Dewan Rakyat · 14 December 2010

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 1,041 turns · 51,283 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

1. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai Universiti APEX pertama negara iaitu sebagai sebuah universiti penyelidikan. Memandangkan pengiktirafan ini sangat baik, adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah lagi pengiktirafan Universiti APEX ini supaya dapat meningkatkan mutu penyelidikan negara.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, buat masa ini hanya Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah diberikan status untuk menjalankan program dengan izin, Accelerated Programme for Excellence atau ringkasnya APEX. Dieja A-P-E-X. Minta dibetulkan dan bukan A-P-E-C seperti dalam soalan asal. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan IPT Malaysia supaya setanding dengan universiti-universiti terkemuka dunia. Pertambahan bilangan IPT yang akan melaksanakan program APEX akan dibuat bergantung kepada perkembangan semasa. Tuan Yang di-Pertua, perancangan program APEX sebenarnya tidak hanya tertumpu pada satu pendekatan sahaja, malah terdapat tiga track program APEX iaitu: (i) Track 1 - berdasarkan tema transformasi dan berfokus kepada IPT yang sedia ada. Track ini yang telah bermula pada bulan Jun 2008 dengan pemilihan USM sebagai Universiti APEX pada 3 September 2008; (ii) Track 2 - memberi fokus kepada institusi, program dan pusat kecemerlangan dalam universiti bukan APEX; dan (iii) Track 3 - berdasarkan tema pengembangan dengan izin, development dan memberi fokus kepada institusi yang baru dan yang baru muncul.

Dato’ Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya kita ingin melihat semua IPTA di Malaysia dinobatkan sebagai Universiti APEX. Dalam hal ini soalan tambahan saya, adakah kerajaan mempunyai garis panduan yang diberikan kepada universiti- universiti penyelidikan kita? Juga cara-cara atau kaedah-kaedah untuk meningkatkan kualiti penyelidikan? Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sebenarnya sambil kita menghormati kedudukan universiti-universiti kita dari segi autonomi akademik mereka, kita sentiasa menasihati IPT dengan memberi semacam garis panduan untuk cuba meliputi dalam usaha kita hendak meningkatkan kualiti penyelidikan yang dilakukan oleh semua IPT kita. Namun demikian, yang paling utama ialah setiap IPT itu harus mempunyai ekosistem yang kondusif untuk menggalakkan penyelidikan dilakukan dengan cara yang terbaik.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk menyenaraikan tujuh perkara yang selalu kita sebut kepada IPT kita iaitu: (i) dari segi kualiti dan reputasi staf akademik yang dikenali pada peringkat antarabangsa; (ii) pengiktirafan penyelidikan yakni pada peringkat nasional dan antarabangsa, misalnya memenangi hadiah ataupun geran penyelidikan, jumlah pattern, penerbitan dan sebagainya; (iii) program akademik yang ditawarkan, termasuk juga dari segi pemilihan oleh pelajar dan relevannya dengan pasaran; (iv) kepimpinan dan pengurusan institusi; (v) jalinan strategik dengan pihak industri dan pemegang taruh dengan izin, stakeholders yang lain terutamanya dari segi kerjasama, kajian dan penyelidikan; (vi) infrastruktur yang canggih dari segi kampus, perpustakaan, makmal dan sebagainya; dan seboleh-bolehnya bebas daripada sumber kewangan kerajaan dan mempunyai punca kewangan sendiri.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Contohnya daripada segi endowment dan juga kolaborasi dengan industri dalam kerja-kerja kajian dan penyelidikan. Kita juga menggalakkan setiap daripada IPT kita untuk mencerna ‘bidang’ masing-masing dengan izin, niche area daripada segi penyelidikan mereka supaya mereka boleh melonjakkan keupayaan mereka daripada semasa ke semasa. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan. Tempoh hari ketika Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi membuat penggulungan pada peringkat perbahasan jawatankuasa, Yang Berhormat menteri memperakui tentang terhadnya peruntukan bagi menjayakan cita-cita Universiti APEX dalam konteks ini, USM. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar kekangan terbesar yang dihadapi oleh USM dalam melaksanakan pusat inovasi ialah kegagalan mendapatkan bajet pada angka yang munasabah untuk mereka take off daripada segala perancangan yang telah mereka usahakan? Ini satu perkara besar. Setakat mana sebenarnya serius dan komitmen kerajaan untuk menilai masalah ini?

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya seperti yang saya sebutkan tadi dan seperti juga yang telah dijawab dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Menteri ketika menggulung Bajet 2011 pada peringkat Dasar dan pada peringkat Jawatankuasa, tidak bermakna bahawa kita tidak menyediakan bajet yang secukupnya. Setakat yang termampu kita akan sediakan. Namun demikian, kalau hendak dikatakan bahawa setiap permintaan itu dapat kita penuhi secara 100%, itu Yang Berhormat maksudkan adalah sebahagian daripada kekangannya. Namun demikian, saya ingin laporkan di sini, daripada segi kedudukan dan keupayaan USM sebagai Universiti APEX, pada 2 Disember yang lepas, pasukan peer review telah melawat USM dan melihat pencapaian mereka sejak mereka diberikan status Universiti APEX. Didapati bahawa pencapaian dan kemajuan mereka itu memenuhi 20 KPI yang telah dipersetujui bersama antara USM dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Suka saya sebutkan, daripada segi penjanaan pendapatan hasil pengkomersialan R&D, USM telah berjaya meraih pendapatan ataupun penjanaan pendapatan hasil pengkomersialan R&D sebanyak RM1.5 juta dan ini adalah lebih tinggi daripada universiti-universiti penyelidikan yang lain. Bagi tahun 2011, sebagai universiti penyelidikan, USM akan menerima bajet sebanyak RM80 juta yang sebahagian besarnya akan digunakan untuk R&D, manakala sebagai Universiti APEX, mereka akan juga menerima sebanyak RM80 juta pada tahun 2011, yang sekali lagi sebahagian besarnya adalah untuk R&D dan jumlah ini boleh mereka mohon untuk tambahan daripada semasa ke semasa. Jadi kalau hendak

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

dikatakan bahawa kita tidak dapat memenuhi secara 100% permintaan daripada segi peruntukan R&D daripada USM malahan universiti-universiti yang lain, itu memang benar, 100% tak mungkin tetapi sedaya upaya kita, kita cuba. Pada waktu yang sama kita menggalakkan pihak Universiti APEX dan universiti penyelidikan untuk meningkatkan kolaborasi mereka dengan pihak-pihak industri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua yang budiman, mohon satu soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Yang Berhormat Menteri, mohon sikit penjelasan. Tadi Menteri mengatakan mengenai antara asasnya ialah mengenai aspek development di dalam kayu ukur APEX tadi. Soalan saya, apakah penilaian Universiti APEX ini terhadap satu lagi pendekatan iaitu impak sosial setempat? Sejauh mana setakat fakta yang Menteri ada ianya memberi impak sosial kerana pada pandangan saya, impak sosial terhadap Balik Pulau, separuh daripada Pulau Pinang itu tempat kelompok masyarakat yang agak marhaen, agak kurang terserlah. Mohon penjelasan.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam mana-mana literature review dengan izin, tentang keupayaan dan keberkesanan universiti penyelidikan, impak sosial daripada penyelidikan itu sangat mustahak. Sebagai contohnya, kajian yang dibuat oleh Charles and West dan beliau terbitkan sebuah buku tentang The American Research University mengkaji perkembangan apa yang dipanggil The Great University of The US dengan izin, daripada perang dunia kedua sampai ke sekarang. Satu daripada komponen utama yang menyerlahkan keupayaan universiti itu ialah sejauh mana research itu dapat meninggalkan impak secara langsung kepada komuniti tempatan. Dalam konteks ini ada dua perkara, Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah dalam pengetahuan saya, USM memang dalam mission statement nya itu ada program outreach, bukan outreach yang dilakukan oleh mahasiswa seperti Bakti Masyarakat tetapi outreach yang memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh para pensyarah dan fakulti itu ada dampaknya kepada masyarakat. Saya tidak dapat hendak sebutkan dengan detail tetapi saya tahu. Yang keduanya mereka ada program di bawah konsep kelestarian yang termasuk soal green technology dengan izin dan juga soal alam sekitar. Mungkin tak kena Balik Pulau sangat tetapi mungkin di kawasan yang lain sebab saya tahu misalnya ada komuniti tempatan yang mempunyai hubungan yang agak akrab dengan USM. Kalau USM boleh melahirkan beberapa program utama negara daripada segi konsepnya seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dan TEKUN, maka yakinilah bahawa USM sentiasa ada kesinambungan daripada segi idea dan pelaksanaannya kerja-kerja yang ada impak dan dampak sosial. Ketiganya Tuan Yang di-Pertua ialah kita di KPT meminta setiap universiti untuk bekerjasama dengan kolej komuniti untuk menjadikan kolej komuniti itu sebagai jambatan yang akan membawa hasil-hasil penyelidikan yang bersesuaian untuk dipraktikkan secara langsung dalam komuniti tempatan. Terima kasih.

Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu · question

2. Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada tahun 2005 hingga sekarang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Machang atas soalan ini. Kerajaan tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat pengisytiharan bankrap. Ini adalah kerana kerugian ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan ialah daripada segi kes-kes kerugian melibatkan individu usahawan atau pakar dalam bidang tertentu yang diisytiharkan bankrap umpamanya, individu bankrap yang berkemahiran tinggi atau pakar dalam sesuatu bidang ekonomi atau industri seperti bidang guaman dan kewangan. Akibat daripada kebankrapannya, individu berkenaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Insolvensi untuk terus bekerja dalam profesion masing-masing. Seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kebankrapan 1967 atau

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

dihalang daripada terus bekerja di dalam profesion berkaitan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dengan profesion masing-masing. Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan ringkas Menteri. Bankrap yang saya faham Tuan Yang di-Pertua ialah orang yang berhutang tak mampu bayar hutang. Ada yang individu bankrap, ada syarikat bankrap. Di negara kita, banyak syarikat yang tak mampu bayar hutang tetapi kerajaan selamatkan. IWK dimulakan oleh syarikat, buat projek tetapi tak mampu dapat untung, kerajaan selamatkan. Soft loan, subsidi dan sebagainya. PUTRA LRT pun macam itu.

Saya boleh senaraikan banyak lagi syarikat yang tidak mampu bayar hutang kerajaan selamatkan. Individu dan syarikat yang berniaga kecil-kecilan bankrap kerana masalah ekonomi dan sebagainya, kita kenakan di bawah Akta Kebankrapan. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di sana ada satu pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan saat mengumumkan bajet tempoh hari hendak disatukan Akta Insolvensi dengan Akta Kebankrapan dan Akta Syarikat. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan mekanisme penyelamat dalam hasrat menyatukan kesemua Akta Kebankrapan ini. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang atas soalan ini. Untuk maklumat Yang Berhormat, setakat ini adalah satu proses yang ideal untuk memberikan bankrap ini satu peluang, second chance untuk mengendalikan lagi business ataupun kehidupan mereka selepas mereka diisytiharkan bankrap. Ini adalah matlamat utama dalam proses yang baru untuk memberi mereka peluang berniaga ataupun menjalankan aktiviti harian mereka. Dalam proses perundangan yang dibentangkan ini ataupun dicadangkan ini masih lagi dalam tinjauan dan study. Setakat ini apabila study telah pun dijalankan pihak berkenaan akan memaklumkan kepada semua mengenai perkara ini. Sekian terima kasih.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, kita memahami bankrap ini adalah orang-orang yang tidak boleh membayar hutang mereka, tetapi apa polisi kerajaan terhadap orang-orang, individu-individu yang bankrap dan perlu menunaikan ibadat haji contohnya? Apakah mereka dibenarkan untuk mengerjakan ibadat haji ataupun dalam kes-kes yang tertentu di mana keluarga mereka berada di luar negara dan dalam keadaan nazak, sakit dan sebagainya. Apakah kerajaan membenarkan mereka untuk keluar daripada negara ini dalam kes-kes yang tertentu ini? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud atas soalan tambahan ini. Tuan Yang di-Pertua, semua bankrap berhak daripada segi undang-undang untuk memohon kepada mahkamah mendapat discharge selepas suatu period, mereka telah pun diisytiharkan bankrap dan permohonan itu boleh dibuat melalui guaman ataupun bankrap kepada pihak mahkamah dan pihak insolvensi, Malaysia Department Insolvency akan meninjau dan mengkaji permohonan tersebut sama ada akan mendorong ataupun menyokong permohonan itu. Akan tetapi terutama sekali ialah untuk pihak creditors sama ada pihak creditors akan membantah ataupun tidak atas permohonan itu. Bagi mereka yang ingin menjalankan ibadat haji ataupun memohon keluar dari negara ini untuk membuat lawatan ke negara lain atau pun untuk mendapatkan perkhidmatan seperti mengadakan medical semua itu mereka boleh memohon kepada pihak KPI iaitu Ketua Pengarah Insolvensi dan Ketua Pengarah Insolvensi akan memberi kelulusan untuk mereka keluar daripada negara dan juga kepada mereka yang ingin menjalan ibadat haji di tanah suci. Kerajaan tidak menghalang sekiranya mereka membuat permohonan dan permohonan itu dapat mengikut semua aturan undang-undang.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Sebelum saya mendatangkan soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucap tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua, semalam Tuan Yang di-Pertua amat berjaya dari 2.30 sampai 7.30, lima jam

tidak berganti-ganti, Tuan Yang di-Pertua seorang sahaja di atas. Saya ingin petua macam mana ilmu Tuan Yang di-Pertua boleh tahan macam itu kalau boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Seperti juga Yang Berhormat Machang sama, punca bankrap ini kerana tidak bayar hutang. Penagih tidak ada jalan lain, menuduh dan sebagainya. Antara rakyat kita yang terlibat mendapat gelaran ataupun title bankrap ini ialah golongan yang menggunakan kad kredit. Saya difahamkan 27% anak-anak muda kita jadi bankrap kerana tidak terdaya membayar hutang kad kredit. Di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita pernah menyuarakan apakah Bank Negara tidak dapat melihat perkara ini di mana kadar faedah kad kredit itu begitu tinggi Tuan Yang di-Pertua, 12%, 13%, 14%, 15% dan ada sampai 18% dan oleh sebab tingginya kadar ini, itu menyebabkan hutang yang mereka buat ini tidak terdaya hendak dibayar. Jadi saya sekali lagi merayu di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, di hujung-hujung persidangan kita yang tamat pada hari Khamis ini sebelum kita bercuti, boleh atau tidak Bank Negara melihat perkara ini? Kasihan Tuan Yang di-Pertua golongan muda kita. Jadi boleh Yang Berhormat mengambil perhatian dan tindakan kepada masalah ini? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading atas soalan tambahan lagi. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya untuk mengelakkan untuk menjadi seorang yang bankrap adalah tugas seseorang untuk mengendalikan hal ehwal kewangan mereka masing-masing dengan baik. Itulah yang dapat mengelakkan seseorang menjadi bankrap, Apabila berhutang, bayar. Kalau tidak bayar, itulah masalahnya di mana pihak bank akan mengambil tindakan. Untuk soalan mengenai kad kredit, mengikut rekod saya sehingga Oktober tahun ini, terdapat 87 dan 583 bankrap di negara ini dan di mana hanya 4,651 yang terlibat dengan hutang kad kredit. Ini adalah merangkumi 5.31% daripada jumlah bankrap itu. Jadi memang ini terlibat dengan golongan yang muda dan kita juga faham bahawa mereka mungkin tidak dapat mengendalikan hal ehwal kewangan mereka dengan cekap. Walau bagaimanapun, semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dalam perkara ini dan saya akan cadangkan untuk berjumpa dengan pihak yang berkenaan dalam mengendali isu hutang kad kredit yang melibatkan pemuda-pemuda. Sekian, terima kasih.

Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang · question

3. Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk membekalkan elektrik kepada semua kawasan pedalaman terutamanya di Sarawak dan berapakah peratus kawasan pedalaman setakat ini yang sudah pun dibekalkan dengan kemudahan asas ini. Adakah hasil daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan setakat ini memuaskan dan jika tidak, apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang kerana mengemukakan soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian di bawah tempoh NKRA iaitu bermula daripada tahun ini sehingga tahun 2012 menyasarkan untuk mencapai liputan bekalan elektrik 95% di negeri Sabah dan Sarawak, 99.9% di Semenanjung Malaysia. Bagi mencapai sasaran ini, kira-kira 141,800 buah rumah tambahan iaitu 77,800 di negeri Sarawak, 57,000 di negeri Sabah dan 7,000 di Semenanjung Malaysia perlu disambung dengan bekalan elektrik 24 jam.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

Sehingga akhir 2009, liputan bekalan elektrik di negeri Sarawak telah mencapai 66.5% dan kementerian mengunjurkan bahawa liputan ini akan meningkat

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II · Selangau

kepada 71.1% pada akhir tahun ini apabila projek bekalan elektrik luar bandar tahun yang dirancang untuk disiapkan tahun ini telah siap pada hujung bulan ini nanti. Dalam usaha untuk memastikan sasaran NKRA untuk mencapai liputan bekalan elektrik 95% di negeri Sarawak tercapai, kerajaan telah menubuhkan Makmal NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar yang berfungsi untuk membuat perancangan kewangan dan pelaksanaan projek, merangka pelan penambahbaikan, proses pelaksanaan dan memantau kemajuan pelaksanaan projek secara berkala. Kementerian juga dari masa ke semasa, akan menilai pencapaian pelaksanaan projek dan membuat penambahbaikan kepada perancangan awal untuk memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai. Dengan adanya mekanisme tadi, kementerian yakin bahawa semua sasaran yang ditetapkan akan dicapai pada akhir 2012. Sekian, terima kasih.

Datuk Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan dan komitmen daripada kerajaan untuk membekalkan elektrik kepada Sarawak, khasnya kawasan pedalaman. Soalan tambahan saya, dengan pembinaan Bakun, adakah kerajaan bercadang untuk menyambung penempatan semula Bakun di Sungai Asap dan Pekan Pelaga ke Grid Utama dari Bakun? Penjanaan elektrik sekarang menggunakan diesel generator yang tidak economical. Saya harap kerajaan akan menunjukkan komitmen ke arah ini supaya rakyat di jalan raya Bakun, Sungai Asap dan Pekan Pelaga amnya dapat bekalan elektrik yang lebih luas. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Sebenarnya saya tahu Yang Berhormat dari Hulu Rajang juga menyentuh isu yang sama semasa bahas di peringkat jawatankuasa, kalau saya tidak silap. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara penyambungan atau pun membekalkan elektrik ke Asap ini sebenarnya sudah dibincangkan bersama Sarawak Energy Bhd. (SEB) dan Sarawak Hidro Sdn. Bhd. pada 2 Ogos tahun ini. Perancangan awal SEB ialah untuk menyambung bekalan elektrik dari pencawang masuk utama, Samalaju ke Sungai Asap, bukan direct dari empangan Bakun. Cadangan ini masih di peringkat kajian dan akan dimuktamadkan selepas Empangan Hidro Bakun mula beroperasi besar kemungkinan pada November 2011. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang peratus yang belum ada capaian elektriknya di Semenanjung khasnya di kawasan luar bandar dan juga ingin mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri, berkenaan dengan Tabung Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik yang di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dengan peratus tertentu juga diagihkan juga kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membantu menyampaikan elektrik ini kepada kawasan-kawasan pedalaman khasnya, yang tidak upaya dicapai melalui talian grid. Jadi saya ingin tahu sejauh manakah jumlah tabung ini yang telah dimanfaatkan oleh kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri, khasnya dalam capaian elektrik pada kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Liputan di Semenanjung setakat ini ialah – jangan khuatir, ada rekod saya di sini, tapi saya kena rujuk dulu. Di luar bandar Semenanjung, saya bagi Yang Berhormat nantilah, I’ve got the information here, tapi saya lupa dah. Begitu banyak data di sini. Akan tetapi seperti saya katakan tadi, target kita ialah 99% at the end of NKRA programme untuk Semenanjung. Itu untuk luar bandar, dan berkenaan dengan tabung tadi, tabung itu bukan di bawah KKLW, ia di bawah Kementerian Teknologi Hijau. Kalau dapat salurkan pertanyaan Yang Berhormat kepada kementerian yang berkenaan lah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat perhatikan, saya membenarkan tiga soalan tambahan daripada soalan 1 hingga soalan 3 ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, singkatkan soalan, mukadimah tidak panjang. Jadi kita akan buat begitu. Sila Yang Berhormat Pendang.

Memang saya singkat sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat di kawasan-kawasan luar bandar misalnya, hendak masukkan satu line elektrik daripada grid biasa, kalau yang jauh sikit dia kena tiang, RM700. Kemudian tarik wayar hitam RM450, walaupun rumah itu berkembar. Kalau berkembar kena bayar RM900, walau pun satu sahaja wire hitam daripada talian grid. Kemudian meter RM150. Jadi saya rasa target untuk mencapai 99% yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ini mungkin agak sukar untuk dicapai, kalau sekiranya kos ini masih diletakkan oleh TNB. Tambahan pula kita dengar takrif elektrik akan dinaikkan mungkin bila-bila masa akan datang ini, saya tidak tahu. Jadi saya harap pihak kementerian boleh tidak memberi jaminan bahawasanya kos-kos ini dapat dikurangkan untuk kemudahan mereka yang berada di luar bandar, yang agak sukar mendapat bekalan elektrik sekarang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Pendang. Saya akan bawa pandangan Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Menteri sendiri. Akan tetapi biasanya kementerian kita bila kita menghadapi kos yang agak terlalu tinggi, dalam kita punya pandangan, kita akan berunding terus dengan pihak-pihak yang tertentu. Biasanya mereka bersimpati dengan apa yang kita kemukakan, terutama sekali yang berkaitan dengan orang miskin. Sekian.

Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput · question

4. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kementerian menetapkan syarat-syarat minimum berkaitan rumah-rumah pangsa kos rendah dari segi saiz unit, sistem aliran air bilik mandi dan kemudahan awam seperti padang permainan dan dewan komuniti.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan pada Yang Berhormat Sungai Siput. Untuk maklumat Yang Berhormat, projek perumahan rakyat atau pun projek PPR dilaksanakan pada masa ini adalah berdasarkan kepada standard yang ditetapkan di bawah CIS1 ataupun Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Teres dan CIS2 Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa yang keluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia atau CIDB. Bagi semua projek perumahan kos rendah, luas ruang lantai minima yang ditetapkan adalah 650 kaki persegi. Walau bagaimanapun, bagi projek baru PPR di bawah RMKe-9, keluasan ruang lantai telah pun ditingkatkan kepada 700 kaki persegi. Kemudahan-kemudahan lain seperti taman permainan, dewan komuniti dan sebagainya juga disediakan berdasarkan kepada garis panduan dan piawaian perancangan yang telah pun ditetapkan pihak berkuasa perancang tempatan. Sekian, terima kasih.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini ekoran polisi setinggan sifar yang dilakukan di banyak negeri telah membawa kepada satu masalah di mana ramai orang duduk di bandar, katakan setinggan, di bawa ke rumah pangsa yang bertingkat-tingkat tinggi, tapi yang begitu sempit dan begitu kualitinya, katakan macam floor space dia, 650 kaki persegi. Rumah terlalu sempit, kanak-kanak jika keluarga dia lima orang anak mereka tidak boleh duduk dalam rumah itu, mereka terpaksa keluar

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Di dalam kawasan itu tidak ada tempat permainan, tidak ada dewan komuniti. Inilah yang menjadi punca kepada masalah-masalah sosial antara pemuda kita. Mat rempit, geng-geng India apa ini, salah satu puncanya ialah kemudahan mereka di tempat duduk, itulah masalahnya. Satu lagi masalah ialah penyelenggaraan. Ini diberi kepada satu jawatankuasa komuniti flat itu. Banyak sudah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput mungkin tidak dengar. Saya katakan tadi bahawa saya telah membenarkan tiga soalan tambahan. Kalau sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya singkat, padat...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Bertanya Yang Berhormat, bukan memberi penjelasan ataupun informasi kepada Yang Berhormat Menteri.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Akan tetapi ini di bawah soalan kedua ini. Okey, soalannya ialah, adakah kementerian satu pelan induk untuk mengendalikan rumah-rumah pangsa yang sedia ada? Macam di Lembah Kelang, ada banyak rumah pangsa yang merupakan urban slum di mana keadaannya begitu teruk. So, is there a plan untuk memulihkan rumah-rumah pangsa semacam ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya tidak tahu projek PPR yang mana telah pun diberitahu di Dewan pada pagi ini. Akan tetapi pada keseluruhannya, sejak tahun 1998, barulah kita mempunyai satu garis panduan yang ditetapkan supaya semua projek PPR harus mengikuti kriteria-kriteria yang telah pun ditetapkan di garis panduan. Kemungkinan ada juga rumah pangsa yang dibina pada dahulunya mungkin pada masa itu tidak mempunyai satu garis panduan yang tetap. Itu yang pertama. Keduanya mengenai kemudahan-kemudahan awam mungkin tidak ada. Semacam di kawasan saya, saya boleh memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa terdapat beberapa blok rumah pangsa yang dibina dahulu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan awam seperti yang disediakan sekarang. Keduanya mengenai penyelenggaraan rumah-rumah pangsa di bawah projek PPR, pada keseluruhannya tapak tanah sentiasa disediakan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan peruntukan untuk membina projek PPR di tapak tanah yang disediakan oleh kerajaan negeri. Selepas pembinaannya, ia akan diserah balik kepada kerajaan negeri untuk menjaga, menyelenggarakan dan oleh sebab semua penghuni di projek PPR ini adalah PPR disewa. Maksudnya setiap unit akan disewakan kepada penghuni sebanyak RM124 sebulan. Pihak kerajaan negeri akan menggunakan bayaran sewa itu untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau ada masalah mungkin kerajaan negerilah kita harus juga hendak tahu, bertanya juga macam mana mereka ini menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah pada ketika ini, kita mendapati bahawa taraf hidup rakyat kita telah banyak berubah. Walaupun mereka tinggal di rumah pangsa kos rendah, mereka bukan sahaja memiliki motosikal tetapi mereka juga ada memiliki kereta. Kita mendapati bahawa banyak kawasan rumah pangsa kos murah ini tidak ada tempat meletak kereta. Keadaan begitu sesak sekali kita tengok di kawasan rumah-rumah pangsa ini. Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah ada perancangan kita untuk melihat perkara ini supaya pada masa-masa yang akan datang ini akan kita ambil kira tentang tempat meletak kereta ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Sekijang. Memang benar, saya memang memahami masalah yang telah pun dihadapi oleh penghuni-penghuni di projek PPR. Seperti saya katakan tadi, dalam jawapan asal dan jawapan soalan tambahan iaitu buat masa ini ataupun sekarang semua rumah di bawah projek PPR ini dibina akan mengambil kira juga beberapa unit di satu blok dan macam mana tempat-tempat letak kereta dapat diagihkan kepada semua unit? Kalau kita tidak dapat agih semua, kita akan cari jalan supaya kenderaan- kenderaan selain daripada motosikal dapat diletakkan di dalam rumah ataupun projek PPR. Sekian, terima kasih.

Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong · question

5. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pelajaran menyatakan kriteria-kriteria yang digunakan untuk pemilihan Sekolah Amanah dalam usaha menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan kecemerlangan pelajar di sekolah kerajaan.

Dr. Haji Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kerajaan telah pun melancarkan projek rintis Sekolah Amanah ataupun Trust School yang melibatkan 10 buah sekolah di dua

Dr. Haji Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

buah negeri iaitu di Sarawak dan juga di negeri Johor. Projek rintis ini akan dijadikan sebagai penanda aras bagi mengembangkan pelaksanaannya di seluruh negara nanti. Projek Sekolah Amanah merupakan satu lagi langkah kerajaan untuk melakukan transformasi pendidikan melalui kerjasama kerajaan dan swasta. Tujuan program Sekolah Amanah adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah di setiap tahap prestasi. Ia adalah selaras dengan empat inisiatif saf NKRA pendidikan. Sekolah Amanah bukan sekolah elit. Oleh itu, pemilihan Sekolah Amanah meliputi dimensi berikut:- (i) Prestasi sekolah – merangkumi semua prestasi iaitu rendah, sederhana dan tinggi; (ii) lokasi – tidak hanya tertumpu pada sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja tetapi meliputi sekolah-sekolah di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman; dan, (iii) kebenaran dan komitmen pihak pengurusan sekolah, guru- guru, staf, ibu bapa dan komuniti setempat terhadap program ini. Terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana melaksanakan model percubaan sekolah amanah ini dalam usaha untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan untuk melahirkan pemimpin masa hadapan. Jadinya soalan tambahan saya adalah apakah iaitu tadi kita dengar kriteria sekolah tetapi saya hendak tanya apakah kriteria dalam memilih syarikat-syarikat bagi menaja sekolah amanah ini dan apakah transformasi yang disasarkan dan yang akan dapat dilihat di sekolah amanah ini apabila corak pentadbiran serta pengenalan beberapa kurikulum sampingan baru yang ada sentuhan korporat ini diperkenalkan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Antara kriteria kepada mana-mana syarikat swasta yang berminat, pertamanya ialah tentang kekuatan sumber kewangan kepada syarikat ini. Keduanya ialah mereka mestilah menubuhkan yayasan seperti Khazanah Nasional mereka menubuhkan Yayasan Amir untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan Program Sekolah Amanah ini iaitu ada dua perkara yang penting di sini.

