Dewan Rakyat · 17 November 2009

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 945 turns · 44,706 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Salleh KalbiUMNO · BNSilam · question

1. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah tindakan yang telah diambil pihak kementerian setakat ini untuk menambah baik infrastruktur sektor penerbangan terutamanya di Lahad Datu, memandangkan selain perkembangan pelancongan yang bertambah pesat, projek pembesaran ini juga penting untuk menyokong aktiviti Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) dan akuakultur.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat di atas pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Silam, kerajaan sememangnya prihatin terhadap keperluan pembangunan infrastruktur sektor penerbangan bagi menampung permintaan terhadap perkhidmatan udara di setiap tempat yang dilihat berpotensi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada November 2008, Terminal Lapangan Terbang Lahad Datu telah diubahsuai dengan perbelanjaan RM1.85 juta bagi menampung pertambahan penumpang sebanyak 115 ribu setahun. Kerajaan juga di atas pelbagai justifikasi turut bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang Lahad Datu yang baru dan pembinaan ini tertakluk kepada kelulusan penyenaraian muktamad dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

[Bercakap dalam bahasa Sabah] Dengan izin, dalam maksud yang sama, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan Parlimen Silam diwujudkan sebagai pusat akuakultur negara termasuk dalam pembangunan Sabah Corridor juga merupakan bakal menjadi Pelabuhan Rotterdam Of the East yang dimajukan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan terkenal dalam bidang kelapa sawit. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan perdagangan bebas pada masa akan datang. Saya selaku wakil rakyat bagi Kawasan Parlimen Silam sangatlah berharap dengan usaha kerajaan untuk memajukan dan mengenal pasti untuk memastikan lapangan terbang dalam kawasan Lahad Datu dalam Parlimen Silam dapat dinaik taraf oleh kerajaan. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri terdapat justifikasi yang kuat untuk mewujudkan satu lapangan terbang yang baru di kawasan Lahad Datu dalam Parlimen Silam memandangkan potensi yang kita tahu yang dapat diperolehi daripada pembangunan yang ada di kawasan Parlimen Silam boleh menyumbang kepada pertubuhan GDP negeri Sabah dan negara kita di masa akan datang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Silam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang saya ingin jelaskan di sini bahawa terdapat justifikasi yang begitu kuat iaitu keperluan untuk mengadakan satu lapangan terbang antarabangsa di Lahad Datu dengan melihat kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan ini. Selain daripada itu yang penting ialah bahawa Lapangan Terbang Lahad Datu yang ada sekarang sebenarnya adalah lapangan terbang yang tidak comply dengan aspek keselamatan atau safety issues yang ditetapkan oleh ICAO ataupun International Civil Aviation Organization.

Yang kedua, yang penting juga ialah seperti mana yang telah dijelaskan tadi oleh Yang Berhormat bahawa Lahat Datu telah pun menjadi satu pusat pertubuhan ekonomi yang penting di Pantai Timur Sabah iaitu dengan kepesatan sektor perladangan dengan pengujudan Palm Oil Industrial Cluster dan juga Bandar Sahabat FELDA yang terdapat di situ yang menjadi pemangkin ekonomi bagi kawasan Lahad Datu. Selain daripada itu kita juga dapat melihat bahawa Lahad Datu adalah merupakan gateway bagi destinasi-destinasi pelancongan aquatourism yang berkualiti tinggi seperti Tabin Wildlife, Maliau Basin, Sipadan dan Ligatan yang menjadi diving heritage dan juga beberapa gua seperti Gua Madai yang menjadi tarikan pelancong bagi aquatourism yang telah menjadi menarik minat ramai pelancong dari negara-negara asing. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa keinginan kerajaan untuk meningkatkan lapangan terbang ini dan kita telah pun membuat beberapa susulan terhadapnya dan kita bercadang untuk mengadakannya di dua lokasi iaitu Kampung Mensuli Sandau dan juga Kampung Silabukan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa saya bagi kepada Yang Berhormat Kalabakan, kerana ini soal Sabah, sila.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lahad Datu dahulu dan Lahad Datu sekarang ini – Silam, berlainan kerana pada dahulunya Lahad Datu belum begitu maju. Sekarang kalau kita nampak di Lahad Datu skim pembangunan tanah FELDA sahaja adalah satu skim yang terbesar dalam negara. Jadi penduduknya sudah bertambah, kedai-kedai yang ada di Lahad Datu pun begitu banyak, ramai pembeli dan macam-macam pembangunan yang sudah dibuat. Akan tetapi masalah yang kita hadapi bahawa lapangan terbang yang ada sekarang ini hanya menampung MAS Wing sahaja. Jadi, orang yang mahu datang ke Lahad Datu untuk tourist atau apa juga melawat Lahad Datu termasuk pegawai-pegawai kerajaan terpaksa menggunakan Boeing melalui Tawau pergi ke Lahad Datu. Ini membuang masa, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh terima alasan daripada kementerian bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh pun belum tahu dibuat. Jadi kita mahu supaya Yang Berhormat Menteri boleh beri kepastian bolehkah diberi jaminan bahawa lapangan terbang yang sesuai di Lahad Datu ini dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Sebenarnya seperti mana yang saya telah jelaskan tadi bahawa kementerian memang menyokong penuh terhadap projek ini, tetapi ia bergantung pada penyenaraian muktamad yang akan dibuat oleh Economic Planning Unit (EPU) yang bertanggungjawab untuk menyenaraikan projek-projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kita juga bercadang bukan sahaja untuk mendapatkan peruntukan daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi melaksanakan projek ini, tetapi ada juga alternatif yang lain iaitu melalui Sabah Development Corridor ataupun off budget yang diperuntukkan kepada Sabah Development Corridor. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa Lapangan Terbang Lahad Datu ini adalah merupakan satu pemangkin yang penting dalam pembangunan ekonomi di kawasan itu kerana memang kita mengakui Lahad Datu telah pun mengalami pembangunan ekonomi yang begitu pesat. Jadi, menjadi harapan saya juga supaya Lapangan Terbang Lahad Datu ini akan akhirnya menjadi realiti. Terima kasih.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera. Terlebih dahulu izinkan saya mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat saya daripada UMNO Bahagian Kangar.

Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat · question

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan: (a) berapa banyak dana yang diperuntukkan bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang diuruskan oleh SME Bank; dan (b) siapakah yang mendapat manfaat dari skim ini dan bagaimana kaedah pembayaran balik.

Dato' Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, di negara kita terdapat kira-kira 600,000 perusahaan kecil dan sederhana. Pada awal tahun ini berikutan masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia, ada masalah yang dihadapi oleh PKS berkaitan dengan pinjaman. Menyedari hakikat tersebut maka kerajaan telah mengumumkan satu pakej rangsangan pada Mac yang lalu berjumlah RM5 bilion. Ini adalah Program Skim Jaminan Pembiayaan untuk membantu PKS dalam negara kita. Oleh kerana sambutan cukup hebat maka pada bulan September kerajaan tambah lagi peruntukan sebanyak RM2 bilion menjadikan RM7 bilion. Skim ini adalah untuk memberi jaminan kepada pinjaman yang diperolehi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana. Skim ini sepatutnya berakhir pada bulan Disember tahun hadapan tetapi saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini pada hari ini ia sudah pun habis digunakan berjumlah RM7 bilion yang melibatkan 5,329 perusahaan kecil dan sederhana. Skim ini diuruskan oleh bank-bank dalam negara kita termasuklah SME Bank yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi. SME Bank telah mengeluarkan jaminan ataupun pinjaman berjumlah RM181 juta melibatkan 80 orang usahawan. Yang paling banyak mengeluarkan pinjaman ialah Maybank iaitu RM1.4 bilion, yang kedua ialah AmBank sebanyak RM793 juta. Tuan Yang di-Pertua, skim ini ataupun program ini adalah untuk syarikat bersaiz sederhana yang mempunyai dana pemegang saham tidak melebih RM20 juta yang memerlukan keperluan modal pekerjaan perniagaan sahaja dan bukan untuk pembiayaan semula dan bukan juga untuk pembiayaan semula pinjaman kredit yang sedia ada dan pembiayaan hendaklah untuk operasi dalam negara sahaja. Semua PKS yang mana hak milik perniagaan hendaklah 51 peratus milik warganegara Malaysia dan didaftarkan di Malaysia adalah layak untuk mendapat pinjaman ataupun kemudahan di bawah skim jaminan ini. Saya ingin memaklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa setakat ini 5,329 usahawan telah pun mendapat faedah daripada jaminan ini yang mana 24 peratus adalah IKS ataupun PKS bumiputera, 76 peratus adalah PKS bukan bumiputera. Dari segi sektornya pula kebanyakannya adalah untuk sektor peruncitan dan pemborongan dan juga restoran iaitu 36 peratus. Peratusan daripada sektor yang kedua ialah sektor pembinaan 25 peratus dan yang ketiga ialah sektor pembuatan kira-kira 24 peratus. Jadi, skim ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada usahawan dalam negara kita. Ia telah berjaya untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Ia berkesan dalam meringankan beban dan dengan itu PKS di negara kita telah mampu bertahan dan kita harap semua PKS di negara kita tidak akan terjejas teruk akibat daripada masalah ekonomi yang melanda negara kita dan dunia pada hari ini. Terima kasih.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) telah pun diumumkan bersama dengan Skim Jaminan Pembiayaan Penstrukturan Semula Industri (SJPSI) yang kedua-keduanya dikendalikan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPPB). Soalan tambahan saya berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi iaitu sebanyak 5,329 permohonan SJMK telah pun diluluskan yang berjumlah RM7 juta, tetapi SJPSI hanya RM541.2 juta daripada jumlah RM3 bilion. Kenapa langganan SJPSI ini rendah ini berbanding dengan SJMK? Kedua, apakah kelebihan? Saya juga merujuk SJPP ini diuruskan oleh PROKHAS Sdn. Bhd. sedangkan pembiayaan dikeluarkan oleh institusi kewangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Terima kasih.

Mengenai soalan kedua kenapa diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPPB), ia merupakan sebuah syarikat milik PROKHAS dan ia merupakan penyelia sahaja. Ia tidak terlibat langsung dalam menguruskan perkara ini, yang terlibat dalam skim jaminan ini ialah bank-bank komersial. Kesemuanya sebanyak 44 buah bank dalam negara kita. Jadi, PROKHAS tidak terlibat secara langsung. Cuma ia sebagai penyelia sahaja. Berkaitan dengan soalan pertama kenapa satu lagi skim iaitu skim penstrukturan tidak banyak sambutan. Skim ini lebih berbentuk jangka panjang. Skim yang pertama ialah jaminan untuk working capital ataupun modal kerja. Jadi, modal kerja ini diperlukan setiap hari untuk kontrak, mengeksport dan lain-lain. Satu lagi ialah penstrukturan ini memakan masa yang lama sedikit. Oleh yang demikian itulah sebabnya kenapa sebahagian daripada RM5 bilion diperuntukkan awalnya dipindahkan kepada skim jaminan pembiayaan ini. Mula-mulanya RM5 bilion selepas itu ditambah RM2 bilion lagi menjadikan RM7 bilion. Satu lagi penstrukturan itu juga RM5 bilion tidak dipakai sepenuhnya, sambutan kurang menggalakkan maka dipindahkan RM2 bilion. Oleh hal yang demikian skim penstrukturan pada awalnya RM5 bilion, sekarang ini peruntukannya cuma RM3 bilion sahaja. Jadi, bagi menjawab soalan Yang Berhormat kenapa dengan izin, take out rate adalah perlahan sebabnya ialah kerana mengambil masa sedikit. Pada masa ini cuma sebahagian kecil sahaja daripada skim penstrukturan ini telah digunakan iaitu di mana Yang Berhormat sebutkan tadi RM541 juta sahaja daripada RM3 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan daripada skim jaminan. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, saya agak terkilan apabila dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu skim pembiayaan di bawah IKS hanya 5,329 didapati 24 peratus sahaja IKS bumiputera manakala 76 peratus bukan bumiputera. Saya ingin mendapat penjelasan kenapa bumiputera IKS sekadar 24 peratus sahaja dan apakah langkah untuk ditingkatkan paling tidak 50 peratus. Saya hendak tahu kalau Yang Berhormat ada maklumat saya percaya IKS yang paling ramai di kalangan bumiputera ialah di Kelantan dan berapakah jumlah peminjam IKS ataupun yang diberi IKS pembiayaan ini di negeri Kelantan khususnya selain daripada usah untuk tingkatkan penyertaan. Bidang IKS ini kerana ini bidang peruncitan terutamanya di antara lain dan banyak di kalangan bumiputera terlibat dalam kegiatan seumpama ini. Jadi, saya tidak nampak kenapa ia di tahap 24 peratus sahaja.

Mengenai Kelantan, saya tidak ada maklumat terperinci tentang bilangan jaminan ataupun syarikat PKS daripada Kelantan yang mendapat jaminan daripada skim ini dan saya boleh memberikan kepada Yang Berhormat Pasir Mas secara berasingan secara bertulis. Soalan pertama ialah kenapa tahap penggunaan oleh bumiputera rendah dan seperti yang saya maklumkan dalam jawapan, 24 peratus daripada 7 bilion adalah untuk PKS yang dimiliki oleh bumiputera, 76 peratus adalah untuk PKS yang dimiliki oleh bukan bumiputera. Yang pertamanya adalah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan bahawa lebih ramai PKS bumiputera dibantu dan memang 24 peratus ini satu angka yang tidak menggalakkan berbanding dengan bilangan PKS bumiputera yang terdapat di dalam negara kita. Di antara sebab kenapa penggunaan oleh usahawan bumiputera adalah rendah, kita dapati bahawa kesan yang dialami oleh usahawan bumiputera lebih teruk sedikit berbanding dengan kesan yang dialami oleh usahawan bukan bumiputera semasa kita menghadapi krisis ekonomi ini. Jadi apabila mereka menghadapi kesan lebih teruk, mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan dan dengan itu mungkin mereka tidak terdorong untuk mendapatkan pinjaman. Saya hendak jelaskan bahawa ini merupakan jaminan bukan pinjaman. Jadi usahawan akan meminjam daripada institusi kewangan dan pihak berkenaan akan menjamin pinjaman yang diperoleh oleh usahawan bumiputera.

Jadi kerajaan juga seperti Yang Berhormat Pasir Mas, tidak berpuas hati dengan kadar penggunaan yang rendah oleh usahawan bumiputera dan tindakan-tindakan akan diambil melalui agensi-agensi lain. Selain daripada ini kita ada juga program lain melalui TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan yang seumpamanya di mana penggunaan oleh bumiputera adalah lebih tinggi daripada angka 24 peratus seperti yang disebutkan tadi. Jadi selain dari skim ini, ada lagi skim-skim kerajaan yang membolehkan bumiputera dibantu dan insya-Allah di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kita ada SME Corporation Malaysia yang baru sahaja disusun semula pada bulan Oktober yang lalu. Kita akan pastikan bahawa usahawan bumiputera akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada skim-skim lain yang dikendalikan oleh kerajaan di bawah agensi-agensi yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Sapawi bin Amat WasaliUMNO · BNSipitang · question

3. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pelancongan menyatakan, jumlah pelancong asing yang sudah berkunjung ke negara ini setakat ini.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Sipitang. Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) dengan izin, perkembangan trend pelancongan seluruh dunia bagi tempoh bulan Januari 2009 sehingga bulan Julai 2009 adalah menurun sebanyak 7 peratus iaitu sebanyak 500 juta pelancong berbanding tempoh yang sama pada tahun 2008 iaitu sebanyak 540 juta pelancong. Walaupun berlaku sedemikian, kita bersyukur kerana trend ketibaan pelancong asing ke Malaysia tidak menurun. Pada bulan Oktober 2009, ketibaan pelancong asing telah meningkat 14.3 peratus iaitu 2.78 juta orang berbanding dengan 1.8 juta orang pada bulan yang sama tahun 2008. Manakala bagi tempoh bulan Januari 2009 sehingga bulan Oktober 2009, ketibaan pelancong asing meningkat 7.2 peratus kepada 19.45 juta orang berbanding 18.14 juta orang dalam tempoh yang sama pada tahun 2008. Kemasukan bilangan pelancong asing terbanyak bagi tempoh bulan Januari 2009 sehingga bulan Oktober 2009 adalah daripada sepuluh buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, China, India, Australia, United Kingdom, Filipina dan Jepun. Manakala jumlah pendapatan pelancong asing terkini yang diperoleh bagi tempoh bulan Januari 2009 sehingga bulan Jun 2009 adalah sebanyak RM24.47 bilion. Sekian.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan yang telah berjaya mengangkat martabat Malaysia di peta dunia dan berjaya membawa destinasi pelancongan berkunjung ke negara kita walaupun cabaran-cabaran global sangat hebat. Namun isu yang paling hangat di pasaran hari ini adalah isu ‘Awang Hitam’, pelancong daripada Afrika yang semakin ramai dan membawa masalah sosial seperti mana terdapat di dada akhbar kebelakangan ini. Apakah langkah dan tindakan kementerian untuk memastikan bahawa pelancong- pelancong asing khususnya ‘Awang Hitam’ ini khas daripada Afrika yang datang benar- benar melancong untuk memastikan tidak membebankan gejala sosial di negara kita? Terima kasih.

Terima kasih. Pihak yang datang dari Afrika, ramai bukan pelancong kerana definisi kita pelancong adalah yang datang ke sini bukan untuk berniaga atau mendidik. Jadi mengikut statistik kita, pihak pelancong dari Afrika memang kurang tetapi kita sama perasaan dengan Yang Berhormat daripada Sipitang. Jadi saya sendiri ada berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk kita mesti mengkaji siapa mereka yang datang dan apa mereka buat di sini. Sekian, terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, di Sabah ada 2.28 juta pelancong asing datang ke Sabah pada tahun ini. Dalam 2.28 juta pelancong ini, berapa orang dari Filipina dan Indonesia? Saya mendapat tahu dari figure ini kebanyakan dari mereka iaitu dari Filipina dan Indonesia dia menggunakan pas pelancong masuk ke Sabah untuk mencari kerja. Apakah tindakan kerajaan akan ambil untuk control masalah ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Kota Kinabalu, saya dengan maaf tiada maklumat terperinci mengenai ini dan saya akan tulis dengan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Akan tetapi lagi sekali saya menegaskan semasa kita ambil dari pihak statistik, kita melalui Jabatan Imigresen. Jadi tiap-tiap bulan mereka beri kita dan kita ikut statistik visa pelancongan. Akan tetapi bagaimana, itu saya akan beri maklumat terperinci. Sekian, terima kasih.

Mohd Firdaus bin JaafarPAS · PRJerai · question

4. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan, peratusan kemajuan projek pembangunan koridor utara (NCER) yang telah diumumkan beberapa tahun dahulu dan menyenaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah NCER.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersama-sama dengan dua lagi soalan mengenai perkara yang sama mengenai NCER iaitu soalan-soalan dari Yang Berhormat Baling pada 19 November 2009 dan juga pada 23 November 2009.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, projek-projek NCER yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau dengan izin, Northern Corridor Implementation Authority setakat ini berjalan mengikut perancangan dan jadual yang ditetapkan. Dari segi status pelaksanaan, daripada 29 projek yang disenarai untuk dilaksanakan, sebanyak 27 projek atau hampir 93 peratus telah dimulakan sama ada di peringkat penghasilan reka bentuk mahupun pembangunan infrastruktur. Manakala bakinya masih dalam peringkat awal pelaksanaan, iaitu melibatkan kerja-kerja seperti kajian kebolehlaksanaan atau dengan izin, feasibility study, penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penentuan lokasi sebelum projek-projek tersebut dapat dilaksanakan. Antara projek- projek utama yang telah pun mula dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Projek Pertanian Bersepadu dan Pusat Latihan Amali Agro Entrepreneur di Bukit Kura, Kedah; (ii) Projek Pembiakan Kambing Boer di Pondok Tanjung Selama, Perak; (iii) Institut Kemajuan Sains dan Gunaan dan Teknologi, Centre of Excellent in Microelectronic dengan izin, di Pulau Pinang; (iv) Projek Pembangunan Produk-produk Pelancongan di Taiping dan Kuala Kangsar, Perak; serta (v) Projek-projek Pembangunan Modal Insan. Dari 29 projek Koridor Utara, ia dipecahkan kepada 54 komponen berdasarkan kesesuaian lokasi dan mengikut nisbah kepada negeri-negeri: | Negeri |Bilangan Projek/Program| |------------|----------------------:| |Pulau Pinang| 11| |Kedah | 19| |Perlis | 8| |Perak | 16|<END_TABLE_MARKER>

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Seperti mana kita sedia maklum, majlis pelancarannya begitu hebatlah sehingga menelan belanja hampir RM10 juta. Namun apa yang kita sedari dan rakyat sedang menanti dan melihat antara lain yang dapat kita sama-sama saksikan kalau di kawasan saya itu hanyalah jalan ladang yang dikatakan NCERlah yang bekerja kuat bagi memajukan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau MADA.

Soalan saya, apakah projek tebatan banjir di daerah Yan juga termasuk di dalam projek NCER sebab apa yang dibentangkan dalam pembangunan daerah, isu banjir sering kali melanda daerah Yan ataupun daerah di Kedah. Semua bercakap soal ini, semua projek NCER yang belum selesai ataupun yang belum dapat dikemaskinikan. Apakah ini betul yang mengakibatkan hari ini Kedah, di hujung atau utara Kedah banjir adalah punca kelambatan projek NCER ini. Pohon jawapan Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tujuan koridor diadakan ialah untuk membantu dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan kita lihat umpamanya di Kelantan, sebanyak 19 projek yang berjumlah RM542.7 juta diperuntukkan di bawah Koridor Utara, tetapi banyak isu yang terlibat berhubung dengan banjir, tebatan air dan lain- lain melibatkan kementerian dan tugas koridor hanyalah untuk memberi bantuan daripada segi menggunakan sumber-sumber yang ada di sesuatu kawasan, dan untuk mencari modal pelabur misalan untuk menggunakan kelebihan kawasan-kawasan itu untuk memajukan kawasan-kawasan yang terlibat. Jadi, peranan koridor-koridor yang diwujudkan bukan untuk mengambil alih tugas- tugas kementerian-kementerian tertentu seperti banjir dan usaha-usaha untuk mengawal kebanjiran dan untuk mewujudkan satu integrated system dengan izin, untuk mengurangkan kekerapan berlakunya banjir adalah satu usaha yang akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh melalui kementerian-kementerian yang terlibat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Sebelum itu saya mengalu-alukan rakan-rakan daripada Parlimen Kangar yang walaupun telah diumumkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat ini tetapi umum sekalilah bagi pihak kerajaan.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ahli Parlimen dia tak adakah?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Soalan tambahan saya Tan Sri, berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri, Yang Berhormat Pokok Sena jangan kacau. Berdasarkan apa yang diumumkan oleh Tan Sri, bermakna kata kerajaan cukup adil, bermakna kata negeri yang diperintah oleh pembangkang Pakatan Rakyat pun projek masih berjalan dengan lancar. Di Perak satu masa dulu, Kedah dan Pulau Pinang. Cuma di sini Tan Sri, saya masih lagi merasa sangsi tentang soal pertindihan dengan kuasa-kuasa yang ada pada agensi kerajaan di mana kita lihat peranan MADA, peranan agensi-agensi pertanian yang lain, apabila NCER ini dia dapat bajet, dia tak tahu nak buat apa-apa. Jalan ladang pun. Sepatutnya itu tanggungjawab MADA. Dia tak perlu terlibat dengan jalan ladang, stor kenduri pun dia nak terlibat. Bermakna kata dia cuba mengambil alih peranan yang telah dimainkan oleh agensi-agensi selama ini. Jadi boleh atau tidak perancangan dibuat di masa hadapan supaya NCER dia merancang hanya untuk pembangunan yang melibatkan soal-soal investment, soal-soal projek yang berskala besar yang punya impak ekonomi yang lebih besar daripada terlibat dalam projek-projek kecil yang kadang-kadang kita lihat ada masalah teknikal. Mereka kekurangan pakar-pakar dalam teknikal untuk mereka melaksanakan perkara-perkara ini.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jalan batas ‘kurau’ pun dia buat... [Ketawa]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Jalan batas ‘kurau’ pun dia buat?

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ha... [Ketawa]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi, apakah perancangan di masa hadapan supaya NCER lebih dilihat mampu mencapai matlamat seperti mana yang dirancangkan oleh bekas mantan Perdana Menteri yang lalu.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Itu satu soalan, satu komen yang begitu baik. Semasa koridor-koridor diwujudkan, mereka ini diberi kuasa untuk melaksanakan beberapa projek, tetapi saya setuju bahawa dalam melaksanakan projek-projek, kita harus mengelak pertindihan dengan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan kementerian-kementerian. Oleh kerana itulah pada masa ini, semua koridor telah diletakkan di bawah UKAS iaitu satu unit di bawah Pejabat Perdana Menteri, di bawah saya dan kita akan memastikan bahawa koridor-koridor tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas-tugas yang dijalankan atau dimainkan oleh kementerian- kementerian dan agensi-agensi. Kita akan memastikan juga bahawa tugas utama, peranan utama, matlamat utama sesuatu koridor ialah seperti Yang Berhormat Arau sebut, untuk mencari pelaburan untuk memajukan sesuatu kawasan. Ini kita akan lakukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tan Sri, berkaitan dengan NCER ini. Saya bersetuju dengan pendapat rakan saya dari Arau tadi. Isu dia ialah berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa NCER ini dan koridor-koridor yang lain ini membantu pelaksanaan projek-projek kerajaan di bawah kementerian-kementerian. Kemudian disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi bahawa kadang-kadang projek-projek kecil pun NCER turut terlibat. Macam saya kata tadi jalan batas ‘kurau’ pun dia nak buat sehingga kadang-kadang kita tengok umpamanya jalan di kawasan saya, jalan MADA, dia pergi buat turap jalan sahaja tanpa dia membuat satu kajian bahawa jalan MADA ini oleh kerana kiri kanan itu ada ayaq sungai, dia kot mana pun lepas empat bulan pun dia akan rosak jalan itu sebab dia mendap. Jadi tak ada satu kajian yang menyeluruh, teknologi bagaimana nak mengelak pemendapan ini. Ini yang saya katakan tadi, kita lihat bahawa macam koridor ini, NCER ini buat benda-benda yang tidak menampakkan kehebatan dia. Sebab itu saya nak tanya berapa gaji CEO NCIA ini, gaji CEO NCIA ini sebab saya nak tengok kalau gaji dia tinggi, takat buat jalan batas ‘kurau’, saya rasa baik bagi dekat JKKP daripada Kangar pun boleh bincang dengan Tok Penghulu, kemudian pejabat daerah boleh buat. Tak payah pakai seorang CEO kepada NCIA ini yang gaji sampai puluh-puluh ribu. Jadi saya nak minta berapa gaji CEO NCIA dan juga CEO kepada koridor-koridor, lima koridor yang ada ini.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Secara bertulis dan CEO saya akan bagi secara bertulis tetapi isu tentang peranan koridor-koridor khasnya koridor utara kita telah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa perkara ini yang telah berlaku, memang berlaku tidak akan berlaku lagi.

Abdullah bin Mohd ZinUMNO · BNBesut · question

5. Prof. Dato' Dr. Abdullah Md. Zin [Besut] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh manakah usaha-usaha telah diambil bagi memantapkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) supaya ianya mempunyai daya saing yang tinggi bagi melahirkan modal insan setelah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

] Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengumumkan bahawa STAM adalah setaraf dengan STPM yang diperkenalkan pada tahun 2000 iaitu peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga JAKIM. Calon yang menduduki STAM mempunyai peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan dan diterima memasuki Skim Perkhidmatan Awam di samping peluang belajar di Universiti Al-Azhar dan institusi pengajian tinggi luar negeri yang lain. Di samping itu, bilangan pelajar lulusan STAM yang diterima masuk di institusi pengajian tinggi awam semakin meningkat selain daripada mendapat pengiktirafan di Universiti Al-Azhar. Pihak Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha untuk memperluaskan STAM di peringkat serantau terutamanya di negara-negara ASEAN agar Malaysia menjadi hab pengiktirafan supaya pelajar di negara-negara ASEAN yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar perlu menduduki STAM. Pada masa ini terdapat pelajar dari negara ASEAN seperti Indonesia, Brunei, Thailand dan Kemboja yang mengambil STAM yang telah pun menduduki peperiksaan ini.

Pengiktirafan STAM setaraf dengan STPM oleh kerajaan telah meningkatkan lagi imej sekolah agama dan memberi peluang pelajar agama melanjutkan pelajaran dan memohon peluang pekerjaan dalam Skim Perkhidmatan Awam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang datang untuk menjawab soalan saya ini. Sesuai dengan apa yang telah disebut oleh Timbalan Menteri tadi iaitu hendak memperluaskan STAM ke peringkat yang lebih global, jadi saya rasa sangat wajarlah bagi pihak kerajaan menyemak semula syllabus STAM ini kerana ianya terlalu lama sebagaimana yang telah saya timbulkan dahulu juga, lebih daripada sepuluh tahun. Ia hanya berdasarkan kepada bahasa Arab iaitu mata-mata pelajaran yang fokus dalam bahasa Arab dan juga dalam bidang agama tulen sahaja. Jadi perlulah diperluaskan. Saya dapat maklum bahawa STAM ini telah cuba diperbaiki dari segi syllabus, telah dihantar kepada MQA iaitu Malaysian Qualification Agency atau Lembaga Akreditasi Negara. Jadi saya hendak tahu sejauh mana perkembangan, apakah telah dipersetujui oleh MQA ini untuk menyemak semula supaya adanya beberapa tambahan supaya sesuai untuk pembinaan modal insan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya STAM sudah pun mendapat pengiktirafan daripada MQA. Sebab itulah ia diterima oleh JPA dan juga IPTA di negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, antara beberapa tindakan lain yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran ialah: (i) kurikulum STAM diperakui sebagai kurikulum kebangsaan; (ii) peruntukan bantuan per kapita mata pelajaran juga diberikan; (iii) bekalan guru STAM terlatih juga disediakan; (iv) kemudian ialah pewujudan perjawatan pensyarah mata pelajaran STAM di institusi perguruan Malaysia; (v) mewujudkan norma perjawatan guru STAM setara dengan norma guru Tingkatan Enam; (vi) bekalan buku teks kepada pelajar-pelajar STAM; dan (vii) peperiksaan STAM dikelola oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, oleh kerana STAM ini tempohnya setahun, kadang-kadang ia cuma ada sedikit masalah kepada negara yang mengamalkan pendidikan 13 tahun. Kalau setahun kita sudah 12 tahun. Oleh kerana itu memang ada permintaan daripada Al-Azhar untuk kita melihat kurikulum ini terutamanya penguasaan bahasa Arab sebab dikatakan penguasaan bahasa Arab pelajar-pelajar STAM ini masih tidak sampai pada standardnya. Oleh itu kita memang berusaha untuk mempertingkatkan kualiti lulusan STAM ini. Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi dan salam reformasi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya untuk rakan saya Timbalan Menteri ialah, selain daripada komponen syllabus yang dibangkitkan oleh rakan saya, Yang Berhormat Besut...

Salam reformasi itu boleh tarik balik tidak, Tuan Yang di-Pertua?... [Disampuk] Pasal dia tidak berupa salam yang diterima oleh negara kita... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apalah, Yang Berhormat. Siapa yang mahu sambut salam itu, sambutlah.

Boleh ya.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang tidak sambut, tidak payah. Ya sila.

Kalau tidak salam reformasi... “kaikek” ataupun “maru marachit” boleh juga. Tidak ada masalah... [Ketawa] Baik. Satu komponen yang dibangkit oleh Besut tadi ialah kurikulum yang lama. Yang itu Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Komponen yang kedua yang penting ialah kualiti guru. Tuan Yang di-Pertua, di Kelantan antara negeri yang banyak sekolah agama yang melahirkan pelajar-pelajar lulusan agama yang mengambil peperiksaan STAM ini. Masalah yang sering dihadapi, Yang Berhormat Menteri, ialah guru-guru yang mengajar, katalah dia lulus Usuluddin dalam falsafah atau dia lulus dalam bidang syariah, dia terus mengajar di sekolah bantuan negeri ini. Dia tidak dapat latihan perguruan yang khusus. Dia tidak belajar metodologinya, pedagoginya, segala macam. Yang Berhormat Menteri saya yakin faham perkara ini sebab Yang Berhormat Menteri pernah belajar di Kelantan di sekolah swasta satu ketika dahulu. Jadi, isunya ialah apakah kementerian bersedia untuk memberi ruang dan tempat yang lebih banyak kepada guru-guru sekolah bantuan Kerajaan Negeri Kelantan ini untuk mendapat tempat mengikuti bidang pengajian pendidikan, diploma pendidikankah, di bawah Kementerian Pelajaran tanpa dikenakan kuota-kuota tertentu sebab hendak dapat tempat itu, setiap tahun itu pihak kerajaan negeri melalui YIK terpaksa berunding banyak peringkat dengan ini. Jadi kalaulah ianya dibuka dengan diberi lebih banyak tempat, kualiti pendidikan guru dengan latihan pendidikan yang lebih baik akan memberi jaminan mengenai produk murid-murid yang akan menduduki STAM ini lebih baik. Apakah respons Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Pertama, kita hanya menerima salam reformasi positif tetapi tidak menerima salam reformasi jalanan... [Disampuk] Okey, saya hendak jawab. Kenapa hendak marah pula? Betullah, takkan hendak terima salam reformasi jalanan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan soalan Yang Berhormat Machang itu tadi, kita tidak ada masalah sebenarnya. Sebab itu saya kata tadi bahawa antara yang kita lakukan ialah mewujudkan perjawatan pensyarah mata pelajaran STAM di institusi perguruan Malaysia, kemudian mewujudkan norma perjawatan guru STAM setara dengan norma guru Tingkatan 6 dan kita bersedia untuk menerima lebih ramai guru-guru yang akan mengajar untuk peperiksaan STAM ini dan kita tidak ada masalah ramai guru daripada Kelantan ini dan lebih mudah jika sekiranya Kelantan terima wang ihsan... [Disampuk]

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

6. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah kerajaan berniat untuk mewajibkan semua penganggur untuk mendaftar diri mereka dengan kementerian. Jika benar apakah statistik pengangguran boleh diperoleh untuk membuat perancangan bagi dasar kerajaan.

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Assalamualaikum dan selamat pagi, salam 1Malaysia, salam rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat di atas soalan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan kajian penyiasatan tenaga buruh oleh Jabatan Statistik, kadar pengangguran negara pada masa ini adalah 3.6 peratus pada suku kedua 2009, dan kadar pengangguran ini telah menurun daripada 4 peratus pada suku pertama 2009 selaras dengan pemulihan ekonomi negara. Bilangan pencari kerja yang mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia melalui portal JobsMalaysia sehingga 10 November 2009 adalah seramai 374,272 orang yang mana 38.9 peratus ataupun 145,909 orang adalah terdiri daripada mereka yang telah bekerja tetapi ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Oleh yang demikian, pencari kerja yang mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia tidak boleh dianggap kesemuanya sebagai penganggur dan tidak boleh digunakan sebagai petunjuk kadar pengangguran negara. Kementerian belum berhasrat untuk mewujudkan satu undang-undang khusus mewajibkan semua penganggur berdaftar dengan kementerian. Daripada pemerhatian kementerian, tidak ada negara di dunia yang mewajibkan penganggur untuk mendaftar.

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Terdapat beberapa negara yang melaksanakan pendaftaran penganggur bagi membolehkan penganggur tersebut mendapatkan faedah pengangguran. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan bahawa kita sudah pun capai full employment dan berdasarkan full employment bermakna, dengan izin, “Full employment occurs when everyone in the economy whose willing to work at the current market rate for someone of his skills have jobs. Full employment does not imply that all adults have jobs”. Berkaitan dengan perkara ini, dengan tidak ada undang-undang yang memastikan supaya semua penganggur berdaftar bermakna ini dibuat dengan sukarela. Akan tetapi kita semua tahu bahawa di negara ini kebanyakan orang tidak mendaftar dengan Pejabat Tenaga Rakyat adalah kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ramai di antaranya adalah dari golongan muda yang tidak berdaftar, tetapi yang telah berdaftar tidak dapat kerja dan sebagainya. Akan tetapi yang mustahak adalah bila kita ada full employment Tuan Yang di- Pertua, ini menunjukkan bahawa negara boleh mewujudkan satu unemployment benefit kepada pihak-pihak pekerja yang tidak ada kerja. Itulah yang khusus dalam perkara ini di mana keengganan kerajaan mengiktiraf bahawa ada masalah pengangguran di negara ini khususnya di mana ada statistik-statistik yang sedia ada nampaknya kabur, tidak boleh dipercayai kerana kita ada statistik oleh kementerian tetapi tidak ingin mengiktiraf bahawa sebenarnya ada pengangguran yang sangat serius. Ini adalah berkaitan dengan membenarkan pekerja-pekerja asing yang lebih daripada dua juta yang ada di negara ini. Kebanyakan daripada mereka, saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua adalah yang telah mengambil alih pekerjaan warganegara kita dan apa yang dibuat supaya warganegara kita diberi keutamaan supaya mereka tidak dianiayai. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan membuat penyiasatan kepada factories di mana kebanyakan pekerja-pekerja negara kita disingkir, dibuang kerja dan diberi keutamaan kepada pekerja asing.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab satu persatu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Pertama, sama ada kita sekarang ini boleh dianggap sudah mencapai full employment. Mengikut economist, sekiranya kadar pengangguran itu adalah 4 peratus ke bawah, ia dianggap sebagai full employment. Persoalan yang ada di negara kita ini berkaitan dengan pengangguran adalah mengenai dengan penempatan graduan dan juga mereka yang mendaftar pekerjaan dengan jawatan-jawatan yang setimpal ataupun sesuai mengikut kelulusan. Lagi satu mengenai dengan terdapat mereka yang tidak mendaftar dengan portal Jobs Malaysia ini. Ini adalah kerana mereka mempunyai banyak pilihan. Satunya ialah mereka telah bekerja tetapi tidak memaklumkan perkara tersebut kepada portal Jobs Malaysia. Ada juga di antara mereka yang mendaftar dengan agensi-agensi pekerjaan swasta yang mana di negara ini terdapat sebanyak 2112 yang aktifnya dalam 935 syarikat. Ada juga di antara mereka yang menganggur atas sebab-sebab persendirian. Lagi satu tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mengatakan bahawa keengganan kerajaan mengiktiraf adanya masalah pengangguran dan tidak ada cukup statistik ataupun statistik dan data yang kabur. Saya ingin menyatakan Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa, apa Yang Berhormat cakap itu adalah tidak benar kerana selain daripada data yang saya sebutkan tadi iaitu pendaftaran, penawaran dan penempatan pekerjaan melalui portal Jobs Malaysia di kementerian, kementerian juga menganjurkan National Employment Return atau bancian yang kita buat tiap-tiap dua tahun mengenai dengan tenaga kerja dan semua isu permasalahan tenaga kerja di negara ini. Selain daripada itu, kita juga ada laporan- laporan pemberhentian pekerjaan dan lain-lain kajian khusus yang kita buat dari semasa ke semasa. Selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga bergantung pada laporan Jabatan Statistik yang ada khusus, satu mengenai dengan pengangguran yang mana dibuat tiap- tiap suku tahun yang begitu terperinci, yang mengandungi maklumat mengenai umur, gender, negeri, latar belakang pendidikan dan lain-lainnya. Ini adalah satu statistik yang sangat digunakan juga oleh Kementerian Sumber Manusia.

