Dewan Rakyat · 9 December 2010

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 1,009 turns · 37,468 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sejauh manakah keberkesanan Program 1 AZAM dan berapakah sasaran kementerian sehingga akhir tahun 2010.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan yang di-Pertua sehingga September 2010 seramai 18,366 ketua isi rumah miskin tegar di bawah sistem e-Kasih minat mengikuti program 1 AZAM. Daripada jumlah ini seramai 1,045 orang minat projek AZAM Kerja, 10,536 orang berminat dengan projek AZAM Tani, 5,703 berminat dengan projek AZAM Niaga dan 1,082 dengan projek AZAM Khidmat. Senarai peserta telah dihantar kepada agensi pelaksana masing-masing iaitu Kementerian Sumber Manusia untuk AZAM Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk AZAM Tani dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk AZAM Niaga dan AZAM Khidmat. Agensi-agensi peneraju ini kini dalam proses melaksanakan projek-projek AZAM yang bersesuaian dengan minat peserta. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah dan Sarawak agensi pelaksana program ini adalah kerajaan negeri masing-masing. Melalui Jawatankuasa Focus Group dengan izin, dan Pejabat Kemajuan Negeri. Agensi Pelaksana program 1 AZAM bagi negeri-negeri ini telah dilantik sendiri oleh kerajaan negeri iaitu bagi negeri Sarawak Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Bintulu, Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan iaitu FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Giat MARA dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak (JTK). Sementara peneraju bagi negeri Sabah adalah Yayasan Usaha Maju Sabah, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Koperasi Nelayan Sabah, Koperasi Pembangunan Desa Sabah, Jabatan Perikanan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2010 kementerian menyasarkan seramai 44,643 ketua isi rumah miskin tegar menyertai program 1 AZAM agar mereka dapat berusaha meningkatkan pendapatan keluarga seterusnya keluar dari belenggu kemiskinan melalui prinsip dengan izin, productive welfare. Memandangkan program 1 AZAM masih dalam peringkat awal pelaksanaannya kejayaan-kejayaan projek AZAM dalam meningkatkan pendapatan keluarga miskin masih belum dapat diukur. Program 1 AZAM akan dipantau secara berterusan dan kajian impak akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan selepas peserta menjalankan projek untuk melihat keberkesanan dan kejayaannya, Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya seterusnya ialah negeri manakah yang paling banyak respons kepada program ini dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan negeri ini lebih banyak respons dari negeri-negeri yang lain? Saya hendak tahu juga macam mana cara orang hendak menyertai program ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Negeri yang paling ramai sekali peserta Program 1 AZAM untuk Semenanjung ialah negeri Kelantan iaitu seramai 2,084 orang untuk AZAM Tani, 2,125 orang untuk AZAM Niaga, 1,225 orang untuk AZAM Kerja, 357 orang untuk AZAM Khidmat. Sementara bagi Malaysia Timur pula negeri yang paling iaitu kedua negeri Sabah dan Sarawak sebenarnya menunjukkan bilangan peserta yang paling tinggi sekali, kalau berbanding dengan negeri yang lain di seluruh Malaysia. Untuk negeri Sabah terdapat 4,699 orang dan Sarawak ialah 1,152 orang. Bagi cara untuk memohon bagi menyertai program 1 AZAM ini adalah pertama, peserta itu haruslah mendaftarkan diri di bawah senarai e-Kasih di mana pendaftaran ini boleh dibuat secara online melalui iaitu www.e-kasih.gov.my ataupun peserta itu boleh berdaftar terus kepada pegawai di pejabat daerah masing-masing.

Untuk menyertai Program 1 AZAM selepas permohonan – maksudnya selepas permohonan pendaftaran di bawah e-kasih itu diluluskan, peserta tersebut bolehlah membuat permohonan program 1 AZAM yang diminatinya melalui iaitu pejabat daerah ataupun pejabat kebajikan masyarakat di daerah masing-masing. Sekian, terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berbalik kepada soal Gerakan 1 AZAM ini, saya hendak tumpukan kepada barangan runcit atau dalam konteks menjurus kepada kedai runcit Jimat 1Malaysia. Soalan tambahan saya ialah di bawah program Gerakan 1 AZAM, kerajaan menyasarkan pembukaan 50 kedai runcit Jimat 1Malaysia bagi tahun 2010. Persoalannya ialah apakah kemajuan tertinggi projek tersebut dan apakah kriteria untuk melayakkan pemilihan pengusaha kedai runcit Jimat 1Malaysia? Bagaimanakah sekiranya kita hendak mendefinisikan tidak berlaku penyelewengan atau rasuah dapat dielakkan dalam proses pembukaan kedai runcit tersebut? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya soalan itu terkeluar daripada soalan ibu. Walau bagaimanapun, berdasarkan prinsip tanggungjawab secara kolektif, saya ingin membuatkan

keterangan di mana sebenarnya di bawah Program 1 AZAM – AZAM Niaga, ia hanya khusus kepada keluarga yang dikenal pasti sebagai miskin tegar dan juga miskin sahaja. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat tadi soalan terkeluar...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Soalan tadi terkeluar tadi, soalan ini termasuk.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan pagi-pagi ini buat kenyataan yang bukan-bukan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Kuala Langat punya soalan tidak relevan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau pun ia terkeluar, saya yang menentukan sama ada saya panggil lagi atau tidak. Jangan Ahli-ahli Yang Berhormat biasa buat begitu. Setiap Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila berhujah sahaja, menarik perhatian saya kepada Peraturan Mesyuarat, tetapi hampir semua Ahli-ahli Yang Berhormat melanggar Peraturan Mesyuarat, termasuk membuat kenyataan- kenyataan di luar Dewan, menghina Majlis. Selepas itu mengatakan yang bukan- bukan seolah-olah orang yang bercakap itu malaikat, tidak ada kesilapan langsung. Jangan buat ukuran kepada sesiapa dengan ukuran sendiri. Siapa kita yang buat ukuran terhadap orang lain? Ingat ini. Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail, Machang.

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam.

Mudah-mudahan Allah Taala penuhkan dada Tuan Yang di-Pertua dengan kesabaran – mudah-mudahan. Doa saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, saya penuh sabar Yang Berhormat.

Saya doakan Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi Yang Berhormat, sejauh mana kita boleh bersabar?

Ya, ya. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya perlu bersabar, Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu bersabar.

Insya-Allah, doa saya untuk Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan saya sahaja disuruh bersabar Yang Berhormat.

Ya. Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila kemukakan soalan. Berdoa kita sama-sama Yang Berhormat Permatang Pauh.

Ya, saya doakan. Insya- Allah, amin.

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

Amin.

Tuan Yang di-Pertua

Semua kita berdoa. Sila kemukakan soalan.

Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu · question

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah peranan Program Kerjasama Indonesia-Malaysia- Thailand Growth Triangle (IMT-GT) serius dalam membangunkan kawasan selatan Thailand dan wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Machang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Indonesia- Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan dianggotai oleh negara Indonesia, Malaysia, dan Thailand dalam kerjasama serantau. Penubuhan IMT-GT telah memberi peluang baru kepada pelabur-pelabur dari ketiga-tiga negara terutamanya yang berskala kecil dan sederhana (SME) untuk berurus niaga dengan negara-negara jiran. Sehingga kini, pelbagai bidang pelaburan secara bersama di antara pelabur dari negeri dan provincy telah dilaksanakan. Pembangunan IMT-GT dapat dilihat melalui program dan projek yang telah berjaya dilaksanakan dan memberi impak yang ketara dalam pelbagai sektor terutamanya pelancongan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan sumber manusia, perladangan dan pelaburan, pertanian dan industri halal. Di bawah sektor pelancongan, kerjasama IMT-GT telah berjaya meningkatkan perkhidmatan pengangkutan udara ke sub wilayah oleh syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia dan sebagainya yag menghubungkan bandar-bandar utama IMT-GT seperti Kuala Lumpur, Melaka, Pekan Baru, Batam, Medan dan Acheh. Perkhidmatan pengangkutan udara ini telah merangkumi kawasan di selatan Thailand seperti Hat Yai dan kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Ipoh. Keseriusan kerjasama serantau IMT-GT dapat dilihat dengan peningkatannya pelaburan oleh negara-negara anggota dalam membangunkan infrastruktur pelancongan seperti di Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor serta di Sumatera dan selatan Thailand. Dari segi pengangkutan infrastruktur, beberapa program aktiviti telah dan sedang diusahakan bagi meningkatkan sinergi di antara koridor ekonomi IMT-GT khususnya melalui NCER dan ECER. Bagi sektor perdagangan dan pelaburan, pangkalan data pelaburan perdagangan dan pelancongan sedang dibangunkan oleh satu mekanisme untuk menilai dan mengukur perkembangan perdagangan dan pelaburan di ketiga-tiga negara tersebut. Pertanian dan perikanan pula mempunyai laman sesawang perikanan IMT-GT. Melalui web ini, Malaysia dapat manfaat dari segi perkongsian maklumat mengenai industri perikanan bersama jiran iaitu Indonesia dan Thailand.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memberi perhatian penuh terhadap kemajuan yang dicapai oleh IMT-GT dan hasil kerjasama projek-projek IMT-GT ini telah mencetuskan pembangunan ekonomi secara lebih menyeluruh terutamanya di kawasan selatan Thailand dan wilayah utara Semenanjung Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih di atas jawapan. Sejak tahun 1993 kerjasama sempadan ini telah dijalankan dan soalan saya lebih mengkhusus kepada ingin mendapat laporan kad kemajuan. Secara khusus, saya maksudkan ialah Kedah Halal Industrial Park di Bukit Kayu Hitam. Saya semak dalam roadmap, time target nya ialah tahun 2009 hingga tahun 2011. Saya juga ingin dapatkan laporan kemajuan tentang Perlis Halal Hab dan juga yang terakhir ialah projek pembangunan bandar sempadan. Secara khusus saya inginkan laporan tentang Inland Container Depot, Command Border Wholesale Market, Free Commercial Zone yang semuanya tertera di dalam roadmap IMT-GT dengan timeline yang sangat khusus. Apa khabar projek-projek ini – perkembangannya? Mohon jawapan.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya akan secara khususnya akan memberi secara bertulis mengenai perkembangannya iaitu Halal Industrial Park Perlis, projek-projek pembangunan bandar seperti inland container dan wholesale market seperti mana yang ada dalam draf pembangunan. Untuk makluman Yang Berhormat, NCIA dan ECER iaitu northern corridor dengan eastern corridor dengan izin, telah pun membuat draf untuk berbincang dengan selatan Thailand iaitu Southern Development Plan Thailand, untuk menyelaraskan pelan bertindak dan sinergi. Mungkin ini untuk memudahcarakan perdagangan dan CIQ – pengharmonian operasi dan sokongan logistik. Juga, menyelaraskan zon ekonomi sempadan khas di mana komponen- komponen yang dinyatakan di sini akan tertera. Maka, saya akan majukan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Thank you.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya bila kita melihat peranan IMT-GT ini dari segi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara kita menjurus kepada untuk menarik pelabur ke negara kita ini, dan kita tahu peranan golden triangle dan segi tiga yang sangat penting di Asia ini terutamanya yang melibatkan negara kita. Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, setakat ini apakah kesannya tindakan-tindakan pihak-pihak tertentu terutamanya pihak pembangkang yang cuba menabur fitnah dari segi peranan dan tanggungjawab negara kita untuk memperkembangkan dan memperluaskan aktiviti-aktiviti untuk menarik pelabur ini, tentang bagaimana pandangan mereka terhadap prestasi dan dari segi komitmen kerajaan dan negara kita untuk menarik pelabur. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kesan dan peranan pembangkang dalam cuba memutar belit fakta-fakta yang baik tentang negara kita. Mohon jawapan, terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat. Memang untuk mendapatkan dividen politik itulah sandiwara yang selalu dibuat. Maka saya rasa yang penting...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tinggalkan hujah perkataan yang ada kaitan dengan politik.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya jawab mengenai ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua

Khususkan kepada tanggungjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Itu yang menimbulkan kekecohan setiap hari.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua, saya ingin...

Tuan Yang di-Pertua

Berpolitiklah Yang Berhormat di luar Dewan sehabis-habis pun, siapa yang tegur. Sila.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya akan jawab Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jawab khusus kepada tanggungjawab kementerian.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Saya akan jawab khusus Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan negara kita semakin rancak. Jikalau kita lihat kita sudah, dalam tahun ini sahaja kita telah mempunyai pembangunan dari 7% sampai ke 10.5% dari awal sampai sekarang. Puratanya 8.5% pembangunan maka ini menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi sedang berlaku dengan baik. Saya memohonlah supaya semua pihak di Dewan yang mulia ini, sanakah sini untuk bekerjasama untuk sama-sama menjana ekonomi negara supaya rakyat akan dapat tempias pembangunannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambahan satu?

Tuan Yang di-Pertua

Jikalau Yang Berhormat Kalabakan saya benarkan, terpaksa juga mulai daripada saat ini setiap soalan tambahan tiga. Boleh saya berkompromi dengan tiga tetapi soalan-soalan tambahan tidak ada mukadimah, straight to the point.

Boleh, boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Apabila Yang Berhormat memikirkan itu baru saya benarkan Yang Berhormat Kalabakan untuk bercakap.

Boleh, boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, yang lain boleh?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Okey boleh, saya benarkan tetapi direct to the point. Tidak ada mukadimah, tidak ada memberi pendapat kerana menyoal ini kita mahu informasi bukan kita memberi informasi. Sila.

Ini adalah growth area di Sabah, Brunei dan Philippines ini Tuan Yang di-Pertua, BIMP- EAGA dipanggil. Jadi, kita sudah dengar beberapa lama BIMP-EAGA dimulakan tetapi saya mahu tahu sampai mana perkembangan BIMP-EAGA ini. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat mengenai Brunei, Filipina dengan Sabah dan saya akan bekalkan maklumat sekiranya diperlukan khusus apa yang diperlukan. Jikalau ada projek minta apakah projek yang dilaksanakan baru kita akan lafazkan. Terima kasih.

Teng Boon SoonMCA · BNTebrau · question

3. Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah halangan untuk menyelesaikan projek-projek perumahan terbengkalai yang begitu banyak di seluruh negara dan apakah kerajaan tidak mempunyai kuasa perundangan yang mencukupi serta ikhtiar untuk mengatasi pembaziran sumber negara seperti ini.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya menghadapi beberapa halangan untuk menyelesaikan projek- projek perumahan terbengkalai di seluruh negara. Antaranya halangan-halangan yang sering dihadapi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyebabkan kelewatan dalam proses pemulihan projek-projek terbengkalai adalah seperti berikut: (i) kesukaran untuk mendapatkan butiran projek, kementerian tidak mempunyai rekod kebenaran merancang dan pelan pembangunan serta lukisan teknikal yang berkaitan; (ii) ketiadaan rekod senarai pembeli rumah – rekod senarai pembeli rumah yang lengkap tidak diberi untuk simpanan kementerian dan juga situasi ini menyukarkan kementerian menghubungi pembeli bagi sesuatu projek tersebut; (iii) isu pertikaian dengan tuan tanah bagi tapak projek dan kebanyakan tuan tanah bagi tapak projek perumahan swasta terbengkalai enggan ataupun gagal memberikan kerjasama, akibatnya pembeli terpaksa membawa kes berkaitan ke mahkamah untuk menyelesaikan isu atau pertikaian yang berkaitan dengan tuan tanah; dan (iv) isu-isu yang melibatkan perundangan seperti mendapatkan perintah daripada mahkamah, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. Contoh Taman Maju Jaya di Johor iaitu di antara tuan tanah dengan pemaju kes telah difailkan pada tahun 2005, sehingga hari ini belum mendapat keputusan daripada mahkamah. Pada masa ini tiada peruntukan yang khusus di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) untuk mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan yang gagal untuk menyiapkan perumahan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ampang semalam. Kononnya ada kuasa, memang ada tetapi Yang Berhormat Ampang telah salah menyebut kuasa itu bukan kuasa yang dikatakan seksyen 5. Sungguhpun begitu terdapat peruntukan- peruntukan lain yang di bawah Akta 118 yang boleh diambil tindakan ke atas

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

pemaju perumahan sekiranya melakukan kesalahan seperti gagal mengemukakan laporan kemajuan projek ataupun gagal mengemukakan laporan kewangan audit tahunan. Bagi memastikan kepentingan golongan pembeli rumah lebih terjamin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama-sama dengan semua pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) dan Persatuan Pemaju Perumahan REDHA telah menjalankan kajian untuk meminda peruntukan di bawah Akta 118. Pindaan ini akan membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju perumahan yang mengabaikan sesuatu projek perumahan atau menyebabkan sesuatu projek perumahan itu jadi terbengkalai. Cadangan pindaan peruntukan Akta 118 ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kita sering mendengar punca masalah utama projek-projek terbengkalai banyak berkaitan dengan masalah liquidity, miscalculation, mismanagement ataupun dengan izin, calculated abuse oleh pemaju, meningkatnya bilangan projek terbengkalai menunjukkan sama ada Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 (Act 118) ataupun penguatkuasaan akta ini tidak upaya dan tidak dapat membendung masalah projek terbengkalai. Soalan tambahan saya, mengapa kerajaan tidak menyediakan akta baru supaya penalties yang lebih berat termasuk hukuman penjara dikenakan kepada pemaju yang menyeleweng dan supaya KPKT mempunyai kuasa menyelesaikan projek terbengkalai mengikut cara yang sewajarnya, misalnya jika selepas satu tahun terbengkalai sesuatu projek itu ketiga-tiga pihak iaitu pemaju, pembeli dan banker gagal mencapai consensus menghidupkan projek terbengkalai yang berkenaan, KPKT boleh diberi kuasa untuk menyelesaikannya. Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum menjawab, Yang Berhormat Kalabakan itu yang saya maksudkan belum ada Ahli- ahli Yang Berhormat yang berkemampuan untuk mengutarakan soalan tambahan yang cepat dan padat. Itu makanya saya tidak benarkan tiga soalan tambahan contoh seperti itu. Saya minta maaf Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana jawapan saya tadi bahawa kementerian telah pun membincang dengan pihak Peguam Negara dan juga Bar Council serta Persatuan Pemaju Perumahan untuk mengkaji satu undang-undang baru iaitu antaranya ialah untuk mengenakan penalti yang lebih tinggi.

Untuk makluman Yang Berhormat, rumah terbengkalai di seluruh negara adalah 161 buah projek. Bagi yang telah pun disiapkan dan telah pun dapat sijil menduduki pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 ialah 51 buah projek - 0.32%; yang sedang dipulihkan iaitu dalam proses untuk melantik pemaju penyelamat ialah 58 buah projek - 0.36%; dan yang sedang dan untuk kita mencari pemaju penyelamat adalah 52 buah projek – 0.32%. Ini adalah antara langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah-masalah projek terbengkalai. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah menyenaraikan seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Ampang pada hari semalam bahawa,

mengapakah ada lagi pengarah-pengarah syarikat yang gagal untuk melaksanakan projek mereka boleh menubuhkan syarikat tetapi sebenarnya tidak boleh. Mereka tidak lagi boleh dibenarkan menubuhkan syarikat yang baru dan untuk memajukan lagi kawasan yang baru. Mereka akan disenaraihitamkan dan semua pihak termasuk pihak bank dan juga pihak jabatan perumahan dan pihak- pihak yang berkaitan tentang pemajuan ini tidak akan membenarkan mereka untuk menubuhkan syarikat baru untuk memajukan atau membuat lagi projek baru. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Permatang Pauh, saya juga ingin mengingatkan Menteri-menteri apabila menjawab, jawab sahaja perkara yang disoal. Jangan bawa dasar-dasar kerajaan dan jangan beri jawapan semata-mata untuk impress seolah-olah tahu semua. Untuk menjimatkan masa. Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini perlu cermat ini nampaknya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, sudah pergi jumpa doktor? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, kalau ulang lagi sebegitu lebih baik minum di luar. Silakan. [Ketawa]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri agak menyeluruh, menggambarkan bahawa masalah rumah terbengkalai ini serius dan systemic dan saya sambut jaminan beliau untuk meminda Akta 118. Masalah ini lebih banyak melibatkan pemaju. Jadi soalan saya ialah, pengalaman mengajar kita bahawa KPKT sahaja tidak berupaya menyelesaikan. Ia mesti melibatkan Bank Negara atau Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu, inisiatif yang lalu itu mesti melibatkan beberapa kementerian khususnya Kementerian Kewangan dan Bank Negara. Kalau tidak, maka prosesnya itu sampailah ke tahap ini. Oleh itu saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah selain daripada pindaan Akta 118 yang akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemaju, kementerian atau kerajaan sanggup mengambil isu ini sebagai isu yang mendesak dan meminta beberapa kementerian dan Bank Negara untuk mengambil inisiatif tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Permatang Pauh pun kalau kira ikut standard saya, belum boleh mengemukakan soalan padat dan ringkas. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tadi saya menjawab kerana saya berpengetahuan tentang jawapan saya. Jadi saya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, bertanggungjawab juga untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas teguran. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Memang benar bahawa penyelesaian dalam soal rumah terbengkalai ini melibatkan semua pihak. Kementerian Kewangan sebagaimana Yang Berhormat bekas Menteri Kewangan tahu, Bank Negara harus terlibat, PBT juga harus terlibat, pihak kerajaan negeri juga harus terlibat, dan hampir kesemua pihak yang berkepentingan tentang soal perumahan harus terlibat termasuklah pihak pemaju, pembeli dan sebagainya.

Jadi saya mengaku bahawa projek-projek terbengkalai ini adalah merupakan projek yang serius dan memerlukan perhatian oleh kerajaan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2011 yang mana sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan bagi memulihkan rumah-rumah terbengkalai. Akan tetapi sebagaimana saya tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa hanya rumah-rumah kos rendah sahaja, bukan rumah-rumah kos tinggi seperti banglo ataupun kos sederhana dan sebagainya. Hanya untuk kepentingan rakyat yang berpendapatan rendah, yang disediakan peruntukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tidak mengapa Yang Berhormat Bukit Gantang. Direct to the point.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, boleh atau tidak pihak berkuasa tempatan membantu bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan dan tapak-tapak tanah yang ditinggalkan di tengah-tengah bandar khususnya di Perak iaitu di Tapah dan juga di Teluk Intan, yang bangunan itu telah ditinggalkan sekian lama. Pihak berkuasa tempatan ada masalah kerana bangunan itu digunakan - telah rosak digunakan oleh penagih dadah dan lain-lainnya. Jadi, apakah usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sama ada boleh memperbaiki, mengemaskan tempat-tempat tersebut dan jadikan sebagai sumber untuk disewa atau digunakan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebenarnya ada dua kategori bangunan sama ada bangunan itu dimiliki oleh kerajaan ataupun pihak swasta - satu perkara. Keduanya sama ada bangunan itu dimiliki oleh kerajaan negeri atau PBT atau pihak Kerajaan Persekutuan. Jadi saya tidak maklum tentang soalan Yang Berhormat. Kalau dapat nanti hantar surat kepada kita dan kita selesaikan secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat pada Peraturan Mesyuarat 21(3). Saya baca, “Tujuan yang sebenarnya mengeluarkan sesuatu pertanyaan ialah kerana mendapat penerangan berkenaan dengan sesuatu perkara hakikat yang dalam pengetahuan istimewa ahli yang diarahkan pertanyaan itu”. Bermakna kita bertanya, bukan memberikan informasi kepada orang yang kita tanya. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. [Soalan No. 4 – Y.B. Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) tidak hadir]

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

5. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) statistik dan data secara komprehensif pencapaian ekonomi kaum bumiputera dan Melayu di negara ini; dan (b) sejauh mana sistem tender terbuka dapat membantu masyarakat bumiputera dan Melayu untuk maju dalam bidang ekonomi dan langkah positif kerajaan dalam membantu menaikkan tahap kecapaian ekonomi kaum bumiputera dan Melayu di negara ini.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, maklumat dan data berkaitan masyarakat Melayu dikelompokkan secara bersama dalam kategori bumiputera. Sehingga tahun 2008, pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat menunjukkan peningkatan daripada 19.4% pada tahun 2006 kepada 21.9% pada tahun 2008. Penyertaan guna tenaga bumiputera juga telah mencatatkan peningkatan dalam kategori pekerjaan pengurusan dan profesional. Bilangan profesional bumiputera khususnya dalam lapan bidang profesional utama telah meningkat dengan ketara. Sebagai contoh, bilangan arkitek bumiputera telah meningkat daripada 45.3% pada tahun 2005 kepada 60% pada tahun 2008; juruukur daripada 48.2% kepada 55.1%; dan doktor daripada 38% kepada 53% dalam tempoh yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang dalam usaha membangunkan indicator yang komprehensif bagi mengukur pencapaian bumiputera dalam ekonomi. Indicator tersebut kelak diharapkan dapat dijadikan rujukan bagi tujuan perancangan program dan projek pembangunan untuk meningkatkan penyertaan berkesan masyarakat bumiputera dalam agenda pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pelaksanaan sistem tender terbuka perolehan kerajaan, kerajaan akan terus memastikan bahawa sebahagian besar perolehan kerajaan dilaksanakan secara tender. Melalui pelaksanaan sistem tersebut, ia bukan sahaja dapat mewujudkan masyarakat bumiputera yang berkualiti dan berdaya saing, tetapi dapat juga meningkatkan tahap ketelusan serta membolehkan kerajaan mendapat nilai faedah terbaik atau dengan izin, value for money. Walau bagaimanapun, kerajaan sedar akan keupayaan dan kemampuan sedia ada kontraktor bumiputera untuk bersaing dalam perolehan kerajaan. Perolehan kerajaan yang dikhususkan untuk bumiputera juga akan dilaksanakan melalui competitive bidding dengan izin Tuan Yang di-Pertua, agar mereka lebih dinamik serta dapat meningkatkan daya saing. Selain itu, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh khususnya kerajaan telah memperkenalkan pendekatan segmented approach dengan izin, sebagai satu mekanisme membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB). Pendekatan ini mengkategorikan syarikat bumiputera mengikut tahap kemajuan perniagaan dan memberikan bantuan mengikut dan berdasarkan keperluan dan kemampuan perniagaan berserta merit dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan ramai lagi usahawan tulen dalam kalangan masyarakat bumiputera.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Walau bagaimanapun, di sebalik bantuan berterusan yang diberikan kerajaan, kontraktor bumiputera tidak boleh bergantung terus dengan bantuan tersebut. Sebaliknya, kontraktor bumiputera perlulah mengambil inisiatif sendiri untuk terus berusaha meningkatkan keupayaan bagi membolehkan enterprise bersaing di peringkat domestik, regional ataupun global. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, ringkas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang ringkas, Tuan Yang di-Pertua. Sedarkah Yang Berhormat bahawa 40% daripada pekebun kecil, pendapatan mereka bergantung kepada kelapa sawit? Memang jelas kelapa sawit, Malaysia merupakan pengeluarnya. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, seorang Senator ‘Xenophon’ daripada South Australia berkempen habis- habisan menyatakan bahawa kelapa sawit tidak baik dimakan oleh manusia dan ia telah merosakkan hutan simpan di Malaysia dan tidak harus dibeli oleh negara- negara pembeli. Dalam masa yang sama, Senator ini pula, hari ini ada di Dewan ini. Saya tidak tahu dengan siapa dia bersama-sama, juga menyatakan sesuatu yang tidak baik tentang ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pada saya, dia ini musuh kepada...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa kena mengena tender terbuka dengan bumiputera ini?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia musuh kepada pekebun-pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, duduk, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Belum habis, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cuma menunjukkan apabila standard saya, saya tidak berkompromi dengan siapa-siapa dan tidak nampak dibeli oleh siapa-siapa. Saya tidak membenarkan siapa-siapa melanggar peraturan mesyuarat. Makanya soalan seperti itu saya tidak benarkan kerana ia membawa informasi kepada Menteri. Saya terangkan tadi Yang Berhormat Kinabatangan bahawa saya benarkan soalan tambahan yang ketiga tetapi soalan-soalan itu padat dan singkat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya. Saya, Tuan Yang di- Pertua begini. Saya bertanya kepada kerajaan apa langkah-langkah yang diambil terhadap manusia-manusia begini, yang menjadi musuh kepada pekebun-pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, jawab Yang Berhormat Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Musuh kepada pekebun kecil, musuh kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Jawab, Yang Berhormat Menteri. Setakat itu sahaja Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu saya mahu tanya.

Tuan Yang di-Pertua

Saya cakap itu sahaja, Yang Berhormat Kinabatangan. Yang tidak ada kena mengena dengan soal yang lain, jangan jawab, Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan! Jangan awal pagi ini Ahli-ahli Yang Berhormat kecohkan Dewan lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan! Kalau Yang Berhormat Kinabatangan berdiri lagi, saya akan suruh Yang Berhormat keluar. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Devamany a/l S. KrishansamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Devamany a/l S. KrishansamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Yang Berhormat dari Kinabatangan supaya mencerna bab keempat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, di mana sasaran 40% ke bawah, yang mana benchmark nya untuk pendapatan rendah adalah 1,440. Perancangan untuk memartabatkan lagi kedudukan mereka kerana masih 70% kaum bumiputera di peringkat 40% benchmark ini. Maka, kerajaan telah merangka dengan begitu jelas apakah program-program yang telah dirancang dalam rolling plan pertama dan kedua untuk ke arah itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya keluarlah, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Berdiri sahaja, Ahli-ahli Yang Berhormat. Berdiri! Biar saya tengok. Jangan berdiri selepas itu bersuara. Semak Peraturan Mesyuarat 35. Untuk menarik perhatian Speaker, berdiri dan jangan bersuara. Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Alhamdulillah. Tuan Yang di- Pertua, saya orang baik. Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya direct. Saya tidak panjang. Kalau panjang setengah jam.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, terus buat soalan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. [Ketawa] Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa ada masalah kepada bumiputera khususnya kontraktor bumiputera ini, dari segi keupayaan mereka dan sebagainya. Kita sudah 53 tahun merdeka. Apakah pelaksanaan-pelaksanaan dasar yang dilaksanakan selama ini telah gagal untuk meningkatkan keupayaan bumiputera khususnya kontraktor-kontraktor ini? Apakah langkah jangka panjang

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

dan juga jangka pendek untuk memastikan supaya kontraktor bumiputera ini mempunyai keupayaan dan kemampuan berdaya saing dengan kontraktor- kontraktor daripada kaum-kaum yang lain sebab dikatakan selalunya kontraktor bumiputera Melayu ini – kononnya orang Melayu kena jadi tuan. Jadi saya hendak mendapatkan penjelasan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan-soalan tambahan jangan berlingkar-lingkar. Cuma satu. Yang tadi Yang Berhormat Pokok Sena ada dua. Sila Yang Berhormat Menteri. Tidak apa jawab dua soalan. Selepas ini satu sahaja soalan tambahan. Tidak mempunyai dua.