Oleh kerana itu, dalam konteks projek perintis ini, maka kita bersetuju iaitu bahawa pemilihan sekolah mestilah berasaskan kepada tiga perkara tadi iaitu berprestasi tinggi, sederhana dan rendah dan ini akan dijadikan sebagai penanda aras. Sebagai contoh Yang Berhormat, dalam konteks 10 buah sekolah yang pertama ini, dua buah daripadanya adalah sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Kebangsaan Bandar Baru UDA 2. Sekolah ini akan ditumpukan supaya mereka dilonjakkan lagi dari segi hubungan di peringkat antarabangsanya. Lima buah sekolah yang berprestasi rendah itu pula akan dilonjakkan supaya ia boleh sampai menjadi sekolah yang berprestasi tinggi. Oleh itu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru UDA 2 itu akan menjadi ‘abang’ kepada tujuh buah sekolah yang lain tadi. Sebab itu dalam konteks Yayasan Amir dan juga KPM, ia memilih di kawasan yang berhampiran. Sebanyak 10 buah sekolah di negeri Johor dan 10 buah sekolah di negeri Sarawak dengan tujuan, yang sederhana ditingkatkan ke berprestasi tinggi dan yang rendah tadi juga akan ditingkatkan menjadi berprestasi tinggi. Juga yang berprestasi tinggi dilonjakkan supaya menjadi sebuah sekolah yang setara di peringkat antarabangsa. Oleh kerana itu, sekolah diberikan kebebasan antaranya dari segi akademik. Mereka boleh menambah beberapa mata pelajaran elektif dan jika sekiranya tidak ada guru yang boleh mengajar, maka Yayasan Amir boleh melantik guru ini. Akan tetapi gaji dibayar oleh Yayasan AMIR tersebut dan bukan oleh pihak KPM, kecuali jika sekiranya jawatan itu memang ada kekosongan di bawah kementerian maka kementerian akan membayar gajinya. Jika tidak, maka Yayasan Amir akan membayarnya. Contohnya,

kalau hendak ditambah mata pelajaran seperti pengurusan ataupun meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dan sebagainya. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa idea Sekolah Amanah ini cukup cantik dan penglibatan sektor swasta pun memang dialu-alukan. Kadang- kadang idea daripada sektor swasta ini bermacam-macam Tuan Yang di-Pertua, dan idea ini sangat menarik kepada sekolah-sekolah tersebut lalu dirancang dan dilaksanakan. Akan tetapi apabila suatu ketika syarikat ini mungkin terhalang untuk meneruskan pembiayaannya ataupun sponsoring, maka bebannya akan kembali kepada Kementerian Pelajaran. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah persediaan kementerian atau apakah kriteria cadangan-cadangan daripada swasta ini yang boleh dipakai? Adakah ia melibatkan infrastruktur atau hanya program-program pendidikan sahaja, yang mana mungkin tidak memberi kesan yang berat kepada kementerian kalau pembiayaan penajaan ini terhalang oleh kerana masalah ekonomi? Terima kasih.

Yang Berhormat, terima kasih terhadap soalan tersebut. Oleh kerana itu, apabila kita melaksanakan program Sekolah Amanah ataupun Trust School ini, maka kementerian telah mewujudkan satu unit khas, unit baru di kementerian untuk tujuan memantau pelaksanaan dan keberkesanan sekolah amanah ini. Oleh sebab itu saya kata tadi bahawa, ia akan menjadi projek rintis walaupun Khazanah Malaysia Berhad merancang bahawa cohort pertama 10 buah sekolah yang dipilih. Maka setiap lima tahun nanti bermula dari tahun 2012, akan dipilih 10 buah sekolah juga yang keseluruhannya menjadi 50 buah. Maka ini akan menjadi sebagai perintis dan penanda aras dan juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada mana-mana pihak swasta yang lain yang juga berminat untuk melaksanakannya. Oleh sebab itu saya menyatakan tadi bahawa, Sekolah Amanah ini diberikan kebebasan baik dari segi pengurusan kewangan, perolehan, kurikulum, lantikan staf mengikut keperluan dan bahkan barangkali diberikan kuasa untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana guru yang tidak berprestasi, tetapi atas persetujuan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau kita lihat dalam cohort yang pertama ini, RM20 juta yang diperuntukkan itu. Setiap sekolah akan menerima – berasaskan kepada seorang murid menerima RM500 dan maksimumnya ialah RM1 juta, yang bertujuan untuk memastikan bahawa sekolah ini boleh dibantu daripada pelbagai aktiviti bukan sahaja melibatkan kurikulum tetapi juga kokurikulum. Terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terutama sekali pengambilan Sekolah Amanah ini dalam peringkat perintisnya. Kita mengetahui yang 10 buah dari Sarawak dan 10 buah dari Semenanjung Malaysia, tetapi satu pun tiada dari Sabah. Apakah sebab-sebabnya di Sabah ini di dalam peringkat perintis tidak ada terpilih? Adakah ia menunjukkan sekolah-sekolah di Sabah ini tidak layak untuk menganggotai dalam perintis ini? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Sabah turut layak untuk dimasukkan dalam program Sekolah Amanah. Akan tetapi untuk makluman, bahawa pengambilan sekolah adalah terbuka, termasuklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Sebab itu kalau kita lihat di Johor ada satu SKJ(T) yang turut terpilih tetapi oleh kerana Khazanah Malaysia Berhad sebagai syarikat swasta yang pertama dan ia mengatakan bahawa operasinya lebih banyak tertumpu di Sarawak dan di Johor, sebab itulah ia memilih dua negeri ini. Akan tetapi untuk cohort yang kedua pada tahun 2012, mereka akan memilih setiap tahun sehingga tahun 2015 itu 10 buah. Saya yakin Sabah juga akan dipilih iaitu ia akan dilihat dalam konteks lokasi yang sama, tetapi lima buah sekolah yang pelbagai peringkat tadi itu SBT ia sederhana dan rendah. Jadi pada saya Yang Berhormat, insya-Allah apa yang dibangkitkan Yang Berhormat itu akan diberi perhatian. Saya sebagai pembela kuat kepada pendidikan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak, saya akan pastikan Sabah tidak akan terpinggir. Terima kasih.

Mohd Hayati bin OthmanPAS · PRPendang · question

6. Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah projek yang mendapat EOT/lanjut tempoh, kenapa terjadi demikian, apakah sebab diberikan tempoh lanjutan serta berapa kerugian yang terlibat akibat kelewatan tersebut di dalam RMKe-9 lalu.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lanjutan masa atau extension of time bagi kontrak kerja-kerja kerajaan adalah selaras dengan prinsip perundangan. Ini di mana terdapat klausa ataupun peruntukan piawai, sebagaimana termaktub dalam syarat-syarat kontrak JKR. Kelulusan untuk lanjutan masa ini perlu diberikan kepada kontraktor yang layak jika terbukti. Punca kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan pihak kontraktor atau sebab-sebab neutral, seperti keadaan cuaca luar biasa atau force majeure. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, JKR sehingga kini telah diamanahkan untuk melaksanakan 6,124 projek kerajaan dengan nilai projek keseluruhan sebanyak RM119.02 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 657 projek atau 10.7% telah diberikan kelulusan lanjutan masa oleh JKR dan ia tidak melibatkan tambahan kos projek kepada kerajaan. Antara sebab-sebab projek tersebut diberikan lanjutan masa ialah disebabkan oleh faktor- faktor di luar kawalan kontraktor iaitu seperti kelewatan serahan tapak bina, masalah pengalihan utiliti, arahan kerja oleh pegawai-pegawai penguasa projek, perubahan harga bahan binaan dan faktor cuaca.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2010, bagi projek Rancangan Malaysia Kesembilan, terdapat sebanyak 152 kes tuntutan kerugian dan perbelanjaan tambahan akibat daripada pemberian EOT telah dipertimbangkan dan sebanyak RM64.83 juta telah diluluskan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu juga menanggung kos-kos lain yang timbul secara tidak langsung ekoran daripada pemberian EOT ini seperti kerugian masa dan kos tambahan berikutan dengan pelanjutan tempoh untuk penyewaan pejabat kerajaan. Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengambil tindakan tegas untuk menangani isu EOT ini melalui Surat Arahan Perbendaharaan bertarikh 16 Mei 2007. Di mana pemberian EOT hanya dibenarkan sekiranya punca kelewatan adalah di luar kawalan kontraktor serta memenuhi peraturan dan syarat-syarat yang termaktub di dalam kontrak kerja. Di samping itu, tindakan surcaj juga boleh dan akan dikenakan kepada pegawai yang bertanggungjawab jika kelewatan kerja tersebut telah mengakibatkan kerugian di pihak kerajaan dan tidak selaras dengan peraturan dan syarat-syarat kontrak. Sehubungan itu juga kementerian ini telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengatasi masalah kelewatan projek. Antaranya menerusi tindakan memperketat pemberian lanjutan masa dalam syarat-syarat kontrak JKR dan penubuhan Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa di ibu pejabat JKR. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengawal dan memperketat proses pemberian lanjutan masa sebagaimana dicadangkan oleh pegawai penguasa projek dan pihak kontraktor. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan panjang lebar. Sebenarnya saya hendak tanya soalan tambahan pun, semua sudah dijawab. Akan tetapi apa yang mengelirukan saya tadi adalah mula-mula bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak menanggung kerugian tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab kerajaan tidak ada kos tambahan tetapi terpaksa menanggung kerugian. Jadi saya ingin bertanya. Kerugian sebanyak RM64.83 juta daripada projek yang telah dilanjutkan masa pembinaan tersebut kerana faktor-faktor di luar jangkaan. Contoh daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah sebanyak RM4.68 juta, kerugian yang ditanggung oleh kerajaan kerana imbuhan yang terpaksa dibayar. Apakah dalam kontrak semasa ditandatangani tidak memasukkan faktor-faktor cuaca ataupun

perkara-perkara lain yang melibatkan, mungkin difikirkan oleh kontraktor tersebut. Itu satu hal. Yang keduanya, syarikat-syarikat yang telah gagal menyebabkan kerajaan terpaksa membayar imbuhan ataupun kerugian yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ini. Apakah syarikat-syarikat ini telah disenaraihitamkan tetapi ditukar nama syarikat dan diberi semula projek-projek itu kerana banyak kita lihat syarikat-syarikat yang seperti tersebut. Sudah disenaraihitamkan kemudian tidak dapat projek. Akan tetapi runding terus bagi juga kepada syarikat tersebut. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang kita bincang ini adalah Extension of Time (EOT), lanjutan masa untuk projek- projek yang dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, bangunan polis itu adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Contoh itu.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Itu contoh saya tahu. Ini saya hendak beritahu. Untuk kita ganti rugi ini, kalau ia disebabkan oleh pihak kerajaan, kita berikan VO, kerana kita lambat menyerahkan tapak dan lain-lain dan juga untuk Variation of Price (VOP) di mana harga bahan binaan telah naik mendadak di pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan. Inilah yang kita membayar kerugian kepada pihak mereka. Yang kita perlu juga untuk kontraktor, yang telah pun hendak menuntut kerugian, saya beritahu mereka perlu juga dalam tiga bulan selepas Certificate of Practical Completion sudah habis. Dalam tiga bulan mesti hendak tunjukkan. Bagikan notis kepada kerajaan supaya boleh menuntut ganti rugi, juga dalam masa satu bulan juga akan memberikan detail, bukti-bukti supaya ia boleh ditimbang untuk membayar ganti rugi. Apa Yang Berhormat kata tadi memang, kalau projeknya telah pun ditamatkan secara mutual atau secara mandatori oleh pihak kementerian, mungkin ia adalah satu cara kita boleh menyenaraihitamkan apa yang telah pun – kontraktor ini gagal. Kita meneliti pengarah atau sesiapa dalam syarikat ini yang telah pun di senarai hitam, kita tahu nama-nama mereka dalam list kita. Kalau ada kontraktor profile, company ini company baru, ada juga pengarah-pengarah yang telah pun – syarikat yang lain telah pun di senarai hitam, kita tahu dan kita akan menelitinya dan tidak beri kontrak kepada yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Duduklah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang jawapan yang selalu kita dengar. Jawapan yang standard. Kelewatan ini berpunca daripada force major, cuaca. Biasalah, act of God dan sebagainya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan ini, hasil daripada rintihan-rintihan yang saya baca dan saya dengar dan saya terima mesej, soal satu projek yang juga pemimpin-pemimpin negeri Sabah telah beberapa kali buat komen. Soal kelewatan penyiapan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan pelebaran Jalan Kepayan ke Petagas. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa saya soal ini? Kerana ramai sudah pengguna-pengguna jalan ini terlibat dalam kemalangan jalan raya. Jadi, ‘specific’ soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu siapa kontraktor ini. Kawan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga. [Dewan riuh]

Itu pertuduhan itu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ya. Ini memang betul. Kawan saya juga. [Disampuk] Jadi, apakah status projek KKIA sekarang dan juga status pembinaan overhead di Kepayan itu dan berapa kerugian kerajaan setakat ini? Apakah sebab-sebabnya yang betul? Bukan kerana force major. Ini saya tidak percaya sebab saya juga baca dalam newspaper, tauke-tauke kontraktor ini ada terlibat dalam masalah kewangan. Minta jawapan yang betul supaya rakyat di peringkat akar umbi dapat keyakinan daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada pagi ini.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Ini menjawab untuk kementerian atau kawan?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya menjawab ini kerana ditanya hendak jawapan yang betul-betul. Saya perlu menelitinya dan akan berikan jawapan secara bertulis [Ketawa]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan ketawa, itu betul kerana soalan ini tidak spesifik tetapi soalan daripada Yang Berhormat Putatan spesifik iaitu hal jalan raya di KKIA. Sila Yang Berhormat Shah Alam, pendek Yang Berhormat, kalau tidak saya tarik balik ruling saya yang dibenarkan tiga soalan. Jadi Yang Berhormat Shah Alam banyak beban itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, Tuan Yang di-Pertua good mood this morning, bagus-bagus, Alhamdulillah, saya pun good mood.

Tuan Yang di-Pertua

Ya tetapi janganlah panjang sangat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan tadi jumlah projek-projek dan sebagainya yang telah dikenakan extension of time. Saya hendak tahu daripada kontrak-kontrak yang telah diberikan extension of time ini, berapa peratus adalah yang dirunding terus dan berapa peratus yang telah di tender secara keseluruhan? Ini saya rasa sebagai satu petanda kita hendak tahu berapa banyak projek yang merugikan kerajaan yang mana kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM60 juta lebih, tidak mengambil kira masa yang terbuang dan sebagainya. Berapa peratus daripada projek-projek ini adalah projek-projek yang dirunding terus seperti Hospital Shah Alam? Berapa yang ditender secara terbuka kalau boleh Timbalan Menteri? Terima kasih.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Kepada Yang Berhormat Shah Alam, ini juga soalan yang sangat spesifik sebab hendak peratusan dan sebagainya. Saya perlu notis, saya akan beri jawapan secara bertulis. Bolehkah?

Tuan Yang di-Pertua

Yang sebenarnya Ahli Yang Berhormat ini mengambil kesempatan, Timbalan Menteri ini baik.

Mohamad Shahrum bin OsmanUMNO · BNLipis · question

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan jumlah kes yang telah diambil tindakan yang menyalahi undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sejak sepuluh tahun lalu.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I · Julau

Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Siasatan SKMM dipertanggungjawabkan secara khusus untuk menjalankan siasatan bagi mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang atau pihak yang melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh SKMM. Beberapa individu dan pemegang lesen yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 telah dikenakan kompaun atau dihadapkan ke mahkamah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, data yang ada di SKMM adalah mulai tahun 2005 hingga kini di mana sebanyak 240 kes telah dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5,289,700. Selain dari itu, dimaklumkan juga bahawa 80 individu dan badan korporat telah dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan pelbagai jenis kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau AKM 98 dan 76 telah didapati bersalah serta dikenakan denda yang ditetapkan berjumlah RM612,600. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terbaca satu kenyataan yang mengatakan bahawa medialah yang sebenarnya boleh membangunkan dan menaikkan negara ini, sesebuah negara. Media jugalah yang sebenarnya yang boleh meruntuhkan sesebuah negara. Jadi soalan tambahan saya

ialah apakah dan sejauh manakah SKMM berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan ataupun penguatkuasaan yang diambil terhadap blog-blog yang menghina negara dan juga menghina kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jelaskan apakah kategori-kategori kes yang telah diklasifikasikan di bawah undang-undang SKMM? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Memang betul media boleh membantu dalam pembangunan negara dan boleh juga membantu untuk memperkecilkan dan meruntuhkan imej negara. Berkenaan dengan blog-blog di mana blogger-blogger ada menghina negara ataupun Raja-Raja. Tindakan telah pun diambil oleh SKMM di mana sekiranya didapati ada kes maka kes tersebut adalah diajukan ke Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa SKMM memang sentiasa mengambil tindakan di mana sekiranya dapat dan sebagaimana Yang Berhormat pun telah maklum bahawa banyak juga blogger-blogger kita menggunakan pangkalan di seberang laut dan ianya ada sedikit memberi kerumitan kepada penyiasat-penyiasat SKMM. Maka tindakan berkemungkinan mengambil masa dan ada juga pangkalan- pangkalan data ataupun website yang menggunakan website di luar negara tidak boleh kita ambil tindakan kerana mereka tidak memberi kita kerjasama. Oleh yang demikian, apa yang kementerian ini sarankan supaya kita sama-sama menjaga sebagaimana kita berkomunikasi dan menggunakan media baru ataupun media alternatif yang pada masa sekarang bukan lagi alternatif, ianya menjadi media yang lebih digemari oleh masyarakat. Marilah kita semua, bukan hanya pandai mencaci tetapi juga pandai mencari jalan bagaimana kita sama-sama membantu negara kita ke arah kemajuan yang lebih tinggi. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar apa yang kuat untuk kebaikan adalah juga kuat untuk keburukan. Dengan ini kalau kita banding dengan negara-negara lain seperti China, Singapura, apakah tahap keberkesanan skim kita ini? Bolehkah Yang Berhormat beri kita kes-kes yang dianggap serius untuk negara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mempelajari dari tindakan-tindakan yang diambil oleh negara-negara lain.

Namun demikian kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan kita mestilah mengambil tindakan yang kita fikirkan patut dibuat di negara kita. Saya percaya apa yang ingin Yang Berhormat Kepong tanya iaitu berkenaan adakah kita menyekat ataupun tidak berkenaan dengan saluran-saluran media yang dikatakan diambil tindakan di negara China dan negara Singapura, tetapi sebagaimana yang selalu kita katakan di Dewan yang mulia ini bahawa di Malaysia tidak ada penyekatan ataupun penapisan media alternatif namun kita hanya menyeru dan meminta supaya sesiapa yang menggunakan media ini tidak menyalahgunakan dan tidak melanggar undang- undang-undang. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Keadilan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih, ikut turn ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Pasir Mas selamat kembali bertugas, sihat?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, sihat sebab malaikat maut tambah lagi 15 tahun.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kita doakan insya-Allah. Terima kasih Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk terus kepada isu mengawal selia kandungan Internet yang mendapat perhatian menerusi kajian dengan izin, The Study on The Positive and Save Use of the Internet yang dijalankan oleh SKMM menerusi khidmat KPNG bulan Ogos tahun ini. Langkah ini dilihat sebagai satu- satu usaha menapis kandungan Internet dan dikecam oleh pelbagai pihak, kerana antaranya dilihat sebagai langkah sia-sia, bukan sahaja bertentangan dengan Multimedia Super Corridor Bill of Guarantees tetapi juga tidak berkesan kalau penapis

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

sedemikian dapat diatasi dengan menggunakan Proxy Server. Sehinggakan memetik kata-kata salah seorang CEO syarikat security internet Hack In The Box disebut nama dia Dhillon Andrew Kannabhiran bahawa ia merupakan hanya pembaziran wang rakyat, it’s useless, you cannot monitor the internet, dengan izin. Soalan saya adakah benar kajian tersebut bertujuan untuk menapis dan menilai kebolehlaksanaan Getaway Internet seperti yang telah dilakukan oleh negara China menerusi program Penapis Green Dam dan kalau tidak saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan dan nyatakan apakah hasil kemajuan kajian tersebut setakat ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memberikan tahniah kepada Yang Berhormat Lembah Pantai di atas kemenangan baru-baru ini. Berkenaan dengan apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, sebagaimana Yang Berhormat mengatakan itu adalah sesuatu penilaian dan belum ada kepastian bahawa kita akan mengikut jejak negara China atau negara- negara lain. Penilaian itu hanya untuk SKMM meninjau adakah apa yang dibuat ataupun apa yang boleh dibuat iaitu sebagaimana yang diadakan di negara China berkesan atau tidak ataupun apakah kita hendak meninggalkan sahaja Bill of Guarantee kita, tidak. Bill of Guarantee kita masih kekal dan sebagaimana yang telah pun termaktub di dalam Bill of Guarantee, maka kita tidak menapis dan bukan bertujuan untuk menapis ataupun untuk mengekang kemajuan media alternatif kita di Malaysia. Memang kita selalu, sekiranya tidak tahu apa yang sebenarnya dibuat oleh penguat kuasa, kita memang selalu menyangka ada sesuatu yang tidak betul yang akan mereka buat tetapi itu belum dapat pasti dikatakan ia berlaku tindakan menyekat internet kita pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat soalan nombor lapan tidak dapat saya kemukakan untuk dijawab memandangkan Yang Berhormat Marang - Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sekarang ini menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. [Soalan No. 8 – Y.B. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) tidak hadir]

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

9. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan program bantuan yang diperuntukkan kepada kumpulan Orang Asli bagi mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan, dan sejauh manakah kejayaan program-program ini (sekiranya ada) dan jumlah masyarakat Orang Asli yang telah mendapat faedah dari program ini.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada sahabat Yang Berhormat Kuala Krau, soalan mengenai dengan Orang Asli. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan lebih ramai Orang Asli yang menceburi bidang keusahawanan. Bagi masyakat Orang Asli yang berminat dan berpotensi di dalam bidang keusahawanan ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada mereka seperti penyediaan premis perniagaan, bantuan peralatan ataupun bantuan peralatan untuk memulakan perniagaan dan juga mengadakan kursus keusahawanan yang bersesuaian. Pada masa ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli banyak memberikan penumpuan untuk melaksanakan program-program bimbingan usahawan kepada usahawan kecil Orang Asli yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Orang Asli yang berjaya khususnya dalam bidang perniagaan atau keusahawanan ini. Bermula daripada Rancangan Malaysia Kelapan sehingga tahun 2009, seramai 175 orang usahawan Orang Asli telah menerima bantuan pembinaan premis perniagaan. Antara bidang perniagaan yang diceburi oleh mereka ini, ialah perniagaan kedai runcit, bengkel motosikal, kedai kraf tangan, perusahaan herba ataupun minyak wangi dan sebagainya. Sehingga kini terdapat 240 orang usahawan Orang Asli yang telah

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Kuala Pilah

menceburi pelbagai bidang perniagaan hasil bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, antara premis-premis perniagaan Orang Asli yang telah berjaya dimajukan ialah premis perniagaan hasil-hasil hutan di Kampung Hwa Hwa Pekan Pahang, bengkel buluh di Pos Buntu Raub Pahang dan premis perniagaan barangan terpakai sebanyak 40 unit di Rengit Batu Pahat, Johor. Manakala antara usahawan-usahawan yang dikenal pasti yang telah berjaya ialah Che Bah Desa Anak Lelaki Bahtubin menceburi bidang bengkel kereta di Taman Bolton, Batu Caves Selangor. Mengikut rekod kita, dia mempunyai pendapatan lebih kurang RM23,000 sebulan. Begitu juga Encik Azman bin Ujang, yang menceburi perniagaan cyber cafe di Serendah, Selangor pendapatan RM25,000 sebulan, dan begitu juga Encik Zulkifli bin Sulaiman yang menceburi perniagaan industri buluh di Pos Buntu Raub, Pahang yang mempunyai pendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan. Pelbagai bantuan dan program keusahawanan yang dilaksanakan ini diharap akan dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan Orang Asli yang menceburi bidang perniagaan serta membuka ruang kepada usahawan Orang Asli yang berpotensi untuk mengorak langkah menerokai bidang perniagaan yang lebih besar dan mampu berdaya saing di peringkat global. Menerusi Focus Group Pembangunan Ekonomi Orang Asli, pihak kementerian menyasarkan seramai 500 usahawan Orang Asli yang akan dilahirkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang industri herba. Jadi soalan saya sejauh manakah industri herba ini boleh meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli di dalam negara kita. Apakah peluang-peluang yang difokuskan oleh kerajaan di dalam meningkatkan pendapatan khususnya pada jualan industri herba ini. Terima kasih.

Dato' Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Saya pernah melawat kawasan beliau, masyarakat Orang Asli di sana dan alhamdulillah ada juga satu dua orang yang memulakan perniagaan di sana. Khusus berkenaan dengan soalan Yang Berhormat tadi, sebenarnya memanglah perusahaan herba ini salah satu daripada kelebihan masyarakat Orang Asli. Untuk tujuan itu, sebenarnya kita ada satu perusahaan yang agak besar iaitu perusahaan herba tongkat ali di Kampung Gumum, Tasik Chini yang perusahaan ini bekerjasama dengan sebuah syarikat Khazanah Nasional Berhad iaitu Syarikat Bio Traufik Berhad. Perusahaan herba tongkat ali ini diusahakan oleh 15 orang peserta, pengeluaran lebih kurang dua atau tiga tan sebulan dan pendapatan lebih kurang RM15 ribu satu tan. Kalau dua tan, RM30 ribu hasil daripada syarikat ini. Maknanya bukan secara khusus oleh jabatan, akan tetapi dibantu oleh syarikat GLC kita, Khazanah Nasional Berhad dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat perusahaan minyak wangi kayu gaharu yang diterajui oleh Agarwood Sdn. Bhd. yang mempunyai jumlah pekerja 18 orang, pendapatan lebih kurang RM30 ribu hingga RM35 ribu sebulan. Di kawasan di Rompin ini, di Kampung RPS Kedai Rompin. Kawasan ini saya belum pergi lagi, insya-Allah kita akan pergi. Perusahaan syarikat ini telah pun mengeksport hasil minyak wangi kayu gaharu ini di eksport ke Timur Tengah dalam bentuk separa siap. Maknanya dihantar ke Timur Tengah, diproses di sana dan dijual balik dalam bentuk minyak wangi kayu gaharu yang harganya begitu tinggi sekali. Jadi insya-Allah pada masa hadapan syarikat merancang untuk menghasilkan produk siap pada masa akan datang. Pendek ceritanya ada potensi kepada masyarakat Orang Asli ini. Inilah yang saya beritahu betul-betul kepada pihak pembangkang yang selalu lihat yang negatif sahaja. Sebenarnya ada perkara baru, ada perkara yang sudah ada yang ramai tidak tahu itu. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Soalan bocorlah.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Point of Order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mengenai Peraturan Mesyuarat 18(1). Tuan Yang di-Pertua melalui surat bertarikh 10 Disember, yang saya ada hantar kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin untuk mengusulkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang berbunyi:- “Bahawa Dewan Yang Mulia ini membincangkan tingkah laku Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Sri Zaki Tun Azmi yang mana beliau telah mengabaikan aduan saya bagi surat bertarikh 20 Ogos tahun ini. Terhadap kesalahan tingkah laku beliau walaupun beliau diwajibkan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

...Sebagai penguasa awam dan bukan sebagai hakim.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mengikut Seksyen 12 Kod Etika Hakim 200... [Pembesar dimatikan] Itu usul saya. Ini adalah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 36(8). Peraturan Mesyuarat 36(8) Tuan Yang di-Pertua adalah mengenai kelakuan atau sifat seorang hakim tidak boleh diperbincangkan dalam Dewan ini kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi maksud-maksud itu. Tuan Yang di-Pertua, saya baca apa yang teks usul saya dalam bahasa Inggeris. I think you understand English better. Bolehkah saya membaca... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua you can’t hear me.

