanti. Saya akan bagi jangan bimbang kerana Yang Berhormat adik kepada sahabat saya. Saya baik dengan dia, saya bagi. Kemudian Yang Berhormat, dalam soal surat ini sudah ada satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Yang telah dibuat oleh mahkamah jadi, janganlah... [YB Petaling Jaya Utara berbisik dengan Yang Berhormat Shah Alam]
Jangan bisik-bisik. Saya seorang, tahu? One-to–one lah, jangan bantu-bantu nampak sangat kelemahan daripada pihak. Nampak kelemahan itu.
Mana ada bantu-bantu. Kita sepakat hati.
Saya satu lawan semua. Mana ada bantu.
Bukan jawapan ditulis oleh pegawai.
Nampak sangat kelemahan pihak sebelah sana terpaksa dibantu oleh kawan.
Disokong oleh Yang Berhormat Bagan Datok.
Biarlah dalam gelanggang satu lawan satu.
Janganlah takut saya bantu.
You bantu dia. Biarlah kita satu lawan satu. Jadi Yang Berhormat, tidak mengapa. Bukan divert.
Don’t divert.
[Ketawa] Itu apabila sudah rasa kalah cakap macam itulah. Tidak mengapa. Jangan bimbang Yang Berhormat, saya akan bagi. Sekarang, apabila keputusan mahkamah telah buat kalau tidak silap saya check baliklah, saya ingat Federal Court kah apa. Kalau mahkamah sudah membuat keputusan dan case law keputusan itu ada apa tidak siumannya untuk satu pegawai SPR sudah tahu tentang the outcome kalau sekiranya tiga orang itu bawa ke mahkamah. Sudah tahu outcomenya iaitu bahawa surat itu tidak boleh dipakai, mengapa benarkan perkara itu berlaku? Tidak perlu kerana saya nanti kerana walaupun mahkamah akan mengambil sebulan, dua bulan, tiga bulan case law sudah ada, yang jelas mengatakan surat yang sedemikian tidak boleh dipakai. Sebab itulah SPR tidak mahu buang masa yang seperti Yang Berhormat hendak buang masa. Tidak mahu bazir wang rakyat seperti Yang Berhormat hendak bazir wang rakyat. Sebab itu dia ambil keputusan yang cerdik, cergas akal dan keputusan tepat jangan menyusahkan orang. Sila.
Okey, maknanya berdasarkan apa Yang Berhormat Menteri sebut, mulai sekarang kita boleh beritahu kepada polis apabila kamu tangkap pencuri, kamu nampak case law yang dahulu tidak payah bawa mahkamah buang masa, buang duit. Kamu tengok dia ada kes yang sama, kawan ini sudah ditahan, ada banyak ini duit dalam poket dia, ada saksi tidak payah ke mahkamah. Adakah itu yang dicadangkan, semestinya tidak. Samalah dalam kes ini, semua institusi ada peranannya dan peranan ini telah ditetapkan berdasarkan kepada peraturan undang-undang tubuh badan yang berkenaan. Kalau kita hendak gunakan hujah case law yang berapa ramai pencuri yang kita bawa pergi mahkamah buat apa? Habiskan duit kita, habiskan masa kita. Tidak boleh macam itu Yang Berhormat Menteri. Dalam kes ini pun juga jelas yang ada hak untuk membuat keputusan dalam soal ini adalah Tuan Yang di-Pertua Dewan dan sekiranya ADUN-ADUN itu tidak berpuas hati bawa pergi mahkamah. Mahkamah akan tentukan sama ada case law yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri ada kena-mengena, ada persamaan ataupun sebaliknya. Ianya bukan peranan SPR...
Menteri, Yang Berhormat Menteri bagilah laluan.
Dalam soal ini, soal bawa ke mahkamah tentang kesalahan...
Tidak mahu pandang sini.
Yang Berhormat dengarlah, janganlah macam itu. Saya dengar dengan tekun Yang Berhormat cakap. Kalau kita pergi ke mahkamah untuk menentukan sama ada orang itu bersalah atau tidak bersalah itu betullah sebab nobody is guilty unless proven in the court of law. Ini soal pengisytiharan tentang surat itu, bolehkah pakai surat itu? Semua orang sudah tahu memang tidak boleh pakai. Ini pengisytiharan macam kita hendak buat pengisytiharan, adakah Tuan Yang di-Pertua hak untuk memanggil mesyuarat? Itu pengisytiharan daripada mahkamah yang kita minta kerana ada pertikaian antara kita. Jadi itu beza dia, pengisytiharan sama ada surat sedemikian boleh pakai atau tidak boleh pakai bukan soal dia bersalah atau tidak bersalah, tidak bangkit soal salah atau tidak salah di sini kerana tidak ada kesalahan. Pokoknya, apakah pengisytiharan mahkamah berkenaan dengan surat yang ditandatangani tanpa tarikh, itu sahaja beza ia Yang Berhormat. Okey, tidak mengapalah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu tandatangan ini kita tidak boleh pasti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah satu andaian bahawa mereka tandatangan sebelum tarikh itu. Selama ini kita tidak ada statement bertulis dari ketiga-tiga orang ADUN ini bahawa tandatangan ini ditandatangani sebelum itu, dia hanya membuat statement di akhbar. Kalau kita sebut tentang tandatangan, kita pun ada case law yang SD, statutory declaration yang telah ditandatangani diterima oleh mahkamah sungguhpun orang itu menarik balik SD itu statutory declaration itu dikatakan palsu tetapi mahkamah menerima SD itu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. Kalau kita ikut itu, kita sepatutnya kembali kepada mahkamah untuk menentukan sama ada ketiga-tiga tandatangan ini ditandatangani sebelum tarikh itu. Sehingga sekarang kita tidak ada bukti bila mereka tandatangan, dalam keadaan bagaimana mereka tandatangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah undang-undang ini ada apa yang dikatakan coercion. Kalau coercion ini berlaku bermakna bahawa walaupun...
Coercion ini tidak boleh ditentu oleh SPR.
Janganlah saya hendak jawab.
Belum habis lagi tetapi you buat andaian bahawa...
You bagi saya jawab, okey. Saya punya kita tidak ada hendak cari bagaimana hendak menyatakan bahawa adakah mereka tandatangan ataupun tidak, apa buktinya. Buktinya senang sahaja, apabila pihak PKR menyatakan bahawa mereka letak jawatan, dua orang ini mempertikaikan. Mereka pertikaikan iaitu bahawa mereka tidak sukarela, bukan dengan kerelaan hati mereka menandatangani surat ini dan surat itu menyatakan mereka letak jawatan tetapi di tubuh badan dua orang itu kata saya tidak letak jawatan.
Tidak dipertikaikan dengan cara bertulis.
Ada elemen-elemen coercion, paksaan. Jadi apa juga kontrak kalau sekiranya ada coercion paksaan dan undue influence itu dianggap sebagai tidak sah, itu basic contract. Ini kontrak di antara wakil rakyat itu dengan parti dia, tiada paksaan. Itu sebenarnya elemen yang menyebabkan mengapa di antara lain surat itu tidak boleh dipakai. Jadi Yang Berhormat tidak payah hendak bercerita belum ada lagi bukti. Bukti apa tidak ada, dalam surat khabar enam juta orang duduk baca yang dua orang wakil rakyat ini mempertikaikan bahawa...
Mohon move on, Yang Berhormat Menteri, move on mengenai point tadi itu sudah cukup jelas.
Move on. Berhubung dengan Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Telok Intan telah menyentuh mengenai keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak.