Dato’ Devamany a/l S. KrishansamyMIC · BNCameron Highlands

Dia pun berleter juga, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama, Yang Berhormat Pokok Sena bukan mahu dengar, Tuan Yang di-Pertua. Saya tengah jawab soalannya. Baik. Yang pertama, saya ingin menjelaskan di sini bahawa dalam dunia perniagaan, semua orang, semua kaum kontraktornya menghadapi masalah dan bukan sahaja kaum bumiputera. Ini adalah budaya perniagaan. Kedua, bagaimanakah ataupun apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan supaya keupayaan kontraktor bumiputera dapat dipertingkatkan. Pertama, format dulu lain. Sekarang dia sudah ada segmentation of policy instrument dengan izin. Pertama, dari segi government policy atau dasar kerajaan di mana dia akan gunakan konsep need base dengan izin. Kedua, merit. Ketiga adalah ketelusan dan keempat adalah market friendly dengan izin iaitu mesra pasaran. Maka yang pertama adalah membina keupayaan atau capacity building, hand holding. Yang keduanya adalah membentuk persaingan atau competitiveness to skill up daripada infant industry atau industri bayi. Dia akan berperingkat-peringkat dan yang ketiga sekali adalah fokus kepada kontrak- kontrak yang berkaitan dengan high impact innovation driven sector. Building champions. Dia akan mewujudkan johan atau juara dengan cara ini. So, ada tiga kapasiti. Untuk itu, policy instrument ataupun inisiatif dasar yang akan bakal digunakan adalah melalui government contracts atau kontrak kerajaan. Kedua, melalui pembiayaan kewangan dan ketiga adalah sokongan-sokongan yang lain dari segi binaan, latihan dan sebagainya. So, dia terlalu banyak untuk saya beri secara jelas. Akan tetapi yang penting ialah dokumen ini mempunyai keikhlasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota, singkat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu ada 353,000 golongan miskin dalam negara kita yang mana 93% adalah bumiputera dan Melayu. Semalam diberitahu. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa di bawah ATP tidak ada program yang khusus dirangka ataupun dikhususkan untuk golongan bumiputera dan Melayu sebagaimana yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO yang marah kerana tidak ada dinyatakan secara jelas dalam ATP. Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. KrishansamyMIC · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat tanya, tanyalah soalan. Kenapa ungkit-ungkit orang politik di sebelah sana. Baik, yang pertama ini. [Disampuk] Yang pertama, agenda untuk membangunkan golongan miskin ini bukan terdapat di dalam ATP tetapi terangkum dalam Government Transformation Plan (GTP) ,yang ada enam perkara itu. Itu ATP 12 sektor. Akan tetapi enam sektor perkara ini, selain daripada jenayah, pengangkutan dan sebagainya, salah satu daripadanya adalah low houseful income. Dalam konteks itu, PEMANDU dengan jelas sekali telah menunjukkan hala tuju dan projek-projek secara terperinci melalui lapan agensi kerajaan untuk melaksanakan. Saya minta kepada Yang Berhormat masuk ke laman web untuk mendapatkan maklumat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong · question

6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah kemajuan terkini bagi projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi peruntukan RM250 juta yang dijanjikan dalam tempoh Parlimen Ke-12 ini. Adakah infrastruktur lapangan terbang tersebut kini setimpal dengan trafik penumpang dan kargo dalam jangka masa terdekat.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan l · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, status kemajuan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sehingga 30 November 2010 ialah 36.12% sebenar berbanding dengan 41.06% jadual, yang mana kelewatannya adalah sebanyak 4.94% iaitu 15 hari.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan l · Kudat

Projek ini dijadualkan siap pada penghujung tahun 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, infrastruktur serta kapasiti terminal pada masa ini hanya mampu menampung 3.5 juta penumpang setahun dengan jumlah kendalian penumpang pada tahun 2009 ialah 3.32 juta dan dijangka mencecah empat juta pada tahun 2010. Kemudahan sedia ada adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu projek menaik taraf ini yang meliputi pembesaran bangunan terminal untuk menampung sehingga lima juta penumpang setahun dijangka akan dapat meningkatkan tahap kepuasan penumpang. Selain daripada itu kapasiti kawasan pemakir pesawat untuk pesawat komersial turut dipertingkatkan keupayaan pemakir pesawat selepas projek naik taraf mampu menampung konfigurasi fleksibel yang mengandungi empat pesawat bersayap lebar dan sembilan pesawat kecil dengan tiga multi aircraft ramp stand berbanding enam pesawat sayap lebar dan lima pesawat kecil sedia ada. Bagi kendalian kargo, pada masa ini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berkeupayaan menampung dan memiliki kapasiti sehingga 360,000 metrik tan kargo setahun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2009 lapangan terbang ini hanya mengendalikan 137,775 metrik tan kargo. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terdapat dua bahagian dalam soalan tambahan saya iaitu dasar dan pelaksanaan. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memperjelaskan berapa dari segi galakan penyertaan bumiputera. Sila jelaskan

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan berapa projek subkontrak telah diberikan kepada kontraktor Melayu termasuk kontraktor Kelas F, di samping kontraktor-kontraktor Melayu sama ada terdapat kontrak-kontrak yang diberikan kepada Syarikat Ali Baba ataupun Syarikat Ali Mat Saleh. Soalan mengenai pelaksanaan juga, saya diberitahu menerusi catatan akhbar New Straits Times, Business Times, mantan Menteri Pengangkutan telah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, duduk Yang Berhormat. Tidak payah jawab. Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Apa salah saya Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Jelutong, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mendengar apa yang saya sebut.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya tadi sebut ada dua bahagian dalam soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Cuba baca balik hal ‘Permatang Pauh’ tanya. Ini pasal hal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tidak kena mengena dengan kes apa yang berlaku.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Takkan tentang penyertaan bumiputera tidak boleh disebutkan di dalam...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, duduk! Duduk Yang Berhormat.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Apa salah dia?

Tuan Yang di-Pertua

Salah Yang Berhormat, tidak kena mengena dengan soalan asal.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya salahkah Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Jelutong, duduk.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Apa kesalahan saya? [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat!

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Harus dicatat dalam Hansard Yang Berhormat. Apa kesalahan saya Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat. Kesalahan Yang Berhormat ialah...

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya tanyakan tentang apa yang telah diusahakan oleh kerajaan supaya untuk menggalakkan penyertaan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, duduk. Duduk Yang Berhormat!

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Itu soalan, kalau soalan tambahan yang kedua Tuan Yang di-Pertua tidak boleh...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat tidak duduk, saya akan halau Yang Berhormat.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kalau soalan tambahan kedua tidak boleh dijawab, jawablah soalan pertama Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Jelutong..

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Itu penting untuk kaum bumiputera di Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekarang ini menggunakan kuasa saya untuk merehatkan Yang Berhormat Jelutong. Balik Yang Berhormat pada jam 2.30 petang.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau, duduk Yang Berhormat Rembau.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, apa Yang Berhormat Batu gajah? Peraturan mesyuaratkah apa Yang Berhormat Batu Gajah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya ingin bangkitkan Tuan Yang di- Pertua, saya pohon Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya tidak mendengar Yang Berhormat Batu Gajah. Apa Yang Berhormat?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon agar Ahli Yang Berhormat Jelutong dibenarkan untuk meneruskan pertanyaannya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, itu bukan peraturan mesyuarat Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, maaf Tuan Yang di-Pertua. Sejak awal pagi tadi..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, itu bukan peraturan mesyuarat . Yang Berhormat Batu Gajah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sejak awal pagi Tuan Yang di-Pertua telah mengambil Dewan ini, seolah-olah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, itu bukan peraturan mesyuarat! Duduk Yang Berhormat Batu Gajah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Seolah-olah kami semua budak- budak sekolah, Tuan Yang di-Pertua. Maaf ya. Saya rasa mungkin Tuan Yang di- Pertua harus pergi berehat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, duduk!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mungkin Tuan Yang di-Pertua yang patut pergi berehat seketika. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah sudah melampau. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua nampaknya dari pagi tadi sudah terganggu.

Tak bolehlah Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Sri Gading, sila duduk!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, bukan sengaja ke sini...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab Yang Berhormat Batu Gajah juga enggan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua harus mengambil perhatian apa yang saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sekarang ini mengarahkan Yang Berhormat Batu Gajah untuk keluar Dewan dan balik jam 2.30 petang.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, urusan Parlimen tidak boleh dijalankan sedemikian! Kalau emosi Tuan Yang di-Pertua terganggu sejak pagi ini Tuan Yang di-Pertua!

Tuan Yang di-Pertua

Bentara! Bentara! Bentara, sila!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Keluar dari Dewan]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh, apa Yang Berhormat Permatang Pauh? Point of orderkah apa?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya cuma hendak, saya juga... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk. Saya mahu dengar apa yang dihujah oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh, peraturan mesyuaratkah apa?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, saya cuma ikut penjelasan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain!

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jangan angkuh sangat.

Kalau bukan peraturan mesyuarat duduklah! Ini bukan angkuh!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolonglah Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak jerit, tidak betul. Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Saya tidak pernah jerit kepada kamu.

Saya pun tidak jerit kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Cuma...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jangan, jangan jerit kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat Sri Gading, duduk Yang Berhormat Sri Gading...

Saya tidak jerit Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Kalau tidak jerit, saya minta maaf.

Kalau you hendak minta Yang Berhormat Sri Gading hendak jerit, saya boleh jerit. Saya sabar.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, saya terima. Terima kasih. Saya cuma ikuti Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Jelutong ialah kontrak bumiputera di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Mengapa tidak relevan? Itu yang saya hendak minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja tidak relevan. Kemudiannya bila dia hujah, Tuan Yang di-Pertua keluarkan dia. Dia bangkitkan soalan, Tuan Yang di-Pertua kata tidak relevan kerana keluar daripada soalan. Soalannya Lapangan Terbang Pulau Pinang..

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia tanya subkontrak bumiputera untuk projek...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam setiap persidangan, sebelum saya masuk dalam persidangan, semua peraturan- peraturan mesyuarat yang perlu saya tahu saya baca termasuk rujukan-rujukan luar negara. Akan tetapi daripada awal saya pegang jawatan ini, saya cuba tonjolkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dengan sedaya upaya saya tunjukkan kesabaran dan keadilan kepada semua. Saya memperingati semua malahan saya yang terheret kepada cara dan budaya Parlimen yang konon hendak ditinggikan imej ini. Ini kerana yang melanggar peraturan pun kadang-kadang saya biarkan. Sebabnya kenapa Yang Berhormat Jelutong, saya berhentikan ialah boleh bertanya kepada soalan, akan tetapi Yang Berhormat Jelutong tahu itu adalah soalan terperinci. Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dengan berkata, “Saya boleh kasi nanti”. Akan tetapi apabila sudah dikaitkan dengan nama seorang mantan Menteri Persekutuan yang sekarang ini sedang dalam perbicaraan, itu sudah sub judice. Adakah semua Ahli-ahli Yang Berhormat tidak faham lagi ini?

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, kalau mahu kita bermesyuarat dan Parlimen ini dinaikkan imej, ayuh, sama-sama kita buat. Jangan apabila nanti saya bertindak dengan tegas, saya dituduh macam-macam. Saya emosi, siapa yang emosi? Setiap kali Yang Berhormat Batu Gajah berdiri, dia emosi. Siapa yang emosi? Setiap kali Yang Berhormat Bukit Gelugor bercakap, menghina. Pernah saya menghina kepada Ahli-ahli Yang Berhormat? Pernah saya menegur kalau tidak ada, saya nampak keterlaluan? Sila Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, untuk kita meningkatkan daya saing lapangan-lapangan terbang utama negara seperti KLIA dan Lapangan Terbang Pulau Pinang, antara satu caranya adalah untuk kita menurunkan aeronautical charges dengan izin. Contohnya fi pendaratan dan sebagainya. Apakah nisbah antara pendapatan komersial dengan pendapatan aeronautical yang sedia ada di lapangan-lapangan terbang utama KLIA dan Pulau Pinang contohnya dan apakah strategi untuk meningkatkan lagi pendapatan daripada commercial revenue dengan izin?

Memandangkan soalan ini adalah terlalu spesifik, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan khususnya di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan aeronautical dan juga bidang-bidang komersial yang lain. Terima kasih.

Kamalanathan a/l PanchanathanMIC · BNHulu Selangor · question

7. Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor] minta

- (a) apakah perancangan pihak kementerian untuk membina sekolah di kawasan Hulu Selangor; dan (b) sekolah jenis apakah yang akan dibina dan bilakah projek ini akan bermula.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa prihatin dalam memastikan kemudahan pendidikan disediakan adalah untuk keperluan semua kaum atau golongan masyarakat. Projek-projek pembangunan pendidikan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan bilangan dan keperluan penduduk sesuatu kawasan atau kewujudan kawasan perumahan baru. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua tahun ini, dana sebanyak RM3 juta telah disalurkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah untuk projek perpindahan SJK(C) Bukit Tangga ke Bukit Beruntung atas tanah kurniaan Kementerian Pelajaran Malaysia. SJK(C) baru ini telah siap dibina dan memperoleh CF baru- baru ini dan akan beroperasi pada 3 Januari 2011. Tambahan pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyalurkan RM3 juta kepada LPS SJK(C) Rasah untuk projek perpindahan ke taman perumahan berdekatan. Projek ini akan dilaksanakan apabila urusan perolehan tanah dengan Kerajaan Selangor dapat diselesaikan dan memperoleh kelulusan pelan bangunan dari Majlis Daerah Hulu Selangor.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Sementara itu kerajaan juga melalui ICU telah memperuntukkan RM1 juta untuk pembinaan SJK(T) di Serendah. Pihak ICU sedang membantu mengenal pasti tanah yang sesuai untuk tujuan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana prihatin kepada penubuhan sekolah-sekolah rendah baru di kawasan Hulu Selangor khasnya sekolah SJK(C) dan juga SJK(T) di Serendah. Berita ini amat menggembirakan rakyat Hulu Selangor. Sekali lagi diucapkan terima kasih. Soalan saya sama ada kementerian bercadang untuk menyalurkan baucar-baucar pengangkutan seperti baucar-baucar tuisyen percuma yang diberi kepada pelajar-pelajar kerana ada terdapat beberapa kawasan luar bandar yang tidak berdekatan dengan kawasan-kawasan sekolah yang sedia ada. Maka rakyat di sana perlu mengambil pengangkutan sendiri dan kadang-kadang kos pengangkutan ini terlalu tinggi. Salah satu sebab beberapa pelajar tidak pergi ke sekolah adalah kerana tiada duit yang cukup untuk tambang bas. Bolehkah kementerian membuat satu penilaian atau satu peruntukan khas untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang tinggal di luar bandar untuk diberi baucar pengangkutan supaya mereka dapat berulang alik ke sekolah dengan sumbangan dan bantuan kerajaan prihatin ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Selangor, sebenarnya setakat ini kementerian hanya mempunyai satu sistem di mana kita memberi bantuan dari segi bantuan tuisyen, KWAMP iaitu kita memberi bantuan kewangan kepada setiap pelajar miskin berdasarkan data e-Kasih dan juga daripada data yang dikutip oleh pihak sekolah. Sementara itu kita juga mempunyai Rancangan Makanan Tambahan seperti susu dan sebagainya. Tidak ada bot tertentu untuk kita membolehkan pembayaran baucar pengangkutan. Walau bagaimana pun seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, satu kaedahnya ialah kita menyediakan prasarana sekolah dan salah satu projek yang telah berpindah dari estet iaitu SJK(C) di Bukit Tangga ke Bukit Beruntung. Itu sebagai contoh yang terbaik yang mana apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pergi ke kawasan tersebut dan telah mendengar taklimat lebih daripada 350 orang terpaksa menuntut di SJK(C) Serendah dengan bayaran RM180 sebulan. Oleh itulah kerajaan telah memberi sebidang tanah dengan RM3 juta untuk menyempurnakan dengan cepat dalam tempoh enam bulan projek tersebut dan akan beroperasi pada awal tahun hadapan. Dengan cara ini ratusan ibu bapa akan dibantu walaupun kita tidak beri baucar pengangkutan sebegitu tetapi kita telah meringankan bebanan mereka dengan memberikan prasarana sekolah ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan khusus saya bolehkah kementerian mengambil kira pembinaan Sekolah Kebangsaan Laksamana di Kampung Baru Kuala Sepetang, Bukit Gantang yang pada akhir bulan ini 31 Disember sebanyak hampir 200 rumah kediaman, satu gereja dan beberapa kilang-kilang kecil perusahaan laut akan dirobohkan semata-mata untuk mendirikan Sekolah Kebangsaan Laksamana. Jadi apakah boleh dipertimbangkan dengan kerajaan negeri sekarang untuk mencari tapak yang lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, soalan itu saya rasa spesifik tetapi kalau Yang Berhormat mahu jawab juga saya izinkan.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana saya perlu mematuhi arahan Tuan Yang di-Pertua, perkara itu boleh dibentangkan kemudian di luar Dewan. Terima kasih. Kita akan beri perhatian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading tadi saya nampak berdiri. Ringkas Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam.

Tuan Yang di-Pertua yang sangat saya hormati.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

[Ketawa] Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan. Dua tiga buah sekolah jenis kebangsaan memohon bantuan beberapa dewan bagi beberapa sekolah dibuat dengan kumpulan dana daripada ibu bapa dan masyarakat tempatan. Saya sudah mengirim surat kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk membantu. Dewan itu kadang-kadang berharga RM1.5 juta dan mereka telah kumpul RM800,000. Mereka hendak setengah juta untuk bantuan meringankan beban mereka. Adakah...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih. Seperti juga dengan Yang Berhormat Bukit Gantang tadi soalan itu spesifik. Yang Berhormat berdua boleh berbincang di luar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nasharudin bin Mat IsaPAS · PRBachok · question

8. Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Guaman Syarie akan dibentangkan di Parlimen.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha ke arah mewujudkan undang-undang yang khusus berhubung dengan profesion guaman syarie sememangnya mendapat perhatian dan menjadi salah satu daripada agenda kerajaan bagi memartabatkan kedudukan profesion peguam syarie dan juga Mahkamah Syariah dalam arus perundangan dan kehakiman di Malaysia. Pada 14 dan 15 Mei 2010, Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-20 telah mengambil ketetapan supaya Rang Undang- undang Profesion Guaman Syarie dibuat oleh Persekutuan melalui permohonan mana-mana Dewan Undangan Negeri mengikut Perkara 76(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan tersebut adalah seperti sebagaimana yang berikut:- “76(1) - Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa- apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai negeri tetapi

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

hanya seperti yang berikut sahaja iaitu (c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana negeri” Oleh itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang membuat kajian bagi merealisasikan hasrat bagi mewujudkan undang-undang tersebut mengikut peruntukan Perkara 76(1)(c) setelah kajian tersebut selesai dan satu draf rang undang-undang berkenaan disediakan maka ianya akan dibentangkan di Parlimen. Di samping itu sebagai tambahan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengambil tindakan perlu dan bersesuaian untuk memperkukuhkan lagi imej dan status kepeguaman syarie agar ianya dihormati oleh Arahan-arahan Amalan tahun 2002 yang berhubung dengan etika peguam syarie. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat Bachok bertanya soalan tambahan. Standard saya Yang Berhormat soalan itu singkat bila seharusnya dijawab dengan satu ayat sahaja. Sama ada tahun hadapan atau selepas itu tetapi kadang-kadang kalau kita ikut standard kita apa yang kita hendak bukan semua orang bersetuju. Itu sebagai ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentiasa menggunakan standard masing-masing. Sila Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong penuh usaha yang sedang dan yang akan dilakukan untuk memartabatkan kehakiman syarak dalam negara kita khasnya dalam suasana hari ini Mahkamah Syariah tercemar sedikit dengan tertangkapnya seorang hakim syarie dalam kes khalwat di Pulau Pinang semalam. Soalan saya adalah tadi Yang Berhormat Menteri menjawab bergantung kepada permohonan daripada Dewan Undangan Negeri.

Saya ingin tahu sudah adakah belum negeri yang memohon untuk proses itu dan apakah lain-lain halangan yang sedang dihadapi oleh pihak kerajaan, pihak Yang Berhormat dalam rangka melaksanakan Akta Guaman Syarie ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bachok, mengikut peruntukan yang telah saya sebutkan sebentar tadi 76(1C) memerlukan permohonan daripada pihak negeri. Untuk maklumat negeri yang sedang meneliti dan sedang menekuni iaitu negeri Melaka dan insya-Allah apabila selesai dalam proses perbincangan akhir mereka akan diangkat supaya permohonan ini dipanjangkan kepada Persekutuan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan Tuan Yang di- Pertua, akta ini akan digubal dan dibentangkan segera. Saya ingin bertanya bagaimana kita boleh segerakan oleh kerana akta ini perlu disegerakan, bagaimana kita boleh segerakan? Banyak kes rumah tangga khususnya berkaitan dengan tuntutan nafkah yang sudah pasti akta ini akan dapat menyegerakan kes tersebut. Sejauh ini berapa kes tertunggak yang melibatkan perceraian di kalangan pasangan-pasangan yang beragama Islam sebab akta ini dapat disegerakan? Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, agak-agak terkeluar sedikit soalan daripada berkaitan dengan Akta Guaman Syarie, bukan soal mahkamah yang masih tertinggal banyak tetapi saya harap

merujuk kepada soalan-soalan yang telah saya jawab semalam, ada beberapa jawapan yang saya berikan tentang Mahkamah Syariah. Akan tetapi apa pun saya suka hendak tambah sedikit, akta ini walaupun belum diselesaikan dalam konteks perundangan tetapi kita sudah punya kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan peguam syarie yang diguna pakai oleh semua negeri kecuali yang belum lagi membina ataupun mengadakan kaedah ataupun peraturan peguam syarie iaitu negeri Sabah dan Negeri Sembilan. Lain-lain negeri sudah mempunyai kaedah dan juga peraturan masing-masing. Cuma untuk diangkat kepada perundangan, undang-undang perlu kepada penggubalan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

9. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta

- (a) berapa lamakah tempoh konsesi penyelenggaraan jalan di seluruh negeri Sabah yang sekarang diberi kepada Syarikat Gammerlite Sdn. Bhd., Kekal Mewah Sdn. Bhd. dan Lintasan Sdn. Bhd.; dan (b) berapa lama lagikah baki tempoh kontrak untuk ketiga-tiga syarikat berkenaan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah melantik dua syarikat konsesi bagi melaksanakan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan secara penswastaan di negeri Sabah. Tempoh konsesi tersebut ialah selama 15 tahun bermula dari 1 September 2003 sehingga 31 Ogos 2018. Antara skop kontrak konsesi penswastaan ini ialah pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan rutin seperti penampalan potholes jalan, meratakan bahu jalan, pemotongan rumput, mencuci sistem perparitan dan pemasangan perabot-perabot jalan dan kerja-kerja penyelenggaraan berkala atau periodic termasuk kerja-kerja kecemasan. Maklumat mengenai syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan yang sedang beroperasi di negeri Sabah dan zon penyelenggaraan terlibat ialah seperti berikut:- (i) Gammerlite Sdn. Bhd. bagi Zon Pantai Timur Sabah iaitu di Sandakan, Telupid, Lahat Datu, Kunak, Beluran dan Tawau termasuk Kalabakan; (ii) Lintasan Resources Sdn. Bhd. untuk Zon Pantai Barat Sabah dan Labuan, itu termasuk Kota Kinabalu, Tenom, Sipitang, Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kudat dan Labuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kekal Mewah Sdn. Bhd. ialah merupakan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelenggarakan jalan-jalan negeri dan jalan-jalan perbandaran di seluruh negeri Sabah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Kerajaan Negeri Sabah, tempoh konsesi bagi syarikat tersebut ialah selama 10 tahun iaitu bermula dari 2 November 2002 sehingga 1 November 2012. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah mendengar ulasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi apa yang saya ingin tahu bahawa kita nampak di Sabah, kawasan-kawasan perbandaran, kita nampak jalan-jalan dalam perbandaran ini tidak dibuat sama sekali. Jadi, saya mahu tahu sama ada jawapan yang diberi tadi itu melibatkan perbandaran seperti Tawau, Sepagaya punya jalan sehingga ke Gunung Silam dan lain-lain di dalam Bandar Sandakan dan Keningau seperti mana yang disebutkan tadi. Jadi, kita nampak jalan-jalan di sini, jalan ini begitu daif sekali. Jadi, apa macam kita boleh pantau, yang mana kontraktor membuat jalan-jalan yang disebutkan tadi?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya jalan perbandaran dan jalan pihak berkuasa tempatan penyelenggaraannya yang telah pun diberi kepada Kekal Mewah Sdn. Bhd. dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari Maris pada tahun 2010 Kerajaan Persekutuan beri RM13,563 kilometer setahun bagi jalan-jalan negeri untuk diselenggarakan. Sepatutnya kita akan gunakan duit ini supaya dapat maintain jalan-jalan bandaran dan jalan-jalan council di Sabah. Sekian, terima kasih.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin minta penjelasan sebagai soalan tambahan ialah bagaimanakah cara pembayaran konsesi-konsesi ini dalam masa 15 tahun? Adakah caranya do it and pay later ataupun pay first before do it dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Cantik soalan Yang Berhormat Sepanggar.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, memang cantik. Sebenarnya jawapan pun pendek, kita bayar selepas kerja. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Jawapan Yang Berhormat Menteri bukan cantik tetapi elok.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah kontraktor- kontraktor ini, maintenance di jalan Persekutuan, boleh mereka tolong membaiki street light? Terima kasih.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan jalan-jalan di persekutuan ataupun negeri kecuali tempat kritikal adalah street lighting. Ini memang akan di maintain oleh pihak berkuasa tempatan kerana ianya bil-bil elektrik akan dibayar oleh pihak PBT. Konsesi tidak termasuk dalam kerja untuk maintain street light itu.

Manogaran a/l MarimuthuDAP · PRTelok Intan · question

10. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:- (a) berapakah nilai perdagangan di antara Myanmar dan Malaysia sejak 1990 sehingga 2009; dan (b) apakah barangan yang diimport dan dieksport antara Myanmar dan Malaysia untuk tempoh masa yang sama.

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan dan Industri II · Baram

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Teluk

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan dan Industri II · Baram

Intan, Myanmar merupakan rakan anggota ASEAN yang mempunyai hasil sumber asli yang tinggi. Namun dagangan di antara Malaysia dan Myanmar adalah terhad. Jumlah perdagangan Malaysia dengan Myanmar dari tahun 1990 sehingga 2009 adalah di antara RM186.48 juta dan RM1.2 bilion. Jumlah perdagangan yang tertinggi yang dicatatkan adalah pada tahun 2008 iaitu RM1.63 bilion. Eksport Malaysia ke Myanmar pada tahun 2009 ialah RM744 juta dan import dari Myanmar adalah RM507 juta.

Dato' Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan dan Industri II · Baram

Bagi tahun 1990 hingga tahun 2009, secara ringkasnya, jumlah eksport Malaysia ke Myanmar adalah RM22,690 juta, jumlah import dari Myanmar ke Malaysia hanya RM5,171 juta, jumlah dagangan di antara kedua-dua negara ialah RM27,681 juta dan imbangan perdagangan ialah berpihak kepada Malaysia iaitu RM17,519 juta. Lima produk utama yang dieksport ke Myanmar ialah minyak kelapa sawit, produk kimia dan bahan kimia, petroleum, makanan proses dan alat-alat ganti mesin. Sementara lima produk utama yang diimport dari Myanmar adalah getah asli, sayuran dan akar-akar, makanan laut, balak, dan makanan proses. Secara keseluruhannya, imbangan perdagangan antara Malaysia dan Myanmar berpihak kepada Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, bolehkah ataupun adakah kerajaan kita berhasrat untuk menggunakan tekanan ekonomi melalui perdagangan untuk memaksa Myanmar lebih akur ataupun atur kepada keperluan isu-isu demokrasi? Ini kerana kita tahu sejak tahun 1987, Myanmar dibawa masuk ke ASEAN untuk satu constructive engagement, tetapi ia tidak membawa apa-apa hasil. Bolehkah negara kita mengambil satu pandangan yang serius terhadap kerajaan Junta di Myanmar yang tidak dilantik secara demokratik? Terima kasih.

Terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan itu perlu dijawab oleh Kementerian Luar Negeri kerana pasal luar negara.

Ya, saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak jawab juga, saya benarkan.

Saya setuju Tuan Yang di-Pertua, kerana soalan ini ada terlibat di bawah bidang Kementerian Luar Negeri kita. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, kenapa Tuan Yang di-Pertua buat keputusan bagi pihak Yang Berhormat Menteri?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ikut peraturan mesyuarat. Apa yang tidak ada kena mengena dengan soalan asal, saya yang menentukan Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat peka dengan teguran Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Telok Intan, jangan lagi pertikaikan Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya tidak pertikaikan. Saya cuma hendak penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat Telok Intan tidak pertikaikan, kenapa Yang Berhormat berdiri lagi? Bukankah ini mempertikaikan?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Kalau saya tidak tanya soalan di sini, di mana lagi saya boleh tanya?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Telok Intan, saya mengatakan bahawa soalan itu tidak ada kena mengena dengan kementerian.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Memang dia ikut, Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Kenapa dia sendiri tidak mahu jawab?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Telok Intan, duduk Yang Berhormat Telok Intan. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ikut sesuka hati, tidak payahlah ada Tuan Yang di-Pertua duduk di sini. Saya lebih senang tidak duduk di sini Yang Berhormat. Sila.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Peraturan mesyuarat. Dalam perkara ini, bolehkah Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Apa peraturan mesyuarat Yang Berhormat? Sebut dahulu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

P.M.26 mengenai pertanyaan...

Tuan Yang di-Pertua

Baca Peraturan Mesyuarat 26 Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dahulu ada dibuat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, baca di mana peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, mengenai tepat atau tidak tepat itu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, baca peraturan mesyuarat yang mana?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, saya hendak tanya mengenai soalan yang dikemukakan... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya mahu dengar peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, satu jawapan yang diberi bahawa ini adalah sama ada jatuh dalam Kementerian Luar Negeri atau MITI. Perkara ini, MITI pun ada input, bukan sahaja 100% Kementerian Luar Negeri. Oleh sebab itu,

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

MITI ada tanggungjawab menjawab dalam perkara ini. Saya harap bahawa ini boleh dikaji semula. Ini penting untuk negara.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak payah respond kepada Yang Berhormat Ipoh Timur kerana Yang Berhormat Ipoh Timur tidak mengetengahkan apa-apa peraturan mesyuarat yang relevan. Itu pendapat Yang Berhormat Ipoh Timur. Itu juga pendapat saya. Jadi, terpaksa ikut pendapat saya lah – mengikut Peraturan Mesyuarat 43.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat sebutkan sebab musabab perniagaan dengan Myanmar hanya RM1.2 bilion – begitu rendah?

Tuan Yang di-Pertua

Macam Yang Berhormat terperanjat kerana soalan itu terlalu pendek. Tahniah Yang Berhormat Kepong.

Itulah. Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong tadi. Seperti mana yang saya sebutkan tadi – jawapan soalan asal dari Yang Berhormat Telok Intan itu tadi, secara ringkasnya jumlah perdagangan kita dengan Myanmar dalam tahun 1990 hingga tahun 2009 adalah RM27.6 bilion. Akan tetapi yang saya sebutkan itu tadi, yang tertinggi dari satu tahun ialah RM1.2 bilion. Ada lagi penjelasan?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kalau Yang Berhormat sudah siap, duduk. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Soalan tambahan saya ialah ada dikaitkan – dan saya mohon penjelasan MITI bahawa Tan Sri Razali dihantar sebagai special envoy ke Myanmar untuk menyelesaikan isu-isu Myanmar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikaitkan dengan aktiviti perniagaan yang sebenarnya telah merosakkan imej negara. Perkara itu perlu diperjelaskan di dalam Dewan ini. Saya mohon kerana itu ia ada kaitan dengan perdagangan dan dikaitkan juga dengan antara aspek perniagaannya ialah perniagaan identiti – pengenalan diri. Saya mohon penjelasan kerana itu telah merosakkan imej negara. MITI perlu menjelaskan di dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat berdiri. Soalan nombor 10 bertanya:- (a) berapakah nilai perdagangan di antara Myanmar dan Malaysia sejak 1990 hingga 2009; dan (b) apakah barangan yang diimport dan dieksport antara Myanmar dan Malaysia untuk tempoh masa yang sama. Spesifik. Kalau saya benarkan soalan daripada Yang Berhormat Telok Intan dan Balik Pulau sebegitu, itu mengenai dengan soalan dasar. Tunjukkan kepada saya, mana peraturan mesyuarat yang saya langgar? Tiada. Maka, tidak payah jawab Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya panjangkan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudah lah Yang Berhormat.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sedar, Ahli-ahli Yang Berhormat tahu kita sekarang ini ikut kepada peraturan mesyuarat dengan

Tuan Yang di-Pertua

menggunakan nilai masing-masing. Ini nilai saya sebagai Yang di-Pertua, Yang Berhormat terpaksa ikut.

William Nyallau anak BadakPRS · BNLubok Antu · question

11. Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah status permohonan yang telah saya kemukakan untuk bank beroperasi di pekan Lubok Antu dan di pekan kecil Engkilili dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama beberapa institusi kewangan sedang berusaha meningkatkan dan menyediakan khidmat kewangan dan perbankan ke semua daerah di Malaysia pada pertengahan tahun 2011 iaitu tahun depan. Oleh yang demikian, sebuah bank akan beroperasi di daerah Lubok Antu sebelum pertengahan tahun 2011. Bank Negara Malaysia sedang mengenal pasti sebuah institusi kewangan untuk membuka cawangan dan pengoperasian di daerah tersebut. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, saya berharap ia akan berlaku pada tahun hadapan. Terima kasih.

Boleh Yang Berhormat ulang sekali lagi? Tidak dengar.

Tuan Yang di-Pertua

Dia berharap agar berlaku tahun depan.

Saya katakan tidak ada soalan tambahan oleh kerana jawapan Yang Berhormat Menteri mengatakan akan mengadakan bank pada tahun hadapan. Saya berharap ia akan berlaku pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Lubok Antu. Kementerian Kewangan dan Bank Negara kita janjilah, janji pada tahun depan kita akan tubuhkan satu cawangan bank di kawasan Yang Berhormat. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Janji ke-50 kah ini?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12).