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor, I don’t have to hear you.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You have to. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

I don’t have to.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You have to.

Tuan Yang di-Pertua

Why do I have to hear you? I have already pass judgment on your usul. Saya kata saya tolak.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

No, I want the reason… [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor, Bukit Gelugor...

Dengar itu.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

What I... Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. You must listen to...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, why do people have to listen to you all the time?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Why? Why? Who do you think you are?

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Why?

He is a Member of Parliament.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Who do you think you are Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

I’m The Speaker.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

I am a Member of Parliament.

Tuan Yang di-Pertua

Yes! But...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You...

Tuan Yang di-Pertua

But, I am the one in authority to interpret the peraturan mesyuarat, Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You are the MP. I am the MP’s.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada hak untuk – I have the right to be heard.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bercakap dahulu di bawah Peraturan Mesyuarat 42 kerana apabila Speaker bercakap tidak ada sesiapa pun yang boleh bercakap. Tidak kira siapa Ahli Parlimen lamakah, itu peraturan mesyuarat. Bukit Gelugor sebetulnya saya tidak payah untuk memberi penjelasan di sini. Bukit Gelugor hantar notis kepada saya di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)(2) mengenai dengan karakter hakim, Ketua Hakim.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor, Bukit Gelugor Peraturan Mesyuarat 42 apabila Speaker bercakap tidak ada sesiapa pun yang boleh bercakap.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Kalau tidak boleh bercakap boleh saya mencelah? Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat mana Yang Berhormat boleh mencelah?

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya...

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Gelugor, Bukit Gelugor biar saya bercakap dahulu Bukit Gelugor.

Cakap, cakap. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Bukit Gelugor mempunyai juga tanggungjawab kepada Parlimen ini seperti di mahkamah apabila sesuatu perkara Yang Berhormat Bukit Gelugor tahu sebagai peguam. You all are duties to this Majlis including me to advise me. Tidak termasuk mengetengahkan pendapat yang melanggar peraturan mesyuarat. Saya rasa Bukit Gelugor tahu peruntukan Perlembagaan 127. Kalau itu pun Bukit Gelugor tidak tahu macam mana?

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh saya mencelah Tuan Yang di- Pertua?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak boleh. [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sudah buat ketetapan bahawa usul Yang Berhormat saya tolak dalam kamar atas sebab di bawah Perkara 36(8) yang dibaca bersama dengan Artikel 127 Perlembagaan yang tidak boleh sama sekali membahas mengenai dengan conduct character seorang hakim.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau juga Yang Berhormat Bukit Gelugor berdegil untuk ingkar, saya ada kuasa untuk merehatkan Yang Berhormat Bukit Gelugor Peraturan Mesyuarat 44.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada hak untuk didengar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sudah buat keputusan. Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar juga, saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44. [Dewan riuh]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You don’t treated me… [Beberapa ahli menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan campur! [Dewan riuh] Ini di antara saya dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kalau juga Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar dengan apa yang saya sebut tadi, saya tidak teragak- agak untuk menggunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44, terpulang kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya tidak membenarkan lagi Yang Berhormat Bukit Gelugor bercakap kerana sudah saya buat keputusan.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tingkah laku bukan sebagai hakim akan tetapi sebagai public authority. Ada perbezaan. You are the lawyer. You are the lawyer, you can understand.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sudah buat keputusan...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 36(8) tidak terpakai.

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 43 muktamad.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ada kesilapan.

Tuan Yang di-Pertua

Sekali lagi Yang Berhormat Bukit Gelugor bercakap, saya rehatkan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...

Tuan Yang di-Pertua

Bentara, bentara sila jalankan tugas. Yang Berhormat Bukit Gelugor saya arahkan keluar sekarang sehingga jam 2.30 petang.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan...

Tuan Yang di-Pertua

Sila. [Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan mesyuarat kedua. [Dewan riuh] Isu lain. Tuan Yang di-Pertua, isu lain.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Isu lain.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat yang lain ini adalah tidak ada kena mengena kerana sudah saya sebut tadi bahawa saya kata kalau lagi dia bercakap ingkar dengan apa yang saya sebut, saya keluarkan. Memang tidak ada hak beliau untuk bercakap dengan peraturan mesyuarat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ini... [Bentara menghampiri YB Bukit Gelugor]

Tuan Yang di-Pertua

Sila bentara jalankan tugas. Jangan ganggu peraturan mesyuarat ini Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

2.30 baru balik.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini peraturan mesyuarat yang...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada. Sila Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]

Penerangan Daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri — DI BAWAH P.M. 14(1)(i) PENJELASAN BERKAITAN USUL PEMOTONGAN RM10 GAJI PEGUAM NEGARAMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur telah mengemukakan Usul Meminda Jadual di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara. Kini, saya memohon izin untuk memberikan penjelasan lanjut di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) mengenai beberapa perkara yang dibangkit dalam usul tersebut. Pertama, berkenaan dengan kedudukan Datuk Mat Zain dalam keputusan Panel Bebas. Datuk Mat Zain telah membangkitkan dakwaan bahawa Panel Bebas yang ditubuhkan tidak membersihkan namanya berkaitan dengan salah laku dalam siasatan kes ‘mata lebam’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dengan izin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tujuan Panel Bebas yang berkenaan ditubuhkan adalah untuk menilai hasil siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM mengenai kejadian kes ‘mata lebam’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Subjek siasatan SPRM ialah Tan Sri Abd Gani Patail, Peguam Negara dan Tan Sri Musa Hassan. Datuk Mat Zain dan Doktor Abdul Rahman Yusof, yang dinyatakan dalam laporan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tidak menjadi subjek siasatan oleh SPRM. Hanya percakapan mereka dirakamkan sebagai saksi. Oleh yang demikian, apabila siasatan SPRM dikemukakan kepada Panel Bebas yang berkenaan, Datuk Mat Zain tidak menjadi subjek penilaian siasatan oleh Panel Bebas. Dengan itu, oleh sebab Panel Bebas tidak membuat apa-apa siasatan atau menilai hasil siasatan yang melibatkan Datuk Mat Zain sebagai subjek, maka tidak ada sebab bagi Panel Bebas untuk membersihkan namanya. Panel Bebas tidak mempunyai tanggungjawab untuk membuat apa-apa penilaian ke atas mana-mana orang yang tidak termasuk dalam bidang kuasanya. Lembaga Penasihat SPRM, melalui surat jawapan kepada Datuk Mat Zain bertarikh 23 Julai 2009, telah menegaskan bahawa tiada keperluan bagi Panel Bebas ataupun SPRM untuk membersihkan nama Datuk Mat Zain memandangkan Datuk Mat Zain sendiri bukan subjek siasatan SPRM.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Kedua, berkenaan dengan kesahan pelantikan Ahli Panel Bebas oleh Peguam Cara Negara. Datuk Mat Zain juga telah mempertikaikan pelantikan Ahli Panel Bebas yang ditubuhkan untuk menilai hasil siasatan SPRM ke atas dakwaan salah laku Tan Sri Abd Gani Patail, Peguam Negara dan Tan Sri Musa Hassan dalam kes ‘mata lebam’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen, Ahli Panel Bebas yang terdiri daripada Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Datuk Mohd. Noor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Rayuan, telah dilantik oleh Peguam Cara Negara sebagai Timbalan Pendakwa Raya mengikut subseksyen 376(2) dibaca bersama subseksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Mengikut Datuk Mat Zain, tindakan Peguam Cara Negara melantik Ahli Panel Bebas itu adalah tidak sah kerana bertentangan dengan subseksyen 376(4) Kanun Tatacara Jenayah. Mengikut Datuk Mat Zain, Peguam Cara Negara tidak mempunyai kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya yang membentuk Panel Bebas tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, jika kita kaji seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah dengan teliti, hanya satu kedudukan undang-undang yang jelas diperlihatkan iaitu Peguam Cara Negara mempunyai kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya. Saya bacakan keseluruhan seksyen 376 tersebut di sini supaya lebih jelas. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua; “Public Prosecutor - 376. (1) The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecutions and proceedings under this code. (2) The Solicitor General shall have all powers of a Deputy Public Prosecutor and shall act as Public Prosecutor in case of the absence or inability to act of the Attorney General. (3) The Public Prosecutor may appoint fit and proper persons to be Deputy Public Prosecutors who shall be under the general control and direction of the Public Prosecutor and may exercise all or any of the rights and powers vested in or exercisable by the Public Prosecutor by or under this code or any other written law except any rights or powers expressed to be exercisable by the Public Prosecutor personally and he may designate any of such Deputy Public Prosecutors as Senior Deputy Public Prosecutors. (4) The rights and powers vested in or exercisable by the Public Prosecutor by subsections (3) and 68(2) shall be exercisable by the Public Prosecutor personally.” Subseksyen 376(2) jelas memberikan kuasa kepada Peguam Cara Negara untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya dalam ketiadaan Peguam Negara atau dalam hal keadaan Peguam Negara tidak berupaya untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya. Dalam kes ini, Tan Sri Abd Gani Patail, Peguam Negara, merupakan subjek dalam siasatan tersebut dan dengan itu, adalah tidak wajar atau adil bagi dirinya untuk melantik Ahli Panel Bebas tersebut. Oleh yang demikian, dalam keadaan Tan Sri Abd Gani Patail tidak berupaya untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya, Peguam Cara Negara telah mengambil alih kuasa untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya, dan seterusnya bagi maksud kes ini, menjadi Pendakwa Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 376(2) tersebut. Saya tekankan peruntukan subseksyen 376(2) iaitu; “The Solicitor General… …shall act as Public Prosecutor in case of the absence or inability to act of the Attorney General.” Subseksyen 376(4) yang dinyatakan oleh Datuk Mat Zain dalam dakwaannya adalah tertakluk kepada subseksyen 376(2) dan mestilah dibaca bersama dengan

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

subseksyen tersebut. Perkataan ‘Pendakwa Raya’ dalam subseksyen 376(4) merujuk kepada Peguam Cara Negara yang pada waktu itu sedang menjalankan hak dan kuasa dan bertindak sebagai Pendakwa Raya. Perkataan dengan izin, “…exercisable by the Public Prosecutor personally…” yang disebut dalam subseksyen 376(4) tersebut merujuk kepada Peguam Cara Negara yang bertindak sebagai Pendakwa Raya. Dalam erti kata lain, Peguam Cara Negara yang bertindak sebagai Pendakwa Raya tidak boleh mewakilkan kuasanya kepada mana-mana orang lain kerana subseksyen 376(4) tersebut memperuntukkan bahawa dia hendaklah menjalankan hak dan kuasa itu sendiri. Sehubungan dengan itu, di bawah subseksyen 376(3), Peguam Cara Negara yang bertindak sebagai Pendakwa Raya pada ketika itu mempunyai kuasa dan hak untuk melantik mana-mana orang sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Pada hakikatnya, Peguam Cara Negara telah menjalankan kuasanya sebagai Pendakwa Raya di bawah subseksyen 376(3) tersebut apabila dia melantik ketiga-tiga Ahli Panel Bebas yang berkenaan. Oleh yang demikian, berdasarkan penjelasan di atas, pelantikan Ahli Panel Bebas oleh Peguam Cara Negara adalah sah. Ketiga, berkenaan dengan dakwaan Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa Peguam Negara menutup kes Private Investigator dengan izin, Balasubramaniam yang membuat dua Statutory Declaration yang bercanggah. Siasatan kes ini telah dibuka di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Elemen dalam seksyen 199 Akta 574, ini adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Ram lawan Shyam Sunder Gupta 1974 CLR 88 yang menyatakan seperti yang berikut, dengan izin, “The essential elements of the offence under section 199 is that the declaration containing the false statement must be one which any court of justice or any public servant or other person is bound or authorised by law to receive as evidence of any facts.” Dalam kes Balasubramaniam ini, setelah kedua-dua akuan bersumpah yang dibuat olehnya diteliti, didapati bahawa akuan- akuan bersumpah tersebut dibuat bukanlah dengan tujuan untuk dijadikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah. Oleh yang demikian, elemen di bawah seksyen 199 Akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan Balasubramaniam dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen tersebut. Selanjutnya, setelah penelitian dibuat dan dengan mengambil kira kesemua keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa Balasubramaniam masih belum dapat dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara. Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan di dalam kedua-dua akuan berkanun oleh Balasubramaniam tidak memberikan apa-apa kesan pada perbicaraan kes Altantuya Shaaribuu. Sekian, terima kasih.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri oleh kerana ada mengotakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Janjinya akan buat satu kenyataan. Akan tetapi ada soalan-soalan yang beliau tidak ada sentuh, khasnya mengenai tuduhan yang serius mengenai fabrication evidence yang ada dibuat oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes mata lebam. Adakah dia meninggalkan bahagian-bahagian dalam perkara ini? Oleh kerana ini sangat mustahak dan penting untuk mengembalikan kewibawaan imej polis. Kedua, bolehkan Yang Berhormat Menteri memperuntukkan masa supaya satu perbahasan boleh diadakan, oleh kerana banyak soalan ditinggalkan, tidak berjawab dengan tepat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, perkara ini tidak patut dibahaskan ketika ini kerana urusan kita adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 14.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya bangkit – Saya tidak mahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat mengetahui sebenarnya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Berbahas. Saya meminta penjelasan. Bukan ada perbahasan dalam perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat memang...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bolehkah kita ada penjelasan dalam perkara ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Dalam peraturan ini pun tiada beri peluang dan ruang. Sebenarnya saya hanya memberikan hormat kepada Yang Berhormat Ipoh Timur supaya bercakap sedikit.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, sekurang-kurangnya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan Setiausaha Dewan Rakyat.

Tuan Jeff Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14. Tuan Yang di-Pertua, saya mengutip artikel 15, 2, 3, 4 dan 5. Saya ingin mengumumkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa usul bersendiri saya telah pun dimasukkan dalam urusan Mesyuarat. Saya ingin bertanya mengenai provision yang telah diberikan dalam Peraturan Mesyuarat 15 itu, adakah usul saya akan dibahaskan supaya kita dapat menegakkan satu precedent? Sejajar dengan apa yang telah disarankan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam buku Tuan Yang di-Pertua iaitu “Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia.”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, duduk Yang Berhormat. Dalam peraturan saya juga mengatakan apabila saya minta Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat perlu duduklah. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Usul yang mengikut Peraturan Mesyuarat 14, perlu habiskan usul kerajaan dahulu, tugas-tugas kerajaan, baru usul itu dibahaskan Yang Berhormat. Di senarai, ya tetapi dibahaskan. Tunggulah usul kerajaan. Silakan Setiausaha Dewan Rakyat. Yang Berhormat Menteri.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TIMBANG TARA (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan Malaysia bagi maksud mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Tuan Chua Tee Yong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu, untuk mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pembangunan Kampung Baharu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 10.00 pagi hari Rabu, 15 Disember 2010.”

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Kewangan 2007 dan Akta Kewangan 2009 dibacakan kali kedua sekarang.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang yang bernama Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010 untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Kewangan 2007 dan Akta Kewangan 2009. Rang undang-undang ini adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah pencukaian yang diumumkan dalam Bajet 2011 di samping untuk melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan menambahbaikkan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 42 fasal yang dibahagikan kepada tujuh bab seperti berikut: Bab I – Permulaan. Bab permulaan terdapat dua fasal seperti berikut: (i) Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan (No. 2) 2010; dan (ii) Fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Kewangan 2007 dan Akta Kewangan 2009. Bab II – Pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab kedua yang terdiri dari 23 fasal iaitu Fasal 3 hingga Fasal 25 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 seperti berikut: (i) Fasal 3 adalah bagi menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Kesemua pindaan kepada akta mempunyai tarikh kuat kuasa mulai tahun taksiran 2011 dan tahun taksiran berikutnya kecuali: (1) Sub perenggan 4(a)(ii),(iii),(iv) dan perenggan 4(b) disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 11 Februari 2010; (2) Seksyen 5, 6, 8, perenggan 9(a), seksyen 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 24 dan 25 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2011 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya; (3) seksyen 7 disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010; (4) perenggan 9(b), (c) dan (d) berkuat kuasa mulai 1 Januari bagi tahun taksiran 2011 dan tahun-tahun taksiran berikutnya;

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(5) sub perenggan 4(a)(i), seksyen 17, 18, 20, 21, 22 dan 23 mula berkuat kuasa apabila mula penguatkuasaan akta ini; dan (6) seksyen 19 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2012 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. (ii) Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 2 seperti berikut: (i) meminda sub seksyen 2(1) untuk memperluaskan tarif foreign tax bagi maksud pertukaran maklumat percukaian kepada semua jenis cukai di bawah undang-undang satu wilayah di luar Malaysia; (ii) memasukkan tarif baru Labuan business activity bagi meliputi Syarikat Labuan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, syarikat asing Labuan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, perkongsian terhad Labuan yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010, amanah Labuan yang ditakrifkan di bawah Akta Amanah Labuan 1996 dan Bank Malaysia seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010; dan (iii) memasukkan sub seksyen baru 2(b)(10)(a) untuk menyediakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan kepada Labuan Offshore Business Activity Tax Act 1990, Labuan Offshore Financial Services Authority, Offshore Business Activity, Offshore Company Act 1990 dan Offshore Company hendaklah masing- masing dirahsiakan sebagai Labuan Business Activity Tax Act 1990, Labuan Financial Service Authority, Labuan Business Activity, Labuan Company Act 1990 dan Labuan Company yang berbangkit daripada pindaan kepada akta- akta tersebut. (iii) Fasal 5 bertujuan untuk memotong seksyen 6C sebelum pindaan ini, “Seseorang individual layak untuk menuntut rebat atas fee yang dibayar kepada kerajaan berhubung dengan pengeluaran pas pengajian, pas lawatan dan pas kerja”. Kerajaan telah menetapkan levi tersebut kini dibayar oleh majikan dan dengan ini pemberian rebat kepada individual perlu dimansuhkan; (iv) Fasal-fasal 6, 9 dan 24 masing-masing bertujuan meminda seksyen 16 perenggan 39(1)(d) dan perenggan 16 Jadual 6 untuk menyeragamkan layanan pengecualian cukai ke atas pendapatan pencen terbitan yang diterima oleh isteri setelah kematian suaminya atau yang diterima oleh suami setelah kematian isterinya supaya selaras dengan prinsipal kesaksamaan gender iaitu non-gender bias dengan izin; (v) Fasal 7 bertujuan meminda perenggan 34(6)(k) yang berbangkit daripada pertukaran nama kementerian yang menjalankan fungsi kelulusan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

dan Warisan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; (vi) Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 34C bagi membenarkan perbelanjaan diskaun bagi penerbitan bon atau premium yang langganan bon ditolak daripada mana- mana punca pendapatan perniagaan. Peruntukan sedia ada hanya membenarkan perbelanjaan tersebut ditolak daripada pendapatan yang diperoleh khususnya daripada penerbitan atau langganan bon sahaja; (vii) Fasal 9 bertujuan meminda perenggan 39(1)(f),(i),(j) bagi menyediakan peruntukan untuk mengenakan penalti di bawah sub seksyen 113(2) ke atas pembayar cukai yang disebabkan oleh tuntutan potongan ke atas perbelanjaan faedah bayaran kontrak dan kelas pendapatan tertentu telah dibuat. Namun, syarat kelayakan potongan tidak dipatuhi iaitu pihak yang bertanggungjawab memegang cukai tidak membayar jumlah yang telah dipegang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia; (viii) Fasal 10 bertujuan untuk meminda perenggan 46(1)(c) untuk memperluas skop pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada bagi individual berkenaan dengan perbelanjaan perubatan ibu bapa kepada rawatan perubatan perbelanjaan keperluan khas dan penjagaan dan tabung asas untuk ibu bapanya. Walau bagaimanapun, tuntutan itu mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang mengesahkan bahawa keadaan kesihatan ibu bapanya memerlukan rawatan perubatan atau keperluan khas atau penjagaan; (ix) Fasal 11 dan 12 bertujuan memotong sub seksyen 49(1)(c) dan meminda sub seksyen 52 kerana peruntukan- peruntukan ini tidak lagi terpakai disebabkan pemansuhan polisi insurans oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sejak 5 Oktober 2001; (x) Fasal 13, 14 dan 15 bertujuan meminda masing-masing seksyen 60F, 60H dan 63B supaya pendapatan daripada unit amanah termasuk Amanah Pelaburan Harta Tanah seperti REIT hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar sesebuah syarikat pemegang pelaburan. Syarikat dana closed-end atau unit amanah bagi maksud ini, perbelanjaan yang boleh dibenarkan untuk ditolak bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan ditetapkan menurut satu format yang mengambil kira pendapatan dividen sebagai pendapatan yang diagihkan oleh unit amanah;

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(xi) Fasal 17 bertujuan meminda perenggan 74(3)(a) supaya kuasa ketua pengarah untuk membuat taksiran atau tafsiran dan bahan ke atas pentadbir harta pusaka dalam tempoh tiga tahun mulai tarikh kematian dimaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pada masa ini, taksiran boleh dibuat dalam tempoh tiga tahun setelah pembayar cukai individu meninggal dunia walaupun kematian lewat dimaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. (xii) Fasal 18 bertujuan untuk meminda perenggan 104(1)(b) untuk memberi kuasa kepada ketua pengarah bagi mengeluarkan sijil untuk menghalang seseorang daripada meninggalkan Malaysia atas kegagalan membayar kenaikan yang dikenakan di bawah subseksyen 107B(3) dan 107C(9); (xiii) Fasal 19 bertujuan meminda subseksyen 107C(8) bagi membolehkan ketua pengarah menggunakan kuasa ketua

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

pengarah untuk mengarahkan pembayaran ansuran cukai ke atas syarikat berkenaan amanah atau koperasi. Arahan ketua pengarah tersebut dianggap sebagai pindaan anggaran bagi tujuan perbandingan 30% ke atas cukai yang perlu dibayar bagi suatu tahun taksiran; (xiv) Fasal 10 bertujuan memasukkan subseksyen baru 4A dan 4B dalam seksyen 111 supaya membaiki kredit cukai pendapatan, cukai keuntungan hartanah atau cukai pendapatan petroleum yang dibenarkan ditolak dengan izin sack off dengan jumlah cukai yang perlu dibayar atau tanggungan di antara satu sama lain; (xv) Fasal 21 bertujuan meminda subseksyen 132(1) dalam perenggan 132(4)(d) untuk menjelaskan bahawa perkiraan atau arrangement dengan izin di bawah perjanjian pengelakan cukai dua kali adalah termasuk peruntukan berkaitan dengan semua jenis cukai selain cukai pendapatan; (xvi) Fasal 22 dan 23 bertujuan memasukan seksyen baru 132(a) dan meminda paragraph 154(1)(c) supaya Kerajaan Malaysia boleh memasuki perkiraan atau arrangement dengan izin dengan kerajaan lain yang khusus bagi tujuan pertukaran maklumat semata-mata melalui Text Information Exchange Agreement (TIEA). Walau bagaimanapun perkiraan ini hanya boleh dibuat sekiranya tiada perjanjian pengelakan cukai dua kali dibuat dengan kerajaan lain di luar Malaysia. Memandangkan peruntukan pertukaran maklumat lazimnya telah disediakan di bawah perjanjian tersebut; dan (xvii) Fasal 25 bertujuan untuk meminda subperenggan 7(a) dalam Jadual 7A bagi memperuntukkan bahawa satu syarikat yang telah diberikan taraf perintis atau perakuan perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dalam satu tempoh masa adalah tidak layak untuk mendapat elaun pelaburan semula dalam tempoh tersebut. Bab III – Pindaan kepada Akta Setem 1949. Bab III yang terdiri daripada empat fasal iaitu Fasal 26 hingga 29 bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 pindaan-pindaan adalah seperti berikut; (i) Fasal 26 adalah bagi menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta seperti berikut; a) seksyen 27 dan 29 berkuat kuasa apabila mula berkuat kuasa akta ini; dan b) seksyen 28 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 11 Februari 2010; (ii) Fasal 27 bertujuan meminda subseksyen 81 untuk menyediakan peruntukan mengenai satu lagi kaedah bayaran ke atas mana-mana pernah menggunakan machine franking digital; (iii) Fasal 28 bertujuan meminda jadual pertama berbangkit daripada pertukaran nama Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996 kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan; dan (iv) Fasal 29 bertujuan meminda jadual kelima untuk memasukkan instrumen baru yang duty perlu bayar melalui kaedah machine franking post atau machine franking digital. Bab IV – Pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab IV yang terdiri dari tiga fasal iaitu Fasal 30 hingga 32 bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Pindaan-pindaan berkenaan adalah seperti berikut;

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(i) Fasal 30 adalah bagi menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta seperti berikut: (a) seksyen 31 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 9 April 2009; dan (b) seksyen 32 berkuat kuasa apabila mula berkuat kuasa akta ini. (ii) Fasal 31 bertujuan untuk meminda subseksyen 16(7E) yang berbangkit daripada pertukaran nama kementerian yang menjalankan fungsi meluluskan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan daripada Kementerian Pelancongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; (iii) Fasal 32 bertujuan meminda seksyen 50 dengan memasukkan subseksyen baru (4) dan (5). Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan satu peruntukan supaya membaiki kredit cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah atau cukai tapak pendapatan petroleum dibenarkan ditolak atau sack off dengan jumlah cukai yang perlu dibayar atau tanggungan di antara satu sama lain. Bab V – Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab V yang terdiri dari empat fasal iaitu Fasal 33 hingga 36 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Pindaan-pindaan berkenaan adalah seperti berikut: (i) Fasal 33 adalah bagi menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta seperti berikut; (a) seksyen 34 dan 35 berkuat kuasa setelah apabila mula kuat kuasanya akta ini; dan (b) seksyen 36 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2011 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. (ii) Fasal 34 bertujuan untuk meminda subseksyen 14 (4) supaya ketua pengarah boleh membuat tafsiran atau taksiran tambahan ke atas harta pusaka dalam tempoh tiga tahun mulai tarikh kematian dimaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pada masa ini tempoh untuk membangkitkan taksiran adalah tiga tahun setelah pembayar cukai individu meninggal dunia; (iii) Fasal 35 bertujuan meminda seksyen 24 dengan memasukkan subseksyen baru (7A). Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan satu peruntukan supaya baki kredit Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah atau Cukai Pendapatan Petroleum dibenarkan ditolak atau sack off dengan jumlah cukai yang perlu dibayar atau tanggungan di antara satu sama lain; (iv) Fasal 36 bertujuan meminda sub perenggan 16(a) Jadual 2 bagi memperluaskan takrif government di dalam akta ini kepada kerajaan negeri.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Bab VI - Pindaan kepada Akta Kewangan 2007. Bab keenam mempunyai tiga fasal iaitu fasal-fasal 37 hingga 39. Fasal 37 menetapkan pindaan kepada Akta Kewangan 2007. Ini berkuat kuasa mulai tahun tafsiran 2008 dan tahun-tahun tafsiran berikutnya. Fasal 38 dan fasal 39 memperkenalkan subseksyen yang baru 48(4) dan 49(4) masing-masing untuk memperjelaskan bahawa amaun hutang kepada kerajaan di bawah seksyen 48 dan seksyen 49 hendaklah disifatkan sebagai cukai yang genap masa dan perlu dibayar. Dengan ini amaun hutang ini tidak tertaklik kepada had masa

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

di bawah Akta Had Masa 1953 bagi membolehkan kutipan bayaran dibuat dengan berkesan. Bab VII - Pindaan kepada Akta Kewangan 2009. Bab ketujuh mempunyai tiga fasal iaitu fasal-fasal 40 hingga fasal 42. Fasal 40 menetapkan pindaan kepada Akta Kewangan 2009 ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 9 Januari 2009. Fasal 41 dan 42 bertujuan untuk memansuhkan subseksyen baru 48(5) dan 49(5) di dalam akta pindaan ini adalah untuk memperjelaskan bahawa amaun hutang kepada kerajaan di bawah seksyen 48 dan 49 hendaklah disifatkan sebagai cukai yang genap masa dan perlu dibayar. Dengan ini, amaun hutang itu tidak tertakluk kepada had masa di bawah Akta Had Masa 1953 bagi membolehkan kutipan bayaran dibuat dengan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada ahli yang menyokong?

