Dewan Rakyat · 11 March 2009

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 871 turns · 69,716 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ismail bin Kasim (Chu)UMNO · BNArau · question

1. Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Pelancongan menyatakan, apakah usaha pihak kementerian untuk mempelbagaikan sektor penglibatan usahawan bumiputera dalam industri pelancongan, memandangkan kebanyakan ejen pelancongan bumiputera sekarang lebih banyak tertumpu pada perniagaan jualan tiket, mengadakan pakej umrah dan bergantung pada kontrak lawatan kerja di luar negara oleh agensi kerajaan.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul TaibPBB · BNTimbalan Menteri Pelancongan · Kota Samarahan

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan sentiasa menggalakkan lebih ramai golongan bumiputera untuk melibatkan diri dalam sektor pelancongan termasuk meneroka sektor-sektor pelancongan baru dan tidak terhad kepada perniagaan agensi pelancongan yang menjalankan jualan tiket dan menganjurkan umrah semata-mata. Syarikat-syarikat agensi pengendalian pelancongan dan pengembaraan bumiputera digalakkan untuk memberi tumpuan dalam mewujudkan pakej-pakej domestik dan pakej unit melalui penyertaan pameran ekspo pelancongan MATTA dan BUMITRA Bagi yang berminat menyertai pameran-pameran anjuran kementerian atau yang berkaitan akan diberikan kelonggaran untuk menyertai dan melaksanakan transaksi perniagaan dalam pameran tersebut. Dalam usaha meningkatkan ekonomi, Kementerian Pelancongan juga menyediakan bantuan kewangan untuk menaikkan taraf dan membangunkan infrastruktur asas homestay yang berdaftar dengan kementerian. Di samping itu, Kementerian Pelancongan juga menyediakan sebuah dana khas iaitu Tabung Khas Pelancongan untuk pengusaha bumiputera di dalam industri pelancongan. Dana tersebut bernilai RM3 bilion dikendalikan oleh SME Bank. Sebarang permohonan untuk mendapatkan pinjaman tersebut boleh dimajukan terus kepada SME Bank yang terdekat. Maklumat mengenai dana tersebut juga boleh diperoleh di laman web Kementerian Pelancongan. Kementerian Pelancongan akan sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif dalam mengusahakan, menggalakkan dan memperbaiki penglibatan bumiputera dan industri pelancongan negara. Terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

n Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, kita menyasarkan jangkaan pendapatan bagi sektor ini ialah lebih daripada RM59.4 bilion. Itu sasaran kita sehingga tahun 2010. Jadi, dengan masa yang begitu lama, dengan kemudahan yang kita ada, pihak kementerian boleh menyediakan pelan yang lengkap, menyeluruh dan strategi yang lebih baik dalam membantu usahawan bumiputera untuk bekerjasama dengan usahawan-usahawan bukan bumiputera dalam bidang berkaitan pelancongan ini bagi menyasarkan jumlah tertentu. Ini kerana kalau kita lihat buktinya Persatuan Syarikat Pengembaraan dan Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) hanya mempunyai 140 syarikat sedangkan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mempunyai seramai 2,028 syarikat.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi di sini dengan kadar penyertaan BUMITRA ini lebih kurang sekitar 6.9 peratus sahaja dalam MATTA yang diiktiraf oleh kerajaan, apakah langkah-langkah yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan termasuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain bagi memastikan pengusaha-pengusaha bumiputera sebagai agen pelancongan ini mendapat rangkaian yang lebih baik terutamanya di peringkat antarabangsa dalam memastikan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dapat digembleng dan bersama-sama untuk mendapat peluang yang lebih baik dalam sektor pelancongan ini.

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, ejen-ejen dan syarikat-syarikat dalam pelancongan boleh menyertai dengan izin, trips ke overseas dengan kementerian. Itu lebih digalakkan supaya exposure, dengan izin, syarikat-syarikat ini lebih membangun. Kementerian akan sentiasa mencari langkah- langkah dan cara-cara untuk penglibatan syarikat-syarikat bumiputera untuk ditinggikan taraf atau standard syarikat-syarikat ini supaya mereka dapat membuat business yang lebih maju lagi dengan syarikat-syarikat asing. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan yang mulia ini sejauh manakah Program Homestay yang diperkenalkan ini telah benar-benar berkesan dan sejauh manakah kementerian membantu pengusaha-pengusaha homestay ini supaya kampung-kampung tradisi ini benar-benar menjadi satu destinasi yang dapat menambahkan pendapatan khususnya orang kampung yang dapat faedah daripada Program Homestay ini. Jadi itu soalan tambahan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah siling peruntukan RMK-9 homestay ialah sebanyak RM37.3 juta. Sehingga hari ini sebanyak RM29,210,680 telah diluluskan untuk urusan menaik taraf bilik air dan papan-papan tanda rumah homestay. Semasa masyarakat mengambil bahagian dalam homestay, kementerian bukan sahaja memberi duit untuk menaikkan taraf tetapi juga selalu bekerjasama dengan mereka supaya mereka mengetahui cara-cara untuk membuat business dengan pelancong-pelancong yang datang ke kawasan mereka, kawasan- kawasan homestay seperti membuat kedai makan, kedai menjual souvenir, dengan izin...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Promosi joget!

...Dengan banyak lagi kraf tangan supaya pelancong-pelancong dapat membuat business dan orang yang membuat homestay ini maju. Terima kasih.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, tindakan pekerja-pekerja asing yang dipecat dan memfailkan kes di bawah seksyen 20, Akta Perusahaan 1967 di mana jarak masa kes didengar di Mahkamah Perusahaan dua tiga tahun di samping permit mereka masih sah.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Perusahaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerja asing yang mana kes mereka sedang dibicarakan di Mahkamah Perusahaan akibat dibuang kerja atas pelbagai alasan. Menurut rekod Mahkamah Perusahaan, sehingga 10 Mac 2009 terdapat sebanyak 33 kes yang sedang dikendalikan dan daripada kes-kes ini 22 proses sedang dalam perbicaraan, 3 kes sedang menunggu bicara dan lapan kes iaitu ada statutory atau telah menghadapi judicial review. Saya juga hendak menjelaskan bahawa kesemua kes ini yang melibatkan pihak pekerja expatriate dan bukan daripada golongan pekerja asing blue collar. Kes-kes yang melibatkan pekerja asing biasa iaitu daripada golongan blue collar kebanyakannya telah diselesaikan di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan. Di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan, pekerja yang memfailkan kes adalah bertujuan untuk dipulihkan ke jawatan asal. Bagaimanapun dalam kes pekerja asing, jika berlaku pemulihan kerja, pekerja asing tersebut akan dipulihkan kerja bagi memenuhi tempoh baki kontrak yang masih ada ataupun akan dibayar baki gaji sehingga tamat tempoh kontrak. Itu sahaja.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Bagi pekerja asing yang sedang menunggu tarikh perbicaraan, mereka akan diberi permit sementara oleh pihak imigresen yang perlu diperbaharui dari bulan ke bulan. Dalam tempoh tersebut, pekerja asing berkenaan boleh bekerja dengan majikan lain melalui kelulusan yang dia dapat daripada Jabatan Imigresen dan sokongan daripada Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Menteri kerana memberikan jawapan walaupun itu bukan jawapan yang saya kehendaki. Namun untuk tidak memanjangkan mukadimah soalan tambahan saya, soalan saya ialah begini bunyinya. Sejauh manakah rujukan Menteri di bawah seksyen 20(3) atas kewajaran yang tidak membenarkan kes itu didengar di Mahkamah Perusahaan untuk mendapatkan pampasan di bawah seksyen 30 bila mana kes tidak dibawa ke Mahkamah Perusahaan akan dianjak ke Mahkamah Tinggi dan akan memakan masa dalam proses untuk didengar di mahkamah kembali ke Mahkamah Perusahaan. Soalan saya ialah adakah Menteri memberikan satu time frame dalam waktu 60 hari sekurang-kurangnya application di bawah seksyen 20 itu untuk membenarkan kes ini dibawa kembali ke Mahkamah Perusahaan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan di dalam usaha mengendalikan kes-kes pemberhentian kerja yang telah dibawa aduannya kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan permohonan telah dibuat supaya kes ini dibuat rujukan kepada Mahkamah Perusahaan. Kita telah mempunyai satu tempoh masa ialah untuk menyelesaikan segala kes daripada masa diterima di Jabatan Perhubungan Perusahaan sampai selesai di Mahkamah Perusahaan, kalau boleh di dalam 24 bulan. Saya memberi penegasan kepada perkara ini dan pada tahun yang lalu kalau kita membuat satu perbandingan dengan tahun-tahun yang sebelum ini, kes-kes yang tidak dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan lebih kurang 30 peratus daripadanya. Itu ialah pandangan kementerian dan kita di dalam usaha untuk mengurangkan kes-kes yang tidak dirujuk melalui usaha. Satu menyelesaikan kebanyakan kes yang boleh di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan iaitu melalui mechanism conciliation yang telah dilakukan bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat persekutuan dan satu kategori yang telah dimulakan baru-baru ini ialah mempunyai pegawai-pegawai yang mempunyai pengalaman yang tinggi yang telah bekerja di dalam jabatan ini untuk jangka masa yang panjang yang boleh membantu untuk menyelesaikan kebanyakan kes ini yang boleh sampai beberapa tahun yang lalu, lebih kurang 65 peratus daripada kes yang telah didaftar di Jabatan Perhubungan Perusahaan telah diselesaikan dan cuma 35 peratus sahaja dibawa kepada pandangan saya dan daripada itu kebanyakan telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Minta maaflah Ipoh Barat. Dia punya peraturan sudah... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya memang terpanggil untuk menyuarakan persoalan ini sebab ianya bukan lagi isu yang boleh kita pandang remeh atau lindungi. Rata-rata pekerja asing ini mereka datang sini secara sah, mendapat pekerjaan, tiba-tiba mereka diberhentikan, kontrak masih jalan. Persoalannya, kenapa tidak Kerajaan Malaysia ini mempermudahkan pengurusan penyelesaian tersebut, kenapa tunggu 24 bulan, kenapa tunggu lama? Apakah mahkamah kita ini kurang efisien sehingga tidak boleh menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dipercepatkan? Kalau selesai bermakna mereka boleh pulang ke negara asal masing-masing kalau tidak ada pekerjaan. Kalau kita tangguh, bermakna masalah kebajikan, masalah sosial dan sebagainya dan ini meragukan orang ramai sehingga tercetusnya rompakan sana sini. Rata-rata akhir-akhir ini perompak-perompak ini orang luar. Apabila polis tembak, orang ramai marah. Tidak tembak, dia tembak polis. Jadi ini ceritanya, kill or to be killed. Jadi adakah kerajaan berhasrat menyelesaikan persoalan ini secara cepat untuk kebajikan dan kepentingan negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan segala pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat. Sebenarnya ada dua kategori isu.

Salah satu dari isu ialah berkenaan majikan yang tidak bayar gaji atau bayar gaji kurang, tidak bayar overtime ataupun mengurangkan tempoh masa. Ini semua isu-isu keburuhan iaitu isu-isu berkenaan dengan Jabatan Tenaga Kerja. Kebanyakan daripada kes ini diselesaikan di Jabatan Tenaga Kerja dengan Mahkamah Buruh di dalam tiap-tiap Jabatan Tenaga Kerja. Kes-kes ini biasanya diselesaikan di dalam beberapa bulan sahaja dan kalau tempoh pas kerja mereka sudah habis di dalam tempoh itu, ini dipanjangkan sebulan ke sebulan dan diberi kebenaran untuk kerja supaya mereka boleh selesai dan balik ke negara asal mereka dengan tidak ada masalah. Akan tetapi kes tersebut yang dibangkitkan ini ialah tentang pembuangan kerja. Perkara pembuangan kerja bukan dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja tetapi oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan di dalam akta yang lain di mana kes itu diselesaikan di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Jikalau tidak dapat diselesaikan, dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Oleh itu apa yang saya telah maksudkan tentang 24 bulan itu ialah satu tempoh yang telah kita tetapkan supaya segala kes yang dibawa kepada Mahkamah Perusahaan diselesaikan di dalam masa itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua mohon soalan tambahan satu. Tuan Yang di-Pertua, mohon soalan tambahan atas semangat krisis ekonomi dan hak pekerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Atas semangat itu juga, saya berhentikan saya jemput soalan nombor tiga... [Dewan riuh] [Ketawa]

Mohd Puad bin ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat · question

3. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan, kenapakah pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) amat perlahan. Kenapa Sime Darby selaku peneraju utama kepada NCER tidak berminat untuk melaksanakannya.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkembangan pelaksanaan program dan projek pembangunan NCER adalah mengikut jadual seperti yang dirancang oleh pihak Northern Corridor Implementation Authority ataupun NCIA. NCIA sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan setiap program dan projek dapat dijalankan sebaik mungkin. Setakat ini daripada 40 program dan projek yang telah diperakukan oleh NCER, sebanyak 17 projek ataupun 42.5 peratus telah bermula di pelbagai peringkat pelaksanaan. Antara program-program dan projek utama yang telah dimulakan pelaksanaannya adalah seperti berikut: (i) menaikkan taraf jalan-jalan ladang MADA; (ii) menaik taraf jalan masuk ke kawasan ladang di Kedah; (iii) program usahawan wanita di Kulim Hi-Tech Park Kedah; (iv) menaik taraf pangkalan feri Kuala Perlis; (v) pembangunan ladang semaian padi di Kerian, Perak; (vi) program pembangunan komuniti mapan di Kampung Sungai Kerang, Perak dan Kampung Bukit Kura di Kedah; (vii) Education City Hostel di Taiping, Perak; dan (viii) program pusat sumber digital di Taiping, Perak. Tuan Yang di-Pertua, peranan Sime Darby Berhad pada awal penubuhan NCER adalah untuk menerajui penyediaan pelan induk NCER. Pelaksanaan program dan projek yang telah dirancang diserahkan kepada NCIA sebagai pihak berkuasa koridor NCER yang berperanan melaksana dan memantau rancangan pembangunan yang telah diatur.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Walau bagaimanapun, pihak Sime Darby turut terlibat di dalam inisiatif program dan projek di bawah pelaburan pihak swasta dengan melabur dalam beberapa projek sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka seperti berikut: (i) projek penanaman jagung manis di kawasan seluas lebih 300 ekar di Bukit Tangga, Kedah dengan pelaburan sebanyak RM4 juta; (ii) Agropreneur Development Program sebagai salah satu usaha untuk membasmi kemiskinan dengan memperkenalkan program keusahawanan dalam bidang pertanian dengan pelaburan sebanyak RM8 juta; (iii) penubuhan pusat kajian biji benih di Perlis dengan kerjasama kerajaan negeri dengan pelaburan sebanyak RM10 juta; dan (iv) mewujudkan sebuah model ladang padi yang menggunakan teknologi terkini dan sistem pengairan moden dengan pelaburan sebanyak RM16 juta di Ladang Gedung Bagan Serai, Perak. Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, pihak Sime Darby juga akan membangunkan aktiviti berkaitan pertanian di kawasan miliknya di masa hadapan memandangkan konglomerat ini mempunyai hak milik kawasan berkaitan kelapa sawit yang luas di Semenanjung Malaysia. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, soalan saya ini saya kemukakan berasaskan kepada kenyataan Penasihat NCER sendiri yang menyatakan bahawa Sime Darby seperti tidak berminat. Mereka lebih berminat membina LCCT di Labu sebelum ini dengan jumlah yang sebegitu besar. Jadi, saya ingin bertanya di sini, Sime Darby sebagai peneraju utama kepada NCER. Maka peranannya adalah cukup besar. Jadi, apakah sebenarnya selain daripada yang disebutkan mengenai yang kecil-kecil tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Peranan mereka untuk membantu stimulus ekonomi khususnya di kawasan koridor tersebut kerana tidak banyak disebut di dalam pakej mini bajet RM60 bilion tersebut. Maka apakah yang dirancang dan terbaru yang akan dilaksanakan dengan segera oleh Sime Darby di kawasan tersebut terutamanya dari segi pekerjaan.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sasaran NCIA untuk dari segi pelaburan swasta ialah RM24 bilion untuk keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan. Komitmen Sime Darby daripada RM24 bilion sasaran pelaburan ialah RM8 bilion. Apa yang saya nyatakan tadi adalah sebahagian kecil daripada pelaksanaan komitmen Sime Darby yang ada sekarang. Saya ada senarai-senarai pelaburan Sime Darby untuk memperincikan RM8 bilion itu. Mungkin saya akan berikan senarai itu kepada Yang Berhormat nanti. Sime Darby komited untuk melaburkan RM8 bilion untuk Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga Sime Darby berperanan di NCIA bukanlah sahaja seperti saya katakan untuk melabur tetapi juga untuk memberi catalyst dengan izin supaya dapat pertanian moden dan terkini serta berteknologi tinggi dapat dilaksanakan di kawasan NCIA supaya dapat petani-petani ataupun pesawah-pesawah di kawasan itu menikmati teknologi-teknologi moden untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran mereka.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri tentang pelaburan yang dijalankan oleh NCER. Sungguhpun ada banyak rancangan di sini, tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa dari segi pelaksanaannya dan khususnya dalam aspek peruntukan yang diberikan adalah kurang sekali. Contohnya kalau kita lihat dari aspek pelaburan oleh Kerajaan Pusat baik Khazanah Nasional ataupun dari pihak kementerian adalah jauh berkurangan berbanding dengan Wilayah Iskandar. Seperti dalam stimulus pakej semalam, Wilayah Iskandar akan diperuntukkan RM1.7 bilion sedangkan untuk negeri Pulau Pinang ataupun untuk NCER tidak ada satu sen pun.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang keduanya ialah sungguhpun Ibu Pejabat NCER bertapak di Pulau Pinang, tetapi sehingga sekarang kita belum lihat ada apa-apa projek yang dijalankan di Pulau Pinang dan bolehkah senaraikan projek-projek yang akan dan sedang dilaksanakan di Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. NCIA dalam perancangannya memanglah dari segi mendapatkan pelaburan lebih kurang. Banyak kurang daripada Wilayah Iskandar Malaysia yang berjumlah mungkin RM80 bilion. Di Northern Corridor ini cuma RM28 bilion. Ini kerana dari segi tumpuan pelaburan yang akan ditumpukan oleh NCIA adalah berlainan sedikit, berlainan banyak daripada koridor-koridor lain.

Dari segi Iskandar, tumpuan pelaburannya ialah kepada real estate dan juga pembangunan daripada segi tourism tapi di Northern Corridor, tumpuan MCIA ialah untuk memberi kemajuan ataupun memodenkan lagi pertanian di kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatian selama ini. Di Pulau Pinang, kita mesti akui Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang amat maju daripada segi mendapatkan pelaburan. Tumpuan MCIA Pulau Pinang ialah tumpuan daripada segi pembangunan insan iaitu mendirikan tempat-tempat pendidikan dan tempat-tempat latihan supaya dapat kita mempertingkatkan pembangunan modal insan di Northern Corridor tapi tumpuan yang diberi oleh MCIA ialah daripada segi pembangunan pertanian dan juga pelancongan dan oleh itu kita tetap akan memberi tumpuan yang fokus kepada tujuan pembangunan MCIA. Sekian.

Gobind Singh DeoDAP · PHDamansara · question

4. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Perdana Menteri menyatakan, kenapa tiada tindakan diambil berkenaan laporan polis dan BPR yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan sekiranya ada, apakah tindakan itu.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Yang Berhormat dari Puchong mengatakan iaitu bahawa kita tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah tidak benar. Sebenarnya siasatan ke atas kes ini telah pun disiapkan. Memandangkan kes ini amat sensitif, berprofil tinggi dan mengambil kira tanggapan persepsi negatif yang mungkin timbul, SPRM iaitu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah mencadangkan tiga orang ahli panel bebas dilantik sebagai timbalan pendakwa raya untuk mengkaji dan membuat perakuan terhadap kes ini. Ketiga-tiga ahli panel bebas terdiri daripada bekas-bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan yang berwibawa, berintegriti tinggi dan dihormati oleh masyarakat awam. Mereka ialah: (i) Datuk Abdul Kadir bin Sulaiman; (ii) Dato’ Wira Haji Mohd Nor bin Haji Ahmad; dan (iii) Datuk Mohd Nor bin Haji Abdullah. Panel bebas ini tidak berbincang sesama mereka dan telah membuat ulasan secara profesional, telah mengkaji kes dengan teliti dan mendalam. Secara majoriti diputuskan Peguam Negara tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah seperti yang ditohmahkan dan tidak ada sebarang keterangan terhadap Ketua Polis Negara.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu bilakah keputusan ini telah pun dibuat oleh panel tersebut oleh kerana apa yang penting di sini adalah perception di mana kita semua dapat lihat banyak kes di mana isu-isu yang sensitif dibangkitkan di negara ini tetapi tidak ada sebarang balasan atau tindakan maklum balas daripada pihak polis. Kes Kugan misalnya, siasatan telah pun dibuat tapi sehingga sekarang langsung tidak ada sebarang makluman daripada pihak polis.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kes ini juga langsung kita tidak diberitahu apa-apa berkenaan dengan hasil siasatan. So saya nak tahu bilakah keputusan ini dibuat dan juga adakah kerajaan sedia untuk mencadangkan satu pindaan kepada undang-undang supaya dalam semua siasatan, siasatan polis ataupun siasatan kes-kes rasuah agar satu tempoh masa diberikan kepada pihak polis untuk mengembalikan keputusan sama ada hendak ataupun tidak membawa tindakan terhadap seorang suspek itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kes ini telah mula disiasat pada 2 Julai 2008 dan ianya telah pun siap dua bulan kemudian tetapi disabitkan oleh kerana kita perlu lagi untuk mengambil kira tentang beberapa perkara lagi supaya ianya bila keluar nanti akan tidak diragui oleh mana-mana pihak. Maka kita mengambil masa sedikit untuk mengumumkan tentang keputusan itu. Jadi akhirnya memandangkan daripada apa yang kita lihat, Yang Berhormat sendiri pun ada membuat soalan ini, kita memilih untuk menjawab pada hari ini di Dewan Rakyat dan juga dalam masa yang sama pukul 8 pagi tadi kita telah pun membuat press release berkenaan perkara yang sama.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri kata bahawa keputusan atau perakuan panel bebas ini ialah majoriti. Adakah ini bererti bahawa sekurang-kurangnya ada seorang yang berpendapat bahawa Peguam Negara adalah salah dan kalau begitu, siapa yang buat keputusan yang muktamad mengenai perkara ini dan kedua, apakah keadaan mengenai laporan yang dibuat terhadap IGP.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tanya budak sekolah kat sini pun, kalau panel itu 3, majoriti makna 2:1 lah. Tak payah tanya pada sayalah, kita tahu. Jadi, mesti 2:1 takkan 2 ½.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

There is a descending voice.

Jadi, dia memang majoriti maksudnya 2:1 lah. Jadi saya tidak dapat memberi maklumat di sini siapa yang tidak bersetuju dan siapa bersetuju tetapi dalam apa hal sekalipun, majoriti itu maknanya ialah betullah. Banyak kes pun macam Yang Berhormat Permatang Pauh dulu pun terlepas kerana 2:1 punya keputusan. Jadi jangan kita pertikaikan 2:1 memihak pada mereka, betul. 2:1 memihak kepada kita, tidak betul. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat biar adillah dalam tanya soalan kepada saya ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Mengenai soal IGP?

IGP tidak, IGP 3:0.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

IGP tidak?

Tengku Azlan Ibni Sultan Abu BakarUMNO · BNJerantut · question

5. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah cara-cara untuk mengawal keadaan jenayah yang semakin menjadi-jadi di negara kita.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Jerantut yang mengemukakan soalan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, pihak polis tidak menafikan bahawa peningkatan kadar jenayah sememangnya berlaku bagi dua tahun kebelakangan ini iaitu pada tahun 2007 dan 2008. Peningkatan ketara adalah di dalam kategori jenayah samun tanpa senjata api, pecah rumah dan curi. Tuan Yang di-Pertua, berbagai langkah telah diambil oleh PDRM sebagai strategi jangka pendek bagi menurunkan kadar jenayah iaitu untuk mewujudkan lebih banyak balai pondok polis komuniti iaitu sebanyak 115 buah yang ditempatkan di empat kontinjen iaitu Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor. Keduanya, penambahan keanggotaan seramai 60,000 orang daripada tahun 2007 sehingga 2012. Setiap tahun, pengambilan yang dibuat adalah di antara 10,000 orang hingga 12,000 orang dengan mengambil kira anggota polis yang bakal bersara.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Ketiganya, menambah pusat-pusat latihan polis bagi menampung pengambilan anggota baru seperti di Langkawi, Kedah dan Merlimau, Melaka. Keempat, mempertingkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan yang dikenal pasti banyak berlaku jenayah. Kelimanya, mempertingkatkan rondaan bit dan patrol di kawasan perumahan yang dikenal pasti kerap berlaku jenayah. Tuan Yang di-Pertua, walaupun langkah-langkah tersebut telah diambil, keadaannya masih lagi tidak memuaskan. Oleh itu, PDRM sedang mengkaji apakah langkah seterusnya yang boleh diambil bagi membendung peningkatan jenayah dalam perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Di antara pendekatan lain yang dilaksanakan oleh pihak polis ialah memberi kesedaran kepada masyarakat dengan cara meningkatkan lagi perjumpaan dengan masyarakat, mengadakan kempen-kempen dan ceramah sehingga ke peringkat sekolah, memberi latihan lanjut kepada pegawai dan anggota terutama bagi anggota di barisan hadapan iaitu front liner bagi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih berkesan. Bagi jangka masa panjang, pihak polis akan menambahkan keanggotaan di balai- balai di seluruh negara terutama sekali di bandar besar seperti di Balai Polis Sentul dengan penambahan sehingga ke 140 perjawatan jika dibandingkan dengan masa yang lalu seramai 80 orang anggota sahaja. Tuan Yang di-Pertua, PDRM mengalu-alukan kepada semua pihak daripada kalangan ahli masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan untuk sama-sama membantu pihak PDRM bagi menangani masalah jenayah masa kini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang panjang tadi. Dengan keadaan ekonomi yang kita menjangkakan akan memberi kesan kemelesetan ekonomi ini memberi kesan kepada rakyat kita dan dengan kehidupan rakyat yang terhimpit pada ketika ini dan kita menjangkakan juga ada pihak-pihak yang tertentu akan mengambil kesempatan untuk mencari jalan untuk mendapat imbuhan-imbuhan atau merompak dan berbagai-bagai lagi cara.

Saya menjangkakan kadar jenayah ini akan meningkat dan apa yang telah diterangkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri, dengan apakah cara-cara yang pada hari ini strategi yang difikirkan oleh pihak polis sama ada ini mencukupi atau tidak? Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita gunakan angkatan tentera untuk membantu pihak polis terutamanya di kawasan-kawasan yang strategik umpamanya di kawasan lapangan terbang antarabangsa yang mana kita tahu pernah digunakan oleh negara-negara lain untuk mengawal keadaan di kawasan lapangan terbang ataupun di kawasan-kawasan yang strategik seperti yang saya kata. Itulah soalan saya, terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Sebagaimana Yang Berhormat mengatakan bahawa di dalam keadaan di mana ekonomi kita berhadapan dengan krisis global, jadi sememangnya ia akan mempunyai pengaruh dari segi penambahan kes-kes jenayah dan soal-soal sosial, soal kekeluargaan banyak isu yang memerlukan kita untuk terus meningkatkan keupayaan dan persediaan kita bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut. Sebab itu tadi saya gariskan langkah-langkah yang perlu kita ambil dan saya fikir ia memerlukan kepada kehadiran polis di merata tempat dan sokongan yang padu daripada rakyat jelata untuk mengambil langkah-langkah preventive iaitu menahan perkara itu daripada berlaku. Berkenaan dengan persoalan Yang Berhormat sama ada kita boleh menggunakan pasukan tentera untuk tujuan-tujuan tertentu, pasukan tentera sebagaimana yang kita ketahui adalah bukan satu pasukan civilian. Oleh itu di dalam mempertahankan kawasan- kawasan strategik atau pun security area, kawasan keselamatan, pihak polis berupaya melakukan segala kerja sama ada di lapangan terbang atau tempat-tempat lain untuk menentukan bahawa tempat itu tidak menimbulkan masalah dan tidak mendatangkan kesulitan kepada pihak polis.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Hanya saya belum lagi berpuas hati dan dari segi effort kita bagi mengurangkan jenayah di dalam kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang mempunyai perumahan. Oleh itu langkah-langkah lain peru kita ambil.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya suatu masa dahulu ramai anggota-anggota RELA digunakan bagi membantu polis. Ramai anggota RELA khususnya di kawasan-kawasan kilang-kilang. Ini banyak problem lain juga. Jadi soalan saya kalau sekiranya RELA ini kita betul-betul tetapi kita bagi training betul-betul. Training maknanya bukan sahaja dari segi kawad tetapi juga undang-undang dan lain-lain pengetahuan. Saya yakin Yang Berhormat Menteri, yakin sungguh-sungguh mereka ini akan memberikan khidmat yang cukup baik dan membantu polis dalam menyelesaikan masalah. Rakyat tengok uniform dia sudah takut. Jadi saya cadangkan depa ini bagi train sungguh-sungguh. Terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Ketawa] Apa Yang Berhormat Ipoh Barat bercakap. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Probing matter.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Pasukan RELA akan diberikan latihan sesuai dengan tugasan yang akan diberikan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas cadangan yang dibuat, insya-Allah mengikut keperluan dan di bawah kerjasama pihak polis kita boleh menggunakan dan terus menaikkan kemampuan dan kecekapan pasukan RELA untuk membantu dalam kawalan-kawalan Yang Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, boleh soalan tambahan. Satu soalan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, lain kali Yang Berhormat.

Abdul Aziz bin Abdul KadirPKR · PRKetereh · question

6. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan para belia yang telah diberi bimbingan mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Sila berikan beberapa contoh kejayaan yang dapat dibanggakan di kalangan belia yang telah mendapat bimbingan agensi di bawah kementerian.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. KBS sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan belai-belai yang mendapat bimbingan dan latihan daripada kementerian ini akan mencapai kejayaan-kejayaan yang dapat dibanggakan. Sehubungan dengan itu, antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh KBS bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai ialah melalui beberapa program seperti berikut: (i) Pembangunan Keusahawanan - KBS menyediakan dua skim bantuan kepada golongan belia yang berpotensi untuk menceburi dalam dunia perniagaan iaitu menerusi Program Bimbingan Usahawan Muda dengan pembiayaan berjumlah RM3000 dan Skim Tabung Ekonomi Bela berjumlah RM5000 hingga RM50,000. Pada tahun 2008, seramai 17,510 orang peserta telah mengikuti pelbagai program pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini manakala seramai 1448 orang peserta telah diberikan bantuan dana dan peralatan di bawah program PPBUM. Bagi program di bawah STEP, sehingga setakat ini seramai 596 orang belia telah diluluskan pinjaman yang melibatkan pengagihan sebanyak RM21.1 juta; dan

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tanjong Piai

(ii) Pembangunan Kepimpinan - Bagi tahun 2009 sebanyak 15 kursus peringkat pertengahan dan tertinggi akan dianjurkan oleh kementerian dan akan melibatkan penyertaan bakal-bakal pemimpin belia seramai 1350 orang dan pemimpin-pemimpin belia yang berpotensi diberi peluang untuk mengikuti pelbagai program yang dianjurkan di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Asean campur tiga iaitu negeri China, Jepun dan Korea, Asia Tenggara, Komanwel dan negara-negara lain yang mempunyai hubungan dua hala dengan Malaysia. Kejayaan pendekatan ini dapat dilihat apabila pada masa kini belia Malaysia telah diberi kepercayaan untuk memimpin organisasi belia peringkat antarabangsa seperti World Assembly of Youth, Asian Youth Council, Committee Asian Youth Council. Bagi pembangunan persatuan pula Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2008 KBS menerusi program memperkasakan persatuan belia telah melonjakkan pergerakan persatuan belia di pelbagai peringkat dengan memberi sedikit bantuan untuk menjalankan aktiviti persatuan. Di samping itu, persatuan belia juga digalakkan untuk mendapatkan dana tambahan dari sumber lain untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang bagi melahirkan ahli persatuan belia yang mempunyai kematangan dalam berfikir, kreatif dan mempunyai personaliti diri dan berdaya saing, sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Dalam sama-sama berusaha untuk menangani krisis ekonomi global ini, saya kira kementerian juga seharusnya memantau proses memberi pinjaman ini dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya tidak ada pra syarat yang tidak sepatutnya dalam usaha meluluskan bantuan atau pinjaman kepada para belia ini seperti contohnya dalam memberi pinjaman seharusnya menjadi ahli UMNO ataupun borang-borang permohonan disahkan oleh pimpinan utama UMNO sebagaimana yang dibuat dalam pinjaman TEKUN. Adakah kerajaan bersedia untuk memastikan bahawa perkara-perkara tersebut tidak berlaku dan dihindarkan dari usaha menyalurkan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak. Terima kasih.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu tidak timbul sekalipun. Kalau kena adanya bantuan daripada ketua-ketua masyarakat atau setempat hanya untuk memastikan kesahihan atau keperluan itu. Itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat kata perlu kita ikhlas, perlu kita merujuk kepada sasaran yang tepat maka itulah satu cara yang saya rasa boleh menepati keperluan semua dan bukan untuk golongan tertentu sahaja, sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di sini saya mahu minta penjelasan, bekas-bekas ahli-ahli sukan ataupun atlet-atlet yang berjasa kepada negara kita. Apakah usaha kementerian dalam membantu mereka dalam perniagaan demi masa hadapan mereka yang telah berjasa kepada negara? Minta penjelasan.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak ini satu soalan yang baik. Yang Berhormat sebenarnya apa yang dirancang atau program-program mahupun pinjaman-pinjaman yang dilakukan oleh kementerian adalah demi kebaikan untuk belia-belia, maka kalau dikatakan atlet-atlet di negara kita kalau mereka memang mahir, kalau mereka memang ingin menjalankan perniagaan. Maka apa yang saya katakan tadi itu, pinjaman RM5,000 hingga RM50,000 kepada usahawan kecil ini, maka kementerian boleh memberi keutamaan sekiranya mereka memang berminat. Sekian, terima kasih.

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

7. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Perdana Menteri menyatakan; (a) apakah sebenarnya keseluruhan skop projek Petronas di Kimanis Sabah dan berapakah kosnya; dan (b) apakah kaedah pelantikan kontraktor pelaksana dan siapakah kontraktor-kontraktor pelaksana yang dilantik.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di- Pertua, pada masa ini Petronas sedang menjalankan projek bersepadu minyak dan gas Sabah Sarawak ataupun dengan izin, Sabah-Sarawak Integrated Oil and Gas Project yang melibatkan Pembangunan Sektor Huluan di Luar Pantai Sabah dan Sektor Hiliran di Kimanis Sabah iaitu Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) dan Sabah-Sarawak Gas Pipeline. Di bawah projek bersepadu ini, pengeluaran minyak dan gas daripada pembangunan beberapa lapangan minyak dan gas yang baru di luar pantai di Sabah, akan disalurkan ke SOGT. Bagi tujuan ini SOGT akan dilengkapi dengan kemudahan penerimaan, penyimpanan dan pengeksportan minyak mentah serta kemudahan- kemudahan lain. Ia juga akan dilengkapi dengan kompleks pejabat, operasi, penyelenggaraan dan gudang penyimpanan alat ganti. SOGT yang dijangka siap dan mula beroperasi pada tahun 2012, akan mempunyai jumlah kapasiti penyimpanan sebanyak 2.5 juta tong minyak mentah dan mampu 5 juta tong minyak mentah dan mampu mengendalikan sebanyak 300 ribu tong mentah sehari dan lebih kurang 1,250 juta kaki padu gas sehari. Minyak mentah dan kondusif yang diterima SOGT kemudiannya akan dijual ke pasaran domestik dan antarabangsa. Sebahagian daripada bahagian gas yang diterima SOGT pula akan dimanfaatkan untuk kegunaan sektor elektrik dan industri hiliran. Sebahagian lagi akan disalurkan ke kompleks L&G Petronas di Bintulu melalui saluran paip sejauh 500 kilometer yang akan dibina di bawah projek SSGP. Projek pembangunan SOGT melibatkan dua komponen utama iaitu kerja-kerja penyediaan tapak, serta kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiap sediaan. Tuan Yang di-Pertua, tawaran tender bagi kerja-kerja penyediaan tapak telah dibuat secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor bumiputera termasuk dari Sabah yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas. Kontraktor-kontraktor yang telah berjaya memperoleh kontrak ini adalah Ribuan Gaya Sdn. Bhd dan sebuah konsortium yang terdiri daripada syarikat Monty Sdn. Bhd, Wilako Sdn. Bhd, WBS Construction dan Pemborong Lebat Sdn. Bhd. Kos bagi kerja-kerja tersebut dianggarkan sebanyak RM100 juta. Bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyiap sediaan ataupun engineering procurement construction and commissioning dengan izin. Pada masa ini, tawaran tender terbuka kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar dengan Petronas sedang dijalankan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Projek ini 500 kilometer dari Kimanis ke Bintulu. Soalan tambahan saya ialah kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Petronas mesti berdaftar dengan Petronas. Akan tetapi masalahnya ramai kontraktor yang berwibawa tidak berdaftar, mereka tidak tahu. Jadi bererti Petronas memilih kontraktor-kontraktor daripada apa yang mereka ada berdaftar, kontraktor besar lain tidak tahu. Persoalan saya di sini pertama, kalau sekiranya kita sudah lantik main kontraktor, saya mahu tahu berapa ramai subkontraktor kecil dari kalangan bumiputera yang dapat tempias, berapa ramai. Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak ada senarai, saya minta secara bertulis, berapa ramai kontraktor kecil yang diberi subkontrak untuk projek yang beratus juta ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi prosedur Petronas ialah untuk mencarikan kontraktor-kontraktor yang diberi kerja ini ialah kontraktor yang boleh ada kebolehan. Dari segi itu, Petronas mempunyai cara iaitu setiap kontraktor yang ingin mendapatkan kontrak daripada Petronas dan dapat menjalankan dengan berkesan harus berdaftar. Secara pendaftaran itu ialah secara pendaftaran yang agak mudah, bukannya menyusahkan kontraktor.

Kalau kita mendapat lebih ramai kontraktor kecil dapat berdaftar dengan Petronas supaya dapat berpeluang untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas. Dari segi senarai subkontraktor itu yang mendapat kontrak-kontrak dari subkontraktor besar, saya akan berikan senarai itu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ini soal Petronas di Kimanis, Sabah Yang Berhormat. Kalau yang lain itu...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya pun hendak bekerja di Sabah...

Beri kepada Bintulu. Bintulu kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bagi Shah Alam Yang Berhormat. Ini tidak ada tawar menawar Yang Berhormat. Tadi saya sudah bagi Yang Berhormat Bintulu.

Ini ada terlibat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Bekerja semua orang akan dapat, bukan dari tempatan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya melihat bahawa Sabah Oil and Gas Terminal ini mempunyai kelengkapan yang cukup banyak dan volume ataupun jumlah crude dan gas yang juga agak munasabah. Saya tidak faham, mengapa kekayaan dari negeri Sabah ini yang diturunkan dari laut diturunkan ke SOGT ini tidak dimanfaatkan di situ dengan sepenuhnya. Akan tetapi hanya sekadar untuk receiving, storage lepas itu eksport dan untuk dia punya down stream activities iaitu petrol chemical, fertilizer dan sebagainya, kita sanggup membina satu saluran pipeline sejauh 500 kilometer. Seperti mana yang kita tahu, pipeline ini bukan pipeline yang mudah. Ia memerlukan pumping station, dan sebagainya. Dia punya corrosion prevention dan sebagainya ia akan menelan belanja yang begitu tinggi. Soalannya mengapa tidak wang yang sama digunakan untuk membina satu industri downstream petrol chemical dan sebagainya di Kimanis ataupun di Sabah itu sendiri daripada membelanjakan beratus-ratus juta? Mungkin Yang Berhormat Bintulu dia seronoklah turun ke Bintulu. Akan tetapi Yang Berhormat Kimanis ini mengamuk pula. Lalu saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Projek SOGT Petronas bukannya projek akan habis di setakat SOGT. Dari segi industri hiliran, memang digalakkan Petchem terutamanya petrol-chemical. Itu akan Petronas dan pelabur-pelabur lain yang berminat untuk mengembangkan industri hiliran. Petchem di SOGT akan mengkajinya sesudah SOGT ini akan siap.

Dari segi pelaburan LNG ataupun paip gas daripada Sabah ke Bintulu, kalau dikaji dari segi feasibility nya, gas daripada Petronas dari Sabah, hanya 1250 kaki padu sahaja. Ini adalah amat kecil. Untuk membina loji LNG di Sabah, harganya kira-kira RM20 bilion. Jadi oleh itu, dengan gas yang kecil daripada Sabah, dan pembinaannya yang agak mahal taklah feasible. Jadi membina pipeline untuk yang berharga RM1.5 bilion adalah feasible dan gas yang disalurkan kepada Bintulu hanyalah 1/3 daripada gas yang dikeluarkan oleh pantai persisiran Sabah. Jadi dari segi feasibilitynya, memang manfaatnya ialah menggunakan loji yang telah ada.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

8. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) adakah kerajaan pernah mengeluarkan laporan mengenai kes- kes penindasan pekerja-pekerja asing yang dibayar gaji rendah serta ditipu; dan (b) jika ada, apakah langkah dalam menangani isu ini dan jika tiada, kenapa.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kementerian Sumber Manusia mempunyai segala maklumat tentang isu ini tetapi kita tidak mengeluarkan laporan. Kementerian sentiasa mengambil tindakan ke atas setiap aduan yang dibuat oleh pekerja asing. Bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja asing dilindungi, Jabatan Tenaga Kerja telah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, melalui beberapa jenis aktiviti. Pada tahun yang lalu, sebanyak 15,628 tempat majikan telah diperiksa oleh jabatan, dan pemeriksaan yang dilakukan akan meliputi aspek kebajikan pekerja asing yang digajikan, dan juga aspek pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan dengan penggajian mereka. Sekiranya sewaktu pemeriksaan didapati majikan tersebut telah melakukan pelanggaran undang-undang, jabatan akan melaksanakan sama ada memberikan peluang bagi majikan untuk mematuhi perundangan itu atau melakukan pendakwaan, dan kompaun kepada majikan yang enggan mematuhi undang-undang, dan melakukan kesalahan yang berat. Tindakan kompaun telah dikenakan ke atas 71 majikan, yang didapati tidak melaporkan penggajian pekerja asing mereka kepada jabatan, iaitu pelanggaran di bawah seksyen 60(k) pada tahun yang lepas. Pekerja asing pun membuat aduan terus kepada jabatan, dan tindakan siasatan dalam tempoh tiga hari akan dibuat ke atas aduan yang difailkan kepada jabatan. Pada tahun yang lalu, jabatan telah menerima 582 kes dan telah berjaya menyelesaikan 557 kes iaitu kadar 95 peratus. Siasatan aduan yang dijalankan akan lebih menjurus kepada aduan yang difailkan, dan sekiranya siasatan mendapati aduan tersebut adalah berasas, maka tindakan pendakwaan dan kompaun, akan dikenakan ke atas majikan tersebut. Bagi pekerja asing yang tidak mendapat pembayaran gaji, ataupun apa-apa bayaran kewangan sebagaimana di dalam kontrak mereka, tuntutan melalui Mahkamah Buruh akan dibuat, dan tuntutan yang difailkan pada tahun yang lalu, bagi tuntutan bayaran gaji yang tertunggak dan lain-lain berkenaan dengannya, adalah lebih kurang 438 kes. Dari jumlah ini, lebih daripada 86 peratus telah diselesaikan. Pekerja asing juga diberi perlindungan daripada kemalangan sewaktu bekerja, melalui Skim Pampasan Pekerja, di bawah peruntukan Akta Pampasan Pekerja, dan pada tahun yang lalu, 6,539 kes pampasan telah difailkan dan daripadanya 6,398 kes telah diselesaikan. Kes-kes ini melibatkan kemalangan yang membawa kecederaan sementara, kekal ataupun kes-kes yang menghadapi maut. Majikan yang menggaji pekerja asing, perlu melaporkan dalam tempoh masa 10 hari daripada tarikh kemalangan yang menimpa pekerja asing, dan sekiranya mereka gagal, majikan tersebut boleh didakwa atau di kompaun. So, itulah dengan ringkasnya, pendekatan yang diambil oleh kementerian, di dalam menjaga kebajikan pekerja asing, di dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Dari jawapan Yang Berhormat Menteri menunjukkan satu gambaran di mana, situasi kronik di negara ini mengenai pekerja-pekerja asing, telah dan dapat diatasi. Akan tetapi di dalam realitinya, itu bukanlah benar-benar yang betul kerana Yang Berhormat Menteri sendiri, lebih kurang tiga bulan dulu telah pergi dengan kawan saya Exco dari Perak, A. Sivanesan ke satu kilang di Menglembu, di mana beratus-ratus orang bekerja di sana, yang tidak dibayar gaji, ada di antara mereka yang tidak ada permit, tidak ada hak untuk bekerja di sana di mana mereka tidak dibayar gaji.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu adalah satu di antara kes-kes yang mungkin di mana Yang Berhormat Menteri turun. Soalan saya mengenai perkara ini adalah, macam mana kita sebenarnya dapat mengatasinya, walaupun tidak ada laporan dari pekerja-pekerja di sana. Bermaksud adakah kita, kementerian dapat mengesan sebelum satu laporan dibuat, supaya at source, perkara itu dapat diatasi. Berkaitan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, telah mengatakan sebanyak RM700 juta akan diagihkan untuk mengatasi dan memberi priority kepada teras pertama, iaitu mengatasi unemployment dan juga create new empolyment. Adakah kementerian ini, sesungguhnya boleh mengimplementasikan perkara ini, walhal unemployment rate dikatakan akan dinaikkan, walaupun kerajaan mengatakan daripada 3.8 peratus kepada 4.5 peratus, tetapi itu adalah angka yang tidak benar, kerana yang betul adalah dikatakan lebih kurang 10 peratus, kerana keadaan yang sama berlaku di Amerika dan UK. Jadi soalan saya ialah, apakah tindakan yang telah disesuaikan sekarang supaya perkara-perkara di mana pekerja-pekerja kita diberi keutamaan dari pekerja-pekerja asing supaya jangan kita seperti baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ini dah berantai Yang Berhormat, bukan lagi...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Berkaitan 70 ribu Bangladeshi. Bila keluar dari surat khabar, baru Menteri lompat, kalau tidak ada, dia akan duduk sahaja. Jadi itu yang menjadi perkara. Kita tahu ada beratus-beratus ribu orang dari Nepal dan sebagainya, akan datang. Adakah tindakan yang serius akan diambil supaya dapat mengelak perkara macam ini.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di peringkat kerajaan, kita sentiasa sedar dan terus bekerja untuk memastikan bahawa hasrat- hasrat yang telah dicadangkan telah dikemukakan oleh Yang Berhormat dicapai. Akan tetapi, di dalam peringkat Ahli Yang Berhormat, bila ada isu sahaja dibangkitkan tetapi tidak bantu, untuk menyelesaikan masalah secara proaktif... [Dewan riuh] dan...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya rela jadi Menterilah, Menteri keluar, saya jadi Menteri.

Duduklah, duduk, duduk... [Dewan riuh]

Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan beberapa isu...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Letak jawatan.

...Dan satu daripada isu ialah isu berkenaan kebajikan pekerja asing. Di dalam jawapan saya tadi, saya telah memberitahu bahawa salah satu daripada kaedah yang telah digunakan, ialah untuk membuat pemeriksaan kepada premis pekerja. Pada tahun yang lalu, saya telah memberitahu bahawa kita telah membuat pemeriksaan kepada 15,628 premis pekerja, yang menggajikan pekerja asing. Ini adalah satu daripada tindakan positif yang telah diambil di mana semasa pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja yang ada di 80 jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara pergi ke tempat-tempat majikan di kawasan mereka di mana mereka menggajikan pekerja asing dan mereka mengenal pasti bahawa ada isu di mana ada penindasan kepada pekerja asing, atau mereka telah diabaikan atau tidak diberikan gaji seperti yang telah ditetapkan melalui kontrak. Maka pada keadaan ini, pegawai akan mengambil tindakan. Inilah cara proaktif yang saya telah terangkan tadi, dan jawapan sebenarnya telah diberikan di dalam jawapan asalnya. Selain daripada itu ialah daripada kes yang diberi laporan. Kalau laporan aduan diberi kepada jabatan, memang pegawai akan memfailkan dan siasatan akan dimulakan dalam tiga hari sahaja selepas mendapat laporan untuk mendapatkan satu penyelesaian daripadanya.

Untuk jawab bahagian kedua Yang Berhormat, semalam semasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengemukakan Mini Bajet, beberapa langkah telah dicadangkan supaya mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Salah satu daripadanya yang akan mempunyai kesan yang paling tinggi ialah menambahkan levi dua kali ganda. Contohnya di dalam bidang perkhidmatan, sebelum ini RM1,800 levi setahun, sekarang gaji levi ini akan dinaikkan kepada RM3,600. Maksudnya pada tiap-tiap bulan tambahan kosnya RM300 dan tambah kepada itu sebelum ini levi ini dibayar oleh pekerja tetapi semalam kita telah membuat satu dasar bahawa bayaran dibuat oleh majikan. Oleh itu ini akan menambahkan kos, bila pekerja cut cost, menggaji seorang pekerja asing, sudah naik seperti satu kadar sebegitu itu. Memang ini adalah satu perkara yang akan memberi kesan yang negatif supaya majikan akan berjaga-jaga, kalau mereka membawa pekerja asing, itu bermaksud mereka kena bayar lebih daripada RM300. Tambahan daripada itu Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita telah cadangkan, salah satu daripada langkah untuk mewujudkan peluang-peluang kerja kepada pekerja tempatan ialah untuk memindahkan peluang-peluang kerja yang sekarang di bawah pekerja asing kepada pekerja tempatan. Salah satu daripada kaedah untuk memberi satu galakan kepada majikan supaya tiap-tiap majikan yang memberikan peluang kerja kepada pekerja tempatan akan diberikan ganjaran RM300 sebulan untuk satu pekerja. Itu bermaksud, kalau seorang majikan memberi peluang kepada pekerja tempatan, dia akan dapat RM600 kerana baki daripada tak perlu bayar levi RM300 dan tambahan yang diberi oleh pihak kerajaan RM300. Ini akan menjadi satu galakan yang akan mewujudkan lebih peluang kerja untuk pekerja-pekerja tempatan. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Nampak tadi tidak bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sebelum itu saya menasihatkan, bangunlah kalau tidak saya nampak macam tak minat. Sila Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Minat, minat Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah wujud kaedah-kaedah yang bersistematik untuk menghantar pekerja asing untuk pulang ke negara asal mereka setelah diberhentikan kerja? Bagaimanakah pemantauan jika mereka ini hilang dalam bangunan atau hilang dalam ladang-ladang yang banyak di negara kita ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya selepas pas kerja mereka tamat, adalah diwajibkan supaya majikan ini memastikan bahawa pekerja asing itu dihantar balik ke negara mereka. Perkara ini diselaraskan oleh Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri di mana mereka kena membuat laporan bahawa pekerja asing sudah tamat kerja dengan mereka, itu adalah tanggungjawab majikan. Kalau tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh pekerja asing, majikan mempunyai tanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan. Oleh itu, majikan kena melaporkan secara rasmi bahawa pekerja asing sudah ditamatkan dan kenal pastikan bahawa mereka keluar daripada negara selepas tamat tempoh kerja mereka melainkan keadaan-keadaan khusus di mana telah dibenarkan untuk digaji di sektor-sektor yang lain dengan majikan yang baru. Akan tetapi perkara ini diuruskan dengan bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dan sampai sekarang perkara ini sedang berlaku secara licin melainkan satu, dua keadaan di mana mungkin pekerja asing melarikan diri mereka. Di dalam keadaan itu pun majikan kena melaporkan bahawa pekerja asing itu sudah melarikan diri dan pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah · question

9. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) jumlah permohonan Permit Masuk dan warganegara yang sudah diluluskan yang mengikuti negara; dan (b) langkah-langkah untuk mengatasi masalah permohonan Permit Masuk dan warganegara.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Gelang Patah yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 8,622 permohonan permit masuk telah diluluskan dari tahun 2001 hingga 2008 dengan pecahan mengikut negara asal, Thailand – 2,439; Indonesia – 1,955; India – 1,785; Singapura – 846; Filipina – 578; dan lain-lain negara 1,019. Bagi permohonan kewarganegaraan pula sejumlah 3,524 permohonan telah diluluskan dari tahun 2001 hingga 2008 dengan pecahan mengikut negara asal, Indonesia – 1,873; India – 425; Kemboja – 416; Singapura – 206; Thailand – 146; China – 141; Filipina – 64; dan lain-lain negara 253. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha bagi mengatasi masalah berkaitan permohonan Permit Masuk dan kewarganegaraan, Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Task Force pada 1 November 2008 dengan tujuan utamanya untuk menyelesaikan permohonan Permit Masuk dan permohonan kewarganegaraan yang tertunggak. Di bawah Jawatankuasa Task Force ini, permohonan-permohonan permit masuk dan kewarganegaraan yang tertunggak yang telah memenuhi syarat permohonan akan diselesaikan selewat-lewatnya insya-Allah pada bulan Jun 2009.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Satu perkara saya ingin tanya mengenai permohonan PR dan warganegara bagi isteri warganegara asing. Ramai juga pemohon mengadu bahawa mereka telah mengemukakan permohonan dengan dokumen yang lengkap melebihi 10 tahun atau ada juga yang melebihi 20 tahun tetapi masih belum dapat apa-apa jawapan daripada kementerian. Apakah sebab utamanya? Satu perkara lagi ialah saya ingin tanya jika pemohon iaitu suami meninggal dunia atau hilang tidak dapat dicari atau dia menceraikan isterinya dalam masa proses permohonan dan mereka mempunyai anak-anak kecil. Soalan saya ialah adakah isteri ini layak untuk memohon PR atau warganegara? Sejauh mana kementerian dapat membantu mereka ini mengatasi masalah ini? Minta penjelasan. Terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, kalau untuk soalan tambahan itu, kalau isteri adalah warganegara asing, suami warganegara maka si isteri layak untuk memohon menjadi warganegara selepas tinggal di dalam negara ini dua tahun. Ini dia punya syarat... [Dewan riuh] Dengarlah jawapan, itu jawapan yang betul tetapi soalnya Yang Berhormat kalau ada masalah, Yang Berhormat berilah masalah Yang Berhormat, jangan bercakap sahaja. Jadi ini dalam dua tahun, ini saya bagi syarat ini.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Be a laughing stock lah.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak reti bercakap, senyap sahajalah... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, oleh itu kalau ada masalah dari salah seorang daripada isterinya kalau daripada warganegara yang dah meninggal, ia tidak patut menimbulkan masalah. Kalau anaknya daripada warganegara, salah seorang daripada isteri atau bapanya warganegara, anaknya mempunyai hak untuk menjadi warganegara secara automatik. Jadi itu tidak patut menimbulkan masalah jika ada isu-isu yang tertunggak yang mengenai permohonan, Yang Berhormat boleh membawa kepada kementerian. Ia daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan juga daripada kementerian. Kalau ada apa-apa masalah yang sedemikian, bawa kepada kementerian dan kita akan menyelesaikan masalah tersebut.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jumlah tunggakan misalnya permohonan sehingga 25 Februari 2009 ialah 18,834. Jumlah tunggakan permohonan Permit Masuk sehingga 25 Februari 2009 ialah 24,947. Jadi kita akan mengambil segala langkah yang perlu bagi mengatasi semua masalah PR, Permit Masuk ataupun masalah kewarganegaraan.

Puan Tan Ah EngMCA · BNGelang Patah

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, semalam Menteri telah memaklumkan bagaimana kerajaan telah membatalkan permit masuk kerja daripada warga Bangladesh sebanyak 70,000. Cuma persoalan saya ialah apakah pertimbangannya sebelum kelulusan ini diberi, visa masuk ini diberi? Jadi seolah- olah wujud satu flip-flop yang banyak dalam sistem pemerintahan kita. Beri dan tarik balik. Jadi kenapa perkara ini wujud dan berapakah kos levi yang terlibat dalam isu ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bertanya soalan yang tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Pada masa mereka memohon pada tahun 2007, permohonan masa itu ada permintaan daripada majikan-majikan. Mereka luluskan pada masa itu. Apabila tiba masa ini belum lagi mereka masuk, kita membuat keputusan kelulusan yang lama itu akan kita batalkan dan tidak perlu untuk mereka di bawa masuk. Terima kasih.

Gobalakrishnan a/l NagapanPKR · PRPadang Serai · question

10. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, mengapa setelah 51 tahun merdeka masyarakat Orang Asli masih gagal diintegrasi ke dalam masyarakat umum Malaysia.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Kementerian saya iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ada satu jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang pada mulanya diletak di bawah Jabatan Perpaduan pada tahun 1994. Pada masa kini ia diletakkan di bawah kementerian saya. Salah satu agenda jabatan ini ialah untuk membawa masyarakat Orang-orang Asli ke arus pembangunan negara dan juga untuk mengintegrasikan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat kaum yang lain. Saya berani berkata di sini bahawa jabatan ini telah berjaya untuk mengintegrasikan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat-masyarakat yang lain. Bagi mencapai matlamat tersebut dengan hebatnya lagi, pelbagai projek dan program telah dilaksanakan. Antaranya ialah melalui Rancangan Pengumpulan Semula (RPS). Penyusunan Semula Kampung (PSK), Rancangan Kampung Baru (RKB) dan juga Program Pendidikan. Menerusi projek-projek ini Masyarakat Orang Asli yang terdapat di pendalaman dari remote areas dengan izinnya, dapat dikeluarkan dan diajakkan untuk ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan perkampungan masyarakat umum. Di samping melengkapkan kawasan tersebut dengan kemudahan prasarana yang teratur, di mana it will make their movement very mobile. Masyarakat Asli juga dapat bercampur gaul dengan masyarakat tempatan yang terdapat berhampiran dengan kampung tersebut. Menerusi program pendidikan pula untuk maklumat kita semua, anak-anak Orang Asli ini bersekolah di mana sahaja. Di sekolah orang-orang Cina dan juga di sekolah orang India. Pihak kerajaan telah memberikan pelbagai kemudahan kepada anak-anak Orang Asli untuk bersekolah di mana sahaja. Dengan cara tersebut mereka bukan sahaja mampu untuk mengubah minda dan sikap Orang-orang Asli malah berupaya untuk mengintegrasikan mereka menerusi pergaulan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Saya percaya Ahli Yang Berhormat juga tahu di mana banyak di kalangan Orang-orang Asli ini pandai cakap bahasa Cina dan juga bahasa Tamil. Sekian.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita semua tahu bahawa masyarakat Orang Asli adalah satu masyarakat yang unggul di negara ini yang masih terasing daripada masyarakat-masyarakat yang lain. Mereka sebagai satu masyarakat yang begitu lama di bumi ini. Memang ketinggalan dalam aspek sosial malah jauh ketinggalan dalam aspek ekonomi. Jadi saya mahu tahu, soalan saya adalah dengan melalui program-program dan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada dan yang sudah dirancang, berapakah banyak peruntukan yang diperuntukkan untuk menjayakan program-program integrasi dan juga membangunkan mereka dalam aspek sosial dan ekonomi di negara ini. Juga saya mahu tahu program-program, saya dengar tahu pendidikan dan beberapa aspek lain. Akan tetapi program-program integrasi yang betul-betul membawa kejayaan. Apakah program-program itu?

Apa lagi program yang kita mahu?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Projek-projek pembalakan.

Sebenarnya program-program yang saya sentuh sebentar tadi itu menjuruskan kepada mengintegrasikan Masyarakat Orang Asli kepada kaum-kaum yang lain. Mereka berkahwin di antara satu yang lain, diberi peluang masuk ke sekolah-sekolah di mana sahaja. Soalan yang satu lagi itu berkaitan dengan peruntukan. Berapa peruntukan yang kita belanjakan untuk memajukan mereka ini dalam apa sahaja aspek pembangunan, saya mempunyai agak panjang senarai di sini berkaitan dengan program-program yang kita khaskan untuk Orang-orang Asli. Kalau Yang Berhormat mahu, saya boleh beri dengan secara bertulis.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Maran. Saya tahu ada perbincangan di antara Maran dengan Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya tidak nafikan bahawa jasa Kerajaan Barisan Nasional kepada Orang Asli cukup besar. Ini penglibatan saya. Mungkin setengah Yang Berhormat cakap sahaja tapi saya terlibat direct dengan Masyarakat Orang Asli. Ini bukan saya hendak sokong kerana ini memang jelas nyata. Cuma tahap pembangunan perlu dipertingkatkan. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah ada pandangan mengatakan bahawa Akta 134, Akta Jabatan Orang Asli di antara fakta yang menyebabkan kurangnya daya saing masyarakat Orang Asli dengan masyarakat umum. Ini benar tidak benar mungkin kita boleh lihat. Ini kerana saya melihat beberapa klausa yang ada dalam akta ini boleh mengurangkan semangat jati diri, semangat persaingan belum berlumba di kalangan masyarakat ini dengan masyarakat yang lain. Mungkin kalau bangsa lain ada juga akta ini mungkin begitu juga keadaannya. Saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah ada cadangan kerajaan untuk menyemak balik Akta 134 ini supaya kita boleh memberikan kekuatan yang baru kepada akta ini dan memberikan semangat baru kepada masyarakat Orang Asli dalam membina bangsa Orang Asli di negara kita ini, terima kasih.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Sepertimana saya katakan sebentar tadi itu sememangnya kita mempunyai program yang banyak yang dikhaskan kepada masyarakat atau Orang-orang Asli ini. Pembangunan Modal Insan, peningkatan pendapatan, pembukaan tanah dikhaskan untuk mereka ini. Akan tetapi berkaitan dengan akta yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi perlu bagi saya untuk kembali kepada pejabat dan seterusnya berbincang dengan kementerian dan juga kementerian yang terlibat sama ada benar ada menghalang bagi mereka ini untuk bersama-sama dengan kaum yang lain untuk maju. Kalau ada, saya berpendapat tidaklah patut kalau sekiranya kita tidak dapat memperbaiki keadaan itu.

Lilah bin YasinUMNO · BNJempol · question

11. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan, bolehkah kerajaan menggubal undang-undang bagi mewujudkan pegawai kerajaan beragama Islam membayar zakat secara potongan gaji.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang diketahui umum di bawah Butiran Satu, Senarai Kedua Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kutipan dan agihan zakat dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana itu, penggubalan undang-undang bagi mewajibkan kakitangan awam yang beragama Islam membayar zakat melalui potongan gaji adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan jumlah pungutan zakat baru-baru ini Majlis Agama Islam Negeri-negeri dengan kebijaksanaan masing-masing telah melaksanakan kaedah potongan gaji bulanan kakitangan awam yang beragama Islam bagi membayar zakat pendapatan mereka. Kaedah ini didapati telah banyak membantu meningkatkan jumlah pungutan zakat di samping memberi kemudahan dan kesenangan kakitangan awam dalam menunaikan kewajipan membayar zakat. Bagi Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWHAR) sedang menggubal Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah Wilayah-wilayah Persekutuan bagi membolehkan bayaran zakat melalui potongan gaji ini dikuatkuasakan. Apabila rang undang-undang ini dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen kelak maka pembayaran zakat melalui potongan gaji bolehlah dikuatkuasakan di peringkat Wilayah-wilayah Persekutuan. Tindakan yang sama juga boleh dilakukan di peringkat negeri dengan menggubal peruntukan rang undang-undang serupa untuk diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan telah tamat. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad HanadzlahUMNO · BNKewangan I · Tambun

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya dan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2009Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak lima bilion ringgit (RM5,000,000,000) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2009 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang

kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”10 Mac 2009] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk berucap, saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dahulu membuat usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 12 Mac 2009.”