Selain daripada itu, kajian-kajian juga dibuat oleh lain-lain pihak dan lain-lain kementerian seperti Kementerian Pengajian Tinggi yang contohnya mengadakan Traces Study ataupun yang mengesan graduan-graduan yang telah keluar selepas enam bulan untuk melihat employability ataupun keupayaan mereka bekerja dan mengambil langkah- langkah yang positif untuk mengatasi sekiranya terdapat sebarang kelemahan atau masalah supaya sentiasa proaktif. Lagi satu tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kita bergantung pada pekerja asing dan tempat yang mereka isi ini diberi kepada pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak dapat nafikan bahawa dengan meningkatnya kadar kelulusan dan kelayakan warga Malaysia dengan lebih banyaknya graduan-graduan yang keluar setiap tahun dan meningkatnya taraf pendidikan ini membuat ramai rakyat Malaysia pada masa ini, generasi mudanya yang enggan bekerja di sektor-sektor tertentu seperti binaan, pertanian dan lain-lainnya yang terpaksa mengundang pekerja-pekerja asing. Ini dikawal dan dibuat secara teratur. Sekiranya Yang Berhormat ada maklumat adanya jawatan- jawatan yang tidak sepatutnya diisi oleh pekerja-pekerja asing ini, silalah buat laporan supaya dapat kita lihat secara terperinci. Selain daripada itu, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat bahawa Kementerian Sumber Manusia juga aktif pada masa ini sedang berusaha dengan pelbagai program untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dengan melihat kepada potensi-potensi tenaga kerja wanita yang boleh dipertingkatkan, tenaga kerja mereka yang telah berpencen ataupun yang sudah berusia, dan berbagai-bagai lagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Negara masih lagi mengalami masalah lambakan graduan yang menganggur. Adakah ini ada hubung kaitnya dengan kegagalan sistem pendaftaran daripada kementerian ataupun kegagalan kementerian berunding dengan institusi pengajian tinggi. Ini dari segi pengkhususan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar dalam negara kita supaya ianya bersesuaian dengan peluang-peluang yang diwujudkan dalam negara kita. Kalau kita melihat di institusi yang ada kita dapati peluang pekerjaan ini tidak selaras dengan penghasilan graduan kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada satu statistik yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang mana telah menganjurkan satu kajian tracer graduan. Iaitu pengesanan graduan pada tahun 2008 yang melibatkan 181 institusi pengajian tinggi termasuk IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mana terdapat 213,615 graduan. Daripada responden yang diterima didapati bahawa 52.8 peratus dapat pekerjaan, 16.4 peratus melanjutkan pelajaran dan 6 peratus sedang menunggu penempatan pekerjaan. Seramai 42,000 ataupun 24 peratus masih menganggur. Tuan Yang di-Pertua, angka ini menunjukkan bahawa ini kedudukannya selepas enam bulan mereka menjadi graduan. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan selain daripada Kementerian Sumber Manusia yang menganjurkan berbagai-bagai program termasuk program train and place iaitu latih dan tempatkan dengan majikan-majikan yang melibatkan lebih daripada 27,000 peserta. Saya ingin juga memaklumkan bahawa kita juga mewujudkan program-program modul-modul khas untuk graduan. Saya ingin memaklumkan bahawa dan saya memohon izin Yang Berhormat, ada banyak program-program yang disediakan oleh berbagai-bagai agensi untuk graduan- graduan di negara ini. Saya bagi contoh, Khazanah Nasional Berhad mengadakan skim Graduate Employability Management. MIMOS menganjurkan program Competency Development Program. Kita dapati Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan program Business Process Out Sourcing Programme. UiTM sendiri mengadakan Program Tunas Mekar, Financial Sector Talent Enrichment Programme yang dianjurkan oleh Institut Bank-bank Malaysia, Program Graduan Siswazah Industri Pembinaan oleh CIDB.

Lagi panjang Yang Berhormat, kalau saya hendak baca ini ada dalam 19 program tersebut yang mana saya rasa bahawa pada masa ini sudah ada banyak peluang untuk graduan merebut. Terpulanglah kepada mereka untuk bertindak proaktif dan seterusnya kerajaan akan terus mengesan dan menganalisis situasi ini dan akan terus bertindak proaktif sekiranya masalah ini berlarutan. Itu janji Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

Edmund Chong Ket FahPBS · BNBatu Sapi · question

7. Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi] minta Menteri Kesihatan menyatakan, Hospital Duchess of Kent yang mempunyai bangunan baru 6 tingkat tersebut terdapat 1,000 kesan kerosakan seperti yang dilaporkan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat- pelawat pada masa lawatan mereka pada bulan Jun 2009. Berapakah di antara 1,000 kesan kerosakan tersebut telah diperbaiki dan bilakah kesemua kerosakan tersebut akan diperbaiki.

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Sapi di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Yang Berhormat Batu Sapi walaupun projek ini merupakan projek Kementerian Kesihatan namun demikian, penyelenggaraan, penyeliaan dan kawalan projek ini terletak di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai JPPS. Di dalam erti kata yang lain Superintendent Officer ataupun SO dengan izin, kepada projek ini adalah pihak JPPS. Projek membina bangunan baru enam tingkat tersebut telah dibina dengan kos sebanyak RM50.2 juta dengan kemudahan seperti Dewan Bedah, ICU, CCU dan juga wad. Projek ini telah mula dibina pada 18 September 2001 dan siap pada 30 September 2006. Dalam tempoh kecacatan ataupun defect liability period dengan izin, iaitu di antara 12 April 2007 hingga 11 April 2008, pihak Hospital Duchess of Kent telah mengesan sebanyak 1,000 kesan kerosakan. Di mana sehingga kini kesemua kerosakan tersebut masih belum diperbaiki walaupun perkara ini telah beberapa kali dilaporkan. Kontraktor Syarikat Putrajaya Sdn. Bhd. yang telah dilantik oleh pihak JPPS gagal memperbaikinya dan Kementerian Kesihatan telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pihak JPPS dan menggesa serta mengesyorkan agar pelantikan pihak ketiga dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pada masa yang sama pihak kementerian telah memohon kepada pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk membantu. Pada masa ini pihak kementerian, JPPS dan ICU sedang berusaha untuk menyelesaikan isu pembaikan ini agar rakyat di Sandakan dapat menikmati kemudahan yang sebaiknya. Terima kasih.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan diberi. Masalah hospital ini sudah lama dan masalah-masalah pun banyak di dalam hospital ini. Dari jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri, apa sebab masalah membaik pulih ini ataupun ratification ini tidak boleh dibuat? Adakah kos telah disediakan oleh SO iaitu sekarang pun bukan JPPS, sekarang JPNS sudah. Bolehkah Timbalan Menteri terangkan?

Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek membina bangunan enam tingkat ini sepatutnya telah siap pada 15 September 2003. Walau bagaimanapun, kontraktor telah mendapat tempoh lanjutan masa sebanyak enam kali menjadikan projek ini lewat selama tiga tahun untuk disiapkan. Pihak kementerian memahami kekecewaan Yang Berhormat Batu Sapi dan rakyat di kawasan Sandakan yang menantikan bangunan ini siap dengan sempurna dan berfungsi sepenuhnya semenjak tahun 2003 lagi. Pihak kementerian berharap pihak ketiga yang akan dilantik akan lebih bertanggungjawab untuk tidak menyebabkan projek ini terus mengalami kelewatan yang tidak sewajarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian prihatin dengan masalah kerosakan ini. Sehubungan ini mana-mana kerosakan yang didapati selepas tempoh kecacatan pihak kementerian telah memberikan peruntukan di bawah Projek Rangsangan Ekonomi I dan II untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi I Hospital Duchess of Kent melaksanakan sebanyak 13 projek naik taraf dengan peruntukan sebanyak RM1.53 juta. Di mana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi II tahun 2009 Hospital Duchess of Kent menerima peruntukan sebanyak RM765,000 dan telah melaksanakan 14 projek naik taraf. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sebenarnya bon pelaksanaan berada di bawah kawalan pihak JPNS. Pihak kementerian Yang Berhormat, insya-Allah kami terus komited untuk memastikan bahawa projek ini tidak lagi mengalami kelewatan yang berterusan. Terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ini soalan spesifik ya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, kalau hospital di Sandakan, baru pakai lima tahun sudah rosak. Di Kota Kinabalu kita akan bina hospital baru twin tower block. Ini akan menjadi serupa Sandakan ataupun tidak? Kalau Kementerian Kesihatan tidak hati-hati dengan membina bangunan, kita akan ada banyak masalah di masa hadapan. Ini kementerian boleh buat satu perjanjian? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat membincangkan mengenai satu projek yang belum dilaksanakan dan kita belum tahu lagi mengenai impak projek itu. Namun Yang Berhormat, saya bagi pihak Kementerian Kesihatan, kita komited dalam meneruskan projek-projek yang telah dirancang dan dilaksanakan. Sudah tentu masalah-masalah yang timbul sebelum ini merupakan satu pengajaran kepada semua pihak dan kita akan memastikan perkara yang sama tidak akan berlaku lagi. Terima kasih Yang Berhormat.

Abdul Halim bin Abdul RahmanPAS · PRPengkalan Chepa · question

8. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah benar bilangan penumpang AirAsia dijangkakan mencecah 10 hingga 15 juta penumpang menjelang 2015 sekiranya benar apakah tindakan kerajaan untuk membina/membesar terminal di LCCT bagi menampung bilangan penumpang itu dan berapakah belanja projek ini dan bilakah dimulakan secara agresif.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat di atas keprihatinan terhadap isu dan keperluan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pengkalan Chepa, adalah benar bahawa penumpang AirAsia diramal akan mencecah bilangan sehingga 15 juta penumpang menjelang 2015. Bagi menampung keperluan ini, kerajaan telah pun meluluskan pembinaan sebuah LCCT baru bersebelahan dengan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terminal ini dapat mengendalikan seramai 30 juta penumpang setahun dan projek ini adalah dalam finalizing compliance of airline requirement dan juga penyediaan reka bentuk. Setelah selesai penilaian tender, ianya akan dimulakan dan dijangka siap dibina pada akhir tahun 2011 dan anggaran kos projek ini ialah sebanyak RM2 bilion. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. AirAsia merupakan tambang murah yang sangat berjasa untuk membawa pelancong sama ada domestik, rantau Asia dan juga dunia ke Malaysia ini. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, saya lihat bahawa kemudahan di LCCT ini sangat lemah terutama sekali apabila kapal terbang itu mendarat dengan banyak, terlampau sesak. Apakah usaha- usaha dibuat misalnya untuk mengadakan rel ekspres seperti mana KLIA supaya penumpang-penumpang ini tidak bergantung pada bas sahaja tetapi, menunggu-nunggu bas. Kalau ada kemudahan-kemudahan di terminal ini, saya rasa pelancong daripada Asia Barat pun berasa selesa. Apakah usaha-usaha dibuat untuk meningkatkan kemudahan- kemudahan di LCCT supaya sekarang lagi tidak sesak?

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tindakan kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan untuk menyediakan satu terminal LCCT yang baru ini adalah merupakan salah satu usaha yang dibuat untuk menyelesaikan permasalahan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Peruntukan RM2 bilion yang diberikan ini adalah untuk menyediakan satu terminal dan juga lapangan terbang tambang murah yang lebih selesa dan boleh menampung sehingga 30 juta penumpang dan juga kemudahan-kemudahan yang lain iaitu misalnya, di antaranya ialah untuk mengadakan sambungan ERL daripada Main Terminal ke LCCT yang sepanjang 2 km tersebut. Ini akan memberikan kemudahan kepada Main Terminal passengers iaitu daripada Premier Airlines dan juga kepada LCCT dan kita berharap dengan terbinanya LCCT yang baru dan kemudahan-kemudahan berkaitan, ianya akan memberikan peluang untuk kemajuan yang lebih pesat dalam industri penerbangan kita...

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya hendak mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan dan penyokong-penyokong saya daripada masyarakat Cina daripada Langkap Pasir Salak yang ada di galeri sana... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah berhubung dengan pelaksanaan Projek LCCT ini. Saya mendapat maklum daripada pihak AirAsia iaitu ada kelambatan dari segi pelaksanaan terminal ini. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang mengambil tindakan yang positif untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya ingin bertanya, bagaimana ianya boleh dipercepatkan? Ini kerana ianya penting dan juga melibatkan pelancongan, foreign exchange dan ekonomi negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya, seperti mana saya telah jelaskan tadi bahawa sekarang peringkat pelaksanaan yang telah dibuat bagi membina LCCT ini ialah di peringkat penyediaan design dan juga beberapa kerja-kerja berkaitan. Dalam mesyuarat mingguan bersama pihak perunding pengurusan projek atau PMC dan Jabatan Penerbangan Awam yang telah diadakan pada 10 November 2009. Sebenarnya status projek adalah seperti berikut, seperti mana dijadualkan ianya seharusnya siap 13.5 peratus dan yang sebenar hanyalah 15.5 peratus iaitu kelewatan 2 peratus sahaja iaitu 18 hari. Antara sebab-sebab kelewatan ini adalah: (i) kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan untuk Pakej Edward EW-01; (ii) kelewatan application of development order dari pihak yang berwajib; (iii) kelewatan reka bentuk dan perolehan untuk Apron Control Tower; (iv) perolehan penswastaan untuk pecahan pakej ataupun privatization package procurement, transportation hub, car park dan fuel hydrant; dan (v) kelewatan proses perolehan untuk pakej-pakej yang lain. Oleh sebab itu pihak Kementerian Pengangkutan akan memantau projek ini dan memastikan ianya tidak terlewat begitu lama kerana kita juga menyedari bahawa keperluan untuk menyediakan LCCT ini supaya ianya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada sektor pengangkutan kita.

Lilah bin YasinUMNO · BNJempol · question

9. Dato’ Lilah Yasin [Jempol] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) apakah perancangan kementerian menyediakan peluang- peluang peningkatan sumber pendapatan rakyat-rakyat termiskin; dan (b) berapakah banyak ruang perniagaan yang disediakan untuk rakyat termiskin berniaga.

Tuan Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Jempol. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup penduduk miskin tegar di kawasan luar bandar dengan menyediakan pelbagai peluang dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat. Usaha yang berterusan ini dijalankan oleh KKLW menerusi pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar ini diberi penekanan melalui dua program SPKR yang utama iaitu Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Di bawah PPP, ini bukan parti Datuk Kayveas... [Ketawa]

Tuan Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

Program peningkatan pendapatan golongan miskin tegar berpeluang meningkatkan jumlah pendapatan masing-masing melalui empat skop projek iaitu perniagaan, perkhidmatan, pertanian dan perusahaan sumber asas tani. Sebanyak RM126.94 juta telah dibelanjakan bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2008 khusus bagi membiayai pelbagai projek PPP termasuk jahitan, bantuan peralatan nelayan, perkhidmatan pembersihan kawasan, pertukangan, perniagaan kecil-kecilan, perniagaan gerai makanan, kedai runcit dan aktiviti penjajaan dengan penglibatan seramai 12,822 peserta di seluruh negara. Bagi memastikan peluang-peluang ini sentiasa berterusan, sebanyak RM92 juta telah diperuntukkan khusus bagi merancang pelaksanaan PPP dalam tahun 2009 dan tahun 2010 dengan sasaran penglibatan seramai 12,868 peserta miskin tegar di seluruh negara. Bagi memberi kemahiran terutamanya kepada ahli isi rumah menerusi PLKK, kementerian ini menjalankan pelbagai kursus seperti mekanik motor, elektrik, kejuruteraan marin, chef masakan, jahitan dan andaman kepada seramai 14,760 peserta miskin tegar di dalam tempoh tahun 2006 sehingga tahun 2008. Manakala bagi tahun 2009 dan tahun 2010 dengan peruntukan sebanyak RM16 juta dan seramai 2,286 peserta lagi akan dapat diberi latihan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah PPP yang telah diluluskan dari tahun 2006 sehingga tahun 2008, seramai 1,495 peserta telah menerima bantuan berbentuk perniagaan kecil. Bantuan-bantuan yang diberi meliputi pelbagai jenis bantuan seperti mesin dan peralatan, premis, bengkel, kedai runcit, kursus pra pelaksanaan projek, bimbingan dan bahan-bahan mentah pada kadar maksimum RM10,000 untuk setiap peserta. Selain itu, adalah dijangkakan 2,978 peserta lagi telah dan akan menerima projek dalam bentuk yang sama pada tahun 2009 dan tahun 2010. Terima kasih.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kejayaan kerajaan membantu golongan rakyat termiskin adalah amat berkesan, tetapi pihak kementerian harus juga melihat bagaimana latihan yang telah pun kita buat kepada sebahagian golongan rakyat termiskin ini mesti juga seimbang dengan peluang-peluang yang telah kita wujudkan untuk mereka dan juga pemantauan segala projek-projek dan bantuan yang telah kita berikan kepada mereka mesti dibuat secara berterusan bagi menjamin kejayaan kerana mereka miskin kerana sebahagiannya akal mereka miskin atau minda mereka miskin.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Kalau kita dapat bangunkan akal dan minda mereka kemudian kita berikan peluang dan kita pantau saya percaya kita boleh lonjakkan ia keluar daripada kumpulan rakyat termiskin. Oleh yang demikian apakah perancangan kerajaan untuk menyatukan kedua-dua elemen ini?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Jempol. Kementerian ini sangat mengalu-alukan pandangan dan juga menyerukan supaya kita ini holistik dalam pelaksanaan projek untuk mengeluarkan rakyat kita dari golongan miskin tegar. Sebenarnya memang ini prinsip yang kita peluk selama ini dan kita laksanakan. Sekiranya ada selain daripada apa yang telah dibuat oleh kementerian ini, ada idea baru yang dapat difikirkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan terima, kita akan pertimbangkan untuk menentukan ada imbangan di antara pelaksanaan projek untuk membangunkan modal insan. Kita ada beberapa projek, kita mengadakan bengkel, kita ada juga memberikan bimbingan bermacam-macam bimbingan pengurusan telah dibuat oleh kementerian ini. Sebenarnya peruntukan diberikan adalah peruntukan yang mengimbangkan kedua-dua aspek pembangunan rakyat dalam golongan miskin tegar ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab masalah miskin tegar ini. Di Sabah, kita dalam satu masalah di mana kita bersaing dengan penduduk-penduduk orang asing di Sabah. Apakah sebenarnya perancangan kerajaan untuk mempertingkatkan pendapatan seperti anak-anak bumiputera di Sabah di mana pada ketika ini kalau kita lihat di kampung-kampung, kedai-kedai kecil semuanya diterajui oleh orang-orang asing seperti Pakistan. Malah di tamu-tamu semuanya kita bersaing dengan orang-orang asing, bagaimana kita dapat mempertingkatkan miskin tegar penduduk orang kampung?

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Yang Berhormat daripada Sepanggar tidak bermaksud betul-betul hendak mempertingkatkan miskin tegar ini, kita hendak membasmi miskin tegar. Ada dua aspek soalan yang telah dikemukakan iaitu pertama, persaingan dengan orang asing. Itu bukan dalam bidang kementerian ini dan sekiranya ada program-program yang telah kita laksanakan yang telah menguntungkan ataupun orang asing ini telah termasuk dalam program KKLW, sila kemukakan kepada kementerian ini. Setahu saya kementerian ini cuma menumpukan perhatian dan pelaksanaan projek kita kepada orang-orang yang miskin tegar dan yang miskin tegar ini tidak tertumpu kepada kaum bumiputera. Kalau orang itu tinggal di luar bandar dan mereka miskin tegar, kita bantu. Bukan tertakluk sama ada mereka bumiputera ataupun tidak, tetapi mengikut sama ada mereka di luar bandar ataupun tidak. Kedua saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu saya ulang lagi apakah program-program yang dilaksanakan oleh kementerian ini untuk meningkatkan pendapatan orang-orang miskin ataupun orang miskin tegar, saya sudah huraikan tadi dalam jawapan asal saya. Sekian, terima kasih.

Abdul Aziz bin Abdul KadirPKR · PRKetereh · question

10. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan, senarai terkini data-data yang lengkap berkaitan dengan kegagalan dan kejayaan usaha yang telah dilaksanakan menerusi program pembasmian rakyat termiskin di seluruh negara dari tahun 2005 sehingga kini.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua soalan ini juga melibatkan isu kemiskinan. Agenda pembasmian memang merupakan antara agenda utama kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan segenap lapisan rakyat di seluruh pelosok negara. Untuk jawapan spesifik Yang Berhormat, hasil daripada langkah dan pendekatan holistik kerajaan kadar kemiskinan keseluruhan telah menurun daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.8 peratus pada tahun 2008. Manakala kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.2 peratus pada tahun 2004 kepada 0.8 peratus pada tahun 2008.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, sebagaimana yang kita telah maklum usaha pembasmian kemiskinan ini telah bermula lebih daripada 30 tahun. Saya hendak tahu apakah halangan utama yang menyebabkan permasalahan ini tidak dapat kita selesaikan dengan mendapatkan impak yang maksimum. Dalam mengeluarkan data-data kemiskinan ini saya juga hendak tahu adakah kita telah mengambil kira dalam soal kemiskinan jiwa? Kerana kalau kita tumpu kepada ekonomi sahaja banyak bantuan yang telah terseleweng. Sekian terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Hati-hati Yang Berhormat, menjawab soalan kemiskinan jiwa ini sukar hendak jawab... [Ketawa]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Dari banyak survey yang telah dilakukan, penyebab utama dan faktor utama untuk kemiskinan jiwa adalah tidak cukup duit. Tidak ada duit... [Ketawa] Kemiskinan ekonomi adalah faktor yang terpenting, yang melibatkan kemiskinan jiwa. Saya ingin..., kalau Tuan Yang di-Pertua beri sedikit..

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Kesempatan kepada saya. Sungguhpun soalan ini spesifik bagi tahun 2005 hingga 2008, tetapi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1970 kadar kemiskinan Malaysia adalah 49.3 peratus. Di Kelantan 76.1 peratus, Perlis 73.9 peratus. Pada hari ini kita lihat bahawa kadar kemiskinan di seluruh Malaysia hanya 3.8 peratus dan pada tahun 1970, kemiskinan bumiputera pada keseluruhannya ialah 64.8 peratus, manakala pada masa ini 5.3 peratus. Bagi Kelantan pada tahun 1970 kadar kemiskinannya 76.1 peratus, iaitu tiga daripada empat keluarga hidup di bawah garis kemiskinan. Pada hari ini hanya 4.1 peratus. Di Perlis juga dikurangkan kepada 11.6 peratus. Ini memang satu pencapaian yang dapat kita banggakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai. Ada usul daripada Menteri. Sila. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri menjawab di peringkat Jawatankuasa Rang undang- undang Perbekalan 2010 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 18 November 2009”.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabaan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kedua] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] - Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill

Tuan Pengerusi

Ini sedang bahas Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya ingatkan lagi supaya berbahas jangan panjang lebar. Kalau boleh lima minit seorang. [Disampuk] Kalau boleh. Yang Berhormat Pokok Sena terkejut pula. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Maksud B.6, Butiran 010500 - Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita telah pun dibekalkan dengan satu angka yang besar di mana Biro Tatanegara akan diberikan RM62.5 juta peruntukan pada tahun 2010. Biro Tatanegara ialah sebuah jabatan yang diwujudkan oleh kerajaan beberapa tahun yang lalu dengan tujuan untuk, di samping hal-hal dan kerja-kerja lain, ialah untuk membangkitkan dan membakar semangat anak-anak Malaysia khususnya bumiputera bagi berjuang mempertingkatkan taraf kehidupan mereka dari sudut ekonomi dan mental. Saya juga masih ingat semasa bertugas di Biro ini, anak-anak sekolah dihimpun. Sama ada anak-anak sekolah di dalam negeri ataupun anak-anak sekolah yang belajar di luar negara yang pulang untuk bercuti, dihimpun khususnya anak-anak bumiputera bagi disuntik semangat mereka. Di waktu itu, arahan yang kita terima jelas, bagi menyedarkan mereka untuk tangkas bangun bagi mempersiapkan diri sebagai anak Malaysia untuk sama-sama bersaing dengan anak-anak dari kaum lain supaya kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Apa yang berlaku dalam tahun-tahun itu, anak-anak Melayu yang mendapat berbagai-bagai kemudahan termasuk biasiswa yang rata-rata dilihat dalam institusi pengajian tinggi, amat terkebelakang. Mereka yang mendapat biasiswa walaupun datang daripada keluarga yang miskin, tetapi apabila masuk ke universiti tidak mempunyai semangat untuk berjuang bagi mempertingkatkan diri. Sebaliknya, mereka dilihat lebih banyak berfoya-foya. Itu sebab di antara program yang dilakukan ialah menghimpun mereka dan memberikan semangat untuk mereka bangun dari tidur yang lama.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akan tetapi Tuan Pengerusi, baru-baru ini kita dikejutkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini macam dasar, Yang Berhormat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tidak. Ini di bawah perbelanjaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akan tetapi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ucapan di bawah Jawatankuasa ini banyak bertanya apa progress, macam mana...

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, saya hendak masuk dalam itu Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau bercerita cerita-cerita lama itu, itu dasar itu.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Program telah bertukar dan input, saya hendak bertanya di sini, input-input juga telah bertukar daripada input-input yang membakar semangat, nampaknya BTN telah banyak terlibat dalam memberikan input-input yang saya kira tidak bersesuaian untuk didengari oleh anak-anak sekolah khususnya apabila isu-isu contohnya, menjatuhkan nama baik pemimpin-pemimpin negara yang mana digunakan kepada anak-anak sekolah. Sebagai contoh, satu seminar yang telah dilakukan iaitu Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan yang diadakan di Dewan Seri Negeri di Alor Setar yang dianjurkan oleh BTN. Sebagai contoh, dengan menjemput speaker-speaker luar untuk memberikan ceramah kepada seluruh pegawai di Kedah, telah membangkitkan soal Melayu dan bukan Melayu dan akhirnya dalam seminar itu, nampak seolah-olah soal Melayu, hak Melayu diperkatakan dengan begitu terbuka di depan semua khalayak bukan Melayu dan Melayu. Ini telah mengakibatkan suasana yang agak tegang. Kedua, dalam program-program BTN yang diuruskan juga menyebut tentang bagaimana pemimpin-pemimpin yang telah pun meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional terus dicerca. Contohnya, dalam program dua minggu yang lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mempunyai akuan RM3 bilion seperti yang telah pun disebut-sebut oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Walaupun pihak BPR telah pun mengatakan bahawa siasatan telah dilakukan dan didapati bahawa apa juga yang disebut oleh Bekas Penolong Gabenor Negara itu tidak betul kerana pihak BPR telah pun menyiasat tetapi masih lagi digunakan isu ini di dalam program-program BTN. Ketiganya, isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat walaupun mahkamah pada 2 September 2004 telah pun menjelaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akan tetapi, program-program BTN mutakhir ini masih lagi mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan dilepaskan atas keputusan 3-0, tetapi dua orang hakim melepaskan beliau dan tidak bagi seorang hakim. Tuan Pengerusi, apa yang saya hendak sebut di sini ialah BTN menganjurkan program-program untuk pelajar-pelajar sekolah. Sepatutnya isu-isu begini yang telah jelas dilepaskan oleh mahkamah dan telah pun dinyatakan oleh BPR. Saya kira BTN harus kembali kepada tujuan asalnya iaitu membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih baik, lebih bersatu padu daripada memecahbelahkan rakyat di bawah... [Tepuk] Tuan Pengerusi, keduanya ialah isu tentang B.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam. Tiga perkara yang saya hendak bangkitkan di sini di bawah 040000 - Pengurusan Sumber Manusia. Mutakhir ini dilihat ramai senior officer pegawai tinggi kerajaan khususnya yang telah pun diberikan extension selepas umur persaraan wajib. Umur persaraan wajib sekarang ini 58. Ada yang diberikan extension walaupun ramai pegawai yang berkelayakan boleh mengambil alih jawatan-jawatan tersebut.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Apa yang kita hendak persoalkan di sini Tuan Pengerusi ialah bagaimanakah Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan program persediaan kepada pegawai-pegawai senior mereka? Adakah pihak JPA tidak mempunyai program yang konkrit bagi memastikan pengambilan alih jawatan-jawatan tersebut berjalan dengan lebih lancar? Adakah bila seseorang KSU ataupun KSN sendiri tidak boleh ditukar dengan orang lain seolah-olah tidak ada lagi pegawai yang boleh mengambil tempat KSU ataupun KSN tersebut? Tuan Pengerusi, isu seterusnya yang saya hendak bangkitkan ialah tentang B.1 - Parlimen. Sekali lagi saya telah membahaskan secara dasar. Akan tetapi, saya juga hendak membahaskan tentang hal yang patut juga kita berikan perhatian. Oleh kerana dilihat pada tahun 2005 hingga sekarang peruntukan yang diberikan kepada Parlimen bukan meningkat tetapi menurun, saya mencadangkan di sini supaya perkara-perkara asas di Parlimen ini diberikan perhatian. Sekali lagi, tempat-tempat kerja untuk Ahli-ahli Parlimen mohon dipertimbangkan supaya Ahli-ahli Parlimen mempunyai tempat bekerja yang selesa. Kedua, tempat pemberita juga diberikan tempat yang selesa. Pada waktu ini kita lihat, pemberita tidak mempunyai tempat yang selesa. Mereka duduk di tempat-tempat tetamu hingga ke petang dan kadang-kadang oleh sebab keletihan sehingga tertidur di atas kusyen dan sofa tetamu. Jadi, nampaknya kita tidak memberikan keselesaan kepada mereka. Begitu juga dengan tempat untuk pegawai-pegawai pengiring. Ada Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang mempunyai pegawai pengiring dan mereka juga tidak mempunyai tempat. Akhir sekali, tempat-tempat untuk para tetamu. Kita pun tidak tahu apabila tetamu datang, mereka hendak duduk di mana? Jadi, nampaknya Parlimen kita tidak terurus bukan kerana pentadbiran yang lemah tetapi kerana tempat yang tidak cukup untuk menampung keperluan yang ada.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Silakan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani. Akan tetapi, yang paling penting adalah institusi Parlimen mestilah bebas daripada mana-mana kawalan dan kongkongan agar ia dapat menguruskan pengurusan hariannya dan membolehkan fungsi Parlimen berjalan dengan baik. Apakah Yang Berhormat Sungai Petani bersetuju bahawa di Parliamentary Services Acts yang telah digugurkan sebelum ini dikembalikan agar urusan Parlimen ini boleh berjalan dengan lancar, segala kebajikan dan fungsi Parlimen dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang kawalan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya setuju kerana akta itu diwujudkan sedemikian rupa dengan sebab-sebab tertentu. Sudah pasti, akta tidak akan diwujudkan jika tidak mempunyai justifikasi dan sudah tentu didebatkan di dalam Dewan ini. Persoalannya sekarang, di samping mempunyai akta tetapi pengurusan secara menyeluruh dilihat tidak begitu mantap. Kita telah bercakap tentang penyediaan komputer di atas meja kita, masalah ketidakselesaan di luar dan juga tentang security di mana kita telah melihat Ahli Parlimen kita diserang. Jadi, ini semua menunjukkan bahawa ruang untuk kita memperbaiki Parlimen ini sudah tentu ada. Ini saya kira menuntut satu tindakan serta-merta. Kalau kita ingin melihat bukan sahaja semangat tetapi juga kerja kuat oleh semua pihak, kita harus melihat ini sebagai suatu yang serta-merta. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya abide pada time. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian pada pagi ini.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya hanya ada dua perkara yang saya hendak sentuh. Perkara pertama ialah mengenai di bawah B.7, Butiran 040200 - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). INTAN adalah salah sebuah daripada institusi yang juga memberi kursus kepada pegawai-pegawai kerajaan. Akan tetapi, apa yang saya hendak pastikan sama ada INTAN ada memasukkan program yang melibatkan kesaksamaan gender di dalam programnya. Kita di Parlimen ini sering menghantar Ahli-ahli Parlimen pergi ke luar negara untuk mengambil bahagian dalam conference, seminar, ataupun apa jua perjumpaan yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen. Kita melibatkan Ahli Parlimen untuk memberi keterangan mengenai amalan di negara Malaysia ini tentang kesaksamaan gender. Akan tetapi apa yang kita dapati melalui program yang kita adakan pada hujung minggu yang lepas, daripada situ kita mendapat maklumat bahawa ramai yang masih lagi belum memahami mengenai kesaksamaan gender ini. Jadi, saya berharap INTAN sama ada diberi arahan daripada yang pihak-pihak tertentu dan atasan untuk memasukkan atau menyenaraikan program yang melibatkan kesaksamaan gender di dalam kursusnya. Apa yang saya fahami sebelum ini ialah terdapat gender focal point dalam sesebuah perkhidmatan kerajaan government department, dengan izin. Saya juga difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menjadi ketua kepada gender focal point ini. Apakah maklumat yang terkini mengenai gender focal point ini sama ada ia betul- betul dilaksanakan? Ini kerana, kalau kita hanya menghantar Ahli-ahli Parlimen hanya untuk melibatkan diri atau untuk memenuhi keperluan pihak yang organizekan dengan izin program yang ada di luar negara tetapi kita tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya di negara kita sendiri tidak ada maknanya Tuan Pengerusi. Jadi, saya berharap di bawah butiran ini INTAN dijadikan satu landasan bagi pegawai kerajaan mahupun sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam melaksanakan program ini untuk menjadikan program kesaksamaan gender misalnya dimasukkan kursus mengenai gender budgeting, kesedaran mengenai program kesaksamaan gender yang melibatkan perundangan, ataupun dengan reproductive health dengan izin. Banyak lagi skop yang termasuk di bawah kesaksamaan gender ini diperlukan dan perlu diberi kesedaran kepada pihak-pihak yang melaksanakan program ini di negara kita. Ini juga melibatkan pegawai-pegawai kerajaan kerana merekalah di antara yang melibatkan diri di dalam menganjurkan program untuk masyarakat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Butiran seterusnya ialah mengenai Hari Bersama Pelanggan, di bawah Butiran 010000 - Urusan Personel dan Perkhidmatan Awam. Saya hendak bertanya sama ada pernahkah dibuat penilaian Program Hari Bersama Pelanggan ini? Ini kerana jikalau kita perhatikan, peruntukan untuk Program Hari Bersama Pelanggan ini banyak dan adakah ianya betul-betul mencapai apa yang dikehendaki oleh jabatan-jabatan kerajaan? Ini kerana jikalau ianya tidak menepati, ataupun tidak efektif, bolehkah pihak kerajaan review, dengan izin, atau mengkaji semula sama ada program ini diperlukan atau ianya boleh dilakukan dengan cara yang lain untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Itu sahaja Tuan pengerusi. Terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang berhormat Sepanggar.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran B.6, 210000 mengenai SUHAKAM, di mana kita tahu bahawa beberapa Laporan SUHAKAM mengenai penindasan, di mana bangunan-bangunan yang dimiliki oleh bumiputera khasnya peneroka-peneroka di ladang-ladang, dengan pemilikan mereka, di mana Customary Rights, dengan izin, mereka tuntut. Laporan-laporan ini telah pun diterbitkan oleh SUHAKAM. Begitu juga dengan orang-orang pendatang, orang-orang asing yang telah memiliki kad-kad pengenalan. Laporan ini juga telah pun diterbitkan oleh pihak SUHAKAM dari Sabah tetapi sehingga kini kita tidak kelihatan, atau nampak apakah sebenarnya keputusan laporan itu? Apa yang kita mahu ialah laporan-laporan ini haruslah diambil tindakan oleh pihak kerajaan.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Oleh kerana kita tahu bahawa SUHAKAM ini adalah satu agensi di mana memberi maklumat kepada kerajaan untuk diberi tindakan sewajarnya. Akan tetapi malangnya kita dapati bahawa, banyak laporan mengenai penindasan ini tetapi tidak ada satu pun yang telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Maka sebab itu saya rasa penting bagi kita untuk mengetahui di Dewan yang mulia ini supaya apa jua laporan-laporan daripada pihak SUHAKAM, haruslah diambil tindakan dengan segera oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan Butiran 280300 mengenai LPKP di Sabah yang mana pada ketika ini kita mempunyai dua perkhidmatan untuk pengangkutan. Satu perkhidmatan city bus, dengan izin, bas yang mengendalikan penumpang-penumpang di Bandaraya Kota Kinabalu dan satu perkhidmatan yang mengendalikan penumpang-penumpang dari luar bandar ataupun di persekitaran luar Bandaraya Kota Kinabalu. Contohnya pada ketika ini mereka diberi lesen untuk mengambil penumpang-penumpang. Apa yang kita diberitahu ialah, lesen bagi city bus hanya untuk penumpang di persekitaran bandar raya. Akan tetapi malangnya kita dapati bahawa bas-bas yang diberi lesen seperti city bus ini, dengan izin, juga mengambil penumpang-penumpang dari luar persekitaran bandar raya, contohnya di kawasan Sepanggar. Walhal syarikat-syarikat mini bus telah diberi perlesenan seperti ini. Maka inilah Tuan Pengerusi saya juga minta supaya pihak daripada LPKP untuk mengkaji semula, apakah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi ini tidak boleh selesai? Saya juga difahamkan bahawa semua lesen pemandu daripada LPKP juga diminta untuk membuat satu lesen khas untuk LPKP ini, sedangkan mereka sudah mempunyai lesen daripada JPPS..., JPP, apa ya?... Maka apakah tujuan sebenarnya...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apakah JPPS itu Yang Berhormat?

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Jabatan... [Ketawa] Apakah ia?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

No. Ini Jabatan Jalan Raya bah..., apakah ini..?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

JPJ, ya JPJ! Mereka sudah mempunyai lesen daripada JPJ. Akan tetapi diminta juga supaya diberi lesen daripada LPKP. Apakah tujuan sebenarnya ini? Akhirnya mengenai Butiran 300400 - Biro Pengaduan Awam di mana kita dapati khasnya di Sabah, ramai lagi penduduk yang tidak tahu, apakah sebenarnya perkhidmatan yang akan diberi oleh Biro Pengaduan Awam ini? Sekiranya pada ketika ini banyak aduan yang diterima, banyak yang akan mengadu masalah mengenai khidmat-khidmat daripada pihak kerajaan tetapi mereka tidak tahu, bagaimanakah aduan itu disalurkan? Dengan ini saya memohon.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lipis.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi izin kepada saya untuk membahaskan beberapa butiran dalam anggaran Belanjawan Persekutuan tahun 2010. Pertama sekali saya hendak melihat B.1 atau Butiran 1. Pertama saya memang bersetuju dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain bahawa saya merasakan agak terkejut juga kerana peruntukkan bagi Parlimen semakin kurang, dan semakin kurang. Keduanya, memang telah beberapa kali saya bercakap tentang perlunya ruang- ruang khusus terutamanya pejabat atau bilik-bilik yang sepatutnya disediakan kepada Ahli- ahli Parlimen. Jikalau dahulu kita mempunyai tempat yang khusus untuk kita melakukan kerja-kerja, melihat internet, dan sebagainya tetapi sekarang ini kawasan-kawasan, atau ruang-ruang itu langsung tidak ada.