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I · Gerik

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Kewangan 2007 dan Akta Kewangan 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya mahu tanya penjelasan yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang Fasal 26, fasal 30, fasal 33, fasal 37, dan fasal 40. Barangkali memang sengaja tidak dimasukkan dalam kertas cadangan ini, saya tidak pasti. Saya meneliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan tujuan pindaan fasal-fasal yang dimasukkan 26. Mungkin juga fasal yang sebelum pada itu saya kurang pasti Tuan Yang di- pertua. Jadi, sebut antara tujuan fasal 26 tetapi dalam ini cuma ada fasal 24 kemudian fasal 25. Kemudian, fasal 29 dengan fasal 31 dan tidak ada fasal 30. Fasal 32 kemudian terus fasal 34 tidak ada fasal 33. Akan tetapi saya teliti tadi dan saya dengar ada Yang Berhormat Menteri menyebut tujuan-tujuan dimasukkan pindaan kepada fasal-fasal yang saya sebutkan tadi. Adakah itu memang sengaja tidak dimasukkan ataupun ikut permulaannya saya mahu tanya itu dahululah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang berhormat bertanya Yang Berhormat. Buat ucapan bertanya dan tidak boleh berdialog begini. Buat ucapan seperti biasa. Ini peringkat dasar.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuba untuk mengambil peluang sedikit untuk berbahas dalam peringkat dasar dan saya sedar bahawa pada pembentangan perbelanjaan dan cadangan Perbelanjaan 2011 yang lalu yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan I merangkap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mencadangkan 16 perkara yang menyentuh secara khusus tentang isu percukaian negara. Saya dapati bahawa isu percukaian ini telah menjadi satu isu yang harus diteliti oleh semua warga negara Malaysia oleh kerana isu pendapatan negara melalui bidang percukaian dilihat makin berkurangan secara relatifnya daripada tahun-tahun sebelum ini. Kalau kita perhatikan bahawa 40% daripada sumber pendapatan dan hasil negara yang sebelum ini datangnya daripada cukai pendapatan telah pun menurun secara relatifnya. Pergantungan negara kepada hasil sumber petroleum telah dilihat begitu signifikan dan menjadi terlalu tinggi. Timbul banyak kebimbangan bahawa untuk jangka masa akan datang, kebergantungan, dependency negara terhadap sumber petroleum untuk menjana perbelanjaan atau pengurusan pembangunan atau pun pentadbiran

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

negara dilihat menjadi satu isu yang serius dan dibimbangkan. Sekiranya fenomena ini berterusan, kita bimbang negara kita dilihat terlalu bergantung dan tidak ada daya untuk melepaskan diri daripada terpaksa dilihat satu negara yang meletakkan sumber petroleum sebagai sumber asas untuk mentadbir atau pun melaksanakan apa-apa perbelanjaan untuk pembangunan negara. Kerajaan telah mencadangkan banyak penggalakan cukai untuk tujuan seperti yang disebut mengharapkan supaya Malaysia dilihat sebagai satu destinasi pelaburan yang baru ataupun pelaburan yang menarik. Kita tahu kita menghadapi maslah pelaburan luar atau pun isu foreign direct investment yang banyak kali diperkatakan dan memang ini adalah isu yang mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat perdagangan dunia terutamanya yang berada di sekeliling negara kita itu negara- negara ASEAN. Kita telah dilihat sangat kurang atau pun less competitive berbanding pada negara-negara jiran ASEAN kita yang dahulunya dilihat sebagai berada di belakang negara kita terutama negara seperti Filipina dan juga Thailand. Perkara ini sepatutnya telah menjadi kebimbangan kita dan atas dasar itu saya atau kita lihat kerajaan telah mencadangkan beberapa kaedah untuk menarik atau memperlihatkan bahawa sistem layanan cukai di negara kita lebih baik dan memang sudah tentu untuk tujuan memberi keyakinan dan menarik perhatian kepada pelabur- pelabur asing. Namun begitu, berlandaskan atau berasaskan kepada senarai bentuk- bentuk galakan cukai yang kita tawarkan pada pembentangan belanjawan yang lalu, sebagai contohnya kita memberi galakan kepada layanan atau kepada usaha-usaha yang dilihat terlalu memberi kelebihan kepada pelabur yang sebenar tidak mempunyai niat untuk membantu perkembangan industri tempatan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebagai contoh, kita memberi galakan cukai kepada penggunaan ataupun penambahbaikan kepada penghasilan kereta atau penggunaan kereta hibrid yang sebenarnya teknologi tempatan langsung tidak ada pengetahuan dalam bidang ini. Beberapa hari lepas saya mengikuti temu bual daripada pemain industri automobil dalam negara kita dan mereka menyatakan kebimbangan. Tawaran galakan cukai ini akan dibimbangi akan menjadi sack-back kepada industri itu sendiri apabila kita menganggarkan atau kita menyasarkan bahawa dalam lima tahun akan datang, 38% industri automobil tempatan akan dapat menguasai industri ini iaitu kereta yang dijana secara hibrid. Walau bagaimanapun, kita tidak ada infrastruktur yang dijangkakan untuk lima tahun akan datang tidak mungkin ada prasarana atau infrastruktur yang dapat menyokong industri ini, sekali gus memperlihatkan bahawa tawaran atau galakan ini hanya untuk diraih ataupun dirasai oleh pemain industri yang langsung tidak ada kaitan dengan kedudukan industri tempatan kita. Saya melihat dan saya mengharapkan bahawa ada beberapa lanjutan tempoh untuk bidang berkenaan atau galakan-galakan yang ditawarkan seperti galakan kepada pengeluaran bahan makanan. Kita tahu juga Tuan Yang di-Pertua, industri pengeluaran makanan negara menjadi sasaran utama untuk tempoh dua tahun akan datang di mana kita menyasarkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada beberapa sesi yang lalu sehingga sesi yang terakhir ini, menyatakan bahawa asas pengeluaran makanan ini melalui projek ataupun gedung makanan negara memberikan bidang yang luas untuk menjadikan negara self-sustain dari segi pengeluaran makanan. Saya memang menyokong dan saya rasa ini adalah kena pada tempatnya apabila kita memberi beberapa galakan dalam tempoh galakan pengeluaran makanan. Namun, saya tidak pasti sama ada galakan-galakan ini dapat ataupun berupaya kita sediakan asas untuk melihat terutama kepada asas pengeluaran makanan dalam sektor perikanan. Beberapa hari yang lalu Timbalan Menteri telah menyatakan kedudukan bahawa industri berasaskan teknologi tinggi yang juga menjadi bidang utama yang diberikan beberapa galakan dalam bidang industri perikanan berteknologi tinggi telah menyediakan beberapa kemudahan atau galakan ini. Akan tetapi saya pernah membangkitkan satu isu berkenaan dengan MITP (Malaysia International Tuna Port) di Pulau Pinang yang telah dimulakan asasnya semenjak tahun 2003. Sehingga sekarang telah menjadi satu sigma negatif kepada industri perikanan berteknologi tinggi ini sehingga sekarang kes tersebut tidak dapat diselesaikan. Memang kita tidak ada

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

nampak apa-apa petanda atau tanda yang menunjukkan industri ini dapat menjana pendapatan sebagaimana yang diharapkan. Saya difahamkan melalui rujukan dan carian saya mengenai maklumat ini memperlihatkan industri ini sahaja secara spesifik telah membelanjakan lebih daripada RM300 juta untuk penyediaan infrastruktur. Melalui konsep memajukan industri perikanan berteknologi tinggi yang selaras dengan galakan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun cadangan yang ditawarkan oleh Menteri Kewangan untuk penggalakan, pengecualian cukai dan sebagainya. Akan tetapi keadaan ini langsung tidak nampak ada teladan yang diambil oleh industri ini ataupun komponen-komponen perniagaan yang terlibat dalam industri ini nampak macam memandang sinis atau memandang secara sinis yang tawaran itu tidak ada positifnya pada mereka. Sedangkan sepatutnya industri MITP yang telah menjadi satu mercu tanda dalam industri perikanan laut dalam ini seperti yang disebutkan banyak kali oleh pihak Menteri. Sepatutnya menjadi kenyataan dan stigma ini telah saya fikir memperlihatkan bahawa wujudnya ketidakupayaan kita melaksanakan atau membawa imej yang Malaysia sanggup ataupun bersedia untuk menerajui atau menerokai bidang perikanan berteknologi tinggi. Oleh kerana itu kita patut juga merasa malu kerana galakan yang kita sediakan dan memang sepatutnya perkara ini direbut ataupun dipandang serius oleh orang yang terlibat dalam industri ini. Tuan Yang di-Pertua, ada 16 perkara yang digariskan dalam 16 lampiran yang diberi dan diedarkan kepada kita. Pertama galakan cukai ke atas penerbitan sekuriti Islam yang termasuk dalam beberapa frasa yang dibacakan oleh Timbalan Menteri baru sekejap tadi. Saya juga merasa ada kerisauan di mana bahawa galakan cukai yang diberi kepada penerbitan-penerbitan sekuriti Islam termasuk dengan sukuk atau bon jaminan yang berasaskan Islam ini, secara tidak langsung termasuk dalam pakej ataupun dalam usaha kerajaan untuk membangunkan industri perbankan atau produk- produk perbankan yang berlandaskan Islam atau berlandaskan syariah. Ini yang memang sepatutnya kita menjuarai atau kita menjadi peneraju utama dalam industri ini. Memang saya akui banyak penerangan dan jawapan telah diberi dalam Dewan ini mahupun di luar Dewan. Memberi jaminan yang Malaysia akan muncul sebagai antara peneraju atau pemain utama dalam industri perbankan Islam. Namun, setakat ini saya rasa usaha yang kita jalankan dalam bidang ini hanya tertumpu kepada promosi ataupun memberi garapan terhadap peluang ataupun masa depan industri ini. Dalam masa yang sama saya katakan kita masih gagal untuk menjuarai sebagaimana kita sepatutnya. Amat malang apabila bidang ini direbut atau dikuasai oleh antara negara yang sama sekali tidak munasabah untuk merebut peluang atau mencuri peluang ini. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin Timbalan Menteri atau pihak kementerian dapat memberikan alasan-alasan atau menghuraikan kenapa kejadian ini boleh berlaku.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita tidak dapat tolak antara negara yang paling utama dalam menguasai bidang ini adalah negara United Kingdom dan diikuti oleh Singapura dan juga Hong Kong. Saya difahamkan negara China akan muncul sebagai antara negara yang dapat menguasai dan memonopoli produk-produk perbankan yang berasaskan Islam atau produk-produk yang berasaskan syariah, terutama dalam bentuk penerbitan sekuriti- sekuriti dan sukuk yang berasaskan syariah. Saya tidak dapat memahami kenapa kita dilihat terlalu ketinggalan, sekurang- kurangnya berbanding dengan negara jiran Singapura yang dilihat jauh lebih agresif merebut peluang ini. Walaupun pada sesi yang lepas kita telah membentangkan tujuh pindaan rang undang-undang yang menyentuh tentang kedudukan perniagaan atau perdagangan atau Sistem Kewangan Luar Pesisir Labuan, sehingga pada hari ini kita tidak dapat menerima maklumat daripada kementerian bahawa adanya dengan langkah serta-merta kerajaan pada tahun lepas, apakah natijah atau hasil yang dibawa daripada pindaan ataupun tujuan untuk memberi ruang yang lebih luas kepada kedudukan Labuan sebagai tapak untuk industri sekuriti ataupun perdagangan kewangan yang berbentuk Islam.

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Indera Mahkota, mencelah sedikit. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Indera Mahkota. Adakah Yang Berhormat Indera Mahkota ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berkenaan Islamic product ini? Walaupun kita di antara pioneer yang memperkenalkan produk-produk Islamic ini dalam Islamic banking, tetapi

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

nampaknya Hong Kong, United Kingdom, Singapura dan mutakhir ini nampaknya China makin dekat dengan kita. Adakah ini kerana kerajaan sendiri yang pertamanya tidak begitu confident tentang bahawa produk ini mempunyai masa depan yang baik, yang cerah? Keduanya, tidak ada fokus yang jitu. Maknanya sementara kita hendak Islamic product diperkenalkan, tetapi kita juga memberikan ruang yang tidak seluas-luasnya supaya produk ini dipelajari oleh pelajar-pelajar kita, kerana kita mempunyai universiti yang banyak. Ini harus menjadi produk kita yang utama kerana dunia telah pun mengiktiraf dan berlumba-lumba untuk gunakan produk ini dan kita pioneer, tiba-tiba duduk ke belakang. Saya ingin mengatakan, adakah kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk memperkemaskan produk ini dan untuk diperturunkan ilmunya kepada pelajar-pelajar universiti kita? Ini agar apabila mereka graduate nanti, mereka akan diiktiraf oleh dunia sebagai orang-orang yang layak mengendalikan produk-produk ini. Fokusnya tidak ada. Setuju atau tidak Yang Berhormat Indera Mahkota?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Rugi kita apabila isu fokus ini diketahui umum. Ini kerana selama hari ini kita hendak tunjukkan bahawa kita sebagai peneraju. Saya rasa status kita sebagai antara negara yang membawa inisiatif kepada pembangunan, industri yang berasaskan perbankan Islam ataupun produk-produk perbankan Islam ini, kita memang tidak dapat nafikan kita antara peneraju yang asas. Memang peneraju ataupun yang awal atau yang pioneer, yang membawa perkembangan ini memang akan mengalami nasib malang apabila tidak berjaya menguasai ataupun menerajui bidang yang kita bawa inisiatif ini. Kita ada kedudukan yang cukup istimewa. Gabenor Bank Negara kita dinamakan atau dinobatkan sebagai antara gabenor yang terbaik di kawasan Asia atau Asia Pasifik, antara yang terbaik dinamakan. Beliau juga antara orang yang pakar dalam membawa isu-isu yang berkaitan dengan produk-produk yang berasaskan syariah ataupun berasaskan Islam ini, disokong oleh beberapa personaliti-personaliti yang lain. Saya juga melihat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Saya setuju kerana tidak logik atau tidak ada satu alasan yang munasabah untuk kita berikan. Kita yang mengasaskan, kita yang memberi inisiatif, akhirnya kita yang ketinggalan. Jadi tidak logik sama sekali. Jadi saya rasa ini adalah tanggungjawab kementerian untuk memberi, apakah alasan-alasan yang munasabah kepada kedudukan itu. Saya juga lihat Tuan Yang di-Pertua, keputusan kerajaan untuk membenarkan ataupun memberi kebenaran kepada dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memperbesarkan peratus pelaburan luar mereka, iaitu daripada 6% dana yang dibolehkan dilabur di luar negara kepada 20%. Kenaikan sebanyak 14% yang dikatakan sebagai dana pelaburan sektor portfolio asing yang dibentangkan pada Dewan ini baru-baru ini oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, juga membawa satu persoalan yang merunsingkan ramai orang. Kenapa kerajaan sanggup membesarkan bidang pelaburan yang khusus menjadikan dana atau membolehkan dana EPF itu dilaburkan ke luar negara? Sedangkan sekiranya kita memberi tumpuan kepada membangunkan sektor perbankan yang berasakan syariah dan Islam ini, barangkali kita ada banyak lagi pilihan lain. Selain daripada kita memberi gambaran bahawa kita lebih mementingkan pelaburan yang berbentuk pelaburan luar yang berportfolio antarabangsa, yang mungkin kita tidak dapat tahu dengan tepat di manakah bidang ataupun di manakah destinasi ataupun bidang-bidang pelaburan ini hendak dibuat atau dirancang – hendak dibuat oleh pihak EPF. Adakah ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa kerajaan memberi kuasa untuk mempergunakan dana awam EPF ini untuk dilaburkan ke luar negara? Oleh kerana pelaburan di luar negara bukanlah pelaburan yang dapat diteliti dengan jelas, sekiranya kita tidak ada spesifikasi-spesifikasi yang nyata, kita hanya melihat keputusan kerajaan melabur sahaja. 6% kepada 20% – kenaikan 14%, Tuan Yang di- Pertua. Melibatkan tambahan RM70 bilion wang EPF yang sengaja diletakkan dalam portfolio asing untuk dibolehkan dilabur ke luar negara.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apa kata kerajaan mengumumkan bahawa daripada kita mengizinkan RM70 bilion wang EPF dilaburkan ke luar negara, kita pinda balik menggunakan RM70 bilion wang atau dana EPF ini untuk dilaburkan dalam sektor domestik semula, untuk merancakkan pembangunan ataupun industri tempatan dalam bidang apa sekali pun. Saya rasa antara risiko yang dihadapi oleh EPF, pelaburan di dalam negara berbanding dengan pelaburan luar negara. Saya rasa risikonya lebih kecil dan lebih manageable kalau dilaburkan atau digunakan di dalam negara. Akan tetapi, kerajaan telah pun membuat keputusan dan persetujuan telah dicapai membenarkan EPF ataupun penggunaan dana EPF untuk dilaburkan setinggi RM70 bilion ke luar negara. Saya ingin menyebut bahawa sebahagian besar daripada para pekerja di dalam negara kita sedang menghadapi saat yang agak getir berbanding pada tahun- tahun sebelum in. Iklan-iklan TV juga menunjukkan dengan jelas pekerja bersungut bahawa tiada kenaikan dalam pendapatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita ada limit masa, Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya tahu masa Yang Berhormat. Jangan beritahu saya masa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Lima minit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya menyeru kepada pihak EPF, sekiranya pun keputusan ini telah dibuat dan telah ada destinasi-destinasi pelaburan yang telah ditentukan, portfolio-portfolio ini untuk tujuan ini. RM70 bilion wang pekerja rakyat Malaysia bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita tidak mahu pengalaman pelaburan luar negara diberi jawapan atau diberi ulasan bahawa berlakunya kerugian disebabkan oleh berlakunya kejatuhan dalam nilai atau kadar pertukaran asing. Ini adalah di antara jawapan-jawapan yang biasa diberikan apabila sesuatu pelaburan itu mengalami kerugian yang tidak dapat ditutup atau tidak dapat dipulihkan, maka itulah antara jawapan yang biasa diberikan. Saya juga ingin menyatakan harapan kita, kita tidak mahu dengar yang pelaburan sebanyak RM70 bilion yang dibenarkan itu akan ditujukan kepada bidang- bidang pelaburan yang sangat meragukan kedudukannya seperti yang selalu kita dengar pelaburan yang sangat menguntungkan pada masa ini adalah pelaburan dalam bidang industri yang sikit sebanyak berkenaan dengan bidang-bidang yang sangat sinful seperti industri pengeluaran minuman-minuman keras dan juga industri yang terlibat dalam perjudian. Agaknya kalau kita teruskan dengan agenda memberi lesen perjudian bola sepak, barangkali ada cadangan untuk kita laburkan dalam bidang ini dan saya bimbang Tuan Yang di-Pertua kerana di selatan negara kita di Singapura ada satu kasino baru yang telah selamat dibina dan dilancarkan begitu meriah sekali. Kita bimbang sekiranya ada cadangan kita ataupun alasan-alasan ataupun cadangan- cadangan tertentu untuk melaburkan sebahagian daripada dana wang rakyat ini di dalam industri yang katanya sangat menguntungkan di bidang tersebut di Singapura. Kita harap ini tidak berlaku. Walaupun pasaran mengatakan tarikan yang begitu luar biasa telah tertumpu kepada industri perjudian ini di selatan tanah air kita dan saya harap perkara ini tidak akan sama sekali melibatkan wang EPF rakyat kita dalam lingkungan RM70 bilion yang kita benarkan ini. Perkara terakhir yang saya hendak sebut dan saya minta penjelasan daripada menteri sekejap lagi ialah berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan cukai negara kita lebih kompetitif berbanding dengan negara lain iaitu dalam isu pengecualian cukai dua kali sebagaimana yang telah disebutkan tadi cadangan dan saya dapati kita masih lagi mengamalkan sistem lama iaitu sistem terpilih. Kita tidak menerima semua cadangan tersebut dan setakat ini kita masih lagi ada outstanding ataupun ada perjanjian-perjanjian yang sepatutnya kita lunaskan dengan negara-negara yang menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan rundingan untuk mengelakkan cukai dua kali tetapi kita masih lagi membuat secara terpilih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dalam masa yang sama kita telah meluluskan atau menandatangani perjanjian tersebut dengan negara yang dilihat mempunyai upper hand dengan izin, mempunyai kedudukan untuk mengarahkan memberi pengaruh supaya kita mengikuti atau menandatangani perjanjian itu dalam bidang-bidang tertentu seperti yang kita telah nyatakan hasrat kita dengan Kerajaan Amerika Syarikat pada baru-baru ini. Bidang itu saya minta untuk dinyatakan kalau boleh secara terperinci oleh pihak kementerian, apakah bidang yang baru-baru ini kita khususnya dalam perjanjian pengelakan cukai dua kali dengan Amerika Syarikat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, menteri menjawab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena tadi pandang kiri, pandang kanan saya ingat tak hendak bercakap.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ingat hendak bagi dekat kawan-kawan lain pasal dekat pukul satu, agak panjang juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di kesempatan ini saya hendak ucap tahniah kepada Datuk yang dalam kesibukan mengendalikan sidang, menghadapi berbagai-bagai kerenah dalam Dewan ini khususnya Yang Berhormat Kinabatangan tapi sempat lagi untuk menulis buku [Tepuk] dan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan saya harap buku tersebut akan boleh menjadi rujukan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk melihat bagaimana kedudukan kerusi sebagai Yang di-Pertua dan dalam usaha untuk kita memastikan satu evolusi kepada Parlimen secara keseluruhannya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya pun setuju Tuan Yang di-Pertua. Tahniah dan saya harap Yang Berhormat Pokok Sena bolehlah belajar dan bertata tertib dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Kena dua-dualah, kena dua-dualah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya. Sebab itu saya semalam saya kata Yang Berhormat Kinabatangan ini kena banyak membaca buku- buku yang bersifat akademik, intelektual yang dipersembahkan oleh Datuk. Tambah- tambah lagi bagus Tuan Yang di-Pertua bagi free seorang satu, lagi baguslah [Ketawa]. Jadi ada tandatangan penulis itu, itu yang sangat mahal dan sangat berharga sebab saya pun tak perasan sama ada selama ini ada atau tidak seorang Speaker menulis buku berkaitan dengan itu, saya pun tak pasti tapi seingat sayalah bahawa inilah satu- satunya orang yang [Tepuk] menduduki kerusi itu dan kemudian menghayati dan kemudian melihat jauh ke hadapan untuk melihat satu proses evolusi kepada kedudukan kerusi [Tepuk] dan juga kepada Parlimen secara keseluruhannya. Tahniah Datuk. Kita harap maknanya moga dengan hayat yang masih ada ini akan ada lagi buku-buku baru yang akan ditulis oleh Datuk dan saya anggap ini sebagai satu contoh yang terbaiklah kepada Ahli-ahli Parlimen semua untuk melihat bahawa sambil sibuk itu kita boleh menulis. Tak apalah hendak menulis kerenah Yang Berhormat Kinabatangankah, apakah dan sebagainya tapi itu saya kira bahawa satu yang sangat baik yang telah pun diusahakan dan ditunjukkan oleh Datuk. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang-undang Kewangan yang bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan, Akta Setem, Akta Petroleum, akta Cukai Pendapatan, Akta Keuntungan Harta, Akta Kewangan dan Akta Kewangan 2009 dan ini sudah tentu ada kaitan dengan Belanjawan yang telah pun kita bentangkan dan yang telah pun kita luluskan baru-baru ini yang menunjukkan bahawa ada perubahan- perubahan pergerakan daripada segi percukaian untuk memastikan supaya bahawa

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

sumber hasil pendapatan negara itu secara yang lebih baik pada masa yang akan datang. Apa yang lebih penting kepada kita ialah mungkin telah pun disebut oleh rakan saya dari Indera Mahkota tadi bahawa yang lebih pentingnya ialah sumber hasil cukai secara keseluruhan ini yang penting untuk dilihat di sini ialah pengurusan hasil yang telah pun kita perolehi. Pengurusan daripada segi untuk memastikan semaksimumnya untuk kita dapat daripada hasil cukai yang telah kita kenal pasti bukan daripada hasil saman ekor. Saman ekor itu bukan cukai tapi nampaknya Kementerian Kewangan tidak dapat hendak memberi dan memperlihatkan kepada kerajaan khususnya kepada polis, kepada JPJ, tak payahlah bergantung kepada saman ekor. Cukup dengan sumber hasil daripada cukai-cukai ini mampu untuk mengurus tadbir negara kita ini yang sedang pesat untuk dibangunkan dengan berbagai-bagai program projek pembangunan yang ada tapi yang penting untuk dilihat ialah memastikan pengurusan untuk mendapatkan hasil itu sebaiknya. Maknanya tidak ada ruang untuk pihak-pihak khususnya pihak-pihak atasan, pihak-pihak yang tertentu ini yang telah mendapat hasil yang lumayan daripada program pembangunan yang telah pun dilakukan dalam negara kita ini cuba untuk mengelak daripada pembayaran cukai kepada kerajaan. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana untuk kita membelanjakan hasil cukai yang telah pun kita perolehi daripada pembayar-pembayar cukai dalam negara kita. Sudah pukul satu, kena sambunglah ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sambung petanglah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula jam 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menyambung perbahasan saya dalam Rang Undang-undang Kewangan ini. Pagi tadi saya telah pun memberikan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua atas kejayaan beliau menulis buku dan saya harap Tuan Yang di-Pertua juga sepanjang berada ini mencurahkan pengalaman Tuan Yang di-Pertua dalam satu tulisan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat pun boleh buat buku.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ia sangat berharga sebab Tuan Yang di-Pertua ada pengalaman sebagai Ahli Parlimen, sebagai Tuan Yang di-Pertua untuk menjadi bahan rujukan supaya dapat mendidik kawan-kawan saya dari sebelah sana macam mana hendak menjadi Ahli Parlimen yang baik, insya-Allah. [Ketawa] Tadi saya telah pun menyebut soal cukai ini bahawa kita bukan hanya melihat kepada persoalan dan berapa jumlah yang kita hendak dapat, bukan sekadar itu salah satu, tetapi yang kita hendak ialah semaksimum yang boleh untuk kita dapatkan hasil percukaian daripada pihak-pihak yang tertentu tetapi nampaknya kita melihat bahawa

