Dewan Rakyat · 8 December 2010
15th Parliament, session 3, meeting 3 · 1,354 turns · 50,324 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Mesyuarat Dewan Rakyat Ditambah Satu Hari
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang dan akan berakhir pada 15 Disember 2010 ditambah satu hari lagi iaitu pada hari Khamis, 16 Disember 2010. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan. Permohonan ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah khatib bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh Malaysia.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, yang mana kuasa bagi melantik imam adalah merupakan kuasa daripada kerajaan negeri. Bagi pelantikan imam pada masa sekarang ialah sebanyak 15,104 orang khatib dan imam yang bertauliah di seluruh negara. Bagi masjid-masjid yang diuruskan secara langsung oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu sebanyak tiga buah; Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang mempunyai seramai 18 orang imam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalau kita lihat jawatan-jawatan ini dilantik oleh pihak negeri dan ada juga yang dilantik oleh JAKIM, difahamkan tadi ada tiga buah masjid. Jadi, kadang-kadang kita melihat ada bagi masjid peringkat negeri dan daerah, pelantikan khatib dan imam ini adalah berdasarkan pada kelayakan dan sijil serta kursus. Namun, di peringkat kawasan kampung pula kadang-kadang, di masjid-masjid kampung dan sebagainya dilantik mungkin secara bersendirian dan macam-macam lagi. Jadi, apakah peranan JAKIM dalam kerjasamanya dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam menggalakkan golongan muda untuk menjadi imam atau khatib? Ini memandangkan ia diisi oleh kumpulan. Kalau kita lihat di kampung-kampung sekarang, banyak yang sudah berusia umurnya. Apakah peranan JAKIM sendiri dalam bekerjasama dengan kerajaan negeri tadi untuk melihat atau memantau masjid-masjid yang kadangkala menggunakan teks-teksnya sendiri dan terlalu mendorong ke arah sesuatu parti dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis. Kita sedia maklum bahawa sebagaimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi, pelantikan di negeri-negeri adalah berdasarkan pada peraturan dan juga enakmen negeri masing-masing. Saya katakan tadi hanya tiga buah masjid sahaja yang dilantik oleh JAKIM sendiri iaitu seramai 18 orang; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, dan Masjid Negara. Saya sebutkan juga bahawa di peringkat negeri-negeri, kriteria-kriteria pelantikan imam-imam ini telah pun ditentukan. Memang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu Islam, pelantikan imam ini banyak daripada kalangan yang dikira berumur, yang dikira agak tua kerana kematangan memimpin masyarakat sebab mereka adalah merupakan pemimpin setempat yang dianggap tertinggi. Maka disebabkan itu, lingkungan umur mengambil peranan yang penting mengikut enakmen negeri. Akan tetapi, dalam masa yang sama sebagaimana Yang Berhormat Lipis sebutkan tadi, kita memahami bahawa golongan muda perlu diketengahkan juga dan inilah proses yang berlaku. Oleh sebab itu, pelantikan imam kita beri kepada tiga orang. Walaupun elaun itu dibayar oleh JAKIM tetapi dilantik oleh negeri, kita berikan tiga orang dengan harapan - selalu kita adakan perjumpaan bersama dengan pengerusi- pengerusi majlis agama supaya mereka melantik yang muda ini sebagai pelapis. Daripada tiga orang mungkin diberikan satu. Itu satu hal. Hal yang lain pula ialah berkaitan dengan bukan kerana faktor umur dan bukan kerana faktor tua ataupun muda, ada khutbah-khutbah yang dibaca berdasarkan pada bukan teks yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam. Ini kadang-kadang ada kena-mengena dengan khatib-khatib jemputan. Ia kadang-kadang ada juga kena- mengena dengan khatib setempat itu sendiri tetapi ia lebih memilih. Kadang-kadang itu mungkin kerana faktor perbezaan parti politik dan sebagainya - ada perasaan yang ingin disampaikan kepada masyarakat yang tidak ada dalam teks itu. Maka dia menggunakan kesempatan khutbah kerana perhimpunan ramai umat Islam lelaki di masjid, maka dia gunakan untuk menyampaikan pemikiran sendiri di dalam khutbah tersebut.
Ini sebenarnya dikawal oleh enakmen negeri masing-masing kerana khutbah tidak dibenarkan keluar daripada teks ataupun keluar daripada bahan khutbah yang telah disediakan. Sebenarnya juga Majlis Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan dan enakmen yang telah ada pada negeri masing- masing bagi khatib yang membaca khutbah tanpa menggunakan teks ataupun tidak berdasarkan teks ataupun menimbulkan sensitiviti di dalam khutbah tersebut. Terima kasih.
2. Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kementerian telah mengumumkan pada tahun 2009 di mana kerajaan menyasarkan sejumlah 2.5 juta anggota RELA dalam tempoh tiga tahun:- (a) apakah jenis latihan yang akan diberikan kepada mereka; dan (b) di manakah mereka ini akan ditempatkan dan apakah faedah-faedah yang akan mereka peroleh jika mereka ditimpa kemalangan semasa bertugas.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat 31 Oktober 2010, jumlah anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) adalah seramai 2,042,215 orang. Buat masa kini, RELA sedang menggiatkan usaha bagi menambahkan keanggotaan untuk mencapai 2.5 juta orang menjelang akhir tahun depan. Sehubungan dengan kursus-kursus yang diberikan kepada anggota-anggota RELA, pada peringkat awal mereka akan diberi kursus pengenalan di peringkat daerah yang biasanya akan dilaksanakan di balai-balai raya, sekolah dan sebagainya bagi mendedahkan secara ringkas peranan sebagai anggota pasukan RELA. Pada masa yang sama selepas kursus pengenalan anggota-anggota RELA yang juga akan
diberikan kursus asas selama tujuh hari yang dikendalikan di pusat-pusat latihan RELA seluruh negara. Kursus asas ini merangkumi latihan jasmani, kawad, jati diri serta latihan ilmiah mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang anggota RELA. Setelah anggota RELA melalui kursus pengenalan sehari dan kursus ini, pihak RELA juga turut menganjurkan kursus-kursus lanjutan kepada mereka iaitu Kursus Ketua Platun RELA, Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim, Kursus Pengurusan Senjata Api dan lain-lain kursus tambahan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Apabila anggota RELA tamat mengikuti kursus tersebut, mereka akan pulang ke tempat tinggal masing-masing dan berkhidmat sebagai anggota RELA bagi melaksanakan tugasan-tugasan apabila perlu, yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pegawai RELA daerah. Selain daripada kursus-kursus di atas, bagi mereka yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas khusus setelah menghadiri kursus-kursus yang diperlukan, anggota-anggota ini akan ditempatkan untuk menjalankan tugas-tugas seperti: (i) membantu mencegah jenayah bersama PDRM; (ii) menjadi anggota sukarelawan polis, membuat rondaan cegah jenayah melalui inisiatif NKRA, mengurangkan jenayah; (iii) menjaga dan mengawal depoh-depoh tahanan; (iv) menjaga dan mengawal rumah perlindungan anti- pemerdagangan orang di Tanjong Kling, Melaka dan; (v) menyertai operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan PDRM serta lain-lain agensi penguat kuasa. Anggota-anggota RELA juga ditugaskan mengawal jeti-jeti awam di seluruh negara. Menjaga dan mengawal lapangan terbang di Sabah dan Sarawak serta membantu unit pencegah penyeludupan. Membanteras penyeludupan di kawasan- kawasan sempadan negara. Sejajar dengan konsep kesukarelawan, anggota-anggota RELA juga terlibat secara terus dalam program-program serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan di Dewan yang mulia ini, semua anggota RELA dilindungi oleh Skim Insurans Berkelompok RELA yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan bagi menjamin kebajikan mereka sekiranya mereka ditimpa kemalangan semasa bertugas. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya kemukakan soalan nombor dua, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat Majlis Tindakan DUN Pulau Condong dan pemimpin Keadilan daripada Parlimen Machang. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, daripada jawapan Menteri tadi, kita lihat bahawa satu jumlah yang agak besar walaupun belum sampai 2.5 juta. Sekarang ini 2.4 juta sudah kita capai. Dalam melayari portal KDN saya melihat juga di samping tugas-tugas yang Menteri sebut tadi, yang dilakukan oleh RELA, di antara tugas-tugas yang disebut di sini juga ialah tugasan gerak saraf khasnya daripada segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut dalam kawasan-kawasan tertentu. Soalan tambahan saya ialah dengan peranan yang dimainkan oleh RELA yang begitu berat, di samping mereka diberikan coverage insurans akan tetapi, saya rasa latihan asas dan juga lanjutan itu lagi amat kurang. Jadi, apakah kerajaan mempunyai hasrat untuk memanjangkan kursus di bentuk setempat (insitu) atau mereka dibawa ke pusat-pusat tertentu, kadar umur yang join RELA pun daripada 16 tahun, seawal 16 tahun?Jadi, saya bimbang dengan tugas yang begitu berat dan ianya mencabar, khususnya yang berkaitan dengan keselamatan negara. Adakah kerajaan berhasrat untuk memanjangkan kursus ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai gerak saraf dan keselamatan negara, sememangnya ancaman dan cabaran kita hari ini ialah dalam dunia globalisasi, yang mana jenayah merentasi sempadan memerlukan mata dan telinga yang seramai mungkin untuk memantau keluar
masuknya unsur-unsur jenayah yang sekarang ini dilihat sebagai satu fenomena berbahaya pada semua negara yang dalam dunia tanpa sempadan. Contohnya penyeludupan senjata, dadah, manusia, militancy dan sebagainya. Di sini, gerakan kesukarelawanan dengan mereka yang telah pun sedikit sebanyak diwarisi dan diinstitusikan melalui RELA merupakan satu kelebihan yang saya dan pucuk pimpinan harap dapat digerakkan dalam erti kata yang sepenuhnya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani, akhirnya bukan jumlah yang penting, yang penting ialah kualiti mereka yang terlibat dan ini berkisar pada latihan. Sepanjang tahun ini, 2009 kita telah pun memberikan tumpuan yang teramat terperinci untuk melihat semula penjenamaan semula RELA, pengisian hala tuju RELA, konsep dan aspek latihan akan diambil kira. Sama ada ia akan diletakkan dalam konteks latihan insitu atau tidak, banyak bergantung pada apa yang kita umumkan awal tahun depan, hasil daripada perincian yang telah pun kita buat tahun ini.
Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan daripada Menteri, kita nampak bahawa kita ada 2.4 juta RELA di seluruh negara. Akan tetapi dalam Dewan yang mulia ini, banyak kali dinyatakan bahawa anggota polis kurang. Oleh kerana di kawasan-kawasan luar bandar kita tidak ada nampak RELA yang memainkan peranan yang penting untuk membantu keselamatan dan juga demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita tidak nampak RELA. Kalau RELA ini dibagi kuasa, kenapa kita tidak gunakan 2.4 juta ini untuk membantu kerajaan membanteras penjenayah dan juga demonstrasi-demonstrasi jalanan ini? Terima kasih.
Sebenarnya sedang dilaksanakan bukan untuk berdepan dengan demonstrasi jalanan akan tetapi dalam konteks NKRA yang jelas hendak mengurangkan kadar jenayah. Saya dapat umumkan di sini bahawa ahli-ahli RELA yang telah pun diserapkan untuk membantu kita bersama-sama dengan PDRM hari ini, jumlahnya pun sudah 3,663. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, saranan Yang Berhormat Kalabakan baru-baru ini untuk menggerakkan PGA di Sabah untuk membantu telah pun kita turunkan permintaan dan arahan kepada kontinjen Sabah supaya pendekatan yang merentasi agensi dan kementerian dengan tujuan yang rakyat bimbangkan iaitu menurunkan jenayah dan sebagainya. Dapat menggunakan semua mereka yang ada kemahiran, kemampuan akan tetapi akhirnya memerlukan latihan seperti Yang Berhormat Sungai Petani sebut tadi, yang betul-betul mampu mencapai apa yang kita harapkan. Terima kasih.
3. Datuk Haji Yusoff Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah pelaburan yang dibawa masuk oleh Labuan FSA ke Malaysia dan adakah penubuhan LOFSA pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai Labuan FSA berjaya memainkan peranannya sebagai antara nadi pembangunan Labuan sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada anak jati Labuan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Labuan FSA yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Pusat Kewangan Antarabangsa Luar Pesisir telah ditubuhkan dalam tahun 1996 sebagai badan kawal selia yang berperanan untuk menyelaras usaha-usaha mempromosi dan mengembangkan lagi Labuan sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC). Sejak penubuhan Labuan FSA, institusi kewangan antarabangsa telah berkembang pesat dan secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan di sektor perbankan, insurans dan syarikat amanah termasuk firma menyedia perkhidmatan perakaunan dan perundangan. Sehingga 31 Disember 2009, industri antarabangsa di Labuan telah mencatatkan kemasukan dan pendaftaran sebanyak 7,423 buah syarikat. Walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang serba mencabar, Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan terus mencatat pertumbuhan terutamanya dalam sektor perbankan, insurans, pemajakan (leasing) dan kewangan Islam. Jumlah aset bank di Labuan telah meningkat pada USD30 bilion dalam tahun 2009, manakala pinjaman dan pendahuluan bertambah pada USD18.5 bilion. Jumlah
keseluruhan aset industri insurans meningkat sebanyak 16.2% pada USD2.4 bilion pada akhir tahun 2009. Labuan IBFC juga mencatatkan peningkatan sebanyak 8.8% dalam jumlah keseluruhan premium kasar pada USD1.1 bilion. Sektor pemajakan (leasing) terus menjadi sektor yang berkembang pesat di Labuan IBFC daripada segi kelulusan baru. Bilangan syarikat pemajakan bertambah sebanyak 13.3% pada 136 buah syarikat pada tahun 2009. Amaun kumulatif aset yang dipajak mencatatkan peningkatan sebanyak 24% pada USD21.9 bilion pada tahun 2009. Pemodalan besar kewangan antarabangsa Labuan sehingga 31 Disember 2009 pula berjumlah USD18.1 bilion dengan sejumlah 28 instrumen yang telah disenaraikan. Pasaran kewangan Islam di Labuan IBFC juga mencapai pertumbuhan yang menggalakkan dalam tahun 2009 terutamanya sektor insurans Islam dengan jumlah sumbangan takaful dan takaful semula (Retakaful) mencatatkan kenaikan 44.2% dalam sumbangan kasar berjumlah USD234.1 juta. Pertumbuhan industri perniagaan kewangan antarabangsa secara tidak langsung merangsang pertumbuhan aktiviti di sektor lain seperti perhotelan, pengangkutan, syarikat pembekal, perumahan dan pendidikan sekali gus menyumbang pada pertumbuhan peluang pekerjaan di Labuan. Setakat ini, terdapat lebih daripada 1,500 peluang pekerjaan secara langsung (direct employment) yang telah diwujudkan di Labuan IBFC dan peluang pekerjaan secara tidak langsung seperti di hotel-hotel besar, sekolah antarabangsa, syarikat-syarikat guaman dan firma, Kompleks Ujana yang kesemua ini mungkin tidak terwujud sekiranya tidak ada Labuan IBFC ini. Dijangkakan bahawa peluang pekerjaan daripada sumber-sumber yang tidak langsung ini adalah lebih ramai berbanding dengan jumlah pekerjaan yang diwujudkan secara langsung. Jadi, pada soalan sama ada penubuhan Labuan IBFC ini menepati sasaran, jawapannya jelas daripada apa yang telah saya berikan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ia cukup memberangsangkan yang mana semua sektor yang melalui Labuan IBFC cukup menarik dan cukup menaikkan positif yang begitu tinggi. Sepertimana yang dinyatakan, employment secara tidak langsung cukup memberangsangkan. Itu tidak dapat kita nafikan kerana ia punya spillover dan sebagainya. Kalau ada sesuatu projek atau sesuatu penubuhan seperti Labuan IBFC, telah jelas limpahan-limpahan pekerjaan secara tidak langsung cukup ketara. Akan tetapi soalan saya adalah, apakah terdapat master plan ataupun program-program khusus yang dirancang malahan mungkin dianjurkan oleh Labuan IBFC kepada penduduk Labuan khasnya yang menjurus pada penggalakan pembangunan ekonomi memandangkan Labuan IBFC itu seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini? Saya kira menjuruskannya terutama untuk pekerja-pekerja secara langsung yang duduk dalam Labuan IBFC. Adakah perancangan yang ketara supaya suatu hari nanti juga orang Labuan yang merupakan penduduk Labuan akan duduk sebagai pegawai-pegawai tertinggi di Labuan IBFC? Ini kerana Labuan IBFC telah pun wujud sejak Yang Berhormat Menteri jadi DG di situ bermula pada tahun 1995 sehingga sekarang seolah-olah kita tidak nampak apakah program untuk anak jati Labuan supaya turut serta duduk sebagai pegawai- pegawai tertinggi di Labuan IBFC. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertamanya daripada segi perancangan jangka masa panjang, memang ada. LOFSA mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk terus membangunkan Labuan IBFC ini. Satu perkembangan yang menarik ialah kalau dilihat daripada segi sebelum ini, terdapat usaha untuk mengeluarkan Labuan daripada perjanjian Double Tax Agreement (DTA) yang telah dibuat oleh beberapa negara kerana kelihatan pada masa itu, Labuan ini merupakan satu tempat yang digunakan untuk pelarian cukai. Akan tetapi, setelah Labuan sendiri telah menerima pakai model DTA yang telah dikeluarkan oleh OECD, maka bukan sahaja sekali gus Labuan IBFC ini telah di senarai putihkan, telah dikembalikan sebagai pusat yang diterima oleh masyarakat kewangan antarabangsa, tetapi kita lihat juga beberapa buah negara sekarang datang untuk meminta supaya DTA bersama Labuan ini dimasukkan kembali. Ini agak menarik kerana kalau dahulu mereka mahu keluar daripada DTA, sekarang hendak masuk balik.
Umpamanya pegawai dari Indonesia yang baru sahaja melawat Labuan merasakan oleh kerana Labuan ini dikeluarkan pada satu masa, maka jumlah pelaburan ke Indonesia yang digalakkan itu kelihatan menurun kerana Labuan sudah tidak dapat dipakai lagi sebagai satu pusat yang mana syarikat-syarikat yang melabur di Asia ini termasuk Indonesia dapat menggunakannya sebagai pangkalan untuk pelaburan. Maka ini sesuatu yang menarik yang menunjukkan masa depan yang agak cerah pada Labuan. Saya ingin menyebut satu perangkaan lagi. Dalam tahun 2008, Jabatan Perangkaan Negara (DOS) telah membuat kajian tentang sumbangan Labuan IBFC ini pada ekonomi Labuan. Dianggarkan bahawa 45% daripada GDP Labuan disumbangkan oleh industri kewangan antarabangsa Labuan. Maka ini juga merupakan satu sumbangan yang besar – hampir separuh ekonomi Labuan itu digerakkan oleh sektor IBFC. Saya yakin bahawa ia akan bertambah lagi di masa-masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi ada menyebut berkenaan dengan Double Tax Agreement atau Double Tax Treaties – perjanjian untuk mengelakkan pengenaan cukai dua kali. Daripada sejumlah 7,400 lebih syarikat yang telah beroperasi di Labuan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa hampir satu pertiga atau separuh daripadanya adalah syarikat yang beroperasi di Labuan khusus untuk aktiviti pelaburan ke Korea Selatan? Ini kerana Korea dengan Malaysia ada perjanjian mengelakkan pengenaan cukai dua kali. Ini menimbulkan masalah khususnya buat Korea, kerana Kerajaan Korea mendakwa syarikat-syarikat yang beroperasi di Labuan mempunyai niat yang jelas mengelakkan cukai keuntungan perniagaan mereka.
Ini paling parah ialah pada Jun 2006 sehingga Kerajaan Korea membuat unilateral decision – keputusan sebelah pihak tidak berunding lagi dengan Malaysia untuk membatalkan kenaan cukai perjanjian ini melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi Korea. Saya ingin tahu apakah statusnya sekarang dalam makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana kelihatannya di sebalik cerita kejayaan Labuan rupa-rupanya ada masalah di sana yang membabitkan syarikat beroperasi bertujuan pelaburan ke Korea, yang jelas punya niat bagi mengambil kesempatan loophole terhadap DTA yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini sebenarnya berlaku pada masa yang dahulu. Akan tetapi apabila Labuan disenaraihitamkan oleh OECD, maka Labuan telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini terutama sekali mengguna pakai model DTA yang saya sebut tadi yang diluluskan oleh OECD. Ini termasuklah dengan peruntukan untuk membolehkan pertukaran maklumat antara kerajaan – antara authorities. Setelah ini dilakukan, setelah Labuan kembali disenaraiputihkan, maka masalah ini tidak timbul lagi. Tadi saya sebut Indonesia yang ingin memasukkan kembali Malaysia – dalam Labuan dalam DTA nya. Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa negara lain termasuk Kanada, Jerman, Korea Selatan sendiri ingin kembali memasukkan Labuan dalam DTA kerana masalah yang dahulu dilihat sebagai satu masalah pada masa itu telah pun dapat diatasi dengan cara yang diterima pakai di seluruh peringkat antarabangsa, kerana ini adalah kaedah yang digunakan oleh OECD. Jadi masalah ini walaupun dahulu wujud, sekarang ini sudah dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih.
4. Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu sekatan ekonomi ke atas Semenanjung Gaza, Palestin serta apakah usaha yang telah dibuat bagi membantu umat Islam di Palestin yang sedang mengalami sekatan antarabangsa, selepas Parlimen Malaysia menyatakan pendirian menyokong rakyat Palestin serta mengutuk serangan tentera Israel ke atas Kapal Mavi Marmara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia berpendirian bahawa kepungan haram dan
sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah bertentangan dengan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia. Sekatan dan kepungan haram Rejim Israel ini telah mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan yang berlanjutan kepada rakyat Palestin di Gaza akibat kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, perubatan, bahan mentah serta minyak bagi keperluan kehidupan harian mereka. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum berikutan usul yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia ini pada 7 Jun 2010 dan usaha-usaha Malaysia melobi masyarakat antarabangsa serta tekanan masyarakat antarabangsa, Israel telah melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Selain daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengutus surat kepada Presiden Mesir pada 17 Jun 2010, memohon kerjasama negara berkenaan supaya membuka pintu sempadan di Rafah bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan melalui sempadan tersebut. Pada masa ini, Kerajaan Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memudahkan pergerakan keluar-masuk rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia akan terus menggalak dan menyokong usaha-usaha badan-badan bukan kerajaan, iaitu NGO dari Malaysia untuk menganjurkan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dari semasa ke semasa demi untuk mematahkan kepungan haram Rejim Israel dan membantu meringankan bebanan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berada di Gaza, Palestin pada bulan Ramadhan yang lalu masuk melalui Rafah. Saya sukar walaupun saya ucap terima kasih kepada Kementerian Luar Negeri kerana membenarkan Misi MAPIM untuk masuk membantu rakyat Gaza, tetapi ekoran daripada kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa Malaysia membantu membuka sempadan di Rafah kepada rakyat Palestin, saya rasa itu amat tidak tepat kerana saya berada di sempadan pada ketika itu. Rakyat Palestin sukar untuk masuk dan keluar melalui pintu Rafah di Mesir, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, mungkin delegasi daripada luar mudah, tetapi yang kita mahukan ialah rakyat Palestin sendiri supaya pintu sempadan dibuka untuk memudahkan mereka berurus niaga dengan masyarakat luar, tidak mengapa itu persoalannya. Yang saya ingin timbulkan persoalan tambahan saya, adakah selepas melihat kekejaman Rejim Israel ke atas bumi Gaza, Tebing Barat dan apa yang berlaku ke atas misi bantuan Mavi Marmara, adakah Malaysia ingin mencadangkan supaya kita failkan ke International Criminal Court (ICC) terhadap kekejaman Israel di Gaza? Keduanya, adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan caucus Parliament untuk Palestin sepertimana caucuses untuk Burma dan sebagainya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah itu saya nampak dua. Satu tentang kesusahan beliau memasuki Semenanjung Gaza melalui Rafah. Prosedur- prosedurnya begini, sama ada Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu- individu yang hendak pergi ke Palestin prosedurnya begini, dia mesti memaklumkan kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Luar Negeri seterusnya melalui kedutaan kita di Kaherah iaitu Cairo akan menulis surat kepada Kerajaan Mesir. Sama ada ia diluluskan atau tidak terpulanglah kepada Kerajaan Mesir, dan ini biasanya mengambil masa antara dua minggu hingga tiga minggu. Untuk soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya semasa United Nations General Assembly (UNGA/GA) baru-baru ini telah membawa perkara ini ke United Nations General Assembly. Ekoran daripada apa yang telah dibawa ke United Nations General Assembly oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pihak PBB iaitu General United Nations telah menubuhkan iaitu satu suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Siasatan Bebas, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, in English United Nations Panel of Enquiry iaitu pada 2 Ogos 2010 bagi menyiasat insiden serangan tentera Israel ke atas Kapal Mavi Marmara. Setakat masa ini, ia masih dalam siasatan. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pentadbiran Presiden Obama telah mencadangkan untuk menghidupkan semula proses pendamaian di Timur Tengah khususnya mengenai negara Palestin.
Soalan saya, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia? Apakah persediaan yang telah dibuat oleh Kementerian Luar Negeri untuk kita mendesak terutamanya Amerika Syarikat supaya isu Palestin ini dapat diselesaikan secara mutlak pada rundingan akan datang?
Apakah jaminan daripada kementerian bahawa di samping kita membincangkan isu perdagangan dan pelaburan bersama dengan Amerika Syarikat, isu Palestin masih lagi menjadi keutamaan kita dan tidak menjadi isu sampingan apabila kita mengukuhkan lagi hubungan bersama dengan Amerika Syarikat? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Cadangan itu amat baik. Kita, Malaysia memang inginkan kedamaian di Palestin dapat dilaksanakan dengan segera. Jadi, mengenai dengan soalan yang telah dibangkitkan atau telah diutarakan oleh Yang Berhormat dari Rembau, sebenarnya sepertimana yang saya telah sebutkan sebentar tadi, secara langsung atau tidak langsung, Yang Amat Berhormat telah membawa ke pengetahuan United Nations General Assembly tempoh hari iaitu tentang perlunya bukan sahaja serangan tentera Israel terhadap Kapal Mavi Marmara, akan tetapi perlunya kedamaian di Palestin dipercepatkan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Rembau.
5. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai satu mata pelajaran khusus di sekolah memandangkan masyarakat negara hari ini, terutama generasi muda ramai tidak tahu dan tidak memahami isu kandungan Perlembagaan Negara.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sungguhpun mata pelajaran Perlembagaan Persekutuan tidak diajar sebagai satu mata pelajaran khusus di sekolah- sekolah, elemen mengenai Perlembagaan Persekutuan tersebut telah pun dimasukkan sebagai isi kandungan dalam beberapa mata pelajaran, khususnya Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral di peringkat sekolah menengah. Namun demikian, kementerian sedang meneliti kesesuaian dan keperluan untuk menerapkan pengetahuan asas mengenai sejarah termasuk Perlembagaan Negara di peringat sekolah rendah. Dalam mata pelajaran Sejarah, penekanan pada latar belakang perkara tersebut berdasarkan peristiwa sejarah iaitu bermula dengan pengenalan pada sejarah Persekutuan Tanah Melayu 1948 sehinggalah pada pembinaan negara dan bangsa ke arah kemunculan negara Malaysia berdaulat. Pengisian tema ini berfokuskan pada perjanjian dan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, asas-asas Perlembagaan Negara dan kandungannya, kepentingan Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan seterusnya membincangkan tentang usaha ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Asas Perlembagaan Malaysia juga diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) yang juga merupakan mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah menengah. Komponen asas Perlembagaan diterapkan dalam tema Malaysia Negara Berdaulat. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Raja Berperlembagaan, peruntukan utama Perlembagaan Malaysia, kepentingan Perlembagaan Malaysia, tugas dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi, Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Moral iaitu mata pelajaran teras untuk murid bukan Islam juga menekankan asas Perlembagaan Malaysia. Pengajaran asas-asas Perlembagaan Malaysia dilaksanakan melalui bidang pembelajaran, nilai berkaitan hak asasi manusia seperti melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak orang kurang upaya, melindungi hak pengguna dan nilai berkaitan demokrasi seperti mematuhi peraturan dan undang- undang, kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan saya, apakah harapan dan keyakinan kerajaan setelah cadangan untuk mewajibkan
Sejarah sebagai lulus di dalam mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia dan menjelang tahun 2014 dijadikan subjek teras di sekolah rendah atau sekolah kebangsaan? Jadi, harapan kerajaan agar rakyat dalam negara kita lebih harmoni, memahami sejarah. Selain daripada Sejarah menjadi subjek teras dan menjadikan Perlembagaan sebagai salah satu sukatan yang wajib bagi Sejarah, adakah kerajaan juga bercadang untuk menjadikan sukatan pelajaran bagi Rukun Negara agar dapat diperkemaskan lagi keharmonian di dalam negara kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya semasa penggulungan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran, saya telah memperihalkan apa yang akan dilakukan terhadap mata pelajaran Sejarah dan Yang Berhormat boleh rujuk balik Hansard, apa yang telah saya beritahu. Di sini saya ingin memberi respons pada apa yang ditanya oleh Yang Berhormat. Pertama, mata pelajaran Sejarah yang dijadikan mata pelajaran teras. Sebenarnya dalam sistem kita sekarang pun, ia telah menjadi mata pelajaran teras. Cuma apa yang diumumkan ialah daripada menjadi mata pelajaran teras, kita hendak ia menjadi satu subjek wajib lulus. Ini bermaksud, kalau tidak lulus, bermaksud tidak boleh dapat SPM. Itu adalah perbezaan sedikit daripada segi ini. Ia telah pun dijadikan sebagai mata pelajaran teras. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di peringkat sekolah rendah, sepertimana yang kita sedia maklum, kita dalam peringkat mengkaji keperluan dan juga kesesuaiannya untuk diterapkan di peringkat mana. Dalam keadaan sekarang pun, kita telah mempunyai komponen sejarah dalam sekolah rendah tetapi ianya dimasukkan dalam Kajian Tempatan. Ia tidak dijadikan sebagai satu subjek tetapi sebagai sebahagian elemen di dalam subjek Kajian Tempatan. Apa yang Yang Berhormat tanya keyakinan kita terhadap perkara ini apabila kita melakukan tindakan-tindakan itu, saya rasa apa yang penting ialah penghayatan terhadap sejarah yang tulen. Saya rasa itu adalah penting dan saya rasa apa yang telah dijawab tadi termasuklah komponen mana yang kita hendak masukkan sejarah pembentukan negara dan sebagainya, ia sepatutnya memberikan generasi muda satu gambaran jelas, apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita sebenarnya adalah hasil titik peluh kita bersama dan kita perlu bekerjasama di dalam sebuah negara yang harmoni dan berbilang kaum. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini dan setiap warga adalah terikat di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan negara kita. Saya hendak tanya pendirian pihak kementerian berkenaan ‘Kempen Perlembagaanku’ yang dilancarkan oleh Majlis Peguam. Setahu saya, pihak Majlis Peguam berminat untuk membawa kempen ini ke sekolah-sekolah. Kempen Perlembagaanku memberi kesedaran kepada anak-anak kita dan pelajar-pelajar kita berkenaan Perlembagaan Persekutuan dan kandungan-kandungan peruntukan. Apakah pendirian kementerian? Apakah kementerian akan membenarkan kempen ini dibawa masuk ke sekolah-sekolah sementara kementerian meneliti sebarang rancangan untuk menyebarkan peruntukan pemahaman Perlembagaan di sekolah-sekolah ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita kena lihat daripada dua dimensi. Pertama, kurikulum itu sendiri. Apa yang diminta sekarang ialah Perlembagaan Malaysia itu dijadikan sebahagian daripada subjek ataupun yang diajar secara kurikulum. Itu memang sudah ada dalam sistem kita. Mengenai cadangan ataupun syor Yang Berhormat sama ada Majlis Peguam boleh mengadakan kempen bersama di peringkat sekolah, sebenarnya kementerian telah menetapkan garis panduan. Kalau ia hendak dibuat secara kokurikulum, ia kena mematuhi syarat. Biasanya ini bukan satu perkara yang baru. Sebenarnya perlu ada usaha sama dan kita hendak faham apa kandungan sesuatu kempen itu. Itu yang sangat penting. Kalau ia semata-mata sebagai satu penyampaian, sebagai contoh, kalau kita buat Kempen Keselamatan Jalan Raya, tidak ada masalah untuk mana-mana pihak untuk membantu kerana kita hendak menyampaikan mesej itu, jelas kesedaran mereka terhadap kempen tersebut. Sama juga sekiranya pelajar kita hendak menghayati Perlembagaan, sekiranya mematuhi syarat-syarat, kita rasa perlunya kita hendak mempertingkatkan kesedaran itu. Saya rasa ia boleh dibawa pada peringkat
kementerian ataupun di jabatan dan ia akan disemak dan akan disaring mengikut prosedur biasa. Terima kasih.
6. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah Hakim Mahkamah Syariah yang diperlukan di seluruh negara dan berapakah jumlah jawatan yang belum terisi atau tidak dapat diisikan. Apakah kelayakan dan syarat-syarat pelantikan seorang Hakim Mahkamah Syariah.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, jumlah jawatan Hakim-hakim Mahkamah Syariah seluruh negara ialah seramai 160 orang. Daripada jumlah tersebut, 119 jawatan telah diisi dan 41 jawatan yang belum ataupun yang tidak diisi. Antara faktor-faktor jawatan hakim-hakim Mahkamah Syariah yang belum dapat dibuat pengisian: (i) proses kenaikan pangkat adalah tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Oleh kerana hakim-hakim di Mahkamah Syariah adalah penjawat awam yang bermula daripada LS44 dan ke atas, maka Pegawai Syariah yang bergred LS41 perlu memenuhi terlebih dahulu syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan sebelum menjawat jawatan Hakim Mahkamah Syariah; dan (ii) terdapat faktor yang menjadi kenapa masih ada 41 yang belum diisi ialah terdapat beberapa negeri yang menghadapi masalah ketiadaan calon bagi memenuhi syarat untuk memohon jawatan Pegawai Syariah terutamanya bagi perjawatan Hakim Mahkamah Syariah. Seterusnya mengenai syarat dan kelayakan asas bagi pelantikan Hakim Mahkamah Syariah adalah seperti berikut: (i) memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (ii) memiliki juga Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UIA atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (iii) lulus bahasa Malaysia termasuk lulus ujian lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Selain daripada itu, pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Syariah seterusnya boleh dilantik menjadi Hakim Mahkamah Syariah. Gred jawatan paling minimum untuk layak dilantik menjadi Hakim Mahkamah Syariah sebagaimana tadi iaitu Gred 44. Manakala kelayakan tambahan pula bagi sebahagian negeri meletakkan kelayakan tambahan untuk menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah ialah mesti berkhidmat dan disahkan dalam jawatan sebagai Pegawai Syariah sekurang-kurangnya tiga tahun dengan syarat-syarat asas kenaikan pangkat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipenuhi. Kedua, dia juga mendapat tauliah sebagai Hakim Syarie mengikut enakmen Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang berkaitan. Seterusnya bagi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pula, kelayakannya adalah seperti berikut: (i) mesti berkhidmat dan disahkan dalam jawatan sebagai Pegawai Syariah sekurang-kurangnya 10 tahun merangkumi pengalaman berkhidmat dalam bidang pendakwaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ataupun
Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), Ketua Pendaftar dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan atau Negeri dengan syarat asas kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dipenuhi; dan (ii) syarat tambahan juga bagi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ialah mendapat tauliah sebagai Hakim Syarie mengikut enakmen Wilayah Persekutuan atau negeri-negeri yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Jelas bahawa pelantikan Hakim Mahkamah Syariah ini perlu memenuhi ciri-ciri yang tertentu dan kelayakan tertentu. Pertengahan tahun ini telah diumumkan pelantikan dua orang hakim wanita Mahkamah Syariah dan ini sangat-sangat dialu-alukan oleh wanita terutamanya wanita Islam yang kementerian telah bersetuju untuk melantik wanita. Namun, menjadi satu persoalan kepada kami kaum wanita setelah mereka layak memenuhi syarat menjadi hakim, tiba-tiba ada pula pensyaratan yang mereka tidak boleh menghakimi kes-kes yang bersabit dengan perceraian dan perkahwinan. Jadi, saya merasa agak hairan kerana dalam pengetahuan kita, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Iman Attabari semuanya biasa melantik wanita sebagai kadi. Apakah sebabnya di Malaysia ini yang agak kebelakangan sedangkan di Sudan, hakim- hakim wanita syariah sudah menghakimi, boleh menghakimi kes-kes perceraian dan perkahwinan? Adakah ini satu polisi yang sampai bila-bila pun wanita diprejudiskan di dalam bidang kehakiman negara? Terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat. Terima kasih kerana sokongan untuk wanita supaya diangkat. Saya suka ingin menambah Yang Berhormat Kota Raja. Memang kerajaan amat prihatin kepada pihak wanita bukan setakat hakim wanita bahkan semalam pun kita lantik Anugerah Maal Hijrah, seorang wanita. Ini pertama kali di dalam sejarah. Yang Berhormat Kota Raja dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin menambah bahawa sebenarnya pelantikan untuk pertama kali tahun 2010 yang lalu adalah hasrat murni kerajaan untuk melihat wanita berada di Mahkamah Syariah. Maka sebab itu kita membuat dua pelantikan pada tahun 2010 kepada wanita ini. Maka dalam masa yang sama juga di sana saya sebutkan bahawa di negeri-negeri kita sedia memahami bahawa pada peringkat negeri, ada peraturan-peraturan pelantikan dan juga ada kekangan yang telah termaktub di dalam peraturan tersebut. Bagaimanapun halangan-halangan yang disebutkan sebagai pelantikan yang tidak membenarkan wanita untuk tujuan mereka menghakimi kes-kes perceraian dan sebagainya sedang diusahakan supaya laluan itu dibenarkan. Ini memerlukan ketekunan di peringkat negeri dan kemudian dibawa untuk tujuan perubahan dan sebagainya. Walau bagaimanapun untuk wanita, disebutkan bahawa bagi tujuan untuk pihak wanita diangkat melihat kes-kes atau menghakimi kes-kes yang berkaitan dengan perceraian, kita juga sedang menekuni ke arah ini supaya pihak wanita dibolehkan untuk membicarakan kes-kes perceraian dan juga kes-kes yang sebagaimana Yang Berhormat Kota Raja sebutkan tadi mengikut pandangan-pandangan ulama. Saya juga mengambil kira bahawa pendirian yang dibuat oleh negeri-negeri ini, juga berdasarkan pada pandangan-pandangan ulama, pandangan-pandangan daripada ulama-ulama yang muktabar untuk sama ada menghakimi kes wanita. Ini dalam proses yang sedang berjalan sebagaimana dahulu juga kita tengok di dalam Dewan mungkin barangkali wanita daripada Barisan Nasional lama sudah dilantik sebagai Ahli Yang Berhormat. Akan tetapi mungkin ada sebelah-sebelah pihak parti yang lain dia lambat sedikit memilih tetapi apa pun kita mengalu-alukan pandangan keterbukaan untuk mengangkat wanita ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan pada komposisi penduduk, saya bersetuju supaya wanita diberi hak sebenarnya berdasarkan komposisi yang ada dalam negara kita. Kita merasakan asas utama penghakiman adalah lebih menjurus untuk mendapat keadilan. Apakah di sini bermaksud wanita tidak boleh memberi keadilan pada setiap
penghakiman yang dibuat? Saya hampir bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja supaya pertimbangan yang lebih adil dibuat. [Disampuk] Ini sudah setujulah ini tetapi saya tidak kata betul-betul sudah setujulah itu. Ini kerana dalam sirah sendiri menggambarkan bahawa Ratu Balqis seorang wanita. Kalau dia hendak membuat keputusan, dia akan memanggil pembesar- pembesar berunding secara musyawarah untuk mendapatkan keadilan. Jadi di sini, apakah tidak ada pertimbangan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberi peluang yang lebih luas kepada wanita supaya tidak timbul sebarang prejudis terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah? Di sini saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Menteri yang pakar dalam bidang ini berkenaan dengan kelayakan dan penyertaan hakim wanita yang diperlukan dalam institusi Mahkamah Syariah di negara kita sekarang ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau yang hampir bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja. Saya sebenarnya ingin menyebut bahawa bukan hampir, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja dan bersetuju dengan Yang Berhormat Arau yang mencadangkan supaya wanita diberikan peluang ini. Oleh sebab itu, tahun 2010 mencatatkan sejarah yang mana pertama kali wanita dilantik menjadi Hakim Mahkamah Syariah dan ini fakta yang berlaku dalam kerajaan. Sebenarnya proses untuk membenarkan peraturan-peraturan pelantikan adalah sama tetapi proses untuk wanita menghakimi kes-kes yang tentu sudah termaktub dalam enakmen-enakmen negeri dan juga peraturan di bawah JKSM yang sebelum ini membahagikan apa pun usaha ke arah untuk memberikan ruang yang lebih luas termasuk dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariah, yang dibenarkan oleh pandangan-pandangan ulama tadi sedang diusahakan tetapi ia tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata bahkan memerlukan sokongan dan juga memerlukan kebenaran daripada pihak Majlis Agama Islam ataupun Jabatan Agama Islam JAIN ataupun MAIN negeri masing-masing. Apa pun saya mengambil tanggungjawab ini untuk mengusahakan dan insya- Allah Yang Berhormat Kota Raja, mudah-mudahan dalam masa yang kalau tidak dekat, sebelum Yang Berhormat Kota Raja masih berada dalam Dewan ini, kita ada kesempatan untuk melihat wanita membicarakan kes-kes seperti tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sebelum saya kemukakan soalan, izinkan saya untuk membuat pembetulan sedikit ke atas soalan tersebut memandangkan ada perkataan-perkataan yang tertinggal. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan saya adalah seperti berikut; ‘minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen Lubok Antu yang akan dibekalkan dengan bekalan elektrik dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh melalui sistem grid melalui hibrid mikro hidro’. Dengan ini, saya mengemukakan soalan saya nombor tujuh.
7. Tuan William Nyallau [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan jumlah rumah-rumah yang akan dibekalkan dengan bekalan: (a) melalui sistem grid; dan (b) melalui hibrid mikro hidro kawasan yang jauh di pedalaman.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Memandangkan ada perubahan yang terakhir daripada segi soalan yang dibentangkan, saya akan jawab pertamanya mengikut soalan asal dan kemudian, membuat pengubahsuaian yang sepatutnya. Di bawah tempoh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu dari tahun 2010 sehingga tahun 2012, kerajaan telah menyasarkan untuk mencapai liputan 95% bekalan elektrik 24 jam di negeri Sarawak dan Sabah. Bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan ini, 77,800 buah rumah di negeri Sarawak dan 56,700 buah rumah di negeri Sabah perlu diberikan bekalan elektrik secara 24 jam.
Daripada jumlah berkenaan, 1,013 buah projek sambungan talian grid yang akan memberi manfaat pada 37,996 buah rumah dan 23 buah projek mikro hidro yang akan memberi manfaat pada 784 buah rumah akan dilaksanakan di negeri Sabah. Bagi negeri Sarawak pula, sejumlah 1,896 buah projek sambungan talian yang akan memberi manfaat pada 74,558 buah rumah dan 63 buah projek mikro hidro yang akan memberi manfaat pada 2,550 buah rumah akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar tahun 2010 di negeri Sabah dan Sarawak telah pun dimulakan. Kementerian mengunjurkan sejumlah 25,631 buah rumah iaitu 13,104 buah rumah di negeri Sabah dan 12,257 buah rumah di negeri Sarawak yang akan mendapat bekalan elektrik 24 jam sebelum berakhir tahun ini. Pelaksanaan projek bekalan elektrik luar bandar bagi tahun 2011 bagi negeri Sabah dan Sarawak juga telah dimulakan dan kerja-kerja pembinaan projek akan dapat dimulakan pada bulan Januari tahun depan iaitu 2011. Berkenaan dengan angka-angka ataupun statistik yang dipohon oleh Yang Berhormat Lubok Antu, untuk Lubok Antu, talian grid yang sudah siap - Tuan Yang di-Pertua, senarai ini panjang - yang sudah siap, yang sedang dilaksanakan, yang sedang dirancang ini ada tiga muka surat. Saya rasa lebih baik saya bagi Yang Berhormat Lubok Antu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Bagi kawasan Lubok Antu, pada pertengahan tahun ini, saya telah bersama dengan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar pergi ke beberapa buah rumah panjang. Saya difahamkan bahawa bekalan elektrik rumah panjang mereka akan disambungkan dalam tahun ini tetapi pada penghujung tahun ini, projek tersebut telah dibatalkan oleh kementerian disebabkan pihak SALCRA memohon bayaran pampasan bagi pokok kelapa sawit yang akan dipotong untuk memberi laluan pada bekalan elektrik. Rumah-rumah panjang yang berikut adalah Rumah Anta Bunut Beging, Rumah Atet, Rumah Lampas, Rumah Ningat Itok, Rumah Uncat, Rumah Tayan, Nibong, Rumah Isau, Sungai Gelong, Rumah Kudang Berenggang dan Rumah Igal Bukit Tunku. Saya ingin tahu adakah semua rumah panjang ini akan dibekalkan semula untuk tahun hadapan atau Rancangan Malaysia Kesepuluh akan datang?.
