Dewan Rakyat · 18 November 2009

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 720 turns · 44,628 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang · question

1. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Kewangan menyatakan, bilangan usahawan yang dapat dilahirkan dan projek perniagaan yang dapat dibangunkan menerusi Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) termasuk Skim PROSPER Siswazah oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sehingga 30 September 2009.

Dato’ Dr. Awang Adek HussinTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PUNB ketika ini telah mengurus tiga pakej pembiayaan untuk membangunkan usahawan bumiputera di bawah Skim PROSPER iaitu Skim PROSPER Runcit, Pemborong PROSPER dan PROSPER Siswazah. Skim PROSPER Runcit telah dilancarkan pada akhir tahun 2000 dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan penyertaan bumiputera dalam bidang peruncitan. Skim ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada usahawan. Setakat 30 September 2009 seramai 3,276 usahawan telah diberi kelulusan pembiayaan yang melibatkan 1,887 buah perniagaan. Nilai pembiayaan yang diluluskan ialah sebanyak RM319.6 juta. Bidang- bidang perniagaan yang diceburi ialah: (i) peruncitan – 303 perniagaan; (ii) tekstil, pakaian dan aksesori - 226 perniagaan; (iii) makanan dan minuman – 188 perniagaan; (iv) bengkel kenderaan -147 perniagaan; dan (v) pengusahaan stesen minyak – 128 perniagaan. Skim Pemborong PROSPER pula telah dilancarkan pada tahun 2006 untuk melengkapkan rantaian pembekalan dalam bidang pengedaran dan peruncitan. Skim ini juga telah mendapat sambutan yang baik di mana seramai 211 usahawan telah diberi kelulusan pembiayaan yang melibatkan 94 perniagaan. Nilai pembiayaan yang diluluskan ialah sebanyak RM169.9 juta. Bidang-bidang yang diceburi ialah: (i) tekstil, pakaian dan aksesori – 19 perniagaan; (ii) logam dan bahan binaan – 15 perniagaan; (iii) penjualan makanan dan produk pertanian - 13 perniagaan; (iv) telekomunikasi – 9 perniagaan; dan (v) kedai runcit – 8 perniagaan. Skim PROSPER Siswazah telah dilancarkan pada akhir tahun 2005 untuk membimbing dan membangunkan siswazah muda bumiputera yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan. Setakat 30 September 2009 seramai 427 usahawan telah diberi kelulusan pembiayaan yang melibatkan 391 perniagaan. Nilai pembiayaan yang diluluskan ialah sebanyak RM14.4 juta.

Dato’ Dr. Awang Adek HussinTimbalan Menteri Kewangan II

Bidang-bidang perniagaan yang diceburi oleh siswazah ialah makanan dan minuman, pakaian dan aksesori, dan telekomunikasi. Manakala pendidikan dan perdagangan juga merupakan sebahagian daripada jenis perniagaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebagai langkah penambahbaikan kepada Skim PROSPER Siswazah, PUNB telah melancarkan satu program perantis – apprenticeship siswazah pada bulan April 2009. Program ini bertujuan untuk menggalakkan siswazah muda menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara terancang di samping membantu negara mengurangkan kadar pengangguran semasa. PUNB menyasarkan seramai 2,000 siswazah dapat dilahirkan dalam jangka masa dua tahun di bawah program tersebut. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah mewujudkan skim ini dan seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ramai yang telah kita beri menyertai program ini, tetapi ada juga saya percaya yang gagal dalam skim ini. Jadi, saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebab-sebabnya usahawan kita masih lagi gagal walaupun program ini merupakan satu program yang baik dan tersusun. Modal disediakan dan produk pun telah ada, premis pun telah dikenal pasti, bimbingan ataupun kursus pun disediakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalannya, Yang Berhormat.

Soalannya, Tuan Yang di- Pertua, ini bermakna semuanya telah lengkap tetapi ia masih gagal lagi. Jadi saya minta apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Seperti yang dikatakan bahawa memang terdapat juga usahawan-usahawan yang gagal. Pencapaiannya sudah tentulah tidak 100 peratus. Ini adalah kerana skim ini merupakan satu skim pembangunan usahawan untuk membantu dan membangun usahawan bumiputera khususnya.

Untuk membantu mereka, syarat-syarat yang dikenakan adalah agak minimum sekali. Ini satu daripada perkara yang biasa kita dengar bahawa kadangkala peniaga- peniaga sukar mendapat pembiayaan kerana syarat-syaratnya terlalu ketat. Jadi dalam syarat-syarat yang dikenakan dalam Skim PROSPER ini ialah: (i) tidak ada cagaran; (ii) tidak perlu guarantor pun; (iii) boleh bagi usahawan baru dan juga usahawan yang sedia ada. Bagi yang sudah berniaga pun untuk mengembangkannya pun boleh, yang baru hendak masuk ke dalam skim ini pun boleh; dan juga (iv) sumbangan modal yang diperlukan daripada akaun peserta ialah 10 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhannya. 90 peratus dibiayai melalui Skim PROSPER ini. Jadi syarat kelayakan sebenarnya bergantung kepada temu duga dan menilai seseorang itu, kesungguhannya dan komitmen dia. Di samping itu ada juga dikenakan kawalan. Tidaklah semestinya semua yang hendak masuk itu dibenarkan. Umpamanya daripada jumlah yang memohon, hanya 30 peratus sahaja yang berjaya mendapat kelulusan dalam permohonan mereka. Jadi bayangkanlah kalau jumlah yang mendapat semuanya hari ini dicampur- campur tiga skim tersebut ialah 3,914 orang. Jadi ini merupakan hanya 30 peratus yang memohon. Jadi yang memohonnya adalah hampir 10,000 orang atau lebih 10,000 orang. Mengapa sebab-sebab masih lagi terdapat kegagalan?

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kegagalan berlaku dalam sektor-sektor yang begitu kompetitif. Umpamanya seseorang yang menceburi dalam bidang peruncitan grocery umpamanya, dan F&B, makanan, kedai sebab sektor ini terlalu kompetitif. Pesaing boleh buka kedai pada bila-bila masa. Jadi kita dapati bahawa dalam sektor inilah banyak yang tidak berjaya. Manakala sektor seperti servis kereta, petrol station, hardware, klinik, doktor perubatan, gigi, ini dari segi kejayaannya adalah lebih tinggi. Jadi apa yang cuba dilakukan oleh Skim PROSPER hari ini adalah cuba menggalakkan usahawan-usahawan ini menceburi bidang-bidang yang kelihatan lebih berjaya, dapat bertahan dengan lebih baik berbanding dengan sektor seperti yang saya sebut tadi itu yang terlalu kompetitif dan terlalu sukar hari ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi. Telah hampir satu dekad Tuan Yang di-Pertua, Skim PROSPER diwujudkan untuk tujuan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan pihak PROSPER sendiri pada bulan Ogos 2008 menyatakan sasaran yang tercapai atas semua aktiviti itu adalah di sekitar 19 peratus. Maka tidak jauh juga bezanya pencapaian dengan dasar DEB yang telah digariskan untuk membantu pihak bumiputera untuk mencapai 30 peratus sasaran minimumnya. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Persidangan APEC di Singapura beberapa hari lalu telah mengumumkan, mengetepikan Dasar Protectionism iaitu melindungi kepada industri-industri terutamanya protectionism ini merujuk kepada kedudukan usahawan-usahawan bumiputera yang sudah tentu juga dalam lingkungan atau bracket Skim PROSPER. Adakah dengan pengecualian atau terhapus Dasar Protectionism ini akan memberikan impak yang negatif? Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam hal ini? Terima kasih.

Skim Protectionism ataupun dasar untuk tidak mengadakan protectionism ini, ini adalah satu dasar yang menyeluruh. Saya rasa seluruh negara di dunia pada hari ini berusaha untuk mengurangkan dengan izin, barriers of protection. Akan tetapi ini tidaklah bererti bahawa usaha-usaha untuk membangunkan usahawan untuk membantu terutama sekali mereka yang memerlukan bantuan. Kalau kita serahkan semua kepada keadaan pasaran, persaingan, tanpa ada sekatan, tanpa ada bantuan, maka ini tidak semestinya yang dikehendaki oleh mana-mana negara pun. Mana-mana negara pun ada usaha untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kita tahu penceburan golongan bumiputera khususnya dalam bidang perniagaan terutama sekali dalam bidang peruncitan ini amatlah kecil sekali. Jadi saya rasa ini tidak memberi apa-apa kesan kepada Skim PROSPER kita ini. Kalaupun dasar baru diumumkan supaya tidak ada protectionism, tidak bererti bahawa Skim PROSPER ini akan dikaji semula ataupun ditutup, itu satu. Keduanya, tentang angka 19 peratus itu saya pun tak pasti daripada mana angka itu datang. Akan tetapi tadi saya ada tanya pegawai dari segi NPL, kadar hutang yang tidak dapat dibayar balik. Kalau dilihat dari segi skim pemborong ini, kadarnya rendah sekali – 3 peratus. Ini kerana Skim Pemborong ini ditumpukan kepada mereka yang sudah berniaga, satu, sudah berniaga. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Skim Pemborong ini juga dibuka untuk penyertaan bukan bumiputera. Dia ada satu ruang untuk berkongsi pemegangan ekuiti bukan bumiputera kalau di bawah 30 peratus boleh sebab kita tahu bukan bumiputera adalah kuat di dalam bidang pemborongan ini. Jadi Skim Pemborongan PROSPER ini hanya 3 peratus sahaja NPL. Skim Siswazah – 10 peratus NPL. Skim Peruncit ini memang, 32 peratus. Ini NPL nya tinggi, 32 peratus tetapi tidaklah 71 peratus ataupun 81 peratus kalau berbanding dengan 19 peratus yang disebutkan tadi. Kalau yang berjaya 19 peratus, berbanding yang gagalnya 71 peratus ataupun 81 peratus. Tidaklah setinggi itu.

Saya sudah sebut tadi ini kerana bidang-bidang yang diceburi itu perlu dikaji semula supaya peserta-peserta baru tidak menjurus kepada bidang-bidang yang begitu sukar untuk bertahan lama seperti peruncitan, grocery, kedai makan dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat yang kedua...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tambah soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingin membawa Yang Berhormat berkongsi dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat di dalam perbahasan yang baru lalu berhubung dengan soalan-soalan di Parlimen, biar dengan ringkas dan Yang Berhormat Menteri menjawab minta ringkas juga. Kalau kita melihat dalam House of Commons Privilege and Rights Act 1952, kita import amalan daripada House of Commons di bawah seksyen 52. Jadi kalau di House of Commons boleh menghabiskan 13 soalan dalam masa setengah jam, jadi kita juga boleh meningkat ke tahap yang lebih tinggi lagi prestasi kita. Jadi Yang Berhormat, itu sahaja saya mohon boleh dapat direalisasikan undang-undang dan peraturan kita sendiri ini.

Liew Chin TongDAP · PHIskandar Puteri · question

2. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, apakah kemampuan simpanan bekalan yang ada dalam penjanaan elektrik, usaha yang dijalankan bagi meningkatkan kecekapan tenaga elektrik bagi kerajaan bagi bangunan kerajaan, industri-industri berintensif dan juga peringkat isi rumah serta apakah keperluan untuk mempunyai kabel bagi Empangan Bakun di bawah dasar laut.

Dato’ Seri Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kadar simpanan bekalan elektrik ataupun reserve margin dengan izin, di Semenanjung Malaysia ketika ini adalah di sekitar 50 peratus manakala di negeri Sabah pula kadar reserve margin adalah di sekitar 7 peratus dan bagi negeri Sarawak, kadar reserve margin adalah sekitar 30 peratus. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap sama ada di peringkat kerajaan mahupun bukan kerajaan. Bagi menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga bagi bangunan kerajaan, kerajaan telah membina dua buah bangunan model cekap tenaga iaitu bangunan low energy office (LEO), Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan bangunan green energy office (GEO), Pusat Tenaga Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut adalah bangunan demonstrasi yang telah direka bentuk dan dibina khusus untuk menunjukkan potensi penjimatan tenaga dalam bangunan. Bangunan Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya pula yang masih dalam pembinaan juga adalah sebuah bangunan mempunyai ciri-ciri kecekapan tenaga aktif dan pasif dalam reka bentuk dan bahan binaannya.

Dato’ Seri Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

Pelbagai program kecekapan tenaga telah dan sedang dijalankan bagi menyelaraskan pelbagai kategori pengguna elektrik termasuk industri yang berintensifkan tenaga dan pengguna-pengguna domestik. Antara program tersebut ialah: (i) menjalankan kajian audit tenaga ke atas beberapa bangunan kerajaan di Putrajaya untuk mengenal pasti langkah-langkah peningkatan kecekapan tenaga yang boleh diambil di bangunan- bangunan tersebut; (ii) menggalakkan dan memperkenalkan program pelabelan cekap tenaga untuk kelengkapan elektrik; (iii) pensijilan penggunaan cekap tenaga oleh juruaudit-juruaudit yang berkelayakan;

Dato’ Seri Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

(iv) menawarkan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai jualan dan duti import bagi peralatan cekap tenaga yang digunakan dan elaun cukai pelaburan bagi syarikat yang menjalankan usaha kecekapan tenaga; (v) mengadakan kempen kesedaran iaitu energy month untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan amalan kecekapan tenaga; dan (vi) mewartakan peraturan-peraturan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap pada 15 Disember 2008, yang mewajibkan pemilik pepasang yang menggunakan tiga juta kwj, tenaga elektrik dalam tempoh enam bulan berturut-turut melantik pengurus tenaga yang memantau penggunaan tenaga elektrik oleh pepasang tersebut dan mencadangkan langkah penjimatan yang perlu diambil. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan membuat keputusan untuk menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidroelektrik Bakun ke Semenanjung yang turut melibatkan pemasangan kabel dasar laut, untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat di Semenanjung. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang pada masa kini membekalkan lebih 90 peratus daripada keperluan elektrik di Semenanjung. Kebergantungan yang besar kepada bahan api fosil mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan dan harga bahan api. Ini boleh menjejaskan keselamatan bekalan elektrik di Semenanjung. Selain itu analisis yang dilaksanakan menunjukkan bahawa kos untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada Projek Hidroelektrik Bakun bagi tempoh jangka panjang adalah lebih rendah daripada kos mendapatkan bekalan elektrik dari loji-loji jana kuasa gas dan arang batu. Oleh itu, penyaluran bekalan elektrik dari Projek Hidroelektrik Bakun ke Semenanjung adalah penting bagi menjamin bekalan elektrik yang mencukupi, berdaya harap dan pada harga yang berpatutan di Semenanjung. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya agak hairan bahawa reserve kapasiti di Semenanjung telah mencecah 50 peratus atau angka yang saya perolehi 42 peratus sahaja. Soalan saya berapakah kos kabel dasar laut itu dan juga kenapa electricity tidak disalurkan ke Sabah yang memerlukannya dan disalurkan ke Semenanjung. Walaupun kos hidro itu murah tetapi kabel itu memang mahal, kalau ditambah saya tidak nampak rasionalnya. Minta tolong jawab, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua mengenai rasional saya sudah sebut bahawa di Semenanjung 90 peratus jana kuasa pada masa ini adalah jana kuasa yang menggunakan bahan api fosil iaitu gas ataupun arang batu. Oleh sebab itu energy mix dengan izin, adalah terlalu tinggi bagi Semenanjung, sebab itu kita rangkakan bahawa pada masa kini di Sabah dan Sarawak kalau kita kira jumlah permintaan daripada dua negeri ini, masih tidak memenuhi keupayaan kapasiti Bakun sekarang. Oleh sebab itu untuk jangka panjang adalah elok sejumlah 1700 megawatt daripada Bakun itu dibawa ke Semenanjung melalui kabel-kabel yang saya sebut tadi. Mengenai kos yang saya sebut itu kita anggarkan jumlah kos yang akan terlibat dalam dua kabel yang berkenaan itu adalah hampir RM10 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan atau TNB menjamin untuk membeli tenaga yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar tenaga alternatif ataupun alternative energy dan juga renewable energy yang digalakkan oleh kerajaan pada waktu ini? Kalau sekiranya kerajaan menjamin, tidak adakah kemungkinan ianya akan membebankan pihak kerajaan atau TNB di satu masa kelak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah soalan yang begitu baik juga bagi masa depan untuk penjanaan elektrik di Semenanjung dan juga seluruh Malaysia. Sebenarnya buat masa sekarang kita tidak mempunyai kaedah untuk kerajaan atau TNB menjamin, membeli apa yang dijanakan oleh pihak-pihak tertentu dari segi renewable energy. Akan tetapi adalah jangkaan, bahawa pihak kerajaan kenalah ada satu kaedah feed in tariff yang sekarang dibincangkan, supaya pada masa hadapan renewable energy (RE) ini akan menjadi satu sumber jana kuasa bagi pihak-pihak yang ingin terlibat dalam perkara ini. Kita harap dengan ada feed in tariff, bahawa kelebihan yang dijanakan oleh pihak- pihak yang tertentu dari segi RE ini, mereka bolehlah salurkan kepada grid. Maksudnya kepada TNB atau pihak-pihak lain, di masa akan datang kita masih tidak tentu bahawa hanya satu TNB sahaja yang boleh membeli tenaga daripada pihak-pihak penjana. Ini satu kaedah yang kita sekarang masih bincangkan, tetapi belum tentu lagi sama ada kaedah ini akan diluluskan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi walau bagaimanapun kalau kita mengikut cara yang ada sekarang, adalah susah sedikit sebab kita mensubsidikan banyak tenaga elektrik yang kita salurkan kepada pengguna sama ada industri, komersial dan domestik. Terima kasih.

Mohamad bin AzizUMNO · BNSri Gading · question

3. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana Mahkamah Syariah benar-benar bebas dan berintegriti dalam menjatuhkan sebarang bentuk hukuman dan keputusan tanpa sebarang campur tangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya dimaklumkan Senator daripada Jabatan Perdana Menteri tidak hadir oleh sebab ada tugas luar. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat untuk menjawab.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Insya-Allah cukup tarbiah... [Ketawa] Waalaikumsalam dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kerajaan berkeyakinan akan kebebasan dan integriti Mahkamah Syariah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Selain bersandarkan hukum syarak dan peruntukan perundangan yang ada, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) juga menetapkan satu garis panduan melalui arahan amalan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk dipatuhi termasuklah menetapkan kod-kod etika yang perlu dipatuhi oleh pegawai-pegawai mahkamah seperti Kod Etika Pegawai Sulh, Kod Etika Peguam Syarie dan Kod Etika Hakim. Di antara Kod Etika Hakim Syarie ialah tidak membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas kehakimannya hingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang hakim syarie. Selain itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 8, fasal 1 dan fasal 2 di mana semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang melainkan jika dibenarkan oleh Perlembagaan yang nyata. Manakala dalam Perkara 121(1A), Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula dengan jelas menyatakan mana-mana mahkamah yang dinyatakan dalam Perkara 121(1) tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kesimpulannya, peruntukan sedia ada telah menjamin kebebasan dan integriti Mahkamah Syariah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran ini hebat, Yang Berhormat Batu Pahat ini. Dia boleh menjawab segala-galanya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Mencelah]

Ini tentu menggembirakan sahabatnya Yang Berhormat Permatang Pauh.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Mencelah]

Mahkamah Syariah berkepentingan dalam urusan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam. Semua orang tahu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita kesal apabila sesuatu hukuman dijatuhkan oleh sesebuah Mahkamah Syariah di mana ia dipertikaikan oleh pihak-pihak yang tertentu yang cuba campur tangan, menghina dan memperlekehkan hukum-hukum Islam. Sebagai contoh, kes ratu atau siapa ini, model? Kartika Sari Dewi Sukarno dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah di negeri Pahang. Empunya diri pun sudah bersedia untuk dihukum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ringkaskan soalan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pun menjawab hanya 25 minit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Pesanan Tuan Yang di-Pertua pun dia tidak patuh. Saya cuba cerita Islam ini. Apabila saya bercakap tentang Islam ini ada sahaja orang hendak campur tangan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Saya hendak bercakap mengenai perkara ini kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat kalau hendak...

...Saya tidak boleh sabar orang lain yang bukan Islam menghina hukum-hukum Islam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya...

Jadi, saya sebagai orang Islam cuba hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran bagi pihak Timbalan Menteri Agama sudah sampai pun. Tidak boleh kah Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat setiap perkara ada tempatnya Yang Berhormat.

Akan tetapi, dalam mahkamah sivil orang yang mempertikaikan hukuman dan keputusannya boleh dijatuhkan atau dituduh menghina mahkamah. Dalam Mahkamah Syariah, saya tidak tahu bagaimana. Dengan mudahnya orang menggunakan NGO atau Sisters in Islam kononnya atas dasar kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk campur tangan dalam hukum-hukum Islam yang memang dikhaskan oleh Mahkamah Syariah kepada orang-orang Islam. Siapa hendak menjawab ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tumpu kepada yang sebelah sini Yang Berhormat. Saya akan minta Timbalan Menteri di sebelah sini untuk menjawab.

Sebelah sana pula?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah sampai pun Yang Berhormat berkenaan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Supaya perkara-perkara campur tangan orang lain lebih-lebih lagi orang bukan Islam dalam hal ehwal Islam ini harap diberhentikan. Kerana, ia akan menjadi isu lain. Isu yang boleh menyentuh perasaan orang Islam dan mencetuskan huru-hara dalam negara ini. Biarkanlah Mahkamah Syariah dengan hukum-hakamnya yang memang diterima oleh orang-orang Islam, mengapakah orang-orang bukan Islam hendak campur tangan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Begitu juga ada orang-orang Islam yang menggunakan dan kononnya seperti tahu sangat hukum-hakam Islam ini. Saya minta Yang Berhormat ada tidak satu jalan atau cara...

Memberhentikan...

Boleh bantu saya dengan itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya boleh bantu Yang Berhormat.

Jemput, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Adakah kita mempunyai sistem yang boleh dilaksanakan kepada mereka yang mencerca atau menghina Mahkamah Syariah?

Ini sahaja soalannya...

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sebenarnya apa Yang Berhormat nyatakan tadi pihak kami juga berasa sedih seperti mana Yang Berhormat sebut bahawa adanya bukan setakat di kalangan mereka iaitu individu-individu tertentu malah ada juga daripada NGO yang cuba mempertikaikan hukuman yang sebenarnya telah pun ada termaktub di dalam undang-undang negeri. Lebih menyedihkan lagi Yang Berhormat, undang-undang ini sebenarnya adalah diperkenankan oleh Tuanku Sultan dan kita mengharap bahawa perkara-perkara seperti ini dapat dijadikan iktibar. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jikalau kita merujuk kepada menghina mahkamah ini kita sedia maklum bahawa segala hukum yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah itu harus dihormati oleh semua pihak. Cuma yang menjadi isu pada kes Kartika ini adalah kerana dia sebagai wanita pertama yang dijatuhkan hukuman. Jadi, itu sahaja yang menyebabkan timbulnya kontroversi-kontroversi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan ini berkaitan dengan integriti Mahkamah Syariah di mana soal integriti Mahkamah Syariah boleh disoal oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Jikalau hukum Islam dan maqasid syariah, saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih arif dalam bidang ini tentunya faham bahawa matlamatnya ialah menegakkan keadilan tanpa mengira kaum seperti mana yang ditekankan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Jadi soalnya bukan mengenai soal menyoal. Soalnya ialah memulihkan keyakinan terhadap sistem itu. Jikalau isunya isu minum arak, orang akan bertanya dengan budaya kita dan pembesar-pembesar yang kadang-kadang boleh terkenal dengan minum arak... [Tepuk] Kemudian dihukum seorang manusia kerdil, isu maqasid matlamat syariah itu dipersoalkan. Bukan soal mempertikaikan hukum al-Quran. Ini yang disebut hipokrasi dalam pelaksanaan sistem.... [Tepuk] Ataupun tidak ada konsistensi. Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalannya Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Soalannya, setelah merujuk kepada beberapa ulama termasuk baru-baru ini Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Jum'ah dan juga ulama besar usul fiqh Syeikh Taha Jabir Alwani. Saya terangkan tentang Perkara 121(1A) dan tentang pelaksanaan Mahkamah Syariah. Tidak ada. Saya hormat dan faham Yang Berhormat Timbalan Menteri juga mengikuti perkara ini, sebab itu saya tanya kepada mereka. Tidak ada pertikaian tentang maksud Mahkamah Syariah. Apa yang kita pertikai ini apakah undang-undang yang dilaksanakan begini dan akan membantu memulihkan integriti Mahkamah Syariah di kalangan mata umat Islam, bukan Islam dan di mata dunia seperti mana juga keputusan sewenang-wenang mendakwa di Mahkamah Syariah. Bukan masalahnya di Mahkamah Syariah dan seorang yang tidak dipertikaikan kelayakannya sebagai seorang alim atau mufti tetapi dipertikaikan soal tauliah dalam undang-undang. Jadi, saya minta penjelasan Timbalan Menteri daripada sudut memulihkan keyakinan, regain the respect and integrity seperti mana yang dikehendaki oleh orang Islam dan bukan Islam.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat sendiri menyebut bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memulihkan keyakinan dan Yang Berhormat cuba menekankan di sini soalnya siapa yang ditangkap dan sebagainya. Yang Berhormat, saya tidak sedikit pun mempertikai apabila Yang Berhormat sebut nama-nama besar dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan, cuma soalan Yang Berhormat ini berpusing-pusing sekitar kepada tauliah dan sebagainya. Oleh sebab itu pentingnya di sini Yang Berhormat, dipulihkan keyakinan masyarakat terhadap mahkamah syariah itu sendiri apabila kita boleh menerima hukuman yang telah ditentukan. Jadi, di sini apabila undang-undang ataupun hukuman yang merujuk kepada Kartika tadi telah ditetapkan oleh mahkamah mahupun undang-undang daripada Jabatan Agama Islam Selangor sendiri yang mengatakan soal tauliah itu bukan soal ulama atau tidak. Itu tidak boleh dijadikan sebagai satu lesen besar untuk sesiapa sahaja bercakap tentang agama. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh bawa kereta dengan baik pun di jalan, tetapi Yang Berhormat tak ada lesen, polis tangkap juga Yang Berhormat. Sama juga di sini. Kalau Yang Berhormat boleh bercakap soal agama, tetapi Yang Berhormat tidak ada tauliah, Yang Berhormat tetap terkena kepada soal undang-undang.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia ada lesen jadi mufti. Ada lesen jadi mufti, tak ada lesen bagi kuliah, Yang Berhormat bagi penjelasan itu?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

It is perverted ...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Qiyas ma’al fariq.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Para Muslim scholars.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tanya soal integriti. Kalau ada undang-undang yang bercanggah dengan integriti, kita patut ada tawaduk yang mengatakan patut dikaji semula undang-undang itu.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Speaker, ini tak betul ini. Memang tak betul.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bukan untuk pertahankan.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Memang tak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri datang lambat mana ada integriti! Menteri datang pun lambat mana ada integriti.

Lesen kapal terbang tak boleh bawa lesen kereta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa ini? Yang buat sibuk ini apa hal? Yang Berhormat, kadang-kadang kita berani bercakap Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Menteri tak layak jawab soal integriti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai! Kita kena berani bercakap dan berani juga mendengar Yang Berhormat. Kalau kita berani bercakap, tak berani mendengar, belum cukup keberanian kita.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Akan tetapi, Menteri tidak ada integritilah.

Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu · question

4. Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan di manakah dan bilakah jambatan Beaufort kedua yang merentasi Sungai Padas boleh disiapkan dan adakah jambatan lama akan dibaiki.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, lokasi bagi pembinaan jambatan kedua Sungai Padas Beaufort terletak di KM 97.08 Jalan Persekutuan Kota Kinabalu ke Sindumin. Itu ialah laluan satu. Pembinaan jambatan sepanjang 200 meter jenis, dengan izin, balanced cantilever prestressed box girder telah bermula pada 17 September 2009 dan dijangka siap pada 31 Disember 2010 dengan kos sebanyak RM28.5 juta. Dengan siapnya jambatan kedua ini, sistem rangkaian Jalan Persekutuan Kota Kinabalu – Sindumin lebih terjamin dan tidak terputus. Tahap keselamatan pengguna jalan raya yang terdiri daripada penduduk tempatan yang sering berulang-alik ke Pekan Beaufort untuk melakukan aktiviti harian dan pelancong dari Sarawak dan negara Brunei yang sering berkunjung ke Kota Kinabalu melalui jalan ini juga turut ditambah baik. Tuan Yang di-Pertua, mengenai jambatan lama iaitu jambatan sedia ada, jarak jambatan ini daripada jambatan kedua adalah 1.8 kilometer melalui sungai, Kementerian Kerja Raya berpendapat jambatan lama perlu dikekalkan memandangkan ia merupakan laluan alternatif bagi menyeberangi Sungai Padas. Kementerian Kerja Raya akan menyiapkan pembinaan jambatan kedua Sungai Padas terlebih dahulu dan kerja-kerja pembaikan jambatan lama ini akan dicadang untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh sekiranya kelulusan peruntukan siling yang mencukupi diperoleh. Sekian, terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih di atas jawapan yang baik ini. Ini adalah satu berita yang baik untuk penduduk di Beaufort dan kawasan Sipitang dan Sindumin. Saya nak tanya Menteri, bolehkah kerajaan sediakan satu lane atau satu ruang untuk kereta api menyambung Beaufort ke Sindumin dan akhirnya ke Sarawak? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya peringatkan ini soalan jambatan Beaufort kedua Sungai Padas Yang Berhormat. Kalau ada soalan Sarawak, Sabah, jambatan atau pergi ke kayangan itu, yang itu tak payah jawab.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Betul juga ini. Tuan Yang di-Pertua, saya patuh. Kita tahu ini adalah satu jalan yang kita atau orang dari Sarawak, pelancong, orang-orang di Brunei pergi juga ke Kota Kinabalu melalui jalan ini, laluan satu ini dan melalui Sindumin, Sipitang, Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu. Sebenarnya, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi ialah buat satu lane untuk rel kereta api, tetapi sekarang kalau ada rangkaian kereta api, rel, mungkin ia boleh dimasukkan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Namun, sekarang kita telah buat jambatan, kita boleh tunggu sampai keadaan mendesak kita perlu ada rel dan kita boleh buat satu jambatan untuk rel. Sememangnya jajaran untuk rel mungkin tidak sama dengan jalan raya. Itu sahaja. Terima kasih.

Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit · question

5. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan mempunyai profil yang komprehensif bagi semua kawasan Parlimen terutama dari segi status ekonomi, kemudahan asas, kemiskinan, kesihatan dan pelajaran. Nyatakan kawasan-kawasan Parlimen yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai segi keperluan asas dan pembangunan yang penting untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat di kawasan itu.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kanowit. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak mempunyai profil yang komprehensif bagi semua kawasan Parlimen dari segi status ekonomi, kemudahan asas, kemiskinan, kesihatan dan pelajaran. Walau bagaimanapun, maklumat berkenaan boleh didapati di kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk agensi-agensi di peringkat negeri dan daerah. Maklumat-maklumat berkenaan digunakan oleh agensi berkaitan dalam merangka program-program pembangunan yang berkaitan dengan sektor masing-masing. Walau bagaimanapun, buat masa ini tiada agensi yang membangunkan pangkalan data yang integrated dengan merangkumkan keseluruhan maklumat berkenaan di peringkat nasional, kecuali maklumat mengenai kemiskinan yang boleh diperoleh melalui pangkalan data e- Kasih. Secara umumnya, kawasan-kawasan Parlimen yang bercirikan luar bandar secara relatifnya agak ketinggalan. Walau bagaimanapun, secara umumnya kawasan-kawasan berkenaan telah mempunyai kemudahan asas seperti sekolah dan pusat kesihatan yang dibangunkan oleh kerajaan daripada semasa ke semasa melalui agensi-agensi berkenaan. Kerajaan akan terus melaksanakan pembangunan holistik mengikut keperluan dan kemampuan. Dalam hal ini, kerajaan juga berharap setiap Ahli Parlimen dapat memainkan peranan yang berkesan untuk menjadi penghubung di antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Inilah masalahnya Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab kita tiada profil yang komprehensif kepada satu-satu kawasan. Jadi, soalan tambahan saya adalah dalam membuat perancangan untuk pembangunan di sesuatu kawasan, adakah keperluan atau kekurangan kawasan itu diambil kira supaya adanya keseimbangan pembangunan di seluruh negara? Oleh sebab itu, kita selalu mendengar alasan kerajaan tidak memberi priority pembangunan di satu-satu kawasan disebabkan aktiviti ekonomi tidak ada. Macam mana kita dapat priority kalau jalan, air dan elektrik tidak ada? Ini jadi masalah.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Soalan tambahan kedua saya, apakah kriteria-kriteria utama yang menentukan bahawa sesuatu kawasan itu boleh dikategorikan sebagai maju, miskin atau mundur? Kita juga difahamkan bahawa kita sedang mengejar Wawasan 2020 atau negara yang maju pada masa itu. Soalan saya, adakah kawasan di luar bandar Sarawak dan Sabah diambil kira sama berdasarkan kemajuan sedia ada yang kita khuatir tidak dapat dibangunkan menjelang 2020 dan pada masa itu kita akan digelar sebagai negara yang maju. Adakah ianya diiktiraf berasaskan segelintir negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain- lain. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kanowit. Untuk soalan yang pertama itu, Tuan Yang di-Pertua, apakah feedback atau maklum balas yang digunakan untuk perancangan, untuk pembangunan kawasan-kawasan luar bandar secara holistik. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada banyak kaedah untuk menerima maklum balas daripada semua pihak.

Ada tiga saluran yang utama – satu di peringkat agensi-agensi di peringkat daerah, Ahli-ahli Parlimen sendiri boleh memainkan peranan melalui agensi-agensi ini di dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah di mana makluman ini dapat disalurkan untuk dirangka projek-projek ini. Selepas itu, EPU akan membuat pengagihan dari segi kewangan dan juga dari segi perancangan mengikut keperluan-keperluan yang telah dijadikan inti ataupun asas kepada pembangunan negara. Macam Rancangan Malaysia Kesembilan, kita ada lima teras utama. Salah satu daripadanya, sebagai contoh adalah ketidakseimbangan sosioekonomi. So, kita akan wujudkan satu pelan tindakan untuk merangka program- program dan selepas itu feedback atau maklum balas daripada seluruh negara akan digunakan sebagai data untuk merancang dan diagihkan wang ini kepada semua kementerian-kementerian yang memerlukannya mengikut hala tuju yang telah ditentukan. Untuk soalan yang kedua, apakah ukuran yang akan digunakan untuk menilai maju, miskin, mundur sesebuah negara, adakah pembangunan luar bandar akan digunakan ataupun keadaan luar bandar akan digunakan sebagai ukuran, maka semua negara di dunia memang ada golongan-golongan yang mundur dan juga yang maju. Yang akan jadi ukuran adalah purata. Macam contohnya, Perdana Menteri mengatakan bahawa kita memerlukan 6 peratus kadar pertumbuhan atau kadar untuk terus sampai 2020 untuk mengecapi negara maju, sedangkan tahun ini kita sudah di dalam keadaan negatif sedikit dan mungkin tahun depan kita akan terus ke peringkat yang lebih tinggi sedikit. Maka, akibat daripada keadaan ekonomi yang bergelora, maka kita terpaksa menilai dari semasa ke semasa dan kawasan luar bandar ini tetap akan jadi fokus. Contohnya, pangkalan e-Kasih itu digunakan secara agresif untuk memastikan di manakah kumpulan sasaran yang perlu dijaga supaya asas keperluan hidup tidak dapat dikompromi dalam proses pembangunan ini dan capacity building, pembinaan modal insan akan jadi agenda utama untuk negara untuk memastikan bahawa rakyat berkemampuan untuk berdikari, berusaha daya untuk maju dalam hidupnya. Maka itulah oleh kerana detail kecil-kecil itu kalau hendak, Yang Berhormat jumpalah pasal terlalu banyak detail yang ada tetapi secara umumnya, makro, saya telah ceritakan. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, sementara saya mahu faham dan juga cuba faham tetapi nyata daripada Yang Berhormat Kanowit, sudah lima dekad kita menyusun dan cuba membasmi dan jurangnya, kesenjangannya, disparitynya sama ada digitalnya, incomenya semakin melebar. Jadi persoalan yang dibangkitkan lebih awal tadi adalah bersabit dengan bagaimana apabila kita merancang, kita menggunakan maklumat tersebut. Ini sudah era yang dikatakan knowledge management. Jadi persoalan yang saya ingin tanya, kalau Timbalan Menteri menyebutkan tentang per kapita income, semua orang boleh faham. Ia adalah GDP bahagi dengan seluruh population negara, tetapi ia tidak menunjukkan disparity. Ia gagal menunjukkan disparity. Jadi persoalan saya kini ialah dalam waktu Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, apakah benar-benar persoalan 1Malaysia dari segi menghilangkan jurang Sabah, Sarawak dan juga kadangkala di Malaysia Timur dan di Semenanjung ini pun yang masih kekal dalam kesenjangan ataupun disparity yang begitu ketara kerana sudah lima dekad kita menyusun pembasmian kemiskinan. Masih lagi tetap. Jadi persoalannya apakah kita benar-benar berpandukan knowledge based management dalam perangkaan dan perumusan, persoalan menghapuskan disparity khususnya di luar bandar ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya terharu sedikit kerana emotive, dengan izin, culture yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor apabila kita membicarakan mengenai kemiskinan. Semalam saya melihat Yang Berhormat dari Kuala Selangor menunjukkan ciri yang sama. Maka, memang itu concern kerajaan, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Itu sebabnya kita mulakan integrated dan menggunakan konsep digital ini dalam sistem komputer untuk e-Kasih. Fokus utama kita adalah golongan miskin.

Semasa zaman Pak Lah dan juga sekarang, Dato’ Sri Najib, kita fokus kepada golongan ini dahulu. Kita melihatnya secara holistik, seluruh negara, adakah pengagihan itu dalam masa era baru sekarang setelah kita merdeka lebih 50 tahun, perlu kita melihat bahawa rakyat itu tidak ketinggalan. Maka, oleh kerana itu tafsiran baru telah diukur. Contohnya, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengeluarkan konsep financially stress families yang mungkin akan digolongkan sebagai sedikit atas daripada miskin, RM3,000 kerana sebuah keluarga di bandar Kuala Lumpur, contohnya, dengan adanya sepuluh orang anak, memang mereka ini golongan miskin kerana dia kena menyuap setiap ahli-ahli keluarganya. Maka, konsep definisi ini telah diubahsuaikan, dianjalkan untuk memastikan bahawa kita fit in, dengan izin, kepada senario sekarang. Kedua, capturing, dengan izin, golongan ini di dalam satu sistem data di mana bantuan boleh disalurkan secara lebih sistematik dan berkesan. Bukan sahaja bantuan subsidi, bantuan welfare tetapi bantuan untuk membina dirinya untuk keluar daripada landasan kemiskinan itu. Maka percayalah, Yang Berhormat Kuala Selangor, komitmen dan juga emotif yang di dalam sanubari itu tetap kita rasa sama. Terima kasih.

John a/l FernandezDAP · PRSeremban · question

6. Tuan John Fernandez [Seremban] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengikut prosedur, berapa lama sesuatu laporan perubatan itu sepatutnya dibekalkan kepada pemohon kerana di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan akan mengambil masa yang lama yang kadang kala sehingga enam bulan.

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Bismilaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, proses penyediaan laporan perubatan bermula apabila borang permohonan lengkap diterima oleh Jabatan Rekod Perubatan Hospital yang mengendalikan urusan penyediaan laporan perubatan. Laporan akan disediakan oleh pegawai perubatan atau pakar mengikut kes. Bagi kes-kes medico legal, laporan forensik mungkin diperlukan seperti kes pembunuhan dan lain-lain. Laporan yang disediakan adalah laporan perubatan biasa oleh pegawai perubatan atau laporan perubatan biasa oleh pakar atau terperinci oleh pakar. Bayaran juga dikenakan bagi penyediaan laporan perubatan dengan kadar bayaran RM40 bagi laporan perubatan biasa oleh pegawai perubatan dan bagi perubatan biasa oleh pakar, sebanyak RM80 bagi setiap laporan dan laporan terperinci oleh pakar, anggaran RM200 hingga RM1,000 mengikut kerumitan tidak termasuk laporan bedah siasat ataupun forensik. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tempoh penyediaan laporan perubatan bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima bagi hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut: (i) hospital negeri selama lapan minggu; (ii) hospital berpakar selama empat minggu; (iii) hospital tanpa pakar iaitu dua minggu. Kelewatan penyediaan laporan perubatan oleh Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang dikatakan mengambil masa yang lama, adalah perkara yang mungkin telah berlaku di masa lampau. Masalah ini memang dikenal pasti dan usaha-usaha penambahbaikan telah dijalankan di hospital berkenaan.