Kita terpaksa menumpang di sana-sini dan sebagainya. Saya berharap pihak kerajaan memastikan bahawa pembangunan baru Parlimen dibuat kerana selepas 52 tahun kita merdeka, saya rasa sebelum itu kita tidak ada bangunan dan selepas itu kita ada bangunan. Akan tetapi bangunan ini pada pendapat saya tidak berkembang. Walaupun dalamnya dibuat berbagai-bagai perubahan tetapi perkembangan dari segi bangunan ini sendiri tidak ada, tidak ada pembangunan bangunan-bangunan baru. Sedangkan inilah satu-satunya tonggak penggubal dasar dan pembuat undang-undang untuk negara. Jadi saya berharap kepada kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kalau tidak dapat kajian kemungkinan boleh dibuat sekarang, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 nanti dimasukkan. Berkenaan membina sebuah bangunan baru untuk Parlimen, mungkin tidak diubah tempat lain, diambil tempat-tempat di sekitarnya. Kalau kita hendak mengekalkan tradisinya boleh kita membuat bahagian luarnya seperti bangunan yang sedia ada sekarang tetapi bangunan itu cukup ruang untuk menempatkan semua sekali, seperti mana yang telah diperkatakan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain. Keduanya, saya hendak bercakap tentang B.5, Butiran 010800 – Pejabat Timbalan Setiausaha (Pengambilan) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga 010000 – Urusan Personel dan Perkhidmatan Awam. Apa yang saya harapkan ialah proses untuk mengisi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam sama ada di peringkat atasan, di peringkat pengurusan tertinggi dan profesional serta di peringkat sokongan dipercepatkan. Kadang- kadang terdapat kekosongan yang lama di sesuatu tempat, sebagai contohnya di Pejabat Daerah Lipis, apabila berlaku pertukaran pegawai, kekosongan itu lama. Selepas itu barulah dilantik, ada juga yang dilantik itu rupanya yang dilantik adalah pegawai kontrak atau pegawai sangkut sahaja. Sebentar sahaja mereka duduk dan bila mendapat kerja lain, hilang. Jadi kesinambungan dari segi kerja itu tidak ada. Berikutnya ialah P.1 – 80200 dengan 80300, saya rangkumkan sekali iaitu Pusat Aktiviti Perpaduan, Pusat Rukun Tetangga dan sebagainya. Jadi pada saya pembinaan pusat-pusat sebegini sangat penting dan hendaklah dibuat di tempat-tempat yang betul-betul strategik bagi memastikan integrasi antara kaum berlaku. Ini kerana dari apa yang saya nampak ada sesetengah tempat itu, ianya dibina di tempat-tempat yang ramai sesuatu kaum sahaja. Jadi pada pendapat saya, akhirnya hasrat untuk kita mengintegrasikan penduduk dan rakyat setempat tidak berlaku kerana akhirnya apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh pusat aktiviti perpaduan dan pusat Rukun Tetangga ini merupakan aktiviti untuk sesuatu kaum sahaja. Oleh sebab itu bagi saya pemilihan tempat dalam pembinaan pusat-pusat aktiviti ini sangat penting, kerana hasrat kita sebenarnya untuk mengintegrasikan kaum itu merupakan satu perkara yang murni dan saya menyokong sepenuhnya. Butiran 71000 - Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, yang ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dan saya berharap apa sahaja namanya e- Kasih atau e tidak kasih dan sebagainya. Akan tetapi apa yang penting ialah ia mesti mencerminkan keadaan kemiskinan yang ada di sesuatu tempat kerana banyak terjadi, apabila saya meneliti senarai kemiskinan tegar, senarai kemiskinan dan sebagainya dalam kawasan saya. Didapati ada nama-nama yang sepatutnya dimasukkan tetapi tertinggal dan ada juga nama yang tidak dimasukkan, yang tidak sepatutnya dimasukkan ada dalam senarai dan sebagainya. Jadi saya berharap akan dibuat dengan teliti kerana keadaan ini boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Bagi 16400 - Pembangunan Masyarakat dan Pembersihan Sungai, perkara ini juga perlu diberi perhatian kerana kalau kita lihat banyak gejala banjir sekarang ini bukan disebabkan oleh musim tengkujuh sangat tetapi kerana sungai-sungai dan sebagainya yang tersumbat. Berlaku banjir kilat dan tempat-tempat yang sebelum ini tidak pernah berlaku banjir, berlaku banjir dan sebagainya. Jadi sebab itulah bagi saya program ini sangat mustahak dan perlu diberi perhatian serius kerana keadaan alam sekitar sekarang telah jauh berbeza dengan keadaan 50 tahun yang lalu dan ini boleh menyusahkan kerana banjir ini kadang-kadang boleh merosakkan harta benda dan sebagainya.

Kelima, 00113 – Pembangunan Lima Koridor, ini termasuklah pembangunan koridor di dalam kawasan saya. Sehingga sekarang nampaknya pembangunan koridor ini tidak bergerak seperti yang kita harapkan. Jadi saya berharap pihak-pihak yang merancang untuk lima koridor ini menilai balik koridor-koridor yang telah disediakan itu. Memastikan apa sahaja program dan aktiviti yang hendak dibuat di dalam koridor yang ditetapkan itu sesuai dengan tempatnya. Sebagai contohnya, di tempat saya diletakkannya Beef Valley, sehingga sekarang saya memikirkan mana kawasan padang ragut atau sebagainya dalam kawasan Parlimen saya yang telah diletakkan sebagai Beef Valley. Bila saya bertanya kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, mereka sendiri pun tidak jelas tentang perkara ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang di sebelah sana itu jangan bising-bising, Yang Berhormat Shah Alam jangan tersengih-sengih. Seterusnya ialah 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan, dalam membuat kajian kemungkinan kita perlu memberi perhatian, apakah demografi di sesuatu tempat itu, ianya sangat penting kerana kadang- kadang kajian dibuat dan ada kalanya kajian-kajian itu dibuat secara sambil lewa, melepaskan batuk di tangga. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah target group kita iaitu rakyat, mereka tidak mendapat apa yang sebenarnya berlaku. Bagi 04803 – Pembangunan Tanah Perkuburan, yang ini saya pun agak terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan dan sebagainya bahawa satu kawasan dekat dengan Tugu Pahlawan hendak dijadikan sebagai kawasan perkuburan dan sebagainya. Saya harap kalau ada rancangan dan sebagainya, projek ini perlulah dihentikan dengan segera kerana dalam kawasan Wilayah Kuala Lumpur ini tidak banyak tanah atau green lungs yang ada. Jika yang ini juga hendak dijadikan juga kawasan tanah perkuburan nampaknya tidak adalah tempat bukan sahaja orang Kuala Lumpur beriadah tetapi juga untuk orang-orang kampung. Seperti dalam kawasan Parlimen Lipis kadang-kadang mereka datang ke Kuala Lumpur untuk melihat Tugu Pahlawan tetapi mereka akan terkejut nanti kerana mereka akan melihat berbagai-bagai jenis kubur. Saya lebih terkejut lagi apabila ada yang mengatakan bahawa lot-lot kubur ini hendak dijual. Macam mana itu? Saya pun pelik juga. Jadi fikirkanlah balik tentang perkara ini dan buatlah kajian kemungkinan yang betul serta hentikanlah dengan segera. Saya tidaklah bercadang hendak beli satu lot lagi di situ. 05300 - Program Khas Bina Semangat, suatu masa dahulu saya melihat banyak pusat bina semangat didirikan di merata tempat, yang saya ingat di Lumut, itu yang permanent sehingga sekarang, disediakan oleh pihak ini.

Saya rasa program khas bina semangat ini sangat penting untuk rakyat Malaysia, terutamanya untuk memastikan semangat yang jitu dalam apa-apa sahaja pertandingan. Hal ini kerana kadang-kadang apabila kita melihat kita menjadi jaguh di dalam negara, tetapi apabila kita berdepan dengan orang luar, kita kalah. Begitu juga rasa saya dari segi program bina semangat ini, banyak perkara dari segi aspek kepimpinan yang perlu diberi perhatian. Berikutnya B.7, Butiran 030000 – Pembangunan Sumber Manusia. Saya berharap pihak kementerian atau Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji sebenarnya apakah keperluan sumber manusia yang ada di sini. Hal ini kerana ada jabatan, contohnya, Jabatan Perikanan di tempat saya. Banyak program yang hendak dibuat, tetapi ada hanya seorang pegawai dan seorang kerani. Apabila pegawainya pergi ke luar untuk hendak melihat tapak projek dan sebagainya, pejabat terpaksa ditutup kerana hanya ada seorang pegawai dan seorang kerani sahaja. Jadi, sebab itulah rasa saya proses pembesaran ataupun perkembangan dalam perkhidmatan awam ini kita tidak boleh menggunakan proses downsizing, tetapi rightsizing, dengan izin, yang sangat penting. Sebagai penutupnya, saya juga memikirkan bahawa tanah-tanah kerajaan rasa saya banyak. Berbalik kepada Parlimen tadi, banyak kawasan. Di keliling Parlimen saya nampak banyak tanah yang kosong yang boleh. Bagi saya sangat pentinglah ini, bangunan Parlimen ataupun tambahan kepada bangunan Parlimen yang baru.

Jadi, kerajaan buatlah pembangunan di situ sebelum diambil oleh kontraktor- kontraktor yang lain, swasta dan sebagainya, dibuat pula mungkin rumah-rumah dan sebagainya. Jadi, dengan itu saya berharap apa sahaja yang telah diperkatakan tadi difikirkan semula oleh kerajaan untuk membuat tindakan selanjutnya. Sekian, saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Bakri.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun mahu komen mengenai komputer-komputer ini yang dipasang. Kita pun tidak tahu siapa yang minta dan kita hendak tahu berapa sebenarnya yang telah dibelanjakan. Agak pelik benda yang diminta oleh Ahli Parlimen tidak dapat apa-apa. Sebagai contohlah tempat untuk pemandu berehat dan sebagainya, tetapi benda yang kita tidak minta tiba-tiba kita dapat dan ia bertindih dengan laptop yang telah diberikan peruntukan. Saya hendak tahulah berapa jumlah yang dibelanjakan dan kalau boleh kontraktor yang telah mendapat projek ini. Kedua, di bawah kepala B.1, saya melihat di bawah Urusan Parlimen – 010000 di bawah Pengurusan Dewan. Ini pun saya hendak mendapat penjelasan. Saya melihat bahawa di bawah Emolumen, jumlahnya adalah sebanyak RM39,854,600. Ini kalau tidak silap saya di bawah heading 010000 iaitu Emolumen. Akan tetapi, di tepinya ditulis bilangan jawatan hanya 66. Jikalau RM39,854 juta dan jawatan hanya 66, maknanya setiap seorang dibayar dalam RM606,000 setahun. So saya minta kalau boleh diberikan penjelasan adakah break downnya bagi RM39 juta itu. Ketiga, di bawah heading 020000 – Dasar Baru. Nampak ada penambahan, pewujudan jawatan baru di Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga pengambilan pegawai dan kakitangan sambilan di Parlimen Malaysia, keseluruhan jumlahnya adalah sebanyak RM900,000 untuk tahun 2010 jawatan yang baru. Kalau boleh kita hendak minta juga adanya pecahan dan details, untuk apa, siapa, berapa ramai dan sebagainya. Apakah peranan kakitangan sementara dan pegawai sementara yang mereka hendak jalankan. Seterusnya di bawah Jabatan Audit Negara, saya melihat bahawa di bawah Pengurusan Korporat ini pun sekali lagi keanehan angka, mungkin apa yang tersirat tidak begitu jelas. Saya melihat bahawa bayaran emolumen bagi 2009, anggarannya ialah sebanyak RM28 juta, tetapi bagi tahun 2010, jumlah emolumen itu telah turun ke RM8 juta. Maknanya ada pengurangan sebanyak RM20 juta sedangkan bilangan jawatan tetap sama. Ini pun satu perkara yang bagi saya nampak seolah-olah agak pelik di mana emolumen berkurangan, tetapi dari segi jumlah pekerja tetap sama. Seterusnya di bawah soal Majlis Keselamatan Negara iaitu Aktiviti 2 - Gerak Saraf dan Perang Saraf dari segi apa yang termaktub di sini berhubung dengan objektifnya iaitu memastikan usaha-usaha perang saraf dilaksanakan secara terancang dan berterusan terhadap kumpulan sasar tertentu supaya dapat mempertingkatkan penghayatan dan sokongan rakyat terhadap dasar atau program kerajaan yang dipertikaikan supaya tidak menjejaskan ketenteraman awam dan sebagainya. Adakah ini bererti Majlis Keselamatan Negara merupakan satu badan yang diberikan kewangan untuk mempertahankan semua dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional yang sebahagian daripadanya dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat? Kalau sebegitu, maka bagaimana ia dapat dinafikan bahawa dari sudut itu, Majlis Keselamatan Dalam Negara ini merupakan satu agensi yang dibiayai oleh rakyat untuk mempertahankan dasar-dasar yang diusahakan oleh Barisan Nasional yang sebahagian daripadanya tidak dipersetujui. Sebagai contoh soal penswastaan dan sebagainya.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Adakah atas sebab itu kita melihat bahawa di bawah B.6, 040000 – Majlis Keselamatan Negara, kita melihat bagaimana emolumen untuk pengurusan di bawah heading 040100 – Pengurusan, emolumen sekali lagi 10000 tahun 2009 hanya RM839,000. Akan tetapi bagi tahun 2010 meningkat menjadi sehingga RM6,849,000. Itu merupakan satu kenaikan sebanyak RM6 juta. Walaupun sekali lagi dari segi bilangan jawatannya tidak ada perubahan, adakah ini menunjukkan bahawa bajet yang sedang disediakan kerajaan Barisan Nasional ini hendak memperkukuhkan dan hendak memperkasakan Majlis Keselamatan Negara untuk berusaha mempertahankan dasar-dasar yang sedang dipertikaikan, bukan sekadar oleh Pakatan Rakyat, tetapi juga oleh rakyat jelata? Kalau kita lihat di bawah, sekali lagi heading B.6 – heading 300300, yang one-off – Perbelanjaan Majlis Keselamatan Negara sebanyak RM385,000,000. Ini merupakan satu perbelanjaan yang cukup besar, tetapi tidak ada perinciannya. Apakah perbelanjaan yang sebanyak RM385,000,000 ini untuk apa dan mengapa yang one-off ini perlu untuk Majlis Keselamatan Negara. Seterusnya, saya pergi kepada bahagian JAKIM. Di bawah JAKIM ini, kalau kita lihat dari segi dasarnya ialah menyelesaikan permasalahan akidah, syariah dan akhlak di kalangan umat Islam melalui kajian yang berkualiti dan tepat. Saya ingin mengetahui ada ataupun tidak apa-apa perancangan bagi pihak JAKIM untuk membantu usaha-usaha SUHAKAM. Sebagai contoh, yang mana soalan hak asasi manusia kalau dikaji dari segi akidah Islam dan martabat dan kedudukan manusia yang merupakan makhluk Allah yang mempunyai hak. Apakah dari sudut Islam, hak asasi yang dijamin dan sekiranya kalau boleh, maka pihak JAKIM boleh menyebar-luaskan kefahaman dari sudut hak asasi manusia dari pandangan Islam supaya masalah-masalah kezaliman dan penindasan tidak akan berterusan supaya penguat kuasa undang-undang dan sebagainya memahami bahawa manusia ini sama ada orang Islam ataupun orang bukan Islam, hak mereka telah dijamin oleh Islam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita tidak lagi akan mendengar kisah-kisah bagaimana pegawai-pegawai polis yang berbangsa Melayu, beragama Islam tetapi terlibat dalam kes-kes pembunuhan orang- orang dalam tahanan dan sebagainya oleh kerana mereka tidak mempunyai kefahaman bahawa soal hak asasi manusia sebenarnya adalah satu perkara yang telah dijamin oleh Islam dan tidak boleh dianggap bahawa ianya tidak ada kena-mengena dengan keagamaan seseorang. Maka saya mengharapkan bahawa persoalan usaha-usaha SUHAKAM dan juga Institut Integriti Malaysia boleh diperkukuhkan dan boleh dibantu oleh penerangan- penerangan daripada JAKIM yang boleh memberikan penjelasan bahawa persoalan- persoalan ini memang sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada persoalan keagamaan dan sekiranya akidah itu kukuh, maka penyelewengan-penyelewengan seperti ini tidak akan berlaku dan akhirnya di bawah P.6 iaitu 18000 Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang mana bajet yang asalnya RM3.9 bilion. Saya hendak tahu sama ada ini adalah berhubung dengan pembinaan kapal ronda yang dilakukan di Lumut, apa statusnya dan adakah benar bahawa kontraktor yang asal yang diberikan kontrak untuk pembinaan bot ronda ini sebenarnya telah gagal dan kerajaan telah terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan? Sekiranya itu adalah benar maka itu adalah tindakan yang dilakukan terhadap kontraktor asalnya yang diberikan kontrak itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, nampak bunyi dalam Majlis Jawatankuasa. Ya, Yang Berhormat Kanowit.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran P.6, Butiran 00113 iaitu Pembangunan Lima Koridor. Saya ingin tahu sebab SCORE di Sarawak adalah satu daripada lima koridor yang sedang dibangunkan oleh kerajaan. SCORE, koridor ini, apakah projek-projek yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan dan berapakah peruntukan daripada jumlah peruntukan untuk tahun 2010 yang akan diperuntukkan untuk projek-projek di bawah SCORE. Juga saya ingin bercadang kepada kerajaan untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen terutama sekali dari Sarawak yang di dalam kawasan SCORE ini supaya kita tahu apakah pembangunan yang sedang dijalankan dan ianya tidak bertindih dengan permohonan-permohonan yang dimajukan oleh Ahli-ahli Parlimen. Kedua adalah Butiran 00116 Peruntukan Tambahan untuk Sarawak. Ini juga saya ingin tahu apakah tambahan ini untuk infrastruktur atau projek-projek yang khas bagi Sarawak sebab peruntukan ini adalah lebih kurang satu bilion dan kita juga tidak ketahui apakah projek yang sedang dilaksanakan, yang dirancang untuk menggunakan peruntukan ini. Oleh sebab itu kita ingin tahu adakah ianya untuk kemudahan asas seperti jalan, air dan elektrik di luar bandar dan kalau ya, berapakah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk projek-projek ini dan juga untuk projek-projek lain di Sarawak. Butiran selanjutnya adalah P.6 iaitu 71300 iaitu Penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan. Saya sudah dengar beberapa Ahli Parlimen menyentuh dengan masalah data dalam e-Kasih ini. Di kawasan saya di Kanowit pun tidak lari daripada masalah ini sebab apabila list yang diberikan untuk kawasan Parlimen Kanowit kepada pegawai-pegawai daerah, kita melihat ia tidak kemas dan ada juga taklimat yang diberikan oleh pegawai- pegawai berkenaan dari Semenanjung kepada ketua-ketua kampung, tuai rumah dan penghulu di Daerah Kanowit dan apabila mereka memberi list ini, sangat terperanjat sebab diketahui bahawa ramai yang sepatutnya masuk dalam list e-Kasih ini tidak masuk sekali. Akan tetapi apa yang malangnya adalah mereka ini diminta untuk confirm list yang diberi oleh pegawai-pegawai ini. Inilah satu masalah yang betul-betul membingungkan rakyat di sana dan saya pun telah diberitahu masalah ini dan mereka pun tidak puas hati. Saya dengan ini mencadangkan kepada kerajaan untuk menyemak semula list e-Kasih ini supaya mereka di hulu-hulu sungai yang memang ramai dari golongan miskin yang tidak termasuk dalam list e-Kasih ini, sebab mereka diberitahu bahawa pegawai-pegawai yang membuat pekerjaan ini tidak sampai ke hulu sungai di sana. Ini saya mencadangkan kepada kerajaan untuk revoke semula list e-Kasih ini supaya mereka yang patut-patut masuk dalam list itu akan masuk dalam projek-projek yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan sentuh enam perkara. Satu ialah B.6 200000 - Jabatan Perangkaan. Saya ingin mengesyorkan perkara pinjaman disiasat. Ini satu masalah besar di kalangan peringkat pendapatan rendah. Saya akan berikan satu contoh. Ada seorang bernama Suganthi. Keluarganya mendapat satu pinjaman bank untuk beli rumah. Dia kena bayar RM450 sebulan. Akan tetapi oleh kerana suami dia sakit dan tidak dapat bayar, dia terpaksa ambil pinjaman daripada money lender ataupun peminjam wang tanpa lesen sejumlah RM15,000 dengan kadar bayaran balik antara 6 peratus dan 10 peratus sebulan. Apabila dia datang berjumpa dengan saya dia ada mengambil pinjaman perumahan dari bank RM450, tetapi bayaran bunga sahaja kepada ah long dan ceti ialah RM1,100. Walaupun saya boleh bawa dia ke bank dan mengadakan perbincangan dengan pihak bank, sekarang dengan peraturan baru mereka sedia menurunkan kadar bayaran untuk satu masa mungkin setahun atau dua tahun tetapi dengan money lender yang tidak didaftar kita tidak ada cara hendak bincang dengan mereka.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Apabila saya cuba mendapatkan micro credit untuk dia untuk membayar balik pinjaman toksik iaitu kadar bayaran yang tinggi, dihalang kerana dia disenaraihitamkan oleh sebab pinjaman rumahnya itu disenaraihitamkan. Ini satu masalah yang besar. Ini bukan terpencil, ini bukan isolated. Ada ramai orang dari kalangan pekerja kita dan di kalangan peniaga kecil kita dan di kalangan petani kita yang ada berhutang, bukan sahaja pada bank tetapi juga pada Ah Long dan pada ceti. Jadi saya beranggapan kita patut mengetahui bahawa ini adalah satu perkara yang besar kerana jika kita hendak mengendalikan masalah kemiskinan, ini adalah satu isu. Satu isu lain yang disentuh oleh Yang Berhormat Sri Gading semalam adalah subsidi untuk ST15.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Di bawah butiran mana itu Yang Berhormat?

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ini butiran sama, B.6 – 200000.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingatkan Yang Berhormat ada 15 minit. Kalau panjang sangat cerita satu isu mungkin tidak cukup masa.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey. Di NST Menteri Pertanian pada 6 Oktober 2009 menyatakan ada 200,000 keluarga yang layak. Akan tetapi ikut angka kerajaan sendiri dalam satu soalan yang ditanya pada tahun lalu, ada lebih kurang satu juta keluarga di bawah paras RM1,500 pendapatan sebulan dan ramai daripada kelompok ini juga membeli beras ST15. Jadi angka yang disebut oleh Menteri Pertanian jauh berkurangan daripada angka keluarga dalam kelompok itu. Jadi saya rasa macam yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading dan ramai lagi Yang Berhormat, jika polisi ini dilaksanakan secara tergesa-gesa, ini akan membawa masalah yang besar kepada rakyat kita. Sekarang saya hendak beralih kepada B.6 - 02000 Unit Perancang Ekonomi.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Dalam laporan ekonomi yang dikeluarkan dalam buku ini ia mengatakan dengan izin, the world economy showed sign of emerging from the worst recession, recovery expected to strengthen dan juga bahawa masalah pokok ialah masalah dengan regulation, derivative and financial instrument. Saya akan mengesyorkan kepada EPU untuk mengkaji pendekatan sosialis dalam analisis kegawatan ekonomi kerana dalam analisis sosialis, isu pokok bukan hanya regulation yang tidak mencukupi. Isu pokok ialah kelembapan dalam permintaan (demand), under consumption. Ini juga berkaitan dengan masalah pengagihan kekayaan di dunia di mana 20 tahun yang lalu, kaum pekerja di negara-negara Eropah dan Amerika gaji mereka telah turun kerana proses outsourcing ke negara-negara ketiga dan proses perubahan industri ke negara-negara lain seperti China. Jadi, consumer base di Amerika dan di Eropah telah menjadi kecil. Ini telah membawa kepada masalah over production dan under consumption. Jika ini pokoknya, semua pump priming yang dilakukan di beberapa negara ini hanya satu penyelesaian (solution) yang sementara sahaja. Masalah utamanya ialah gaji untuk pekerja di seluruh dunia telah mengecil dan tidak mencukupi untuk pelaburan dalam industri-industri kerana mereka tidak boleh membeli. The issue is under consumption. So, I think we are very far from the solution. Saya juga hendak menyentuh mengenai hasrat kerajaan untuk membawa Malaysia ke satu negara berpendapatan tinggi. Kita akan menjadi developed. Untuk kita melakukan ini kita harus meningkatkan produktiviti, kemahiran dan kapasiti pekerja kita. Untuk melakukan ini kita mesti adakan insentif untuk pihak swasta kita juga bagi meningkatkan kemahiran dan kapasiti pekerja kita. Dasar polisi gaji rendah ini actually menghalang daripada ini. Jika kita menaikkan gaji dengan satu akta gaji minimum peringkat demi peringkat ini akan mewujudkan satu tekanan ataupun insentif kepada majikan untuk membuat latihan bagi meningkatkan produktiviti dan kapasiti pekerja kita. Saya harap EPU akan membuat kajian terhadap perkara ini. Jika kita betul-betul mahu membawa Malaysia ke satu negara berpendapatan tinggi, satu polisi gaji rendah, ia akan undermine proses ini.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Sekarang saya hendak beralih kepada satu isu lain iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan B.6, 030100 – Aktiviti Khas. Di bawah kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, ada ditulis RM331.66 juta dan nampaknya ini adalah di mana peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan-kawasan Parlimen di parking di situ. Saya mahu bertanya siapakah yang mengendalikan ke mana perginya dana ini? Bagaimana digunakan dana ini? Contohnya seperti Sungai Siput, bila saya bertanya dalam sesi pertama tahun ini adakah peruntukan ini digunakan di Sungai Siput, saya mendapat jawapan dalam Dewan ini bahawa sebanyak RM952,000 telah dibayar dan digunakan di Sungai Siput untuk tahun 2008. Akan tetapi semua projek yang saya syorkan seperti projek anak yatim, asrama orang tua, sekolah bantuan kerajaan, orang asli dan mangsa banjir tetapi tiada sesiapa pun yang mendapat satu sen pun walaupun sejumlah yang begitu besar telah digunakan. Apabila saya berjumpa dengan ADUN UMNO di situ, saya tanya beliau, “Kenapa you tidak guna duit ini dengan baik?” Beliau kata, “Eh, I tidak dapat duit dari you.” Jadi, this is very interesting. Saya tidak dapat, ADUN UMNO juga tidak dapat tetapi hampir RM1 juta digunakan di Sungai Siput. Jika ini dikaji, 81 kawasan pembangkang ini ke manakah perginya duit itu?... [Disampuk] [Ketawa] Mungkin tetapi bukan kesemuanya 81. Jadi, apakah mekanisme yang sedang digunakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan untuk memastikan duit sebanyak ini sampai ke sasarannya? Salah satu cara ialah dengan memberi senarai projek. Apakah projek yang diluluskan untuk duit ini? Apabila saya menulis surat kepada pejabat di Perak dan juga di Pusat untuk bertanya apakah projek untuk Sungai Siput, mereka tidak hendak jawab. Beberapa kali saya tulis surat mereka hanya beri general jumlah projek, 150 atau sebagainya. Jadi, saya ingat ini satu isu yang penting dikaji dan ada satu mekanisme. Saya tiada masalah jika wang itu tidak sampai ke tangan saya tetapi ia mesti sampai kepada sasaran iaitu orang miskin di Sungai Siput. Satu lagi yang hendak saya sentuh ialah B.6, 210000 iaitu berkaitan dengan SUHAKAM. Tahun ini diperuntukkan sebanyak RM9.6 juta untuk SUHAKAM tetapi pada tahun lalu adalah sebanyak RM10.7 juta. Kenapa ada satu pengurangan sebanyak 10 peratus? Jika kita kurangkan bajet untuk SUHAKAM, apa yang fix ialah emolumen, rental dan sebagainya. Apa yang akan dikurangkan ialah aktiviti mereka untuk menyiasat, mengadakan public inquiry dan mengeluarkan buku, untuk mengadakan latihan. Tahun ini baru kita ada beberapa pindaan akta supaya SUHAKAM bukan diturunkan taraf di peringkat antarabangsa. Kita sekarang ada SUHAKAM yang direcognized tetapi pada masa yang sama nampaknya dalam bajet ini kita hendak cabut giginya juga, kurangkan keberkesanannya. Saya harap ini dapat dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak beralih kepada B.6, 280000 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Saya rasa di sini ada dua masalah yang saya harap LPKP boleh kendalikannya. Pertama ialah persaingan hebat. Sekarang ini ramai pemilik lori yang bersaing untuk business, untuk kontrak. Oleh kerana persaingan hebat antara pemilik- pemilik ini kadar caj untuk muatannya telah turun. Ini memaksa ramai pemilik lori ini untuk mengambil lebih daripada hadnya. Jika hadnya 20 tan mereka terpaksa ambil 30 tan hingga 32 tan kerana apabila mereka membuat sebut harga untuk dapatkan kontrak dan kontrak itu begitu rendah mereka terpaksa overload untuk mendapat untung. Jadi, ini telah membawa satu masalah di mana banyak lori di jalan raya kita melebihi had maksimum yang mereka boleh ambil. Satu lagi masalah mengenai pemandu lori ialah sistem bayaran mereka. Gaji basic mereka adalah serendah RM300 sebulan. Semua gaji yang mereka terima adalah melalui trip. Lebih trip mereka akan dapat lebih. Jadi ini adalah salah satu punca kemalangan di jalan raya. Lori-lori yang mengambil lebih muatan daripada had maksimum dan juga driver yang terpaksa membuat banyak trip dalam satu hari. Mereka memandu dengan laju, mereka buat lebih daripada tiga sehingga empat trip sehari dan ini menjadi satu masalah yang besar. Akhir sekali yang hendak saya bawa ialah B.6, 71000...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila ringkaskan Yang Berhormat kerana masa kita sudah banyak sangat digunakan.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ini yang last. Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Satu langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk masalah kemiskinan ialah untuk mengesyorkan perniagaan kecil. Contohnya seperti di suatu kawasan jika ada layoff, ada pekerja yang dibuang kerja dikatakan, okey, buka.... Akan tetapi mesti ada satu had. Dalam satu kawasan kita boleh ada berapa burger stall? Berapa gerai goreng pisang yang kita patut ada? Mereka semua bergantung pada pasaran di dalam kawasan itu. Apabila di kawasan itu ada masalah di mana ada orang yang hilang pekerjaan, mereka hilang overtime mereka, jumlah wang yang circulate dalam kawasan itu sudah berkurangan. Apabila kita ada banyak gerai kecil yang wujud mereka akan bersaing sesama sendiri. Ini bukan suatu cara untuk mengatasi kemiskinan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi, dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada. Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun. Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba- tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim. Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. Apabila sempadan ini luas, maka unsur- unsur negatif jenayah penyeludupan, perdagangan manusia berleluasa. Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam- macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita. Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui. Malu kita dengan negara- negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat- alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah, tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku. Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang. Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga. Yang kedua Tuan Pengerusi, iaitu berhubung Unit Perancang Ekonomi iaitu Butiran 020000. Unit Perancang Ekonomi ini merupakan satu agensi pelaksana yang diamanahkan oleh kerajaan. Justeru itu kita menuju wawasan negara maju iaitu Wawasan 2020.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apakah inti pati utama untuk kita menjadi negara maju dan apakah EPU telah merencana daerah demi daerah, Parlimen demi Parlimen dengan data-data yang khusus sebab pada saya negara maju ini adalah keseimbangan pembangunan di antara wilayah, di antara daerah dan kawasan. Kalau yang maju di Lembah Kelang, yang maju di Selangor, yang maju di Kuala Lumpur tetapi lain-lain negeri mundur pula bermakna kita ini maju di separuh jalan. Sasaran kita untuk menuju Wawasan 2020 itu tidak ada kesampaian langsung. Dengan ini rasa saya perlulah Unit Perancang Ekonomi ini turun ke bawah meminta agensi-agensi yang ada hubungan dengan dia membuat kajian, data-data base berhubung dengan kawasan-kawasan Parlimen di negara kita. Cuma ada 22 kawasan Parlimen. Mustahil tidak boleh dibangunkan sekiranya kerajaan ingin benar-benar melihat bahawa kita ingin menuju kepada kemajuan Wawasan 2020. Yang terakhir sekali Tuan Pengerusi, iaitu bagaimana penyelarasan kemiskinan di seluruh negara. Pada saya ia merupakan satu lagi hasrat kerajaan yang cukup baik tetapi malangnya hasrat yang baik ini kalau tidak diterjemahkan secara saksama akhirnya tiap- tiap hari kita akan berbicara soal membasmi kemiskinan, soal rakyat didahulukan. Membasmi kemiskinan ini memang perkara yang amat baik dan mulia, tetapi bagaimana kemampuan kerajaan itu sendiri? Jangan kita heboh-heboh, kita masuk kampung bahawa ada peruntukan sebegini untuk projek pembasmian kemiskinan tetapi apabila sampai kepada peringkat pelaksana, pegawai kerajaan, agensi kerajaan menyatakan peruntukan tidak ada, peruntukan tidak cukup. Jadi harus dilihat secara saksama. Bagi kita berbilion- bilion. Kenapa tidak dilihat secara bijaksana iaitu kawasan mana yang benar-benar soal pokoknya, soal asasnya belum selesai. Dalam hal ini saya yakin dan percaya Sabah dan Sarawak adalah negeri yang menjadi prioriti ataupun keutamaan. Bukan kita tidak ada kemampuan tetapi kawasan terlalu luas. Bayangkan kawasan Parlimen saya Kinabatangan, keluasannya seperti negeri Pahang. Satu orang Ahli Parlimen, dua orang ADUN. Bagaimana boleh membangunkan kawasan sebegini sedangkan di Pahang ada 11 Ahli Parlimen, seorang Perdana Menteri, memang majulah. Jadi kena ada.

Empat belas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Empat belaskah? Empat belas, bayangkan. Saya satu sahaja. Bermakna..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kinabatangan gagahlah... [Ketawa] [Disampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Taklah jadi Perdana Menteri. Bangunkan kawasan ini, seimbangkan pembangunannya dengan hasrat yang baik ini. Pada saya, akhirnya kita ingin melihat negara maju ini iaitu kemuncaknya rakyat Malaysia di mana-mana tempat, di Kinabatangankah, di Lembah Pantaikah, di Kelangkah, sama-sama menikmati kemerdekaan, kebebasan ini dan EPU harus merencana program yang menyeluruh, iaitu kalau boleh berperingkat-peringkat Parlimen mana. Parlimen Kinabatangan contohnya, bagaimana bentuk perancangan untuk pembangunan kawasan ini? Di Bintulu contohnya, bagaimana. Sebab saya percaya satu kawasan, lain kaedahnya, lain caranya. Jadi dengan ini Tuan Pengerusi, saya ingin menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching. Habiskan pada pukul 1 Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, saya akan ringkaskan perbahasan saya. Saya ada dua perkara yang saya ingin sebutkan. Perkara pertama adalah berkenaan Maksud B.6, Butiran 130000 iaitu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Tuan Pengerusi, jika kita membaca sejarah kita, sejarah pembentukan Malaysia dan Perlembagaan kita, kita dapati bahawa kita ada dua Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Mahkamah Tinggi Malaya. Pentadbiran kedua-dua Mahkamah Tinggi itu adalah bebas daripada satu sama lain dan tidaklah tertakluk atau terkawal di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini adalah perjanjian yang kita capai semasa kita membentuk Malaysia, tetapi kebelakangan ini saya dapati bahawa ada campur tangan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan atas pentadbiran Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, pentadbirannya seharusnya ada autonominya sendiri dan seharusnya tidak boleh dicampurtangan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Jika kita lihat dari segi pragmatik, pentadbiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ini baik. Kita telah melaksanakan e-Teleconferencing untuk penyebutan dan pendengaran kes-kes dan dari segi penggunaan internet, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah termaju sekali jika kita bandingkan dengan Mahkamah Tinggi di Malaya. Oleh itu, tak ada apa-apa alasan untuk campur tangan daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Saya tengok Butiran 180000, nampaknya peruntukan itu akan disalurkan melalui Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Ini telah bercanggah dengan semangat dan peruntukan-peruntukan di bawah perlembagaan negara kita. Saya ingin menegaskan lagi, pentadbiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah bebas daripada pentadbiran Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, apa-apa yang diperuntukkan untuk emolumen atau peralatan atau apa-apa facility untuk Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak seharusnya disalurkan directly kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Perkara kedua adalah berkenaan dengan Bekalan 6, Butiran 180000 iaitu Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Menurut apa yang disebutkan dalam buku ini, salah satu tugas Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah untuk memudah cara pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan dan Sarawak. Kita mendapati bahawa tahun ini ada peruntukan yang besar untuk projek-projek yang dilaksanakan di Sarawak. Saya ingin draw your attention Tuan Pengerusi kepada pentadbiran atau pelaksanaan projek-projek itu. Kebelakangan ini, kita ternampak satu bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang begitu besar dan canggih. Lebih besar daripada bangunan Parlimen di sini. Ia dirasmikan buka tahun ini dan bangunan itu dari apa-apa segi pun kalau lihat adalah lebih canggih, lebih cantik daripada bangunan Parlimen. Ini adalah satu perkara yang pelik. Sedangkan tahap kemiskinan di Sarawak adalah jauh lebih tinggi daripada tahap kemiskinan purata negara kita dan sedangkan kita mendapati bahawa kaum wanita Penan, kanak-kanak muda Penan dirogol oleh syarikat-syarikat pembalakan kerana mereka nak tumpang kereta pekerja-pekerja syarikat pembalakan itu ke sekolah. Sedangkan begitu banyak keperluan rakyat tidak dijaga atau tidak diberi perhatian yang sewajarnya, tetapi kita ada satu bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang begitu canggih dan besar. Nampaknya, emphasis pelaksanaan projek itu adalah salah dan tumpuan serta perhatian Kerajaan Negeri Sarawak adalah untuk membina bangunan-bangunan yang canggih dan besar supaya dijadikan sebagai legacy of the Chief Minister of Sarawak. Akan tetapi, interest...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ini tidak ada kena-mengena dengan Dewan Parlimen Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, saya tahu. Interest, kebajikan ramai penduduk Sarawak, ramai orang miskin Sarawak telah terabai. Oleh itu, saya ingin menyeru Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak yang tugasnya adalah untuk melaksanakan projek-projek persekutuan di Sarawak supaya berhati-hati terhadap apa-apa projek yang akan dilaksanakan. Janganlah kita channel the money to the wrong project dan akhirnya rakyat yang miskin, yang susah tidak dijaga, tidak mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan atau diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya juga ingin tanya satu perkara iaitu berkenaan flyover, satu cadangan untuk membina satu flyover di Jalan Song, Kuching. Sebelum itu, kontraktor iaitu namanya Global Outline telah mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek untuk membina flyover di Jalan Song, Bandar Kuching. Selepas itu dia menebang pokok-pokok di jalan raya itu, tetapi hampir sekarang saya tidak nampak apa-apa kegiatan untuk membina flyover itu. Oleh itu, saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada kementerian sama ada projek ini akan dilaksanakan. Jikalau ia akan dilaksanakan, sama ada akan ada satu proses open tender akan diamalkan sebelum projek itu dianugerahkan kepada Global Outline Berhad. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah berbahas dua hari dan 31 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan mengenai Jabatan Perdana Menteri kepala B.1 hingga B.9 dan P.6 hingga P.7. Maka itu sahaja perbahasan dalam kementerian ini Yang Berhormat. Pada tengah hari nanti pukul 2.30 petang, Menteri akan menggulung. Sekian Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat. Kalau kita ada ....

Tak terima notis awal pun Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya dah buat keputusan Yang Berhormat. Kita ada 31 item dalam Jawatankuasa ini.

Baru cakap, tak cakap awal tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi, kalau kita benar 30 lebih orang lagi berbahas macam ini Yang Berhormat...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Sikit-sikit pun tak bolehkah?

Bagi dualah, dua wanita.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita tak boleh habis dalam satu bulan lagi.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tuan Pengerusi, sikit-sikit pun tak bolehkah?

Wanita dua, 20 minit petang nanti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, itu sahaja Yang Berhormat.

Bolehlah.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Lima minit pun tak boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya dah tanda di sini banyak wanita yang telah kita bagi, Yang Berhormat.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Lima minit Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu saja Yang Berhormat.

Tak sampai 30 peratus, tak sampai 30 peratus pun.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Lima minit pun tak boleh Tuan Pengerusi?

31 wanita tak sampai sembilan pun 30 peratus.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Arau pakai skirt baru boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, itu sahaja Yang Berhormat. Kalau ada persoalan, Menteri menggulung nanti ataupun menjawab nanti boleh ditanya Yang Berhormat.

Boleh sikit ya? Nanti kata tak ada soalan tak boleh jawab, tak boleh mencelah nanti.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu sahaja Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan pada sesi pagi ditangguhkan dahulu dan kita bermula semula pada 2.30 petang ini nanti. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 peringkat Jawatankuasa yang menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya ingin mohon izin Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk menggulung berhubung aspek perundangan dan juga ada kaitan yang disabitkan dengan Parlimen dan isu hak royalti petroleum bagi negeri Kelantan. Perkara lain berhubung isu wang ihsan Kelantan akan digulung Yang Berhormat dari Tasek Gelugor seperti mana yang dijanjikan pada minggu lepas semasa penggulungan peringkat dasar di dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun Yang Berhormat Kubang Kerian minta supaya pada keseluruhannya Tasek Gelugor menjawab tetapi memandangkan saya merupakan Menteri yang menjaga undang-undang dan Parlimen, bahagian itu perlu dijawab oleh saya. Minta izin, Kubang Kerian ya. Keprihatinan Kerajaan Persekutuan...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya izinkan. [Ketawa]

...Dan keikhlasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi layanan yang adil dan saksama di antara setiap negeri di Malaysia telah jelas ditunjukkan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 November 2009 untuk menyediakan wang ihsan untuk negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, perbahasan di Dewan yang mulia ini baru-baru ini melibatkan beberapa Ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan asas pengumuman tersebut seandainya hak negeri Kelantan untuk menerima royalti dinafikan. Saya ingin menjelaskan bahawa, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dibuat setelah kajian yang mendalam dan teliti dilaksanakan berhubung aspek perundangan oleh Pejabat Peguam Negara dan Petronas berasaskan hasil kajian yang dilaksanakan.