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu sekali lagi. Saya sedar sangat tentang masalah yang dihadapi sembilan buah rumah panjang yang sudah dijanjikan. Sebenarnya, kerja-kerja persiapan atau pelaksanaan ini hampir dibuat tetapi apabila pihak SALCRA memohon dibayar ganti rugi yang agak tinggi, maka telah ditangguhkan. Kementerian kita sedang berusaha dan berfikir bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Sekian terima kasih.
8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan jumlah dan jenis sisa toksik dan bahaya yang dijanakan oleh Malaysia bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010 dan cara sisa dibuang dan kapasiti tapak pembuangan sisa yang sedia ada untuk menampung jumlah yang dijanakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hampir lapan juta tan metrik buangan terjadual telah dihasilkan di Malaysia antara tahun 2000 sehingga Mei 2010. Terdapat 77 jenis buangan terjadual yang boleh dikumpulkan dalam lima kategori. Antara jenis-jenis buangan yang dihasilkan adalah asid dan alkali, mangkin buangan kimia, buangan klinikal, bekas-bekas terpakai, sanga, clinker, buangan elektrik dan elektrik atau e-waste, logam berat, enap cemar - pewarna, dakwat, cat, campuran buangan minyak dan hidro karbon dan lain-lain lagi. Buangan terjadual yang dijalankan dalam negara akan diperoleh kembali atau recovery atau dihantar ke premis pelupusan akhir buangan terjadual. Sehingga Oktober 2010, terdapat 353 premis telah dilesenkan untuk perolehan kembali penunu atau incinerator, kemudahan pengolahan di tanah, pengolahan di luar tapak dan tapak pelupusan selamat di samping 297 lesen pengangkutan telah diberi.
Kaedah pelupusan akhir buangan terjadual yang dibenarkan adalah melalui pembakaran di dalam penunu buangan terjadual. Pelupusan di tapak pelupusan terselamat dan pengolahan di dalam loji pengolahan pembuangan cecair. Kapasiti keseluruhan bagi penunu buangan terjadual tapak pelupusan selamat dan loji pengolahan pembuangan terjadual masing-masingnya adalah 66,000 metrik tan sebulan, 1.61 juta metrik tan sebulan dan 7.67 meter padu sehari. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Undang-undang telah dipinda bahawa hanya mereka yang mendapat lesen boleh melupuskan sisa toksik. Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. - anak syarikat UEM diberikan hak istimewa iaitu exclusive license untuk melupuskan sisa toksik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 15 tahun bermula pada tahun 1998 dan tempoh ini akan habis pada tahun 2013. Soalan tambahan saya ialah, memandangkan bahawa jumlah toksik yang dijanakan adalah lebih banyak daripada kapasiti untuk dilupuskan oleh syarikat Kualiti Alam. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mencadangkan untuk melanjutkan kontrak eksklusif syarikat Kualiti Alam ini? Atau adakah akan memberikan penambahan lesen kepada syarikat-syarikat yang lain untuk memberikan kapasiti yang lebih banyak supaya jumlah sisa toksik ini dapat dilupuskan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkaitan dengan sama ada kita memperbaharui lesen yang dikhaskan kepada sesebuah syarikat itu untuk melupuskan sampah terjadual maka, ia tertakluk pada performance ia sendiri. Kalau performance ia baik tidak ada apa-apa masalah, ia tidak pernah melanggar syarat-syarat tertentu yang telah termasuk di dalam lesen itu, maka tidak ada sebab kenapa kita tidak mahu memperbaharui lesen itu kerana mereka diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja ini. Akan tetapi sebaliknya kalau mereka tidak menjalankannya dengan baik dan tidak mematuhi peraturan-peraturan tertentu, maka perlulah bagi kita untuk mengkaji semula keadaannya. Jadi, untuk memberi lesen yang baru kepada syarikat, sebenarnya tertakluk daripada segi sama ada adakah minat daripada private sector atau tidak, oleh kerana mewujudkan satu premis untuk melupuskan toksik-toksik ini memakan investment yang cukup tinggi. Jadi, ini terserah pada apa yang kita boleh buat kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom, mereka ada mengamalkan sistem insentif lepasan cukai dalam menjaga alam sekitar. Jadi seharusnya Malaysia juga mengamalkan sistem berkenaan untuk menjaga alam sekitar. Apakah insentif ataupun pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan terhadap syarikat-syarikat industri yang mematuhi peraturan dan undang-undang alam sekitar, sebagai galakan dan juga motivasi terhadap komitmen mereka dalam menjaga alam sekitar ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan kajilah tetapi... [Ketawa] Akan tetapi tengah hari ini juga satu mesyuarat akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Mungkin perkara ini akan ditimbulkan dan dikaji seterusnya sama ada kita dapat memberi insentif-insentif tertentu. Akan tetapi dalam pengetahuan saya, mungkin ada sedikit sebanyak yang kita beri kepada pengusaha-pengusaha ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum mengemukakan soalan saya ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kapit yang telah dianugerahkan ‘Tokoh Ma’al Hijrah 1432H’ oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak. Tahniah. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor sembilan.
9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah permohonan rakyat miskin yang telah dan belum diproses dan yang sudah lulus untuk bantuan kewangan mengikut kawasan Parlimen di Sarawak.
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menguruskan bantuan kewangan kepada kumpulan sasarnya termasuk permohonan daripada rakyat miskin. Sehingga bulan September 2010 jumlah keseluruhan permohonan rakyat miskin bagi kawasan Parlimen di negeri Sarawak adalah sebanyak 21,852 permohonan. Pecahan jumlah permohonan yang belum diproses, telah diproses dan yang sudah lulus mengikut kawasan Parlimen di negeri Sarawak adalah seperti berikut: |Kawasan Parlimen|Permohonan Sedang Diproses|Permohonan Telah Diproses|Permohonan Sudah Lulus| |----------------|-------------------------:|------------------------:|---------------------:| |Mas Gading | 513| 242| 65| |Santubong | 75| 475| 129| |Petrajaya | 92| 227| 116| |Bandar Kuching | 10| 85| 24| |Stampin | 89| 218| 131| |Kota Samarahan | 28| 610| 48| |Mambong | 42| 482| 199| |Serian | 49| 793| 22| |Batang Sadong | 12| | |<END_TABLE_MARKER>
Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak baca 31 buah kawasan Parlimen ini, sampai subuh nanti tidak habis. Saya ingat Yang Berhormat Kanowit dan yang lain itu bertulis sahajalah.
Ya, boleh buat begitu Yang Berhormat?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sebagai tanda penghormatan kepada Yang Berhormat Kanowit jadi saya hanya umumkan untuk Kanowit. Yang lain saya akan secara bertulis. Untuk Kanowit - permohonan sedang diproses ialah 25; permohonan telah diproses ialah 436; dan permohonan telah diluluskan ialah 965 kes. Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan September 2010, sejumlah 17,143 permohonan telah diproses dan 8,559 permohonan telah diluluskan. Manakala bilangan permohonan yang tidak diluluskan ialah sebanyak 8,584 permohonan. Manakala sebanyak 4,709 permohonan lagi sedang diproses dan dijangka siap pada akhir tahun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah bantuan kebajikan oleh kerajaan ini dan siasatan permohonan bagi mereka yang memohon telah lama kita dengar dan telah dibahaskan dalam Dewan ini dengan begitu kerap oleh ramai di antara Ahli-ahli Parlimen. Akan tetapi apa yang masih menjadi satu masalah yang besar, saya melihat di kawasan pedalaman terutama di Sarawak dan daripada perjumpaan saya dengan pegawai-pegawai yang berkenaan, adalah mereka tidak mampu. Kemampuan mereka tidak ada untuk menjalankan siasatan ke atas berbagai-bagai permohonan yang begitu banyak, yang telah sampai ke pejabat mereka. Daripada segi kakitangan mereka tidak cukup, daripada segi kewangan mereka pun tidak cukup. Ada kala mereka telah
menyeru kepada kita sebagai Ahli Parlimen untuk memberikan peruntukan kepada mereka untuk menjalankan tugas, pergi ke hulu sungai di Sarawak yang mana kemudahan asas seperti jalan, belum ada. Jadi, angka yang telah diberi pada Kanowit ini, saya melihat walaupun agak banyak yang telah diluluskan dalam lingkungan 900 tetapi saya fikir apa yang kita telah hantar Jabatan Kebajikan adalah begitu banyak. Mungkin dalam lingkungan tiga atau 4000. Saya difahamkan, masih banyak lagi belum diproses. Soalan saya adalah berapa banyak kah yang belum diproses, permohonan yang telah dihantar kepada kementerian ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat? Berapa banyak yang belum diproses? Apakah sebenarnya masalah seperti yang saya sebutkan tadi, yang menjadi kekangan kepada kementerian dan jabatan bagi menyelesaikan masalah? Ini kerana ia telah berlanjutan dalam tiga tahun atau empat tahun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya nyatakan tadi, jumlah permohonan yang masih ataupun sedang diproses untuk negeri Sarawak 4,709 kes.
Sarawak Yang Berhormat. Ya sila, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat bahawa bantuan yang diterima oleh rakyat miskin, kebanyakannya adalah kurang daripada RM300 sahaja, iaitu ditetapkan RM150 hingga RM300. Akan tetapi, ramai yang menerima kurang daripada RM100 pun ada. Jadi, saya mahu tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya kadar kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah lebih daripada RM300 iaitu RM600 dan kadar kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah RM1,500. Jadi saya hendak tanya apakah langkah-langkah yang diambil supaya kementerian ini membayar kepada orang-orang miskin supaya mereka boleh hidup paling kurang status kadar kemiskinan itu, sebab RM300 yang dibayar pada masa ini, RM300 dan RM150 itu tidak memadai untuk satu keluarga disebabkan pihak SALCRA memohon bayaran pampasan bagi pokok kelapa sawit yang akan dipotong untuk memberi laluan pada bekalan elektrik idup. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membayar lebih daripada RM300 supaya keluarga itu dapat hidup paling kurang pada status kadar kemiskinan yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat?
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Sebenarnya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar kemiskinan yang telah ditetapkan oleh kita, bukanlah RM600 sebaliknya RM720. Berhubung tentang jumlah bantuan kebajikan JKM yang dibayar kepada penerima bantuan JKM, sebenarnya terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan, yang mana kadar bayaran untuk persekutuan adalah daripada RM150 hingga maksimum ialah RM450 sebulan, mengikut keadaan ataupun situasi seseorang pemohon itu. Berhubung tentang isu yang dibangkitkan, apakah usaha kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat kita terjaga. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan BN memang prihatin tentang kebajikan dan kepentingan rakyat. Walau bagaimanapun, segala bantuan yang disalurkan itu adalah untuk membantu rakyat kita menghadapi masalah iaitu sekurang-kurangnya memenuhi keperluan asas mereka tetapi adalah untuk tujuan sementara. Untuk objektif yang lebih diutamakan ialah bagaimana untuk membantu mereka supaya terkeluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat berdikari untuk mencari dan meneruskan kehidupan mereka. Sekian, terima kasih.
Minta satu lagi...
Cukup Yang Berhormat. [Soalan No. 10 - Y. B. Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kuala Krai) tidak hadir]
11. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) berapakah bilangan orang Islam yang berkahwin pada tahun 2009 dan berapa yang bercerai; dan (b) apakah punca utama dan perancangan kerajaan bagi mengurangkan kadar perceraian.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sekalian. Tiga kali untuk pagi ini saya bangun dalam Dewan yang mulia ini. Satu penghormatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan jumlah perkahwinan pada tahun 2009, ialah seramai 135,136 orang dan bilangan yang bercerai pula ialah 27,116 orang. Ahli Yang Berhormat, suka saya tambah di sini, perceraian ini jangan kita ukur dengan jumlah perceraian 27 ribu orang ini dan dengan perkahwinan 135 ribu itu, yang kahwin itu, cerai itu terus 27 ribu, bukan begitu. Perkahwinan ada beberapa perkara iaitu yang pertamanya sekali yang berkahwin 135 ribu itu adalah berdasarkan jumlah perkahwinan pada tahun tersebut, termasuk perkahwinan pertama, perkahwinan kedua dan seterusnya. Itu yang poligami dan sebagainya dan ini mengikut peraturan. Perceraian itu pula ialah perkahwinan- perkahwinan yang terdahulu, yang sudah lama dan dibawa ke mahkamah dan proses itu dijatuhkan pada tahun 2009. Saya menjelaskan ini Tuan Yang di-Pertua, kerana takut nanti kebimbangan. Ukuran dibuat, kahwin 135 ribu, cerai 27 ribu, satu figure yang besar. Akan tetapi sebenarnya bukan kerana tahun tersebut tetapi tahun-tahun yang terdahulu sebelum daripada itu. Selain daripada perceraian dan juga perkahwinan, soalan yang berikutnya ialah apakah punca-punca utama. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh JAKIM pada Jun 2009, Bahagian Penyelidikan JAKIM ke atas perceraian yang berlaku pada tahun 2003 sehingga tahun 2004, begitu juga dengan trend, yang perceraian yang lain. Ia adalah kerana pertama sekali, kurang persefahaman antara suami isteri. Ini di pihak suami bukan isteri. Di mana pihak suami, punca perceraian ialah tiada persefahaman merupakan punca paling utama berlaku perceraian di mana peratusannya 43.33%. Diikuti masalah yang kedua ialah masalah tidak bertanggungjawab iaitu 32.93%, manakala masalah akhlak ataupun masalah sosial - ini pengaduan pihak suami kenapa dia hendak bercerai iaitu 12.03%. Seterusnya masalah yang keempat, ini pun juga dikemukakan oleh pihak suami untuk bercerai ialah masalah pihak ketiga. Ini ada orang tengah yang main SMS, yang macam-macam. Jadi ini menyebabkan penceraian disebabkan pihak ketiga sebanyak 5.54%. Seterusnya ialah masalah ekonomi, kelompok yang mengadu kerana masalah ekonomi ialah 2.62%. Bagi punca perceraian pihak isteri pula. Ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat wanita. Masalah isteri, mereka meletakkan punca perceraian mereka ialah yang mana tiada persefahaman bagi pihak isteri ialah 69.44%.
Ini kita buat kajian kerana wanita ini apabila dia pergi ke Mahkamah Syariah, dia malas hendak ungkit cerita banyak-banyak sangat. Malas hendak cerita keburukan suami, dia kata tiada persefahaman. Jadi ini 69.44%. Seterusnya masalah tidak bertanggungjawab ialah 17.68%. Masalah akhlak sebanyak 5.84% dan masalah pihak ketiga. Ini alasan isteri. Pihak ketiga masuk campur dalam rumah tangga mereka. Pihak ketiga ini kemungkinan keluarga, emak, bapa dan kemungkinan wanita yang belum lagi berkahwin, minat kepada suaminya. Jumlahnya ialah 4.42%. Satu masalah yang kecil yang dikemukakan oleh wanita ialah masalah seksual iaitu 1.38%. Ini tidak berapa hendak banyak sebab mungkin ubat- ubatan moden dan sebagainya. Selain daripada itu, masalah didikan agama, masalah kesihatan dan perbezaan budaya juga turut menyumbang pada berlakunya penceraian. Tuan Yang di-Pertua, sedikit ringkas untuk jawapan strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan. Kita meneruskan program-program yang telah sedia ada iaitu memantapkan penghayatan Islam dalam kehidupan ummah. Antara program yang dijalankan ialah seminar pemantapan keluarga, pengukuhan keluarga, mewujudkan pusat komuniti, mewujudkan juga kaunseling di masjid dan sebagainya, pusat
pembangunan keluarga Islam, pusat pembangunan sosial (PPS), mengadakan program kursus pra perkahwinan dan lain-lain. Strategi kedua iaitu membina generasi Muslim yang kukuh akidah dan patuh syariah. Begitu juga strategi yang ketiga ialah memperkasakan agenda dakwah Islam terutamanya dalam konteks ‘Khairul Ummah’ dengan memaksimumkan saluran media – RTM, Jakim, Web TV Jakim, portal Jakim dan sebagainya. Akhir sekali Ahli Yang Berhormat, masalah penceraian dan juga masalah rumah tangga yang runtuh ini, apa strategi yang kita guna sekali pun, ia amat bergantung kepada individu itu sendiri, baik suami atau isteri. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Penerangan Daripada Menteri Pertahanan — DI BAWAH P.M. 14(1)(i) MENTERI TIDAK MEMPERTIKAI SEMANGAT PATRIOTISME RAKYAT BUKAN BUMIPUTERA
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membuat penjelasan di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Ingin saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, tidak terlintas sekelumit pun di hati saya untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum. Juga, saya tidak berhajat langsung untuk mempertikaikan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bukan bumiputera terhadap negara yang kita cintai ini. Tuan Yang di-Pertua, sejarah telah membuktikan ramai wira negara berjuang menentang penjajah serta melawan pengganas komunis adalah terdiri daripada kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak, Sik, Serani dan lain-lain...
Orang Asli, Orang Asli.
Berkorban untuk kemerdekaan negara ini. Saya berasa amat dukacita sekiranya jawapan saya di Dewan yang mulia ini pada 9 November yang lalu telah menyinggung perasaan mana-mana kaum. Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin parti politik walaupun kita berbeza fahaman, kepada semua NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat, pemimpin persatuan belia, marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan penyertaan kaum bukan bumiputera dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk kita menjayakan Gagasan 1Malaysia sepertimana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian.
[Bangun]
Mahu minta maaflah. Mahu minta maaf. Itu yang tidak dikatakan daripada Yang Berhormat Bagan Datok. Yang itu perlu di...
Yang Berhormat, tiada pencelahan dalam sesi penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri.
Penerangan Daripada Menteri Pertahanan — Tuan Fan Yew Teng, Mantan Ahli Parlimen
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, ingin saya memaklumkan bahawa Tuan Fan Yew Teng, Mantan Ahli Parlimen Kampar dan Menglembu telah meninggal dunia pada hari Selasa, 7 Disember 2010. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan dan Parlimen seluruhnya, ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Dr. Noeleen Heyzer dan seluruh ahli keluarga. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun dan diminta bertafakur selama satu minit. [Ahli-ahli bangun bertafakur]
Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan.
Tuan Yang di-Pertua, adakah wajar dan munasabah untuk sepatah dua kata mengenai pemergian Mendiang Tuan Fan Yew Teng, seorang patriot di Malaysia yang telah memberi sumbangan terhadap negara dan rakyat?
Yang Berhormat, memadailah kita bertafakur untuk satu minit. Terima kasih.
Amalannya...
Yang Berhormat, sebentar. Kita baca usul Menteri dahulu. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan giliran-giliran menjawab peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 9 Disember 2010.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan, [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Point of order.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk pada Peraturan Mesyuarat 14(k) iaitu ucapan-ucapan takziah. Sebenarnya pada kebiasaannya Tuan Yang di-Pertua, ucapan-ucapan takziah dibenarkan dan kalau tidak silap saya, saya pernah membuat satu ucapan takziah lebih kurang empat tahun dahulu dan di semua Commonwealth Parliament, itu adalah satu tradisi kerana kita memperingati seorang patriot yang telah berkhidmat bukan sahaja untuk negara tetapi untuk semua rakyat di negara ini dan pada masa saat-saat yang mereka menyumbang kepada negara, mereka perlulah diperingati dan ini adalah satu masa yang sangat mustahak untuk membenarkan sedemikian. Saya harap Tuan Yang di-Pertua akan memikirkan balik kerana ini adalah satu perkara – this is not for him. It is for all of us.
Yang Berhormat, saya...
Mungkin juga kita boleh tetapkan satu jadual untuk perkara ini.
Ya. Saya kekal dengan keputusan tadi kecuali nanti di masa hadapan ada perubahan-perubahan yang berlaku. Kita tidak tahu. Setakat ini saya kekalkan bahawa memadailah kita memberi takziah dan dengan bertafakur selama satu minit.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengusulkan untuk menangguhkan mesyuarat ini bagi membincangkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh tanpa membenarkan Yang Berhormat Permatang Pauh membela diri dan mengemukakan dokumen-dokumen serta memanggil saksi-saksi. Bagi saya ini satu keputusan yang outrages, pencabulan terhadap prinsip keadilan yang mana seorang Ahli Yang Berhormat dinafikan haknya untuk tampil memberi keterangan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua, pada pagi ini saya terima surat daripada Tuan Yang di- Pertua yang menyatakan usul saya ditolak di dalam kamar atas alasan melanggar Peraturan Mesyuarat 85. Saya telah melihat Peraturan Mesyuarat 85, yang mana ia menyatakan keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa Ahli Jawatankuasa itu atau oleh siapa-siapa jua sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu pada Majlis. Itu alasan yang digunakan untuk menolak usul saya. Namun hujah saya Tuan Yang di-Pertua ialah prosiding itu sendiri belum pun bermula yang mana Yang Berhormat Permatang Pauh tidak dibenarkan untuk tampil dalam Jawatankuasa berkenaan untuk mengemukakan dokumen. Pada 3 Disember yang lalu, ketika Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bersidang, alasan yang diberikan kerana Jawatankuasa telah menerima surat daripada APCO bertarikh 19 Ogos 2010. Apakah itu sahaja alasan yang diberikan? Mengapa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak dibenarkan untuk cross examine surat yang dikeluarkan oleh APCO? Ini mengukuhkan lagi bahawa APCO cukup berkuasa mempengaruhi UMNO dan Barisan Nasional. [Tepuk].
Dan juga Dewan ini!
Yang mana UMNO tunduk kepada rejim Zionis Israel dan tidak membenarkan. [Tepuk] Bagaimana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan hendak membawa cadangan dalam Majlis ini untuk diluluskan dalam Majlis kalau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu...
[Masuk ke dalam Dewan]
Saya tunggu peralihan kuasa dahulu, saya hendak berbincang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Saya hendak mohon kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan fatwa dalam menolak usul yang saya kemukakan pada hari Isnin yang lepas.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Terima kasih.
Belum saya berhujah Tuan Yang di- Pertua. [Dewan riuh].
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Gombak, duduk. Ahli Yang Berhormat bawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2). Dengar baik-baik Ahli Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) ini telah digunakan oleh Ahli Yang Berhormat dalam keadaan-keadaan yang tidak betul. Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) telah digunakan untuk undi tidak percaya, saya tolak. Sekarang ini Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) lagi digunakan untuk perkara yang tidak munasabah sama sekali. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) ialah bertujuan untuk mempertanggungjawabkan kerajaan melalui satu jabatan ataupun kementerian yang perkara itu perlu untuk dibahas secara mendadak. Perkara itu adalah perkara khusus, perkara itu adalah untuk kepentingan orang ramai.
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat, saya belum siap lagi Ahli Yang Berhormat. Dalam hal ini, yang dipersoalkan ialah tindakan Ahli Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis ini. Keputusan Jawatankuasa itu belum pun dibawa pada Majlis untuk dibahas.
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat, saya belum siap Ahli Yang Berhormat..
Itulah maksud saya Tuan Yang di- Pertua. [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, saya belum siap lagi Yang Berhormat.
Okey.
Itu maksud Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2). Apabila saya tolak dalam kamar, bermakna Ahli Yang Berhormat Gombak mempersoalkan satu tindakan Jawatankuasa yang belum pun orang semua tahu apakah keputusan yang sebenarnya, belum pun dirujuk pada Majlis.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa keputusan Jawatankuasa belum dirujuk pada Majlis. Akan tetapi, sebelum Jawatankuasa merujuk pada Majlis, mengapa prosiding tidak dimulakan?
Ahli Yang Berhormat..
Mengapa Yang Berhormat Permatang Pauh...
Ahli Yang Berhormat...
Tidak dibenarkan untuk membela diri?
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Itu persoalan saya.
Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Saya tidak pertikaikan keputusan Jawatankuasa.
Ahli Yang Berhormat Gombak, Ahli Yang Berhormat Gombak, duduk Ahli Yang Berhormat.
Saya tidak pertikaikan Jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua. Saya pertikaikan mengapa prosiding..
Ahli Yang Berhormat, duduk Ahli Yang Berhormat.
Tidak dijalankan.
Cuba baca Ahli Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 18(1), 18(2). Selepas itu, baca Peraturan Mesyuarat 18(8). [Disampuk] Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap kerana ini hal mustahak mengenai dengan point of order. [Dewan riuh]
Mereka ini bukan faham Tuan Yang di- Pertua. [Dewan riuh] Sebab APCO belum nasihat lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya faham ini urusan kerajaan untuk meminta penjelasan dan penerangan dan usul ini dibawa oleh kerajaan dalam Majlis ini pada 22 April yang lepas. Apakah salah untuk saya membawa usul bertanya mengapa peraturan tidak diikut? Kalau saya disanggah kerana tidak mengikut peraturan, saya lihat Jawatankuasa juga tidak mematuhi peraturan yang sedia ada. Kalau Jawatankuasa mengikut peraturan, saya tidak bangun untuk membawa usul ini. Mengapa hanya kerana surat APCO bertarikh 19 Ogos itu..
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, terima kasih Yang Berhormat Gombak.
Digunakan sebagai bahan mutlak untuk menghukum Yang Berhormat Permatang Pauh.
Yang Berhormat Gombak, terima kasih.
Tidak. Kalau boleh Tuan Yang di- Pertua...
Ahli Yang Berhormat Gombak, duduk Ahli Yang Berhormat Gombak.
Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak semak..
Ahli Yang Berhormat Gombak, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua..
Ahli Yang Berhormat Gombak, kalau Ahli Yang Berhormat Gombak berdegil juga tidak duduk, saya akan gunakan kuasa saya dalam hal peraturan mesyuarat lain. [Dewan riuh]
Jangan gunakan kuasa sewenang- wenangnya Tuan Yang di-Pertua.
Duduk dahulu Yang Berhormat Gombak. Duduk dahulu Yang Berhormat Gombak. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila Tuan Yang di- Pertua membuat keputusan itu tidak dihormati dan disanggah atas alasan bahawa tafsiran Ahli Yang Berhormat itu juga diikut, macam mana bermesyuarat? Macam mana? Saya sudah beri keputusan bahawa Peraturan Mesyuarat 18(8). Yang Berhormat Gombak belum baca lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta maaf. Saya tidak menyanggah Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak baca keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat...
Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua..
Ahli Yang Berhormat! Ahli Yang Berhormat!
Pada 22 April...
Ahli Yang Berhormat Gombak, boleh Ahli Yang Berhormat duduk?
Ini keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat, boleh Ahli Yang Berhormat duduk? [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat, sebelum saya buat keputusan, telah saya selidik semua. Saya tidak buat keputusan sewenang-wenangnya. Ahli Yang Berhormat, apabila Mesyuarat Jawatankuasa..
I think I do something..
Mengenai dengan hal apa sahaja bermesyuarat, dalam tengah-tengah mesyuarat juga boleh buat keputusan untuk hantar satu pernyataan pada Majlis untuk Majlis buat keputusan lagi. Bukankah itu undang-undang dia Yang Berhormat? Itu peraturan mesyuarat kita. Dalam hal ini, belum apa-apa Ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa keputusan Jawatankuasa itu adalah tidak betul. Jadi, keputusan Yang Berhormat Gombak yang betul. Kalau keputusan itu tidak betul, buat usul tersendiri. Akan tetapi dalam hal ini Yang Berhormat Gombak, usul tersendiri pun tidak sesuai oleh sebab hal ini akan juga dibawa pada Majlis. Majlis juga akan perbahaskan. Jadi, apa macam kita berbahas di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) sedangkan ini juga akan dibahas oleh Majlis dan itu akan buat keputusan?
Tuan Yang di-Pertua...
Itu akan dibuat keputusan. Peraturan Mesyuarat 18(1) Yang Berhormat Gombak, tidak buat keputusan apa pun.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita pergi lebih jauh, saya hendak rujuk keterangan Tuan Yang di-Pertua sahaja. Saya bukan hendak menyanggah. Tuan Yang di-Pertua menyebut pada 22 April...
Ahli Yang Berhormat Gombak, keterangan saya itu juga akan boleh dibaca apabila penyata telah disampaikan. Bacalah sehabis-habisnya.
Nanti! Nanti! Izinkan satu ayat sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Kita pun mahu tahu Tuan Yang di- Pertua. Apa itu. Biarlah Yang Berhormat Gombak baca!
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai! [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, satu ayat sahaja Tuan Yang di-Pertua. Ini kenyataan Tuan Yang di-Pertua pada 22 April, muka surat 11.
Sila, sila, sila..
Tuan Yang di-Pertua, ini ayat Tuan Yang di-Pertua sendiri. “Dalam hal seperti ini, seseorang yang dirujuk ke Jawatankuasa seperti yang dikehendaki dalam usul ini di bawah 36(12) perlu untuk dibahas dahulu sama ada Majlis ini bersetuju untuk Yang Berhormat demikian dihantar pergi ke Jawatankuasa. Selepas itu, Jawatankuasa pula akan menyelidik, memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan”.
“Selepas itu, memanggil saksi-saksi dan dokumen-dokumen barulah Jawatankuasa membuat satu rumusan dan rekomendasi pada Majlis untuk dibahas semula sama ada rekomendasi itu diterima atau tidak tertakluk kpada Majlis.” Ini yang hendak saya bahaskan pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju recommendation ataupun cadangan Jawatankuasa akan dibawa pada Majlis untuk dibahaskan namun sebelum cadangan itu dibawa ke dalam Majlis, Jawatankuasa mesti menghormati prinsip keadilan yang mana tertuduh mesti diberikan ruang dan ini disahkan sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat akan dipanggil tetapi tidak...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan ganggu. Biarkan Yang Berhormat Gombak bercakap..
Tuan Yang di-Pertua menegaskan di sini bahawa yang dituduh iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh akan dipanggil
memberi keterangan. Apa yang berlaku? Tidak dipanggil. Saksi-saksi akan dipanggil. Apa yang berlaku? Tidak dipanggil.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Kalau saya dapati Ahli Yang Berhormat mengganggu, saya tidak akan teragak-agak untuk menghantar Yang Berhormat keluar. Saya mahu mendengar Yang Berhormat Gombak.
Dokumen-dokumen akan dibawa di hadapan Majlis. Ini juga tidak berlaku! Yang dibenarkan hanya surat APCO bertarikh 19 Ogos. Itu pun setelah tiga bulan baru surat ini diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa. Mengapa surat ini disorok?
Yang Berhormat Gombak. Saya sudah dengar Yang Berhormat Gombak. Duduk dahulu.
Jadi, saya hendak merayu kepada Tuan Yang di-Pertua supaya benarkanlah prosiding itu berjalan.
Ya. Duduk Yang Berhormat Gombak.
Hormatilah prinsip keadilan, undang- undang dan peraturan. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila timbulkan peraturan mesyuarat, pertama fikirkan dahulu apa maksud peraturan mesyuarat kerana apabila saya dan Timbalan-timbalan saya membuat fatwa, fatwa itu akan jadi precedent dan kita buat fatwa bukan sewenang-wenangnya. Kita juga rujuk pada mana-mana Parliamentary practice and procedure. Sebagai respons saya kepada apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak, saya tidak menafikan apa yang saya sebut sewaktu perbahasan yang hangat ini mengenai sama ada Yang Berhormat Permatang Pauh dirujuk kepada Jawatankuasa atau tidak. Itu saya tidak nafikan tetapi tidak ada di antara Yang Berhormat pun yang mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh Jawatankuasa itu melanggar peraturan mesyuarat. Ingin saya baca peraturan mesyuarat. Pertama iaitu Peraturan Mesyuarat 83(11) yang berbunyi seperti begini; “Jawatankuasa itu, jika baik pada timbangannya, boleh enggan mendengar apa-apa keterangan”. Dia boleh enggan mendengar apa-apa keterangan dan keputusan Jawatankuasa itu bukan keputusan Pengerusi dan pada ketika ini adalah...
[Bangun]
Yang Berhormat Gombak. Kalau kita berbahas Yang Berhormat dengan perkara ini, kita tidak akan habis. Maka apabila Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan, dinyatakan di dalam peraturan mesyuarat juga, rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 42 dan 43. Muktamad.
[Bangun]
Nanti dulu Yang Berhormat Gombak. Saya belum siap Yang Berhormat Gombak. Keputusan untuk membuat dalam Jawatankuasa bukan saya sebagai Pengerusi. Ia juga adalah keputusan Jawatankuasa dan apabila Jawatankuasa itu sewaktu bermesyuarat tidak bersetuju, ada yang descend seperti mahkamah juga maka diambil belah bahagian. Saya terbaca...
[Bangun]
Nanti dahulu Yang Berhormat Gombak. Saya terbaca dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Subang mengenai dengan hal ini. Kenyataan akhbar sama ada itu betul ataupun tidak, wallahualam. Akan tetapi apa yang saya terbaca ialah mereka ini tidak menyebut bahawa setelah mengundi baru mereka keluar. Mereka cuma katakan mereka tinggalkan mesyuarat. Mereka tidak menyebut pun bahawa setelah belah bahagian mengundi maka keputusan majoriti adalah merujuk semula pada Majlis – itu tidak disebut, Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua merujuk pada Peraturan Mesyuarat 83(11) namun minta maaf saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua tidak baca ayat itu habis.
Saya baca habis Yang Berhormat Gombak. Sila, sila duduk. Saya baca habis.
Dia kata saksi yang...
Saya baca habis Yang Berhormat Gombak. Jangan sama sekali Yang Berhormat Gombak put insinuation.
Dia kata saksi yang degil dan keterangan yang tidak berkaitan.
Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat.
Ini keterangan yang berkaitan dengan pertuduhan.
Yang Berhormat Gombak.
Keterangan yang berkaitan.
Ahli Yang Berhormat Gombak.
Ini yang degil Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat Gombak.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.
“Jawatankuasa itu, jika baik pada timbangannya, boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tiada kaitan atau mendengar cakap saksi yang degil”. Sama ada dia degil atau tidak degil, Jawatankuasa berhak untuk tidak mendengar saksi.
[Bangun]
Yang Berhormat Gombak, saya tidak berniat sama sekali untuk berbahas dengan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai soal keputusan.
Dia sebut degil. Mana ada sebut yang lain!
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai, lain kali kalau berdiri sama ada peraturan mesyuarat ataupun apa. Yang Berhormat Subang, apa Yang Berhormat Subang?
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun sebab untuk menjelaskan ayat yang disebut tadi tentang apa yang...
Yang Berhormat Subang.
Biar saya habiskan ayat saya.
Yang Berhormat Subang, saya tidak mahu kalau bukan peraturan mesyuarat. You point to me a point of order. I will listen to you.
Tuan Yang di-Pertua sendiri sebut nama Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya dalam konteks apa yang disebut...
Minta penjelasan dengan respons itu. Okey, sila.
Saya minta penjelasan daripada itu. Saya mulakan dengan itu sebab Tuan Yang di-Pertua baru tadi menyebut bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya tidak memberitahu ataupun berdasarkan apa yang dilaporkan dalam media – tidak memberitahu bahawa kita mengundur daripada prosiding...
Selepas mengundi?
Selepas mengundi. Saya boleh sahkan dan kita ada beberapa rakaman video kalau perlu disahkan sebab kita hadir dalam sidang akhbar dan kita telah jelaskan apa yang berlaku iaitu selepas keputusan dibuat.
Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat tidak mengundi?
Selepas keputusan.
Apa yang saya baca bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Subang cuma meninggalkan Majlis.
Saya terima apa yang dibaca oleh Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk jelaskan apa yang diberitahu...
Betulkan pada Majlis.
Iaitu...
Selepas mengundi, baru Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor keluar?
Ya. Memang selepas mengundi.
Selepas belah bahagian?
Betul sebab selepas keputusan itu dibuat secara majoritilah. Itu belah bahagian.
Terima kasih.
Keputusan dibuat, baru Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya mengambil keputusan bahawa kita tidak...
Jadi bermakna yang keluar itu selepas keputusan sama sekali tidak juga mengikut pada peraturan mesyuarat. Itu apabila keputusan majoriti kita harus terima.
Akan tetapi poin yang saya hendak jelaskan iaitu kita beritahu bahawa selepas keputusan dibuat secara majoriti iaitu Jawatankuasa buat keputusan tidak memanggil saksi dan tidak membenarkan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membela diri, Yang Berhormat Bukit Gelugor dan saya mengambil keputusan kita tidak boleh dihubungi lagi. Kita tidak boleh associate dengan izin, dengan prosiding yang kita nampak jelas melanggar prinsip natural justice, jelas tidak adil kepada Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dan kita undur daripada prosiding. Itu jelas ya. [Tepuk]
Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, poin yang kedua saya bangun untuk jelaskan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi ialah memang betul Peraturan Mesyuarat 83(11) berbunyi dan saya baca dalam bahasa Inggeris; “The Committee may at its discretion refuse to hear any irrelevant evidence”. Poin yang penting iaitu irrelevant - yang tidak berkaitan. Jadi macam mana kita boleh kata kenyataan atau keterangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, saksi- saksi lain yang disebut.
Yang Berhormat Subang.
Itu tidak berkaitan.
Yang Berhormat Subang. Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya faham itu Yang Berhormat Subang.
Jadi...
Yang Berhormat Subang.
Jadi...
Terima kasih.
Ya. Jadi poin saya, ayat terakhir.
Saya faham.
Ayat saya, poin saya memang kuasa ada untuk enggan mendengar keterangan tetapi keterangan yang tidak berkaitan. Saya rasa kita
tidak boleh bayangkan macam mana boleh dikatakan keterangan yang dimaksudkan itu tidak relevant.
Yang Berhormat Subang, ini berbalik semula pada soal interpretasi, definition. Bagi Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Subang dan mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, itu interpretasi kamu bahawa itu pendapat kamu Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi pendapat Jawatankuasa majoriti Peraturan 83(11) itu adalah applicable. Jadi janganlah dalam soal ini Ahli Yang Berhormat kalau tidak melanggar peraturan mesyuarat mendesak bahawa yang itu adil dan yang ini tidak adil mengenai dengan natural justice.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Tuan Yang di-Pertua membuat tafsiran relevant atau tidak sebelum saksi dipanggil? [Dewan riuh] Sebelum tertuduh dipanggil?
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak melayan lagi kerana perkara ini akan juga dibawa ke Majlis.
Kalau dalam mahkamah pun hakim akan buat keputusan sama ada relevant atau tidak...
Ahli Yang Berhormat.
Seperti Augustine Paul setelah mendengar keterangan saksi dan juga tertuduh.
Ahli Yang Berhormat Gombak. Apabila nanti... Ahli Yang Berhormat Gombak.
Akan tetapi dalam kes ini belum dipanggil lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Saya tegaskan perkara ini supaya...
Ahli Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat tahu tertuduh belum dipanggil.
Saya tidak mahu panjangkan perkara ini kerana ia akan dibawa juga pada Majlis untuk dibahas.
Akan tetapi, sebelum dibawa...
Jangan bahas pada ketika ini menggunakan Peraturan 18(1) dan (2).
Kita tidak...
Akan tetapi sebelum dibawa recommendation, biarlah prosiding itu berjalan mengikut peraturan Tuan Yang di- Pertua, itu sahaja.
Ahli Yang Berhormat.
Saya tidak desak. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak hukum setahun pun, setahunlah. Hendak hukum enam bulan pun, enam bulanlah. Akan tetapi peraturan mesti dihormati, undang-undang mesti dipegang. Kalau tidak, bagaimana mungkin kita boleh teruskan perbahasan dalam Majlis seperti ini kalau peraturan tidak dipatuhi oleh kerajaan sendiri. Jadi saya minta, saya rayu kepada Tuan Yang di-Pertua, gunakan kuasa dengan cara yang bijaksana dan adil dalam kes ini. Saya tidak mahu seperti kanggaru court, hakim boleh dibeli.
Ahli Yang Berhormat Gombak, Ahli Yang Berhormat Gombak.
Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua juga dibeli.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Duduk! Ahli-ahli Yang Berhormat, kedua-duanya duduk.
Tuan Yang di-Pertua yang amat saya hormati.
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat!
Saya rujuk pada apa yang Tuan Yang di-Pertua bangkitkan, 83(11).
Yang Berhormat Padang Serai, duduk Ahli Yang Berhormat.
Mana mungkin kita boleh membuat satu andaian sekiranya Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri tidak hadir untuk menjawab. Mana mungkin kita boleh buat, mana mungkin Jawatankuasa boleh membuat satu andaian.
Oleh sebab Ahli Yang Berhormat Padang Serai enggan juga ikut dengan apa yang saya sebut supaya duduk, saya gunakan kuasa saya Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini demi keadilan Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat Padang Serai!
Tidak guna saya jadi orang Keadilan kalau saya tidak boleh benarkan keadilan itu dipupuk di sini.
Sila duduk Yang Berhormat!
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Ahli Yang Berhormat Padang Serai!
[Bangun]
Yang Berhormat Batu, perkara ini sudah saya faham apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak.
Saya akan menggunakan standing order untuk bawa satu usul bahawa sebenarnya Dewan ini berhak untuk memberi nasihat dan juga memberi teguran kalau mana-mana jawatankuasa tidak mengikut natural justice, tidak mengikut peraturan. Kalau begitu, saya harus bawa satu usul untuk mencadangkan bahawa jawatankuasa ini tidak patut membuat keputusan tanpa memanggil saksi. Kalau ada 15 orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Boleh, kita akan vote.
Ahli Yang Berhormat Padang Serai, saya dengar. Saya akan dengar kepada sesiapa sahaja apabila berhujah mengikut peraturan mesyuarat. Apabila saya tegur mengatakan bahawa melanggar peraturan mesyuarat, saya juga selalu beri laluan, buat usul tersendiri. Boleh di mana-mana pun tetapi jangan bawa saya bertengkar mengenai dengan tafsiran saya, tafsiran jawatankuasa.
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua tidak ...
Sila bawa usul.
Akan tetapi kita tidak berhak membuat tafsiran.
Kita tidak mempersoalkan tafsiran. Hanya tafsiran jawatankuasa tidak betul.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tidak mempersoalkan, mengapa Ahli Yang Berhormat Gombak berdiri dan sudah bangkit 18(8).
Kita juga perlu memastikan bahawa tafsiran Yang Berhormat Gombak itu betul atau tidak.
Sila, sila. Buat usul.
Majoriti tidak boleh ubah tafsiran ayat ikut suka-suka, Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat?
Ayat peraturan itu cukup jelas.
Saya, saya ... [Dewan riuh]
Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saksi cukup relevan! Saksi bukan saksi yang degil.
Duduk. Duduk Yang Berhormat!
Dewan ditangguhkan.
[Menyampuk]
Sila Yang Berhormat enlighten me peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat usul? Oleh sebab Ahli Yang Berhormat ini bermakna menidakkan keputusan saya yang menolak usul Yang Berhormat Gombak, jadi mesti ada usul persendirian. Sila Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang lain, tolong.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira Yang Berhormat Batu sahabat saya ingin mengemukakan satu usul tergempar untuk membahaskan perkara...
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu yang mahu bawa usul.
Ya. Saya hendak jelaskan.
Apa hal pula Yang Berhormat campur hal? Sudahlah Yang Berhormat Gombak, sudahlah. [Dewan riuh]
Bukan saya campur hal.
Sudahlah Yang Berhormat Gombak!
Usul ini asalnya daripada saya.
Siapa yang bawa usul, Yang Berhormat Batu kah, Yang Berhormat Gombak?
Asal daripada saya.
Sekarang Yang Berhormat Batu sudah berdiri, Yang Berhormat Gombak duduk.
Yang saya ingin bawa ialah supaya kita bahaskan usul Yang Berhormat Gombak sekarang dalam sesi ini.
Sama juga di bawah 18(1) dan 18(2).
Ya.
Yang sudah saya tolak dalam kamar di bawah 18(7) dan 18(8), tidak boleh lagi dipertikaikan apa keputusannya.
Kita tidak mempertikaikannya tetapi Dewan kalau ada 15 orang berdiri, kita boleh meletakkan pada floor untuk dibahaskan.
Setiausaha, sila jalankan Mesyuarat. [Setiausaha membacakan Usul]
Tuan Yang di-Pertua, 18(3)(b), peraturan. Setiausaha boleh duduk sekejap?
Ahli Yang Berhormat Padang Serai.
Kita belum habis Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai, daripada tadi saya sudah bersabar. Ulang lagi Yang Berhormat, saya akan gunakan kuasa, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bawa peraturan Tuan Yang di-Pertua. Saya bawa peraturan 18(3)(b) memohon agar diadakan satu usul di mana kami 15 orang akan bangun, boleh Tuan Yang di-Pertua untuk membawa usul?
