Dewan Rakyat · 2 December 2009
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 855 turns · 64,104 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh mana kebenaran buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah serta tidak merangsang kefahaman pelajar.
Waalaikumussalam warrahmatullaah dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah. Sebenarnya buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding dengan buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi. Pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dan memastikan mereka mendapat sumber ilmu yang tepat dan mudah difahami. Oleh itu buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah adalah lebih baik daripada buku rujukan komersial.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah berdasarkan kepada hasil penyelidikan daripada penyelidik UPM yang menyatakan bahawa kandungan halaman buku teks dan isi kandungannya tidak merangsang pelajar. Soalan saya juga adalah berdasarkan kepada tiga kenyataan yang telah dibuat: (i) pelajar daripada negeri Kelantan mencatatkan pelajar yang paling ramai sekali buta huruf; (ii) 125,000 pelajar adalah tercicir untuk mengikuti alam persekolahan. Ini kenyataan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri; dan (iii) cara pembelajaran dan pengajaran di dalam sekolah jenis kebangsaan Cina lebih baik di dalam pencapaian UPSR. Soalan saya, adakah ketiga-tiga kenyataan ini adalah kesannya daripada buku teks yang isi kandungannya sudah lapuk dan tidak ada kajian untuk diperbaharui, dikemas kini bersesuaian dengan zaman sekarang ini iaitu zaman pelajar telah menjadi pelajar yang pintar. Saya mohon jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya buku teks akan direvise setiap dua tahun sekali dan jika sekiranya ada keperluan untuk kita melakukan perubahan, kita akan mengubah buku-buku teks yang menjadi rujukan di sekolah-sekolah ini. Untuk makluman, bahawa sebenarnya di samping buku teks yang kita sediakan, kita juga akan menyediakan buku-buku bacaan tambahan.
Oleh sebab itu adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa buku teks kita ini lapuk dan ketinggalan. Akan tetapi apabila Yang Berhormat membangkitkan soal tidak merangsang ini, sebenarnya ia bergantung kepada keupayaan guru yang mengajar, kaedah mereka, cara mereka untuk memberi kefahaman kepada pelajar, menggunakan sumber daripada buku teks tersebut. Soalan-soalan yang lain Yang Berhormat bangkitkan termasuklah tentang soal keciciran, soal kaedah pengajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina, sebenarnya kita harus faham bahawa banyak pandangan yang diberikan mengenai perkara ini dan saya mengambil satu contoh bahawa kejayaan cemerlang di sekolah jenis kebangsaan Cina untuk sains dan matematik, sebab mereka mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka. Itu puncanya yang paling utama dan sebab itulah kita tidak meneruskan PPSMI. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini adalah mengenai buku teks yang digunakan di sekolah. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa ada aduan-aduan yang telah dibuat bahawa ada buku-buku teks terutamanya buku-buku sejarah di mana telah distorted. Cerita yang benar tidak ditulis di dalam buku-buku tersebut dan ini diakui sendiri oleh beberapa Menteri sebelum ini. Adakah kerajaan akan mengambil tindakan supaya jangan ikut suka hati selera politik semasa menggunakan anak-anak kita untuk menunjukkan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk kebaikan mereka tetapi yang benar adalah kita hendak cakap yang benar dan yang salah adalah yang salah. Berkaitan dengan ini, adakah kementerian akan mengambil tindakan sebab sekarang di primary school terlampau banyak buku teks perlu diambil oleh anak-anak kita sehingga mereka terpaksa setiap kali pergi ke sekolah perlu mengambil bersama mereka, abang, adik atau bapa dan emak mereka untuk mengambil beg tersebut. Macam mana ia dapat dikurangkan supaya lebih efektif dan lebih guna kepada anak-anak kita?
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Mengenai dengan kandungan Yang Berhormat sebut tidak mengandungi fakta-fakta yang betul, saya rasa ini adalah tidak tepat. Sepertimana yang saya katakan tadi, buku-buku teks ini akan kita revise setiap dua tahun. Untuk makluman Yang Berhormat bagaimanakah buku teks ini disiapkan, pertama kita akan melihat huraian sukatan pelajaran yang disediakan oleh BPK iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum. Setelah dipersetujui, maka kita akan melakukan tender kepada penerbit-penerbit. Sebenarnya, penerbit ini mereka juga ada penulis-penulis, panel-panel dan editor mereka sendiri. Setelah itu, penerbit ini akan memulangkan semula kepada BPK untuk kita nilai semula. Di sinilah kita akan menilai menggunakan panel daripada pakar-pakar universiti dan guru-guru pakar untuk menilai mana satu yang paling sesuai. Kalau Yang Berhormat kata kita hendak politikkan, tidak ada, sebab kita menggunakan pakar-pakar. Di BPK tidak ada hendak politik-politik, sebab itu fakta adalah fakta. Fakta apa yang kita hendak ubah? Takkanlah kerana hendak menyenangkan hati satu, dua, tiga orang, kita hendak ubah supaya menyenangkan hati sedangkan faktanya tidak betul. Ini Yang Berhormat kena faham. Setelah itu, maka Jawatankuasa Pemilihan ini akan membuat keputusan. Jadi tidak betul. Soal banyak sangat buku dan sebagainya, itulah sebab kita buat keputusan yang di antaranya keputusan kita adalah mengurangkan jumlah mata pelajaran. Kita akan mengecilkan mata pelajaran yang sudah tidak sesuai supaya kita lebih banyak penumpuan kepada soal budaya berfikir kepada pelajar-pelajar tersebut. Oleh sebab itulah, kita melakukan transformasi kurikulum bermula tahun 2010 ini untuk menyesuaikan kepada kehendak keperluan semasa, dan memastikan pendidikan kita adalah pendidikan yang berkualiti untuk memberi keadilan kepada semua orang. Terima kasih.
2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah pihak kementerian tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan untuk JKM dalam RMK-10 bagi membolehkan penerima bantuan JKM juga dapat dinaikkan kadar maksima daripada RM450 kepada kadar yang lebih sesuai.
Tuan Yang di-Pertua, demi menjaga kepentingan golongan miskin di bawah Kerajaan Barisan Nasional, saya ingin mempersembahkan jawapan kepada Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa mengkaji kadar skim bantuan kebajikan sedia ada dari semasa ke semasa untuk memastikan kadar bantuan yang diterima memenuhi keperluan asas penerima bantuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar bantuan skim-skim berikut baru sahaja dikaji semula ataupun baru diperkenalkan, di antaranya: (i) elaun pekerja cacat telah pun dinaikkan kepada RM300 sebulan; (ii) bantuan orang tua kepada RM300 sebulan; (iii) bantuan penjagaan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar (skim baru) RM300 sebulan; dan (iv) bantuan OKU tidak berupaya bekerja (skim baru) RM150 sebulan. Buat masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengguna pakai kadar bantuan sedia ada, dan cadangan untuk kajian semula kadar-kadar tersebut akan dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Yang Berhormat, bagi Rancangan Malaysia Kesembilan dari tahun 2006 sehingga 2009, sebanyak RM2,134 juta ataupun RM2.134 bilion telah diperuntukkan untuk bantuan kebajikan kepada rakyat Malaysia. Manakala jumlah penerima bantuan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan dari tahun 2006 sehingga tahun 2009, adalah seramai 282,656 orang penerima bantuan. Bagi penerima bantuan dalam kategori produktif..
Tuan Yang di-Pertua. TV tidak selaras dengan Menteri.
Tidak perlu mengganggulah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya lebih mengetahui dan memahami kadar dan cara Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi bantuan yang dimaksudkan. Saya hendak maklumkan bahawa bagi penerima bantuan dalam kategori produktif, bantuan kebajikan yang diberikan oleh JKM adalah bersifat sementara. Matlamat kementerian adalah menerap dan melaksanakan konsep kebajikan produktif atau dengan izin, productive welfare. Di bawah konsep ini, penerima bantuan akan dibantu dari aspek pembangunan kendiri, latihan kemahiran, modal perniagaan dan pemasaran, ke arah melahirkan rakyat yang memerlukan untuk lebih berjaya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setelah saya tekun dan khusyuk mendengar penjelasan daripada Menteri, saya ingin mengimbau sedikit ke belakang daripada pembentangan kewangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengisytiharkan pendapatan isi rumah yang telah dideklarasikan sebagai RM3,000. Untuk melihat pada kadar kemiskinan miskin tegar ini, saya melihat bahawa mekanisme yang boleh didekatkan oleh kementerian kalau diterima, adalah mengutamakan perbelanjaan tanggungjawab isi rumah dan bukan pendapatan. Kalau itu diambil sebagai pendekatan, saya yakin dan percaya bahawa golongan miskin ini boleh diangkat sedikit pendapatan dan juga bantuan terhadap mereka.
Jadi soalan saya adalah, adakah kementerian berkesudian untuk mengkaji semula, jangan diambil sebagai pendapatan tetapi pertanggungjawaban perbelanjaan dalam aspek persekolahan, makan minum anak-anak dan sebagainya? Kalau itu diambil garis panduan, saya percaya golongan miskin tegar ini akan boleh diangkat sedikit martabat mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, keistimewaan Ahli Yang Berhormat Kuala Langat ini, seperti beliau boleh baca apa yang ada di dalam pemikiran dan hati saya ini... [Ketawa] Sebenarnya Yang Berhormat, insya-Allah kerajaan akan ke arah itu, dan saya harap bahawa mulai pada tahun hadapan, apabila beberapa agensi dan kementerian kita sedang duduk bersama untuk menyelaraskan kaedah-kaedah yang ada pada hari ini supaya bantuan yang diterima oleh ahli-ahli keluarga itu adalah bantuan yang lebih realistik dan praktikal. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kenapa masih ramai lagi di kampung-kampung mereka yang layak dan di dalam kategori yang sepatutnya mendapat bantuan kerana mereka miskin, tidak mendapat bantuan ini? Pada pengamatan ramai orang termasuk saya juga, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak turun padang. Mereka duduk di pejabat. Apakah satu masalah bagi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pergi ke kampung-kampung memeriksa dari rumah ke rumah? Saya ingat ini bukan satu kerja yang susah untuk dilakukan. Banyak sungguh! Beratus- ratus orang dalam satu-satu kawasan Parlimen, yang masih lagi daif dan miskin tidak mendapat bantuan. Itu satu. Keduanya saya hendak bertanya, iaitu bagi mereka yang mempunyai ramai anak, adakah dengan sebab anak ramai itu, maka mereka tidak layak untuk mendapat bantuan apabila orang yang berkenaan itu dalam keadaan hidup yang susah, menderita dan daif? Ini kerana, kadang-kadang anak-anak mereka tidak mengambil tahu dan tidak membantu ibu bapa yang susah dan miskin. Kita tidak boleh salahkan kepada orang-orang yang berkenaan, orang yang susah ini kalau anaknya tidak bertanggungjawab. Kita jangan punish mereka, jangan hukum mereka. Kalau kita hendak hukum, hukum anak-anak mereka. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat.
Saya rasa satu negara tahu bahawa Yang Berhormat mempunyai, dengan izin, heart of gold. Namun begitu Yang Berhormat, saya hendak maklumkan di sini bahawa pertama, kerajaan kita bukan kerajaan kebajikan Yang Berhormat. Kalau kita lihat sebenarnya di Malaysia ini sepatutnya seramai mana yang kita beri bantuan itu tidak harus kita beri sebab di Malaysia ini ada tempat untuk semua mencari rezeki yang halal dengan cara terbaik. Namun begitu, oleh kerana kita prihatin dengan nasib rakyat maka satu peruntukan yang begitu besar sekali yang telah pun diperuntukkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mereka yang tidak ada jalan keluar atau jalan yang lain. Jadi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa memang tidak boleh untuk mana-mana kerajaan pun memberi bantuan kepada semua keluarga yang mungkin diiktiraf sebagai miskin. Ini kerana setiap keluarga itu mempunyai ahli keluarga yang mampu ataupun mesti membantu ibu yang tua atau keluarga yang sakit ataupun orang kurang upaya. Saya setuju dengan Yang Berhormat, saya pun rasa bimbang bila saya tengok hari ini ramai daripada generasi muda terutama yang tinggalkan ibu bapa, kaum keluarga di kampung-kampung mereka begitu berjaya sekali di ibu kota, tetapi mereka lepas tangan kepada kerajaan sama sekali untuk membela nasib orang tua. Itu saya setuju, kita tidak boleh biar perkara ini berlaku tapi saya hendak kata Yang Berhormat, kami di kementerian ada peruntukan, sebanyak mana yang diberi, sebanyak itulah kita cuba agihkan kepada kes-kes yang betul-betul layak itu yang pertamanya.
Kedua Yang Berhormat saya minta ampun dan minta maaf, saya tidak setuju dengan Yang Berhormat bila Yang Berhormat kata Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya duduk di pejabat dan tidak membuat kerja... [Ketawa] Kalau Yang Berhormat mengambil satu hari dalam hidup, cubalah fikirkan dalam satu hari dalam kehidupan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, dengan izin, I’m very strict with them Yang Berhormat, tapi saya insaf dalam masa 24 jam mereka bekerja bukan hanya hendak keluar hendak cari kes-kes, macam-macam kerenah yang perlu mereka lalui. Ya! saya tahu, kita perlu ada peningkatan dan tindakan sedang diambil untuk meningkatkan perkhidmatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi saya tidak setuju siapa yang kalau kata pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Terima kasih.
3. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, sejauh manakah keberkesanan pemberian subsidi kepada pengusaha ladang / pekebun kecil bagi buah-buahan oleh pihak kerajaan setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Mei 2008 kerajaan telah meluluskan pemberian insentif pengeluaran tanaman kepada pengusaha tanaman di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara. Tujuan pemberian insentif pengeluaran tanaman adalah untuk meringankan bebanan petani ataupun pengusaha akibat kenaikan kos pengeluaran tanaman serta menggalakkan peningkatan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport. Kadar insentif yang diberikan kepada pengusaha buah-buahan adalah RM78 satu tan. Jadi pada tahun 2008, 3850 orang petani buah-buahan telah diluluskan insentif pengeluaran mereka dengan nilai RM10.06 juta. Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun 2009, seramai 18,079 orang petani buah-buahan telah diluluskan insentif dengan nilai RM39.26 juta. Memang amat ketara keberkesanannya pemberian insentif ini semenjak berkuat kuasa pada 1 Julai 2008 iaitu dengan pengeluaran buah-buahan meningkat daripada 1.544 juta tan metrik kepada 1.697 juta tan metrik iaitu peningkatan sebanyak 9.1peratus . Pada masa yang sama, dari segi membantu perancangan kementerian pula, dengan pelaksanaan pemberian insentif ini kementerian telah dapat maklumat yang lebih tepat mengenai kumpulan sasar dan pada masa yang sama kita dapat membantu melatih petani menjadi lebih sistematik dengan mewujudkan sistem rekod ladang masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Seperti mana yang kita ketahui bahawa kerajaan kita begitu prihatin, banyak insentif ataupun subsidi-subsidi telah diberikan kepada rakyat kita dan seperti mana jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri tadi, satu tan RM78 subsidi yang diberikan kepada kerajaan, sama juga dengan satu kilo bererti RM7.8 sen dan ini memberi makna kepada pekebun-pekebun kecil terutama kepada penanam-penanam buah-buahan dan telah memberi banyak kesan. Sedarkah Timbalan Menteri bahawa dalam masa kerajaan kita hari ini untuk memberi subsidi, kita juga tidak lari daripada berlakunya ketirisan-ketirisan dalam melaksanakan pemberian-pemberian subsidi terutama kepada pekebun-pekebun kecil buah-buahan. Juga tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua, telah banyak memberi impak terutama di kawasan saya sejak mula dari tahun tidak silap saya pada bulan lapan pada tahun lepas. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah mekanisme yang terbaik yang dilaksanakan oleh pihak kementerian supaya tidak berlakunya seperti mana yang saya katakan tadi iaitu ketirisan yang mana kita lihat kebarangkalian untuk berlakunya ketirisan dalam soal pemberian subsidi ini amat terbuka luas. Sebagai contoh pemalsuan resit-resit dan begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Soalan saya satu lagi Tuan Yang di-Pertua, apakah perancangan pihak kementerian selain memberi subsidi kepada pekebun-pekebun kecil?
Adakah pihak kementerian juga bercadang untuk mewujudkan dan memberikan kemudahan-kemudahan lain dalam soal pemprosesan kepada industri buah-buahan, sebagai satu industri hiliran untuk menjadikan buah-buahan ini ataupun industri buah- buahan ini dapat diperkasakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom, satu dari segi ketelusan untuk memaklumkan bahawa memang perkara ini terjadi iaitu ketirisan dan terima kasih sebab Yang Berhormat bila Yang Berhormat dapat meng highlightkan, jadi mudahlah untuk saya juga memaklumkan memang ini adalah satu daripada masalah kementerian kami hadapi, di mana kami juga mendapat tekanan termasuk juga daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan kenapa lama sangat tidak menerima insentif ini. Ini kerana kadang- kadang kami dapati daripada tuntutan-tuntutan memang tidak munasabah. Kalau kita kira dari segi berapa pokok yang ada dengan keluasan ladang yang ada, memang tidak berpatutan dengan apa yang dituntut. Jadi ini juga Yang Berhormat membuatkan ada terdapat kelambatan untuk kita memberi insentif ini sebab kita meragui dari segi tuntutan yang diberikan. Jadi terima kasih Yang Berhormat dengan terus terang memberi tahu, mengakui bahawa ketirisan-ketirisan berlaku dan oleh sebab itu Yang Berhormat, satu daripada mekanisme yang begitu penting untuk kita melaksanakan insentif ini adalah dengan adanya buku rekod ladang yang complete, dengan izin. Jadi kita hendak tahu berapa besar keluasan tanah, berapa banyak pokok dan kita juga boleh tahu berapa agaknya yang boleh dikeluarkan oleh ladang tersebut.
Oleh yang demikian Yang Berhormat, seperti saya katakan, satu yang kita dapat kesan daripada sistem ini, satu kita mengenali siapa petani-petani itu dan kita boleh tahu petani ini adalah yang baik, yang memberi tuntutan yang betul. Pada masa yang sama, kita tahu potensi petani ini insya-Allah boleh dibantu pada masa-masa akan datang. Keduanya iaitu Yang Berhormat mengatakan ada atau tidak insentif lain seperti pemprosesan dan sebagainya. Memang ada Yang Berhormat dan ini dilakukan di bawah satu lagi bahagian di kementerian iaitu Bahagian Industri Asas Tani yang memang memberi insentif yang begitu baik sekali untuk kita meningkatkan pemprosesan. Ini kerana kita berharap supaya selain daripada kita menjual buah-buahan atau pengeluaran secara segar, sebenarnya kita hendak menambah nilai dengan mengadakan industri asas tani kepada pengeluaran tersebut dan pada masa yang sama, FAMA juga sering mengadakan latihan. Terima kasih.
Terlebih dahulu saya ucapkan assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua sekali. Apa yang kita dapati bahawa memang kita tidak dapat nafikan bahawa memang banyaklah bantuan-bantuan dan juga subsidi yang diberikan oleh Kementerian Pertanian. Apa yang saya ragu sedikit mengenai dengan bantuan dan subsidi tadi, kalau kita ingatkan sampai bilakah kita hendak berikan bantuan iaitu subsidi. Apa yang kita pentingkan iaitu sejauh manakah bantuan kerajaan dalam mendidik pengusaha ladang atau pekebun kecil bagi buah-buahan ini agar tidak hanya bergantung kepada pemberian subsidi oleh kerajaan, tetapi dapat berdikari dan mengembangkan potensi perniagaan dengan bentuk bantuan lain seperti kemahiran, latihan dan bengkel penggunaan teknologi moden yang dapat meminimumkan kos. Apakah kerajaan bersetuju bahawa dengan langkah ini, dapat menjimatkan wang negara untuk kegunaan lain yang memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya memang setuju. Terima kasih Yang Berhormat dan sebenarnya itu yang kita hendak menjuruskan supaya daripada pengusaha kecil-kecilan dan dengan kita memberi segala bantuan dan pendedahan, terutamanya kita memang selalu mengadakan seminar-seminar dan sebagainya.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat mengikutilah program-program di kementerian, setiap hari konvensyen peladang, penternak dan nelayan memang kita selitkan seminar untuk menambahkan ilmu. Pada masa yang sama, kita uar-uarkan peladang-peladang contoh supaya ia juga meningkatkan semangat kepada yang lain untuk mengikuti contoh-contoh demikian. Memang Yang Berhormat, saya sangat bersetuju dengan saranan Yang Berhormat supaya kita jangan bergantung sepenuhnya dengan subsidi, tetapi kita mengadakan subsidi ini dalam masa-masa kita tahu rakyat kita sangat- sangat memerlukan di dalam masa rakyat kita mengalami tekanan-tekanan melalui krisis ekonomi. Oleh sebab itu kita adakah Dasar Jaminan Bekalan Makanan iaitu daripada 2008 sehingga 2010. Insya-Allah, kita berharap selepas 2010 itu memang ekonomi telah pulih dengan beransur dan insya-Allah, kita cuba tidak hendak sentiasa memastikan bahawa petani, peladang dan penternak jangan bergantung sepenuhnya kepada subsidi. Terima kasih.
4. Tuan Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, jumlah miskin tegar di bandar mengikut negeri-negeri yang telah menerima pemberian 10,000 Unit Amanah Saham 1Malaysia sehingga 30 September 2009.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian 10,000 unit saham kepada miskin tegar di bandar ialah sebenarnya Amanah Saham Wawasan bukannya Amanah Saham 1Malaysia. Sehingga 30 September 2009, bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di bandar yang telah didaftar untuk menerima Unit ASW bandar ini adalah seperti berikut: | Negeri |Bil. Layak (Orang)|Bil. T.Tangan Dokumen (Orang)|Pelaburan (RM/Ribu)| |---------------|-----------------:|----------------------------:|------------------:| |Melaka | 53| 42| 420| |Pahang | 110| 88| 880| |Johor | 149| 116| 1160| |Negeri Sembilan| 39| 24| 240| |Kedah | 27| 13| 130| |Perak | 260| 158| 1580| |Pulau Pinang | 126| 60| 600| |Perlis | 93| 61| 610| |WP Labuan | 44| 34| 340| |Selangor | 218| 114| 1140| |Terengganu | 978| 477| 4770| |Kelantan | 299| 114| 1140| |Sarawak | 702| 480| 4800| |Sabah | 2183| 1148| 11480| |Jumlah | 5281| 2929| 29290|<END_TABLE_MARKER> Bagi Wilayah Persekutuan, seramai 102 orang dan akan dilaksanakan pelancarannya ataupun penyerahan buku pelaburan yang mana program ini akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat pada satu hari nanti. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan penuh mengikut laporan setiap negeri. Perlu kita faham Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga masing-masing dalam hal untuk membasmi kemiskinan. Cuma, persoalan saya adalah, kalau betul pemberian itu wujud dan memang diwujudkan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, apakah mekanisme yang digunakan kerajaan untuk menentukan golongan yang betul-betul dapat faedah itu dapat dimanfaatkan?
Ini kerana kami pihak Pakatan Rakyat juga ingin tahu apakah prasyarat, kelayakan-kelayakan yang sepatutnya ada untuk kita mengemukakan cadangan-cadangan supaya kita dapat sama-sama membasmi kemiskinan tegar di pinggiran bandar ini. Kita tidak mahu sepertimana cari-cari yang hanya dapat disahkan oleh ADUN BN sahaja. Ini yang berlaku di Jerailah. Jadi, saya pohon kepada kementerian, bagaimana cara dan pendekatan yang boleh kami sama-sama membantu dan memastikan dapat kita atasi kemiskinan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sebenarnya, bantuan ini adalah menyeluruh. Bukan sahaja kepada mereka yang menyokong kerajaan kerana bagi kerajaan, rakyat yang miskin perlu dibantu. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, pertamanya mereka yang layak ialah mereka yang telah berdaftar dengan e-Kasih iaitu di Jabatan Perdana Menteri ICU. Keduanya, mereka tidak pernah menerima apa-apa juga saham daripada kerajaan ataupun Saham Bumiputera dan juga Amanah Saham Sejahtera dan tidak mempunyai simpanan RM1,000 dalam akaun mereka melalui mana-mana juga pendapatan ataupun saham. Ketiga, mereka tidak muflis. Kalau kriteria-kriteria ini ada pada mereka, dan mereka layak untuk menerima. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, tetapi dimulakan dengan mukadimah. Terima kasih, jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada masalah rakyat. Kita sentiasa mendahulukan rakyat. Soal kemiskinan di bandar, soal yang lebih dahsyat kalau dibandingkan dengan miskin di luar bandar. Miskin di bandar, ia boleh menyebabkan beberapa perkara yang negatif terjadi ekoran kemiskinan seperti anak-anak muda yang liar, kadang-kadang anak-anak muda perempuan boleh jadi GRO, boleh menjadi pelbagailah termasuk pelacuran. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok filem Bujang Lapuk, P. Ramlee, itu sebahagian daripada miskin di bandar akibatnya. Jadi saya berharap kerajaan tempatan kalau boleh ada seksyen yang memang menjurus kepada mengumpulkan data bagi memberi bantuan kepada orang-orang di dalam bandar itu yang miskin, bukan sahaja miskin tegar tetapi miskin. Pencen RM1,000 sebenarnya sudah di bawah taraf kemiskinan, tidak cukup. Jadi kalau ada bahagian ini di majlis kerajaan tempatan, bandar raya dan sebagainya mengumpul data dan memberikan pertolongan-pertolongan atau bantuan- bantuan kaunseling, khidmat nasihat dan juga agaknya bantuan-bantuan kewangan untuk mereka menambah pendapatan seperti perniagaan kecil, latihan dan sebagainya. Jadi saya harap ada penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Memang kementerian mempunyai cawangan khas ataupun bahagian untuk menangani masalah kemiskinan dalam bandar yang dinamakan Bahagian Kemiskinan Dalam Bandar yang menyediakan pelbagai bantuan terutama sekali mengkaji mereka yang miskin dalam bandar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, bahagian ini akan berpindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bermula 1 Januari 2010 dan akan dipertanggungjawabkan kepada kementerian yang lain. Bukan sahaja kita membahagikan saham seperti ini. Apa-apa juga data yang kita dapat daripada ICU yang dipertanggungjawabkan untuk kita membantu mereka yang miskin dalam bandar melalui Bahagian Kemiskinan Dalam Bandar ini, kita telah pun menyalurkan pelbagai peruntukan dan kalau tidak silap saya, saya telah pun menjawab di Dewan yang mulia ini dengan panjang lebar mengenai dengan kemiskinan dalam bandar. Terima kasih.
5. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Kewangan menyatakan, strategi garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor Kelas ‘A’, ‘B’, ‘C’ ,’D’ dan ‘E’ diberi peluang sebagaimana kontraktor Kelas ‘F’. Apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, peraturan sedia ada menetapkan hak nilai projek yang boleh disertai oleh kontraktor-kontraktor seperti berikut: (i) Kelas F – sehingga RM200,000; (ii) Kelas E – RM201,000 hingga RM500,000; (iii) Kelas D – RM501,000 hingga RM2 juta; (iv) Kelas C – RM2,000,001 hingga RM5,000,000; (v) Kelas B – RM5,000,001 hingga RM10,000,000; dan (vi) Kelas A – melebihi RM10,000,000. Buat masa ini bagi kontraktor Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’, pemilihan boleh dibuat melalui proses sebut harga. Bagi projek berjumlah kurang daripada RM100,000, ianya boleh dibuat secara pengundian atau mengikut giliran. Bagi kerja yang bernilai kurang RM20,000, ianya boleh diberikan secara terus kepada kontraktor Kelas ‘F’. Pada masa yang sama, pemilihan kontraktor Kelas ‘A’, ‘B’, ‘C’ dan ‘D’ pula secara umumnya hendaklah melalui proses tender sama ada terbuka atau tender terhad. Berhubung pembiayaan kontraktor, selain daripada sumber-sumber yang biasa diperolehi daripada institusi kewangan, terdapat juga beberapa buah bank yang mengadakan skim khas untuk membiayai kontraktor di mana cagaran tidak diperlukan. Cuma kontrak sahaja yang diperlukan sebagai cagaran. Keduanya, Skim Bantuan Jaminan Perusahaan Kecil dan Sederhana iaitu Skim Jaminan Modal Kerja serta Skim Jaminan Pembiayaan Penstrukturan Semula Industri yang dilancarkan pada Mac 2009 adalah merupakan usaha tambahan untuk membantu perniagaan yang berdaya maju termasuk kontraktor untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan. Ketiganya, kontraktor juga masih boleh mendapat pembiayaan melalui Tabung Industri Kecil dan Sederhana II, Tabung Usahawan Baru II dan Tabung Projek Usahawan Bumiputera. Sumber-sumber pembiayaan ini ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM12 bilion dan dibuka kepada semua sektor ekonomi termasuklah juga bidang kontraktor. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, apakah dasar pengagihan 10peratus daripada projek yang bernilai RM10 juta kepada kontraktor Kelas ‘F’ memberi kesan kepada kontraktor Kelas ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan ‘E’ serta sejauh manakah kontraktor utama benar-benar boleh mengenal pasti kontraktor Kelas ‘F’ yang berkredibiliti supaya tidak nanti sesuatu projek itu boleh tergendala, dan adakah kementerian mengenakan syarat kepada institusi kewangan asing bagi menyediakan kuota pinjaman khas kepada kontraktor? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, sistem menetapkan kuota untuk diberi pinjaman kepada mana-mana sektor, khususnya kontraktor tidak diamalkan. Dahulunya diamalkan untuk peniaga ataupun pengusaha kecil yang dibuat melalui CGC. Dari segi kaedah yang menetapkan 10peratus daripada jumlah kontrak besar ini diperuntukkan kepada kontraktor Kelas ‘F’, ini sebenarnya dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya. Saya dimaklumkan bahawa ianya telah berjalan dengan baik untuk memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil Kelas ‘F’ juga turut mendapat peluang kerja daripada kontrak besar-besar yang diberikan kepada kontraktor Kelas ‘A’.
Di mana sebelumnya mungkin tidak dibahagikan kepada kontraktor kecil kerana mungkin dibuat semuanya oleh kontraktor Kelas ‘A’ ataupun Kelas ‘B’, tetapi dengan adanya skim yang demikian, ianya turut dapat dirasai sedikit sebanyak oleh kontraktor- kontraktor Kelas ‘F’. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab bahawa Kelas ‘E’ dan Kelas ‘F’ ini melalui sebut harga dan sebagainya. Akan tetapi ada satu perjumpaan..., saya tidak hendak sebut siapa anggota Kabinet, sebab saya juga harus menjaga tentang perhubungan dengan majlis perjumpaan tersebut, satu perjumpaan antara seorang Menteri Kabinet dengan Persatuan Kontraktor Bumiputera di satu negeri. Beliau memberikan ingatan bahawa saya hendak pastikan supaya tidak ada projek yang mengalir, duit kerajaan ini mengalir kepada penyokong-penyokong parti pembangkang. Itu dia sebut... [Disampuk] Akhirnya Persatuan Kontraktor Bumiputera di satu negeri ini telah pun mengeluarkan satu surat arahan. Kebetulan saya tidak bawa surat arahan itu, ada pada saya..., orang dalam kawasan saya, kontraktor Kelas ‘F’, iaitu mengarahkan mereka supaya berjumpa dengan Ketua Bahagian UMNO untuk dicop di lesen Kelas ‘F’ itu supaya lesen-lesen yang telah dicop oleh Ketua Bahagian UMNO itu akan diagihkan, akan diberikan salinan itu kepada agensi-agensi Kerajaan Pusat untuk memudahkan bagi mereka mendapat projek-projek yang ditentukan. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Ini masalah yang berlaku di kalangan kontraktor Kelas ‘E’ dan ‘F’. Seterusnya, yang kedua dan akhir sekali ialah saya hendak tanya, tadi disebut bahawa adapun Kelas ‘A’ dan sebagainya ini telah melalui tender terbuka ataupun tender terhad. Akan tetapi saya hendak tanya mengapa MATRADE Exhibition dan Convention Centre ini tidak dibuat melalui tender terbuka ataupun tender terhad sedangkan dia buat melalui tender runding dan juga reka bina. Kenapa hanya diberikan kepada satu syarikat iaitu Naza TTDI? Minta penjelasan.
Apa yang saya sebutkan, dari segi kaedah pembahagian kontrak-kontrak ini adalah sebagai dasar. Jadi kalau Yang Berhormat sebut ada menteri yang berjumpa ini, susahlah ini. Kita tidak tahu. Yang Berhormat sendiri pun tidak mahu sebut, siapa dia, di mana. Ini bermain dengan kata-kata yang secara umum. Saya ada surat tetapi saya tidak bawa... [Ketawa] Saya ada menteri, menteri yang jumpa tetapi saya tidak mahu sebut nama. Susahlah begini, Yang Berhormat. Susah seperti itu. Ini sebut lepas itu tidak ada pula orangnya. Jadi susah, Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Esok saya janji saya bawa surat itu. Berikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh, boleh!... [Dewan riuh]
Saya ada surat itu.
Boleh, boleh.
Ini bukan tembak.
Bawa, bawa!
Saya bawa surat itu berikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Menunjukkan bahawa bagaimana arahan menunjukkan bahawa kena cop ketua UMNO bahagian. Ini hendak beri projek Kelas ‘A’, Kelas ‘F’ kena cop Ketua UMNO Bahagian... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang menjawab, Yang Berhormat.
Okey, okey. Tidak apa, Yang Berhormat. Yang Berhormat bawa bagi saya... [Dewan riuh] Yang Berhormat bawa bagi saya.
Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.
Okey, terima kasih.
Sudah betullah, itu.
... Kak Wan makan sate tepi kolam, Soalan saya soalan nombor enam.
[Ketawa] [Dewan riuh] Salah hujungnya itu.
Itu pantun, tarik baliklah. Itu pantun tidak betullah...
Ini serupa Karam Singh Waliakah?
6. Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bagaimanakah usaha untuk membangunkan pelancongan kesihatan dapat memperbaiki sistem perubatan di Malaysia dan bagaimanakah ia dapat membantu pesakit-pesakit yang berpendapatan rendah.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai yang telah mengemukakan soalan. Walaupun pantun tidak tally hari ini... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, sebanyak 35 buah hospital swasta telah dikenal pasti untuk mempromosikan pelancongan kesihatan. Kementerian Kesihatan menggalakkan hospital-hospital swasta ini agar mendapatkan akreditasi daripada badan penandaarasan kualiti tempatan iaitu Malaysian Society for Quality in Health atau MSQH serta badan penandaarasan kualiti antarabangsa seperti Joint Commission International atau JCI. Melalui usaha pentauliahan ini, hospital-hospital swasta yang mempromosikan pelancongan kesihatan ini dapat meningkatkan kualiti dan keselamatan penjagaan kesihatan serta memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang akan memanfaatkan semua golongan, tidak kira golongan tempatan ataupun golongan asing. Di samping itu, hospital-hospital ini juga digalakkan untuk mengembangkan perniagaan melalui aktiviti-aktiviti seperti pembinaan blok-blok baru dan pemerolehan atau penggabungan hospital serta klinik. Usaha pengembangan ini dapat menambahkan kapasiti katil bagi menampung permintaan tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat. Antara hospital-hospital swasta yang telah melaksanakan projek pengembangan hospital ialah Sunway Medical Centre, KPJ Ipoh Specialist Hospital, Institut Jantung Negara, Tropicana Medical Centre, Tawakal Hospital, Sime Darby Medical Centre dan Loh Guan Lye Specialist Centre. Di bawah peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006, hospital swasta dan kemudahan jagaan kesihatan swasta lain, kemudahan atau perkhidmatan jagaan swasta adalah dikehendaki untuk melaksanakan sumbangan sosial dan kebajikan dan kuantum yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan, tenaga manusia atau sumber lain kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
Justeru itu, hospital-hospital swasta yang menjana pendapatan yang berlebihan melalui pelancongan kesihatan secara tidak langsung akan memberikan sumbangan sosial dan kebajikan yang setaraf dengan kemampuan kewangan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Selain daripada mendorong peningkatan kualiti dan standard kemudahan serta perkhidmatan kesihatan di Malaysia, pelancongan kesihatan juga mampu menyumbang kepada kesan pengganda ataupun dengan izin, multiplier effect dalam memanfaatkan dan merangsang industri pelancongan, perhotelan, pengangkutan, perkhidmatan, perniagaan runcit dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelancongan kesihatan merupakan satu industri yang sedang berkembang pesat di negara ini. Apabila kita teliti daripada hasrat kerajaan, semua hospital-hospital dan juga sistem perubatan ini diberikan lesen oleh kerajaan. Kerajaan betul-betul mengambil perhatian yang cukup serius terhadap ini. Oleh kerana saya bukan sahaja melihat daripada website Kementerian Kesihatan, malah website Kementerian Pelancongan dan juga saya mendapati bahawa perubatan-perubatan kritikal, rawatan-rawatan kosmetik dan pemulihan dan perubatan kritikal seperti bypass adalah di antara yang menjadi keutamaan kepada mereka yang datang sebagai pelancong kesihatan. Jadi, kos yang digambarkan oleh kerajaan adalah lebih kurang USD6000 hingga USD7000. Ini daripada website rasmi kerajaan Malaysia. Jadi, kos untuk pelancong- pelancong perubatan ini bagi pembedahan bypass adalah di antara USD6000 hingga USD7000 iaitu mungkin di antara RM20,000 hingga RM24,000. Namun begitu, rakyat Malaysia juga, mereka terpaksa bayar kadang-kadang RM20,000 hingga RM40,000 dan sebagainya. Jadi, seperti kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa industri ini memberi peluang-peluang yang lebih kepada rakyat melalui pengangkutan dan juga industri dan hotel dan sebagainya. Akan tetapi saya terkilan juga apabila hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menuju, memberi perubatan percuma, hasrat ini tidak langsung, tidak langsung bergerak daripada Kerajaan Barisan Nasional hari ini. Setiap tahun, kos perubatan naik mendadak. Setiap tahun, tidak pernah turun. Macam manakah caranya kerajaan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya rakyat, supaya rakyat dapat menikmati faedah-faedah perubatan yang percuma pada masa akan datang kerana saya percaya di antara dorongan untuk memberi rawatan percuma kepada semua rakyat Malaysia di antara pendapatan hasil daripada pelancongan ini.
Yang Berhormat. Sudah soalankah itu?
Biar saya habiskan.
[Menyampuk]
Di antara pendapatannya adalah daripada pendapatan pelancongan kesihatan ini. Jadi, saya mahu tahu apakah langkah- langkah yang diambil menjurus kepada memberi perkhidmatan perubatan percuma untuk rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, rakyat asing yang datang ke sini menikmati perubatan yang baik. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat ke atas soalan yang dipanjangkan. Saya ingin walaupun soalan Yang Berhormat terlalu berpusing-pusing tetapi insya-Allah saya cuba untuk menawarkan jawapan yang sebaik mungkin, sebaik yang saya mampu. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, pelancongan kesihatan hanya ditawarkan kepada hospital-hospital swasta dan pelancongan kesihatan ini telah mengenal pasti sebanyak 35 buah hospital telah dikenal pasti untuk mempromosikan pelancongan kesihatan ini.
Jadi sekiranya ianya ditawarkan kepada hospital swasta, hospital kerajaan yang sedia ada menumpukan lebih kepada pemberian perkhidmatan kesihatan dengan menawarkan pembiayaan sepenuhnya ataupun separa dan di hospital kerajaan juga Yang Berhormat, kita menawarkan skim full paying patient di mana pesakit kita mempunyai pilihan untuk sama ada mereka ingin mendapatkan full paying patient, bermakna mereka akan membayar kos perubatan dengan sepenuhnya di mana mereka mempunyai hak untuk memilih sama ada pakar mengikut pilihan mereka masing-masing dan juga they will have, dengan izin, shorter waiting list, waiting period. Itu sebenarnya pilihan yang ada kepada pesakit-pesakit yang ada di negara kita Yang Berhormat. Penglibatan Kementerian Kesihatan di dalam pelancongan kesihatan ini Yang Berhormat kita tidak dapat elakkan kerana aktiviti ini melibatkan industri kesihatan. Peranan Kementerian Kesihatan dalam aktiviti termasuklah pemantauan profesionalisme pengamal perubatan dari segi keselamatan, standard serta kualiti perkhidmatan dan juga usaha membantu di dalam promosi dan juga pemasaran. Sebenarnya Yang Berhormat, kementerian sentiasa memantau perkembangan industri hospital swasta untuk memastikan perkembangan sektor ini adalah selaras dengan keperluan negara. Namun Yang Berhormat, walaupun Kementerian Kesihatan terlibat dalam aktiviti pelancongan kesihatan yang ditawarkan khusus kepada hospital-hospital swasta ini, Kementerian Kesihatan memang tidak akan mengabaikan tanggungjawab yang utama iaitu untuk memastikan kita memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan sudah tentu usaha dijalankan untuk menaikkan taraf kesihatan rakyat Malaysia yang merupakan hasrat yang utama kepada kerajaan dan seterusnya pada masa yang sama kita juga akan memastikan Malaysia mampu menjadi pusat kecemerlangan penjagaan kesihatan di rantau ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sedar bahawa usaha kerajaan untuk terlibat secara langsung dalam pelancongan kesihatan ini adalah sesuatu yang baik untuk generate income kepada negara dan sebagainya. Akan tetapi menerusi senarai yang diumumkan oleh Yang Berhormat iaitu kumpulan-kumpulan hospital swasta yang terlibat yang telah diberi kebenaran ataupun lesen untuk menjalankan tanggungjawab ini, terdapat daripadanya adalah kumpulan- kumpulan yang dimiliki oleh GLC ataupun Khazanah yang pada saya sebelum kita hendak bagi orang lain menikmati suasana yang begitu baik, apa salahnya kalau mereka ini menjalankan sebahagian daripada tanggungjawab CSRnya iaitu dengan mengambil sejumlah pesakit tertentu daripada golongan yang miskin dan tidak bernasib baik di kalangan rakyat tempatan sebagai tanggungjawab CSR dengan ditawarkan insentif-insentif tertentu oleh pihak kerajaan untuk memastikan tanggungjawab CSR ini dapat dilaksanakan oleh sebahagian GLC yang memiliki hospital-hospital swasta yang ternama di negara kita. Kemudian beberapa isu yang akan timbul daripada ini ialah akan berlaku penghijrahan doktor-doktor pakar ke sektor ini hasil daripada tawaran dan gaji yang lebih menarik dan juga mungkin tanggapan akan mengatakan bahawa kerajaan akan mengabaikan peningkatan taraf kesihatan rakyat negara ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat sebelum kita hendak melihat isu ini dengan lebih meluas, perkara-perkara yang sebegini harus di atasi oleh pihak kementerian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Sukacita saya menjawab Yang Berhormat bahawasanya di bawah Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006, kemudahan ataupun perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sebenarnya secara dasarnya yang diminta Yang Berhormat untuk melaksanakan sumbangan sosial dan kebajikan dengan jumlah yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan facilities tersebut. Lagipun Yang Berhormat, hospital-hospital swasta ataupun facilities perubatan yang menjana pendapatan berlebihan melalui service ataupun khidmat mereka secara tidak langsung akan memberikan sumbangan sosial dan kebajikan setaraf dengan kemampuan mereka.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, facilities ini selain daripada hospital kerajaan yang menawarkan tabung perubatan, terdapat juga facilities perubatan ini yang mempunyai ataupun mencipta tabung perubatan masing-masing dan melalui tabung ini mereka membantu pesakit-pesakit yang mempunyai kurang kemampuan dari segi untuk membayar kos-kos perubatan dan juga peralatan perubatan yang perlu dibeli oleh pesakit- pesakit tersebut Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat yang kedua, sukacita saya menjawab Yang Berhormat melalui kajian dan pemantauan Kementerian Kesihatan, kementerian mendapati bahawa peratusan peletakan jawatan oleh pakar-pakar perubatan ataupun pegawai perubatan sebagai penjawat awam sebenarnya menunjukkan trend penurunan Yang Berhormat. Ini menunjukkan bahawa tiada hubung kait yang nyata yang mengatakan bahawa kegiatan promosi pelancongan kesihatan itu mengakibatkan lebih ramai pegawai perubatan pakar yang berhijrah daripada sektor awam ke sektor swasta. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bagi tempoh tiga tahun ini iaitu pada tahun 2006 hingga 2008, kadar peratus tahunan pegawai perubatan pakar yang meletak jawatan berbanding dengan pegawai perubatan pakar yang berkhidmat adalah di antara 2.4 peratus :3.3 peratus , iaitu 2.4 peratus yang meletak jawatan dan pakar yang berkhidmat adalah 3.3peratus berbanding dengan kadar peratusan iaitu 5.1 peratus pada tahun 2003. Sebaliknya Yang Berhormat, jumlah pelancong kesihatan negara kita telah meningkat secara purata sebanyak 20 peratus dari tahun 2003 hingga ke 2008 Yang Berhormat. Jadi untuk maklumat tambahan Yang Berhormat juga, dilaporkan pada tahun 1998 sahaja sejumlah 39,114 pelancong kesihatan direkodkan dan telah menjana pendapatan sebanyak RM14.1 juta kepada pendapatan negara dan pada tahun 2008 bilangan pelancong kesihatan mencecah kepada 374,063 orang dan telah menjana pendapatan sebanyak RM299.1 juta kepada pendapatan negara. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
7. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah aktiviti atau program yang telah dirancang oleh pihak kementerian mengenai produk pertanian secara komersial di bawah RMK-9. Nyatakan juga apakah rancangan aktiviti pihak kementerian dan peruntukan di bawah RMK-10 serta jumlah bajet tahun 2010 khasnya di negeri Sarawak masih banyak tanah kosong boleh diusahakan untuk pertanian komersial.
Tuan Yang di-Pertua, aktiviti atau program utama...
Ini sama-sama Sarawak.
Ya. Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, aktiviti atau program utama yang telah dirancang oleh pihak kementerian mengenai produk pertanian secara komersial di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah melalui projek berimpak besar seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Zon Industri Akuakultur dan Pusat Fidlot Nasional. Program yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di negeri Sarawak adalah Program Mempelbagaikan Pertanian, Program Pembangunan Industri Buah-buahan dan Program Pembangunan Pertanian Komersial. Pada masa sekarang, kementerian sedang dalam proses penyediaan dokumen bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, hala tuju strategik yang dicadangkan adalah bagi meningkatkan daya saing sektor agromakanan melalui pewujudan sistem makanan bagi meningkatkan syer pasaran, berdasarkan daya saing, kos, nilai tambah, kualiti dan keselamatan makanan serta kemampanan persekitaran. Di antara cadangan program kementerian yang sedang dirancang untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, termasuk Program Peningkatan Pengeluaran Makanan, Program Pengeluaran Produk Sumber Baru Agromakanan dan juga Program Peningkatan Pelaburan Sektor Swasta dalam Agromakanan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan kepada soalan saya. Soalan tambahan saya ialah, apakah perancangan pihak kementerian bagi menambah jumlah produk pertanian seperti padi, sayur-sayuran, daging dan lain-lain makanan asas untuk menampung keperluan makanan di negara kita?
Terima kasih Yang Berhormat Sarikei. Yang Berhormat, tadi saya telah menjelaskan bahawa, itu adalah teras program- program kita di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Zon Akuakultur dan selepas itu, mengadakan sistem fidlot untuk kita mengeluarkan ternakan. Untuk makluman Yang Berhormat, semua program itu juga kita panjangkan ke Sarawak, dan pada masa yang sama kita bekerjasama dengan Jabatan Pertanian di Sarawak untuk kita menghasilkan pelbagai pertanian secara komersial. Di bawah program mempelbagaikan pertanian, iaitu tadi saya telah katakan di mana ia terdiri daripada pembangunan pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan mengikut komersial atau ladang, iaitu seperti untuk mengadakan tanaman ladang seperti jagung, keladi dan tebu. Pada masa yang sama, kita juga hendak meningkatkan industri pembangunan buah-buahan iaitu dengan membangunkan buah- buahan tempatan seperti durian, mangga, guava, rambutan, nangka, cempedak, belimbing, buah naga, manggis, longan, langsat dan pelbagai lagi buah-buahan, untuk kita memastikan bahawa ia dapat dikeluarkan secara besar-besaran. Yang lainnya khasnya program di bawah kementerian, iaitu untuk meningkatkan industri buah-buah kelapa, di mana setakat ini, kita telah dapat pencapaian sehingga 60peratus untuk kita menggalakkan penanaman kelapa. Kita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, sebab projek pembangunan akuakultur komersial di bawah Zon Industri Akuakultur, di Sarawaklah telah dikenal pasti tanah yang terbanyak untuk kita menjalankan projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita juga menggalakkan pembangunan ternakan, di mana pembangunan ternakan di Sarawak juga kita ingin membangunkan bibit- bibit ternakan. Ini bermakna Yang Berhormat, keseluruhannya memang kita ingin supaya Sarawak juga membangun dari segi pertanian melalui pelbagai program yang kita wujudkan di kementerian ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang segender dan kita semua sayangi. Jawapan panjang lebar yang diberi ini mengenai buah-buahan, pertanian dan juga ternakan, tetapi semua ini perlukan manusia yang usahakan. Manusia ini ada lelaki dan perempuan. Jadi saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di sini sama ada faktor gender diambil pertimbangan? Berapa ramai petani dan penternak daripada kaum wanita? Adakah mereka menjadi sasaran untuk terus mendapat faedah dalam program- program ini? Saya rasa oleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri segender dengan saya dan kita semua mengambil berat tentang gender, jadi saya bertanya, adakah gender perspective di dalam semua program ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak berkaitan dengan soalan asal, boleh tidak dijawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dia pun ingin ketahui dan dia kata segender. Ini dari segi wanita, sama ada kita mengambil kira dari segi gender di dalam pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, di kementerian ini kita tidak kira dari segi gender. Kita memberi perhatian kepada semua petani, tidak kira mereka lelaki, wanita, tua atau muda. Kita rangkumkan semua.
Berkonsepkan 1Malaysia.
Ya, berkonsep 1Malaysia. Ini bermakna kita menggalakkan. Kalau kita genderkan, jadi bermakna kita nampak tidak memberikan satu penggalakan.
Untuk makluman, di Kementerian Pertanian kita ambil kira semua. Memang saya tahu dari segi kebimbangan Yang Berhormat, tetapi insya-Allah yang mana petani, penternak dan nelayan yang ada dari segi wanita, juga kita memberi khidmat yang sama seperti yang lain. Terima kasih.
8. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Diraja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kastam Diraja Malaysia telah berjaya membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk, dengan merampas barangan bernilai keseluruhannya sebanyak RM176 juta di seluruh negara bagi tahun 2008, dan sebanyak RM212 juta bagi tempoh Januari hingga November 2009. Jenis barangan yang berjaya dirampas adalah yang berisiko tinggi, iaitu yang mempunyai duti yang tinggi seperti rokok, minuman keras, kenderaan, alat telekomunikasi dan dadah. Dadah tidak dikenakan cukai, tetapi dirampas juga. Jumlah cukai yang sepatutnya dibayar bagi barang-barang seludup sejak tahun 2008 adalah RM472 juta. Itu yang perlu dibayar, tetapi tidak dibayarlah kerana dirampas. Bilangan tangkapan yang berjaya dibuat dari tahun 2008 hingga kini adalah seramai 4,193 orang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah hasil cukai di pintu-pintu masuk utama di sempadan? Berapakah sebenarnya jangkaan cukai yang sepatutnya dikutip jika penguatkuasaan lebih berkesan? Kedua, apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilaksanakan dalam masa tiga tahun ini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan dalam kutipan cukai kastam?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai perangkaan untuk setiap pintu masuk, tetapi saya boleh berikan jumlah mengikut negeri. Mengikut negeri, yang paling tinggi ialah negeri Selangor dengan nilai rampasan sebanyak RM131 juta dan cukai yang terlibat sebanyak RM168 juta. Tidak perlu kira yang sen-senlah.
Keduanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur nilai rampasan RM92 juta, cukai yang terlibat RM85 juta. Pulau Pinang RM63 juta, nilai rampasan cukai terlibat RM68 juta. Terengganu yang kecil sekali, tidak Labuan yang kecil sekali nilai rampasan RM808,000 cukai terlibat RM1.2 juta, Terengganu RM1.2 juta nilai rampasan RM2.9 juta cukai terlibat. Seluruh negeri adalah kalau Yang Berhormat ingin saya boleh bagi. Keduanya dari segi peningkatan usaha untuk mengelakkan ketirisan. Pihak Kastam telah membeli umpamanya bot-bot laju supaya mengawal perairan penyeludupan melalui pantai-pantai, membeli scanner yang baru. Buat masa ini tidak semua pintu masuk ada scanner. Kita dalam proses pembelian scanner. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi saya peluang. Kastam sebenarnya adalah sebuah agensi yang menjadi penyumbang kedua kepada revenue negara. Pada tahun lepas dia telah menyumbang sebanyak RM28 bilion dan pada tahun ini sasarannya adalah RM25 bilion. Dalam menjalankan kewajipan sama ada di darat ataupun di lautan mereka sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan dan juga bahaya. Penyeludup sentiasa bersedia untuk menggunakan senjata dan membunuh. Namun walaupun menghadapi risiko dan juga bersabung nyawa demi kedaulatan negara Kastam sentiasa bersedia untuk mencegah penyeludupan dan berjaya untuk mendapatkan pulangan yang cukup lumayan kepada negara. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Walaupun sebenarnya sistem memberi reward telah dihentikan oleh kerajaan bagaimanapun ia masih lagi tersebut dalam Akta Kastam. Adakah bentuk-bentuk lain yang kerajaan fikirkan sebagai penghargaan kepada semua usaha yang telah dijalankan oleh anggota Kastam. Mereka juga manusia macam kita.
Kalau kita ikut daripada pepatah Inggeris, penny-wise.., kita tidak mahu jadi, a pound-foolish tetapi kita yakin dengan sedikit insentif yang kita beri tadi mungkin kutipan kiat akan melambung tinggi. Jadi adakah kerajaan akan memikirkan tentang apa juga bentuk insentif supaya kita dapat memberikan satu semangat baru. Kita dapat menyuntik kepada semua kakitangan kastam ini supaya bekerja keras dan meningkatkan revenue negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan terhadap pegawai dan kakitangan Kastam yang terpaksa menyabung nyawa, kadang-kadang dalam menjalankan tugas mereka. Keduanya perlu dinyatakan juga bahawa jumlah tangkapan dan dari segi nilai dan juga dari segi bilangan telah meningkat sepanjang tahun. Setiap tahun, tahun demi tahun meningkat. Ini bermakna bahawa sebenarnya pihak kastam telah meningkatkan usaha dengan pelbagai cara dan juga dengan kaedah-kaedah baru, pembelian alat-alat baru supaya usaha penyeludupan ini dapat dibanteras. Ini juga menunjukkan usaha kuat pegawai-pegawai kastam dan peningkatan yang menyebabkan hasil tangkapan ini bertambah dari tahun ke tahun. Ketiganya pihak kastam, saya yakin juga telah mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan kakitangan mereka. Saya yakin ada pelbagai usaha dan program. Walaupun reward ini memang diberhentikan kerana walaupun ianya dilaksanakan pada satu masa dahulu. Akan tetapi timbul keadaan di mana agak sukar hendak membezakan tugas yang dilakukan sebagai sebahagian daripada tugas pegawai kastam tersebut. Ataupun di luar tugas yang menyebabkan mereka mendapat reward. Ada rasa tidak senang umpamanya di kalangan setengah-setengah ahli yang lain mengapa mereka yang tertentu mendapat reward, yang lain tidak reward. Jadi ini diberhentikan. Akan tetapi kalau ada apa-apa skim lain insentif yang dirasakan boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Kementerian Kewangan sentiasa bersedia untuk melihat dan mengkajinya. Terima kasih. [Soalan No. 9 – Y.B. Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib (Langkawi) tidak hadir]
10. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, tidak adakah cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah untuk melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya yang baru yang benar-benar menggambarkan amalan rakyat didahulukan prestasi diutamakan bukan sebagai alat propaganda kerajaan sahaja.
Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, RTM sebagai media rasmi kerajaan bukan hanya berfungsi sebagai penyiar berita dan maklumat tetapi merangkul semua tugasan membina negara bangsa. Ini telah dilaksanakan semenjak negara merdeka sampailah ke saat ini. Tinggal lagi sebagai sebuah badan penyiar dalam orientasi dan cita- cita memenuhi pelbagai kehendak dan juga teguran RTM sentiasa memperbaiki siarannya dan mutu siaran tersebut. Apa juga perancangan dan aktiviti penyiaran adalah mengambil kira cita rasa khalayak yang membuktikan bahawa rakyat itu didahulukan. Dalam penjadualan rancangan RTM memperuntukkan 30 peratus masa siaran bagi menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan. Manakala 70 peratus dimuatkan dengan rancangan-rancangan hiburan berinformasi dan rancangan-rancangan berkonsepkan pembentukan negara bangsa. Matlamatnya adalah untuk membantu pembentukan budaya baru dalam kalangan rakyat. Tuan Yang di-Pertua RTM juga memperhebatkan usaha untuk memastikan rakyat memahami, menghayati dan mengamalkan gagasan 1Malaysia yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini termasuk menyiarkan kapsul, lagu, berita dan dokumentari.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Apakah usaha yang telah dibuat oleh RTM bagi memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat yang seimbang dari pelbagai pihak. Supaya rakyat dapat membuat penilaian dan pilihan dengan tenang dan waras. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua terima kasih di atas soalan tambahan itu. Sebenarnya dalam masa saya menjawab sebentar tadi telah pun dikemukakan jawapannya. Akan tetapi dalam masa yang sama bak kata pepatah hendak tahu jalan selalu bertanya hendak lancar kaji diulang-ulang. Jadi saya ulanglah balik. Faktor yang pertama ialah bagi kita mendapatkan punca berita dan juga sesuatu dokumentari itu berasas kepada nilai kepentingan rakyat. Oleh itu suatu peruntukan yang telah diberi oleh kerajaan misalnya untuk program-program yang menimbulkan kesanggupan rakyat untuk bersama-sama menukar sikap dalam menjayakan negara. Ini kita utamakan. Dalam layanan-layanan yang lain juga misalnya kita tidak lagi mengadakan hiburan-hiburan yang dibawa terus dari luar negara tanpa penapisan untuk menyesuaikan dengan budaya tanah air.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai dengan matlamat RTM iaitu membentuk satu budaya baru untuk Malaysia.