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingin menjemput Yang Berhormat dari Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberikan kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahaskan rangsangan-rangsangan ekonomi kedua yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin menegaskan bahawa saya dan rakan-rakan bersedia melakukan apa sahaja untuk membela rakyat termasuk sebarang inisiatif untuk membantu rakyat dan ini telah kami suarakan awal dahulu malah tatkala perbahasan belanjawan yang lalu pun perkara yang ditegaskan mengajak supaya Kerajaan Barisan Nasional memberi ruang kepada wakil-wakil pembangkang membahaskan inisiatifnya dikemukakan tetapi hasrat itu diketepikan begitu sahaja dan semua rangsangan dan inisiatif yang dikemukakan oleh kerajaan tidak mengambil kira pandangan dan membahaskan seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ada usaha untuk menggembleng semua kekuatan, mengajak rakan-rakan dari pelbagai parti berunding. Sebab itu saya ingin mulakan dengan membandingkan apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat kerana banyak usaha dan pendekatan Keynesian, Menteri Kewangan sekarang mengambil rangsangan yang dikemukakan oleh Obama. Jumlahnya tentunya lebih kecil. Cuma yang berbeza besar ialah sementara usaha-usaha ala Keynesian oleh Obama itu mengambil kira juga satu perubahan dasar, anjakan daripada cara pengurusan ekonomi syarikat dan bank, tidak ada kesungguhan untuk melakukan perubahan pengurusan, mengawal sistem dari kebocoran, ketirisan, rasuah dan kepincangan. Sebab itulah maka Paul Krugmen umpamanya pemenang Hadiah Nobel Ekonomi dan juga ahli ekonomi Keynesian yang terkenal dewasa ini mengatakan rangsangan Obama itu sendiri pun falling behind the curve kerana masalah dan krisis kita jauh lebih gawat dari pakej rangsangan yang dikemukakan. Soalnya bukan sahaja dana besar diagihkan secara popular dan kemudian dibesarkan oleh media yang dikuasai oleh pemerintah. Persoalan sebenarnya ialah isu ketelusan, isu pertanggungjawaban. Apakah kita mampu memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak termasuk peniaga dan pelabur agar mereka yakin dengan ekonomi negara. Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel mengutip pandangan Arthur Cecil Pigou dan ini saya rasa cukup tepat untuk kita bahaskan. Dengan izin, “One of the problems arising from financial mismanagement and other transgressions has become many times magnified by a psychological collapse”. Sebab itu kita jangan mudah terpukau dengan rangsangan dari segi jumlah RM7 bilion, RM6 bilion yang diumumkan. Persoalan pokok ialah bagaimana kita dapat guna dan manfaatkan rangsangan ini untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap penguasa apatah lagi terhadap Menteri Kewangan yang dicemari dengan pelbagai skandal yang belum dijawab... [Tepuk] Dan yang selama ini sejak mengambil alih jabatan Menteri Kewangan berpolitik cara cukup rakus, kasar, terlibat dalam kes penculikan wakil-wakil rakyat dan sebagainya. Sebab itu kita harus ada kesediaan untuk mendengar. Ada pelawaan untuk kita berbincang. Mana ada menteri yang minat hendak berbincang. Tuan Yang di-Pertua, ramai daripada Ahli Yang Berhormat yang lama seperti Ahli Parlimen Alor Gajah umpamanya, yang tahu bahawa dalam sejarah Parlimen ini, sidang-sidang belanjawan dan rangsangan itu paling tidak, dua tiga menteri termasuk Menteri Kewangan I akan dengar hujah-hujah awalan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tradisi ini tidak ada lagi. Saya tengok Yang Berhormat Kulai pun bagi perhatian. Tradisi ini hilang. Kemudian, ada momokan kita harus bekerjasama dan rakyat mahu kerajaan dan pembangkang sepakat. Sepakat apa, berbicara dengan orang yang tuli kerana tidak mendengar? Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mengulangi kesediaan kita untuk bekerjasama menangani masalah ekonomi yang saya kira cukup gawat dan tidak mudah dikendalikan. Kenyataan bahawa dengan pakej rangsangan akan boleh menyelesaikan dan memberikan satu kelonggaran memudahkan kita menanganinya, itu kenyataan politik biasa tetapi hambar kerana ia tidak jejak kepada kenyataan ekonomi di negara kita, persekitarannya dan ekonomi global. Saya tidak dapat menolak kenyataan bahawa pimpinan negara masih dalam suasana penafian atau in the state of denial kerana apa juga rangsangan ekonomi memerlukan sokongan rakyat yang cukup kuat. Sebab itu anjakan sikap dan dasar itu perlu. Kita tidak boleh memberikan berbilion, dengan izin, to reward the inefficient dan dalam saya akan memberikan beberapa bukti. Not only that to reward the corrupt, those who have mismanage the economy. Look at the toll concession, Selangor water’s and IPP’s. Ini akan kita kemukakan dan pakej rangsangan ini membantu mereka tidak menjurus kepada rakyat. Menteri Kewangan Kedua mencatat dan nanti diberi jawapan. Ada beberapa projek kecil-kecilan. Petani Tasek Gelugor umpamanya akan diberikan bantuan walaupun tidak sampai ke Permatang Pauh. Dengan izin, Paul Krugman menyebut ini sebagai lemon socialism: tax payers bear the cost if things go wrong but stockholders and executive get the benefit if things go right. Jadi, oleh yang demikian, untuk memulihkan keruntuhan psikologi, saya ulangi apa yang saya nukil tadi dari Amartya Sen yang perlu dan pantas ditangani ialah memulihkan keyakinan dengan langkah anjakan dasar dari sudut pertanggungjawaban, pengurusan, menghentikan kontrak secara rundingan terus, memperkayakan segelintir rakan-rakan dan membebankan rakyat. Jadi, tidak boleh kita asyik leka mengasah bakat bermain silap mata seperti menghilangkan orang tertentu kemudian muncul bersama beliau. Saya sebut perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana sekonyong-konyong dalam ucapan semalam, Menteri Kewangan memberikan ranting zaitun, ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi memulihkan ekonomi negara. Kita tidak pernah mudah menolak apa sahaja usaha untuk bekerjasama tetapi jangan anggap orang muda lupa. Kita kemukakan ranting zaitun, kita sediakan keris dan tikam dalam masa yang sama. Kita berikan ranting zaitun di Dewan ini dan kita tikam rakyat, humbankan mereka ke ISA, buat tindakan dan fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti mana berlaku di Perak. Kemudian bagi ranting zaitun... [Tepuk] Orang yang bagi ranting zaitun ini perlu dibaling dengan buah durian. Jawapan. Melainkan ranting itu diberikan dengan konsisten. Kalau Tuan Yang di-Pertua ingat bila Allahyarham Tun Abdul Razak mengusulkan kerajaan campuran dengan PAS, apa langkah yang diambil oleh beliau sebelum itu? Dihentikan semua tindakan kezaliman, dihentikan fitnah dalam media, dibebaskan orang yang ditahan tanpa bicara dan disediakan satu rundingan. Setiap langkah yang mahu diambil dipanggil orang itu berunding. Kemudian, dihulurkan ranting zaitun secara terbuka. Namun sampai kepada anaknya, dia buta terhadap sejarah dan terus mengambil tindakan yang keras dan ganas terhadap rakyat. Tuan Yang di-Pertua, soal...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh mohon sedikit penjelasan?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Para ini..., soal kegetiran ekonomi ini telah kita sentuh banyak kali. Ia bukan perkara baru. Perkara umpamanya. Kenyataan pelabur asing tidak datang ke Malaysia. Unjuran yang merosot. Sudah dua tahun atau tiga tahun tetapi terus dinafikan dan seolah-olah sekarang, hanya semalam dan minggu sebelumnya Menteri Kewangan mengatakan seolah-olah terkejut, satu kejutan tentang kedudukan ekonomi yang begitu rupa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau diamati ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh yang menyebut, “...Akan dilontar dengan durian”, itu saya rasa seolah-olah Yang Berhormat Permatang Pauh seperti tidak bersedia untuk kita duduk semeja dan berbincang sedangkan saya yakin apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan semalam itu adalah cukup jelas iaitu dalam keadaan kita hendak berhadapan dengan krisis kewangan global ini, dengan pakej RM60 bilion, maka kita semua setuju bahawa dia tidak akan tercapai jika sekiranya keyakinan rakyat itu diganggu-gugat dengan pelbagai kerenah politik yang sedang dihadapi sekarang ini. Jadi apa salahnya bahawa kita menerimanya dengan hati yang terbuka dan biarlah kita memberikan peluang ini kepada pimpinan untuk duduk berbincang dan sebagainya. Namun kalau dibalas dengan ucapan yang sedemikian rupa, ternyata bahawa bagi saya Yang Berhormat Permatang Pauh tidak bersedia sebenarnya. Kalau hendak diungkit perkara-perkara yang disebut tadi itu, ialah bincang. Maksudnya bukankah itu cara yang terbaik. Kalau tidak, maksudnya kita menggunakan juga Dewan Rakyat ini untuk mewujudkan satu persepsi yang tidak adil seolah-olah bahawa kita yang di sebelah sini tidak bersedia untuk berbincang. Mohon sedikit penjelasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Yang Berhormat Batu Pahat tahu pendirian saya. Semalam pun saya makan tengah hari dengan Perdana Menteri. Saya bukan anggap ada permusuhan peribadi. Ada majlis kenduri atau Maulud. Makan, bincang dengan baik dan sopan. Itu cara kita. Yang saya jawab ini kerana kalau benar ada keikhlasan untuk mengadakan satu titik pertemuan yang baik, hentikan kezaliman. Kita tidak boleh pukul orang. Mari kita berunding. Dia kata boleh. Pukul sekali lagi, hendak berunding... [Tepuk] Ini berunding dengan si bahlul, boleh. Akan tetapi kalau hendak berunding, hentikan kezaliman. Ini yang saya sebut pengalaman Allahyarham Tun Abdul Razak kerana saya ikuti sebagai seorang mahasiswa pada masa itu. Dekat dengan kedua-dua parti dan saya tahu caranya begitu. Jadi dia mahu memulihkan keyakinan. Ya, perbezaan pendapat sebelumnya kasar dan begitu-begini dalam politik, dalam ekonomi dan dalam isu sosial. Namun ada keinginan dan hasrat untuk membetulkan keadaan. Kemudian baru dilontarkan ataupun dikemukakan dengan seruan untuk mengadakan perbincangan dan perundingan. Jadi saya sebagai seorang Muslim tidak mungkin mengatakan bahawa kita tidak bersedia untuk bekerjasama... [Berucap dalam bahasa Arab] Maknanya kerjasama dalam kebaikan dan ketakwaan itu tuntutan al-Quran tetapi disuruh bekerjasama... [Berucap dalam bahasa Arab] Tidak boleh minta kerjasama dalam soal kejahatan dan permusuhan. Jadi saya terima baik peringatan Saudara Yang Berhormat Batu Pahat. Saya hendak sebut, saya tidak kata saya sendiri hendak lontar...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

[Bangun]

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi keadaannya saudara baling, pukul, rampas, tahan dan fitnah dalam media. Kemudian dalam masa itu tidak apa, tidak apa. Jangan bimbang. Kita runding. Sebab itu saya tekankan di sini, kita menyambut seperti mana kita pernah suarakan lama sebelum ini bahawa sambutan itu bukan bersyarat tetapi itu proses biasa. Saya hendak berkawan dengan Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh terus maki, kemudian kawan, kemudian maki lagi. Jadi, saya kena ada satu peraturan, adab yang harus diikuti...

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita tidak boleh lakukan kezaliman dan meminta orang terima baik. Saya beritahu sebelum Yang Berhormat Pontian bangun. Saya bercakap dari pengalaman. Apabila saya kata kena pukul, pukul betul. Bukan pukul main-main dah, bukan pukul politik. Dia terajang, pukul separuh mati. Betul! Akan tetapi, saya keluar saya maafkan semua.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya bincang walaupun ada kalanya Ahli-ahli Parlimen yang maki hamun saya terutama semasa Azizah atau pun bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh di sini. Saya kata tidak apa, sudah, sudah. Kita bincang dengan baik tetapi kerana saya anggap soal dasar, kepentingan negara harus mengatasi. Akan tetapi, jangan terus menerus begitu. Jangan terus menerus begitu, jangan terus membuat pendakwaan palsu. Saya dengar tadi jawapan Yang Berhormat Menteri, Jabatan Perdana Menteri tentang laporan saya. Maknanya kalau laporan saya, bagilah bukti mana, dokumen kuat macam mana pun, dicampak. Dengan bukti, dengan rekod, dengan laporan Suruhanjaya, dengan maklumat dan saya tahu apabila berunding dengan ahli masa itu Badan Pencegah Rasuah betapa pegawai itu mengesahkan beri dokumen, tunjuk tetapi tidak ada kes. Maknanya, kita hendak diminta meyakini satu sistem yang benar-benar kejam dan zalim. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulangi, saya tidak berminat untuk buka lembaran lama kalau kezaliman itu dihentikan, sudah. Akan tetapi tidak selesai. Terus, semalam saya terpaksa lagi berjam-jam di mahkamah...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Mereka kata, kerana gunakan kekuasaan. Hendak depan dengan rakyat... Kalah! Di Permatang Pauh kalah, Kuala Terengganu kalah. Apa lagi, heret orang dan kalau boleh bawa masuk semula ke Sungai Buloh. Itu cara mengajar pembangkang. Kemudian, berucap supaya media mainkan isu kita sedia kerjasama, kita tidak ada hasrat langsung hendak bergaduh. Kita ini fikirlah masalah Melayu dan Islam ini walaupun lesen judi kita keluarkan. Sila Yang Berhormat Pontian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Memanglah kita menyedari bahawa kegawatan ekonomi yang melanda dunia dan tempiasnya ke negara kita ini adalah suatu badai umpama tsunami yang cukup hebat akan merempuh dari bandar sampai ke desa. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersedia untuk bekerjasama dalam hal-hal ekonomi terlebih dahulu sementara kita mengetepikan sementara sahaja hal-hal politik ini? Agar akhirnya perkara utama yang kita hadapi sekarang sama-sama kita tangani dan tidaklah berlaku seumpama semalam kelihatan macam rakan-rakan PKR dan juga PAS yang tidak bersama mendengar sekali pembentangnya mini bajet itu walaupun mungkin itu satu kebetulan. Akan tetapi, kalau hanya dua orang daripada PAS sahaja yang tinggal dalam Dewan ini, saya kira rasa mereka kurang sudi untuk mendengar. Saya kira kita boleh mulakan dalam bidang ekonomi terlebih dahulu. Adakah...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hari ini Menteri pun tidak ada siapa dengar.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Apabila Ahli-ahli PAS, Keadilan, beberapa orang DAP tidak hadir dia jadi isu bagi Yang Berhormat Pontian. Apabila kosong sepanjang zaman, dia tidak menjadi isu... [Tepuk] Ini yang kita hadapi masalah. Saya beritahu Tuan Yang di-Pertua sepanjang yang saya ingat, saya di sebelah sana sebagai Menteri Kewangan. Saya tidak pernah meninggalkan sidang tatkala Ketua Pembangkang atau beberapa kepimpinan pembangkang kanan berucap. Betapa pedih pun apabila pandangan-pandangan dari pembangkang pada masa itu kerana itu lazim. Seperti mana Tuan Yang di-Pertua kena sabar luar biasa. Kalau tidak sukar menundukkan kerusi itu. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit penjelasan, sedikit sahaja. Sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya sebenarnya bukan apa, semua orang difitnah. Saya rasa Yang Berhormat Pekan juga sentiasa menjadi mangsa atas tuduhan- tuduhan yang tidak benar, yang sudah pun dijawab beberapa kali tetapi terus juga diberikan persepsi yang pelbagai. Saya rasa semua orang difitnah. Saya juga pernah difitnah dan sebagainya. Jadi, apakah itu maksudnya dijadikan sebagai alasan? Yang Berhormat Permatang Pauh pun sebut tadi, yang sudah, sudah. Sekarang kita berhadapan dengan krisis ekonomi global ini. Kenapa hendak diungkit lagi perkara in?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Semalam seolah-olah seperti disengajakan apabila hendak dimulakan ucapan tiba-tiba menjadi kosong. Kalau di sebelah sini kita tahu sebabnya mereka sudah tentulah terlibat dengan urusan rasmi sebab itu saya tahu... [Dewan riuh] Kenapa Yang Berhormat Bandar Tun Razak hari ini tidak ada? Ini kerana mungkin Dewan Undangan Negeri bersidang, Yang Berhormat Ampang tidak ada, Yang Berhormat Gombak pun tidak ada kerana Dewan Undangan Negeri bersidang. Kita pun faham tetapi semalam disengajakan. Jadi, itu ternyata mendukacitakan sebenarnya. Jadi, saya harap kalau boleh Yang Berhormat Permatang Pauh, sekarang ini kita hendak mendengar hujah. Apa sebenarnya yang dicadangkan untuk kita merangsang ekonomi kita untuk berhadapan krisis global ini. Tidak payah lah kita ulang-ulang balik cerita yang kadang-kadang tujuannya untuk mewujudkan persepsi ini.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Kalau Yang Berhormat Batu Pahat, saya tidak payah jawab banyak. Kalau sesekali Yang Berhormat Menteri tidak hadir, sibuk pun tidak apa. Kemudian tidak payah jadi Ahli Parlimen. Tidak boleh hadir sama sekali melainkan dalam sidang di mana mereka berucap. Jadi, ini bagi saya tidak menghormati Parlimen. Kalau begitu, tidak usah berucap lah, hendak dengar. Kita sedia dengar, silakan. Dengar siapa? Jadi, yang saya ulas ini sebab Yang Berhormat Menteri Kewangan dia seru kita hendak pakat, sambil kita hendak dengar bincang. Tidak pernah dengar pun. Jadi, sebab itu yang kita pertikai. Kalau Yang Berhormat Pontian kata, apa salah kita kerjasama dengan ekonomi, jangan lupa, jangan dengar hanya semalam. Ucapan awal kita semuanya tanpa kecuali mengatakan, boleh tidak kita adakan perbincangan sebelum rangsangan ini dikemukakan... [Tepuk] Tidak ada. Mungkin susah dia hendak dengar. Saya dengar semalam walaupun ramai rakan-rakan memang sengaja tidak hadir. Betul, Yang Berhormat Batu Pahat, memang sengaja. Buat apa dengar, memang sengaja ramai tidak hadir. Akan tetapi, saya sebagai Ketua Pembangkang tidak apa, saya hadir, saya dengar. Maknanya hendak kerjasama tidak ada masalah. Kalau Yang Berhormat Pontian nampak berminat sangat, mudah-mudahan dia ke hadapan selepas ini. Jadi, dia hadir dalam Parlimen lain kali. Jadi, untuk bekerjasama bukan isu. Jadi, sebab itu saya hendak bangkitkan..., bagi yang akhir. Saya hendak sambung.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Memandangkan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri dan juga bakal Perdana Menteri merupakan orang yang kita kata kerana menyebabkan krisis politik di negeri Perak. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh setuju bahawa, melainkan krisis negeri Perak yang akan diselesaikan dalam masa yang singkat, Timbalan Perdana Menteri akan menumpukan masa, tenaga untuk terus berpolitik di negeri Perak dan ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan ini tidak baik untuk kita menghadapi krisis ekonomi global yang melanda negara kita ini. Kita seharusnya menggembleng tenaga dan tumpukan seluruh tenaga dan perhatian bersama untuk mengatasi masalah ini. Bagi negeri Perak, kita berpendapat bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan krisis ini dalam masa yang singkat ialah membubarkan Dewan Undangan Negeri dan ini dapat diselesaikan dalam masa 20 hari sahaja. Tidak melalui mahkamah yang akan berlanjutan berbulan-bulan dan juga melalui DUN negeri yang juga terdapat masalah, kita katakan krisis dalam Dewan Undangan Negeri. Adakah pandangan saya ini disetujui oleh Yang Berhormat Permatang Pauh?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dia orang tidak berani lah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tepat apa yang ditegaskan iaitu sekarang orang kata di Malaysia terlalu banyak politik. Masalah ekonomi tidak dapat diurus. Siapa yang mulakan krisis di Perak? Siapa yang bawa lari dua orang, hilang sehingga isteri dia telefon? Sampai sekarang tidak dijawab. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu, memang saya..., ada dalam Dewan kah tidak. Isteri salah seorang wakil rakyat telefon saya menangis, meraung tanya suami dia hilang dibawa oleh Dato’ Sri Najib. Saya hendak buat apa?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya kata, saya tidak mampu buat apa, polis tidak akan dengar saya. Jadi, oleh yang demikian, sembilan hari yang lepas itu, menjelma depan Dato’ Seri Najib. Jadi, ada kemarahan di kalangan rakyat Perak. Itu pun penyelesaiannya, serah pada rakyatlah. Takut apa? Bercakap berdegar-degar. Media hentam kita hari-hari. Wang banyak tetapi hendak berdepan dengan rakyat tidak berani, apa punya pimpinan politik yang begini? Bacul!

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung tentang kerjasama negeri dengan yang sedang disebut oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan Kedua ada, terima kasih, kerana kerjasama dengan negeri. Lihat betapa pengagihan projek yang diberikan. Kerajaan Persekutuan dengan negeri, bagaimana beberapa projek dijanjikan, dibatalkan projek semata-mata kerana mereka tewas kelima-lima negeri ini. Di Selangor, Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama memastikan pengurusan air berada di tangan kerajaan negeri. Dia boleh pertahankan. Saya dengar Menteri, dia beri penjelasan tetapi perbezaan pendekatan. Kerajaan negeri mahu tarif air rendah, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan tarif perjanjian yang hendak naik 37 peratus pada tahun 2009. Ia pendekatan berbeza. Satu pendekatan menjaga kepentingan syarikat-syarikat tauke besar bumiputera. Dulu tauke Cina sahaja, sekarang tauke UMNO yang besar-besar ini, 37 peratus naik untuk tahun ini. Ini dibantahi oleh kerajaan negeri. Mengapa masih mahu dikekalkan penglibatan Puncak Niaga, SYABAS, SPLASH dan ABAS dalam pengurusan air di negeri Selangor sedangkan terbukti jumlah hutang syarikat ini RM6.4 bilion?... [Tepuk] Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali masih dibayar elaun di antara yang tertinggi dalam negara iaitu RM5.1 juta tahun 2007... [Disorak] Tuan Yang di-Pertua, air hendak dinaikkan. Cuba kita tanya, siapa punya syarikat ini? Mengapa Kerajaan Persekutuan yang bercakap soal kemelesetan, yang bercakap soal beban kepada rakyat, biar seorang pengurus yang gagal mengurus dengan baik, pengurusannya lemah, syarikatnya rugi dan kemudian hendak bebankan rakyat dengan menaikkan tarif 37 peratus untuk tahun ini. Dalam rundingan di antara Selangor dengan Pusat Kerajaan Persekutuan memihak kepada syarikat. Kemudian...

Kroni, kroni.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak mengerti kalau ini cara pendekatan mereka begitu rupa dan sama dengan pendekatan yang kita bawa dalam kes IPP, yang kita sudah bawa sebelum ini. Apa kata Tan Sri Ani Arope, bekas Pengerusi TNB yang berkewibawaan, tahap profesionalismenya, incorruptibility nya tidak dipertikai, sebab itu saya sanggup quote apa kata dia, “Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh TNB selagi perjanjian pembelian tenaga tidak disemak semula. IPP diberi syarat yang amat menguntungkan, melindungi mereka daripada risiko, melonjakkan mereka daripada tidak dikenali kepada kemasyhuran dan keuntungan yang begitu besar...” Oh, syarikat kepada orang yang tidak dikenali dinaikkan dan mendapat keuntungan lebih besar. “...Kebijaksanaan perniagaan dan daya inovatif tidak menjejas kejayaan kewangan mereka kerana perjanjian pembelian tenaga yang berat sebelah dan begitu lumayan.” Sekarang mereka dapat keuntungan besar. Apa yang dilakukan? Tidak apa yang dilakukan. Ada perjanjian semula? Tidak ada kesediaan untuk melihat semula perjanjian. Syarikat-syarikat gergasi ini seolah-olah memang benar gergasi. Jadi, yang kerdil-kerdil..., menteri enggak berani, tidak berani sama sekali. Hendak berunding semula pun tidak berani. Tol, keadaan yang sama. Memang Menteri Kewangan umumkan tidak ada kenaikan tol dan tepukan gemuruh oleh barisan sebelah sana. Tepukan gemuruh itu untuk rakyat yang tidak payah naik tol ataupun syarikat yang akan dibayar. Yang kita cadangkan kaji semula perjanjian. Saya tengok Yang Berhormat Putrajaya pun bersetuju... [Melihat ke arah Yang Berhormat Putrajaya] Kaji semula. Jadi, setiap tindakan yang diambil. Maknanya pakej rangsangan, cuba kita kaji, in fact kesannya ialah puluhan bilion itu balik kepada syarikat IPP. Bilion untuk syarikat beban rakyat. Tol, ratusan juta balik kepada syarikat. Sementara waktu tidak dinaikkan, beban kepada syarikat, sementara apa? Sementara Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai, selepas selesai pilihan raya ini, boleh naik tol.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya minta perkara ini diteliti. Kalau Yang Berhormat Pontian benar-benar mahu kerjasama, ini kerjasama. Ambil tindakan-tindakan ini, tidak payah berunding panjang-panjang dengan kita. Pulau Pinang, nasib yang sama seperti Selangor. Ketua Menteri baru keluar. Baru dapat RM250 juta untuk perluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Itu pun kerana Yang Berhormat Tasik Gelugor selalu gunakan walaupun Pulau Pinang menyumbang 30 peratus daripada eksport negara. Jadi projek yang dijanjikan, lingkaran luarnya dan pembesaran Empangan Mengkuang, itu diketepikan. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, semalam apabila Menteri Kewangan secara panjang lebar mengakui negara ini berdepan dengan satu krisis ekonomi yang meruncing, kita anggap mungkin satu kenyataan permulaan yang baik walaupun sudah amat terlambat. Kita harap ada kesungguhan membetulkan sistem pengurusan negara kerana tidak ada pakej rangsangan yang berkesan yang dibahaskan di dunia yang hanya melihat sepertimana anjuran Yang Berhormat Pontian, “purely economic approach”. Tidak ada negara yang boleh membuat pendekatan ekonomi dalam masalah kemelesetan kerana ia berhubung dengan political will untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang besar. Ini umpamanya John Maynard Keynes dalam karyanya “The Great Slump of 1930..” mengatakan, “Hari ini kita menjerumuskan negara ke dalam kekalutan yang dahsyat.” Katanya, “Colossal muddle...” 1930an, depression, masa itu. “..Kerana kegagalan mengawal mekanisme yang begitu halus serta tidak mampu kita fahami. Hasilnya kita berkemungkinan besar kerugian untuk satu jangka masa yang jauh lebih panjang.” Oleh sebab itu saya ingin merumuskan bahagian pengantar itu yang mengatakan bahawa, “Pakej rangsangan ini tidak semudah yang dilihat kerana ia juga ada kesan-kesan sampingan yang harus kita tangani.” Ya, kita keluarkan RM60 bilion tetapi defisit mencecah 7.6 peratus dari hanya 4.8 peratus keluaran kasar domestik sebelumnya. Beberapa pandangan yang bebas termasuk Wall Street Journal yang menilai pakej kita mengatakan di antara lain, dengan izin, “This...” Maknanya pakej semalam. “This is effectively a restatement of Malaysia’s old government knows best policies. It is the opposite of what Malaysia really needs which is to ditch this thinking and shift to a business climate that encourages private investment and entrepreneurship.” Satu pandangan yang juga harus kita teliti terutama bila media kita ini dikongkong memberikan pujian melambung. Kenyataannya seperti mahu saya rumuskan dalam ungkapan pantun ini: Pergi ke Riau mencari arang, Pulang membawa bunga angsana, Negeri kini dirundung malang, Khazanah hilang entah ke mana... [Tepuk] Kawanan burung terbang ke selatan, Musim sejuk tandanya bermula, Pelabur mula keluar dari pasaran, Kemelesetan pula yang melanda.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian ingin melihat secara khusus sekarang kepada Kertas Perintah 4A Tahun 2009 yang diedarkan dan beberapa hal yang berkaitan tentang perkhidmatan am dan perbendaharaan, pemberian kemudahan, projek khas yang disebut RM7.1 bilion, yang diluluskan dalam Anggaran 2009(5), Tambahan Pertama 2009, RM5 bilion dipohon untuk diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan RM7.1 bilion ini setakat faham saya Tuan Yang di-Pertua harus diambil tindakan segera kerana belum diluluskan. Apabila Dewan perintah diberhentikan perbahasan kerana Kertas Perintah 4 Tahun 2009 untuk maksud peruntukan ini tidak diusulkan pada sesi yang lepas.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon melihat ini semula, menarik balik Kertas Perintah 4A Tahun 2009 sehingga dinyatakan RM7.1 bilion dipohon untuk diluluskan bersama dengan tambahan RM5 bilion yang dikemukakan. Ini kerana sejak diumumkan pada 4 November 2008 hingga Februari ini, RM5 bilion atau 71.4 peratus telah diagihkan kepada kementerian dan agensi berkenaan. Ini memang ada sedikit percanggahan tetapi kalau kecil boleh dimaafkan di antara Menteri Kewangan Kedua, Menteri Kewangan Pertama dan lain-lain, ada perbezaan angka dan data. Kerajaan telah membelanjakan RM567.9 juta atau 8.1 peratus daripada RM7 bilion ke atas 8,400 projek, 6,000 projek terdiri daripada kerja-kerja infrastruktur awam dan kemudahan asas. Saya menyebut angka yang disebut oleh Menteri Kewangan Kedua kerana saya rasa dia lebih teliti daripada Menteri Kewangan Pertama. Pakej rangsangan kedua ini ialah RM60 bilion dan disebut semalam seperti yang dinyatakan untuk perbelanjaan fiskal RM15 bilion, RM25 bilion jaminan kerajaan, guarantee funds, RM10 bilion pelaburan modal dan RM7 bilion inisiatif kewangan swasta, private finance initiative, RM3 bilion insentif cukai. Jadi maknanya apa yang diuar-uarkan RM60 bilion, Yang Berhormat Jeli lebih arif perkara ini, RM15 bilion sahaja perbelanjaan fiskal, RM10 bilion tahun 2009, RM5 bilion tahun 2010. Selebihnya tidak melibatkan perbelanjaan pembangunan dan diharapkan dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang amat diperlukan sekarang. Tuan Yang di-Pertua, ini bila kita tahu the devil, syaitan ini ialah in the details. Bila kita sebut RM60 bilion, semua orang sorak-sorai tetapi kalau kita lihat teliti jumlah yang akan menjana pertumbuhan ini, kita harus berasa bimbang kerana dari segi teori, jumlah ini akan menyumbang 3.2 peratus kepada pertumbuhan ekonomi berdasarkan Keluaran Kasar Domestik 2008 sebanyak RM535 bilion. Daripada Laporan Ekonomi Suku Akhir 2008 menunjukkan asas atau fundamental ekonomi negara telah jatuh mendadak. Maka tidak salah kalau kita katakan unjuran kita itu harus realistik. Ada kemungkinan besar kita menghadapi pertumbuhan ekonomi yang negatif untuk tahun ini dan tahun berikutnya. Seperti mana kita tahu setiap kali kita buat kajian semula tentang unjuran pertumbuhan, ia terus menurun dan merosot. Apa yang membimbangkan kita ialah peruntukan RM10 bilion untuk pelaburan modal. Tidak dijelaskan. Kita tidak mahu pelaburan modal ini mengulangi keterlanjuran, pembaziran, usaha membantu syarikat-syarikat terpilih atau kroni seperti mana ValueCap yang dipinjam daripada KWSP, apa yang jadi kepada ValueCap sekarang. Kerugiannya ditanggung oleh rakyat. Kerajaan tidak boleh pandang ringan kerana ia melibatkan wang simpanan pekerja. Ada yang mengingatkan dan saya setuju supaya kita juga belajar daripada pengalaman krisis kewangan 1998. Kita tidak mahu, umpamanya dana digunakan untuk membantu syarikat yang tidak cekap, membazir dan memberi keuntungan habuan yang melambung tinggi kepada pengurusnya ataupun tuan punya syarikat. Melihat, umpamanya geran untuk Perwaja, ambil alih MAS dengan harga yang merugikan dan ini masih dalam kes mahkamah kerana Tan Sri Tajudin sendiri menyaman kerajaan. Saham yang dipaksa beli oleh agensi kerajaan kehilangan nilai seperti TimedotCom, pinjaman bank yang dijamin kerajaan dilupuskan seperti Time Engineering dengan Bank Infrastruktur dan pelbagai lagi. Jadi kita hendak tahu daripada puluh bilion ini, di mana untuk rakyat dan di mana untuk syarikat kroni. Perlu diingatkan berkenaan dengan pakej rangsangan ini adalah hubung kaitnya dengan ekonomi global kerana kalau tidak diperkuatkan syarikat dan usaha memperkuatkan ekonomi domestik dan eksport barangan yang kita rasa mampu dijual, tidak seperti mana yang disebut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – mungkin kerana dia pun sibuk dalam kempen dia sebut – bila krisis ini mula melanda, dia sahabat saya tetapi dia kata begini, “Kita tidak payah bimbang kerana walaupun Amerika tidak mengimport, kita boleh cari pasaran lain, Dubai, China, India.” Dubai sudah merudum sekarang, tidak mampu import. China sudah mula menguncup dari segi ekonomi dan India juga kapasiti, keupayaan untuk mengimport kita itu jauh berkurangan. Jadi sebab itu kenyataan-kenyataan longgar dan hambar ini berbahaya terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu gawat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Peruntukan fiskal dalam pakej rangsangan pertama dan kedua untuk 2009 sebanyak RM17.1 bilion, kita tahu akan meningkat defisit kepada 7.6 peratus dan kalau disebut oleh Menteri Kewangan, tahun 1982 pun kita defisit dan kita boleh pulihkan segera. Benar kenyataan itu. Bezanya ialah tahun 1982 defisit, dalam masa yang singkat, satu atau dua tahun kemudian, dia berimbang dan ada belanjawan lebihan. Seperti mana juga bila defisit, bila saya ambil alih jawatan Menteri Kewangan, defisit dua tahun berimbang, kemudian lebihan tetapi sejak 1998 sampai sekarang, dia defisit terus menerus Jadi bila yang boleh mudah Menteri Kewangan mengatakan jangan bimbang, kita belanja defisit kemudian kita pulih. Sudah 12 tahun kita belum pulih. Jadi sebab itu saya mahu supaya Dewan ini diberitahu langkah-langkah yang lebih realistik supaya kita dapat bahaskan dengan lebih telus dan terbuka.

Laluan. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, penjelasan atau pandangan Permatang Pah iaitu saya ada menanyakan satu soalan berkenaan GLC. Mungkin saya patah sedikit ke belakang. Soalan yang saya tanyakan supaya Menteri Kewangan menyatakan gaji, elaun dan kemudahan- kemudahan yang diterima oleh CEO-CEO, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah 20 GLC terbesar di bawah Khazanah Nasional Berhad. Jadi jawapan yang saya terima, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bayaran perincian gaji, elaun dan kemudahan yang dibayar kepada CEO syarikat GLC adalah dipertimbangkan dan diperakukan oleh Lembaga Pengarah Syarikat GLC masing-masing setelah mengambil kira pencapaian petunjuk prestasi utama atau KPI yang telah ditetapkan. Antara aspek yang diberi penekanan adalah prestasi kewangan dan penyampaian perkhidmatan syarikat GLC ini di sepanjang tempoh yang diterajui oleh CEO tersebut. Jadi adakah patut dalam keadaan krisis ekonomi sekarang ini, sepatutnya GLC- GLC ini merujuk balik atau menyemak balik imbuhan-imbuhan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan pengurusan ini. Di sini saya lihat pihak kerajaan tidak mahu dilihat ingin menyembunyikan fakta yang sebenarnya sehingga dikatakan ditentukan oleh syarikat. Sepatutnya ini dimaklumkan kepada rakyat supaya kita tahu dan kita mahu supaya pengurusan syarikat-syarikat ini mengambil satu langkah yang sejajar dengan masalah krisis ekonomi sekarang. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Ini kenyataan di Malaysia. Syarikat kerajaan pun boleh ditanya jumlah gaji dan elaun pun tidak boleh diberitahu.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Berbeza dengan apabila Obama mengambil alih, dia mengarahkan Wall Street mana syarikat yang ada keperluan mendapat bantuan daripada kerajaan, mesti ada siling gaji tidak boleh lebih dari setengah. Bermula dari USD400,000 satu tahun kepada setengah juta satu tahun. Oleh kerana kita ada alasan dalam keadaan ekonomi sekarang, kita minta rakyat bersusah payah terima masalah dibuang kerja, tetapi kita tidak sanggup mengambil tindakan untuk membetulkan pembaziran di kalangan rakan-rakan kita. Jadi sahabat kita, kroni kita, diberi layanan istimewa seperti juga undang-undang di dalam negara kita. Jadi sepatutnya apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Titiwangsa dalam Parlimen dijawab. Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta. Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tertarik dengan pendedahan gaji Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi SYABAS ini pada jumlah RM5.1 juta setahun. Saya buat simple calculation ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... [Disampuk]

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51... [Disampuk] Gaji beliau ini boleh membayar 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan. Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... [Ketawa] [Tepuk] Ataupun kalau bil air...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tambah FRU kah ini?

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ataupun kalau bil air RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan. Jadi, minta komen Yang Berhormat Permatang Pauh... [Ketawa]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Minta komen saya, saya kata serah negeri Selangor itu disiplinkan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mampu hendak disiplinkan tauke-tauke besar ini. Itu beza dia dan ini realitinya. Bukan, dan sebenarnya gaji dia bukan setakat itu Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bagi kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa gajinya jauh lebih besar. Dikumpulkan semua jauh lebih besar. Yang disebutkan itu hanya sebahagian. Saya hanya sanggup menyebut secara terbuka bila kenyataan itu terang tetapi dengan elaun-elaun tambahan itu jauh, jauh lebih besar daripada angka RM51 juta. Hai, nasib...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini yang hendak perjuangkan Melayu.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Ketawa] Ya, ini yang disebutkan ketuanan Melayu. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya sebut...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya yang di sebelah ini pun banyak jadi board of director syarikat luar negara pun... [Menunjukkan kepada Ahli Pembangkang] [Dewan riuh] Kita tahu ada, jangan nafikan. Cuma dalam soal air ini, kita sudah mendengar penjelasan. Jangan nanti kalau kita pecahkan rahsia, jadi susah... [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tolong sebut! Tolong sebut!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, tidak elok begitu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun] [Memberi hormat kepada Tuan Yang di-Pertua]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itulah maksudnya...

Tuan Yang di-Pertua

Kita seronok tadi dengar perbahasan yang sungguh berhemah. Jangan ganggu perbahasan yang elok begitu. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang isu air tadi, kita tahu bahawa Yang Berhormat Menteri sudah menjawab dengan jelas. Kenyataan beliau bagi saya sudah cukup jelas, isu air ini sudah pun dipolitikkan. Beliau juga menyebut bahawa bagaimana empat kali dipanggil untuk menerima jawapan daripada Kerajaan Selangor, tidak ada diberi jawapan. Oleh sebab itu saya kata, kalau di sini kata begini, di sana kata lain, maka yang mana satu kita hendak dengar? Bagi saya yang lebih credible ialah jawapan daripada pihak kerajaan. Jadi sebab itu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tentang gaji dan sebagainya, maka apa yang kita dengar daripada pihak SYABAS, Puncak Niaga ialah tawaran harga itu yang terlalu rendah sedangkan mereka adalah syarikat yang mana dimiliki oleh pemilik-pemilik saham juga. Jadi sebab itu saya rasa, maksudnya biarlah kita adil di dalam perkara ini dan kalau hendak terus berbincang, berbincanglah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi sebab itu di dalam isu tol yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, kerajaan bila batalkan maka dieksploit dengan cerita lain pula, untuk sementaralah, untuk pilihan rayalah dan sebagainya. Jadi sedangkan tindakan kerajaan membatalkan itu tidak hendak diterima pakai. Itu yang untuk kepentingan rakyat juga. Jadi sebab itu saya susahlah dengan pembangkang ini. Semua tidak betul. Yang betul dekat dia sahaja. Yang Berhormat Permatang Pauh, saya berharap. Oleh sebab itu saya hendak bertanya Yang Berhormat Permatang Pauh ini, bila hendak umumkan ‘Kabinet bayangan’ yang telah dijanjikan? Kita hendak tahu juga siapa jadi Timbalan Perdana Menteri, siapa Menteri Kewangan dia, boleh kita berbahas. Kita hendak tanya dia, siapa yang jaga kewangan, siapa yang jaga pendidikan, siapa yang jaga menteri buruh?... [Dewan riuh][Disampuk] Sama ada Yang Berhormat Padang Serai kah hendak jadi Menteri Kewangan? Jadi kita tahu, boleh kita berbahas!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, terima kasih, terima kasih... [Ketawa] Kalau Tuan Yang di-Pertua, bila saya umumkan esok, kalau Yang Berhormat Batu Pahat bersedia, kita bagi dia Timbalan Menteri Belia... [Tepuk][Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, yang patut gaji mahal ini ialah saya... [Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya sokong! Saya sokong!

Tuan Yang di-Pertua

Atas tekanan-tekanan seperti begini... [Dewan riuh] [Ketawa] Sila teruskan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, soal saya sudah sediakan nota sedikit. Oleh sebab Yang Berhormat Batu Pahat nampak bersungguh- sungguh hendak tahu kebenaran, saya boleh edarkan nota mengenai bekalan air Selangor kepada beliau. Soal pelawaan awal oleh Selangor, dia bagi tarikh 20 Februari selesaikan perundingan awal, kemudian sambung. Pada 18 Februari diberitahu oleh SPAN, offer yang baru oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau benar kita hendak berunding, berundinglah! Mengapa kita bagi kata dua begitu? Kita bagi offer yang lebih baik kepada syarikat. Saya tidak ada masalah. Wang Kerajaan Persekutuan ini adalah wang siapa, wang peribadikah? Senang-senang hendak offer yang lebih baik dari Kerajaan Negeri Selangor. Kalau kita offer yang lebih baik, tidak mengapa. Konon-kononnya hendak membantu syarikat Melayu ini. Kita hendakkan tanggungjawab kita menjaga Melayu ini, bagi, tetapi janganlah bebankan orang Melayu yang miskin di bawah... [Tepuk] Masalah saya ini kerana bila Kerajaan Persekutuan beri satu tawaran begitu tinggi, beban kepada orang Selangor termasuk Melayu yang ramai di bawah. Jadi di bawah yang Melayu ini tidak boleh pakaikah kerana Melayu yang kaya sahaja? Jadi itu yang...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bangkitkan ini...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak tengok Yang Berhormat Kalabakan duduk di tempat lain.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab saya tahu Kerajaan Selangor hendak menutup kemampuan dia hendak bayar RM120 juta setahun bagi air percuma itu sudah tidak mampu. Oleh sebab itu dia hendak ambil syarikat itu...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Bercakaplah sekali-sekali bagi pihak rakyat juga... [Tepuk] Takkanlah sentiasa kita hendak menggunakan di Parlimen ini, semua yang menang ialah syarikat konsesi. Sekarang ini Tan Sri Dato' Ani Arope, beritahu kata, IPP itu, perjanjian itu tidak adil untuk TNB dan tidak adil untuk rakyat. Dia Pengerusi TNB dahulu. Tidak boleh dengarkah dia? Tidak boleh kita runding sikit? No, tidak boleh. Ini IPP betul, kerana YTL, Genting semua itu kawan-kawan kita... [Ketawa] Kemudian tol. Yang Berhormat Batu Pahat sebut tol.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak pertikai keputusan kerajaan tidak menaikkan kerana saya daripada awal saya mengatakan, patut dirunding semula kerana beban perjanjian itu terus-menerus. Cuma saya katakan, mengapa kita tidak naikkan, kita guna wang kerajaan bayar kepada syarikat ini. Yang kita kata, harus dikaji semula. Perjanjian Konsesi itu banyak masalahnya. Jangan kita dibebankan selama-lamanya kerana kita terikat dengan IPP, tol, TNB terus- menerus begitu. Salah kah kita? Kita kata, ambil tindakan, boleh tak kaji semula beberapa peruntukan...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudahlah Yang Berhormat Batu Pahat. Saya bila sebutkan perkara ini, mungkin soal lain saya tidak tahu tetapi kalau IPP, kalau soal tol, hendak berhujah boleh berhujah kerana saya tahu benar. Yang Berhormat Batu Pahat dengar...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey, tidak bersetuju terima kasih. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Batu Pahat ini bagus. Dia tidak bersetuju hal ini.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Ini bukan Yang Berhormat Batu Pahat, Kuala Terengganu ini, Kuala Terengganu ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, tetapi tentang tol tadi sebenarnya untuk kita lihat, kemudian bagi pandangan. Tunggulah nanti keputusannya.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini macam Matematik dan Sains dalam bahasa Inggerislah, nak lihat, enam tahun dok kaji. Kemudian bila orang bantah, ”Oh mengapa sekarang baru bantah?” Yang saya ingat Tuan Yang di-Pertua, saya di Penjara Sungai Buloh, saya dapat memo bantahan itu. Takkan di Dewan ini tak dapat memo bantahan? YB Batu Pahat tak pernah tengok kah memo bantahan soal mata pelajaran Matematik dan Sains?

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Laluan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Begitu juga tol. Soal tol ini dibantah daripada awal, 2004 saya keluar saya dah bagi tahu tentang perjanjian ini mengambil kira semua sogokan diberikan. Kajilah tengok! Itu saya buat satu dakwaan, kajilah. Sampai sekarang BPR tak tanya pun, kalau dia tanya pun tak ada masalah, sama sajalah tapi yang saya nak sebut di sini, nak kaji, nak bagi galakan kepada syarikat swasta, kita tidak ada halangan kerana kita tahu syarikat swasta harus dibantu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara tetapi masalahnya jangan jadi setiap kali kita ambil keputusan, kita memihak kepada syarikat besar. Setiap kali, lihat sajalah. Tol, IPP dan air. Sekarang jawapan menteri, “Oh, kerana Kerajaan Negeri Selangor dia offer tak patut”. Jadi kalau tak offer tak patut, terus kamu nak offer yang berbilion tambahan kepada syarikat ini? Siapa punya syarikat? Cuba tanya itu, cuba teliti sehalus-halusnya siapa yang ada kepentingan di sebalik syarikat ini. Mengapa tidak ada kesediaan membetulkan orang yang dibayar berjuta-juta ringgit setahun dalam keadaan syarikat ini diurus dengan begitu lemah dan mengalami kerugian paling besar...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Laluan, laluan Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu sebenarnya yang kita minta Tuan Yang di-Pertua. Kemudian kita bercakap soal pakej. Pakej ini untuk apa? Tanggungan air ini siapa nak bayar? RM6 bilion, dari mana? Pakej lagi. Jadi ada nanti belanjawan tambahan daripada negara, daripada dana. Kalau diurus dengan baik, rugi. Ada syarikat untung, ada syarikat rugi. Kita tak pertikai.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kadang-kadang masalah-masalah harga barang, berbagai-bagai alasan boleh diberikan. Akan tetapi kalau syarikat itu rugi, diminta kita tampung kemudian kita bayar kepada tauke-tauke syarikat itu dengan wang yang begitu tinggi, bagi saya tidak adil sama sekali apatah lagi dalam keadaan yang sama kita bebankan rakyat dengan kos yang meningkat. Ya Yang Berhormat Pontian, saya nak habiskan sebelum pukul satu.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih. Saya bersetuju agar perjanjian konsesi tol itu dikaji semula agar lebih adil. Yang ini saya secara peribadi boleh bersama pendapat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Pada saya, RM480 juta sebagai pampasan pada tahun ini dan juga beratus juta pampasan yang telah kita berikan sebelum ini, semuanya duit itu sepatutnya dibuat jalan-jalan di Sabah dan Sarawak... [Tepuk] Dan bukan kita memberikan wang-wang rakyat itu untuk membantu kepada syarikat-syarikat berkaitan dan untuk menurunkan tol kepada orang-orang bandar yang menggunakan tol sedangkan duit itu sepatutnya diberi kepada orang-orang kampung. Inilah pada saya persefahaman politik kita boleh ketepikan dahulu, persefahaman ekonomi seumpama ini kita boleh bersama dulu Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Mudah-mudahan mereka tidak ambil tindakan disiplin kepada Yang Berhormat...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, ya. Yang Berhormat Kuala Terengganu, minta maaf.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tadi bila bercakap Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut soal contoh- contoh perjanjian yang berat sebelah. Isu tol, isu IPP, masalah SYABAS di Selangor. Kami di Terengganu bukan tak bercakap soal perjanjian yang berat sebelah, perjanjian yang dilanggar terus. Royalti RM14 bilion dinafikan, sepuluh tahun sampai sekarang tak bayar lagi. Saya nak minta komen Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu kalau dalam kaedah Fikah itu, hukum hudud dah tu. Memang berat sangatlah, maknanya langsung diketepikan perjanjian awal semata-mata kerana pertimbangan politik tapi saya sekali lagi nak sebut kepada Yang Berhormat Pontian, saya terima kasih kerana kesediaan beliau untuk menimbangkan dan bersetuju dengan soal tol dan mudah-mudahan beliau dapat tulis surat khusus kepada Menteri Kewangan, minta dikaji semula. Kalau dah Menteri Kewangan tak dengar kita, kurang-kurangnya manalah tahu kalau Yang Berhormat Pontian ini dia ada pengaruh yang lebih kuat, tulis surat dan terus kaji semula tol ini supaya rakyat termasuk rakyat Pontian tidak dibebankan...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingat ini berhubung dengan kembali kepada persoalan ranting zaitun itu. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju bahawa untuk pihak Pakatan Rakyat mengambil berat ranting zaitun, this olive branch dengan izin, yang kononnya nak dihulurkan. Maka perlu satu pengakuan dan satu kesungguhan berhubung dengan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah ini dan kita tidak mahu pengakuan pengakuan peribadi ya kerana benda ini saya rasa sudah jelas. Tidak perlu nak ada satu usaha menegakkan benang yang basah. Ianya merupakan satu konsesi dan satu perjanjian yang mementingkan dan menguntungkan tauke-tauke yang tertentu dan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional inginkan satu kerjasama di mana sama-sama kita atasi masalah kegawatan ekonomi dan sebagainya maka satu sikap dan pendirian yang tegas perlu dilakukan sekarang juga! Kalau tidak, jangan cakap. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu pendekatan agak realistik. Makna kalau kita betul nak sambut pelawaan ranting zaitun ini, kita nak tanya. Soalan pertama kepada Menteri Kewangan, apakah benar beliau serius untuk menghulurkan ranting zaitun ini. Kalau benar, boleh tak dihentikan kerja-kerja pembaziran dan keengganan untuk melihat semula syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan termasuk jalan tol, lebuh raya, IPP dan air. Yang kedua, hentikanlah kezaliman yang terus menerus berlaku semata-mata kerana orang itu Pembangkang, difitnah sebegitu rupa. Ketiga, boleh tak pilihan raya di Perak? Kalau serius... [Tepuk] Kita laluan. Kalau kata ”Oh, jangan bagi syarat”, kita tak bagi syarat. Kita nak tanya, benar tak ada kesediaan untuk mendengar...

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Boleh tak hadir dalam sidang Parlimen untuk berbincang dengan Ahli-ahli Parlimen. Itu permulaan, minimum sahaja. Dengar dan bagi ruang bahas dengan baik. Kalau itu pun tak ada kesediaan, susahlah nak minta kita yang dihumban dan dipukul kemudian nak terima sahaja ranting zaitun. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kita menyebut tentang kedudukan kegawatan akibat daripada...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Tuaran. Ini pencelahan pertama dari sebelah Timur.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertama sekali ingin berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Pontian oleh kerana telah meluahkan simpati kepada Sabah. Awal-awal lagi memang kami dari Sabah ini ingin berdiri untuk menyatakan bahawa soal pampasan kepada tol seumpamanya sepatutnya tidak dibuat, ianya memakan belanja yang besar. Sumber wang ini Tuan Yang di-Pertua, adalah daripada semua pelosok Malaysia, termasuklah harga minyak dan gas dari Sabah. Kenapa ianya ditumpahkan kepada Kuala Lumpur sahaja? Kalau di KL ini bergelut dengan IPP, dengan tol, kita di Sabah ini bergelut dengan jalan raya yang buruk, berhadapan dengan debu. Tuan Yang di-Pertua, contohnya di kawasan saya ini sama juga kawasan yang lain, apabila kita melawat kawasan ini, kita punya rakyat tidur dalam hutan oleh kerana sebab kebanjiran, tidak ada jambatan dan sebagainya. Jadi tidaklah patut kalau wang ini digunakan untuk memberi keselesaan kepada syarikat-syarikat yang telah membuat tol dan sebagainya. Semasa Menteri Kewangan membentangkan belanjawan semalam, kita dalam hati, seolah-olah kebanyakan wang itu ditumpukan kepada perkara-perkara di Kota Raya Kuala Lumpur. Jadi, tadi pun ada persoalan mengenai dengan gas di Sabah. Sudah pun kita punya minyak ini, kita hanya dapat 5 peratus, gas Sabah pun dipaipkan ke Bintulu. Jadi apa jadi dengan Sabah ini? Semua wang ini ditumpu kepada membantu syarikat-syarikat yang besar. Jadi kita mintalah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat telah kerap kali ke Sabah dan telah memberikan satu tawaran kepada Sabah iaitu kalau-kalaulah pihak Pakatan Rakyat memerintah, Sabah ditawarkan kenaikan royalti 20 peratus... [Tepuk] Adakah janji diteruskan? Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran dan saya nak ulang di depan Yang Berhormat Penampang, juga sekali bahawa pendirian Pakatan Rakyat, sebaik kita berpeluang mengambil alih kuasa, 20 peratus royalti minyak tetap diberi kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu...

Termasuk Terengganu!

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, dan Terengganu. Ini untuk membolehkan negeri-negeri ini mengurus sendiri, meletakkan keutamaan dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan. Sekarang rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak diberi perhatian dan saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan dalam kerajaan kerana beri sedikit perhatian tetapi percayalah kalau keputusan 8 Mac tidak begitu, dia tidak bagi perhatian kerana sekarang harga dan nilai wakil rakyat Sabah meningkat bagi mereka, sebab itu dia jaga... [Tepuk]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Soal yang saya sebut mengenai harga minyak ini kerana kita telah memberi jangkaan lebih awal dan inilah seperti Tuan Yang di-Pertua tahu ada perbahasan dan perdebatan yang sengit di antara kita dan kerajaan pada ketika itu kerana keengganan melihat kedudukan dan kenyataan dan realiti harga minyak. Sekarang kita sudah tahu kesan parah kerana keengganan mendengar dan menerima kenyataan. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah cara kita memberi kontrak dan cara beri kontrak yang sedemikian sekarang ini akan memberikan beban yang lebih kerana akan beri peningkatan kos. Bekas Ketua Pembangkang yang juga Yang Berhormat Permatang Pauh pernah bertanya bulan Mei lalu kepada Perdana Menteri mengenai kontrak secara rundingan terus dan tertutup jumlahnya pada ketika itu sejak 2004 ialah RM68 bilion. Apa bezanya rundingan terus dengan tender terbuka? Rundingan terus kita pilih syarikat pilihan, kos lebih kurang. Tender terbuka membolehkan kita memberi keputusan berdasarkan harga yang terendah, akan mengurangkan beban negara dan oleh demikian kita menjangkakan dari semua kajian tanpa kecuali. Saya tidak mahu kalau boleh Menteri Kewangan II berdolak-dalik dalam hal ini. Tidak ada kajian termasuk tatkala beliau di Bank Negara dahulu di antara yang tegas berbincang mempertahankan soal tender terbuka, tidak ada negara dan kajian yang mengatakan kita tidak boleh menjimatkan sehingga sepuluh peratus. Ada yang kata sepuluh, ada yang lebih kalau kita guna tender terbuka. Rakan-rakan kita dari UMNO terutamanya akan bangkitkan apa yang akan jadi kalau semua tender terbuka ini terlepas kepada syarikat asing atau yang bukan Melayu. Saya hendak sebut di sini, kalau kita buat kerja secara telus, kita mesti pastikan supaya syarikat-syarikat semua kaum dapat diambil penyertaan, tender harus terbuka di antara syarat-syarat tender itu harus diberi sub kontrak yang penting kepada syarikat-syarikat yang berwibawa di kalangan syarikat bumiputera yang juga harus melalui tender proses yang biasa...

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau tidak ada tender, apa yang berlaku ialah di kalangan bumiputera pun ada yang tertentu sahaja dipilih yang lain tidak dapat. Maknanya kalau dengan cara kita tender, bahan-bahan yang diperlukan RM10 bilion dalam negara boleh diselamatkan. Makna pakej rangsangan ini kalau tidak gelap lagi RM4 dan RM5 bilion apatah lagi atas alasan seperti yang diberikan semuanya security interest, semuanya strategy interest, broadband oleh TM, pembelian kapal selam Scorpene, perolehan helikopter baik untuk angkatan tentera dan polis, baik yang Sukhoi jet, buat jambatan, sekolah semuanya dijadikan proses tender terbuka sekarang.

Penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua tentang tender terbuka ini. Apakah pada pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa tidak akan berlaku penyelewengan juga ataupun berlaku salah laku dengan proses tender terbuka ini, apa jaminannya sebab bagi saya itulah apa pun jika sekiranya kita tidak dapat mengawalnya dengan baik tender terbuka, runding terus penyelewengan boleh berlaku dan tentang janji 20 peratus tadi saya rasa itu hanya janji manis sebab banyak janji yang telah dibuat oleh PKR di Selangor dan negeri-negeri lain tidak tertunai pun. Jadi 20 peratus bagi Sabah ini bagi saya janji manis sahaja, cakap sahaja.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Saya terima baik pandangan itu. Pertama tidak ada jaminan pasti bahawa tender terbuka itu juga harus bersih dan telus tetapi di antara tender terbuka dengan rundingan terus itu perbezaannya besar. Sekurang-kurangnya tender terbuka ada enam syarikat, kita tahu range ada perbezaan harga. Jaminan yang diperlukan oleh Yang Berhormat Batu Pahat ialah orang yang mengurus itu telus. Masalahnya masalah personel yang ditentukan. Kalau kita pilih pemimpin yang korup jadi yang di bawah itu dia berselaput.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi sebab itu syarat-syarat itu harus ketat dan kalau kita tubuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, suruhanjaya itu mestilah di kalangan orang yang cukup berwibawa tegas, jangan dia pun takut, ikut arahan maka nama dan integriti suruhanjaya pun dipertikai...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nampak lembu.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang keduanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat ialah Selangor. Saya hendak beritahu saudara Yang Berhormat pun lama juga dalam politik, mana ada negeri di Malaysia ini termasuk Johor yang jamin setiap orang ada kematian bagi RM2,500, setiap orang apabila masuk universiti dapat RM1,000, bekalan air percuma, guru-guru KAFA naik dan bagi takaful percuma, beritahu kalau ada negeri Johor buat begitu. Tidak ada, terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Johor beri pada Singapura.

Saya minta penjelasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi kita kena akui apa yang dibuat yang positif yang belum dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri UMNO, Barisan Nasional pun.

[Mencelah]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak beri laluan kepada Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tentang tender ini, amalan sekarang kita ada tiga jenis tender: (i) tender terbuka antarabangsa; (ii) tender terbuka dalam negeri; dan (iii) tender bumiputera. So tender terbuka ini seperti saya sebut tadi ada dua jenis, satu antarabangsa, satu dalam negeri tetapi ada satu lagi jenis tender iaitu tender bumiputera. Maksudnya hanya kontraktor bumiputera dalam negeri yang boleh menyertai tender. Itu pun faedahnya 80 peratus faedahnya kepada bukan bumiputera kerana pembekal-pembekalnya adalah bumiputera dan sebagainya. Dalam hal ini apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh, iaitu cadangan Yang Berhormat Permatang Pauh adakah tender bumiputera ini juga akan dihapuskan?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih kerana Yang Berhormat Ledang bagi kursus dekat saya bekas Menteri Kewangan mengenai urusan tender. Yang ditekankan itu proses tender terbuka, yang saya bangkitkan ini rundingan terus RM68 bilion rundingan terus. Mana-mana negara pun amalkan tender terbuka peringkat antarabangsa, tender terbuka dalam negara dan saya sebut tadi kalau didapati penyertaan bumiputera itu terlalu rendah, tidak akan membantu dalam proses penyertaan ekonomi bumiputera, Kita harus pastikan tetapi harus telus, maknanya kalau tender itu bukan sahaja tender bumiputera, tender semua dapat perolehan katalah pada syarikat Cina, kita boleh tentukan supaya penyertaan bumiputera itu bukan dengan bagi 30 peratus komisen letak Datuk seorang ketua bahagian kemudian dia jadi pengerusi syarikat. Saya katakan ambil, Yang Berhormat Kalabakan setuju pendapat saya kerana dia juga banyak menyuarakan perkara ini. Ambil syarikat yang berwibawa dan tentukan dia participate, bersama sebagai rakan kongsi dengan syarikat Cina ini. Ini boleh dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak selesaikan sebelum jam satu jadi saya hendak tekankan sekarang ini tentang pinjaman bank, kelulusan pinjaman bank yang menjunam. Kelulusan pinjaman bank jatuh 23.7 peratus dalam bulan Disember.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

November sebelumnya 44 peratus iaitu paling tinggi sejak Mei 1999. Pendekatan begini sementara kita harus berikan sedikit kelonggaran bagi bank memutuskan sendiri, tetapi harus ada satu jadual untuk menentukan supaya bank tidak terlalu konservatif takut dan menjauhi risiko sehingga ada masalah yang akan melibatkan kemerosotan penerbitan saham dan jaminan hutang korporat, corporate debt securities, private kerana penglibatan sektor korporat dan pengguna dalam ekonomi akan menjadi lebih lemah. Sebab itu kita juga mencadangkan supaya pendekatan yang agak konvensional itu harus diubah. Saya alu-alukan beberapa kenyataan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang bicara soal sistem memperkukuhkan sistem perbankan dan kewangan Islam dan harus kita kembangkan dan beri orang pilihan kerana perbincangan ini juga besar termasuk di Barat. Menteri Kewangan UK umpamanya di antara orang yang tegas kemudian memberikan satu dorongan. Akan tetapi janganlah dalam masa kita sibuk-sibuk bercakap soal ekonomi Islam, bagaimana hebatnya sehinggakan Charted Institute of Management Accountants pun keluarkan Certificate in Islamic Finance, kemudian kita luluskan lesen judi berlebih-lebihan seperti Menteri Kewangan. Dalam masa yang singkat sahaja, Yang Berhormat Pekan Menteri Kewangan sepuluh lesen judi baru dikeluarkan. Rekod baru yang dicatat oleh Yang Berhormat Pekan. Satu perkara yang lain ialah tentang...

Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh soal Yang Berhormat Pekan meluluskan lesen judi ini. Yang Berhormat Pekan akan menjadi Presiden UMNO, UMNO parti bela agama, bangsa dan negara. Yang Berhormat Pekan ini setiap kali turun ke kampung, rakyat berebut cium tangan. Tidakkan tangan ini hendak tandatangani lesen judi yang begitu jelas nasnya dalam Quran, nas... [Berucap dalam bahasa Arab] Maknanya, para mufasirin tidak ada khilaf parti bela agama, bangsa dan negara...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua....

Saya kira Yang Berhormat, tetapi saya pada mulanya tidak percaya...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya rasa ini melanggar peraturan mesyuarat...

....Sehinggalah saya membaca jawapan Menteri Kewangan terhadap soalan rakan saya daripada Yang Berhormat Rasah. Di situ diperincikan syarikat mana dapat, syarikat Magnum, syarikat Berjaya Toto dan segala macam dan dilaporkan oleh akhbar Singapura. Maka yakinlah saya, pendirian awal yang saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, saya jadi setuju, saya yakin. Bukan sahaja yakin. hakqul yakqin. Terima kasih... [Tepuk]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Machang daripada kenyataan. Memang kenyataan ini dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sendiri dan kalau kita lihat peningkatan itu luar biasa dalam masa yang singkat. Alasannya konon ekonomi gawat. Jadi sesiapa sahaja yang hendak cium tangan itu, ciumlah. Soal lain, masing-masing. Sila Yang Berhormat Padang Besar.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, di samping kita mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, saya juga terpanggil untuk meninjau kembali sejarah, di Pulau Pinang tahun 80-an semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan, berpuluh-puluh lesen slot mesin dikeluarkan yang tidak ada kelab pun dijadikan kelab. Diwujudkan kelab-kelab, jadi saya hendak tanya pada masa itu pendirian beliau bagaimana?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar..., 80-an Menteri Kewangannya Tun Daim Zainudin...[Ketawa]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Rakan-rakan saya yang lama termasuk Yang Berhormat Kalabakan dia tahu, sepanjang saya menjadi Menteri Kewangan, tidak ada satu lesen baru yang saya luluskan.... [Ketawa] [Tepuk] Rakan-rakan cuba keluarkan berulang kali..., dia bagi bola tanggung Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dia tanya pendirian Yang Berhormat, dia tanya pendirian. Dia tidak kata siapa Menteri Kewangan?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, pasal dia kata 80-an.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Berpakat ini, dia pakat. Sahaja jer... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara ialah tentang pilihan projek-projek yang dianggap utama yang harus dikaji semula, dan projek-projek yang dianggap sebagai suatu yang akan diberi manfaat kepada rakyat. Di antara lain hal-hal seperti tersebut prasarana yang ditinggalkan di Pulau Pinang dan Selangor selain daripada projek-projek pembasmian kemiskinan yang disebut di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kedah. Jadi sebab itu, kita minta satu kajian yang lebih telus dan terbuka dan jangan rakyat dikorbankan. Melengahkan projek ini juga akan menyebabkan kos meningkat, kita lihat umpamanya projek yang disebut landasan berkembar. Mulanya kos disebut RM14 bilion, dan enam tahun untuk dibina patut dimulakan, kata 2004. Kemudian Perdana Menteri Kepala Batas memutus menundakan kerana menunggu kedudukan kewangan adalah terhad pada masa tersebut, tetapi sekarang boleh disambung. Jadi alasan itu susah kita hendak pertahankan. Sekarang ini kosnya RM12.5 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM7 bilion dan disebut harga asal 50 peratus daripada harga asal keseluruhan pembinaan landasan dari Johor Bahru ke Padang Besar kontrak oleh MMC-Gamuda Joint Venture yang di anugerah pada Julai 2008. Saya juga ingin menyentuh tentang kedudukan, asas ekonomi yang menjunam, pasaran yang kian suram dan kita bimbang dengan cita-cita tinggi untuk menerbitkan dana, modal serta bon dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan keyakinan di tahap yang cukup parah. Ini juga melibatkan kedudukan barang elektronik yang disentuh sebelum ini. Kerajaan menyediakan RM1.6 bilion dalam belanjawan untuk mengurangkan pembuangan kerja dan pengangguran. Akan tetapi saya ingin juga menyarankan di sini bahawa selain daripada itu ada kesan yang lebih parah bagi ibu tunggal, warga emas yang mendapat kesukaran lain yang juga harus diberi perhatian. Keperluan asas kepada rakyat kurang upaya yang ditambah itu juga kita juga pertikai. Ini berbeza dengan apa yang disebut di Dewan ini tentang beberapa perjanjian apabila kita berikan sedikit bantuan kepada rakyat miskin kita hebohkan. Akan tetapi tahu kah Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa seperti yang disebut baru-baru ini di Parlimen, syarikat-syarikat besar seperti YTL yang sudah untung berbilion ringgit dari IPP masih diberi RM175 juta setahun daripada airport tax yang kita bayar. Ini kerana ERL walaupun kita tidak pakai ERL, RM175 juta dibayar, bila minta runding semula tidak boleh disentuh kerana syarikat-syarikat ini super kedudukan mereka tidak boleh disentuh sama sekali. Saya juga ingin menekankan di sini tentang beberapa langkah yang harus diambil untuk memperbaiki indeks keyakinan ini. Kita tengok umpamanya indeks sentimen pengguna yang dikeluarkan oleh MIER jatuh 71.4 mata pada suku akhir 2008, merosot 17.5 mata daripada suku ketiga 2008. Jadi hal-hal yang sedemikian ini masih berbalik kepada isu yang kita sebut tentang pengurusan. Kita tengok sekarang AP berapa jenis AP yang paling popular dibincangkan oleh AP Motokar, tetapi 800 jenis AP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ini mengekalkan sistem monopoli meningkatkan kos. Kalau kita boleh secara drastik kurangkan penggunaan monopoli melalui AP ini, kos bagi rakyat itu tentu akan jauh lebih berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin akhiri untuk menyatakan bahawa ada beberapa langkah lain yang tidak disentuh termasuk kajian yang lebih berani dalam soal cukai. Ini termasuk cukai korporat yang harus dikeluarkan dalam keadaan sekarang perjanjian semula tol yang telah saya simpulkan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dan keberanian kerajaan mengambil langkah untuk membetulkan kepincangan asas iaitu soal rasuah pengurusan yang amat lemah yang perlu diperbaiki. Kalau ini tidak diperbaiki, pakej rangsangan ini kita tidak yakin akan membantu untuk mengangkat ekonomi kita semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Jam menunjukkan tepat 1 tengah hari. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, sememangnya tahu bahawa sekarang ini musim rehat untuk makan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh booking tidak?

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya tangguhkan mesyuarat sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Bagan pun saya ingat, dia pun nak cepat. Saya janji setengah jam Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan yang sebegitu besar, sebanyak RM60 bilion untuk Bajet Mini ini, yang mana dapat dirahsiakan sampai pembangkang pun tak tahu berapa, yang mengatakan bahawa RM10 bilion itu sedikit, kalau boleh Bagan kata RM30 bilion, rupa-rupanya RM60 bilion. Jadi terkejut pembangkang dibuatnya kerana kemampuan Menteri Kewangan kita merahsiakan jumlah tersebut, dan ini melepasi jangkaan kebanyakan penganalisis yang mengatakan hanya 2 peratus sahaja daripada KDNK, dan yang sebenarnya ialah sebanyak 9 peratus daripada KDNK.

Penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi oleh kerana itu Tuan Yang di- Pertua, saya ingin meringkaskan apa yang ingin saya bahaskan ini, maka persoalan pokok yang timbul di sini ialah soal pelaksanaan sebenarnya, soal pelaksanaan..

Sebelum itu penjelasan. Sikit, sikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab kita tidak mahu persepsi buruk rakyat tentang RM60 bilion ini, sama ada sampai ke bawah ataupun tidak, seperti mana orang selalu bertanya tentang stimulus yang pertama itu, pakej pertama itu, ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Batu Pahat. Tadi Batu Pahat menyebut tentang peruntukan stimulus yang di umumkan semalam berjumlah RM60 bilion. Ini adalah untuk tahun 2009-2010, tetapi akhir tahun lepas, kerajaan telah pun mengumumkan juga peruntukan berjumlah RM7 bilion. Maknanya, adakah Batu Pahat bersetuju bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM60 bilion campur RM7 bilion, RM67 bilion untuk merangsang ekonomi, pada kali ini. Tahun lepas umum RM7 bilion, tahun ini RM60 bilion. Adakah Batu Pahat bersetuju?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Memang kalau kita lihat, bahawa tidak sama apa yang kita lakukan ini, seperti mana yang dilakukan oleh Amerika, seperti yang dibangkitkan oleh Permatang Jauh pada sesi pagi tadi, sebab apa yang dilakukan di Amerika itu, lebih banyak tertumpu kepada soal bail out, untuk menyelamatkan syarikat- syarikat besar. Akan tetapi, apa yang kita lakukan ini ialah untuk memastikan, bahawa negara kita tidak terus terjebak dengan kemelesetan dan mengutamakan kepada agenda rakyat itu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itulah, sebenarnya memang jumlah ini adalah cukup besar termasuk stimulus pakej pertama sebanyak RM7 bilion, maka RM67 bilion ini adalah terlalu besar bagi saya. Sebab itulah yang penting di sini ialah, bagaimanakah pelaksanaan ini dapat dipantau. Walaupun disebut semalam oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, iaitu bahawa ada diwujudkan satu unit khas, yang dipanggil sebagai Unit Pengurusan Projek untuk memastikan bahawa, segala apa yang telah disediakan sebanyak RM7 bilion untuk stimulus pertama itu dilaksanakan. Unit khas ini juga, akan diteruskan untuk memantau pelaksanaan RM60 bilion Bajet Mini ini, tetapi apa yang timbul di sini ialah, apakah unit khas ini berkemampuan sebenarnya untuk memastikan bahawa pemantauan yang dilakukan itu, adalah cukup efisien sebab itulah rakyat bertanya tentang RM7 bilion ini, dan kita dimaklumkan bahawa RM6.5 bilion telah pun diagihkan kepada semua kementerian dan agensi, tetapi dimaklumkan pula hanya RM1 bilion sahaja yang baru dibelanjakan. Maka sudah tentulah rakyat akan tertanya-tanya, apakah maksudnya kita akan dapat mengatasi kelembapan ekonomi antarabangsa ini, jika sekiranya pakej ini terlalu perlahan untuk dilaksanakan. Sebagai contohnya, mungkin orang akan bertanya tentang RM25 bilion daripada dana yang disebut sebagai dana jaminan ini. Jadi bagaimanakah dana jaminan ini sebenarnya, untuk kita laksanakan untuk mendapat RM25 bilion. Mungkin ada rakyat akan bertanya, sebab itu bagi saya bahawa sampai masanya kerajaan memberi perhatian ataupun memberi pertimbangan untuk mewujudkan semula MTEN yang pernah dicadangkan, dan dibangkitkan oleh Pasir Mas sebelum ini, sebab MTEN ini bagi saya, tugasnya bukan setakat memantau tetapi menguatkuasakan dan menjadikan mandatori, jika sekiranya ada agensi yang tidak bergerak untuk melaksanakan Pakej Mini Bajet sebanyak RM60 bilion ini. MTEN bagi saya adalah terlalu penting, sebab dia bukan setakat accountable kepada Menteri Kewangan, tetapi accountable kepada rakyat, rakyat boleh bertanya melalui MTEN ini, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan bajet mini RM60 bilion ini. Oleh sebab itulah, kalau kita lihat sebelum daripada ini apabila MTEN diwujudkan ketika kita berhadapan dengan krisis pada tahun 1997 dahulu, mereka bekerja 24 jam, siang dan malam untuk memastikan segala apa yang dirancang ini, dilaksanakan dengan baik. Oleh sebab itu bagi saya bahawa, yang lebih berwibawa sebenarnya, selain daripada unit khas yang disebut Unit Pengurusan Projek itu, maka kerajaan harus memberi pertimbangan, menghidupkan semula MTEN ini, kerana bagi saya, dengan adanya buku laporan yang disediakan oleh MTEN ini, maka dia akan memberikan maklumat yang lebih menyeluruh kepada rakyat, dan rakyat boleh terlibat sama bagi memastikan bahawa, tidak berlaku sebarang kelewatan, kelambatan, tidak efisien dan sebagainya, dan rakyat termasuklah Ahli-ahli Parlimen ini, boleh membangkitkan dan bertanya tentang perkembangannya, supaya ia benar-benar berkesan dari segi kita berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini. Jadi oleh sebab itulah yang menjadi keutamaan, yang ingin saya tekankan di dalam membahaskan bajet mini ini ialah, sejauh manakah RM60 bilion ini dapat dilaksanakan dengan segera memenuhi tempoh dua tahun ini, supaya jangan nanti timbul soal ada yang tidak dibelanjakan, duit tidak ada dan sebagainya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Maka dengan kata lain akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan. Sebab bagi saya yang penting di sini tentang pakej ini atau mini bajet ini adalah keyakinan rakyat. Rakyat perlu diyakinkan, pelabur perlu diyakinkan dan kerana itulah bagi saya soal pemantauan ini adalah cukup penting. Iaitu bukan setakat memantau tetapi menguatkuasakan sehingga ia menjadi satu mandatori kepada mana-mana juga agensi ataupun kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya. Sebab itulah saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jempol sebelum ini yang membangkitkan tentang apa yang disebut sebagai Majlis Tindakan Daerah yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen ini, tidak termasuk yang pembangkang, minta maaf ya, jangan marah sebab tidak dimasukkan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi Majlis Tindakan Daerah ini, kita sering membangkitkan banyak persoalan dan kita berharap bahawa apabila perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat ini jangan dilengah-lengahkan lagi terutamanya apabila mendapat pakej baru ini sebanyak RM60 bilion yang melibatkan banyak perkara. Jadi apabila perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, dari segi projek dan sebagainya, kita berharap bahawa tidak timbul dari satu minit ke satu minit mesyuarat benda yang sama juga kita ulang kerana tidak dilaksanakan dengan pelbagai alasan yang kita tidak boleh terima...

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Titiwangsa, kenapa Yang Berhormat?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Batu Pahat tadi tentang Majlis Tindakan Daerah dan juga tertarik dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Batu Pahat meminta supaya ada tindakan diambil daripada mesyuarat Majlis Tindakan Daerah ini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Batu Pahat, apa pandangan Yang Berhormat sekiranya sebagaimana Yang Berhormat kata tadi, jangan marahlah sebab pembangkang tidak dilibatkan atau tidak langsung dipanggil dalam mesyuarat Majlis-Majlis Tindakan Daerah ini. Di manakah silapnya di situ, di manakah kebertanggungjawabannya di situ? Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan ini, di Kuala Lumpur tidak pernah sekali pun dipanggil dalam apa-apa mesyuarat di DBKL iaitu mesyuarat pengurusan di Kuala Lumpur ini, tidak pernah dipanggil. Yang dipanggil adalah Ketua Bahagian UMNO, baru ini lagi, dua hari yang lepas saya dapat maklumat dalam satu mesyuarat untuk program pecah tanah projek pasar minggu di Kampung Baru, yang dipanggil adalah Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Suleiman, Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa. Siapa yang boleh bertanggungjawab? Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan mengatakan gencatan senjata, kita jangan bincang tentang politik, kita hendak bercakap tentang ekonomi, baik saya setuju tetapi perbetulkan ini dulu, baru kita boleh berpakat. Bagaimana pendapat Yang Berhormat.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh tambah sedikit?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya hendak jawablah ini Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Isu yang sama, saya hendak beritahu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jangan lama sangat ya sebab saya hendak bercakap 30 minit sahaja.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa semasa Pakatan Rakyat jadi kerajaan di negeri Perak, kita memang membenarkan wakil rakyat Barisan Nasional ataupun dalam kes untuk hadir dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Itulah cara kita dan harap Barisan Nasional juga mengikut cara yang sama, baru kita boleh memajukan negara setelah pilihan raya kita bertindak bersama demi rakyat dan negara.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Beruas kerana membangkitkan perkara ini. Sebenarnya apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat, asalkan kepentingan rakyat dapat dipenuhi maka siapa pun wakilnya tidak apa. Yang penting ialah berkesan sebab itu kita lantik wakil daripada tempat yang kita tidak ada wakil rakyat. Ia sama sahaja sebenarnya, yang penting adalah kerja itu berjalan atau tidak berjalan. Akan tetapi kalau kita ajak pun kalau tidak ikhlas, selepas itu cakap kita pun tidak dengar, tidak guna juga. Jadi sebab itulah, ia sama sahaja Yang Berhormat Beruas. Jadi...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh minta penjelasan tak?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tak apa, nanti saya bagi, saya hendak masuk kepada perkara yang lain. Nanti saya bagi, Yang Berhormat saya bagi sekejap lagi.

Minta izin Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis bangun Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Lipis saya kena bagilah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Berbalik kepada birokrasi tadi sebab tadi sudah dialih oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Beruas. Jadi ada yang mengatakan bahawa kerajaan sekarang dari segi pentadbiran, dari segi eksekutifnya kita dah over centralized hingga menyebabkan banyak projek dan sebagainya tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini dan bagaimana kita berharap kerajaan dapat mengatasi keadaan ini. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, yang ini saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Lipis sebenarnya sebab apabila kita terlalu over centralized ini, maka akhirnya mereka tidak dapat melakukan sesuatu kerja itu dengan lebih efisien kerana ia menjadi dengan izin, overload dari segi tugas dan keputusan sedangkan perkara itu mudah sahaja. Kadang-kadang Ahli Parlimen ini maksudnya bila dia dah mencadangkan itu sepatutnya jangan ada lagi birokrasi dan sebagainya. Sebab itu pada saya, isu birokrasi ini adalah cukup penting. Jika tidak RM60 bilion ini saya bimbang ia tidak akan sampai dengan begitu cepat terutama apabila kita bersetuju mengatakan bahawa kesan krisis kewangan global ini akan mula dirasakan pada penghujung tahun 2009 ini dan bertambah teruk pada tahun hadapan. Jadi sekiranya tindakan awal tidak dilakukan terutamanya dalam kes kita berhadapan dengan masalah ramai orang yang dibuang kerja, pengangguran dan sebagainya, maka saya bimbang kita akan gagal dalam mengatasi cabaran krisis kewangan antarabangsa ini. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa isu Mesyuarat Tindakan Daerah ini adalah penting untuk diberikan perhatian sebab wakil-wakil rakyat biasanya mengeluh apabila perkara dibangkitkan. Maka ia kadang-kadang berlarutan seperti mana yang saya sebut tadi dari satu minit ke satu minit, benda yang sama juga tetapi tidak dilaksanakan ataupun diatasi. Jadi oleh sebab itu, dengan datangnya wang sebegini banyak yang melibatkan jumlah yang begitu besar, sekiranya badan-badan yang pelaksana ini termasuklah Mesyuarat Tindakan Daerah ini gagal untuk melaksanakannya, maka saya bimbang akhirnya persepsi buruk dan negatif rakyat kepada kerajaan akan berterusan. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan juga bahawa dengan pengalaman kita dahulu yang mewujudkan MTEN, maka dengan pengalaman itu juga saya rasa dana modal ini harus diwujudkan. Mengapa saya berkata sedemikian. Contohnya PKS ini, hendak sebut pun takut tersilap tersebut PKR. PKS ini, kita sering dibangkitkan tentang kerenah birokrasi yang dihadapi oleh PKS ini kerana dari segi pinjaman yang diluluskan oleh bank-bank komersial yang begitu birokratik sekarang ini. Oleh sebab itulah, walaupun baru-baru ini kita mendengar bahawa Bank Negara telah mewujudkan satu skim yang dipanggil sebagai Skim Bantuan Jaminan (PKS) sebanyak RM2 bilion tetapi ia disalurkan melalui bank-bank komersial juga ataupun syarikat-syarikat kewangan. Jadi sudah tentulah, mana ada bank barangkali yang sanggup menanggung risiko walaupun kadar faedah diturunkan dan sebagainya. Akan tetapi mana ada syarikat-syarikat kewangan ini sanggup menanggung risiko apatah lagi dengan suasana ekonomi sekarang ini. Maka sudah tentulah mereka akan meletakkan pelbagai syarat ataupun jumlah pinjaman yang di perkecilkan dan ini mengecewakan mereka yang terlibat dengan PKS ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedangkan kita tahu bahawa PKS adalah tulang belakang ekonomi negara terutamanya ketika kita sedang berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini. Maka sebab itulah saya fikir kerajaan harus memberi perhatian dan pertimbangan juga supaya dana modal ini diwujudkan semula untuk membantu terutamanya mereka yang terlibat dengan PKS ini supaya mereka tidak terikat dengan masalah-masalah birokrasi yang ditimbulkan oleh syarikat-syarikat kewangan. Walaupun kita mendengar banyak kenyataan, statement daripada pihak bank dan sebagainya yang menafikan bahawa mereka mengenakan syarat-syarat yang begitu ketat tetapi apa yang berlaku di bawah berdasarkan kepada surat-surat kompelin yang dikemukakan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya cukup yakin bahawa apa yang mereka bangkitkan itu ialah dengan izin, begitu genuine sebenarnya. Oleh kerana itu saya fikir inilah pentingnya kenapa saya mengatakan MTEN ini mesti diwujudkan semula supaya kita ada satu tempat untuk membuat aduan dan juga melaporkan apa juga perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan Mini Bajet yang baru dibentangkan semalam. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu saya menyokong apabila dalam Mini Bajet ini RM50 juta disediakan untuk TEKUN. Ini kerana bagi saya TEKUN adalah merupakan satu institusi yang begitu memudahkan dari segi pinjaman ini, upper grant dan macam-macam lagi kerenah seperti yang dibuat oleh bank. Saya sebagai Ahli Parlimen saya tahu kerana saya memantau mereka yang mengurus dan mentadbir TEKUN ini di kawasan saya. Oleh kerana itulah saya akan memastikan bahawa setiap peminjam ini supaya mereka yang benar-benar terlibat dengan perniagaan ada keinginan untuk berniaga dan sebagainya mudah mendapat pinjaman ini. Pinjaman TEKUN ini bagi saya sebenarnya banyak membantu terutamanya ketika sedang berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini. Terutamanya apabila kita menggalakkan lebih ramai orang terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan ataupun peniaga-peniaga kecil ini. Maka ini bagi saya adalah cukup penting. Oleh kerana itulah bagi saya RM50 juta ini adalah satu petunjuk yang cukup baik bahawa kerajaan cukup serius sebenarnya dalam perancangannya untuk mengatasi keperitan rakyat kesan daripada krisis kewangan antarabangsa. Jadi oleh kerana itulah Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan saranan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang meminta supaya pihak di sebelah sini supaya kita bekerjasama sebenarnya. Kita mengurangkan political thinking sesama kita. Oleh sebab itulah saya tadi amat risau sebenarnya bila mendengar ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh, seolah-olah sukar sangat kita ini hendak bekerjasama terutama ketika berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini. Oleh sebab itulah saya dukacitalah bila dibangkitkan banyak isu yang diulang-ulang, isu yang sama juga dengan berbagai tuduhan dan sebagainya termasuklah isu judi, sebab itu kalau kita hendak bangkitkan isu judi ini sebenarnya banyak contoh yang kita boleh berikan. Soal gaji CEO Syabas dibangkitkan. Kita tahu mungkin RM5 juta itu ialah gaji dia banyak syarikat jadi banyaklah gaji dia sebanyak RM5 juta. Dia ada banyak sampai 20 companies, apa yang kita hendak bising sangat di sini. Apa yang penting ialah adakah dia melaksanakan juga tanggungjawab sosialnya sebagai seorang CEO. Akan tetapi bagi saya, saya bersetuju jika sekiranya janganlah gaji kita ini keterlaluan. Akan tetapi kalau hendak dibangkitkan dan kemudian hendak dibuat perbandingan dengan ramai di kalangan kita ini yang juga berniaga dan sebagainya. Oleh sebab itu saya kata tadi bahawa saya boleh mendedahkan kalau saya hendak mendedahkan tapi saya tidak hendaklah. Maksudnya menggunakan di Dewan Rakyat ini sebagai tempat untuk kita hendak menjatuhkan maruah seseorang. Selagi dia dapat secara halal gaji tersebut...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi sebab itu bila disebut tentang air tadi, kita tahu bahawa dalam isu air ini, bukanlah saya hendak membangkitkan balik perkara ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kita tahu bahawa Syabas juga menanggung hutang PUAS sebanyak RM4 bilion ketika diambil alih oleh Syabas dulu. Kenapa maksudnya apabila hendak di ambil balik aset ini maka hutang yang RM4 bilion tidak mahu diambil balik? Kenapa hendak disuruh kepada Syabas juga menanggungnya?. Jadi banyak perkara yang boleh kita bahaskan yang kadang-kadang saya cukup dukacitalah melihat Yang Berhormat Permatang Pauh ini. Banyak sangat membangkitkan perkara-perkara yang saya rasa kadang-kadang kita pun kena tengok diri kita macam kes rasuah. Baru-baru ini di Pulau Pinang, PKR pun bising tentang masalah rasuah di Majlis Perbandarannya. Saya tidak tahu sudah diambil tindakan ataupun tidak. Banyaklah orang yang tidak akan berpuas hati apatah lagi Selangor. Lagi banyak isu yang dibangkitkan tentang rasuah. Jadi sebab itu saya kata kezaliman ini apa? Apakah maksudnya, kerana ada beberapa kes dan kerajaan pun tidak berkompromi dengan isu rasuah sebab itulah kita mewujudkan SPRM ini. Jadi sebab itu saya kata tidak usahlah hendak beberapa contoh yang ulang-ulang banyak kali ini. Okeylah Yang Berhormat Kuala Selangor sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat. Saya kira seperti ada pe tentangan penegasan awal Yang Berhormat Batu Pahat dan di hujung tadi. Awalnya Yang Berhormat Batu Pahat menekankan tentang perlunya persoalan perkara urus tadbir dilakukan dengan baik kerana injection ini besar, suntikan RM60 bilion. Akan tetapi pada akhir tadi segala apa yang disebutkan oleh, yang saya dengar pada pagi tadi seluruh ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh adalah untuk keseluruhan Dewan yang mulia ini, semua Ahli Yang Berhormat supaya kita sama-sama gembleng. Perkara paling besar yang menjadi mala petaka urusan khazanah negara ini adalah soalan ketirisan, kebocoran, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan amalan-amalan seperti itu... [Tepuk] Jadi kalau ada komitmen ke arah itu must be bi-partisan, dengan izin, sepertimana Menteri Kewangan sebut atas isu Palestin. Perkara itu menuntut supaya jangan berlaku lagi kesilapan-kesilapan lama. Umpamanya kalau kita masih ingat apabila kita mahu buat suntikan-suntikan segera seperti ini. Makmal sekolah-sekolah apa jadinya? Anak-anak kita di belakang. Itu semua adalah urus tadbir yang tidak baik atau urus tadbir yang buruk Tuan Yang di-Pertua. Di bawa dengan keputusan yang buruk dan akhirnya dicetuskan oleh kepimpinan yang buruk. Itu yang kita ingatkan supaya jangan berlaku sekali lagi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Batu Pahat sikit lagi. Sebab untuk mendapat efficiency dalam suntikan-suntikan ini satu ekonomi itu perlu, kalau tidak, perlu diberi masa untuk absorb, there must have absorbing capacity in any economy, dengan izin. Kalau tidak dengan izin, input dan output nya akan jauh lari. Hari ini tidak efisiennya pelaburan adalah kerana, antara lain, ketirisan dan kebocoran ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini yang dikatakan Incremental Capital Out Ratio (ICOR) yang pakar-pakar ekonomi menegur kita kerana kita tidak menunjukkan efficiency dalam pelaburan. Terima kasih

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Kuala Selangor saya sudah faham sudah itu.

Ir. Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang

Yang Berhormat Batu Pahat, boleh sekali gus tidak Yang Berhormat Batu Pahat. Ledang. Ini sama juga tentang rasuah. Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, sebenarnya semua kita ada tanggungjawab membasmi rasuah untuk menghapuskan ketirisan, kebocoran dan sebagainya. Cuma adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju bahawa contohnya makmal sekolah yang berlaku kecacatan tidak beberapa banyak bilangannya daripada beratus yang berjaya dibangunkan.

Ir. Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang

Akan tetapi yang di highlight kan seolah-olah negara kita dilanda rasuah yang buruk. Ini persepsi yang dicipta oleh satu pihak sedangkan kita sama-sama berbincang di sini, berbahas, kita menubuhkan SRPM dan apabila SPRM kita luluskan dan bertindak sebelah sana pula menuduh sesuatu yang lain. Adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya saya rasa kita tahu bahawa tidak ada siapa yang suka kepada rasuah dan di pihak Barisan Nasional kita pun juga banyak membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Siapa kata kita tidak bangkit? Kita bangkit sebenarnya tapi apabila Yang Berhormat Permatang Pauh bercakap tadi seolah-olah itu dijadikan sebagai alasan. Kita ini sudah hendak bekerjasama sedangkan bagi kita yang penting sekarang ini ialah bila berhadapan dengan krisis kewangan antarabangsa ini kita jangan banyak mempolitikkan sesuatu perkara sehingga kita tidak boleh memberi tumpuan yang lebih khusus kepada masalah yang sedang kita hadapi. Oleh sebab itu saya kata bahawa tentang IPP, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita pun tidak berpuas hati tentang perjanjian tersebut, kita juga membantah sebenarnya. Jadi, sebab itu kita juga menyentuh bila dilaksanakan setelah diberi peluang untuk dikaji semula ini. Termasuk dengan soal tol tadi. Siapa yang bersetuju tol ini selalu dinaikkan. Saya juga membantah tol ini dinaikkan. Kerana itulah, kerana perjanjian tersebut menyebabkan kerajaan menanggung RM480 juta.

Penjelasan sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Pontian bangkitkan tadi, alangkah baiknya RM480 juta yang kerajaan terpaksa tanggung, bayar kepada konsesi ini diberi kepada luar bandar...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Termasuk Sabah dan Sarawak. Maksudnya kita juga bersuara tapi kita terikat dengan perjanjian yang sudah dibuat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin tanya Yang Berhormat Batu Pahat. Tuan Yang di-Pertua, maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit, sedikit sahaja. Seminit dua sahaja. Siapa yang menguruskan perjanjian-perjanjian konsesi seperti ini?...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Ha, itu dia!... [Tepuk]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

IPP nya, tolnya termasuk airnya sehinggakan Tuan Yang di-Pertua, berlaku satu anjakan besar dalam pengurusan air seluruh negara dengan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan juga Water Services Industry Act yang sekali gus merupakan satu pengiktirafan ataupun penerimaan, admission of the fail privatization of air seluruh negara ini. Sebab itu Kerajaan Pusat terpaksa mengambil alih sementara dalam pusingan pertama telah mendapat banyak keuntungan kepada konsesi-konsesi pemilik air ini. Jangan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, dalam pusingan kedua pula dalam penstrukturan air ini sekali lagi diberikan satu bailout...

Yang Berhormat Batu Pahat, laluan sini. Ledang, Ledang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Satu imbuhan yang cukup besar kepada konsesi-konsesi air ini. Point nya adalah urus tadbir...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey cukup. Duduklah Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Point nya adalah urus tadbir Yang Berhormat Batu Pahat. Tolong.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduk, duduklah. Saya faham.

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu saya kata, Menteri sudah bagi jawapan.

Penjelasan sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya memahami jawapan Menteri tapi Yang Berhormat Kuala Selangor tak hendak faham-faham juga. Jawapan Menteri sudah cukup jelas.

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu Menteri mengatakan bahawa, isu air di Selangor ini kerana dipolitikkan sahaja. Jadi sebab itu...

Penjelasan sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya tak hendak bagi peluang sudah. Sebab saya sudah kata tadi bahawa antara contoh yang paling jelas RM4 bilion ditanggung hutang PUAS oleh syarikat SYABAS.

Balik Pulau penjelasan sedikit Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Habis tak akan hutang itu dia hendak tanggung juga bila hendak ambil alih aset air di Selangor. Bagi saya tidak adil.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Balik Pulau penjelasan sedikit Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi sebab itu Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sekejap lagi Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau sekejap. Nanti saya bagi. Saya akan bagi. Betullah perjanjian itu dibuat waktu siapa tetapi apakah maksudnya kita tidak boleh berusaha untuk memperbaikinya. Sebab itu kita beri peluang. Sebab itu saya kata dalam soal konsesi tol, kerajaan pun bersetuju untuk declassified dan memberi peluang kepada semua pihak untuk melihat perjanjian tersebut dan mengemukakan cadangan balik nanti. Sebab itu kalau saya hendak bangkitkan cerita-cerita lama...

Boleh sedikit?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Semasa Yang Berhormat Permatang Pauh pun banyak. Jadi sebab itu bolehkah kita menyelesaikan balik segala permasalahan ini...

Laluan. Ledang, Ledang.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Kalau kita hendak ungkit ini zaman BN, ini zaman UMNO dan sebagainya. Sebab itu bagi saya kalau saya hendak bangkitkan banyak saya hendak bangkitkan tentang Selangor ini walaupun baru memerintah...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya kata jangan ulang kesilapan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Tak sampai setahun pun banyak masalah. Banyak kompelin pun termasuklah di Perak ini Yang Berhormat Beruas, sampai mesyuarat pun di bawah pokok. Tak apalah, saya bagi Yang Berhormat Beruas sedikit.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Tadi saya sudah menjelaskan bahawa apa yang sedang berlaku di bawah Barisan Nasional di mana semua barang mesti naik sudah dibuktikan tidak perlu naik di negeri Perak. Di negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat kita telah janji kepada rakyat air tidak akan naik tambahan lagi kita telah berikan air percuma kepada rakyat yang miskin dan kita boleh lagi dalam anggaran kita akan untung ratusan juta lagi. Sebab itu kita sudah janji air tidak akan naik di negeri Perak kerana tidak diswastakan. Berkenaan dengan tol sejak tahun 1987 Yang Berhormat Ipoh Timur telah mengambil tindakan di mahkamah mengatakan tol PLUS, North-South Highway itu adalah berat sebelah tetapi sehingga hari ini Kerajaan Barisan Nasional masih tidak sedar diri lagi. Setiap kali lagi melindungi syarikat-syarikat konsesi ini. Bilakah mereka akan bangkit dan sedar bahawa ini membebankan negara dan rakyat? Sebab itulah kita di barisan pembangkang ini hendak menyedarkan Kerajaan Barisan Nasional bahawa apa yang sedang berlaku ini tidak boleh diterima lagi dan kalau ditadbir dengan baik semua barang tak payah naik seperti yang berlaku di negeri Perak.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey, terima kasih.

Sekali gus Ledang.

Sedikit Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bagi Yang Berhormat Balik Pulau lah. Ringkas sahaja Yang Berhormat Balik Pulau.

Ya. Saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Pahat kerana dibangkitkan tadi ialah isu kontrak konsesi. Kita tahu kerajaan apabila masuk dalam kontrak konsesi ia ada golden share. Betul golden share? TNB semua ada tapi golden share ini sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat. Sebab itu bila kita membicarakan ekonomi nasional, lebih baik kita membicarakan ekonomi rakyat. Sekarang di atas nama kepentingan nasional yang dikorbankan rakyat. Jadi saya memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Pahat golden share sepatutnya digunakan dalam keadaan sebegini untuk kepentingan rakyat dan saya yakin melalui golden share itu saya tahu dalam kontrak ia boleh disemak semula tapi political will nya di mana. Itu penjelasan. Political will nya sekarang ini berada di Barisan Nasional, kerajaan hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Batu Pahat. Sebentar tadi Yang Berhormat telah hadkan masa Yang Berhormat 30 minit. Saya cuma ingin maklumkan sekarang sudah masuk 35 minit Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Bagi Yang Berhormat Ledang lepas itu saya gulung.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang tol ini begitu juga IPP sebenarnya dipihak sini sejak bertahun-tahun yang lepas even penggal lepas saya berada di sini, kami berada di sini kita juga berbahas, berbincang dan kita meminta supaya perjanjian sama ada IPP dan tol itu juga dikaji semula.

Dan kita diberitahu bahawa perjanjian itu banyak semakan telah dibuat, banyak pertimbangan telah dibuat dan akan dibuat tapi sekurang-kurangnya kita konsisten dan kita tidak lari daripada perjuangan tanggungjawab...

Kenapa susah sangat hendak kaji, kenapa susah sangat? Macam sky rocket, genius scientist kita hendak buat...

Kita konsisten, kita tidak lari dari perjuangan seperti orang sana.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak boleh macam itu Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, tetapi Yang Berhormat Balik Pulau...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Batu Pahat ada lagi perjanjian belum masuk.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Sebab saya tak ada masa. Saya sebenarnya pun hendak pergi satu tempat untuk perjanjian air sebenarnya. Sebab itu saya 30 minit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ada lagi perjanjian seperti air di negeri Perak yang hendak diswastakan, dan Pakatan Rakyat bantah. Adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju dengan pendirian Kerajaan Pakatan Rakyat bahawa tidak harus diswastakan kerana kita tidak akan naik kadar air malahan boleh untung lebih banyak duit tapi mungkin turunkan harga air di negeri Perak. Setujukah tidak diswastakan bagi negeri Perak?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Beruas, sebab itulah dahulu apabila air dikendalikan oleh kerajaan kita complaint banyak. Tidak efisienlah, paip bocor tidak diperbaikilah, macam-macam dan kita telah swastakan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu tidak berlaku di negeri Perak.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Bila diswastakan sekarang kita bising balik. Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil balik. Itulah saya kata bahawa apa yang Selangor hendak buat itu hanya hendak melindungi masalah yang sedang dihadapi kerana tidak mampu bayar RM120 juta air percuma tersebut. Yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau ini siapa kata bahawa Kerajaan BN tidak mengutamakan rakyat. Kalau hendak bangkitkan soal subsidi dan sebagainya banyak subsidi yang kerajaan berikan. Sebab itu bila kita hendak turunkan harga minyak dahulu...

Kalau rakyat panggil subsidi. Hina rakyat!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak boleh macam itu Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kerajaan hendak turunkan harga minyak kerajaan mengatakan turunkan harga minyak melalui penstrukturan semula subsidi tapi kalau ikut Yang Berhormat Permatang Pauh dalam debat dia, dia kata apa salahnya ambil sana RM20 bilion, sini RM10 bilion tambahkan lagi subsidi. Akhirnya pendekatan kerajaan itulah lebih berjaya berbanding dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bila dia kata hari ini memerintah besok harga minyak akan turun sedangkan pendekatan kita itu lebih baik melalui proses penstrukturan semula subsidi. Akan tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah bahawa soal negara kebajikan ini memang sudah lama BN buat termasuklah bukti yang paling jelas apabila kerajaan mengadakan mini bajet yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Itu menunjukkan kerajaan cukup prihatin dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara dan sediakan pula RM60 bilion tapi kalau dengar Yang Berhormat Permatang Pauh tadi saya tak nampak alternatif beliau untuk mengatasi krisis kewangan global ini walaupun dia pernah menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ini saya hendak sentuh tentang pekerjaan ini. ini saya kena sebut sebab ini cukup penting sebab kesan yang paling ketara daripada krisis kewangan global ini ialah soal pemberhentian kerja ini. Orang ramai hilang kerja dan disebut semalam kita lihat yang hilang kerja 25,000. Yang diberhentikan secara sementara lebih kurang 30,000, yang gaji dikurangkan 23,000 dan hampir 100,000 tidak boleh buat kerja lebih masa ataupun overtime.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini kesan yang paling ketara. Oleh kerana itu, saya setuju tentang usaha kerajaan menyediakan 163,000 peluang latihan dan pekerjaan di bawah mini bajet sebanyak RM60 bilion ini. Akan tetapi soalnya ialah apakah kerajaan mempunyai mekanisme untuk memastikan mereka yang sudah terbabit ini, yang sudah diberhentikan kerja, yang berhenti sementara, tidak lagi boleh buat overtime dan sebagainya ini, apakah mereka ini dijamin akan mendapat peluang daripada 163,000 peluang yang disediakan ini. Ini yang saya kata tadi bahawa MTEN ini cukup penting sebenarnya. Kalau hendak harapkan hanya satu unit khas yang kecil, saya bimbang ia tidak akan mampu dan tidak ada kekuatan seperti dulu yang bekerja siang dan malam. Bekerja dalam tempoh itu untuk memastikan bahawa apa juga tindakan yang kita ambil dan strategi yang kita laksanakan, maka ia memenuhi dengan apa yang kita gariskan dalam mini bajet ini. Sebab itulah saya merasakan ini adalah cukup penting..., Yang Berhormat Indera Mahkota pegang buku Gaza fasal apa pula?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tarik perhatian, tarik perhatian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi, Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, soal harga barang ini. Ini dalam...

Duduklah, duduklah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, duduklah, Yang Berhormat Indera Mahkota. Sekejap, nanti saya bagi. Sekejap saja. Sebelum saya menggulung. Soal harga ini. Yang ini saya setuju sedikitlah dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Soal monopoli ini iaitu kalau boleh kita kena cari. Sebab itu saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sistem open mark ini iaitu kita galakan competition ini termasuklah daripada luar supaya jangan nanti orang tertentu iaitu pemborong, pengilang dan sebagainya, dia main-main suka naikkan harga dalam keadaan kita berhadapan dengan krisis ini. Jadi sebab itulah saya minta kerajaan selain mencari kaedah untuk mengawal supaya jangan berlaku kenaikan harga barang ini, maka kita mestilah memastikan sistem monopoli dan sebagainya yang menggalakkan kepada kenaikan harga barang ini dapat diatasi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak berkongsi perkara yang cukup ringkas sahaja. Semalam memang Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan RM60 bilion tambahan. Memang semua orang rasa teruja ataupun merasa satu keistimewaan yang hendak dibagi suntikan yang besar iaitu RM60 bilion. Persoalan yang saya hendak kongsi atau hendak tanya Yang Berhormat Batu Pahat, dari mana datangnya RM60 bilion ini? Adakah kita mampu untuk adakan RM60 bilion ini? Semalam di RTM1, di RTM1 semalam, Presiden Persatuan Perunding Percukaian Negara melahirkan kegusaran beliau dan persatuan beliau kerana anggaran awal, boleh dikatakan semua majoriti pakar-pakar ekonomi mengatakan cukup dengan stimulus package sekitar RM35 bilion kerana itu berdasarkan anggaran GDP kita yang munasabah. Negara lain pun mensasarkan berdasarkan kepada GDP. Akan tetapi akhirnya kita membawa angka RM60 bilion. Persoalannya kalau boleh pandangan, dari mana RM60 bilion kita hendak adakan. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itulah. Semalam Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sudah sebut. RM15 bilion daripada suntikan fiskal. Maksudnya kerajaan ada duit sebanyak RM15 bilion. RM25 bilion ialah dana jaminan. Itu sudah diperjelaskan juga. Kemudian RM7 bilion daripada PFI. Daripada PFI sebanyak RM7 bilion disebut...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi maksudnya semua sekali ialah lebih kurang RM70 bilion termasuklah yang disebut sebanyak RM15 bilion daripada pelaburan ekuiti...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

RM67 bilion sekarang ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi, bagi saya tidak timbul persoalan mana datang duit ini. RM15 bilion jelas sudah daripada duit kerajaan, daripada suntikan fiskal. Apa masalahnya?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini, ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita menyentuh berkenaan dengan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduk, duduk.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduklah. Duduklah. Saya sudah sebut tadi RM25 bilion daripada dana jaminan. Saya mungkin tidak ada kesempatan untuk menjelaskan tentang RM25 bilion daripada dana jaminan ini. Namun bagi saya, saya cukup yakin tentang kemampuan Kerajaan Barisan Nasional. Jangan macam Pakatan Rakyat. Belum memerintah sudah janji 20 peratus akan diberi kepada Sabah. Ini janji kosong. Saya tahu janji kosong sebab banyak lagi yang dijanjikan di negeri Selangor tidak ditunaikan pun. Sebab itulah hendak ambil alih air syarikat SYABAS ini. Sebab tidak ada duit. Tidak ada duit, hendak ambil syarikat SYABAS ini supaya dapat tunaikan janji. Ini memalukan. Sebab itu jangan bohong kepada rakyatlah. Rakyat tahu sebenarnya. Banyak benda yang tidak boleh ditunaikan, Tuan Yang di-Pertua. Saya baru hendak tutup, sudah bangun pula Yang Berhormat Padang Besar ini...

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak tanya Yang Berhormat. Penjelasan, sama ada Pembangkang ini sedar bahawa sejak tahun 1997 hingga 1998 dulu kita telah memperkukuhkan sistem kewangan kita sampai fundamentalnya antara yang terkukuh di dunia walaupun Amerika Syarikat tidak begitu kukuh berbanding dengan kita. Jadi kecairan sistem perbankan kita amat tinggi, dan hari ini walaupun Yang Berhormat daripada Indera Mahkota memberi gambaran KDN sana, KDNK sini dan Amerika Syarikat sana. Amerika Syarikat sendiri pun tidak ada model yang boleh kita ikut. Begitu juga dunia lain. Maka kita menggunakan sistem dan cara kita sendiri yang telah memenangi dan dapat mengatasi masalah kita tahun 1997 yang telah memperkukuhkan sistem kita pada hari ini. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak tentang pandangan ini. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu kita sudah terbukti dengan pengalaman kita pada tahun 1997, dan kita mampu keluar daripada krisis kewangan yang ketika itu Menteri Kewangannya ialah Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebab itulah dia diberhentikan. Sebab akan melingkupkan ekonomi negara. Minta maaflah... [Beberapa Ahli riuh] Kita berjaya dan apa yang Amerika buat sekarang ini sama dengan apa yang kita buat. Kita wujudkan Danaharta semua itu. Ini yang Amerika tengah buat. Akan tetapi kita sekarang ini buat dengan cara yang lebih lain. Sebab itu saya cukup yakin dengan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional ini. Kalau saya hendak tengok.. Dengar baik-baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada tahun 1986.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

“Pemimpin-pemimpin PAS, jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong...” [Beberapa Ahli riuh]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

[Bangun]

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini dia cakap pada tahun 1986. Sebab itulah saya tidak hairan dengan apa juga tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya tahu beliau boleh bercakap atau berjanji apa sahaja.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ajuknya sudah tidak relevan, Yang Berhormat Batu Pahat, be rational..!.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Termasuklah di Sabah hendak bagi 20 peratus...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Penjelasan!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dulu masa dia jadi Menteri Kewangan, apa dia buat? Pada masa itu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia tidak buat apa pun...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

8 Mac kita bubarlah, 8 Mac.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dia bagi dekat kroni saja banyak.

[Bangun]

[Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi tidak payahlah hendak mem provoke rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan semalam. Tuan Yang di-Pertua, pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM60 bilion selama dua tahun iaitu 2009 dan 2010 sebenarnya lebih mirip indah khabar dari rupa kerana hanya RM15 bilion adalah dalam bentuk perbelanjaan secara langsung atau suntikan fiskal yang tidak membantu...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Semalam dalam televisyen sokong... [Beberapa Ahli ketawa]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...27 juta rakyat biasa Malaysia. Ini kerana daripada jumlah RM60 bilion ini, hanya RM15 bilion merupakan suntikan fiskal manakala RM25 bilion adalah dana jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta atau IPF dan RM3 bilion insentif cukai. Macam mana dana jaminan, pelaburan ekuiti, PFI dan insentif cukai boleh membantu rakyat biasa yang kehilangan kerja tanpa gaji dan tidak berkemampuan pun untuk membayar cukai.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dalam RM15 bilion ini iaitu RM15 bilion suntikan fiskal Tuan Yang di-Pertua, ia dipecahkan kepada tempoh masa dua tahun. RM10 bilion untuk tahun ini dan RM5 bilion untuk tahun depan. Hakikat perbelanjaan secara langsung sebanyak RM10 bilion ini boleh dilihat dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dan Usul Pembangunan. Beberapa soalan yang ditimbulkan sekiranya ia perbelanjaan terus ialah di mana akan datangnya RM60 bilion ini tetapi seperti yang saya sebutkan tadi adalah nyata bahawa ia hanya berjumlah RM10 bilion untuk tahun ini atau pun RM15 bilion untuk kedua-dua tahun dan bukan RM60 bilion seperti mana yang diuar-uarkan. Tuan Yang di-Pertua, macam mana kita lihat RM10 bilion pelaburan ekuiti, akan memanfaatkan pekerja biasa, rakyat Malaysia khususnya mereka yang kehilangan kerja? Macam mana RM10 bilion pelaburan ekuiti akan berfungsi sebagai satu pakej rangsangan ekonomi atau adakah ia sebenarnya satu pakej penyelamatan syarikat-syarikat kroni tertentu? Seperti mana yang digunakan sebelum ini, pada tahun apabila RM5 bilion dana wang KWSP dipinjamkan kepada ValueCap untuk menyelamatkan beberapa syarikat kroni Bursa Malaysia. Nampaknya, sejarah berulang semula. Di sini saya hendak tanyakan maksud pelaburan RM10 bilion ekuiti apabila Khazanah Nasional Berhad telah menyatakan sebelum ini bahawa ia akan melaburkan sebanyak RM58 bilion dalam tiga tahun akan datang. Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar menyatakan dalam surat khabar, 20 peratus akan digunakan masing-masing oleh Pembangunan Iskandar Malaysia dan juga untuk projek Tenaga Nasional Berhad iaitu 20 peratus dan 20 peratus Tenaga Nasional Berhad dan 15 peratus untuk High Speed Broadband Project untuk memasang kabel internet. Saya rasa ini memberikan satu gambaran bahawa jumlah RM10 bilion yang disebutkan untuk pelaburan ekuiti hanyalah jumlah yang dikitarkan semula atau recycle. Pada masa yang sama, prestasi Khazanah tidak begitu memberangsangkan. Dalam tahun 2008 portfolio Khazanah telah turun 17.8 bilion dengan izin, overall portfolio realizable asset value atau IAV daripada RM70.4 bilion pada 31 Disember tahun lepas berbanding RM88.2 bilion pada 31 Mei tahun lepas. Nilai bersih lagi menakutkan. Kalau kita lihat nilai penurunannya sebanyak 36.5 peratus dengan izin, the nett worth of realizable asset value less total liabilities telah turun daripada RM53.1 bilion pada 31 Mei 2008 kepada hanya RM33.7 bilion pada 31 Disember tahun lepas iaitu dalam masa enam bulan sahaja telah turun RM19.4 bilion atau 36.5 peratus. Ini adalah satu jangka yang amat menakutkan iaitu kalau kita lihat dari segi realizable value ini ialah hampir RM20 bilion. Saya rasa ini adalah 1/3 pakej rangsangan ekonomi sekiranya kita hendak selamatkan Malaysia mungkin kita harus selamatkan Khazanah Nasional dahulu. Dalam aspek ini, rekod pelaburan ekuiti tidak begitu cemerlang apabila kita lihat di antara pelaburannya seperti RM5 bilion dalam cape pun sudah lenyap sama sekali. Jangan lupa pula penjualan MV Agusta pada 2006 oleh Proton Holdings untuk 1 euro atau RM5 yang dibelinya pada tahun 2004 dengan harga RM368 juta sungguhpun telah rugi hampir RM500 juta selepas dijual dengan hanya 1 euro. Akan tetapi pembelinya pada tahun lepas iaitu sebelum kemelesetan atau krisis kewangan global berlaku, apa yang mereka beli dengan hanya 1 euro mereka telah berjaya untuk jual dengan harga RM500 juta. Itu apa yang mereka beli dengan harga RM5 Tuan Yang di-Pertua. Pembelinya telah berjaya menjual kepada BMW dan Harley Davidson Motorcycle daripada Amerika Syarikat untuk harga RM500 juta. Apa yang berlaku ini? Itulah sebabnya kalau kita lihat dari segi pelaburan ekuiti baik oleh Khazanah Nasional mahupun oleh Proton Holdings, saya rasa ini tidak memberikan satu imej yang baik dan juga satu keyakinan yang baik kepada negara Malaysia dengan kehilangan wang yang begitu besar ini. Saya berharap bahawa apabila kita hendak peruntukan lagi RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti untuk diberikan pula kepada Khazanah Nasional, adakah ini hanya untuk pelaburan strategik tertentu dan strategik dalam aspek politik atau pun dalam aspek ekonomi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, di sini, kita harap kita hendak menilainya dari segi merit iaitu sama ada ia boleh memberikan pulangan yang baik atau tidak kerana saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan sebelum ini oleh MTDC di mana dalam satu kenyataan yang dibuat oleh MTDCD adalah jelas sekali bahawa kalau kita lihat dari pelaburan, kita tidak seharusnya melabur agar kita akan kehilangan wang. Akan tetapi, apa yang kita lihat di sini baik seperti yang saya sebutkan tadi baik Khazanah Nasional mahupun oleh Proton Holdings seakan- akan bahawa kita membuat pelaburan untuk mengalami kerugian. Sepatutnya, seperti yang disebutkan tadi bahawa MTDC menguruskan dana berdasarkan empat kriteria perniagaan iaitu: (i) pengurusan yang baik; (ii) model perniagaan yang viable; (iii) teknologi yang baik; dan (iv) ada pasaran yang sedia ada. Akan tetapi, adakah kenyataan ini dilaksanakan. Apa gunanya kalau kita tetapkan kriteria perniagaan sekiranya yang kita lihat hanya kerugian sahaja dan bukanlah keuntungan yang seharusnya menjadi panduan kepada sebarang keputusan dalam aspek ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pelaburan ekuiti, saya juga ingin mengalu- alukan pengecualian cukai sebanyak RM10,000 yang diberikan ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Ini saya rasa adalah salah satu langkah yang dapat membantu pekerja-pekerja. Akan tetapi, saya rasa ia adalah tidak cukup atau mereka tidak akan memberikan apa-apa bantuan sekiranya pampasan tidak dapat diberikan dengan sewajarnya oleh kilang-kilang yang akan tutup nanti. Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas peruntukan RM250 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini adalah satu petanda yang baik bahawa Yang Amat Berhormat sedar tentang betapa pentingnya Pulau Pinang, tidak seharusnya sengaja digagalkan. Memang hakikat ialah sekiranya Pulau Pinang gagal, maka Malaysia pun akan gagal. Ini adalah kerana 30 peratus daripada eksport dan juga 30 peratus daripada pelancong-pelancong yang datang melawat, mengunjungi Pulau Pinang berasal dan melawat Pulau Pinang. So, sekiranya Pulau Pinang gagal, tolong bayangkan 30 peratus eksport dan 30 peratus pelancong tidak akan datang ke Malaysia.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oleh itu saya rasa pihak kerajaan harus memberikan tumpuan kalau dalam aspek 250 juta ringgit untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang perlulah dikaji juga tentang pembinaan sebuah LCCT baru. Ini kerana sebagai satu pintu masuk utama ke north IMT-GT iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle adalah penting bahawa kita memberikan kemudahan asas yang menepati taraf antarabangsa. Sekarang tidak boleh dinafikan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah tidak memuaskan dan dari segi kapasiti pun kalau kita lihat unjuran untuk beberapa tahun yang akan datang akan menghadapi masalah. So kalau kita hendak menambah atau menumbuhkan pelancong–pelancong perlunya kita kaji model yang dipakai oleh AirAsia untuk menambahkan pelancong-pelancong ataupun penumpang-penumpang secara exponential dengan izin, bukanlah secara arithmetic progression tetapi secara exponential progression iaitu di mana pertumbuhannya adalah berpuluh-puluh peratus. Tuan Yang di-Pertua, model yang boleh menjayakan pertumbuhan dan penambahan pelancong yang begitu ramai adalah berdasarkan satu hak lapangan terbang yang memungkinkan penerbangan secara langsung di antara point-to-point. Oleh sebab itu, saya bukan di sini untuk mempromosikan mana-mana syarikat penerbangan. Akan tetapi saya rasa satu LCCT adalah perlu sama ada isu dikendalikan mana-mana syarikat penerbangan atau pun NAB saya rasa itu terpulang kepada kementerian pusat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi yang penting ia mesti dibina dan ia mesti dibina dengan secepat kalau kita tidak mahu kehilangan atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Amat Berhormat bahawa dalam banyak aspek kita sudah ketinggalan kalau berbanding dengan jiran-jiran kita seperti Thailand bukan sahaja dari aspek pelancongan. Kalau kita lihat dari aspek pelancongan jangan dibandingkan dengan Bangkok. Kalau kita bandingkan dengan Phuket dan sebagainya mungkin kita pun ketinggalan tetapi dalam aspek industri halal pun kita pun ketinggalan berbanding dengan Thailand. Oleh sebab itu, dalam aspek ini kerajaan ini cuba untuk membuat pelaburan dan membangunkan industri halal. Saya harap bahawa dalam aspek ini Kerajaan Pusat boleh mempertimbangkan bantuan yang perlu diberikan supaya kita tidak terlalu ketinggalan dalam industri halal dan dapat pegangan atau pun share yang lebih berbanding dalam pasaran yang bernilai USD3 trilion. Di samping itu, saya rasa adalah perlu bahawa Kerajaan Pusat juga menimbangkan beberapa projek kritikal untuk negeri Pulau Pinang. Sebelum ini saya telah menulis surat untuk meminta kajian dibuat untuk 21 projek di bawah RMK9 dan seterusnya sama ada dibekukan ataupun ditangguhkan iaitu yang bernilai RM11,531.6 juta. Di antaranya ialah amat penting untuk keselamatan rakyat Pulau Pinang seperti projek pembesaran Empangan Mengkuang sebanyak RM1.1 bilion. Untuk menjimatkan masa Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin menyebutkan semua 21 projek ini kecuali projek- projek tertentu yang kritikal. Saya harap dalam aspek ini kerajaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh mengkaji projek-projek ini. Di antaranya yang saya ingin tarik perhatian ialah dalam aspek seperti yang saya sebut tadi ialah tentang pembesaran Empangan Mengkuang untuk menjamin bekalan air kepada penduduk-penduduk untuk Pulau Pinang. Kedua ialah tentang perlunya kita mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Ia merangkumi juga projek-projek inner ring road, outer ring road and middle ring road seperti mana yang dirancang sebelum ini. Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua memandangkan Pulau Pinang telah disenaraikan sebagai satu tapak warisan dunia. Adalah perlu bahawa bantuan ataupun pinjaman diberikan supaya kita bukan sahaja dapat mengekalkan tetapi juga memelihara, mempromosikan dan juga melindungi tapak-tapak warisan ini. Sungguhpun pihak kerajaan bahawa RM50 juta telah diperuntukkan sehingga sekarang kita belum lihat wang ini disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Di sini saya ingin bertanyakan apa sudah jadi dengan RM50 juta ini? Mengapa satu sen pun sekarang tidak sampai ke Georgetown ataupun ke Pulau Pinang? Di samping itu, saya berharap bahawa pihak kerajaan boleh menimbang selain daripada kempen-kempen kesedaran di mana kita ada meminta bahawa sebanyak RM51.6 juta ditimbangkan. Akan tetapi ada perlu bahawa kita memberikan satu dana pinjaman iaitu sebanyak RM200 juta bukan untuk kerajaan negeri tapi untuk semua pemilik-pemilik rumah bercirikan warisan. Ini supaya mereka boleh menjalankan kerja pemeliharaan dan kerja pemulihan. Memang ada banyak bangunan yang terbengkalai ataupun dibiarkan di mana bangunan-bangunan warisan ini memerlukan jumlah yang begitu besar untuk memulihkannya. Akan tetapi sekiranya kita tidak menjalankan usaha ini saya bimbang bahawa ia akan dipandang serong oleh UNESCO apabila mereka membuat lawatan. Dalam aspek ini pihak kerajaan negeri amat komited untuk mengekalkan, melindungi, memelihara dan juga mempromosikan tapak warisan Georgetown. Ini kerana ia bukan hanya membanggakan Pulau Pinang tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Di sini saya ingin nyatakan bahawa kita tahu penyenaraian Georgetown sebagai tapak warisan dunia adalah satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada Pulau Pinang sebagai salah satu bandar raya antarabangsa pada masa lampau. Cabarannya ialah untuk mendirikan dan menjanakan transformasi Pulau Pinang sebagai satu bandar raya antarabangsa moden. Kita hanya boleh berbuat demikian dengan kerjasama bersama dengan Kerajaan Pusat supaya kita bukan sahaja memberikan kemudahan asas dalam aspek infrastruktur pengangkutan tetapi juga dari segi lapangan terbang dan juga pelabuhan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kerajaan negeri telah pun menjalankan usahanya sendiri dengan melancarkan inisiatif Penang Wireless. Di mana kerajaan negeri mengharapkan akan memberikan kemudahan wireless atau WiFi secara percuma kepada semua warga Pulau Pinang dalam masa dua tahun. Kalau berjaya maka Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang dapat liputan WiFiini di seluruh pelosok negeri Pulau Pinang. Kita harap bahawa kerajaan pun boleh menimbangkan cadangan ini untuk seluruh negara iaitu di bandar raya dan juga di bandar-bandar terpenting. Saya rasa ini adalah satu usaha untuk menjalankan dengan izin, capacity building yang disebut-sebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menanyakan bahawa sama ada benar, kerana saya telah menerima makluman daripada pihak swasta khususnya yang menceburi dalam bidang ICT bahawa ada satu usaha dijalankan untuk menukarkan klasifikasi MSC atau MSC status kepada dua kategori iaitu: (i) MSC City; dan (ii) MSC Centre. Difahamkan bahawa Pulau Pinang akan diturunkan pangkat daripada MSC City, status sekarang kepada MSC Centre kerana kononnya infrastruktur ini tidak lengkap.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Pulau Pinang diturunkan pangkat. Saya rasa ini akan memberikan satu gambaran yang tidak baik kerana akan mengesahkan bahawa Pulau Pinang selama ini telah diabaikan dari segi infrastruktur. Oleh sebab itu saya harap perkara ini tidak benar, atau sekiranya ia dicadangkan maka adalah perlu bahawa infrastruktur dipertingkatkan dengan secepat mungkin. Ini adalah kerana kalau Pulau Pinang diturunkan pangkat sedangkan di negeri-negeri yang dianggap sebagai bukan pusat pembuatan ataupun tidaklah seperti silicon valley yang dikaitkan dengan Pulau Pinang diberikan juga MSC city status, tetapi tidak diberikan MSC centre, status. Maka saya rasa ini akan menjejaskan bukan sahaja negeri Pulau Pinang tetapi imej kita atau usaha kita untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri Pulau Pinang. Tidak boleh dinafikan bahawa Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam menjanakan dan juga menarik pelaburan. Pada tahun lepas Pulau Pinang telah berjaya menarik RM10.2 bilion dalam aspek pelaburan tempatan dan pelaburan asing. Di mana hampir 50/50 atau setengah adalah daripada pelaburan asing dan juga baki setengahnya daripada pelaburan tempatan. Sekiranya klasifikasi ini diluluskan saya khuatir bahawa ia akan menjejaskan iklim pelaburan dan kalau ia menjejaskan Pulau Pinang tolong bayangkan RM10.2 bilion ini, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan seluruh negara. Ini adalah kerana Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai salah satu outsourcing hub of the future. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh KPMG sebuah syarikat perakaunan yang terkemuka di dunia. Untuk masa depan ada 31 business processing outsourcing hub ataupun BPO dan di antara 31 BPO ini hanya satu adalah daripada negara Malaysia dan satu-satunya ialah Pulau Pinang. Di rantau Asia Tenggara hanya ada satu lagi bandar raya dan diklasifikasikan sebagai BPO atau business processing outsourcing hub untuk masa depan iaitu Ho Chi Minh City. So, di seluruh Asia Tenggara hanya dua BPO akan datang atau masa depan dikenal pasti oleh KPMG. Dan sekiranya infrastruktur atau pelaburan tidak diberikan atau perhatian tidak diberikan kepada Pulau Pinang maka tidak ada wakil-wakil lain yang akan menjadi BPO ini. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun tahu bahawa ada banyak kelebihan yang telah dicapai oleh warga Pulau Pinang. Di Pulau Pinang tidak ada sebarang sumber semula jadi, kita hanya bergantung kepada sumber manusia dan sumber manusia inilah yang menjadikan kejayaan yang dicapai oleh Pulau Pinang pada hari ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pulau Pinang dapat mengecap kejayaan hari ini kerana dari segi daya saing, daya tenaga, daya keusahawanan dan juga daya kepakaran rakyat Pulau Pinang. Oleh itu adalah penting bahawa kerajaan memberikan perhatian yang lebih selain daripada menjadi BPO untuk tahun depan. Biar pun telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sepuluh klaster ataupun kelompok dinamik dunia dengan izin, ten dynamic cluster. Dan dalam aspek ini di antara unsur-unsur penting iaitu daripada sepuluh kelompok dinamik di dunia. Dalam satu tahun ini Pulau Pinang telah mencapai satu status, di mana ia dianggap di antara bandar raya yang dapat berdaya saing kerana dapat menggembleng, menggunakan, mempertingkatkan daya kepakaran, kemampuan, kebolehan sumber manusia mereka. Jadi dalam aspek ini saya harap bahawa Kerajaan Pusat boleh mengetepikan apa-apa isu politik, lihat dalam sudut kepentingan negara dan berikan perhatian dan juga dari segi bantuan kewangan yang diperlukan. Janganlah suka potong sana, potong sini atas alasan tertentu kerana ia adalah penting bukan sahaja untuk pihak di kawasan zon utara tetapi untuk satu Malaysia. Kalau Pulau Pinang diabaikan dan ia tidak boleh menjadi salah satu daripada 31 BPO untuk masa depan atau diakui sebagai satu kelompok dinamik, saya rasa ia hanya akan merugikan negara. Tuan Yang di-Pertua, adalah penting bahawa kalau kita lihat Pakej Rangsangan Ekonomi ini sungguhpun seperti yang disebutkan tadi, bahawa kita menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi dan kita harapkan bahawa ia boleh lebih besar dan bila disebutkan RM60 bilion, bukan RM10 bilion yang diuar-uarkan sebelum ini. Kita tentunya rasa gembira, tetapi bila kita menelitinya secara mendalam kita rasa bahawa apa yang diumumkan sebelum ini adalah suntikan ataupun bantuan yang sebenarnya kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hendak melihat macam mana Pakej Rangsangan Ekonomi ini boleh mengubah hidup mereka. Macam mana Pakej Rangsangan Ekonomi ini boleh memberikan manfaat kepada mereka, sekiranya kerajaan ingin membantu mereka adalah wajar bahawa kerajaan menilai atau mengikuti, mencontohi apa yang dilakukan oleh negara-negara lain seperti Taiwan dan Singapura, di mana mereka memberikan wang tunai kepada rakyat Malaysia. Sebagai satu contoh negara Taiwan telah memberikan wang tunai sebanyak RM8.5 bilion untuk rakyat Taiwan atau RM400 setiap orang untuk membolehkan mereka membuat perbelanjaan dan secara langsung merangsang ekonomi. Di sini saya tidak lihat satu sen pun diberikan kepada rakyat Malaysia dan saya rasa ia adalah satu kekurangan yang mungkin akan menyusahkan Pakej Rangsangan Ekonomi ini berjaya. Oleh itu saya sekali lagi menyeru pihak Kerajaan Pusat kalau boleh sekurang-kurangnya berikanlah wang tunai secara langsung kepada rakyat Malaysia. Kepada mereka yang kehilangan kerja kita harap mereka boleh diberikan bantuan pemberhentian kerja sebanyak RM800 sebulan. Dan juga untuk seratus lima puluh ribu orang yang dijangkakan akan kehilangan kerja, ia hanya akan memakan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk tempoh dua tahun ini atau RM1 bilion setahun. Ini bukanlah satu jumlah yang agak besar kalau dibandingkan dengan RM60 bilion untuk dua tahun, apa itu RM2 bilion? Di sini saya rasa program ini, pemberian bantuan wang secara langsung ini akan benar-benar menyelamatkan ekonomi negara. Seperti yang disebutkan sebelum ini sebarang Pakej Rangsangan Ekonomi mestilah memenuhi tiga syarat utama iaitu: (i) ia mesti mampan; (ii) ia mesti adil dan saksama; dan (iii) ia mesti demokratik. Kalau ia memenuhi kriteria ini kita akan melihat perbezaan dalam tiga aspek iaitu: (i) mutu kehidupan; (ii) pendidikan; dan (iii) kesihatan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekiranya ketiga-tiga petunjuk ini menurun saya rasa ini akan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. Saya ingin menyeru pihak kerajaan, kita tidak bermaksud untuk menyatakan, untuk meminta bahawa syarikat besar ini tidak dipedulikan, tidak, tetapi sekurang-kurangnya nampaklah juga orang-orang biasa. Baik pekerja biasa ataupun supervisor ataupun peringkat pertengahan, kerana mereka benar-benar menghadapi kesulitan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Cuma seperti yang saya sebutkan tadi, pengecualian cukai dialu-alukan. Akan tetapi apa gunanya pengecualian cukai atau insentif cukai diberikan sekiranya mereka tidak dapat gaji atau pendapatan langsung. Ia tidak bermakna kepada mereka, ataupun kepada syarikat-syarikat yang akan gulung tikar. Apa maknanya insentif cukai ini kalau mereka tidak mampu, tidak layak untuk membayar cukai? Di sini saya rasa, adalah penting bahawa kita berikan bantuan secara langsung. RM2 bilion bukanlah jumlah yang besar tetapi RM2 bilion ini boleh menyelamatkan banyak rakyat, banyak warganegara dan saya rasa itulah yang penting.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Mohon penjelasan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang idea daripada Yang Berhormat Bagan berkaitan dengan pemberian langsung secara tunai ini kepada rakyat kerana berdasarkan kepada beberapa buah negara yang turut mengamalkan sistem yang sama, impak yang lebih positif itu tidak nampak dalam tempoh yang panjang. Ini kerana apabila kita mula memberikan secara tunai mungkin dalam tempoh krisis ekonomi yang tidak stabil di peringkat global ataupun di peringkat nasional tetapi apabila ekonomi sudah pulih untuk kita tarik balik pemberian secara tunai itu akan memberikan kesan yang tidak baik kepada rakyat kerana kita menyediakan mentaliti pemberian tunai. Ini pandangan saya yang saya minta komen daripada Yang Berhormat Bagan kerana apa yang lebih baiknya ialah sekiranya kita memberikan RM2 bilion yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bagan itu dalam bentuk menurunkan harga barang ataupun kita subsidi harga barang supaya rakyat boleh mendapat harga barang yang lebih murah. Jadi minta komen daripada Yang Berhormat Bagan tentang idea tersebut. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya pun setuju kalau kita dapat kurangkan harga barangan. Akan tetapi kalau turunkan harga barangan ini pun melibatkan subsidi. Sama seperti apa yang boleh disebutkan sebagai geran, itu pun boleh dianggap sebagai satu subsidi. Akan tetapi ia hanyalah untuk satu tempoh yang pendek, untuk dua tahun dan sekiranya pemberian ini dapat dibuat secara langsung, ia akan mewujudkan multiplier effect, dengan izin. Saya rasa Yang Berhormat Kuala Kedah pun faham tentang multiplier effect. Itu dalam aspek Keynesian. Kalau kita lihat multiplier effect adalah multiplier 1.7. Saya rasa RM2 bilion ini kalau dibelanjakan sekurang-kurangnya akan memberikan peluang perniagaan sebanyak mungkin RM3.4 bilion kepada peniaga-peniaga kecil. Saya rasa ia lebih bermakna kepada rakyat biasa. Kalau kita lihat dalam aspek penurunan harga, saya rasa dalam subsidi ini mungkin lebih besar tetapi kesannya mungkin tidak begitu luas kerana apa gunanya untuk turunkan harga barang kalau kebanyakan pekerja-pekerja ini yang hilang kerja mereka, tidak ada gaji atau tidak ada wang untuk membuat perbelanjaan harian. Oleh itu, saya rasa adalah lebih bermakna kalau kerajaan menggunakan, kita bukan cakap menggunakan keseluruhannya, menggunakan sebahagian kecil daripada pakej RM60 bilion ini untuk orang biasa dan bukan buat pelaburan-pelaburan di syarikat-syarikat besar. Saya rasa ia kurang bermakna seperti mana ValueCap ini yang saya sebut tadi, RM5 bilion dipinjam daripada EPF, KWSP untuk melabur di syarikat- syarikat besar Malaysia.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa itu sangat luar biasa kerana bila syarikat-syarikat besar Malaysia tersebut meraih keuntungan besar, saya tidak nampak mereka berkongsi keuntungan dengan rakyat tetapi apabila mereka menghadapi masalah pula atau menghadapi kerugian, kerajaan mahu kerugian ini ditanggung oleh pekerja-pekerja biasa. Mengapa bila dia untung, tidak berkongsi keuntungan tetapi bila rugi rakyat Malaysia pula kena menanggungnya. Saya rasa itu tidak kena pada tempatnya. Oleh itu, saya harap bahawa pihak kerajaan boleh mengambil perhatian tentang perkara ini seperti yang disebut oleh seorang rakyat Malaysia bahawa yang penting ialah hak untuk memastikan keselamatan peribadi, hak untuk diberikan layanan-layanan yang sama rata dan saksama, hak untuk menikmati rawatan kesihatan bertaraf antarabangsa bersamaan dengan hak pendidikan, hak untuk menikmati kemajuan ekonomi dan juga hak untuk menikmati urus tadbir yang baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya rasa itulah tanggungjawab sebuah kerajaan baik. Oleh itu, saya sekali lagi ingin meminta bahawa pihak Kerajaan Pusat dalam mengendalikan proses atau mengendalikan wang jumlah ini, pastikan ia sampai kepada rakyat. Seperti yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Batu Pahat saya memang setuju dengan dia bahawa mengapa pakej untuk RM7 bilion pada tahun lepas, hanya RM1 bilion sahaja dibelanjakan. Ia memang tidak masuk akal. Kita pun sudah sampai tahun kedua tetapi hanya RM1 bilion sahaja dibelanjakan. Kalau kadar ini diikuti, saya rasa untuk tahun ini, daripada RM30 bilion ini, mungkin hanya RM3 bilion atau RM4 bilion sahaja akan dibelanjakan dan ia tidak akan dapat menyelamatkan ekonomi yang menghadapi krisis yang begitu besar ini. Oleh itu saya sekali lagi ingin meminta bahawa berikanlah wang secara terus kepada rakyat supaya ia tidak hanya menjadi satu pakej rangsangan ekonomi yang hanya indah khabar dari rupa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti biasa ucapan saya tidak panjang. Tidak kira apa juga istilah tentang masalah ekonomi, sama ada krisis kemelesetan, kelembapan atau kegawatan, semuanya menjurus kepada suatu kejadian bencana yang mesti ditangani. Perkara utama yang wajar diambil kira ialah pelaksanaan Bajet 2009, pakej pertama dan kedua semalam. Setakat manakah RM206 bilion peruntukan Bajet 2009 telah dilaksanakan. Dianggarkan pada bulan Jun ini, pakej pertama baru hampir selesai dilaksanakan. Bagaimana pula tentang pakej kedua? Adakah kementerian-kementerian terlibat memiliki jadual pelaksanaan yang teratur dengan prasarana serta sumber manusia yang cukup dan komited bagi kelancaran pelaksanaan. Saya ingin mencadangkan agar pegawai pembangunan KKLW, Khazanah dan EPU, bermalam di Sabah dan Sarawak. Tinggal beberapa hari di kampung-kampung dalam masa terdekat ini untuk mandi air perigi, menaiki pacuan empat roda melalui jalan tanah merah atau gravel, serta bermalam dengan berlampukan pelita minyak tanah, terputus komunikasi tanpa handphone kerana tiada liputan dan tiada internet kerana langsung tidak kelihatan kabel telefon, jauh sekali jalur lebar…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu seperti kawasan saya Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Ya. Mereka perlu menyusuri sungai untuk pergi ke sekolah-sekolah daif dan cuba menggunakan tandas tanpa dinding di sesetengah tempat. Selagi pengatur, perancang, pembuat dasar leka dan lena dalam bilik indah berhawa dingin di menara tersergam di Putrajaya, selagi itulah masalah rakyat tidak dapat segera diselesaikan…