Ahli-ahli Yang Berhormat, 18(3)(b) yang disebut itu adalah tidak berkenaan Yang Berhormat. Kalau mahu supaya keputusan Tuan Yang di- Pertua itu dirujuk pada Majlis untuk di overrule. Usul mesti usul persendirian seperti yang disebut di bawah Peraturan Mesyuarat 43 iaitu supaya keputusan Tuan Yang di- Pertua di overrule dengan cara begitu. Apabila buat usul begitu Yang Berhormat, tidak boleh berdiri begitu sahaja. Mesti di bawah 43, mesti ada notis dan sedemikiannya kecuali Tuan Yang di-Pertua sendiri mengatakan boleh. Yang boleh buat usul mendadak sahaja ini apabila Menteri di bawah 27. Yang Berhormat, tolonglah Yang Berhormat. Saya duduk di sini hanya mempengerusikan Majlis supaya berjalan dengan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, kami 15 orang bangun menyokong Yang Berhormat Gombak tadi.
I think get him out lah.
Usul Yang Berhormat Gombak tidak dibenarkan. Jadi kami 15 orang bangun.
Yang Berhormat Padang Serai, bukankah usul Yang Berhormat Gombak sudah saya tolak. Kalau dikira peraturan mesyuarat pun, tidak payah dibahas lagi apabila ditolak dalam kamar.
Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan mesyuarat.
Boleh saya cadangkan Tuan Yang di- Pertua? Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua adalah Pengerusi pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, lebih elok jika Tuan Yang di-Pertua undur mendapatkan Timbalannya iaitu Datuk Junaidi untuk mempengerusikan.
Ya. [Dewan riuh]
Conflict of interest.
Hakim hendak tukar. Tuan Yang di-Pertua hendak tukar. Tukar Ketua Pembangkanglah. Senang sedikit.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor belum habis lagi. Sila.
Apa saya nyatakan tadi Tuan Yang di- Pertua adalah satu conflict of interest. Tuan Yang di-Pertua ada menyuarakan dengan emosi tadi dan Tuan Yang di-Pertua ada misled the House just now. [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, sudah. Ahli Yang Berhormat, sudah!
Lebih elok Tuan Yang di-Pertua undur.
Ahli Yang Berhormat sudah. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor atas cadangan itu. Saya rasa tidak ada conflict of interest di mana-mana. Saya tidak rasa pun bahawa saya menyebelahi pada mana-mana.
Yang Berhormat Padang Serai, sudah lah. Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, selaku Tuan Yang di-Pertua, ...
Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah. Yang Berhormat Padang Serai.
Mana boleh conflict of interest.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Sudahlah Yang Berhormat Padang Serai.
Kita minta Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan demi keadilan di sini.
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, mintalah Timbalan Yang di-Pertua ganti sekejap.
Tuan Yang di-Pertua.
Masalahnya Yang Berhormat Padang Serai ialah ...
Mari kita membersihkan ...
Yang Berhormat Padang Serai!
Andaian-andaian yang tidak baik itu mari kita buangkan.
Duduk Yang Berhormat Padang Serai. Duduk Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua.
Nanti dahulu Yang Berhormat. Masalahnya Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya buat keputusan yang juga selalu diminta buat keputusan mengenai dengan tafsiran peraturan mesyuarat, yang tidak kena di hati atau pun tafsiran Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat tidak terima. Saya sudah sebut banyak rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam soal ini. Apabila jawatankuasa buat keputusan untuk merujuk pada Majlis, buat penyata, tidak boleh dibenarkan. Buat rujukan Ahli Yang Berhormat baca mana-mana. Tidak boleh di bawa 18(1), 18(2) kerana perkara ini akan juga dibahaskan nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya memahami teguran Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya tidak mencabar cadangan yang akan dibuat oleh jawatankuasa. Apa yang saya pertikaikan sebelum jawatankuasa bawa cadangan dan recommendation dalam Majlis ini, jawatankuasa telah melanggar prinsip-prinsip keadilan di mana yang tertuduh tidak dibenarkan untuk memberi keterangan. Yang dituduh tidak dibenarkan untuk cross examine. Yang dituduh tidak dibenarkan membawa saksi. Ini perbicaraan apa Tuan Yang di-Pertua? Kalau hakim [Disampuk] Nanti, nanti. Kalau hakim boleh dibeli, kalau sekarang doktor pun boleh dibeli untuk memberi keterangan palsu, [Disampuk] saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua juga dibeli oleh UMNO dan Barisan Nasional. [Dewan riuh] Itu yang...
Kurang ajar ini. Tarik balik Yang Berhormat Gombak!
Tuduh ini. Tarik balik Yang Berhormat Gombak.
Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Saya tidak mahu...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuduh Tuan Yang di-Pertua, tarik balik Yang Berhormat Gombak.
Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Gombak tarik balik. Dia telah menghina institusi Tuan Yang di-Pertua.
Apalah.
Tarik balik Yang Berhormat Gombak.
Sila tarik balik.
Mengapa saya hendak tarik balik? Untuk apa? Untuk apa saya hendak tarik balik?
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Untuk apa saya hendak tarik balik? Saya tidak...[Dewan riuh]
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak duduk.
Saya tidak takut. Saya tidak...
Dia menghina. [Dewan riuh]
Saya tidak mahu.
Yang Berhormat Gombak, duduk Yang Berhormat Gombak. [Dewan riuh]
Saya tidak tuduh. Bila saya tuduh?
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk.
Menghina Dewan. Menghina Dewan.
Saya tidak buat...
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.
Duduklah. [Dewan riuh]
Sudahlah. Sudah, sudah. [Dewan riuh]
Menghina Dewan.
Sudah. Sudah. Menghina Dewan. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua...
Samseng ini. MIC pun samseng.
Tuan Yang di-Pertua, macam mana hendak jadi Ahli Dewan. Gunakan peraturan.
Apa, kalau tidak...[Dewan riuh]
Pergi balik. Keluar Dewan.
Yang Berhormat Balik Pulau, kalau berani marilah.
Macam budak-budak.
Tuan Yang di-Pertua [Dewan riuh]
Tidak sabar ...
Tuan Yang di-Pertua, [Dewan riuh]
Hendak keluar, pergi keluarlah. Pergilah keluar. Pergi minum.
Tuan Yang di-Pertua, gunakan peraturan. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.
Ini cakap orang hulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira Tuan Yang di-Pertua seorang yang bijaksana boleh beritahu...
Tuan Yang di-Pertua beri ruang kepada Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Gombak, dengar cakap dia orang itu buat apa?
Ahli-ahli Parlimen sebelah sana Tuan Yang di-Pertua seorang pandikar. Tidak perlu keris dihulurkan oleh belah-belah sana minta membela Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Gunakan peraturan. Keputusan Dewan adalah mulia.
Tidak menghormati Dewan yang mulia.
Jangan dengar cakap- cakap kosong mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.
Sokong Tuan Yang di-Pertua. Gunakan kuasa.
Tidak ada cerita lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Shah Alam ini, jangan dengar cakap kosong. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam pun cakap kosong macam mana Yang Berhormat Bukti Gelugor cakap.
Macam mana boleh jamin keadilan kalau yang dituduh tidak dibenarkan memberi persaksian dan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, gunakan kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh jelaskan kepada kami.
Keadilan, interpretasi mereka.
Kami keliru.
Kita pun ada cara kita.
Macam mana kita boleh hukum seseorang kalau kita tidak beri dia peluang untuk membela diri.
Peraturan mesyuarat.
Ini merupakan satu prosedur yang cukup aneh. Hanya UMNO, Barisan Nasional sahaja yang boleh terima. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Dalam parti pun tidak ada keadilan.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan tadi ialah untuk menjaga nama baik institusi Parlimen ini.
Tuan Yang di-Pertua, kami tetap berpegang supaya Tuan Yang di-Pertua gunakan kuasa Tuan Yang di- Pertua. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Full-stop.
Menjaga nama baik kerusi yang diduduki oleh Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang Tuan Yang di-Pertua supaya ...
Peraturan mesyuarat.
Jangan dengar omongan kosong.
Agar tidak mencemarkan kemuliaan Dewan yang sering kita ungkap bahawa Dewan ini adalah Dewan mulia.
Semua ini bercakap, berkokok satu kampung. Ekor penuh tahi ini Tuan Yang di-Pertua.
Kita pula merayakan 50 tahun Parlimen.
Jangan dengar cakap mereka Tuan Yang di-Pertua.
Kita tidak mahu mencemarkan perayaan Jubli Emas 50 tahun Parlimen ini dengan satu kecacatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6) [Dewan riuh] Saya...[Dewan riuh] Dengar lah. Ini peraturan mesyuarat. Tadi kata hendakkan mahkamah yang baik. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6)...
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol sila.
Jelas mengatakan bahawa...
Ahli Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat Jempol.
Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada sesiapa ahli Yang Berhormat lain. Saya mendengar Yang Berhormat Gombak menuduh Tuan Yang di-Pertua kononnya UMNO beli Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apa. Yang Berhormat Jempol tidak apa. [Dewan riuh] Terima kasih, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat juga tidak dengar apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, apa-apa pun sidang pendapat Ahli Yang Berhormat, maka sesiapa pun yang duduk di atas ini kita tidak boleh bermesyuarat. Banyak perkara, pendapat-pendapat yang dihujah daripada sebelah kanan dan sebelah kiri apabila saya dengar, kadang-kadang sakit telinga saya. Ada juga perkara yang saya tidak setuju, pun saya dengar juga. Akan tetapi, apabila integriti saya juga disoalkan yang cuma boleh buat keputusan adalah saya. Kadang-kadang saya suruh berehat satu hari, dua hari bukan kerana apa. Bukan pasal diri saya yang dihina, kerana kerusi inilah saya protect. Bukan kerana apa-apa. Jadi, apabila Ahli Yang Berhormat berdiri sama ada di sebelah kanan, sebelah kiri mengenai dengan peraturan mesyuarat, Yang Berhormat berdiri itu pun tidak juga mematuhi peraturan mesyuarat. Belum pun berhujah satu minit, dua minit, telah menghina kedudukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak apalah. Kalau Ahli Yang Berhormat mahu juga berteriak, tidak apa. Saya tidak akan adjourn persidangan sewenang-wenangnya sehingga kamu berhenti, saya akan duduk. Tidak apa. Disebut natural justice, disebut itu, disebut ini. Ahli-ahli Yang Berhormat fikir saya tidak tahu apa itu natural justice. Sebelum waktu usul dibuat oleh
Menteri, Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh diberi satu minggu. Belum pernah berlaku dalam Dewan Rakyat.
[Bangun]
Apa itu maknanya bukan natural justice? Yang Berhormat Gombak...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gombak, sudahlah Yang Berhormat Gombak.
Tuan Yang di-Pertua...
Sudahlah kerana keputusan saya tidak akan juga berubah. Begitu juga. Berteriaklah Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak apa.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak mengubah tidak apa, tetapi...
Tuan Yang di-Pertua, kalau izinkan saya.
Dengarlah dahulu. You Timbalan Menteri duduklah dahulu.
Sekejaplah, saya minta kebenaran.
Duduk lah. Ini floor saya Tuan Yang di-Pertua.
Saya bukan minta kebenaran Yang Berhormat Gombak. Saya minta banyak kali sudah, tunggulah sekejap.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan keterangan yang diberi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ialah pada 30 Mac...
Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat saya nyatakan bahawa ...
Pertuduhan dibuat pada 22 April. Pertuduhan dibuat setelah keterangan dibuat.
Ruang yang telah diberi, tetapi yang ingin saya nyatakan bahawa perkara ini timbul adalah disebabkan ada Ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan di bawah perkara 23 Akta Majlis Parlimen.
Jadi, jangan ambil kira keterangan yang digunakan sebelum pertuduhan itu. Jadi, fakta ini telah diperbetulkan Tuan Yang di-Pertua. Pertuduhan dibuat pada 22 April. Apabila pertuduhan dibuat, Tuan Yang di- Pertua sebut dalam keterangan dalam Dewan ini yang mana tertuduh akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Perkara 85. Ada ramai Ahli Yang Berhormat di sini tidak tahu pun surat APCO.
Saksi akan dipanggil, dokumen akan dibentangkan. Jangan ambil kira keterangan pada 30 Mac. Itu sebelum pertuduhan dibuat.
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat ada berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi sebab itu kita ada masalah hari ini.
Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dan sekarang ini semua tahu.
Jadi, ini natural justice yang kita maksudkan.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Muar...
Jangan cabul undang-undang.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Muar, sudah. Yang Berhormat Batu duduk.
Sekejaplah. Nantilah sekejap. Tadi berdiri orang tidak marah pun.
Saya sudah dengar secukup-cukupnya. Saya sudah biarkan Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah secukup-cukupnya.
Setiausaha, jalankan Mesyuarat. Sesiapa lagi yang ganggu, saya akan gunakan kuasa saya. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pohon keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Kita mahukan keadilan.
Ahli Yang Berhormat... Setiausaha, duduk dahulu. Tolong Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Padang Serai dan siapa-siapa yang berdiri ini, saya sifatkan ini mengganggu kerana saya sudah bagi warning banyak kali. Sila, Yang Berhormat.
Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Sila, sila. Yang Berhormat Gombak, sila.
Kita mahu kebenaran, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Gombak. Siapa-siapa yang mahu keluar, silalah.
Tidak mungkin hendak minta penjelasan pun tidak boleh.
Silalah, silalah.
Mana adil kalau macam ini, Tuan Yang di-Pertua...
Penjelasan pun tidak boleh?
Yang Berhormat Gombak, sila, sila, sila. Yang Berhormat Gombak.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan.
Saya mahu Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan keluar sehingga jam 2.30 petang.
Ini satu kecacatan! Sesuatu yang cacat dalam karier Tuan Yang di-Pertua sendiri, Tuan Yang di-Pertua.
Keluar.
Kita semua keluar, kita semua keluar...
Bentara, sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Demi keadilan. Mohon keadilan, minta keadilan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan.
Bukan macam ini sahaja.
Saya hendak minta penjelasan sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Saya anggap siapa-siapa yang berdiri ini ingkar dengan apa yang saya sebut mengenai peraturan mesyuarat.
Keluar, keluar, keluar.
Sila.
Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Bentara.
Saya hendak minta penjelasan sahaja. Saya hendak minta penjelasan.
Yang Berhormat Gombak, sudah Yang Berhormat Gombak. Saya sudah dengar.
Mesti berlaku adil.
Penjelasan sahaja tidak boleh? Saya tidak langgar undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya anggap mengganggu itu kalau juga masih dengan pendirian, sila berdiri supaya saya tahu siapa.
Kalau di sini kita tidak boleh bicara, di mana mahu bicara Tuan Yang di-Pertua? Kalau bukan di sini, di mana?
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. 2.30 petang, 2.30 petang.
Cakap sama saya, Tuan Yang di- Pertua.
2.30 petang balik sini.
Where else can we go?
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua.
Mana? Mana lagi Tuan Yang di- Pertua kalau bukan di dalam Dewan ini? Mana, Tuan Yang di-Pertua?
Bentara.
Ini satu kecacatan bagi Parlimen, Tuan Yang di-Pertua.
Sila, sila. Yang Berhormat Padang Serai. Siapa lagi? Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, kalau bukan pohon keadilan, di mana boleh?
Siapa lagi yang masih berdiri?
Tahun 1998 - mata lebam, Tuan Yang di-Pertua. Maruah kita sudah hilang, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada
peluang kembalikan ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya menghormati kerusi Tuan Yang di- Pertua tetapi kita tidak setuju dengan apa yang terjadi.
Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak mahu dengar sama kita, mana ada orang lain, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Malu masyarakat Malaysia!
Tuan Yang di-Pertua...
Ahli Yang Berhormat Padang Serai.
Dokumen daripada APCO boleh diterima...
Ahli-ahli Yang Berhormat!
Akan tetapi Ahli Parlimen bangun tidak boleh diterima
Ahli Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah. Sudah!
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak boleh bangun, saya hendak bahas di mana?
Yang Berhormat Gombak, sudahlah Yang Berhormat Gombak. Saya sudah dengar, cukup sudah!
Akan tetapi tidak ada keputusan, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat Gombak, duduk.
Kalau boleh, gantung semualah senang, Tuan Yang di-Pertua.
Gantung semualah, Tuan Yang di-Pertua.
[Menyampuk][Dewan riuh]
Siapa yang mahu keluar, sudah saya sebut. Yang Berhormat Gombak, jangan ganggu peraturan mesyuarat. Jangan ganggu Mesyuarat.
Gantung semua senanglah. Biar dia sahaja bersidang.
Kalau satu dokumen daripada APCO boleh diterima...
Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua tidak mahu dengar.
Saya mahu Yang Berhormat Padang Serai keluar sampai 2.30 petang. Yang Berhormat Balik Pulau. Siapa yang berdiri, saya anggap balik 2.30 petang.
Tuan Yang di-Pertua, kalau bukan di sini, di mana Tuan Yang di-Pertua?
[Menyampuk][Dewan riuh]
Ini satu kecacatan pada Parlimen ini, Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Pembangkang: [Keluar Dewan]
Ini tidak adil, Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh baca dokumen, buat keputusan, tidak dengar daripada kita - mana adil, Tuan Yang di-Pertua!
Keluar, keluar.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Shah Alam keluar.
Saya tengah tunggu Bentara. Kita hendak ditemani. Tidak mungkin hendak keluar seorang-seorang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...
Yang Berhormat Shah Alam, keluarlah, Yang Berhormat Shah Alam.
Tolong senyap. Ikut peraturan mesyuarat.
Prosedur natural justice yang terbaru ini...
Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah. Keluarlah Yang Berhormat Shah Alam.
Saya tidak faham. Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Macam mana boleh menghukum orang tanpa memberi peluang dia membela diri? Saya tidak faham, Tuan Yang di-Pertua. Macam mana itu? Ini cara perundangan yang terbaru? Ahli-ahli Pembangkang: [Keluar Dewan]
Tenangnya dunia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap Ahli Yang Berhormat. Sila, Setiausaha. Sila.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Mahu bahas.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa — Maksud B.43 [Jadual] – Maksud P.43 [Anggaran Pembangunan 2011] –Bill
Maksud Bekalan B.43 dan Maksud Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Minta Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan menyambung berucap.
Siapa?
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Kinabatangan.
Boleh?
Diamlah, dengar.
Ahli-ahli Yang Berhormat... Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk.
Tidak mahu dengar, keluarlah.
[Menyampuk]
Mahu dengar? Tidak mahu dengar, keluarlah.
Ini tidak sokong Yang Berhormat Permatang Pauh ?
[Menyampuk]
Hei! Dengar. Tidak mahu dengar, keluar! Keluar.
Sila, sila, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Teruskan, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan kejadian...
Yang Berhormat-Yang Berhormat, oleh kerana kita terganggu tadi, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua saya sebelum ini adalah lapan minit dan kita tidak ada masa lagi. Sekarang saya kurangkan pada lima minit. Sila. Semua terpaksa berucap lima minit, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila.
Ya. Berkenaan kejadian kejatuhan lif di Blok A di Pangsapuri Impian Baiduri, Seksyen 51A, Petaling Jaya. Saya amat terkejut dan juga terkilan. Pertama kali saya dengar ada lif terjatuh dan cederakan orang awam. Sepatutnya lif-lif di bangunan adalah selamat dan lif-lif yang digunakan mempunyai fungsi-fungsi keselamatan. Kalau satu lif itu terjatuh, sepatutnya ia mempunyai ciri keselamatan untuk memberhentikan lif itu dengan serta-merta. Akan tetapi, apa yang berlaku di Pangsapuri Impian Baiduri tidak. Lif itu terjatuh dan menyebabkan orang awam di dalamnya cedera parah. Saya bangkitkan kes ini agar mendapat perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Apabila ini berlaku, barulah pihak Jawatankuasa Keselamatan dan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kesihatan Pekerja Malaysia (JKKP) mengambil tindakan.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Tidak ada masa. Mereka membuat kajian dan menyita lif berkenaan iaitu lif Blok A. Padahal sebelum itu telah banyak aduan dibuat tetapi tidak ada respons diberikan. Maka pihak JKKP pun turun
padang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan apa yang sangat mengejutkan ialah semua lif lain juga di Blok B, Blok C dan Blok D juga mempunyai masalah yang sama. Memang ada lif yang hanya menunggu masa bila-bila sahaja untuk terhempas sepertimana kejadian di Blok A. Bermakna kejadian ini pasti akan berlaku jika tindakan tidak diambil. Hasilnya, pihak JKKP telah menutup lif-lif tersebut selama dua minggu. Pihak pemaju diarahkan untuk memperbaiki dan menggantikan komponen-komponen yang kritikal dan berisiko mengundang kemalangan. Perkhidmatan lif tergendala dan rakyat menderita, terpaksa menapak beratus-ratus anak tangga untuk pulang ke rumah. Bagaimana pula halnya dengan orang-orang tua dan wanita yang mengandung? Memang operasi lif dihentikan sementara untuk kebaikan penduduk tetapi atas kecuaian pemaju, penduduk menjadi mangsa dan dua minggu tidak boleh menggunakan lif. Bayangkan bagaimana mereka yang tinggal di tingkat 17. Saya difahamkan lif-lif yang ada di Pangsapuri Impian Baiduri adalah jenis lif recon iaitu lif yang telah terpakai di negara lain dan diubahsuai dan digunakan semula. Saya juga difahamkan lif-lif yang sedia ada di Pangsapuri Impian Baiduri ini hanya mempunyai CF sementara tetapi ia telah beroperasi selama lima tahun hingga kini. Sepatutnya lif hanya boleh digunakan setelah ada CF kekal dan bukannya CF sementara. Saya berharap KPKT dapat memberi penjelasan tentang kejadian kejatuhan lif ini.
Mengapa lif ini hanya mempunyai CF sementara tetapi boleh digunakan, beroperasi selama lima tahun hingga kini? Kenapa pemaju menggunakan lif ‘recon’? Orang luar negara sudah tidak pakai lif jenis ini kita pula menggunakannya. Pemaju selalu kata ramai penduduk tidak membayar yuran maintenance. Semua sedia maklum penghuni flat adalah mereka yang berpendapatan rendah. Apabila lif uzur, daif dan perkhidmatannya tidak setimpal, pastilah penduduk protes dan pembayaran yuran maintenance bertambah teruk. Maka di sini saya mengesyorkan kementerian memperuntukkan dana khas untuk kos membaik pulih semua lif terutama di flat dan juga pangsapuri kos rendah. Bukan sahaja di kawasan Petaling Jaya tetapi juga di seluruh Malaysia. Saya juga minta KPKT mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang cuai dalam kejadian ini, lif yang jatuh. Di mana kalau pemaju ada salah atau cuai, bawa pemaju itu iaitu Taipan Focus ke mahkamah sebab mesti ada orang yang perlu bertanggungjawab supaya kepentingan penghuni dipelihara. Pada masa yang sama, saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan sistem pencegahan petir iaitu sistem lightning system bangunan yang sedia ada di Pangsapuri Impian Baiduri. Di mana sejak bangunan diduduki selama lima tahun, terdapat lima kejadian bangunan dipanah petir, strike by lightning dan merosakkan bangunan itu. Di mana batu-bata yang dipanah petir jatuh merosakkan kereta-kereta di bawah bangunan. Walaupun setakat ini belum ada orang cedera akibat kejatuhan batu-bata bangunan tetapi adalah wajar KPKT mengambil berat ke atas hal ini. Ini kerana selama ini pemaju iaitu Taipan Focus tidak ambil berat langsung tentang kejadian ini. Saya berharap KPKT menjalankan siasatan ke atas bangunan Pangsapuri Impian Baiduri kerana penduduk merasa mereka tidak lagi selamat menduduki bangunan itu terutama sistem pencegahan petir kerana ia tidak berfungsi. Terdapat kecacatan sistem pencegahan petir yang tidak menjamin keselamatan penduduk dan juga lif yang sedia ada selalu tidak berfungsi. Saya ingin merujuk pada Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Tuan Pengerusi, perkara ketiga yang saya bangkit adalah mengenai bangunan bumbung flat atau pangsapuri yang tidak bermutu dan mudah diterbangkan angin. Kejadian berlaku di kawasan Parlimen saya pada Ogos 2010 yang lalu iaitu disebabkan ribut yang kuat, flat 10 tingkat Desa Sepakat, di Taman Sri Manja PJS3. Dalam kejadian itu, bukan sahaja pemilik rumah flat mengalami kerugian kerana bumbung rumah mereka tercabut tetapi pemilik dan penghuni lain flat itu juga menjadi mangsa. Ini kerana banyak kenderaan mereka di tempat letak kereta telah rosak teruk kerana ditimpa oleh bumbung, kayu dan bahan-bahan yang diterbangkan ribut itu. Saya amat berharap kementerian ambil berat hal ini. Ia sangat serius kerana kalaulah ketika kejadian terdapat majlis keramaian atau ramai yang di bawah, tentulah ada nyawa yang melayang ...
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Seperkara lagi, masalah bumbung flat yang rendah mutunya serta tidak tahan lama perlu diambil berat. Ini faktor dan memang bukan sahaja masalah di flat 10 tingkat di Desa Sepakat, Petaling Jaya bahkan di tempat lain juga. Di mana kejadian yang berlaku di Blok G dan Blok H di Pangsapuri Taman Medan Cahaya di PJS2C. Pemajunya adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dua kali berlaku bumbung diterbangkan oleh angin kencang walaupun kedua-dua bangunan itu diduduki selama tiga tahun. Apa yang pelik di sini, kualiti bumbung yang digunakan di tingkat 15, bumbung jenis zink yang ringan, yang selalu digunakan di kampung-kampung digunakan di bangunan seperti di Pangsapuri Taman Medan Cahaya. Oleh sebab itulah ia diterbangkan oleh angin kencang. Adakah kegunaan bumbung jenis zink yang ringan ini mengikut piawaian bangunan? Bagaimana ia boleh digunakan di bangunan tinggi? Saya berharap KPKT dapat menyiasat kualiti bumbung di bangunan pangsapuri 10 tingkat Desa Sepakat dan juga di Taman Medan Cahaya. Adakah bumbung ini selamat digunakan kerana penduduk yang lalu lalang di bawah bangunan dan juga kereta yang parking di bawah bangunan, menjejaskan keselamatan dan selalu berlakunya ribut angin kencang. Mengapa semua ini berlaku? Punca kecuaian pemaju perumahan. Diharapkan kementerian mengambil berat dan tindakan bagi tiga isu yang saya bawa dalam Dewan yang mulia ini. Semoga Dewan dan harta benda rakyat terselamat dan kebajikan mereka terbela. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Berapa lagi daripada BN yang mahu berucap?
Ada Tuan Pengerusi.
Bersetuju daripada awal cuma empat, bukan? Empat daripada pembangkang dan empat daripada BN dan lapan minit. Memandangkan berlaku kekecohan seperti begitu, kalau boleh satu atau dua orang lagi selepas itu saya mahu Menteri menjawab. Ini kerana saya nampak Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berminat untuk berbahas pasal soal-soal kepentingan rakyat, mahu berteriak-teriak sahaja. Sampai menghina Tuan Pengerusi. Sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Kalau tiada lagi selepas Yang Berhormat Tangga Batu, saya mahu Menteri menjawab.
Menteri sudah ada? Oh! Menteri ada sudah. Tidak nampak pun. Tuan Pengerusi, saya ada dua perkara yang saya hendak bawa berkaitan dengan Parlimen Tangga Batu.
Kalau boleh selepas Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Ampang. Selepas itu Menteri menjawab.
Saya... [Dewan riuh]
Terpaksa ikut apa kehendak Tuan Pengerusi kali ini Yang Berhormat.
Kita kena dengar juga pandangan Menteri tentang...
Masa sudah tidak ada.
Satu incinerator yang telah dibawa di Parlimen Tangga Batu terutamanya di DUN Sungai Udang, yang satu ketika dahulu dicadangkan oleh kerajaan negeri kemudian mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat. Ini di bawah butiran sisa pepejal Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya, apakah kedudukan tentang projek incinerator tersebut? Kita mempunyai satu tapak pelupusan sampah yang betul-betul berada di tengah-
tengah pembangunan Parlimen Tangga Batu iaitu di kawasan Kerubung yang mana kerajaan negeri telah mengadakan satu inisiatif untuk menutup pusat pelupusan sampah ini. Saya kira elok jika digantikan dengan sebuah incinerator, menjadi incinerator yang pertama di negara kita. Memang dahulu pihak pembangkang ada membuka satu partition untuk menidakkan pembangunan incinerator ini. Jadi saya kira hari ini saya dengar khabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun telah ke Korea melawat satu pusat pelupusan sampah menggunakan incinerator. Kita memang tidak ada pilihan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Kita kena ke arah tapak pelupusan sampah yang lebih efisien, lebih efektif supaya kita tidak akan kehausan tapak-tapak pelupusan sampah di masa akan datang dan tanah makin lama makin mahal. Jadi saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kedudukan incinerator yang pernah dicadangkan di Parlimen Tangga Batu lebih kurang tiga, empat tahun yang lepas? Perkara kedua yang ingin saya bawa ke perhatian kementerian berkaitan dengan butiran perumahan di bawah tajuk projek perumahan terbengkalai. 28 Mac tahun ini Kementerian Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan bahawa semua projek terbengkalai perumahan adalah di bawah budi bicara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. yang mana di sini Bahagian Perumahan telah dipertanggungjawabkan secara penuh. Saya hendak tanya, apakah kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian? Saya difahamkan pada setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar. Jumlah wang ini akan diagihkan mengikut keutamaan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Jadi saya hendak tanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian masih lagi menggunakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di dalam melaksanakan, menjayakan dan memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai ini? Ketiga, berkaitan dengan repairs and maintenance, pembaikan dan juga selenggaraan. Adakah pihak kementerian mempunyai peruntukan bagi setiap pembinaan projek-projek baru di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyediakan sejumlah wang untuk membaiki serta menyenggara rumah- rumah terutamanya rumah-rumah pangsa? Lebih-lebih lagi baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta dan kaedahnya adalah RM1 ke RM1, 1:1. RM1 dikeluarkan oleh jawatankuasa pengurusan melalui penduduk-penduduk ataupun mereka yang menginap di rumah-rumah ini dan RM1 lagi disediakan oleh kerajaan. Apakah kaedah dalam melaksanakan program tersebut? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Ampang.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya harap Tuan Pengerusi okey, blood pressure tidak naik. [Dewan riuh]
Saya belum check. Nanti selepas ini saya akan check Yang Berhormat.
Kenapa dia orang pula hendak gelak Tuan Pengerusi. Saya seorang sahaja dekat sini. Relax, saya seorang sahaja dekat sini.
Sudah, biarkan. Silakan Yang Berhormat Ampang. Ahli-ahli Yang Berhormat, biarkan Yang Berhormat Ampang supaya Menteri boleh jawab. Sila.
Pendek sahaja Tuan Pengerusi.
Sila.
Jangan khuatir, relax. Saya hendak sentuh tentang Butiran 050100 – Kerajaan Tempatan. Saya hendak tanya – saya minta KPKT untuk menimbang untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan
1974 (Akta 133) dan juga meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), peruntukan undang-undang kecil untuk PBT buat undang-undang berkaitan asrama. Jadi ketika ini, di bawah KPKT tidak ada satu perundangan khusus tentang pengendalian dan pengurusan asrama-asrama pekerja dan asrama-asrama penuntut di dalam kawasan-kawasan terutama sekali di kawasan Ampang. Ia terjadi, ya. Ini telah menjadikan satu isu yang mengacau ganggu penduduk-penduduk di sekitar kawasan Ampang khususnya. Jadi saya minta kementerian untuk meneliti perkara ini agar satu peruntukan khusus dirangka agar ada satu garis panduan bagaimana asrama-asrama ini harus dikendalikan di kawasan-kawasan seluruh negara. Saya difahamkan bahawa minggu depan ada satu bengkel yang akan membincangkan tentang dasar pindaan undang-undang tempatan dan saya harap perkara ini akan dibawa dalam perbincangan bengkel itu dan dirangka satu perundangan yang khusus tentang apa yang saya sebut tadi. Satu lagi, saya juga minta KPKT untuk memikirkan, merancang atau meneliti pentingnya untuk menubuhkan satu Jabatan Cerun di PBT terutamanya di kawasan Ampang yang mana kita lihat pembangunan di lereng bukit telah mengakibatkan satu tragedi 6 Disember 2008, iaitu tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Akan tetapi apa yang mengecewakan sekarang ialah projek ini sudah membelanjakan sebanyak RM70 juta tetapi projek ini terbengkalai, tidak habis dan tidak selesai kerjanya. Jadi saya minta KPKT untuk meneliti perkara ini dan memberi jawapan kerana mereka yang bertanggungjawab – termasuklah pemaju perumahan dan juga SYABAS. Jadi kita tidak mahu amalan anti nasional ini diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah dilaung-laungkan itu. Saya juga minta seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu tadi tentang projek-projek terbengkalai. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu, Selangor banyak projek terbengkalai. Jadi saya minta Menteri untuk menggunakan kuasa. Setakat ini Menteri belum lagi menggunakan kuasa Akta Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966 Bahagian V, yang mana kuasa menteri untuk memberikan arahan bagi maksud melindungi kepentingan pembeli. Setakat ini, belum saya tahu lagi Menteri menggunakan kuasa ini untuk mengambil tindakan kepada pemaju-pemaju yang telah melakukan kezaliman kepada pembeli-pembeli rumah yang banyak projek terbengkalai di seluruh negara dan khususnya di Selangor. Jadi saya minta sekiranya Kerajaan BN tidak anti nasional, maka cubalah selesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Sila Menteri. Sila jawab dan khususkan kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sahaja.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat – walaupun Dewan ini lengang, pembangkang tidak mahu mendengar, mereka mencari helah dan sebagainya. Namun demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada empat orang pembahas sama ada daripada pembangkang mahupun daripada Ahli-ahli Barisan Nasional yang membangkitkan beberapa perkara seperti mulai pada hari semalam iaitu Yang Berhormat Simpang Renggam telah membangkitkan tentang soal Projek Perumahan Puteri Mas. Saya ingin menjawab di sini bahawa TTPR hanyalah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar satu kes jika ia difailkan dalam tempoh 12 bulan. Tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan dalam kes ini adalah di luar bidang kuasa TTPR untuk mendengar kes-kes tersebut. Kementerian juga telah menerima beberapa perkara yang dibangkitkan mengenai dengan peruntukan di bawah Butiran 080000 iaitu mengenai Balai Bomba Simpang Renggam. Cadangan projek Balai Bomba Simpang Renggam telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi tidak diluluskan. Walau bagaimanapun, pada masa ini terdapat tiga balai berhampiran iaitu Balai Bomba Renggam, Balai Bomba Kluang dan Balai Bomba Kulai. Pasukan bomba sukarela di Simpang Renggam telah dibekalkan sebuah kereta bomba ataupun Proton Arena berserta dengan aksesorinya seperti pump host dan lain-lain pada tahun 2008. Pada hari ini juga Yang Berhormat Simpang Renggam telah membangkitkan soal perumahan
di mana lif jatuh dan sebagainya. Akan tetapi oleh kerana soalan ini saya belum mendapat jawapan, insya-Allah saya akan beri jawapan kepada pihak yang berkenaan secara bertulis. Kemudian Ahli Yang Berhormat Tangga Batu bertanya tentang incinerator yang telah dicadangkan di kawasan Tangga Batu di Melaka. Saya percaya ini sedang dalam perhatian dan penelitian kementerian saya. Walau bagaimana pun, kita akan mungkin masukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu second rolling plan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ini saya percaya bahawa pembangunan ini amat mustahak kerana ia sebagai satu kepentingan bukan sahaja di negeri Melaka tetapi juga satu kepentingan nasional yang perlu diambil kira oleh kementerian. Mengenai dengan soal rumah terbengkalai, saya percaya kita semua tahu di seluruh negara – bukan sahaja di Melaka, bukan sahaja di Ampang, tetapi di seluruh negara berlakunya rumah-rumah terbengkalai yang dilaksanakan oleh pihak swasta dan Kerajaan Barisan Nasional telah prihatin. Pada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita merangkap Menteri Kewangan, peruntukan sebanyak RM200 juta telah disediakan bagi menyiapkan rumah-rumah terbengkalai tetapi hanya tertumpu pada rumah-rumah kos rendah sahaja, tidak tertumpu pada rumah-rumah kos sederhana rendah ataupun rumah mewah. Ia hanya dikategorikan atau dikhaskan pada rumah-rumah kos rendah semata-mata dan itu pun bergantung pada penelitian kementerian. Kita akan memberikan peruntukan...
Minta penjelasan.
Sebentar, sekejap. Kita akan memberikan peruntukan itu berdasarkan pada syarat bahawa rumah itu lebih kurang dalam 80% sudah ada pembeli dan hampir 75% sudah siap. Sementara di bawah 70% ke bawah, mungkin itu tidak akan dapat diberikan pertimbangan untuk diberikan peruntukan sebab kita akan memberikan priority terutama sekali ada pembeli yang sudah tersedia. Silakan.
Saya hendak tanya Menteri, kenapa tidak dipertanggungjawabkan kepada pemaju di atas kerja atau projek-projek terbengkalai ini? Kenapa tidak ada undang-undang khusus yang mana kita mengambil tindakan terhadap individu itu di atas kelalaian dan kecuaian dan tidaklah membiarkan mereka untuk membentuk syarikat yang baru atas nama mereka sendiri untuk terus membuat projek dan menipu rakyat. Setakat ini, Menteri tidak pernah lagi menggunakan kuasa Bahagian V itu. Kenapa Menteri tidak menggunakan kuasa itu sedangkan kuasa itu besar diberikan kepada Menteri untuk mengambil tindakan kepada pemaju-pemaju yang telah menindas pembeli-pembeli rumah.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita mudah untuk bercakap tentang soal projek terbengkalai, tetapi kita ada beberapa kategori tentang soal projek ini. Ada projek yang lewat, ada projek yang sakit dan ada projek yang terbengkalai. Akan tetapi kalau misal mungkin Yang Berhormat melihat projek itu masih ada di situ tetapi kerjanya slow ataupun tidak dapat disiapkan mengikut jadual, itu dianggap sebagai projek sakit. Sementara enam bulan projek yang sudah ditinggalkan begitu sahaja, tidak ada pekerja di situ, tidak ada bahan-bahan binaan di situ, maka barulah pihak kementerian...
[Bangun]
Dengar dahulu. Barulah pihak kementerian berkuasa menggunakan kuasa Menteri. Itu pun kita kena rujuk pada beberapa perkara lagi termasuklah pergi ke mahkamah. Bukan semudah itulah kuasa yang ada itu digunakan oleh Menteri untuk just terminate the contract atau pun terminate the project – tidak. Kita tidak sewenang-wenangnya. Kita kena pergi ke mahkamah.
Saya tahu tidak sewenang- wenangnya tapi sakitkah, tenatkah terbengkalaikah perkara ini sudah bertahun-tahun berlalu. Jadi menteri bertukar ganti tetapi undang-undang ini tidak pernah dikuatkuasakan. Contohnya perumahan Ukay Bestari yang sudah bertahun
terbengkalai dan tidak membantu sekalipun pembeli-pembeli rumah itu. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri harus mengkaji perkara ini lebih mendalam dan cuba membuat sesuatu yang lebih wajar untuk membantu pembeli-pembeli rumah ini. Mereka orang miskin. Bukan orang kaya macam menteri-menteri anti nasional ini. [Dewan riuh]
Tribunal sudah ada!
Jadi saya minta menteri tolong...
Tribunal sudah ada okeylah!
...Gunakan kuasa ini.
Tribunal yang...
Tuan Pengerusi, mengganggu saya. Suruh dia duduk diam-diam. Saya hendak cakap. Suruh dia duduk diam-diam.
Okey, okey. Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Selangor boleh bertindak, kalau Kerajaan Pusat punya kuasa, tetapi Kerajaan Negeri Selangor pun berkuasa.
Jangan hendak salahkan Kerajaan Negeri Selangor!
Mereka pun tidak boleh buat tindakan. Tidak boleh buat tindakan...
Jangan hendak salahkan Kerajaan Negeri Selangor kerana projek ini berlaku sewaktu...
...Sebab apabila kita membuat tindakan...
...Pemerintahan kerajaan barisan anti nasional.
Kita tahu, kita tahu. Adakah Yang Berhormat tahu bahawa walaupun itu projek Barisan Nasional, tetapi adalah dilakukan oleh pihak swasta, bukan kerajaan. Sedarkah Yang Berhormat?
Tetapi kerajaan harus bertanggungjawab di atas projek ini. Kalau pihak swasta pemaju yang membuat projek- projek ini di bawah kelulusan kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai kuasa...
Betul.
... Dan sekarang juga mempunyai kuasa di peringkat Federal. Kenapa tidak menggunakan kuasa itu...
Betul Yang Berhormat.
... Untuk menangani masalah ini?
Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang.
Cuba kaji berapa banyak projek terbengkalai yang harus diselesaikan.
Projek-projek yang dilaksanakan sewaktu Barisan Nasional memerintah...
Tuan Pengerusi, boleh kasi ini?
Itu betul. Memang betul kita akui sebab...
Tuan Pengerusi, boleh kasi ini? Empat orang sahaja bahas. Boleh bahas berdua Tuan Pengerusi.
...Memang Barisan Nasional sudah lama memerintah. Itu memang kita buat.
Ya. Tidak guna memerintah lama-lama tetapi tidak menyelesaikan masalah.
Jangan bertengkar. Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bertengkar.
Yang membuat, yang melaksanakan projek ini...
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengelakkan soalan. Tidak hendak jawab soalan.
... Adalah bukan kerajaan, tetapi adalah pihak swasta.
Saya tanya kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri setakat ini tidak pernah menggunakan kuasa Menteri, akta 1996 bahagian 5. Kenapa tidak pernah menggunakan ini?
Kita tidak akan menggunakan Yang Berhormat sebagaimana yang saya sebut tadi bahawa kita ada beberapa langkah yang perlu kita buat. Satu, kita pergi melihat tentang keadaan rumah itu.
Saya sudah sebut langkah- langkah ini sudah banyak. Sudah lebih daripada itu.
Itu kita kena buat. Kita kena adil. Itu sebab kadang-kadang dalam keadilan, parti PKR...
Ahli Yang Berhormat Ampang, duduk Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang duduk.
Dia katakan mahu adil, tetapi kita juga mahu adil kepada semua orang termasuklah pemaju.
Projek-projek terbengkalai ini sudah berpuluh-puluh tahun. Bukannya baru-baru ini. Bukan tenat dan sakit sudah terbengkalai habis. Habis.
Ahli Yang Berhormat Ampang, sila duduk.
Kadang-kadang bila kita ambil tindakan, Menteri guna kuasa parti Keadilan bilang, pembangkang bilang kita tidak adil.
Jangan hendak salahkan parti. Kerajaan yang bertanggungjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bertengkar Ahli Yang Berhormat.
Dia salahkan parti, Tuan Pengerusi.
Kita tidak guna kuasa. Dia kata kita tidak gunakan kuasa.
Mana boleh salahkan parti. Kita kata salahkan kerajaan. Kerajaan yang buat kerja. Bukan parti yang buat kerja.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk dahulu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ramai pun bising juga, tidak ramai pun bertengkar juga. Boleh cool down sedikitkah? Jangan bertengkar. Ini berbahas. Yang Berhormat Ampang, masalah telah Yang Berhormat Ampang kemukakan kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak gunakan kuasa. Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan kuasa tidak digunakan sewenang- wenangnya. Maka, apabila sudah ada jawapan sebegitu, masalah telah dihujah. Yang Berhormat Timbalan Menteri gunakan begitu tidak semestinya tidak ada tindakan akan diambil. Jadi jangan terus bertengkar...
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?
...Kerana apabila bertengkar banyak lagi masalah yang belum kita selesaikan. Bukan itu sahaja.
Tuan Pengerusi, jawapannya kita dengar berulang-ulang kali. Saya baru dua tahun masuk tiga tahun dalam Parlimen ini, itulah jawapannya sampai sekarang.
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Ampang.
Tidak ada jawapan lain.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?
Bayangkan Yang Berhormat Ampang soalan dan jawapan berulang-ulang. Bayangkanlah kedudukan kami yang duduk di atas sini. Yang itu, itu juga didengar. Tidak ada perbezaan sangat. Tidak apalah. Sama-sama kita bersabar. Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya percaya apa juga jawapan yang telah saya berikan diharap akan memberikan kepuasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Memang semuanya tidak puas khususnya parti pembangkang. Namun demikian bahawa kita tidak akan tunduk dan kita akan terus melaksanakannya untuk kepentingan rakyat. Kerajaan hari ini adalah merupakan kerajaan yang betul-betul untuk menjaga rakyat. Kalaulah ada tuduhan dan tohmahan, itu perkara biasa. Kita akan hadapi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita kena hadapi segala-galanya sama ada hari ini atau esok atau lusa akan datang. Kita akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab...
Saya minta satu last Tuan Pengerusi. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri hadapi masalah...
Yang Berhormat, saya tidak beri laluan. Saya tidak bagi laluan kepada Yang Berhormat.
...Penduduk Ukay Bestari ini. Buat masalah ini, selesaikan masalah ini. Jangan hendak cakap sahaja. Retorik sahaja.
No, no. Ini bukan retorik. Kita telah buktikan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta, bukan sedikit RM200 juta dengan langkah-langkah yang kita buat menyediakan perumahan, menyediakan pembeli yang pertama dengan secara percuma. Ini langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan.
Boleh saya kemukakan masalah ini untuk dipersetujui atau tidak dipersetujui?
Boleh!