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Saya merujuk kepada Hansard yang bertarikh 29 November 2010, di mana Yang Berhormat Menteri Kerja Raya telah menjawab berhubung dengan Hospital Shah Alam di mana dia berkata, “Subkontraktor kepada main kontraktor boleh buat kerja 16% dalam masa 18 bulan. Dicadangkan buat seluruh projek itu yang tinggal 70% dalam masa setahun. Yang Berhormat lain cuba jawab bolehkah ataupun tidak boleh?” Maklumat yang disampaikan oleh Menteri Kerja Raya adalah amat mengelirukan. Yang pertama, kerja yang dapat dilakukan oleh subkontraktor berkenaan adalah 18% dalam tempoh 12 bulan, baki 70% termasuk di dalam baki 70% itu adalah 40% yang merupakan pembelian peralatan seperti lif, seperti air conditioner, chiller, seperti peralatan x-ray untuk hospital itu. Ini merupakan 40%. Maknanya kerja-kerja baki bukan 70% kalau kita tolak yang 40% yang merupakan peralatan. Kerja yang perlu diselesaikan hanya 30% dan boleh dilakukan dalam 18 bulan mengikut kadar kemajuan pencapaian subkontraktor. Jawapan Menteri Kerja Raya bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa subkontraktor berkenaan tidak mampu dan oleh kerana itu, itulah sebabnya dia hendak tender balik projek ini. Kontraktor baru memang perlukan 30 bulan kerana apa, kerana dia hendak order peralatan itu secara baru sedangkan subkontraktor yang sedia ada dia sudah order barang-barang itu, hanya menunggu empat bulan boleh dihantar. Ini merupakan satu jawapan yang mengelirukan dan ianya tidak menjawab persoalan kenapa Menteri Kerja Raya hendak pilih pilihan yang lebih mahal, lebih lewat untuk warga rakyat di Shah Alam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Untuk perhatian kepada kementerian yang berkenaan, sila buat penjelasan kepada apa yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam itu sebelum saya buat keputusan. Bermakna ada masa pada hari Isnin ke, hari Selasa ke dalam penjelasan Menteri. Kalau umpamanya tidak ada penjelasan, maka Ahli Yang Berhormat Shah Alam bersedia untuk beri notis. Ambil perhatian kepada itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Anggaran Pembangunan 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011 Jawatankuasa — Maksud B.49 [Jadual] – Maksud P.49 [Anggaran Pembangunan 2011] -Bill

Tuan Pengerusi

Maksud Bekalan B.49 dan Maksud Pembangunan P.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan menyasarkan menjelang 2010...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh, sekejap ya. Saya suka ingatkan kerana keputusan telah dibuat sebelum ini bahawa lima minit. Jadi, saya tidak boleh langgar itu Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tahu Yang Berhormat Permatang Pauh mampu untuk buat dalam tiga minit.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. 40% daripada lepasan sekolah menengah harus daftar di institusi pengajian tinggi, saya ada masalah dengan kementerian ini berdasarkan jawapan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Saya rujuk kepada Human Development Report 2010, The Real Wealth Of Nations oleh UNDP. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Angka yang disebut oleh Menteri yang mempertikaikan laporan ini yang juga mendapat fakta daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi, di mana saya sebut dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa yang lalu, Timbalan Menteri menyebut 91.5% pelajar berdaftar

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

sekolah rendah kelolaan kerajaan berdaftar ke sekolah menengah yang tidak berdaftar ke sekolah rendah kelolaan kerajaan tidak akan termasuk dalam 91.5% dan angka ini tentunya mengelirukan kerana mengikut perkiraan UNDP yang mengambil kira keseluruhannya statistic should not lie, dengan izin or manipulated. Jadi untuk mempertikaikan kenyataan ini, Timbalan Menteri membawa hujah dan perangkaan yang lain kerana UNDP menyebut 69.1% daripada rakyat yang layak berdaftar ke sekolah menengah sahaja mendaftar. Ini maknanya di kalangan penduduk berumur 13 tahun hingga 17 tahun yang mendaftar sekolah menengah tidak kira kelolaan kementerian atau swasta itu masih rendah berbanding dengan sekolah-sekolah di negara-negara lain termasuk Indonesia dan beberapa negara yang saya sebutkan, tetapi dalam konteks Kementerian Pendidikan Tinggi, menurut laporan UNDP yang saya rujukkan tadi hanya 29.7% daripada rakyat yang sepatutnya mendapat pendidikan pengajian tinggi berdaftar ke IPT, 29.7%. Bagaimana dengan Jordan (37.7%), Turki (37.1%), Tunisia (31.6%), Libya (55.7%), Iran (36.1%), Venezuela (78.1%), Korea Selatan (96.1%). Maknanya kita jauh ketinggalan. Maknanya patut ada langkah-langkah yang harus disegerakan untuk meningkatkan dan memberikan akses ruang kepada anak-anak kita untuk mendapat peluang pendidikan tinggi di negara kita. Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan – Butiran 020100. Saya ingin memulakan dengan sekali lagi menyebut bahawa tujuan pendidikan tidak boleh lari daripada apa yang disebut untuk promote creativity and imagination dan dia mengambil kerangka dasar kita dengan beberapa sekatan. Sebab itu kita sekali lagi menggesa kementerian terutama Menterinya untuk mengambil inisiatif meminda, memberi kelonggaran supaya prinsip academic freedom itu dilaksanakan. Kita tidak boleh umpamanya mengangkat profesor ke peringkat tertinggi, tetapi kebebasan tidak ada sehinggakan baru-baru ini Universiti Malaya, saya difahamkan bersetuju memberi anugerah Doktor Falsafah Kehormat kepada salah seorang pakar ekonomi ulung negara kita yang sekarang diangkat sebagai pakar utama ekonomi United Nations, Profesor Jomo Kwame Sundaram. Di saat akhir ada campur tangan tinggi, ada katanya mungkin daripada Special Branch yang membatalkan penganugerahan itu. Ini menunjukkan betapa kedudukan kita di universiti tempatan masih tidak punyai ruang kebebasan. Saya tidak salahkan pimpinan Universiti Malaya, kerana saya difahamkan Universiti Malaya termasuk Naib Canselornya mengusulkan, dibatalkan oleh peringkat yang tertinggi ini. Saya percaya bukan Menterinya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi ini yang penting Menteri berikan perhatian, kerana ini akan memberikan gambaran bagaimana satu hal yang asas untuk mengangkat martabat universiti, menghormati prinsip kebebasan akademik, menjana penyelidikan dan penelitian yang lebih tinggi daripada itu. Saya menyebut tentang peruntukan penyelidikan dan pembangunan. Masih rendah. Kita tahu dalam negara yang berkembang kalau untuk meningkatkan keupayaan kita, kita harus memberi dana yang lebih untuk penyelidikan dan penelitian. Di Malaysia - 0.64% dari KDNK dana untuk tujuan ini yang kebanyakan disalurkan melalui universiti. Singapura 2.39%; Korea 3.23%; dan Taiwan 2.54%. Ini kita hadapi masalah. Akan tetapi berbeza dengan PEMANDU. PEMANDU membelanjakan RM66 juta untuk bayaran kepada konsultan asing. Saya tidak faham semuanya keperluan konsultan asing yang diberikan bayaran begitu tinggi seolah-olah hambar keupayaan konsultan kita, pakar-pakar akademik kita di universiti

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

tempatan. McKinsey & Company - RM36 juta; Hay Group - RM11 juta; Ethos & Company - RM1.5 juta; Alpha Platform - RM1.5 juta. Malah konsultan asing yang agak mysterious, tidak ada rekod yang lebih daripada itu - Tarmidzi sahaja namanya dibayar RM3 juta untuk kerja menubuhkan PEMANDU dan program PEMANDU. Khazanah Nasional Berhad akan diminta membayar RM21 juta kepada McKinsey & Company untuk kerja-kerja antara bulan April hingga bulan September 2009 termasuk program pengurusan hari terbuka di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Saya agak aneh - lapan pengarah yang secara purata memperoleh RM39,000 sebulan, associate directors RM23,300 sebulan dan ini agak tinggi. Butiran 010300 – Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AKEPT). Jadi ia tubuh banyak akademi. Kemudian ada satu lagi Butiran 020300 – Pengurusan Kebajikan Pelajar. Akademi pertama ini kerana tujuannya meningkat kualiti mutu dan berada lebih kompetitif di kalangan mereka serta pencapaian akademik di kalangan tenaga pengajar. Kemudian walaupun saya percaya Yang Berhormat Menteri sedia arif ia melibatkan suatu perubahan yang lebih basic daripada mewujudkan satu atau dua institusi baru. Ia masih terikat dengan ruang kebebasan mengangkat tokoh akademik yang benar berwibawa dengan syarat- syarat penerbitan, penyelidikan sebagai kriteria utama dan bukan keinginan mereka sekadar menjadi ‘pak angguk’ kepada dasar-dasar kerajaan. Universiti harus diberikan ruang dan kebebasan. Saya ingin menekankan perkara ini kerana kalau tidak - kita boleh ada Majlis Profesor Negara tetapi tidak dapat mengangkat kedudukan. Kalau ada profesor utama macam Profesor Jomo Kwame Sundaram dibenamkan kerana pandangan beliau yang kadang-kadang tidak condong mempertahankan dasar kerajaan. Sebab itu dalam pengurusan kebajikan pelajar pun begitu juga. Menteri harus beri penjelasan apa perlunya ditambah dengan dana tambahan untuk diwujudkan suatu pengurusan kebajikan pelajar. Walhal, yang penting itu ialah diberikan ruang dan kebebasan kepada universiti dan kepada mahasiswa. Berilah. Mereka bukan anak-anak kecil sekolah, mereka berfikir harus boleh mengundi, mengambil keputusan, boleh berkahwin tetapi masih dianggap sebagai anak-anak kecil. Penderaan dan hukuman yang agak berat, yang tentunya sifatnya mendera bagi beberapa kes di mana suara mereka dan pandangan mereka dikemukakan. Jadi sebagai rumusannya, saya ingin tekankan bahawa - saya percaya rakan-rakan di Kementerian Pengajian Tinggi dan pegawai juga akan merujuk. Ini kerana - saya bukan hendak katakan laporan ini, tetapi laporan ini kebetulan saya tahu UNDP Report dalam Human Development Report ini dan kali ini mereka menggunakan jasa baik dan khidmat Profesor Amarthya Sen untuk membantu. Saya percaya kalau diteliti tentang imagination dan creativity, malah pengakuan termasuk kejayaan Malaysia meningkat kemudahan dan prasarana asas di peringkat rendah dan tinggi. Dana yang bertambah untuk Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi semuanya diakui. Akan tetapi kita juga harus tahu penambahan dana dan infrastruktur tidak semestinya selari dengan peningkatan ilmu dan maklumat. Ini cabaran besar bagi Kementerian Pengajian Tinggi kerana isu sekarang ialah akses kepada quality education. Untuk tahap kemajuan negara kita sekarang, saya harap kementerian dan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat memberikan tumpuan dan membawa beberapa cadangan perubahan yang lebih drastik, cara kita mengurus universiti dan cara kita mengangkat profesor dan pimpinan universiti itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut bahas tajuk Kementerian Pengajian Tinggi. Pertamanya, saya merujuk kepada Maksud B.49 Butiran 060000 - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Saya merujuk kepada laporan kedudukan tangga universiti-universiti dunia - ranking dunia, sama ada ranking yang dikendalikan oleh Times Higher Education World University Rankings ataupun QS World University Rankings. Diketahui umum bahawa universiti-universiti dari Malaysia - universiti tempatan tidak tersenarai dalam universiti, yang 200 universiti tertinggi dalam Times Higher Education World University Rankings. Hanya lima IPTA utama dari Malaysia tersenarai dalam QS World University Rankings. Kita harus mengambil serius soal kedudukan tangga universiti-universiti tempatan ini. Jangan kita hanya memperagakan dan mempromosikan apabila ranking kita naik, tetapi apabila ranking kita merudum ataupun turun kita menyoalkan objektiviti, kriteria yang telah disediakan oleh rankings tersebut. Saya harap dalam perbelanjaan belanjawan akan datang, kita melihat kepada cara bagaimana kita boleh meletakkan sebagai satu KPI yang sudah ada dalam KPI kementerian. Bagaimana kita dapat mengenal pasti beberapa universiti kita yang boleh menunjukkan kenaikan yang mendadak dalam rankings tersebut. Di sini saya ingin menyentuh satu aspek penilaian yang agak penting, yang menjadi aspek penilaian berimpak besar dalam rankings tersebut iaitu academic citations ataupun publications. Kajian yang telah diterbitkan oleh jurnal ataupun penerbitan yang diiktiraf oleh rankings tersebut di peringkat antarabangsa. Contohnya, Thomson Reuters Institute for Scientific Information ataupun ISI Rank Journals. Sebagai contoh kalau kita ambil antara universiti - walaupun tida k Universiti Apex, tetapi universiti yang terunggul di Malaysia iaitu Universiti Malaya. Pada tahun 2009, kalau tidak silap saya ada 1,300 ISI Journals ataupun citations yang dibuat dalam ISI. Walaupun peningkatan daripada tahun 2005 contohnya hanya 250 ISI Journals, tetapi masih lagi jauh ke belakang kalau kita bandingkan dengan contohnya National University of Singapore (NUS) yang dapat academic citations sebanyak 5,000 ISI Journals. Jadi, sini saya ingin tanya dan saya ingin dapat penjelasan, apakah sebenarnya sebab kurangnya jurnal ataupun citation yang diterbitkan oleh ahli akademik tempatan? Sama ada perkara ini disebabkan oleh kerana kurang penulisan ataupun kurang penyelidikan yang boleh diangkat di peringkat antarabangsa?

[Bangun]

Sekejap ya, Yang Berhormat Balik Pulau.

Juga apakah strategi kita bagi meningkatkan kesedaran di kalangan profesor-profesor, pensyarah-pensyarah dan juga penyelidik luar terhadap penyelidikan yang kita buat. Contohnya di negara Thailand telah memperkenalkan satu idea iaitu Thai Citation Index System yang melonjakkan prestij dan kepekaan masyarakat antarabangsa mengenai penyelidikan yang dibuat di universiti- universiti Thailand. Kita juga ada ASEAN University Research Clusters serta

ASEAN University Citation Index yang juga meningkatkan lagi kesedaran mengenai citation yang dibuat ataupun penyelidikan yang dibuat di kalangan universiti-universiti di ASEAN. Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat Rembau, tadi Yang Berhormat Rembau bangkitkan isu mengenai penerbitan. Saya mohon penjelasan, saya difahamkan yang menyumbang kepada jumlah penerbitan yang banyak di universiti Singapura itu juga, contohnya di Fakulti Undang-undang atau Fakulti Hukum, hampir separuh profesor-profesornya itu ialah orang Malaysia. Mereka menyumbang dan nama baiknya dikongsi oleh Universiti Singapura. Jadi, saya rasa kemampuan orang Malaysia itu ada tetapi di tempat lain dan aspek kedua, mohon penjelasan Yang Berhormat Rembau, dikatakan juga pendidikan hari ini tidak mampu mendidik anak-anak, pelajar untuk menulis tesis secara original. Banyak lagi isu plagiarism dan sebagainya dibangkitkan, saya mohon pandangan Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Antara perkara yang menarik yang saya rasa contohnya dari segi persiapan untuk menulis tesis dan sebagainya saya melihat saya dapat laporan maklum balas bahawa ini merupakan satu kelemahan di kalangan pensyarah dan profesor tempatan. Apabila kita dalam dunia siber ini, kecenderungan untuk buat plagiarism dan sebagainya lebih meningkat. Jadi, saya harap kita dapat penjelasan daripada Menteri sama ada perkara ini satu masalah yang endemik kepada profesor yang ada di sini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau, kalau kita lihat kepada citation yang didapati di universiti-universiti antarabangsa, contohnya di Singapura yang telah disebutkan tadi. Kebanyakannya adalah daripada Malaysia, pensyarah daripada Malaysia, PhD daripada Malaysia, profesor daripada Malaysia tetapi terpaksa berhijrah ke sana dan dapat menerbitkan akademik citation di peringkat antarabangsa melalui universiti-universiti Singapura. Jadi, perkara ini penting sebab apabila pengalaman saya, pengalaman terhad yang saya ada di universiti-universiti sewaktu di United Kingdom dahulu, untuk menjadi seorang profesor dan lecturer yang berwibawa, yang dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tidak cukup untuk kita menjadi seorang pensyarah, teacher yang baik dengan izin tetapi perlu kita menunjukkan kredibiliti akademik kita melalui publications, melalui penulisan dan penyelidikan kita sebab itulah yang memberi credibility, kewibawaan dan juga adapt kepada cara kita kendalikan kursus-kursus.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Rembau, sedikit laluan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, sila.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan juga oleh Yang Berhormat Rembau, kita lihat ada kemampuan di kalangan pensyarah kita, profesor kita di luar negara diiktiraf. Adakah ini juga berhubung dengan kebebasan di kalangan kakitangan akademik, profesor, doktor falsafah di dalam negara kita yang berdepan dengan kekangan akta yang ada dalam Malaysia. Apa pandangan Yang Berhormat Rembau dalam kes ini? Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang pertamanya, insya-Allah saya akan sentuh sedikit sebanyak Akta Universiti dan Kolej Universiti tetapi soal

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

kebebasan ini kalau kita melihat contohnya kepada negara Singapura sebab kita guna contoh negara Singapura tadi. Mereka pun tidak adalah banyak sangat kebebasan dari segi kebebasan akademik dan kebebasan politik tetapi masih lagi mampu untuk menerbitkan jurnal dan terbitan di peringkat kualiti antarabangsa. Jadi mungkin perkara itu tidak ada kaitan yang terlalu rapat tetapi saya akan sentuh soal Akta Universiti kemudian insya-Allah. Kedua maksud Bekalan 49 Butiran 020100 – Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. Di sini saya ingin dengan ringkas sahaja, sentuh soal mempertingkatkan lagi kebolehpasaran graduan daripada universiti tempatan, soal marketability. Kalau kita lihat secara umum, purata universiti tempatan dan kita melihat kepada graduan universiti tempatan, bukan saya hendak buat generalization sebab ada ramai graduan universiti tempatan yang amat marketable, employable. Akan tetapi masih lagi sebahagian besar daripada siswazah universiti tempatan bukan sahaja unemployed tetapi unemployable. Maksudnya tidak boleh dipasarkan, tidak boleh dapat kerja sebab pengalaman mereka, kursus yang mereka ambil universiti-universiti tempatan yang sedang meningkat bilangannya. Kursus-kursus yang sedang meningkat bilangannya tetapi masih lagi tidak dapat menembusi keperluan pasaran sama ada pasaran swasta ataupun pasaran sektor awam dan sebagainya. Jadi, saya ingin minta pandangan daripada Menteri dalam Anggaran Perbelanjaan 2011, kita menyediakan satu peruntukan yang cukup-cukup besar kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Apakah dasar dan apakah rancangan untuk kita memastikan bahawa soalnya masalah komunikasi, masalah berfikiran kritikal dan objektif, masalah penguasaan bahasa Inggeris dan sebagainya dapat ditingkatkan. Ini kerana kita tidak hendak melihat satu keadaan di mana sistem yang kita wujudkan di Malaysia ini adalah quantity over quality dengan izin ataupun kita meningkatkan bilangan universiti, kita panggil universiti, kita buat kursus dan sebagainya tetapi akhirnya kualiti itu tidak menepati sasaran kita. Akhirnya kita perlu rombak semula pendidikan vokasional dan teknikal di peringkat sekolah menengah supaya kita dapat rest ataupun menghentikan masalah ketidakbolehan pasaran graduan-graduan kita di peringkat universiti sebab kita tidak hendak mewujudkan satu keadaan di mana siswazah itu keluar dengan satu sijil, dengan satu kelayakan dengan harapan bahawa sijil itu boleh memberi pekerjaan kepada mereka. Akan tetapi akhirnya oleh kerana kelemahan mereka sendiri dan juga kelemahan persekitaran universiti yang tidak mengajar mereka bagaimana untuk menjadi seorang siswazah yang marketable, mereka tidak dapat pekerjaan. Ketiga Tuan Pengerusi, maksud Bekalan 49 juga Butiran 020300 – Pengurusan Kebajikan Pelajar. Ini soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap juga tadi, ini tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti terutamanya seksyen 15(1), seksyen 15(5) tidak payah saya jelaskan, Menteri pun tahu. Saya ucapkan tahniah kerana di bawah Menteri ini menunjukkan keterbukaan, keterangkuman untuk meminda AUKU. Cuma ini dua peruntukan lagi yang bagi saya menimbulkan sedikit masalah di dalam makmal Pemuda Barisan Nasional sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional saya juga bangkitkan isu ini. Saya percaya ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat pun bangkitkan perkara ini, Timbalan Menteri sendiri pun bangkitkan perkara ini, bahawa perlu dilihat semula kepada seksyen 15(1) dan 15(5). Saya tidak mahu panjangkan cerita mengenai AUKU ini, cuma saya ingin menyatakan bahawa hujah yang

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

paling susah untuk dijawab dan sampai hari ini tidak dapat dijawab oleh kementerian, apakah bezanya penglibatan politik di peringkat tempatan, di peringkat IPTA dengan penglibatan politik pelajar-pelajar di luar negara seperti dalam Kelab UMNO. Saya orang UMNO tetapi tidak ada bezanya dan apabila wujud double standard seperti itu maka perkara ini menjadi satu simbol penentangan sebahagian mahasiswa terhadap kerajaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya saya hendak gulung. Terakhir atau keempat maksud Bekalan 49 Butiran 050000 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya ingin minta pandangan Menteri mengenai rungutan orang ramai tentang penubuhan kolej-kolej hantu, kolej-kolej swasta yang tidak dapat pengiktirafan, yang masih lagi bermasalah, beroperasi tanpa syarat-syarat kelulusan dan sebagainya. Seterusnya isu kualiti. Kalau kita ambil contoh sekali lagi negara jiran kita Singapura, kita lihat universiti-universiti antarabangsa yang diterima adalah seperti dengan izin Chicago Business School, INSEAD, MIT, John Hopkins, Cornell, Stanford dan banyak lagi yang terkemuka. Apabila kita melihat kes ini bukan saya hendak menjadi educational snob tetapi tidaklah sampai top tier di peringkat antarabangsa. Jadi apakah strategi bahagian pengajian swasta untuk memastikan universiti-universiti yang kita menarik minat mereka untuk datang ke sini, benar- benar adalah world international quality, top tier university dengan izin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan berkaitan dengan maksud bekalan yang pertamanya Butiran 010200 – Pengurusan Biasiswa. Kita masih lagi berdepan dengan masalah mahasiswa-mahasiswa kita yang biasiswanya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan. Oleh sebab itu dalam jawapan ataupun dalam respons Menteri terhadap apa yang dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah berkaitan dengan mahasiswi ada yang terpaksa melacur. Bagi saya ia berkait rapat dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh mahasiswa.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bayangkan kalau kita lihat kes misalnya di Universiti Malaya pinjaman ataupun biasiswa yang diberikan akhirnya berbaki dalam RM700 ataupun RM600 yang mereka terpaksa dalam masa yang sama terlibat lagi dengan aktiviti-aktiviti kampus, terpaksa lagi membeli buku untuk setiap mata pelajaran buku yang sampai RM50 ke RM100. Jadi tidak ada yang berbaki. Akhirnya ada mahasiswa- mahasiswi terpaksa cari jalan lain termasuklah bekerja untuk menampung kos-kos termasuklah tambang balik kampung dan sebagainya. Ramai yang kita sama- sama faham bahawa terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kos-kos ini. Jadi saya minta supaya dalam bab pengurusan biasiswa atau mungkin juga perlu

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

dilihat dalam konteks pinjaman pelajaran yang diberikan perlu dinilai semula tentang nilainya. Kedua, bagaimana pihak kementerian juga perlu melihat bahawa ada di kalangan universiti kita yang berada di bukan Lembah Klang, universiti-universiti ini mungkin mereka boleh menampung kos ataupun pembiayaan yang diberikan kepada mereka. Di Lembah Klang keadaan yang sangat teruk apabila berlaku kenaikan harga barang dan sebagainya mereka berdepan dengan kekangan kewangan. Bagi maksud bekalan 49 juga tentang Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi Malaysia (AKEPT) saya ingin bertanya dengan pihak kementerian tentang sikap ataupun pendirian kerajaan berkaitan dengan Parlimen mahasiswa dan telah dijelaskan sedikit-sebanyak baru-baru ini, USM dibenarkan untuk mengadakan Parlimen mahasiswa. Bagaimana dengan universiti-universiti lain? Adakah juga mereka dibenarkan? Maklumat yang saya terima bahawa ada pihak universiti yang melihat Parlimen mahasiswa ini sebagai satu cabaran dan perlu diberhentikan ataupun tidak dibenarkan untuk masuk ke universiti. Begitu juga dengan speaker corner. Kita ucap tahniah kerajaan membenarkan sedikit-sebanyak mahasiswa menyuarakan pandangan. Akan tetapi saya mengambil kes di UKM sebagai misalnya untuk mahasiswa terlibat dengan speaker corner mereka terpaksa mohon kebenaran. Ada kadangkala terpaksa menghantar teks ucapan yang hendak disampaikan di dalam speaker corner dan speaker corner yang tidak strategik. Bagi saya ini perlu dilihat dan dinilai semula supaya tidak ada undang-undang yang mengarut. Walaupun pihak kementerian sudah memberikan kebenaran untuk mewujudkan speaker corner bahkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri yang turun untuk merasmikan dan sebagainya tetapi akhirnya mereka dengan undang-undang yang dikenakan oleh pihak universiti mahasiswa tidak ke mana. Saya setuju dengan Yang Berhormat Rembau menyebut tentang soalan seksyen 15. Saya harap kita perlu sama-sama telus dan juga ikhlas dalam hal ini bukan sekadar seksyen 15 walaupun seksyen 15 ini adalah akta yang kita sama- sama persoalkan supaya kita tidak melihat atau mengambil isu ini dalam bersifat populis semata-mata. Kita hendak supaya benar-benar mahasiswa diberikan peluang kepada mereka untuk menyatakan pendirian sebagai orang yang terpelajar. Saya ambil kes bagaimana ada mahasiswa yang ditahan baru-baru ini di Galas kemudian ditahan, kemudian pihak polis mengarahkan mereka supaya merujuk ke balai polis. Akhirnya mereka pergi ke balai polis tidak ada kes, tidak ada dakwaan, tidak bawa pun ke mahkamah dan ini bagi saya menyusahkan mahasiswa itu sendiri. Mereka tidak mengambil pendirian mungkin politik partisan baik menyokong PAS atau menyokong UMNO mereka turun hanya untuk melihat proses pilihan raya seperti mana yang berlaku mungkin di Hulu Selangor daripada fakulti ataupun jabatan sains politik mewakili kelab sains politik kemudian dalam pelajarannya ada pula analisis pilihan raya. Akhirnya mereka dikenakan tindakan. Bagi saya pihak kementerian perlu melihat perkara ini secara lebih telus. Saya merujuk kepada Butiran 0605000 dan juga dibacakan sekali dengan Maksud Pembangunan 49 - 01600. Saya menerima rungutan daripada kawan- kawan yang bertugas di USM yang kita dapat berita baik bagaimana USM telah dijadikan sebagai Universiti Apex. Saya dapat maklumat bahawa geran yang sepatutnya diperuntukkan kepada universiti ini masih belum diterima oleh pihak universiti. Adakah benar sedangkan projek-projek ataupun program-program yang

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

dirangka oleh pihak universiti begitu banyak dan akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah kita berdepan dengan kekangan kewangan ataupun kita berdepan dengan hambatan-hambatan yang lain? Saya rasa kita tidak guna kalau kita mengumumkan Universiti Apex dan sebagainya tapi peruntukannya tidak sampai ke bawah. Butiran 080800 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Saya hendak timbulkan tentang kualiti pendidikan terutamanya dalam kursus-kursus perubatan. Ada kursus perubatan yang mahasiswa kita belajar di Indonesia. Saya difahamkan kualitinya agak lemah selain daripada isu keselamatan. Adakah pihak kementerian sanggup berkompromi dalam isu kualiti ini dalam usaha untuk kita kurangkan bajet ataupun kurangkan dari segi bayaran kewangan kerana ramai kawan kita yang mengambil ataupun adik-adik kita di peringkat ijazah perubatan ini di Indonesia mereka menyebut tentang kualiti kursus perubatan yang dilaksanakan. Butiran 080900 – Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ramai daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang ranking. Sejauh mana kita perlu menggunakan wang ataupun dana rakyat untuk mengejar ranking ini. Saya kira dalam dua, tiga tahun saya berada dalam Dewan ini ranking yang semakin jatuh, 200 bagi saya ia isu yang lebih asas ialah di samping kita terpaksa membelanjakan wang yang begitu banyak mengejar ranking yang dibuat oleh pihak-pihak antarabangsa ada isu-isu fundamental yang perlu dilihat termasuk kebajikan pensyarah. Mudahkan kenaikan mereka, berikan mereka peluang yang lebih besar untuk membuat penyelidikan daripada kita terpaksa mengambil pensyarah-pensyarah luar dalam usaha untuk kita naikkan ranking kita di universiti-universiti.

Lipis, Lipis minta laluan.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi bercakap tentang ranking ini sebenarnya yang selalu membawa cerita tentang ranking dan mempersoalkan pihak kerajaan tentang ranking adalah pihak pembangkang sendiri. Berkali-kali dan sebagainya. Jadi pandangan Yang Berhormat tidak bersetuju dengan ranking, macam mana?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bagi saya kita perlu telus dalam Dewan ini bukan sekadar daripada pembangkang bahkan daripada pimpinan pihak kerajaan sendiri. Disebut tadi oleh Yang Berhormat Rembau misalnya. Saya rasa ada isu-isu fundamental yang lain yang perlu dilihat. Kalau kita boleh keluar daripada penilaian ini saya rasa itu lebih baik. Dengan kita memberikan peluang kepada pensyarah-pensyarah kita. Kita paksa hire seorang profesor masuk ke dalam universiti kita bayar dia sampai RM20,000 sebulan. Kosnya meningkat kalau dalam 12 bulan sampai RM250,000 – RM200,000. Ini bagi saya lebih baik kita tingkatkan kualiti daripada kita melihat dan bagaimana kerajaan perlu melihat kita keluar sahajalah daripada dinilai oleh pihak-pihak luar. Ini mungkin satu persepsi yang mungkin akan menimbulkan sedikit polemik tetapi kita perlu lihat kerana saya dahulu di Universiti Malaya bila dapat seratus yang terbaik letak habis banner, letak habis banting dan sebagainya di jalan-jalan, hebat. Kita universiti yang terhebat, sekian Universiti Malaya terbaik di Malaysia tetapi akhirnya kita mendengar rungutan daripada pensyarah-pensyarah berkaitan dengan peruntukan yang diberikan kepada mereka pada masa yang sama pensyarah-pensyarah daripada luar diberikan status macam anak emas. Pensyarah di Malaysia terpaksa terlibat dengan pentadbiran, terlibat dengan

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

pelajar. Pensyarah luar datang mengajar kemudian balik dan kita habiskan banyak kewangan di situ. Kedua tentang kualiti pelajaran ataupun akses kepada pendidikan terhadap anak bangsa kita. Bila kita terlalu membuka kepada pelajar-pelajar daripada luar ini ada fakulti terpaksa menanggung hampir separuh daripada pelajar-pelajar luar menyebabkan peluang daripada anak-anak bangsa kita untuk terlibat ataupun mendapat pelajaran yang baik di universiti mungkin akan semakin mengecil. Jadi oleh kerana itu saya harap government spending untuk perkara ini perlu dilihat semula supaya perkara-perkara asas untuk anak-anak bangsa kita termasuklah dalam kita memberikan ruang yang lebih besar dalam masalah biasiswa yang kita boleh berikan kepada anak-anak bangsa kita lebih terbuka luas. Pada masa yang sama kita juga menanggung kos yang cukup tinggi dalam persoalan PTPTN yang kita tidak boleh ataupun tidak mempunyai data yang lengkap. Ini cukup menyedihkan. RM45 bilion tidak ada data yang lengkap untuk kita mengambil balik pinjaman-pinjaman ini. Kita tetap berpandangan bahawa pelajaran ini termaktub dalam hak-hak keistimewaan anak-anak peribumi yang perlu diberikan secara percuma.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Pada masa yang sama kita lihat data-data yang disediakan oleh pihak kementerian tidak cukup untuk kita ambil balik. Jadi perlu dilihatlah. Saya haraplah jawapan pihak menteri untuk persoalan-persoalan yang saya bangkitkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan kementerian pengajian tinggi. Butiran 020000 - Pengajian Tinggi. Sebanyak 80% tenaga kerja negara kita sekarang lulusan SPM ke bawah. Ini cabaran kepada kementerian. Apa perancangan yang dibuat oleh kementerian untuk melonjakkan pencapaian pelajar-pelajar kita, supaya tenaga kerja yang masuk dalam pasaran ini dapat ditingkatkan kelulusan mereka, dapat ditingkatkan lagi skill dan kemahiran mereka. Apakah bidang kerjaya ini dapat ditembusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi sampai ke pihak sekolah kerana saya dapat melihat sebaik saja selepas SPM, kecenderungan sebahagian pelajar-pelajar lepas SPM berlumba-lumba hendak masuk ke pasaran kerja, mereka hendak cepat duit, mereka hendak enjoy. Akhirnya mereka duduk di kedudukan yang tidak boleh meningkat dalam bidang yang mereka pilih kerana mereka tidak mempunyai skill dan kemahiran yang cukup lebih-lebih lagi kelulusan yang setara untuk membolehkan mereka untuk ditingkatkan dalam bidang tenaga kerja. Begitu juga dengan soal tenaga kerja. Saya ingat sampai masa dan ketikanya pihak Kementerian melihat bagaimana Pensyarah Universiti kita yang masih berminat untuk bekerja, ada kebolehan, ada kecenderungan untuk terus bertugas sebagai seorang pensyarah tanpa melibatkan mereka itu untuk bidang- bidang pentadbiran yang khusus, meninggalkan bidang tugas sebagai pensyarah ini, tetapi kita naikkan pangkat mereka, gaji mereka, kebolehan mereka menerima nikmat yang cukup tinggi, termasuk juga tempoh persaraan mereka, yang tidak sepatutnya kita hadkan bagi membolehkan tenaga-tenaga kerja yang berminat, yang berkualiti ini dapat dilahirkan dalam negara kita, pada masa akan datang.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Berkaitan dengan butiran 04000 – Pengajian Kolej Komuniti, saya ada sedikit kebimbangan Yang Berhormat Menteri, tentang strategi baru pengambilan pelajar-pelajar baru di kolej komuniti akan diambil melalui unit pusat universiti. Kita mewujudkan kolej komuniti ini bagi menampung keperluan domestik. Di mana pelajar-pelajar di persekitaran kolej komuniti ini diambil terus oleh pengetuanya mengikut keperluan kursus dan minat mereka Saya bimbang nanti, kalau kita pusatkan pengambilan ini, ada di antara kolej komuniti ini yang tercicir, atau pun nanti akan menimbulkan masalah apabila pelajar-pelajar ini ditempatkan di luar kawasan persekitaran mereka tinggal dan sudah tentulah melibatkan kos pengajian yang tinggi, tempat tinggal, makan dan sebagainya. Padahal dengan konsep yang ada sekarang, pelajar kita boleh duduk dengan keluarga mereka, makan dengan keluarga mereka dan boleh mengikuti pengajian di kolej komuniti. Saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, tentang bagaimana kita dapat melihat sebahagian daripada program-program yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat. Saya amat gembira dengan strategi baru kementerian dengan kolej komuniti dalam strategi pembelajaran sepanjang hayat di mana tidak ada had di kalangan rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran mereka, menimba ilmu pengetahuan dan lebih-lebih lagi kelulusannya hanyalah sebagai rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Namun demikian ada keperluan untuk pembesaran Kolej Komuniti Jempol, kerana bukan sahaja kursus yang ditawarkan itu menarik perhatian anak- anak muda belajar di Kolej Komuniti Jempol, tetapi sekarang ini kita memerlukan sebahagian daripada peruntukan kementerian ini, untuk membesarkan kolej ini, menyediakan infrastruktur yang lebih baik, supaya pembelajaran di Kolej Komuniti Jempol ini dapat kita berikan kepada pelajar-pelajar kita dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu, saya juga dapat melihat apabila kita menawarkan kursus kemahiran kepada masyarakat setempat. Mereka memang minat untuk belajar di kolej komuniti tetapi hari ini mereka terpaksa menanggung kos untuk belajar. Apakah tidak mungkin sebahagian daripada peruntukan ini digunakan untuk membiayai kos pengajian daripada kelompok-kelompok tertentu, yang ingin menambah skill dalam dan kemahiran dalam bidang yang mereka minat. Tuan pengerusi, berkaitan dengan butiran 061300 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya nampak keperluan negara amat mendesak tentang kebolehan kita untuk melahirkan bilangan guru yang cukup, bukan saja guru-guru yang berkualiti, tetapi bilangan guru yang dilahirkan juga perlu cukup untuk menampung keperluan pelajar-pelajar kita terutama sekali di kawasan luar bandar. Apakah tidak ada kemungkinan kementerian merancang supaya Universiti Pendidikan Sultan Idris ini diperbesarkan lagi supaya membolehkan kita melatih dan melahirkan guru-guru dengan bilangan yang lebih ramai bagi menampung keperluan negara dan sekali gus melonjakkan kualiti guru kita. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Menteri, saya dapat melihat tentang keperluan R&D dipertingkatkan kepada institusi yang khusus dalam kajian bidang pengajaran dan pendidikan ini. Saya nampak kalau peruntukan R&D ini diberikan kepada UPSI ini, saya memikirkan universiti ini boleh buat kajian-kajian secara terperinci untuk melonjakkan pencapaian dan mengutarakan pandangan-pandangan yang konkrit kepada kerajaan bagi meningkatkan kualiti pengajaran, pendidikan dan pencapaian pelajaran anak-anak. Sebagai contoh, di perkampungan Orang Asli, kita masih gagal lagi untuk melonjakkan pelajar-pelajar kita, di perkampungan Orang Asli, walau pun begitu banyak insentif yang diberikan oleh kerajaan. Apakah melalui R&D yang

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

disediakan ini nanti akan dapat melahirkan satu pendekatan yang baru bagi meningkatkan...