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

umpamanya dalam bajet baru-baru ini kerajaan menghapuskan 300 items barang- barang import yang saya anggap itu barang-barang mewah, menghapuskan cukai- cukai import yang bukan senarai barangan yang diguna pakai oleh masyarakat kebanyakan, masyarakat terbanyak atau masyarakat teramai dalam negara kita. Hatta, sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen pun tidak memakai barang-barang import yang sangat berharga. Pegawai-pegawai kerajaan, rakan masyarakat kebanyakan orang kampung dan sebagainya. Umpamanya macam saya katakan bahawa penghapusan cukai, maknanya kita telah kehilangan cukai kepada barang- barang mewah ini. Barang-barang mewah ini sudah tentu barang-barang yang diguna oleh orang-orang yang berada, orang-orang kaya yang selalu pergi shopping ke luar negara ataupun barangan di bawa ke dalam negara kita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sudah baca buku itu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sudah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat ini ada bayar cukai hiburan? Dia selalu melawak, dia pelawak daripada Pakatan. Saya hendak tanya Yang Berhormat ada bayar cukai atau tidak?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu saya kata kena tambah satu buku lagi daripada Tuan Yang di-Pertua supaya memperbanyakkan khazanah ilmu yang bersifat akademik, intelektual untuk menjadi tatapan Ahli-ahli Parlimen supaya menjadi Ahli Parlimen yang baik, yang mampu berhujah, yang bangun untuk membawa satu penghujahan-penghujahan yang baik. Jadi Yang Berhormat Kinabatangan ini nampaknya dia tidak khatam lagi buku itu. Kena khatam dahulu sekurang-kurangnya sekali khatam buku, pergi khatam depan Datuk Dr. Wan, bawa pulut kuning dengan telur dadar. [Ketawa] Baik, ini kacau. Jadi kerajaan telah kehilangan cukai daripada barangan- barangan yang digunakan oleh masyarakat kelompok masyarakat yang kecil, kelompok orang-orang kaya ini yang sepatutnya kita telah mendapat satu perolehan cukai yang sangat lumayan sedangkan barang-barangan import, seluar dalam, baju dalam, apa dalam lagi, beg tangan dan sebagainya, orang, penduduk kampung dia beli di pasar malam, pasar tani sahaja beg tangan Siam, beg tangan yang murah-murah sahaja. Bukan beg tangan yang mahal-mahal. Ini yang kita hendak bawa Gucci, apa saya pun tidak tahu hendak sebut sebab saya tidak begitu menggemari barang-barang yang mewah ini. Jadi saya hendak katakan bahawa dalam masa yang sama kerajaan masih lagi konsisten untuk hendak melaksanakan GST untuk mengambil cukai daripada masyarakat dan rakyat terbanyak dalam keadaan bahawa sumber pendapatan rakyat ini sangat terhad berbanding dengan apa yang telah dicabut oleh kerajaan kepada rakyat umpamanya dengan mengurangkan subsidi kepada minyak, petrol, pada diesel, kepada gula dan sebagainya dan akan berlaku pengurangan subsidi ini kalau mengikut Jawatankuasa PEMANDU ini sehingga tahun 2014, kalau ikut jadual asalnya ada satu jadual lagi sehingga menjelang tahun 2020. Sedangkan kita membayar kepada konsultan-konsultan ini untuk Jawatankuasa PEMANDU ini sehingga RM60 juta kepada sebuah konsultan sahaja. Kita bayar sehingga RM35 juta hanya sekadar untuk beritahu bahawa untuk hendak mengurangkan defisit negara kita ini tarik subsidi daripada rakyat. Kalau setakat hendak beritahu untuk mengurangkan defisit negara ini tarik subsidi daripada rakyat, saya ingat tidak perlulah kita beritahu lantik konsultan daripada luar negara, daripada Amerika untuk dibayar dengan sejumlah RM35 juta. Saya percaya bahawa tanya orang-orang biasa sahaja dalam negara kita pun dia boleh beritahu. Akan tetapi saya hendak katakan bahawa sepatutnya konsultan yang kita lantik menyatakan bagaimana untuk hendak melihat bagaimana pendapatan negara itu, sumber hasil-hasil baru yang dapat dicerna, yang dapat dicari untuk menambahkan pendapatan dalam negara kita. Saya telah pun menggariskan dalam perbahasan belanjawan sebelum ini bahawa bagaimana kerajaan tidak dapat mengenal pasti sumber-sumber baru, produk-produk baru yang tidak dijana untuk menjadikan sebagai sumber hasil kepada pendapatan dalam negara kita ini.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya minta bahawa persoalan ini harus dipertimbangkan khususnya masalah GST. Kalau kita boleh menghapuskan cukai import kepada barangan mewah untuk digunakan oleh orang-orang kaya ini saya percaya bahawa adalah tidak adil untuk kita kenakan GST pula ke atas rakyat terbanyak dalam negara kita. Jadi saya minta bahawa kerajaan mesti bersedia untuk menarik balik Rang Undang-undang GST yang masih kekal sehingga sekarang untuk ditarik balik bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh masyarakat dan rakyat yang terbanyak dalam negara kita. GST hendak kena, sama ekor hendak kena, sama kepala pun hendak kena. Jadi lagi teruklah. Kemudian persoalan yang kedua macam saya katakan tadi ialah soal pengurusan kewangan bagaimana cara kita berbelanja. Setiap tahun kita melihat bahawa Laporan Audit memperlihatkan berlaku unsur-unsur ketirisan yang begitu besar. Puluhan bilion berlaku ketirisan, berbilion-bilion berlaku ketirisan dalam pengurusan kewangan daripada belanjawan yang telah dibentangkan setiap tahun.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kerajaan sendiri tidak boleh memberi jaminan bahawa tahun depan laporan audit ini akan menunjukkan satu laporan yang baik dari sudut pengurusan kewangan. Yang menjadi masalah yang saya lihat di sini ialah laporan audit pada kali ini ialah mempamerkan kementerian-kementerian yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin yang senior dalam parti memerintah, umpamanya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan termasuk Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya, termasuk juga Kementerian Pelajaran dan sebagainya. Ini kementerian-kementerian yang diwakili, yang menterinya ialah pimpinan senior dalam parti yang menjadi tunggak kepada pemerintahan kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. Jadi saya fikir bahawa Kementerian Kewangan harus melihat persoalan yang serius bahawa takkanlah sekadar kita hanya hendak meminta penjelasan-penjelasan yang perlu dibuat oleh pihak kementerian sama ada oleh Menteri, oleh pegawai dan sebagainya. Sebab itu bagi saya katakan bahawa, perlu ada kalau kita hendak melihat soal KPI, perlu kita kena bagi point kepada Menteri-menteri ini. Ada dia punya point- point tertentu. Kalau berlaku masalah-masalah kewangan berasaskan kepada petunjuk dalam Laporan Audit ini, Menteri itu akan mesti dikurangkan supaya dia diletakkan ranking supaya dapat dipaparkan kepada masyarakat dan rakyat, bagaimana tidak punya komitmen dan kesungguhan Menteri itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk memantau soal kementerian dan juga jabatan-jabatan yang ada di bawah kementerian beliau. Banyak saya katakan bahawa di sini, isu-isu yang tidak dijawab dalam belanjawan tempoh hari. Rasional untuk PNB mengadakan bangunan 100 tingkat sehingga RM5 bilion. Ini sepatutnya PNB boleh memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan. Ataupun sekurangnya PNB telah menggunakan peruntukan asal, satu ketika dahulu, sewaktu hendak mewujudkan PNB itu, untuk membantu kerajaan mendapat satu dividen yang lebih baik. Bukannya mengadakan bangunan-bangunan yang kerajaan pun tidak mendapat manfaat yang besar. Rakyat, pencarum-pencarum atau pun pelabur-pelabur dalam saham-saham amanah di bawah PNB juga, tidak akan mendapat satu pulangan munasabah kepada mereka. Jadi saya melihat bahawa ini merupakan perkara yang harus dilihat dalam konteks untuk memastikan wang itu kita belanja secara yang mendatangkan manfaat kepada kita. Saya lihat bahawa hari ni banyak yang tidak bersetuju, Mantan Perdana Menteri pun tidak bersetuju dengan bangunan 100 tingkat ini. Kita di sini pun ramai yang tidak setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pokok Sena memang saya tahu tadi, terangkan bagaimana sepatutnya cukai itu kembali semula kepada rakyat. Sebab cukai dipungut daripada rakyat, akhirnya pulang kepada rakyat untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena ada sebut tadi, fasal bila nampak kita mengutamakan golongan yang berpendapatan tinggi, yang kaya sebagai ringkasnya dan kita tidak nampak macam kita ini betul-betul hendak suruh, hendak tengok

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

golongan berpendapatan rendah, miskin ini ada meningkat sikit dengan cara kita betul- betul memulangkan cukai yang kita collect, pungut itu kita utamakan kepada golongan miskin. Sebagai contoh yang Yang Berhormat Pokok Sena bagi tadi, kita tambahkan pengecualian kepada barang-barang yang berkualiti tinggi yang digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi, bukan orang miskin. Maknanya, kita kurangkan cukai import, maknanya kita beri faedah kepada orang kaya, bukan kepada orang miskin. Kepada golongan miskin kita tarik balik subsidi, minyak, diesel, gula ditarik balik subsidi, sedangkan subsidi itu sepatutnya dulu kita janji, bila kita tarik subsidi, sekarang ini jumlah subsidi yang ditarik setakat hari ini dah berjumlah RM5.83 bilion. Kita dah tarik daripada orang miskin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ringkaskan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya. Jadi yang immediate ini, yang RM6 bilion ini, yang belas-belas itu dulu. Yang immediate ini. Yang ini, kita pergi taruk tang mana? Kita pergi kembalikan kepada golongan yang mana? Yang nampak hari ini bukan kita hendak tolong dia memperbaiki pendapatan, meningkatkan pendapatan. Pendapatan tidak berubah, kita lagi tambah menyeksa. Apa pandangan Yang Berhormat Pokok Sena?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh satu kali jawab? Sikit saja. Terima kasih Yang Berhormat. Saya terpanggil dengan hujah Yang Berhormat. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat sebuah negara yang berkepentingan untuk memastikan negara itu makmur ekonomi dia bahawa dianya memerlukan tenaga pembeli yang tinggi. Kalau kita lebarkan pembelian di kalangan orang-orang yang tidak ada keupayaan pembelian, maka ekonomi kita tidak akan mengembang, akan menguncup. Soal tax yang ditarik itu tidak betul. Sebab hari ini pun kerajaan masih memberi subsidi sebanyak RM70 bilion satu tahun. Jadi ini bermakna komitmen kerajaan masih berterusan. Jangan diputar belitkan Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memang masih berterusan tetapi dia tarik sikit-sikit. Sebab itu Yang Berhormat kena baca Laporan Makmal Rasionalisasi Subsidi daripada tahun 2009 lagi sampai 2014, saturate pengurangan, kemudian 2014 sampai...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, dia akan dikurangkan apabila rakyat sudah menikmati kehidupan yang mewah, maka ia akan dikurangkan, akan dibagi kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini yang payah ini, tidak baca buku Tuan Yang di-Pertua ini. Ini yang payah. Dia baca, dia tidak khatam. Tidak bawa nasi kunyit pulut kuning, tidak bawak lauk telor, kuah likat, dia tidak bawa. Dia tidak khatam, dia tidak boleh. Saya ingat kena sekali pulut kuning, kena bersunat lagi sekali kot. Saya bersetuju Yang Berhormat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota tadi. Itu satu pandangan yang baik bahawa pengurangan kalau kita katakan bahawa, kita dah tarik subsidi daripada rakyat ini, ke mana kita laburkan untuk kepentingan rakyat? Akan tetapi kita tidak nampak hari ini, sebaliknya apa yang kita nampak, yang jelas bahawa, yang dapat ialah sekelompok golongan kecil masyarakat dalam negara kita tetapi masyarakat yang terbanyak ini terus terbeban dengan beban-beban masalah yang begitu besar. Sebab itu bagi saya umpamanya, sekarang ini harga minyak telah dinaikkan dengan mengurangkan subsidi harga minyak dinaikkan. Dulu kita berhujah, tol dikena, cukai jalan dikena, kita kata fasal apa tidak kurangkan cukai jalan? Fasal cukai jalan sudah dikurangkan. Oh dia kata tidak boleh, fasal begitu, begini dan sebagainya. Kita perlukan sumber pendapatan dan sebagainya. Hari ini kita telah mendapat sumber pendapatan daripada minyak, kemudian minyak pula makin meningkat sama ada RON97 atau RON95. Menteri jamin tahun ini tidak akan naik, tiba-tiba dalam jaminan itu tahun ini pun juga naik, sedangkan Menteri bagi jaminan bahawa tidak akan naik sepanjang tahun 2010. Tiba-tiba bulan 11 dia bagi jaminan, bulan 12 naik.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya katakan bahawa, sepatutnya dengan harga minyak ini meningkat, dengan mengurangkan subsidi, maknanya pendapatan kerajaan sudah lebih. Jadi cukai jalan sudah boleh dikurangkan untuk masyarakat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat ada bayar cukai kah ini, cukai pelawak ini?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Payah itu. [Ketawa] Jadi sebab itu bagi saya ini yang harus dilihat secara yang lebih menyeluruh oleh kerajaan. Kemudian juga bahawa yang masih belum dijawab dalam perbahasan ini. Ini berkaitan dengan masalah pengurusan kewangan, apa rasional? Yalah apa boleh buat, sebelah sana majoriti, luluslah, belanjawan. Akan tetapi apa rasional RM65 juta untuk memperbaiki rumah Perdana Menteri? Apa rasional? Rumah baru buat tahun 1997, RM24 juta, 99% siap, 2000 mantan Perdana Menteri masuk, kemudian 2003 tukar Perdana Menteri dia duduk lagi sampai 2004 atau pun 2005 masuk, kemudian renovate lagi pada waktu itu – RM6 juta? RM6 juta. Sekarang masuk Perdana Menteri ketiga hendak duduk rumah itu, minta lagi RM65 juta, apa? Saya hendak beritahu ini, rumah Perdana Menteri RM65 juta, ini hendak renovate bilik air rosak. Saya mintak diperincikan sehingga sekarang tidak diperincikan kepada saya oleh Jabatan Perdana Menteri. Bajet itu di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak diperincikan. Disebut bahawa..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia ini memang pelakon yang hebat, hero.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak buat bangunan tambahan. Kemudian hendak memperbaiki. Saya kata bangunan tambahan itu apa dia? Hendak buat apa? Hendak buat porch keretakah? Hendak buat apakah bangunan tambahan? Keduanya hendak memperbaiki. Perbaiki apa? Sekurang- kurangnya mantan Perdana Menteri dahulu, Yang Berhormat Kepala Batas bila dia masuk RM6 juta di perinci. Bilik air rosak, aircond rosak. Itu pun kita persoal. Baru seorang Perdana Menteri duduk, takkan bilik air rosak. [Ketawa] Berebutkah hendak masuk bilik air ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah masuk hampir 30 minit. Sudah memadai...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu saya katakan, apa rasionalnya RM65 juta? Saya minta Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab terhadap belanjawan, terhadap bajet ini mesti memperincikan, mesti tahu. Sudah tentu ada maklumat dan boleh bentangkan di sini apa kegunaan RM65 juta untuk buat bangunan tambahan rumah Perdana Menteri dan juga memperbaiki rumah Perdana Menteri. Keduanya pusara untuk VVIP sampai RM70 juta. Ini mestilah diberitahu kubur apa? Ada dapur dengan peti ais sekalikah? [Ketawa] Baik. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini harus dilihat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mungkin ada aircond, ada aircond.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kemudian saya hendak sebut bahawa pendapatan negara kita juga bergantung pada pertumbuhan ekonomi yang sihat. Ia boleh membantu. Maknanya dengan ekonomi yang sihat, boleh membantu kepada menambahkan pendapatan negara kita dari segi pelabur pun datang, orang berniaga pun baik dan sebagainya. Ini suatu yang harus dilihat. Maknanya kita harus memberikan satu gambaran yang memperlihatkan tentang bagaimana keceriaan politik dalam negara kita dari sudut demokrasi dan sebagainya yang meyakinkan orang ramai. Bagi saya, saya sangat mempersoalkan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Star online baru-baru ini yang menyebut bahawa kononnya kita tidak mahu menyuruh rakyat, tidak boleh menggadaikan masa hadapan negara kita ini kepada pembangkang. Akan tetapi dia kata di sini, if Barisan Nasional cannot win, no others can win. Apa makna? Kalau Barisan Nasional tidak boleh menang, tiada siapa yang boleh menang. Apa maknanya? Apa maknanya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh longgokkan semua isu dalam bill ini Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya katakan bahawa ini persoalan..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu, saya tahu Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Persoalan gambaran tentang kesihatan kesejahteraan awam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia memang pelawak.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, baik. Kesihatan demokrasi ini akan membawa kepada kesihatan ekonomi yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi yang lebih baik sebab ini memberikan satu gambaran kepada pelabur-pelabur. Apa akan jadi kepada negara kita? Apa akan jadi selepas pilihan raya negara kita ini? Apa akan jadi? Apa akan jadi kepada negara kita selepas pilihan raya? Apakah akan berlaku kudeta rampasan kuasa? Apakah kerajaan yang ada pada hari ini akan menggunakan tentera untuk membuat kudeta untuk membuat rampasan kuasa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Betulkah Yang Berhormat?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sudah tentu ini akan menakutkan pelabur-pelabur untuk datang ke kawasan kita.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Ayat Yang Berhormat Pokok Sena, tolong habiskan mungkin ada sambungan ayat. Ada lagi tidak? No other skip.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh habiskan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada ayat lagi? Ada apa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, saya hendak bertanya kalau perkataan itu dikeluarkan, betul keadaan itu dikeluarkan, itu bukan satu hasrat. Itu satu ugutan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya sudah..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu perkataan tidak habis. Habiskan baca.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak beri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia gantungkan, ugut, dia pelawak itu, beri gantunglah perkataan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Saya sudah tegur.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Itu satu ugutanlah kalau begitu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya sudah tegur Yang Berhormat Pokok Sena untuk tidak meneruskan isu yang itu kerana tidak berkaitan dengan akta ini secara direct.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kaitannya dengan pelabur asing...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bangun dan mencelah pada perkara yang sama. Tidak payahlah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, ya, tidak apa. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pokok Sena, kalau macam itu, adakah...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia main sepak takraw. Satu lambung, satu pukul.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Adakah ini juga akan membawa implikasi yang pelabur asing nanti akan lagi jauh lari daripada negara kita?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, itu yang saya maksudkan. Rakan-rakan sana tidak dapat hendak menghayati, tidak dapat memahami. Itu yang

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

saya hendak maksudkan bahawa ini akan menyebabkan pelabur tidak berkeyakinan untuk datang ke negara kita. Oleh sebab itu saya minta masih ada lagi dua hari di Parlimen ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus datang ke Parlimen itu untuk mengemukakan satu kenyataan yang meyakinkan kepada masyarakat dan rakyat dalam negara kita dan juga peringkat antarabangsa. Jika berlaku peralihan kuasa, mereka bersedia untuk menyerahkan kuasa secara aman kepada rakyat. Ya..

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sehubungan dengan itu, saya juga hendak bertanya pendapat Yang Berhormat Pokok Sena. Adakah ini permainan jiran kita yang kotor untuk menyekat pelabur- pelabur masuk ke negara kita? WikiLeaks kata, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita terlibat dalam kes-kes pembunuhan. Bukan itu sahaja, dia kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita incompetent politician. Ini bahaya. Negeri luar cabar kita. Adakah ini sabotaj politik, Yang Berhormat Pokok Sena?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ini satu perkara lagi yang memang dalam senarai saya hendak sebut dari sudut kaitan dengan kesihatan ekonomi, kesihatan dari segi persekitaran politik yang baik termasuk di peringkat internasional, negara jiran kita dan sebagainya untuk memastikan kesihatan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi dan mendatangkan pulangan pendapatan kepada negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat, cukup.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu, apa yang disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Sungai Petani ini, kerajaan harus tampil ke hadapan untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan; statement yang dikeluarkan dalam WikiLeaks ini bahawa pihak Singapura telah mendapat satu maklumat daripada..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak berkaitan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Intelligent Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak berkaitan dengan akta ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak, sekejap. Saya hendak minta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya ingin maklumkan Yang Berhormat, akta ini adalah untuk meminda akta-akta.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, betul untuk meminda akta- akta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat jelas memperingatkan kita bahawa perkara-perkara untuk meminda akta hanya perkara yang dipinda itu sahaja yang boleh didebatkan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, perkara yang hendak dipindakan ini berkaitan dengan untuk memastikan bahawa pelabur datang untuk membawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pelaburan ekonomi kemudiannya dapat memberikan percukaian yang lebih baik kepada negara kita. Oleh sebab itu bagi saya bahawa kenyataan yang dibuat ini satu penghinaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sudah baca buku Timbalan Tuan Yang di-Pertua bukan?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya, ya. Ahli Yang Berhormat saya tidak baca lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekarang kita membicarakan peraturan mesyuarat, perkara yang dipinda sahaja boleh dibahas. Oleh sebab itu saya bagi ruang yang cukup kepada Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena tidak faham langsung.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu saya minta agar Yang Berhormat Menteri Luar ada di sini harus memberikan kenyataan yang meyakinkan, meyakinkan bahawa ini kenyataan yang telah pun dilemparkan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kaitan dengan kes Altantuya. Ini satu tuduhan yang sangat berat yang dikeluarkan oleh WikiLeaks yang dikatakan mendapat intelligent di Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak tahu intelligent di Malaysia itu siapa? Siapa intelligent di Malaysia itu? Adakah intelligent itu termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Pertahanan?

Dato’ Sri Anifah bin AmanUMNO · BNMenteri Luar Negeri · Kimanis

[Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab saya hendak katakan bahawa mantan Perdana Menteri pernah menyebut pada zaman Pak Lah, pada zaman Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Perdana Menteri, dia mengatakan dia sangat bimbang ada agen Singapura dalam tingkat empat pada waktu itu. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedia untuk mempertahankan kedaulatan negara kita, insya-Allah. Akan tetapi tuduhan itu bukan sahaja kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuduhan juga kepada ketua pembangkang. Saya ingin bertanya sama ada ketua pembangkang juga hendak mempertahankan diri sendiri dan janganlah pula ini juga konspirasi daripada Malaysia. Ini adalah tuduhan daripada negara jiran kita dan tidak ada sangkut paut dengan negara kita. Jadi kita pertahankan sama-sama. Saya pun juga selaku Menteri Luar, saya juga ingin mendengar apakah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu sama ada betul atau tidak?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, baik terima kasih. Syabas Yang Berhormat Menteri Luar yang sangat hebat terpanggil untuk memohon penjelasan daripada saya. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Permatang Pauh, ketua pembangkang sedang membela diri di mahkamah sekarang ini. Dia sedang membela, dia mempertahankan diri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya cukup beri amaran kepada Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, saya hendak jawab itu. Hendak gulunglah, hendak jawab sekali. Ketua pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh sedang membela diri, mempertahankan diri dalam isu itu di mahkamah sekarang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tetapi di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Permatang Pauh ada peguam bela.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya, ada peguam bela.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payahlah bawa kes sekarang ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, itulah saya katakan. Saya hendak menjawab. Dia tanya saya. Kalau dia tidak tanya saya, saya pun tidak menjawab..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya cuma bercakap berdasarkan kepada peraturan mesyuarat sahaja Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, akhirlah. Saya hendak gulung ini, saya hendak gulung sudah, sekejap sahaja. Oleh sebab itulah, saya minta tadi Kementerian Luar tampil ke hadapan sebab saya tengok Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun senyap. Jadi, orang sebut adakah intelligent itu daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri? Ini sangat berbahaya. Ini sangat berbahaya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini pelawak, pelawak, pelawak!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu Timbalan Perdana Menteri harus tampil ke hadapan untuk menyatakan rumors, percakapan di luar, di peringkat internasional sebagainya yang mengatakan ada konspirasi intelligent dan orang politik di Malaysia yang cuba untuk menjatuhkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini saya katakan bahawa jika ini tidak diperjelaskan, tidak dijawab oleh kerajaan secara jujur, secara ikhlas – sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini atas nama negara. Kalau tidak dijawab..

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tidak dijawab ini boleh menjejaskan masa hadapan negara.

Yang Berhormat Pokok Sena. Lain yang bengkak, lain yang bernanah ini mengapa? Lain yang bengkak, lain yang bernanah!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak. Saya bengkak pun saya tidak tumbuk kepala orang. Tidak tumbuk kepala drebar. [Ketawa] Saya tidak tumbuk kepada drebar.

Lain yang bengkak, lain yang bernanah ini kenapa? [Ketawa]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak mengapalah. Saya hendak beritahu saya tidak tumbuk kepala drebar saya. [Ketawa]

Siapa pula yang menumbuk kepala drebar ini?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak tahulah siapa tumbuk, saya tidak katalah.

No, no, no. You better… Yang Berhormat biar bercakap terus terang!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya kira siapa tumbuk dia rasalah.

Parti PAS – Islam, Islam apa ini? Islam songsang!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi...

Islam songsang ini!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya katakan bahawa inilah yang...

Yang Berhormat Pokok Sena parti Islam songsang!

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Harus dilihat oleh kerajaan, oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan secara keseluruhannya bahawa keadaan ekonomi negara kita ini dapat...

Berkempen dekat Pasir Salak ada 200 orang sahaja.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Berkembang secara yang lebih baik jika kesihatan politik, kesihatan environment negara jiran kita itu tidak cuba untuk sabotaj kita dan sebagainya. Jadi saya harap dalam isu ini, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri akan memainkan peranan. Saya percaya Yang Berhormat mempunyai kebolehan dan kehebatan untuk hendak menjawab dan menangkis semua serangan- serangan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun kemungkinan juga ia datang daripada intelligent dalam negara kita ini. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010 iaitu rang undang-undang yang berkaitan dengan pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan, Akta Setem, Akta Petroleum, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah dan juga pindaan kepada Akta Kewangan 2007 dan Akta Kewangan 2009. Sememangnya bila menyebut soal cukai, memang ia mencakupi dengan lain- lain perkara secara langsung. Walau pun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk membahaskan pindaan akta ini kerana semasa perbahasan belanjawan, saya tidak dapat mengambil bahagian oleh sebab-sebab kesihatan. Melalui perbahasan rang undang-undang ini, mungkin dapatlah saya berkongsi sedikit pandangan dengan pihak kerajaan khususnya untuk sama-sama kita bertanggungjawab bagaimana untuk kita memakmurkan negara kita ini seterusnya. Saya mungkin tidak bercadang untuk mengambil masa yang panjang sebab kalau ikut kepada nasihat doktor Tuan Yang di-Pertua, belum lagi dapat bercakap. Kalau bercakap panjang, saya takut jahitannya terbuka semula. Jadi, saya akan cubalah tetapi atas dasar tanggungjawab dan semangat sebagai seorang Ahli Parlimen dan demi kepentingan rakyat yang saya wakili, saya memaksa juga diri untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertamanya, saya hendak bertanya pihak Kementerian Kewangan, daripada banyak pindaan akta-akta ini, saya tidak nampak ada akta pindaan terhadap cukai hiburan, cukai judi dan cukai minuman keras. Seingat saya, cukai judi ini sudah lama tidak diubah atau dipinda dan tidak dinaikkan. Saya maksudkan – perkara ini saya tanya oleh kerana di sektor ini, saya percaya ia melibatkan begitu banyak sekali cukai yang dapat dipungut. Cukai ini Tuan Yang di-Pertua, memang untuk mengurus negara dan untuk membangunkan negara. Cukai yang saya sebutkan tadi memanglah dari sudut pandangan orang-orang Islam dan Islam itu sendiri, memang kita kena berhati- hati dan untuk tujuan-tujuan yang tidak boleh membabitkan kita sebagai orang Islam. Akan tetapi paling tidak, cukai-cukai ini dapat membantu banyak perkara terutamanya untuk kepentingan orang-orang bukan Islam. Saya hendak tanya Yang Berhormat, kita tengok dari segi hiburan, judi dan minuman keras, dalam sektor ini, saya percaya berbilion ringgit duit terlibat. Ini saya kira money spinning di kalangan orang-orang bukan Islam. Kalau kita ambil kira kegiatan ini, tidak mungkin orang-orang Melayu yang beragama Islam dapat bersaing dalam bidang ekonomi untuk merapatkan jurang di antara kedudukan orang Islam dan orang bukan Islam. Ianya money spinning. Berapa banyak terlibat? Kita tengok dari segi judi empat nombor termasuklah kebenaran special draw, berapa ada sekarang ini syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dan diberi lesen perjudian ini? Tidak sedikit. Begitu juga pusat hiburan. Beratus pusat hiburan dan karaoke ini yang saya tahu keuntungannya berpuluh ribu sebulan. Berapa banyak cukai dipungut dari sektor ini? Sejauh mana benarnya mereka-mereka yang diberi lesen dalam sektor yang saya sebutkan tadi, mengemukakan laporan untung rugi yang sebenar ataupun laporan