Isu pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak akan memberi ulasan ke atas perkara tersebut kerana isu dalam perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan mengenai perkara ini. Adalah tidak wajar perkara ini tidak dibincangkan di peringkat ini di Dewan yang mulia ini. Berhubung kelayakan dan cadangan agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar. Sebenarnya cadangan Yang Berhormat tersebut telah diambil kira semasa Rang Undang-undang SPRM 2009 digubal. Sebagaimana kehendak peruntukan seksyen 5 akta tersebut Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh melantik mana-mana orang sebagai Ketua Pesuruhjaya dan tidak semestinya dari kalangan anggota perkhidmatan awam sahaja. Ini bermakna kuasa melantik memang terletak pada Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya baru satu suku sahaja jawapan yang sepatutnya dibentangkan pada hari ini. Jadi, oleh kerana kita ada perkara yang lebih penting yang akan dibentangkan di Dewan ini iaitu mini bajet oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kita. Maka saya ingin mengambil keizinan daripada Yang Berhormat supaya mana-mana perkara yang tidak terjawab oleh saya sewaktu saya menggulung ini, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Seperti mana yang telah saya sebut saya akan sampaikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ada lagi sembilan minit, belum sampai pukul empat.
Ya, tidak payah lari. Ada masa lagi.
Menteri sudah katakan bahawa dia jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, mohon sedikit penjelasan. Yang Berhormat Ipoh Barat ini boleh kah pakai macam itu? Ikat-ikat kepala macam HINDRAF?
Okey lah baik Tuan Yang di-Pertua, kerana kita ada masa lapan minit. Seperti mana Yang Berhormat Bukit Gelugor cadangkan kita teruskan, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kenyataan saya ingat ramai Yang Berhormat ingin tahu mengenai kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung kes siasatan ke atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Untuk makluman Yang Berhormat kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya adalah berdasarkan hasil siasatan dan cadangan dalam konteks siasatan. Ketua Pesuruhjaya juga telah menjelaskan bahawa kes ini dirujuk kepada pihak Peguam Negara supaya lebih teratur dan adil. Beliau turut menjelaskan bahawa jika SPRM yang menyiasat dan membuat keputusan, mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dan akan menuduh SPRM menyalahgunakan kuasa. Ini membuktikan bahawa SPRM bertindak dengan adil dan telus. Berhubung keberkesanan SPRM, membanteras rasuah dan pembaziran dana awam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Untuk makluman Yang Berhormat, SPRM akan terus berusaha untuk membanteras gejala rasuah dan membantu agensi-agensi kerajaan untuk mengelakkan pembaziran dana awam melalui khidmat pemeriksaan dan perundingan bagi memperbaiki sistem dan prosedur kerja. Ia juga bertujuan untuk menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah. Berhubung teguran dan laporan Ketua Audit Negara pula, ada sebahagiannya pula telah dijalankan siasatan dan dituduh di mahkamah. Mengenai kelewatan tindakan yang diambil pula, sebenarnya SPRM mengalami kekurangan pegawai. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah bersetuju untuk menambah bilangan pegawai SPRM sehingga berjumlah 5,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kepong ada hajat Yang Berhormat.
Diharap dengan penambahan bilangan pegawai tersebut, maka tidak akan berlaku lagi kelewatan, sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya memang menghargai bahawa kita akan tambahkan bilangan kakitangan SPRM dan kita berharaplah mereka akan menjalankan tugas dengan lebih rajin dan lebih berkesan. Seperti di Dewan ini, dua tiga tahun yang lepas, saya bangun di sini saya nampak ada kebocoran yang besar. Yang Berhormat Padang Rengas waktu itu tidak percaya kepada saya dan kemudiannya pula ketirisan berlaku. Di sini kita ada tiga kali bocor dan di bawah Dewan ini kita ada switch board dan sebagainya. Saya diberitahu bahawa switch board-switch board dan piping- piping dan sebagainya di bawah tanah itu yang gelap tidak ditukar. Walaupun ada projek untuk ditukarkan, ini kita berharap SPRM dapat menyiasat sama ada di bawah Dewan yang mulia ini ada switch board-switch board yang tidak ditukar dan menjejaskan perjalanan Dewan yang mulia ini dan juga sama ada ini menjadi sarang ular dan sebagainya. Di bawah sini sahaja, di atas itu cantik dan di bawah kita mesti siasat. Yang Berhormat Kinabatangan mesti siasat, saya berharaplah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Padang Rengas dapat mengambil perhatian, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya minta maaflah kerana saya tidak dengar cakap Yang Berhormat sebab Yang Berhormat ini doktor kulit. Kalau saya sakit kulit saya cari Yang Berhormatlah. Jadi ini engineer punya kerja, rupanya Yang Berhormat lebih tahu. Okey, sekarang macam ini Yang Berhormat dan sekarang saya hendak ucapkan tahniah sebab telah pun dilantik sebagai Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan dengan Anti Rasuah.
Ini bermakna bahawa Yang Berhormat lebih berkuasa daripada saya pada hari ini dan dalam perkara ini saya turut menyokong kalau Yang Berhormat bangkitkan di dalam mesyuarat yang sendiri supaya satu penyiasatan yang rapi dibuat berkenaan dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat. Kalau sekiranya wang yang banyak yang telah dibelanjakan untuk melakukan sesuatu kebaikan Dewan ini, dan kemudian perkara itu tidak dilakukan. Akan tetapi claim dibuat saya rasa itu satu pengkhianatan terhadap rakyat kerana ini adalah Dewan Rakyat Dewan kepada semua rakyat menerusi wakil-wakil mereka. Saya minta Yang Berhormat bangkitkan dalam SPRM dan saya akan turut menyokong dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam mahu langkah efektif diambil untuk tangani rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, saranan Yang Berhormat itu memang sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebut awal tadi, saya hanya di muka 17, saya ada lagi 70 muka. Jadi memandangkan masa sudah pun jam 15.58 petang dan Yang Amat Berhormat telah pun bersedia untuk membentangkan mini bajet. Maka sekali lagilah saya dengan rendah hati mengucapkan terima kasih di atas penyataan dan saya akan berikan jawapan bertulis kepada semua yang belum saya jawab dalam penggulungan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Muar itu hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas”.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) 2009 Bacaan Kali Yang KeduaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama “suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud tertentu bagi bahagian tahun itu” dibaca kali kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan Perbelanjaan Mengurus Pertama 2009 ini, adalah dibentangkan menurut perkara 100 dan 101 Perlembagaan Persekutuan, iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang peruntukan dalam Bajet 2009 yang telah diluluskan terdahulu, oleh Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi global semasa yang bermula daripada krisis kewangan sub prima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis kewangan global melanda, namun masih belum nampak tanda-tanda kembalinya kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi negara-negara maju, malahan lebih separuh daripada ekonomi utama dunia, terutama Amerika Syarikat, kawasan Eropah dan Jepun, telah terjerumus ke dalam kemelesetan. Negara-negara ini telah mengalami penguncupan ekonomi yang terburuk semenjak The Great Depression, pada tahun 1930-an. Walaupun negara-negara maju telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang begitu besar, melebihi USD3 trilion. Sejumlah besar digunakan untuk menyelamatkan institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, namun masih belum dapat memulihkan keyakinan para pengguna dan pelabur. Malah pengumuman terkini menunjukkan kadar pengangguran di Amerika Syarikat, berada di tahap 8.1 peratus kadar paling tertinggi sejak tahun 1983. Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini, telah mula menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara, dalam suku keempat tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut terjejas, berikutan ini Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah, sebanyak 0.1 peratus, berbanding dengan purata sebanyak 6.3 peratus, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2008. Pengurangan ini disebabkan terutamanya oleh penguncupan eksport bagi tempoh yang sama, telah mengalami kejatuhan nilai sebanyak 13.4 peratus. Kejatuhan eksport ini, telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi, sektor ekonomi terutamanya pembuatan, yang telah mencatatkan penguncupan sebanyak 8.8 peratus. Persekitaran ekonomi global bagi tahun 2009 dijangka lebih sukar, Amerika Syarikat yang merupakan ekonomi dan negara perdagangan yang terbesar di dunia, dijangka mengalami pertumbuhan ekonomi negatif, sebanyak 1.6 peratus, sementara United Kingdom -2.8 peratus Jepun -2.6 peratus. Di rantau ini, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada -2 peratus, -4 peratus, dan -4.9 peratus pada tahun ini, malah Menteri Mentor Singapura, telah membayangkan bahawa ekonomi Singapura, mungkin akan menguncup -10 peratus pada tahun ini. Sungguhpun ekonomi negara Cina dan India, dijangka mencatat pertumbuhan positif sebanyak 6.7 peratus dan 5.1 peratus, namun jangkaan pertumbuhan ini, adalah pada kadar yang ketara rendah. Berikutan perkembangan ini, IMF telah pada Januari 2009, sekali lagi mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 2.2 peratus kepada 0.5 peratus bagi tahun 2009. Beberapa hari yang lalu, Bank Dunia juga mengunjurkan bahawa ekonomi dunia akan menguncup sebanyak 5 peratus iaitu penguncupan kali pertama, sejak Perang Dunia yang Kedua. Setakat ini, usaha-usaha untuk memulihkan sektor kewangan di negara-negara maju masih belum berjaya. Oleh itu, besar kemungkinan, keadaan ekonomi global akan menjadi lebih buruk sebelum keadaan ekonomi menjadi pulih. Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum ini, kerana di antaranya kita telah berjaya meningkatkan perdagangan antarabangsa, perdagangan negara mencakupi hampir 200 peratus daripada KDNK iaitu antara yang tertinggi di dunia. Pertumbuhan ekonomi negara juga telah dijanakan oleh aliran masuk pelaburan asing yang tinggi, dan pembangunan pasaran modal yang mantap.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia semasa, Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonomi yang begitu terbuka, akan menerima tekanan berikutan kegawatan ekonomi global, melalui empat faktor: (i) nilai eksport negara dijangka berkurangan, kerana permintaan dunia telah merosot dengan begitu ketara. Umpamanya pada bulan Januari 2009, eksport negara telah jatuh sebanyak 27.8 peratus; (ii) eksport komoditi terutamanya minyak dan gas serta kelapa sawit, telah mengalami penurunan harga yang mendadak; (iii) berikutan kegawatan ekonomi dunia, kemasukan pelaburan asing juga akan berkurangan, FDI pada tahun ini dijangka hanya separuh iaitu RM26 bilion, berbanding dengan jumlah FDI pada tahun 2008, iaitu RM51 bilion; dan (iv) kejatuhan mendadak pasaran saham global telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia. Ini memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmatan yang biasanya berkembang pada kadar yang tinggi, serta mempengaruhi sentimen pelabur dan pengguna. Dalam konteks senario ekonomi global yang begitu meruncing yang berasaskan empat faktor yang telah saya jelaskan, Malaysia kini menghadapi keadaan ekonomi yang amat mencabar. Ini memerlukan kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK negara, bagi tahun 2009. Namun kerajaan yakin, bajet asal 2009 yang telah memperuntukkan sejumlah RM206 bilion serta pakej rangsangan pertama yang berjumlah RM7 bilion dan pakej rangsangan kedua ini, bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara. Sekiranya usaha-usaha tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan yang serius. Dengan langkah-langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka di dalam lingkungan -1 peratus hingga +1 peratus bagi tahun 2009.
Tuan Yang di-Pertua, program dan projek di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama, sebanyak RM7 bilion sedang giat dilaksanakan. Setakat ini RM6.5 bilion telah diagihkan kepada kementerian dan agensi. Sehingga kini sejumlah RM1 bilion telah dibelanjakan. Ini termasuk 6,267 projek program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, 2,118 projek oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 1,594 projek oleh Kementerian Pelajaran dan 1,322 oleh Kementerian Kesihatan. Adalah dijangkakan menjelang bulan Jun 2009, jumlah keseluruhan kerja yang dapat ditawarkan serta dilaksanakan bagi memenuhi sasaran pakej rangsangan ekonomi pertama ini bernilai RM5.2 bilion. Seperti mana yang telah diumumkan, pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pertama akan dipantau pelaksanaannya dengan rapi melalui sebuah unit khas iaitu Unit Pengurusan Projek Kementerian Kewangan yang melapor terus kepada Menteri Kewangan. Dengan tertubuhnya unit ini kerajaan akan memastikan sasaran pakej rangsangan yang pertama yang tercapai. Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa unit ini juga akan memantau pelaksanaan pakej rangsangan kedua dengan kerjasama Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan agensi-agensi yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan beriltizam untuk terus melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas. Saya yakin dengan semangat bersatu, kita mampu berdepan dengan persekitaran yang sukar dan mencabar ini seperti yang pernah kita lalui bersama di dalam beberapa krisis yang terdahulu. Kerajaan akan memastikan bahawa kesejahteraan semua rakyat akan terus dibela dan tiada yang terpinggir daripada mendapat manfaat langkah-langkah yang akan dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, maka pakej rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan lebih besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasar. Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur. Di samping itu, langkah-langkah yang dirangka dalam pakej rangsangan ini bukan sahaja memberi tumpuan pada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi merangkumi juga inisiatif membina kapasiti ekonomi pada jangka panjang. Ini akan menjamin Malaysia lebih bersiap sedia untuk meraih segala peluang tatkala ekonomi global kembali pulih kelak. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai peranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Negara dalam melahirkan beberapa idea baru untuk menangani krisis pada kali ini. Pakej rangsangan ini telah dirumuskan melalui perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Pakej rangsangan ini memberi tumpuan kepada empat teras utama seperti berikut: (i) mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; (ii) meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas; (iii) membantu sektor swasta menghadapi krisis; dan (iv) membina keupayaan masa depan. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan ini, sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pakej rangsangan kedua berjumlah RM60 bilion... [Tepuk] Pakej ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion dana jaminan dan RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta atau PFI dan off budget serta RM3 bilion insentif cukai. Jumlah RM60 bilion ini merupakan hampir 9 peratus daripada KDNK. Pelaksanaan pakej rangsangan yang bersaiz besar ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah kali pertama kita menghadapi krisis negara. Negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran terutamanya dalam tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi dengan jayanya dan ekonomi negara telah muncul lebih kukuh. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang jauh lebih getir berbanding dengan krisis-krisis terdahulu. Walau bagaimanapun, berbekalkan pengalaman kita dalam menghadapi krisis dan semangat bersatu-padu, saya yakin dan percaya, kita akan terus bersama mengatasi cabaran-cabaran yang semakin meruncing. Tuan Yang di-Pertua, jumlah RM60 bilion ini diperuntukkan kepada empat teras seperti berikut: (i) teras pertama RM2 bilion; (ii) teras kedua RM10 bilion; (iiii) teras ketiga RM29 bilion; dan (iv) teras keempat RM19 bilion. Daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun 2010. Jumlah RM10 bilion dalam tahun 2009 dibahagikan kepada RM5 bilion untuk belanja mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Saiz perbelanjaan ini sudah tentu akan meningkatkan defisit bajet Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini. Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi. Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mampan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.