Yang Berhormat Jempol, minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya begitu tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Jempol tentang R&D ini. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Jempol ini. Saya mendapat tahu bahawa di Universiti Kebangsaan Malaysia, adalah satu-satunya universiti dalam negara ini yang menjalankan R&D, atau pun penyelidikan tentang penyakit autisme, di mana ianya telah pun saya difahamkan telah berjalan dalam sekitar kurang daripada lima tahun. Ianya saya rasa memberikan manfaat yang begitu besar kepada penghidap-penghidap penyakit ini, terutamanya kepada kanak-kanak ini yang mana kanak-kanak ini selama ini tidak ada satu kajian secara ilmiah yang terperinci yang diadakan di dalam negara saya. Akan tetapi baru-baru ini saya difahamkan bahawa pusat ini, atau pun makmal ini hendak ditutup kerana tiada peruntukan. Apakah, ini tentunya, saya rasa akan merugikan kepada masyarakat, dan juga kepada kanak-kanak ini sendiri dan juga kepada negara kita. Jadi apakah Yang Berhormat Jempol ingin mencadangkan supaya R&D ini, agar dapat diberikan peruntukan dan terus ianya berkembang, hidup, supaya kanak-kanak ataupun mereka yang terlibat dalam ini mendapat manfaatnya kerana penyakit autisme ini, bukan dalam setahun, dua tahun kita boleh membuat kajian. Mungkin ianya memakan masa yang agak panjang, kerana tabiat, perangai, pemakanan dan sebagainya kanak-kanak ini perlu diketahui dengan lebih jelas secara ilmiah. Terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Itu sebab saya hendak minta peruntukan ini daripada Yang Berhormat Menteri supaya R&D ini dapat kita perkasa dan kita melangkah setapak lagi ke hadapan supaya semua hasil-hasil kajian yang dibuat oleh universiti ini termasuk juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan dengan penyakit yang disentuh oleh Yang Berhormat Sekijang tadi supaya bukan sahaja kita berikan peruntukan tambahan tetapi segala hasil-hasil kajian R&D yang dibuat oleh tenaga pengajar kita, pakar-pakar kita di universiti ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan supaya memberikan faedah dan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Satu lagi masalah yang selalu disentuh oleh rakyat kita sekarang ini berkaitan dengan R&D ialah bidang sukan. Kegagalan kita, kelemahan kita untuk melahirkan bakat-bakat dalam bidang sukan. Apakah tidak boleh melalui universiti yang ada kaitan dalam bidang pendidikan ini kerana bakat-bakat ini kita timba, kita cungkil melalui anak-anak kita yang berada di bangku sekolah supaya R&D berkaitan ini dibuat supaya kita dapat mencungkil bakat dan menggunakan bakat ini dan mengasuh mereka dengan baik secara sains dan teknologi supaya tidak timbul masalah kekurangan bakat pada masa yang akan datang. Dua kali Speaker mengangguk. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh P.49 Butiran 04400 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut kepada ucapan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, beliau menyatakan di bawah perenggan ke-59 bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM111 juta untuk Program PERMATA. Beliau menyatakan bahawa peruntukan ini adalah bagi pembinaan fasa dua Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 pusat Anak PERMATA Negara dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan Program PERMATA Pintar Seni, Insan dan Remaja. Namun, RM111 juta ini langsung tidak wujud di dalam buku Bajet 2011 mahupun Bajet 2010 walaupun ia seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada perbelanjaan di bawah JPM atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Walau bagaimanapun, perkataan PERMATA ini muncul dua kali sahaja di muka surat 273 di bawah Rancangan Taska Kemas. Apa yang ingin saya tahu ialah di mana butiran-butiran mengenai perbelanjaan sejumlah RM111 juta ini. Sejauh mana yang difahami tentang latar belakang syarikat ini? Permata dimiliki oleh isteri Perdana Menteri, mana satu pihak atau kementerian yang seharusnya melakukan pemantauan di atas dan bukanlah projek PAPN ini dibawa perbelanjaan dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Kalaulah begitu, siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab di atas peruntukan yang sebanyak RM111 juta ini? Saya ingin mendapati PAPN mengadakan kerjasama dengan UPSI di bawah Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya minta Menteri jelaskan adakah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di UPSI mempunyai sijil MQA? Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan kepada skim diploma tersebut sejak ia bermula? Di samping itu, berapakah bilangan emolumen dan berapakah orang pelajar telah menamatkan pengajian dan memperoleh diploma tersebut dan berapakah kos pengajian UPSI telah diperuntukkan dalam infrastruktur sumber manusia yang berkaitan dengan diploma pendidikan awal ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud B.49 dan P.49 ini, pertama sekali saya hendak bercakap tentang Agensi Kelayakan Nasional (MQA). Jadi, kita melihat bahawa MQA ini tujuannya adalah untuk mengakreditasikan sijil-sijil ataupun kelulusan-kelulusan yang ada dalam negara ini. Jadi, saya berharaplah Menteri melihat perkara ini kerana ada dimaklumkan oleh pihak-pihak Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bahawa proses akreditasi yang dilaksanakan oleh MQA ini terlalu lewat. Jadi bila berlaku kelewatan menyebabkan ada kursus-kursus yang tidak – mereka telah mengambil pelajar tetapi tidak mendapat akreditasi daripada MQA ini hingga menyebabkan pelajar gagal membuat pinjaman dengan mana-mana agensi dan sebagainya. Jadi, ini sudah pastilah menyusahkan pelajar terutamanya bagi pelajar- pelajar yang sangat memerlukan atau mengharapkan bantuan pinjaman daripada agensi-agensi. Ini kerana ada agensi yang mensyaratkan bahawa sesuatu kursus

yang hendak diberi pinjaman itu mestilah mendapat akreditasi daripada MQA. Jadi bila kita bertanya kepada universiti kenapa tidak dapat atau belum dapat akreditasi, dia kata proses yang dibuat oleh MQA itu terlalu lewat dan sebagainya. Jadi, mereka meletakkan kesalahan itu kepada MQA. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak Menteri. Di samping itu berkaitan dengan akreditasi ini. Tidak pastilah sama ada MQA juga menjaga akreditasi bagi universiti luar negeri. Jadi, sekarang ini banyak kita kedengaran bahawa ada ijazah-ijazah kedoktoran falsafah dan sebagainya misalnya yang boleh dibeli daripada mana-mana universiti di luar negara. Jadi, saya mohon pihak kementerian menjelaskan apakah definisi doktor falsafah yang dibeli ini dan sebagainya. Ini bagi kita supaya dapat satu penjelasan yang betul. Makna daripada ini bagaimana - ada dia kata begitu dan begini dan sebagainya. Ada pihak puak celebrities pun yang mempunyai ijazah yang dibeli ini dan sebagainya. Jadi kita mohon penjelasan daripada pihak Menteri mengenai perkara ini. Sila.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Lipis. Saya tertarik sebab sebenarnya saya pun akan menyentuh MQA tetapi mohonlah kalau sebab sudah Yang Berhormat Lipis sudah menyebutkan tentang akreditasi ini. Setujukah Yang Berhormat kalau kita sama-sama minta kepada kementerian sejumlah - setakat 31 Disember 2009, kita dapati ada 20 buah kolej universiti yang beroperasi. Kemudian, kolej-kolej kecil berjumlah lebih kurang 393 buah.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Kita mohon penjelasan daripada pihak kementerian setakat ini ada berapa sudah yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada pihak kementerian? Kemudian, apakah inisiatif yang telah dibuat oleh pihak kementerian berhubung dengan kelayakan yang diambil oleh guru-guru yang mengambil pengajian yang dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009, dari segi pengiktirafannya? Ini kerana ramai yang tidak mendapat pengiktirafan setelah mengikuti kursus daripada kolej-kolej yang telah dianjurkan yang telah mereka ikuti.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Lipis?

Okey, sila, sila. Yang Berhormat Ranau sila.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Tuan Pengerusi, saya tertarik dengan saranan daripada Yang Berhormat Lipis terutama sekali mengenai dengan timbulnya isu mengenai dengan doctorate in philosophy. Tadi Yang Berhormat Lipis telah menyentuh tentang pembelian doctorate falsafah ini. Itu satu. Keduanya saya lihat ialah satu lagi yang orang-orang kita yang telah mendapat doctorate dalam philosophy ini, dia mengikuti betul-betul kursus itu tetapi tidak diiktiraf oleh kerajaan. Bersetujukah Yang Berhormat Lipis supaya Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan Dewan yang mulia ini tentang berapakah sebenarnya Phd yang masih tidak diiktiraf oleh kerajaan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Jadi oleh sebab kedua-dua ucapan tadi memang berkaitan dan saya pun tidak dapat menjawabnya, saya mohon jadikan kedua-dua ucapan itu dimasukkan ke dalam ucapan saya dan bolehlah dijelaskan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Bagi saya, perkara ini mustahak kerana kita tidak mahu rakyat

Malaysia ini keliru atau dikelirukan dan sebagainya. Kadang-kadang ada mereka yang tidak tahu, ada mereka yang tahu dan sengaja dan sebagainya. Jadi sebab itulah bagi saya perkara ini sangat penting bagi pihak MQA ataupun pihak kementerian menjelaskan perkara ini. Keduanya saya hendak bercakap tentang Butiran 080700 – Pengajian Kolej Komuniti. Jadi kolej komuniti sekarang ini ada dua. Satunya kolej komuniti yang full fledged dan yang keduanya adalah kolej komuniti cawangan. Macam di dalam kawasan Parlimen Lipis ini, ada sebuah kolej komuniti cawangan yang sudah lama tetapi saya tidak pasti sekarang ini sudah beroperasi ataupun tidak. Perancangannya sangat lama. Jadi, apa yang penting bagi saya ialah kursus yang ditawarkan itu sedikit sangat. Saya rasa satu atau dua kursus. Ini kerana kolej komuniti ini bagi saya kalau definisi komuniti, mestilah ia berlandaskan kepada community based. Jadi apabila community based itu, sepatutnya mereka mempunyai peluang belajar di kolej tersebut dalam apa sahaja bidang sebenarnya yang mereka perlukan sama ada secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa ataupun kalau boleh ditawarkan juga kelas-kelas malam dan sebagainya serta kursus-kursus yang pendek yang menjurus betul kepada kemahiran. Jadi, kalau kolej komuniti hanya menawarkan satu kursus yang kadang- kadang tidak sesuai pun dengan keadaan komuniti yang ada, jadi itu boleh – bukan sahaja dapat membantu para masyarakat tetapi kadang-kadang menimbulkan masalah pula kepada masyarakat. Jadi, saya memohon pihak kementerian memberi perhatian kepada perkara ini dan menjelaskan ataupun memberi penerangan mengapa jadi begitu? Berikutnya saya hendak bercakap tentang Butiran 061400 – Universiti Teknologi MARA (UiTM). Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah memastikan UiTM ini berkembang dengan luas dan dapat menampung pengambilan pelajar yang banyak... Di Lipis ini sudah banyak memohon tentang UiTM ini didirikan di dalam kawasan Parlimen Lipis. Jadi saya memohonlah kepada pihak kementerian agar memberitahu status permohonan daripada para penduduk Lipis ini untuk mendirikan sebuah UiTM dalam kawasan Parlimen Lipis. Kita berharap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, perkara tersebut akan terjadilah dan sebagainya. Berikutnya ialah Butiran 020100 – Pengurusan IPTA dan Khidmat Pengurusan. IPTA ini bagi saya telah melaksanakan kerja mereka dengan baik dan saya sebenarnya salute dengan pensyarah-pensyarah yang ada di IPTA ini. Apa tidaknya? Ini kerana kadang-kadang kelas saiz yang mereka ada itu – student ratio seorang pensyarah dengan pelajar itu kadang-kadang terlalu besar. Kita mengharapkan para pensyarah ini membuat penyelidikan, kajian dan sebagainya, tetapi kalaulah kelas saiznya terlalu besar, bila masa mereka hendak memeriksa kertas, membuat kajian dan sebagainya? Bagi saya, apabila kita menekankan kepada penyelidikan, kajian dan sebagainya, seharusnyalah penyelidikan atau kajian yang dijalankan di universiti ini dapat membantu pelajar. Bukan kajian sebagai kajian per say ataupun kajian untuk dikomersialkan sahaja tetapi hasil atau pendapatan daripada kajian yang telah dibuat itu dapat dijadikan sebagai bahan dan dapat pula membantu memberi knowledge baru kepada para pelajar. Itu yang sepatutnya. Oleh sebab itulah saya berharap kelas saiz ataupun ratio antara pelajar dengan pensyarah itu dapat dikurangkan agar mereka dapat melaksanakan kerja mereka dengan baik.

Akhir sekali ialah mengenai dengan Butiran 061300 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya dimaklumkan oleh pelajar – ini sama ada betul ataupun tidak saya pun tidak pasti – mengatakan bahawa ijazah UPSI ini hanya diiktiraf untuk masuk ke dalam bidang perguruan sahaja atau profesion perguruan sahaja. Mereka tidak boleh pergi ke tempat lain. Pihak JPA atau pihak kementerian sendiri – saya tidak pasti – dia tidak mengiktiraf untuk pergi ke tempat lain. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, adakah perkara itu begitu? Adakah mereka boleh bekerja di tempat-tempat lain dan sebagainya? Dengan itu, saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang untuk berucap. Saya ingin membangkitkan satu kes peminjam loan PTPTN iaitu kes Lou Sing Hiung Zoe. Beliau telah diberi pinjaman lebih kurang RM47,000 dalam tahun 2002 hingga tahun 2005 daripada PTPTN untuk belajar Bachelor of Engineering in Computer System Electronics di Swinburne Sarawak Institution of Technology. Syarat pinjaman wang itu adalah sekiranya dia memperoleh first class honors dalam degree itu, loan itu akan ditukar kepada scholarship dan dia akan diberi pengecualian untuk membayar balik loan atau pinjaman itu. Beliau memperoleh first class honors dalam tahun 2005 dalam Degree Bachelor of Engineering in Computer System Electronics. Oleh itu, beliau memohon kepada PTPTN untuk dikecualikan bagi membayar balik pinjaman yang diberikan kepada beliau.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi jawapan yang diberi kepada beliau oleh PTPTN adalah kursus yang beliau pelajari itu hanya diberi akreditasi interim oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Oleh itu beliau tidak mematuhi syarat untuk memohon pengecualian bayaran balik. Walaupun kursus yang ditawar merupakan satu akreditasi interim, tetapi sekarang kursus yang ditawar oleh universiti itu telah ditukar nama kepada Bachelor of Engineering (Electronics and Computer Systems) dan kursus ini telah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Oleh kerana kursus itu telah ditukar nama, maka permohonan beliau untuk dikecualikan pembayaran balik walaupun kursus terdahulu yang beliau pelajari itu sebenarnya adalah sama dengan Bachelor of Engineering (Electronics and Computer Systems). Akan tetapi permohonan beliau masih ditolak. Sekarang satu saman mahkamah telah dikeluarkan menuntut beliau untuk membayar balik pinjaman. Di sini saya ingin membuat satu permohonan bagi pihak beliau kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya memberikan pertimbangan kepada beliau. Bukan senang untuk seseorang pelajar untuk memperoleh first class honors dalam Bachelor of Engineering dan beliau telah belajar bersungguh- sungguh atas kepercayaan bahawa kursus yang dipelajari itu telah diakreditasikan oleh kementerian. Akan tetapi sebagai seorang pelajar pinjaman itu diberi untuk kursus Bachelor of Engineering in Computer System Electronics. Pinjaman telah diberi kepada beliau dan beliau tidak tahu bahawa kursus yang beliau pelajari itu tidak diberi akreditasi. Ini adalah masalah teknikal di antara universiti dan

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

kementerian. Janganlah menyusahkan pelajar yang mengambil kursus tersebut dan juga beliau bukan dari sebuah keluarga yang kaya. Sekiranya beliau dibebankan untuk membayar balik pinjaman itu kehidupannya juga akan adversely affected. Oleh itu saya memohon dalam Jawatankuasa ini supaya mempertimbangkan kes itu dan beliau dikecualikan untuk membayar balik pinjaman itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Butiran 02000 - Perbekalan. Saya yakin semua peruntukan yang berkaitan dengan Program Khidmat Komuniti di semua di universiti boleh ditambahkan. Mengikut pengalaman saya dengan UKM membuat Program Khidmat Komuniti yang menjurus kepada program kesihatan amat menggalakkan, dan umumnya saya mendapat feedback bahawa akhir-akhir ini Kementerian Pengajian Tinggi seiring dengan MOSTI dari segi sambutan dan kehadiran. Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti- universiti di kawasan luar bandar atau pedalaman sebab selama ini universiti dipandang jauh – nampak di Kuala Lumpur, nampak di Pulau Pinang, jauh. Akan tetapi dengan adanya Program Khidmat Komuniti, universiti-universiti malah Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak ada cawangan di negeri-negeri ini, kehadiran mereka sudah mula dirasai di peringkat akar umbi atau kampung- kampung dan sebagainya kerana wujudnya dan suburnya Program Khidmat Komuniti. Akhir-akhir ini Tuan Pengerusi, Program Khidmat Komuniti ini bukan sahaja menjurus kepada gotong-royong atau program anak angkat sahaja tetapi kepada khidmat komuniti. Seperti di tempat saya menjurus kepada pemeriksaan kesihatan. Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan kalau ini boleh diperluaskan maknanya peruntukan akan ditambah sebab masalah sekarang adalah peruntukan. Menjurus kepada program-program yang menggalakkan kreativiti dan inovasi, maknanya ada penerapan sains dan teknologi yang menjurus kepada kreativiti dan inovasi di kampung-kampung. Di bandar tidak ada masalah tetapi di luar-luar bandar. Jadi, daripada awal lagi mereka sudah didedahkan dengan kepakaran universiti seperti UKM dan sebagainya. Mereka dapat mendedahkan masyarakat di kampung-kampung tentang perlunya inovasi dan kreativiti berasaskan kepada sains dan teknologi. Begitu juga Tuan Pengerusi tadi menyebut tentang kajian kepada penyakit autisme dan kajian kepada OKU. Pertamanya Tuan Pengerusi, satu kajian bersama dengan Parlimen saya telah dibawa oleh UKM tentang penyakit ataupun terhadap golongan OKU, bagaimana sekarang kepakaran terapi kepada OKU itu sudah jauh ke hadapan. Dari segi amalan di peringkat bawah masih lagi jauh ke belakang dan apabila pakar-pakar datang ke kampung-kampung dan melawat ke PDK mereka cuba tunjukkan bagaimana kaedah yang sebenar membuat terapi yang betul. Contohnya Tuan Pengerusi, kalau OKU itu kakinya kecil dan lemah, bagaimana cara untuk baringkan dan bangunkan bukan ditarik begitu sahaja Tuan Pengerusi. Ada caranya. Kalau orang itu berpenyakit down syndrome bagaimana kita hendak activate dengan izin, mindanya kepada beberapa pancaran cahaya yang romantik dan sebagainya. Semua ini ada kaitan. Ini kepakaran-kepakaran terkini yang dibawa oleh pihak universiti. Ini terlalu akademik dan ilmiah, bagi masyarakat luar bandar masih jauh lagi tetapi, sekarang sudah ada cuma Tuan

Pengerusi dari segi peruntukan. Sama juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang tentang kajian kepada penyakit autisme dan sedih sekali kalau makmal yang sedang membuat kajian penyakit autisme di UKM itu hingga ke tahap akan ditutup atau diberhentikan semata-mata kerana kurang peruntukan. Jadi Tuan Pengerusi, tujuan saya membangkitkan perkara ini supaya pihak kementerian dapat mengusahakan mungkin memberikan penambahan pada masa yang akan datang supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan sumber manusia ini sebab saya hendak kaitkan dengan OKU dan penyakit autisme. Penyakit autisme ini Tuan Pengerusi umpamanya hiperaktif. Kalau yang berpenyakit ini dia hanya tahu matematik. Kalau dia mampu dalam bidang muzik seperti gitar, dia akan main gitar sahaja dan apabila masuk bidang lain tidak menjadi. Kalau dia tahu mengira, dia mengira sahaja, kalau masuk sejarah atau lukisan dia tidak tahu. Kalau dia menjurus kepada melukis dia akan melukis sahaja. Akan tetapi kita patut menjana minat dan kebolehannya supaya saya yakin mereka boleh menjadi salah satu daripada sumber modal insan kepada negara yang sekarang sudah ada resipi untuk maju ke hadapan. Sudah ada resipi seperti NKEA untuk meningkatkan pendapatan negara. Saya mengalu-alukan kalau golongan berpenyakit seperti ini tetapi mempunyai potensi boleh dikembangkan mengikut kebolehannya.

Inilah Tuan Pengerusi, keperluan ada peruntukan yang lebih supaya program khidmat komuniti yang sekarang ini memang menjadi topik utama kepada Yang Berhormat Menteri diperluaskan. Saya menyokong benar kalau Yang Berhormat Menteri dan kementerian ini diberi peruntukan lebih oleh pihak kerajaan supaya lebih banyak lagi program khidmat komuniti yang menjurus kepada kreativiti, inovasi, sains dan teknologi dapat dilakukan bersama dengan rakyat di seluruh negara. Saya di peringkat Ledang, saya memang sentiasa mengalu-alukan kalau ada mana-mana universiti datang ke tempat saya. Cuma hendak membuat program khidmat komuniti problem dengan izin, biasanya ialah peruntukan. Sedikit-sedikit kita boleh keluarkan, tetapi kita memerlukan sebenarnya peruntukan yang lebih daripada pihak kementerian khususnya dapat disalurkan ke peringkat universiti supaya ada perluasan dan kesuburan kepada program tersebut. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya mengalu-alukan satu jawapan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi tentang pertanyaan saya, apakah benar diploma dari politeknik ini kurang setaraf dibandingkan dengan kelulusan lain untuk kelayakan masuk universiti? Jawapannya ialah, tidak ada isu tidak sama taraf malahan peluangnya lebih baik. Saya difahamkan ia akan terletak di bawah Malaysian Technical University Network dan saya memohon supaya program ini dapat dijelaskan dengan lebih luas oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama ialah, Universiti Sains Malaysia diumumkan oleh Yang

Berhormat Menteri pada tahun 2008 sebagai bertaraf Universiti Apex. Satu daripada kelebihannya adalah autonomi kewangan. Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri, USM yang berstatus Apex ini telah pun berjaya membangunkan pusat inovasi yang dinamakan sains@usm. Pusat ini akan memacu last mile research dengan izin, dan produk inovasi untuk dikomersialkan untuk menjana aktiviti ekonomi baru. Persoalannya ialah, sebesar mana dana pembangunan yang telah disalurkan oleh kementerian kepada pusat inovasi ini selain daripada dana pembelian tanah? Pembelian tanah sudah selesai tetapi dana pembangunan untuk membangun pusat inovasi ini. Apakah benar bahawa setakat ini USM masih lagi terkial-kial cuba mendapatkan dana pembangunan ini pada ketika master plan dengan izin, telah pun diterima dan diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang? Yang Berhormat Menteri sendiri arif dan maklum dan merestui tentang projek dan pengisian yang direncanakan oleh pusat inovasi ini yang mengandungi antara lain komponen - incubator laboratories, GLC-linked research centre, MNC- linked research centre, day-care centre, community-linked facilities dan pelbagai aktiviti. Saya fikir sejak ia dilancarkan bulan Jun 2008, perancangan pembangunannya banyak terbantut oleh kerana kesempitan dana dan ini tidak langsung menggambarkan kelebihan Universiti Apex seperti yang selalu kita sebutkan. Yang Berhormat Menteri juga pada pengumuman USM sebagai Universiti Apex antara lain cirinya ialah ia mesti berada pada senarai tertentu mengikut ranking universiti dunia. Saya ingin tahu daripada jawapan Menteri, setakat mana ranking yang diprasyaratkan ke atas USM yang bertaraf Apex ini dipenuhi? Perkara kedua ialah, saya melihat dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan di bawah peruntukan Universiti Malaysia Kelantan. Belanja bekalannya ialah RM55 juta, belanja pembangunannya RM3.6 juta - jumlah ini untuk pembangunan universiti sangat kecil. Apa lagi kalau belanja pembangunan cuma sekitar 5% daripada keseluruhannya, jumlahnya cuma RM58.6 juta. Saya masih ingat dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan ini juga, belanja baik pulih Seri Perdana untuk tahun depan - RM65 juta, belanja buat pusara negara di Tugu Negara 500 kubur - RM70 juta. Hendak bangunkan universiti di Kelantan, belanjanya tidak sampai pun RM60 juta. Mahal baik pulih rumah Perdana Menteri lagi. Penjelasan apa sebenarnya yang boleh kementerian kongsi kepada Dewan ketika belanja pembangunan untuk Universiti Malaysia Kelantan yang sangat kecil. Apa sebenarnya tahap progress kemajuan, perkembangan universiti ini kalau belanja bekalan jauh melebihi belanja pembangunan? Bila sebenarnya rancangan untuk mengadakan kampus induknya di Jeli itu dapat diterjemahkan melalui rancangan membangunkan Universiti Malaysia Kelantan ini? Terima kasih. Dua perkara.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tenggara.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus merujuk kepada Butiran 070500 – Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kerajaan telah diperuntukkan di bawah dasar baru khususnya dalam butiran yang saya nyatakan tadi sebanyak RM184.8 juta.

Berhubung dengan dasar ini, kementerian adalah bertanggungjawab bagi meningkatkan kompetensi siswazah bagi memasuki pasaran pekerjaan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Bolehkah kementerian menyatakan bidang pengajian yang mendapat permintaan yang paling tinggi bagi tahun 2009/2010 serta jangkaan pada tahun 2011. Sejauh manakah pelaksanaan skala soft skills Malaysia (My3s) - ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam kemahiran soft skills telah dilaksanakan bagi menilai kebolehpasaran graduan. Ketiga, adalah penting bagi menarik pelabur asing. Kerajaan khususnya IPTA memastikan bahawa bilangan siswazah yang mencukupi dalam pelbagai bidang dan kompeten dalam kemahiran teknikal. Saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada kementerian tentang jumlah siswazah ataupun graduan IPTA bagi mengikut tahun 2005 sehingga tahun 2010 sekiranya ada dan mengikut IPTA serta bidang pengajian. Berhubung dengan kebolehpasaran graduan ini Tuan Pengerusi, yang didapati lemah dari segi pencapaian akademik, kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan industri dan lemah dari segi kebolehan soft skills. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, adakah kerajaan bercadang menjadikan kemahiran soft skills ini sebagai sebahagian daripada kurikulum wajib dalam pengajian atau mewajibkan graduan mengikuti latihan bagi meningkatkan kemahiran soft skills yang berkenaan. Seterusnya berhubung dengan kebolehpasaran graduan, kita tahu penting untuk mengukuhkan kerjasama antara IPT dengan industri khususnya dalam bidang penyelidikan. Di samping itu, siswazah juga perlu mendapatkan pendedahan dalam dunia pekerjaan sebenar di industri selain daripada perubahan-perubahan mengikut kepada keperluan industri yang dinamik yang memerlukan graduan mendalami pelbagai bidang antaranya melalui latihan industri. Saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah langkah kerajaan bagi menyediakan latihan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan? Begitu juga kepada staf akademik bagi didedahkan dengan amalan-amalan sihat yang positif, yang ada di industri. Seterusnya, apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan program kerjasama antara staf akademik dengan industri, khususnya bagi memudahkan pemindahan kepakaran dan juga hasil-hasil kajian khususnya ke arah pengkomersialan hasil penyelidikan. Seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Maksud P.49 Butiran 02100 - Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kita tahu UiTM dapat peruntukan pembangunan RM130.4 juta bagi Bajet 2011 dan sebahagian daripada peruntukan itu akan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang.

Dua minit sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Perlu berhenti jam 1.00 petang.

Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, tunggu Yang Berhormat Tenggara. Selepas Yang Berhormat Tenggara habis, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Tenggara hanya tinggal satu minit sahaja lagi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya sambung balik. Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan P.49 Butiran 061400 – Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apa cadangan kementerian ke atas tanah 500 ekar yang sepatutnya dibina UiTM kampus wilayah selatan tetapi telah dipindahkan ke Pasir Gudang? Jadi, saya hendak tahu apakah perancangan kerajaan terhadap penggunaan tanah itu supaya sebuah institusi ataupun kampus-kampus yang ada daripada cawangan UiTM, yang boleh didirikan ke atas tanah yang telah pun disediakan. Selain daripada itu yang terakhir Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan kolej komuniti. Kerajaan negeri sudah pun sediakan tanah di bawah KEJORA seluas 35 ekar. Sekarang ini di kolej komuniti, kita ada dua blok. Kita sewa rumah kedai. Saya harap mudah-mudahan Yang Berhormat Menteri boleh mengambil kira, kalau tidak first rolling plan untuk RMKe-10 ini, mungkin dapat dimasukkan dalam second rolling plan agaknya, RMKe-10 untuk kedua-dua perkara yang saya nyatakan tadi. UiTM, antara fakulti yang ada dalam UiTM untuk ditempatkan di kawasan Parlimen Tenggara dan juga termasuklah kolej komuniti. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Tuan Pengerusi, pertamanya saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

membahaskan bajet peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pada hari ini. Yang Berhormat daripada Permatang Pauh telah membangkitkan soal kadar rakyat Malaysia yang mendapat akses di peringkat pengajian tinggi. Data yang diambil daripada UNDP yang menunjukkan hanya sebanyak 29.7% pelajar- pelajar kita yang mendapat akses ke pengajian tinggi dalam negara kita, tertakluk kepada maklumat yang akan kita buat siasatan. Akan tetapi, sebagaimana yang selalu pihak kementerian kemukakan kepada pihak UNDP, data yang diambil oleh pihak UNDP mungkin merujuk kepada jumlah yang terdapat bagi rakyat kita yang masuk ke pengajian tinggi. Manakala, yang sebenarnya data yang didapati untuk negara lain adalah bagi tujuan mereka yang memasuki pengajian tertiary. Kalau kita ambil kira semua rakyat kita yang mengikuti pengajian di peringkat tertiary, maka mengikut kajian yang kita telah buat, negara kita sudah mencapai akses bagi peringkat umur kohort 17 hingga 23 tahun kepada 40%. Ini tidak hanya tertakluk pada mereka yang memasuki universiti tetapi melibatkan mereka yang masuk ke politeknik, institut perguruan Malaysia, kolej komuniti dan sebagainya. Jadi, di sinilah mungkin perbezaan yang boleh kita nyatakan. Walau bagaimanapun untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang telah kita lancarkan pada tahun 2007, mempunyai perancangan untuk menambah akses kepada 50% dalam tahun 2020, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Jika kita mengambil definisi ataupun perkiraan rakyat kita yang masuk tertiary education, kita percaya kita tidak berhadapan dengan masalah untuk mencapai angka tersebut. Selain daripada itu Yang Berhormat Permatang Pauh ada juga membangkitkan mengenai soal academic freedom dan sebagainya. Sukacita dinyatakan bahawa sememangnya pihak kementerian dalam proses untuk memulakan perjalanan bagi universiti kita untuk diberikan kepada mereka autonomi. Beberapa persiapan sedang dibuat dan insya-Allah pada permulaan tahun hadapan kita akan lancarkan proses perjalanan autonomi sebagai sebahagian daripada prinsip academic freedom, yang akan kita berikan kepada universiti-universiti kita yang menunjukkan kelayakan. Yang Berhormat Permatang Pauh ada juga membangkitkan mengenai soal kebajikan pelajar, yang mana beliau menyatakan bahawa yang lebih penting ialah kebebasan daripada kebajikan. Akan tetapi, ingin ditegaskan bahawa pihak kerajaan akan terus beri perhatian juga kepada soal-soal kebajikan pelajar kerana ini merujuk kepada program-program yang kita sediakan dan yang kita bantu untuk pelajar-pelajar kita seperti program sukan, kebudayaan, debat, pengucapan awam, program-program kesukarelawan, khidmat masyarakat dan sebagainya. Ini termasuklah juga program-program bagi pembangunan sahsiah pelajar. Selain daripada itu Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyentuh mengenai soal dana penyelidikan yang dikatakan rendah sumbangannya kepada KDNK dalam negara, memang kita tidak nafikan. Kita juga bersetuju supaya kita gemblengkan tenaga dan kepakaran akademia daripada IPT dalam negara kita untuk tujuan bagi kita meningkatkan lagi aktiviti R&D. Untuk maksud ini, bagi bajet di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk tempoh dua tahun pertama, saya ingin maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebanyak RM741 juta telah diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan melalui institusi pengajian tinggi negara kita.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin NordinUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Pasir Gudang

Peruntukan ini merupakan satu peningkatan yang besar berbanding dengan peruntukan dana R&D bagi tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang hanya berjumlah sebanyak RM315 juta. Jadi dalam konteks ini, sebenarnya kerajaan memahami akan perlu pentingnya kita meningkatkan peruntukan untuk R&D dan bagaimana yang telah dinyatakan, kerajaan telah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tempoh dua tahun pertama bersetuju untuk memberi satu peruntukan yang besar. Selain daripada itu, Yang Berhormat Permatang Pauh telah minta supaya dilihat secara drastik cara kita mengurus universiti kita supaya dapat diangkat tarafnya dan untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk universiti kita diangkat dan ditingkatkan tarafnya sememangnya telah kita sediakan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang telah kita lancarkan pada tahun 2007. PSPTN ini akan memasuki fasa kedua iaitu fasa pengukuhan pada tahun hadapan di mana semua rangka dan aktiviti telah dirancang untuk kita terus memantapkan lagi kedudukan universiti yang terdapat dalam negara kita.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Mohon penjelasan Yang Berhormat, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada wang peruntukan yang dirancang oleh kerajaan. Saya dimaklumkan oleh pihak USM (Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang) bahawa selepas, walaupun telah diumumkan peruntukan tidak silap saya RM500 juta untuk status mereka mendapat status Apex, sehingga ke hari ini mereka belum lagi mendapat dana yang diumumkan terdahulu. Jadi mohon penjelasan daripada pihak Menteri bilakah dirancang, bila peruntukan itu telah dirancang maksudnya bila boleh dilunaskan supaya dapat digunakan oleh universiti-universiti terbabit kerana kalau tidak menyukarkan mereka untuk bergerak seperti yang dimaklumkan kepada saya. Terima kasih.

Yang Berhormat Lembah Pantai, perkara itu tadi telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang dan juga Yang Berhormat Padang Terap dan saya akan jawab bila sampai giliran saya menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian sebentar tadi. Yang Berhormat dari Rembau telah bangkitkan mengenai soal ranking. Mengapa universiti kita tidak tersenarai dalam Times Higher Education Supplement. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Times Higher Education Supplement telah pun mengubah cara perkiraan mereka untuk mengukur ranking universiti dan untuk makluman, mereka telah membuat perkiraan penyelidikan yang dibuat oleh universiti bermula daripada tahun 2000 iaitu sepuluh tahun ke belakang dan sebagaimana yang kita sedia maklum pada ketika itu kita tidak lagi memberi fokus ataupun kita belum lagi memilih beberapa daripada universiti kita untuk menjadi universiti penyelidikan. Maka kegiatan-kegiatan penyelidikan oleh universiti kita tidak begitu tinggi dan dengan sendirinya kita tidak tersenarai ataupun tidak terlibat dalam ranking yang dijayakan oleh pihak Times Higher Education dan ini berbeza dengan pihak QS kerana QS hanya buat ukuran berasaskan kepada lima tahun ke belakang dan berasaskan kepada itulah maka kita mempunyai lima universiti kita yang

kesemuanya merupakan universiti penyelidikan yang tersenarai dalam ranking yang dibuat oleh pihak QS. Walaupun begitu, saya bersetuju dengan pihak Yang Berhormat dari Padang Terap yang menyatakan bahawa kita tak sepatutnya taksub dengan ranking tetapi kita perlu lihat kepada soal fundamental dan inilah pendirian yang diambil oleh kita di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Kita tidak taksub dengan ranking tetapi kita akan rujuk supaya kita dapat lihat dan mengukur di mana kita dibandingkan dengan universiti daripada negara-negara yang lain. Akan tetapi pada masa yang sama kita juga memberi perhatian kepada soal-soal fundamental yang perlu dicapai oleh universiti yang terdapat dalam negara kita. Walaupun kita tidak begitu berjaya ataupun kedudukan kita tidak begitu memberangsangkan dalam proses ataupun program-program ranking yang terdapat di dunia misalnya, tetapi kalau kita lihat kepada aspek-aspek lain, fundamental yang saya nyatakan tadi, kita akan dapati bahawa universiti kita telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam pelbagai aspek misalnya dalam aspek pembangunan modal insan, bilangan pelajar pascasiswazah, dalam tahun 2009 universiti pendidikan kita telah meningkat kepada 39,819 orang iaitu pertambahan sebanyak 34%. Kalau kita lihat bilangan pelajar PhD di universiti penyelidikan pada tahun 2009, ia meningkat sebanyak 36% dan begitu jugalah kehadiran bilangan pascasiswazah antarabangsa, meningkat sebanyak 34% yang menunjukkan dan menggambarkan penerimaan universiti kita di peringkat antarabangsa dan juga bagi bilangan kakitangan akademik yang memiliki PhD, pada tahun 2009 ianya meningkat daripada 3,348 orang kepada 3,742 orang. Begitu juga bagi mereka yang mengambil pasca doktoral di universiti penyelidikan, ini bidang yang penting kerana menjadi penyumbang utama dalam melahirkan peneraju penyelidik, meningkat sebanyak 413% daripada 47 orang dalam tahun 2007 kepada 241 orang pada tahun 2009. Begitu jugalah dalam soal penerbitan, bilangan penerbitan jurnal berimpak, universiti penyelidikan menghasilkan 3,221 dalam tahun 2007 dan pada tahun 2009, ia meningkat sebanyak 99% iaitu sebanyak 6,419. Begitu juga dalam soal-soal paten dan hak harta intelek, semuanya meningkat. Daripada segi soal penjanaan pendapatan dan sebagainya. Jadi daripada segi fundamental, kita dapati walaupun daripada segi ranking kita mungkin tersenarai ataupun tidak tersenarai ataupun lemah kedudukan kita dan sebagainya, kerajaan berpuas hati kerana ia mencapai beberapa perkara yang merupakan fundamental seperti yang disebut oleh Yang Berhormat dari Padang Terap sebentar tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih, terima kasih Menteri. Saya bangkitkan tadi tentang isu kenaikan pensyarah yang ditimbulkan oleh kawan-kawan kita yang berada di IPT yang agak sukar untuk mereka menikmati kenaikan daripada satu tangga ke satu tangga yang lain termasuklah jawatan untuk profesor madya dengan profesor termasuk yang diperkenalkan baru-baru ini iaitu ISI atau International Scientific Index yang menyukarkan mereka terutamanya mereka yang daripada fakulti-fakulti berasaskan kepada Sains Sosial. Jadi saya minta macam mana kementerian melihat perkara ini dan memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan prestasi akademik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya pihak kementerian beri perhatian bukan sahaja soal kebajikan pelajar tetapi kita juga kepada soal kebajikan pensyarah. Kita menerima hakikat bahawa sememangnya jawatan pensyarah begitu demanding dengan izin dan pada masa yang sama mereka juga mengharapkan satu kedudukan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

Kementerian sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan misalnya kepada mereka yang kelulusan PhD pada hari ini akan terus kedudukannya kepada DS51, DS52 berbanding dahulu DS45. Begitu juga skim profesor dibuka kepada tahap turus buat pertama kali untuk kenaikan pangkat profesor tanpa mereka perlu memegang apa-apa jawatan pentadbiran. Kita akan cuba lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa ikut peringkat dan ini sudah tentulah memakan masa juga. Bukannya dapat dilakukan secara serta- merta. Yang Berhormat dari Rembau juga ada menyuarakan mengenai kurang penerbitan jurnal di kalangan para akademik tempatan. Sememangnya seperti yang telah saya katakan tadi penerbitan jurnal di kalangan ahli akademik tempatan telah meningkat secara drastik apabila kita mengisytiharkan beberapa universiti sebagai universiti penyelidikan. Akan tetapi pada masa yang sama sudah tentulah peningkatan kita itu tidak meningkat sebagaimana kalau kita ukur dengan peningkatan jurnal yang dikeluarkan oleh beberapa universiti di luar negara yang mendapat peruntukan R&D yang begitu besar. Ini kerana tanpa peruntukan R&D yang besar tentulah kita tidak akan menemui apa-apa ilmu baru. Jika tidak ada ilmu baru tentu kita tidak akan menulis dan menerbit. Jika kita tidak menulis menerbit dan penemuan kita tidak berasaskan kepada ilmu-ilmu baru yang berimpak tinggi tentulah kita apa sahaja yang kita menulis dan menerbit itu tidak menjadi bahan sitasi oleh mana-mana pihak. Jadi ia berhubung kait dalam soal ini dan apabila kerajaan memberi peruntukan yang lebih besar R&D untuk dua tahun pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kita berharap ianya akan berkesan kepada soal-soal kita penulisan, penerbitan, sitasi dan sebagainya yang sewajarnya berlaku dalam dunia akademik. Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai soal perancangan meningkatkan kualiti graduan supaya diterima oleh sektor industri. Sememangnya setiap Lembaga Pengajian telah menjemput wakil industri untuk sama-sama memberikan inputnya supaya kurikulum yang dibangunkan menepati kehendak industri. Selain program akademik IPT juga telah memulakan Program Soft Skill dan Kokurikulum Berkredit untuk menambah kebolehpasaran pelajar dan daya saing pelajar. Selain daripada itu program-program internship, program pentauliahan profesional, finishing school, Standish program dan lain-lain telah diperkenalkan untuk memberi pendedahan industri kepada pelajar. Kita juga telah meningkatkan lagi...

Menteri, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya hendak timbulkan dari segi peningkatan akademik itu memang sepatutnyalah cuma saya hendak timbulkan satu lagi. Saya rasa

universiti-universiti kita tidak merancang pengeluaran pelajar dia mengikut keperluan sektor. Dalam bidang perguruan sahaja misalnya kita tidak merancang. Walaupun kita keluar guru 6,000 lebih sebagaimana yang Menteri sebut tadi tetapi kita tidak rancang betul-betul dari segi guru itu guru bidang apa yang diperlukan. Ini menyebabkan walaupun kita sebenarnya mencukupi guru tetapi dari segi opsyennya kita tidak rancang menyebabkan hasil yang dikeluarkan oleh universiti itu tidak diperlukan di sekolah-sekolah. Begitu juga dalam bidang lain saya rasa walaupun peningkatan dalam pengeluaran siswazah berlaku tetapi universiti kita ini menerima pelajar-pelajar mengikut permohonan pelajar ataupun mengikut tempat yang ada di universiti. Tidak mengikut apa yang diperlukan di sektor-sektor pekerjaan. Apa pendapat Menteri dalam soal ini?

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya unjuran bagi guru dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi oleh pihak Kementerian Pelajar. Pengambilan pelajar adalah berasaskan kepada unjuran itu. Keperluan yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pelajaran maka sebenarnya ia merupakan satu proses yang bermula di Kementerian Pelajaran. Jadi, di sinilah mungkin kadang kala oleh kerana unjuran dibuat untuk beberapa tahun yang akan datang. Akan tetapi oleh kerana ia memakan masa yang lama menunggu pelajar itu keluar daripada universiti. Kadang-kadang ia tidak menepati unjuran dan itu yang biasanya mendatangkan masalah. Sudah tentulah ini memerlukan kerjasama yang lebih erat antara kedua- dua kementerian. Sememangnya kita mempunyai jawatankuasa permuafakatan untuk kita sentiasa membincangkan mengenai perkara ini. Jadi sedikit sebanyak memang ada kewajaran, kebenaran apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Kita sedia maklum mengenai soal itu dan kita sentiasa memberi perhatian supaya masalah itu tidak mendatangkan beban yang besar kepada semua pihak. Selain daripada itu Yang Berhormat daripada Rembau telah membangkitkan mengenai soal...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Menteri sebelum pergi kepada tajuk yang baru. Ringkas sahaja mengenai kebolehpasaran siswazah. Saya hendak tahu, mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai statistik peratus pelajar yang mendapat pekerjaan employability rate mengikut institusi pengajian tinggi awam.

Kita buat ukuran mengikut standard yang biasa digunakan untuk semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara iaitu kita mengukur dalam masa enam bulan. Selepas graduan itu keluar berapa peratuskah yang masih belum mendapat pekerjaan. Kadar yang biasa diletakkan oleh di peringkat antarabangsa ialah 70%. Sebahagian besar daripada jumlah yang kita capai memandangkan kita mendapat data semasa konvokesyen dan konvokesyen biasanya dibuat dalam masa enam bulan bukannya selepas enam bulan. Kita dapati sebahagian universiti melepasi 70% dan sebahagian universiti memang tidak menepati 70%. Apa yang kita lakukan ialah selain daripada itu kita juga membuat traces tadi. Kita akan cuba kenal pasti apakah punca, apakah yang menjadi sebab keadaan yang sedemikian. Kita akan biasanya berunding dengan pihak universiti untuk melihat bagaimana mengatasi soal-soal itu. Ini semua merupakan antara perkara-perkara yang sememangnya menjadi ukuran kepada prestasi universiti. Kita sememangnya telah mengamalkan sistem mengukur prestasi setiap universiti

berasaskan kepada NKRA dan juga KPI universiti masing-masing. Ini adalah satu daripada perkara yang sememangnya kita buat unjuran.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri lanjutan daripada penjelasan tadi bolehkah Yang Berhormat Menteri perincikan lagi. Graduan dalam bidang apa yang paling ramai susah untuk mendapatkan pekerjaan, lulusan universiti. Di luar sana ada semacam persepsi bahawa kalau yang lulusnya bidang Syariah, Usuluddin dan falsafah, Pengajian Islam itu lebih sudah daripada lulusan IT dan sebagainya. Mengikut kedudukan terkini dalam makluman kementerian jurusan apa sebenarnya yang paling marketable dengan izin, jurusan mana pula yang paling rendah. Terima kasih.

Oleh kerana ianya sesuatu yang memerlukan maklumat yang lengkap saya akan memberi secara bertulis. Akan tapi untuk makluman Yang Berhormat dalam bidang-bidang Yang Berhormat telah bangkitkan itu kita telah buat beberapa pengubahsuaian program-program yang mana kita cantumkan. Kadang-kadang Pengajian Islam dengan Ekonomi dan sebagainya kalau kita lihat Universiti Sains Islam Malaysia, kalau kita lihat program-program yang ditawarkan oleh Akademi Islam Universiti Malaya. Sebagai satu usaha untuk kita menambah dan meningkatkan lagi kebolehpastian graduan yang keluar daripada bidang-bidang itu.

Akan tetapi maklumat Yang Berhormat perlukan itu akan kita kemukakan secara detail. Mengenai AUKU, saya memang mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rembau yang tidak putus-putus membangkitkan soal ini. Memang ini merupakan satu pandangan sebahagian daripada masyarakat dan juga pelajar yang inginkan supaya kebebasan penuh diberikan kepada pelajar- pelajar kita yang terdapat dalam universiti. Untuk makluman Yang Berhormat, AUKU yang sedia ada bukannya menghalang pelajar daripada mengambil tahu hal-hal politik. Ia hanya tidak membenarkan pelajar bergerak secara terus ataupun secara langsung dalam mana-mana parti politik yang terdapat sebaliknya memberi tumpuan kepada pembelajaran mereka supaya mereka benar-benar berjaya dalam masa mereka berada di universiti. Dalam soal ini saya menerima hakikat bahawa tumpuan dan gesaan untuk meminda seksyen ini akan dilakukan secara berterusan. Ada pelbagai pandangan mengenai seksyen ini. Ada yang menyatakan membuat pendirian secara terang supaya ianya diketepikan tetapi tidak kurang juga yang ingin supaya gelanggang dalam universiti itu bersih daripada segala-galanya supaya pelajar dan juga universiti benar-benar dapat bergerak tanpa ada pengaruh ataupun dipengaruhi oleh mana-mana pihak supaya universiti dapat memainkan peranan untuk menyuarakan sesuatu perkara tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak. Pokoknya ialah pandangan mengenai seksyen ini pelbagai dan pihak kementerian memang bukan sahaja mendengar dan membaca saranan atau pun gesaan yang dibuat oleh sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat di sini. Sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat di sini juga ada yang tidak bersetuju seksyen ini dipinda dan ini tidak termasuk pihak-pihak yang lain yang berkepentingan yang juga dirujuk oleh kementerian seperti tenaga akademik, seperti kepimpinan pengurusan universiti, seperti badan-badan pelajar dan sebagainya.

Jadi atas sebab itulah Perdana Menteri kita sendiri menyatakan bahawa soal untuk kita menyuarakan mengenai perkara ini secara akademik kita teruskan, tidak ada masalah. Kementerian bersikap terbuka. Satu ketika kelak apabila persekitaran kita benar-benar matang, kita bergerak, berhujah, membuat sesuatu berasaskan kepada ilmu dan sebagainya dan tidak berasaskan kepada persepsi, tuduhan dan sebagainya. Saya percaya pada ketika itu ada sampai masanya untuk kita meminda berterusan akta atau seksyen ini. Jadi, itulah yang hendak saya nyatakan. Saya tahu memang sampai bila-bila pun soal ini akan dibangkitkan dan kita tidak ada masalah untuk mendengarnya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Padang Terap juga beberapa yang lain tadi ada menyebutkan mengenai soal peruntukan untuk USM sebagai Apex University. Saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada peruntukan untuk Apex University ataupun peruntukan untuk universiti penyelidikan, memang dalam pertimbangan ataupun kelulusan apabila kerajaan meluluskan USM sebagai universiti yang terlibat dalam program Apex ataupun lain-lain universiti yang telah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan telah dinyatakan peruntukan yang sewajarnya diberikan kepada universiti-universiti ini sama ada sebagai Apex ataupun sebagai universiti penyelidikan. Peruntukan yang telah dinyatakan itu hanyalah sebagai sasaran dan terserah kepada agensi Pusat mengikut kemampuan yang ada pada setiap tahun untuk menentukan berapa jumlah yang sebenarnya yang mampu untuk disalurkan sama ada kepada USM sebagai universiti yang terlibat dalam program Apex ataupun kepada universiti-universiti lain termasuklah USM sebagai universiti penyelidikan dalam negara kita. Jadi adalah tidak benar USM langsung tidak dapat peruntukan untuk Apex ataupun untuk sebagai sebuah universiti R&D. Mereka masih dapat tetapi kurang daripada unjuran kerana unjuran itu, permohonan dibuat oleh universiti dan kita sedia maklum sama ada universiti, sama ada kementerian memang kita akan kemukakan kepada agensi Pusat peruntukan-peruntukan yang kita perlu tetapi tidak semua peruntukan itu akan diluluskan.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Menteri, minta laluan Tuan Pengerusi. Berapa peratus sebenarnya daripada permohonan yang dibuat oleh pihak USM sebagai sebuah universiti yang kita iktiraf Apex ini, kelulusan daripada pihak kementerian dalam bentuk geran untuk tujuan pembangunan sebab apabila kita tengok daripada butiran-butiran yang ada di sini baik dalam maksud pembangunan ataupun dalam maksud bekalan, peruntukan yang diperolehi oleh universiti-universiti lain hampir sama dengan peruntukan yang diperolehi oleh pihak USM. Jadi seolah-olah tidak ada satu lonjakan ataupun sebagai satu unjuran yang menunjukkan bahawa universiti ini mendapat keistimewaan daripada pihak kementerian sendiri dan dibangkitkan oleh kawan-kawan kita di USM. Berapa sebenarnya peratusan berdasarkan kepada permintaan daripada pihak atau program-program yang dicadangkan oleh pihak USM untuk program pembangunan Apex ini.

Kalau kita lihat universiti lain yang menjadi universiti penyelidikan mereka mendapat peruntukan sebanyak RM80 juta setiap universiti termasuk USM. Kemudian sebagai universiti Apex, USM mendapat lagi extra RM80 juta tetapi kita tidak boleh banding. Setiap universiti mesti dapat peruntukan yang sama kerana ia bergantung kepada program, jurusan, kursus yang dibuat oleh universiti itu, tahap pembangunannya,

tenaga akademiknya berapa banyak tetapi yang penting ialah daripada jumlah yang diberikan berapa tambahan-tambahan yang perlu didapati. Maknanya universiti penyelidikan dapat extra RM80 juta, USM dapat RM160 juta.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey Menteri, saya terima jawapan daripada pihak menteri. RM80 juta extra ini adakah cukup untuk menampung program-program yang dirancang oleh Universiti Apex ini dengan RM80 juta tersebut bolehkah menampung program, segala pelan-pelan, atau projek-projek yang dicadangkan oleh pihak USM sendiri? Kalau tidak, tidak timbul cakap-cakap yang berkaitan dengan peruntukan ataupun geran ini. Terima kasih.

Kita perlu faham mengapa program Apex ini dibuat. Program Apex ini dibuat adalah sebagai satu usaha untuk melonjakkan transformasi dalam sektor pengajian tinggi dan ini bukan bermakna USM itu sudah menjadi universiti Apex. Ini satu perjalanan dan sudah tentulah sama ada ia dapat lakukan itu dengan cepat ataupun lambat bergantung kepada antara lain peruntukan yang kita berikan kepadanya. Kalau kita ikut jumlah yang USM hendak maknanya dalam RM800 juta, RM900 juta untuk menjayakan transformasi misalnya dari segi peruntukan tahunan maka ia patut penuhi segala perkara yang telah kita tetapkan dari segi ranking dan sebagainya tetapi kita tahu bahawa itu bukan menjadi matlamat kita. Jadi dalam soal melaksanakan universiti yang terlibat dalam program Apex ini, selain daripada salah satu daripada pendekatannya ialah dari segi pembinaan, penyediaan, dari segi infrastruktur yang diperlukan yang bukannya menjadi asas kepada kejayaan Apex. Kita juga mahu supaya universiti dapat mencari strategi dan idea yang terbaik dalam memenuhi, mencapai matlamat kita lakukan transformasi dalam sektor pengajian tinggi kerana sebagai Apex kalau ia berjaya, ia sepatutnya menjadi panduan, contoh teladan pada universiti yang lain, cara bagaimana hendak melonjakkan universiti. Ia perlu meningkatkan networking, rantaian penyelidikan, pembelajaran, jaringan, strategi dan sebagainya.

Jadi ia bukanlah semata-mata soal duit sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak USM itu sendiri.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, ada dua perkara yang saya bangkitkan. Pertama, adakah kerajaan berdepan dengan kekurangan dana sehingga kita tidak boleh menyalurkan mengikut kehendak yang dicadangkan oleh pihak USM? Kedua, isu yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa keperluan ranking – baik, kita sudah berbahas panjang dahulu dalam Dewan ini baik daripada Ahli Parlimen sebelah sini ataupun sebelah kerajaan bahawa sekiranya mengikut kepada ranking, ada universiti yang lebih baik rankingnya daripada USM. Sekarang pihak Yang Berhormat Menteri menimbulkan balik isu ini. Ada universiti yang lebih baik dari segi rankingnya. Sekarang kita timbulkan balik masalah ranking. Maksudnya, sudah tentulah ada universiti yang lain yang lebih layak sekiranya berdasarkan kepada ranking. Adakah pihak kementerian sedar hal ini dan adakah kerajaan benar-benar berdepan dengan kekangan dana untuk kita salurkan untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan universiti Apex ini?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Boleh tambahan atas perkara yang sama yang saya bangkitkan? Tuan Pengerusi, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, perkara berkenaan dengan USM ini kita bangkitkan beberapa kali dalam perbahasan ini,

bahkan saya turut menerima jawapan bertulis pun daripada EPU, Jabatan Perdana Menteri sewaktu saya bangkitkan soal Pusat Inovasi USM ini. Yang Berhormat Menteri, ceritanya ialah waktu kementerian hendak melaksanakan program Apex University ini, beberapa universiti dalam negara mengemukakan pelbagai proposal yang berakhir dengan USM terpilih. Satu daripada kelainan proposal yang memberi kelebihan kepada USM ialah pusat inovasi – USM Science Park. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan mengikut jawapan Parlimen pada saya, kementerian Yang Berhormat telah pun menyalurkan kepada USM untuk membeli tanah sebanyak RM66 juta seluas 33 ekar di Bukit Jambul. USM telah menggembleng seluruh potensi penyelidikan mereka untuk bergerak ke arah menterjemahkan pusat inovasi ini. Bermula daripada situ, timbul pelbagai constrain (hambatan) sehingga mereka mendapat dana tambahan selepas pada itu cuma sebesar RM7 juta. Mereka memohon sejak bulan Mac 2010 kepada EPU dana sebesar RM200 juta yang sampai sekarang tidak dengar khabar berita. Dari sudut harapan yang mereka letakkan sebagai universiti yang diberi kelebihan bertaraf Apex ,saya faham penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa ini merupakan proses yang berterusan tetapi hambatan ini tidak memberikan sebarang kelebihan atau keistimewaan universiti sains di tengah-tengah mereka menggembleng seluruh potensi perancangan dan penyelidikan mereka dengan jalinan dengan GLCs, MMCs, komuniti dan sebagainya dan ini semacam membantutkan dan mematahkan semangat penggerak-penggerak program ini Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Sains@USM sebenarnya adalah sebuah park (taman) yang berumahkan beberapa inkubator. Itu sebenarnya sains@usm yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Bagi kita di peringkat kementerian, walaupun tidak ada ataupun tidak sempurna sains@usm, banyak usaha penyelidikan sedang berlaku di mana-mana dalam USM dan juga secara bersama dengan institusi penyelidikan yang lain yang boleh bergerak. Hanya sekarang dia hendak letakkan di bawah satu park yang mungkin kalau ada dapat meningkatkan lagi dari segi perjalanan, produktiviti dan sebagainya. Jadi pada pihak kerajaan, perkara ini walaupun tidak ada sains@usm tetapi usaha-usaha penyelidikan dan sebagainya masih berjalan sebagaimana sebelum ini sudah berjalan. Hanya sekarang, USM hendakkan ini sebagai projek mereka yang sebenarnya hanyalah berumahkan beberapa inkubator dalam satu pusat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana yang kita semua sedia maklum, setakat ini bagi Kementerian Pengajian Tinggi dalam first rolling plan RMKe-10, kita beri keutamaan peruntukan bagi menyiapkan projek-projek yang tidak siap dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang jumlahnya adalah sebanyak RM2.8 bilion. Ia satu jumlah yang besar. Kita perlu siapkan semua projek itu dahulu termasuklah beberapa projek dalam USM sebelum kita kemukakan projek-projek baru yang termasuk dalam rolling plan yang kedua RMKe-10. Ini termasuklah beberapa projek lain yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sini sama ada UiTM Lipis kah ataupun UiTM Tenggara kah ataupun kolej komuniti kah ataupun sains@usm yang memohon RM200 juta. Memang ada dalam kita punya senarai. Jadi itu sebenarnya mengapa ianya telah tidak dijayakan iaitu kerana kita beri keutamaan kepada projek-projek sambungan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Selain daripada itu, Yang Berhormat dari Padang Terap ada membangkitkan mengenai soal parlimen mahasiswa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Pengajian Tinggi sememangnya amat mengalu- alukan usaha untuk mewujudkan parlimen mahasiswa ini yang mana yang pertamanya telah diperkenalkan di USM dan kita menggalakkan supaya ia dapat diwujudkan di universiti-universiti yang lain dan jika ada cadangan – saya difahamkan memang pihak pelajar akan membuat cadangan untuk mewujudkan Parlimen mahasiswa di peringkat kebangsaan berasaskan kepada kertas kerja yang akan mereka kemukakan. Pihak kementerian tidak ada masalah untuk mewujudkan Parlimen mahasiswa agar melalui Parlimen itu kita boleh saksikan debat antara pelajar dilakukan dengan penuh adab. Kalau pun pelajar hendak mengkritik, dapat mengkritik dengan penuh fakta serta memberi pelbagai cadangan berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan mereka dan sudah tentulah ia boleh jadi contoh teladan agaknya kepada kita semua yang berada dalam Parlimen Malaysia ini.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya harap semangat ini dikongsi bersama oleh IPTA yang ada dalam negara kita iaitu mewujudkan satu tempat mahasiswa berbahas. Soalannya, adakah mahasiswa ini masih lagi tertakluk di bawah AUKU? Sejauh mana AUKU mengekang pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh mahasiswa itu? Itu persoalan yang saya ingat persoalan asas. Kita benarkan mereka dan adakah AUKU masih lagi – seperti mana yang saya timbulkan dalam masalah speakers’ corner apabila pihak universiti mereka mempunyai garis panduan mereka sendiri. Pihak kementerian okey, baik di peringkat dasarnya tetapi datang ke peringkat pelaksanaan, macam-macam undang-undang yang mengarut yang susah kita hendak faham. Adakah ia masih lagi tertakluk di bawah AUKU ataupun ianya mempunyai satu autonomi tersendiri? Terima kasih.

Dalam Parlimen mahasiswa peringkat kebangsaan, pelajar-pelajar yang menduduki dan menyertai Parlimen itu tentunya tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi mewakili universiti yang dari mana mereka datang. AUKU hanya menyatakan pelajar tidak boleh menyertai mana-mana parti politik tetapi kalau hendak bercakap mengenai soal-soal yang ada hubung kait dengan isu kebangsaan, politik dan sebagainya, tidak ada masalah. Akan tetapi janganlah bila ada Parlimen mahasiswa, maka dia juga wakil parti politik. Itu yang tidak boleh.

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Terap, kalau hendak banyak sangat soalan macam ini, saya aturkan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan Yang Berhormat di luar. Ini bukan caranya Yang Berhormat. Ada Parlimen di Komanwel, dia larang langsung orang intervention ini Yang Berhormat. Ini sudah macam berdialog.

Balik Pulau sedikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Boleh dapat penjelasan sedikit Tuan Pengerusi? Sedikit penjelasan. Kasihan sedikit Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Menteri. Ya, sila.

Tuan Pengerusi, Balik Pulau penjelasan sedikit.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Tuan Pengerusi, bagi atau tidak?

Parlimen mahasiswa masih dalam kajian dan tunggu cadangan itu dikemukakan oleh pihak pelajar. Jadi, bila kita hendak usahakan – mungkin apabila perjalanannya, bolehlah ketika itu Yang Berhormat berikan pandangan. Sekarang ini kita hanya buat andaian. Jadi, saya ingat, saya bersetuju dengan Tuan Pengerusi...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Sedikit penjelasan, sedikit penjelasan.