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

akaun hitam iaitu akaun yang kononnya nampaknya betul sebab ianya diaudit oleh akauntan bertauliah tetapi akauntan-akauntan ini – bukan saya hendak tuduh – tetapi mungkin boleh mereka berpakat untuk mengelak daripada membayar cukai. Saya hendak tanya, sejauh mana? Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana dapat meningkatkan pungutan cukai dari tahun ke tahun. Akan tetapi dalam sektor ini, saya hendak tanya berapa banyak cukai dipungut? Sejauh mana ketelusan, keterbukaan dan ketegasan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kerajaan apabila berhadapan dengan kumpulan-kumpulan ini untuk memungut cukai? Saya hendak tanya cukai yang dibayar oleh pemegang lesen tunggal kasino di Genting Highland, berapa banyak dia bayar cukai setahun hasil daripada keuntungannya? Ini kerana, wang-wang ini saya percaya memang tidak sedikit tetapi ada juga di kalangan mereka ini termasuklah tokoh-tokoh korporat yang syarikat mereka ada lesen judi, mereka menubuhkan yayasan atas nama peribadi ataupun atas apa jua nama. Yayasan-yayasan ini mendapat duit sumbangan daripada kumpulan mereka sendiri dan hasilnya mereka mengeluarkan biasiswa untuk 20 atau 30 orang, jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyampaikan biasiswa, kononnya ini sosial komitmen daripada tokoh-tokoh korporat. Akan tetapi mereka mendapat lesen istimewa, dapat macam-macam kemudahan dan ada yayasan dan cara mereka wujudkan yayasan ini pula salah satu cara untuk lari daripada membayar cukai. Duit yang lebih itu dilonggokkan dalam yayasan mereka yang mereka juga mentadbir tetapi secara tidak langsung gambaran publisitinya – Wah! mereka ini begitu komited kepada tanggungjawab sosial – tetapi keuntungan yang mereka buat berlipat kali ganda dan sepatutnya mereka membayar cukai mungkin lebih daripada apa yang mereka bayar. Jadi, bahagian ini...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Boleh mohon laluan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya cuma hendak tanya pendapat Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan hasil-hasil yang dikutip daripada sumber-sumber judi, arak, hiburan dan sebagainya, sama ada hasil ini harus diasingkan daripada consolidated account apabila kerajaan dalam urusan kewangan? Apakah pendirian Yang Berhormat Pasir Mas?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh jawab sekali? Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat, bagaimana pula penjualan pasir di Selangor – cukainya itu? Bagaimana arah cukainya? Adakah ia bercukai dibayar ataupun tidak? Ini kerana ia merugikan rakyat dan negara.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Isu pasir di Selangor, saya hendak jawab macam mana? Saya tidak jaga pasir! [Ketawa] Soal bagaimana hendak mengurus cukai ini yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, ini terserah kepada kerajaan. Boleh rujuk kepada pakar-pakar dan tokoh-tokoh ulama. Kalau hendak di asing, bagaimana di asing dan bagaimana hendak diguna, itu soal pengurusan yang tidak perlu kita bahaskan. Cuma saya hendak fokus tadi, memang mereka kena bayar cukai. Cukai kena bayar, dan saya yakin bidang ini berbilion. Berbilion banyaknya, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kalau mereka ini betul-betul prihatin – biasiswa kononnya untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera, tidak menjadi masalah. Tidak menjadi masalah kalau mereka ini betul-betul membantu, sebab tidak sedikit duit yang dapat dipungut dalam tiga sektor yang saya sebut tadi. Hiburan, judi dan juga minuman keras. Namun, saya yakin – saya yakinlah walaupun mungkin tidak 100% tepat. Memang dalam soal pembayaran cukai pasti ada ‘kongkalikung’. Mesti. Sebab itu saya hendak tanya pihak kerajaan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan soal-soal mereka yang terlibat dalam perniagaan aktiviti haram. Akan tetapi mereka yang membuat kekayaan, memulakan kekayaan di negara kita tidak kira siapa dan tidak kira bangsa. Apabila mereka mendapat privilege – keistimewaan, mereka menjadi kaya-raya. Akhirnya mereka menjual segala harta kekayaan dan berpindah dan melarikan wang ke luar negara. Apakah kategori yang kita boleh iktiraf kepada golongan-golongan yang seperti ini?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Arau. Memang kalau ada manusia yang seumpama ini membuktikan mereka tidak ada semangat patriotisme. Mereka bukan warganegara dalam erti kata yang sebenarnya. Tidak jujur. Mengaut kekayaan di negara ini dan membawa keluar, apatah lagi tidak membayar cukai. Tentu kita rasa kecewa. Ini juga boleh dikategorikan sebagai pengkhianat kepada negara. Jadi tentu kita turut mengutuk jika terdapat golongan seumpama ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan perkara ini kerana saya berpendapat kerajaan rugi berbilion ringgit wang kutipan cukai dalam bidang ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta pihak kerajaan memberi jawapan secara terperinci. Secara terperinci perkara yang saya bangkitkan tadi. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak masukkan sedikit perkara, hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi. Kewangan ini, cukai ini kita sebutkan tadi digunakan untuk pengurusan dan pembangunan dan kita harap semua rakyat dapat faedah. Agenda yang paling utama yang kita hadapi sekarang ini ialah penyusunan semula masyarakat negara kita yang berbagai-bagai kaum, supaya adil dari segi pengagihan kekayaan ekonomi negara. Kerajaan kita sedang menghadapi beban yang berat untuk mengurus hal ekonomi negara. Oleh kerana kita sedar masalah ekonomi dunia yang masih belum menentu dan dunia sekarang ini pula dunia globalisasi dan penuh dengan persaingan. Maka sebab itu berbagai-bagai dasar telah diubah bagi menyesuaikan dengan iklim semasa supaya negara kita juga menjadi tempat minat pelabur-pelabur asing, foreign direct investment dan seumpamanya, maka dasar-dasar telah diubah. Namun, pada masa yang sama negara kita negara masyarakat majmuk, ia juga ada tanggungjawab untuk menyusun semula masyarakat di antara kaum bagi menentukan pembahagian kekayaan ekonomi negara kita ini adil. Ini terutamanya bagi golongan kaum majoriti iaitu kaum bumiputera yang 67%, tetapi kedudukan ekonomi masih lagi jauh ketinggalan terutamanya di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Jadi sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, dalam pada saya mengalu- alukan Model Ekonomi Baru dan Economic Transformation Plan (ETP), termasuk juga MEB yang dokumen terakhir yang dibentangkan baru-baru ini dan juga Belanjawan 2011. Saya ingin menarik perhatian, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kepentingan agenda ekonomi bumiputera. Sebab saya dapati tidak banyak affirmative action ataupun dasar tindakan kesungguhan untuk membantu meningkatkan kedudukan kaum bumiputera. Walaupun saya tidak nafi memang ada usaha-usaha, ada rancangan-rancangan yang telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi kalau kita mengambil kira jarak masa tahun 2010, apabila negara kita mencapai negara maju iaitu lebih kurang sembilan tahun sahaja lagi ada, apakah pembahagian kekayaan ekonomi negara di antara kaum yang kita harap - 30% untuk kaum bumiputera akan benar-benar tercapai dalam semua bidang? Ekuinas yang ditubuhkan untuk penyertaan pemilikan saham di kalangan kaum bumiputera yang saya turut alu-alukan, apakah cukup dan memadai? Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang diumumkan baru-baru ini yang sudah pun beroperasi. Apakah memadai dalam tempoh sembilan tahun untuk mencapai penyusunan semula masyarakat dari segi pembahagian kekayaan, terutama dari segi bidang pemilikan harta di bandar-bandar ataupun khususnya untuk kaum bumiputera seluruhnya akan tercapai dari segi matlamat sebanyak 30%? Ini yang menjadi tanda tanya saya, Tuan Yang di-Pertua. Siang malam saya berfikir. Kadang-kadang tidak boleh tidur, memikirkan perkara ini sebab – bukan kerana sentimen perkauman. Tidak! Sebab saya yakin negara kita tidak akan selamat. Perpaduan tulen tidak akan wujud jika semua kaum tidak berpuas hati, apatah lagi kaum bumiputera yang menjadi kaum majoriti di negara kita ini. Apabila negara mencapai...

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Negara maju tahun 2020 tetapi kaum bumiputera masih terpinggir. Tentu kita akan merasa dukacita dan kecewa dan pada waktu itu sudah terlewat. Maka sebab itu saya bangkitkan perkara ini supaya kita jangan hilang fokus. Saya minta pihak kerajaan tidak hilang fokus bagi menentukan apa yang saya sebutkan tadi tercapai.

Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya menyanjung tinggi apa yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin bertanya bagaimana pula dalam keadaan – apa pendirian ataupun pandangan Yang Berhormat berhubung dengan pihak pembangkang yang menentang usaha-usaha untuk membantu masyarakat bumiputera yang sentiasa kita dengar dan baca. [Disampuk] Seperti umpamanya tidak ada keistimewaan bagi orang Melayu, semuanya mesti bergantung berdasarkan kepada merit, kelayakan dan kepantasan serta kebolehan. Tidak ada keistimewaan. Tender-tender pun perlu bersaing. Tidak boleh bagi kepada kontraktor Melayu secara berdasarkan pertimbangan untuk membantu. Bagaimana pendirian Yang Berhormat dalam perkara ini?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kami pun inginkan satu suasana di mana setiap kaum mencapai kejayaan di dalam bidang ekonomi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Kita telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ini di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional hampir 30 tahun. Sudah macam-macam yang dikatakan istimewa ini, istimewa itu. Bagi pandangan Yang Berhormat Pasir Mas dengan izin, where did we go wrong? Kita sudah bagi bermacam-macam bantuan. Adakah ia oleh kerana dasarnya tidak baik? Adakah ia oleh kerana ada penyelewengan dari segi pelaksanaan? Adakah ia kerana orang Melayu yang tertentu sahaja menjadi kaya, tetapi kebanyakan orang Melayu masih miskin? Adakah ia kerana ia hanya menjadi sebagai retorik dan bahan politik? Ataupun di mana kesilapan dan kegagalan?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedangkan pelaksanaan itu telah pun pada asalnya diterima dengan baik oleh semua kaum kerana semua pihak memahami bahawa soal keadilan ekonomi adalah satu aspek yang perlu, pengagihan kekayaan yang baik di kalangan semua anggota masyarakat adalah penting dan sebagainya. Akan tetapi walaupun ianya dilaksanakan dengan begitu lama tetap ianya gagal dilaksanakan. Di mana kegagalannya? Kedua, saya hendak maklumkan juga kepada Yang Berhormat Pasir Mas bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, walaupun kedua- duanya pasir, satu mas dan satu salak tetapi yang salak ini kurang betul.

Akan tetapi kita tidak jual pasir macam Selangor.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerana dia banyak menyalak saja lebih. Apa yang dikatakan itu tidak betul kerana Pakatan Rakyat...

Tidak jual pasir macam Selangor.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menerima Perlembagaan Negara tetapi yang kita menentang ialah penyelewengan yang dilakukan atas nama hendak bantu Melayu tetapi akhirnya Melayu tertentu. Tuan Pengerusi boleh beri mereka buku yang...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siapa cakap siapa ini? Siapa yang berucap ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat mencelah terlalu panjang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya mencelah tetapi mereka ini bising, mengganggu. Adakah kita kena perbetulkan supaya kita faham bahawa Pakatan Rakyat menerima Perlembagaan Negara Malaysia as it termasuklah dalam soal kedudukan istimewa golongan bumiputera. Bukan soal kedudukan istimewa ini maknanya kita beri kontrak, beri kontrak seperti mana Yang Berhormat Pasir Salak

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

sebutkan. Dia terima itu tidak apalah, itu cerita lama, mungkin itu pun di antara sebab- sebab kenapa DEB itu gagal. Wallahualam, terima kasih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat Pasir Mas, sekali Yang Berhormat Kota Belud atau hendak jawab?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sila.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Pertamanya 30 tahun yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam, apakah itu tempoh yang cukup untuk mengubah sebuah bangsa? Cukup atau tidak? Pertamanya kerana ini amat penting kerana kalau kita melihat tempoh itu kalau ia singkat, maka kita perlu teruskan perjuangan. Kalau kita melihat di negara- negara yang lain, kita lihat negara-negara yang lain memerlukan ratusan tahun kadang- kadang untuk mengubah sebuah tamadun itu. Jadi pertanyaan saya senang sahaja, betul 30 tahun mungkin itu dalam jangka masa yang panjang tetapi apakah itu memadai, mencukupi untuk sesebuah bangsa, sesebuah tamadun itu diubah? Itu pertanyaan saya seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

30 tahun untuk Yang Berhormat Shah Alam sudah lama untuk dia memerintah. [Ketawa]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Tadi ada tiga Ahli Yang Berhormat bangun mencelah dan respons saya ialah ketiga-tiganya semuanya betul. [Ketawa] Masing-masing bergantung pada pandangan masing- masing. Yang Berhormat Pasir Salak sebut tadi hal pembangkang, memanglah pembangkang dia kena bangkang, biasa sahajalah. Rakan saya Yang Berhormat Shah Alam, kalau hendak dibahaskan perkara yang dibangkit tentu panjang. Cuma saya dapat simpulkan, pada pandangan saya ada kejayaan yang kita capai selama ini dan tidak sedikit kelemahan yang kita lalui. Itu tidak dapat kita nafikan, kelemahannya kerana pelaksanaan ataupun ada individu-individu yang melakukan penyelewengan dan rasuah. Yang melakukan penyelewengan dan rasuah ini, baik dalam Barisan, dalam pembangkang, di mana-mana pun ada, ini individu. Cuma kita jangan pukul rata, yang pentingnya orang putih kata ‘life have to go on.’ Maknanya negara kita mesti melangkah ke depan dan pengalaman-pengalaman yang tidak baik dahulu, kita tinggalkan ke belakang. Kita akan cuba sedaya upaya untuk maju ke depan dan yang lebih penting rakyat dan rakyat sendiri harus dididik untuk memilih pemimpin-pemimpin dan parti yang bertanggungjawab. Pemimpin yang bersih dilihat bersih, bertanggungjawab dan saya percaya rakyat sekarang tidak bodoh lagi, tidak seperti dulu lagi. Mereka mampu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya yang akan datang. Oleh sebab itu kepada pihak kerajaan khususnya kepada rakan saya Yang Berhormat daripada Pasir Salak. Kalau tanya sayalah, hal pembangkang, pembangkang lah, mereka akan tetap membuat bising tetapi yang penting ialah kerajaan of the day, Barisan Nasional yang memerintah maka Barisan Nasional mesti bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Saya lihat begitu sebab itu saya tidak ambil kisah sangat hal-hal seumpama ini. Yang penting saya katakan tadi, cadangan saya tadi ialah bagaimana untuk kita pastikan pada masa akan datang negara kita akan terus makmur, aman seperti sekarang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya cukup kagum dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa semenjak dibuatkan pembedahan itu dah ada improvement, tambah berapa silinder ini? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak senang hati kah dia berubah sekarang?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagus, alhamdulillah, tambah silinder lagi baik, lagi betul. Hanya masalahnya inilah Yang Berhormat Pasir Mas, saya rasa bila pihak kerajaan dia tidak mahu mengaku, bila kita sebut ada kelemahan- kelemahan, dia tidak mahu mengaku. Bila kita sebut ini salah, itu salah, ada kebocoran, ada ketirisan, ada rasuah, tidak ada-tidak ada, semua bagus! Macam mana hendak ada perubahan kalau tidak sanggup untuk menerima teguran, tidak sanggup hendak perbetulkan dengan orang yang melakukan penyelewengan, yang bagi kontrak

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

tender secara runding terus dan sebagainya, berkali-kali yang kita sebut tidak mahu berubah. Macam mana hendak ada perubahan? Benda ini hendak buat cara yang sama juga tetapi hendakkan keputusan yang berbeza. Ini yang dikatakan, minta maaf ya, bangang. Bukan orang, prosesnya yang bangang, buat kerja sama mengharapkan keputusan yang sama.

Tarik balik.

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam ini dah melampau. Tuan Yang di-Pertua, dia dah melampau ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okeylah, saya tarik balik.

Ini orang Islam, parti Islam gunakan perkataan yang macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam cukuplah itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tarik balik. Proses yang kurang bijak.

Parti Islam, orang parti Islam tidak cakap macam ini.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, boleh terima, boleh terima. Prosesnya kurang bijak, buat benda yang sama, saya dah tarik balik dah Yang Berhormat Pasir Salak.

Akan tetapi parti Islam, ini Islam yang jenis macam ini, Islam celup.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Buat proses yang sama, harapkan keputusan yang berbeza. Saya harap kerajaan Barisan Nasional mendengar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah Yang Berhormat.

Memalukan parti Islam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nasihat daripada Yang Berhormat Pasir Mas, akui kelemahan-kelemahan yang ada dan berubah. Terima kasih. Kalau tidak kita... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, saya hendak respons pada Yang Berhormat Shah Alam. Pada pandangan saya to be fair, pembangkang pun serupa juga, mana hendak mengaku kesalahan. [Ketawa] Biasalah, saya tengok kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pembangkang sekarang ini pun mana hendak mengaku dan manusia ini, siapa pun tidak mengaku siapa yang buat salah, siapa hendak mengaku dia berak atas pusu. Jadi itu perkara biasa sebab itu kita kadang- kadang kena ingat ‘kata dulang paku serpih, kata orang kita yang lebih’. Nasihat dan pandangan saya, saya tidak mahu bergelumang dengan perbahasan seumpama ini, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam sebut tadi kononnya saya ini dah berubah sejak keluar hospital buat pembedahan. Saya tidak berubah apa-apa pun, cuma baru dua bulan. Jadi masih lagi jaga hal kesihatan, selepas tiga bulan semua dah okey, balik serupa dululah. Kalau dia macam itu, macam itulah, cuma sekarang ini tidak boleh lagi hendak memekik, menjerit, takut nanti melanggar pantang larang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berbalik dan fokus kepada ucapan saya tadi. Secara ringkasnya, semalam saya ada buat kenyataan yang ditanya oleh pihak akhbar. Saya membuat cadangan supaya kerajaan terutama Majlis Raja-Raja Melayu atas persetujuan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai agenda ekonomi bumiputera ataupun paling tidak Jawatankuasa PEMANDU, Steering Committee. Jawatankuasa ataupun suruhanjaya ini bertanggungjawab membuat laporan berkala kepada Majlis Raja-Raja supaya apa yang terkandung dalam

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Perlembagaan Negara iaitu Asas Perlembagaan Negara di bawah 152 dan 153, dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan, bukan kertas semata-mata.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita tahu bahawa asas Perlembagaan Negara 152, 153 tidak boleh dipinda lagi, tidak ada siapa yang boleh mengusik dan ini ditegaskan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan ia merupakan kalau dibahaskan akademik semata-mata. Akan tetapi saya cuba pergi selangkah lebih ke depan iaitu tidak ada makna kita ada asas Perlembagaan Negara 152, 153 kalau ia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tinggal di atas kertas semata-mata.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya kena tegur Yang Berhormat. Perkara ini tidak ada kaitan...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ia mesti diterjemahkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dengan pindaan akta ini Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sekejap, sedikit lagi. Diterjemahkan dalam bentuk tindakan jadi perlu sangat jawatankuasa suruhanjaya seumpama ini diwujudkan supaya ia dapat memantau perkembangan dari segi pencapaian kedudukan agenda kepentingan kaum bumiputera supaya apabila tahun 2020 nanti, negara kita maju, semua kaum bahagia, kaum bumiputera mendapat 30% dalam erti kata yang sebenar, kaum bukan bumiputera mendapat 40% ataupun lebih. Jadi semua pihak tentu akan merasa gembira dan rakyat kita akan terus bersatu padu, kukuh seperti sekarang ataupun seperti dahulu. Tidak timbul lagi pergeseran, iri hati, syak wasangka di antara satu sama lain, dan inilah perjuangan kita yang sebenarnya untuk menentukan masa depan. Oleh kerana kalau kita rujuk pada berbagai-bagai dokumen termasuk pengisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu dan seumpamanya. Kita tahu bahawa kaum majoriti sesebuah negara penting ditangani dari segi kepentingan ekonomi supaya mereka dapat hidup bahagia dengan pihak-pihak yang lain. Panjang cerita Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya berharap sangat kepada pihak kerajaan, merayu, mendesak, merayu supaya jangan hilang fokus kepada usaha penyusunan semula kaum negara kita terutama pembahagian ekonomi. Cukai-cukai yang dipungut ini juga untuk tujuan ke arah itu, iaitu membahagiakan rakyat. Tidak ada guna kita maju, negara maju, tidak ada guna negara kita berpendapatan tinggi, GDP kita meningkat, kita ada rizab, negara kita sampai RM100 bilion sekarang ini, lapan bulan import tertangguh semua ini boleh masuk dalam macam-macam rekod. Akan tetapi ia tidak ada erti langsung kalau kaum peribumi, kaum bumiputera, penduduk asal terpinggir menjadi peminta sedekah ataupun tidak dapat sama-sama menikmati kekayaan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong rang undang-undang ini, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sedikit sahaja iaitu kita melihat bahawa kemapanan ekonomi sesebuah negara sejauh manakah bagaimana transformasi cukai-cukainya dapat dilaksanakan oleh mereka-mereka yang diberikan amanah. Saya melihat bahawa negara kita bukanlah sebuah negara yang asing dalam mengendalikan soal-soal cukai dan akta ini pada saya memang sesuai kerana ia memperincikan lagi ke arah bagaimana cukai-cukai dalam negara kita dapat diuruskan. Dalam masa yang sama, saya melihat bahawa cadangan kerajaan iaitu mengenakan insurans levi kepada pekerja-pekerja asing, saya rasa tidak perlu diteruskan. Oleh sebab ini cadangan yang pada saya, yang kaya bukanlah mana-mana pihak tetapi yang akan kaya ialah syarikat insurans-insurans sahaja. Mereka yang

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

mahukan levi sudah tinggi, dia mahu lagi insure kan insurans kepada pekerja-pekerja asing ini. Pekerja-pekerja dari luar negara ini dan kita hitungkan daripada dua hingga tiga juta pekerja daripada luar yang bekerja di negara kita, syarikat insurans yang selalu mengaut keuntungan. Oleh sebab saya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kerajaan meneliti iaitu mana-mana insurans yang melindungi insurans Ahli-ahli Parlimen seperti yang berlaku kepada mendiang bekas Ahli Parlimen Batu Sapi di mana insurans tidak mahu bertanggungjawab. Mereka mengatakan mendiang bukan menjalankan tugas, sedangkan mendiang dalam tugasan pada ketika itu. Orang politik mana ada waktu bertugas, mana ada waktu tidak bertugas, kita bertugas 24 jam, orang kerajaan ada office hours, kita tidak ada. Pukul dua pagi pun, jika rakyat mempunyai masalah, kita akan turun. Jadi ini mesti dilihat sebagai satu pendekatan yang berbeza daripada kakitangan awam, jangan pihak insurans ini memang begini. Hendak meyakinkan orang, insure insurance bukan main, akan tetapi jika orang terlibat kemalangan, pelbagai argumen, pelbagai pendekatan halangan pihak insurans guna pakai untuk menidakkan seseorang itu mendapat hak untuknya mendapat perlindungan insurans. Jadi ini mungkin berlaku kepada kita semua di dalam Dewan ini.

Yang Berhormat, boleh?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh.

Terima kasih Yang Berhormat kerana membawa isu ketidakwajaran pihak insurans ini. Tuan Yang di- Pertua, perkara ini telah menjadi suatu yang rambang, di mana clauses yang tertentu ini tidak diberikan penekanan ketika proses penjualan ataupun penyebaran insurans ini Yang Berhormat. Jadi cadangan Yang Berhormat, kalau boleh dimasukkan di dalam cadangan Yang Berhormat supaya akan ada satu pihak di pihak kerajaan untuk menasihatkan pengguna-pengguna insurans ini tentang clauses yang terselindung, yang akhirnya akan menyebabkan pemegang insurans ini menjadi mangsa seperti yang berlaku kepada rakan kita mendiang bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tangga Batu. Dalam masa yang sama Kementerian Kewangan juga mesti memantau kerana dalam kementerian ini, ramai penasihat undang-undang yang mempunyai macam-macam kelulusan daripada luar negara, dalam negara, daripada bawah tanah pun ada. Akan tetapi masalahnya mereka tidak memberikan nasihat yang baik kepada kerajaan, seolah-olah mereka sepakat dengan pihak insurans. Dia ada hidden agreement yang tidak nampak. Dia boleh dimanipulasikan dan akhirnya insurans juga yang untung. Jadi pihak Kementerian Kewangan harus memberikan penekanan bahawa pihak insurans juga transparent dalam mengendalikan urus niaga mereka. Mana-mana syarikat insurans yang didapati memanipulasikan keadaan, potong lesen mereka. Apa susah sangat, kerana ia bukan membantu untuk memperkembangkan ekonomi negara melalui masyarakat, ia mahu mengaut keuntungan sendiri. Jadi ini harus dilihat secara bijaksana pegawai-pegawai yang ada dan juga pihak Menteri. Kedua, saya mencadangkan bahawa insurans untuk pekerja-pekerja asing tidak lagi diteruskan dan dibatalkan, sebab tidak mendatangkan keuntungan kepada negara tetapi secara langsung mendatangkan keuntungan kepada pihak insurans semata-mata. Saya juga ingin melihat bahawa, memang benar Yang Berhormat Pokok Sena menyatakan bahawa tax untuk barangan-barangan mewah telah dikurangkan tetapi sebetulnya bukan itu sahaja, untuk orang bawahan pun banyak tax yang telah dikurangkan oleh kerajaan ditiadakan. Jadi saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian supaya jika boleh cukai jalan untuk atau tax untuk kereta jenazah kalau boleh dikecualikan, bagilah kereta yang mengangkat orang mati pada hari tersebut penghormatan yang terakhir, tidak perlulah dikenakan lagi cukai. Oleh kerana sekarang ini banyak masjid-masjid mempunyai kereta jenazah, pihak tokong dan sebagainya, tetapi mereka maintenance di situ, mereka kena bayar cukai dan sebagainya. Jadi saya telah menerima mesej daripada bawah supaya membawa perkara ini dan saya bawa di dalam Dewan pada hari ini agar dapat dipertimbangkan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya juga ingin melihat bahawa Kementerian Kewangan, kerajaan kita ini, supaya telus agar tidak ada tuduhan-tuduhan yang liar daripada bawahan. Mana-mana individu, syarikat yang beroperasi dalam negara ini, berniaga secara telus tanpa ada apa-apa, kena diperhatikan. Mereka berniaga baik tetapi dituduh pula sebagai money laundering. Mereka yang melakukan money laundering tidak pula diheret ke mahkamah. Saya cukup hairan, apa sudah jadi dengan negara kita ini? Mereka yang benar-benar ada ketulusan menjalankan usaha yang terang-terangan tidak ada penyelewengan dituduh pula syarikat dibekukan keseluruhannya, dituduh pula money laundering.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang berniaga money laundering tidak tahu dari mana ini, hari di jalan raya esok sudah jutawan tidak pula dikenal pasti. Ini masalah. Jadi pihak kerajaan bersama sebab apabila melibatkan masalah-masalah sebegini ianya melibatkan individu. Jadi harus dilihat secara adil dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, saya juga akhir sekalilah iaitu saya melihat bahawa pihak Kastam antara agensilah yang telah berjaya memungut cukai yang tinggi di dalam negara kita ini. Jadi kalau boleh kerajaan cuba memainkan, memberi ganjaran kepada mereka-mereka. Mana-mana pegawai yang berjaya menangkap ataupun memerangkap pihak-pihak yang menyeludup sama ada rokok kah, minuman kah dan sebab apa juga maka mereka ini harus diberi ganjaran mengikut jumlah barangan yang mereka tangkap. Sebab kalau tidak, kalau mereka tidak ada kesungguhan, tidak ada komitmen dalam menjayakan penguatkuasaan tersebut mungkin mereka boleh terfikir sesuatu. Akan tetapi Alhamdulillah saya dapat melihat bahawa ekoran daripada ketegasan daripada pihak penguatkuasaan maka Kastam salah satu agensi yang telah memungut cukai untuk negara yang begitu banyak sekali. Jadi ini harus dilihat secara positif bagaimana kita memberi galakan kepada mereka sebab gaji mereka pun berapa. Jadi tidak lah memadai apa yang mereka telah sumbang kepada negara kita. Jadi Kementerian Kewangan harus melihat perkara ini secara bijaksana iaitu memastikan bahawa mereka yang telah menjalankan usaha untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dapat dibela juga akan kebajikan mereka dan masa depan mereka. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Cukai Pendapatan pada petang ini. Saya mengalu-alukan pindaan kerana saya menyokong usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan sumber kewangan negara. Oleh kerana kita mempunyai agenda yang berterusan untuk membangunkan negara kita ini dari segi ekonominya. Kita tadi telah mendengar serangan daripada Yang Berhormat Shah Alam yang menuduh bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini telah gagal. Dia bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas di mana salahnya, silapnya dari segi dasar ataupun program pembangunan ekonomi yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Saya pertama sekali merasa agak sedih kerana beliau menggunakan perkataan bangang. Sebagai seorang terpelajar dan berpelajaran tinggi saya difahamkan, saya tidak tahu tinggi mana, tinggi pokok mana, akan tetapi orang yang terpelajar dan pegawai tinggi menggunakan perkataan yang sedemikian. Walau bagaimanapun, beliau kata telah tarik balik. Kita maafkanlah. Mungkin lain kali dia lebih berhati-hati lagi dari segi menggunakan perkataan-perkataan biarlah yang beradab dan bersopan. Tuan Yang di-Pertua, di mana isu yang sebenarnya ialah kita penerusan perjuangan kita. Bukan bermakna kita telah gagal. Kita ingin meningkatkan lagi kemajuan kita. Kejayaan yang telah ada kita mahu tingkatkan. Dahulu kita sebuah ekonomi yang mundur, ekonomi yang bergantung kepada pertanian. Dulu sudah saya sebut di mana orang-orang Melayu, orang-orang bukan Melayu dan sebagainya

kebanyakannya berekonomi dalam sektor pertanian dan juga dalam perikanan. Jadi nelayan-nelayan, pekebun kecil, miskin dan begitu juga orang-orang Cina yang bekerja sebagai buruh-buruh di dalam, di kawasan-kawasan perlombongan dan orang-orang India bekerja di ladang-ladang estet. Namun, pada hari ini setelah sekian lama kita dengan kewangan yang diperolehi oleh kerajaan dari semasa ke semasa bertambah, mengupayakan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara kita. Kita pada hari ini setelah menstrukturkan struktur ekonomi kita menjadi sebuah ekonomi yang moden. Kita tidak lagi bergantung kepada pertanian. Peratusan sektor pertanian sedang menguncup berbanding dengan sektor yang lain. Sebuah negara maju, sektor perkilangan adalah menyumbang kepada pembangunan ekonominya dan negara Malaysia telah mengembangkan sektor perkilangannya, manufacturingnya dengan izin, sejajar dengan matlamat negara kita untuk menjadi negara maju. Begitu juga sektor pelancongan, telah dimajukan. Kalau dahulu kita tidak mendengar sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara, akan tetapi pada hari ini sektor pelancongan menyumbangkan hampir RM50 bilion setahun. Seramai 40 juta ataupun 20 jutakah?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

23 juta.