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Antara faktor-faktor yang berlakunya kelewatan adalah: (i) Maklumat pesakit yang tidak lengkap semasa permohonan dikemukakan.

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

(ii) Keperluan untuk permohonan laporan perubatan lambat dikemukakan oleh pihak pemohon seperti: (a) surat kebenaran pesakit atau waris yang tidak dapat dipanjangkan; (b) bayaran laporan perubatan belum ataupun tidak dijelaskan oleh pemohon; dan (c) pencarian rekod perubatan yang disimpan oleh pihak hospital. Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa kes berlaku kelewatan kerana prosedur- prosedur yang tidak ditepati. Walau bagaimanapun, usaha penambahbaikan penyediaan laporan perubatan telah pun diperkenalkan mulai Oktober 2008, di mana tempoh penyediaan laporan perubatan bagi hospital negeri dikurangkan kepada empat minggu. Terima kasih.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan saya ialah lain daripada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Bolehkah kita mengambil langkah-langkah lain untuk mempercepatkan proses permohonan perubatan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Untuk langkah-langkah bagi mengatasi kelewatan. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, sebenarnya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia kita mempunyai beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh pengarah-pengarah hospital serta pengarah-pengarah klinikal yang bertanggungjawab. Salah satu inisiatif kualiti oleh Kementerian Kesihatan adalah melalui pemantauan penyediaan laporan perubatan di bawah National Indicator Assurance (NIA). Secara keseluruhan, lebih kurang 50 indicator yang telah ditetapkan oleh kementerian dan jumlah ini akan bertambah mengikut keperluan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, tempoh masa penyediaan laporan perubatan seperti yang saya katakan tadi, dikira dari tarikh permohonan lengkap diterima sehingga tarikh pemohon dimaklumkan mengenai laporan yang telah siap. Berdasarkan standard kualiti yang ditetapkan, pengarah hospital dan juga Ketua-ketua Jabatan Teknikal bertanggungjawab membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti mengenai kelewatan serta mengambil tindakan untuk mengatasinya. Pengarah hospital juga diberi tanggungjawab untuk memberikan perhatian kepada semua aduan yang berkaitan dengan masalah kelewatan laporan perubatan. Dari segi kualiti Yang Berhormat, semua pegawai perlu diberikan taklimat mengenai tugas serta cara untuk menyediakan laporan perubatan serta latihan dan panduan yang berkenaan. Pengarah-pengarah hospital serta Ketua Jabatan Teknikal bertanggungjawab membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan laporan perubatan yang disediakan oleh pegawai adalah lengkap, jelas serta teratur. Isu-isu ini selepas itu dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Rekod Perubatan bagi perbincangan dan juga tindakan. Untuk menjawab secara spesifik soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, semua hospital sebenarnya diberi arahan untuk mengumpulkan statistik mengenai laporan perubatan yang telah disediakan dan statistik ini mengikut laporan perubatan hendaklah dikemukakan setiap enam bulan kepada Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Itu antara langkah-langkah dan selain daripada kita menekankan kepada pegawai-pegawai perubatan serta pakar kita, bahawa inisiatif perlu diambil oleh semua pihak yang berkaitan terutama sekali mengenai laporan-laporan perubatan yang perlu disediakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat ingat ini Hospital Tuanku Jaafar di Seremban Yang Berhormat, jangan tanya cerita Perlis ya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Bukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya mengenai maklumat juga, bukan sahaja di Hospital Tuanku Jaafar, malah hospital di seluruh negara, iaitu sistem maklumat hospital bersepadu. Saya rasa sistem ini telah diperkenalkan di semua hospital bagi membolehkan pesakit mendapat rujukan kes dan juga termasuk segala maklumat yang berkaitan dengan klinikal, pengurusan kewangan dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanan dalam pelaksanaan sistem ini? Adakah kes-kes kelambatan seperti fail hilang, fail tidak ada dalam simpanan, kelambatan membuat laporan masih lagi berlaku walaupun sistem maklumat hospital bersepadu ini diperkenalkan, THIS.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau di atas soalan yang dikemukakan. Mengenai sistem maklumat bersepadu, seperti Yang Berhormat ketahui bahawa rujukan-rujukan kes serta klinikal dibuat di bawah sistem ini. Sekiranya kita membincangkan mengenai keberkesanan, didapati bahawa kes- kes mengenai kes fail yang hilang dan kes-kes kelewatan telah dapat diminimumkan setelah sistem maklumat bersepadu ini diperkenalkan. Sudah tentu secara positifnya sistem ini telah banyak membantu pengurusan dalaman terutama sekali mengenai sistem maklumat kementerian di hospital-hospital dapat diperbaiki dibandingkan daripada dahulu. Terima kasih.

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

7. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta

(a) apakah kementerian sedar bahawa cara mendapatkan buku teks pada awal musim persekolahan dipersulitkan, di mana ibu bapa terpaksa bergegas dari satu pembekal kepada pembekal lain kerana pada banyak keadaan pembekal yang dilantik tidak dapat membekalkan buku secara penuh seperti yang diperlukan; dan (b) jika sedar, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk meringankan kesulitan ibu bapa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Assalamualaikum, salam 1Malaysia. Pelajaran boleh, agama pun boleh, macam Yang Berhormat Permatang Pauh, agama boleh pun, penyiasat ekonomi pun boleh... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak apa Yang Berhormat, jawab Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, dasar perluasan pemberian buku teks kepada semua murid warganegara Malaysia yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2008 sepatutnya tidak memberikan kesulitan kepada murid dan ibu bapa bagi mendapatkan buku teks tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Buku Teks telah memastikan bahawa semua buku teks yang dipesan oleh pihak sekolah akan dibekalkan oleh penerbit, pembekal selewat-lewatnya pada 15 Disember iaitu sebelum sesi persekolahan tahun berikutnya bermula. Bagi murid atau ibu bapa yang ingin membeli buku teks sendiri di pasaran terbuka bolehlah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat awal tentang senarai judul buku dan penerbit melalui katalog yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah dengan cara ini akan membantu dalam membuat pesanan daripada pembekal buku yang dibenarkan ataupun ibu bapa boleh membuat pesanan terus kepada penerbit. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Kinabalu, minta maaf, Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, bukankah ada sistem yang diatur oleh Kementerian Pelajaran. Persoalannya di sini ibu bapa susah dapat buku-buku teks. Mereka pergi dari satu tempat ke satu tempat tetapi tidak ada buku teks.

Jadi adakah kementerian bercadang mungkin pada Januari tahun depan ini, adakah kementerian bercadang soalan saya, Januari tahun depan ini mungkin semua buku teks ini dibekalkan kepada sekolah yang mencukupi supaya ibu bapa tidak lagi pergi ke sana ke mari untuk itu. Kedua, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu, ini central agency yang membekalkan buku teks ini, mereka mengaut keuntungan. Adakah komplot dalam perkara pembekal ini, adakah komplot? Saya ingin tahu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Jawab! Jawab!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sebenarnya seperti mana yang diperjelaskan tadi, bahawa buku-buku sebenarnya memang dihantar terus ke sekolah, dibekalkan terus ke sekolah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Oleh sebab itulah mulai tahun ini, kita membekalkan buku lebih awal iaitu 15 Disember, kita tidak menunggu sehingga sesi persekolahan bermula pada Januari baru kita hendak agihkan buku, kita agih lebih awal. Jadi bila berlaku kekurangan, maka kita dapat mengatasi sebelum sesi persekolahan bermula. Masalah kekurangan buku ini banyak sebab di antaranya ialah buku rosak, keduanya pelajar tidak memulangkan buku itu terutamanya bila dia berpindah, misalnya dia berpindah dari negeri Kelantan ke negeri Kedah, negeri Kedah ke Pulau Pinang, negeri Pulau Pinang ke Selangor, dia tidak pulangkan buku, sebab dia fikir buku itu adalah buku royalti... [Ketawa] Jadi sebab itulah ia menimbulkan masalah [Dewan riuh] duduklah, duduk, saya hendak jawab. Jadi soalan Yang Berhormat Kalabakan mengatakan apakah ada komplot, sebenarnya tidak ada, apa yang kita pastikan ialah buku dihantar ke sekolah untuk diagihkan dan yang kedua ialah, jika berlaku kekurangan, kita sempat untuk melakukan tambahan...

Persoalannya buku tiada di sekolah, ini persoalan saya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya, jadi kita tengok tahun ini macam mana ya? Sebab itu pada 15 Disember kita akan agihkan, tetapi soal komplot Yang Berhormat bangkitkan tadi, adalah tidak berlaku, terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Batu Pahat biasanya ‘berbunyi’ selepas masalah berlaku, biasanya dia macam itu... [Ketawa] Adakah Yang Berhormat sedar bahawa tiap-tiap tahun misalnya tahun depan kita ada memperuntukkan RM9.5 juta untuk buku teks, dan tahun ini untuk keseluruhan Kementerian Pelajaran hampir RM31 bilion, dan dengan wang yang begitu banyak bolehkah Yang Berhormat sebutkan syarikat-syarikat yang terlibat untuk membekalkan buku ini? Ini adalah penting, di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak, bolehkah Yang Berhormat sebutkan bilangan? Saya hendak satu senarai dan butiran yang lengkap, kalau tidak boleh jawab, minta diberikan secara bertulis. Memang kita hendak tahu kerana tiap-tiap tahun orang ramai dan pelajar-pelajar menghadapi masalah..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Ya cukup Yang Berhormat, jelas dah itu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Banyak lagi ini, sebab tadi dia jawab tidak tepat, tidak persis dan jitu..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Soalan cantik Yang Berhormat kalau Yang Berhormat duduk sekarang... [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kepong, saya hendak perjelaskan bahawa buku teks ini diberi percuma, ia tidak kira latar belakang pendapatan dan sebagainya, kita ada lebih kurang 6,382,020 orang yang menerima bantuan buku teks yang melibatkan kos sebanyak RM180 juta termasuklah kalau Yang Berhormat ada cucu pun akan dapat juga, walaupun pendapatan lebih, tidak ada masalah tetapi dari segi senarai Yang Berhormat minta itu,saya tiada senarai itu dan kita akan berikan secara bertulis, terima kasih.

Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar · question

8. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut peratus pencapaian untuk setiap bidang yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Berapa jumlah peruntukan RMK-9 bagi Sabah yang telah dibelanjakan termasuk pelaksanaan stimulus pakej yang dijanjikan.

Tuan S.K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sepanggar, Tuan Yang di-Pertua sehingga 13 November 2009, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut peratus pencapaian untuk setiap bidang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah seperti berikut mengikut teras-teras yang telah diperuntukkan:- (i) menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, peruntukan yang telah dibelanjakan ialah sebanyak RM6.8 bilion daripada peruntukan yang sebanyak RM8.7 bilion iaitu 78 peratus pencapaian; (ii) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan, sebanyak RM12.8 bilion daripada RM17.9 yang diperuntukkan iaitu 71 peratus; (iii) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, sebanyak RM41.7 bilion daripada peruntukan RM46.8 bilion iaitu 88.9 peratus; (iv) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, peruntukan sebanyak RM37 bilion yang dibelanjakan ialah sebanyak RM30.2 bilion iaitu 81 peratus pencapaian; dan (v) meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup yang diperuntukkan, RM73.6 bilion dan yang dibelanjakan ialah RM56.9 bilion sebanyak 77 peratus pencapaian. Bagi soalan kedua, iaitu mengenai jumlah yang telah dibelanjakan bagi negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah sebanyak RM12.298 bilion iaitu sebanyak 77.03 peratus daripada RM15.965 bilion yang diperuntukkan. Itu bagi Rancangan Malaysia Kesembilan, Yang Berhormat dari Sepanggar, bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (PRE-1) sebanyak RM110.2 juta telah dibelanjakan iaitu 51 peratus daripada siling peruntukan berjumlah RM216.6 juta. Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE-2), sebanyak RM43.2 juta iaitu 40.5 peratus yang dibelanjakan daripada keseluruhan siling iaitu RM106.7 juta, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri untuk jawapan tadi. Memang kita tahu, sebagai peningkatan memang peratus kemajuan itu agak memberangsangkan. Akan tetapi soalan tambahan saya ialah mengenai peruntukan penyelenggaraan, di mana kita dapati bahawa di dalam penyelenggaraan ini nampaknya tidak ada peruntukan khas untuk menyelenggara. Contohnya bagi pembangunan seperti bangunan kerajaan dan juga jalan-jalan raya di negeri Sabah, banyak yang telah rosak akibat cuaca yang tidak baik tetapi penyelenggaraan itu agak lembap. Jadi apakah sebenarnya peruntukan penyelenggaraan ini dapat diperoleh daripada apa yang telah disebutkan tadi? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan dari Yang Berhormat Sepanggar tadi adalah penting. Pertamanya dari segi penyelenggaraan. Memandangkan kerajaan memang sedar bahawa kos penyelenggaraan iaitu Operating Expenditure (OE) semakin tinggi akibat daripada kemungkinan ketirisan yang berlaku di peringkat sistem penyampaian di mana tidak ada maklum balas untuk meletakkan peruntukan-peruntukan terlebih dahulu untuk perbelanjaan-perbelanjaan seperti itu. Sekarang kita telah mewujudkan satu mekanisme di mana bottom-up, di mana maklumat-maklumat dapat disampaikan dan begitu juga untuk peruntukan-peruntukan penyelenggaraan, contohnya dengan izin, repairs, maintenance dan sebagainya. Khususnya untuk dua perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu bangunan dan jalan, ini adalah satu perkara yang penting dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang bakal akan kita rangka kan. Keduanya Yang Berhormat, konsep baru yang telah dicetuskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) adalah untuk mewujudkan satu bahagian khas iaitu PPP dengan izin, Private Public Partnership, konsep PFI di mana konsep ini diperkenalkan di negara-negara luar.

Kita juga ingin menguar-uarkannya di Malaysia atau mencetuskan budaya begini, di mana syarikat-syarikat yang akan bakal membina kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk kerajaan akan diberi satu jangka masa panjang. Segala-galanya akan dimasukkan dalam kontrak, di mana ianya akan dibina dan diselenggarakan untuk satu tempoh yang tertentu supaya dia bertanggungjawab terhadap pembinaan yang dilakukan. Sistem penyelenggaraan ini dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada kontrak yang telah ditentukan. Ini satu konsep baru, sudah dimulakan satu, dua tetapi di masa-masa akan datang untuk tempoh 10, 15 tahun soal penyelenggaraan ini akan dapat diselesaikan sedikit demi sedikit. Terima kasih kerana mengungkit isu ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya salam muafakat.

Salam muafakat.

Saya kagum dengan kepetahan Timbalan Menteri menjawab soalan. Itu kata Menteri, kata Perlembagaan di Bab 5, di bawah tajuk Pembangunan Negara dengan izin, Perkara 92(3), “... “rancangan pembangunan” ertinya suatu rancangan untuk, membangun, memaju atau memelihara hasil bumi dalam sesuatu kawasan pembangunan, mengusahakan hasil bumi itu atau menambah peluang-peluang bekerja dalam kawasan itu.” Saya terkejut dalam merancang tidak pernah sekalipun dalam Dewan yang mulia ini maksud pembangunan yang berperlembagaan dirujuk. Tadi pun saya terkejut, dikatakan tadi profil tidak ada maklumat tidak ada, tetapi merancang, itu yang pertama... [Ketawa] Mohon penjelasan, bagaimana perkara itu boleh dibuat magic kah? Kedua, berbilion-bilion dirancang dan yang kita dengar baru ini hampir lebih RM20 bilion yang tiris. Yang diwujudkan ialah Jawatankuasa untuk mengenal pasti, menyiasat. Saya hendak tanya untuk tahun depan agak-agak berapa bilion kita hendak selamatkan dan apa pendekatannya? Terima kasih.

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Balik Pulau dan menggunakan Perlembagaan sebagai ukuran untuk membincangkan pembangunan, terima kasih. Yang Berhormat Balik Pulau perlu tahu bahawa segala yang dirancang dibahaskan di Parlimen, diluluskan di Parlimen. Tidak ada sesuatu yang akan keluar daripada landasan Perlembagaan... [Dewan riuh] Kerana ianya diluluskan di sini. Yang Berhormat merupakan sebahagian daripada perancangan pembangunan dan kelulusan itu dan kita ada mekanisme seperti audit yang diadakan.

Jawatankuasa Parlimen diwujudkan untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan itu dipantau dan diukur setiap masa. Selagi institusi ini mulia, selagi itu kaedahnya itu akan sentiasa baik. Akan tetapi saya akui, sebagai manusia mesti ada kelemahan, maka kelemahan itu kita jaga... [Ketawa] Kita jaga dan kita betulkan dari masa ke semasa. Tidak payah gunakan Perlembagaan Yang Berhormat. Terima kasih... [Dewan riuh] [Soalan No. 9 - Y.B. Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman (Tanjong Manis) tidak hadir]

Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong · question

10. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mengamalkan prinsip tender terbuka dan sebaliknya ia akan dikerah untuk menjanakan projek-projek pembangunan di Iskandar Malaysia secara usaha sama dengan Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB). Apakah jaminan pulangan kepada para pencarum KWSP.

Dato' Dr. Awang Adek HussinTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat KWSP mengamalkan tender terbuka dan proses perolehan, iaitu selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua, penglibatan KWSP di dalam Iskandar Malaysia dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar adalah melalui aktiviti pelaburan hartanah sahaja. Bukannya melibatkan perolehan, justeru tidak melibatkan proses tender. Ketiganya, KWSP juga tidak ada usaha sama langsung dengan MRCB di kawasan Iskandar seperti mana yang ditanya dalam soalan. Mulai pulangan pelaburan dalam tahun 2008, pulangan pelaburan KWSP dalam sektor hartanah ialah 5.27 peratus iaitu lebih tinggi daripada dividen, yang dibayar oleh KWSP 4.5 peratus. Untuk menjaga dan menerima nasihat Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih, jawapan ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa jawapan tadi terlalu ringkas sampai kita tidak dapat fahami langsung. Apa yang terjadi ialah terdapat tiada voluntary discloser mengenai apa yang dilaporkan di akhbar-akhbar antarabangsa pada bulan September. Dua bulan sudah berlalu dan kita tidak mempunyai sebarang information mengenai journey, percutian KWSP supaya dapat melaburkan dalam bidang hartanah. Adakah KWSP telah mempertimbangkan pemaju-pemaju yang lain selain MRCB dan terdapat lagi kah eminent group di industri berkenaan telah dirujuk sebagai pemberi cadangan-cadangan yang profesional mengenai pelaburan dalam sektor hartanah. Ini kerana KWSP tujuannya bukannya untuk melaburkan hartanah, tetapi untuk memastikan pencarum-pencarum kita dapat menikmati pulangan semewah yang mungkin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa sudah... Ringkas Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Okey, itu sahaja. Saya hendak tanya sama ada pelaburan menerusi MRCB oleh KWSP itu merupakan satu incestuous economy ataupun ekonomi zina yang dilakukan sepanjang masa. Terima kasih.

Saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat ini faham atau tidak jawapan saya. Saya kata tadi MRCB tidak ada kena mengena langsung di Iskandar. Masalahnya dia sudah prepare soalan tambahan... [Ketawa] Jadi dia baca jugalah, jadi dia kata tidak adakah syarikat lain yang perlu diberi pertimbangan...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Itulah saya kata mutu jawapan Timbalan Menteri, kita dapat menduga kerana ia terlalu ringkas, tidak dapat hendak memahamkan apa yang saya soalkan... [Dewan riuh]

Tidaklah, kalau saya sudah kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jelutong...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Lain yang disoal, lain yang dijawab....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Yang Berhormat Jelutong, ini bukan caranya Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Di sana.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Saya kata KWSP tidak ada pelaburan sama ada melalui MRCB ataupun usaha sama dengan MRCB, tidak ada kena mengena di Iskandar. Apa yang hendak kaitkan dengan MRCB. KWSP memang ada pelaburan di Iskandar. Saya hendak jawablah soalan itu. Saya sudah cadang, apabila ditanya soalan tambahan, saya jelaskan sedikit lagi, nanti kalau tidak, tidak ada dialognya. Pemegang saham Iskandar Investment Bhd. adalah terdiri daripada KWSP sebanyak 20 peratus, Kumpulan Prasarana rakyat Johor 20 peratus dan Khazanah Nasional sebanyak 60 peratus. Pelaburan KWSP memang ada di Iskandar, dengan usaha sama dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor milik Kerajaan Negeri Johor dan juga dengan Khazanah Nasional, 60 peratus. Jadi tidak ada kena mengena dengan MRCB. Ini yang saya hendak tanya. Saya harap Yang Berhormat faham. Terima kasih.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jempol, sebenarnya Yang Berhormat jawapan itu tepat. Kalau Yang Berhormat duduk sekejap di House Of Commons, England, kalau dia tanya ada tidak terlibat, dia kata tidak ada, cukup... [Ketawa] Jadi kita jangan jadi tidak faham, apa sebenarnya Parlimen ini Yang Berhormat.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sentuh, minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Benda yang lain daripada ini tidak boleh Yang Berhormat.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tidak ini tepat, soalan tepat tentang pulangan pada KWSP.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jika tidak ada kena mengena dengan soalan ini, Menteri tidak perlu jawab.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Saya nampak sekarang ini dari segi kajian tempoh hayat rakyat Malaysia ini semakin panjang tetapi pulangan yang diberikan oleh KWSP ini tidak dapat menampung keperluan usia tua untuk berbelanja dan memenuhi keperluan pada usia tua. Adakah strategi baru yang dibuat oleh KWSP untuk memenuhi keperluan ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Pulangan dan dividen yang diberikan oleh KWSP mestilah berdasarkan kepada pulangan yang diterima daripada pelaburan oleh KWSP. KWSP tidak boleh memberi pulangan kepada peserta, pencarum lebih daripada yang diperoleh. Jadi biasalah, dalam suasana ekonomi kadang- kadang ekonomi agak..., ekonomi dunia pun berada dalam keadaan yang susah. Maka pulangan dia turun sedikitlah.

Dahulu tinggi, 7 peratus, 7.5 peratus, sekarang sudah jadi 4.5 peratus. Soal pulangan untuk menjamin supaya pencarum dapat menggunakan simpanan ini untuk masa tua, saya rasa tidak begitu adillah kalau kita mahu pulangan yang boleh menjaminkan. Barangkali kita perlu melihat dari segi caruman. Memang satu hakikat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa jumlah caruman yang ada secara puratanya oleh pencarum-pencarum KWSP pada hari ini adalah rendah. Dahulu saya pernah beri statistik ya. Umpamanya, yang ada hanya RM50,000 kalau tidak silap saya.

Majoriti pencarumnya hanya mempunyai RM50,000 dalam KWSP. Ini tidak cukup kalaulah hayat kita sudah pun bertambah, tetapi ini soal yang perlu kita fikirkan. Apakah kita ingin menambahkan pencaruman untuk masa depan? Akan tetapi soal pulangan itu, saya kira tidak boleh dikaitkan untuk memastikan ia cukup untuk membiayai persaraan yang lama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan sudah tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Tembakan Polis Terhadap Lima Lelaki – Penyiasatan TerbukaUrgent matter

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang dikehendaki disegerakan seperti berikut: Bahawa Dewan mengizinkan saya, M. Kula Segaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang menghendaki disegerakan mengenai perlunya kerajaan menubuhkan satu penyiasatan terbuka, open enquiry ke atas tembakan pihak polis terhadap lima lelaki yang telah mati di Klang baru-baru ini. Pada Ahad 8 November 2009, lima orang lelaki India telah terbunuh akibat daripada tembakan pihak polis di Lorong Sungai Keramat, Taman Klang Utama, Klang pada jam 12 tengah malam. Ketua Polis Persekutuan, CID Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan bahawa pihak polis tidak pernah menggunakan kuasanya untuk menembak seseorang suspek secara membuta tuli. Beliau juga membantah bahawa pihak polis tidak bersikap keterlaluan dalam hal ini. Akan tetapi, ini bukanlah kes pertama di mana orang ramai ditembak oleh pihak polis. Menurut laporan media pada tahun lalu, 39 kes kematian dilaporkan selepas pihak polis bertindak keterlaluan dengan menembak orang ramai dengan menggunakan nama suspek yang dicari. Perkara ini berterusan pada tahun ini juga. Walaupun polis berhak menembak seseorang bagi mempertahankan dirinya, tetapi ini bukan bermakna kes pembunuhan akibat tembakan nampaknya sering berlaku dan meningkat. Sebaliknya, menangkap mereka yang tertuduh dan dihukum di mahkamah adalah perlu. Tindakan polis ini telah mengakibatkan ketenteraman awam telah terancam. Insiden yang berlaku pada 8 November 2009 telah pasti kukuh bahawa pihak polis mempergunakan kuasanya tanpa menghiraukan kepentingan dan ketenteraman orang awam. R. Sita yang telah cuba untuk membunuh diri bersama-sama empat orang anaknya dengan menggunakan racun telah menunjukkan bahawa keluarganya dalam trauma kesedihan akibat daripada kematian anaknya. Ini adalah sesuatu yang amat mengerikan bagi keluarga mangsa tersebut. R. Surendran, adik kepada R. Sita yang mati dalam tembakan polis. R. Ramathy, bapa kepada R. Surendran telah membantah kenyataan polis bahawa anaknya adalah seorang penjenayah. Bahkan, beliau menyatakan bahawa anaknya tidak pernah mempunyai sebarang laporan polis ke atas dirinya serta tidak pernah ditangkap atau memijak mana-mana balai polis. Dugaan awam tidak boleh dianggap sembarangan. Pihak polis harus memberi kenyataan yang sebenar kepada orang awam serta tidak menafikan suatu tuduhan terhadap polis semata-mata untuk mempertahankan pihak polis. Kerajaan harus dalam proses ini, melakukan dan menyediakan satu penyiasatan terbuka di atas kematian lima pemuda tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahuan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Ipoh Barat pada hari Isnin 16 November 2009. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa

(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia hendaklah disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa, perkara itu adalah perkara tertentu dan ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak perlu disegerakan kerana isu ini masih dalam siasatan pihak polis. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak saya mendapat sedikit penjelasan?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Barat...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Barat ataupun...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, ya P.M. 18(1) mengenai perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, kita Parlimen sekarang sedang bersidang. Kalau kita memberi satu alasan... I am not questioning the decision you have made, yang telah dibuat. Akan tetapi kalau kita memberi satu alasan bahawa ini adalah dalam penyiasatan, nampaknya kita mengambil semua yang diberitahu oleh kerajaan. Bukankah ini satu arena di mana masa yang relevan kita berdebate supaya orang ramai dapat mengetahui bahawa bukan sahaja Parlimen relevan tetapi Parlimen mengambil tahu dengan memberi kepentingan yang khusus bahawa ini adalah perkara yang mustahak dan perasaan orang ramai dapat didengar dan di debate di dalam Parlimen ini. Kalau kita hanya membenarkan kerajaan membuat satu statement seperti yang telah diberitahu kepada Tuan Yang di-Pertua, nampaknya pada pengetahuan dan pandangan saya, ini satu statement yang subjektif. Oleh kerana itu, kerajaan semestinya akan mempertahankan apa yang mereka lakukan dan kita dikelirukan. We are no more in focus Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Standing Order 36(1)(2) mengenai Yang Berhormat Sri Gading. Pada hari Khamis lepas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini cerita lain Yang Berhormat. Kita boleh habis lagi cerita yang ini, Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Okey, terima kasih. Saya akan sambung kemudian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mengenai ..., sebab diberi bahawa perkara dalam siasatan. Semua perkara masih dalam siasatan tetapi ini tidak boleh menjadi hujah dan alasan bahawa kenapa Dewan ini tidak boleh mengadakan satu perbahasan yang urgent dalam perkara ini, kerana ini adalah demi kepentingan orang ramai. Kepercayaan orang ramai terhadap institusi polis, dan juga Parlimen langsung.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kalau isu semacam ini tidak boleh dibahaskan, Parlimen dianggap irrelevant. Siasatan itu perkara polis, bukan in doctrine separation of powers. Siasatan itu Eksekutif. Perbahasan dan satu inkues mengenai apa yang berlaku ialah Parlimen. Itulah doctrine separation of powers dan ini tidak boleh di... Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh mempertimbangkan semula dalam perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini melanggar doctrine separation of powers. Apa yang berlaku eksekutif, itu eksekutif.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, saya menerima...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Argument yang dibuat oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

I wish to add Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada beberapa minggu yang lalu, alasan yang sama diberikan ke atas satu usul mengenai Kuala Dipang di mana tiga murid sekolah telah meninggal dunia. Jadi, saya setuju kalau kes ini adalah dalam kes di mahkamah. Subjudice untuk Parlimen berbincang atau berbahas mengenainya. Akan tetapi kalau kita katakan siasatan polis, saya rasa tidaklah satu alasan yang setimpal atau wajar. Saya pohon Tuan Yang di-Pertua kaji semula keputusan ini dan membenarkan Ahli Parlimen, for the purpose we are here dengan izin, untuk berbahas isu ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar tiga alasan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga daripada Yang Berhormat Telok Intan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi, saya menerima argument yang diberi oleh Yang Berhormat soalan separation of power dan sebagainya. Saya melihat juga amalan kita selama... Saya baca Hansard daripada tahun 1997 Yang Berhormat, amalan Parlimen Malaysia bagaimana dahulu dalam tahun 1957 menggunakan Peraturan 26 dan dipinda selepas 1959 menjadi Peraturan 18. Amalannya ialah satu, yang amat penting sekali kita lihat selain daripada tiga perkara yang saya sebutkan tadi, di mana Ahli Parlimen tidak berhak langsung ataupun tidak berpeluang langsung membahaskan perkara yang sama dalam persidangan yang tersebut. Jadi, pada pandangan saya berlandaskan apa keputusan yang telah dibuat selama ini, selama 20-30 tahun ini, saya dapati bahawa peluang dan ruang untuk membahaskan isu yang sama dalam persidangan ini masih banyak luas terbuka. Jadi dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja kita berlandas dengan mengatakan bahawa polis membuat penyiasatan, tetapi ruang dalam Parlimen ini untuk membahaskan isu yang sama masih ada. Jadi dalam keadaan sedemikian, itulah landasan, walaupun tidak disebut dalam peraturan, tetapi menjadi satu convention dalam Parlimen ini yang kita amali selama ini Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukan mempertikaikan keputusan, tetapi saya harap untuk masa depan dalam isu Peraturan Mesyuarat 18(1) bahawa kita, Tuan Yang di- Pertua boleh ambil kira contoh-contoh lepas ialah masa Parlimen, masa di mana doctrine of the separation of powers adalah diketepikan. Kita sekarang mahu menegakkan doctorine of the separation of powers bahawa kita tidak tunduk kepada eksekutif. Eksekutif patutlah bertanggungjawab kepada Parlimen, answerable to Parliament dan bukan Parlimen subject to executive.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap ini menjadi satu panduan untuk memutuskan usul-usul semacam di bawah Peraturan 18. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat. Saya belum lagi boleh membuat apa-apa laporan Yang Berhormat, tetapi insya-Allah ke arah itu. Ingin saya tegaskan di sini kita juga melihat perkara yang sama Yang Berhormat. Pendirian kita juga pendirian yang sama dengan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini yang tadi itu Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya rujuk kepada 36(12) mengenai Yang Berhormat Sri Gading. Pada sidang Parlimen pada hari Khamis yang lalu, Tuan Yang di- Pertua telah berjanji supaya kita bersama-sama meneliti catatan Hansard mengenai tuduhan Yang Berhormat Sri Gading terhadap Yang Berhormat Jelutong, bahawa Yang Berhormat Jelutong telah mengutarakan perkataan “babi” dalam perbahasan. Akan tetapi, saya telah meneliti Hansard dan Hansard itu telah convince’kan saya bahawa perkataan “babi” itu tidak pernah diutarakan. Oleh yang demikian saya rasa, Yang Berhormat Sri Gading telah melanggar peraturan kita dan saya pohon supaya Majlis dan ahli semua dapat rujukkan Yang Berhormat Sri Gading itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan kerana telah mengelirukan dan juga mempunyai niat jahat terhadap seorang Ahli Parlimen Penggal Pertama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Sebenarnya saya telah berjanji dengan Yang Berhormat untuk meneliti Hansard pada hari itu, tetapi saya minta maaflah oleh sebab saya kesibukan dan saya pun kurang sihat. Malam ini pun saya hendak masuk hospital Yang Berhormat sebenarnya. Jadi, saya akan teliti juga Hansard itu dan akan saya jelaskan apabila saya keluar dari hospital nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009.

Tuan Yang di-Pertua. Boleh tidak saya mencelah sedikit berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu sudah berlalu Yang Berhormat. Sudah berlalu Yang Berhormat.

Tidak. Saya sudah baca Hansard ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak, tidak Yang Berhormat. Kita tidak buat keputusan. Yang Berhormat pun tidak dikenakan apa- apa. Jadi, tunggulah dahulu Yang Berhormat. Kalau masa hendak mencelah tunggu masa yang tepat, masanya Yang Berhormat.

Tidak, bukan. Benda ini, Yang Berhormat Jelutong ini kuno sangat, benda itu kalau beliau tiada, beliau kata tiada, selesailah masalah..

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon kita telitikan Hansard...

Kalau beliau ada, beliau tahu tidak tujuan saya? Tujuan saya kalau beliau ada sebut, saya hendak beliau minta maaf, tarik balik. Itu sahaja...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kalau kita hendak luhurkan Hansard kita harus telitikan Hansard. Kalau Yang Berhormat Sri Gading sudah empat kali jadi Ahli Parlimen sampai sekarang masih macam ini pun, kita harus cabut gadingnya.

Dalam Parlimen ini macam inilah bukan saya ada niat jahat dengan beliau. Kalau beliau ada sebut, saya minta beliau tarik balik, minta maaf itu sahaja. Bukan jatuhkan apa-apa hukuman...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Peraturan. Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Kalau apa yang beliau katakan itu tidak ada dalam Hansard harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu sahaja...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.

Beliau bolehlah kata tidak ada. Akan tetapi ada kawan kata dengar. Ada kawan dengar. Beliau tidak tekan pembesar suara, tidak masuk dalam Hansard...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Siapa yang katakan? Tunjukkan bukti! Tunjukkan bukti!...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat dua-dua duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Jelutong duduk. Yang Berhormat Sri Gading duduk Yang Berhormat.

Memang hulu.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Sri Gading yang tua itu... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya...

Saya tua tidak ada masalah. Hendak kata apa pun tidak ada masalah. Saya gentleman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Jelutong sudahlah.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kalau kita hendakkan luhurkan demokrasi, telitikan Hansard, Hansard ada depan dengan kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik...

Saya sudah teliti memang tidak ada.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Akan tetapi kita kesian dengan Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua akan telitikan setelah beliau balik dari hospital...

Dia tiada sebut sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Berapa lama lagi kita hendak buat macam ini Yang Berhormat?

Tiada masalahlah. Kalau sudah tiada, tiadalah. Apa ada masalah saya tegur beliau?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya pohon rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Yang Berhormat Sri Gading. Jangan gentar...

Apa hendak rujuk...tidak adalah... [Dewan riuh]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengar apa yang berlaku sebentar tadi mengenai Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai dengan apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Jelutong. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu betul-betul stick to the peraturan mesyuarat, kita mulai pada saat ini. We stick to peraturan mesyuarat dan saya tidak benarkan siapa-siapa melanggar peraturan mesyuarat dan jangan ada seorang pun nanti yang mengatakan bahawa tiada kebebasan berbahas. Atas kebebasan berbahaslah kadang-kadang terlepas kata... [Tepuk] Mahu begitu? Kalau mahu begitu saya akan catat satu demi satu mulai dari sekarang... [Dewan riuh] Sila Menteri. Sila, sila Setiausaha.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI PELAPORAN KREDIT 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pengawalseliaan orang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Usul — Waktu Mensyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Kewangan menjawab di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 19 November 2009.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada Menteri yang menyokong?

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] - Maksud P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2010] –Bill

Tuan Pengerusi

Maksud B.10 hingga B.12 dan Maksud P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Maksud B.10 Butiran 020000 - Perkhidmatan Analisis Ekonomi dan Sumber. Kita harus melihat pengalaman lalu termasuk Jawatankuasa Audit Parlimen 2003 lagi, di mana KWSP sahaja mengalami kerugian RM40 bilion. Beberapa keputusan politik yang gopoh dan berkepentingan bailout kepada kroni, sanak pinak dan keluarga termasuk Hospital Pantai, Park May, BERNAS yang dibahaskan sehingga sekarang yang menyebabkan kerugian berterusan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Permatang Pauh. Boleh Yang Berhormat Permatang Pauh duduk dahulu.

Tuan Pengerusi

Satu contoh klasik perkataan digunakan “kroni” dan “anak-pinak”. Bermakna itu dalam peraturan mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat, itu dalam peraturan mesyuarat dan sudah melanggar peraturan mesyuarat kerana sangkaan jahat. Tidak ada bukti siapakah kroni dan siapakah anak-pinak? Dalam soal-soal begitu kalau saya ikut betul peraturan mesyuarat, perkara begitu harus dibawa di bawah substantive motion. Jadi, kalau perkara sebegitu, saya dan timbalan-timbalan saya bertindak keras, tidak boleh berbahaslah. Itu sebagai contoh klasik. Jadi, tidak mengapa. Perkara begitu biarkan sahaja. Tebalkan telinga, kuatkan dada. Daripada dahulu ini yang saya sebut. Itulah kita habiskan masa kepada perkara-perkara yang saya anggap remeh, kecuali terlampau keterlaluan. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Anak-pinak ini anaklah.

Tuan Pengerusi

Ya, tetapi anak siapakah itu?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jikalau dia beri anak bailout ini RM2 bilion. Jikalau Tuan Pengerusi minta saya sebut nama saya sebutlah.

Tuan Pengerusi

Ya. Jikalau sudah sebut begitu bermakna ada lagi yang meminta perkara saya sebut sebentar tadi mesti di bawah usul substantive.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jangan marah saya. Orang lain yang kacau tadi.

Tuan Pengerusi

Saya tidak marah Yang Berhormat... [Ketawa] Saya cuma memberi contoh klasik... [Ketawa]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey.