Okeylah Yang Berhormat Padang Terap sajalah. You tidak apa, because dia yang ....

First time tanya ni.. belum tanya lagi... first time tanya ni...

Yang Berhormat Padang Terap yang bawa isu ini.

Balik Pulau.

Pendek sahaja. Yang Berhormat Padang Terap. Sebab...

Boleh? Balik Pulau satu boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Terap. Mintak tolong, sudah lima kali Yang Berhormat bangun.

Saya jaga Jawatankuasa Pendidikan parti KEADILAN ini...

Tidak apalah...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab apa saya timbulkan, bahawa contoh macam di UKM. UKM memerlukan teks, sebelum mereka masuk dalam speaker’s corner. Jadi, adakah ini juga akan dibatasi dengan persoalan akta yang diluluskan dalam Parlimen. Terima kasih.

Kalau kita lihat di tempat- tempat lain, speaker’s corner, di universiti-universiti lain, kalau betullah seperti apa yang Yang Berhormat cakap, tidak pun diminta teks dan sebagainya. Dan kalau betul pun seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat diminta oleh UKM, maknanya UKM itu lah sendiri, kalau kementerian arah, maka semua akan ada teks. Jadi itu maknanya, itu masalah yang terdapat di UKM. Kalau betul apa yang Yang Berhormat cakap. Jadi bukannya dari kementerian.

Yang Berhormat Menteri, Balik Pulau sikit sahaja, saya merujuk Yang Berhormat Menteri, bukan

masalah universiti mana cakap. Kalau Yang Berhormat Menteri tengok dalam preamble UNESCO itu sendiri, dengan izin, “is to contribute to peace and security by promoting collaboration among the nations through education, science and culture in order to further universal respect for justice for the rules of law and for the human rights and fundamental freedoms which are affirmed for the peoples of the world, without distinction of race, sex, language or religion by the Charter of United Nations. So, saya tengok benda ini disepakati kerana kita sebahagian daripada UNESCO. Benda ini kita hendak kompromi perbincangan mengenai kebebasan akademik Saya rasa kita tidak mengangkat apa yang telah dipersetujui di dalam UNESCO. Saya rasa apa yang sebenarnya yang perlu dilakukan di sini ke arah perkara yang telah dipersetujui di dalam preamble UNESCO tersebut. Jadi, saya rasa kebebasan akademik itu satu perkara yang perlu dan mesti. Tadi hendak bincang terlibat dalam parti politik, itu counter thesis kepada yang dijanjikan dalam ini. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu lihat kerana Yang Berhormat Menteri dalam proses merencanakan program di dalam belanjawan tahun-tahun akan datang.

Insya-Allah saya ambil kira tetapi saya ambil kira juga banyak benda lain. Yang Berhormat daripada Jempol telah membangkitkan mengenai soal bagaimana kita tingkatkan kelulusan SPM supaya mereka ini apabila masuk pasaran kerja mempunyai kemahiran. Dalam soal ini sememangnya ia menjadi peranan dan tanggung jawab antara lain Kolej Komuniti yang telah kita tubuhkan dan bagi menentukan supaya kita dapat memberi kemahiran kepada tenaga kerja yang sebegini, yang tidak baik pencapaiannya di peringkat SPM ataupun tidak lulus SPM dan sebagainya. Antara pendekatan yang kita buat, kita telah memperkenalkan, program modular di kolej komuniti iaitu program yang berbentuk pembelajaran jangka pendek di antara tiga hingga enam bulan, bagi menggantikan program yang mengambil masa selama dua tahun. Ini adalah bertujuan bukan saja untuk meningkatkan peluang kepada kumpulan ini tetapi juga untuk meningkatkan minat mereka, kerana kumpulan ini tidak begitu gemar jika mereka terpaksa mengikuti pengajian yang begitu panjang selama dua tahun sebelum daripada ini, berbanding dengan antara tiga dan enam bulan. Kemasukannya juga lebih terbuka dan longgar, umur 17 tahun ke atas dan tidak kira sama ada berjaya atau tidak dalam SPM, tidak kira sama ada mereka ini lulus Bahasa Malaysia ataupun tidak. Yuran yang dikenakan kepada mereka ialah sebanyak RM10 sebulan, selama tiga bulan RM30. Mereka juga boleh mengikuti pengajian sama ada sepenuh masa ataupun sama ada secara separuh masa, iaitu kepada golongan yang sudah pun berada dalam perkhidmatan ataupun pekerjaan, dalam sektor pekerjaan.

Yang Berhormat Menteri, Sibuti - belakang. Kolej Komuniti, pagi tadi saya tidak sempat untuk berbahas. Kolej Komuniti di kawasan Miri, di mana berdekatan dengan kawasan saya Sibuti, ada Kolej Komuniti hanya satu subjek sahaja, iaitu landscaping. Jadi, mengapakah itu hanya diolahkan untuk satu subjek sahaja? Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun datang ke kawasan saya, Sibuti dan berjanji akan melihat, kalau boleh dilihat juga, bahawa untuk kita di

kawasan Sibuti ada Kolej Komuniti. Diharap Yang Berhormat Menteri dapat maklum. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya katakan tadi, untuk dua tahun ini, kita beri fokus kepada peruntukan untuk menyiapkan projek-projek sambungan. Insya-Allah kita akan ambil kira semua projek baru bagi rolling plan yang kedua di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mengenai soal bahawa hanya ada satu program yang disediakan di kolej komuniti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sama juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Lipis. Kursus yang ditawarkan, mungkin berdasarkan kepada need analysis yang telah dibuat, sebelum kolej komuniti berkenaan diwujudkan. Seperti mana kolej komuniti di Lipis, mulai Januari akan datang, tahun depan. Ia akan mula beroperasi untuk memberi, menyediakan program-program sijil modular kebangsaan dan juga program-program kursus pendek dan apabila itu dilakukan, ia akan diperluaskan. Mungkin kolej komuniti yang sama berhadapan dengan masalah yang sama mungkin apabila kita memperkenalkan program modular ini, maka tawaran kepada jenis-jenis program akan bertambah. Sekarang ini apabila kita menawarkan program jangka panjang, itu yang menjadi masalah sebenarnya kepada pihak kementerian dan kepada kolej komuniti. Kita tidak dapat menawarkan program-program yang lain tetapi apabila kita tukar kepada program modular, kita akan dapat beri peluang kepada lebih ramai pelajar ataupun kepada lebih ramai golongan belia dan kita juga boleh menawarkan lebih banyak lagi program-program jangka pendek kepada mereka yang terdapat dalam satu-satu kawasan, di mana wujudnya kolej komuniti. Selain daripada itu, tadi ada dibangkitkan mengenai kemasukan ke Kolej Komuniti, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, mesti melalui Unit Pusat Universiti. Suka saya maklumkan bahawa sebenarnya bagi permohonan untuk memasuki kolej komuniti bagi program-program jangka pendek termasuklah program-program modular, ia boleh dikemukakan terus kepada kolej komuniti yang terdapat dalam kawasan masing-masing dan tidak terpakai untuk dibuat permohonan melalui UPU. Yang Berhormat daripada Bakri, sama juga dengan Jempol sebentar tadi ada juga membangkitkan mengenai UPSI. Antara yang dibangkitkan ialah adakah Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak di UPSI itu mendapat pengiktirafan dan juga akreditasi daripada pihak MQA. Untuk makluman, program diploma ini diluluskan pada tahun 2007. Pada ketika itu kita masih belum ada MQA, dan asas bagi semua program yang diluluskan sebelum penubuhan MQA, kita akan serahkan kepada JPA untuk memberi kelulusan dan seterusnya diterima dan diakreditasikan oleh pihak MQA. Ini bermakna program-program ini dianggap sebagai dean accredited oleh pihak MQA dan lebih-lebih lagi bagi program ini, kerana ia bermula dalam tahun 2007, kita belum lagi mempunyai pelajar yang berada pada tahun terakhir.

Untuk proses akreditasi dilakukan, kita perlu mempunyai pelajar pada tahun cohort pertama yang berada pada tahun akhir. Ini supaya kita dapat membuat kajian penentuan supaya dapat kita evaluate keseluruhan program sepanjang masa ia berjalan.

Jadi, bagi program ini, saya percaya bahawa proses itu akan dilakukan pada tahun ini, saya percaya. Sudah tentulah keputusan ini akan dibuat pada tahun hadapan. Jadi, atas sebab itulah program itu belum dapat akreditasi sebab belum ada pelajar diluluskan lagi. Ia mesti ada tahun akhir supaya dapat tengok first year, second year dan third year evaluation dibuat. Yang Berhormat Bakri juga telah membangkitkan kenapa UPSI tidak dapat peruntukan RM111 juta di bawah Program PERMATA Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program PERMATA Negara adalah di bawah National Child – adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berbanding dengan UKM, tanggungjawab UPSI ialah untuk memantau Program PERMATA di seluruh negara. Memantau, melihat, mengkaji, mengesan dan sebagainya manakala UKM fokusnya ialah untuk menjayakan pelaksanaan dan aktiviti bagi kanak-kanak pintar dan cerdas. Jadi atas sebab itulah bagi UKM ia perlu untuk membina pusat aktiviti dan sebagainya, manakala bagi UPSI ia hanya memantau. Atas sebab itulah UPSI tidak mendapat peruntukan sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Mengenai UPSI juga, Yang Berhormat dari Lipis telah membangkitkan kenapakah Ijazah Perguruan UPSI hanya untuk bidang perguruan sahaja dan tidak untuk bidang pekerjaan yang lain. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, UPSI ditubuhkan dalam tahun 1922 khusus bagi melahirkan generasi pendidik dalam negara kita. Untuk makluman, sehingga kini terdapat 215 program akademik yang ditawarkan di UPSI, yang mana program-program akademik ini adalah sebahagian besarnya berkaitan dengan perguruan. Di atas sebab itulah yang dikeluarkannya adalah Ijazah Perguruan. Namun mulai tahun 2011, UPSI juga akan menawarkan program akademik yang tidak berkaitan dengan perguruan dan ini memang satu perkara yang pihak kementerian galakkan kepada UPSI. Semua program yang baru ini, antaranya yang akan ditawarkan adalah Diploma Sains, Diploma Sains Matematik, Diploma Teknologi Makmal, Diploma Muzik, Diploma Reka Bentuk dan Diploma Pembangunan Permainan akan ditawarkan bermula dari sesi akademik 2011/2012. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lipis juga mengenai soal Ijazah Kedoktoran yang palsu - PhD, Ijazah Sarjana dan sebagainya yang palsu. Suka saya nyatakan bahawa dari segi dalam soal ini, semua permohonan pelantikan sama ada Ketua Eksekutif, Naib Canselor ataupun pensyarah dalam IPTS disemak dari segi kelayakan mereka dan juga kelulusan yang mereka dapati. Dari segi kementerian, kita hanya mengiktiraf kelulusan yang didapati dari universiti-universiti yang mana pengajiannya, kursusnya, programnya diiktiraf oleh Badan Akreditasi Negara tersebut. Jadi dari segi Kementerian Pengajian Tinggi, jika sesiapa mempunyai apa-apa ijazah yang boleh dianggap sebagai palsu dan sebagainya, memang kita akan kenal pasti dan mereka sememangnya tidak akan mendapat kelulusan untuk menjadi tenaga pengajar dalam institusi negara kita. Yang menjadi masalah kepada kita ialah apabila mereka menggunakannya di luar dan bukan dalam institusi kita. Buat ketika ini, kita tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakannya di luar dari IPT. Kita merangka di bawah Rang Undang-Undang Pengajian Tinggi yang sedang di peringkat penggubalan untuk mengambil kira soal mana-mana pihak yang menggunakan kelulusan yang palsu dan sebagainya. Jadi, buat ketika ini apa yang kita boleh buat di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi ialah, kita akan memastikan semua mereka yang

menjadi tenaga pengajar, mereka tidak memiliki apa-apa kelulusan yang palsu daripada mana-mana institusi yang kita boleh pertikai kewujudannya. Yang Berhormat dari Ledang telah – sebelum itu Yang Berhormat dari Bandar Kuching membangkitkan mengenai masalah seorang pelajar yang mendapat pinjaman daripada PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama yang katanya perlu ditukar status pinjaman itu sebagai biasiswa. Saya difahamkan oleh pihak PTPTN, pada ketika itu memang telah pun dinyatakan secara terang syarat- syarat kelayakan bagi mana-mana pelajar yang mendapat Ijazah Kelas Pertama, bagaimanakah pinjaman mereka boleh ditukar menjadi biasiswa. Pada ketika itu telah dinyatakan secara jelas bahawa semua program yang mana pelajar itu mendapat Ijazah Kelas Pertama mestilah program yang telah diakreditasikan. Masalah di sini ialah pelajar itu mendapat Ijazah Kelas Pertama dalam program yang tidak diakreditasikan. Jadi, di sinilah masalah dan isu yang timbul sebagaimana yang telah dijawab, yang telah dimaklumkan kepada saya oleh pihak PTPTN.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, masalah di sini adalah semasa pelajar itu belajar di Swinburne University, kursusnya telah diberi akreditasi interim - sementara. Walaupun pihak universiti pun menganggap mereka sebagai telah ada akreditasi dalam kursus itu. Oleh itu amatlah tidak adil kepada pihak pelajar yang menganggap bahawa kursus yang ia ambil itu adalah diberi akreditasi, tetapi pada hakikatnya ia adalah akreditasi sementara. Apa telah berlaku dan sekarang kursus itu telah diberi akreditasi oleh MQA. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi atau mengarah PTPTN untuk memberi pertimbangan atas perkara ini kerana ia amatlah tidak adil kepada pelajar itu. Untuk seseorang pelajar untuk mendapatkan First-Class Honours Engineering in Computer Science bukanlah satu perkara yang senang dan kita haruslah memberi galakan kepada mereka.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya pada ketika pelajar itu memohon untuk menyertai kursus itu, beliau mengetahui bahawa kursus itu hanya mempunyai provisional accreditation. Sebab biasanya akreditasi provisional atau sementara diberi kerana bidang itu - dalam kita tidak menghalang sesebuah kolej atau institusi itu untuk menawarkan program itu, kita dapati memang tidak dapat hendak dibuat penentuan sama ada ia perlu diberi akreditasi ataupun tidak kerana belum ada pelajar.

Seperti yang telah saya katakan tadi proses akreditasi, ia hanya akan dilakukan kepada kohort yang terakhir. Maknanya apabila kohort pertama masuk tahun empat, takkan kita menahan yang lain-lain daripada memasuki program itu? Oleh sebab itulah diberikannya akreditasi provisional. Seperti yang telah dinyatakan, setiap pelajar sudah tentulah tahu bahawa semasa mereka memilih program-program ini, program ini merupakan program yang tidak dapat akreditasi secara penuh. Walaupun selepas itu memang setiap provisional accreditation itu akan mendapat akhirnya full fledged accreditation memandangkan mungkin dalam masa itu semua syarat yang perlu telah dipatuhi dan sebagainya. Jadi, ini soalnya ialah pada ketika itu, semasa PTPTN mengadakan program untuk menukar pinjaman kepada biasiswa, PTPTN secara jelas menyatakan bahawa program yang mendapat akreditasi penuh bagi pelajar yang

mendapat kelas pertama. Itu isu dia. Kalau kita mempunyai hujah yang lain, saya percaya kita boleh bangkitkan dengan pihak PTPTN untuk kita berunding mengenai perkara ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri. Semasa pelajar itu graduate, kursus itu masih dalam interim akreditasi. Akan tetapi sekarang kursus itu telah diberi full accreditation. Oleh itu haruslah pelajar itu diberi pengecualian untuk bayar balik hutang PTPTN itu. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh memberi arahan atas dasar perikemanusiaan. Beri arahan kepada PTPTN untuk convert hutang kepada scholarship supaya pelajar itu tidak payah bayar balik.

Yang Berhormat, provisional accreditation kadang-kadang kalau universiti atau institut itu tidak mematuhi syarat kelayakan, dia boleh berpanjangan selama empat tahun, lima tahun, enam tahun. Jadi..

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sekarang sudah ada full accreditation.

Akan tetapi tidak boleh guna yang sekarang untuk back date yang belakang. Kita tidak buat secara begitu. Jadi itu asasnya yang kita terpaksa pegang. Saya beralih kepada Yang Berhormat Ledang yang tidak membangkitkan apa-apa tetapi menyokong penuh...

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sementara Yang Berhormat Menteri hendak beralih itu, boleh saya sambung sedikit tentang PTPTN tadi?

Perkara baru?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Saya tidak hendak bawa perkara baru.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, perkara-perkara baru. PTPTN juga.

PTPTN memang sudah lama tetapi perkara you baru.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya.

Isu apa?

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Baru-baru ini PTPTN ada mengeluarkan nama-nama pelajar yang tidak bayar dan mereka ini di blacklist untuk keluar negeri. Saya dapat banyak maklumat Yang Berhormat Menteri bahawa apabila pelajar-pelajar ini telefon PTPTN dapatkan detail, sebulan tidak dapat selesai. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri rasa harus diperbaiki sistem? Itu sahaja terima kasih.

Semua sistem berasaskan kepada ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,’ saya sokong. Ini golongan yang tidak boleh keluar negara adalah peminjam tegar. Berpuluh-puluh kali PTPTN cari dia, dia tidak jawab. Jadi ini baru sebulan, katanya yang PTPTN tidak boleh menyelesaikan masalah dia. Orang yang tegar dicari memang tidak hendak bayar, mereka golongan ini sahaja yang tidak boleh keluar negara kerana di

blacklist. Ia bukannya serta-merta, setahun, dua tahun PTPTN cari. Jadi, atas sebab itulah saya berharap Ahli Yang Berhormat, tidak kiralah dari parti mana. Ini soal dana rakyat. Kalau sesiapa pinjam, bayarlah balik hutang. Itu sahajalah yang saya minta kerjasama.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Akan tetapi, para pelajar ini hendak bayar balik. Takkan sampai sebulan trace, tidak boleh trace rekod dia. Itu yang dipersoalkan sekarang. Kalau sistem bank pun, the moment kita tanya berapa pinjaman saya, dia akan print.

Saya beri jaminan, kalau dia itu hendak bayar balik dan sebagainya boleh kemukakan kepada kita. Tidak ada masalah. Kita lagi suka kalau orang hendak bayar balik. Biasanya dia minta supaya dibenarkan ke luar negara.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Hendak bayar balik ke luar negara. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Okey, Yang Berhormat daripada Ledang. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memahami hasrat dan matlamat kementerian daripada hanya menjadi program khidmat masyarakat yang melibatkan universiti dan pelajar. Kita tingkatkan kepada soal jalinan masyarakat kerana kita inginkan supaya pelajar dan universiti berkongsi dan memindahkan ilmu pengetahuan yang mereka dapati daripada universiti kepada masyarakat dan kita juga mahu supaya universiti dan juga pelajar memberi perhatian kepada masyarakat. Mengadakan program-program yang bukan berbentuk ad hoc sekali sahaja dan sebagainya. Akan tetapi program yang benar-benar boleh mendatangkan impak yang tinggi dalam usaha untuk membangunkan dan membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat. Saya juga ingin menyatakan, benar seperti yang dikatakan bahawa pelajar-pelajar daripada politeknik, kita sedang menentukan career path untuk mereka yang mengikuti Program Technical Education and Vocational Training (TEVT) dengan izin, berasaskan kepada saranan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita ingin mengarusperdanakan pengajian latihan vokasional dan juga teknikal ini. Kita dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak kita mengikut ini, kita perlu tentukan career path mereka yang jelas dan benar-benar boleh membawa mereka untuk memilih bidang ini. Antaranya ialah kita perlu tentukan daripada politeknik, ke manakah patut mereka menyambung belajar? Kita telah kenal pasti bahawa bagi pelajar aliran politeknik, mereka sewajarnya diberi dorongan dan kemudahan untuk menyambung di empat buah universiti teknikal yang terdapat dalam negara kita iaitu di UTHM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, di UNIMAP Perlis dan juga di Universiti Malaysia Pahang. Melalui usaha sebegini, kita akan dapat mendorong anak-anak dan pelajar-pelajar kita untuk memilih bidang teknikal melalui program yang disediakan oleh politeknik dalam negara kita pada hari ini. Yang Berhormat daripada Machang, salah satu daripada perkara yang beliau bangkitkan ialah mengenai Universiti Malaysia Kelantan. Beliau menyatakan bahawa mengapa peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, peruntukan mengurus lebih tinggi daripada peruntukan pembangunan walhal kerajaan menyalurkan pelbagai peruntukan yang besar untuk projek-projek yang pada andaiannya adalah tidak menguntungkan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Universiti Malaysia Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan mendapat siling peruntukan yang

diluluskan sebanyak RM239 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM115 juta adalah di bawah peruntukan pembangunan dan bakinya sebanyak RM124 juta adalah di bawah peruntukan PFI. Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM3.6 juta di bawah RMKe-10 itu adalah bagi bayaran akhir untuk kerja-kerja infrastruktur bangunan pentadbiran dan makmal Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli Kampus Jeli. Jadi peruntukan RM3.6 juta kerana untuk membayar baki yang berjumlah keseluruhan projek ini RM239 juta. Maka tidak benar projek peruntukan pembangunan untuk UMK hanya setakat RM3.6 juta. RM3.6 juta pun tidak boleh membuat apa-apa. Sebenarnya ia adalah baki kepada projek yang sudah hendak sempurna dibina di Universiti Malaysia Kelantan. Yang Berhormat daripada Tenggara telah membangkitkan mengenai beberapa perkara. Saya telah pun menjawab mengenai soal UiTM dan juga kolej komuniti yang ingin dibina dalam kawasan Tenggara. Selain daripada itu, Yang Berhormat juga telah membangkitkan mengenai soal enrolmen program yang tertinggi bilangan pelajar. Untuk makluman, bagi tahun 2009 di IPTA enrolmen, kemasukan yang tertinggi adalah dalam bidang pengurusan dan perniagaan iaitu 16,589 pelajar diikuti dengan kejuruteraan iaitu 14,120 pelajar, sains gunaan berjumlah 5,740 pelajar.

Manakala bagi IPTS juga Pengurusan dan Perniagaan tertinggi iaitu 12,676; Pendidikan - 8,247 dan Kejuruteraan - 6,362. Bagi Latihan Industri yang dibangkitkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan oleh Yang Berhormat Tenggara, saya suka maklumkan bahawa kementerian sememangnya telah melancarkan Dasar Latihan Industri pada bulan Mei tahun ini sebagai panduan kepada pihak IPTA dan industri untuk menyelaras aktiviti latihan industri. Kita terima hakikat bahawa latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar-pelajar dalam program tertentu di semua peringkat dalam pengajian tinggi. Ia bertujuan untuk memberi impak yang sebenar kepada pelajar kita supaya pelajar kita didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar, didedahkan kepada teknologi terkini, pengetahuan yang terbaru di pasaran, amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing, kemahiran dan pengalaman dalam organisasi yang mereka berada sepanjang mengikuti Program Latihan Industri tersebut. Kita percaya walaupun kita wajibkan pelajar untuk mengikuti internship atau latihan industri ini kita berharap mendapat kerjasama dari industri untuk membuka dan menyediakan tempat untuk pelajar-pelajar kita. Kita belum sampai ke satu peringkat di mana kita mewajibkan industri untuk menyediakan tempat bagi pelajar. Apa yang kita buat sekarang kita wajibkan pelajar untuk mendapat latihan industri. Suatu masa kelak apabila industri bersedia mungkin kita patut wajibkan industri untuk menyediakan tempat latihan bagi pelajar kita. Jadi Tuan Pengerusi, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya mohon maaf kepada yang tidak dapat saya jawab secara jelas tetapi percayalah perkara-perkara yang dibangkitkan itu akan terus diberi perhatian oleh pihak kementerian dalam usahanya untuk menunaikan peranan dan juga tanggungjawab yang diberikan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Sudah habis.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM10,190,879,000 untuk Maksud B.49 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10,190,879,000 untuk Maksud B.49 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,416,274,000 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,416,274,000 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2011.

Rang Undang-Undang — Memotong RM10 Gaji Menteri PertahananBill

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, macam apa yang kita buat dua tiga kali saya minta dua orang di sebelah sini dan dua orang di sebelah sini selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dua belas?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dua orang Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya bangun di Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk membawa satu usul untuk memotong gaji seorang Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan bukannya banyak hanya RM10 sahaja. [Dewan riuh]

DAP pun kalah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya sebenarnya ada beribu-ribu alasan akan tetapi saya akan menyingkatkan kepada 13 alasan yang tertentu. Tuan Pengerusi, pada 9 November, 2010 Yang Berhormat Menteri semasa menjawab satu soalan kenapa masyarakat bukan Melayu tidak berapa minat untuk berkhidmat di dalam angkatan tentera. Semasa menjawab soalan tersebut beliau juga memberi alasan-alasan antaranya faktor-faktor ganjaran dan disiplin. Antara satu perkataan yang tidak patut digunakan oleh seorang Menteri iaitu beliau mengatakan tidak ada patriotisme dalam masyarakat bukan Melayu,

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

lack of patriotism amongst non-Malays. Itu adalah faktor alasan oleh Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa masyarakat bukan Melayu tidak ingin masuk dalam tentera. Pada masa itu saya bangun dan memperingatkan Tuan Pengerusi bahawa mengikut Peraturan 36(9)(c), saya mengajak bahawa Yang Berhormat Menteri berada di Parlimen sehingga pukul 11.30 kerana saya akan memberitahu alasan-alasan kenapa Yang Berhormat telah memberitahu alasan-alasan yang bertentangan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia ini, maka beliau perlu bukan sahaja menarik balik perkataan tersebut tetapi perlu meminta maaf. That is the bottom line. Akan tetapi pada pukul 11.30 walaupun saya telah beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri tidak peduli. Don’t care! Terus keluar. Selepas menjawab belah – tidak berada di sini. Itu menunjukkan keseriusan Yang Berhormat Menteri sendiri. Yang Berhormat Menteri, apa itu patriotisme? What is patriotism? Do you understand? You have hurt the non-Malays right to the bottom of their heart, you know! [Dewan riuh] May be Yang Berhormat perlu ingatkan satu, dua perkara. Presiden Amerika yang ke-26 Theodore Roosevelt, ini apa yang dikatakan dengan izin, the 26th President of America said this:- “Patriotism means to stand by the country. It does not mean to stand by the president. To announce that there must be no criticism on president right or wrong is not only unpatriotic but is morally treasonable to the American public”. Apakah guna pakai itu bermakna dengan masyarakat di Malaysia? Saya tidak sokong kepada Barisan Nasional, orang ramai tidak sokong kepada Barisan Nasional, itu bermakna tidak patriotik? Kalau anak-anak Menteri tidak masuk dalam angkatan tentera bermakna mereka tidak patriotik? Apabila saya memohon, saya sendiri Tuan Pengerusi memohon untuk memasuki tentera tetapi tidak diberi peluang. Ini bermakna kementerian tidak patriotik? [Dewan riuh]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Menyampuk]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak patriotik? No, it doesn’t make sense bukan? Saya difahamkan apabila Yang Berhormat membaca jawapan itu, pertamanya tidak meneliti jawapan tersebut. Sebenarnya berharap kepada pegawai-pegawai bawahan kerana itu adalah mind set di kementerian Yang Berhormat. Kemungkinan besar ini adalah mind set dari atas ke bawah. Mind set inilah kita perlu perubahan. To say not patriotic adalah most offensive di Malaysia! Jangan kita lupa Tuan Pengerusi, semasa konfrontasi, semasa darurat tahun 60an atau 50an, berapa ramai bukan Melayu yang telah mati untuk negara? Satu, dua? Ratusan! Ribuan, semua untuk siapa? Bukan untuk UMNO, untuk negara. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dengar Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu yang kita perlu faham. Sekarang tidak ada konfrontasi, tidak ada masalah, no problem.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tujukan ucapan pada saya Yang Berhormat. Yang belakang itu diamlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang sebelah sana selalu tidak faham, enggan faham, itu tidak apa. Tuan Pengerusi, pada masa sekarang tidak ada konfrontasi, tidak ada masalah. Kenapa masyarakat bukan Melayu dikatakan tidak minat masuk angkatan tentera? Kita perlu cari sebab-sebab yang tertentu. Kalau kita tanya kepada anggota-anggota, mereka akan kata satu di antara perkara yang relevan adalah kenaikan pangkat, itu semua kita tahu. Bila satu interview dibuat dengan Thanabalasingam, hari itu pada 9 November pun saya ada katakan, sebenarnya saya sendiri kenal Tan Sri Thanabalasingam. Ini yang dia kata kepada satu interview, “Rear Admiral K. Thanabalasingam was the first local Malaysian chief of navy. After the unpatriotic statement by the Minister of Defends, he said I don’t understand how such a statement came about. I have been through a lot and I don’t care who says it, it hurts me. I am a Malaysian born and bred, and intend to die here”. Lagi satu, Briged Jeneral (B) Goh Seng Toh, dia kata described the Minister of Defends. Ini yang dia kata, “unfair, stupid and racist”. Itu yang dikatakan oleh Briged Jeneral. Tuan Pengerusi, saya sendiri ada kawan-kawan yang berkhidmat dengan tentera. Saya memanggil mereka, mereka kata, saya ada kawan Melayu dan bukan Melayu, saya panggil kedua-duanya. Sebenarnya saya ada satu forum esok mengenai isu patriotisme, ada pegawai Melayu yang akan datang untuk berucap di forum tersebut. Bila saya berhubung melalui telefon, mereka kata mereka hairan dengan kenyataan seorang Menteri. Macam mana seorang Menteri boleh secara sengaja atau lalai membuat kenyataan sedemikian yang tidak boleh diterima langsung. Kenapa sehingga kini beliau berdegil enggan meminta maaf kepada masyarakat. Jangan lupa Yang Berhormat Menteri, di kawasan Yang Berhormat sendiri, berapa percent masyarakat bukan Melayu? Berani pergi sana mengatakan perkataan Yang Berhormat telah keluarkan di Parlimen ini? Yang Berhormat sendiri adalah advisor kepada beberapa NGO-NGO dan Telugu Association, Lifelong Patron, itu saya tahu.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini adalah faktor yang perlu diambil kira. Semalam Tuan Pengerusi, mengikut Peraturan 14(1) satu penerangan telah dibuat. Dia kata dia tidak berniat membuat kenyataan dan tidak berniat to hurt non Malays. Akan tetapi atas desakan, atas pressure, itulah sebab Yang Berhormat Menteri datang semalam. Kalau tidak dia tidak akan buat sedemikian, kalau tidak pada 9 hari bulan lepas lebih satu bulan baru boleh berani datang ke Parlimen untuk membuat kenyataan tersebut. Adakah kenyataan itu ikhlas? Tidak ikhlaslah, it is not serious. Tuan Pengerusi, pada dua minggu lepas apa jawapan beliau, dia kata Yang Berhormat Ipoh Barat patut masuk Territorial Army, so if I join I become patriotic, if I don’t join I am unpatriotic. What nonsense is this? Dia kata melalui surat khabar. Saya ada tanya terus kepada Yang Berhormat Menteri, that is why dalam pengajar-pengajar di dalam negara ini, educator dan sebagainya menggunakan perkataan-perkataan racist. Kata orang India balik ke India, orang Cina balik ke negara China. Kalau kita ada seorang Menteri macam ini, di negara barat Tuan Pengerusi, kalau kenyataan dibuat oleh seorang Menteri sedemikian, pada masa dalam satu bulan terpaksa meletak jawatan, mungkin kerajaan pun akan hilang majoriti dalam Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini adalah perkara yang perlu diambil kira Tuan Pengerusi. Jangan kita lupa program Khidmat Negara, lebih RM3.8 bilion telah dibelanjakan, untuk apa? Untuk anak-anak kita memahami patriotisme, 1Malaysia dan sebagainya. Jika kita ada seorang Menteri yang tidak faham asas patriotisme ini, asas 1Malaysia, saya rasa itu adalah satu di antara kekurangan UMNO dan Barisan Nasional.

Bertanding DAP pun kalah!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jangan kita lari dari itu dan ini adalah perkara yang perlu diambil kira.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya harap Yang Berhormat Menteri akan bangun dan kata sahajalah...

Bertanding DAP pun kalah, DAP pun tidak power lah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bahawa minta maaf kepada masyarakat bukan Melayu, saya telah membuat kesilapan atau orang bawahan...

Yang Berhormat Ipoh Timur, DAP pun tidak terima Yang Berhormat Ipoh Timur lah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lenggong, gungung, duduk sanalah, yang tidak layak jangan suarakan apa-apalah. Majlis Tertinggi UMNO pun tidak boleh jadi Menteri, duduk diamlah!

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini naib presiden, it is very important thing Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh bagi laluan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya akan gulung. Saya rasa ini adalah perkara yang perlu diambil kira.