23 juta pelancong. Maka ini menunjukkan bagaimana perkembangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara. Begitu juga sektor perkhidmatan yang telah juga berkembang. Saya minta izinlah Tuan Yang di-Pertua, bercakap secara terperinci begini seolah-olah saya memberi syarahan ekonomi pula seperti yang selalu dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Akan tetapi saya rasa perlu untuk dijelaskan...

Penjelasan Yang Berhormat.

Perlu untuk kita menjelaskannya. Dan...

Yang Berhormat.

Ya?

Sebelum bersyarah ekonomi saya hendak tanya satu.

Sebelum meneruskan...

Sebelum meneruskan syarahan ekonomi Tuan Yang di-Pertua.

Silakan.

Kerana Yang Berhormat telah menyebut beberapa key result area, bidang keberhasilan utama antaranya pelancongan, pengeluaran dan juga bidang-bidang yang lain Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat semak sama ada reward system, sistem ganjaran daripada kerajaan kepada sektor ini umpamanya Kerajaan Negeri Melaka. Kita membayar cukai RM2.5 bilion pada satu tahun, empat tahun dalam satu rancangan Malaysia kita membayar cukai yang kita collect daripada sektor industri di Melaka pelancongan dan sebagainya mencecah RM10 bilion. Akan tetapi ganjarannya kepada kerajaan negeri kurang dari itu, jauh amat kurang. Jadi bagaimanakah sistem yang digunakan oleh kerajaan ke arah mereka yang benar-benar berprestasi. Kerana kalau kita khuatir, kita khuatir kalau wrong reward system dia akan menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati demoralizing dan juga demotivation dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat tentang reward system oleh kerajaan ini, terima kasih.

Kita sebuah negara persekutuan. Negeri Melaka sebahagian daripada Persekutuan Malaysia ataupun Tanah Melayu. Jadi soal mengagih-agihkan pendapatan negara di antara negeri-negeri itu tidak semestinya bergantung kepada prestasi kejayaan negeri itu sendiri. Kerana kewangan yang dikumpul oleh kerajaan adalah untuk diagih-agihkan sedemikian rupa,

di mana ianya memberikan priority, saya kira walaupun saya bukan Menteri Kewangan... [Ketawa]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Mimpi hendak jadi Menterilah.

Ini bukan mimpi ngeri ya. [Ketawa] Memberikan – Yang Berhormat Permatang Pauh senyum. Dia dengar saya bercakap begitu. Jadi diberi kepada priority-priority sektor ataupun negeri. Bagi negeri Melaka saya ucap syabas dan tahniah kerana negeri Melaka sudah menjadi negeri maju, dengan serba kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya dan juga sumber- sumbernya. Akan tetapi dengan kepimpinan Ketua Menteri yang menggunakan kepintaran dan juga kebijaksanaannya boleh membangunkan sebuah negeri. Ini mungkin menjadi contoh kepada kita semua termasuk negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Kerana saya tengok seperti di Kelantan, tadi Shah Alam kata; “Oh, 30 tahun, saya hendak tanya bagaimana dengan negeri Kelantan 22 tahun lebih?”

Siapa Menteri Besar dia? Di Melaka Ketua Menteri dia Dato’ Seri Mohd Ali Rustam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau tanya boleh saya jawab?

Boleh, tiada masalah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih, terima kasih.

Tanya baik-baik. [Ketawa]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, ya. Saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak satu perkara yang tidak mengambil kira hakikat bahawa negeri Kelantan selama ini walaupun berada di bawah PAS telah dianaktirikan. Persoalan royalti minyak hingga ke hari ini tidak mahu diakui dan tidak mahu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam keadaan dianaktirikan sekalipun kita dapati bahawa negeri Kelantan telah dapat meninggikan kedudukannya di mana paras kemiskinannya jauh lebih baik ataupun telah dapat diselesaikan dan berada sekarang ini di tangga yang keenam. Di bawahnya adalah beberapa negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Walaupun kerajaan Barisan Nasional telah melaburkan berbilion-bilion ringgit...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hantar ke Sabah tetapi keadaannya masih begitu dan 40% daripada rakyat yang miskin di negara Malaysia berada di Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan satu masalah yang perlu diakui bahawa hakikatnya negeri Kelantan memang menghadapi kekangan. Kekangan-kekangan yang dilakukan oleh sebuah kerajaan dan sebuah parti yang kata memperjuangkan Melayu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi, sanggup menganaktirikan negeri Kelantan yang 98% adalah penduduk Melayu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa yang kita dapati bahawa memang ada pembangunan di negeri Kelantan, paling kurang kita tidak adalah satu sistem LRT yang dibina menelan belanja berbilion-bilion tetapi sekarang ini sangkut tidak boleh jalan seperti yang mana yang di tepi Sungai Melaka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak masuk balik kepada pindaan balik Yang Berhormat.

Ya, saya masukkan sekejap lagi. Saya berasa agak bersimpati dengan Yang Berhormat Shah Alam kerana beliau begitu agak cetek dari segi mengukur dan membuat penganalisaan. Kalau apa yang berlaku di Kelantan itu dianggap satu kejayaan, bagaimana agaknya apa benchmark sebuah negara yang berjaya?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tidak terima kasihlah. Sudahlah itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hakikatnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tidak, tidak saya bagi boleh.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rakyat Kelantan tetap memilih kerajaan PASlah. Minta maaflah Yang Berhormat Pasir Salak. Minta maaflah ya. [Ketawa]

Pemilihan rakyat Kelantan kepada kerajaan PAS selama ini bukan atas dasar pembangunan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Jawab lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat ini hendak berdialog ke hendak apa? [Ketawa]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak selagi mana tidak keluar daripada kerajaan Kelantan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak faham kenapa dia bawa isu Kelantan.

Sudah, sudah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ekonomi Yang Berhormat mencelah tadi tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Walaupun ada radio, walaupun ada televisyen semua dikuasai oleh Barisan Nasional.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak dapat juga rampas Kelantan.

Ada lagi hendak sambung? Ada lagi? Boleh, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak perlu. Tidak perlu Yang Berhormat. Cukup, cukup!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya tiada masalah. Tuan Yang di-Pertua, saya harap kalau Yang Berhormat Shah Alam boleh dengar sedikit, dengar. Pemilihan rakyat Kelantan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Nik Aziz bukan atas dasar kemajuan pembangunan. Nik Aziz tidak memperjuangkan pembangunan. Dia memperjuangkan dia kata “dunia akhirat”.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah yang ceteknya Yang Berhormat Pasir Salak. Dia tidak faham.

Akan tetapi dia tidak boleh terima. [Ketawa]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi dia pembangunan bangunan yang 100 tingkat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi dia pembangunan besi dan batu. Dia tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat balik kepada pindaan rang undang-undang Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kecetekan pemikiran Yang Berhormat Pasir Salak yang kononnya juga berpendidikan tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tinggi mana? Saya pun tidak tahulah tetapi kalau banding dia dengan saya, saya lagi tinggilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, cukup Yang Berhormat. Cukuplah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dari segi ketinggianlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat maklumkan saya hendak keluar tadi. Boleh keluar Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Pasir Salak? Terima kasih. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Minta maaflah Tuan Yang di-Pertua. Ini Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ha, tengok!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sabah kah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Tidak boleh, tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini 40% rakyat Malaysia.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini perkara kecil Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Malaysia 40%.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rakyat Malaysia yang miskin semuanya duduk dalam Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Duduk dulu!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud sedang mencelah Yang Berhormat Shah Alam tidak perlu membincangkan ketika orang mencelah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Pasir Salak. Ini peruntukan untuk negeri Kelantan. Peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berbilion-bilion yang saya difahamkan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Peruntukan itu pula melebihi daripada negeri-negeri seperti Melaka tadi Yang Berhormat Tangga Batu. Lima kali lebih daripada Melaka. Bukankah itu selain daripada cara Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan Kelantan, ini satu. Keduanya ialah berkenaan dengan negeri Sabah tadi yang disebutkan oleh saudara Yang Berhormat Shah Alam. Saya minta pandangan Yang Berhormat Pasir Salak. Itulah saya katakan tadi, kita bermula semenjak – Ini saya hendak cerita sedikit, kita bincang dulu. Dulu saya katakan bahawa negeri Sabah sewaktu merdeka tahun 1963, kita mempunyai kemiskinan 60%, 70%. Setengah-setengah kawasan 100%. Itu hakikat. Itu baru 30 tahun yang lalu. Dalam masa 30 tahun, kerajaan Barisan Nasional telah mengurangkan kemiskinan di negeri Sabah daripada 60% atau 70% itu kepada 16%. Ya, betul, 16% masih tinggi daripada Kelantan, daripada negeri-negeri yang lain. Akan tetapi, untuk menidakkan kejayaan Barisan Nasional dalam jangka masa yang begitu pendek mengurangkan kemiskinan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Gas Sabah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf Yang Berhormat Shah Alam. Ini baru bangang! Ini baru bangang!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dihantar kepada Kerajaan Pusat. [Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak boleh terima. Ini saya hendak bagi tahu kerajaan Barisan Nasional di negeri Sabah bermula dengan satu angka yang begitu besar. 60%, 70% di kawasan saya Yang Berhormat Pasir Salak ada yang 100% miskin. Akan tetapi, sekarang kita di tahap 16%. Tinggi, saya setuju. Masih lagi tinggi tetapi kita tidak bolehlah mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional gagal di negeri Sabah. Itu point nya Yang Berhormat Pasir Salak. Minta komen.

Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kota Belud. Melaka pun tidak ada royalti minyak. Ada royalti minyak?

Tidak ada.

Tidak ada. Jadi tidak ada jangan timbul soal royalti minyak. Kalau Melaka boleh membangun sebagai sebuah negeri yang tidak ada royalti minyak sepatutnya Kelantan pun begitu. 22 tahun saya pergi ke Kelantan tidak ada perindustrian pun dan yang ada perusahaan keropok lekor sahaja.

[Ketawa]

Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya berasa sedih dengan apa yang berlaku di Kelantan kerana rakyat Kelantan ditipu oleh pembangkang terutamanya PAS. Ditipu, kononnya perjuangan untuk pembangunan pun tidak ada. Kononnya perjuangan untuk akhirat untuk Islam. Perjuangan untuk Islam apa kalau itu – Yang Berhormat Tasik Gelugor ya, Tasik Gelugor?

Bukit Gelugor.

Yang Berhormat Bukit Gelugor, langkah mayat saya ini kalau kerajaan parti PAS mahu menegakkan hukum Islam, hukum hudud. Macam mana? Boleh berkawan, sokong. Bagaimana boleh Tok Guru Mursyidul Am boleh mengiakan seorang wakil rakyat yang gambarnya terkeluar bertelanjang bulat. Tidak ada apa-apa itu masalah peribadi kononnya. Islam mana ini?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Itu presiden MCA yang telanjang bulat itu. Presiden MCA.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu presiden MCA! Telanjang bulat itu presiden MCA!

Tidak, tidak. Di Selangor itu.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kawan UMNO. Kawan UMNO.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang duduk bersama BN. Apa ini kawan UMNO yang bertelanjang bulat. [Dewan riuh] Apalah Yang Berhormat Pasir Salak. Allah! [Ketawa]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Pasir Salak menyalak bukit.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak betullah. Tidak betul! [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat balik kepada rang undang-undang Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat menyalak salah bukit.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku kepada MCA kita tidak memberikan restu. [Dewan riuh] Kita tidak mengiakan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sudah kawan buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa masih kawan?

Akan tetapi, yang merestukan yang mengiktiraf ialah Tok Guru. Tok Guru, Tok Guru ini. Macam mana seorang Tok Guru dan juga membiarkan seorang yang membaca ayat al-Quran yang tidak tahu asal usul ini. Surah al-Imran konon. Dibaca. Apa ini? Inikah yang dikatakan seorang pemimpin Islam? Juga membenarkan seseorang membaca khutbah dan tazkirah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Pasir Salak guna undang- undang apa ini?

Adakah ini yang dikatakan Tok Guru? Inikah kepimpinan Islam?

Oh! Ya. Maknanya sudah sesatlah itu. [Ketawa]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak sesat. Pasal pemimpin Islam dia hendak bawa...

Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Al-Quran biar semua baca.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi UMNO, dia ambil Al- Quran simpan dalam almari.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pemimpin Islam bawa Al-Quran beri semua baca.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Banyak manusia kenal Al-Quran. Apa salahnya? Akan tetapi kalau UMNO, dia ambil Al-Quran, simpan dalam almari, lihat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kedua-dua Ahli Yang Berhormat, saya minta agar perbahasan ini tidak sampai ke arah ini Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta sekali lagi untuk balik ke perbahasan rang undang-undang.

Saya sudah berbalik tadi tetapi oleh kerana diganggu, [Ketawa] saya terpaksa menjelaskan. Kita balik pada soal kewangan pindaan akta ini dengan tujuan untuk meningkatkan sumber kewangan negara. Memang kita memerlukan sumber kewangan yang lebih besar. Oleh sebab itu, kita menyokong apa yang dilakukan oleh kerajaan. Kita bukan hendak menidakkan bahawa kerajaan tidak mampu untuk mengumpul pelaburan daripada luar. Saya selalu mendengar kritikan bahawa FDI (Foreign Direct Invesment) telah berkurangan. Ini kadang-kadang perkara yang berlaku kita cepat melatah. Kita perlu faham apa yang disebutkan economic cycle. There is business cycle, dengan izin. Ia cycle ini tidak semestinya – apabila disebut cycle, ada masa turun ada masa naik. Ia tidak naik selama-lamanya dan apa yang turun akan naik. Yang naik akan turun. Ia begitu tetapi pokoknya yang penting ialah apabila kita membuat carta bahawa carta itu menunjukkan satu peningkatan yang berterusan, janganlah kita kata disebabkan oleh keadaan Foreign Direct Invesment pada hari ini turun, maka...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Pasir Salak.

Dengan sebab itu harapan kita untuk meningkatkan pelaburan sudah tidak ada lagi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Pasir Salak.

Tidak ada harapan itu tidak betul. Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Bolehkah?

Hendak juga?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya minat pasal Yang Berhormat Pasir Salak sebut pindaan ini kerana hendak meningkatkan kutipan cukai. Jadi, saya rasa teruja sedikitlah dengar betul atau tidak. Ini disebabkan pindaan ini sebenarnya hendak beri pengecualian. Apabila beri pengecualian, kutipan itu menjadi rendah. Yang mana satu betul ini? [Ketawa]

Kita bercakap daripada segi keseluruhan [Ketawa]. Tadi pun Yang Berhormat Shah Alam bercakap soal program ekonomi itu dan ini, dia bercakap daripada segi keseluruhan. Saya kata saya menyokong pindaan ini. Namun begitu, secara keseluruhannya kita menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan sumber kewangan negara. Apakah salahnya? Ini belajar pasal apa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Inilah orang kata kalau belajar ilmu agama pun separuh, sesat jadinya. Jadi gila isim.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh?

Seperti Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Baik.

Pergi...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya lihat pun Yang Berhormat Shah Alam pandai pasal ekonomi.

Ada hendak tambah lagi?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Begini. Ada satu tadi pasal yang saya hendak sebutkan pasal Kelantan, pasal royalti, saya hendak bertanya. Pasal cukai petroleum ini, ada dalam pindaan ini cukai petroleum. Ia menyebut pasal Kelantan dan part Kelantan kita sedang menuntut cukai royalti daripada cukai petroleum dan segala macam berkaitan petroleum dipulangkan kepada Kelantan. Akan tetapi, setuju kah Yang Berhormat Pasir Salak dengan saya, di bawah cukai petroleum ini kita rugi sebab di bawah cukai petroleum ini kita ada kerjasama dengan syarikat-syarikat asing terutama syarikat daripada Amerika Syarikat? Baru ini, tadi saya sebut kita luluskan, setuju perjanjian pengecualian cukai dua kali. Bab ini sahaja kita sudah rugi berapa bilion daripada cukai dia sepatutnya bayar kepada kita, dia pilih bayar kepada negaranya. Jadi, apakah gunanya kita bersetuju perjanjian dua kali itu jika kita bersetuju dengan dia sedangkan dia sudah mendapat faedah banyak, kemudian cukai pula tidak bayar kepada kita. Jadi, bersetuju kah Yang Berhormat Pasir Salak dengan keputusan yang kita buat ini, merugikan negara kita?

Itu Menteri Kewangan akan jawablah. [Ketawa] Jangan tanya banyak-banyak sangat. Perkara-perkara yang pelik-pelik itu jangan tanya. [Ketawa] Ini tanya-tanyalah, minta pada yang ada. Hendak berkasih kepada yang sayang. Hendak bertanya kepada yang tahu. Kepada orang yang tidak tahu tidak perlulah bertanya. [Ketawa] Apalah ini.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Confirm Yang Berhormat Pasir Salak tidak tahu. Balik baca.

Saya tidak mengaku bahawa saya tahu semua. Mungkin pihak pembangkang tahu semua. Jadi, sebelum saya membuat kesalahan, daripada segi memberikan jawapan yang tidak begitu pasti. Saya rasa Menteri akan menjawab kerana memberikan jawapan yang pasti berhubung dengan perkara itu. Akan tetapi, yang penting, saya katakan tadi ialah berhubung dengan royalti minyak, itu tidak menjadi isu bagi membangunkan sebuah negeri. Itu sahaja. Kalau negeri lain boleh membangun tanpa royalti minyak, mengapakah Kelantan mesti – orang kata tidak habis-habis dengan isu itu. Seolah-olah tanpa royalti minyak maka negeri tidak boleh membangun. Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Pusat pun, walaupun negeri Kelantan dalam pemerintahan pembangkang, sentiasa membantu Kerajaan Negeri Kelantan, rakyat Kelantan. Kerajaannya mungkinlah kita bantu tetapi rakyatnya kita bantu.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya. Minta penjelasan sedikit.

Berapa ramai rakyat di Kelantan yang mendapat faedah pada bantuan kerajaan? Kemudahan infrastruktur, kemudahan asas, kemudahan pendidikan, kemudahan pekerjaan dan pelbagai kemudahan, kemudahan untuk berniaga. Adakah Yang Berhormat dari sana hendak menafikan bahawa ramai rakyat Kelantan yang menikmati program-program yang dilakukan oleh kerajaan? Pelajaran, sosial, ekonomi, business dan sebagainya. Kalau diharapkan apa yang boleh dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz, saya rasa ia akan jadi seperti negeri Myanmar. Hendak pakai seluar pun tidak boleh. Semua pakai kain.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Salak, minta laluan sedikit.

Ada soalan?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ini pelajaran, bab ini semua kalau kita tahu Perlembagaan ia dalam federal list tanggungjawab buat. Kalau beri state list, state lah yang buat. Itu tidak mengapalah. Yang Berhormat Pasir Salak menyatakan kalau tidak ada petroleum pun, negeri lain boleh membangun. Malaysia ini kalau tidak ada petroleum agak-agaknya, boleh membangun seperti ini kah? 40% pendapatan petroleum. Jadi, adakah Yang Berhormat Pasir Salak hendak mengecilkan peranan petroleum? Jadi, bagi negeri juga, royalti itu satu perkara yang besar kerana ia mengeluarkan haknya. Jadi, kalau Malaysia sendiri sangat membangun, kaya dengan petroleum, apakah negeri lain pula tidak perlu kah?

Ada dua isunya. Pertama sekali daripada segi portfolio. Saya hendak bertanya portfolio tanah siapa? Kerajaan negeri bukan? Apakah yang kerajaan PAS buat dengan tanah negeri Kelantan? Apakah yang dibuat? Tolong jawab.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sempadan Kelantan macam itu, tidak bergerak. Tanah Kelantan itulah dia. Apakah masalahnya?

Itu jawapannya.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Apakah masalahnya?

Masalahnya saya hendak terangkan. Duduk! Saya hendak menjawab.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tadi tanya saya, ini dia jawab sendiri.

Kalau tidak ada maklumat dan tidak faham, tidak perlu menjawab. Macam saya tadi. Apa yang saya tidak tahu, saya tidak jawab. Ini tidak tahu pun hendak cuba menjawab. Tanah negeri Kelantan begitu besar, mana projek pembangunan tanah? Tanah kerajaan dibangunkan seperti FELDA, FELCRA. RISDA. Mana ia? Mana ladang rakyat?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang dibangunkan oleh Menteri Besar Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sudah jawab ladang rakyat tadi itu.

Ya, mana? Berapa ekar?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ladang rakyat ada.

Saya hendak bertanya berapa ekar? FELCRA beri tanah 10,000 ekar.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Berapa ramai penduduk Kelantan yang dapat nikmat daripada ladang rakyat.

FELCRA beri tanah semula kepada kerajaan Kelantan 10,000 ekar. Mana tanah itu?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Projek...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Duit RM10 juta kita beri kepada Kelantan. Mana duit itu?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ladang FELDA di Kelantan itu tanah siapa?

Inilah...

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kerajaan negerilah!

Itu FELDA yang membangunkan. Saya hendak bertanya, kita Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Perak sendiri membangunkan ladang rakyat, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Berapa ekar?

Betul Yang Berhormat Kuala Krai?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Eh! Tanya pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak tidak perlu bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kelantan kita bangunkan ladang rakyat. Kita beri tanah kepada FELDA.

Saya pergi ke Kelantan baru-baru ini...

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

FELDA pula bankrap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Kuala Krai.

Jadi, perkara yang tidak ada susah hendak cakap.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Beri pada FELDA tanah, FELDA jadi bankrap. Bagaimana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Menegah kan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krai, sila duduk Yang Berhormat.

Siapa yang bankrap?

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Itu belum FELCRA lagi.

Mana yang bankrap? Dengan izin, you present me the statement to show that FELCRA and FELDA are bankrupt? I challenge you now! Di luar Dewan pun boleh, di dalam Dewan pun boleh.

Bentangkan penyata kewangan FELDA dan FELCRA yang menunjukkan ia bankrap! [Tepuk]

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kalau saya yang bentangkan penyata FELDA, FELCRA, saya yang jadi Chairman.

Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Krai yang bankrap. Tidak ada idea, menopaus!

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Biar saya jadi Chairman. You letak jawatanlah. Biar saya jadi Chairman.

Menopaus! Menopaus dari segi idea.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Alah! Tua sahaja. Harapkan umur sahaja. Apa menopaus?

Apa alah? Apa alah? Buktinya? Tidak ada bukti.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mana cash? Mana dia? Cash FELDA mana pergi?

Cash FELDA dalam banklah! Takkan bawa sini tunjuk dengan Yang Berhormat. Apalah ini!

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mana ada orang bawa cash di sini. Cakap – betul-betul menopaus punya idea.

Kalau saya guna perkataan ‘bangang’ macam Yang Berhormat Shah Alam, nanti kurang ajar pula. Takkan duit cash hendak bawa di sini. [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Memang tidak betul. Tunjuk akaun.

Itu sebabnya dahulu pegawai kerajaan, tidak pandai berniaga tetapi hendak cakap pasal kewangan, ekonomi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jangan menghina pegawai kerajaan ya! Jangan hendak menghina.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Apa? Ingat yang belakang ini bodoh kah? [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat habiskanlah.

Ya. Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai, jangan kaitkan dengan pegawai kerajaan yang lain ya. Saya kata pegawai kerajaan itu ialah Yang Berhormat Kuala Krai itu. [Ketawa]

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dahulu saya kakitangan kerajaan, ramai yang lain.

Kalau sudah tidak boleh pertahankan diri sendiri, jangan panggil orang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krai, duduk Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Pernah kerjakah sebagai kakitangan kerajaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Sudahlah. Cukup, cukup, cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak, habiskanlah Yang Berhormat.

Habiskanlah. Jadi, begitulah ceritanya...

Yang Berhormat Pasir Salak, sedikit.

Ini Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar ini kerja keras ini, membangunkan kawasan luar bandar. Hari-hari kerja...

Yang Berhormat Pasir Salak, saya Ledang.

Oh! Yang Berhormat Ledang. Okey.

Saya cuma beginilah Yang Berhormat, saya simpati dengan suasana yang berlaku hari ini. Hendak kata di peringkat-peringkat itu, kalau berani, bercakap di luarlah. Akan tetapi saya hendak betulkan sedikit statement Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Krai memang betullah dia pernah menjadi pegawai kerajaan, pernah berkhidmat di Sungai Mati sebagai Pegawai Perubatan. Jadi, betullah dia pegawai perubatan, dia bukan pegawai ekonomi. Jadi janganlah – kepentingan dia. Tidak mengapalah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersimpati jugalah tadi Yang Berhormat Kuala Krai duk bercakap berapi-api, kawan-kawannya duk diam sahaja. Tidak ada membantu langsung pun. [Ketawa] Nampaknya tidak adalah yang bersetuju.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Ledang kalau lain kali bercakap tentang ekonomi, saya akan bangkit tegur, “Awak engineer hendak bercakap pasal ekonomi, minta maaf.” Sesiapa yang bukan pakar ekonomi cakap pasal ekonomi, kita akan bangkang. Kita akan bangkang. Jangan hendak tunjuk pandai semua di sini.