Saya ingin merujuk beberapa rancangan di RTM yang saya kira tidak membantu ke arah matlamat itu iaitu satu program yang dikenali sebagai Sehati Berdansa ya? Yang Berhormat, saya lihat anak-anak ini begitu tertarik dengan program ini, tetapi apa yang kita lihat ialah tarian Bollywood, tarian belly-dance, di mana tarian ini terpaksa berpeluk-pelukan antara laki-laki dengan perempuan. Itu pun kadang-kadang orang tidak tahu suami isteri. Kalau di khalayak ramai, kita suami isteri tidak juga berpeluk-pelukan di tengah jalan. Jadi, saya sendiri Yang Berhormat, melihat ini kalau boleh diperhalusi kerana saya percaya efeknya boleh diragui...
Ini 1Malaysia.
Satu lagi saya menambah Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang matlamat untuk memperkukuhkan Gagasan 1Malaysia. Ada pepatah Melayu mengatakan, “tak kenal maka tak cinta”. Perpaduan itu hanya dapat dicapai sekiranya semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan keturunan di Malaysia ini mengenali satu antara lain secara mendalam. Jadi, saya percaya bahawa RTM mempunyai peranan yang penting. Umpamanya saya telah bertanya di Dewan ini sama ada RTM bercadang untuk memberi ruang dalam siaran TV kepada dialek-dialek di Malaysia ini supaya rakan-rakan kita di seluruh pelosok Malaysia ini mengerti dan memahami budaya masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan khusus terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya sendiri tidak lihat atau tonton Sehati Berdansa tadi, tetapi dalam konteks kita berkeluarga, kalau setakat ada pasangan berdansa, saya kira ini lebih diterima oleh masyarakat berbanding dengan bercium dalam khalayak. Jadi, dalam tapisan yang sudah dijalankan oleh semua badan penyiar Tuan Yang di-Pertua, beberapa etika telah ditentukan. Salah satu daripada etika ini ialah perkataan tidak menyalahi budaya tempatan, budaya Malaysia. Dalam keadaan sedemikianlah, kalau berseronok dengan isteri di khalayak ramai, berpegang sedikit secara mesra, saya fikir tak salah... [Disampuk] Kita memberi satu gambaran manifestasi kemesraan kita kepada masyarakat atau diri kita sendiri. Tinggal lagi sekiranya itu masih menjolok mata, kita akan buat perkiraan yang baru dan dalam tema-tema yang akan kita sajikan tahun baru nanti, kita akan ambil pandangan itu sebagai satu asas perkiraan. Namun, saya menerima baik cadangan daripada Yang Berhormat supaya pemusatan siaran kita ke wilayah diberi perhatian yang serius oleh kerana jangkauan kita untuk memberi berita dan juga ulasan dokumentari ataupun filem-filem dokumentari tentang Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri kita yang menjadikan gagasan Malaysia itu diberi pandangan yang serius dan isian dalam program RTM.
Oleh itu, kita telah mengarahkan bagi tahun depan, penilaian tentang budaya di Sabah dan Sarawak, amalan-amalan tentang perlakuan tradisi akan kita filemkan dan kita akan sajikan mengikut taburan hak kepentingan budaya di Sabah dan Sarawak supaya jalinan itu sesungguhnya meneguhkan Gagasan 1Malaysia. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi soal jawab untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 3 Disember 2009”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat, boleh? Peraturan Mesyuarat.
Ya, okey. Peraturan Mesyuarat apa Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 21(1). Beberapa kementerian dalam peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa telah mengambil keputusan untuk menjawab secara bertulis dan telah pun dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan. Saya cuma ingin tanya bila jawapan ini akan diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebab ada yang sudah berlalu sampai dua tiga minggu yang kita tidak mendapat jawapan bertulis. Jadi, saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua buat ruling dan minta supaya menteri-menteri memberikan jawapan-jawapan bertulis seperti yang dijanjikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Belud.
Belum terima, belum terima lagi.
Keadaan yang sama.
Ya, saya setuju. Sama, soalan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua...
Tak perlu sokongan Yang Berhormat.
Kementerian Pelajaran.
Kementerian Kewangan.
Yang ini tak perlu sokongan Yang Berhormat ya.
Kementerian Pelajaran sampai sekarang belum beri jawapan.
Tuan Yang di-Pertua...
Kita belum terima ini semua. Sudah berapa kali!
Kementerian Kewangan tentang gender budgeting belum bagi lagi. Bila nak bagi ya?... [Dewan riuh]
Menteri KPI sila lihat. Menteri KPI kena tengok ini, tak jawab lagi ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara lagi selain daripada apa yang disebut oleh sahabat saya tadi iaitu soalan bertulis. Lima soalan bertulis itu sehingga sekarang kita masih belum terima soalan bertulis. Sepatutnya kadang-kadang kita minta soalan bertulis itu kerana kita nak guna pakai dalam penghujahan-penghujahan dalam perbahasan kita, tetapi sehingga sekarang masih belum dapat.
Baik Yang Berhormat, baiklah Yang Berhormat. Saya minta agar kementerian-kementerian terlibat itu mengambil nota terhadap teguran ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kesepuluh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.29 [Jadual] - Maksud P.29 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill
Saya jemput Yang Berhormat Ledang untuk menyambung perbahasan untuk selama lima minit lagi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri mendengar perbahasan di bawah kementeriannya. Pagi-pagi ini saya lebih awal untuk mengucapkan sedikit dukacita, tumpang dukacita di atas kecederaan yang menimpa Ahmad Faiz Roslan dan Muhammad Faris Abdullah yang terkena serpihan peluru penabur dari senapang patah di Kedai Tenaga Bedford di Jalan Klang Lama. Mudah-mudahan kedua-dua budak kecil ini segera sembuh dan pihak TNB menyiasat segera supaya perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa yang akan datang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, semalam saya telah menyebut tentang Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik. Saya bertanya bagaimana ia dibelanjakan, bagaimana dengan pembelaan ke atas kawasan pedalaman iaitu terutamanya kampung Orang Asli dan bagaimana kalau boleh lampu jalan di kampung-kampung juga dicaj ke situ sebab saya dapat tahu ada beberapa kawasan mendapat peruntukan lampu jalan kampung daripada peruntukan tersebut dan saya ingin supaya peruntukan tersebut juga dapat dibawa ke Ledang. Tuan Pengerusi, semalam juga saya telah menyebut tentang persediaan kita mengambil alih kawasan tadahan air di Gunung Pulai dan PUB Skudai, dari segi tahap penyelenggaraan, operasi manual dan sebagainya. Tuan Pengerusi, pada hari ini saya akan menyentuh tentang Butiran 060900 - Geran Pelancaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Setakat ini saya ingin bertanya berapa peratuskah pelaksanaan, terutama tentang perpindahan perkhidmatan bekalan air negeri-negeri ke rejim perkhidmatan SPAN ini? Apa yang saya tahu setakat ini Johor, alhamdulillah saya ucapkan tahniah, sudah tidak ada masalah, segala hutang yang ditanggung pun dapat diselesaikan. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya apakah masalah-masalah yang dihadapi ke atas perpindahan daripada yang sedia ada kepada SPAN ini dan bagaimana pihak kementerian boleh mempercepatkan proses perpindahan tersebut? Ini kerana saya mendapat maklum, banyak lagi negeri sama ada negeri bukan pembangkang ataupun negeri pembangkang yang belum lagi berhijrah kepada SPAN.
Jadi Tuan Pengerusi saya fikir ini penting kerana penggal lepas kita telah pun meluluskan akta ini, dan saya yakin bagi negeri Johor yang telah berpindah kepada SPAN boleh dijadikan contoh tentang kecekapannya tentang pembaharuannya, tentang faedah- faedah yang diperolehi dan sebagainya. Saya rasa sewajarnya model yang baik itu menjadi rujukan kepada negeri-negeri lain dan tidak ada soal-soal politik dan sebagainya, tetapi yang penting ialah rakyat mendapat air yang cukup, bersih dan berkualiti. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 010300 - Teknologi Hijau dan Air. Tuan Pengerusi, ini penting Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) telah pun menubuhkan Green Building Index Company bertujuan untuk melatih terutamanya pengamal-pengamal industri terutamanya profesional menjadi Green Building Index Certifier tetapi masalahnya sekarang ialah kos yang dikenakan terlalu mahal. Jadi saya berpendapat mungkin pihak kementerian boleh memikirkan tentang apakah insentif yang boleh diberikan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan program tersebut khususnya untuk membantu pengamal industri termasuklah juruteknik, supaya akhirnya mereka menjadi lebih mahir, lebih kompeten dan kita dapat mempercepatkan lagi proses dan pelaksanaan Green Building dan lain-lain tenaga yang boleh dihasilkan daripada tenaga hijau ini supaya negara kita akan lebih ke hadapan di dalam tenaga hijau dan kita dapat bersaing dengan negara-negara lain.
Apa yang penting sekali, mudah-mudahan pada masa akan datang kita dapat mengeksport segala perkakasan, peralatan yang diperlukan di dalam membantu dunia untuk mengurangkan kesan daripada global warming dan kita meningkatkan penggunaan tenaga hijau. Akhirnya Tuan Pengerusi tentang Butiran 060800 - Program Pembangunan Kuasa Nuklear ini. Kita difahamkan tempoh hari kita ada sedikit perbincangan, iaitu tenaga ini dijangkakan akan kita terima pakai seterusnya pada tahun 2025, lebih kurang dan...
Ringkaskan Yang Berhormat.
Ya, sedikit lagi. Akan mula diolah pada tahun 2015. Jadi saya tahu bukan mudah untuk orang ramai menerima perubahan ini terutamanya apabila orang ramai memikirkan tentang kesan yang besar, kesan radiasi yang dibenarkan walaupun hanya 0.002 msv, jika dibandingkan dengan 2.4 yang banyak berlaku di sekeliling kita, tetapi dari segi impaknya kalau berlaku kemalangan ini yang sukar untuk rakyat fahami dan terima. Oleh itu saya yakin dan pasti pihak kementerian ada rancangan tertentu yang perlu kita bantu untuk kita menyebarkan kepada masyarakat tentang kesediaan kita untuk kegunaan tenaga nuklear pada masa akan datang. Jadi Tuan Pengerusi, sekian terima kasih saya menyokong.
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, semalam rakan Tuan Pengerusi menyatakan bahawa orang yang ada pada pukul 10.30 malam semalam akan diberi peluang untuk berucap.
Baik, Yang Berhormat. Saya tidak dimaklumkan Yang Berhormat, insya-Allah.
Akan tetapi saya ada Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di bawah Maksud B.29, Butiran 020000 - Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor berjumlah RM3.6 juta yang melalui kawasan Hulu Langat. Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kementerian dalam usaha mengatasi krisis air di Malaysia amnya dan Selangor serta Wilayah Persekutuan khasnya yang dijangka boleh beroperasi dalam tahun 2013 atau 2014 nanti. Walau bagaimanapun saya sangat berharap supaya kementerian dapat mengawasi dengan lebih dekat dan berkesan, kerja-kerja kontraktor di peringkat awal yang melibatkan pembersihan kawasan hutan. Kesan yang dirasai oleh penduduk sekitar projek ini, iaitu di Lubuk Kelubi, Hulu Langat ialah berlakunya ribut taufan akibat dari pembukaan hutan yang merosakkan rumah mereka, bumbung rumah mereka dibawa angin. Apabila hujan lebat pula berlaku banjir lumpur yang memasuki rumah mereka dan memusnahkan harta benda dan perusahaan mereka seperti projek akuakultur di situ. Yang menyedihkan ada di antara rumah-rumah mereka juga sudah retak dan sebagainya tetapi, mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun ada perbincangan antara penduduk dengan wakil kementerian. Oleh itu saya sangat berharap bantuan kementerian untuk membela nasib penduduk Lubuk Kelubi Hulu Langat yang tertekan apabila projek ini dijalankan. Tuan Pengerusi, di bawah Maksud B.29, Butiran 030000 - Bekalan Air berjumlah RM21,059,600 dan P.29 Butiran 09100 - Rancangan Bekalan Air Selangor berjumlah RM51,919,000.
Saya ingin menarik perhatian kepada banyak aduan dari rakyat berkait dengan kualiti bekalan air oleh SYABAS disebabkan oleh tekanan rendah dan sering kali berlaku paip pecah sepanjang Jalan Cheras, Hulu Langat. Saya juga mendapat banyak SMS dari orang ramai, bahawa kejadian yang sama dan masalah kualiti air berlaku di Datuk Keramat, Kepong, Putrajaya dan Rawang. Saya juga difahamkan terjejasnya kualiti bekalan air ada kaitan dengan penstrukturan semula industri air yang belum selesai dan peranan SPAN yang kurang berkesan dalam menghadapi krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Oleh itu saya berharap kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan mempercepatkan penyelesaian penstrukturan semula industri air, mempertingkatkan mutu perkhidmatan air dengan meningkatkan kecekapan SPAN dan menyalurkan bantuan kewangan kepada SYABAS dalam memperbaiki mutu kualiti air, sama ada disebabkan oleh tekanan air yang rendah dan penukaran paip asbestos yang lama di samping memberi bekalan baru kepada taman-taman perumahan baru yang berkembang dengan pesat. Tuan Pengerusi, merujuk kepada Maksud B.29, Butiran 030000 - Bekalan Air, mengenai projek pengambilalihan air di bawah tanah oleh Sime Darby di Batang Padang, Perak yang dianggarkan mengeluarkan 500 juta liter sehari, dan disalurkan ke Selangor. Saya menyokong agar kementerian bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menimbang semula projek ini. Tuan Pengerusi, saya kurang puas hati kerana kementerian sebelum ini sudah memberi harapan yang tinggi dalam program-program di bawah seperti yang saya sebutkan nanti - Butiran 060600 - Program Teknologi Hijau berjumlah RM5 juta yang baru dibuat promosi. Yang kedua Butiran 060700 - Pusat Tenaga Malaysia (Aktiviti Pembangunan Teknologi Hijau) berjumlah RM20 juta yang dicadangkan untuk ditukar kepada Pusat Teknologi Hijau. Butiran 060800 - Program Pembangunan Kuasa Nuklear berjumlah RM5 juta yang telah dipersetujui sebagai satu alternatif dalam polisi kepelbagaian bahan api. Maksud P.29, Butiran 00100 - Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui berjumlah RM9,168,800 yang kita berharap sebahagian dari peruntukan ini kementerian dapat memberi insentif atau bantuan kepada penjana-penjana tenaga yang boleh diperbaharui. Umpamanya pertama biomas dari sisa kelapa sawit atau sisa pepejal bandaran yang kita difahamkan ada beroperasi di Johor Bahru dan juga di Semenyih, Hulu Langat. Pengeluaran sel photovoltaic untuk menyimpan tenaga solar yang ada di Kulim supaya mereka dapat mencapai sasaran 5peratus jumlah tenaga yang dibekalkan kepada grid nasional.
Saya berharap kementerian dapat memberi penjelasan berkaitan butiran-butiran yang saya sebut di atas tadi mengenai rancangan yang akan dijalankan dengan peruntukan yang terbatas ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut serta dalam membincangkan di peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Saya ingin menyentuh kepada Butiran 11600 - Rancangan Bekalan Air Sarawak. Saya hendak bertanya kepada kementerian apakah perancangan kementerian untuk memastikan kawasan-kawasan pedalaman untuk mendapatkan bekalan air seperti kawasan-kawasan yang lain yang sudah menikmati keperluan asas ini. Tuan Pengerusi dan semua yang hadir di Dewan yang mulia ini baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru sahaja balik dari menghadiri CHOGM dan trend pada akhir-akhir ini dalam persidangan-persidangan yang kita hadiri kebanyakannya berbincang menjurus ke arah perubahan iklim.
Berhubung dengan perubahan iklim ini air merupakan salah satu dari sumber yang utama, maka adalah penting perancangan bekalan air ini disusun atur dan dibekalkan kepada rakyat khasnya kepada rakyat di luar bandar secara yang baik dan berkualiti. Seterusnya Butiran 80000 - Projek Pembetungan Negara, dan juga Butiran 80003 - Program Kesedaran, dan Butiran 80004 - Program Pembangunan Latihan dan Kemahiran. Tuan Pengerusi, saya rasa sudah tibalah masanya kita yang mengakui diri kita sebagai sebuah negara membangun untuk mempunyai sistem pembetungan yang baik. Kalaulah di kawasan bandar sistem pembetungannya sudah baik dan bagaimana pula dengan sistem pembetungan di kawasan luar bandar. Saya rasa Tuan Pengerusi sendiri pun tahu perkara ini menjadi satu perkara yang masih perkara biasa di kawasan kita di negeri Sarawak dan saya rasa di Sabah juga di mana sistem pembetungan masih lagi belum begitu baik untuk kita di kawasan luar bandar. Jadi Tuan Pengerusi tidak perlulah saya memberi penjelasan mengenai kesan terhadap environment termasuk kita sendiri sebagai individu ini akibat dari sistem pembetungan yang tidak efisien ini. Tuan Pengerusi, program kesedaran sangat penting kepada masyarakat. Masyarakat secara keseluruhannya perlu diperkasakan supaya dapat menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar yang kita pinjam dari generasi yang akan datang. Saya menawarkan NGO yang saya wakili di negeri Sarawak untuk diberi program kesedaran dan latihan untuk membantu memulihara alam sekitar melalui perkhidmatan pembetungan yang baik ini. Seterusnya kepada Butiran 060300 - Program Kualiti (ISO), dan Butiran 060600 - Program Teknologi Hijau. Program kualiti ISO memang baik dan saya ingin menyarankan agar ISO standard ini bukan hanya untuk akademik sahaja di peringkat jabatan atau organisasi sahaja. Standard ISO ini perlu dipanjangkan kepada pembekalan air berkualiti serta penggunaan sistem pembetungan yang juga berkualiti untuk masyarakat. Jadi kita sebagai rakyat ingin hendak mengetahui macam manakah pihak kementerian memastikan agar ini dilaksanakan dan agar masyarakat dan rakyat tahu apakah perancangan kementerian supaya kita lebih transparent pelaksanaan ISO Standard ini supaya ianya bukan menjadi satu standard yang hanya menumpukan kepada paper sahaja, dengan izin. Penglibatan setiap individu termasuk kanak-kanak sekolah dalam program teknologi hijau hendaklah diperluaskan supaya pemuliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab semua dan bukan hanya menjadi tanggungjawab kementerian sahaja. Ia juga boleh meringankan beban kementerian. Maka dengan itu saya mengharapkan agar kementerian boleh memberi insentif kepada organisasi ataupun kepada sekolah-sekolah yang mengambil berat terhadap program teknologi hijau ini dan ini termasuk kepada NGO- NGO yang ingin menyertai program latihan teknologi hijau ini. Seperti yang saya katakan tadi Tuan Pengerusi mungkin kementerian boleh menimbangkan NGO-NGO yang ingin melibatkan diri dan saya ingin menawarkan NGO di negeri Sarawak kerana Yang Berhormat Menteri kita dari negeri Sarawak mungkin mudah untuk kita menghubungi pihak yang terlibat dalam program latihan yang menjurus kepada program teknologi hijau ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya menyokong. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan dua isu yang berkait dengan Butiran 060900 - Geran Pelancaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Isu pertama yang saya hendak bangkitkan ialah mengenai pelantikan anggota SPAN, khususnya saya minta Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini apakah kriteria yang diguna pakai oleh kementerian dalam pelantikan anggota SPAN. Saya timbulkan soalan ini sebab saya dapati ada beberapa anggota SPAN adalah pengusaha-pengusaha atau perunding- perunding air. Dalam kata lain SPAN tidak bebas tetapi di bawah pengaruh pemain-pemain industri.
Kalau kita baca laporan tahunan SPAN untuk tahun 2008 yang ada di depan saya ini, pada muka surat 19 dan juga muka surat 24 kita dapati dua orang yang ada dalam SPAN iaitu seorang Pengarah Eksekutif Syarikat Juru Perunding SMHB. Kalau kita melawat laman web SMHB kita dapati bahawa dan saya baca dengan izin Tuan Pengerusi the firm was involved in the development of water supply in Selangor, particularly Klang Valley since 1960 dan SMHB juga menjadi pakar rujuk kepada interstate raw water transfer from Pahang to Selangor dan mereka juga merupakan pakar rujuk kepada beberapa projek air di Malaysia. Seorang lagi anggota SPAN ialah rakan kongsi KPMG dan pengarah perkhidmatan penasihat perniagaan KPMG. Seperti yang diketahui umum KPMG adalah firma perunding yang menggalakkan kerajaan-kerajaan negara membangun untuk menswastakan perkhidmatan air. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, masalah melantik peniaga dan perunding air atau industry players menjadi pesuruhjaya SPAN ialah mereka akan menggunakan jawatan dan kuasa mereka sebagai pesuruhjaya untuk membuat keputusan demi kepentingan pihak swasta dan keputusan-keputusan ini mungkin bertentangan atau bercanggah dengan kepentingan negara atau rakyat. Dalam kata lain pesuruhjaya- pesuruhjaya ini akan menggunakan kuasa mereka untuk pengaruhi dasar-dasar dan juga keputusan-keputusan kerajaan. Fenomena ini dipanggil regulatory capture oleh Richard Posner seorang hakim dan juga seorang ahli ekonomi. Mengikut Richard Posner, regulatory capture adalah satu fenomena di mana gamekeeper ataupun di sini regulator seperti SPAN turns poacher or at least helps the poacher dan Richard Posner menekankan bahawa dengan izin, “overtime regulatory agencies come to be dominated by the industries regulated and captured by the regulator firms.” Oleh kerana fenomena regulatory capture ini maka kerajaan harus waswas dengan pelantikan pesuruhjaya di SPAN. Soalan yang saya hendak bangkitkan dengan Yang Berhormat Menteri ialah bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini dalam pelantikan yang akan datang pihak pengusaha atau perunding-perunding air tidak dilantik sebagai anggota SPAN. Isu yang kedua yang saya hendak bangkit ialah mengenai laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Saya memang sedar bahawa laporan ini bukan di bawah tanggungjawab kementerian Yang Berhormat Menteri tetapi laporan awal yang dikeluarkan di media tempatan menunjukkan bahawa punca atau principle cause of the landslide atau tanah runtuh ini di Bukit Antarabangsa ialah kebocoran dari saluran paip yang aktif di rumah bekalan yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan cerun berkenaan.
Soalan saya ialah, adakah kerajaan atau SPAN akan menyiasat hal ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap firma-firma yang secara langsung atau tidak langsung telah mengakibatkan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Seperti yang diketahui umum, tanah runtuh ini telah mengorbankan lima rakyat Malaysia dan merosakkan harta benda yang dianggarkan berjuta-juta ringgit. Isu ketiga Tuan Pengerusi, soalan ini berkait dengan Butiran 09100 – Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor sebanyak RM50 juta. Soalan saya ialah adakah peruntukan ini akan disalurkan menerusi SYABAS? Ataupun apakah modus operandi yang akan diguna pakai oleh kementerian untuk salurkan peruntukan ini kepada rakyat Selangor. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi senarai yang lengkap mengenai semua projek yang akan dilancarkan oleh kementerian di negeri Selangor. Soalan saya yang berikut berkait dengan Butiran 010300 – Teknologi Hijau dan Air. Soalan saya ialah mengenai water conservation. Apakah strategi kementerian untuk menggalakkan rakyat negara ini untuk conserve water atau air tambahan lagi apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan rain water harvesting sebagai satu priority conservation air untuk tahun 2010.
Akhirnya saya harap Yang Berhormat Menteri menjelaskan kandungan Butiran 050600 – Penswastaan Bekalan Air Bersih yang menelan belanja sebanyak RM2 juta. Terima kasih.
Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma sedikit sahaja iaitu di sekitar Labuan, Butiran 030200 – Bekalan Air Labuan yang diperuntukkan sebanyak RM16 juta. Saya difahamkan kemungkinan besar yang RM16 juta ini adalah peruntukan untuk melaksanakan ataupun pembuatan telaga tiub di Labuan yang mana saya juga difahamkan sebanyak 14 unit telaga tiub akan digali. Pada saat ini sebanyak empat telaga tiub sudah hampir selesai. Cuma ini adalah satu langkah yang sementara sahaja, kerana Labuan telah pun mengalami kekurangan bekalan air sejak awal tahun yang lalu. Sehinggakan pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan, kadangkala sampai dua-tiga hari tidak mendapat air. Jadi inilah satu impact yang tidak bagus kerana kalau kita fikirkan pelajar-pelajar yang konsentrasi dengan pelajaran mereka sehinggakan dua atau tiga hari tidak dapat bekalan air, kita bayangkan satu kesusahan yang akan mereka tempuhi. Jadi kita harapkan projek penggalian telaga tiub ini yang dilaksanakan oleh Sime Darby Berhad akan dapat dipercepatkan. Kalaulah dikatakan kononnya akan selesai pada akhir tahun ini, akan tetapi sampai saat ini cuma baru empat atau enam yang baru digali, saya rasa penyelesaian sampai hujung tahun ini pun tidak akan tercapai. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan atau kementerian supaya perkara ini dapat diselesaikan. Ini kerana apabila kita beri kontrak kepada seseorang atau satu-satu company, biasanya dalam hal yang melibatkan perlunya dipercepatkan saya rasa kementerian harus lebih fokus dalam hal ini kerana ini melibatkan bukan sahaja rakyat Labuan, akan tetapi pelajar-pelajar yang datang daripada luar Labuan. Sehinggakan kadangkala sampai ada Yang Berhormat daripada sebelah Sabah menelefon saya, mungkin ini disebabkan sebahagian daripada anak mereka juga terlibat dan belajar di Labuan. Ini menyebabkan masalah ini berlarutan. Jadi diharapkan kementerian akan dapat melihat dengan lebih teliti lagi supaya telaga tiub ini dipercepatkan kerana kalau sampai hujung tahun ini pun tidak selesai bermakna Labuan akan terus mengalami masalah ini sehingga tahun hadapan. Kedua iaitu Butiran 11300 – Rancangan Bekalan Air Labuan. Yang mana diperuntukkan RM187 juta, saya rasa ini dipergunakan untuk saluran paip air yang kedua. Di mana program atau projek ini telah pun juga terlambat. Seharusnya projek ini diselesaikan pada tahun ini, akan tetapi kita juga difahamkan projek ini cuma akan selesai pada akhir tahun 2010. Inilah juga salah satu yang menyebabkan kenapa kekurangan air di Labuan berlaku. Apabila kita kekurangan air Tuan Pengerusi, ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada kilang-kilang di Labuan tidak begitu efektif kerana kekurangan air. Air ini lebih penting untuk kilang-kilang yang ada di Labuan termasuklah Petronas Methanol sehinggakan menutup salah satu loji Petronas untuk memberikan komitmen mereka kepada rakyat Labuan. Kalaulah mereka teruskan loji tersebut bermakna seluruh rakyat Labuan akan terus mengalami kekurangan air. Jadi oleh sebab itu, janganlah sampai benda ini akan berterusan kerana Petronas juga penting, rakyat juga penting, kerana ini adalah satu pendapatan negara yang besar melalui Petronas. Jadi diharapkan kementerian harus lebih peka dalam hal ini demi untuk kepentingan Petronas, juga rakyat Labuan supaya saluran paip air yang kedua ini juga dapat dipercepatkan. Kalaulah boleh, kalau biasanya cara untuk mempercepatkan kita tambah konsep ia untuk lebih cepat lagi untuk kita memasang paip air daripada Tanah Besar Sabah dan juga menuju ke Labuan. Jadi kita harus melihat perancangan yang lebih baik untuk pola tersebut kerana kita harus faham Labuan adalah sebuah pulau yang diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan dan di situ jugalah International Offshore Financial Centre bermula.
Jadi kalaulah benda ini berterusan, saya rasa investor dari luar negara juga akan fikir dua kali untuk masuk ke Labuan. Secara tidak langsung akan menghambat apa jua program-program dan juga perancangan-perancangan kerajaan yang akan masuk di Labuan. Jadi saya sebagai Wakil Rakyat Labuan mengharapkan agar program dan projek ini dapat dipercepatkan. Semoga ianya dapat menyelesaikan masalah bekalan air di Pulau Labuan itu sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Tawau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 00100 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Saya ingin
(i) senarai bilangan nama kapasiti loji jana kuasa swasta IPP atau Independent Power Provider di pelbagai kawasan Sabah termasuk Tawau; (ii) syarat-syarat bagi setiap IPP; dan (iii) apabila IPP gagal membekalkan kuasa seperti mana yang dinyatakan dalam syarat-syarat adakah IPP kena bayar pampasan kepada SESB? Atau kepada pengguna-pengguna atas kegagalannya memberi bekalan kuasa yang guarantee. Seperti mana dilaporkan oleh pengurus SESB, masalah utama yang dihadapi semasa gangguan bekalan kuasa di Sabah beberapa tahun baru-baru ini adalah akibat masalah-masalah IPP yang menyebabkan bekalan tidak mencukupi. Saya ingin tahu apakah rasionalnya apabila IPP membekalkan kelebihan bekalan kuasa TNB terpaksa membayar IPP itu? Apabila IPP menghadapi masalah bekalan seperti berlaku di Sabah, mengapa tidak ada penalti? Keempat, walaupun dari laporan Sabah ada kelebihan bekalan kuasa 7peratus akan tetapi dengan gangguan elektrik masih berlaku setiap hari pada masa sekarang dengan izin, it is not practical to say Sabah has any power access. Manakala Sarawak mempunyai 20peratus kelebihan dan Semenanjung Malaysia dengan 50 kelebihan. Dan dengan kelebihan bekalan kuasa itu 50peratus di Semenanjung Malaysia dan 20peratus kelebihan di Sarawak. Berapakah jumlah kos TNB atau kerajaan membayar untuk kelebihan itu? Adakah kementerian mempunyai sebarang cadangan untuk membiayai kelebihan bekalan kuasa di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak? Jika ya, bilakah dan berapakah kelebihan itu?
Kelima, dengan upgrade bekalan kuasa daripada Sime Darby di SESB Tawau, berapa megawatt Sime Darby akan membekalkan dan di mana tempat yang sedia ada dan bilakah ia akan disiapkan? Keenam, saya ingin tahu adakah benar 50,000 ataupun 80,000 keluarga daripada Sarawak yang menggunakan bekalan kuasa kurang daripada RM20 sebulan akan mendapat pengecualian pembayaran. Adakah benar bayaran belanjawan itu lebih RM1 million sebulan atau lebih RM12 million setahun akan ditanggung oleh TNB? Apakah rasionalnya dalam satu konsep Malaysia? Sabah adalah sebuah negeri yang termiskin di Malaysia dan menghadapi ganguan elektrik setiap hari. Tidak dibayar atau diambil kira daripada TNB. Saya berharap TNB akan menjalankan tindakan yang sama di Sabah. Dengan itu, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Satu Butiran...
Ya. Saya lihat Yang Berhormat Labuan dengan Yang Berhormat Tawau hanya 15 minit untuk dua orang.
P.29, 07000 - Rancangan Bekalan Air Kelantan, RM68,311,900 juta. Tuan Pengerusi, pada 12 November, saya ada menghantar satu soalan lisan mengenai masalah air di Kelantan. Maka, saya telah menerima jawapan. Dalam jawapan ini, apa yang disebut dalam jawapan apabila saya membangkitkan masalah air di Kelantan ini terutamanya bukan sahaja di Pasir Mas malah seluruh Kelantan. Akan tetapi saya memfokuskan kepada kawasan saya Pasir Mas iaitu air merupakan masalah yang cukup besar di Kelantan. Masalah bukan sahaja tidak cukup air, air busuk, tidak ada paip, tidak ada air bersih tetapi macam-macam masalah air. Juga berlaku di tempat-tempat lain. Akan tetapi di Kelantan agak serius. Semasa musim perayaan baru-baru ini, banyak gangguan berlaku apabila ada kenduri ataupun Hari Raya Aidilfitri yang mana air tidak mencukupi yang menyebabkan kesusahan yang amat sangat kepada rakyat. Dalam jawapan yang diberikan kepada saya, katanya di sini, saya hendak menyebutkan di sini Tuan Pengerusi, masalah ini berlaku berikutan permintaan bekalan air yang meningkat secara mendadak sehingga melebihi tiga kali ganda daripada keperluan semasa. Namun begitu, masalah tekanan rendah tersebut tidak dapat dielakkan sepenuhnya sungguhpun jumlah pengeluaran air di loji-loji rawatan air untuk Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) telah ditingkatkan ke tahap optimum semasa musim perayaan. Itu yang dijawab. Disebutkan juga di sini dalam jawapan, kesulitan ini cuba diatasi bagi pihak pengguna pada waktu musim perayaan termasuk Aidilfitri iaitu dengan cara menyediakan empat buah lori. Ini lucu betul. Tangki yang dihantar ke kawasan terjejas, empat buah lori... [Ketawa] Di mana lori-lori tangki ini yang diagih di kawasan penduduk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang. Maknanya seluruh Kelantan Tuan Pengerusi. Kalau empat buah lori tangki untuk satu kawasan Parlimen seperti Pasir Mas pun jauh daripada mencukupi. Kawasannya cukup besar. Penduduknya ramai. Masuk akalkah ini? Saya lihat lucu betul. Betul-betul lucu. Sementara itu, AKSB sebagai syarikat operator air di negeri Kelantan telah diarah untuk menyediakan satu pelan komprehensif 30 tahun untuk program bekalan air di negeri tersebut. AKSB kini sedang menyediakan pelan perniagaannya atau dengan izin, business plan yang merangkumi pembangunan bekalan air di semua jajahan. Wah! Hebat ini. Masa 30 tahun untuk menyediakan business plan. Saya pula hendak memfokuskan masalah air. Ini masalah yang membabitkan juga keselamatan mahupun kesihatan. Bukan sahaja business plan. Bukan soal 30 tahun. Soal sekarang. Rakyat didahulukan. Memang kalau hendak diharapkan kerajaan Kelantan, mustahil. Mustahil perkara ini akan dapat diselesaikan. Masalah air dapat disediakan untuk seluruh Kelantan. Tidak mungkin. Sememangnya saya dalam pada masa yang sama, berterima kasih kepada Kerajaan Pusat bagi pihak rakyat Kelantan kerana pada Rancangan Malaysia Ke-9, disediakan peruntukan sebanyak RM245.3 juta untuk bekalan air di Kelantan kerana bekalan air di Kelantan memerlukan penyelesaian menyeluruh dan sistematik. Itu untuk RMK-9, RM245.3 juta. Pemberian ini saya percaya, pemberian daripada Kerajaan Pusat yang tidak ada kena-mengena dengan peruntukan per kapita. Ini saya mengucapkan terima kasih. Maknanya Kerajaan Pusat bermurah hati walaupun kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan pembangkang, PAS. Hampir 20 tahun tetapi memberikan juga duit. Mungkin orang Kelantan tidak tahu atau pun tidak diberitahu tetapi saya berterima kasih. Akan tetapi untuk makluman Tuan Pengerusi, itu pun belum mencukupi dengan jumlah ini dan bagaimana pengurusan AKSB ini? Kerajaan Pusat memberikan duit.
AKSB, saya percaya ia dipertanggungjawab di bawah kerajaan negeri. Bagaimana modus operandi AKSB ini dengan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri daripada segi answerable, daripada segi menerima arahan? Kalau ia lebih mementingkan kepada soal business plan, perniagaan, matilah rakyat Kelantan nanti dengan masalah air ini. Jadi, saya mintalah supaya Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini memberikan perhatian yang khusus mengenai dengan air. Biarlah ada pihak-pihak, saya tidak kisah duit datang daripada mana pun. Pada saya wang ehsan atau royalti minyak, asalkan duit sahaja. Rakyat dapat cepat, rakyat dapat hidup, rakyat selesa. Asyik bertengkar soal perundangan, soal politik. Itu, ini, yang akhirnya rakyat di kampung mati kelaparan, rakyat di kampung menderita, rakyat di desa yang susah. Yang ini bermain politik. Saya tidak kisah. Saya kisah, ada duit, rakyat senang dan pembangunan berjalan dengan baik untuk kepentingan rakyat. Ini yang harus ditekankan. Kalau tidak pun, Pasir Mas sahaja pun cukuplah. Kalau tidak hendak tempat lain pun, sekurang-kurangnya saya memenuhi tanggungjawab saya yang diberikan mandat oleh rakyat untuk menyuarakan masalah rakyat di dalam Dewan yang mulia ini iaitu masalah air di Pasir Mas cukup teruk dalam bandar, di kampung atau pun desa. Saya mintalah secara peribadi Yang Berhormat Menteri, tolong beri perhatian yang khusus kepada kawasan Parlimen Pasir Mas ini. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pergi kepada Butiran 010200 - Tenaga. Pelaksanaan inisiatif di bawah insentif negara yang baru diumumkan bagi projek-projek tenaga hijau atau sumber yang boleh diperbaharui ataupun renewable energy dengan izin, termasuk council bagi tenaga hijau. Walaupun council ini belum ditubuhkan tetapi persoalannya siapakah yang akan menganggotainya? Seterusnya, apakah bidang kuasa council ini? Paling penting sekali, apakah bentuk belanjawan yang akan diperuntukkan? Setakat ini, dengan izin, feed-in tariff yang akan dimulakan dan dari manakah sumber diperoleh untuk kita mewujudkan tabung safe fund ini sama ada ia diperolehi daripada orang ramai ataupun daripada agensi pelaksana seperti TNB. Saya fikir pun dia pun tidak mampu.
Kalau di Thailand, apa yang di buat, setiap liter minyak yang kita tuang di setiap stesen, telah dimasukkan tabung ini, yang diketepikan untuk dijadikan sebagai tabung tenaga hijau. Maknanya bukan sahaja kerajaan terlibat, bahkan ia melibatkan orang ramai, sebagai mengajar kepada mereka tanggungjawab bersama untuk menentukan supaya kita dapat melihat satu suasana yang lebih baik lagi. Seterusnya perkara yang sama, mengenai polisi tenaga hijau yang telah diumumkan, termasuk peranan tenaga nasional dan juga sektor tenaga pada masa depan, iaitu sumber tenaga kita di masa ini. Kita hanya ada beberapa sumber, iaitu hidro, minyak, arang batu dan mungkin tenaga hijau, renewable energy. Persoalannya, adakah kemungkinan tenaga nuklear akan dijadikan sumber pada masa akan datang? Keduanya, berapa peratuskah yang disasarkan dengan izin, renewable energy ini? Dahulu kita sasarkan 5peratus , tapi kita tidak berjaya mencapainya. Apakah tindakan-tindakan susulan oleh kerajaan supaya sasaran 5peratus ini akan dicapai? Ketiga, selain daripada nuklear yang menjadi pilihan kita, apakah persiapan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan menentukan supaya nuklear ini akan dapat digunakan? Seterusnya dalam tajuk yang sama, peruntukan gas asli hasil bumi negara untuk sektor tenaga dan sektor industri tenaga pada masa depan. Pada masa ini, kita eksport gas kita kepada semua negara maju. Kalau kita memerlukan gas pada masa akan datang, adakah keperluan untuk kita import pula? Kita beli dari negara lain pula.
Kita seharusnya membuat peruntukan bagi penggunaan gas untuk masa depan, supaya kita dapat memastikan kita berjaya untuk menjana elektrik. Kita juga mesti ada keupayaan untuk industri-industri. Kalau gas tidak mencukupi, kita terpaksa menggunakan tenaga lain. Seterusnya dalam perkara yang sama, tentang penggunaan GST. Cadangan untuk memperkenalkan GST sebanyak 4peratus kepada pengguna. Impaknya nanti, saya bimbang bil-bil utiliti, semua bil utiliti akan dikenakan GST kepada rakyat jelata dan yang paling penting juga industri utama negara. Kita faham bahawa kerajaan pada ketika ini menghadapi rintangan dan juga kesan kepada krisis ekonomi. Bagi menambahkan revenue, kita terpaksa memperkenalkan beberapa GST, tetapi saya mencadangkan, kalau boleh GST ini diperkenalkan secara berperingkat-peringkat supaya tidak membebankan rakyat. Seterusnya tajuk yang sama, penstrukturan semula sektor tenaga. Saya hendak tanya, adakah deregulated structure seperti di Eropah akan diperkenalkan di negara kita? Kita seharusnya membuat kajian yang terperinci, kerana ada ura-ura hendak pecah- pecahkan struktur sedia ada supaya kita dapat mengikut model Eropah ini, yang mungkin tidak sesuai kepada negara kita.
Yang Berhormat, saya hendak memperingatkan hari ini ada dua kementerian, Yang Berhormat. Jadi, saya hendak updatekan senarai ini, dan kalau perkara itu dianggap tidak berapa penting dan sudah disentuh oleh pihak-pihak lain, minta tidak perlu disentuh lagilah. Saya menghargai enam orang yang berbahas awal tadi, hanya lima minit dan enam minit keseluruhannya. Sila Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih. Struktur yang ada sekarang sudah cukup baik, kerana TNB telah membuktikan sebagai satu agensi yang memang terkemuka di rantau ini. Seterusnya saya pergi ke projek hidro Bakun di dalam tenaga juga. Penyaluran tenaga elektrik dari Bakun ke Semenanjung akan memerlukan kos yang amat tinggi, tetapi kita hanya perlu tanggung sekali sahaja. Tanpa hidro Bakun, TNB juga tidak mempunyai alternatif yang lain, kecuali kita terpaksa menubuhkan janakuasa yang lain. Pada ketika ini, TNB sebenarnya mempunyai lebihan sebanyak 50peratus , tetapi pada tahun 2015 lebihan ini akan habis, dan TNB seharusnya menyimpan sekurang-kurangnya 20peratus untuk perkara-perkara yang lain atau kerosakan. Perkara seterusnya, saya bercakap tentang kumbahan. Butiran 040000 – Perkhidmatan Pembetungan. Di setiap negara maju, sistem pembetungan menjadi satu keutamaan. Saya hendak tanya kepada Menteri, berapakah kos penyelenggaraan Sistem Rawatan Air Kumbahan STP yang ditanggung oleh kerajaan berbanding dengan beberapa bayaran yang kita berjaya kutip daripada pengguna? Kos perbelanjaan yang tinggi disebabkan oleh terlalu banyak sistem rawatan air kumbahan yang bersaiz kecil, terpaksa di bina di mana-mana kerana kerajaan tidak dapat menyediakan satu sistem rangkaian pembetungan yang bersepadu di seluruh negara. Walaupun kos dalam menyediakan satu sistem rangkaian yang bersepadu ini amat tinggi, tetapi untuk jangka panjang, ia menjimatkan kos penyelenggaraan dan guna tenaga. Tidak dapat dinafikan, ada beberapa rangkaian yang telah dibuat di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tetapi seharusnya ia diwujudkan di bandar-bandar raya yang lain. Seperti di Melaka, pengambilan telah dibuat, tetapi perlaksanaannya masih kita menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Saya yakin, masyarakat di negara kita ini telah ada kesedaran mengenai pencemaran air dan mereka ada kemampuan untuk membayar supaya dapat hidup sihat. Sekian, saya menyokong Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan Butiran 060700 – Pusat Tenaga Malaysia (Aktiviti Pembangunan Teknologi Hijau). Dalam ucapan Perdana Menteri, beliau telah menyatakan kita akan menggunakan teknologi hijau sebagai prioriti kita. Sebanyak RM20 juta digunakan untuk penstrukturan semula dan mempromosikan teknologi ini. Saya ingin tahu, bagaimana perbelanjaan ini dapat digunakan? Kalau kita bandingkan dengan Butiran 060600 – Program Teknologi Hijau, dan juga Butiran 060800 – Program Pembangunan Kuasa Nuklear, kita dapati hanya RM5 juta sahaja masing-masing digunakan. Bagi mempromosi, kita membelanjakan RM20 juta, tetapi dalam program hanya RM5 juta. Saya juga ingin tahu, apa boleh kita sebutkan prioriti untuk teknologi hijau jika jumlah peruntukan kedua-dua ini adalah sama? RM5 juta masing-masing. Seterusnya, saya ingin elaborate sedikit mengenai program teknologi hijau ini. Kalau kita ingin menggalakkan penggunaan tenaga hijau, kita dapati Malaysia sebenarnya ada tiga pengilang tenaga solar di Malaysia. Ini satu kejayaan yang baik, tetapi kita tidak nampak penggunaan tenaga solar ini. Kalau kita banding dengan Germany.
Negara Jerman telah menjana kira-kira 3800 megawatt tenaga solar. Hampir daripada separuh daripada keluaran pasaran dunia. Negara-negara tropic seperti Malaysia ini tidak sampai. Jerman dengan tenaga solar dengan cahaya matahari yang sangat terhad boleh menjana 3800 megawatt tetapi Malaysia sepatutnya boleh kalau ikut pattern cuaca kita sepatutnya lebih besar.
Kita kena kurangkan hujan di Malaysia jugalah Yang Berhormat.
Ya. Projek ini saya ambil contoh Projek 100kwp Demonstrative Photovoltaic Project yang telah bekerjasama dengan kerajaan Jepun di Marak, Sabah ini telah siap pada tahun 1995. Pindahan teknologi yang cekap telah berkesan dengan aspek penjanaan. Sebenarnya kita ada rancangan hanya follow-upnya tidak berapa berkesan. Malaysia telah memilih inisiatif berkaitan dengan solar dengan projek photovoltaic bersepadu bangunan Malaysia ini bernilai RM95 juta. Projek nasional bagi tenaga telah diperbaharui dan menggalakkan penggunaan teknologi ini, memanfaatkan tenaga solar dan mengeluarkan elektrik untuk pembangunan. Kita lihat dengan satu sistem suria bergrid, sistem bergrid ini di mana tenaga telah dapat dihasilkan melalui TNB dan suria 1000 ini dalam pusingan pertama telah menjana 4.8 kilowatt dan dapat mengurangkan penggunaan electricity sebanyak RM150 sebulan. Ini adalah semua model yang berjaya dan kita harap dapat digalakkan. Dalam ucapan Perdana Menteri, Pusat Tenaga Malaysia telah menawarkan satu dana sebanyak RM1.5 bilion dan memberikan manfaat kepada 140 buah syarikat. Saya ingin tahu apakah kriteria pilihan untuk 140 buah syarikat ini dan pinjaman maksimum kepada syarikat-syarikat ini adalah RM50 juta dan syarat penggunaan sebanyak RM10 juta. Kita dapati kalau problem ini bukan peruntukan tetapi problem ini adalah siapa yang dapat manfaat. Sekarang di Malaysia, pelabur asing dalam teknologi tenaga solar ini adalah First Solar dan Sun Power dari Amerika Syarikat serta Q-Cell AG dari Jerman. Masing-masing telah melabur USD1 bilion dalam teknologi transfer ini jauh lebih besar daripada pinjaman yang telah diberi oleh kerajaan. Apa yang saya harap ialah seruan saya dapat penjelasan cara yang paling berkesan untuk salurkan peruntukan ini kepada industrial player yang betul-betul boleh membawa teknologi. Satu isu lagi sebelum saya habis ialah isu air. Dalam Butiran 09100 – Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor. Soalan saya ialah dalam selama ini kerajaan Selangor telah membelanjakan RM166 juta untuk Program Bekalan Air Percuma 20 meter padu. Ini juga menunjukkan kerajaan Selangor telah memberi komitmen yang besar kepada kebajikan air ini.
Dalam perundingan penstrukturan semula saya ingin tahu kenapa kerajaan tetap menolak atau ragu-ragu untuk menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih syarikat air dan ini saya ingin tahu apakah alasan dan juga isu ini kita harus kembali kepada asasnya sumber air dalam constitution adalah sebenarnya hak negeri. Priority harus sebenarnya diberi kepada negeri kalau negeri itu mampu menguruskan air sendiri. So, itu sahaja. Terima kasih atas kesempatan yang telah diberi untuk membahas dalam sektor ini.
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam B.29, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air. Merujuk kepada Butiran 010300 – Teknologi Hijau dan Air. Tuan Pengerusi, saya fikir sampai masanya kementerian melihat tentang betapa pentingnya soal pengurusan hutan yang ada kaitannya dengan penghasilan air dapat selesaikan. Kita sedar bahawa hutan ini kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi sumber air ada kaitan dengan sungai. Kalau hutan digondolkan, hutan dimusnahkan, sumber ataupun punca air dirosakkan, maknanya sungai kita tidak akan ada punca air pada masa akan datang. Kedua kita dapat melihat bagaimana soal pemuliharaan kualiti air ini dapat dijamin supaya kos untuk memproses air tidak terus meningkat dan apabila kos memproses air meningkat sudah tentulah ini menjadi bebanan kepada rakyat yang akhirnya nanti akan membayar kos yang sangat tinggi. Saya ingin bertanya kepada kementerian adakah kuasa kementerian untuk memantau soal penggondolan hutan, pemusnahan punca-punca air yang disebabkan oleh kerosakan hutan. Kalau tidak ada kuasa saya mencadangkan supaya kementerian merangka satu bill untuk dibawa kepada Parlimen ini untuk membuat pengasingan kuasa di mana kerajaan negeri boleh membalak, boleh ambil hasil hutan tetapi janganlah sampai menggondolkan hutan ini yang akhirnya khazanah negara untuk membekalkan bekalan air bersih pada masa akan datang seterusnya akan mengancam kehidupan generasi kita pada masa yang akan datang. Ini belum lagi ditambah betapa teruknya kerajaan tempatan yang membenarkan kilang-kilang yang tidak terkawal menyebabkan kualiti sungai kita tercemar dan sekali lagi kos perawatan air meningkat dan terus membebankan rakyat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Di Jempol Negeri Sembilan juga berlaku penggondolan hutan secara besar-besaran. Ini menyebabkan bekalan air semakin hari semakin berkurangan. Saya hendak bertanya adakah dalam peruntukan ini diperuntukkan sebahagian daripada kewangan ini untuk menaik taraf loji Kuala Jelai, Jempol yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada rakyat. Kalau sekiranya ada berapakah kos yang telah diluluskan dan bila projek ini dapat dibuat. Saya mengharap sangat supaya dapat diperuntukkan sejumlah wang dan juga dapat dipercepatkan pembinaan projek loji ataupun menaik taraf loji Kuala Jelai/Jempol ini bagi memberikan perkhidmatan bekalan air yang cukup di daerah Jempol dan Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus. Tuan Pengerusi, Butiran 07800 – Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan. Pertama saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri tentang kedudukan pembetungan bekalan air di Negeri Sembilan yang banyak terdiri daripada sistem pembetungan lama yang mudah pecah walaupun kadang kala kita tingkatkan tekanan air untuk membekalkan air kepada rakyat tetapi pembetungan ini lama. Akhirnya pembetungan ini pecah. Apabila pecah proses untuk memperbaiki lama dan ini mengganggu bekalan air kepada rakyat. Oleh yang demikian saya hendak merujuk kepada Yang Berhormat Menteri adakah disediakan peruntukan untuk menukar pembetungan-pembetungan di FELDA Serting dan juga Palong di mana gangguan bekalan air kerap berlaku disebabkan oleh masalah pembetungan yang lama
Kedua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan masalah yang ditanggung bertahun-tahun oleh rakyat kita yang tinggal di gugusan FELDA Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan. Rakyat kita yang tinggal di gugusan FELDA ini menumpang kasih daripada JBA Negeri Pahang. Kita juga sedar dan kita berterima kasih Pahang bagi air, tetapi apabila berlaku gangguan bekalan air di Pahang, kita sedar tentang masalah pegawai yang tidak cukup, mereka bertugas untuk memperbaiki kawasan mereka sehinggakan kadangkala terabai bekalan air yang kita bekalkan di Jempol, Negeri Sembilan. Saya fikir sampai masanya melalui peruntukan ini, Yang Berhormat Menteri memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan ini bagi memberhentikan bekalan air daripada Pahang, tetapi membekalkan terus air daripada loji yang sedia ada supaya rakyat yang berada di gugusan FELDA Serting Hilir ini dapat menerima bekalan air secara berterusan. Ketiga tentang masalah bekalan air di kampung Orang Asli. Saya juga kesian melihat rakyat kita di pedalaman kampung Orang Asli, khususnya di Jempol yang masih belum mendapat bekalan air bersih. Saya berharap akan dapat kita selesaikan. Sehubungan dengan bil TNB. Saya amat terkejut Yang Berhormat Menteri. Homestay di Kampung Lonek, Jempol telah mendapat lonjakan bayaran bil TNB yang mendadak. Homestay ini adalah merupakan projek di mana kita menggalakkan orang kampung mengambil bahagian dalam industri pelancongan yang kita bangunkan di kampung-kampung. Yang Berhormat Menteri mesti ingat bahawa yang menjadi peserta homestay ini adalah rakyat termiskin, PPRT, rakyat miskin di kampung-kampung, dan inilah sumber pendapatan tambahan orang kampung yang miskin. Akan tetapi, apabila berlaku lonjakan bil bekalan elektrik yang tinggi, sebahagian daripada kewangan yang dapat dikutip melalui sewaan bilik kepada pelancong-pelancong yang datang melancong ke homestay ini digunakan untuk membayar bil. Yang Berhormat perlu tengok dan beri penjelasan dalam penggulungan nanti. Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 80000 - Projek Pembetungan Negara. Saya dapat melihat bagaimana khazanah pantai negara dan juga kualiti air laut, terutama sekali di kawasan-kawasan peranginan dan pelancongan negara terabai disebabkan oleh sikap kontraktor ataupun usahawan-usahawan yang membina hotel, perumahan dan projek-projek komersial membebaskan air kumbahan daripada hotel dan juga perumahan ini terus ke laut. Padahal kualiti air laut itu perlu kita jaga supaya ia bersih dan selamat untuk pelancong datang beriadah di kawasan tersebut, tetapi ini tidak dijaga dengan baik oleh kementerian kita. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan tantang sistem pembetungan Port Dickson, destinasi pelancongan utama negara yang berasaskan pantai dan apakah peruntukan yang disediakan untuk melengkapkan sistem pembetungan di kawasan Port Dickson tersebut? Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 010200 - Tenaga, saya ingin bertanya tentang hala tuju kerajaan. Kita kadangkala tidak tentu hala dalam menentukan hala tuju bekalan ataupun sumber tenaga. Hendak bergantung pada bio-diesel, kita terpaksa memusnahkan hutan dan tanam kelapa sawit yang banyak. Hendak bergantung kepada hidro, kita terpaksa menenggelamkan hutan yang banyak, kampung-kampung yang luas, dan ini juga menyebabkan keresahan di kalangan rakyat. Hendak meneroka pula bidang baru dalam bidang nuklear, kita berhadapan dengan kos yang akan terpaksa dibayar oleh rakyat yang begitu tinggi. Apakah hala tuju kementerian dalam menyelesaikan permasalahan sumber tenaga negara? Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi.
Saya hendak menutup perbahasan ini Yang Berhormat. Kita ada dua kementerian pada hari ini dan saya hendak habiskan kedua-dua kementerian pada hari ini juga.
Saya mintalah siapa yang dijemput berbahas itu tidak usahlah habiskan masa itu kerana saya hendak melihat semua berbahas kurang daripada 10 minit sebenarnya, kalau tidak merapu ke kiri dan ke kanan. Yang berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Projek pembesaran Empangan Mengkuang yang bermula di bawah Rancangan Malaysia Kelapan sepatutnya siap dalam tempoh RMK-9. Walau bagaimanapun, mengikut makluman terbaru, tarikh siap projek tersebut kini telah ditunda. Mengikut laporan PBA Pulau Pinang, penduduk Pulau Pinang akan bertambah sehingga 2 juta menjelang tahun 2020. Justeru, kapasiti Empangan Mengkuang pada masa kini tidak mencukupi untuk menampung keperluan negeri. Projek pembesaran Empangan Mengkuang ini bertujuan untuk memenuhi keperluan air seluruh negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2024 dengan membesarkan kapasiti sehingga lebih 3.7 kali kapasiti masa kini. Proses awal dalam projek ini ialah pengambilan semula tanah masih tiada kesudahan. Bayaran pampasan kepada pemilik tanah masih lagi belum selesai. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada Menteri bilakah pinjaman soft loan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta bagi bayaran pampasan kepada pemilik tanah akan sampai kepada Kerajaan Negeri? Kedua, saya difahamkan bahawa kementerian telah mengeluarkan surat niat kepada kontraktor projek sejak Jun 2009 lagi. Bilakah projek tersebut akan dimulakan dan bilakah projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Diharapkan Yang Berhormat Hulu Terengganu begitu juga. Saya jemput yang Berhormat, tetapi tidak usahlah menggunakan semua masa kerana dua kementerian. Esok hari Khamis kalau semua orang setuju sampai pukul 10.30 malam esok, kita boleh sambung Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya ingin bercakap berkenaan dengan tenaga. Butiran 03200 - Penghantaran dan Pembahagian. Untuk makluman Tuan Pengerusi, Terengganu merupakan dua pembekal utama tenaga, satu di Paka dan satu lagi di Kenyir. Sayangnya, masih kedapatan, terutamanya di daerah Hulu Terengganu iaitu kawasan-kawasan yang belum lagi mendapat bekalan elektrik. Saya juga telah dimaklumkan bahawa pihak TNB masih lagi dalam perkiraan dan berhutang dengan Majlis Daerah Hulu Terengganu tentang bayaran berhubung dengan penggunaan tapak untuk dibayar sebagai cukai. Saya tidak mahu mengulangi perkara yang sama yang telah berlaku ketika Kenyir mengeluarkan tenaga, di mana kampung yang berdekatan hanya melihat sahaja tenaga elektrik mengalir di hadapan rumahnya, tetapi mereka masih lagi menggunakan generator sehingga berlaku pembakaran generator, barulah mereka mendapat bekalan elektrik sepenuh masa. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan air iaitu Butiran 060900 - Geran Pelancaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Butiran 11100 - Modenisasi Pengurusan Sistem Bekalan Air (GIS), Butiran 11200 - Penyaluran Air antara Negeri, dan Butiran 09400 - Rancangan Bekalan Air ke Negeri Terengganu. Tuan Pengerusi, air merupakan aset yang sangat penting kepada negara kita dan saya dimaklumkan bahawa Terengganu merupakan tempat tadahan air yang terbesar dengan adanya Empangan Kenyir. Sayangnya, walaupun loji air telah pun disediakan di kawasan tersebut, tetapi nampaknya loji tersebut tidak berfungsi dan tidak berlaku penyaluran bekalan air ke negeri Terengganu dan ke kawasan-kawasan yang memerlukannya.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan komitmen, kebolehan SYABAS menguruskan bekalan air di Selangor. Akan tetapi, kita dapati bahawa kehebatan, kejayaan yang dinikmati oleh SYABAS itu hanya empat tahun yang lepas, tetapi pada akhir-akhir ini kita dapati bahawa SYABAS telah malap dan seolah-olah menghadapi masalah kerana kita dapati bahawa banyak kedengaran dan kita dimaklumkan bahawa bekalan air di Selangor pun sudah menghadapi masalah. Oleh yang demikian, saya rasa bersetuju dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Lipis yang mengatakan bahawa Suruhanjaya Air Negara ini seolah-olah menghadapi masalah, kerana mereka gagal untuk membekalkan air antara negeri-negeri. Sesungguhnya bahawa kita cadangkan supaya sekiranya penswastaan air di negeri-negeri yang telah mantap, yang boleh menguruskan bekalan air dengan baik, kita minta supaya kita kekalkan dengan pengurusan tersebut dan berilah tumpuan kepada negeri-negeri yang mempunyai masalah bekalan air. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada perkara khusus, spesifik berkenaan dengan bekalan air di kawasan saya di daerah Hulu Terengganu. Dua kawasan FELDA di daerah saya iaitu di FELDA Mengkawang dan di FELDA Jerangau Dangau Barat merupakan kawasan yang sering menerima gangguan bekalan air. Sesungguhnya bekalan air di kawasan tersebut telah pun dimulakan sejak penubuhannya kira-kira 30 tahun dahulu, di mana pembinaan loji air dan pembetungan bekalan ke rumah-rumah merupakan seolah- olah pembetungan pembinaan secara sementara. Pada hari ini dengan peningkatan penduduk-penduduk di kawasan tersebut, kita dapati bekalan air ke kawasan tersebut tidak lagi mencukupi dan kita dapati bahawa sama ada dari segi saiznya, dari segi bahan binaannya ataupun dari segi kedudukannya merupakan sudah tidak sesuai lagi. Kita mengharapkan supaya kerajaan yang berkenaan akan menyediakan peruntukan supaya bekalan air di kedua-dua tempat tersebut akan mendapat perhatian dan tidak menimbulkan kesusahan kepada penduduk-penduduk di sana. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor. Ada dua peruntukan yang telah diberi sebanyak RM3.6 juta dan juga tahun lepas lebih kurang jumlah yang sama. Saya hendak penjelasan daripada kementerian berkenaan status terkini berkenaan dengan projek penyaluran air mentah daripada Pahang ke Selangor ini dan saya minta penerangan berkenaan dengan kedudukan hutang yang melibatkan projek ini seperti yang dibekalkan kepada kita muka surat 24, iaitu tahun 1999 telah ada satu pinjaman berjumlah RM27.3 juta yang diambil atau dipinjam daripada Japan Bank for International Cooperation dan sekali lagi tahun 2005 untuk projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor yang kedua. Maksudnya 1999 dan 2005 melibatkan pinjaman daripada sumber yang sama. Kali kedua sebanyak RM48.49 juta. Kedua-duanya lebih kurang dalam RM70 juta. Saya hendak minta pada kementerian supaya memberi penjelasan untuk tujuan apa perkara ini dibuat, dan apakah status semasa atas kedudukan pinjaman ini. Mengikut dalam laporan ini, kadar faedah yang diberi atau dikenakan, dicharged dari pinjaman ini boleh dirunding. Saya minta penjelasan apakah bentuk perundingan sama ada untuk redemption berkala ataupun untuk rundingan menyusun semula kadar faedah dikenakan ke atas pinjaman tersebut? Bagi Butiran 010200 – Tenaga. Saya melihat ada cadangan untuk membawa atau membina 12 lagi empangan baru terutama di dalam negeri Sarawak selain daripada Empangan Murum, Empangan Bakun. Ada dua lagi empangan yang telah pun siap iaitu Tambak di Hulu Terengganu dan terbaru dikatakan Hulu Jelai di Pahang yang boleh membekalkan begitu banyak tenaga berbentuk megawatt ini, sedangkan dalam masa yang sama keperluan tenaga itu agak terlebih kapasitinya.
Dan ini mengambil kira kerajaan pernah mencadangkan pembinaan kabel dasar laut daripada Sarawak ke Semenanjung. Saya hendak bertanya, apakah rasional perkara ini hendak diteruskan? Sebab dalam masa yang sama kita mempunyai akses atau mempunyai lebihan kapasiti tenaga elektrik ini dan kita masih lagi membina dan Tenaga Nasional terpaksa pula membayar dan menampung kos untuk dikemukakan kepada pihak IPP. Saya hendak bertanya mengenai dengan perkara pinjaman yang sekali lagi tidak pernah disentuh iaitu berkenaan dengan tahun 2007 dan 2008. Sarawak Hidro Sdn. Bhd. telah membuat pinjaman atau diberi kemudahan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM3 bilion dan RM1 bilion. Jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion untuk tujuan projek hidroelektrik di bawah Sarawak Hidro Sdn. Bhd. Saya minta kepada kementerian untuk memberi penjelasan terutama berkenaan dengan kadar atau kaedah pembayaran balik kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sebab buat masa ini tiada jadual dan tiada dinyatakan berapakah jumlah kadar faedah yang telah dipersetujui untuk pembayaran tersebut. Saya rasa ini antara interest yang saya hendak bawa pada peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih.
Lima minit cukup Yang Berhormat? Boleh lima minit Yang Berhormat?
Boleh. Boleh.
Yang Berhormat Pokok Sena...
Terima kasih.
Kita ada Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010200 – Tenaga. Perkara ini juga mungkin telah disentuh oleh kawan-kawan yang lain, tetapi saya sekadar ingin membawa satu dua pandangan berkaitan dengan isu tenaga ini. Pada hari ini kita lihat bahawa seperti yang disebut oleh rakan saya tadi, iaitu tenaga yang dibekal oleh IPP sudah berlebihan, terpaksa dibayar oleh Tenaga Nasional. Sekarang ini kita pula bertambah dengan isu pengaliran keluar pelaburan-pelaburan dan penutupan ataupun pengecilan operasi serta pemindahan kilang-kilang ke negara jiran. Jadi sudah tentu ini akan memberikan kesan yang lebih besar kepada lebihan tenaga, sedangkan seperti disebut tadi 12 lagi akan dibina di negeri Sarawak. Akan tetapi kita lihat bahawa pembinaan di negeri Sarawak itu tidak dapat membantu untuk membekal tenaga ke negeri Sabah, sedangkan ia boleh berlaku kalau daripada Sarawak ataupun daripada Sarawak ke Semenanjung. Jadi, ini suatu perkara yang harus dilihat kembali oleh pihak kerajaan untuk pastikan bahawa kita tidak mengalami permasalahan-permasalahan yang akhirnya berlaku satu pembaziran. Keduanya ia berkaitan dengan Butiran 060600 – Program Teknologi Hijau. Kita juga sekarang ini sedang berbincang soal teknologi hijau yang berkaitan juga dengan tenaga. Jadi, kalau kita ambil juga teknologi hijau itu dalam konteks tenaga, maka sudah tentu akan berlaku lebihan tenaga yang dibekalkan oleh IPP itu dan makin bertambah. Jadi bagaimana kerajaan melihat, apa fokus sebenarnya dalam soal sektor teknologi hijau ini supaya kita dapat melihat dan bagi saya bahawa teknologi hijau itu bukan sekadar untuk mengatasi masalah environment, masalah alam sekitar. Saya bersetuju, tetapi kita juga harus lihat teknologi hijau itu harus menjadi satu kuasa ekonomi yang boleh memberikan pulangan, keuntungan kepada kita. Jadi, mesti ada fokus sebab saya pun lihat hari ini kita pun tidak tahu apa kita hendak guna. Dari segi pengganti petroleum pun tidak ke mana, untuk membawa bio-fuel umpamanya begitu juga dengan soal tenaga. Sekarang ini kita pun tidak tahu sama ada kita hendak pakai biomas ataupun hendak gunakan nuklear dan sebagainya.
Jadi, saya tidak nampak apa sebenarnya yang hendak dibawa oleh pihak kerajaan sendiri. Jadi sebab itu saya ingin mendapat penjelasan juga berkaitan dengan Majlis Penasihat Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri. Saya juga hendak tanya, apakah ia punya struktur pembentukan? Apakah juga melibatkan daripada berbagai-bagai pihak NGO yang punya pengalaman dan juga parti-parti politik ataupun atas nama Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kepakaran? Yang keduanya juga adakah ia membabitkan wakil-wakil kerajaan negeri juga berada dalam Majlis Penasihat ini khususnya kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh komponen Pakatan Rakyat ini? Ini sangat-sangat penting untuk membantu bahawa pelaksanaan dasar teknologi hijau itu dapat menyeluruh bukan hanya pada negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Yang ketiganya, saya harap bahawa Majlis Penasihat Teknologi Hijau ini juga harus diterima pakai keputusan-keputusan ataupun pendapat-pendapat dan rumusan yang dibuat oleh mereka itu harus diterima pakai oleh pihak kerajaan. Jangan nanti ia jadi seperti suruhanjaya-suruhanjaya ataupun majlis-majlis yang lain yang akhirnya kita lihat bahawa pandangan-pandangan yang diberikan oleh suruhanjaya-suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan ini tidak diterima pakai oleh kerajaan. Jadi ia hanya satu pembaziran. Yang keempatnya kita harap bahawa Majlis Penasihat Teknologi Hijau ini harus melihat dalam konteks negara kita bukan hanya melihat, ambil cedok apa yang dibuat oleh negara-negara Barat sahaja, tetapi harus melihat kepada soal kepentingan dalam negara kita ini. Jadi, saya rasa itu sahaja dan saya harap Yang Berhormat Menteri akan beri peluang lagi untuk saya mencelah dalam penggulungan nanti.
Terima kasih dan tahniah Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih.
Yang Berhormat Sekijang, jam sudah pukul satu.
Sekejap. Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, saya tidak boleh gunakan masa pada sesi ini Yang Berhormat. Kena tengah hari juga Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Kena tunggulah sehingga pukul 2.30 petang. Majlis bersidang semula. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan sesi pagi ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Terima kasih, kalau boleh saya minta Menteri menggulung selewat-lewatnya pukul 3, boleh? Saya difahamkan sudah diperakui tadi. Yang Berhormat Sekijang, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 040000 - Perkhidmatan Pembetungan. Kita mendapati bahawa kebanyakan daripada kerajaan tempatan yang kecil-kecil kurang mengambil berat tentang pengaliran air kotor ataupun air kumbahan ini ke dalam sungai-sungai yang datangnya sama ada daripada kilang ataupun daripada taman-taman perumahan ini. Akibat daripada itu maka air sungai ini tercemar. Ia sepatutnya diproses dahulu sebelum dialirkan ke dalam sungai-sungai ini. Akan tetapi oleh kerana saya rasa bukan mereka tidak mahu mengambil berat, tetapi oleh kerana peruntukan yang ada pada kerajaan tempatan itu adalah kecil ataupun tidak cukup ataupun tiada langsung, maka mereka memang tidak mengambil berat langsung tentang perkara-perkara yang saya sebutkan ini. Jadi air dengan kualiti yang kotor masuk ke sungai dan akhirnya menyebabkan sungai tercemar dan apabila sungai ini tercemar, maka mengakibatkan kehidupan di sungai itu juga musnah dan akhirnya saya rasa kalau kehidupan dalam sungai itu musnah, airnya kotor maka akan mengakibatkan juga kepada manusia itu sendiri yang duduk dalam sekitar kawasan tersebut. Saya ingin mengambil contoh di dalam kawasan saya terdapat dua buah sungai iaitu Sungai Kenawar dan Sungai Chudan yang mengalir masuk ke Sungai Muar terutamanya pada musim kemarau atau musim kering ataupun musim kurang hujan, maka airnya terlalu kotor yang airnya datang daripada kawasan perumahan terus masuk ke dalam sungai ini dan apabila masuk ke dalam sungai air ini memang kita lihat, kita pegang pun terasa gatal ataupun terasa begitu jijik dan kotor sekali. Saya rasa ini bukan tidak mahu diambil berat oleh kerajaan tempatan, tetapi oleh sebab mereka tidak mempunyai peruntukan atau sebagainya. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sama ada kementerian boleh membantu terutamanya taman-taman perumahan yang lama-lama ini yang mungkin dahulu tidak diwajibkan untuk membina kolam-kolam takungan sebelum air ini dialirkan ke sungai, sama ada kementerian boleh membantu kerajaan tempatan ini untuk membina takungan-takungan ini supaya dengan adanya membina kolam-kolam takungan ini dan diproses dahulu dan kemudiannya dialirkan masuk ke dalam sungai dan akan mengakibatkan sungai itu menjadi bersih dan kita boleh menggunakan sungai tersebut. Perkara kedua Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 80003 - Program Kesedaran. Saya ingin bertanya apakah program yang telah dijalankan oleh kementerian setakat ini? Di mana ia dijalankan? Siapakah sasaran kepada program- program ini? Berapa ramai mendapat hasil daripada program yang diadakan oleh kementerian? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam Butiran 11400 - Rancangan Bekalan Air Sabah, saya rasa anggaran ini tidak mencukupi untuk projek-projek bekalan air di Sabah. Kampung-kampung tidak jauh daripada Kota Kinabalu masih menggunakan air sungai dan bukit yang kotor. Boleh tambah lebih peruntukan untuk Sabah? Pulau Gaya ialah sebuah island yang tidak jauh dari Kota Kinabalu, seberang laut sahaja lapan kilometer. Di pulau ini 1000 penduduk masih menggunakan bot-bot untuk menghantar air dari Kota Kinabalu setiap hari. Bolehkah kementerian sediakan peruntukan untuk memasang paip ke pulau ini? Di Sandakan loji air di Sigaluid gunakan air yang polutted dan air masin dari sungai pollution ini dari lima buah kilang kelapa sawit. Kilang-kilang ini gunakan land treatment untuk efluen dari kilang dan bila hujan efluen ini overflow, akhirnya masuk ke sungai. Apakah tindakan kementerian mengatasi masalah ini? Ini bukan pollution di Sandakan sahaja. Ladang-ladang kelapa sawit di Sabah semua menggunakan racun, seperti weed killer dan baja.
Semua ini masuk ke sungai bila hujan dan kita minum air dari sungai ini. Loji air tidak boleh membersihkan racun yang ada di dalam air. Kawasan Pantai Timur di Sabah menghidapi penyakit kanser yang paling tinggi. Ini memang ada kaitan dengan air yang kita minum. Saya harap kementerian boleh mengambil perhatian atas masalah ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Silam dan selepas itu Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Pengerusi saya ingin menyentuh terus ke Butiran 060600 - Program Teknologi Hijau. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, setakat ini program yang dibuat tentang teknologi hijau ini khususnya di negeri Sabah adakah ia ada dibentuk sepanjang tahun dan untuk masa akan datang pada tahun 2010 terutamanya? Saya mahu tahu untuk program teknologi hijau ini, khususnya bagi kawasan saya, berapakah program yang akan dilaksanakan?
Keduanya, saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan program teknologi hijau ini juga iaitu dari segi stakeholders yang menjadi keutamaan supaya program ini dapat sampai ke sasaran. Selain daripada mereka ini akan menjadi tumpuan kesinambungan untuk program-program yang lain. Saya juga ingin penjelasan dari segi penglibatan dan perkara-perkara akan dilibatkan oleh pihak kementerian. Seterusnya Butiran 060700 – Pusat Tenaga Malaysia (Aktiviti Pembangunan Teknologi Hijau). Saya difahamkan bahawa kementerian dari segi mewujudkan green city di negara kita ini akan bermula di Putrajaya. Saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri untuk pada masa akan datang, adakah pihak kementerian akan bercadang untuk meluaskan lagi kewujudan green city di negara kita. Ini kerana kita lihat kewujudan bandar- bandar yang berasakan kepada teknologi hijau pada zaman sekarang, sangat diberi penekanan dan diminati semua pihak. Terutamanya pihak kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan bagi memastikan persekitaran ataupun environment kita dalam keadaan yang lebih baik. Berasaskan kepada konsep yang menekankan kepada pembangunan teknologi hijau ini juga, kita tahu bahawa alam sekitar kita akan lebih seimbang. Kita khuatir di masa akan datang jika kita tidak tekankan kepada pembangunan ini, mungkin boleh menjejaskan dari segi ekosistem persekitaran kita. Saya ingin tahu adakah perancangan kementerian untuk mewujudkan green city ini di negeri seperti Sabah dan Sarawak. Jika di negeri Sabah, saya mohon mencadangkan supaya kawasan saya juga diberi peluang untuk mewujudkan green city ini memandangkan terdapat banyak lagi kawasan persekitaran yang di hutan simpan masih lagi terpelihara. Seterusnya akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang Butiran 11400 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Saya mendapati loji air yang terdapat di kawasan DUN Tungkuk dalam Parlimen Silam telah pun siap dibina setelah dibina lebih kurang sepuluh tahun yang lepas. Akan tetapi, malang sekali dari segi, loji air tersebut tidak berfungsi dengan baik dan tidak boleh membekalkan air kepada penduduk sekitar terutamanya di sekitar kawasan DUN Tungkuk. Saya ingin juga bertanya kepada pihak kementerian dari segi bekalan air di kawasan daerah Kunak. Bilakah penggunaan air secara optimum ini dapat dibekalkan dengan baik dan bekalannya tidak terputus untuk penduduk di kawasan daerah Kunak sebab saya dapati ini suatu perkara yang sangat kritikal dan perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian untuk membantu rakyat di kawasan saya. Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan renewable energy juga IPP akan dibina di kawasan Sinakut dalam DUN Tungkuk di Parlimen Silam.
Bilakah pihak kementerian akan memulakan kajian ini dan berapa lama kah masa yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menyiapkan laporan bagi memastikan supaya dapat memudahkan segala perancangan dan pelaksanaan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan pembinaan IPP di kawasan saya. Insya-Allah saya akan memberi segala kerjasama yang diperlukan bagi melicinkan pelaksanaan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memilih kawasan saya untuk pembinaan IPP tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Silakan Yang Berhormat Bakri. Selepas Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sik.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada P.29, di bawah Butiran 06500 dan Butiran 11600 bertajuk Rancangan Bekalan Air Negeri-negeri. Di dalam ajaran agama Islam, tiga keperluan asas kehidupan iaitu air, api dan padang rumput adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang tidak boleh diswastakan kerana ia melibatkan kepentingan semua rakyat. Namun demikian, pada tahun 1992, kerajaan Johor menswastakan institusi bekalan air kepada Equine Venture Sdn. Bhd. pada tahun 1994 kepada Southern Water Corporation sebagai operator rawatan air. Pada tahun 1999 Jabatan Bekalan Air Negeri Johor telah diswastakan kepada Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai pengendali operator rawatan air dan juga telah diberi hak sebagai pengedar bekalan air di negeri Johor bagi tempoh 30 tahun. Kerajaan pernah menyatakan bahawa Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) telah berjaya mengurangkan kadar air tidak bersih daripada 49peratus pada tahun 1999 kepada 29peratus pada tahun 2007. Walaupun demikian, kerajaan mengumumkan bahawa pelaksanaan penswastaan ini sudah gagal kerana syarikat-syarikat konsesi ini tidak dapat kadar pulangan tetap yang dimaktubkan di dalam perjanjian konsesi. Untuk menunaikan perjanjian konsesi tersebut, kerajaan negeri terpaksa memohon pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Setakat tahun 2007, pinjaman oleh kerajaan negeri telah pun mencecah jumlah RM5 bilion. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Johor sudah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009. Dalam perjanjian tersebut, pengambilalihan aset-aset fasiliti kerajaan negeri dan syarikat- syarikat konsesi dengan RM4.25 bilion. Manakala, dua syarikat rawatan air iaitu Southern Water Corporation dan Equine Venture Sdn. Bhd. juga akan tamat peranan mereka sebagai syarikat konsesi pada tahun 2012 dan tahun 2014. Ini bermakna pengurusan Aset Air Berhad perlu membayar sejumlah RM4.25 bilion dan memajakkan aset tersebut kepada Syarikat Air Johor Holdings. Syarikat tersebut pula akan menjadi pengedar air tunggal di negeri Johor. Saya meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan adakah RM4.25 bilion ini telah dicerminkan dalam anggaran tahun dan di bawah tajuk apa?
Selain itu, sila jelaskan berapakah tanggungan kewangan pihak Kerajaan Persekutuan terhadap Syarikat Air Johor Holdings pada masa hadapan walaupun syarikat tersebut akan membayar sejumlah RM640 juta setahun untuk membeli air dari Pengurusan Aset Air Berhad. Terima kasih.
Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Yang pertama sekali 050600 – Penswastaan Bekalan Air Bersih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bakri tadi supaya perkara ini perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh oleh kerajaan kerana kita lihat proses penswastaan selama ini tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat dan juga kerajaan.
Kita lihat kebanyakan penswastaan yang berlaku hanya menguntungkan beberapa syarikat tertentu yang kesudahannya kerajaan terpaksa bailout. Apabila diswastakan saya nampak ataupun yang menjadi kenyataan kepada kita apabila berlaku kerugian, apabila berlaku ketidakpuasan di dalam perkhidmatan, sukar bagi kerajaan untuk mengambil balik kerana kerajaan terpaksa membayar ganti rugi yang banyak walaupun syarikat tersebut membuat ataupun tidak menunjukkan keuntungan. Jadi, di bawah tajuk ini saya minta kementerian dapat melihat secara bersungguh- sungguh dalam proses penswastaan ini kerana kita tidak mahu air menjadi satu masalah kepada negara apatah lagi kita lihat semua struktur asas disediakan oleh kerajaan dan syarikat ini walaupun masuk kita katakan “basuh kaki”, masuk dengan mudah dengan peralatan sumber-sumber asas telah disediakan tetapi tidak ataupun masih tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan dan akhirnya kerajaan juga yang akan mengalami kerugian. Perkara 06500 – Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah. Tuan Pengerusi, di sini saya minta pihak kementerian supaya memberi perhatian dalam proses pembinaan rancangan ataupun Empangan Beris. Dahulu projek bekalan air yang telah berjalan pada masa itu dari Gulau ke Sik yang membekalkan air di kampung-kampung yang berhampiran seperti Telaga Batu, Paya Terendam Jalan Baru dan kampung-kampung di sekitarnya telah rosak dan sehingga ke hari ini, kampung-kampung ini gagal untuk dibekalkan semula kerana pihak kementerian tidak mengambil langkah-langkah tegas untuk memperbaiki semula saluran yang rosak itu dan saya minta di bawah peruntukan sebanyak RM160,956,200 ini kementerian dapat memastikan bahawa kerosakan ini dibaiki supaya rakyat di kawasan berkenaan dapat menikmati kembali kemudahan air yang menjadi faktor asas ataupun keperluan asas mereka dapat dipulihkan. Saya juga minta kementerian mengkaji semula kedudukan Empangan Beris yang telah siap sejak tahun 2005 yang lalu yang tidak digunakan. Tidak ada kita katakan proses untuk membawa air tersebut ke Pulau Pinang atau kawasan-kawasan sasaran yang lain sebagaimana yang dirancang dan empangan ini terbiar begitu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian untuk berbahas dalam bajet Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam peringkat Jawatankuasa. Seramai 28 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berucap dan tajuknya luas di mana ada juga yang berulang tajuk-tajuk tersebut. Oleh sebab itu maka saya tidak bercadang untuk menjawab satu per satu dan saya cubalah menggulung perbahasan ini secara tajuk yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Walau bagaimanapun, saya rasa kebanyakan ataupun hampir semua Ahli Yang Berhormat yang berucap telah menyentuh tentang perkara tenaga dan adalah menjadi satu favourite, dengan izin, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang tenaga yang dijana di dalam negeri secara IPP atau kebolehan IPP untuk memenuhi sebahagian besar permintaan tenaga di negara kita ini. Saya ingin mengambil kesempatan pada petang ini untuk menjelaskan beberapa perkara yang saya rasa agak penting untuk kita memahami rasional kerajaan untuk membenarkan kewujudan IPP ini sejak tahun 1993 dan apa rancangan yang akan diadakan selepas IPP ini, konsesinya telah tamat terutamanya bagi apa yang disebutkan first generation IPP. Tuan Pengerusi, adalah biasanya menjadi satu tanggapan yang salah saya fikir bahawa Petronas memberikan subsidi yang besar kepada pihak IPP. Sebenarnya Tuan Pengerusi, Petronas tidak memberikan sebarang subsidi terus kepada IPP. Adalah jelas bahawa kerajaan melalui Petronas menetapkan bahawa gas yang dijual oleh Petronas itu tidak boleh mencerminkan pasaran iaitu mengikut market price, dengan izin.
Ini kerana kerajaan ingin hendak menentukan bahawa gas ini adalah satu sumber yang sangat penting untuk diguna pakai sebagai bahan api bagi jana kuasa elektrik kita. Oleh sebab itu, supaya harga tarif yang diguna pakai oleh TNB itu adalah rendah dan stabil, maka Petronas ini diminta untuk menjual gasnya dengan harga yang di bawah pasaran.
Oleh sebab itu, walau apa pun, sama ada kalau gas itu naik, gas itu turun, harga itu ditetapkan. Harga ini ditetapkan bukan sahaja untuk apa-apa, tetapi untuk bidang jana kuasa elektrik, sama ada diguna oleh IPP atau TNB sendiri. Itulah sebab baru kita boleh menetapkan bahawa TNB tidak boleh mengenakan tarif yang lebih tinggi, yang mencerminkan kos sebenarnya di pasaran gas. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, saya..
Minta laluan Menteri.
Saya sebut bahawa adalah salah tanggapan. Sekejap. Adalah salah tanggapan bahawa IPP ini diberi subsidi terus daripada pihak Petronas. Ini kerana, Petronas pun kalau dapat jual harga yang tinggi, ia hendak jualkannya begitu. Kalau dia dapat jual mengikut harga pasaran, ia memang hendak, sebab Petronas mengeksport gas asli dari Malaysia, LNG ini ke negara asing seperti Jepun dan Korea. Gas itu pun disekat dengan perjanjian yang lama, dan ia dijual seperti yang dirancang di dalam perjanjian tersebut. Akan tetapi, di dalam negara ini, pihak kerajaan terus tidak membenarkan Petronas menjual gas di atas paras yang ditentukan oleh sektor elektrik ini...
Minta laluan.
Ya.
Yang Berhormat Machang.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Menteri, terima kasih. Terus terang Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf. Saya tidak dapat faham hujah Yang Berhormat Menteri yang sedikit berbelit-belit. Bagaimana mungkin Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa Petronas tidak memberikan subsidi kepada IPP? Fakta di hadapan kita ialah harga gas semasa sekarang, RM18 untuk MMBTU iaitu British Thermal Units, dan Petronas menjual kepada IPP pada harga RM14.31. Bekalan gas bukan semua datang daripada bekalan tempatan. Petronas juga terpaksa membeli dari Natuna dan dari Songkhla dengan harga pasaran. Kalau Petronas membayar lebih untuk harga pasaran, kemudian menjual murah kepada IPP, apa istilahnya?
Rugilah...
Itu namanya subsidi. Itu fakta di hadapan kita. Isu TNB tidak boleh mengenakan tarif, itu tidak mengapa. Kita tunggu pusingan berikutnya. Semalam saya telah mengemukakan kepada Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Oleh sebab itu dalam soalan kita kepada kementerian yang sama dalam sesi-sesi awal Tuan Pengerusi, disebut di sini di bawah kolum accumulated subsidy to IPP. Itukan namanya subsidi terkumpul. Istilahnya subsidi. Ini akibat daripada perjanjian yang lopsided yang termeterai dalam EPA.
Okey Yang Berhormat.
Bila sudah pada tahap ini Yang Berhormat Menteri, akui dahulu jangan ada denying.
Yang Berhormat, dengar jawapan saya. Janganlah pandang diri sendiri sahaja. Guna logik you sahaja. Yang Berhormat, saya sebut bahawa gas ini, ia jual dalam satu harga yang sama bagi sektor elektrik, bukan hendak memilih sesuatu IPP. Akhirnya Yang Berhormat, subsidi ini dirasai oleh siapa? Oleh you and me sebagai pengguna. Itu yang saya sebut. Subsidi itu kalaulah kita boleh dikirakan sebagai subsidi bagi sektor, iaitu sektor industri elektrik. Akhirnya, pengguna yang beli elektrik itu ditetapkan dengan tarif yang rendah...
[Menyampuk]
Kita ada jadual untuk naikkan. Kita naikkan kerana ia terlalu tinggi harga pasarannya. Logik itu kita kena terima.
IPP untung.
Kita kena terima logik itu bukan sahaja IPP, ini sektor industri at the end of the day, dengan izin, rakyat yang merasainya dengan tarif yang rendah. Itulah cara kita operatekan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Cukuplah.
Yang Berhormat Menteri.
Cukuplah.
Boleh saya..
Sebab you tidak mahu terima, jadi cukuplah.
Saya boleh terima hujah Menteri kali ini. Boleh beri ruang? Saya boleh terima hujah Menteri kali ini. Terima kasih. Oh, rupanya begini Menteri kalau hendak dapat laluan. Puji sedikit, dia duduk, insya-Allah. Baik.
Sebab tadi you tidak mahu terima.
Saya terima. Saya terima laluan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, biar kita jadi jurucakap kepada rakyat, jangan jadi jurucakap tauke-tauke besar. IPP ini tauke besar yang sudah lama mengaut keuntungan dan berbilion jumlahnya. Tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan perjanjian itu dikaji semula, supaya TNB tidak tertekan dan rakyat mendapat manfaat terbanyak. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak minta saya terima, saya boleh terima hujahnya kalau nampak rasional. Semalam Yang Berhormat Menteri, saya telah berikan tiga perkara yang saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan tanpa basa basi. Tidak ada innuendoes lain. Saya katakan bahawa perjanjian itu berat sebelah. Satu, dalam bentuk subsidi gas yang diberi oleh Petronas kepada IPP. Itu satu. Keduanya, availability charge yang dibayar oleh TNB kepada IPP. Ketiganya, capacity charge yang dibayar oleh TNB kepada IPP. Kesemuanya ini memberikan keuntungan kepada IPP.
Yang Berhormat duduk dahulu.
Saya fikir...
Duduk dahulu. Apa Yang Berhormat sebut itu saya akan jawab.
Saya belum habis berhujah lagi.
Saya akan jawab. Duduk dahulu.
Saya belum habis lagi, macam mana hendak jawab?
Duduk dahulu Yang Berhormat. Dengarlah!
Boleh saya mengadu hal kepada Tuan Pengerusi?
Dengarlah! Kelmarin saya dengar you, sekarang you dengar saya!
Saya sedang mengemukakan pandangan dan belum habis.
Tidak perlulah.
Biar saya minta floor daripada Tuan Pengerusi.
Tidak perlu.
Sebab, masa ini floor saya.
Saya tidak berikan. Duduk, duduk.
Kalau boleh saya mengadu hal kepada Tuan Pengerusi. Ini Dewan Tuan Pengerusi. Kalau Tuan Pengerusi suruh duduk, saya duduk. Bukan Menteri yang boleh suruh saya duduk.
Duduk Yang Berhormat Machang.
Duduk? Terima kasih Tuan Pengerusi... [Ketawa]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Inilah cara Yang Berhormat ini. Kalau you debate, saya dengar kelmarin dan saya tidak kacau. Sekarang you dengarlah. Yang Berhormat Machang pun sebut bahawa PPA ini menguntungkan IPP. Dia hendak saya jawab tiga jenis bayaran yang perlu dibayar kepada TNB. Baik, saya akan jawab.
Kepada IPP bukan TNB.
Ya, kepada IPP. Tuan Pengerusi, kita memang sedar bahawa PPA ini, terutamanya PPA generasi pertama, memberi keuntungan kepada IPP. Kita tahu. Siapa hendak jadi IPP kalau tidak menguntungkan? The question is, sama ada they have excess profit or not? Ini yang kita kena tanya. Atas dasar itulah kerajaan memutuskan supaya rundingan IPP ini disemak. Kita perlu semak dan tahu bagaimana. Is it because in the first place we are wrong? Tuan Pengerusi, dengan izin. Cara ini pihak Yang Berhormat Machang tidak terima. Hanya sebut saya memihak tauke-tauke. Saya rasa pandangan itu keterlaluan. Kita tidak memihak sesiapa. Kita kena tengok bahawa dalam soal ini, perlukah kita adakan kajian supaya apa yang untung bagi pihak IPP itu adalah munasabah? Siapa hendak buat business kalau tidak dapat untung?
TNB hanya membayar dua jenis bayaran, bukan tiga hanya dua kepada IPP iaitu bayaran kapasiti atau capacity payment, dengan izin dan bayaran bagi tenaga elektrik yang dihasilkan iaitu energy payment. Capacity payment adalah merupakan bayaran yang dibuat untuk menampung kos pelaburan, pembiayaan, insurans dan penetapan margin pulangan. Ini sudah ditetapkan margin pulangan, bukan ia boleh mengaut keuntungan sampai ratusan. Manakala energy payment pula merangkumi pembayaran yang dibuat bagi menampung kos bahan api dan kos operasi dan senggara. Mengenai standby yang disebut oleh Yang Berhormat Machang atau availability charges. Ia sebenarnya merupakan availability factor, setiap IPP mempunyai availability factor yang menentukan jumlah kapasiti caj yang akan dibayar kepada IPP dan bukannya bayaran tambahan kepada capacity payment atau energy payment. Tuan Pengerusi saya hendak sebut di sini, Yang Berhormat Machang dalam masa debat, beliau menyebut seolah-olah kerajaan ini kerajaan bodoh, kerajaan hanya bayar sahaja, bayar sekian, sekian, sekian ini dan tidak mengambil kira apa risikonya. Tuan Pengerusi, setiap PPA ini bukan sahaja di Malaysia malah di lain-lain tempat di seluruh dunia pun, ia ada kaedah dan kriteria-kriteria yang patut diambil kira. Di antara kriteria- kriteria yang diambil kira itu ialah payment seperti yang saya sebut, capacity payment, energy payment, availability factor semua ini kena masuk dalam PPA.
Kalau sesuatu PPA tidak masuk, ia tidak akan jadi bankable, bank tidak akan beri pinjaman. Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan ini kerajaan bodoh, cuba Yang Berhormat cari satu PPA kepada saya di seluruh dunia yang tidak melibatkan ini, go and look for one.
Boleh, saya boleh buktikan.
Ya, mana dia?
Saya akan tunjukkan juga, YTL Power juga ada generation plannya di UK, saya boleh tunjuk kepada Yang Berhormat Menteri, PPA antara YTL Power dan UK yang jelas tidak memberikan kelebihan... [Dewan riuh]
You tunjuklah, you tunjuk.
Yang Berhormat minta saya tunjukkan dan sekarang saya nyatakan, beri floor kepada saya.
Pandai cabar sahaja, takut hendak cakap.
Beri floor kepada saya Yang Berhormat, silakan, boleh? Boleh, terima kasih Yang Berhormat. Alhamdulillah, Yang Berhormat minta saya tunjukkan satu perjanjian, purchasing power agreement dengan IPP di mana dunia? Saya katakan bahawa YTL Power Yang Berhormat selain di Malaysia ia juga beroperasi di Indonesia dan juga di United Kingdom. Perjanjiannya dengan United Kingdom tidak memberikan keuntungan sebesar yang dinikmati di Malaysia, sebab apa? Yang Berhormat tadi menafikan bahawa cuma wujud dua bayaran iaitu actual electricity consume dan yang kedua capacity charge. Yang Berhormat sama ada sengaja atau tidak, mengabaikan dua jenis bayaran lagi yang hanya wujud dalam PPA Malaysia bukan dengan UK... [Tepuk] Apa?... “Standby charge, the payment to reward IPP for making the power plan operational above a certain target in the certain period.” Jelas ini ada dalam PPA antara kita dan IPP... [Tepuk] Bagaimana pula dengan subsidi gas Yang Berhormat tidak anggap memberi kelebihan sebelah pihak kepada IPP? Yang Berhormat secara jujur izinkan saya menulis di luar Parlimen untuk menunjukkan klausa mana dalam perjanjian, Purchasing Power Agreement antara YTL Power dan United Kingdom yang tidak memberi kelebihan kepada YTL. Ini membuktikan bahawa perjanjian Yang Berhormat benar-benar lopsided, Yang Berhormat tidak boleh hendak pertahankan dan semalam waktu berbahas Tuan Pengerusi, tidak ada satu kalimah pun, sindiran atau innuendos yang membayangkan kerajaan bodoh seperti mana kalimah Yang Berhormat Menteri, melainkan Yang Berhormat Menteri hendak merasakan demikian, saya tidak boleh hendak kata apa... [Tepuk]
Yang Berhormat, kalau you ada bukti tentang itu, tunjukkan kepada saya ya? Kita boleh bincang berdua, tunjukkan kepada saya... [Dewan riuh] Saya boleh terima, saya rela terima jika benar.
Saya setuju itu Menteri sebab kalau bincang di sini nanti Ahli Yang Berhormat yang lain tidak ada masa untuk mencelah kecuali mereka ini bersetuju jangan mencelah sama sekali.
[Bangun]
Yang Berhormat Putatan duduk dahulu Yang Berhormat, Menteri belum respons lagi.
Okey kita masuk ke tajuk yang lain... [Ketawa] masih tenaga..
Tuan Pengerusi mohon mencelah, sebelum Menteri pergi ke topik lain, ini amat penting ini.
Tidak, tidak, you tidak berucap, duduk, duduk.
Kita tidak ambil tahu, kita beri peluang kepada rakan-rakan untuk berucap, Tuan Pengerusi minta satu sahaja, saya hendak tanya...
Duduk, saya tidak benarkan.
Hak dia, dia sedang berucap sekarang, sama ada dia hendak memberi laluan atau mencelah atau tidak, mengikut Peraturan Mesyuarat 37 begitu.
Minta laluan, Yang Berhormat Menteri saya minta laluan sekejap untuk membantu, membantu Menteri.
Mengapa double standard? Tuan Pengerusi.
Nanti dahulu Yang Berhormat Taiping, Menteri belum lagi memberi kebenaran, jangan buat tuduhan dahulu, sabar sikit Yang Berhormat Putatan sudah duduk pun.
Kalau saya ada rasa hendak beri laluan pun, saya fikir BN yang menyokong kerajaan ini, saya akan benarkan, apa salahnya?
Ini bukan soal parti, ini kepentingan rakyat Tuan Pengerusi.
Sila Menteri teruskan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mahu minta penjelasan daripada pihak kementerian bahawa IPP ini kerja siapa sebenarnya, idea siapa dahulu?
Permatang Pauh.
Apabila seseorang Menteri yang sekarang sudah jadi Ketua Pembangkang pada tahun 90-an ya? Minta penjelasan Menteri, siapa punya idea ini?
Tidak perlulah saya jawab perkara ini..
Yang Berhormat Menteri, untuk adil kepada semua, tolong bagi satu peluang, tanya satu soalan sahaja, saya hendak tanya tentang international benchmark ini, semua negara ini mempunyai rizab elektrik kurang daripada 5 peratus hingga 10 peratus, mengapa Malaysia ada 40 peratus tenaga elektrik yang dibazirkan oleh sebab reserve yang terlalu tinggi. Malaysia didapati merupakan negara yang mempunyai reserve electricity yang merupakan paling tinggi di dunia antaranya, mengapa, adakah ini slogan Malaysia Boleh?
Saya tidak benarkan, duduk, duduk.
Menteri takut hendak jawab ini, tukarlah duduk sebelah sini, terima kasih.
Okey, Yang Berhormat Machang ingin tahu sama ada..
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Machang juga tanya mengenai keputusan supaya TNB dan IPP mengadakan supplementary agreement untuk mengurangkan capacity payment. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Machang, perkara ini sekarang masih dalam sesi rundingan yang diketuai oleh Unit Kerjasama Awam-Swasta di bawah EPU.
Perkara ini kita masih dalam perbincangan, cari cara yang terbaik sebab kita tahu kalau - Ahli Yang Berhormat Machang ini lawyer atau tidak? Kalau awak jadi lawyer, you tahulah, kita sudah sign satu agreement - sekarang hendak ubahkan agreement itu, hendak supplementary itu kita kena bincang... [Disampuk]
Dua belah ini setuju dahulu, baru dapat diwujudkan satu supplementary agreement. Saya ingin memberitahu bahawa perbincangan ini masih going on. Tuan Pengerusi, sama juga konsultan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat Machang ini bahawa kita sudah melantik konsultan, ini memang betul sebab kita serius, kita hendak tengok macam mana kita boleh memperbaiki situasi kalau boleh, sebab itu kita lantik konsultan. Konsultan itu pun sudah berikan laporannya dan pihak EPU sekarang mengetuai pasukan untuk rundinganlah dengan pihak-pihak yang berkaitan dengan perkara ini. Ahli Yang Berhormat Machang pun sebut bahawa PPA itu membebankan TNB disebabkan pass-through clause, sedangkan TNB tidak dapat lepaskan kepada pengguna. Ahli Yang Berhormat, pass-through clause ini yang terkandung dalam PPA adalah merupakan amalan yang biasa diguna pakai bagi menjalankan business IPP di mana-mana negara pun untuk memastikan business IPP adalah berdaya maju. Ketidaktentuan harga bahan api merupakan salah satu elemen yang boleh menjejaskan mana-mana sahaja PPA yang ada. Walau bagaimanapun, di negara ini kerajaan tidak membenarkan TNB melepaskan sepenuhnya kos bahan api kepada pengguna untuk memastikan tarif elektrik kekal rendah kepada para pengguna. Hal ini tidak berlaku di negara-negara lain seperti Thailand, Singapura yang membenarkan pihak utiliti melepaskan sebarang tambahan kos pembekalan elektrik kepada pengguna melalui mekanisme fuel cost pass-through. Itulah yang saya sebut tadi bahawa kita tidak boleh sebut itulah sebagai satu subsidi bagi mana-mana IPP atau TNB sebab kita hendak menentukan bahawa kos tarif itu adalah dalam paras yang rendah. Yang Berhormat juga minta - ini masih Yang Berhormat Machang - semua ini Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang pun sebut hendak minta dimaklumkan kapasiti caj yang dibayar oleh TNB kepada setiap IPP generasi pertama, okey. Inilah figuresnya, inilah angkanya. Saya kena sebut jugalah jumlah bayaran yang dibuat oleh TNB kepada IPP generasi pertama bagi tahun kewangan 2009 adalah seperti berikut: | IPP |Jumlah bayaran (RM)| |---------------|------------------:| |YTL | 1494000000| |Segari/Malakoff| 1355000000| |Genting Sanyen | 969000000| |PD Power | 184000000| |Powertek | 188000000| |Jumlah | 4190000000|<END_TABLE_MARKER> Inilah yang dibayar oleh pihak TNB kepada IPP berkenaan sebagai kapasiti caj. Berapakah jumlah dana AAIBE ini yang dana yang Yang Berhormat sebutkan 1peratus levi itu, yang disumbangkan oleh IPP untuk rural electrification, dengan izin. Pihak IPP menyumbang 1peratus daripada pendapatan jualan elektrik selepas ditolak harga bahan api. Sejak dari tahun 1997 sehingga sekarang, jumlah sumbangan IPP kepada dana AAIBE ialah RM843 juta. Selain daripada pihak IPP, TNB turut juga menyumbang kepada dana ini. Yang Berhormat pun ada bertanya apakah program-program yang dilaksanakan di bawah AAIBE ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dana ini digunakan untuk membiayai program-program di semenanjung seperti berikut: | Program yang dibiayai |Jumlah Dana (peratus )| |----------------------------------------|---------------------:| |Bekalan elektrik luar bandar | 60| |Penyelidikan dan pembangunan | 10| |Latihan dan pendidikan | 10| |Penggalakan penggunaan/kecekapan tenaga | 10| |Pembangunan dan promosi bekalan elektrik| 10|<END_TABLE_MARKER>
Contoh-contoh kawasan luar bandar yang diliputi ialah projek sumbangan grid di semenanjung termasuk di Machang, Kelantan, jangan sebut tidak ada. Ia melibatkan 67 buah rumah dengan kos RM719,000. Projek solar hibrid di Pulau Tinggi, Johor. Projek solar hibrid di kampung Orang Asli di Rompin. Projek tenaga angin di Pulau Perhentian, Terengganu dan projek solar hibrid di Sabah. Yang Berhormat Machang juga meminta dimaklumkan keperluan elektrik negara untuk lima sehingga sepuluh tahun akan datang. Unjuran permintaan elektrik adalah dinamik dan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa. Berdasarkan senario ekonomi pada masa ini, keperluan elektrik di semenanjung dijangka meningkat secara purata 3peratus setahun sehingga tahun 2020. Dengan ini, keperluan elektrik Semenanjung pada tahun 2020 dijangka mencecah sekitar 19,439 MW. Bagi Sabah pula, keperluan elektrik dijangka meningkat secara purata 7 peratus. Sehingga tahun 2018 dengan keperluan elektrik dijangka meningkat kepada 1,287 MW. ■1530 Yang Berhormat pun hendak tahu berapakah tenaga elektrik yang dihasilkan oleh IPP dan TNB. IPP sekarang untuk makluman Ahli Yang Berhormat menjana 67 peratus daripada keperluan elektrik negara. Manakala TNB menjana 33 peratus. Akhirnya, Yang Berhormat hendak tahu berapakah lebihan tenaga sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, lebihan tenaga sekarang ialah 53.2 peratus di Semenanjung.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, boleh minta celahan? Ringkas dan akhir. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang hampir menyeluruh terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk semua Ahli Parlimen dan rakyat terbanyak. Yang Berhormat Menteri, pada hujung jawapan tadi, mengenai lebihan tenaga, surplus capacity yang melebihi 50 peratus itu. Apakah Yang Berhormat Menteri berpendapat bahawa angka itu munasabah kerana itu maknanya melibatkan bayaran TNB kepada IPP. Yang Berhormat Menteri tadi membayangkan bahawa proses perundingan itu sedang berjalan seperti mana Yang Berhormat Menteri yang lepas umumkan juga. Kita harap kali ini ada time framenya. Bolehkan Yang Berhormat Menteri berikan gambaran. Proses ini saya faham lama dan sulit. Tidak ada IPP yang sudah mengaut untung lama senang-senang hendak balik ke meja perundingan. Jadi, 53 peratus itu kita bersetuju bahawa sangat tinggi dan itu harus dibayar oleh TNB. Pada kadar segera ini Yang Berhormat Menteri, apakah dalam kepala kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Adalah kita kenalah...
Yang Berhormat Menteri, pohon laluan sikit saja.
Sama tajuk?
Sama tajuk. Saya juga bangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang reserve margin yang begitu tinggi, yang ada dalam negara kita sedangkan standard di peringkat dunia hanyalah lebih kurang 20 peratus. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian? Terima kasih.
Itu yang saya hendak jawab, Yang Berhormat. Kita memang tahu 53.2 peratus itu adalah tinggi. Kita pun faham. Akan tetapi kita pun hendak faham juga bahawa rancangan yang kita lakukan bukan kita boleh dalam sekelip mata untuk mewujudkan satu jana kuasa. Kita ada lead time. Hampir tujuh tahun pun lead time yang kita hendak wujudkan sesuatu jana kuasa. Oleh sebab itu, saya ingin jelaskan apa sebab hari ini kita menghadapi reserve margin 53.2 peratus. Ini kerana dulu apabila kita put in place kita punya perancangan untuk planting up, dengan izin, masa itu ekonomi cergas dan unjurannya tinggi. Bukan seperti yang sekarang.
Sebab itu kita kena sediakan kapasiti. Worst thing will happen, dengan izin Tuan Pengerusi, kalau kita menghadapi masalah kekurangan, it is better to have a reserve margin what we have now. I would hate to think, dengan izin Tuan Pengerusi, apa yang akan berlaku kalau kita hari ini di Semenanjung tidak cukup elektrik.
Boleh, Yang Berhormat Menteri? Boleh bagi alasan what do you mean by, dengan izin Tuan Pengerusi, it is better sebab ini adalah satu perkara yang tidak subjektif. Ini sepatutnya ada kriteria yang agak serius dan objektif. Kenapa percentage yang begitu besar diperlukan?
[Bangun]
Adakah kita negara yang sentiasa menghadapi ancaman yang memerlukan ini, dan tenaga ini sebenarnya tidak boleh disimpan. Kita tahu. Apa pemikiran kementerian waktu kita tentukan margin ini?
Yang Berhormat Menteri, saya juga minta sedikit saja. Kita ada international benchmark. Kita tahu di mana international benchmark telah pun menetapkan reserve margin biasanya tidak melebihi 10 peratus. Kita ikut standard...
Sebanyak 10 peratus ?
Sebanyak 10 percent to 50 percent, 10 percent to 50 percent, even American. America, China, Japan.
Okey, ini you punya pandangan.
Mengapa Malaysia mempunyai reserve margin antara paling tinggi di dunia, 20 percent is enough. Mengapa 53 peratus? Ini bukankah satu pembaziran? Elektrik bukan boleh simpan esok. Hari ini tidak guna, esok guna, tahun depan tidak ada.
Tunggu saya jawab dululah.
[Menyampuk]
Ya, betul, betul! Dia sudah secara dakwaan. Tuan Pengerusi, begini. Kita hadapi 53peratus , saya cuba memberikan maklumat tentang latar belakang. Apa sebabnya leading to this 53 percent. Ekonomi dulu cergas, unjuran tinggi. 7peratus -8 peratus. Bukan macam sekarang, 3 peratus.
Haiya...! [Ketawa]
Sebab itu Tuan Pengerusi, unjuran ini kita tahu, kita do our best to unjur. What is the likelihood of the world economy. Itu sebab masa itu kita buat plant up. Namun begitu, pada masa ini, saya ingin juga jelaskan bahawa dari tahun 2003 sampai sekarang, kita tidak ada plant up lagi. Kita satu jana kuasa yang baru pun tidak ada. Satu jana kuasa baru pun tidak ada. Tahun 2003 ada. Masa itu sampai sekarang tidak ada yang baru. Kita buatkan dan situasi ini akan sampai tahun 2015. Sampai 2015 pun kita tidak adakan plant up. Kalau kita hendak jadi economistlah, kita cuba imbangkan. All those plants have been paid for, at the prices that was, back compare to... Kalau kita hari ini, setiap tahun hendak plant up satu kali, berapa kos? Lebih tinggi. So, we should appreciate that rather than look at always negatively. Selalu pandang negatif...
[Bangun]
Saya juga hendak beri makluman Yang Berhormat Taiping ini. Dia sebut, the international norm is 15 percent. I can tell you the international norm is 25 percent - reserve 25 percent reserve much. Mengapa kita ada 53 peratus ?
Kenapa kita 53 peratus?... [Dewan riuh]
Jika kita 53 peratus, mengapa 53 peratus. Lebih 100 peratus ... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat duduklah!
Ini wang rakyat!
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ini bukan wang bapa saya. Ini wang rakyat!
Yang Berhormat Taiping.
You tidak mahu dengar saja. You duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah explained. Unjuran lebih kepada ketika itu.
Mereka keras kepalalah.
Tuan Pengerusi, kita ada international benchmark 25 peratus. Kita ikut 25peratus lah, standard piawai.
Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping, I’ve been listening also. Pada ketika itu unjuran lebih. Jadi apabila unjuran itu bertepatan dengan keadaan sekarang, maka 20peratus mungkin ataupun 10peratus .
[Menyampuk]
Saya tidak bermaksud untuk masuk campur tetapi jangan habiskan masa dengan cara begitu. Sila bincangkan...
Tuan Pengerusi, ini sedang membincangkan pengurusan kewangan negara. Itulah caranya, sikapnya.
Yang Berhormat Menteri.
Tidak apa. Teruskan, teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pasir Salak, ya.
Yang Berhormat Pasir Salak. Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri.
Sedikit sahaja saya hendak tanya. Yang Berhormat Menteri kenal atau tidak ini Yang Berhormat Taiping ini, dia ini EXCO bawah pokok, tak akan tidak tahu, mana dia tahu ini semua, pijak gambar lagi... [Ketawa]
Dia itu pijak gambarlah!
Dia tidak tahu, jadi tidak usah layanlah. Dia tidak tahu ekonomi pun, loyar buruk!
Ya, ya terima kasih.
Sila, sila teruskan, sila.
Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak patut tarik balik. Dakwaan ini adalah personal attack dan dia tidak layak duduk di dalam Dewan yang mulia ini.
Macam mana personal attack? Memang bawah pokok punya EXCO. It is all over the place, the whole world knows.
Tuan Pengerusi, kita dipilih oleh rakyat, bukannya Barisan Nasional bentuk...
Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Taiping.
Yang Berhormat Taiping, bukan suruh mesyuarat bawah pokok, dipilih oleh rakyat untuk bermesyuarat di dalam Dewan.
Yang Berhormat Pasir Salak, Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat.
Rakyat suruh bermesyuarat dalam Dewan, bukan bawah pokok.
Ahli Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan sekali lagi. Apabila dalam Dewan berbahas begini, bersikaplah sebagai Parliamentarian... [Tepuk] Jangan bersikap sebagai ahli-ahli politik kerana ahli-ahli politik boleh bersikap di luar perbahasan, apa cerita pun boleh. Di dalam sini sebagai Parliamentarian, hujah yang dilontarkan mesti Parliamentary words. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Sebab Yang Berhormat Lipis pun tanya tentang perkara ini dan Yang Berhormat Lipis juga cadang sama ada kita boleh buat kajian untuk menyimpan kelebihan elektrik itu. Tuan Pengerusi, saya hendak jelaskan di sini. Walaupun 53 peratus lebihan kapasiti, kita kena tahu kapasiti, bukan apa yang dikeluarkan daripada generator itu, not the produced capacity but the installed capacity of the janakuasa. Akan tetapi apa yang dikeluarkan, dijanakan setiap hari itu memang seimbang dengan permintaan, ia tidak ada lebihan, ia memang ngam-ngam, tidak ada lebihan punya.
Ahli Yang Berhormat, jangan silap.
Tuan Pengerusi, ngam-ngam itu Parliamentarian languagekah?
Ahli Yang Berhormat, jangan silap. Yang dahulu sewaktu Yang Berhormat Ranau saya suruh berehat keluar menggunakan perkataan ‘ngam’, itu dalam keadaan lain. Yang ‘ngam’ sekarang ini, Parliamentary words. Sila, boleh teruskan Yang Berhormat Menteri... [Ketawa]
Maksud saya ia memang ikut permintaan. Apa yang dijanakan memang ikut permintaan for the date. Kalau hari ini ia banyak, ia boleh jana banyak so tidak ada pembaziran seperti itu. Minta maaf Yang Berhormat Lipis, kita tidak boleh, kita tidak ada teknologi untuk menyimpan elektrik.
[Bangun]
Yang Berhormat Lipis di belakang Yang Berhormat, bukan di sebelah sana.
Mohon ya.
Ya.
Saya bercakap begitu Tuan Pengerusi sebab selalu dikatakan lebihan bekalan yang dikeluarkan oleh IPP. Jadi kalau lebihan bekalan, kenapa kita tidak buat kajian supaya disimpan? Ada kajian yang kita boleh menyimpan tenaga. Macam caj bateri, bateri kita boleh simpan, bukan? Habis, kita recharge, jadi kita boleh simpan. Mungkin nampak macam kartun tetapi kalau kita di Malaysia boleh buat perkara ini, kita merupakan negara pertama dan pengkaji yang pertama membuat ini, kita boleh jual ke luar negara. Bagaimana? Mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sebenarnya kita masih membuat R&D. Kita harap suatu hari nanti kita dapat cara-cara untuk menyimpan.
Minta penjelasan, minta penjelasan.
Yang Berhormat Bandar Kuching, di depan Yang Berhormat.
Mana dia?
Yang Berhormat Bandar Kuching, ya sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata kapasitinya adalah di Semenanjung adalah 53peratus excess reserve. Maka nampaknya tadi Yang Berhormat Menteri juga kata tidak ada apa-apa rancangan untuk menambah pelan lagi sehingga tahun 2015. Kalau begitu pendirian kementerian, maka saya nampak tidak ada apa-apa keperluan atau apa-apa sebab untuk melaksanakan projek undersea cable supaya electricity yang dijanakan di Bakun Dam akan dibekalkan ke Semenanjung Malaysia. Bolehkah kementerian membatalkan rancangan atau cadangan untuk melaksanakan pembinaan undersea cable, menyambung Bakun Dam ke Semenanjung Malaysia supaya rakyat di Sarawak dapat menikmati electricity yang dijana oleh Bakun Dam yang lebih murah daripada apa yang ada sekarang di Sarawak.
Yang Berhormat Bandar Kuching, saya tidak sebut selepas tahun 2015 ini sama ada kita perlu plant up atau tidak. Maksud saya ialah apabila kita sampai tahun 2015 nanti, reserve kita ini akan turun, capacity reserve itu akan turun sampai paras 25 peratus. Masa itulah yang kita perlu ada rancangan untuk plant up lagi. Bakun ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching, kita akan hanya siap kabel di bawah dasar laut itu pada tahun 2017 ya, masa itu kita perlu plant up sudah dan kita mempunyai elektrik daripada Bakun.
Yang Berhormat Menteri, tanya soalan sedikit sahaja.
Mengenai..., mengenai?
Tuan Pengerusi, bersabit dengan Bakun. Saya ingin tanya dan saya bertanya perkara ini sudah lama dah dan tidak ada jawapan. Berapakah sebenarnya the landing cost of electricity yang akan dibawa daripada Bakun menggunakan under sea cable? Ini kerana perkara ini cukup penting dan semacam kita put the cart before the horse. Kita tidak membuat satu kajian dan satu number crunching thinking through tetapi melontarkan idea-idea seperti ini as if duit kita tumbuh di pokok yang kita boleh guna billion of dollars and then flip-flop dalam polisi-polisi seperti ini. Saya ingin tahu, basic question, telahkah kementerian membuat tafsiran apakah the landing cost of electricity daripada Bakun ke Semenanjung ini? Terima kasih... Yang dianggarkan.
Ya, ini Yang Berhormat daripada sebelah sana, selalu hendak lontar sahaja ya perkara-perkara yang liar ini. Saya tidak sebut bahawa landing cost yang you sebut itu, kita tidak kira, memang we crunch the numbers. Don’t tell me we do things like this without crunching numbers. Ya, itulah yang saya sebut lontar perkara-perkara yang liar itu, sebutkan kita tidak ada crunching numbers…
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
What, apa number yang telah ...
Ya. You nak tahu so ask the proper question, don’t lontar macam ini. You hendak tahu, ask the proper question.
Kalau lontar-melontar pun tidak apa tetapi across, jangan sahaja lontar sebelah sini. Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya okay just for your information. Our estimated cost of landing Bakun power is about 32 cents.
Ini hanya unjuran, sesuatu yang you can say crunching the numbers, but we dot not know what is the likelihood of the tender yang kita akan panggil, tentang kabel-kabel ini dan kos.
Boleh Menteri detil sedikit lagi, berapa jumlah bold park number pun tidak mengapa, berapa jumlah kos building undersea cable itu dan apakah the lost of storage dan apakah risiko dalam perkara ini. Terima kasih.
Itu sebagai satu tajuk baru Yang Berhormat. You boleh submit the question to me, I will answer. Ahli Yang Berhormat Padang Terap sebutkan objektif kementerian untuk menyediakan bekalan elektrik mampu bayar. Memang Yang Berhormat, kita cuba sampai kita boleh membekalkan elektrik yang rakyat boleh mampu bayar. Itu memang kita punya objektif dan sebab itu Yang Berhormat, kita cuba dari cara-cara yang tertentu supaya harga elektrik itu boleh dikawal dengan satu harga yang mampu dibayar. Untuk masa depan, kita pun harap ada cara-cara penstrukturan industri elektrik sampai kita boleh katakan ia lebih kompetitif, harganya lebih berpatutan. Itu memang kita punya objektif dan kita sedar, kita ada rancangan-rancangan untuk ke arah itu.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Padang Terap, saya pun hendak sebut pada hari ini, kita membantu rakyat yang tidak mampu sekiranya kenaikan tarif dilaksanakan. Pihak kerajaan masih meneruskan pelaksanaan lifeline band iaitu di bawah satu garis, mereka tidak dikenakan sebarang kenaikan harga yang akan dilaksanakan jika ada dan itulah cara-cara yang kita cuba tolong pihak yang dikatakan tidak mampu untuk membayar elektrik dan..
Mohon laluan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menimbulkan tentang persoalan monopoli yang berlaku dalam industri tenaga dalam negara kita. Salah satu cara yang boleh kita selesaikan dengan menurunkan tarif elektrik ini ialah dengan membenarkan dalam industri tenaga ini beberapa players masuk dan menyebabkan industri ini lebih kompetitif. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang ada perancangan pihak kementerian. Apakah perancangan itu kalau boleh saya atau kami hendak tahu. Terima kasih.
Terima kasih. Rancangan itu sekarang masih dalam peringkat perbincangan. Jururunding pun sudah hantar laporan kepada kita dan kita akan cari jalan yang sesuai untuk mengumumkan atau masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara ini tetapi kita kena berbincang dengan teliti dan berkaitan dengan semua pihak stakeholders yang akan kita bincangkan. Selepas itu baru kita boleh umumkan dan pokoknya ialah kita hendak satu industri yang lebih kompetitif dan harganya adalah ikut apa yang disebut sebagai harga pasaran. Itu sebagai jangka masa yang panjang, supaya industri ini adalah industri yang berdaya maju, bukan untuk sentiasa perlu ada subsidi dari harga gas dan harga minyak, bahan api dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya ingin sebut juga, walaupun kita meneruskan kepada arah itu, kita pada masa ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Padang Terap dan juga beberapa orang Yang Berhormat lagi mengenai tenaga yang boleh diperbaharui. Saya setuju sangat apabila Yang Berhormat sebut bahawa kita ada resource, kita ada biomass, kita ada solar, barangkali bukan di banyak tempat tetapi kita juga ada tempat di mana ada angin. Perkara-perkara ini kita perlu ada rancangan untuk mengetengahkan bahan api ini sebagai satu bahan api untuk menjana elektrik di masa akan datang. Tidak berapa lama lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mempengerusikan Majlis Teknologi Hijau.
Pada masa itu kita harap boleh putuskanlah perkara-perkara seperti ini dan ia akan dijelaskan kepada pihak awam supaya kita boleh sama-sama mengadakan satu tanggungjawab terhadap bahan api yang boleh diperbaharui dan itu sekali gus akan menolong kita tidak mencemarkan alam sekitar dan sebagainya. Itu...
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi tajuk lain, kadar elektrik. Saya membangkitkan tentang kenaikan kadar elektrik yang dikenakan oleh TNB di homestay kerana homestay ini adalah merupakan industri pelancongan yang melibatkan masyarakat kampung, masyarakat luar bandar. Sebahagiannya rakyat miskin, rakyat termiskin pun ada terlibat tetapi apakah dasar yang dikenakan oleh TNB sehingga mengenakan tarif yang begitu tinggi menyebabkan bebanan kepada rakyat termiskin tadi untuk membayar bil. Sudah tentu keuntungan daripada sewaan bilik tadi tidak membantu untuk mengatasi kemiskinan di luar bandar.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan minta TNB cuba meneliti perkara homestay ini dan meminta pihak TNB menjelaskan kepada saya apa isu yang mereka hadapi apabila mereka naikkan elektrik itu. Pada dasarnya saya memang menyokong sebab homestay ini adalah di luar bandar. Kalau kita boleh menolong pihak luar bandar ini untuk mendapatkan pendapatan yang lebih sedikit, itu adalah satu, saya rasa satu NKRA yang kita sekarang usahakan dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, iaitu untuk menentukan bahawa liputan elektrik dan air di luar bandar ini akan terus meningkat. Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit tentang soal IPP bagi tenaga yang boleh diperbaharui ini. Saya rasa kita di Sabah sekarang, hari ini sudah mempunyai sejumlah kapasiti berjumlah 32 megawatt yang sudah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. Di bawah Small Renewable Energy Power Program atau SREP, mereka kena menandatangani satu perjanjian dinamakan Renewable Energy Power Purchase Agreement di mana tarifnya adalah lebih tinggi daripada tarif yang biasa.
Kita tahu sebab tanpa sokongan dari segi tarif itu maka susah kita hendak adakan pihak-pihak yang ingin melabur dalam bidang ini. Saya hendak sebutkan pada hari ini bahawa the final tariff belum kita tentukan. Sekarang tarif itu adalah sebanyak 21 sen. Maka, itu adalah dianggap sebagai satu tarif yang sangat rendah. Saya ingin hendak mencadangkan kepada TNB untuk menaikkan tarif itu supaya ia lebih menggalakkan. Apabila ia lebih menggalakkan, saya boleh tentukan lebih ramai lagi players dalam renewable energy ini. Mengenai masalah...
Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Penjelasan sedikit. Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, sebelum ini saya ada mengajukan soalan berkenaan renewable energy atau alternative energy. Soalan saya sama ada kerajaan menjamin untuk membeli energy yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat yang melabur dalam perusahaan renewable energy ini. Akan tetapi pada masa itu dijawab bahawa kerajaan tidak menjamin pembelian ini. Saya hendak mendapatkan penjelasan di sini sekali lagi bagi soalan yang sama sebab saya ada mendapat maklumat daripada bekas Timbalan Menteri Kewangan di luar Dewan yang mengatakan bahawa memang ada satu dasar kerajaan menjamin pembelian renewable energy ini. Kalau tidak ada jaminan sebegitu siapa yang hendak melabur mengeluarkan energy ini. Ia melibatkan kos yang tinggi dan kalau tidak ada jaminan begitu ia merupakan satu risiko yang besar kepada pengusaha-pengusaha. Minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat, memang betul buat masa sekarang kita belum ada satu jaminan daripada pihak kerajaan untuk membeli apa sahaja elektrik yang dijana oleh pihak syarikat yang melabur dalam renewable energy ini. Kita belum ada undang-undang atau kaedah supaya kita boleh mengadakan jaminan seperti Yang Berhormat sebutkan itu. Kalau di Germany hari ini ia disebut feed-in tariff tetapi kita belum ada feed-in tariff.
Sebenarnya perkara ini masih ditimbangkan oleh pihak kerajaan supaya suatu hari nanti kita akan dapat feed-in tariff ini. Apabila ada feed-in tariff nanti siapa yang ada lebihan elektrik dijanakan dalam kilang atau sebagainya, ia boleh terus jualkan kepada pihak TNB dan TNB kenalah menerima. Buat masa sekarang under program yang saya sebutkan itu kenalah ada perjanjian antara penjana dengan TNB barulah kita boleh laksanakan program itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ada juga masalah-masalah setempat seperti loji air terganggu disebabkan tidak ada elektrik dan sebagainya. Semua soalan ini pegawai saya sudah catat dan kita akan hantarkannya kepada pihak-pihak berkuasa terutamanya pihak sektor air yang dijaga oleh kementerian saya dan juga pihak sektor elektrik supaya kita dapat selesaikan masalah ini. Saya memang bersetuju kalau ada masalah berlaku di peringkat loji itu, apabila loji itu tidak dibekalkan dengan elektrik memanglah loji itu tidak boleh berfungsi dan akhirnya tidak ada air. Ini adalah masalah yang saya rasa agak penting dan perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Saya akan mengarahkan pegawai saya supaya perkara-perkara ini ditangani dan tidak berlaku kerap kali di peringkat di loji itu seperti yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ada menyuarakan terhadap masalah ini. Setiap kali kita bincang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah setiap bulan tetapi perkara ini tidak dapat diatasi, sampai empat hingga lima kali setahun berlaku gangguan begini. Jadi saya ingatkan supaya masalah loji air di Batu Sawar di kawasan saya yang saya timbulkan semalam dapat diambil tindakan segera oleh Yang Berhormat Menteri.
Boleh berikan...
Kuala Krau.
Ya. Yang Berhormat Kuala Krau, pegawai saya akan mengambil tindakan segera dan cuba menyelesaikan semua perkara tertentu. Saya masuk ke tajuk air ini kerana ramai Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang air. Memang air ini adalah suatu perkara yang kita ingin hendak selesaikan seperti pencemaran sungai. Bagi pencemaran sungai pihak berkuasa tentang air ini iaitu syarikat konsesi perlu menutup loji tersebut sebab ada pencemaran seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat di Salak Tinggi, Cheras dan sebagainya. Perkara ini memang menjadi satu kebimbangan saya sebab kalau kita tutup disebabkan oleh pencemaran sungai, maka masalah ini bukanlah masalah kecil tetapi masalah besar. Ini menyebabkan pencemaran daripada unsur-unsur di darat seperti najis, industri dan sebagainya. Itu memang suatu perkara yang kita perlu tangani dengan lebih berkesan. Oleh sebab itu saya sudah meminta pegawai saya untuk mengadakan satu perbincangan dengan pihak DOE dan juga pihak negeri sebab sungai ini memang di bawah kuasa negeri, termasuk juga pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan rancangan supaya kita dapat memberi maklumat yang cukup, membuat enforcement dan sebagainya supaya unsur-unsur pencemaran ini akan dapat dielakkan. Sebagai satu rancangan jangka panjang, maka kita perlulah mengubahsuai atau memindahkan loji di Salak Tinggi dan di Cheras supaya tidak diletakkan dalam satu kawasan yang padat dengan penduduk. Itu adalah satu rancangan jangka panjang di mana kita tidak ingin hendak mengadakan loji-loji menyedut air di tempat-tempat yang padat dengan penduduk seperti di Cheras dan Salak Tinggi. Tuan Pengerusi, mengenai program penstrukturan air di semua negeri, perkara ini sedang dijalankan dengan kekerapan mesyuarat antara kementerian saya dengan pihak negeri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Kalau dapat, kita hendak selesaikan pengambilalihan PAAB terhadap aset-aset yang sekarang dimiliki oleh pihak syarikat air di negeri ini, dalam jangka masa pendek. Kalau kita dapat siapkannya pada bulan Mac tahun akan datang, itu akan menjadi satu sasaran atau satu dateline yang kita letakkan kepada negotiation team ini. Ini kerana kita tahulah, pihak jawatankuasa, termasuk PAAB juga, kita kena runding dengan pihak negeri mengenai cara pampasan, bayaran dan bagaimana kita perlu meyakinkan pihak negeri bahawa, apabila PAAB ambil alih, ia akan menyelesaikan masalah yang sekarang dihadapi oleh pihak berkuasa air di negeri, iaitu tidak cukup modal dan capital investment.
Boleh minta laluan, Menteri?
Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Penstrukturan negeri-negeri di Malaysia, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri mengenai perkembangan masa kini dengan penstrukturan pengurusan air di negeri Selangor. What is the latest development in relations to the restructuring in Selangor?
Saya sambung sedikit Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang saya kira rata-rata seluruh negeri di Persekutuan Malaysia ini menyokong baik sokongan ataupun cadangan kementerian untuk menjadikan apa yang diistilahkan sebagai asset light dan diambil alih keseluruhan aset ini kepada special purpose vehicle PAAB itu sendiri. Namun, jumlah disebutkan adalah RM15 bilion. Disebut–sebut. The number is bended around, tetapi sehingga hari ini saya dapati khususnya di Selangor ini, Yang Berhormat Menteri. Dapatkah Yang Berhormat Menteri memberikan jaminan bahawa cadangan kementerian sendiri untuk menjadikan satu management company itu, atau yang dikatakan sebagai SYABAS itu dengan cadangan 51:49 shareholding structurenya, 51 kepada Puncak Niaga dan 49 kepada Kerajaan Negeri, itu satu yang cukup baik dan diterima oleh Kerajaan Negeri. Akan tetapi, mengapa hingga hari ini perkara itu tidak dapat diteruskan dan dilunaskan? Terima kasih.
Sebenarnya dalam satu jawapan di Dewan yang mulia ini, saya sebut kita masih dalam peringkat perbincangan. I want to tell you, kelmarin baru saya jumpa Menteri Besar untuk perkara ini. Saya memang ingin hendak selesaikan perkara ini, tetapi kita kena ada ketelusan. That is, kita kena ada due diligence mengenai aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat konsesi itu. Sedangkan kita belum selesai due diligence di situ, kita tidak boleh buat apa-apa tawaran. Sekarang ia sudah selesai, tetapi Menteri Besar Selangor hendak satu laporan, dan saya pun beri dia satu laporan untuk dia study dahulu. Selepas itu, baru dia dapat membalas kepada saya. Saya harap, this is the end bit of the restructuring. Saya memang perhatikanlah dua belah ini ada keazaman untuk menghabiskan perkara ini. And I will try my best to selesaikan perkara itu.
What is the timeline atau jadual untuk habiskan penstrukturan ini, sebab ini sudah lebih kurang satu tahun?
Ya lah, timeline yang saya sebut tadi, Maclah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, supaya lain-lain negeri termasuk juga Selangor boleh habislah.
Selangor?
Selangor dengan lain-lain. Terima kasihlah Yang Berhormat atas minat tentang perkara itu, dan kita akan cuba selesaikan.
[Bangun]
Ya, saya ada. Yang Berhormat Pasir Mas minta supaya perhatian khusus diberi untuk mengatasi masalah bekalan air di Kelantan, dan bukan tertumpu kepada penyediaan pelan perniagaan 30 tahun. Yang Berhormat, di negeri Kelantan terdapat 31 loji rawatan air dengan jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 342 juta liter sehari. Kementerian melalui SPAN sentiasa memantau kualiti air supaya mematuhi piawaian yang ditetapkan, dan mencapai sasaran di bawah Quality Assurance Programme. Di bawah rejim baru, operator air adalah dikehendaki menyediakan pelan induk 30 tahun dan pelan perniagaan tiga tahun. Pelan induk 30 tahun ini adalah bagi tujuan pelaksanaan projek-projek secara terancang untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna. Manakala pelan perniagaan tiga tahun pula, adalah bagi tujuan pelaksanaan terhadap pencapaian petunjuk prestasi utama KPI yang ditetapkan. Bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi pihak AKSB atau Air Kelantan Sdn. Bhd., ia dikehendaki untuk berpindah ke rejim baru supaya peningkatan infrastruktur dapat dilaksanakan oleh PAAB. Apa yang saya jawab tadi, kita harap by the next March, bulan tiga tahun hadapan, kita akan siapkan semua dan perkara ini sudah selesailah diambil alih...
Yang Berhormat, termasuk mengambil alih AKSB Kelantan?
Ya, ya.
Maksudnya, ambil alih AKSB Kelantan?
AKSB itu jadi operator.
Jadi operator?
Ya, jadi operator.
Ini kerana, apa yang saya bangkit Yang Berhormat, dari segi jangka panjang saya mengalu-alukanlah, tetapi yang penting fokusnya ialah masalah yang dihadapi seharian oleh rakyat di Kelantan termasuk kawasan saya yang airnya tidak ada. Bukan masalah hendak air bersih sahaja, tetapi airnya pun tidak ada. Ini yang masalah ini. Terima kasih.
Perkara ini, ada perlu jugalah kita menghantarkan pasukan atau pegawai untuk berbincang dengan Air Kelantan supaya tengok masalah air yang belum ada itu. Kalau kapasiti tidak cukup, kita perlulah meningkatkannya.
Memang Yang Berhormat sebut tadi ada 31 loji yang mengeluarkan 342 juta liter air sehari. Memang kapasiti tidak cukup. Waktu tidak ada air di musim-musim perayaan, saya sebut contoh, baru-baru ini disediakan lori tangki empat biji, mana hendak cukup untuk mengatasi? Jadi sekarang ini, fokus ini yang pentingnya untuk bagaimana rakyat mendapat air hari-hari. Ini yang saya lebih pentingkan selain daripada soal pelan perniagaan yang disebutkan tadi. Jadi, kapasitinya tidak mencukupi dan bagaimana cara hendak bantu. Antaranya, saya percaya boleh ditambahkan peruntukan untuk tahun depan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, ataupun peruntukan untuk tahun 2010 yang sudah pun bentang 2011 seumpamanya, supaya untuk jangka pendek, bagaimana hendak mengatasi masalah air ini. Terima kasih.
Teliti perkara ini dengan lebih rapilah bagaimana kita boleh tolong Yang Berhormat di dalam kawasan itu. Tuan Pengerusi, sebab banyak juga dibincangkan dengan spesifik, perkara spesifik itu saya akan mengadakan jawapan secara bertulis dan hantar kepada Yang Berhormat sekalian. Ini kerana, kalau kita jawab di sini, ia akan ambil masa yang sangat panjang. Saya minta maaflah kepada Yang Berhormat sekalian mengenai perkara itu.
Yang Berhormat Menteri, saya telah tanya satu soalan saya fikir ia penting iaitu kriteria pelantikan ahli SPAN supaya kita boleh mengelak apa yang dikatakan regulatory capture.
Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat sebab minat tentang perkara ini. Saya difahamkan Yang Berhormat pun at one time jadi prospective candidate, that was about I was told.
Only advisor.
[Ketawa] Until you join DAP. Anyway Tuan Pengerusi, saya nak sebut di sinilah SPAN ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
No, no. It shows your integrity. Saya nak pujilah. SPAN ini dia ada sebelas commissioner dan termasuk CEO nya Datuk Teo, 12 orang dan buat masa sekarang kita sudah lantik sembilan commissioner dan antara sembilan ini, hanya satu yang libatkan dalam juru pakar yang you sebut tadi, only one out of nine tapi he cannot play a lot of havoc inside the perbincangan. He only one, out of nine, so saya rasa kalau kita sebab dia jadi perunding sebab dia ada kepakaran, we left him out also is not good I think the industry will benefit dengan izin, dengan adanya kepakaran di sana sebab orang ini dia boleh zahir kan fikiran-fikiran yang bernas dan konstruktif tetapi saya tak setuju kalau for example there are three or four who are juruperunding, who are in this industry as a juruperunding. Saya memang sudah cakap dengan pihak SPAN supaya janganlah kita lantik orang-orang yang terbanyak dalam bidang ini. So right now, it is a good mix, you have the FOMCA, consumer association pun ada dalam dan lawyer pun ada dalam. Saya rasa dia ada satu good mixlah buat masa sekarang dan saya akan you ask for what criteria so we hope we can give you that but I don’t have it here now, kita akan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang terima dengan baik hati penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai isu pelantikan, isu yang saya bangkit pada pagi ini tapi ada dua orang. Sebenarnya satu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tapi satu lagi ialah wakil KPMG. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, KPMG merupakan satu badan pakar rujuk, consultancy companies yang di seluruh dunia hendak menswastakan air khususnya di negara-negara membangun dan ada kalanya macam PricewaterhouseCoopers, mereka dibayar oleh DFID. DFID sebenarnya adalah Overseas Development Aid, agensi kerajaan Britain ataupun United Kingdom yang membayar consultancy companies ini supaya keluar daripada negara mereka, datang ke negara-negara membangun supaya menswastakan air mereka bukan sahaja soal air swasta tapi elektrik, health care dan sebagainya. Oleh kerana itu ada dua orang, bukan satu orang. Dua orang yang ada cenderung untuk ataupun berminat untuk tukar ataupun pandangan mereka dan dasar kerajaan supaya lebih peka dengan kepentingan-kepentingan pihak swasta. So saya fikir isu satu orang pun ada isu yang besar sebab ini kalau hari ini satu, tahun depan dua, tahun ketiga, tiga, tahun keempat, empat orang menjadi wakil peniaga-peniaga atau perunding-perunding air di SPAN. So saya harap Yang Berhormat Menteri supaya jangan menggalakkan khususnya peniaga-peniaga dan juga pakar runding-pakar runding air masuk ke dalam SPAN. Sebagai SPAN, must be independent and I think also kalau boleh lantik wakil rakyat Pakatan Rakyat pun boleh, itu bagus. Terima kasih.
Saya ambil perhatianlah tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tetapi saya juga kena jelas di sini. Buat masa sekarang, saya belum ada aduan tentang ketidaktelusan atau ketidakikhlasan atau benda-benda yang mencemarkan prestasi SPAN itulah. Itu saya pun nak sebut jugalah. Tuan Pengerusi, akhirnya mengenai tajuk ...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jempol, ya.
Ha, Yang Berhormat Jempol sila.
Saya ada membangkitkan beberapa perkara besar berkaitan dengan dasar kementerian Yang Berhormat. Pertama sekali tentang masalah paip-paip lama di FELDA. Ini bukan sahaja melibatkan kadar kehilangan air yang tinggi, kadang-kadang mencecah hingga 47peratus tetapi ianya juga menyebabkan kekerapan gangguan kepada rakyat di mana bekalan air kadangkala terputus, itu satu. Kedua ia menjurus kepada perancangan masa panjang juga iaitu menaikkan kapasiti loji iaitu Loji Kuala Jelai, Jempol yang menjadi sumber bekalan air utama di daerah Jempol. Boleh Yang Berhormat berikan penjelasan berkaitan dengan itu?
Mohon jawab sekali gus. Boleh sekali gus? Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang, sekali gus?
Ya, Yang Berhormat Ledang.
Sikit saja Yang Berhormat Menteri. Tentang persediaan kita untuk menerima loji kawasan tadahan air. PUB Skudai dan juga Gunung Pulai yang dijangkakan pada tahun 2011. Sekian, terima kasih.
Juga saya. Saya agak Menteri langsung tidak sentuh dalam isu nuklear dan juga tidak banyak yang memberi penjelasan tentang isu-isu teknologi hijau yang kita bahaskan tadi.
Ada lagi.
Menteri, satu lagi isu. Last sekali. Mengenai Butiran 050600 mengenai Penswastaan Bekalan Air Bersih. Soalan pagi tadi ialah apakah kandungan butiran ini. Apakah bermaksud Penswastaan Bekalan Air Bersih, dari mana ke mana, what is the scope of work in this project yang menelan belanja sebanyak RM2 juta.
Yang Berhormat Jempol, saya ada catatan daripada pegawai saya mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kementerian tiada kuasa terhadap kawalan selia kualiti air kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, sumber air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, satu majlis iaitu Majlis Sumber Air Negara telah ditubuhkan. Majlis ini akan membincangkan isu- isu yang berkaitan dengan sumber air dan perkara-perkara yang berkaitan yang dianggotai oleh semua kerajaan negeri dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Loji rawatan di Kuala Jerai, Jempol akan dinaiktaraf daripada tujuh juta gelen sehari sehingga dua belas juta gelen sehari dan projek ini akan bermula pada tahun 2010 dan dijangka siap pada tahun 2011. Apabila projek ini disiapkan, maka bekalan air bagi gugusan FELDA Serting dan Palong akan dibekalkan oleh loji ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diberi untuk Program NRW iaitu non revenue water di daerah Jempol termasuk juga FELDA Serting dan Palong dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Status pelaksanaan projek ini adalah 80peratus dan dijangka siap pada tahun 2010. Selain itu, masalah bekalan air di kampung Orang Asli di daerah Jempol adalah di luar bidang kuasa kementerian ini dan ianya terletak di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Okey, itu Jempol ya.
Bagi Yang Berhormat Ledang, kemajuan penstrukturan saya sudah jawab tadi dan kita harap siap pada bulan Mac nanti. Yang Berhormat Batu sebutkan tentang....
Yang Berhormat Menteri, yang Ledang tentang Singapura itu.
Ha, Singapura itu. Saya tidak ada jawapan sini. Let me see ada atau tidak.
Kuala Krai pun ada bangkitkan. Tengok bahagian Kuala Krai.
Minta maaf, saya cuba cari adakah catatan. Yang Berhormat, saya fikir perkara ini saya pun baru pergi Johor. Saya diberi taklimat tentang perkara ini dan memanglah kalau kita tidak dapat apa-apa perkembangan perkara ini dari segi G2G, maka loji dan reservoir itu memang dikembalikan kepada pihak negeri. Saya pun tidak dapat jangkakan apa yang akan berlaku dari segi G2Glah. Ini luar bidang saya. Namun begitu, saya memang tahulah bahawa reservoir itu memang dimiliki oleh pihak kerajaan negeri selepas perjanjian itu ditamatkan nanti. Kalau tidak ada sambungan yang dilakukan. Yang Berhormat Batu hendak tahu tentang pengambilan...
Teknologi Hijau. Kriteria kita bagi kepada syarikat-syarikat subsidi...
Ya, ada, ada.
...Dan juga penggunaan aktiviti pembangunan Pusat Tenaga Malaysia.
Sekarang Tuan Pengerusi, I think there are only a few pages. Mengenai teknologi hijau. Yang Berhormat Batu hendak tanya pembangunan teknologi hijau di Pusat Teknologi Malaysia. Apakah kriteria-kriteria pemilihan 140 buah syarikat yang akan dipilih untuk menerima dana teknologi hijau ini. Pusat Tenaga Malaysia akan distrukturkan semula menjadi Pusat Tenaga Teknologi Hijau negara. Aktiviti-aktiviti teknologi hijau yang akan dilaksanakan oleh pusat tersebut adalah seperti berikut: (i) mengendalikan penstrukturan semula Pusat Tenaga Malaysia sebagai Pusat Tenaga Hijau Negara; (ii) menguruskan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau yang berjumlah RM1.5 bilion untuk pengeluar dan pengguna teknologi hijau; (iii) menyediakan roadmap pembangunan teknologi hijau; (iv) aktiviti kempen dan promosi teknologi hijau; (v) menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau; (vi) langkah-langkah untuk memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam serta mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan kerajaan.
Menteri, saya masih menunggu...
Yang Berhormat Putatan?
Ya, terima kasih.
Mengenai Teknologi Hijau?
Bukan, mengenai air tadi itu belum jawab lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan, saya masih tunggu. Apa yang saya faham Yang Berhormat Menteri, peruntukan yang spesifik adalah dibagi terus kepada Kerajaan Negeri Sabah. Akan tetapi, dalam butiran yang saya sebutkan dalam perbahasan ini, ada perbelanjaan yang berjumlah lebih RM15 juta. Jadi rakyat mungkin mahu tahu apa peranan kementerian ini terhadap bekalan air di negeri Sabah yang ada disediakan peruntukan? Apa peranan kementerian yang membantu bekalan air ini di Sabah?
Yang Berhormat Putatan, biar saya habis jawab Yang Berhormat Batu dan saya akan beralih kepada perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putatan. Mengenai kriteria ini, saya hendak sebutkan di sini, sebab dia ada dua kategori iaitu pengeluar teknologi hijau dan pengguna teknologi hijau. Buat masa sekarang, ini satu pinjaman, bukan satu geran. Memandangkan ini satu pinjaman, pihak Bank Negara kena ada satu program di bawah dana ini, supaya pihak-pihak bank itu boleh mengambil bahagian untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat yang diiktiraf oleh Pusat Tenaga Teknologi hijau itu supaya mereka dapat menikmati special 2 peratus interest yang dibayar oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, kita kena ada commercial viability. Perkara yang terpenting ialah commercial viability bagi pinjaman ini. Kalau ada commercial viability, saya rasa di dalam sektor seperti tenaga, bangunan, air, pengurusan sisa, pengangkutan dan sebagainya, mereka layak untuk meminjam dalam bank-bank yang berkenaan. Bank-bank ini bukan kita hendak sebut siapa bank itu, participating bank yang kena uruskan pinjaman tersebut. Program-program yang lain kita akan umumkan apabila majlis itu, Majlis Teknologi Hijau yang akan bersidang pada 16 Disember ini dan kita akan umumkan jenis-jenis program yang lain apabila program itu sudah diluluskan oleh pihak majlis. Mengenai Yang Berhormat Putatan...
Menteri, sedikit sahaja.
Tunggu Menteri jawab dululah.
Sedikit sahaja. Sebenarnya saya tanya dalam konteks ini juga, teknologi hijau dan bagaimana kita balance dengan peruntukan nuklear ini kerana dalam masa yang sama, peruntukan untuk nuklear ini sama dengan peruntukan untuk teknologi hijau. Teknologi hijau telah ditekankan bahawa kerajaan akan memacu teknologi aspek ini sebagai prioriti. Akan tetapi, seolah-olah nampaknya tidak ada road map dan juga tidak ada rancangan yang sangat khusus untuk mempromosikan teknologi hijau.
Teknologi Hijau ini sebenarnya bukan satu tajuk baru, bukan satu invention baru. Teknologi hijau ini sudah ada di kalangan kita, tetapi kita sebagai Pusat Tenaga Teknologi Hijau ini, pusat itu akan menjadi satu focal point, di mana program-program di bawah teknologi hijau ini akan diperluaskan. Baru-baru ini kita baru siap, sebenarnya baru habis Bulan Tenaga iaitu bulan November, bulan Tenaga Malaysia dan pada tahun akan datang, kita akan mengadakan satu program untuk mengadakan pameran antarabangsa dan juga mesyuarat antarabangsa tentang teknologi hijau ini. Semua ini adalah usaha-usaha untuk adakan satu promosi. ■1640 Akan tetapi sama ada teknologi hijau ini akan terus menjadikan growth hub untuk ekonomi kita, ini terpulang bukan sahaja kepada kementerian, tetapi untuk semua bidang untuk MITI, untuk MOSTI dan lain-lain kementerian supaya kita boleh kerjasama untuk mengetengahkan teknologi hijau ini sebagai satu cara untuk business baru, untuk perkembangan baru dan ini termasuk juga pihak swasta, pihak pembangkang juga ada peranan untuk perkara ini supaya ia akan terus jadikan perancangan...
Penjelasan, minta penjelasan.
[Bangun]
Sini, sini. Bandar Kuching.
Ya dia dahulu.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak tanya walaupun ia disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini bahawa RM1.5 bilion disediakan sebagai dana untuk membolehkan pengeluar syarikat pengguna teknologi hijau ini membuat pinjaman kepada Pusat Teknologi Hijau Negara, tetapi tidakkah ada hasrat kerajaan yang pada saya bahawa kalau kita tukar dalam bentuk mewujudkan satu permodalan teknologi hijau untuk menjadi satu venture capital fund bagi syarikat-syarikat ini. Ini juga lebih memberikan keuntungan kepada kerajaan kerana ia bukan begitu percuma, kita beri tetapi ia sebagai satu modal yang kalau syarikat itu berjaya nanti bahawa kerajaan juga mempunyai satu saham apabila ia disenaraikan nanti. Kemudiannya, saya juga ingin meminta supaya pihak kerajaan harus memberikan pertimbangan khususnya kepada Majlis Penasihat Teknologi Hijau ini supaya memberikan pertimbangan fokus kepada program-program teknologi hijau yang boleh membantu membangun menjana ekonomi negara, khususnya kepada penyediaan peluang-peluang pekerjaan baru kepada masyarakat dan rakyat Malaysia. Kalau tidak nanti kita lihat macam saya katakan tadi Yang Berhormat Menteri, bahawa kita masih terawang-awang tidak tahu apa yang harus kita libatkan ataupun bangunkan teknologi hijau ini.
Yang Berhormat, kita juga kenalah jelas sebab sejak kementerian ini ditubuhkan kita sudah lancarkan Dasar Teknologi Hijau dan itu sebagai satu panduan untuk masa depan. Dasar Teknologi Hijau Negara dan dari situlah kita mempunyai bidang-bidang besar yang kita akan terus memberi tumpuan seperti alam sekitar, seperti manusia, seperti kaedah pembangunan negara dan dasar ini adalah sebagai satu panduan bagi aktiviti-aktiviti yang kita akan anjur. So, kalau you sebut road map itu memang kita mempunyai dasar yang besar dan kita akan merangka lebih terperinci program dan aktiviti di bawahnya dan Majlis Teknologi Hijau yang saya sebut tadi ialah the effect of the decision making yang akan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan dari situlah the effect itu that is way we include di mesyuarat itulah yang kita akan luluskan segala program, segala aktiviti, segala perbelanjaan termasuk juga yang you sebut itu rancangan untuk menggalakkan fiskal polisi dan sebagainya. Akan tetapi kita kena tunggulah.
Keanggotaan, tadi saya terlupa. Keanggotaan majlis penasihat.
Keanggotaan ini memang kita kena menentukan siapa yang perlu masuk dalam itu, tetapi dari segi ahli tetap kita ada 11 kementerian. Kementerian-kementerian memang ahli tetap dan lepas ahli tetap itu kita mempunyai satu kumpulan penasihat. Dari kumpulan penasihat itu kita ada kumpulan kerja. So, kumpulan- kumpulan kerja ini kita akan melibatkan banyak stakeholder termasuk juga Ahli Parlimen. Tak tahulah siapa dari pembangkangkah kita belum tentukan.
Ini patut dibahas waktu peringkat dasar. Ini kita spesifik. Sekarang dalam peringkat Jawatankuasa. Jadi saya masih tunggu dengan butiran ini. Patutnya peringkat dasar sudah bahas di peringkat dasar.
Okey, saya tidak ada masa lagi.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri satu soalan.
Tuan Pengerusi, ada masa lagi?
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan mengenai penswastaan bekalan air bersih.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sama-sama orang Sarawaklah.
[Ketawa] Sekarang sebut orang Sarawak sahajakah?
Sama-sama orang Sarawaklah.
Tak apalah, tak apa. Yang Berhormat, you pun tak cakap dalam peringkat Jawatankuasa.
Saya tidak diberi peluang! Saya ada berdiri!
Okey, okey. Tak apa, tak apa.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sedikit soalan penjelasan?
Pasal apa?
Mengenai Sarawak.
Tak payahlah. Ini bukan Sarawak, ini dasar.
Ini Malaysia ini dasar juga...
Yang Berhormat, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Ada kaitan dengan Sarawak.
Tak payahlah, tak payah.
Yang Berhormat Menteri tak bagi jalan Yang Berhormat.
Apa ini? Yang Berhormat Menteri datang dari Sarawak juga.
Cukuplah Yang Berhormat.
Cukuplah. Yang Berhormat Putatan, you banyak ini.
Sebab kekeliruannya, KKLW pun buat rancangan bekalan air juga. Jadi rakyat mahu tahu apa peranan kementerian sebab ada butiran yang spesifik di sini yang berjumlah RM15 juta lebih. Kita mahu tahu apa dia kerja-kerja yang dilaksanakan?
Ya, mengenai airkah, air atau api?
Air!
Air. Mengenai air ini kita memang bekerjasama dengan pihak KKLW, tetapi pada masa yang sama bagi air tajuk besar itu bukan luar bandar sahaja. Kalau di luar bandar kita memang bekerjasama dengan KKLW tetapi bagi loji, bagi empangan dan sebagainya ini memang di bawah tajuk kementerian saya dari segi funding, dari segi pinjaman kepada negeri. Sebenarnya air ini adalah bidang kuasa negeri yang bukan semata-mata bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri yang bertanggungjawab tentang perancangannya, tentang belanja yang akan diadakan dan peringkat kementerian saya atau peringkat persekutuan hanya memberikan secara pinjaman kepada negeri-negeri yang memerlukan pinjaman itu sebab mereka suntuk dari segi capital investment. Yang Berhormat, you sebut dua tiga perkara tentang bidang elektrik. Hendak jawabkah?
Tak.
Okey, terima kasih banyak. Akhir sekali saya ingin hendak minta tajuk ini teknologi hijau ini...
Yang Berhormat Menteri, sebelum teknologi hijau saya hendak tanya mengenai penswastaan bekalan air bersih ini. Apakah content ini dalam Butiran 050600 di bawah Penswastaan Bekalan Air Bersih yang menelan belanja
lebih kurang RM2 juta ini apakah kerja, what is the content of this penswastaan bekalan air bersih ini? Bekalan air bersih ini untuk siapa?
Yang Berhormat, sebenarnya tajuk air bersih ini ia merangkumi apa-apa program yang kita adakan mengenai air bersih seperti di Labuan umpamanya. Ia kurang air. Kita kenalah support dia dalam program tersebut.
Kita hendak air bersih, kenapa hendak swasta air?
Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri, kalau kita hendak air bersih mengapa menswastakan air? Itu sahaja soalannya.
[Menyampuk]
Dengarlah Yang Berhormat Sri Gading.
Mana ada penswastaan!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Penstrukturan saya fikirlah.
Bukan, bukan. Penswastaan. Dalam buku itu ada.
Saya tidak tahulah... [Ketawa]
Tidak apalah Menteri. Boleh jawab dengan tulisan, bolehlah.
Adakah program, I pun tidak fahamlah perkara ini.
Tidak apalah sebab saya tengok penswastaan saya punya...
Sebab tajuk penswastaan. Kalaulah ada penswastaan pun bukan kementerian saya. Penswastaan ini kena pergi EPU. Tidak libat kita buat...
Butiran ini di bawah Kementerian Teknologi Hijau dan Air.
Okey, okey saya beri jawapan...
Tulisan.
Secara tulisan.
Bila Yang Berhormat Menteri?
Ya, okey. Secepat mungkinlah.
Because semua Menteri kata akan....
Secepat mungkinlah! Okey?... [Ketawa] Akhirnya Yang Berhormat Batang Sadong kawan saya. Mana dia?
Yang Berhormat Menteri?
Ada sini. Yang Berhormat Batang Sadong tanya tentang persijilan ISO 9000 versi 2008...
Yang Berhormat Menteri?
...Mengenai dasar dan pengurusan projek. Saya ingin sebut di sinilah dengan adanya pensijilan ISO... [Dewan riuh]
[Ketawa]
Ini nanti kita berharap pengurusan projek bekalan air dan pembetungan akan berpandukan kepada manual kualiti yang standard dengan pematuhan yang ketat. Pematuhan yang konsisten kepada standard kualiti yang ditetapkan akan memastikan projek-projek dilaksanakan dengan berkesan dan akan memberi impak kepada golongan sasar. Yang Berhormat juga bertanya mengenai insentif kepada sekolah atau organisasi yang ingin menyertai Program Teknologi Hijau? Untuk makluman Yang Berhormat saya rasa cadangan ini adalah satu cadangan yang baik. Sebenarnya kementerian telah menyediakan insentif berbentuk program kepada sekolah yang mana telah pun mula dilaksanakan pada tahun ini. Program ini diteruskan pada masa-masa akan datang. Program kempen dan promosi merangkumi bekalan akademik, aktiviti kurikulum, seminar, pameran dan pertandingan melukis poster. Bagi NGO yang minat dengan Program Teknologi Hijau bolehlah terlibat dalam program kesedaran seperti karnival, program bersama rakyat, seminar dan pameran teknologi hijau yang kita giat akan laksanakan tahun akan datang.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bakri bangun.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Menteri, tadi saya memberi jawapan awak tidak beri lagi tentang masalah negeri Johor tentang air.
[Menyampuk] [Ketawa]
Johor sudah selamat.
Yang Berhormat Bakri, saya fahamlah apa yang ditanya oleh anda sekalian tadi mengenai penjelasan sama ada RM4.2 bilion bagi pembelian aset dicerminkan dalam anggaran perbelanjaan. Saya ingin sebut di sini sebab PAAB ini adalah satu agensi di luar bidang kementerian sebab ia jadi MoF punya syarikat. It’s a special purpose vehicle dan special purpose vehicle ini tidak dicerminkan dalam bajet kementerian, okey. Dengan itu sekali lagi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terus menyokong kementerian saya dan saya haraplah kita boleh kerjasama sama ada pembangkangkah atau pihak Barisan Nasional. Demi untuk rakyat dan negara... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM121,123,900 untuk Maksud B.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM121,123,900 untuk Maksud B.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah perbelanjaan sebanyak RM2,326,865,000 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,326,865,000 untuk Maksud P.29 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.30 [Jadual] - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill
Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Arau. Hendak keluar?
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ledang bangun, Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang ya... [Dewan riuh]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum itu Tuan Pengerusi nama kementerian ini adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ada inovasi di situ. Jadi bila saya merujuk kepada Butiran 010000 – Pengurusan, Tuan Pengerusi, akan tetapi apabila saya merujuk kepada contoh Butiran 00601 - Program Galakan Sains Teknologi untuk tahun hadapan cuma RM102,000,000. Bagi Butiran 00606 - Kajian-kajian Sains dan teknologi cuma RM7 juta, bagi R&D cuma RM263 juta. Ertinya Tuan Pengerusi, seolah-olah kementerian ini berdepan dengan satu situasi tidak dapat untuk menyuburkan semangat inovasi. Silap-silap jadi ‘ino-basi,’ inovasi jadi basi. Sebabnya Tuan Pengerusi saya anggarkan sekurang-kurang peruntukan walaupun dalam keadaan sekarang kita berdepan dengan kekangan ekonomi paling tidak pun RM1 bilion jumlah semua sekali untuk inovasi. Saya difahamkan tahun depan adalah tahun inovasi dan kreativiti. Tidak tahulah kalau program itu dibatalkan. Wallahualam. Jadi Tuan Pengerusi dalam situasi sekarang saya fikir perlunya kementerian ini diberikan peruntukan lebih untuk tujuan inovasi barulah kita benar-benar dapat menangani masalah dan menyuburkan semangat inovasi, banyak peruntukan dapat kita gunakan. Kita pun banyak terima aduan daripada contohnya Technology Park Malaysia. Kurang peruntukan untuk membuat banyak kajian, apatah lagi seperti saya sebut tadi di peringkat Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air Malaysia, GBI company ia menggalakkan supaya ia menyediakan kursus untuk pengamal-pengamal GBI, Green Building Index. Melatih pengamal industri terutama profesional sebagai Certifier. Akan tetapi oleh kerana kos ini adalah mahal. Saya fikirkan ada peruntukan tertentu misalnya daripada MOSTI. Itu pentingnya dana inovasi itu diperbanyakan barulah benar-benar menyuburkan semangat inovasi di kalangan rakyat Malaysia. Akan tetapi bila melihat di sini nampaknya perlu ada satu pembelaan Tuan Pengerusi barulah kita benar- benar serius di dalam membangunkan inovasi seperti saya sebutkan tadi. Tuan Pengerusi, begitu juga tentang biotech masih di bawah Butiran 00605 - Bahagian Teknologi Kebangsaan (BIOTEK). Yang Amat Berbahagia bekas Perdana Menteri dahulu selalu, boleh katakan hari-hari menyambut biotech. Saya tidak sangsi tentang kepimpinan sekarang akan tetapi kepada saya perlu oleh kerana ini bidang baru Tuan Pengerusi, perlu ada penekanan secara berterusan, selalu disebut barulah rakyat yakin terutamanya pengamal-pengamal ini dalam bidang biotech untuk terus melabur dalam bidang biotech.
Kita juga hendak tahu Tuan Pengerusi, masih di bawah tajuk yang sama perkembangan tentang Biotech Corp. Walaupun umurnya baru setahun jagung, kita hendak tahu daripada pihak MOSTI setakat ini, sejauh ini berapa banyak kajian yang telah dibuat? Hasilnya, berapa banyak perbelanjaan telah pun dibelanjakan? Berapa banyak yang ada potensi untuk dikomersialkan? Akan tetapi, saya juga ingin mengucapkan terima kasih.
Sekurang-kurangnya Biotech Corp. ada datang ke Ledang untuk mengkaji satu projek yang ada kaitan dengan bioteknologi. Walaupun yang datang itu peringkat bawah, cukuplah, sekurang-kurangnya ada. Inilah Tuan Pengerusi pada saya, kita perlu sampai di peringkat akar umbi. Saya galakkan supaya semua kawasan Parlimen mengambil peluang ini. Sekurang-kurangnya Tuan Pengerusi, satu projek bioteknologi di bawah Biotech Corp. bagi setiap kawasan Parlimen. Sekurang-kurangnya untuk kita meyakinkan orang ramai betapa seriusnya kerajaan dalam membangunkan bioteknologi yang pada satu ketika dahulu, beberapa tahun yang lepas, menjadi tumpuan utama oleh pihak kerajaan. Jadi, ini Tuan Pengerusi, saya syorkan supaya MOSTI selalu menyebutlah perkataan bioteknologi ini... [Ketawa] Sebut dan laksanakan, sekurang-kurangnya adalah keyakinan di dalam meneruskan pembangunan bioteknologi. Tuan Pengerusi, tadi saya menyebut mesti ada satu peruntukan untuk menggalakkan mana-mana pihak untuk sama-sama membangun dalam bidang sains dan teknologi. Umpamanya, tadi saya menyebut tenaga hijau. Semuanya ingin turut serta dalam bidang tenaga hijau. Ingin menjadi pengamal, peniaga dan sebagainya kerana nampak peluang di situ. Akan tetapi, mereka masih tercari-cari di mana mereka boleh dapat bantuan. Jadi, saya ingin bertanya ataupun mengesyorkan kepada pihak MOSTI sekurang- kurangnya, contohnya tadi saya sebut Green Building Index Certified (GBI) ini perlu ada latihan berterusan, begitu juga di peringkat bawahnya. Tadi di peringkat profesional dan kemudian di peringkat bawahnya, juruteknik dan sebagainya perlu dilatih. Mereka perlu diberikan kefahaman tentang perkara-perkara baru. Barulah masyarakat di dalam negara kita akan yakin bahawa mereka juga boleh turut serta di dalam membangunkan tenaga hijau. Perkara seterusnya juga wujud dalam tajuk yang sama Tuan Pengerusi, mungkin yang ini yang terakhir. Saya hendak mencadangkan Tuan Pengerusi bahawa tahun hadapan, kita membuat lawatan. Semua MP yang merupakan wakil penting kepada masyarakat tidak kiralah daripada kerajaan ataupun pembangkang melawat ke luar negara. Misalnya, loji tenaga nuklear. Sekarang apabila menyebut tentang tenaga nuklear, semua takut. Semuanya takut kerana mereka masih lagi berfikir tentang impak yang sangat dahsyat kepada masyarakat ataupun orang ramai sekiranya sesuatu kemalangan berlaku. Sedangkan di luar negara Tuan Pengerusi, kita jangan merujuk kepada yang berlaku di mana itu? Di... [Ketawa]
Chernobyl...
Ya, di Chernobyl, jangan merujuk di sana. Akan tetapi reka bentuk terbaru sudah sampai ke tahap empat generasi. Tuan Pengerusi, dengan izin even, malahan paras radiasi pun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menetapkan tidak boleh lebih daripada 0.002 msb. Ini satu perkara yang terbaru yang telah menjadi amalan dan pemakaian di negara Korea dan Jepun. Saya mengesyorkan mungkin kita boleh melawat Tokyo ataupun Korea. Di sana, depan mata lojinya, malahan incinerator, kalau di Jepun, terletak di dalam bandar. Kita hendak buat di Semenyih pun banyak bantahan kerana tidak faham. Jadi, saya syorkan mungkin pada peringkat awal, kita galakkan dan adakan peruntukan daripada yang ada ini, kita bawa Ahli-ahli Parlimen ke luar negara. Kita lihat sendiri tentang bagaimana jana kuasa yang dihasilkan daripada tenaga nuklear beroperasi di sana. Barulah kita boleh meyakinkan pada pihak lain. Akan tetapi, kalau di peringkat Ahli Parlimen masih lagi tidak yakin, saya bimbang Tuan Pengerusi, rancangan kita untuk mewujudkan tenaga nuklear bagi menjana kuasa ini seperti yang dibincangkan di peringkat kementerian lain awal tadi, sukar hendak berlaku. Ini kerana dalam kalangan pemain politik pun tidak dapat meyakinkan orang ramai tentang kegunaan tenaga nuklear begitu juga jana kuasa pada masa akan datang. Jadi, Tuan Pengerusi saya fikir itu sahaja. Saya dengan ini menyokong. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Saya menghargai ruang yang diberikan untuk turut serta berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, maksud Bekalan 30. Saya merujuk kepada Butiran 010200 di bawah Dasar Sains Teknologi dan juga Inovasi. Tuan Pengerusi, Model Inovasi Nasional yang dikenali dan diguna pakai oleh Malaysia sekarang telah dibangunkan oleh MOSTI kira-kira dua tahun lalu. Memang dialu-alukan oleh kami kerana ia penting untuk negara kita. Saya hanya ingin menanyakan di sini, mahu tahu dengan lebih lanjut. Pertamanya, bagaimanakah kementerian mewujudkan model ini? Apakah tanda aras yang digunakan untuk memastikan ia benar-benar sesuai untuk Malaysia? Adakah kementerian mengambil khidmat juru perunding? Maklumlah dengan penggunaan APCO World Wide Solutions. Oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin tahu rasional serta kaji selidik dan perbelanjaan dalam meraih model ini untuk negara. Ketika ia mula diluluskan kata mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Rompin, “Model Inovasi Negara ini akan diterapkan oleh semua kementerian”. Jadi, perincian perbelanjaan yang dibuat terdahulu penting untuk kita tahu. Beliau juga menyatakan bahawa model ini, yang dirumuskan oleh Majlis Inovasi Negara akan membawa satu anjakan baru kepada aktiviti ekonomi Malaysia terutamanya di sektor yang membabitkan sains dan teknologi. Tuan Pengerusi, benar infrastruktur sains dan teknologi amat penting untuk menjana perkembangan ekonomi yang pesat serta pertumbuhan produktiviti. Dalam negara-negara yang ekonominya sudah maju ke hadapan, sains dan teknologi menjadi sumber idea baru. Akan tetapi, yang penting perlu ada prasyarat “economic fundamentals” yang kuat. Saya lihat mungkin penting bagi kementerian melihat kepada isu-isu fundamentals. Apabila kebolehan daya saing macroeconomic itu tinggi untuk Malaysia, barulah kita boleh menyerap sebarang penggunaan tambahan dalam bidang sains dan teknologi. Saya merujuk kepada Global Competitiveness Report 2008/2009, yang dibentangkan di World Economic Forum. di mana ia telah mengenal pasti bahawa kesan beban birokrasi dan red tape serta kos yang tinggi dikaitkan dengan cara-cara pentadbiran kerajaan mempunyai kesan terus, direct implication terhadap daya saing ekonomi dan memberi impak kepada segala perbelanjaan dan peruntukan untuk research and development, dengan izin. Malah, dalam merumuskan indikator-indikator bagi menganalisis daya saing, yang disebut New Global Competitiveness Index (NGCI). Indicator yang penting yang diguna pakai adalah wujud atau tidak negara hukum rule of law, tahap penglibatan rasuah oleh kerajaan dan ketelusan proses undang-undang di sesebuah negara. Ini penting kerana kalau kita faham framework, rangka yang lebih besar, baru kita boleh pergi ke perkara khusus. Isu-isu lain adalah penyelewengan wang rakyat, diversion of public funds. Kita berada di tangga 39 daripada 134 buah negara, kebebasan badan kehakiman, keupayaan dan kecekapan institusi polis.
Justeru saya harap Menteri tidak lupa dengan indikator fundamental dalam penjanaan ekonomi negara. Sumbangan bidang sains dan teknologi pula juga penting dalam daya saing sesebuah negara tetapi dalam bidang utility patents iaitu penggunaan paten. Tuan Pengerusi, objektif kementerian menggariskan usaha menjana ilmu bagi menerajui ekonomi baru melalui pembangunan modal insan dan harta intelek serta mengurangkan jurang ilmu, ini objektif kementerian. Penggunaan paten memang terkandung dalam harta intelek, justeru saya pohon kesediaan Menteri menjawab perihal harta intelek walaupun ia ada di bawah kementerian lain tapi ia perlu dipantau dengan dekat oleh MOSTI.
Tambahan menurut mantan Menteri MOSTI, modal inovasi akan berfungsi dengan pengeluaran produk-produk berjenama bertaraf dunia yang dihasilkan daripada kajian saintis tempatan dan dibantu oleh dana tempatan. Beliau juga menambah, kita akan bina kilang sendiri dan akan menjual produk itu ke pasaran dunia membabitkan jaringan di kalangan rakyat tempatan. Tiga persoalan yang saya ingin tanya di sini, berapa banyak produk-produk berjenama bertaraf dunia yang telah dihasilkan dari kajian saintis tempatan? Berapakah antara mereka yang telah dipatenkan? Berapakah kilang yang telah dibina dan memasarkan produk tersebut di pasaran dunia? Saya sempat meneliti laman web MyIPO yang menyenaraikan jumlah paten yang diluluskan. Tahun 2007 sebanyak 6,983 paten, jatuh kepada hanya 2,242 paten tahun 2008 dan 2,686 pada tahun 2009. Jadi begitu ketara kira-kira 4,000 pengurangannya. Saya nampak masalah utama permohonan untuk paten ini hanya akan disiarkan kepada umum selepas semua proses selesai dan diberi geran oleh pendaftar paten. Tidak ada peluang untuk mana-mana pihak yang membuat bantahan terhadap permohonan paten melainkan prosiding pembatalan setelah geran dianugerahkan, post grant invalidation proceedings. Dibandingkan dengan negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga EU, sesuatu permohonan paten itu akan diluluskan dan disiarkan kepada umum dalam masa 18 bulan selepas permohonan di buat. Malah di negara China terdapat satu laman web khas di mana semua paten yang didaftarkan dan permohonan dapat dilihat secara terbuka pada bila-bila masa tanpa sekatan. Justeru, mengikuti hal ini, daya saingan berkembang pesat dan di Malaysia, perbincangan kami dengan beberapa orang penyelidik, mereka mengeluh kerana maklumat tidak dapat dilihat secara terbuka. Akhirnya Tuan Pengerusi, hasilnya mengecewakan, kalau kita lihat aspek Research, Development and Commercialization, Butiran 00900 kita berdepan dengan masalah termasuklah masalah pengurusan dan penghasilan yang lemah. Kalau paten begitu lama baru hendak dapat, bagaimana hendak tumpukan kepada aspek commercialization. Peruntukan research and development, untuk Rancangan Malaysia Ke- 9 meningkat dari RM2.749 bilion berbanding dengan hanya RM884 juta untuk Rancangan Malaysia Ke-8. Dengan peningkatan yang begitu ketara, saya kecewa melihat bahawa, hasil peningkatan harta intelek untuk Rancangan Malaysia Ke-8 adalah 775 kepada hanya 512, kurang 300 untuk Rancangan Malaysia Ke-9. Tambahan lagi, jumlah projek yang dikomersialkan hanya 86 untuk Rancangan Malaysia Ke-9 berbanding dengan 204 untuk Rancangan Malaysia Ke-8. Saya bersetuju dengan permintaan untuk lebihan peruntukan R&D seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang tetapi pada masa yang sama, setiap sen, setiap wang yang dibelanjakan itu perlu ada hasil yang jelas yang dapat dinikmati oleh Malaysia, kalau tidak ianya akan hilang begitu sahaja. Kementerian perlu memberi jawapan yang meyakinkan, mungkin apakah perancangan Menteri untuk mengatasi masalah ketirisan ataupun adakah pihak kementerian dapat mengenal pasti masalah-masalah yang membantut penghasilan yang kreatif dan substantif ini. Saya ambil contoh Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk RMK-9. Kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk melaksanakan program pembangunan modal insan untuk membiayai lebih kurang 6,230 orang pelajar atau pegawai dalam bidang sains teknologi dan inovasi. Bagaimanapun semakan audit mendapati setakat 31 Disember 2008 ada tidak kurang dari 7,010 orang yang terlibat dalam program ini kerana jumlah sebenar tidak dapat ditentukan. Maklumat mengenai bilangan penerima bagi skim ini tidak dikemukakan sepenuhnya oleh kementerian dan setakat pada waktu itu kementerian menerima pembiayaan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM153.73 juta iaitu 30.8peratus daripada peruntukan keseluruhan. Jadi sasaran yang tidak ditepati akhirnya akan membebankan negara. Akhir sekali Tuan Pengerusi, bolehkah pihak kementerian memberi secara terperinci peningkatan komersial, kalau mungkin saya ada yang tercicir, tidak dapat menyebut di sini dari aspek research, development and commercialization sejak model tersebut diumumkan pada tahun 2009.
Sebagai akhir kata, pihak kementerian dengan kerjasama kementerian yang bertanggungjawab boleh meminda dan memastikan penghasilan paten di Malaysia dipermudahkan. Satu lagi masalah yang berkait dengan paten ini yang disebut oleh Dr. Syahid Yusof pada 20 November yang lalu, tiadanya hot spot inovasi yang boleh memangkin home-grown teknologi dengan izin. Hot spot inovasi mereka sebut adalah pusat-pusat bandar yang.. they are the sources of technological findings and has the entrepreneurship to convert some of these findings into commercial innovations. Ianya adalah berkait rapat dengan penghasilan paten, justeru pihak kementerian perlu membuka ruang untuk mencari langkah untuk memudahkan penyelidik dan pihak-pihak yang berkait mengkomersialkan produk mereka dengan mudah. Saya harap saranan ini diterima. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin juga turut bersama di peringkat Jawatankuasa bagi MOSTI. Saya ingin merujuk kepada 00601 - Program Galakan Sains dan Teknologi. Kita melihat kepada pelanggan-pelanggan daripada MOSTI ini meliputi sektor industri swasta, jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam swasta, organisasi antarabangsa, saintis atau penyelidik, pelajar-pelajar dan juga orang awam. Jadi saya ingin tahu terhadap program-program di bawah galakan sains dan teknologi ini terhadap orang kampung sebenarnya. Penduduk di luar bandar dari segi bagaimana hendak mewujudkan budaya kreativiti di kalangan penduduk luar bandar terhadap sains dan inovasi. Ini kerana saya percaya bahawa apabila produk-produk yang dihasilkan oleh petani, penternak dan juga masyarakat luar bandar dapat menambah nilai dan juga dari segi komersialnya kepada produk-produk mereka. Oleh itu saya ingin tahu bagaimanakah bentuknya masyarakat luar bandar atau orang awam hendak turut sama di dalam program galakan sains dan inovasi ini. Saya percaya dengan penguasaan dan juga pengetahuan masyarakat luar bandar dan orang kampung ini terhadap program galakan sains dan teknologi ini boleh meningkatkan hasil ekonomi dan juga dapat mengubah taraf hidup mereka masing-masing. Keduanya, tentang program galakan sains dan teknologi juga saya ingin tahu, kerana kita ada kerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain terutama sekali Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.
Saya percaya bahawa di peringkat sekolah menengah, MOSTI ada memberikan skim galakan kepada pelajar-pelajar, terutama sekali di sekolah-sekolah berasrama penuh. Cuma saya ingin tahu, adakah program ini dapat juga diturunkan atau diadakan di sekolah- sekolah luar bandar, sekolah menengah harian biasa? Agar pelajar-pelajar di sekolah harian biasa tidak tercicir dari segi pengetahuan sains dan inovasi di dalam negara kita. Tentang perkara ketiga iaitu Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). MOSTI telah banyak memberikan dana kepada universiti-universiti dan juga pelajar-pelajar dan penyelidik-penyelidik termasuk pensyarah-pensyarah kita di universiti di dalam negara kita. Sebagaimana Yang Berhormat Lembah Pantai telah timbulkan, apakah masalahnya apabila sesuatu hasil penyelidikan itu dapat dihasilkan? Adakah penyelidikan itu dapat dikomersialkan dan dipatenkan? Berapakah dana yang telah dikeluarkan dan disediakan kepada universiti dan pelajar tersebut untuk membuat penyelidikan? Ini kerana, tidak banyak hasil penyelidikan di dalam negara kita menerusi IPTA ataupun IPTS melalui bersama dengan tenaga-tenaga pengajar mereka ini, dapat dikomersialkan, kerana dikatakan masalah untuk dipatenkan hasil-hasil penyelidikan mereka itu. Saya juga ingin tahu, universiti manakah di dalam negara kita yang paling banyak menghasilkan penyelidikan di dalam sains dan inovasi ini?
Saya percaya, apabila program-program sains dan inovasi ini dapat kita sebarkan maklumatnya, ia dapat kita memberikan kesedaran kepada masyarakat, sama ada pelajar, orang ramai atau masyarakat luar bandar bahawa hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang dalam bajetnya untuk negara kita, rakyatnya mestilah lebih kepada inovasi dan dapat mengubah taraf hidup, akan tercapai. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. B.30, 020200 – Jabatan Meteorologi Malaysia. Ringkas-ringkas sahaja. Saya hendak tanya, berapa banyak pakar kaji cuaca yang bertugas di Jabatan Metrologi Malaysia ini? Ini sebab Tuan Pengerusi, saya selalu ikut ramalan cuaca. Ada waktu tepat, ada waktu hampir tepat dan ada waktu tidak tepat langsung... [Ketawa] Seperti minggu lepas saya tengok kaji cuaca, ia kata ombak akan naik 3.5 ke 4 meter. Saya suruh... Ada kawan beritahu, dia kata “Yang Berhormat, setakat 2 meter sahaja naik. Tidak 3.5 meter”. Begitu juga, ada waktu, angin 40 kilometer sejam. Jadi kita ikut perkembangan ini, tetapi tidak berapa hendak tepat. Jadi saya hendak tanya, berapa kakitangan yang ada dan sejauh mana dari segi latar belakang profesionalisme mereka-mereka ini? Walau apa pun, banyak juga ramalan yang tepat atau hampir tepat, tetapi kadang-kadang banyak juga lari. Saya kata demikian sebab penting, Tuan Pengerusi. Saya tinggal di Kelantan. Kadang-kadang apabila saya balik, saya tengok kaji cuaca itu, ia kata angin ribut kencang. Saya tidak jadi balik, sebab kalau naik kapal terbang takut ia kena air pocket. Tiba-tiba apabila sampai waktu kapal terbang sampai, saya tanya kawan, dia kata tiada apa pun. Beres, jalan elok sahaja atas. Tidak ada lubang-lubang. Jadi, saya hendak tanya itu. Seterusnya Butiran 030100 – Agensi Nuklear Malaysia. Saya hendak tanya pihak kementerian, apakah agensi ini mempunyai hubungan kerjasama dengan Iran yang telah pun menjana nuklearnya, yang menjadi isu kepada negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat? Apakah Agensi Nuklear Malaysia mempunyai maklumat dan pandangan mengenai apa yang dibangkit dan dihebohkan oleh Amerika Syarikat? Saya hendak minta sekadar pandangan, sebab tentu agensi ini membuat hubungan ataupun bekerjasama. Saya hendak menyarankan, jangan teragak-agak untuk bekerjasama dengan negara Iran, sebab mereka sudah maju dari segi nuklear. Butiran 030300 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Hanya sikit saya hendak tanya. Apakah program menghantar angkasawan negara akan diteruskan? Dahulu Dato’ Muzaffar. Bunyi ceritanya, akan diberhentikan kerana kos. Apakah ia akan diteruskan? Ini kerana, selepas kita heboh-heboh dalam TV dengan begitu besar publisiti yang kita dapat hantar seorang angkasawan, selepas itu habis diam begitu sahaja. Tidak ada sudah hendak hantar lagi? Patutnya kita teruskan, sebab program angkasa ini merupakan program masa hadapan dunia sains dan teknologi, dan kita mesti berlumba. Pada saya, saya menyokong apa jua peruntukan yang perlu dibelanjakan untuk program menghantar rakyat Malaysia ke angkasa untuk membuat kajian termasuk program agensi-agensi nuklear Malaysia. Seterusnya saya hendak tanya Tuan Pengerusi, bersekali ini untuk P.30, 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan 02100 – Commercialization of R&D Fund (CRDF). Sekali guslah. Perbelanjaannya banyak. Untuk program penyelidikan dan pembangunan, RM263,326,000 untuk tahun hadapan. Saya hendak minta hasil penyelidikan selama ini, dan apakah butiran mengenai dengan R&D yang berjumlah RM263,326,000 ini bagi Butiran 00800 - Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)? Selama ini, apakah produk-produk yang dihasilkan oleh R&D ini yang sudah pun dikomersialkan dan sudah pun dipatenkan ataupun dibangunkan? Termasuk di bawah 02100 – Commercialization of R&D Fund (CRDF) ini. Saya bangkitkan perkara ini, selain daripada saya hendak tahu butiran syarikat mana yang terima faedah dan apa produknya yang dihasilkan setakat ini? Apakah ia dipatenkan dan sudah dicommercializekan ataupun hasil produk ini mati begitu sahaja?
Saya bangkitkan perkara ini sebab Tuan Pengerusi, saya diberitahu oleh sebuah syarikat yang bernama PhoneLab Sdn. Bhd, yang mendapat bantuan CRDF, tidak silap saya RM6 juta atau RM8 juta. Mereka telah menjalankan kajian teknologi dengan cukup baik. Saya sudah melawat Yang Berhormat Menteri. Saya pergi tengok di pejabatnya. Ia telah menghasilkan satu telefon baru yang cukup kecil dan canggih. Itu hasil daripada usaha kementerian Yang Berhormat. Saya ucapkan tahniah. Software yang dihasilkan ini nanti kalau dipasarkan, bila kita guna telefon ini apabila kita lalu touch N gokah, kita tidak perlu lagi beli touch and go, tunjuk telefon sahaja. Itu contohnya. Apabila kita hantar SMS, kita dapat menjimatkan duit dan tidak kena lagi 15 sen untuk sekali hantar. Banyak lagi hasil daripada usaha yang dibuat oleh PhoneLab ini, tetapi sampai sekarang mereka tidak dapat mengeluarkan apa yang dikatakan hardware product, iaitu hendak buat telefon ini tidak boleh. Ia perlukan outsource, seperti di Johor di mana Maxis ataupun Nokia atau lain-lain telefon buat, tetapi memerlukan belanja yang besar. Jadi persoalannya, kalau kita belanja duit berjuta-juta ringgit kepada syarikat atau institusi tertentu untuk menghasilkan R&D dalam berbagai-bagai kajian dan produk ini, kemudian tidak dapat di commercialize kan dan tidak dapat dibuat kerana syarikat berkenaan tidak mempunyai modal. Mereka telah pergi dari satu bank ke satu bank. Kalau pergi ke bank walaupun ada dana yang ditaja oleh kerajaan, tetapi bank-bank ini tetap menggunakan prinsip yang sama, iaitu tengok business plan. Itu bolehlah, okeylah. Selepas itu, hendak cagaran. Lepas itu, hendak itu hendak ini, dan akhir sekali produk yang dihasilkan hancur begitu sahaja. Jadi, membazir. Jadi, bagaimana usaha kementerian untuk hendak memastikan segala belanja duit yang dicurahkan untuk R&D ini, apabila dapat dihasilkan produk-produk yang saya sebutkan tadi, boleh dimanfaatkan untuk kemajuan? Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam organisasi itu, tetapi juga untuk faedah negara kita dari segi kemajuan, termasuklah apa yang dikatakan sains dan teknologi dalam berbagai-bagai bidang ini. Kalau tidak, tidak ada guna. Jadi, saya hendak cadangkan supaya pihak kementerian mengemukakan cadangan kepada pihak Kementerian Kewangan untuk masa akan datang ataupun digunakan peruntukan yang sedia ada, kalau boleh diagihkan selain daripada duit untuk R&D. Sesudah sesuatu produk itu keluar, dan didapati bagus dan dapat certification SIRIM dan okey semuanya, kalau mereka hendak mengusahakan produk ini apabila dibentangkan kertas kerja kepada kementerian dan mereka memerlukan sekian modal, sepatutnya 30peratus dana mesti datang daripada kementerian ini sebagai geran atau sebagai pinjaman jangka panjang.
So, dengan peruntukan ini mereka boleh pergi ke bank untuk mencari tambahan kalau tidak semua ini membazir. Ini kerana mereka tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti mereka kalau tidak ada duit. Bank tidak memberi pinjaman. Ada idea, kementerian inovasi, kreativiti, semangat, jati diri, ada itu, dan ini tetapi kalau tidak ada duit ia hancur. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Akan tetapi ada juga yang banyak duit, contact, yang ada kabel, tetapi tidak ada inovasi, pemalas ia akan hancur. Jadi semuanya perlu. Inovasi, semangat, duit, modal, tanggungjawab, dan amanah adalah perlu. Semuanya gandingan kepada prinsip-prinsip yang saya sebutkan sebentar tadi. Jadi saya hendak minta butiran yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri. Jikalau senarainya panjang mengenai dengan R&D ini di bawah Butiran 00800, selain boleh jawab mungkin secara umum saya minta dia jawab dengan cara bertulis. Ini kerana saya betul-betul fokus mengenai dengan isu R&D ini demi kepentingan masa depan negara.
Akhir sekali Butiran 00605 – Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK). Ini disebut oleh Yang Berhormat Ledang sebentar tadi. Saya pun setuju dan bidang bioteknologi ini semakin mendapat sambutan dan rakyat sudah mula sedar. Yang Berhormat Menteri, untuk makluman mereka tidak lagi hendak bergantung kalau sakitkah atau untuk pencegahan kepada ubat-ubat dan dos yang menggunakan drug. Ini juga patut diberi kefahaman. Rakyat ataupun orang ramai sudah mula tumpu kepada produk-produk biotech termasuk dalam bidang kesihatan iaitu akar kayu, daun kayu, dan banyak lagi daun- daun kayu yang orang tahu. Jikalau sekalipun tidak boleh mengubati diabetes tetapi boleh mengurangkan kenaikan gula dalam darah. Terdapat bermacam-macam daun dan memang berkesan. Ini juga patut ditumpukan dari segi R&D secara habis-habisan kerana negara kita banyak tanah yang subur. Bermacam-macam jenis pokok dan tanaman. Cuma kita tidak tahu pokok-pokok dan daun-daun ini banyak boleh memberi faedah dalam perubatan. Cuma ianya mesti diberi perhatian oleh Bioteknologi Kebangsaan ini. Jikalau mereka ini juga tumpu kepada R&D dan dibantu seperti yang saya katakan sebentar tadi, bidang ini akan maju dan dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat Ledang supaya ada dalam ada ladangkah ataupun perusahaan biotechkah? Tiap-tiap kawasan Parlimen bagus. Itu untuk cadangan masa panjang. Akan tetapi kalau ada satu ladang ataupun perusahaan biotech ini tiap-tiap negeri satupun sudah cukup. Akan tetapi biarlah besar, gah, bersedia, dan berjaya. Jangan lagi dengar cerita yang dahulu. Sudah cukuplah. Rakyat pun sudah letih. Kajian dibuat, sudah elok, dan buat tetapi hancur. Ratus juta sana, RM1 bilion sini, dan RM3 bilion sana. Itu yang rakyat biasa rimas yang cerdik pandai tidak rimas sebab apa pun keadaan yang cerdik pandai tetap hidup. Baik yang pegang jawatan dalam kerajaan, ahli politik, tokoh-tokoh korporat. Akan tetapi yang menderita rakyat di peringkat sokongan, teknikal di bawah, rakyat di kampung, dan orang biasa menjadi mangsa. Jadi kalau hendak buat, buatlah betul-betul. Saya menyokong penuh tetapi mesti teliti dan halusi tiada ketirisan pasti betul dan buat. Insya- Allah saya percaya kita boleh berjaya. Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang untuk saya membahaskan bagi kementerian ini. Saya menyentuh tentang beberapa perkara. Pertama ialah berkenaan Bekalan 020000 – Perkhidmatan Sains yang khusus saya tujukan kepada Butiran 020100 – Jabatan Kimia Malaysia. Tuan Pengerusi, tujuan atau peranan jabatan ini ialah untuk menyediakan analisis saintifik kepada negara kita tentang apa jua isu-isu yang melibatkan saintifik, ini disediakan oleh jabatan ini. Ini termasuklah dalam kita menangani kes-kes jenayah, masalah dadah, pembunuhan, makanan, dan sebagainya ialah melibatkan jabatan ini. Cuma kita sering dengar kadang-kadang rungutan daripada orang ramai sama ada agensi yang terlibat dengan jabatan ini. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia ini agak lambat. Jadi ini satu isu yang perlu kita perhatikan dan saya harap pihak kerajaan memberikan perhatian kepada perkara ini supaya kadang-kadang berlaku di mana umpamanya kes dadah. Kes dadah yang dikesan oleh pihak polis dihantar ke Jabatan Kimia dan penagih ini ataupun yang terlibat dengan dadah ini ditahan tetapi untuk kita mengeluarkan hasil daripada kajian ataupun analisa ini agak lambat menyebabkannya kadang-kadang kita tengok dalam mahkamah pun banyak kes mahkamah yang lewat diselesaikan kerana daripada kelewatan analisis saintifik yang dikeluarkan oleh jabatan ini. Saya ingin tahu sebenarnya berapakah jumlah kes analisa saintifik ini yang telah dijalankan oleh jabatan ini? Kalau kita lihat Jabatan Kimia ini kalau kita pergi ke negeri- negeri umpamanya macam di Kuantan, Pahang. Kita dapati jabatan ini peranannya besar. Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan ini bahkan pegawai-pegawainya cukup komited tetapi dia kurang menarik. Maknanya seolah-olah bagi negara kita ini apabila disebut sains ini dia merasakan suatu yang agak asing.
Oleh sebab itulah saya bersetuju dengan beberapa sahabat saya daripada Ledang, Kuala Krau, dan sebagainya yang mencadangkan supaya kesedaran sains ini lebih kita ke depan kan lagi dengan melibatkan institusi-institusi sains yang lain supaya bukan sahaja para cendekiawan, pelajar-pelajar pengajian tinggi bahkan di peringkat luar bandar. Penduduk di luar bandar pun disedarkan bagaimana pentingnya sains ini kepada kehidupan kita. Jadi saya hendak tahu berapakah jumlah kes-kes yang analisa saintifik ini yang melibatkan Jabatan Kimia? Saya juga ingin tahu apakah kelewatan yang berlaku di jabatan ini adalah disebabkan oleh kurangnya pakar-pakar sains ini yang menganalisis kes-kes ini yang menyebabkan banyak kes ini terlewat mendapatkan keputusannya? Apakah kita juga menghadapi masalah kekurangan pakar yang disebut sekarang ini ataupun menghadapi kekurangan peralatan? Saya juga ingin tahu apakah tahap pencapaian kita? Kalau kita sebutkan sebentar tadi banyak kes ini lambat di analisa. Banyak keputusan yang lewat dikeluarkan apakah kita tidak mempunyai alat-alat yang cukup canggih berbanding dengan negara yang lain? Apakah tahap pencapaian kita berbanding dengan negara yang maju? Apakah kita ke tempat 200, 300, atau sebagainya? Apakah langkah yang dibuat oleh kerajaan bagi kita mengatasi masalah ini? Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya sebab kadang-kadang berlaku dalam kes-kes jenayah yang saya sebutkan tadi. Ada setengah-setengah kadang-kadang penjenayah akibat daripada kelewatan siasatan analisa saintifik ini menyebabkan penjenayah itu sepatutnya dihukum satu tahun tetapi kita mengambil tempoh yang lama untuk menyelesaikan isu ini menyebabkan keputusan daripada analisa saintifik itu keluar lebih lewat daripada tempoh sepatutnya penjenayah ataupun orang yang bersalah itu dihukum. Berapakah berlakunya kes ini dalam negara kita? Tuan Pengerusi, saya pergi kepada yang berikutnya ialah Butiran 020200 – Jabatan Meteorologi Kaji Cuaca Malaysia. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Ini kerana kita di Pantai Timur terlibat dengan cuaca yang kadang-kadang tidak menentu. Sekarang ini mungkin musim tengkujuh. Oleh sebab adanya jabatan ini, sudah tentu rakyat ingin melihat bahawa jabatan ini satu jabatan yang mempunyai authority atau peranan yang cukup besar bagi mereka menentukan kehidupan harian mereka. Jikalau nelayan pergi ke laut, mahu pastikan apakah mereka selamat pergi ke laut? Kalau saya sebagai petani, apakah saya selamat untuk bertani? Kalau saya sebagai penoreh getah apakah saya boleh pastikan esok saya boleh menoreh getah? Ini kerana kalau hujan saya tidak boleh menoreh getah. Kita tidak menyalahkan kerana kuasa ini kuasa Allah. Allah menentukan segala- galanya. Kita cuma meramal. Betullah meramal. Akan tetapi saya ingin tahu kenapa kadang-kadang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, ramalnya hujan tetapi sebenarnya panas berdeting. Kita ramalkan panas tetapi hujan menderu. Jadi kenapakah ini berlaku? Saya tahu ini kuasa Allah SWT tetapi sepatutnya apakah faktor- faktor yang menjadikan perkara ini berlaku? Apakah kerana kita tidak mempunyai pakar yang cukup hebat dan mahir? Apakah kita tidak mempunyai peralatan yang cukup canggih bagi kita mengesan keadaan alam sekitar atau cuaca ini? Jadi ini juga boleh memberi kesan kepada kehidupan masyarakat kita terutamanya para petani dan sebagainya. Untuk makluman Tuan Pengerusi kita terlibat dengan musim tengkujuh dan kadang-kadang banjir.
Kadang-kadang kita boleh lihat bahagian bencana alam telah menyediakan peralatan, kemudahan makanan, bekalan beras dan sebagainya cukup banyak setiap hujung tahun kerana diramalkan bahawa banjir besar akan berlaku. Beribu-ribu tan beras dibeli, disimpan dalam stor dan kita simpan di pangkalan hadapan banjir dan sebagainya, tetapi selepas diramal sebenarnya banjir tidak berlaku dan banyak bahan-bahan ini telah rosak dan terpaksa dibuang ataupun dilupuskan. Ini adalah satu kerugian kepada negara. Saya tidak menyalahkan kepada kakitangan di Jabatan Meteorologi kerana mereka juga manusia seperti kita, tetapi apakah ada cara lain? Apakah kita perlu mempertingkatkan lagi teknologi kita, kemudahan-kemudahan kepada mereka ini supaya mereka dapat mengesan bagaimana sebenarnya?
Bukan bermakna kita hendak melawan Allah SWT, kuasa Allah. Tidak. Namun, seboleh-bolehnya kita dapat hampir kepada apa sebenar-benarnya berlaku. Jadi, saya juga hendak bertanya apakah tahap sebenarnya pencapaian teknologi kita dalam cuaca ini berbanding dengan negara-negara lain? Apakah kita mempunyai ranking yang rendah ataupun sebagainya, apakah sebabnya? Mungkin kita tidak mempunyai alatan yang cukup dan sebagainya. Jadi, yang berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 020300 - Pusat Sains Negara. Saya sebutkan awal tadi bahawa kalau suatu ketika dahulu, apabila kerajaan melalui Kementerian Pendidikan menggesa, mendesak pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam sains, mereka digalakkan menjadi ataupun dijuruskan mereka kepada aliran sains, termasuklah aliran perubatan dan sebagainya. Sehingga suatu ketika dahulu, kita kekurangan pakar perubatan, doktor-doktor bumiputera. Akan tetapi, dengan galakan ini, ramai pada ketika itu dalam tahun awal 80-an, kita mengeluarkan pelajar-pelajar bumiputera dalam bidang sains, termasuklah perubatan. Nampaknya kita terpaksa ditekan begitu baru kita boleh membuat pencapaian. Sebenarnya, rakyat negara kita mempunyai IQ yang tinggi, tetapi bagaimana kita boleh mendidik mereka ini? Saya kira ini peranan yang perlu dimainkan oleh Pusat Sains. Jadi, Pusat Sains adalah merupakan institusi yang boleh memberikan kesedaran, menanamkan kesedaran kepada masyarakat dari segi saintifik. Kita hendak kalau boleh seperti yang saya sebutkan awal tadi, masyarakat luar bandar dan pedalaman tidak merasa sains ini adalah satu perkara yang luar atau aneh pada mereka, tetapi mereka ingin melihat kalau boleh biar melalui sainslah kita boleh maju membangun sepertimana negara-negara lain. Jadi, saya ingin tahu, setakat ini apakah program yang telah dibuat oleh Pusat Sains Negara ini? Apakah Pusat Sains negara ini hanya mengendalikan kursus khusus atau program-program yang melibatkan mereka yang menceburkan diri dalam jurusan sains sahaja? Apakah kita telah melibatkan banyak pusat pengajian tinggi? Apakah kita telah melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah di luar bandar? Bagaimanakah penglibatan masyarakat luar bandar sendiri, pemimpin-pemimpin luar bandar, penghulu, ketua kampung dan sebagainya dalam memberikan pendedahan kepada mereka dalam bidang sains ini? Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya berharap supaya dengan cara ini, saya yakin bahawa kementerian ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini dapat memberikan peranan yang cukup besar dalam kita menyedarkan masyarakat kita dalam bidang sains dan sebaginya. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, itu sahajalah pandangan saya dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Saya hendak memulakan dengan 20200 - Meteorologi. Daripada apa yang kita baca dari rumusan yang diulas di dalam internet, didapati dalam 40-50 tahun akan datang lebih kurang 2000 kilometer kawasan di dalam negara kita ini akan diliputi oleh air ataupun ditenggelami dengan banjir. Jadi, saya ingin bertanya kepada Jabatan Meteorologi ini apakah ramalan yang mungkin boleh dibuat oleh Jabatan Meteorologi ini? Setakat berapa tahun atau setakat berapa senggang masa yang boleh dibuat Jabatan Meteorologi ini? Ini kerana kalau sekiranya ini benar berlaku, kawasan-kawasan manakah yang kemungkinan akan ditenggelami air ini? Berkenaan dengan gempa bumi yang berlaku di Negeri Sembilan pada 2-3 hari yang lepas, apakah punca penyebab berlakunya gempa bumi ini? Walaupun ia kecil, tetapi ia juga tidak menggembirakan rakyat.
Ini kerana kemungkinan ini merupakan salah satu daripada permulaan negara kita berada di dalam keadaan suasana gempa bumi yang mungkin akan berlaku pada masa- masa yang akan datang. Saya harap Jabatan Meteorologi akan dapat menenangkan rakyat dalam perkara ini. Kemudian, 20100 - Jabatan Kimia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, setakat manakah hubungan Jabatan Kimia ini dengan pihak kesihatan di dalam mengendalikan bahan-bahan makanan, bahan-bahan yang beracun dan juga bahan-bahan yang ada di pasaran kita? Ini kerana, ketika banjir di Pantai Timur baru-baru ini, kita dikejutkan wabak kolera yang berlaku di negeri Terengganu dan puncanya dikatakan daripada keropok lekor yang mana ikannya dibawa daripada Siam. Apakah ini dipantau oleh Jabatan Kimia bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan? Ini kerana bahan makanan ini dibawa masuk mempunyai kemungkinan bahan-bahan kimia dan juga tercemar oleh bakteria. Kalau sebelum ini kita telah didedahkan bahawasanya banyak ikan yang dibawa masuk daripada Thailand dipreserved ataupun diletak di dalam formalin iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk preserve mayat manusia. Jadi, saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementerian ini. Kemudian, 30300 - Agensi Angkasa Lepas. Sepertimana Yang Berhormat Pasir Mas tadi, saya juga hendak bertanya apakah kita akan meneruskan walaupun dikatakan oleh pemimpin sebelum ini kita mesti meneruskan Mejar Dr. Mohd Faiz ini menjadi angkasawan yang kedua. Saya juga kesian tengok beliau ini kerana hendak menjadi angkasawan ini, beliau tidak boleh kahwin Tuan Pengerusi. Jadi, kesian dekat dialah. Kalau benda ini terbantut, maknanya sampai berapa lama?
Apa yang terbantut itu?... [Ketawa]
Kesian. Kesian dekat beliau. Jadi, saya ingin bertanya semasa angkasawan pertama kita pergi ke ISS hari itu, beliau bawa tiga bahan uji kaji. Dua daripadanya sudah dihantar ke Jepun untuk analisa, satu dianalisis di negara kita. Sel darah, sel bakteria dan juga berhubung dengan genetik. Apakah hasil- hasil kajian yang telah dihantar ke Jepun tersebut dan juga yang dikaji di negara kita dapat memberi faedah kepada rakyat? Apakah kalau sekiranya sel barah kita bawa ke angkasa, maka barah itu tidak akan memudaratkan manusia, kita kena bawa pesakit barah ke angkasa? Apakah begini hasrat kita menghantar angkasawan kita ke angkasa lepas pada hari itu? Kemudian, 20400 - Jabatan Standard Malaysia. Di bawahnya ada SIRIM. Saya harap kementerian perlu memberi perhatian kepada barangan-barangan elektrik yang dibawa masuk ke negara kita, terutama dari negeri China yang berlambak-lambak, terutamanya di Jalan Pasar di Pudu sana. Kita tidak tahu setakat mana keselamatan barang-barang elektrik tersebut daripada gadget yang kecil-kecil sampailah kepada benda yang besar-besar. Apakah ia telah melepasi standard Jabatan Standard Malaysia dan juga SIRIM dalam negara kita ini? Kita tidak mahu apabila sudah berlaku sesuatu kemalangan, barulah hendak menjalankan siasatan. Begitu juga dengan basikal-basikal elektrik yang telah pun dibahas oleh Ahli Yang Berhormat pagi tadi. Saya harap benda ini juga perlu diberi perhatian kerana ia sudah masuk ke pasaran terlalu banyak berhubung dengan basikal elektrik yang digunakan oleh orang-orang tua kita ini. 02900 - Bioteknologi. Semasa pimpinan Perdana Menteri yang lepas, beliau menekankan tentang penubuhan satu kilang untuk membuat vaksin dalam industri bioteknologi ini. Saya ingin bertanya, setakat manakah perkembangan untuk kita mengadakan vaksin ini? Ini kerana kita memerlukan terlalu banyak bahan-bahan vaksin untuk merawat berbagai-bagai penyakit pada hari ini, lebih-lebih lagi dalam isu wabak H1N1 yang berlaku sekarang ini.
Begitu juga dengan teknologi culture tissue untuk menghasilkan benih-benih bahan-bahan tanaman yang dapat digunakan oleh petani-petani kita. Apabila kita sebut tentang bioteknologi, saya terbaca dalam internet di depan ini berhubung dengan kegunaan gas daripada biomas yang digunakan oleh setengah penduduk di negara subtropik dan juga tropik untuk dijadikan bahan tenaga. Dikatakan di sini bela 3 ekor lembu sudah boleh cukup untuk memberikan gas metana dan menghasilkan tenaga cukup untuk 15-20 tahun. Maknanya kalau lembu itu hidup 15-20 tahunlah. Kalau tujuh tahun, tujuh tahun sahajalah. Seterusnya tentang peranan effective microorganism yang banyak digunakan ataupun dipelopori oleh profesor dari negara Jepun dan telah digunakan di negeri Pulau Pinang untuk membersihkan sungai. Apakah ini tidak menjadi pandangan daripada kementerian untuk kita membersihkan sungai-sungai kita yang banyak tercemar pada hari ini?
Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan effective organism ini yang kemungkinan boleh digunakan untuk menghasilkan baja-baja daripada bahan sayur- sayuran dan buah-buahan yang dibuang oleh suri-suri rumah kita. Kerana ia memberikan satu hasil yang agak lumayan untuk membesarkan tumbuh-tumbuhan. Saya melihat dalam sebuah majalah 601 galakan sains dan teknologi, apa yang saya sentuh dan dijawab oleh Timbalan Menteri pada hari itu tentang gas hidrogen untuk menggerakkan kenderaan. Iklan di sini disebut hygiene water fuel. Guna air sebagai bahan api daripada penghasilan hidrogen. Tingkatkan kuasa enjin sehingga 40peratus dan jimatkan minyak sehingga 50 peratus. Telah dibuktikan di atas dyno. Agen dikehendaki, telefonnya tidak boleh cakaplah. Kerana perkara ini boleh memberikan satu peluang yang positif kepada rakyat. Hidrogen ini telah pun digunakan di negara Jerman, USA dan banyak negara maju yang lain. Apakah kementerian hendak mengaktifkan lagi teknologi yang telah dihasilkan oleh Universiti Teknologi Malaysia berhubung dengan penggunaan air untuk menjalankan kenderaan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh beberapa butiran di sini. Pertama ialah Butiran 00601 bersama dengan Butiran 02300, iaitu Program Galakan Sains dan Teknologi dan juga Program Pembangunan Teknologi Berkelompok (TDC). Kita tahu kementerian terutama sekali MOSTI ini memang sangat aktif dan telah mengelilingi seluruh negara untuk melakukan banyak aktiviti. Cuma satu yang saya hendak tanya di sini, apakah strategi kementerian dalam menggalakkan masyarakat di luar bandar untuk terlibat dalam program sains dan teknologi ini? Kita tidak nafikan bahawa mungkin ramai bakat-bakat yang terpendam berada di kawasan luar bandar, kerana kita ini menjadi wakil di kawasan luar bandar jadi perlu menekankan keperluan dan juga mungkin adanya bakat-bakat di luar bandar sana. Kita hendak tahu di manakah hala tuju kita. Inilah yang hendak kita lihat sebagai panduan kepada golongan pertengahan, misalnya suri rumah tangga. Mereka juga boleh menyumbang terhadap perkembangan sains dan teknologi ini, kerana boleh melibatkan diri misalnya dalam tanaman herba ataupun apa juga yang boleh dijadikan satu sumber di kawasan mereka. Saya difahamkan bahawa ada juga teknologi yang boleh membantu para petani untuk mengenal pasti tanah yang sesuai untuk tanaman seperti, adakah tanah itu kering atau sesuai untuk apa-apa jenis tanaman. Jadi sering kali bila kita mendengar kementerian menganjurkan program di kawasan-kawasan biasanya adalah di kawasan bandar. Oleh itu, saya ingin menyarankan supaya pihak kementerian mengadakan program melibatkan penduduk di luar bandar.
Ini kerana sebelum ini dalam beberapa bulan yang lepas pihak SKMM juga pernah datang di kawasan Batang Sadong untuk mengadakan program IT. Jadi dari situlah kita dapat melihat bahawa memang ada bakat-bakat yang terpendam di sana kerana program yang diadakan ialah dibuka kepada kanak-kanak sekolah, kepada peringkat dewasa. Kita nampak penglibatan banyak, ramai yang melibatkan diri, cuma ia perlu diadakan selalu, mungkin kalau bukan satu agensi kita dapat beberapa agensi untuk melibatkan diri supaya boleh mencungkil bakat-bakat yang ada di kawasan luar bandar. Saya juga ingin mengetahui dari segi brain gain, apakah strategi yang digunakan oleh kementerian untuk membawa balik mereka yang berbakat ini, yang berada di luar negara untuk kembali ke negara kita, untuk menyumbang kemahiran mereka kepada negara kita sendiri. Seterusnya di bawah Butiran 00600 iaitu Pembangunan Sains dan Teknologi. Saya ingin bertanya kepada kementerian berapa banyakkah organisasi dan berapa ramaikah individu yang terlibat dalam program inovasi ini? Bagi Butiran 00800 - Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Adakah penyelidikan dibuat mengenai potensi- potensi produk dari setiap negeri untuk dijadikan sumber develop, dengan izin develop further sebagai sebuah hasil inovasi negara. Kerana kita tahu setiap negeri mempunyai produknya yang tersendiri, yang mempunyai potensi untuk didevelop, dengan izin maka dengan itu saya hendak mengetahui mungkin ini boleh membantu kita untuk berkongsi dengan penduduk-penduduk di kawasan kita. Dari segi SIRIM Berhad iaitu Butiran 00100. Saya ingin menumpukan khas untuk SIRIM negeri Sarawak. Saya hendak tahu juga, apakah peranan SIRIM di negeri Sarawak untuk membantu usahawan maksud saya usahawan yang sudah sedia ada, kerana apa yang saya difahamkan, saya sudah mendapat maklumat bahawa SIRIM di negeri Sarawak memang membantu orang-orang yang ingin menceburkan diri untuk menjadi usahawan. Akan tetapi mereka sering menggunakan orang luar dari kawasan untuk membantu dan memberi latihan kemahiran yang ada. Mungkin saya kurang tepat, cuma ini adalah baik bagi kita membukakan ruang seperti ini untuk menyedari bahawa mungkin ia berlaku atau tidak kita hendak mendengar dari SIRIM sendiri. Sebab kalau kita sudah ada usahawan tempatan yang boleh membantu mereka yang ingin melibatkan diri dalam satu-satu industri yang telah wujud di kawasan berdekatan, maka kita boleh jimatkan kos dari segi kewangan kerajaan. Pada masa yang sama kita boleh membantu memperkembangkan lagi business orang yang telah menjadi usahawan untuk membantu masyarakat tempatan, kerana mereka lebih mengetahui sumber-sumber yang ada dan boleh mengetahui adat dan budaya tempatan. Jadi saya ingin mengetahui di sini peranan SIRIM khususnya di negeri Sarawak. Sekian, Tuan Pengerusi saya menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030100 - Agensi Nuklear Malaysia. Sejumlah lebih kurang RM51 juta diperuntukkan kepada Agensi Nuklear Malaysia untuk pembangunan tenaga nuklear di negara ini. Adakah negara kita perlu membangunkan sumber nuklear untuk dijadikan sebagai pilihan tenaga alternatif? Terlalu banyak perkara yang menjadi sebab mengapa Malaysia tidak perlu melaksanakannya. Salah satu sebab utama ialah pengendalian sisa radioaktif. Bagaimana sisa radioaktif ini dilupuskan? Sisa nuklear mengambil masa beratus-ratus tahun atau beribu- ribu tahun untuk dilupuskan. Sisa nuklear bukan macam sisa-sisa yang lain. Ia perlu dikawal dengan teliti dan memastikan ia disimpan di tempat yang selamat. Dalam masa beratus-ratus tahun atau beribu-ribu tahun bagaimanakah kita hendak menguruskannya? Tentunya ia melibatkan kos yang amat tinggi. Adakah kos ini akan ditanggung oleh rakyat? Sekiranya berlaku sabotaj, kemalangan atau kebocoran loji teknologi nuklear, apakah perlindungan dan jaminan yang rakyat boleh lakukan.
Keluasan Malaysia terhad hampir seluruh negeri mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Ini berbeza dengan negeri China, Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Iran dan Rusia. Negeri mereka masih ada kawasan yang luas, yang belum dihuni oleh rakyatnya. Masih ada peluang dan ruang untuk kawasan selamat. Bagaimana pula kalau berlaku serangan pengganas di loji nuklear kita? Apakah pihak kerajaan boleh mengatasinya, seandainya pihak musuh menyerang loji nuklear kita, ia sudah cukup untuk melumpuhkan Malaysia walaupun tanpa berperang terlebih dahulu. (cid:1)
Tidak lama dahulu kita gagal menyelesaikan isu sampah sarap atau sisa pepejal yang menggunakan incinerator kerana pembebasan gas beracun dioksida. Pencemaran ammonia dalam loji air di lembah Klang dan juga pencemaran bahan-bahan kimia ke sungai dan sebagainya. Jikalau kawalan asas pada hari ini pun kita telah gagal memantaunya, bagaimana pula mahu menguruskan radioaktif dan juga sisa radioaktif ini? Tentu nanti banyak nyawa yang melayang dan menjadi sejarah tatapan dunia jika berlakunya malapetaka. Kita memang tidak berkeupayaan dari segi tenaga pakar dan perlu import dan membimbing saintis kita. Ini boleh difahami dan diterima. Akan tetapi bagaimana pula untuk membina loji dan juga bahan mentahnya seperti uranium? Di mana kita tidak ada kapasiti untuk menghasilkannya sendiri dan perlu membelinya dari negara luar seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia. Pastinya melibatkan kos yang tinggi. Bagaimana pula jika pengimportan masuk bahan uranium ini disekat jika ada permasalahan politik antarabangsa, bersediakah kita? Apakah Malaysia dominan dalam politik antarabangsa? Bolehkah kita menentang sekatan import oleh kuasa besar dunia? Jika ini berlaku maka akan lumpuh industri kita. Kajian menunjukkan bahawa kos operasi loji nuklear ini adalah 25peratus lebih murah. Akan tetapi bagaimana dengan kos tenaga pakar, bahan mentah import, kos peralatan dan kos melupuskan sisa nuklear radioaktif dalam jangka masa panjang? Sememangnya uranium, tritium dan juga plutonium ini sangat mahal. Kita tidak ada sumber uranium dan kita terpaksa beli dari negara lain. Kos uranium dijangka akan melambung naik selepas 20 tahun akan datang. Jikalau sumber uranium dunia semakin berkurangan, bagaimana kementerian boleh memberi jaminan kos elektrik yang dijanakan oleh tenaga nuklear ini lebih murah jika dibandingkan dengan sumber tenaga lain? Saya khuatir tenaga nuklear akan menjadi satu bebanan kepada rakyat kita. Justeru itu, saya bercadang agar kerajaan mengambil inisiatif dengan sumber tenaga lain seperti tenaga solar, tenaga angin, tenaga biodiesel, tenaga biogas, tenaga ombak, tenaga biomas dan sebagainya agar kebergantungan terhadap minyak semata- mata dapat dikurangkan. Kementerian perlu mencari satu alternatif dan potensi tenaga baru untuk menggantikan tenaga nuklear seperti yang dicadangkan misalnya tenaga solar. Oleh sebab Malaysia berada di kawasan khatulistiwa menerima cahaya matahari sepanjang tahun, maka tenaga solar hasil daripada pancaran matahari sangat berpotensi tinggi untuk dipraktikkan di Malaysia. Sebelum itu, kementerian memberi alasan bahawa tenaga solar mahal dan tidak praktikal kerana kosnya yang tinggi dan juga kos bayar balik atau payback dengan izin pun panjang. Dahulunya paybacknya lebih kurang tujuh hingga sepuluh tahun. Akan tetapi, teknologi sekarang iaitu solar memang sudah berubah. Ia amat berpotensi kerana paybacknya mengikut kajian telah dikurangkan di antara empat hingga lima tahun jika dibandingkan dengan tiga hingga lima tahun yang lalu. Tenaga biomas juga merupakan satu tenaga yang berpotensi. Sektor pertanian yang meluas di Malaysia seperti kelapa sawit dan juga ternakan haiwan dapat menghasilkan sisa bahan pertanian bagi menjana tenaga biomas. Kementerian perlu membuat kajian mengenai hal ini. Berkenaan dengan tenaga angin dan ombak, ini juga berpotensi kerana Semenanjung Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan dan mempunyai tiupan angin yang kuat kerana laut luas di ruangan yang sangat terbuka. Semua ini tidak dicuba oleh kementerian sebelum ini. Saya berharap kementerian boleh membuat kajian tentang ketiga-tiga aspek tenaga ini.
Saya berharap pihak kementerian mengkaji semula peluang tenaga ini dan mengambil kira risiko jangka panjang penggunaan tenaga daripada sumber tenaga loji nuklear. Rakyat amat bimbang tentang penggunaan tenaga nuklear di negara ini. Pengendalian radioaktif dan sisa nuklear yang tidak berhemah akan membawa kesan yang buruk terhadap alam sekitar dan juga nyawa manusia. Saya berharap juga pihak kementerian mendapatkan pandangan atau feedback dahulu daripada masyarakat umum sama ada tenaga nuklear ini sesuai dijalankan di negara ini. Saya bercadang supaya satu referendum dijalankan kepada rakyat Malaysia untuk memilih sama ada mereka setuju atau tidak tentang penggunaan tenaga nuklear ini supaya pandangan rakyat dapat diambil kira. Saya rasa ini sahaja. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya membahaskan tentang Butiran 00100 - SIRIM Berhad, Butiran 01200 - Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Jikalau kita lihat sepanjang wujudnya SIRIM Berhad 30 tahun sebagai badan berkanun, sumbangannya melalui peranan strategik SIRIM dalam membantu proses perindustrian negara telah meningkat setiap tahun. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui misi-misinya, konsep dan kaedah pengurusan kualiti menyeluruh atau lebih dikenali dengan Total Quality Management (TQM) yang telah dilaksanakan oleh SIRIM menjadi antara faktor yang membawa SIRIM kepada kejayaan yang cemerlang. Kejayaan yang ditempa sehingga kini adalah hasil daripada amalan pengurusan yang dinyatakan dalam dasar kualiti SIRIM. Tindakan ini membolehkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dihasilkan dan dihargai oleh pelanggan. Akan tetapi, apa yang dilihat sekarang ialah kurangnya kesedaran masyarakat negara ini mengenai pentingnya untuk mempatenkan setiap produk dan peralatan keluaran mereka. Misalnya barangan kraf tangan di Perak seperti labu sayong di mana sudah ada usaha-usaha pihak luar yang cuba meniru malah ada juga hasil ciptaan produk daripada Sarawak telah pun ditiru oleh negara luar. Ini mungkin merugikan industri kita dan pengusaha-pengusaha tempatan. Jadi, saya hendak tahu sejauh mana kementerian melihat perkara ini. Tidakkah kementerian memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada pengusaha tempatan mengenai cara mempatenkan hasil ciptaan mereka? Tuan Pengerusi, oleh sebab itu saya mencadangkan juga supaya ada insentif serta sokongan yang perlu disediakan oleh SIRIM dalam usaha membantu pengusaha- pengusaha tempatan yang mempunyai idea dan produk ciptaan mereka yang inovatif. Selain itu, saya juga ingin mempersoalkan lambakan telefon bimbit yang tiada pengesahan keselamatan di pasaran negara kita. Sepatutnya setiap telefon bimbit perlu mempunyai perakuan keselamatan daripada pihak SIRIM. Saya mendapat maklum juga bahawa masalah besar ialah ramai pengguna mengadu sakit telinga dan kepala akibat mungkin penggunaan hasil lambakan telefon bimbit tersebut. Malahan ketiadaan pengesahan SIRIM ini, ramai pengguna sebenarnya tidak tahu mengenai kadar penembusan spesifik radiasi (SAR) yang sepatutnya demi keselamatan pengguna. Tuan Pengerusi, tiada langsung ciri keselamatan walaupun harga yang dijual itu cukup murah dan berjenama. Ini yang membahayakan orang ramai yang menggunakan telefon bimbit sedemikian kerana ia mungkin mendedahkan penggunanya kepada penembusan radiasi yang melebihi kadar sepatutnya atau kepada bahaya yang lain. Jadi, sejauh manakah pihak SIRIM melihat soal ini dan apakah langkah-langkah yang perlu ditangani segera. Seperkara lagi yang hendak saya sentuh ialah berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Kita sememangnya berbangga dengan kejayaan angkasawan pertama negara dan program yang berkaitan dengannya. Cuma, sejak kebelakangan ini agak kurang menonjol program-program berkaitan dengannya serta peranan yang dimainkan angkasawan pertama negara di samping seorang lagi angkasawan Mejar Dr. Faez Khalid.
Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, cuma apabila kedengaran pun apabila ada kontroversi sahaja. Yang ingin saya hendak bertanya ialah sejauh manakah kerjasama negara kita dengan negara-negara lain selain Rusia dalam soal penerokaan angkasa lepas?Saya mencadangkan juga kepada pihak kementerian supaya turut menumpukan kerjasama dengan Republik Rakyat China di atas pencapaian luar biasa mereka dalam soal penerokaan angkasa lepas. Mereka bukan setakat mempunyai ramai angkasawan berkebolehan tetapi kemampuan mereka membina roket yang mampu ke angkasa lepas. Jadi saya ingin tahu, sejauh manakah peranan ANGKASA dalam soal ini dan saya mengesyorkan selaku sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan sebagai pusat utama kajian angkasa lepas di negara kita, saya mencadangkan supaya angkasawan kita dan mereka yang berkaitan pergi membuat lawatan ke pusat angkasa lepas negara-negara yang seumpamanya bagi berkongsi pengalaman serta pengetahuan masing-masing. Malah saya juga mengetahui bahawa Persatuan Penjelajah Angkasa Lepas ataupun ASE setiap tahun ada membuat persidangan khusus menghimpunkan ramai angkasawan di seluruh dunia. Adakah negara kita berhasrat menawarkan untuk menjadi tuan rumah? Jadi, sekian terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada perkhidmatan sains untuk mempertingkatkan pembudayaan sains dan teknologi bagi memupuk masyarakat berpengetahuan di segenap lapisan masyarakat. Dengan merujuk kepada Kepala P.30, Butiran 010300 – Perkhidmatan Sains yang berjumlah RM63,579,300 jadi saya berharap kementerian dapat mengolah dan menyebarkan maklumat saintifik baik dari segi tenaga nuklear, baik dari segi teknologi hijau ataupun bioteknologi dan sebagainya melalui media massa hasil daripada penyelidikan dan inovasi serta penggunaan teknologi moden sebagaimana yang telah dijelaskan oleh banyak kementerian, umpamanya Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain yang banyak dikeluarkan dalam jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa supaya mudah difahami oleh orang awam sama ada untuk menambah pengetahuan bagi membuka minda mereka ataupun untuk dilaksanakan dalam kehidupan harian mereka. Tuan Pengerusi, saya tidak menafikan bidang-bidang lain yang saya sebutkan tadi iaitu bioteknologi, teknologi hijau dan sebagainya. Akan tetapi saya ingin mengambil contoh bidang teknologi nuklear yang digunakan secara meluas di dalam negara ini tetapi tidak diketahui umum. Oleh sebab mereka tidak memahami keadaan sebenar termasuk aspek keselamatan, maka bila disebut sahaja nuklear, terbayang di fikiran mereka senjata nuklear ataupun bom nuklear yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki. Di bawah Penyelidikan dan Pembangunan Sains dan Teknologi – Butiran 030100 – Agensi Nuklear Malaysia yang berjumlah RM51,542,800 dan Kepala P.30, Butiran 00900 – Agensi Nuklear Malaysia berjumlah RM26,656,400 dan Pelesenan dan Kawalan, B.30, Butiran 0401000 – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berjumlah RM10,283,000. Saya berharap salah satu daripada R&D yang patut diberi perhatian ialah dalam mengumpul maklumat kesan sinaran terhadap populasi manusia sama ada pekerja sinaran dan orang awam sekitar premis projek sama ada di Nuklear Malaysia atau tapak projek yang melibatkan punca sinaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan supaya keraguan masyarakat mengenai kesan sinaran dapat dihapuskan. Berkait dengan Butiran di atas juga Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menaiktarafkan status Nuklear Malaysia sekurang-kurangnya sebagai badan berkanun bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi dengan proses membuat keputusan yang cekap.
Nuklear Malaysia akan memainkan peranan penting dalam membangunkan keperluan tenaga nuklear yang sekarang sudah pun menyumbang 17 peratus tenaga dunia di samping meneruskan penyebaran maklumat dan kawalan teknik dan teknologi nuklear yang digunakan di dalam berbagai-bagai bidang. Sebagai contoh, ujian tanpa musnah, dalam industri penggunaan kit farmakeutikal dan pengarcaan dalam perubatan. Penggunaan sinar gama dan elektron dalam proses ko-polimerisasi produk getah dan sebagainya. Penggunaan sinaran untuk nyah kuman produk perubatan. Penggunaan sinaran dalam bioteknologi tumbuhan dan mutasi, umpamanya untuk menghasilkan benih yang baik seperti benih padi yang rendah dan tahan penyakit. Teknologi nuklear dalam kajian hakisan dan mendapan tanah. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada kementerian mengenai sejauh manakah pandangan antarabangsa sekiranya Malaysia menggunakan tenaga nuklear kerana apa yang kita perhatikan sekarang apabila negara-negara Islam ingin membina nuclear power ataupun membina nuclear reactor, maka timbul masalah yang besar daripada badan antarabangsa ataupun daripada negara-negara yang maju. Jadi, apakah hubungan kita dengan International Atomic Energy Agency dan sebagainya? Jadi adakah kita sudah pun mengikat hubungan dengan mereka untuk menjelaskan kepada dunia bahawa penggunaan tenaga ataupun teknologi nuklear di negara kita hanyalah untuk keamanan? Sekian sahaja, terima kasih.
Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada Maksud Pembangunan 30, Butiran 00601 – Program Galakan Sains dan Teknologi dan 00604 – Pusat Sains Negara. Persoalan di sini, apakah usaha pihak kementerian dalam mengatasi kekangan utama kepada usaha kerajaan untuk budaya research and development (R&D) ini seperti mana yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bahawa kita gagal melahirkan dengan izin, high caliber sciences, technologies and innovative human capital. Jadi berdasarkan kepada ini, kita harus menitikberatkan soal kesejahteraan hidup melalui penguasaan ilmu pengetahuan sementara kejayaan dan kecemerlangan sesebuah negara bergantung pada kualiti rakyat yang berilmu dan berkemahiran. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, kita harus melihat bahawa pembentukan kesedaran untuk memperkenalkan kanak-kanak di peringkat pra olahan konkrit dan olahan formal ini, biar mereka benar-benar teraruh dan meminati subjek sains dan teknologi dan membudayakan di dalam diri mereka, barulah kita akan mendapat kualiti rakyat yang benar-benar berilmu dan berkemahiran. Jadi dalam hal ini, anjakan paradigma yang sering diperkatakan hendaklah benar- benar dihayati dan dilaksanakan agar kita dapat melahirkan modal insan yang cekap, berpengetahuan tinggi, mahir, serta berinovasi lagi bersistematik. Di antara perkara yang harus dibincangkan dan sering kali diungkapkan oleh kepimpinan kerajaan bahawa generasi yang mampu bersaing di peringkat global dan menempatkan diri mereka antara insan yang terbaik, mereka mestilah memastikan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam keadaan yang terkini.
Jadi, apa yang perlu di sini ialah persediaan yang cukup dari segi kemahiran dan pengetahuan, yang haruslah disediakan bagi memastikan mereka mendapat kejayaan. Kita mengambil contoh, dengan penduduk empat juta sahaja, kemampuan Singapura dalam menjana ekonomi bertahap dunia adalah sangat dikagumi. Apa yang menjadi kunci utama di atas kemakmuran Singapura, adalah pendidikan. Sebagai sebuah negara walaupun penduduk dan sumbernya sedikit terhad, tetapi keberkesanan dalam membentuk modal insan berkualiti melalui sistem pendidikan yang mantap telah menyerlahkan kemampuan Singapura sebagai negara yang mengeksport “know how”. Terkini, mereka telah meneroka bidang baru yang memberikan pulangan pendapatan berbilion ringgit dalam masa yang singkat, iaitu dalam bidang bioteknologi.
Kita lihat bagi inovasi pendidikan, mereka juga telah ke hadapan apabila mereka melancarkan Program Sekolah Tanpa Buku, iaitu Sekolah Bestari yang menggunakan komputer peribadi kecil. Ini sewajarnya menjadi cabaran sistem pendidikan negara dan kita mahu, negara pilihan pelajar untuk belajar biarlah negara kita juga mencontohi apa yang telah diamalkan oleh Singapura. Malahan, sistem pendidikan matematik Singapura juga telah menjadi model bagi negara maju yang lain seperti Taiwan, Israel dan sebagainya. Dalam hal ini, kerajaan harus mempunyai perancangan dan strategi yang teratur dalam memupuk minat sains di kalangan pelajar kita semenjak dari kecil, untuk memastikan bahawa generasi Malaysia mempunyai kemahiran kreatif, berjiwa penyelidikan, pembangunan dan berani mencuba sesuatu yang baru dan inovatif, bergantung kepada keupayaan modal insan yang berkualiti. Justeru itu, marilah kita melihat usaha memupuk minat sains di kalangan pelajar ini, yang seharusnya dilakukan di peringkat bangku sekolah lagi ataupun di peringkat pra-olahan, atau tadika, di mana di peringkat ini mereka masih belum terbuka pemikirannya, dan terletak kepada kita bagaimana mengaruh diri mereka menjadi insan yang benar-benar dapat menghayati dan menjadi insan yang berskil dan berkemahiran. Sehubungan dengan itu, kita memohon pihak kerajaan menerusi peruntukan yang saya tengok cukup besar juga, bagaimana untuk pihak kementerian merancang bersama dengan pihak Kementerian Pelajaran dalam menyediakan kemudahan yang secukupnya di makmal-makmal sains, terutamanya di luar bandar, kerana peluang untuk kita bereksperimen dengan sains ini sudah tentu akan memastikan murid-murid dapat memupuk minat ingin tahu. Secara tidak langsung, kita dapat melahirkan golongan saintis yang berkaliber yang amat dituntut dan diinginkan oleh negara. Ini kerana, dalam diri kanak- kanak, mereka mempunyai sifat ingin tahu, dan sifat ingin tahu itu kalau diaruh dengan betul ke arah yang baik dan ke arah pembinaan pemikiran keterbukaan minda mereka, sudah tentu ia akan menarik minat. Di sinilah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk sekurang-kurangnya negara di satu hari nanti merupakan di antara pusat saintis yang terkenal. Mungkin kita tunggu 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh sebab itulah kita lihat pada tahun 1997, seramai 15 orang jurutera Petronas yang telah dihantar untuk belajar di Switzerland dan mereka telah kembali, kemudian menimba pengalaman di syarikat Sauber dalam arena Formula 1. Mereka telah berjaya menghasilkan satu enjin prototaip yang diuji bersama dengan kereta Lotus dan kemudian menghasilkan enjin komersial. Kita lihat, ini sebenarnya mampu dicapai kalau usaha-usaha yang lebih teliti dilakukan dan tidak ada kerja yang dibuat hanya ad-hoc ataupun separuh jalan yang boleh menyebabkan cita-cita untuk melahirkan human capital yang membanggakan tidak dapat dicapai. Persoalannya di sini, bagaimana pihak kementerian bekerjasama dengan pihak PERMATA sekurang-kurangnya, untuk kita dapat menjayakan Program Pintar dalam melahirkan saintis yang berwibawa untuk negara? Terima kasih. Saya mohon menyokong, Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam peringkat Jawatankuasa bagi MOSTI. Saya ingin bangkitkan tiga perkara. Pertama berkenaan dengan Butiran 020300 – Pusat Sains Negara (PSN). Agensi ini telah ditubuhkan sejak 13 tahun yang lalu dengan objektif memupuk kesedaran, kefahaman dan penghargaan orang ramai terhadap sains teknologi dan inovasi. Kalau kita lihat dari segi prestasi Pusat Sains Negara, kalau kita bandingkan, khususnya dengan Singapore Science Centre, kehadiran pelawat ke Pusat Sains Negara setakat ini mungkin dalam lingkungan 300 orang sehari. Kita boleh kira hasil daripada bayaran kemasukan iaitu lebih kurang RM400,000 setiap tahun, dengan bayaran kemasukan RM3 untuk kanak- kanak dan RM6 untuk orang dewasa.
Jika dibandingkan dengan Singapore Science Centre misalnya, dengan bayaran kemasukan SD3 dan SD6, hasil daripada bayaran masuk adalah sepuluh kali ganda, iaitu SD4.5 juta. Ini bermakna, kemasukan ke Singapore Science Centre adalah sekurang- kurangnya sepuluh kali ganda dengan kemasukan di Pusat Sains Negara. Saya rasa, usaha perlu dibuat untuk meningkatkan prestasi Pusat Sains Negara ini. Khususnya, kalau kita lihat di bawah Butiran 020300 dalam emolumen untuk kakitangan, saya lihat untuk 2009 adalah RM5.1 juta, dan untuk 2010, emolumen dikurangkan kepada RM3.19 juta, walaupun dengan kakitangan yang sama. Ini bermakna, mungkin perbelanjaan untuk overtime dan elaun-elaun yang lain telah dikurangkan. Adakah ini akan menjejaskan prestasi Pusat Sains Negara? Saya rasa, khususnya untuk masyarakat luar bandar di kawasan pedalaman seperti Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang lain, kita seharusnya target supaya bukan sahaja setakat satu Pusat Sains Negara di Lembah Klang, tetapi seharusnya kalau boleh di semua bandar utama, supaya objektif Pusat Sains Negara ini boleh dicapai. Kalau kita bandingkan dengan satu agensi yang lain di bawah Butiran 030300 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Kita lihat perbelanjaan untuk agensi tersebut, pengurusan RM12 juta dan untuk pembangunan RM94 juta. Hampir RM100 juta untuk agensi tersebut. Satu perbelanjaan yang begitu besar sekali. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, setakat mana pencapaian ANGKASA ini sehingga sekarang? Apakah output yang kita boleh ukur daripada agensi tersebut? Sebelum ini, kita tahu kita telah menghantar angkasawan sebagai pelancong ke outer space, dan beberapa projek penyelidikan dibuat di outer space, dan kini, apakah hasil daripada penyelidikan dan kajian tersebut semasa di outer space oleh angkasawan yang kita hantar? Sama ada teh tarik yang dibuat di situ lebih sedap daripada teh tarik di restoran Parlimen? Begitu juga roti canai dan sebagainya. Apakah hasil daripada penyelidikan yang dibuat oleh angkasawan yang kita hantar? Saya rasa, kementerian seharusnya mengkaji semula, adakah pentitik berat kita tepat kepada waktu dan tempatnya untuk agensi tersebut? Ini kerana, kita tidak ada saintis yang pakar dan kita tidak ada latar belakang yang panjang dalam sains angkasa lepas ini. Jadi, mungkin sekiranya kita mengalihkan sumber yang terhad ini kepada agensi-agensi yang lain misalannya Pusat Sains Negara, kita mungkin dapat hasil yang lebih baik. Mungkin kita mendapat ahli-ahli saintis yang mungkin boleh dapat hadiah nobel pada masa hadapan, daripada membazirkan RM100 juta setiap tahun dalam Program Angkasa Lepas ini. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Akhir sekali khususnya dalam program Research and Development (R&D) dan saya rasa masalah mendapatkan pattern ini menjadi masalah. Mungkin lebih baik kita ada satu agensi one-stop centre untuk membantu saintis-saintis untuk mendaftar pattern dan saya harap juga kementerian seharusnya menggunakan jumlah pattern yang didaftarkan di dalam negara dan di luar negara sebagai satu KPI kementerian sebab dari segi pattern, kita sudah jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Singapura, Korea, Taiwan, China, mungkin India dan sebagainya. Jadi, sekiranya kita tidak ada satu agensi, satu usaha yang bersungguh-sungguh, kita akan terus ketinggalan dan saya harap Menteri dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan tersebut. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana telah memberikan Limbang, kawasan saya satu projek iaitu projek penanaman dan pengeluaran bahan pertanian bernilai tinggi iaitu vanilla planifolia melalui teknologi aruhan bagi menghasilkan awal buah iaitu early fruiting iaitu flowering and fruiting iaitu melalui Agensi Nuklear Malaysia. Masalahnya, pada masa projek asal ini bernilai RM1 juta. Namun begitu, ia telah dikurangkan untuk tahun ini sahaja sebanyak RM600,000. Jadi, tanpa adanya peruntukan yang RM400,000 itu, pada masa ini, penyemaian iaitu nursery tidak dapat diadakan.
Jadi, peserta-peserta di bawah program ini iaitu program GIF ini, Grassroot Innovation Fund, hanya dibekalkan dengan kuantiti yang kurang dan tidak, dengan izin, not economically viable sebab dijangka hasilnya kurang disebabkan bilangan pokok yang sedikit. Jadi saya berharap benar agar projek ini mencapai matlamatnya, membantu penduduk di situ, yang ada seramai 20 orang, dapat menepati saran dan dapat membantu mereka juga untuk menjadikan ia tempat pengeluaran benih di masa hadapan. Jadi saya dengan ini meminta kepada kementerian agar di dalam bajet ini untuk tahun 2010 ini menambah balik peruntukan sebanyak RM400,000 itu supaya matlamat asal projek ini akan dicapai. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Padang Terap.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mulakan dengan bacaan ayat Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai jin dan juga manusia, sekiranya kamu mampu untuk menembusi penjuru langit dan juga bumi, maka kamu tembusilah. Dan kamu tidak akan mampu menembusinya kecuali dengan ilmu”. Saya hendak mulakan perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini menyentuh beberapa perkara. Pertamanya berkaitan dengan Butiran 030100 - Agensi Nuklear Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian, sama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, gabungan kementerian ini telah mengadakan satu taklimat yang cukup penting dan cukup berguna kepada saya dan juga kepada Ahli-ahli Parlimen yang mendedahkan kepada kita tentang pembangunan tenaga nuklear di Malaysia dan potensi yang ada pada masa hadapan. Saya melihat daripada fakta yang telah diberikan kepada kita untuk menjana 1000 megawatt tenaga setahun memerlukan lebih kurang dua juta tan arang batu, memerlukan 1.96 bilion gelen minyak dan memerlukan lebih kurang gas 87.7 bilion standard cubic feet (scf). Solar pula memerlukan lebih kurang 100 square km land area, biomass lebih kurang 30,000 square km plant. Jadi, semua ini memberikan satu pengetahuan kepada kita pada masa yang sama, tenaga nuklear yang memerlukan lebih kurang 30 tan uranium untuk jana sebanyak 1000 megawatt tenaga bagi setahun. Sudah tentulah potensinya cukup besar. Cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bersedia untuk mempercepatkan proses pembangunan tenaga nuklear ini. Pada masa yang sama, kita berdepan dengan beberapa kekangan termasuklah pembekalan ataupun bekalan kepada tenaga nuklear ini mungkin tidak boleh didapati di Malaysia. Bagaimanakah pihak kementerian boleh memberi ataupun memberi maklumat kepada kita, daripada manakah bekalan ini boleh didapati dan bagaimanakah harga yang ditawarkan yang berada di pasaran dan bagaimanakah pihak kementerian yang bercadang untuk membangunkan teknologi ini, industri ini bersedia untuk menghadapi kemungkinan harga bagi bahan ini akan meningkat pada masa-masa yang akan datang. Kedua, saya merujuk kepada Butiran 00800 - Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang saya kira merangkumi ketiga-tiga kementerian ini, sains, teknologi dan juga inovasi. Pertama saya hendak fokus kepada inovasi iaitu berkaitan dengan teknologi-teknologi yang sudah pun dimiliki oleh rakyat dalam negara kita. Baik orang Melayu, orang Cina dan juga orang India yang mewarisi secara turun-temurun beberapa seni yang rasanya boleh dikembangkan lagi di peringkat dunia. Industri pertukangan, industri pembinaan kapal, pembinaan gong, keris dan sebagainya. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian inovasi khususnya mengangkat darjat ataupun mengangkat industri-industri ini supaya berada di tahap dunia. Keduanya berkaitan dengan butiran yang sama. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian tentang Program Angkasawan yang telah dibuat khususnya bagi Butiran 01200 dan juga 00800 ini.
Ia berkaitan dengan Program Angkasawan yang telah dijalankan oleh pihak kementerian sedikit masa dahulu yang menghantar dan juga telah mengumumkan kepada rakyat tentang angkasawan pertama yang dihantar oleh negara. Saya berbangga dengan pencapaian tersebut. Cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bolehkah pihak kementerian mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini statistik yang berlegar di kalangan orang ramai, minat orang awam, rakyat sebelum dan juga selepas penghantaran angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa ataupun ISS. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh kawan-kawan sebelum hari ini. Program sains mestilah dicetuskan di peringkat awal. Di peringkat sekolah rendah lagi. Saya masih ingat, saya dibawa untuk melawat pameran-pameran sains dan ia telah mencetuskan minat yang cukup luar biasa saya pada ketika sekolah rendah lagi untuk memajukan ataupun terlibat dalam bidang-bidang sains ini. Menarik minat saya. Letak tangan di atas glob, kemudian rambut tercacak macam duri durian. Bagus. Jadi, semua benda ini telah menyebabkan dan menimbulkan minat yang cukup luar biasa saya dan kawan-kawan. Jadi sudah tentulah saya mengunjurkan kepada pihak kementerian untuk meneruskan program-program seperti ini. Jadi saya ingin tahu apa statistik yang dimiliki oleh pihak kementerian, minat orang ramai terhadap program yang telah dibuat ataupun penghantaran angkasawan tersebut seperti mana yang telah disebut oleh kerajaan. Butiran yang sama, saya ingin menyentuh tentang penganugerahan sayap angkasawan yang disebut ataupun di bawah satu badan, Federal Aviation Administration ataupun FAA yang diberikan, dianugerahkan kepada seseorang yang telah terbang melebihi paras 80 km daripada aras laut.
Jadi, berdasarkan kepada ciri ini, adakah pihak kementerian menyedari bahawa angkasawan kita dikatakan tidak sampai atau tidak naik melebihi aras laut lebih daripada 80 kilometer? Seterusnya, perkara yang sama, butiran yang sama. Sejauh manakah pihak kementerian menggunakan kedua-dua orang yang dihantar ataupun dilatih sampai ke peringkat akhir ini untuk kita mempromosikan lagi sains angkasa. Saya percaya walaupun saya tidak bersetuju dengan nama angkasawan dianugerahkan, tetapi saya bersetuju ia telah berjaya untuk meletupkan, meledakkan minat yang cukup luar biasa berkaitan dengan sains angkasa lepas. Jadi, saya mengharapkan pihak kementerian boleh melakukan sesuatu. Contohnya macam kita boleh membuat prototaip pesawat angkasa ‘suborbital’ yang boleh membawa seorang juruterbang ke paras melebihi 80km daripada aras laut yang melayakkan seorang itu untuk menerima Anugerah Sayap Angkasawan daripada FAA dan juga digelar sebagai angkasawan yang sebenar. Saya yakin berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh kawan-kawan bahawa prototaip ini boleh digunakan untuk menjalankan penyelidikan saintifik, termasuk penyelidikan atmosfera dan juga graviti sifar di samping pembangunan prototaip ini merupakan aktiviti pemindahan teknologi kerana ia boleh disertai oleh jurutera, saintis, pereka dan sebagainya. Sudah tentulah kos untuk membina prototaip ini lebih rendah daripada menghantar seorang angkasawan ke ISS. Jadi, saya mengharapkan pihak kementerian mempunyai jawapan terhadap isu ini. Akhir sekali yang ingin saya sentuh ialah Butiran 00604 - Pusat Sains Negara. Ini berkaitan dengan pembinaan Planetarium yang dahulunya disebut bernilai RM50 juta yang dibuat 15 ataupun 16 tahun yang lalu. Kos untuk menyelenggarakannya sahaja sudah menelan jutaan ringgit setiap tahun. Akan tetapi, apakah aktiviti yang dilakukan oleh Planetarium, Pusat Sains Angkasa untuk kita mempromosi bidang sains dan angkasa dan juga bidang angkasa lepas ini untuk rakyat Malaysia? Sejauh manakah kejayaannya untuk menarik pelawat tahunan ke Pusat Sains Negara dan juga Planetarium ini. Kalau boleh, saya dapat jawapan dalam sesi ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan pihak kementerian.
Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.30 iaitu Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan Butiran 01200 - Agensi Angkasa Negara. Saya mohon penjelasan bagaimana ataupun anggaran peruntukan ini akan digunakan. Saya hendak tahu berapa sebenarnya yang diperlukan kalau kita hendak menghantar seorang lagi astronaut atau angkasawan kita ke angkasa lepas? Seperti yang telah dihujah oleh rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berhujah dahulu daripada saya yang membangkitkan perkara yang sama. Saya ingin tahu, apakah program yang konkrit bagi kita hendak terus menghantar astronaut ataupun angkasawan kita ke angkasa lepas ataupun yang sudah itu adalah satu-satunya sahaja, kita start with it and finish with it. Jadi, bagi saya kalau kita mampu dari segi kewangan dan yang lain kita sepatutnya teruskan program ini. Ini kerana apa-apa objektif kita pada dahulunya mestilah kita capai dan teruskan walaupun perbelanjaan yang diperlukan saya tahu agak begitu besar. Akan tetapi, kalau sudah ada objektif kita, biarlah kita sampai ke tahap ataupun sampai ke objektif yang sepatutnya kita capai. Sehubungan dengan perkara ini, saya mohon penjelasan tentang peranan rasmi Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sekarang. Jadi, adakah MOSTI atau kerajaan menggunakan sepenuhnya Dr. Sheikh Muszaphar ini untuk kita hendak mempertingkatkan lagi kegiatan atau menggalakkan minat rakyat Malaysia dalam bidang ini seperti juga yang telah disebut pada mula kita berkecimpung dalam bidang ini. Saya ingin mendesak kerajaan untuk teruskan usaha dalam bidang ini kerana ia boleh membuka ruang dan peluang untuk negara kita terus bersama negara-negara maju yang lain dalam pembangunan sains dan teknologi, khususnya dalam bidang angkasa lepas. Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada Kementerian MOSTI juga, ada atau tidak dan kalau ada, negara mana dan berapa perjanjian atau agreement atau memorandum untuk bekerjasama dalam bidang sains dan teknologi berkenaan dengan angkasa lepas telah kita tangani. Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Arau dalam isu kita perlu mengambil langkah yang lebih konkrit untuk memotivasikan anak-anak kita dalam bidang sains dan teknologi kalau kita inginkan negara kita sampai ke tahap negara ataupun status negara maju. Kita mesti cemerlang dan gemilang dalam bidang sains dan teknologi. Tuan Pengerusi, perkara yang terakhir iaitu MOSTI ini mesti lebih bersungguh- sungguhlah untuk memastikan rakyat yang duduk jauh di pedalaman pelosok negara kita yang masih belum dapat manfaat dari elektrik dari bekalan yang biasa iaitu melalui talian. Mereka ini boleh dibekalkan elektrik menggunakan solar atau biomass dan yang lain-lain oleh sebab walaupun teknologi solar ini lama dan sudah ada. Akan tetapi, kita selalu diberitahu kosnya masih mahal, kos per unit dan juga teknologinya belum sampai ke tahap yang begitu reliable. Jadi, MOSTI mestilah bersungguh dalam perkara ini untuk mencari sistem solar yang boleh diguna pakai dan begitu reliable sekali yang diguna pakai di pedalaman. Ini kerana kalau boleh saya sebutkan sebagai ini, “Memasyarakatkan sains dan teknologi”. Itu yang penting sebab kita sudah ada slogan ini “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Tuan Pengerusi, sekian sahaja, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Pengerusi, di sini saya ingin merujuk Butiran 020400 di bawah B.30 - Jabatan Standard Malaysia (JSM).
SIRIM Bhd merupakan satu agensi kementerian dalam pemantauan dan pengeluaran piawaian-piawaian ISO dan spesifikasi dalam pelbagai bidang. Maka, saya ingin tahu apakah tanggungjawab kementerian di atas sijil yang dikeluarkan oleh SIRIM, QAS atau pendek kata SQ kepada Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang di mana hospital ini telah mengakibatkan bayi Lai Yok Shan kehilangan satu tangan kerana kelalaian hospital tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Sijil SQ hospital ini belum ditarik balik selepas kemalangan tersebut berlaku. Di dalam kes keruntuhan bumbung Stadium Gong Badak, pemaju utama yang bertanggungjawab ke atas pembinaan bumbung ini ialah ‘Bina Struktur, Gerbang Mercu JV, Emarcom’, satu kontraktor asing. Syarikat ini merupakan satu syarikat yang terkemuka dan mempunyai Sijil ISO 9001:2000. Saya ingin tahu, apakah tanggungjawab SIRIM dari segi pengulangan sekiranya syarikat-syarikat yang memegang sijil-sijil yang dikeluarkan oleh agensi tersebut melakukan penyelewengan berkaitan dengan kepentingan awam.
Dari segi pengurusan, SIRIM merupakan satu syarikat swasta yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan. Namun demikian ia dilantik sebagai agensi untuk mengendalikan tugas-tugasnya di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Akhir sekali, saya ingin minta Menteri menyatakan, adakah perkara yang berkaitan dengan agensi tersebut seharusnya dijawab oleh Kementerian Kewangan atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut sama untuk membahaskan Maksud Bekalan dan Pembangunan 30 ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini, Tuan Pengerusi, sesungguhnya kalau kita lihat dari segi peranan dan tanggungjawabnya memang sangat penting kepada pembangunan negara kita, sebab objektifnya pun mereka ini akan menjana dan berusaha untuk menerajui pembangunan negara kita ini dalam semua aspek yang ada hubung kait dengan kreativiti, inovasi dan R&D. Butiran-butiran yang saya ingin sentuh dalam perbahasan saya ini, Tuan Pengerusi, ialah Butiran 00601 – Program Galakan Sains dan Teknologi. Tuan Pengerusi, modal insan yang memang digalakkan dan diharapkan oleh negara ini adalah modal insan yang mempunyai keupayaan dan boleh mencipta sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada negara kita. Sehubungan dengan hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi Program Galakan Sains dan Teknologi ini, pendekatan yang telah diambil oleh pihak kementerian selama ini. Saya mohon penjelasan dari segi urutan dan keutamaan-keutamaan yang mereka telah laksanakan bagi mencapai dan menggalakkan supaya rakyat dan masyarakat di negara ini begitu berminat dalam bidang sains dan teknologi ini. Di sini juga saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sebagai memudahcarakan untuk Program Galakan Sains dan Teknologi ini, ada baiknya supaya kementerian ini juga mengambil perhatian dengan usaha kerajaan sekarang ini memberi penekanan untuk memajukan Program Permata Negara. Walaupun kita tahu sains ini telah digalakkan oleh kementerian dan negara kita ini sekian lama, namun saya nampak asasnya tidak begitu kukuh, oleh sebab mungkin di peringkat sekolah menengah baru kita memberi keutamaan. Di sini saya berharap supaya kementerian dapat memikirkan sesuatu modul yang terbaik, supaya galakan dalam bidang sains dan teknologi ini menjadi pilihan utama anak-anak kita, kesedaran dan kepekaan anak-anak kita dalam bidang ini lebih meluas dan asasnya itu akan bertambah kukuh jika ianya diterapkan di peringkat awal. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 00608 iaitu Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC).
Kalau MASTIC ini, dengan izin, dalam bahasa Bajau bermaksud gam, boleh melekat tetapi saya mahu tahu daripada pihak kementerian, Pusat Maklumat MASTIC yang disebut ini, adakah ia benar-benar sudah dapat mengumpul suatu maklumat yang benar- benar boleh dimanfaatkan oleh rakyat di negara ini? Dan pusat maklumat ini adakah ianya hanya ditumpukan terutamanya di kawasan Lembah Klang ataupun di bandar-bandar utama di negara kita ini? Sebab kita mahu melihat dan saya mencadangkan kepada pihak kementerian oleh sebab kita ini ada dua bahagian negara kita ini, iaitu Tanah Semenanjung dan Sabah, Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Maka maklumat ini dari segi pengumpulannya, adakah pihak kementerian telah berjaya dalam masa beberapa tahun ini untuk mengumpul satu bidang apa yang terbaik, yang menjadi tumpuan pihak kementerian ini untuk memastikan ianya benar-benar maklumat itu boleh mengangkat martabat bidang sains dan teknologi di negara kita ini kepada satu tahap yang kita sendiri boleh bersaing. Mungkin kalau banding diri kita dengan negara-negara yang lain, kita nampak seolah-olah kita jauh ketinggalan, tetapi saya melihat dengan inisiatif MOSTI ini, tahniah juga, selalu menghantar rakyat kita atau pelajar-pelajar kita untuk bertanding di peringkat antarabangsa dari segi reka cipta dan sebagainya, dan pernah mendapat tempat yang terbaik yang kita boleh banggakan. Jadi kita berharap dengan peranan pusat maklumat ini, kita mahu mereka ini dapat diteruskan. Jangan hanya mereka ini kita hantar untuk menyertai pertandingan dalam satu-satu bidang, terutamanya dalam bidang kreativiti dan inovasi yang sebenarnya kita juga ada kemampuan dan keupayaan untuk bersaing dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sebab kalau kita hubung kait pun dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 11, individu ataupun kaum itu tidak akan diubah oleh Allah SWT melainkan masyarakat itu sendiri perlu ada kemampuan. Jadi, bidang pusat maklumat ini perlu menjadi data bank yang paling utama, yang boleh menyebabkan kerajaan ini dapat mengumpul dan mengenal pasti dan kita tidak akan berhadapan dengan masalah lagi, iaitu kita tidak tahu siapa individu yang terbaik atau yang mana kelemahan-kelemahan yang akan menjadi kekangan kepada kita untuk bersaing dengan negara-negara lain, sebab pusat maklumat ini kenapa saya ingin sentuh di sini, sebagai contohnya walaupun mungkin penyakit H1N1 itu dikhususkan kepada Kementerian Kesihatan, tetapi peranan kementerian ini juga perlu tahu mungkin kalau maklumat ini kita tahu dengan jelas dan kita mudah fahami sudah tentu, mungkin kita boleh mencipta satu vaksin yang terbaik, yang boleh mengawal penyakit ini daripada merebak dan kita boleh menjual teknologi kita kepada negara lain. Kita jangan hanya menjadi sebagai pembeli utama ataupun pengguna utama, tetapi biar kita sebagai pengeksport sebab sudah tiba masanya, sebenarnya dari kita sahaja keadaan ini, sama ada kita betul-betul mahu dirujuk ataupun menjadi ikutan sebab kementerian ini dari segi falsafahnya pun memang yang akan menjadi satu agensi ataupun kementerian yang akan bertanggungjawab untuk sebenarnya budaya dan inisiatif mereka itu adalah mengutamakan inovasi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh butiran seterusnya iaitu Butiran 00700 – Jabatan Meteorologi Malaysia. Alhamdulillah kita bersyukur sebab negara kita kalau bencana alam mungkin masalah banjir yang berlaku sekarang ini, itu pun saya suka nyatakan di sini supaya kita cuba memikirkan sesuatu yang walaupun ianya Allah SWT yang mengetahui segala-galanya, namun kita perlu berusaha untuk cuba anticipate. Misalnya kita memang sudah mengalami kejadian banjir ini kerap berlaku terutamanya di kawasan Pantai Timur dan di negeri Sabah juga selalu berlaku pada musim hujan. Kita berharap juga sesuai dengan kalau kita lihat Rasulullah SAW sendiri pun menggalakkan menuntut ilmu sampai ke negeri China. Jadi begitu juga dalam Jabatan Meteorologi ini. Kalau kita lihat dari segi gempa bumi, tsunami dan sebagainya, negeri Sabah adalah kawasan yang berisiko tinggi terutamanya di kawasan Pantai Timur Negeri Sabah dan setakat ini saya nampak Jabatan Meteorologi ini hanya bertumpu di kawasan Tawau. Saya berharap supaya di masa akan datang kementerian ini juga mengambil perhatian untuk mewujudkan jabatan ini di kawasan Parlimen Silam yang merupakan kawasan berisiko tinggi dari segi gempa bumi dan gerakan tsunami dan bencana-bencana alam yang lain.
Sebab kalau kita menunggu kejadian sudah berlaku, ertinya kita ini sudah ada masalah, baru kita cuba pandai menyelesaikan, mencari dan belum tentu lagi saya nampak kita boleh menyelesaikan masalah ini secara total. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada kementerian berhubung dengan Butiran 00700 – Jabatan Meteorologi Malaysia ini, rancangan di masa akan datang untuk meletakkan agensi tertentu di kawasan Pantai Timur Sabah untuk kajian gempa bumi ini. Ini kerana walaupun dari segi skala Richternya, ianya kecil setakat ini tetapi kita berharap supaya kementerian dapat mengkaji dan merencanakan untuk mewujudkan jabatan tersebut di kawasan Pantai Timur untuk membolehkan kita dapat bersedia dan seterusnya dapat mengkaji tentang perancangan-perancangan yang berhubung kait dengan masalah- masalah bencana alam ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Dengan peranan ini, seperti yang saya telah sebutkan tadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi R&D ini. Dari segi peruntukkannya di sini tidaklah begitu besar tetapi kalau kita lihat negara-negara lain ataupun badan-badan korporat seperti Toyota dan sebagainya, mereka sangat mengutamakan dalam bidang R&D ini Tuan Pengerusi. Sebab daripada R&D ini sebenarnya, di sinilah juga kita boleh, segala- galanya kita mencipta sesuatu yang boleh kita pakai pada masa akan datang. Apatah lagi sekarang ini apabila kerajaan ingin menekankan kepada budaya kreativiti, budaya berinovasi, budaya yang bijaksana dan berkemahiran tinggi. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dari segi fokus dan perancangan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang kementerian ini. Bagaimana dari segi keutamaan itu, kita hendak lihat di sini sebab KPI yang ditekankan sekarang ini kita mahu dalam masa- masa tertentu seperti jawapan kepada soalan saya baru-baru ini berhubung dengan peranan kementerian ini untuk mencipta modal insan yang mempunyai ketinggian kaliber dalam apa jua bidang yang ada pada rakyat kita ini, ada kemahiran, ada kehebatan. Kalau boleh 27 juta rakyat Malaysia ini, biarlah mereka menjadi rebutan kepada penduduk di seluruh dunia untuk memiliki warga Malaysia. Pada satu ketika Tuan Pengerusi, pernah dulu ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri kita, sehinggakan negara Jepun sendiri berminat. Apa yang mereka perlukan itu, mereka hendak memiliki seorang seperti Mahathir. Begitu juga dengan kita, dalam kementerian ini supaya menekankan, program R&D ini perlu diutamakan dan sangat dititikberatkan supaya kita tahu. Sebab kita mahu, sebab peranan kementerian ini, ia akan menjadikan apa yang dicipta, yang akan dikeluarkan daripada negara kita ini, biarlah ia betul-betul boleh diberi keutamaan dan menjadi pilihan utama kepada seluruh pengguna di dunia ini dalam apa bidang dan produk pun. Kita tidak mahu apa yang made in Malaysia itu menjadi yang terakhir, biar ia menjadi yang di hadapan. Ini yang saya harap, jadi saya berharap dengan R&D ini, saya ingin bertanya tentang jangka masa pendek dan jangka masa panjangnya. Dari segi negeri Sabah, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pusat R&D ini telah ditubuhkan dan kalau belum diwujudkan ataupun ditubuhkan. Saya mohon supaya pihak kementerian dapat memikirkan, mewujudkan pusat R&D ini di negeri Sabah sebab kita tahu negeri Sabah itu dari segi hasil-mahsulnya belum lagi dieksploitasi secara sepenuhnya. Kalau kita ada program melalui kementerian MOSTI ini mewujudkan R&D di negeri Sabah, sudah tentu kita boleh memberi tumpuan secara fokus sebab dari segi kosnya dalam jangka masa panjang pun kita boleh kurangkan Tuan Pengerusi. Butiran yang terakhir yang ingin saya sentuh di sini ialah Butiran 02800 – MYNIC Berhad, National Invention Center yang akan ditubuhkan pada tahun hadapan. Tuan Pengerusi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian dari segi mewujudkan MYNIC ini pada tahun hadapan, apakah yang akan menjadi target utama untuk menjadi suatu tugasan utama peranan badan MYNIC ini agar kita dapat melihat. Sebab kita tidak mahu nanti ia akan bertindih ataupun bertindan dari segi peranan dengan bahagian R&D tadi sebab hampir-hampir sama dari segi peranan. Akan tetapi saya nampak di sini ada dikhususkan, ada peruntukan khas untuk program MYNIC ini.
Jadi saya berharap supaya kementerian dapat memberi penjelasan daripada segi fungsi pada bahagian ini. Apakah yang akan menjadi tumpuan hasil daripada peranan tersebut? Dari segi perwujudannya, adakah ianya hanya akan bertumpu di kawasan Lembah Klang ataupun di pusat pentadbiran di Kuala Lumpur ini? Dari segi jangka hayat dan masanya, adakah ia hanya berbentuk ad-hoc yang akan diwujudkan pada tahun hadapan, selepas itu ia tidak akan berterusan? Di sini saya berharap supaya program MYNIC dan R&D ini dapat diteruskan dan dari segi perancangan itu biar secara menyeluruh dan menjadi seolah-olah suatu syllabus dan garis panduan kepada program pembangunan negara kepada semua bidang supaya keutamaan yang diimpikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu budaya niche yang ada kelainan ini yang perlu ditekankan. Sebab dalam abad sekarang ini, ekonomi yang bukan hanya lagi bersandarkan kepada hasil seperti tanaman kelapa sawit dan sebagainya tetapi lebih bersandarkan kepada perkhidmatan dan minda yang bertaraf world class. Bukan lagi kita eksport kelapa sawit dan sebagainya tetapi kita eksport ilmu dan segala-galanya seperti Blue Ocean Strategy, buku yang ditulis oleh Dr. Renee itu kita semua pakai dan ramai masyarakat dunia pun memakai. Ini yang kita mahu supaya ketelusan ini berterusan untuk dilaksanakan. Itu sahaja yang ingin saya sentuh kali ini Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada satu perkara yang bersabit dengan pembangunan sains dan teknologi ataupun program pendidikan R&D. Cumanya Tuan Pengerusi, saya sebelum daripada itu ingin menyinggung perkara yang dibawa oleh beberapa kawan sebentar tadi seumpama Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan dan beberapa teman yang lain. Yang saya cukup sedar dan cukup insaf tentang pembangunan sains dan teknologi ini atas Butiran 00600 ini. Saya perlu menyebut di sini apabila kawan-kawan membuat perbandingan dan khususnya perbandingan di negeri terdekat, menyebut tentang bagaimana Pusat Sains Negara dan juga program-program yang lain berbanding dengan apa yang mereka saksikan di negara- negara jiran seumpama kerap disebut iaitu Singapura. Saya ingin untuk mengingatkan kementerian, pada akhirnya untuk melahirkan satu golongan kelompok generasi yang punya pemikiran saintifik, punya pemikiran yang exploratory dan punya pemikiran inquisitive ini, dengan izin. Saya mengingatkan bahawa ia tidak akan dapat dilahirkan dengan pendekatan dengan izin, instant Tuan Pengerusi. Saya minta maaf kerana saya mengimbau generasi dan angkatan saya seperti saya ini antara golongan yang pertama keluar negara, belajar di negara-negara Barat dan tahun awal 70- an, 74 dan 73 begitu. Pendidikan kami yang saya kira walaupun tidak sehebat generasi hari ini yang mendapat 17 A1, 15 A1, termasuklah generasi anak-anak saya juga. Saya membandingkan pemikiran saintifik itu perlu masa dan tidak dapat dilakukan secara apa yang boleh saya istilah, ia berbeza dengan apa yang saya sebutkan tadi, ia tidak dapat dilakukan secara instant, secara segera.
Apa yang sedang kita saksikan hari ini kesemuanya dalam kaedah segera. Ia perlu dibezakan dengan accelerated learning Tuan Pengerusi, itu satu kaedah yang baik tetapi juga apabila ia tidak dapat dibezakan dengan accelerated learning, maka segala-galanya mahu instant. Kita hendak hantar astronaut, kita hendak terlibat dalam sains angkasawan, this rocket science Tuan Pengerusi contohnya, punya basis dan foundation science yang kukuh. Jadi, saya terlalu insaf dengan cara policy makers, pemimpin negara yang menyebut dan mengungkapkan seperti mana orang lain tetapi tidak tahu bagaimana untuk make it happen Tuan Pengerusi, dengan izin.
Ini yang meletakkan kita menghabiskan jutaan, bilion ringgit dengan akhirnya menjadikan sesuatu itu pada akhirnya hanyalah apa yang dikatakan sebagai, ini saya cemas juga dengan National Innovation Centre ini juga. Ia tidak dapat menjadi satu yang punya asas knowledge research dan pengetahuan yang mendasar tetapi akhirnya segalanya mahu dibuat begitu. Tuan Pengerusi, saya cukup insaf akan perkara ini dan saya mahu kementerian MOSTI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini memikirkan bermula dengan tentunya pendidikan tetapi akhirnya untuk benar-benar tahu bahawa streaming dan mengenal pasti future Noble Laureates dalam apa jua bidang. Bidang economic, bidang finance, bidang sains perubatan, medical science, kebetulan bidang saya. Ia perlu dikenal pasti daripada awal dan mereka ini perlu dilakukan cohort study sampai it doesn’t matter where it begins, but where it ends juga. Ada yang dapat 17A’s, all straight A’s student ini kita hendak tahu bagaimana penghujungnya. Kalau tidak ada kesungguhan dalam melakukan kesemua ini, bukan dalam pendekatan yang instant, pendekatan-pendekatan yang saya sebutkan tadi, maka berakhirlah, maka inilah yang akan kita dapati, a mismatch between orang yang punya pendidikan dalam sesuatu bidang tetapi akhirnya tidak dapat di leverage ataupun dioptima, digunakan oleh negara tentang bidang- bidangnya yang merupakan kalau telah dikenal pasti pada awal lagi, it can be followed through. Itu noktah saya yang pertama Tuan Pengerusi, untuk saya dengan pendekatan yang agak sinis menyebutkan bahawa development of scientific pemikiran ini tidak akan dapat kita jayakan kalau kita masih berfikiran secara segalanya instant, segala-galanya kejutan, segala-galanya segera. Ia perlu dibina dengan suatu budaya pemikiran pada tahap awal lagi. In the day of scientific inquiring minds, ia mesti distreamlined. Contoh, sekarang ini kita apabila tidak graduate, sudah tidak ada kerja, they are unemployable, maka kita lakukan satu program called GEM iaitu Graduate Employability Management skimkah, apa itu. Jadi, kesemuanya hendak dijadikan usahawan. Tuan Pengerusi juga bersetuju dengan saya, not everyone can be entrepreneur tetapi apabila kita tidak merangkakan suatu resource ataupun human resource deployment yang bersifat satu yang betul-betul dapat kita strategize kan, maka akhirnya begitulah apa yang kita dapati hari ini. Program astronaut yang kita hantar itu, kita anggap kita sudah terlibat dalam roket sains. We are living in an illusion. Tuan Pengerusi, minta maaf saya terus terang sebutkan, maka perlu ada satu rombakan pemikiran yang besar-besaran ini bermula daripada policy makers kita sendiri. Kita mahukan our SME’s, kita mahukan industri kita diberi knowledge based tetapi kalau kita perhatikan benar-benarkah kita memberikan bukan hanya to place where the brains are, to place our money at the brains tetapi kita pun begitu juga. Kita mahukan segala yang segera, contohnya dalam industri, in our education, in R&D dan segala-galanya. Jadi itu noktah saya yang pertama dalam pendekatan yang lebih bersifat thinking aloud Tuan Pengerusi, dalam perkara yang dikatakan pembangunan sains dan teknologi. Adapun noktah saya yang lebih spesifik adalah perkara yang saya ingin sebutkan secara lebih tegas Tuan Pengerusi, ini lebih substantive mungkin daripada sesuatu yang bersifat falsafah sebentar tadi walaupun ia menyinggung butiran yang telah saya sebutkan. Ini menyinggung tentang perkara yang saya yakin atau di kalangan orang-orang yang punya teknikal atau scientific background pun tidak perasan bahawa kita sedang bercakap tentang everything that is green, green technology, sampaikan building kita pun sekarang ini, alhamdulillah hendak kita hijaukan dengan ciri-cirinya yang telah kita pun kita dimaklumkan tetapi pada waktu yang sama Tuan Pengerusi, kita ketinggalan dari sudut suatu yang mampu kita lakukan. Apabila pada 1 September 2009 yang lalu, kita melancarkan apa yang dikatakan sebagai satu perubahan besar daripada menggunakan..., ini bersabit dengan bahan bakar Tuan Pengerusi. Petroleum yang telah kita lancarkan RON97, kita juga sebenarnya melancarkan pada waktu yang sama, apa yang dalam sudut dieselnya kita kata EURO2M.
Kita kurang sedar Tuan Pengerusi, bahawa sebenar-benarnya.., saya masuk dalam cerita EURO2M Tuan Pengerusi. Diesel merupakan bahan bakar yang lebih sebenarnya efisien dan juga sifatnya efisien dan juga sifatnya adalah satu yang lebih friendly dari sudut ianya merupakan sesuatu yang a diesel powered engine is kurang lebih 30peratus lebih powerful dan more fuel efficient, cleaner, lebih bersih dan ia mempunyai kekuatan atau torque yang lebih kuat daripada petrol. Akan tetapi kita tidak menyedari perkara ini dan terbukti dengan survey knowledge attitude dan practice golongan di Lembah Klang apabila mereka ditanya pengetahuan tentang diesel, jelas saya tidak mahu sebutkan ini, mereka tidak tahu tentang hakikat ini dan survey saya di kalangan kawan-kawan pun menunjukkan bahawa tidak ramai yang tahu. Ringkasnya Tuan Pengerusi, apabila dunia semua sudah ke depan, sebenarnya pengenalan EURO2M ini, yang diesel ini sebagai bahan bakar dan yang membezakannya adalah the sulphur content. Terdahulu daripada ini kita menggunakan diesel sebab itu kita bercakap kalau sebutkan diesel kita mengikut kajian ini, spontan kita ingatkan lorry driver yang bawa trak-trak besar itu. Kita hubungkan diesel ini dengan everything that is not good sama ada asap hitam yang keluar daripada lori-lori ini mahupun daripada teksi-teksi lama, bas dan sebagainya. Akan tetapi pada hakikatnya Tuan Pengerusi, saya ingin sebutkan sudah sampai waktunya apabila kita mengenalkan EURO2M itu yang merupakan satu yang dianggap satu kemajuan, sebenarnya kita telah sepuluh tahun ke belakang. Pada ingatan saya pada 1999, kementerian tersebut bercakap tentang pengenalan EURO2M yang hanya diperkenalkan 1 September 2009, hampir sepuluh ke belakang. Apa yang menjadi lebih memalukan dan lebih mengaibkan adalah negara-negara sudah ke depan dengan EURO4M, paling tidak EURO3M di mana kalau EURO3M, sulphur contentnya adalah 350 parts per million (PPM) dan EURO4M hanya 50 parts per million.
Perkara ini adalah penting untuk kita sebutkan, kerana saya sebutkan terlebih awal tadi, it is only fuel efficient, if it is cleaner and it is got more power, tetapi kita juga ternafi dengan kereta-kereta yang hari ini, the high end diesel engine, sama ada ia dikeluarkan oleh BMW, Mercedes, dan lain-lain, which is European cars particularly. Kita tidak dapat gunakan, kerana kita masih lagi terperangkap dengan menggunakan Euro 2M, which is 500 ppm of sulphur content. Tuan Pengerusi, sebenarnya kita mempunyai keupayaan dalam our refineries to produce Euro 4M. Euro 3M tentunya boleh. Akan tetapi di sana saya dapati bahawa, di negara kita ini tidak ada regulation. Kita tidak mempunyai regulation. Malaysia does not have a set of regulation to standardize the quality of diesel here. Ini perkara yang saya hendak sebutkan. Maka dengan kata lain, kita terlepas pandang. This is our blind spot. Sepatutnya dengan semangat kita untuk go green, green technology dan segala-galanya yang eco friendly. Kita ada kemampuan. Our Petronas is able to produce this. We are producing di sini, in fact. Sebenarnya kita menghasilkan ini, tetapi untuk eksport, Tuan Pengerusi. Sudah sampai waktunya saya ingin bertanya kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bila lagi, apa sebabnya? Ini kerana, Singapura, Thailand..., Hong Kong menggunakan Euro 5M sudah dua tahun yang lalu. Jadi oleh kerana itu, takkanlah kita yang masih bercakap tentang green building, renewable technology, dan tentang apa pun pada hari ini yang bersifat seolah kita bersungguh-sungguh untuk memacu sesuatu yang bersifat low carbon economy, low carbon industry dan sebagainya, tetapi kita terlepas pandang daripada sudut memperkasakan dan mengarusperdanakan penggunaan bahan bakar diesel ini yang seharusnya dapat kita tingkatkan kepada paling tidaknya, Euro 3M atau yang lebih baik, Euro 4M. Dengan itu, ia dapat meletakkan kita pada satu tahap yang bolehlah setanding dengan Singapura dan Thailand yang masih jauh daripada Hong Kong. Saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani, dan selepas itu Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh Butiran 060000 – Dasar Baru. Tidak dijelaskan di sini – ini dasar baru Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini, kita pun khuatir juga. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar baru ini? Satu peruntukan yang jumlahnya agak besar, tetapi apakah yang kementerian maksudkan dengan dasar baru? Adakah dasar baru ini dasar-dasar yang akan diperkenalkan selain daripada apa yang sedang diperkatakan oleh kementerian? Kedua, tentang Butiran 00601 – Program Galakan Sains dan Teknologi. Yang Berhormat Menteri, kalau kita juga boleh tahu dalam peruntukan yang agak besar ini, apakah program-program galakan sains dan teknologi yang ada dalam pemikiran kementerian, kemudian Tuan Pengerusi, menyentuh tentang Butiran 030000. Kalau Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri masih ingat lagi sekitar tahun 1999, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebenarnya telah berjaya mentransformkan sejumlah 7,000 ekar estet kelapa sawit dan menamakan tempat itu sebagai Cyberjaya. Ia diuar-uarkan akan menjadi sebuah silicon valley untuk Asia. Satu peruntukan yang besar telah pun dibelanjakan sehingga mencecah RM2.2 bilion, dan Cyberjaya ini disambut baik oleh rakyat, apatah lagi penghuni kawasan tersebut yang berjumlah 240,000 orang. Akan tetapi, selepas sepuluh tahun Tuan Pengerusi, nampaknya silicon valley ini semacam menyepi. Kita tidak tahu ke manakah arah tuju silicon valley di Malaysia ini. Apakah yang terjadi kepada silicon valley kita ini? Apakah kejayaan kita untuk sepuluh tahun yang akan datang? Ini kerana pada tahun 1999, dijangkakan silicon valley ini akan fully developed within twenty years, dan kita telah pun menyeberang pada tahap kedua. The first ten years has gone, dan kita sedang melangkah untuk sepuluh tahun kedua. Jadi saya ingin tahu, apakah kejayaan yang telah kita capai? Success storynya kalau kita ada. Di samping itu Tuan Pengerusi, MSC juga memperkenalkan beberapa flagship application, khususnya empat flagship application yang diuar-uarkan begitu sekali. Contohnya, yang pertama Electronic Government, yang dihebahkan tujuh projek peneraju. Sebagai contoh, Project Monitoring System (SPP II), Human Resource Management Information System, Generic Office Environment, Electronic Procurement, Electronic Services, Electronic Labors Exchange dan e-Syariah. Itu ialah komponen dalam projek Electronic Government. Kita hendak tahu, setelah ia diumumkan, apakah yang terjadi kepada projek-projek tersebut? Keduanya, tentang MyKad. Sejauh manakah MyKad berfungsi selain daripada ruang lingkup ia sebagai kad pengenalan semata-mata? Kemudian dalam empat flagship ini, Smart School juga menjadi salah satu projek yang dinanti-nantikan. Akhirnya ialah TeleHealth, sebuah projek yang memang mendapat assignment dari seluruh negara. Jadi Yang Berhormat Menteri, apakah success story kepada perkara-perkara yang disebutkan tadi? Ini kerana, apabila kita melayari prestasi MSC, agak mendukacitakan kerana Laman Web MSC cuma menyebut kali terakhir ia mencatatkan major miles stones ialah pada 20 Januari 2006. Saya kira, sudah tentu Yang Berhormat Menteri masih ingat lagi bagaimana apabila mantan Perdana Menteri menyebut akan menjadikan Cyberjaya sebagai suatu mercu tanda dan akan menjadi kegembiraan negara. Sudah tentu Yang Berhormat Menteri akan memberikan penjelasan-penjelasan kepada apa yang telah saya sebutkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Okey, Yang Berhormat Sri Aman. Penghabisan Yang Berhormat Sri Aman.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk berbahas sedikit mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya ingin menyentuh Maksud P.30 mengenai Butiran 00800 dan 02300 iaitu mengenai penyelidikan pembangunan teknologi. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit mengenai laporan yang saya baca di internet yang mengatakan seorang saintis, iaitu seorang profesor di sebuah universiti di China yang berjaya membuat procedure clinical ataupun klinikal prosedur untuk mengesahkan seorang pesakit kanser dalam masa lima minit. Berhubung dengan perkara ini, saya ingin bertanya kepada kementerian, sama ada kita mampu menghasilkan ahli-ahli saintis muda yang mampu mencipta sesuatu yang amat penting dalam bidang sains dan perubatan dalam masa yang terdekat ini? Saya difahamkan juga bahawa kita mempunyai banyak sumber, terutama sekali di Sarawak, di mana ada sejenis kayu yang dinamakan SP Bintangor yang mampu mengubat penyakit AIDS.
Akan tetapi sehingga kini kita belum ada menerima keputusan rasmi kerana penyelidikan yang dibuat ke atas kayu ini dijalankan di luar negara. Jadi sama ada kementerian sedar kayu bintangor ini amatlah penting kerana ia dapat ataupun mampu mengubat AIDS. Saya ingin beralih kepada kawasan saya sendiri iaitu isu yang spesifik mengenai penyelidikan ataupun kajian yang mampu dibuat oleh kementerian bagi mengatasi masalah bekalan elektrik luar bandar di kawasan pedalaman terutama sekali di kawasan Hulu Sebuyau dan Banting di kawasan Parlimen Sri Aman. Kalau kita hendak mengharapkan pembekalan elektrik luar bandar ataupun yang diluluskan oleh KKLW, saya ingat ini akan mengambi masa yang begitu lama. Jadi cara yang amat mudah saya fikir adalah melalui teknologi yang baru seperti windmill, dengan izin, ataupun tenaga solar ataupun mikro hidro. Ini kerana kawasan ini adalah amat jauh dari pedalaman dan kita perlu memikirkan sesuatu supaya mereka dapat menikmati bekalan elektrik luar bandar 24 jam. Jadi saya amatlah memohon jasa baik kementerian untuk membuat kajian atau penyelidikan yang menyeluruh di kawasan saya ini, supaya mereka ataupun penduduk di luar bandar dapat menikmati kemudahan asas di atas ini. Dengan itu Tuan Pengerusi saya ingin menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terutamanya saya ingin bagi pihak kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa tadi. Jumlah 20 Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian. Pihak kementerian begitu bersenang hati sama sekali dengan pandangan-pandangan yang begitu positif dan membangun. Juga input-input yang telah disampaikan pasti kita ambil kira dalam segi penggubalan dasar ataupun penyemakan dasar serta pelaksanaan program-program yang telah pun dirancang untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin sekadar mulakan bahawa untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Kementerian MOSTI telah memperuntukkan anggaran perbelanjaan mengurus di bawah Kepala B.30 sebanyak RM586,129,200. Ini sebenarnya mencerminkan kekurangan jumlah RM228,764,500 ataupun kira-kira 28peratus berbanding dengan tahun yang lalu. Manakala pula di bawah Kepala P.30 sejumlah RM1,225,081,000 telah pun diperuntukkan dan jumlah ini juga telah pun menurun sedikit ataupun kira-kira 22.6 peratus berbanding dengan peruntukan bagi 2009. Namun demikian pihak kementerian berpendapat bahawa walaupun pemotongan ini adalah seperti mana juga terjadi kepada kementerian lain dia adalah oleh kerana siling-siling tertentu bagi Rancangan Malaysia Kesembilan telah pun tercapai.
Namun kita yakin bahawa program-program yang dirancang akan dapat terus dilaksanakan. Jika ada apa-apa kekangan pun dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi projek-projek sambungan itu. Kita yakin kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru akan terus memberi penekanan kepada sektor research and development dan juga pengeluaran teknologi dan pengembangan proses inovasi. Jadi bagi komen-komen yang telah pun disampaikan sebahagiannya menegur kenapa peruntukan telah menurun. Ataupun terus menyokong bahawa program-program perlu diperkembangkan dan peruntukan-peruntukan perlu ditambah. Pihak kementerian mengatakan terima kasih berbanyak-banyak. Tuan Pengerusi Yang Berhormat Padang Terap yang mula berucap tadi dan jika saya tidak boleh dapat menjawab semua saya akan kumpulkan perkara-perkara yang di bawah Kepala yang sama. Jika ada yang tercicir nanti saya minya supaya Ahli Yang Berhormat boleh menyusuli dengan pihak kementerian, saya sendiri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Padang Terap pun berhujah dan menekankan betapa pentingnya perihal pengedaran maklumat mengenai dengan kesedaran berkenaan sains dan teknologi mahupun di peringkat tertinggi ataupun di peringkat bawah. Beliau telah mengatakan meminta adakah semua peruntukan yang telah disediakan sebelum ini? Adakah ini telah mencapai sasaran seterusnya? Untuk makluman khususnya bagi statistik 2008 berkaitan dengan kunjungan ke program-program yang membawa kepada program angkasa. Pihak kita telah mencatat bahawa misalnya 250,000 pihak awam jumlah pelajar, lapisan-lapisan lain dan orang-orang biasa telah pun menghadiri program-program yang telah pun dikendalikan. Yang Berhormat juga telah pun bertanya tentang aktiviti yang dijalankan oleh pihak Planetarium Negara dalam soal mempromosikan bidang sains dan teknologi. Saya menjelaskan di sini bahawa Planetarium Negara terus digunakan sepenuhnya untuk tujuan matlamat asal. Di antara program-program yang telah dikendalikan adalah Program Jangkaan ataupun Jangka Kanan outreach. Bagi pelajar sekolah dan masyarakat Program-program Pameran Sains dan Teknologi Angkasa, Program Ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah, Program Tayangan Planetarium or Planetarium Show yang menayangkan filem-filem yang bertemakan kepada angkasa lepas. Seterusnya juga program-program tahunan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah. Jadi saya beri jaminan bahawa Planetarium ini terus sebenarnya digunakan sepenuhnya oleh pihak awam. Pada tahun hadapan khususnya pihak kita telah pun memberi nasihat dan cadangan kepada pihak Planetarium supaya lebih lagi membudayakan program-program yang telah dikendalikan setakat ini. Tuan Pengerusi Yang Berhormat Pasir Mas telah pun membangkitkan beberapa perkara. Sebelum itu Yang Berhormat daripada Ledang sebenarnya juga telah meminta jika program-program yang dikendalikan oleh Biotech Corp itu dibawa kepada semua negeri. Ataupun khususnya dikatakan semua di kawasan Parlimen. Saya ingin katakan di sini bahawa di bawah program yang dikendalikan oleh Biotech Corp itu program yang membekalkan status BioNexus itu adalah terbuka kepada semua mana syarikat dalam negeri dalam persekutuan Malaysia ini. Untuk memohon dan seterusnya mendapatkan taraf BioNexus bagi syarikat-syarikat yang layak dipertimbangkan dari segi program aktiviti bioteknologi. Dia bukan sekadar membawa syarikat untuk masuk kawasan Parlimen ataupun negeri kerana sistem BioNexus ini adalah diiktiraf kepada syarikat-syarikat yang layak dipertimbangkan di mana sahaja mereka berada. Jadi kalau negeri-negeri masing-masing terus mengembangkan sektor bioteknologi dan ada syarikat-syarikat yang ingin disokong untuk menikmati status bioteknologi. Maka ini bolehlah diangkat kepada pihak kementerian melalui Biotech Corp dan diberi jika layak sesuai dengan syarat-syarat ditentukan boleh diiktiraf sebagai syarikat BioNexus. Syarikat BioNexus itu seperti yang kita telah sedia maklum dia adalah syarikat yang mematuhi beberapa syarat. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Dia akan menikmati sembilan Bills of Guarantee termasuklah pengecualian cukai dan juga keistimewaan-keistimewaan yang lain.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, sejumlah 135 buah syarikat berstatus BioNexus setakat ini telah pun diluluskan dan jumlah pelaburan yang diluluskan telah meningkat kepada RM1.51 bilion dan jumlah pekerjaan bagi pekerja ilmu yang telah dijana adalah sebanyak 2,200 orang. Bagi menjayakan projek bioteknologi di peringkat kawasan Parlimen, walaupun saya telah katakan tadi bahawa dari segi syarikat BioNexus status itu, dia perlukan dalam bentuk syarikat dan memenuhi syarat-syarat yang ditentukan tetapi program seperti mana MOSTI telah mulakan bagi tahun ini bagi Ahli-ahli Parlimen untuk membawa teknologi-teknologi yang telah pun dikeluarkan oleh MOSTI dan agensinya serta juga agensi-agensi yang lain yang kita boleh pindahkan kepada peringkat kawasan di seluruh negara, maka inilah program yang telah ditaklimatkan yang kita sebut TAP MOSTI ataupun Technology Application Program...
[Bangun]
Program dan mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengemukakan cadangan untuk membawa sebahagian daripada program ini kepada kawasan masing-masing, bolehlah bertemu dengan pihak kementerian yang dikendalikan sendiri oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Minta celahan ringkas, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Machang, silakan.
Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hormati jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai keupayaan bioteknologi dan sekian banyak syarikat yang mendapat status BioNexus. Isu yang lebih kritikal di sana ialah tahap pengkomersialan terhadap suatu hasil penyelidikan. Saya didatangi beberapa syarikat tempatan yang terlibat di dalam industri peranti kesihatan, medical devices, dengan izin, dan juga industri farmaseutikal yang mendapat bimbingan dan bantuan daripada TechnoFund MOSTI dengan kerjasama penyelidikan daripada institusi penyelidikan tempatan, universiti tempatan dan kemudian berjaya menghasilkan satu produk. Tahap masa daripada makmal ke pasaran itu memang memakan modal yang besar kerana ia berorientasikan teknologi tinggi dan knowledge base. Saya katakan tadi Yang Berhormat Menteri, isu yang dihadapi oleh usahawan ini ialah pertama, mereka ini telah pun memenuhi ataupun complies dengan semua standard antarabangsa. Produk mereka itu. Itu satu. Namun, mereka semacam tidak mendapat pengiktirafan terhadap apa yang disebut sebagai home grown technologies. Pasaran mereka kebanyakan adalah hospital kerajaan ataupun hospital yang diusahakan oleh GLCs. Akan tetapi, produk ini walaupun diakui memenuhi semua standard antarabangsa, melibatkan teknologi tempatan, usahawan tempatan tetapi tidak mendapat tempat di pasaran tempatan. Pada ketika, potensi untuk menerobos pasaran antarabangsa itu ada. Namun, kerana prinsip produk itu mestilah mendapat pengiktirafan tempatan, tidak dapat dipenuhi. Pasaran tempatan tidak pandang tetapi potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa itu ada. Namun, prinsip mestilah berjaya mendapat pengiktirafan pasaran tempatan itu tidak dapat, jadi mereka hilang keupayaan itu di sini. Jadi, di mana sebenarnya peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang yang begitu prihatin kepada perkara ini. Pihak kementerian sedia maklum mengenai perkara ini. Untuk makluman, sebenarnya tiga minggu yang lalu pihak Kabinet telah membincangkan perkara ini di mana dilema beberapa technopreneur, usahawan teknologi kita, sebahagian mereka adalah hasil daripada sokongan daripada kerajaan melalui MOSTI untuk mengeluarkan teknologi-teknologi bermutu tinggi dan ada yang sudah mendapat pasaran di luar negara, tetapi sukar untuk menembusi pula pasaran di dalam negeri khususnya di kalangan GLC-GLC.
Ini kerana sering kali syarat-syarat tender disebut di situ, perlu diupdate dan pihak Kabinet terima Kementerian Kewangan dalam proses pengeluaran terima satu arahan supaya dalam perkara ini, teknologi-teknologi tempatan yang telah pun diisytiharkan bermutu tinggi mempunyai SIRIM label khususnya mereka yang telah pun memiliki IP. Haruslah keutamaan diberi kepada usahawan-usahawan tempatan. Ini adalah usaha beberapa pihak kementerian termasuk MOSTI yang sentiasa telah mendengar aduan-aduan they say, dengan izin, how can we go to overseas market when our own GLCs don’t even use it when our technology is as good as theirs. So, I think kerajaan telah pun mengambil perhatian kepada perkara ini. Kita akan monitor supaya ini akan terus terlaksana sesuai dengan ketetapan kerajaan. Seterusnya, Yang Berhormat Lembah Pantai telah pun memberi tumpuan dalam perbahasan beliau mengenai dengan Model Inovasi Negara dan statusnya sekarang dan apa pencapaian dan apa kekangan-kekangan yang dihadapi. Saya hanya ingin katakan bahawa mengenai dengan Model Inovasi Negara, ia telah pun diterima oleh pihak kerajaan sebagai model yang akan menjadi pemandu dari segi proses inovasi dan pengkomersialan hasil-hasil R&D negara kita ini. Seterusnya, Majlis Inovasi Negara telah pun ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan baru saja sebulan yang lalu, kita mengadakan mesyuarat bagi tahun ini dan saya katakan di sini bahawa model yang telah pun diterima pakai itu adalah satu model dalam pandangan saya walaupun ia ditubuhkan sebelum saya menerajui kementerian ini tetapi ia adalah hasil daripada perkongsian pemikiran yang telah diselaraskan oleh pihak ISIS dan beberapa sebenarnya juru runding termasuk Deepak Bhattasali daripada Bank Dunia, Adam Segal daripada Council on Foreign Relations USA, Profesor Daniel Quinn daripada Harvard University, Profesor Glen Urban daripada MIT. So, untuk menekankan bahawa itu adalah modal yang dalam pandangan kita setakat ini cukup baik dan boleh menjadi pemandu dari segi dasar, program dan strategi kerajaan untuk mencapai matlamat untuk membentuk inovasi yang tinggi dan matang dan pada masa yang sama membolehkan pengkomersialan hasil R&D itu dimajukan. Mengenai dengan kos yang terlibat, saya katakan di sini bahawa kajian itu telah menggunakan peruntukan sejumlah RM21.43 juta dan daripada jumlah sebanyak RM16.2 juta dibiayai oleh MOSTI dan baki RM5.17 juta dibiayai oleh Khazanah Nasional. Saya cukup yakin bahawa hasil ini akan mula terlihat apabila kita roll out dalam lima tahun ini menggunakan model tersebut. Model itu cukup simple sebenarnya tetapi ia telah pun diteliti dengan rapi. Dia adalah dua komponen. Satu adalah technology driven innovation dan ia bersandar kepada perkara bahawa selama 25 tahun ini, model itu diguna pakai oleh Malaysia mencapai average growth rate dengan izin 7peratus iaitu berasaskan kepada mengeluarkan teknologi berasaskan kepada basic R&D dan applied R&D seperti mana MARDI, PORIM, FRIM dan RII telah lakukan. Apa yang boleh saya katakan, ia tidak sempurna lagi untuk menjamin pertumbuhan yang diperlukan. So, kita tidak perlukan dia. Kita kahwinkan dia dengan apa yang kita sebut market driven innovation. Dengan itu ia membolehkan pihak swasta, technopreneur membeli IP-IP dari seberang laut dan membawa ia ke Malaysia untuk dikomersialkan. Pada masa yang sama juga, badan-badan penyelidik menjalankan penyelidikan berasaskan kepada demand, berasaskan kepada consumer demand dengan izin. Jadi, the two model, sub model apabila dikumpulkan, kita berpendapat bahawa ia adalah model yang terbaik.
Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai juga telah pun menyentuh mengatakan, apakah hasil-hasil dana penyelidikan yang telah pun dikeluarkan oleh MOSTI dan saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, saya katakan di sini bahawa prototype yang telah pun dikeluarkan adalah sejumlah 355, harta intelek ialah 568, penerbitan 5,913 termasuk dalam negeri dan peringkat antarabangsa, anugerah nasional dan antarabangsa sejumlah 397. Bilangan projek yang dikomersialkan 90, tenaga kerja yang dilatih termasuk Masters dan PhD yang dikeluarkan hasil daripada projek yang dibiayai adalah sejumlah 3,578 dan penggunaan pembangunan modal insan keseluruhan adalah 6,270. Amat awal untuk membuat perbandingan dengan hasil Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan kerana kita masih lagi dalam peringkat terakhir...
Mohon izin.
Mohon sekejap. Kebanyakan projek tersebut yang applied R&D dan techno fund yang menggunakan kira-kira dua tahun, tiga tahun hanya akan siap pada penghujung tahun hadapan. Jadi tidaklah tepat untuk membandingkan. Saya rasa apabila kita masuk ke dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti kita boleh bandingkan. Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi dalam konteks pembinaan modal insan atau pembangunan modal insan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, dalam hal penyelidikan atau R&D iaitu research and development ini, jadi ada kalanya kita hendak mendapatkan budaya menyelidik ini. Kadang-kadang kita mengatakan bahawa melalui Program Masters dan PhD kita boleh mendapat penyelidik. Akan tetapi sebenarnya kadang-kadang ada mereka yang membuat Masters dan PhD ini hanya untuk mendapatkan ijazah sahaja. Selepas mereka mendapat ijazah, mereka sudah tidak lagi menjalankan penyelidikan dan sebagainya. Jadi apa yang saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, ialah sejauh mana MOSTI sendiri atau kementerian sendiri menyediakan incubator. Bukan kita mengharapkan pihak syarikat atau pihak swasta dan sebagainya, tetapi MOSTI sendiri menyediakan incubator dan di situ digalakkan para penyelidik yang betul-betul berminat dalam penyelidikan tidak semestinya mereka ini mempunyai PhD atau mempunyai Masters dan sebagainya tetapi mereka yang berminat dan memang menuju ke arah penyelidikan. Selepas itu MOSTI juga mempunyai marketing am, mungkin ada yang buat di peringkat basic untuk mendapatkan inovasi atau innovation, tetapi ada juga yang menjalankan kajian itu di peringkat commercialization seperti yang dikatakan tadi. Jadi, sejauh mana MOSTI sendiri mempunyai marketing am bagi menjual atau memasarkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak penyelidik. Sebagai contohnya yang saya katakan dulu, pernah saya katakan bahawa kalau tenaga banyak berlebihan tidak boleh disimpan, apakah peranan MOSTI menjalankan penyelidikan atau berkongsi dengan kementerian lain agar penyelidikan dapat dijalankan dan mungkin di peringkat inovasi dahulu, dan selepas itu mungkin kalau boleh dikomersialkan ataupun dipasarkan. Saya mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Berhubung dengan soalan pertama dari segi modal insan yang kita keluarkan itu dan adakah mereka terus menerajui sektor pengkomersialan, khususnya produk-produk yang telah mereka keluarkan hasil daripada penyelidikan. Memang ini amat sukar. Kepentingan dalam MOSTI antara KPI kita ialah jumlah human recourse atau modal insan yang berkemahiran tinggi. Melalui pembiayaan dana yang ada pada MOSTI dan saya sedia maklum di sini. MOSTI bukan sahaja satu kementerian yang terlibat dalam bidang pembinaan modal insan yang berkemahiran ini, Kementerian Pengajian Tinggi iaitu IPTA/IPTS semua itu juga institut-institut yang lain di bawah Kementerian Kesihatan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan seterusnya. Namun saya katakan di sini bahawa kita cuba sedaya upaya hasil-hasil modal insan di peringkat Master dan PhD itu dapat disangkutkan atau match made dengan industri-industri yang memerlukan mereka. Dari segi marketing, sebenarnya dari pandangan MOSTI ini sampailah ke tahap pre-commercialization dan selepas itu apabila dia pergi ke peringkat commercialization itu ada pengkomersialan sepenuhnya dia lepas tangan daripada kita. Dia di bawah kementerian-kementerian lain. Sememangnya adalah kepentingan MOSTI bahawa wang kerajaan yang kita telah gunakan itu untuk mengeluarkan satu teknologi dan melihat technopreneur tempatan itu keluar dan mengkomersialkannya adalah antara kepentingan kita.
Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit sahaja.
Menyentuh isu persediaan modal insan di dalam bidang saintifik ini, saya membayangkan dengan nada yang dikatakan oleh Perdana Menteri, bahawa ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti ini, saya yakin Menteri sendiri maklum dengan pendekatan yang diambil di negara jiran terutamanya satu projek biopolis di Singapore. Untuk tujuan rujukan, saya mohon Menteri mungkin pegawai pun ada sini, di dalam satu rujukan yang dipanggil innovation, nation the critics of American Innovation, sehingga dikatakan model di Singapore itu, biopolis itu, diangkat antara yang terhebat. Akan tetapi apabila saya berbincang dengan salah seorang yang terlibat, dikatakan modelnya itu lebih kepada technology of tomorrow. Maksudnya Kerajaan Singapura melaburkan ke arah cutting edge, dengan izin, saintifiknya itu bukan untuk teknologi pada hari ini. Sebab itu tadi di dalam Menteri berkata mengenai penyelidikan yang canggih atau advance itu, saya mohon penjelasan adakah kita masih lagi berbincang Malaysia dengan teknologi pada hari ini ataupun kita sudah merancang untuk teknologi masa hadapan, kerana di dalam dunia ekonomi inovasi ini kalau yang lambat hanya akan menjadi pengikut, tetapi yang cepat yang akan menjadi pencetus atau leader, dan dikatakan juga kita perlu menerima hakikat kalau 20 stok saintis yang dilaburkan mungkin yang akan jadi dua atau tiga, tetapi itu sudah cukup untuk membawa negara ke satu tahap yang dikatakan technology of tomorrow itu. Mohon penjelasan strateginya bagaimana?
Ya, sememangnya dari segi haluan kementerian, apabila kita menaja atau memberi dana kepada mana-mana permohonan projek untuk ditaja dan seperti mana yang kita sedia maklum, ada 17 jenis dana dalam kementerian yang kita kendalikan daripada basic science, iaitu pihak institusi pengajian tinggi keseluruhannya hampir semua dipajak oleh mereka. Techno fund dan seterusnya funds inovasi dan funds yang berkaitan dengan inovasi ataupun komersialan. Dalam kesemuanya ini khususnya dalam bidang basic R&D atau science fund ini adalah sektor- sektor yang forward looking. Kita telah tetapkan enam sektor yang utama bagi bidang ini, iaitu food technology ataupun food productivity, alternative energy, industrial technology seperti nano technology, climate change issues semua ini dan seterusnya drug discovery. Dalam perihal semua ini pandangan bukan sahaja ini sektor yang diperlukan berasaskan kepada keperluan sekarang, tetapi dalam pandangan kita yang forward looking, untuk masa hadapan. Saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawa pihak kementerian bercadang untuk menubuhkan Science Research Council atau Majlis Sains dan Penyelidikan yang bercadang untuk menyelaraskan semua program penyelidikan di peringkat nasional.
Jadi adakah pertanian atau kesihatan cadangannya adalah supaya satu badan yang akan merancang agenda sepuluh tahun, lima tahun berasas kepada cutting edge research yang ada di peringkat antarabangsa. Saya ingin beri jaminan bahawa kita tidak lari daripada membuat perancangan-perancangan masa depan dan sebab kita ingin antara the forefront dan penyelidik-penyelidik kita khususnya dalam basic science research ini khususnya bioteknologi, life sciences semua ini they are gold medal winners termasuk apabila dibandingkan hasil mereka di peringkat antarabangsa. Memang Singapore is a small place…, dengan izin, enough, compare to the diversity that we have and there are thing missing in the house because I think dari segi strategi keseluruhan. Setiap negara mesti ada juga kepentingan yang keep to their close chest untuk boleh bertanding dengan yang terbaik dunia but I give undertaking. Saya beri jaminan bahawa setiap perancangan untuk agenda research dengan adanya Science and Research Council itu nanti saya yakin dengan ada advisory panel yang berkualiti antarabangsa kita akan yakin boleh bersaing dengan apa sahaja di negara lain. Terima kasih. Saya ingin majukan. Seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai I think cukuplah itu untuk Yang Berhormat Lembah Pantai lagipun dia sudah tidak ada di sini. So, nanti yang lain itu nanti bolehlah disusuli dengan pihak kami.
Satu sahaja perkara mengenai dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang juga disentuh oleh Ahli Yang Berhormat yang lain ini mengenai dengan dasar harta intelek. Saya ingin maklumkan di sini bahawa ini satu-satunya telah kita selesai mengadakan pada 1 Jun yang lalu kita telah isytiharkan satu dasar harta intelek yang telah lama ditunggu-tunggu oleh pihak penyelidik di mana hasil daripada R&D mereka output of research, dengan izin, and then bayaran kepada mereka begitu tidak menarik sama sekali. Apabila kita telah semak balik misalnya saya boleh katakan di sini bahawa selesai dengan itu maka akhirnya kita boleh katakan bahawa misalnya RM10,000 dibayar kepada para penyelidik apabila mereka telah mulai fail idea mereka dan apabila telah dikomersialkan penyelidik itu mengambil setengah juta pertama daripada syarikat tersebut. Jadi ini dasar- dasar yang dahulu sekadar dibayar RM2,000 oleh pihak pusat penyelidik untuk apa yang difailkan sekarang lebih lumayan dan kita sedia untuk menyemak dasar ini dari semasa ke semasa sesuai untuk meningkatkan galakan bagi para penyelidik kita lebih berinovasi dan lebih kreatif. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas telah pun menyentuh beberapa perkara dan begitu juga dia telah pun menyentuh apakah hasil projek-projek R&D yang telah pun dibiayai oleh MOSTI dan seterusnya saya telah pun jawab itu tadi sama juga dengan apa yang telah saya maklumkan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya Yang Berhormat dari Pasir Mas juga telah pun menyentuh beberapa perkara yang lain seperti berapa ramai pakar meteorologi yang bertugas di Jabatan Meteorologi dan mengapakah ramalan cuaca ini lebih sukar untuk ditepati ataupun mencerminkan keadaan sebenar. Untuk makluman Yang Berhormat Jabatan Meteorologi Malaysia mempunyai seramai 206 pegawai kaji cuaca yang berkaliber dan terlatih dan daripada jumlah tersebut sebenarnya tidak kurang dua yang mempunyai kelulusan ijazah doktor falsafah, 16 yang berkelulusan sarjana meteorologi, dan ada lapan pegawai berkelulusan sarjana seismologi dan tsunami serta sepuluh pegawai dalam pelbagai bidang meteorologi dan yang lain itu memegang ijazah peringkat pertama. Saya ingin mengatakan di sini bahawa di mana sahaja di dunia ini amatlah sukar sekali untuk memberi ramalan secara 100 peratus dalam bidang kita sains ini. Dalam bidang medicine pun kita talk about confidence level 5 percent plus- minus dan beberapa sektor yang lain barangkali 10 peratus tetapi ini dihadapi oleh negara di seluruh dunia bahawa in light of perubahan cuaca atau climate change, it has become increasingly difficult, dengan izin, to forecast weather change. Akan tetapi saya katakan di sini saya rasa apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat katakan tadi ada jauh sedikit apa yang dikatakan hujan tapi hujan tidak datang ataupun dikatakan kering tapi kering. Ada juga tetapi saya boleh katakan daripada catatan-catatan kita bahawa 80 peratus keseluruhan adalah tepat kepada sasaran. Kita menggunakan teknologi yang terkini, yang canggih sama dengan yang digunakan oleh negara-negara lain juga. Kepakaran kita pun bukan calang-calang. Kita network dengan pusat-pusat antarabangsa yang lain. Jadi saya bagi pihak kementerian memberi jaminan bahawa kepakaran teknologi yang diadakan semua itu adalah yang tercanggih dan yang terbaik dibandingkan negara lain tapi memang ada kelemahan dari segi ketepatan ramalan tersebut kerana climate change apatah lagi pada zaman sekarang ini. Ahli Yang Berhormat Pasir Mas juga telah pun menyentuh untuk faktor yang menyebabkan ramalan cuaca saya pun telah sentuh itu dan seperti mana yang kita sedia maklum sistem-sistem yang ada telah kita letakkan dalam jabatan ini supaya makluman awal semakan kembali mengenai ramalan dikeluarkan itu sentiasa dilaksanakan. Misalnya kalau kita keluarkan amaran untuk angin kuat dan didapati bahawa tempoh tiga jam itu tidak terjadi ataupun laporan terkini dia menurun kita tarik balik dan kita edarkan melalui SMS kepada mereka pada pihak awam khususnya kepada pihak berkuasa. Jadi ada sistem feedback yang telah pun establish, dengan izin, ditetapkan di bawah kementerian dan di bawah jabatan ini kerana akhirnya pelanggan utama adalah National Security Council khususnya ibu pejabat JPM mengenai dengan bencana alam.
Yang Berhormat Pasir Mas juga telah menyentuh saya rasa pengurangan pembangunan bioteknologi kesihatan melalui tumpuan untuk pembangunan melalui penggunaan herba, akar kayu dan daun-daun. Ini semua dalam perhatian setakat ini dan antara fungsi TPM, Technology Park Malaysia adalah untuk menggalakkan pemprosesan natural product, dengan izin, khususnya yang berasaskan kepada indigenous knowledge. Jadi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kita bercadang untuk memperluaskan ini dengan adanya pembinaan cawangan pusat Technology Park Malaysia sedang dijalankan di sebelah Perlis dan seperti mana ada Ahli Yang Berhormat juga telah meminta tadi kita bercadang mengadakan cawangan Technology Park Malaysia di Sabah dan Sarawak menjelang Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Maran telah pun menyentuh kes-kes analisis saintifik yang melibatkan Jabatan Kimia Malaysia. Sukacita saya maklumkan bahawa kes pada tahun 2008 adalah berjumlah 275,711. Jadi ini bukan sedikit-sedikit. Daripada jumlah ini 45,278 adalah kes forensik yang melibatkan jenayah dan jumlah kes pada sehingga Oktober 2009 adalah 243,938 dan daripada ini 41,378 adalah kes-kes forensik. Sebanyak 50peratus daripada jumlah forensik merupakan kes dadah. Saya juga terus beri jaminan bahawa dari segi dikatakan lambat untuk mengeluarkan hasil siasatan ataupun analisa dan sebagainya ini seharusnya tidak timbul kerana pihak Jabatan Kimia Malaysia dan kementerian telah pun menetapkan KPI supaya Jabatan Kimia Malaysia hendaklah siap laporan melalui piagam pelanggan untuk misalnya kes pemilikan dadah dalam tempoh 30 hari.
Kes pengedaran dadah dalam tempoh 90 hari. Jadi sering kali kita selesaikan ini sebelum tarikh-tarikh ini ditetapkan. Kalau kes itu lewat didakwa dan seterusnya jaranglah oleh kerana ia itu adalah lewat analisa oleh pihak Jabatan Kimia kecuali ada sample baru lagi yang terbaru dihantar untuk analisis. Saya telah beri arahan kepada Jabatan Kimia, kes-kes yang ada kaitan dengan kes forensik hendaklah kes yang diutamakan untuk menyelesaikan analisis-analisis yang diperlukan. Yang Berhormat dari Pendang telah menyentuh mengenai perkembangan syarikat bioteknologi yang membuat dan menyaksikan mengeluarkan vaksin yang ditubuhkan pada masa kepimpinan negara sebelum ini. Saya beri jaminan bahawa drug discovery, penemuan vaksin-vaksin baru adalah satu-satunya flagship di kementerian ini supaya dalam bidang bioteknologi ini yang berasaskan kepada farmaseutikal adalah diberi keutamaan yang begitu tinggi. Semenjak dasar ini negara dihasilkan terdapat perkembangan yang pesat di dalam sektor bioteknologi kesihatan. Sehingga kini terdapat 52 syarikat bioteknologi kesihatan dengan jumlah pelaburan RM387.62 juta yang telah pun merangkumi syarikat-syarikat bioteknologi di dalam aktiviti menghasilkan vaksin. Saya sedia maklum ini masih lagi sektor yang mudah, akan tetapi kita boleh lihat di situ hampir RM400 juta adalah nilai syarikat-syarikat tempatan yang terlibat di dalam pengeluaran vaksin iaitu dalam bidang bioteknologi kesihatan. Seterusnya, saya rasa untuk mempercepatkan masa, nanti pihak Ahli Yang Berhormat yang saya tidak habis semua persoalannya itu seperti Yang Berhormat Pendang nanti bolehlah berhubung terus dengan pihak kami. Dari segi Yang Berhormat Pendang dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah membincangkan perihal angkasa. Saya rasa daripada dua puluh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perihal angkasa ini ada sepuluh yang telah pun berucap dan sepuluh yang menyentuh perihal program angkasa lepas. Saya ingin beri makluman dan jaminan seperti mana yang diputuskan oleh Ahli- ahli Kabinet bahawa Program Kedua Angkasawan Angkasa ini adalah pada setakat ini kita telah memutuskan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Akan tetapi tahap-tahap peringkat pertama ataupun kedua itu tertakluk kepada kewangan negara. Saya terima kasih ada dua Ahli Yang Berhormat yang menyokong supaya termasuk Yang Berhormat Kapit yang mencadang bahawa ia terus dijalankan. Saya rasa kita beri...
[Bangun]
...Sensitif kepada keperluan kewangan negara, namun apa yang diputuskan ialah latihan hendaklah terus dijalankan bagi usahawan angkasawan kedua kita itu. Supaya ia berada dalam keadaan sihat, ia ada dalam bukan sahaja sihat akan tetapi dari segi pengetahuannya akan dapat terus dalam keadaan yang diperlukan dari segi kemahiran-kemahiran dan seterusnya.
Yang Berhormat Menteri.
Ada dua.
[Bangun]
Berhubung..
Nanti...
Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tiada berucap Yang Berhormat Batu Gajah... [Ketawa]
Yang Berhormat Pendang.
Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri. Dari segi angkasawan ini saya hendak tanya hasil kajian yang telah dibuat oleh angkasawan yang pertama kita itu? Kita bawa balik tiga ujian dari angkasa lepas dan dibawa balik ke negara kita dan dua dihantar ke Jepun dan satu dibuat di dalam negara. Jadi apakah keputusan hasil kajian yang telah dijalankan di angkasa sana itu? Ingin tahu keputusan.
Ini hendak menuju ke sana tadi, Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih, sepanjang masa saya telah meluahkan ketidakselesaan saya dengan program angkasawan yang sepanjang masa. Akan tetapi dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan program ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10, apakah anggaran kosnya? Itu perkara pertama. Perkara kedua adalah selepas diheboh-hebohkan dengan program angkasawan itu, saya nampaknya memang tiada tindakan susulan ke atas anak-anak kita Tuan Pengerusi, yang telah minat apabila melihat angkasawan kita. Tidak ada tindakan susulan yang boleh membantu mereka kecuali pergi tengok Planetarium, objek-objek sahaja. What are the hands on atau program tertentu spesifik, target ke atas kumpulan-kumpulan ini yang telah ditanamkan minat terhadap program angkasa lepas ini. Yang pentingnya ialah hands on bukan tunjuk pameran atau pergi sentuh objek, diberi taklimat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kosnya yang amat saya prihatin.
Perihal hasil kajian mikro graviti yang akan saya sentuh seterusnya. Mengenai dengan program-program kesedaran sains angkasa ini, sebenarnya ia berterusan. Tidaklah betul bahawa ia telah berhenti, apa yang telah pihak kita telah lakukan ialah Pusat Sains Negara terus mengadakan pameran-pameran. Kalau kita katakan hands on, tidak tahulah Yang Berhormat Batu Gajah, kalau hands on betul, mahu jadi astronautlah, mahu hendak jadi angkasawan. Akan tetapi memang kita pamerkan alat-alat kesemuanya itu, kita bawa sebenarnya dua angkasawan negara itu. Hampir setiap bulan ada sahaja program, saya boleh bekal the details dari segi berapa jumlah contacts, berapa jumlah program yang telah dilaksanakan. Jadi tidaklah mengatakan bahawa ia telah berhenti, ia masih berterusan. Kita bercadang supaya lebih pesat lagi pada tahun hadapan dengan adanya ketetapan Kabinet, kita telah menubuhkan satu yayasan iaitu Yayasan Angkasawan Malaysia atau YAM. Ia membolehkan angkasawan kita itu, kerana soal dulu dipertikaikan dari segi elaun mereka terima itu tidak mencukupi untuk membekalnya. Kerana mereka pegawai kerajaan memanglah tidak boleh menerima lebih daripada S48, jadi sukar.
Kita telah menubuhkan yayasan ini supaya semuanya wang-wang yang ditaja oleh pihak swasta ataupun mana-mana pihak dimasukkan dalam tabung ini dan kita boleh bayar angkasawan kita lebih daripada apa yang boleh JPA bayar. Kami yakin dengan adanya perluasan program ini pada tahun hadapan ia akan memperkasakan lagi program-program kesedaran. Seterusnya, tumpuan apabila saat ini, kosnya kalau dahulu saya telah maklumkan Dewan yang mulia ini, RM39 duit kita, duit Malaysia dan kira-kira RM70 lebih daripada offset, so itu kos dahulu. Kos sudah meningkat dan itulah kerajaan belum lagi boleh menetapkan berapa kosnya. Akan tetapi kerajaan bercadang bahawa ada collaboration, dengan izin, dengan badan-badan peringkat antarabangsa dan barangkali penglibatan swasta, so modulnya akan pasti berubah, jadi kos kita tidak boleh tentukan pada saat ini. Akan tetapi kita akan pastikan ia akan ditelitikan sepenuhnya. Dari segi kajian- kajian mikro graviti, sukacita saya katakan di sini bahawa ini dan untuk Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Bakri barangkali, tadi yang mengatakan angkasawan kita sekadar buat teh tarik dan begitu semua, saya rasa itu public jokelah. Bukan, itu tiadalah dan tidak tepat. Keseluruhannya untuk makluman, ada tiga kepala kajian yang telah pun mikro graviti yang dijalankan, protein in space, microbe in space and cell in space. Minggu yang lalu saya rasmikan satu bengkel kedua nasional di UMS Kota Kinabalu. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa semenjak daripada lima eksperimen yang dijalankan itu telah mengeluarkan empat paten, telah pun difailkan. Dan telah mengeluarkan sepuluh kertas di peringkat antarabangsa dan sedang berlatih melalui program itu juga dua PhD dan tujuh Master. Ini masih berterusan lagi kerana kajian-kajian yang angkasawan telah jalankan itu belum siap sepenuhnya untuk dianalisakan. Akan tetapi dari segi hasil awal ini saya katakan bahawa kita mulai melihat keunikan dan juga pentingnya ada penglibatan kita di peringkat program angkasawan terutama tersebut. Lebih detail nanti saya boleh bekal kepada Ahli Yang Berhormat. Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pendang sebenarnya banyak yang beliau tanya di sini. Akan tetapi sebahagian telah pun saya telah sentuh di dalam perkara berkaitan dengan Jabatan Meteorologi telah pun saya sentuh.
Seterusnya, Yang Berhormat Batang Sadong telah menyentuh berkaitan SIRIM di Sarawak, dari segi pembangunan usahawan serta latihan teknikal. Saya telah melawat SIRIM Sarawak. Saya lakukan sekurang-kurangnya sekali dan sentiasa kita memantau. Saya dicadangkan sebenarnya di sana adalah pembangunan tekno-usahawan dan memberikan latihan teknikal kepada usahawan adalah satu-satunya peranan SIRIM di peringkat negeri Sarawak. Pihak SIRIM juga melatih pelatih di Sarawak bagi membolehkan mereka melantik usahawan di Sarawak. Contohnya, pembuatan seramik. Kita bercadang dari segi centre of..., bukan excellence tetapi sebuah centre yang unik. Satu-satunya diterajui oleh pihak SIRIM Sarawak ialah centre untuk pembuatan seramik. Manakala Sabah, barangkali kita cadangkan untuk sebuah centre pembuatan produk-produk tempatan yang berasaskan kepada manik dan barang, sepertimana yang terdapat di Kota Belud, yang tidak jauh dari kawasan Tuan Pengerusi. Seterusnya, program-program yang disentuhkan tadi berkaitan dengan Program TAP MOSTI. Saya telah pun ulaskan sebelum ini, bahawa program-program yang dikendalikan itu adalah bertujuan untuk menterjemahkan ataupun transfer teknologi- teknologi yang mudah dipindah dan berkos sederhana, dan sekali gus boleh terus meningkatkan pendapatan para pengguna di peringkat akar umbi. Jadi, ini satu-satunya peranan MOSTI untuk memastikan bahawa grassroot ataupun masyarakat akar umbi itu tidak terkeluar daripada menikmati teknologi-teknologi yang canggih. Kita akan laksanakan ini bersama kementerian-kementerian yang lain. Seterusnya, Yang Berhormat Batang Sadong telah menyentuh mengenai dengan brain gain. Saya hanya ingin katakan di sini bahawa, dari segi pendekatan brain gain ini, ia telah berubah daripada sebelumnya. Kita ingin saintis-saintis kita yang dahulu, ataupun mereka yang berkemahiran tinggi di seberang laut dalam bidang kesihatan, pertanian atau engineering, berpindah ke Malaysia sekali gus bersama dengan keluarga mereka.
Pendekatan yang terkini yang kita laksanakan ialah mengajak pakar-pakar ini balik secara short term, sama ada tiga atau enam bulan, dan juga untuk memadankan pusat- pusat kecemerlangan di mana mereka berada dengan pusat-pusat kecemerlangan atau pun lab-lab tertentu yang ada di Malaysia. Sekali gus dengan itu kami berpendapat bahawa, sambutan sebegitu adalah menarik, kerana ini lebih rasional daripada meminta mereka memindah kedudukan diri balik ke Malaysia secara fizikal.
Minta penjelasan. Soalan yang pendek sahaja.
Ya, Yang Berhormat.
Saya hendak tahu, apakah Yang Berhormat telah mengenal pasti berapa orang saintis warga Malaysia yang berada di luar negara? Di mana mereka berada? Sepanjang masa ini dengan program brain gain yang pernah diadakan oleh kementerian, berapa ramaikah yang telah berjaya ditarik balik ke negara kita? Saya rasa angkanya sangat rendah. Mungkin Yang Berhormat boleh maklumkan di manakah mereka? Mengapakah mereka boleh mengalir keluar? Mungkin juga pihak kementerian boleh mengkaji dengan kerjasama kementerian lain, mengapa mereka boleh mengalir keluar? Itu aspek lain yang saya rasa Yang Berhormat boleh maklumkan dalam Dewan ini. Di manakah mereka dan berapa ramai? Sepanjang masa ini, berapa yang telah ditarik balik ke negara ini?
Tuan Pengerusi, saya katakan tadi, program telah pun bertukar daripada memindahkan mereka di sini ke program yang ada collaborative arrangement, dengan izin, di mana mereka ditwinkan lab-lab ataupun institusi mereka dengan Malaysia. Dari segi returning scientist, kita ada 2000 yang telah kita catat dalam program tersebut. Namun saya berpendapat, ini masih rendah lagi. Dalam rancangan tahun hadapan, kita mulai menggerakkan melalui pesuruhjaya-pesuruhjaya kita di seberang laut untuk membuka pendaftaran dan membuat pengawalan atau penggalakan program ini kepada kumpulan yang lebih luas lagi. Dari segi mengapa mereka berada di seberang laut, saya rasa banyak sebab. Pertama, personal choice, dengan izin. Kedua, gaji di situ lebih lumayan. Ketiga, saya akuilah sepertimana yang juga panel antarabangsa dalam mesyuarat baru-baru ini, panel IAP-Biotech dan juga panel IAP-MSC berpendapat bahawa barangkali pusat-pusat kecemerlangan kita di Malaysia tidak mencukupi untuk mereka kembali. Jadi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi perhatian kepada perkara ini. Jadi, itu...
Yang Berhormat Menteri.
...Kita akui, tetapi itu adalah antara langkah yang kita mahu ambil dalam program di masa hadapan.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Yang Berhormat.
Ya. Saya tadi menarik dan memohon penjelasan lanjut mengenai perancangan kerajaan mengadakan pendekatan baru ke arah menarik minat anak-anak Malaysia yang berada di luar negara, terutamanya yang mempunyai kepakaran tertentu. Persoalan saya, saya melihat dan yakin kementerian mahu yang terbaik untuk negara ini. Kenapa kita sehingga hari ini, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan, saya tidak melihat kita dapat mengadakan twinning atau kerjasama dengan institusi yang ternama seperti yang berlaku di institusi pengajian tinggi.
Saya minta maaf kerana saya merujuk kepada yang terdekat. Yang Berhormat Menteri tahu tadi saya dapat semasa Menteri menjelaskan, kita tidak mahu menjelaskan apa strategi-strategi kita kepada negara jiran. Akan tetapi, saya melihat negara jiran itu mereka bersama dengan Universiti Stamford bekerjasama dengan institusi pengajian tingginya. Kalau dengan public policynya pun dengan Harvard dan sebagainya. Persoalan saya, adakah dasar-dasar tertentu yang perlu kita kemas kini atau adjust dengan izin, supaya ia lebih menarik minat? Adakah dasar-dasar itu? Dalam hal ini, saya boleh mengkhusus ke arah penyelidikan, kerana saya yakin kita Malaysia mempunyai kekuatan yang sama seperti negara jiran.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sepertimana yang saya sentuh tadi, satu-satunya ialah menaik taraf pusat-pusat kecemerlangan kita, khususnya pusat-pusat kecemerlangan sains, supaya boleh menampung pelajar-pelajar muda yang berkaliber, yang belajar sendiri di seberang laut dan bukan ditaja oleh kerajaan. Jadi, mereka tiada ikatan untuk hendak balik. Jadi, ini membolehkan mereka, pertama, ada pusat kecemerlangan yang mereka boleh enjoin dengan izin, untuk bekerja kerana ia bertaraf dunia. Kedua, scheme of service dengan izin, itu adalah menarik bagi mereka. Akan tetapi, sebenarnya kita telah melakukan persiapan-persiapan dan sedang juga kita perkemaskan ini. Misalnya, kita menghantar lima post-doc kepada this Stamford di bidang bioteknologi. Kita juga dengan MIT pun ada program bersama, dan untuk makluman, kita sedang tetapkan collaboration dengan izin, dengan pusat-pusat di Australia, New Zealand dan United Kingdom dalam perkara ini. Satu cara ialah dengan National Scholarship yang kita bekal, yang mana kementerian kita telah laburkan dua kali ganda daripada 200 kepada 400. Apa yang kita cadangkan ini ialah kita tetapkan mereka kepada tempat-tempat yang terkenal dalam bidang industrial technology, alternative technology, nano technology dan discovery. Harapan kita ialah, sebahagian dapat membuat networking dengan profesor- profesor di situ, dan sekali gus itu akan menjadi satu landasan atau jambatan untuk masa depan dari segi latihan dan mendapatkan pakar-pakar supervisors mereka yang akan kita twinkan dengan izin, dengan institusi-institusi di sini. Saya mahu berterus-terang, strategi kita berbeza dengan negara jiran. Negara jiran sebenarnya, mereka concentrate untuk grief head those who have retired from services. Pada pandangan kita, kita harus concentrate kepada generasi muda, yang more long-term. Dengan itu untuk mematangkan kapasiti kita, kita harus invest kepada anak-anak muda Malaysia yang tidak kurang bright dan intelectual capacity mereka dengan negara- negara lain. Jadi, itu pendekatan kita saat ini. Saya ingin teruskan. Dari segi...
Maaf Yang Berhormat Menteri, saya sedang menunggu berapa orang saintis warga Malaysia yang berada di luar sekarang?
Saya akan katakan...
You must have the figure before you can targerted them to make them come back, is not it?
Itulah kita... Because ini bukan senang untuk kita memperoleh, kecuali kita buatkan satu pendaftaran yang menyeluruh. Jadi itulah pada tahun hadapan, kita inginkan pesuruhjaya-pesuruhjaya untuk office kita di seberang laut ini, untuk membantu dalam perkara ini dengan adanya roadshow yang kita adakan.
Kalau berasas saja daripada feedback dan asas daripada kita pamerkan, kita advertise ia punya berada di sini sana amat sukar untuk.... Akan tetapi yang pakar-pakar dalam sesuatu bidang, itu kita tahu tapi average pakar itu ia tidak muncul, ia sukar untuk diperolehi. Akan tetapi apa yang saya katakan tadi ada 2000 networking scientist, ada women and I feel that, dalam pandangan saya barangkali sepuluh kali ganda lebih banyak.
Okey, saya mohon untuk mendapatkan tetapi apa bila pihak kementerian dapat data yang terkini, Yang Berhormat Batu Gajah bolehlah nanti berbicara dengan saya di luar Dewan. Yang Berhormat Petaling Jaya telah menyentuh perihal nuklear yang dia katakan apakah perlu kita bangunkan tenaga nuklear. Ini satu-satunya yang ada unik sikit kerana semua rata-rata pihak rakan di sebelah sana pun dengan adanya penjelasan yang kita telah jalankan, berasas kepada feedback secara peribadi kepada saya yang mereka mengatakan kita sokong program tapi you must be transparent, you must give us involve. Majoriti katakan adalah terbuka dan saya mengatakan terima kasih atas sokongan taklimat diadakan dengan Kementerian Tenaga Hijau dengan MOSTI tempoh hari dan ini akan berterusan. Akan tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya yang satu-satunya yang, tapi sudah dijawab oleh rakan sebelah sana tadi mengenai dengan perihal bekalan tenaga nuklear ini iaitu beliau katakan adakah kita perlu menggunakan nuklear dan adakah kita sedar dari segi apa yang perlu diambil perhatian khususnya dari segi sisa, nuclear waste yang perlu di ambil kira. Kita sedar dengan perkara ini, hanya kita katakan bahawa berasas kepada taklimat yang diberi kepada Ahli Yang Berhormat tempoh hari. Kita boleh lihat bahawa the curve is the X-curve, keperluan meningkat seperti ’X’ tetapi bekalan kita ambil kira sumber- sumber yang ada dalam sepuluh tahun, 15 tahun, 25 tahun yang akan datang, ia pula menurun kecuali kita galakkan sumber-sumber tenaga yang lain dan satu-satunya yang dicadangkan adalah sumber nuklear. Penglibatan kementerian dalam perkara ini adalah dari segi teknologi dan perundangan.
Boleh...
Jadi kita akan dari segi dasarnya Kementerian Tenaga Hijau, berapa peratus kerajaan tetapkan itu, nanti pihak kerajaan akan menentukan. Dari segi teknologi dan perundangan, itu dalam tangan MOSTI jadi kami akan berganding tangan untuk apabila dasar itu ditetapkan untuk melaksanakan apa yang perlu. Selain itu, saya yakin bahawa kepakaran yang ada, saya rasa pelaburan untuk menambah kepakaran keterbukaan kita mengenai pentingnya sumber tenaga yang berkekalan, saya yakin bahawa sesuatu yang mencerminkan keseluruhan pandangan rakyat Malaysia dapat dicapai. Saya rasa buat referendum itu tidaklah timbul dalam pandangan saya tapi kita akan libatkan NGO dalam perbincangan-perbincangan nanti.
Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri.
Ya sila.
Ya memang pandangan dari luar ini bukan dari Ahli Parlimen atau agensi kerajaan ini, saya dapati banyak orang yang membantah akan kita gunakan tenaga nuklear di Malaysia. Bolehkah Yang Berhormat Menteri membuat satu referendum bagi rakyat untuk menentukan sama ada mereka menyokong atau membantah tentang projek tenaga nuklear ini. Itulah saja saya minta supaya dapat pandangan dari luar.
Dari segi itu saya katakan tadi dalam peringkat sekarang ini walaupun dasar tidak ditetapkan, kita fahamkan tahun hadapan itu nanti kertas sedang disediakan oleh pihak Kementerian Tenaga Hijau dan MOSTI. Akan tetapi sudah mula konsultansi diadakan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dengan NGO- NGO dan ini akan diperhebatkan dan saya rasa kita tengoklah penerimaan pihak awam dalam perkara ini. Jika perlu kerajaan barangkali boleh pertimbangkan apa lagi yang perlu dari segi mendapat suara yang lebih majoriti dalam perkara ini. Jadi saat ini ia tidak tumpulah.
Yang Berhormat, Balik Pulau.
Menteri, sedikit lagi dari Balik Pulau. Menteri saya mahu ke depan sedikit ya.
Memandangkan perkembangan rantau mengenai dasar nuklear ini, rakan saya tadi betul. Ini kerisauan dan saya beliau itu ya boleh kita perjelaskan tapi persoalan saya dari segi bottom linenya. Soalan saya, sejauh mana negara dari segi strategi nuklear, dasarnya kerana kelihatan kita agak keterbelakang berbanding dengan negara rantau. Kalau dibayangkan projek itu bukan satu projek yang berjaya, memang ya ada keuntungan kepada negara. Akan tetapi persoalan saya dari segi bottom line dasar Menteri mempunyai mandat, adakah kita mahu mendahului negeri-negeri di rantau ini yang saya tahu dari segi pelannya agak ke depan berbanding dari kita. Mohon penjelasan.
Saya rasa tidak, kita sedang berjalan sesuai dengan tempoh yang dijalankan oleh negara lain yang menghadapi satu senario keperluan tenaga dengan kita. Vietnam telah meluluskan di peringkat Parlimen tahun lalu, pihak Indonesia pun di dalam proses tersebut. Filipina sedang dalam pertimbangan-pertimbangan yang tertentu tapi kalau kita lihat negara-negara di Eropah yang sebelum ini ialah antara paling keras kepala dengan izin, membantah. France misalnya the home of the green, 78 peratus tenaga mereka berasas daripada tenaga nuklear. Saya sendiri telah melawat Korea empat bulan yang lalu, saya berpeluang untuk berbicara dengan pihak umum dan pihak saintis dan seterusnya. Saya begitu kagum, walau saya masuk dalam nuklear reaktor kawasan di situ juga, kadang-kadang saya pun merasa takut adakah kita selamat tetapi you know tapi technology today is such a thing mishap almost zero, you know. Dulu Chernobyl because arahan dulu because they never..., dengan izin, took place, they never maintain, actually amaran-amaran telah dikeluarkan sebelum itu. Teknologi sekarang ini saya rasa begitu canggih of course its always happens in this world. Akan tetapi di Korea, 4 km hingga 5 km dari situ duduk minum cappuccino, orang main water scooter, fishing sebelah sahaja. They may have, dengan izin, is part of life in existense in that area dari segi pengedaran maklumat. Apa yang penting saya rasa, pengedaran maklumat yang tepat dan juga memberi jaminan kalau ada keraguan ini ialah dari segi disposal of waste, kalau itu dapat diselesaikan dengan teknologi yang terbaru tadi dibincang sebelum saya menggulung saya berbincang dengan pegawai-pegawai saintis kita. You know, get inform me dengan izin, what is happening in the world dari segi waste disposal. Presiden Amerika Syarikat sedang mengatakan, “waste disposal is our problem, we are diggng back the mine to take back the waste and reused the waste”, dan kita kata lets monitor dengan apa sebenarnya yang terjadi dalam bidang ini. Akan tetapi dari segi kecanggihan teknologi, saya rasa tidak ada harus kekeliruan kecuali main made problem. Okay last one, berapa minit sudah..
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan tidakkah Menteri bersetuju apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat PJ Selatan tadi, masyarakat dan orang awam tidak bersetuju dengan tenaga nuklear ini kerana mereka tidak faham. Akan tetapi kalaulah pihak kementerian menjelaskan atau membuat banyak penyebaran-penyebaran maklumat, maka insya-Allah rakyat akan faham dan mereka boleh menerima tenaga nuklear ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri satu lagi.
Yang Berhormat Hulu Langat ini dia saintis, dia peminat kami dan penyokong kami sangat kuatlah.
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi Yang Berhormat mengatakan kalau orang awam tidak mengetahui temasuk Yang Berhormat dari PJ Selatan, barangkali itu tidak juga. Ya.
Saya setuju Yang Berhormat Hulu Langat supaya kita beri penerangan dulu kepada rakyat dan selepas itu kita set satu target bila kita akan ambil pandangan masyarakat umum, mereka setuju atau tidak. Ini penting sebelum kita teruskan usaha tenaga nuklear ini.
Yang Berhormat punya pandangan...
Boleh jawab sekali...
Yang Berhormat punya pandangan kita akan kiralah. MOSTI dalam segi teknologi, dari segi latihan kemahiran, dari segi dasar tenaga hijau. Okey Yang Berhormat..
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini adalah satu program atau projek yang sangat besar dan sangat serius. Ia memerlukan banyak sokongan. Pada saya yang paling penting pemain politik, terutamanya di kalangan Ahli-ahli Parlimen, tidak kira sama ada pembangkang ataupun kerajaan, kedua-dua perlu faham. Pada saya kalau semua Ahli Parlimen boleh membawa mesej yang sama di seluruh negara demi negara, saya yakin ia akan menjadi satu realiti. Akan tetapi, untuk meyakinkan orang ramai ialah dengan memahami dan menghayati sebab itu saya cadang awal tadi, oleh sebab ini projek besar, tidak mengapa kita modal besar sikit. Kita bawa semua Ahli Parlimen melawat ke Korea seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ledang, saya ambil catatan tadi, saya tidak perlu ulas lagi. Yang Berhormat... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, satu lagi tentang... Yang Berhormat Menteri.
...Sebab saya rasa itu satu cara yang terbaik tertakluk kepada peruntukan yang disediakan untuk ini, tetapi rasa-rasa BBC dan bahagian pembangkang sebelah sana, kita boleh duduk bersama.
Last Yang Berhormat Menteri.
Untuk mereka yang, dengan izin, requires... Apa ini..., apa juga saya bilang?
Convince.
Convince, ya! Requires the will to convince. Saya rasa dari segi pengedaran maklumat, kita boleh fikir. Itu sebahagian daripada program pengedaran maklumat dan kesedaran awam dalam perkara ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ada lagi?
Last, last. Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh compare dengan Korea Selatan kerana ia ada saingan dengan Korea Utara, mereka adakan loji nuklear ini, mereka punya hal. Akan tetapi, Malaysia satu negara yang kecil dengan penduduk yang besar. Kita tidak ada tempat untuk bina loji nuklear. Kalau di Selangor, memang kita reject. Takkan hendak buat di Pahang, Johor? Adakah local people akan benarkan kita membina loji nuklear di sana? Saya rasa tidak ada. So kita tidak boleh compare dengan Korea, sebab mereka ada conflict dengan Korea Utara, kita tidak ada.
Itu yang berbeza sedikit daripada rakan- rakan lain di sebelah sana. Satu daripada Yang Berhormat sana katakan why don’t we do it early. Saya dengan ikhlas, saya rasa kerajaan akan ambil perhatian kepada sentuhan tersebut. Pihak kementerian peringkat kami yang menjaga teknologi dan latihan untuk tenaga mahir yang boleh handle ini, kita juga berpendapat bahawa tugas pertama adalah mengedar maklumat yang tepat dan mengikis setiap perasaan salah sangka dan memastikan mereka understand dan betul-betul tahu mengenai tenaga dan juga feed poll yang ada. Jadi, saya mengambil perhatian ketetapan yang begitu keras oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tentang perkara ini. Okey, seterusnya Yang Berhormat Parit telah menyentuh perihal angkasa. Saya sudah sentuh, tetapi ia sekadar mengatakan apakah networking yang diadakan di negara- negara lain dalam perkara ini. Sukacita saya katakan bahawa Malaysia melalui Agensi Angkasa Negara ataupun MOSTI telah menjalinkan kerjasama dalam bidang penerokaan angkasa dengan agensi angkasa antarabangsa seperti NASA dari Amerika Syarikat, KOSMOS dari Rusia, JAXA dari Jepun dan ESA dari Kesatuan Eropah. Antara kerjasama yang dicadangkan ialah seperti berikut.
Pihak Rusia melalui Institute of Biomedical Problems (IBMP) telah mempelawa saintis Malaysia untuk menyertai program pesawat tanpa pemandu yang akan mensimulasikan keadaan microgravity selama 40 hari secara berterusan. Program ini dijangka akan bermula pada 2010 dan seterusnya 2013 sampai 2016. Pihak BioServe dari USA telah mengadakan kerjasama dengan Malaysia sepanjang tahun 2005, 2008 terutamanya dalam bidang perkhidmatan sokongan dan dokumen teknikal dan pembangunan instrumentasi dalam bidang microgravity dalam program angkasawan negara yang pertama. Malaysia dan Rusia juga mempunyai kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui MoU yang telah ditandatangani pada tahun 2003. Di bawah MoU ini, Malaysia dan Rusia mempunyai kerjasama dalam bidang angkasa lepas. Jadi, saya hanya mencerminkan bahawa networking diadakan dan bagi microgravity studies, dengan izin, we don’t have to wait until our angkasawan fly again. So these are the networking yang sedang kita buat dengan negara-negara lain, khususnya dari segi segmen-segmen program angkasawan yang telah pun berjalan sebelum ini. Yang Berhormat Parit juga menyentuh mengenai barangan produk elektrik di luar negara dilambak, keperluan standard dan juga telah mengatakan radiasi daripada telefon bimbit. Apakah langkah yang telah diambil SIRIM? Saya hanya mengatakan bahawa setiap telefon yang sah itu perlu mendapatkan sticker daripada SIRIM. Jika tidak ada, ertinya ia melintasi ujian-ujian yang diperlukan. Akan tetapi, kalau ia tidak memperoleh sticker kerana ia memasuki negara kita secara haram, maka itu di luar kawasan kita. Setiap telefon bimbit yang dikeluarkan di Malaysia ataupun dari luar negara, saya katakan tadi wajib dapat label SIRIM bagi memastikan dari segi keselamatan pengguna kerana ia telah diuji dari segi keselamatan dan mengikut standard yang ditetapkan. Yang Berhormat Hulu Langat saya ingin berterima kasih di atas input-input selalu. Setiap sesi dua tiga soalan berkaitan dengan radiasi dan agensi nuklear. Tuan Pengerusi, saya tidak mahu tambah lagi kerana Yang Berhormat mengatakan kenapa tidak beri awal dan kedua, penerangan-penerangan yang perlu diperluaskan supaya pihak umum mengetahui sebenarnya kebolehan dan juga risiko-risiko yang ada, dengan izin, to be fair to public. Dari segi jaringan dengan peringkat antarabangsa, anggota Malaysia mewakili kita di peringkat Lembaga IAEA dan perhubungan adalah baik sekali. Kita begitu transparent dalam perkara ini. Dalam mesyuarat-mesyuarat ASEAN+3 tahun yang lalu dan bulan ini akan menghadiri Ministerial Meeting on Nuclear Matters di Jepun dan tujuan kita ialah membuat networking yang kukuh dan sekali gus mendapatkan collaboration dan kita hendak mula dari first step dengan secara terbuka. So we are opening our chest to the scrutiny of the international community, dengan izin, agar tidak salah sangka selain daripada penggunaan tenaga. Kita berpendapat bahawa walaupun kita antara negara Islam rantau ini, perhubungan kita di peringkat antarabangsa dari segi penggunaan teknologi dan bagaimana kita boleh menerajuinya adalah berada di tahap yang respectable. Jadi, kami berpendapat tiada halangan jika program ini diteruskan seterusnya. Seterusnya, Yang Berhormat Arau telah menyentuh...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit. Sedikit sahaja. Saya tadi mencadangkan supaya kita menjalankan R&D untuk mendapatkan label sinaran kepada sama ada pekerja atau orang awam. Ini kerana tujuannya untuk menjelaskan kepada orang awam atau orang yang tertentu bahawa pekerja agensi nuklear itu sendiri, yang telah pun bekerja 20 tahun atau 30 tahun, tetapi masih tidak terjejas dengan sinaran radioaktif. Begitu juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan mengenai sinaran daripada aktiviti mining atau aktiviti rare earth dan sebagainya. Begitu juga dari segi aktiviti lanthanides di Gebeng. Jadi, kalau boleh kita ada database awal, kemudian apabila berjalannya operasi, maka kita boleh melihat balik pendedahan sinaran kepada orang awam dengan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan data-data.
Adakah benar umpamanya di Bandar Baru Bangi, orang yang meninggal kerana barah itu didedahkan oleh sinaran daripada rektor nuklear 1 megawatt itu ataupun sebaliknya? Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Langat, saya rasa cadangan itu baik, nanti pihak kami akan mengambil perhatian skop berapa besar yang diperlukan. Saya rasa inilah yang perlu dimaklumkan kepada pihak awam. Banyak sangkaan yang sebenarnya tidak berasas. Akan tetapi kerana pengedaran itu meluas, maka anggapan akhirnya adalah tidak tepat khususnya dalam bidang teknologi termasuklah tower radiation yang keluar daripada handphone dan seterusnya. Terima kasih atas input itu. Yang Berhormat daripada Arau telah menyentuh Pusat Sains Negara dan betapa pentingnya ini sebagai pengedaran maklumat dan penggalakan sains dan teknologi. Saya hanya ingin maklumkan bahawa Pusat Sains dan juga ada 12 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara yang sama ini. Saya ingin mengatakan bahawa Pusat Sains Negara sedang melalui satu slightly reinventing yang penting dalam perkara ini. Pihak kementerian mengambil pandangan yang begitu serius dari segi sumbangan-sumbangan perbincangan mengenai dengan Pusat Sains Negara ini. Kami berpendapat bahawa ia amat penting dari segi soal penggalakan pengertian sains dan teknologi. Seterusnya ia perlu dinaiktarafkan dan mengadakan cawangan dan cabangan seperti Yang Berhormat daripada Gopeng telah sentuh. Saya sentuh awal sebentar tadi bahawa sudah ada satu pusat di negeri Kedah dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, bahawa satu cawangan di Sabah dan di Sarawak. Jadi mudah-mudahan ini membantu dari segi pengedaran maklumat mengenai sains dan teknologi dan penggalakan di kalangan generasi muda. Akan tetapi hanya untuk memberi gambaran, bagi jumlah pelawat di Pusat Sains Negara pada tahun 2008 yang lalu, pelawat seramai 145,835 dan seterusnya outreach iaitu program yang mereka kendalikan di luar dengan sekolah-sekolah semuanya yang menjemput Pusat Sains Negara. So, jumlahnya seramai 459,295. Dari segi program outreach di luar itu terdapat 40 program. Program di dalam itu adalah sejumlah 450 pameran-pameran, taklimat-taklimat, dan seterusnya. Mengenai dengan kerjasama dengan pihak luar negeri ada sepuluh program yang dikendalikan. Saya ingin maklum awal bahawa pada bulan hadapan sebahagian Pusat Sains yang bahagian pameran itu akan ditutup, kerana kita adakan penambahbaikan dan kita adakan naik taraf beberapa segmen di situ. Jadi nanti ia akan dimaklumkan kepada pihak awam dari segi takrif dan jam-jam tertentu. Akan tetapi kita perlu tutup sebahagian itu, manakala program-program outreach dan program-program taklimat diadakan hanya bahagian pameran yang kita akan sentuh. Ini sebahagian daripada menaik taraf pusat ini. Saya rasa Yang Berhormat Gopeng sentuh perkara yang sama, tetapi saya telah pun sentuh itu. Saya sedia maklum bahawa perlu banyak lagi yang diadakan untuk menaiktarafkan pusat kita supaya ia menjadi tarikan kepada pihak kanak-kanak, pelajar, ibu-ibu dan bapa-bapa. Antara yang dirisaukan sekarang ini ialah dari segi semakan dan proses naik taraf itu kita mahu menjadikan Pusat Sains itu pusat milik publik atau awam. So, kanak-kanak dan orang-orang tua ada program. Kami inginkan tanah yang sekeliling itu adalah tempat keluarga buat picnic dan seterusnya supaya dia betul-betul mencerminkan satu pusat yang ada program untuk semua lapisan masyarakat. Mudah-mudahan dalam 12 bulan ini kita boleh melihat hasil daripada kenaikan taraf tersebut. Seterusnya Yang Berhormat Gopeng juga telah menentukan perkara dengan paten proses ataupun process patenting. Saya ingin katakan di sini bahawa ada dua kementerian yang terlibat. MYIPO adalah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan MOSTI tidak terlibat dari segi pendaftarannya. Namun kita ada skim-skim misalnya semua penerima dana daripada MOSTI kita mulai pada tahun ini untuk tolak sebahagian daripada kos projek mereka itu ada dimasukkan kos untuk mendaftar paten, jika mereka berjaya untuk mendaftarkannya.
Kita juga telah mengambil langkah-langkah tertentu berbincang dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memudahkan proses pendaftaran paten dan juga mengurangkan kos because ini antara yang menghalang kita berfikir dari segi jumlah paten yang difailkan kerana begitu mahal. Kalau hendak pakai peguam tidak kurang RM30,000 sampai RM50,000. Bagi technopreneur yang kecil ini adalah satu beban yang besar. Akan tetapi disentuh awal tadi bahawa jumlah paten yang didaftarkan bagi tahun ke tahun itu, kalau ia menurun dari tahun 2009 tidak semestinya itu mencerminkan bahawa inovasi telah mengurang kerana mereka yang mempunyai hasil penyelidikan yang bagus, baik, bertaraf dunia, dia tidak semestinya mahu mendapatkan paten cepat-cepat. Dia mahu lihat kalau ada market place ada pasarannya. Memang ada danger kalau dia tidak mahu daftarkan barangkali orang lain akan daftarkan lebih awal daripada dia. Akan tetapi saya melawat MYIPO di Geneva. Ketua Pengarah di situ dia mengatakan dia tidak begitu risau jika jumlah paten tahun ini adalah menurun berbeza dengan jumlah paten bagi tahun yang lalu, kerana dia juga tertakluk kepada market atau situasi pasaran. Dia fikir kalau dia patenkan dia mahu commercialize, tetapi opportunities atau peluang untuk potensi itu adalah kurang kerana market itu adalah kecil. Barangkali dia postpone. Ditundakan pendaftaran tersebut. Itu sekadar untuk memberi penjelasan. Seterusnya Yang Berhormat Limbang, peruntukan tambahan sebanyak RM400,000 kerana projek vanila itu di bawah innovation fund adalah di skala rendah. Saya hanya menyatakan bahawa kita sedang meneliti perkara ini dan jika betul tidak boleh diselesaikan dengan mengurangkan skilnya, kita cuba cari sumber untuk membantu sebahagian daripada yang diperlukan di bawah Belanjawan 2010 tahun hadapan. Yang Berhormat Padang Terap juga telah menyentuh penggunaan teknologi ke tahap komersial peringkat antarabangsa, ini telah saya jawab tadi bahawa ia dimulakan dengan pendaftaran-pendaftaran paten yang tertentu dan di bawah Biotech Corp. Dan juga kalau dia di pihak ICT di bawah MDEC semua jentera ini membantu untuk memasarkan teknologi buatan Malaysia di peringat antarabangsa. Kami berharap bahawa di bawah program yang diumumkan di dalam belanjawan baru-baru ini, iaitu menubuhkan Malaysian National Innovation Centre atau MyNIC dan pusat-pusat kecemerlangan di bawahnya yang kita sebut Innovation Center of Excellence, bahawa sekaligus ia akan menjadi satu pusat juga untuk pendaftaran paten bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri. One-stop centre untuk membantu pendaftaran dan juga pengkomersialan hasil-hasil R&D yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi, institut-institut penyelidikan kerajaan dan juga pihak swasta. Sebentar tadi Yang Berhormat Padang Terap dia menyentuh juga, adakah Malaysia sedia dengan mempercepatkan penggunaan nuklear? Dia mahu cepat dengan adanya satu mega reaktor dan ada 260 lebih pakar, Masters and PhD. Why don’t we start early? Akan tetapi sebenarnya persiapan-persiapan hendaklah mengikut standard antarabangsa dan dengan itulah dia akan menggunakan di antara tujuh tahun, sampai sepuluh tahun tertakluk kepada saiz reaktor yang kita cadangkan. Akan tetapi saya ambil kira pandangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang mengutarakan pentingnya mendapat pandangan dari semua lapisan masyarakat.
Yang Berhormat Bakri, perihal Hospital Tengku Ampuan dan syarikat kontraktor membina bumbung Stadium Terengganu yang telah diberi Sijil ISO 9001 perlu ditarik balik sijilnya. Ini meliputi kementerian yang lain tetapi hanya saya jelaskan bahawa bagi syarikat yang diberi Sijil ISO 9001 dan didapati ada aduan, juruaudit SIRIM QAS International atau pun juga syarikat-syarikat lain yang ditauliahkan oleh Jabatan Standard sebagai pelaksana standard akan melawat syarikat tersebut dan meminta corrective action. Jika corrective action, dengan izin, didapati tidak efektif pihak QAS International iaitu anak syarikat SIRIM akan menggantungkan Sijil ISO yang telah diberikan seterusnya sijil akan ditarik balik selepas itu. Saya akan memberikan perhatian kepada ini dalam mendapatkan maklumat terkini apa sebenarnya tindakan yang telah pun diadakan kerana ia melibatkan kementerian-kementerian yang lain.
Yang Berhormat Silam telah menyentuh keperluan...
[Bangun]
...R&D di Sabah dan Sarawak bahawa kita boleh mengendalikan R&D di sini dan kita boleh tubuhkan satellite centre. Jadi, Agriculture Biotech Institute sedang membangun pusat R&D satelit...
Menteri, beri laluan.
...Agro-biotechnology termasuk di Sabah dan Sarawak. Yes Yang Berhormat Bakri.
Saya hendak tanya soalan yang pertama, sekiranya logo SIRIM ini tidak boleh memberikan jaminan kepada pengguna, mengapa SIRIM QAS mengutip yuran tahunan dari syarikat-syarikat yang menggunakan logo SIRIM untuk perniagaan mereka? Soalan kedua, adakah munasabah kita menandatangani satu perjanjian tetapi pada masa yang sama melindungi pihak-pihak yang mengeluarkan logo SIRIM dari kesalahan yang dilakukan oleh mereka? Soalan yang ketiga, di sini jika kita fikir balik secara logik, kita mahu logo SIRIM ini merupakan satu piawaian dan jaminan daripada kerajaan maka, klausa 8.2 menyatakan pula SIRIM QAS tidak akan bertanggungjawab atas sesiapa yang menggunakan logo ini. Soalan yang keempat, dalam persetujuan sijil lesen dari SIRIM QAS Antarabangsa Sdn. Bhd. di bawah klausa 8.2 menyatakan bahawa SIRIM QAS tidak bertanggungjawab atas lesen yang dikeluarkan kepada mana-mana pihak termasuk pelanggan-pelanggan yang menandatangani perjanjian ini. Adakah betul? Minta penjelasan daripada Menteri.
Mengenai dengan kutipan yuran itu, saya rasa ini adalah antara pihak syarikat tersebut dan pihak SIRIM. Kalau pihak syarikat masih menjalankan perniagaan dari segi produk yang diberi tauliah itu maka sememangnya ia dikenakan kos kutipan atau yuran kutipan. Akan tetapi, kalau ia tidak lagi dalam business tertentu dan ia memberi maklumat kepada pihak SIRIM, tiada sebab yuran terus dikutip kalau mereka tidak lagi menggunakan sijil tersebut. Dari segi logo SIRIM memang dan soalan ketiga dan keempat itu sama juga. SIRIM tidak boleh absorb apa sahaja kerja yang tidak betuk dijalankan oleh pihak syarikat. Jadi ia tidak menanggung walaupun standard kualiti yang diberikan itu adalah diperakui oleh SIRIM, tetapi kalau ia membuat kesilapan saya rasa amat sukarlah bagi SIRIM menanggung apa juga yang dibuat oleh pihak pengeluar tersebut dalam perkara ini. Akan tetapi, kalau ada kes-kes tertentu Yang Berhormat ingin merujuk, sila beri kepada saya dan barangkali ada penyelesaian yang kita boleh fikirkan. Okey, seterusnya...
Menteri ada satu lagi soalan.
Mana..., yang nombor dua? Nombor dua mengenai perjanjian bukan?
Ya.
Itulah itu mengenai dengan seksyen 8.2 yang memerlukan mereka di mana SIRIM mengatakan ia absorb masalah-masalah yang timbul hasil daripada business ataupun kecelakaan yang dijalankan. Saya rasa ini adalah berpatutan pada saat ini kerana kita tidak boleh kontrol aktiviti sesuatu syarikat yang memiliki standard SIRIM. Jadi, ia tidak absorb risiko. Namun, kalau industri ada cadangan tertentu untuk memperkemaskan ini, saya rasa pihak MOSTI dan SIRIM sedia berdialog dalam perkara ini. Okey.
Menteri, soalan saya lain ialah Kerajaan Malaysia tidak mengutamakan rakyat Malaysia seperti slogan Malaysia “Rakyat didahulukan...”.
Mana satu Yang Berhormat, tentang SIRIM?