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh bagi laluan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya tidak takut Yang Berhormat Lenggong, I can take you one by one, semua pun boleh ambil. Satu orang saya boleh ambil sama you, boleh letak dalam guni, buang you. [Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Bagilah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Kota Belud baliklah, we are not worried about you. Akan tetapi yang mustahak, saya rasa kecewa Tuan Pengerusi kerana dengan apa yang kita tahu sebagai seorang Naib Presiden UMNO, ketinggian pangkat beliau dan juga kedudukan beliau sebagai Menteri

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

boleh membuat satu kenyataan yang boleh membawa kekecohan di antara satu bangsa dan lain. Sekurang-kurangnya dia patut meminta maaf dan tidak akan berbuat sedemikian...

Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja putar belit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Dan juga mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang telah menyediakan jawapan tersebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat, time Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Baru sembilan minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Lima minit Yang Berhormat.

Berhentilah, sakit telinga dengar.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Lima minit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Last perkara Tuan Pengerusi. Jadi, akhir sekali...

Yang Berhormat Ipoh Barat, bagi soalan bertulislah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bahawa saya ada banyak faktor yang lain yang juga patut mengambil tindakan terhadap, pohon agar kita semua sebagai Ahli Parlimen di Parlimen ini, jangan hari ini kita mengikut emosi atau mengikut parti membuat keputusan kerana saya rasa di semua kawasan kita, kita ada bangsa berbilang kaum, Orang Asli, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, kita perlu tahu bahawa kenyataan-kenyataan ini tidak patut dibuat oleh seorang Menteri, lebih-lebih lagi seorang naib presiden.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu yang saya rasa perkara yang kita tidak boleh lepas. Saya tidak ada apa-apa dendam terhadap Yang Berhormat Menteri, saya tahu dia Menteri Pertahanan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, saya mahu time Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya harap bila membuat pengundian, semua orang di sebelah sana akan berani bangun dan buat sokongan kepada usul saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Machang...

Terima kasih Tuan Pengerusi. Isu di hadapan kita adalah merujuk kepada jawapan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kedudukan kurangnya penyertaan

masyarakat bukan Melayu di dalam perkhidmatan tentera kita, tiga cabang perkhidmatan. Saya cuba letakkan balik kepada perspektif perbahasan kita. Sudah tentulah Kementerian Pertahanan saya percaya mempunyai gambaran yang lebih tepat dan menyeluruh tentang bagaimanakah punca sebenar keadaan ini berlaku. Saya sempat menyemak laman web Kementerian Pertahanan yang memaparkan angka-angka yang sememangnya menggambarkan jurang penyertaan yang cukup luas di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera di dalam penyertaan angkatan tentera.

Saya percaya Tuan Pengerusi dan seluruh anggota Parlimen, kita boleh bersetuju bahawa isu keselamatan negara, isu pertahanan, isu keselamatan adalah isu yang seharusnya diberikan pandangan yang serius oleh seluruh Ahli- ahli Parlimen berdasarkan kepada perspektif yang betul dan tepat. Jauh sekali daripada niat dan percubaan untuk memanipulasikan keadaan atau pun untuk mempolitikkan suasana. Di Dewan ini juga semalam Yang Berhormat Menteri telah pun mengemukakan kenyataan kementerian atau dalam bahasa Inggeris ministerial statement yang menjelaskan kedudukannya. Kalau boleh Tuan Pengerusi, saya cuba memberikan gambaran kepada anggota Dewan seluruhnya bagaimana penyertaan yang menyaksikan jurang yang cukup besar dalam setiap cabang perkhidmatan. Pertama, saya meninjau sebentar tadi dalam laman web Kementerian Pertahanan daripada kekuatan anggota tentera. Sebagai contoh tentera darat bagi pegawai yang keseluruhannya berjumlah 7,000. Kita tahu dalam tentera ini ada pegawai dan lain-lain pangkat. Daripada 7,000 pegawai, komuniti Cina mewakili 1.4%. Komuniti India mewakili 2.2% dan lain-lain etnik 0.4% memberikan peratusan penyertaan bumiputera di peringkat pegawai ini dalam angkatan tentera ialah 96.2%. Ini yang saya maksudkan tadi jurang yang besar. Bagi tentera laut ada 2,500 pegawai. Kaum Cina 2.7%. India 2.5%. Lain- lain etnik 2.5% memberikan penyertaan bumiputera ialah 94%. Begitu juga tentera udara. Pangkat pegawai di kalangan bumiputera ialah 93%. Lain-lain kaum cuma 7%. Isunya ialah bagaimanakah keadaan ini berlaku? Sudah tentulah Dewan boleh diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri. Fenomena ini wujud disebabkan oleh apa? Apakah kementerian telah pun melakukan kajian yang menyeluruh terhadap perkara ini? Apakah ianya kesan kuota pengambilan bahawa penyertaan di dalam angkatan tentera tertakluk kepada sistem kuota? Kalau tidak kenapa begitu dingin sekali sambutan? Apakah kerana sistem reward nya tidak begitu menarik? Kalau itu berlaku, apakah kaedah untuk memberikan sistem perkhidmatan yang dapat lebih memancing minat penyertaan semua kaum. Perkara-perkara ini yang saya percaya kalau kita berikan tumpuan, ianya melampaui daripada kepentingan politik perkauman kerana ini isu keselamatan. Kita tidak bersetuju dengan fenomena ini. Negara jiran kita Tuan Pengerusi Singapura memang berdepan dengan masalah ini. Satu rahsia umum bahawa penyertaan di dalam perkhidmatan tertentu kerana Singapura mengamalkan dasar pertahanan, membina kekuatan lebih kepada tentera udara, forward defend. Kalau ada serangan musuh menjejakkan kaki ke pulau itu, bermakna Singapura tewas dan penyertaan lain daripada etnik Cina di Singapura untuk menyertai kekuatan tentera udara memang amat sukar. Itu faktanya.

Saya percaya negara kita yang diasaskan oleh persefahaman, kekuatan pelbagai kaum, sudah tentulah asas pengambilannya tidak akan bersumberkan kepada kaum mana kamu wakili. Kalau kita tengok dalam sejarah penerima Pingat Gagah Berani, bukan sedikit etnik-etnik daripada kaum lain yang menerima darjah keberanian ini. Maknanya, suatu sweeping statement yang mengaitkan penyertaan yang kurang daripada satu etnik terhadap sebab bahawa tidak punya semangat cintakan negara itu boleh kita semak dan kita pertikaikan lagi. Oleh itu, dalam mengambil bahagian dalam perbahasan ini Tuan Pengerusi, saya ingin menggesa Kementerian Pertahanan agar langkah dan tindakan yang lebih proaktif dalam kempen-kempen penyertaan ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh dengan kempen-kempen yang lebih hebat tanpa mengira masa dan tanpa mengira sekatan penyertaan kaum. Kalau itu boleh dilakukan, semakan-semakan terhadap ganjaran-ganjaran penyertaan dalam tiga sektor perkhidmatan ini. Sistem pertahanan kita Tuan Pengerusi, kita sedia maklum mengutamakan sistem kekuatan tentera darat berbanding laut dan udara. Apakah bentuk tawaran atau prospek penyertaan terhadap perkhidmatan- perkhidmatan di dalam pasukan tentera. Kalau ini boleh diterangkan dengan penuh tanggungjawab oleh pihak kementerian, saya percaya kenyataan- kenyataan yang boleh mengundang kepada tafsiran, sentimen perkauman boleh kita lunakkan. Oleh kerana itu lah kementerian harus mengambil sikap berlapang dada untuk melihat bahawa duduk sebenar perkara ini tidak boleh dilihat dari sudut perkauman semata-mata. Ianya harus dilihat dari sudut tanggungjawab keselamatan dan mempertahankan negara secara keseluruhan. Asas perpaduan di antara kita sama ada anggota dalam Dewan di sebelah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ialah apakala ianya menyentuh tentang isu keselamatan dan pertahanan negara, saya percaya kita boleh meletakkan kepentingan politik di tepi. Kalau kita boleh mengambil sikap ini, ada perkara yang boleh kita persetujui, ada perkara yang boleh kita sepakati, ada perkara yang boleh menjadi limit atau sempadan untuk kita politikkan. Barangkali kita terlepas cakap, barangkali juga kita punya maksud dan tujuan lain. Saya tidak mempunyai keupayaan membaca lebih daripada itu tetapi biarlah hari ini kita mengakui hakikat isu dan fakta di hadapan kita ialah penyertaan yang sangat kurang dari kalangan bukan Melayu dalam kekuatan pertahanan negara yakni angkatan tentera. Kenapa ini berlaku? Apa puncanya? Sudah kah kajian dibuat?Apakah saranan penyelesaiannya? Setakat mana kementerian telah melakukan perkara ini. Ini antara perkara yang saya pilih dalam perbahasan ini Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian. Saya bangun sebenarnya untuk menolak cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat supaya menolak gaji RM10 daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas keberanian serta keikhlasan beliau untuk datang ke Parlimen memberikan penjelasan semalam. Beliau sebenarnya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana perasaan, mana-mana kaum di

negara ini. Bahkan dengan jelas beliau juga telah memaklumkan - beliau juga tidak bermaksud untuk mempertikaikan semangat patriotisme di kalangan bukan bumiputera di negara ini. Beliau dengan jelas menyebut bahawa sejarah membuktikan ramai wira negara berjuang menentang penjajah dan melawan pengganas komunis terdiri daripada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, kaum Kadazan, kaum Dayak, kaum Sikh dan lain-lain. Mereka berkorban untuk kemerdekaan negara tetapi sebelum saya menjelaskan...

[Bangun]

Sila.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat. Masa tidak panjang.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jasin, kalau kita ikuti ucapan Yang Berhormat Ipoh Barat nampak sangat beliau menggunakan isu ini hendak melaga-lagakan kaum dalam negara ini. Ini lebih jahat sedangkan Yang Berhormat Menteri dalam kenyataannya jelas menunjukkan beliau menggunakan perkataan yang begitu lembut, yang begitu lunak, yang begitu kalau bahasa Melayu nya yang kita faham kerana beliau menggunakan perkataan kemungkinan. Dia tidak cakap bangsa lain tidak ada patriotisme ini. Kemungkinan sebab-sebabnya.

Yang Berhormat Ipoh Barat ini sepatutnya dia ikhlaslah macam Yang Berhormat Menteri tetapi dia cuba hendak jadikan isu ini isu hendak membangkitkan kemarahan bukan Melayu kepada Melayu. [Disampuk] Ya lah, tujuan politiklah. Ini politiklah, tak ada ikhlas, tak ada apa-apalah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu betul Yang Berhormat Sri Gading, itu betul apa yang saya kata.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat itu cukup jelas bahawa isu keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Kalau satu-satu kaum sanggup bermati-matian untuk mempertahankan kedaulatan negara, jadi jangan persoalkan apa juga statement yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Menteri sebut cukup jelas, saya tengok ini tak ada cacat cela. Disebut di sini kalau kita baca dengan jelas - saya berpuluh-puluh kali saya baca. Dia kata di sini “Kementerian Pertahanan mendapati penyertaan kaum bukan bumiputera terutama di kalangan orang-orang Cina dan India masih berkurangan. Berkemungkinan disumbangkan atas faktor-faktor kerana kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat dan berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang menarik dan juga berkemungkinan kerana masalah tiada galakan daripada ahli keluarga ataupun berkemungkinan kerana semangat patriotisme yang belum cukup tinggi.” Saya fikir tak ada salahnya kenyataan begitu. Saya berikan sedikit penjelasan di sini. Tengok kalau mengikut kaum kekuatan angkatan tentera pada ketika ini, kita dapati sebanyak 98.67% kaum Melayu dan bumiputera dalam tentera. Hanya 1.33% sahaja bangsa lain. Saya tengok tadi fakta yang diberi oleh Yang Berhormat Machang mungkin daripada perspektif yang lain, tetapi kalau saya berikan sedikit penerangan, di sini didapati kaum Cina dan kaum India lebih cenderung berkhidmat dalam TUDM dan TLDM yang kurang berhadapan dengan

musuh, yang tidak berdiri di barisan hadapan macam kami. Tengok di sini. Selepas itu kita tengok kaum Cina dan India lebih cenderung berkhidmat sebagai pegawai. Itu sebab saya kata tadi data yang diberi oleh Yang Berhormat Machang tadi lain perspektif. Kita tengok ia lain, dia lebih cenderung berkhidmat sebagai pegawai berbanding dengan anggota lain-lain pangkat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh celah sedikit?

Lepas itu kita tengok, menamatkan perkhidmatan terlalu awal. Saya tak payah sebutkan tentang jumlah sebenar tetapi biar saya pergi kepada penjelasan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Belud, tak ada masa dah Yang Berhormat.

Okey, saya pergi kepada penjelasan. Sebenarnya, bagi saya, sepatutnya kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi tidak sepatutnya dijadikan isu. Sebenarnya susunan ayat dan pemilihan perkataan dia cukup cermat sekali. ‘Berkemungkinan’ ini adalah satu agakan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini saya hendak cakap pasal perkataan, pasal perkataan.

One of the possibilities. Saya tak kacau tadi orang cakap.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kota Belud yang kacau sikit, hendak tambah sikit.

Ya, Yang Berhormat Kota Belud. Jemput, jemput. [Ketawa]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf, minta maaf Tuan Pengerusi. Terima kasih Abang Yang Berhormat Jasin. Tadi pasal perkataan tadi, dalam statement Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Belud, jangan berbincang dengan Yang Berhormat Jasin, berbincang dengan Pengerusi.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih, terima kasih. Saya pandang sebelah sini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi Yang Berhormat Jasin mengatakan tentang penggunaan perkataan, Tuan Pengerusi. Kalau Yang Berhormat Jasin, saya katakan tidak menaikkan bendera sewaktu 31 Ogos, kalau saya katakan kepada Yang Berhormat Jasin tidak berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan dan saya mengatakan kepada dia “Awak itu tidak patriotik, kurang patriotik”, tidak bermakna beliau tidak setia kepada negara ini, tidak bermakna dia derhaka kepada negara ini. Ini penggunaan ayat yang cukup baik Tuan Pengerusi. Jadi, saya rasa apa yang dibawa oleh pembangkang seperti mana kata Yang Berhormat Sri Gading, purely politics. Ingat itu Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mabuk, mabuk kuasa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik, sila Yang Berhormat Jasin. Gulung Yang Berhormat Jasin, gulung.

Tuan Pengerusi, ini perkataan ‘berkemungkinan’ ini sebenarnya satu agakan, dengan izin one of the possibilities. Jadi, bukan satu tuduhan – kita tak tuduh pun. Jadi, belum cukup tinggi semangat patriotisme itu ada dan ianya tidak bermaksud kita tidak setia, kita tidak patriotik kepada negara. Sama maksud macam kita belum cukup mahir ataupun orang yang dapat kelas kedua, belum cukup pandai sangat berbanding dengan mereka yang dapat kelas satu. Jadi, ada yang sanggup berkorban untuk negara, agama, bangsa dan keluarga dengan berbagai-bagai cara. Jadi mereka sanggup bersabung nyawa, harta dan tenaga tetapi ada di kalangan kita yang sanggup lari juga selamatkan diri sendiri. Ini memang wujud dalam masyarakat kita dan ini mencerminkan tahap semangat untuk berkorban yang berbeza-beza.

[Bangun]

Ha, sila sahabat saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.

Ya, ya.

Satu sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mana MIC dan MCA? [Dewan riuh]

Maknanya, mereka ini perlu belajar bahasa Melayu lagi supaya faham maksudnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tak payahlah. Tak payah Yang Berhormat Jasin.

Jadi kesimpulan saya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri jangan takut. Sebenarnya kenyataan Yang Berhormat Menteri cukup tepat dan cukup baik sekali. Kesimpulannya, kenyataan Menteri Pertahanan itu adalah cukup cermat dan cukup berhemah dan sewajarnya menimbulkan kesedaran kepada kita semua.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Oh, mengaku Menteri Pertahanan takut ya?

Jika ia dilihat sebaliknya, maka orang yang bercakap sedemikian itu saya rasalah dia akan memberikan persepsi bahawa dia makan cililah dia terasa pedasnya. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya Ahli Parlimen Rembau, No. Tentera Darat Malaysia 6210405 [Tepuk] turut menyertai perbahasan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bangsa apa? India kah?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Untuk menolak usul yang telah dibawa oleh...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bangsa apa? India kah Yang Berhormat Rembau?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Pengerusi, saya menganggap usul...

Yang terang, Yang Berhormat Rembau bukan parialah.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Pengerusi, saya menganggap usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat – tadi dia sebut bahawa ucapan yang telah dibuat oleh Menteri Pertahanan amat offensive, amat menghina tetapi saya menganggap usul ini amat menghina, amat offensive kepada kita. [Tepuk] Ini kerana usul ini telah dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin politik. Walaupun kalah dalam pemilihan parti baru- baru ini tetapi daripada parti yang mengakui bahawa multiracial.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Menang pun tak boleh jadi Menteri macam mana?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sekurang-kurangnya saya menang dalam pemilihan saya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Timbalannya pun jadi Timbalan Menteri.

Mengaku tak boleh jadi Menteri kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Better to loose than to win tetapi tak ada post. Tak malu kah?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dah kalah duduk. Saya menang, itu soalan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tak payahlah. Yang Berhormat Padang Serai, tak payahlah. Duduklah Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kenapa? Takut kah? Membangkitkan point of order, takut dengan hujah?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, tak payahlah Yang Berhormat. Duduklah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wang Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tak payahlah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(4). Saya merujuk kepada Yang Berhormat Sri Gading. P.M.36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab).” Beliau menggunakan satu perkataan yang cukup biadab. Saya mohon dia tarik apa yang dia cakap dan mohon maaf kepada Dewan ini, Tuan Pengerusi.

Apa dia cakap? Apa dia cakap?

Saya tak ada menyentuh Yang Berhormat Padang Serai. Saya cuma kata Yang Berhormat Rembau bukan paria. Itu sahaja. Tak ada apa-apa.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, beliau menggunakan perkataan yang biadab. Saya minta...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai.

Balik pergi sekolahlah. Apa masalah you?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai sukalah buat... Saya tahulah Yang Berhormat baca buku itu. Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta Tuan Pengerusi buat satu keputusan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tak payah, tak payah. [Dewan riuh]

Keputusannya, duduklah atau keluarlah.

Keputusannya balik ke sekolah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat tak hendak duduk, macam mana hendak buat keputusan? Yang Berhormat, dengar Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Di bawah P.M.36(4), perkataan yang kurang sopan ataupun unparliamentary ditujukan kepada ahli yang tertentu tetapi ini dia bukan ahli itu dituduh sedemikian. Itulah kenapa Yang Berhormat, dahulu Erskine May menggariskan apa perkataan-perkataan yang dikatakan tidak bersopan ataupun unparliamentary. Semenjak edisi yang 2004, tidak – not anymore disenaraikan perkara-perkara unparliamentary word ini oleh kerana perkataan yang dikatakan unparliamentary must be read in the context. Jadi Yang Berhormat, saya faham ini semua Yang Berhormat. Jadi, tak ada...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Lesson number one.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ruling saya, keputusan saya muktamad Yang Berhormat dalam soal ini. Kalau tak puas hati, Peraturan Mesyuarat 42. Minta maaf.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Walaupun perkataan itu tidak ditujukan, itu tidak bermakna bahawa mana-mana satu perkataan yang biadab dan kurang sopan boleh digunakan di dalam Dewan ini.

Degil betul dia ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Oleh kerana saya duduk dalam Dewan ini dan melihat, mendengar satu perkataan yang biadab dan kurang sopan itu saya minta perkataan itu ditarik balik. Tuan Pengerusi suruh dia tarik balik.

Yang Berhormat Padang Serai juga biadab. Saya menggunakan perkataan saya tidak pandang Yang Berhormat Padang Serai pun saya pandang ke Yang Berhormat Rembau saya kata, yang jelas Yang Berhormat Rembau bukan ‘paria’. Saya tidak pandang sebelah sana pun saya pandang ke Yang Berhormat Rembau.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey, Yang Berhormat Sri Gading tolong duduk Yang Berhormat.

Dia pun menggunakan perkataan ‘biadab’ dia tuduh saya biadab kenapa?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat tolong duduk Yang Berhormat.

Saya pun ada maruah Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya dengar Yang Berhormat, saya dengar.

Jangan dia senang- senang sahaja saya pun ada maruah juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini kita tahu kamu ada maruah tetapi kamu menggunakan perkataan yang biadab.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi saya minta Tuan Pengerusi berlaku adil dan membuat satu keputusan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini apa ini, tuduh-tuduh bangun cakaplah....

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah. Yang Berhormat Padang Serai. Saya tidak hendak digertaklah duduk di sini Saya tidak suka juga digertak. Ini soalan defense saya empat tahun setengah dalam huta Yang Berhormat. Soalan berani takut saya tidak pernah takut Yang Berhormat. Saya tengok orang mati otak berteraburan pun saya sudah pernah tengok. Saya tidak hendak digertak. Jadi saya sudah bagi keputusan tadi kalau tidak puas hati gunakan peraturan. Yang Berhormat kata Yang Berhormat Sri Gading biadab dan sebagainya pun saya tidak kira itu, saya sudah ambil itu. Oleh kerana Yang Berhormat Sri Gading sebut kepada orang lain yang saya pandang bukan salah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak payahlah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi kita menghormati Tuan Pengerusi sebagai Speaker. Apabila saya mendengar perkataan itu dan saya memahami bahawa perkataan itu satu perkataan yang biadab dan kurang sopan menjadi tanggungjawab saya dalam Dewan ini mengemukakan kepada Tuan Pengerusi. Saya membuat ini demi keadilan saya tidak mahu...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Itulah saya faham.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mungkin beliau tidak tengok sendiri dan...

Tuan Pengerusi setakat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya faham Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sebagai seorang Ahli Dewan saya mendengar itu adalah perkataan biadab dan kurang sopan. Saya minta Tuan Pengerusi.

Saya kata bukan ‘paria’ Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya sudah dengar cakap Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan kalau tidak setuju keputusan saya buatkan usul itu sahaja Yang Berhormat. Saya tidak hendak lagi. Okey Yang Berhormat Rembau sila.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudahlah yang lain itu diam. Ini usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) ada dalam peraturan kita kena dengar ucapan orang.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita pun maafkan Yang Berhormat Padang Serai kerana dia pun tension sebab dia kalah baru-baru ini dia marah dengan Yang Berhormat Gombak. Saya rujuk kepada perkara tadi betapa offensive nya usul ini yang diperkenalkan yang dibentangkan oleh seorang daripada parti politik. Ini soal perkauman yang mengaku diri sebagai parti berbilang kaum, tetapi kalau sebenarnya kita melihat hampir tiada seorang pun ahli Melayu. Tengok wakil rakyat mereka tidak ada seorang pun daripada kaum India...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh saya masuk UMNO kah? Boleh saya masuk UMNO? Boleh?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak boleh tidak boleh.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh? Boleh? Can I become member UMNO? Nonsense!

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi atas kesedaran itu parti yang mengakui dirinya sebagai multiracial tidak ada seorang pun Ahli Parlimen wakil rakyat di Dewan Rakyat daripada kaum lain...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bila kita ada tidak mengakui.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Daripada kaum Melayu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita pun ada. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

I come to give a lecture. Tebalkan muka dia hendak bagi lecture kepada Menteri Pertahanan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Cerminkan diri dulu tengok parti dia dulu, parti multiracial tetapi seorang pun daripada kaum Melayu tidak ada and you want to lecture us about the racism

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai duduklah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

And he can talk about unpatriotism. Itu asas dia..

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Itulah sebabnya, itulah sebabnya...

Yang Berhormat Rembau beri laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya di atas ini Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi ya, ya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Batu you memang you duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau tidak bagi jalan duduk-duduk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sebab itu apabila kita melihat kepada apa yang disebut oleh Menteri Pertahanan. Tadi sahabat saya daripada Yang Berhormat Jasin...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Cakap pandai tetapi tidak mahu kasi kita laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sahabat saya daripada Yang Berhormat Jasin sebut perkara yang benar. Kalau kita memahami bahasa, bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia kita baca Hansard apa yang disebut oleh Menteri Pertahanan cukup jelas. Bukannya affirmation bukannya cakap bahawa inilah sebabnya tetapi dia kata berkemungkinan, mungkin, may be, may be, do you understand, you don’t understand never mind, don’t ask that question. Bahasa...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Memang bakal Timbalan Menterilah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I’ll be doing to be a Minister, you are not Minister ...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Duduklah, you memang tidak patriotiklah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are not appointing as Deputy Minister..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Ipoh Barat is that... you have, dengan izin.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You could be Oxford trained… Like MP…

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Rembau dengarlah Yang Berhormat Rembau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tetapi Yang Berhormat Rembau yang menang pun tidak apa apa-apa buat apa!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai terima kasih Yang Berhormat.

Sudah kalah sudahlah.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi Tuan Pengerusi saya hendak berbalik kepada hujah. Apa yang dibangkitkan di sini adalah soal yang serius. Penglibatan masyarakat Cina, masyarakat India, masyarakat kaum minoriti dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sewaktu saya ada dalam askar wataniah dalam kursus asas daripada 98 orang rekrut, 96 adalah Melayu, dua sahaja India. Jadi kita perlu tanya kenapa perkara ini wujud? Itu baru wataniah belum lagi regular tetapi saya mendengar jawapan yang diberi oleh Menteri apa yang dibuat oleh kementerian, usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian, inisiatif daripada kementerian untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat India, masyarakat Cina, masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tentang penglibatan dalam Angkatan Tentera Malaysia cukup. Akan tetapi apabila kita berdepan dengan isu macam ini di mana satu kenyataan petikan itu dipolitikkan,

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

diracializekan dengan izin oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti parti-parti pembangkang. Maka jadilah isu yang racist.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya parti UMNO memang parti racist. Memang Ketua Pemuda dari UMNO...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta Ketua Pembangkang bagi nasihat sedikit kepada Yang Berhormat Padang Serai ini.

Dia tunjuk herolah Yang Berhormat Padang Serai pasal menyokong Mohamed Azmin Ali sekarang.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih. Tuan Pengerusi saya ingin minta penjelasan daripada...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau saya kalah tidak ada jawatan tidak apa.

Itu hendak hidup, Yang Berhormat Padang Serai hendak...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini menang tidak ada apa pun.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Padang Serai ingat ini PIBG kah? Tuan Pengerusi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Rembau yang mempunyai hujah yang begitu baik tadi. Ini soal serius. Saban hari kita mendengar ucapan daripada rakan-rakan kita pembangkang. Apa mereka kata? Baru tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Machang berlapang dada. Berlapang dada untuk memikirkan isu-isu yang besar dalam negara kita. Malah sejak tahun 2008 mereka minta kita untuk berani membincangkan soal apa Tuan Pengerusi, yang dianggap tabu. Istana, perkauman, agama. Tidak apa tetapi kalau sudah sampai ke tahap patriotisme ini isu tentang masalah kemasukan orang-orang bukan Melayu di dalam tentera ini dianggap sebagai satu perkara, yang dianggap oleh Yang Berhormat Ipoh Barat sebagai perkauman, ‘telinga nipis’. Saya rasa Yang Berhormat ini adalah satu permainan politik yang tidak boleh dimaafkan. Apa pendapat Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rembau boleh habiskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Rembau bagi laluan, penjelasan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sudah pasti Tuan Pengerusi. Saya tidak ada masa lagi saya cuma setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Kota Belud bahawa ini isu serius cukup serius.

Ya setuju.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ketua Pemuda UMNO takut dalam Dewan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak menggulung Tuan Pengerusi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Patutlah Ketua Pemuda UMNO tidak ada jawatan menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Just one line.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak, saya hendak gulung sebab tidak ada masa. Tidak ada masa sila duduk sila duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat saya minta habiskanlah Yang Berhormat.

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak payah hendak jadi batu api. Minta maaf Yang Berhormat Sekijang saya hendak gulung, hendak gulung.

Sedikit sahaja.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Gulung, gulung. Apabila kita pertimbangkan usul ini kita kena tanya diri kita ini soal pertahanan negara, ini soal life and death hidup dan mati. Apabila Menteri buat kenyataan yang begitu jelas kita mengimbangkan antara apa yang Menteri buat dan apa yang pembangkang buat. Apa yang sebenarnya pembangkang buat untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam Angkatan Tentera Malaysia? Apa yang kita melihat hari ini diburukkan institusi pertahanan negara, pergi ke luar negara menyatakan bahawa kapal selam tidak boleh, itu tidak boleh ini dan sebagainya. Membocorkan segala rahsia kerajaan, rahsia negara kepada dunia luar.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Eh apa salah betul tidak?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dengar..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita kena katakan kebenaran itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai jangan ganggu perjalanan mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Betul tidak boleh selamkan itu hari?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Laporan polis telah dibuat bukan...

Sudah kalah hendak patah balikkah?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Buatlah laporan polis, siapa yang menghalang...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan oleh penyokong kerajaan tetapi laporan polis dibuat oleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Buatlah banyak-banyak laporan polis.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kapten Abdul Rahman Ayub yang menjadi Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM terhadap seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat atas tindakan dan kenyataan beliau di luar negara.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita mengimbangi antara Barisan Nasional yang mempertahankan negara, yang mempertahankan watan, yang mempertahankan institusi pertahanan negara... [Tepuk] Dengan pembangkang yang hanya dapat mempolitikkan isu ini dan mencemarkan imej pertahanan negara. Atas sebab itu saya dengan sekeras- kerasnya menolak usul daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. [Tepuk] Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh dipertimbang untuk Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bagan Datok

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat yang sungguh-sungguh berminat. [Dewan riuh] Saya ulangi, ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat sebanyak-banyaknya yang sangat berminat dengan Angkatan Tentera Malaysia. Saya sendiri akan menyemak bila Yang Berhormat telah memohon menjadi anggota tentera.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh saya beritahu bila?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak perlu jawab begitu, Yang Berhormat.

Yang Berhormat ada menyebut ramai kawan-kawan dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam pelbagai kaum. Saya ingin menyebut beberapa kajian yang telah dilakukan. Akan tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Machang yang dengan berlapang dada, dengan hati yang terbuka mahu melihat apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidakminatan bukan bumiputera untuk masuk dalam angkatan tentera. Ini pandangan yang rasional. Begitu juga kita lihat Yang Berhormat Jasin, mantan pegawai tentera. Bagaimana sukarnya beliau menjadi pegawai tentera dan kini apabila beliau dicabar dengan pandangan-pandangan yang menghina maka beliau bangun sebagai Ahli Parlimen yang mempertahankan - bukan saya, tetapi hakikatnya memang bahawa untuk masuk sebagai pegawai dan anggota tentera perlu komitmen yang cukup tinggi. Begitu juga disebut oleh Yang Berhormat Rembau. Beliau sanggup menjadi Askar Wataniah walaupun ditawarkan oleh pegawai-pegawai untuk

menjadi pegawai tetapi beliau sanggup menjadi prebet biasa di dalam Askar Wataniah. Yang Berhormat Sri Gading mencelah, Yang Berhormat Kota Belud mencelah, Yang Berhormat Lipis mencelah, Yang Berhormat Padang Serai mencelah di celah-celah. [Disampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Cerita apa ini? Jawablah. Jawablah Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyebutkan beberapa kajian empirical yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji. Satu kajian yang dibuat oleh seorang profesor yang bernama Profesor Madya Dr. Nasrudin Mohammed dan juga Dr. Ismail Sualman serta kajian yang dibuat oleh Ishaq Haji Muhammad dari Paisley Business School - University of Paisley, Paisley, United Kingdom dan Dr. Hussain Asifa dari Scottish Centre for War Studies – Glasgow University at Glasgow, United Kingdom dalam Journal of Personnel Review. Saya tidak merujuk perkara ini dalam kajian untuk Malaysia tetapi di dalam kajian untuk rakyat British. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rakyat minoriti British tidak menyertai ketenteraan. 29% - kerana masalah isu perkauman dan hak persamaan. 20% - mereka tidak menyertai kerana kurang pengetahuan mengenai ketenteraan. 13% - profesion ketenteraan yang kurang menarik termasuklah disiplin dan latihan yang ketat dalam latihan ketenteraan. 13% - kerjaya ketenteraan yang dianggap boleh menjejaskan kehidupan keluarga. 8% - tidak menyukai perkhidmatan ketenteraan. 7% - kurangnya semangat patriotisme. Ini kajian terhadap rakyat British. Kajian yang dibuat oleh Profesor Nasrudin menyebutkan beberapa perkara yang telah saya sebutkan dalam kajian empirical yang dibuat oleh Angkatan Tentera Malaysia. Saya tidak menyebutkan peratusan itu kerana ia dibuat secara kualitatif, bukan dibuat secara kuantitatif. Ini methodology research di dalam mana-mana kajian secara empirical. Oleh yang demikian apa yang saya sebutkan di dalam Hansard yang cukup jelas diputar- belitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, kerana mahu mencari isu ketika beliau mahu bertanding jawatan dalam DAP Perak. [Dewan riuh] Saya tidak pernah menyebut pun perkataan lack of patriotism, tidak pernah sedikit pun.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat tidak ada modal, Yang Berhormat.