Boleh. Tuan Pengerusi, sekian sahaja penggulungan saya dan mudah-mudahan akan dapat diterima dan sebelum saya...
Terima kasih.
Saya hendak minta pinda soalan mengenai asrama.
Duduklah Yang Berhormat.
Sudah habis dah?
Ini saya punya floor.
Sudah habis dah?
Saya punya.
Belum habis?
Tidak, tidak. Saya tidak beri laluan. Jadi Tuan Pengerusi, begitu sahajalah jawapan-jawapan yang saya dapat buat...
Tuan Pengerusi, dia tidak jawab soalan saya satu lagi Tuan Pengerusi. Saya seorang pun dia tidak boleh jawab. Apa ini?
...Mana-mana soalan yang saya tidak dapat jawab, pegawai-pegawai saya akan buat catatan dan akan memberikan respons secara bersurat kepada Yang Berhormat.
Saya seorang pun buat soalan tidak boleh jawabkah? Saya tanya untuk meminda akta perumahan dan tempatan.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Saya kata kita akan jawab secara bersurat Yang Berhormat. Secara bertulis.
Itu jawab bersurat sudah datang itu, jawab.
Silakan duduklah. Saya tidak bagi laluan. Okey, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dan mudah-mudahan kita akan menjelang tahun 2011, saya mengucapkan selamat tahun baru dan selamat menyambut hari Krismas kepada kita semua. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,193,767,000 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,193,767,000 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,811,788,900 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,811,788,900 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa — Maksud B.45 [Jadual] - Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2011] -Bill
Maksud Bekalan B.45 dan Maksud Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi, memandangkan kementerian ini telah berjaya mengangkat martabat negara dalam bidang sukan, jadi saya rasa kita luluskan peringkat Jawatankuasa ini. Tidak perlulah kami bahas.
Saya setuju. [Tiada perbahasan]
Jadi Yang Berhormat Menteri tidak payahlah menjawab sedemikiannya. Jadi saya akan kemukakan masalah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM450,369,000 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM450,369,000 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM279,850,000 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM279,850,000 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa — Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2011] -Bill
Maksud Bekalan B.46 dan Maksud Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]
Tidak ada Ahli Yang Berhormat yang minat, maka saya kemukakan masalah.
Tidak ada sebab dia sudah okey.
Saya kemukakan masalah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM627,784,400 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM627,784,400 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM402,150,000 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM402,150,000 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya letih Ahli Yang Berhormat. Saya langsung tidak sedar bahawa sekarang ini sudah jam satu. [Ketawa] Jadi, atas kehendak peraturan mesyuarat...
Urusan-urusan kerajaan pun sudah habis ini hari.
Atas kehendak peraturan mesyuarat, maka majlis ini bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
Ya, Yang Berhormat Menteri. Ada usul?
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya memohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan giliran-giliran di peringkat Jawatankuasa Rang Undang- undang Perbekalan 2011 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 9 Disember 2010.”
Saya mohon menyokong.
Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Maksud B.30 [Jadual] – Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2011] –Motion
Maksud Bekalan B.30 dan Maksud Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia di bawah terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan keputusan telah dibuat oleh Tan Sri Speaker pagi tadi, bahawa dia bagi lima minit seorang berucap Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat daripada Batu Sapi.
Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini. Namun sebelum itu, izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional kerana telah memberikan
kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon BN dalam Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi baru-baru ini. Dengan kerjasama serta sokongan semua pihak telah memperoleh majoriti yang dua kali ganda daripada majoriti sebelum ini. [Tepuk] Saya juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengerusi BN Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datu Seri Musa Aman dan Presiden PBS Yang Berhormat Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Saya tidak melupakan rakan-rakan komponen BN yang lain serta sahabat-sahabat semua yang telah memberikan sokongan padu pada waktu yang paling sukar dalam hidup saya. Tuan Pengerusi, saya mengambil maklum bahawa masih banyak yang belum selesai dan memerlukan perhatian di kawasan P.185 Batu Sapi. Saya bertekad untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh mendiang suami dan bekerja dengan lebih gigih agar kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional akan terus terpelihara. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini dengan merujuk pada Butiran 020300 – Pusat Sains Negara (PSN) yang diberi peruntukan sebanyak RM8.4 juta sahaja. Objektif yang ingin dicapai melalui agensi ini ialah untuk meningkatkan kesedaran, minat dan penglibatan rakyat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi dalam pembangunan negara. Saya ingin meminta penjelasan mengenai skop dan jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Pusat Sains Negara dengan peruntukan tersebut. Apakah peruntukan ini mencukupi untuk melaksanakan aktiviti yang berkesan dan menyeluruh termasuk di negeri-negeri yang terletak jauh seperti Sabah dan Sarawak? Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak dalam dua tahun kebelakangan ini? Saya berpendapat bahawa kemudahan yang baik seperti Pusat Sains Negara adalah salah satu langkah penting untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan. Saya dimaklumkan bahawa hanya terdapat dua buah pusat sains sahaja di negara ini dan kedua-duanya terletak di Semenanjung Malaysia. Ini tidak mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran sains dan teknologi dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda di negara ini. Negeri Sabah dan Sarawak amat memerlukan kemudahan seperti ini kerana tahap kesedaran sains dan teknologi masih di tahap yang rendah. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah pusat sains di negeri Sabah. Saya juga ingin merujuk pada Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Sejak akhir-akhir ini, tenaga alternatif atau tenaga hijau telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan. Sebanyak RM135.5 juta telah diperuntukkan di bawah program R&D tersebut.
Apakah peruntukan ini merangkumi penyelidikan yang berkaitan dengan tenaga alternatif atau tenaga hijau seperti solar, angin, ombak dan biomass? Jika ada, apakah jenis teknologi yang sedang dibangunkan khususnya oleh SIRIM Berhad? Teknologi seumpama ini amatlah kritikal bagi sesetengah kawasan di negeri Sabah seperti beberapa buah pulau yang terletak di kawasan saya di Batu Sapi dan kawasan pedalaman negeri Sabah. Saya turut mengambil maklum bahawa tenaga alternatif atau tenaga hijau yang ada pada masa ini mendapatkan kos pemasangan yang amat tinggi. Apakah kerajaan tidak bercadang untuk memberi insentif kepada individu atau pihak swasta yang berminat untuk membangunkan solar farming? Apakah jenis insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan green energy production ini. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Ya, Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Batu Sapi. Tuan Pengerusi, pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana sejak akhir-akhir ini, kehadiran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mula lebih dirasai oleh masyarakat di luar-
luar bandar. Jika selama ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hanya terkenal dalam kalangan masyarakat luar bandar, masyarakat akademik universiti dan sebagainya tetapi nampaknya sekarang masyarakat bandar telah pun lebih merasai kehadiran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bukan sahaja di – mereka merasa melalui media seperti media elektronik dan sebagainya tetapi kehadiran pegawai- pegawai mereka termasuklah beberapa projek komuniti yang telah pun sampai di beberapa kawasan Parlimen. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, di bawah tajuk P.30 Butiran 02000 – Technology Acquisition Fund (TAF) dan Butiran 02300 – Program Pembangunan Teknologi Berkelompok (TDC) dan lain-lain berkaitan, saya mencadangkan supaya peruntukan bagi tajuk-tajuk ini khususnya berkaitan dengan dana ataupun peruntukan techno fund komuniti dapat ditambah pada masa-masa akan datang. Mungkin selepas ini ada lagi peluang untuk menambahkan lagi peruntukan tersebut atau dapat dikais- kais daripada sumber mana pun supaya rakyat di bawah NKRA dan di bawah NKEA akan dapat menyumbang dari berbagai-bagai sudut sains dan teknologi kerana saya yakin masih banyak lagi sumber ekonomi yang boleh dijana dari kawasan luar bandar ini. Sudah tentulah peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amat dialu- alukan. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya MOSTI dapat mengusahakan perkara tersebut. Kedua Tuan Pengerusi, tentang untuk kita membantu pencapaian NKRA dan pencapaian NKEA. Saya pernah mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya kita lebih tegas di dalam mengaplikasikan ISO yang tidak perlu saya huraikan. Saya lihat Tuan Pengerusi, daripada segi pentauliahan yang diamanahkan kepada perunding-perunding yang berkaitan. Saya berfikir sewajarnya ada satu peraturan jelas ataupun akta yang berkaitan supaya pentauliahan oleh perunding-perunding tertentu ini dapat dikawal. Walaupun sekarang ini SIRIM mengawal mereka tetapi saya berfikir sewajarnya ada satu akta yang tertentu untuk mengawal mereka supaya perunding- perunding ini ataupun pentauliah ini akan meningkat tarafnya, dihormati bukan sahaja dalam negara Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Ini adalah supaya kita bukan sahaja bersaing malahan daripada segi standard, taraf ataupun penghormatan, pengamalan ISO kita akan juga dihormati di seluruh dunia. Kita mengharapkan supaya satu masa nanti bukan sahaja badan-badan pentauliahan ataupun pengawal ISO di seluruh dunia yang merujuk pada United Kingdom, merujuk pada negara-negara lain malah mereka juga akan merujuk pada negara kita. Justeru, saya berfikir bahawa sudah sampai masanya supaya perunding- perunding ini ataupun pentauliah-pentauliah ini diberikan satu ketetapan ataupun peraturan supaya mereka dapat dikawal. Bukan untuk menyusahkan mereka tetapi supaya taraf mereka akan diiktiraf di peringkat antarabangsa sekali gus sudah pasti akan dapat mengiktiraf dan akan dapat juga meningkatkan lagi taraf semua produk kita iaitu produk dalam negara kita yang sudah pasti pengamal-pengamal di peringkat antarabangsa melihat pada sejauh mana kita berjaya mengamalkan ISO dengan sewajarnya. Akhir sekali Tuan Pengerusi, mungkin yang ini agak baru. Tuan Pengerusi, baru-baru ini, Gunung Berapi Merapi berfungsi atau meletuplah. Sedikit sahaja, Tuan Pengerusi. Akan tetapi yang saya hendak fokus di sini di bawah Butiran 020200 - Meteorologi, saya ingin bertanya sejauh mana jabatan kita ataupun Jabatan Metrologi kita sudah pun membuat kajian ataupun sudah mendapat satu lagi petunjuk-petunjuk baru yang kita boleh gunakan di dalam meramalkan cuaca kita pada masa-masa akan datang? Apakah juga kesan-kesan yang kita terima daripada proses gunung berapi tersebut baru-baru ini daripada segi alam sekitarnya, pencemarannya, cuacanya dan sebagainya? Saya yakin ada data-data baru yang boleh kita raih daripada kejadian tersebut dan saya harapkan supaya perkara ini dapat diteliti oleh Jabatan Metrologi supaya kita boleh gunakan untuk kebaikan kita pada masa-masa akan datang. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bermula dengan hendak bertanya di bawah Butiran 030100 – Agensi Nuklear Malaysia. Saya hendak meminta penjelasan dan penerangan daripada kementerian kedudukan terkini negara kita tentang kedudukan ataupun dasar kita berkenaan dengan tenaga nuklear di negara kita sebagaimana yang telah kita bincangkan banyak kali. Apakah kedudukan terkini kerana ini adalah tahun keempat peruntukan yang hampir sama telah diberi kepada agensi ini dan kita tidak mendapat gambaran yang jelas apakah dasar negara tentang pembangunan tenaga nuklear terutamanya untuk diketahui oleh umum daripada segi persediaan dan juga guna tenaga bahan yang akan menggantikan penggunaan bahan tradisi yang telah kita jalankan selama hari ini. Di bawah kimia Tuan Pengerusi, ada Butiran 020100 - Kimia. Saya hendak bertanya, oleh kerana ada penerangan di sini mengatakan setiap tahun dari tahun 2009, ada lebih daripada 2.9 juta setiap tahun. Tahun 2009 ada 2.891 juta, 2010 begitu juga dan anggaran untuk 2011 ada 3 juta keputusan ujian yang bakal diperoleh. Bolehkah kita tahu apakah significant selama hari ini tentang ujian-ujian atau keputusan-keputusan ujian kimia yang dilakukan? Apakah bidang-bidang ini atau keputusan ujian ini membawa faedah kepada umum? Saya hendak bandingkan dengan satu insiden kemalangan yang menimpa beberapa personaliti dalam negara kita yang menunggu ujian kimianya hampir mengalami keadaan yang amat kabur untuk kita tentukan.
Adakah keputusan-keputusan ujian ini juga merujuk pada kapasiti untuk membangunkan kemudahan ataupun mempercepatkan analisa-analisa kimia termasuk juga untuk mengenal pasti atau membantu penyelesaian kes-kes jenayah dan sebagainya? Saya tidak berapa berpengetahuan dalam bidang ini tetapi oleh sebab ada dicatatkan tiga tahun berturut-turut tentang hasil yang begitu banyak daripada segi penjumlahannya, saya hendak tahu apakah kedudukan terakhir atau maklumat terkini tentang ujian-ujian kimia yang kita letakkan dalam strata ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kota Belud, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih. Ya, lima minit juga yang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya pertamanya tentang 02100 – Commercialization of R&D Fund. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejak ditubuhkan ataupun pembayaran pembiayaan R&D, berapa banyakkah kejayaan kita untuk dalam menjadikan kajian-kajian ini menjadi paten dan seterusnya dikomersialkan untuk mendapatkan pendapatan pada negara dan kebaikan pada negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada paten ataupun penemuan-penemuan melalui R&D fund ini yang telah dibiayai oleh kerajaan ini apakah dalam semangat inovasi yang telah ditonjolkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini? Apakah kementerian akan membenarkan pihak swasta untuk menggunakan paten-paten yang telah pun diselidik oleh pihak universiti di bawah pembiayaan kerajaan ini ataupun ia mesti dipegang oleh universiti tersebut? Ini adalah sebab saya tengok ada juga yang mungkin berminat tetapi oleh sebab pembiayaan dana ini dibuat oleh kerajaan, maka mereka mungkin teragak-agak untuk menggunakan teknologi ataupun penemuan-penemuan R&D yang saya sebutkan tadi. Seterusnya saya ingin membincangkan tentang Jabatan Meteorologi Malaysia – 00700. Setelah Tsunami berlaku pada tahun 2004, kementerian ini telah mewujudkan satu sistem makluman SMS yang kita terima apabila hujan kuat, yang mana banjir yang akan berlaku dan kawasan-kawasan yang mungkin akan mendapat banjir kilat dan sebagainya. Akan tetapi, sejak akhir-akhir ini, saya tidak lagi mendapat SMS tersebut kerana SMS itu walaupun dihantar kepada saya contohnya, saya akan forward pada kampung-kampung di kawasan saya yang mungkin akan terjejas akibat hujan kuat dan juga ombak yang besar ini.
Jadi kepada saya, sebagai satu kawasan mewakili kawasan yang mempunyai pesisiran pantai yang agak panjang dan juga ada pulau yang mana penduduknya nelayan dan sebagainya, perkhidmatan SMS ini begitu penting kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada kementerian. Cuma saya ingin bertanya, sama ada masih diteruskan ataupun tidak kerana saya tidak lagi mendapat SMS-SMS tersebut. Seterusnya Tuan Pengerusi ialah 030300 – Angkasa Negara. Baru-baru ini saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa dalam kerajaan ataupun negara telah mendapat benefit ataupun kebaikan daripada program angkasa negara sebanyak RM50 bilion. Correct me if I am wrong, dengan izin. Jumlah itu telah disebutkan di dalam satu artikel. Saya cuma ingin meminta kalau boleh Yang Berhormat Menteri untuk menerangkan macam mana, how did you quantify the benefit dengan izin daripada segi angkanya? RM50 bilion adalah satu jumlah yang besar dan bagaimanakah kementerian boleh quantify the amount RM50 bilion itu daripada program angkasa negara ini? Saya rasa yang lain sudah ditanya oleh rakan-rakan yang lain. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberi bagi kami di MOSTI untuk berinteraksi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya katakan oleh pihak kementerian, terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil perhatian pada program-program di peringkat kementerian ini serta juga soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang telah pun dikemukakan. Sebelum itu, kepada empat orang Ahli Yang Berhormat terutamanya daripada Yang Berhormat Batu Sapi yang telah pun menyampaikan maiden speech yang ringkas tetapi padat. Syabas dan tahniah. Baiklah. Di bawah persoalan tersebut telah pun membangkitkan perkara Pusat Sains Negara. Pada saat ini kita mempunyai dua buah pusat sains iaitu satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kedah. Sememangnya ia memainkan peranan yang asas dan penting untuk penyemaian benih-benih keyakinan serta juga centralization pada perkara sains dan teknologi. Untuk perkara tersebut, sememangnya pihak kementerian telah pun memohon untuk menubuhkan satu pusat juga di Sabah dan Sarawak dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh memandangkan peruntukan yang tidak membolehkan, maka terpaksalah ia ditangguhkan untuk perbincangan seterusnya di dalam midterm review Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti. Sementara itu, program-program centralization untuk sains dan teknologi serta juga peranan-peranan dan fungsi lain yang dilakukan oleh pusat sains mahupun di Kuala Lumpur ataupun di Kedah itu, kita akan cuba extend ataupun laksanakan juga di peringkat kedua-dua negeri yang memang cukup jauh, untuk datang ke Pusat Sains Kuala Lumpur bukan mudah. Sementara waktu, program-program yang mana program yang ulung itu ataupun besar-besar, kita sangkutkan dengan agensi-agensi MOSTI yang sudah berada di dalam kedua-dua negeri Sabah dan juga di Sarawak seperti pejabat SIRIM Berhad di kedua-dua negeri ataupun pejabat Jabatan Kimia dan Jabatan Metrologi. Jadi supaya agensi-agensi ini boleh melaksanakan program penggalakan sains yang tidak dapat dianjurkan secara terus oleh pihak Pusat Sains Negara. Seterusnya Yang Berhormat Batu Sapi telah menyentuh perkara tenaga alternatif dan khususnya berkaitan dengan penggunaan wang untuk penyelidikan dan pembangunan di bawah Butiran tersebut dan khususnya program yang dijalankan oleh pihak SIRIM. Sebenarnya Tenaga Hijau ini di bawah kementerian yang sudah pun ditetapkan oleh KTTHA. Pihak MOSTI mendukung program ini daripada segi penyelidikan dan R&D. Suka saya katakan bahawa semenjak beberapa tahun ini sebenarnya jumlah yang cukup besar telah pun diasingkan untuk penyelidikan dalam bidang alternative energy dengan izin ataupun green energy. Ini merangkumi empat sektor. Satunya di dalam sektor tenaga solar. Keduanya dalam tenaga biomass. Ketiganya dalam wind technology. Seterusnya kita sudah mula untuk mengendalikan daripada segi wave technology iaitu daripada segi percubaan pilot untuk meninjau jika
teknologi yang sedia ada di dunia ini serta diubahsuai untuk kegunaan di peringkat negara kita dapat disesuaikan serta dapat digunakan untuk tempat-tempat yang terpencil dan amat jauh daripada grid, khususnya kawasan pulau-pulau yang mana alternative technology ataupun green technology seperti solar, ombak laut, tenaga bayu iaitu wind technology boleh digunakan. Beliau telah menyentuh perkara bahawa teknologi-teknologi ini masih lagi very costly dan ini memanglah betul walaupun tenaga solar ataupun tenaga bayu ataupun wind technology pun sama. Itulah lebih banyak R&D yang dapat dijalankan ataupun teknologi yang sedia ada itu diubahsuai untuk kegunaan di peringkat negara kita. Jika dapat itu kita capai maka dengan harapan mengurangkan kos.
Daripada segi insentif, untuk makluman, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam proses pembentangan satu rang undang-undang iaitu feed-in tariff dan ini akan membolehkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan tenaga daripada biomas ataupun daripada tenaga lain yang berbentuk hijau. Ia memberi ruang misalnya untuk membekal ini pada TNB dan seterusnya. Untuk makluman Tuan Pengerusi, misalnya kalau di Eropah sekarang ini energy farming is very popular yang mana farming for wind misalnya dalam ladang- ladang yang dahulunya ladang sapi is more profitable than rearing cows, you know. Farm energy - farm dengan wind. Akan tetapi memanglah mesti ada pembekal, undang-undang dan insentif untuk tujuan ini dan saya rasa rang undang-undang tersebut yang bakal dibawa di bawah kementerian tersebut akan membantu dalam perkara ini.
Boleh saya mencelah sedikit. Mendapat penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Minta maaf tadi saya tiada ilham untuk bangun bercakap. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri kebanyakan negara kita ini industrialization kita top down. Daripada bottom up ini memang – sebab itu industri SME kita amat lemah yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk diperkembangkan. Jadi antara industri yang kita lihat hari ini ialah bahan-bahan makanan haiwan diimport. Jagungnya mahal dari luar dan input untuk bela ayam, kambing dan lembu pun mahal. Saya difahamkan di Indonesia mereka telah menggunakan bahan tempatan termasuk duri keman untuk makanan. Saya hendak bertanya di sini adakah kementerian ini mempunyai satu kaedah untuk membuat penemuan-penemuan bagi mengurangkan kos-kos input agar industri IKS dari bawah akan wujud dan mengembang tanpa kita melihat hanya yang besar- besar sahaja. Orang buat sekolah, kita buat sekolah. Orang buat cable car, kita buat cable car. Akan tetapi kita hendak lihat yang bawah atau yang kecil-kecil ini. Umpama lagi satu, ramai di kampung orang buat kuih. Hendak buat kuih-kuih dengan banyak untuk dijual seperti McDonalds organization. Adakah ini juga diterokai ataupun bukan dalam bidang kementerian? Kita lihat bagaimana kita dapat memasarkan produk dengan cepat dan dengan volume yang banyak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat mantan Menteri. Apa yang disentuh sememangnya adalah tepat dan benar. Namun saya rasa, ini antara yang kita ingin atasi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh melalui program-program misalnya di bawah NKEA dalam sektor pertanian khususnya dalam bidang bahan-bahan makanan ternakan atau perikanan. Kelmarin saya berada di Manjung melawat ladang udang dan itu juga kompelin bahawa the cost keutamaan is still utama di situ adalah cost of feed dan kerana sebahagian komponen feed ini adalah diimport. Saya rasa satu galakan atau perancangan yang lebih menyeluruh dengan koordinasi kementerian lain. Peringkat MOSTI di sektor bioteknologi kita pun telah sebenarnya menaja beberapa studies. Nanti saya boleh bekalkan studies berkenaan untuk meninjau yang mana Waste to Wealth programme kita itu termasuklah untuk menggunakan hasil-hasil buangan daripada pertanian, daripada usaha pembangunan pertanian seperti kelapa sawit khususnya digunakan sebagai input pada bahan-bahan makanan dan seterusnya. Akan tetapi ini lebih sesuai barangkali untuk ditujukan kepada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani. Pihak kita dalam bidang pengagihan teknologi akan terus meninjau pada tajuk-tajuk seperti ini di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Kota Belud belum sampai.
No, farm wind tadi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya tentang apakah kementerian berminat ataupun bercadang untuk mengadakan kajian-kajian tentang sumber-sumber tenaga yang alternatif ini? Tadi Yang Berhormat Menteri mentioned about wind. Di Sabah saya difahamkan bahawa kita mempunyai kawasan-kawasan yang mempunyai angin yang kuat terutamanya di Banjaran Crocker, Gunung Kinabalu dan sebagainya serta di laut kita. Apakah kementerian akan membuat kajian? Sebab apa Yang Berhormat Menteri, kadang-kadang apa yang kita dapati apabila kajian ini dibuat oleh pihak ketiga iaitu swasta dan kita bawa kajian ini ke peringkat katalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kadang-kadang kajian ini tidak dianggap official. Akan tetapi kalau kementerian yang mungkin buat dan tunjukkan pada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa di sesetengah tempat mungkin alternative energy itu boleh dimajukan. Ada cadangan?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sebenarnya itu adalah antara keutamaan yang telah kita buat. Daripada segi alternative energy, kita sentuh ada enam jenis selain daripada biomass, solar, wind, waves. Ini empat selain daripada fossil fuel yang sedia ada yang kita gunakan sekarang ini yang bukan hijau. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang bakal ditutup, di peringkat MOSTI kita telah actually menaja beberapa study dalam bidang-bidang ini so that we can dismiss dengan izin, adakah future solar, adakah future waves di Malaysia, adakah future wind energy dan seterusnya. Sebahagian ini masih lagi dijalankan dan daripada segi potensinya, waves nampaknya walaupun belum lagi selesai kajian tersebut tetapi tidak begitu banyak tempat mengikut mapping yang telah dijalankan yang mana waves ataupun tides itu boleh digunakan. Akan tetapi yang penting kita boleh mengidentifikasikan di mana tempat-tempat terpencil yang memerlukan ini dan selepas itu kita boleh serahkan kepada kementerian yang berkenaan untuk melaksanakannya. Dalam pandangan kita yang ada future ialah I think solar, God given – Tuhan telah beri kepada kita dan we have almost sometimes solid 10 jam atau 9 jam solar. Masalahnya teknologi yang ada ini masih lagi rancak berjalan tetapi kos per unit itu masih tinggi. Hanya kerajaan boleh menaja daripada individu untuk menggunakannya. Daripada segi biomas, kami lihat ini yang kedua terbesar selepas solar. We have just too much wastage everywhere yang boleh digunakan kembali sebagai tenaga dan biomas khususnya dalam sektor perladangan begitu banyak sekali. Teknologi pun sudah banyak yang boleh dipakai mahupun ini daripada foaming kita convert pada gas. Mahupun ini tandan kosong itu - empty fruit bunch converted back to bio-charcoal ataupun ditukar pada fertilizer begitu banyak sekali. Akan tetapi saya rasa sambutan pihak swasta setakat ini dalam bidang-bidang ini belum lagi begitu memuaskan kerana I think it requires them to reinvest. Akan tetapi kalau semangat going green itu dapat dikipas then sebenarnya ini adalah baik sekali untuk negara kita. Kawasan Yang Berhormat Kota Belud misalnya di Mantanani, saya melihat ada peluang untuk testing wind technology daripada menggunakan 20 kilowatt. Ada 600 orang sahaja di situ dan mereka menggunakan diesel yang dihantar all the way from the mainland walhal barangkali testing a bit wave power plus wind power module di situ. Akan tetapi MOSTI bercadang membuat satu mini pilot di situ untuk testing. Ini adalah opportunity yang sedia ada bagi kita. Seterusnya Yang Berhormat Ledang telah pun menyentuh beberapa perkara terutamanya mengenai soal kesedaran masyarakat kita melainkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sememangnya ini antara KPI kementerian iaitu kita ingin memastikan bahawa masyarakat kita didedahkan kepada budaya sains dan moto kita di kementerian ialah membolehkan supaya sains itu satu budaya hidup rakyat kita.
Kita telah selesai mengadakan tahun inovasi Malaysia tahun ini dan kita akan susuli untuk tahun hadapan. Untuk mematangkan konteks ini, kita buat karnival all over the country. Pihak kementerian mencadangkan supaya dalam tahun 2012 kerajaan mempertimbangkannya sebagai Tahun Sains Negara sebagaimana Tahun Sains Eropah juga. Jadi kita akan ambil tahun hadapan 2011 untuk program kesedaran penghayatan sains dan teknologi. Kita akan mengadakan karnival-karnival supaya mereka merasakan bahawa sains ini not just for the bandar, bukan sahaja untuk orang- orang yang terlatih dalam bidang sains tetapi dalam thinking kita, dalam pemikiran kita sains itu sebenarnya adalah satu proses yang teratur untuk membuat keputusan dan menggunakan teknologi yang sedia ada. Jadi dengan – di bawah kepala, memang peruntukan sentiasa tidak mencukupi, every dollar has to be used to the full untuk tujuan-tujuan tersebut. Daripada segi Jabatan Standard yang telah pun disentuh, aplikasi ISO khususnya bagi syarikat-syarikat perunding dan ‘pentauliah’ bahawa sebenarnya ini sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Standard yang memberi pentauliahan kepada mereka. Akan tetapi kami sedia maklum bahawa ada juga complaint dari semasa ke semasa, pihak jabatan dan kementerian sentiasa terbuka untuk meneliti apa-apa complaint yang mana mereka yang telah ditauliahkan dan membuat konsultasi itu not up to standard dengan izin. Akta Standard Malaysia 1996 iaitu Akta 549 memberi mandat bagi menjalankan aktiviti- aktiviti... dan standard di sisi akreditasi. Jabatan Standard Malaysia memberi sijil pengiktirafan dan mengesahkan badan-badan pentauliahan seperti makmal-makmal, badan-badan pemeriksa dan badan persijilan adalah sentiasa kompeten untuk menjalankan kerja-kerja harian mereka. Kementerian telah menjalankan apa-apa aduan yang tidak memuaskan, yang diterima daripada pihak awam. Kita akan meneliti supaya mereka sentiasa layak memegang pentauliahan tersebut. Jika tidak, kita boleh sepertimana warning yang telah diberi pada beberapa, ada juga yang telah kita tarik balik pentauliahan tersebut apabila auditing tidak membenarkan, tidak meluluskan kepakaran mereka dalam bidang ini. So, Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana yang ada kekurangan dalam bidang ini dan keraguan, pihak Jabatan Standard dan kementerian akan terus memberi perhatian. Saya juga tekankan bahawa sememangnya kita naik taraf untuk negara maju. Maka standard itu untuk eksport kita adalah penting. Dalam bidang ICT khususnya Majlis MEC dalam mesyuaratnya yang baru selesai telah pun meluluskan bagi MDEC untuk membuat, membentuk standard khususnya untuk produk-produk ICT dan juga dalam bidang siber sekuriti supaya eksport kualiti itu dapat bersaing dengan standard yang tertinggi di negara-negara lain ataupun di peringkat global. Tuan Pengerusi, seterusnya...
Sedikit sahaja penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin juga daripada penjelasan tadi, agaknya bila kita boleh ke arah menyediakan satu akta bagi pengamal-pengamal atau pentauliah ISO ini? Misalnya kalau dalam bidang kejuruteraan, ada akta jurutera. Dalam bidang arkitek, ada akta arkitek. Dalam bidang juru ukur tanah dan juru ukur bahan, ada akta juru ukur bahan. Dalam bidang perubatan pun sama. Maksud saya tadi ialah ada akta yang menjaga etika mereka sebab kalau pentauliah dan pengamal ini ada etika, saya yakin badan-badan antarabangsa akan lebih mengiktiraf mereka dan sekali gus meningkatkan produktiviti kita. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ledang, itu satu cadangan yang baik. Sekarang kita meneliti sebenarnya Akta Standard Malaysia itu yang mana perkara-perkara ini apabila diteliti ada kelemahan-kelemahan untuk disemak balik. Jadi, Akta 549 yang memberi mandat untuk menjalankan, memberikan akreditasi melalui pelantikan-pelantikan tersebut. Jadi saya harap perkara yang dibangkitkan itu boleh diambil kira. Untuk membentuk satu akta khas barangkali tidak perlu tetapi boleh dikatakan dimasukkan beberapa perkara yang sebelum ini tidak terkandung dalam akta tersebut. Yang Berhormat dari Ledang juga menyentuh perihal metrologi dan seperti perkara Gunung Merapi. Saya hanya boleh katakan di sini bahawa pemantauan-
pemantauan ini, yang ada pada kita mengenai teknologi, yang ada adalah apa yang ada dalam negeri-negeri membangun. So, we’re on the way here, saya tanya Ketua Pengarah Metrologi, isu teknologi the best available in the world dengan izin. Then he said apa yang ada pada Japan, Eropah, teknologi yang ada pada kita itu, dialah itu. Jadi memanglah soal human resource dan tenaga itu perlu juga dipakai untuk mengendalikan perkara-perkara ini. Jadi early warning system memang standard sahaja. The most we can do kalau gegaran misalnya within 12 minit daripada ditubuhkan, kita boleh keluarkan maklumat kepada pihak awam. Memang kalau di negara kita, almost serta-merta kita boleh tangkap gegaran tersebut. Kalau outside the country, within 12 minutes kita sudah terima semua dan kita boleh maklumkan. So, SMS yang kita keluarkan itu, within 12 minit khususnya kalau gegaran atau tsunami warning yang kita tangkap dari Japan dan negara-negara lain yang mana teknologi pemantauan itu terletak, within 12 minit ia diedarkan. SMS itu yang dikatakan tadi sudah berhenti, sebenarnya tidak ada sebab untuk berhenti. Ia masih lagi berterusan tetapi saya akan periksa kenapa baru-baru ini Yang Berhormat dari Kota Belud dan lain-lain tidak menerimanya. Barangkali the telekom sistem ataupun kadang-kadang - kadang-kadang Tuan Pengerusi, misalnya kelmarin I think network working very poorly, almost untuk semua. So, a message that sent, kalau tidak kena send pada hari ini, sometimes our system dengan izin, collect those and send esok hari, ia hilang sahaja walhal ada dikirimkan. Akan tetapi nanti saya akan susuli perkara ini. Mengenai dengan perihal Yang Berhormat Indera Mahkota juga iaitu mengenai dengan kimia ini. Sebenarnya langkah-langkah Jabatan Kimia mempercepatkan laporan ujian kimia banyak dan saya sentiasa memantau perkara ini menggunakan misalnya teknologi yang terkini, aplikasi automasi dan robotik, updating teknologi-teknologi yang ada pada kita. Di pusat-pusat analisis baru, di peringkat cawangan sedia ada selain dari peringkat ibu pejabat seperti Pusat Pemeriksaan Dokumen Analisa DNA di Pulau Pinang, Kuching dan Johor, semua ini pun baru juga di update kan. Akan tetapi kadang-kadang I must admit that jumlah itu amat tinggi sekali. Jabatan ini bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu berasaskan pada permintaan- permintaan daripada pihak polis dan pihak kementerian yang lain. Jadi mereka dalam usaha cuba memendekkan misalnya tempoh pemprosesan tetapi ini tertakluk kepada jenis laporan yang diperlukan.
Boleh?
Biasanya kalau draf itu senang sikit tetapi dalam bidang narkotik. Kalau itu criminal case, ia akan memerlukan masa yang panjang dan penelitian yang lebih dalam oleh kerana ia menjadi bahan reference for the court.
Ini berkenaan dengan Jabatan Kimia, Tuan Pengerusi. Saya mahu minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri terutamanya tentang metodologi Jabatan Kimia untuk mendapatkan ataupun menjalankan ujian-ujian sampel yang dilakukan.
Apakah metodologi dan juga prosedur yang dibuat oleh Jabatan Kimia ini menepati piawaian antarabangsa? Tuan Pengerusi, ini kerana setiap kali dapatan- dapatan yang dibuat daripada ujian-ujian sampel yang dibuat oleh Jabatan Kimia ini, ia sering dipertikaikan oleh sesetengah pihak terutamanya apabila melibatkan kes-kes di mahkamah yang melibatkan individu-individu berprofil tinggi. Saya minta supaya kementerian Yang Berhormat Menteri dengan jelas dan terang memberitahu pada Dewan ini bahawa apakah prosedur itu mengikut piawaian antarabangsa, supaya kita tidak mahu dengar ada pihak-pihak tertentu mempertikaikan dapatan-dapatan daripada ujian sampel ini yang digunakan untuk tujuan pendakwaan di dalam mahkamah itu dipertikaikan dan menjadi bahan politik di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya beri jaminan bahawa teknologi dan prosedur yang digunakan oleh Jabatan Kimia dalam semua proses penyiasatan adalah berstandard antarabangsa. Kita punya
lab kimia yang FBI certified di region ini. Tidak banyak di region ini, dua sahaja termasuk Hong Kong. Lab kita ini adalah lab rujukan dalam criminal cases – FBI certify. Jadi, sebenarnya tidak ada keraguan dalam perkara ini. Akan tetapi fahamlah kalau di mahkamah, barang kali itu tugas mereka untuk mempersoalkan. Akan tetapi daripada segi technical proficiency, prosedurnya, daripada segi teknologi yang ada, ia dalam peringkat seperti yang saya katakan globally accepted. They are audited by other accredited agency all over the world. Jadi, tidak apa, ada ruang untuk mempersoalkan – and official day, seven by seven, 24 jam satu hari untuk kerja. Baru-baru ini di Penang saya telah menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang misalnya semasa kami mengadakan bangunan baru Toxicity Laboratory Department dan memerhatikan sebenarnya penerimaan sampel different from the processing of the sampel dan seterusnya. So, tidak ada ruang sebenarnya untuk mempersoalkan. We are one of FBI certify lab in the region. Thank you.
Yang Berhormat Menteri, sedikit soalan tambahan. Sebenarnya, walaupun FBI certified – sebenarnya di Amerika itu, program untuk wrong full conviction, ada juga istilah dipanggil junk science as a matter of subject by itself yang kebetulan saya buat. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah mohon penjelasan daripada segi urus tadbir – governance, kerana sehingga hari ini setahu saya – mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bantu betulkan fakta – bahawa lab yang untuk tujuan test DNA yang dahulu di Klang itu, masih lagi dipunyai oleh swasta. Jadi daripada segi governance nya itu, daripada segi independent nya itu, adakah ia terjamin? Kalau salah, betulkan saya. Kalau tidak salah, kepunyaan Berjaya. Lab Goblin kah? Saya tidak ingat namanya tetapi bunyinya sebegitu. Akan tetapi memang tujuannya untuk sesuatu lab, untuk tujuan test DNA. Jadi, kalau katakan kita punya kepentingan berlawanan dengan tuan punya lab tersebut, jadi isu daripada segi independent finding itu akan ditimbulkan, kerana tuan punya dengan izin pecuniary interest terhadap lab tersebut.
Yang Berhormat Menteri hendak beri Yang Berhormat Indera Mahkota sekali?
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangkitkan berkenaan dengan kimia tadi kerana ada signifikannya. Anggaran yang dibuat tahun 2011, pihak kementerian menjangkakan ada pertambahan dalam 400,000 kes yang patut diselesaikan oleh Jabatan Kimia. Saya hendak bertanya, berdasarkan pada anggaran belanjawan ini, saya tidak nampak ada signifikan perubahan daripada segi fizikal pembangunan berkenaan dengan kimia ini. Banyak pejabat kimia yang lokasinya berada dalam kawasan perumahan. Tadi Yang Berhormat Menteri memberi jaminan, saya pun dengar. Saya rasa semua orang mendengar berkenaan dengan jaminan keselamatan ini. Akan tetapi apa kata sekiranya beberapa ataupun yang sempat saya lawati atau singgah, pejabat kimia berada di kawasan perumahan yang aspek keselamatannya langsung tidak ada. Sesetengahnya pagar hanya separuh. Sebagai contoh, satu pejabat kimia di kawasan saya yang terletak di kawasan perumahan dan kawasan itu dijadikan kawasan riadah juga oleh sebahagian daripada penduduk. Jadi, aspek keselamatan itu pada mata kasarnya memang langsung tidak ada jaminan sebagaimana Yang Berhormat Menteri berikan tadi. Kedua, oleh kerana terlalu banyak kes yang dijangkakan patut diselesaikan oleh Jabatan Kimia, berdasarkan pada belanjawan ini, tidak ada satu perancangan untuk menunjukkan bahawa peningkatan dalam aspek keselamatan tadi. Kalau boleh saya hendak penjelasan itu sebab saya terkeliru dengan jaminan itu. Terima kasih.
Menjawab soalan oleh Yang Berhormat Balik Pulau mengenai dengan DNA test ini, saya ingin katakan di sini bahawa – mengenai dengan Klang itu, setakat ini sebenarnya di bawah Jabatan Kimia ada tiga pusat untuk menganalisis DNA. Satu di Petaling Jaya, satu di Kuching dan satu di Penang. Itulah yang saya ingin jawab tadi bahawa setakat makluman yang saya sedia ada, tidak ada lagi di Klang itu.
Kalau ada, I think bukan ada kena mengena dengan DNA ataupun ia satu lab yang outsource, buat analisis dahulu – kita ada masalah melamin dahulu misalnya, kita lantik... Kapasiti kita tidak mencukupi because result have to be thought, We are not banned to import atau tidak, waste money all the way. So, kita perlu outsource kepada pihak luar. Akan tetapi, DNA punya hal, as far as yang saya tahu, tidak ada di luar, di outsource kepada pihak swasta selain daripada yang ada di Kuching, Penang dan di Petaling Jaya. Akan tetapi, nanti saya akan minta tambahan maklumat ataupun minta pegawai untuk membincangkan perkara ini. Daripada segi Yang Berhormat Indera Mahkota, berkaitan dengan keselamatan, kita tidak nafikan bahawa lokasi sebahagian tempat-tempat itu kerana pertamanya ia bersejarah. Mereka berada di sana dahulu daripada perumahan tetapi perumahan pergi dekat dengan mereka menyebabkan ada yang berdekatan dengan tempat-tempat tersebut. Akan tetapi setakat ini tidak ada masalah berkaitan dengan pihak keselamatan. Semua Pejabat Kimia Negara ini kecuali yang baru tetapi yang besar-besar itu dikawal oleh pihak polis bantuan. So, ia satu daripada antara security area tetapi yang mana barangkali kita akan buat semakan kalau ada yang meragukan, kita boleh tinjau perkara tersebut. Akan tetapi biasanya di mana lab yang sensitif-sensitif seumpama ini – DNA atau dilindungi dengan toxicity dan seterusnya, ia bukan diperolehi di semua lab. Ia hanya di lab-lab yang besar.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sedikit sahaja. Saya mohon sedikit kalau Yang Berhormat Menteri ada maklumat. Sejauh mana setakat ini pakar-pakar kimia kita ataupun kita panggil forensic expert kita yang mana kenyataan-kenyataan mereka diterima oleh mahkamah? Ini kerana kebanyakan kes-kes berprofil tinggi – saya tidak hendak sebutkan di sini kerana melibatkan identiti. Kebanyakannya terlepas disebabkan oleh keterangan forensik yang dipertikaikan. Walaupun tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan ia certify oleh FBI dan sebagainya, tetapi daripada segi kita tengok laporan media, kes-kes terutama homicide case dan sebagainya, keterangan-keterangan ini amat longgar dan itu akan menempelak kredibiliti jabatan yang mana saya rasa sepatutnya tidak berlaku.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya katakan tadi bahawa tidak ada keraguan daripada segi profesionalisme pakar-pakar kita khususnya forensik, saintis, dan semua ini. Mereka melakukan sahaja daripada segi etika tetapi daripada segi profesionalisme, daripada segi latihan yang ada, amat sukar untuk dipertikaikan. Saya sendiri tahun ini dua kali melawat mereka untuk meninjau di situ. Memanglah, apabila you panggil saintis tersebut ke mahkamah, kemudian dia bekalkan maklumat sepertimana yang betul dan benar daripada analisa yang dilaksanakan, itu pihak mahkamah hendak untuk menginterpretasikannya. Satu, antara yang berkepentingan di situ.
So, memang sentiasa pihak lawan hendak mempersoalkan kebolehan barangkali agensi dalam perkara ini dan keputusan akhirnya dibuat oleh pihak-pihak hakim. Akan tetapi saya boleh berikan jaminan bahawa jabatan kimia di negara ini adalah antara jabatan kimia yang dihormati di rantau ini. Saya sedia maklum kekurangan belanja dan barangkali kalau tidak nampak di situ dalam peningkatan, sebenarnya kita telah pun memohon lebih daripada itu sebab pelanggan sudah bertambah. Misalnya tambahan cawangan-cawangan ditubuhkan dan kebanyakan tenaga ini amat lewat sekali bagi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menunaikan keperluan. Jadi, kita tarik staf daripada ibu pejabat pada peringkat negeri dan seterusnya. Akan tetapi tidaklah sampai ke tahap yang mana ia melemahkan pentadbiran ataupun kebolehan jabatan ini untuk berfungsi sebagai satu jabatan yang profesional. Seterusnya tadi mengenai Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya difahamkan bahawa Jabatan Kimia dikategorikan sebagai kawasan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat kawasan keselamatan walaupun dalam kawasan perumahan. Nanti saya buat tinjauan sendirilah. Kalau betul pagarnya itu tidak selamat, walaupun ada polis di
situ, kita akan tambahkan kawalan supaya ada imej bahawa tempat itu adalah selamat dan ditanggung selamat. Saya rasa seterusnya kepada Ahli Yang Berhormat Kota Belud, yang terakhir yang menyentuh perihal paten dan seterusnya. Suka saya maklumkan bahawa saya tidak dapat membekalkan jumlah-jumlah yang khusus, tetapi saya boleh bekalkan untuk jawapan bertulis Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan hasil daripada hampir 3,200 buah projek ataupun R&D project yang telah ditaja oleh pihak MOSTI, ia telah mengeluarkan setakat ini dan ini belum selesai dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebahagian study itu memerlukan dua tahun atau tiga tahun untuk diselesaikan, tetapi setakat ini daripada Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, 550 paten telah pun didaftarkan, fail hak cipta 421, trademark 225, reka bentuk industri 27 dan jumlah keseluruhan 1,219. Setakat ini daripada paten tersebut dan apa yang dikomersialkan telah menjana RM3.1 bilion. Ini berasaskan pada sales revenue oleh syarikat-syarikat tertentu dan yang belum dikomersialkan berpotensi adalah 1,113. Jika perlu minat yang lebih terperinci, kita boleh bekalkan. Dengan adanya penubuhan unit di Jabatan Perdana Menteri yang mana terlist dalam order paper kita, yang mana saya akan bentangkan pembacaan pertama nanti pada minggu depan, bahawa soal pengkomersialan harta-harta intelek ini akan dikemas kini lagi dengan penubuhan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sesiapa yang hendak bahas nanti bolehlah bahaskan di situ.