Pejabat Peguam Negara dan Petronas dengan sebulat suara telah menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 bersama dengan perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum yang dicari gali dan diusaha hasil di dalam sempadan negeri. Berasaskan takrif sempadan negeri, tiada petroleum yang diusahakan daripada perairan negeri Kelantan. Dengan itu, tiada asas perundangan untuk bayaran royalti petroleum kepada negeri Kelantan. Asas pendirian tersebut adalah bahawa seksyen 2, Akta Kemajuan Petroleum 1974 iaitu Akta 144 memberi keistimewaan eksklusif kepada Petronas untuk mencari gali dan mengusaha hasil petroleum sama ada di onshore atau offshore negara. Manakala seksyen 4 akta tersebut menyebut bahawa sebagai balasan Petronas hendaklah membayar kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang berkaitan, bayaran tunai yang dipersetujui antara pihak berkaitan jikalau mereka berhak kepada royalti itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

Berikutan itu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri yang dibuat pada tahun 1975 menyebut tentang bayaran tunai sebanyak 5 peratus daripada nilai petroleum yang dicari gali dan diusahahasilkan di dalam negeri Kelantan. Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 No. 7, perairan sesebuah negeri ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut, dengan izin, low water mark. Pada masa ini medan-medan minyak dan gas di perairan Semenanjung Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar kawasan tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri. Oleh itu dari aspek perundangan adalah jelas Kerajaan Negeri Kelantan tiada hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, terima kasih. Adakah ini bererti bahawa apabila Perdana Menteri yang kedua, Allahyarham Tun Razak memberi jawapan yang saya ada sebut dalam ucapan saya bahawa mengikut perjanjian ini adalah Hansard untuk 12 November 1975 bahawa mengikut perjanjian PDA itu, 1974, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan, onshore, offshore tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya dan pendirian ini juga bukan sahaja Tun Razak masa itu, saya percaya dengan nasihat Jabatan Peguam Negara masa itu. Bagaimana boleh satu pendirian berubah selepas 35 tahun dan bukan 25 tahun yang saya sebut semalam dalam satu perkara yang sama. Pendirian ini juga bukan sahaja arkitek PDA pada masa itu, Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat dari Gua Musang, masa itu Pengerusi Petronas dan juga pendirian penggubal utama PDA, bekas Ketua Hakim, Lord President Tun Salleh Abbas bahawa di bawah Akta Kemajuan Petroleum, negeri-negeri Kelantan dan Terengganu adalah berhak untuk dapat royalti 5 peratus. Semua petroleum yang dikeluarkan sama ada onshore, offshore, kenapa ada pendirian yang berubah-ubah oleh Kerajaan Barisan Nasional. Adakah ini oleh kerana faktor-faktor politik yang membelakangkan slogan 1Malaysia.

Menteri, kalau boleh bagi Balik Pulau sedikit.

Tuan Pengerusi, pertama saya hendak sebutkan kerana tidak ada hak itulah. Sebab itu Perdana Menteri yang kedua membuat jawapan di dalam Dewan ini kepada soalan yang dibawa oleh Ipoh Timur supaya diadakan satu perjanjian untuk memberikan apa yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak juga diberikan kepada negeri-negeri Semenanjung.

Jadi, itulah sebabnya. Dia tidak menyebut royalti pun, dia menyebut kerana tidak ada hak, jadi dia menjawab dalam Dewan mengatakan tidak apalah kita akan beri seperti mana negeri lain dapat, Sabah dan Sarawak. Jadi, dia mesti mengikat Perdana Menteri- Perdana Menteri yang akan datang, sebab itu perjanjian itu perlu diadakan.

Ini supaya apa yang telah dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kedua pada ketika itu akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lain. Itulah kerana adanya perjanjian, kalau tidak orang akan lupa. Kalau sudah ada hak, apa perlu ada jaminan dalam memberi jaminan dan memberi janji di dalam Dewan sebab tidak ada hak. Oleh sebab itu, apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ialah untuk mengotakan janji bapa dia 35 tahun dahulu, Allahyarham Tun Razak, itulah dia kata ketepikan legal issues, tetapi berilah mengikut ihsan sepertimana yang telah dijanjikan oleh bapa beliau 35 tahun dahulu...

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Itu sebenarnya. Kita sebut di sini kerana negeri itu bermaksud hanya tiga nautical miles sahaja dan medan-medan gas dan minyak ini dijumpai dalam kawasan EEZ iaitu lebih jauh daripada tiga nautical miles. Sebab itu mereka tidak mempunyai hak dan kita menekankan apa yang kita kata ialah kita memberi wang ihsan dan kita akan beri seperti mana yang diberikan kepada negeri Terengganu, kita akan berikan juga kepada negeri Kelantan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, bukankah ini satu distortion perversion pemahaman Petroleum Development Act, Tun Razak masa itu tidak menyebut apa-apa wang ihsan, itu sangat jelas. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh di negeri masing-masing sama ada yang diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Tidak bererti wang ihsan, charitable, contribution, tetapi itulah hak di bawah PDA. Ini saya sebut tadi, ini pendirian penggubal undang-undang masa itu, bekas presiden Tun Salleh Abas dan Pengerusi Petronas yang ada menandatangani bagi pihak Petronas. Adakah kerajaan akan merujuk kepada kedua-dua orang itu supaya janganlah satu komitmen undang-undang diputarbelitkan.

Menteri, kalau dibenarkan Menteri.

Saya ingin menyatakan bahawa Perdana Menteri pun tidak menyebut royalti, dia kata buatlah bayaran. Jadi, sebab itu saya ingin menyatakan kalau Yang Berhormat hendak fikirkan ini pemutaran fakta, itu terpulang kepada Yang Berhormatlah. Akan tetapi, kita mengikut apa yang termasuk dokumen Yang Berhormat sebut tadi iaitu yang ditandatangani oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Saya melihat juga dokumen- dokumen itu, itu merupakan perjanjian kerana tidak mempunyai hak dan kita mengikatkan kepada kerajaan yang akan datang, Perdana Menteri akan datang, dengan adanya perjanjian ini, maka jelaslah menunjukkan iaitu bahawa kita berikanlah 5 peratus seperti yang kita janjikan, tetapi itu bukan bermakna hak. Kalau sudah hak, apa perlu ada perjanjian?

Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan sedikit.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, sebentar.

Itu as of right, you bayar sahaja.

Jadi, sebab itu kita punya pendirian ialah perjanjian ini adalah kerana untuk mengikat kerajaan-kerajaan yang akan datang, walaupun negeri-negeri Semenanjung tidak mempunyai hak tentang minyak yang dijumpai di kawasan laut yang bertentangan dengan negeri itu, tetapi luar daripada tiga nautika, tetapi kita beri juga kerana mengambil kira apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri Kedua ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Pada ketika itu bukan Yang Berhormat Ipoh Timur, tidak tahulah wakil mana. Ya, Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penjelasan Yang Berhormat Menteri sekarang berkisar kepada argument bahawa dari awal lagi bercakap soal minyak, negeri tidak ada hak. Itu asas dan alasannya ialah akta atau Ordinan Darurat 1969 yang meletakkan had sempadan negeri kepada tiga batu nautika. Setakat ini ya, setakat penjelasan ini. Izinkan saya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, pertama soal hak sebelum daripada PDA 74 dibuat. Kita berpendapat bahawa hak itu adalah hak negeri, itu asas kita. Oleh sebab itu, dalam seksyen 4 PDA 74, ayatnya bermula “In return for the ownership”, sebagai pulangan kepada pemilikan dan hak. Ayat itu tidak bermula dengan negeri tidak berhak dan sekarang kerajaan hendak memberikan ihsan wang tunai. Tidak disebutkan begitu, dia sebut ”In return for the ownership”, sebagai pulangan kepada pemilikan hak. Ini membawa maksud bahawa sebelum daripada PDA 74, hak untuk memiliki hasil minyak ini adalah negeri. Jadi, PDA 74 tidak menyebut langsung mengenai had wilayah negeri tiga batu nautika. Apa yang disebut ialah onshore dan offshore. Kita berpendapat dalam perbahasan sekarang, kalau ia berkaitan dengan minyak dan juga bayaran tunai, ia mestilah diurus berasaskan PDA 74. Logiknya Yang Berhormat Menteri, jikalau kuasa yang dimiliki oleh kerajaan negeri hanya tiga batu nautika, apa perlu Akta 144 74 ini diadakan kerana akta ini tahu negeri tidak ada hak, apa perlu bincang dengan negeri sebab itu memang hak kerajaan pusat. Jadi, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilakukan tiga minggu lepas kerana merujuk kepada hasil Kelantan di bumi south, medan bumi selatan. Kita berpendapat bahawa kerajaan menyembunyikan fakta. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan KDNK itu tahun 2005 dan 2006 tercatat dengan jelas bahawa KDNK Kelantan adalah RM2.7 bilion pada tahun 2005 dan RM2.6 bilion pada tahun 2006. Kita tahu bahawa pendapatan Kelantan, KDNKnya sekitar RM400 juta begitu sahaja pendapatan negeri. Mana datang RM2.7 bilion? Ini 2005. Maknanya ini 2009, empat tahun dulu pun Kelantan telah pun mengeluarkan, sebab itu KDNK dikira Kelantan. Tidak timbul soal tiga batu nautika, Ordinan Darurat 1969 sebab saya berpendapat Yang Berhormat Menteri, PDA 74 supreme dalam kita berbahas mengenai minyak dalam konteks sekarang. Mohon penjelasan.

“In return for ownership” ini menjurus kepada kalau sekiranya medan gas dan minyak itu berada di atas bumi negeri ataupun di dalam kawasan tiga nautical miles. Itu merujuk kepada ownership yang ada kepada negeri di atas bumi dan kalau dalam lingkungan tiga nautical miles. Itu dia “in return of ownership”. Kalau tidak ada, tidak adalah. Kalau Yang Berhormat sebut tentang PDA, ia mesti dibaca dengan tiga akta yang lain. Ia tidak boleh dibaca sendiri, ia tidak berdiri sendiri melainkan mesti dibaca bersama- sama dengan kalau disebut tentang offshore, mestilah kita baca dengan akta-akta yang lain, Continental Act dan sebagainya. Ia kena dibaca sekali, baru kita akan dapat melihat apakah yang dimaksudkan di dalam perjanjian itu. Kemudian Yang Berhormat, kita merupakan sebuah negara yang menganggotai Bangsa-Bangsa Bersatu. Di bawah Geneva Convention 1958, setiap negara di dalam dunia hanya diberikan territorial watersnya setakat 12 nautical miles sahaja. Itu Konvensyen Geneva 1958 kalau tidak silap saya. Jadi, ia hanya memberi kepada negara, setiap negara yang menjadi anggota United Nations, territorial waters dia cuma 12 nautical miles. Macam mana sebuah negeri hendak claim sampai 200 nautical miles? Tidak mungkin. Hal ini kerana setiap negara di dunia ini diberi 12 nautical miles sahaja.

Jadi, tiga nautical miles kita beri kepada negeri. Di mana tuntutan yang mengatakan iaitu bahawa negeri boleh tuntut lebih daripada...

Yang Berhormat Menteri mohon penjelasan?

Lebih daripada 12 nautical mile. Ini kerana medan-medan gas ini semua adalah didapati di luar daripada 12 nautical mile yang diberikan pada setiap negara. Akan tetapi EEZ sememangnya 200 nautical mile iaitu exclusive economic zone di bawa UNCLOS Bangsa-Bangsa Bersatu. Memang diberikan kepada negara maritim kawasan untuk dia tuntut sehingga 200 nautical mile. Itu Malaysia.

Yang Berhormat Menteri, Balik Pulau sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Balik Pulau.

Saya mungkin boleh bersetuju dengan Menteri kalau mengatakan dari segi interpretasi mesti diambil kira akta- akta berkaitan. Akan tetapi saya mengajak Menteri menganjak sedikit ke belakang kerana persoalan yang dibangkitkan ini melibatkan bukan sahaja aspek territory tetapi melibatkan aspek maruah negeri dan juga pusat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah bagaimana kita mengandaikan bahawa pembahagian harta hak persekutuan mahupun hak negeri merupakan satu bidang yang eksklusif kepada ketua negeri mahupun ketua Kerajaan Pusat. Ini kerana 50 tahun yang dahulu saya yakin kewujudan PDA juga itu mengambil kira the supreme law of the land, dengan izin iaitu Perlembagaan. Ia antara lain mengatakan wujudnya satu iaitu fasal 108, Majlis Kewangan Negara yang mana di dalam itu merupakan perkara yang mana menggambarkan aspirasi federalisma negara. Sehingga dikatakan di sini fasal 180(4)(a) sehingga fasal 180(4)(h) apa-apa sahaja pembahagian mesti melalui perundingan. Apa yang dikata dengan izin adalah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan semua itu, Menteri maklum. Geran segala perancangan. Persoalan saya di sini mohon penjelasan bila perundingan itu dibuat? Ini kerana Majlis Negara ini mengikut Perlembagaan dianggotai oleh antara lain Majlis Kewangan Negara yang mengandungi Perdana Menteri, Menteri- menteri lain seperti mana yang ditetapkan Perdana Menteri dan seorang wakil dari tiap-tiap satu negeri yang dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Maksudnya dia bukan sahaja menggambarkan perkara bersifat territory negeri dan pusat tetapi menggambarkan maruah. Oleh sebab itu 50 tahun dahulu Raja-Raja Melayu dan sebagainya bersetuju dengan aturan Perlembagaan ini kerana ia mengambil kira maruah negeri setempat. Ini kerana hasil mahsul akan dibincang sekali lagi di majlis perundingan. Soalan saya ialah bila perundingan itu dibuat? Adakah persetujuan? Adakah dia hanya hak mutlak Menteri Persekutuan ini untuk di atas keputusan beliau membeza-bezakan hasil negara. Ini kerana kalau ini dibuat yang bersifat unilateral sifatnya tanpa bersifat perbincangan seperti yang cakap wajib di sini yang digambarkan perlu berbincang lebih 12 bulan sekali. Saya rasa ia menggambarkan maruah negeri itu akan tercabar kerana sistem politiknya telah berubah semenjak 18 Mac. Jadi bagi saya di sini kita mesti mengambil kira peruntukan-peruntukan Perlembagaan. Bukan sahaja di sekitar akta-akta, perjanjian yang bersifat contractual kerana dia ada dengan izin, the intention of the framers yang lebih menggambarkan maruah negeri dan juga pusat. Terima kasih mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi apabila semua negeri waktu sebelum kita merdeka bersetuju untuk menjadi Persekutuan, maka pada ketika itu telah pun dirundingkan tentang apakah yang negeri dan apakah yang Persekutuan. Oleh sebab itulah kita persekutuan.

Dari tahun 1963 apabila Sabah dan Sarawak masuk ke Malaysia sekali lagilah dirundingkan berkenaan dengan negeri Sabah dan Sarawak apakah kepunyaan mereka dan apakah kepunyaan Persekutuan. Jadi ini satu perkara yang telah pun dibincang sebelum kita merdeka lagi. Persetujuan telah pun tercapai. Jadi sebab itu bermula dengan kita merdeka apabila sebelas buah negeri bersekutu menjadi Persekutuan Malaya pada tahun 1957, maka pada ketika itu telah pun dirundingkan. Apakah yang dimaksudkan dengan hak negeri dan apa yang dimaksudkan dengan hak Persekutuan. Jadi saya tidak perlu pergi ke belakanglah.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang cun, macho. Akan tetapi saya agak kesallah cun dan macho itu tidak diterjemahkan oleh jawapan yang diharapkan. Tuan Pengerusi, saya hendak baca balik Hansard Allahyarham Tun Abdul Razak pada 12 November 1975. Bahawa, Tuan Yang di-Pertua semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju untuk menandatangani perjanjian ini. Ini bermakna Tuan Pengerusi proses merundingkan hak negeri dan hak pusat berlaku dalam pembangunan akta ini. Jadi ini yang saya maksudkan falsafah kepada akta ini mesti dihormati. Adakah Yang Berhormat Menteri hendak mengatakan pada hari ini tahun 1975, bila Yang Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu membacakan Hansard ini dia faham. Yang Berhormat Mulia Gua Musang pada waktu itu yang arkitek kepada akta ini dia faham hak federal dan hak negeri. Adakah mutual respek di situ. Pusat hormat kepada negeri, negeri hormat kepada pusat dan diterjemahkan, 30 tahun tidak pernah dipertikaikan. Dalam laporan Petronas kepada setiap tahun dengan mengatakan bayaran kepada Terengganu dan Sarawak disebut royalti. Okey mungkin Sabah dan Sarawak ada akta yang berbeza, tetapi Terengganu sebelum tahun 2000 disebut royalti. Jadi jangan kita menyebut di sini, Yang Berhormat berdiri di sini 30 tahun kemudian dengan satu falsafah habis manis sepah dibuang. Selepas negeri bersetuju untuk menandatangani akta ini maka timbullah masalah royalti atau timbullah masalah wang ihsan. Mana datang wang ihsan ini? Mana datang tiga batu nautical itu? Mana datangnya? Jadi kita bercakap tentang hak royalti. Yang Berhormat Menteri saya berdiri di sini mewakili rakyat Kelantan dan mencabar Yang Berhormat mewakili Perdana Menteri berani atau tidak kita berdebat di luar Dewan di Kota Bharu ataupun di Kuala Lumpur untuk kita beritahu rakyat apa sebenarnya yang di sebalik daripada pembohongan ini... [Tepuk]

Tuan Pengerusi.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi saya tidak ada halangan sebenarnya. Malah kalau hendak buat perbahasan di Markas PAS di Green Wood pun saya akan pergi, tidak ada masalah sebab saya berdiri di dalam Dewan bukan untuk menipu. Kita menceritakan perkara yang benar sebab ini Dewan mana mungkin saya berdiri sebagai seorang Menteri hendak membuat satu pembohongan seperti yang dituduh oleh Yang Berhormat terhadap diri saya.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Itu satu tuduhan yang cukup liar. Namun begitu di atas persahabatan saya dengan Yang Berhormat Kubang Kerian saya setuju untuk berbahas di luar daripada Dewan ini pada bila-bila masa.

Kita punya pendirian kita ialah Kelantankah, bukan Kelantan sahaja maknanya Terengganukah Perakkah mereka tidak punyai hak di atas pembayaran royalti kalau sekiranya medan gas dan juga minyak itu adalah luar daripada tiga nautical mile yang tidak merupakan definisi terhadap apakah negeri yang berkenaan itu. Malah Yang Berhormat saya hendak sebut kalau kita lihat ke atas pun 10,000 kaki, 15,000 kaki ke atas itu bukan hak negeri. Sama sahaja kalau kita cakap tentang laut cakap tentang bawah kita cakap tentang atas. Kalau air space perbincangannya itu bukan dibuat di antara Kerajaan Negeri Selangor di mana terletaknya KLIA dengan mana-mana negara.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Perbincangan itu ialah antara Malaysia dengan negara-negara lain untuk membolehkan kapal terbang daripada negara lain melalui di atas kawasan yang melebihi beberapa ratus kaki yang merupakan hak Malaysia.

Begitu juga berkenaan dengan kawasan laut. Memang kita perlu tahu bahawa, saya sebutkan sebentar tadi di bawah Geneva Convention walaupun tidak dirunding dengan kita. Kita telah diberikan hanya 12 nautical miles sahaja territorial waters of Malaysia. Akan tetapi, ini adalah rejim yang ditentukan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dan kita sebagai salah sebuah anggota Bangsa-Bangsa Bersatu, kita perlu terima. Bagaimana kalau United Nations menentukan kita hanya ada 12 nautical miles sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan negeri pula hendak dikatakan kawasan airnya lebih daripada 12 nautical miles, tidak mungkin. Oleh kerana itu saya ingin menyatakan, kita mempertahankan kedudukan ini berdasarkan kepada fakta-fakta dan hujah-hujah yang benar. Tidak satu sen pun tidak akan kita beri kepada rakyat Kelantan. Jika ia merupakan hak Kelantan, satu sen pun kita beri, tiada masalah. Akan tetapi, hakikatnya negeri tidak punya hak. Apabila tidak mempunyai hak, kerana itu kita kata wang ihsan. Soal penggunaan royalti, dalam Dewan kita bercakap bermacam-macam. Kalau kita sebut tentang agama Islam, ada yang kata agama Persekutuan atau Perlembagaan, ada yang kata agama rasmi. Jadi, ini interchangeable kepada mereka yang tidak memahami bebas untuk bercakap di dalam Dewan ini. Begitu juga mengenai bahasa Melayu, ada yang mengatakan ini bahasa Malaysia, ada yang kata ini bahasa kebangsaan. Jadi, kita tidak boleh guna kerana pemakaian orang ramai tentang bayaran itu merupakan royalti maka, oleh kerana itu, itu adalah hak royalti. Tidak boleh begitu. Akan tetapi, orang kata bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan, semua tahu itu bermaksud bahasa Melayu. Kalau orang kata yang itu bahawa agama Persekutuan, agama rasmi, semua orang tahu itu adalah agama Islam. Begitu juga dengan pembayaran wang ini. Royalti atau wang ihsan ialah wang yang kita beri peruntukan kepada negeri berkenaan mengikut perjanjian kita. Jadi, soal...

Yang Berhormat Menteri... Yang Berhormat Menteri. Kita semua sudah faham, beralih isu lain.

Tidak mengapa. Kita perlu beri mereka puas ya... [Ketawa] Yang Berhormat, tadi saya minta sahabat saya daripada Machang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang sahaja, yang lain duduk.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Machang sudah dapat tadi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, dalam al-Quran ada sepotong ayat mengenai perjanjian dan jaga perjanjian, patuh, amanah dengan perjanjian... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman itu memelihara dengan sebaik-baiknya amanat-amanat yang diserahkan padanya dan perjanjiannya.” Mudah-mudahan kita termasuk dalam hamba-Nya yang hendak menghayati tuntutan ini. Perjanjian is perjanjian. Perjanjian apa ini? Ini perjanjian soal minyak. Dalam tangan saya ini adalah perjanjian Petronas dengan Kelantan. Yang Berhormat Menteri, katakan pada saat Petronas berbincang dengan Kelantan yang diwakili oleh Dato' Haji Mohamed bin Nasir. Sewaktu itu Kerajaan Pusat kata baik. Kelantan akan hanya dapat bayaran tunai jika minyak ditemui tiga batu nautika. Sudah tentu kerajaan Kelantan tidak sign. Sudah tentu Sabah, Sarawak dan semua negeri di Malaysia ini tidak akan tandatangan kerana hakikatnya tiada minyak dalam lingkungan tiga batu nautika. Akan tetapi, mengapa dalam akta ini ia menyebut onshore dan offshore. Itu sahaja yang governed. Baik, Yang Berhormat Menteri kata perlu baca bersekali dengan Ordinan Darurat. Saya berpendapat Ordinan Darurat ini berkaitan dengan pentadbiran, laluan kapal dan keselamatan. Soal hak milik minyak adalah hak yang dikawal oleh PDA 1974. Itu hujah kita. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, andai kata hari ini Kelantan keluar daripada Malaysia, andai kata ya. Kelantan tidak termasuk dalam Malaysia. Yang Berhormat Menteri, bolehkah Malaysia mengusahakan kawasan Malaysian-Thai Joint Authority (JDA) yang terletak PM301 dan PM302. Ataupun bersama Vietnam dalam kawasan CAA. Mengapa Malaysia boleh masuk dalam rundingan sebagai kawasan pertindihan dengan sempadan dua negara ini? Itu kerana portion Malaysia itu ialah Kelantan. Apa makna Malaysia? Yang Berhormat Menteri, ini perbahasan peringkat perundangan. Bab royalti kita akan bahas dengan Yang Berhormat Tasik Gelugor sebentar lagi. Kita sudah lama tunggu kerana peringkat dasar dahulu beliau tidak jawab. Saya yakin Yang Berhormat Menteri tiada masalah. Petronas di belakang kerajaan, EPU di belakang kerajaan, Jabatan Kastam di belakang kerajaan, Jabatan Perangkaan. Semua itu ada hujah dari segi undang-undang. Isunya ialah saya katakan tadi andai kata Kelantan tidak termasuk, bagaimana Malaysia hendak mengatakan kawasan JDA adalah kawasan pertindihan dengan Thailand, kawasan CAA adalah kawasan minyak yang bertindih dengan Vietnam. Tidak boleh. Kerana apa makna Malaysia? Dalam Perlembagaan Negara, Yang Berhormat belajar undang-undang. Saya belajar agronomi sahaja. Saya cuma baca undang-undang. Yang Berhormat tolong betulkan saya kalau saya salah faham. Dalam Section 2 PDA 1974, ia menyebut dengan izin, “the entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties and privileges of exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum whether onshore or offshore of Malaysia.” Now, Artikel 1 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Malaysia “the state of the federation shall be Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan.” Maknanya, the entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties, dan sebagainya itu adalah merujuk kepada hujah kita, onshore and offshore mana-mana negeri berkenaan. Dalam kes ini Kelantan. Itu sahaja. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya menghormati kesungguhan Yang Berhormat Menteri hendak mempertahankan atas nasihat Jabatan Peguam Negara dan juga pandangan political expediency. Itu tidak mengapa. Itu kita uruskan kemudian. Akan tetapi, biar tercatat dalam Dewan yang mulia ini fakta-fakta perundangan. Biarpun Yang Berhormat Menteri berulang kali hendak tegaskan negeri tidak punya hak. Kita katakan ada hak. Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan ucapan Tun Abdul Razak, begitu juga sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian. Jika itu tidak cukup lagi, ucapan Tun Abdul Rahman Yaakob, Ahli Parlimen Payang pada masa itu juga menyebut dengan jelas tidak ada istilah tiga batu nautika, yang ada onshore dan offshore. Yang Berhormat Menteri belum lagi menyentuh pertanyaan saya berhubung dengan bermulanya hasil untuk Kelantan itu daripada tahun 2005 lagi, dalil KDNK Kelantan yang saya fikir terpakai secara Supra State ini ialah RM2.7 bilion. Tahun 2005. Ini bermakna kalau kita tidak bising, kita pakai tidak bunyi apa-apa.

Sejak tahun 2005 lagi sebenarnya hasil negeri ini tetapi, apabila kita tuntut kemudiannya. Alhamdulillah Perdana Menteri memberikan reaksi yang segera. Akan tetapi, biar itu. Isunya ialah milikan hak itu kita pertahankan hak negeri. Tiga nautika Ordinan Darurat tidak terpakai dalam konteks ini. Kita hujahkan ia berkenaan keselamatan, laluan kapal dan pentadbiran. Soal PDA 1974, tetap onshore dan offshore iaitu mempunyai hak kepunyaan negeri. Oleh kerana itu kita tandatangan surat cara dan juga perjanjian ini. Tolong Yang Berhormat Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Menteri?

Tuan Pengerusi, negeri tiada hak di luar daripada tiga nautical miles. Ini bukan kerana saya dinasihatkan oleh Peguam Negara tetapi, saya juga sebagai seorang peguam. Walaupun saya tahu Yang Berhormat seorang agroeconomist, jadi saya peguam. Ini juga merupakan pendirian saya.Tidak mungkin... [Disampuk] Memang tiada tauliah kerana saya sekarang jadi Menteri... [Ketawa] Kalau saya ada tauliah, saya telah melanggar Board Council’s LPA ya. Memang tiada tauliah kerana saya Menteri, eksekutif. Ini pandangan saya dan saya berdiri sebagai Menteri. Kalau sekiranya saya tidak yakin dan percaya dengan pendirian di sebelah sini, saya tidak akan berdiri di sini dan mempertahankan kedudukan ini. Mungkin saya akan argue dengan AG atau apa, saya tidak setuju. Akan tetapi, saya yakin dan percaya. Ini kerana Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat beri contoh Kelantan ada hak.

Saya hendak cadangkan supaya kerajaan Negeri Kelantan pergi berunding dengan Kerajaan Thailand dan kita tanya kepada Thailand sama ada mereka mahu berunding atau tidak, kerana...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya, kalau PAS keluar boleh, tidak ada masalah.

Ini tidak masuk akal.

Sebab dalam entity… Duduk dahulu Yang Berhormat Batu. Ditambah dengan Putrajaya. Yang Berhormat Machang, di bawah undang-undang antarabangsa tidak ada entiti negeri, yang ada hanyalah entiti negara. Sebab itu apa-apa perundingan yang dibuat mesti dilakukan di antara kedua buah kerajaan negara. Bukan negeri, kita tidak pernah dengar pun dalam hal kawasan-kawasan dalam medan gas, di sempadan dibincangkan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dalam 3.3 batu nautika?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Di antara Narathiwat dengan Kelantan, tidak boleh kerana tidak diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Kalau tidak pergilah mesyuarat. Mengapa Kerajaan Kelantan tidak pergi berjumpa dengan Kerajaan Narathiwat membincangkan tentang perkara ini? Kerana tidak wujud entiti negeri dalam peraturan antarabangsa. Sebab itu saya telah sebut sebentar tadi, kalau Yang Berhormat bangkit soal bahawa tidak wujud 3 nautical mile, bermakna Yang Berhormat hendak claim sampai EEZ200 nautical mile. Saya kira Yang Berhormat boleh saman United Nations kerana, United Nations...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Sorak]

Dengarlah, mahu dengar atau tidak. Kerana United Nations...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Di mahkamah mana?

Yang Berhormat Menteri Johor dengan Singapura bagaimana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tunggu dulu Yang Berhormat.

United Nations telah menentukan iaitu territorial water bagi semua negara yang mempunyai maritime borders cuma 12 nautical mile sahaja. Itu ditentukan oleh Geneva Convention 1958 yang diperkuatkan lagi dengan United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Jadi itu ditentukan oleh United Nations kepada kita. Bagaimana kita hendak claim lebih daripada itu, kalau United Nations pun tentukan kepada Malaysia you cuma ada 12 nautical mile sahaja. Bagaimana negeri hendak kata...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau macam itu hasil daripada joint development area tidak payah bayar kerajaan langsung.

Lebih daripada 12 nautical mile itu adalah hak negeri.

Tuan Gwo-Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Akan tetapi ada Exclusive Economic Zone.

Yes sebab itu EEZ. Ini di bawah UNCLOS. EEZ ini diberikan kepada Malaysia kerana entiti.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi tidak ada Malaysia kalau tidak ada Kelantan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tidak. Tak boleh argue macam itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan menyampuk Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya turun daripada tingkat 14 to see your show Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam. Saya minta Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat. Dengar dahulu penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi tidak boleh marah dengan Yang Berhormat Shah Alam ini sebab saya suka dia... [Ketawa] Sebab dia tidak ada selective disagreement. Dia disagree dengan Presiden dan Timbalan Presiden... [Ketawa] Dia disagree dengan Setiausaha Agung dan dengan Menteri Besar Selangor... [Ketawa] [Disorak] Jadi apa saya ini... [Ketawa]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya disagree dengan benda yang tak betul, disagree.

Saya hormat beliau. Maknanya disagreement beliau tidak ada selective.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri sekarang ini sedang kelentong. Benda yang tidak ada kena-mengena pun hendak cakap.

Beliau tidak ada.. Ini satu penghormatan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri beri peluang untuk saya cakap. Biar saya tanya.

Satu penghormatan. Beliau tidak ada selective disagreement dengan semua orang. Sebab itu saya tidak boleh marah dengan beliau.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

Jadi Tuan Pengerusi...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh, ada juga yang saya agree.

Tuan Pengerusi apa yang hendak saya sebut di sini, kita tidak boleh menuntut sesuatu yang bukan hak kita. Tidak boleh, kita juga tidak boleh mengkontrakkan sesuatu yang bukan merupakan hak kita.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Penjelasan, penjelasan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Jadi sebab itu saya berpendirian, iaitu bahawa dalam soal isu negeri Kelantan ini, tidak usah negeri Kelantan, negeri lain pun samalah. Dalam hal medan gas atau minyak yang dijumpai di luar daripada 3 nautical mile tidak merupakan hak negeri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Sekiranya kita terbuka, kalau mana- mana pihak mahu membawa pertikaian ini ke mahkamah, kita terbuka.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Penjelasan, penjelasan.

Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah kita akur, tidak ada masalah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Terengganu, Terengganu.

Nanti, nanti.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Selepas Yang Berhormat Kuala Selangor, Shah Alam ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuba sedaya upaya untuk memahami cara Menteri berhujah sebentar tadi. Akan tetapi izinkan saya Yang Berhormat Menteri, kalau saya terpaksa merakamkan di sini bahawa dengan izin, you are stretching the limits of the interpretations of the canal of constructions of the law... [Tepuk] You are going beyond. Minta maaf Tuan Pengerusi, stretching the limits of the interpretations of the canal of constructions of the framers yang masih ada di sini. Tengku Razaliegh dan Tun Salleh Abbas masih ada. Sepatutnya we are willing enough. Kalau kita berani kita panggil untuk benar-benar diadakan satu perbincangan, wacana, diskusi dengan the framers of this law still around. Kenapa kita buat hari ini setelah berapa tahun membelakangkan mereka seolah-olah mereka tidak wujud. They were the original framers of this law. Satu. Kedua, saya bukan lawyers, but I don’t think I will ban down to lawyer like this... [Sorak] We will not take it lying down.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Third class lawyers.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okay. I will not take it line down like this. Yang Berhormat Menteri tahu law. Saya tidak belajar undang-undang, tetapi saya ada tiga anak yang belajar undang-undang. Indoor laws, you have the law of equity bukan?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Essence of law mesti kembali kepada asasnya. That is really constitutionalism. Itulah semangat undang-undang, di mana pada akhirnya ia mesti adil. Hari ini kalau kita perhatikan andainya kalau kita bersedia menerima Sabah dan Sarawak memiliki hak ke atas apa pun yang telah diberikan kepada mereka. Saya tidak nampak sebab atas dasar yang sama penghujahan itu fall shock ketika berlaku ataupun ketika ia berkuat kuasa ke atas negeri Kelantan dan Terengganu, mengapa?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Where is the law of equity in this sense, di mana keadilan itu? Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, you are stretching the limits of the interpretations of the canal of constructions of this laws. Saya sebutkan sekali lagi, sejauh yang saya dapat perhatikan, persoalan territorial waters adalah persoalan pentadbiran, you stretch on The Ordinance Law 1960. You cuba sedaya upaya membawa masuk back door atau macam mana pun, pemahaman ataupun interpretasinya supaya dapat diselaraskan dan diperdamaikan dengan apa Yang Berhormat Menteri mahu hujahkan. Akan tetapi saya nampak you are under minding the laws itself. This is perversion of the law to the highest order... [Tepuk]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri saya minta maaf. Sementara saya cuba untuk memahami hujah Yang Berhormat Menteri sebentar tadi saya gagal.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Whatever ability yang Allah Taala berikan kepada saya, the law of equity, keadilan itu sudah Yang Berhormat Menteri langgari dan kerajaan UMNO Barisan Nasional langgari pada awal lagi. Semangat itu bagi seorang Muslim... [Membaca sepotong Hadis] Bermaksud, “Seseorang Muslim itu dipegang pada janjinya”. Pada akhirnya segala undang-undang mesti berteraskan kepada keadilan. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] The supreme ultimate overriding purpose of the law and including Syariah is justice and here we feel miserably. Terima kasih... [Tepuk]

Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat Menteri kalau boleh saya hendak tambah sedikit.

Saya hendak sebut saya banggalah dengan Yang Berhormat, you don’t take line down lawyer. But let me tell you, even you line down I won’t take you, okay... [Ketawa]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

[Bangun]

Yang Berhormat... Saya ingat macam ini Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

I thought your intellect is perverted. But your mind is worse... [Ketawa]

Sabarlah. Kalau bercakap tentang... [Disampuk] Tiada masalah. Siapa kata tidak boleh debate? Bila-bila masa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat lain duduk dulu, Yang Berhormat. Menteri hendak jawab, ya.

Jangan emosional Yang Berhormat. Jangan emosional, ya. Relaks, sebab dalam Dewan Yang Berhormat pun tuduh saya macam-macam. Saya terima sahaja. Tidak ada masalah... [Disampuk] Tidak pasti betul. Tidak semestinya betul. Jadi, jangan emosional, ya. Kalau tidak, susah hendak kita berbahas macam ini. There must be some light moments, but next time I know, I will not joke with you. Alright? Saya minta maaf ya. Lain kali kalau kita berbahas dengan Yang Berhormat, saya tidak akan jokelah. Saya akan cakap perkara serius. Saya minta maaf. Saya tarik balik perkara tadi.

Kemudian ekuiti, Yang Berhormat. Yang Berhormat kata, kalau negeri Sabah dan Sarawak boleh beri, jadi ekuiti perlu juga beri pada negeri-negeri lain. Begini Yang Berhormat, tahun 1957 apabila kita bentuk Persekutuan, pada ketika itu setiap negeri- negeri dalam Persekutuan yang ada 11 buah ini tidak mempunyai ataupun tidak menghasilkan apa-apa minyak. Tidak ada. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak, pada tahun 1963 mereka masuk ke Malaysia, mereka sudah pun menggali dan mendapat minyak pada ketika itu. Jadi, apabila kita berunding untuk mereka masuk ke Malaysia, maka mereka... Ada Perjanjian Cobbold kalau tidak silap saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cobbold Commission.

Cobbold Commission. Maka di situ ada syarat-syarat. Mereka bersetuju untuk masuk ke Malaysia dengan syarat. Banyak syaratnya. Satu, seperti penggunaan bahasa kebangsaan, mereka masih lagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah, Dewan Undangan Negeri. Itu tidak boleh dipaksa ke atas mereka sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan untuk mengguna bahasa kebangsaan. Kemudian dari segi imigresen, kalau sudah sebuah negara, bebaslah masuk. Akan tetapi, imigresen mereka masih lagi bersyarat. Lagi satu mengenai imigresen, mereka hendak pastikan jangan ada satu pembanjiran orang-orang Semenanjung pergi ke sana, jadi mereka control imigresen. Di antara 20 point itu termasuklah berkenaan dengan minyak. Kalau selama hari ini, mereka sudah mendapat minyak, 100 peratus dapat kepada mereka. Apabila masuk ke Malaysia, mereka perlu menyerahkan semua. Jadi, mereka mahu masuk ke Persekutuan, sepatutnya...

Penjelasan Yang Berhormat.

Janganlah.

Istilah...

Tidak perlulah. Tidak perlulah. Duduk, duduk.

Istilah itu salah.

Tidak perlu. Duduk, duduk dulu. Jangan kacau saya. Saya hendak gulung dan menjawab...

Ya, tetapi istilah itu diperbetulkan.

Jadi, mereka masuk ke Malaysia dengan syarat.

Menteri, bukan masuk ke Malaysia...

Ya, bergabung.

...Membentuk Malaysia.

Membentuk Malaysia.

Ya, membentuk Malaysia. Samalah.

Waktu itu tidak ada Malaysia...

Semua orang faham.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Waktu itu tidak ada, Menteri. Itu Malaya.

Yang Berhormat Kuala Selangor faham. Jadi pada ketika itu, sebelumnya terbentuk Malaysia, mereka hendak beritahu kami boleh masuk sekali. Kita bina satu negara Persekutuan yang dipanggil Malaysia. Akan tetapi, selama hari ini kami sudah dapat minyak dan di bawah Persekutuan, hasil itu mesti diserahkan kepada Persekutuan.