Memang pun!

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Kadang-kadang pelaksanaan menjadi lambat apabila berlaku backlog dan bottleneck, dengan izin, di jabatan-jabatan tertentu atau di unit- unit tertentu di jabatan berkaitan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Bahagian pembangunan dalam semua kementerian sekarang ini, terpikul dengan pelbagai dokumen tender dan sebut harga. Wajarlah bahagian-bahagian lain yang duduk santai melayari blog dan laman web diaturkan bagi membantu bahagian yang terlalu sibuk mengejar masa dan mengagihkan peruntukan. Akan timbul nanti agihan yang tidak cermat, dilonggokkan ke suatu tempat tanpa diagih-agihkan, asal habis, asal belanja, asal ikut jadual. Kerja semberono sebegini tidak akan memberi kesan positif malahan merugikan peruntukan yang sepatutnya boleh diselesaikan lebih banyak masalah rakyat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Kerajaan khasnya Kementerian Kewangan perlu meningkatkan keupayaan unit pengurusan projek yang sudah ditubuhkan. Unit ini selain ICU, JPM wajar memperincikan segala isu dengan teliti. Sebagai contoh telah diluluskan rumah-rumah untuk mereka yang miskin tegar tetapi sebahagian mereka ini tidak memiliki tanah untuk membina rumah. Mereka menumpang di tanah orang lain. jika hendak didirikan rumah di reserve jalan atau sungai misalnya, tidak boleh dimasukkan air dan elektrik pula. Jika mereka mempunyai tanah, tentu tidak termasuk dalam senarai miskin tegar. Ini adalah masalah benar dan KKLW Pejabat Daerah ICU perlu proaktif untuk menyelesaikannya. Saya ingin mencadangkan agar di semua pejabat daerah di negara ini ditubuhkan Unit Pengurusan Projek yang telah dilaksanakan di Kementerian Kewangan. Segala projek pembangunan dan sosial sekarang ini terlonggok di bahu Pegawai Daerah pada peringkat perlaksanaan. Mesyuarat tindakan daerah sebulan sekali bersama ketua-ketua jabatan tidak memadai untuk menyelesaikan semua masalah perlaksanaan. Apabila ditanya oleh kita wakil-wakil rakyat tentang sesuatu permohonan, jawapan yang standard diberi adalah senarai permohonan telah dihantar ke Pembangunan Negeri, telah dihantar ke kementerian-kementerian, tunggu sajalah. Sedangkan penantian adalah satu penyeksaan umpama pungguk yang rindukan bulan, hilang bila hari siang, menjelma cuma sesekali bila waktu malam Tuan Yang di-Pertua, empat teras bajet mini yang dibentangkan iaitu menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan adalah misi yang tepat. Pakej RM60 bilion adalah sesuatu yang di luar jangka, besar jumlahnya. Masalah yang luar biasa tentunya memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Kreativiti mencari sumber mengguna kaedah kewangan moden seperti dana jaminan, pelaburan ekuiti, PFI, insentif cukai adalah amat menarik. Memang benar pakej rangsangan bukan hanya suntikan fiskal RM15 bilion dalam masa dua tahun. Ini kerana tahun hadapan 2010 juga ada bajetnya sendiri, mungkin RM200 bilion lagi seumpama tahun ini RM206 bilion. Namun masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan hanya oleh kerajaan. Dalam teori ekonomi asas KDNK negara bergantung kepada: (i) penggunaan awam dan swasta; (ii) pelaburan dalam dan luar negara; (iii) eksport; (iv) import; dan (v) perbelanjaan kerajaan. Maksudnya selain bajet mini dan mini bajet terdapat empat lagi komponen utama yang wajar diambil kira dan dirangsang. Umpamanya, apakah tindakan MITI bersekali Kementerian Pertanian untuk mengurangkan import barang makanan yang berjumlah banyak bilion saban tahun dan merugikan tukaran asing? Apakah langkah-langkah import substitution, dengan izin, atau penggantian bekalan import telah dibuat? Jika eksport kita semakin berkurangan dan import bertambah, sudah pasti kekayaan negara akan berkurang. Kita mesti berdikari dari segi pengeluaran makanan, kita tidak tahu apa akan terjadi kepada dunia ini, terpenting ialah rakyat kita cukup makanan, cukup untuk semua di kota dan semua di desa.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Saya juga ingin mencadangkan agar projek-projek bernilai RM100juta jumlahnya untuk sebuah projek di kategorikan sebagai projek mega yang wajar tidak diutamakan. Sekarang ini jika projek sebesar itu dilaksanakan, ia kurang bermanfaat untuk rakyat terbanyak. Lebih baik RM100juta itu di pecah kepada sepuluh buah projek bernilai RM10 juta setiap satu atau seratus projek bernilai RM1 juta setiap satu. Ini akan membawa lebih manfaat kepada lebih ramai rakyat dengan kesan multiplying effect kepada ekonomi yang lebih merata. JKR perlu membuat standard pembinaan jalan dan bangunan yang kos efektif. Tidak terlalu lebih anggaranya dan meletakkan maksima 10 peratus, 15 peratus, 20 peratus sahaja sebagai siling keuntungan untuk setiap kontraktor. Saya juga ingin bertanya apakah akan terjadi kepada dua isu utama ini iaitu pertama, adakah usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 iaitu sembilan bulan lagi boleh dicapai? Kedua, bagaimana dengan pegangan ekuiti bumiputera 19 peratus itu, adakah juga akan menerima rempuhan badai yang akan memusnahkan segala usaha yang dibuat selama ini? Apakah langkah-langkah pelan ‘B’ kerajaan bagi menjamin dua perkara yang saya sebutkan ini kerana ia penting untuk kestabilan hubungan kaum dan kemantapan struktur sosioekonomi negara. Ia menjangkau politik kepartian kerana program kesejahteraan hubungan antara kaum merupakan sesuatu yang amat penting. Ada beberapa pertanyaan tambahan saya tentang bajet mini ini: (i) adakah defisit 7.6 peratus pada tahun ini akan menurunkan penarafan bon-bon Malaysia dan kaedah-kaedah kreatif untuk mengembalikan defisit ke paras yang lebih rendah?; (ii) apakah penerangan dan peluang diberikan juga kepada rakyat di luar bandar bagi memiliki bon simpanan kerajaan bernilai RM5 bilion berasaskan syariah itu? Orang kampung kurang faham apakah itu maksud bon; (iii) terdapat 19 projek penggantian bangunan uzur sekolah dan pejabat pendidikan daerah di Parlimen Pontian yang sudah di tender tetapi ditangguhkan sebab kurang peruntukan. Apakah RM1.95 bilion untuk peruntukan untuk sekolah itu boleh menyelesaikannya?; (iv) mengapakah peruntukan kepada MARA untuk menambah premis perniagaan tidak kelihatan dalam mini bajet ini? Dicadangkan Kementerian Kewangan mengkaji secara pentadbiran untuk menambah peruntukan penting ini; dan (v) apakah maksud istilah projek “off budget”, yang terdapat pelaburan lima bilion itu, mengapa digunakan istilah ”off budget”, apakah istilah yang mudah difahami dalam istilah bahasa Melayu?. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sebagaimana saya sebut tadi agar perjanjian konsesi tol dikaji semula agar lebih adil supaya RM480 juta sebagai pampasan itu dan pampasan-pampasan sebelum ini boleh kita gunakan untuk jalan-jalan di kampung termasuk di Sabah dan Sarawak khasnya. Saya juga agak terperanjat dengan jumlah subsidi pelbagai kemudahan untuk rakyat berjumlah begitu besar iaitu 27.9 bilion. Namun sedikit sekali yang sedar dan berterima kasih tentang bantuan ini. Saya ingin mencadangkan agar semua Kementerian menyenaraikan perincian subsidi ini dan sebarkan kepada rakyat melalui semua media yang ada, RM27.9 ribu juta untuk 2009 amat besar jumlahnya untuk kebajikan rakyat dan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin mencadangkan agar latihan keusahawanan diberi dengan lebih bersungguh-sungguh oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada pelajar universiti pada mereka yang dibuang kerja dan yang berminat untuk berhenti daripada kerja mereka yang tidak minati sekarang ini.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Peluang usahawan sebagai kerjaya pilihan wajar ditingkatkan lagi, memanglah kini kita masih ada kekosongan yang banyak 63,000 di sektor kerajaan. Bayangkan jika semuanya sudah penuh atau kerajaan tidak berhasrat untuk membesarkan lagi pengambilan kakitangan,apakah yang perlu kita buat pada ketika itu? Cadangan saya sebelum ini agar subjek keusahawanan diajar sejak Tingkatan 1 hingga 5 pada semua sekolah menegah dijawab oleh Kementerian Pelajaran sebagai tidak perlu. Apakah Kementerian tidak melihat bahaya kegawatan ekonomi yang amat merbahaya jika rakyat hilang mata pencarian, hilang pekerjaan? Semalam angka pengangguran di Amerika Syarikat ialah seramai 12.5 juta orang. Hampir separuh daripada penduduk negara ini, jika rakyat kita tahu berniaga, diberi ilmu selama lima tahun di sekolah menegah, mereka akan mencari ikhtiar yang pelbagai kerana pertanian itu perniagaan, perkhidmatan itu perniagaan, daya intelek itu perniagaan, PKS, industri asas tani, seni kreatif itu perniagaan. Ada seribu satu macam jenis perniagaan yang ada tetapi tanpa ilmu fikiran menjadi buntu, tanpa maklumat idea menjadi terhad. Saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Usahawan mengkaji dengan teliti saranan pendidikan perniagaan Tingkatan 1 hingga 5 dan bukan mengetepikan ya sebagai belum perlu belum relevan. Tuan Yang di-Pertua, saranan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri agar kita semua parti kerajaan dan pembangkang untuk sederap usaha, sepakat kata dalam menangani krisis ekonomi adalah wajar diterima dengan penuh terbuka. Bila badai ribut taufan melanda ia tidak akan kenal warna kulit, warna parti politik dan warna agama, bila tsunami ekonomi melanda sekarang ini, walau kesan taufan itu belum membasahi semua, rakyat tidak akan terpesona dengan sandiwara politik kita. Rakyat akan bertanya apakah ada makanan di atas meja malam ini dan tidak akan bertanya apakah ada ceramah parti malam ini. Saranan bersatu pendapat itu wajar disambut dengan tangan ikhlas yang terbuka, insya-Allah Namun, apa yang berlaku semalam agak memeranjatkan, seorang demi seorang rakan Ahli Parlimen Pembangkang PAS dan PKR meninggalkan Dewan sebelum jam 4 petang. Adakah ini kebetulan? Tidak. Pakej RM60 bilion untuk perkukuh ekonomi negara hadapi kegawatan global…

Dirancang, dirancang.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hari ini banyak sebelah sana tidak mari.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pakej RM60 bilion untuk perkukuh ekonomi negara hadapi kegawatan global dan membela rakyat jelata tidak didengar secara langsung oleh kebanyakan daripada rakan-rakan pembangkang. Tentu rakyat ingin bertanya mengapa, kenapa, apa sebab agaknya? Saya kira jika ada sebarang cadangan membina, kerajaan akan sentiasa membuka untuk memikir dan menerimanya. Kita tidak perlu berbalah dalam semua perkara pada setiap masa di semua suasana. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya sebut pendek sahaja. Dua rangkap pantun sebagai menjawab pantun Ketua Pembangkang: Bersama keluarga ke Pulau Mutiara, Pergi Kelantan di waktu petang, Mari kita mencari formula, Ekonomi dirangsang rakyat senang.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pergi ke Kelantan di waktu petang, Jumpa petani mencari dokong, Ekonomi dirangsang rakyat senang, Bajet mini kita sokong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Ya. Bravo! Bravo!

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya ingat, saya pujilah Yang Berhormat Pontian ringkas, padat dan jitu. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Insya-Allah Yang Berhormat, saya pun tidak panjang mini bajet. Tuan Yang di-Pertua, semua pihak menyambut baik mini bajet yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam. Cuma tinggal lagi rata-rata mempersoalkan masalah pelaksanaan. Satu perkara yang dipersoalkan juga ialah cukup dengan tidak cukup, duit ada atau tidak. Saya juga tidak bercadang untuk mengulangi perkara-perkara yang pernah kita bangkit sebelum ini, menegur mengkritik kerajaan supaya memperbaiki segala kelemahan. Sebab kita sedia maklum bahawasanya kerajaan yang ada pada hari ini memang, walaupun menang dalam pilihan raya baru-baru ini di peringkat Kerajaan Pusat, tetapi tidak sedikit rakyat telah menunjukkan sikap protes baru-baru ini. Jadi kalau teguran dan kritik tidak diambil endah juga, kalau sudah sakit, macam- macam ubat dibagi tidak hendak juga ditelan, maknanya Pilihan Raya Ketigabelas nanti tunggulah natijahnya. Saya memberi pandangan yang cukup ikhlas. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pokok sekali ialah dalam soal mini bajet ini RM60 bilion ini. Saya ingin menumpukan kepada soal yang disebut pelaksanaan yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Pontian dan rakan-rakan yang lain iaitu mengenai birokrasi, ketelusan dan seumpamanya. Hal ketelusan pembahagian projek-projek yang selama ini menjadi kritikan dan seumpamanya pun saya tidak hendak ulang lagi. Saya hendak tumpu perbahasan ini kepada masalah kepentingan pembahagian keadilan untuk rakyat. Maksudnya, saya mengalu-alukan contohnya kerajaan akan mewujudkan peluang pekerjaan 163,000 dan daripada 163,000, 13,000 akan diserapkan dalam sebagai kakitangan kerajaan kontrak. Sama ada jururawat, sama ada guru siswazah secara kontrak. Yang saya hendak bangkitkan ialah pelaksanaannya. Saya hendak cadangkan supaya ia dibuat dengan cara adil. Adil maksudnya, sekarang ini kita tahu ramai siswazah tidak bekerja. Jadi harapannya saya, mereka yang menemu duga melalui agensi nanti memberi keutamaan kepada golongan-golongan daripada keluarga miskin dan miskin tegar. Kalau satu keluarga itu anaknya sudah bekerja dengan kerajaan, sudah ada kedudukan, tengok kalau ada anak ibu tunggal, anak keluarga miskin yang belum lagi anak mereka bekerja, sudah menganggur satu dua tahun. Mereka ini diberi peluang. Jangan pula kakitangan agensi yang menemu duga nanti, anak saudara dialah, waris dialah, sokongan parti politik. Kalau ini berterusan, selagi itulah Allah Taala tidak akan bagi syafaat dan ingat pada Menteri-menteri yang bertanggungjawab. Ini yang saya hendak ingatkan. Beri keutamaan pada mereka-mereka ini, 13,000 bukannya banyak, yang menganggur terlalu banyak. Saya hendak menyeru pihak kerajaan supaya mengambil perhatian, supaya berilah peluang pekerjaan ini dengan secara adil. Yang diutamakan dulu siapa? Kalau anak orang-orang kaya yang berada, walaupun tidak bekerja setahun, dua tahun mungkin rumah ibu bapa kaya-raya mereka boleh tunggu tetapi anak-anak di kampung yang ibu tunggal, anak keluarga miskin, anak yatim yang telah keluar universiti, hari ini pun dikejar PTPTN, belum dapat pekerjaan beri keutamaan pada mereka ini. Ini saya harap sangat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dari segi pelaksanaannya dan kita kena ingat tanggungjawab ini, kalau saya bercakap mengkritik, mengutuk pun, mungkin tidak sampai ke mana pun tidak ada faedah pun, tetapi tunggulah pembalasan Allah SWT nanti. Tiada siapa saya mengingatkan diri saya. Bila kita pegang jawatan, tanggungjawab kita tidak adil, tunggulah natijahnya nanti. Satu. Kedua, saya lihat, di mana rangsangan ini termasuklah micro credit. Ini juga untuk orang-orang kampung, petani-petani, melalui Agrobank, melalui TEKUN. Melalui Agrobank ini, walaupun disebut micro credit ini tanpa pinjaman, tetapi masih lagi ada kerenah yang sukar mereka mendapat pinjaman. Hak-hak pinjaman yang dipohon. Saya dapat maklumat terutama dalam kawasan saya di Pasir Mas, banyak juga yang merungut, pergi tidak dapat, syarat itu, syarat ini, walaupun memang ada yang sudah dapat, ada pun yang sudah berjaya, tetapi masih lagi timbul masalah, kalau hendak bagi, bagi betul-betul. Ini orang kampung. Jangan berkiralah kalau RM5,000-RM10,000, kalau bilion-bilion pun kita tidak ambil kisah sangat, yang kecil-kecil dengan orang kampung ini janganlah berkira sangat. Permudahkan lah. Begitu juga, pembahagian projek-projek PPRT, ramai lagi ibu tunggal, orang miskin, OKU, rumah-rumah usang yang dirosakkan kerana bencana, memerlukan sepuluh atap zink, 20 atap zink bukan banyak dan cara pembahagiannya pula mesti kena adil. Didahulukan pada yang diperlukan, jangan mengira parti politik sangat. Didahulukan mereka ini tengok, kita tengok ada kadang-kadang yang tidak pun patut dapat, dapat. Manakala yang duduk dalam reban ayam minta tidak dapat. Ini juga turun malapetaka daripada Allah SWT. Saya minta perkara-perkara ini, dari segi pelaksanaan ini, saya percaya kalau ini dititikberatkan yang disebut birokrasi, pelaksanaan yang adil, telus, saya percaya insya- Allah, mini bajet ini akan mendapat kesan yang baik, bukan sahaja kita boleh menangani masalah krisis ekonomi dunia yang dikata paling teruk sejak Perang Dunia Kedua, tetapi juga mungkin insya-Allah sedikit sebanyak akan mengembalikan keyakinan rakyat terutamanya yang di desa, orang-orang Melayu kepada pihak kerajaan. Ini teguran yang ikhlas. Teguran yang cukup membina. Begitu juga kemudahan-kemudahan lain, kalau saya hendak sebut terlalu banyak Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang kedua saya hendak bangkit di sini Tuan Yang di-Pertua, hendak bawa Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua, balik ke Kelantan sekejap. Melancong ke negeri saya Kelantan sekejap. Kelantan adalah sebuah negeri di Pantai Timur. Penduduk di Kelantan 98 peratus orang-orang Melayu. Ada 600,000 anak Kelantan, berada di Lembah Klang mencari pekerjaan, berniaga oleh kerana tidak ada peluang pekerjaan di Kelantan. Namun Kelantan sebuah negeri yang cukup berpotensi dari segi pemangkin ekonomi, kepada ekonomi Malaysia. Dari segi pertumbuhan ekonomi Malaysia, negerinya cantik, pantainya banyak, hasil masyhurnya banyak, rakyatnya rajin, budayanya hebat, jadi cuma tinggal lagi, ia tidak mendapat perhatian selama ini oleh sebab masalah infrastruktur, perhubungan. Sekarang ini, sudah ada dah dibina sedikit sebanyak tetapi masih lagi masalah perhubungan masih lagi jauh. Laluan ke Kelantan melalui Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, walaupun jalan dibaiki tetapi bukan lebuh raya macam Utara-Selatan. Saya hendak menarik perhatian kalau Kelantan ini dibangunkan dengan sesungguhnya ia menjadi pusat tarikan pelancong yang terhebat di Malaysia ini. Memang terhebat, boleh membantu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri yang ada di sini cuba fikirlah negeri di Malaysia Barat ini, walaupun banyak lagi keperluan saya tidak nafi, tetapi sudah ada macam-macam dah. Macam-macam sudah ada. Negeri di Pantai Timur Kelantan, negeri saya macam mana? Kalau ianya kuat, maju, bila kita hendak kira dari segi ekuiti pencapaian bumiputera dia boleh membantu sebab mereka orang Melayu.Di sini, patut diberi perhatian dan boleh membantu ekonomi negara yang cukup hebat. Pelancongan. Maka saya hendak tarik perhatian kepada empat perkara mengenai dengan Kelantan pertamanya mengenai dengan flood mitigation, projek mengatasi banjir. Dulu pernah diluluskan sebelum ini, RM1.2 bilion, bila hendak dilaksanakan? Ia menjadi priority ataupun tidak?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Walaupun ia diluluskan dalam bajet yang dahulu dalam peruntukkan yang lalu, bila hendak dilaksanakan? Pelaksanaannya mesti dipercepatkan sebab ia menambah baik nilai kedudukan alam di Kelantan. Bila hendak dilaksanakan? Ini yang paling utama. Tebing- tebing sungai Kelantan semuanya runtuh, dan kalau ini dapat dilaksanakan ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kedua, Kelantan, sepatutnya dulu sudah pernah Kerajaan Pusat cadangkan mengenai mini port di Pantai Sabak. Hari ini senyap. Dulu macam-macam kajian dibuat, malah tawaran telah pun dikemukakan. Kenapa tidak dilaksanakan, bukannya banyak, cuma RM150 juta. Kelantan, duduk di utara berhampiran dengan Vietnam, Cambodia dan bersempadan dengan Thailand. Saya hendak tanya bagaimana dengan kedudukan ini. Ketiga, saya hendak minta, saya ada bertanya soalan lisan akan kemungkinan menaikkan taraf Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan sama taraf dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang, 98 peratus orang Melayu dan kedudukannya strategik. Kalau Pulau Pinang boleh menarik pelancong, Kelantan saya percaya lagi hebat boleh menarik pelancong dengan kekayaan budaya yang ada dan makanan yang ada berjenis-jenis. Akan tetapi orang tidak pergi oleh kerana masalah perhubungan dan infrastruktur. Jadi, kalau diberi taraf lapangan terbang peringkat sama dengan Pulau Pinang, jadi kapal terbang Vietnam Air sudah di kalangan ASEAN. Garuda daripada Medan boleh turun ke Kota Bharu, kemudian daripada Vietnam Air, Singapore Airlines boleh turun seperti di Pulau Pinang. Saya percaya ia lebih hebat kerana pantai-pantai di Kelantan memang menjadi tarikan pelancong yang cukup hebat. Inilah kedudukannya, secara ringkas saya sebutkan. Perkara yang keempat, sebelum ini kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah jambatan iaitu dari Kampung Laut ke Tambatan Diraja. Di Kelantan kesesakannya sudah macam di Kuala Lumpur juga, memang tidak boleh bergerak dan sudah pun ditambah peruntukan bagi menjadikan empat lorong di Jambatan Sultan Yahya. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat. Bagi pihak rakyat Kelantan saya amat berterima kasih, pelaksanaan sedang dibuat. Baru-baru ini Menteri Kerja Raya mengumumkan hendak tambah dua lorong lagi bagi jambatan di Pasir Mas-Salor, itu pun saya berterima kasih. Harapnya jadikan prioriti waktu pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Akan tetapi satu lagi, yang batu asasnya diletakkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dahulu, hari ini tidak boleh dilaksanakan Yang Berhormat, sebab Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada duit. Jambatan ini perlu, kalau tidak dibuat sekarang, dua, tiga tahun kosnya akan berlipat ganda. Tiga empat ratus juta, apa sangat! Dengan terbinanya jambatan ini, besarkan laluan dua jambatan yang saya sebutkan tadi dengan flood mitigation, di bagi mini port, Kelantan akan tumbuh sebagai sebuah negeri gergasi yang boleh memangkinkan pembangunan ekonomi negara. Saya merayu, memohon dengan belas ihsan demi orang-orang Melayu, anak-anak Kelantan yang menjadi tulang belakang juga kepada bangsa Melayu di Malaysia ini selain daripada Sabah dan Sarawak kaum peribumi yang tidak kita lupakan. Akan tetapi jangan kita lupa, soal perbezaan politik soal bab lain. Kita hidup pun bukan lama sangat. Kalau 70 tahun pun, Tuan Yang di-Pertua, bukannya lama sangat. Itu sudah dikira bonus. Kita akan menghadapi Rabbul Jalil. Saya bukan bercakap politik. Saya tidak ada apa-apa kepentingan, ada di sini pun tidak apa, tidak ada di sini pun tidak apa. Ada di sini saya bercakap without fear or favor. Ini yang saya harap ditumpukan oleh pihak kerajaan, Kelantan, begitu juga Kedah, Terengganu dan Perlis. Di Malaysia Barat kita lihat memang sudah banyak faedah yang mereka dapat, kemudahan-kemudahannya cukup banyak. Akan tetapi saya minta untuk Kelantan kerana saya katakan tadi Kelantan 98 peratus orang-orang Melayu kaum bumiputera, sama dengan Sabah dan Sarawak. Saya hendak zero in secara mudah, zoom kepada perkara yang mudah daripada merepek kepada perkara-perkara yang tidak tentu arah. Yang dahulu, yang lain-lain saya sudah sebut. Macam-macam sudah sebut, Agusta atau tidak Agusta sudah lama sebut. Sudah berapa puluh kali sebut yang sama juga. Saya hendak pandang ke hadapan, hendak fokus ke hadapan, the way forward untuk ini dan saya percaya mini bajet ini boleh membantu meringankan beban rakyat. Saya cukup percaya ia dibuat dengan begitu teliti dan ia dibuat dengan penuh berhemah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Oleh kerana saya tidak ada apa-apa agenda sebab itu saya tidak menaruh apa- apa perasaan dendam, menuduh itu dan ini, yang saya harapkan ialah ke hadapan. Ke hadapan, forward sebab yang akhir sekali ialah kepentingan orang ramai. Kepentingan rakyat yang mesti kita dahulukan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya hendak menarik kepada perkara- perkara yang khusus sedikit sebab saya ada terima dua, tiga SMS kepada pihak Kementerian Pelajaran. Dalam kita sudah kehilangan pekerjaan yang begitu banyak kerajaan menambah peruntukan ada satu golongan pekerja kontrak daripada sekolah- sekolah iaitu tukang kebun diberhentikan dan kerja pembersihan di sekolah ini diserahkan kepada pihak swasta. Terdapat 133 hingga ke 200 keluarga terlibat, menangis mereka ini. Tukang kebun, berapa sen sangat gajinya. Tolonglah, kalau boleh dipertimbangkan balik ataupun diserapkan balik mereka ini demi kemanusiaan. Mereka ada anak hendak makan, mereka ada anak hendak sekolah. Tukang kebun, kita pindahkan kepada pihak swasta syarikat yang mengambil alih tetapi kalau disyaratkan syarikat yang mengambil alih itu mengambil juga mereka sebagai tukang kebun tidak mengapa, tetapi itu pun mesti ada jaminan masa depan. Tolonglah. Itu yang saya hendak bangkitkan. Perkara yang seterusnya perkara khusus. Saya hendak bangkitkan mengenai SME Bank. Ini masalah syarikat kecil dan industri...

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh? Di sini, di belakang. Sikit sahaja. Bila Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh soal kontrak tukang kebun, tadi saya minta Yang Berhormat Pasir Mas juga kalau tidak keberatan memasukkan juga soal kontrak jaga di sekolah. Ini kerana apabila perkhidmatan jaga ini dikontrakkan, diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu, banyak berlaku penyelewengan. Di tempat saya banyak syarikat ini kadangkala tidak membayar gaji dan kadangkala yang lebih penting lagi, gaji tidak dibayar dan EPF pun tidak dibuat. Syarikat ini kita tidak tahu milik siapa tetapi yang melaksanakan program ini di sekolah-sekolah ialah yang telah disahkan. Jadi, kita minta supaya kementerian memberi perhatian kepada perkara ini kerana saya difahamkan apabila diberi kontrak kepada syarikat-syarikat ini untuk melaksanakan program jaga di sekolah-sekolah dengan harapan bila mereka mendapat dalam kuantiti yang kecil, perkhidmatan ini akan menjadi lebih baik. Jadi saya minta kalau boleh ditimbangkan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Baik. Faham. Terima kasih. Saya setujulah dan dimasukkan dalam ucapan saya termasuk jaga sekali, harap ia dapat dipertimbangkan. Perkara yang saya sebutkan tadi mengenai dengan industri kecil dan sederhana, pinjaman Bank SME ini. Saya diberitahu ramai yang sudah kena bankrap. Saya hendak minta maklumat berapa ramai yang sudah dibankrapkan dalam tahun ini. Apakah ia tidak boleh ditangguhkan tindakan-tindakan terhadap mereka oleh kerana suasana krisis global ekonomi sekarang ini, sudah pasti kerugian mereka mungkin ada kaitan dengan kesan ekonomi sekarang. Ketiga, saya hendak menarik perhatian. Saya juga hendak minta penjelasan. Saya terima kunjungan dan juga SMS, surat daripada beberapa pihak anggota tentera. Pihak anggota tentera membandingkan gaji mereka dengan gaji polis, elaun mereka dengan elaun polis. Mereka mengatakan tidak seimbang. Saya haraplah, pihak anggota tentera ini juga pasukan beruniform seperti polis. Sepatutnya sama ada elaun, ganjaran atau apa sahaja, di seimbang dan disamaratakan dengan pihak anggota polis. Seterusnya, Kementerian Pelajaran iaitu mengenai dengan pelajar-pelajar yang masuk ke pusat matrikulasi, kemudian terus ke universiti. Masuk tahun satu, tahun dua, gagal, maka mereka pulang, sijil yang mereka ada ialah sijil SPM. Tidakkah boleh pihak kerajaan mengeluarkan sijil matriks sebab kalau dia naik ke Tingkatan 6, dia masuk universiti dia gagal, dia ada sijil STPM. Yang ini masuk universiti satu tahun, dua tahun, gagal, dia balik dengan sijil SPM. Berapa sen sahaja kertas ini untuk dikeluarkan sijil matriks. Paling tidak, dia ada SPM, dia ada sijil matriks kalau dia tidak habis belajar di universiti.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga pakej mini bajet ini tidak memberi penekanan kepada pesara-pesara yang pendapatannya kurang, yang juga harus diberi perhatian. Selain daripada itu saya hendak buat rumusan. Satu, saya hendak mencadangkan kalau boleh pihak Dewan yang mulia ini, saya menyokong supaya menarik kekebalan kedudukan kita di Parlimen ini iaitu tidak ada lagi imuniti. Sebabnya saya katakan demikian, kekebalan itu tidak perlu ada, sultan-sultan, Duli- duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pun tidak ada kekebalan. Kita di sini boleh bercakap apa sahaja. Memang ada peraturan yang kita tidak boleh sentuh.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita juga boleh dikenakan di bawah Akta Hasutan. Mendiang Mark Koding pernah didakwa di mahkamah apabila beliau berucap pada 11 Oktober 1978, apabila beliau mencadangkan supaya sekolah kaum Cina ditutup dan dua tahun selepas perbicaraan, baru dia dihukum iaitu denda melalui bon sebanyak RM2,000. Dua tahun! Sekarang ini macam-macam cakap. Kita boleh bercakap sebab kita ada di sini. Orang yang nama mereka disebut ataupun didakwa begitu begini tidak ada di sini, mereka tidak boleh mempertahankan diri mereka. Yang bolehnya kalau ada orang tuduh, mereka boleh mengambil tindakan undang-undang. Jadi sudah sampai masanya kekebalan kita di kalangan Ahli-ahli Parlimen ditarik balik supaya kita lebih bertanggungjawab dan apa yang kita sebut di sini kita mesti ada akauntabiliti, supaya ianya lebih bertanggungjawab nanti..., saya mencadangkan supaya ianya dipertimbangkan agar kita juga sudah tidak ada lagi imuniti. Walaupun ada Akta Hasutan, tetapi ianya tidak mencukupi. Dahulu saya sebut Mendiang Mark Koding mengambil masa dua tahun, but the damage has been done. Orang-orang yang tidak bersalah sudah pun dituduh macam-macam. Jadi elok kita tarik kekebalan ini supaya kita lebih bertanggungjawab. Sudah sampai masanya dan kita tidak perlu takut. Kalau kita ada maklumat yang sahih, bukti yang sahih yang kita boleh buktikan, tuduhlah apa pun hendak tuduh, boleh kita sebut tetapi biar lebih bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi panjang, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak. Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang akhir panjang daripada yang permulaan itu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit, sikit sahaja, sudah hendak habis. Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan semua warganegara yang sudah cukup umur untuk memiliki IC 12 tahun, saya ingin mencadangkan supaya dikenakan angkat sumpah. Angkat sumpah kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, kesetiaan kepada negara dan kesetiaan kepada Rukun Negara. Ini penting sebab sekarang ini macam-macam perkara sudah berlaku dan saya tidak pernah mahu sebut ulang dan juga golongan generasi muda pun kurang pengetahuan sejarah, maka kalau kita tidak menyedarkan dengan cepat, ia boleh menjurus negara kita kehancuran. Jadi oleh itu dalam kerajaan akan mengumumkan masalah PPSMI ini iaitu yang timbul isu sekarang ini, saya percaya bukan sahaja masalah bahasa, perkara-perkara lain juga akan diambil pertimbangan dalam pengumuman masalah isu Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Yang saya hendak cadang seperti yang saya cadang dahulu, mata pelajaran Sejarah bersabit dengan social contract mesti diwajibkan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya harap perkara ini dipertimbangkan supaya selain daripada bahasa, selain daripada pelajaran keagamaan, moral, tetapi sejarah juga penting untuk rakyat Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sekali lagi saya ingin mengatakan dan mengingatkan diri saya, Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak pimpinan kerajaan dan juga pihak Ketua Pembangkang, players nya, player yang sama, orangnya orang yang sama, cuma bertukar tempat sahaja. Jadi saya hendak anjurkan tuduh menuduh satu hal, tetapi orang kata, tahu sama tahu. Semua orang tahu, tahu sama tahu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Cuma anjuran saya ialah supaya pihak kerajaan juga selepas Pilihan Raya Umum Keduabelas baru-baru ini, muhasabah dirilah. Pihak Ketua Pembangkang pun muhasabah dirilah. Insya-Allah bila kita semua bermuhasabah, baru ada titik pertemuan. Kita kena ikhlas kepada Allah SWT. Saya ingatkan diri saya, Tuan Yang di-Pertua, kita manusia yang lemah. Bila kita menjadi manusia yang lemah, kita manusia biasa. Ia ada undang-undang negara, ada undang-undang di akhirat. Jadi kalau kita tidak hendak dituduh, maka kita mesti jaga diri kita, tetapi kalau kita terlibat dengan macam-macam perkara, akhirnya kita kena dihukum, kita diseret ke mahkamah, kita tidak boleh menuduh itu konspirasi. Ini orang jahat hendak menjatuhkan kita sebab pokok pangkalnya kalau kita melakukan perkara yang tidak baik, Allah SWT maha mengetahui. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan usul rang undang-undang bagi melaksanakan rangsangan kedua ini. Saya juga seterusnya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas kejayaan menyediakan satu pakej rangsangan yang begitu besar lagi menyeluruh. Pakej rangsangan kedua ini yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi termasuki di Sabah dan Sarawak serta merangkumi kumpulan sasaran terbabit termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana. Pengeksport dan graduan menganggur sememangnya amat bertepatan sekali. Tuan Yang di-Pertua, sebagai salah seorang wakil rakyat dari Sabah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Jaminan kerajaan untuk terus memastikan rakyat di luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak menikmati kemudahan asas yang mencukupi terutamanya bekalan elektrik dan air serta jalan luar bandar melalui peruntukan sebanyak RM230 juta untuk projek meningkatkan liputan bekalan air dan elektrik luar bandar amat dialu-alukan sekali. Demikian juga langkah untuk memantapkan lagi pembangunan modal insan terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang selesa untuk pembelajaran melalui peruntukan RM1.95 bilion bagi membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak dan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk projek-projek penyelenggaraan dan pembinaan infrastruktur asas dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak memanglah amat dinanti- nantikan oleh kedua-dua rakyat di negeri itu. Program dan projek utama yang akan dilaksanakan di Sabah termasuk pembinaan beberapa Pusat Giat MARA, sistem penghantaran elektrik Kota Kinabalu, menambah baik jalan, menaik taraf sekolah serta membaik pulih dan menggantikan jambatan-jambatan serta tindakan menyelesaikan masalah perkhidmatan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth di Sabah boleh dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi rakyat Malaysia di Sabah dan amat dinanti-nantikan di samping dapat membantu merangsang ekonomi setempat. Beberapa langkah inovatif termasuk penyediaan akses lebih baik kepada industri baru seperti industri hijau atau industri berkaitan alam sekitar melalui Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri berjumlah RM5 bilion untuk pinjaman bagi meningkatkan produktiviti dan nilai tambah lebih tinggi serta menggalakkan aplikasi green technology, dengan izin, amat bertepatan sekali dan juga amat dialu-alukan. Tuan Yang di-Pertua, persekitaran ekonomi kini memberikan kita ruang untuk menambah baik struktur ekonomi negara untuk beralih dengan lebih pantas ke arah peningkatan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi serta penggunaan green technology.

Selain daripada memantapkan lagi potensi pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang, anjakan ini tentunya mampu mewujudkan peluang pekerjaan dengan ganjaran yang lebih tinggi selaras dengan kemahiran masing-masing di samping mengurangkan pergantungan negara kepada guna tenaga asing bukan mahir termasuk di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga seterusnya mengalu-alukan kesediaan pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengakui pada hakikatnya krisis ekonomi mula melanda Amerika Syarikat telah jelas memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara. Dalam hubungan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pihak Bank Negara kerana bersifat lebih proaktif dan membantu mengatasi kesan negatif tersebut. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum selain daripada mengambil langkah awal untuk memberikan jaminan kepada semua deposit di bank-bank di negara kita, Bank Negara juga telah bertindak secara proaktif dengan menurunkan kadar faedah. Tuan Yang di-Pertua, apa yang membimbangkan saya sebenarnya ialah kebiasaan ataupun sikap, dengan izin, denial syndrome kita. Nampaknya kita masih lagi dibelenggu dengan sikap-sikap seumpama ini. Saya amat khuatir sekiranya sikap ini tidak dihakis, banyak masa akan terbuang dan peluang kejayaan kita untuk menangkis ancaman akan menjadi berkurangan. Justeru itu saya amat berharap supaya semua rancangan dalam pakej rangsangan kedua ini dapat dilaksanakan dengan kadar kepantasan yang luar biasa. Tuan Yang di-Pertua, we must have timeframe dan saya amat bimbang sekali bahawa penekanan bahawa dalam kerajaan sama ada dateline itu telah pun ditetapkan ataupun kita melaksanakan mengikut kaedah birokrasi yang memang kita sangat-sangat berharap bahawa ia akan dapat ditingkatkan terutama sekali dalam melaksanakan rancangan pakej yang pertama dan juga kedua. Umpamanya langkah mempercepatkan pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang mempunyai kandungan tempatan dan kesan pengganda yang tinggi, masa boleh dimulakan segera adalah amat bertepatan sekali.

Kesemua projek tersebut bernilai RM8.4 bilion. Apa yang amat membimbangkan saya ialah pelaksanaan pakej ini tidak begitu jelas dan dengan izin, too complicated. Ini seterusnya boleh memakan masa yang agak lama. Pelaksanaan pakej ini pada hemah saya terlalu bergantung pada keupayaan birokrasi dan kelicinan sistem penyampaian yang sememangnya masih memerlukan peningkatan. Di masa yang getir ini, kita sudah tidak mempunyai masa untuk mengubah sistem penyampaian supaya lebih efisien...

Penjelasan.

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kimanis, saya tertarik dengan apa Yang Berhormat katakan mengenai keraguan Yang Berhormat berkenaan dengan kecepatan pelaksanaan rangsangan kedua ini. Oleh sebab apabila pakej rangsangan pertama diumumkan dahulu sebanyak RM7 bilion, hari ini nampaknya kita masih belum merasainya. Jadi dalam pakej kedua ini daripada jumlah RM60 bilion, sumber yang berpotensi untuk suntikan terus kepada ekonomi ialah hanya sebanyak RM15 bilion iaitu suntikan fiskal. Selainnya RM25 bilion dalam jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti dan RM7 bilion pembiayaan swasta. Ini memakan masa dan ini tertakluk kepada reaksi ataupun penerimaan dan tindak balas daripada pihak swasta. Jadi saya ingin tahu apakah Yang Berhormat bersetuju dan pendapat Yang Berhormat bahawa dalam empat kategori yang lain itu selain daripada RM15 bilion, sudah tentunya akan memakan masa dari segi keberkesanannya. Jadi minta pendapat daripada Yang Berhormat.

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kimanis, kita ada hari ini dan pagi esok sahaja Yang Berhormat. Kita hendak bagi peluang sebanyak mungkin untuk ahli-ahli terlibat. Jadi, sila Yang Berhormat.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat ini adalah satu rancangan pakej yang begitu penting sekali dan kalau boleh kita panjangkan masa. Ini supaya rakyat dapat menikmati apa yang telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini dan kita sama-sama bahaskan supaya setiap Ahli-ahli Parlimen dapat menjelaskan kepada rakyat kita supaya mereka mengerti apa yang telah pun diusahakan oleh kerajaan. Yang Berhormat dari Tuaran, ini yang saya katakan bahawa kalau kita pandang dari sudut pakej yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan memang satu pakej yang menyeluruh yang saya katakan awal-awal tadi. Memanglah satu kebimbangan bahawa dasar-dasar ataupun rangsangan-rangsangan ekonomi seumpama ini kalau tidak dilaksanakan mengikut jadual, ia akan menjadi satu rangsangan yang dilihat daripada mulanya begitu indah dan canggih. Akan tetapi akhir-akhirnya ketetapan kita atau sasaran kita kepada rakyat itu tidak kesampaian. Jadi oleh itu, bahawa apabila ia dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya berpendapat semua pihak yang tertentu dan berkaitan sudah pun membuat persediaan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan dengan secara berkesan sekali supaya rakyat dapat menikmati dan terutama sekali dalam keadaan krisis ekonomi seumpama ini. Ini supaya kita sama-sama dapat membantu dan selaku Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada pembangkang ataupun kerajaan, kita haruslah bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan kita masing-masing. Secara keseluruhannya, kalau setiap Ahli- ahli Yang Berhormat sama ada pembangkang ataupun kerajaan melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan maka dengan adanya rancangan pakej yang dikemukakan ini, kita sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah rakyat di negara kita ini. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, pada hemah saya yang jelas penting dilaksanakan ialah meningkatkan aggregate demand dengan izin, dan ini dapat dirangsang sekiranya pengguna, para pelabur dan usahawan dapat meningkatkan perbelanjaan. Tidak dapat dinafikan, cara yang paling berkesan dan cepat untuk meningkatkan perbelanjaan ialah dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan. Namun daripada RM60 bilion yang diperuntukkan di dalam pakej rangsangan kedua ini, hanya sejumlah RM3 bilion sahaja yang berupa insentif cukai. Saya berharap pengurangan cukai pendapatan ini dapat digunakan secara agresif. Saya percaya pengurangan kadar cukai pendapatan mampu merangsang perbelanjaan dengan meningkatkan kuasa pembeli dengan serta-merta. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan pendekatan yang memberikan penekanan bahawa langkah-langkah yang dirangka dalam pakej rangsangan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi juga merangkumi inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang. Ini akan menjamin Malaysia lebih bersiap-sedia untuk meraih segera peluang tatkala ekonomi global mula pulih. Saya juga amat mengalu-alukan usaha yang berterusan dibuat untuk pekebun sawit dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka dibantu dari skim tanaman semula, tanaman integrasi dan ternakan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Langkah kerajaan untuk memastikan mereka juga mendapat faedah daripada Skim Jaringan Keselamatan Sosial sekiranya kumpulan pekebun-pekebun kecil ini mengalami kejatuhan harga kelapa sawit dan getah yang menyebabkan pendapatan mereka kurang daripada paras garis kemiskinan. Saya harap dapat dilaksanakan tanpa banyak rintangan birokrasi terutamanya bagi pelaksanaan di negeri Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan memberi pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun dan menambah RM200 juta lagi di bawah pakej rangsangan ini bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat juga mampu merangsang sektor hartanah di samping mampu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Program mikro kredit di bawah Agrobank yang diperuntukkan sebanyak RM300 juta sebagai tambahan kepada RM1.5 bilion untuk membantu golongan petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar dan RM50 juta untuk Program Mikro Kredit di bawah TEKUN amat dialu-alukan sekali. Saya percaya langkah ini mampu meningkatkan pengeluaran makanan dan selaras dengan hasrat kerajaan meningkatkan sekuriti makanan. Pengiktirafan terhadap peranan penting perusahaan kecil dan sederhana dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan adalah amat bertepatan sekali. Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada masa ini PKS merangkumi 99 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang 56 peratus kepada jumlah pekerja serta 30 peratus kepada KDNK. Cadangan menubuhkan satu Skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5 bilion bagi membiayai modal kerja syarikat-syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta sebagai tambahan kepada Scheme Credit Guarantee Corporation atau CGC di bawah Bank Negara Malaysia yang telah menyediakan Skim Jaminan Usahawan Kecil untuk membiayai modal kerja kepada PKS yang mempunyai dana pemegang ekuiti kurang daripada RM3 juta sememangnya wajar sekali. Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan menubuhkan Institusi Jaminan Kewangan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit Yang Berhormat Kimanis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Rangsangan untuk RM60 bilion ini kita dapat melihat dan mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan bagaimana cara-cara untuk menangani isu- isu yang berhadapan dengan kita. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kimanis, pagi tadi Yang Berhormat Permatang Pauh menyebut di dalam ucapan beliau supaya royalti minyak diberi kepada negeri Sabah 20 peratus, kepada negeri Sarawak 20 peratus, kepada Terengganu 20 peratus. Walaupun hujah ini sedap didengar, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Kimanis lah sama ada ini adalah satu lagi janji kosong, sandiwara, drama daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, kerana kalau 60 peratus ini diberi kepada negeri-negeri ini, yang tinggal 40 peratus. Kalau 40 peratus itu, apa lagi untuk membangunkan sebahagian negara kita yang lain-lainnya? Jadi ini saya tidak tahu, apakah janji manis ini kerana kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Batang Ai dan juga mungkin di Pensiangan. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya amat terkilan sekali bahawa ada lagi orang-orang percaya pada janji-janji seumpama itu... [Tepuk] Saya sebenarnya, I am never take it seriously Tuan Yang di- Pertua, dengan izin, bahawa apa yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang dan juga tidak dipersetujui oleh rakan-rakan beliau sendiri. Ini adalah bahawa ada konon-kononnya 30 Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak akan melompat. Penubuhan kerajaan akan dilaksanakan pada 16 September. Ini satu pembohongan bukan pada rakyat negeri Sabah, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia... [Tepuk]

Minta laluan.

Jadi, janji-janji seumpama itu saya ingat janganlah, saya ingat, kita bukan mudah tertipu. Jadi, saya tidak ambil begitu serius apa yang dilaungkan oleh Ketua Pembangkang. Tadi saya cuma mendengar telinga kiri orang kata, keluar telinga kanan...

Minta laluan Yang Berhormat.

Jadi, janganlah kita tertipu. Janganlah janji-janji seumpama itu. Kita faham bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Tuaran tadi kalau 20 peratus bagi Sabah, 20 peratus bagi Terengganu dan Sarawak, apakah negeri-negeri lain seperti negeri Kedah di kawasan Padang Serai, oh, Yang Berhormat Padang Serai tidak ada di sini. Nanti kawasan beliau akan terus gelap. Jadi saya ingat Yang Berhormat, janji-janji seumpama itu kita cuma ketepikan dan ianya tidak layak dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang.

Minta laluan sikit.

Ya, silakan.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Kimanis. Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan rasa terkilan. Saya ingin minta penjelasan dan pandangan Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat tidak rasa terkilan apabila hak dan yang sepatutnya, saya bagi contoh pendaratan gas di Songkla, Thailand. Bagaimana saya mendapat jawapan rasmi daripada Dewan semasa saya berada di Dewan Negara. Kementerian menjelaskan bagaimana peratusan yang diberi kepada Kerajaan Thailand adalah 50 peratus, sedangkan ia memberi peluang pekerjaan, kepada rakyat asing. Sekiranya Jarak tempat gas dengan Kelantan itu hanya 146km, jarak tempat gas dengan Songkla lebih kurang 245km. Jadi, kalau gas ini didaratkan di perairan Kelantan, sudah tentu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara kita dan wujudnya banyak industri hiliran dan kalau bagi royalti pun sebagaimana negeri-negeri lain dapat sekarang, hanya 5 peratus tetapi apabila didaratkan di Thailand, jawapan rasmi kerajaan ialah 50 peratus. Apakah sebagai rakyat Malaysia, Yang Berhormat tidak rasa terkilan? Minta penjelasan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat, boleh jawab sekali? Boleh saya tambah sikit?

[Bangun]

Boleh.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Kota Belud pun dia tak faham. Dia 20 peratus, 20 peratus, 20 peratus dia kata 60 peratus tinggal 40 peratus. Ini saya rasa dia silaplah, dia tak fahamlah. Maksudnya begini ...

20 peratus Sabah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Kota Belud, yang gas dan minyak dari Sabah 20 peratus. Makna 80 peratus itu pergi kepada Federal. Yang Sarawak, dalam perairan Sarawak, 100 peratus itu 20 peratus pergi ke Sarawak, 80 peratus pergi kepada Kerajaan Federal. Maknanya bukanlah 20 peratus, 20 peratus, 20 peratus tinggal 40 peratus ya, itu nombor satu. Nombor dua, berhubung dengan Kelantan ini, sebenarnya saya pun cari peluang juga hendak sebut ini. Saya ingat ada menteri yang terhutang pada sayalah satu penjelasan berhubung dengan Joint Development Area, sempadan itu yang mana dahulu bila kita bertanya tentang Kelantan, Joint Development Area ini macam mana pula boleh menafikan hak negeri itu? Adakah dengan Joint Development Area ini maka perairan Kelantan itu sudah tidak diiktiraf? Hanya perairan Malaysia. Yang terakhir saya hendak tanya, yang terkilan-terkilan ini ialah janji yang tidak ditunaikan, tetapi janji yang tidak ditunaikan daripada Ketua Pembangkang tidak pernah diberi peluang untuk ditunaikan ataupun tidak, sedangkan janji daripada Kerajaan Barisan Nasional sudah bertahun-tahun, sudah berpuluh tahun tidak ditunaikan. Macam mana Yang Berhormat Kimanis tidak rasa terkilan? Sedangkan yang Ketua Pembangkang belum lagi diberi peluang.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lagi baik berilah peluang, lepas itu kita boleh nampak boleh ataupun tidak, mungkir ataupun tidak, sedangkan Barisan Nasional terbukti mungkir, terbukti mungkir! Terima kasih.

Yang Berhormat, satu lagi.

Tunggu saya jawab, nanti terlupa.

Sama, sama.

Okey, tunggu sekejap. Yang Berhormat, awal-awal tadi tunggulah nanti saya dilantik jadi menteri minyak, saya akan jawab ini semua... Ketawa] Walau bagaimanapun...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ha, ini pun janji juga? Janji juga ya?

Saya kata kalaulah saya dilantik menjadi menteri minyak, pasal apa itu adalah dasar, saya bukan seorang menteri untuk menjawab. Biarlah menteri menjawab tentang dasar. Tentang Yang Berhormat dari Shah Alam, inilah yang kita rasa terhiris ini, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kota Belud kita faham, kita orang Sabah ini bukan bodoh sangat, bukan bodoh. 20 peratus pengeluaran daripada Sabah dan Sarawak, ada gas 20 peratus dari Sabah, 20 peratus dari Sarawak...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan semua orang Sabah ya, hanya Yang Berhormat Kota Belud kata. Saya bukan kata semua orang Sabah ya, Yang Berhormat Kimanis pun harap jangan selewengkan kenyataan saya.

Yang Berhormat juga menghina pada rakyat Kota Belud, pasal dia dipilih oleh rakyat dari Kota Belud Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ha, okey.

Jadi, janganlah membuat satu sangkaan. Jangan buat satu sangkaan bahawa kita tidak faham.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dah dia cakap lagu tu.

Tidak apalah, tidak apalah Yang Berhormat kalau Yang Berhormat tidak faham, kita fahamkanlah. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, apa yang saya katakan tadi, yang penting itu bahawa kerajaan dalam pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi ini telah pun menubuhkan satu institusi. Langkah kerajaan menubuhkan Institusi Jaminan Kewangan Milik Penuh Kerajaan atau Financial Guarantee Institution atau FGI yang akhirnya akan berupaya menyediakan RM15 bilion kepada penambahan kredit atau credit enhancement, dengan izin, kepada syarikat swasta yang ingin mendapatkan pembiayaan pasaran bon juga amat bertepatan. Langkah untuk mempercepatkan transformasi ke arah k-ekonomi tentunya akan bertambah cerah sekiranya kerajaan dapat memperkenalkan satu program baru, di mana status pemastautin tetap boleh dipertimbangkan kepada warga asing yang mempunyai aset bersih yang tinggi, high net worth individual, dengan izin, dan membawa masuk melebihi USD2 juta ke Malaysia untuk tujuan pelaburan atau penabungan. Di samping itu, golongan profesional asing yang berkemahiran tinggi juga dapat dipertimbangkan untuk diberi status yang sama. Cadangan ini selaras dengan penekanan Koridor Pembangunan Sabah atau SDC yang amat dialu-alukan. Cadangan menaikkan paras spesial levi kelapa sawit kepada RM2,500 setan bagi Semenanjung Malaysia dan RM3,000 setan bagi Sabah dan Sarawak juga memberi nafas kepada sektor berkenaan. Usaha kerajaan akan meningkatkan pelaksanaan pelbagai program pelancongan bagi memanfaatkan kelebihan negara termasuk ekopelancongan, pelancongan kesihatan dan pendidikan dengan memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan pelancongan, mempelbagaikan produk pelancongan, menganjurkan lebih banyak persidangan dan pameran peringkat antarabangsa di Malaysia, akan menambah baik Homestay Program juga amat bertepatan sekali terutama bagi negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan persekitaran luar yang tidak menentu, tentunya perlu bagi kerajaan mengambil peranan aktif dalam menggalakkan pelaburan swasta tempatan. Hasil kerajaan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad sebanyak RM10 bilion akan dilaburkan dalam sektor strategik termasuk telekomunikasi, teknologi, pelancongan, pertanian, sains hayat dan projek berkaitan Iskandar Malaysia bagi tempoh dua tahun akan datang dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang punya kesan berganda tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sememangnya wajar sekali. Namun, persoalannya mengapa tiada rancangan untuk menggunakan dana ini dalam Pembangunan Koridor Ekonomi di tempat lain seperti Koridor Pembangunan Sabah. Usaha mempergiatkan lagi aktiviti pelaburan swasta dengan pelaksanaan projek melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI dan Kerjasama Awam Swasta/Public Private Partnership dengan menyediakan dana sebanyak RM2 bilion juga boleh menimbulkan persoalan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah pembangunan di Sabah dalam Pakej Rangsangan Kedua ini. Saya amat khuatir sekali implikasi negatif dan risiko yang akan kita tanggung sekiranya Pakej Rangsangan Kedua yang begitu besar ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru itu, saya amat berharap supaya beberapa perkara yang telah saya bangkitkan di atas dapat diambil perhatian dengan sewajarnya. Atas hujah saya tadi, maka dengan ini saya menyokong supaya rang undang-undang berkaitan Pakej Rangsangan Kedua diluluskan oleh Dewan yang mulia. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang akhirnya bersedia menerima negara yang telah pun ditimpa seluruh impak buruk akibat krisis kewangan global.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Meskipun saya mengakui masih ada fundamental-fundamental yang baik dalam pengurusan ekonomi negara. Baguslah walaupun agak lambat, namun ia akhirnya diterima. Sejak bulan November lalu Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Rakyat mahukan kerajaan bertindak segera bagi mengelakkan penguncupan dan menangani kesan kelembapan ekonomi. Kita masih ingat semua dakwaan kami ditolak kononnya ekonomi negara bebas dari kesan krisis dan Dewan yang mulia ini masih ingat dan pegawai-pegawai di belakang pun juga turut ingat. Betul kata kerajaan kita tidak terkesan dengan krisis subprime kerana sebabnya pendedahan kita terlalu minima terhadap segala produk-produk canggih, derivative, gadai janji sekuriti ciptaan genius kewangan Barat. Ini berbeza dengan negara- negara seperti United Kingdom, Jepun, Singapura dan Timur Tengah yang banyak membeli daripada produk-produk ini. Kesemua negara ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi lebih awal dengan membawa dengannya satu senario ngeri yang bakal ditanggung oleh rakyat masing- masing. Ia persis kelembapan dan penguncupan ekonomi tahun 1929 dalam the great depression. Kemelesetan pertumbuhan United Kingdom menguncup sebanyak -2.8 peratus, Jepun -2.6 peratus dan Singapura -4.9 peratus dan mentornya menyebutkan bahawa pada hujung tahun ini penguncupan akan berlaku pada paras -10 peratus. Negara-negara gulf Timur Tengah juga tidak ketinggalan menghadapi kegawatan. Bursa saham mereka ke paras kehilangan market capitalization sebanyak lebih 70 peratus seperti Dubai Financial Market atau Abu Dhabi Exchange menjunam sebanyak 47.5 peratus.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dikatakan kini Dubai hari ini seumpama ghost town, lengang tidak seperti dahulu kerana rakan-rakan dagangan kita teruk terjejas maka kita juga sebuah ekonomi yang bersifat ekonomi terbuka yang bergantung kepada perdagangan luar, sebuah open economy bukan closed loop economy, dengan izin, yang sepatutnya kalau close itu boleh bertahan dengan permintaan domestik sahaja. Maka justeru itu kita juga mengakui pertumbuhan negara hanya sebanyak 0.1 peratus pada suku akhir 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga 2008. Negara akan mengalami kemelesetan atau recession bukan lagi satu ramalan bahkan satu yang pasti. Ia bukan sukar untuk difahami kerana ia bukan rocket science dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jumlah eksport kita menjunam sebanyak 27.8 peratus pada bulan Januari 2009 sementara indeks pengeluaran industri atau IPI merosot sebanyak 15.6 peratus pada bulan Disember 2008. Sumbangan IPI adalah hampir 40 peratus daripada jumlah seluruh ekonomi negara ataupun Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. Rizab antarabangsa hanya tinggal RM316 bilion pada bulan Disember 2008 berbanding RM410 bilion pada bulan April 2008. Pengurangan permintaan barangan kita, pengurangan rizab negara, pelebaran defisit fiskal antara lainnya akan sekali gus mengurangkan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang kini kehilangan sebanyak 7 peratus berbanding Dolar Amerika. Penarafan negara atau sovereign rating telah turun ke paras single ‘A’, dulu double ‘AA’, dan dijangka akan terus turun serentak menyukarkan kemasukan pelaburan asing FDI dan penambahan kos pinjaman dalam bon dan hutang serentak menjadikan negara kita kurang menarik dan tidak kompetitif bagi pelabur asing mahupun pelabur tempatan. Unjuran pemberhentian pekerja sebanyak 200,000 menjelang penghujung 2009. Ketika nilai mata wang ringgit menyusut, harga barang import akan naik dan tekanan inflasi akan kembali menekan dan meletakkan penderitaan rakyat semakin parah. Bagaimana pula kalau defisit terus melebar dengan suntikan RM60 bilion ini. Kembali saya menyebutkan tentang sejumlah yang dibentangkan baru-baru ini oleh Menteri Kewangan RM60 bilion dikatakan akan disuntik dalam tempoh dua tahun 2009 dan 2010. Jumlah ini agak besar Tuan Yang di-Pertua, cukup melegakan kalau benarlah RM60 bilion akan disuntik. Hampir 9 peratus hingga 10 peratus KDNK dan kalau benar disuntik sejumlah ini maka tentunya pula akan melebarkan defisit fiskal hampir ke dua angka, lebih daripada 7 peratus dari KDNK. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya daripada jumlah RM60 bilion itu, kami amati bahawa yang benar-benar merupakan suntikan kewangan atau fiskal hanyalah merupakan RM15 bilion sahaja. RM10 bilion untuk 2009 dan RM5 bilion seterusnya pada tahun hadapan kerana daripada sumber-sumber yang lain, sumber dana jaminan, guaranteed fund RM25 bilion, pelaburan ekuiti atau equity investment RM10 bilion, kaedah private financial initiative RM7 bilion dan juga cara insentif cukai sebanyak RM3 bilion, ia tidak dapat ditentukan seperti mana suntikan kewangan mampu dibuat kerana melibatkan pihak lain (termasuk swasta). Kita boleh menyebutnya RM60 bilion bagi menyuntik apa yang diperlukan dalam keadaan krisis ini yakni keyakinan rakyat, keyakinan kepada ekonomi, keyakinan supaya berbelanja. Tidak salah Tuan Yang di-Pertua kalau kita terus bercita-cita dan berangan- angan cuma jangan terlalu sangat mendodoikan rakyat. Lebih baik kita celikkan rakyat dengan hakikat sebenarnya tetapi kalau ada yang benar-benar mampu menyusun semua ini, perkara ini tentunya dianggap ataupun diharapkan akan berlaku. Saya tidak kata ia tidak boleh berlaku tetapi yang jelasnya hanya RM15 bilion sahaja dan kita dengar sebentar tadi sahabat saya Yang Berhormat Bagan menyebutkan kalau kita lihat kepada pelaburan ekuiti sahaja mengalami penyusutan ataupun pengurangan yang parah, Khazanah sahaja membuat laporan bahawa mereka kehilangan reliasable asset value atau RAV sebanyak tidak kurang RM18 bilion dalam enam bulan yang lalu. Suasana krisis hari ini saya tidak nampak bagaimana pelaburan ekuiti itu merupakan strategi dalam menjana dana. Saya kurang faham bagaimana perkara ini boleh dijadikan teras pendekatan. Namun Tuan Yang di-Pertua, kalau kita kembali sedikit ke belakang, perkara ini meletakkan kita perlu sedikit mempertikaikannya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau RM15 bilion lah yang diharapkan akan disuntik, rakyat hari ini ingin bertanya kepada Menteri Kewangan apa telah jadi kepada RM7 bilion yang lalu. Dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat hanya RM1 bilion sahaja yang benar-benar digunakan. Ini tidak bertepatan dengan apa yang diharapkan suntikan bagi menjana rangsangan sebab apa kita dapat lihat kita masih ingin bertanya, sudah habis kah yang disuntik, di mana yang disuntik, bila, apa kesannya, menepati sasaran atau pun tidak, mampu atau tidak yang merangsang, berjaya atau gagal? Kesemuanya ini tidak meletakkan kita mampu mengikuti dan memantau suntikan-suntikan ini dan kali ini kita datang dengan satu program yang cukup baik. Maka di sana jelasnya, pakej-pakej ini tidak mempunyai KPI yang jelas, ia tidak boleh dipantau seumpama kalau kita lihat Presiden Amerika meletakkan pengurusan krisis ekonomi di dalam sebuah satu website, economyincrisis.com, setiap perbelanjaan telus dan terbuka untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, ini tidak termasuk juga perkara-perkara yang akan juga meletakkan projek-projek yang lain seumpama wilayah-wilayah pembangunan kita. Paling tidaknya Iskandar Malaysia yang mengharapkan suntikan dari luar, Timur Tengah hari ini seperti mana yang saya sebutkan tadi. Maka RM5.2 bilion itu tentunya menjadi tanda tanya, apakah akan dapat akhirnya disaksikan masuk sebagai invesment FDI.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya sedia menerima bahawa pakej ini disusun komprehensif dan saya yakin ini adalah atas usaha pegawai-pegawai kita think tank kerajaan dan lain-lain. Mereka telah bekerja kuat yakni kita tahu bukan orang politik atau Menteri-menteri punya kerja, ini birocrates benar-benar yang menyusun perkara ini. Bagi pakej kedua ini, letakkan empat strategi utama yang saya kira polisi ini baik dan dilihat di sana ia mengurangkan pengangguran, menambahkan pekerjaan, meringankan beban rakyat, khususnya golongan vulnerable, yang mudah terjejas, yang tidak terbela, membantu sektor swasta, menghadapi krisis, membina keupayaan masa hadapan. Saya kira strategi- strategi ini dari sudut strateginya adalah rata-ratanya umumnya tegasnya baik Tuan Yang di-Pertua. Itu bukan pertikaiannya. Pertikaiannya di sini adalah bagaimana keseluruhan strategi ini sebagaimana Menteri Kewangan II menyebutkan akhirnya apakah ia mampu mengangkat permintaan aggregate demand itu ataupun dengan izin, the total aggregate demand yang kalau kita lihat kepada KDNK aggregate demand ini dalam GDP mudah- mudahnya boleh kita katakan atas formula consumption+investment+g-factor, government spending+eksport-import. Apakah dalam semua para meter ini Tuan Yang di-Pertua, mampu kerajaan rangsang itu? Persoalan domestic consumption apakah ia mampu dirangsang dalam pakej ini? Begitu juga hal-hal lain yang tidak perlu saya detail kan. Akhirnya kalau kita setelah semua diambil kira skema-skema ini yang saya kira tidak ada hendak kita mempertikaikan dari sudut skema yang scheme menjamin modul pekerja, galakan bagi menggaji pekerja tempatan yang telah diberhentikan, pengecualian cukai, fiskal polisinya dan apa jua lain yang saya kira merupakan rata-rata program yang baik. Akhirnya yang akan menentukan kejayaan atau sebaliknya sekali lagi pakej ekonomi dan fiskal seperti ini adalah persoalan delivery nya, penghantarannya dan di sini telah saya sebutkan lebih awal dalam celahan yang saya buat kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang berucap, akhirnya adalah persoalan ketelusan dan pertanggungjawaban. Ini kunci permasalahan urus tadbir di negara ini, ketelusan dan pertanggungjawaban. Inilah yang dikatakan dalam rangka melakukan kerja yang betul, doing the right thing, dengan izin, dan melakukan kerja yang betul dengan betul, doing the thing right. Kedua-duanya akan meletakkan dengan efficiency, keberkesanan itu dapat dijamin...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, ada dalam 10, 11 minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan panjang sangat Yang Berhormat sebab kita ada satu hari setengah sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat saya nampak Yang Berhormat dislotkan, dicadangkan untuk berucap. Tidak payah ganggu sangatlah Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Cuma satu sahaja Yang Berhormat, pendek sahaja. Doing the right thing. Tadi Yang Berhormat menyebut. Jadi kalau mini bajet ini sejumlah RM60 bilion kalau merupakan satu yang right thing, saya lihat tadi lebih kurang pukul 5.15 pm. bacaan di Bursa Malaysia menunjukkan kita turun 4.88 point. Jadi apakah itu juga satu the right thing that we have done, dengan izin.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tadi, terima kasih kepada sahabat saya. Saya ingin menyentuh begini sahaja. Parameter-parameter seperti bursa saham ini bukanlah barometer ekonomi yang boleh kita jadikan walaupun ia merupakan petunjuk yang boleh kita gunakan, tetapi barometer ekonomi kepada apa yang dikatakan seperti port folio investment ini keluar masuknya yang dikatakan hot money ini, itu bukanlah fundamental yang boleh kita ambil. Akan tetapi ia mengisyaratkan juga dari segi keyakinan rakyat terhadap bagaimana persepsi ekonomi ini. Ini saya ingin, dari ia boleh digunakan sebagai rough indicator atau petanda-petanda cost indicator, kasarnya. Akan tetapi kalau kita halusi, kita perlukan gabungan indicator yang lain. Tuan Yang di-Pertua, menyambung apa yang saya sebutkan tadi, melakukan kerja yang betul, kerja yang betul itu di sini ialah melakukannya dengan betul juga bermaksud pertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti yang disebutkan oleh analis-analis ekonomi sebagai apa yang hari ini menjadi stigma kepada kerajaan ini ataupun masalah imej kerajaan ini yang kerap mengulangi urus tadbir yang buruk, bad governance yang membuat keputusan yang buruk, bad decision yang kalaulah ianya diteruskan Tuan Yang di-Pertua kita cukup khuatir dan makalah itu menyebutkan semua perkara ini yang saya terpaksa menyebutkannya supaya mengingatkan pihak kerajaan dalam pengurusan stimulus pakej yang kedua ini, jangan diulangi urus tadbir yang seburuk ini. Seperti mana yang disebutkan, pembelian Maybank minta maaf Tuan Yang di- Pertua, saya terpaksa sebut, sebab apa kita saya sebagai panel review air Selangor, kalaulah panel review memberikan harga air yang terlalu besar kepada pemilik konsesi air di Selangor. Bayangkan bagaimana rakyat akan terbeban dengan kos tinggi tarif kemudian kerana diberikan harga yang tinggi dengan kata lain seperti juga apabila Maybank bayar 4.2 kali book value kepada BII dan juga 5.2 kali book value kepada MCB Pakistan Bank, Pakistan. Maka yang menanggung lebihan bayaran semua itu adalah akhirnya Khazanah, adalah akhirnya rakyat, adalah akhirnya pencarum adalah akhirnya tax payers. Jadi, di sini apabila kita lihat satu demi satu seolah-olah kerajaan tidak belajar daripada kesilapan-kesilapan itu. Oleh sebab itu baru-baru ini kita lihat satu lagi projek yang diberikan secara runding terus pengurusan top marine, Scorpene diberikan pada sebuah syarikat dengan harga tidak silap saya RM2.54 bilion untuk 15 tahun atau lebih kurang RM98 juta setahun sementara sebuah syarikat lagi menawarkan hanya pada harga RM200 juta dan diberikan kontrak itu kepada syarikat yang mendapat dengan kontrak RM2.54 bilion. Beginilah caranya ketirisan, kebocoran terus berlaku di negara ini dan kita menunggu kalaulah dalam pelaksanaan pakej stimulus kedua ini seperti mana Yang Berhormat Batu Pahat sebut dan kawan-kawan lain sebut semua kita sebut sekarang ini, apakah kerajaan belajar daripada kesilapan lama dan jangan diulangi tabiat dan gelagat urus tadbir yang buruk seperti yang lalu. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin hanya masuk satu lagi topik yang juga merupakan di peringkat dasar ini saya menyebutkan dalam penstrukturan air Selangor dan banyak yang telah disebutkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Di sini juga saya mengangkat isu ini, kerana ia menyinggung langsung persoalan urus tadbir yang buruk dan keputusan yang buruk, yang dibuat oleh kerajaan yang juga terpaksa saya sebut, kerajaan yang buruk.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, air yang dahulunya diletakkan dibawa senarai negeri, berpindah kepada senarai bersama, apabila dua akta diluluskan di Parlimen ini dalam Akta Industri Perkhidmatan Air ataupun Water Services Industry Act 2006, bulan Julai. Seterusnya pembentangan dan kelulusan penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sekali gus kedua-dua ini, kedua-dua akta ini meletakkan air, berpindah daripada dulunya dalam milik kerajaan negeri, menjadi milik bersama. Dalam round pertama penswastaan, khususnya di negeri Selangor bermula daripada 1996. Pemilikan dalam proses penswastaan berakhir dengan empat players penting, tiga rawatan, satu pembekalan air. Puncak Niaga, SPLASH dan Konsortium ABAS merawat air, manakala SYABAS bertanggungjawab mengagihkan air di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin rakamkan di Dewan yang mulia ini, setelah round pertama penswastaan diberikan, akhirnya kepada pemilik-pemilik konsesi ini yang telah pun di antara mereka itu mendapat ganjaran untung yang cukup besar, di samping apa yang kita sebut sebentar tadi. CEOnya sahaja mendapat gaji RM5.1 juta setahun. Akan tetapi yang lebih daripada itu adalah bagaimana setelah mereka diberikan konsesi air itu, diberikan geran RM250 juta, diberikan pinjaman-pinjaman yang bersifat very friendly (pinjaman murah) dan mendapat segala daripada kemanisan tahap pertama penswastaan. Akan tetapi air Tuan Yang di-Pertua, adalah satu industri yang memerlukan CAPEX yang tinggi. Lalu hari ini, mereka semuanya menanggung hutang yang besar, mereka mengalami aliran tunai yang parah, mereka sudah tidak lagi bankable, mereka sudah tidak lagi boleh meminjam dan mereka terpaksa membayar kepada bon-bon holders yang pada waktu yang terdekat akan matang, lalu mereka sedang menghadapi keadaan yang agak nazak. Dalam suasana ini, berlaku penstrukturan air yang akan menyelamatkan mereka, dan mereka telah pun ditawarkan dan Kerajaan Pusat malangnya sudah memintas kerajaan negeri, belum tarikh 20 Februari luput dengan satu tawaran yang lebih besar daripada kerajaan negeri. Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, merakamkan seandainya kalau Kerajaan Pusat mahu juga memberikan tawaran langsung kepada pemilik konsesi- konsesi air ini, pastikan ia akhirnya tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang begitu tinggi, yang akhirnya akan ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan tarif yang tinggi yang perlu dibayar oleh seluruh rakyat pengguna di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mahupun Putrajaya dan Kuala Lumpur. Justeru dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa walaupun Menteri punya kuasa yang mutlak dalam Akta WSIA klausa 191(5) yang memberikan kuasa Yang Berhormat Menteri tidak boleh dicabar, di mana-mana mahkamah di negara ini. Saya mengingatkan Yang Berhormat Menteri, supaya tidak sewenang- wenangnya mengambil jalan memintas dan mensabotaj kami, kerana akhirnya kita perlu ingatkan bahawa kerajaan negeri pun ada kuasa dalam erti kata, akta luas dan juga raw air ataupun air mentah itu masih dalam milik kerajaan negeri. Jadi dengan itu, di samping apa yang telah saya sebutkan tadi Tuan Yang di- Pertua. Saya merakamkan urus tadbir seperti ini, yang merupakan sinonim kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga kini, kita mengharapkan supaya dalam waktu-waktu yang terdepan ini, saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor mengharapkan, kalau benar-benar pihak Kerajaan Barisan Nasional mahukan satu yang bersifat bipartisan untuk sama-sama kita gembleng tenaga dan membahu krisis ini dengan segala pertanggungjawabannya, sama ada menubuhkan satu Majlis Tindakan Ekonomi Negara, ataupun satu taskforce untuk memantau pelaksanaan dan dipastikan sistem penghantaran ini baik, maka kita sedia memberikan sokongan dan penglibatan kami. Akan tetapi ia mesti bermula dengan pengakuan dan bermula dengan komitmen dan iltizam untuk melakukan urus tadbir yang baik, tanggungjawab, telus dan akhirnya membela kepentingan rakyat. Sekian saya pohon untuk mempertikaikan sedikit daripada bajet mini ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua peluang ini insya-Allah saya nak gunakan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang semalamnya telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ada dua perkara yang saya nak bangkitkan pada kesempatan ini. Pada muka surat 26 butiran nombor 76 di bawah subtopic dengan izin, effective management of government financial resources, Menteri Kewangan antara lain menyebut bahawa, kesemua government procurement atau perolehan kerajaan ini, akan dibuat melalui tender terbuka ataupun tender terhad, kecuali dalam beberapa kes yang spesifik. Berdasarkan kepada latar belakang ini, saya mohon untuk membangkitkan perkara di dalam Dewan yang mulia ini, iaitu berkaitan dengan Jambatan Kedua Sdn. Bhd yang terlibat dalam pembinaan jambatan di Pulau Pinang. Kita sedia maklum bahawa kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, telah menubuhkan special purpose vehicle yang dinamakan sebagai JKSB, dan JKSB inilah kemudiannya telah mengeluarkan Letter of Award kepada syarikat dari China yang kita panggil sebagai CHEC yang sebahagian pembiayaan projek ini, akan dibuat oleh bank AXCEN dari China. Perkara yang saya nak timbulkan Tuan Yang di-Pertua ialah, sehingga hari ini saya difahamkan kontrak berkenaan dengan projek ini, belum lagi ditandatangani. Sehingga hari ini yang hanya dikeluarkan oleh JKSB kepada syarikat dari negara China tersebut ialah surat tawaran, Letter of Award dan di bawah sana setakat progress yang telah dilaksanakan cuma melibatkan beberapa aspek penilaian tanah ataupun ujian tanah dan juga sebahagian aspek penilaian alam sekitar, yang progressnya tidak pun sampai 5 peratus. Akan tetapi, sehingga minggu lepas syarikat daripada negara China ini telah pun mengemukakan tuntutan untuk mereka dibayar sehingga mencecah RM300 juta. Baru dapat Letter of Award, kontrak belum tanda tangan, kerja baru tak sampai 5 peratus, telah pun minta. Sekarang kerajaan terpaksa bergelut untuk cuba mendapatkan dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen, bagi membiayai projek ini. Kumpulan Wang Amanah Pencen dalam siling perbelanjaan untuk pembiayaan projek prasarana pula, telah pun sampai tahap silingnya, ia tak mampu lagi untuk mengemukakan pembayaran ini, tetapi kerana keputusan Jemaah Menteri telah dibuat. Saya kira perkara yang anehnya di sini ialah ketika kontrak belum ditandatangani bagaimanakah tuntutan ini boleh dikemukakan. Ini saya mohon untuk kementerian berkenaan, memberikan penjelasan. Berhubung perkara yang sama juga, kita mohon untuk Parlimen ini diberikan penerangan tentang status tentang penyertaan syarikat UEM yang pada mulanya mendapat kontrak ini dan konsesi ini tetapi kemudiannya berpindah ke JKSB. Aspek kerja-kerja yang bagaimanakah yang dilaksanakan oleh UEM dan aspek kerja yang bagaimana pula akan dilaksanakan oleh China Harbor Engineering Limited atau CHEC.

Keadaan ini Tuan Yang di-Pertua, saya kira penting untuk diberikan penjelasan kerana berdasarkan kepada financial model yang telah dibina, anggaran bayaran tol itu sekitar RM8 ke RM9. Kalau pun projek ini nanti berjaya disiapkan dengan tarikh asalnya 2011, namun kutipan tol itu nanti tidak mampu untuk membiayai pembinaan projek jambatan kedua ini. Yang kita bimbangkan dan sering kali kita utarakan ialah kerajaan akhirnya terpaksa menggunakan dana awam bagi menyelamatkan projek seperti ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Pada ketika JKSB atau Jambatan Kedua Sendirian Berhad ini mengemukakan Letter of Award kepada syarikat China Harbor Engineering Company ini, di sana bagaimana boleh berlaku syarikat ini memberikan kenderaan untuk kenderaan rasmi dan juga pemandu kepada JKSB.

Kontraktor pula yang siapkan kemudahan ini kepada teraju JKSB. Saya fikir ini ada terdapat sedikit elemen kepentingan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua di bawah sub topik pemberian tender terbuka ini juga, saya kemukakan berasaskan kepada jawapan yang telah diberikan oleh kerajaan khususnya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan bertulis daripada Ketua Pembangkang, 25 Februari iaitu berkenaan butiran projek Government Integrated Radio Network, dengan izin, yang bertanyakan tentang kos pembiayaan dan apakah projek tersebut diluluskan kepada pembida yang berjaya melalui tender terbuka dan kriteria pemilihannya. Kita menerima jawapan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri iaitu kos pembiayaannya adalah sebanyak RM1.8 bilion kiraan hampir dengan menggunakan kaedah private funding initiative daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun. Perolehan pula dibuat secara runding terus, diurus oleh Unit Perancang Ekonomi berdasarkan kertas cadangan sahaja dari pihak Sapura Research Sdn. Bhd. dan end user nya adalah tujuh agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia yang nantinya akan menjadi 70 peratus pengguna kepada sistem ini, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam Diraja, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Bahagian Hal Ehwal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kontrak ditandatangani 4 Januari 2007, sebulan selepas ianya dipersetujukan atau diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Disember 2006. Pemegang konsesinya adalah memegang selama 20 tahun. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ingin saya timbulkan ialah ternyata jawapan ini bukan satu jawapan yang jujur dari pihak kerajaan. Saya katakan demikian sebab tempoh konsesi 20 tahun dalam projek komunikasi sebegini sudah tentu akan melibatkan kos penyelenggaraan. Ternyata RM1.8 bilion itu cuma perbelanjaan pokok. Dalam jawapan ini terhadap soalan Ketua Pembangkang langsung tidak dinyatakan tempoh 20 tahun yang membabitkan kos penyelenggaraan itu sebenarnya akan melibatkan angka yang jauh lebih besar, mencecah sehingga RM7 bilion. Tuan Yang di-Pertua, membangunkan rangkaian trunk radio bersepadu kerajaan ini untuk kegunaan agensi keselamatan, ketenteraman awam, penguatkuasaan dan kecemasan, kita tidak mampu untuk compromise dengan izin, aspek keselamatan. Kontraktor yang memperolehinya, Sapura Research Sdn. Bhd. sendiri yang menentukan spesifikasi kepada projek ini dan bukannya end user iaitu pasukan polis, tentera dan segala macam yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, kos penyelenggaraannya sangat tinggi, untuk lima tahun pertamanya sahaja sudah mencecah RM1 bilion, baki 15 tahun akan ditentukan kemudian. Tentulah kosnya akan berlipat kali ganda tetapi tidak dinyatakan secara terbuka. Saya difahamkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju untuk projek ini dilaksanakan secara penswastaan dengan menggunakan peruntukan mengurus dan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan diswastakan kepada Sapura Research Sdn. Bhd. bagi tempoh konsesi 20 tahun. Isunya ialah kenapakah beberapa cadangan oleh syarikat-syarikat lain seperti KUB Malaysia Sdn. Bhd.; Comintel Berhad; Master Plan Consulting Sdn. Bhd.; yang meletakkan sebut harga yang jauh lebih rendah dan telah pun memasukkan kos penyelenggaraan untuk tempoh sepuluh tahun dan akhirnya perbelanjaan itu jauh lebih murah berbanding yang dikemukakan oleh Sapura Research ini tidak diberikan pertimbangan oleh pihak kerajaan. Ini persoalannya. Saya difahamkan bahawa kertas Kabinet yang dihantar ke kementerian berkenaan, yang tujuh agensi penguat kuasa itu termasuk di bawah kawalannya, dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kurang dari seminggu sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri dijalankan. Maknanya Mesyuarat Jemaah Menteri 6 Disember 2006, sebelum itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah pun menulis surat kepada Ketua Pengarah EPU dan memaklumkan bahawa projek berkenaan telah diluluskan secara runding terus oleh Perdana Menteri.

Salinan surat diterima oleh semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah yang terbabit. Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu bertarikh 3 Ogos 2006, Mesyuarat Jemaah Menteri adalah pada 6 Disember 2006. Sebelum Jemaah Menteri membuat keputusan bersetuju, telah pun dikeluarkan surat untuk meminta kementerian terbabit bersetuju kerana Perdana Menteri telah pun memberi perkenan. Oleh sebab ia melibatkan aspek keselamatan Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Saya difahamkan ada satu surat daripada Ketua Polis Negara kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, surat setebal empat belas muka surat bertarikh 5 Disember 2006 ini memberikan hujah-hujah bahawa dari sudut keselamatannya, cadangan yang dikemukakan oleh syarikat Sapura ini mempunyai pelbagai kelemahan teknikal yang boleh menyebabkan aspek keselamatan negara akan terjejas. Malangnya komen ini tidak langsung diambil kira. Kertas cadangan Sapura yang pertama kali dibentangkan ke EPU pada 24 Januari Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat awalnya mencadangkan supaya projek ini dilakukan secara PFI, pendekatan finance, build and operate. Menubuhkan special purpose vehicle atau special project vehicle yang mengandungi EPF, Amanah Raya, Koperasi Polis, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan agensi-agensi ini memegang 40 peratus saham dalam SPV ini. Hal ini juga perlu diberikan penjelasan oleh kerajaan sebenarnya. Jika sekiranya Ketua Polis Negara memberikan reservation dengan izin, lantaran polis akan menjadi 70 peratus kepada pengguna projek ini. Kenapakah aspek ini tidak diambil kira oleh kerajaan? Yang lebih menarik lagi ialah jika sekiranya setelah kerajaan meluluskannya, kenapa boleh pihak polis pula berdiam diri. Apakah ini tanda kita kompromi terhadap aspek keselamatan? Apakah kita sudah cukup terdesak sehingga sebulan selepas Kabinet meluluskannya, ianya kemudian terus dilakukan urusan menandatangani kontrak, dalam masa sebulan cukup pantas. Saya menilai jawapan yang pertama kali projek ini disebut oleh Menteri Dalam Negeri ialah pada 3 Disember 2008 ketika menggulung bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kata Timbalan Menteri, ”Mewujudkan komunikasi dengan agensi kerajaan yang lain, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem yang dikenali Government Integrated Radio Network di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara. Sistem ini..” kata Menteri, ”..Dalam proses pembangunan...”, 3 Disember 2008. Dua tahun selepas ianya diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kalau ianya masih dalam proses pembangunan, izinkan saya menggunakan platform dalam Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan beberapa cadangan supaya:

(i) projek ini diteliti semula dan keputusan dibuat serta-merta; (ii) saya juga mohon mencadangkan satu jawatankuasa teknikal dan kewangan bebas ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat penilaian semula cadangan Sapura Research Sdn Bhd dan seeloknya dibuat oleh Parlimen ataupun Jawatankuasa Kewangan atau PAC; (iii) saya mohon mencadangkan untuk memastikan perbelanjaan atau pembayaran yang telah dibuat mengikut prosedur perolehan kerajaan. Ratusan juta telah pun dibelanjakan dan telah pun dibayar kepada Syarikat Sapura ini; (iv) saya juga mohon untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuat siasatan terperinci berhubung proses penganugerahan projek ini yang dibuat dengan kadar segera sepantas kilat; dan (v) saya mohon mencadangkan dipanggil semua pihak yang terlibat memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh Parlimen atau PAC.

Jika sekiranya siasatan itu mendapati terdapat unsur penyelewengan, tindakan segera mestilah diambil. Oleh kerana ia melibatkan aspek keselamatan Tuan Yang di- Pertua, tentulah isu-isu teknologi itu berbangkit. Apa yang jelas ialah Sapura Research ini menggunakan teknologi Siemens sedangkan apa yang sebenarnya yang dimaklumkan oleh mereka ialah mereka menggunakan teknologi Siemens tetapi yang sebenarnya mereka menggunakan teknologi R&D dari Austria. Saya telah mengikuti atau meneliti dokumen kontrak yang cukup tebal dan mendapati ada unsur misleading dengan izin, kepada Jemaah Menteri sebelum keputusan itu dibuat. Kos sebenar tidak dimaklumkan. Kelulusan kerajaan hanya untuk kos infrastruktur dan kos penyelenggaraan lima tahun pertama sahaja. Terdapat juga perkara asas yang diletakkan dalam item opsyen seperti encryptions, dengan izin. Sedangkan harga sebenar penyelenggaraan untuk lima belas tahun seterusnya tidak dimaklumkan atau silent. Oleh itu jumlah kos projek ini dengan mengambil kira konsesi 20 tahun adalah dianggarkan berjumlah lebih RM7 bilion. Kos infranya sahaja Tuan Yang di-Pertua, ialah RM1.8 bilion. Kos untuk maintenance untuk lima tahun pertama RM956 juta. Kos maintenance untuk lima tahun kedua RM1.15 bilion. Kos maintenance untuk tiga tahun, lima tahun yang ketiga RM1.38 bilion. Kos maintenance untuk lima tahun keempat ialah RM1.67 bilion menjadikan jumlah dalam tempoh konsesi 20 tahun ialah RM7 bilion. Sedangkan jawapan rasmi kerajaan yang diberikan oleh Menteri yang bertanggungjawab soal Majlis Keselamatan Negara terhadap soalan Ketua Pembangkang, kosnya cuma RM1.8 bilion. Ternyata tidak ada suatu kejujuran dalam memberikan jawapan di Dewan yang mulia ini dalam hal membabitkan soal keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, isu saya yang terakhir sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya ini ialah saya merujuk kepada perkara asal yang telah saya bangkitkan ketika membahaskan Titah Diraja iaitu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan dan juga perkhidmatan untuk mengenakan sewaan perkhidmatan submarine rescue system ini. Jawapan Menteri pada 2 Mac 2009 ketika menggulung bagi pihak Kementerian Pertahanan antara lain menyebut bahawa Kementerian Pertahanan telah mendapat kelulusan daripada kementerian Kewangan bagi melaksanakan perkhidmatan ini secara runding terus dengan Syarikat Target Resources Sdn Berhad. Sehubungan dengan kos sewaan perkhidmatan ialah Syarikat Target Resources menawarkan kos sewa perkhidmatan RM8.2 juta sebulan bagi tempoh 20 tahun. Sebulan sewa RM8.2 juta. Setahun, RM8.2 x 12 = RM9.6 juta untuk tempoh 20 tahun, ini jawapan rasmi. Oleh kerana itu pada kesempatan perbahasan peringkat belanjawan tambahan ini

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengemukakan perkara-perkara berikut

(i) saya mohon kementerian untuk menilai dan meneliti kembali sebab ternyata penggunanya atau end usernya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia ini. Siapa yang menentukan keperluan tender ini? Apakah pihak syarikat yang mempunyai kepentingan keuntungan ini yang menentukan requirement atau keperluan terhadap projek ini? Apakah pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia itu diambil kira? Adakah ianya berdasarkan, on the Royal Military Navy ini, keperluan mereka tanpa proses tender dan juga penilaian teknikal; dan (ii) Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan ternyata dalam jawapan ini tidak comply dengan izin, polisi atau dasar kerajaan dengan tidak mengambil kira pandangan EPU dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia supaya sekurang-kurangnya tender terhad dibuat sepertimana komitmen yang diberikan oleh Menteri Kewangan yang juga Yang Berhormat Pekan ketika membentangkan belanjawan ini semalam. Antara lain menyebut dengan izin, all government procurement will be made through open tenders or restricted tenders.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengemukakan perkara-perkara berikut

Ini tidak dilakukan. Saya juga berpendapat Tuan Yang di-Pertua, tidak ada elemen ketelusan dalam sistem perolehan ini yang dilakukan oleh bahagian perolehan Kementerian Pertahanan. Runding terus dengan satu syarikat tunggal, syarikat provider ini tunggal tanpa memanggil sebarang tender terhad adalah menghampiri kepada elemen penyelewengan dan ini tidak boleh kita terima. Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta agar hal ini dikaji semula kerana ianya belum lagi sampai. Masih di peringkat perundingan kata Timbalan Menteri ketika menjawab dalam Parlimen yang mulia pada 2 Mac tempoh hari. Katanya, “Buat masa ini proses rundingan masih berlangsung.” Sebelum keputusan itu dibuatlah, atas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Rakyat kerana ianya membabitkan kepentingan awam dan keselamatan negara, saya mohon mencadangkan agar perkhidmatan ini yang melibatkan kos yang cukup tinggi dengan tidak mengambil kira pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia dari sudut elemen keperluannya dan spesifikasinya. Sebaliknya bergantung kepada spesifikasi yang ditentukan oleh syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara telah saya bangkitkan, pertama tentang Jambatan Kedua Sdn Bhd, Letter of Award keluar, kontrak belum tandatangan, projek baru 5 peratus berjalan tuntutan lebih RM300 juta telah dibuat dan sekarang Kementerian Kewangan sedang berura-ura untuk mengkaji sama ada perlu bayar atau tidak dengan mengambil dana Kumpulan Wang Amanah Pencen. Ini saya kira satu pelanggaran yang sangat serius. Kontrak tidak tandatangan, mana boleh payment dibuat. Kedua saya membangkitkan tentang projek yang kita panggil sebagai Rangkaian Trunk Radio Bersepadu dengan saya mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh kerajaan yang diberikan secara tidak jujur dan saya kemukakan fakta-faktanya. RM1.8 bilion bukan angka sebenar kerana tidak mengambil kira kos penyelenggaraan dan tidak mengambil kira cadangan daripada tiga, empat syarikat lain. Pada ketika pengguna terbesar sistem ini, Polis Diraja Malaysia melalui surat Ketua Polis Negara kepada Ketua Setiausaha Kementerian KDN yang memberikan reservation terhadap projek ini juga tidak diberikan perhatian oleh kerajaan. Ianya dilakukan dengan pantas. Saya telah mengemukakan lima atau enam cadangan dan alasan kenapa projek ini harus diteliti semula. Sebarang bentuk pembayaran yang sedang dibuat kepada syarikat berkenaan hendaklah dikaji semula. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya kemukakan ialah berkaitan dengan runding terus Kementerian Pertahanan dengan Syarikat Target Resources dan saya telah mengemukakan empat hingga lima alasan kenapa ianya perlu disemak semula dalam semangat proses rundingan yang sedang berlangsung kerana kedua-kedua perkara ini melibatkan keselamatan negara dan kepentingan awam. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batang Sadong sila.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kerana memberi saya peluang ini untuk menyokong Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2009.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak rakyat dari negeri Sarawak, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan pakej rangsangan yang sangat di luar dugaan kita semua. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap dan dengan membawa harapan tinggi khususnya dari masyarakat di Batang Sadong sudah tentu mengharapkan peningkatan kehidupan mereka dari sudut sosio ekonomi. Dengan itu saya ingin mengemukakan di Dewan yang mulia ini sekali lagi segala permintaan orang ramai di kawasan Batang Sadong kerana apabila mendengar pakej rangsangan yang tidak diduga sebanyak RM60 bilion saya sering ditanya, berapa kita dapat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi dengan ini saya memohon bagi pihak mereka apa yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya sekali lagi menyatakan di Dewan yang mulia ini untuk memohon Pusat Giat MARA untuk menyahut keperluan golongan remaja di kawasan kami. Sebelum ini saya menyentuh mengenai Pusat Giat MARA untuk kawasan Simunjan sahaja tapi kali ini apabila mereka mendengar lebih banyak lagi peruntukan yang ada kita gunakan peluang ini untuk membantu remaja kita. Lebih-lebih lagi saya menyeru agar kerajaan menimbangkan keperluan kerana ini ditambahkan lagi untuk kawasan yang dinamakan kawasan Gedung yang juga di bawah Batang Sadong. Dalam pakej rangsangan ini dalam teras pertama ialah untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita betul- betul hendak mengurangkan pengangguran dan memastikan teras ini mencapai objektifnya kita perlu kreatif dalam memenuhi keperluan remaja masa kini. Golongan remaja di kawasan luar bandar pun ingin juga merasa serta menikmati kemudahan yang diberi kepada remaja di kawasan bandar. Apa yang sungguh menyedihkan ialah ibu bapa mereka kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di luar bandar. Malahan mereka sering kali membawa masalah anak-anak mereka kepada saya sebagai wakil rakyat mereka untuk membantu mereka serta menghantar anak pergi ke sekolah untuk melanjutkan pelajaran kalau mereka boleh melanjutkan pelajaran. Ada yang tidak begitu berminat dalam akademi boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Maka dengan itu keperluan dari segi Pusat Giat MARA dikemukakan kepada saya. Sehingga tadi juga saya menerima email untuk memastikan saya membawa perkara ini sekali lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sangat mengharapkan agar Pusat Giat MARA dibina di Simunjan dan juga di Gedung bagi membolehkan remaja mempunyai opsyen untuk melanjutkan latihan mereka di Pusat Giat MARA. Saya berharap kementerian boleh menilai betapa seriusnya dan betapa perlunya kami sehingga saya beberapa sudah membawa perkara ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan teras kedua iaitu meringankan beban rakyat terutama sekali golongan mudah terjejas. Seperti mana umum mengetahui dan maklum bahawa tidak lama dahulu Sarawak telah dilanda banjir dengan begitu teruk sekali. Seramai lebih 1,000 keluarga yang telah terlibat dalam banjir dan anggaran kerosakan perabot dan peralatan rumah yang rosak sejumlah lebih RM100,000 dan ini hanya untuk perabot rumah sahaja. Belum lagi anggaran kenderaan yang rosak, yang perlu ditarik dibawa ke woksyop dan tanaman serta ternakan yang mereka ada juga rosak. Semua ini dianggarkan lebih ratusan ribu juga. Tuan Yang di-Pertua, di antara faktor yang turut menyumbang ke arah banjir ini yang menyebabkan ia menjadi lebih teruk lagi ialah kerana keadaan alam sekitar misalnya perparitan dan saliran yang tersumbat, empangan air ataupun watergate dengan izin, yang rosak dan pecah dan kesemua ini memerlukan banyak peruntukan kewangan. Jadi untuk meminimumkan kerosakan dan juga untuk mencegah banjir yang teruk berlaku lagi di masa hadapan kita memerlukan banyak peruntukan dan dari anggaran yang saya peroleh dari pejabat daerah di kawasan tersebut sebanyak lebih RM600,000 diperlukan untuk memulihkan keadaan supaya banjir boleh dicegah. Ia memerlukan lebih sejuta untuk mengadakan aktiviti baru bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk lagi. Jadi kita berharap peralatan-peralatan yang ada ataupun empangan yang ada kita boleh buat baru, digantikan dengan peralatan yang baru dan kemudahan yang baru untuk kawasan yang sering terkena banjir. Malahan pada tahun ini ada kawasan yang tidak pernah terlibat dengan banjir berpuluh tahun pada kali ini kena banjir sebanyak dua kali. Saya berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menimbangkan permintaan kita ini. Seterusnya, berkaitan dengan akibat banjir juga banyak infrastruktur sekolah yang rosak misalnya seperti jalan raya. Salah sebuah daripada sekolah yang saya lawati semasa banjir iaitu SK Keniong. Itu salah sebuah sahaja di mana jalan rayanya di kawasan sekolah itu bukan di kawasan untuk masyarakat berjalan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Akan tetapi di kawasan sekolah sendiri telah retak akibat banjir. Belum lagi termasuk kelengkapan sekolah yang lain. Keseluruhan kerosakan infrastruktur dan kelengkapan sekolah mencecah jumlah hampir RM1 juta juga. Keseluruhan kerosakan peralatan diperlukan untuk mengganti dan membaiki keadaan akibat banjir yang melibatkan orang kampung dan harta benda mereka, persekitaran alam mereka dan sekolah dianggarkan berjumlah RM5 milion. Jadi, kita berharap dari suntikan pakej rangsangan ini kita boleh membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat dalam usaha kerajaan untuk meringankan beban mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada urusan kebajikan orang tempatan di kawasan iaitu berhubung dengan kemudahan hospital dan klinik desa. Klinik Kesihatan Sadong Jaya dibina pada tahun 1973 di atas keluasan tanah dua ekar persegi. Klinik kesihatan ini mempunyai keluasan 332 kilometer persegi dan memberi perkhidmatan untuk 15,347 orang penduduk. Klinik Kesihatan Sadong Jaya ini beroperasi bagi kawasan- kawasan berdekatan dalam lingkungan 11.2 kilometer radius. Di antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan rawatan pesakit luar yang dikendalikan oleh pembantu perubatan dan jururawat masyarakat. Pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak didapati di klinik ini akan dirujuk terus ke hospital ataupun klinik pakar. Perkhidmatan klinik kesihatan ibu dan anak juga disediakan dan dilaksanakan oleh jururawat masyarakat pangkat U12 dan perkhidmatan kesihatan sekolah juga diberi dan dilaksanakan pada suku tahun pertama. Selain dari itu, perkhidmatan kesihatan untuk kampung-kampung di mana lawatan pembantu perubatan dan jururawat masyarakat juga dilakukan. Pengurusan kawasan klinik juga bergantung kepada kesukarelaan staf untuk menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan ini jarang sekali dapat dilakukan kerana kesibukan staf mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersimpati dengan kakitangan yang terlibat di Klinik Kesihatan Sadong Jaya ini. Saya memohon bagi pihak mereka ini agar Kementerian Kesihatan memperuntukkan sekurang-kurangnya tidak banyak RM10,000 sahaja untuk Klinik Kesihatan Sadong Jaya untuk menyelenggarakan kawasan klinik tersebut. Saya menyebut mengenai perkhidmatan tadi yang diberi dan penglibatan staf di klinik kesihatan ini apa yang ada pada masa ini ialah hanya seorang jururawat masyarakat bertugas di Out-Patient Department, dengan izin. Dipohon di Dewan yang mulia ini supaya ditambahkan lagi seorang lagi jururawat dengan izin, staff nurse di bawah perkhidmatan untuk sekolah. Perkhidmatan diberi untuk 13 buah sekolah dengan beberapa orang staf yang ada dan ia memang tidak mencukupi. Saya juga berharap agar Menteri Kesihatan ataupun Timbalan Menteri pergi melawat di klinik di kawasan saya ini.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya juga mengharapkan elaun perumahan sejumlah RM180 sebulan yang dipotong sebanyak 50 peratus selama ini agar elaun ini tidak lagi dipotong kerana keadaan kuarters dan berek tempat mereka tinggal tidak begitu lengkap dan tidak diselenggarakan dengan baik. Jadi keseluruhan jumlah yang diperlukan untuk membantu meningkatkan prestasi serta meningkatkan keadaan ataupun taraf Klinik Kesihatan Sadong Jaya ini ialah RM104,000. Saya rasa itu tidaklah begitu banyak daripada apa yang ada untuk pakej rangsangan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kementerian mengambil berat terhadap keperluan Klinik Kesihatan Sadong Jaya, kerana implikasinya adalah kepada masyarakat setempat. Saya juga ingin mengemukakan di Dewan yang mulia ini mengenai keperluan oleh klinik kesihatan juga tetapi di kawasan Gedong, di mana keseluruhan jumlah yang menampung permintaan dari segi ambulansnyalah, kenderaannyalah, penambahbaikan keadaan klinik dan juga penambahan tempat letak kereta dan juga penambahan staf, kesemuanya dianggarkan sejumlah RM620,000. Saya berharap pihak kementerian datang untuk melawat dan menyaksikan sendiri kenapa perkara ini kita bawakan ke Dewan yang mulia ini.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penggalakan untuk kaum wanita melibatkan diri dalam meningkatkan ekonomi mereka, sekali lagi saya bangkitkan usul ini untuk meminta agar kerajaan menimbangkan permintaan dari Parlimen Batang Sadong, untuk membina pusat khas untuk tempat wanita-wanita bertemu sambil mengasah kemahiran mereka melalui latihan-latihan kemahiran yang mereka boleh adakan, supaya mereka dapat menumpukan perhatian mereka terhadap meningkatkan kemahiran dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka, kerana di kawasan kita tidak mempunyai tempat untuk mereka menjalankan latihan tersebut. Kita telah membelanjakan wang yang banyak untuk membawa mereka ke bandar untuk mereka mengadakan kursus dan saya rasa tibalah masanya kita memberikan kepada mereka sebuah tempat supaya mereka dapat mengadakan program-program khas untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tuan Yang di-Pertua, pada dua minggu yang lepas iaitu pada hari Ahad, saya melawat kawasan yang mana ia memerlukan bot untuk menyeberang sungai. Walaupun kita diberi peruntukan di Sarawak untuk naik helikopter, tetapi saya ingin merasa sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat, di mana saya cuba naik bot untuk menyeberang ke salah sebuah kampung yang saya lawati iaitu Kampung Lubok Samsu. Apa yang berlaku pada hari itu ialah airnya surut. Jadi apabila air surut, saya terpaksa mengangkat kain untuk berjalan di pantai...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Apa itu?

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak nampak kenapa perlu ada reaksi daripada...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya naikkan sikit. Terpaksa naikkan sikit. Bukan sikit, banyak sebab ia pantai. Terpaksa. Ini adalah kenyataan di mana kerajaan perlu mengetahui perkara ini, kerana jeti yang rosak...

Tuan Yang di-Pertua, tengok haram, tidak tengok rugi pula... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan, teruskan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya tidak katakan nampak terus yang lain itu sebab saya ada stoking. Saya bersedia.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi, apa yang berlaku, terpaksa berjalan dekat pantai di mana air pada masa itu surut. Jadi bot terpaksa berhenti dekat pantai di mana kita perlu berjalan dekat situ dan kita menyeberang. Tidak ada jeti, oleh kerana susur hakisan, jadi jeti selalu rosak. Kita terpaksa ganti. Kenapa saya membawakan perkara ini di Dewan yang mulia ini? Kerana saya memang sudah beberapa kali meminta agar kita melalui pakej rangsangan ini diberi lebih peruntukan untuk kita di Sarawak, untuk kita menambahkan lagi pembangunan yang ada misalnya dari segi jeti. Bersambung daripada cerita naik bot tadi, saya menyeberang ke sungai dan apa yang saya nampak ialah buaya. Buaya yang bersantai di pantai. Buaya yang bersantai di pantai, 100 meter daripada kawasan tersebut terdapat sebuah keluarga yang dua orang daripada ahli keluarga dalam bot itu turun ke sungai membawa jala. Saya yang ketakutan melihat buaya yang 100 meter daripada keluarga ini. Jadi selain daripada itu juga, apa yang menjadi kerunsingan saya, pada hari itu cuaca baik. Namun kalaulah hari hujan, bagaimanalah kanak-kanak sekolah. Saya diberi taklimat oleh orang kampung. Cubalah tengok kawasan kita ini. Anak-anak yang pergi ke sekolah terpaksa naik bot dan bila hari hujan, air yang kering, mereka terpaksa turun ke pantai dan berjalan dengan membawa pakaian yang lebih dan di pantai tersebut pun kita nampak kayu-kayan yang banyak di pantai dan juga kaca dan risikonya amat tinggi untuk kita berjalan. Saya berharap pada kali ini kita menerima peruntukan yang lebih untuk membangunkan infrastruktur-infrastruktur yang ada di kawasan kita, kerana akibat daripada alam sekitar yang memang secara semula jadi.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Oleh kerana kawasan kita selalunya memang sentiasa ada benak. Benak itu adalah satu ombak yang begitu kuat yang sering kali merosakkan jeti dan tempat-tempat berlindung di kawasan tepi serta di tebing sungai. Jadi oleh kerana itu, kita memerlukan lebih peruntukan untuk sentiasa memperbaiki dan juga apabila jeti itu hanyut, kita terpaksa buat baru, bina baru. Tiap-tiap tiga bulan kita terpaksa bina baru. Jadi ini satu perkara biasa bagi kita. Ini bukan kerana kita tidak mahu buat jeti yang kuat. Walau sekuat mana sekalipun, kita tidak dapat melawan kekuatan perkara yang semula jadi iaitu benak. Jadi dengan itu, saya berharap pada kali ini, kita mendapat peruntukan yang lebih bagi membantu kita meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan kita. Dengan itu, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya jemput, sebentar tadi ada PAS bercakap. Selepas itu BN. Sekarang ini saya bagi sama DAP. Yang Berhormat Kepong. Selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sri Gading. Selepas Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak lama. Tuan Yang di-Pertua, saya akan pendekkan ucapan.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa, gding? Dia memang gading putih... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi Bajet Mini ini. Bajet walaupun mini, tetapi kita mesti menampung cabaran, menghadapi cabaran yang hebat. Bajet Mini, tetapi masalah yang raksasa. Itulah masalah. Mungkin tidak dapat menangani masalah dan cabarannya. Di sini saya nampak Tuan Yang di-Pertua, kita memperuntukkan setakat ini sejak akhir tahun lepas RM67 bilion untuk merangsang ekonomi. Namun, yang penting sekali sama ada kita dapat mewujudkan keyakinan di kalangan rakyat di dalam dan di luar negara. Memang penting. Kita mesti meningkatkan keyakinan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kalau peristiwa seperti itu, cerita panjang di Perak itu berlaku lagi, maka memang cerita panjang. Tidak habis-habis. Ya, di Perak itu. Kalau cerita seperti ini berlaku lagi maka akan menjejaskan keyakinan terhadap negara kita dan seterusnya terhadap ekonomi kita. Saya berharaplah Yang Amat Berhormat sama ada Perdana Menteri atau pun timbalannya, janganlah kita melakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan keyakinan di negara kita. Di sini mujur jugalah kita diberitahu sedikit sebanyak setakat ini daripada RM7 bilion, pakej rangsangan pertamanya hanya RM1 bilion dibelanjakan dan pada akhir tahun ini mungkin RM5.2 bilion akan dibelanjakan. Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita hendak mengetahuilah dengan tertubuhnya Unit Pengurusan Projek ini, mengapa masih kita tidak dapat menghulurkan peruntukan ini kepada sasaran yang memerlukan. Ini memang satu perkara yang perlu ditangani dengan secepat mungkin. Kita hendakkan ruang-ruang ini disampaikan kepada sasaran dengan cepat. Sebab itulah mungkin kaedah itu mesti dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Kewangan untuk memberi wang-wang tunai dan sebagainya secara langsung dan kurangkan cukai secara langsung dengan cepat. Ini kerana kita dalam satu, dua tahun ini kita takut tidak sampai sasaran dan tidak dapat merangsang ekonomi dan mungkin merangsang segelintir orang sahaja. Bererti tidak cukup lah itu. Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita menghadapi cabaran dan masalah ini lebih lewat sedikit kalau berbanding dengan pihak Hong Kong, pihak Singapura, negara-negara maju dan sebagainya. Kita lewat sedikit kerana mujur juga sejak tahun 1997 dengan krisis ekonomi Asia ini kita sudah mengadakan master plan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dengan master plan ini, kita dapat mengukuhkan institusi perbankan dan sebagainya. Mujurlah kita lewat sedikit, itu disebabkan kemerosotan ekonomi. Walau bagaimanapun, yang penting sekali, kalau langkah-langkah yang diambil sekarang tidak sampai matlamatnya maka mungkin apabila pulihnya kemerosotan ekonomi, kita tidak dapat meraih atau pun menggunakan peluang seperti Singapura kerana dia sekarang giat untuk memperbaiki keadaan. Mungkin apabila pulihnya ekonomi dunia, ia akan meraih peluang ini, menggunakan peluang ini dengan lebih cepat berbanding dengan Malaysia. Kita mesti sentiasa ingat: Negeri utara hebat Kelantan; Benar-benar tamadun sejarah; Sementara mendapatkan rotan; Maka akar-akar pun jadilah. Akar pun jadilah. Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. Jangan kita setakat mendapat gading putih sudah cukup...

Jagung ada, gigi tidak ada apa macam?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu belalai tidak ada lah itu. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya nampak ada empat teras untuk menyelesaikan pengangguran, mengurangkan beban rakyat dan untuk menggalakkan sektor swasta dan juga untuk keupayaan masa depan. Saya berharaplah semua orang dapat bersama-sama untuk menjayakan pelaksanaan empat teras. Kita dapat menjayakan, tidak kira partilah sekarang dalam menghadapi cabaran yang hebat, kita mesti bekerjasama untuk menjayakan. Akan tetapi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bangkitkan beberapa perkara misalnya kita ada subsidi. Kalau mengikut ucapan Yang Amat Berhormat, setakat ini kita ada subsidi RM34.1 bilion termasuklah RM18.1 bilion untuk minyak dan sebagainya. Subsidi ini sama ada sampai ke sasaran itulah masalahnya. Sekarang kita memperuntukkan RM627.4 juta bagi subsidi supaya harga barangan seperti tepung gandum, roti, gula harganya tidak meningkat. Yang penting sekali, kita mesti memastikan harga ini benar-benar tidak naik. Dengan wang begitu banyak, subsidi yang begitu banyak sebab Tuan Yang di-Pertua, subsidi ini bukan satu perkara kita boleh mengambil ringan. Kita mesti memerhatikan iaitu: (i) ia mesti digunakan dengan berkesan; dan (ii) kita tidak boleh bergantung kepada subsidi untuk selama- lamanya. Mustahil, kerana wang itu tidak cukup untuk subsidi. Walau bagaimanapun, sementara itu, walhal kita menghadapi cabaran yang besar, kita mesti memastikan subsidi RM674 juta ini sampai ke sasaran. Mengenai mengurangkan pengangguran. Mengurangkan pengangguran ini, kita memperuntukkan RM700 juta dan kita akan menambahkan atau pun mengambil ahli anggota kerja awam 63,000 orang. Di sini, saya pun ada tengok kerajaan sudah menambahkan 22 pusat JobsMalaysia nya lagi. Sekarang berjumlah 131 pusat untuk membantu mereka yang menghadapi masalah mendapat kerja, yang diberhentikan kerja, dan sebagainya. Setakat ini nampaknya ada lebih 30,000 orang yang sedang menganggur. Saya berpendapat bahawa pusat-pusat seperti ini mestilah mesra sedikit dan sikap pegawai-pegawai kakitangan yang mengendalikan pusat-pusat ini mestilah mesra sedikit. Sikap yang baik untuk menolong orang yang menghadapi masalah. Saya berharap itu...

Minta sedikit penjelasan. Yang Berhormat Putatan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Putatan. Saya ingat Yang Berhormat Sri Gading.

Ini bukan berpantun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya mendengar hujah-hujah Yang Berhormat dari tadi, soal subsidi dengan begitu panjang. Saya masih tertunggu- tunggu apa cadangan Yang Berhormat. Ini seolah-olah mengambil masa Dewan untuk mengisi ruang pem boring an Yang Berhormat. Itu saya lihatlah. Soal bermesra, itu kita sudah jawab beberapa kali, Yang Berhormat. Jadi, setuju atau tidak Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat ini tidak membuat sebarang cadangan yang konkrit kepada kerajaan kalau ingin bekerjasama dengan pihak kerajaan. Minta sedikit penjelasan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tadi ada cadangan untuk kita mengkaji sama ada kita boleh memberi wang tunai kepada rakyat. Pertama, ataupun kurangkan secara langsung cukai dan sebagainya. Itu cadangan. Cadangan untuk meningkatkan prestasi pihak kerajaan. Itu semua cadangan. Yang Berhormat Putatan itu memang masalah dia di Sabah. Itulah baik kita jaga Sabah dulu. Siapa boycott? Tiada, saya tidak ada nampak. Ya. Tidak ada.

Yang Berhormat kalau tahu soal masalah di Sabah itu, timbulkanlah masalah yang kerajaan boleh laksanakan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Oh, dengan Putatan di situ. Tuan Yang di-Pertua.

Jangan mengaku sahaja Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, dengan Putatan di situ mungkin masalah timbul kerana kadar kemiskinan di Sabah yang paling tinggi di Malaysia ini. Itu masalah dia. Mengapa masih tinggi lagi? Dengan Putatan di situ. Itulah. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebutkan mengenai masalah menangani penganggur dan sebagainya. Di sini memang pihak kerajaan hendak mengambil 63 ribu kakitangan baru untuk sektor awam dan saya berharaplah dalam pengambilan, proses ini lebih terbuka, lebih telus dan bergantung pada meritlah. Tidak kiralah bangsa ya. Kita bergantung kepada merit supaya kualiti kakitangan awam boleh meningkat dan lebih adil juga kerana ramai yang hendak kerja, kita pilih yang baik. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai peluang untuk siswazah bagi melanjutkan pelajaran dan kita diberitahu oleh Yang Amat Berhormat ini berdasarkan merit, itu baik tetapi setiap pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran falsafah di dalam negara diberi subsidi RM20 ribu seorang dan juga bagi peringkat sarjana RM10 ribu. Ini bermakna pihak kerajaan akan mewujudkan 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10 ribu tempat untuk peringkat sarjana. Saya memang setuju kita mesti wujudkan tempat-tempat seumpama ini tetapi saya hendak memberi peringatan. Ini Yang Berhormat Putatan mesti mengambil kira, sekarang misalnya di Universiti Malaya. Universiti Malaya mempunyai… [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong punya mike ditutup ini macam mana?... [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Hampir dua ribu…

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua ribu pensyarah dan profesor di Universiti Malaya, ada dua, tiga peratus melanjutkan penyelidikan untuk mendapat PhD tetapi baru-baru ini, Naib Canselor keluarkan surat tunjuk sebab kerana tidak dapat untuk menjayakan PhD dalam masa yang diperuntukkan. Ada 50 pucuk surat diberi, ini bermakna 50 oranglah. Kemudian ada 15 surat lagi bagi orang itu menjelaskan mengapa tidak dapat menyiapkan tesis untuk PhD nya. Ini di Universiti Malaya sahaja, tidak kira ada 19 buah universiti lagi. Sekarang kita hendak adakan 500 tempat yang baru untuk PhD dan sepuluh ribu untuk Master.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kita mesti ada sistem untuk memantau semua. Kita mesti memastikan semua ini mencapai tahap antarabangsa. Ini bermakna kita mesti ada external examiner daripada universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Setakat ada PhD yang tidak diiktirafkan oleh pihak antarabangsa tidak cukup. Makna setiap orang kita bagi RM20 ribu. Saya berharaplah pihak kementerian dapat mengambil perhatian supaya semua wang ini dapat digunakan dengan berkesan. Mengenai pembangunan pendidikan ada RM300 juta, untuk pembangunan, membina dan menambah baik kemudahan bagi 752 buah sekolah termasuk SJK(C) dan SJK(T), sekolah-sekolah agama dan sebagainya. Di sini yang penting sekali bila kita lantik kontraktor atau sub kontraktor kita mestilah pilih yang layak dan benar-benar hendak bekerja. Yang biasa dilakukan terutamanya untuk infrastruktur awam ataupun untuk pembangunan pendidikan ini, dia sudah melantik orang yang tidak kena mengena dengan sekolah itu. Saya pernah dua tiga tahun yang lepas, saya pergi ke sekolah di kawasan saya, saya kata ini ada peruntukan untuk memperbaiki kemudahan di sekolah dan mereka bagi saya tahu, guru besar bagi saya tahu, kontraktor sudah dilantik dan mereka tidak tahu langsung apa kemudahan yang perlu diperbaiki. Dia datang dan kata ini kita hendak baiki, kalau ada RM2 juta hendak baiki pintu dan sebagainya. Guru besar kata, tidak payah macam itu kerana kita tahu apa yang hendak dibaiki dan kalau diberi RM2 juta, bagilah kita dua juta, awak simpan satu juta. Itu pun tidak boleh kerana pelantikan kontraktor-kontraktor palsulah tu. Kontraktor palsu yang tidak kena mengena dengan sekolah itu dan tidak tahu pun langsung apa masalah yang dihadapi oleh sekolah. Sekarang kita memperuntukkan RM300 juta untuk maksud ini. Saya berharaplah Unit Pengurusan…

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Pohon laluan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Arau ada sekolah kah dulu?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Ada. Banyak sekolah… [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Kepong… [Ketawa] Yang Berhormat bangkitkan soal peruntukan 200 juta.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

300 juta.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

300 juta kepada sekolah-sekolah berhubung dengan pelaksanaan dan juga membaik pulih ataupun maintenance, dengan izin. Tuan Yang di- Pertua, saya rasakan mungkin saya bersetuju sedikit dengan Yang Berhormat Kepong dari segi pelaksanaan. Cuma di sini apa yang timbul di kawasan saya ialah apabila peruntukan ataupun nilai yang diberi kepada sesuatu projek itu melebihi daripada nilai muka yang sepatutnya dibuat, kerana ini berlaku pembaziran. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kepong tetapi di sini kita minta pemantauan mesti dibuat dengan nasihat Ahli-ahli Parlimen, itu yang terbaik sebab kita boleh membuat pemantauan. Kalau kita tidak membuat pemantauan, pegawai-pegawai bahagian bekalan di Jabatan Pelajaran Daerah dan juga di Jabatan Pelajaran Negeri nampak mereka sudah berakar umbi menjalankan kerja dan perkara ini. Apa pandangan Yang Berhormat Kepong berhubung perkara ini?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, memang Yang Berhormat kali ini pandangan itu baik… [Ketawa] Kita kalau bagi nasihat Ahli-ahli Parlimen itu lebih baik kerana Ahli Parlimen tahu, mungkin Yang Berhormat Sri Gading tidak tahu tapi kita semua tahu juga di mana hendak kita baiki dan sebagainya. Mungkin nasihat daripada Ahli-ahli Parlimen diperlukan dan tambah pula untuk menambah baik infrastruktur awam ke seluruh negara hampir RM2 bilion. Membaiki longkang, membaiki jalan..

Panjang lagi kah? Ada panjang lagi kah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dah tak panjang dah.

Okey, okey.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Membaiki jalan, tandas dan sebagainya. Ini pun akan menimbulkan masalah, menimbulkan masalah kerana kontraktor-kontraktor yang dilantik itu bukan kontraktor yang tulen. Kontraktor yang palsu, yang hanya nak mendapatkan keuntungan tanpa bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ini boleh dikirakan sebagai satu jenis perompaklah

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang, satu jenis perompak yang tidak mahu bekerja dengan bersungguh-sungguh, nak dapat wang sahaja. Ini ada RM2 bilion ini bukan main-main dan saya haraplah Yang Berhormat Sri Gading boleh mengambil perhatian di kawasan itu supaya jangan berlaku hal seperti ini.

Ya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini mengenai dengan levi, levi untuk pekerja asing sudah dilipat gandakan. Kecuali untuk perladangan, pembinaan dan pembantu rumah. Di sini saya memang bersetuju kita mestilah mengehadkan bilangan pekerja asing sama ada dengan izin ataupun tanpa izin. PATI lah kita panggil PATI ya, PATI ataupun padi kita tidak kiralah, kita mesti hadkan. Akan tetapi yang pentingnya, yang mustahaknya, kakitangan yang menguruskan hal ini mestilah jujur dan ikhlas supaya tidak berlakunya penyelewengan. Kerana dengan levi yang dilipat gandakan mungkin akan berlakunya banyak lagi penyelewengan kerana membawa masuk pekerja-pekerja asing ini. Bilangan PATI saya percaya akan bertambah kerana dia perlu bayar levi berlipat ganda dan sekarang saya nak bawa masuk satu pekerja asing mungkin lebih RM1,000, kalau dilipat gandakan lebih RM2,000. Ini akan menggalakkan PATI, setakat ini pun kita tidak tahu bilangan PATI di negara ini, mungkin satu juta, mungkin dua juta ataupun angka yang diberi oleh pihak kementerian itu hanya lebih 800 ribu. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak sahaja saya ingat bukan 500 ribu, mungkin berjuta-juta. Mungkin tetapi tidak diketahui sebab itulah dipanggil PATI dan dengan kenaikan levi ini bagaimana pihak kementerian dapat mengawal bilangan PATI supaya tidak akan meningkat. Ini memang penting dan saya pun tengok Tuan Yang di-Pertua tengok masa untuk saya ya. Di sini mengenai automotif ini, sektor automotif ini diberi RM200 juta untuk dana pembangunan automotif. Industri automotif dan vendor automotif memang sudah menjadi satu industri yang besar di negara ini. Walaupun pada awal lagi, pada 80-an kita khuatir sama ada industri ini akan hidup di negara kita kerana kependudukan Malaysia hanya lebih 25 juta orang sahaja dan yang berupaya untuk membeli Proton, Perodua dan sebagainya agak terhad bilangannya. Macam mana kereta kita boleh hidup? Itu masalah, pada 80-an kita pun mengemukakan pandangan ini tetapi kerajaan masih berdegil dengan mewujudkan industri automotif dan vendor automotif. Sekarang kita hendak tambah lagi RM200 juta, adakah ini cukup? Kalau kita kira General Motors yang begitu besar dan begitu hebat pada satu ketika, sekarang menjadi satu syarikat meminta sedekah daripada Kerajaan Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Ford, Chrysler dan saya nampak Honda pun ada minta daripada Kerajaan Jepun dan Toyota pun minta subsidi daripada kerajaan. Toyota merupakan syarikat automotif yang terbesar di dunia sekarang dan dia minta bantuan daripada kerajaan untuk masa depan. Di sini cerita perihalnya RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif dan saya bimbang sama ada industri automotif kita akan hidup ataupun tidak. Saya berharap pihak kementerian dapat menerangkan bagaimana kita dapat hidup tanpa mewujudkan satu kerjasama dengan syarikat-syarikat yang lebih besar. Macam mana kita boleh hidup di masa depan? Kalau syarikat yang lain perlu meminta sedekah daripada kerajaan, Proton dan Perodua sekarang di Malaysia ini macam mana keadaannya? Saya memang bimbang mengenai hal ini: Nampak juga amalan biasa, Semut suka mencecah gula, Bunga kelapa ubah ke cuka, Silap mata pecah kepala” ... [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, kepala pecah kalau kurang berhati-hati tentu akan mendapat bencana, itu adalah masalah. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kita benar-benar memastikan usaha untuk membina keupayaan masa depan kerana kita tidak mahu ketinggalan zaman apabila ekonomi pulih di dunia, kita mesti bersedia mengambil peluang bagi ekonomi Malaysia. Setakat ini kita diberitahu RM10 bilion diberi kepada Khazanah Nasional Berhad untuk meningkatkan pelaburan beberapa bidang termasuk telekomunikasi, akuakultur, pertanian dan sebagainya dan kita berharap supaya Khazanah Nasional Berhad boleh menggunakan peluang ini dengan baik dan dengan berkesan supaya kita boleh membina keupayaan yang dapat kita meraikan peluang pada masa depan kita. Dan juga pihak Kementerian Kewangan, saya berharap dapat mengemukakan laporan susulan pakej rangsangan ekonomi ini setiap kali Dewan bersidang. Kita hendak tahu laporan susulan mengenai prestasinya di dalam pelaksanaan. Kita perlu meningkatkan Unit Pengurusan Projek dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan mestilah mempertingkatkan keberkesanannya dan juga kita mesti elakkan pembazirannya. Walaupun ada lebih 34 tajuk di dalam ucapannya tetapi saya tidak ada masa untuk mengulas semua cuma setakat ini: Kalau kita tutup masa tidak bertuah, Letup siaran media binasa, Hidup kayu berbuah, Hidup manusia biar berjasa. Marilah kita bersama-sama untuk bersama, untuk berjasa, berhikmah dan berbakti kepada negara. Bersama-sama kita menghadapi cabaran yang besar ini. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama memperkatakan tentang Perbekalan Tambahan 2009, tentang pakej rangsangan RM60 bilion yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan... [Ketawa] RM60 bilion Tuan Yang di-Pertua. Satu angka yang besar, yang luar biasa, yang tidak terfikir oleh kita bahawa pakej bajet mini yang diuar-uarkan selama sebulan lamanya, tidak terfikir kita RM60 bilion…

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, yang ‘R’ terlampau panjang ini, istilah- istilah baru kah ini?.. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua kalau ‘R’ itu mengganggu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengganggu, saya cuma ingin bertanya. Sama ada ini sebutan-sebutan baru yang mungkin saya belum dengar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Ya. Tujuannya baik Tuan Yang di-Pertua. Baik, murni. Tujuannya untuk menentukan bahawa ekonomi negara kita dalam meledakkan himpitan ekonomi global yang dikatakan begitu muram. Kerajaan Barisan Nasional, sekali lagi saya ulang Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab kepada rakyat, yang cinta kepada rakyat, yang sayang kepada rakyat, sayang di mulut, sayang di hati… [Ketawa] Akan tetapi awas Tuan Yang di-Pertua. Awas! Hubaya-hubaya, betulkah Tuan Yang di- Pertua, perkataan saya itu? Hubaya-hubaya ini cakap Melayu zaman Bahari dahulu. Klasik punya. Hubaya-hubaya. Kalau cakap budak sekarang, jaga-jaga. Akan tetapi kasar sangatlah kalau jaga-jaga. Jadi, hubaya-hubaya. Apakah kita melihat kemungkinan… [Ketawa] Wang RM60 bilion ini boleh agaknya terurus, saya pun tidak jelas, perkataan saya ini tepat tidak tepat ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, yang mengkhuatirkan saya, pencatat minit Hansard itu. Macam mana nanti dia keluar ‘R’ segala panjang, ini ‘S’…

Makna yang saya bimbangkan ada kemungkinan Tuan Yang di-Pertua, seperti pepatah tua-tua, pepatah tua Melayu, betul itu Yang Berhormat Pokok Sena? Pepatah orang tua-tua…

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Orang tua itu macam Sri Gading lah.

[Ketawa] Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan kelaparan. Ini yang saya katakan hubaya-hubaya. Saya faham kerajaan hendak menjana berbagai-bagai-bagai sektor supaya dia dapat hidup bersaing. Berbagai-bagai sektor. Akan tetapi kalau berbagai-bagai sektor yang diberikan bantuan dan sektor-sektor itu pula mempunyai tenaga-tenaga pekerja daripada luar, maknanya pekerja-pekerja di sektor-sektor tertentu ini akan dapat imbuhan ini dan imbuhan ini akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Ini yang saya bimbang. Wang yang dikatakan RM60 bilion ini dibimbangi kalau tidak dibuat keprihatinan, keperincian, bimbang. Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Tuan Yang di-Pertua orang bijaksana, faham maksud saya. Kalau ada tiga juta macam Yang Berhormat Kepong tadi kata pekerja-pekerja asing di dalam negara ini dan kalau RM60 bilion ini mengalir ke poket masing-masing, tiga juta pekerja asing ini membawa atau menghantar pulang wang ini maknanya kita telah pun mentiris, betul ya? Mentiris duit kita… [Disampuk] Pun tidak betul itu Yang Berhormat Pokok Sena. Mana ada bahasa itu…

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menjadikan ia sebagai bajet projek kera.

Bukan. Jangan begitu. Jangan begitu.

Tengok dia bawa ajaran sesat.

Dia jenis bawah pokok punya. Jadi saya haraplah, saya harap berhati-hati di samping kita hendak membantu berbagai- bagai sektor, jangan sampai sektor itu lebih memberikan pulangan yang baik kepada warga asing yang bekerja di sini yang membawa pulang wang mereka ke negara asal mereka. Itu satu Tuan Yang di-Pertua. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya menyemak, mungkin saya salah, saya mendengar, mungkin saya tidak faham, saya meneliti, mungkin agaknya saya ketinggalan. Mungkin, mungkin. Saya harap, saya agaknya tersalah dengar atau kurang jelas pendengaran. Mungkin, kalau ada kelemahan saya, saya terima. Nampaknya RM60 bilion ini secara langsung tidak turun ke kampung-kampung, ke makcik-makcik saya, ke pakcik-pakcik saya, ke sepupu-sepupu saya, ke datuk-datuk saya. Yang berada di luar kampung yang benar- benar mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Itu yang saya katakan saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kalau agaknya saya kurang teliti mendengar. Pekebun kecil, nelayan, petani, saya kurang jelas. Mungkin agaknya ada secara tidak langsung, mungkin. Ya, saya harap Menteri Kewangan boleh memperbetulkan saya. Saya amat gembira kalau saya yang salah, bajet itu tidak salah. Saya amat gembira kerana sebagai wakil rakyat, pembela kepada rakyat, saya teliti sangat, secara langsung atau tidak langsung. Walaupun ada disebutkan kalau pekebun-pekebun kecil, pendapatannya nanti di bawah kadar kemiskinan. Memang adalah.

Semalam saya ingin sangat mendengar Tuan Yang di-Pertua, bantuan secara langsung kepada pekebun-pekebun getah dan juga kelapa sawit. Hari ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kawasan saya kawasan pertanian kelapa sawit hari ini, 80 peratus. Bantuan kepada pekebun-pekebun getah dan sawit daripada tahun 80-an tidak pernah hendak dinaikkan. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, bantuan tanaman semula getah RM7,000 satu hektar. RM7,000 satu hektar tetapi kos kalau kita tebang getah satu hektar untuk penanaman semula RM10,000. Pendapatan pekebun kecil getah ini Tuan Yang di- Pertua, kadang-kadang yang tiga ekar, dua ekar ini sebenarnya dia cukup-cukup makan. Tidak ada simpanan. Macam mana apabila dia tidak ada simpanan hendak menebang semula getahnya, kos yang diperlukan RM10,000 satu hektar, sedangkan bantuan ialah RM7,000.

Semalam saya ingin mendengar agaknya dan kini saya merayu supaya bantuan kepada pekebun getah, kelapa sawit yang enam ribu, tujuh ribu bagi satu hektar ini dinaikkan menjadi RM10 ribu terus Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat malam Jumaat besok mereka semua mendoakan, betapa syukurnya kita alhamdulillah kerajaan mengetahui kesengsaraan dan kesempitan hidup kita maka bantuan tanam semula dinaikkan menjadi RM10 ribu. Saya cadangkan RM10 ribu Tuan Yang di-Pertua. Itu harapan saya supaya terbelalah rakyat di luar bandar, rakyat kampung, pekebun kecil getah dan begitulah sektor- sektor yang lain yang harapkan sangat zaman yang begini genting, begini susah, bantuan daripada kerajaan amat diperlukan. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, semalam disentuh, tetapi sentuhan ini saya harap menjadi pegangan kepada pihak-pihak yang tertentu terutama agensi-agensi kerajaan, kementerian-kementerian yang berkaitan supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan benar- benar menjadi pegangan. Soal mengutamakan barang tempatan, kadangkala kementerian- kementerian, agensi-agensi kerajaan, polisi kita ada mengutamakan barang tempatan tetapi mereka tetap memberikan keutamaan kepada barang-barang import atau import palsu. Contoh seperti clay industry di Batu Pahat, pembuat pinggan mangkuk, cawan dan mutu perbuatan mereka sampai ke Istana Buckingham di London, tetapi kadang-kadang tidak diberi keutamaan oleh agensi kerajaan. Dia membeli kepada company yang lain yang asalnya sebenarnya daripada luar negara, beli company tempatan yang lain yang nak bankrap ataupun nak mengambil keuntungan jual kepada orang luar. Orang luar ini Tuan Yang di-Pertua menggunakan konon pengeluaran Malaysia, tetapi barangan diimport daripada luar. Import dari Korea, import dari Jepun, Import dari London, import dari Paris kerana dia ni syarikat luar membeli company dalam. Ini cara tipu jadi dengan itu pengilang-pengilang tempatan tidak dapat perlindungan kerana agensi kerajaan masih, tidak tahulah macam mana mereka boleh gunakan barang-barangan yang konon daripada syarikat tempatan yang dibeli oleh syarikat luar. Jadi barang dari luar masuk melalui syarikat mereka yang dikatakan buatan Malaysia. Kita ditipu tegak-tegak dan kalau kita hendak melindungi syarikat-syarikat tempatan, kalau penipuan seperti ini berleluasa kita tidak pergi ke mana. Sebab itu saya amat tertarik apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan menyatakan memberikan keutamaan kepada barang tempatan, pengeluaran tempatan. Begitulah. Itulah saja Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh tiga perkara. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua kalau suara saya...

Yang Berhormat Sri Gading minta penjelasan sedikit boleh? Tuan Yang di-Pertua, semalam saya ada mengikuti satu program mengenai pakej rangsangan ekonomi di dalam BERNAMA TV. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai perlaksanaan, kerisauan dari aspek perlaksanaan yang dicadangkan oleh Tan Sri Ling Sing Yat dan berapa tokoh itu ialah sepatutnya diadakan satu agensi bebas memantau terutamanya bagi memastikan pakej rangsangan ini sampai terus seperti yang diniatkan.

Jadi mendengar kerisauan oleh Yang Berhormat Sri gading punya kerisauan terutama katanya agensi kerajaan pun tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan, adakah Yang Berhormat Sri Gading bersetuju bagi mencadangkan kepada Menteri Kewangan bahawa satu badan khusus bebas berwibawa bagi memastikan bahawa perlaksanaannya itu seperti yang digambarkan?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kepong ini jenis pembangkang yang baik Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena pun baik sebenarnya. Kalau cadangan daripada Yang Berhormat Balik Pulau itu tadi boleh memberi manfaat kepada kita, saya ambil ucapan dia menjadi sebahagian ucapan saya... [Tepuk] Kalau ada badan yang bebas yang boleh monitor, yang boleh memantau. Memantau ini sebenarnya bahasa apa, bahasa Malaysia? Kecil-kecil dulu saya belajar..

Tuan Yang di-Pertua

Sebagai makluman Yang Berhormat, memantau ini kalau di Sabah ini sebagai jauh berdiri.

Memantau itu jauh berdiri...

Tuan Yang di-Pertua

Berdiri.

Bahasa Bajau.

Itu sebab saya tanya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Serupa la itu, dia berdiri, dia tengok, pantaulah itu. Sila teruskan... [Ketawa]

Saya gunakan Tuan Yang di- Pertua punya ucapan sebahagian daripada ucapan saya... [Ketawa] Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua sedikit sebanyak sumbangan saya. Saya minta maaf kalau ada kekasaran. Maklumlah Tuan Yang di-Pertua di senja-senja yang murni ini kadang-kadang ya lah Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Pokok Sena, ya Yang Berhormat Mukah, selepas itu baru Yang Berhormat Jelutong.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya turut terlibat dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2009. Merujuk apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi di akhir dan juga yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau iaitu perlu kepada satu Jawatankuasa Pemantau dalam perlaksanaan pakej rangsangan ini. Disebut dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam bahawa satu unit akan diwujudkan iaitu Unit Penyelarasan Perlaksanaan yang akan memantau perlaksanaan ini. Akan tetapi saya kira bahawa saya bersetuju dengan rakan-rakan tadi bahawa tidak cukup unit ini kerana dia masih berada dalam kerangka yang sama dan saya kira sesuai apa yang diungkap oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam mohon kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti pembangkang untuk bekerjasama bagi membantu kerajaan dalam menjayakan proses perangsangan ekonomi negara kita ini. Saya di awal ini ingin mencadangkan bahawa satu jawatankuasa peringkat Parlimen yang akan melibatkan pelbagai parti, mewakili latar belakang politik, parti politik perlu diwujudkan. Kalau betul-betul kerajaan jujur atas pelawaan mereka untuk meminta kerjasama daripada pihak parti pembangkang khususnya dari Pakatan rakyat, jadi saya cadangkan bahawa satu jawatankuasa pemantau bagi memantau penyelarasan perlaksanaan projek pakej rangsangan ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyebut beberapa perkara di sini, pertama kita mengakui bahawa keperluan kepada pakej rangsangan ini dan kita tidak menolak kepada persoalan kepentingan kepada pakej rangsangan dalam menghadapi krisis ekonomi yang turut dirasai di negara kita. Walaupun selepas dua tahun kerajaan mengakui bahawa kesan kepada krisis yang berlaku di Amerika. Selepas dua tahun baru mereka melihat sedangkan kita telah pun melihat, sepatutnya kerajaan sudah boleh membuat unjuran awal dua tahun yang lalau sewaktu bermulanya krisis sub prima di Amerika untuk melihat kesan-kesan yang akan dirasai oleh negara kita.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi malang selepas dua tahun baru kita mengakui dan dapat merasai serta melihat keperluan untuk melakukan pakej rangsangan. Akan tetapi kalau dua tahun dahulu kalau kita boleh buat unjuran untuk melihat kesan-kesan yang akan dihadapi, maka saya percaya bahawa kita berada dalam kedudukan yang lebih baik pada waktu ini. Inilah bagi saya bahawa kegagalan yang saya lihat bahawa dalam melihat dari sudut masa depan. Umpamanya pernah saya sebut di Dewan baru-baru ini kes berkaitan dengan soal keputusan Kabinet untuk menaikkan kadar tol umpamanya dibuat dalam tempoh dua minggu sebelum pengumuman kenaikan, keputusan Kabinet telah dibuat. Bila diumumkan kenaikan, ada bantahan daripada pelbagai pihak, lalu keesokannya kerajaan mengumumkan pembatalan kenaikan tersebut atas alasan tidak sesuai dengan suasana ini kerana ada masalah kesan daripada krisis ekonomi. Jadi, saya persoalkan apakah di waktu mesyuarat Kabinet untuk memutuskan kenaikan kadar tol itu kerajaan tidak boleh membaca tentang apa yang akan berlaku dalam tempoh dua minggu? Sedangkan kita lebih awal melihat apa yang akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum daripada ini. Kita melihat jauh ke hadapan. Jadi saya lihat bahawa ini suatu kelemahan pihak kerajaan dalam melihat permasalahan masa depan ini. Jadi sebab itu, saya kira bahawa pakej rangsangan ini walaupun kita telah terlewat dua tahun untuk membuat penyediaan ini, tetapi bagi saya bahawa ia suatu yang sangat diperlukan. Akan tetapi apa yang penting yang harus dilihat di sini ialah saya hendak komen apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat semalam ialah, ada empat punca-punca yang menyebabkan krisis ekonomi yang terkesan kepada negara kita ini berlaku dalam negara kita. Akan tetapi yang saya lihat bahawa keempat-empat itu tidak pun dilihat kepada faktor-faktor pengurusan dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi dalam negara kita. Jadi sebab itu saya hendak menyebut di sini perlu ditambah perkara yang keempat yang menjadi punca masalah ekonomi kepada negara kita ini ialah puncanya berpunca daripada amalan rasuah. Amalan rasuah merupakan salah satu penyumbang dan punca yang menyebabkan berlakunya krisis ekonomi makin parah. Kita terkesan krisis ekonomi di Amerika tetapi krisis dalaman kita iaitu perkara yang berkaitan dengan soal amalan-amalan dan budaya rasuah yang begitu buruk dalam negara kita ini. Di samping itu, telah pun digambarkan dalam kes pemilihan kepimpinan UMNO yang dianggap sebagai akan menduduki kepimpinan masa depan negara. Jadi ini merupakan satu perkara yang perlu dilakukan. Sebab sesuai dengan apa yang telah disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Machang ini, saya hendak sebut sedikit. Saya juga mempersoalkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Machang, bagaimana boleh diberikan projek Government Integrated Radio Network kepada satu syarikat iaitu Sapura Resources yang saya lihat dengan penuh kontroversi. Saya juga lihat bahawa kalau tadi dicadangkan bahawa projek ini harus dikaji semula kerana ada beberapa perkara yang menunjukkan ketidaktelusan dalam pemberian projek tersebut. Saya juga ingin mencadangkan beberapa projek yang lain yang turut diberikan kepada kumpulan Sapura ini. Di antaranya ialah pembekalan radio tentera darat yang berjumlah RM500 juta, diberikan kepada Kumpulan Sapura. Pembekalan Sistem Peperangan Elektronik (Electronic Warfare) bahagian perisikan pertahanan lebih kurang berjumlah hampir RM350 juta.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kemudian program yang masih menunggu LOA yang hanya memerlukan LOA untuk diteruskan iaitu Network Centric Operations bagi Angkatan Tentera Malaysia yang turut diberikan kepada Kumpulan Sapura yang saya disebut bahawa dianggarkan sebanyak RM2 bilion dan RM500 juta telah pun diperuntukkan untuk perbelanjaan pendahuluan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Jadi saya melihat bahawa daripada apa yang disebut oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Machang tadi bahawa ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara yang tidak betul. Antara perkaranya ialah saya lihat di sini bahawa kenapa untuk empat projek, tiga yang saya sebut dan satu disebut oleh Yang Berhormat Machang iaitu Government Integrated Radio Network ini, kenapa diberi hanya satu syarikat iaitu Kumpulan Sapura? Ini bermakna bahawa Kumpulan Sapura mendapat habuan projek yang berjumlah RM4 bilion lebih. Atau RM4,850 juta lebih nilai projek yang begitu besar dan saya kira bahawa adalah tidak wajar seolah-olah kita menafikan keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam negara kita yang juga mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada negara dan juga kepada kerajaan itu sendiri. Jadi sebab itu saya persoalkan bahawa seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Machang tadi kenapa tidak dibuat tender terhad untuk ke semua projek-projek yang saya sebutkan tadi untuk memberikan peluang. Adakah kerana pihak kerajaan tidak memiliki atau tidak ada audit terhadap firma-firma tempatan ataupun syarikat-syarikat tempatan yang juga berpotensi ataupun berkelayakan untuk menyempurnakan projek- projek yang menjadi keperluan kepada negara kita khususnya kepada agensi-agensi pertahanan negara kita ini. Jadi sebab itu saya mohon penjelasan. Kemudian saya juga melihat bahawa ada beberapa perkara yang menyebabkan ketidaktelusan berlaku dalam pelaksanaan projek-projek yang berkaitan dengan soal Kementerian Pertahanan ini. Apakah kerajaan telah pun memastikan bahawa iaitu satu committee atau badan untuk meneliti segala keperluan-keperluan projek ataupun syarikat- syarikat yang memohon untuk mendapat projek tersebut diteliti terlebih dahulu oleh satu badan yang bebas bagi memastikan bahawa industri pertahanan, sektor pertahanan dalam negara kita ini akan mampu untuk berhadapan dan bersaing dengan pertahanan di negara- negara jiran. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga melihat bahawa penyediaan ataupun pembentangan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam. Walaupun disebut dengan nilai RM60 bilion, tetapi saya lebih melihat bahawa RM60 bilion itu dalam bentuk perbelanjaan. Apa yang kita hendak belanja? Akan tetapi tidak disebut di sini bahawa daripada mana sumber yang akan kita peroleh. Walaupun disebut iaitu antara sumber-sumber itu daripada jaminan bon yang akan dibuat oleh pihak kerajaan kepada pihak-pihak sektor-sektor industri yang terlibat. Akan tetapi ada perkara-perkara yang memerlukan kepada sumber kerajaan sendiri untuk melaksanakan projek itu secara direct. Umpamanya beberapa projek yang disebut yang berkaitan dengan infrastruktur negara kita yang juga menjadi keperluan disebut di sini dan perkara-perkara yang lain, insentif-insentif ataupun yang perlu diberikan kepada golongan mudah terjejas ini iaitu subsidi-subsidi daripada kenaikan minyak dan sebagainya. Jadi ini memerlukan cash daripada kerajaan. Jadi tidak dinyatakan di sini bahawa daripada mana sumber yang akan diperoleh oleh kerajaan dalam melaksanakan. Jadi saya lihat bahawa macam tidak lengkap kalau dalam belanjawan negara kita ini…

Yang Berhormat Pokok Sena, mohon penjelasan sedikit bolehkah?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Saya tertarik dengan Tuan Yang di-Pertua, perbahasan Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan kerajaan akan menawarkan bon. Soalan saya di sini ialah saya difahamkan bahawa satu bon itu akan dibeli ataupun dengan izin, subscribe apabila terdapat keyakinan terhadap sesuatu ekonomi ataupun tempat itu. Jadi persoalan yang saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Pokok Sena dalam keadaan sekarang bagaimana keyakinan untuk pelabur luar itu untuk membeli bon kita itu?

Ini kerana isu rasuah isu perundangan, kedaulatan rules of law nya masih lagi menimbul tanda soal. Saya yakin aspek perundangan itu penting dan mempunyai kaitan rapat terhadap sesuatu agenda ekonomi sesebuah negara yang akan menentukan tahap keyakinan terutama sekali kepada pelabur luar. Mohon penjelasan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Balik Pulau. Itu satu isu yang harus dilihat oleh kerajaan bahawa kestabilan politik, ketelusan pelaksanaan, perundangan, keteguhan kita berpegang kepada amalan dan prinsip demokrasi ini merupakan satu keperluan asas untuk meyakinkan pelabur-pelabur ataupun pihak institusi kewangan asing untuk berkeyakinan memberikan pinjaman kepada negara kita.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat semalam, saya lebih melihat bahawa jaminan kerajaan itu akan lebih tertumpu kepada dana-dana awam yang terdapat dalam negara kita. Ini yang disebut. Walau bagaimanapun, saya melihat kepada persoalan tadi, bahawa ada perkara-perkara yang menjadi keperluan kepada kerajaan sendiri daripada sudut cash nya untuk berbelanja melaksanakan projek-projek yang telah pun disebut di dalam ini. Jadi, ini saya melihat bahawa seolah-olah pembentangan ini tidak lengkap, kerana kalau dalam bajet penuh itu kita dikemukakan sekian banyak perbelanjaan bajet kita untuk satu tahun RM200 bilion. Kemudian ini pendapatan kita, ini perbelanjaan kita, ini sumber pendapatan kita daripada percukaian dan sebagainya. Jadi tambahan RM60 bilion ini kita hendak lihat bahawa daripada mana selain daripada bon, selain daripada jaminan hutang yang akan dibuat oleh kerajaan daripada mana sumber yang lain pendapatan kerajaan. Saya melihat pada hari ini bahawa ia bukan sekadar untuk kita melihat bagaimana bentuk perbelanjaan yang perlu kita lakukan. Kalau kita berbelanja besar tetapi pendapatan kita kecil, bagaimana prestasi kita akan bertahan lama. Jadi, sebab itu saya lihat bahawa ada satu kekurangan dalam hal ini, daripada apa yang telah pun disebut oleh kerajaan ialah berkaitan dengan ketiadaan satu bentuk, iaitu daripada yang mengandungi empat pakej rangsangan ini memberikan empat teras utama. Ada disebut empat teras utama tetapi tidak disebut satu teras yang seharusnya menjadi teras yang sangat penting, yang saya kira bahawa ia harus menjadi teras yang kelima ataupun teras yang lebih tinggi. Akan tetapi saya katakan bahawa ada satu teras yang tidak disebutkan di sini, tidak tahulah sama ada kerajaan hendak memasukkan dalam teras-teras yang lain, tetapi teras ini sangat penting. Saya kira bahawa iaitu teras untuk bagaimana kerajaan boleh menghadapi dalam krisis ini untuk meningkatkan bagi pencapaian menghasilkan lebihan pendapatan kepada negara kita ini, iaitu dengan penggunaan teknologi-teknologi yang ada ini boleh menghasilkan pendapatan, melipatgandakan pertambahan pendapatan kepada negara kita. Jadi, saya tidak nampak bahawa kita melihat krisis itu satu peluang. Kita lebih melihat krisis itu dalam keadaan yang gabra, kita tidak tahu hendak buat apa. Akan tetapi kita harus melihat bahawa krisis ada peluang-peluang. Oleh sebab itu saya sendiri lebih terbuka melihat bahawa krisis yang berlaku di Perak umpamanya krisis politik dan krisis Perlembagaan ini merupakan peluang untuk Pakatan Rakyat mendapat dokongan dan sokongan yang lebih luas daripada masyarakat dan rakyat dalam negara kita, untuk masa depan politik negara kita dalam Pilihanraya Umum Ke-13, walaupun UMNO dan Barisan Nasional tidak melihat krisis itu sebagai peluang. Oleh sebab itu dia lakukan satu rompakan terhadap kuasa politik yang ada kepada Pakatan Rakyat di negeri Perak. Saya hendak berbalik kepada isu krisis ekonomi kita ini. Kita sepatutnya melihat bahawa berlaku krisis ia ada peluang yang boleh melipatgandakan dalam konteks untuk menambahkan pendapatan negara kita, tetapi ini tidak menjadi satu teras. Oleh sebab itu bagi saya, saya berkata bahawa sepatutnya kerajaan memasukkan ini merupakan satu teras. Ini kerana kalau kita berbelanja sampai RM60 bilion kita tidak ada income, kemasukan, penambahan pendapatan kita, pendapatan kita duduk macam itu juga seperti mana yang disebut dalam bajet penuh kita sebelum ini, tetapi untuk pakej ini memerlukan satu tambahan pendapatan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau pakej ini memerlukan tambahan kepada perbelanjaan ia juga memerlukan tambahan kepada pendapatan. Jadi, sampai sekarang saya tidak nampak ada satu tambahan pendapatan, sumber mana yang boleh dilakukan. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dan saya juga ingin mempersoalkan beberapa perkara yang telah pun dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Ini kerana saya melihat bahawa ini merupakan satu perkara yang sangat penting untuk kita melihat peluang-peluang baru bagi kita menambahkan pendapatan. Antaranya ialah kerajaan telah pun membelanjakan hampir USD32 juta untuk dibayar kepada RFID International daripada Jepun satu ketika dahulu dalam pelaksanaan Malaysian Microchip yang boleh melahirkan satu projek Radio Frequency Identification dalam negara kita. Ini bagi saya satu teknologi yang sangat baik, tetapi kita lihat bahawa soal sebut jangan kata projek Malaysian Microchip (MMC), tetapi sebutan MMC pun sudah tidak didengar lagi sekarang ini, sedangkan saya kira bahawa kalau sistem Radio Frequency Identification ini digunakan, maka sudah tentu bahawa ia boleh membantu kepada agensi-agensi kerajaan seperti mana kastam dan sebagainya yang terlibat dalam pengutipan percukaian termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya, boleh menambahkan pendapatan kerana kita boleh mengesan untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada unsur-unsur pelbagai pihak dalam negara kita yang cuba untuk lari daripada cukai, umpamanya. Jadi, saya kira bahawa ini merupakan satu yang sangat penting sebab kalau ini dilakukan, maka sudah tentu ia akan membentuk satu industri baru yang akan menghasilkan chip - Malaysian Microchip ini. Sudah tentu apabila kita melaksanakan program ini ia akan menjuruskan kepada kita akan menyediakan bukan sahaja peluang baru untuk kita menambah pendapatan, tetapi peluang baru untuk kita menambah pekerjaan kepada masyarakat negara kita. Oleh sebab itu bagi saya bahawa pakej rangsangan ini tidak selari. Penyelesaian itu tidak nampak keselariannya dengan negara kita yang lebih tertumpu selama ini sebagai trading nation, maknanya negara trading. Maknanya kita telah pun mencapai satu pendapatan dalam electronic, electrical, hardware, software, animation dan sebagainya. RM255 bilion petroleum, petrochemical, mineral sebanyak RM113 bilion umpamanya, plantation commodity sebanyak RM95 bilion dan ada banyak lagi! Saya kira bahawa sepatutnya bila kita tertumpu - negara kita ini dikenali sebagai trading nation, maknanya negara yang lebih mengutamakan soal trading dan sebagainya, sepatutnya pakej rangsangan juga menjurus kepada kita memberikan galakan dan mempertingkatkan lagi soal industri-industri yang terlibat dengan sektor-sektor trading ini, tetapi saya tidak nampak. Jadi, oleh sebab itu bagi saya bahawa selain daripada soal Malaysian Microchip (MMC) itu tadi untuk membantu kerajaan menambahkan pendapatan juga kita harus menerokai bidang-bidang yang lain dalam hal untuk menambahkan pendapatan kepada negara kita. Umpamanya isu High Speed Broadband, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu Program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi. Saya telah membangkitkan di Dewan ini beberapa bulan yang lalu bila kerajaan mengumumkan iaitu projek RM12 bilion dengan RM3 bilion ataupun RM4 bilion akan disumbang oleh kerajaan dan yang lebihnya ialah merupakan daripada Telekom Malaysia. Saya telah pun membangkitkan isu ini bahawa kenapa RM12 bilion, sedangkan kita boleh menggunakan digital power line, share dengan TNB umpamanya untuk mengurangkan kos, tetapi boleh mendapatkan pulangan yang baik kepada syarikat-syarikat kerajaan ini. Pada waktu itu Menteri Kewangan Kedua berjanji bahawa kerajaan akan menyemak untuk mengkaji semula. Akan tetapi sampai sekarang saya tidak nampak bahawa ada pengkajian semula daripada apa yang dicadangkan oleh kerajaan itu kepada apa yang saya sebut. Malah kita banyak pilihan sama ada menggunakan WiFi, WiMax dan sebagainya, tetapi pada masa itu saya masih lagi melihat bahawa kerajaan masih menggunakan kaedah fibre optics. Saya boleh terimalah kalau kerajaan hendak buat, tetapi bagaimana kalau kita hendak buat RM12 bilion ini. Pertama sekali, saya hendak tanya tadi, bahawa apa hasil kajian yang disebut oleh Menteri Kewangan Kedua, tetapi kalau kerajaan masih lagi bersikap untuk mengekalkan bahawa menggunakan fibre optics, saya ingin menyebutkan di sini bahawa fibre optics ini sepatutnya kita boleh kembangkan untuk mewujudkan industri-industri yang boleh membantu kepada pihak Telekom kepada keperluan negara, kepada kerajaan sendiri.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Malangnya, seperti mana yang telah disebut oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bila mereka mempersoalkan kerajaan telah membuka tender kepada syarikat- syarikat daripada luar, misalnya Alcatel, Siemens dan banyak lagi syarikat-syarikat telekomunikasi daripada luar.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi dipersoalkan di mana peranan syarikat-syarikat tempatan sedangkan saya difahamkan bahawa syarikat-syarikat tempatan ini mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memberikan ataupun menyediakan apa-apa keperluan kepada pelaksanaan projek broadband ini. Jadi sebab itu saya katakan bahawa jika ini diberikan kepada syarikat- syarikat tempatan, sama ada daripada RM12 bilion ini kita peruntukkan RM6 bilion untuk dibangunkan oleh syarikat-syarikat tempatan, saya percaya bahawa sudah tentu syarikat tempatan ini yang mempunyai industri mereka, kilang mereka dan sebagainya boleh membantu dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Dalam suasana kita menghadapi krisis ekonomi, syarikat luar buang pekerja, maka kita menyediakan satu peluang untuk syarikat tempatan dapat mengambil pekerja-pekerja yang telah dibuang. Jadi saya lihat bahawa ini merupakan satu perkara yang harus dilihat oleh pihak kerajaan kerana RM12 bilion saya difahamkan bahawa ia hanya untuk 1.2 juta. Saya tidak pastilah tetapi yang saya difahamkan daripada beberapa catatan yang saya baca bahawa RM12 bilion yang akan dibelanjakan nanti untuk broadband ini hanya untuk kegunaan 1.2 juta pelanggan atau pengguna internet ini. Maknanya yang hendak menggunakan projek jalur lebar ini. Maknanya ini terlalu kecil bagi saya sedangkan mengikut International Telecommunication Union (ITU-T), standard yang ditentukan RM12 bilion itu untuk projek yang berbentuk fiber optic ini boleh menampung sekurang-kurangnya 6 juta pelanggan. Jadi saya kira bahawa kerajaan harus melihat satu yang sangat penting terutama dari segi projek broadband ini untuk mengembangkan lagi industri electrical electronic product ini bagi membantu negara kita dan kerajaan mengatasi masalah kes pembuangan pekerja dalam pakej rangsangan ekonomi. Begitu juga saya lihat bahawa dalam tahun 2011 ataupun 2012, kerajaan telah mengumumkan bahawa TV kita akan bertukar daripada sistem analog kepada TV digital. Ini merupakan seluruh dunia. Saya tidak tahu berapa banyak perbelanjaan yang akan diperuntukkan oleh kerajaan tetapi mengikut beberapa tulisan baru-baru ini mereka menganggap, mereka menyebut bahawa kerajaan dikatakan akan menyediakan sebanyak RM1 bilion. Jadi saya minta penjelasanlah daripada pihak kerajaan, apakah benar seperti mana yang dilaporkan oleh satu surat khabar bahawa dijangka perbelanjaannya sebanyak RM1 bilion. Itu tidak termasuk decoder. Decoder ini pengguna kena beli. Menteri Penerangan sebut harganya dalam RM300. Sebab itu saya katakan bahawa bila kita hendak laksanakan projek TV digital ini, sepatutnya daripada sekarang kita memikirkan supaya ada industri tempatan kita yang boleh produce, boleh keluarkan decoder ini. Saya difahamkan bahawa kalau betul-betul kita berikan kepercayaan kepada syarikat tempatan, tidak sampai harga RM300 dia boleh keluarkan. Malah tidak sampai RM200 pun mereka boleh produce kan decoder untuk melaksanakan projek TV digital ini. Jadi sebab itu bagi saya apakah kerajaan akan memperuntukkan RM1 bilion hanya untuk mengubahsuai 63 hill station di seluruh negara. Kita ada 63 hill station di seluruh negara kita ini. Jadi takkanlah hendak ubah suai, hendak pasang itu, hendak pasang ini, belanjanya sampai RM1 bilion ataupun equipments yang lain yang saya tidak lihat bahawa menampakkan sampai keperluan kepada peringkat RM1 bilion. Jadi sebab itu saya katakan bahawa ini akan membantu kepada pakej rangsangan, menyelesaikan masalah pembuangan pekerja sebab sekarang kerajaan kata bahawa, “Oh, dalam menghadapi isu pembuangan pekerja ini kita akan berikan latihan kemahiran dan sebagainya.” Sampai bila latihan kemahiran, berapa bulan? Selepas training, latihan, dia hendak buat apa? Dia kena buang kerja. Hendak pergi kerja, kilang pun tutup, industri pun tutup. Kilang mana yang hendak ambil dia bekerja? Jadi ini isunya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetuju bahawa sepatutnya kalau dari segi latihan kemahiran kepada pekerja ini, untuk meningkatkan keupayaan mereka bekerja dalam negara kita di sektor industri ini, sepatutnya waktu industri itu berjalan dengan elok kita membantu industri, kemudian berikan latihan supaya setiap pekerja itu. Walaupun dia merupakan seorang operator biasa tetapi sekurang-kurangnya operator itu dia ada sijil yang dikeluarkan melalui skim dual national yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia, umpamanya. Akan tetapi sekarang sudah kena buang kerja, kemudian hendak kursus, hendak pergi buat latihan. Jadi saya tidak nampak bagaimana dan berapa lama kita boleh menampung mereka dengan bayaran RM800 kepada yang sudah berkeluarga. Sebab itu bagi saya yang penting kita harus mencari peluang pekerjaan baru dan saya yakin dan percaya bahawa kalau kita ada kebijaksanaan dalam mengurus krisis ekonomi yang ada sekarang ini dan kita menggunakan peruntukan kewangan secara betul, secara telus, maka kita mampu menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru daripada perancangan pembangunan yang kita buat sendiri, kemudian menjurus kepada pengeluaran-pengeluaran yang menjadi keperluan kepada perancangan-perancangan yang kita buat. Begitu juga dengan saya percaya bahawa kalau kita ambil sahaja sektor electrical electronic product ini dalam konteks animation industry, dengan izin, sudah tentu ini akan membantu mereka yang terlibat dalam industri animasi ini. Jadi ini menjadi satu hiburan kepada semua orang. Menjadi keperluan kepada semua orang. Orang tua pun minat, anak- anak pun minat dan sebagainya. Jadi saya katakan bahawa kalaulah ini dibuat, maknanya diberikan satu geran, umpamanya R&D production kepada industri-industri yang boleh membantu kerajaan, membantu negara kita ini, saya percaya mereka boleh menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik. Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut bahawa dalam pakej rangsangan ekonomi ini, kerajaan juga harus melihat tentang bagaimana dalam soal hendak menjana pendapatan negara kita ini. Satu perkara yang tertinggal dalam sektor petroleum, petrochemical dan juga mineral. Saya melihat bahawa kekangan yang ada kepada kita ialah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Itu masalah yang kita hadapi yang saya kira bahawa perlu ada satu pengkajian semula terhadap akta itu supaya sektor petroleum, petrochemical dan mineral ini dapat berkembang seperti mana sektor telekomunikasi yang Akta 1965 telah dipinda dalam tahun 1987 yang akhirnya melahirkan Syarikat Telekom Malaysia. Kalau dahulunya Jabatan Telekom ini, dialah operator, dialah administrator. Macam itu juga dengan Petronas. Petronas, dialah operator, dialah administrator. Jadi saya rasa pemikiran itu tidak berkembang. Sebab itu dalam akta, kalau saya ambil contoh Akta Telekom umpamanya, akhirnya ia berkembang kepada peringkat kita mewujudkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia umpamanya dalam 1988. Maknanya ini berkembang. Sebab itu dalam hal ini juga harus kita lihat secara yang lebih baik supaya satu persaingan yang lebih baik untuk mewujudkan industri-industri yang berkaitan dengan petroleum dan petrochemical ini bukan hanya dikuasai dan dimonopoli oleh Petronas tetapi kita harus wujudkan industri-industri yang lain yang juga boleh berdiri sama dengan Petronas yang merupakan syarikat daripada Malaysia. Bukan saya bermaksud bahawa untuk buka ruang kepada syarikat asing tetapi saya lebih tertumpu bahawa perlu ada syarikat-syarikat lain supaya dia ada satu persaingan. Bila kita wujud suruhanjaya, barulah setiap orang itu akan berlumba sebagai operator. Saya lihat hari ini umpamanya, yang boleh menambahkan pendapatan dalam negara kita yang tidak dipedulikan, mungkin oleh Petronas umpamanya. Bila telaga gas yang telah pun dicari gali dan sebagainya, ia sudah habis dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun, 25 tahun dan sebagainya, habis semua pakat tinggal telaga itu. Tidak ada siapa peduli sedangkan sekarang ini ada teknologi yang boleh membuat pengesanan. Saya telah difahamkan bahawa ada teknologi yang berjaya mengesan sebanyak dua telaga di sebelah Malaysia Timur iaitu 6 trilion cubic feet gas yang telah ditinggalkan oleh Petronas dan juga syarikat-syarikat yang buat cari gali dahulu, mereka tinggal begitu sahaja. Jadi sepatutnya baki di bawah itu ada 6 trilion cubic feet gas yang boleh dihasilkan untuk menghasilkan gas ammonia ini untuk menghasilkan baja urea yang akan menjadi satu industri yang cukup hebat dalam negara kita.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi kenapa saya lihat bahawa ini ada sedikit pemikiran, di peringkat Petronas mungkin mereka menganggap bahawa, “Apa kita peduli, yang itu kecil sahaja 6 trilion, dua telaga orang sudah habis ambil gas, jadi kita cari pasaran baru.” Sedangkan sepatutnya ini saya katakan bahawa dia boleh menambahkan pendapatan dan sudah ada syarikat-syarikat yang saya difahamkan antaranya Syarikat Mitsui bersedia untuk membangunkan dua telaga ini yang mengandungi 6 trilion cubic feet gas ini untuk menghasilkan baja urea yang menjadi keperluan, bukan sahaja keperluan dalam negara kita tetapi keperluan luar negara.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya eksport kita akan tinggi dan ini akan memberikan lebihan pendapatan, pertambahan pendapatan kepada negara kita. Jadi ini yang saya maksudkan kepada pihak kerajaan supaya melihat ini sebagai suatu yang harus diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan atas cadangan-cadangan yang saya buatkan tadi. Ini adalah kerana saya melihat bahawa kalau tanpa kita melihat peluang-peluang baru yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan, maka sudah tentu kita tidak akan berupaya untuk menghadapi krisis masa hadapan yang berlaku dalam negara kita. Kemudiannya juga saya melihat bahawa berkaitan dengan program siswazah untuk usahawan. Saya bersetuju bahawa kita harus menyediakan peluang-peluang ini tetapi sekarang ini saya difahamkan bahawa wujud ramai di sektor-sektor pentadbiran pertengahan dalam negara kita iaitu golongan-golongan profesional yang dibuang daripada pekerjaan ini. Siemen sahaja dijangka dalam hujung bulan ini akan buang mereka dari kumpulan pentadbir menengah ini lebih kurang hampir 1,500 orang. Jadi saya melihat bahawa program siswazah, saya bersetuju bahawa perlu pendekatan-pendekatan ini. Namun begitu siswazah yang baru keluar, dia tidak ada pengalaman. Jadi macam mana dia hendak buat business, hendak terlibat dengan business dan sebagainya? Jadi saya melihat bahawa sepatutnya golongan inilah, kumpulan pengurusan menengah daripada syarikat-syarikat multinasional ini yang dibuang oleh syarikat mereka ini. Mereka ini sebahagian daripadanya pampasan yang mereka dapat, mereka hendak adakan modal. Modal sudah tentu tidak cukup. Apalah salahnya pihak kerajaan menyediakan satu modal yang lebih besar untuk membantu mereka ini, kemudian mereka membuka industri. Mereka ada kepakaran dari segi pengurusan, teknikal dan sebagainya lalu mereka mengambil siswazah-siswazah menganggur ini untuk bekerja dengan mereka bagi menimba pengalaman. Saya percaya ramai di kalangan anak-anak tempatan di dalam negara kita ini yang berkeupayaan tinggi dan telah mencipta nama di sektor-sektor multinasional di syarikat- syarikat multinasional. Jadi sebab itu saya mengharapkan supaya pihak kerajaan menyediakan skim bantuan yang lebih besar termasuklah juga kepada jaminan modal kerja untuk industri yang menghadapi masalah ini khususnya kepada industri tempatan ini diberikan lebih banyak. Bagi yang hanya diperuntukkan sebanyak RM5 bilion saya katakan bahawa terlalu kecil untuk membantu mengatasi masalah krisis ekonomi sedangkan saya rasa bahawa dalam isu ini, beri pinjaman itu kerajaan hanya dalam bentuk jaminan dan bukannya perlu menyediakan cash. Jadi apa salahnya kerajaan memberikan jaminan yang lebih besar kepada syarikat-syarikat tempatan ini supaya mereka mampu untuk mengembangkan syarikat mereka daripada apa yang telah saya sebutkan tadi supaya mereka boleh membantu kepada mengatasi masalah krisis yang berlaku di dalam negara kita ini. Jadi sebab itu saya mengharapkan kepada pihak kerajaan harus memberikan perhatian walaupun banyak lagi perkara-perkara yang saya hendak sebutkan satu per satu. Akan tetapi saya percaya bahawa kita boleh menyebut dalam perkara-perkara yang lain, dalam waktu-waktu yang lain. Satu perkara lagi saya hendak sebutkan yang akhir iaitu peluang-peluang pekerjaan. Saya bersetuju untuk menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam ini iaitu secara kontrak. Namun begitu apa salahnya kerajaan mengconfirmkan hampir 50 ribu yang berada dalam kontrak sekarang ini. Sekarang ini kita sudah ada hampir 50 ribu kakitangan awam yang berada di dalam skim kontrak ini. Jadi kenapa kita tidak confirm kan ini, kita hendak tambah lagi yang lain.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sedangkan saya katakan bahawa saiz perkhidmatan awam kita telah terlalu besar. Jadi sepatutnya kita menyediakan peluang macam saya katakan tadi bahawa peluang- peluang pekerjaan yang daripada sektor-sektor yang saya kata kita menjana pendapatan negara boleh menambahkan peluang-peluang pekerjaan. Begitu juga saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha ini untuk mengatasi masalah buang kerja ini ialah FELDA boleh membuka rancangan baru daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh FELDA Plantations sendiri. Buka kawasan baru, beri peluang kepada mereka ini yang dibuang dan diberhentikan kerja malah ini akan memberikan satu jaminan masa hadapan kerana mereka bukan sahaja dapat pekerjaan tetapi dapat memiliki tanah dengan satu keluasan untuk masa hadapan keluarga mereka. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Mudah- mudahan sedikit pandangan saya itu boleh membantu negara kita bagi mengatasi masalah- masalah dan yang pentingnya ialah ketelusan dan kejujuran. Seperti yang saya katakan pada awal tadi kalau betul-betul kerajaan hendakkan kita bekerjasama, secara jujur, secara ikhlas maka saya cadangkan di awal tadi bahawa jawatankuasa yang hendak memantau ini, unit yang hendak memantau ini merupakan satu jawatankuasa di peringkat Parlimen yang membabitkan daripada pelbagai latar belakang politik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bersama-sama dengan rakan-rakan untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang telah dibentangkan pada 10 Mac, semalam. Pembentangan rang undang-undang ini adalah tepat pada masanya dan yang penting tepat dari perancangannya yang betul-betul mengambil kira suasana ekonomi sekarang dan juga peka kepada seruan dan rintihan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, semenjak pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang pertama bernilai RM7 bilion, kita telah merasai pergerakan pembangunan di kawasan luar bandar. Dalam pelaksanaan pakej ini, ingin saya kemukakan kita menghadapi sedikit kerumitan iaitu perjalanan dan penyampaian peruntukan projek ini. Saya ingin mencadangkan kalau ICU dan Kementerian Kewangan dapat menghaluskan sistem penyampaiannya yang lebih sesuai dengan sistem penyampaian khususnya di Sarawak. Misalnya, penghantaran waran dengan lebih mudah untuk pelaksanaan peringkat residen dan begitu juga lebih empowerment ke peringkat pelaksanaan dengan menyesuaikan siling- siling projek yang realistik dengan kemampuan pusat-pusat pelaksanaan. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah untuk kita meningkatkan lagi cara kita menyampaikan ataupun delivery system khususnya di peringkat luar bandar kerana walaupun banyaknya peruntukan telah disediakan masalahnya ialah pelaksanaannya masih tersangkut di sini-sana dan kadang-kadang merisaukan dan juga kadang-kadang mengelirukan di kawasan-kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, rakyat luar bandar di Sarawak sudah mulai merasa subsidi minyak dan makanan semenjak kos pengangkutan di luar bandar telah diringankan. Dengan pelancaran stesen minyak dan mini stesen yang boleh dikatakan memberi peluang untuk rakyat di luar bandar merasai kemudahan yang boleh dikatakan yang sentiasa dirasai di kawasan-kawasan yang lebih maju di negara kita Malaysia ini. Dengan itu saya mengucapkan tahniah kepada kementerian yang melaksanakan ini iaitu Kementerian Perdagangan dan juga Hal Ehwal Pengguna yang telah melancarkan program ini dan saya percaya dengan program ini kita dapat terus mempertingkatkan lagi kemampuan-kemampuan rakyat kita di luar bandar untuk merasai kemudahan subsidi yang dapat dirasai secara langsung. Tuan Yang di-Pertua, kita berharap projek-projek ini akan terus dijalankan dalam rancangan atau program mini bajet yang kita kemukakan pada hari ini. Saya percaya ini akan terus memberikan impak yang lebih baik khususnya dalam meringankan lagi bebanan rakyat di luar bandar khususnya di kawasan-kawasan pedalaman. Dengan itu saya ucapkan syabas kepada kerajaan yang telah menjayakan program ini dengan sokongan-sokongan dari agensi-agensi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan serba-sedikit mengenai Projek Pembangunan Koridor (SCORE) di Sarawak yang telah menunjukkan potensi FDI yang besar dan cerah. Kita berharap dalam pakej ini kerajaan akan terus menunaikan keperluan infrastruktur yang telah dirancang.

Kita memang penuh yakin bahawa pelancaran SCORE ini akan berjalan lancar bila-bila masa sahaja ekonomi dunia pulih. Seperti mana kita lihat masa pelancaran Halal Hub di kawasan Tanjong Manis, kita nampakkan minat-minat pelabur-pelabur FDI dari luar negara khususnya di kawasan-kawasan rantau Asian ini telah menunjukkan keyakinan mereka dalam projek atau pembangunan koridor ini. Pada masa kini, kita telah berjaya untuk meneruskan pelancaran projek power plant Batu Arang yang telah siap dibina dan akan dikomersialkan lebih berjanakuasa 370 megawatt di kawasan SCORE ini dan juga kilang smelting aluminium juga akan dikomersialkan dalam tengah tahun ini di kawasan- kawasan SCORE ini juga. Kita berterima kasih atas peruntukan yang telah disediakan dan khususnya dengan kemudahan untuk perhubungan, untuk lapangan terbang yang baru, peruntukkan jalan kawasan-kawasan pedalaman yang menghubungkan kawasan SCORE ini ke kawasan-kawasan pedalaman di wilayah Sarawak ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembangunan kemudahan komunikasi, kita menyeru supaya peruntukan dapat juga diagihkan untuk kemudahan bioteknologi dan juga ICT. Semua ini perlu kita dapat sediakan untuk koridor ini dalam membangunkan atau menjanakan lebih lagi daripada kerajaan dan sumber pendapatan baru di kawasan pedalaman dalam koridor ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor pelancongan, saya dimaklumkan usaha kerajaan untuk terus menjalankan program homestay di kawasan luar bandar. Sarawak juga dapat manfaatkan daripada program ini kerana pada masa kini kita masih melihat kedatangan pelancongan ke Sarawak masih baik dan khususnya dari negara maju seperti Eropah, Jerman dan juga Perancis. Kita nampak mereka masih datang dan golongan- golongan pesara ini memang minat terus melancong di kawasan-kawasan yang baru seperti ini di mana kemudahan-kemudahannya mampu untuk dibelanjakan oleh mereka. Di sini saya ingin mencadangkan supaya program homestay ini dipertingkatkan lagi di kawasan-kawasan luar bandar di mana banyaknya pelancong yang ingin melihatkan kawasan-kawasan semula jadi dan begitu juga khususnya seperti kemudahan hotel bajet terus diberi sokongan dan perlu juga sokongan kepada perkhidmatan penerbangan khususnya low cost carrier di lapangan terbang kita di seluruh Malaysia. Ini kerana saya lihat kalau boleh kemudahan-kemudahan seperti landing fees, bunkering dan lain-lainnya boleh dikaji semula dan menggalakkan supaya penerbangan boleh ditambahkan. Di Sarawak, kita berterima kasih atas kelulusan Kerajaan Pusat yang telah memberikan lebih penerbangan LCC ke Sarawak yang telah bertambah sehingga sampai sekarang ada enam buah syarikat penerbangan masuk ke Sarawak dari Singapura dan juga dari Kuala Lumpur. Usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing amat kita galakkan juga dan untuk maklumat Dewan ini, banyak lagi tenaga pekerja di Sarawak belum digunakan sepenuhnya potensi-potensi dan boleh dibawa juga bekerja di Semenanjung Malaysia. Begitu juga pengaliran wang keluar dari negara kita boleh dikurangkan lebih-lebih lagi dalam masa keadaan ekonomi yang kita hadapi sekarang. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyatakan terima kasih juga atas usaha sektor perbankan yang telah mengambil langkah mengurangkan bebanan hutang, menurunkan interest atas pinjaman-pinjaman dan ini semuanya telah memastikan perjalanan ekonomi kita di peringkat akar umbi dapat bergerak. Syabas juga kepada sektor ini yang telah berusaha untuk menambah dana mereka dengan pengeluaran bon dalam pelbagai cara. Ini adalah boleh dikatakan usaha-usaha seperti ini menunjukkan bahawa kita masih ada keyakinan atas ekonomi dan pentadbiran negara kita di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang stabil dan kuat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang supaya dapat saya berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009. Pada keseluruhannya, saya amat tertarik dengan dua perkara semasa Menteri Kewangan menyampaikan usulnya. Perkara yang pertama, beliau akur tentang fenomena ekonomi baru yang melanda seluruh dunia. Yang kedua, beliau juga menyatakan keinginannya untuk mencari kata muafakat dengan pihak pembangkang supaya kita dapat bersama-sama menangani masalah kegawatan ekonomi. Dari segi fenomena ekonomi baru, jelas sekali kita digoncang dan juga dicabar sebab pada tahun 2008, nilai eksport telah jatuh sebanyak 13.4 peratus manakala sektor pembuatan berteraskan eksport telah mencatat penguncupan sebanyak 8.8 peratus pada tahun lepas. Sementara itu pada bulan Januari, eksport negara terus jatuh sebanyak 27.8 peratus, itu ialah satu rekod baru. Manakala nilai eksport komoditi kita masih tergugat. Harga minyak dan gas serta kelapa sawit masih tersekat. Sementara itu juga FDI dijangka turun sehingga RM26 bilion, separuh kalau dibandingkan dengan tahun 2008. Prestasi Bursa Malaysia terus menjunam dan ia menunjukkan bahawa kalau daripada segi proses pembuatan, barangkali proses pembuatan di negara kita sudah agak usang dan juga kita telah hilang daya saing kita berbanding dengan negara China, India ataupun di Vietnam dan haruslah kita bermula daripada sekarang supaya kita menumpukan kepada pembuatan barang siap dan bukan lagi barang komponen. Di samping itu, kita lihat defisit akan melonjak kepada 7.6 peratus. Ini barangkali perkara yang biasa semasa kita menghadapi keadaan ekonomi yang genting tetapi kadar ini akan membawa kesan kepada impak barangkali penarafan kredit kita akan terganggu. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin lagi untuk berbincang banyak sebab banyak sudut pun yang saya pegang telah dinyatakan oleh rakan-rakan saya. Jadi saya ingin menjurus terus kepada perkara lain. Jika pakej rangsangan ini direka bentuk untuk dilaksanakan dalam dua tahun, maksudnya kita mengakui tempoh kemelesetan ini agak berpanjangan sebab selain menunggu kegawatan itu hilang, kita masih perlu mengharungi satu tempoh peralihan selepas tahun 2010. Maksudnya, kita menghadapi satu U-curve dan U-curve ini amat tinggi sebelum kita dapat mendaki sampai kemuncaknya seperti pada awal tahun 1990-an. Oleh yang demikian, kita perlu tanamkan elemen quick fix dalam zaman ekonomi yang gawat dan pincang. Malangnya pakej rangsangan semalam tidak ada sebarang ‘wow factor’ dengan izin yang dapat mengembalikan sentimen keyakinan para pelabur, perusahaan kecil dan sederhana serta orang sembarangan - Awang, Ah Chong dan Subra di jalanan. Selain menolong korporat seperti apa yang dibahaskan pagi tadi, imejan korporat seperti Rozali Ismail, Syed Mokhtar, Francis Yeoh, Ananda Krishnan. Mananya bantuan kepada orang-orang biasa akar umbi? Mananya big bang factor yang dapat menolong mereka untuk mengharungi zaman kemelesetan itu? Saya bagi satu contoh, banyak sektor yang telah memperkatakan bahawa jika kita akur yang kemelesetan ekonomi kali ini diibaratkan sebagai the great recession, satu-satunya istilah yang dipakai oleh IMF, maka kita perlu jaga-jaga tentang ekonomi dalam negeri. Kita amat perlukan satu strategi wow factor dengan izin yang boleh menjana perbelanjaan domestik. Isu ini tidak langsung ditangani oleh budak-budak EPU ataupun dalam Ministry of Finance. Tenatkah, nazakkah EPU itu tak tahulah kita. Lihatlah angka dan perangkaan yang diberikan oleh MOF dan EPU. Semenjak Oktober 2008, seramai 25,000 orang telah hilang kerja, 30,900 pekerja telah diberhentikan secara sementara, 23,900 pekerja dikurangkan gaji, 100,000 tak boleh buat kerja overtime, dekat-dekat 200,000 pekerja terkena impak.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Angka daripada Kementerian Sumber Manusia menunjukkan bilangan yang empat kali jauh lebih banyak. Ini tidak termasuk lagi siswazah baru dan juga siswazah menganggur. Mereka ini adalah bakal middle class negara kita. Mereka bukan Rozali Ismail, mereka harus dibantu, short term paling panjang setahun sebelum mereka dapat mencari tapak semula untuk meloncat semula.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kenapa tidak ada wang tunai. Pemberian wang tunai yang dimasukkan ke dalam poket orang-orang biasa dan bukannya disekat, dikebas tengah jalan oleh orang yang haprak. Rakyat biasa cuma pohon diberi bantuan langsung ataupun dalam bentuk cash grant buat sementara waktu supaya dapat...