Cuma saya kata - disebutkan Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Rembau berkemungkinan semangat patriotisme belum cukup tinggi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, minta maaf. Habis topik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Ertinya semangat patriotisme ada tetapi belum cukup tinggi. Kalau dalam bahasa Melayu difahami benar-benar, maka tidaklah perkara itu diputar-belitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Kerana tidak faham bahasa Malaysia lah dan pengetahuan bahasa Malaysia nya mungkin tidak dapat A+... Begitulah... [Dewan riuh] yang dibuat oleh beliau.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kenapa [Dewan riuh] Ministerial statement Yang Berhormat? Yang benar kerana desakan. Yang Amat Berhormat

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Timbalan Perdana Menteri kata Yang Berhormat patut minta maaf bukan? Yang Berhormat boleh saya tanya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh saya tanya?

Oleh yang demikian, saya ingin menyebutkan bahawa kenyataan yang saya sebutkan semalam...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri tidak bagi jalan lagi, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Takut kah? Takut?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Seorang Menteri Pertahanan takut kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Takut?

Saya sebutkan bahawa kenyataan semalam adalah satu kenyataan untuk menjelaskan kepada Yang Berhormat bahawa saya tidak berhasrat untuk menyinggung perasaan mana- mana kaum. [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bagi saya laluan. Bagi saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat bagi saya perjelaskan dahulu. Duduk dahulu, duduk. Ikut peraturan Dewan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Duduk dahulu, saya belum habis ayat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, Ahli Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Batu, saya minta duduk Yang Berhormat. Menteri kata tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat, duduk. Tidak bagi jalan lagi, duduk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta penjelasan. Minta penjelasan dari apa yang Menteri cakap itu.

Yang Berhormat menyebut kononnya pada 9 hari bulan, Yang Berhormat mencabar saya di Dewan yang mulia ini untuk saya tunggu pada jam 11.30 pagi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kenapa lari?

Saya tidak lari dan tidak pernah takut dengan Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat lari.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Saya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya telah beritahu kepada Yang Berhormat.

Saya ada kerana saya menjawab soalan nombor satu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu tidak menjadi asas. This is Parliament. Yang Berhormat menjadi Ahli Parlimen, patut ada di sini. Tanggungjawab di mana?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dengar - saya ada kunjungan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kontrak beli senapang? Ini tanggungjawab, Parlimen kontrak... [bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak jawab soalan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are running away from reality. Takut.

Tanggungjawab saya adalah menjawab soalan yang pertama dan saya telah jawab, saya tidak takut. Pada pukul 11.30 pagi, saya ada lawatan daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat yang lebih mustahak daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Itu sebab saya pergi... [Dewan riuh] Saya bukan takut. Saya bukan takut dan saya tidak pernah sebut adanya perkataan non-patriotic. Tidak pernah sebut. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat penjelasan.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, nanti Menteri bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, kalau sedemikian Yang Berhormat penjelasan. Yang Berhormat Padang Rengas hendak tolong? Hendak tolong dia? Yang Berhormat... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat, jangan putar-belitkan kenyataan saya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak pernah putar-belitkan. Saya katakan yang fakta.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Get his attention...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, sebentar Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, jangan putar belit fakta. Apa yang saya nampak Yang Berhormat tidak pernah hormat kepada perkataan bahasa Malaysia dan tidak jelas maksudnya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Bagan Datok, bagi saya laluan. Minta penjelasan. [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya minta Yang Berhormat sebentar, Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat ikut peraturan mesyuarat. Perkara ini kita boleh discuss secara baik, secara sihat dengan mengikut peraturan mesyuarat. Saya tahu bagaimana pentingnya isu ini kepada Yang Berhormat, tetapi begitu juga isu ini penting kepada Menteri. Kita dengar mengikut peraturan mesyuarat dan dapat mengikuti peraturan mesyuarat. Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya tidak memutar-belitkan langsung. Sebenarnya Yang Berhormat, sekarang membawa alasan yang baru kerana hari itu apabila saya bangun selepas Yang Berhormat menjawab saya mengatakan saya ada asas untuk mengambil tindakan, memberitahu kepada Tuan Pengerusi untuk mengambil tindakan saya mempelawa Yang Berhormat untuk berada di sini sehingga 11.30 pagi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat lari dari sini. Hari ini lepas satu bulan baru mengatakan ada lawatan dan sebagainya. Jangan kata di seluruh dunia ini, di Kementerian Pertahanan hanya Yang Berhormat sahaja boleh membuat kerja atau berjumpa dengan pihak-pihak di luar negara.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are not the only person. You are dispensable Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu mustahak. Nombor satu. Nombor dua, kalau saya tidak salah Yang Berhormat, Yang Berhormat telah diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Bukankah dia mengarahkan untuk memberi penjelasan yang secukup-cukupnya dan cakap meminta maaf jika perlu? Tidak ada apa-apa pertikaian mengenai perkara tersebut. Tidak berani kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ha?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, cukup ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai duduk. Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk, Yang Berhormat Padang Serai duduk.

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri sedang menjawab.

Lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat telah ditetapkan sebulan setengah sebelum Yang Berhormat cabar saya, yang kononnya saya takut. 11.30 pagi beliau mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan. Saya harus menghormati tetamu. Kenapa saya harus berada di Dewan kerana semata-mata cabaran daripada Ahli Yang Berhormat? Penting sangatkah seorang kaki putar belit yang memutar belitkan kenyataan saya, saya perlu tunggu di sini? Sudahlah kalah dalam pertandingan DAP. Kalau DAP mahu tentulah menang. Itu sebab DAP pun tidak mahu, kalah. Lepas ini jangan bertanding lagilah. [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya...

Yang kedua...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Yang kedua, tentang arahan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Selepas beliau buat kenyataan di Tokyo, beliau tidak mengetahui dan tidak membaca Hansard ketika itu. Apabila saya perjelaskan bahawa saya tidak pernah menyebut tentang lack of patriotism. Saya jelaskan ini semata-mata Yang Berhormat Ipoh Barat yang memutarbelitkan. Dia kata “tidak payah minta maaflah. Kenapa saya hendak minta maaf dan apa yang saya tidak ikut arahan kepada beliau?” Penjelasan di Parlimen, saya buat penjelasan secara berhemah di Parlimen semalam dan sehari selepas keluarnya kenyataan itu saya membuat kenyataan akhbar. Sekali lagi kenyataan akhbar itu diputarbelitkan juga oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ikhlas, saya ramai kawan India. Pengundi-pengundi saya ramai India, ramai orang Cina. Saya tidak pernah ada racial dan prejudice dengan izin dengan mana-mana kaum. [Dewan riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Keluar Dewan]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan! Penjelasan. Ministerial statement...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Hei! Jangan balik. Tolonglah. Kasihan Yang Berhormat Ipoh Barat. [Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dibuat kerana untuk menjaga undi bukan Melayu di kawasan Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Mana DAP lain?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You know how sensitive it is.

Tuan Pengerusi, saya berada...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat pada pilihan raya dahulu pun bukan menang undi majoriti yang banyak. Kecil.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Ipoh Barat seorang sahaja. Yang Berhormat Ipoh Barat you are alone already, you are alone!

Yang Berhormat jangan ganggu.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Setiap tahun bukan macam...

Yang Berhormat tolong duduk.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Lone ranger. Only Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

Kena dengar dahulu penjelasan saya. Yang Berhormat kena dengar penjelasan saya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Padang Serai sahaja, kasihan seorang.

Yang Berhormat...

Kena dengar penjelasan saya. Saya ingin tanya Yang Berhormat, pernahkah Yang Berhormat berada di kampus ketika berada di universiti bersahabat dengan lain-lain kaum yang duduk satu bilik? Ketika saya berada pada tahun akhir di Universiti Malaya rakan sebilik saya adalah seorang India. Rakan sebilik bukan satu dorm.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Doesn’t make any different. [Ketawa]

Dan sehingga sekarang beliau menjadi sahabat saya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, tidak relevanlah.

Itu menunjukkan saya tidak pernah ada racial prejudice.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat tanya saya boleh beritahu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Seorang kawan yang duduk dengan saya adalah seorang Melayu dan hakim besar.

Jadi dalam keadaan yang demikian apa yang ingin...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hakim di Mahkamah Tinggi. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

He is a judge in High Court.

Saya jelaskan, usaha-usaha yang telah dibuat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa Yang Berhormat hendak kata? Saya ada saudara Melayu juga. What are you talking?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Oleh Kementerian Pertahanan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat Machang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Penjelasan Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah jelas kata Yang Berhormat tidak perlu untuk minta maaf tetapi Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Very simple, Yang Berhormat Menteri tidak bagi.

Yang Berhormat Padang Serai.

Buat apa bagi dia jalan?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut lack of patriotism, kemudian kata tidak cukup tinggi patriotisme, kurang patriotisme. Apakah maksud Yang Berhormat Menteri tentang kata-kata ini, daripada mulut Yang Berhormat Menteri sendiri apabila sanggupkah Yang Berhormat Menteri mengatakan ini kepada pegawai-pegawai dan kepada mereka yang menjawat jawatan tinggi dalam UMNO yang di charge atas tuduhan- tuduhan rasuah dan sebagainya. Itu boleh dikatakan cukup patriotisme kah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri! Cara Yang Berhormat Menteri kata tadi itu kurang patriotisme. Saya tidak boleh terima.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita ini semua sama tidak kira sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh sertai KEADILAN, kita sama untuk semua. Menang kalah tidak ada sebab. [Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, DAP tidak mahu sama Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat berada dalam UMNO lah. Terima kasih. [Ketawa] Kita tidak perlu.

Tuan Pengerusi, sebagai mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai itulah sifat orang kalah tanding timbalan presiden. [Tepuk] Bukan timbalan, naib presiden. Saya tarik balik.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hello! Yang Berhormat Menteri, kalah menang sama sahaja cuma...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menang atau kalah mesti ada hati hormati satu perjuangan. [Dewan riuh] Ini bukan macam Yang Berhormat Menteri sekali itu.

Tuan Pengerusi...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bila kawan kena, ikut kemudian pusing balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa ini Yang Berhormat Menteri? Kena steady.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya cukup bagi amaran kepada Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat patuh kepada peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi, saya menggulung. Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyertaan warganegara bukan bumiputera khususnya kaum Cina dan India ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Pada dasarnya, adalah salah satu perkhidmatan yang cukup menarik. Oleh yang demikian, ATM sebagai sebuah perkhidmatan yang versatile dan terbuka kepada semua warganegara yang layak dan berminat dengan penugasan lasak sebagai anggota tentera telah mengambil beberapa langkah yang dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak. Disarankan juga oleh Yang Berhormat Machang supaya Angkatan Tentera Malaysia menambahbaikkan skim dan syarat perkhidmatan, gaji dan elaun. Ini selari dengan hala tuju pemodenan modal insan Angkatan Tentera Malaysia di bawah dengan izin Fourth Dimension Malaysia Armed Forces ke arah k-Soldiers.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Keluar Dewan]

Ertinya Yang Berhormat Ipoh Barat, dia takut untuk berada di Dewan ini. Jadi tuduhan itu balik kepada dia. [Ketawa] Selain daripada itu, Angkatan Tentera Malaysia juga mengambil langkah ke hadapan bagi memperlengkapkan peralatan dan aset-aset ke arah pelancaran pelaksana tugas.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Langkah peningkatan penambah dan penambahbaikan...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Tersebut adalah seperti berikut:- (i) mempergiatkan dan menambahkan lagi bilangan promosi kerjaya ATM bersama-sama dengan persatuan- persatuan, NGO pelbagai kaum bagi meningkatkan sistem penyampaian kepada kaum India, Cina dan lain-lain kaum;

(ii) mengadakan pameran dan ceramah kerjaya ATM di sekolah-sekolah menengah dan berasrama penuh yang terdiri daripada pelbagai kaum serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta; (iii) mencetak dan mengedarkan brosur dan pamflet mengenai peluang kerjaya dalam ATM kepada kaunselor di sekolah-sekolah Cina, India, NGO dan lain-lain pertubuhan; (iv) mengagihkan korporat video berkenaan dengan ATM dan peluang-peluang kerja dalam ATM; dan (v) mengadakan dan merancang papan iklan dan lain-lain dengan izin below the line advertisement activities.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat...

Sekian sahaja. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak beranikah Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan habis. Dia lari dari tanggungjawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia takut untuk jawab soalan. [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You must be ready to take me on. Jangan! Bukan macam Yang Berhormat Rembau dan sebagainya, larikan diri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi Maksud Bekalan B.60, Kementerian Pertahanan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10 daripada Maksud Bekalan B.60, Kementerian Pertahanan, Kod 10000 – Emolumen, iaitu dengan memotong gaji Menteri Pertahanan sebanyak RM10 hendaklah disetujukan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, belah bahagi. Saya pohon belah bahagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintah supaya satu belah bahagian dijalankan sekarang... [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Undian dijalankan sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya telah menerima keputusan pengundian dan keputusan undi adalah seperti berikut: Ahli-ahli yang bersetuju 33 undi. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 69 undi. [Tepuk] Usul tidak disetujukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab. Saya baru saja menerima Hansard daripada Parlimen sebentar tadi. Di dalam perbahasan pada 6 Disember 2010, muka surat 35 di bawah sekali itu, Tuan Khalid Abd. Samad (Shah Alam) telah menyatakan ‘bangang’. Jadi ini saya rasa begitu biadab dan kurang sopan sekali dan saya minta ia diputuskan. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia kata pada siapa bangang itu?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya tidak pick up Yang Berhormat perkataan apa yang digunakan?

Bangang itu biullah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa maksud itu?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia kata pada siapa bangang itu?

Masa dalam perbahasan...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yalah, dia kata pada siapa, kepada siapa?

Dia kata kepada Pokok Sena, dia tuju kepada Yang Berhormat Pokok Senalah.

Saya minta ini diputuskan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara ini bukan berlaku pada masa kejadian berlaku dan Yang Berhormat merujuk kepada Hansard. Saya rasa ada baiknya kita rujuk balik kepada Hansard sama ada ia ditujukan kepada siapa Yang Berhormat...

Sebab saya baru terima Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita rujuk kepada Hansard balik dan kita akan timbangkan semula kemudian. Saya tidak boleh buat keputusan pada ketika ini, saya tidak berada di Dewan mempengerusikan dewan pada ketika itu, dan tidak tahu menahu tentang perjalanan dan keadaan pada ketika itu. Saya harap Yang Berhormat bersabar dan kita minta agar perkara ini disiasat terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu boleh diambil..

Saya tunggu Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih. Teruskan Yang Berhormat Permatang Pauh

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, saya pohon Yang Berhormat Menteri dan kementerian memberikan pertimbangan dalam perkara B.030200 – Logistik Pertahanan Darat, muka surat 628. Ini berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan berulang kali di Parlimen dan di luar Parlimen mengenai cara perolehan dan tender. Kita bicara soal strategi pertahanan. Kita bicara soal keselamatan negara. Kita bicara tentang usaha meningkatkan prestasi dan keupayaan, tahap profesionalisme Angkatan Tentera negara kita. Namun kita juga tahu bahawa Kementerian Pertahanan juga merupakan salah satu kementerian atau tempat di mana pemunggahan kekayaan melalui tender dan kontrak dan pembelian senjata yang begitu bobrok dan merosakkan. Kalau ini dibiarkan, ia tentunya akan menjejaskan prestasi pertahanan itu sendiri yang ada disebut dan disentuh oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Apa yang saya hendak sebut di sini mengenai kontrak tidak melibatkan Yang Berhormat Menteri sekarang tetapi saya hendak menunjukkan selain daripada isu-isu yang dibangkitkan, beberapa dokumen yang mengejutkan dan saya harap perkara ini disiasat dan cara jijik penipuan menggunakan tentera, menggunakan Kementerian Pertahanan untuk memperkayakan dua tiga individu itu dihentikan. Ada tender yang dikeluarkan tender terhad sejak 2008 dan diberikan kepada satu atau dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu seperti dokumen yang ada pada tangan saya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang. Jadi, ada seolah-olah pakatan di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan dengan satu atau dua orang tokoh UMNO atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua - tiga orang dan yang lain itu tukang sorak menyokong mereka.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa padahal banyak lagi syarikat tempatan dan bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama. Ada syarikat Gahmata Sajian Sdn. Bhd. – Penswastaan Perkhidmatan Katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sarawak, Sabah dan Labuan bernilai RM800 juta. Dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender diberi, direct nego for MINDEF project. Kemudian dia bagi lagi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn. Bhd. – Penswastaan Perkhidmatan Katering Angkatan Tentera bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung bernilai RM600 juta. Saya hendak sebut di sini, yang kedua ialah nama Komatra. Syarikat Komatra Sajian Sdn. Bhd. bernilai RM600 juta, tuan punya Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abu Fasal. Ketiga, GPB Corporation Sdn. Bhd. – Perkhidmatan Pengangkutan Bas untuk Kem-kem Latihan Khidmat Negara. Kontrak bermula 1 Januari 2009 bernilai RM300 juta. Tuan punya GPB Corporation, alamat pun sama, alamat daftar pun sama. Suit 10(2), 10 Floor, Bangunan Yayasan Selangor yang sebelumnya itu. Level yang sama dan kompleks. Tuan punya ialah Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abu Fasal. Tidak ada Melayu lain. Apa hubungan dua tiga orang ini mendapat keseluruhannya? Hampir RM200 bilion. RM140 juta menggantikan pakaian seragam. Tidak adakah syarikat tentera? Tidak adakah Lembaga Tabung Angkatan Tentera? Tidak adakah Koperasi Tentera? Tidak adakah pegawai-pegawai bekas anggota tentera yang Melayu yang kita hendak bantu? Sebab Yang Berhormat Pasir Salak hendak Melayu, baik kita tolong Melayu. Saya setuju kerana kebetulan 96% Melayu bumiputera di situ. Mana jawapan? Ini Yang Berhormat Menteri sebahagiannya. Saya ada segolong. Puluhan lagi yang berjumlah sekitar. Yang besar saya baca. RM800 juta, RM600 juta, RM300 juta. Ada satu lagi RM31 juta produk kualiti Medical Supplys Sdn. Bhd. iaitu perkhidmatan selenggaraan komprehensif menyeluruh untuk perkhidmatan kesihatan angkatan tentera dari 2007 hingga 2011 bernilai RM31.373 juta. Tuan punya Productive Quality Medical Supply ialah Syed Abu Hussin. Apa hubungannya? Dia orang Perak, Yang Berhormat Pasir Salak ya?

Orang Bukit Gantang.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Walaupun sebelum Menteri Pertahanan. Saya hendak kena jelaskan to do justice to the Minister. Apa dia? Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu dua orang at the expense of our defense forces. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri lebih arif, lebih banyak berdamping dengan pegawai tentera dan angkatan tentera umumnya. Pengorbanan mereka, kesusahan mereka, malah taraf kehidupan peringkat rendah yang kita anggap masih rendah tetapi pengumpulan kekayaan atas nama dan kepentingan pasukan tentera oleh beberapa kerat ini tidak boleh diteruskan. Dari kesihatan, perubatan, bas, makanan, penyelenggaraan kemudahan, semuanya kepada syarikat yang sama. Saya boleh rumuskan dan baca. Tentunya masa tidak mengizinkan dan Yang Berhormat Menteri tahu. 60 rangkaian syarikat. Kalau boleh tengok umpamanya, nama di atas ini syarikat yang dia punya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, kebanyakannya tempat alamat pejabat pun sama. Mustahil Kementerian Pertahanan tidak tahu. Saya jawab di sini mustahil kalau ada menyebut dia tidak tahu wujudnya satu kepentingan berpuluh syarikat begini. Ini Tuan Pengerusi, platoon lie. Satu penipuan memunggah kekayaan atas nama syarikat bumiputera, mengetepikan kepentingan ramai. Yang Berhormat Menteri, saya pohon perkara ini disiasat dan dihentikan. Kalau perlu, dibatalkan dan terhad. Agih semula kepada ramai Melayu lain termasuk bekas tentera dan Koperasi Tentera dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. [Tepuk] Projek ini keseluruhannya hampir RM2 bilion, Tuan Pengerusi.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau disiasat Yang Berhormat Menteri, saya percaya harus sekarang patut tahu. Mahu ada kaitan dengan pihak paling tertinggi di Kementerian Pertahanan pada ketika itu. Mustahil, diagihkan sebegitu rupa dan diarah pegawai- pegawai begitu. Oleh sebab itu tidak mahu tender. Padahal kita boleh buat selected tender. Masih boleh pertahankan kepentingan. Saya bersetuju kita pertahankan kalau kepentingan koperasi tentera, lembaga tabung tentera, koperasi polis dalam bidang masing-masing yang kebetulan dianggotai oleh majoriti Melayu atau bumiputera. Akan tetapi bukan cara ini memperkayakan satu syarikat. Satu orang 60 syarikat tetapi semua namanya dengan sebahagian besar alamat yang sama.

Laluan. Tuan Pengerusi, laluan pendek saya. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh sedar dalam pendedahan ini apabila nama disebut tadi? Kebetulan watak itu adalah pemimpin penting UMNO Bukit Gantang. Rangkaiannya itu membabitkan juga bekas setiausaha politik pemimpin tertinggi negara. Ada juga rangkaian berkaitan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sekarang sedang menjawat jawatan. Kalau berbahas dalam Dewan ini memang isu Melayu dahululah. Akan tetapi di belakang ini rupanya itu baru sekelumit cuma, itu baru tip of the iceberg. Dokumen yang kita peroleh dan kita semak memualkan. Jadi hentikanlah lakonan. Jangan lagi cakap soal ketuanan Melayu. Yang Berhormat Timbalan Menteri ini kalau ada lagi hendak cakap hentikan. Tidak perlu berpura-pura lagi. Ketuanan Melayu cuma kembungkan dan gendutkan perut sendiri atas nama ketuanan Melayu. [Tepuk] Oleh sebab itu kita qualify, menggesa..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju untuk Yang Berhormat Menteri Pertahanan sekarang memulakan kerana insiden ini membabitkan kepimpinan kementerian yang terdahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.

Mohon pandangan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Itulah sebabnya saya menggesa dengan sesungguhnya supaya Yang Berhormat Menteri sekarang mengambil langkah yang proaktif. Memperbetulkan kesilapan awal. Saya tidak tahu bagaimana dan saya tahu tidak mudah ia dibetulkan. Bagaimana hendak dibetulkan kerana keadaan tender itu sudah pun berlalu. Akan tetapi saya kira cukup kekuatan kalau ada political will

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Menteri berkenaan dan kerajaan untuk menahan. Kalau betul- betul Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang ini benar-benar patriotik!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya!

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dan cinta kepada angkatan tentera dan mahu mutu perkhidmatan mereka ditingkatkan. Ubah, cukuplah dengan penipuan yang sedemikian banyak. Dan yang anehnya seperti mana Yang Berhormat Machang, ialah beberapa kelompok yang berkepentingan, yang berkaitan bukan sahaja dengan Syed Hussin. Inilah yang paling lantang pertahan ketuanan Melayu punya. Rupanya ketuanan gendut sendiri. Nama ketuanan Melayu, saya hendak tanya kalau benar mengapa tidak diagihkan? RM2 bilion Yang Berhormat Pasir Salak. RM2 bilion punya. Jadi, ini saya minta yang pertama. Saya kena rumuskan untuk menjimatkan masa. Keduanya B.010100 – Pentadbiran dan Dasar Pertahanan iaitu tentang empire perniagaan yang sekali lagi melibatkan hampir 90 projek pembekalan pelbagai langsung cook house yang dipunyai oleh Kementerian Pertahanan yang bernilai ratusan juta ringgit.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya tidak benarkan Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat Permatang Pauh sudah habis. Tidak payah mencelah lagi Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit boleh.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak payah mencelah Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya boleh tetapi Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis masa Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik, okey baik. Saya hormat Tuan Pengerusi. Ini berlanjutan. Oleh sebab itu apabila kita ungkit isu komisen macam setengah bilion atau EUR100 million, kapal selam scorpene itu dalam konteks yang sama. Dia satu paten yang sama. Meragut kekayaan daripada negara.

[Memasuki Dewan]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia sesuai, saya hendak habis sahaja Yang Berhormat Kepala Batas sampai. Jadi hal yang sama, oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengkaji dan memberi jawapan yang tegas kerana saya mempunyai dokumen ini. Saya tidak mahu berbalah nanti dengan Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan saya pula nanti digantung tambahan lagi. Ini kerana saya bukan sahaja mendapat sumber maklumat dari dalam tetapi saya dapat menyemak sendiri maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana nama Syed Abul Hussin ini berulang kali masuk dalam semua syarikat yang berkaitan. Ini sebahagian daripadanya. Jadi, bagaimana kita hendak elak? Saya rasa sangat kesal Tuan Pengerusi. Saya nampak muka Tuan Pengerusi pun nampak gusar, ya betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya pun tahu, masa pun sudah habis Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya betul, bukan soal masanya. Soal wangnya pun banyak habis ini. [Ketawa] Jadi, saya berharap Tuan Pengerusi – terima kasih kerana bagi laluan ini. Saya ada beberapa isu lain tetapi saya fikir isu Syarikat Syed Abul Hussin ini adalah satu contoh bagaimana nama ketuanan Melayu disalahgunakan oleh kelompok elit penguasa memperkayakan diri mereka dan memperalat nama Melayu yang majoriti. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Hidup Melayu! Hidup! Hidup!

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sebentar tadi yang menyebut tentang perkara tawaran tender di mana dikatakan dibolot oleh beberapa buah syarikat tetapi milik seorang individu. Itu maklumat yang diberikan perlu diperiksa kerana kalau begitu banyak syarikat, saya rasa tidak mungkin ia adalah beneficiarynya ataupun yang mendapat faedah daripadanya adalah seorang. Saya tidak tahu kemungkinan ada pengusaha- pengusaha lain juga di dalam kumpulan syarikat itu yang juga. [Disampuk] Tolonglah diam! Tolonglah diam! Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh bercakap, saya diam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, saya bersetuju Yang Berhormat. Yang lain kena diam. Peraturan mesyuarat ya.

Kalau hendak bergaduh boleh di luar. Di sini di dalam jangan bergaduh. [Disampuk] Ya, kalau hendak tunjuk handal, samseng dan sebagainya di luar. Not in the Dewan yang mulia ini. Jadi, berbalik kepada perkara yang dibangkitkan, saya meragui butiran yang diberikan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh kerana syarikat-syarikat tidak mungkin satu orang menjadi pemilik syarikat itu. Ini kerana kita tahu peraturan-peraturan pendaftaran syarikat dan pemilikan syarikat. Jadi saya harap perlu diperiksa dahulu oleh pihak Yang Berhormat Menteri dan kita tidak boleh menerimanya secara bulat-bulat. Akan tetapi tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa ketuanan Melayu atau dasar yang disokong oleh ketuanan Melayu hanya untuk perut sekumpulan orang Melayu sahaja, saya rasa itu tidak betul. Ini kerana kita bukan mempersoalkan ekonomi ataupun rezeki ataupun peluang RM2 bilion dalam negara kita. Hasil mahsul kita bukan RM2 bilion, bukan RM20 bilion, bukan RM500 bilion. Banyak daripada merdeka sehingga hari ini , rezeki dan nikmat yang diperoleh oleh negara kita diagih-agihkan dan banyak yang telah mendapat kekayaan termasuk juga Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat seorang yang kaya. Tuan-tuan jangan salah faham. Dia kaya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan sentuh peribadi Ahli-ahli.

Tidak peribadi, ini betul. Saya hendak kata di sini beliau seorang yang kaya.

Tahu, apa kena mengena dan apa kaitan dengan tuduhan kekayaan?

[Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sebab itu saya tegur. Oleh sebab itu saya tegur Yang Berhormat Pasir Salak.

Kekayaan saya dijadikan..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya sudah tegur dengan Yang Berhormat Pasir Salak...

Ya, ya, kena sentuh. Kena sentuh sebagai contoh. Saya hendak sebut di sini juga, semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak hendak habiskan dalam masa 15 minit atau hendak sambung?

Saya hendak habiskan dalam masa 15 minit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan dan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, berapa banyak yang diberi kepada syarikat-syarikat tertentu yang bernilai ratus-ratus juta ringgit.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat Pasir Salak?

Tunggu, saya hendak habiskan di sini. Dan apabila berlaku krisis, berlaku insiden kepada beliau...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud bangun Yang Berhormat.

Sekejap, saya akan beri. Saya hendak habiskan ayat ini. Orang-orang yang mendapat projek besar- besar daripada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh telah lari – lari ke Indonesia, lari ke Australia, lari ke seluruh negara! Mana dia Rahim Ghouse? Mana Rahim Ghouse? Mana lagi satu orang yang lari ke Indonesia?

Tuan Pengerusi, saya tidak lari. Saya ditahan di bawah ISA. [Ketawa] Saya tidak lari.

Saya tidak kata Yang Berhormat Tumpat.

Saya cabar akhbar untuk melaporkan kononnya kekayaan saya itu dan akhbar tarik balik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tunggu sebentar. Tadi saya bercakap..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak sebut nama Yang Berhormat pun tadi.

Saya sudah pergi kepada tajuk yang lain. Saya rasa mana itu Rahim Ghouse? Rahim Ghouse mana? Berapa ratus juta Rahim Ghouse dapat projek?

Apa kena mengena dengan Rahim Ghouse ini?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat yang lain duduklah Yang Berhormat.

Mana lagi yang sudah arwah itu?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Pasir Salak mengesahkan rompakan-rompakan yang dilakukan oleh...

Ini Kementerian Pertahanan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dengarlah dahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Batu, hendak minta jalan, minta jalan baik-baik ya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Pasir Salak, saya cuma hendak bertanya sebagai orang baru – Yang Berhormat Pasir Salak dengarlah. [Ketawa] Yang Berhormat Pasir Salak, saya hendak bertanya tadi sementara saya tidak mahu memperlekehkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tentang tuduhan-tuduhan yang perlu dijawab dan diberi jawapan, saya terinterested dengan izin – minta maaf Tuan Pengerusi ya – berminat dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa ada paten tadi. Paten kononnya ini berlaku secara sistematik. Saya ingin bertanya sama ada paten ini juga berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu di mana di Sarawak kita tahu ada syarikat Sembiro di Sarawak yang mendapat bermacam- macam projek. Kita tahu. Jadi kalau betul paten itu berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Kalau betul, saya rasa beliau perlu minta maaf dahulu sebelum..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak mahu balikkah Yang Berhormat?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, minta maaf dahulu barulah boleh mengatakan tuduhan-tuduhan sebegitu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak boleh habiskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri pun dah balik dah. [Ketawa] Ada wakil? Jadi, saya hendak bertanya, jangan dia bercakap double standard. Hendak kata double standard pun, bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini dan juga mantan Perdana Menteri yang ada hari ini iaitu Yang Berhormat Kepala Batas, mereka tidak mengamalkan seperti apa yang diamalkan oleh beliau semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Kita tahu semua ini. Tadi saya sebut Rahim Ghouse. Saya hendak sebut lagi siapa – arwahnya Nasaruddin lari ke Indonesia. Lagi – saya tidak mahu sebutlah, banyak lagi nama kalau hendak sebut. Nazri Abdullah dia orang kata di sini. Senarainya begitu panjang dan kalau dikumpulkan, bukan dua bilion mungkin berpuluh bilion.

Yang Berhormat Pasir Salak, penjelasan sedikit.

Jadi sebab itu..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.

Yang Berhormat Balik Pulau...

Boleh celah sedikit?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Penjelasan sedikit boleh?

Jadi Yang Berhormat- Yang Berhormat di sebelah sana – daripada PKR, Parti Keadilan, DAP dan apa semua, saya tengok muka-muka baru belaka. Tidak tahu kisah ini. Semasa Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan – tidak tahu. Jadi dengan sebab itu...

Penjelasan sedikit.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya tahu!

Yang Berhormat Sungai Petani pun tidak ada. Saya tidak tengok muka pun masa itu dalam politik ini. Tidak ada!

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Ada.

Tidak ada. Baru ini sahaja.

Bagi penjelasan sedikit.

Itu menang pilihan raya pun entah macam mana – nasib. Menang nasib! Tidak jangka hendak menang pun!

Minta penjelasan Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Sembilan ribu nasib kah? Sembilan ribu undi.

Jadi saya gulung di sini Yang Berhormat.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Sembilan ribu undi kalahkan Menteri tahu! [Ketawa]

Saya sudah gulung. Saudara saudari Yang Berhormat sebelah sana, jangan percayalah apa cakap Ketua Pembangkang itu.

Itu cakap kedai kopi.

Itu sebab saya tidak percaya. Saya sebelah sini, saya tidak sokong.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pasir Salak...

Banyak benda...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pasir Salak, dengan rakyat boleh tipulah, dengan MP mana boleh.

Tipu apa? Saya tidak ada tipu. Ini saya hendak tanya, Rahim Ghouse kenal tidak? Yang Berhormat tidak kenal Rahim Ghouse. Yang Berhormat tidak kenal siapa Nasarudin. Tidak kenal!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak kenal.

Siapa Datuk Seng tidak kenal! Siapa Nazri Abdullah tidak kenal! Seorang pun tidak kenal. Dahulu lecturer di universiti sahaja. Bermain dengan student sahaja. Mana tahu hal ini semua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pasir Salak mungkin tidak kenal saya. [Ketawa]

Kenal. Tidak tahu apa cerita ini semua. Dengan sebab itu, tidak usahlah – buang masa sahaja. Saya menyokong.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pasir Salak tadi – kita berjuang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 13 Disember 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang.