Dewan Rakyat · 3 December 2009
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 764 turns · 38,653 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Azalina binti Othman Said [Pengerang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, strategi-strategi dan langkah-langkah yang telah diambil bagi memperkasakan sekolah kebangsaan dan apakah kayu pengukur yang digunakan untuk keberkesanannya.
Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, satu daripada teras dalam fokus strategik Pelan Induk Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan sekolah kebangsaan lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. Justeru, dalam tempoh PIPP ini, langkah dan strategi yang telah diambil bagi memperkasakan sekolah kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut: (i) meningkatkan kecemerlangan SK melalui peluasan program prasekolah; (ii) memantapkan kepimpinan pengetua guru besar dan kualiti guru; (iii) mengukuhkan budaya sekolah; (iv) memantapkan kurikulum; (v) memantapkan aktiviti kokurikulum dan sukan; (vi) menambah baik sistem sokongan; dan (vii) meningkatkan prestasi akademik sekolah kebangsaan. Di samping itu, penekanan kedua ialah meningkatkan kualiti prasarana dan prestasi SK melalui: (i) meningkatkan kualiti prasarana sekolah kebangsaan; (ii) meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan; (iii) menambahkan bilangan sekolah – satu sesi sekolah rendah; dan (iv) menambahkan bilangan sekolah - satu sesi sekolah menengah. KPM juga telah memantau dan mengkaji pencapaian program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan matlamat dasar ini tercapai. Di antara program yang dijalankan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan ialah Program Konsultasi kepada 350 buah sekolah kebangsaan. Bagi sekolah yang mengikuti program ini terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik. Kajian-kajian impak tentang Program Bantuan seperti KWAMP dan SBT juga mendapati bahawa program-program ini telah dapat meningkatkan prestasi akademik murid-murid yang diberikan bantuan tersebut dan mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah. Mulai tahun 2007, mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil telah diperkenalkan di 150 buah sekolah kebangsaan untuk Bahasa Cina dan 70 buah sekolah kebangsaan untuk Bahasa Tamil.
Laporan mendapati bahawa ramai pelajar dari pelbagai kaum berminat untuk mempelajari bahasa-bahasa asing yang diadakan di sekolah kebangsaan ini. Program j- QAF yang diajar di sekolah kebangsaan juga telah berjaya menarik lebih ramai ibu bapa Islam ke sekolah kebangsaan yang selama ini dikatakan kurang islamik. Sekolah kebangsaan yang daif akan dinaiktarafkan dari segi infrastruktur manakala sekolah kebangsaan yang tiada bekalan elektrik 24 jam dan air bersih juga akan dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Diharapkan dengan segala langkah dan strategik yang dijalankan akan dapat menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama dan sekali gus akan mencapai matlamat untuk memupuk perpaduan nasional. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah adakah setakat ini terdapatnya perbezaan prestasi antara murid-murid sekolah di sekolah kebangsaan bandar dan sekolah kebangsaan luar bandar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sebenarnya dari segi secara keseluruhannya, memang terdapat dari segi perbezaan pencapaian akademik kerana kita melihat di kawasan bandar, lazimnya keputusannya menunjukkan prestasi yang lebih baik. Akan tetapi oleh sebab kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti dan dengan memperkenalkan banyak program seperti Skim Bantuan Tuisyen, ia dapat merapatkan jurang perbezaan antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Kita masih lagi meneruskan dari segi penguasaan bahasa Inggeris misalnya. Ia perlu dirancakkan lagi untuk merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan bagaimana hubungan di antara penguasaan bahasa dan peluang pekerjaan yang akan mempengaruhi keputusan ibu bapa untuk memilih sekolah? Ini adalah kerana saya rasa ramai ibu bapa mementingkan apakah masa hadapan anak mereka sama ada pergi ke sekolah aliran yang mana akan mendatangkan kesan kepada masa hadapan anak-anak mereka. Jadi, mereka yang pilih aliran seperti sekolah Cina atau sekolah Tamil, tidak semestinya mereka tidak suka sekolah kebangsaan. Akan tetapi mereka berpendapat iaitu sekolah utamanya, sekolah rendah Cina mungkin akan menguasai lebih bahasa dan dengan secara langsung akan memperluaskan peluang pekerjaan pada masa hadapan mereka. Jadi, bagaimana ia mendatangkan kesan kepada pemerkasaan sekolah kebangsaan? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita melihat sekolah kebangsaan lazimnya kita ada dua persepsi. Pertama, ada di kalangan ibu bapa Melayu ataupun Islam menganggap ini kurang islamik dahulunya. Bagi mereka yang bukan Melayu atau bukan Islam menganggap ia sebaliknya. Pandangan mereka berbeza dengan yang beragama Islam dan mereka menganggap ia adalah satu sekolah yang terlalu banyak dominasi sesuatu kaum. Jadi, Kementerian Pelajaran bertungkus-lumus untuk kita mengubah persepsi ini. Antaranya, seperti yang saya katakan kita memperkenalkan j-QAF supaya ia meyakinkan ibu bapa beragama Islam. Bagi mereka yang ingin menghantar anak mereka masuk ke sekolah kebangsaan, pada waktu yang sama juga hendak mempelajari bahasa Tamil atau bahasa Cina, kita ada BCSK dan BTSK iaitu Bahasa Cina sekolah kebangsaan dan Bahasa Tamil sekolah kebangsaan. Walaupun kita tengok penguasaan bahasa itu dari segi komunikasi sahaja, tetapi mungkin ada ibu bapa yang melihat itu sebagai satu keperluan dan dia hendak menguasai dari segi itu. Saya rasa ini merupakan satu pilihan ibu bapa. Sama ada peluang pekerjaan itu mempengaruhi ataupun tidak, mungkin kita perlu lihat dari satu perspektif yang lebih holistik kerana selepas sekolah rendah, mereka akan masuk ke sekolah menengah kebangsaan.
Jadi, saya rasa ramai ibu bapa yang membuat pilihan bahawa aliran yang mereka gemari itu tetap menjadi hak mereka dan kita menghormati. Akan tetapi dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan kita jadikan ia lebih kompetitif. Terima kasih.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah status terkini dua tahanan iaitu Mohd. Farik bin Amin dan Mohammed Nazir bin Lep yang ditahan di Kem Guantanamo.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya ke atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa mengulangi permohonan kepada pentadbiran Amerika Syarikat supaya kedua-dua tahanan rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo, Mohd. Farik bin Amin serta Mohammed Nazir bin Lep dihantar balik ke Malaysia untuk menghadapi proses undang-undang negara yang sewajarnya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sendiri telah menyampaikan hasrat supaya dua orang rakyat Malaysia tersebut dihantar balik ke Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat, Obama semasa perbualan telefon pada 26 Jun 2009. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah meminta Presiden Obama supaya kedua-dua tahanan tersebut akan dilayan mengikut norma-norma antarabangsa dan secara berperikemanusiaan. Presiden Obama telah mengalu-alukan permintaan Malaysia dan mengatakan bahawa perkara itu akan dirujuk kepada pihak keselamatan Amerika Syarikat yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, terdahulunya Yang Berhormat Menteri Luar Negeri telah pun memaklumkan permohonan Malaysia kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 14 Mei 2009 di Washington D C. Setiausaha Clinton telah memberi komitmen untuk memaklumkan kepada Malaysia sebaik sahaja satu keputusan diambil oleh pentadbiran Amerika Syarikat. Dalam perkembangan yang terkini sewaktu perbincangan dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, James B. Steinberg pada 25 November 2009 semasa lawatan kerja ke New York dan Washington DC, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi mengulangi hasrat Malaysia supaya kedua-dua tahanan rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo dihantar balik ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal yang berkaitan juga, sepertimana yang Dewan sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Obama telah menandatangani satu arahan eksekutif pada 22 Januari 2009 agar Kem Tahanan Teluk Guantanamo ditutup dalam masa setahun. Lanjutan daripada itu, pentadbiran Amerika Syarikat sedang mengadakan kajian semula atau review bagi menentukan langkah-langkah seterusnya ke arah melaksanakan arahan eksekutif tersebut. Kerajaan Malaysia difahamkan bahawa kajian semula tersebut masih berterusan. Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan ini. Sekian.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan negara kita sudah pun mempunyai pesuruhjaya di Amerika Syarikat, adakah beliau pernah membuat lawatan terhadap Mohamad Farik Amin dan Mohammad Nazir atau setidak-tidaknya rancangan lawatan tersebut? Adakah keadaan mereka dilaporkan kepada keluarga mereka di Malaysia dan memastikan hak mereka sebagai Muslim dipelihara? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya lawatan oleh perwakilan kita telah pun diadakan dan beberapa nasihat juga telah dikemukakan kepada mereka. Kalau kita lihat setakat hari ini kedua-dua tahanan Malaysia ini belum lagi didakwa. Jadi, kita belum dapat membantu dari segi apa jua kepada mereka kerana belum didakwa dan belum tahu apa kesalahan yang mereka lakukan. Sebenarnya, terdapat lebih daripada 200 tahanan di dalam Kem Tahanan Guantanamo ini. Namun dari segi kebajikan akan terus kami pantau dan kami juga akan memastikan mereka dibebaskan dan dihantar pulang. Sekian.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dua penama yang ditahan di Guantanamo itu pengganas. Ini yang dianggap bahawa mereka ini pengganas. Jadi, kalau kita mendesak Kerajaan Amerika untuk mereka dibebaskan, bagaimana dengan tahanan ISA? Nanti pihak pembangkang akan mengambil kesempatan untuk mereka juga dibebaskan. Ini kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kedua-dua tahanan ini hanya diberitahu kepada perwakilan kita pada 2006. Setakat hari ini, mereka belum didakwa atas kesalahan apa mereka ditahan. Ia belum dikemukakan. Kalau kita lihat memang mereka diklasifikasikan sebagai high-value detainees yang mana terdapat lebih kurang 18 orang di dalam tahanan tersebut. Akan tetapi mereka belum didakwa dan kita belum tahu apa kesalahan mereka. Jadi, kita tidak boleh hendak gembar-gemburkan bahawa seolah-olah mereka ini adalah pengganas dan sebagainya. Sekian.
3. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) punca yang menyebabkan perpaduan di kalangan rakyat semakin membimbangkan dan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam mempertingkatkan perpaduan di kalangan rakyat; dan (b) apakah cadangan kerajaan dalam memperkasakan peranan Jabatan Perpaduan di peringkat daerah.
Tuan Yang di- Pertua, saya memohon izin untuk menjawab soalan ini daripada Yang Berhormat Lenggong secara serentak dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh pada 7 Disember 2009. Tuan Yang di-Pertua, seperti sedia maklum, negara-negara yang berbilang kaum, agama dan budaya sememangnya menghadapi pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, Malaysia masih dapat terus kekal aman dan damai. Bahkan dianggap sebagai salah sebuah negara yang amat aman damai dan stabil di kalangan negara-negara majmuk. Oleh yang demikian mengikut Indeks Keamanan Sedunia atau Global Peace Index, Malaysia menduduki tempat yang ke-26 pada tahun ini yang telah meningkat daripada tempat ke-38 pada tahun lepas. Secara perbandingan dengan Espanol menduduki tempat yang ke-28, Perancis ke-30, Britain ke-35, Indonesia ke-67, Filipina ke-114 dan Thailand ke-118.
Kemampuan Malaysia memelihara keadaan aman dan stabil yang sedemikian adalah kerana beberapa faktor pemangkin utama yang positif: (i) asas-asas kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang digubal oleh tokoh-tokoh pengasas dan pejuang kemerdekaan dari berbilang kaum dan telah diamalkan selama ini; (ii) perhubungan silaturahim serta semangat muhibah dan bertolak ansur di kalangan rakyat berbilang kaum sejak zaman dahulu yang berlandaskan nilai-nilai murni dari agama dan kebudayaan masing-masing; (iii) formula kerjasama politik yang berasaskan semangat berkongsi kuasa sejak Perikatan dan selanjutnya Barisan Nasional. Formula politik gabungan atau coalition politics, dengan izin, sekarang diikuti pula oleh parti-parti pembangkang juga; dan
(iv) wawasan negara, gagasan 1Malaysia, dasar-dasar dan program-program pembangunan sosioekonomi yang bertujuan untuk terus memupuk perpaduan, menjanakan pertumbuhan ekonomi serta mencapai pengagihan hasil kekayaan negara secara lebih adil dan seimbang dalam konteks sistem ekonomi perusahaan bebas atau dengan izin, free enterprise system dan dalam konteks cabaran-cabaran globalisasi. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa dalam perhubungan di antara manusia, walau bagaimana rapat seperti anggota-anggota keluarga yang penuh rasa cinta pun kadangkala tercetus perbezaan pendapat dan perselisihan apa lagi bagi masyarakat majmuk dengan perbezaan agama, kebudayaan dan bahasa. Oleh itu, amatlah penting kita sentiasa bersikap positif dengan hati yang terbuka, usaha menjalin perhubungan, memupuk perpaduan, menyelesaikan perselisihan dan mencapai persefahaman hendaklah sentiasa diusahakan berdasarkan semangat dan asas- asas tersebut. Berpandukan kepada asas-asas tersebut, program-program yang dilaksanakan oleh beberapa kementerian dan jabatan yang mempunyai kesan untuk mempromosikan interaksi dan memupuk persefahaman dan perpaduan akan terus ditambah baik dan ditingkatkan: (i) Skim Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela, Tabika Perpaduan, pelbagai program kursus dan bengkel integrasi; (ii) program penerangan dan perhubungan masyarakat untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan mendapat maklum balas dan pandangan rakyat; (iii) Program Pembangunan Belia untuk menggalakkan penyertaan dan interaksi belia berbilang kaum khasnya melalui pertubuhan- pertubuhan belia di bawah payung Majlis Belia Malaysia; (iv) pembangunan sukan untuk semua dan pembangunan sukan berprestasi tinggi bagi pertandingan antarabangsa yang dapat membangkitkan rasa bangga dan patriotik di kalangan rakyat; (v) Program Latihan Khidmat Negara untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan jati diri di kalangan belia; (vi) program sambutan hari-hari perayaan kaum dan pelbagai program seni budaya yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan yang dapat menarik penyertaan beramai-ramai dalam suasana yang meriah; (vii) rancangan integrasi murid-murid untuk perpaduan atau RIMUP yang menggalakkan aktiviti-aktiviti kokurikulum antara sekolah- sekolah rendah berbagai-bagai aliran; dan (viii) berbagai-bagai program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, program kepenggunaan, program alam sekitar dan sebagainya yang menggalakkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam menangani cabaran-cabaran bersama dan memperjuangkan kepentingan bersama dalam kehidupan seharian. Sebahagian besar dari program-program tersebut hanya berhasil sekiranya dilaksanakan dengan berkesan, dengan penyertaan ramai di peringkat akar umbi. Oleh itu adalah penting supaya pejabat-pejabat dan pegawai-pegawai di peringkat daerah dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan sentiasa diperkasakan. Begitu juga bagi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN. Antara langkah-langkah untuk memperkasakan JPNIN di peringkat daerah adalah dirumuskan seperti berikut:
(i) menyusun semula dan menambahkan Pejabat Perpaduan Daerah; (ii) menambahkan dan meningkatkan gred pegawai; (iii) meningkatkan lagi sistem pemantauan dan laporan mengenai suasana masyarakat, hubungan etnik dan insiden perselisihan di antara kawasan tempatan; (iv) meningkatkan latihan untuk pegawai-pegawai dan pemimpin- pemimpin masyarakat tempatan dalam kemahiran mengurus berkomunikasi dan mediasi; dan (v) menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pejabat daerah dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang lain dan juga dengan pejabat daerah pentadbiran. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah tersebut akan membolehkan para pegawai di pejabat-pejabat daerah bukan sahaja di bawah JPNIN, tetapi juga jabatan-jabatan lain menjadi lebih berkesan dalam melaksanakan program-program menghubungi dan menggalakkan penyertaan rakyat menyelesaikan perselisihan faham dan sebagainya. Kesemuanya ini dijangka akan memberi sumbangan terhadap tujuan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian. Dalam pada ini, sokongan dan bantuan para pemimpin politik dan masyarakat amatlah penting dan sentiasa dialu-alukan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita akui daripada jawapan Menteri, pelbagai usaha telah dilakukan hingga ke peringkat akar umbi dan kita berjaya membuat lonjakan daripada nombor 38 hingga ke 26. Namun demikian masih ada lagi golongan-golongan tertentu yang berani untuk mempermainkan isu perpaduan termasuk melanggar undang-undang negara dan akhirnya boleh mencetuskan sesuatu yang memang telah pun ada dalam sejarah negara. Persoalan saya, apakah kerajaan sedia untuk menggubal, mengkaji semula atau menambah baik mana-mana peraturan dan undang-undang yang sedia ada dalam negara bagi memastikan supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba untuk menggunakan isu ini bagi kepentingan, terutama sekali kepentingan politik. Keduanya saya dengar juga jawapan Menteri berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan di peringkat daerah, cuma mungkinkah kerajaan dan kementerian mengkaji, misalnya di kawasan saya Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Kangsar di Hulu Perak, yang terpaksa menjaga empat Parlimen dengan pegawai yang kecil, keupayaan yang kecil dan peruntukan yang kecil dan sudah tentu dengan banyak program ini banyak perkara yang boleh mereka lakukan, tidak dapat mereka lakukan dengan baik, kerana kekurangan dan kekangan yang ada sebagaimana yang saya sebut tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat Lenggong bahawa kita hendaklah mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang supaya kita menjamin keamanan dan kestabilan negara. Walau bagaimanapun, dalam sebuah masyarakat yang semakin terbuka dari segi maklumat, maka kita hendaklah mengendalikan dan menguruskan isu-isu seperti ini dengan secara lebih terbuka, lebih baik kita memerangi atau menjawab tuduhan-tuduhan tertentu dengan menggunakan fakta, menggunakan asas undang-undang dan juga menggunakan logik dan bukanlah secara berdemonstrasi. Mengenai pejabat perpaduan di peringkat daerah, memang betul bahawa daerah yang digunakan oleh pejabat perpaduan merangkumi lebih banyak dari segi daerah pentadbiran di kawasan Kuala Kangsar, Sungai Siput, Hulu Perak dan Gerik. Empat daerah digabung di bawah satu pejabat yang hanya mempunyai tujuh orang penjawat awam. Oleh itu JPNIN sedang mengkaji bagaimana untuk menambahkan lagi pejabat di peringkat daerah supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Terima kasih.
[Bangun]
Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam soalan nombor tiga ini saya bagi soalan tambahan dua lagi. Ini kerana pada satu ketika dahulu telah saya buat satu fatwa bahawa kalau soalan itu dijawab sekali gus dengan satu atau dua soalan saya benarkan tiga soalan tambahan. Ini sebagai ingatan. Jadi kalau yang biasa-biasa itu dua sahaja maksimum. Sila Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kecewa dan kesal atas jawapan Yang Berhormat Menteri kerana selalu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang lebih teruk daripada kita. Kalau macam ini bagaimana kita hendak maju ke hadapan. Soalan saya, apa pendapat Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peranan parti-parti politik dalam menjalin perpaduan di kalangan rakyat khususnya parti-parti politik yang berlandaskan kaum misalannya? Kedua, apakah pendapat Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peranan Biro Tata Negara yang selalu menunjukkan sentimen perkauman dalam content kursus tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berasa kecewa terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng. Ini kerana apabila kita dibandingkan dengan negara-negara yang dianggap lebih maju seperti Britain, Perancis dan Sepanyol di mana kita duduki tempat yang lebih tinggi, pihak pembangkang tidak mahu mengakui keadaan ini dan sering mengutamakan kedudukan di mana kita nampaknya lebih mundur. Saya menganggap bahawa ini satu sikap yang tidak begitu rasional dan objektif. Itu yang pertama. Keduanya, parti-parti politik yang berkembang di dalam konteks negara kita ini memang berkembang berasaskan kepada keadaan sosial atau masyarakat dan juga faktor- faktor sejarah yang ada. Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa ada parti-parti politik yang berasaskan kepada kaum dan juga agama. Memang terdapat juga parti yang cuma mono- religious, hanya satu agama sahaja. Oleh itu apa yang penting bukanlah dari segi keanggotaan tetapi dari segi pandangan, dari segi visi dan dari segi komitmen. Sekarang ini dengan adanya Gagasan 1Malaysia yang diutamakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional yang merupakan komitmen kita untuk menuju ke arah, untuk mempromosikan konsep yang inclusive iaitu yang serba merangkumi supaya semua golongan akan dibela nasib mereka. Itulah bagi saya satu pendekatan yang positif. Begitu juga mengenai Biro Tata Negara di mana seperti yang telah dilaporkan memang Kabinet atau Jemaah Menteri telah memutuskan supaya semangat dan prinsip-prinsip 1Malaysia diserap masuk ke dalam kursus dan kurikulum BTN dan sudah dibuat demikian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya pun berpendapat bahawa kita patut bertanding dengan negara-negara maju seperti New Zealand yang nombor satu dalam senarai Global Peace Index. Dalam keadaan ini bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu dalam perpaduan negara ini nampaknya ada beberapa perkara yang memberi ada tentangan dan halangan kepada perpaduan di antara bangsa di negaranya. Antaranya adalah Ketuanan Melayu di mana ia mendiskriminasikan kepada orang-orang bukan Melayu. Baru-baru ini Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggantikan... [Dewan riuh]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat.
[Menyampuk]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat tertib Ahli-Ahli Yang Berhormat...
Ini memberi perpaduan yang lebih cerminkan apa yang ...
[Bangun]
[Bangun]
[Menyampuk]
Ahli-Ahli Yang Berhormat Lipis, Ahli Yang Berhormat Silam duduk dahulu. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
Yang Berhormat Lipis tidak mahu duduk itu.
Yang Berhormat Padang Serai.
Dasar-dasar..., Dasar Ekonomi Baru.
Yang Berhormat Lipis, duduk Yang Berhormat Lipis.
Yang sangat memberi kita tentangan kepada keharmonian.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat padang Serai duduk. Yang Berhormat Arau duduk dahulu. Ahli-Ahli Yang Berhormat setiap kali saya ingatkan apabila berhujah mesti berhujah sebagai Parliamentarian bukan politician. Maksud saya apabila bersikap sebagai Parliamentarian maka Ahli-Ahli Yang Berhormat sentiasa ingat dengan peraturan mesyuarat. Jangan sama sekali menzahirkan walau satu perkataan yang akan menggamit reaksi negatif daripada kawan sebelah. Kalau mahu bercakap seperti politician buat di luar bukan dalam waktu perbahasan. Tolonglah ini mesyuarat Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jadi jangan lagi timbul perkara seperti begini Yang Berhormat Ipoh Barat.
[Menyampuk]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli- Ahli Yang Berhormat. Pada ketika ini saya yang memutuskan sama ada tarik balik atau tidak tetapi selepas daripada ini saya tidak benarkan lagi.
[Bangun]
Cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat Menteri buat reaksi kepada perkara yang ditimbulkan. Cukuplah Yang Berhormat Ipoh Barat. Mesej tadi itu sudah clear.
[Menyampuk]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sudah, sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat. Apa-apa tadi Menteri respons sahaja kepada itu. Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Sudahlah sudah. Duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain tolonglah. Sila Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua saya tadi tidak menafikan bahawa dengan menduduki tempat yang ke-26 ini bermakna terdapat 25 daripada sebanyak 145 negara yang diukur adalah terletak di atas paras yang lebih tinggi daripada Malaysia. Kita tidak menafikan hakikat ini. Kita sentiasa berusaha dan berpandukan apa yang dikenali sebagai world ranking ini kita cuba untuk mara ke hadapan. Sekiranya kita semua mempunyai sikap yang positif dan bukan sikap yang negatif. Kalau kita sentiasa mempunyai sikap yang negatif dan cuma nampak aspek yang negatif sahaja tidak nampak aspek yang positif. Maka kita tidak akan dapat selesaikan masalah.
Sebenarnya perselisihan antara kaum bukan merupakan satu kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. Apa yang merupakan satu kebiasaan ialah perhubungan silaturahim yang mesra yang berlaku di merata-rata tempat. Saya ingin merujuk Tuan Yang di-Pertua kepada satu rencana dalam akhbar The Sun yang bertarikh 2 Disember mengenai satu hubungan yang rapat di antara dua orang kurang upaya (OKU). Terdiri daripada seorang yang bernama Chin Kit keturunan Cina dengan Azizul keturunan Melayu yang begitu menarik perhatian orang. Mungkin apa yang perlu kita buat ialah kita hendaklah mengutamakan berita-berita seumpama ini. Bukanlah sahaja berita perselisihan faham yang kadang kala berlaku.
Tuan Yang di-Pertua.
Oleh itu apabila kita berpaksi kepada Perlembagaan negara dan Rukun Negara, maka kita akan dapat mencari penyelesaian kepada banyak masalah yang timbul dengan sikap yang positif dan bukan sikap yang negatif seperti yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang...
Jawab soalan Yang Berhormat!
Tuan Yang di-Pertua...
Boleh minta tambah soalan?
Yang Berhormat Ipoh Barat memajukan soalan yang jahat tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab. Dia bertanya tentang Ketuanan Melayu.
Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading duduklah Yang Berhormat Sri Gading.
Jadi sepatutnya Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab jawab apa yang telah dibangkitkan soalan jahat daripada Ipoh Barat.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Duduk Yang Berhormat Sri Gading.
Ini Yang Berhormat Menteri hendak main selamat.
Cukuplah itu Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, ini negeri orang Melayu, betul atau tidak?... [Ketawa]
Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sri Gading duduk.
Bukan, saya berdukacita jawapan Menteri...
Ya, saya faham Yang Berhormat Sri Gading, duduk dahulu, Yang Berhormat Sri Gading.
...Tidak menjawab.
Duduk dahulu.
Bagi pihak orang Melayu, ketuanan Melayu.
Yang Berhormat Sri Gading duduk dahulu...
Membuat soalan berbentuk....
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading duduk.
Yang Berhormat Menteri pun hendak selamat, apakah Yang Berhormat Menteri...
Provokasi, mana boleh!... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk, sila duduk. Saya tadi memberitahu kepada Menteri, jawab sahaja mana yang dianggap tidak menimbulkan kekecohan.
Rakyat di luar pun mahu tahu Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan....
Hendak jadi Tuan Yang di-Pertua kah Yang Berhormat Kinabatangan?
Jangan lagi ada Ahli Yang Berhormat buat komen yang tidak menentu. Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan penting, dijawab dengan baik tetapi apabila Ahli Yang Berhormat sendiri bersikap begini, macam mana boleh memberitahu kepada pengikut-pengikut di bawah supaya bersatu. Bolehkah? Jawapannya tidak. Jadi tunjukkan satu sikap sebagai Parliamentarian. Elakkan perkara-perkara yang akan mencetuskan apa yang dimaksudkan dengan soalan nombor tiga ini.
4. Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, kawasan-kawasan KESEDAR di Kelantan yang terpaksa ditanam semula kelapa sawit dan berapakah peruntukan yang sebenar yang diperlukan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tuan Yang di-Pertua, kawasan ladang sawit yang telah dibangunkan oleh KESEDAR bagi negeri Kelantan adalah seluas 9,627.09 hektar. Daripada jumlah tersebut, seluas 8,862.55 hektar telah dikenal pasti untuk projek tanaman semula sawit. Memandangkan tanaman sawit sedia ada tidak lagi produktif. Kos yang dianggarkan bagi tanaman semula sawit adalah sebanyak RM106.35 juta iaitu pada purata RM12,000 satu hektar.
Sekiranya lebih 8,000 hektar perlu ditanam, adakah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini cukup perbelanjaan yang telah diperuntukkan. Kedua, berapa ramaikah di antara, pada masa kini di dalam peneroka KESEDAR ini yang tergolong dalam miskin dan miskin tegar termasuk dalam RPT, Rancangan Pemulihan Tanah KESEDAR? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu adakah bekalan elektrik dan bekalan air bersih telah pun dinikmati oleh peneroka-peneroka yang ada dalam KESEDAR dan RPT KESEDAR. Terima kasih.
Untuk kawasan yang akan ditanam semula ini, kalau mengikut perancangan kementerian, kita sudah bagikan kepada beberapa peringkat. Pada tahun 2009, Paloh 2, pada peringkat satu, akan dimajukan 470.34 hektar, Chalil peringkat 1, 577 hektar. Kesimpulannya lapan ribu lebih hektar ini, kita akan sediakan bajet untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh mulai tahun hadapan dan untuk yang akan dibangunkan bagi tahun 2009 ini, kita sedang mencari bajet yang mencukupi dan kalau tidak dapat disiapkan pada tahun ini, kita akan mulakan tahun hadapan juga. Berkenaan jumlah peserta yang di dalam golongan miskin tegar. Setakat ini ada 2,228 orang, yang terdiri daripada 1080 peneroka getah dan 1,148 orang peneroka sawit yang miskin tegar dimasukkan ke dalam KESEDAR ini.
Sekarang purata pendapatan orang yang menjadi peserta ini lebih kurang RM850 sebulan. Sekiranya masih ada yang tercicir dari senarai kita, saya minta Yang Berhormat tolong majukan kepada pihak KESEDAR di Kelantan. Kita tidak menafikan kemungkinan ada yang tercicir. Ini bukan senarai kadang-kala yang 100 peratus lengkap, sekian terima kasih. Tentang bekalan elektrik dan air, projek ataupun program memberi bekalan elektrik dan air ini Yang Berhormat, adalah dibuat secara berterusan. Bukan sahaja di KESEDAR, Kelantan, tetapi juga di seluruh negara. Jadi kalau sekiranya ada yang belum menerima bekalan elektrik dan bekalan air ini, sebelum tahun 2015, kalau tidak silap saya, di Semenanjung ini kita akan bekalkan secara 100 peratus pada tahun tersebut. Sekian.
[Bangun]
Yang Berhormat Kinabatangan, soalan spesifik KESEDAR di Kelantan. Jadi kalau soalan itu ada hubung kait, saya benarkan.
Ada hubung kaitnya iaitu luar bandar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, nampaknya kerajaan telah berbelanja berbilion-bilion untuk negeri Kelantan, termasuk KESEDAR. Akan tetapi rakyatnya masih lagi belum sedar... [Ketawa] Kita beri kesedaran, tetapi dia tidak sedar juga walaupun berbilion-bilion. Apakah langkah yang sama ini juga akan dibawa ke Sabah, di Kinabatangan contohnya, sebab saya telah bertanya banyak kali. Yang Berhormat di Semenanjung tahun 2015 semua air lampu 100 peratus. Di Sabah bila pula tarikhnya, tahun berapa? Rakyatnya sudah sedar, undi bagi BN. Akan tetapi mungkin kementerian atau kerajaan belum lagi sedar, saya minta penjelasan... [Tepuk]
Dari sawit ke lampu, dari Kelantan ke Sabah, sila. Hati-hati Menteri. Menteri menjawab dari Sarawak, sila... [Ketawa]
Target kita untuk membekalkan bekalan elektrik dan bekalan air. Ini sebenarnya banyak kali sudah diulang di Dewan yang mulia ini. Target ini pada tahun 2015, 2016, target kita hampir 100 peratus. Akan tetapi pada tahun 2015, untuk Sabah dan Sarawak targetnya ialah kalau tidak silap saya lebih kurang 90 peratus lebih. Ini kerana starting point kita sekarang ini jauh lebih rendah dari apa yang wujud di Semenanjung. Sekian.
Ini Yang Berhormat, kata mesti di kota ya, tahun 2016.
5. Datuk Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sama ada kerajaan bercadang untuk mengujudkan semula pasukan Pengakap Sempadan (Border Scouts) di negeri Sarawak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Serian yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan sangat menghargai pengorbanan dan jasa baik ataupun jasa bakti pasukan Pengakap Sempadan ataupun dikenali dahulu sebagai Border Scouts yang telah ditubuhkan pada tahun 1962, bagi menjaga keselamatan sempadan di Sarawak. Terutamanya semasa berlakunya konfrontasi dan pemberontakan Komunis. Walau bagaimanapun, pada tahun 1985, pasukan keselamatan ini telah diserap ke dalam skim Perkhidmatan Polis Tambahan sebagai usaha kerajaan menaik tarafkan perkhidmatan pasukan ini. Ini sebagai latar belakang Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, setakat ini kerajaan belum bercadang untuk mengujudkan semula pasukan ini memandangkan peranan mereka dahulu telah pun dipertanggungjawabkan kepada pasukan keselamatan yang sedia ada.
Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini kerajaan memandang berat mengenai isu-isu keselamatan yang berlaku di sempadan negara dan akan mempertingkatkan kekuatan anggota keselamatan jika diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sebarang cadangan mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan tahap keselamatan di sempadan negara. Dalam pada itu, kerajaan juga sedang mengkaji untuk menaik taraf pos-pos kawalan keselamatan yang sedia ada serta mewujudkan lebih banyak pos baru di kawasan yang memerlukan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa konfrontasi dan pemberontakan komunis seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Pengakap-pengakap Sempadan walaupun bilangan mereka kecil telah banyak menyumbang kepada keselamatan dan keamanan negara. Setelah konfrontasi dan pemberontakan komunis lebih-lebih lagi seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi pada tahun 1985 ada di kalangan mereka telah diserap ke pasukan polis sebagai polis tambahan. Manakala yang selebihnya balik ke kampung menjadi petani-petani dan pekebun-pekebun. Golongan inilah Tuan Yang di-Pertua, adalah golongan yang semacam dilupakan. Jasa-jasa mereka ini macam tidak dikenang. Soalan tambahan saya, sebagai mengenang jasa bakti mereka ini, adakah kerajaan bersedia untuk memberi pencen bulanan kepada mereka iaitu bekas-bekas Pengakap Sempadan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Serian. Seperti yang saya sebutkan tadi, jasa baik dan jasa bakti pengorbanan Border Scouts ataupun Pengakap Sempadan pada ketika itu memang dihargai oleh kerajaan. Justeru itu, selepas penyerapan ianya kepada auxiliary service, mereka yang layak untuk mendapatkan pencen sehingga hari ini pun kalau mereka masih ada, diberi pencen tetapi ada juga servis mereka tidak sampai kepada tahap pemberian pencen mereka menerima lebih kurang dikatakan gratuiti semasa mereka bersara dan kerajaan ataupun KDN sekarang masih lagi menyemak senarai-senarai mereka yang merayu, yang belum mendapat gratuiti ini dan sampai ke hari ini juga kita akan memberi layanan kepada rayuan-rayuan yang tertentu. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kawasan Parlimen Serian dan kawasan Parlimen Mambong Yang Berhormat Timbalan Menteri, adalah bersempadan dengan Kalimantan. Oleh itu, isu keselamatan di sempadan timbul setiap hari kerana perompak-perompak, pencuri-pencuri menyeberang dari sebelah sana melalui jalan-jalan tikus yang sekian hari sekian banyak. Mencuri motosikal, merompak rumah-rumah, merompak keluarga dengan menggunakan senjata api. Senjata api sekarang sudah masuk melalui jalan-jalan tikus. Saya menerima baik cadangan pihak kementerian untuk mewujud semula pasukan Pengakap Sempadan. Persoalan saya sekarang, bilakah ianya diwujudkan kerana memandangkan kepada rompakan yang berlaku setiap hari. Bolehkah kerajaan sekarang melihat juga daripada segi menambahkan lagi bilangan pasukan RELA untuk bertugas di sempadan kerana mereka juga boleh membantu daripada segi keselamatan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saudara Yang Berhormat Mambong. Kita tidak menafikan bahawa gejala-gejala yang disebut oleh Yang Berhormat Mambong tadi memang berlaku. Walhal saya sendiri pun telah membuat lawatan kepada tempat-tempat yang disebut di Serikin, di Bunan Gega, di Serian dekat Bakang itu dan kita dapati bahawa laporan-laporan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memang ada berlaku. Pihak keselamatan kita iaitu PGA ataupun Pasukan Gerakan Am yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditempatkan di pos-pos yang tertentu seperti di Serikin, di Bunan Gega, di Tebedu dan juga tempat-tempat di sempadan dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi pos-pos ini dengan menambahkan lagi anggota di seluruh tempat di negeri Sabah dan Sarawak adalah sekarang masih dalam perhatian dan kajian dan kita juga akan meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan di sempadan itu oleh kerana di sesetengah tempat itu kita agak kesuntukan tempat diam pasukan kita ini.
Buat masa sekarang ini Pasukan Gerakan AM kita hanya berjumlah 2,024 orang sahaja dan kita akan menambahkan ini dan juga pasukan RELA yang sekarang ini juga akan ditambahkan untuk membantu dalam pasukan-pasukan di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan hotspots dan juga kawasan-kawasan sempadan di mana ianya selalu berlaku perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambong tadi. Sekian, terima kasih.
6. Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Kewangan menyatakan, peruntukan RM50 juta di bawah Bajet 2009 yang diumum pada 29 Ogos 2008 bagi kerja- kerja pemuliharaan tapak warisan di Melaka dan Pulau Pinang dan nyatakan secara terperinci peruntukan kepada Melaka dan Pulau Pinang serta senaraikan kegunaan dan projek-projek peruntukan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bendera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyenaraian Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan oleh UNESCO merupakan pengiktirafan tertinggi ke atas Khazanah Negara. Selaras dengan pengiktirafan berkenaan semasa pembentangan Bajet 2009 kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan tapak warisan berkenaan. Ini merupakan satu peruntukan khas yang hanya disediakan untuk tahun 2009. Peruntukan tahunan biasanya disediakan di bawah Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bajet 2009 juga menyebut bahawa peruntukan ini adalah untuk menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh NGO dan sektor swasta. Selaras dengan itu sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi Pulau Pinang dan RM30 juta bagi Melaka. Peruntukan sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk pemuliharaan tapak warisan dunia di Pulau Pinang. Khazanah Nasional Berhad telah pun diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan tapak warisan di Pulau Pinang kerana syarikat berkenaan terlibat dalam pembangunan bersepadu koridor utara termasuklah pembangunan Bandar Georgetown, Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, sementara itu sebanyak RM30 juta telah pun disalurkan kepada Kumpulan Wang Warisan di bawah kawalan Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk pemuliharaan tapak warisan di negeri Melaka. Secara dasarnya, peruntukan yang disediakan bagi kedua-dua tapak warisan berkenaan adalah untuk kegunaan seperti berikut: (i) penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan bertujuan menentukan polisi berkaitan aspek-aspek warisan dipatuhi selaras dengan kehendak UNESCO; (ii) penyediaan special area plan yang merupakan sebuah pelan pemantauan di bawah seksyen 16B(1), Akta Perancang Bandar dan Desa 1976. Ia disediakan sebagai kawalan perancang dan panduan kepada peringkat yang lebih terperinci berdasarkan analisa tipologi-tipologi bangunan, posisi social fabric ataupun berkenaan dengan satu-satu kawasan;
(iii) penyediaan inventori setiap bangunan warisan dalam kawasan zon utama yang lebih komprehensif, yang bertujuan untuk menaik taraf sistem inventori sedia ada bagi setiap bangunan warisan yang terletak di dalam tapak warisan dunia. Selain itu, ia juga dapat memastikan kerja-kerja pemantauan konservasi dan dokumentasi yang lebih berkesan;
(iv) penyediaan manual penyelenggaraan dan pembaikan untuk pemilik bangunan, ataupun home owners manual for repair and maintenance dengan izin, yang bertujuan memastikan setiap pemilik mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ke atas bangunan mereka; dan (v) pelaksanaan projek-projek yang telah dikenal pasti dalam pelan pengurusan yang melibatkan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan pelbagai jenis bangunan seperti rumah kedai dan rumah ibadat, pemeliharaan warisan kebudayaan tidak ketara, program kesedaran warisan, pelaksanaan pelan pengurusan pelancongan, pelaksanaan pelan pengurusan trafik, pelaksanaan strategi pemantauan dan lain-lain lagi. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan projek pemuliharaan tapak warisan di Pulau Pinang dan Melaka berjalan lancar, Khazanah Nasional Berhad dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengemukakan Laporan Kemajuan Perbelanjaan dan Projek bagi setiap suku tahun kepada Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya bertanya, kenapa dana ini tidak disalurkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri, dan berapakah peruntukan untuk tahun hadapan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2007 Khazanah Nasional Berhad telah pun menjalankan tugas bagi kerja-kerja mengenai pelancongan dan juga cara untuk pemuliharaan tapak-tapak yang dianggap sebagai tapak warisan di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, lebih sesuailah Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 bilion ini melalui Khazanah Nasional Berhad untuk menjalankan kerja-kerja. Bagi soalan tambahan yang kedua, RM20 million sebagai peruntukan one off. dan jika perlu, biarlah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat permintaan lagi. Jika perlulah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini adalah satu petanda jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memperkotakan janjinya, walaupun lambat laun kita dapat juga duit ini. Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah warisan dunia, telah pun dimaklumkan oleh KSU Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bahawa, kita diberikan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk tujuan pemugaran, pemuliharaan dan pemeliharaan. Wang ini telah pun disalurkan kepada Jabatan Warisan Negara. Kerajaan Negeri pada masa yang sama telah pun mengemukakan sebanyak 26 projek yang berjumlah RM30 juta, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak mendapat peruntukan tersebut. Bagi mempercepatkan pelaksanaan untuk semua projek ini, adalah dicadangkan kalau boleh semua peruntukan tersebut disalurkan segera kepada Kerajaan Negeri. Sekiranya peruntukan ini dibuat melalui waran, mungkin kita akan menghadapi masalah memandangkan tahun kewangan negara akan berakhir. Jadi, kita sekali lagi perlu memohon untuk memperbaharui waran. Soalan saya kepada Menteri, apakah jalan penyelesaian yang paling ringkas dan konkrit? Ini supaya, wang peruntukan ini dapat kita salurkan kepada Kerajaan Negeri Melaka, dan pelaksanaannya dapat dibuat dengan segera. Kita khuatir kalau wang ini tidak dibelanjakan hingga akhir tahun nanti, wang ini akan lesap. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Bila kita sebut tentang peruntukan yang telah pun dijanjikan oleh Kerajaan Pusat, dengan sukacitanya saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa, RM20 juta telah pun diturunkan kepada Khazanah Nasional Berhad sejak bulan Januari tahun ini.
Bagi Melaka, Kerajaan Pusat pada Ogos telah pun menerima senarai cadangan, dan pada 21 Ogos 2007, RM30 juta telah pun diturunkan kepada organisasi berkenaan, iaitu Warisan Negeri Melaka, untuk menjalankan kerja. Maka Yang Berhormat, jika hendak tahu secara lebih mendalam, saya harap Yang Berhormat dapat berjumpa dengan Warisan Negeri Melaka untuk mengenal pasti bila ia akan digunakan untuk projek-projek.
Menteri, bukan Warisan Negeri Melaka, Warisan Negara.
Ya Warisan Negara. Maaf. Terima kasih.
7. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, berapakah jumlah perbelanjaan kementerian dalam penglibatan Malaysia dengan Program Angkasa Lepas. Apakah yang telah terjadi dengan Program Angkasawan Negara sehingga hari ini, apakah ianya akan diteruskan atau sebaliknya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Maran. Sebenarnya soalan ini telah pun dijawab beberapa kali sebelum ini, dan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk MOSTI semalam, lebih kurang lima orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara ini, dan telah pun dijawab. Namun untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di Dewan yang mulia ini, saya sampaikan jawapan seterusnya yang serba ringkas sahaja. Sebagaimana yang pernah pihak kita maklumkan di Dewan yang mulia ini, peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Program Angkasawan Negara dalam misi pertama tersebut adalah sebanyak RM37 juta. Program Kesedaran Awam masih diteruskan sehingga kini bagi memberi pendidikan kepada kumpulan sasaran, berkenaan pembangunan program ini dan implikasi kepada pendidikan sains, sosial dan pembangunan ekonomi negara. Untuk tujuan kesinambungan Program Pendidikan dan Kesedaran Awam, kerajaan telah menubuhkan Yayasan Angkasawan Malaysia yang bertujuan untuk menggembleng usaha-usaha yang lebih tersusun dengan pencapaian yang lebih meluas, supaya dapat menghasilkan sokongan terhadap Program Angkasawan Negara di masa akan datang. Kerajaan pada dasarnya akan meneruskan Program Angkasawan ini. Walau bagaimanapun setakat ini, tarikh dan peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut belum ditentukan lagi, dan ia tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan pada masa tempoh tersebut. Kementerian ini akan terus menjalankan program-program galakan dan promosi serta latihan untuk angkasawan kedua, iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed, dan kajian-kajian mikro graviti yang berkaitan. Cadangan pelaksanaan misi kedua ini akan mengambil kira pandangan dari semua pihak, termasuk orang ramai, saintis, industri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan dan tahniah kepada kerajaan kerana akan meneruskan usaha galakan angkasawan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, anak Melayu yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia dan juga peringkat angkasa. Misi yang dibawa oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar ini, bukan sekadar dia naik ke angkasa bersama dengan angkasawan lain, tetapi dia juga membawa misi kajian yang saya kira telah diberikan oleh kerajaan. Cuma, saya ingin tahu daripada Menteri, apakah hasil kajian yang telah diperolehi melalui Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang dibuat di angkasa, dan apakah kajian-kajian atau penemuan yang diperolehi itu akan dapat dimanfaatkan di darat ataupun di negara kita ini? Saya juga ingin bertanya, oleh kerana kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan misi ini dengan mengadakan Yayasan Angkasawan dan sebagainya, apakah kerajaan bercadang, melalui peruntukan yang ada, akan membeli sebuah kapal angkasa? Ini bagi membuktikan bahawa negara kita juga berkemampuan. Kalau seorang anak Melayu mampu naik ke angkasa, apa salahnya? Kita juga mungkin mampu untuk melaksanakan misi-misi angkasawan seperti negara lain. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua dan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, seperti yang sedia maklum, misi pertama itu bukan sekadar menyangkutkan angkasawan kita dengan misi tersebut. Akan tetapi, juga telah menjalankan kajian mikro graviti. Sebenarnya, enam study di bawah tiga kepala telah pun dikendalikan dalam tempoh misi tersebut. Di bawah Kepala Put in Space, satu kajian. Di bawah Kepala - Microbe in Space, dua kajian. Di bawah Cell in Space, tiga kajian. Saya dengan sukacita memaklumkan bahawa satu seminar kedua yang diadakan di kalangan para saintis dan juga penyelidik- penyelidik yang berkaitan diadakan di Kota Kinabalu minggu yang lalu. Saya maklumkan bahawa hasil daripada enam kajian tersebut, empat paten telah pun difailkan termasuk juga satu trademark. Dari segi sangkutan pelajar-pelajar untuk tujuan pembangunan insan, pembangunan kemahiran melibatkan dua pelajar PhD dan melibatkan lapan pelajar Master hasil daripada enam kajian ini. Pada masa yang sama, kertas-kertas terbitan dan juga kertas di peringkat penyampaian konferensi di peringkat antarabangsa dan manuscript- manuscript tertentu, dengan izin, berjumlah 24 kertas telah pun dikeluarkan. Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa hasil daripada kajian tersebut telah pun menjalankan beberapa part breaking, pencapaian yang sebelum ini tidak boleh dicapai tanpa ada sangkutnya program kita dengan misi tersebut dan penyelidikan yang dijalankan. Mengenai dengan perihal membeli kapal angkasa. Saya rasa ini amat jauh daripada cadangan setakat ini. Apa yang penting ialah membuat persiapan-persiapan yang perlu untuk misi kedua dan jika kewangan membolehkan, apa yang dicadangkan itu bolehlah dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masih ingat Program Angkasawan ini lahir daripada apabila Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membeli jet Shukoi. Lalu, seperti macam balasan, maka Kerajaan Rusia telah pun membuat tawaran kepada kita dengan beberapa tawaran yang saya pernah sebut di Parlimen suatu ketika dahulu iaitu pemindahan teknologi. Akan tetapi, nampaknya Kerajaan Malaysia menolak tetapi membuat satu tawaran untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa. Jadi, bermakna pada waktu itu, kita mendapat tempat itu selepas kita membeli jet Shukoi. Itu pun dengan harga yang lebih mahal daripada negara-negara yang lain. Selepas itu, kita membelanjakan RM37 juta seperti mana yang disebutkan tadi. Adakah nanti Program Angkasawan yang kedua ini yang masih belum ditentukan bila dan berapa banyak perbelanjaan itu, kita masih hendak menunggu bahawa kena ada satu pembelian benda-benda yang lain sama ada sub marin, ataupun ada tambahan Shukoi lagi yang kena beli dengan harga yang lebih, maka barulah boleh kita menghantar angkasawan yang kedua. Kemudian, saya juga ingin mendapatkan penjelasan. Selain daripada Program Angkasawan ini, apakah perancangan jangka panjang dari sudut Program Pembangunan Industri Aeroangkasa umpamanya. Ini kerana bagi saya bahawa tidak cukup sekadar kita hanya menghantar angkasawan, berapa tahun sekali kita hantar seorang angkasawan, tetapi dari sudut pembangunan industri aeroangkasa ini tidak menunjukkan satu komitmen yang tinggi daripada pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena kerana begitu prihatin kepada perkara ini. Seperti mana yang dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sebahagian kos untuk menghantar angkasawan tersebut dalam misi pertama adalah melibatkan program offset daripada pembelian Shukoi. Jumlah tersebut telah pun saya maklumkan di Dewan yang mulia ini iaitu kira-kira RM79 juta adalah dikira daripada offset tersebut. Jadi, adakah nanti program akan datang menggunakan modaliti yang sama. Pihak kerajaan belum lagi menemui dari segi pendekatan tersebut. Akan tetapi, jika program ini disokong penuh oleh pihak rakyat Malaysia dan semua lapisan dan difikirkan adalah amat penting dari segi strategic positioning dan juga untuk industri akan datang, saya rasa banyak modaliti atau pun opsyen-opsyen yang boleh dipertimbangkan.
Jikalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada cadangan-cadangan tertentu, pihak kita sedia untuk mendengar. Dari segi impak kepada industri, ini diambil kira oleh pihak kerajaan. Sebenarnya, dalam perkara inilah mesyuarat pada 21 Disember ini iaitu Aerospace Council dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus meninjau juga setakat mana impak program ini kepada perkembangan industri aerospace di Malaysia. Terima kasih.
8. Tuan Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pelajaran menyatakan, berapakah jumlah sekolah-sekolah agama rakyat negeri yang masih beroperasi dan apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk memberi bantuan tahunan bagi meneruskan operasi pengajian agama ini.
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari akan peranan semua sekolah dalam arus pembangunan negara termasuk sekolah agama. Sehubungan itu, dalam perancangan negara, seperti melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010, Kementerian Pelajaran telah memberi tumpuan dalam semua aspek pendidikan termasuk peruntukan pembangunan dan mengurus bukan sahaja kepada sekolah kerajaan tetapi juga kepada sekolah bantuan kerajaan termasuklah sekolah agama negeri (SAN) atau Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai (SABK). Kerajaan menyarankan supaya SAR dan SAN berdaftar dengan Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SABK akan menikmati bantuan sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh seperti yang dinikmati oleh sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. Dari segi bantuan per kapita, SABK juga telah mendapat kadar bantuan per kapita yang sama dengan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 2,296 buah sekolah rendah berasaskan agama dalam negara ini. Sekolah-sekolah ini terdiri daripada 1,095 Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) dan 1,201 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) tidak termasuk ratusan kelas-kelas KAFA yang diwujudkan di sekolah-sekolah kebangsaan. Kesemuanya didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Setakat ini, 78 buah sekolah melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa dan mempunyai murid sendiri. Manakala, selebihnya 2,218 melaksanakan sesi persekolahan tidak sepenuh masa dan murid-muridnya terdiri daripada murid-murid sekolah kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Masalah dasar yang wujud ialah KPM tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kebanyakan Sekolah Rendah Agama kecuali sekolah-sekolah yang telah berdaftar sebagai SABK. Sementara, sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dan di bawah Kementerian Pelajaran tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Ekoran daripada itu, banyak perkara tidak boleh dilakukan oleh KPM untuk membantu seperti penempatan guru, bantuan per kapita, bantuan kepada murid dan lain- lain. Bantuan yang boleh diberikan hanyalah bantuan sumbangan atas budi bicara Menteri Pelajaran berdasarkan seksyen 52 Akta Pendidikan 1996. Itu pun hanya untuk SRAR, tidak sepenuh masa yang melaksanakan kurikulum KAFA sahaja. Sehingga kini, sebanyak 156 daripada 1,731 buah Sekolah Agama Rakyat KAFA telah pun berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekolah Agama Rakyat seperti mana yang kita sedia maklum telah ditubuhkan oleh rakyat berkaitan apabila ada seorang tokoh ilmuwan maka tertubuhlah Sekolah Agama Rakyat. Malangnya pada tahun 2000 menjadi detik hitam bagi Sekolah Agama Rakyat seluruhnya apabila ditarik balik bantuan per kapita tadi. Setelah tahun 2005, barulah
kementerian membuka cadangan supaya didaftar sebagai SABK. Persoalan saya, setelah kita bertemu dengan hak milik atau warisan sekolah tersebut, mereka bertanyakan apakah status setelah mereka mendaftar sebagai SABK, apakah hak milik mereka dan warisan terancam, yang pertama.
Kedua, bagaimana dengan Sukatan Al-Azhar yang telah melahirkan ramai pelajar ke Al-Azhar daripada sukatan Al-Azhar ini? Jadi apabila SABK tidak ada sukatan ini menyebabkan produk mereka, kelahiran anak Al-Azhar agak sukar. Yang ketiganya, apakah kementerian bagi memastikan 1Malaysialah, rakyat didahulukan, sekolah agama ini diteruskan diberi bantuan tidak perlu daftar di bawah SABK dikembalikan sebelum tempoh tahun 2000 yang lalu untuk meneruskan tradisi persekolahan sekolah agama rakyat tanpa mereka mendaftar, mereka mendapat bantuan seperti sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tentang pendaftaran sekolah agama ini merupakan satu perkara yang wajib kerana kalau Kementerian Pelajaran hendak menghantar guru atau memberikan bantuan per kapita kepada sekolah ini, itu sebagai satu prosedur yang perlu dipatuhi. Kalau kita lihat klasifikasi sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, kita ada sekolah bantuan kerajaan dan bukan sahaja sekolah agama. Ada sekolah jenis lain pun di bawah sekolah bantuan kerajaan. Apa yang saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini ialah status ataupun kalau hak milik tanah itu tetap menjadi hak milik Lembaga ataupun amanah bagi sekolah tersebut, itu tidak menjadi masalah. Kita tidak merampas hak milik itu. Itu kita bagi jaminan, yang pertama. Kedua, dari segi pengoperasian sekolah itu, kita membantu. Sepertimana yang telah saya jelaskan tadi, bantuan per kapita pendapatan guru kesemuanya kita bagi. Sebab itu kita menggalakkan SAR yang belum berdaftar datang berdaftar dengan kita dan fasa akan datang pun kita sedang berbincang, banyak lagi SAR yang sedang berbincang dan berunding dengan kementerian untuk dijadikan SABK. Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang positif dan kita memang melihat di Kelantan ataupun di Johor pun nampaknya sambutan begitu menggalakkan, tetapi kita kena tetapkan prosedur dan kita perlu mengenakan syarat bahawa kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian itu perlu dipatuhi. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tentang kemasukan ke Universiti Al-Azhar. Sebenarnya, di bawah Kementerian Pelajaran pun kita sediakan STAM dan 14 mata pelajaran itu sebenarnya direka bentuk berdasarkan kepada kemasukan ataupun pengiktirafan untuk memenuhi syarat minimum untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Itu tidak menjadi masalah. Jadi, saya rasa jelas bahawa kita hendak membantu sekolah agama rakyat dan sebab itulah menyeru supaya mereka menjadi sebahagian daripada kita supaya kita boleh bantu. Akan tetapi, ini juga tertakluk kepada kemampuan kewangan kita mengurus. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengetahui daripada Yang Berhormat, sekolah agama rakyat yang sudah diambil alih ini, walaupun ada masalah kerana tanggungjawab negeri, tetapi yang sudah didaftar. Apakah sudah dikenal pasti dari segi mentransformasikan sekolah-sekolah agama rakyat ini, dinaikkan mutunya sebagai sekolah asrama penuh yang setanding dengan Maktab Rendah Sains MARA, contohnya. Saya menyatakan demikian, Yang Berhormat, termasuklah juga meningkatkan di peringkat sekolah menengah kerana kita dapati rekod setakat ini, sekolah-sekolah menengah agama kita tengok pencapaiannya seperti di Kelantan, Sekolah Falahiah, Pasir Pekan, Sekolah Naim Lilbanat – ini sekolah asrama penuh yang pencapaian akademiknya hampir 100 peratus, begitu cemerlang. Pelajar-pelajarnya pula seimbang dari segi agama iaitu berakhlak dan dididik dengan agama dan cukup popular sekarang ini.
Oleh kerana kejayaan itu sudah ada, saya hendak bertanya Yang Berhormat, apakah tidak boleh jadikan sekolah agama rakyat yang diambil alih, yang didaftar ini menuju ke arah transformasi di peringkat sekolah rendah berasrama penuh dan juga di peringkat sekolah menegah agama seperti yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Satu cadangan yang bernas. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini sebenarnya bagi sekolah agama bantuan kerajaan, pada tahun ini sahaja dalam Bajet Mini yang dikemukakan ini, sebelum itu pun kita sudah bagi RM50 juta sebagai bantuan infrastruktur bagi sekolah ini. Keduanya, untuk Pakej Kedua Bajet Mini itu, kita bagi RM50 juta untuk 156 sekolah ini. Jumlah yang kita bagi ini untuk memperbaiki prasarana yang ada sekarang. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat mungkin kita hendak jadikan sebagai asrama, itu mungkin satu perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai satu formula jangka panjang. Jadi, saya rasa saya sudi membawa balik cadangan ini kepada kementerian kerana itu sesuatu yang memerlukan penelitian dari segi implikasi kewangan. Terima kasih.
9. Tuan Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam khususnya di bandar-bandar dan menghubungkan desa dan kota supaya lebih cekap dan efisien.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum kerajaan telah menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di peringkat nasional ataupun dikenali sebagai National Key Result Areas. Salah satu daripada NKRA tersebut ialah menambah baik sistem pengangkutan awam bagi mencapai sistem pengangkutan awam yang bersepadu (integrated), mudah sampai dan selamat. Bagi mencapai tujuan ini, antara perkara yang diberi perhatian dalam tempoh terdekat ialah keandalan sistem pengangkutan awam, dengan izin, sustainable, dan masa perjalanan, terutama pada masa puncak, keselesaan dan kemudahan kepada pengguna, kebolehan rakyat untuk mendapat perkhidmatan yang mencukupi serta kapasiti pengangkutan awam untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna sedia ada dan pengguna baru. NKRA ini sedang dimuktamadkan dan kerajaan yakin dengan pendekatan ini, penggunaan pengangkutan awam akan bertambah dua kali ganda menjelang 2012. Di samping itu sistem pengangkutan awam yang selesa, bermutu, cekap dan efisien akan dapat ditingkatkan, khususnya di bandar-bandar. Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang menjalankan kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam bagi bandar-bandar utama yang merangkumi 11 bandar utama. Hasil kajian ini akan juga menyumbang kepada usaha meningkatkan pengangkutan awam, khususnya di bandar-bandar. Untuk tempoh sederhana, kerajaan sedang menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menyepadukan perancangan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan pengangkutan awam darat. Penubuhan SPAD ini nanti akan dapat memantapkan lagi usaha kerajaan untuk menyediakan pengangkutan awam yang selamat, handal dan cekap. SPAD juga akan turut menyumbang ke arah penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang menghubungkan desa dan kota supaya lebih cekap dan efisien. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Menteri tadi. Sektor pengangkutan awam adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama atau NKRA. Pengangkutan awam adalah keperluan asas rakyat dan memainkan peranan penting bagi meningkatkan mobiliti kehidupan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Peningkatan jumlah penduduk, kepesatan perbandaran dan pembangunan aktiviti sosioekonomi yang pesat memberi impak kepada keperluan dan kepentingan pengangkutan awam kepada rakyat dan menuntut kepada pengurusan lebih efisien dan bersistematik. Di Malaysia hanya 16 peratus ataupun penggunaan pengangkutan awam ini 15 peratus iaitu yang terendah di dunia berbanding dengan Seoul 60 peratus, Singapura 56 peratus, Manila 54 peratus, Tokyo 49 peratus dan Bangkok 40 peratus. Punca utama kerana ketidakcekapan sistem pengangkutan awam, tiada sistem sokongan, rangkaian kemudahan yang lemah dan sebagainya. Jadi, soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah jabatan atau agensi yang memantau kualiti perkhidmatan awam pengangkutan awam dan seterusnya menjalankan penyelidikan berkaitan isu kualiti ini serta sejauh manakah kemajuan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ataupun SPAD bagi merangka dasar sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif dan menyeluruh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sabak Bernam. Saya ingin mengatakan di sini bahawa baru-baru ini Perdana Menteri kita oleh kerana ada prinsip ‘Rakyat Didahulukan’, mengadakan budaya ‘walkabout’ dan beliau telah memberi tumpuan kepada Puduraya dan beberapa pusat pengangkutan yang menjadi key result indicators. Maka Perdana Menteri sendiri telah meletakkan national priority dengan izin, dengan mengatakan bahawa dua puluh lima peratus model share, bila saya kata model share, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, percentage of passenger trips, we are mass public transport module atau MOTs. Maka beliau meletakkan dua puluh lima peratus seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, pencapaian kita dari segi penggunaan pengangkutan awam masih rendah. Maka NKRA yang dia tentukan untuk mencapai matlamat ini adalah dengan izin: (i) reliability and journey time; (ii) comfort and convenience; (iii) accessibility and connectivity; dan (iv) availability and capacity. Seterusnya untuk mencapai matlamat ini, bukan sahaja NKRA itu meletakkan indicators yang tepat dan quantifiable, tetapi juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah diluluskan, dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2009 akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk dimuktamadkan sebelum dibentangkan ke Parlimen pada awal 2010. Setelah SPAD beroperasi sepenuhnya, maka segala ini termasuklah NKRA ini akan dipantau secara jitu dan secara lebih terperinci untuk mencapai matlamat ini, tetapi perkara ini bukan senang Yang Berhormat. Seluruh dunia menghadapi masalah kesesakan dan masalah pengangkutan tetapi kita meletakkan semua ini, indicators ini untuk mencapai matlamat itu. Kita sama-sama berdoa bahawa langkah-langkah ini dapat membawa keputusan ataupun keberkesanan yang baik untuk rakyat kita. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sesi untuk pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan telah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Point of order, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 18(1).
Sila.
Satu usul telah dibawa ke kamar Tuan Yang di-Pertua, bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan keperluan Laporan Kajian Siasatan Kejadian Tanah Runtuh Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ulu Kelang, Selangor pada 6 Disember 2008 dijadikan sebagai dokumen awam. Apatah lagi Tuan Yang di-Pertua, kerana pagi ini saya baru melawat satu tapak, ada sepuluh batang pokok telah jatuh di tapak yang sama lima tahun lepas pernah mengalami tanah runtuh. Jadi saya rasa usul ini harus dibincangkan kerana ianya melibatkan nyawa 10,000 orang penduduk di Bukit Antarabangsa dan mereka ingin tahu, apakah yang harus selanjutnya mereka lakukan. Jadi saya rasa usul ini patut dibawa untuk dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan telah dibuat di mana jawapan saya, saya telah berikan kepada Yang Berhormat iaitu pada hari ini dua usul yang perlu untuk diambil kira. Jadi Yang Berhormat menghantar notis sebelah tengah hari kelmarin selepas jam 10. Secara kebetulan ada usul daripada Yang Berhormat Kuala Selangor yang dihantar lebih awal daripada itu yang juga perlu saya ambil tindakan untuk pagi ini. Maka usul Yang Berhormat ditolak begitu sahaja atas prosedur. Jadi kalau Yang Berhormat mahu supaya usul itu dibuat sekali lagi untuk saya buat ketetapan lagi, Yang Berhormat boleh hantar semula.
Memandangkan usul Yang Berhormat Kuala Selangor juga direject dalam kamar, jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua boleh menggunakan kesarjanaan Tuan Yang di-Pertua untuk menerima usul ini agar dibincangkan kerana ia melibatkan nyawa penduduk-penduduk di Bukit Antarabangsa.
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 19 November 2009 satu usul saya tolak, usul daripada Yang Berhormat Ipoh Timur mengenai dengan soal CPI korupsi, di mana kedudukan Malaysia telah menurun. Dalam usul tersebut, Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan bahawa itulah kejadian paling teruk selama 15 tahun. Saya tolak dalam kamar, saya bagi alasan-alasan yang konkrit pada ketika itu. Jadi sekarang ini Yang Berhormat minta juga kerana perkara ini mustahak. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai tambahan kepada petua yang saya buat pada hari itu, tidak apalah, pada hari ini saya akan respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat supaya ini akan menjadi terang-benderang, apa sebenarnya Peraturan Mesyuarat 18(1) itu. Maka itu oleh kerana perkara ini sering kali dibangkitkan, saya tidak berhenti-henti untuk membaca buku-buku rujukan daripada luar negara mengenai dengan soal ini. Jadi saya telah terjumpa dengan satu buku yang ditulis oleh Selwyn Llyod, tajuk buku “Mr. Speaker Sir”. Ini menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi Speaker the House of Commons di England pada awal tahun 1970-an. Dia berhadapan dengan masalah di situ Standing Order No. 9 yang secara kebetulan Standing Order 18 di tempat kita. Jadi biar saya baca, Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dengar baik-baik supaya soal 18(1) ini jangan lagi ditimbulkan untuk menghabiskan masa kita. “‘An important discretion is given to the Speaker under Standing Order No. 9” - which is Standing Order 18 di tempat kita. “A member can moved the adjournment of the House for the purpose of discussing a specific and important matter that should have urgent consideration”. Okey, sama dengan 18. “The decision should be within the Speaker discretion”, budi bicara Speaker menurut Peraturan Mesyuarat 11. “To make it easier for the Speaker and to prevent accumulation of another load of precedents”, bermakna untuk mengelakkan jangan ada keputusan-keputusan yang dibuat oleh Speaker apabila memberi penjelasan, maka he should not give his reasons. “The granting of an application inevitably disrupted the business already arranged”. Bermakna business yang kena arrange pada hari ini, inilah Aturan Urusan Mesyuarat, prearrange. “One of the sensible feature in the way of the House conducts its affairs is a fix agenda, known beforehand.” “The disruption of the programme at short notice could be highly in convenient.” Dia bagi contoh, “A typical example of difficulties with which I so often had to deal”.
Pada bulan Oktober 1975, kes “A Conservative west midlands Member made an application for an emergency debate under Standing Order No. 9 on the grounds that the figure for those unemployed had passed the millions mark.” Bermakna pada soal itu, pengangguran di England meningkat bermilion. Jadi wakil daripada Midland di sini mengatakan bahawa itu soal penting, bermilion rakyat tidak ada kerja, harus dibahas, emergency, specific matter, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Okey, ini tindakan beliau, “It would have been wrong of me to disrupt the House programme. Nor was Standing Order No. 9 intended to cover a continuing problem such as unemployment.” Bermakna dia kata, bagi dia adalah tidak menurut peraturan mesyuarat apabila urusan mesyuarat yang telah ditentukan diketepikan, oleh kerana membincangkan satu perkara yang kononnya mustahak. Dia kata, ini dia punya jawapan, “My decision must not be construed by anyone as implying that I do not realize the importance of the problem.” Jangan sama sekali menganggap bahawa petua saya ini seolah-olah saya tidak menganggap bahawa soal pengangguran yang berjuta begitu tidak mustahak. Pada masa yang sama juga Yang Berhormat Ampang, jangan menganggap bahawa tindakan itu saya tidak menganggap bahawa keselamatan penduduk di kawasan yang Yang Berhormat sebut itu saya tidak anggap mustahak, memang mustahak. “As a member of this House” dia kata, kerana pada ketika itu dia juga masih Merseyside Member.
Dalam masa yang sama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tadi, minta supaya perbahasan dibuat secara emergency. “ As a member, I know it full well. But it is a continuing problem”. Maksudnya itu unemployment. “One which should certainly be debated in this House”, mesti dibahas di Dewan dia kata, “on repeated occasion, but not one for which Standing Order No. 9 was drafted or intended. Bermakna, dalam hal ini masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu ialah tidak termasuk dalam Standing Order 18(1). “I am afraid that my answer which is a procedural one and no more must be ‘No’”. Atas sebab itu Yang Berhormat, atas prosedur, bukan saya menafikan bahawa itu adalah mustahak, maka saya menolak. Jadi, saya mohonlah perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Apabila membawa usul emergency di bawah 18(1), ambil kira apa yang saya sebut ini. Jadi, saya anggap usul 18(1) ini timbulkan apabila tidak ada lagi peluang-peluang lain yang boleh berbahas supaya Aturan Urusan Mesyuarat yang telah kita buat daripada awal, jangan diketepikan. Sekarang saya buat ruling ini pun, sudah mahu dekat setengah jam, Aturan Urusan Mesyuarat yang kita buat terpaksa diketepikan. Sila, setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sedikit.
Yang Berhormat. Penjelasan saya itu sudah cukup jelas. Tidak payahlah Yang Berhormat minta penjelasan lagi.
Oleh kerana tidak ada ruang, Yang Berhormat Menteri tidak menjawab untuk memberikan laporan itu ketika sesi Jawatankuasa.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Setahu saya, perkara ini sudah pun selesai, dan saya telah membuat keputusan. Sila, setiausaha.
Peraturan mesyuarat di sini, Tuan Yang di- Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya hendak minta satu ruling daripada Tuan Yang di- Pertua kerana pada hari Isnin yang lalu, semasa debate Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya, saya ada tanya satu soalan tentang diskaun 20 peratus yang diberi kepada pengguna tol lebuh raya yang sebanyak 80 kali sebulan. Jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya adalah bahawa itu memang satu social responsibility concession. Mereka yang bagi 20 peratus, tanggungan mereka sendiri. Kerajaan tidak buat apa-apa.
Namun, menurut satu jawapan bertulis daripada Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah bertanya Perdana Menteri siapa pembayar kos diskaun tersebut. Jawapan yang beliau dapat, saya ada satu salinan di sini, adalah pihak kerajaan membiayai kos diskaun tersebut bagi meringankan beban kewangan para pengguna lebuh raya bertol, terutamanya bagi pengguna kerap lebuh raya bertol. Jadi, soalan saya di sini, siapa yang kita boleh percaya dan siapa yang bohong? Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan saya di Dewan yang mulia ini bahawa itu social responsibility, syarikat konsesi yang bayar. Akan tetapi, on the other hand, jawapan daripada Perdana Menteri adalah kerajaan yang bayar untuk kos diskaun ini. Jadi, saya mintalah satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua. Siapa yang kita boleh percayai sekarang?
Dua-dua tidak boleh percayalah. Haiiya... [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini satu lagi peraturan mesyuarat yang sering kali dibangkitkan iaitu Peraturan Mesyuarat 36(12). Maksud Peraturan Mesyuarat 36(12) ialah apabila seseorang Ahli menyebut satu perkara yang kemudiannya dapat diketahui bahawa perkara itu tidak betul, bermakna menyalahgunakan fakta, berbohong. Akan tetapi, pernah juga saya buat fatwa dalam Dewan ini iaitu untuk mensabitkan seseorang di bawah 36(12), ada tiga kriteria yang perlu dipenuhi. Ada dua prima facie bahawa Ahli Yang Berhormat yang berkenaan itu boleh disabitkan di bawah 36(12). Pertama, perkara yang di hujah itu adalah fakta yang tidak betul. Dalam kes tadi itu, benarlah tidak betul kerana ada bukti dua fakta bercanggah. Kedua, apabila Yang Berhormat sedang berucap itu mengetahui bahawa yang dia hujah itu adalah tidak betul, tetapi dia juga terus berucap oleh kerana ketika dia berniat untuk menyelewengkan fakta. Sengaja. Maka, barulah 36(12) bercanggah. Jadi di sini, kalaulah perkara itu betul dan ia betul, tetapi Ahli Yang Berhormat yang berucap itu pada ketika itu mungkin dia tidak sedar bahawa dia bercakap bertentangan dengan satu fakta. Kalau dia sedar, memang dia tidak akan sebut itu kerana apabila dia sebut, mencerminkan bahawa dia kurang efisien. Ketiga, mungkin dia tidak mempunyai niat kerana tidak ada Yang Berhormat Menteri yang menjawab kepada satu soalan serius yang sengaja berbohong. Nanti, kalau didapati bahawa dia akan persepsi bahawa dia tidak kompeten Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, sedarlah ini. Maka itu, apabila satu peraturan mesyuarat ditimbulkan, saya sengaja untuk biarkan supaya disebut kerana apabila disebut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Serdang tadi, jelaslah bahawa lain kali, Menteri- menteri, apabila menjawab, jawablah dengan baik. Jangan hujah saja, lepas-lepas... [Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Sila.
[Bangun]
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasalah kerana dalam 36(12)...
Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Serdang, jelas you made your point, I made a ruling.
Ya, saya faham.
Bermakna 36(12) pada sekarang ini tidak bersabit apa-apa. Cuma mesej itu already delivered dan saya sudah pun beritahu kepada Menteri-Menteri bahawa lain kali begitu. Jadi, kalau Yang Berhormat Serdang bertanya saya, mana yang betul, mana yang tidak, manalah saya tahu, Yang Berhormat Serdang.
Jadi, mesti...
Yang Berhormat Menteri mestilah membuat pembetulan.
...Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun Perdana Menteri menjelaskan kepada Dewan ini.
Ya, saya tahu. Jadi, bermakna perkara itu sekarang, sekadar kita berbahas ini pun sedang saya membuat ruling pun, menteri-menteri dan pegawai-pegawai sudah tahu apa yang dimaksudkan di sini. Jadi, untuk mesyuarat ini, Yang Berhormat Serdang, sudahlah itu. Yang Berhormat Shah Alam, kalau tidak juga point of order yang lain, berkenaan ini juga, janganlah bangkitkan.
Point of order yang sama. Respons kepada apa yang disebut...
Tidak... [Dewan riuh]
...Oleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, biar saya jelaskan.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Kerana Tuan Yang di-Pertua minta. Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Shah Alam, duduklah, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua sudah berikan ruling. Saya hendak respons, saya hendak tanya.
Yang Berhormat Shah Alam.
Saya hendak tanya. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan apa yang telah disebutkan tadi. Bagaimana kita hendak tahu sama ada Menteri tahu ataupun tidak? Bagaimana kita hendak tahu apa niat dia? Apabila kita kemukakan 36(12), Tuan Yang di- Pertua tidak bolehlah menempelak kita dengan begitu.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.
Kerana kita tidak tahu apa yang dia tahu dan niatnya.
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Peraturan Mesyuarat 43, apabila Speaker telah mengambil keputusan, maka muktamadlah... [Dewan riuh] [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat ketawa ini kenapa?... [Ketawa] Mahu ketawakan sayakah atau apa?
Tidak, kita rasa bahagia.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah Yang Berhormat Shah Alam. Sudah, Yang Berhormat Shah Alam. Peraturan Mesyuarat 43, apabila keputusan sudah dibuat, maka muktamadlah. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak juga puas hati, di bawah peraturan mesyuarat itu juga, boleh buat usul bahawa keputusan Speaker itu adalah tidak betul. Jelas. Sila setiausaha, teruskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kesebelas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.31 [Jadual] – Maksud P.31 [Anggaran Pembangunan 2010] –Bill
Saya minta Yang Berhormat Kepong untuk menyambung perbahasan.
Tuan Pengerusi, semalam saya sebutkan mengenai Taman Negara. Tidak kira di Semenanjung atau Sarawak atau Sabah, kita mestilah menjaga dengan baik untuk tujuan pelancongan juga. Misalnya di FRIM atau Forest Research Institute di Kepong.
Saya nampak ada projek-projek di sekitar, di tepi taman itu, ini memang saya hendak - Yang Berhormat Menteri itu kita mestilah, kalau kita hendak menggalakkan promosi pelancongan, kita juga memberitahu kementerian yang berkenaan bahawa kita tidak boleh benarkan projek-projek sekitar ataupun dekat dengan taman-taman ini, termasuklah di FRIM kita ini. Taman FRIM di Kepong, di sebelah itu ada Bukit Lagong ada nampak pembalakan dan sebagainya. Ini memang tidak boleh dibenarkan ia dekat dengan bandar, kalau Taman Negara, ia jauh daripada bandar. Memang masalah kegiatan haram yang berlaku dan sebagainya termasuklah Hutan Belum di Utara Perak. Masalah yang sama yang berlaku dan saya berharap dalam usaha untuk menggalakkan dan mempromosikan pelancongan kita pun mengambil perhatian mengenai kegiatan-kegiatan yang tidak diingini dan yang merosakkan Taman-taman Negara. Seterusnya Tuan Pengerusi, 030000 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), mengenai peruntukan dan juga kegiatan untuk mempromosikan marketing (pemasaran). Sekarang dunia ditimpa kemerosotan ekonomi yang menjejaskan negara kita juga dan ketika ini bagi saya lah, ada peluang untuk mempromosikan dan meningkatkan usaha pemasaran bagi pelancongan Malaysia. Ini memang patut dibuat tetapi saya nampak peruntukan bagi Kementerian Pelancongan sudah kurangkan daripada RM650 juta, dikurangkan kepada RM585 juta. Sebanyak RM65 juta yang kurangnya. Saya berharaplah pihak kementerian dapat mempertingkatkan usaha untuk pemasaran tetapi saya mesti bagi peringatan. Ini tidak bermakna kementerian boleh melakukan benda-benda yang curang, misalnya PAMPENA. PAMPENA ini, ia memang ada bukti-bukti yang menunjukkan berlakunya kecurangan. Ada anak-anak syarikat itu yang gagal, PAMPENA. Setakat ini “ada nasi di balik kerak”.
Ya. Ya.
“Nasi di balik kerak ini.” Ini bermakna masalah- masalah PAMPENA ini belum diselesaikan dan bolehkah Yang Berhormat Menteri itu mengumumkan kepada Dewan yang mulia ini apakah yang terjadi dengan PAMPENA?
Saya menggalakkan pemasaran ini bukan bermakna kita mesti mengulangi masalah yang wujud kerana PAMPENA itu. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk menggalakkan pelancongan kita mesti menumpukan kepada niche-niche yang betul. Di sini Tuan Pengerusi, saya ada nampak e- Perubatan, yang mana e-Perubatan untuk pelancongan dan juga eko-Tourism dan sebagainya. Memang kita ini perlu menyelidik dan menggalakkan kegiatan-kegiatan seumpama ini, setakat ini saya pun bergembira juga kerana pelancongan di Malaysia ini di dalam lingkungan 15 yang teratas. Ada 15 negara yang teratas di dunia. Kita mesti tahu dan matlamat kita yang kemudiannya kita mesti mempertingkatkan kepada lingkungan sepuluh negara yang teratas. Termasuk Padang Rengas. Mesti ambil perhatian... [Dewan riuh] Apa masalah Yang Berhormat Sri Gading?
Tidak ada apa-apa.
Tidak ada masalah?... [Ketawa] Di Padang Rengas tidak banyak tempat untuk pelancongan. Mesti kita...
Yang Berhormat, sudah perlu digulung Yang Berhormat.
Gulung, saya mesti gulung... [Ketawa]
Sudah habis.
Habis sudah. Saya tahu habis Yang Berhormat Arau.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Akhirnya lah, kita di dalam masa ekonomi yang merosot, kita mesti mempertingkatkan bidang pelancongan yang tumbuh. Ini satu bidang yang tumbuh walaupun Yang Berhormat Padang Rengas tidak mengambil perhatian tetapi ini satu bidang, satu sektor yang penting yang boleh dipromosikan semasa ini, apabila ekonomi pulih pelancongan lah akan memberi hasil yang banyak kepada negara. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Minta Yang Berhormat Arau ya. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Pusat Pelancongan Malaysia. Kita ucapkan tahniah kepada kementerian ini walaupun dalam keadaan ekonomi yang merosot, masalah ekonomi dunia tetapi sektor pelancongan negara kita terus meningkatkan pendapatan negara dan memberi sumbangan kepada hasil negara dan saya juga bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kepong. Dalam keadaan ini kita juga mendapat hasil yang tinggi daripada pelancongan tetapi kita perlu ingat, pelancong akan datang apabila negara kita aman, selamat dan juga destinasi pelancongan kita menyediakan pusat-pusat pelancongan yang indah, bersih, menarik dan juga selesa. Dari segi kemudahannya mestilah cukup dan paling utama sekali ramah mesra. Kemesraan daripada rakyat di dalam negara kita. Berpegang kepada adat resam ketimuran dan saya percaya bahawa Yang Berhormat Kepong bersetuju juga masalah atau peristiwa baru-baru ini, boleh menggugat tarikan pelancong ke dalam negara kita apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba memijak-mijak poster tertentu, walaupun kita... [Dewan riuh]
Pijak kepala lembu sahaja ada. Pijak kepala lembu... [Dewan riuh]
Kita tahu bahawa...
UMNO bakar gambar pemimpin tidak cakap.
Berilah saya hendak bercakap. Nanti hendak bercakap you cakaplah... [Dewan riuh] Beri peluang saya
bercakap. Ini pandangan saya, pandangan Yang Berhormat Kuala Krau. Walaupun pihak tertentu telah meminta maaf melalui surat khabar dan ini telah menimbulkan...
Ada minta maaf.
Ini ada minta maaf kecuali kerana perbuatan kita, perbuatan yang salah, orang itu buat salah, orang itu pun perlu minta maaf juga. Ini boleh menjejaskan hasil pelancongan negara kita... [Dewan riuh] Jangan masalah kestabilan, masalah politik. Apabila masalah kestabilan politik dan kita huru-hara dari segi politik, berbeza-beza pandangan politik, kita ada ambil tindakan pijak poster kawan-kawan kita yang dahulu bersama dengan kita. Apabila pandangannya berbeza, tidak bersama dengan kita, kita mengambil tindakan memijak. Saya cukup kecewa...
Yang Berhormat Krau, Yang Berhormat Kuala Krau...
Sekejap saya habiskan, sebentar...
Yang Berhormat Krau.
Saya habiskan ayat ini, selepas itu saya beri Yang Berhormat Sri Gading.
Ya.
Saya cukup kecewa dengan Yang Berhormat Ipoh Timur kerana sebagai orang lama yang saya hormati selama ini, yang saya fikir bukan lagi guru tetapi tok guru, mahaguru.
Setaraf Nik Aziz.
Setaraf dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz... [Dewan riuh] dari segi politik dan pengalamannya tetapi... Yang Berhormat Shah Alam. Kalau Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap, bercakap.
Saya kecewa kerana tindakan ini menunjukkan Ipoh Timur terikut-ikut dengan politik Ahli-ahli Parlimen yang baru hendak masuk politik ini. Sepatutnya sebagai penasihat parti DAP memberikan nasihat yang betul. Saya bukan kecewa, saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas, memberi kutukan dan kritikan yang sekeras-kerasnya perbuatan DAP Perak memijak poster-poster rakan-rakan ahli-ahli wakil rakyat di dalam negeri Perak. Sila Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tidak sangka sebenarnya ada respons daripada orang Melayu yang lain yang menyatakan bahawa memijak gambar ini. Itu sebab berbahaya perbuatan-perbuatan seperti ini. Memijak gambar ini adalah orang Cina yang memijak gambar muka orang Melayu..., ke mana pergi ini? Saya dapat SMS ini. Ke mana perginya masalah ini? Sebenarnya perbuatan-perbuatan seperti ini boleh mengundang perkara-perkara yang lain. Perkara-perkara yang lebih serius. Oleh sebab itu berhati-hati kita sebagai Ahli Parlimen atau ahli politik. Kita berhati- hati tindakan kita jangan mencetuskan pandangan yang lain pula. Ini yang saya kesalkan. Oleh sebab itu, minta maaf ini pun rasanya sudah terlambat dan sebenarnya tidak memadai kerana perbuatan seperti ini boleh mencetuskan api perkauman yang paling hebat.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Yang Berhormat hendak beri jalan?
Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Maran dahulu.
Yang Berhormat Maran, ya.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Ahli Parlimen Kuala Krau. Saya cukup bersetuju. Sebenarnya saya minta Yang Berhormat Ahli Parlimen kita semua sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat... [Ketawa] Jangan suka. Ini betul! Akan tetapi perangai kita lebih teruk dari ini. Kita tahu bahawa untuk menarik pelancong kita menunjukkan destinasi lokasi yang baik. Kemudian ada budaya yang baik termasuklah tingkah laku dan sebagainya. Akan tetapi kalau macam ini bermakna sudah tentulah pelancong tidak suka kepada kita. Jadi kalau kita pemimpin membuat kerja seperti ini, saya kira satu keadaan yang cukup memalukan kita. Jadi saya kadang-kadang apa yang dikomen oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baru bagus juga Yang Berhormat Kuala Krau. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat?
[Bangun].
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Maran. Saya juga pada pandangan-pandangan daripada kawan-kawan di dalam PKR juga yang membantah terhadap perbuatan memijak poster ini. Saya bersama-bersama dengan...
Yang Berhormat Kuala Krau boleh minta penjelasan?
...Kawan-kawan kita dalam PKR. Jadi saya Tuan Pengerusi...
Saya minta penjelasan.
Saya ingin menumpukan terus..
Jangan batu baling simpan tangan!
Ya, teruskan.
...Kepada tajuk yang lain... [Dewan riuh].
Yang Berhormat Taiping... [Dewan riuh] Yang Berhormat Taiping sila duduk. Duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh].
Saya percaya Yang Berhormat.... [Dewan riuh].
[Bangun].
Yang Berhormat! Duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh].
Sudahlah!
...UMNO Bukti Bendera yang pijak gambar...
Yang Berhormat Taiping!... [Dewan riuh].
Saya tidak lari. Saya ada di sini.
Yang Berhormat Taiping, sila duduk Yang Berhormat.
[Bangun].
Kalau hendak...
Tunjukkan bukti?
...Dan setiap masanya saya berada di sini... [Dewan riuh].
Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat! Duduk... [Dewan riuh]
[Bangun].
...Kalau dibandingkan dengan Ahli Parlimen yang lain daripada DAP... [Dewan riuh].
Yang Berhormat!
Saya masih tertunggu-tunggu di mana...
Pulau Pinang.
Bagaimana kalau...
Yang Berhormat Kuala Krau! Sebentar Yang berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat!
...Bermula dengan projek ini!
Yang Berhormat.
Sekian, terima kasih.
Tunggu habis dahulu barulah cakap.
Ya. Teruskan Yang Berhormat Kuala Krau.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Sebentar Yang berhormat.
Terima kasih. Saya..
Yang berhormat Kuala Krau mahu beri laluan kepada Yang Berhormat Bagan Serai?
Terima kasih.
Sila duduk Yang berhormat.
Masa saya sedikit. Saya hendak beralih kepada tajuk yang lain... [Dewan riuh] [Ketawa] Tidak! Saya minta...
Inilah sikap dia...
...Yang Berhormat Menteri akan jawab.
...Lontar batu simpan tangan.
Sabar Yang Berhormat. Dia sedang berucap itu... [Dewan riuh].
Jalan sahaja terus.
Oleh itu, untuk menimbulkan keselesaan dan menarik pelancong-pelancong di dalam negara, saya ingin tahu berapakah
pusat-pusat pelancongan yang telah di senarai dan diiktiraf oleh kementerian ini di dalam negara kita terutamanya negeri Pahang? Ini kerana kadang-kadang kita di peringkat negeri mengatakan itu adalah destinasi pelancongan. Di peringkat daerah kita itu destinasi pelancongan. Akan tetapi apabila kita memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, dia jawab itu bukanlah di dalam senarai destinasi pelancongan di bawah kementerian. Oleh itu, saya ingin tahu apakah syarat-syarat tertentu untuk menjadikan pusat pelancongan di dalam kawasan kita sama ada di Parlimen Kuala Krau ada pusat pelancongan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri seperti pusat Hutan Lipur Gunung Senyum? Selepas itu kita ada Pusat Perhilitan atau Pembiakan Seladang yang ketiga terbesar di dalam dunia kita. Kenapa kita tidak dijadikan sebagai ecotourism di dalam negara kita? Kita juga ada air terjun di Lata Manau, Paya Sok. Oleh itu saya mohon supaya perkara-perkara ini mendapat perhatian daripada Menteri sendiri. Melihat kepada menaik taraf pusat-pusat pelancongan khususnya di kawasan Parlimen Kuala Krau di negeri Pahang. Saya juga ingin merujuk kepada 03000 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Semalam, Yang berhormat Kulim Bandar Baru telah bertanya terhadap kedudukan Majlis Tindakan Pelancong di peringkat negeri. Saya ingin tahu, apakah kerjasama yang telah dibuat oleh kementerian ini dengan Majlis Tindakan Pelancong dan juga fungsi lembaga ini dalam menaik taraf pusat-pusat pelancongan di dalam negara kita? Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, pada tahun 2010 tahun hadapan, berapakah peruntukan yang disalurkan sama ada dalam bentuk pinjaman atau menaikkan taraf kemudahan-kemudahan di pusat-pusat pelancongan di dalam negeri Pahang? Saya juga merujuk kepada 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Ini saya khusus kepada Pusat Hutan Lipur Gunung Senyum yang pada tahun 2008 telah diberikan peruntukan sejumlah RM2 juta tetapi telah ditarik balik kerana ada cadangan-cadangan daripada syarikat tertentu untuk mengusahakan dan membuat operasi kilang simen di Gua Jebak Puyuh yang berhampiran dengan Gunung Senyum lebih kurang 5 kilometer. Saya ingin tahu, apakah kementerian ini tidak berbincang dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Alam Sekitar dan juga kerajaan negeri? Kesan daripada operasi simen di Gua Jebak Puyuh ini akan menjejaskan alam sekitar dan juga flora dan fauna di kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum tersebut. Saya mohon sekiranya operasi kilang simen itu tetap hendak dijalankan, saya mohon Hutan Lipur Gunung Senyum itu dapat kita jaga dengan baik. Kita kekalkan peruntukan RM2 juta tersebut dikembalikan untuk peningkatan kemudahan kepada orang ramai untuk melancong di mana di dalam Gunung Senyum tersebut terdapat banyak iaitu lebih kurang 27 gua-gua di dalamnya. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 01900...
Yang Berhormat, Gunung ini betul-betul pandai senyumkah?
Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan datang ke Gunung Senyum bersama Yang Berhormat Menteri Pelancongan untuk tengok ia senyum atau tidak, cantik atau tidak, manis atau tidak? Ia manis seperti Yang Berhormat Kinabatangan. Senyumannya manis dan menarik.
Cantiklah!
Butiran 01900-Pembangunan Ecotourism, saya telah sebut sebentar tadi. Saya mohon kementerian ini menjadikan Pusat Pembiakan Seladang, Jenderak Selatan sebagaimana Kuala Gandah yang menjadi pusat tarikan pelancong daripada luar negara. Saya mohon Pusat Pembiakan Seladang di Jenderak Selatan ini juga disenaraikan sebagai salah satu destinasi pelancongan kerana pembiakan-pembiakan seladang yang hampir pupus di dalam dunia ini. Ia sedang giat dijalankan di sini. Ketiganya, saya minta air terjun Lata Manau juga dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan. Akhirnya Tuan Pengerusi, 02800-Program Peningkatan Kemudahan Homestay, di dalam kawasan saya. Terima kasih kepada pihak Menteri. Desa Murni Kerdau telah
menjadi Program Homestay Rumpun Makmur, juga program homestay dan FELDA Jengka 25. Soalnya, saya ingin bertanya apakah faedah dan pulangannya kepada peserta-peserta luar bandar dan orang kampung yang menerima kunjungan daripada pelancong-pelancong luar negara? Dari segi kemudahannya, saya percaya ada kemudahan untuk membaiki rumah, tandas, dan sebagainya. Akan tetapi saya juga ingin tahu berapakah elaun harian yang diberikan kepada ketua isi rumah tersebut? Cuti-cuti Malaysia ini Tuan pengerusi, jangan lupa pada hari Ahad, 6 Disember 2009 di Dataran Merdeka, Shah Alam jemput untuk kita sama-sama melihat kebudayaan Malaysia, adat resam ketimuran kita. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi keizinan kepada saya untuk membahaskan butiran Kementerian Pelancongan. Butiran 030000 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Kita mohon kepada kementerian supaya mengemaskinikan semula dan memberi sokongan yang padu kepada, khususnya daerah- daerah yang dikatakan dikenali sebagai daerah pelancongan. Dalam kawasan Jerai, ada daerah Yan yang kita namakan Daerah Pelancongan dan Daerah Bersih. Apa yang terdapat di sana adalah pelbagai aktiviti pelancongan termasuk Gunung Jerai, Tangga Kenari, pengusaha homestay, chalet dan sebagainya. Kemudian, Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Saya ingin tahu, bagaimanakah one-stop centre yang telah diwujudkan di semua negeri? Bagaimana peranannya, dan bagaimana ia dapat memberi info kepada pelancong dan pengusaha- pengusaha pelancongan ini, supaya dapat dikongsi bersama? Sejauh manakah keberkesanannya terhadap pengusaha-pengusaha chalet, homestay dan sebagainya? Untuk perhatian, perlu dibuat kajian kerana terdapat di kawasan Jerai, deretan jualan jagung yang sudah pun menjangkau usia 40 tahun lebih. Namun, ia dilihat tidak dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Ini termasuk juga Terusan Wan Mat Saman yang suatu masa dahulu merupakan sejarah aliran air untuk sawah padi. Ia menjadi sejarah dalam negara kita juga, dan seolah dipandang sepi oleh pihak Kementerian Pelancongan. Kita pohon jualan jagung ini yang diwarisi turun-temurun, juga diberi pampasan dan juga diberi galakan kajian untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan dalam negara kita. Kemudian Tuan Pengerusi, termasuk juga Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Ini juga perlu diambil kira, kerana Parlimen Jerai dan kawasan Yan merupakan destinasi terbaik untuk dijadikan destinasi pelancongan pada masa kini. Maka, kita pohon kepada pihak kementerian supaya memberi peruntukan kepada destinasi ini, termasuk kawasan-kawasan yang telah pun diberi penumpuan seperti Titi Hayun, Batu Hampar, Chalet Salak Denai dan Seri Ayu, yang pada hari ini hanya diusahakan oleh individu sahaja. Maka dengan Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan ini. ia dapat membantu pengusaha- pengusaha menjadikan pelancongan tempatan domestik. Kemudian, Butiran 02600 – Program Pembangunan Papan Tanda dan Papan Penerangan Pelancongan. Papan tanda merupakan info awal kepada pelancong dan kepada kita semua. Jika mana papan tanda ini berkarat, patah dan lusuh warnanya, ia tidak menggambarkan destinasi sebenarnya. Maka, agak malanglah. Maka, saya pohon kepada pihak kementerian supaya mengenal pasti dan membaik pulih papan-papan tanda ini, seperti mana yang terdapat sebelum ini billboard besar, terdapat zoom yang dibuat oleh Menteri yang lalu. Ke mana hala tuju yang sebenarnya? Kita pohon kementerian mestilah membaik pulih papan tanda ini, kerana ia memberi pandangan awal dan semangat kepada pelancong untuk berada di tempat tersebut, dengan memandang kepada papan tanda yang memberi penarikan kepada pelancongan.
Kemudian Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Ramai Menteri menyebut homestay ini merupakan projek syok sendiri. Kita pohon kementerian supaya mengenal pasti semula...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini ucapan Menteri, yang mana telah pun dilancarkan pada tahun... [Disampuk] Menteri jawablah. Dilancarkan pada tahun 1988 dan dirasmikan pada tahun 1995. Ini kerana, di kawasan Parlimen Jerai, banyak terdapat homestay ini. Apabila Menteri pada peringkat awal menyebut ia merupakan projek suka sendiri ini, ia menggemparkan kita semua, dan kita mohonlah supaya projek ini dapat diberi nafas baru, dan kemudian diberi peruntukan, khususnya masyarakat berpendapatan sederhana, supaya mampu untuk mengadakan homestay ini. Khususnya di kawasan Jerai, saya kira hampir 40 homestay diwujudkan oleh pengusaha-pengusaha anak tani ini. Disebabkan kawasannya kawasan pelancongan, jadi inilah pendirian terdahulu Menteri yang baru mengendalikan projek homestay ini, kita minta supaya diberi nafas baru dan memberi galakan kepada pelancong supaya mereka boleh merasai kenikmatan kampung dan boleh memilih hotel, chalet dan sebagainya. Saya pohon pihak kementerian supaya melihat semula destinasi pelancongan Jerai, kawasan Parlimen Jerai yang terdapat Gunung Jerai, yang merupakan antara gunung yang berada di tengah bandar, yang dikelilingi bandar Gurun dan bandar Yan, yang sudah tentulah menjadi tarikan kepada pelancongan. Mudah-mudahan, ia memberi penambah ekonomi kepada rakyat Jerai itu sendiri. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Saya ingin terus kepada pelancongan dan penerbangan tambang murah. Kita mengetahui bahawa pelancongan merupakan salah satu sumber pendapatan negara yang terpenting. Dalam keadaan kegawatan, ramai rakan- rakan mengakui bahawa potensinya amat besar, walaupun Yang Berhormat Kepong semalam beliau seperti menempelak apabila kita mahu menjadikan world class tourism di negara kita. Beliau seperti menempelak sedikit tentang kemudahan asas. Tidak mengapa. Yang Berhormat Menteri harus menjadikan ini sebagai satu cabaran. Saya tengok dalam beberapa tindakan hands-on Yang Berhormat Menteri bangkitkan, itu merupakan di antara perkara-perkara yang amat baik pada permulaan dalam menjadikan kita sebagai negara dan tumpuan istimewa dalam industri pelancongan negara. Cuma, di sini kita masih kekurangan kepada tarikan pelancong bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak. Umum mengetahui bahawa, di Sabah dan Sarawak ini merupakan di antara negeri yang mempunyai tempat-tempat yang cukup menarik, dan ada di antara tempat-tempat ini yang masih belum lagi dapat kita buat promosi supaya pelancong- pelancong asing dapat datang dan melihat suasana yang sebenarnya berkenaan perkara- perkara heritage yang masih belum diterokai sepenuhnya atau pun diberikan promosi oleh pihak kerajaan. Jadi, di antara laluan-laluan yang sebenarnya dapat menarik segera pelancong ke Sabah dan Sarawak ialah melalui laluan udara. Kita mengetahui bahawa sekarang ini tambang murah, yang di dalam keadaan kegawatan ekonomi global, adalah merupakan di antara perkara penting yang harus diberi penekanan oleh pihak kementerian Cuma, dalam masa kita mempromosikan nama negara supaya pelancong- pelancong datang ke negara kita dengan belasan juta pada tahun lepas, 16 hingga 17 juta pelancong-pelancong datang ke negara kita. Akan tetapi, saya tertarik pada satu peristiwa pada 29 November 2009 jam 6.50 pagi, flight LCCT ke Shenzhen di China.
Masa boarding time di LCCT, apa yang jadi masalahnya ialah tiada signboard hendak tunjuk pergi sini, atau flight ini ke mana destinasinya. Ini tiada. Orang kelam kabut. Sudahlah kita buat itu sebagai tempat tambang murah, tetapi di segi facility biar lah nampak high class sedikit. Biar nampak high class. Apa yang kelam kabut di sini ialah dua orang pelancong dari negara China, mereka salah gate dan mereka telah dapat keluar dari kawasan keselamatan. Tiada kawalan keselamatan yang ketat dan mereka terus sampai ke flight berkenaan. Akan tetapi, sedikit kelewatan sedikit berlaku, kemungkinan mereka tidak pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Persoalannya, di mana pegawai-pegawai yang boleh berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Mandarin yang bertugas sebagai ground officer di LCCT? Kemudian apa yang memalukan negara ialah, dua pelancong dari China ini tidak dibenarkan masuk di dalam penerbangan berkenaan, dan pengawal-pengawal yang baru datang ketika itu, mereka menggunakan kekasaran termasuk menarik tangan dan juga menendang kedua-dua pelancong berkenaan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri sudah maklum perkara ini.
Boleh tanya?
Silakan.
Yang Berhormat Arau, kementerian hari-hari berkempen, ‘mari datang Malaysia’ pergi ke China ataupun luar negara. Pelancong datang, dalam masa yang sama, kita seolah-olah kehilangan pertimbangan. Perkara ini masuk dalam blog. Dua orang perempuan dihimpit dan disepak kebetulan pengerusi BMPBC rakan saya menaiki pesawat yang sama. Pelancong ini telah menuju ke kapal terbang yang di Shenzhen. Akan tetapi, pegawai kata, “No. It is not going to Shenzhen”. Dia turun semula. Belakang dia cari-cari semula pesawat yang sama. Malangnya mereka kata dia melalui security tanpa dikesan. Bermakna lapangan terbang kita tidak selamat. Apabila sesiapa pun boleh menceroboh. Boleh memasang bom. Bagaimanakah kita mahu menarik pelancong? Perkara ini AirAsia terlalu biadab. Ia bukan menggunakan polis. Ia menggunakan bodyguard nya yang berbaju hitam. Yang Berhormat Menteri perlu turun lihat ini. Lihat di KLCC. Kita bagi dia amanah, tanggungjawab untuk mempromosikan negara kita tetapi sikap pegawai-pegawai AirAsia termasuk Tony Fernandes tidak diketahui dari planet mana dia datang, mengaut keuntungan. Dia terlampau biadab. Minta penjelasan... [Dewan riuh]
Sudah jelas dah. Saya akan masukkan ucapan Yang Berhormat Kinabatangan dalam ucapan saya... [Dewan riuh] Itu sangat baik. Cuma kita minta Yang Berhormat Menteri, saya sedar Yang Berhormat Menteri selalu ambil tindakan segera supaya dalam hal ini, pertama, kita tidak perlu bertolak-ansur pada soal security,soal keselamatan. Apakah kita hanya akan mengambil tindakan apabila beberapa buah kapal terbang kita telah di hijack ataupun dibom ataupun meletup di udara? Sikap yang kedua, apakah usaha promosi yang kita buat dengan menghabiskan duit yang begitu banyak di negara China tiba-tiba begini balasan yang kita buat. Kalau dua orang pelancong ini gambaran negatif yang kita buat, jutaan ringgit kita belanjakan untuk kita jalankan usaha promosi. Akan tetapi kalau dibalas begini, apa sebenarnya gambaran...
Yang Berhormat Arau... [Dewan riuh]
Silakan.
Tuan Pengerusi, perkara ini bukan perkara kecil. Sikap kurang ajar, biadab menganiayai pelancong dari negara China, negara China ialah negara sahabat yang terpenting. Saya minta Menteri mohon maaf kepada kerajaan negara China... [Tepuk] Mohon maaf kerana kita bimbang hubungan antara China dan Malaysia akan menjadi renggang kerana perbuatan biadab seperti ini...
Ya, betul!
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak menjalankan tugas dan meminta maaf, Menteri pun harus berhenti. Kita tidak boleh menggadaikan kepentingan negara atas perbuatan-perbuatan seperti ini. Yang Berhormat Menteri perlu bertanggungjawab. Saya ulang lagi. Yang Berhormat Menteri perlu bertanggungjawab atas perkara ini. Terima kasih.
Tidak perlu ulasan. Jelas dan dimasukkan dalam ucapan saya... [Ketawa] Sangat jelas. Jadi, dalam keadaan...
[Bangun]
Janganlah kacau Yang Berhormat Shah Alam. Baru tengah hendak speed. Jadi, dalam hal ini saya minta Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pengangkutan, kedua-duanya harus membuat pemantauan. Bukan satu sahaja. Bukan kita bijak mempromosi, kita buat di sana sini tetapi soal-soal yang sebegini yang melibatkan perbuatan-perbuatan biadab, perbuatan-perbuatan yang tidak berperikemanusiaan, tidak harus lagi berlaku di negara kita. Kita tidak mengira kepada siapa. Ini perjuangan kita. Orang sampai pertikai di dalam kapal terbang. kabin krew mengatakan di luar kapal terbang walaupun mereka memegang pintu, hendak masuk, bukan kuasa mereka. Di dalam kapal terbang baru kuasa kabin krew tetapi di luar adalah ground officer yang bukan mereka terlibat. Anehnya di sini, semasa kedua-dua orang pelancong melepasi boarding, mereka tidak ada pengawal yang menjaga di sepanjang perjalanan mereka ke kapal terbang tetapi...
Yang Berhormat Arau.
Akan tetapi, apabila keadaan ini berlaku... Saya ingat nanti Yang Berhormat Pendang boleh cakap. Saya masa sudah suntuk ini. Ada banyak perkara yang hendak disampaikan tetapi apabila keadaan ini berlaku tiba-tiba datang...
Tolonglah.
Pengawal-pengawal keselamatan yang berbaju hitam yang kita tidak tahu dari mana, entah seperti samseng atau mafia mana, melakukan perbuatan-perbuatan kasar kepada kedua-dua pelancong yang mereka tidak boleh berkomunikasi langsung. Mereka cuma hendak pulang ke negara mereka. Pegang pintu kapal terbang tetapi digunakan tindakan-tindakan menarik kekerasan termasuk menerajang ataupun menendang beberapa kali...
Perempuan?
Perempuan masalahnya. Bukan lelaki.
Bayangkan Yang Berhormat, perempuan yang diterajang oleh empat atau lima orang lelaki... [Dewan riuh]
Diterajang oleh lelaki pengawal keselamatan.
[Dewan riuh] Ini Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri perlu mengambil tindakan segera mengenai soal ini. Jangan biar. Ini kerana kalau tidak diambil tindakan, esok atau lusa tidak tahu siapa lagi yang dianiayai... [Dewan riuh] Ini tidak boleh. Dia mengaut keuntungan, memeras ugut duit rakyat, dia buat seperti itu.
Mencemarkan imej negara.
Dia memang betul-betul binatanglah.
Ya. Terima kasih. Ini bukan soal Teo Beng Hock ini soal yang melibatkan maruah negara. Yang Berhormat Shah Alam, jangan campurlah... [Ketawa] Belum habis lagi, kacau. Sebab kacau ini sudah tidak tahu hendak ke mana lagi... [Dewan riuh]
Jadi, di sini saya minta pihak kementerian pastikan bahawa dalam masa kita hendak promosi, merebut peluang dalam open sky policy yang tidak lama lagi akan diamalkan. Kita buat promosi. Peruntukan disediakan untuk promosi di luar negara, menarik pelancong. Saya bersetuju bahawa prasarana di dalam negara termasuk soal keselamatan, budi bahasa, kebaikan kita, kita perlu ketengahkan. Budaya ini bukan budaya kita pun. Biarlah perkara-perkara seperti ini. Saya bersetuju dengan rakan saya Sri Gading dan Kinabatangan supaya kerajaan membuat pendirian termasuk kalau kita terpaksa memohon maaf dengan rasmi kepada Kerajaan China, kita perlu buat dengan kadar yang segera. Tidak perlu menunggu siasatan ataupun perkara-perkara yang lain yang menyebabkan orang boleh mendatangkan tanggapan negatif kepada negara kita dan orang tidak mahu datang lagi kerana negara ini sebenarnya ada pengawal-pengawal yang memang biadab dan kurang ajar. Jadi, selain daripada itu, saya minta juga Yang Berhormat Menteri bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk melakukan satu kajian yang lebih jelas ke atas kesan penerbangan tambang murah kepada sektor pelancongan di negara kita. Sila pastikan bahawa dalam kita hendak pastikan syarikat penerbangan tambang murah daripada syarikat-syarikat lain bukan sahaja AirAsia, MAS dan sebagainya, biarlah ada syarikat antarabangsa yang lain yang menjadikan kita sebagai hab termasuklah lapangan terbang di Miri, Kuching, Kota Kinabalu dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai hab penerbangan yang berkesan. Butiran 02800 iaitu berkaitan dengan soal homestay. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana peruntukan yang diberikan untuk infrastruktur bagi Homestay- homestay yang ada di kawasan Parlimen Arau dan termasuk di seluruh negara sekalipun. Cuma kita minta di sini, saya ada satu homestay yang boleh dikatakan baik, pengurusan yang baik kerana Yang Berhormat perlu membimbing mereka ini. Perlu ada kursus khas sebab saya tahu pengurusan yang baik walaupun homestay mungkin kita boleh tukar kepada kampungstay kerana homestay ini taman-taman, mereka menggunakan perkataan yang sama. Mungkin kalau di kampung kita boleh tukarkan kepada ‘kampungstay’ supaya mempunyai imej tersendiri. Walaupun di kampung ia agak scattered terletak di merata-rata tidak ada jajaran yang istimewa tetapi kita minta pihak kerajaan cuba buat infrastruktur baru. Jangan buat yang lama. Perparitannya elok, orang nampak elok, alam sekitarnya elok. Janganlah homestay itu terletak di kawasan pembuangan sampah. Seperti di Paya Guring di kawasan saya telah menjadi tarikan pelancong di luar negara hasil daripada promosi yang dibuat di internet dan sebagainya. Jadi, saya minta pihak kerajaan dalam hal ini homestay ini harus diberikan penekanan. Ia merupakan alternatif yang cukup penting kepada hotel-hotel dan resort yang sedia ada. Kalau ia dibuat, mungkin kita boleh naik taraf mungkin daripada peruntukan eco- tourism yang kita lihat di situ ada pertanian ada benda-benda lain yang boleh kita berikan. Kalau kita uruskan dengan baik dan mereka mempunyai pengalaman bukan sahaja taraf sosial ekonomi penduduk setempat dapat tingkatkan bahkan kita akan dapat melihat sesuatu yang mungkin kita beri pengiktirafan dalam bentuk star dan sebagainya. Jadi saya minta Yang Berhormat supaya pertimbangkan supaya landskap perparitan, keselesaan,dan juga insurans kepada pemilik-pemilik dan pengunjung diwajibkan bagi memastikan bahawa homestay ini dapat berdaya saing.
Begitu juga sentiasa memantau kerjasama daripada kerajaan negeri kepada homestay berkenaan supaya tidak ada homestay yang diberi tumpuan, diberi fokus, ada homestay yang dianaktirikan dan sebagainya.
Habiskan Yang Berhormat Arau.
Sekian, terima kasih. Saya pun sedar Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin menyentuh Butiran 030000 - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Berkaitan dengan isu promosi pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat pelancongan yang terunggul dalam negara kita ini. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada pihak kerajaan tentang apakah persiapan yang dibuat oleh pihak kementerian dalam hendak menghadapi suasana yang tidak menentu lagi pada tahun yang akan datang. Ini kerana mengikut report semalam bahawa kemungkinan suku pertama tahun akan datang ini berlaku lagi krisis ekonomi berganda di Amerika Syarikat. Kita juga melihat bahawa krisis kewangan juga berlaku di Dubai. Maka sudah tentu itu akan memberikan kesan kepada sektor pelancongan ke dalam negara kita ini. Malah kalau kita melihat angka ataupun butiran yang menunjukkan kehadiran pelancong pada tahun 2009 ini, tidak silap saya setakat bulan sepuluh tahun ini, kita masih kekurangan ataupun ada perbezaan sedikit dengan tahun 2008. Ini mengikut angka yang saya dapat daripada laman web Tourism Malaysia. Kalaupun mungkin dalam tempoh dua bulan ini ia boleh berganjak kepada satu angka yang sama pada tahun 2008, itu menunjukkan bahawa tidak ada satu lonjakan ataupun pertambahan peningkatan yang ketara. Kalau ada berlaku pun mungkin sedikit. Jadi, saya lihat bahawa ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada penggalakan kita untuk masyarakat antarabangsa untuk datang ke negara kita ini. Malah kalau kita melihat juga angka-angka ini, saya juga bimbang bahawa mereka itu bukan sekadar pelancong yang kemudian datang, kemudian pergi, tetapi juga datang, tidak pergi, datang tidak keluar. Itu mendatangkan juga masalah kepada negara kita ini. Oleh sebab itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa ramai yang dapat dikesan daripada mereka yang datang itu dengan visa pelancongan, tetapi mereka itu tidak keluar? Masih berada di negara Malaysia ini menjalankan aktiviti-aktiviti yang pelbagai, sama ada daripada Afrika umpamanya. Baru- baru ini kita berhadapan dengan masalah di Kuala Lumpur ini dipenuhi dengan pelancong dikenali sebagai Awang Hitam... [Ketawa] daripada Afrika dan sebagainya. Begitu juga daripada Vietnam, daripada China daripada Filipina yang saya kira bahawa mereka juga terus berada di sini tanpa mereka keluar daripada negara kita ini. Jadi, sebab itu saya merasakan bahawa perlu untuk dilihat soal ini kerana kita tidak mahu juga bahawa akhirnya kita berbangga dengan satu angka, kita berbangga dengan bahawa ada pulangan kewangan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, ia menambahkan masalah-masalah sosial dan jenayah dalam negara kita yang boleh memberi kesan pula kepada kehilangan keyakinan orang untuk datang ke Malaysia ini sebagai destinasi pelancongan yang selamat dari segi tidak ada jenayah dan sebagainya. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Keduanya yang saya hendak dapatkan penjelasan di sini ialah tentang penggalakan pelancongan domestik di tempat-tempat yang saya lihat bahawa kita masih bergantung kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Umpamanya, kalau saya lihat katakan bahawa di negeri Kedah lebih tertumpu pelancong-pelancong luar ini ke Langkawi, umpamanya. Kalau di Kedah dan di Perlis itu, mereka singgah untuk naik bot ataupun feri, itu pun kebanyakannya pelancong tempatan. Pelancong antarabangsa mereka direct dengan flight ke Langkawi ataupun ke Kuala Lumpur kemudian daripada Kuala Lumpur ke Langkawi dengan kapal terbang. Jadi, saya tidak nampak bahawa kita hendak bawa pelancong-pelancong itu bukan hanya ke Langkawi yang mempunyai keindahan yang cukup hebat.
[Bangun]
Dengan masyarakatnya peramah sama macam mana Ahli Parlimen Langkawi kita. Beliau cukup peramah, beliau cukup baik dengan saya. Termasuk juga Yang Berhormat Padang Besar pun risau juga sebab orang singgah. Padang Besar bukan ada apa, Gua Kelam sahaja.
Hendak bantu, hendak bantu.
Sila. Hendak bantu boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya terpanggil kerana Yang Berhormat sebut Padang Besar, Perlis dan Langkawi semua. Memang kita tahu Bandar Kuah kalau kita pergi tengok macam pekan tidak sudah, satu, banyak kedai-kedai tutup, tiada business. Kita menjadikan Langkawi sebagai Pusat Perdagangan Bebas, tetapi kalau pergi tidak nampak apa yang sebenarnya perdagangan bebas melainkan kasut, baju-baju di jeti-jeti dan airport, lain tiada. Ia tidak berkembang. Jadi, sebagai business perdagangan bebas, Langkawi gagal. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, pelancong datang dengan kapal terbang, mereka tinggal di hotel-hotel. Dia tidak datang ke Kuah. Jadi, Kuah itu adalah untuk pelancong tempatan dan yang lain adalah pelancong asing. Jadi, ini satu, Langkawi pada saya tidak ada lagi identiti. Ia hendak jadi Pulau Pinang ataupun hendak jadi apa? Ia buat highway, ia hendak membina Langkawi macam Pulau Pinang. Akan tetapi, Pulau Pinang sudah lingkup. Minta maaf perkataan “lingkup” Yang Berhormat, perkataan “lingkup” itu rosaklah. Jadi, hanya hendak bantu, bersetuju atau tidak Yang Berhormat?
Ya, saya bersetuju. Oleh sebab itu pihak kerajaan harus mengambil perhatian kerana Langkawi ini membabitkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Saya kira bahawa perlu ada satu perencanaan dan perancangan yang rapi untuk memastikan supaya ia boleh memberikan kesan kepada ekonomi di kalangan peniaga-peniaga kecil, umpamanya peniaga tempatan yang berada di situ. Akan tetapi, saya hendak balik tadi bahawa kita tidak boleh hanya tertumpu kepada Langkawi semata-mata sebagai satu produk pelancongan yang tempat destinasi pelancongan yang cukup hebat. Kita harus juga melihat bagaimana kita hendak bawa pelancong itu? Umpamanya kalau pergi ke Perlis di Gua Kelam, ataupun Kedah di Gunung Jerai, sekarang ini tidak banyak pelancong-pelancong asing naik ke Gunung Jerai. Saya tidak lihat begitu ramai sebab kita tidak berusaha untuk memberikan galakan yang mempunyai inovasi yang lebih tinggi untuk menjadikan ia sebagai satu daya tarikan. Dari sudut eco-tourism pun, kalau kita lihat di Jerai bahawa kita harus mengawal termasuk juga di Cameron Highland, mengawal dari segi suhu. Suhu ia yang sudah tidak begitu sejuk lagi yang sepatutnya menjadi satu daya tarikan kalaupun tidak kepada pelancong asing, tetapi juga kepada pelancong tempatan untuk merasai cuaca ataupun suhu yang lebih selesa di sana. Oleh sebab itu, saya minta agar pihak kerajaan harus memberikan tumpuan kepada tempat-tempat yang lain. Kalau kita lihat dalam buku yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia ini, nampak ia menggariskan banyak tempat di setiap negeri itu ada tempat, tetapi saya tidak nampak kalau dalam konteks sebelah utara ini, selain daripada Langkawi atau Pulau Pinang itu menjadi daya tarikan orang untuk pergi ke tempat-tempat ini sebagai destinasi pelancongan. Oleh sebab itu di negeri Kedah umpamanya zaman bekas Menteri Pertanian dahulu, yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah, beliau buat Muzium Padi umpamanya, itu pun tidak menjadi satu daya tarikan. Jadi, saya harap bahawa pihak kementerian harus membuat penggalakan semula ini untuk mempromosi menggalakkan orang untuk pergi melihat. Begitu juga kalau orang pergi Langkawi ada tempat tanam padi, pelancong asing tidak pergi tengok kerbau atau naik anok, orang tidak pergi tengok, tidak tertarik pun. Jadi, kita tidak memperkenalkan secara yang lebih meluas bagaimana soal tradisional kita dalam penanaman padi. Begitu juga saya lihat bahawa kita harus menjadikan kawasan-kawasan kampung ini untuk kita menggalakkan, khususnya tempat-tempat bersejarah. Di Pahang umpamanya Kampung Mat Kilau. Sebagai pahlawan kemerdekaan dalam menentang penjajahan satu ketika dahulu, kita harus perkenalkan bagaimana untuk membawa orang pergi melihat satu tempat yang bersejarah di Kampung Mat Kilau.
Begitu juga dengan tempat-tempat sejarah yang lain, saya lihat bahawa tidak dijaga, tidak dikawal sama ada oleh pihak berkuasa tempatan ataupun pihak-pihak yang lain. Jadi sebab itu saya juga ingin mengharapkan bahawa bagaimana kalau kita hendak menarik satu perhatian supaya dijadikan tempat-tempat ibadat ini sebagai satu tempat daya tarikan pelancong. Mungkin hari ini kita lihat bagi penganut agama Hindu telah berjaya menjadikan Batu Cave sebagai tempat tarikan pelancong. Begitu juga untuk gereja kalau tidak silap saya di Bukit Mertajam ada satu tempat daya tarikan perhimpunan tahunan. Jadi saya lihat bahawa perlu juga dalam konteks Islam ini dijadikan satu masjid ataupun perayaan tertentu untuk menghimpunkan umat Islam. Umpamanya seperti yang pernah berlaku tahun lalu perhimpunan tabligh yang ada di Nilai, kalau tidak silap saya. Itu boleh menjadi satu produk pelancongan yang baik untuk menghimpunkan masyarakat Islam seluruh dunia ini untuk datang dan ia merupakan satu perkara yang sangat baik. Kemudian berkaitan dengan homestay ini Tuan Pengerusi, saya juga bersetuju dengan pihak rakan-rakan tadi, bahawa sekarang homestay ini dijadikan bukan tempat pelancongan seperti yang kita hendak orang pergi tidur di situ. Ini orang bawa pengantin pergi tidur. Bawa pengantin, anak hendak konvo umpamanya, dia pergi tidur di situ. Dia bukan pergi selepas itu hendak melawat tempat-tempat pelancongan, tidak. Ia hanya tempat begitu sahaja. Jadi saya lihat bahawa perlu diperhatikan semula untuk diberikan satu inovasi, bagaimana dengan produk-produk pelancongan itu boleh membantu homestay ini untuk...
Ya, habiskan Yang Berhormat.
...Mereka pergi menginap di situ. Akhir sekali saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apabila Port Dickson yang sepatutnya menjadi bandar pelancongan ini, yang sudah lama menjadi produk pelancongan yang cukup baik, sekarang ini hendak ditukar jadi bandar tentera darat. Apakah kesan kepada Port Dickson yang selama ini menjadi produk pelancongan yang cukup baik? Jadi bagaimana kita hendak mengimbangi antaranya telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini sebagai Bandar Tentera Darat dengan ia yang selama ini sudah dikenali sebagai bandar ataupun daerah pelancongan yang cukup baik. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Pengerusi... [Disampuk] Dengar dahulu apa yang saya hendak cakap sekejap lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan yang berkaitan dengan Kementerian Pelancongan. Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah yang berkaitan dengan Butiran 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Kita tahu program homestay ini merupakan satu pelancongan alternatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar, yang kita tahu matlamatnya adalah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat di kawasan luar bandar dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dalam sektor pelancongan. Saya hendak tahu, apakah lanjutan Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar ini yang ada kaitannya dengan produk pelancongan alternatif, yang melibatkan program homestay ini? Saya juga hendak tahu apakah perancangan fasa-fasa seterusnya seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, apakah perancangan fasa- fasa seterusnya untuk program homestay ini?
Takkanlah kementerian hendak biarkan program homestay ini seperti yang seadanya daripada dahulu, sekarang, sampai bila-bila seperti seadanya. Adakah kementerian mempunyai perancangan tentang meningkatkan lagi kualiti the so-called homestay tanpa mengubah keadaan asal yang sangat diminati oleh pelancong-pelancong asing apabila mereka datang untuk menginap di homestay-homestay yang ada di Malaysia ini. Selain daripada itu, saya juga mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri mungkin boleh bekerjasama dengan kementerian yang lain terutama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan sebagainya untuk terus membantu membangunkan kemudahan infrastruktur yang ada dalam kawasan pelancongan desa seperti homestay ini. Sebab apa Yang Berhormat Menteri kadang-kadang homestay, rumah-rumah yang disediakan oleh tuan rumah yang masuk dalam daftar homestay ini, dia tidak ada masalah banyak sangat, tetapi bila hendak sampai ke kampung mereka ini, banyak perkara yang perlu dilalui, yang mungkin tidak mendatangkan kesan yang baik kepada pelancong-pelancong seperti kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, setakat ini berapa banyak kawasan kampung yang terlibat dalam program homestay? Berapa banyak bilangan rumah yang dimasukkan dalam program homestay ini? Selain daripada itu berapakah sebenarnya pelancong yang menginap di homestay ini? Purata hari penginapan mereka, apabila mereka menginap di homestay ini? Adakah pihak kementerian mendapatkan feedback daripada pihak pelancong sama ada tempatan ataupun pelancong luar negara, tentang kualiti, tentang adakah perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh kementerian dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti bukan sahaja tempat tinggal, tetapi juga perkhidmatan yang perlu diberikan oleh mereka yang terlibat dalam program homestay. Berapa anggaran pendapatan hasil, penginapan pelancong bagi setiap pengusaha dalam setahun yang dihasilkan daripada penginapan pelancong-pelancong yang ada ini. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 00800 – Kajian-kajian Pelancongan. Saya hendak tahu apakah maksud kajian-kajian pelancongan yang dibuat? Adakah ia bermaksud bahawa kementerian membuat kajian pelancongan dalam usaha untuk membangunkan lebih banyak lagi produk-produk pelancongan yang telah dan akan dikenal pasti, ataupun kajian pelancongan ini adalah untuk menilai produk- produk pelancongan yang sedia ada, dan meletakkan usaha-usaha untuk melakukan peningkatan terhadap kualiti yang ada ke atas produk-produk pelancongan. Selain daripada itu saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena tadi tentang kawasan- kawasan bersejarah ini, saya pohon kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri, kerana saya memang setuju benar, saya perhatikan daerah saya adalah daerah Kota Tinggi. Daerah Kota Tinggi ini adalah daerah bersejarah di antara sepuluh daerah yang ada di negeri Johor, Kota Tinggi adalah antara daerah yang mempunyai banyak produk pelancongan selain daripada produk pelancongan yang sedia ada termasuk juga kawasan- kawasan sejarahnya dengan Laksamana Bentan dan sebagainya. Jadi saya mengharapkan mudah-mudahan pihak kementerian akan bekerjasama mungkin dengan kementerian bertanggungjawab menjaga sejarah untuk terus pakejkan kawasan-kawasan bersejarah ini, masukkan juga sebagai produk pelancongan domestik yang sepatutnya dibangunkan. Bagi Butiran 01900 - Pembangunan Ecotourism. Saya juga berharap supaya kementerian dapat terus membangunkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai ecotourism. Contohnya di kawasan saya ada produk yang boleh dibangunkan dengan lebih baik lagi yang perlukan sokongan daripada pihak kementerian iaitu seperti Gunung Panti. Gunung Panti ini adalah salah satu produk pelancongan antara yang baik, yang menjadi kegemaran sama ada kepada pelancong tempatan ataupun pelancong luar negara. Dengan kelebihan jeram, air terjun dan kaya dengan flora dan faunanya, saya harap pihak kementerian akan memberikan tumpuan terhadap produk-produk ecotourism yang ada seperti yang saya nyatakan ini. Saya minta kerjasama daripada pihak Menteri supaya dapat bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bertanggungjawab menjaga Orang Asli. Perkampungan Orang Asli ini juga merupakan satu produk pelancongan.
Akan tetapi perlukan kerja kuat daripada kementerian untuk membantu membangunkan supaya masyarakat Orang Asli ini tidak tertinggal dalam usaha untuk kita memajukan sektor ekonomi yang ada kaitannya dengan sektor pelancongan. Kebanyakan masyarakat Orang Asli ini duduknya dalam kawasan ecotourism yang boleh dimajukan.
Selain daripada itu, saya juga mengharapkan kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri untuk terus membangunkan pengusaha-pengusaha kecil yang menjadikan pelancongan sebagai produk usahawan mereka. Contohnya di Tanjung Piai ada usahawan Pak Atan yang membangunkan chalet sendiri dengan macam-macam kemudahan dalam menggunakan kelebihan yang ada di Ramsar dan sebagainya. Saya harap mudah- mudahan ini akan dapat dijadikan sebagai produk domestik pelancongan yang ada. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada satu berita yang tidak begitu baik dalam surat khabar. Malaysia top five in HIV cases. Berita itu mempunyai impak ke atas industri pelancongan. Mengapa news begitu boleh dipublish dan news ini boleh merosakkan sektor pelancongan. Saya rasa kementerian perlu ambil tindakan ke atas masalah ini. Butiran 00800 - Kajian-kajian Pelancongan. Taman Negara ialah national heritage dan pelancong suka melawat taman negara kita. Di Sabah, taman negara sudah diswastakan oleh sebuah syarikat asing yang mengambil monopoli ke atas taman negara seperti Gunung Kinabalu, pulau dan lain-lain. Mereka mengenakan charge fees yang sangat tinggi. Dahulu, kita membayar RM130 untuk mendaki Mount Kinabalu. Sekarang nilainya RM800. Saya minta kementerian bolehkah mengkaji perkara ini. Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Jalan Alor di Bukit Bintang ini walaupun bukan kawasan saya, tetapi saya selalu makan di sana. Tempat itu sangat kotor dan saya pun ada mendengar aduan daripada pelancong yang mengatakan tempat itu tidak sesuai untuk makan dan bersiar-siar. Lantainya sangat kotor dan berlubang. Di lorong belakangnya kotor dan penuh dengan sampah. Bolehkah Menteri sendiri melawat kawasan ini dan ambil tindakan yang segera? Butiran 02800 - Peningkatan Program Kemudahan Homestay yang beranggaran RM17 juta. Saya hendak bertanya, berapakah program homestay di Sabah sudah dilancar dan dimulakan? Saya rasa publisiti untuk menarik participant adalah tidak cukup. Sabah perlu lebih banyak homestay. Saya harap kementerian boleh beri bantuan yang kita hargai. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya terus kepada Butiran 020200 – Pusat Pelancongan Malaysia. Sebenarnya, kerajaan kita telah berjaya menjadikan pelancongan sebagai satu daripada industri yang boleh memberikan satu pulangan yang cukup lumayan. Pada masa yang sama, kita juga dapat memperkenalkan keunikan negara kita yang berbilang kaum serta mempromosikan keindahan negara kita sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada pelancong tentang keselamatan serta menarik minat mereka untuk datang kembali menyampaikan maklumat yang baik kepada orang ramai di negara mereka. Sebenarnya, pelaburan kita cukup berhasil. Tahniah Menteri walaupun pagi tadi Menteri tidak ada, tetapi sekarang Menteri sudah datang dan saya mengucapkan terima kasih. Semasa ketiadaan Menteri tadi, ada soalan ditimbulkan tentang satu peruntukan yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tujuan pemugaran, pemuliharaan bandar raya negeri Melaka warisan bersejarah dan juga Pulau Pinang.
Melaka juga diperuntukkan sebanyak RM30 juta. Wang ini sebenarnya telah disalurkan kepada Jabatan Warisan Negara di bawah kementerian yang lain iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Saya berharap sangat kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat menyelesaikan masalah ini kerana dalam keadaan kita menghadapi tahun kewangan yang semakin berakhir ini, saya bimbang kalau ia tidak diambil tindakan segera duit ini akan terus lenyap. Ini kerana kita sangat memerlukan wang sebanyak RM30 juta itu untuk memastikan supaya projek pemugaran dan pemuliharaan dapat dilaksanakan sekali gus dapat menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan. Saya ingin memberi sedikit figures di sini iaitu tahun 2007-2008, seramai enam juta orang pelancong datang ke Malaysia dan yang ke Melaka seramai 3.1 juta orang. Tahun 2008, seramai 7.1 juta orang pelancong yang datang dan yang ke Melaka seramai 3.8 juta orang. Ini memberikan pulangan sebanyak RM49 bilion kepada negara dan Melaka menghasilkan RM3.8 bilion. Ini menunjukkan bahawa negeri Melaka di antara negeri yang terpenting sekali dalam sektor pelancongan dan seharusnya Yang Berhormat Menteri memberi perhatian. Harapan saya Yang Berhormat Menteri dapat membuat tinjauan dan lawatan rasmi. Saya akan sambut dengan kompang kerana banyak tempat-tempat produk pelancongan yang boleh kita perkenalkan pada ketika ini. Seterusnya Butiran 028000 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Sejak Yang Berhormat Menteri naik pangkat ini nampaknya peruntukan untuk homestay ini dinaikkan kepada RM17 juta. Tahniah, walaupun ramai daripada kawan-kawan kita yang memperlekehkan homestay, tetapi saya Yang Berhormat Menteri benar-benar dapat merasakan bahawa ini adalah satu program yang benar-benar mendapat kejayaan dan cukup berkesan sekali. Bukan sahaja kita dapat memperkenalkan kebudayaan kampung bahkan kita dapat memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk kampung dan peserta-peserta homestay dapat meningkatkan ekonomi mereka. Tahniah Menteri. Akan tetapi, kalau boleh supaya ditambah lagi peruntukan untuk homestay- homestay ini. Di kawasan saya iaitu Jasin Yang Berhormat Menteri, kita mempunyai tiga homestay yang boleh diperkenalkan dan menjadi satu homestay yang menarik minat pelancong dalam negeri dan juga luar negara. Satu daripadanya di Pulai dengan keindahan laut. Yang kedua di Kampung Parit Penghulu yang menjadi destinasi bukan sahaja pihak NGO dan pelajar-pelajar sekolah bahkan jabatan-jabatan mengadakan seminar perkhemahan dan apa yang paling penting sekali, Parit Penghulu ini mengadakan konsep ibu angkat. Di sini sebenarnya kita boleh menerapkan sebenar-benarnya penerapan 1Malaysia kerana setiap kali peserta-peserta ini datang, kita meletakkan mereka di rumah- rumah seramai 30 orang. Mereka benar-benar dapat merasakan sentuhan rasa sayang orang-orang Melayu kepada semua bangsa. Kita dapat melihat anak-anak Cina dan India tinggal bersama-sama dengan keluarga Melayu. Apabila mereka berpisah, semua mereka menangis dan selepas itu mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain dan sentiasa kunjung mengunjungi. Saya rasa kalau boleh Menteri menjadikan ia sebagai satu produk yang boleh memperkenalkan apa itu 1Malaysia. Saya menghormati Tuan Pengerusi walaupun saya ada banyak lagi yang hendak diperkatakan tetapi saya rasa setakat ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun
Yang Berhormat, kita dijadualkan untuk menghabiskan dua kementerian hari ini dan seperti yang dijadualkan hari ini tidak ada extension waktu untuk sidang kita. Bermakna kita harus selesaikan dua kementerian ini tanpa extension waktu. Saya melihat dalam keadaan itu Yang Berhormat, saya minta maaf kerana tidak dapat memanggil lagi Yang Berhormat dan pada jam 2.30 petang nanti saya minta Menteri untuk menggulung. Minta maaf Yang Berhormat. Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi point of order, kuorum kita tidak mencukupi.
Yang Berhormat kalau dipanggil tidak ada orang, kita perlu urgent Dewan Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi kita boleh consider 20 lebih itu tetapi nampak sedikit sangat, terlalu sedikit sangat. Cuma 13 orang, terlalu sedikit.
Pembangkang lebih.
Ya pembangkang lebih. Terlalu sedikit Tuan Pengerusi, kalau 20 orang, boleh consider.
Ya, saya Yang Berhormat Pasir Mas... [Ketawa]
Ya, cuba bilang. Akan tetapi mereka rise up the issue tadi, kita perlu bilang cukup atau tidak cukup. Ya, bilang dahulu. [Pengiraan dijalankan]
Hanya 23 orang, perlu bunyikan loceng ya. [Loceng dibunyikan]
Ya, sudah bilang kah, sudah cukup? Sudah ada berapa semuanya? Okey, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah 41 orang... [Dewan riuh] Ya, Terima kasih, saya ingat Yang Berhormat Jasin ya. Siapa yang... ?
Yang Berhormat Jasin sudah habis.
Menteri menjawab.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Belum.
Menteri belum jawab.
Belum, belum... [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada...
Belum lagi... [Ketawa]
...Ada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahasakan butiran-butiran di bawah kepala Bekalan dan Pembangunan P.31 Kementerian Pelancongan, bagi Bajet 2010. Kementerian amat menghargai dan mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran Ahli-ahli
(i) homestay, agro-pelancongan; (ii) pembangunan Kemudahan Pelancongan; (iii) perkhidmatan laman web; dan (iv) promosi serta lain-lain lagi. Tuan Pengerusi, izinkan saya terlebih dahulu memberi maklum balas di sini secara menyeluruh mengenai isu yang berkait dengan homestay, memandangkan isu ini telah diutarakan oleh Yang Berhormat Mambong, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tenggara dan lain-lain lagi. Tuan Pengerusi, program homestay Malaysia ini diberikan perkenan dan tumpuan yang serius oleh Kementerian Pelancongan sebagai satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk menarik ramai pelancong ke Malaysia, dengan menawarkan satu bentuk pengalaman yang unik dari segi gaya hidup masyarakat kampung. Selain daripada itu program homestay Malaysia juga bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat luar bandar. Di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat. Ini juga dapat mengurangkan penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar. Melalui peningkatan promosi di pasaran domestik juga, program homestay Malaysia dapat meningkatkan lagi talian persahabatan atau building bridges, dengan izin, di antara masyarakat desa dengan masyarakat bandar. Kepada Ahli Yang Berhormat Jasin, ini memanglah satu prinsip kita, falsafah kita “Cuti 1Malaysia”. Melalui homestay, kita boleh rapatkan hubungan di antara rakyat-rakyat Malaysia di bandar dengan di luar bandar, juga di antara pelbagai kaum dan lain kaum. Kini penjenamaan semula sedang giat dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia di mana homestay tidak lagi diklasifikasikan sebagai kemudahan penginapan semata-mata seperti budget hotel atau resort sahaja. Seperti yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat Kubang Pasu, untuk pengantin tidur satu, dua malam sahaja, bukan. Ia adalah konsep utama yang dikekalkan bagi produk ini lebih kepada produk pelancongan life style ataupun yang berunsurkan dalaman...
Yang Berhormat Menteri, mencelah Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Lenggong Yang Berhormat...
Sebab tadi tidak sempat bercakap, boleh? Lenggong, Lenggong..
Mana you?
Itu, hujung, belakang.
Sini, sini..
Biar saya habiskan para dahulu...
Alamak...
Okey, boleh sila...
Berkaitan dengan homestay. Tempat saya pun ada Homestay Kampung Beng.
Baru-baru ini dibawa dan diperkenalkan di Singapura. Cuma barangkali yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi dan beberapa Ahli rakan lain, imej homestay itu sendiri. Kebimbangan yang berlaku ialah apa yang dibangunkan oleh pihak kementerian kepada homestay yang diiktiraf ini...
...Tidak habis. Semua jawapan ada di dalam situ. Biar saya habis jawab homestay dahulu. Ya..
Tak, nantilah saya sekejap. Saya tak tanya habis lagi.
Terima kasih. Sehingga 30 Oktober 2009, Kementerian Pelancongan telah mendaftarkan sebanyak 230 buah kampung yang terlibat di dalam program homestay. Daripada jumlah ini sebanyak 3,283 buah rumah ataupun pengusaha telah menyertai program homestay ini dan menawarkan sebanyak 4,414 buah bilik untuk para pelancong. Jumlah kedatangan pelancong ke homestay pula telah meningkat sebanyak 81 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober 2009 iaitu seramai 1,250,739 orang berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2008, iaitu seramai 169,000 orang sahaja. Oleh itu purata occupancy rate dengan izin, bagi homestay telah menunjukkan peningkatan daripada 16 peratus bagi tahun 2008 kepada hampir 20 peratus pada Oktober 2009. Jumlah pendapatan yang telah dijalankan dari Januari hingga Oktober tahun ini, juga turut meningkatkan sebanyak 87 peratus kepada RM7.9 juta berbanding dengan RM4.2 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2008. Ini bermakna secara purata, pada tahun ini setiap rumah yang berdaftar sebagai homestay telah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,680. Kepada Yang Berhormat tadi, makna itu kita sudah ambil sebagai cara untuk meningkatkan kesan homestay dan selepas ini saya akan bagi tahu apa cara kita buat? Oleh sebab itu kita boleh dapat begitu ramai pelancong datang ke Malaysia mengikut homestay...
Boleh bagi jalan?
Tidak.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak sambung sedikit.
Kementerian Pelancongan menggalakkan penyertaan lebih masyarakat luar bandar untuk menyertai Program Homestay Malaysia. Walau bagaimanapun, salah satu prinsip utama dalam menjalankan sebuah homestay..
Bagi jalanlah Yang Berhormat Menteri, sekejap.
Biar saya habis homestay. Apa-apa perkara berkaitan hendak bangkit, boleh bangkit. Biar saya habis jawapan dahulu sebab kadang-kadang jawapan itu sudah ada berkaitan dengan soalan. Tuan Pengerusi, walau bagaimanapun salah satu prinsip utama dalam mewujudkan satu homestay adalah kesediaan secara sukarela serta minat masyarakat sesebuah kampung untuk menyertai Program Homestay Malaysia dengan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan iaitu: (i) harus mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh buah rumah bagi setiap homestay. Jikalau tidak sebuah rumah, dua buah rumah, rombongan pelancongan tidak akan pilih kampung itu; (ii) mempunyai kemudahsampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan atau accessibility dengan izin. Jikalau ada homestay yang sesuai tetapi accessibility tidak sesuai, kita pun tidak boleh menolong. Jadi kita perlu memberikan pilih yang kita boleh sesuai menjadikan homestay;
(iii) mempunyai sikap act and think tourism dengan izin, sebab ini memang masa kita bawa pelancong ke homestay, jikalau dia ingat dia punyai penginapan sahaja, jadi itu tidak akan berjaya sebab homestay adalah sesuatu gaya hidup perkampungan; dan (iv) menjamin tahap kebersihan dan keselamatan yang optimum. Tadi Yang Berhormat ada tanya, “Berapa banyak peruntukan diberi”? Peruntukan yang diberi kepada setiap homestay tidak lebih daripada RM5,000. Buat apa? Bukan untuk baiki rumah, bukan ada karpet atau apa-apa perabot tetapi khas untuk membaiki tandas dan bilik mandi. Ini adalah sebab dari kajian kita, semasa pelancong pergi ke mana-mana homestay, dia tak pilih homestay yang buat macam banglo, yang buat macam konkrit. Itu boleh buat di mana-mana di KL. Dia pilih homestay authentic yang architecture dia betul- betul kampung, perkampungan. Akan tetapi apa yang dia hendak adalah kebersihan khususnya tandas dan bilik mandi. Oleh sebab itu, kita memberikan peruntukan tidak lebih daripada RM5,000 bagi sebuah rumah jikalau tandas dan bilik mandi dia perlu dibaiki. Jikalau semua garis panduan sudah dia dapat ikut. Oleh sebab itu ada homestay yang pada masa sekarang, dia tidak begitu maju, ada homestay yang maju. Keenam, adalah mengenai aktiviti-aktiviti masyarakat desa seperti menoreh getah, sawah padi, memancing serta memetik koko dan juga seperti tadi dari Ahli Yang Berhormat Jasin. Ahli Yang Berhormat dari Jasin tidak ada sini. Saya tanya dia, “Mengapa you punya begitu berjaya?”. Ini kerana dia ada berjenis-jenis aktiviti, menoreh getah, pergi main gasing dan lain-lain. Inilah apa yang pelancong hendak daripada perkampungan homestay. Dia bukan hendak tidur satu malam itu sahaja Yang Berhormat. Selepas itu permainan sukan tradisi dan kebudayaan seperti congkak, sepak raga dan tarian-tarian rakyat. Pada masa sekarang, setiap homestay, sesiapa yang hendak menjayakan homestay, yang hendak kita promosikan, mereka punya JKKK perlu ada jenis-jenis aktiviti untuk homestay, aktiviti yang saya sudah berikan. Perlu bagi pelancong ada peluang untuk belajar satu jenis tarian tradisional seperti joget. Satu lagu tradisional seperti Dikir Barat oleh Kelantan, seperti Joget Pahang di Pahang. Mereka pun juga mesti belajar satu resipi. Goreng pisang pun tidak mengapalah sebab dari Belanda tidak tahu apa itu goreng pisang. Semua mesti ada. Selain itu, mesti tanam sebatang pokok sebab kita hendak melalui homestay membangunkan, mendidik penduduk-penduduk kampung faham isu climatic change, isu green the earth. Pada masa sekarang, kita dapat 100,000 pelancong. Jikalau seorang pelancong tanam sepohon pokok bunga raya atau borgenvilla atau bunga melur, kita akan dapat 100 pokok di Malaysia. Kita akan jadi yang pertama di seluruh dunia yang kita ada program seperti ini. Tepuk tanganlah kita jika baik. Betul tak? Jadi Tuan Pengerusi, saya hendak kata, homestay – semua Ahli Yang Berhormat minat tetapi dia bukan begitu senang. Tuan Pengerusi, bagi meneruskan usaha meneruskan promosi homestay di peringkat antarabangsa, Kementerian Pelancongan telah menganjurkan program lawatan suai kenal Mega Fam untuk seramai 100 orang wakil media dan agen pelancongan antarabangsa dari beberapa negara seperti Finland, Sweden, Jerman, China, Korea dan lain-lain. Kita sudah bawa turun padang dah. Buat lawatan kepada setiap homestay. Mana yang dia ingat baik, saya hendak promosi, saya hendak jual pakej itu. Jadi program ini juga kita sudah bawa kepada Sabah, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan juga Langkawi. Kepada Yang Berhormat Mambong, yang harapkan ada kelulusan homestay oleh kementerian. Pada masa sekarang, sampai sekarang kementerian belum lagi mendapat mana-mana permohonan daripada sesiapa di kawasan itu untuk mengadakan satu homestay. Jadi saya berharap mana-mana Ahli Yang Berhormat yang berminat, boleh mohon melalui dua cara:
(i) melalui Persekutuan Homestay setiap negeri sebab mereka tahu misalnya di Sarawak di mana homestay itu. jadi mereka perlu ada sesuatu perhubungan di antara homestay di Sarawak; (ii) mereka boleh mohon secara melalui JKKK sebab kita hendak tahu berapa buah rumah? Jika dia mohon sebuah rumah, tidak bolehlah. Jika melalui JKKK, JKKK tahu bahawa di situ ada berapa buah rumah.
Kita selalu menggalakkan, tetapi selepas permohonan, kita akan kaji. Jikalau sudah dapat mengikut garis panduan, kita mesti bukan sahaja menolong dengan memberi peruntukan, kita juga beri latihan untuk sumber manusia. Kita berikan dia latihan dalam kursus bahasa Inggeris. Saya harap juga jika ada ramai yang datang dari Belanda, Germany dan Jepun, kita hendak juga beri latihan bahasa asing dengan percuma. Kedua, kita beri latihan dalam komputer. Kita harap suatu hari nanti, homestay kita tidak perlu melalui syarikat-syarikat pelancongan, tetapi dibuat sendiri untuk go on-line. Siapa yang hendak booking, go on line booking dengan homestay kita. Ini adalah impian kita. Inilah visi kita. Kita ada talian terus di antara penduduk kita di kampung dengan seluruh dunia. Yang Berhormat Lipis mencadangkan supaya ditingkatkan pendapatan penduduk luar bandar...
Boleh ganggu sedikit, Yang Berhormat Menteri? Sikit sahaja.
Duduk dahulu, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kata, biar dia habis dahulu.
Terima kasih. Biar saya habiskan homestay dahulu. Selepas itu, apa-apa you hendak bangkitkan mengenai homestay, boleh bangkitlah. Di daerah Lipis, terdapat homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan iaitu Homestay Kuala Medang. Homestay Kuala Medang ini merupakan salah satu homestay yang terbaik dan mendapat Anugerah Homestay Terbaik 2008 di bawah program showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Tahniah kepada Ahli Yang Berhormat dari Kuala Lipis. Bilangan pengusaha homestay yang terdapat di Homestay Kuala Medang adalah seramai 71 orang, dan menawarkan bilik sebanyak 90 buah bilik. Jumlah pendapatan yang telah diperoleh oleh Homestay Kuala Medang dari bulan Januari ke bulan Oktober tahun ini, adalah sebanyak RM359,000, iaitu hampir RM400,000. Manakala kedatangan pelancongan pula, adalah seramai 3,781 orang. Yang Berhormat Langkawi juga mencadangkan untuk meluaskan dan mempertingkatkan program homestay kepada orang kampung di Langkawi. Di daerah Langkawi ada sebanyak enam buah homestay. Enam buah homestay bermakna enam buah kluster. Sebuah kluster boleh jadi ada dua, tiga buah kampung. Kesemua homestay ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan, yang mempunyai seramai 147 orang pengusaha homestay dan menawarkan bilangan bilik sebanyak 203 buah bilik. Jumlah pendapatan yang telah diperoleh bagi homestay di Langkawi dari bulan Januari hingga bulan Oktober tahun ini, adalah sebanyak RM100,000. Manakala jumlah kedatangan pelancongan pula, adalah seramai 1,243 orang pelancong. Silakan.
Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, jangan panjang sangat soalannya.
Apa yang saya hendak bangkitkan di sini, ialah penyalahgunaan label homestay. Apabila dengan begitu banyak rumah persendirian kerana hendak tarik orang menyewa rumah, dia letakkan di halamannya homestay, tetapi kualiti tidak dijaga dan merosakkan imej. Oleh sebab itu saya hendak bertanya kepada kementerian, apakah kementerian buat untuk memastikan tidak ada penyalahgunaan ini? Bagi menjaga kredibiliti homestay, apa yang kementerian buat? Itu sahaja soalan saya.
Terima kasih. Memang pada masa sekarang kita menghadapi satu masalah, iaitu sekarang entrepreneur sudah faham, “Hei, homestay boleh dapat duit begitu?”... [Disampuk][Ketawa] Jadi, mereka sekarang menyewakan rumah- rumah di kampung dan membuat homestay. Untuk itu, pertama, mereka perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Kedua, kita berikan satu logo yang mereka perlu letakkan di hadapan rumah mereka. Walau bagaimanapun, kita tidak ada hak dan jenis- jenis mekanisme untuk sesiapa yang buat begini. Pada masa sekarang, kita tidak ada suatu cara untuk mendenda. Jadi kita berharap, kerajaan tempatan dan majlis tempatan semasa hendak mengeluarkan lesen kepada homestay, sekiranya tidak berdaftar dengan kementerian, jangan beri lesen untuk berniaga.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pun tidak sempat bercakap tadi. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, homestay kalau hendak dibandingkan Malaysia dengan Thailand dan Indonesia, saya tengok mereka lebih ke hadapan. Mereka lebih kreatif. Walaupun ada peningkatan, saya berpendapat adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju ataupun tidak, sekarang ini kita ada lebih kurang 300 buah kampung, kenapa tidak difokuskan kepada beberapa kawasan seperti konsep di Bali? Bina kawasan itu supaya ia menjadi tempat yang betul-betul diminati oleh pelancong. Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, mereka suka duduk di rumah antik, rumah kayu dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita tengok di Bali, walaupun rumah itu di sawah atau di lereng bukit, tetapi semuanya banglo yang indah. Di kawasan itu pula, wujud pelbagai tempat kebudayaan, di mana hampir setiap lorong ada. Oleh sebab itu kita tengok di Bali, ia begitu maju. Begitu juga di Thailand. Akan tetapi, kita ini berselerak. Jadi saya bimbang Yang Berhormat, nanti ada tempat-tempat yang berjaya dan ada tempat-tempat tertentu kita tengok ada kekurangan. Jadi, apabila tempat-tempat yang kekurangan ini masuk dalam website, dikritik dan diberi gambaran yang negatif, maka seluruh konsep homestay di Malaysia akan nampak tidak baik. Ini adalah pandangan saya. Saya harap, ada sesetengah itu Yang Berhormat Menteri ambil point-point itu untuk difikirkan, bukan terus jawab sahaja... [Ketawa] Yang Berhormat Menteri ingat Yang Berhormat sahaja yang betul. Cuba dengar sama pandangan orang lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh sambung?
Boleh sambung sedikit?
[Bangun]
Selepas ini, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dia ada sistem sendiri. Kena ikut sistem itu.
Tadi, kita sudah dengar dibahaskan. Begitu ramai Ahli Parlimen memohon daripada Kementerian Pelancongan supaya memberi peluang untuk diadakan homestay. Mereka sudah bersetuju bahawa ini adalah satu program yang terbaik. Kita hendak beri peluang kepada sesiapa sahaja, tetapi dengan syarat ia boleh maju. Kita tahu bahawa Bali ada banglo. Bali, Balilah. Kita Malaysia, Malaysialah. Mengapa hendak ikut Bali?... [Ketawa] Janganlah ikut Bali. Sekurang-kurangnya kita boleh maju.
Dari Sarawak, Yang Berhormat Menteri.
Di Bali tiap-tiap malam sampai jam dua, tiga pagi ada minum arak, ada pub. Bolehkah kita di sini? Tidak boleh! Jadi, terpulanglah...
Di Malaysia pun, di Kuala Lumpur ada minum arak ini!... [Disorak]
Jadi, kita pulang baliklah kepada Malaysia.
Maknanya Malaysia pun sama... [Ketawa].
Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa sekarang kita sudah nampak, jikalau kita fokus kepada sesuatu sumber manusia, melatih dan jenis aktiviti, nampaklah statistik. Dari bulan Januari hingga bulan Oktober sahaja, pendapatan sudah naik kepada 80 peratus. Pendatang pun naik juga. Jadi, terima kasihlah pada pandangan itu, dan kita akan ambil kira. Saya memang bersetuju untuk fokus, tetapi kita perlu memperluaskan kepada mana-mana kampung, yang bukan sahaja berminat, tetapi ada potensi untuk berjaya.
Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Yang Berhormat, saya pandang Yang Berhormat. Selepas itu Yang Berhormat Kapit dan selepas itu Yang Berhormat Jempol. Saya lihat semua yang berdiri ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Eh, bukan Yang Berhormat Kapit, tetapi Yang Berhormat Kanowit. Maaf, dia berdekatan itu.
Saya memang kagum dengan konsep homestay, tetapi di kawasan PJ Selatan memang tidak ada homestay. Namun saya ada satu cadangan, di Raub, Pahang di kawasan Bukit Koman ini, bolehkah ia potential untuk dijadikan homestay? Saya tengok ada perlombongan emas di sana yang begitu menarik, yang menggunakan kaedah cyanide yang beracun untuk melombong emas. Jadi, adakah tempat ini berpotensi untuk menggalakkan orang datang melihat sendiri tentang kaedah perlombongan emas yang menggunakan racun ini? Terima kasih.
Saya tahulah Yang Berhormat ini dari DAP. Apabila ada peluang, mesti ada bangkitkan masalah ini.
Yang Berhormat Menteri, tolong tarik balik. PJ Selatan bukan DAP... [Ketawa]
Okey, mohon maaf sebab saya kurang dengar you bercakap. Saya memang tunggu peluang ini untuk bangkit. Mesti mainkan perkara ini... [Ketawa] Pertama, Raub gold mine adalah di bawah organisasi swasta. Kita hendak buat apa-apa produk, perlu ada sesuatu tujuan. Kedua, mana yang menggunakan produk gold mine yang boleh maju?
Di Melbourne keluar dari Melbourne. Di situ perlu ada jenis-jenis aktiviti dulang washing, aktiviti yang lain-lain. Jadi bukan sahaja orang kata, “Oh, kalau hendak guna ini kita buat.” Sekarang saya hendak kaji team My first. Tidak mengapalah you bincang apa- apa mengenai gold mine saya tahu memang ada masalah latar belakang politik. Sekian.
Yang Berhormat Kanowit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Kita mendengar bahawa memang homestay ini adalah satu aktiviti atau program yang sangat diminati oleh ramai kita di Malaysia ini tetapi masalahnya di Sarawak itu kebanyakan kawasan-kawasan pedalaman itu satu daripada syarat-syarat dahulu yang kita telah difahamkan adalah kalaulah kawasan itu tidak mempunyai jalan raya yang elok, permohonan daripada kawasan itu tidak akan diluluskan oleh kementerian. Ini adalah salah satu menjadi masalah yang betul-betul tidak memberi keuntungan kepada kita di Sarawak ini. Kalau kita melihat dari segi aktiviti yang disebutkan oleh Menteri tadi, memang kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak lebih-lebih lagi kawasan-kawasan Kapit, Kanowit, kawasan Orang Ulu, aktiviti kebudayaan memang cukup menarik tetapi malangnya jalan tidak ada. Akan tetapi saya lihat kalau kebanyakan pelancong yang datang itu dia suka juga menggunakan bot untuk berjalan ke hulu-hulu sungai. Jadi apa salahnya kita buat homestay yang dapat dihubungi menggunakan bot-bot atau perahu panjang itu sebab kawasan di sana memang kawasan yang lebih autentik, memang original kalau you mahu yang lebih original dan aktivitinya pun lebih original. Jadi minta penjelasan dari Menteri.
Terima kasih. Kita di kementerian pun memang mengkaji jikalau sebuah homestay memang sangat menarik, ada potensi untuk maju tetapi masalah kata ada accessibility untuk masuk ke kampung itu. Jikalau jalan itu tidak begitu panjang, jikalau boleh dibawa ke kawasan kita, kita bagi peruntukan yang membina jalan kampung tetapi jika jalan raya yang di bawah kementerian lain, kita selalu bincang dan juga dengan Kementerian Luar Bandar macam mana atau mana kampung yang kita boleh bekerjasama untuk mereka membawa accessibility dengan izin dan kita membangunkanh. Kedua, saya memang bersetuju tidak payah kata perlulah ikut jalan sahaja sungai lagi elok. Jadi jikalau begitu, saya akan hantar pegawai saya kepada tempat Ahli Yang Berhormat, kita kaji tempat itu dan kita juga bawa satu operator dengan izin, mereka bincang boleh tau tidak buat pakej macam ini, minat atau tidak, berapa ringgit hendak jual dan lain-lain.
[Bangun]
[Bangun]
Jika boleh, saya sendiri akan menolong Ahli Yang Berhormat untuk membangunkan satu produk homestay yang accessibility dengan sungai.
Menteri, Balik Pulau sedikit Menteri. Penjelasan, boleh?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tengok sekarang ini macam ada satu lambakan homestay seluruh negara. Kita mesti kaji tentang permintaan dengan penawaran. Ada timbul kebimbangan kerana yang paling penting sekali kepada kementerian ialah untuk mewujudkan identiti kepada satu-satu homestay supaya ianya tidak bertindih dan kita mesti fokus terhadap melengkapkan kemudahan-kemudahan infrastruktur dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti. Kedua saya ingin bertanya kenapa berlaku lonjakan bil elektrik di Homestay Kampung Lonek padahal ini adalah sumber pendapatan masyarakat luar bandar yang sebahagiannya terdiri daripada orang miskin dan juga rakyat termiskin dan ini adalah merupakan sumber pendapatan mereka tetapi apabila berlaku lonjakan bil elektrik ianya telah pun mengurangkan pendapatan. Apa dasar kementerian berkaitan dengan ini?
Menteri, Balik Pulau sedikit, tajuk yang sama. Saya sedikit sahaja Menteri sebab saya mohon penjelasan Menteri kerana antara agenda homestay ialah untuk mengangkat kebudayaan Malaysia, budaya kampung, budaya setempat tetapi apa masalahnya kerana perkataan atau istilah homestay ini seolah-olah kita tidak ada istilah kita sendiri.
Dia jadi macam satu oxymoron dengan izin, macam kita sebut hendak bangkitkan budaya Melayu, budaya Malaysia tetapi guna bahasa Inggeris. Dalam item ini pun 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Program peningkatan kemudahan itu sudah bagus tetapi ia jadi homestay itu. So, jadi saya rasa itu perlu kerana itu branding baru betul.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya sudah cakap banyak kali, tujuan homestay adalah untuk meningkatkan pendapatan hasil perkampungan bukan sahaja untuk mempamerkan budaya kita. Ia ada satu jenis enterprise perkampungan. Pada masa itu, masa kita buat branding, kita buat research, kajian dan kita hendak promosi bukan untuk negara kita sendiri sahaja tetapi untuk seluruh dunia. Home, banyak rasa baik, keluarga, home the best place dengan izin, is the home, jadi kita ada brand ini untuk menggalakkan pelancong dari seluruh dunia come to my house, datang ke rumah...
[Bangun]
Tidak mengapa, cukup. Kita hendak buat itu seperti brand antarabangsa. Kedua kepada Ahli Yang Berhormat Jempol, terima kasih sebab memang betul kita tidak boleh sahaja sesiapa hendak mohon homestay bagi.
[Bangun]
Sebab itu kita bekerjasama dengan persatuan homestay setiap negeri, dapatkan pandangan mereka. Ada atau tidak homestay, boleh sambung atau tidak seperti satu rantai mutiara. Jika kata memang boleh kita promosi sama- sama, kita bagi markah lagi lebih. Ketiga, masalah bil elektrik. Yang Berhormat pada masa sekarang ....
Tuan Pengerusi, minta penjelasan.
Tidaklah, sorry... [Ketawa]
Bil elektrik sebab tidak bayar habis. Saya ada lagi banyak isu lagi. Homestay sahaja tidak habis-habis. Tuan Pengerusi, homestay ini memang terang. Ini bukan bagi satu program menolong orang miskin, ini adalah satu Program Enterprise yang hendak memberikan kita punya di kampung tahu macam mana berniaga. Jikalau hendak berniaga, mesti tahu macam mana do profit and lost. Jadi jikalau bil elektrik naik, kita boleh naik sedikit kita punya sewa misal pada masa saya buat lawatan kepada banyak negeri homestay itu begitu bagus kita punya tuan rumah. Semua diberi free, semua bagi percuma. I kata jangan bagi percuma, juallah. Jika menoreh getah, dia hendak ambil bola getah balik, bayarlah RM3 atau USD1.
Tuan Pengerusi, minta jalan.
[Bangun]
Ya, jikalau itu sebab itu kita perlu faham betul-betul falsafah homestay bukan satu program kebajikan. Ia satu Program Enterprise.
Ia bukan soal kebajikan Yang Berhormat. Saya hendak tanya dasar kementerian adakah ia masuk dalam bil industri ataupun bil orang kampung. Itu yang kita hendak tahu apa dasarnya. Kalau dasarnya dasar yang melibatkan dasar industri, kita boleh terima.
Tidak, pada masa sekarang. Terima kasih. Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kuala Lipis soal lesen syarikat pengendalian pelancongan.
Yang Berhormat Bukit Gelugor hendak soalkan?
Ya.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor hendak tanya.
Tuan Pengerusi, kerap kali tadi Yang Berhormat Menteri ada merujuk kepada homestay. Dia tegaskan home, saya mahu dapat tahu daripada menteri mana home dia. Adakah dia warganegara negeri ini atau PR dari Australia atau Kanada. Bolehkah saya dapat tahu... [Tepuk]
Terima kasih. Di sini saya mahu Yang Berhormat mohon maaf sama saya. Saya rakyat Malaysia, you ambil pasport saya. Okey.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat, saya beritahu hari ini now ....
Saya minta penjelasan. Duduk, duduk.
Cukuplah, selalu guna Dewan Rakyat yang mulia ini memberikan jenis-jenis maklumat yang bohong. Saya adalah Malaysia 100 peratus. Lahir di sini di Kelantan, lahir di sini, cukup.
Alright, penjelasan. Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, tidak payah.
[Menyampuk]
Tuan Pengerusi, lesen syarikat pengendalian pelancongan dari Yang Berhormat Kuala Lipis.
Penjelasan, penjelasan.
Tuan Pengerusi, lesen syarikat pengendalian pelancongan diberikan...
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Bukan tidak bagi, tidak jawab tadi. Tidak jawab.
Berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Industri Pelancongan 1992.
Tak jawab mungkin dia orang Australia agaknya.
Ya, adakah dia orang Australia?
Kementerian Pelancongan amat berhati-hati dalam memberikan lesen ini...
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi saya mahukan penjelasan.
Ini kerana syarikat tersebut akan mengendalikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Penjelasan, penjelasan.
Jangan takut Menteri, duduk.
Tujuan syarat-syarat ini dikenakan adalah bagi memastikan syarikat benar-benar bersedia...
Tuan Pengerusi.
Dan berupaya untuk beroperasi dan memberi perkhidmatan.
Tuan Pengerusi, point of order.
Ini disebabkan perniagaan pengendalian pelancongan...
Point of order Tuan Pengerusi.
Adalah satu bidang.
Yang Berhormat Menteri, point of order sekarang.
Yes, apa point of order?
Peraturan Mesyuarat 36(12).
Okey apa dia kata?
Mengelirukan Dewan ini. Duduk, duduk, duduk. Tadi saya mahu dapat tahu, Tuan Pengerusi. Pertama, adakah dia warganegara Malaysia? Kedua, adakah dia PR dari negara lain iaitu Australia atau Kanada? Barangkali dalam masa lampau dia ada. Bolehkah saya mendapat penjelasan?
Boleh. Dia hendak tanya saya adalah PR Australia, New Zealand, Kanada, China, Singapura, tidak ada, okey?
Dalam masa lampau.
Pada masa lampau ada.
Mana, mana?
Tahun 1990-1993.
No, no, selepas itu.
Okey cukup!
No, no, dalam bila-bila masa... [Dewan riuh]
Dia dah jawab!
Buang masa! Cukuplah itu!
Yang Berhormat, dia sudah bagi jawapan.
Pada masa sekarang.
Tahun 1990- 1993. Sekarang tidak ada lagi Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi saya hendak tanya soalan ini apa kaitannya dengan Kementerian Pelancongan?
Sudah mengaku tadi?
Tuan Pengerusi, apa kaitan soalan ini dengan Kementerian Pelancongan?
Ini Yang Berhormat subject to...
Sudah mengaku okey, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, apa kaitan soalan ini dengan Kementerian Pelancongan?
Homestay.
Apa kaitan soalan dengan bahas bajet?
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri tidak payah buang masa untuk itu.
Niat jahat.
Tuan Pengerusi.
Kita banyak hendak perjuangkan hal rakyat.
Tidak payah masuk campur Yang Berhormat Jempol.
Cukuplah, cukup.
Cukuplah itu Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, penjelasan.
Saya tidak akan bagi.
Penjelasan, boleh dapat penjelasan?
Cukuplah, Tuan Pengerusi.
Kalau soalan ini tidak payahlah Yang Berhormat.
Dia takut.
Ini integritilah Tuan Pengerusi.
Takut?
Tidak takut. Saya sudah jawab, takut apa?
Ha?
Saya sudah jawab sudah takut apa?
Apa home, home, home?
No, tarik balik! Saya kata hari ini, di sini saya jawab, saya bukan PR mana-mana! Tarik balik!
Dalam masa lampau ada, bukan?
Saya sudah cakap ada. Saya sudah jawab.
Ada mengaku tadi?
Sudah beri penjelasan Yang Berhormat.
Saya sudah jawab.
Ada mengaku tadi?
Saya sudah jawab.
Dia sudah menjawab tadi.
Ada mengaku?
Ya.
Ya, tarik balik!
Tarik balik apa?
Tarik balik kata saya bohong. Tarik balik kata saya bohong.
Yang Berhormat.
Saya sudah jawab.
Yang Berhormat.
Saya sudah jawab, you tarik balik sekarang!
Saya bukan cakap bohong.
Tuan Pengerusi, Menteri garang ini.
Sorry, you dengar atau tidak dengar, itu masalah you. Saya sudah jawab.
Mengelirukan Dewan tadi.
Saya sudah jawab, saya sudah jawab.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor dia sudah jawab Yang Berhormat.
Saya sudah jawab, saya sudah jawab. Tarik balik!
Kalau tidak jelas...
Apa tarik balik?
Saya sudah jawab! Saya dengar. Tidak dengar, masalah you. Saya sudah jawab. Tarik balik! Tarik balik kata saya bohong!
Tuan Pengerusi.
Integriti, tarik balik. Jika you berani bangkit, you berani tarik balik!
Di mana saya cakap bohong? Mengelirukan Dewan.
You kata tadi bohong, ada dengar tidak?
Tidak ada.
Tidak ada.
Of course, of course you kata bohong. Dia kata bohong.
Mana ada.
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya ingat tutuplah kes ini. Tidak apalah Yang Berhormat.
You kata bohong. Tidak dengar?
Tidak dengar, tidak dengar.
Jika berani, mengaku you ada cakap bohong. Jika you berani, you mengaku.
Tuan Pengerusi, gaya dia sebagai gengster sekarang... [Ketawa]
Okey, jika you berani, you mengaku.
Nak dengar lawan?
Ini Menteri gengster.
Tidak apa, gengster tidak apa. To deal with you, it takes a gangster.
[Bangun]
Yang Berhormat, tidak payahlah Yang Berhormat, tidak payahlah Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, dia hendak dengar lagi tidak jawapan?
Sudah, sudah.
Duduklah, apa jawapan?
Tujuan syarat-syarat. Okey, oleh yang demikian, Kementerian Pelancongan mensyaratkan agar mereka yang mohon lesen syarikat pengendalian pelancongan. Mestilah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pelancongan agar memahami selok-belok industri ini. Selain itu juga, kementerian mensyaratkan agar syarikat mempunyai modal berbayar antara RM50,000 sehingga RM250,000 untuk memastikan mereka berkemampuan dari segi kewangan untuk mengendalikan perniagaan. Graduan yang kekurangan pengalaman dan ingin menceburkan diri dalam sektor ini adalah dinasihatkan untuk bekerja di mana-mana syarikat pengendalian pelancongan sedia ada untuk menimba pengalaman tersebut sebelum mengendalikan perniagaan sendiri. Pemohon juga boleh mendapatkan nasihat daripada Institusi kewangan mengenai pinjaman yang boleh dibuat untuk memenuhi syarat modal berbayar yang telah ditetapkan. Beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara pembangunan. Kementerian Pelancongan memainkan peranan untuk menyediakan hala tuju pembangunan industri pelancongan secara keseluruhan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara. Ke arah ini, Kementerian Pelancongan memainkan peranan sokongan dalam menyedia dan....
Mohon penjelasan. Tuan Pengerusi.
Meningkatkan pelbagai kemudahan infrastruktur pelancongan bagi menggalakkan...
Ini soal?
Soal pembangunan.
Tidak, tidak. Maaf.
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya hendak bagi penjelasan Yang Berhormat.
Ya, pembangunan.
Saya beri penjelasan Yang Berhormat. Tadi Menteri buat, dia habiskan soalan pembangunan ini baru dia jawab.
Tidak faham, Tuan Pengerusi. Susah, dia tidak faham. Apa boleh buat? Tidak faham.
Saya belum tanya lagi. Mana Menteri garang tahu tidak faham?
Tidak faham. Bagi menggalakkan pembangunan industri...
Walaupun Menteri garang, tetapi kita tidak takut.
Pelancongan negara. Ini selaras dengan objektif dan fungsi kementerian di dalam merancang, menyelia dan mengawal pelaksanaan Dasar Pelancongan Negara dan juga dalam usaha meningkatkan bilangan kedatangan pelancong dari luar negara serta menggalakkan pelancongan domestik.
Dalam perkara ini, Kementerian Pelancongan bekerja rapat dengan badan-badan pihak pelancongan di bawah Kerajaan Negeri untuk membangunkan kemudahan pelancongan selari dengan matlamat pelancongan kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan projek pelancongan adalah berdasarkan kepada rancangan pembangunan lima tahun. Pada asasnya, Kerajaan Negeri akan mencadangkan projek-projek pembangunan kepada Kementerian Pelancongan berdasarkan pengetahuan mengenai keperluan dan keutamaan negeri masing-masing. Dengan itu, Kerajaan Negeri mempunyai peranan yang lebih utama memandangkan mereka merupakan pemilik produk dari agensi pelaksana. Berdasarkan kepada cadangan tersebut Kementerian Pelancongan akan membuat penilaian dan pemilihan berdasarkan Dasar Pelancongan Negara...
[Bangun]
Ke arah ini, tumpuan pembangunan akan juga diberi kepada pembangunan kawasan ekopelancongan yang akan menarik segmen pelancong eko yang berminat dengan...
Boleh tanya?
Saya sudah kata, saya habis juga. Saya memang serius.
Yang Berhormat, tadi sudah dia buat satu sistem Yang Berhormat. Duduklah dahulu, Yang Berhormat.
Juga memberikan manfaat kepada komuniti tempatan.
Saya sudah melihat semua yang berdiri.
Pembangunan pelancongan meliputi aspek peningkatan dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pelancongan, penyelenggaraan dan pembangunan kawasan ecotourism termasuk jenis-jenis produk. Penyediaan projek ini merupakan sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada penduduk negeri supaya mereka berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan yang kini merupakan salah satu sektor utama dalam pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, kementerian akan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi memastikan pembangunan setiap kawasan pelancongan mempunyai linkage, dengan izin, yang sempurna bagi menjaga keselamatan, keselesaan dan kepuasan setiap pelancong yang mengunjungi kawasan tersebut. Selain itu, ia akan memudahkan pengusaha-pengusaha pelancongan menarik lebih ramai pelancong ke destinasi tersebut. Sebagai contoh Kementerian Pelancongan menyediakan RM11.3 juta bagi pembinaan jalan masuk sepanjang 3.2 kilometer Jambatan Sungai Riang dan Jambatan Sungai Teruna bagi membolehkan kemudahan sampai pelancong ke Sungai Sedim, Tree Top Walk, dengan izin.
Menteri mohon penjelasan.
Kedah dan infrastruktur lain seperti Yang Berhormat Kulim sedia maklum. Tempat letak kereta, papan tanda, jambatan gantung, tandas, wakaf, pusat informasi dan lain-lain. Dengan ini, kementerian berharap pemimpin tempatan seperti Yang Berhormat dari Kulim bolehlah menolong kita menarik pengusaha-pengusaha pelancong membuat Mega Fam kepada produk mereka.
Saya pohon untuk mencelah.
Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat, tadi Menteri kata habis dia satu topik Yang Berhormat. Takkan tidak faham?
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Menteri yang cantik molek, tetapi garang seperti gengster.
Tarik balik, tarik balik!
Eh, ini adalah pengakuan yang dibuat oleh Menteri sendiri. Dia kata to deal with Yang Berhormat Bukit Gelugor itu, yes she has to be gangster. Ini bukan cakap saya. Jangan sumpah kata Menteri dalam mulut saya. Ini diakui oleh Menteri sendiri. Dia angguk kepala mengapa bising-bising di sana. Senyap dahulu. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya soalan. Tadi Yang Berhormat Menteri telah katakan segala program pembangunan papan tanda dan projek lain selaras dengan hala tuju Dasar Pelancongan Negara. Apabila saya menjelajah dari Kuala Lumpur balik ke Taiping, kita lihat ada papan tanda gigantic, sign board yang meletakkan Zoo Taiping tetapi tepinya gambar mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Pelancongan, bersama dengan gambar monyet.
Saya difahamkan dari Butiran 02600 yang tadi saya tidak sempat bangkitkan, saya pohon penjelasan. Kementerian belanja RM5 juta untuk meletakkan papan tanda seluruh highway dan banyak papan tanda sebenarnya memaparkan gambar mantan Perdana Menteri dan mantan Menteri Pelancongan. Adakah mengikut hemah kementerian, gambar cantik Datuk Seri Azalina binti Othman Said merupakan tarikan pelancongan ataupun mempunyai nilai tambah sebagai tarikan kepada destinasi pelancongan? Sekarang sudah tukar Menteri. Adakah sekarang hendak letak pula gambar cantik Yang Berhormat bagi Raub supaya menggantikan gambar mantan Menteri. Adakah ini bukan satu pembaziran? Saya pohon penjelasan kerana Menteri Kewangan II telah mengaku. Oleh kerana pembaziran dalaman, negara terpaksa menanggung kerugian RM28 bilion dan wang ini terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kedua, tentang prestasi KPI Menteri Pelancongan. Kita perhatikan dalam tempoh yang begitu singkat, sebenarnya Menteri Pelancongan ini merupakan Menteri yang paling rajin melancong. Pergi seluruh dunia. Setiap bulan ke luar negara bersama suami, Finland, Germany, London, Paris, kita tengok. Kita hendak tahu apakah hasil lawatannya, kerana tadi Menteri sendiri mengakui, jangan ikut Bali. Walaupun kita buat lawatan sambil belajar, tetapi jangan belajar. Jika bukan belajar, apa lagi? Melancong lagikah? Oleh sebab itu kita tahu, kita pohon penjelasan yang jujur, jelas tetapi jangan garang. Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Indera Mahkota boleh?
Tuan Pengerusi, macam mana you interaksi dengan seseorang, guna gaya dia. Jika dia lemah lembut, saya lemah lembut. Jika dia garang, saya garang, itu sahaja.
Saya lemah lembut.
Yang kedua, tidak payah tarik gangster, saya mengakui. Sebab you deal with opposition, dengan izin, their style. Yang kedua, Tuan Pengerusi papan tanda. Papan tanda adalah yang pertama promosi bagi orang tahu tempat sini ada apa-apa produk pelancongan.
[Bangun]
Biarlah saya habis jawab. Gentleman sedikit. Yang kedua, apa gaya yang dibuat terpulang kepada seseorang. Jika Datuk Seri Azalina kata, “Selamat Datang ke Malaysia", apa susahnya? Kita pergi ke tempat lain pun ada muka- muka pemimpin. Apa susahnya.., tetapi perlu ada produk pelancongan. Saya..., lain orang lain gaya. Akan tetapi apa perlu papan tanda ada, kata, “Selamat Datang ke Zoo Negara”. Ketiga, Yang Berhormat kata saya selalu keluar melancong, tarik balik. Saya keluar promosi. Saya tidak pergi belajar, tidak payah. Saya pergi promosi. Keempat, suami saya bukan ikut saya selalu. Saya bagi tahu berapa kali dia ikut saya.
Kelima, apa dapat outcome. Setiap negara yang kita buat promosi, bukan saya sendiri, dengan pegawai. Setiap negara selepas satu, dua tiga bulan angka pelancong ke Malaysia naik. Ada yang 14 peratus, ada yang 20 peratus. Ada saya bagi Tuan Pengerusi.
Saya sambung Menteri.
Tuan Pengerusi, saya menghormati Yang Berhormat di sini. Tetapi jika hendak bangkit perkara, hendak tanya soalan, tanya dengan profesionalisme.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota. Sorry, Yang Berhormat Batu dahulu, selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota, selepas itu baru Yang Berhormat Kanowit. Saya melihat siapa yang berdiri dahulu dan kemudian Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya ingin mendapat penjelasan dari isu yang sebelum ini yang mengatakan promosi pembangunan pelancongan. Saya ingin mendapatkan penjelasan kenapa Majlis Pelancongan Tindakan Negeri telah ditukar jadi jabatan? Di mana sepatutnya kita harus menggalakkan participation dari negeri-negeri dan projek pembangunan pelancongan juga menghalang Exco dan UPEN dari negeri-negeri masing- masing terutamanya dari negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk menyertai perancangan dan memberi input ini. Saya agak kalau kita ingin mempromosikan pelancongan, tidak seharusnya ada sikap diskriminasi terhadap negeri-negeri Pakatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memang susah hati, berapa kali, semasa saya menjawab isu MTPN, Yang Berhormat tidak ada di sini. Semasa tidak ada di sini bangkitkan perkara pula. Tidak apa, saya akan jawab, tetapi saya akan jawab dalam satu isu MTPM Di sini saya hendak bagi Yang Berhormat, MTPM bukan dibatalkan sebab apa yang terjadi Tuan Pengerusi. Saya akan bagi jawapan nanti dengan seterusnya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya puji kementerian sebab tahun lepas ada 24 juta orang masuk, mesti kerana tarikan Menteri dia kot, tetapi kalau marah-marah saya takut nanti pelancong semua lari, anyway, terima kasih. Saya cuma hendak tanya, di muka surat 677 ini ada dilaporkan di sini, untuk butir-butir projek yang dimansuhkan, ada tiga. Pertama, Program Penginapan Murah/Sederhana. Saya faham program ini termasuk antara program rangkaian homestay kerana jumlah yang dibatalkan itu agak besar. Kemudian program kedua dibatalkan atau dimansuhkan ialah Program Pembangunan Data Pelancongan. Kenapa perkara ini dibatalkan, apa sebabnya? Sebab kita sekarang ini dalam sistem untuk membangunkan data-data untuk tujuan pengurusan dan pemantauan. Kenapa program ini dibatalkan, apa sebabnya? Yang ketiga itu memang adalah, PEMPENA, disebutkan di situ Program Malaysia Kitchen juga disebut sebagai antara jadual atau program yang dimansuhkan. Saya minta pandangan kenapa ketiga-tiga ini dimansuhkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, Malaysia Kitchen bukan dibatalkan. Sahaja dipindah masuk kepada EPU. EPU bersama MITI akan jaga perkara ini. Kedua, data. Pada masa sekarang kita hendak kaji lagi dengan teliti. Macam mana kita boleh kutip lagi data dengan lagi jelas. Jadi kita sekarang tidak mahu terus masuk atas satu projek, jikalau maklum balas balik kepada kita tidak boleh begitu senang digunakan.
Bukan dimansuhkan? Dimansuhkan kata sini.
Saya hendak tanya, yang pertama di mana? Yang pertama kata tiga. Malaysia Kitchen I sudah jawab. Yang pertama...
Penginapan murah dengan sederhana.
Maaf?
Program Penginapan Murah/ Sederhana.
...Dimansuhkan?
Ya.
Okey, saya akan jawab secara lisan perkara ini. Sebab saya tidak suka jawab jikalau saya tidak ada jawapan betul-betul. Saya akan bagi secara lisan ya. Sebab ini...
Untuk rujukan saya bagi tahu di muka surat 677.
Okey, tunggu officer saya bagi. Semasa saya membuat promosi di luar negara, saya memang sweet sangat, saya tidak garang Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Kanowit.
Pelancong bukan 24 juta, tetapi 22 juta.
Ya, Yang Berhormat Kanowit, selepas itu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita kagumlah dengan kejayaan kerajaan untuk mempromosikan pelancongan di negara kita. Dengan meningkatnya pelancong-pelancong yang datang, tetapi Menteri telah pun mengatakan dengan pembangunan disebutkan oleh linkages inilah satu masalah kita memang mengetahui linkages dari negara-negara Eropah, Amerika dan lain-lain, sampai ke Kuala Lumpur sahaja. Akan tetapi masalahnya linkages ini tidak sampai ke Sarawak. Inilah satu masalah Menteri. Jadi macam mana kerajaan akan memberi banyak lagi permohonan dari segi flights diberikan banyak ke negeri Sarawak. Saya nampak di Kota Kinabalu Sabah memang banyak flight dari luar negara yang direct ke Kota Kinabalu, tetapi Kuching saya ingat mungkin dari Singapore sahaja. Jadi minta penjelasan dari Menteri supaya pelancong ini bukan sahaja sampai ke Kuala Lumpur, ke Semenanjung Malaysia tetapi terus pergi Sarawak yang mempunyai banyak lagi attraction for tourism. Terima kasih.
Terima kasih. Masalah accessibility, dengan izin, adalah satu masalah yang kita di Kementerian Pelancongan pun rasa sangat risau. Memang diakui apalah kita promosi jikalau tidak ada pengangkutan untuk bawa pelancong datang ke satu-satu tempat tetapi di sini kita buat pelbagai jenis cara tapi akhirnya adalah perniagaan. Jikalau sebuah syarikat penerbangan dia tidak boleh untung macam mana dia hendak datang situ. Itulah masalah yang kita kaji. Kita selalu kaji bukan sahaja dengan syarikat penerbangan kita tetapi juga syarikat penerbangan lain-lain negara. Kita menarik, menggalak tetapi mereka selalu tengok bottom line boleh survive atau tidak, sustainable atau tidak. Walau bagaimanapun, kita akan cuba lagi dengan sekuatnya...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu masih hendak soal?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, seperti yang saya sebut semalam dalam peringkat bahas jawatankuasa saya tidak mempertikaikan soal pembangunan di kawasan Tree Top Kulim kawasan Kampung Sedim malahan saya merakamkan ucapan terima kasih banyak kepada kementerian kerana peruntukan pembangunan yang besar di kawasan tersebut.
Saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana tindakan yang pantas dalam tempoh seminggu tindakan diambil untuk memahami masalah di Kampung Sedim dan dengan menghantar KSU sendiri Dato’ Mirza ke kawasan tersebut dan satu tindakan yang saya rasa sangat positif dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas tindakan tersebut. Saya maksudkan daripada isu yang saya bahaskan berkenaan dengan Tree Top ini pembangunan tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Mereka tidak dapat menjaja lagi di situ, mereka kena bayar masuk ke dalam kawasan itu dan bermakna pembangunan di situ tidak melimpah kepada penduduk kampung. Jadi apakah langkah yang diambil atau akan diambil oleh kementerian untuk melibatkan penduduk kampung ataupun memberikan manfaat pembangunan itu kepada penduduk kampung. Contohnya seperti pengenaan bayaran masuk dan lain-lain kalau boleh dikaji balik pembayaran itu bagi penduduk kampung di situ. Terima kasih.
Terima kasih.
Boleh jawab sekali?
Tunggu Yang Berhormat. Jawab satu-satu Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, sila kalau hendak jawab ini dahulu ataupun hendak beri Yang Berhormat Kota Belud?
Sekejap sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bawa balik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada accessibility tadi. Di Kota Kinabalu dan Kuching ini Yang Berhormat Menteri sebenarnya dari segi produk pelancongan memang banyak dan kerajaan pun membelanjakan banyak peruntukan wang ringgit untuk menaik taraf Lapangan Terbang Kuching dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu tapi apa yang berlaku kadang-kadang oleh kerana dasar kerajaan untuk meningkatkan penerbangan masuk ke KLIA sebagai hab yang menyebabkan syarikat-syarikat penerbangan daripada luar negara diminta supaya turun di Kuala Lumpur dahulu dan selepas itu barulah pelancong-pelancong ini kalau mahu pergi ke Kota Kinabalu ataupun Kuching terpaksa transit dan pindah kapal MAS untuk berpindah. Jadi kita faham. Kadang-kadang kalau pelancong-pelancong daripada Timur Tengah atau Middle East mereka ini kalau datang dengan keluarga dengan beg yang begitu besar dan sekali mereka turun di Kuala Lumpur dan bermalam di Kuala Lumpur mungkin agar sukar untuk mereka packing balik dan pergi ke Kota Kinabalu dan Kuching. Jadi kita mintalah kalau boleh benarkan penerbangan-penerbangan direct secara charter terutamanya kepada Kuching dan Kota Kinabalu ini. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, selepas jawapan ini pindah ke topik lain.
Ya, ya saya mahu pindah sebab banyak lagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud. Ini memang adalah satu agenda kita. Semasa kita bermesyuarat dengan Kementerian Pengangkutan dan juga kita bangkit dalam Mesyuarat Kabinet industri pelancongan dan semasa saya membuat promosi di mana- mana negara kita selalu pun menggalakkan mereka menggunakan charter datang ke tempat-tempat. Kita akan cuba buat lagi. Kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, terima kasih. Jadi saya memang bersetuju. Apa-apa pembangunan kita buat kepada sesuatu kawasan pihak penduduk kampung perlulah mendapat manfaat dan apa juga pembangunan yang kita buat kita serah kepada majlis tempatan dan tree top walk, jambatan semua di bawah hak majlis tempatan dan saya sendiri akan tulis surat kepada majlis tempatan. Saya bersetuju sekurang- kurangnya bagi penduduk-penduduk kampung biarlah percuma jikalau guna sekali atau satu tahun bagi dia lima kali pun tak apa. Jadi ini saya sendiri pun akan bangkit kepada majlis tertentu dan saya harap Ahli Yang Berhormat juga menolong kita bangkit perkara ini. Apa-apa produk yang kita sudah siap kita serah balik kepada agensi-agensi tertentu dan mereka terus mengurus dan buat apa-apa tindakan yang mereka rasa sesuai.
Tuan Pengerusi, kepada Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Padang Terap pelancongan agama. Kementerian sering mempromosikan pelancongan keagamaan seperti perayaan Thaipusam di Batu Caves, Hari Wesak serta Sleeping Buddha di Tumpat Kelantan. Pelancongan agama juga merupakan produk pelancongan yang terpenting di Malaysia. Pelancongan Islam merupakan produk pelancongan utama yang dipromosikan di negara ini. Pelancongan yang berkonsepkan Islam yang tertumpu kepada terutama kepada pelancong-pelancong dari pasaran Asia Barat dan pelancong-pelancong beragama Islam dari pasaran lain termasuk China, UK dan sebagainya. Antara ciri-ciri penting yang telah diadakan bagi mempromosikan konsep ini ialah mengutamakan makanan-makanan halal dan juga melatih dan menyediakan khidmat pemandu pelancong berbahasa Arab. Memandangkan pelancong-pelancong yang datang dari timur tengah ini untuk tidur lewat dan gemar makanan sendiri maka kementerian telah menyediakan satu kawasan rekreasi di Bukit Bintang yang dinamakan Eye of Arabia di mana para pelancong boleh menikmati makanan Arab dan menghiburkan diri dengan muzik berirama Timur Tengah semasa Festival Samrah. Di samping itu, tempat-tempat tarikan pelancongan yang berkonsepkan Islam dimasukkan di dalam pakej-pakej pelancongan seperti pakej korban dan akikah untuk pelancong Singapura di Negeri Sembilan dan negeri Johor serta pakej untuk melihat keunikan majlis akad nikah di masjid. Dalam hal ini kementerian ini juga sedang melatih pemandu-pemandu pelancongan khusus bagi mengendalikan pelancong-pelancong yang melawat masjid-masjid tertentu. Ini bukan sahaja dapat memberikan penerangan yang lebih kepada pelancong tetapi juga memberi pendapatan kepada rakyat tempatan yang berkhidmat. Pada tahun 2008 Kementerian Pelancongan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mewujudkan jawatankuasa bersama pelancongan agama bagi menggalakkan pelancongan keagamaan. Di bawah jawatankuasa ini juga terdapat satu jawatankuasa kecil yang ditugaskan untuk mengenal pasti potensi pembangunan pelancongan Islam di mana masjid-masjid yang bersiap sedia untuk menerima pelancong asing termasuk mempunyai pemandu pelancong dalaman akan disenaraikan sebagai tempat-tempat menarik untuk pakej lawatan pelancongan Islam. Pada masa yang sama, kementerian juga mempromosikan pelancong Islam di luar negara seperti semasa misi saya ke Kunming, China pada 18 hingga 20 November. Selain itu Kementerian Pelancongan juga telah memberi peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya pada tahun 2008 dan RM16,00 kepada Islamic Outreach ABIM bagi tahun 2009 untuk melatih pemandu pelancong masjid. Setakat ini jumlah pemandu pelancong masjid yang dilatih di bawah program ini adalah seramai 280. Kementerian Pelancongan juga telah menubuhkan Islamic Tourism Centre (ITC) pada bulan dua tahun ini bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di kalangan negara- negara Islam dan juga mempertingkatkan kerjasama serantau.
Dengan diwujudkan pusat pelancongan Islam ini kementerian yakin akan dapat menarik perhatian masyarakat dunia bahawa Malaysia merupakan satu destinasi pelancongan Islam yang berjaya dan harus dilawati. Bagi dua tahun pertama, tahun 2009 sehingga tahun 2010 sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan bagi tujuan operasi Islamic Tourism Centre, dengan izin. Sebahagian daripada peruntukan ITC bagi tahun-tahun seterusnya adalah daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah daripada aktiviti- aktiviti yang dapat menjana pendapatan seperti penyelidikan dan latihan. Tuan Pengerusi, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong berhubung dengan pembangunan yang dilakukan berhampiran dengan kawasan pelancongan di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong boleh menjejaskan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut kerana tiada perancangan teliti dilakukan.
Kementerian Pelancongan memang bersetuju tetapi kita tidak mempunyai sebarang kuasa dengan aktiviti pembangunan di FRIM, Kepong dan kawasan sekitarnya, ia di bawah negeri. Pembangunan di kawasan seperti ini tertakluk di bawah bidang kuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan. Pada umumnya pengurusan kawasan eco termasuk taman-taman negara adalah berdasarkan pelan pembangunan tersendiri yang mengambil kira pembangunan secara lestari dan amalan terbaik. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen mempunyai pengaruh yang kuat dan boleh mengutarakan isu-isu seperti ini kepada agensi yang berkaitan, bagi menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Tuan Pengerusi, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bersama pola atau trend antarabangsa yang telah menunjukkan kedatangan pelancong global, telah menurun sebanyak 7 peratus bagi tempoh Januari sehingga Julai 2008. Daripada 540 juta pelancong kepada 500 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2009. Ini disebabkan oleh cabaran-cabaran global seperti kemerosotan ekonomi, wabak H1N1 dan harga minyak yang tinggi. Walau bagaimanapun, Malaysia telah berjaya menangani masalah ini dan mencapai jumlah peningkatan pelancong dari 72 peratus bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini iaitu 19,450,525 orang pelancong pada tahun 2009. Lebih membanggakan kita telah berjaya mencapai 14.3 peratus peningkatan dalam jumlah kedatangan pelancong asing bagi bulan Oktober 2009 berbanding Oktober 2008. Peratusan yang baik ini adalah disebabkan oleh langkah proaktif yang diambil oleh kita dan juga kerjasama di antara syarikat-syarikat dan juga rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Kalabakan bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri. Kalau kita bercerita tentang pelancongan tentu juga ia ada kait mengait dengan dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines dan juga AirAsia. AirAsia kebelakangan ini memang orang kata tambang murah. Orang semua tahu. Berjuta orang menunggu di airport untuk mendapatkan penerbangan AirAsia. Akan tetapi kebelakangan ini kita nampak ada tambahan caj, bagi orang yang berada, mungkin tidak ada masalah. Manakala bagi orang yang tidak berada ada satu caj yang dipanggil, “Convenience fee”. Kalau kita dari Kota Kinabalu pergi balik RM10 seorang, sekiranya beberapa orang itu di caj. Apa convenience fee ini sedangkan AirAsia memang tidak convenience pun! Keduanya Tuan Pengerusi, kalau kita ikut AirAsia international flight kita tidak dibenarkan untuk membawa makanan kerana memang kita tahu dalam aircraft semua makanan mesti dibeli. Ini saya harap Menteri ambil tindakan yang sewajarnya kalau tidak kita akan bangkit sehingga ada improvement di AirAsia. Makanan yang disediakan cuma maggi dan nasi lemak sahaja. Kadang-kadang kalau kita mahu lima jam flight daripada sini ke Australia, tujuh jam makanan sudah habis katanya. Itu yang pertama. Keduanya, makanan tidak ada standard cuma maggi yang disediakan. Adalah lebih baik kalau begitu saya cadangkan, mungkin Menteri boleh cadangkan kepada AirAsia. International flight semua passenger diberi makanan, kalaupun ada pembayaran, bayar waktu membeli tiket, RM20. Mungkin orang lebih senang daripada apabila orang sudah naik ke kapal terbang dia kata makanan sudah tidak ada dan makanan yang di supply dalam aircraft hanyalah maggi dan nasi lemak. Sekiranya nasi lemak sudah habis, kita makan maggi sahaja. Makanan yang mungkin kebanyakan orang tidak makan, mungkin Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh pun tidak makan maggi juga. Jadi kita minta supaya Menteri serius dengan perkara ini. Rakan saya pagi tadi sudah mengatakan bahawa AirAsia tidak ada sama sekali peri kemanusiaan seperti yang sudah dibangkit. Kita mahu AirAsia yang membawa nama Malaysia memperbaiki imej supaya ramai pelancong-pelancong boleh datang.
Kita tidak mahu dengan tindakan yang ditunjukkan oleh pegawai dan staf AirAsia ini seolah-olah mereka tidak hormat kepada pengunjung ke Malaysia ini dan mereka mungkin di belakang hari akan bercerita di kalangan kawan-kawan terutama penumpang- penumpang dari negara India, China dan lain-lain. Saya meminta Yang Berhormat Menteri serius sedikit untuk menangani perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri panjang lagi kah? Sudah satu jam lebih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita akan ambil serius dan akan membincangkan perkara ini dengannya. Selain daripada dia, saya pun akan... Tidak apalah kita akan mengambil serius mengenai perkara ini. Tuan Pengerusi, mengenai kedudukan semasa PAMPENA Sdn. Bhd. yang dibangkitkan. PAMPENA Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat milik penuh 100 peratus Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1976. Pada awal penubuhannya PAMPENA Sdn Bhd aktif sebagai pelopor dan pemangkin dalam industri pelancongan Malaysia, serta terlibat dalam aktiviti pelaburan dan perniagaan lain yang berkaitan dengan pelancongan. Semasa PAMPENA mula ditubuhkan mereka ada membina hotel sebab pada tahun 1970an dan 1980an tidak ramai rakyat Malaysia yang berani melabur dalam perhotelan. Oleh sebab itu PAMPENA ditubuhkan untuk memainkan peranan ini. PAMPENA Sdn. Bhd. mengorak pembangunan industri pelancongan di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dan Pulau Langkawi melalui pembinaan hotel-hotel di kedua-dua destinasi tersebut. Sejak ditubuhkan ia terus mencatatkan pulangan yang baik dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan industri pelancongan sehingga tahun 2004. Bagaimanapun PAMPENA Sdn. Bhd. kini mengalami kesukaran kewangan akibat beberapa laporan yang tidak strategik dan menguntungkan mulai dari awal tahun 2005 sehingga akhir tahun 2007. Dalam tempoh tiga tahun tersebut PAMPENA Sdn. Bhd. telah melabur di dalam 18 buah syarikat subsidiari. Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan ke atas PAMPENA Sdn. Bhd. pada bulan Disember 2008 sehingga Januari tahun ini, dan mendapati bahawa PAMPENA Sdn. Bhd. menghadapi masalah kekurangan model kerja dengan tanggungan yang semakin meningkat serta berada di dalam keadaan yang boleh dikatakan sangat lemah. Laporan tersebut turut menunjukkan kelemahan syarikat dari segi pengurusan kewangan dan pelaburan. Tuan Pengerusi, pada masa sekarang lanjutan daripada audit berkenaan PAMPENA Sdn. Bhd. telah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia pada 4 Mac, 2009, Suruhanjaya Pencegah Malaysia pada 13 Mac, 2009 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 26 Mac, 2009 seperti yang disyorkan oleh Audit Negara.
Tiga orang pegawai kanan PAMPENA Sdn. Bhd yang dilibatkan dalam Laporan Cabutan Audit Negara telah digantung tugas bagi memudahkan penyiasatan. Siasatan oleh Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sedang dijalankan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Indera Mahkota, Program Pembangunan Data Pelancongan diadakan untuk Projek Pembangunan Akaun Satelit Pelancongan dan telah pun diselesaikan pada tahun 2007. Dengan ini, peruntukan untuk tahun 2010 tidak perlu disediakan lagi. Program Penginapan Murah Sederhana, peruntukan bagi program ini adalah untuk membiayai baki barang Projek Pembinaan Hotel Seri Malaysia, Melaka dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Sehubungan ini, pembayaran tersebut telah selesai dan peruntukan tidak diperlukan lagi. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pembinaan Hotel Seri Malaysia di bawah RMK-9 adalah dilaksanakan di bawah private finance initiative atau (PFI) dan bukan lagi secara terus di bawah Peruntukan Pembangunan Kementerian Pelancongan seperti di Rancangan Malaysia sebelum ini.
Di bawah PFI RMK-9, sebanyak satu Hotel Seri Malaysia telah siap di Kepala Batas, manakala dua lagi masih dalam peringkat pembinaan di Perlis dan Lawas, Sarawak. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Limbang ada mencadangkan kita perlu mempromosikan jenis-jenis flora dan fauna Sarawak khususnya proboscis monkey. Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan telah memberikan penekanan ke atas promosi proboscis monkey di misi jualan dan penyertaan di pameran antarabangsa di luar negara terutama di pasaran utama yang suka nature, alam semula jadi di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Promosi ini juga dijalankan melalui pengiklanan cetak dan elektronik terutama sekali dalam filem dokumentari. Yang Berhormat, mengenai Gunung Kinabalu, kementerian berpendapat bahawa pelancongan adalah private sector driven, jadi para pendaki mestilah menginap sekurang-kurangnya satu malam di Laban Rata dan diuruskan oleh Sutera Harbour Lodge. Akan tetapi, ini tidak bermakna bahawa Gunung Kinabalu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak swasta. Walau bagaimanapun, saya akan bangkitkan perkara ini dan akan mengkaji dengan pihak tertentu macam mana caj mereka dan ada atau tidak peluang untuk kita memperkemaskan lagi harganya. Kepada Ahli Yang Berhormat dari Limbang juga mengenai pakej headhunter. Headhunter Trail sudah menjadi satu produk pelancongan dipromosikan oleh kementerian. Jumlah pakej untuk headhunter pada tahun 2008 adalah sebanyak 55 orang pelancong. Pada tahun ini, Januari-Oktober adalah naik sedikit sampai 100 pakej. Jadi, headhunter ini memang sangat-sangat menarik pihak pelancong yang muda dan adventure bagi mereka. Tuan Pengerusi, dalam Pembangunan Produk dan Pakej Pelancongan. Saya dengar banyak kali dari ramai Ahli Yang Berhormat mengenai packaging, promosi, produk- produk tempatan. Jadi, saya harus di sini memberikan penerangan sedikit sebanyak mengenai macam mana kita buat promosi kepada satu produk-produk. Kementerian kita, kita ambil helicopter view, dengan izin, seluruh negara kita dan dengan apa-apa kewangan yang kita ada, kita perlu meluaskan peruntukan kita. Jadi, kita memerlukan peruntukan dengan tertentu untuk produk itu boleh disampaikan oleh pelancong. Selepas itu, kita serahkan balik kepada agensi-agensi yang tetap dan juga kepada negeri. Daripada situ, pihak-pihak kerajaan negeri dan Majlis perlu terus mempromosikan, menentukan, menguruskan produk itu dengan sebaiknya. Saya berikan satu contoh. Contohnya, Muzium Padi di Kedah dan juga kompleks perkampungan di situ yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Di situ kita sudah gunakan berjuta-juta pembinaan Muzium Padi dan juga membina kompleks architecture perkampungan. Akan tetapi, semasa saya membuat lawatan pada bulan Oktober saya ingat, nampaknya kerajaan ngeri belum lagi panggil tender atau apa-apa untuk operator. Jikalau tidak buat begitu, bangunan itu mestilah rosak, keindahan-keindahan tempat-tempat pun sudah hilang. Kepada Muzium Padi juga, kita tidak masuk tangan lagi sebab mengurus Muzium Padi di bawah tanggungjawab jawatankuasa tertentu. Jadi, apa yang mereka perlu buat dan kita selalu bangkitkan perkara ini. Mereka perlu bekerjasama dengan syarikat pelancongan membincangkan apa jenis pakej yang perlu dibuat. Dengan itu, barulah produk ini diterima oleh pihak pelancong. Produk-produk semua sama tetapi apa yang penting macam mana kita buat packaging kepada dia. Saya sudah berbincang dengan pihak yang menguruskan Muzium Padi. Kita perlu ada program yang tertentu untuk mendidik seperti Program Malam dan selain itu program buatlah benda-benda daripada bahan padi. Jadi, apa yang penting di sini kepada Ahli Yang Berhormat ialah produk-produk pelancongan di kawasan-kawasan sendiri, di tempat-tempat di negeri perlu dipromosikan oleh syarikat pelancongan. Pada masa sekarang, syarikat pelancongan kita saya rasalah tidak cukup lean and hungry. Dia tidak guna inovasi mereka. Jadi, kita akan sambung lagi melatih mereka dan juga persuade mereka perlu ambil lebih lagi tindakan yang inovatif.
Tuan Pengerusi, laman web yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Mambong. Yang Berhormat Mambong membangkitkan bahawa laman web tidak mempromosikan destinasi pelancongan di laman web terutamanya Taman-taman negara yang utama seperti Gunung Mulu National Park. MP Lipis pula mengatakan bahawa laman web Tourism Malaysia tidak dikemaskinikan kerana masih memaparkan copyrights 2005 dan tidak mempromosikan tarikan utama di Pahang seperti Taman Rimba Kenong. Saya sudah buat kajian dan sendiri memasuki website dan semua ada di sini. Destinasi Pahang Kenong Rimba Park ada di sini dan juga Produk Mulu Cave pun ada di sini dan juga copyrights yang dipaparkan adalah copyrights 2009. Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan di sini, kita ada dua jenis website. Satu adalah www.tourismmalaysia.gov.my. Itu ada promosi. Lagi satu website adalah kementerian pelancongan. Itu adalah memberikan maklumat berkaitan dengan dasar, cara memohon lesen dan lain-lain. Akan tetapi, tiap-tiap negeri pun ada. Memanglah, seseorang pun ada dia punya website. Jadi, bagi seorang pelancong mereka boleh masuk sesuatu website, selepas itu buat linkages dengan mana-mana yang tertentu.
Ahli Parlimen Jerai ada membangkitkan isu pelaksanaan program Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia di negeri-negeri. Kementerian wujudkan pejabat Tourism Malaysia berfungsikan pelbagai produk pelancongan di negeri dan daerah. Setiap negeri kita ada sebuah pusat Tourism Malaysia dan juga ada sebuah MTPM. Majlis Tindakan Pelancongan Negeri adalah disebut, dan ia akan ditukarkan kepada Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri mulai 1 Januari 2010. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Seperti mana yang telah saya jawab semasa sesi penggulungan yang lalu, semenjak MTPM ditubuhkan, ia menghadapi pelbagai masalah terutamanya dari aspek pentadbiran sumber manusia. Semua pegawai dan kakitangan MTPM adalah dilantik secara lantikan kontrak untuk perkhidmatan, contract for service, dengan izin, di mana mereka dianggap sebagai bukan penjawat awam, dan tidak dibayar imbuhan seperti KWSP, tiada kenaikan gaji tahunan dan bonus, tiada kemudahan cuti bersalin, cuti haji dan sebagainya. Disebabkan perkara tersebut, kementerian telah menerima rayuan dan memorandum daripada pegawai dan kakitangan MTPM pada tahun 2007 dan 2008 untuk meneliti dan menyelesaikan masalah ini. Sehubungan dengan itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut, Kementerian Pelancongan telah mengesyorkan supaya MTPM distrukturkan semula dengan menggaji pegawai tetap, supaya pegawai dan kakitangannya layak memperolehi imbuhan-imbuhan tetap kerajaan serta menjadi satu organisasi yang kukuh dan lebih berkesan. Oleh kerana MTPM akan tamat pada 31 Disember tahun ini dan digantikan, bukan dibatalkan sahaja, tetapi digantikan dengan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri mulai 1 Januari, kementerian telah mengambil langkah-langkah seperti, kita terus turun padang dan saya sendiri ada beberapa mesyuarat memberi nasihat kepada pegawai dan kakitangan MTPM supaya memohon jawatan lain sama ada dalam kerajaan atau swasta. Mereka dinasihatkan untuk menukarkan kerja, jikalau tidak minat atau tidak selesai dengan qualification untuk menjadi kakitangan kerajaan. Kedua, memberikan penjelasan awal kepada kakitangan MTPM dalam beberapa siri mesyuarat Kementerian Pelancongan sendiri dan di peringkat negeri, supaya bersedia dengan penutupan MTPM dan mengadakan inisiatif awal dengan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan meminta SPA memberikan pertimbangan khas kepada permohonan pekerjaan kakitangan MTPM yang ingin memohon jawatan di dalam sektor awam bersesuaian dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman mereka.
Mengatur dengan Bahagian Pengambilan Khas SPA untuk menganjurkan sesi khidmat nasihat permohonan jawatan di bawah SPA untuk semua pegawai dan kakitangan MTPM yang berminat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan, dan memohon kepada pihak pentadbiran supaya menimbang untuk melantik pegawai dan kakitangan MTPM yang layak secara kontrak berservis bagi ditempatkan di Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri selama satu tahun mulai Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010. Dalam tempoh ini, diharapkan pegawai dan kakitangan MTPM akan mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Tuan Pengerusi...
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jempol hendak mencelah, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Keputusan kerajaan ini tidakkah merugikan kementerian? Ini kerana, antara sebab kementerian buat keputusan dahulu ialah untuk lari daripada sistem bekerja pegawai kerajaan yang banyak birokrasi, dan juga dengan pendekatan sektor swasta dapat melonjakkan kunjungan pelancong ke dalam negara kita. Bukankah langkah kementerian ini merupakan langkah mengundur ke belakang? Kedua, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa kedudukan pegawai-pegawai ini sekarang? Aset-aset yang ada dalam Majlis Tindakan Pelancongan itu, di bawah kuasa siapa? Ini kerana, ada juga Majlis Tindakan Pelancongan Negeri-negeri yang membeli bangunan-bangunan tertentu untuk dijadikan sebagai pejabat satu Majlis Tindakan Pelancongan.
Isu yang sama. Saya juga ingin tahu, bila pengalihan ini dilakukan? Di mana input sektor swasta dan juga input Kerajaan Negeri? Ini nampaknya satu..., saya setuju bahawa ini adalah satu tindakan yang regresif, kerana ia mengehadkan penyertaan sektor-sektor lain terutamanya dari penyertaan negeri.
Terima kasih. Semasa kita ambil kira apa-apa keputusan untuk menentukan kadar MTPM, yang pertama, motivasi kakitangan sangat mustahak. Jadi, semasa kita mulai merancang dan menukarkan struktur MTPM kepada jabatan tertentu, ia adalah disebabkan kakitangannya merayu, bukan sekali tetapi selalu. Jikalau hendak ada satu organisasi yang maju, satu organisasi yang kakitangan suka, kita perlu dengar suara kakitangan. Sekarang MTPM tidak ada KWSP dan tidak ada cuti bersalin, jadi bagaimana? Saya bersama dengan Ahli Parlimen. Semasa kita mula ada MTPM, kita berharap ia boleh bergerak dengan kurang birokrasi, tetapi apabila kita banding masa itu dengan masalah kakitangan ini, memang kita perlu pulang balik kepada satu jabatan pelancongan. Peranannya sama juga, untuk membantu implementasi, membuat pemantauan projek- projek kementerian dan juga membantu menjalankan acara-acara. Berkaitan dengan tidak ada satu pintu atau cara untuk Kerajaan Negeri berhubung dengan kita, ia adalah tidak benar. Baru minggu lepas, saya ada mesyuarat dengan semua Exco termasuk Exco Selangor, Exco Tourism telah hadir dan kita buka peluang pada semua berbincang. Juga semasa kita hendak membuat RMK-10, kita jemput semua berikan kita pandangan. Kita tidak kata, “Oh, ini negeri kita beri, itu negeri tidak perlu beri.” Juga jika kita tengok peruntukan yang kita berikan kepada setiap negeri, kita tidak memilih walau siapa itu. Jika negeri itu ada produk pelancongan, sumber manusia dan accessibility yang sesuai, kita beri kepadanya. Sekian.
Sudah habis, Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM585,089,200 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM585,089,200 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM313,916,000 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM313,916,000 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.32 [Jadual] - Maksud P.32 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill
Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya mengenai Butiran 020000 - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, yang mana kalau kita lihat jumlah anggaran peruntukan adalah RM6 juta. Daripada ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini, berapakah yang diperuntukkan untuk Wilayah Persekutuan Labuan? Ini kerana, kebiasaannya kita ini terpinggir, tidak begitu..., kalau ada peruntukan pun, cuma sedikit sahaja. Apakah tahun ini peruntukan tersebut akan dibahagikan merata ataupun apakah cara pembahagiannya?
Kedua adalah dalam butiran Perbadanan Labuan, butiran 05000. Kalaulah butiran tersebut untuk pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan, adakah ini sebahagiannya dibuat untuk pembangunan projek-projek kecil di kampung-kampung dan juga kemungkinan besar sebahagian besar digunakan untuk peruntukan pembangunan Labuan itu sendiri. Saya lebih fokus kepada peruntukan yang disediakan untuk projek di kampung-kampung iaitu projek-projek kecil di kampung-kampung. Berapa persen atau berapakah peruntukan yang diperuntukkan untuk projek-projek kecil di kampung selain daripada peruntukan khas yang untuk pembangunan Labuan itu sendiri. Selama saya menjadi Ahli Parlimen selama dua tahun, saya tidak nampak ada hubungan antara kerana kita sebagai Ahli Parlimen ini sentiasa berdampingan dengan rakyat. Akan tetapi kadang-kadang projek-projek kecil di kampung ini cuma dikendalikan oleh pegawai-pegawai perbadanan itu sendiri tanpa memberikan salinan ataupun memberitahu kepada Ahli Parlimen itu sendiri. Saya rasa sebagai badan kerajaan yang diamanahkan oleh Persekutuan terutamanya ini di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan secara langsung, saya rasa ada baiknya kalaulah pegawai yang bertanggungjawab bersama-sama Ahli Parlimen atau wakil rakyat sama-sama membangun dan memberitahu ataupun hebahkanlah kepada wakil rakyat. Supaya kita juga tahu berapakah peruntukan yang sebenarnya untuk diagih-agihkan di kampung-kampung. Ini kerana kadang-kadang kita sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat sering ditanya oleh rakyat, berapakah peruntukan untuk yang kita buat jalan-jalan kecil di kampung, surau, masjid dan sebagainya. Saya cuma menggunakan peruntukan Parlimen yang ada, itu sahaja. Akan tetapi peruntukan daripada kementerian ataupun Perbadanan Labuan itu sendiri tidak pernah pun dibawa Ahli Parlimen itu bersama-sama untuk memajukan kampung. Ini seolah-olah pegawai yang bertanggungjawab seolah-olah berpolitik di sini. Kadang-kadang kalau mereka adalah pegawai kerajaan, tidak memerlukan political mileage untuk mendapatkan sokongan rakyat kerana mereka dibayar gaji berdasarkan apakah kriteria ataupun kelulusan yang mereka ada.
Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen, saya rasa kita perlukan benda ini, kita perlu tahu. Ini kerana kalau kita sendiri tidak tahu, tidak dihebahkan kepada kita, tidak diberikan salinan projek pembangunan di kampung-kampung, saya rasa rakyat juga akan tertanya- tanya apakah Ahli Parlimen ini Ahli Parlimen Barisan ataupun Ahli Parlimen sebaliknya. Jadi itu kita harus faham. Jadi tolonglah kepada kementerian, berilah arahan kepada siapa yang bertanggungjawab, pegawai eksekutifkah, pegawai pembangunankah, pegawai ekonomikah, sosioekonomikah, bersama-samalah Ahli Parlimen untuk membangunkan program-program dan juga projek-projek di kampung. Itu sahaja permohonan saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera.
Pilih kasih!
Bukan pilih kasih, saya bangun dulu. Saya merujuk kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Maksud Bekalan 32, butiran 050000 - Perbadanan Labuan seperti Yang Berhormat Labuan sebutkan tadi. Tuan Pengerusi, Labuan Offshore Financial Center mempunyai tiga objektif utama. Pertama untuk menambah baik perkembangan ekonomi dalam negara khususnya dalam sektor aktiviti kewangan dan akhirnya menukar Kuala Lumpur kepada Pusat Kewangan Serantau. Ketiga yang ingin saya sentuh, yang ingin saya tumpukan adalah untuk mempromosi perkembangan ekonomi Labuan sendiri dan kawasan sekitar seperti Yang Berhormat Labuan sebutkan tadi. Saya fikir memang wajib kalau kita pilih sebuah kawasan itu sebagai satu financial center, perlu ada manfaat lebihan kepada negeri atau kawasan itu sendiri. Pertambahan peluang pekerjaan memang ada dilihat tetapi tidak significant daripada tahun 2003 hingga 2005, hanya kira-kira 720 orang dalam bidang offshore insurance dan juga offshore banks. Hakikat sebenar adalah syarikat di luar pesisir insurans dan juga bank ini hanya mengambil jumlah pekerja minimum di Labuan. Tenaga atau pekerja atasan mereka masih lagi berpusat di Kuala Lumpur. Justeru bagaimana baik pun penjanaan pekerjaan di Labuan, hasil daripada industri luar pesisiran itu tidak signifikan kepada rakyat Labuan sendiri. Saya harap kementerian di saat ini menilai bagaimana untuk menepati objektif ketiga, sebab utama kenapa Labuan Offshore Financial Center diwujudkan untuk memberi pulangan yang signifikan yang diperlukan untuk kemajuan Labuan. Pada tahun 2000, sektor perkhidmatan kewangan hanya menyumbang sebanyak 9 peratus kepada KDNK Labuan. Hasil ekonomi datang daripada mining, dengan izin 42 peratus , pembuatan 15 peratus , menyumbang kira-kira 60 peratus kepada KDNK Labuan iaitu sebanyak RM288.3 juta. Saya sedar sehingga sekarang kerajaan pusat memberi lebih kurang RM3 bilion dalam membina infrastruktur di Labuan tetapi jikalau kita mahu mengaitkan antara objektif utama kenapa Labuan Offshore Financial Center diwujudkan iaitu untuk memberi pulangan, mempromosi perkembangan ekonomi Labuan sendiri, mungkin kementerian perlu meneliti model dan bagaimana hendak memperbaiki perkembangan di Labuan. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya pergi ke Butiran 070500 iaitu ITIS. ITIS bukanlah bertujuan untuk mengatasi kesesakan tetapi berperanan sebagai sumber maklumat keadaan trafik masa sebenar, real time bagi membolehkan pemandu merancang perjalanan mereka. Penggerak utama ialah Pusat Pengurusan Pengangkutan di Bukit Jalil yang berperanan sebagai nadi utama bagi keseluruhan sistem tersebut. Ia menerima, memproses dan menyebarkan segala data trafik. Sebagai sebuah sistem yang automatik, ATMS iaitu Sistem Pengurusan Trafik Terkini, menyatukan data trafik utama yang diperolehi melalui Sistem Pengesan Kemalangan Automatik (AID).
Kebimbangan saya tentang pelaksanaan mana-mana sistem lahir daripada laporan Ketua Audit Negara, mengenal pasti terdapat beberapa kelemahan pelaksanaan dan pemantauan yang kurang berkesan dan kegagalan Sistem Padu Pangkalan Data Undang-undang termasuklah ketiadaan laporan mengenai status untuk setiap notis kesalahan dan ke jejasan kutipan kompaun. Justeru saya khuatir bagaimanakah kerajaan, kementerian dapat memastikan kedua-dua sistem ITIS dan ATMS dapat berfungsi dengan baik kerana RM373 juta akan dibelanjakan untuk Projek ITIS. Adakah pemberian RM373 juta ini termasuk dalam kos untuk menambah CCTV di jalan-jalan yang belum ada atau hanya untuk membaik pulih, upgrade sistem CCTV yang sedia ada. Seterusnya Tuan Pengerusi saya pergi kepada butiran 070600 dan 060000 berkenaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Dasar Menyelenggara Harta Bukan Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai didatangi oleh penduduk unit rumah pangsa kos rendah PKNS empat tingkat di Kampung Kerinchi yang mengeluh. Mereka disuruh berpindah semalam tarikhnya diberi kunci ke rumah pilihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur arahan datang daripada Menteri kerana tanah tempat mereka duduki sekarang ini, mereka ini ada perjanjian jual/ beli pemilik S&P. Ada lagi yang masih membayar dari bulan ke bulan sama ada PKNS loan, dengan izin, ataupun melalui pinjaman bank. Jadi mereka membangkitkan kebimbangan mereka apabila pihak luar, pihak parti UMNO pun terus menerus memberi tekanan dalam mendapatkan surat persetujuan pembangunan dan surat pemegang kuasa. Saya mahu bertanya, bagaimanakah boleh diberikan hak milik mereka sedangkan pra syarat pertama untuk pemilik tanah ini, pemilik unitlah kerana tanah di bawah PKNS dahulunya, sekarang tidak tahu status. Makluman jelas tentang status tanah mereka yang mereka duduki sejak tahun 1984, ada yang lebih awal daripada itu tidak diberikan. Daripada dahulu tahun 2006 sehingga sekarang ada banyak keterangan bercelaru dan campur tangan politik.
Saya ada surat di sini daripada Ketua UMNO Lembah Pantai, yang dahululah, tahun 2007, Yusri bin Ahmad. Dia memberi kepada setiap penghuni Cadangan Pembangunan Semula Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, “Jemputan Perbincangan”. Saya akan beri salinan selepas kami siapkan memorandum, insya-Allah. Di sini katanya, “Cadangan pembangunan semula masih belum dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa penduduk yang masih belum memberikan kata putus. Keadaan ini menyebabkan proses mengemukakan cadangan untuk kelulusan DBKL tidak dapat dilaksanakan”. Dia kata juga di sini bahawa “Berdasarkan cadangan-cadangan yang dikeluarkan, saya sukacita menyatakan bahawa Amanah Raya Berhad telah bersetuju untuk mengambil alih melaksanakan rancangan pembangunan semula. Pada masa yang sama, Amanah Raya Berhad juga mahukan PKNS bertindak sebagai pemegang amanah”. Daripada Ketua UMNO Lembah Pantai. Saya tidak tahu mewakili siapa dan disuruh ditekan penduduk untuk memberikan surat persetujuan pembangunan dan surat pemegang kuasa. Ini pada tahun 2007 - “Tuan/puan diminta membawa bersama perjanjian jual beli asal dengan PKNS”. Saya mahu tanya apakah locus standi UMNO Bahagian dalam hal ini? Surat tawaran ada diberi sekali sahaja pada tahun 2006 oleh MAHA Construction and Development Berhad. Sekarang pula Amanah Raya Berhad dan terbaru Menteri Wilayah Persekutuan, tidak ada di sini, Timbalan ada, tolong jawab, memberitahu wartawan bahawa pembangunan semula akan dilangsungkan melalui tender terbuka. Jadi, saya mahu tanya milik siapakah sebenarnya tanah ini? Kalau Menteri kata Kerajaan Negeri Selangor, saya hendak jawab sebelum dijawab begitu. Pertama esok, insya-Allah kami akan pergi bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Kos Rendah PKNS Empat Tingkat, serahkan memorandum kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, mohon bantuan untuk memantau transaksi selepasnya dan sekarang selepas zaman BN yang dibuat semua ini kerana seperti yang saya sebut, mereka ini pembeli.
Kedua, kalau DBKL dan kementerian tidak langsung mempunyai hak atas tanah, mengapakah perumahan DBKL digunakan untuk menempatkan penduduk yang disuruh keluar, penduduk asal ini, sementara sebelum rumah mereka dirobohkan dan dibangunkan semula. Syaratnya, diberi kunci kalau mereka tandatangani surat penyerahan kuasa. Saya fikir kalau pemaju yang disuruh membangunkan semula tempat ini, maka biarlah pemaju sendiri yang mencari penempatan sementara, bukan digunakan rumah PPR. Maklumlah, ramai warga KL yang menanti rumah tersebut, yang mahu masuk kerana dengan kos hidup yang semakin tinggi. Jadi, saya mahu membawa di sini, selagi bukan 100 peratus pembeli rumah unit ini bersetuju, selagi itulah tanah itu tidak boleh ditukar daripada pemilik asal PKNS dan diberikan kepada sesiapa. Semalam semasa kunci pemindahan diserah, DBKL juga beri satu borang kaji selidik, dikatakan projek pembangunan semula adalah projek kerajaan. Jadi, terlalu banyak kenyataan bercelaru dan saya harap pihak kementerian, Timbalan Menteri boleh menjawab dengan jelas. Penglibatan UMNO Bahagian terlalu ekstrem. Penglibatan secara terus. Saya hendak tanya diakah pemaju? Diakah DBKL? Saya pun tidak pasti dan ada penduduk yang mendakwa..., saya suruh mereka report juga kepada SPRM, tetapi mereka bimbang tidak ada tindakan susulan, bagi setiap surat penyerahan kuasa, UMNO dapat RM3,000. Ini yang perlu dikekang, saya harap pihak kementerian dapat ambil serius dan selidik dengan baik. Harapnya tidak ada campur tangan politik sebegini kerana mereka ini dipinggirkan. Jadi, saya harap pihak kementerian boleh memberi jawapan kerana masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun, sejak tahun 2006 saya tengok daripada surat yang saya dapat daripada memorandum mereka. Tuan Pengerusi, saya terus pergi ke Butiran 010000 - Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan. Isu Plaza Rakyat dan Terminal Bas Plaza Rakyat. Dalam jawapan soalan Parlimen, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dikatakan bahawa Terminal Bas Plaza Rakyat, penaiktarafannya telah diambil alih oleh Syarikat Global Upline Sdn. Bhd. Jawapan 19 Februari 2009. Apakah perancangan projek, perancangan seterusnya untuk memastikan projek ini tidak terbengkalai dan tidak menjejaskan kelancaran perkhidmatan bas dan bilakah ia dijangka siap? Plaza Rakyat adalah satu projek pembangunan yang bernilai RM1.4 bilion. Luasnya 16.2 ekar, 88 tahun pajakan. Ia mula dibina tahun 1993, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terbengkalai pada 1997 dan terdiri daripada banyak fasa, termasuklah hotel empat bintang 24 tingkat dan tujuh tingkat pusat membeli belah, stesen LRT Star dan stesen bas dan teksi. Berpusat untuk 80 bas dan 250 teksi dan 3500 tempat letak kereta. Ia dibina oleh Kumpulan Wembley Industries Holdings Berhad, dikuasai oleh Tan Sri Ting Pek King yang juga mengusai Ekran Berhad. Baru-baru ini disaman setengah juta ringgit oleh Bursa Securities kerana dikatakan gagal membuat bayaran seperti yang dipersetujui oleh syarikat Ekran Berhad. Projek terbengkalai pada tahun 1997 sehingga ke hari ini menyebabkan Terminal Bas Puduraya terpaksa dinaik taraf. Pada tahun 2005, mantan Menteri, Ahli Parlimen Titiwangsa dan Global Upline bercadang untuk menyiapkan semula projek ini untuk 2007 sehingga 2012, tetapi gagal. Global Upline dikuasai seperti yang sebut tadi Tan Sri Ting Pek King. Sehingga Ogos 2009, Yang Berhormat Menteri menjawab belum menerima apa- apa cadangan daripada pemaju yang berminat. Kementerian pada masa yang sama masih menunggu maklum balas daripada Global Upline. Saya mahu menyatakan Wembley Industries Holdings Berhad telah menggadaikan mortgage tanah ini kepada bank dan pemaju Wembley Industries sehingga ini berhutang RM15 juta dengan DBKL dalam bentuk cukai tanah dan lain-lain sewaan. DBKL masih menuntut agar gadaian tanah tersebut dilepaskan daripada pihak bank yang seharusnya dijelaskan oleh pemaju. Jadi, saya harap ini dapat diselesaikan dengan bank kerana fungsi Terminal Bas Puduraya akan mengendalikan bas-bas dan teksi dalam bandar di terminal apabila Bandar Tasik Selatan Integrated Transport Terminal di Bandar Tun Razak yang bernilai RM520 juta siap pada hujung tahun 2010.
Okey, persoalan saya, mahu kenyataan terbaru tentang status projek kerana seperti yang saya sebut tadi, Global Upline memang kepunyaan Tan Sri Ting Pek King, mengapakah kementerian mengambil masa begitu lama sehingga lebih 12 tahun untuk menyelesaikan masalah projek terminal terbengkalai? Ini kerana projek ini penting dari segi imej pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga apabila tergendala, ia akan menjejaskan kelancaran perkhidmatan bas dan teksi di KL kerana lokasinya di tengah- tengah ibu kota. Tiga soalan lagi, sedikit lagi. Projek Bandar Tasik Selatan Integrated Transport Terminal menelan belanja RM570 juta. Jadi, kenapakah hanya dijadikan terminal hab selatan? Sedangkan pada mulanya ia dibina untuk menggantikan Terminal Puduraya iaitu terminal bersepadu untuk semua bas-bas ekspres dan teksi jarak jauh di seluruh negara. Ketiga, mengapakah Kumpulan Maju Holdings diberikan kontrak membina terminal yang bernilai RM570 juta dan tidak ada proses tender? Akhirnya, kegagalan Tan Sri Ting Pek King menyiapkan Plaza Rakyat diketahui umum dan juga saman yang beliau terima. Namun, mengapakah beliau dan syarikat- syarikat yang berkaitan masih diberikan kontrak-kontrak kerajaan? Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Maran... [Dewan riuh]
Apa Yang Berhormat ini, Tuan Pengerusi.
Tidak salah Yang Berhormat, boleh berucap.
Saya hairanlah mereka pembangkang ini. Rasional sedikit jadi Ahli Parlimen. Tuan Pengerusi, terima kasih banyak kerana beri peluang kepada saya. Sedikit sahaja. Pertama ialah 050000 – Perbadanan Putrajaya. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan satu pusat pentadbiran kerajaan yang canggih dan cukup membanggakan kita. Kalau kita melawat, kadang-kadang kita sesat di sana. Walaupun dahulu dihina, dikutuk dan dimaki oleh pembangkang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hari ini pembangkang hendak pergi pula. Maknanya, memang mereka ini memang tidak boleh pakailah, Tuan Pengerusi. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan.
Sudah jual.
Sudah jual.
Matulidi ini dia cari peluang Tuan Pengerusi, cari peluang sahaja. Dia hendak memerintah sahaja. Bekerja tidak hendak. Terima kasih... [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya cuma... Saya ada saudara-saudara saya yang bekerja di sana, yang bekerja dengan kerajaan dan mereka ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang banyak berjasa, bukan orang sebelah ini, lain sedikit. Sentiasa memburukkan kerajaan.
Cuma satu dari segi konsep yang dibuat di sana, dari segi perumahannya dahulu memang menarik di mana tidak ada pagar. Boleh dikatakan rumah-rumah kuarters kerajaan tidak ada pagar dengan tujuan untuk mewujudkan perpaduan dan juga kerjasama di kalangan kakitangan awam yang bekerja di sana. Akan tetapi kadang-kadang ada faktor- faktor lain yang membawa perkara-perkara yang tidak baik termasuklah dihasut oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Akhir-akhir ini saya mendengar dan dimaklumkan Tuan Pengerusi telah berlaku berbagai-bagai kejadian yang tidak baik.
Maknanya harapan kerajaan cukup cantik supaya penduduk di situ bekerjasama, saling bantu-membantu, sama-sama menjaga keselamatan, keamanan, ketenteraman, dan sebagainya tetapi akhirnya telah berlaku peristiwa yang tidak baik termasuklah kecurian dan sebagainya. Berlaku juga kerja-kerja ataupun amalan-amalan yang tidak bermoral yang pernah kita baca dalam akhbar-akhbar. Jadi saya hendak tanya pihak kementerian, Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memberikan perhatian dalam perkara ini, kerana sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang cukup cantik dan kita banggakan di negara kita dan juga di dunia. Perkara ini perlu dijaga kalau boleh perhatian serius perlu diberikan oleh kementerian ini dalam memastikan keselamatannya, kesejahteraan penduduk-penduduk ataupun pekerja-pekerja kita di sana yang bertungkus-lumus dan sebagainya dapat dikawal dengan baik. Saya hendak tanya kepada kementerian ataupun kerajaan berapakah jumlah kes kecurian, jenayah dan sebagainya telah berlaku? Apakah langkah-langkah positif yang segera diambil oleh kerajaan bagi memastikan supaya pusat pentadbiran kerajaan ini dapat kita pertahankan dari segi imej dan nama baiknya. Kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya walaupun bukan dari Wilayah Persekutuan, tetapi saya juga rakyat Malaysia yang sayangkan negara saya. Jikalau orang lain tidak sayang sila pergi ke negara lain... [Dewan riuh] Tuan Pengerusi, jalan-jalan di Bandar Raya Kuala Lumpur ini. Umpamanya saya ambil contoh Jalan Ipoh dan sebagainya. Kadang-kadang cukup menyedihkan kita. Berlubang-lubang dan sebagainya. Jadi kita minta tindakan yang tegas dan segera daripada Kementerian Wilayah Persekutuan ini termasuk Dewan Bandaraya supaya membaiki jalan-jalan ini. Saya dua hari lepas masuk ke dalam kawasan pedalaman sedikit di dalam bandar ini juga berkeadaan begitu, sedangkan kita hendakkan supaya bandar raya kita ini licin perjalanannya, indah, cantik, dan sebagainya. Akan tetapi kalau keadaan ini dibiarkan, maka sudah tentulah dia akan mencemarkan bukan sahaja kawasan bandar itu sendiri, tetapi pelancong-pelancong yang datang juga akan melihat bahawa seolah-olahnya bandar raya kita ini terbiar begitu sahaja. Apatah lagi apabila pelancong-pelancong luar yang saya tidak sempat sebutkan tadi. Ramai orang hitam, putih, kelabu dan sebagainya yang datang ke sini bukan hendak melancong, tetapi banyak kerja yang merosakkan imej dan maruah negara kita. Jadi saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian ini dan jikalau boleh kawasan bandar raya inilah dilihat sebagai satu kawasan yang cukup cantik dengan sistem jalan rayanya yang baik, kualiti jalan yang baik, dan sebagainya. Tuan Pengerusi, itu sahajalah. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa isu iaitu pertamanya Butiran 03000 - Kompleks Perniagaan dan Pasar. Saya ingin menyentuh isu Keramat Mall yang telah pun saya sebelum ini sentuh dan telah pun dijawab oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Akan tetapi pada masa itu telah dimaklumkan bahawa nilai pembinaan Keramat Mall adalah sebanyak RM49 juta, dan pasar ini masih juga lagi pasar yang berharga hampir RM50 juta, masih lagi tidak mahu dihuni ataupun digunakan oleh peniaga-peniaga daripada Pasar Keramat lama sekarang ini. Oleh sebab masalah parking dan juga masalah-masalah lain yang mereka tidak setuju. Jadi penyelesaian kepada masalah parking ini dimaklumkan bahawa mereka ataupun DBKL akan mengambil lapan lot rumah-rumah kedai berhampiran untuk dijadikan supaya kawasan itu boleh digunakan untuk tempat parking kereta yang dibina setinggi lima tingkat dengan kos RM15 juta. Jadi di sini penduduk-penduduk ataupun tuan punya kepada lapan lot kedai ini tentulah akan protes dan bantah. Kenapa mereka menjadi mangsa, kalau mahu dikatakan perancangan DBKL yang mungkin tidak menepati kehendak orang ramai. Jadi mereka sangat tidak berpuas hati.
Aset mereka, rumah mereka, dan kedai mereka akan diambil secara paksa dan mereka tahu kerajaan boleh melakukan ini. Akan tetapi sebagai rakyat mereka sangat kecewa kerana mereka menjadi mangsa kepada perancangan yang boleh dikatakan agak tidak tepat. Jadi saya ingin bertanya kalau sekiranya mereka enggan berpindah, saya yakinlah jawapannya mereka akan menggunakanlah undang-undang dan peraturan yang ada untuk memastikan mereka berpindah. Ini disebabkan kononnya untuk lebih ramai lagi peniaga-peniaga Keramat Mall. Saya sendiri pun mahu Keramat Mall ini beroperasi sebab bertahun-tahun sudah terbengkalai kemudian sudah siap pun masih lagi tidak digunakan. Akan tetapi saya juga bersimpati dengan lapan orang penduduk asal di situ yang telah berpuluh tahun menghuni dan ada aset di situ dipaksa meninggalkan tempat mereka kerana masalah perancangan seperti yang saya katakan sebentar tadi tidak menepati kehendak yang sewajarnya. Oleh kerana mungkin mereka ini akan tetap dipaksa berpindah. Jadi saya hendak memberi cadangan supaya lima tingkat bangunan parking yang akan dibina dan termasuk juga di situ adalah pasar basah hendaklah ada di antara satu-satu tingkat bangunan itu diberikan kepada lapan orang penduduk ini sebagai tuan punya. Ini sebagai orang kata menggantikan kehilangan rumah kedai mereka sekarang ataupun sebahagian daripada Keramat Mall yang sedia ada ini dijual kepada mereka kerana mereka merasakan mereka berhak untuk tinggal di situ dan mereka masih berhak untuk mengekalkan identiti mereka sebagai salah seorang penduduk Datuk Keramat. Itu tentang Keramat Mall. Keduanya juga saya ingin bertanya adakah kos RM15 juta yang dikatakan untuk pembinaan lima tingkat bangunan parking dan juga pasar basah ini benar-benar menepati apa yang dikatakan kos efektif? Ini disebabkan saya bimbang pasar yang asal itu Keramat Mall cuma RM49 juta. Akan tetapi sebuah lagi bangunan yang hanya untuk parking dan juga pasar basah berharga RM15 juta. Jadi saya harap supaya pihak DBKL dapat memberikan butiran-butirannya supaya tidak timbul lagi selepas ini masalah ketirisan dan juga kebocoran. Kemudian perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah pasar-pasar lain di sekitar Kuala Lumpur terutama di Titiwangsa, misalnya di Pasar Chow Kit. Saya ingin tahu apakah perancangan kepada Pasar Chow Kit ini? Jikalau sebelum ini dalam draf Kuala Lumpur 2020 telah ada satu perancangan yang saya kira kita boleh terima, tetapi saya percaya sekarang draf Kuala Lumpur 2020 masih lagi dalam peringkat impian. Jadi pada masa sekarang ini apakah perancangan DBKL dengan Pasar Chow Kit yang saya ingat begitu daif dan sangat memerlukan up grading, dengan izin? Ia tidak boleh terus dibiarkan mungkin dalam keadaan begitu lima tahun ataupun sepuluh tahun lagi. Seterusnya isu peniaga-peniaga pendatang asing di Jalan Raja Alang dan juga di Jalan Raja Bot yang masih tidak dapat ditangani dengan baik. Saya setiap kali lalu jalan ini Tuan Pengerusi, saya sakit hati. Ini kerana mereka ini berniaga sampai tengah jalan sampai kita tidak boleh lalu. Mereka ini kebanyakannya bukan rakyat Malaysia. Malah apabila saya mengadu kepada pihak DBKL, mereka ini buka gerai durian kalau musim durian Tuan Pengerusi, mereka buka meja di tengah-tengah jalan itu. Begitu berleluasa. Manakah dia penguatkuasaan DBKL? Apabila saya complaint ini. Timbalan Menteri ada di sini apa yang mereka buat, penguat kuasa DBKL pergi ke pasar Keramat, robohkan gerai durian yang ada di Pasar Keramat dan pegawai penguat kuasa itu kata, “Ini YB awak yang suruh.” Pilih lagi YB pembangkang. Tuan Pengerusi, inikah sikap pegawai kerajaan yang sangat tidak patut? Saya begitu prihatin dengan keadaan ini. Saya sendiri merasakan tidak selesa apabila berjalan di situ, tetapi ini yang dilakukan oleh seorang pegawai yang sepatutnya amanah kerana dia menerima amanah daripada rakyat. Bukan mempersoalkan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Jadi saya harap ini bukan kali pertama saya jumpa Pegawai DBKL terutama Bahagian Penguat Kuasa yang berkata begitu. Saya harap Timbalan Menteri yang ada di sini dan juga pegawai-pegawai tinggi DBKL terutamanya Bahagian Penguat Kuasa, saya kenal siapa pengarahnya dan saya biasa berurusan supaya memastikan bahawa pegawai- pegawai penguat kuasa tidak lagi mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ini.
Seterusnya saya ingin bercakap tentang Butiran 04000 - Projek Sosial, Rekreasi dan Kemudahan Awam Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya tentang Taman Tasik Ampang Hilir di mana Taman Tasik Ampang Hilir ini telah pun dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam saya ingat sebulan yang lalu yang di mana saya hampir-hampir tidak dijemput. Saya dijemput pun setelah dijolok baru dijemput. Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar kata beliau sangat mesra dan prihatin dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Saya mengatakan saya tidak dijemput walaupun ia berada di dalam kawasan saya. Saya hanya tahu tentang perasmian ini apabila dimaklumkan oleh penduduk- penduduk di situ. Penduduk-penduduk di situ yang maklumkan kepada saya “Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat akan datang pada hari perasmian? Ini kerana Menteri Wilayah Persekutuan akan turun.” Esok hendak buat perasmian, hari ini barulah surat jemputan sampai ke pejabat saya setelah saya menghubungi Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah DBKL. Ini sikap yang saya rasa sangat tidak patut diteruskan sedangkan saya wakil rakyat di situ. Apa masalahnya jemput saya pada perasmian? Malangnya saya tidak dapat hadir pada perasmian itu kerana saya telah berjanji dengan rakyat dalam satu program yang lain. Apabila saya sampai sahaja sebaik saya habis program maka, telah pun habis majlis perasmian itu. Akan tetapi, saya rasa amat kesal sikap yang begitu. Kalau saya boleh mengetepikan kepentingan politik saya, sensitiviti politik saya untuk bekerjasama dengan Timbalan Menteri Wilayah di sini saya boleh nyatakan di sini untuk kepentingan penduduk- penduduk Indian settlement, kenapa perkara yang sama tidak boleh dilakukan oleh pihak daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar... [Tepuk] Saya juga ingin bertanya berapakah kos yang dikenakan untuk membina Taman Tasik Ampang Hilir ini? Saya difahamkan hampir RM25 juta. Bayangkan hendak bina taman tasik, tasik yang sudah sedia ada yang hendak dibina, yang hendak dibangunkan berharga RM25 juta. Ada satu dewan orang ramai yang saya tidak boleh guna pun Tuan Pengerusi. Tidak boleh guna. Saya hendak buat open house, saya tidak boleh guna dewan itu. Saya wakil rakyat, saya hanya diberi khemah buruk di luar untuk buat open house saya. Dibina berjuta-juta, wakil rakyat tidak boleh guna untuk buat open house...
Rakyat didahulukan.
Orang lain boleh guna dewan itu, saya tidak boleh guna dewan itu. Saya hanya boleh guna di luar sahaja. Jadi, saya memang sangat kesal lah, saya cukup sensitif lah dengan apa yang berlaku. Jadi saya ingin bertanya berapakah kos pembinaan Taman Tasik Taman Ampang Hilir itu dan siapakah pemajunya? Senaraikan kos sebenar dewan dan kos sebenar pemulihan tasik tersebut. Begitu juga saya ingin bertanya kos naik taraf Taman Tasik Dato’ Keramat sehingga selesai sekarang. Itu memang saya ucapkan terima kasih. Taman tasik itu telah pun digunakan dengan baik, malah kemudahan yang ada boleh dikirakan sudah tidak mencukupi kerana wakil rakyatnya pun turun exercise, so rakyat pun ramai turun exercise. Malangnya telah dicemari oleh sampah daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Pasir Mas juga wilayah?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010000 - Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan berserta dengan Butiran 080300 - Kajian Pembangunan Semula Kawasan Bandar. Saya ingin bertanya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, secara umum sebenarnya apakah bentuk identiti Bandar raya Kuala Lumpur ini? Selain daripada dahulu disebut bandar raya dalam taman tetapi, apabila datang hujan pokok-pokok mudah tumbang. Kita lihat kalau hujan tidak berhenti dua jam, kita tengok mudah berlaku banjir.
Selain daripada itu, saya bertanya soal identiti kerana Bandaraya Kuala Lumpur ini adalah bandar raya kepada negara Malaysia. Seperti yang kita tahu negara Malaysia negara masyarakat majmuk tetapi, dari segi identitinya saya tidak tengok ada asas yang menggambarkan bahawa Malaysia ini sedikit sebanyak datang daripada negara Persekutuan Tanah Melayu. Di Kuala Lumpur sekarang ini wujud China Town dan tidak satu tempat. Boleh dikatakan di beberapa tempat. Kalau ke Sentul, kalau ke Puduraya dan beberapa tempat, kita merasakan kita berada di Hong Kong atau pun di Taiwan. Kalau kita pergi ke Brickfields, Sentul, di pasar Jalan Masjid India, kita seolah-olah berada di India. Malah di Brickfields contohnya sekarang ini, ada pada suatu ketika waktu malam saya tengok, bukan main hebat Tuan Pengerusi sehingga penguat kuasa tidak berani hendak ambil tindakan. Cara mereka letak kereta, cara mereka berniaga. Naik tocang sekarang ini. Mereka naik tocang betul sekarang ini. Akan tetapi, di kawasan Melayu... Saya bukan hendak bangkit soal isu ini dalam perspektif..., jangan salah faham. Kalau di Jalan Raja Alang, di Kampung Baru, memang saya lihat ketegasan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur cukup hebat. Akan tetapi, sekitar di Puduraya, di Brickfields, saya lihat tidak hebat. Ini hakikatnya. Jadi,sebab itu saya tanya soal identiti ini. Paling tidak Bandar Raya Kuala Lumpur mesti mempamerkan satu identiti. Kalau hendak dikatakan berbilang kaum pun, berbilang kaum. Akan tetapi, di manakah unsur-unsur teras budaya negara Malaysia. Oleh itu, saya hendak kaitkan pertanyaan saya ini iaitu paling tidak bagaimana pembangunan kawasan Kampung Baru yang dahulu banyak kali sudah diutarakan kerana bandar di Kampung Baru satu-satunya kampung dalam bandar yang ada ciri-ciri yang boleh mengimbangi apa yang saya maksudkan tadi. Akan tetapi, usaha untuk membangunkan Kampung Baru tidak dapat dijalankan. Isunya, kata dahulu masalah tuan tanah, masalah hak milik telah dipecah-pecah dan macam-macam lagi alasan. Kawasan ini pun sekarang ini kita lihat dikelilingi bangunan-bangunan mencakar langit. Akan tetapi, kalaulah kawasan Kampung Baru ini tidak dibangun sebagai pusat kosmopolitan atau pun membangun bangunan pencakar langit yang saya pun tidak berapa setuju tetapi, ditambah sepatutnya Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar menambah, memperelok kawasan Kampung Baru itu bagi melambangkan satu ciri yang seimbang dengan China Town, yang seimbang dengan Little India. Biar masuk akal sedikit ini, orang Melayu pun ada perasaan juga. Kita tidak bercakap sahaja sebab kalau kita bercakap lebih nanti orang kata kita racist, kita utarakan perkara macam ini, kita perkauman. Akan tetapi, apabila mereka menyentuh perkara-perkara yang ada kena-mengena dengan Melayu, kalau kita bangkit mereka kata kita racist. Saya hanya hendak tengok supaya bandar raya kita ini seimbang dari segi identitinya saya katakan tadi. Kenapa tidak Kampung Baru ditransformasikan sebagai satu kawasan Melayu yang indah, ada budayanya, ada ciri-ciri budayanya yang kita juga boleh merasa bangga dan ini melengkapkan lagi keseluruhan Bandaraya Kuala Lumpur? Ini saya harap diberi perhatian. Begitu juga macam Kelab Sulaiman. Kelab Sulaiman memang sebuah kelab tetapi ada padang di hadapan saya tengok. Ini tempat sejarah perjuangan menuntut Merdeka dahulu. Semua orang tahu sejarah Kelab Sulaiman tetapi ianya di bawah pentadbiran Kerajaan Selangor. Apa salah Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar membantu. Tidak bolehkah ditingkatkan kedudukan Kelab Sulaiman itu? Kalau ini dapat digabungkan sekali dengan kedudukan Kampung Baru, buatlah apa yang patut yang saya harap dapat melihatkan ciri-ciri yang saya sebutkan tadi. Jadi, itu satu perkara Tuan Pengerusi yang saya ingin ketengahkan yang saya harap benar-benar mendapat jawapan daripada pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan serius apa yang saya bangkitkan tadi. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai dengan Butiran 03000 - Kompleks Perniagaan dan Pasar, RM30,063,000. Saya hendak minta butiran dan apakah peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menentukan bahawa kaum bumiputera juga diberi peluang.
Memang kalau pun diberi peluang tetapi, saya hendak tahu pencapaiannya dari segi milik atau pun di mana bumiputera dapat berniaga dalam kompleks-kompleks dalam kawasan bandar raya?
Berapa ramai, berapa kerat ataupun di Jalan Raja Alang sahaja? Di Jalan Raja Alang tadi disebut oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat, ada pendatang-pendatang asing. Pendatang asing ini satu hal juga. Kalau berani pun datang hendak berniaga di Jalan Raja Alang. Akan tetapi, di China Town, di Little India, tidak berani pula pendatang- pendatang asing ini. Asyik mengacau kawasan yang tidak seberapa kerat ini. Jadi, saya hendak bertanya apa usaha untuk membantu pengusaha-pengusaha bumiputera memiliki tapak-tapak kompleks perniagaan dalam bandar raya. Saya lihat Tuan Pengerusi, Central Market sekarang ini sudah cram, begitu padat. Lalu lintas pun sudah sukar di situ. Jadi, tidak adakah rancangan pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur untuk mewujudkan satu lagi Central Market yang lebih canggih, baik dan besar untuk ditempatkan lagi Central Market yang kedua. Saya lihat bolehlah sedikit ia membantu kaum bumiputera. Hendak memasuki kompleks-kompleks yang diusahakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Berjaya Times Square contohlah, haram Melayu takkan dapat. Besar atau mahal dan tidak mungkin orang Melayu Bumiputera dapat berniaga di situ. Paling tidak dan kalau paling kuat pun, di kompleks seperti di Central Market. Jadi, tidak adakah rancangan untuk membina lagi satu Central Market yang lebih canggih, elok dan bangunan pun berbentuk sedikit tradisi seperti yang saya katakan tadi. Boleh di tempatkan di kawasan Taman Titiwangsa yang masih lagi banyak tanah walaupun tanahnya rosak, rekreasinya tetapi mungkin di ceruk-ceruk, di tepi mana-mana tempat itu boleh didirikan, untuk membantu dan menambahkan peluang untuk mereka berniaga. Ini juga boleh melengkapkan lagi konsep bandar raya yang saya sebutkan tadi, yang saya bangkitkan tadi. Seterusnya, saya hendak bertanya pihak Kementerian Wilayah Persekutuan Butiran 030000 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, PTG ini. Sebenarnya, ada atau tidak maklumat berapa lagi jumlah tanah milik kerajaan dalam Wilayah Persekutuan yang belum dibangunkan lagi? Apakah ia sudah dikenal pasti dan diketahui maklumat ini? Sebab pengumpulan bank data tanah kerajaan ini banyak. Kadang-kadang Menteri pun tidak tahu. Cuma alih-alih ada orang minta, alih-alih ada orang mohon dan alih- alih ada diluluskan. Jadi, saya minta kalau boleh Tuan Pengerusi dan pihak kementerian, oleh sebab sudah tidak banyak tanah di Wilayah Persekutuan dan tanah ini manusia tidak boleh buat, no human being, no technology and manufacture land, dengan izin. Hanya tanah ini dijadikan oleh Allah SWT. Jadi, sudah tidak ada banyak tanah. Saya hendak mencadangkan supaya semua tanah yang ada di Wilayah Persekutuan, kalau boleh dibuat keputusan, maknanya dibekukan dan tidak boleh lagi diberikan kepada pihak swasta oleh mana-mana pihak. Ia menjadi milik kerajaan di bawah tanggungjawab Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan dimajukan oleh bandar raya untuk tujuan faedah negara. Bukan lagi diberikan kepada pihak pemaju-pemaju. Sesetengahnya mengaut keuntungan secara besar-besaran sehinggakan kebanyakannya telah banyak, terutamanya pemilik-pemilik orang Melayu sendiri pun daripada segi hak dan kedudukan, tergadai dan terlepas. Saya harap perkara ini diberikan perhatian. Jadi, Tuan Pengerusi, itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Ada lagi tetapi masa sudah tidak ada. Akan tetapi..., terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Wilayah Persekutuan ini memang menyakitkan hati saya sebab Yang Berhormat Menteri bukan sahaja enggan jumpa Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur di luar.
Akan tetapi dia juga enggan tunjuk muka di Dewan yang mulia ini. Jadi, saya pohon Tuan Pengerusi tolonglah buat sesuatu di bawah peraturan mesyuarat dalam perkara ini. Saya ingin menyebut berkaitan Butiran 060000 mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kuala Lumpur baru-baru menerima Sijil ISO9001 pada bulan September. Akan tetapi apa gunanya mempunyai taraf ISO sedangkan semua peruntukan di bawah DBKL telah habis digunakan pada awal tahun ini. Misalannya, peruntukan sebanyak RM100 juta untuk landskap taman-taman Kuala Lumpur telah habis dipakai pada bulan tiga, iaitu dalam tempoh tiga bulan sudah habis digunakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk landskap. Apa-apa yang terjadi ialah taman-taman permainan di kawasan Segambut, semuanya kotor. Kontraktor tidak mahu membersihkan, tidak mahu memotong rumput sebab duit tidak dapat. Jadi, saya hendak bertanya, di manakah duit sebanyak RM100 juta ini pergi? Mengapakah hanya untuk tiga bulan sahaja? Sedangkan ia untuk satu tahun. Fakta yang kedua ialah, Datuk Bandar DBKL baru-baru ini membongkar, dia kata, ada satu kontrak RM32 juta untuk pembekal bunga hiasan. Bukan untuk di taman-taman atau jalan raya tetapi untuk kegunaan bangunan DBKL, RM32 juta. Sebulan perlu bayar RM900,000 untuk membeli bunga. Bunga apa ini? Saya pun kurang faham. Mungkin bunga tulip daripada Holland, perlu setiap minggu naik kapal terbang.
Bunga Emas.
Akan tetapi Datuk Bandar sudah menamatkan kontrak ini. Jadi, saya hendak bertanya, kedua-dua kes ini yang baru saya bangkitkan iaitu RM100 Juta peruntukan untuk landskap habis digunakan pada bulan Mac dan RM32 juta kontrak untuk membeli bunga untuk kegunaan bangunan DBKL. Saya minta pihak kementerian melaporkan kedua-dua kes ini kepada SPRM. Suruh mereka siasat. Saya tahu ini tidak ada kaitan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin ada kaitan dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Ini kerana beliau ditukarkan pada bulan Mac. Peruntukan pun habis pada bulan Mac. Ini mungkin ada berkaitan... [Ketawa] Lagi satu Butiran yang terakhir yang saya hendak sentuh iaitu Butiran 070500 – Kos Operasi & Penyelenggaraan Integrated Transport Information System (ITIS) - DBKL. Projek ITIS ini bernilai RM373 juta. Tahun hadapan anggaran bekalan adalah RM38 juta untuk projek ini. Projek ITIS ini apa? Sudah banyak kali DBKL sendiri mengaku, Kementerian Wilayah Persekutuan pun sudah mengaku di Dewan ini dengan memberi jawapan kepada saya pada bila-bila masa, at any given time, dengan izin Tuan Pengerusi, ITIS ini ada 1/3, one/third, dengan izin, rosak. Apabila ditanya mengapa rosak, dia kata “kabel dicuri atau kemalangan dalam perjalanan.” Setiap masa 1/3, ITIS CCTV nya, skrinnya itu rosak. Apabila ia berfungsi, apa yang katanya? Katanya “Terima kasih kerana menggunakan jalan raya DUKE atau apa-apa...” ini mesej apa? Tidak ada gunanya, tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Jadi, saya minta bekalan untuk ITIS ini, harus dihentikan untuk sementara waktu untuk menunggu tukar kontraktornya. Tukarlah kontraktor ini, tukar kontraktor yang baru memastikan semua skrin, semua CCTV sentiasa berfungsi. Bukan pada setiap masa 1/3 rosak. Jadi, inilah ucapan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Ledang.
[Menyampuk]
Kuala Lumpur kepunyaan semualah. Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Ledang ini menetap di Kuala Lumpur juga... [Ketawa] Tuan Pengerusi, Butiran 050000 dan Butiran 060000 sekali gus. Pertamanya, saya hendak menyambung ucapan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi tentang imej Kuala Lumpur ini.
Daripada banyak perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Pengerusi, salah satunya ialah berat untuk saya bercakap akan tetapi saya terpaksa bercakap. Iaitu Tuan Pengerusi, kalau di Kuala Lumpur ini, di Bandaraya Kuala Lumpur ini sendiri, di pusat bandar...
Yang Berhormat Ledang terpaksa? Siapa paksa Yang Berhormat?
Ya?
Siapa paksa?
Hati kata terpaksa... [Ketawa] Penuh dengan pelacur. Penuh dengan GRO yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat ataupun pelacurlah senang. Yang memperdagangkan tubuh mereka dan yang bila saya, saya lagi! Saya mengaku Tuan Pengerusi, saya membuat kajian secara peribadi.
Allah...
Saya pergi dari satu hotel ke satu hotel, saya tunggu di bawah... [Dewan riuh] Saya buat survey berapa ramai yang naik atas.
Kajian sendiri...
Di sebuah hotel Tuan Pengerusi, dalam masa satu jam saya tunggu di bawah, tidak kurang daripada dua puluh pelacur naik atas. Ada yang naik atas sekejap turun balik kerana kena reject dan sebagainya... [Dewan riuh] [Ketawa] Bukan di hotel low class malah di hotel high class, lima bintang. Saya hendak tanya wakil rakyat Yang Berhormat Bukit Bintang buat apa? Ertinya Tuan Pengerusi, dari segi imej Kuala Lumpur terutamanya di kalangan pelancong, Bandaraya Kuala Lumpur adalah syurga bagi mereka. Tuan Pengerusi, boleh Tuan Pengerusi yang sebelah ini?
[Bangun]
Beliau minta izin untuk bertanya.
Tuan Pengerusi, saya sebenarnya terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya sebenarnya mula hendak sentuh dalam pelancongan tadi akan tetapi saya tidak sempat kerana masa tiada. Saya agak terharu dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang ini. Maknanya beliau buat survey ini.
[Ketawa]
Buat kajian. Jadi sudah tentu Tuan Pengerusi, kajian ini mesti ada ia punya findings Tuan Pengerusi. Saya tidak tahu setakat mana kajian yang dibuat, sama ada terlalu mendalam ataupun di luar-luaran sahaja. Mungkin jangan sampai mendalamlah. Makna di pinggir-pinggiran sahaja. Supaya tidak.. kita takut juga kalau buat survey lebih sangat nanti sama-sama kita bimbang. Akan tetapi saya yakin dengan peribadi yang ada pada Yang Berhormat Ledang ini. Beliau merasakan bahawa ini satu fenomena yang cukup mendukacitakan kita. Jadi saya hendak tahu dan minta pandangan Yang Berhormat Ledang, kalau sudah penemuan dilihat seperti begitu secara terbuka jadi sudah tentu Yang Berhormat Ledang mempunyai pandangan sendiri. Apakah yang harus dan yang perlu dicadangkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar atau kerajaan? Untuk kita mengatasi perkara ini. Sebab saya tidak mahu kerana Yang Berhormat mungkin tengok sekerat, licin sana, licin sini, buat survey sahaja. Akan tetapi tindakan tidak diambil. Apa cadangan Yang Berhormat Ledang supaya tindakan tegas diambil kepada perkara ini.
Yang Berhormat Ledang, survey boleh dibuat dalam bentuk quantitative ataupun qualitative. Kalau buat secara qualitative yang melibatkan interview, adakah yang itu juga termasuk dalam kajian Yang Berhormat Ledang?... [Ketawa]
Saya ingat quantitative cukuplah sahaja Tuan Pengerusi... [Ketawa] Jadi Tuan Pengerusi, saya pernah bertanya kepada satu pengurus hotel. Saya kata, “Adakah anda bersubahat?”, ini bukti ini. Dia kata, “Memang saya tahu”. Dia kata, “Yang Berhormat, ini adalah request daripada pelanggan”. Saya kata, “Siapa pelanggan?”, I mean dia punya pelanggan hotellah. Terdiri daripada pelancong- pelancong, dia kata. Maknanya Tuan Pengerusi, kejap kita beri pada Yang Berhormat Bukit Bintang.
[Bangun]
Maknanya Tuan Pengerusi, pada pandangan, kejap, kejap. Pada pandangan pelancong Kuala Lumpur adalah syurga idaman bagi mereka.
Penjelasan, penjelasan.
Apa Yang Berhormat Bukit Bintang buat selama ini?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Adakah Yang Berhormat Ledang menyebut apa nama hotel itu?
[Ketawa]
Saya pun khuatir di Kuala Lumpur ada banyak hotel di Bukit Bintang di mana? Mana-mana hotel boleh sebutkan, beri kesedaran kepada Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi semua hotel di lima bintang di Kuala Lumpur... [Ketawa] Tidak ada yang terkecuali.
Ini..
Di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Ini memang betul!
Saya minta Yang Berhormat Ledang hati-hati dengan kenyataan seperti itu.
[Ketawa]
Sebab ini mencemarkan imej Kuala Lumpur. Kalau kajian sebegini sekadar hanya seorang berdiri di bawah hotel dapat approach oleh pelacur dan ini dijadikan satu observation yang saintifik. Ini akan memalukan kita sebagai kualiti Ahli Parlimen. Saya agak kita dalam isu ini hendak score point akan tetapi...
Score point?... [Ketawa]
Akan tetapi kitalah lebih baik tumpu kepada kebajikan dan isu yang betul-betul membawa kebaikan untuk...
Okey.
...Kuala Lumpur.
Cukuplah itu. Habis masa saya nanti!
Saya agak ini satu lemparan..
Yang Berhormat, tidak apalah Yang Berhormat Batu, itu bahan ucapan Yang Berhormat.
...Tidak bertanggungjawab.
Okey! okey. Okeylah! okey. Tuan Pengerusi, saya menyambut hujah tersebut kerana kita sama-sama ada tanggungjawab. Ia ada kaitan dengan kebajikan, ada kaitan dengan masa depan negara Malaysia, ada kaitan dengan keselamatan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri dan banyak lagilah.
Jadi saya mintalah pihak kementerian lihat perkara ini, lebih rapat bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain supaya perkara ini dapat ditangani. Kedua Tuan Pengerusi, kita pandu kereta sendiri daripada Putrajaya, terutama di Putrajaya itu sendiri. Ada tiga penguasa tempatan. Malahan di Bandaraya Kuala Lumpur kita bawa kereta, adakah kita rasa selesa dengan semua papan tanda tunjuk arah ini? Kita bandingkan pula dengan bandar raya besar di tempat-tempat lain. Saya yakin kita tidak selesa dengan papan tanda tunjuk arah yang tidak tepat. Malah ada yang mengelirukan, papan tanda tunjuk arah. Kadang-kadang kita rasa kita ini seolah-olah ditipu dengan papan tanda pun ada, tidak lengkap, tidak cukup. Kalau di luar negara Tuan Pengerusi, di atas jalan raya itu ditulis exit dengan izin, exit to ke mana. Ini papan tanda besar tiba-tiba hilang. Jadi papan tanda ini juga adalah imej Tuan Pengerusi. Imej kepada Bandaraya Kuala Lumpur, imej di kawasan Wilayah Persekutuan yang perlu dilihat. Saya hendak syorkan supaya belajar, supaya rujuk betul-betul standard prosedur yang telah pun sedia ada di Jabatan Kerja Raya. Saya semak dengan JKR, kenapa ini berlaku? Laporan daripada JKR, kementerian lain tidak merujuk standard prosedur tentang papan tanda daripada JKR. Ini yang berlaku sekarang ini. Seolah-olah JKR itu ada di situ cukuplah buat kerja JKR. Kalau ini boleh diselaraskan, jadikan JKR sebagai tempat pakar rujukan tentang papan tanda arah ini, saya yakin kita dapat tingkatkan mutu papan tanda arah di Kuala Lumpur. Akhir sekali Tuan Pengerusi, di bandar raya di kawasan Wilayah Persekutuan ini penuh dengan lebuh raya, berselirat sana sini. Akan tetapi adakah kita berada dalam Bandaraya Kuala Lumpur sekarang ini, kita tahu nak menghala ke mana? Kalau orang luar Tuan Pengerusi, datang masuk ke Kuala Lumpur, dia tidak tahu menghala ke mana. Lebuh raya yang mereka boleh pergi atau menghala ke lebuh raya tersebut untuk mereka sampai ke destinasi yang tertentu, kecuali Lebuhraya Utara-Selatan kerana itu satu-satunya papan tanda yang ada dalam Kuala Lumpur, itupun tidak cukup. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, yang ada kaitan dengan imej Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Walaupun kawasan saya bukan dalam Wilayah akan tetapi di sebelah Wilayah... [Ketawa] Saya cuma ada dua perkara di sini. Saya ingin merujuk kepada Butiran 060000–Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk berkenaan projek pembinaan perumahan mewah di Bukit Gasing dalam Wilayah Persekutuan oleh Gasing Meridian Sdn. Bhd. atau (GMSB). Kes ini telah berlarutan disiarkan oleh tv dan media sama ada disebabkan bantahan penduduk berkenaan projek yang merbahaya di situ akan berlaku kejadian tanah runtuh di Bukit Gasing sama ada di sebelah Wilayah atau di sebelah PJ, kawasan saya. Ini bukan perkara kecil kerana bukit ini memberi risiko yang sangat tinggi, baik sebarang pembangunan baru. Sangat merbahaya bukan sahaja kepada penduduk setempat dan berdekatan tetapi juga akan memberikan kesan yang amat buruk kepada ekosistem di Bukit Gasing. Sebenarnya kes ini telah pun dibawa ke mahkamah sejak tahun lalu. Dalam perbicaraan di mahkamah, pihak plaintif iaitu Jawatankuasa Bertindak Bersama, Joint Action Committee dengan izin, bersama penduduk-penduduk sekitar Bukit Gasing telah menang terhadap defendan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pihak plaintif telah menang di mahkamah tinggi dan juga di mahkamah rayuan. Keputusannya sangat kukuh dan mantap. Akan tetapi, saya dapat maklumat bahawa ada cadangan pihak yang kalah, iaitu DBKL dan GMSB, mereka ingin membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.
Bermakna, DBKL ini masih ingin meneruskan projek dengan melakukan pembinaan dan pembangunan di bukit yang amat berisiko ini. Sememangnya ini tidak masuk akal. Cukuplah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah. Dua mahkamah telah memberikan keputusan yang sama. Lagipun, keputusannya bukan kemenangan syarikat persendirian, NGO-NGO dan juga bukan kemenangan untuk satu kelompok rakyat sahaja. Kawasan ini didiami oleh penduduk-penduduk Bukit Gasing, Taman Petaling, pemilih dan penduduk Gasing Heights Condominium. Banyak NGO secara bersama, mereka amat bimbangkan keselamatan nyawa dan harta yang paling utama sekali. Juga, mereka ingin mengekalkan ekosistem asal Bukit Gasing. Saya memang menghormati pihak DBKL dan GMSB yang berhak untuk merayu kes ini seterusnya ke Mahkamah Persekutuan. Akan tetapi, jika merujuk kepada Rio Declaration on Environment and Development, dengan izin, ada beberapa prinsip yang dinyatakan untuk dipatuhi dalam meluluskan dan melaksanakan projek pembangunan tanah, iaitu prinsip keempat yang menyatakan bahawa pembangunan tidak boleh dibuat secara membuta tuli dengan mengorbankan alam sekitar. Kedua, prinsip kesepuluh pula menyatakan bahawa, apabila satu pihak berkuasa atau majlis tempatan ingin membuat keputusan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan sama ada diluluskan atau tidak, maka keputusan masyarakat setempat mesti diambil kira pandangan dan pendapat mereka. Tuan Pengerusi, dengan bukti dan laporan media massa, hujah-hujah fakta yang konkrit yang benar dalam blog, kes-kes laporan tanah runtuh yang berlaku, keputusan- keputusan mahkamah dan penjelasan penjaga alam sekitar bertaraf antarabangsa, maka saya di sini memohon dan meminta agar Menteri menggunakan kuasa dan kapasiti yang beliau ada untuk mengarahkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi merayu kes yang telah diputuskan itu ke Mahkamah Persekutuan. Kedua, saya mengharap Yang Berhormat Menteri mengarahkan, agar pihak DBKL memberhentikan apa-apa jua aktiviti pembangunan dan pembinaan di sekitar Bukit Gasing dan juga bukit-bukit lain di Kuala Lumpur. Saya juga mengharap Yang Berhormat Menteri boleh mengarahkan agar DBKL mematuhi Rio Declaration on Environment and Development, kerana sepatutnya Bukit Gasing tidak lagi dikorbankan. Biar ia dikekalkan untuk mengekalkan kesejukan dan mengimbangi suhu panas bandar kosmopolitan Kuala Lumpur. Semoga Bukit Gasing memberi satu mercu tanda ketenangan, kesegaran dan kemesraan alam sekitar. Semoga Yang Berhormat Menteri meneliti dengan terperinci dan prihatin akan perkara ini dengan fakta-fakta sekali. Saya berharap keputusan dua mahkamah itu sudah mencukupi untuk dipatuhi. Dengarlah suara para penduduk Bukit Gasing, terutama di sebelah Petaling Jaya Selatan. Dahuluilah kehendak rakyat dan berikanlah keutamaan kebajikan mereka. Kedua, saya juga ingin merujuk kepada 070500 – Kos Operasi & Penyelenggaraan Integrated Transport Information System (ITIS) – DBKL, yang telah disebut oleh Yang Berhormat Segambut tadi. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa banyak ITIS di sepanjang jalan di Kuala Lumpur langsung tidak berfungsi? Kos peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak RM38 juta pada tahun hadapan. Apakah kita perlu RM38 juta ini untuk operasi dan maintenance ITIS ini? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan secara terperinci tentang kegunaan wang RM38 juta ini? ini kerana, saya lihat kalau untuk maintenance atau penyelenggaraan, kita hanya perlu RM1 juta atau RM2 juta sahaja, bukannya RM38 juta. RM38 juta ini boleh menjalankan pembangunan baru, bukan untuk maintenance sahaja. Saya hendak tanya, adakah ITIS ini sangat berfungsi dalam mengurangkan kadar jenayah atau kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur? Saya nampak tidak. ITIS ini merupakan satu pembaziran. Selama ini peruntukan begitu banyak diperuntukkan setiap tahun, tetapi saya tidak nampak ada kesannya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan juga kes-kes jenayah yang semakin teruk di Kuala Lumpur ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita dalam Wilayah ini kena lebih sedikit masa untuk bincang.
Masa 10 minit sahaja Yang Berhormat.
Pertama sekali, saya ingin menyambung apa yang... Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas kerana bangkitkan isu ini, kerana kawasan yang berciri kemelayuan di Wilayah Persekutuan selain daripada Kampung Baru yang telah banyak sesak dengan pembangunan, adalah di kawasan Batu dan Segambut sedikit. Since Yang Berhormat Segambut tidak bincangkan, jadi saya akan membawa isu ini, iaitu isu Kampung Cubadak dan Kampung Padang Balang. Kedua-dua kampung ini adalah kampung Minangkabau yang telah didirikan oleh orang Melayu Minangkabau selama 200 tahun lebih. Kini, ia telah menghadapi ancaman dibangunkan semula. Ciri-ciri kebudayaan dan cara hidup akan dihapuskan, dan penduduk- penduduk yang sudah bergenerasi menduduki tanah ini akan dipindah ke flat-flat yang mempunyai nilai budaya universal, yang tidak berbeza dengan penduduk di Tokyo atau Singapura. Ini satu perkara yang kita harap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Rakyat dapat memberi tumpuan dan mempertahankan budaya Melayu di kawasan Wilayah Persekutuan. Seterusnya, 010000 – Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan. Saya ingin dapat satu penjelasan dalam perkara pembangunan Kampung Railway di kawasan Sentul yang dahulu tanah ini dimiliki oleh KTM, tetapi kini kebanyakan kawasan tanah telah diambil alih oleh YTL. Sepatutnya, pembangunan yang telah kita tetapkan dalam prinsip keadilan, penduduk asal mahupun mereka yang di classified sebagai peneroka bandar atau setinggan, harus diberikan keutamaan dalam pembangunan. Setakat ini, setahu saya pihak pemaju tidak lagi memberikan komitmen untuk membina rumah kos rendah kepada penduduk Kampung Railway dan juga penghuni-penghuni yang kini merupakan generasi baru dari pekerja-pekerja KTM yang terdahulu. Ini satu perkara yang kita harus dapatkan penjelasan. Seterusnya Kampung Tanah Lapang, yang juga merupakan satu kampung yang bersejarah lebih daripada 100 tahun dan mereka pernah membayar cukai pintu dan diiktiraf sebagai penduduk yang mempunyai hak. tetapi kini mereka telah menerima notis untuk berpindah. Ini kerana, kawasan ini telah digazet sebagai green land. Sekali lagi, pampasan dan juga hak mereka telah diketepikan. Saya harap perkara ini juga mendapat perhatian daripada pihak DBKL. Dalam butiran yang sama juga, Pasar Borong Selayang merupakan satu projek penswastaan di antara DBKL dengan Pasar Borong Development Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh Kumpulan Syed Kechik Sdn. Bhd. Pemaju DBKL sebelum ini telah membenarkan peniaga-peniaga untuk menjalankan perniagaan di kawasan sekitar pasar borong.
Akan tetapi sejak 2002, pihak peniaga telah hilang lesen pengimportan dan pengeksportan. Ini adalah kerana undang-undang kecil pasar borong telah digazet dan peniaga tidak lagi dibenarkan untuk memperbaharui lesen mereka dan tidak juga untuk dibenarkan berniaga di sekitar pasar borong. Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak praktikal dan juga bersifat monopoli. Ini bukan sahaja merosakkan ekonomi dan juga menjejaskan kehidupan ramai peniaga di kawasan itu. Di bawah tajuk 020000 - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Kita dapati bahawa peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2009 telah dikurangkan kepada RM6 juta pada tahun 2010. Kita sepatutnya menggalakkan pembangunan sukan sebagai satu dasar untuk mengatasi gejala sosial. Akan tetapi, saya mendapati bahawa pengurangan ini telah membawa kesan yang negatif kepada pembangunan belia dan sukan di kawasan Wilayah Persekutuan. Saya mengambil satu contoh di mana sebuah Kelab Senaman Batu ini yang di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Baru-baru ini pada 27 November 2009 mereka telah mendapat tawaran untuk menyertai satu pertandingan di Nepal.
Akan tetapi, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan juga Menteri Belia dan Sukan juga menolak kerana tidak ada peruntukkan. Ini adalah satu perkara yang sangat dikesali dan harap dapat perhatian. Butiran 03000 - Kompleks Perniagaan dan Pasar di mana saya ingin memberi perhatian di sini bahawa Bandar Baru Sentul telah menyiapkan satu kompleks pasar yang baru tetapi belum lagi dimasuki oleh peniaga-peniaga. Ini adalah kerana salah satunya sewa bulanan gerai pasar ini sangat mahal daripada RM100 lebih telah dinaikkan kepada RM360 sebulan. Ramai di kalangan peniaga ini tidak mampu kerana perniagaan mereka bersifat kecilan dan tidak membawa keuntungan yang besar. Ini merupakan satu beban yang besar kepada mereka. Kita berharap pihak kementerian dapat membuat rundingan semula dan memberi kelonggaran atas sifat perikemanusiaan mengenai sewa tersebut. Seterusnya butiran yang sama Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Saya telah membangkitkan dalam peringkat dasar Lot 14141 hak milik PN4757 luas tanah sebanyak 1098 meter persegi. Nilai nominal yang telah dicaj kepada Gerakan Belia 4B di negeri Selangor hanya 1000 sahaja. Kita alihkan tanah yang begitu tinggi harganya di Wilayah Persekutuan kepada satu pergerakan yang mempunyai hubungan erat dengan parti pemerintah. Ini satu perkara yang sangat mengejutkan dan Gerakan Belia 4B. Dengan ini telah memindahkan hak milik Koperasi Segemal Sdn. Bhd. iaitu koperasi milik Gerakan Belia 4B. Dengan tanah ini yang dianugerahkan kepada NGO tetapi telah diberi kepada satu projek komersial dan saya jangka berjuta-juta untung diperoleh pihak koperasi. Penduduk atau peniaga asalnya telah dipinggirkan tanpa pampasan. Ini satu tindakan yang tidak wajar dan adil. Kita berharap sekurang-kurangnya tawaran untuk memberi satu lot kedai atau satu lot pejabat yang percuma kepada pemilik asal tanah itu harus dilaksanakan. Saya juga berharap kementerian lebih telus untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai cara pembahagian tanah dalam Wilayah Persekutuan. Akhir sekali iaitu satu isu yang sangat penting ialah penjualan unit rumah awam Kuala Lumpur. Kita tahu bahawa kerajaan telah mengumumkan dasar untuk menjualkan unit-unit rumah awam di Kuala Lumpur kepada penduduk Kuala Lumpur. Kita secara dasarnya tidak menolak tindakan ini. Akan tetapi kita juga harus ingat bahawa Flat PPR dan juga rumah awam ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan miskin untuk mendapat penempatan rumah. Penjualan ini akan mendatangkan banyak masalah. Pertamanya, yuran pendahuluannya sahaja mencecah RM5,900 juga pelbagai bayaran guaman, pindah milik dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu beban yang besar di mana kita memandangkan kebanyakan penghuninya merupakan golongan yang terpinggir termasuk ibu bapa tunggal, orang miskin, OKU dan lain-lain lagi. Bayaran pinjaman juga sangat tinggi kadar bunganya dan setelah mereka commit untuk membeli, bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 hingga RM250 sebulan selama 20 tahun. Ini adalah dua kali lebih besar berbanding daripada sewa bulanan yang ada di caj oleh DBKL sekarang iaitu RM124 sebulan. Masalah jangka panjangnya ialah isu maintenance, isu penyelenggaraan. Saya juga mendapati bahawa dalam bajet tahun ini, penyelenggaraan perumahan rakyat yang dulunya sebanyak RM40 juta ini telah hilang dalam bajet sekarang. Tahun lalu kita masih ada RM40 juta, tetapi sekarang tidak ada lagi. Adakah ini kerajaan cuci tangan dalam kos maintenance ini? Perkara yang amat dikhuatiri oleh penduduk juga Ahli-ahli Parlimen ialah dalam jangka masa panjang di mana lif, tangga, kawasan sekitar yang tidak ada maintenance. Itu adalah sebab kita berharap kalau program ini dijalankan juga, kita berharap DBKL tetap mengambil alih maintenance kawasan perumahan ini supaya kita tidak menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai ghetto dan tidak lagi dapat maintain satu kualiti hidup yang saksama untuk penduduk golongan miskin.
Terima kasih Yang Berhormat.
Itu sahaja dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih.
Bagi kementerian ini saya akan menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Wangsa Maju dan selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Yang Berhormat Bukit Bintang. Habiskan dalam masa sepuluh minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, Butiran 20000 - Perkhidmatan dan bekalan sejumlah peruntukan ialah RM55, 743, 400. Masalah rumah pangsa dan pangsapuri. Tuan Pengerusi, DBKL mungkin bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kecantikan rumah pangsa dan rumah rakyat di bawah jagaannya seperti melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan secara berkala. Walaupun acap kali terdapat aduan daripada penduduk-penduduk tentang sampah sarap yang berlonggok yang tidak dikutip.
Kebersihan longkang dan saliran di setiap bangunan, kemudahan awam baik di taman mahupun kawasan perumahan sendiri. Akan tetapi, yang sentiasa diabaikan ialah kebersihan dan tiada penyelenggaraan bagi blok-blok kediaman seperti rumah pangsa, pangsapuri yang ditadbir oleh pemaju, perbadanan pengurusan dan sebagainya yang kerap mendapat liputan berita sejak kebelakangan, di mana pihak berkuasa perbandaran di bawah DBKL tiada kuasa untuk menguat kuasa dan bertindak ke atas bangunan swasta. Tuan Pengerusi, ke manakah kita hendak mewujudkan sebuah bandar raya yang bersih bertaraf dunia sedangkan blok kediaman swasta di sekitar bandar raya berkeadaan kotor, comot, kemudahan asas yang rosak dan sebagainya. Pemaju-pemaju dan perbadanan pengurusan sering mengabaikan aspek ini dengan memberikan pelbagai alasan. Tuan Pengerusi, DBKL hendaklah lebih kerap mengajar pemaju dan mentadbir perbadanan pengurusan supaya mengambil tindakan terhadap hari ini bidang kuasa dan tugas Pesuruhjaya Bangunan hendaklah dipertingkatkan seperti membawa pemaju-pemaju yang degil ke mahkamah. Mengenai Pesuruhjaya Bangunan, saya sering menerima aduan daripada pemilik- pemilik rumah yang berbilang tingkat yang tidak berpuas hati dengan servis dan layanan Pesuruhjaya Bangunan yang kurang memberikan perhatian apabila aduan dibuat. Pada akhirnya, mereka merujuk ke pejabat-pejabat saya, sebagai wakil rakyat untuk melaungkan masalah mereka. Tuan Pengerusi, bagi perumahan awam DBKL, apabila aduan dibuat di pejabat kecil, amat jarang ia diselesaikan dengan cepat. Biasanya ia memakan masa berbulan- bulan walaupun aduan itu mudah saja seperti kerosakan pam air, lampu koridor tidak menyala, saluran bocor dan sebagainya. DBKL hanya gah pada nama, tetapi dari segi servis, nampaknya semakin merosot. Aduan-aduan yang diterima di pejabat saya, apabila dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu pun perlu berulang kali diajukan dan berbulan- bulan baru diambil tindakan. Apatah lagi rakyat biasa, lagi memakan masa yang lama. Tuan Pengerusi, aduan kepada Pejabat Datuk Bandar dan aduan yang bersemuka pun perlu memakan masa, yang istimewa hanya ada surat akui terima aduan dan nombor aduan sahaja. Ada pegawai-pegawai di pejabat kecil, sukar ditemui, selalu hilang dari pejabat seperti di Razak Mansion, Jalan Hang Tuah, Jalan Cochrane, para pengadu terpaksa mengambil cuti untuk pergi berjumpa mereka. Namun, setelah sampai ke pejabat, terpaksa menunggu lama atau berpatah balik. DBKL hendaklah membersihkan dari pegawai dan kakitangan yang tidak berkesan dan cekap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya panjang lagi ini. Tuan Pengerusi, saya difahamkan Kabinet hanya meluluskan sebanyak 15,007 unit rumah rakyat di 17 kawasan untuk dijual kepada penyewa-penyewa sedia ada di antara harga RM21,500 hingga RM35,000 dengan memberi rebat sebanyak RM1,540 hingga RM2,500. Pembeli juga dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak RM5,922. Bayaran ini sudah pasti tinggi dan di luar kemampuan para pembeli untuk membayarnya. Bagaimana pula perumahan awam yang lain? Iaitu yang lebih awal menyewa di rumah tersebut, di rumah awam di Jalan Hang Tuah, Sri Serawak, Sri Selangor, Sri Johor dan lain-lain? Para penyewa nampaknya terpaksa menggigit jari setelah bertahun-tahun memohon dan setelah dijanjikan oleh kerajaan yang menjaja cadangan untuk menjual rumah mereka. Nampaknya perjuangan itu sia-sia belaka. Terdapat desas-desus bahawa setelah perancangan penjualan rumah PPR selesai, pihak DBKL akan menaikkan kadar sewa bulanan unit rumah ke suatu kadar dua kali ganda daripada kadar sekarang. Dengan lain perkataan, kerajaan nampaknya akan menghentikan pemberian subsidi sewa rumah di Kuala Lumpur. Dalam keadaan ini, warga kota bergelut dengan kenaikan kos sara hidup harian mereka. Kerajaan mengambil langkah tidak populis, sudahlah tidak dapat membeli rumah kediaman sendiri, kini mereka bakal dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup iaitu dengan kenaikan kadar sewa rumah. Saya mewakili rakyat, menggesa agar kerajaan jangan sekali-kali menaikkan kadar sewa rumah dengan menarik balik pemberian subsidi. Tidak ada maknanya model dan slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” jika tindakan mencerminkan sebaliknya. Jika kementerian sudah diperkasa menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, maka langkah pertama ialah membantu golongan menyewa rumah pangsa dan PPR dengan meringankan beban kos sara hidup menerusi kadar sewa yang berpatutan.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Ya, saya gulung. Saya ingin bertanya dengan Butiran 04000 - Projek Sosial, Rekreasi dan Kemudahan Awam Kuala Lumpur. Di kawasan saya, di kawasan Bukit Bintang, Jalan Davis, adakah tanah kerajaan, khususnya DBKL akan membina satu city park yang telah lama dicadangkan walaupun peruntukan sebanyak RM60,658,000 untuk bekalan ini. Saya harap city park haruslah dibina di kawasan Bukit Bintang agar menjadi kawasan hijau. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Wangsa Maju akan berucap minggu depan selepas Menteri menjawab. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 7 Disember 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.38 petang.