Yang Berhormat Menteri.
Tujuan utama ialah memastikan R&D-R&D semua ini, paten, hak cipta ini diterjemahkan pada kekayaan melalui wealth process. Barangkali pada waktu itu saya akan disclose lebih spesifik perkara-perkara yang berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat Menteri gulung. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri sebab saya lihat ada semacam perkara yang perlu diperbetulkan dalam pembangunan harta intelek di Malaysia. Sudahlah hak-hak cipta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Urusan- urusan inovasi, urusan-urusan kreatif yang lain di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini pula adalah di bawah untuk urusan lain, pembangunannya pula di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya risau bahawa kerja-kerja inovasi masih lagi perlu banyak diperbaiki tetapi yang dibentuk banyak agensi. Saya khuatir nanti jadi masalah inter departments problem. Saya mohon sebab bagi saya, kerja-kerja inovasi adalah kerja-kerja yang memerlukan pengkhususan dan fokus yang tinggi. Jadi, saya rasa Menteri mungkin boleh memberi penjelasan apakah rasionalnya Jabatan Perdana Menteri terlibat dalam kerja-kerja R&D, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...? [Ketawa] Sepatutnya pada pandangan saya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan kementerian yang secocok untuk mewakili kerja- kerja sebegitu.
Sebelum Yang Berhormat Menteri menggulung, saya pohon untuk... Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri juga telah pun menggulung semasa mengatakan terdapat pelbagai bentuk pembaziran. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, adakah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pernah terfikir, kita ada electronic government. Kita ada sistem electronic government, tetapi baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya telah mencadangkan yang mana sejumlah 5.2 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar. Sekiranya setiap orang mendaftar, perlu bayar RM3.50 sen. Saya kira-kira sekurang-kurangnya RM18 juta wang rakyat hangus kerana sistem pendaftaran pengundi ini. Adakah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kita adakan sistem online secara automatik setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dalam MyKadnya ada microchip terus jadikan dia layak untuk mengundi. Saya rasa ini akan menjimatkan masa, guna tenaga dan juga ada reflects the true spirit of electronic government. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, perkara ini tidak ada dibangkitkan pada yang asalnya tadi. Jadi bolehlah dijawab secara pintas lalu.
Saya jawab pada Yang Berhormat Balik Pulau sahaja. Saya fikir Yang Berhormat Balik Pulau ini soal durian sedap sahaja. [Ketawa] Anyway, saya reserve komen saya di sini.
[Bangun]
Nanti apabila rang undang-undang itu dibawa, kalau sempat minggu depan you boleh bahaslah habis-habisan those concern. Mengenai penerima dana MOSTI ini dahulu, I think.. [Disampuk] Saya rasa, we are the clients, the techologies is there. Terpulang pada SPR untuk hendak minta panduan daripada kita. Akan tetapi SPR di bawah Parlimen, independent. Tidak boleh detect dengannya. So, teknologi is available there untuk kita. Untuk menggulung, seterusnya...
Satu lagi pasal tenaga nuklear, agensi nuklear tidak dijawab.
Okey. Oh! Agensi nuklear.
Dan ANGKASA Yang Berhormat Menteri.
Mengenai dengan perihal pembangunan sektor nuklear adalah saya maklumkan bahawa peranan MOSTI di sini ialah sekadar daripada segi teknologi dan licensing. Kita ada dua agensi AELB iaitu Atomic Energy Licensing Board dan Agensi Nuklear Malaysia adalah bahagian R&D. Jadi pembangunan sektor tenaga nuklear keseluruhan adalah di bawah KTTHA. Tiga jawatankuasa telah pun ditubuhkan, satu jawatankuasa pembangunan sektor tersebut diletakkan di bawah TNB. Dua jawatankuasa yang lain itu iaitu perihal legislative dan keselamatan di bawah perihal AELB (Atomic Energy Licensing Board) dan R&D di bawah pihak MOSTI juga termasuk AELB untuk perihal R&D.
[Bangun]
Setakat ini jawatankuasa- jawatankuasa tersebut telah pun berbincang dan bermesyuarat. Saya difahamkan telah pun mengemukakan laporan-laporan tersebut iaitu kepada jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Menteri KTTHA. Jadi, setakat itu sahaja saya boleh jawab di situ kerana sektor pembangunan tenaga ini di bawah kementerian yang lain. Bagi pihak...
Saya minta penjelasan sedikit, boleh? Saya tidak mahu mempertikaikan jawapan Yang Berhormat Menteri. Cuma Yang Berhormat kata, tugas ataupun peranan kementerian Yang Berhormat setakat ini bukanlah menjadi kementerian yang asas untuk mengendalikan urusan ini. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Menteri berkata begitu, saya hendak pengesahan. Mengikut laporan ini, dua tahun iaitu 2010 dan 2011 dengan anggaran, kita memperuntukkan hampir RM200 juta untuk tujuan peranan yang terhad di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri itu. Untuk apakah jumlah yang sebegitu besar kerana semata-mata untuk peranan yang agak sedikit untuk pelesenan dan pentauliahan sahaja? Kalau boleh beri sedikit detail berkenaan dengan kedudukan ini. Terima kasih.
Jadi, selama hampir 25 tahun Agensi Nuklear Malaysia telah wujud. Ia memainkan fungsi-fungsi dan peranan yang luas daripada sekadar menyokong pengkomersialan sektor-sektor ini. So, misalnya daripada segi pembangunan sektor ini sememangnya daripada segi R&D, ia dibekalkan. So, RM200 juta itu untuk dua tahun. Jadi daripada segi itu banyak program kajian dan seterusnya juga ia menjadi konsultan bagi kepada pihak swasta untuk mewujudkan penggunaan radiation dan seterusnya.
So, bukan dikhususkan sahaja untuk soal perihal pengkomersialan tenaga ini. Ia juga sebahagian digunakan sebagai latihan untuk persiapan apabila sektor ini dibangunkan secara komersial. Okey, so dengan izin, they have a lot of function aside from purely membangunkan sektor ini untuk tujuan tenaga. Setakat ini adalah untuk menyokong industri, membuat R&D yang berkaitan dengan penggunaan pertanian dan seterusnya dan banyak lagi yang lain yang boleh dibaca di bawah laporan tahunan agensi tersebut. Daripada segi perkara yang saya ingin sentuh tadi, iaitu - lupa sudah.
Sebenarnya Yang Berhormat hendak gulung sudah tadi kan? Sudah habis.
Saya gulunglah, saya gulunglah. I think yang lain itu kita boleh... baru-baru saya jemput juga mereka pergi ke Nuclear Agency lawat dan pintu di situ sentiasa sahaja terbuka. Pihak pembangkang pun boleh pergi juga bila-bila masa. So, saya rasa tiada masalah. Hanya daripada segi inovasi tadi, jadi saya boleh katakan bahawa berasaskan pada paten filing dan seterusnya apa- apa juga investment negara kita dalam bidang ini boleh mulai kelihatan bahawa dia mempunyai nilai yang jauh, lebih banyak daripada pelaburan yang dijalankan. Seterusnya pihak Kota Belud ada satu perkara sahaja lagi yang disentuh tadi itu iaitu perihal SMS yang sudah pun jawab, mengenai dengan perihal metrologi dan seterusnya. So, saya rasa itu sahaja yang saya perlu jawab. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan bila-bila masa jika apa yang perlukan untuk ditaklimatkan, sila datang pada agensi-agensi berkenaan. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM775,590,000 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2011 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM775,590,000 untuk Kepala B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM466,033,600 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM466,033,600 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.
Usul — Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Memotong RM100 Gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan MasyarakatMotion
Yang Berhormat, saya minta semua diamlah. Kerana diperuntukkan dalam Dewan peraturan dan peraturan itu kita sendiri kena hormat juga Yang Berhormat.
Ha, dengar itu.
Jadi kalau dibenarkan bercakap, bercakaplah. Jadi saya minta yang lain diam. Yang Berhormat ada lima minit. Selepas itu disambung lagi seorang lagi...
Lima minit? Lima minitkah?
Dua orang daripada sebelah sini, dua orang daripada sebelah sana bercakap. Empat orang sahaja Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2011 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100 bagi Maksud B.48 Kod 10000. Tuan Pengerusi, sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran dengan izin, [Membaca sepotong ayat al-Quran], yang bermaksud; “Tahu kah kamu siapakah yang mendustakan agama iaitu mereka yang mengherdik anak yatim dan mereka yang tidak memberi makan golongan orang-orang yang miskin”. Di antara tanggungjawab pemerintah ialah memberi kebajikan, memberi bantuan dan kebajikan kepada rakyat. Sebab kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat. Menyentuh persoalan berkaitan dengan program bantuan am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, didapati bagaimana pengurusan program bantuan am kurang memuaskan. Kita melihat bagaimana dalam Laporan Audit sendiri menjelaskan bagaimana bayaran kepada penerima, ada penerima yang meninggal dunia akan tetapi masih menerima bantuan. Dalam Laporan Audit tahun lepas didedahkan bagaimana ada penerima yang namanya tidak ada dalam register Jabatan Pendaftaran Negara, kad pengenalan palsu, nama palsu akan tetapi menerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sejauh mana pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Begitu juga kita mendapat aduan, banyak bantuan yang lewat, bukan sepatutnya daripada segi piagam pelanggan yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu untuk menyiasat kes yang dilaporkan dalam tempoh dua minggu dan kes hendaklah dimaklumkan kepada pemohon sama ada diterima atau ditolak dalam masa satu bulan. Akan tetapi bagaimana didapati ada kes yang lewat melebihi sembilan bulan. Sedangkan yang memohon bantuan ini adalah golongan yang daif, golongan yang memerlukan bantuan. Ada laporan yang didapati dalam laporan-laporan Audit sendiri mendedahkan bagaimana bayaran tidak mengikut tempoh yang dikehendaki. Sepatutnya sebelum lima hari bulan akan tetapi ada yang lewat melebihi dua ataupun tiga bulan. Saya ingin penjelasan sejauh mana kepekaan kementerian dalam menangani isu golongan miskin, rakyat yang daif, yang sangat-sangat memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Begitu juga kita melihat bagaimana ada bantuan yang tidak sampai kepada penerima yang sebenar. Ada yang disalah, dimasukkan melalui akaun pegawai tanpa kebenaran dan kelulusan. Ini adalah satu perkara yang menyalahi prosedur kewangan. Jadi, apakah yang di buat oleh pihak kerajaan? Memantau kenapa berlakunya sedemikian. Begitu juga kita lihat sebagaimana yang dalam soal jawab di Dewan ini pagi ini didedahkan banyak kes, bukan sahaja di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Bagaimana pemohon penerima bantuan kebajikan yang begitu ramai akan tetapi semakan pengurusan pejabat sangat lemah. Ini kerana masalah utama kita dapati ialah kekurangan kakitangan. Kenapa kerajaan tidak menambahkan pegawai- pegawai untuk memberi keberkesanan dalam pelaksanaan tugas ini. Kita melihat daripada segi standard antarabangsa. Nisbah seorang pegawai mengendalikan standard antarabangsanya 35 kes. Akan tetapi apa yang berlaku dalam negara kita seorang pegawai mengendalikan hampir sampai satu negeri itu satu pegawai 957 kes. Macam mana satu orang pegawai mampu mengendalikan 957 kes hanya satu orang. Di manakah kebajikan yang hendak disebarkan. Kita tidak hairan kalau kita lihat dalam TV dalam program Bersamamu, kita melihat bagaimana kedaifannya cukup menyayat hati. Memalukan. Kita yang sudah merdeka lebih daripada 50 tahun. Di mana peranan yang seharusnya dimainkan oleh pihak kerajaan hari ini. Apa lagi kita melihat suasana ini yang amat menekan rakyat, di saat rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang. Sekarang ini kenaikan harga barang tanpa pengisytiharan. Tiba-tiba naik, naik senyap-senyap. Minyak naik, gula naik harga barang harian naik. Terus menggunung membebankan pengguna. Mungkin pihak
Menteri potong gaji RM100 tidak ada nilai sebab gaji Menteri dengan elaun puluhan ribu. Akan tetapi bagi orang miskin yang pendapatannya hanya beberapa ringgit sebulan, ini adalah satu perkara yang sangat menekan jiwa mereka. Apalagi apabila berdepan dengan musim buka sekolah, berdepan dengan tanggungan dan sebagainya. Kalau di negeri-negeri di Pantai Timur berdepan dengan musim tengkujuh. Mereka tidak dapat mencari punca pendapatan melalui menoreh getah dan petani dan sebagainya. Ini seharusnya diberi perhatian serius. Sebab itulah saya mencadangkan supaya pemotongan ini dibuat bukan untuk kita merendahkan kedudukan Menteri kita, tidak. Akan tetapi apa yang saya hendak, keseriusan kita menangani isu rakyat yang ada di depan kita. Sejauh mana tanggungjawab sebagai kerajaan menangani isu ini. Saya bagi contoh apa yang didedahkan di dalam buku Audit. Bagaimana sebanyak RM8,825 dibayar kepada penerima yang telah meninggal dunia.
Bagaimana RM12,673 berlaku kelewatan lebih daripada lima bulan. Ini baru satu kajian, satu negeri. Bagaimana tujuh fail bantuan yang tidak disentuh, tidak dikaji. 75 kes kelewatan antara satu hingga lapan bulan. Begitu juga keselamatan kewangan dalam proses pembahagian, tidak ada pemantauan daripada pihak keselamatan. Begitu juga permohonan yang lewat diproses. Ada yang sampai melewati lebih daripada 19 bulan. Ada kes. Subhanallah. Jadi saya harapkan perkara ini diberi perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Saya ingin penjelasan juga daripada pihak kementerian berkaitan dengan sistem e-Bantuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang telah diperuntukkan dalam tahun 2007 lagi lebih daripada RM4 juta. Bagaimana dalam laporan audit mendedahkan bagaimana sistem ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana sistem ini tidak ada infrastrukturnya. Jadi sejauh mana usaha-usaha ini telah dibuat untuk memantau program ini supaya rakyat yang betul-betul berdepan dengan isu kemiskinan ini dapat diselesaikan dengan rakyat. Begitu juga saya tersentuh hati apabila membaca apa yang disebut oleh Menteri wanita kenyataannya terhadap isu banjir di negeri Kedah. Satu kenyataan yang cukup menyinggung, bagaimana perkara ini disuarakan ke bawah Duli Sultan Kedah sendiri. Bagaimana Menteri wanita memperlekehkan kerajaan Kedah sedangkan dalam isu bantuan banjir dan sebagainya jabatan yang terlibat secara langsung ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat itu sendiri. Sejauh mana kementerian berbincang, berunding dengan kerajaan negeri. Saya juga pernah mengalami isu yang sama. Kawasan saya setiap tahun berdepan dengan banjir. Akan tetapi, apabila Menteri wanita datang ke kawasan saya, sedikit pun tidak ada makluman kepada saya sebagai Ahli Parlimen.
Ya, sudah Yang Berhormat?
Yang mana pegawai jajahan pernah memberitahu saya bagaimana dia sendiri pun tidak mendapat makluman kedatangan Yang Berhormat Menteri dengan skuad penyayangnya ke pusat pemindahan banjir.
Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat.
Sudah cukup masa?
Yang Berhormat, saya melihat jam setiap masa Yang Berhormat.
Okey. Okey, terima kasih. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama memerhati apa ‘fasahan’ di bawah dan saya juga ingin supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi perhatian yang serius terhadap isu keruntuhan moral wanita dalam negara yang semakin teruk hari ini. Sejauh mana kredibiliti seorang Menteri wanita dalam memastikan wanita negara kita bukan sahaja kita bukan melihat daripada segi pembangunan ekonomi tetapi daripada segi akhlak dan moral yang semakin jatuh yang cukup menjatuhkan maruah negara. Sekian, terima kasih. Saya mencadangkan.
[Bangun]
Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga mengambil bahagian dan menegur Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana sering kali saya mendapat aduan daripada mereka yang miskin bahawa setiap kali sebelum akhir tahun tiba-tiba dikatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ada lagi bantuan untuk mereka. Ramai yang tiba-tiba bantuan yang diberikan tiba-tiba diberhenti tanpa sebab. Bagi golongan orang miskin, mereka bergantung dan mengharapkan bantuan bulanan ini dan kalau mereka tidak mendapat bantuan, ke manakah mereka hendak cari wang untuk hidup. Biasanya mereka mengadu kepada wakil rakyat. Memang kita sebagai wakil rakyat kita akan cuba menolong tetapi yang saya hendak nyatakan di sini peruntukan diberikan oleh Parlimen kepada kementerian, kementerian mesti dalam bajet memastikan sehingga akhir tahun setiap bulan mereka yang layak mendapat bantuan. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu ke manakah wang yang telah diperuntukkan itu pergi dan atas apakah alasan setengah-setengah mereka yang layak menerima bantuan tiba-tiba bantuan mereka diberhentikan? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mulakan sikit dengan pantunlah. Dari Kuala Lumpur ke Pasir Salak, Singgah sebentar membeli berangan, Usul Yang Berhormat harus ditolak, Kerana langsung tidak membawa kebaikan. [Tepuk] Tuan Pengerusi, apa yang saya perhatikan dari awal lagi kita nampaknya di sebelah sana langsung tidak pernah menghargai apa kementerian buat. Ini adalah kementerian yang telah melakukan banyak kebaikan dan melakukan amal jariah kepada masyarakat kita daripada yang lahir sehingga meninggal dunia. Ini satu tanggungjawab yang begitu berat sekali Tuan Pengerusi. Jadi saya mengharapkan agar pihak yang sebelah sana melihat apakah pencapaian kita selama ini. Adakah selama ini dilakukan oleh kerajaan yang lain? Kita tidak pernah mempunyai kerajaan lain sebelum ini selain kerajaan Barisan Nasional. Cuba kita lihat, kalau dulu, berapa orang sahaja wanita yang memimpin di sebelah sana. Akan tetapi, siapa yang membawa perkara ini sehingga mencapai kejayaan sehingga hari ini, ramai menggunakan wanita sebagai satu KPI yang begitu baik untuk to whom the voters, dengan izin. Jadi di situ kita perhatikan Barisan Nasional telah menjadi role model kepada pihak-pihak lain untuk mengikut langkah kita yang mana kerajaan kita melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah banyak berjuang untuk masyarakat kita di Malaysia ini. Saya hendak menyentuh di sini pencapaian-pencapaian yang dilakukan oleh kementerian ini. Banyak pencapaian yang telah dicapai. Sebenarnya terlalu banyak. Saya takut tidak cukup masa tetapi saya ingin hendak menyentuh yang begitu utama sekali. Salah satu daripada yang penting sekali dilakukan oleh kementerian ialah Artikel 82 yang mana pindaan Perlembagaan Persekutuan telah dilakukan pindaannya. Ini inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana perkataan gender untuk menjamin supaya tidak ada diskriminasi dilakukan kepada
gender selain daripada perbezaan keturunan, tempat lahir, agama dan budaya dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Banyak lagi yang kita lakukan. Pagi tadi kita mendengar juga dua orang wanita menjadi hakim Mahkamah Syariah. Itu juga pencapaian kita.
Penjelasan.
Saya berterima kasih juga saya hendak berterima kasih kerana Yang Berhormat Rantau Panjang juga menyentuh mengenai laporan audit. Ini menunjukkan kerajaan kita sebuah kerajaan demokratik yang kita terlalu transparent. Kita tidak menyembunyikan apa-apa.
Yang Berhormat, minta sedikit.
Supaya kerajaan kita dapat melakukan perubahan yang baik. Saya tidak banyak masa. Okey, bagi sikit.
Yang Berhormat, saya tidak akan tambah masa Yang Berhormat.
Tidak mengapa. Walaupun masa tidak tambah kita tahu mengatur masa. [Ketawa]...Yang Berhormat Batang Sadong, kalau dilihat kita semua pun tidak begitu bersetuju dengan apa yang ada pada hari ini. Akan tetapi, secara total kementerian ini telah mengangkat darjat bukan sahaja wanita bahkan keseluruhan rakyat luar bandar yang susah payah. Akan tetapi, kalau orang sudah buta hati, maka dia akan selalu mengatakan orang lain tidak betul. Penjelasan.
Terima kasih. Saya berharap itu dimasukkan sekali dalam ucapan saya. Saya juga hendak menyentuh tadi Yang Berhormat juga mengatakan Menteri kita turun padang tidak memberitahu kepada pihak sana apabila pergi ke kawasan. Selalu juga kawasan yang sebelah pergi ke kawasan lain tidak pun memberitahu kita, tidak menyatakan saya akan datang ke sana. Jadi perlu kah kita memberitahu kalau kita hendak – satu perkara yang baik, hendak menolong masyarakat. Jadi di situ kita nampak kerana orang ramai telah memerhatikan bahawa Menteri kita menjalankan kerja yang terbaik, cemerlang kerana sering kali turun ke padang. Jadi dari situ kita nampak ramai orang hendak – orang sebelah sana mengatakan Menteri kita tidak menjalankan tugas daripada segi apa yang dilakukan di Kedah baru-baru ini adalah satu perkara yang tidak baik. Akan tetapi, saya nampak sendiri di dalam televisyen, apa yang dilakukan oleh Menteri. Di situ juga kita nampak bahawa Menteri ini sering kali mana-mana dia pergi menguruskan urusan-urusan mengenai kebajikan, mengenai orang yang terbuang, anak-anak yang terbuang ataupun mengenai violence against the women and children, dengan izin di situ kita nampak Menteri memang turun padang. Adakah ini satu amalan yang tidak baik? Ini adalah satu usaha - memang kalau kita hendak mencapai sepenuhnya memang sukar. Dasar 30% wanita untuk di tempatkan di kedudukan memegang jawatan yang membuat keputusan. Itu juga usaha yang dilakukan oleh Menteri kita.
Banyak lagi Yang Berhormat Menteri kita lakukan. Adakah kita tidak mahu menerima hakikat itu? Jadi banyak lagi daripada segi peraturan dan undang-undang yang telah dilakukan oleh kementerian terutama sekali di bawah Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang.
[Bangun]
Jadi saya mengharapkan supaya kita sebagai wanita juga menyokong. Kita sama-sama dalam satu kapal, satu haluan untuk membantu wanita maju bersama. Jadi biarlah kita sama-sama menyokong apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita. Itu adalah dasar 30% yang hendak kita ketengahkan. Jadi...
Baik, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menolak usul ini, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Sri Gading boleh menyampuklah, insya-Allah. Tuan Pengerusi...
Saya tidak akan menyampuk. Saya menyokong penuh kementerian ini dan tolak usul ini.
Okey, sokong.
Usul ini usul dengki, hasad dengki.
Itu masuk dalam ucapan saya Tuan Pengerusi. [Ketawa] Tuan Pengerusi, nampak sangat apa yang ada di hadapan mata pencadang pada usul ini adalah sesuatu yang hanya buruk. Jikalau dibuka hujahnya tadi dengan ayat al-Quran, hari ini kalau kita nampak salah satu daripada kementerian yang dahulunya sedemikian rupanya yang semakin hari bertambah elok rupanya. Hari esok lebih baik daripada masa yang lalu. Hari hadapan lebih baik daripada masa yang lalu ialah kementerian kita ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pada tahun 1995, keputusan daripada persidangan di Beijing mengenai pengangkatan martabat wanita akhirnya kerajaan memutuskan mewujudkan satu kementerian. Kementerian dahulunya hanya mengambil kira tentang isu-isu wanita tetapi hari ini ia kembangkan tanggungjawabnya.
Yang Berhormat Tangga Batu, mohon mencelah.
Yang Berhormat Tangga Batu.
Bukan sahaja wanita, masyarakat dan juga kebajikan serta satu-satunya kementerian di dalam dunia ini kementerian yang menjaga wanita dan tugas-tugas kebajikan yang lain.
Yang Berhormat Tangga Batu boleh?
Ini satu tanggungjawab yang besar.
Yang Berhormat Tangga Batu?
Tidak ada dalam dunia kementerian yang menjaga wanita dan perkara-perkara lain, Tuan Pengerusi.
Kelantan ada?
Betul! Boleh bagi laluan?
Wah! Ramai yang bercakap, silakan semua bercakap tidak apa.
Boleh bagi laluan?
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Saya janji Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Sri Gading dahulu.
Tuan Pengerusi, apabila Yang Berhormat Rantau Panjang tergamak mendatangkan usul ini, saya mengucap
istighfar astaghfirullah hal azim. Sepatutnya sebagai anggota wanita Parlimen berasa bangga Yang Berhormat Menteri wanita kita, RM1.2 bilion tahun hadapan ini diperuntukkan kepada kementerian ini membantu apa yang telah pun disediakan. Astaghfirullah hal azim.
Sultan Kedah murka.
Jikalau Dewan Muslimat PAS kerjanya hanya, astaghfirullah hal azim. Memalukan wanita.
Astaghfirullah hal azim. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tidak boleh.
Ya, cukuplah itu Yang Berhormat. Astaghfirullah hal azim.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tuan Pengerusi...
Sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Pengerusi...
Mohon laluan Yang Berhormat Tangga Batu.
Yang Berhormat Tenggara, Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Tangga Batu. Saya selaku seorang wanita Malaysia, saya merasa amat berbangga dilahirkan sebagai wanita Malaysia. [Tepuk] Saya tidak faham adakah Yang Berhormat Rantau Panjang kesal kerana dilahirkan di Malaysia sebagai seorang wanita? Adakah Yang Berhormat Rantau Panjang selama seumur hidup...
Luar tajuk, putar belit sudah.
Sebagai seorang wanita tidak pernah menikmati kebaikan yang dilakukan sebagai seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia?
Sudahlah Yang Berhormat Tenggara.
Yang Berhormat Tangga Batu dan selain daripada itu saya hendak tanya kita sekarang ini sebagai wanita Malaysia sepatutnya memberikan sokongan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. [Tepuk] Dan Kementerian Pembangunan Wanita memberikan sokongan menyatakan pandangan-pandangan yang sihat kita kepada Yang Berhormat Menteri untuk memperkukuhkan kedudukan kementerian dalam usaha untuk membela nasib wanita.
[Bangun]
Selain daripada itu Tuan Pengerusi, sedikit lagi Yang Berhormat Tangga Batu. Ini soal wanita, saya lebih faham daripada Yang Berhormat Tangga Batu.
Allah ya karim.
Yang Berhormat Tangga Batu, duduklah. Biar Yang Berhormat Tenggara cakap.
Selain daripada itu, kita sepatutnya.... [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Memberikan fokus dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Rancangan Malaysia Kesepuluh ini penting untuk wanita dan Yang Berhormat Menteri Wanita.
Peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat.
Peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Tenggara sudahlah. Cukuplah itu.
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Eleh! Peraturan Mesyuarat. Buang masa lah itu.
Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat Ampang duduk. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ampang...
Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Ampang patut hendak berbahas tadi.
Okey, okey. Duduk, duduk.
Tuan Pengerusi.
Duduk Yang Berhormat.
Terima kasihlah Yang Berhormat Tenggara.
Duduk. Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi.
Peraturan mesyuarat! Duduk dahulu.
Tidak kuat.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk pada Peraturan Mesyuarat 36(4), mengenakan bahasa kurang sopan. Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat.
Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 36(12). Tuan Pengerusi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang usul adalah memotong gaji Yang Berhormat Menteri kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ini berucap sudah. Sudahlah.
Akan tetapi bukan. [Dewan riuh]
[Bangun]
Mana sangkaan jahatnya Tuan Pengerusi?
Kerana gender.
Tuan Pengerusi, sangkaan jahatnya mana?
Sebelah sana selalu mengalihkan isu seolah-olah kami tidak menyokong seorang wanita menjadi Menteri.
Yang Berhormat Tangga Batu.
Siapa yang sangka jahat?
Yang Berhormat.
Seolah-olah kami tidak berasa bangga sebagai seorang wanita di Malaysia ini.
Yalah, duduklah.
Tuan Pengerusi.
Semua duduk Yang Berhormat. Semua duduk.
[Bangun]
Minta semua duduk. Yang Berhormat Sekijang pun duduk.
Tuan Pengerusi, kenyataan sebelah sana Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Batang Sadong. [Dewan riuh]
Ini berucap Tuan Pengerusi. Ia bukan point of order.
Sudah, sudah Yang Berhormat. Saya dengar peraturan mana itu Yang Berhormat?
Point of order lain.
Tadi saya telah kemukakan.
Tidak ada kena-mengena. Tidak ada kaitan dengan hujah yang dibawa.
Peraturan Mesyuarat 36?
Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6) dan 36(12).
Sudah, sudah Yang Berhormat. Saya faham. Okey, baik-baik.
Semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat di Barisan Nasional ini cuba memburukkan kami di sini.
Tidak ada. Mana ada sangkaan jahat, menyokong wanita.
Yang Berhormat.
Kami hanya membangkitkan kelemahan.
Sudah Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri gagal menjalankan tanggungjawab.
Saya gunakan Peraturan Mesyuarat 42, Yang Berhormat. Saya suruh duduk, Yang Berhormat duduk. Okey, Yang Berhormat Tangga Batu sudah habis masa Yang Berhormat.
Allah.
Sudah habis masa Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi...
Sudah, sudah Yang Berhormat.
Saya lebih bangga kerana dilahirkan oleh wanita.
Sudah Yang Berhormat. Dengar cakap saya dahulu Yang Berhormat. Saya sudah bagi amaran jangan bagi laluan. Yang Berhormat bagi laluan, jadi masa itu dia makan orang yang bercakap, Yang Berhormat. Saya tidak boleh bagi laluan lagi Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya minta semua bertenang. Yang Berhormat saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada keempat-empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun sudi menghadiri Dewan yang mulia ini bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbincang sama ada patutkah gaji hamba ini dipotong atau tidak. Akan tetapi, sebelum itu saya hendak pohon izin daripada Tuan Pengerusi bahawa saya hendak minta penjelasanlah kalau boleh. Adakah benar bahawa baru- baru ini Yang Berhormat dari Rantau Panjang telah pun menghadapi saat-saat yang amat mencemaskan yang mana tidak salah saya ahli keluarga Yang Berhormat telah pun kembali ke rahmatullah? Memang betul ya? Sebab saya takut nanti tidak mahu buat salah. Jadi mengikut apa yang saya dimaklumkan, saya baru dapat tahu bahawa Yang Berhormat Rantau Panjang telah pun kehilangan anak tersayang beliau tujuh tahun, seorang lelaki kerana menghidap sakit buah pinggang. Jadi saya dengan ini ingin pohon izin kepada semua, pertama bagi pihak kementerian saya ingin merakamkan ucapan takziah, doa saya supaya insya-Allah bahawa anak yang tidak berdosa ini akan dicucuri rahmat di syurga nanti, insya-Allah. Saya hendak pohon kepada semua ahli, marilah kita hadiahkan Al-Fatihah. [Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah] Amin, terima kasih. Tuan Pengerusi...
Saya peringatkan ini pun tidak sesuai Yang Berhormat sebenarnya. Ucapkan takziah tidak payah ucap al-Fatihah Yang Berhormat, kerana tidak dalam peraturan mesyuarat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, terima kasih.
[Menyampuk][Dewan riuh]
Okey, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya berniat baik sebenarnya. Kita orang Malaysia, kita ada budi dan bahasa, Tuan Pengerusi. Kita ada budi dan bahasa. Pada saya, tidak kiralah sesiapa, sebagai seorang ibu, perkara ini adalah satu perkara yang menyusuk di jiwa saya.
Penjelasan. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi.
Saya rasa ini mengenai tugas Menteri. Jangan sentuh personal. [Dewan riuh]. This is nothing personal. Jangan sentuh personal kepada Yang Berhormat yang membawa usul ini.
Tuan Pengerusi.
Saya rasa ini tidak jujur dan tidak ikhlas. [Disampuk] [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi...
Minta maaf Tuan Pengerusi, kalau Menteri ikhlas Menteri should do it in private with Yang Berhormat Rantau Panjang. Not do it in the open.
Itu sangkaan jahat.
Sangkaan jahat itu.
Sangkaan jahat.
Atas peraturan apa boleh berdiri itu?
[Bangun] [Menyampuk][Dewan riuh]
Terlalu teruklah ini.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
[Menyampuk][Dewan riuh]
Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Ampang, duduk semua. [Dewan riuh] Duduk, Yang Berhormat.
Hari-hari politik, itulah kerja engkau. [Dewan riuh]
Islam apa ini? [Dewan riuh]
Simpatilah sedikit kepada rakan. Apa ini?
Duduk semua, Yang Berhormat. Saya sudah beritahu Menteri tadi. Kita semua duduklah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri pun sudah ambil perhatian. Jadi tidak perlulah jadi kecoh pula. Biarlah Menteri menjawab. [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi.
Pertikailah.
Tidak salah baca al- Fatihah.
Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.
Islam apa ini?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Islam khurafat kah?
Yang Berhormat. Tolong duduk, Yang Berhormat. Tolong duduk termasuk Yang Berhormat Kuala Krau. Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa saya selaku Menteri yang di antara lain menjaga kebajikan. Jadi, saya memang mengambil berat tentang isu-isu seperti ini Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat dari Rantau Panjang membuka usul beliau dengan mukadimah yang mengatakan bahawa ada sepatah ayat, [Membaca beberapa potong ayat al-Quran] Beliau menggesa supaya kerajaan mengambil berat tentang bukan hanya isu-isu anak yatim tetapi juga orang miskin. Lanjutan daripada itu, Yang Berhormat Rantau Panjang telah pun membangkitkan beberapa perkara tentang isu kebajikan. Selain daripada Yang Berhormat Rantau Panjang, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat dari Beruas, Yang Berhormat dari Batang Sadong dan juga Yang Berhormat dari Tangga Batu
kerana telah pun mengambil berat tentang isu-isu kebajikan. Jadi saya hendak rangkumkan semua rintihan, pujian, kejian yang diberi dengan ucapan balas saya. Pertama, potongan ayat itu saya rasa gembira apabila Yang Berhormat dari Rantau Panjang berkongsi bersama kita. [Membaca beberapa potong ayat al-Quran] Kalau Yang Berhormat kata itulah – kalau kerajaan yang menjaga rakyatnya, itulah jalan ke syurga, saya tidak mahu hendak cakap besarlah sebab apa, nauzubillah. Orang yang cakap besar itu, saya cukup takutlah, Yang Berhormat. Akan tetapi setidak- tidaknya, Yang Berhormat, hebatlah kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk] Kenapa? Pada hari ini, Yang Berhormat, siapa dia yang menjaga rakyat Malaysia kalau bukan kerajaan Barisan Nasional. [Disampuk] Saya hendak kata ini Yang Berhormat, sebenarnya usul ini, ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Sebab apa? Allah SWT sudah buka jalan, memberi ruang kepada saya hendak berkongsi dengan rakyat Malaysia, betapa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat tentang rakyat yang ada di Malaysia. Dengar, Yang Berhormat Rantau Panjang. Pertama, walaupun kita bukan kerajaan, kita bukan negara kebajikan. Kita bukan negara kebajikan, Yang Berhormat. Kita negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang begitu bagus. Peluang pekerjaan nombor satu. Orang asing datang berpuyu-puyu, dua juta lebih sebab apa? Negara kita antara negara yang terbaik di dunia. Kalau hendak ikut, sepatutnya tidak seorang pun yang miskin atau papa atau kedana. Namun begitu, kerajaan Barisan Nasional pada tahun sudah sahaja – tahun 2009 Yang Berhormat, tahu berapa banyak kita belanja untuk kebajikan menjaga rakyat Malaysia? RM758,007,098 dengan izin, seven hundred and fifty eight million not less untuk menjaga di antara lain – ini lain daripada bantuan yang diberi melalui kementerian yang lain. Hendak menjaga 353,889 rakyat yang memerlukan bantuan. Bukan sedikit. Bukan RM7 juta mahupun RM70 juta, tetapi RM758 juta Yang Berhormat. Hendak jaga orang miskin di peringkat akar umbi. Itu tahun sudah. Tahun ini Yang Berhormat, tahu berapa saya luluskan hendak bagi kepada orang miskin? Saya minta maaf Yang Berhormat, saya faham kenapa Yang Berhormat bawa usul ini. Akan tetapi kalau hati saya jahat Yang Berhormat, saya nanti minta elaun Yang Berhormat dipotong sebab daripada maklum balas saya dapat, Yang Berhormat tidak turun di Rantau Panjang menjaga pengundi dan rakyat yang ada. Itu maklum balas yang saya dapat.
Hendak potong elaun pula...
Menteri, Menteri tidak boleh bersikap dendam. Ini ada peruntukan untuk tolak gaji. Janganlah dendam.
Sebenarnya Yang Berhormat. Sorry, sorry…
Kita buat usul potong gaji Yang Berhormat Ampang... [Dewan riuh]
Saya hendak kata, Yang Berhormat...
Janganlah dendam. Jawab soalan. Jawab soalan Yang Berhormat Rantau Panjang. [Dewan riuh] Bukan hendak cakap RM750 juta, buat apa?
Saya kasihan dengan pengundi yang ada di Rantau Panjang... [Dewan riuh]
[Keluar Dewan]
[Menyampuk][Dewan riuh]
Kerana mereka tidak mendapat perhatian...
Padan dengan Senator dah.
[Menyampuk][Dewan riuh]
[Menyampuk]
Kalah Ketua Wanita Keadilan.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, jawab pada soalan,Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan..
Yang Berhormat Menteri, Menteri tidak... [Dewan riuh]
Ini ketua wanita juga?
Ia masuk ikut pintu belakang. [Dewan riuh]
Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Menteri jaga, Menteri. Nanti Yang Berhormat Batu gigit telinga.
Yang Berhormat lalu pintu belakang. Itulah bodoh sombong di sini.
Menteri jaga, nanti Yang Berhormat Batu gigit telinga.
Sila duduk, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya hendak menyatakan...
Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk.
Menteri hendak mengajar Ahli Parlimen, sendiri kalah.
Duduk, duduk.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, mengikut perangkaan yang ada pada hari ini, setakat ini kerajaan Barisan Nasional belanja hendak jaga mereka yang memerlukan bantuan sebanyak RM840 juta. [Tepuk] Setakat ini, untuk membantu ‘441,822’ orang termasuk pengundi yang ada di Rantau Panjang. [Disampuk] Saya hendak katakan Yang Berhormat... Maaf, cakaplah Yang Berhormat, belum hendak tengok kepada kami... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
[Menyampuk]
Sekejap ya, sekejap ya. Duduk dahulu, duduk dahulu. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk.
Saya rasa kasihan apabila Yang Berhormat cakap ulasan tadi. Saya geleng kepalalah, Yang Berhormat.
Ya, saya pun begitu juga. Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh] Saya pun begitu juga.
Saya kasihan sebab apa...
Saya pun kasihan sangat dengan sikap Menteri seperti ini.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduklah.
Saya minta...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Kalaulah ada Kerajaan Persekutuan bagi Yang Berhormat...
Tidak ada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Ada kerajaan Pakatan...
Apa akan berlaku kepada rakyat negeri Kelantan?
Jangan risau. Menteri jangan risau.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Ada kerajaan yang akan buat lebih baik lagi. Jangan risau.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk sahajalah.
Yang Berhormat Menteri, kalau tidak ada fakta untuk dijawab, tidak payah jawablah.
[Menyampuk] [Dewan riuh]
Memang dia otak kosong.
Saya hendak katakan bahawa pada hari ini...
Minta penjelasan.
Pada hari ini, Kerajaan Barisan Nasional telah pun membelanjakan, membantu rakyat miskin, misalnya di Kelantan. Di Kelantan sahaja, RM65,000,134 untuk membantu 31,128 penerima. Walhal, Kerajaan Negeri Kelantan hanya mampu – ini hendak jaga. Yang Berhormat tadi kata tidak jaga orang miskin semua. Saya hendak tanyalah kepada kerajaan PAS di Kelantan, berapa yang ia jaga, belanja orang miskin di Kelantan. Begitu ramai sekali. Hanya RM15 juta. Apa dia ini?
Minta laluan.
Tidak kasihankah dengan orang Kelantan, Yang Berhormat?
Minta laluan.
[Bangun]
Saya tidak bagi laluan kepada sesiapa ya.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya fikir isu...
Yang Berhormat Menteri.
[Menyampuk]
Yang Berhormat, semua itu adalah wang rakyat, cukai rakyat. Bukan wang Barisan Nasional. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri.
If your figure is true, average pada...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, if you divided the whole figure to... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini ambil video lagi baguslah.
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Adalah lebih daripada RM2 ribu satu orang. [Dewan riuh]
Video Linggam, duduklah.
How do you explain that?
Video Linggam, duduklah. Tangkap video lagi baik.
Yang Berhormat, please. Do not provoke.
I am moving forward.
Yang Berhormat Menteri, Parit Sulong.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Saya hendak maklumkan, itu yang pertama.
Yang Berhormat.
Tindakan di Kelantan menunjukkan...
Tangkap video lagi bagus. [Dewan riuh][Sampuk-menyampuk]
Ambil video lagi bagus.
Menteri.
Duduk, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]. Negeri Kelantan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Parit Sulong, Parit Sulong!
Yang Berhormat...
Parit Sulong, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, boleh?
Tidak payah, Yang Berhormat.
Satu sahaja saya hendak tanya, Yang Berhormat.
Tidak payahlah, Yang Berhormat.
Tadi, jumlah Yang Berhormat nyatakan tadi... Yang Berhormat, laluan sekejap.
Yang Berhormat Parit Sulong, kalau hendak mendatangkan kekecohan, Yang Berhormat, saya halangkan Yang Berhormat daripada bercakap.
[Menyampuk]
Tidak ada.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak tanya satu sahaja. Jumlah tadi Yang Berhormat nyatakan, adakah itu termasuk juga bantuan kita berikan kepada pembangkang? Tidak kira parti apa pun dia, kerajaan Barisan Nasional tetap membantu dia. Betulkah tidak, Yang Berhormat?
Memang betul. Kita beri bantuan kepada semua, tidak kira daripada parti politik yang mana sebab kita mentadbir kerajaan dengan penuh hemah, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, untuk isu yang kedua yang dibawa iaitu untuk isu sistem e- Bantuan dan lain-lain. Saya hendak maklumkan bahawa insya-Allah di kementerian terutama melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita sentiasa meningkatkan perkhidmatan yang diberi dan saya hendak maklumkan bahawa usaha-usaha telah diambil untuk memperkemaskan lagi sistem tersebut. Untuk pembayaran yang dikatakan lewat atau kepada mereka yang mungkin telah pun kembali ke rahmatullah, saya hendak maklumkan besar kemungkinan apa yang berlaku ialah kerana pembayaran itu dibuat mengikut nama-nama yang telah didaftar. Kadangkala bila ada yang telah pun kembali ke rahmatullah itu, mungkin kerana tidak dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab itu dalam baucar itu disediakan nama. Akan tetapi apabila JKM telah pun dimaklumkan bahawa penerima itu sudah tidak ada di dunia ini lagi, insya-Allah, tindakan yang selanjutnya akan diambil. Isu ketiga yang dibawa oleh Yang Berhormat ialah isu banjir. Semasa saya turun di Kedah, saya hendak maklumkan Yang Berhormat, sebenarnya saya sentiasa mendampingi rakyat, berada di peringkat akar umbi. Bila banjir di Kedah berlaku, sudah semestinya saya hendak turun. Bila saya hendak turun, pegawai-pegawai kebajikan dan pemimpin-pemimpin lain semua berada di sana. Saya pergi dari satu ke satu pusat banjir kepada yang lain dan ramai yang mengikuti saya. Jadi, saya tidak tahu macam mana Yang Berhormat pula kata, kenapa saya tidak maklumkan kepada sesiapa yang ada di situ. Itu pertama. Kedua, Yang Berhormat, saya rasa isu banjir ini tidak payahlah kita hendak cakapkan lagi. Rakyat semua sudah tahu apa yang sebenarnya yang berlaku di Kedah. Cuma saya rasa puas hati kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kedah dan di Perlis, mereka menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya dan alhamdulillah, mendapat penerimaan yang begitu baik daripada mangsa banjir yang ada di sana. Akhir sekali, Yang Berhormat, pada pertanyaan daripada Yang Berhormat Beruas...
Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Minta maaf, saya tidak bagi laluan ya.
Tentang isu Sultan, Menteri...
Kepada Yang Berhormat Beruas, kenapa...
Sultan Kedah dukacita...
Apa ‘dok pot pet, pot pet’ buat apa? [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Sultan Kedah dukacita apabila buat kenyataan, Menteri.
Yang Berhormat, duduklah, Yang Berhormat.
‘Dok pot pet’ apa? Bagilah.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa bantuan kebajikan, bukan diberi selama-lamanya. Kita memberi kepada yang memerlukan buat seketika untuk membantu. Ahli keluarga mesti turut bersama-sama untuk membantu ahli keluarga yang lain tetapi oleh kerana kita amat prihatin, kita memberi bantuan. Walaupun secara polisinya, kita beri bantuan sepanjang satu tahun, selepas itu akan dibuat penyiasatan semula. Jadi, mungkin kes-kes Yang Berhormat kata tadi itu mungkin didapati oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, mungkin mereka sudah keluar daripada kepompong kesengsaraan mereka, maka bantuan itu diberhentikan. Akan tetapi setakat mana yang boleh, Yang Berhormat, saya sudah minta terutama mereka yang sakit terlantar, kita bagilah selama mana yang mereka perlukan. Akan tetapi yang mana ada keluarga yang berkemampuan, patutnya keluargalah mesti bantu. Takkan hendak biar kerajaan sahaja yang hendak membantu...
Sedikit, Menteri. Mencelah.
Sampai selama-lamanya. Sorry ya.
Sedikit.
Sebab itu, Yang Berhormat...
Kepompong, kepompong itu.
Mungkin kes-kes Yang Berhormat kata tadi berlaku dalam kes-kes seperti itu.
Sedikitlah. Jawab sedikit.
Itulah sahaja, Yang Berhormat. Saya rasa...
Tuan Pengerusi, tetapi alasan Jabatan Kebajikan Masyarakat...
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong...
Kata tidak ada peruntukan...
Terima kasih dan juga Yang Berhormat Tangga Batu kerana sentiasa memberi sokongan pada usaha kami. Sekian.
Menteri.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Jawapan dia tidak ada peruntukan. Bukan kerana dia tidak layak.
Sultan Kedah dukacita. Sultan Kedah murka.
Bayar duit tetapi sudah hilang. [Dewan riuh]
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ada senyap, bunyi Dewan Parlimen, bukan macam pasar ikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.48, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM100 daripada Maksud Bekalan B.48, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kod 10000 – Emolumen iaitu dengan memotong gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM100. Jangan salah Yang Berhormat ya. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan tidak disetujukan]
Suara yang bersetuju itu lebih kuat. Ya.
[Menyampuk]
Perasaan sahaja itu.
Baik, Yang Berhormat. Saya duduk di sini, Yang Berhormat. Saya juga menghitung orang yang hadir, Yang Berhormat. Bukan bunyi suara tetapi berapa banyak yang bersuara.
Mereka tidak bersuara.
Terima kasih Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya rasa kementerian ini yang menjaga kepentingan kanak-kanak, kumpulan yang kurang berupaya, kumpulan yang kurang bernasib baik seharusnya Menterinya harus sangat prihatin tetapi kita lihat pada hari ini, bahawa Menterinya mulut manis tetapi hati tidak manis langsung. [Disampuk] Bermain politik sehingga...
Tuan Pengerusi.
Bermain politik sehingga sanggup menggunakan kesakitan seorang ibu kehilangan anaknya untuk membawa...
Sangkaan jahat.
Kerana tidak suka...
Sangkaan jahat itu.
...Usul yang beliau bawa. Usul Yang Berhormat Rantau Panjang bawa ini adalah atas tanggungjawab. Bukan ke atas peribadi Menteri. Apakah yang Menteri lakukan itu adalah keperibadian? Tuan Pengerusi, sekiranya kita semua hendak membawa silent satu minit di dalam Dewan ini kerana kehilangan ahli-ahli keluarga kita, saya rasa tiap-tiap hari kita ada.
Yang Berhormat Bukit Mertajam, boleh bagi sekejap sedikit?
Ya.
Terima kasih. Saya rasa amat kecewalah Yang Berhormat Bukit Mertajam, kerana walaupun ia melanggar – bukan melanggarlah – tidak menjadi satu prosedur dalam kita berbahas tetapi kita perlu berterima kasih juga dengan Menteri apabila Menteri bertindak begitu. Ini kerana, itu adalah satu sikap sebagai seorang manusia dan sebagai orang Islam dan terima kasih memberi peluang kepada saya.
Cukup. Mengapa bukan semalam, bukan esok tetapi pada waktu gaji beliau hendak dipotong? [Disampuk] Ini memang personal matter. Anak Yang Berhormat Rantau Panjang kalau meninggal kerana sakit pinggang, bolehkah saya...
You are making it worse now.
Bolehkah saya tanya apakah tindakan...
You are making it worse now.
Telah dilaksanakan supaya tidak ada anak lagi kerana sakit pinggang akan meninggal? Apakah tindakan sudah dilakukan? Adakah? Saya rasa tidak ada. Saya rasa cukup kecewa. Dalam Parlimen selama ini, tidak pernah saya begitu kecewa dengan sikap Menteri seperti ini. Saya hendak pergi pada dasar pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Objektifnya mewujudkan masyarakat yang sejahtera ke arah pembangunan negara yang mampan demi mencapai kesaksamaan gender dalam pelbagai sektor pembangunan negara dan mewujudkan institusi kekeluargaan yang mantap. Saya lihat di dalam semua butiran, saya tidak dapat lihat bagaimana kementerian ini akan mencapai objektif ini. Untuk mencapai kesaksamaan, kita tidak mahu kata yang lain yang banyak perkara. Kita katakan ini gender gap, gender power gap yang mana Menteri sendiri telah memberi saranan dalam Mesyuarat UMNO bahawa wanita harus ada lebih peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi seperti Menteri Besar. Negara telah merdeka 53 tahun. Masih belum ada seorang wanita yang menjadi Menteri Besar. Tidak mahu katakan Menteri Besar ataupun Ketua Menteri, kita katakan di dalam Kabinet tidak pernah pada satu hari ada lebih daripada tiga orang Menteri ialah wanita. [Disampuk] Tidak kiralah. Pulau Pinang hanya dua tahun, tiga tahun jadi kerajaan Pakatan Rakyat. Berapa tahun Barisan Nasional sudah jadi kerajaan?
Saya cadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang ditukar kepada wanita.
Berapa kali kata ada hasrat untuk mencapai 30%?
Presiden PKR pun tidak ada kuasa.
Sampai bila? Apakah usahanya? Apakah usaha yang telah dijalankan? Saya tidak lihat di dalam butiran ini. Sudah berapa kali kata kita mesti ada kesedaran gender. Dahulu apabila Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru diadakan, memang ada program tetapi sekarang sudah tidak ada program. Tidak ada program seperti dahulu. Kanak-kanak dijaga di bawah kementerian ini tetapi keganasan terhadap kanak-kanak semakin banyak, kesnya semakin banyak. Apakah telah dilaksanakan? Apakah program telah dijalankan? Apakah pencegahan yang kita ada untuk jangan ada anak-anak lagi yang jadi mangsa seperti ini? Saya tidak ambil bahagian dalam memotong gaji kerana saya rasa mungkin ini adalah satu kementerian yang bukan senang. Akan tetapi sikap Menteri begitu mementingkan politik sendiri daripada isu orang lain, daripada wanita, seorang ibu kehilangan anak. Isu ini pun boleh dimainkan dan boleh dikatakan Yang Berhormat Menteri juga seorang ibu. Ini saya rasa satu perkara yang tidak boleh – cannot be forgive, dimaafkan, khasnya Menteri yang duduki jawatan yang begitu penting seperti ini yang harusnya menjaga kepentingan kanak-kanak dan wanita. Ini satu kelakuan, satu sikap yang begitu mengecewakan.
Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.
Jadi saya ingin tanyalah, apakah usaha kementerian ini? Bilakah hendak capai 30% dalam membuat keputusan khasnya di bidang politik, khasnya di jawatan-jawatan tinggi? Apakah rancangannya untuk memecah semua gelas siling yang ada sekarang? Bilakah Yang Berhormat ingat kita boleh ada seorang wanita menjadi Ketua Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun 30% atau sepuluh orang menteri di dalam Kabinet – one third?
Baik Yang Berhormat.
Saya rasa kementerian ini telah menjadi Kementerian Kebajikan, social welfare dan nothing more than that. Di mananya pembangunan wanita dan keluarga? Keluarga-keluarga yang miskin, ibu tunggal, siapa yang jaga mereka? Adakah bantuan itu cukup? Anak-anak yatim di dalam pusat-pusat orphanage, siapa yang jaga keperluan emosi mereka? Ada dikata kalau binatang kita bagi makan, kita bagi perumahan, itu sahaja tetapi manusia perlu emosinya, perlu kasih sayang, perlu caring – kita orang yang care untuk mereka.
Baik Yang Berhormat, sudahlah.
Adakah ini telah dijalankan?
Baik Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kerana diberi peluang. Terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.
Ini tidak payahlah. Menteri sudah bagus sudah, tidak payah bahaslah.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pokok Sena ini duduklah. Bila hendak bercakap nanti, bercakap sahajalah. Tidak payahlah waktu orang lain dia pun hendak ambil ‘tui’ juga. [Ketawa] Okey, saya nak terus pada Butiran 060000 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Jadinya saya hendak tahu di bawah LPPKN ini, berapakah jumlah klinik bergerak di seluruh negara setakat ini? Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh LPPKN ini? Saya tahu kemungkinan untuk buat satu klinik bergerak ini agak mahal. Jadinya saya hendak tahu juga berapakah jumlah program yang telah dianjurkan oleh Klinik Bergerak LPPKN ini sejak ia dilancarkan? Seterusnya saya hendak juga bertanya mengenai kaedah dan juga mekanisme yang berkesan yang dilakukan oleh LPPKN ini untuk merawat gangguan dependency dengan izin, terhadap ahli-ahli keluarga penagih dan juga bekas penagih. Ini kerana selalunya keluarga akan merasa trauma dan malu juga dengan masyarakat. Itu antara contoh-contoh yang dapat saya nyatakan di sini. Jadinya, apakah peranan LPPKN dalam menyumbang pada institusi kekeluargaan dalam membantu memberikan emosional support kepada keluarga penagih ini?
Saya hendak tahu berapa banyakkah program yang berkaitan yang dilaksanakan di Daerah Batu Pahat dan berapa banyakkah pula yang dilakukan di Parlimen Parit Sulong? Seterusnya bagi Butiran 080400 bagi kanak-kanak institusi. Saya hendak tahu setakat ini berapakah jumlah yang telah berdaftar dan daripada jumlah ini berapakah
jumlah pusat asuhan yang telah mendaftar di Parlimen Parit Sulong? Apakah dan bagaimanakah cara pemantauan pusat asuhan dan tadika yang tidak berdaftar ini dan tidak berlesen. Jadi saya hendak tahu cara pemantauan yang dilakukan oleh pihak kementerian pada pusat-pusat ini dan berapakah jumlah kecuaian yang telah dilaporkan, yang berkaitan, yang menyebabkan kematian. Seterusnya pada Butiran 00503 iaitu Rumah Seri Kenangan. Berapakah jumlah rumah yang wujud di negara kita ini dan berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk setiap rumah dan apakah ratio kakitangan dengan izin, versus pesakit dan apakah program-program yang telah dilakukan? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Butiran 040100 dan 04100 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Memang kita tidak nafikan banyak sudah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui kementerian, terutamanya dalam kita membantu mereka yang kurang upaya dan mereka yang memerlukan, terutamanya masyarakat tidak kira daripada parti mana pun kerajaan memang akan sentiasa membantu. Saya hendak memberi cadangan kepada pihak kementerian. Ini mengenai permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada OKU. Sekarang ini kalau kita hendak dapatkan bantuan, kita kena isi dua borang. Satunya kita kena mohon untuk mendapatkan kad OKU itu sendiri dan sekiranya lulus kemudian barulah kita memohon untuk mendapatkan bantuan JKM. Jadinya, kadang-kadang proses ini tidak diketahui oleh orang ataupun pemohon itu sendiri. Oleh itu, mungkinkah kementerian ataupun JKM bercadang untuk memudahkan urusan OKU ini untuk mendapatkan bantuan daripada JKM kerana inilah apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membantu meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat jelata. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tidak mengapa. Kita dengar semua suara wanita petang ini. Semua lantang. Yang Berhormat Kota Raja kasi slow down suara itu, biar ia saya dengar. Saya kasi masa panjang. Sila.
Terima kasih. Saya ingin menyentuh ... Itu saya kira slow. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh mengenai Butiran 010000 iaitu pengurusan dan perancangan dasar, 010200 iaitu dasar pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Saya ingin bertanya kepada Menteri mengenai dasar pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ini kira sudah agak lama dan mantap. Jadi, apakah lagi keperluan pada RM2 juta untuk tujuan apa? Adakah dasar sekarang ini sedang diperbaharui ataupun dipertingkatkan lagi kerana yang saya faham kita sudah ada dasar? Sekarang masalahnya ialah pelaksanaannya. Jadi apakah tujuan lagi peruntukan ini? Mengenai pengurusan sumber manusia, saya ingin bertanya kepada Menteri tentang pegawai-pegawai atau kakitangan-kakitangan rumah-rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak dan sebagainya. Sejauh mana terutamanya di dalam menyelamatkan anak-anak atau remaja-remaja yang telah terlanjur di dalam rumah- rumah perlindungan ini. Program-program yang diberikan itu kita perlu orang-orang yang passionate. Saya tidak tahu apa dalam bahasa Malaysia passionate itu bukan sahaja passionate ada ihsannya, ada komitmennya dan dia juga ada compassionate and passionate dan kena ada dua-duanya sekali. Jadi sebagai kakitangan kerajaan, kadang-kadang kita lihat ada juga tempat-tempat di mana mungkin sebab sudah
menjadi satu kebiasaan, maka perkara ini tidak lagi ada kepada mereka, bukan semua Menteri. Saya ingin menyentuh mengenai kebajikan masyarakat Butiran 040000. Saya agak kecewa juga apabila kita menimbulkan mengenai kebajikan kepada rakyat. Maka selalu isu yang ditimbulkan jumlahnya bagaimana keprihatinan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengira parti. Kenapakah soal parti ini ditimbulkan. Wang ini bukan wang UMNO. Bukan wang BN malah ia adalah wang rakyat. Jadi ia perlu kembali kepada rakyat. RM750 juta bukan satu jumlah yang besar sangat. Tidak sampai RM1 bilion. Kalau kita lihat pada Laporan Ketua Audit, kami telah membuat pengiraan, mungkin ada sedikit ketidaktepatannya, namun kerugian ini dapat kita anggarkan hampir RM47.014 lebih kurang RM45.9 bilion kerugian disebabkan ketidakcekapan di dalam pelaksanaan-pelaksanaan apa-apa dasar dan perancangan kerajaan. Jadi apa yang kita hendak katakan di sini tadi Yang Berhormat, apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang sebenarnya adalah satu teguran. Kalau yang baik itu kita sudah tahu, kita tidak payah puji lagi tetapi apabila yang kita tegur itu, maknanya kita hendak perkara itu diperbaiki. Akan tetapi nampaknya orang- orang Barisan Nasional ini dia tidak boleh terima kritikan itu. Sudah tentulah kita hendak supaya bertambah baik, dan bercakap mengenai kebajikan masyarakat ini, saya ingin juga meminta kepada kementerian untuk menilai semula, betul rakyat menerima mungkin satu tahun kemudian dinilai semula. Betul mereka ada keluarga, mereka ada anak tetapi kalau kita prihatin betul- betul, kita tanya mereka, anak-anak pun orang kata kais pagi makan pagi. Jadi menyebabkan anak-anak tidak mampu menyara kedua ibu bapanya. Jadi mungkinkah jumlah yang kita beri pun tidaklah boleh menampung kesemuanya. Kalau bagi atas daripada 40 tahun, atas daripada 50 tahun tidak boleh lagi mempelajari apa-apa skill baru, kemahiran baru. Jadi mereka ini betul-betul mengharapkan pada bantuan sama ada bantuan kerajaan atau bantuan zakat. Oleh itu, sekarang ini, saya ingat dalam perbincangan dasar ini kita perlu kaji semula cara kita memilih orang untuk dapat dan kita tidak lagi hanya melihat dia ada anak lapan orang. Kalau seorang anak bagi RM50, dia dapat RM400 sebulan. Kementerian pula bagi RM350. Jadi dia ada RM750. Cukuplah makan seorang diri. Makan bukan banyak mana. Akan tetapi pada hakikatnya kalau kita turun kepada rakyat, anak-anak tidak dapat membantu kerana kedaifan mereka dan mereka ini bagi saya adalah satu kumpulan manusia yang Allah SWT beri kepada kita untuk kita cari kebajikan, untuk kita buat kebajikan dan diberikan pahala kepada kita. Jadi apabila kita menggunakan alasan bahawa kita bukan negara welfare, bukan negara kebajikan, tetapi negara berkebajikan, jadi itulah antara yang akan menyebabkan ramai antara mereka yang anak-pinak mereka tidak mampu, tetapi oleh kerana mereka ada anak, maka mereka diketepikan.
Boleh tanya? Boleh?
Saya akui ada mereka yang menerima dalam jangka masa panjang. Ini sebahagian daripadanya.
Boleh tanya sedikit? Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya tertarik Yang Berhormat Kota Raja menyebut tentang jumlah yang telah diperuntukkan dalam beberapa tahun. Semakan saya dalam buku laporan kita ini untuk tahun ini sahaja Yang Berhormat Kota Raja, kementerian telah meluluskan secara one-off ada RM726 juta yang dikatakan untuk membantu 353 orang miskin dalam negara kita. Saya hendak tanya sekali gus Yang Berhormat Kota Raja dan Menteri, benar atau tidak 93% daripada jumlah 353 orang ini adalah Melayu dan bumiputera? Saya hendak pengesahan sebagaimana yang telah dijawab oleh beberapa kementerian sebelum daripada ini, 93% daripada itu adalah bumiputera dan Melayu.
Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau mencelah persoalan itu kemukakan kepada Menteri yang terlibat.
Ya, saya hendak tanya Yang Berhormat Kota Raja betul atau tidak.
Tidak betul itu. Melayu jadi tuanlah. Melayu sudah jadi tuan.
Saya pun tidak boleh hendak menjawab soalan itu, Tuan Pengerusi. Jadi saya serahkan kepada Menteri. Sebenarnya saya juga ingin membawa perkara one-off ini. Jadi, kepada Menteri, kalau boleh, kita melihat sistem zakat. Mungkin boleh dikaji kepada keluarga RM350, RM400 bukanlah satu jumlah yang besar kalau mereka tinggal di dalam kota misalnya. Jadi saya biasa kalau saya hendak ajak Menteri kita pergi ke Jabatan-jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya, orang tidak kenal, tetapi kalau Menteri pergi, mungkin mereka kenal. Saya orang tidak kenal.
Jadi saya bersembang, duduk dengan mereka bertanya tentang berapa banyak mereka dapat dan keadaan mereka. Jadi bila kita dengar itu sebenarnya Yang Berhormat Menteri betul tidak sepatutnya ada orang miskin di negara kita kerana kita ada lebih daripada tiga juta orang datang mencari rezeki di negara kita tetapi hakikatnya ada kumpulan yang sudah tidak boleh kita rehabilitate. Kita tidak boleh lagi pulih mereka. Mereka tidak boleh lagi bekerja. Memang mereka ini adalah satu kumpulan yang kira tidak boleh buat apa. Kalau tidak bagi makan, kelaparanlah mereka dan perlu dijaga oleh kerajaan. Memang itu tanggungjawabnya. Saya hendak sebut juga kita rasa kita bagi banyak kepada rakyat tidak sampai RM1 bilion. Kita banyak membazir. Saya kadang-kadang terasa amat terkilan apabila kita mengadakan majlis-majlis yang besar-besar tidak kiralah kerajaan mana, negeri mana tetapi apabila kita membuat sesuatu perayaan menjamu selera ini, bayangkan berapa ramai di sana kadang-kadang hanya makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi mungkin kalau kita sebagai pemimpin boleh berjimat keberkatan Allah SWT membantu kita untuk membantu yang miskin. RM1 bilion bukanlah satu jumlah yang banyak apabila kita kerugian hampir RM45 bilion di sini. Ini yang kita minta. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah satu kementerian yang besar. Saya tahu tugas Menteri adalah begitu mencabar. Mungkin saya rasa kerajaan perlu memikirkan bahawa kementerian ini pembangunan wanita perlu diasingkan kerana pembangunan wanita itu adalah satu perkara yang agak khusus. Pembangunan wanita dan keluarga itu asing daripada kebajikan masyarakat sebab kebajikan masyarakat itu mengambil masa dan mengambil tenaga yang banyak untuk memberikan kebajikan kepada rakyat. Oleh itu, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam sehinggakan pembangunan wanita itu tercicir ke belakang. Saya juga ingin bertanya mengenai 040800 – Mengenai Kanak-kanak. Mungkin ini hanya mengenai bantuan kepada kanak-kanak tetapi apakah daya dan usaha Menteri untuk memastikan semua tempat kerja yang kita tahu 50% adalah pekerja wanita ada tempat-tempat penjagaan kanak-kanak. Bila kita hendak mengadakan satu enakmen yang mewajibkan majikan-majikan yang mampu ataupun sekumpulan majikan untuk mengusahakan satu pusat crèche ataupun pusat penjagaan kanak-kanak. Jadi ini adalah antara perkara yang saya rasa perlu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tumpukan pada sistem sokongan kepada wanita. Apabila wanita keluar bekerja, siapa menjaga anak dan kita tahu akhirnya bila kedua ibu bapa bekerja, maka timbullah gejala sosial ataupun krisis akhlak yang timbul dalam negara kita. Jadi kalau ini tidak diberi perhatian, maka kita akan jadi apa yang tangan kanan bina, tangan kiri akan runtuhkan. Kita membina satu ekonomi wanita dibangunkan, wanita independent (boleh berdikari), mempunyai pendapatan sendiri tetapi anak-anak berselerak. Jadi ini perlu kita fikirkan serius kerana masalah krisis akhlak yang Yang Berhormat Menteri pun tahu tentang keterukannya. Sekian, terima kasih.
Saya hendak lihat dan dengar suara wanita daripada BN. Memandangkan tiada suara wanita, Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menjurus pada Butiran 10000. Akan tetapi, sebelum itu Tuan Pengerusi, saya
setujulah dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kota Raja tadi. Berkatalah benar pada yang benar. Kalau Yang Berhormat Kota Raja jadi Ketua Pembangkang, bagus. Dia tidak banyak putar-belit. Dia straight sahaja, bagus. Tuan Pengerusi, saya hendak menjurus pada Butiran Pengurusan dan Perancangan dasar dan yang berkaitan dengan PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti). Akan tetapi, sebelum itu Tuan Pengerusi, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri bersama-sama dengan Yang di-Pertua BAKTI iaitu Yang Berbahagia Datin Paduka Rosmah Mansor kerana telah pun berjaya menganjurkan untuk kali pertama Malam Bakat Istimewa kepada orang-orang OKU yang berbakat ini dan hadiahnya pun boleh tahan. Alhamdulillah Tuan Pengerusi, nampaknya untuk kali pertama ini, Johor telah pun menjadi juara keseluruhan. Jadi harap negeri lain bolehlah ikut jejak Johor ini terutama Selangor. Cuma Tuan Pengerusi baru-baru ini di kawasan saya telah pun menganjurkan satu program membuat terapi kepada pelatih-pelatih PDK bersama-sama dengan beberapa orang pensyarah dan juga pelajar-pelajar fakulti sains kesihatan UKM. Daripada program tersebut Tuan Pengerusi, satu perkara baru yang saya belajar ialah perlunya kita meningkatkan kepakaran terapi terhadap penyelia-penyelia ataupun penjaga-penjaga di semua pusat PDK. Kebanyakannya Tuan Pengerusi ataupun hampir semualah penyelia PDK ini perlu bimbingan dan perlu dengan izin supervisor ataupun pakar-pakar yang mahir bab terapi OKU. Misalnya kalau OKU itu tidak boleh duduk kerana kakinya lemah, ada cara untuk bangunkan dia. Dia tidak main rentap sahaja, Tuan Pengerusi. Kalau dia baring, ada cara pusingkan dia dan ada cara-cara tertentu bagi setiap kes OKU. Kalau matanya kabur, kalau telinganya pekak, ada cara- cara tertentu. Ini Tuan Pengerusi adalah satu penemuan baru dalam negara Malaysia yang saya berbincang dengan pihak UKM yang perlukan satu perancangan rapi pada masa yang akan datang untuk kita menambah lagi bilangan-bilangan pakar terapi yang boleh kita tempatkan mungkin di setiap kawasan Parlimen untuk sama-sama penyelia- penyelia PDK ini supaya dapat sama-sama bukan sahaja menjaga mendidik penyelia- penyelia PDK malahan dalam kalangan ibu bapa bagaimana terapi yang sebenarnya. Ini disebabkan saya yakin Tuan Pengerusi, ini ada kaitan dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan keupayaan mencari ataupun memanfaatkan keupayaan dalam kalangan OKU sebab OKU ini kita sudah gelarkan sebagai orang kelainan upaya. Ada kelainan dan keupayaan tertentu yang boleh kita janakan dan keluarkan yang mana mereka boleh jadi tenaga yang tertentu, yang maksimum untuk juga menjadi sumber pada produktiviti negara. Namun asalnya Tuan Pengerusi mereka ini perlukan pengawasan rapi daripada peringkat kecil lagi, daripada peringkat usia muda lagi. Saya yakin usaha- usaha yang selama ini telah kita buat boleh kita pertimbangkan dan saya ingin bertanya kepada pihak kementerian agaknya apakah lagi perancangan yang boleh dibuat oleh pihak kementerian? Daripada banyak perancangan itulah kita akui baik dan kita hendak mempertingkatkan keupayaan kita dalam usaha untuk kita dapat memaksimumkan rawatan ataupun terapi kepada OKU khususnya di peringkat muda supaya mereka akhirnya tidak dikesampingkan. Mereka boleh membantu negara di dalam meningkatkan produktiviti mereka sesuai dengan keupayaan yang lain itu. Maknanya keupayaan yang boleh kita manfaatkan walaupun berlainan. Ada bidang-bidang tertentu mereka ini boleh dimanfaatkan. Jadi Tuan Pengerusi itu sahaja yang saya hendak bangkitkan pada hari ini. Saya tidak menjurus pada perkara-perkara lain. Mudah-mudahan kementerian ini akan terus bergerak maju ke hadapan. Namanya pun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memang bidangnya besar dan saya sendiri sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan pada kementerian kesemua sekali. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sudah hujan tadi Yang Berhormat. Jadi, kasi cool down sikit...
Saya akan cuba. Saya rujuk pada Butiran 010200 - Dasar pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan beberapa butiran iaitu Butiran 040600 - Perundangan Advokasi dan Butiran 040800 - Kanak- kanak. Yang Berhormat Menteri Senator, saya percaya Yang Berhormat mengetahui baru-baru ini telah dikejutkan semula lagi keprihatinan orang ramai berkenaan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur mengikut akta kanak-kanak adalah mereka yang di bawah umur 18 tahun. Sebelum ini pada bulan Jun, saya telah bangkitkan perkara ini, berkenaan perkahwinan bawah umur, daripada segi undang-undang, undang-undang sivil, marriage and divorce act, membenarkan perkahwinan, minimum 18 tahun dan jika kanak-kanak berumur 16 tahun atau telah capai 16 tahun perempuan, boleh kahwin dengan lesen oleh Ketua Menteri. Undang-undang Syariah membenarkan perkahwinan kanak-kanak dalam keadaan walaupun kurang 16 tahun, 18 tahun untuk lelaki, 16 tahun untuk perempuan. Jika mendapat kebenaran daripada Hakim Syariah, boleh mendaftarkan perkahwinan mereka. Sejak insiden bulan Mac, yang kita baca dalam surat khabar, seorang kanak- kanak perempuan umur 10 tahun dan 11 tahun dikahwinkan. Kita membaca laporan dua tiga hari yang lepas, berlaku satu - laporan juga berumur 14 kanak-kanak perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki 23 tahun, di upacara perkahwinan 1Malaysia. Saya hendak tahu setakat ini apa yang telah dilakukan oleh pihak kementerian, berkenaan isu perkahwinan bawah umur ini? Adalah jelas Akta Kanak- kanak di bawah 18 tahun, adalah kanak-kanak. Jadi, saya membaca laporan Yang Berhormat ada meluahkan pendirian, pihak kementerian tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur. Yang Berhormat ada meluahkan keprihatinan Yang Berhormat Menteri Senator berkenaan isu ini, tetapi can you do more than that dengan izin sebab saya rasa ramai NGO wanita dan juga termasuk Sisters in Islam, memohon agar pihak kementerian boleh menyelaraskan undang-undang daripada segi minimum age, umur minimum untuk membolehkan perkahwinan yang dijalankan itu minimum 18 tahun. Setakat ini undang-undang syariah membenarkan Hakim Syariah mendaftarkan perkahwinan walaupun perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun. Jadi apakah pihak Yang Berhormat Menteri ada berbincang dengan kerajaan- kerajaan negeri, jabatan-jabatan yang bertanggungjawab bagaimana untuk menyelaraskan isu berkenaan minimum age untuk perkahwinan ini? Jadi tidak perlu selepas ini kita ditimbulkan lagi apabila isu-isu berkenaan perkahwinan bawah umur ini dilaporkan di dalam media. Sebab saya rasa ia amat menakutkan apabila seorang berumur 14 tahun atau 10 tahun, 11 tahun, seorang gadis, seorang bergelar kanak-kanak dikahwinkan dalam umur yang begitu muda ini. Bukan saja isu berkenaan tanggungjawab berat yang akan ditanggungnya, pemahamannya berkenaan apakah peranan yang perlu dimainkan dalam sebuah institusi keluarga, tetapi juga daripada segi pendidikannya. Apakah pihak kementerian ada memantau kes-kes di mana mereka yang kahwin bawah umur ini, sama ada mereka masih berada dalam alam persekolahan di sekolah-sekolah atau mereka telah tercicir? Apakah pihak kementerian ada rancangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang mana boleh dengan izin, follow up dengan situasi kanak-kanak yang berkahwin di bawah umur ini? Saya tahu isu berkenaan kanak-kanak di bawah umur yang berkahwin yang beragama Islam ini, bukan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri. Kelulusan serta kebenaran adalah menerusi Hakim Mahkamah Syariah, tetapi persoalannya apakah pihak kementerian boleh melibatkan diri bersama, untuk memastikan mereka yang memohon untuk berkahwin ini benar-benar memahami apakah tujuan atau untuk mengenal pasti mengapakah mereka mahu mendaftar perkahwinan mereka pada umur yang begitu muda? Kita tidak mahu membaca lagi apa-apa akibat atau negative consequence ekoran daripada perkahwinan bawah umur ini. Yang Berhormat ada sebelum ini pada bulan Jun dalam Dewan mengatakan ini adalah satu langkah untuk menangani isu gejala sosial, unwed mothers. Saya ada
baca yang mengatakan berkenaan unwed mothers. Saya percaya Yang Berhormat juga ada membacanya. Puteri UMNO juga membantah perkahwinan di bawah umur. Saya rasa Yang Berhormat perlu meneliti mengapakah isu perkahwinan bawah umur ini boleh timbul. Saya rasa penyelesaiannya bukannya dengan legalizekan perkahwinan ini, akan menurunkan masalah gejala sosial, buangan bayi, atau perkahwinan luar nikah. Jadi saya juga harap pihak kementerian boleh menghulurkan statistik perkahwinan bawah umur sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Saya berharap pihak kementerian mengambil langkah untuk memastikan juga undang-undang yang sedia ada ini, adalah mematuhi Konvensyen CEDAW. Kita tahu The United Nations Convention on the Rights of the Child, mereka masih adalah yang berumur di bawah 18 tahun seorang kanak-kanak. CEDAW – kita tahu negara kita telah meratifikasikan konvensyen ini, jadi undang-undang yang membenarkan perkahwinan di bawah umur ini. Saya harap pihak kementerian akan mengambil tindakan berbincang dengan kerajaan negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebab saya ada baca laporan menyatakan, ini adalah kerana kononnya pasangan yang terlibat itu, mereka telah jatuh cinta dan oleh kerana cinta pasangan ini mengambil langkah berkahwin. Ada laporan yang mengatakan mereka telah matang. Bagaimana untuk menyekat isu ini? Yang penting ialah konvensyen yang kita tandatangani oleh negara kita menyatakan mereka masih kanak-kanak. Jadi saya berharap pihak kementerian boleh memberi jawapan pada isu ini, dan juga berkenaan dasar 1% OKU iaitu pengambilan pekerja OKU dalam sektor awam. Saya hendak tahu kedudukannya, kemajuannya, dalam kementerian- kementerian. Bukan saja pengambilan 1% OKU dalam sektor awam ini sahaja tetapi sasarannya dalam kementerian Yang Berhormat Menteri saja tetapi bagaimana pula dengan kementerian-kementerian lain? Saya rasa Tuan Pengerusi, ini sahaja beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Simpang Renggam. Selepas itu, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 - Pembangunan Wanita. Saya mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu kebajikan pihak isteri dalam satu kes perceraian. Tuan Pengerusi, pada lazimnya kes perceraian, apabila mahkamah membuat keputusan, pihak suami akan diperintah oleh mahkamah untuk menanggung nafkah sara hidup isteri setiap bulan setelah perceraian berkuat kuasa. Akan tetapi suami yang tidak bertanggungjawab ini mungkin membayar nafkah sara hidup pada awal beberapa bulan tetapi selepas tiga hingga empat bulan kemudian, suami berhenti membayar dan menyebabkan isteri mengalami masalah kehidupan.
Di pihak isteri yang kehilangan kemampuan untuk meneruskan kehidupan perlu menanggung sara hidup anak-anak, sudah tentunya tidak berkemampuan untuk mengupah peguam untuk menuntut balik nafkah bulanan yang sepatutnya dibayar oleh pihak suaminya. Jadi saya rasa kementerian seharusnya mengkaji semula sistem yang sedia ada. Isteri yang bercerai pada zahirnya terbela tetapi pada hakikatnya masalah seperti ini timbul dan mereka adalah golongan yang terpinggir. Saya ingin bertanya kepada kementerian, setakat ini bagaimana kementerian menangani masalah seperti ini dan pada lima tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah bagi setiap tahun kementerian menerima kes aduan daripada pihak isteri? Kalau tidak ada jawapan, harap dapat dikemukakan secara bertulis. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 081400 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Tuan Pengerusi, setiap Parlimen mempunyai seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat (JKM) (Sambilan) yang dilantik oleh kementerian. Jadi mereka ini adalah pekerja sambilan serta kontrak dan hanya tiga bulan sahaja. Jadi apabila perkhidmatan mereka ini tamat, mereka terpaksa memperbaharuinya ataupun melanjutkan khidmat mereka pada tiga bulan sekali bagi pembantu yang layak melanjutkan kontrak.
Keadaan ini menyukarkan mereka untuk menjalankan perkhidmatan yang berkaitan kebajikan. Dalam masa tiga bulan, tidak semua kes kebajikan dapat diselesaikan dan menjadikan kes-kes tersebut tertangguh akibat kontrak perkhidmatan hanya tiga bulan sahaja, apatah lagi Pembantu Pembangunan Masyarakat tersebut hanya seorang sahaja dalam setiap kawasan Parlimen. Jadi seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat ini tidak mampu menghabiskan semua kes dalam masa yang singkat dan kawasan Parlimen saya juga adalah amat besar yang terdiri daripada berpuluh-puluh kampung dan taman perumahan. Terdapat juga dua kawasan ADUN yang berlainan. Oleh yang demikian, saya memohon kepada pihak kementerian menimbangkan semula kontrak perkhidmatan mereka ini pada suatu masa yang lebih panjang seperti setahun dan juga saya ingin mencadangkan supaya Pembantu Pembangunan Masyarakat di setiap kawasan Parlimen ditambah kepada dua orang. Seterusnya Butiran 040000 – Kebajikan Masyarakat. Tuan Pengerusi, setiap pemohon OKU yang baru perlu menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan bahawa mereka ini layak menjadi OKU atau tidak. Adalah menjadi persoalan saya di sini mengapakah pihak doktor pula yang menentukan bahawa mereka ini layak atau tidak menerima bantuan kebajikan dan bukannya pegawai JKM itu sendiri sebelum melakukan soal siasat? Ini dapat dilihat tercatat pada ruangan terakhir borang permohonan OKU tersebut. Jadi apabila ditanya kenapa mereka ini tidak layak menerima bantuan, pegawai JKM berkata bahawa doktor yang menyatakan mereka tidak layak menerima bantuan daripada JKM. Jadi saya pohon daripada kementerian agar meneliti semula keadaan tersebut dan melakukan soal siasat terlebih dahulu daripada pihak JKM bagi memastikan mereka ini layak menerima bantuan ataupun tidak. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu sentuh tentang perkara 010100 – Khidmat Pengurusan. Saya tidak tahu adakah ini prosedur yang terbaik. Diperhatikan tiap-tiap hujung bulan, apabila tiba untuk membayar bantuan-bantuan kepada berbagai-bagai kumpulan yang harus menerima khidmat masyarakat ini, pejabat-pejabat khususnya di Kedah, pejabat-pejabat kebajikan masyarakat contohnya di Sungai Petani macam kenduri besar, Tuan Pengerusi. Dari pagi, tengah hari, bawa dengan orang susah, yang buta, yang capik dan sebagainya, orang susah. Bila kita tanya kenapakah mereka ini tidak boleh akaun sahaja dan terus memasukkan bantuan ke akaun. Malah saya telah tulis surat pun minta supaya di review balik cara bantuan itu diberikan. Malangnya tidak dapat jawapan daripada pengarah. Namun, saya mintalah kalau boleh kementerian tengok balik. Tidak akanlah hendak ambil tiap-tiap bulan bantuan itu. Orang-orang yang kurang upaya ini terpaksa datang dan tunggu berjam-jam untuk mendapatkan bantuan mereka.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Saya. Ya, sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani dan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Sungai Petani, adakah Yang Berhormat Sungai Petani sedar pada bulan ini, sudah dua bulan orang-orang yang menerima bantuan kebajikan ini khususnya di Kedah tidak mendapat bantuan mereka? Sudah dua bulan. Katanya hari Khamis lepas tetapi ditunda pada hari Khamis esok. Sudah dua bulan ini. Minta Menteri beri jawapan.
Saya minta statement itu dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya kerana saya dimaklumkan di Sungai Petani juga ada masalah yang sama.
Kedua Tuan Pengerusi tentang Kaunseling dan Psikologi – 040300. Saya berjumpa tiga, empat orang wanita yang diragut. Traumatik sekali, Tuan Pengerusi. Ada hingga wanita-wanita yang pernah kena ragut ini, apabila dia tengok orang naik motosikal, dia berpeluh, Tuan Pengerusi kerana dia takut. Ada yang ragut, jatuh dan luka dan yang mati juga banyak. Jadi saya hendak tanya Menteri adakah sudah sampai masanya Menteri bawa cadangan ini kepada AG ataupun pihak yang berwajib untuk menilai balik undang-undang yang harus dikenakan kepada peragut-peragut ini. Saya sendiri berbincang dengan Investigation Officer (IO). Mereka cakap, ‘Yang Berhormat, kalau hendak ikut kami hendak himpunlah orang-orang yang ditangkap kerana ragut ini, kerajaan tidak larat hendak bagi makan’. Ini kerana yang ragut hari ini, tangkap selepas itu dia masuk jel enam bulan dan lepas balik kerana caj yang dikenakan itu adalah petty theft Bayangkanlah caj petty theft ini adalah terlalu ringan dan mereka inilah yang akan ulang dan ulang dan ulang dan ulang buat kerja yang sama. Jadi kematian demi kematian kita sudah tengok. Namun nampaknya penyelesaian tidak jumpa. Jadi saya cadangkan, saya mintalah kalau boleh Menteri review balik kerana kebanyakan mangsa ialah wanita. Saya tidak dengar lagilah lelaki kena ragut. Mungkin peragut-peragut tidak beranilah kerana mungkin lelaki itu dia ada kudrat atau tenaga yang lebih kuat. Akan tetapi yang menjadi mangsa hampir semuanya. Hampir semuanya. Malah baru-baru ini ada yang bawa baby, bawa anak ini. Anak baru keluar hospital. Dia bubuh, dia sandang beg. Dia kena ragut. Anak jatuh dan dia pun jatuh. Jadi ini satu malang. Ketiganya Tuan Pengerusi, 040800 – Kanak-kanak. Kita dapat baca daripada akhbar-akhbar bagaimana anak-anak di bawah umur, ada yang empat tahun atau lima tahun yang di sexually abuse, Tuan Pengerusi. Malah ada satu kes itu, umur empat tahun dirogol. Manusia jenis macam mana kita pun tidak fahamlah. Jadi baru-baru ini saya berkesempatan melawat ke Vietnam, Saigon. Bila berbincang tentang hal kanak- kanak ini, rupa-rupanya di Vietnam, Tuan Pengerusi, mereka yang sexually abuse children di bawah 12 tahun, hukumannya mati. Jadi saya minta juga Menteri tengoklah. Mungkin juga matilah jawapannya kalau boleh dipertimbangkan. Mereka yang sexually abuse children ini selalunya dia terlepas ataupun hukumannya terlalu ringan. Bapa rogol anak, abang rogol adik, jiran rogol anak jiran dan saya rasa hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak, kalau mungkin lepas 12 tahun itu kita tidak rasa sangat traumatik sebab dia sudah mungkin membesar tetapi budak-budak yang empat tahun, tiga tahun ini satu yang saya rasa harus dipandang berat. Ini akan memberikan kita rasa berbaloilah hukuman yang akan dikenakan kepada penjenayah. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk pada Butiran 041100 – Pembangunan Sosial Ekonomi dan juga pada Butiran 030000 – Menaik Taraf Hidup di bawah NKRA empat yang berjumlah sebanyak RM113 juta dan Pembangunan Sosial Ekonomi sebanyak RM778 juta.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada bajet sebanyak RM778 juta ini mencukupi untuk melaksanakan program pembangunan sosial ekonomi dalam kalangan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan? Saya rasa jumlah ini mungkin tidak cukup dan kementerian perlu mencari tambahan peruntukan kalau benar-benar ingin melihat kesan positif pada program ini. Kita buat biarlah bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan program naik taraf hidup ini yang ada kaitan dengan pembangunan ekonomi, juga saya rasa RM130 juta pun kalau dibahagikan dengan begitu ramai yang masih memerlukan, juga mungkin kita akan beri sebagai token sahaja sumbangan-sumbangan atau bantuan-bantuan modal bagi mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi ataupun perniagaan. Kita diberitahu bahawa kementerian mempunyai projek-projek seperti AZAM Niaga, AZAM Tani dan sebagainya yang
sangat elok dan sesuai dilaksanakan. Akan tetapi walau bagaimanapun, untuk menjayakan projek-projek ini memerlukan modal yang mencukupi. Kalau tidak, ia habis begitu sahaja. Banyak kes yang mana kita beri bantuan untuk berniaga, perniagaan menjadi perniagaan ‘buluh kasap’ - ‘hujung hilang, pangkal lesap’. Ia tidak ada menepati matlamat kita untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat yang memerlukan pertolongan ini. Selain daripada itu, saya juga ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Apabila kita bercakap soal pembangunan keluarga, kita ingin lihat satu keluarga yang bahagia. Untuk menguruskan keluarga yang bahagia ini bukan semua orang boleh buat. Ia memerlukan pada pengetahuan dan juga sedikit sebanyak kemahiran sebagai ahli keluarga iaitu sebagai suami, isteri dan juga sebagai bapa dan ibu. Jadi saya ingin mencadangkan kerana saya lihat cadangan ini perlu iaitu adanya kempen-kempen, kursus-kursus kaunseling berhubung dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dan ahli keluarga. Satu daripadanya sebagai contoh, ibu bapa mesti mengajar anaknya ilmu agama walau apa agama sekalipun. Akan tetapi pada hari ini saya tidak pasti sama ada kementerian sedar atau tidak sedar bahawa pengajian agama ini tidak dititikberatkan oleh ibu bapa. Maka dengan sebab itu kita mengalami masalah gejala sosial kerana anak-anak termasuk ibu bapanya oleh sebab ignorance dengan izin, jahil daripada segi tanggungjawabnya sebagai ibu bapa. Maka timbullah masalah gejala sosial dalam berbagai-bagai bentuk sama ada buang bayi, menghisap dadah, malas belajar, tidak disiplin, tidak hormat kepada orang tua, tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa yang tua, tidak peduli kepada jiran, tidak menghormati, tidak ada semangat kecintaan kepada bangsa dan tidak ada kecintaan kepada negara. Ini semua masalah disebabkan jahil, tidak berilmu dan berpengetahuan sebagai bapa untuk mengajar anak-anaknya. Ibu tidak berpengetahuan untuk mengajar anak-anaknya dalam hal ilmu agama. Tidak tahu hukum-hakam, tidak tahu dosa- pahala. Ikut nafsu-nafsi masing-masing. Melakukan sesuatu mengikut selera dan perasaan, padahal kita hidup ada peraturan-peraturan kita beragama. Tahu atau tidak Yang Berhormat Menteri, umpamanya ada sekolah-sekolah yang murid-muridnya ramai yang tidak boleh membaca al-Quran. Kalau murid-murid ini tidak boleh membaca al-Quran sebab bukan sahaja masalah di persekolahannya tetapi keibubapaannya, maka bagaimana ia hendak menunaikan solat kalau ia tidak boleh membaca al-Fatihah? Bagaimana ia hendak menunaikan solat padahal al-Fatihah itu wajib dalam solat. Itu contoh dan banyak lagi. Kalau ia tidak boleh membaca al-Quran, bagaimana ia hendak tahu hukum-hukumnya itu? Jadi ini serius. Pada zaman dahulu, kenapa masalah gejala sosial tidak begitu ketara? Tidak begitu menjadi-jadi sebab ibu bapanya mengingatkan anak-anaknya bukan sekadar supaya anak-anak ini rajin belajar, kuat bekerja, tetapi adab peradaban, didikan asuhan, tatasusila dan etika. Kita hormat kepada ibu bapa - itu diajar, diasuh dahulu. Akan tetapi pada hari ini, sebagai wakil rakyat, saya dapati ramai orang-orang tua yang terlantar mempunyai anak tujuh orang, 10 orang - terlantar. Apabila ditanya kenapa jadi macam ini? Tidakkah ada anak-anak? Ada. Mana anak-anak? Di Kuala Lumpur, di sana, di sini - tidak pulang-pulang dan semuanya dibebankan kepada kerajaan. Jadi dengan sebab itu, kalau hendak menyeluruhlah, hendak benar-benar berjaya, saya berharap kementerian bukan sekadar beri duit RM100, RM200, RM300 sebulan. Ini pun perlu juga, tetapi kita berikan mereka tunjuk ajar, ilmu dan pengetahuan yang diperlukan untuk membangunkan sebuah keluarga yang bahagia. Kalau setiap daripada keluarga dalam Malaysia ini bahagia, maka seluruh keluarga rakyat kita akan bahagia. Akan tetapi hari ini kita lihat kucar-kacir dalam banyak keluarga. Satu lagi saya beri contoh umpamanya sebagai ahli keluarga, pemimpin keluarga ialah kebersihan. Pemimpin-pemimpin, wakil rakyat masuk kampung, tidak masuk rumah. Cuba tengok masuk rumah, macam tongkang pecah. Kotor di sana, kotor di sini. Kalau hendak meminjam bilik air, hendak masuk bilik air, berlumut di sana, berlumut di sini. Ini perkara yang betul-betul berada dalam kalangan masyarakat kita Malaysia. Daripada segi kemajuan ekonomi, kemajuan hardware, memang kita sudah sampai ke tahap first world country, dengan izin. Akan tetapi otak dan pemikiran cara
hidup dan budaya kita masih primitif. Kotor, tidak bersih, tidak teratur. Ini berlaku! Buatlah kajian. Saya berharaplah kementerian buat kajian.