Jadi, bagaimana hendak beri ini? Dulu kami dapat 100 peratus, sekarang hendak beri semua. Itu sebab kita kata, ada special rightnya. Itu sebab kita beri kepada mereka dan kita sebut sebagai royalti. Jadi...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Nantilah dulu. Sabarlah. Jadi, ini ekuiti. Ini ekuiti yang Yang Berhormat kata tidak adil. Buat dengan negeri Semenanjung lain daripada Sabah dan Sarawak. Melainkan kalau pasukan Yang Berhormat kata, Sabah dan Sarawak jangan beri hak yang istimewa kepada merekalah. Ya, hendak tarik balik semua ini. Tidak bolehlah sebab kita sudah bersyarat. Jadi dari segi ekuitinya, itu sudah ada hujahnya mengapa pendekatan kita pada Sabah dan Sarawak berbeza dengan negeri- negeri di Semenanjung. Itu jawapan saya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tidak mengapa Yang Berhormat. Saya hendak maju ke depan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak. Beri satu minit sahaja.

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau Menteri berani...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau Menteri berani, beri satu minit sahaja. Satu minit untuk saya explain balik.

Tidak, saya beri pada Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tadi kata hendak beri pada Shah Alam.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Pleaselah, one minute. Menteri, you see...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, boleh bangun lagi nanti Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Where is your equity?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya hujah balik nanti.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan sedikit. Dari apa yang Yang Berhormat Menteri kata, ada berkaitan dengan undang-undang dan saya difahamkan kerajaan telah mendapatkan pandangan dari Peguam Negara. Saya juga difahamkan bahawa Peguam Negara tidak membuat apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut dan telah memperoleh satu pandangan dari satu firma guaman internasional. Adakah itu betul?

Tuan Pengerusi, itu tidak betul. Tidak betul.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak betul?

Tidak betul, tidak betul sebab... [Disampuk] Ya, tidak betul sebab sebagai Peguam Negara, dia adalah Penasihat Undang- undang kepada kerajaan. Dia bukan hanya seorang. Kamar Peguam Negara ini terdiri daripada ramai anggota kamar Peguam Negara ini. Jadi, ada yang terlibat dengan international laws. Semua ada. Jadi mereka...

Apabila sebut Peguam Negara, jangan Yang Berhormat pandang Tan Sri Abdul Ghani Patail sahaja, sebab nanti ramai yang marah pada beliau sahaja. Bila kita sebut Peguam Negara itu, ia adalah institusi. Jadi...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Nantilah. Sabarlah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Okey.

Please, be patient.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, alright.

Saya hendak selesaikan dengan hujah Yang Berhormat Kuala Selangor ini. Saya lelaki Yang Berhormat. Jangan bimbang. Jadi, tidak betul Yang Berhormat. Jawapannya adalah tidak betul tetapi kalau Peguam Negara boleh tanya sana dan tanya sini untuk dapatkan pandangan yang lebih... Saya rasa itu tidak menjadi masalah. Ya, bukan satu perkara kesalahan kalau kita hendak tanya sesiapa pun. Saya beri Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Menteri for giving me... kerana memberikan saya ruang untuk... Dua minit saya minta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Eh, tadi kata satu minit... [Ketawa]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Atas dasar law of equity Menteri, Tuan Pengerusi. Kalaulah Sabah dan Sarawak tatkala berlaku penggabungan, bercantum menjadi Persekutuan Malaysia, apa pun hak mereka diberikan kepada mereka, apakah menggunakan logika pemikiran dan juga law of equity, sewajarnya dan sepatutnya, all the more reason, sebahagian ataupun anggota kita yang dahulunya adalah sebahagian daripada kita, perlu diberi keadilan dan treatment yang sama kalau tidak lebih. Mereka ini bersama dengan kita, maka paling tidaknya mesti sama kalau tidak lebih kerana mereka pada awal lagi adalah anggota kepada apa yang dikatakan Persekutuan Tanah Melayu. All the more Menteri, bukan sebaliknya. That will be law of equity. Itu maksud keadilan undang- undang.

Tuan Pengerusi, ia adalah apa yang telah kita persetujui sebelum ini. Kita perlu laksanakan seperti mana yang telah kita janjikan. Namun begitu, saya hendak beritahu... tadi saya hendak sebut, kata ini maknanya... Yang Berhormat Machang kata tidak amanah. Jadi, maknanya macam saya sebagai Menteri sekarang ini membelakangkan apa yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri kedua pada tahun 1975. Tidak mengapa Yang Berhormat. Itu biarlah Allah SWT yang menentukan. Bukan hak kita hendak hukum orang amanah atau tidak. Cuma saya hendak kata, kalau dijanjikan 5 peratus, 5 peratus juga yang kita beri. Apa pertikaian kita pada hari ini? Yang Berhormat kata negeri Kelantan hendak supaya cash diberi. Cash itu diberi mengikut PDA kalau sekiranya minyak didapati di atas bumi dan offshorenya 3 nautical miles. Itu kita beri cash. Akan tetapi kalau ia diperoleh di luar daripada kawasan negeri, 3 nautical miles ..., itu hak Malaysia. Itu hak kitalah untuk hendak beri ataupun tidak, tetapi kita pegang kepada apa yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri kedua dahulu untuk diberi. Maka, kita berilah di sini. Jadi, di mana yang tidak pegang amanah? 5 peratus yang dijanji diberi, kita berikan juga. Yang Berhormat saya hendak beritahu, 2008 mengenai south apa itu tadi, bukan sebelum itu ya. Bukan sebelum itu kerana satu lagi perkara mengenai PDA ini ialah Petronas.

[Bangun]

Nantilah. Duduk dulu. Duduk dulu. Duduk dulu. Bukan tidak beri, biarlah saya jawab dahulu. Yang Berhormat tidak sabar. Kawasan pertindihan, Petronas hanya sebagai kontraktor. Petronas bukan sebagai orang yang mempunyai rights. Yang rights ada dalam kawasan pertindihan itu ialah Malaysia- Thailand Joint Authority.

[Bangun]

Itu hak mereka, bukan Petronas. Itu sebab tidak berbangkit soal Petronas beri duit kepada negeri kerana yang ownership itu ialah MTJA tadi. Itu sebab Petronas tidak beri duit.

Cuma sekarang 2008, kita dapat satu kawasan yang betul-betul dalam kawasan perairan Malaysia dan bertentangan dengan negeri Kelantan. Akan tetapi, beyond 3 nautical miles. Itu yang keluar hasil dan kita beri. Tidak ada masalah. Jadi, yang penting Yang Berhormat...

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

...Yang Berhormat tengok dalam statistik DOS, itu statistik. Ia tidak merupakan satu pengakuan daripada Petronas

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Pusing sahaja.

Kita sebenarnya, mereka bertanya kepada kontraktor-kontraktor sahaja. Oleh sebab, mereka akan bertanya kepada MTJA.

Minta mencelah.

Berapa pengeluaran di sana? Itu kawasan pertindihan tetapi kerana ia bertentangan dengan negeri Kelantan, maka mereka bertanya berapa pengeluaran? Berdasarkan pertanyaan kepada kontraktor, itu yang masuk dalam statistik mereka. Akan tetapi, yang penting ialah kalau Yang Berhormat sebut tentang apa yang patut Petronas bayar, biarlah yang pengeluarnya itu ialah Petronas. Saya, yakin dan percaya iaitu bahawa daripada segi statement yang dibuat oleh Petronas, saya percayalah. Mungkin saya silap, Yang Berhormat boleh betulkan. Mereka tidak membuat pengakuan bahawa mereka ada mengeluarkan statement bahawa minyak sudah pun digali di kawasan MTJA itu daripada pihak Petronas. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Yang Berhormat Menteri, beri saya ulas sedikit sahaja.

Saya beri kepada Yang Berhormat Shah Alam. Dia selective disagreement.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Tuan Pengerusi, dia memang selective disagreement kerana kita disagree dengan perkara yang kita rasa tidak betul. Dalam PAS dan Pakatan Rakyat tidak ada masalah, kita tidak layan ahli kita seperti Yang Berhormat Menteri buat kepada Yang Berhormat Tuaran tadi. Kesian dia, hendak cakap pun disuruh duduk.

[Ketawa]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu satu sikap yang memang tidak wujud dalam Pakatan Rakyat... [Tepuk] Kita mendengar semua hujah, menilai dan tidak membuli ahli-ahli kita walaupun kita ini presiden. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang pada hari ini saya perlu ucapkan tahniah fasal kelentongnya hebat... [Ketawa] Saya ambil satu hujah, Yang Berhormat Menteri kata Malaysia dengan Thailand apabila berunding, Malaysia dengan Thailand. Ia tidak boleh Kelantan dengan Thailand. Itu merupakan bukti bahawa ia perairan Malaysia. Akan tetapi, dalam jarak 3.3 batu nautika ini Yang Berhormat Menteri, saya tidak dengar Kelantan berunding dengan Narathiwat. Jikalau mengikut hujah Yang Berhormat Menteri, 3.3 batu nautika milik Kelantan. Lalu, patutnya yang 3.3 batu nautika Kelantan berunding dengan Narathiwat. Tidak juga? Kerana sempadan negara diiktiraf.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan merupakan hujah walaupun dalam perairan 3.3 batu nautika Malaysia berunding dengan Thailand. Ordinan Darurat yang disebutkan tadi berhubung dengan soal 3.3 batu nautika, ia seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Machang. Ia persoalan pentadbiran, management. Di mana tidak ada kena-mengena dengan soal hak. Begitu juga dengan soal Cobbold Commission yang menyebabkan masuknya ataupun bersertanya Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, ia bukan soal penyerahan, soal hak milik ataupun kuasa dan hak negeri. Hak negeri tetap diiktiraf dan oleh sebab negeri mempunyai hak, maka itulah sebabnya mengapa PDA - Petroleum Development Act itu diluluskan dan ditandatangani pada 1974. Apabila kita hendak bincang soal hak royalti ataupun hak negeri, kita tidak kembali kepada soal Cobbold Commission. Kita rujuk kepada PDA. PDA ini yang sama yang digunakan untuk Sabah dan Sarawak, PDA yang sama yang digunakan untuk Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan suatu akta yang menyatakan apa sahaja minyak yang didapati dalam Malaysia adalah milik Petronas. Akan tetapi, hak negeri tetap perlu dibayar mengikut royalti yang telah ditetapkan walaupun istilah royalti itu mungkin tidak digunakan disebut perlu dibayar, itu merupakan satu barter ataupun pertukaran atas pengiktirafan bahawa ia adalah milik negeri. Milik negeri tidak bertukar sama ada bagi Sabah ataupun Sarawak, Kelantan ataupun Terengganu kerana ia kembali kepada dasar federalism yang merupakan dasar yang sama yang menyatupadukan semua negeri di dalam negara Malaysia. Apabila dikatakan hak milik Malaysia, apa itu Malaysia? Tidak ada Malaysia kalau tidak ada negeri. Apabila dibentuk negara Malaysia ini, maka tanah yang merupakan milik negeri. Perairan yang merupakan milik negeri Ini semua dimasukkan dan dilonggokkan di bawah apa yang dikatakan negara Malaysia. Kalau ia bukan milik negeri itu, ia tidak akan masuk di dalam apa yang dikatakan Malaysia. Malaysia ini adalah perkumpulan tanah dan perairan yang merupakan milik negeri-negeri setiap sebuah negeri yang disatukan dalam semua perjanjian. Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Seperti mana yang ditanyakan tadi oleh Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Menteri pun tidak sebut. Apakah yang akan berlaku sekiranya katakanlah Kelantan itu keluar daripada Malaysia? Sudah pasti Malaysia itu tidak akan ada hak untuk bercakap tentang JDA di antara Malaysia dengan Siam ataupun di antara Malaysia dengan Vietnam. Oleh sebab itu merupakan perairan yang telah menjadi milik satu negara yang telah sovereign tersendirinya, kerana ia memang miliknya daripada asal. Perjanjian dan konsep federalism ini mesti dipertahankan. Saya cukup kecewa dengan sikap Ahli-ahli Wakil Rakyat Barisan Nasional.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Khususnya Yang Berhormat Arau yang dari Perlis ini kerana dia tidak mempertahankan hak negeri yang mana mereka datang ke Dewan ini, mereka sepatutnya membela dan mempertahankan hak negeri yang mana rakyat negeri itulah yang menghantar mereka ke Dewan ini. Apabila kita menerima pentakrifan yang baru ini yang boleh dikemukakan dengan sewenang-wenangnya. Maka, kita akan mengkhianati kepentingan dan hak negeri itu sendiri. Saya rasa ini merupakan satu persoalan yang tidak boleh dilepaskan begitu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

Yang Berhormat Menteri boleh mencelah sedikit?

...Dia berhujah. Akan tetapi, saya pun betullah, dia kata dalam parti dia pun tidak ada yang mati tetapi yang saya tahu Ketua Majlis Ulama suruh Timbalan Presiden berhenti atau apa. Sama-sama dalam partilah bukan? Tidak ada. Saya ingat begini, Yang Berhormat bangkitkan...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu surat khabar Barisan Nasional.

Tidak mengapa, no problem. Buat jugalah bukan?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Bermakna tidak terlepas jugak. Yang Berhormat sendiri sebut tadi membangkit isu dan jawab sendiri. Yang Berhormat kata kalau Kelantan keluar daripada Malaysia, maka Kelantan menjadi sebuah negara bebas, Kelantan lah sovereign. Akan tetapi kalau Kelantan dalam Malaysia, Malaysia is sovereign. Oleh sebab itu, di dalam undang-undang antarabangsa, Yang Berhormat sendiri sebut, walaupun ada border di antara Kelantan dengan Narathiwat dalam 3 nautica miles tetapi tidak dibincangkan kedua-duanya, kerana apa? Oleh sebab walaupun dalam 3 nautika bersempadan dengan Narathiwat, mereka tidak boleh bincang kerana itu adalah sempadan antarabangsa. Jadi, entiti antarabangsa tidak ada Narathiwat dan entiti antarabangsa tidak ada Kelantan, yang ada Malaysia- Thailand. Itulah jawapannya Yang Berhormat. Jadi, tidak usah emosi Yang Berhormat. Saya hendak cerita...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak emosi, saya cool. Yang Berhormat Menteri yang emosi tadi.

Tidak saya tidak emosi.

[Ketawa]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerana hujah bertukar-tukar.

Tidak betul.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau pun Kelantan keluar dan menjadi sovereign, ia tidak boleh bawa keluar benda yang hak milik Malaysia.

Ya, Kelantan punyalah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dari segi ucapan Yang Berhormat Menteri...

Jadi, maknanya maksud saya...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Mengakui bahawa sekiranya Kelantan keluar...

Tuan Pengerusi

Saya yang tidak cool nanti.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ikutlah peraturan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Ia tidak bawa hak miliknya.

Yalah. Betullah itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yalah. Terima kasih. Maknanya, ia pengakuan bahawa ia adalah hak milik Kelantan.

Kalau dia sovereign.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak!

Kalau dia keluar.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia kata... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat ini sudah berdialog Ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan cakap lebih-lebih...

Sebuah negara yang hebat...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Karang tergeliat... [Ketawa]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

Dia sovereign…

Dia tidak mahu beri...

... Maka dialah punya...

Dia sengaja tidak mahu beri...

Akan tetapi, oleh sebab Kelantan itu sebahagian daripada Malaysia...

Cakap sahaja. Jangan tunggu...

Saya sudah sebut banyak kali...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau dia sovereign...

Entiti antarabangsa tidak mengiktiraf negeri-negeri. Oleh sebab itulah termasuk sempadan Narathiwat dengan Kelantan..

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Bolehkah saya punya judgment nanti I give in writing?... [Disampuk] Hakim pun dia boleh berhak buat begitu. Menteri menjawab, jadi janganlah berdialog, berdiri sebegitu across the thing.

Tuan Pengerusi. Saya ingat tidak mengapalah...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kelantan belum niat nak merdeka...

Walaupun saya seorang, di sana 20 orang cakap, saya tetap dengan pendirian Kerajaan Barisan Nasional iaitu negeri-negeri tidak punyai hak. Kalau tidak puas hati, bawa perkara ini ke mahkamah. Kita tidak ada masalah.

Yang Berhormat Menteri.

Sebab kalau kita bahas di sini...

Mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam..

Sampai bila-bila pun hingga esok pun tidak akan selesai.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Shah Alam beri laluan kepada orang yang lain Yang Berhormat Shah Alam.

Tidak akan selesai.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh repeat…

Negeri-negeri tidak ada hak, ya. Jadi Tuan Pengerusi...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh kita repeat...

Negeri-negeri tidak ada hak termasuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri kita hendak dengar itu betul-betul.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, kita hendak dengar sekali lagi. Kita hendak dengar sekali lagi.

Tidak ada hak ke atas medan gas dan minyak di luar 3 nautical miles, tidak ada hak...

[Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Menteri sedikit boleh?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

Okey. Baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan, penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apabila saya bangkitkan semalam, jawapan dan pendirian Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri yang kedua, mengenai hak negeri Kelantan kepada 5 peratus on royalti. Saya berharap sekurang-kurangnya perkara ini boleh dibetulkan dalam penggulungan hari ini, tetapi apa yang kita lihat dengan izin, ialah the most gross constitutional perversion… [Disorak] And the constitutional in justice and betrayal of the first order oleh kerajaan Barisan Nasional... [Disorak] Merampas kuasa dan hak rakyat negeri Kelantan. Yang Berhormat ada menggunakan hujah-hujah bahawa 200 nautical miles, EEZ. Akan tetapi, itu Law of the Sea. Tahun apakah itu? Tahun 1982, selepas PDA ditandatangani dan tentu tidak boleh digunakan untuk retrospective justification mengenai perversion interpretation hari ini. Oleh kerana sangat jelas dalam Petroleum Development Act 1974 disebut mengenai, dengan izin, section 2 of the Petroleum Development Act vested the entire ownership and the exclusive rights, powers, liberties and privileges of exploring, exploiting, winning, and obtaining petroleum, whether onshore or offshore a Petronas dan sebab itu perlulah ada perjanjian antara Petronas dengan semua kerajaan negeri. Pada masa itu mereka ada mengakui, mengiktiraf ada hak onshore dan offshore. Kalau kita mengikut hujah-hujah Yang Berhormat Menteri sebentar tadi bahawa dalam international law tidak ada stick entity mode, satu hari Yang Berhormat akan berdiri dan kata bahawa onshore pun tidak ada hak, onshore pun tidak ada! [Ketawa] Jangan kata hak offshore tidak ada, hak onshore pun tidak ada...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu hari nanti Menteri akan cakap macam itu juga.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Akan dihapuskan. Apa yang mustahak ialah kedudukan pada tahun 1974 apabila perjanjian dimeterai antara Petronas bagi pihak kerajaan Malaysia dengan kerajaan negeri bahawa Petronas dan Kerajaan Malaysia mengakui bahawa kerajaan-kerajaan negeri adalah hak onshore dan offshore, bukan sekarang. Selepas Law of the Sea 1982 mengenai EEZ, Exclusive Economic Zone 200 batu. Pada masa itu, konsep itu tidak ada dan sebab itu konsep EEZ tidak boleh digunakan dan dipakai langsung dalam perkara ini. Bukankah Yang Berhormat mengakui bahawa apabila Petroleum Development Act ditandatangani, Kerajaan Persekutuan mengakui bahawa Kerajaan Terengganu, Kerajaan Kelantan dan lain-lain negeri adalah hak onshore dan offshore dan tidak boleh disamakan dengan tiga batu nautika. Oleh sebab itu, sekarang untuk kerajaan Barisan Nasional ambil satu pendirian yang tidak mengakui hak offshore ini. Offshore ini mungkin lebih tiga batu nautika, 12 nautika, tetapi pada masa itu tidak ada konsep digunakan. Akan tetapi, kerajaan sekarang untuk tidak mengakui ini bukan sahaja ini satu betrayal pendirian Tun Razak pada masa itu oleh anak beliau sebagai Perdana Menteri sekarang, tetapi juga satu constitutional betrayal hak-hak negeri Kelantan dan Terengganu. Bukankah ini perlu dibetulkan?

Betrayal oleh Perdana Menteri sekarang di atas apa yang telah dijanjikan oleh bapa beliau 35 tahun dahulu kerana saya juga ada ucapan beliau yang mengatakan langsung tidak menyebut tentang royalti. Cuma mengatakan iaitu bahawa tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh di negeri masing-masing.

Ini sama ada yang diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut. Itu yang kita beri pun, 5 peratus. Siapa kata tidak beri? Terengganu kita beri. Kelantan kita beri. Dia bukan... [Disampuk] Tidak, dia sebut di sini 5 peratus daripada nilai petroleum, dia tidak sebut royalti...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey, wang ihsan atau royalti?

Yang Berhormat, dia tidak sebut royalti.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Beri kepada JPPkah atau beri kepada kerajaan negeri?

Itu tidak mengapalah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ialah royalti!

Bermula pada hari ini kita bersetuju mesti disebut iaitu bahawa bukan royalti, bukan wang ihsan tetapi 5 peratus daripada nilai petroleum.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Betul, Tengku Razaleigh menyebutkannya royalti.

Setuju?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tengku Razaleigh kata cash payment.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pada kerajaan negerilah... [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Constitutional perversion. Ini betrayal.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, berganti-ganti Ahli-ahli Yang Berhormat. Ambil giliran... [Dewan riuh]

Cuba baca ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya. Betul.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, royalti atau wang ihsan?

Sebanyak peratus nilai Petroleum, bukan?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak. Tidak. Saya bersedia...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kepada kerajaan negeri.

Memang tidak ada perkataan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak ada perkataan. You are right.

Dia tidak ada sebut royalti.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kalau Kerajaan Terengganu tidak tukar. Kalau Kerajaan Kelantan Barisan Nasional. Adakah perubahan pendirian? Inilah constitutional betrayal.

Bukan. Dia pun tidak pertikai. Oleh sebab perbezaan parti, sebab itu dia pertikai. Sebenarnya yang penting soal dia yang pokok 5 peratus dibayar atau pun tidak.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang merupakan hak!

Jawapannya dibayar!... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebanyak 5 peratus itu merupakan hak.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kepada siapa?

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan merupakan wang ihsan!... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Allah...

Sebanyak 5 peratus daripada nilai petroleum.

Bukan kepada JPP!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Wang ihsan itu ikut suka hendak beri kepada siapa?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bayar kepada siapa, kerajaan negeri?

Dibayar 5 peratus....

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dibayar kepada?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mestilah dibayar kepada kerajaan negeri!

...Apa yang diperoleh, dibayar akan menerima 5 peratus saya kata. Bukan dibayar.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kepada siapa?

Akan menerima.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Siapa terima? Negerilah! Negeri!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kepada siapa? Kepada siapa?

Setiap negeri. Ya, negeri tidak bermaksud kerajaan. Kalau projek negeri, rakyat Kelantan dapat... [Dewan riuh]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kerajaan negeri! Bukan kepada JPP!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Siapa wakil?... [Dewan riuh]

Apakah Yang Berhormat kata rakyat bukan orang Kelantan?... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Wakil, siapa wakil rakyat?

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, bagaimanakah pencatat Hansard itu nanti tulis semua?... [Dewan riuh] Cuma dia tulis di situ ialah ‘kecoh’, ‘kecoh’. Macam mana kita mahu dengar siapa yang berhujah? Menteri masih berdiri lagi Yang Berhormat. Biar dia berucap dahulu.

Tiap-tiap negeri akan menerima.

Beri rehat dahulu Menteri...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Penjelasan Menteri, dari Terengganu ini.

Negeri bermaksud tanah. Negeri bermaksud rakyat... [Dewan riuh]

Hei, negeri, negerilah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang mewakili rakyat siapa?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Asalkan negeri itu dapat ...

Kelentong lagilah Menteri.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Asalkan negeri itu dapat ...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kenapa teruk sangat Menteri... [Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat kena baca dari awal. Dari awal ayat itu menyebut kerajaan. Mestilah diberi kepada kerajaan... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Petronas boleh beri kepada rakyat sahaja.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Bukan bayar kepada kerajaan, kepada rakyat itu!

Adakah kerajaan boleh beri Kerajaan Kelantan dapat, tak dapat.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

[Menyampuk]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

No, no, no. Negeri itu kerajaan, kerajaan itu negeri.

Tidak semestinya...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Negeri Kelantan dapatkah tidak dapat?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana Boleh, tidak ada kerajaan kalau tidak ada rakyat... [Dewan riuh]

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

[Bangun]

…Petroleum itu diserahkan kepada negeri ataupun tidak? Kalau dibelanjakan di negeri berkenaan, apa yang kita hendak bisingkan?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, Yang Berhormat...

Saya hendak tanya ini...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

...Kerajaan Negeri Kelantan hendak guna untuk apa 5 peratus duit ini, saya hendak tanya?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini hak... [Dewan riuh]

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hak!

Hendak pakai untuk apa, politikkah?

Ini hak.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terengganu Tuan Pengerusi, Terengganu.

Apa yang penting, biarlah kita memberi wang itu, 5 peratus kepada kerajaan negeri dan ianya dalam bentuk projek.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang kamu hendak putuskan buat apa.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ditolak projek...

Terimalah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Boleh?

Kepada diri Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bolehkah? Tentu tidak boleh.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh duduk dahulu Yang Berhormat, duduk dahulu Menteri.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya faham pendirian masing-masing dalam soal ini. Bagi saya yang dibahaskan isu royalti, wang ihsan atau wang pendapat daripada Petronas, itu semua Malaysia sudah tahu. Jadi saya tidak boleh menentukan siapa yang betul dan siapa yang tidak. Sama ada hujah Menteri betul atau yang sebelah sini betul. Memandangkan perkara ini semua rakyat Malaysia tahu dan rakyat Kelantan tahu maka biarlah rakyat yang menentukan nanti bila masanya tiba... [Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tuan Pengerusi, tidak adil Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sama ada...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tidak adil Tuan Pengerusi... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tidak adil Tuan Pengerusi, ini bukan soal tahu, Terengganu...

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau saya juga tidak berkeras mendengar hujah masing-masing kita tidak akan selesai. Di sini pun ada peraturan mesyuarat seperti Perlembagaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Semua kita ini bergantung kepada Perlembagaan seperti juga definisi akta-akta Petronas tadi yang disebut. Jadi saya tidak kisah perkara itu, yang saya kisah ialah peraturan mesyuarat saya... [Ketawa] Jadi saya sudah janji bahawa saya bagi kelonggaran sewaktu peringkat jawatankuasa nanti berkenaan soal ini. Jadi janganlah pula kelonggaran itu dibesarkan seperti Grand Canyon, kita berbahas semula. Tolonglah memberi kerjasama.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan yang terakhir...

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Yang Berhormat, di atas ini.

Kita telah banyak berbahas tentang perkara ini dan saya percaya bahawa apa-apa sekali pun kita serahkan kepada...

Minta laluan!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terakhir mengenai royalti.

Mahkamah untuk menentukan kalau sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan membawa perkara ini ke mahkamah kerana tidak kehabisan... [Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Kes mahkamah.

Walau apa sekalipun yang dikatakan oleh mereka saya tidak akan berganjak. Saya tetap mengatakan bahawa keluar daripada tiga nautical mile mereka tidak mempunyai hak ke atas medan gas dan petroleum, terima kasih. Saya ingin menjawab kepada Yang Berhormat Permatang Pauh...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

VK. Lingam Tuan Pengerusi.

VK. Lingam, kalau Yang Berhormat hendak tahu mengapa Peguam Negara belum menjawab permohonan Panel Penilaian Operasi untuk menyemak semula kes VK. Lingam. Sebagaimana yang Permatang Pauh sedia maklum Peguam Negara bersedia untuk membenarkan kes VK. Lingam tersebut dibentangkan di Panel Penilaian Operasi selepas menerima permohonan bertulis daripada panel tersebut. Ini ada keluar dalam kenyataan akhbar juga, untuk makluman Yang Berhormat siasatan ke atas V K Lingam dijalankan pada tahun lepas dan tidak tertakluk di bawah terma rujukan Panel Penilaian Operasi yang bidang kuasanya terhad ke atas kes- kes di bawah Akta SPRM 2009 sahaja. Sekiranya Panel Penilaian Operasi (PPO) dibenarkan untuk mendapatkan penjelasan kes-kes sebelum Akta SPRM 2009 berkuat kuasa, langkah ini akan turut membolehkan kes-kes yang terdahulu dan yang telah ditutup dibentangkan di Panel Penilaian Operasi. Permohonan panel ini dilihat untuk membuktikan ketelusan SPRM dalam menjalankan siasatannya dalam kes ini. Sebarang keputusan dibuat berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh semasa penyiasatan. Jadi sebenarnya boleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, kegagalan Peguam Negara meneliti kes ini, ini yang kita pertikai. Yang pertamanya kita tubuhkan suruhanjaya, belanja jutaan ringgit dan diangkat bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Kanan. Diteliti semua dokumen dan bukti, sebab apa diserahkan kepada suruhanjaya, sebab Peguam Negara tidak mempunyai kewibawaan dan tidak dipercayai. Mungkin mampu bertindak dengan bebas, kalau Peguam Negara itu berwibawa Yang Berhormat Menteri tidak perlu ada suruhanjaya. Akan tetapi bawa ke suruhanjaya dan meneliti semua fakta dan mengusulkan dengan fakta yang jelas harus ada tindakan terhadap orang-orang berkenaan termasuk VK. Lingam. Apa yang Peguam Negara kata? No case! Kemudian panel bantah dan hendak kaji semula, mengambil waktu dan Peguam Negara tidak menjawab. Hanya setelah diangkat, dihebahkan termasuk di Parlimen baru Peguam Negara mengatakan “Ya, saya akan sedia membenarkan” Yang Berhormat Menteri tidak semestinya wajib mempertahankan tindakan Peguam Negara yang tercemar ini. Saya faham tugas Menteri tetapi dengan tindakan Menteri pertahankan, bukan satu kes ini. Kes VK. Lingam ini sebenarnya mencemarkan Institusi Kehakiman Negara kita, tidak boleh kita pertikai. Boleh telefon dan kaitkan Tun Eusoff Chin, apa tidak ada bukti lagi? Wang diberikan, tiket diberikan dan percutian, katanya tidak ada kes. Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut kes ini bukan baru. Saya pun di sebelah sana dahulu dan sejak masa itu lagi pun perkara ini telah diangkat pada pertimbangan Perdana Menteri bahawa ada kes Tuan Pengerusi. Keputusannya tutup kes kerana terlalu banyak bahan yang mungkin menjejaskan kedudukan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Kita ingat sudah sekali, ulang lagi daripada Tun Eusoff Chin pergi ke Tun Haji Ahmad Fairus dan hakim-hakim yang lain.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, yang kita tegaskan di sini kewibawaan Peguam Negara ini ialah kerana tanggungjawab Peguam Negara ini adalah mempertahankan tanggungjawab dia dengan kuasa yang besar menjaga institusi, kuasa diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya tahu jawapan Menteri, saya sudah teliti. Dahulunya pun kuasa mutlak itu bukan untuk merampas, merompak, sombong dan angkuh. Kuasa mutlak itu untuk mempertahankan Perlembagaan dan ini setelah gagal berulang kali. Bukti apa lagi yang dikehendaki? Siasat sampaikan wang disebut, ada orang kata saya cash kan dan saya bawa, siasatlah. Kemudian ditulis judgment itu dalam case VK. Lingam, mempertahankan Tan Sri Vincent Tan, tauke-tauke besar. Apa kesnya? Ditulis judgment Tuan Pengerusi, ditulis oleh peguam dalam Pejabat Peguam, ditaip oleh setiausaha. Dibawa dan diberikan buktinya kemudian tidak ada kes... [Dewan riuh] Kerana apa? Ya, correct, correct, correct. Apa faedahnya jika kita tanya di Parlimen and the standard answer nya ialah semua yang dibuat betul. Saya faham kalau dikatakan beberapa soalan yang kita bangkitkan diketepikan, dan royalti pun ketepikan. Tidak mungkin semuanya. Dalam kes ini saya berkeras kerana saya teliti dari awal, ingat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri bila perkara video, bukan video lucah tetapi video VK. Lingam ini didedahkan kepada umum. Apa reaksi Menteri ketika itu? Ini memang penipuan Anwar sekali lagi. Maka...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, bukan Menteri yang berkenaan ini, saya berterima kasih kerana Menteri ini. Oleh sebab itu saya akui bukan Menteri yang ini. Akan tetapi kenyataannya ialah ini hanya kenyataan tidak bertanggungjawab sehingga suruhanjaya ditubuhkan. Mesti ada kes, kerajaan tidak mudah untuk tubuhkan suruhanjaya. Ia ditubuhkan dan dibentuk bila ada kes yang kuat, compelling reason to setup the Royal Commission Inquiry. Terutamanya kerana public interest dan yang keduanya kerana setelah melihat kegagalan badan penyiasat mengambil tindakan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, saya ingin menegaskan di sini dan di depan Yang Berhormat Menteri supaya kes ini jangan diremehkan dan diketepikan begitu sahaja. Orang yang terbukti melakukan jenayah sehingga merosakkan kewibawaan badan kehakiman. Itu kalau hendak dibiarkan kerana takut menyinggung kedudukan bekas Perdana Menteri dan beberapa Menteri atau Setiausaha Agung UMNO. Itu soal lain. Hendak terang di sini...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, ya. Saya hendak sebut di sini bahawa Setiausaha Agung UMNO terlibat secara langsung dengan kes VK. Lingam... [Tepuk] Ini Tuan Pengerusi, saya hendak ulang dengan kenyataan yang tegas. Ini jenayah khianat kepada Perlembagaan Negara kita... [Tepuk] Oleh kerana itu, saya tidak hairan kalau tokoh-tokoh seperti Setiausaha Agung mengadakan ini sebagai agenda serang peribadi saya secara keras kerana mereka tidak boleh jawab isu ini, mereka akan gunakan fitnah yang lain. Akan tetapi Tuan Pengerusi, ia tidak boleh menutup keaiban pekung, busuk yang mereka lakukan yang merosakkan imej. Sehingga sekarang orang masih pertikai. Hakim yang baik juga belum tentu orang percaya kerana terjerumus dalam web of deceit di antara lain dimainkan oleh yang bernama VK. Lingam. Akan tetapi saya akhiri dengan bertanya mengapa dengan seluruh kekuatan satu Malaysia ini, dengan kekuatan raksasa yang dipamerkan, dengan wang yang begitu banyak masih kerdil dan takut kepada seorang yang bernama VK. Lingam.

Pertama, saya hendak menafikan apa Yang Berhormat daripada Permatang Pauh sebut iaitu apabila kita membentuk Panel Penilaian Operasi ini kerana kita tidak percaya kepada Peguam Negara. Apakah hendak kita kata oleh kerana kita ada Dewan Negara, ia dibentuk oleh kerana kita tidak percaya kepada Dewan Rakyat. Ia bukan begitu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ia check and balance. It is good, ada check and balance. Contohnya kita lihat pada hari ini iaitu walaupun Peguam Negara kata tiada kes, maka Panel Penilaian Operasi minta supaya dibuka. Itu adalah check and balance. Ini semua adalah kerana check and balance. Bukan kerana...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Minta penjelasan.

...Disabitkan oleh Peguam Negara, itu tidak mempunyai kewibawaan. Tidak adil kerana saya menjawab Yang Berhormat Ketua Pembangkang... Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga mempertikaikan kewibawaan saya sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang. Saya tidak boleh mempengaruhi Peguam Negara kerana betul standard reply Yang Berhormat sebut tadi kerana ia bebas. Akan tetapi saya boleh bercakap kepada beliau supaya pastikan jangan ada perkara-perkara yang sepatutnya kita dakwa tetapi kita membuat suatu keputusan berbeza sama ada arahan daripada atas atau mana-mana sekalipun. Sepanjang saya menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak pernah sama ada arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Menteri atau saya sebagai Menteri untuk mengarahkan kepada beliau jangan ambil tindakan. Saya tidak berani hendak bercakap kerana takut nanti akan dikatakan oleh pihak pembangkang bahawa saya mempengaruhi Peguam Negara. Akan tetapi saya pesan kepada beliau iaitu bahawa kalau kesnya clear, tolong ambil tindakan. Jadi kalau di Dewan ini, saya bertegas mempertahankan Peguam Negara, itu atas sense of equity yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor yang sedang tidur... Boleh seloroh, boleh seloroh? Tidak boleh seloroh, cakap ya! Nanti saya tarik balik... [Ketawa] Saya tarik balik. Nanti beliau marah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya minta laluan untuk points ini.

Saya berdasarkan... Saya pertahankan beliau kerana beliau tidak mampu untuk datang ke Dewan untuk menjawab segala tuduhan yang dibuat terhadap diri beliau. Kalau perkara ini dibangkitkan dalam Dewan, saya yang akan menjawab. Oleh kerana itu, jangan Yang Berhormat menuduh pula saya, kata saya ini gila-gila mempertahankan tetapi saya hendak memberitahu itu bahawa ini kerana apa yang dituduh itu ada alasan yang diberikan oleh beliau dan saya selaku Menteri membaca alasan itu dan percaya bahawa beliau tiada niat melakukan sesuatu itu kerana tidak suka kepada seseorang atau apa sahaja.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya tidak pertikai atau mahu berhujah dengan jaminan Menteri atas kapasiti sebagai Menteri tidak pernah arah. Saya tiada bukti di sebaliknya. Akan tetapi saya ada bukti bahawa Perdana Menteri dahulu pernah mengarahkan Peguam Negara untuk bertindak bertentangan dengan nasihat Peguam Negara yang asal atau tidak bertindak kepada seseorang. Jadi berdasarkan kepada pengalaman begitu untuk Menteri menyebut bekas Perdana Menteri yang saya ada pengalaman dengan... [Ketawa] Sahabat lama saya. Jadi yang saya hendak sebut di sini, precedentnya ada. Menteri mungkin kata beliau tidak memberi arahan tetapi kerana rekod yang sebegitu rupa dengan kes-kes jenayah besar yang melibatkan pembesar-pembesar pada ketika itu termasuk rasuah yang menutup fail. Saya tidak mahu mengetengahkan sekarang melainkan kalau ditanya penjelasan saya akan buat, kerana pada ketika itu diminta saya kemukakan semula rayuan kepada Perdana Menteri supaya tindakan diambil mengikut proses undang-undang. Jadi berdasarkan kenyataan itu, saya kira kurang tepat untuk Menteri bercakap bagi pihak dan menjamin dengan keras bagi pihak Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam laman dan ruang yang tidak rasmi di antara Perdana Menteri dan Peguam Negara terutama dengan rekod dan kewibawaan Peguam Negara yang ada. Negara ini pernah melahirkan Peguam Negara yang lebih wibawa, seperti mana juga Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim dahulu dan sekarang.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak mempertikaikan tetapi negara ini juga memperlihatkan beberapa Ketua Hakim Negara, Peguam Negara yang cukup rosak dan merosakkan kredibiliti dan kewibawaan institusi sehingga kita terpaksa mengungkit dan meminta pihak kerajaan melalui Menteri menyelamatkan dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Kalau Yang Berhormat Menteri ingatkan ini pendapat saya sebagai Ketua Pembangkang, itu kurang tepat kerana saya telah dalam perbahasan sebut pendapat Ketua Hakim Negara yang lalu dan juga Tuanku Sultan Azlan Shah yang mengupas panjang soal kewibawaan hakim-hakim dan institusi kehakiman yang terhakis teruk sekarang ini.

Tuan Pengerusi, itu biasa. Jikalau tanya kepada orang, dahulu beliau menjadi ketua sekarang beliau sudah tidak menjadi ketua maka judiciary memang tidak bagus jika dibandingkan dengan waktu beliau menjadi ketua. Itu biasa... [Tepuk] Saya tidak mahu cakap banyak.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bangun]

Nanti, nanti. Tidak mengapa.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Menteri mempertikaikan kenyataan Tuanku Sultan Azlan Shah.

Tidak mengapa kerana betul. I mean maknanya itu lumrah biasa termasuk Peguam Negara dahulu waktu beliau dahulu bagus, sekarang tidak bagus. IGP dahulu juga begitu juga. Waktu beliau bagus, sekarang tidak bagus. Saya rasa ini lumrah Yang Berhormat ya. Ini lumrah. Kemudian Yang Berhormat, saya mengakui memang saya tidak boleh memperbetulkan keadaan sebelum saya. Yang Berhormat sahaja yang mempunyai kisah cinta antara Yang Berhormat dengan bekas Perdana Menteri... [Ketawa] Jadi, tidak usah bercakap tentang beliau Yang Berhormat. Beliau pun sudah keluar dalam History Channel sekarang ini... [Ketawa] Maknanya history ya. Let’s not talk with... Lets talk about now! Yang history, itu history, betul atau tidak Yang Berhormat? Beliau keluar dalam History Channel, part two hendak keluar esok atau malam... Malam esok atau malam ini. Jadi pada saya sekali pun...

History of...

...Yang Berhormat kata tentang Peguam Negara ini tetapi Yang Berhormat juga bahawa Peguam Negara terpaksa membuat sesuatu atas arahan Perdana Menteri walaupun bertentangan dengan apa yang Peguam Negara kata sepatutnya dilakukan.

Bermakna dia ada wibawa. Yang masalah ini Perdana Menteri tidak ada wibawa kerana memaksa orang yang bawah daripada dia untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Di dalam hal ini saya hendak pertahankan Perdana Menteri sekarang, saya setakat inilah, saya tahu tidak akan mengarahkan Peguam Negara untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dilakukan kerana dia bebas. Kita benar-benar bagi dia bebas dan saya pun sentiasa juga dengan Perdana Menteri bercakap tentang betapa pentingnya kita kena pastikan supaya SPRM itu bebas, judiciary mesti bebas, Peguam Negara bebas kerana ini rakyat mahu dan rakyat akan hukum kita, kalau sekiranya kita tidak akur kehendak rakyat ini..

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Yang Berhormat, jangan bimbang. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Panjang lagi Yang Berhormat?

Sedikit sahaja.

Memang panjang Yang Berhormat. Saya hendak habiskan VK. Lingam sahaja.

VK. Lingam sedikit sahaja.

Selebihnya saya akan jawab bertulis.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri...

Saya menghormati Ketua Pembangkang, saya ucap terima kasihlah sebab dia hadir untuk saya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, penjelasan Menteri.

Menteri, penjelasan Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu soalan, Yang Berhormat Menteri sayu soalan. Satu soalan Menteri.

Satu sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, boleh saya kacau.

Saya takut Yang Berhormat Kuala Selangor..., masa tidak cukup… [Ketawa]

Balik Pulau, Balik Pulau. Bagi Balik Pulau.

Saya minta maaf. Nanti saya terlepas cakap Yang Berhormat marah saya, tidak mahu.

Balik Pulau boleh.

Saya tidak mahu dimarahi di Dewan yang besar ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan, saya hendak tanya mustahak ini.

Takut kena marah, ya.

Balik Pulau Sedikit.

Untuk makluman Yang Berhormat..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu soalan sahaja..

Pada 16 November 2009, tiada permintaan, setakat 16 ini, tiada permintaan rasmi yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara tentang taklimat yang dikehendaki oleh Operations Review Panel. Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tiada halangan untuk memberikan taklimat itu jika permintaan dibuat oleh Operations Review Panel. Untuk makluman Yang Berhormat, suruhanjaya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi menunjukkan kemungkinan berlakunya kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Profesion Guaman 1976, Akta Rahsia Rasmi 1972. Kanun Keseksaan dan undang-undang lain. Oleh itu suruhanjaya mengesyorkan siasatan dijalankan oleh pihak yang berkuasa. Apabila klip video yang berkaitan muncul di laman internet pada September 2007, SPRM telah menjalankan satu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi berkaitan kemungkinan terdapat kebocoran dalam pengendalian surat-menyurat dan dokumen terperingkat berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim. Siasatan telah menunjukkan bahawa tiada kesalahan dapat dikenal pasti atau mana-mana orang bertanggungjawab berkaitan dengan kandungan dokumen terperingkat tersebut. Pada ketika itu keterangan menunjukkan surat-surat berkenaan tidak didaftarkan dalam buku daftar suratan rahsia rasmi. Selain itu siasatan juga dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 berkaitan dengan tohmahan terhadap beberapa individu tertentu yang dikatakan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir dalam pelantikan hakim-hakim.

Adalah jelas bahawa berpandukan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa prosiding suruhanjaya terdapat komunikasi antara Tun Dr. Mahathir dengan Tun Zaidin berkenaan dengan calon-calon hakim. Siasatan juga mendapati tiada keterangan yang menunjukkan berlakunya penggunaan pengaruh ke atas Tun Dr. Mahathir dalam pelantikan hakim-hakim ini. Pengemukaan pertuduhan di mahkamah adalah berdasarkan keterangan yang boleh diterima dengan izin, omissible evidence dan bukannya keterangan yang berdasarkan syak semata-mata. Malah Tun Dr. Mahathir dan Tun Zaidin menafikan mereka dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal ini. Peguam Negara telah turut mengarahkan siasatan berkaitan dengan percutian VK. Lingam dengan Tun Eusoff Chin dibuka semula setelah ditutup pada tahun 2006 berikutan syor suruhanjaya adalah didapati bahawa Puan Jayanthi bukanlah seorang yang asing dalam siasatan SPRM yang dikenali sebagai BPR dalam tahun 1998. Beliau telah pun memberikan keterangan yang sama kepada BPR dalam tahun 1998. Siasatan lanjut tidak dapat menunjukkan apa-apa keterangan baru, malah tidak terdapat keterangan yang boleh menyangkal fakta bahawa Tun Eusoff Chin telah membuat bayaran penuh bagi perbelanjaan percutian beliau. Tidak dinafikan ada seorang saksi lagi yang masih dicari oleh SPRM dan berdasarkan keterangan rakannya, keterangan saksi ini akan menyokong keterangan rakannya itu. Saksi ini dikehendaki bagi tujuan melengkapkan siasatan bagi memuaskan hati semua pihak. Siasatan di bawah Akta Pencegahan Rasuah turut dibuka berkaitan dengan pembayaran wang sebanyak RM50,000 oleh VK. Lingam kepada Satchitanandhan bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan ekoran laporan yang dibuat oleh Tirunamakarasu adik kepada VK. Lingam. Siasatan menunjukkan bahawa pembayaran ini adalah sebagai bonus tertunggak bagi Satchitanandhan yang bekerja dengan VK. Lingam selepas persaraannya sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Oleh yang demikian adalah tidak benar Peguam Negara mengetepikan syor suruhanjaya. Tuan Pengerusi...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri boleh...

...Yang selainnya oleh kerana sudah hampir dua jam...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sedikit sahaja Menteri.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Satu hal.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Cik Jayanthi dengan terangnya dengan jelasnya...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, dia sudah duduk Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jawapan tadi tidak betul. Dia dengan jelas mengatakan VK. Lingam yang membayar perbelanjaan untuk bercuti. Jayanthi yang menempah semua tiket. Jadi ini menunjukkan bukti yang kukuh bahawa VK. Lingam yang telah membayar perbelanjaan bercuti Eusoff Chin. Tidakkan itu, bagi saya seorang peguam sudah satu kes prima facie didakwa di mahkamah. Melainkan dikatakan Jayanthi ini bohong. Ini adalah bukti yang begitu jelas kenapa orang berkenaan tidak didakwa. Jawapan itulah yang mesti diberikan.

Menteri, Menteri, saya..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat..

Cadangkan satu pendakwaan bebas, independent prosecutor.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tuan Pengerusi, isu-isu yang terjawab.

Tuan Pengerusi

Dia akan jawab Yang Berhormat, ada dua perkara yang penting yang harus..., yang saya dengar tadi, iaitu saya tidak tahu istilah apa yang digunakan royaltikah, ihsankah, hasil minyak, itu tadi sudah dijawab. Satu isu lagi VK. Lingam. Itu sudah dijawab. Yang lain itu biarlah dijawab secara bertulis kerana banyak lagi yang perlu dijawab.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Batu Gajah di sini, boleh kita dapatkan jawapan hari ini diberikan secara bertulis sebab banyak isu yang kami telah bangkitkan tidak ada peluang untuk minta penjelasan. Jadi kalau diberikan jawapan bertulis boleh pastikan sampai hari ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri Jabatan Perdana Menteri

Tuan Pengerusi, saya bangun untuk turut menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional khasnya mengenai Rukun Tetangga dan juga mengenai Biro Pengaduan Awam. Biarlah saya menjawab satu demi satu secara ringkas. Mengenai satu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau mengenai kenaikan pangkat pegawai DG41 ke DG44 dalam perkhidmatan pendidikan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk perkhidmatan pendidikan bagi kumpulan pengurusan profesional diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi kenaikan pangkat pegawai pendidikan selain daripada kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang atau KUP melalui time based, pegawai juga layak ditimbang kenaikan pangkat melalui kaedah lain termasuk guru cemerlang.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri Jabatan Perdana Menteri

Biasanya pegawai yang memenuhi syarat KUP akan ditimbang terlebih dahulu dan pada masa yang sama pegawai boleh memohon untuk menjadi Guru Cemerlang. Dalam kes yang dimaksudkan pegawai mungkin diperakukan secara serentak iaitu KUP dan Guru Cemerlang. Dalam hubungan ini pegawai bolehlah berhubung terus dengan KPM dan JPA untuk penyelesaian atau Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan butir-butir mengenai kes ini kepada saya untuk dibawa kepada pihak yang berkenaan. Tuan Pengerusi, secara umumnya memang merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional untuk sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan awam dari segi kualitinya. Walau bagaimanapun faktor ataupun aspek kuantiti adalah juga penting. Sekiranya kita membuat perbandingan seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat bahawa nisbah penjawat awam setiap 1000 penduduk atau mengikut apa juga nisbah adalah lebih tinggi bagi negara Malaysia berbanding dengan beberapa negara yang lain. Ingin saya maklumkan bahawa di negara seperti Singapura, Filipina dan Indonesia bilangan ataupun jumlah penjawat perkhidmatan awam tidak termasuk tentera dan polis. Sekiranya kita memasukan angka- angka itu maka perbandingannya mungkin berbeza. Kedua, kita juga mesti sedar bahawa negara kita merupakan sebuah negara yang maju dari segi purata pendapatannya tetapi masih terdapat perbezaan yang begitu besar di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar, khasnya dalam perkhidmatan pendidikan di mana di luar bandar misalnya terdapat banyak sekolah yang kecil-kecil yang hanya mempunyai jumlah murid yang kurang daripada 100 orang. Oleh itu bilangan guru yang diperlukan masih di lingkungan 10 hingga 12 orang. Maka dari segi nisbah murid-murid kepada guru memang rendah seperti di negara-negara maju, tetapi ini tidak bermakna bahawa di kawasan bandar banyak sekolah yang begitu sesak sehingga satu bilik darjah menampung lebih daripada 45 murid. Oleh itu bilangan guru misalnya kalau di banding dari segi nisbah guru kepada murid walaupun kita memang mencatat satu angka yang cukup baik kalau dibandingkan dengan negara maju, tetapi oleh kerana pengagihan yang tidak begitu setara maka kita nampaklah fenomenon seumpama ini. Apa lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom terdapat banyak sekolah swasta yang menjalankan tugas untuk mendidik generasi muda mereka. Maka guru-guru di sekolah swasta tidak termasuk dalam pengiraan perkhidmatan pendidikan negara-negara itu.

Tan Sri Dr. Koh Tsu KoonMenteri Jabatan Perdana Menteri

Oleh itu apabila kita hendak membuat perbandingan bukan sahaja mengambil angka-angka sahaja, tetapi kita mesti memahami kedudukan negara-negara itu dan keperluan negara-negara itu. Dengan ini saya ingin mengatakan bahawa kita sebenarnya sedang membuat satu kajian secara perbandingan tetapi dengan mengambil kira aspek- aspek istimewa yang terdapat dalam negara kita. Tuan Pengerusi, saya beralih...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Yang Berhormat Ipoh Barat, okeylah. Mengenai perkara apa?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengenai civil service.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya ingat dengan betul pada masa itu Perdana Menteri Tun Mahathir ada kata oleh kerana civil service kita sangat besar dia menswastakan beberapa seperti TNB, Telekom dan sebagainya. Ini semua perlu juga diambil kira. Selepas semua ini saiz civil service kita tidak masuk akal. It doesn’t make sense. Saya difahamkan ini adalah kerana kepentingan politik supaya Kerajaan Barisan Nasional memerlukan ramai di antara orang-orang ini supaya berada dan bekerja dengan kerajaan. Pertamanya seberapa yang boleh mereka menjadi penyokong kepada kerajaan. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah efficiency, economic sense it doesn’t make sense at all. Jadi, soalan saya adalah bagaimana kita boleh cut the fact. Bagaimana kita boleh ada pegawai yang betul-betul based on meritocracy dilantik. Bagaimana kita boleh ada pegawai-pegawai yang ada penilaian KPI dan sebagainya? Sebagai Menteri KPI adakah kita boleh katakan kerani-kerani yang tidak menjalankan tugas mereka mengikut KPI akan dibuang kerja? Inilah perkara yang perlu diambil kira.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tambah satu. Boleh jawab serentak?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih, Tuan Pengerusi dan terima Yang Berhormat Menteri. Tadi dinyatakan bahawa ada masalah tentang pengagihan yang tidak seimbang guru-guru kepada sekolah-sekolah di bandar. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan pengagihan yang lebih seimbang dan juga kenapa sekolah-sekolah tambahan tidak dibina di tempat-tempat di mana terlalu pesat penduduknya hinggakan tadi dikatakan sebuah darjah itu terdapat lebih daripada 45 penuntut untuk sebuah kelas?

Tuan Pengerusi, boleh jawab yang ini daripada Sabah - Tuaran? Isi yang sama.

Semasa kita dalam isu tentang pengagihan guru ini, Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil perhatian tentang satu keluhan oleh guru-guru mengenai dengan pampasan Elaun Wilayah. Contohnya mengenai dengan pertukaran guru-guru dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mengikut sistem ataupun peraturan sekarang ini apabila seseorang guru itu ditukarkan daripada satu negeri ke satu negeri beliau akan dapat elaun wilayah. Akan tetapi kalau beliau ditukarkan dari satu tempat ke tempat yang lain walaupun jaraknya lebih jauh, seorang guru tidak mendapat elaun. Contohnya, Tuan Pengerusi, kalau seorang guru itu ditukarkan daripada Melaka ke Negeri Sembilan, maybe it takes about 20 minutes or half an hour. He is entitled for full Elaun Wilayah. Akan tetapi kalau seorang guru itu umpamanya ditukarkan daripada Tuaran ke Kalakaban which is eight hours drive maka guru itu tidak dapat elaun.

Jadi, semasa saya pada hujung minggu, mereka telah berpesan kepada saya supaya perkara ini dibawa dan dikemukakan kepada perhatian kerajaan. Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Pengerusi, saya ingin menyambung...

Okey. Silakan sekali gus. Tuan Pengerusi, saya izinkan semua yang berkaitan dengan isu ini.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pendek sahaja. Saya ingin menyambung apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat sebentar tadi dengan fakta-fakta daripada bajet-bajet yang lepas iaitu pada tahun 2005 di mana bajet-bajet emolumen hanya RM22.2 bilion sahaja. Akan tetapi bajet bagi tahun 2010 selepas lima tahun sahaja ia telah menjadi RM43 bilion. Penambahan adalah lebih kurang 100 peratus ke atas apa yang dibiayai oleh kerajaan hanya lima tahun yang lalu.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau civil service kita boleh tanggung apa yang kerajaan buat pada tahun 2005, apa yang perlu dibuat oleh kerajaan pada lima tahun yang berdekatan ini yang memerlukan kakitangan kerajaan ditingkatkan, jumlah kakitangan ditambah sehingga begitu banyak. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi, mengenai guru dan penempatan guru serta aspek-aspek elaun mungkin lebih sesuai kalau dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan saya juga memerlukan notis kerana ia melibatkan beberapa perkara yang agak rumit atau complicated dengan penempatan guru seperti mana penempatan pegawai-pegawai kerana banyak faktor hendak diambil kira. Mengenai pengagihan guru, seperti yang telah saya katakan di kawasan luar bandar memang ada masalah dan cabarannya kerana kawasan yang secara perbandingan lebih mundur, bilangan murid tidak banyak, oleh itu nisbah guru kepada murid itu memanglah lebih tinggi. Akan tetapi di kawasan bandar pula ada cabaran yang lain iaitu kerana kepadatan penduduk dan dengan kekurangan tapak-tapak yang sesuai, maka pada amnya sekolah-sekolah di dalam bandar di mana-mana negara pun memang padat. Kalau Yang Berhormat Beruas pergilah ke Singapura atau pergilah ke Hong Kong misalnya. Hong Kong, sekolah-sekolah itu bertingkat-tingkat di mana langsung tidak ada padang permainan. Maka, basket ball court, gelanggang basket ball ada di atas bumbung. Itulah keadaannya. Oleh sebab itu kita mesti memahami bahawa kita tidak boleh mengharapkan satu keadaan yang sama rata untuk semua sebab masing-masing mempunyai cabarannya dan saya berharaplah bahawa Ahli Yang Berhormat dari Beruas dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang yang lain memahami aspek ini...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Saya ingat, cukuplah. Biar saya jawab dahulu.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Akan tetapi tunggu dahulu. Yang Berhormat Menteri menyatakan penuntut di luar bandar, nisbahnya lebih besar atau lebih kecil ataupun pada saya, masalahnya di bandar di mana kerana penduduknya pesat, padat dan bilik darjah tidak cukup, jadi nisbah seorang guru kepada murid memang besar. Akan tetapi dinyatakan tadi masalah berlaku di luar bandar pula. Saya pun terkeliru, boleh jelaskan?

Ya, mungkin saya kurang jelas. Apa yang saya maksudkan bahawa dari segi bilangan guru berbanding dengan murid di luar bandar, lebih ramai nisbahnya. Kalau di sebaliknya nisbah murid kepada guru, lebih rendah di kawasan luar bandar. Di kawasan bandar memang sangat tinggi. Oleh itu, ini memang saya memberi satu contoh. Bukan kerana saya hendak jawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

Akan tetapi ini sebagai satu contoh dari segi guru-guru memang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai perkhidmatan awam. Namun begitu, di negara-negara tertentu guru tidak termasuk dalam dianggap sebagai perkhidmatan awam kerana banyak sekolah swasta. Mengenai isu yang disifatkan sebagai politik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, saya ingat ini bukanlah satu isu yang boleh dikatakan isu politik. Saya ingat kita hendaklah membuat satu kajian yang lebih teliti secara perbandingan untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya. Bukan sahaja mengambil satu angka. We can’t just plucked a figure from the sky, and then untuk membuat tuduhan dengan izin. Oleh itu saya ingin meminta supaya Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat supaya sabar. Tunggulah kita membuat satu perbandingan. Kalau dia hendak membuat satu perbandingan pun boleh. Kita terbuka untuk pandangan. Mengenai komposisi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, saya ingin merujuk beliau kepada jawapan saya. Hansard jawapan saya semasa saya menggulung pada 9 November iaitu seminggu dahulu apabila saya menyentuh mengenai isu ini. Adalah jelas bahawa kerajaan memang berhasrat untuk mengalu-alukan dan menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia dari semua keturunan untuk masuk ke dalam perkhidmatan awam. Akan tetapi kalau kita sekarang ini ambil lebih ramai lagi, nanti mereka menuntut, mendakwa juga kenapa bilangan ini besar. Mungkin dianggap sebagai satu langkah politik pula, permainan politik. Tidak! Saya ingat kita memang komited dan jujur untuk cuba menarik lebih ramai rakyat Malaysia keturunan bukan Melayu, bukan bumiputera untuk masuk ke dalam perkhidmatan awam. Ini dibuktikan dengan nisbah penerimaan yang jauh lebih tinggi untuk golongan Cina dan India walaupun dari segi bilangan pemohonnya memang kecil berbanding dengan pemohon-pemohon dari kumpulan bumiputera. Semua ini memang tercatat di dalam Hansard yang telah saya jawab. Saya tidak bercadang untuk mengulanginya. Mungkin Yang Berhormat tidak hadir pada hari itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin hendak bagi? Yang Berhormat Jasin dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang Berhormat Jasin dekat hujung.

Ya, Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang kakitangan awam tadi. Pada ketika ini terdapat seramai 55,000 penjawat-penjawat awam yang sebenarnya sedang berkhidmat sebagai pekerja sementara ataupun pekerja kontrak. Penjawat awam ini diambil bekerja kerana keperluan pada ketika tersebut. Adakah kerajaan sekarang berhasrat untuk menyerap mereka kerana kita banyak kekosongan yang dianggarkan sebanyak 200,000. Memandangkan kerajaan di dalam peringkat berjimat cermat, tetapi kita jangan lupa mereka telah berkhidmat selama 15 tahun dan ada kalangan agensi-agensi pekerja sementara, ada yang telah berkhidmat lebih 20 tahun. Bahkan di Parlimen ini sendiri, ramai dari pegawai-pegawai berkhidmat secara kontrak. Apa yang timbul pada ketika ini Yang Berhormat, kita hendak lihat kalaulah kerajaan ada mempunyai satu cadangan untuk satu pengambilan, jangan ambil orang baru. Kita berikan keutamaan kepada mereka yang sedang berkhidmat sebagai pegawai-pegawai kontrak ataupun sementara sekiranya mereka menepati apa juga keperluan dan juga lulus dalam semua peperiksaan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, memanglah benar terdapat ramai penjawat sementara atau yang dilantik secara kontrak. Itulah sebabnya kerajaan mestilah berhati-hati. Walaupun mereka kontrak, kita mesti mengkaji keperluannya dari jangka masa panjang. Ini yang terlibat juga ialah guru-guru tabika di bawah Jabatan Perpaduan Negara yang ramai di antaranya masih status kontrak walaupun sudah berkhidmat agak lama. Maka, ini mencerminkan satu masalah cabaran yang sentiasa hendak ditangani oleh pihak kerajaan.

Pada satu pihak mendesak juga ditambah pengambilan kakitangan atas beberapa sebab, di sebaliknya pula didakwa bahawa kita adalah perkhidmatan yang terlalu besar. Apa yang disifatkan dengan izin, the bloated government service. Oleh sebab itu untuk mencapai sesuatu yang munasabah, memerlukan beberapa langkah. Salah satu di antaranya adalah untuk meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti. Ini memang merupakan satu komitmen. Oleh itu, usaha akan berterusan untuk meningkatkan lagi kecekapan dan itulah satu komitmen...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Pengerusi, saya ingat cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit saja. Mengenai jawatan-jawatan kosong yang mana tidak lagi diisi dengan kerajaan. Boleh saya buat satu cadangan seperti yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat semasa menerajui di negeri Perak, di mana semua kekosongan kerja dengan kerajaan diiklankan bukan sahaja dalam satu bahasa, tetapi semua bahasa. Dalam bahasa Tamil, bahasa Cina, surat khabar Cina dan surat khabar Tamil. Dalam hal ini, kita selalu dengar rintihan-rintihan daripada masyarakat Iban dan Kadazan di Sabah dan Sarawak sangat kurang masyarakat mereka berkhidmat dengan kerajaan walaupun mereka inginkan sedemikian. Apa yang sedang dibuat supaya masyarakat ini diberi keutamaan, lagi-lagi Orang-Orang Asli. Terima kasih.

Seperti yang saya telah jawab seminggu dahulu, memang ada satu jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan untuk meningkatkan lagi penyertaan kaum bukan bumiputera atau bukan Melayu dalam perkhidmatan awam. Iklan- iklan telah juga dikeluarkan dalam surat khabar Cina dan Tamil. Ini memang merupakan satu amalan sebelum dimulakan di Perak. Ini telah dibuat. Sin Chew Jit Poh, Tamil Nesan, kita gunakan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tamil Nesan kepunyaan MIC ya. You must go through.

Kemudian Borneo Post. Janganlah pula ya.

Tuan Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Apa yang... MIC?

Itulah. Ini berpolitik...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Serian bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak ada bunyi Yang Berhormat. Tekan kat bawah.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini tentang penjawat awam yang bekerja sebagai kontrak. Nasib mereka Tuan Pengerusi, adalah nasib yang malang dan kerajaan harus membela nasib mereka ini. Sebagai contoh, minggu lepas seorang penjawat awam di Hospital Serian, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Tadbir Hospital Serian menyatakan bahawa perkhidmatan beliau akan ditamatkan pada 31 Disember ini. Jadi, daripada seorang yang menerima gaji tiap-tiap bulan, mungkin RM1,200-RM1,500 sebulan. Dengan tamatnya kontrak ini, pegawai ini akan menjadi dan jatuh dalam golongan miskin tegar. Jadi, Tuan Pengerusi, ini masalah besar yang harus kerajaan ambil berat. Ini kerana kalau tidak silap saya, dua tahun yang lepas dalam ucapan belanjawan kalau tidak silap saya, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa kerajaan tidak, I use the word, menegaskan, tidak akan menamatkan perkhidmatan mereka ini, penjawat awam yang berkhidmat secara kontrak.

Jadi, Tuan Pengerusi, soalan saya adakah Menteri bersedia untuk membawa akan perkara ini kepada Kabinet agar malang yang menimpa penjawat-penjawat awam ini secara kontrak akan dibela. Terima kasih.

[Mengetuk pembesar suara] ...Tan Sri, boleh minta laluan? Isu yang sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak payah ketuk Yang Berhormat, saya boleh dengar.

Okey, boleh. Silakan, tetapi cepat sikit.

Tuan Pengerusi, minta izin. Ini pendek saja Tan Sri. Ini isu mengenai dengan pengambilan kakitangan. Tadi ada soalan mengenai peluang yang khusus bagi orang-orang tempatan. Saya membawa di Dewan ini Tuan Pengerusi, keluhan-keluhan mengenai dengan tindakan dan pendekatan diskriminasi oleh setengah kakitangan yang bertanggungjawab mengambil kakitangan. Saya tahu bahawa kerajaan memang mempunyai satu dasar yang memberi peluang kepada semua, tetapi apa yang berlaku di bawah ini masih terdapat tindakan- tindakan diskriminasi. Saya bagi contoh Tan Sri, baru-baru ini Maktab Kent Tuaran, ini Institut Perguruan Kent. Beberapa guru telah berjumpa dengan saya. Ini berkaitan dengan pengambilan pegawai pentadbiran rendah sahaja, kerani. Jelas bahawa apabila short listing itu dibuat, rata-rata yang diambil itu adalah mereka yang sebangsa dan seiman dengan pegawai berkenaan. Dalam ucapan belanjawan saya baru-baru ini, saya telah membawa perkara ini bahawasanya discrimination ini tidak akan membantu negara kita dan saya mencadangkan bahawa satu undang-undang anti-discrimination difikirkan untuk menangani perkara ini. Kedua, UMS. Seorang yang mempunyai kelayakan dan pengalaman telah berjumpa dengan pihak berkenaan di UMS. Beliau ini mempunyai credential yang kuat. Sekian beberapa kali telah berjumpa, akhirnya pegawai berkenaan mengatakan bahawa beliau ini tidak layak untuk diambil kerana keturunan bangsa beliau itu tidak sesuai. Jadi, Tan Sri, saya memohonlah perkara ini supaya ditangani. Oleh kerana apa juga dasar yang baik oleh pemimpin kerajaan, tetapi sebenarnya tidak dipraktikkan sepenuhnya oleh pegawai di bawah ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi panjang Yang Berhormat.

Ya. Tuan Pengerusi, saya cuba nak ringkaskan ya. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Ahli Parlimen Jasin dan juga Serian mengenai pegawai atau kakitangan kontrak. Memang pihak kerajaan amat peka terhadap kebajikan mereka dan seberapa banyak yang boleh kerajaan akan menyerap masuk ke dalam perkhidmatan tetap mereka yang layak ataupun telah menunjukkan komitmen bertahun- tahun yang turut bersama dengan kerajaan. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tuaran, memang kerajaan tidak menerima sebarang diskriminasi dan kalau ada kes-kes secara spesifik seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat dari Tuaran itu, maka boleh dikemukakan aduan secara konkrit dan memang siasatan akan dilaksanakan.

Terima kasih Tan Sri.

Ya. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu mengenai Biro Pengaduan Awam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sepanggar. Memang Biro Pengaduan Awam selain daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, mempunyai sepuluh pejabat cawangan di peringkat negeri untuk membolehkan orang awam menyalurkan aduan secara langsung. Antaranya ialah Cawangan BPA Negeri Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. BPA juga sentiasa mempertingkatkan promosi mengenai perkhidmatan BPA melalui media massa dan memperbanyakkan program proaktif seperti Kaunter Aduan Bergerak (KAB) yang setakat pada tahun 2009 ini, sebanyak seratus program KAB telah dilaksanakan di seluruh negara, di mana sepuluh daripadanya adalah di negeri Sabah.

Di samping itu, bagi kaunter aduan bergerak bersepadu iaitu di mana kita membawa pegawai daripada jabatan-jabatan yang berkenaan yang turut hadir bersama, maka sebanyak 50 program telah diadakan, di mana lima daripadanya di Sabah. Di samping itu, Program Mesra secara berdialog di antara ketua-ketua jabatan dan rakyat diadakan sebanyak sepuluh kali, di mana satu telah diadakan di negeri Sabah. Saya memang menyokong penuh bahawa supaya kita mempertingkatkan lagi program proaktif seumpama ini.

Dan juga menggalakkan rakyat kita untuk membuat aduan melalui internet di mana sekarang ini dari jumlah aduan yang diterima, hampir separuh iaitu 50 peratus adalah melalui internet dan diuruskan dengan secara berkesan. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu berkaitan dengan Rukun Tetangga yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Setakat ini terdapat 4,445 Rukun Tetangga di seluruh negara yang melibatkan lebih daripada 110,000 orang. Ini termasuk 1,718 Skim Rondaan Sukarela atau SRS. Maka ini menjadikan Rukun Tetangga sebagai pertubuhan dan struktur jentera di peringkat akar umbi yang amat meluas. Dalam tempoh sembilan bulan tahun ini telah dilaksanakan 140,000 aktiviti yang melibatkan hampir empat juta orang. Oleh itu kerajaan akan sentiasa meningkatkan lagi kegiatan Rukun Tetangga. Maka prinsipnya untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga atau KRPT ialah mengikut keperluan dan permintaan rakyat tempatan. Maka kita akan menubuhkan seberapa banyak yang boleh walaupun peruntukan memang ada hadnya tetapi kita memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan di mana masyarakat tempatan terdiri daripada berbilang kaum. Kegiatan-kegiatan juga melibatkan penyertaan, menggalakkan penyertaan daripada semua kaum seberapa banyak yang boleh. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Lipis. Di sini saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dari Silam...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

...Bahawa satu pejabat daerah memang sedang dirancang dan akan ditubuhkan di daerah Lahad Datu tidak lama lagi. Ya, silakan Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini mengenai menggalakkan masyarakat terlibat dalam usaha perpaduan rakyat dan Rukun Tetangga. Bolehkah Yang Berhormat beritahu kenapa Yang Berhormat telah mengarahkan pegawai- pegawai untuk tidak menjemput, to invite Ahli Parlimen-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat untuk menyertai walaupun dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan semua masyarakat terlibat. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan kami sendiri di mana kami diberitahu bahawa pegawai-pegawai berkenaan dari jabatan Yang Berhormat mengatakan Menteri yang telah memberi arahan bahawa mereka adalah anasir kepada negara ini. Mereka tidak dibenarkan langsung diajak untuk menyertai functions seperti ini, tetapi kalau sumbangan wang, mereka mahu.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Barat ini memang membuat satu tuduhan yang tidak berasas. Saya hendak...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Nanti, nanti, tunggu. Saya ingin membaca Hansard ucapan daripada rakan Ipoh Barat iaitu Yang Berhormat Bukit Mertajam yang kononnya membangkitkan isu yang sama tetapi saya hendak baca iaitu, “Sesetengah Jawatankuasa Rukun Tetangga hanya menjemput wakil rakyat Barisan Nasional sahaja.” Dia kata sesetengah. Ini bermakna bahawa sesetengah yang lain menjemput. Tidak jadi isu. Ini tuduhan...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Menyampuk]

Ini bergantunglah kepada... Nanti, nanti, nanti, okey. Saya hendak...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Menyampuk]

Nanti, tunggu, sabar ya. Yang Berhormat Bukit Mertajam juga mengatakan bahawa, “Kita bukan hendak pergi sangat tetapi ini adalah menunjukkan atau memberi satu contoh yang tidak baik.” Ini mencerminkan sikap bahawa mereka ini bukan hendak pergi sangat. Tidak begitu berminat. Ini bergantunglah kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga. Kalau hendak jemput wakil rakyat Barisan Nasional, mereka jemput. Kalau jemput daripada pembangkang, mereka jemput. Ada jemput di Pulau Pinang. Memang ada banyak kes, banyak contoh.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada arahan kah atau tidak ada arahan dari Yang Berhormat Menteri?

Ia adalah satu contoh. Saya memberi contoh.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Have you ordered or not?

Saya memberi contoh yang telah berlaku yang disebut sendiri oleh Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Ini telah menunjukkan bahawa kita tidak melarang. Ini bergantunglah kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga yang berkenaan. Ya?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang jemput ialah selepas DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang. Ada satu, dua. Yang lain selama ini mereka berlawan. Jawatankuasa itu bermesyuarat untuk membuat keputusan sama ada untuk menjemput atau tidak kerana hendak jemput Yang Berhormat dari pembangkang iaitu dahulu kami di pembangkang dan dahulu Yang Berhormat ialah Ketua Menteri di Pulau Pinang. Sekarang bukanlah... [Ketawa] Jadi ada yang jemput kita. Sekarang ada yang jemput kita. Dahulu tidak pernah. Jadi saya hendak katakan di sini ialah sikap yang tidak betul ialah kerajaan Barisan Nasional. Ini Rukun Tetangga, sesiapa yang menjadi wakil rakyat harus dijemput tetapi tidak dijemput. Bukan pegawai-pegawai kata, yang atas kata tidak boleh jemput dan semua jawatankuasa itu dilantik dan dikatakan ini siapa-siapa ini dia penyokong Pakatan Rakyat, tidak boleh menjadi ahli dalam jawatankuasa itu walaupun dia dihormati dan dipilih oleh semua penduduk, pun tidak boleh. Jadi yang saya hendak kata ialah turun padang dan bercakap dengan penduduk. Saya bolehlah kumpulkan semua penduduk di kawasan Bukit Mertajam dan beritahu Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah. Menteri sudah faham Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Walaupun sekarang bukan Ketua Menteri, saya rasa boleh turun padang juga. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau perkara yang sama, tidak payahlah, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya hendak tanya mengenai..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau perkara yang sama, tidak payah. Sudah dua orang bangkitkan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Isu yang sama tetapi dalam hal yang lain.

Saya rasa cukuplah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Cukup, cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Peraturan pun ada memberitahu kita, Yang Berhormat, kalau satu isu itu direpeat beberapa kali, saya boleh berhentikan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, saya ingat Yang Berhormat Bukit Mertajam sudah menjawab soalannya sendiri, iaitu apa yang jadi hakikatnya ialah Jawatankuasa Rukun Tetangga memang lebih cenderung untuk menjemput Yang Berhormat yang menjadi Yang Berhormat di kawasan. Dahulu di Pulau Pinang memang benar Barisan Nasional menguasai 38 daripada 40 kerusi. Oleh itu kebanyakan kawasan itu, mereka menjemput Yang Berhormat. Sekarang ini ada ramai Yang Berhormat dari pihak pembangkang, maka mereka jemput juga. Maka mereka mengadakan mesyuarat untuk menentukan, ini mencerminkan bahawa prinsip demokrasi telah diamalkan di peringkat Rukun Tetangga. Saya ingat cukuplah. Dia sendiri ini memberi banyak contoh.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Cakap perkara lainlah, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi, saya hendak beri contoh.

Dan saya ucap terima kasihlah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri KPI, royalti minyak tidak ada demokrasi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi pilihan jawatankuasa tidak dibenarkan, yang dilantik.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Negeri Perak langsung tidak ada.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bolehkah ia didemokrasikan?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi, kalau boleh...

Kalau orang yang benar-benar baik dan telah banyak memberi sumbangan, maka kemukakanlah untuk dipertimbangkan. Kami ada banyak pemimpin masyarakat, community leaders yang dilantik, yang tidak ada latar belakang politik langsung.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Pengerusi, perkara ini bukan terhad kepada Rukun Tetangga sahaja.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Rukun Tetangga semua berasaskan politik...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Dan mereka ini semua Barisan Nasional.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Memberi handout by the government.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payahlah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

You want to proof it, you want to proof it? We can proof it to you.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, okey yang lain duduk. Saya hendak dengar Yang Berhormat Beruas dahulu.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingat cukup.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ingin saya nyatakan bahawa...

Saya sudah jawab.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Perkara ini... Mempolitikkan isu ini tidak hanya berlaku kepada Rukun Tetangga, di sekolah-sekolah juga ada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya semasa jadi Exco hendak bagi sumbangan pun tidak boleh pergi ke sekolah dan begitu juga saya baru terima aduan Menteri...

Tuan Pengerusi... Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ini sudah cerita lain Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Betul. Maksud saya yang ini isunya Menteri KPI memastikan semua kementerian berkenaan tidak boleh membeza-bezakan Yang Berhormat yang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Jangan kita mempolitikkan semua perkara dalam sekolah, kementerian-kementerian, itu maksud saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik..., baik Yang Berhormat, Menteri sudah faham.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Royalti lagi teruk dipolitikkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat. Pindah ke perkara lain.

Tuan Pengerusi, saya cuma hendak jawab ringkas sahaja. Ini mungkin masalah Yang Berhormat Beruas kerana dahulu beliau kata beliau Exco. Sekolah juga tidak mahu jemput beliau tetapi di negeri Pulau Pinang, Exco...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan tidak dijemput...

Exco DAP dijemput apa salahnya kita tidak campur tangan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini tidak betul.

Ini budi bicara Lembaga Sekolah.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pun...

Jangan buat tuduhan seperti ini.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Betul ini hakikatnya. Hakikatnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pun untuk mereka nelayan-nelayan yang diberikan...

Saya ingat saya sudah cukup bagi jalan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

RM200 sebulan itu.

Cakap ulang-ulang.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Semua itu kita hendak ini diperbaiki...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Main politik banyak.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Keadaannya memang sebenar bukan yang diberikan jawapan di Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah selalu sangat saya dengar cerita ini.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebab itu kita minta ini diperbaiki.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Walau bagaimanapun Yang Berhormat jawapannya tetap sama juga.

Apa juga jawapan saya beliau tidak akan terima.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa sahaja jawapan tidak diterima juga sama sahaja.

Walaupun jawapan saya bercanggah dengan logiknya sendiri.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Semua main politik, royalti juga politik. Beras SUBUR juga politik, royalti juga politik.

Tuan Pengerusi saya merujuk...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu Yang Berhormat sudah kalah dalam pilihan raya.

Saya merujuk kepada Hansard ucapan atau pertanyaan Yang Berhormat Bukit Mertajam sendiri. Itu sudah memadai. Saya minta semua Ahli membaca Hansard itu. Okey, apa yang dimaksudkan sudah jelas.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini KPI.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik.

Sudah jelas. Tuan Pengerusi akhirnya saya ingin menyentuh sedikit tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat mengenai kawasan Rukun Tetangga di Taman Cherry yang juga melihatkan Taman Idris. Kalau tidak silap saya di daerah Kinta di mana ia ditubuhkan sebenarnya pada tahun 1976. Memang merupakan salah satu daripada Rukun Tetangga yang amat aktif di kawasan daerah Kinta yang telah menganjurkan banyak kegiatan. Akan tetapi pada bulan Ogos tahun ini memang mereka terkejut kerana walaupun berada di tempat itu sudah lama iaitu 33 tahun, mereka menerima surat daripada sebuah syarikat peguam. Ia mengatakan bahawa tanah itu dimiliki oleh seorang tauke. Pendaftaran tanah itu ialah pada bulan Jun 1993. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIM) memang tidak setuju. Kami tidak terima kami cuma melanjutkan serta memanjangkan surat itu kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga. Kata ada masalah seumpama ini.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit penjelasan sebelum...

Nanti tunggu, beri saya jawab.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan saya ada surat yang akan mula dikemukakan kepada Yang Berhormat. Ini kerana dari apa Yang Berhormat kata adalah tidak benar kerana saya ada nampak surat tersebut di mana menyatakan sila keluar dari bangunan ini sebelum this date. Dari jabatan.

Jabatan itu cuma mengulangi isi kandungan surat syarikat peguam yang dilampirkan bersama dengan surat itu. Itu hakikatnya dan sekarang ini jabatan sedang berunding dengan pejabat tanah untuk mengenal pasti status sebenarnya tanah ini dan untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

Ini kerana hakikatnya ialah pondok Rukun Tetangga itu sudah berada di atas tapak tersebut selama 33 tahun. Kita memang mahu tahu apa yang telah berlaku. Ini sesuatu yang berlaku yang agak aneh kerana kalau tanah itu didaftarkan pada tahun 1993. Kenapa pemilik itu menunggu 16 tahun untuk mengeluarkan surat oleh peguamnya? Maka ini sesuatu yang pada saya mengelirukan dan tidak masuk akal. Apakah yang sebenarnya berlaku? Okey? Oleh kerana itu kami sudah tahu kes ini sejak bulan Ogos sehingga bulan Oktober. Kita sedang cuba menguruskannya dengan pejabat tanah. Oleh itu ini mencerminkan bahawa salah satu daripada cabaran Rukun Tetangga ialah untuk mencari tapak yang sesuai khasnya di dalam kawasan bandar dan di kawasan perumahan. Di mana tanah lapang memang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk membina apa juga struktur termasuk pondok Rukun Tetangga. Maka ini sesuatu isu, sesuatu cabaran yang sedang dikendalikan dan akan terus menjadi satu cabaran. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Sedikit mengenai perkara ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bolehkah Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Runding di luar Yang Berhormat. Menteri sudah janji runding di luar Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan Yang Berhormat. Menteri terus datang ke tempat tersebut untuk berjumpa dengan masyarakat di sana kerana ada rintihan bahawa bagaimana kerajaan boleh mengagihkan lebih kurang RM200,000 dan membina pondok. Tiba-tiba tanah itu semasa pembangunan Rukun Tetangga semestinya kerajaan tahu siapa pemilik tersebut. Tidak mungkin kerajaan boleh mengagihkan sebanyak wang tersebut?

Tuan Pengerusi, mengikut rekod kami, kami tidak pernah mengagihkan RM200,000 kepada pondok Rukun Tetangga itu. Memang dari segi pembaikan dari semasa ke semasa jumlah yang dibelanjakan selama ini tidak melebihi RM30,000. Okey, ini secara teliti. Kalau hendak tahu, tetapi ini menunjukkan bahawa memang kami memantau setiap Rukun Tetangga dengan rapi dan memang memahami apakah masalah dan cabaran yang dihadapi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat kerana setakat ini atau baru-baru ini mengambil berat terhadap Rukun Tetangga. Ini yang mungkin dahulunya tidak begitu tetapi saya ucapkan terima kasih ya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh datang ke tempat tersebut?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ya, Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Tuan Pengerusi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam isu-isu yang berkaitan dengan bidang saya. Isu berkenaan dengan wang ihsan bagi negeri Kelantan telah kita bincangkan dengan begitu panjang lebar sebelum ini. Sahabat saya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas telah pun memberi jawapan yang menyeluruh sebagai penjelasan kepada isu ini. Saya ingin menambah sedikit sahaja penjelasan lanjut dalam perkara ini. Saya kebetulan telah hadir di dalam mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pejabat Peguam Negara dan Petronas.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Di mana mereka telah sebulat suara menasihatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa negeri Kelantan tidak boleh menuntut royalti minyak berdasarkan aspek perundangan. Namun begitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mengambil jalan mudah dengan mengambil keputusan hanya berasaskan kedudukan perundangan. Saya telah menyaksikan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertanyanya pihak pejabat Peguam Negara dan Petronas untuk mencari jalan untuk membantu negeri Kelantan dan memastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat daripada pengeluaran petroleum di dalam dan di luar sempadan negeri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Tasek Gelugor

Ini telah dilakukan berdasarkan kepada pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melihat gambaran kerangka yang lebih luas dengan izin, the bigger picture. Di mana perkara ini perlu dipertimbangkan dengan berasaskan obligasi moral selaras dengan pendekatan inclusive yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Tahap pembangunan dan sosioekonomi negeri Kelantan juga perlu diambil kira selari dengan usaha mengutamakan kesejahteraan rakyat di negeri Kelantan. Tambahan lagi Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan saksama. Dalam konteks ini negeri Terengganu telah pun menikmati wang ihsan petroleum sebelum ini dengan itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat keputusan supaya negeri Kelantan juga diberi pertimbangan untuk wang ihsan pada asas yang sama...

[Bangun]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Dengan keputusan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menunjukkan nawaitu yang ikhlas dan jujur by putting aside the legal issue, dengan izin.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua yang bangun Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya hendak habiskan sedikit. Dua minit dua minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Hendak habis duduk dahulu Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

By putting aside the legal issue, dengan izin, ke arah memastikan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa peruntukan wang ihsan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan Program Pembasmian Kemiskinan dalam negeri Kelantan. Proses ini akan dilaksanakan secara telus setelah berunding dan memperoleh pandangan serta cadangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Dengan ini tidak patut timbul keraguan sama ada wang ihsan tersebut akan diguna pakai dan disasarkan secara berkesan. Apa yang penting Tuan Pengerusi dalam isu ini adalah bahawa niat ikhlas Kerajaan Persekutuan juga adalah sama dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Iaitu untuk melaksanakan projek-projek yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk pembinaan jalan, jambatan, kemudahan awam dan juga Program Pembasmian Kemiskinan. Proses atau mekanisme penyaluran wang ihsan hanya merupakan landasan ke arah mencapai objektif luhur yang satu. Apa yang lebih penting adalah kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan agenda pembangunan kesejahteraan rakyat negeri Kelantan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang mana satu Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Shah Alam ataupun Yang Berhormat Machang.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, Kuala Krai terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Menteri mengajak kita melihat the bigger picture, tetapi saya hendak mengajak Menteri melihat the whole picture dengan izin.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ini termasuklah juga ucapan-ucapan yang telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri pada ketika membahaskan dan meluluskan Rang Undang-undang Pembangunan Petroleum 1974 ini. Antara lainnya menekankan mengenai jarak luar pantai yang membolehkan negeri-negeri yang berkenaan memperoleh royalti. Jadi saya pun hendak tahu apa yang dibincangkan atau apa yang dinasihatkan oleh pihak Peguam Negara yang menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk tidak memberi royalti. Adakah isu tiga batu nautika itu atau ada isu-isu lain? Kalau isu tiga batu nautika telah disebut dari segi niatnya apabila Tun Abdul Razak dahulu menyebut di dalam kawasan perairan negeri ataupun luar. Jadi ini hasrat asalnya. Jangan setelah masa berlalu kita mengambil sikap melupakan hasrat asalnya. Tadi disebut tentang niat, nawaitu. Niat asalnya adalah untuk memberikan royalti ini ataupun cash payment ini kepada kerajaan negeri. Tadi Menteri kata yang pentingnya negeri itu dapat duit. Ini kita dalam konsep negara, sistem federalnya ada state government, ada Federal Government. Masing-masing ada bajet yang hendak dibuat, ada pembangunan yang hendak dibuat. Kalau kita tolak perkara itu ertinya kita sudah menolak satu konsep hidup bersama, kewujudan bersama antara Kerajaan Federal dan kerajaan negeri ini. Ia tidak semudah itu kita boleh menerima di Parlimen ini satu saranan yang dibawa oleh kerajaan untuk tidak memberikan royalti ini. Isu royalti ini telah berdolak-dalik di Terengganu misalnya setelah kita dedahkan dalam Parlimen. Sekejap ihsan sekejap royalti. Cek besar itu royalti. Timbalan Perdana Menteri ketika itu kata royalti, hari ini ihsan pula. Jadi sikap flip-flop ini saya rasa suatu perkara yang tidak menggambarkan kewibawaan yang baik. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kononnya menunaikan satu moral obligation. Bagaimana kita hendak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang hakikatnya merampas hak kerajaan negeri. Ini bukan soal hendak beri duitkah, tidak hendak beri duitkah, berapa duit yang hendak diberi apa saluran yang hendak diberi. Ini persoalan hak milik negeri yang cuba diselewengkan berdasarkan kepada pentakrifan yang baru. Kita semua tahu sistem federalism merupakan satu sistem di mana beberapa negeri bersatu. Bila negeri-negeri ini bersatu mereka membawa masuk ke federation itu tanah mereka dan hak milik mereka termasuk hak milik perairan. Ini yang mana federation yang dibentuk dengan sedemikian rupa terdiri daripada individual state, dengan izin, dengan milik masing-masing. Inilah apa yang dikatakan Petroleum Development Act yang ditandatangani pada 1974 mengiktiraf, bahawa semua ini adalah milik negeri-negeri yang tertentu. Malaysia itu asalnya tidak ada apa-apa. Tanah pun tidak ada, air perairan laut pun tidak ada. Semua milik negeri. Negeri-negeri ini bercantum dengan memiliki hak atas tanah dan perairan. Bagaimana Yang Berhormat Menteri minta kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kononnya menunaikan satu moral obligation dengan merampas hak negeri itu dan mengatakan ini bukan hak negeri. Ini terpulang kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat berbaik hati hendak beri. Ini satu pembohongan. Saya harap Yang Berhormat Menteri jangan bertindak seperti mana Yang Berhormat Padang Rengas tadi. Bersilat-silat akhirnya bila ditanya kalau Kelantan keluar, memang Kelantan keluar, dia akan keluar dengan tanah dan perairan itu. Tidak mungkin dia boleh bawa keluar tanah dan perairan itu kalau bukan miliknya. Ini dengan sendirinya merupakan satu pengakuan bahawa sememangnya ianya adalah milik negeri, negeri ada hak dan royalti yang 5 peratus, yang mesti dibayar. Bukan atas perbicaraan ataupun penilaian baik hati ataupun sebagainya, tetapi memang merupakan hak. Saya rasa Yang Berhormat Menteri patut tarik balik kenyataan yang dibuat tadi seolah-olah rakyat di negeri Kelantan mengharapkan wang ihsan. Sedangkan ianya merupakan satu hak yang tidak boleh dinafikan. Terima kasih.

Boleh Machang?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tan Sri hendak bagi Yang Berhormat Machang lagi?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Cukuplah sebab perkara ini telah dibincangkan begitu lama. Biar saya..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri saya hendak ingatkan satu perkaralah. Tadi Menteri Padang Rengas sudah jawab soalan yang sama, perkataan yang sama. Jadi kalau berlainan nanti..

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak ada berlainan saya pergi ke isu lain.

Yang Berhormat Menteri saya timbulkan secara khusus Yang Berhormat Menteri. Di peringkat Jawatankuasa saya timbulkan secara khusus berkenaan supra state, berkenaan consolidated data dan masih dalam konteks minyak Kelantan. Izinkan saya Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Okey. Biar saya memberi sedikit penjelasan tentang isu itu. Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) telah mengeluarkan statistik KDNK mengikut negeri bagi tahun 2005 dan 2006. Statistik yang diumumkan ini telah mengkategorikan pengeluaran petroleum di Semenanjung Malaysia sebagai supra state. Istilah supra state merujuk kepada aktiviti ekonomi yang tidak dapat diperuntukkan kepada mana-mana negeri yang tidak dilaksanakan dalam mana-mana negeri. Pendekatan ini adalah selaras dengan kedudukan perundangan seperti yang dikaji oleh pihak Peguam Negara dan Petronas.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tambahan penggunaan kategori supra state adalah berasaskan konsep Sistem Akaun Negara 2008 United Nations, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kategori ini digunakan setelah mendapat nasihat perundangan teknikal daripada ADB, Bank Pembangunan Asia. Dengan itu, penggunaan kategori supra state bagi pengeluaran petroleum Semenanjung Malaysia adalah berasaskan kedudukan perundangan serta piawaian antarabangsa, international standard. Sebelum garis panduan Sistem Akaun Negara 2008 dikeluarkan, DOS telah cuba memperuntukkan semua kegiatan ekonomi kepada satu negeri di Malaysia sebab pada masa itu konsep supra state belum diluluskan, belum diwujudkan. Pendekatan ini telah diambil sebagai convention statistic ketika itu dan tidak menukarkan kedudukan perundangan iaitu bahawa pengeluaran petroleum offshore adalah di luar perairan negeri Semenanjung Malaysia.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas ruang ini. Yang Berhormat Menteri tadi memetik data daripada Jabatan Perangkaan mengenai KDNK negeri. Terima kasih kerana sekurang- kurangnya itu menjawab perkara yang saya timbulkan ketika perbahasan di peringkat Jawatankuasa apabila saya sebut bahawa dalam Seminar Penyelarasan KDNK EPU 16 Mac 2009, wakil Kerajaan Kelantan hadir dan di situ diberikan angka terbaru sektor perlombongan iaitu Kelantan RM2.721 bilion (2005) dan RM2.615 bilion (2006). Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perangkaan memaklumkan data tersebut diberikan oleh pihak Petronas. Saya hendak pertahankan dahulu angka itu dan Yang Berhormat Menteri memberitahu KDNK ini berasaskan kepada pendekatan supra state, maknanya hasil yang bukan diperoleh dalam lingkungan sempadan negeri dan itu dalam mesyuarat EPU ini dianggap sebagai KDNK negeri Kelantan. Yang Berhormat Menteri, di tangan saya ini adalah buku Bank Data 2008, muka surat 207, Jadual 5.5, Perangkaan Utama Industri Petroleum Mengikut Negeri 2005. Walaupun buku ini untuk 2008 tetapi, angkanya 2005. Negeri pengeluar, Sarawak, Kelantan, Sabah, Terengganu, Sarawak, data tunggal, data tersendiri. Contoh, nilai output kasar RM17.8 bilion untuk 2005. Adapun Kelantan, Sabah dan Terengganu, datanya itu di sekalikan. Dalam persoalan saya di peringkat Jawatankuasa, saya mohon pihak kerajaan memberikan pecahan berapa Kelantan dapat, berapa Sabah dapat, berapa Terengganu dapat. Saya tidak fikir jawapannya seperti yang Yang Berhormat Padang Rengas sebut tadi iaitu DOS tanya dengan Petronas, Petronas beri begitu sahaja. Tidak.

Data ini data yang komprehensif termasuk di bawahnya adalah kos input, nilai tambah, jumlah pekerja sehingga tempoh gaji terakhir 31 Disember, nilai harta yang dimiliki, gaji, lengkap. Tidak mungkin data ini Jabatan Perangkaan petik di awang-awangan. Isu saya ialah kalaulah data pengeluaran petroleum membabitkan Kelantan ini sudah pun diperoleh seawal 2005, mengapakah keputusan membuat bayaran kepada Kelantan hanya dibuat pada tahun 2009? Itu isunya yang pertama. Ia bukan soal luhur, pandangan terima kasih, obligasi moral, tidak. Saya tidak hendak pergi ke situ. Kerajaan Pusat mesti berlaku jujur dalam soal ini. Kalau hasilnya telah diperoleh seawal 2005, kenapa tidak buat bayaran pada masa itu sebelum daripada Ahli-ahli Parlimen mengemukakan perkara ini dalam Parlimen, satu. Yang Berhormat Menteri, dalam buku ini Estimates of Federal Government Revenue. Pendapatan negara, sumber petroleum Di kawasan JDA iaitu Malaysian-Thai Joint Authority ini, memberikan pendapatan kepada negara kita lebih RM800 juta untuk tahun depan. Dari mana itu? Itu menyamai 50 peratus portion Malaysia daripada hasil petroleum dalam kawasan JDA. 50 peratus bersamaan RM800 juta. Thailand mendapat 50 peratus juga. Semakan kita dalam Jabatan Kastam Thailand, websitenya. Itu nilainya ialah 45,000 baht bersamaan dengan RM4.5 bilion Yang Berhormat Menteri. Maknanya lama sebelum daripada ini hasil telah diberi, Kerajaan Pusat tidak memberikan bayaran apa-apa. Yang kedua, mengenai KDNK. Walaupun Yang Berhormat Menteri cuba memberikan justifikasi, praktis dan standard antarabangsa dan sebagainya tetapi, hakikatnya Yang Berhormat Menteri sebelum kita bangkitkan yang ini, saya tidak tahu sejak bila kerajaan menggunakan kaedah penyelarasan KDNK berasakan supra state ini ataupun kerajaan baru sahaja laksanakan selepas kita timbulkan ini? Saya mohon penjelasan.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih. Standard baru ini baru dikeluarkan pada tahun 2008. Memang benar kita baru menggunakan konsep baru, konsep supra state. Oleh sebab konsep supra state sudah digunakan, isu tentang meletakkan minyak di bawah negeri-negeri Semenanjung Malaysia tidak timbul. Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Sebelum itu, penjelasan berhubung dengan konsep supra state.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak. Ini konsep telah dibincangkan begitu lama.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, tidak. Itu konsep supra state itu. Ini berhubung soal supra state.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya ingin beralih kepada soalan Yang Berhormat Ledang...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat Shah Alam. Menteri tidak hendak. Sudah cukup, habis.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

…memberi penjelasan mengenai perkara di bawah. Sehingga kini belum ada lagi cadangan yang konkrit tentang pembinaan Kompleks Pentadbiran di Nusa Jaya. Tindakan konsep tersebut...

Yang Berhormat Menteri, consolidated data Yang Berhormat Menteri. Data...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pembangunan di Nusajaya adalah merupakan salah satu daripada pusat pembangunan utama di Iskandar Malaysia iaitu Zon ‘B’ yang turut...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan, banyak soalan, tidak ada jawapan ini.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

…Mengandungi projek pusat pentadbiran baru bagi Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Bagi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri ianya telah pun disiapkan dan mula beroperasi pada bulan April tahun ini manakala pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan, ianya dicadangkan untuk dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menempatkan agensi-agensi persekutuan yang sekarang ini beroperasi di Johor Bahru, Nusajaya.

Laluan Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Berhubung dengan perkara?

Consolidated data. Saya minta pecahan.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya akan memberi secara bertulis kemudian.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dahulu Yang Berhormat Menteri ada buat janji yang sama pada saya. Harap-harap Menteri jangan lupa kali inilah.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Kanowit telah bertanya apakah penjelasan yang telah dan akan dilaksanakan seperti beberapa jumlah peruntukan yang disediakan untuk SCORE. Bagi SCORE, tumpuan pembangunan adalah di Wilayah Tengah Sarawak dan sebanyak sembilan projek telah dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah SCORE. Projek tersebut ialah pembinaan jalan akses ke Empangan Murum, pembinaan jalan akses ke Empangan Baram, pembinaan jalan akses ke Empangan Baleh, pembinaan jalan akses ke Empangan Limbang, pembinaan jalan akses ke Tunoh, pembinaan jalan akses ke Kapit, projek bekalan air kawasan perindustrian Samarajau dan projek lapangan terbang baru Mukah. Kesemua projek ini melibatkan kos sebanyak RM2.5 bilion dan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan siling peruntukan sebanyak RM2.5 bilion telah disediakan. Setakat ini, kerja-kerja awalan bagi semua projek berkenaan telah pun bermula. Yang Berhormat Kanowit memberi cadangan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen diberi taklimat mengenai SCORE. Berhubung dengan perkara ini, pihak kami telah menghubungi SCORE dan SCORE bersetuju untuk memberi taklimat. Yang Berhormat Kanowit juga memohon penjelasan berkenaan projek di bawah peruntukan tambahan Sarawak, Butiran P.6 - 00116 adakah termasuk projek jalan, bekalan air dan elektrik? Projek Peruntukan Tambahan Sarawak di bawah B.6, P.6 - 00116 merupakan projek Rancangan Malaysia Kesembilan yang dikhususkan untuk negeri Sarawak. Senarai projek adalah projek infrastruktur jalan, projek bekalan air luar bandar, projek bekalan elektrik luar bandar dan lain-lain. Yang Berhormat Bukit Mertajam memohon penjelasan mengenai projek di Bandar Perda seperti pasar dan gerai yang telah siap tetapi tidak digunakan. Difahamkan bahawa strukturnya tidak selamat, adakah ini benar?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi, Projek Bazaar Perdana di Bandar Perda, Seberang Prai Tengah telah dibina pada bulan Disember tahun 1996 dan telah memperoleh Sijil Layak Menduduki pada 12 Februari 2004. Projek ini merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat di Bandar Perda yang diusahakan secara usaha sama antara Perda dengan pihak pemaju. Kos pembangunan yang terlibat bagi bangunan Bazar Perdana berjumlah RM22 juta dan sebanyak 1,150 unit bazar telah dibina dan hanya 11 unit yang belum dijual. Ini bermakna hampir 98 unit bazar dan gerai di Bandar Perda telah dijual dan diserahkan kepada pembeli. Beberapa inisiatif dan usaha telah diambil oleh pihak pemaju untuk menghidupkan perniagaan di bazar tersebut. Antara inisiatif yang telah dibuat ialah 60 gerai telah beroperasi apabila memperoleh Sijil Layak Menduduki. Namun begitu lama-kelamaan bilangan gerai yang beroperasi telah berkurangan kepada dua unit sahaja. Pada tahun 2005, inisiatif mewujudkan pasar malam dan pasar tani telah dibuat dan dibangunkan di bangunan tersebut, tetapi hanya bertahan selama satu setengah bulan sahaja. Walau bagaimanapun usaha-usaha berterusan akan terus diambil untuk memajukan perniagaan di kawasan tersebut.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Mengenai struktur bangunan, pihak pemaju telah mendapatkan pengesahan daripada juru perunding yang dilantik bahawa ia selamat untuk digunakan. Pemantauan ke atas struktur bangunan sentiasa dibuat oleh pihak pemaju. Tuan Pengerusi..

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, adakah ini menunjukkan bahawa pihak Perda sudah gagal untuk meningkatkan penyertaan ekonomi bumiputera. Kerana di situ, mengapa dia menjual, semua telah dibeli. Akan tetapi dia tidak dapat menjalankan perniagaan, bukankah pembeli-pembeli ini sedang mengalami kerugian. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini apakah tindakan yang konkrit yang boleh dilaksanakan supaya dia dapat menghidupkan semula perniagaan di situ. Ataupun dia pun memang tidak pernah adakan perniagaan di situ.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Ya, memang projek ini boleh dianggap sebagai satu projek yang gagal. Kita memang dukacita bahawa perkara seperti ini berlaku. Kerajaan melalui Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan untuk Pulau Pinang telah mengambil projek ini sebagai satu projek untuk diselesaikan. Saya akan memberikan maklumat tambahan kepada Yang Berhormat selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan untuk Pulau Pinang bulan depan. Yang Berhormat Sri Gading dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain telah membangkitkan satu isu yang difikirkan sebagai satu isu yang begitu penting sekali iaitu isu e-Kasih. Isu ini penting sebab banyak projek dan program-program yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh akan bergantung kepada senarai e-Kasih. Memang diakui telah timbul beberapa masalah dan isu-isu dalam sistem e-Kasih dan Perdana Menteri sendiri telah memberi satu amanat kepada Pengarah ICU yang baru Datuk Shukri untuk memberi keutamaan yang tinggi kepada isu e-Kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, sumber data e-Kasih adalah berdasarkan bancian kemiskinan yang dilaksanakan mengikut metodologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pada fasa satu bermula pada tahun 2007 hingga 2008, hasil daripada bancian fasa satu telah menemui sebanyak 44,643 ketua isi rumah miskin tegar dan 53,557 miskin dan 83,364 mudah miskin yang merupakan golongan yang berpendapatan ke atas PGK tetapi berpendapatan tidak melebihi RM1,000 untuk luar bandar dan tidak melebihi RM1,500 untuk bandar. Golongan mudah miskin merupakan kumpulan yang mudah terjerumus ke dalam kumpulan miskin ataupun miskin tegar. Senarai ini kemudiannya diedarkan kepada pemimpin tempatan untuk disemak, setakat ini ICU, JPM telah menerima 89,000 senarai nama tambahan untuk dibanci. Semua senarai nama tambahan ini telah dibanci dan dikemaskinikan ke dalam e-Kasih pada 30 September 2009. Dengan penambahan ini bilangan ketua isi rumah yang berdaftar di dalam e-Kasih telah meningkatkan kepada 49,519 miskin tegar, miskin 68,003 dan mudah miskin 111,063. Bilangan ini senantiasa berubah mengikut perubahan taraf hidup individu berkenaan serta bantuan-bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Berkaitan dengan pengemaskinian data dalam e- Kasih yang turut ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Lipis. Proses pengemaskinian dan pemutihan senarai kemiskinan ke dalam sistem e-Kasih diselaraskan oleh jentera focus group kemiskinan di peringkat pusat, negeri, daerah, yang dianggotai oleh agensi dan jabatan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan serta pemimpin tempatan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri minta laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Betul diadakan satu bancian seperti Yang Berhormat nyatakan. Akan tetapi saya hendak tahu bila bancian ini dibuat? Yang Berhormat Menteri juga ada menyatakan tadi bahawa, selepas bancian ini dibuat ia akan balik semula kepada pemimpin masyarakat supaya bancian ini lebih kurang nearly 100 peratus betul.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi apa maklum balas yang saya dapat daripada pemimpin masyarakat setempat itu, mereka menyatakan bahawa mereka tidak dirujuk langsung. Siapakah yang membuat bancian-bancian ini? Saya diberitahu bahawa bancian ini dibuat oleh part time staff, dengan izin. Jadinya adakah mereka ini penduduk setempat itu sendiri ataupun daripada luar kawasan. Apabila mereka masuk ke kawasan tersebut, apa yang harus mereka buat. Yang Berhormat Menteri adalah patut berhubung dengan masyarakat setempat yang lebih tahu dan lebih arif dengan penduduk tempatan. Minta penjelasan mengenai perkara itu.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Yang Berhormat Menteri perkara sama.

Perkara sama, perkara sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kanowit.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Saya dahulu ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya telah pun menyuarakan masalah e-Kasih ini. Sebab di kawasan pedalaman lebih-lebih lagi di kawasan Sarawak ini, mereka yang membuat bancian ini memang tidak sampai ke rumah panjang-rumah panjang di hulu sungai sebab satu, masalah pengangkutan dan kedua, mungkin mereka tidak mempunyai cukup perbelanjaan ataupun resource untuk pergi ke sana. Jadi disebabkan masalah ini tadi, banyak kawasan-kawasan di hulu sungai itu tidak dibuat bancian. Jadi itu mengelirukan list- list yang telah sampai di kawasan pedalaman dan district office pun mempunyai list yang tidak menyeluruh, yang betul-betul atau tidak tepat. Jadi inilah masalahnya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi lagi Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Lenggong. (cid:2) Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Menteri. Sistem e-Kasih ini memang diakui berguna, cuma masalah data itu diperoleh dengan kaedah yang rasanya tidak begitu baik dan sempurna. Kita tahu bahawa institusi kerajaan di bawah ialah JKK, kita ada ketua kampung. Kenapa tidak digunakan JKK sebagai satu kaedah untuk mendapatkan data-data kemiskinan kerana mereka juga adalah orang yang paling rapat dengan rakyat di bawah. Itu satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Keduanya, Jawatankuasa Focus Group. Kita perlu akui bahawa, mungkin dia kaya sekarang, tetapi tiba-tiba dia boleh jadi miskin kerana kematian suami dan sebagainya atas faktor-faktor tertentu yang memerlukan kerajaan membantu seberapa segera. Ataupun misalnya, tiba-tiba ada rumah terbakar dan sebagainya, perlu dibantu segera dan sebagainya. Akan tetapi, namanya tidak ada dalam e-Kasih menyebabkan peruntukan tersebut tidak boleh diberi. Soalan saya, bolehkah tidak ICU membenarkan Jawatankuasa Focus Group ini di peringkat daerah untuk memperakukan jika mana-mana yang tidak ada nama dalam e- Kasih tetapi layak dan perlu dibantu. Maka, jika jawatankuasa itu memperakukan, dibenarkan untuk dibantu walaupun nama tidak ada dalam sistem e-Kasih atas sebab- sebab tertentu. Ini kerana banyak lagi sebenarnya, kalau dibuat bancian, misalnya yang dibuat melalui sistem SUBUR ini, terlalu ramai lagi sebenarnya, berganda. Saya ingat kalau dibuat bancian sekali lagi, bukan 49,000 tetapi melebihi daripada angka itu yang layak terima pelbagai bantuan. Menjadi masalah juga kepada kita kerana tidak adil. Ini kerana semua agensi menggunakan e-Kasih sebagai panduan untuk pemberian bantuan. Bantuan rumah dia dapat, bantuan pertanian dia dapat, daripada KEMAS dia dapat, daripada Giat MARA dia dapat, semua dia dapat. Jadi, itulah perkara yang perlu dibuat penilaian. Jadi, saya fikir bahawa kaedah untuk mendapatkan data ini harus dikemas kini kerana lambat pegawai hendak turun ke bawah, untuk berjumpa dan membuat siasatan terutamanya. Contohnya di kawasan Lenggong misalnya dan di Parlimen Grik sekali. Satu daerah, seorang pegawai atau pegawainya tidak ramai. Dia perlu menyiasat dalam satu kawasan yang cukup luas. Kalau dia hendak menyiasat 1,000 orang pemohon, saya ingat setahun pun tidak selesai.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jadi kalau ini berlaku, bagaimana kita hendak mempercepatkan proses untuk membasmi kemiskinan? Jadi, saya harap kita gerakkan melalui Jawatankuasa Focus Group dan cuba kita aktifkan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) ini untuk memainkan peranan membantu bagi mendapatkan data-data kemiskinan ini. Terima kasih Menteri.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sedikit?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri lagi Yang Berhormat?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Satu lagi untuk Kota Belud. Terima kasih Tuan Pengerusi. Kota Belud seperti mana yang saya selalu katakan, adalah merupakan antara daerah yang termiskin. Apabila saya melihat senarai yang ada di pejabat daerah melalui focus group yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong tadi, saya mempunyai permasalahan dalam sistem ini sebab pejabat daerah mempunyai beribu-ribu lagi permohonan baru yang telah pun diluluskan melalui focus group ini. Akan tetapi apabila ditanya kenapa tidak dimasukkan dalam e-Kasih, mereka juga tidak tahu bila bancian ataupun pengemaskinian dibuat. Kalau saya melihat jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri dua, tiga minggu yang lepas, bancian hanya dibuat pada tahun 2007 dan 2009. Bermakna dua tahun. Ada tidak cara mekanisme bagaimana pengemaskinian ini dibuat lebih kerap, supaya proses membersihkan list ini boleh dibuat. Sama ada mengeluarkan yang telah kaya, ataupun memasukkan orang-orang baru yang perlu dimasukkan ke dalam e-Kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud, saya ingin masukkan dalam perbahasan Yang Berhormat senarai e-Kasih di kawasan saya termasuk juga kontraktor Kelas ‘F’ dengan restaurant operator.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya masukkan ucapan Tuan Pengerusi... [Ketawa] Dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi pun Ahli Parlimen.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah, adakah sistem e-Kasih itu salah ataupun anggaran yang kita gunakan iaitu paras garis kemiskinan yang salah? Ini kerana kita sekarang ini hendak blame sistem e-Kasih tetapi pada pandangan saya, masalah itu ialah anggaran, RM720 untuk Peninsular Malaysia, Semenanjung Malaysia yang digunakan. Ini saya fikir adalah satu anggaran yang tidak realistik langsung dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat tukar. Actually, increase, menaikkan taraf RM720 itu ke tahap yang saya fikir adalah munasabah. Isu kedua ini ialah, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa e-Kasih akan digunakan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai satu important mechanism. Soalan saya ialah, kalau kita hendak menggunakan for Tenth Malaysia Plan, Rancangan Malaysia Kesepuluh, maka kita akan under estimate poverty, kemiskinan di Malaysia, dan kerajaan tidak akan dapat mengatasi isu kemiskinan. Oleh sebab itu pada soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri pada dua minggu lalu, saya menanyakan bahawa, adakah kerajaan telah tukar paras garis kemiskinan daripada RM720 kepada RM3,000 yang digunakan untuk Wilayah Persekutuan? So, saya tidak dapat answer, jawapan daripada pihak Menteri. Mungkin Menteri boleh mengatakan, apakah sebenarnya paras garis kemiskinan ini? Adakah untuk bandar- bandar di Malaysia lain daripada luar bandar? Ataupun apakah cara yang baru yang kita mesti gunakan supaya kita dapat menangani isu kemiskinan di bandar-bandar?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Saya mencadangkan bahawa kita ada apa yang dipanggil, the new poor di bandar- bandar kita di Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya fikir, kalau kita menggunakan RM720 sebagai garis paras kemiskinan, maka kita akan under estimate dan kita tidak akan dapat menangani isu kemiskinan. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Menteri...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Ya?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Berkenaan e-Kasih lagi ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pernah bertanya satu soalan bertulis kepada Dewan berkenaan bilangan keluarga miskin tegar di Parlimen saya. Jawapan yang saya terima ialah 35 keluarga daripada data e-Kasih. Saya berjumpa dengan Pengarah Pembangunan Negeri, dan mengatakan bahawa data ini salah kerana saya sendiri boleh beri data beratu-ratus keluarga di bawah paras garis kemiskinan yang mengikut paras garis kemiskinan yang kita tetapkan. Pengarah Pembangunan Negeri mengaku bahawa orang bawah tidak buat kerja. Maksudnya, tidak dapat maklumat yang tepat. Mungkin ketua kampung ataupun JKK beri arahan hendak maklumat dan beri nama keluarga-keluarga mereka. Jadi di sini saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi maklum balas, apakah yang telah berlaku di sini? Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Pengerusi, banyak pendapat dan syor telah diberi dan syor dan pendapat ini boleh dikategorikan dalam dua peringkat. Satu, tentang isu sama ada senarai e-Kasih ini lengkap, mencerminkan kedudukan kemiskinan di wilayah, bandar dan kampung-kampung. Dari cadangan dan juga kritik yang dibuat di Dewan yang mulia ini, nampaknya senarai e-Kasih itu tidak lengkap dan inti patinya kita perlu akui. Saya bercadang untuk minta Ketua Pengarah ICU dalam dua, tiga hari ini untuk memberi satu penjelasan tentang cara yang digunakan pada masa ini kepada semua Ahli Yang Berhormat, dan untuk mendapat cadangan-cadangan dari Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat untuk kita laksanakan dalam e-Kasih. Ini saya akan minta ICU buat dalam dua, tiga hari ini...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan Menteri sedikit ya?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya, sebenarnya memang berlaku soal-soal seperti ini. Kawasan saya di mana petugas-petugas ini merupakan orang awam yang dipilih oleh agensi pelaksana ini dan mereka diberi elaun harian. Jadi sudah tentu mereka tidak boleh mengerjakan amanah ini sebab..., contohnya, kawasan Kinabatangan memang begitu luas, dan kemiskinan di Kinabatangan ini adalah nombor dua termiskin di Sabah dan Malaysia, tetapi nampak dalam senarai hanya 2,000 lebih. Eh, ini ramai orang sudah marah! So, sekarang saya minta semua agensi kerajaan yang dikepalai oleh pegawai daerah, untuk masuk kampung- kampung untuk memastikan kebenaran dan kesahihannya. Insya-Allah, saya rasa dalam dua minggu ini kita akan dapat maklumat-maklumat yang tepat mengenai berapa sebenarnya rakyat miskin tegar, miskin mudah dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Dari cadangan-cadangan yang diterima ini, kita akan bentuk kembali kaedah dalam sistem e-Kasih. Isu kedua ialah, sama ada takrif definisi kemiskinan ini masih kita gunakan iaitu untuk Semenanjung Malaysia RM720 dan lebih daripada itu untuk Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Definisi ini masih dipakai tetapi kerajaan mengakui bahawa sungguhpun ada juga golongan yang pendapatan mereka lebih daripada RM720 tidak hidup selesa. Jadi, oleh sebab itulah sudah wujud dalam e-Kasih itu sendiri satu golongan atau kategori yang ditakrifkan sebagai mudah miskin, vulnerable group. Mereka ini mungkin kehidupannya tidak miskin pada masa ini tetapi dalam masa yang pantas oleh sebab akibat suami kemalangan dan lain-lain sebab, mereka boleh kembali hidup di bawah kategori miskin. Jadi, kumpulan ini telah pun dikategorikan dan kategori kumpulan ini sudah ada. Yang Amat Berhormat sendiri telah memberi satu kenyataan bahawa di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur, sungguhpun gaji seorang yang bekerja melebihi daripada RM2,000 atau mungkin hampir ke RM3,000, ini tidak bermakna mereka dapat hidup selesa kerana mungkin memiliki ramai anak, kos pengangkutan dan sewa rumah. Kita juga melihat cara kita dapat membantu golongan ini di bandar. Akan tetapi, definisi kemiskinan tidak berubah di mana kemiskinan masih lagi 220, masih kekal. Akan tetapi, kita juga melihat kepada golongan yang lain dan kita sedar bahawa kita harus memberi bantuan bukan sahaja kepada golongan yang ditakrifkan sebagai miskin tetapi juga golongan-golongan yang lain sungguhpun bukan miskin tetapi berpendapatan rendah. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada satu aspek perbincangan oleh Yang Berhormat Klang tadi tentang keadaan di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat seperti Yang Berhormat Klang tadi menyebut bahawa cabaran yang paling utama pada masa kini ialah cabaran yang berpunca daripada pengurangan domestic consumption, penggunaan domestik. Ini kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar peningkatan atau kadar pendapatan bagi ramai penduduk majoriti di Amerika Syarikat tidak meningkat. Ini benar dalam banyak kajian kita lihat dalam sepuluh tahun kebelakangan di Amerika Syarikat hanya pendapatan 0.1 peratus sahaja yang meningkat iaitu yang paling kaya menjadi lebih kaya. Secara puratanya, gaji penduduk tidak meningkat khasnya jika diukur secara real income. Daripada aspek real income tidak meningkat. Akan tetapi, kesimpulan Yang Berhormat buat tadi bahawa ini telah mengakibatkan pengurangan dalam domestic consumption, penggunaan domestik adalah tidak benar. Oleh sebab di Amerika Syarikat sungguhpun paras gaji tidak meningkat dan pada masa yang sama kadar simpanan adalah kosong. Tidak menyimpan dan tiada simpanan bukan seperti kita membuat simpanan 34 peratus. Kadar simpanan kosong dan gaji tidak meningkat. Akan tetapi consumption meningkat. Adakah ini silap mata, mengapa ini boleh berlaku? Ini berlaku kerana di dalam sistem kapitalisme Amerika Syarikat sejak tahun-tahun kebelakangan ini sudah wujud satu cara untuk memberi satu keselesaan kepada penduduk dari segi tempat tinggal. Jadi, ramai penduduk termasuk mereka yang tidak mampu membeli rumah dengan membantu mereka membeli rumah dan harga rumah pula sentiasa meningkat. Apabila harga rumah meningkat, mereka akan refinance rumah itu dengan adanya perbezaan dan mereka menggunakan perbezaan itu untuk consumption bagi membolehkan mereka bercuti, membeli kereta, televisyen dan lain-lain. Bukan daripada hasil simpanan atau gaji, tetapi daripada harga perumahan yang meningkat. Inilah yang menjadi masalah di Amerika Syarikat. Ini merupakan satu ponzi skim tidak boleh kekal selama-lamanya. Akhirnya, apabila harga rumah tidak meningkat bahkan menurun bagai menjadi satu malapetaka atau depression di mana kita tahu akibatnya. Ini di Amerika Syarikat. Akan tetapi, di Malaysia kita tidak menggunakan sistem seperti itu di mana kita menggunakan sistem yang lebih berhemah. Kita melihat bahawa di Malaysia gaji dan pendapatan rakyat sentiasa meningkat. Saya hendak memberi satu contoh sahaja iaitu perbezaan di antara tahun 2004 dan 2008. |Pendapatan Tahun 2004 (RM)|Penduduk (peratus)| |--------------------------|-----------------:| |2,000 ke bawah | 45.3| |2,000 - 3,999 | 30.7| |4,000 ke atas | 24.0|<END_TABLE_MARKER>

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

|Pendapatan Tahun 2008 (RM)|Penduduk (peratus)| |--------------------------|-----------------:| |2,000 ke bawah | 35.3| |2,000 - 3,999 | 32.9| |4,000 ke atas | 31.6|<END_TABLE_MARKER> Ini menunjukkan bahawa dalam sistem ini, kita sentiasa memastikan bahawa pendapatan rakyat sentiasa meningkat secara adil...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya hendak habis sedikit lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Satu lagi point yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Klang tadi tentang sistem yang berasaskan kepada gaji rendah. Saya hendak habis sedikit sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Gaji rendah. Yang Berhormat mencadangkan bahawa sistem ini tidak boleh digunakan sekarang dan kita harus menukar kepada satu sistem yang berasaskan kepada pendapatan tinggi untuk kos yang tinggi. Saya setuju 100 peratus. Ini juga telah menjadi satu dasar kerajaan di mana kita tidak mahu lagi ekonomi kita berasaskan kepada sistem gaji rendah. Mungkin pada suatu masa dahulu pada tahun 60-an dan 70-an, bilangan kadar pengangguran begitu tinggi di mana kita menerima pelaburan-pelaburan yang datang untuk melabur di negara kita dalam assembly plan yang tidak memerlukan value added yang tinggi dan anak-anak kita di kampung-kampung mendapat pekerjaan dengan gaji yang rendah. Mungkin itu sesuai untuk tahun 50-an, 60-an dan 70-an. Polisi ini memang kita mengakui tidak sesuai pada zaman sekarang atas dua sebab. Tuan Pengerusi, pertama, sungguhpun kita menawarkan gaji yang rendah, sudah ada negara lain yang menawarkan gaji yang rendah. Keduanya, apabila kita lihat China, India dan negara lain di mana mereka bukan sahaja menawarkan gaji yang rendah tetapi sudah mengambil tindakan, they have already act together untuk melakukan satu lonjakan untuk mempunyai teknologi yang tinggi. Kita juga harus bermula dari sekarang berhijrah ke satu sistem yang berasaskan kepada pendapatan tinggi.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Akan tetapi kalau kita hanya meningkatkan gaji dan pendapatan penduduk, ini tidak akan membawa hasil yang baik kerana ramai pelabur yang datang untuk melabur akan melihat bahawa negara kita adalah sebuah negara yang tinggi kosnya. Oleh yang demikian, gaji patut dinaikkan tetapi pada masa yang sama produktiviti harus ditingkatkan. Jikalau gaji naik dan produktiviti naik tidak menjadi masalah. Saya beri satu contoh yang simple di negara-negara yang kurang maju termasuk juga negara-negara jiran kita. Apabila ada orang pergi main golf, ada empat orang kedi untuk seorang yang main golf. Kebanyakannya kedi wanita dan tiap-tiap kedi, katakan seorang itu bayar tiap-tiap kedi RM50. Jadi empat orang kedi katakan dibayar RM200 untuk kedi. Jadi tiap-tiap kedi mendapat RM50. Seorang itu membayar RM200. Akan tetapi di negara lain, negara maju, seorang kedi boleh menjaga empat orang golfer dan bukan sahaja mereka menjadi kedi yang angkat club dan beri club untuk bos main tetapi mereka boleh baca topografi. Kedi itu tahu club yang kena pakai seven or six or five. Kedi itu tahu dan boleh beri nasihat. Katakan tiap-tiap empat orang itu membayar RM100 kepada kedi tersebut. So, sudah dapat RM400. Itu multi-skilling dan itu satu contoh yang mungkin simple sangat. Akan tetapi itu adalah point yang saya hendak sebut di sini kita harus meningkatkan produktiviti dengan meningkatkan taraf pengetahuan...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

…Skills training, dan juga cara kita mendapatkan FDI kita tidak boleh lagi terima FDI kerana mereka itu FDI. Kita perlu lihat FDI yang datang melabur itu adalah dalam teknologi yang mempunyai innovation, kreativiti, dan yang penting sekali mempunyai value added yang tinggi. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya tidak berkesempatan sebentar tadi untuk memberikan input saya tentang perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa. Akan tetapi ringkasnya kalau saya cuba faham apa yang cuba disampaikan dan dihuraikan oleh Menteri sebentar tadi, mungkin dalam bahasa rumusannya adalah satu model ekonomi baru dan ini yang kita tunggu-tunggu. Saya juga faham bahawa kita hanya ada dua bulan lagi yang dikatakan sebagai Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) itu yang diketuai oleh Tan Sri Amirsham A. Aziz dan dikatakan baru-baru ini telah melibatkan sembilan orang pakar dan ini sudah mengambil masa lebih kurang, enam bulan ataupun sedikit kurang daripada itu. Akan tetapi sehingga ke hari ini kita belum mendengar apa-apa pun. Semasa Tun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menghadapi krisis dan bertindak untuk menubuhkan majlis yang dipanggil sebagai MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) lantas kumpulan itu keluar dengan satu rejim yang agak drastik mempunyai measures agak drastik contohnya antara lain measures dana harta dan sebagainya. Kita sudah nampak kesannya dan baik buruknya pun sudah hari ini menjadi satu yang boleh kita ukur. Akan tetapi sehingga kini Yang Berhormat Menteri, kita belum ada lagi. Sebutannya sudah dibuat dan beberapa lontarannya juga telah dibuat dalam bajet sulung Menteri Kewangan. Akan tetapi kalau dilihat secara keseluruhan khususnya tentang measuresnya itu, Dewan yang mulia ini masih belum mendengar satu articulation, satu penampilan, satu pembentangan yang menyeluruh sifatnya. Both the big picture and the macro and micro pictures. Jadi kadangkala sebutan-sebutan tentang leapfrogging, daripada middle-income trap kepada satu yang bersifat berpendapatan tinggi. Kita nampak, maaf saya guna istilah ini. Retoriknya panjang. Long on rhetoric but short on the measure, short on the specific kerana pada akhirnya saya ingat rakyat pun tidak tahu. Pada akhirnya it is all about total quality of life, satu kualiti hidup, yang menjadi ukuran itu adalah sama ada rakyat lebih makmur. Dengan izin, are we better off or are we worse off? Apakah ia meninggalkan satu natijah yang baik bagi rakyat? Atau mereka lebih kurang sama sahaja. Bagi yang berpendapatan tinggi itu tetap tinggi tetapi yang di kampung, bagaimana for those golongan low-income? Jadi ringkasnya Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh mencelah. Akhirnya tidak boleh kita ambil secara serpihan ini. We cannot take it piecemeal atau secara runcit. Runcit saya tengok, contohnya kalau kita bercakap mengenai higher-income, betul. Higher- income rejim berpendapatan tinggi tetapi kita banyak lagi trap atau kekangan, contohnya there isn’t a downward pressure on pay. Contoh, kita masih tidak lagi dapat keluarkan negara daripada these low cheap unskilled labors atau pekerja asing yang gaji murah. Oleh kerana itu, the lower rank of our rakyat, pekerja kita of the work force trap dengan persaingan dari pekerja-pekerja asing. Jadi unless you release that bottleneck they cannot move. Kita mesti atasi kekangan ini. Their upward social mobility ataupun income moving forward itu tidak dapat berlaku. Kita perlu enakmen ‘gaji minimum’. Itu satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Keduanya pula. Sedikit lagi Tuan Pengerusi. Akhirnya esok it is all about, do they have better disposable income? Itu sahaja. Apakah dengan mereka membawa pulang satu berpendapatan ‘boleh berbelanja’ dan dengan itu berlaku consumption atau boleh berbelanja yang lebih besar? That is C factor in the GDP. Jadi jikalau consumption itu dapat dipertingkatkan baru ‘G’ factor, government spending itu boleh diturunkan, investment..., I factor itu pula boleh dinaikkan dengan private investment dan consumption pula walaupun kita hanya 26 juta penduduk, tetapi consumption boleh berbelanja, lebih luas dan melebar maka kita boleh pacu ekonomi kita dengan domestic demand. Permintaan domestik ini belum jelas.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Panjang sangat ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang sangat Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi okey. Ringkasnya Yang Berhormat Menteri kalau boleh saya katakan kita menunggu model itu... [Dewan riuh] Kita menunggu model ekonomi yang dikatakan model baru itu. Jikalau lambat sangat nanti Pakatan Rakyat buat model baru. Terima kasih... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri mahu beri laluan lagi Yang Berhormat? Ya. Sila Yang Berhormat Sungai Siput terawal bangun Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ringkas sahaja. Saya gembira mendengar kerajaan setuju kita mesti adakan satu gaji yang lebih tinggi. Akan tetapi apakah yang datang dahulu? Produktiviti naik atau gaji naik? Pada masa ini gaji yang rendah tidak memberi insentif kepada majikan untuk mencari cara untuk menaikkan produktiviti dan kapasiti pekerja. So, itu masalahnya. Kita tunggu untuk produktiviti naik tetapi kita membenarkan pekerja asing di bawah dan gaji begitu rendah. Bilakah produktiviti akan naik? Jadi saya rasa apa yang kerajaan harus buat ialah membawa satu akta gaji minimum, di mana gaji minimum dinaikkan peringkat demi peringkat beberapa tahun. Pada masa yang sama kita beri subsidi tax. Tax break untuk syarikat-syarikat swasta yang mengikut jadual tersebut. So, we give them incentives untuk menaikkan gaji dan apabila mereka naikkan gaji untuk mendapatkan tax break tetapi mereka juga akan mencari cara untuk memastikan pekerja mereka lebih produktif. So, we got to create incentives. Kita tunggu sahaja dengan satu dasar gaji yang begitu rendah, it will never get there. We got to do something about it. Terima kasih.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa wage technician di kalangan pekerja-pekerja Amerika Syarikat merupakan satu sebab yang mengakibatkan krisis ekonomi di sana. Akan tetapi cara mereka mengatasi wage technician itu ialah dua sebab pada pandangan saya. Saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa satu ialah house price appreciation. Akan tetapi yang kedua itu ialah pinjaman daripada bank. Sebenarnya household debt to GDP, 100 peratus di Amerika Syarikat. Household debt adalah 100 peratus GDP di Amerika Syarikat. Saya nampak fenomena ini sama dengan Malaysia Yang Berhormat Menteri. Kita dapati bahawa sekarang pinjaman sektor rumah tangga daripada bank-bank telah meningkat daripada 34.4 peratus dalam tahun 2000 kepada 55.9 peratus pada 2007 dan anggaran kerajaan telah juga menunjukkan bahawa, saya ingat ini figures Bank Negara bahawa ratio of household debt to GDP telah melambung daripada 47 peratus dalam tahun 2000 kepada 67 peratus pada 2007. Saya fikir ini merupakan satu keadaan yang unsustainable. Oleh sebab kekurangan gaji, maka rumah-rumah tangga Malaysia terpaksa pinjam daripada bank untuk menampung keluarga mereka. The biggest ialah the three tickets ialah satu property, kedua kereta (vehicle), dan ketiga credit card dan sebagainya. So saya fikir... Sebenarnya apa yang kita hendak ialah... We are moving into a very unsustainable terrain untuk ekonomi kita dan saya fikir the high income economy must take place very soon not in 10 years time because this is going to a worried higher unsustainable level.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Menteri saya ingin baca satu kenyataan akhbar dan yang keluar dalam Sinar Harian 15 November 2009. Pandangan ini diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dia membandingkan kerajaan Barisan Nasional dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagaimana mereka menolong orang-orang India keluar daripada masalah kemiskinan dan saya baca verbatim. Ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dia mengatakan bahawa, “Pendekatan PR iaitu Pakatan Rakyat dalam membela kaum India di negara ini cukup berbeza dengan Barisan Nasional. Contohnya dalam Bajet 2010, 10 peratus daripada RM200 bilion diperuntukkan untuk kepentingan kaum India.” Ini nampaknya kalau benar, RM20 bilion akan ditujukan kepada golongan India untuk memulihkan keadaan sosioekonomi mereka supaya mereka boleh masuk kepada main stream dalam negara ini. Adakah ini benar Yang Berhormat Menteri atau adakah ini polemik politik Barisan Nasional? Dan jikalau ini tidak benar, saya fikir ia tidak benar, kalau ia benar, apakah sebenarnya wang yang diperuntukkan kepada kaum India di Malaysia supaya dapat memulihkan suasana sosioekonomi mereka? Sekian, terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Soalan berhubung dengan peruntukan bajet mungkin kita akan timbulkan kembali pada Menteri Kewangan semasa bajet. Saya setuju tentang isu dilema yang kita hadapi kadang-kadang. Cabaran yang kita hadapi. Apa yang kita harus lakukan dahulu. Meningkatkan gaji dahulu atau meningkatkan produktiviti dahulu dan selepas itu meningkatkan gaji. The sequencing, the expect sequencing begitu penting dan oleh kerana itulah kita telah mengambil masa sedikit dalam pembentukan new economic model dan new economic model memang dibentuk dan satu jawatankuasa serta satu majlis telah diwujudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ini sudah satu menjadi priority untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tidak lama, mungkin dalam masa yang singkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri akan memberikan pandangan dan akan memberikan..., speak on this issue of new economic model. Akan tetapi isu new economic model, saya setuju kita tidak boleh tunggu lama. Tidak boleh tunggu lima, sepuluh tahun sebab kita sudah pun terperangkap dalam kategori high middle income, tetapi masih middle income dan kita harus mengeluarkan diri kita, mengangkat diri kita keluar daripada perangkap ini dengan serta-merta. Akan tetapi oleh sebab isu produktiviti ini begitu penting dan ini melibatkan juga isu-isu tentang FDI dan juga pelaburan dalam negeri dan isu-isu berhubung dengan pengambilan buruh kasar dari luar negara. Banyak isu yang terlibat dan kita harus mewujudkan satu kerangka yang menyeluruh dengan mengambil faktor-faktor yang terlibat. Akan tetapi saya faham tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ini adalah isu-isu penting untuk negara. Sekiranya kita ingin memastikan bahawa anak-anak kita dan cucu-cucu kita hidup dalam keadaan selesa pada masa hadapan, inilah cabaran yang penting sekali untuk mewujudkan satu framework, satu kerangka untuk model ekonomi baru sebab kalau kita tidak maju, kalau kita tidak mengangkatkan diri kita dan negara kita keluar dari perangkap middle income ini, bukan kita tidak akan maju malahan kita akan mundur. Isu yang kita hadapi ialah sama ada kita maju atau tidak maju, sama ada kita maju atau mundur. Jadi we have no option but to move forward. Itu sahaja Tuan Pengerusi, isu- isu yang saya ingin huraikan, tetapi ada juga dua tiga isu yang saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, saya jemput lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2010 di peringkat Jawatankuasa dan menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Antaranya Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Shah Alam. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, bagi memudahkan penggulungan saya akan menjawab berdasarkan isu-isu ini mengikut agensi-agensi iaitu JAKIM, JKSM, JAWHAR, Tabung Haji, JAWI dan Majlis Agama Islam Persekutuan iaitu MAIWP. Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan isu tentang jumlah surau dan masjid yang telah diberi peruntukan serta pembinaan rumah-rumah ibadat agama lain mengikut prosedur. Setakat ini bilangan masjid yang didaftar di seluruh Malaysia ialah 6,119 buah dan surau berjumlah 18,227 buah. Daripada jumlah tersebut hanya 100 buah masjid dan surau yang telah memohon untuk projek baik pulih dan naik taraf dan telah diluluskan dengan peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji dan menilai peruntukan yang diperlukan bagi membaik pulih dan menaik taraf masjid dan surau negara ini. Berkaitan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam, ia adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan dan JAKIM hanya mengeluarkan garis panduan pembinaan rumah ibadat untuk dijadikan panduan oleh PBT. Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan projek surau dibina di green space tanpa ada perancangan yang teliti. Merujuk kepada Pulau Pinang secara khusus terdapat 46 buah masjid dan 111 surau dibina dan didaftar di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sehubungan itu, setiap pembinaan masjid dan surau diluluskan dan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan dan pengisiannya dikawal selia oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Begitu juga dengan garis panduan pembinaan rumah ibadat telah digubal oleh pihak JAKIM dan dijadikan panduan oleh pihak berkuasa tempatan. Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan tentang pendirian JAKIM untuk melantik seorang Mufti Negara kerana banyak isu agama yang berkaitan dengan Islam akan dapat diselesaikan secara tepat. Mufti Negara akan memberikan pandangan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai isu agama yang berbangkit di peringkat nasional. Isu Mufti Negara ini telah beberapa kali dibincangkan di Parlimen. Walau bagaimanapun isu pelantikan Mufti Negara belum dapat dilaksanakan sehingga kini kerana terikat dengan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Negeri yang menyebut bahawa urusan agama adalah di bawah bidang kuasa negeri. Namun begitu kajian akan dibuat dari semasa ke semasa untuk melihat kesesuaian bagi melantik Mufti Negara tersebut. Yang Berhormat Silam membangkitkan tentang Pusat Latihan Daerah Silam yang dirasakan perlu beroperasi dengan serius untuk pembangunan insan dan memohon supaya JAKIM mengambil inisiatif untuk mewujudkan Darul Quran Sabah untuk pembangunan dan perkembangan Islam di Sabah. Bagi menyahut cabaran dan keperluan semasa sesuai dengan perkembangan institusi pendidikan dan latihan negara ini khususnya di negeri Sabah. JAKIM telah mencadangkan semua pusat latihan JAKIM di negeri Sabah dinaik taraf kepada institusi dengan mengambil kira penstrukturan semula JAKIM serta menstrukturkan semula kursus- kursus sesuai dengan keperluan semasa termasuk dengan mewujudkan program peringkat diploma berkembar Pusat Latihan Dakwah Keningau dengan IKMAS Sarawak. Pihak Darul Quran JAKIM telah mengambil inisiatif bersama dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qirad Sabah untuk melatih pelajar di negeri Sabah di peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qirad dan mereka yang tamat pengajian dalam bidang Al- Quran, akan berkhidmat dengan pelbagai agensi kerajaan seperti guru, imam dan sebagainya.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Begitu juga Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu RM2.9 juta Program Tahfiz Al-Quran di Darul Quran, yang mana dicadangkan supaya Darul Quran dinaikkan kepada taraf universiti. Penubuhan Kolej Universiti Darul Quran masih di peringkat perbincangan. Sebagai langkah awal ke arah penubuhan Kolej Universiti Darul Quran telah mewujudkan Program Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunah dengan kepujian secara kawal selia oleh USIM di Darul Quran. Pihak JAKIM mengenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah tinggi bagi menampung keperluan untuk memenuhi prasyarat penubuhan universiti. Pihak Darul Quran juga perlu menyediakan prasarana yang mencukupi bagi kemudahan tersebut. Yang Berhormat Simpang Renggam membangkitkan tentang isu jumlah halal hub dan kenapa keuntungan yang diperoleh tidak digunakan untuk membangunkan projek halal hub yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, halal hub adalah di bawah tanggungjawab HDC dan buat masa sekarang HDC telah dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sebagaimana yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2010, jadi Yang Berhormat boleh bangkitkan semula dalam peringkat Jawatankuasa bagi MITI. Yang Berhormat Marang membangkitkan isu bagaimana kerajaan menangani penyalahgunaan sijil halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Memang kerajaan memandang serius isu penyalahgunaan sijil halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak kami mengadakan pemantauan secara berkala melalui aduan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi membendung masalah tersebut. Akta Halal sedang dirangka dan dijangka akan dibentangkan dalam Parlimen nanti. Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan isu peruntukan JAKIM untuk KAFA Pahang supaya ditambah peruntukan kelas KAFA dan memohon selain penyelia diadakan juga pembantu tadbir untuk kelas KAFA. Penambahan kelas KAFA bergantung kepada permohonan daripada agensi pelaksana KAFA negeri. Pihak negeri perlu meneliti keperluan penambahan kelas berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan. KAFA ditetapkan oleh JAKIM dan JAKIM akan menimbangkan permohonan daripada pihak negeri berdasarkan keperluan semasa dan juga peruntukan kewangan. Buat masa ini pihak JAKIM hanya menyediakan elaun untuk guru dan penyelia KAFA sahaja dan belum ada lagi elaun untuk pembantu tadbir untuk menyelia kelas KAFA. Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu supaya JAKIM memperbanyakkan program-program keagamaan di Limbang. JAKIM mengambil kira saranan ini secara serius untuk membantu Jabatan Agama Islam Sarawak, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan NGO dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di negeri Sarawak serta melaksanakan pemantauan bagi menangani isu-isu sosial. Yang Berhormat Shah Alam membangkitkan isu perancangan JAKIM dalam membantu SUHAKAM berkaitan hal-hal akidah serta pandangan Islam tentang hak asasi manusia. JAKIM telah menyusun dan merancang pelbagai program berbentuk pengukuhan akidah secara menyeluruh kepada semua masyarakat Islam, ia tidak terhad kepada mana- mana pihak atau pertubuhan termasuklah SUHAKAM dan sebagainya. Antara program yang telah dilaksanakan oleh pihak JAKIM secara berkala dan tetap setiap tahun ialah: (i) seminar-seminar akidah; (ii) dialog akidah dengan masyarakat setempat; (iii) penjelasan isu-isu akidah semasa; (iv) muzakarah membanteras ajaran sesat; (v) ceramah dan forum berkaitan akidah; dan (vi) khutbah Jumaat. Islam memandang berat tentang isu hak asasi manusia kerana ia terkandung dalam prinsip Islam yang menjaga keperluan asas manusia melalui prinsip syariah.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Prinsip ini meliputi penjagaan agama, diri, akal, maruah dan harta, serta prinsip ini diterapkan secara langsung dalam pelbagai saluran, antaranya melalui keputusan- keputusan muzakarah jawatankuasa kebangsaan, contohnya dalam isu-isu yang membabitkan wanita dan sebagainya. Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu dalam agensi JKSM supaya mengenal pasti kaedah hukuman sebat yang hendak dilaksanakan, supaya diadakan persediaan dan garis panduan untuk melaksanakan hukuman. Bidang JKSM hanya untuk menyediakan draf kaedah sebatan bersama dengan negeri-negeri. Negeri-negeri akan mengambil draf tersebut untuk diwartakan di negeri masing-masing. JKSM dalam proses menyediakan draf berpandukan kaedah sebatan di Kelantan yang telah pun dilaksanakan. Yang Berhormat Silam juga membangkitkan supaya Mahkamah JKSM di Sabah diluaskan bidang kuasa supaya tidak semata-mata bertumpu di Tawau. Berkaitan bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS), semua daerah di Sabah adalah terangkum di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Sabah seperti di negeri-negeri lain di seluruh negara. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa projek menambah kemudahan Bangunan Mahkamah Rendah Syariah untuk kemudahan penduduk pedalaman di Sabah memang sedang berjalan. Buat masa sekarang bangunan sedia ada iaitu bangunan kita sendiri memang telah ada di Kudat, Tawau, Beaufort dan Kota Kinabalu. Bangunan dalam pembinaan di Semporna dan Kinabatangan, bangunan yang telah siap di Lahad Datu, Beaufort dan yang dalam proses sewaan di Kota Belud. Yang Berhormat Limbang membangkitkan isu kes mahkamah yang tertangguh di Limbang. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak mengakui berlaku sedikit kelewatan bagi sesetengah kes di daerah Limbang khususnya kes yang perlu didengar dengan segera seperti kes permohonan wali hakim. Ini disebabkan ketiadaan hakim tetap di daerah Limbang setelah persaraan hakim sebelum ini, iaitu pada dua tahun lepas. Pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk membuat pengisian baru tetapi disebabkan ketiadaan calon dari anak negeri Sarawak, sehingga kini jawatan tersebut masih kosong. Jawatan hakim di Mahkamah Syariah ini tidak dapat diisi lagi, walau bagaimanapun pihak kerajaan negeri telah pun mengenal pasti calon-calon pelajar yang boleh dicadangkan untuk mengisi kekosongan tersebut. Yang Berhormat Ledang membangkitkan isu tanah wakaf, sejauh manakah JAWHAR mengambil perhatian dan tindakan. Mengikut rekod e-Bayanat iaitu pangkalan data JAWHAR, keluasan tanah wakaf seluruh negara sehingga 31 Oktober 2009 ialah 2745.26 hektar dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi RMK-9 kerajaan telah memperuntukkan 256.5 juta untuk membangunkan 19 projek fizikal dan 4 projek bukan fizikal di seluruh negara. Kesemua projek berjalan mengikut jadual yang dirancang.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh JAWHAR telah menerima cadangan 70 projek yang melibatkan peruntukan RM2 bilion dan projek ini melibatkan projek-projek yang memberi manfaat kepada ummah dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Labuan membangkitkan isu Kota Haji bagi Wilayah Labuan...

Minta laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Terima kasih atas ulasan tentang JAWHAR tadi. Sebenarnya selain daripada JAWHAR saya juga membangkitkan tentang di Malaysia banyak kalau tidak silap saya RM28 bilion harta dalam bentuk tanah, duit, saham dan lain-lain kepunyaan orang Islam yang tidak dituntut.

Jadi saya ingin tahu apakah sebenarnya perancangan JAKIM ke atas harta-harta tersebut kepada saya boleh dimanfaatkan untuk faedah umum. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya apabila merujuk kepada harta wakaf kita merujuk kepada keluasan dan bukannya kepada jumlah dari segi berapa bilion Yang Berhormat telah sebut. Kalau merujuk kepada jumlah-jumlah harta wakaf Yang Berhormat sebut tadi, untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf di setiap negeri. Jadi mereka menguruskan aset-aset wakaf tersebut terutamanya wakaf tunai, jadi pihak MAIN boleh menggunakan wakaf tunai untuk manfaat ummah dan boleh mencadangkan kepada pihak JAWHAR tentang program-program ataupun projek yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak JAWHAR itu sendiri.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya minat juga pasal JAWHAR tadi. Boleh? Tuan Pengerusi, seperti juga yang dilaporkan, jumlah ataupun nilai keseluruhan selain daripada yang disebut oleh rakan Ledang tadi, katanya jumlah nilai tersebut mencecah lebih RM60 bilion keseluruhannya. Cara ataupun penilaian yang dibuat itu mungkin seperti yang Timbalan Menteri kata tadi berbeza di antara negeri ke negeri. Saya hendak tanya pandangan Timbalan Menteri oleh kerana kita menggalakkan banyak produk perbankan Islam yang sedang mahupun telah diformulasikan untuk ditawarkan kepada pengguna-pengguna yang berminat kepada produk-produk perbankan Islam. Adakah cadangan kementerian ataupun jabatan di bawah supervision dengan izin, Timbalan Menteri untuk mengabung jalin antara polisi dan juga potensi produk-produk perbankan Islam ini dengan isu atau produk yang tertakluk di bawah pentadbiran JAWHAR tadi, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak dapat menyebut di sini secara khusus seperti mana Yang Berhormat sebut RM28 bilion. Sebab setakat ini memang tidak ada satu rekod khusus mengenai jumlah wang wakaf sama ada dalam akaun wang tidak dituntut ataupun yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Jadi saya tidak dapat menyatakan jumlah sebenar sama ada RM28 bilion ataupun RM60 bilion yang Yang Berhormat sebut tadi. Berkenaan dengan dari segi supervision di bawah JAWHAR sendiri. Seperti mana yang telah saya sebut dalam jawapan, pemegang amanah tunggal ini adalah pihak negeri, yang dapat kita buat ialah sekiranya pihak negeri sendiri berusaha untuk mencadangkan kepada pihak JAWHAR supaya kalau pun ada seperti mana Yang Berhormat sebut tadi potensi produk-produk perbankan Islam itu dapat menambahkan lagi, menjana pendapatan tadi, kita harus menunggu supaya inisiatif ini dilakukan oleh pihak Majlis Agama Islam sendiri kepada pihak JAWHAR. Barulah kita boleh bertindak kepada mereka kerana ini adalah pemegang amanah yang tunggal. Saya merujuk kepada perkara dalam agensi Tabung Haji yang mana Yang Berhormat Labuan membangkitkan tentang kuota haji bagi Wilayah Labuan. Dikatakan bahawa penduduk Islam di Labuan ialah 80,000 dan kenapa kuota haji 0.1 peratus daripada keseluruhan orang Islam di Labuan tidak diguna pakai. Yang sepatutnya adalah 80 orang tetapi hanya 23 orang sahaja daripada Wilayah Labuan yang menunaikan haji pada tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, giliran menunaikan fardu haji bukan berdasarkan kepada kuota negeri-negeri. Akan tetapi berdasarkan kepada tarikh dan masa bakal haji itu mendaftar untuk menunaikan haji kerana pihak Tabung Haji hanya menggunakan satu sistem sahaja iaitu sistem queue. Bermakna first come first serve, dengan izin. Siapa yang mendaftar terlebih awal, maka diberikan keutamaan kepada dia dan bukan mengikut kepada keutamaan jumlah penduduk Islam dalam sesebuah kawasan tersebut. Jadi tidak ada giliran atau kuota khas bagi setiap negeri di Malaysia dan kuota 0.1 peratus itu adalah kuota untuk negara Malaysia sendiri.

Menteri, mencelah sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Berhubung dengan kuota haji ini, Menteri mengatakan tadi ikut queue. Saya rasa ini mungkin dari segi teori ada tetapi dari segi praktikalnya tidak berlaku. Sebab kita lihat kalau sekiranya seseorang itu mendaftar, kata lima tahun atau tujuh tahun.

Akan tetapi mereka ini kebiasaannya ada yang sudah dua kali, tiga kali, apakah kerajaan mempunyai ataupun Tabung Haji mempunyai bentuk peratusan. Misalnya, kalau kali yang kedua itu, berapa peratus di dalam kuota itu mereka berada di dalam senarai queue. Ataupun orang yang pertama kali itu, berapa peratus yang berada dalam queue tersebut. Bermakna kalau sekiranya tidak ada peratusan begini, saya rasa memang orang yang sudah tiga kali, empat kali, mungkin setiap tahun kalau dia ada connection dengan mungkin mereka yang dekat dengan Tabung Haji boleh pergi tiap-tiap tahunlah. Saya harap boleh mendapat jawapan dari Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini Yang Berhormat, kita tidak dapat menahan kalau orang itu hendak menunaikan haji untuk kali kedua, ketiga ataupun seterusnya. Ianya berdasarkan kepada kemampuan. Bagaimana pun pihak Tabung Haji memang memberi perhatian. Kalau sekiranya yang hendak pergi haji itu apabila dia hendak mendaftar kita dapat makluman dalam rekod bahawa dia telah pun menunaikan untuk kali yang lebih dari dua tiga kali, kita juga dalam masa yang sama mempertimbangkan sekiranya ada rayuan yang tertentu. Rayuan khusus. Kalau Yang Berhormat ada dari kawasan yang ada masalah tertentu seperti masalah kesihatan, warga emas yang terpaksa didahulukan, memang itu diberi perhatian oleh pihak Tabung Haji. Jadi saya rasa tidak timbul masalah mengapa perlukan peratusan kepada orang-orang yang hendak menunaikan haji sama ada kali yang pertama mahupun kali yang ketiga. Akan tetapi secara ringkasnya pihak Tabung Haji akan melihat juga bahawa mereka yang hendak menunaikan haji itu dihadkan sekurang-kurangnya setakat lima kali sahaja, kita akan pastikan bahawa kali yang keenam itu tidak lagi diberi peluang tetapi diberi peluang kepada orang lain yang mendaftar untuk kali pertama. Yang Berhormat Labuan membangkitkan juga isu kampung-kampung di Labuan tidak mempunyai surau yang sempurna dan pihak kerajaan perlu peka kerana 70 peratus penduduk adalah umat Islam. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan surau adalah didirikan oleh orang persendirian dan pertubuhan. Di Labuan, pengurusan masjid diuruskan oleh Jawatankuasa Sukarela yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Bagi membaik pulih keadaan masjid dan surau yang sedia ada, sejumlah RM500,000 telah diluluskan melalui Pakej Rangsangan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pertengahan tahun 2009 untuk keceriaan masjid dan sebanyak 20 permohonan pembaikan masjid dan surau telah diluluskan dan kesemuanya telah dilaksanakan mengikut kepada peruntukan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, tanggungjawab untuk membina rumah ibadat seperti surau dalam sesebuah bangunan adalah tanggungjawab kerajaan tempatan atau jika di Labuan, Perbadanan Labuan. Pihak perbadanan boleh menentukan dalam pelan perancangan pembinaan pembangunan dengan mengambil kira kemudahan tempat ibadat umat Islam. Walau bagaimanapun JAWI akan menimbangkan cadangan Yang Berhormat bagi membina surau sekiranya ada tapak dan menjadi keperluan umat Islam yang dirasakan sesuai. Yang Berhormat Lipis membangkitkan cadangan membina perkuburan di kawasan bersebelahan dengan Tugu Negara dan lot-lot kubur akan dijual atau dikenakan bayaran. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan tapak perkuburan di Wilayah Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dimaklumkan bawah lot-lot perkuburan Islam tidak dikenakan sebarang bayaran. Yang Berhormat boleh membangkitkan semula isu ini di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah dan Persekutuan. Isu yang berkaitan dengan MAIWP telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang berkenaan dengan berapakah amaun duit zakat yang digunakan untuk pembinaan hospital dan projek-projek perumahan di Damansara dan adakah ia menguntungkan.

Berhubung dengan projek pembangunan di kawasan Bukit Damansara, MAIWP pernah bercadang untuk membangunkan sebuah kompleks halal hab di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, disebabkan bantahan daripada penduduk setempat, projek berkenaan tidak diteruskan dan telah pun dibatalkan.

Yang Berhormat Labuan membangkitkan isu rasa tidak puas hati dengan pentadbiran dan Jawatankuasa Baitulmal kerana bantuan yang diagihkan tidak seperti sepatutnya. Jawatankuasa Baitulmal berperanan dalam mengagihkan zakat di Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Agihan ini dilakukan kepada golongan asnaf yang ditetapkan berlandaskan ketetapan hukum syarak seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Cuma setakat ini agihan di Labuan terpaksa merujuk kepada Wilayah Persekutuan sehinggalah kita dapat melantik pengerusi yang sesuai untuk menggantikan pengerusi yang sedia ada. Untuk Wilayah Persekutuan Labuan, daripada Januari sehingga 31 Oktober 2009 sejumlah RM6,155,032.84 peruntukan wang zakat telah diagihkan kepada asnaf yang layak untuk menerimanya. Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada yang bangun. Yang Berhormat Labuan. Silakan, Yang Berhormat.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang diberikan tadi tentang pembahagian daripada Baitulmal. Walau bagaimanapun memang ada pembahagian, tetapi apa yang kita lihat seolah-olah pembahagian tersebut dipolitikkan, yang mana sebahagian daripada orang kita, terutamanya penyokong-penyokong Ahli Parlimen, penyokong Barisan Nasional mengeluh seolah-olah yang dulunya mereka mendapat bantuan, tetapi sekarang mereka tidak dapat bantuan. Kononnya, “Ah, mereka ini orang Datuk Yussof!”... [Disorak] Akan tetapi, ini seharusnya tidak berlaku kerana dalam urusan agama pun dipolitikkan, saya rasa ini bukan satu cara pentadbiran yang baik. Kalau boleh Jawatankuasa Baitulmal di Labuan harus dirombak semula dan dipilih orang-orang tertentu yang lebih arif tentang kedudukan orang-orang susah di Labuan, yang mana orang-orang yang lama lebih tahu siapa yang seharusnya menerima dan siapa yang seharusnya tidak menerima. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tambah sedikit boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Ini berkenaan zakat. Saya cuma hendak rujuk kepada jawapan yang diberi kepada saya oleh Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri di atas pertanyaan berkenaan kutipan zakat, jawapan yang diberi untuk sepanjang tahun 2008. Jumlah kutipan zakat secara keseluruhannya adalah RM1.03 bilion dan di antara negeri yang tertinggi mengutip zakat termasuklah Johor, Selangor dan sebahagian Wilayah Persekutuan dengan RM210 juta lebih kutipan zakat. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jumlah kutipan yang mencecah RM1 bilion setiap tahun sekurang-kurangnya untuk tiga tahun terakhir sehingga 2008? Kita dapati golongan sasar diikuti juga dengan beberapa pakej bantuan yang juga disediakan oleh kementerian-kementerian lain. Seharusnya persoalan tentang kemiskinan ini sepatutnya terhapus secara sepenuhnya (complete), tetapi nampak gaya macam ada satu disparity yang terbentuk di sini. Saya tidak tahu sama kedudukan pungutan zakat ini perlu dilihat dan ditadbir dengan cara ataupun mekanisme pengagihannya mengikut kaca mata di kementerian yang bertanggungjawab ataupun bantuan-bantuan yang lain di bawah kementerian-kementerian lain itu juga harus digembleng sama untuk memanfaatkan jumlah pungutan zakat yang begini besar pada setiap tahun. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Labuan, saya ingin menekankan di sini bahawa dalam isu pembahagian zakat memang tidak ada timbul isu politik pada mana-mana pihak pun sebab ini adalah perkara yang berkaitan dengan ibadat. Adalah mustahil bagi kita untuk membahagikan asnaf ini, kecuali kalau mereka ini memang termasuk dalam golongan asnaf yang memang layak. Jadi, tidak timbul sama ada mereka ini adalah orang-orang tertentu daripada pihak-pihak yang tertentu.

Walau bagaimanapun, pihak kami mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sedia maklum bahawa ada nama-nama yang selayaknya dapat, tetapi tidak menerima bantuan tersebut dalam senarai yang telah diagihkan, Yang Berhormat boleh mencadangkan kepada pihak MAIWP nama-nama tersebut. Berkenaan dengan Jawatankuasa Baitulmal itu sama ada perlu dirombak, sebenarnya sepertimana yang saya sebutkan tadi itu kita masih lagi mencari untuk meletakkan pengerusi yang sesuai. Insya-Allah, apabila pengerusi yang sesuai telah dilantik, saya kira nama-nama cadangan asnaf yang menerima itu akan lebih sistematik untuk disusun pada mereka yang dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota menyebut tentang kutipan zakat. Yang Berhormat, sebenarnya kutipan zakat ini adalah diagih dan dikutip oleh negeri-negeri. Apa yang pihak JAWHAR buat hanyalah memberi pandangan, garis panduan dan nasihat tentang agihan tersebut. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa harus ada satu mekanisme pengagihan di mana supaya akhirnya kita akan melihat bahawa persoalan kemiskinan ini akan dapat dikurangkan. Saya tidak bersetujulah kalau Yang Berhormat kata tidak ada langsung terhapus secara sepenuhnya. Persoalan kemiskinan ini mungkin dapat kita kurangkan dengan adanya skim-skim daripada kementerian- kementerian yang lain. Ini adalah satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Indera Mahkota supaya diselaraskan soal pembahagian zakat ini dengan skim-skim yang sedia ada. Kita akan cuba bawa perkara ini dalam mesyuarat bersama dengan Baitulmal ataupun kita kata pihak pungutan dan agihan zakat daripada negeri-negeri itu sendiri kerana ini adalah bidang kuasa hak mutlak untuk pengagihan daripada negeri. Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat mengenai hal-ehwal Islam yang sempat dijawab. Mana-mana yang tidak sempat dijawab akan dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM66,289,900 untuk Maksud B.1; RM1,547,700 untuk Maksud B.2; RM125,842,400 untuk Maksud B.3; RM34,796,300 untuk Maksud B.4; RM44,017,300 untuk Maksud B.5; RM3,955,945,800 untuk Maksud B.6; RM1,793,092,400 untuk Maksud B.7; RM117,548,400 untuk Maksud B.8; RM156,845,500 untuk Maksud B.9 dan RM14,313,800 untuk Maksud B.40 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM66,289,900 untuk Maksud B.1; RM1,547,700 untuk Maksud B.2; RM125,842,400 untuk Maksud B.3; RM34,796,300 untuk Maksud B.4; RM44,017,300 untuk Maksud B.5; RM3,955,945,800 untuk Maksud B.6; RM1,793,092,400 untuk Maksud B.7, RM117,548,400 untuk Maksud B.8; RM156,845,500 untuk Maksud B.9 dan RM14,313,800 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM8,237,944,000 untuk Maksud P.6 dan RM52,040,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM8,237,944,000 untuk Maksud P.6 dan RM52,040,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Rabu, 18 November 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.49 petang.