Minta penjelasan Yang Berhormat Jelutong. Saya ingin tahu kenapakah Yang Berhormat Jelutong menyebut nama Tan Sri Rozali Ismail dalam ucapan ingin membantu rakyat yang miskin. Adakah ada pandangan-pandangan negatif terhadap Tan Sri Rozali Ismail hasil pendapatan sebagai Ketua Eksekutif bagi SYABAS di negeri Selangor.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih. Saya cuma membuat nukilan apa yang telah dibahaskan pada pagi tadi. Barangkali Yang Berhormat tidak ada dekat sini. Jadi saya sambung.

Yang Berhormat Jelutong, kalau kita minta penjelasan. Kalau hendak dibandingkan dengan ucapan pagi tadi dan juga kita bandingkan pendapatan Tan Sri Rozali Ismail sebagai Ketua Eksekutif bagi Puncak Niaga Holdings Berhad, Puncak Niaga Malaysia Sdn. Bhd. dibandingkan dengan pembayaran gaji oleh syarikat-syarikat senarai awam yang lain kepada ketua eksekutif bagi syarikat tertentu. Cuba kita bandingkan tohmahan mengatakan bahawa Tan Sri Rozali Ismail ini mendapat pendapatan yang lebih tinggi sampai RM5 juta setahun tetapi kalau kita bandingkan dengan pendapatan Public Bank RM41 juta atau sehingga RM42 juta, Berjaya Sports Toto RM14 juta, AmCorp Group RM8 juta, Malayan Banking RM11 juta dan banyak lagi syarikat-syarikat yang lain berjuta-juta hasil pendapatan sebagai Ketua Eksekutif. Kenapakah peranan Ketua Eksekutif yang telah berjaya untuk menaik taraf air di Selangor ini dijadikan satu sindiran di dalam ucapan Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya cuma kutip Rozali sebagai satu imejan, imejan yang telah sama ada disohorkan atau dihina, itu terpulang kepada semua pembayar cukai di Selangor. Saya sambung, rakyat biasa cuma pohon diberi bantuan langsung ataupun dalam bentuk cash grant buat sementara waktu sahaja supaya dapat quick fix sementara mencari pekerjaan baru dalam masa tiga hingga enam bulan sementara kita menunggu ekonomi pulih. Mereka ini tidak menduga dapat konsesi 30 tahun seperti pengelola lebuh raya. Kalau korporat-korporat besar seperti UEM, PLUS itu pun dinamakan syarikat GLC - Gila Lingkup Celaru, dapat dibantu selamanya. Kalau korporat-korporat besar seperti UEM, PLUS dapat dibantu selama 30 tahun, kenapa pula rakyat biasa yang tidak boleh diberi sesuap buat enam bulan seketika supaya dana bantuan langsung dapat kembali ke dalam sistem ekonomi tempatan dan mereka yang tertekan zaman itu dapatlah bernafas seketika waktu, itu sahaja. Jadi di sini saya sarankan supaya ketua-ketua pengarah dari EPU ke, ICU ke harus diberi VSS, mereka harus bezakan apa itu stimulus plan di masa genting dan apa itu dasar fiskal bagi tempoh sederhana dan tempoh panjang. Mereka harus mencari dan menemui perbezaan di antara yang kedua. Kita tidak boleh bergantung kepada satu mini bajet yang tidak lebih daripada satu persembahan PowerPoint sahaja. Berilah butir yang terperinci dan berilah mekanisme yang padat supaya kita dapat memantau perbelanjaan dan perkara ini telah dibawa oleh rakan- rakan saya dalam Dewan yang mulia ini. Tidak dinafikan juga bahawa pakej rangsangan ini telah memasukkan beberapa insentif cukai tetapi jelasnya manfaat insentif ini bukanlah secara quick fix, manfaatnya hanya akan menjadi ketara paling awal pun tahun depan. Itu pun jika sistem penghantaran kita boleh tahan efisien. Saya bagi satu contoh. Daripada RM60 bilion yang dilafazkan cuma sebanyak RM15 bilion yang merupakan benar-benar dana solid out of pocket daripada Perbendaharaan dalam bentuk suntikan fiskal walhal dan sebanyak RM15 bilion itu akan dibelanjakan sepanjang dua tahun, RM10 bilion tahun ini dan RM5 bilion tahun depan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Ini bermaksud purata hanya RM7.5 bilion dana solid yang akan dimasukkan ke dalam sistem ekonomi tempatan untuk mendorong domestic consumption dengan izin. Kalau kita banding pula bakinya RM25 bilion adalah untuk tujuan jaminan dana, tidak ada diberikan keterangan lanjut oleh EPU atau pun MOF. Besar kemungkinan RM25 bilion ini akan diguna untuk menjamin peminjam ataupun pinjaman-pinjaman badan komersial dan badan korporat seperti yang kita sebut tadi Rozali Ismail dan sebagainya. Jadi kalau dibandingkan perusahaan kecil dan sederhana hanya akan menerima jaminan sebanyak RM5 bilion manakala jaminan untuk korporat menerusi bon dan sebagainya barangkali akan mencapai RM15 bilion. Jadi adakah pembahagian itu munasabah? Yang satu lagi mengenai RM10 bilion yang diperuntukkan untuk pelaburan ekuiti, siapakah penerima ekuiti, apakah kaunter-kaunter yang terpilih, adakah ini juga satu lagi pakej yang merupakan ValueCap version 2, entahlah. Akan tetapi apa yang kita lihat ialah prestasi syarikat-syarikat Khazanah menerusi Telekom, Proton, Silterra dan sebagainya agak ....

Tuan Yusmadi bin Mohd. YusoffPKR · PRBalik Pulau

Yang Berhormat Jelutong, minta penjelasan sedikit.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Sila, sila.

Tuan Yusmadi bin Mohd. YusoffPKR · PRBalik Pulau

Saya minta maaf Yang Berhormat Jelutong sebab saya bukan orang ekonomi tetapi saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Jelutong itu saya terimbau persoalan-persoalan apabila saya pulang ke kawasan, ke kampung di Balik Pulau yang mana Yang Berhormat agak biasa. Mereka bertanya kepada saya, “Yang Berhormat, ini RM60 bilion ini macam mana menyelamatkan kami, kami ini kerja kilang, kerja dekat Bayan Lepas, hendak kena buang, ada yang kilang shut down, ada kilang tutup”. Akan tetapi saya tidak tahu macam mana hendak saya jawab, mungkin mendengar Yang Berhormat Jelutong tadi saya nampak seolah-olah lagi jauh, seolah-olah pakej rangsangan itu amat jauh dan tidak relevan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat di kampung. Jadi mungkin Yang Berhormat Jelutong tolong jelaskan, mungkin supaya orang Balik Pulau lebih faham.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih, Balik Pulau atau Jelutong sama sahaja. Keluhan rakyat kita, kita kedengaran, betulkan? Jadi dari bahagian yang keempat apa yang diteraskan oleh Menteri Kewangan itu sebanyak RM7 bilion ialah berbentuk inisiatif kewangan swasta (PFI) dan juga projek-projek off budget. Bukankah PFI itu akan dijanakan oleh kewangan pihak swasta macam mana yang RM7 bilion itu boleh digolongkan sebagai penjanaan daripada pihak kerajaan. Itu memang saya pun confusing dan manakala terdapat RM3 bilion telah diperuntukkan untuk insentif cukai. Maksudnya kalau kita ambil kira kesemua itu RM25 bilion untuk tujuan jaminan dana, RM15 bilion untuk fiscal injection, RM10 bilion untuk pelaburan ekuiti, RM7 bilion PFI dan off budget project dan RM3 bilion untuk insentif cukai. Maksudnya tidak kurang daripada RM42 bilion atau pun 70 peratus daripada jumlah RM60 bilion itu akan digunakan untuk membantu pihak komersial dan pihak swasta. Jadi itulah jawapan yang manakah keluhan rakyat ini terdengar. Jika dilihat daripada perspektif operational maka jumlah RM60 bilion itu akan diagihkan dalam bentuk berikut, RM2 bilion untuk mengurangkan pengangguran dan menambahkan peluang pekerjaan, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat, RM29 bilion untuk sektor swasta menghadapi krisis dan RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan. Kita tidak tahulah sama ada bantuan sebesar 70 peratus hingga 80 peratus daripada peruntukan RM60 bilion itu taksub dimaksudkan untuk memanfaatkan gejala pork barrel. Itu yang ingin saya tanyakan, sama ada pengagihan itu berbentuk untuk memanfaatkan pihak-pihak yang mementingkan pork barrel.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Dari segi ini saya ingin mengutip semula apa yang telah dilafazkan oleh Yang Berhormat Selayang tempoh hari mengenai cara peruntukan telah digunakan semasa peruntukan 2009.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kementerian Pertahanan menurut The Edge Weekly yang terbaru, mengatakan satu kontrak berjumlah RM2.45 bilion telah diberikan kepada the Target Resourses Sdn. Bhd. secara direct negotiation. Sistem yang akan diguna pakai oleh Target Resourses Sdn. Bhd. ini yang telah dipilih menerusi direct nego ialah untuk menyediakan satu sistem penyelamat submarine sepanjang 10 tahun. Maksudnya Syarikat Target Resourses ini apa yang ditanya-tanyakan oleh The Edge ialah sebanyak RM98 juta akan diberikan kepada syarikat ini selama 25 tahun untuk membekalkan perkhidmatan on standby dan tujuannya ialah untuk memberikan perkhidmatan kerja-kerja rescue kepada dua buah Scorpene submarine. Adakah itu satu perbelanjaan yang memadai? Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan akhiri ucapan dan perbahasan saya dengan satu tajuk mengenai gejala subsidi. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan sebanyak RM674 juta untuk menampung kenaikan harga barangan keperluan seperti roti, gula, tepung gandum. Namun strategi ini akan menjadi lebih berkesan jika pengedaran yang dibuat menerusi sistem kupon. Kalau tidak, subsidi yang direka khas untuk orang biasa juga akan memanfaatkan golongan berada dan helah ini telah terbukti dalam pakej rangsangan ini juga sebab selain subsidi untuk barangan sehari- hari, sebanyak RM480 juta telah diagihkan secara proaktif untuk membiayai pemegang- pemegang konsesi lebuh raya tol. Inilah apa yang saya namakan pakej rangsangan untuk semua rent seekers bersama-sama dalam satu gravy train dengan izin. Kalau kita buat unjuran menerusi persepsi seorang pengamal ekonomi, maka ini bermaksud sekurang-kurangnya terdapat RM700 milion dalam bentuk pampasan akan diberikan kepada syarikat PLUS sahaja. Pemberian ini akan meningkat dan menjadi tidak kurang daripada RM1.5 bilion menjelang tahun 2011 jika PLUS tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar tol. Jadi sampailah masanya barangkali kita menyahut apa yang diserukan oleh sebuah jawatankuasa di Selangor supaya tol kelolaan PLUS dan sebagainya diambil alih dan kita telah melihat perangkaan yang akan menjamin pulangan dalam masa enam tahun. Jadi, dari segi rumusannya, saya ingin membuat tiga cadangan supaya stimulus plan ini benar-benar akan mencapai cita-citanya. Iaitu haruslah kita mempamerkan dan menghebahkan semua sumber dana, sumber penerima bantuan yang terdapat dalam rang undang-undang ini supaya dipasangkan dalam web dan benda ini akan dilihat dengan telus oleh semua lapisan rakyat kita. Gunakanlah teknologi web, begitu mudah, begitu murah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ke belakang sedikit berkenaan dengan subsidi. Yang Berhormat menyebut lebih RM678 seperti yang diumumkan semalam yang bertujuan untuk membantu supaya harga-harga barangan makanan ruji seperti gandum dan roti specifically dengan izin disebut. Semasa pembentangan Belanjawan Tambahan 2008, kita juga diberitahu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, RM200 juta juga diperuntukkan untuk tujuan subsidi pada gandum dan roti yang dibayar khusus untuk pengilang-pengilang ataupun orang yang mempunyai right untuk mengimport gandum untuk tujuan pembikinan roti. Akan tetapi baru ini pihak Menteri sendiri mengatakan gandum itu bukannya gandum yang digunakan oleh kebanyakan orang, gandum putih bleach flour bukan dalam kategori itu. Gandum yang dimaksudkan mendapat subsidi. Ini hanyalah tertumpu untuk roti biasa yang digunakan oleh rakyat yang teramai manakala pengilang-pengilang atau pengimport pada item-item ini memang berhak untuk diberikan subsidi. Jumlah RM648 yang baru diumumkan campur dua itu hampir satu bilion subsidi berkenaan item gandum ini dan roti ini sahaja. Saya kalau boleh hendak berkongsi keadaan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, saya ringkaskan. Agak tidak munasabah kita hendak memberi subsidi untuk tujuan mengurangkan harga untuk mengurangkan beban kepada pengguna dan kebanyakannya rakyat biasa. Akan tetapi dalam masa yang sama kita membenarkan begitu banyak jumlah subsidi diraih oleh pengilang dan pengimport kepada item ini sedangkan kita berbincang sekarang ini macam mana untuk cushion kenaikan harga ataupun bebanan yang akan ditanggung oleh kebanyakan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dalam masa yang sama hampir satu bilion kita peruntukan secara langsung kepada pengeluar sebelum barangan ini atau item-item ini sampai kepada pengguna. Bermakna yang mendapat manfaat secara terus secara langsung adalah pengilang ataupun pengimport, bukannya kepada pengguna yang ramai, yang at large. Bagaimana, agak bercanggah kepentingan yang kita ada dalam bentuk subsidi ini. Terima kasih.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Itu saranan yang amat bernas sekali. Saya harap Menteri Kewangan akan ambil kira segala yang telah diutarakan. Sebagai rumusan saya telah membuat cadangan pertama, cadangan kedua saya ialah saya menyarankan supaya jentera penghantaran itu haruslah pesat dan tepat sedia kala. Database penerima dan juga siapakah pelaksana-pelaksana juga haruslah diterbitkan secara telus. Dari segi jentera penghantaran itu rakan saya dari Kuala Selangor saya rasa telah banyak memperkatakan. Cuma saya ingin membawa satu contoh domestik di kawasan saya di Jelutong iaitu mengenai projek tebatan banjir Sungai Pinang di sekitar perkampungan Melayu Jalan P.Ramlee. Jalan P. Ramlee ialah satu tempat di mana terletaknya tempat lahir Tan Sri P. Ramlee, seniman agung kita. Di situ kalau menjelang bulan April sehingga bulan September, maka musim itu ialah musim banjir. Semenjak 52 tahun sejak kita merdeka. Fasa pertama untuk menebat banjir di sungai Pinang itu telah tamat dan telah tamat bertahun-tahun. Fasa kedua masih kita tunggu. Kita masih menunggu dana sebanyak RM100 juta dan sementara itu terdapat juga penduduk-penduduk yang telah ditempatkan ke kawasan rumah panjang dan mereka telah diberikan jaminan supaya mereka harus bertempat di rumah panjang selama dua tahun dan mereka akan diagihkan ke satu tempat yang kekal. Namun mereka pun telah bermastautin ke kawasan rumah panjang itu melebihi enam tahun. Jadi itu adalah satu janji Barisan Nasional yang tidak pernah menjadi nyata. Jadi kita mengharapkan Menteri yang menjaga Jabatan Parit dan Saliran supaya dapat berusaha sama dengan satu pihak lagi di Pulau Pinang iaitu Majlis Agam Islam Negeri Pulau Pinang satu agensi yang dikongkong oleh Kerajaan Pusat supaya bersama-sama dapat cepat-cepat merealisasikan perumahan rakyat di Jalan Gopeng. Satu bidang tanah telah disediakan, tetapi proses pembangunan itu masih tergendala.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Jadi itulah apa yang sempat saya bawa, bukan saja keluhan saya sebagai Ahli Parlimen anak Malaysia, itu juga keluhan pengundi saya di Jelutong. Jadi bersama-samalah kita sementara kita memasang tali keledar kita untuk menghadapi kemelesetan raksasa dan juga yang berpanjangan itu. Haruslah kita mengingat bahawa rakyat telah menduga banyak perkara yang akan ditunaikan, menerusi apa yang dijanjikan dalam gagasan ini. Akan tetapi akhir sekali, saya ingin mengakhiri dengan satu pantun, sebab saya amat tertarik sekali dengan saranan Menteri Kewangan. Apabila beliau mengatakan keinginannya untuk bermuafakat bersama-sama Pembangkang, supaya kita dapat bersama-sama menangani kegawatan ekonomi ini. Jadi terkilan apa yang kita dengar pagi tadi: Padang Besar, Permatang Pauh, Soal lesen judi Pekan terhina, Pemulihan ekonomi ufuknya jauh, Berdemokrasilah biarpun di bawah Pokok Sena. Terima kasih... [Ketawa]

Sini ada Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ranau.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, semalam Peraturan Mesyuarat 67, semalam pembentangan Perbekalan Tambahan ini, kita dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat bahawa pakej rangsangan bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dalam sejarah ekonomi negara ini. Saya hendak tanya, apakah wajar, patut dan munasabah telah diperuntukkan tiga hari untuk perbahasan? Kita tengok Menteri Kewangan kedua-dua tidak hadir langsung. Jadi saya rasa tidak patut dan tidak wajar, saya pohon nasihat Tuan Yang di-Pertua. Kita dimaklumkan pakej sangat terbesar, bersejarah dalam negara ini, tapi kita tengok kosong kerusi di depan kita. Apakah perbahasan ini hanya untuk formaliti, sebab Barisan Nasional tahu dia akan lulus pada akhirnya. Apakah sumbangan-sumbangan dari sini, tidak diambil kira? Mereka tidak berminat untuk hadir tiga hari sahaja untuk mendengar. Saya pohon nasihat Tuan Yang di-Pertua, mungkin boleh meminta Menteri hadir untuk menghormati Dewan yang mulia ini, dan juga pengundi-pengundi kawasan kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya pohonlah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap perkara ini. Akan tetapi untuk menghendaki saya menentukan Menteri hadir, saya tidak boleh lakukan Yang Berhormat dan untuk mendapatkan nasihat perkara ini juga melalui Perkara 67 yang disebutkan oleh Yang Berhormat, saya juga tidak boleh memberi nasihat. Pada saya Yang Berhormat, mesyuarat ini masih boleh berjalan dan ada kuorum 26 orang, kecuali disebut oleh mana-mana ahli. Ini bermakna mesyuarat ini masih sah dan boleh berjalan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin melibatkan diri dalam perbahasan, masih juga boleh melibatkan diri dalam perbahasan. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, apakah kita mahu meneruskan precedent sedemikian, di mana Menteri Kewangan membentangkan belanjawan, lepas itu dia hilangkan diri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Itu persoalannya. Kita ada dua Menteri Kewangan, pertama dan kedua yang seorang bakal menjadi Perdana Menteri, kalau tidak ada masa, jangan ambil dua jawatan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Batu gajah, itu ada Menteri Kewangan, tidak nampak kah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mana?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tidak nampak, pendek umur... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat, saya tidak ada kedudukan untuk memberi nasihat dan komen dalam perkara ini Yang Berhormat. Saya menjaga peraturan mesyuarat, dan peraturan mesyuarat ini boleh berjalan seperti yang dikehendaki. Ya, sila Yang Berhormat Ranau.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk ambil serta dalam perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, di Dewan yang mulia ini pada 10 Mac 2009, oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan. Pembentangan Tambahan Perbekalan Mengurus Pertama ini Tuan Yang di-Pertua, ialah bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau kurang diperuntukkan dalam bajet.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat, ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan Mesyuarat 13(2)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

13?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dalam (2), untuk memanggil ahli-ahli sekiranya tidak cukup kuorum...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Setiausaha sila kira. Yang hadir 19 orang, tidak cukup kuorum. Saya minta Setiausaha untuk membunyikan loceng. [Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira: 26 Ahli hadir]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kuorum cukup dan Perkara 13(1) telah dipenuhi. Saya minta Yang Berhormat Ranau untuk menyambung perbahasan.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan lagilah, dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Batu Gajah, kerana mencukupkan kuorum di Dewan yang mulia ini tapi kacau sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk ambil serta dalam perbahasan ke atas Rang undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, di Dewan yang mulia ini pada 10 Mac 2009 oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Kewangan. Pembentangan Tambahan Perbekalan untuk mengurus yang pertama ini Tuan Yang di-Pertua, ialah bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2009 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Tuan Yang di-Pertua, jumlah RM60 bilion bagi perbelanjaan dan akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010. Walaupun jumlah tersebut yang begitu besar, kita hanya mempunyai RM15 bilion yang merupakan suntikan fiskal tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal iaitu lebih mampan lagi. Ini jelas kelihatan daripada kesungguhan kerajaan, pertama sekali Kerajaan Barisan Nasional melalui kejayaan untuk mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Langkah ini telah meningkatkan prestasi pertumbuhan ekonomi sehingga 9 peratus pada awal 1990-an dan tidak ada sebab-sebab kenapa kerajaan tidak dapat memastikan kedudukan fiskal yang akan kembali mampan kedudukannya. Tuan Yang di-Pertua, saya begitu tertarik terutama sekali usaha kerajaan akan terus memastikan rakyat di luar bandar supaya menikmati kemudahan asas yang mencukupi terutamanya bekalan elektrik, air serta jalan di luar bandar. Sebanyak RM230 juta telah disediakan untuk projek meningkatkan liputan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutama sekali di Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, sebanyak RM350 juta juga diperuntukkan tambahan bagi pembinaan jalan luar bandar. Kerajaan juga akan menambahkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk PIA dan PIAS dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpatah balik ke belakang sedikit terutama sekali dalam ucapan perbahasan saya yang terdahulu dalam Bajet 2009. Saya telah menyentuh banyak tentang keperluan pembangunan di kawasan saya iaitu Ranau. Ada satu perkara yang sudah menjadi masalah pertama sekali jalan raya, yang peruntukan daripada kerajaan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama sekali di kawasan saya iaitu Jalan Raya Ranau Gong-Himbaan, di mana menghadapi keruntuhan pada dua tahun yang lepas. Walaupun kerosakan jalan ini sebagai emergency dan telah pun dipohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk pembaikan, tetapi sehingga hari ini masih lagi mengecewakan peruntukan untuk keperluan ini.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Saya mohon supaya perkara ini diberi pertimbangan khusus supaya jalan raya ini boleh digunakan kembali oleh penduduk terutama sekali oleh penduduk-penduduk yang berhampiran yang menggunakan Jalan Raya Ranau Gong-Himbaan ini. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ada kemungkinan krisis ekonomi dunia akan menimpa ekonomi negara kita, kerana pada masa ini negara kita berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat meruncing. Tambahan pula kita sedang menghadapi unjuran negatif ekonomi pertama 2009 dan 2010 akan datang. Saya merasa bimbang golongan rakyat di luar bandar akan menghadapi tekanan yang lebih teruk terhadap kesannya kerana mereka adalah tergolong yang berpendapatan rendah, susah dan miskin. Maka saya mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pertama sekali pengeluaran caruman KWSP, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada wang simpanan pekerja kepada ahli-ahli yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Saya merasakan cadangan ini sangat berpatutan dan adil kepada pencarum-pencarum KWSP bagi membantu meringankan beban dan masalah keluarga mereka, terutama sekali dalam keadaan kemelut kewangan yang mungkin menggagalkan kehidupan mereka yang sedia ada. Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli pencarum KWSP ini seharusnya diberi hak untuk mengeluarkan wang caruman mereka seperti mana kerajaan juga akan mengeluarkan sebanyak RM5 bilion daripada KWSP. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh beberapa permohonan- permohonan dan juga keperluan pembangunan yang masih lagi merupakan pembangunan asas di kawasan saya. Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya telah sentuh dalam perbahasan saya yang terdahulu, kawasan Ranau ini adalah salah satu daripada kawasan yang terbesar terutama sekali di Sabah, kalau bukan di Malaysia iaitu berkeluasan 3,555.9 km persegi. Oleh kerana keluasan ini walaupun sudah banyak pembangunan yang diperolehi di kawasan saya, tetapi keadaan ini merupakan satu rintangan yang boleh memperlahankan pembangunan terutama sekali di kawasan luar bandar, di mana letaknya banyak kampung yang terpencil, yang hanya dihubungi dengan jalan-jalan kayu balak yang sudah begitu teruk keadaannya. Ada juga kampung-kampung yang hanya boleh dihubungi dengan melalui perahu ataupun motobot sebagai perhubungan rakyat di luar bandar ini. Kalau kita melihat Wawasan 2020, di mana negara kita akan seharusnya mencapai sebuah negara yang boleh dikatakan sudah maju setanding dengan negara-negara yang sudah maju. Akan tetapi di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang dan khuatir ataupun saya masih bimbang sama ada di kawasan saya ini ataupun rakyat di luar bandar ini akan betul-betul mencapai Wawasan 2020 ini, kerana kalau kita lihat pembangunan yang sedia ada pada masa ini adalah terdiri daripada kemudahan-kemudahan di kawasan pekan ataupun boleh dikatakan hanya pembangunan yang di sekitar kawasan pekan Ranau ini yang boleh membanggakan.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Akan tetapi kawasan-kawasan yang terpencil, jauh di pedalaman tidak mungkin pembangunan yang mempunyai rangkaian jalan-jalan yang bertaraf sale road dengan izin, ataupun jalan-jalan yang sudah di naik taraf seperti kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan luar bandar. inilah yang sangat membimbangkan keadaannya. Saya seakan- akan begitu yakin keadaan ini tidak akan tercapai walaupun kita sudah sampai ke tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, satu keutamaan yang paling penting di kawasan saya ini ialah rangkaian jalan yang perlu di naik taraf. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jalan-jalan ini memerlukan dana yang lebih tinggi dan lebih besar untuk pelaksanaannya. Kalau kemudahan-kemudahan asas di peringkat kampung ini yang memerlukan dana yang kecil-kecilan ini, saya tidak begitu khuatir, saya tidak begitu bimbang. Ini kerana banyak peruntukan yang telah diberi oleh kerajaan ini yang sudah sampai di kawasan luar bandar.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Akan tetapi rangkaian jalan yang kita perlukan ini untuk kemudahan pengangkutan terutama sekali hasil-hasil pertanian dari kawasan luar bandar adalah rumit sekali. Kita bayangkanlah keadaan jalan-jalan itu. Baru-baru ini juga dalam perbahasan saya telah menyentuh keadaan jalan raya iaitu merupakan lebuh raya ataupun highway di antara pekan Tamparuli dan pekan Ranau ini. Di mana jalan ini adalah jalan utama menghubungkan ibu kota Kota Kinabalu ke Kelupit, Sandakan, Tawau, Lahad Datu. Jalan ini juga adalah jalan yang penting untuk para pelancong sama ada dari luar negara ataupun di dalam negeri yang datang melancong terutama sekali ke Gunung Kinabalu iaitu merupakan world heritage site dan juga air panas di Poring di kawasan saya. Kalau sekiranya jalan ini masih lagi jalan yang tidak begitu memuaskan, ada kemungkinan pelancong-pelancong ke kawasan Ranau ini terutama sekali yang ingin melawat ataupun mendaki Gunung Kinabalu akan berkurangan. Kita harap-haraplah tidak membebankan keadaan jalan ini. Kedatangan pelancong di sana itu akan meningkat. Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi kekurangan di kawasan saya ini terutama sekali lampu elektrik. Oleh kerana keadaan ataupun kedudukan kampung-kampung ini adalah jauh daripada pusat pekan, adalah sukar bagi kerajaan untuk memberi lampu yang merupakan hibrid ke kampung-kampung. Itulah sebab saya telah mencadangkan kerajaan supaya memberi peruntukan yang banyak untuk memberi bekalan air yang merupakan solar hibrid di kampung- kampung. Ini sahaja merupakan projek-projek yang mungkin boleh menyelesaikan masalah kegelapan di kampung-kampung ini. Akan tetapi sehingga ini berita baik mengenai pembekalan solar hibrid ini walaupun dalam perancangan kerajaan kita, masih lagi belum kelihatan di kawasan saya. Hanya yang kita lihat pada masa ini ialah solar hibrid untuk sekolah-sekolah. Akan tetapi kampung-kampung belum ada lagi. Bererti hanya kampung-kampung yang berdekatan dengan pekan yang sedang menikmati lampu elektrik di kawasan saya. Saya mohon supaya kerajaan meneliti kembali saranan saya, rayuan saya untuk memberi pembangunan ataupun peruntukan yang lebih kepada kawasan saya terutama sekali dana untuk pelaksanaan kemudahan-kemudahan asas. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bertujuan untuk menyentuh terlalu banyak lagi mengenai kemudahan-kemudahan ataupun permohonan-permohonan untuk pembangunan di kawasan saya. Akhirnya, saya sekali lagi merayu dan memohon supaya kawasan saya ini mendapat agihan yang seimbang daripada peruntukan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kita. Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi mampu untuk membentangkan satu mini bajet yang membanggakan. Bukan hanya Kerajaan Barisan Nasional tetapi saya ingat Ahli-ahli pembangkang juga yang di sebelah sana itu. Sekian, terima kasih saya memohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama membahaskan pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM60 bilion sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam. Dengan penuh tanggungjawab, saya dan rakan-rakan dalam PAS khususnya, termasuklah rakan saya tadi Yang Berhormat Pokok Sena telah menghulurkan tangan bagi kita berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk sama-sama kita membangunkan ekonomi negara apatah lagi dalam keadaan kita menghadapi krisis ekonomi di peringkat global. Saya...

Mohon penjelasan ya, Kuala Krau.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tak start lagi.

Yang Berhormat Kubang Kerian, saya ingin jawapan yang seikhlasnya daripada Yang Berhormat Kubang Kerian, kenapakah semasa pembentangan bajet rangsangan kedua semalam, ramai kawan daripada pembangkang tidak berada di dalam Dewan?

Ini termasuk daripada Pakatan Rakyat ada dua tiga orang, PAS ada dua orang, apakah sebabnya? Cuma DAP sahaja yang ramai datang. Jadi seikhlas yang mungkin kalau hendak bersama-sama kita memantapkan ekonomi dan menangani masalah ekonomi di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian. Tak payah respons kepada itu. Ahli Yang Berhormat, walaupun pada ketika ini tidak ramai yang ada janganlah terlampau tidak mengendahkan peraturan mesyuarat. Dalam sesi minta penjelasan itu yang harus kita buat sewaktu kita bangun minta penjelasan, kesamaran hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat sedang berhujah. Ini belum berhujah pun sudah minta penjelasan dengan perkara yang tidak kait-mengait dengan perbahasan. Elakkanlah itu. Perkara-perkara yang menyentuh dengan soal-soal politik luar sana janganlah bawa di dalam ini. Banyak lagi perkara yang kita bincang yang mustahak. Sila Yang Berhormat. Tak payah respons kepada itu.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. untuk sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau saya hendak jawab tetapi nasihat Tuan Yang di-Pertua saya sangat hormat... [Ketawa] Jadi kalau hendak jawapan jumpa saya di luar Dewan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang saya khuatir Yang Berhormat bila Yang Berhormat jawab itu ada lagi penjelasan ekoran daripada itu. Selepas itu ada lagi penjelasan selepas itu dan ini sudah cukup diperjelaskan di luar dan mendapat liputan akhbar yang cukup luas.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas nasihat yang cukup bernas itu. Pandikar Amin nama diberi, Lagi kecil sudah terpuji, Sopan-santun lemah bestari, Manis dipandang berseri-seri... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang itu Yang Berhormat, pujian pun tak dibenarkan peraturan mesyuarat... [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini anggota Jawatankuasa SPRM ini. Mana boleh puji... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan. Sebenarnya kita serius dalam kita menghadapi krisis ekonomi ini dan saya rasa rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap khususnya bagi kami di pihak sini kita memberikan pandangan-pandangan yang membina dan kita mencadangkan pelbagai cadangan alternatif terhadap bagaimana pakej ini yang pentingnya perlu sampai kepada golongan sasaran. Tuan Yang di-Pertua, RM6 bilion yang disebut oleh Yang Amat Berhormat semalam kalau kita perhatikan betul-betul adalah merupakan 8 peratus daripada GDP dan ini merupakan satu jumlah yang sama ada dengan izin, at the end of the day akhirnya besok akan sampai kepada rakyat adalah terpulang kepada iltizam kita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau rakan saya tadi Yang Berhormat daripada Pokok Sena dan lain-lain termasuk Yang Berhormat daripada Jelutong dan Yang Berhormat Bukit Bendera saya rasa yang pakar dan banyak menulis sebelum mereka hadir di dalam Dewan yang mulia ni juga telah banyak menulis sama ada dalam majalah-majalah seperti The Edge majalah yang cukup tersohor. Saya merasakan bahawa negara telah sampai kepada tahap memerlukan ikut pandangan saya dan saya mencadangkan pada hari ini supaya suatu majlis perundingan krisis ekonomi negara perlu untuk ditubuhkan dengan segera dan sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan dahulu pernah mempelawa kami PAS dalam MAPEN.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dan kita telah menghantarkan tiga tokoh pada waktu itu termasuklah Yang Berhormat daripada Shah Alam untuk memberikan pandangan-pandangan kita kepada kerajaan dan pada waktu itu kita bersedia untuk melupakan seketika pertelingkahan politik kita dan kita menjurus kepada bagaimana pada waktu itu kita memberikan pandangan kita dan kita duduk dalam MAPEN. Akhirnya terpulanglah kepada kerajaan pada waktu itu untuk menerima atau tidak pandangan-pandangan yang pernah kita berikan. Ini bermakna bahawa pernah tercatat dalam sejarah bahawa kerajaan dan pembangkang pernah duduk semeja dan pada hari ini saya merasakan telah sampai masanya kalau benar-benar pelawaan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang mahukan kita memberikan sumbangan kita ayuh dengan segera saya kira kabinet dalam mesyuarat minggu depan memutuskan satu majlis atau namakan apa sahaja. Majliskah, jawatankuasa bertindakkah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi atau apa sahaja untuk segera kita mengemukakan pakar-pakar kita. BN ada ramai pakar dalam kerajaan, dalam PKR, DAP dan PAS kita juga punyai kepakaran kita untuk kita duduk semeja dan kita melahirkan idea- idea yang baik untuk negara kerana bagi saya RM60 bilion ini adalah merupakan 8 peratus daripada GDP yang kita mesti memastikan bahawa rakyat mesti mendapat manfaat ini. Saya juga suka mencadangkan Tuan Yang di-Pertua bahawa majlis ini akan berperanan paling tidak pun kepada tiga perkara pokok. Tiga perkara utama yang cukup asas untuk kerajaan menilai semula secara serius bagaimanakah kita mahu menangani masalah ini yang walaupun kita boleh memberikan alasan apa yang berlaku di Malaysia ini, negara ini adalah akibat daripada apa yang berlaku di peringkat global tetapi kita mesti punya cara kita sendiri dan kita mesti punya iltizam kita sendiri bagaimana kita seharusnya mengatasi masalah ini secara bijak dan bagaimana kita harus menyampaikan dalam bentuk delivery system, dengan izin tadi, supaya rakyat sebagai end result itu mendapat manfaatnya. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya mencadangkan majlis ini supaya membincangkan tentang bagaimana seharusnya kita kembali kepada apa yang pernah dikatakan oleh pakar-pakar ekonomi dunia iaitu back to the fundamentals of economy. Kalau kita perhatikan bahawa Amerika Syarikat pernah menghadapi zaman yang cukup serius tahun 1969 yang dinamakan Wall Street Crash. Ia pernah berlaku pada dunia yang maju dan sekarang kita mengakui bahawa dan rakan-rakan juga tadi menyebut secara serius dengan fakta bahawa kita gagal untuk mencium, we failed to smell dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang dua tahun yang lalu sepatutnya kita telah mengorak langkah dengan penuh tangkas dan bijak. Kalau kita dapat membuat satu unjuran pendapatan negara yang berdasarkan pendapatan negara pada waktu itu sudah tentu kita tidak separah ini dalam menghadapi krisis walaupun alasannya kita masih boleh bersandarkan bahawa Amerika yang begitu maju pun mengalami masalah krisis kewangan ini. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua pertamanya supaya kita review semula sumber-sumber pendapatan kita. Hari ini harga minyak dunia setong tinggal pada paras average saya rasa USD35 satu tong. Ini satu pendapatan yang telah jauh merosot. Enam bulan yang lalu kita menikmati hampir USD140 setong sekarang sudah tinggal USD35 satu tong dan kemudian kita harus melihat secara jujur, secara komprehensif dan kita harus melihat secara holistik bagaimanakah hasil-hasil yang kita dapati daripada hasil komoditi yang terpaksa mengalami kemerosotan pada hari ini. Kelapa sawit kita, harga getah kita dan juga kita melihat bagaimana nilai eksport kita dan sudah tentu kita melihat nilai import kita yang semuanya itu akan menggambarkan suatu dasar fiskal kerajaan kewangan negara sama ada dalam masa terdekat ataupun dalam masa tempoh jangka masa panjang. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, majlis ini mesti bersidang dengan segera. Kita tidak boleh berlengah lagi. Maknanya sudah sampai masanya sama ada bermula daripada dua minggu akan datang saya mengharapkan supaya majlis ini menjadi suatu kenyataan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Semua pihak boleh duduk di sana dan berbincang secara mikronya ataupun makronya bagaimana kita seharusnya menjana ekonomi ini yang insya-Allah kalau saya yakin kita penuh iltizam dan keikhlasan, kita boleh memberikan sumbangan yang besar.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat tentang bagaimana dasar kerajaan terhadap pertanian. Bila negara-negara maju, saya perhatikan bagaimana pakar- pakar ekonomi Amerika yang telah mencatatkan pada tahun 2009 menghadapi wall straight crash ini dan akhirnya kita melihat Tuan Yang di-Pertua, pandangan-pandangan daripada pakar-pakar ekonomi mereka tetap mengatakan bahawa Dasar Pertanian Negara itu mesti dilihat sebagai satu asas yang paling fundamental dalam mengekalkan pertumbuhan ataupun apa juga yang menentukan dasar fiskal negara ini. Maka dengan sebab itulah saya melihat Tuan Yang di-Pertua, dalam rangsangan pakej ekonomi ini, kita tidak melihat suatu portion ataupun suatu ruang yang kita melihat bagaimana kita serius untuk kita memastikan bahawa hasil pertanian kita ini mesti lebih maju dan lebih berinovasi pada masa yang akan datang. Kalau kita melihat Taiwan, Tuan Yang di-Pertua dan kalau kita melihat Thailand yang ada pada hari ini, bagaimana kita melihat padi mereka, sayuran mereka dan buah-buahan mereka, mereka telah jauh ke hadapan meninggalkan kita. Pertumbuhan ataupun hasil mereka setiap tahun begitu memberangsangkan. Kita memang seharusnya mengakui teknologi makanan kita masih jauh ketinggalan. Maka dengan sebab itulah kita harus melihat perkara ini secara serius dan apabila majlis ini dapat bersidang bukan mungkin satu siri, dua siri ataupun tiga siri.

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Mungkin kita memakan masa setahun atau dua tahun supaya majlis ini dapat memikirkan cara yang terbaik bagaimana seharusnya kita menjana supaya aspek ataupun sektor pertanian kita ini dapat bersaing paling tidak pun dengan negara-negara jiran kita yang ada pada hari ini, Thailand mahupun Taiwan yang jauh ke hadapan dari segi mengekalkan pendapatan mereka yang berdasarkan kepada hasil pertanian.

Saya mohon penjelasan sikit.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, sila.

Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian mengenai perlu dibentuk satu majlis. Saya mengandaikan bahawa keperluan itu dari segi aspek kebebasannya. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah satu lagi aspek yang dikenali sebagai ketelusan itu ataupun dengan izin, transparency juga merupakan satu kayu ukur kerana dalam hal ini seperti yang dibahaskan daripada pagi hingga sekarang ialah krisis yang dialami di negara kita ataupun di dunia bukan satu krisis yang teruk ataupun parah. Saya yakin tidak ada orang dalam dunia hari ini yang mampu secara yakin datang kerana kita ada solution nya ataupun ada jawapannya. Akan tetapi saya rasa apa yang rakyat tunggu sebenarnya bukan jawapan sahaja tetapi ketelusan dan keikhlasan yang perlu ada di dalam kerajaan yang bertanggungjawab. Jadi saya mencadangkan sekiranya boleh diperjelaskan lagi, satu ketelusan di mana majlis yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu apa yang dikatakan publish what you pay or publish what you get. Maksudnya dengan izin apa saja perbelanjaan daripada pakej RM60 bilion itu mesti diterbitkan. Sekarang kita ada teknologi iaitu internat yang mana rakyat semua mempunyai akses kepada maklumat tersebut. Mohon penjelasan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Balik Pulau. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju 100 peratus dengan pandangan Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Ekonomi ialah suatu perkara yang integrated. Satu faktor yang menyokong pembangunan ekonomi itu ialah satu yang integrated. Ia tidak boleh berdiri dengan sendirinya atas satu faktor sahaja. Maka, aspek ketelusan memang satu perkara yang sangat penting. Di sinilah saya melihat dalam roh SPRM yang ditubuhkan itu. Saya merasakan dan kita juga menyokong tentang rang undang-undang itu walaupun dalam banyak pandangan, kita mahukan ada pindaan dan seumpamanya. Namun dari segi semangat dan roh itu, kita bersetuju bahawa everything must be put on the table dengan izin. Semuanya diletakkan di atas meja dan tidak ada under table.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau ini pendekatan yang boleh kita realisasikan baik di peringkat kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan termasuklah kerajaan negeri, saya merasakan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi akan dapat mencapai matlamat yang semaksimum mungkin. Di atas input itu, saya ucapkan terima kasih. Kemudian saya menyambung Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita perlu melihat cadangan saya yang pertama tadi bahawa dengan kita melihat masalah ini secara keseluruhan, dengan izin kita must look at the big picture, dengan suatu gambar yang lebih luas. Maka dengan sebab itulah saya cukup yakin dan percaya bahawa bukan negara kita tidak punya kekuatan dan potensi ini. Kita ada sumber asli, kita ada sumber eksport kita dan kita ada suatu yang dikatakan region, satu daerah yang boleh dikatakan aman, bebas dan berkecuali. Ini adalah dalam konsep ASEAN. Oleh itu kita boleh mencadangkan dan majlis ini boleh membincangkan bagaimana dalam bentuk jangka panjang yang berskala besar dalam menjana ekonomi ini, Malaysia boleh menjadi hab kepada industri petrokimia. Kenapa ini tidak boleh difikirkan? Saya rasa ini telah lama dibincangkan dan dalam Majlis MAPEN dulu pun, wakil-wakil PAS pernah mengutarakan perkara ini sebab region kita ini aman. Region Timur Tengah Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa tidak aman. Campur tangan luar. Apa hasilnya kita melihat pada hari ini? Saya cukup yakin dan positif. Kita melihat apabila barat selepas post 9 September memberikan tekanan terhadap orang- orang Islam yang mahu masuk ke negara mereka. Maka, pelancong-pelancong daripada Timur Tengah ini datang ke Malaysia secara mendadak dan memilih Malaysia sebagai destinasi alternatif mereka. Kita melihat pada hari ini, kalau dulunya Bukit Bintang sebagai contoh satu kawasan yang hanya dikenali dengan hanya dikunjungi mungkin oleh pelancong-pelancong daripada China tapi hari ini kita melihat satu inovasi telah berlaku di mana lorong-lorong seperti Bukit Bintang dan Petaling Street itu juga dikunjungi oleh pelancong-pelancong daripada Arab. Ini adalah dalam aspek pelancongan. Kalau kita, Malaysia boleh menawarkan dengan satu kestabilan di rantau ini, kita boleh menjadikan satu daerah dalam negara kita sebagai hab kepada industri petrokimia ataupun kita boleh menjadi satu tempat untuk negara-negara Arab menyimpan minyak mereka dengan selamat dalam negara kita dan kita mewujudkan kilang-kilang penapis untuk mereka dan industri hiliran yang akan lahir Tuan Yang di-Pertua, cuba bayangkan betapa kita dapat melihat suatu potensi berskala besar yang mampu diraih oleh negara kita. Jadi saya rasa kalau kita serius dan ikhlas untuk melihat krisis ini yang bagi saya bukan kita mesti melihat saja pada hari ini tetapi dalam bentuk jangka panjang, saya rasa Malaysia sebagai sebuah hab kepada industri petrokimia ini akan dan boleh menjadi suatu kenyataan. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya inovasi dalam bidang industri kecil ini juga diberikan suatu perhatian. Dunia hari ini berubah, Tuan Yang di-Pertua dengan inovasi melayari internat. Anak-anak kita tidak perlu lagi pergi ke cyber cafe. Dengan satu hand phone, inovasi yang dicipta oleh Nokia. Hari ini segala-galanya di sini. Muziknya di sini, video kameranya di sini dan telefonnya juga di sini. Dan mereka melangkah lebih jauh lagi. Hari ini ada tempat-tempat kita melihat warung-warung telah bertukar menjadi cyber. White Coffee dan Coffee Bean yang kita dapat lihat. Ini inovasi yang datang dan kita melihat, perlu kita jana. Saya juga melihat di bawah sana terlalu ramai lagi anak-anak Malaysia sama ada mereka berbangsa apa pun yang telah lahir sebagai usahawan yang kalau kerajaan memberikan mereka suatu dana untuk mereka melanjutkan dan untuk mereka mengunjurkan lagi inovasi ini, saya rasa kita akan ada suatu pool, ada suatu kumpulan usahawan yang boleh bergerak pantas dan tangkas. Contohnya, White Coffee dan Coffee Bean.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Hari ini kita ada lagi RFC Tuan Yang di-Pertua. RFC ini adalah Radix Fried Chicken yang hari ini telah ada dua tiga destinasi di Kedah, ada di Sungai Petani, ada di Alor Setar yang kita melihat dan saya melihat dengan mata sendiri bagaimana RFC ini benar-benar boleh menjadi alternatif kepada KFC. Kalau hari ini kita melihat, kita mahu memboikot KFC atas nama persaudaraan kita dengan umat Islam Palestin, kita boikot KFC, apa alternatif kita? Akan tetapi, hari ini kita telah punya alternatif. RFC bagi saya benar- benar telah boleh mengganti alternatif kepada KFC di Malaysia.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dengan ayamnya di bela di reban-reban yang bersih, yang diberikan makanan- makanan yang berasaskan kepada herba dan ini sudah tentu saya rasa satu potensi kalau kita jana dengan baik dan saya melihat kesemuanya ini, industri IKS ini kalau boleh kerajaan memberikan satu fokus yang saya rasa dana ini benar-benar sampai kepada mereka ini, saya cukup yakin dan percaya ekonomi kita mampu digerakkan dengan begitu pantas sebab kita mengambil pengajaran daripada Korea dan Jepun.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya rasa Yang Berhormat Rompin bukan sekadar menjadi pakar pecah belah tetapi boleh membantu saya dari segi bagaimana satu konsep “semau undung” yang dijalankan di Korea Selatan yang ala DEB. Tuan Yang di-Pertua, kalau DEB 30 tahun gagal mencapai matlamatnya, tetapi saya menekuni konsep “semau undung” ini dalam masa 15 tahun sebenarnya industri IKS di Korea Selatan telah mampu mencapai matlamat di mana cottage industry ini telah menjana ekonomi negara kita. Saya beri Yang Berhormat Rompin dahulu, kemudian Yang Berhormat Pokok Sena.

Yang Berhormat Pokok Sena duduklah.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Bahagi dua.

Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat, hujah-hujah yang baik bagi saya. Tahniah tetapi pada hari ini saya nampak ucapan Yang Berhormat berlainan sedikit. Adakah dengan prestasi Yang Berhormat yang akan keluar Harakah hendak menawarkan jawatan Naib kah Timbalan atau kah Yang Berhormat berdua hendak mencalonkan calon lain untuk Timbalan Presiden kah. Saya dengar-dengar hendaknya pengesahan sahaja.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Rompin hendak jadi Menteri kah?

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Benarlah telahan Yang Berhormat Kubang Kerian bahawa Yang Berhormat Rompin ini pakar pecah belah, batu api yang paling kuat... [Ketawa] Okey, setuju kah Yang Berhormat dengan pandangan saya bahawa dalam pakej rangsangan ini, kerajaan tidak begitu fokus untuk melihat sektor-sektor atau pun industri-industri yang betul-betul boleh memberikan rangsangan kepada ekonomi negara kita ini. Umpamanya saya beri contoh, saya pun baru sedar tadi bahawa dalam sektor pelancongan, saya bukan menolak bahawa pentingnya soal pelancongan tetapi saya punya pemikiran bahawa dalam suasana krisis ekonomi ini sudah tentulah setiap orang hendak berjimat, tidaklah hendak pergi ke luar negara kalau di seluruh dunia berlaku krisis seperti ini sudah tentulah orang akan mengurangkan perjalanan mereka untuk menjimatkan perbelanjaan mereka. Jadi, saya pun hairan macam kerajaan dalam pakej ini juga menyediakan satu peruntukan untuk sektor pelancongan antaranya ialah membangunkan infrastruktur di tempat-tempat pelancongan. Padahal saya katakan bahawa di tempat-tempat pelancongan ini tidak perlu lagi dalam suasana krisis ini, infra yang baru. Infrastruktur yang ada itu sudah pun mencukupi cuma hendak service sahaja untuk memberikan lebih kebaikan, keindahan, kecantikan dan sebagainya. Maknanya, seolah-olahnya macam dia hendakkan sektor pembinaan, infra ini lebih banyak kepada sektor pembinaan, yang akhirnya boleh memberikan keuntungan jangka pendek kepada kepentingan-kepentingan politik tertentu. Jadi Yang Berhormat Padang Rengas dok tengok ini, dia bukan kawasan pelancongan yang cukup hebat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, mungkin ada kroni-kroni mereka yang akhirnya mereka inilah yang akan mendapat tetapi sedangkan untuk jangka panjang kita lihat ia tidak akan memberikan kesan yang baik. Jadi sebab itu, setuju atau tidak setuju bahawa majlis kerjasama yang saya sebut awal tadi, Yang Berhormat Balik Pulau sebut itu patut ditubuhkan bukan sahaja untuk melihat kepada pelaksanaan RM60 bilion ini tetapi hendak review balik ini beberapa perkara yang saya rasa tidak menepati kepada perkara-perkara yang sedang kita hadapi.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rompin ini Tuan Yang di-Pertua kita doalah. Selepas bulan tiga ini harap jadi menteri lah... [Ketawa] Insya-Allah dan Yang Berhormat Padang Rengas juga kawan saya akan dinaikkan pangkat yang lebih tinggi lagi, insya-Allah.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena telah memberikan satu pandangan yang saya rasa boleh kita kongsi bersama secara jujur sebab itu saya sebut tadi pada the big picture, kita seharusnya tidak lagi melihat ekonomi negara ini dan seterusnya kita mencari penyelesaian secara mini bajet dan seumpamanya. It is a total revamp. Kita perlu melihat secara keseluruhan. Paling tidak pun majlis tadi boleh melihat dalam jangka masa lima tahun, kita mengunjurkan pendapatan kita dan pandangan kita terhadap pendapatan negara dan dari situlah kita bertolak untuk kita melihat bagaimana kita seharusnya menyediakan bajet yang lebih relevan, yang lebih efisien. Kita mengharapkan supaya apa yang kita bincang itu rakyat akan mendapat manfaatnya. Jadi, pandangan Yang Berhormat Pokok Sena itu sudah tentu saya akan ambil dan saya masukkan sebahagian dalam ucapan saya. Yang Berhormat Padang Rengas teruskan senyum ya sebagai exercise selepas forum ini... [Ketawa] Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa cadangan saya yang akhir adalah supaya kita benar-benar serius terhadap bagaimana kita menyantuni, menyentuh dan juga mendekati anak-anak muda kita yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan ini. Saya rasa pendekatan hendak dapat bantuan projek kerajaan, hendak lihat isi borang UMNO atau tidak akan berlalu serta-merta. Saya tidak kisah Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya wakil rakyat di Kubang Kerian, bukan semua yang mengundi saya itu adalah merupakan orang-orang PAS. Kalau ada anak muda UMNO yang benar-benar berminat dalam bidang usahawan dan benar- benar telah mendirikan kilang sebagai contoh, maka berikanlah. Itu tidak ada masalah. Saya harap budaya supaya ada peruntukan, scan, ini ahli pembangkang, dihalang. Sedangkan mereka adalah anak muda yang cukup berpotensi, saya rasa ini satu amalan yang saya rasa kalau kita ingin melihat negara kita maju dengan penuh keikhlasan, amalan seperti ini saya rasa perlu kita hapuskan...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ada lagi?

Saya setuju dengan saranan Yang Berhormat, hendak membela rakyat Malaysia, semua rakyat Malaysia. Kalau ada dalam Perlembagaan ada membantu bumiputera, kita bela bumiputera, saya setuju Yang Berhormat. Mungkin kerajaan Kelantan begitu tetapi tidak semua. Akan tetapi saya dengar di Kerajaan Pembangkang di Selangor yang bukan diketuai oleh PAS, saya dengar cerita kontrak Alam Flora, hendak buang semua kontraktor yang ada, dia kata kena masuk borang PKR dahulu. Adakah Yang Berhormat setujukah itu? Kalau Yang Berhormat tidak setuju, mungkin giliran PAS pula menjadi Menteri Besar Selangor supaya apa yang disarankan oleh Yang Berhormat bukan sahaja dilaksanakan di Kelantan. Kelantan mungkin sekarang cakap, buat tidak. Tidak sepenuhnya tetapi ...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bangun]

Akan tetapi..., apa pula Yang Berhormat Jelutong bangun ini. Tak kan Yang Berhormat Jelutong hendak bela Selangor pula... Pembantu?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tidak.

Adakah Yang Berhormat..

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

Ah, orang Selangor bangun pula. Supaya bukan sahaja dituduh belah sini Tuan Yang di-Pertua, yang belah sana kadang buat lebih teruk lagi. Kita sentiasa membaiki apa yang ada Yang Berhormat Menteri kan?

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Selalu dah.

Akan tetapi, yang baru-baru ini lebih kasar, lebih ganas. Kata orang, saya dengar dalam internet sebenarnya. Saya baca malam tadi. Kami kena paksa, kalau kami tidak masuk borang PKR tidak boleh sambung kontrak kami. Ini di Selangor, saya dengar. Adakah Yang Berhormat setujukah kalau apa Yang Berhormat sarankan itu bukan untuk belah sini, memang kita buat pun Yang Berhormat Menteri tetapi yang belah sana, itu lebih teruk lagi...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Memang buat pun.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Penjelasan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak pastikan yang Hansard itu mencatatkan rekod yang betul. Pulau Pinang sememangnya ialah sebuah negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang bukan PAS tetapi Alam Flora ini tidak beroperasi di Pulau Pinang. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rompin tidak betul. Apa yang difahamkan oleh saya di Negeri Selangor khususnya di MPAJ semua kontraktor-kontraktor yang dipakai semua UMNO ahli UMNO walaupun ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Saya difahamkan. Apa yang dikatakan Yang Berhormat Rompin tidak betul tidak benar.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 37(1)(b) ini terlampau distretch begitu jauh sudah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yalah jauh-jauh malam ini... [Ketawa] Yang Berhormat setuju atau tidak setuju bahawa saya baru dihubungi sebelum Asar tadi oleh beberapa orang kontraktor di negeri Kedah. Mereka risau dengan pakej rangsangan ini kerana ada beberapa perkara yang berkaitan dengan sektor pembinaan umpamanya sekarang ini telah berlaku di negeri Kedah iaitu mana-mana kontraktor yang memohon apa-apa pelaksanaan projek dia bukan sahaja kena pergi kepada SDO dia kena pergi dapatkan recommendation, cop ketua bahagian UMNO untuk membolehkan dia dimasukkan ke dalam senarai. Senarai kontraktor yang akan diundi untuk mendapatkan projek. Ini masalah yang berlaku. Jadi nampak macam ketua UMNO bahagian ini sudah jadi macam Raja. Sudah jadi Raja. Jadi bagi saya bahawa saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat ini tidak sepatutnya amalan ini masih diwujudkan kerana ini akan merugikan masa depan negara kita.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf sebab saya tengok ramai berminat hendak berucap tetapi Yang Berhormat Kubang Kerian sudah mengambil masa dekat satu jam. Besok...

Eh, tak sampai.

Besok masa amat terhad. Jadi saya mohonlah supaya yang lain juga diberi kesempatan untuk berucap. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya pendekkan. Atas semua tadi Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pokok Sena, dan juga Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua saya anggota khas SPRM insya-Allah UMNO kah, PAS kah, PKR kah, DAP kah, kalau tidak betul kita akan ambil tindakan, insya-Allah. Jadi akhir sekali untuk saya menjana supaya IKS ini kita ada contoh. Kita ada contoh. Kalau kita serius tentang belia kita, usahawan kita dan kita letakkan dan kita letakkan mereka ini sebagai sasaran kita. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena ikut contoh bagaimana dalam masa singkat sahaja Profesor Muhammad Yunus daripada Bangladesh dengan Grameen Bank, pada mula beroperasi modal dia untuk memberikan skim agro kredit ini cuma USD67 juta sahaja Tuan Yang di-Pertua tetapi alhamdulillah dalam masa yang begitu singkat tidak sampai 15 tahun dananya telah mencapai hampir USD 80 bilion dan telah memberikan sumbangan termasuk kepada wanita-wanita yang membuat industri berasaskan buluh di Bangladesh dan tiga juta dalam rekodnya telah berjaya untuk menaik tarafkan golongan usahawan ini. Saya rasa ini patut kita contohi. Kalau Bangladesh boleh buat dan dia berjaya dengan penuh iltizamnya dan Muhammad Yunus mendapat anugerah Nobel Prize daripada UNDP. Saya rasa kenapa tidak kita dengan prasarana, dengan modal, dengan revenue kita yang saya rasa cukup ini, saya rasa kita boleh untuk menjana ekonomi kita dengan lebih baik pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Rompin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

Patut Yang Berhormat Ledang dulu.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Patut Yang Berhormat Ledang.

Ini kita sudah setuju.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Rompin baru masuk sahaja.

...Beri kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena jangan menjadi-jadi. Yang Berhormat Jelutong pulak dah. Saya salah sebut sebab dia selalu ada di situ. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kesempatan untuk menyertai perbahasan bajet walaupun dianggap mini, saya rasa it is a major budget bukannya mini bajet kerana rata- rata kalau kita melihat Tuan Yang di-Pertua, maklum balas feedback daripada sama ada pasaran market ataupun orang ramai bahawa rata-rata menerima baik rangsangan sebanyak 60 bilion yang telah diumumkan baru-baru ini. Ramai yang mengatakan terkejut 60 bilion. Yang sebelah sana mengatakan tidak cukuplah, kecil sangatlah. Ini tidak ada dipersoalkan bahawa 60 bilion Tuan Yang di-Pertua adalah satu jumlah yang sudah semesti merasakan amat sesuai sekali kalau kita bandingkan dengan negara China sebagai contoh. Kita lebih kurang 8 peratus GDP. Di China lebih kurang 9 peratus. Saiz yang dirasakan oleh pakar-pakar analisis dalam pasaran mengatakan dengan jumlah RM60 bilion boleh mengelakkan kita insya-Allah daripada kita memasuki technical recession ataupun pertumbuhan negatif dua quarter dengan izin bertutur-turut. Ada juga yang mengatakan budget major ini, saya mengatakan major budget kerana apa lebih besar daripada saiz pembangunan yang biasa iaitu dua kali pada yang tahun lalu amat unik dengan izin smart dan amat komprehensif sekali dan meliputi yang kita semua maklumkan antaranya RM15 bilion injection fiscal, RM10 bilion untuk ekuiti lepas itu dana guarantee, RM 30 billion taxes incentive dan RM7 bilion untuk private finance deficit untuk menggerakkan swasta kita.

Sudah semesti saya merasakan apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri kemukakan bajet ini sudah semestinya dari hati naluri jiwa beliau merasakan beliau amat terpanggil untuk membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita membela orang ramai di negara ini yang sudah semestinya akan terjejas dengan apa yang berlaku di Amerika dan akan menjejaskan ekonomi kita kerana ekonomi kita amat bergantung kepada produk-produk yang kita eksport ke negara luar terutama sekali negara barat seperti di Amerika. Harapan kita Tuan Yang di-Pertua, bahawa ia kan membantu rakyat biasa sudah semestinya satu usaha luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Ini yang amat penting sekali dalam an extra ordinary budget Tuan Yang di-Pertua kepada benefit an ordinary people of this country dengan izin. Satu bajet luar biasa untuk membela dan membantu orang biasa. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana usaha yang baik yang dapat dikemukakan baru-baru ini. Saya sungguh...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kipas-kipas.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena ini saya bimbang dia ada konspirasi berdua ini sebab apa rata-rata memerhati kepada pemilihan UMNO sekarang in. tetapi ramai yang tidak tahu ada pemilihan PAS bulan Jun ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tanya satu soalan biasa boleh tidak?

Ini saya risau konspirasi berdua ini. Orang Pahang saya bagi lah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rompin menyebut pakej rangsangan luar biasa untuk orang biasa tadi. Saya hendak tanya pandangan spesifik di sini sebab ada disebut cadangan melalui pakej ini cadangan untuk pelepasan cukai bagi faedah bukan pinjaman, faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10 ribu setahun untuk tiga tahun bertutur-turut. Kalau faedah bernilai RM10 ribu setahun atas pinjaman maka pinjaman itu sudah tentu melebihi RM380 ribu. Kalau pinjaman perumahan RM380 ribu bermakna jenis rumah ini bukan untuk orang biasa. Ini untuk orang berada Yang Berhormat. So saya nampak pakej pelepasan cukai yang diberi ini memang khasnya ditumpu atau dikhususkan untuk orang berada bukan seperti orang biasa yang Yang Berhormat katakan tadi.

Terima kasih Indera Mahkota. Indera Mahkota masa dia pemimpin belia itu bagus tetapi masuk PKR ini hancur dia kepala pemikiran sikit. Nanti saya akan ulas nanti. Nanti saya akan ulas Yang Berhormat. Saya tertarik juga dengan ucapan Ketua Pembangkang. Nampaknya ada perubahanlah. Kalau dahulu dia kata tidak perlu kita rangsang ekonomi, kita patut hati-hati berbelanja. Jangan rangsang. Bajet beliau masa baru-baru ini apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan sudah lain lagu dan lain nada. Ini Tuan Yang di-Pertua Kubang Kerian dia tahu lah. Dia di antara penasihatnya.

Sebab itu saya nampak bahawa ada perubahan, yang kita sambut baik pandangan daripada Ketua Pembangkang dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi baik tetapi dia selitkan juga politik dia itu. Saya tertarik juga Tuan Yang di-Pertua dengan pandangan, saya hendak sebut juga Tuan Yang di-Pertua. Dia dalam perkara bail out dia tuduh kerajaan dan dengan bajet yang ada ini terutama sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam guarantee fund 25 bilion, tujuh bilion private financial Malaysia dia kata akan digunakan untuk bail out tertentu. Saya pun tidak tahu, bila teringat bail out ini, masa kroni dahulu ini. Disenaraikan semua mereka yang bail out dahulu, masa Ketua Pembangkang jadi Menteri Kewangan, itu dia bail out.

Lepas itu dituduh pula Malaysia ini bail out syarikat-syarikat tetapi kalau kita lihat sekarang, Ketua Pembangkang dan kawan-kawan dia lah daripada Amerika pada ketika dahulu kita masih ingat. Siapa Timbalan Presiden yang datang ke Malaysia itu? Saya dah lupa, yang tengah makan dia sangat kurang ajar, dia lari masa tengah makan itu?

Al Gore... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya Al Gore. Saya tanya Yang Berhormat Jelutong masa itu dia tidak masuk politik dia tahu, sekarang sudah masuk politik dia sudah lain sikit. Bermakna mereka yang menuduh kita yang pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua hendak menyelamatkan syarikat kita, dia tuduh kita bail out. Akan tetapi bila Barat buat, bail out untuk syarikat insurans yang besar AIG, 150 bilion masih tidak cukup lagi. Ford Motor Company, Detroit Company semua kena bail out tetapi sunyi. Akan tetapi bila kita hendak membaiki dalam Asian crisis kita, hendak menyelamatkan syarikat kita. Mereka tuduh kita bail out. Yang Berhormat Jelutong masa dia dengan geng itu lah pada ketika itu, tetapi sekarang ini sudah lain macam sikit. Ada baik-ada buruknya, yang buruk kadang ada juga tetapi yang baik pun ada juga. Bermakna Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa cerita-cerita lama ini Ketua Pembangkang masih lagi bawa. Tidak perlulah kita lihat macam saya ingat lagi masa dahulu Ketua Pembangkang masa jadi Menteri Kewangan tubuh satu kumpulan yang dipanggil syarikat kewangan yang berwibawa, saya ingat lagi. Semua syarikat-syarikat yang berwibawa dapat kontrak begitu sahaja semasa Ketua Pembangkang jadi Menteri Kewangan. Akan tetapi sekarang bila join sebelah sini Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Pokok Sena pusing kepala dia jadi geng dia. Konon tuduh di sini tidak transparent, tidak terbuka, kena tender tetapi masa beliau jadi Menteri Kewangan sama sahaja. Akan tetapi sekarang bila dah di sebelah sana...

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Dia sudah insaf.

Siapa pula kacau ini? Kalau berani bangunlah... [Ketawa] Saya dengar. Bagi lah saya bercakap sedikit, bila kita ini kalau katakan kita ini Ahli Parlimen yang baik, yang cemerlang bila masa saya bercakap dengar lah. Sebab bila saya cakap, macam Yang Berhormat Kurang Kerian cakap yang baik saya dengar. Saya puji katakan yang baik itu saya kata baik juga. Ini saya hendak cakap hakikat yang sebenar, bila saya baca teks ini yang Ketua Pembangkang baca ini. Dia tuduh kroni, saya hendak bawa ini cerita lama..

Penjelasan, belakang. Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada masa itu saya berkhidmat di JKR dan saya tahu Yang Berhormat Rompin,

Kontraktor-kontraktor yang berwibawa dan kontraktor yang tidak berwibawa. Saya perhatikan pada masa itu ramai kontraktor yang sebenarnya tidak berwibawa, rekodnya buruk jadi kontraktor berwibawa pada zaman itu. Apa pandangan Yang Berhormat Rompin ?

Ini yang masa ketika itu senarai keluar, kroni-kroni bekas Menteri Kewangan. Sebab itu saya kata kita ke tepilah cerita yang terdahulu, marilah kita tumpukan seperti yang disarankan. Kita tumpu kepada...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

...Nanti saya habis sikit lepas itu saya bagi kepada Yang Berhormat Pokok Sena sebab memang dia sudah ada konspirasi antara berdua ini. Okeylah

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rompin yang membangkitkan isu ini. Akan tetapi harus kita faham bahawa PAS konsisten daripada dahulu tidak mengira siapa dan Alhamdulillah lah hari ini seperti kata Yang Berhormat Bukit Bendera tadi bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh dia menyedari. Makannya kalau betul apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Rompin mengatakan bahawa dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang pun buat perangai yang sama macam UMNO. Maknanya yang tidak berubah UMNO, yang tidak berubah itu UMNO, diri dia berubah, yang tidak berubah itu UMNO. Jadi kita tidak akan kita hendak bangkitkan isu yang dahulu? Tidak akan saya hendak membangkitkan isu yang dahulu? Isu yang di zaman Tun Dr. Mahathir umpamanya, sekarang ini yang memerintah, yang jadi Perdana Menteri siapa dia, yang jadi Timbalan Perdana Menteri siapa dia? Jadi yang tidak berubahnya UMNO. Diri manusia itu saya sudah berubah jadi sepatutnya UMNO pun kena berubah. Jadi saya harap Yang Berhormat Rompin pun kena...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kena insaflah, kena berubahlah

Saya boleh, Terima kasih

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi keadaan ini berlarutan sampai sekarang ini amalan ini diteruskan.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena kerana membela Ketua Pembangkang sebab dalam PAS ada dua kumpulan. Kumpulan yang menerima sebagai Ketua Pembangkang, yang satu kumpulan tidak terima betul. ang Berhormat Maran ya, bukan?

Yang Berhormat Marang.

Yang Berhormat Marang jelas dia kata dia tidak restu Ketua Pembangkang yang ada. Dia tidak restu pakatan untuk di wujudkan kerajaan baru di bawah Ketua Pembangkang. Dia tidak bersetuju...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini...

Bagilah saya habis dahulu

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, saya rasa fitnah.

Inilah Yang Berhormat Pokok Sena bila saya

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Marang bersama semua yang mengetuai...

...Bila saya hujah, ini yang aduh. Ini bukan ceramah di kampung Yang Berhormat...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Sebagai ketua kepada Parti di sini menyetujui bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang. Ini tuduhan yang tidak betul

Ini Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat bercakap saya dengar. Bila Yang Berhormat cakap, kalau Yang Berhormat Ahli Parlimen yang terbaik mesti dengar lah dahulu.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

36(6)

Tuan Yang di-Pertua

Hentikan, hentikan yang politik itu Yang Berhormat

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

36(6)

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan kepada ekonomi

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, 36(6) dia membuat tuduhan kepada Yang Berhormat Marang walau bagaimanapun Yang Berhormat Marang tidak ada di sini. Tuan Yang di-Pertua mengetahui bahawa kesemua Ahli-ahli Parlimen daripada PAS termasuk yang diketuai daripada Yang Berhormat Marang menyetujui Yang Berhormat Pematang Pauh adalah sebagai Ketua Pembangkang.

Saya akan hantar Yang Berhormat Pokok Sena kenyataan akhbar Yang Berhormat Marang tentang perkara ini. Saya akan, ada keluar akhbar, saya bukan kata begini, boleh saya berbalik kepada ini...

Peraturan mesyuarat sedikit, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini di Parlimen tandatangan setiap Ahli Parlimen.

Saya yang saya cakapkan semua yang saya baca dalam akhbar. Antara akhbar lah akhbar Harakah.

Peraturan mesyuarat.

Bukan akhbar Utusan Malaysia.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin saya dengar dahulu peraturan mesyuarat daripada Yang Berhormat Balik Pulau. Dia terdahulu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (12) kerana ini merujukkan kepada fakta yang mengelirukan ya Tuan Yang di-Pertua lebih arif. Saya tidak perlu baca peruntukan nya kerana di sini Yang Berhormat Rompin bertegas bahawa beliau mempunyai bukti, beliau bertegas itu adalah tepat. Walaupun disangkal oleh Yang Berhormat Pokok Sena, jadi saya rasa ini serius, melainkan apabila disangkal tadi beliau mengatakan tidak. Beliau bertegas, bahawa beliau memegang pandangan beliau dengan bukti. Saya yakin perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana merujuk kepada kedudukan Ketua Pembangkang yang disepakati. Jadi saya rasa perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana dia merujuk khusus kepada peruntukan 36(12) Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya memohon peraturannya.

Yang Berhormat Balik Pulau duduklah. Saya bila Yang Berhormat sana cakap tuduh UMNO macam-macam yang bekas Yang Berhormat Jelutong siapa nama dia? Macam Yang Berhormat Bukit Gelugor tuduh Pemuda UMNO bukan-bukan. Ini Yang Berhormat Balik Pulau.

Mohon rulling.

Saya teruskan kepada ekonomi, duduk-duduk. Yang Berhormat Balik Pulau mula-mula saya hormat sebagai orang profesional, mulai hari ini saya sudah tidak hormat lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin.

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum beri keputusan lagi tadi. Duduk dulu, Ahli-ahli Yang Berhormat saya biarkan perbahasan walau pun ia menjangkaui peraturan mesyuarat. Kalau itu dibuat seperti yang dibuat tadi tetapi kadangkala cuit-mencuit ini menimbulkan ketegangan. Jadi elakkan itu, jadi yang peraturan mesyuarat tu tidak apalah, beri lalulah kerana saya nampak bahawa apa disebut oleh Yang Berhormat Rompin itu dia tidak sangat berniat untuk mengelirukan Dewan sehingga menjangkaui peraturan mesyuarat yang disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin perlu diperbetulkan Tuan Yang di-Pertua, kalau itu bukan yang diniatkan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua saya bersetuju dengan pendapat Tuan Yang di-Pertua tetapi Yang Berhormat Rompin tidak boleh menjadikan perkara yang secara faktanya jelas. Ini satu penghinaan kepada Dewan.

Satu penghinaan kepada Dewan... [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Satu penghinaan kepada Dewan sebab fakta jelas. Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa kami menyetujui.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi dia perlu insaf, dan perlu dihantar kepada pusat pemulihan saya ingat... [Ketawa]

Peraturan 36, dia kata pusat pemulihan... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak komen Tuan Yang di-Pertua dalam ucapan Ketua Pembangkang isu tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Yang Berhormat Kubang Kerian sekarang ada penempatan beliau saya nampak bila perbahasan dahulu sini menyokong tetapi bila ada pula perkara siasatan dibuat kepada pihak pembangkang khususnya Menteri Besar Selangor. Sudah lain pula ceritanya, tidak bersetuju pula dengan SPRM, macam ada double standard.

Bila belah sini buat, tidak adil. Ini double standard. Saya rasa orang yang muda- muda seperti yang Yang Berhormat Kubang Kerian kata tadi, yang pakai internet, dia boleh memerhati perkara ini, dapat menilainya. Double standard pembangkang dalam isu pelaksanaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Saya tidak perlu ulas. Dalam rekod mengatakan ini cerita lembu di Selangorlah, cerita orang di Peraklah. Ini memang bagus, Badan Pencegah Rasuah buat siasatan...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kata hendak start ekonomi?

Yang Berhormat Indera Mahkota kata kawan? Saya baca hujah Ketua Pembangkang. Ini perkara muka surat..., tentang peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ini penting...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini berbahas ucapan Ketua Pembangkangkah, membahaskan bajet tambahan?... [Ketawa]

Bajet ini peranan...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi nampaknya Ketua Pembangkang sudah naik taraflah?

Bukan, saya hendak baca hujah-hujah yang tidak benar, saya hendak jawab. Ini hak saya Yang Berhormat Rompin. Majoriti alhamdulillah dari Rompin ini... [Ketawa] Ini hendak membendung ketirisan, leakage dalam ekonomi. Untuk itu kita hendakkan Badan Pencegah Rasuah menjalankan tugas dengan baik. Takut lembu daripada wilayah-wilayah pergi ke Selangor, itu ketirisanlah..., ada. Kalau Yang Berhormat Pendang.. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Hendak jawabkah tidak yang tadi itu?

Kalau Yang Berhormat hendak setakat di surau itu, hendak kenduri itu, bolehlah saya timbang... [Ketawa]

Mohon penjelasan sedikit Yang Berhormat Rompin.

Nanti, bagi saya habis dahulu.

Mengenai SPRM tadi.

Nanti dahulu. Saya hendak habis dahulu. Biar saya sentuh sedikit kerana penting ini dari isu ketirisan, leakage dalam ekonomi kita, saya setuju Yang Berhormat mengatakan bahawa dalam persoalan ini ada ketirisan, leakage supaya yang mereka patut manfaat ialah orang ramai, rakyat biasa yang mahukan pembelaan terutama dalam suasana ekonomi kita sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tengok sedikit juga menyentuh tentang isu yang dibangkitkan, empat teras yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Pertama, saya hendak sentuh sedikit tentang isu mengurangkan pengangguran dan menambahkan peluang pekerjaan. Saya ingin menyokong teras pertama ini iaitu kita bela 163,000 peluang latihan dan penempatan bagi pekerja yang diberhentikan dan siswazah-siswazah yang menganggur. Ini amat baik sekali. Namun demikian, saya juga minta supaya swasta, janganlah usaha ini hanya dipikul oleh kerajaan sahaja untuk membela anak-anak muda kita seperti yang Yang Berhormat Kubang Kerian katakan tadi, yang menganggur, yang akan keluar daripada universiti dan akan di retrench, dengan izin, hilang pekerjaan oleh kerana kilang-kilang kita terpaksa down size, dengan izin, kerana eksport mereka terjejas di dunia sana. Tuan Yang di-Pertua, ini amat penting sekali. Yang kedua, saya juga ingin menyentuh tentang teras yang kedua, iaitu meringankan beban rakyat iaitu menambah lagi peruntukan-peruntukan untuk membela anak-anak muda kita ataupun mereka yang tinggal di bandar. Saya penuh yakin bahawa anak-anak muda yang tinggal di luar bandar dapat dibela dari segi perumahan mereka, mana yang tidak ada tanah, kerajaan bagi mereka tanah, tidak kira siapa mereka. Namun yang demikian, saya juga ingin menyertai kebimbangan kita kepada anak muda yang di bandar. Kalau kita lihat dan kaji Tuan Yang di-Pertua, demografi sekarang ini di Malaysia, kalau kita lihat satu bandar yang kita takrif sebagai mereka yang tinggal di bandar itu 50,000 ke atas, boleh dikatakan majoriti bandar- bandar ini sudah didiami oleh orang Melayu dan bukan macam dahulu, majoritinya bukan Melayu. Sekarang ini majoritinya sudah orang Melayu. Untuk itu, isu untuk memberikan pendidikan dan perumahan itu amat penting sekali. Saya menyambut baik, syabas kepada Menteri Kewangan kerana memperuntukkan RM200 juta lagi peruntukan untuk Perumahan Mesra Rakyat. Namun demikian saya merasakan Tuan Yang di-Pertua, mengapa tidak kalau kerajaan timbang, buat satu projek besar-besaran, mungkin untuk 100,000 anak-anak kita yang tidak ada rumah ini, generasi muda di bandar-bandar ini, mungkin RM50,000 harganya dengan jumlah RM5 bilion. RM5 bilion ini boleh kita berikan kepada swasta ataupun agensi kerajaan, di mana kerajaan hanya memberikan satu gerenti sahaja, di mana mereka ini boleh membayar, yang paling baiknya Tuan Yang di-Pertua, mengapa tidak mereka ini membayar sewa dahulu dan dalam jangka masa 25-30 tahun, sewa-sewa ini boleh menjadi sebahagian atau sepenuhnya nanti menjadi pembayaran kepada apartmen atau perumahan itu bagi rumah- rumah kos rendah ataupun medium low cost, dengan izin untuk di dalam bandar. Saya ingin menyarankan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...

[Bangun]

...Mengapa tidak kerajaan membuatkan satu projek yang besar, sebagai contoh, 100,000 rumah kos menengah rendah, harganya RM50,000 satu unit, berjumlah RM5 bilion kepada anak-anak muda kita di bandar, yang mana pendapatan mereka hanya RM2,000 ke bawah.

Dan mereka ini peringkat awalnya, kerana mereka ini baru lagi kerja, kita bagi mereka sewa dahulu dan apabila mereka mampu nanti, dia tambahkan sewa itu nanti, semua sewa itu akan dijadikan sebahagian daripada pembelian apartmen atau rumah itu sendiri, yang pertama. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kalau di luar bandar, rumah-rumah di bina oleh mereka sendiri, tanah kerajaan yang beri, infrastruktur kerajaan yang beri, mengapa juga kita yang di bandar Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah ini, prasarana apartmen, rumah-rumah yang medium low cost ini, prasarana dilaksanakan oleh kerajaan. Untuk itu, kosnya yang RM50,000 itu, untuk apartmen atau rumahnya sahaja bukan infrastruktur Tuan Yang di-Pertua, kerana kos infrastruktur itu kadang-kadang 30 peratus, 40 peratus. Mengapa tidak, kerana ini merupakan tanggungjawab kerajaan membela mereka ini yang berpendapatan rendah, bukan sahaja di luar bandar tetapi kita bela mereka juga yang berpendapatan rendah ini, sama yang kita bela mereka di luar bandar, kita bela mereka di dalam bandar, tidak kira siapa. Bumiputera, bukan bumiputera, semua rakyat Malaysia yang dalam bandar, pendapatan RM2,000 ke bawah, buat rumah banyak-banyak, 100,000 sebagai contoh untuk peringkat permulaan, prasarananya dikendalikan oleh kerajaan, sewa peringkat awal itu dijadikan pembelian dalam jangka masa 25-30 tahun dan kalau swasta membinanya, kerajaan boleh bagi gerenti dalam masa 30 tahun itu, anak- anak muda itu nanti insya-Allah, semua jumlah sewa itu akan menjadi pembayaran kepada apartmen atau rumah medium low cost itu di bandar. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan. Silakan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga kagum kerana cadangan itu agak baik untuk program menggalakkan pemilikan rumah, tetapi kita mesti faham asasnya untuk membolehkan seseorang itu layak untuk memiliki rumah atau membeli rumah. Biasanya mereka ini mestilah mempunyai pendapatan tetap dan kebetulan memang ada satu cadangan secara khusus semalam, yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Soalan yang pertama tadi yang saya ajukan kepada Yang Berhormat Rompin, dia kata sudah jawab. Berkenaan dengan pelepasan cukai atas faedah pinjaman perumahan yang disebut secara khusus semalam, tetapi disebut kepada jumlah pelepasan sehingga RM10,000 setahun atas faedah, bukan pinjaman, faedah. Apa kata Yang Berhormat Rompin kalau kita cadangkan, kita jangan hadkan jumlah ini, tetapi kita bagi pelepasan cukai kepada semua bentuk pinjaman perumahan untuk tempoh, tidak payah tiga tahun tetapi dua tahun. Maknanya, sebarang bentuk atau jumlah pinjaman perumahan, faedahnya kita kecualikan langsung daripada cukai. Ini agak menyeluruh dan semua orang termasuk orang yang baru hendak mulakan kehidupan, baru ada pendapatan yang cukup untuk memiliki rumah, tetapi kita beri dia pelepasan terhadap faedah yang sepatutnya dikenakan oleh pemberi pinjaman.

[Bangun]

Saya ingat, Yang Berhormat Indera Mahkota, cadangan itu baik. Namun demikian Yang Berhormat Indera Mahkota, mungkin sebagai latar belakang. Di Malaysia ini mungkin pegawai Kementerian Kewangan boleh memaklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, bahawa mereka yang bayar cukai ini hanya yang berpendapatan RM2,800 ke atas saya rasa. Mungkin bahagian cukai boleh angguk kepala kalau betul saya kata. RM2,800 ke atas sahaja bayar cukai. Bermakna yang tidak bayar cukai ini, pendapatan mereka yang rendah RM2,800 ke bawah, memang tidak bayar cukai kerana rebate pendapatan ini hanya kepada mereka yang bayar income tax mereka sahaja Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi, pelepasan cukai terhadap faedah, bukan terhadap pinjaman. Sebagai yang digariskan semalam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat, kita hanya daripada sekarang sampai 10.30 malam ini Yang Berhormat. Pagi esok dari 11.30 pagi sampai pukul 1 malam. Jadi kalau ada pandangan yang elok tulis surat begitu, hantarkan atau...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya ambil kesempatan ini sebab Yang Berhormat Rompin ini bekas Timbalan Menteri Kewangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya faham Yang Berhormat, saya tahu siapa Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat. Saya bersama Yang Berhormat Rompin pada tahun 1999.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh.

Saya bersetuju, saya minta Menteri Kewangan jawab sebab saya boleh ulas tapi bila saya terus kepada apa... Saya bersetuju namun demikian Yang Berhormat memang kena ingat bahawa taxable income bracket pendapatan RM2,800 ke atas. Untuk itu kalau kita hendak buat mitigation untuk yang berpendapatan rendah bukan cara tax. Dia outside dari tax bracket dengan izin, tapi Menteri Kewangan mungkin boleh menjawab nantilah, kalau tidak mungkin pegawai boleh buat surat kepada Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak berbalik kepada isu tadi, saya berbalik kepada inti sari ucapan saya tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua, masa Tuan Yang di-Pertua bila masuk, bahawa bajet ini bukan mini bajet pandangan saya. It’s a major budget. Satu extraordinary yang luar biasa kepada orang yang biasa, extraordinary bajet untuk benefit ordinary man atau satu bajet major yang besar, luar biasa untuk membantu orang ramai. Saya membawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat semua strategi pendekatan empat-empat yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan adalah cuba membantu untuk meningkatkan pendapatan sama ada kita cuba apa jua usahanya. Kita selamatkan syarikat dengan menggunakan RM25 bilion guarantee supaya syarikat itu tidak tutup, ada working capital nya boleh menjana peluang pekerjaan. Yang paling baik sekarang ini bukan hendak menambah, jangan mereka terpaksa membuang pekerjaan. Saya pernah berniaga, saya tahu Yang Berhormat Indera Mahkota. Hari itu, semasa saya resesi yang dahulu, saya kena kurangkan separuh pekerja saya begitu dan saya pada ketika itu tiada ada tempat bank untuk membuat pinjaman. Sekarang bank tidak mahu bagi pinjaman, dengan ada gerenti yang diumumkan, mereka boleh memohon kepada kerajaan terus pada ketika itu. Ini satu inisiatif yang amat inovatif dan unik sekali, kenapa? Syarikat ini boleh meminjam dengan kerajaan, working capital dia, dia boleh menangguhkan keputusan untuk membuang pekerja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Ini penting, sekejap, saya boleh bagi. Bagi saya hujah, nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, itu untuk memastikan syarikat-syarikat yang ada boleh terus meneruskan perniagaan mereka. Kalau kurang working capital boleh memohon. Dahulu memang orang kata bank seperti yang kita tahu, dalam bahasa Inggerisnya Tuan Yang di- Pertua, bila dia sunshine dia bagi payung, hujan dia tarik balik payung. Inilah masa bank tarik balik payung, bila bank tarik balik payung, kerajaan bagi payung untuk syarikat-syarikat ini. Ini supaya syarikat ini terus mengekalkan pekerja-pekerja yang ada pada mereka. Ini satu usul yang amat inovatif sekali, dengan gerenti boleh diberi daripada kerajaan, bank boleh bagi. Dengan cara ini, mengekalkan mereka ada peluang pekerjaan. Saya hendak berbalik kepada usaha selain bercakap tentang bagaimana memastikan syarikat kita mengekalkan aktiviti mereka, terus buat pembuatan, penjualan, apa-apa supaya mereka akan memberi peluang pekerjaan, jobs dengan izin, kepada rakyat Malaysia.

Saya hendak beralih kepada isu selain daripada mengekalkan pendapatan ialah mengurangkan kos. Dalam negara kita dalam suasana begini, kita mahu juga Tuan Yang di-Pertua, kekalkan kos. Jangan kos itu meningkat dalam suasana begini. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar, selalu gajinya saya lihat, mungkin Yang Berhormat Indera Mahkota tidak tahu. Saya pun baru tahu juga. Sebelas juta daripada mereka yang membayar EPF, demografi negara kita, hanya satu juta penduduk saja yang bayar income tax. Sepuluh juta orang tidak bayar, satu juta orang sahaja yang bayar cukai ini. Bermakna sepuluh juta orang ini pendapatan dia RM2,800 ke bawah. Bermakna daripada RM2,800 ke bawah ini, lima juta orang adalah RM1,500 ke bawah. Daripada RM1500 hingga RM1600 ke bawah ini ialah 1/3 perumahan mereka, 1/3 untuk membeli makanan mereka foods, 1/3 pengangkutan. Ini tiga isu Tuan Yang di-Pertua yang saya mahu mengambil kesempatan ini. Selain daripada usaha kerajaan untuk pastikan kita kekalkan mereka ini yang bekerja kekal bekerja, yang tidak ada kerja kita bagi peluang latihan, yang kita pastikan syarikat itu terus beroperasi, kekalkan jangan mereka buang pekerjaan, itu dari segi revenue side dengan izin. Akan tetapi saya hendak membawa dari isu kos, side cost rakyat Malaysia ini. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Perdana Menteri amat prihatin dengan isu ni sebab itu saya minta dibagikan satu food subsidy, subsidi makanan. Subsidi makanan semua sekali... [Disampuk] 674. Yang Berhormat Jelutong tidak kisah makan-makan sebab dia orang kaya- kaya belaka, dia hendak business besar-besar, Yang Berhormat Jelutung tidak kisah yang kecil-kecil ini. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa bukan sahaja subsidi mengurangkan kos tetapi isu memastikan kos tidak dinaikkan barang makanan itu amat penting sekali. Kementerian Domestic Trade and Consumer Affairs, dengan izin, pastikan tidak ada peniaga-peniaga menaikkan harga dalam suasana begini dan amat baik sekali kalau ada subsidi. Kalau dikatakan perlu tambah, saya syorkan Menteri Kewangan tambah subsidi jika perlu supaya kos kehidupan seharian rakyat Malaysia terutama yang pendapatan RM2,000 ke bawah ini dapat diawasi. Saya, saya jemput Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rompin, berapa lama lagi boleh habis itu?

Dalam sepuluh minit cukup Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tidak perlu mencelah.

Sepuluh minit sahaja lagi sebab yang lain ramai yang nak bercakap. Yang Berhormat Ledang, saya kasihankan dia sebab saya potong dia tadi. Saya minta sepuluh minit. Sebelum pukul 10 malam saya berhenti Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya minta sepuluh minit. Jadi, orang lain dapat peluang hendak bercakap. Itu 15 minit Yang Berhormat. Maknanya petang ini Yang Berhormat yang terpanjang sekali berucap.

Sepuluh minit sahaja. Saya janji Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga perkara saya hendak bercakap sedikit sahaja. Pendek sahaja, selepas itu, habis sepuluh minit. Kos perumahan mesti diawasi, kedua makanan, ketiga pengangkutan. Pengangkutan, saya nampak bahawa dalam ini teori ekonomi dan saya tidak mahu menghujah lebih mendalam. Dahulu kita memang ekonomi kita more to central control the sources of the economy, kita pergi kepada market. Saya risau Tuan Yang di-Pertua, pergi kepada pasaran, kita agak terlebih sedikit, mengapa tidak kembali kepada social market model? Khidmat-khidmat kepada yang pendapatan rendah, tidak mungkin boleh dapat keuntungan.

Kalau perkhidmatan, kita bagi kepada mereka yang berpendapatan rendah ini sama ada makanan, pengangkutan atau perumahan, tidak mungkin akan jadi satu perniagaan. It’s not a market product, it’s a social product, dengan izin. Untuk itu bas, tidak mungkin boleh membuat perniagaan yang baik dalam bidang bas. Kalau itu kita rasakan teorinya, tidak mungkin pengangkutan perkhidmatan bas itu boleh menjadi satu produk pasaran yang boleh membuat keuntungan. Mengapa kita swastakan?mengapa kerajaan ambil alih? Kita lihat di Eropah, semua syarikat di bas Eropah boleh dikatakan banyak dipunyai oleh kerajaan. Saya juga lihat mengapa tidak kerajaan mungkin buat kajian lihat sistem pengangkutan bas di negara kita. Kalau tidak bermaya, tidak mungkin kalau bas yang baik, saya ingat masa kita penuntut dulu, ramai kita di sini menjadi studen di luar negara, tidak perlu kita ada kereta. Di sini kalau ada perkhidmatan bas yang baik, kita tidak perlu bawa kereta tetapi masalahnya bas kadang-kadang tidak sampai. Kalau sampai pun, penuh sebab tidak cukup. Kadang-kadang bas yang the profitable route itu, dengan izin, mesti banyak bas, dan yang unprofotibale route, dia tidak ada. Bermakna dia mengurus produk perkhidmatan ini berasaskan kepada keuntungan tetapi orang ramai yang memerlukan khidmat itu, dia perlukan khidmat kerana kalau ada bas, tidak perlu dia ada kereta. Untuk itu, saya nampak bahawa perkhidmatan bas in dikaji kembali. Kalau ia anggapkan ini satu khidmat sosial, tidak mungkin dapat diswastakan, tidak mungkin ada keuntungan, mengapa kerajaan tidak akan ambil alih melalui majlis-majlis kah dan kerajaan boleh bagi bantuan. Kerajaan Selangor pun kita boleh bantu juga, tapi janganlah bagi syarikat itu kepada syarikat Keadilan sahaja. Adil tidak adil sudah, dahulu sahaja. Saya minta supaya kaji kembali sistem pengangkutan di negara kita terutamanya bas. Kalau bas itu, mengapa tidak kerajaan tidak mengambil alih sama ada kerajaan sendiri ataupun melalui GLC, atau melalui majlis-majlis daerah, kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan sendiri. Yang kedua pengangkutan PLUS, banyak sudah bercerita tentang PLUS. Kerajaan saya difahamkan mengkaji kembali, kalau kita tidak boleh ambil alih, mengapa tidak PLUS ini kita buat differentiation sedikit. Kalau mereka yang boleh menggunakan pendapatannya rendah, kenapa kita tidak ada khidmat yang berbeza. Kita ada banyak smart card sekarang ini, memang kita katakan kalau bagi kad ini kena tipu tetapi ada sistemnya. Kalau kita mengambil alih tol-tol ini, mungkin memakan belanja yang besar, mungkin kita kenakan tol ini bukan kerana kereta dia tetapi kerana pendapatan dia.

Kalau pendapatan dia itu rendah, mungkin dia kena beli Smart kad dengan ada diskaun tertentu. Dengan itu kita boleh pastikan penggunaan tol itu juga kita subsidi atau bantu mereka yang berpendapatan rendah. Saya hendak ulangi Tuan Yang di-Pertua, selepas itu saya tinggal lima minit lagi, bahawa kerajaan kena lihat selain syabas kepada kerajaan berjaya dari segi isu membina, peluang pekerjaan yang ramai, tetapi kos kehidupan orang ramai itu kalau boleh tengok balik pertama, pastikan kos makanan itu dikawal. Syabas kepada kerajaan peruntukkan RM674, juta. Kedua perumahan RM200juta syabas saya cadangkan supaya tengok kembali mengapa tidak ada perumahan kos rendah besar-besaran RM100,000 hingga RM200,000? Ini boleh menjana ekonomi kita multiply effect dalam komponen itu amat besar sekali, kerana lima multiply effect dia. Construction, pembekal itu kita boleh hujah mengapa tidak? Ketiga kaji kembali sistem pengangkutan kita sepuluh juta rakyat kita yang banyaknya mana pendapatan mereka rendah. Sedikit saya bagi saya tinggal empat minit lagi. Saya hendak balik sedikit Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat, satu GLC. Saya hendak cadangkan supaya GLC ini kembali kepada pangkal jalanlah. Kalau dahulu saya pernah menjadi TNB pengerusinya, pada ketika itu bukanlah kita hendak gendang kita untung juga pada masa yang sama kita ada juga tanggungjawab sosial ada vendornya sekarang saya difahamkan yang semua syarikat vendor Tenaga Nasional semua sudah mati belaka, kata saya dengar cerita.

Kedua juga ini IPP ini. Saya setuju juga IPP kita kaji kembali juga, mana-mana projek IPP yang dekat hendak habis kerajaan ambil alih. Selepas itu Projek Bakun ini, belum diputuskan saya cadang Bakun ini biarlah bekalan elektrik untuk orang Sabah dan Sarawak sahaja. Saya juga latar belakang jurutera, saya bimbang kalau kita hantar tenaga kuasa daripada Sarawak ke mari 760 km, kita yang pertama yang buatnya rasa risaunya yang terpanjang dunia hanya 100 km dan kalau tengok kosnya pula saya difahamkan, kos penjanaan hidro dengan kos penghantaran sama sahaja. Mengapa double the cost bawa ke Semenanjung? Semenanjung pun kuasa kita saya difahamkan kita ada dua, kita punya dekat access capacity 50 peratus, we don’t need the power, dengan izinnya. So mengapa kuasa ini kita biarkan digunakan untuk orang Sarawak dan Sabah? Mengapa tidak Brunei dan eksport ke Indonesia, mengapa tidak? Kaji kembali tentang usaha untuk menghantar kuasa ke Semenanjung. Saya dapat sedikit maklumat yang tak bayar RM2,400 ke bawah tidak bayar cukai pendapatan. Terima kasih Kementerian Kewangan. Saya ingin menyentuh sedikit lagi tentang, syabas kepada kerajaan untuk membela, memulihkan bukan sahaja merangsang ekonomi yang ada sekarang tetapi menyediakan juga untuk ekonomi yang akan datang. Syabas kepada kerajaan bagi memperkenalkan teknologi green. Saya tahu dia pakai pakaian hijau, hijau kan lain pula khayal yang di sebelah sana dia kata yang dia pula. Ini teknologi mesra alam ini. Esok pilihan raya dia pakai pergi Gantang pula ini. Ini bahaya mereka ini, ini seinci jadi sekaki. Bahawa amat penting sekali kita kalau dahulu ekonomi kita hanya berasas dahulu Tuan Yang di-Pertua, sumber yang murah, upah yang murah, dahulu Tuan Yang di-Pertua, semua dari Barat. Barat bawa kapital, bawa teknologi dan pasaran. Amat baik kita susun balik industri kita ini untuk supaya teknologi kita punya seperti teknologi mesra alam. Kapital kita punya dan pasaran cari pasaran yang lain. So saya syabas dibagikan peruntukan untuk PhD research, tapi saya hendak cadangkan supaya ada juga dana venture capital. Banyak keluhan mereka di universiti, mereka buat research ada IP hendak buat commercial tiada wang. Sudah ada venture capital tiga, empat masa saya di kementerian dahulu, tambahkan peruntukan dalam venture capital yang ada. Saya difahamkan banyak venture capital sudah kehabisan dananya. Tambah dana-dana dalam venture capital, biotech, di venture capital IT, dan venture teknologi baru ini, seperti mesra alam ini saya bukan sahaja dibentuk IP yang baru dipasarkan untuk juga menjana peluang pekerjaan yang akan datang dan akhir Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu saya jemput apa ini? Bahawa juga syabas juga diberi pinjaman kepada micro credit. Micro credit ini untuk luar bandar dibagi kepada Bank Pertanian. Alhamdulillah, syabas saya juga nampak juga ada micro credit untuk mereka peniaga dalam bandar. Saya bimbang kita ini ala pemikiran dahulu bila kata micro credit orang tahu susah hanya di laur bandar. Sekarang ini bila kita buat sesuatu micro credit bukan hanya luar bandar teruskan tetapi dalam bandar. Saya baru pergi itu tengah cukur itu, hari tidak pergi lagi ini, lain macam sedikit. Dia bercerita sudah banyak bergantung pada along sudah. Bagi yang bergantung pada Ah Long ini yang sepatutnya kita tengok buat survey sedikit berapa orang yang di Masjid India itu yang pinjam Ah Long? DBKL, mengapa DBKL tidak buat survey, macam mana peniaga? Saya betul..., mengapa DBKL tidak buat survey, berapa orang yang dibagi lesennya itu? Dia ambil pinjaman Ah Long. Saya dengar cerita 60 peratus hingga 70 peratus. Saya tidak tahu, tetapi besar kata 50 peratus hingga 60 peratus mereka yang ada lesen permit berniaga DBKL semua bergantung pada Ah Long. Saya difahamkan. Betul atau tidak DBKL saya mahu siasat. Mengapa tidak adakan juga micro credit RM50 ribu tidak ada cagaran kepada mereka yang berniaga di bandar- bandar...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Ini amat penting sekali sebelum saya tutup, satu minit saya jemput kawan saya sebelah sana...

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya boleh ada discretion, sama ada hendak bagi ataupun tidak Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi saya pemutus. Oleh kerana Yang Berhormat Rompin hendak bagi, maka saya bagi sedikit Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tentang hak pengecualian cukai yang disebut berulang kali oleh Yang Berhormat Rompin tadi. Cuma saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Rompin, sebenarnya pada tahun ini memang cukai dikutip banyak, RM81 bilion itu belum termasuk jumlah net yang melibatkan pembayaran balik. Oleh sebab itu dalam keadaan suasana macam ini kita minta kalau boleh kerajaan menyegerakan pembayaran balik alam sekitar RM6 ataupun RM7 bilion. Pulangkan semula kepada masyarakat kita untuk membolehkan mereka membelanjakan wang tersebut sekiranya benda itu jatuh dalam frame percukaian yang patut dibayar. Kemudian perkara yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Rompin berkenaan dengan bon. Sebab Yang Berhormat Rompin ada bercerita dengan saya tentang kegiatan kerajaan dalam pakej ini menyentuh tentang bon, kalau boleh hendak dengar sedikitlah apa ulasan dia berkenaan itu? Terima kasih.

Saya sudah tidak ada masa, saya minta sebelah sana jawablah. Saya sedikit saya hendak merumuskan Tuan Yang di-Pertua dengan ungkapan Menteri kewangan kata, disebutkan oleh Ketua Pembangkang. Kata-kata kita elakkan perbezaan politik, tumpu kepada usaha kita membela ekonomi kita dan saya kita sudah nyatakan sedikit saya tidak baca sepenuhnya pun. Kita sudah mula kedengaran rakyat yang mahukan kerajaan pembangkang untuk menentang usaha dan memulihkan semula ekonomi negara dan kegawatan global mengetepikan kemelut politik. Saya hendak on record mengatakan bahawa, ini bukan sahaja kata-kata, saya yakin Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bukan hanya kata-kata mulut sahaja saya rasa ini inti sari hati naluri beliau sendiri. Saya dengan itu saya menyokong bajet yang dibentangkan. Terima kasih

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2009. Memang waktu yang luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa. Bajetnya mini, tetapi peruntukkannya besar. Kita lihat memang apabila pesakit, sakit tenat, memang perlu rawatan yang rapi serta agresif. Mungkin satu suntikan merangsang seperti ultra-naning. Akan tetapi rawatan yang diberi itu mesti betul dengan cara yang betul dan tepat pada waktu. Kita ramai di antara Yang Berhormat yang telah menyebut soal sistem penyampaian, delivery system dan ini saya rasa saya boleh bangkitkan satu contoh yang sebenarnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan sekarang sewaktu beliau Timbalan Menteri. Pada September 2006 di mana beliau bangkitkan soal satu projek di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di daerah Muar. Di mana nilai projek yang berjumlah RM30,000 apabila kajian dibuat cuma sekadar RM3,000 dan ini satu ketirisan yang begitu ketara, begitu jelas sekali sekiranya RM60 bilion yang diperuntukkan kali ini mengalami ketirisan yang serupa mungkin tinggal RM6 bilion sahaja. Adakah setakat ini mungkin kita katakan itu perkara yang lama cerita yang lama.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Akan tetapi apabila kita lihat apa yang berlaku, rampasan kuasa di negeri Perak yang dirancang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana prinsip demokrasi dibelakangkan; mahkamah, SPRM, SPR, Polis, pegawai kerajaan negeri diperalatkan dan memang ada bukti-bukti bahawa jutaan ringgit dan mungkin puluhan jutaan ringgit ditawarkan kepada wakil rakat Pakatan Rakyat untuk melompat. Laporan polis dibuat, laporan kepada SPRM dibuat, setakat ini tidak ada tindakan. Baru sahaja kita juga mendengar bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa projek-projek yang bernilai RM500,000 ke bawah tidak akan melalui proses tender terbuka. Ini merupakan tanda-tanda di mana tanda-tanda yang tidak meyakinkan kita bahawa sistem penyampaian ini akan dapat mengurangkan ketirisan yang berlaku.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya memang mengalu-alukan cadangan bahawa kita sepatutnya bermuafakat, sama ada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional dalam menghadapi krisis ekonomi ini. Sebenarnya dalam ucapan saya semasa 25 Februari yang lalu di mana saya pernah mengatakan bahawa kita seharusnya ketepikan politik partisan dan mungkin menubuhkan satu jawatankuasa bersama menggembleng segala sumber dan kepakaran yang ada sama ada daripada sektor awam mahupun sektor swasta, pakar ekonomi daripada universiti, mungkin NGO dan juga wakil-wakil daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk duduk bersama. Seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, kita mungkin boleh sebut ini sebagai Majlis Tindakan Bersama atau nama yang lain di mana majlis ini boleh bertindak untuk memantau pelaksanaan pakej rangsangan ini dan juga majlis ini boleh meneliti dan memantau perkembangan krisis ekonomi ini dan membuat tindakan yang sewajarnya. Cuma saya bimbang kini kita lihat budget deficit dalam kadar 7.6 peratus. Perkara yang sama berlaku 12 tahun yang lepas apabila krisis Asia Financial Crisis melanda negara kita. Pada masa itu apa yang dijanjikan bahawa budget deficit akan berterusan sekadar tiga, empat tahun tetapi sekarang sudah 12 tahun budget deficit berterusan. Adakah kita masih akan menghadapi budget deficit untuk 10 tahun yang akan datang dan sama ada sistem kewangan negara mampu menanggung budget deficit yang sedemikian rupa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan tiga perkara yang spesifik. Saya rasa dalam menghadapi krisis ekonomi ini kita harus bertindak proaktif dan bukan reaktif. Kita lihat dalam beberapa sektor utama kita menghadapi masalah besar dalam sektor petroleum dan gas, sektor kelapa sawit, getah sebab harga komoditi sudah menurun, sektor pembuatan khususnya sektor elektrik dan elektronik dan juga industri kecil dan sederhana. Kesemua sektor yang saya sebutkan tadi telah menghadapi masalah besar. Cuma dalam sistem ekonomi kita yang masih boleh tahan adalah sistem kewangan dan juga sektor hartanah. Kita lihat dari segi hartanah sahaja mengikut Laporan Ekonomi 2008/2009 pinjaman daripada institusi kewangan kepada sektor hartanah sama ada kediaman ataupun bukan kediaman adalah sekadar RM240 bilion iaitu 35 peratus daripada kesemua pinjaman sistem perbankan di Malaysia. Kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat krisis yang kita hadapi sekarang bermula daripada krisis subprima di Amerika Syarikat yang berpunca daripada penurunan harga hartanah. Boleh dikatakan kita lihat di Amerika Syarikat penurunan sekadar 20 peratus hingga 30 peratus harga hartanah mencukupi untuk menggugat ekonomi bukan setakat ekonomi Amerika Syarikat tetapi ekonomi seluruh dunia. Saya bimbang perkara yang sama berlaku di Malaysia sekiranya hartanah di Malaysia harganya menurun sekadar 10 peratus hingga 20 peratus kita akan menghadapi masalah yang besar, khususnya dari segi sistem perbankan. Saya rasa apa yang dicadangkan bahawa RM10,000 dikecualikan cukai daripada faedah pinjaman itu tidak akan membantu dari segi menolong sistem perbankan di Malaysia tidak membantu untuk mengurangkan non-performing loan (NPL), dengan izin sistem kewangan kita ini. Ini kerana ia lebih kepada hartanah di sewa dan bukan hartanah yang dikosongkan, yang tidak dapat disewa keluar. Kedua, pengecualian untuk ansuran bagi mereka yang dibuang kerja. Ini sebenarnya akan meningkatkan beban kepada bank-bank kita kerana dari segi cash flow akan terjejas. Saya cadangkan, sepatutnya kalau dalam hal ini kita semestinya memperkukuhkan pasaran hartanah supaya harga hartanah tidak akan runtuh dan supaya NPL tidak akan meningkat. Cara yang lebih senang mungkin dari segi cukai setem dikecualikan ataupun dengan izin property gain tax itu dikaji semula. Saya juga lihat memang kerajaan telah mencadangkan supaya akan menambahkan 63,000 pekerja tambahan dalam sistem perkhidmatan awam dan antaranya 50,000 adalah jawatan kosong yang akan diisikan. Cuma sama hendak tanya sama ada jawatan kosong yang akan diisikan termasuk 9,000 kekosongan antara doktor-doktor di hospital-hospital kerajaan ini akan diisikan pada waktu yang sama kerana ini mewakili 40 peratus daripada jawatan yang perlu diisikan di kesemua pusat kesihatan awam.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya rasa ini peluang yang terbaik untuk kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan kerana kita pasti dalam menghadapi kegawatan ekonomi lebih ramai rakyat yang tidak mampu mengunjungi hospital swasta tetapi akan memerlukan satu sistem perkhidmatan hospital awam yang baik untuk menjaga kesihatan mereka. Akhir sekali cuma satu perkara yang ingin saya bangkitkan di sini berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya. Antara RM5 bilion yang diperuntukkan ada RM12,533,500 diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan jalan- jalan. Saya mohonlah kalau boleh menteri yang berkenaan timbangkan dalam peruntukan ini untuk menaik taraf (upgrade) Jalan A1 Persekutuan antara Simpang Pulai ke Kampar kepada dual carriageway dan menaikkan taraf untuk jalan daripada Simpang Pulai ke Pengkalan Pagoh. Saya harap cadangan ini dipertimbangkan. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertamanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah membentangkan Mini Budget ini yang sebenarnya bersaiz besar dan insya-Allah akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hujahnya di sini ialah oleh kerana ekonomi global menurun, eksport kita menurun, kerajaan berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang bergantung kepada permintaan dalam negeri dan saya menyokong usaha ini kerana dengan meningkatkan permintaan dalam negeri, insya-Allah kita dapat mengurangkan defisit ekonomi antara -1 peratus kepada 1 peratus. Seperti yang disebut oleh Batu Pahat sebentar tadi, sebenarnya peruntukan yang telah pun diagihkan untuk merangsang ekonomi ialah tahun lepas RM7 bilion dan tahun ini semalam diumumkan RM60 bilion dan di sinilah sebenarnya kita melihat satu angka yang besar. Saya mencadangkan supaya oleh kerana kerajaan telah pun menyediakan peruntukan sejumlah RM7 bilion sebelum ini untuk merangsang ekonomi dan telah pun dibelanjakan setakat ini RM1 bilion. RM5 bilion lagi akan selesai dibelanjakan menjelang bulan enam tahun ini dan saya yakin pihak kerajaan boleh menyemak semula tentang prestasi tersebut supaya strategi dan kaedah membelanjakan peruntukan RM7 bilion itu dapat dijadikan sebagai satu rujukan yang penting dalam kerajaan membelanjakan RM60 bilion lagi sebagai usaha untuk merangsang ekonomi seperti yang disebutkan semalam, tetapi asasnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah kecekapan. Kerajaan, saya yakin akan terus meningkatkan kecekapan dan rakyat akan sentiasa menilai bahawa kecekapan sesuatu peruntukan yang dibelanjakan untuk merangsang ekonomi ini apabila mereka merasakan bahawa segala usaha kerajaan itu akhirnya dirasai oleh rakyat. Dalam erti kata lain, sekiranya kerajaan meningkatkan kecekapan, pertama, Tuan Yang di-Pertua, saya yakin ia sekali gus mempercepatkan kesan rangsangan ekonomi, tetapi jika lewat pelaksanaannya, kesannya sudah tentulah ekonomi negara ini akan lebih parah dan tidak boleh lagi diselamatkan. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya yakin sekiranya ini boleh dijalankan, boleh dilaksanakan, saya yakin ia boleh menjimatkan perbelanjaan atau mungkin kita tidak perlu lagi pakej lain selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi ialah asasnya, pendekatannya mestilah kecekapan. Saya hendak merujuk contoh yang paling tepat sekali di mana kerajaan telah pun menyediakan satu peruntukan tambahan RM200 juta kepada SPNB. Sebelum ini kerajaan peruntukkan RM200 juta. Maknanya peruntukan kepada SPNB untuk membina Rumah Mesra Rakyat ialah RM400 juta, bukannya RM200 juta. RM200 juta yang diumumkan sebelum ini dan semalam diumumkan lagi RM200 juta, tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya menerima maklumat juga SPNB telah pun tenat dibebani, bukan dia tidak berjaya, tenat dibebani dengan beban kerja yang terlalu banyak. Kita ucapkan tahniah kepada SPNB kerana diberikan amanah dan tanggungjawab oleh pihak kerajaan membangunkan rumah-rumah rakyat kerana prestasi mereka tetapi sekarang dengan beban kerja yang begitu banyak.

Dan saya ada rekod di sini, tidak kurang daripada 30,000 unit rumah selain daripada Rumah Mesra Rakyat sedang dibangunkan oleh SPNB sama ada rumah yang dipulihkan kerana terbengkalai ataupun projek-projek baru. Pada masa yang sama tidak kurang daripada 10,000 Rumah Mesra Rakyat juga sedang dibina. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk meningkatkan kecekapan SPNB ini, oleh kerana mereka sekarang dibebani dengan beban kerja yang banyak dan saya menerima maklumat di kawasan saya pun sama, ada beberapa projek Rumah Mesra Rakyat yang sudah pun terbengkalai yang dibina oleh SPNB. Bukan mereka tidak berjaya membangunkan tetapi ada beberapa projek yang telah terbengkalai kerana sebenarnya mereka dengan izin, under staff. Mereka kurang kakitangan. Di sini saya hendak cadangkan supaya selain daripada kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur, kepada mereka yang baru selesai atau lulus di universiti, mereka juga boleh ditempatkan di SPNB untuk membantu SPNB melegakan beban kerja yang sedang mereka alami. Tuan Yang di-Pertua, dari segi kecekapan, saya juga bangga dan saya setuju kerajaan telah pun meningkatkan nilai projek Kelas ‘F’ untuk disebut harga daripada RM200 ribu kepada RM500 ribu, saya setuju dan ini adalah satu langkah yang baik, tetapi dari satu sudut lain, Tuan Yang di-Pertua, ada satu kumpulan yang teraniaya sebenarnya. Walaupun mereka ini tidak ramai tetapi mereka teraniaya iaitu kontraktor-kontraktor yang memegang lesen Kelas ‘E’ kerana RM200 ribu ke atas Kelas ‘E’. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin cadangkan supaya Kelas ‘E’ juga dibenarkan untuk menyertai sebut harga bagi kerja-kerja yang melebihi RM200 ribu ke atas. Ertinya bagi projek RM500 ribu ke bawah, tetapi nilainya melebihi RM200 ribu dibenarkan kontraktor Kelas ‘E’ kerana mereka juga selama ini walaupun bilangannya sedikit, mereka juga selama ini mencari peluang pekerjaan dalam usaha kita untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek-projek yang dimasukkan, yang terkandung di dalam pakej rangsangan ekonomi ini walaupun sebenarnya kalau saya hendak sebutkan jumlahnya kecil. Cuma saya kira di sini lebih kurang RM2 bilion sahaja yang boleh diserahkan kepada kontraktor Kelas ‘F’. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya juga banyak menerima aduan seperti masa-masa yang lepas apabila kerajaan mengagihkan peruntukan untuk merangsang ekonomi, peruntukan untuk projek-projek kecil untuk rangsangan ekonomi ini, saya dapati dan pernah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini iaitu kebanyakan kerja-kerja ataupun projek-projek yang dilaksanakan tidak mengikut keutamaan. Kalau balai rayanya usang, tidak dibaiki. Ada balai raya yang tidak rosak, dibaiki dan dicat semula. Kalau ada jambatan atau culvert pecah, ada culvert lain yang tidak pecah dibaiki pula. Yang disebut tadi adalah ketirisan. Ertinya kerajaan mestilah memastikan bahawa terutamanya agensi pelaksana di peringkat daerah ini, memastikan bahawa hanya kerja- kerja yang perlu, yang telah dikenal pasti di mana kita biasanya Ahli Parlimen di peringkat kita tahu, telah pun menyenaraikan, telah pun mengutus surat kepada pejabat daerah, misalnya kepada SDO tentang kerja-kerja yang patut dibaiki, tetapi malangnya..., ini pengalaman yang lepas-lepas, apabila mereka menerima peruntukan, mereka cuba menghabiskan peruntukan dengan segera tetapi malangnya kerja-kerja yang tidak penting yang mereka lakukan.

Malangnya kerja-kerja tidak penting yang mereka lakukan dan lebih malang lagi Tuan Yang di-Pertua, senarai kerja-kerja ini bukan diajukan, bukan disenaraikan oleh ketua kampung, bukan disenaraikan oleh wakil rakyat tetapi disenaraikan oleh kontraktor itu sendiri di mana kontraktor berpakat dengan beberapa pegawai. Tidak kesemua, ada beberapa. Ini yang dikatakan little Napoleon, Napoleon kecil ini. Berpakat dengan agensi kerajaan. Beberapa kontraktor yang dikumpulkan berpakat dengan agensi kerajaan dengan pegawai-pegawai. Walaupun tidak ramai tetapi berlaku di banyak tempat kerana mereka telah pun mengira untung.

Kerja-kerja yang senang dan mudah dilakukan sahaja yang mereka senaraikan dan dipersetujui oleh pegawai itu kerana mereka sebenarnya telah pun mengira untung. Walhal banyak lagi kerja-kerja penting yang sepatutnya dibuat tertinggal di belakang. Ertinya Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan bahawa bukan sahaja soal merangsang ekonomi tetapi biarlah semasa kita merangsang ekonomi faedahnya kepada rakyat dari segi keperluan. Yang penting jambatan rosak, culvert rosak, parit sumbat dan sebagainya termasuklah balai raya, sekolah, hospital, balai bomba yang sepatutnya dibaiki pulih sebagaimana yang diperlukan bukan mengikut senarai pihak lain. Senarai yang disediakan oleh kontraktor yang berpakat dengan orang-orang tertentu di dalam sesuatu agensi kerajaan. Ini penting, penting dilihat oleh semua pihak dan saya bersetuju apabila semalam Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun menegaskan sekarang ini bahawa unit pengurusan projek ini akan memantau setiap pelaksanaan projek. Ini saya mencadangkan tidak kiralah pihak mana sekalipun. Sekiranya kita nampak ada penyelewengan, kita seboleh-bolehnya merujuk kepada pejabat yang berkenaan walaupun kita ada SPRM tetapi kita faham SPRM pun dibebani dengan kerja. Saya yakin kalaulah kita memberikan kerjasama kepada pegawai daerah misalnya, perkara-perkara ini dapat diselesaikan. Namun begitu saya hendak tegaskan sekali lagi jangan ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengambil kesempatan dengan fikir rangsangan ekonomi ini untuk mengayakan mereka. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, yang banyak berlaku rasuah ini kalau satu pihak mengatakan orang politik sahaja, sebenarnya tidak adil. Saya tidak mengatakan satu kumpulan sahaja tetapi berlaku di mana-mana. Janganlah berlaku di peringkat pegawai tetapi seolah-olah orang politik bekerjasama. Tidak adil, berlaku di mana-mana. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berbangga apabila kerajaan menyediakan satu peruntukan walaupun tidak banyak sebanyak RM20 juta untuk karyawan. Saya hendak menjurus kepada satu industri Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen di sini termasuk Tuan Yang di-Pertua minat dengan muzik. Satu senario Tuan Yang di-Pertua, iaitu jualan album CD, DVD muzik ini telah menurun daripada RM315 juta pada tahun 1996 kepada RM56 juta sahaja pada tahun lepas. Maknanya satu penurunan yang sangat banyak lebih kurang 250 juta. Ertinya jualan CD muzik ataupun DVD muzik telah pun menurun begitu banyak Tuan Yang di-Pertua akibat daripada cetak rompak yang pertamanya. Iaitu cetak rompak yang fizikal di mana yang mencetak CD, DVD haram ini yang dijual bermaharajalela. Misalnya seorang penyanyi ada albumnya kemudian dengan izin, di copyright oleh sesuatu pihak. Akan tetapi pada masa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat boleh habis dalam masa lima minit lagi.

Okey. Tuan Yang di-Pertua, tetapi pada masa yang sama ada juga jenis cetak rompak yang menggunakan Internet. Maknanya dia download muzik ini daripada sumber internet. Jadi Tuan Yang di-Pertua kalau ini berlaku, ia akan merosakkan keseluruhan malahan menghakis kesuburan industri muzik di dalam negara sedangkan kita tahu kalau kita tidak tangani masalah ini sudah tentulah industri muzik daripada luar negara akan bermaharajalela di dalam negara kita. Sudah pastilah budaya kita rosak dan pada masa yang sama usahawan-usahawan industri muzik ini akan terjejas. Jadi saya hendak cadangkan Tuan Yang di-Pertua untuk mengatasi ini supaya kerajaan boleh menyediakan lebih kurang misalnya RM10 juta pendahuluan kepada pengusaha-pengusaha muzik ini supaya kerajaan dapat sekurang-kurangnya menaja separuh daripada kos pembikinan album muzik supaya industri terus subur dan industri luar tidak bermaharajalela di sini. Begitu juga supaya karyawan-karyawan muzik terus subur, supaya usahawan muzik juga terus subur di dalam negara kita dan peminat-peminat muzik termasuk anak-anak muda ini tidak rosak kerana hiburan liar daripada luar negara. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara hendak disebut ialah saya difahamkan semalam diumumkan kerajaan telah pun menyediakan satu peruntukan RM2 bilion untuk membina terminal tambang murah LCCT di KLIA dan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan yang akan dibina oleh MAB dengan Malaysia Airports Berhad.

Tuan Yang di-Pertua, saya terbaca satu artikel, sebenarnya AirAsia sanggup untuk bina sendiri terminal termasuk menambah landasan kapal terbang di mana-mana lokasi KLIA. Kerajaan semalam bermurah hati menyediakan peruntukan sebanyak RM2 bilion dan saya hendak cadangkan supaya kerajaan menjalinkan hubungan yang akrab dalam bentuk persyarikatan Malaysia supaya pihak AirAsia ataupun mana-mana syarikat penerbangan yang telah tertubuh atau akan tertubuh juga menampung kos membina terminal ini kerana menjelang tahun 2010 Tuan Yang di-Pertua, jumlah penumpang kalau mengikut kiraan dalam artikel tersebut tidak kurang daripada 25 juta yang menggunakan perkhidmatan tambang murah. Kalau ini berlaku Tuan Yang di-Pertua, maknanya keseluruhan sistem pengangkutan di LCCT tersebut mestilah ditingkatkan termasuk menghubungkan terus antara terminal tambang murah dengan terminal KLIA itu sendiri. Saya yakin RM2 bilion ini tidak cukup. Bolehlah kita jemput syarikat-syarikat penerbangan yang berminat untuk melabur di sini dan sekali gus menjadikan KLIA itu sebagai hab penerbangan yang unggul di rantau ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan cadangan semua pihak termasuk pihak pembangkang, tadi Yang Berhormat Rompin supaya perjanjian konsesi tol dan IPP ini juga mestilah disemak semula. Misalnya tol, kalau tahun ini dijangkakan naik 10 sen kerana mengikut undang-undang tetapi saya yakin mesti ada target jumlah trafik yang menggunakannya. Kalau jumlah trafik melebihi daripada target, logiknya tidak perlu naik tol. Ini asas yang perlu kita lihat sama- sama. Saya yakin ada jalan keluar dan saya juga memahami situasi ini tetapi sekurang- kurangnya setelah kita bercakap penggal yang lepas, Tuan Yang di-Pertua pun banyak kali bercakap tentang ini, rakan-rakan lain bercakap di sini dan di sana, sekurang-kurangnya di pihak sini Tuan Yang di-Pertua, kita konsisten...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Sekejap, sedikit satu minit lagi. Kita konsisten dan kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab bahawa kita terus memperjuangkan supaya perjanjian apa-apa juga konsesi mestilah disemak balik supaya meringankan beban rakyat keseluruhannya pada masa-masa yang akan datang ini. Oleh itu Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat hendak bercakapkah? Saya jemput Yang Berhormat Pendang tetapi Yang Berhormat tidak payah berbincang malam inilah. Jam sudah pukul 10.30 malam. Yang Berhormat Pendang boleh berucap pada hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 12 Mac 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.31 malam.