Jadi kalau sudah tidak bersih persekitarannya, dalam rumahnya, macam mana minda dia hendak bersih? Bagaimana hendak adanya kesejahteraan sosial, satu keluarga yang bahagia? Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ini, saya tahu ia kait mengait dengan kementerian yang lain, jabatan yang lain. Pendidikan mungkin kata persekolahanlah, Ministry of Education dengan izin atau Jabatan Agama Islam. Jadi orang ini lepas tangan pada orang ini, orang ini lepas tangan pada orang ini. Penyudahnya kita tidaklah melihat kejayaan, menampakkan kejayaan yang cemerlang. Jadi dengan sebab itu saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, tindakan yang diambil, pelaksanaan program itu saya rasa perlu diselaraskan. Dengan izin, it has to be a coordinated effort by the various agencies and ministries pulling our resources together to the optimum. Kalau tidak, orang kementerian ini buat sedikit, kementerian ini buat sedikit, hasilnya tidak sebagaimana yang kita harapkan. Memang kejayaan banyak yang telah dicapai. Saya menafikan apa yang disebut oleh pembangkang bahawa kita telah gagal membangunkan wanita terutamanya. Semalam saya bersama dengan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu Program Bakti Siswa di kampung. Beliau memberitahu saya di UPSI sahaja 75% daripada pelajarnya adalah wanita, perempuan dan lelaki cuma ada 25%. Selain daripada itu, universiti-universiti yang lain pun mengikut apa yang diberitahu kepada saya iaitu wanita atau pelajar perempuan muda menguasai 60% daripada populasi pelajar di pengajian tinggi. Apakah ini bukan kejayaan yang telah kita capai daripada segi pembangunan wanita masa depan, intelektual dan sebagainya?
Yang Berhormat Pasir Salak, saya seronok mendengar ucapan Yang Berhormat.
Jadi saya gulung. Tuan Pengerusi, saya gulung iaitu kejayaan telah kita capai dengan begitu baik sekali tetapi selagi ada bulan dan bintang, perjuangan ini terpaksa diteruskan kerana bilangan penduduk semakin bertambah. Sebelum merdeka jumlah penduduk kita hanya 8 juta orang. Pada hari ini sudah 27 juta orang. Menjelang tahun 2020 penduduk kita akan menjadi 30 juta atau 33 juta orang, Jadi dengan sebab itu keperluan bertambah, perjuangan perlu diteruskan. Kejayaan-kejayaan yang dicapai sungguh cantik, sama cantik dengan Menterinya juga. Sekian, saya menyokong.
Yang Berhormat Ampang. Selepas Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas itu Yang Berhormat Sungai Siput. Kalau tidak ada yang bertanya di sebelah kanan ini, Yang Berhormat Pokok Sena kemudian baru Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Kepong belum bercakap lagi? Okey kalau begitu selepas Yang Berhormat Kepong, saya mahu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Maaf Tuan Pengerusi. Batu Gajah di sini. Saya hendak betulkan kenyataan saya tadi sebab sekarang Yang Berhormat Menteri akan menyediakan jawapan. Tadi saya tertinggal perkataan semasa ucapan saya, boleh saya betulkan?
Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, tadi saya ada berkata berkenaan perkahwinan bawah umur. Apa yang saya ingin sampaikan adalah ada pandangan Yang Berhormat Menteri katakan dalam Dewan ini bahawa ada pandangan kumpulan expert tertentu berkenaan keperluan membenarkan perkahwinan bawah umur kerana untuk menangani isu unwed mothers. Saya bukan rujuk kepada Yang Berhormat Menteri, pendirian kementerian kerana saya tahu dengan jelas pendirian kementerian adalah tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur tetapi adalah pandangan kumpulan expert tertentu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Agak lumayan ya. Ramai yang boleh berbahas, alhamdulillah. Tuan Pengerusi, saya rasa saya harus mulakan ucapan saya ini, tidak terkilan kalau sekiranya saya tidak beri teguran kepada Yang Berhormat Menteri yang ketika tadi telah mengambil kesempatan untuk kononnya mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya rasa kecewa sebagai seorang Menteri yang menerajui Kementerian ‘Kebajikan’ yang patut peka tentang isu-isu sensitif sedemikian dan patut ada kebijaksanaan psikologi. Jangan mengangkat perkara-perkara ini di dalam Dewan ini dan saya minta Yang Berhormat Menteri berjumpa dengan Yang Berhormat Rantau Panjang dan cuba sampaikan hasrat yang lebih ikhlas, bertemu dengan beliau dan membetulkan keadaan. Saya minta Yang Berhormat Menteri terima dengan lapang dada dan melakukannya dengan seikhlas mungkin. Saya juga ingin menegur Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri bersikap mengungkit-ungkit. Memanglah kerja Kementerian ‘Kebajikan’ untuk memberikan kebajikan kepada rakyat. Itu memang tugas. Apa yang kita bangkitkan adalah untuk mempertingkatkan lagi isu-isu yang dibawa tadi adalah isu-isu yang mengatakan kes-kes yang tidak selesai. Jadi kenapa harus kita melenting, mengungkit- ungkit. Jawab sahajalah bila boleh selesai, boleh tambah atau tidak boleh tambah. Dalam pada itu, saya juga ada sepuluh kes kebajikan masyarakat dari Johor Bahru. Sepuluh kes keluarga India, satu setengah tahun tidak selesai. Mereka meminta bantuan. Adakah ini dikatakan kerajaan anti nasional? Jadi kita tidak mahu ini terjadi. Di samping itu juga, saya terima satu SMS dalam Sinar Harian hari ini menunjukkan ada 140 orang, 26 keluarga di Ulu Yam, yang mana enam sahaja anaknya yang bersekolah. Kita minta tindakan-tindakan ini Yang Berhormat Menteri harus lebih peka dan selesaikannya. Namun demikian saya juga tidak mahu Yang Berhormat Menteri terikat dengan kerja-kerja administrative daripada aspek kebajikan. Kita hendak Yang Berhormat Menteri lebih progresif memikirkan Dasar Keluarga Negara, memikirkan Dasar Kanak-kanak Negara, memikirkan dasar-dasar community empowerment. Inilah dasar-dasar yang kita perlu ada daripada kementerian agar rakyat kita lebih dapat kita garap ataupun didik agar keadaan sosial kita tidaklah begitu parah seperti sekarang. Kita tengok Butiran 070000 – Dasar Baru dan Butiran 070100 – Perluasan Program Sedia Ada. Saya hendak tahu perincian, apa yang hendak diluaskan? Apa yang sedia ada? Jadi boleh minta Yang Berhormat Menteri cuba perincikan kerana saya masih menunggu-nunggu Dasar Keluarga Negara yang dikatakan dalam proses tetapi tidak siap-siap. Dasar Kanak-kanak Negara yang juga dalam proses tetapi tidak siap-siap. Ini belum lagi kita meminta Yang Berhormat Menteri merangka satu dasar community empowerment dalam negara kita. Negara maju seperti Singapura mempunyai satu kementerian yang khusus mengendalikan urusan pembudayaan komuniti ini. Kalau kita hendak negara kita sejahtera, lebih membangun, jadi inilah antara langkah-langkah progresif Yang Berhormat Menteri harus lakukan. Administrative ini, beri orang lain yang buat. Boleh jawab, tidak apa boleh buat kerja ini. Banyak lagi duit boleh beri lagi pertolongan. Saya juga hendak menyentuh tentang Butiran 080000 – One-Off. RM725 juta seperti yang disebutkan Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Kota Raja. Kalau Yang Berhormat Menteri mempunyai satu sikap yang lebih long term, tidaklah kita perlu one-off ini. Ini menunjukkan bahawa ini sikap ad hoc ataupun short term untuk menangani masalah bukan untuk menangani the root of the problem. You are just being fire fighting here, dengan izin. Kalau dengan adanya one-off ini, kalau boleh wang ini digunakan untuk dasar-dasar yang lebih menyeluruh, dasar-dasar lebih membangun, insya-Allah negara kita akan lebih maju. Saya juga kecewa dengan one-off ini banyaklah ‘NKRA, NKRA, NKRA, NKRA, LIH, LIH’ – Low Income Household kononnya. Kes Penan pun masih tidak boleh diselesaikan lagi. Kalau NKRA ini, apa salahnya selitkan kes Penan, yang mana masih tertunggak lagi. Gadis-gadis Penan itu tidak dibela nasib mereka. Sekolah mereka tidak dibela. Kenapa kementerian tidak boleh melaksanakan apa yang telah dijanjikan di dalam pelan tindakan yang telah diteliti dan dibuat kaji siasat? Jadi inilah yang menjadi keraguan kita. Yang Berhormat Menteri, bukan kita kata Yang Berhormat Menteri tidak
buat kerja. Sesiapa yang duduk dalam kerusi itu kena buat kerja. Tuan Pengerusi pun buat kerja duduk di situ.
Kalau orang lain duduk pun kena buat kerja juga. Sama juga. Jadi janganlah terlampau riak mengatakan saya buat ini, saya buat itu – bukan. Memang itu menjadi tanggungjawab Menteri untuk lakukannya. Jadi janganlah kita hendak mengatakan bahawa kita buat ini dengan duit – itu duit rakyat. Bukan duit Menteri. Itu duit rakyat, hasil negara. Jadi kita hendak minta kalau bercakap itu, biar berhati-hati. Kita tidak marah. Kita bangga kalau ada Menteri wanita. 30% hendak bangga-bangga, apa 30% ini? Ada berapa orang sahaja Menteri wanita di depan saya ini? 30% apa? Apa yang hendak dibanggakan? Sudah 53 tahun...
Presiden pun tidak ada kuasa.
Itu tidak jadi masalah, presiden... Yang Berhormat Lenggong tidak dapat jadi Presiden UMNO, kenapa hendak sibuk? [Dewan riuh]
Yang Berhormat, bagi laluan sedikit.
Saya hendak sebut, jangan hendak mengetepikan dasar-dasar ini ya. Dasar-dasar ini sudah lama kita meterai tetapi masih lagi kita gagal untuk melaksanakannya.
Ahli Yang Berhormat, duduk dulu.
Yang Berhormat Ampang, boleh bagi laluan?
Duduk dulu Yang Berhormat Ampang. Ahli-ahli Yang Berhormat, berapa elok tadi kita berbahas dengan begitu – baik kita berbahas dengan begitu berhemah daripada sebentar tadi itu. Sila Yang Berhormat Ampang. Kalau pula nanti Menteri menjawab, jangan pula sebelah sini nanti – dengan baik, buat dengan baik. Sila
Tidak apa, jawab-jawab. Saya hendak sentuh Butiran 010900 – Pembangunan, yang mana kita lihat ada 20% peningkatan. Akan tetapi kita lihat bagaimana kita telah berbelanja besar dalam memastikan wanita, institusi keluarga malah kebajikan rakyat benar-benar terjaga. Namun begitu, ternyata tidak memadai dengan sekadar penguatkuasaan dan pindaan undang-undang ataupun menubuhkan institusi jagaan perlindungan. Kementerian terlalu jelas bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat, bukannya mencegah masalah tersebut daripada berlaku. Adakah wujud intervention, dengan izin pihak kementerian dalam menyelesaikan pelbagai punca permasalahan tersebut? Bukan menyelesaikan masalah yang telah berlaku. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada bulan Oktober yang lalu menyatakan seramai 13 bayi telah ditempatkan di pusat baby hatch. Tambahan pula, pihak kementerian juga bersedia untuk menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita hamil luar nikah. Kemudiannya tubuh lagi 60 buah institusi kebajikan, 104 lagi buah pejabat kebajikan masyarakat daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia untuk menerima bayi yang memerlukan perlindungan. Jadi apakah langkah Menteri untuk memberi satu dasar kepada negara agar anak-anak bermasalah seperti ini dapat kita tangani di peringkat yang lebih awal? Bukan sudah jadi baru kita hendak tangani. Saya juga hendak bertanya kepada Menteri. Kita meragui kewajaran pihak kementerian yang turut bersekongkol dalam Festival Fesyen Islam yang mengundang pelbagai kontroversi. Daripada Menterinya berkata, objektifnya sememangnya memenuhi visi dan misi kementerian kerana ia menerapkan ciri-ciri kebajikan selain mengangkat martabat dunia fesyen Islam. Adakah betul Menteri, ia akan memartabatkan dunia fesyen Islam dengan pakaian-pakaian fesyen yang ditunjukkan tidak sama sekali reflect, mencerminkan bahawa ia adalah untuk fesyen Islam seperti saya sebut dulu? Kalau dulu ada Islam Hadhari, sekarang Islam First Lady. Apakah penjelasan di sebalik kenyataan tersebut, Menteri? Apakah dasar-dasar sebegini harus dikekalkan?
Minta laluan.
Inilah hujah-hujah selingan yang kadang-kadang menimbulkan kontroversi. Jadi kalau boleh Yang Berhormat, elakkan perkataan selingan-selingan itu. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkenaan dengan Islamic Fashion Festival yang diadakan di Eropah. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, apakah perkara ini tidak diteliti oleh pemikir-pemikir agama dalam UMNO dan Barisan Nasional khususnya, ataupun dirujuk kepada JAKIM ataupun pihak yang bertanggungjawab dalam agama? Ini kerana, jelas fesyen yang ditonjolkan atas nama Islam sedangkan pakaian itu amat menjolok mata, mendedahkan aurat dan mempermain-mainkan kalimah Nabi Muhammad SAW. Apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Saya rasa Kementerian Wanita harus lebih pekalah. Kalau hendak mendidik keluarga, kalau hendak membesarkan rakyat sejahtera, perkara-perkara asas ini harus diteliti. Jangan dibiarkan sahaja. Tidak kiralah Menteri mana pun, isteri Perdana Menteri kah, siapakah, kena kita teliti dulu konsepnya, agendanya. Itu menunjukkan bahawa kita ini bertanggungjawab tentang rakyat negara kita. Jadi tidaklah mereka confuse. Anak-anak muda confuse sekarang, adakah ini Islam? Kita kena lebih prihatin. Jadi kita minta kalau boleh...
Macam Yang Berhormat Permatang Pauh, macam Yang Berhormat Batu Lanjan – itulah.
[Bangun]
Jadi kita minta kalau boleh kita usulkan kepada Menteri Agama. Saya hendak sebut tentang Butiran 020000 – Pembangunan Wanita. Kita lihat ada penurunan sebanyak...
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Tuan Pengerusi, baru-baru ini kami Dewan Undangan Negeri Perak baru bersidang dan saya turut membahaskan isu yang sama. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Ampang, kalaulah fesyen Islam itu dicerminkan sebegitu rupa, apakah Menteri dan yang kita kasihi, isteri kepada Presiden UMNO juga mencerminkan pemakaian yang berpandukan pada kaedah-kaedah Islam? Jadi saya minta diperjelaskan. Terima kasih.
Nanti, sebelum Yang Berhormat Ampang jawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, elakkan soalan-soalan yang tidak kena-mengena dengan jawatan Menteri itu – elakkan. Apatah lagi dengan pakaian-pakaian, tolonglah. Yang Berhormat Ampang, kalau tidak respons pun boleh. Respons pun boleh dengan baik.
Respons saya baik. Kami mengikut ajaran al-Quran As-Sunnah. Jadi saya tidak tahulah kalau sebelah sana Islam Hadhari atau Islam First Lady. Cantik tak Tuan Pengerusi?
Kalau saya tidak tegur, bermakna saya tertarik dengan hujah tetapi masa harus diingat.
[Ketawa]
As-Sunnah tidak ada mengata orang. Kalau buat fitnah, itu bukan As-sunnah. Itu al-sunat.
Butiran 020000 yang ada penurunan sebanyak 10%. Pembangunan wanita tidak boleh tertumpu dengan meletakkan kuota 30% sahaja dalam proses pembuat keputusan tertinggi. Maknanya, politik tidak boleh disandarkan demi mencapai hasrat tersebut. Dalam bulan Julai dan Ogos, laporan majalah The Atlantic menyatakan bahawa wanita telah muncul sebagai golongan majoriti dalam sektor tenaga kerja di Amerika Syarikat. Disebut-sebut juga dalam Modal Ekonomi Baru misalnya, peranan wanita dalam mentransformasikan ekonomi negara agak kabur pada pandangan rakyat. Ini adalah mengecewakan sekali. Walhal menurut Bank Dunia, penglibatan wanita dalam pasaran kerja akan dapat menyumbang 3% ke 4% pada kadar dalam negara kasar. Difahamkan sudah ada usaha-usaha ke arah tersebut. Namun, seolah-olah bersifat kebajikan dan secara tidak
langsung menggalakkan pergantungan penuh terhadap kerajaan. Apakah pendirian kerajaan dalam permasalahan tersebut? Saya juga hendak sentuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Memang ada 75% penuntut wanita di UPSI. Inilah yang kita bahaskan pada hari ini. Biar Menteri merangka satu pelan yang lebih progresif untuk menampung keperluan anak-anak gadis kita ini yang akan keluar bekerja untuk mencari makan dan juga menjaga keluarga. Inilah maksud kita, cuba rangka sistem sokongan agar mereka ini apabila bekerja, anak-anak masih terjaga di rumah sepertimana dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Bukan sekadar hendak berbangga-bangga 75%, berapa peratus, tetapi tidak ada satu perancangan untuk membantu mereka ini.
Masa Yang Berhormat.
Okey, saya hendak gulung last di bawah kebajikan masyarakat. Walaupun ada peningkatan 100% ini, kebajikan masyarakat dalam peruntukan bajet ini ada 100% peningkatannya. Namun, kita lihat tadi kes-kes tertunggak, kes-kes yang tidak dapat dilayani dan sebagainya, kita minta pertingkatkan lagi usaha untuk menyelesaikan kes-kes tersebut. Adalah didapati bahawa fungsi kebajikan masyarakat tercicir daripada matlamat asalnya. Kesan yang tidak seberapa berbanding jumlah perbelanjaan yang besar sekali tidak berbaloi seolah-olah orang kata ‘beruk mahal daripada rantai’ kah? Atau ‘rantai mahal daripada beruk’? Itulah dia. Jadi kita tidak mahu keperluan-keperluan one-off yang saya sebut tadi, pengurusannya lagi lebih – rugi di situ. Padahal, bantuan itu patut kita hulurkan kepada mereka yang memerlukan daripada kita membuang duit itu untuk pengurusan. Sekiranya diteliti, langkah-langkah yang digambarkan oleh pihak kementerian menerusi butiran perbelanjaan, perancangan dan pembangunan, kita nampak peningkatannya kecil berbanding dengan butiran perbelanjaan khidmat pengurusan. Ini membuktikan bahawa birokrasi yang keterlaluan memakan masa dan kewangan, sekali gus menjejaskan sistem penyampaian kebajikan. Saya juga hendak tambah tadi. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, di Tawau Sabah – orang Sabah dengar. Jangan hendak berbangga sangat ya.
Yang Berhormat Ampang.
Golongan miskin terpaksa menunggu dua bulan hingga 18 bulan untuk menerima bantuan kebajikan daripada Program Pembasmian Kemiskinan. Jadi ini menunjukkan begitu lama masa yang – lama itu 17 hingga 500 hari untuk menyalurkan peruntukan berjumlah RM2.4 juta kepada penerima yang layak. Hakikatnya angka perbelanjaan kebajikan ini akan semakin membesar setiap tahun.
Boleh mencelah Yang Berhormat Ampang?
Sampai bilakah pihak kementerian berterusan untuk menanggung...
Yang Berhormat Ampang yang mempunyai fesyen yang begitu baik sekali. Boleh...
Menanggung beban tersebut. Mengapa tidak diserahkan tanggungjawab tersebut pada semua kerajaan negeri untuk diselesaikan. Jangan hendak salahkan kerajaan negerilah, Kerajaan Pusat kalau wang itu diperuntukkan untuk kerajaan negeri untuk diuruskan untuk menyalurkan kepada orang susah, ...
Yang Berhormat.
Biar kerajaan pakatan rakyat, walaupun kerajaan pakatan rakyat diberi kepercayaan untuk disampaikan kerana kita hendak. [Dewan riuh]
Ahi-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat tolong Ahli- ahli Yang Berhormat.
Hendak berkhidmat kepada rakyat. Jadi, kita minta pihak kementerian janganlah bersikap diskriminasi.
Tawau, Tawau. Pasal Tawau.
Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Ampang.
Jadi saya pun ... [Dewan riuh] Tentang Tawau, saya bercakap pasal Tawau. Kenapa Yang Berhormat Kota Belud bangun. Yang Berhormat Kota Belud.
Cakap orang Sabah. Orang Sabah bangun.
Bercakap Sabah.
Kita tidak mahu you putar belitkan soal Sabah Yang Berhormat.
Jangan mempraktikkan, mengamalkan diskriminasi.
Tidak gunakan peluang.
Kalau kita mengamalkan diskriminasi, ...
Kalau gentlewoman, berilah peluang.
Ia tidak sejajar dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerajaan Barisan Nasional seolah-olah kerajaan anti nasional. Okey, sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
[Ketawa]
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Hulu Selangor, masa. Tidak semestinya apabila saya beri masa yang lebih kepada wanita, Yang Berhormat Pokok Sena pun mahu berucap panjang juga ataupun yang lain. Yang Berhormat wanita sentiasa saya hormat dan jangan pula tuduh saya gender equality. Sila Yang Berhormat Hulu Selangor. Selepas itu Yang Berhormat Sungai Siput, baru Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang.
Yang nama ini tadi sudah saya panggil lebih awal Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya kata selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ada dua atau tiga butiran di sini untuk dikemukakan. Pertama Butiran 040000 – Kebajikan Masyarakat. Saya ucapkan tahniah pada kementerian kerana telah banyak membuat pelbagai bantuan dan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Apa yang lebih penting ialah bantuan yang dihulurkan oleh kementerian ini sampai ke seluruh Malaysia dan ini yang kita utamakan. Bantuan ini diberi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan juga pegangan politik mereka. Walaupun mereka mungkin merupakan penyokong parti pembangkang tetapi bantuan ini diserahkan. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Walau bagaimanapun, ada beberapa kekurangan yang saya rasa kita harus atasi untuk memastikan bantuan ini sampai kepada pemohon-pemohon pada masa yang cepat. Contohnya, di kawasan Hulu Selangor ada permohonan yang telah dibuat sehingga enam bulan belum ada satu jawapan kepada pemohon. Ini mengambil masa
yang lama. Maka, pemohon-pemohon ini apabila datang ke pejabat Ahli Parlimen, kita bantu. Akan tetapi ia akan memudahkan kami sekiranya permohonan mereka diberi kelulusan ataupun mereka gagal dimaklumkan kepada mereka secepat mungkin. Apakah KPI kementerian? Berapa lamakah keputusan ini harus dibuat dan mengapakah ia mengambil masa yang begitu lama untuk memberi keputusan kepada pemohon-pemohon tersebut? Saya juga dimaklumkan bahawa salah satu sebab ialah kekurangan pegawai untuk mengatasi masalah ini ataupun menyelesaikan masalah ini dalam aspek pentadbiran. Mungkin saya dapat memberi cadangan di sini bahawa kita dapat mengambil rakan-rakan, golongan orang kurang upaya yang dapat membantu dalam kerja-kerja pentadbiran. Pegawai-pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat ini boleh keluar padang untuk membuat analisa dan juga tinjauan sama ada pemohon itu layak menerima atau tidak. Dengan secara langsung kita dapat membantu warga-warga, rakan-rakan orang kurang upaya ini supaya kita dapat memberi pekerjaan kepada mereka untuk menyara hidup mereka juga. Saya juga dapat tahu bahawa salah satu sebab yang diberi oleh mereka apabila mereka tidak memberi kelulusan untuk pemohon inilah sekiranya pemohon ada saluran Astro di rumah mereka. Harus kita ingatkan bahawa ada kalanya inilah merupakan salah satu dengan izin, entertainment yang mereka ada. Bayaran RM100 sebulan ini mungkin dibiayai oleh salah seorang anak mereka kerana saluran Astro ini juga merupakan satu saluran yang memberi pendidikan. Banyak saluran yang memberi aspek-aspek pendidikan seperti National Geography, IQ dan sebagainya. Kita seharusnya tidak menggunakan saluran Astro ini sebagai salah satu sebab untuk kita tidak memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan kebajikan ini. Satu lagi butiran ialah Butiran 014000 – Orang Kurang Upaya. Pusat Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu pusat yang banyak memberi perkhidmatan. Saya kagum dengan tenaga kerja di PDK yang telah menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka ikhlas, mereka prihatin dan mereka sentiasa menjaga golongan rakan-rakan orang kurang upaya yang memerlukan bantuan daripada mereka. Akan tetapi, saya nampak pengurangan kepada RM22 juta. Saya berharap pengurangan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan mereka. Saya harap kementerian ada perancangan-perancangan yang dapat digunakan untuk membantu mereka, untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih ikhlas dan prihatin. Saya dapat tahu 20 buah lagi Pusat Dalam Komuniti ini akan ditubuhkan. Sekiranya boleh, di manakah Pusat Dalam Komuniti ini ditubuhkan? Sebelum saya mengakhiri, tadi saya dengar Yang Berhormat Ampang ada menyatakan ada satu keluarga di Ulu Yam memerlukan bantuan. Sekiranya sudi, maklumlah kepada saya. Saya akan memberi bantuan yang seboleh-bolehnya kepada mereka. Saya ucapkan terima kasih dan saya sokong pembentangan ini.
Yang Berhormat Sungai Siput dahulu, baru Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran 010200 dan 040200. Tuan Pengerusi, di negara kita lebih kurang 30% daripada keluarga mendapat pendapatan bulanan di bawah RM2,000 sebulan. Apabila kita memerhati keluarga ini, kanak-kanak mereka sering menghadapi masalah. Masalah di sekolah, masalah akademik, gagal dalam peperiksaan, tercicir di sekolah, masalah mat rempit, masalah jenayah. Ini sudah jadi satu wabak, satu epidemic, dengan izin dalam masyarakat kita. Saya rasa untuk kendalikan isu ini, kita kena tengok apakah puncanya? Apakah puncanya gejala sosial ini antara kanak-kanak keluarga yang miskin. Hanya kalau kita dapat faham ini, baru kita boleh kendalikannya. Pada saya, saya rasa kita kena tengok daripada sudut peminggiran, exclusion. Jadi, dua segi saya hendak sentuh di sini. Pertama ialah ramai daripada keluarga ini ibu dan bapa terpaksa bekerja. Oleh
kerana gaji rendah, dia kena buat kerja kedua, kerja overtime. Jadi, mereka tidak ada masa untuk anak-anak mereka. Kita cakaplah mesti ada kualiti time untuk keluarga semua, tetapi kalau mereka buat kerja pertama, kerja kedua, 14 jam dia kerja, dia balik rumah pun ada tekanan mental. Mereka tidak boleh layan anak-anak mereka dengan mesra. So, that one problem. Mereka dipinggirkan daripada kaedah, ibu bapa mereka tidak boleh beri mereka masa. Akan tetapi ini bukan kesalahan ibu bapanya. Ini adalah berkaitan dengan polisi gaji rendah kerana mereka keluar bekerja, mereka bersaing dengan pekerja Indon, pekerja Bangla, pekerja Nepal. Gaji yang mereka dapat begitu rendah. So, ini suatu yang structural yang menyebabkan anak-anak daripada keluarga itu dipinggirkan. Masalah yang kedua ialah kualiti perubahan untuk kebanyakan keluarga yang miskin ini. Masalah perumahan adalah agak besar dengan polisi kita di bandar-bandar. Katakan polisi setinggan sifar di Selangor umpamanya. Beribu-ribu keluarga miskin diheret daripada kampung-kampung, katakan setinggan. Akan tetapi pada masa itu rumah mereka lebih besar, ada kawasan yang lebih baik sedikit walaupun kita katakan setinggan. Rumah-rumah pangsa yang begitu sempit, 20 kaki dengan 30 kaki sahaja. Sempit, panas, banyak bunyi sampai mereka pun terpaksa keluar daripada rumah itu, pergi keluar, pusing dengan kanak-kanak lain kerana rumah itu begitu sempit. Jadi, ini semua antara sebab, structural sebab yang menyebabkan masalah gejala sosial bagi kanak-kanak itu. Jadi, saya rasa untuk...
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput mengatakan bahawa ada banyak keluarga tidak dapat memainkan peranan ataupun fungsi sesebuah keluarga. Ibu bapa tidak dapat memenuhi tanggungjawab mereka kepada anak-anak. Jadi, adakah Yang Berhormat akan mencadangkan bahawa kerajaan harus mengadakan dasar-dasar supaya dapat empowering ibu bapa dan juga keluarga seperti ini yang bukan seperti sekarang yang hanya bangga dengan bantuan-bantuan yang dapat diberi. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Inilah sebabnya saya bangkitkan isu ini. Saya rasa di bawah 040200 – Perancangan Bangunan, isu ini harus dikendalikan, harus dikaji. Jika isunya ialah quality time tidak ada, oleh kerana gaji rendah, jadi apakah polisi untuk menghadapi masalah ini? Jadi, ini hanya tidak boleh buat hanya untuk satu program, satu kempen. Akan tetapi isunya polisi gaji rendah yang melibatkan 30% daripada keluarga-keluarga miskin kita. So, isu ini saya ingat harus dikaji dan mungkin ini di luar daripada hanya satu kementerian, perlu dibincangkan di Kabinet. What is the way we handle isu ini. Saya akan cadangkan dua isu berkenaan dengan perumahan. Isu perumahan yang selesa untuk rakyat yang mampu dibeli, macam jika keluarga dengan pendapatan di bawah RM2,000 sebulan, mereka tidak boleh membeli rumah yang mahal. Mungkin RM20,000 atau RM25,000. Itu sahaja mereka boleh beli. Jika you price it lebih tinggi daripada itu, mereka akan bermasalah. Jadi, saya rasa isu yang kita subsidi perumahan untuk lapisan masyarakat miskin ini adalah satu isu yang kita harus kendalikan. Apabila kita lihat, kita baru dengar di Dewan ini bahawa kerajaan ingin membeli 257 buah kereta perisai dengan harga RM30 juta sebuah, dengan jumlah RM8 bilion. Manakala harga kereta APC ini hanya RM10 juta sahaja jika dibeli di pasaran terbuka. Jika kita beli dengan harga yang betul, kita boleh selamatkan RM5.3 bilion daripada satu pembelian sahaja. Ini jika kita bahagikan pada semua kawasan Parlimen, kita boleh bina 150 buah rumah dan jual pada lapisan masyarakat miskin ini dengan harga RM20,000. So, inilah isu kita bukan negara yang miskin. Kita ada dana, kita ada kewangan tetapi where is it going? Inilah isunya. Jadi isu seperti ini, seperti perumahan pada saya, saya rasa peminggiran kumpulan kanak-kanak itu satu isu penting ialah perumahan, perumahan yang tidak selesa yang terlalu sempit dan kita ini ada kuasa, kita ini ada upaya, kita ini ada cukup dana untuk mengendalikan masalah ini. So, kita perlu tumpukan pada punca-punca utamanya, kalau kita hendak kendalikan isu gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi yang baik hati. Senyum Tuan Pengerusi itu cukup menyejukkan kita pada petang- petang ini. Alhamdulillah. Kalau lihat kepada Yang Berhormat Padang Rengas itu, ia kurang sedikitlah. Kadang-kadang dia masam. [Ketawa]
Mood tidak baik.
Dia mood tidak baik. Moodnya kurang baik. Saya hendak menyentuh Tuan Pengerusi B.48 040000 – Kebajikan Masyarakat. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang sewaktu Yang Berhormat Sungai Petani berbahas. Saya juga hendak mendapatkan penjelasan kerana ia juga membabitkan negeri saya sendiri iaitu negeri Kedah tentang kelewatan selama dua bulan pembayaran bantuan kebajikan kepada mereka yang sepatutnya menerima bantuan ini. Saya difahamkan bahawa sepatutnya pada setiap 1 hari bulan mereka sudah pun menerimanya. Tadi saya dapat menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat masih lagi belum ada duit dimasukkan daripada pihak kementerian, daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat pusat ini. Jadi, saya tidak tahu apa akan berlaku untuk tempoh ini bagaimana mereka yang selalunya mengharapkan, hanya bergantung besar pada bantuan-bantuan ini untuk hendak menguruskan soal kehidupan-kehidupan mereka. Jadi, saya fikir bahawa tidak sewajarnya keadaan ini berlaku sedangkan kita begitu mudah untuk membelanjakan untuk Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan PEMANDU, JPM bagi tujuan untuk membayar fee kepada perunding-perunding sehingga mencecah RM66 juta. Kita begitu mudah beri malah kepada syarikat perunding luar negara, Amerika Syarikat, McKenzie & Co. sebanyak RM36 juta kita boleh bayar secara begitu mudah. Maknanya tidak berlaku tersangkut pembayaran mengikut perjanjian tetapi sedangkan untuk bantuan masyarakat yang memerlukan bantuan kehidupan ini, tiba-tiba berlaku dua bulan terlewat daripada tarikh bayaran yang sepatutnya. Jadi, saya minta apakah masalah yang berlaku di peringkat kementerian ini sehingga berlaku keadaan sedemikian rupa? Ini disebabkan saya kira bahawa ini merupakan isu yang penting kerana kita harus mengutamakan golongan ini. Keduanya ialah tadi Yang Berhormat sebut sewaktu penggulungan perbahasan usul potong gaji ini, Yang Berhormat ada menyebut bahawa ada 300,000 lebih masyarakat yang miskin dalam negara kita ini yang 90% lebihnya adalah Melayu. Jadi, saya hendak bertanya bahawa apakah jalan penyelesaian untuk hendak mengatasi masalah mereka ini walaupun kita sudah 53 tahun merdeka dengan Melayu menjadi tuan kepada negara, tiba-tiba tuan masih duduk di belakang? Tiba-tiba tuan ini lebih terkebelakang daripada masyarakat yang lain sedangkan kita selalu bercakap, memomokkan bahawa kita mempertahankan ketuanan Melayu ini. Malah kalau kita lihat peratus yang menunjukkan daripada segi pemilikan ekuiti kekayaan negara kita ini antara masyarakat Cina, India dan Melayu, Melayu juga terkebelakang daripada Cina dan India. Sedangkan kita kata bahawa Melayu adalah tuan pada negara kita ini, kononnya tuan pada negara. Jadi, tidak akan tuan kayuh gerek. [Ketawa] Kuli – gerek faham Tuan Pengerusi? Basikal. Tidak akan tuan kayuh gerek, gerek pun tidak ada spok - ia punya jejarinya itu. Tuan kayuh gerek, kuli naik Mercedes.
Cakap bahasa Melayu lah Yang Berhormat Pokok Sena.
[Ketawa] Saya sudah cakap bahasa Melayu itu, bahasa Melayu Kedah. Kalau Sungai Petani lagi ‘darat’, lagi teruk. Simpul. [Ketawa] Jadi, tidak akanlah tuan kayuh basikal, kuli bawa Mercedes ataupun...
E-Series.
Mercedes E-Series. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah jalan keluar program pembangunan ke arah untuk meningkatkan taraf hidup mereka, meningkatkan kemampuan dan keupayaan hidup mereka ini untuk mereka itu keluar daripada kategori kemiskinan tadi?
Kemudian Tuan Pengerusi, saya juga ingin hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapakah jumlah bantuan peruntukan yang telah dibelanjakan iaitu yang diperturunkan daripada Kerajaan Pusat ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri Kedah untuk banjir di negeri Kedah sepanjang tempoh banjir berlaku di negeri Kedah ini? Juga saya hendak bertanya berapakah peruntukan kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri Kedah? Ini disebabkan Yang Berhormat ada menyebut sebelum itu, Kerajaan Negeri Kedah meminggirkan, tidak beri apa dan sebagainya tiba-tiba apabila Yang Berhormat pergi ke sekolah Telok Malek, Jitra, Yang Berhormat tanya pegawai sudah berapa banyak duit pusat turun, depa kata ‘sekepiang’ pun tidak turun lagi sewaktu itulah. Sewaktu itu ‘sekepiang’ pun tidak turun lagi. Jadi, Yang Berhormat tanya ‘Yang ini yang kita duk bagi sardin, telur ini mana?’. Yang ini duit kerajaan negeri dia katakan. Jadi, saya hendak tahulah, apabila sudah habis banjir ini, sudah surut ini, berapakah sebenarnya duit Kerajaan Pusat yang diperturunkan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri untuk dibelanjakan bagi membeli sardin, telur dan macam-macam lagi. [Disampuk] Tuala, tuala pelekat, seluar dalam, baju dalam dan sebagainya. Kemudian, berjanji hendak beri dapur gas pun ada tetapi ada yang tidak dapat. Memang saya akui di kawasan saya Perdana Menteri, dia orang kawasan saya. Abang kepada Yang Berhormat Machang. Dia bawa dapur gas pergi. Sudah lah tong gas tidak ada. Waktu itu masak semasa banjir ini, dia beri semua bahan tetapi gas depa tidak beri. Apabila gas tidak diberi, depa cari wakil rakyat. Kitalah wakil rakyat bawa keluar gas untuk masak. Apabila habis banjir, hendak balik ini, dijanjikan hendak beri dapur gas. Jadi, sebelum balik itu, dia bawalah dapur gas. Bawa-bawa, tiba-tiba ada 90 orang di satu tempat di sekolah Bukit Hijau di Derang. Ia membabitkan beberapa buah kampung dalam kawasan saya. 90 orang termasuk yang UMNO tidak dapat, yang PAS tidak dapat, yang KEADILAN tidak dapat, yang tidak ada parti pun tidak dapat. 90 orang tidak dapat daripada berapa ratus buah keluarga itu.
Sedangkan dikatakan di bawah bilangan yang cukup. Sedangkan rupanya bila saya siasat bahawa ada berlaku dibawa kepada orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan banjir. Jadi akhirnya mereka rasa tersisihlah. Jadi mengadulah kepada saya sebagai Ahli Parlimen. Jadi saya pun terpaksa tanggung 90 buah. Saya bukan hendak ungkit akan tetapi saya sedekah sahajalah. Walaupun saya tidak ada duit. Saya barulah Hari Raya Korban saya bawa dapur dan daging, gas tidak adalah. Daging korban saya bagi kepada depa semua. Sebab saya tidak kirim kepada UMNO. Saya tahu kalau daging korban kirim dekat UMNO macam harap kirim daging dekat harimau. [Ketawa] Kalau kirim daging dekat harimau ini memang dia sesah dululah dekat dia. Jadi dia lebih kurang begitulah UMNO ini. Maknanya daripada atas sampai ke bawah. Tuan Pengerusi tidak UMNO, bagus. Tuan Pengerusi bagus. Jadi saya [Ketawa] tidak panas Tuan Pengerusi, ya. Sejuk, cool, cool. Jadi saya hendak minta penjelasan bahawa berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk banjir di negeri Kedah. Kemudian saya hendak dapat yang akhir P.48, Butiran 00601 - Bengkel Daya. Saya ialah baguslah, ini satu yang sangat baik melatih orang-orang OKU, bukan ’Orang Kuat UMNO‘. ’Orang Kuat UMNO‘ ini pun kena letih juga. Kadang-kadang dia pun pening juga. Dalam Dewan ini pun pening juga dia OKU juga, sebahagian OKU. Akan tetapi bukan OKU yang tidak cukup sifat. Mereka ini cukup sifat akan tetapi OKU ini dia kadang-kadang cara fikir itu hendak kena latih juga.
Yang Berhormat Pokok Sena, you tahu you tidak boleh sebut itu.
Ya.
Sila.
Bengkel ini sangat baik untuk meningkatkan kemahiran, keupayaan OKU supaya mereka itu boleh bergantung pada kemampuan dan keupayaan mereka sendiri dengan latihan berbagai-bagailah, jahitan dan sebagainya. Akan tetapi yang saya hendak sebut di sini ialah bagaimana kerajaan
untuk hendak memasarkan hasil-hasil yang dibuat oleh OKU ini, khususnya yang dikeluarkan oleh bengkel daya sendiri. Bukan sahaja OKU yang buat secara personal, akan tetapi dibuat di bengkel daya ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini sebab saya lihat bahawa tidak ada usaha yang serius untuk hendak memastikan pemasaran pada hasil-hasil yang dibuat oleh OKU. Contoh saya katakan, sekadar kementerian ataupun jabatan buat baru-baru ini untuk memasarkan produk OKU dalam program PDK di Taman Tasik Titiwangsa. Itu sekali. Kemudian habis itu, dia orang buat balik ialah barang depa. Akan tetapi tidak ada usaha bagaimana mereka hendak memasarkan, sedangkan umpamanya saya tunjuk contoh bahawa agensi di dalam kementerian Yang Berhormat sendiri pun tidak ambil barang-barang daripada yang dihasilkan oleh bengkel daya. Ini saya telah difahamkan, tidak ambil barang-barang yang dihasilkan oleh bengkel daya. Contohnya toyu. Kicap, kicap Tuan Pengerusi, kicap. Ada Bengkel Daya di Sungai Petani dia buat toyu, kicap, kicap, kicap. Bukan toyol. Toyol dia lain. [Ketawa] Dia toyu, toyu. Sedangkan institusi-institusi di bawah kementerian Yang Berhormat macam asrama-asrama sinar harapan dan sebagainya, sepatutnya boleh ambil daripada bengkel daya ini sebagai pembekal toyu kepada mereka. Bayar kepada bengkel daya. Akan tetapi sebaliknya institusi-institusi ini ambil daripada pembekal yang lain. Jadi saya kira bahawa sepatutnya kita boleh meningkatkan hasil pendapatan kepada bengkel daya dan boleh beri kepada mereka OKU yang terlibat dalam bengkel daya ini. Ini satu contoh. Begitu juga dengan cadar. Di Sungai Petani saya difahamkan buat cadar. Selain daripada toyu buat cadar. Ada pula komen mengatakan cadar OKU ini tidak ada kualiti. Memanglah hendak duduk di asrama sinar harapan padan lah duduk pakai cadar hak yang dia punya kualiti kontrol dia agak lemah dan sebagainya. Padanlah hendak pakai. Akan tetapi tidak ambil cadar daripada bengkel daya sendiri. Sedangkan saya katakan bahawa hasil yang dibuat oleh bengkel daya ini ada yang ada kualiti dan ada yang tidak ada kualiti. Itu saya akui. Umpamanya coklat. Di Sungai Petani juga bengkel dia. Coklat itu sangat baik sehingga menarik perhatian syarikat-syarikat daripada Jepun untuk mengambilnya. Akan tetapi tidak ada usaha daripada pihak kerajaan sendiri, pihak kementerian yang sepatutnya bagi saya bahawa boleh mengarahkan dibawa ke dalam Kabinet untuk memastikan supaya asrama-asrama yang lain di bawah kementerian Yang Berhormat pun boleh ambil cadar. Institusi yang lain dan sebagainya boleh ambil barangan-barangan yang dikeluarkan, yang dihasilkan oleh bengkel daya khususnya oleh OKU ini. Jadi itu yang saya hendak bahaskan, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Indera Mahkota. Selepas Indera Mahkota, Kepong.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Selepas itu,Yang Berhormat Menteri sila menjawab.
Baru sekejap tadi Timbalan Perdana Menteri dalam ucap utama dia, sidang kemuncak wanita menyatakan hasrat dia untuk tengok yang kerajaan hendak lahirkan beberapa ribu usahawan wanita kerana pada pandangan beliau golongan yang paling miskin sekali dalam Malaysia, dalam negara kita adalah wanita terutamanya yang menduduki di kawasan luar bandar. Ini satu perkara yang berkebetulan dengan apa yang disebut oleh pihak Menteri baru sekejap tadi dalam usaha untuk mempertingkatkan daya keusahawanan wanita. Akan tetapi saya hendak sekali gus bertanya oleh kerana banyak data yang kita kemukakan pada hari ini yang disahkan juga oleh pihak Menteri. 93% daripada 353 ribu lebih yang disebut oleh Menteri semasa menggulung jawapan tadi adalah terdiri daripada kalangan yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang menduduki kawasan luar bandar.
Sekiranya berkebetulan adalah datangnya daripada jantina wanita maka bermakna 93% itu merujuk kepada kaum wanita yang dilihat yang paling diketepikan atau paling tidak mendapat faedah daripada perancangan selama ini. RM723 ribu hampir RM1 juta setiap tahun sepanjang tiga tahun selepas PRU12 ini tanpa gagal kita lihat telah disumbangkan untuk tujuan ini. Sehingga hari ini saya tidak rasa malu untuk berkata ada perkara-perkara tertentu yang kita tumpukan dan mendapat perhatian bukan sahaja daripada kementerian Yang Berhormat malah kepada kebanyakan kementerian yang lain untuk mengatasi masalah wanita sebagaimana yang pernah dituntut untuk kuota ataupun peratusan 30% sebagainya. Bukan hanya tumpu pada satu bidang pada keseluruhannya yang terbanyak. Saya hendak minta penjelasan seringkas yang mungkin sedikit sekiranya boleh di bawah Butiran 040000 – Kebajikan Masyarakat yang mana pihak Menteri telah berjanji pada tahun lepas dalam perbincangan atau perbahasan belanjawan ini juga bahawa kementerian Yang Berhormat akan mengemukakan satu cadangan untuk melihat isu aging society dengan izin, iaitu yang mana masyarakat di dalam negara kita ini telah dilihat sebagai tidak lagi seimbang daripada segi cluster umurnya. Itu yang dikatakan sebagai aging society dengan izin. Banyak negara jiran kita yang telah menumpukan pada aspek ini dan mereka telah pun membangunkan satu dasar yang khusus tentang aspek ini. Malangnya saya tidak nampak dalam rancangan kita untuk tahun 2011 ini ada satu perkara yang khusus melainkan diletakkan di bawah Lembaga Kependudukan Pembangunan, barangkali. Akan tetapi melihat pada jumlah peruntukannya terlalu sedikit dan tidak ada significant berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin tidak ada satu perancangan yang khusus sebagaimana yang dijanjikan. Saya pun tidak tahu kenapa jadi begini. Barangkali aspek ini telah dimasukkan di bawah NKRA yang mana kita tengok berapa isu yang sama juga dikupas di bawah pelan-pelan NKRA. Saya hendak tanya dalam kita meneliti aspek negara kita menuju pada keadaan negara warga tua yang tidak ada keseimbangan daripada segi peringkat umur ini.
Saya hendak satu perkara yang agak disebut ramai sekarang. Kementerian dilihat menjalankan beberapa program yang agak spesifik yang mendapat perhatian umum. Spesifik untuk kementerian ini ada dua program Yang Berhormat lancarkan dan uar-uarkan secara besar-besaran iaitu keletihan Yang Berhormat memberi suntikan percuma iaitu Human Papillomavirus (HPV) yang dikatakan sebagai penyebab pada virus ataupun kanser serviks dalam kalangan wanita. Terutamanya remaja ataupun wanita-wanita yang belum berkahwin. Kementerian akan memberi secara percuma sudah tentu ada satu jumlah yang diperuntukkan di sini tidak tahulah adakah tidak saya jumpalah. Akan tetapi, promosinya telah dijalankan secara besar-besaran, menggalakkan semua kalangan masyarakat wanita untuk mengambil suntikan tersebut. Saya hendak tanya setakat rujukan yang saya buat dalam kalangan pengamal-pengamal perubatan yang pakar dalam bidang ini. Pandangan mereka mengatakan bahawa suntikan HPV ini adalah untuk tujuan mencegah jangkitan tersebut yang terhasil daripada hubungan seks ataupun hubungan kelamin. Ini juga membawa erti bahawa kita menggalakkan warga Malaysia, warganegara kita yang jantinanya wanita untuk mengambil suntikan-suntikan ini untuk melakukan pencegahan. Sedangkan kita tidak memberitahu ataupun kita tidak kaitkan bahawa HPV ini diakibatkan oleh jangkitan hubungan kelamin. Kalau kita menumpukan ataupun menggalakkan keseluruhan remaja-remaja wanita kita untuk mengambil suntikan-suntikan ini, adakah kita perlu ataupun tidakkah perlu kita memberitahu bahawa yang mustahaknya ialah mengelakkan daripada terjerumus pada hubungan kelamin luar perkahwinan ataupun seks awal umur? Ini perkara yang lebih mustahak daripada kita ketengahkan isu untuk mereka mengambil suntikan ini. Jadi kita mendedahkan persepsi masyarakat Malaysia kita pada penterjemahan yang kita ini seolah-olah tidak apalah kalau terjerumus dalam bidang ini pun tidak mengapa. Ini kerana kita ada suntikan HPV yang kerajaan bagi secara percuma untuk mengelakkan atau memberi jaminan bahawa tidak ada jangkitan. Walaupun fenomena hubungan seks bebas atau daripada luar waktu perkahwinan ini dilakukan atau terjerumus. Sama juga dengan satu insiden yang mana
kementerian juga menguar-uarkan bahawa pusat-pusat perlindungan kepada ibu yang hamil secara emergency, secara tidak sengaja ini. Terutama yang melibatkan di luar perkahwinan sebagaimana satu rumah perlindungan yang telah dibuat di Melaka. Ini juga memberi gambaran bahawa kita seolah-olah bersetuju dengan perlakuan-perlakuan ini kerana ada for back situation dia, dengan izin yang tempat ini disediakan oleh mereka. Jadi suntikan HPV ini saya hendak tahu setakat ini berapakah jumlah dia dan berapakah kementerian Yang Berhormat memperuntukkan belanjawan untuk menjangka beberapa ratus ribu wanita yang akan menerima suntikan ini untuk mengelakkan jangkitan HPV. Sudah tentu kementerian Yang Berhormat tahu dan sedar beberapa hari atau minggu yang lepas kita juga disebut atau di gemparkan dengan berita yang mana ada kalangan penuntut- penuntut pengajian tinggi kita, wanita yang terpaksa ataupun terjerumus pada aktiviti sosial yang tidak baik. Menawarkan perkhidmatan seks hanya tujuan kerana untuk mendapatkan wang untuk membiayai pendidikan atau membayar yuran-yuran tertentu termasuk yuran sewa rumah dan yuran-yuran kesihatan mereka. Jadi saya rasa kalau ini dianggap sebagai isu yang terpinggir, saya ucapkan tahniah kalau kita masih lagi menganggap isu ini terpinggir. Pada pandangan saya sebagai wakil yang dipilih oleh pengundi di kawasan saya, saya tetap melihat kerana adanya potensi perkara ini berlaku di seluruh kawasan. Kalau di kawasan saya juga pernah berlaku atau berlaku insiden seperti ini, saya membuat andaian hampir di seluruh kawasan di dalam negara kita ada berlaku insiden-insiden yang saya sebutkan tadi. Terakhirnya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Perkara 20000. Pada 13 Ogos 2010, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai khas kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bertanya kepada saya mengesahkan saya sama ada seorang Ahli Parlimen atau tidak. Jawapan saya memang yalah. Beliau meminta saya mengesahkan satu nombor akaun dan nombornya diberi kepada saya. Bank tempat nombor itu didaftarkan dan diberi juga kepada saya dan juga pemegang tanda tangan dan beberapa jumlah yang ada serta nama akaun bank tersebut. Nama akaun bank tersebut adalah Mayang Parlimen Indera Mahkota. Setakat itu sahaja maklumatnya saya kata saya mengesahkan. Saya kata saya akan semak kerana saya tidak dapat memberi pengesahan di dalam telefon. Pada saya mungkin rasa mungkin ada orang menyamar dan sebagainya Tuan Pengerusi. Jadi beberapa minit saya ambil dan kemudian saya membuat pengesahan dan sebagainya rupanya memang benar panggilan itu daripada pejabat Yang Berhormat. Tujuan panggilan tersebut ialah untuk mengesahkan penghantaran sejumlah wang untuk tujuan pembiayaan perayaan pra hari raya Ogos yang lalu dan jumlah itu disebut. Saya mengambil peluang untuk membuat sedikit semakan dan saya menelefon kepada pihak bank dan sebagainya rujukan maka saya mendapat tahu dengan detail tentang kedudukan ini yang katanya sebagaimana juga Yang Berhormat pernah jawab berkali-kali. Ini adalah peruntukan daripada kementerian Yang Berhormat untuk pembiayaan ataupun untuk menyelaraskan apa aktiviti-aktiviti di peringkat Parlimen. Saya tidak tahu kenapa pegawai Yang Berhormat mungkin melakukan kesilapan pada hari itu dan dengan itu saya membuat pengesahan kerana insiden ini berlaku kepada saya. Saya ada semua lengkap dan jumlahnya, beratus-ratus ribu mungkin yang ada terkini saya tidak tahu. Akan tetapi, saya hendak tanya akhirnya kepada Yang Berhormat. Adakah ini menjadi amalan kepada kementerian Yang Berhormat selain daripada peruntukan itu yang sepatutnya disebut disalurkan kepada Ahli Parlimen kawasan itu? Adakah ini kaedah Yang Berhormat ambil dan pakai untuk membuat peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain yang kebetulannya tidak duduk atau mewakili dilantik oleh rakyat bagi pihak Barisan Nasional? Maksud saya adakah di kesemua kawasan Parlimen atau Ahli Parlimen kawasan yang diwakili daripada kalangan rakyat, ini adalah kaedah. Adakah ini kaedah Yang Berhormat atau kementerian yang mengambil untuk menyalurkan bantuan-bantuan seperti yang saya sebutkan tadi? Ini adalah insiden yang berlaku dan saya telah pun mendapat pengesahan yang perkara ini adalah perkara yang diamalkan sejak sekurang-kurangnya tahun 2008 yang lalu. Saya hendak penjelasan itu, insya-Allah SWT. Selepas ini kita akan kemukakan lagi soalan yang hampir sama ataupun mendapatkan penjelasan yang lebih detail. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kepong. Selepas Yang Berhormat Kepong, Menteri.
Tuan Pengerusi, halaman 590 Butiran 010000 dan Butiran 020000 halaman 591 Butiran 040000. Saya ambil kesempatan ini untuk memberi pendapat saya mengenai kedudukan wanita dan mengenai perkhidmatan kebajikan masyarakat.
Walaupun Yang Berhormat Menteri sentiasa menekankan beliau memang bertungkus-lumus untuk membangunkan wanita di negara ini, tetapi saya nampak semasa dahulu beliau sentiasa sebutkan mengenai UN Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) dan ini pun diterima oleh negara. Memang baik diterima negara. Akan tetapi setakat manakah CEDAW ini dapat dijayakan di negara ini? Kita boleh lihat di dalam Dewan ini sahaja kita mempunyai 24 orang Ahli Parlimen wanita daripada 222 orang Ahli Parlimen. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Speaker tidak ada...
Ya, Speaker tidak ada. Kalau Speaker pun semuanya lelaki, tidak pernah ada wanita menjadi Speaker. Tidak pernah.
Dewan Negara ada, Yang Berhormat.
Dewan Negara ada, ya?
Ada, wanita seorang.
Dewan Rakyat tidak ada, tidak pernah ada. Dewan Negara pun Timbalan Speaker sahaja. Ini halnya 10.6% wanita di sini dan sejak CEDAW lagi peratusan ada kurang, tidak naik. Ini bermakna usaha Yang Berhormat dan orang lain itu tidak mencukupi untuk – walaupun kerjaya Yang Berhormat Menteri sendiri memang masih baik, selamat tetapi ramai lagi tidak dapat peluang. Ini begitu juga lebih teruk di Dewan-dewan Undangan Negeri, hanya tidak sampai 8% dan Yang Berhormat Menteri pun setuju tidak sampai 8%. Apakah sebab tidak ramai yang hendak menyertainya di dalam Dewan? Adakah ini bermakna di pihak Yang Berhormat Menteri itu usahanya tidak begitu hebat? Ini memang saya haraplah semua ini dapat diubahkan. Seterusnya mengenai pekerja-pekerja di Malaysia. Kalau wanita tidak sampai 40%, 36% sahaja di Sumber Manusia untuk pekerja-pekerja di Malaysia dan ini kebanyakannya di bawahan.
Penjelasan, penjelasan.
Tidak ada yang bangun, Yang Berhormat. Tidak ada orang bangun.
Tidak ada, ya?
Ada, ada. Penjelasan sedikitlah mengenai dengan apa pandangan daripada Yang Berhormat mengenai dengan KL Motor Show yang mana wanita-wanita dijadikan sebagai satu bahan lagi. Bukannya motor itu iaitu kereta yang dijadikan bahan, tetapi wanita-wanita yang berpakaian tidak ‘seronok’. Mereka ini memanglah kata seronok, cantik tetapi daripada segi Islamnya - bukan kata Islam tetapi moral biasa pun saya rasa Yang Berhormat Bukit Mertajam pun tidak setuju dengan pakaian wanita yang begitu menjolok mata. Jadi apa yang kita hendak tahu sama ada matlamat penganjur tadi hendak buatkan wanita ataupun kereta? Okey, terima kasih. Apa pandangan?
Saya berharaplah Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji apa sebenarnya yang berlaku daripada segi maruah manusia, maruah wanita itu sama ada secocok dengan maruah wanita yang kita hendak jayakan – menyesuaikan. Yang Berhormat Menteri memanglah mesti kerja lebih kuat lagi.
[Ketawa] Hebat. Hebat Yang Berhormat Kepong.
Bukan hebat. Kita mestilah kerana kita hendak wanita dan sama-sama lelaki pun sopan-santun juga di dalam Dewan yang mulia ini. Di sinilah kalau kita kira dengan saya sebutkan mengenai tidak sampai 40% wanita menjadi pekerja-pekerja di negara ini dan saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberitahu pada Dewan yang mulia ini semua bidang pekerjaan, peratusan wanita ini. Bukan sahaja daripada Dewan bagi semua itu. Apakah rancangannya untuk membolehkan mereka menambahkan bilangan di dalam semua bidang? Ini kerana kita tahun hadapan, kita dapat RM1.24 bilion peruntukan dan daripada peruntukan ini saya berharaplah kita dapat memajukan pihak wanita. Seterusnya kerana masa berlalu - mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuklah orang-orang kurang upaya (OKU). Biasanya kita semua Ahli Parlimen memang di dalam perkhidmatan kita, kita menguruskan ramai wanita, lelaki dan semua kaum yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat. Di sini saya hendak mencadangkan supaya kakitangan di dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat ini mestilah kita ada kakitangan yang benar-benar bersimpati dengan orang-orang yang kurang upaya dan urusan itu mestilah lebih baik. Sikap dan kebolehan mereka untuk menguruskan semua itu. Jangan kerana orang yang kurang upaya dan orang yang miskin ini atau mengalami masalah bila ia sampai ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, mungkin daripada segi psikologi itu sudah rendah. Jikalau kita tidak melayankan mereka dengan lebih sempurna, mereka merasakan tidak dilayan dengan baik oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya berharap semua sikap pegawai kakitangan di dalam jabatan ini mestilah diubah dengan lebih baik, lebih sopan dan lebih bersimpati pada orang-orang yang malang. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bagi pihak kementerian ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada begitu ramai sekali Ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan pada hari ini. Saya hendak mulakan jawapan dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, isu perkahwinan di bawah umur. Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat juga, saya amat bimbang kalau perkara ini menjadi satu budaya. Walhal, kalau kita tengok secara purata, ini bukan menjadi budaya atau amalan orang Malaysia sebenarnya. Sedikit sebanyak saya hendak maklumkan kepada Parlimen bahawa di bawah Seksyen 10 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan dalam kalangan bukan Islam di Malaysia adalah tidak sah jika pada tarikh perkahwinan itu salah satu pihak berumur di bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, pihak perempuan dibolehkan berkahwin jika berumur di bawah 18 tahun tetapi telah mencapai 16 tahun, dengan syarat mendapat lesen daripada Ketua Menteri seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 21(2) Akta 164. Bagi pasangan beragama Islam pula, Enakmen Undang-undang Islam di negeri- negeri telah menetapkan had umur perkahwinan untuk lelaki tidak kurang daripada 18 tahun, manakala untuk perempuan tidak kurang daripada 16 tahun melainkan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah. Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak ertinya seorang yang berusia di bawah 18 tahun. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa walaupun undang-undang membenarkan kanak-kanak untuk berkahwin sekiranya mendapat kebenaran Ketua Menteri ataupun Menteri Besar atau Mahkamah Syariah, perkara ini sebenarnya tidak harus dipandang ringan atau menjadi amalan dalam masyarakat.
Secara prinsipnya pihak kementerian, kita tidak menggalakkan malah kita tidak sokong perkahwinan di bawah umur. Selaras dengan langkah menjaga kepentingan terbaik dan kesejahteraan kanak-kanak serta komitmen negara terhadap
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Kementerian berpandangan perkahwinan kanak-kanak bawah umur perlu dibendung daripada menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat negara ini. Dalam hal ini setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab bagi memastikan masa hadapan seorang kanak-kanak tidak diperjudikan. Mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk menikmati alam kanak- kanak sebelum dibebankan dengan tanggungjawab seorang dewasa. Tuan Pengerusi, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat daripada Parit Sulong pula, berapakah buah rumah...
Minta penjelasan.
Yang Berhormat, saya ada panjang...
Saya tanya apakah pihak kementerian akan lakukan kerana ada akta menyatakan bawah umur... ada kanak-kanak kerajaan negeri. Adakah pihak kementerian akan berbincang kerana undang-undang syariah di bawah kerajaan negeri? Apakah tindakan yang akan diambil oleh Yang Berhormat Menteri sebab Ketua Menteri Melaka nampaknya menggalakkan kanak-kanak bawah umur ini untuk berkahwin?
Yang Berhormat, pihak kementerian kita akan mengambil beberapa tindakan susulan. Kita akan mengambil beberapa tindakan susulan untuk menentukan bahawa budaya ini dapat dibendung. Akan tetapi saya hendak katakan bahawa sebenarnya ini bukan menjadi budaya di negara kita ini. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit sulung, berapa rumah Seri Kenangan di seluruh Malaysia. Kita ada sembilan buah Rumah Seri Kenangan. Berapa bajet setiap sebuah Rumah Seri Kenangan? Lebih kurang RM1.5 juta setiap Rumah Seri Kenangan. Ratio penghuni dan kakitangan untuk penghuni normal yang biasa 1:18 penghuni, untuk penghuni yang terlantar 1:4 penghuni terlantar dan untuk penghuni yang penyakit mental 1:5 daripada penghuni. Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya bilangan Klinik Bergerak LPPKN. Pada ketika ini, kita ada enam klinik bergerak di wilayah Kedah, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan klinik bergerak ini pelbagai, kaunseling kekeluargaan, khidmat perancang keluarga, saringan kanser payudara dan serviks, saringan kesihatan dan apa juga pendaftaran untuk subsidi mammogram. Sehingga 2010, lebih daripada 58,000 ahli masyarakat telah menikmati khidmat ini terutama keluarga miskin di luar bandar mahupun di bandar. Program untuk bantu dependency penagih dadah. Peranan LPPKN dalam memberi emotional support, kita mempunyai kaunselor kita yang saling membantu mereka. Program di Batu Pahat dan di Parit Sulong. Untuk angka yang terperinci, akan saya hantar secara bertulis kepada Yang Berhormat. Untuk isu pemantauan ke atas kes pendaftaran taska sehingga kini, jumlah berdaftar 970. Pemantauan dilakukan oleh pegawai yang diberi kuasa secara berkala dan JKM telah menubuhkan pasukan task force di setiap negeri untuk memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu taska yang tidak berdaftar untuk berdaftar dan menepati standard minimum dipatuhi. Untuk Yang Berhormat Kota Raja, siapakah yang menjaga keperluan emosi kanak-kanak di rumah-rumah anak yatim? Saya hendak maklumkan bahawa di rumah kanak-kanak JKM, Pegawai Kaunselor ada ditempatkan untuk membantu kanak-kanak dan menjaga keperluan emosi kanak-kanak. Di peringkat daerah, setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat ada pegawai kaunselor yang ditempatkan untuk membantu dan memberi perkhidmatan kaunseling berkumpulan sasar jabatan seperti anak-anak yatim apabila kes dirujuk pada jabatan. Untuk menjawab soalan tentang keganasan terhadap kanak-kanak oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Usaha pencegahan dalam menangani isu-isu ini adalah tanggungjawab pelbagai pihak, kerajaan, swasta, NGO, komuniti keluarga dan lain-lain. Antara langkah-langkah yang telah dan akan diambil Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara yang menentukan kanak-kanak mendapat hak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan menentukan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak. Kedua, mewujudkan talian khusus mengenai permasalahan kanak-kanak Childline 15999 dan juga kerjasama strategik dengan NGO dan menjalankan usaha- usaha pencegahan dan pembangunan kanak-kanak melalui pendekatan komuniti
based approach. Kita juga bekerjasama dengan agensi utama seperti polis, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan dalam usaha-usaha pencegahan. Tentang isu gender gap ini Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa saya sendiri ingin melihat supaya lebih ramai wanita berada di dalam lingkungan membuat keputusan. Kita telah pun berjaya dalam beberapa bidang tetapi ada bidang yang perlu banyak lagi tindakan yang diambil seperti dalam bidang politik. Memang saya tidak puas hati dengan pencapaian wanita tetapi dalam bidang-bidang lain misal kata dalam perkhidmatan awam untuk sektor JUSA, ada peningkatan pada masa ini, pada hari ini 32.3% dan lain-lain. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa perlu ada pembabitan lebih ramai dan wanita itu sendiri juga mesti mahu. Wanita itu juga terutama dalam politik mesti mahu membabitkan diri dan untuk menentukan bahawa apa jua halangan atau rintangan yang mereka hadapi itu dapatlah mereka atasi. Selain daripada itu, saya nampak bahawa pada keseluruhannya, wanita Malaysia berada dalam satu tahap yang membanggakan terutama jika kita bandingkan dengan banyak-banyak lagi negara. Cuma cabaran yang kita hadapi ialah untuk wanita yang berkelayakan, berkemampuan, untuk menembusi apa yang dinamakan kelas ‘siling.’ Itu pada saya menjadi cabaran untuk kita semua.
Saya hendak minta tanya. Adakah pada mana-mana wanita yang di dalam sini yang tidak sanggup menjadi Menteri? Ini kerana Menteri hanya ada berapa peratus, tidak cukup 30%. Saya rasa kita ada wanita atau Ahli Parlimen wanita yang berupaya di sini, yang boleh menjadi Menteri. Apakah Menteri sendiri kerana Yang Berhormat pun bukan daripada Dewan ini tetapi daripada Senate datang ke Dewan sini dan sudah curi kesempatan, peluang Ahli-ahli wanita di dalam Dewan ini. Apakah Yang Berhormat akan buat supaya akan tambah lagi Menteri wanita?
Yang Berhormat, sudah semestinyalah menjadi satu impian ataupun saya percayalah menjadi satu hasrat Perdana Menteri untuk menentukan lebih ramai wanita menduduki Kabinet. Isu ini telah pun kita kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya percaya bahawa beliau akan mengambil tindakan sewajarnya pada masa yang tepat nanti. Akan tetapi pada saya yang sangat mustahak ialah pembabitan wanita di dalam seluruh pembangunan negara. Yang Berhormat mesti ikhlas untuk mengakui bahawa di Malaysia ini, kedudukan wanita adalah satu kedudukan yang boleh kita banggakan sebagai satu negara. Walaupun kita ada beberapa lagi cabaran tetapi secara puratanya, kalau kita bandingkan dengan mana-mana negara di seluruh dunia ini, wanita Malaysia di bawah kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini, pencapaian mereka masih boleh kita banggakan. Alhamdulillah. Cuma kita hendak lebih ramai lagi wanita berada dalam tahap yang lebih tertinggi dan insya-Allah, saya percaya bahawa pada masa-masa akan datang, impian ini akan menjadi kenyataan.
Yang Berhormat, penjelasan. Boleh? Saya keliru sedikit dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Mertajam ini. Adakah hendak meletakkan martabat wanita jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, hanya tugas dan tanggungjawab kerajaan Barisan sahaja? Ini kerana di Kelantan saya dengar dan saya faham tidak ada seorang pun wanita yang diangkat menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan.
Betul, betulkan. Tidak betul.
Adakah ini Ahli Exco Kerajaan...
Ahli Exco ada tarik balik.
Itu tidak betul. Kita ada Exco Wanita.
Kalau ada, terima kasih. Berapa orang? Jadi kalau tidak ramai Exco di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, janganlah hanya tekan hanya di kerajaan Barisan.
Silap Yang Berhormat, Kelantan ada Exco Wanita, tidak baca surat khabar kah?
Boleh saya beritahu beliau. Di Penang ialah 1 out of 10. 10% Exco adalah wanita. 2 out of 28/30 di Kabinet ialah berapa? Jadi tentunya di Penang, saya rasa di Kelantan 1 out of 10, 10% lebih ramai. Selangor 40% Exconya adalah wanita.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kota Raja, usaha ke arah menubuhkan taska di tempat kerja, kerajaan memberi insentif bagi penubuhan taska tempat kerja sektor awam sebanyak tidak melebihi RM200,000 dan pengecualian daripada memohon kelulusan PBT bagi ubahsuai bangunan bagi taska dan ibu bapa yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan boleh memohon subsidi RM180 sebulan apabila anak mereka diterima masuk ke taska tersebut.
Menteri, mencelah sedikit mengenai taska. Kita belum lagi memandatkan, kita belum buat ia mandatori. Bila kita hendak memandatorikannya? Ini kerana majikan akan sentiasa mencari alasan untuk tidak mewujudkan ini selagi kita tidak mewajibkannya. Kita perlu ada kriteria yang mana apabila ada wanita bekerja, berapa peratus wanita bekerja, mesti ada pusat-pusat ini untuk mereka.
Ya. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Untuk soalan lain yang Yang Berhormat tanya iaitu untuk melihat semula dasar bantuan – kelulusan selepas 12 bulan Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa berdasarkan siasatan, untuk memutuskan sama ada bantuan wajar diteruskan atau tidak, semua aspek sosial seperti kemampuan ahli keluarga untuk menyumbang juga diambil kira dan keutamaan pada kes yang tidak produktif sepertimana yang saya katakan tadi terlantar dan lain-lain – insya-Allah itu kita akan teruskan. Untuk kes-kes yang boleh kita keluarkan daripada kepompong kesengsaraan mereka itu, kita terpaksa buat sebab ini akan membolehkan kita memberi peluang pada kes-kes yang baru nanti. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat juga bahawa pihak kementerian sedang meningkatkan program productive welfare kerana ini adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang berada di bawah golongan kumpulan sasar JKM termasuklah golongan miskin di bawah NKRA. Kita akan mempertingkatkan lagi program social enterprise dan productive welfare kerana kita percaya bahawa yang terbaik adalah untuk memberi ilmu kemahiran dan juga peluang untuk mereka daripada golongan sasaran JKM dan juga kementerian untuk mencari pendapatan mereka sendiri nanti – insya-Allah. Yang Berhormat Ledang bertanya tentang cadangan pakar terapi untuk PDK. Cadangan untuk mengadakan pakar-pakar terapi dalam aspek pemulihan sangatlah dialu-alukan. Perancangan seterusnya untuk mempelbagaikan program terapi di PDK akan dipertingkatkan. Untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, saya hendak tentukan bahawa AAC (augmentative and alternative communication) dengan izin, sebagai satu alat pembelajaran yang berkesan dapat kita perluaskan pada semua PDK yang ada di seluruh negara. Juga, program latihan asas dalam lanjutan untuk pekerja PDK yang dijalankan bersama dengan NGO dan pakar-pakar lain akan kita tingkatkan lagi. Selain daripada itu, PDK sebagai pusat setempat OKU di peringkat komuniti yang mana ahli-ahli komuniti itu sepatutnya dapatlah bersama-sama mendampingi pelatih-pelatih yang ada di pusat-pusat PDK kita. Tuan Pengerusi, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam tentang kenapa kita perlu dapat pengesahan daripada pihak doktor sebelum kita memberi bantuan, sebenarnya pengesahan doktor atau pakar adalah untuk pengesahan sebagai OKU, untuk mendaftar sebagai OKU, bukan untuk bantuan. OKU yang berdaftar layak mendapat bantuan yang bersesuaian dan mengikut kelayakan mereka.
Yang Berhormat Simpang Renggam juga bertanya kebajikan isteri apabila bercerai, nafkah hanya diberi buat seketika. Langkah-langkah kementerian di antara lain untuk memberi maklumat pendidikan mengenai hak-hak isteri melalui program literasi undang-undang yang dijalankan oleh LPPKN, SENADA, JPW dan bersama sama dengan NGO. Kita juga menjalankan kursus-kursus pra perkahwinan untuk meningkatkan lagi sifat tanggungjawab suami dan isteri dengan kerjasama NGO-NGO yang ada. Kita juga memberi kaunseling kepada isteri dan rujuk mereka kepada agensi- agensi berkaitan seperti Biro Bantuan Guaman dan lain-lain. Insya-Allah, saya percaya bahawa dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak, kita dapat menangani masalah ini.
Minta penjelasan. Isu nafkah. Saya rasa bukan isteri-isteri memerlukan kaunseling tetapi yang penting adalah kelemahan daripada aspek pelaksanaan Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Ini telah banyak kali dibangkitkan oleh NGO. Saya pernah bangkitkan isu ini dalam Dewan yang mana undang-undang Law Reform ini ada kelemahan, yang mana suami yang gagal membayar walaupun boleh dikeluarkan waran tangkap tetapi pelaksanaannya isteri itu perlu pergi ke mahkamah dan membayar untuk melaksanakan tangkapan tersebut. Jadi itu adalah kelemahannya yang saya rasa telah gagal memberi satu perlindungan atau memberi hak yang sepatutnya diberikan kepada isteri-isteri yang gagal dibayar nafkah oleh suami mereka. Apa yang perlu ditengok adalah pelaksanaan undang-undang yang ada kelemahannya.
Insya-Allah Yang Berhormat. Itu adalah di antara agenda di bawah kementerian. Walaupun isu-isu seperti ini membabitkan banyak pihak yang lain terutama undang-undang syariah tetapi kita di kementerian kita akan teruskan perjuangan kita. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Petani tentang hendak menilai semula hukuman ke atas peragut dan juga untuk rogol kanak-kanak dan lain-lain, cadangan untuk menilai balik hukuman ini akan saya panjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga pada Pejabat AG nanti – insya-Allah. Saya setuju bahawa perkara seperti ini kita tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam masyarakat kita dan isu untuk review semula kaedah bantuan telah saya jawab tadi. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Salak – Yang Berhormat, pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengambil berat tentang isu keluarga bahagia dan kempen-kempen yang perlu dijalankan. Sebenarnya isu keluarga ini bukan satu isu yang mudah untuk kita tangani. Akan tetapi saya percaya Yang Berhormat bahawa dengan pembabitan Ahli-ahli Parlimen dan lain-lain pemimpin tempatan dan yang paling mustahak kaum bapa dalam isu untuk menegakkan institusi keluarga, saya percaya bahawa kita dapatlah bersama- sama menanganinya. Pada tahun ini, insya-Allah kita akan mula semula beberapa kempen yang perlu diadakan untuk menentukan bahawa institusi keluarga itu dapat dipertahankan. Untuk peruntukan Yang Berhormat tanya tadi adakah cukup atau tidak, memanglah kalau hendak ikut peruntukan itu tidak mencukupi. Namun begitu, sebagai satu kerajaan, bukan hanya peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Wanita sahaja yang kita buat program-program untuk sosioekonomi ini, tetapi kementerian lain pun menjalankan program-program untuk mengangkatkan lagi taraf sosioekonomi rakyat yang ada. Untuk program-program terperinci, kita ada kementerian champion seperti Kementerian Pertanian, AIM dan Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain yang menjalankan program-program ini dan kita sebagai sekretariat akan mengawasi status program-program yang dijalankan. Kepada Yang Berhormat Sungai Petani – saya sudah jawab untuk Yang Berhormat Sungai Petani. Untuk menjawab soalan dasar-dasar daripada kementerian, saya hendak maklumkan bahawa dasar-dasar yang telah diluluskan pada tahun 2009 ialah Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perlindungan Kanak-kanak, Dasar Kesihatan Reproduktif dan Sosial, dan Dasar Wanita Negara yang telah diolah semula. Bagi maklumat Ahli Yang Berhormat yang tanya tentang Dasar Keluarga Negara, saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya dasar ini sudah siap dan kita hanya menanti untuk saya bawa perkara ini untuk mendapat keputusan daripada Kabinet.
Sebenarnya Dasar Keluarga Negara ini kita meneliti banyak kali sebenarnya dan saya sudah minta kepada pihak LPPKN untuk menentukan bengkel-bengkel yang diadakan membabitkan beberapa ramai stakeholders supaya pada akhirnya dasar yang kita bawa kepada kementerian adalah satu dasar yang integrated dan komprehensif dan dapat membantu untuk menegakkan dan mempertahankan institusi keluarga di Malaysia.
Kepada semua Ahli Yang Berhormat yang tanya tentang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat lewat dan lain-lain, insya-Allah saya akan duduk bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bertanya apa yang berlaku. Akan tetapi saya ingat untuk Kedah, Yang Berhormat mungkin kerana banjir. Jadi mungkin kerana itulah ada kelambatan, tetapi insya-Allah, selepas saya dapat maklum balas secara terperinci itu, akan saya tentukan bantuan itu diturun dan diselesaikan dengan secepat mungkin. Tadi ada Yang Berhormat yang tanya tentang pembayaran...
[Bangun]
Sekejap ya Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau tidak salah Yang Berhormat dari Pokok Sena yang tanya tentang kenapa ramai sangat semasa pembayaran dibuat macam majlis. Saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya kita ada banyak cara untuk membayar bantuan. Ada yang melalui bank, ada yang melalui kelompok, ada yang datang ke pejabat JKM kerana bukan semua daripada penerima kita ada akaun bank, dan ada yang minta daripada kita supaya boleh atau tidak mereka datang ke pejabat dan ada juga yang minta supaya pegawai kita yang membuat pembayaran di rumah mereka. Jadi kita ada satu bakul yang mana kita mengikut penerima golongan yang ada dan kita cuba seberapa yang boleh untuk memenuhi hasrat mereka. Untuk Astro tadi, saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya saya ingat tahun sudah apabila kita mendapat maklum balas bahawa kita tidak boleh menggunakan kewujudan Astro di rumah itu sebagai tanda ukur sama ada dia layak atau tidak untuk mendapat bantuan. Jadi saya sudah minta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bahawa sebenarnya pada zaman ini, semiskin-miskin mana punlah mana rumah yang saya pergi pun setidak-tidaknya, Astro itu saya setuju boleh dikatakan keperluan terutama untuk orang kurang upaya, kerana melalui Astro dan juga channels yang lain, sedikit-sebanyak mereka dapat menumpu masa dan juga banyak pembelajaran yang mereka akan dapat daripada siaran televisyen yang ada. Bagi menjawab saya rasa...
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena bangun Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat, macam inilah bagus jawab tenang, elok. Macam itulah perempuan. Orang perempuan jawab tenang, jangan dok serbu.
Yang Berhormat...
Kadang-kadang serbu ikut dan itu yang orang marah. Bagus, saya puji.
Yang Berhormat, yang itu Menteri tidak boleh tentukan. Yang tentukan Ahli-ahli.
Ya. Saya puji Yang Berhormat Menteri hari ini menjawab bagus. Bagus, bagus. [Ketawa] Jadi soalan saya...
Itulah sifat perempuan.
Yang Berhormat Menteri kata pembayaran lewat tadi ini Kedah itu mungkin kerana banjir, tetapi Perlis banjir juga. Itu saya hendak dapatkan detail apa masalah sehingga tadi pun saya telefon, duit belum turun lagi ke Kedah. Itu problem.
Yang Berhormat daripada Pokok Sena ini kadangkala kalau dia hendak buat baik itu hati saya pun lembutlah Yang Berhormat, tetapi kalau dia buat naik angin, alahai saya pun rasa teruja kadang-kadang. Cuba macam ini Yang Berhormat. Tidakkah selamat negara kita betul atau tidak? Alhamdulillah, bila Yang Berhormat begitu gentleman, bila Yang Berhormat tanya dengan saya sebenarnya Yang Berhormat, saya hendak katalah orang perempuan ini mudah sahaja. Kalau orang lelaki itu dia hormat kita, cara dia cakap berhemah, berbudi bahasa sepertimana Yang Berhormat tanya pada saya tadi kita pun rasa teruja jawab dengan elok-elok. Itu sahaja sebenarnya. Kepada Yang Berhormat dari Ampang, ada beberapa soalan tadi sudah saya jawab, ya. Cuma Yang Berhormat tanya tentang penyertaan wanita dalam pasaran. Rancangan Malaysia Kesepuluh telah menetapkan sasaran 55% untuk penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan. Pada masa ini 46.4%. Jadi saya pun amat berharaplah bahawa dengan ada beberapa perancangan dan juga beberapa polisi kerajaan macam 90 hari cuti bersalin dan lain-lain dan beberapa tindakan yang akan diambil selepas ini, saya harap bahawa kita akan dapat menemui saranan Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri, mengenai cuti bersalin tadi itu. Kita alu-alukan 90 hari tetapi sekarang ini ada pula syaratnya tidak lebih daripada 300 hari. Jadi boleh bersalin tiga kali sahaja. Jadi back to square one Yang Berhormat.
Tidak. Yang Berhormat sebenarnya sebagai kerajaan kita majikan yang terbesar. Apa jua tindakan dan polisi yang kita buat, kita kena tengok secara purata sebab impak dan risikonya begitu mendalam sekali. Jadi pada saya ini adalah satu permulaan yang baik dan insya-Allah selepas ini kita akan meningkatkannya lagi. Malah selepas ini saya hendak maklumkan bahawa saya akan minta kepada Menteri Sumber Manusia untuk mendapat kelulusan daripada Kabinet, kita ada pindaan pada akta untuk memperluaskan 90 hari ini pada sektor swasta juga. Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat dari Sungai Siput, punca gejala sosial dalam kalangan anak remaja. Banyak kajian telah dijalankan oleh IPT, agensi dan NGO mengenai gejala sosial dalam kalangan anak-anak. Kebanyakan pakar mendapati antara faktor, risiko atau risk factor yang membawa pada situasi ini adalah kemiskinan, pencapaian taraf pendidikan yang rendah, bilangan anak yang ramai dan didapati bahawa kalau tidak menjaga betul-betul misal kata kalau empat orang anak dan lebih, ibu bapa tidak memberi perhatian dan juga persekitaran yang tidak kondusif, dan insya- Allah di bawah NKRA bagi isi rumah berpendapatan rendah kementerian telah mewujudkan satu program satu azam, program perubahan minda. Saya harap, dengan ada program-program seperti ini, akan kita mampu untuk mengurangkan faktor-faktor risiko tersebut. Tuan Pengerusi, saya rasa mungkin saya sudah jawab...
[Bangun]
Yang Berhormat Ampang bangun.
Sedikit. Yang Berhormat Menteri tidak sentuh NKRA, lower income household itu. Kenapa tidak dipanjangkan kepada masyarakat Penan yang mengalami masalah yang telah kementerian buat kajian tetapi tidak ada tindakan susulan untuk mengatasi masalah mereka.
Okey. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa untuk NKRA ini, kita punya target adalah spesifik mengikut ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang telah berdaftar di bawah sistem e-Kasih. Jadi, strategi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk kita the head count. Maknanya kita mulakan dengan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang telah pun didaftar di bawah sistem e-Kasih. Jadi kita memberi tumpuan kepada mereka. Namun begitu, komuniti seperti Penan mendapat pembelaan juga. Itu tidak bererti bahawa mereka tidak mendapat pembelaan bukan hanya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi di bawah kementerian-kementerian yang lain. Yang Berhormat jangan susah hati bahawa isu Penan ini kita mengambil berat bukan hanya Kerajaan Persekutuan, tetapi juga kerajaan negeri dan percayalah akan ada beberapa langkah-langkah yang positif yang telah dan akan dibawa kepada komuniti ini. Maka dengan itu..
Yang Berhormat, tadi soalan saya itu ada lagi tidak dijawab.
Saya tanya tadi tidak jawab langsung.
Banjir di Kedah dan juga pusat bengkel daya itu.
Untuk bengkel daya itu Yang Berhormat sebenarnya cadangan Yang Berhormat itu memang bagus. Kita pun di kementerian kalau boleh semua tokyu, saya orang Penang saya tahulah apa Yang Berhormat kata tokyu itu kan. Sebenarnya itu tauyu itu. Memang satu cadangan yang baik tapi cuma pengeluarannya. Saya rasa bahawa di antara sebab kalau hendak bawa ke pasaran luas kerana kita kena tengok untuk menentukan pengeluarannya konsisten dan banyak, tetapi saya mengambil kira cadangan hebat Yang Berhormat itu dan kita akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.
Baik mami.
Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.
Bagi menjawab soalan...
Banjir, banjir!
Okey. Banjir Yang Berhormat, supaya di antara Yang Berhormat dan saya tidak ada Yang Berhormat hendak kecil hati kepada saya atau saya hendak kecil hati dengan Yang Berhormat, saya rasa elok saya boleh bagi kepada Yang Berhormat secara bertulis berapa yang kita belanja untuk telurkah, untuk towelkah, untuk apakah biar saya bagi dengan secara bertulis. Betul tidak? Jadi supaya tidak payahlah hendak gaduh siapa yang belanja banyak mana.
Okey. No problem mami.
Okey, alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat. Akhir sekali kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, saya hendak maklumkan bahawa memang betul bahawa di bawah kementerian mana-mana Ahli Parlimen yang memerlukan bantuan daripada kementerian khususnya untuk kumpulan sasar di bawah kementerian kita bantu.
Ramai daripada Ahli Parlimen, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah pun melantik mereka selaku Pengerusi Mayang. Jadi apa-apa dia sesiapa juga yang dilantik selaku Pengerusi Mayang, program-program kemasyarakatan misal kata macam bulan puasa, untuk hari raya dan bulan puasa semua itu, maka kita buat program juga melalui mereka. Jadi mungkin untuk Indera Mahkota, ini adalah pertama kali yang saya dengar cerita ini. Saya balik nanti saya check, tengok. Jadi besar kemungkinan program- program itu hendak diturunkan di Indera Mahkota, tetapi di kementerian kita bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan, yang mana jua mereka berada, jika pemimpin-pemimpin tempatan itu memperjuangkan kumpulan sasar, kementerian dan pemimpin tempatan ini terdiri daripada pemimpin NGO, sama ada Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain.
Jadi Yang Berhormat mengesahkan perkara itu?
Saya tidak mengesahkan apa-apa tentang Indera Mahkota, sebab saya kena balik kena pergi check tengok tetapi yang saya mengesahkan pihak kementerian, kita memang bekerjasama, bekerja rapat dengan pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi termasuklah Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin NGO.
Untuk makluman Yang Berhormat, pemegang akaun itu adalah ketua bahagian UMNO.
Itu saya tidak tahu. Itu saya kena balik check, tetapi kementerian, kita bersama-bersama masyarakat mustahil untuk kita
hendak menjalankan semua program. Jadi, kita delegate kan kepada pemimpin peringkat akar umbi.
Sebab itu pengesahan yang saya minta itu simple saja. Saya mahukan kementerian mengesahkan sama ada program itu adalah program yang lazimnya cara kaedah yang dibuat untuk Parlimen-parlimen yang tidak dimenangi oleh BN. Itu sahaja.
Yang menjadi lazim daripada kementerian adalah untuk kita bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi.
Jadi kes itu, kes terpencil kah?
Tuan pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada semua.
Sebab saya ada data yang lebih lengkap daripada itu.
Insya-Allah, cadangan dan pandangan akan diambil perhatian oleh kementerian. Sekian, assalamualaikum WBT.
Kita ada data yang lebih lengkap daripada itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,076,562,000 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,076,562,000 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM169,380,000 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM169,380,000 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011. Majlis Mesyuarat bersidang semula [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 9 Disember 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.13 malam.