Ya. Tentang SIRIM. Macam Kerajaan Malaysia tidak mengutamakan rakyat Malaysia punya... [Tepuk]
[Ketawa] Bukan begitu. Standard Malaysia itu yang dikeluarkan oleh sebenarnya pentauliahan oleh Jabatan Standard dan QAS SIRIM antaranya pusat-pusat yang pelaksananya. Standard Malaysia itu adalah satu logo sebenarnya yang begitu terkenal dirantau ini. Banyak antara negara-negara asing yang mengatakan Malaysian Standard itu sebagai satu standard yang digunakan. Akan tetapi, memanglah banyak juga importers yang lain atau producer yang malangnya tidak mahu menggunakan Malaysian Standard. Jadi, dalam perkara ini dengan izin, to call them not patriotic pun tidak betul juga. Kerajaan hanya boleh menggalakkan mereka untuk menggunakan standard-standard tertentu. Kita sedang wajibkan bagi GLC untuk menggunakan standard-standard kita tetapi kita sedia maklum seperti Yang Berhormat katakan tadi mereka mempunyai pilihan kerana tiada undang-undang yang mengatakan saat ini semua hendaklah menggunakan standard yang dikeluarkan oleh SIRIM. Itu ditentukan oleh negara yang mengimport ataupun seperi kita yang mahu mengimport barang-barang dari China. Baru-baru ini kita tetapkan supaya Malaysian Standard digunakan untuk toys dan halal-halal product. Akan tetapi kecuali kita buat secara perundangan dan itu boleh kita buat. Okey, nanti sambung di luarlah nanti.
Tidak mengapa Menteri. Soalan pendek sahaja. Apakah tindakan penguat kuasa diambilkan? Penguat kuasa. Adakah Menteri ada penguat kuasa mengambil tindakan kepada orang yang buat salah?
Kesalahan apa Yang Berhormat?
SIRIM, SIRIM.
Tidak ikut standard.
Tidak ikut standard.
Siapa buat salah?
Penguat kuasa. Penguat kuasa. Adakah penguat kuasa mengambil tindakan...
Penguat kuasa tidak mengambil tindakan. Begitu?
Ya.
Saya rasa kalau ada kes-kes tertentu, kita ada etika dan ada jawatankuasa disiplin dan seterusnya dalam mana-mana institusi dan kalau ada penyelewengan sila maklumkan kepada pihak kementerian ataupun kepada agensi-agensi yang tertentu. Kalau itu masalah Yang Berhormat, sila beri maklumat terperinci kalau ada kes-kes yang ingin dirujukkan. Okey seterusnya dan terakhir. Yang Berhormat Silam seperti yang saya katakan tadi, ABI sedang membangunkan pusat R&D satelit untuk agro-biotechnology antaranya pusat R&D rumpai laut. Kita mahu cadangkan adakan di Sabah dan pusat R&D ikan marin termasuk ikan kerapu dan lobster yang kedua-duanya dicadangkan untuk kawasan Semporna tidak jauh daripada kawasan Silam. Mengenai dengan MOSTI maklumat- maklumat yang ia adakan, ia sekadar saat ini adalah mengumpul maklumat-maklumat berasaskan daripada sains dan teknologi mahupun industri mahupun biotech mahupun ICT dan seterusnya walaupun ia ada juga ada jaringan dengan kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan juga agensi kita SIRIM dari segi industri-industri teknologi. Namun demikian, kami masih lagi mengemas kini kebolehan MOSTI ini dari segi memakai data-data yang satu up-to-date, data yang berkualiti dan data yang boleh digunakan oleh pihak penyelidik ataupun pihak pelabur-pelabur, investor dan seterusnya.
Saya rasa Tuan Pengerusi, itu sahaja lagi gempa bumi di Silam ada sedikit spot di situ yang sering kali ada gegaran tetapi ia sekadar dalam skala 3. Syukurlah tidak ada masalah-masalah yang timbul di kawasan Lahad Datu di situ. Saya hanya katakan di sini bahawa tidak boleh Jabatan Meteorologi menubuhkan cawangan di semua kawasan, biasanya Jabatan Meteorologi menubuhkan cawangan di mana-mana airport itu ada kerana di situlah utamanya dari segi pengutipan data. Akan tetapi ada juga servis-servis perkhidmatan yang diadakan seperti di Danum Valley ada di situ.
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Ada pengutipan-pengutipan data untuk mengkaji kutipan maklumat hujan, moisture dan seterusnya.
Yang Berhormat Menteri, last.
Mahu habis sudah.
Sudahkah, boleh?
Okey.
Tadi, belakang sedikit tadi Yang Berhormat Menteri sudah menyatakan bahawa R&D yang berkenaan dengan fisheries ataupun yang lain. Kita juga difahamkan bahawa R&D di banyak kementerian ataupun di agensi kerajaan juga boleh menggunakan maklumat-maklumat yang kita boleh dapati daripada satelite yang telah kita lancarkan selama ini seperti Razak (I). Kita juga difahamkan Razak (II) akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya telah difahamkan bahawa maklumat-maklumat yang telah kita dapati daripada Razak (I) itu mungkin dalam setakat ini tidak sepenuhnya digunakan oleh agensi-agensi R&D di Malaysia terutamanya. Jadi saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri apakah keadaan setakat ini, bagaimana data-data yang kita dapat daripada satelite itu yang digunakan oleh agensi kita di Malaysia. Terima kasih.
Okey, yang terakhirlah, kepada Yang Berhormat Kanowit terima kasih atas itu. Satelit kita yang terkini satelit RazatSat yang sedang diadakan pameran di LIMA, Langkawi, mengenai kebolehan-kebolehannya. Saya difahamkan pagi tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawati booth tersebut dan beliau telah pun memaklumkan mengenai beberapa agensi yang belum lagi menggunakan servis perkhidmatan. Saya hanya katakan di sini bahawa haruslah pentauliahan RazakSat ini pada bulan ini dan dengan itu sekali gus ia akan dibekalkan perkhidmatannya kepada semua agensi yang memerlukan data berkatian dengan remote sensing, berkaitan dengan maklumat geografi, maklumat LAN used dan seterusnya. Nanti ada pengedaran maklumat menyeluruh kepada agensi-agensi kerajaan. Tidak ada sebab kenapa mereka jabatan-jabatan agensi yang ada tujuan untuk mengadakan R&D ataupun kutipan maklumat berasas kepada remote sensing ataupun agricultural information, dengan izin, tidak menggunakannya. Pertama, ia lebih murah dari yang ada dan kualitinya tidak kurang daripada apa yang kita boleh perolehi daripada satelite service, perkhidmatan satelit yang lain di negara lain. Tuan Pengerusi, setakat itulah ulasan-ulasan yang telah saya sampaikan daripada perbahasan. Seramai 20 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan di peringkat jawatankuasa, jika ada perkara yang saya tidak sempat untuk mengulasnya, pintu MOSTI sentiasa terbuka, mana-mana pihak di sebelah sana atau sini, untuk isu-isu yang ingin ditelitikan. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih ke atas semua sumbangan buah fikiran dan teguran yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM586,159,200 untuk Maksud B.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM586,159,200 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,225,081,000 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,225,081,000 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.31 [Jadual] - Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill
Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Mambong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa perkara di bawah kementerian ini iaitu di bawah Butiran P 01100 - Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Di negara kita sememangnya sudah lebih daripada 20 juta pelancong datang setiap tahun. Oleh yang demikian peningkatan ataupun kemudahan-kemudahan pelancong adalah amat penting. Akan tetapi yang penting sekali ialah kemudahan-kemudahan di kawasan luar bandar. Seperti kemudahan-kemudahan di homestay. Justeru itu, saya rangkum Butiran P 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Pada tahun ini kita diberikan peruntukan di satu kawasan Parlimen lebih kurang RM200,000 untuk peningkatan homestay. Apabila kita memohon, selepas kita memohon kita tidak tahu sama ada kemudahan-kemudahan itu diluluskan ataupun tidak. Akan tetapi apabila kita pergi ke kawasan dan kampung di mana ada kemudahan homestay, mereka di kampung-kampung tersebut yang terlibat dengan homestay mengatakan semuanya sudah dibuat. Kenapa kita sebagai wakil rakyat tidak diberitahu bahawa projek-projek yang kita pohon, yang peserta homestay pohon daripada kita, tidak diberitahu kepada kita apabila ia sudah diluluskan. Kita juga mahu monitor apa yang telah diluluskan dan diberi kepada kita. Ini adalah penting supaya nanti kita tidak memohon lagi kemudahan yang sama pada tahun- tahun hadapan. Oleh itu saya mohon pihak kementerian lebih-lebih Yang Berhormat Menteri sendiri untuk memaklumkan kepada kita. Saya rasa itu bukannya tugas yang berat. Hanya memberitahu sahaja, memaklum kepada kita. Butiran seterusnya ialah 01900 - Pembangunan Ecotourism. Negara kita sememangnya adalah sebuah negara di antara 12 negara di dunia yang mega biodiversiti di dalam dunia ini. Di negara kita terdapat 15,000 spesies tumbuh-tumbuhan, 286 spesies mamalia, 150,000 spesies invertebrates dan 4000 spesis ikan. Akan tetapi banyak lagi yang belum diterokai di bawah ecotourism ini.
Kalau kita lihat tempat-tempat yang menarik, kesemuanya di kawasan luar bandar. Apabila kita memohon untuk kemudahan-kemudahan ecotourism dibangunkan di kawasan luar bandar, kita tidak menerima apa-apa jawapan juga daripada kementerian. Di kawasan Parlimen Mambong, saya ingin menyatakan di sini tidak kurang daripada 14 gua. Gua yang ada nilai historical dan sebagainya. Gua yang ada spesies-spesies tumbuhan yang hanya terdapat di gua tersebut, endemik di gua tersebut. Saya memang mahu gua-gua tersebut dibangunkan sebagai tarikan ecotourism. Itulah sebabnya saya memohon daripada kementerian peruntukan, agar gua-gua ini dapat dibangunkan juga.
Selain itu, bunga pakma atau rafflesia, didapati terdapat di beberapa tempat di kawasan saya sendiri. Oleh itu, saya minta orang-orang kampung untuk membuat jalan ke tempat tersebut. Akan tetapi, mereka pula memohon peruntukan yang begitu besar. Jadi, jika peruntukan itu begitu besar, maka tidak bolehlah beri kepada mereka. Oleh itu, kita juga memohon daripada Kementerian Pelancongan. Jadi, inilah perkara-perkara yang penting bagi membangunkan industri pelancongan di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar, kerana ini adalah satu industri di mana penduduk-penduduk luar bandar boleh menceburkan diri dalam bidang ini sebagai usahawan ataupun businessman. Saya lihat di laman web kementerian, ada beberapa taman negara di negara kita, tetapi taman negara yang saya rasa raja taman negara, ialah Gunung Mulu. Akan tetapi, Gunung Mulu tidak ada di situ. Tidak ada dalam senarai. Saya mohon kementerian untuk memgupgradelah laman web kementerian dan memasukkan Taman Negara Gunung Mulu yang ada di Sarawak itu. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri yang turut hadir pada malam ini. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana hadir sendiri pada malam ini. Tuan Pengerusi, pertama saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, kerana tindakan pantas daripada perbahasan di peringkat dasar tempoh hari berkaitan dengan masalah pelancongan di kawasan Tree Top Walk di Kulim Bandar Baharu. Saya angkat tabiklah kepada Yang Berhormat Menteri dengan tindakan dalam seminggu untuk selesaikan masalah. Yang Berhormat Menteri sendiri telah mengarahkan KSU sendiri untuk turun padang, dan Dato’ Mirza telah turun sendiri pada 23 hari bulan. Saya pohon maaf tidak dapat hadir kerana Parlimen bersidang pada hari itu. Akan tetapi, saya telah bertemu dengan penduduk kampung pada 20 hari bulan untuk memberi taklimat tentang kedatangan Dato’ Mirza, dan apa yang dibahaskan tempoh hari. Saya baru sebentar tadi diberi jawapan oleh Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan projek pembangunan eko pelancongan dan terutamanya berkaitan dengan sport tourism dan ecotourism di kawasan Tree Top Walk. Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas beberapa projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan tersebut. Cuma, ada beberapa perkara yang dibangkitkan pada hari itu semasa pertemuan saya dengan penduduk. Kalau boleh, Yang Berhormat Menteri mengkaji soal pembangunan dan pelancongan di Tree Top Walk supaya tip-top. Masalahnya sekarang ini, hanya berkaitan penglibatan penduduk. Kalau boleh, dilibatkan penduduk dalam projek-projek pelancongan yang diadakan. Contohnya kawasan Tree Top Walk yang ada sekarang ini. Contohnya, kemasukan ke situ sekarang dikenakan bayaran RM3. Penduduk kampung pun dikenakan bayaran. Jadi kalau boleh dikecualikan, termasuk pembayaran melalui jambatan gantung tersebut. Sekarang ini, dikenakan RM10 untuk melalui jambatan tergantung yang dikatakan jambatan tergantung terpanjang di dunia. Jadi, orang kampung melihat pembangunan seperti itu, tetapi tidak dapat merasai nikmat pembangunan pelancongan, kerana hendak naik jambatan itu dikenakan bayaran RM10. RM10 bagi mereka, boleh buat makan untuk seminggu. Jadi kalau boleh, kita cari kriteria atau guideline untuk mengecualikan penduduk kampung daripada dikenakan bayaran seperti ini. Juga kalau boleh, Yang Berhormat Menteri mencari satu kaedah bagaimana penduduk kampung boleh melibatkan diri dari segi penjajaan di situ. Sekarang ini, penduduk kampung tidak dibenarkan naik untuk berniaga. Apa yang mereka buat sebelum ini seperti lazimnya, mereka jual seperti jagung bakar, kerepek dan lain-lain, sama ada cara mobile ataupun cara interim structure, van diletak di situ ataupun penduduk berbasikal.
Sekarang ini dilarang, setelah pembangunan itu dibuat. Jadi maknanya, penduduk kampung tidak dapat manfaat daripada pembangunan itu. Jadi kalau boleh, dibenarkan atau kita mencari kaedah bagaimana kita letak kiosk-kiosk di sekeliling tepi..., sebab sungai itu panjang dan kawasan public itu pun hampir lima kilometer. Jadi kalau boleh, didirikan kiosk-kiosk kecil untuk membolehkan penduduk kampung bersama membabitkan diri dalam projek tersebut. Dari segi penglibatan, seperti saya tengok di sini ada kemudahan pemandu pelancong, kalau boleh dilibatkan penduduk kampung. Di situ ada lima kampung sahaja. Jadi kalau boleh, diadakan pertemuan direct. Apa yang berlaku baru-baru ini, mungkin kerana terlalu pantas Yang Berhormat Menteri bertindak, mereka tidak sempat hendak organise diri mereka. Kalau boleh, dapat diadakan pertemuan dengan penduduk kampung sendiri secara direct dengan mereka. Contohnya, mereka cadangkan seperti yang saya sebut dalam perbahasan yang lepas. Mereka dilibatkan dengan pemanduan pelancong seperti jungle tracking, sebab mereka tinggal di situ, dan mereka tahu mana hendak pergi, kawasan jauh atau dekat, tumbuh-tumbuhan apa yang hendak dilihat dan ditunjuk kepada pelancong. Mereka cadangkan antara contohnya, kalau boleh Yang Berhormat Menteri kaji tentang horse back guide menggunakan kuda, kerana sesuai di situ untuk menggunakan kuda. Kalau boleh dikaji. Juga kalau boleh Yang Berhormat Menteri, mungkin dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, untuk mewujudkan pasukan rough water sport dan whitewater sport yang agak popular di situ, kerana kemudahan semula jadi yang sedia ada. Satu masalah yang agak ketara di situ ialah masalah pengangkutan, sebab Tree Top Walk ini, terletak lebih kurang 15 kilometer dari Kulim. Ia ke dalam menghala ke Baling. Jadi, menjadi masalah pengangkutan dari pekan Kulim, iaitu pekan yang terdekat hendak pergi ke Tree Top Walk. Kalau boleh, cari kaedah bagaimana sistem pengangkutan pelancong hendak dibawa ke situ, ataupun boleh menggunakan penduduk kampung dengan van mereka. Memang ada yang menyediakan van-van di situ. Akan tetapi, penduduk kampung memang tidak dibenarkan mengambil di Kulim. Kalau boleh, perkara-perkara ini dikaji. Buat pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya tengok daripada laporan yang dibuat ini, sebenarnya kawasan itu bukan sahaja Tree Top Walk, tetapi seluruh kawasan Sedim itu digazetkan sebagai kawasan pelancongan. Banyak air terjun dan kawasan hutan di situ. Ada kawasan di situ yang tidak dibangunkan langsung. Contohnya seperti kawasan pelancongan Ulu Paip yang ada kemudahan air terjun yang besar di situ.
Jadi kalau boleh diexpand, diperbesarkan projek pelancongan di kawasan Tree Top Walk ini merangkumi kawasan-kawasan pelancongan di perkampungan Sedim ini sendiri, tidak ditumpukan hanya kepada Tree Top Walk tetapi diexpandkan ke seluruh kawasan Sedim. Di situ banyak, termasuk juga ada di situ Kampung Lindungan Raja, sejarah di mana Sultan Badlishah bersembunyi di kampung situ semasa berlaku penjajahan. Mungkin perlu dibangunkan kawasan tersebut, kawasan dipanggil sebagai kawasan Kampung Lindungan Raja untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan kerana ia masuk ke dalam kawasan pelancongan Tree Top tersebut. Seperti yang sebutkan tadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri kaji untuk membangunkan kawasan pelancongan Sedim secara keseluruhan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan dan lain-lain tidak bertumpu hanya kepada kampung Tree Top Walk tetapi juga khususnya di Kampung Ulu Paip yang ada di situ kawasan yang bekalan elektrik pun tidak masuk, jalan pun tidak ada. Jadi kalau boleh digunakan peruntukan itu untuk pembangunan kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih banyaklah kepada Yang Berhormat Menteri di atas tindakan kilat menyelesaikan masalah di situ dan mungkin saya besok adalah masalah dan mungkin penduduk kampung akan menyokong BN pula kerana terlalu cepat Yang Berhormat Menteri bertindak... [Tepuk] Kedua, perkara khusus yang saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan satu aduan. Ini adalah aduan yang saya terima daripada kakitangan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri.
Saya tidak pasti akan kesahihan berita ini. Walau bagaimanapun, memandangkan ia dirujuk kepada saya, untuk pertanyaan, apakah benar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri akan dimansuhkan pada hujung tahun ini dan sekiranya benar, apakah status 137 pekerja di bawah MTPN ini? Apakah mereka akan diserap di bawah jabatan-jabatan lain ataupun ada tindakan lain diambil untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja ini kerana mengikut makluman yang saya dapat ini, menyatakan bahawa mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada kementerian ataupun JPA, tetapi tiada respons. Memandangkan hujung tahun sudah hampir tiba, mereka pun sudah makin panik, jadi mohon kalau dapat Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan apakah benar dasar itu akan dilaksanakan pada hujung tahun ini dan apakah kedudukan 137 kakitangan MTPN ini? Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh kemudahan-kemudahan pelancongan yang ada khususnya yang kita lihat di Bandar Raya Kuala Lumpur ini. Contohnya perkara- perkara kecil seperti papan-papan tanda. Kita perlu melihat dari kaca mata seorang pelancong yang datang ke Malaysia ini khususnya duduk di Kuala Lumpur. Kebanyakan mereka ini berjalan. Mereka berjalan dari satu point ke satu point dia berjalan because boleh dikatakan semuanya walking distance tetapi papan-papan tanda ini kalau ada pun kecil sangat. Kecil sangat, selepas itu letak di tempat yang tidak strategik. Jadi kalau boleh diadakan lebih banyak papan tanda ini dan saya pohon kalau boleh pegawai-pegawai yang buat kajian ini bayangkan yang pelancong ini, dia berjalan. Jadi kita duduk dalam kedudukan pelancong-pelancong ini. Kalau boleh pegawai itu sendiri berjalan dan tengok bagaimana seorang pelancong akan rasa kalau di sini... Baru-baru ini saya jumpa tiga orang pelancong daripada Sweden terpacak atas Sungai Klang di bawah Stesen LRT Masjid Jamek. Dia tanya saya, “Where is the river”? Saya kata, “You are standing right on top of the river”. Dia tidak tahu pun di bawah jambatan itu, sungai. Jadi kalau boleh di tempat-tempat strategik dan kita bayangkan yang pelancong itu, dia berjalan, mudah untuk dia berjalan. Saya perhatikan ramai pelancong hendak pergi ke Bangunan KLCC, dia berjalan kaki daripada bandar Kuala Lumpur, dia masuk ke Kampong Bharu sebab dia ambil petanda bangunan itu. Dia tidak tahu hendak masuk ke Kampong Bharu, dia kena pusing balik sampai hendak masuk ke Keramat, baru dia potong balik. Sedangkan kalau dia jalan kaki mengikut Jalan Sultan Ismail terus masuk Lorong P. Ramlee, dia sampai dah. Ini masalah dia, ialah masalah papan tanda. Juga Yang Berhormat Menteri, walaupun perkara- perkara ini kecil mungkin remeh, tetapi kemudahan tandas sangat dipentingkan oleh pelancong. Jadi kalau kita tengok kualiti tandas-tandas kita ini boleh diperbaiki lagi. Kalau boleh dilihat kemudahan-kemudahan tandas yang ada ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya juga dalam konteks ini hendak bertanya apakah status kemudahan bas Hop On, Hop Off ini. Apakah kos yang telah ditanggung, dan berapakah pendapatan yang telah dihasilkan dan apakah kesan daripada Program Hop On, Hop Off ini? Satu aduan yang kerap sangat kita terima Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan front line service terutamanya oleh teksi-teksi dari airport, stesen kereta api dan lain-lain. Terlalu banyak aduan berkaitan dengan teksi-teksi. Ini adalah kesilapan pemandu-pemandu teksi kita yang mengambil kesempatan meraih keuntungan dengan menyembelih pelancong-pelancong ini daripada KL Sentral ke bandar Kuala Lumpur, dikenakan caj sampai RM40 hingga RM50 pun ada. Jadi kalau boleh kita cari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Dalam konteks ini, saya mahu tahu apakah kedudukan sekarang ini dengan konsep polis pelancong yang diperkenalkan beberapa tahun lepas? Iaitu polis yang pakai topi kotak-kotak kecil itu. Saya sudah tidak nampak mereka ini. Kotak-kotak kecil itu sudah tidak nampak dan apa jadi dengan mereka? Kalau kita pergi contohnya ke kawasan pelancongan. Luar negara, kalau kita pergi ke Times Square, kita pergi ke Oxford Street, kita pergi ke kawasan-kawasan pelancongan seperti di Arch de Triumphe’, di Paris dan lain- lain, kehadiran termasuk kalau kita pergi di kawasan Piramid di Mesir, atau kita pergi ke kawasan seperti di kawasan Pasar Umawi...
Masa Yang Berhormat, dah habis.
Sikit lagi, Tuan Pengerusi. Kita akan lihat kehadiran polis itu sangat ketara. Memberi keselesaan dan rasa keselamatan kepada pelancong. Jadi kalau boleh, saya hendak tahu apa status polis pelancong ini dan kalau boleh dihidupkan semula. Berapa minit lagi Tuan Pengerusi?
Sudah habis dah.
Dah habis dah? Injury time boleh Tuan Pengerusi, satu, sahaja, satu sahaja..?
Tak ada Yang Berhormat. Pasal ini semua kurang daripada 10 minit.
Satu point lagi Tuan Pengerusi. Satu lagi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini program penempatan pelancong. Kita ada satu program penempatan pelancong. Maksud program penempatan pelancong ini adalah pelancong-pelancong yang kita kenal pasti ramai. Macam pelancong Arab dari Timur Tengah. Kita adakan seperti Arab Street di Bukit Bintang. Siap dengan dia punya suasana Arabnya. Jadi adakah kementerian bercadang untuk melakukan program yang sama dengan pelancong-pelancong sasaran? Contohnya macam kita tengok dalam data yang ada, pelancong Jepun cukup banyak. Pelancong Jepun cukup ramai yang datang dan mereka antara rakan niaga Malaysia yang besar. Jadi adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan contohnya seperti perkampungan Jepun di tempat-tempat tertentu sebagaimana yang kita buat bagi pelancong-pelancong Arab ataupun kumpulan-kumpulan sasaran lain yang dikenal pasti? Mungkin ini akan boleh membantu untuk mereka merasa selesa bila datang ke Malaysia, dia ada tempat tumpuan untuk dia pergi sebagaimana yang kita buat kepada pelancong- pelancong Arab. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Maksud B.31 dan P.31 ini, Kementerian Pelancongan. Pertamanya saya hendak pergi kepada Butiran 020200 – Pusat Pelancongan Malaysia. Saya percaya banyak pusat pelancongan dibina di merata tempat dan kalau kita lihat dalam ada website di sini, mengatakan ada 11 untuk demonstrate dan sebagainya.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang telah datang ke Lipis dan melihat sendiri keadaan prasarana pelancongan yang ada di Lipis. Saya percaya apabila Yang Berhormat Menteri balik ke Kuala Lumpur, rasa saya ingatan kepada Lipis terus ada di dalam hati beliau. Di Lipis kita ada satu tempat yang telah dibangunkan oleh Majlis Daerah Lipis, sebuah pusat pelancongan iaitu sebuah bangunan lama asalnya bangunan majlis daerah yang telah diubahsuai dan menjadi pusat pelancongan, hanya tempat itu agak jauh sedikit daripada bandar. Kalau pelancong-pelancong yang datang dengan kereta api dan sebagainya, mereka singgah di bandar dan untuk ke situ mereka terpaksa berjalan kaki agak jauh sedikit. Walau bagaimanapun, rasa saya tempat itu sesuai kerana ada auditorium, muzium, artifak dan gerai makan di bawah dan di depannya ada laman dan sebagainya.
Apa yang saya harapkan agar tempat itu dibangunkan bersekali pula dengan satu tempat yang ada di Bandar Lipis itu sendiri. Pada asalnya dahulu ada satu bangunan di Lipis yang dijadikan sebagai tempat orang mendapatkan maklumat tentang pelancongan di Daerah Lipis dan tempat itu lebih dekat dengan stesen kereta api dan sebagainya. Itu mengenai pusat pelancongan. Saya pergi kepada Butiran 020400 - Bahagian Pendaftaran Pelesenan dan Penguatkuasaan. Saya banyak mendapat pertanyaan sebenarnya Yang Berhormat Menteri daripada mereka yang muda dan baru tamat universiti. Bagaimanakah mereka hendak menjalankan perniagaan pelancongan ini secara kecil-kecilan? Ini kerana kata mereka apabila mereka pergi ke kementerian dan bertanya bagaimana hendak mendapatkan lesen, biasanya untuk inbound, dia kata mesti ada beberapa ratus ribulah modal dan untuk outbound lebih lagilah. Mereka juga mengatakan bahawa kadang-kadang mereka punyai rangkaian kawan-kawan daripada luar negara yang nak datang. Apabila mereka datang ke sini, mereka bolehlah membawa pelancong-pelancong iaitu kawan-kawan mereka yang datang untuk melawat Malaysia. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa mereka ini terpaksa mengambil lesen dan sebagainya. Saya berharap pihak Kementerian Pelancongan dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini ataupun dapat bukan sahaja menjelaskan di dalam Dewan ini, tetapi di luar Dewan juga agar kita dapat memberi pekerjaan secara persendirian kepada mereka yang suka terlibat dalam bidang pelancongan ini. Bagi Butiran 030000 - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia. Saya sendiri melihat webpage Tourism Malaysia ini memang sudah lama tidak diupdate, copyright 2005 rasa saya ya. Walau bagaimanapun, ada juga di page dan window yang lain yang telah diupdate, copyright 2009. Apa yang saya tengok di dalam page itu, tempat yang diuar-uarkan atau dipasarkan itu banyak tempat yang popular dan kurang kepada tempat-tempat yang baru naik. Sebagai contoh di Pahang diletakkan Taman Negara sebagai satu daripada destinasi pelancongan. Di Taman Negara itu jikalau kita tidak marketkan pun dia adalah self- marketing sebab sudah lama dan ramai orang tahu. Akan tetapi, di Lipis sebagai contohnya kita ada Taman Rimba Kenong dan juga kalau hendak mendaki Gunung Tahan kita boleh pergi ke Merapoh sebagai satu tempat di Relau. Tempat ini nampaknya dalam peta pelancongan yang dipaparkan di webpage itu tidak ada. Jadi, sebab itu saya katakan mungkin selepas ini bolehlah kita bangunkan webpage ataupun maklumat yang lebih menjurus kepada pelancongan yang ada di kawasan desa dan sebagainya. Saya berharap pihak kementerian dapat membantu memasarkan tempat-tempat yang kecil seperti Kuala Lipis ini di dalam proses untuk membangunkan industri pelancongan. Kemudian saya pergi kepada 00800 - Kajian-kajian Pelancongan. Saya pernah pada tahun lepas atau dua tahun lepas, saya tidak ingat telah menghantar satu tempat di mana saya kata sebagai pusat Semenanjung kerana di situ saya katakan tempat ukuran batu Semenanjung. Ada mendapat sedikit peruntukan daripada pihak Kementerian Pelancongan, tetapi setelah kita buat kajian rupanya pusat tengah Semenanjung ini terletak di tempat lain dan peruntukan itu rasa saya tidak digunakan sehingga sekarang. Walaupun saya memohon, tetapi tempat itu sudah tidak di dalam kawasan Parlimen Lipis lagi, rasa saya pergi ke kawasan Parlimen Temerloh seperti yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan kepada saya. Sepatutnya tempat itu dibangunkan kerana ia adalah satu daya tarikan, bukan sahaja kepada pelancong di dalam negeri, tetapi juga pelancong luar negara. Sebagai contohnya kalau kita lihat di Greenwich, ukuran masa itu diletakkan line sahaja, di situ dia kata waktu 00.00 bermula GMT di situ. Ramai pelancong yang datang dan kalau kita lihat beberapa produk pelancong industri hiliran seperti souvenir dan sebagainya dapat dijual di kawasan tersebut.
Bagi saya, kalaulah pusat tengah Semenanjung ini dapat dibangunkan dan di market secara menyeluruh, rasa saya ia akan menjadi satu daripada landmark pelancongan yang akan ada di Malaysia. Begitu juga tentang ekopelancongan dari segi feature ataupun bentuk geografi hasil daripada perubahan muka bumi dan sebagainya. Sebagai contoh dalam kawasan Parlimen Lipis, kesan daripada proses bertahun-tahun hakisan air sungai dan sebagainya, di mana pada tahun 1971, apabila banjir besar yang kedua, sungai menjadi putus, tanjung putus dan akhirnya terbentuklah satu tasik ladam di Sungai Jelai. Tasik ladam ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang kita dapati di dunia. Ia terletak berhampiran dengan Taman Rimba Kenong. Kalaulah kita bangunkan tempat itu sebagai satu produk pelancongan, saya rasa ia boleh menjadi satu tempat baru untuk pelancongan kerana bagi saya amat jarang kita jumpa terbentuknya tasik-tasik ladam ini. Ia merupakan satu proses hakisan yang memakan masa beratus-ratus tahun. Kalau kita ada dan kita biarkan tempat itu, saya rasa itu satu kerugian. Oleh sebab itu, kajian-kajian pelancongan ini harus pergi menyeluruh ke berbagai- bagai tempat agar mereka dapat tempat-tempat baru, bukan sahaja pergi ke tempat yang lama dan kita bangunkan tempat itu. Di samping itu, kita pergi ke Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Bagi saya yang ini Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi amat penting kerana kadang-kadang kita ada kawasan pelancongan, tetapi kemudahan terutamanya dari segi tandas dan sebagainya amat menyedihkan.
Kadang-kadang tidak ada tandas dan Kalau ada tandas pun, tandas tak sempurna dan begitu juga tempat makan, biasannya mesti ada di kawasan pelancongan ini, bukan yang dibuat oleh penduduk sendiri dan sebagainya yang tidak sempurna, tetapi yang bagi saya, kita bina kemudahan ini agar dapat penduduk atau sesiapa sahaja yang berminat dalam industri pelancongan ini dapat menjual barang-barang souvenir dan sebagainya. Saya lihat sebagai contohnya di Taman Rimba Kenong itu sendiri, baru-baru ini dibina beberapa buah chalet, saya baru pergi ke tempat itu, tetapi pusat penerangan pelancongan itu nampak sangat daif, maklumatnya juga daif dan orang yang menjaganya pun rasa saya macam ada tidak ada sahaja. Kalau kita tanya mereka, mereka tidak faham apa yang berlaku di tempat itu sebenarnya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan kerana telah membina jalan yang diturap, tetapi telah hancur rasa saya jalan itu, sudah hancur balik, mula diturap dengan batu, crusher run dan selepas itu ditarkan, tetapi sekarang sudah hancur balik kerana mereka dalam proses membina chalet, rasa saya ada empat lima buah chalet batu di situ, dan keadaan itu makin tidak berapa elok. Jadi sebab itulah bagi saya walaupun chalet itu dibina, kemudahan asrama dan sebagainya, tetapi kemudahan-kemudahan lain yang sampingan itu sepatutnya perlu ada.
Masa Yang Berhormat.
Jadi saya pergi kepada satu tajuk lagi Tuan Pengerusi, dari segi Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Bagi saya ini satu daripada kemudahan yang perlu dibuat terutamanya di kawasan luar bandar, dan mesti kita bersungguh-sungguh dalam proses pembinaannya kerana rasa saya ini satu daripada cara kita dapat membantu penduduk-penduduk di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka, kerana sekarang ini kalau kita lihat penduduk di luar bandar, bukan orang muda tidak mahu tinggal di luar bandar, tetapi punca pendapatan untuk mereka tidak ada. Jadi kalau kita bersungguh-sungguh dapat membina homestay ini, saya percaya penduduk-penduduk muda boleh tinggal di luar bandar dan mereka boleh bekerja untuk mengurus homestay ini dan dengan cara itu kita dapat mengimbangkan semula kerana sekarang ini kita dapati penduduk di luar bandar semakin berkurangan dan penduduk di bandar semakin lebih.
Jadi itu saya berharap Program Peningkatan Kemudahan Homestay ini mesti dibuat secara bersungguh-sungguh, sebagai contoh di Lipis di dalam daerah Lipis, bukan di dalam Parlimen Lipis hanya ada satu homestay sahaja dan saya difahamkan homestay ini telah dioverbook sampai dua tiga tahun. Jadi itu merupakan satu petanda yang baik dan kalau boleh ada lagi tempat-tempat lain yang rasa saya ada potensi untuk dijadikan tempat homestay. Oleh sebab Tuan Pengerusi telah mengingatkan saya tentang masa tadi, saya berhenti setakat ini dan saya menyokong. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bagi membahaskan peruntukan 2010 bagi Kementerian Pelancongan peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 030000 - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) yang menerima peruntukan berjumlah RM200,689,600. Butiran 01100 - Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan berjumlah RM235,933,000 juta. Tuan Pengerusi, kita menyedari bahawa sektor pelancongan telah menjadi sumber kedua pendapatan dari pertukaran wang asing negara kita dan pada tahun lepas sebanyak RM49.6 bilion dengan ketibaan pelancong asing yang melebihi 2 juta pelancong setiap bulan. Potensi sektor pelancongan menjadi penyumbang utama pendapatan tidak boleh dinafikan, oleh itu prasarana untuk menarik lebih ramai pelancong hendaklah disediakan secukupnya. Tuan Pengerusi saya ingin membangkitkan tumpuan baru destinasi pelancong di Kuala Lumpur, selain yang ada sekarang lebih kurang 27 tempat tumpuan pelancong asing mahupun tempatan yang mampu menarik lebih pelancong ke Malaysia. Kita sudah membangunkan tumpuan baru pelancong Asia Barat, baik Ain Arabia di Jalan Beranang Kuala Lumpur di kawasan saya, maka eloklah kita jadikan tumpuan baru untuk menarik pelancong dari Asia Timur ini. Tempat ini seharuslah dinaik taraf oleh sebab pada bulan Jun hingga bulan September, ramai pelancong dari Asia Timur mengunjungi tempat itu. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menaik taraf tempat itu untuk menarik lebih pelancong dari Asia Timur ini, misalnya mewujudkan taman memorial Kapitan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur sebagai pembukaan moden Kuala Lumpur, nama ini boleh dipromosikan dan dimasukkan dalam sisipan pelancongan di luar negara. Di kawasan Tanah Perkuburan Kuang Tong, Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur, terdapat sebuah memorial kecil untuk mengingati Kapitan Yap Ah Loy. Kapitan Yap Ah Loy sebenarnya tinggal di Lebuh Pudu, yang terdiri sebuah tokong bernama Sze Ya Temple... [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Yang masih berdiri sehingga kini. Kapitan Yap Ah Loy tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1856 dari Lukut yang mendirikan Tokong Sze Ya pada tahun 1864, di Kuala Lumpur juga terdapat sebatang jalan yang dinamakan Jalan Yap Ah Loy. Jika nama Kapitan Yap Ah Loy dipromosikan, ia boleh menarik pelancong asing dari Asia Timur datang ke Malaysia, akan tetapi persediaan perlu dibuat untuk membangunkan tumpuan baru ini. Jika di Melaka terdapat Bukit Cina yang menjadi salah satu tarikan dan tumpuan pelancong ke Malaysia, maka Kapitan Yap Ah Loy boleh menjadi produk pelancongan yang menarik. Di samping itu boleh diselitkan dengan sejarah kedatangan kaum China ke Malaysia dan sumbangan mereka yang membangunkan negara bagi menjadi rujukan sejarah. Tuan Pengerusi, di samping itu Jalan Alor boleh dibangunkan dan menjadikan Jalan Petaling Kedua kerana di sebelah Jalan Bukit Bintang yang mana selama ini menjadi laluan dan tumpuan pelancong asing yang menginap di sekitar kawasan segi tiga ini. Oleh sebab Jalan Alor ini boleh dikatakan menarik banyak pelancong dari negara China, Taiwan, Macau, Hong Kong, Australia, New Zealand, United Kingdom dan lain-lain.
Saya berharap dengan peruntukan yang disediakan untuk kemudahan pelancongan ini, Jalan Alor haruslah dinaikkan taraf kerana tempat ini boleh dikatakan pada malam ramai pelancong mengunjungi tempat ini kerana boleh mendapat pelbagai jenis makanan di kawasan ini. Makanan Tionghoa, Kantonis, barat juga western Arab dan juga India, nasi dagang, roti canai, capati pun boleh dapat di kawasan ini. Saya harap Jalan Alor jadi satu tempat tumpuan dan boleh menarik lebih pelancong mengunjungi di Malaysia.
Tuan Pengerusi, untuk kemudahan para pelancong asing, saya mencadangkan supaya nama-nama jalan ditulis dalam bahasa-bahasa lain selain bahasa Malaysia seperti bahasa Cina, Jepun, Arab, Tamil, Inggeris, Korea supaya mereka tidak mencari-cari nama jalan apabila berada di sesuatu tempat khususnya di tempat-tempat pelancongan. Tuan Pengerusi, Butiran 02600 - Program Pembangunan Papan Tanda dan Papan Penerangan Pelancongan. Peruntukan RM2,493,700. Saya berharap lebih papan tanda penerangan untuk pelancongan haruslah di destinasi-destinasi seperti di Kuala Lumpur haruslah memberi lebih kemudahan kepada pelancong-pelancong apabila mereka melawat tempat itu. Jika ada pelbagai bahasa yang menerangkan destinasi itu, saya dapat tahu bahawa mereka boleh lebih memahami sejarah di Malaysia ini khususnya di Kuala Lumpur. Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam membahaskan Kementerian Pelancongan. Terima kasih.
Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya tahu Yang Berhormat pendek sahaja itu, ringkas. Yang panjang-panjang itu kemudianlah sedikit.
Saya ingin menyentuh Butiran 00800 - Kajian-kajian Pelancongan. Untuk pengetahuan Dewan ini bahawa di Limbang pada masa ini memang tarikan pelancongan ini ataupun kawasan-kawasan pelancongan ini banyak tidak diterokai. Jadi, saya telah pun melihat perkara ini dan memang banyak potensi yang ada di tempat saya iaitu di Limbang untuk dibangunkan. Jadi, saya memohonlah kepada Kementerian Pelancongan untuk membuat kajian- kajian pelancongan untuk mencari tempat-tempat baru yang boleh menarik pelancong- pelancong asing di tempat saya di Limbang. Pada masa ini, ada satu tempat yang baru diwartakan di kawasan Teluk Brunei iaitu dalam kawasan Limbang di mana satu taman mangrove telah diwartakan. Di sini sebenarnya banyak terdapat tarikan-tarikan pelancongan seperti taman mangrove itu sendiri dan juga tarikan seperti proboscis monkey, dengan izin, dan juga kelip-kelip yang cantik di waktu malam. Jadi, saya sendiri telah pun menyusuri kawasan ini bersama peminat-peminat pelancong...
Kelip-kelip itu dipanggil “perpat” di Sarawak Yang Berhormat.
Perpat.
Perpat.
Saya sendiri telah menyusuri sungai di tempat mangrove swamp ini dan sampailah ke Teluk Brunei. Memang banyak tarikan di sana dan saya sendiri telah pun berkesempatan melihat, memang masih wujud lagi proboscis monkey ini di taman ini. Saya telah difahamkan oleh penduduk setempat, pada masa ini, tarikan-tarikan begini adalah menjadi produk pelancongan untuk negara jiran. Saya memang mengharaplah kepada Kementerian Pelancongan untuk membantu kawasan saya ini yang masih baru dalam bidang pelancongan untuk membuat kajian-kajian seperti ini.
Satu lagi ialah Butiran 01100 - Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan ini. Di tempat yang sama ini juga, saya perhatikan memang memerlukan kemudahan untuk dibangunkan menjadi tempat tarikan pelancongan seperti jeti-jeti dan juga titi-titian yang boleh dibina untuk menyusuri taman mangrove ini. Boleh juga seperti menyediakan pondok-pondok pemerhatian yang saya rasa kemudahan-kemudahan begini memang diperlukan untuk membangunkan kawasan ini menjadi tempat pelancongan. Butiran 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Saya telah pun berbincang dengan penduduk setempat di kawasan taman mangrove ini bahawa mereka memang ingin turut serta untuk mengadakan homestay ini. Bagi mereka, ianya adalah sesuatu yang baru dan pada masa ini tiada homestay yang rasmi di tempat saya itu. Jadi, kita berharaplah kalau boleh kementerian juga dapat menyediakan peruntukan dan membantu untuk menaiktarafkan tempat ini seperti rumah-rumah peserta yang akan turut serta dalam homestay ini, membantu mereka menyediakan prasarana dan menaik taraf rumah-rumah mereka seperti tandas mereka dan sebagainya. Di satu tempat lagi ialah tempat tarikan pelancong, kawasan, dengan izin Headhunters Trail yang menuju kepada Gunung Mulu di bahagian Miri. Dari Limbang itu sendiri memang ada laluan ia daripada Ulu Medamit tetapi malangnya semuanya ini menjadi produk negara jiran, dan bukan kita sendiri to operate ourselves. Jadi, kita berharaplah kepada Kementerian Pelancongan untuk membantu kawasan saya ini membuat kajian dan membantu untuk menyediakan dan menaiktaraf kemudahan- kemudahan pelancongan ini dan juga homestay ini supaya dapat membantu penduduk tempat saya ini menaik taraf, memberikan pendapatan untuk penduduk luar bandar ini. Saya sangat berharap kepada kementerian untuk membantu kawasan saya yang baru ini. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Padang Terap.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sekali lagi bangkit untuk membahaskan Kementerian Pelancongan berkaitan dengan Butiran 020100 – Bahagian Dasar, Perancangan dan Hubungan Antarabangsa; Butiran 020800 – Bahagian Perkhidmatan Pelancongan; dan Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Saya menyebutkan bahawa pelancongan ini sebenarnya adalah merupakan antara aktiviti yang memang disuruh di dalam Islam. Allah S.W.T berfirman... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ia bermaksud, “Tidakkah mereka melancong, menjelajah muka bumi ini kepada yang mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga yang dapat untuk mendengar kerana sebenarnya bukan mata yang buta tetapi yang buta adalah hati yang terletak di dalam dada”. Jadi, saya ingin menyebutkan bahawa pelancongan ini dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menambah ilmu pengetahuan yang kita sebut sebagai pelancongan untuk pendidikan untuk mempelajari budaya bangsa lain, pengalaman untuk melawat dan untuk mengenali tempat-tempat baru dan dibuat untuk melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah dan untuk memberi barang-barang yang tidak ada di tempat lain. Jadi, ini adalah merupakan objektif utama pelancongan itu berjalan dan dalam Islam pun memang pelancongan yang paling besar sekali ialah berlakunya ibadat haji itu sendiri apabila umat Islam wajib untuk pergi ke Mekah dan juga Madinah untuk mengerjakan haji. Cuma saya ingin menimbulkan bahawa konsep pelancongan ini perlu kita lihat daripada sudut yang positif. Ini kerana pelancongan ini sudah digambarkan sebagai suatu bentuk yang menggalakkan budaya-budaya yang negatif. Ramai yang datang ke Malaysia dalam kajian-kajian yang kita tengok dalam internet, ada yang datang ke Malaysia ini untuk berjudi di kasino, di Genting. Kita tengok pendapatan yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sendiri sampai RM2,370,000,000 hasil daripada pendapatan judi itu sendiri di Malaysia mengikut perangkaan tahun 2008. Ada juga yang datang untuk ...
Ini dasar Yang Berhormat.
Ya, saya akan masukkan dalam detail.Maksudnya, saya minta supaya dalam Butiran 020100 - Bahagian Dasar, Perancangan dan Hubungan Antarabangsa ini kita lihat bagaimana pihak kementerian boleh merancang dasar yang baik terutama dalam kita menggalakkan pelancongan Islam di Malaysia ini. Ini fokus saya.
Kita bangunkan tempat-tempat yang menarik ini untuk menarik pelancong- pelancong Islam dari negara Timur Tengah dan mereka sekarang sudah mula beralih ke negara kita dan juga negara kawasan-kawasan yang mempunyai tempat-tempat seperti hutan, sungai dan sebagainya. Kita boleh bawa mereka daripada Eropah yang sekarang ini mereka ditekan, dilabel dengan macam-macam label akibat daripada penglibatan orang- orang Arab ataupun keturunan Arab di kawasan Eropah sana. Macam mana kita hendak menarik ataupun kerajaan boleh merancang satu bidang industri pelancongan baru yang dinamakan pelancongan Islam yang boleh mereka datang ke Malaysia untuk melihat orang Islam ataupun budaya orang Islam di sini yang bercampur dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dan juga budaya dalam keadaan yang aman dan sebagainya. Saya juga hendak menyentuh tentang 01100 - Program Penyediaan/ Peningkatan Kemudahan Pelancongan; dan Butiran 01900 - Pembangunan Ecotourism. Saya hendak menarik perhatian pihak kementerian untuk sama-sama alert bahawa di kawasan saya, Padang Terap itu ada tempat-tempat yang menarik yang boleh dibangunkan yang sekarang ini agak terbiar iaitu di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning, Empangan Muda yang menjadi tempat takungan air dan juga pembiakan ikan air tawar, di samping ada juga Jeram Tok Din, Pangkalan Tok Mas dan juga Puncak Janing yang merupakan kawasan air terjun dan juga sungai-sungai yang cukup baik sekiranya dibangunkan dalam bentuk yang terancang. Begitu juga pada masa yang sama, pihak kementerian saya seru agar mempunyai satu perancangan yang jelas untuk melibatkan penduduk-penduduk tempatan di dalam perancangan pelancongan ini seumpama yang dibuat dalam Program Peningkatan Kemudahan Homestay sebagai misalnya. Diperluaskan dengan kita mengenal pasti pengusaha-pengusaha yang berkemampuan, tukang-tukang yang baik dalam menghasilkan produk-produk kraf tangan. Ini sudah tentulah ia akan membantu kepada peningkatan taraf kehidupan penduduk tempatan itu sendiri. Mungkin juga pihak kementerian boleh mengenal pasti pemandu-pemandu pelancong yang terdiri daripada penduduk-penduduk tempatan yang akhirnya mereka boleh membawa pelancong- pelancong ini untuk melawat kawasan-kawasan yang disebutkan tadi di samping hutan- hutan simpan yang masih terdapat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang ada di kawasan Padang Terap itu. Ini secara tidak langsung juga akan membangunkan lagi ekonomi di kawasan Padang Terap itu. Jadi dua fokus saya, saya minta yang pertamanya adakah pihak kerajaan atau kementerian mempunyai perancangan khusus untuk membangunkan industri pelancongan Islam bagi menarik lebih ramai pelancong daripada negara Timur Tengah untuk melawat negara kita. Keduanya, bagaimana pihak kementerian boleh menggunakan butiran yang disebutkan tadi, 01100 dan juga 01900 untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan yang sudah sedia ada dan juga sedia dilawati di kawasan Padang Terap itu. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga kepada pihak kementerian.
Ya, Langkawi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menjurus kepada Butiran 020800 – Bahagian Perkhidmatan Pelancongan. Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang semalam telah merasmikan Karnival LIMA di Porto Malai dan juga kepada Menteri Pertahanan.
Sekarang ini pun sedang berlangsung acara-acara yang berkaitan dengan LIMA dan dijemputlah Tuan Pengerusi sendiri datang ke Langkawi, Yang Berhormat Kepong, Pokok Sena, Pendang dan lain-lain pergi ke Langkawi melihat sendiri apa yang berlaku di Langkawi. Seterusnya Tuan Pengerusi, bagi perkhidmatan pelancongan ini saya menjurus kepada Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan iaitu berkaitan dengan satu projek yang dijalankan oleh kerajaan dahulu iaitu waterfall ataupun man made waterfall yang ada di Jalan Teluk Datai. Masalahnya di sini ialah pada bulan lepas saya telah pergi melihat dan ianya tidak beroperasi kerana disebabkan pam rosak ataupun mungkin perkara lain. Kita telah membelanjakan lebih kurang RM4 juta lebih untuk membangunkan waterfall itu dan sekarang ini sudah terbengkalai. Semua ini dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Yahya Jalil, seorang entrepreneur yang bermurah hati membina waterfall ini. Seterusnya Tuan Pengerusi, berkenaan Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Saya percaya ia mungkin agak berjaya dan mendapat perhatian orang kampung dan sekarang ini di Langkawi terdapat empat buah kampung yang telah mengambil bahagian. Soalnya ialah kalau boleh Yang Berhormat Menteri perluaskan program homestay ini kepada lebih banyak lagi kampung kerana ianya dapat memberi pendapatan yang lebih kepada orang kampung. Kalau boleh dipergiatkan dan beri kemudahan tertentu kepada mereka yang mengambil bahagian supaya menjaga kampung dengan lebih elok lagi. Saya percaya mungkin dari segi kita mengadakan program mencantikkan kampung dengan tanaman-tanaman bunga-bungaan sebagai satu daripada tarikan hati pelancong. Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai ecotourism yang sekarang ini kita ada di Kilim, Langkawi yang pelancong datang dengan begitu ramai sekali terutamanya eagle feeding ataupun yang berkaitan dengan helang. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kita adakan platform di kiri kanan sungai supaya pelancong duduk di atas platform itu dan melihat bagaimana gelagat helang-helang yang berterbangan. Seterusnya Tuan Pengerusi, seperkara lagi ialah Butiran 020700 – Bahagian Sumber Manusia. Di Langkawi terdapat satu kumpulan pegawai dan staf yang mempromosikan pelancongan dan juga terdapat di Kedah itu sendiri, yang dikatakan ada satu badan yang mempromosikan pelancongan. Difahamkan di Langkawi ia akan dibubarkan. Bagi saya kalau boleh pergi balik ke Kabinet supaya janganlah dibatalkan kerana mereka telah bekerja dengan baik dan saya percaya di Kedah pun macam itu juga, di lain kawasan pun begitu juga. Merekalah yang telah berjaya memperkenalkan beberapa program di Langkawi seperti acara joran ataupun pertandingan memancing, water fest and festival dan lain-lain lagi program yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Saya percaya dengan adanya mereka ini sudah tentu program pelancongan dapat berjalan dengan lebih elok lagi dan lebih sempurna lagi. Dengan itu saya pohon menyokong. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Kepong.
[Menyampuk]
Tidak panjang. Saya dipelawa untuk memanjangkan ucapan itu.
Ringkaskan boleh habis, Yang Berhormat. Lima minit pun boleh, Yang Berhormat, malam-malam ini.
Ya, ya, ya. Tuan Pengerusi, saya alu-alukanlah kerana Menteri sendiri yang datang. Ini menunjukkan beliau seriuslah dengan kerjanya. Apabila beliau pergi ke negara-negara seperti China bahawa orang-orang pergi ada hasil juga, saya nampak. Memang kita galakkan supaya Menteri kerja dengan lebih kuat untuk memupuk pelancongan di negara ini iaitu Butiran 020000 – Pelancongan, kerana peruntukan yang terbesar, hampir RM371 juta.
Yang pertama saya hendak sebut di sini iaitu bahagian teknologi maklumat. Di sini memang satu perkara yang sangat penting kerana kita hendak menggalakkan pelancongan di Malaysia. Kita mesti mempunyai teknologi maklumat dan komunikasi yang cukup canggih supaya kita boleh menyebarkan taklimat kita, business solution dan e-Marketing dan sebagainya supaya ini boleh dipertingkatkan lagi. Akan tetapi satu perkara saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberi perhatian iaitu saya sendiri ada cuba, misalnya e-Ticket dengan MAS. Walaupun ada perkhidmatan seumpama ini tetapi apabila kita sebutkan mega speed ini dengan MAS itu, ia snail speed, memang snail speed dan susah. Kalau kita pergi ke Emirates misalnya, cepat, e-Ticket ia sangat cepat tetapi dengan MAS mungkin yang terlambat di dunia. Ini masalah kita, kita tidak begitu canggih. Saya berharap Yang Berhormat dapat meneliti perkara ini supaya kita sama-sama dapat memajukan pelancongan di negara ini. Seterusnya masalah perkhidmatan pelancongan. Perkhidmatan pelancongan ini memang meliputi semua aspek termasuk teksi, LRT, monorail dan sebagainya, memang penting untuk pelancongan dan termasuklah Rapid KL. Itu patut kita letak di situ ‘perlahan KL’, ‘slow KL’, itu lebih baik. Di sini, teksi memang satu perkara yang penting, Yang Berhormat Pokok Sena pun kadangkala dia naik teksi juga.
[Menyampuk]
Kepong memang ada banyak teksi.
[Menyampuk]
Araukah? Arau itu di mana ya Tuan Pengerusi?... [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Arau itu kalau kita lihat peta Malaysia, susah hendak cari Arau di mana... [Ketawa] Memang susah, saya pening kepala... [Dewan riuh]
Kepong tidak ada, Kepong?
Kalau Langkawi kita nampak lagi sebab satu pulau di situ. Kalau Arau susah, memang susah. Ya, kawasan pelancongan di Arau itu susahlah kerana ia memang tidak banyak, mempelam adalah di situ... [Ketawa] Teksi, teksi daripada KLIA misalnya, daripada pusat Kuala Lumpur dan sebagainya, saya berharap kita dapat mempertingkatkan perkhidmatan bukan sahaja daripada bil-bil, bayaran teksi atau taxi fare. Kita mestilah memastikan tidak begitu mahal, jangan kita menganggap pelancong-pelancong ini bodoh belaka dan kita boleh naikkan harga dengan begitu tinggi, masih berlaku kerana ada pelancong yang tidak tahu. Kalau hendak pergi daripada sini ke KLCC dan pemandu teksi pun pusing-pusing sampai situ, dan harga pun naik, buang masa dan harga naik. Kalau kita pergi ke Switzerland atau London, mereka tidak buat begitu, mereka profesional. Kalau 50 sen, 50 sen lah sampai ke destinasi di situ. Kalau dua batu, dua batu, bukan empat atau lima batu. Kita mestilah, bukan sahaja drebar teksi, saya tunjukkan teksi sebagai satu contoh. Saya berharap Yang Berhormat Menteri memang memberi perhatian kepada perkhidmatan teksi, LRT, monorel dan bas. Macam mana kita boleh membantu para pelancong di negara ini? Bukan sahaja high end itu, yang low end pun memang naik bas dan kita perlu bantu mereka kerana bilangan yang ramai yang low end. itu. Kalau kita bantu mereka dan mereka lebih suka kepada Malaysia dan kita dapat keuntungan yang banyak. Kalau tidak silap saya, sekarang sebanyak RM4 atau 5 bilion satu tahun ataupun tidak sampai. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan kepada Dewan ini hasil daripada pelancongan untuk Malaysia. Walaupun saya sudah sebutkan waktu perbahasan dasar.
Akan tetapi di sini kita nampak aktiviti sama ada untuk Asia Tenggara, Asia Timur, Utara, Asia Barat, Selatan dan Eropah Amerika, hendak menjadikan Malaysia destinasi pelancongan terunggul di dunia. Bukan main ya, hendak menjadikan terunggul di dunia...
[Menyampuk]
Bolehkah? Saya tidak tahu macam mana boleh.
Bolehlah!
Terunggul di dunia, bukan main, lebih baik daripada Switzerland.
Ini bincang Sunday market ini.
Ya?
Bincang Sunday market ini.
Tidak tahulah, saya ingat saya pun seronoklah kalau terunggul di dunia, saya pun banggalah. Memang satu perkara yang paling baik tetapi setakat ini perkhidmatan untuk teksi pun tidak terunggul lagi. Macam mana tahap pelancongan terunggul di dunia, kalau di Asia saya boleh percayalah tetapi kita berharaplah dengan objektif kita, matlamat kita yang begitu tinggi sampai ke langit, saya berharap usaha pun sampai ke langit. Ini termasuk semua kawasan destinasi pelancongan seperti eco- tourism yang disebutkan banyak kali di dalam buku ini, eco-tourism. Saya beri satu contoh di Taman Negara, memang bilangan sudah bertambah.
Yang Berhormat, ada enam minit. Hendak habiskan malam ini ataupun hendak sambung?
Habis esoklah.
Hendak simpan lima minit itu?
Ya, simpan lima minit. Terima kasih.
[Ketawa] Ini ada macam perbincangan itu juga ini. Okey, sambung Yang Berhormat sampai kita habis.
Dah habis.
Tidak, sampai cukup itu.
Ya, ya, misalnya Taman Negara. Saya pernah pergi Taman Negara, saya nampak pencemaran.
[Menyampuk]
Sebelah sini Yang Berhormat, tidak payah dengar mereka.
Pencemaran kerana penjagaan ke atas kawasan- kawasan ini mesti dipertingkatkan kerana kita mahu pelancong ulang kali masuk ke Malaysia pergi ke Taman Negara. Memang ada banyak yang kita boleh lihat, banyak yang dia tidak boleh lihat di Taman Negara, bukan sahaja di sana tetapi di Gunung Kinabalu pun...
Kinabalu esok Yang Berhormat.
Ya, esok... [Ketawa]
Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 3 Disember 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.