Malahan, semasa negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus berikutan dasar fiskal mengembang terutamanya untuk membina infrastruktur negara. Langkah ini telah meningkatkan potensi pertumbuhan negara yang telah membawa kepada kejayaan kita mencapai pertumbuhan ekonomi setinggi 9 peratus pada awal 1990-an. Sehubungan dengan ini, kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal kerajaan akan kembali mampan. Kerajaan yakin defisit ini akan dapat dibiayai daripada sumber dalam negeri memandangkan tahap kecairan yang tinggi dalam sistem kewangan tempatan. Di samping itu, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan masih pada tahap yang berhemah. Pembiayaan defisit ini juga tidak akan menimbulkan kesan crowding out sektor swasta untuk mendapatkan dana terutamanya daripada pasaran bon negara yang telah berkembang pesat dan kini merupakan kedua terbesar di rantau Asia Timur. Tuan Yang di-Pertua, teras pertama mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan. Dalam persekitaran ekonomi global semasa, terdapat syarikat-syarikat khususnya dalam sektor pembuatan terpaksa memberhentikan atau mengurangkan operasi.
Ini dijangka mengakibatkan kadar pengangguran bagi tahun 2009 meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.7 peratus bagi tahun 2008. Semenjak Oktober 2008 seramai 25,000 telah kehilangan pekerjaan. Terdapat juga 30,900 pekerja yang telah diberhentikan secara sementara dan 23,900 yang terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Selain dari itu terdapat kira-kira 100,000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa dan oleh itu pendapatan mereka telah berkurangan dengan agak ketara. Kerajaan amat prihatin dengan keperitan yang dihadapi oleh golongan pekerja yang diberhentikan. Kesukaran yang ditanggung oleh siswazah menganggur dan keresahan yang turut dirasai oleh keluarga mereka. Untuk membantu mereka ini kerajaan akan mewujudkan sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta. Tuan Yang di- Pertua dari jumlah 163,000 peluang latihan dan pekerjaan yang akan diwujudkan sebanyak 100,000 merupakan inisiatif usaha sama antara kerajaan dengan pihak majikan sektor swasta. Sasaran program ini adalah untuk memberikan manfaat kepada pekerja yang telah diberhentikan dan pekerja yang diberhentikan sementara serta mereka yang mengalami kekurangan pendapatan dan siswazah menganggur. Program latihan ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta termasuk GLC dan institusi latihan swasta. Tumpuan utama latihan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengikut keperluan industri serta memudahkan employability. Kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dengan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan. Ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Peruntukan RM700 juga akan disediakan bagi tujuan ini. Antara program yang akan dilaksanakan termasuk: (i) menambah bilangan peserta di bawah program latihan khusus dan program latihan semula kepada pekerja yang diberhentikan dan skim latihan dual national untuk memberi kemahiran kepada golongan yang masih bekerja; (ii) menambah program latihan dengan kerjasama pertubuhan industri dan syarikat-syarikat yang terlibat seperti dalam bidang elektrik dan elektronik, pengimpalan robotik dan pembinaan. Di samping itu lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal akan dilaksanakan oleh pusat latihan kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih; (iii) menyediakan latihan sambil bekerja untuk siswazah menganggur terutamanya dalam sektor kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara bagi tempoh dua tahun.
Seramai 1,000 graduan yang menganggur akan dapat menyertai program ini; (iv) menyediakan 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti outsourcing penerbangan, utiliti kesihatan dan multimedia kreatif; (v) PUNB akan melaksanakan Program Latihan Sangkut untuk siswazah dan pemegang sijil kemahiran serta akan ditempatkan di syarikat-syarikat invest PUNB selama enam bulan hingga satu tahun. Apabila tamat latihan serta layak mendapat bantuan kewangan di bawah prosper untuk memulakan perniagaan. PUNB mensasarkan 2,000 siswazah akan dapat dilatih di bawah program sangkut ini; dan (vi) Memantapkan lagi Program Tunas Mekar untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan dan menambah nilai pada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Seramai 500 siswazah dan PKS akan menyertai program ini. Kerajaan juga akan mewujudkan 22 Jobs Malaysia Centre dan menambah baik 109 pusat yang sedia ada. Pusat ini akan ditempatkan di lokasi tumpuan awam termasuk di kompleks membeli belah untuk memudahkan access pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan. Di samping itu lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta. Tuan Yang di-Pertua syarikat swasta perlu memainkan peranan bagi memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah diberhentikan termasuk di bawah Skim Pemisahan Sukarela (VSS). Untuk menyokong usaha ini kerajaan mencadangkan majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan mulai 1 Julai 2008 diberi potongan cukai dua kali ke atas amaun gaji yang dibayar. Amaun potongan yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhad kepada dua bulan gaji untuk setiap pekerja. Galakan ini berkuat kuasa bagi pekerja yang dilantik mulai 10 Mac 2009 hingga 31 Disember 2010. Kita ambil contoh majikan yang mengambil seorang pekerja yang telah diberhentikan oleh syarikat lain dan membayar gaji sebanyak RM24,000 setahun. Biasanya potongan cukai pada majikan adalah sebanyak RM24,000 dari keuntungan. Walau bagaimanapun dengan langkah diumumkan ini, syarikat dibenarkan memotong sebanyak RM48,000 dari keuntungan iaitu dua kali ganda gaji. Ini merupakan pengurangan cukai tambahan untuk syarikat sebanyak RM6,000 iaitu 25 peratus daripada RM24,000. Kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak di pelbagai agensi kerajaan. Untuk ini: (i) pengisian segera 50,000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Bagi kumpulan sokongan penurunan kuasa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan diberikan kepada agensi berkaitan; dan (ii) mewujudkan 13,000 pekerjaan kepada pegawai secara kontrak di agensi kerajaan antaranya mengambil tenaga kerja melalui perkhidmatan singkat yang melibatkan 4,000 tenaga pekerja berkelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia dengan gaji sebanyak RM1,200 sebulan.
Mengambil 1,000 siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak dengan bayaran gaji bulanan RM2,000, mengambil pekerja kontrak seramai 800 orang bagi memantapkan pelaksanaan Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tempoh enam bulan hingga setahun, mengambil seramai 1,000 orang Pembantu Kesihatan Awam secara kontrak di pihak berkuasa tempatan untuk kerja- kerja pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit seperti denggi, mengambil seramai 4,500 pegawai kontrak sebagai Pembanci Perangkaan di Jabatan Perangkaan untuk menjalankan banci penduduk dan mengambil 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital di Kementerian Kesihatan. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan seorang pegawai lantikan kontrak lebih awal dari tempoh yang ditetapkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau prestasi yang tidak memuaskan. Tuan Yang di- Pertua dalam keadaan ekonomi semasa kita perlu mengambil peluang melahirkan lebih ramai pakar dan profesional yang berkualiti di peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah. Sehubungan itu kerajaan bercadang menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah di dalam negara. Manakala bagi pelajar di peringkat sarjana kerajaan akan menampung sebahagian daripada kos yuran iaitu sebanyak RM10,000 setiap pelajar. Sebanyak 500 tempat bagi Ijazah Kedoktoran Falsafah dan 10,000 tempat bagi Sarjana disediakan di Institut Pengajian Tinggi Awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Petronas.
Permohonan bagi program ini akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan akan diputuskan berdasarkan merit. Kelayakan mendapatkan bantuan ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Skim PROSPER Siswazah telah dilaksanakan pada Jun 2005 bagi membantu siswazah yang berminat di dalam perniagaan runcit atau pengedaran untuk mendapatkan latihan pembiayaan dan khidmat nasihat perniagaan. Mereka ditawarkan pembiayaan pinjaman mengikut prinsip syariah antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran selama tiga hingga tujuh tahun. Sehingga kini sebanyak 334 perniagaan telah berjaya ditubuhkan. Bagi membangunkan usahawan muda, PUNB akan mengembangkan skop Skim PROSPER Siswazah dengan membuka peluang kepada pemegang Sijil Kemahiran dan Teknikal. Seramai 400 siswazah lagi akan mendapat manfaat daripada program ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Bagi tujuan ini langkah-langkah berikut akan diambil: (i) bayaran levi pada pekerja asing akan dinaikkan dua kali ganda bagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Di samping itu levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya oleh pekerja; (ii) pembayaran balik levi pekerja asing secara pro rata kepada majikan sekiranya tempoh perkhidmatan pekerja asing disingkatkan dibandingkan dengan tempoh kontrak asal. Di samping itu jaminan bank oleh majikan akan dikembalikan; dan (iii) membeku pengeluaran lesen agensi pengambilan pekerja asing, outsourcing dan memperketat syarat-syarat pengambilan pekerja asing oleh syarikat sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, teras kedua meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas. Usaha membasmi kemiskinan tetap menjadi agenda utama dan kita berazam untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Kerajaan akan memastikan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan dibantu dari segi skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Sekiranya kumpulan pekebun-pekebun kecil ini mengalami kejatuhan harga kelapa sawit dan getah yang menyebabkan pendapatan mereka kurang daripada paras garis kemiskinan, kerajaan akan memastikan mereka juga mendapat faedah daripada skim jaringan keselamatan sosial. Bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas, usaha akan diambil untuk menambahkan pendapatan boleh guna isi rumah. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Semua ini membuktikan bahawa kerajaan adalah barisan pembela rakyat untuk menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai subsidi insentif dan bantuan bagi penggunaan bahan bakar, program jaminan makanan, skim biasiswa dan bantuan pendidikan serta program kebajikan masyarakat. Peruntukan subsidi dan bantuan lain berjumlah RM34.1 bilion atau 22 peratus daripada jumlah belanja mengurus pada tahun 2008. Daripada jumlah ini RM18.1 bilion merupakan subsidi minyak RM6 bilion dalam bentuk bantuan termasuk bantuan pelajar, Orang Kurang Upaya dan keluarga miskin dan RM3 bilion untuk bantuan makanan serta RM7 bilion bagi lain-lain bantuan. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kerumitan yang dihadapi rakyat dan akan berusaha supaya harga barangan keperluan dan kos pengangkutan tidak membebankan rakyat. Sebagai langkah meneruskan usaha murni ini, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM674 juta sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung gandum. Tanpa subsidi ini harga gula akan meningkat 47 sen sekilo. Tepung gandum akan meningkat 60 sen sekilo dan roti bagi 400 gram meningkat 26 sen. Selain itu kerajaan juga telah menyediakan RM480 juta supaya kadar tol tidak dinaikkan agar dapat membantu rakyat... [Tepuk] Dengan tambahan ini kerajaan memperuntukkan RM27.9 bilion bagi menampung keperluan subsidi untuk tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua dalam pakej rangsangan pertama, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk membina 6,500 unit rumah mesra rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Memandangkan program ini mendapat sambutan yang baik daripada golongan pendapatan rendah, kerajaan akan menambahkan RM200 juta lagi di bawah pakej rangsangan... [Tepuk] Pada masa ini sentimen pelaburan di sektor perumahan tidak menggalakkan kerana pihak pemaju dan pembeli masing-masing mengambil sikap berhati-hati dalam membina dan memiliki rumah. Oleh itu bagi merangsang sektor perumahan ini, kerajaan mencadangkan supaya pembeli rumah diberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus meningkatkan taraf infrastruktur awam bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat di dalam pakej perangsangan ini. Selain membina keupayaan masa depan negara, usaha ini juga dapat mempergiatkan aktiviti sektor pembinaan dan seterusnya mencergaskan permintaan domestik. Ke arah ini langkah-langkah berikut akan diambil:
(i) mempercepatkan perlaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang mempunyai kandungan tempatan dan kesan pengganda yang tinggi, mesra rakyat serta boleh dimulakan dengan segera. Kesemua projek tersebut bernilai RM8.4 bilion. Di samping itu RM1.6 bilion adalah untuk dana menggalakkan pelaburan; (ii) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi kerja-kerja memperbaiki longkang yang tersumbat dan rosak, menyelenggarakan jalan raya terutamanya menurap permukaan jalan yang rosak dan berlubang. Di samping itu kawasan persekitaran rumah pangsa akan diperbaiki agar lebih selesa untuk didiami. Ini termasuk kerja-kerja mengecat, membaiki lif dan menambah baik kemudahan tempat pembuangan sampah; dan (iii) menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggarakan dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan. Tuan Yang di-Pertua untuk menambahkan lagi pendapatan rakyat, kerajaan akan menerbitkan bon simpanan kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion pada tahun ini. Bon ini akan mempunyai tempoh matang selama tiga tahun pada kadar pulangan sebanyak 5 peratus setahun. Ia akan dibayar kepada pemegang bon pada setiap suku tahun. Selain menyediakan satu lagi instrumen simpanan kepada rakyat, bon ini juga bertujuan memberikan peluang kepada pemegang untuk mendapat pendapatan tambahan yang tetap sebanyak RM250 juta setahun akan dimanfaatkan oleh pemegang bon. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berumur 21 tahun ke atas dengan pelaburan minima sebanyak RM1,000 dan maksima RM50,000. Tuan Yang di-Pertua, bagi memantapkan lagi pembangunan modal insan terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk pembelajaran, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.95 bilion bagi membina dan menambah baik kemudahan 752 buah sekolah terutamanya di kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan di Sarawak... [Tepuk] Sebanyak RM300 juta daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan mission schools. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus memastikan rakyat di luar bandar menikmati kemudahan asas yang mencukupi terutamanya bekalan elektrik, air serta jalan luar bandar.
Ke arah ini peruntukan sebanyak RM230 juta telah disediakan untuk projek meningkatkan liputan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak... [Tepuk] Di samping itu, peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta disediakan pembinaan jalan luar bandar. Usaha ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan juga akan menambahkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk PIA dan PIAS dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan infrastruktur serta meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak... [Tepuk] Untuk tujuan ini sebanyak RM1.2 bilion akan diperuntukkan, projek dan program yang akan dijalankan di Sarawak termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sibu... [Tepuk] pendalaman Pelabuhan Miri, membaik pulih infrastruktur akibat banjir, menaik taraf sekolah, membina Pusat Latihan Lawas, Estet Perindustrian Kota Samarahan dan meningkatkan kemudahan pelancongan.
Di Sabah pula, aktiviti program dan projek utama yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan Pusat Giat Mara, sistem penghantaran elektrik Kota Kinabalu, menambah baik jalan, menaik taraf sekolah, serta membaik pulih dan menggantikan jambatan-jambatan. Kerajaan juga akan mengambil tindakan yang serius untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan kesihatan di Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat beberapa program mikro kredit tanpa cagaran yang telah disediakan termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank. Jumlah dana mikro kredit yang disediakan di bawah program ini adalah melebihi RM1.5 bilion yang disalurkan kepada peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Sebagai tambahan program mikro kredit di bawah Agrobank akan diperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk membantu golongan petani dan peniaga. RM50 juta untuk program mikro kredit di bawah TEKUN. Tuan Yang di-Pertua, pekerjaan sebagai nelayan melibatkan risiko yang tinggi dan sering terdedah kepada bencana alam seperti ribut, ombak besar dan lain-lain. Untuk membantu nelayan yang mengalami musibah di laut kerajaan menyediakan peruntukan permulaan kepada Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2009, peruntukan sebanyak RM830 juta disediakan bagi melaksanakan program jaringan keselamatan sosial untuk menjamin kesejahteraan hidup untuk golongan yang kurang bernasib baik ini termasuk warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Kerajaan akan meningkatkan bantuan kewangan, bilangan tenaga kerja yang mengurus kebajikan golongan ini. Dalam pakej ini peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta akan disediakan bagi meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak. Kerajaan amat prihatin pada nasib pekerja yang telah diberhentikan. Bagi meringankan beban dan meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja terlibat kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6 ribu sekarang dinaikkan kepada RM10 ribu bagi setiap tahun genap perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa pekerja yang diberhentikan berhadapan dengan masalah untuk membayar balik pinjaman perumahan. Untuk membantu mereka dalam hal ini institusi perbankan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama satu tahun... [Tepuk] Bagi menyokong usaha, institusi perbankan memberi kelonggaran ini, kerajaan bersetuju pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik perumahan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima. Tuan Yang di-Pertua, teras yang ketiga, membantu sektor swasta menghadapi krisis. Kerajaan akan memberi tumpuan pada usaha menyokong aktiviti sektor swasta agar terus dapat beroperasi dalam persekitaran yang sukar. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus mengembangkan ekonomi domestik. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam penjanaan pertubuhan ekonomi negara dan pewujudan peluang pekerja. Pada masa ini PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang 56 peratus pada jumlah pekerjaan serta 32 peratus kepada KDNK. Kerajaan sedar PKS yang telah terjejas daripada persekitaran ekonomi global yang lebih sukar terutamanya daripada penguncupan pasaran eksport. Pada masa ini Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah Bank Negara Malaysia telah menyediakan skim jaminan usahawan kecil untuk membiayai modal kerja kepada PKS yang mempunyai dana pemegang ekuiti kurang daripada RM3 juta. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan menubuhkan satu skim jaminan modal kerja berjumlah RM5 bilion bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta. Kerajaan akan menyediakan jaminan dengan nisbah 80/20 iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan... [Tepuk]
Yang menyediakan pinjaman bagi membiayai modal kerja syarikat. Had pinjaman ialah sebanyak RM10 juta bagi tempoh lima tahun. Saya telah menerima banyak rungutan daripada syarikat-syarikat berhubung dengan kesukaran mendapat pinjaman dari institusi kewangan sungguhpun bagi projek-projek yang berdaya maju. Dengan dana ini kerajaan yakin institusi kewangan akan lebih bersedia untuk memberi pinjaman kepada syarikat- syarikat. Adalah penting dalam keadaan kelembapan ini institusi kewangan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyukarkan aliran kredit kepada syarikat-syarikat termasuk dengan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat. Tuan Yang di-Pertua, persekitaran ekonomi kini memberikan kita ruang untuk menambah baik struktur ekonomi negara untuk beranjak dengan lebih pantas ke arah peningkatan produktiviti dan nilai tambah lebih tinggi serta penggunaan green technology selain daripada memantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi jangka panjang, anjakan ini mewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran mereka. Di samping mengurangkan pergantungan negara kepada guna tenaga asing bukan mahir. Bagi membantu industri mempercepatkan anjakan ini kerajaan akan menubuhkan skim dana jaminan penstrukturan semula industri berjumlah RM5 bilion untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi green technology. Di bawah skim ini bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti kurang daripada RM20 juta kerajaan menggunakan jaminan berasaskan nisbah 80/20 iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi-institusi kewangan. Bagi syarikat dengan dana pemegang ekuiti RM20 juta atau lebih, nisbah jaminannya adalah 50/50. Had maksimum pinjaman adalah sebanyak RM50 juta dengan tempoh pinjaman selama 10 tahun. Tuan Yang di- Pertua, dalam keadaan pasaran sekarang banyak syarikat yang sungguhpun mempunyai penarafan investment grade, berdaya maju dan berpotensi untuk kembang tidak dapat akses pada pasaran modal terutama sekali pasaran bon untuk membantu dan mempermudah syarikat-syarikat tersebut untuk mendapat akses kepada bond market kerajaan akan menubuhkan institusi jaminan kewangan atau financial guarantee institution untuk menyediakan penambahan kredit atau credit enhancement kepada syarikat swasta yang ingin mendapatkan pembiayaan pasaran bon.
Langkah ini akan dapat mengembangkan lagi pasaran bon domestik. Institusi jaminan kewangan ini adalah milik penuh kerajaan. Bank Negara Malaysia akan menerajui penubuhan institusi ini. Pada permulaan syarikat ini akan mempunyai modal berbayar sebanyak satu bilion ringgit dan akan dipertingkatkan kepada dua bilion ringgit kemudian. Adalah dijangkakan bahawa bon sebanyak lima belas bilion ringgit akan dapat diwujudkan di bawah kaedah ini. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Sekuriti ataupun SC juga akan melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk mengurangkan masa ke pasaran atau time to market bagi membantu syarikat untuk memperoleh modal dari pasaran modal dengan lebih efisien dan kos efektif, untuk ini: (i) cadangan terbitan ataupun rights issues oleh syarikat tersenarai tidak lagi memerlukan kelulusan SC; (ii) terbitan dan tawaran sekuriti ekuiti oleh syarikat awam tidak tersenarai ataupun unlisted public company dikecualikan daripada mendapat kelulusan SC memandangkan syarikat- syarikat ini pada lazimnya mempunyai bilangan pemegang saham yang kecil; (iii) kod pengambilalihan dan percantuman syarikat Malaysia 1998 tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad bagi memudahkan syarikat-syarikat ini melaksanakan penstrukturan pengambilalihan dan percantuman;
(iv) bagi penerbitan bon dan sukuk pindaan terma dan syarikat terbitan, syarat terbitan bon dan sukuk yang telah mendapat kelulusan pemegang bon dan sukuk hanya perlu dimaklumkan kepada SC; (v) pindaan terma dan syarat bon serta sukuk bagi tujuan penyenaraian bon dan suku tersebut di bursa Malaysia hanya perlu dimaklumkan sahaja kepada SC; dan (vi) bon boleh tukar ataupun convertible dan exchangeable bond adalah dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori Tuan Yang di-Pertua anjakan paradigma ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi yang berteraskan pengetahuan ataupun K-ekonomi memerlukan kemampuan kita untuk menarik bukan sahaja pelabur asing. Akan tetapi juga mereka yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang tertentu. Justeru untuk mempercepatkan transformasi ini kerajaan akan memperkenalkan satu program baru di mana status pemastautin ataupun PR tetap boleh dipertimbangkan kepada warga asing yang mempunyai aset bersih yang tinggi. Yang membawa masuk melebihi dua juta dolar Amerika ke Malaysia untuk tujuan pelaburan ataupun penabungan. Di samping itu, golongan profesional asing yang berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama. Tuan Yang di-Pertua bagi meringankan beban syarikat-syarikat dalam menghadapi persekitaran operasi yang sukar. Kerajaan akan memastikan kos pengendalian perniagaan dapat dikurangkan. Untuk tujuan ini kerajaan telah memberi pengecualian bayaran levi kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) selama enam bulan oleh majikan industri textile, electronics and electrical mulai 1 Februari 2009. Sebagai langkah tambahan kerajaan bersetuju menurunkan kadar bayaran levi daripada 1 peratus kepada 0.5 peratus bagi semua majikan selama dua tahun berkuat kuasa 1 April 2009. Melalui penurunan ini majikan yang terlibat dapat menjimatkan kos perniagaan yang berjumlah tiga ratus sembilan puluh juta ringgit. Tuan Yang di-Pertua, sektor automotif merupakan antara industri utama negara yang mempunyai potensi untuk terus dimajukan. Industri ini telah melahirkan ramai pembekal termasuk pengilang kelengkapan asal dan juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan. Dalam suasana ekonomi semasa prestasi jualan industri automotif tidak menggalakkan dan banyak syarikat yang terlibat dengan rantaian industri automotif berada dalam keadaan sukar. Syarikat-syarikat ini perlu disokong bagi membolehkan mereka meneruskan mereka meneruskan operasi walau bagaimanapun permintaan yang rendah dan kos pengeluaran yang semakin meningkat. Untuk ini kerajaan akan menambahkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada dana pembangunan automotif untuk terus menyokong pembangunan industri vendor, industri dan vendor automotif seta penubuhan Institut Automotif Malaysia. Di samping itu sebagai satu usaha sama antara kerajaan dan sektor swasta, kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua. Di bawah skim ini pemilik sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia sepuluh tahun atau lebih akan menerima diskaun bernilai RM5000 untuk membeli kereta baru. Kerajaan akan membiayai sebahagian daripada diskaun yang ditanggung oleh Proton dan Perodua. Skim ini akan memberi manfaat kepada semua pihak kerana ia merangsang penjualan kereta malah menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, industri penerbangan negara telah berkembang pesat dengan jumlah pengendalian penumpang meningkat 5 peratus kepada 47.4 juta penumpang pada tahun 2008. Jumlah penumpang yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang murah juga telah meningkat kepada 18.5 juta penumpang.
Memandangkan LCCT Sepang mempunyai kapasiti terhad untuk mengendali lebih ramai penumpang, MAHB akan membina dan mengendalikan LCCT baru di KLIA dengan kos sebanyak dua bilion ringgit yang dijangka siap pada tahun 2011. Untuk menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari luar negara usaha untuk menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan mempunyai operasi di negara ini akan dipertingkatkan. Untuk ini rebat sebanyak 50 peratus ke atas cas pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun bermula satu April 2009. Tuan Yang di-Pertua bagi menggalakkan entiti perniagaan membuat pelaburan kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan elaun dan modal yang dipercepatkan. Yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun, layanan ini terpakai ke atas pelaburan yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010. Pada masa ini perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih ke atas premis perniagaan tidak dibenarkan potongan cukai dan juga tidak layak menuntut elaun modal. Untuk menggalakkan syarikat melakukan kerja-kerja ubahsuai dan baik pulih. Kerajaan mencadangkan perbelanjaan ubahsuai dan baik pulih yang dilakukan antara 10 Mac 2009 dan 31 Disember 2010 ke atas premis perniagaan diberi elaun modal dipercepatkan yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun. Elaun ini dihadkan sehingga seratus ribu ringgit. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah untuk membantu syarikat yang terjejas dan mengalami kerugian akibat daripada kesan daripada krisis ekonomi global. Kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Layanan ini akan membantu aliran tunai syarikat berbanding dengan layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan adalah sehingga seratus ribu ringgit setahun. Layanan ini terpakai bagi tahun taksiran 2009 dan 2010. Sebagai contoh sebuah syarikat yang memperoleh keuntungan sebanyak enam puluh ribu ringgit pada tahun 2008 dan telah membayar cukai sebanyak lima belas ribu enam ratus ringgit iaitu 26 peratus daripada keuntungan. Pada tahun 2009 syarikat ini mengalami kerugian sebanyak empat puluh ribu ringgit. Dengan membenarkan syarikat ini membuat potongan kerugian tahun 2009 sebanyak empat puluh ribu ringgit daripada keuntungan enam puluh ribu ringgit tahun 2008. Keuntungan bagi 2008 dipinda menjadi hanya dua puluh ribu ringgit.
Oleh itu, cukai ke atas keuntungan yang dipinda adalah RM5,200. Dengan itu, syarikat tersebut akan mendapat pulangan balik cukai RM10,400 iaitu perbezaan di antara RM15,600 dan RM5,200. Tuan Yang di-Pertua, levi keuntungan luar biasa ke atas kelapa sawit dikenakan apabila harga minyak sawit mentah melebihi RM2,000 se tan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kos pengeluaran telah meningkat dan threshold RM2,000 se tan ini tidak mencerminkan paras keuntungan yang luar biasa. Sehubungan dengan itu, paras threshold levi ini dinaikkan kepada RM2,500 se tan bagi Semenanjung Malaysia dan RM3,000 se tan bagi Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan mempunyai potensi luas untuk dibangunkan dan mempunyai daya tahan walaupun dalam persekitaran kelembapan ekonomi dunia. Kerajaan akan meningkatkan pelaksanaan pelbagai program pelancongan bagi memanfaatkan kelebihan negara termasuk ekopelancongan, pelancongan kesihatan dan pendidikan. Bagi memajukan lagi industri pelancongan negara, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan pelancongan, mempelbagaikan produk pelancongan, menganjurkan lebih banyak persidangan dan pameran peringkat antarabangsa di Malaysia dan menambah baik program homestay. Selain itu, kerajaan memantapkan lagi Program Malaysia Rumah Keduaku dengan menimbangkan untuk mengeluarkan permit kerja kepada suami atau isteri peserta yang berkemahiran di bawah program ini.
Tuan Yang di-Pertua, teras keempat iaitu membina keupayaan masa hadapan. Krisis ekonomi global ini memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan langkah memperkukuh dan mengembang kapasiti negara bagi memastikan ekonomi lebih berdaya tahan dan mempunyai asas yang kukuh apabila keadaan kembali pulih. Antara usaha yang akan diambil untuk merangsang sektor pertumbuhan baru serta menstrukturkan semula industri ke arah produktiviti dan aktiviti nilai tambah tinggi. Dasarkan persekitaran luaran yang tidak menentu, adalah perlu untuk kerajaan mengambil peranan aktif dalam menggalakkan pelan pelaburan swasta tempatan. Kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad sebanyak RM10 bilion. Dana ini akan dilaburkan oleh Khazanah bagi tempoh dua tahun akan datang dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Khazanah akan menumpukan pelaburan dalam sektor strategik termasuk telekomunikasi, teknologi, pelancongan, pertanian, sains hayat dan projek berkaitan Iskandar Malaysia. Bagi tahun 2009, Khazanah akan melabur sebanyak RM3 bilion dalam sektor telekomunikasi yang akan antara lain membolehkan anak syarikatnya menambah baik infrastruktur Jalur Lebar Negara. Khazanah juga akan mempergiatkan pembangunan Iskandar Malaysia melalui pelaburan sebanyak RM1.7 bilion dalam tahun 2009 untuk pembinaan infrastruktur hotel, taman serta universiti. Projek pertanian yang akan dilaksanakan termasuk projek taman agrikultur udang seluas 1,000 hektar di Setiu Terengganu serta projek penanaman sayuran moden seluas 200 hektar di Cameron Highlands. Secara keseluruhannya pelaburan Khazanah dan anak-anak syarikatnya dijangka akan dapat mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2011. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah juga mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara off budget. Antara projek dalam kategori ini adalah seperti berikut: (i) terminal kos rendah di KLIA dan pembesaran lapangan terbang di Pulau Pinang, yang masing-masing dianggarkan RM2 bilion dan RM250 juta; (ii) projek peningkatan infrastruktur telekomunikasi termasuk Perpustakaan Jalur Lebar, Pusat Jalur Lebar komuniti serta penyediaan telefoni asas di 89 buah daerah di kawasan luar bandar sebanyak RM24 bilion oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan (iii) pembinaan jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutamanya di kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur dengan kos sebanyak RM100 juta. Tuan Yang di-Pertua, bagi mempergiatkan lagi aktiviti pelaburan swasta, kerajaan akan membantu pelaksanaan projek melalui inisiatif pembiayaan swasta, PFI dan Kerjasama Awam Swasta, Public-Private Partnership dengan menyediakan dana sebanyak RM2 bilion. Syarikat swasta akan dipelawa untuk membida dana tersebut. Projek PFI yang akan dilaksanakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut: (i) pengusaha sektor swasta akan melaksanakan membiayai dan menanggung risiko projek. Sebahagian besar hasil pendapatan projek ini perlu di jana daripada sektor swasta dan bukan sumber kerajaan; (ii) bantuan pembiayaan kerajaan hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan kos pelaburan projek. Ia hanya bertujuan sebagai tipping point untuk membolehkan sesuatu projek menjadi berdaya maju; dan
(iii) projek yang dilaksanakan mesti merupakan yang strategik seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan pelancongan, memberi hasil limpahan ekonomi yang tinggi, mewujudkan peluang pekerjaan yang berterusan dan meningkatkan daya saing masa hadapan negara. Di antara projek yang telah diluluskan dengan kaedah perkongsian awam swasta termasuk penyediaan infrastruktur bagi Taman Perindustrian Marin di Tanjung Agas Pahang, Klaster Bioteknologi di Iskandar Malaysia serta menaik taraf infrastruktur sistem lalu lintas di sekitar KL Sentral. Dengan memberi sokongan melalui pembinaan infrastruktur di Tanjung Agas, projek ini akan menyokong pengunjuran Klaster di perindustrian di ECER dan begitu juga bagi Klaster Bioteknologi yang akan memudahkan kemasukan FDI untuk menceburi pertumbuhan baru sektor bioteknologi. Pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan akan membantu aktiviti pelaburan baru oleh sektor swasta bernilai RM3 bilion dalam tempoh tiga tahun. Pelaburan ini melibatkan pembangunan pejabat baru, hotel dan kompleks membeli belah. Salah satu bidang perkongsian awam swasta yang berkesan ialah di bidang pendidikan. Pada masa ini pendidikan swasta merupakan pelengkap kepada pendidikan awam untuk mengoptimumkan kapasiti pendidikan yang sedia ada dan meningkatkan akses kepada pendidikan swasta, kerajaan mencadangkan menambah bilangan biasiswa untuk memasuki universiti swasta tempatan. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat GLC juga telah menyediakan kemudahan pendidikan universiti swasta seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia. Kerajaan kini telah menerima komitmen GLC untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti CSR dalam bidang modal insan sebagai permulaan syarikat GLC akan menubuhkan sepuluh sekolah swasta yang tidak bermotifkan keuntungan. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menstrukturkan semula ekonomi negara dalam konteks perolehan ekonomi antarabangsa, sektor perkhidmatan akan diberi fokus kerana ia berpotensi untuk terus berkembang pesat dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor ini kini menyumbang sebanyak 55 peratus kepada KDNK dan berpotensi untuk menyumbang lebih 70 peratus kepada KDNK seperti di negara maju. Sehubungan dengan ini, kerajaan akan mengambil langkah untuk meliberalisasikan lagi sektor ini supaya dapat menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan aliran masuk tenaga pakar asing dan teknologi serta memperkukuhkan daya saing sektor perkhidmatan negara. Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Asian Framework Agreement on Services dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia atau WTO. Tuan Yang di-Pertua, dalam menggalakkan lagi usaha liberalisasi dan menjadikan Malaysia pasaran yang lebih kompetitif, peranan baru Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC ialah untuk memantau pelaburan pada peringkat mikro. Walau bagaimanapun, pada peringkat mikro FIC akan terus merangka garis panduan dan memantau pelaburan yang mempunyai kepentingan kepada negara seperti pelabuhan dan lapangan terbang, hartanah, pertahanan, pengangkutan awam dan telekomunikasi. FIC akan mengamalkan pendekatan yang lebih liberal yang akan membawa pada perubahan positif dan menyediakan suasana mesra pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan termasuk pelaburan asing.
Kerajaan sedang merangka garis panduan FIC baru yang akan mencerminkan peranan baru FIC. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan turut memberi perhatian serius pada golongan karyawan tempatan dalam mengeluarkan hasil kreativiti mereka secara sistematik. Sehubungan itu RTM akan mengambil tindakan untuk melaksanakan berapa projek mengembangkan seni muzik tempatan. Ia juga dapat menjadi punca pendapatan kepada lebih ramai penggiat seni negara terutama di kalangan bakat-bakat muda, untuk tujuan ini peruntukan sebanyak RM20 juta akan disediakan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan value for money dalam perolehan kerajaan. Untuk ini kerajaan akan melaksanakan kaedah untuk meningkatkan elemen persaingan dalam perolehan kerajaan.
Semua pembelian kerajaan akan diuruskan melalui tender terbuka atau tender terhad melainkan dalam kes-kes tertentu. Kaedah perolehan secara elektronik melalui sistem e-Perolehan akan diperluaskan bagi mempertingkatkan ketelusan dalam pengurusan perolehan kerajaan. Untuk mengawal kos projek, perlaksanaan secara reka dan bina atau design and build tidak akan dibenarkan kecuali dalam kes yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi. Di samping itu cadangan projek perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Standard dan Kos, agensi dikehendaki melaksanakan projek mengikut kos had syiling skop projek dan perancangan yang telah diluluskan. Oleh itu sebarang perubahan terhadap skop, kos, skop kerja dan reka bentuk projek tanpa kelulusan Jawatankuasa ini tidak akan dibenarkan. Bagi memperkukuhkan lagi peranan dan keberkesanan jawatankuasa ini, kerajaan akan menambah bilangan jawatan profesional seperti jurutera, arkitek dan juru ukur bahan. Jawatankuasa ini akan membuat laporan secara berkala pada Jemaah Menteri mengenai pematuhan standard dan isi-isu berkaitan. Kerajaan akan terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan industri tempatan melalui perolehan kerajaan dan telah mewajibkan penggunaan bahan-bahan barangan atau perkhidmatan tempatan dan keutamaan kepada pembuat tempatan dalam setiap perolehan kerajaan. Perolehan barangan import hanya boleh dilaksanakan setelah dipastikan ianya tidak boleh diperoleh secara tempatan ataupun kos barangan tempatan terlalu tinggi. Selain itu, jadi hasrat kerajaan agar sektor swasta turut menyokong usaha kerajaan ini dengan memainkan peranan penting iaitu mengutamakan barangan tempatan dalam setiap perolehannya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin strategi dan langkah yang telah dirangka, dalam pakej rangsangan ini adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam kancah kemelesetan yang mendalam. Kita tidak boleh bergantung kepada dasar pemulihan ekonomi secara ortodoks, sebaliknya kita mesti berani merangka kaedah inovatif untuk menangani krisis ini. Ini merupakan tempoh yang amat mencabar bagi kita semua, kita semua harus bersedia dan tabah untuk menghadapi impak negatif krisis ini, pengalaman kesusahan dan keperitan yang kita lalui pada krisis-krisis terdahulu perlu kita jadikan panduan dan iktibar dalam kita menangani krisis kali ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kelemut politik. Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka... [Tepuk] Kita perlu peka dengan saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat... [Tepuk] Saya menyeru supaya semua pihak termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini ataupun di sebelah sana. Setiap lapisan masyarakat berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mampan. Pada sidang khas mengenai Gaza, Palestin di Dewan yang mulia ini, kita semua, pihak kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan. Ya benar, kita di negara ini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini, kadang- kadang di bawah pokok... [Ketawa] Namun besar harapan semua bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda kita akan sentiasa sepakat sekata sederap usaha. Yang penting memikir melaksanakan apa sahaja untuk kebaikan rakyat jelata. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT untuk memberi semangat keyakinan, kekuatan serta ketabahan kepada kita semua. Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan, panduan yang telah diberikan dalam menangani cabaran ekonomi dan politik negara. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan Usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama tahun 2009 selepas ucapan ini.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Usul — Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil. 1) 2009Motion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul yang dikemukakan atas nama Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut, hendaklah disahkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu, dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas pada esok hari Rabu 11 Mac 2009. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 11 Mac 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.19 petang.