Tuan Pengerusi

...Yang berlaku setiap detik dan saat dalam perbahasan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bagus juga sebab Tuan Pengerusi beri ruang, jadi saya boleh beri celahan tambahan. Memang kita pun tahu siapa yang beri yang menyebabkan kerugian ini dan Hospital Pantai siapa empunya. Tidak mengapa. Saya cuba hendak minta supaya Kementerian Kewangan mengambil iktibar supaya hal yang sedemikian jangan diulang. Oleh sebab itu, soal ketelusan, soal Jawatankuasa Perolehan, soal tender mesti dipatuhi. Saya akui ada beberapa penjelasan yang dibuat oleh Menteri Kewangan yang mengatakan tidak mahu mengulangi kesilapan dan keburukan yang lalu. Akan tetapi, kerana terlalu banyak, sampai sekarang kita menerima beban. Kalau kontrak-kontrak saya katakan yang besar dari Bakun ke Langkawi, orang yang sama dan tidak ada tender. Soalnya bukan penyerahan kontrak, tetapi kontrak yang tidak mengikuti peraturan. Ini sekali lagi menyebabkan pengaliran wang dan dana keluar kerana menghakis keyakinan. Dalam hal yang sama, kita juga harus beringat dari segi kerangka makro yang dijawab juga oleh Menteri tatkala di peringkat awal dahulu, di mana menyentuh tentang dana dan sumber pendapatan negara dari Petronas. Seperti mana kita tahu ketergantungan kepada suatu sumber itu dari segi jangka panjang untuk negara itu satu beban. Umpamanya 45 peratus dari hasil kerajaan dan jika termasuk industri petroleum dan gas, mencecah 60 peratus. Sementara kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana ini mendapat satu khazanah dan pendapatan bertambah kepada negara, tetapi kita harus tahu kegagalan beberapa negara pengeluar minyak ialah justeru ketergantungan kepada sumber ini dan tidak diversify. Saya juga ingin menyebut tentang Butiran 20300 tentang Analisa Ekonomi Antarabangsa dan saya harap Timbalan Menteri beri perhatian sedikit. Ini tentang unjuran pertumbuhan ekonomi ini. Kita boleh faham ada perbezaan di antara kerajaan dan MIER ataupun badan-badan analisis kewangan lain, tetapi kita kurang mengerti kalau kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan itu bercanggah. Umpamanya, pada 9 November Perdana Menteri menyebut tatkala berucap dalam Majlis Pelaksanaan Multimedia Super Corridor ke-21, pertumbuhan ekonomi mungkin mencapai 9 peratus. Saya akui kesilapan itu kerana kemudian diperbetulkan beberapa jam kemudian. Akan tetapi, ini menunjukkan kepada pasukan kepakaran yang membantu tidak boleh umpamanya cuai sebegitu rupa kerana dalam masa 5-6 jam, dia terdedah kepada dunia dan memberikan gambaran yang tidak realistik tentang unjuran pertumbuhan ekonomi. Keesokannya, pada 10 November dalam sidang media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor yang mengawasi Unit Perancang Ekonomi tentunya dalam ucapan dia itu mewakili pandangan EPU. Sebelumnya, Menteri Kewangan menyebut kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi boleh dicapai 5.4 peratus, sudah 2 angka.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pada 11 November, Timbalan Menteri Kewangan yang ada memberitahu Dewan ekonomi akan pulih dan akan mengalami pertubuhan 2 hingga 3 peratus. Mungkin catatannya salah. Saya minta Timbalan Menteri dibetulkan. Dari 9 ke 5, ke 2 dalam tiga hari ini, parah ini. Venezuela tidak seperti ini. Oleh yang demikian, saya minta supaya unjuran itu tidak memberi gambaran yang negatif kepada negara kerana angka-angka, saya percaya Timbalan Menteri juga arif, dia juga banyak berpengalaman di Bank Negara dan Labuan bahawa setiap angka, kenyataan itu cukup sensitif kepada pelabur dan pemodal. Saya ingin menyentuh Tuan Pengerusi, dalam soal pembangunan kerana Menteri- menteri banyak menyentuh hal ini dalam isu kejayaan prestasi kita. Akan tetapi kalau kita lihat Human Development Index yang mengukur pembangunan ekonomi dari segi lebih menyeluruh. Dari segi ekonomi dan aspek sosial. Itu kita terus merosot. Tahun 1996 aras 46, tahun 2001 aras 56, tahun 2005 aras 61, dan unjurannya untuk tahun yang berikut 69. Ini bagi saya tentulah satu keadaan yang membimbangkan kerana Perbendaharaan harus mengambil kira bersama dengan Economic Planning Unit hal-hal yang sedemikian secara serius. Semalam diumumkan Corruption Perception Index, Transparency International. Lagi ada SPRM, lagi heboh soal ketelusan, jatuh lebih buruk dari kedudukan 47 tahun lepas kepada 56 tahun ini. Jadi, ini CPI maknanya jatuh paling rendah dalam sejarah kepada 4.5 berbanding 5.1 pada tahun 2007 dan 2008. Walaupun Ketua Pengarah SPRM telah menyasarkan Malaysia akan berada dalam lingkungan 30 ke atas. Semasa kita di tahap 47, dia kata kita 30 ke atas. Itu target. Manakala yang dicapai 56. Jadi, saya ingin tekankan ini dalam konteks Perbendaharaan kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan kerajaan, tender procedures, perolehan yang tanpa peraturan dan juga pemberian kontrak tanpa tender dan ini diteruskan dalam pentadbiran sekarang dengan lebih meluas lagi. Ini sahaja beberapa perkara yang saya sentuh kali ini Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada B.10 muka 188, 050300 - Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Sebelum ini Tuan Pengerusi, saya sudah bangkitkan 2 kali dan saya belum mendapat jawapan. Saya hendak tanya pihak Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ini. Apakah pusat ini mengumpul maklumat kedudukan tanah di negara kita terutamanya isu tanah rizab Melayu? Saya masih belum berpuas hati selagi saya tidak mendapat jawapan. Berapakah jumlah tanah rizab Melayu yang telah diambil selama ini di seluruh negara dan berapakah yang telah diganti dan berapakah yang belum lagi diganti? Ini kerana mengikut Perlembagaan, setiap inci tanah rizab Melayu yang diambil untuk apa sahaja tujuan, mesti diganti oleh pihak kerajaan secukup sebagaimana yang diambil.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, B.10 muka 188, 080000 - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya hendak tanya pertama, kenapa cukai judi tidak dinaikkan sehingga sekarang ini. Sudah berapa tahun, saya hendak tanya sebab bukan saya minat pada cukai judi ini. Saya hanya ingin bertanya. Begitu juga berapakah jumlah cukai rokok yang dipungut setakat ini yang diperolehi oleh kerajaan dan juga cukai arak? Saya juga ingin mengetahui iaitu jumlah syarikat yang tidak membayar cukai dan sekarang ini dalam senarai tindakan mahkamah dan juga individu-individu kalau ada maklumat mengenai dengan mereka yang tidak membayar cukai dan yang keempat, saya masih lagi menimbulkan Tuan Pengerusi iaitu pelajar-pelajar yang meminjam pinjaman dengan PTPTN. Saya tidak tahu sama ada kena-mengena atau tidak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenai kedudukan mereka dari segi perlepasan untuk mendapat pasport ke luar negara sebab ada di kalangan mereka yang tidak membayar hasil. Saya pernah mencadangkan dahulu, maaf Tuan Pengerusi, iaitu mana-mana pihak yang didapati muflis di bawah RM50,000 ke bawah, saya cadang dahulu, RM50,000 ke bawah, sepatutnya mereka ini tidak ditahan pasport untuk ke luar negeri. Saya percaya RM50,000 mereka tidak akan lari.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tentu mereka ada urusan-urusan penting mungkin untuk bekerja dan mencari perniagaan, maka mungkin dengan cara itu mereka boleh membayar hutang mereka sebab RM50,000 itu kecil. Sekarang ini kita tidak izinkan langsung mereka yang muflis daripada keluar negara. Jadi saya minta perkara ini dipertimbangkan supaya ada had di mana mereka yang diisytiharkan muflis tidak boleh keluar negara. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada P.10 muka 190, 12000 – Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. Saya hendak mendapat maklumat berapa ramaikah golongan termiskin termasuk e-Kasih, golongan termiskin yang mendapat kemudahan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. Apakah sekarang ini Institut Jantung Negara menjurus ke arah institut pembedahan jantung secara komersial dan tidak lagi memberi perhatian kepada golongan miskin dan yang daif. Tuan Pengerusi, P.10, 70103 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – RM3,702,000 yang telah disumbangkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Saya hendak tanya untuk projek apa dan apakah pihak Kerajaan Pusat menyedari tentang prestasi Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan sekarang ini? Saya tengok pelaksanaan projek-projeknya begitu lembap dan dari segi prestasi kemajuan perbadanan ini juga tidak memberangsangkan walaupun negeri Kelantan banyak hasil mahsul, banyak sumber alam dan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi tetapi saya tidak tahulah perbadanan ini dari segi prestasinya. Apa yang saya tahu, mereka diberi kawasan pembalakan di Hulu Kelantan dan kawasan balak pun ada dijual kepada pihak-pihak berkenaan dan tidak menguruskan sendiri sebahagiannya. Jadi prestasinya cukup mendukacitakan sebab kalau melihat dari segi kedudukan negeri Kelantan itu sendiri dengan hasil sumber yang saya sebutkan tadi, sepatutnya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menjadi sebuah agensi yang gah dan yang berkesan dalam urusan untuk membantu menambah tabung kerajaan negeri atau membangunkan ekonomi rakyat Kelantan. Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya Butiran 190000 – Penyelidikan dan Pembangunan – RM175,000,000. Kemudian dibaca sekali dengan B.11 muka 194, 010000 – Bayaran Perkhidmatan Ikhtisas dan Komisen – RM214, 400,000. 010100–Perkhidmatan Penyelidikan Khas – RM212,000,000. Jadi ini banyak dari segi jumlah Tuan Pengerusi, mengenai bayaran penyelidikan komisen. Saya hendak minta dengan pihak Kementerian Kewangan memberikan butiran lanjut dalam Dewan yang mulia ini sebab ia melibatkan tidak sedikit. Apakah ia dibayar secara betul dan ikhtisas, secara telus ataupun bagaimanakah kaedah pembayaran dibuat untuk setiap penyelidikan atau perkhidmatan termasuk komisen yang saya sebutkan tadi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada B.12, 050000- Tabung Bantuan Bencana Negara sebanyak RM10,000,000. Tahun 2009, hanya RM10. Tahun ini RM10,000,000. Ini mengenai dengan Tabung Bantuan Bencana Negara Tuan Pengerusi, negara kita sentiasa dilanda banjir, lebih-lebih lagi banjir. Tidak ada... Kita bernasib sebab kita tidak ada dilanda oleh gunung berapi, belum lagi gegaran gempa bumi, belum lagi tsunami. Baru setakat tsunami politik. Itu pun sudah riuh rendah. Setakat banjir. Cuma yang saya bangkit di sini Tuan Pengerusi, masalah banjir apabila berlaku, kita tengok dari segi bantuan, pertolongan daripada pihak kerajaan, cukup lambat. Bencana-bencana yang kita lihat, selalunya kalau rumah itu diranapkan oleh pokok atau dibawa oleh angin, maka laporan mesti dibuat. Pengesahan mesti dibuat, bantuan lima enam bulan, setahun baru dapat. Begitu juga dari segi makanan, tidak bolehkah.. contohnya di musim tengkujuh, musim banjir Tuan Pengerusi. Kita tahu bulan 10, 11 dan 12, banjir akan datang. Tidak bolehkah diadakan stok bantuan banjir yang secukupnya. Apabila datang sahaja hujan dan ribut dua tiga hari, air mula naik, kita dapat bantu golongan-golongan yang sepatut terima bantuan, yang selalu ditenggelami air. Akan tetapi tidak, apabila rumah sudah tenggelam, perahu pun sudah tidak boleh sampai ke rumah yang tenggelam, ada rumah pun sudah hanyut atau dua, tiga, empat hari sudah banjir. Surut banjir, tiga bulan kemudian ada majlis penyampaian bantuan banjir. Jadi makna, kalau orang hendak mati, dia sudah mati dahulu Tuan Pengerusi. Tidak bolehkah ia dibuat secara proaktif supaya bantuan banjir ini disediakan lebih awal.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apabila kita lihat sahaja laporan kaji cuaca dan keadaan sudah mula tidak menentu, maka bantuan sudah ready disimpan di mana-mana. Pihak angkatan tentera atau polis sudah bersiap sedia berkhidmat untuk rakyat. Itu dinamakan, 'Rakyat Didahulukan'. Begitu juga bayaran untuk bercucuk tanam. Kalau sudah musnah hasil daripada banjir, bencana alam Tuan Pengerusi, hendak disahkan kerugian, mengambil masa yang begitu lama. Saya ingatkan hampir setahun baru dibuat pembayaran. Ini saya akan bangkitkan di peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani nanti mengenai dengan butiran terperinci. Kemudian Tuan Pengerusi, 120000 - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin - RM400,000,000 pelajar miskin. Saya percaya peruntukan ini Tuan Pengerusi, mungkin belum mencukupi walaupun kita dengar RM400,000,000 tetapi jumlah pelajar, saya rasa ratus ribu. Mencecah sejuta, dua juta termasuklah pelajar-pelajar miskin. Jadi saya minta supaya kerajaan melebarkan lagi skop bantuan pelajar miskin ini. Bukan setakat KWAP tetapi peruntukan-peruntukan yang boleh membantu meringankan lagi ibu bapa di kampung-kampung dari segi membantu pelajar-pelajar miskin sebab Tuan Pengerusi, sekarang ini segala-galanya mahal. Semuanya kos yang mahal. Anak lima hingga enam orang satu keluarga dan itulah menjadi kesempitan hidup masyarakat di luar bandar terutamanya di kalangan golongan pelajar-pelajar miskin. 020000 – Kumpulan Wang Tabung Pinjaman Pelajaran – RM300,000,000. Ini pun saya berharap tabung pinjaman ini dapat dipermudahkan lagi dan dipercepatkan lagi. Tuan Pengerusi tahu atau tidak, waktu hendak masuk universiti, sebelum pelajar-pelajar dapat Tabung Pinjaman PTPTN, setiap ibu bapa mesti ada sekurang-kurangnya RM2,500. Kalau dapat universiti di Sabah dan Sarawak, RM3,000 – RM4,000 termasuk tiket kapal terbang. Mana mereka hendak cari duit? Ada yang menjual lembu, kambing, bergadai gelang emas pun masih lagi tidak upaya. Ada di kalangan pelajar yang terpaksa menolak masuk universiti kerana tidak dapat membiayai kos permulaan untuk masuk ke universiti sebelum mereka mendapat tabung pinjaman.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi maknanya disertakan sekali seawal sebelum mereka membuat untuk masuk universiti. Maknanya bila mereka dapat lulus, dapat tempat universiti automatik mereka mendapat tabung pinjaman dan wang itu juga digunakan untuk mereka membayar dan seumpamanya serta tidak membebankan ibu bapa terutamanya daripada mereka golongan yang miskin.

Tuan Pengerusi

Panjang Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Pemberian Kemudahan Asas Kecil – B.11, 021800 tahun ini RM600 juta tahun 2010. Tahun 2009 RM1 bilion kurang RM400 juta, saya hendak tanya apa pasal kurang ini,adakah kekurangan projek atau sebab apa? Ini kerana projek-projek kecil ini, pembelian kemudahan asas kecil ini, saya percaya melibatkan projek-projek yang berselerak di seluruh negara dan kenapa ia dikurangkan sebanyak RM400 juta? Ini saya hendak perincian daripada pihak Kementerian Kewangan. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Johor Bahru.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada maksud Pembangunan 10 Butiran Projek 200000 iaitu Projek Kastam Imigresen Kuarantin CIQ Johor Bahru atau KIK Johor Bahru. Sebenarnya ini merupakan peluang kedua yang saya inginkan kepada pihak kerajaan untuk memberikan penerangan lebih khusus kepada perkara-perkara yang telah saya bangkitkan bila membahaskan bajet Jabatan Perdana Menteri. Ini kerana jawapan yang diberikan kepada saya kepada perkara- perkara yang telah saya timbulkan tempoh hari melalui satu jawapan bertulis yang diberikan kepada saya merupakan tidak menepati standard saya letakkan kepada kerajaan yang menjadi harapan saya sendiri.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Lebih-lebih lagi saya percaya bahawa selaku walaupun saya seorang Menteri tetapi selaku Ahli Parlimen saya telah turun ke padang melihat kemudahan yang telah dibelanjakan begitu banyak iaitu lebih RM700 juta yang telah dibelanjakan. Akan tetapi kurang memuaskan dari segi pandangan penduduk dan pengguna Johor Bahru dan sebab itu saya telah membawa perkara-perkara itu dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa mengenai KIK Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru). Akan tetapi jawapan seperti mana yang saya katakan tadi tidak begitu lengkap malah jawapan yang diberikan ini memperlihatkan adanya kelemahan dari segi memahami maksud dan memahami kehendak yang disampaikan dalam Dewan ini oleh seseorang Ahli Parlimen dan terlalu standard sangat dan mudah. Pokok kepada hujah-hujah saya yang telah saya timbulkan di peringkat Jawatankuasa mengenai bajet bagi Jabatan Perdana Menteri ialah bahawa bangunan KIK ini bukan hanya sebuah bangunan dari segi fizikal sahaja, itu pertama. Kedua pendekatan pihak kerajaan dalam melihat kepada penggunaan KIK ini harus tidak hanya dari segi memberi kemudahan kepada kenderaan-kenderaan semata- mata. Ketiga, projek KIK ini menyebabkan adanya kumpulan yang terpinggir dan ini meletakkan kerajaan dalam satu keadaan yang agak boleh menimbulkan pertanyaan. Ini kerana sesuatu pembangunan harus juga mengambil kira mereka yang terlibat di dalam keadaan yang asal. Bukan hanya meminggirkan pula mereka apabila sudah wujudnya kemudahan yang baru. Itu tiga fakta yang saya sebutkan, melihat daripada jawapan yang diberikan menyatakan bahawa adanya Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi BSI iaitu empat agensi kerajaan bersama dengan pengurusan penyelenggaraan yang dilakukan oleh AMPM. Keempat-empat jawatan ini mewakili Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Pengurusan Harta, imigresen, PDRM dan JKR tetapi ia pula tidak dianggotai oleh pihak yang mewakili pengguna. Oleh sebab itu Jawatankuasa ini ditubuhkan semata-mata untuk menguruskan bangunan, mereka tidak melihat dari segi perspektif golongan yang menggunakan kemudahan itu. Keputusan serta pandangan ditepis begitu sahaja ada tidak menjawab kepada masalah-masalah yang ditimbulkan. Jadi biarlah saya bangkitkan semula perkara-perkara yang telah saya timbulkan supaya saya mendapat jawapan yang tepat. Saya sedar Menteri tidak ada, Timbalan Menteri pun tidak ada, mereka tidak dapat tangkap flavor ataupun kehendak yang disampaikan oleh Ahli Parlimen... [Tepuk] Kalau tidak ada pun Menteri, tidak ada Timbalan Menteri, mungkin pegawai khas Menteri mungkin ada pertimbangan, berfahaman politik itu boleh memahami apa yang seseorang ahli Parlimen bawakan di dalam Dewan. Jadi berilah jawapan yang menepati selera dan cita rasa serta kehendak yang disampaikan di dalam Dewan ini semasa kita bahas dalam peringkat Jawatankuasa. Saya tahu Menteri akan buat jawapan dan tidak akan menepati kehendak yang kita harapkan. Jadi saya balik semulalah kepada perkara yang pertama, mengapa tidak BSI iaitu nama rasmi kepada KIKJB ini dibuka ruang untuk wakil daripada pengguna ataupun masyarakat setempat kerana saya telah menegaskan bahawa KIK Johor Bahru ini bukan hanya menjadi pintu masuk semata-mata. Ia telah menjadi sebuah hab pengangkutan, pengguna KIK ini meletakkan kenderaan di pelbagai tempat. Ada yang meletakkan motosikal di tepi jalan Wong Ah Fook ada yang meletakkan kereta mereka di Seren Park iaitu taman perumahan berdekatan dengan KIK. Mereka berjalan di KIK melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam dan lepas itu mereka turun ke bawah, naik bas pergi ke Singapura. Ini saya hendak jelaskan kepada pegawai-pegawai yang mendengar dan mungkin mereka tidak pernah datang ke Johor Bahru. Jadi, KIK ini sudah menjadi hab pengangkutan, bukan terminal pengangkutan, bukan hanya pintu masuk keluar KIK, pemeriksaan Imigresen dan Kastam tidak, tetapi sudah menjadi sebuah hab pengangkutan, sebuah terminal pengangkutan. Kerana itu harus adanya sebuah perhentian bas umpamanya berhenti di depan bangunan KIK, penumpang boleh turun naik masuk dalam bangunan melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Seterusnya menaiki pula bas yang ada di bawah terus ke Singapura. Jadi perlulah KIK ini disesuaikan dari segi kemudahan untuk membolehkan ia memainkan peranannya yang lebih efisien. Tambahan pula charge parking disesuaikan dan bukan dijadikan satu profit centre.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Sebagai untuk mencari wang dan sebagainya, memudahkan orang meletakkan kereta mereka supaya boleh menggunakan kemudahan KIK ini dengan lebih efisien dan juga kenalah jawatankuasa yang mengurus bangunan ini tidak memikirkan tentang bangunan semata-mata. Akan tetapi seperti mana saya katakan kedudukan kemudahan ini haruslah bertujuan untuk membantu pengguna-penggunanya. Kalau boleh dan saya hendak tahu juga mengapa tidak boleh. Saya tahu ini jawapan Kementerian Kewangan, tetapi wakil daripada Kementerian Kewangan boleh bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri, boleh atau tidak boleh. Jangan kita berpendirian sebagai satu silo, pemikiran kita sebagai Kementerian Kewangan sahaja, inilah jawapan sebagai Kementerian Kewangan, yang lain ini kementerian-kementerian yang lain. Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab untuk mempunyai pendekatan yang lebih ke depan untuk meletakkan keperluan-keperluan yang lebih moden. Lebih sesuai dengan masa dan sebab itu haruslah memikirkan jawatankuasa pengurus pengurusan kepada BSI atau KIK, Johor Bahru ini juga melibatkan wakil daripada pengguna ataupun wakil daripada masyarakat setempat. Umpamanya ambillah wakil daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru umpamanya, duduk dalam jawatankuasa itu untuk memberikan nasihat dan membantu bagi menjadikan kemudahan ini lebih user friendly, lebih mesra pengguna dan bukan hanya dari segi sudut kita kena jaga harta kerajaan. Kedua, saya lihat adanya tambahan peruntukkan yang diberikan RM10 juta, dan hari ini pun saya baca, Menteri Kerja Raya umum akan buta tambahan satu lagi laluan. Sekali lagi saya hendak tanya KIK di Johor Bahru ini, kerana Tambak Johor ini bukan satu tambak yang begitu panjang. Ada masanya pejalan-pejalan kaki perlu untuk turun kerana adanya kesesakan lalu lintas. Bila dan adakah Kementerian Kewangan bersetuju menggunakan RM10 juta ini untuk mewujudkan pemeriksaan KIK khusus bagi pejalan kaki di peringkat Tambak Johor. Saya tahu bahawa kadang-kadang, bila kerajaan itu bertukar, dasarnya boleh bertukar, tetapi saya percaya kerana ini satu kemudahan yang memang daripada dahulu...

[Bangun]

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

...Sudah secara tradisi diberikan kepada penduduk Johor Bahru yang menggunakan Tambak Johor, mengapa hendak dihentikan... [Tepuk]

Boleh Yang Berhormat Johor Baharu? Tuan Pengerusi...

Tuan pengerusiPuan Alice Lau Kiong Yieng

Sila-sila.

Saya ingin...

Tuan Pengerusi

Sila.

...Bersama-sama dengan Yang Berhormat Johor Bahru, saya orang Johor Tuan Pengerusi, anak jati Johor Tuan Pengerusi... [Ketawa] Ada rumah di Johor Baru Tuan Pengerusi... [Dewan Riuh]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, menurut Peraturan Mesyuarat 41, tertib. Kita kan tadi sudah bersetuju bahawa mesti mematuhi peraturan mesyuarat, dengar apa Yang Berhormat Sri Gading hendak cakap.

Saya ini tertib atau tidak Tuan Pengerusi? Yang Berhormat Johor Baru, Ahli Parlimen yang berpengalaman. Yang Berhormat Johor Baru, pemimpin antara pemimpin utama di Bandar Johor Baru. Ketua UMNO Bahagian, disegani oleh rakyat Johor Baru, orang Tionghoa dan orang India. Yang Berhormat Ipoh Barat dengarlah ini, orang India...

Tuan Pengerusi

Cukuplah pujian itu Yang Berhormat.

Ya, orang Melayu...

Tuan Pengerusi

Senyum Yang Berhormat Johor Bahru.

Dia memang sentiasa senyum Tuan Pengerusi, macam saya juga Tuan Pengerusi... [Ketawa] Sebenarnya Tuan Pengerusi pun suka senyum...

Tuan Pengerusi

Pencelahan dia Yang Berhormat, yang mana satu?

Saya amat dukacita, apa yang diutarakan,apa yang dibangkitkan, apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru dalam perbahasan Bajet Kementerian Perdana Menteri. Beliau mengutarakan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat setempat, tetapi dukacita tidak ada jawapan yang konkrit, seolah-olah apa yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan ini sebenarnya tidak bererti sama sekali... [Dewan Riuh] Apakah peranan Ahli Parlimen ini hanya bercakap, berpidato, menyampaikan hasrat rakyat dan selepas itu kerajaan tidak ambil pusing. Apakah ertinya ini Tuan pengerusi, jadi bagaimana seorang Ahli Parlimen membawa masalah rakyat tetapi kerajaan buat don’t know sahaja Tuan pengerusi... [Dewan riuh] Pedih, sedih dan rasa tersiat jiwa kita sebagai Ahli Parlimen membawa masalah rakyat, tetapi tindakan tidak ada... [Dewan riuh] Minta maaf Tuan pengerusi, saya bukan hendak mengkritik mana-mana pihak, tetapi kalau trend seperti ini dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menyahut apa yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen, apa maknanya Dewan Rakyat ini Tuan Pengerusi?... [Dewan Riuh] Saya berharap, kalau ada rintihan yang dibawa Ahli Parlimen di dalam Dewan ini, berkaitan dengan masalah dan kepentingan rakyat, bahawa cogan kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri rakyat didahulukan, inilah yang kita tuntut, ini. Saya tidak tahu... Yang Berhormat Johor Bahru terpaksa mengulang lagi perkara KIK ini dalam perbahasan penggulungan jawatankuasa di Kementerian Kewangan, kenapa? Kerana rasa kecewa dan saya berkongsi dengan kekecewaan beliau ini, Tuan Pengerusi. Saya berharap jangan jawab hanya untuk menjawab, tetapi jawablah dengan tindakan yang betul-betul sampai kepada hasrat dan kehendak rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi, atas keizinan, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru... [Dewan Riuh]

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, sebenarnya, saya bukan minta supaya ada tindakan konkrit kerana dari segi pengalaman saya dan pernah saya mendengar jawapan atau kenyataan daripada seorang pemimpin Kesatuan Buruh, dia kata, “I don’t have any concrete solution, because I am not a contractor.”… [Dewan Riuh] Jadi ini yang kita bimbang, bahawa dalam perancangan kita, kita hanya boleh melihat kepada sesuatu yang konkrit, itu sebab saya..., kerana perkataan konkrit itu ada kaitannya dengan kontraktor. Saya memang bimbang kita ini terperangkap di dalam satu keadaan di mana kontraktor yang mencadangkan, kerajaan yang melaksanakan. Mengapa tidak kita mengambil pendekatan di mana kita tumpukan kepada keperluan masyarakat, keperluan pengguna dan pendekatan yang simple iaitu kalau jawatankuasa pengurusan BSI dapat dibukakan kepada wakil yang boleh mengutarakan pandangan masyarakat dan pengguna. Umpamanya melibatkan Majlis Bandar Raya Johor baru, kerana mereka memang boleh sentiasa terdedah kepada aduan dan rungutan daripada penduduk yang duduk dalam kawasan PBT yang berkenaan. Soal yang saya harap, Kementerian Kewangan akan memberikan jawapan secara tegas, jelas, mahu atau tidak mahu, hendak atau tidak hendak, tolak atau terima cadangan dan permintaan supaya diadakan KIK untuk pejalan kaki. Ini saya anggap... Satu soalan sahajalah, tidak perlu berleret-leret, yang lain-lain tidak hendak jawab, jawab sahajalah yang soal itu. Saya rasa saya tidak perlu ulang semula dalam jawatankuasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri pula.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Ini second chance, peluang yang kedua kepada pihak kerajaan dalam perbincangan dan dalam jawapan yang bakal diberi oleh Kementerian Kewangan, tertulis, tidak payah jawab dalam Dewan pun tidak apa. Saya terima bahawa perkara ini perkara localize, bukan satu yang besar, ianya Johor Bahru punya hal dan saya boleh terimalah jawapan bertulis. Bukan jawapan secara lisan, secara bertulis kepada saya terhadap perkara-perkara yang telah saya bawakan mengenai dengan KIK, di mana peruntukannya sebanyak RM10,000,000 itu telah pun dinyatakan dan janganlah tergesa-gesa sangat hendak buat Laluan Kedualah, tambahanlah untuk kenderaan. Tengok dahulu kepada individu, kerana saya hendak beri sedikit mungkin dari segi falsafahnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bahawa kalau kita lihat negara maju dan kalau kita hendak juga menjadi sebuah negara maju. Kita tidak akan mengutamakan kenderaan. Kita tidak akan mengutamakan kereta, kita tidak akan mengutamakan motokar itu, kenderaan persendirian itu. Akan tetapi kita akan mengutamakan pedestrian, pejalan kaki, orang ramai... [Tepuk] Dan masyarakat. Bukan kepada buat jalan besar-besar tanpa pavement nya, laluan pejalan kakinya kerana kalau kita tidak boleh buat begitu, langkah kita ke arah menjadi negara yang maju akan tersekat, kerana pemikiran kita dan sikap kita masih lagi ke arah bagaimana seorang perancang umpamanya hanya duduk dalam kereta, dia naik kereta, jadi dia tidak tahu apa masalah pejalan kaki, apa masalah orang ramai kerana sebenarnya ianya kalau kita boleh mengutamakan kehendak pejalan kaki, kehendak orang ramai ini menunjukkan bahawa kita sebuah negara yang hampir menjadi negara maju. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara perlu dibawa kepada Kementerian Kewangan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Pertama mengenai hasil yang akan dikutip daripada satu cukai yang baru RPGT, Real Property Gains Tax di bawah Butiran 080000 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sekali lagi kita kena merayu kepada pihak kerajaan untuk memikir semula dasar kerajaan untuk membawa satu RPGT sebanyak 5 peratus kepada semua keuntungan daripada penjualan dan pembelian property di negara kita. Di satu conference property yang diadakan di Hong Kong pada tahun lalu. Satu conference yang terbesar di Asia Pasifik, MIPIM Asia. Ada empat orang panelist antara mereka adalah panelist daripada Macquarie, daripada Credit Swiss, daripada satu dana Asia Timur dan mereka ditanya oleh pihak audience di bawah. Mereka bertanya di Asia Tenggara, Southeast Asia, di manakah pihak pelabur patut melabur wang mereka? Dan di manakah negara yang perlu diasingkan iaitu avoided, must be avoided. Which country is the most attractive in their opinion? Which country is the most unattractive and to be avoided. Jawapan keempat-empat panelist semuanya sama, iaitu yang ter attractive, yang termenarik Singapore. Walaupun harta di Singapore adalah jauh lebih mahal daripada harta di Kuala Lumpur, sepuluh kali, lima belas kali ganda daripada Kuala Lumpur, akan tetapi yang termenarik sekali Singapore. Yang perlu diavoid, yang perlu avoid mana? Malaysia. Keempat-empat panelist semua kata Malaysia dan mereka ditanya lagi apa sebabnya Malaysia perlu di ketepikan, dipinggirkan. Jawapannya semua sama. Kerana Kerajaan Malaysia tidak mempunyai satu prinsip dasar yang konsisten. Hari ini boleh bebas, tidak ada cukai. Akan tetapi masuk beli... [Tepuk] Sebelum dapat jual, tukar polisi ada cukai 5 peratus. Selepas dua tahun tidak ada cukai ataupun hanya cukai untuk tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga. Kita tidak mempunyai satu polisi yang konsisten. Masalah sekarang bagi RPGT bukan masalah 5

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

peratus atau 3 peratus atau 10 peratus. Masalah adalah persepsi yang diberikan kepada pelabur-pelabur daripada negara asing. Mereka takut untuk masuk ke Malaysia sebab tidak tahu bila-bila kerajaan kata tidak cukup duit, tingkatkan cukai. Cukup duit bebaskan cukai. Sebelum ini awal tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan ada kata kita hendak meliberalisasikan sektor property kerajaan kita. Ada dia kata, analyst report yang saya baca semua keluar positif, UBS ada keluar report bulan Jun, “Positive on property sector due to liberalization that expected in the sector.” Akan tetapi bila bajet datang tax ditingkatkan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat boleh minta mencelah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Cepat ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju apabila Dewan yang mulia ini meluluskan Real Property Gains Tax Act 1976. Objektif utamanya adalah untuk mencegah spekulasi, penjualan hartanah supaya tidak timbul kegawatan ekonomi yang akan merugikan negara. Akan tetapi akta tersebut jelas memperuntukkan had tempoh lima tahun sahaja. Jadi, nampaknya kerajaan sendiri hari ini membuat dasar membelakangi objektif utama, melaksanakan cukai ambiguiti untuk tempoh selama-lamanya. Saya beri contoh, katakan ayah Menteri meninggal dunia 50 tahun dahulu mewarisi tanah sekarang hendak jual kena bayar pula. Walaupun ia telah melebihi 50 tahun. Adakah Yang Berhormat bersetuju ini adalah ultra virus kepada akta dan dasar ini patut diketepikan. Terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dasar ini memang patut diketepikan, sebab dasar ini tidak adil. Tidak adil sebab ini satu polisi yang mempunyai sifat retrospektif yang ekstrem bukan retrospektif lima tahun, seratus tahun, retrospektif. Menteri semasa menjawab peringkat dasar ada kata, “Oh, kita boleh potong semua maintenance cost, semua kos yang terlibat dalam pembelian property ini.” Akan tetapi property yang kita telah beli 50 tahun dahulu, mana ada simpan resit-resit penyelenggaraan, maintenance yang kita simpan 50 tahun dahulu. Tidak mengena. Ini memang tidak mengena, so kita harap saya tidak mahu memanjangkan perkara ini. Akan tetapi kita harap kementerian fikir baik-baik sebab kita menjadi satu bahan jenaka di luar negeri. Kita selalu ada ‘hovering’ scheme, instant scheme hari ini macam ini, esok hari yang lain. Itu masalah bagi dasar, polisi-polisi Kerajaan Malaysia pada hari ini. Kedua, Bekalan sama dan juga dasar baru iaitu Butiran 100300 - Panel Kajian Semula Cukai (GST). Saya faham kenapa Kerajaan Malaysia ingin mengemukakan polisi GST. Dari segi ekonomi memang GST merupakan satu cara untuk mengutip cukai yang boleh jadi dari segi teori lebih baik. Akan tetapi masalah di Malaysia ialah kita belum sampai tahap di mana GST merupakan satu kutipan cukai yang adil, yang saksama bagi rakyat. Sebab buat masa ini tidak sampai dua juta orang bayar income tax. Yang lain pekerja sepuluh juta orang langsung tidak payah bayar income tax sebab pendapatan mereka tidak melebihi RM2,500, so tidak payah bayar. Akan tetapi kalau kita ada GST, semua orang ada gaji tidak ada gaji, gaji rendah gaji tinggi kena bayar GST.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

So kalau hendak implement GST, boleh tetapi capailah matlamat yg disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dahulu. Capai high income di mana semua rakyat perlu membayar cukai. Semasa itu barulah tukar kepada peringkat GST. Kalau seramai 12 juta orang bekerja, sepuluh juta orang ada membayar income tax, masa itu bolehlah fikir, kita bayar tukar sistem percukaian kita daripada cukai pendapatan kepada GST. Daripada direct kepada indirect income tax. Semasa ini kalau kita tukar memang tidak wajar bagi kerajaan. Ini perkara satu. Perkara kedua, kalau kita hendak mengutip lebih tax GST kerana apa? Ini kerana kerajaan fikir, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kutipan hasil daripada sektor petroleum. Betul. Kita memang tidak patut bergantung kepada sektor petroleum. Akan tetapi, caranya bukan dengan mengutip cukai daripada rakyat Malaysia yang lebih tinggi. Bukan macam itu. Caranya adalah untuk meningkatkan produktiviti rakyat Malaysia.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Meningkatkan gaji dan income rakyat Malaysia supaya tax dapat dikutip dengan taraf pengutip cukai, the tax rate yang sama. Caranya bukan kata ekonomi tidak bertumbuh, harga petroleum turun, kita tingkatkan cukai daripada orang biasa, orang ramai. Itu bukan caranya. Caranya adalah untuk meningkatkan income dan produktiviti bagi rakyat di Malaysia. Kita mengharapkan bahawa kerajaan akan berfikir baik-baik sebelum mengimplementasikan polisi GST. Sebab saya fikir GST daripada segi teori, memang lebih efisien, memang lebih baik untuk ekonomi. Akan tetapi selepas kita benar-benar mencapai tahap high income, barulah kita implement GST. Semua rakyat telah pun membayar cukai pendapatan personel income tax, barulah kita tukar kepada sistem GST. Bekalan yang seterusnya B.11, Butiran 021700 - Pelaksanaan Penyusunan Semula Pengangkutan Awam di Lembah Klang. Ini berkaitan dengan Syarikat Prasarana yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan. Saya nampak dalam butiran tersebut peruntukan yang diberikan adalah RM299 juta sahaja. Saya ingin bertanya Syarikat RapidKL ini ada banyak perbelanjaan pembangunan yang perlu diambil pada tahun ini, tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang supaya pengangkutan-pengangkutan awam di Malaysia dapat dipertingkatkan seperti satu daripada key result area yang ditentukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Masalahnya RM300 juta boleh buat apa, boleh beli apa? Bagaimana kita dapat meningkatkan sistem pengangkutan kita kalau tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melabur dalam sistem pengangkutan awam. The basic infrastructure. Saya tidak dapat menentukan sebab daripada butiran yang diberikan, not clear. Akan tetapi saya tidak dapat mencari di Kementerian Pengangkutan atau pun Kementerian Kewangan, wang yang diperuntukkan untuk membina penyambungan rel LRT seperti yang dikatakan oleh kerajaan, daripada Kelana Jaya ke Subang Jaya dan Subang Jaya ke Sri Petaling. Satu key project yang telah pun diheboh-hebohkan sejak dua atau tiga tahun yang lalu. Tidak ada di dalam. So saya hendak bertanya, adakah ini projek yang dihebohkan supaya rakyat yang tinggal di Subang Jaya, Petaling Jaya dan Sri Petaling, menjadi excited dahulu? Atau pun benar-benar ada polisi, ada cadangan untuk membina penyambungan sistem tersebut? Saya tidak perlulah mengatakan satu lagi cadangan yang diberikan front page treatment oleh surat khabar tempatan iaitu cadangan satu rel baru daripada Cheras ke Kota Damansara. Langsung tidak ada dalam butiran ini. Kajian pun macam tidak ada. Dasar baru tidak ada di dalam. Kalau ada, sila tunjukkan kepada saya sebab saya ingin memberitahu kepada penduduk-penduduk di kawasan saya dan juga kawasan berdekatan, apakah cadangan kerajaan untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Satu lagi, B.10 Butiran 030200 – Pelaburan, MKD dan Penswastaan. Dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah berkata bahawa satu polisi yang akan dijalankan tanpa butiran adalah polisi penswastaan, second wave. Second wave of privatization. Saya ingin mengetahui, apakah syarikat-syarikat atau pun agensi-agensi kerajaan yang telah pun di identified yang akan diswastakan kepada pihak swasta? Apakah cara penswastaan yang akan diambil alih? Adakah cara penswastaan itu sama dengan cara penswastaan seperti dahulu? Di mana know who, get what. Bukan know how, but know who. Siapa kenal, siapa serahkan proposal yang pertama akan dapat projek tersebut. Kita sudah nampak banyak projek seperti itu. Indah Water bagi berjaya selepas itu, gagal, perlu dibeli balik. Kita telah nampak LRT sistem. Sistem pengangkutan awam kita. Diberikan kepada syarikat Renong dan lain- lain syarikat yang berkaitan UEM. Selepas itu gagal, tidak dapat membayar hutang, kerajaan perlu membeli balik dengan harga yang lebih mahal. Banyak projek yang boleh kita utarakan di sini. Akan tetapi tidak perlu. Kita semua sudah tahu. Adakah cara penswastaan akan ditukarkan? Adakah kita akan mengambil prinsip competency, accountability and transparency yang mana semua kontrak penswastaan...[Tepuk] Diberikan tender terbuka secara competitive dan telus. Semua orang boleh evaluate.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Adakah syarikat ini syarikat yang baru diterbitkan pada dua hari yang lalu? Atau buat sebuah syarikat yang benar-benar berpengalaman dalam bidang tersebut. Kita ingin tahu. Kita tidak hendak sekali lagi nampak projek-projek seperti LRT, IWK dan lain-lain...

Tuan Pengerusi

Banyak lagi Yang Berhormat?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak. Satu perkara sahaja lagi. So, itu perlu kita tahu. Satu perkara lagi. Saya ingin tahu apakah status Butiran 010400 - Perolehan Kerajaan. Kita nampak sekarang banyak perolehan yang dibuat oleh kerajaan adalah dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Apakah pertukaran polisi yang akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kewangan supaya ini dapat dikawal? Saya berasa kecewa kerana dalam ucapan bajet tidak ada sekali pun mentioned Open Tender. Walaupun bagi mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, tidak dapat melaksanakan polisi tersebut semasa beliau menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara perkara pertama dalam ucapan bajetnya adalah Open Tender. Kita ingin melihat supaya Kementerian Kewangan akan menegaskan keperluan Open Tender kepada semua kementerian. Kita tidak hendak lihat projek PKFZ yang mana projek diberikan kepada Kuala Dimensi Sendirian Berhad tanpa Open Tender, tanpa proposal... [Tepuk] Tanpa apa-apa-apa. Diberikan sahaja RM1 bilion. Tidak cukup, RM300 juta. Tidak cukup RM500 juta. Diberikan macam itu sahaja. Itu masalah tidak ada Open Tender. Beli tanah pun tidak Open Tender. Beri kontrak pun tidak ada Open Tender. So, kita harap ada polisi yang tukar dalam Kementerian Kewangan supaya perkara-perkara ini tidak dapat dilihat lagi. Seperti apa-apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Open Tender adalah satu solution untuk mencegah rasuah di negara kita untuk prevent negara kita, jatuh lagi daripada tingkat 56 kepada peringkat yang lebih teruk pada satu hari nanti. Open Tender semestinya dilaksanakan untuk semua kontrak semua projek pada masa hari ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran B.10 - 10000 di peringkat perancangan ini kerana saya yakin pegawai- pegawai kerajaan banyak memikirkan tentang perkara-perkara yang saya akan timbulkan. Pertamanya tentang SPNB yang banyak membina Rumah Mesra Rakyat. Saya tidak mempertikaikan tentang tugasan mereka, malahan saya ucapkan jutaan tahniah. Sekadar adakah pihak kementerian sekarang ada merancang supaya skop tugasan yang diserahkan kepada SPNB ini diperluaskan kepada membaiki ruang rumah-rumah yang perlu dibantu di seluruh negara, terutamanya rumah-rumah di kawasan pedalaman, rumah- rumah kampung yang saya fikir boleh diperbaiki. Beri peruntukan sebanyak RM10,000 ataupun RM20,000 untuk tujuan memperbaiki, repair. Sebahagian daripada mereka mendapat rumah baru, tetapi yang sudah ada rumah yang uzur ini perlu juga dibantu, di mana mungkin seperti pendekatan Rumah Mesra Rakyat iaitu dua pertiga ditanggung oleh tuan rumah dan satu pertiga ditanggung oleh kerajaan. Saya rasa kalau ini diperluaskan di mana rumah-rumah yang uzur dibela oleh kerajaan melalui SPNB, saya yakin ini adalah satu lagi pendekatan yang sangat bertepatan dengan 1Malaysia, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Keduanya tentang KWSP. Sekarang kita tahu bahawa umumnya dividen KWSP dalam lingkungan 5 peratus setahun, tetapi kalau kita bandingkan dengan kadar yang dikenakan oleh pihak bank ke atas pinjaman perumahan, kalau BLR++ lebih kurang 7 peratus. Ertinya lebih mahal daripada dividen yang dibayar oleh KWSP. Pinjaman perumahan yang dianjurkan oleh pihak bank umumnya 7 peratus, kalau 20 tahun lebih kurang 140 peratus. Ini maknanya lebih mahal daripada keuntungan yang diberi oleh pihak KWSP.

Tuan Pengerusi, saya hendak cadangkan, adakah pihak kerajaan boleh memberi sedikit kelonggaran kepada peminjam-peminjam rumah ini supaya dapat mengeluarkan sebahagian daripada wang yang terkumpul dalam KWSP? Iaitu bagi tujuan membayar pinjaman perumahan yang mereka tanggung daripada pinjaman yang telah dianjurkan oleh pihak bank. Walaupun umur mereka belum lagi 50 atau 55 tahun, tetapi kalau simpanan mereka dalam KWSP banyak - mungkin umur mereka 40 tahun, tetapi oleh kerana jumlah yang banyak itu boleh dikeluarkan untuk membayar pinjaman perumahan, saya yakin dari segi jangka masa panjang lebih menguntungkan jika dibandingkan terpaksa simpan dalam KWSP dan pada masa yang sama membayar hutang pinjaman perumahan di bank-bank swasta. Tuan Pengerusi, perkara ketiga atas kepala yang sama saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, sebenarnya berapa banyak wang pasaran gelap dalam negara Malaysia? Sama ada judi haram, sama ada dulu ada skim cepat kaya dan banyak lagi saya rasa. Saya yakin banyak lagi kegiatan wang haram dalam negara Malaysia yang saya fikir sukar dibendung, tetapi pada masa yang sama ia juga membantu, walaupun ia haram, ia membantu KDNK. Pada masa yang sama, saya yakin ada beberapa kegiatan yang dikategorikan sebagai wang haram, tetapi boleh kita pertimbangkan untuk kita tidak kategorikan sebagai haram. Seperti Swiss Cash, baru-baru ini kerajaan kata, okey, dibenarkan supaya dipulangkan semula RM30 juta. Saya yakin banyak lagi kegiatan tersebut yang sekarang ini dibekukan oleh kerajaan yang boleh membantu KDNK negara ataupun aktiviti ekonomi dalam negara Malaysia kalau kerajaan boleh pertimbangkan. Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran B.10, 20000 - CIQ. Tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor baru, tetapi saya akan masukkan perkara-perkara yang lain. Saya sokong pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru tadi supaya kita betul-betul turun ke bawah melihat masalah sebenar yang ditanggung oleh penduduk Johor Bahru yang berulang alik daripada Johor Bahru ke Singapura. Tuan Pengerusi, ada satu perkara lagi iaitu baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa pampasan yang terpaksa dibayar kepada kontraktor kerana pembatalan projek jambatan lebih kurang RM200 juta. Saya bangkitkan pada hari ini kerana ingin tahu apakah butiran-butiran pampasan yang dibayar kepada kontraktor sebanyak RM200 juta itu, adakah bahan binaan? Adakah insurans dan lain-lain ataupun kerugian kerana keuntungan yang dijangka oleh pihak kontraktor, tetapi tiba-tiba tidak dapat, hanya disebabkan oleh projek dibatalkan, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM200 juta? Pada masa yang sama juga, saya dimaklumkan bahawa kontraktor yang sama diberikan kontrak selenggara CIQ berjumlah RM30 juta setahun. Ini juga kita perlukan butiran supaya perkara ini telus dan tidak menjadi persoalan kepada umum, terutamanya kepada masyarakat yang sangat peka kepada projek tersebut. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah tentang Butiran B.11, 20500. Saya lihat subsidi yang ditanggung oleh kerajaan akan berkurangan daripada RM21 bilion kepada RM10 bilion, di dalam buku yang saya baca ini. Ini maknanya kalau tahun ini RM21 bilion, tahun depan tinggal RM10 bilion. Saya ingin bertanya, apakah kaedah sebenarnya untuk menjimatkan subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan? Pada masa yang sama, saya menyeru supaya golongan masyarakat yang berpendapatan pertengahan ini juga diambil kira. Saya rasa jumlah golongan ini ramai kira- kira lima, enam juta penduduk dan mereka juga adalah rakyat Malaysia yang perlu dibantu kerana pendapatan mereka adalah pada paras pertengahan. Saya yakin mereka juga banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Sekiranya perkara ini tidak dilihat, mungkin produktiviti mereka menurun dan akhirnya akan menjejaskan keseluruhan KDNK dalam negara Malaysia. Jadi, Tuan Pengerusi, saya memohon supaya perkara ini dilihat, tidaklah golongan pertengahan ini terpaksa membayar minyak yang mahal, suatu masa nanti kerana kaedah yang kita buat mungkin tergesa-gesa.

Saya syorkan supaya kaedah itu hendaklah dibuat secara cermat dan pelaksanaannya dibuat beransur-ansur, gradually, supaya golongan pertengahan dan golongan rakyat termiskin juga terbela kerana mereka adalah pengguna minyak yang paling besar dalam negara kita. Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga turut untuk bangun memberikan beberapa pandangan tentang bekalan Butiran B.10 dan seterusnya dan juga dalam P.10 dan seterusnya. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian mengenai pada setiap kepala itu kita nampak ada disebutkan di situ Pegawai Pengawal. Kalau Kementerian Kewangan ini disebutkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Kalau di JPM begitulah Ketua Setiausaha Negara. Saya ingin mendapat penjelasan lebih awal lagi, apakah tanggungjawab mereka ini? Ini kerana tidak pernah ditanya. Dalam berlatarbelakangkan pelbagai ketirisan yang berlaku pada setiap Laporan Ketua Audit, saya ingin tahu apa tanggungjawab mereka dan bolehkah mereka juga dipertanggungjawabkan? Andainya terus-menerus berlaku ketirisan, apakah mereka boleh dipertanggungjawabkan dari sudut seumpama membayar balik jika berlaku kerugian berhubung dengan penyeliaan, penyelenggaraan, pengawalan bahkan segala-galanya yang mereka adalah Pegawai Pengawalnya?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, sambung tengah hari nanti, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk mengizinkan lebih ramai Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan ini, masa selepas ini akan dihadkan kepada 10 minit seorang. Sila, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan sedikit lagi. Saya akan cuba ringkas-ringkaskan sahaja. Ada dua, tiga point sahaja yang belum saya sebutkan. Pertamanya, Maksud B.10 dalam Butiran 080000 ataupun boleh juga dibawa di dalam Butiran 060200 bersabit dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya membangkitkan perkara ini sehubungan dengan apa yang disebutkan Yang Berhormat Menteri hasil daripada minyak di luar pesisir perairan Kelantan, yang disebutkan terdapat dalam laporan ini, JDA ataupun Joint Development Authority yang merupakan kawasan kerjasama Malaysia dan Thailand yang berjumlah 2,250 kilometer persegi yang telah pun mengeluarkan hasil, mengikut laporannya dan Thailand telah mendapat pada tahun lalu sejumlah RM800 juta dan diberikan kepada province’nya Songkhla sebanyak RM400 juta.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin tahu berapakah dan tidak pula sebaliknya perkara itu seperti mana Thailand menghormati dan memberikan bahagiannya kepada Songkhla, Malaysia tidak pula memberikannya kepada Kelantan. Jadi saya ingin tahu, berapakah jumlah yang sepatutnya? Itu satu. Keduanya juga yang dikatakan sebagai bahagian PM 301 itu yang dikatakan sebagai bumi selatan, mengikutnya adalah sama ada bumi selatan, ular, bergading dan juga gajah itu, saya ingin mendapat kepastian berapakah jumlah seluruhnya telaga ini dan reservenya, berapakah reservenya? Kesemua ini perlu mendapat ketelusan dan laporan daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri. Begitu juga permohonan untuk yang masih kita tahu ialah kastam daripada negeri Terengganu. Ini kita boleh faham sebab tidak ada di sana supply base yang Kelantan mahu wujudkan supply base daripada KB, tetapi sehingga hari ini masih lagi tidak mendapat sambutan daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun kalau kita perhatikan daripada telaga itu, jaraknya ke Kota Bharu adalah 150 meter. Perbezaan jarak Pekan Pattani itu 180 kilometer dan kalau berbanding Ketereh itu 310 kilometer. Songkhla lebih jauhlah 260 kilometer. Kesemua ini dikatakan dan inilah perkara yang saya ingin bangkitkan untuk mendapat kepastian. Tuan Pengerusi, kalau saya beralih sedikit membawa untuk pemerhatian kepada apa yang baru-baru ini disebutkan sebagai prestasi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah Butiran 100000 – One-Off. Di sana kita lihat Butiran 100400, kita akan dapati Unit Pengurusan Projek (PMU), Project Management Unit yang saya ingin mendapat kepastian. Pertamanya adalah terbit daripada percanggahan fakta yang diberikan oleh paling tidaknya pihak, pertamanya, Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang menyebutkan, bahawa apa yang kita dengar semasa pembentangan bajet adalah telah pun dibelanjakan kedua-dua pakej rangsangan itu, yang telah dibelanjakan adalah berjumlah RM13.9 bilion kurang lebih, yang telah pun melibatkan 74,000 kurang lebih projek. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan II menyebutkan, percanggahan fakta yang saya tidak tahu mengapa boleh berlaku begitu adalah RM17 bilion yang melibatkan 740,000 projek termasuklah pelbagai kelasnya. Paling mutakhir ketika saya membaca Laporan Ekonomi terbitan Kementerian Kewangan Malaysia sendiri untuk 2009/2010, saya mendapati di muka surat 3. Kalau boleh saya membacakan dengan izin, “Sehingga akhir September 2009, sebanyak RM8.2 bilion telah dibelanjakan bagi kedua-dua pakej rangsangan”. Kalau kita merujuk kepada muka surat 98 dan 99, di mana penulisan itu adalah bersangkutan dengan prestasi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi I dan II. Di muka 99 itu, kalau saya diizinkan membacanya, “Di bawah Pakej Rangsangan I itu sejumlah RM6.8 bilion telah diagihkan kepada pelbagai kementerian dan agensi sejumlah 53,571 projek bernilai RM6.1 bilion telah ditawarkan sehingga akhir September 2009, sebanyak RM4.3 bilion telah dibelanjakan”.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau beralih kepada ayat para yang seterusnya, saya boleh bacakan setakat ini, ini PRE-II. Setakat ini sebanyak RM3.9 bilion dibelanjakan dan melibatkan sebanyak 10,710 projek yang telah disiapkan. Jadi sehingga tahun 2010 jelaslah mengikut muka surat tiga tadi jumlahnya adalah RM8.2 bilion. Tuan Pengerusi persoalan ini mungkin boleh diperdamaikan kalau kita mungkin merujuk setiap Menteri tadi dan laporan ini mungkin merujuk kepada perkara yang berbeza. Akan tetapi pokoknya dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ini, satu keperluan kepada ketelusan dan pertanggungjawaban dan keduanya perkara ini mesti dilakukan dalam satu timeline yang mesti mencetuskan impak itu untuk ia berkesan. Kita masih ingat yang rangsangan yang pertama itu, RM7 bilion itu sebenarnya bukan satu suntikan fiskal yang baru. Kalau Dewan yang mulia ini masih ingat, ia adalah hasil daripada savings, penjimatan daripada subsidi yang telah pun diterangkan oleh Menteri. Jadi tidak ada satu yang pelik atau luar biasa di situ. Pokoknya, sehingga hari ini mengikut laporan yang pada saya, yang sahih dan wibawa adalah laporan ekonomi ini dan ia hanyalah RM8.2 bilion. Ini cukup mengecewakan kerana ia juga sekali gus akan menjejaskan persoalan recovery yang telah kita banyak bicarakan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya juga ingin bangkitkan prestasi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi II ini. Suntikan fiskal itu RM15 bilion dan kita tahu hari ini suntikan kedua itu yang dapat disuntik benar-benar hanyalah RM3.9, itu pertama. Kedua Tuan Pengerusi adalah daripada apa yang disebutkan di sini sebagai Dana Jamin Nasional Berhad. Saya cuba rumuskan sedikit lagi. Jadi saya ingin tahu Dana Jamin Nasional Berhad yang merupakan institusi jaminan kewangan. Saya ingin mendapat penjelasan berapa sebenarnya yang mereka telah apa yang dikatakan sebagai dana jamin yang terlibat dalam menyediakan penambahan kredit untuk membantu sektor swasta mendapatkan dana daripada pasaran bon. Akhir sekali, Khazanah Nasional Berhad akan melaksanakan pelaburan dalam negeri sebanyak RM10 bilion dalam sektor strategik termasuk telekomunikasi, teknologi, pelancongan, pertanian dan sebagainya. Itu pun Dewan ini perlu penjelasan dan mendapat huraian daripada pihak kementerian. Habis.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habis?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak mengapalah, ada banyak lagi kes hendak dibangkit, tidak mengapalah. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada perkara B10. Butiran 010100-Perkhidmatan Kewangan. Walaupun dalam keadaan yang sukar dan kerajaan telah mengunjurkan pendapatan kerajaan yang semakin menurun sebanyak 8.4 peratus kita masih lagi berjaya membentangkan satu bajet yang sungguh bermakna dan memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Paling penting kita telah berjaya mengurangkan unjuran defisit kita kepada 5.6 peratus. Justeru itu saya menyokong usaha kerajaan untuk menambahkan pendapatan negara terutamanya mengenakan caj RM50 kepada kredit kad. Sebenarnya kita jangan heboh sangat, satu bulan kita kena bayar RM4 sahaja. Mungkin kerana banyak bank-bank sekarang, ada competition, jadi mungkin bank menawarkan kepada kita dia akan bayar RM50 untuk kita. Itu kita haraplah. Keduanya, saya juga menyokong usaha kerajaan untuk mengenakan caj untuk RPGT. Apa yang disebut oleh banyak daripada Ahli-ahli di sebelah sana, bahawa konon kerajaan memang mengenakan satu syarat yang cukup membebankan. Padahal kerajaan memberikan banyak kelonggaran. Rumah pertama, apabila kita jual tidak dikenakan RPGT. Hanya daripada keuntungan hasil daripada jumlah penjualan tolak harga pembeli. Kerana kita tidak boleh beri carrot sentiasa, kita mestilah sekurang-kurangnya mencadangkan apakah langkah lain yang boleh kita bantu kerajaan ataupun cadangkan yang konkrit yang boleh kita menjana pendapatan supaya meningkatkan lagi revenue negara. Seterusnya saya pergi kepada kepala 020300-Analisa Ekonomi dan Antarabangsa. Kita ucapkan tahniah juga kepada kerajaan kerana dengan usaha tersebut kita telah dapat mengukuhkan rating kita dalam usaha kita untuk menguruskan kewangan dan fiskal dengan cara yang lebih baik. Usaha ini sebenarnya boleh memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat terutamanya pelabur-pelabur. Walaupun sebenarnya Tuan Pengerusi, banyak petanda-petanda bahawa ekonomi kita akan pulih dan pertumbuhan banyak negara juga mencatatkan pertumbuhan. Akan tetapi di peringkat global ada banyak ketidaktentuan. Ekonomi global sebenarnya begitu fragile sekali dengan izin. Seharusnya kerajaan membuat persediaan awal mengikut kemampuan kewangan negara supaya kita dapat memastikan kita sentiasa bersedia dalam menghadapi apa juga kemungkinan. Selepas itu saya pergi kepada kepala 080000-Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah sebuah agensi yang telah menjadi penyumbang utama kepada pendapatan dan juga revenue negara. Pada tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menyumbang lebih kurang 45 peratus daripada pendapatan negara iaitu hampir RM90 bilion. Agensi ini telah dijadikan sebagai Lembaga Badan Berkanun sejak tahun 1996. Akan tetapi badan ini dengan izin, not self financing seperti SOCSO, Tabung Haji dan KWSP.

LHDN ini bergantung terus kepada bajet tahunan dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan kerana mereka tidak dapat menguruskan kewangan sendiri walaupun sebenarnya kerja LHDN collect berbilion-bilion. Sehinggakan projek pembangunan apa juga yang dicadangkan tertakluk kepada kelulusan EPU dan juga dalam mid-term review dengan izin. Hinggalah untuk pertambahan untuk mendapat perjawatan baru pun mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan juga JPA. Kita cuba bayangkan sebagai sebuah agensi yang sebenarnya menjadi penyumbang utama kepada revenue negara. Akan tetapi wang yang didapati terus disalurkan kepada dengan izin, AG. Ia seperti seolah-olah jabatan kerajaan yang lain. Padahal ia adalah lembaga yang menguruskan semua pungutan dan tidak diberikan apa- apa insentif. Seterusnya LHDN telah membeli sebidang tanah seluas 48 ekar di Melaka untuk dijadikan sebagai akademi. Pembelian telah pun dibuat tetapi setelah dua tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak ada kemampuan untuk meneruskan pembangunan ini kerana tidak mendapat peruntukan. Bayangkanlah sebagai sebuah agensi yang semestinya mempunyai satu kekuatan dalaman, bukan sahaja pegawai-pegawai yang hebat, yang mempunyai pengalaman dan ilmu, bahkan mesti mestilah menunjukkan satu kekuatan. Hendak membina sebuah bangunan akademi pun terpaksa menunggu sehingga RMK-10. Kalaulah akademi ini kita lambatkan, maknanya pungutan untuk hasil dalam negara akan terus berkurangan kerana hendak minta tambah anggota pun kena minta kelulusan daripada pihak berwajib. Jadi saya cuba bandingkan, kalau kita pergi laut hendak menjala ikan, kalau kita bawa jala yang kecil, kita akan dapat ikan yang kecil sahaja. Akan tetapi kalau kita dibekalkan dengan jala yang besar, bukan sahaja kita dapat tangkap ikan yang besar, bahkan kita boleh pergi ke laut lepas. Maknanya, kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri ini diberikan kekuatan, pegawai-pegawai yang berkaliber dengan juga insentif-insentif, saya yakin bukan sahaja RM90 bilion yang kita dapati daripada tahun lepas, bahkan lebih daripada itu kita dapat. Ini kerana pegawai-pegawai LHDN bukan sahaja duduk di pejabat, bahkan mereka juga ada mempunyai pelbagai pasukan perisik, sentiasa mencungkil mereka yang lari daripada cukai ataupun dengan izin, tax evaders.

Jadi, sekurang-kurangnya mereka yang dapat apa juga hasil dan kes-kes baru, pegawai-pegawai ini mesti diberikan insentif ataupun hadiah. Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi kepada kepala 060000 iaitu Perkhidmatan Kastam. Tuan Pengerusi, ini satu lagi agensi yang memberikan pulangan ataupun hasil kepada negara kedua terbesar selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri. Akan tetapi, sebagai sebuah jabatan, ia mempunyai berbagai-bagai cabaran. Walau bagaimanapun, pada tahun lepas Jabatan Kastam telah berjaya memungut hasil sebanyak RM28.63 bilion dan dijangka akan berkeupayaan mendapat hasil sebanyak RM25.2 bilion untuk tahun 2009. Cukainya tidak perlu saya sebutkan. Walau bagaimanapun, prestasi pungutan hasil jabatan semakin bertambah selepas suku tahun kedua tahun 2009. Keadaan ini dipengaruhi oleh situasi ekonomi yang semakin baik dan juga prestasi pungutan atas kenderaan semakin meningkat. Ini semua indicator yang kita boleh gunakan sebagai petanda-petanda ekonomi kita semakin dan kita sebenarnya menghala kepada pemulihan. Akan tetapi, apa yang saya hendak sebutkan di sini bahawa kastam ini bukan sahaja memungut cukai bahkan mereka juga membuat perondaan bagi mencegah semua jenis penyeludupan. Bukan sahaja rokok, minuman keras, dadah bahkan berbagai-bagai lagi sehinggakan termasuklah kereta dan tidak termasuk orang-orang pun diseludupkan. Selepas itu, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh jabatan ini ialah mereka tidak diberikan kelengkapan yang canggih. Bayangkanlah kadang-kadang jabatan ini menyabung nyawa bukan sahaja di daratan bahkan di lautan. Jabatan ini kadang-kadang terpaksa mengejar penyeludup-penyeludup ataupun pelari cukai dengan kereta. Mereka hanya dibekalkan dengan kereta-kereta buruk dan dirampas ini selama berbulan-bulan dan kemudian digunakan.

Tuan Pengerusi, saya hendak sebut satu perumpamaan Inggeris yang selalu digunakan ramai. Berbunyi “ cheap thing never good, good thing never cheap”. Jikalau kita berikan mereka kereta-kereta rampasan ini, bagaimana mereka hendak kejar pelari-pelari cukai yang menggunakan kereta berkuasa besar. Saya cadangkan kalau boleh pihak kastam dilengkapkan dengan kereta-kereta berkuasa besar dan juga baru. Seterusnya, dahulunya pegawai-pegawai kastam ini yang memungut cukai berjuta-juta ringgit diberikan insentif dan hadiah tetapi sekarang telah pun dihentikan. Saya hendak bertanya kepada kerajaan mengapa dihentikan? Adakah kita mahu pulangan ataupun hasil yang banyak daripada pemberian yang sedikit ataupun kita hendak pendapatan yang sedikit? Di sini, sebenarnya apa yang saya hendak sebut ada di dalam Akta Kastam 1997, seksyen 141 yang menyebut dengan izin Tuan Pengerusi satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Disebut di sini bahawa Ketua Pengarah Kastam boleh memerintah supaya apa-apa upah, hadiah sebagaimana yang disifatkan patut dibayar kepada mana-mana pegawai atau mana-mana orang kerana perkhidmatan yang diberi berhubung dengan pengesanan kes-kes penyeludupan atau kesalahan di bawah akta ini atau berhubung dengan apa-apa rampasan yang dibuat di bawah akta ini. Saya mohon kalau boleh pihak kerajaan memberikan pertimbangan dan kalau kita hendak supaya kita dapat meningkatkan lagi pulangan serta hasil negara, perkara ini harus digunakan. Terima kasih dan saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri has been standing since last Monday. Saya noticed... [Ketawa]

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak terlibat dalam perbahasan JPM tetapi dia bangun pada setiap kali.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang. Di dalam Butiran 09300 - Suntikan Modal Untuk Pembangunan Kesihatan Dan Perubatan kepada Iskandar Johor Malaysia di bawah maksud Pembangunan Sepuluh di mana tiga kali ganda peruntukan telah diberikan berbanding dengan tahun 2009 yang mana jumlah peruntukan tahun 2010 ialah sebanyak RM20 juta. Saya minta Menteri menerangkan berkenaan dengan peruntukan ini secara teliti dengan memecahkan anggaran ini kepada butiran-butiran yang lebih terperinci. Saya ingin menyentuh tentang SIRIM Berhad di mana perbadanan ini tertakluk di bawah Kementerian Kewangan. Di sini, saya ingin menyatakan jumlah perbelanjaan dan pembangunan yang diberikan kepada perbadanan tersebut memandangkan tiada butiran-butiran perbadanan ini dinyatakan dalam maksud kementerian. Ketiganya, saya hendak sentuh di dalam Butiran 70101 - Johor Corporation di bawah maksud Pembangunan Sepuluh. Saya minta kementerian menjelaskan apakah bentuk perbelanjaan wang dalam peruntukan sebanyak RM27, 865, 600 ini. Di samping itu, saya ingin menyentuh tentang Amanah Saham Johor yang diuruskan oleh PJB di mana PJB merupakan anak syarikat Johor Corporation yang pernah diimpikan oleh rakyat Johor sebagai ‘angsa yang akan menghasilkan telur emas’. Usaha telah dibuat oleh kerajaan dengan memperkenalkan skim pembelian semula ASJ untuk menyelamatkan angsa emas yang tenat ini. Untuk makluman Tuan Pengerusi, pembayaran dilakukan secara berperingkat- peringkat iaitu bagi tahun pertama 10 peratus dan pembayaran berikutnya secara ansuran selama empat tahun berturut-turut. Dengan pembelian semula unit ASJ, harga untuk unit bumiputera ialah RM1 seunit. Manakala, bagi bukan bumiputera harga beli semula ialah 50 sen seunit. Apakah yang relevannya dengan harga pembelian semula yang berbeza ini? Saya cuba mengelak daripada menggunakan perkataan yang berat seperti apartheid. Dalam menghuraikan isu pembelian ini seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan saya di persidangan DUN Johor sebab saya tidak mahu menimbulkan kekecohan dan salah faham seperti mana yang telah berlaku di persidangan DUN Johor yang lepas.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Di sini, saya cuma meminta Menteri Kewangan menyatakan alasan-alasan yang konkrit dan munasabah semasa membuat keputusan sedemikian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini. bagi maksud Pembangunan P.10 Butiran 12000 iaitu Institut Jantung Negara. IJN ini ditubuhkan pada 1 Ogos 1992 yang bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan jantung dengan kadar yang lebih murah jika dibandingkan dengan hospital-hospital swasta. Kita lihat Kementerian Kewangan melalui MKD iaitu Kementerian Kewangan yang diperbadankan memiliki 99 peratus saham dalam IJN ini.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Cuma walaupun kebelakangan ini, terdapat kumpulan-kumpulan tertentu yang cuba menswastakan IJN ini, keputusan kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib selaku Menteri Kewangan telah menangguhkan sehingga kajian menyeluruh dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Kewangan, berhubung dengan pengambilalihan ataupun cadangan yang dibuat oleh Sime Darby. Jadi, kita mencadangkan sebagai pusat pakar penyakit kardiovaskular yang membuat rawatan secara menyeluruh, adalah lebih baik kalau IJN ini diperkuatkan. Dijadikan sebagai satu institusi nasional yang pada saya boleh kita buat melalui Akta Parlimen pun, supaya pemantauan Parlimen sentiasa berterusan kerana ini merupakan hak milik rakyat dan satu-satunya pusat pakar yang boleh ataupun mampu memberi rawatan kepada seluruh lapisan masyarakat. Jadi, kita mahu pihak kerajaan supaya jadikan juga IJN ini sebagai IPTA yang sekali gus dapat dijadikan sebagai pusat kecemerlangan dalam rawatan jantung sama ada di negara kita ataupun di rantau ini. Bagi maksud P.10 - Perbendaharaan, Butiran 09300 iaitu Suntikan Modal Pembangunan Kesihatan dan Perubatan di Iskandar. Jadi, adakah suntikan ini dibuat oleh kerajaan untuk Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia kerana Newcastle University of Medicine ini merancang untuk menubuhkan fakulti perubatannya yang dikenali sebagai Newcastle University of Medicine Malaysia di Iskandar, Johor Bahru. Jangkaannya pada tahun 2011 iaitu sejajar dengan perkembangan operasinya di Asia Tenggara. Jadi Ketua Eksekutif Newcastle University of Medicine ini, Mr. Jordan berkata fakulti perubatan ini merupakan yang pertama di luar dari United Kingdom dan diharap sebagai menjadi pintu masuk bagi pelajar-pelajar yang berdekatan dari Singapura, Indonesia dan sebagainya. Cuma saya ingin bertanya pihak kerajaan, apakah penglibatan kerajaan sekurang-kurangnya daripada segi ekuiti dalam penyertaan, dalam penubuhan Newcastle University ini dan apakah pulangan yang bakal diperolehi sekiranya pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Bentuk pembangunan itu adakah baik atau perbandingannya dengan kita membuat pelaburan di Iskandar ini ataupun dengan kita menghantar pelajar ke luar negeri secara perbandingan. Tuan Pengerusi, bagi maksud P.10 juga, Butiran 02900 iaitu Penyertaan dalam Projek-projek yang Strategik. Disebabkan skopnya yang begitu luas, kita lihat ada kalanya GLC dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terdapat persaingan sesama sendiri malahan kita lihat ada yang berlaku sedikit pencerobohan di sini, terutamanya dalam ruang perniagaan yang melibatkan industri kecil dan sederhana. Jadi adakah pihak kerajaan memberi perhatian yang serius kepada sinergi di antara GLC dan Kerajaan Persekutuan dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ini? Jadi kita minta yang ini diberi perhatian supaya tidak ada percanggahan yang bakal berlaku. Seterusnya ialah tentang bagi Maksud P.10 juga 09000 tentang Pelbagai Suntikan Ekuiti. Apakah usaha kerajaan untuk menarik masuk IKS luar negara terutamanya dalam bidang biotech.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Contohnya syarikat sekutu Khazanah, Springhill Bio Venture yang merupakan sebuah syarikat venture capital yang tabungnya sekitar RM114 juta yang ditubuhkan untuk melabur dalam start-up dan juga under value biotech companies dalam EU dan juga USA dengan izin. Jadi, pemegang-pemegang saham syarikat Springhill Bio Venture ini pada awal penubuhannya adalah terdiri daripada TH Group Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Great Eastern Life dan PacificMas Fidelity. Jadi, apakah usaha-usaha komersial yang sudah dilaksanakan oleh syarikat setakat ianya ditubuhkan setakat ini. Kemudian bagi B.10, 06000 – Kastam seperti Yang Berhormat Jasin bangkitkan tadi, pendapatan lalu iaitu sekitar RM28.63 bilion yang berjaya dikutip oleh kastam. Cuma yang saya tertarik ini beberapa perkara tentang kemampuan Kastam dalam usaha mendapatkan kutipan yang lebih tinggi iaitu sistem pengimbas yang ada di sempadan juga pintu masuk negara. Sistem pengimbas yang ada sekarang bukan sahaja kurang kemampuan untuk mengenal pasti barangan-barangan yang sepatutnya dikenakan cukai, malah untuk access setiap lori, kenderaan yang bawa masuk barangan dari luar negara pun mengambil masa yang terlalu lama. Kadang-kadang tidak dapat dibuat pemeriksaan yang teliti, secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan kerugian kepada negara daripada segi kutipan hasil yang sepatutnya dibuat oleh pihak Kastam. Seterusnya bangunan CIQ di kawasan sempadan iaitu di kawasan Padang Besar. Dahulu kita pernah ada laluan pejalan kaki tapi akhirnya telah ditutup disebabkan oleh kononnya macam-macam alasan telah diberikan, persoalan aspek keselamatan dan lain-lain yang ditimbulkan ketika itu. Akan tetapi disebabkan ada railway di situ, laluan kereta api dan sepatutnya perlu ada laluan pejalan kaki, yang mana kalau kita nak buat pada masa-masa yang akan datang, CIQ. Seperti mana Yang Berhormat Johor Bahru bangkit sekali pun, janganlah kita hendak design, kita hanya mengharapkan kepada arkitek untuk design sesuka hati dan mengikut imaginasi mereka. Mereka perlu buat mengikut keperluan, mengikut keadaan sekitar. Mereka mesti buat kajian dahulu, keperluan yang ada di situ, apa yang sepatutnya ada dan apa yang sepatutnya dilaksanakan. Kalau Singapura negara maju yang masih lagi membuka untuk laluan pejalan kaki, kenapa kita yang sepatutnya berbuat demikian tidak berbuat demikian? Begitu juga di Padang Besar, patut dibuka semula laluan pejalan kaki kerana sebenarnya daripada segi impak ekonomi untuk pembangunan di kawasan Padang Besar sendiri selain daripada trade yang berlaku di kawasan sempadan. Maka ianya perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Sila, Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Besar nak bercakap Tuan Pengerusi.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Ketawa] Ya, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Arau. Oleh kerana Padang Besar disebut, jadi memang kalau kita lihat sempadan ini, kita lihat perniagaannya seperti kuda hendak berlari tetapi kita tarik tali. Di sebelah Siam sana bandar membangun dengan cepat tetapi di sebelah kita, di sebelah sini baik di Kedah, Bukit Kayu Hitam atau di Padang Besar, “nak hidup pun kita susah, mati pun susah.”... [Ketawa] Jadi semuanya oleh kerana pihak-pihak yang terlibat. Saya dahulu pun pernah bersuara masa saya jadi Menteri, mind set itu terlalu security conscious sampai kita mematikan perniagaan. Adakah Yang Berhormat Arau bersetuju bahawa kalau security terlalu banyak sangat kita perlukan, baik kita buat tembok yang panjang, jangan izin, siapa pun masuk keluar Padang Besar baik, Bukit Kayu Hitam baik dan semua sempadan untuk jaga security. Terima kasih... [Dewan riuh]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya sangat bersetuju kerana masalahnya kita di sini ialah kita kurang peka. Kita merancang tetapi apabila ada advantage yang perlu kita rebut, kita tidak rebut. Kita ambil contoh pelabuhan darat yang sepatutnya di Padang Besar. Ini Kementerian Pengangkutan tetapi ada sedikit berkaitan dengan kewangan. Dia tidak pandai merebut peluang. Lesen untuk kelulusan ICD pun sampai sekarang belum diluluskan oleh pihak kerajaan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Bahagian Analisa Cukai, ini termasuk dalam Kementerian Kewangan. Buat kajian sangat sudah berapa lamalah untuk nak luluskan satu lesen yang bernama ICD yang menyebabkan Kerajaan Siam boring, Kerajaan Thailand boring dengan kita dah. Dia buat satu pelabuhan baru di Pak Bara untuk access barang di Port Klang dan juga di Pelabuhan Pulau Pinang. Kita tidak bijak untuk cepat menghidu peluang yang boleh memberi kebaikan dan juga pembangunan di kawasan sempadan. Yang terakhir, saya tahu Tuan Pengerusi sudah jeling-jeling. Terakhir sekali ialah berhubung dengan LADA - 070000. Saya tak mahu LADA ini jadi macam NCIA. LADA di peringkat awalnya baik, ia telah melaksanakan pembangunan yang begitu baik di Pulau Langkawi. Akan tetapi di akhir-akhir ini kita tengok banyak feri jual kononnya nak buat baru, semua gagal. Sistem pengangkutan bas gagal, pembinaan Jambatan Kuah pun tak lengkap sampai sekarang, Jambatan Pulau Tuba, Dayang Bunting tak dapat disiapkan, jeti di Pulau Tuba tenggelam.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Kemudian kita lihat banyak lagi benda-benda yang tidak dapat. Ada lagi peruntukan yang agak besar. Seharusnya LADA lebih berdaya saing dalam keadaan sekarang dan saya mohon pihak kementerian supaya pastikan kalau management merupakan faktor halangan untuk kemajuan lembaga-lembaga yang telah kita tubuhkan, maka tukarlah pengurusan. Macam NCIA, perlu ditukarkan sekarang dengan kadar yang segera, tindakan yang harus dibuat oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya dalam dilema. Slot ini untuk PKR dan tidak mahu dituduh gender bias tetapi tidak ada wanita PKR yang bangun. Akan tetapi saya bagi juga kepada PKR, saya jemput Yang Berhormat Machang.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Di peringkat Jawatankuasa ini saya mulakan dengan merujuk Butiran 060200 – Perkastaman/Cukai Dalam Negeri. Dalam jawapan penggulungan Yang Berhormat Menteri Padang Rengas semalam menyebut pengeluaran daripada Medan Bumi Selatan telah bermula pada tahun 2008. Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah jumlah pengeluarannya dan berapa pula anggaran pengeluaran setiap tahun dan berapakah cukai yang telah dikutip oleh kastam setakat ini? Ini saya mohon sangat dari pihak kementerian dapat siapkan jawapan sebab semalam lima, enam perkara yang kita bangkitkan, Yang Berhormat Menteri cuma mampu menjawab untuk beritahu secara bertulis, tetapi dalam rekod kita janji menteri hendak bagi secara bertulis ini sudah tiga, empat kali tidak sampai-sampai. Jadi soalannya mudah, berapa pengeluaran, berapa anggaran pengeluaran setiap tahun dan berapa cukai dikutip oleh Kastam dan Kastam mana yang pergi kutip? Kastam Kelantan kah Kastam Terengganu atau pun Kastam daripada ibu pejabat? Kita hendak tahu yang itu yang pertama. Kedua, Butiran 11000 – Pusat Maklumat Harta Tanah Negara NAPIC. Ini saya hendak merujuk kepada Keretapi Tanah Melayu yang sekarang berada di Singapura dari Tanjung Pagar, Keranji, Bukit Timah dan Woodlands. Saya kira lebih kurang 200 hektar lebih. Tanah di Singapura ini macam emas tetapi itu milik KTM. Saya hendak tahu apakah status tanah itu sekarang dan berapakah nilai semasanya oleh kerana hal ini terhenti kerana isu-isu Malaysia-Singapura yang tidak nampak jalan penyelesaian. Memadailah di tahap ini kita hendak tahu berapakah nilai semasa dan apakah Pusat Maklumat Hartanah Negara menilai dari sudut nilai semasanya. Ketiga, Tuan Pengerusi, Butiran 040000 – Kumpulan Wang Amanah Pencen. Kumpulan Wang Amanah Pencen ini ditubuhkan melalui Akta 454, Akta 1991. Hari ini Kumpulan Wang Amanah Pencen digunakan untuk membiayai pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Sebanyak RM2.7 bilion diperlukan.

Kumpulan Wang Amanah Pencen akan bagi pinjam kepada Jambatan Kedua Sdn. Bhd. iaitu syarikat Menteri Kewangan diperbadankan. Sebahagian lagi dibiayai oleh China Exim Bank. Saya ingin tahu daripada komitmen pinjaman RM2.7 bilion itu, berapakah yang telah dikeluarkan setakat ini, yang telah didisbursekan setakat ini. Saya juga meneliti dalam Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen, ia ada panel pelaburannya yang dilantik oleh menteri dan panel pelaburan ini ia ada garis panduannya. Di bawah seksyen 10(2), menteri boleh kenakan term and condition ke atas pinjaman pelaburan dan 10(3) menyebut bahawa pelaburan itu tidak boleh melebihi 20 peratus daripada aset Kumpulan Wang Amanah Pencen – “shall not at any time exceed 20 peratus of the disposable asset KWAP.” Saya ingin tahu setakat ini apakah alasan atau rasional panel penilai ini untuk bersetuju memberikan pinjaman atas nama pelaburan bagi maksud membina jambatan kedua Pulau Pinang. Yang pertama, rasional, alasannya. Kedua, berapakah siling pelaburan yang telah ditetapkan oleh Panel Pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen kalau untuk tujuan melabur dalam sektor prasarana ini kerana kita tahu pulangannya lama. Jadi kita ingin tahu rasional itu dan apakah jumlah yang telah dikeluarkan setakat ini dan apa rasional pelaburan itu dibuat? Butiran sebenarnya ialah 010200. Ini mengenai bayaran kereta sewa salun jabatan kerajaan. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Pusat ada ura-ura untuk beli kereta baru – Mercedes, BMW, Toyota Camry. Sudah tentulah ini akan diuruskan SPANCO kerana kerajaan masih terikat dengan kontrak hampir lebih 20 tahun lagi. Apakah benar ada rancangan untuk membeli motokar baru ini, Mercedes, BMW dan Toyota Camry yang khabarnya di kilang pemasangan itu Proton Perdana Eksekutif itu sudah pun dihentikan. Sebaliknya kilang pemasangan kereta-kereta Mercedes dan BMW itu sekarang ini sedang ditingkatkan kerana kerajaan akan membuat tempahan. Begitu saya difahamkan. Saya ingin bertanya tentang status perkara ini. Butiran 02400 – LADA, dengan peruntukan sebanyak RM44.169 juta, Tuan Pengerusi. LADA ditubuhkan dengan dua tujuan – tingkatkan industri pelancongan Langkawi dan tingkatkan taraf penduduk tempatan Langkawi. Saya ingin tahu apakah petunjuk kejayaannya dalam dua aspek itu terutama meningkatkan taraf hidup tempatan Langkawi sejak LADA ditubuhkan kerana saya dapati setakat laporan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010 ini, aktiviti LADA tertumpu pada, satu – promosi pelancongan Langkawi dalam dan luar negara, yang kedua – buat kursus dan yang ketiga – menguruskan aset-aset LADA. Jadi bagaimanakah aktiviti ini menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan di Langkawi? Kalau namanya taraf hidup meningkat, apa petunjuknya? Tempat tinggal lebih selesa, pendapat lebih terjamin, mutu kehidupan lebih baik atau bagaimana? Ia mesti ada satu ukuran, sesuai dengan kewujudan LADA yang telah begitu lama. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 15000 – Jabatan Penilaian. Saya ingin tahu sama ada jabatan ini turut sama terlibat berperanan sesuai dengan fungsinya sebagai perunding bagi menentukan nilai sesuatu aset atau tanah sebelum sesuatu projek itu dijalankan. Secara khusus saya merujuk kepada projek lebuh raya atau jalan raya baru dari Kota Bharu ke Kuala Krai dengan membabitkan 2,024 geran pemilik tanah. Jadi sebelum daripada proses pampasan dilakukan oleh pihak kerajaan, sudah tentulah nilai tanah itu mestilah dibuat sama ada jabatan ini terbabit – kalau tidak terbabit, pihak mana sebenarnya yang terlibat dalam menentukan nilai sesuatu tanah sebelum pampasan diberikan. Apa lagi kerana ini melibatkan pemilik tanah yang begitu ramai bilangannya. Butiran 02100, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan kerajaan kena bayar lagi RM150 juta kepada Indah Water. Ini cerita mengenai model perniagaan penswastaan yang tidak sustainable. Masa dia kemukakan proposal kepada kerajaan, ia membayangkan projek ini mudah, kutipan daripada pengguna, penerima perkhidmatan juga mampu untuk menampung kos bagi dia membayar hutang dan sebagainya, tetapi bila plan itu lintang- pukang, tidak jadi, ia datang balik kepada kerajaan minta diselamatkan. Sampai bila sebenarnya kita hendak kena bayar RM150 juta ini. Sampai bila?

Selagi ada bulan dan matahari? Ini cerita kegagalan business model penswastaan yang sekarang ini kerajaan terpaksa “tanggung biawak hidup”. Isunya sampai bila. Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti, RM166.7 juta. Saya hendak tahu suntikan ekuiti terhadap sektor strategik yang mana. Bagaimana pemilihan sektor atau bidang itu sebelum daripada suntikan itu dilakukan? Apakah melibatkan individu atau syarikat? Dengan penubuhan Ekuinas, sasarannya tentu sahaja syarikat kerana menolong individu semata-mata tidak menjanjikan kejayaan. Apa lagi kerana Perdana Menteri beberapa bulan lepas memberikan fakta yang menggemparkan. Sebanyak 30 peratus portion bumiputera atas nama kuota saham itu yang diberi kepada bumiputera, nilainya sejak 1970 sampai sekarang ialah RM54 bilion.

Akan tetapi, bumiputera yang dapat itu semuanya jual, yang sekarang tinggal di tangan bumiputera dari segi sahamnya ialah RM2.4 bilion pegangan individu ini. Kata Perdana Menteri yang dapat ini semua Tan Sri dan Dato’ Seri. Hari ini kita hendak peruntukkan pula RM166.7 juta untuk pelbagai suntikan ekuiti. Saya mohon penjelasan mengenai butiran 090000. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh butiran 020500 – Subsidi Gas, LPG, Diesel dan Petrol, RM10 bilion. Bolehkah pihak kerajaan memberikan pecahan mengikut kumpulan sasaran yang menikmati subsidi ini dan mengikut sektor; isi rumah, perkilangan atau pembuatan dan juga IPP. Kita ingin tahu, hendak tengok secara fakta dan angkanya kelompok mana yang menikmati subsidi gas ini secara yang berlebihan. Tuan Pengerusi, yang akhirnya ialah butiran mengenai dengan R&D, RM175 juta, 19000. Seperti biasa, bajet kerajaan setiap tahun, R&D ini bersepah. Setiap kementerian, setiap jabatan ada sahaja bajet untuk R&D. Jabatan Perikanan pun ada research and development. Jabatan Bomba dan Penyelamat pun ada juga peruntukan untuk research and development, polis, pelajaran dan semuanya. Untuk perbendaharaan RM175 juta. Saya ingin tahu apakah job specs atau terms of reference research and development di bawah perbendaharaan ini. Saya hendak tahu apakah hasil-hasil penyelidikan yang memanfaatkan pihak kerajaan dalam menentukan dan mengawal belanjawan negara sesuai dengan fungsi kementerian. Hal ini kerana kalau dihujahkan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Permatang Pauh, kita dapati bahawa data-data yang diberikan kalau keluar daripada Menteri yang berbeza, angkanya berbeza. Misalnya 13 Jun, laporan Bernama, Menteri Kewangan II menyebut sejak pakej pertama dan pakej rancangan kedua dilaksanakan, kerajaan telah menawarkan kontrak kepada 751,692 kontrak yang ditawarkan bernilai RM17 bilion. September – Menteri Kewangan I, Perdana Menteri kata yang telah dilaksanakan ialah 83,939, ini cuma 11.16 peratus sahaja. Kalau begitu pakej rangsangan ini, bagaimana hendak menyumbangkan kepada meningkatkan atau memulihkan ekonomi negara?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, ayat saya yang terakhir ialah penglibatan. Baru-baru ini pemimpin China datang. Kerajaan mengumumkan syarikat China akan dapat projek double track di selatan, Gemas - Johor. Kemudian MoU kepada syarikat China dari negara China ini juga ialah Mengkuang Dam dan Bintulu Pulp and Paper. Biayanya dari bank China, bank China dia buat syarat, syarikat yang hendak terbabit dengan projek di Malaysia, syarikat mesti daftar di China, akaun mesti dibuka di China. Jadi bayaran akan dibuat semua di sana, duit tidak akan masuk ke sini. Terms and conditions perjanjian itu biasanya berat sebelah. Ini pengalaman dalam jambatan kedua. Arbitration centre, syarikat pihak China meletakkan syarat arbitration centre mestilah di Beijing, bukan di Malaysia sebab dia tidak percaya dengan sistem kita. Dia juga tidak mahu pergi kepada neutral ground, tetapi dia kata mesti di Beijing. Perjanjian itu juga banyak kepada mengikut undang-undang yang diamalkan di Tanah Besar China.

Saya fikir MOF mestilah memberikan jawapan dan penjelasan terhadap isu ini kerana Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek pertama, selepas ini double track, kemudian Mengkuang Dam di Pulau Pinang dan Bintulu Pulp and Paper. Jadi, apa sebenarnya hasil yang memberikan keuntungan selain daripada projek itu dapat kepada negara kita? Sebagai kementerian yang bertanggungjawab soal kawalan perbelanjaan negara, saya fikir aspek ini perlu diberikan penjelasan. Sekian, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan Sepuluh butiran 010500 – Kerajaan Elektronik. Saya hendak tahu, apakah status projek ini sejak ia dilancarkan ataupun diumumkan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Malaysia ini a paperless government, dengan izin, jadinya sampai sekarang 2009, apakah masalah dalam melaksanakan projek ini setelah sekian lama dan juga saya percaya selepas begitu banyak peruntukan yang telah diberikan untuk maksud ini. Bagi butiran yang sama Tuan Pengerusi, surat khabar hari ini ada melaporkan mengenai hanya tujuh laman web yang layak untuk mendapat lima bintang daripada 1,192 portal kerajaan dan agensi kerajaan. Persoalannya, apakah yang akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki keadaan ini? Dalam laporan ini juga menunjukkan bahawa Ketua Setiausaha Negara juga sangat kecewa dengan prestasi mengenai laman web ini kerana kita tengok juga kadar penembusan jalur lebar negara ini memang sangat rendah.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Besar bangun Yang Berhormat.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jangan lama-lama.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat telah menyentuh tentang e-Government. Jadi, saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak kita melaksanakan sistem e-Health, e-Kesihatan dan dua hospital yang dibina baru yang begitu canggih menggunakan komputer, tidak perlu kertas. Akan tetapi, kedua-duanya iaitu Hospital Putrajaya dan satu lagi Selayang, kedua- duanya sepatut ada linkage maklumat mengenai patient atau pesakit. Di Putrajaya menggunakan software yang berlainan daripada yang di Selayang. Maka apa yang dibuat di Putrajaya tidak dapat diketahui di Selayang. Apakah sebabnya, adakah MAMPU yang sepatutnya mengendalikannya tidak mampu? Terima kasih, hendak tanya pendapat Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Itulah tadi yang saya katakan bahawa banyak yang telah diperuntukkan untuk menjayakan e-Government ini. Apabila dua hospital untuk perkara yang sama tidak mempunyai software yang sama, ini bukan sahaja akan merugikan kerajaan, tetapi juga tidak akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Berbalik kepada apa yang saya katakan tadi daripada laporan surat khabar hari ini. Kerajaan kita memang diharap dapat meningkatkan operasi kerajaan ini di samping dikatakan juga paperless government ini untuk menambahbaikkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Selari dengan itu, saya juga hendak tahu apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan web portal kerajaan yang mana rakyat boleh mendapat maklumat walau tanpa talian internet? Kalau negara lain seperti di Norway, Korea, ada membuat talian seperti ini dengan hanya mendail nombor sahaja yang diberi dan akan mendapat segala informasi yang diperlukan dan disalurkan terus kepada pengguna tanpa caj. Itu yang saya hendak tahu mengenai Butiran 010500.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Mengenai butiran yang sama juga, pada tahun 2002 e-Syariah yang berfungsi untuk membantu melancarkan pengurusan mahkamah juga telah ditubuhkan. Antara lainnya adalah untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang sering dihadapi oleh orang ramai termasuk kes tertunggak. Jadi, saya hendak tahu daripada kerajaan, sejak dilancarkan pada tahun 2002 ini, berapa banyak kes tertunggak ini, terutamanya mengenai kes tuntutan nafkah penceraian yang telah dapat diselesaikan dengan bantuan sistem e- Syariah ini. Saya hendak tahu statistik kes tertunggak ini, terutamanya statistik yang memberi kesan secara direct kepada wanita. Saya terus ke Maksud Bekalan 11 Butiran 021900 iaitu memberi Kemudahan Projek Khas. Saya hendak tanya mengenai program amal jariah iaitu di bawah kelolaan PRO KHAS Sdn. Bhd. Saya dimaklumkan bahawa untuk tahun ini peruntukan dah habis. Apabila ditanya, dikatakan bahawa peruntukannya adalah RM50 juta.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadi masalahnya adalah apabila projek ini telah dimulakan, lepas itu apabila tengah jalan peruntukan sudah habis, jadi impak negatif ini akan dapat kepada kerajaan sendiri yang dikatakan kerajaan tidak boleh buat separuh jalan sahaja. Saya hendak bagi contoh, misalannya kerajaan tahu ia adalah untuk membantu dan memperbaiki rumah- rumah, kalau ada sasaran contohnya, kalau ada 100 ribu rumah yang perlu di sasar untuk dibaiki, sepatutnya kerajaan harus allocate dengan izin, peruntukan yang cukup kerana apabila setengah jalan, alih-alih berhenti, rakyat akan berkecil hati dengan kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi isu di sini adalah isu peruntukan, mungkin kalau perkara yang baik seperti ini kita harap kerajaan akan dapat menambah peruntukan yang sedia ada, jadi feedback ini sangat baik daripada bawah, cuma kalau kurang ia jadi tidak baik pula. Jadi pelaksanaannya pula Tuan Pengerusi, saya harap pelaksanaannya dapat dibuat secara terbuka, terutamanya dalam membawa masuk projek ini ke peringkat kampung-kampung. Setidak-tidaknya mesti ada satu mekanisme untuk memaklumkan kepada pemimpin kampung, pemimpin tempatan dan juga termasuk pejabat daerah itu sendiri. Saya juga hendak tahu mengenai perkara yang sama ini, siapa sebenarnya yang mengenal pasti rumah-rumah yang layak untuk dibantu, untuk dibaiki ini? Ini kerana kadang-kadang penduduk ataupun pemimpin tempatan pun tidak tahu, itu yang menjadi masalah apabila isu atau perkara ini dibuat oleh certain individu tanpa melalui pemimpin tempatan. Ada yang layak, tidak dapat, itu yang menjadi masalah. Selepas itu ada pula projek bantuan yang tidak sempurna dibaiki, ada juga yang saya dengar individu apabila membuat tuntutan, sebab apabila hendak apply untuk projek pro khas ini, dia perlu sekurang-kurangnya empat keping gambar, lepas itu empat keping gambar ini pun saya dengar dikenakan charge kepada orang-orang kampung ini sendiri. Jadi saya minta maklum balas daripada kementerian mengenai perkara ini supaya projek yang baik ini dapat diteruskan tetapi dengan cara pelaksanaan yang lebih terbuka dan lebih untuk membantu kerajaan, terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Tumpat. Macam terperanjat sahaja Yang Berhormat itu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk sama-sama menyertai perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Kewangan, Perbendaharaan. Saya ingin mulakan dengan merujuk kepada 060000 - Perkhidmatan Kastam. Saya sealiran dengan rakan-rakan khususnya Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Arau dan rakan-rakan yang lain yang menjaga kawasan Parlimen yang bersempadan dengan negara-negara jiran, dan dalam kes Tumpat ialah dengan negara Thailand. Oleh sebab itu, maka seperti juga dengan Yang Berhormat Rantau Panjang saya yakin dan juga Yang Berhormat Jeli, kita mempunyai cabaran-cabaran untuk memastikan bahawa rakyat kita dapat hidup dan dapat mencari mata pencarian dengan sebaik-baiknya dalam suasana hidup di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan negara-negara jiran.

Kalau di Tumpat itu sudah tentulah harapan kita supaya ditambah dan ditingkatkan lagi kemudahan-kemudahan, oleh sebab itu saya mengharapkan supaya isu-isu seperti jambatan di antara Pengkalan Kubor dengan Bandar Tak Bai. Juga khusus merujuk kepada Butiran yang merujuk kepada peruntukan bagi kastam, saya ingin bertanya sama ada peruntukan yang dikhususkan untuk kastam itu melibatkan juga pendirian, pembangunan, rumah dan pejabat khususnya di kawasan Tumpat iaitu Butiran 90000 - Pejabat dan Rumah Kediaman Kastam yang diunjurkan perbelanjaan sebanyak lebih daripada RM73 juta sama ada yang dicadangkan untuk dibelanjakan ini melibatkan pembinaan pejabat kastam yang baru di kawasan Tumpat khususnya bagi mengambil kira perkembangan-perkembangan khususnya apa yang diharapkan oleh semua rakyat, bukan sahaja di negeri Kelantan dan Tumpat iaitu supaya pusat pengendalian industri minyak dan gas di lautan yang berjiran dengan negeri Kelantan iaitu ditumpukan sebahagiannya sekurang-kurangnya di kawasan Tumpat kerana tidak syak lagi, Tumpatlah yang merupakan kawasan yang paling dekat dengan aktiviti-aktiviti penggalian minyak dan gas di lautan Kelantan itu Tuan Pengerusi. Seterusnya saya beralih kepada Butiran 030000 - Perkhidmatan Sistem dan Kawalan. Saya telah mendapat rungutan daripada pekerja-pekerja bank tentang soal gaji dan sebagainya. Khususnya mereka merujuk kepada suasana dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang mana dikatakan terdapat keadaan di mana pekerja-pekerja bank tersebut daripada kalangan pekerja-pekerja yang berjawatan tertinggi berbanding dengan pekerja-pekerja yang berjawatan rendah, dikatakan bahawa pemberian bonus dan sebagainya adalah tidak adil. Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada dilakukan pengawasan tentang pemberian bonus-bonus ini kepada penjawat-penjawat tertinggi dalam sistem perbankan kita, kerana kalau kita perhatikan di negara-negara kaya di barat pun, walaupun ekonomi dikatakan sudah mula pulih tetapi pemberian bonus-bonus yang melampau kepada ketua-ketua eksekutif institusi-institusi dan syarikat-syarikat kewangan ini masih lagi ditegur oleh pemimpin-pemimpin politik di negara-negara yang maju tersebut. Jadi adakah pengawasan dan amalan ini juga kita kenakan dan khususnya saya rujuk kepada beberapa kompelin yang saya dapat daripada petugas-petugas yang bekerja dalam Bank Islam Malaysia Berhad. Seterusnya seperti juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain dan oleh itu saya ringkaskan sahaja iaitu 070000 - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), 101000 - Gaji Kakitangan Kontrak dan Sambilan (LADA), berkaitan dengan LADA. Saya juga sama dengan rakan-rakan dan ada lagi 02400 - Lembaga Pembangunan Langkawi yang saya yakin juga merujuk kepada LADA. Kita telah rungutan tadi bahawa pembangunan Langkawi tidaklah berjalan lancar, saya hanya ingin menambahkan bahawa daripada apa yang saya bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, jelas sekali bahawa Kerajaan Kedah ingin sekali bersama-sama membangunkan Langkawi dan oleh sebab itu tidak ada sebab langsung untuk pihak Kerajaan Pusat khususnya melalui LADA tidak memberikan kerjasama dan sokongan tersebut. Saya juga ingin menekankan lagi dalam muka surat 184 ini, program tujuh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) objektifnya ialah membangunkan dan menjadikan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini, dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan khasnya kaum bumiputera. Jadi saya ingin menyeru kepada kerajaan, melalui LADA untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah membangunkan Langkawi, sesuai dengan apa yang dicatatkan sebagai objektif LADA tersebut. Tuan Pengerusi, seterusnya saya beralih kepada 09300-Suntikan Modal Untuk Pembangunan Kesihatan dan Perubatan di Iskandar Malaysia, yang mana diperuntukkan untuk tahun 2010 ini RM60 juta. Saya ingin maklumat yang lebih sedikit, apakah tujuannya? Adakah ia pembinaan sebuah hospital yang canggih ataupun ianya pembinaan sebuah fakulti perubatan dan apakah matlamat terakhir suntikan modal untuk pembangunan kesihatan itu, adakah ini sesuatu yang baru yang diperkenalkan bukan sahaja untuk kawasan Iskandar Malaysia tetapi sesuatu yang baru untuk seluruh negara.

Kalau ianya sesuatu yang baru dan kalau ianya berpotensi baik, maka sudah tentu harapan kita ialah ianya juga dilakukan di tempat-tempat lain di negara kita. Memandangkan masalah kesihatan, masalah kos perubatan masalah kemudahan- kemudahan bagi seluruh negara dalam bidang kesihatan masih lagi amat kurang.

Dan di masa yang sama kos perubatan sedang melambung dengan amat-amat pesat sekali. Seterusnya saya beralih kepada Butiran 70103 - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang mana diperuntukkan RM3.7 juta lebih kurang yang jumlahnya agak kecil berbanding dengan yang diberikan kepada SADC-SADC yang lain dari negeri- negeri yang lain. Saya ingin tahu adakah jumlah ini berbentuk pinjaman atau ianya geran dan kalau dari segi pengalaman saya terlibat sedikit sebanyak dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ini, saya dapat menyatakan secara umumnya ia berprestasi baik, ia tidaklah mengalami kerugian besar yang pernah dialami oleh perbadanan-perbadanan kemajuan negeri-negeri lain dan oleh kerana prestasinya secara keseluruhan mengikut apa yang saya dapat lihat adalah agak baik, tidakkah Kerajaan Pusat bercadang untuk memberikan bantuan yang lebih, memberikan modal yang lebih ataupun memberikan sokongan yang lebih kepada PKNIK Kelantan ini memandangkan ianya telah menunjukkan prestasi secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya beralih seperti juga rakan-rakan tadi 020500 Subsidi Gas Cecair LPG Diesel dan Petrol yang mana pada tahun ini RM21 bilion, tetapi pada tahun akan datang akan dikurangkan kepada hanya RM10 bilion sahaja. Kita sudah pun mengalami sebenarnya pengurangan subsidi petrol di pam-pam minyak dengan pengenalan dua jenis minyak RON95 dan RON97 dan ianya ada kesan satu penarikan satu subsidi yang tidak dinyatakan secara jelas tetapi kesan akhirnya kepada pengguna ialah sebenarnya penarikan subsidi. Akan tetapi dalam masa itu berlaku, beberapa bulan yang lalu harga minyak pernah turun bawah dari paras yang dibayar di stesen-stesen minyak oleh pengguna- pengguna biasa dan sekarang ini diumumkan pula bahawa pada tahun akan datang subsidi minyak ini akan dipinda lagi dan implikasi yang disuarakan oleh pihak kerajaan ialah ianya bererti subsidi minyak secara efektifnya dengan izin akan ditarik balik pada sekitar tahun hadapan. Saya ingin kerajaan untuk memikirkan dasar yang...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Habiskan Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Okey, terima kasih. Saya pinta satu sahaja kalau diizinkan iaitu 022200 - Pembiayaan Funding Gate KTMB berkaitan dengan kereta api. Sekali lagi sebagaimana biasa, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah ini sekadar untuk membiayai perjalanan, pengurusan biasa kereta api atau ini melibatkan pembinaan laluan-laluan baru, pembangunan baru, kereta api bukan sekadar untuk Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu kita ini sahaja, tetapi untuk Pantai Timur dan juga negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jempol.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya hendak merujuk B.10 iaitu Perbendaharaan Butiran 100600 iaitu berkaitan dengan Gaji Pegawai Kontrak dan juga Sambilan. Saya hendak tahu apakah nasib pegawai- pegawai dari Majlis Tindakan Pelancongan Negeri-negeri yang telah pun diberhentikan oleh kerajaan dan kita semua sedia maklum tentang sumbangan besar yang telah pun dilakukan oleh pegawai-pegawai kontrak ini. Sewaktu ekonomi dunia meleset, kebanyakan negara seluruh dunia mengalami kemerosotan kunjungan pelancong luar. Akan tetapi sebaliknya negara kita negara Malaysia amat bertuah walaupun berlaku kemelesetan ekonomi seluruh dunia, tetapi bilangan pelancong yang datang berkunjung ke negara kita adalah terus bertambah. Ini menunjukkan sumbangan yang telah pun diberikan oleh faktor yang besar peranannya itu iaitu Majlis Tindakan Pelancongan Negeri amat berkesan kerana idea penubuhan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ini dahulu ialah bagi memberikan satu sumbangan besar dalam industri pelancongan lari daripada cara biasa bekerja sektor awam dengan menerapkan cara bekerja sektor swasta dan juga korporat.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ia mengetepikan sama sekali birokrasi yang menghalang dan menghambat kemajuan industri pelancongan dan juga pengorbanan tenaga masa yang begitu banyak lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar kita lulusan dari universiti memilih bekerja dalam sektor Majlis Tindakan Pelancongan Negeri-negeri secara kontrak semata-mata untuk menjulang ataupun melonjakkan bidang pelancongan dalam negara kita. Akan tetapi apabila sumbangan besar yang diberikan oleh pegawai-pegawai ini pada kerajaan, saya menganggap keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini ibarat habis madu sepah dibuang. Saya hendak tahu daripada kementerian dan juga kerajaan, apa nasib ataupun kedudukan pegawai-pegawai kontrak yang ada ini apabila telah dibuat keputusan oleh kerajaan. Kedua Tuan Pengerusi, Perkara 01000 berkaitan dengan Perkhidmatan Kewangan Butiran 0100500 iaitu kerajaan elektronik. Kerajaan kita mempunyai satu perancangan yang sangat baik untuk meningkatkan lagi kualiti dan juga keberkesanan pegawai-pegawai kerajaan kita dengan mewujudkan satu sistem yang lebih tersusun tetapi hari ini dari segi keberkesanannya adalah dipertikaikan oleh rakyat. Saya mencadangkan supaya satu pelan bertindak dibuat oleh kerajaan supaya dapat meletakkan prioriti ataupun keutamaan dalam pelaksanaan sistem kerajaan elektronik ini. Kalau tidak ada pelan bertindak yang mengutamakan prioriti ataupun keutamaan ianya tidak akan menghasilkan satu hasil yang dihajati oleh kerajaan. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, Perkara 010700 iaitu berkaitan dengan Pengurusan Teknologi Maklumat. Kita masih lagi dapat melihat bahawa kadar celik IT di kalangan rakyat negara kita adalah amat rendah. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan lagi kadar di mana rakyat boleh menguasai IT ini dengan baik. Oleh yang demikian saya berharap supaya perancangan yang lebih rapi dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan melalui tajuk ini supaya dapat merancang secara tersusun bagaimana celik IT di kalangan rakyat kita di luar bandar akan dapat dipertingkatkan lagi terutama sekali masyarakat FELDA yang sekarang ini memang memerlukan pembelaan daripada kerajaan dalam bidang ini. Tuan Pengerusi, berkaitan dengan tajuk 02400 iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi. Kita semua sedar tentang usaha kerajaan untuk melihat bahawa Langkawi akan muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan utama yang bertaraf dunia tetapi hari ini walaupun peruntukan besar disediakan oleh kerajaan untuk LADA ini kita dapati Langkawi ini semakin hari semakin muram dari segi pelancongannya. Oleh yang demikian kita dapat melihat bukan sahaja kegagalan dari segi promosi, tetapi juga kita dapat melihat tentang kemuraman pemantauan, maintenance, produk-produk pelancongan yang sedia ada menjadikan Langkawi semakin hari semakin muram.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya dipertingkatkan supaya bertaraf antarabangsa untuk digunakan oleh pelancong-pelancong juga, nampaknya semakin hari semakin berkurangan. Jauh sekali kita dapat melihat produk-produk baru yang diwujudkan di Langkawi. Tuan Pengerusi, Perkara 12000 iaitu berkaitan dengan Institut Jantung Negara. Kita menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan institut ini. Hari ini kita dapati bahawa semakin ramai rakyat yang memerlukan sumbangan besar untuk merawat penyakit jantung. Sehubungan dengan itu, apabila kebanjiran pesakit-pesakit yang tidak dapat dilayan oleh Institut Jantung Negara pada waktu ini, saya fikir sudah sampai masanya kerajaan memikirkan dengan peruntukan yang sedia ada supaya dapat meningkatkan unit jantung Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Ini bagi membolehkan satu pilihan baru kepada rakyat di sebelah selatan tanah air untuk dapat menggunakan unit jantung tersebut sebagai pilihan daripada kedudukan yang penuh di Institut Jantung Negara ini, bagi mendapat tempat rawatan pilihan kepada pesakit- pesakit kerana penyakit ini tidak boleh ditempohkan. Lewat pesakit mendapat rawatan, maknanya dia akan meninggalkan dunia ini. Dia berhenti menjadi orang.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Perkara 70105, Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan. Saya mencadangkan, dengan peruntukan yang besar ini, kalau boleh sebahagian daripadanya diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan infrastruktur kawasan industri di Feldajaya. Kerajaan telah pun memberikan 100 ekar tanah di Feldajaya Serting, Jempol, Negeri Sembilan untuk dibangunkan sebagai kawasan industri. Akan tetapi pada hari ini, kita tidak ada mempunyai kewangan yang cukup bagi membangunkan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik, dan juga bekalan air bagi menjayakan program yang besar ini. Hari ini strategi kerajaan apabila memasarkan kawasan perindustrian negara, ia akan menawarkan dalam satu bentuk pakej yang siap dengan harganya. Inilah yang menyebabkan kawasan Negeri Sembilan Timur tercicir, terutama sekali dalam kawasan FELDA. Apabila kita tidak mampu untuk mewujudkan satu pakej yang tersusun kerana kekurangan kewangan bagi membangunkan infrastruktur, walaupun lokasinya sangat baik. Tanahnya telah pun disediakan oleh kerajaan dan kelulusannya juga telah pun diperolehi. Bilangan mereka-mereka yang dapat bekerja di kawasan itu juga telah pun tersedia. Ada 35 skim FELDA yang boleh menawarkan pekerja-pekerja yang ramai dan kosnya juga agak murah kerana mereka boleh tinggal di rumah mereka dan juga bekerja di kawasan industri tersebut. Akan tetapi dengan tidak ada cukup kewangan ini, telah menjadikan kawasan ini tidak dapat dibangunkan dan tidak adalah pelabur-pelabur luar yang boleh datang melabur modal di kawasan Negeri Sembilan Timur khususnya di gugusan FELDA. Di mana, ianya boleh memberikan sumber pendapatan ekonomi tambahan dan juga lonjakan ekonomi kepada rakyat kita di kawasan luar bandar khususnya di gugusan FELDA. Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Perkara 021700, Pelaksanaan Penyusunan Semula Pengangkutan Awam di Lembah Klang. Saya dapat melihat bagaimana kesesakan di Kuala Lumpur amat luar biasa. Bukan sahaja membosankan tetapi juga merugikan dari segi ekonomi. Bayangkan tenaga-tenaga pakar yang dibayar oleh kerajaan berpuluh-puluh ribu gajinya, terperangkap 2, 3 jam dalam kesesakan jalan raya di bandar Kuala Lumpur. Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya menghantar pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan sistem pengangkutan di bandar raya Kuala Lumpur ini, supaya belajar bagaimana Kerajaan Republik Czech membangunkan sistem pengangkutan awamnya yang menggunakan pengangkutan trem. Sistem ini amat menarik perhatian kerana majoriti rakyat Republik Czech menggunakan kemudahan sistem pengangkutan awam ini yang mana pada setiap empat minit dan setiap lokasi yang disediakan, kenderaan ini mesti sampai. Majoriti di kalangan pegawai kerajaan sektor awam, korporat dan rakyat keseluruhannya, menggunakan sistem pengangkutan ini dan kenderaan-kenderaan personel tidak masuk ke bandar Czech. Akhirnya, kita dapat melihat bagaimana tersusunnya, indahnya, bersihnya bandar tersebut dan rakyatnya juga saya lihat, walaupun usianya tua tetapi sihat, kuat dan orang-orang tuanya gagah kerana banyak berjalan kaki kerana sistem pengangkutan awamnya sangat baik. Kalau ini dapat dilaksanakan di negara kita khususnya di bandar raya Kuala Lumpur, saya yakin dan percaya ekonomi negara kita akan dapat dilonjakkan lagi pada masa akan datang. Akhirnya Tuan Pengerusi berkaitan Perkara 121800, Pemberian Kemudahan Asas Kecil...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat. Ringkas bunyinya Yang Berhormat.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Sudah habis Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, saya tahu sudah habis Yang Berhormat, tetapi cara bercakap itu macam ceramah.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ceramah itu ada isi tidak mengapa Tuan Pengerusi. Kalau sudah habis, saya ucapkan terima kasih... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti yang saya bangkitkan berkenaan Peraturan Mesyuarat 66 Perkara 8, iaitu menyentuh tentang jadual-jadual yang dibekalkan kepada kita dalam G1a, G1b, G2a dan G2b juga iaitu menyentuh berkenaan dengan jumlah hutang-hutang negara yang dinyatakan dalam Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Dalam Negeri dan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, di bawah Perkara 22300, iaitu tentang penebusan semula bon- bon Danaharta Urus Sdn. Bhd. yang kedua-dua tahun telah diperuntukkan dengan begitu besar sekali. Pada tahun 2010, diperuntukkan sebanyak RM881,810,000 berbanding dengan tahun lepas yang juga, merupakan satu peruntukan yang besar iaitu hampir sama, RM880 juta. Ini menjadikan angka RM1.7 bilion telah pun diperuntukkan untuk menebus semula bon-bon yang dikeluarkan oleh Danaharta Urus Sdn. Bhd., sedangkan penebusan ini tidak tercatat baik dalam G1a atau G1b, di mana hutang-hutang di dalam negara perlu disenaraikan untuk tujuan penebusan. Kita lihat dalam Perkara G1b, iaitu Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Dalam Negeri. Menyenaraikan beberapa jenis surat-surat kerajaan yang perlu ditebus. Ini juga berkenaan dengan perkara yang sama di bawah Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Luar Negeri yang menggariskan dan menyenaraikan jumlah hutang-hutang yang akan ditebus dengan izin, redemption period nya telah pun habis pada tahun 2011, 2012 dan seterusnya kepada tahun-tahun selepas tahun 2010. Tuan Pengerusi, saya minta kepada Menteri untuk memberi penerangan mengenai apakah akan berlaku sekiranya hutang-hutang ini disenaraikan untuk ditebus, pada tahun ini dan juga tahun hadapan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jumlah yang terkandung kepada dua-dua jumlah ini, itu termasuk dalam negeri dan luar negara mencatatkan angka sebanyak RM309 bilion. Yang hutang dalam dan luar negara yang disenaraikan di sini membentuk angka RM306.437 juta dan sekiranya kita menggariskan bahawa redemption-redemption period ini akan berlaku dalam tahun ini, tahun hadapan dan beberapa tahun lagi, apakah yang akan berlaku kepada equilibrium dalam pembiayaan termasuk pembiayaan awam dan pembiayaan swasta yang kita cadangkan setiap kali apabila berlakunya pembentangan dalam belanjawan? Di bawah perkara yang digariskan di bawah Perkara 22300 juga melihatkan satu item lain iaitu KLIAB (Kuala Lumpur International Airport Berhad) yang diperuntukkan sebanyak RM1.067 bilion untuk tahun ini dan juga jumlah yang sama untuk diperuntukkan pada KLIAB sebanyak RM1.096 bilion. Ini juga untuk tujuan pelunasan hutang ataupun sekuriti ataupun tanggungan yang telah dibuat oleh KLIA Berhad. Jumlah ini menjadi jumlah yang terpaksa ditanggung oleh kita semua, negara kita yang telah tercatit dalam belanjawan yang telah pun kita luluskan pada sesi ini Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 040000 - Bayaran Ganti, Pulangbalik dan Hapuskira. Saya melihat peruntukan kali ini walaupun kurang sedikit iaitu RM446 juta dibandingkan RM657 juta pada tahun lepas memberi gambaran bahawa kita terpaksa membuat bayaran balik termasuk bayaran balik hasil yang tercatat sebanyak RM370.250 juta pada kali ini. Saya minta penjelasan daripada Menteri, adakah jumlah yang hendak kita bayar balik ini termasuk dengan jumlah yang dinyatakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu setakat September 2009, masih terdapat RM648.9 juta yang sepatutnya telah pun dipulangkan kepada pembayar-pembayar cukai kerana jumlah ini adalah jumlah pembayaran cukai terlebih iaitu termasuk dalam aktiviti repayment yang sepatutnya dibuat untuk tempoh di antara satu bulan sehingga enam bulan. Itu adalah jangka masa yang dijanjikan untuk dibuat pembayaran balik kepada pembayar-pembayar cukai kita di mana jumlah bayaran ini telah dibuat dan disimpan begitu lama. Saya hendak tanya Menteri adakah jumlah ini termasuk dalam jumlah RM648.9 juta? Sekiranya termasuk, angka ini jauh lebih rendah daripada jumlah yang patut kita keluarkan untuk bayaran balik. RM370 juta Tuan Pengerusi, hanya separuh daripada RM648.9 juta.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi, sekiranya maklumat yang diberi iaitu jumlah yang masih belum dibayar kepada pemegang-pemegang akaun pembayar cukai kita adalah RM648 juta, ini peruntukan yang kita buat untuk bayaran balik di bawah Perkara 40100 hanya hampir separuh daripada itu. Jadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Diingatkan Yang Berhormat, ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya. Jadi, bilakah perkara ini boleh dibuat sebagaimana kita janji kepada pembayar-pembayar cukai kita? Saya juga hendak tanya di bawah Butiran 080000, di mana akaun-akaun gantung ataupun suspend account di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mencapai satu angka yang agak memeranjatkan kita juga seperti yang dinyatakan di bawah Butiran 090600 - Perjawatan Baru dan Perluasan Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri dikatakan seramai 10,372 orang, tidak ada pertambahan satu orang pun pada tahun lepas. Akan tetapi, kita telah meminta peruntukan tambahan di bawah perjawatan baru untuk tahun ini sebanyak RM40 juta. RM40 juta ini ditumpukan untuk perjawatan baru atau sebenarnya untuk tujuan perluasan fungsi? Saya minta Menteri memberikan penerangan sebab kalau mengikut daripada cadangan ini tidak ada cadangan atau rancangan untuk menambah kakitangan. Jadi, peruntukan itu agaknya tidak jelas untuk tujuan perluasan fungsi ataupun penambahan kakitangan. Terakhirnya Tuan Pengerusi, kita lihat di mana di bawah Butiran 080100 iaitu jumlah sebanyak RM889 juta dan juga RM889 juta untuk kedua-dua tahun berturut-turut telah dijadikan sasaran kepada kutipan yang perlu digunakan untuk pentadbiran Lembaga Hasil Dalam Negeri telah dikurangkan kepada RM750 juta. Itu bermakna pengurangan hampir RM100 juta di dalam pentadbiran urusan pengutipan dan pengurusan cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Saya hendak tanya kepada pihak Menteri, adakah penyusutan ini akan menyebabkan kita mengalami kekurangan ataupun penurunan dalam kualiti perkhidmatan pungutan dan juga pengagihan sebagaimana yang disebut tadi contohnya itu tidak berlakunya perjanjian sepatutnya memberi bayaran balik kepada pengguna ataupun pembayar cukai itu begitu tinggi hampir lebih setengah bilion? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya perlu mengingatkan saya mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa. Saya ingin menyentuh berkenaan LADA iaitu Butiran 070000 – Lembaga Pembangunan. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada LADA yang telah bekerja kuat, keras untuk memajukan Langkawi sehinggakan mencapai ke tahap ini. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat orang katakan slowdown sedikit ataupun ada slow sedikit kerana beberapa perkara. Perkara yang saya ingin bangkitkan ialah Jambatan Kuah, bilakah ia akan selesai bina? Memandangkan lebih kurang sudah lima tahun. Sudah lima tahun jambatan itu masih belum selesai lagi. Malahan dalam perbincangan saya dengan LADA, ia tidak akan boleh selesaikan sebelum LIMA. Tidak mungkin ia dapat selesaikan. Jadi, saya berasa malu kerana jambatan ini mengambil masa yang lama dan juga menjadi perbualan orang kampung, orang tempatan malahan ada SMS kepada saya secara sinis mengatakan minta penduduk Langkawi turun beramai-ramai untuk menyudahkan jambatan tersebut. Walaupun sinis tetapi saya terpaksa terima. Keduanya, jambatan berhubung pelabuhan dengan Pulau Dayang Bunting Walaupun saya bukannya engineer tetapi, saya nampak tidak eloklah, tidak kenalah ataupun something is wrong somewhere... [Dewan riuh] Jadi, saya minta lah pihak kementerian dapat memberi penjelasan kepada saya apakah yang berlaku sebenarnya.

Ketiganya ialah jeti di Pulau Tuba. Sudah dua tahun tenggelam. Hanya bumbung yang dapat dilihat. Sudah lah. Jadi, saya mintalah pihak kementerian walaupun dikatakan hendak menggunakan study yang betul-betul tetapi tenggelam sudah dua tahun sudah. Ini kerana flood ataupun yang jadikan tenggelam itu disebabkan terdapat kebocoran pada dari segi yang terdapat untuk menampungkan angin. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada LADA walaupun terdapat dalam Laporan Prestasi LADA iaitu dengan promosi yang dianjurkan di luar negara: 2008 – sembilan kali; 2009 – sepuluh kali dan diunjurkan luar negara 2010 – sebelas kali. Dalam negara pula 2008 – enam kali; 2009 – lapan kali; 2010 – sembilan kali.

Saya hendak tahu, apakah betul promosi ini dapat jalankan dengan baiknya, maka pelancong datang ke Langkawi. Saya sebagai Ahli Parlimen Langkawi, sudah empat penggal, Tuan Pengerusi, tidak pernah pun diajak pergi untuk promosi Langkawi. Bayangkan sebagai Ahli Parlimen Langkawi, sudah tentulah saya rasa kecewa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul.

Saya tidak kata apa. Biarkan dan buatlah apa sahaja, tetapi yang penting pelancong hendak datang ke Langkawi. Seterusnya, Tuan Pengerusi, perkara satu lagi ialah projek penternakan ikan di Penarak iaitu pihak LADA telah membina projek tersebut yang menelan belanja berjuta ringgit. Akan tetapi, itu adalah projek LKIM. Mengapakah tidak kita gunakan projek LKIM tanpa membina projek penangkapan ikan yang besar lagi? Walau bagaimanapun, saya hendak kalau boleh pastikan ia berjalan dengan baik dan tidak membazirkan wang negara. Itu yang saya minta. Perkara lain dari segi promosi saya haraplah pihak ladang ataupun kerajaan, Kementerian Kewangan mengekalkan mereka yang dilantik sebagai contract officers ataupun pegawai-pegawai kontrak yang sekarang ini di Langkawi ada satu kumpulan dan juga di Kedah satu kumpulan lain.Ia berasing. Dari segi ini, saya hendak kalau boleh, Langkawi dikekalkan. Walaupun pihak kabinet telah membuat keputusan, tetapi mintalah Kementerian Kewangan untuk review semula apakah sama ada promosi berkenaan dapat dijalankan melalui online kerana mereka yang telah menjalankan program ini adalah merupakan program yang begitu baik dan telah menggamit pelancong datang ke Langkawi. Jadi, Tuan Pengerusi, itulah dari saya dan saya harap pihak kementerian dapat mengambil maklum dan juga memberi maklum balas dengan apa yang telah disarankan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Aktiviti Kelima kementerian ini iaitu Pengurusan Belanjawan. Objektif aktiviti ini ialah menentukan agensi-agensi kerajaan diberi peruntukan kewangan yang sewajarnya melalui peperiksaan dan penganalisaan program dalam rancangan pembangunan selaras dengan dasar belanjawan negara semasa. Tuan Pengerusi, bajet sesebuah negara menggambarkan kepentingan ataupun prioriti kerajaan. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, memang ada mengatakan bahawa kesaksamaan gender merupakan salah satu matlamat Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi, Tuan Pengerusi, kita tidak lihat objektif ini digambarkan di dalam bajet kerana gender tidak ambil sebagai satu faktor dalam pengurusan bajet. Jadi, saya ingin mengesyorkan supaya gender ini diambil sebagai seperti kawasan dan faktor-faktor lain yang termasuk di dalam perancangan bajet ini. Apa itu gender budgeting atau gender- responsive budgeting ataupun gender analysis budgeting?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Pengerusi, menurut UNIFEM iaitu United Nations Development Fund for Women dia mengatakan dengan izin, “Gender-responsive budget analysis simply refers to the analysis of actual government expenditure and revenue on women and girls as compared to men and boys. Gender budgets are not separate budgets for women and they don't aim to solely increase spending on women-specific programmes. Gender budget analysis helps governments decide how policies need to be adjusted, and where resources need to be reallocated. Gender budget analysis provides women with an indicator of government commitment to address women's specific needs and rights to health care, education and employment...” dan mengapakah, ya Yang Berhormat Ampang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat saya hanya peringatkan...

Sedikit sahaja because saya celah sahaja. Mengikut perancangan sekitar tahun 2006, kerajaan telah mengadakan pengarusutamaan gender dan budget cross-cutting and satu daripada itu adalah Kementerian Kewangan. Apa Yang Berhormat Bukit Mertajam sebutkan adalah bagaimanakah mereka tidak ada satu reflection atau menggambarkan bahawa budget cross-cutting yang telah diperkatakan pada tahun 2006 tidak terhasil dalam laporan kewangan yang disediakan?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Apa yang penting saya rasa ialah semua Ahli Parlimen mesti bersetuju supaya kita menggesa supaya kementerian ini mengadakan gender-responsive budgeting. Ada yang berpendapat gender budgeting ini hanya berkepentingan kepada wanita sahaja. Ini adalah tidak benar. Mengikut UNIFEM lagi, why gender budgets? Pertama dia kata, dia ada memberi tiga sebab mengapakah kita harus mengadakan gender budgeting? Pertama, dengan izin, dia katakan bahawa gender-responsive budget initiatives promote equality. Gender budgets ini merupakan satu alat ataupun cara untuk mencapai kesaksamaan gender, dengan izin, “Although national budgets may appear to be gender- neutral policy instruments, government expenditures and revenue collection have different impacts on women and men. A rights-based approach to budgeting helps ensure that gender equality becomes both a goal and indicator of economic governance. It becomes a tangible measurement of the implementation of CEDAW and other human rights instruments”. Kedua ialah dia kata gender responsive budget initiatives promote accountability. Ketiga ialah gender-responsive budget initiatives promote transparency. Saya rasa ini adalah sebab-sebab yang cukup baik supaya kita mengguna pakai gender-responsive budgeting. Kalau kita tidak memakainya atau tidak menggunakannya inilah menunjukkan bahawa Barisan Nasional betul-betul hipokrit... [Dewan riuh] Yang katakan bahawa mereka sangat prihatin kepada pembangunan wanita dan keluarga dan kumpulan-kumpulan yang dipinggirkan, tetapi dalam bajetnya tidak menggambarkan begitu. Bajet mestilah menggambarkan begitu. Kalau kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, satu saya hendak peringatkan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau Yang Berhormat kata Barisan Nasional hipokrit, kalau Ahli Parlimen Barisan Nasional kata DAP hipokrit, jangan marah Yang berhormat... [Disampuk] Itu sahaja hendak ingatkan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Ini saya memang respons kepada hari itu Yang berhormat Tasek Gelugor yang mengatakan kami ini hipokrit kerana kita membantah peruntukan wang kepada kawasan Bandar Kuching kepada kawasan yang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tidak personal perkara ini Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya tahu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hanya ingatkan sahaja.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi, saya hanya mahu menerangkan mengapa saya berkata begini. Tuan Pengerusi, bagaimanakah gender-responsive budget analyses help women, boleh membantu wanita? Dengan izin, it makes women's work economically visible kerana sekarang ada wanita bekerja di rumah, tetapi dia tidak diberi nilai ekonomi dan dikatakan itu bukan bekerja. Ramai wanita sendiri, suri rumah tangga apabila ditanya kerja apa? Tidak ada kerja. Akan tetapi, kalau mengupah seorang pembantu rumah pun sekarang sekurang-kurangnya RM600. Akan tetapi, wanita yang suri rumah yang bekerja di rumah kata mereka tidak bekerja kerana mereka tidak diberi gaji.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi saya rasa kalau kita ada gender responsive budget, kita akan memberi nilai kepada kerja suri rumah tangga dan mereka akan berasa bahawa mereka juga menyumbang kepada negara. “A gender responsive budget shows how revenue collection and changes in tax structure can impact on women differently from men especially in the case of single mothers and women in the unrecognised sectors. It creates more transparency and accountability by detailing how money allocated for women is actually spent”. Pada waktu sekarang kita tidak lihat di dalam bajet sekarang. Di Malaysia kita memang ada pilot project atas gender budgeting. Ia dikatakan juga dengan izin, the primary goal of gender budgeting for Malaysia is to achieve equality between men and women through gender mainstreaming is consistent with the human rights principal of equality and non-discrimination. Di mana kita pun sudah tandatangani CEDAW. Ini adalah laporan mengenai dengan izin, gender budgeting di Malaysia by UNDP dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun kita telah mencapai... Selalunya yang digunakan oleh banyak pemimpin mengatakan bahawa sekarang sudah menjadi equal. Adalah sudah saksama. Tengok di dalam universiti. Lebih ramai wanita yang memasuki universiti. Akan tetapi laporan ini mengatakan dengan izin, “However, despite their high education and health status, the labour force participation rate of Malaysian women has remained remarkably stable at 47 peratus throughout much of the last three and a half decades”. Last 35 years adalah tidak bertambah. “The tendency of sizeable portion of women to stop working after having their first child has been a continuing features of Malaysia’s labour market. This is in sharp contrast to that of many other countries where women either do not leave the labour force during childbearing or re-enter once their childbearing has been completed. It is instructive to note that if Malaysian women were to participate in the labour force at the same rate as in Singapore (63 percents) and Thailand (71 percents), there would be respectively 1 million and 1.6 million more women available for work.” Laporan ini juga mengatakan dengan izin, “It is hoped that the gender budget initiative through addressing gender bias or gaps in budget allocations will go some way towards achieving greater female labour force participation in Malaysia and help lessen the country’s reliance on foreign workers. This is particular crucial as Malaysia pushes ahead to realize its goal or being a fully developed, resilient and competitive economy by 2020”. Jadi ini menunjukkan bahawa kita tidak ada alasan untuk tidak memakai gender analysis secepat mungkin dan dengan saya ingin menyuruh supaya kita mengadakan satu task force atau satu unit yang khas untuk mengkaji dan melaksanakan gender budgeting ini. Gender budgeting, ia melihat... Ia mungkin juga kompleks juga dan ia merupakan satu fenomena yang baru. Wanita mencampuri politik dan ingin ada suara di dalam membuat keputusan. Ini memang satu fenomena yang baru. Tidak ada tempat lain yang kita hendak lihat bagaimana mereka buat. Akan tetapi ada juga negara seperti Australia, Philippines, Zimbabwe, Uganda dan France.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Mereka sudah mengguna pakai gender budgeting ini. Kita boleh melihat bagaimana mereka melaksanakan polisi ini. Akan tetapi saya rasa wanita menjadi pemimpin di dalam negara adalah satu perkara yang baru dan we are creating our own history. Oleh kerana itu, saya harap kawan-kawan di sini atau Yang Berhormat-Yang Berhormat lelaki ataupun wanita, kita dapat bekerjasama menubuhkan satu jawatankuasa atau satu kokus tumpu untuk ini sahaja, iaitu untuk gender budgeting kerana ia akan mendatangkan hasil kesan yang baik untuk semua bukan untuk wanita sahaja. Ia dapat mempercepatkan pencapaian tujuan kesaksamaan. Akan tetapi yang saya rasa dahulu kita pun ada katakan bahawa syarat yang pertama untuk gender analysis ialah mesti ada pengumpulan data mengikut gender. Saya ingin bertanya sama ada semua kementerian sudah buat begitu atau belum.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Satu minit lagi Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Jadi saya hendak tujukan kepada Butiran 020000 – Kumpulan Wang Tabung Pinjaman Pelajaran. 030000 – Kumpulan Wang Tabung Biasiswa Sukan. 040000 – Kumpulan Amanah Pencen. Sama ada ini sudah ada data-data mengikut gender. Kita hendak tengok berapakah wanita dan berapakah lelaki yang mendapat biasiswa sukan dan juga Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Berapakah pelajar yang miskin yang telah mendapat faedah daripada kumpulan wang amanah ini. Lebih wanita atau lebih lelaki? Mereka dari mana? Dari luar bandar ataupun dari bandar? Adakah mereka berketurunan India atau pun Melayu ataupun Kadazan? Ini semua adalah penting untuk kita membuat rancangan di masa hadapan dan juga 00100 dan 001400... [Disampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Masa sudah habis.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Dan 001600. Ini adalah sama.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Sebenar apa Yang Berhormat Bukit Mertajam katakan itu elok difikirkan bersamalah. Saya amat bersetuju soalan gender budgeting ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, kita hendak dengar dari Sarawak Yang Berhormat. Tadi orang Sarawak belum bercakap satu kali pun. 17, Yang Berhormat Kanowit.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terus kepada Bekalan 10, Butiran 010600 – Pengurusan Pinjaman Perumahan. Saya berharap ini adalah pinjaman yang juga diberi kepada rumah-rumah panjang untuk masyarakat dari luar bandar yang telah memohon untuk mendapat pinjaman ini. Saya mohon agar peruntukan ini terutamanya ditambahkan sebab saya difahamkan dari kawasan saya sendiri, banyak permohonan yang telah disokong saya sendiri dalam dua tiga tahun yang lepas, tetapi sampai sekarang belum juga mendapat kelulusan dari pihak yang berkenaan. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan berapakah jumlah rumah panjang di Sarawak yang telah diberi pinjaman ini dan jumlah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dalam 2010 ini yang akan dibelanjakan untuk pinjaman perumahan ini. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, untuk memberi kriteria atau pun keutamaan kepada rumah-rumah yang telah terbakar ataupun dilanda banjir sebab mereka ini amat memerlukan pembinaan rumah dengan secepat mungkin. Saya juga ingin menyeru kepada kerajaan untuk... Jumlah ataupun ceiling pinjaman ini ditambahkan daripada selalunya dahulu RM5,000 kepada RM10,000. Saya mohon agar ianya ditambah kepada RM20,000 sekeluarga oleh sebab barang binaan sekarang sering naik.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Butiran kedua adalah 00400 – Projek Khas untuk low cost housing. Ini juga adalah satu projek yang sering dibuat oleh kerajaan untuk memberi atau membina rumah-rumah kos rendah di seluruh negara.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Saya ingin bertanya kepada kerajaan jumlah permohonan daripada rakyat yang dikatakan miskin di Sarawak yang telah memohon untuk mendapat rumah dalam projek ini serta yang lulus atau tidak lulus oleh sebab jumlah ataupun unit rumah-rumah ini tidak mencukupi? Saya ingin bertanya apakah syarat-syarat yang di ambil kira oleh kerajaan untuk memberi rumah-rumah ini kepada mereka yang memohon untuk mendapat rumah kos rendah ini. Butiran seterusnya Tuan Pengerusi adalah 93000 iaitu Membaik Pulih Infrastruktur Akibat Banjir di Negeri Sarawak. Ini sering berlaku tiap-tiap tahun di mana-mana tempat di negara kita. Di Sarawak juga telah terjadi dengan teruknya pada tahun awal 2009 akhir pada 2008 dahulu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita memang lihat ada repair yang telah dibuat di jalan-jalan oleh JKR di seluruh negeri tetapi malangnya ia tidak merangkumi permohonan untuk membaik pulih jalan-jalan kecil seperti PJK yang dibuat melalui peruntukan Ahli Parlimen. Ini adalah satu malapetaka pada jalan-jalan PJK di Sarawak terutama di kawasan saya. Banyak jalan kecil ini tidak dapat peruntukan untuk dibaik pulih oleh kerana peruntukan itu untuk jalan-jalan JKR dan jalan besar yang telah rosak. Saya mohon peruntukan ini pada tahun yang akan datang dipanjangkan kepada jalan-jalan kecil seperti jalan PJK. Saya ingin bertanya kepada kerajaan pada tahun yang lalu jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk projek ini dan berapa panjang (km) atau panjang jalan-jalan yang telah dibaiki dalam kawasan-kawasan Parlimen terutamanya. Saya juga hendak bertanya pada kerajaan berapakah yang belum dibaiki sebab peruntukan yang tidak mencukupi supaya diberikan peruntukan yang lebih pada tahun-tahun akan datang. Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Saya ingin menyentuh maksud B.10 butiran 010100 - Pengurusan Am yang berkaitan dengan kawalan judi di Malaysia. Di bawah kuasa Kementerian Kewangan iaitu kelulusan judi di Malaysia, saya ingin penjelasan berapakah jumlah lesen judi yang diluluskan sehingga sekarang dan berapakah hasil negara yang didapati daripada hasil judi dan di mana kewangan ini diletakkan? Maklumat yang saya terima pada Dewan yang mulia sebelum ini bagaimana rakyat membelanjakan hampir RM27 bilion setiap tahun di meja judi dan 75 peratus adalah melibatkan Melayu Islam. Jadi saya ingin tahu,sejauh mana peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian terutama penasihat agama kepada Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, apa yang telah dinasihatkan memastikan orang Melayu Islam ini tidak terlibat dengan judi? Kita juga melihat apakah program-program yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan payung negara kita selamat, semakin berkurangan perkara judi ini. Kita juga lihat daripada laporan yang kita terima, bulan yang pertama semasa pentadbiran Kementerian Kewangan telah meluluskan sepuluh cabutan bertuah untuk judi ini. Saya ingin tahu apakah rasional perkara ini dibuat dan apakah benar perkara ini dibuat untuk mendapatkan lebih banyak hasil lagi untuk negara? Laporan yang kita terima juga sebelum ini, setiap tahun purata RM77 bilion hasil cukai judi ini dapat pada negara. Saya ingin penjelasan, apakah akaun ini dimasukkan atau diletakkan dalam akaun yang berasingan.

Apakah wanita dilibatkan dalam judi di Malaysia, adakah kerajaan memantau supaya tidak melibatkan wanita terutama dalam iklan-iklan judi, dalam proses judi itu diadakan? Seterusnya saya ingin menyentuh butiran yang berkaitan dengan maksud B.10 Butiran 0500 yang berkaitan dengan Tabung Bencana Negara terutama yang melibatkan masalah banjir. Kita menghadapi sekarang ini bagaimana begitu ramai dan mangsa- mangsa banjir terutama negeri-negeri yang berdepan dengan banjir setiap tahun. Apa yang kita sedihkan ialah tindakan yang dibuat oleh kerajaan begitu lambat. Saya bagi contoh dalam kawasan saya, bantuan pampasan banjir untuk mangsa-mangsa banjir untuk tahun 2007 baru diterima pada awal tahun 2009. Jadi kenapa perkara ini begitu lambat? Begitu juga tentang pemberiannya tidak mengikut keperluan atau sasaran yang tepat di mana kita dapati ada orang yang kena banjir tetapi tidak mendapat bantuan. Sejauh mana pemantauan terhadap bantuan in dibuat oleh pihak kerajaan supaya kes ini tidak berulang dan kerajaan terpaksa menanggung berjuta ringgit hasil daripada akibat bencana banjir ini. Kenapakah tambatan banjir ini lambat dibina terutama di sepanjang Sungai Golok yang saya dimaklumkan sudah beberapa rancangan Malaysia sejak daripada RMK-7 tidak dapat dilaksanakan tidak dapat kita melihat hasilnya. Malah semakin teruk negara kita dilanda banjir, air daripada sempadan Thailand masuk kepada sebelah sempadan negara kita kerana tebing mereka telah ditinggikan dan kita masih lagi di tahap yang lama. Ini merupakan satu kerugian yang besar kepada rakyat dan negara, jadi saya harap jangan sahaja Ahli Parlimen bersuara setiap tahun setiap kali apabila membincangkan perbahasan bajet disuarakan tetapi tidak ada tindakan. Saya sebab itu berapa kali saya sebut, lebih baik daripada wang digunakan untuk projek-projek yang tidak bermanfaat kepada rakyat. Berikan keutamaan kepada rakyat, ini yang kita hendak. Seterusnya saya ingin penjelasan juga berkenaan dengan Butiran 030400 yang berkaitan dengan Pelbagai Pampasan iaitu saya ingin tahu berapakah jumlah pampasan yang telah diberikan kepada syarikat tol konsesi ini daripada tahun 2008 hingga 2009? Ini sebab kita lihat di antara masalah warga kota, ini adalah kesesakan jalan raya walaupun ada Touch n Go tapi apa yang berlaku pada musim hujan ialah ‘Touch n Stop’. Jadi yang rakyat membayar, apa yang berlaku macam kami di Kelantan tidak ada tol, tapi apabila kita berada di sini suasana cukup, bagaimana kakitangan awam yang terpaksa lewat malam sampai ke rumah. Ini adalah satu perkara yang tidak menyelesakan rakyat, dan saya ingin tahu berapakah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun untuk membayar pampasan kepada syarikat ini? Apakah tindakan oleh kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi kerana kita tidak mahu negara ini terus menanggung, yang projek-projek yang menguntungkan beri kepada syarikat-syarikat kroni dan yang rugi beri kepada rakyat. Kita tidak mahu perkara ini terus berlaku. Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 020500 yang berkaitan dengan subsidi gas cecair (LPG), diesel dan petrol. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi ini dan kita mengharapkan golongan sasaran yang tepat mendapat subsidi daripada bantuan subsidi diesel petrol ini. Apa yang kita hendak tahu ialah golongan sasar selain daripada golongan nelayan, golongan yang telah kita semua telah senaraikan. Saya ingin juga supaya pihak kerajaan melihat kepada pemandu ataupun pemilik-pemilik kereta sewa yang berada di kawasan pedalaman yang mereka tidak mendapat sebarang subsidi yang mana berdepan dengan cabaran yang cukup hebat. Jadi kita mahu kerajaan mengambil perhatian yang serius sebagaimana diberikan juga kepada nelayan-nelayan sebab mereka ini berdepan dengan isu harga petrol yang tinggi tambahan tapi di negeri di sebelah Pantai Timur, mereka tidak ada bekalan gas NGV sebagaimana kereta sewa ataupun teksi di sebelah Pantai Barat. Jadi ini adalah satu perkara yang sangat menekan kepada pemandu-pemandu kereta sewa apabila berdepan dengan saingan daripada pengangkutan-pengangkutan negara jiran yang turut mengambil kesempatan mengangkut penumpang ke Malaysia.

Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Seterusnya saya ingin menyentuh juga yang berkaitan dengan bantuan kepada pelajar- pelajar. Saya ingin perjelaskan kepada kerajaan sejauh mana perkara ini diambil perhatian dan sejauh mana senarai yang disenaraikan dalam e-Kasih itu dipantau, sebab kita melihat banyak daripada mereka yang layak tidak disenaraikan dalam daftar e-Kasih. Jadi saya harap supaya di dalam pemberian bantuan ini, supaya diberi perhatian, diberi pemantauan yang sungguh-sungguh supaya pelajar ini benar-benar menerima. Mereka yang layak benar-benar dapat menerima bantuan sebagaimana yang menjadi harapan kita rakyat diutamakan, jadi sekadar itu dahulu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akan memperuntukkan di bawah Butiran 020500 - Subsidi Gas Cecair, Diesel dan Petrol. Satu lagi perkara yang ingin saya hendak sentuh Butiran 021900 Pemberian Kemudahan Projek Khas, di sini saya memohon kepada pihak kerajaan, agar dapat sebagaimana yang sudah berulang-ulang kali iaitu pembinaan jambatan di Sungai Pandaruan, Limbang. Saya memohon di sini agar Kementerian Kewangan dapat menyediakan peruntukan untuk pembinaan jambatan ini, tetapi saya tahu pembinaan jambatan ini mempunyai berbagai-bagai halangan. Sebagaimana yang kita dengar pagi tadi dalam sesi soal jawab, yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, tentang pembinaan jambatan di Beaufort sebagainya. Ia adalah untuk memudahkan penduduk-penduduk daripada Sarawak, Sabah sendiri dan negara Brunei untuk memudahkan dengan pembinaan jambatan tersebut. Akan tetapi terus terang di sini, semuanya tidak akan lancar, tidak akan ada perjalanan lancar selagi jambatan di Sungai Pandaruan Limbang ini tidak dibina. Walau bagaimana sekalipun itulah yang missing link yang ada daripada KK hinggalah ke Kuching. Jadi saya minta kepada Kementerian Kewangan untuk memperuntukkan, kalau jambatan di Beaufort hanya berharga RM20 juta lebih, Sungai Pandaruan, dengan izin RM20 juta pun cukup, 50 meter sahaja lebar sungai tersebut. Saya tahu perkara ini, Kementerian Kerja raya tidak akan dapat melaksanakan jambatan ini selagi... Walaupun peruntukan disediakan oleh Kementerian Kewangan tetapi selagi Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri tidak mahu berunding dengan kerajaan jiran, selagi itulah jambatan ini tidak akan dapat dibina. Jadi impian kita untuk melancarkan segala perjalanan daripada Sabah, Sarawak dan negara jiran itu, jambatan sungai pandaruan ini mestilah menjadi satu projek utama di Pan Borneo. Sebagaimana yang kita dengar Kementerian Kerja Raya pun mengutarakan semalam, akan membina double land semua ini untuk lebuh raya di Sarawak. Selagi jambatan Sungai Pandaruan tidak dibina, ia tidak ada makna, tidak akan lancar. Di situlah dia punya bottleneck, queue berjam-jam dan di sini saya minta kepada Kementerian Kewangan dan semua kementerian. Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan, Kementerian Luar Negeri berunding dengan negara jiran, insya-Allah jalan ini, perjalanan ini akan lancar. Semuanya akan mendatangkan makna, jadi itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya bangun untuk berbahas B.10 Kementerian Kewangan dalam butiran 010100 mengenai dengan Pengurusan Am, dan saya ingin memetik di sini bahawa juga ada dasar kerajaan, dengan slogan “rakyat didahulukan.”

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya juga ingin mengutip daripada objektif Program 1: Perkhidmatan Kewangan, di mana dalam (d), “kementerian memastikan dasar kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan” dan (e) “memastikan dasar prosedur dan peraturan kewangan serta program/aktiviti diuruskan secara ekonomi dan berkesan serta memberi khidmat kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan.” Tuan Pengerusi, di Wangsa Maju, kita boleh nampak banyak cyber cafe ditubuhkan di sana, dan saya dapat banyak aduan daripada penduduk-penduduk di sana ataupun ibu bapa di sana bahawa ada banyak anak murid, yang berpakaian uniform. Masuk bermain dalam cyber cafe ini dan dalam cyber cafe ini bukan main game Tuan Pengerusi, game nya yang ada apa? Game perjudian sampai ah long pun ada di dalam itu juga. Kami buat banyak aduan kepada DBKL, di mana kementerian ini juga ada di wang juga, di bawah Butiran 020800 - Pemberian Khas Kepada Wilayah Persekutuan, dan cyber cafe ini juga beroperasi bukannya sehingga pukul 12 malam, sampai pukul enam pagi dan ada yang 24 jam. Kita buat aduan kepada DBKL, tetapi DBKL tidak boleh ambil tindakan. Excuse nya, alasannya apa? Oh... Tiada ada apa-apa peruntukan dari segi undang-undang untuk mereka mengambil tindakan, walaupun mereka tahu bahawa ada gejala perjudian ini di dalam cyber cafe, di Wangsa maju. Saya rasa bukan di Wangsa Maju sahaja...

Di tempat lain...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Di tempat lain juga, dalam Wilayah Persekutuan dan juga...

Di Bagan Serai pun ada... [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Di Bagan Serai pun ada, kawan saya di belakang mengatakannya. Juga DBKL, pada sesi perjumpaan antara Datuk Bandar dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan. Datuk Bandar juga mengakui masalah ini dan berjanji, berkata ada satu bahagian perundangan di DBKL telah mengkaji satu undang-undang dan ia akan sedia pada bulan Mac 2009. Sampai hari ini, kita sudah hendak hujung tahun, tiada ada apa-apa undang-undang dilaksanakan oleh DBKL lagi. Padahalnya, DBKL ada hak untuk ambil tindakan, kalaulah mereka tidak ada kuasa mengambil tindakan dari segi undang-undang terhadap perjudian, mereka boleh tarik lesen premis mereka, kenapa tidak berani tarik lesen ini? Bukankah ini kita menggalakkan perjudian, bukan sahaja kepada orang dewasa tetapi kepada murid-murid dan budak-budak yang memakai uniform. Bukankah ini aktiviti ataupun masalah sosial ini mesti hentikan dengan segera. Apa guna kerajaan memberikan pemberian khas kepada Wilayah Persekutuan, RM350 juta dalam bajet ini? So, Kerajaan Persekutuan dalam bajet ini mesti mengambil tindakan dengan segera, mengarahkan DBKL. Kalau Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak ada masa mengarahkan, DBKL, atau Datuk Bandar. Gunalah Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politiknya. Dia ada kuasa, dia... Datuk Bandar mengambil tindakan supaya DBKL menaik balik lesen premis yang ada perjudian di dalam cyber cafe ini, tetapi tidak ada. Tidak mengambil tindakan, kalau ambil tindakan begitu, mungkin kita boleh sokong, tetapi ambil tindakannya bukan untuk rakyat jelata, bukan untuk kepentingan rakyat. Tindakan yang diambil oleh Setiausaha Politik beliau adalah untuk memberhentikan DBKL dari mengambil tindakan untuk merobohkan gerai yang haram, yang menjejaskan keselamatan awam.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Seperti kes Rasathi ini yang saya bawa ke Seksyen 2 di Wangsa Maju. Tidak ada tempat untuk orang awam berjalan. Baru-baru ini telah ada accident, kemalangan. Bukankah ini satu contoh bahawa kerajaan ini tidak menunaikan slogannya “Rakyat Didahulukan”? Sebenarnya rakyat dikebelakangkan. Kalau kita dengan sesungguhnya hendak ambil, hendak tunaikan Rakyat Didahulukan, kita mesti ambil tindakan terhadap cyber cafe ini. Oleh kerana yang menimbulkan berbagai masalah kepada ibu bapa. Jangan kata murid-murid, murid-murid memang seperti kita menggalakkan perjudian di cyber cafe.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini kah kerajaan yang hendak jaga kepentingan negara, kepentingan rakyat. Tidak! Itu saya harap Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan ambil tindakan dengan segera dalam isu cyber cafe ini, oleh kerana perkara ini kita tidak boleh ditarik lagi. Saya dapat aduan, banyak aduan. Salur aduan ini kepada DBKL alasannya tiada undang-undang yang sedia ada untuk ambil tindakan. Kalau tiada undang-undang luluskan undang-undang di dalam Dewan ini. Kalau DBKL Datuk Bandar tiada masa dan ataupun dengan segera mengarahkan Datuk Shafie Abdullah memberi arahan kepada Datuk Bandar ambil tindakan dengan segera. Itu baru saya kata baik. Akan tetapi yang ambil tindakan oleh Datuk Shafie Abdullah untuk mengawal, untuk campur tangan dalam urusan perkhidmatan dalam DBKL. Menyekat DBKL untuk ambil tindakan terhadap apa-apa yang salah di dalam DBKL itu di Wilayah Persekutuan. Untuk apa? Untuk menjaga kepentingan salah seorang bukan salah seorang sahaja. Itu kita tidak boleh terima. Saya sudah bangkit di sini. Akan tetapi Menteri Wilayah Persekutuan tidak jawab. So saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan boleh memberikan satu jawapan sama ada beliau membenarkan Setiausaha Politiknya Datuk Shafie Abdullah hak atau kuasa untuk campur tangan dalam pentadbiran DBKL.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh tanya sedikit.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu saya tiada masa.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pencelahan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tiada masa Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya ada benda yang lain yang hendak cakap. Itu saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dan Menteri, selaku Menteri Kewangan. Yang kedua, mengenai dengan Institut Jantung Negara - Butiran 12000. Tuan Pengerusi kita dapat sumber dalam surat khabar itu mengenai sentiasa ada pihak-pihak hendak mengambil alih Institut Jantung Negara. Kenapa? Institut Jantung Negara ini di tubuh oleh kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam. Akan tetapi ada pihak-pihak dua tiga kali sudah kita dapat sumber dari surat khabar, syarikat ini mengambil alih, syarikat itu mengambil alih. Saya harap juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan memberi satu penjelasan dengan tetap dan Dewan yang mulia ini bahawa Institut Jantung Negara tidak akan diambil alih oleh sesiapa pihak. Oleh kerana Institut Jantung Negara ini di tubuhkan oleh kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kita tidak boleh swasta kan Institut Jantung Negara ini ke mana-mana pihak. Tuan Pengerusi itu saya hendak...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, masa Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Pergi kepada itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit sahaja, sedikit sahaja injury time... [Dewan riuh] Sebab ada orang mencelah tadi... [Dewan riuh] Minta maaf. Butiran 022100 - KL International Airport Berhad mengenai dengan perkembangan lapangan terbang. Kita telah tahu dalam Dewan yang mulia ini, bahawa AirAsia telah hutang beratus juta ringgit mengenai dengan airport tax, cukai lapangan terbang. Kita semua tahu di sini bahawa airport tax ini telah dibayar oleh pelanggan sebelum mereka terbang menggunakan AirAsia.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

AirAsia ini adalah satu agensi untuk mengutip airport tax dan membayar kepada KLIA Berhad ataupun MAHB. Akan tetapi mereka diberi peluang berhutang bertahun-tahun. Sampai kini RM65 juta belum dibayar. Tidak boleh bayar airport tax yang telah diterima oleh AirAsia dan AirAsia ada masa ada peluang untuk sponsor. Baru-baru ini sponsor F1 Racing Team dengan izin, dan juga sponsor pasukan bola sepak di Amerika syarikat. Apa ini? Airport tax tidak payah bayar.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Pengerusi Yang Berhormat Wangsa Maju barangkali...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini kita mesti...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

...Dia confused KLIAB dengan AirAsia...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh cakap begitu Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Dua-dua berlainan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu pun sama juga tetapi kita perlu bayar airport tax ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya? Yang Berhormat Jelutong jangan lah pertahankan AirAsia. Ya, itu airport tax perlu dibayar. Jangan lah sponsor sini sponsor sana. Saya ingin menanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk memberi satu penjelasan di sini, bagaimanakah AirAsia diberi peluang atau pun imuniti untuk berhutang airport tax sedangkan airlines yang lain tidak diberi peluang sebegini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat saya minta maaf saya tidak dapat memberi semua orang berucap dalam perbahasan untuk kementerian ini. Saya cuma boleh memanggil dua orang Ahli Parlimen sahaja lagi seorang daripada Barisan Nasional seorang daripada pembangkang. Selepas itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak banyak yang hendak dicakapkan mungkin beri peluang kepada yang lain-lain lagi selepas ini. Terima kasih. Saya hendak merujuk kepada Butiran 93000 - Projek Baik Pulih Infrastruktur Akibat Banjir. Ada dua perkara di bawah tajuk ini. Pertama sekali saya hendak bertanya kepada kerajaan bagaimanakah wang ini disalurkan? Ini kerana masa banjir yang berlaku di Sarawak sebelum ini, terdapat beberapa buah sekolah yang rosak, jalan rayanya rosak, dewannya rosak akibat banjir dan sekolah-sekolah ini tidak mendapat peruntukan yang disalurkan untuk mereka projek baik pulih infrastruktur mereka. Jadi saya hendak tahu macam mana boleh disalurkan kepada pihak sekolah di Sarawak. Kedua ialah apabila waktu banjir berlaku dan sebelum ini kerajaan ada beri wang ihsan banjir kepada mereka yang menjadi mangsa banjir dan mendapat kekeliruan pula di mana RM300.00 adalah diberi kepada mereka yang tidak pindah dari rumah mereka. RM500.00 diberi kepada mereka yang pindah. Apa yang berlaku ialah ramai orang ada juga yang menjadi mangsa ini tidak dapat pindah dari rumah mereka kerana dewan pun terkena banjir.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ada di kawasan saya dewan itu digunakan oleh orang mangsa banjir di kawasan lain ditempatkan di dewan tersebut. Jadi mereka juga tidak dapat keluar dari rumah akan tetapi hanya diberi RM300.00. Jadi ini berlaku ketidakpuasan hati di kalangan mereka yang juga menjadi mangsa banjir. Kedua ialah mengenai Butiran 70113 - Perbadanan Ekonomi Sarawak. Saya hendak tahu bagaimana pengagihan peruntukan di bawah perbadanan ini? Kalau boleh saya hendak minta memohon di sini untuk kawasan saya di kawasan Sadong Jaya di mana saya perhatikan mereka yang menjual ikan, menjual di tepi sungai dan mereka membina pondok sendiri. Ia mengakibatkan kotor sungai di kawasan tersebut.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya berharap peruntukan ini dapat disalurkan untuk membina pasar yang lebih teratur untuk mereka. Kedua ialah pasar di kawasan Simunjan yang mana pasar itu saya nampak telah lama dan perlu diperbaiki ataupun dibuat baru. Jadi, saya berharap di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi, peruntukan ini dapat disalurkan di situ. Akhir sekali, saya juga hendak menyokong apa yang Yang Berhormat Bukit Mertajam katakan tadi. Mungkin ada mengatakan lagi-lagi menyentuh mengenai gender budgeting. Akan tetapi, saya merasakan ini perlu kerana kita sering kali dihantar ke luar negara ataupun berbincang di peringkat antarabangsa mengenai gender, tetapi sebenarnya kita di negara ini tidak memberikan peruntukan khas untuk gender budgeting. Jadi, saya berharap kerajaan memberi peruntukan khusus untuk gender budgeting bagi membantu kita menjalankan tugas-tugas ataupun melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan gender. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Dengan ringkas saya ingin membangkitkan berkenaan dengan 010100 - Pengurusan Am. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Wangsa Maju berkenaan isu perjudian, Tuan Pengerusi. Di bawah butiran ini, Pengurusan Am telah jelas menyatakan kerajaan mesti memastikan bahawa dasar kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan. Tuan Pengerusi, apa yang saya ingin bangkitkan adalah apa yang telah berulang kali menjadi isu yang dibangkitkan dalam Dewan ini di kedua-dua belah. Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuching dan Yang Berhormat Gelang Patah telah bangkitkan. Saya juga telah bangkitkan juga dalam soal jawab kepada Dewan yang mulia ini. Apabila kerajaan bertegas untuk meneruskan keputusan untuk mengenakan cukai perkhidmatan ke atas kad kredit mulai tahun 2010 dengan alasan bahawa untuk menggalakkan orang ramai berbelanja dengan berhemah. Bagaimanakah pula dengan isu perjudian, Tuan Pengerusi? Kita telah bangkitkan. Yang Berhormat Rasah, saya dan Yang Berhormat Kuching telah bangkitkan. Terlalu kerap special draw, cabutan khas. Jawapan yang saya terima adalah bahawa tahun ini hanya diluluskan 12 kali sahaja. Saya merasakan itu telah wujud satu kesilapan. Mungkin 12 kali untuk satu syarikat. Ada tiga buah syarikat. Jadi, jumlahnya adalah 36 kali, Tuan Pengerusi. Kalau kerajaan kata mahu mengutip cukai perkhidmatan atas kad kredit untuk menggalakkan orang ramai berbelanja dengan berhemah, bagaimanakah dengan judi ini? Apakah kerajaan mempunyai dasar yang berbeza dalam aspek ini? Apakah kerana ia melibatkan golongan bukan Islam sahaja? Oleh itu, kerajaan ada dasar yang berbeza. Meluluskan sebegitu sahaja untuk cabutan khas. Setiap hari Selasa, Tuan Pengerusi. Ada tiga buah syarikat, syarikat ramalan nombor ekor, tiga ekor, empat ekor... [Ketawa] Ada tiga buah syarikat. Setiap hari Selasa, ambil giliran membuat cabutan khas ini. Sudah ada tetap satu minggu tiga kali, hari Khamis, Sabtu dan Ahad. Tiga buah syarikat ini berfungsi bersama-sama tiga hari ini. Bayangkan Tuan Pengerusi. Kedua-dua belah ahli dalam Barisan Nasional, kami di sini, juga telah menyeru agar kerajaan mengurangkan kekerapan cabutan khas ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi, saya memohon kerajaan mengambil perhatian. Apakah kerajaan telah ada satu perubahan dasar semasa Timbalan Menteri menjawab, menggulung peringkat dasar bajet ini telah menyatakan, “Oh! Kita perlu mengadakan cabutan khas untuk tujuan yang lain. Tujuan spesifik yang lain seperti kebajikan, sukan, kebudayaan”. Sejak bila ada perubahan dasar ini? Sepanjang masa ini cabutan khas, nombor empat atau tiga ekor ini adalah bertujuan untuk membantu dalam situasi yang tertentu seperti malapetaka. Yang Berhormat Rasah telah menjelaskan seperti contoh JE di Negeri Sembilan. Sejak bila ada perubahan dasar sedemikian? Jadi, saya pohon kerajaan meneliti perkara ini. Satu minggu tiga kali, tiga buah syarikat. Orang ramai mereka berkata, “Kalau saya beli TOTO nanti buka nombor itu, di Magnum dia rugi. Jadi, dia mencuba ketiga-tiga kalilah. Apakah ini dasar baru kerajaan dalam masa ekonomi yang lembap ini menggalakkan orang ramai berjudi lebih banyak dengan mengadakan cabutan khas lebih kerap? Akan tetapi, kerajaan telah mengatakan bahawa kutipan daripada cabutan khas ini, cukai ini adalah sangat kecil sahaja. Oleh itu, ia dimasukkan dalam kod pelbagai sahaja. Bukan dalam akaun yang tertentu. Ini kerana kutipannya kecil, tetapi ia sebenarnya amat membebankan orang ramai ini, orang bukan Islam ini. Lebih kurang RM1 bilion saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kuching. Jawapan yang saya terima sehingga bulan September tahun ini, kerajaan kutip Tuan Pengerusi. RM29 juta untuk cabutan khas ini sahaja. Akan tetapi saya rasa angka ini amat jauh berbanding dengan tahun lalu. RM149 juta untuk cabutan khas. Mungkin kerajaan boleh meneliti semula angka yang diberi. Jadi, saya pohon, saya merayulah, ini juga permintaan oleh penduduk kawasan saya. Minta kerajaan kurangkan kekerapan cabutan khas ini. Jadi, saya pohon satu jawapan menyeluruh daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Dr. Awang Adek HussinTimbalan Menteri Kewangan II

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan di peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kewangan. Saya kira kalau perkiraan saya tidak lari, 21 orang Ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Seramai 22 orang Yang Berhormat.

Seramai 22 orang ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian. Kesemuanya saya dapati adalah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Wanita lima orang.

Wanita lima orang ya? Okey. Gender budgeting adalah satu point yang agak besar yang akan kita beri perhatian. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mesti mengakui bahawa persoalan-persoalan yang ditimbulkan adalah merupakan soalan-soalan khusus yang agak terperinci. Saya dan pegawai-pegawai daripada kementerian telah pun menyediakan jawapan yang dapat kami buat dalam masa yang singkat ini apabila mendengar sahaja perkara-perkara yang dibangkitkan. Jadi, saya meminta maaf kalau ada yang tidak begitu, dengan izin, comprehensive. Mungkin ini kita boleh teruskan lagi sama ada melalui jawapan bertulis sekiranya diperlukan oleh Yang Berhormat. Saya ingin pertamanya menjawab dua persoalan pokok yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Permatang Pauh. Satunya ialah daripada segi kaedah kita mengendalikan perolehan kerajaan, terutama sekali kita jangan sekali-kali mengabaikan proses dan peraturan kewangan yang diperlukan untuk menjamin bahawa hasil yang diperoleh daripada proses ini, merupakan hasil yang boleh menjimatkan perbelanjaan kepada kerajaan. Pada masa yang sama, bersikap adil kepada peserta yang ingin mendapatkan kontrak-kontrak seumpamanya.

Saya ingin menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, telah membuat kenyataan berkali-kali. Bahawa beliau akan memastikan seboleh mungkin peraturan tender ini dipatuhi kerana ada juga umpamanya sekiranya perolehan itu perlu diperoleh daripada pembekal asal, terutama dalam bidang pertahanan, defence.

Kadang-kadang ada jugalah tetapi ini memang jarang-jarang. Cuma saya mahu katakan bahawa untuk memastikan proses diikuti Kementerian Kewangan telah mewujudkan dua Jawatankuasa Perolehan. Satunya Jawatankuasa Perolehan 1 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan keahliannya ialah Menteri Kewangan II dan pegawai-pegawai yang berkenaan. Jawatankuasa Perolehan II yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II dan dianggotai oleh Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai yang berkenaan. Semua ini untuk memastikan keputusan yang kita buat sama ada memberi apa-apa projek ini kepada pemohon mestilah berlandaskan kepada peraturan dan ketelusan serta muktamad harga juga mestilah kita mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Saya ingin nyatakan di sini sejak beberapa bulan saya menduduki Jawatankuasa Perolehan II ini tidak ada satu pun yang telah dikecualikan daripada amalan dan peraturan kewangan ini. Saya lihat, kalau inilah yang dibuat, maka sudah tentu ia telah menambah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Nanti saya bagi jawapan dulu. Saya tahu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun ada sebut juga perkara ini. Ini satunya dari segi proses perolehan kerajaan. Keduanya, saya jawab dulu Yang Berhormat Permatang Pauh kerana kita bagi penghormatan kepada Ketua Pembangkang. Kemudian Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bolehlah mencelah. Tidak kurang pentingnya persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini supaya kerajaan tidak mengeluarkan melalui kenyataan pemimpin- pemimpin, Menteri-menteri - kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap berbeza-beza dalam masa yang singkat. Contohnya, disebut yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri angka 9 peratus yang sebenarnya memanglah merupakan kesilapan dan kemudian dibaiki dengan angka 6 peratus. Kemudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, EPU dikatakan oleh Ketua Pembangkang menyatakan angka 5.4 peratus. Saya ada mencatatnya. Dikatakan juga yang Timbalan Menteri Kewangan iaitu saya sendiri dalam jawapan di Parlimen ini menyatakan angka 2.3 peratus. Jadi saya mahu jelaskan. Walaupun angka ini berbeza tetapi ia tidaklah inconsistent, dengan izin. Pertamanya, 2 peratus dan 3 peratus yang saya buat ini ialah anggaran untuk tahun 2010 berdasarkan belanjawan kita. Dalam belanjawan kita ada 2 peratus hingga 3 peratus. Jadi saya tidak larilah daripada apa yang dinyatakan. Saya pun Timbalan Menteri tidak berani hendak lari sangatlah, kalau tidak nanti susah. Apa yang dinyatakan oleh Menteri EPU pada pemahaman saya kerana saya juga dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam beberapa ketika perbincangan menyatakan beliau ingin berusaha bagaimanakah kita boleh menambahkan lagi GDP ini daripada 2 peratus hingga 3 peratus, menambahkan dua peratusan lagi menjadi 5 peratus dengan pelbagai usaha yang akan dilaksanakan. Ini termasuklah dengan model pertumbuhan ekonomi tinggi ini. Ini kalau diizinkan boleh dikatakan with and without policy, dengan izin. Kalau mengikut unjuran biasa 2 peratus hingga 3 peratus tetapi mungkin ada tindakan-tindakan yang istimewa dengan pengumuman new growth model dengan izinnya mungkin boleh dicapai 5 peratus. Saya kira Menteri EPU membayangkan hasrat yang tersebut bila dinyatakan 5.4 peratus. Manakala 6 peratus pula yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini ialah pertumbuhan jangka masa panjang. Kalau kita sebagai sebuah negara masih lagi berhajat untuk mencapai Wawasan 2020 sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita tidak boleh lari daripada pertumbuhan ekonomi yang secara puratanya minimum 6 peratus. Maknanya kita tidak boleh di bawah daripada 6 peratus sebaiknya lebih. Kalau ada di bawah pun kita kena compensate dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.

Ini jelas supaya tidak dianggap bahawa satu fakta ekonomi yang begitu penting, kadar pertumbuhan negara sebelum kita turun kepada perangkaan-perangkaan lain janganlah kita ada salah faham. Janganlah dianggap bahawa sudah ada tidak ketidaksefahaman. Janganlah dianggap bahawa sudah tidak ada kesatuan dari segi fahaman...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sekejap. Saya bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dahulu kalau saya bagi pun sebab dia sudah berdiri lama. Jadi ini dua perkara yang hendak saya dinyatakan di peringkat awalnya. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat kata semasa menjadi dalam Jawatankuasa Perolehan tidak ada kes-kes di mana regulation ataupun guidelines tidak dipatuhi... [Menunjukkan sebuah akhbar] Saya hendak tanya, hari ini muka surat depan Edge Financial Daily – NAZA TTDI to undertake RM15 bilion privatized project. Convention centre terbesar di Malaysia – RM15 bilion. Apa yang diberikan kepada NAZA TTDI? Sebanyak 65 ekar prime land di Sri Hartamas dan Mont Kiara for this development.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap isu lain, Yang Berhormat. You were showing...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Perolehan, tentang open tender. Perkara ini direct negotiation langsung tidak ada tender. Ada satu lagi 150 ekar tanah akan diberikan kepada MRCB dan juga Brunsfield untuk satu projek yang lain secara PFI, secara tidak ada open tender. Sekali lagi gross development value RM15 bilion. MRCB itu. Saya hendak tanya apakah azam politik daripada kerajaan untuk menukar cara kita membuat kontrak-kontrak besar ini yang terus diberikan kepada orang yang berkaitan. NAZA TTDI kita tahu siapa pemiliknya. Keluarganya sebelum ini dengan MITI. Sekarang ini projek dengan MITI. Keluarganya sebelum ini dengan MITI pun dapat AP yang banyak daripada MITI. So, sekarang tidak dapat AP, dapat projek ini lagi. So, where is the open tender? Where is the competitiveness, where is the transparency? Minta penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya boleh nyatakan dengan jelas bahawa projek-projek yang disebut oleh Yang Berhormat itu tidak pun pernah melalui jawatankuasa saya. Jadi, tidak boleh saya katakan bahawa ia telah diluluskan oleh jawatankuasa saya, maka saya menidakkan.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi...

Nantilah dulu. Bagilah saya jawab. Yang Berhormat sudah cakap saya diam sahaja dengar. Bagilah pula saya cakap. Jangan tidak sabar Yang Berhormat. Saya, kalau hendak duduk sehingga pukul 12 di sini pun saya okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebelum jam 12 boleh, Yang Berhormat.

Saya tidak ada masalah. Saya pun tidak hendak pergi mana. Hendak balik kampung - Kelantan pun jauh sangat. Jauh sangat!

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Minta maaf.

Itulah dia, bagus, sporting. Kita hendak baik-baik punyalah! Kita ada ngam. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi walau pun saya tidak membaca, saya boleh jangkakan ini adalah projek-projek penswastaan. Yang Berhormat sendiri kata! Penswastaan di bawah EPU – Jabatan Perdana Menteri, Unit Khas ataupun apa, dia ada. Jadi, saya tidak kena mengena ini. Saya pun tidak tahu. Jadi saya tidak boleh kata. Kalau PFI pun juga begitu, Yang Berhormat. Jadi, kena tanyalah. Saya tidak tahulah sama ada – sebab tadi Yang Berhormat ada cadangkan penswastaan baru ini pun mesti kena ada competitive bidding. Itu satu cadangan.

Akan tetapi yang dilakukan ini mungkin tidak termasuk dalam yang baru ini. Saya pun tidak begitu tahu tetapi pastinya ia tidak melalui jawatankuasa perolehan yang saya sebut. Jadi, jangan kata Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap tidak ada, ini ada. Tidak. Itu tidak betul. Boleh saya teruskan?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan sikit. Just to clarify sikit. Apakah guidelines tentang PFI ini, adakah di bawah Kementerian Kewangan? Adakah Kementerian Kewangan terlibat dalam projek-projek PFI ataupun langsung tidak terlibat, semuanya dikuasai oleh EPU? Kita tidak faham. Kita minta penjelasan sikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Peringkat awal PFI ini bermakna satu-satu permohonan, pemprosesan permohonan, ini semuanya dilakukan oleh EPU. Cuma saya yakin PFI ini juga akhirnya terpaksa melalui jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dan saya yakin juga pada jawatankuasa tersebut. Biasanya Menteri Kewangan akan ada, cuma saya tak tahu di peringkat mana. Exco kah sebab saya tidak termasuk lah. Sebagai Timbalan Menteri saya tidak masuk ke dalam jawatankuasa tersebut.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau macam itu, boleh tak Yang Berhormat Timbalan Menteri dapatkan penjelasan yang lebih menyeluruh dan berikan jawapan kepada kami sebab memang kementerian kewangan terlibat dalam perkara ini.

Ini boleh diminta dengan EPUlah. Saya boleh sampaikan kerana EPU sebenarnya yang menjadi urus setia. Sepatutnya kalau pertanyaan ini Yang Berhormat bawa semalam, cukup baguslah, Menteri EPU ada. Jadi kalau hari ini, saya boleh sampaikanlah, Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Satu soalan.

Celahan sedikit Tuan Pengerusi, perolehan Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berhubung dengan perolehan yang berkait dengan penubuhan Jawatankuasa Perolehan yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan I dan satu lagi dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II. Satu peringkat lagi ialah Jawatankuasa Perolehan yang membabitkan kementerian di mana wakil Kementerian Kewangan juga ada. Kalau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PJ Utara tadi ialah hal yang tidak ada open tender. Penjelasan Yang Berhormat Menteri ialah barangkali ini ialah projek PFI. Apa yang saya hendak bangkitkan ini ialah projek yang di tender secara terbuka. Kemudian beberapa syarikat mengambil bahagian melepasi semua proses tapisan dan penilaian, teknikal dan kewangan. Kemudian laporan terakhir mengenai syarikat terpilih telah pun dibuat. Baik ya, kemudian setelah lama masa berlalu datang pula keputusan untuk re-tender balik. Saya ada maklumat mengenai projek ICT PERKESO lebih dari RM150 juta. Kemudian ada koresponden antara Menteri dengan Menteri Kewangan. Kemudian keluar arahan buat semula. Menangguhkan projek seumpama ini membebankan dari segi kos, satu. Kedua, menangguhkannya juga ialah akan membabitkan kecekapan sistem penyampaian jabatan yang berkenaan. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri dari segi sistem perolehan setelah melalui pelbagai proses tapisan, pertimbangan apa sebenarnya yang membawa kepada keputusan tender semula satu-satu projek dengan mengambil kira alasan yang saya kemukakan lewat maknanya kos bertambah. Lewat maknanya sistem penyampaian kepada pengguna juga akan memberikan kesan. Jadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya perlukan untuk memberikan sebab, alasan dan keadaan bagaimana keputusan tender semula itu dibuat. Apakah melalui satu keputusan politik ataupun sebab-sebab apa? Ini penting untuk memberi keyakinan terhadap kecekapan sistem perolehan kerajaan.

Terima kasih Yang Berhormat. Tanpa mengetahui kes spesifik dan mengikut pengalaman yang saya lalui sendiri dalam Jawatankuasa Perolehan, ada kes-kes yang kita terpaksa hantar kembali ke kementerian.

Pertamanya untuk merundingkan semula harga dalam proses memuktamadkan harga. Kadang kala dia rasa harga itu terlalu tinggi, tambah-tambah lagi ia melepasi siling RMKe-9 yang telah pun ditetapkan. Jadi kalau jumlah itu tinggi, lebih tinggi, kalaupun dipersetujui oleh peringkat kementerian kerana barangkali betullah harganya memang tidak boleh mengikuti siling lagi, kita hantar kembali ke kementerian. Pertamanya supaya dirundingkan semula harga untuk memuktamadkannya. Kadangkala ada kes-kes seperti ini diangkat kembali oleh kementerian mengatakan tidak boleh lagi dah, ini yang paling akhir. Jadi, Jawatankuasa Perolehan akan menilai sama ada betul kita terpaksa menerima perbelanjaan yang melebihi siling ataupun kita merasakan bahawa sebenarnya kalau dilakukan satu proses tender sekali lagi mungkin harganya adalah lebih baik, kurang daripada siling. Ini kes-kes yang pernah saya lalui. Jadi ada keadaan dan situasi di mana ini boleh berlaku dan ini yang mungkin lambat, mungkin dirasakan tidak efisien, tetapi kadangkala peraturan kewangan yang kita tetapkan dan kita mahu ia diikuti, kita terpaksa kompromilah sedikit kelewatan. Kalau tidak, ada yang last minute datang minta kita segerakan, segerakan, apakah ini bererti kita perlu lepaskan dia semata-mata untuk disegerakan? Jadi ini pertimbangan-pertimbangan yang perlu kita ambil kira. Yang Berhormat, kalau boleh saya pindah ke satu tajuk yang lain iaitu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Timbalan Menteri, saya ada satu soalan. Soalan kecil sahaja.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Mengenai kesilapan tadi yang dikatakan tadi dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan 9 peratus pertumbuhan ekonomi. Tadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membuat satu kesilapan dengan tunjuk dan menyatakan 9 peratus economy growth to Malaysia. Akan tetapi pada pandangan saya, sebenarnya itu bukan satu kesilapan sebab kita mesti mencapai 9 peratus pertumbuhan ekonomi untuk mencapai USD17,000 income pada 2020. So, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak salah dia buat iaitu menyatakan satu kenyataan yang betul. Akan tetapi kesilapan itu ialah bila dia mengumumkan bukan 9 peratus tetapi 6 peratus sebab kalau kita menggunakan 6 peratus pertumbuhan ekonomi untuk satu tahun, yearly income of six percent, maka pendapatan itu hanya USD13,000. Bermakna dalam tahun 2020, Malaysia tidak akan mencapai high income economy. So sebenarnya bukan kesilapan. Dia itu sebenarnya the right thing. Akan tetapi malangnya ini menunjukkan bahawa pada 2020 Malaysia tidak akan mencapai high income economy. Ini merupakan management economy tidak bagus dan lemah. Apa penjelasan?

Okey Yang Berhormat...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan pendek sahaja.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Soalan pendek.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri akan kembali semula kepada gender budgeting kemudian ataupun memadai dengan apa Yang Berhormat Timbalan nyatakan tadi?

Okey Yang Berhormat, saya supaya jangan membuatkan saya hilang pemikiran, my thought you know, saya rasa biarkan saya teruskan dan kalau ada masa-masa Yang Berhormat hendak masuk balik, tak ada masalah. Hendak masuk balik kemudian, kita tengok...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bangun]

Nanti dahulu, bukan sekarang!!

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Cuma tadi, maksud saya, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada cakap..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, nak bagi kah tak bagi Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi kah tak bagi?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah cakap bahawa berkenaan dengan gender responsive budget. Saya hendak tahu sama ada itu sahaja yang akan disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri atau kemudian- kemudian dalam penggulungan ini akan masuk balik ke topik tersebut.

Okey, okey, boleh Yang Berhormat sebab saya pun banyak ada lima, enam fail ini. Saya pun tidak tahu jawapan yang setengah-setengah itu mungkin ada hubung kait dengan tender ini juga. jadi saya tak nak kata, inilah. Mungkin bila saya jawab pertanyaan Yang Berhormat-Yang Berhormat tertentu, terkeluar pula soal tender. Jadi kalau terkeluar, saya teruskanlah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Gender, gender.

Ya, gender? Oh! Gender, sorry lah. Saya telinga kurang sedikit. Tambah bila gender, tender...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuantan tanya, itu sahaja kah kepadatan itu ‘gender budgeting’ di dalam jawapan Yang Berhormat.

Oh, gender budgeting! Itu nanti sebab saya kena fikir panjang gender budgeting ini. Hendak supaya jawapannya itu menepati hasrat dan justifikasi kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jadi kalau saya dismiss kalau macam itu pun tak boleh juga. Macam mana Yang Berhormat Kepong, nampak dok angguk kepala, setuju ya Yang Berhormat?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat, tolong jawab soalan saya.

Ya, boleh, boleh. Saya tak lari punyalah. Tak ada, saya tak lari Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat lain bertanya, saya pun kena layan juga. Saya tak akan lari. Hendak jawab, saya kata dah pukul 12 pun boleh malam ini ya. Satunya saya hendak katakan, yang dikatakan kesilapan tadi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang ada dalam ucapan. Dia kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut 9 peratus, dah silap dibaiki. Jadi saya mengulangi apa yang dia kata. Saya pun sebenarnya tidak baca apa yang dibaca oleh Yang Berhormat. Cuma yang saya jelas, bila saya baca laporan dalam berita yang menyatakan yang di attributed to him was 6 peratus, average growth. Mungkin Yang Berhormat, saya pun tidak buat perkiraan. Kalau 6 peratus, 2020 berapa sebenar. Saya mengakui saya tak buatlah.

Akan tetapi kalau tidak sampai pun yang dikatakan 6 peratus ini ialah minimum. Bagi yang minimum, purata minimum, mungkin kita mengharapkan pertumbuhan yang lebih tinggi, itu satu. Nanti dulu, soal Yang Berhormat kata kalau macam itu kita tidak boleh capai. Saya pun tidak boleh hendak kata juga sebab ekonomi di masa hadapan, 2020 tahun ini banyak tahun lagi. Kita tengok ekonomi global yang berbentuk menekan kita juga tidak boleh lari daripada arus perkembangan dunia. Jadi saya tidak tahu, saya tidak boleh hendak kata pada hari ini demi masa saya menyatakan bahawa kita akan mencapai 2020. Saya tidak boleh hendak kata. Kita harap kita boleh capai. Kalau kita hendak capai, apa yang kita perlu buat? Kita perlu pertingkatkan pertumbuhan, kalau kita rasa hari ini kita tidak mampu dengan keadaan hari ini kita mesti buat apa sahaja termasuk mencari model pertumbuhan ekonomi yang lain, supaya kita dapat. Jangan kita rasa tidak terdaya, tidak termampu maka kita give up.

Jangan kita give up sekali-kali. Jangan pula kita cepat menuding jari, bermakna ini kelemahan kerajaan kita mengurus ekonomi, kelemahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak boleh.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Menteri, soal ini bukan soal tohmahan. Ini isu forecasting.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Klang.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Forecasting adalah penting untuk makluman negara.

Yang Berhormat ada kata tadi ini bermakna kelemahan.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Betul. Itu memang betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Klang, tidak boleh begitu Yang Berhormat. Perlu minta jalan.

Bolehlah Yang Berhormat, saya hendak beri ruang.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Soal sekarang itu forecasting dalam mana-mana teori ekonomi pun kita ada forecasting. So, untuk Malaysia kalau kita hendak mencapai high income pada 2020, kita mesti mencapai 9 peratus bukan 6 peratus. Akan tetapi malangnya oleh kerana planning yang lemah kita sekarang mencapai 6 peratus. So...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Bukan itulah... [Ketawa] Accept the reality. Pelaksanaan efficiency tidak ada.

Bukan planning Yang Berhormat, tidak bolehlah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak mengharapkan saya beri ruang, beri penghormatan Yang Berhormat pun janganlah menyakiti hati saya... [Ketawa] Kalau Yang Berhormat cakap menyakiti hati saya, lain kali saya tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Ini negara sakit Yang Berhormat.

Relax lah Yang Berhormat. Janganlah terus tohmahanlah perancangan. Kita baru hendak cari model ekonomi baru. Bagaimana perancangan sudah lemah. Kita kata mungkin kita bimbang. Yang Berhormat rasa bimbang mungkin tidak tercapai, saya setuju. Kalau Yang Berhormat Jelutong sokong pun saya setuju, tidak ada masalah.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Bolehkah Yang Berhormat setuju dengan saya masalah forecasting itu dalam keadaan kebimbangan.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Boleh diterimakah?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Okey. Kompromi.

Maknanya kita bimbangkan kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk masa akan datang untuk memastikan kita mencapai wawasan 2020. Kita perlu set the target high and lofty dengan izin, dan kita akan capai. Okey, beri saya mara terus ke hadapan. Teruskan, teruskan. Saya cukup sedih tadi Yang Berhormat. Sedih saya sampai sekarang. Sedih kerana mendengar sahabat saya Yang Berhormat Johor Bahru, disokong kuat oleh Yang Berhormat Sri Gading menyatakan masalah yang tidak selesai-selesai di CIQ, KIK, SIA atau apakah?... [Ketawa] Di Johor Bahru.

Saya cukup sedih dan diminta diberinya ruang yang kedua untuk saya menjawab walaupun saya daripada Kementerian Kewangan. Memang KIK ini di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri, bahagian harta. Ya, memang itu betul. Jadi saya hendak tiga perkara tadi saya keluar, saya telefon, saya panggil pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri, pertama saya kata, apalah salahnya kita membenarkan seorang wakil daripada Majlis Perbandaran Johor Bahru untuk berada dalam jawatankuasa. Apa salahnya? Jadi pegawai itu kata insya-Allah dia akan bawa kepada bosnya. Kemudian kata kalau tidak boleh saya selaku Timbalan Menteri Kewangan akan menghantar surat membawa hasrat dan cita-cita yang telah disuarakan di sini supaya jawatankuasa ini memiliki seorang wakil pengguna. Jadi ini jawapan pertama. Itu baru satu, ada dua lagi.

Beri lagi.

Esok selalu? Ho, sekejap tidak boleh buat esok selalulah. Tunggu, baru satu, dua lagi. Sekiranya ada apa-apa yang perlu dilakukan untuk membawa kesenangan kepada pejalan-pejalan kaki, asalkan peruntukan itu munasabah dan sederhana kita akan luluskan... [Tepuk] Kementerian Kewangan... [Sorak] Itu baru dua, Tuan Pengerusi. Ketiga.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Johor Bahru atau seluruh negara?

Tidak, Johor Bahru sahaja... [Ketawa] Jangan sebab simpati saya yang begitu mendalam. Ketiga, sayang kepada pejalan kaki yang terpaksa berjalan jauh dan tidak ada perkhidmatan bas yang membawa mereka dan bas yang boleh mengelilingi kawasan itu, maka satu janji telah dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Bukan Menteri Kewangan ini bukan bilion, bahawa di masa akan datang akan diusahakan supaya adanya sebuah bas yang akan menanti di hadapan bangunan itu setiap lima minit... [Sorak] Setiap lima minit. Lima minit, bukan lama Yang Berhormat, tunggulah lima minit.

Sepuluh minit pun boleh tunggu.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kuantan bangun, Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri tanya sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan bangun, hendak bagi jalan?

Bolehlah beri sedikit. Berilah.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya amat terujalah dengar Yang Berhormat Menteri bercakap dengan nada yang begitu bersemangat. Saya bertanya bagi pihak penduduk di Kuantan yang tiada perkhidmatan bas sudah hampir dua tahun. Langsung tiada, jadi adakah penyelesaian yang sama akan diberikan kepada Kuantan? Terima kasih... [Tepuk]

Yang Berhormat-Yang Berhormat miss the point. You miss the point. Suara dan rintihan Yang Berhormat Johor Bahru ini sudah banyak kali disuarakan. Sudah banyak kali dan tidak pun diberikan jawapan katanya. Dalam penggulungan oleh Jabatan Perdana Menteri tidak disentuh langsung sehingga beliau dengan sedih menyatakan saya bagi kali yang kedua pula untuk Yang Berhormat menjawabnya. Maka saya jawab. Yang Berhormat yang hendak mencelah-celah Kuantan, Pahang susahlah Yang Berhormat. Sekejap lagi semua hendak, yang itu yang ini. Perlulah mengikut aturan...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri dalam ucapan saya pun ada juga sebut fasal Kuantan. Ada sebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Mungkin tidak sampai lagi.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Menteri Kewangan perlu berlaku adil.

Okeylah. Kita beri keutamaan kepada Johor Bahru dahulu... [Ketawa] Selepas itu kita tengok macam mana di Kuantan. Janganlah macam itu niat baik, saya berniat habis baik untuk menyelesaikan satu masalah yang besar hari ini. Mana Johor Bahru? Bangun Johor Bahru.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Johor Bahru, bangun Yang Berhormat.

[Bangun]

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Ya, kalau boleh saya terima kasih Tuan Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan bas yang mengelilingi CIQ, saya sebenarnya tidak minta supaya bas itu mengelilingi CIQ... [Ketawa] Bolehlah peluang itu diberikan dan dipertimbangkan kepada Yang Berhormat Kuantan kerana Ahli Yang Berhormat... [Ketawa]

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Ahli Yang Berhormat daripada Kuantan sebenarnya pun keluarganya datang daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad [Yang Berhormat bagi Johor Bahru]... [Ketawa] Jadi penyokong kepada saya juga.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Johor Bahru lahir daripada Kuantan.

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Ya, betul jadi kita ada... [Ketawa]

Hai, sepakat dengan orang kampung sahaja kah?... [Ketawa]

Dato’ Shahrir Abdul SamadUMNO · BNJohor Bahru

Saya berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengambil perhatian yang berat kepada apa yang telah dibawa. Bagaimana pun saya rasa permulaan fakta yang pertama, adanya peluang disampaikan pandangan dan permintaan serta perasaan hati pengguna melalui keanggotaan mereka dalam Jawatankuasa Pengurusan BSI, saya percaya bahawa perancangan yang diperlukan dapat dilakukan. Jadi saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menulis surat kepada pihak Jabatan Perdana Menteri untuk menentukan supaya ada wakil MPJB dalam Jawatankuasa Pengurusan BSI. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berterima kasih pun saya tidak mengapa. Saya puas hati dengan cuba melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah... [Tepuk] Tidak mengharap sangat terima kasih.

Saya ingin menyebut beberapa perkara lain. Salah satunya GST di mana Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun ada menyebutnya. Dia kata sokong dari dasarnya bagus cuma masanya tidak ready lagi. Pertamanya saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan GST dalam masa yang terdekat ini tidak ada. Sekarang ini pada peringkat kajian, mengkaji, memahami dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang mungkin timbul. Apabila kita sudah dapat ke tahap di mana kita yakin bahawa semua ini sudah dibereskan, barulah pengumuman akan dibuat. Akan tetapi, buat masa ini tidak ada lagi sebab ada juga orang dan media pun bertanya adakah kita hendak laksanakan tahun depan kerana perbincangan-perbincangan yang sering disuarakan di dalam Dewan yang mulia? Akan tetapi bagi pihak kerajaan, saya boleh katakan bahawa kita tidak ada perancangan untuk melaksanakan dalam masa yang terdekat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Cuma, ada seolah-olah tadi di mana saya tidak mahu ada tanggapan bahawa Malaysia tidak ready, negara-negara lain ready melaksanakan kerana mereka ready. Mereka sudah bersedia tetapi tidak bagi Malaysia. Saya cuma mahu katakan, negara-negara yang telah melaksanakan termasuklah negara yang berpendapatan lebih rendah daripada Malaysia dan sudah melaksanakan. Contohnya, Sudan, Indonesia, Thailand, dan Vietnam sudah pun memperkenalkan GST ini. Maknanya, kalau sesuatu yang tidaklah di luar kemampuan kita sekiranya kita sudah bersedia. Akan tetapi, pada peringkat ini kita sedang mengkaji. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, semasa kita masih menunggu untuk membuat keputusan dan hanya di peringkat kajian GST, bolehkah saya bertanya tentang bagaimana dengan siling sales tax yang sudah beberapa kali dibangkitkan di dalam Dewan ini iaitu untuk menaikkan siling tersebut dalam sektor pembuatan dan perkilangan? Terima kasih.

Kajian mengenai pelaksanaan GST ini mestilah dikaji serentak dengan sales tax. Jadi, kita tidak mahu melakukan tindakan yang berbentuk mungkin piecemeal. Mungkin kita buat kajian menyeluruh dan kalau dirasakan masanya sudah sesuai, maka Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tentu akan menjadi golongan pertama yang mendapat maklumat ini dan boleh dibincangkan. Saya ingin teruskan mengikut jawapan yang ada di depan saya. Tidaklah semestinya in the order of asking the question, dengan izin. Mana-mana yang ringkas saya boleh jawab. Funding gap kepada KTMB, Yang Berhormat Tumpat menyatakan bahawa janganlah buat untuk Pantai Barat sahaja tetapi juga untuk Pantai Timur. Ini pengakuan yang dibuat oleh pegawai kanan KTMB sendiri ada yang menyatakan ini semua akan dilakukan bukan sahaja di satu-satu kawasan tetapi di seluruh negara kita. Yang Berhormat Tumpat juga menyatakan bahawa mengenai sistem pengurusan subsidi minyak ini sama ada kenyataan Yang Berhormat subsidi minyak akan ditarik balik pada tahun 2010, ini tidak tepat. Cuma, ia akan dilaksanakan dengan kaedah yang lain dalam peringkat kajian dan penelitian pada hari ini. Mewujudkan bangunan Jabatan Kastam di Tumpat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Jabatan Kastam telah mendapat dua bangunan pejabat yang baru di Kelantan iaitu di Pengkalan Kubor dan Kota Bharu. Pihak jabatan tiada cadangan untuk menyediakan pejabat kastam di Tumpat dalam masa terdekat kerana berpendapat pembinaan pejabat baru di Kota Bharu sudah memadai untuk pentadbiran operasi kastam di Kelantan. Yang Berhormat Parit Sulong menyatakan mengenai projek kerajaan elektronik. Apakah status projek ini di bawah projek kerajaan elektronik terdapat tujuh sistem aplikasi pada fasa pertama. Status terkini ialah semua aplikasi kerajaan elektronik fasa pertama telah siap dibangunkan dan dalam peringkat pelaksanaan secara menyeluruh. Sebagai contoh, sistem aplikasi e-Perolehan sasaran pelaksanaan sepenuhnya kepada semua 2,509 pusat tanggungjawab agensi Persekutuan yang dikenali pasti pada tahun ini. Yang Berhormat Machang banyak menimbulkan soalan. Adakah rancangan kerajaan untuk membeli kereta jenis Mercedes atau BMW sebagai ganti kepada kereta Proton yang dipajak daripada SPANCO? Pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menggantikan kereta nasional dengan kereta Mercedes atau BMW. Banyak lagi soalan daripada Yang Berhormat Machang iaitu sampai bilakah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan kepada IWK ini? Memang ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan kerana IWK masih tidak mampu untuk berdiri sendiri independent kerana bermasalah dalam kutipan bayaran perkhidmatan serta tarif yang terlalu rendah. Oleh yang demikian, IWK memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan memandangkan sumber pendapatan daripada kutipan caj perkhidmatan pembetungan tidak mencukupi untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa panjang kerajaan merancang untuk melihat keperluan sektor pembetungan dan air secara menyeluruh dan perkara ini sedang dalam perhatian Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Minta penjelasan, IWK.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebelum ini IWK adalah di bawah tanggungjawab dan dikendalikan oleh pihak kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan dan pada masa itu apabila pihak PBT mengutip assessment termasuk dalam assessment yang dibayar oleh pihak penduduk di sana. Adakah ia lebih baik jika IWK ini dipulangkan kuasanya kepada pihak PBT dan bukannya diswastakan sekali lagi? Pada masa dahulu sudah diswastakan sekali lagi dan gagal, kerajaan perlu beli semula, menanggung hutang, dan rugi. Sekarang kita hendak fikir untuk menswastakan sekali lagi. Lebih baik jika kita pulangkan kuasa IWK kepada pihak PBT untuk diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin bangun di belakang.

Yang Berhormat Jasin? Silakan Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebutkan tentang pengurusan subsidi minyak yang lebih efisien. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kewangan ada membuat satu statement yang mengatakan bahawa mungkin sampai satu masanya kita mahu melihat supaya subsidi minyak ini akan ditadbir dengan lebih berkesan menggunakan MyKad barangkali. Pada tahun 2010 di dalam bajet kita ini, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM20.9 bilion. Kalau kita mahu menggunakan MyKad, maknanya semua warganegara Malaysia akan berhak untuk mendapatkan subsidi minyak. Saya fikir ini pun tidak efisien kerana bukan sahaja orang-orang kaya bahkan mereka yang mempunyai kemampuan akan mendapat subsidi juga. Mereka tidak perlukan subsidi. Orang kampung tidak pakai kereta dan mungkin pakai motosikal dan basikal. Kita hendak kalau boleh kerajaan mestilah berkeupayaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Kalau kita mahu subsidi kita lebih efisien supaya wang yang kita peruntukan untuk subsidi ini boleh digunakan untuk lain-lain perbelanjaan yang lebih manfaat kepada pembangunan negara. Terima kasih.

Yang Berhormat, ini masih dalam kajian tentang penggunaan MyKad dalam kaedah baru pembayaran subsidi. Begitu juga cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi. Saya rasa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam mencari penyelesaian jangka masa panjang sudah tentu akan mengkaji apakah alternatif-alternatif. Jadi, saya tidak ada kepakaran. Kita harap kementerian ini dapat melihat bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ranau bangun di belakang.

Silakan Yang Berhormat Ranau.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih kerana memberi peluang untuk bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Perkara yang saya ingin penjelasan ialah mengenai dengan subsidi penggunaan bekalan elektrik, di mana kalau sekiranya penggunaan itu tidak melebih RM20, maka pengguna tidak perlu membayar apa-apa dan ini telah dilakukan dalam tahun ini dan sama ada subsidi ini berterusan ataupun keadaan yang sama dalam tahun 2010 ataupun tidak. Ini kerana banyak orang yang bertanya kepada saya sama ada ini diteruskan ataupun tidak dan ini merupakan satu hadiah yang besar kepada orang-orang kita yang hanya menggunakan di bawah RM20 penggunaan elektrik. Ini adalah satu subsidi yang paling bermakna kepada rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Keduanya ialah seperti mana yang kita ketahui iaitu subsidi cukai jalan kenderaan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak masuk tempolah Yang Berhormat.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Ya, ini mengenai dengan subsidi, Tuan Pengerusi. Sama ada subsidi ini diteruskan seperti tahun ini ataupun tidak. Sekiranya diteruskan seperti biasa, ini bererti subsidi diteruskan dan ini adalah satu perkara yang rakyat kita harus mengetahui kerana ini adalah kebaikan bersama. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi, oleh kerana poin-poin ini adalah poin-poin baru, jadi saya pun tidak ada semua dalam fikiran saya. Jadi saya mohon tempohlah. Kalau ada pegawai bagi, tak payahlah bertulis, tak payah bertulislah, kalau ada pegawai bagi. Cuma yang saya tahu yang elektrik itu subsidi elektrik itu sekarang ini sedang dalam kajian TNB sebab dalam satu mesyuarat, TNB menjelaskan apakah yang akan dilakukan. Sama ada diteruskan keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya TNB menyediakan satu kertas cadangan dan akan diambil keputusan oleh kerajaan. Mengenai Yang Berhormat Machang ada sebut tentang tanah kereta api di Singapura. Satunya, tanah kereta api di Singapura adalah milik Kerajaan Malaysia dan digunakan untuk operasi perkhidmatan penumpang dan barang KTMB. Keluasan tanah adalah sebanyak 536.6 ekar. Nilai semasa, saya kena minta maaflah Yang Berhormat, kita tak boleh bagi nilai semasa. Pertamanya, anggarannya berbeza-beza. Bergantung kepada siapa yang membuat penilaian. Oleh kerana kawasan ini adalah merupakan kawasan yang agak sensitif, kita tak mahu terikat dengan mana-mana penilaian sekiranya dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap Yang Berhormat boleh faham. Jadi, itu maklumat yang saya boleh bagi. Tentang RM2.76 bilion diluluskan KWAP, berapakah telah dikeluarkan, apakah rasional KWAP bagi pinjaman, berapa siling pelaburan dalam sektor prasarana. Pinjaman diberi dalam dua peringkat. Peringkat pertama RM1.4 bilion, daripada jumlah itu RM156 juta telah pun dikeluarkan. Projek jambatan kedua ini merupakan projek nasional yang akan membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dari segi asset allocation, sebenarnya tiada siling yang ditetapkan khusus untuk sektor prasarana. Bagaimanapun, KWAP memperuntukkan 58 peratus daripada dananya kepada portfolio kerajaan, makna yang ada kerajaan punya. Ini termasuklah projek-projek pelaksanaan kerajaan. Yang Berhormat Machang juga, sama ada JPPH terlibat dalam membuat penilaian ke atas tanah yang diambil balik oleh kerajaan terutamanya projek Lebuhraya Kota Baharu- Kuala Krai. Bagi projek-projek kerajaan yang melibatkan pengambilan tanah, JPPH memang terlibat di dalam memberi khidmat nasihat. Anggaran nilai pelaksanaan bagi maksud pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah. Penilaian ini dilaporkan kepada pentadbir tanah, JKPTG untuk ditentukan jumlah pampasan semasa proses siasatan dan nilaian ini juga dibuat secara independent, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Laluan sikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang, ya.

Saya nak berundur sikit ke belakang mengenai Kumpulan Wang Amanah Pencen. Secara khusus juga, saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri pada peringkat perbahasan tadi. Saya menyebut mengenai peruntukan dalam seksyen 10(2) Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen ini yang memberi kuasa kepada Menteri untuk mengenakan term and condition dengan izin ke atas sesuatu pinjaman daripada wang KWAP kepada mana-mana projek. Saya tadi bertanyakan, apakah dalam RM2.7 bilion yang membabitkan loan daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang ini, Menteri ada exercise seksyen ini.

Kedua ialah, kategori apa sebenarnya Jambatan Kedua Pulau Pinang ini? Projek kerajaan atau projek PFI? Seingat saya beberapa tahun dahulu ketika projek ini diumumkan, kerajaan mengkategorikannya di bawah projek PFI, tetapi kelihatannya apabila butiran Bajet kita memperuntukkan RM1 bilion dan portfolio pelaburannya mencecah sehingga 58 peratus untuk projek kerajaan, ia semacam projek kerajaan dan bukan lagi projek inisiatif swasta. Jadi, saya mohon perkara itu juga diperjelaskan. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai position Jabatan Penilaian dalam proses itu cuma yang saya nak tanyakan ialah sudahkah proses itu dilaksanakan kerana poin saya ialah menangguhkan sesuatu proses untuk mendapatkan tanah ini, dia meningkatkan kos. Seingat saya, waktu Perdana Menteri mula-mula mengumumkan projek Kuala Krai-Kota Baharu ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kosnya cuma sekitar RM600 juta ke RM700 juta yang dapat pada seorang dari Perak, tetapi sekarang, bila projek ini diperoleh oleh Konsortium Logistik untuk portion dari Machang ke Kota Bharu, itu sudah membabitkan angka lebih daripada RM2000 juta. Waktu diumumkan dua tiga tahun dulu Yang Berhormat Timbalan Menteri, ia cuma sekitar RM700 juta, tetapi kerana ditangguh- tangguh, sekarang sudah jadi RM2.2 bilion hanya untuk Kota Bharu-Machang, belum lagi Machang-Kuala Krai. Oleh sebab itulah point nya di sini ialah melengah dan melambatkan meningkatkan kos dan itu merupakan laluan yang paling sibuk dalam kategori Jalan Persekutuan di negeri Kelantan. Yang Berhormat pun tahu sebenarnya. Jadi, apakah usaha proses penilaian itu telah dimulakan bagi membolehkan proses pengambilan tanah dibuat dan seterusnya projek ini dapat take-off.

Yang Berhormat, mengenai KWAP tadi itu, saya kira projek yang mempunyai profil yang begitu tinggi seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang dan peruntukan pelaburan yang begitu banyak sudah tentunya melalui proses dalaman dalam KWAP, panel pelaburan, lembaga pengarah dan sekiranya ini perlu kepada kelulusan Yang Berhormat Menteri sepertimana Yang Berhormat katakan, saya rasa ia sudah melalui proses tersebut. Terma dan syarat-syarat juga saya rasa oleh kerana projek ini terlalu besar dan high profile, juga telah dipersetujui oleh semua pihak. Keduanya, apakah ini projek kerajaankah PFIkah? Projek kerajaan boleh dibuat melalui PFI, jadi bermakna dia boleh kedua-duanya. Ia projek kerajaan dan dilaksanakan melalui PFI. Jadi, saya tidak nampaklah ia sebagai satu yang bermasalahlah. Ketiganya, daripada segi jalan Machang-Kuala Krai, Kuala Krai-Kota Bharu. Memanglah dalam projek ini pun kita telah melihat berjalan berbagai-bagai liku dah, dah lama. Perubahan kontraktor yang diberi, tak diberi, ditukar.

Kalau tidak silap sayalah, projek ini akan dibuat melalui tender sekarang ini. Jadi semua ini adalah untuk menjimatkan dan juga menepati hasrat kita. Kalau pun terlewat sedikit, tidak apalah. Memang kalau boleh kita hendak buat cepat-cepat tetapi kadang- kadang oleh kerana pelbagai masalah teknikal yang didapati di bawah sana, maka kita terpaksa mengikut masa seperti mana yang berlaku sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, agak-agaknya Yang Berhormat perlukan berapa lama masa lagi?

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya boleh hendak siap dalam setengah jam, satu jam pun boleh, dua jam pun boleh, sampai pukul 12 pun boleh... [Disampuk] Sebenarnya itu, tetapi kalau dirasakan bahawa kita perlu habis dalam masa sejam, saya akan cuba buat dalam sejam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baiklah, Yang Berhormat. Satu jam, Yang Berhormat.

Satu jam ya, boleh ya? Tidak ada masalah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sampai pukul 12 lah.

Janganlah, pukul 12 kita berdua... [Ketawa] Bilateral, dengan izin. Jadi yang IWK itu, Yang Berhormat, saya sudah jawab. Mungkin Yang Berhormat di luar tadi. Saya dengan Yang Berhormat Machang ini, saya memang kena jawab. Bukan apa, sebab kita kawan. Pasir Mas menimbulkan beberapa isu yang agak penting juga. Saya buat yang senang dahululah. Yang Berhormat Bakri, apakah pecahan butiran lanjut yang terkandung dalam peruntukan yang diluluskan kepada projek Johor Corporation yang berjumlah RM2.7 juta di bawah Maksud B.10. Jumlah ini adalah pembinaan Kebayan Industry di kawasan-kawasan industri berjumlah RM1.9 juta, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat berjumlah RM886 ribu. Ini maklumat yang diberi. Soalan yang ditimbulkan, walaupun saya tidak berhajat untuk memasuki perbahasan mengenai minyak tetapi oleh kerana diminta oleh Yang Berhormat Machang dan Kuala Selangor mengenai hasil kutipan, saya ada maklumat yang diberikan oleh pihak Jabatan Kastam. Tahun 2008, jumlah duti eksport dipungut oleh Kastam Malaysia yang merupakan 50 peratus, 50 peratus lagi oleh Thailand ialah RM126,177,170. Bagi tahun 2009, hanya 11 bulan, maklumat terkini sudah meningkat RM690,591,048. Ini adalah dari kawasan GDA. Kalau hendak jadual pengeluaran dan hasil yang dikutip juga ada. Dari tahun 2005 pun ada, 2006, tetapi kalau Yang Berhormat minat, bolehlah kita bagi. Akan tetapi hendak sebut sahaja, jumlah volum MMBTU 89,676,390. Dari segi jumlah hasilnya yang diperolehi kepada Malaysia ialah USD393,235,556 untuk gas. Untuk condensatenya, begitu juga pecahannya, 50 peratus untuk Kerajaan Malaysia USD129,464,005. Jadi kalau campur USD393 juta campur USD129 juta hingga USD500 lebihlah, kalau dikali, dekat-dekat RM2 bilion jugalah. Ini yang diberikan oleh Jabatan Kastam.

Menteri, itu untuk pengeluaran yang terbaru?

Untuk tahun 2008, 2009 ataupun seawal 2005.

Daripada 2005?

Ya. Tahun 2005 campur 2006, 2007, 2008, campur Januari hingga September 2009, jumlahnya sedemikian. Ini mengikut kastam. Saya baca yang kastam bagilah. Yang Berhormat Jasin minta supaya Jabatan Kastam dibekalkan dengan peralatan canggih, kenderaan baru. Perolehan peralatan canggih dan kenderaan baru telah dibuat tetapi masih lagi tidak mencukupi. Oleh sebab itu masih lagi dipakai kenderaan yang lama. Yang lucut hak pun terpaksa dipakai. Permohonan baru akan dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh supaya perolehan peralatan-peralatan tersebut dapat ditambah. Yang Berhormat Arau mohon penjelasan mengenai suntikan ekuiti untuk bidang kesihatan di Iskandar Malaysia. Adakah peruntukan ini untuk pembangunan New Castle University of Medicine? Suntikan RM50 juta untuk bidang kesihatan di Iskandar Malaysia adalah sebenarnya untuk mendirikan Medini Hospital di Medini, Iskandar Malaysia dan bukannya New Castle. Ini penjelasan yang kita dapat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jasin bangun, Yang Berhormat.

Jasin? Oh Jasin, okey.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya membangkitkan tentang Kastam tadi dengan satu harapan supaya kita dapat meningkatkan lagi revenue kita. Kita tidak mahu kita hanya minta sahaja daripada kerajaan, menambah itu, menambah ini tetapi kita punya satu cadangan supaya kastam ini diberikan kelengkapan yang canggih.

Pada ketika ini, kita lihat di pelabuhan-pelabuhan, banyak kontena yang datang. Kastam tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan satu persatu dan tidak ada mempunyai peralatan yang canggih untuk memeriksa daripada jauh pun cukup. Sekarang yang macam scan yang dibekalkan itu sudah outdated. Kita hendak, kalau boleh selain daripada kenderaan yang baru, yang berkuasa tinggi, kelengkapan canggih dan anggota yang mencukupi supaya kita dapat meningkatkan lagi pendapatan serta revenue kepada negara. Terima kasih. Terakhir untuk ini, saya ada sebut tadi, mengapakah kerajaan memberhentikan tentang reward kepada semua tangkapan yang dibuat oleh anggota Kastam?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Menteri, boleh minta penjelasan?

Bakri boleh, special... [Ketawa]

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri memberi peluang kepada Bakri, terima kasih. Dalam soalan saya tentang dana Johor, saya minta Menteri Kewangan menyatakan alasan-alasan mengapa beli balik saham tersebut berkisar kepada RM1 dan 50 sen kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Terima kasih.

Saya minta tempoh dahululah. Saya tidak hendak jawab sebab saya takut nanti tersalah ya, Yang Berhormat. Kalau nanti ada input daripada pegawai-pegawai, saya akan maklumkan. Saya akan teruskan dahulu. Yang Berhormat Kuala Selangor bangkit status mengenai pelaksanaan suntikan RM10 bilion kepada Khazanah Nasional untuk pelaburan dalam sektor strategik termasuk telekomunikasi di bawah PRE yang kedua, dana RM10 bilion untuk Khazanah Nasional kini dalam proses untuk diperolehnya. Maknanya ini belum lagi dibelanjakan. Untuk makluman, peruntukan ini adalah untuk tempoh dua tahun, 2010 dan 2011. Antara sektor-sektor dan projek-projek adalah seperti berikut: (i) telekomunikasi; (ii) broadband berkelajuan tinggi; (iii) kesihatan, hospital dan pusat-pusat jagaan kesihatan, contohnya Hospital Medini di Iskandar Malaysia; (iv) riadah dan pelancongan, taman-taman tema seperti Kid-zania dan taman tema dalaman di Iskandar Malaysia; (v) teknologi dan teknologi hijau; (vi) pertanian; (vii) projek taman akuakultur udang berintegrasi di Setiu, Terengganu. Kembali kepada cukai, jumlah syarikat dan individu yang telah diambil tindakan mahkamah... Oh, tadi ada siapa tanya? Minta maaf, saya sudah lupa bila Bakri tanya, saya sudah lupa Jasin. Ini masalah bila dua orang Yang Berhormat bertanya sekali ini. Yang Berhormat Jasin bertanya mengenai scan, ini sebenarnya sedang dalam proses pembelian oleh Jabatan Kastam, itu pertamanya.

Keduanya, mengapa kita berhentikan reward kepada kes-kes penangkapan yang melibatkan maklumat yang diperolehi daripada pegawai-pegawai kastam. Saya ingat ini dah lama dah Yang Berhormat, saya pernah menjawab soalan Parlimen semasa beberapa tahun yang lepas. Rasionalnya kerana ini adalah petugas maknanya pegawai. Kalau yang diberi maklumat oleh orang-orang di luar kastam, kita beri tetapi pegawai sendiri ini kita anggap sebagai sebahagian daripada tugasnya. Nanti takut susah hendak kita bezakan yang mana extra, yang mana tugas biasa.

Jadi kalau kita tidak berlaku adil kepada yang lain-lain, yang ini dapat reward, yang itu tidak dapat, jadi susah. Jadi keputusan dibuat supaya reward untuk kakitangan Kastam ini kita berhentikan tetapi untuk yang bukan, kita masih lagi teruskan. Jumlah syarikat dan individu yang telah diambil tindakan mahkamah kerana gagal membayar cukai tahun 2007, bilangan kes, ini daripada Yang Berhormat Pasir Mas, 9,429 yang melibatkan amaun tuntutan RM930,804,724.14. Tahun 2008, bilangan kes 8,110 iaitu RM782 juta, tahun 2009 sehingga terakhir 7,615 kes iaitu RM760,179. Mengapa cukai judi tidak dinaikkan. Kerajaan telah menaikkan cukai judi ini yang terakhirnya pada tahun 2005. Jadi sejak 2005, lepas itu kita tidak naik lagi, mungkin kita boleh kaji kalau dirasakan perlu dikaji, kita kaji. Sila Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya apakah rasional Kementerian Kewangan tidak membutirkan tentang cukai perjudian ini kerana setahu saya cukai perjudian ini bukan kecil jumlahnya. Jawapan yang saya terima semalam berkenaan dengan cukai perjudian hanya untuk 4D sahaja sehingga setakat bulan Oktober tahun ini, sudah RM900 juta lebih, lebih RM1 bilion setiap tahun. Apakah rasionalnya mengapa dalam anggaran hasil kita, dalam buku anggaran hasil kita, kita tidak nampak ada satu detail tentang cukai perjudian ini kerana kita hendak tahu setiap tahun berapa cukai perjudian yang disumbangkan kepada hasil negara. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya ada maklumat sedikit. Berapakah hasil kutipan negara melalui aktiviti perjudian? Kutipan pada tahun 2008 ialah RM2.5 bilion. Ianya dimasukkan dalam wang yang disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan pengurusan negara. Minta maaf, judi ini saya tidak berapa tahu banyak sebab memang saya tidak ambil campur hal-hal judi. Timbalan Menteri yang satu lagi menjaga hal-hal judi. Jadi patutnya tanya masa dasar itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Dia tidak menjawab.

Ya kah? Tak tahulah itu, mungkin banyak sangat agaknya, dia tak ada. Jadi saya hendak minta maaf...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, celahan ringkas saya mengenai judi ini.

Judi pun hendak celah juga?... [Ketawa]

Dalam buku anggaran hasil negara ini, saya hendak tanya mengapa kod hasil judi untuk perjudian ini tidak masuk, ia diletakkan ke mana sebenarnya? Consolidated fund kah ataupun kenapa tidak ada kod-kod hasil daripada sumber judi, itu satu. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut kata pendapatan itu digunakan untuk, saya faham daripada jawapan kerajaan yang lepas-lepas, hasil judi ini bagi membiayai sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan, kesihatan, itu ke mana duit judi itu dibelanjakan. Itu jawapan rasmi bertulis daripada kerajaan. Ia pergi kepada sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan kesihatan. Akan tetapi dua bahagian dalam celahan ringkas saya tadi ialah kod judi itu di mana dalam buku anggaran hasil? Terima kasih.

Saya kena minta bantuan sebab tadi pun saya kata saya tidak berapa arif sangat tentang judi ini, jadi kena minta bantuan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sikit lagi kalau pegawai boleh jawab sekali. Saya tahu sama ada cukai judi ini, ia hanya 4D sahaja ataupun termasuk cukai daripada Genting Highlands juga?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya rasa itu RM2.5 bilion hanya 4D sahaja kalau tidak silap.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Mungkin Genting Highlands lain, ada RM2 bilion lagi. Jadi kita hendak tahu berapakah kod itu sebab dalam anggaran hasil tidak ada. Ini ramai orang berminat hendak tahu. [Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, confine kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan sahaja. Kalau tidak bagi Yang Berhormat, saya berpura-pura tidak dengar sampai jam satu tidak apa, saya buat saya punya kerja... [Ketawa]

Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya telah bangkitkan mengenai dengan perjudian di cyber cafe walaupun di kedai-kedai itu untuk bermain games dan sebagainya. Akan tetapi yang sebenarnya di dalam cyber cafe ini kebanyakannya adalah perjudian dan kita telah bangkitkan banyak kali di DBKL seperti yang saya sebutkan tadi. Mereka terus memberitahu kami kata mereka tidak ada kuasa, tidak ada undang-undang untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap perjudian ini. Saya tahu DBKL ada hak untuk menarik balik lesen premis dan bagaimanakah Kementerian Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mengawal iaitu melaksanakan objektif ‘D’, memastikan dasar kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan perjudian dilaksanakan dengan berkesan. Sampai sekarang berterusan di Wangsa Maju dan saya percaya bahawa perjudian ini di merata tempat di Wilayah Persekutuan. Kedua, bagaimanakah kalaulah setiausaha politik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kuasa banyak yang boleh mengarahkan Datuk Bandar berhenti jangan ambil tindakan terhadap apa yang salah di DBKL. Sebaliknya saya rasa setiausaha politik ini boleh juga mengarah Datuk Bandar mengambil tindakan terhadap cyber cafe yang salah ini. Ataupun telah mengarah Datuk Bandar jangan ambil tindakan, sila beri penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jelas daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sendiri bahawa terdapat kementerian- kementerian yang mempunyai kuasa yang bertindih tentang soal ini. Jadi kena ada satu penyelarasan supaya masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ini dapat diambil tindakan secara berkesan. Jadi mungkin bagi pihak Kementerian Kewangan, mengawal premis-premis seperti itu mungkin di luar kebiasaan kita Kementerian Kewangan. Ini lebih kepada pihak berkuasa tempatan dan juga yang mengeluarkan lesen premis tersebut tetapi kita boleh bagilah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedar atau tidak bahawa dalam bajet ini, Menteri Kewangan juga memberikan pemberian khas, bayaran pemberian khas kepada Wilayah Persekutuan. Jadinya memberikan wang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur buat apa kalau mereka tidak melaksanakan objektif Kementerian Kewangan, untuk bukan mengurangkan, kita hendak hapuskan perjudian di cyber cafe oleh sebab ia menjejaskan kepentingan murid-murid dan ibu bapa di sana. Kita tidak mahu budaya ini berlaku di Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

Saya menerima pandangan Yang Berhormat itu. Cuma kalau pun kita beri peruntukan khas itu, saya rasa tidaklah bertujuan untuk mengawasi tempat-tempat perjudian, itu mesti tujuan-tujuan lain. Akan tetapi Yang Berhormat hendak menunjukkan ada hubungan, ada kaitan dan saya jelas. Saya hendak minta Tuan Pengerusi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Penjelasan, satu soalan mengenai empat ekor.

Mengenai apa? Empat ekor pula, sila.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bolehkah, kerana jawapan yang saya terima mengenai cukai-cukai yang dikutip daripada jualan empat ekor. Special draw itu adalah untuk kegiatan-kegiatan kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi saya fikir jawapan ini tidak munasabah, kerana kalau tidak special draw, tidak ada cukai tambah maka kerajaan tidak ada duit untuk menjalankan aktiviti kebajikan... [Tepuk] Oleh itu, saya pohon atas perikemanusiaan terhadap rakyat, khususnya yang miskin itu, bolehkah kita memberhentikan special draw itu, kerana mengakibatkan kesengsaraan mereka, tiga puluh kali special draw tahun ini. Saya fikir ini melampau Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya dapat satu janji daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya tahun depan kita hentikan dan tidak beri apa-apa lesen untuk special draw, boleh atau tidak?... [Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, atas perikemanusiaan terhadap rakyat, mereka yang membeli special draw, mengalami kesusahan. Terima kasih... [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat, sebab itulah tadi awal-awal lagi saya katakan yang saya tidak terlibat dengan perjudian ini... [Ketawa] Jadi kalau saya hendak katakan saya beri janji, macam mana? Saya tidak menjaga hal-hal ini dan hendak membuat janji, susahlah Yang Berhormat. Akan tetapi, ada tetapi nya...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Batu Gajah boleh duduk sebentar, akan tetapi saya akan bawa permintaan yang bersungguh-sungguh Yang Berhormat ini kepada Kementerian Kewangan... [Tepuk] Kepada sahabat saya, cakap...

Tuan Wee Choo Keong, S.M.K.PKR · PRWangsa Maju

Termasuk cyber cafe?

Serta juga cyber cafe... [Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Boleh kita habiskan di sini, cukup?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bukan sahaja minta Timbalan Menteri bawa isu ini dan bentangkan dalam mesyuarat tetapi saya ingin Timbalan Menteri perjuangkannya. Terima kasih... [Dewan riuh]

Saya kurang berminat berjuang untuk perjudian ini... [Ketawa] Ya, Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi sebelum Yang Berhormat bertanya, tadi Yang Berhormat Rasah ada sebut banyak benda-benda. Saya pun ada maklumat dengan saya, saya baru nampak banyak jenis perjudian dan hasilnya banyak. Boleh dengar saya cakap dahulu?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Okey.

Selepas itu mungkin Yang Berhormat Rasah tidak perlu tanya lagi. Memang Genting Malaysia Berhad, ini kutipan hasil perjudian mengikut syarikat bagi tempoh tahun 2002 sehingga tahun 2009, tetapi saya baca untuk satu tahun cukuplah, ya? Tahun 2008. To get some idea, the magnitude:

| Syarikat Perjudian |Kutipan Tahun 2008 (RM)| |--------------------------------|-----------------------| |Genting Malaysia Berhad | 949802170| |Sport Toto | 509739584| |Magnum Corporation | 396477793| |Pan Malaysia Pools | 270764197| |Pan Malaysia Racing | 138576130| |Daily One Corporation | 18082749| |Sandakan Turf Club | 18182034| |Sarawak Turf and Equestrian Club| 29776000| |JUMLAH |2.37 BILION |<END_TABLE_MARKER> Jumlah tahun 2008 ialah RM2.37 bilion, itulah, bukan sahaja buat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri, nampaknya tadi hasil itu amat banyak kepada hasil negara yang datangnya dari hasil perjudian. Jadi, kita minta Yang Berhormat Menteri memperjuangkan tetapi bukan memperjuangkan perjudian tetapi memperjuangkan supaya perjudian itu dikurangkan... [Tepuk] Walaupun hasil itu banyak dan kita juga mengetahui bahawa hasil itu penting kepada negara tetapi apa yang kita minta ialah bukan sahaja special draw itu perlu dibatalkan dan langsung tidak ada, mungkin saya boleh berikan sedikit latar belakang mengenai special draw ini. Special draw ini bermula pada tahun 1998 ketika kita ada JE operate di Bukit Pelanduk. Special draw itu digunakan untuk mendapat sedikit hasil daripada orang ramai dan hasil itu disalurkan untuk bantuan kebajikan dan kepada mangsa-mangsa JE di Bukit Pelanduk. Akan tetapi sekarang ini 72 kali setahun, 12 kali kepada setiap syarikat, enam syarikat, 72 kali setahun, itu sudah terlalu lebih. Bukan sahaja special draw kita minta dibatalkan, kita juga minta hari pertaruhan yang ada sebanyak tiga kali seminggu ini iaitu hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad. Jadi apa yang kita minta ialah dikurangkan sehingga dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan hari Ahad sahaja. Hari Rabu itu hari bekerja, jadi tidak perlulah main 4D, hari Sabtu dan hari Ahad itu hari cuti, jadi kalau main sedikit tidak apalah. Saya minta agar dapat dikurangkan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya perjuangkan dan kurangkan lagi sehingga dua kali seminggu... [Ketawa]

Timbalan Menteri, Balik Pulau sedikit. Saya tidak pandai sangat dari segi ekonomi ini, judi pun saya tidak pandai, kita orang Islam tidak bolehlah... [Ketawa] Timbalan Menteri saya hendak tanya sedikit, kerana inilah sahajalah kepakaran yang saya ada. Dari aspek Perlembagaannya, memang setakat hari ini cukai-cukai tersebut yang dibenarkan seperti dikatakan cukai dibenarkan di bawah undang-undang, tetapi memandangkan jumlah yang dikatakan tadi besar dan kalau ikut peruntukan Perlembagaan fasal 97, kalau saya boleh kongsi dan Timbalan Menteri boleh bantu kita di sini. “Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Undang- undang Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan”. Maksudnya kutip macam mana pun perlu disatukan. Soalan saya dan mohon penjelasan, memandangkan jumlah ini besar, mungkin melibatkan sumber yang haram, judi ini jelas haramnya. Jadi bagaimana dari segi aspek pengurusan itu, di mana diletakkan? Kalau ikut perlembagaan ini, kita tidak perlulah kata secular Perlembagaan, kerana itu isu lain. Akan tetapi, kalau ikut tuntutannya mesti disatukan, adakah sehingga hari ini, jumlah yang besar itu, kesemuanya disatukan ke dalam satu dan itu akan menyambung kepada persoalan Yang Berhormat Machang tadi, malah tidak dipastikan pula di dalam kerajaan kita, tiada kod kan? Persoalannya ialah, adakah ia disatukan di dalam consolidated fund itu, benda yang haram itu kerana sekarang ini negara berbincang mengenai halal dan sebagainya, dan saya rasa itu perlu diperjuangkan. Mohon penjelasanlah... [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat, saya akan perjuangkan, tadi saya kata saya akan bawa, ya, ini hendak suruh perjuangkan?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau ada cadangan boleh, berkenaan isu ini?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi saya hendak cadangkan begini, sebab laporan dalam muka surat 196 ini ada tercatat iaitu bayaran ganti rugi, pulang balik dan hapus kira, jumlahnya banyak juga. Kalau kita perinci dan kita campur bayaran balik hasil kehilangan barang-barang, wang kerajaan, hapus kira pinjaman ada RM446 juta campur dengan RM370 juta, RM2 juta, RM74 juta dan kalau kita campur pula dengan terlebih bayar seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara itu berjumlah RM20 bilion lebih, saya rasa tidak perlu pun duit judi ini untuk digunakan untuk pembiayaan sukan, budaya dan sebagainya. Apa kata kalau duit hasil perjudian, hasil ini kita usahakan supaya berkurangan aktivitinya, tetapi kita tumpukan untuk mengurangkan kehilangan hasil dari sudut kelemahan pengurusan atau pentadbiran kita terutamanya, kita kurangkan kepada elemen memberi penghapus kiraan cukai ataupun Perkara 40300 kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok. Kita meluluskan, menghapus kira pinjaman maknanya pinjaman yang sepatutnya dibayar oleh peniaga atau sebagainya, maknanya kita memberi cadangan sehingga hapus kira pinjaman pun kita boleh terima lagi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apatah lagi kalau ada cadangan untuk kata, tidak apalah hasil daripada judi ataupun sinful activity ini kita kurangkan. Kita tumpulah elemen untuk menampung atau mengurangkan kebocoran dalam pendapatan-pendapatan kerajaan ataupun pendapatan negara kita. Saya rasa itu agak lebih membantu daripada kita mengambil juga jumlah beberapa bilion ini dianggap sebagai perolehan untuk digunakan bagi mentadbir atau menyalurkan kepada-apa aktiviti dalam negara kita. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Cuma saya hendak kata satu sahajalah dalam kes perjudian ini. Saya tidak merasakan bahawa kerajaan membenarkan perjudian ini untuk mencari hasil bagi membiayai kegiatan-kegiatan seperti sukan. Ini bermakna kalau tidak ada duit perjudian apakah aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dilakukan. Saya rasa tidak boleh dilihat sebegitu. Di sini yang boleh dilihatnya ialah oleh kerana adanya wang perjudian ini, hasil perjudian ini, ke arah mana hendak dibelanjakan. Barangkali dicari perbelanjaan-perbelanjaan yang berbentuk sukan atau apa yang tidak boleh mendatangkan mudarat sangat. Sudah tentu peruntukan ini tidak elok kalau diberikan kepada badan-badan yang melibatkan kegiatan agama dan sebagainya. Jadi kena lihat begitulah. Walau bagaimanapun, saya berjanjilah saya akan bawa, saya berjanji, saya kata hampir kesemua Ahli Parlimen di sini di kedua-dua belah pihak meminta supaya kita mengurangkan kegiatan ini... [Tepuk] Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas juga menyebut tentang berapa kutipan cukai rokok dan arak oleh kerajaan? Jumlah kutipan duti import, duti eksais dan cukai jualan ke atas rokok dan minuman keras bagi tahun 2008 adalah berjumlah RM4.4 bilion atau RM4,481 juta; iaitu RM1,502 juta bagi minuman keras dan RM2,979 juta bagi rokok. Ini pun banyak juga hasil daripada ini. Soal RPGT. Saya hendak sebut sikit sebab Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun ada sebut. Ramai yang sebut. Sebenarnya ini - apakah kita tidak menampakkan perubahan dasar. Mengapa kita lakukan RPGT walaupun 5 peratus. Saya ingin nyatakan bahawa kita dapat mendengar semua pandangan dan permintaan supaya kerajaan meneliti semula cadangan ini. Cuma buat masa ini bagi pihak kerajaan kalau kita kira dari segi pertimbangan untuk mendapatkan hasil, langkah ini dijangka akan membawa masuk RM504 juta iaitu setengah bilion ringgit kepada kerajaan. Namun begitu seperti yang saya katakan, kalau ada satu dua perkara dalam belanjawan negara yang diumumkan baru-baru ini yang menimbulkan reaksi rakyat yang nampaknya kurang bersetuju sedikit, saya akui bahawa RPGT dan juga credit card menjadi dua perkara itu.

Jadi, kita mengambil maklum reaksi-reaksi ini bukan sahaja di dalam Dewan yang mulai ini tetapi juga di luar Dewan. Mungkin ini dapat dibincangkan di peringkat kementerian.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pendek sahaja. Masalah RPGT ini seperti apa yang saya katakan tadi, kita faham bahawa kerajaan perlu mencari wang daripada sources yang tidak sama, yang lain. Masalahnya pada tahun ini kita boleh jadi dapat RM500 juta daripada RPGT tetapi ada negative impact long term bagi investment in property sector bagi Malaysia. Ini disebabkan pelabur luar negeri ini semuanya apabila datang ke Malaysia mereka takut bila-bila masa seperti polisi kerajaan tidak ada wang naikkan cukai, kerajaan ada wang bagi liberalisasi. Jadi, masalah flip-flop ini terjadi. So, kita perlu settle this image problem yang Malaysia ada sekarang.

Terima kasih, Yang Berhormat. Ini pandangan yang baik yang kita akan ambil kira. [Yang Berhormat Arau masuk ke dalam Dewan] Yang Berhormat Arau saya nampak sudah masuk. Jadi kita bagi. Mengenai IJN juga disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Pertamanya untuk memperkukuhkan sebagai institusi nasional. Keduanya bolehkah ia dijadikan sebagai IPTA. Pada masa ini IJN dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Saya rasa isu soal penswastaan ini tidak timbul. Antara langkah jangka masa panjang ke arah menjadi institusi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan, Yang Timbalan Berhormat Menteri. Kita telah baca dalam surat khabar bahawa ada banyak pihak hendak ambil alih dalam IJN itu. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan d sini bahawa IJN tidak akan diambil alih oleh sesiapa dan akan kekal ekuitinya hanya dikawal oleh kerajaan sahaja? Terima kasih.

Pertamanya, memanglah kalau ada sesuatu yang menarik itu ramai yang minat. Biasalah. Akan tetapi tidak semestinya yang tuan hak diri itu berminat. Jadi, soal orang hendak...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Beri jaminanlah, Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa tidak akan ada sesiapa memberikan peluang untuk mengambil alih IJN oleh kerana IJN ini boleh dikatakan dimiliki oleh rakyat melalui kerajaan. Terima kasih.

Memang saya selaku Timbalan Menteri Kewangan boleh menyatakan bahawa bagi pihak Kementerian Kewangan, bagi pihak kementerian lain saya tidak tahulah. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak kementerian lain. Bagi pihak Kementerian Kewangan saya kira kita tidak bersetuju untuk diswastakan IJN ini. Kalau itu yang dikehendaki oleh Yang Berhormat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ada lagi.

Ada lagi? Okey, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit berkenaan dengan IJN. Saya memang juga meminta supaya kerajaan buat komitmen supaya IJN itu tidak akan diswastakan kerana saya sendiri pun pernah mendapat rawatan di IJN. Saya tahu bahawa IJN itu memang top class dan memang kepada rakyat Malaysia yang miskin, yang tidak mampu untuk pergi ke private hospital, IJN itu adalah antara tempat yang menyelamatkan mereka. Yang saya hendak tanya sedikit ialah berkenaan dengan Butiran 16000 – Kumpulan Wang Tabung Bantuan Perubatan. Ini ada berkaitan dengan IJN. IJN itu sebenarnya tidak murah juga tetapi kebanyakan orang miskin kalau mereka tidak ada kemampuan dan mereka mahu mendapatkan rawatan di IJN mereka boleh minta bantuan daripada tabung bantuan perubatan ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Apa yang menghampakan saya ialah pada tahun ini sebenarnya peruntukan ini sudah dikurangkan. Tahun lepas ialah RM20 juta. Tahun ini hanya diperuntukkan sebanyak RM10 juta. RM10 juta memang tidak cukup kerana ramai yang pergi IJN dan mereka meminta bantuan tabung perubatan ini. Jadi, saya mengharapkan supaya kalau boleh bukannya dikurangkan kepada RM10 juta tetapi ditambah RM10 juta daripada tahun lepas. Jadikan RM30 juta untuk bantu orang miskin. Adakah cadangan ini boleh dipertimbangkan kerana Yang Berhormat Sri Gading juga sudah menyokong. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi pun saya rasa saya sudah beri jaminan kepada Yang Berhormat Wangsa Maju tadi. Jadi, Yang Berhormat Rasah hendak suruh beri jaminan sekali lagi? Bolehlah, kira kedua-duanya boleh.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, sikit.

Cuma, yang tabung ini sebenarnya – saya tidak tahu ini tabung IJN khususnya tetapi saya terlibat dalam perbincangan peruntukan belanjawan. Kita memang bgi tambahan kepada tabung ini untuk seluruh hospital di Malaysia untuk orang-orang susah ini. Kita dapati ramai yang miskin, kadangkala bukan sahaja datang tidak mampu hendak bayar rawatan tetapi juga kadang-kadang sudah kehabisan wang. Hendak balik ke tempat pun sudah terpaksa...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sebaris ayat sahaja.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta tadi supaya untuk lebih selamat, boleh atau tidak dibuat IJN diletakkan di bawah penguasaan Parlimen, diwujudkan satu Akta Parlimen, supaya lebih selamat?... [Disorak]

Ha, itu satu yang saya tidak boleh bagi jaminan sebab saya tidak ada kuasa. Saya harap Yang Berhormat janganlah minta saya bagi perkara yang saya tidak boleh, di luar kemampuan saya. Hendak berjuang untuk perjudian pun sudah satu hal. Ini hendak minta... [Ketawa]

Tuan Pengerusi, kalau diizinkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita sudah berbincang panjang lebar, yang lain-lainnya pun kalau kita lihat semula dan kita susun dan kita hantar kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat berkenaan, bolehkah tidak dipersetujui?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boleh!

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Saya ada satu soalan yang penting, pendek sahaja. Bukan satu sentencelah.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya, soalan saya berkait dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Isu ini merupakan satu isu yang begitu hangat diperbincangkan di media-media Tamil dan juga di kalangan orang India di Malaysia mengenai Bajet 2010 yang menyatakan bahawa 10 peratus daripada bajet RM200 bilion ini akan diperuntukkan untuk kepentingan kaum India. Kenyataan ini dikeluarkan di Sinar Harian pada 15 November 2009. Saya ingin meminta penjelasanlah daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa adakah ini benar, adakah ini benar bahawa 10 peratus daripada RM200 bilion ini diperuntukkan untuk kepentingan kaum India? Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebenarnya yang diperuntukkan untuk orang-orang India khususnya untuk tukar, mengubahsuaikan struktur ekonomi mereka? Terima kasih.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tuan Pengerusi, kalau boleh saya pohon supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sedikit atau bagi respons mengenai sahaja pendek mengenai KLIA International Airport Berhad yang akan diberikan suntikan sebanyak RM1.07 bilion. Pada tahun yang lepas anggarannya pun telah mencecah RM1.09 bilion. Pada kefahaman saya, KLIAB ini ialah merupakan sebuah syarikat operationally dormant. Jadi, kenapa diberikan suntikan padahal baru-baru ini RAM Ratings telah memberikan rating setakat AAA bagi Islamic Securitynya. Security yang berbentuk Al-Bai` Bithaman Ajil. Keseluruhan kemudahan sekuriti itu adalah sebanyak RM4 bilion dan setakat Oktober tahun ini, jumlah yang masih hutang itu sebanyak RM3.6 bilion. Jadi, apakah sifatnya KLIA International Airport Berhad ini? Kalau dia merupakan sebuah syarikat operationally dormant, harus lagi kita beri suntikan sebanyak RM1.07 bilion. Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kulim Bandar Baharu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Baru-baru ini, saya bangkitkan isu berkenaan dengan penggunaan wang EPF bagi kegunaan pergi ke haji dan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab kita boleh menggunakan akaun kedua apabila berumur 50 tahun. Ada cadangan selepas daripada itu yang saya terima. Banyak e-mel minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa ke peringkat atasan, perbincangan dengan Tabung Haji, boleh atau tidak simpanan akaun kedua ini boleh dijadikan sandaran untuk mendaftar haji? Sekarang ini kalau kita mendaftar haji, kita kena bayar deposit RM1,200 hari ini, kita pergi tahun 2022. Jadi, kena bayar RM1,200 itu sekarang. Apa salahnya akaun itu dijadikan sandaran untuk mendaftar haji tanpa perlu mengeluarkan duit RM1,200 itu dan diakaunkan kepada Tabung Haji. Kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan hal ini dengan pihak yang berkaitan menjadikan akaun kedua itu sebagai sandaran untuk pendaftaran haji.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bukan sahaja akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji, tetapi juga dengan KWSP supaya kita dapat selaraskan kedua-duanya, Yang Berhormat. Tujuan ini cukup baik sekali. Jadi, di mana boleh diperlonggarkan, kita akan buat. Soal peruntukan 10 peratus daripada peruntukan belanjawan ini akan dimanfaatkan ataupun disasarkan untuk kaum India, saya tidak boleh memberi jaminan kerana saya tidak tahu details dia. Saya cukup bimbang menyatakan sesuatu yang saya sendiri tidak arif ataupun tidak maklum sebenarnya. Akan tetapi, saya akan balik dan perhatikan. Ini berita daripada mana itu, berita apa itu?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Sinar Harian.

Sinar Harian? Sinar Harian ya. Sebutan oleh Menteri mana?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Menteri Pertanian.

Oh, Menteri Pertanian ya. Okey, Kita akan kaji dan akan membuat jawapan bertulis.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Jawapan bertulis. Jawapan bertulis dengan memberi secara terperinci macam mana wang ini akan disalurkan kepada golongan kaum India.

Kita akan, insya-Allah dan mana yang sudah dikenal pasti untuk kaum India. Umpamanya TEKUN saya tahu. TEKUN memang sudah dikenal pasti. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut dan semua bersetuju. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju supaya peruntukan khusus untuk TEKUN ini diberikan sebahagiannya kepada kaum India.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Okey, mengenai TEKUN ialah saya diberitahu oleh beberapa orang bahawa pinjaman TEKUN itu terpaksa ada tandatangan daripada MIC. Adakah ini betul?

Pelaksanaan, nanti kita checklah. Saya pun tak tahu.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Kalau itu betul...

Kalau di Bachok, tak perlu MIC tandatangan... [Ketawa] Bergurau sahaja, bergurau sahaja.

Di Ledang pun tak perlu.

Okey, terima kasih. Jadi, saya rasa, semua ada jawapan di sini. Yang tidak dapat saya akan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit, lanjutan daripada soalan. Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau itu betul, adakah kementerian memberikan arahan kepada mana-mana pihak supaya MIC tidak diberi peluang untuk luluskan ataupun tandatangan itu mesti ada untuk mendapat kelulusan?

Kita ambil maklum. Kita akan semak, kita akan semak.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta tanya AirAsia hutang airport tax, bagaimana keadaan begitu? Kenapa Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan tidak ambil tindakan terhadap MAHB kerana mereka tidak ambil tindakan untuk mengutip airport tax yang dikutip oleh AirAsia, sedangkan pengguna telah bayar secara wang tunai.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

AirAsia tak ada hak. Itu criminal breach of trust. Terima kasih.

Saya minta pegawai saya di sini yang ada catat dan bawa kepada saya, kemudian saya sendiri akan bawa perkara ini di Kementerian Kewangan.

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu.

Okey.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kepada Jelutong tadi, saya minta supaya muka surat 25 ini kita semak sebab di sini ada tercatat Kuala Lumpur International Airport Berhad dan jumlah bon yang dikeluarkan atas Memorandum Jaminan Dalam Negeri ini sebenarnya bukan hanya berjumlah RM4.3 bilion yang disebut tadi. Daripada tahun 1995 sehingga tahun 2003 sahaja yang belum lagi tertunai, yang belum selesai berjumlah RM7.360 bilion. Dicampurkan dengan jumlah tadi, maka jumlahnya sudah tentu melebihi dari angka itu. Soalan atau pandangan kita, mungkin ada satu kaedah menstrukturkan semula. Barangkali jumlah ini jadi bertambah dari segi acumulated kerana mengambil kira kadar faedah yang dikenakan terhadap cagaran-cagaran tersebut. Boleh atau tidak mungkin kita rancang untuk membayar lebih sedikit daripada satu tahun kewangan itu supaya kita dapat mengurangkan kadar bunga yang dikenakan kepada cagaran-cagaran tersebut. Jadi, tidak adalah perlu kita membincangkan setiap tahun untuk memberi allocation kepada KLIAB ini sepanjang tahun. Kita pun tidak mahu lagi barangkali perkara ini distrukturkan semula untuk menambah jangka masa ini kerana dengan lebih lama, lebih banyak lagi kita terpaksa gunakan duit negara untuk membayar kepada cagaran-cagaran ini. Terima kasih.

Terima kasih. Saya jelas tentang kedudukan hutang KLIA Holdings ini dan kita akan mendapatkan maklumat-maklumatnya. Oleh sebab jumlahnya besar, jadi saya pun tidak hendak sebut sesuatu yang mungkin tidak tepat. Kita akan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota, okey. Yang Berhormat Batu ada lagi? Saya hendak tutup dah Yang Berhormat Batu.

Ya, sebelum tutup tadi saya ada soalan tentang gender budgeting, bukan tender budgeting... [Ketawa] Gender budgeting, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab atau mahu jawab dalam berbentuk menulis?

Ini panjang, kita buat bertulislah ya. Jadi, dengan itu Tuan Pengerusi, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan telah pun memberi pandangan dan telah pun meminta saya membawa sesetengah pandangan tersebut secara khusus kepada pihak-pihak atasan. Insya-Allah saya akan cuba sedaya-upaya sebagai seorang Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Elok juga kalau dikasi biar begitu, ya. Pandai berhenti sendiri... [Ketawa] Sekali-sekala kita buat begini. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,295,431,500 untuk Maksud B.10; RM17,783,304,100 untuk Maksud B.11 dan RM3,984,800,100 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,295,431,500 untuk Maksud B.10; RM17,783,304,100 untuk Maksud B.11 dan RM3,984,800,100 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,486,129,000 untuk Maksud P.10 dan RM2,000,000,000 untuk Maksud P.70 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,486,129,000 untuk Maksud P.10 dan RM2,000,000,000 untuk Maksud P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis 19 November 2009. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.52 petang.