Jadi saya akhiri Tuan Yang di-Pertua, dengan menyokong akta pindaan ini. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sampai habis tidak ada poin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat ya. Saya minta agar perbahasan ini dihadkan kepada tidak melebihi 20 minit. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana beri saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2010. Hanya satu perkara yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan ini iaitu berkenaan dengan pembangunan bangunan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia. Projek ini telah di award, diberi kepada kontraktor bernama H & I Niaga Sdn Bhd pada tahun 2005 dengan jumlah harga RM320 juta. Pada masa itu, kontrak itu akan siap pada bulan Ogos 2007. Akan tetapi, dengan bantahan pada masa itu – saya masih ingat, bantahan dari banyak pihak tentang syarikat H & I Niaga Sdn Bhd ini, kerana syarikat ini masih baru dan dalam track record industri pembinaan, ia juga tidak ada rekod yang bagus. Akan tetapi pada akhirnya, Bank Negara beri kontrak ini kepada syarikat ini dan syarikat ini mengalami kesusahan dan tidak dapat menyiapkan projek itu pada masa yang diberi. Oleh kerana itu, Bank Negara Malaysia terpaksa menanggung kerugian di mana pada tahun 2007, Bank Negara terpaksa menaikkan kontrak itu pada harga RM420.1 juta. Bank Negara terpaksa juga – oleh kerana kontraktor itu tidak dapat menyiapkan projek ini pada masa yang ditetapkan, Bank Negara terpaksa beri kepada kontraktor lain secara rundingan terus di mana harga yang diberi pada akhirnya untuk menyiapkan projek itu pada tarikh yang ditangguh sehingga bulan Mac tahun hadapan iaitu tahun 2011, di mana harga telah melambung naik ke RM465.5 juta. Disebabkan kecuaian syarikat H & I ini, Bank Negara terpaksa menanggung peningkatan wang sebanyak RM145.5 juta. Kalaulah Bank Negara pada masa itu mengambil kira pandangan orang lain dan pilih kontraktor yang betul-betul boleh perform, yang boleh menyiapkan projek – sehingga sekarang, di mana tentang track record yang buruk, di mana syarikat H & I ini tidak boleh submit, hantar laporan kewangan dari tahun 2002 sampai tahun 2004. Ia juga hutang kepada CIDB tentang payment levy itu tetapi Bank Negara Malaysia tetap dengan degil memberi projek ini kepada H & I Niaga. Pada akhirnya, H & I tidak dapat meneruskan projek dan Bank Negara terpaksa beri pula kepada syarikat yang lain. Dengan kejadian ini keseluruhannya, saya nampak ada masalah di mana ada pihak yang tertentu terlibat dalam projek ini di mana projek ini telah – walaupun pada mulanya dengan cara sebut tender, tetapi kalau syarikat itu langsung tidak ada pengalaman untuk menyiapkan projek yang besar, tetapi masih beri syarikat itu. Syarikat itu tidak boleh siap langsung di mana tidak ada tindakan terhadap syarikat ini dan Bank Negara terpaksa rugi RM145.5 juta. So, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri penerangan yang detail, maklumat yang di mana apakah sebab kontraktor itu tidak dapat meneruskan projek?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Tidak berkaitan dengan pindaan ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ada, ini berkenaan dengan Bank Negara Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ia mengikut fasal-fasal yang hendak dipinda itu Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Habiskanlah.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat beri saya maklumat tentang mengapa kontraktor itu tidak dapat menyiapkan projek ini? Apakah tindakan Kementerian Kewangan terhadap syarikat ini? Mengapa pula Bank Negara terpaksa mengeluarkan sebanyak RM145 juta untuk menyiapkan projek ini yang pada awal dijangka siap pada tahun 2007 tetapi terpaksa ditangguh sehingga tahun 2011? Itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang saya berbahas dalam rang undang-undang ini. Saya ingin membangkitkan tiga perkara. Perkara pertamanya adalah saya ingin merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PEMANDU bahawa ia telah bercadang untuk mengenakan fuel consumption tax di atas petrol yang diguna pakai oleh pengguna-pengguna di negara ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Fuel consumption tax itu adalah sebanyak 58 sen seliter petrol. Berita itu dilaporkan dalam surat khabar nasional dua hari lalu. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bahawa mungkin ia tidak akan dilaksanakan dengan serta-merta dan mungkin ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Adakah ini kerana pilihan raya yang akan datang yang dijangka dalam beberapa bulan? Selepas pilihan raya ke-13, fuel consumption tax akan dikenakan dan alasan yang diberi oleh PEMANDU untuk membuat cadangan fuel consumption tax sebanyak 58 sen seliter adalah kerana jika tidak mengenakan tax ini ia merupakan satu kerugian kepada kerajaan. Apakah rasionalnya mengenakan tax itu? Tax itu diada-adakan oleh PEMANDU, dicipta. Saya telah meneliti trend atau tabiat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Idris Jala, adalah hanya untuk mengenakan segala caj atau cukai ke atas pengguna atas alasan, excuse or over excuse. Sejak beliau menjadi CEO MAS selama setahun dua, tambang air ticket pun dinaikkan sehingga 20% ke 30%.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya beri kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Semua kita memahami implikasi kepada kali kedua program rasionalisasi kementerian Dato’ Sri Idris Jala baru-baru ini dengan kenaikan RON95, diesel dan gula ke satu yang telah pun disebutkan sebagai unjuran inflasi yang akan menekan tahun hadapan oleh dua richest houses RHB dan juga CIMB. Kesemua ini telah pun disinggung oleh beberapa Ahli Parlimen yang berucap. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Bandar Kuching akan satu perkara yang merupakan andainya berlaku ia satu insiden yang agak berat dan parah kepada satu amalan. Di mana kini yang sedang di dalam rundingan ini apabila UEM dan EPF (KWSP) yang telah menawarkan untuk membeli PLUS Expressway itu

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

dengan harga RM23 bilion. Menuntut antara terma-terma mereka itu ia kalau dengan izin saya boleh bacakan, “Is seeking away of all taxes in curt and respect of the highway concession assets for the rest of the concession period which is expired in 2030”. Dengan memakan jumlah cukai yang seharusnya didapati oleh kerajaan sebanyak RM430 milion setahun dan dalam tahun 2030 itu berjumlah RM9 bilion. Andainya permohonan wavering of taxes atau pengecualian cukai seperti ini diizinkan dalam acquisition atau pembelian seperti ini, ia akan menurunkan satu precedent yang cukup parah. Saya minta pandangan Yang Berhormat Bandar Kuching apakah ini boleh diizinkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Memang ini boleh diizinkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang hanya menjaga kepentingan kroni dan mengabaikan kebajikan rakyat dan ini memang polisi Barisan Nasional. Saya ingin balik kepada apa yang saya sebut tadi. Selepas tambang air ticket MAS dinaikkan 30% selepas dia mengambil alih CEO MAS dan sekarang dia adalah CEO PEMANDU. Apa yang kita lihat subsidi yang diberi kepada daily goods telah dipotong satu persatu dan dua minggu lalu harga gula, minyak, gas dan diesel naik itu four in one. Saya masih ingat semasa kerajaan memutuskan bahawa RON97 akan dibiarkan free floating dan ada satu kenyataan RON95 akan dikekalkan untuk kebaikan rakyat miskin yang memandu kereta yang murah. Selepas itu dalam Julai tahun ini ada kenaikan sekali RON95 sebanyak 5 sen seliter. Kali ini pada 1 Disember naik lagi 5 sen. Sekarang ada cadangan untuk naikkan dan mengenakan fuel consumption tax sebanyak 58 sen seliter. Adakah rang undang-undang ini akan digunakan selepas ia diluluskan untuk mengenakan fuel consumption tax? Saya ingin tahu perkara ini dan alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah rationalization of subsidy. Saya fikir ini bukan rationalization of subsidy, tetapi rationalization baginya mengenakan cukai yang lebih banyak lagi dan mengutip cukai seperti menghisap darah rakyat jelata. Pada sebelahnya dia kata hendak mengurangkan subsidi yang diberi kepada bahan-bahan gunaan harian untuk rakyat dan mengurangkan subsidi ke atas barangan itu dan meningkatkan harga gas petroleum, diesel dan segala-galanya. Namun di sebelah yang lain, subsidi gas yang diberi kepada Independent Power Producer (IPP) langsung tidak disentuh. Daripada angka yang saya ada di dalam tahun 2008, subsidi untuk nasional gas yang diberi oleh petroleum (Petronas) untuk natural gas subsidy adalah sebanyak RM19.7 bilion. Di antaranya 13.8 bilion adalah untuk Independent Power Producer (IPP). Lebih kurang 70% daripada subsidi gas ini diberi kepada untuk keuntungan Independent Power Producer (IPP) yang adalah kroni Barisan Nasional. Mengapa ini tidak dikurangkan? Apa yang dikurangkan ialah subsidi untuk rakyat. Oleh itu, saya berpendapat bahawa ini ialah satu polisi di mana rakyat tidak diutamakan adalah bercanggah dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa rakyat didahulukan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Satu lagi isu yang saya mahu sentuh adalah mengenai cukai yang dikutip oleh kerajaan dari syarikat nombor ramalan atau empat ekor. Ini adalah merupakan satu cukai yang dikutip daripada aktiviti judi dan bilangannya amatlah besar. Dalam tahun 2009, ada lebih kurang RM1.2 bilion yang telah dikutip dari enam syarikat nombor ramalan. Dalam tahun 2010, tahun ini sehingga 30 September, lebih kurang RM1 bilion telah dikutip dari syarikat-syarikat tersebut. Saya ingin tahu dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa anggapannya? Adakah kutipan dari syarikat nombor ramalan ini adalah wang haram yang dikatakan oleh UMNO di Pulau Pinang? Ia menuduh bahawa cukai itu dikutip daripada aktiviti judi adalah wang haram. Oleh itu, menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa ia menggunakan wang haram itu untuk kebaikan dan kebajikan orang Islam. Ini tidak boleh.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kalau ini tidak boleh, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah wang yang dikutip dari syarikat nombor empat ekor ini dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan atau consolidate file? Bukankah cukai itu dimasukkan ke dalam consolidate file dan daripada consolidate file itu, gaji-gaji kakitangan kerajaan dibayar yang juga antara mereka antara mereka adalah juga orang Muslim dan Islam? Kenapa ada satu double standard dan hipokrasi di Pulau Pinang ini dianggap sebagai wang haram – di peringkat Kerajaan Persekutuan dianggap sebagai haram?

Yang Berhormat, dari Jasin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mana?

Dari Jasin. Boleh?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oh! Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya mengharapkan kepada sahabat saya dari Bandar Kuching ini supaya kita tidak mencampuradukkan apatah lagi membangkitkan perkara-perkara yang boleh membawa sensitiviti, terutamanya perkara-perkara yang ada hubungan dengan agama. Saya mahu maklumkan di sini bahawa apa juga keputusan yang ada hubung kait dengan halal haram jangan ditimbulkan kalau kita tidak faham. Keduanya, apabila Yang Berhormat sebut tadi tentang subsidi, ia memang baik untuk politik tetapi memang jahat untuk ekonomi. Pada ketika ini sebenarnya kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang cukup prihatin sekali. Selain daripada kita memberikan satu subsidi yang cukup besar bagi menentukan supaya kita dapat memberikan kesejahteraan ummah, sedar atau tidak Yang Berhormat bahawa semua barang- barang perlu terutamanya barang-barang kawalan, kerajaan membelanjakan satu dana yang cukup besar sekali bagi kita menentukan subsidi diberikan kepada rakyat. Sebagai contoh minyak yang disebutkan tadi. Minyak sebenarnya adalah berdasarkan kepada harga minyak dunia yang didagangkan dalam US Dollar. Pada ketika ini telah mencecah angka USD90 satu tong. Jadi kalau kerajaan terpaksa menanggung terlalu banyak subsidi, apa jadi? Kerajaan akan bankrap. Jadi kita tidak mahu supaya keadaan ini berlaku. Itu sebabnya, kalau kita memberi subsidi adalah berpada-pada. Sekiranya kerajaan tidak dapat menampung subsidi tersebut, maka terpaksalah dinaikkan harga. Cuba kita lihat bandingkan harga minyak, gula, beras, dan gas dengan negara-negara lain, kita jauh lebih terbaik. Apabila Yang Berhormat sebut tadi tentang IPP – kalau Yang Berhormat tidak faham tantang IPP, IPP diwujudkan pada tahun 1994. Pada ketika tersebut tidak ada syarikat yang sanggup, kerana TNB didapati tidak berkeupayaan untuk menampung permintaan tenaga elektrik yang mendadak kerana negara pada ketika itu membangun. Maka, syarikat-syarikat yang dikenal pasti diminta untuk mewujudkan IPP. Tidak ada bank-bank yang sanggup untuk membiayai. Jadi kerajaan mahu juga syarikat tersebut mengujudkan IPP. Maka, diberikan satu harga yang cukup baik sekali kepada IPP tersebut dan pada ketika ini, kalaulah harga gas... Yang Berhormat mahu terus? Boleh beri saya satu minit lagi?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat minta penjelasan atau berucap?

Itulah, saya mahu beri penjelasan kepada Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan, tanyalah soalan.

Supaya kita jangan menuduh kerajaan sedemikian rupa. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sebelum saya beri kepada Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Shah Alam, saya ingin buat kenyataan untuk membetulkan apa Yang Berhormat kata. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat, negara kita akan bankrap bukan kerana subsidi yang diberi kepada rakyat jelata. Negara kita akan bankrap kerana korupsi yang berleluasa, yang diamalkan oleh Barisan Nasional sepanjang masa ini. Ini sebab-sebab benar kenapa negara kita akan bankrap dalam masa kelak. Oleh itu, saya juga ingin tanya Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat bersetuju atas cadangan PEMANDU yang mahu mengenakan 58 sen satu liter atas petroleum dan diesel yang digunakan atas nama fuel consumption tax? Sama ada Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional akan setuju? Kita dari Pakatan Rakyat ini memang bantah untuk fuel consumption tax dikenakan. Nampaknya Barisan Nasional setuju kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin, duduk Yang Berhormat. Saya tidak mahu persoalan seperti dialog ini, Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau ada ucapan...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

...Perkara yang disebut.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya hanya jawab kepada apa yang... Saya beri kepada Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Pertamanya, yang cakap halal dan haram itu bukan kita. UMNO Pulau Pinang yang cakap haram. Apabila kita beri RM100 kepada warga emas, ia cakap kita ambil dari kelab lumba kuda kononnya itu wang haram. Akan tetapi cukai judi maksud dalam akaun hasil disatukan Kerajaan Pusat, ia tidak kata haram. Gaji Menteri dan Ahli Parlimen ia tidak cakap haram, tetapi apabila kita beri RM100 kepada warga tua dan warga miskin, ia cakap ini wang haram. Ini hipokrasi yang paling tinggi oleh UMNO.

Yang Berhormat, kita kalau tidak faham tentang halal haram, jangan bincang. Saya fikir perkara ini sensitif.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya rasa yang tidak faham ini ialah Yang Berhormat Jasin. Ini floor saya.

Kalau kita tidak faham jangan bincang. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tidak berani hujah.

Ini soal agama. Kalau Yang Berhormat tidak faham, jangan bincang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya belum habis. Tuan Yang di-Pertua, point yang saya mahu katakan ialah dalam perbahasan Kementerian Kewangan di peringkat Jawatankuasa, saya pernah bangkitkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I iaitu beliau mengatakan bahawa kalau kita mahu bentuk satu akaun khusus untuk cukai ini, beliau mengatakan ini bidang tugas Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II iaitu wakil daripada MCA. Jawapan yang pernah diberikan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang tahun 2009, cukai judi berjumlah RM2.6 bilion satu tahun. Dalam 2010 tahun ini setiap tahun meningkat. Jadi apabila kalau ada pihak dalam UMNO mengatakan bahawa ini wang haram, cadangan kita ialah Kerajaan Pusat bentuk satu akaun khusus dan asingkan cukai judi ini dan masukkan ke dalam akaun ini supaya tidak disatukan dengan akaun hasil. Kegunaannya dikhususkan kepada masyarakat bukan Islam dan saya rasa semua boleh terima. Kita boleh salurkan wang-wang peruntukan ini kepada kegunaan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil, dan sekolah menengah jenis kebangsaan yang tidak mendapat peruntukan yang sama rata dan tidak adil daripada Kerajaan Persekutuan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

MCA ini saya rasa boleh setuju, kerana Presiden MCA pun minta RM10 bilion untuk sekolah cina. Memang tidak dapat ditunaikan, saya tahu. Jadi kalau sekarang kita beri satu cadangan serampang dua mata untuk UMNO pun baik...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rasah...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Untuk MCA pun baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini ucapan ataupun bertanya?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya tanya adakah Yang Berhormat Bandar Kuching setuju dengan cadangan saya? Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Setuju dengan sehabis- habisnya. Yang Berhormat Shah Alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Nampaknya kita mempermainkan dan memperlekehkan Dewan kita sendiri Yang Berhormat. Kalau saya tanya ini pertanyaan atau ucapan, you berputar ke sana ini pertanyaan. Jadi ini kita memperlekehkan Dewan sendiri.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat tidak payah cakap, beritahu saya Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Bandar Kuchinglah ya, bahawa sikap yang mengatakan semua perkara berhubung dengan Islam ini sensitif itu sikap UMNO, Barisan Nasional. Bagi kita, kita ini hendak orang semua tahu tentang Islam. Apa hukum Islam, apa ajaran Islam, kita hendak semua orang tahu. Ianya bukan satu perkara yang sensitif tetapi memang kita ini wajib untuk menyampaikan dan menjelaskan. Ini satu. Kedua tentang soal IPP tadi. Saya rasa Yang Berhormat Bandar Kuching pun memahami bahawa IPP yang dapat kontrak itu bukan kerana Tenaga Nasional tidak ada duit, bukan kerana Tenaga Nasional tidak hendak buat, tetapi ini merupakan satu projek lombong emas Barisan Nasional di mana ianya diswastakan sehingga ke tahap penjana-penjana kuasa kepunyaan TNB sendiri terpaksa sebahagiannya ditutup. Kerana apa? Ini kerana sudah mempunyai terlalu banyak kuasa dan terpaksa memberikan keutamaan kepada IPP. Maka saya setujulah dengan apa Yang Berhormat Bandar Kuching sebut tadi bahawa negara kita ini akan bankrap bukan kerana subsidi kepada rakyat tetapi kerana subsidi kepada kroni-kroni. Sekiranya Tenaga Nasional diberikan pilihan dan dijanjikan harga gas yang murah, yang akan disubsidikan seperti mana yang dinikmati oleh IPP sekarang ini, saya rasa tidak ada mana-mana pihak yang akan menolak kerana ianya satu perniagaan yang begitu lumayan. Ini kita boleh dapat daripada kalau kita check semua penyata-penyata syarikat-syarikat yang mendapat IPP seperti YTL dan Genting Sun Yen dan sebagainya, mereka bagaikan mencetak duit. Tiap-tiap hari untung berjuta-juta. Kerana apa? Ini kerana dapat gas yang murah, lepas itu ada captive market. TNB terpaksa beli daripada mereka. Apa sahaja yang mereka jana, TNB kena beli. Inilah yang akan menyebabkan negara kita bankrap. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mencelah. Apabila saya dengar tentang IPP dan juga hujah yang dimasukkan daripada Yang Berhormat Shah Alam kepada Yang Berhormat Bandar Kuching ini, saya rasa bukan TNB terpaksa beli. Saya merasakan TNB dipaksa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membeli semuanya. Juga apabila kita bercakap dengan pegawai-pegawai dan mereka-mereka yang pakar dalam penjanaan elektrik, mereka semua mengatakan bahawa Tenaga Nasional tidak akan untung dalam aspek perniagaan yang dilakukan dengan IPP ini. Ini betul-betul merugikan dan mereka-mereka yang membuat keputusan supaya IPP ini menjual kepada Tenaga Nasional, mereka pun tahu. Akan tetapi mereka seperti apa yang Ahli Parlimen Jasin dahulu katakan, close one eye. Jadi mereka-mereka yang membuat keputusan ini, mereka semuanya

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

bukan close one eye tetapi close both the eyes. Ini hakikat sebenarnya. Terima kasih dan saya juga hendak mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua cabang PKR Perak di sini, yang hadir di galeri.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih. Saya menyambut baik...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bandar Kuching kalau tidak ada berhubung dengan undang-undang ini lagi Yang Berhormat...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini ada cukai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya bagi lima minit Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih. Nampaknya Yang Berhormat Shah Alam telah membuktikan bahawa PAS adalah lebih liberal dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka. Berbanding dengan UMNO yang sentiasanya mempermainkan isu-isu agama dan race. Untuk menjawab Yang Berhormat Jasin tadi mengatakan petrol, diesel kita adalah lebih murah, saya ingin memberitahu Yang Berhormat Jasin bahawa semasa kita membeli kereta, setiap warganegara kita semasa kita membeli kereta, kita telah dikenakan some hidden tax yang dikenakan atas kereta nasional atau kereta import. Kereta import itu direct tax. Kita boleh bandingkan harga kereta kita yang dijual di Malaysia sini, di negara kita dengan harga kereta yang dijual di Thailand. Di Thailand Toyota Vios dijual lebih kurang di lingkungan RM50,000 hingga RM70,000 tetapi di negara kita Toyota Vios dijual di antara RM72,000 hingga RM92,000. Kita telah bayar RM20,000 lebih mahal daripada rakan kita di Thailand. Oleh itu ada banyak tax. Kenapa tax ini dikenakan? Dikenakan kerana polisi protectionism yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional untuk melindungi Proton Saga. Inilah beban kewangan yang dikenakan atas segala rakyat semasa kita beli kereta. Saya fikir kalau harga kereta boleh dibebaskan, kita menghapuskan tarif import atas kereta, biar minyak naik lebih tinggi lagi, pemandu kereta dan pemilik kereta tidak akan bantah sebegitu kuat kerana mereka boleh menjimatkan berpuluh-puluh ribu semasa mereka membeli kereta. Isu yang akhir sekali iaitu the last issue yang akan saya bangkitkan adalah mengenai satu dasar kastam tax iaitu cukai jualan yang dikenakan atas botol plastik yang digunakan untuk membotolkan mineral water. Mineral water adalah satu bahan dagangan yang tidak dikenakan cukai jualan. Akan tetapi, pengilang-pengilang mineral water di Sarawak telah membuat aduan bahawa kebelakangan ini Jabatan Kastam telah mulai mengutip cukai jualan atas botol plastiknya, botol plastik yang digunakan oleh mereka. Mereka ada bertanya kenapa cukai ini tidak dikenakan atas pengilang- pengilang di Semenanjung Malaysia? Tidak ada jawapan diberi. Walaupun saya ada terima satu jawapan daripada kementerian bahawa pengilang-pengilang mineral water di Semenanjung Malaysia sini juga dikenakan cukai jualan atas botol plastiknya, tetapi saya tanya mereka, mereka kata according to their knowledge, they don’t know any of the manufacturer, pengilang yang telah dikenakan cukai jualan itu. Oleh itu, saya ingin mendapat maklumat daripada kementerian siapakah pengilang-pengilang air minuman mineral water yang telah dikenakan cukai jualan atas plastik botolnya?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bagaimanakah pengilang-pengilang ini dapat mengutip cukai jualan ini daripada pelanggan mereka? Ini kerana daripada modus operandi mereka, mereka ada membuat pertanyaan kepada Jabatan Kastam, bolehkah dalam invois mereka, mereka mengasingkan harga mineral water dan harga bottle. Daripada harga bottle ini, mereka mengutip cukai jualan daripada pelanggan mereka. Jawapan daripada pegawai Jabatan Kastam berkata tidak boleh begitu. Mengissuekan invois itu, tetapi menurut peruntukan-peruntukan di dalam Akta Cukai Jualan, cukai jualan harus dibayar selepas awak mengutip daripada pelanggan kamu. Saya fikir ada sedikit percanggahan antara amalan yang diamalkan oleh Jabatan Kastam atau nasihat yang diberi oleh Jabatan Kastam kepada pengilang-pengilang

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

mineral water di Sarawak dan peruntukan dalam undang-undang yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tunggu Yang Berhormat Menteri. Saya hendak memperingatkanlah. Dalam Parlimen kalau inilah Parlimen Malaysia, ada peraturan yang ditentukan. Jadi, Parlimen yang hebat ialah Parlimen yang tahu bercakap dan pandai mengikut peraturan. Bukan hendak tunjuk hebat bercakap, tuduh kiri, tuduh kanan itu sahaja. Jadi, yang pertama bacalah Peraturan Mesyuarat 37. Bila orang bercakap, siapa yang boleh mencelah dan apa asas mencelah. Pertanyaan, apa erti pertanyaan. Baca Peraturan Mesyuarat 21(3). Tujuan sebenar mengeluarkan satu pertanyaan ialah kerana mendapat penerangan dengan sesuatu perkara, hakikat dalam pengetahuan istimewa ahli diarah pertanyaan itu. Bukan untuk berucap. Jadi, kita di sini menunjuk hebat sendiri, semua tidak betul. Tidak mengikut peraturan. Jadi, Yang Berhormat Menteri saya minta jawab perkara yang relevan berhubung dengan undang-undang. Benda-benda lain itu jangan jawab. Buang masa sahaja.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (2) 2010. Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh perkara iaitu fasal 26, 30, 33, 37 dan 47 tidak dimasukkan dalam huraian. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, fasal-fasal yang dibangkitkan adalah berhubung dengan tarikh berkuat kuasa fasal- fasal dalam pindaan. Yang Berhormat juga bangkitkan bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada hasil cukai petroleum. Untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Penjelasan, penjelasan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, yang pasal fasal-fasal tadi. Boleh? Pertanyaan saya tadi kenapa fasal-fasal yang disebut itu tidak ada dalam edaran ini? Itu sahaja, bendanya mudah. Kenapa benda ini tidak dimasukkan sedangkan Yang Berhormat Menteri ada bacakan pindaan-pindaan fasal itu. Akan tetapi, dalam buku yang diedarkan kepada kita ini tidak ada. Itu sahaja yang saya hendak tanya.

Yang Berhormat, bacalah. Yang mana tidak ada?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok, muka surat 24, 23, 25. Muka surat 18, fasal 24. Kemudian, muka surat 19, fasal 25. Fasal 26 tidak ada, fasal 27 ada.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kemdian, muka surat 22, fasal 29. Fasal 30 tidak ada, ada fasal 31 sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya.

Mesti tengok muka surat 20. Ini huraian, itu saya sudah beri penjelasan, iaitu hanya berhubung dengan tarikh berkuat kuasa. Oleh itu kita tidak sebut di huraian. Okey, Yang Berhormat memang baru.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Akan tetapi masalahnya sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut...

Tidak apalah Yang Berhormat...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Fasal-fasal yang hendak dipinda itu termasuk fasal-fasal yang saya katakan tadi tidak ada di sini.

Itu memberitahu tarikh sahaja. Yang Berhormat tidak faham.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau tidak faham, sebab itu saya tanya. Saya tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Akan tetapi cara Yang Berhormat Indera Mahkota pun salah juga. Seorang berdiri, seorang duduk Yang Berhormat. Tidak bolehlah semua duduk macam ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Betullah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak Yang Berhormat. Duduk dahulu, dengar cerita dia dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Kerajaan memang mengakui tentang kebergantungan hasil cukai daripada petroleum untuk mengatasi isu ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Kerajaan ada menubuhkan ...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tanya pasal fasal tadi. Soalan saya kenapa dalam ini tidak ada?

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri jalan. Untuk mengatasi isu ini, ...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Adakah ini amalan Parlimen kita?

Yang Berhormat tidak faham. Yang Berhormat orang baru. Pergi belajar dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya minta tarik balik.

Yang Berhormat, cukup, cukup.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya minta tarik balik perkataan suruh saya “pergi belajar”.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

I want to know about this.

Macam hari itu Yang Berhormat kata hutang negara. Yang Berhormat tukar statement.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini bukan hutang negara, ini fasal-fasal.

Belum minta maaf lagi. You hendak bawa saya ke jawatankuasa Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sekarang ini saya tanya, adakah ini amalan Parlimen kita? Perkara yang tidak diletak dalam rang undang-undang ini boleh dianggap perkara yang sah untuk dibawa kepada Majlis. Simple sahaja.

Tentang fasal apa? Seksyen apa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Betul atau tidak saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Antara fasal-fasal yang, Yang Berhormat Timbalan Menteri bacakan tadi termasuk fasal yang tidak ada dalam ini. Akan tetapi Yang Berhormat kata saya tidak faham, saya kena pergi belajar. Saya tanya fasal yang ada dalam buku ini sahaja. Kalau ini amalan kita, itu sahaja. Saya terimalah kalau sudah memang amalan Parlimen kita. Ada di antara fasal yang kita bentangkan tidak perlu ada dalam buku ini. Okey, saya terima.

Okey, cukuplah Yang Berhormat. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Betullah Yang Berhormat. Apa dia kata betullah itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambunglah. Okey, kerajaan memang mengakui tentang kebergantungan hasil cukai daripada petroleum. Untuk mengatasi isu ini, kerajaan ada menubuhkan beberapa jawatankuasa seperti PEMANDU untuk membincangkan isu ini antara cadangan mengenakan GST dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga berusaha menarik lebih banyak pelabur asing. Yang Berhormat Indera Mahkota usulkan supaya galakan cukai untuk pengeluaran makan dilanjutkan. Cadangan Yang Berhormat ini akan ditimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan juga kementerian yang berkenaan. Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan galakan cukai ke atas kereta hibrid, memberi insentif kepada syarikat luar negara, tetapi tiada syarikat dan negeri yang memanfaatkan dengan pengecualian cukai. Untuk makluman Yang Berhormat galakan cukai ke atas kereta hibrid adalah untuk menyokong dasar teknologi hijau. Syarikat-syarikat dalam negeri seperti Proton yang bercadang untuk mengeluarkan kereta hibrid juga akan menikmati daripada galakan cukai ini. Yang Berhormat membangkitkan isu mengenai EPF melabur di luar negara. Perkara ini tidak berkaitan dengan rang undang-undang percukaian ini. Yang Berhormat Indera Mahkota juga membangkitkan mengapa bidang sekuriti Islam tidak direbut oleh syarikat Malaysia dan negara UK, Hong Kong, Singapura lebih mempromosikan produk Islam.

Untuk makluman Yang Berhormat, daripada segi nilai pengeluaran bon Islam iaitu sukuk, Malaysia adalah terunggul di dunia. Negara-negara seperti OECD termasuk UK ingin belajar daripada Malaysia mengenai kewangan Islam. Malaysia telah mengambil usaha mempromosikan kewangan Islam secara agresif melalui Malaysia International Islamic Financial Centre atau MIFC. Yang Berhormat Indera Mahkota juga ada membangkit adakah hasil daripada galakan cukai yang diberikan kepada Labuan Financial Authority untuk produk kewangan Islam pada tahun lepas. Untuk makluman Yang Berhormat, insentif bagi pengeluaran sekuriti Islam juga dipanjangkan kepada syarikat yang ditubuhkan di bawah Labuan Financial Authority. Syarikat-syarikat ini tidak perlu insentif tambahan kerana kadar cukai yang dikenakan telah pun rendah iaitu 3% daripada untung bersih atau RM20,000.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Minta laluan, itu bukan soalan saya Yang Berhormat. Saya tak tanya macam itu. [Ketawa] Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tak tanya macam itu tadi.

You minta baik-baik I kasi jalan. [Ketawa]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey, saya minta baik-baik. [Ketawa] Boleh saya minta jalan? Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak tanya insentif yang diberi oleh Pusat Pesisir Labuan bawah pembentangan rang undang-undang atau kelulusan rang undang- undang dulu. Saya cuma katakan tahun lepas, semasa pembentangan Belanjawan kita ada luluskan banyak pindaan akta yang merujuk kepada kedudukan Labuan sebagai offshore pusat kewangan luar pesisir yang kita harap menjalankan banyak ataupun menjadi vehicle untuk membangunkan pakej-pakej kewangan yang berbentuk Islam. Saya bangkitkan perkara itu tadi tetapi saya kata keseluruhannya Negara Malaysia, negara kita agak ketinggalan daripada segi volume dia. Sebab itu saya sebut negara United Kingdom dan Singapura mendahului kita, kenapa perkara ini berlaku? Saya tak tanya adakah insentif itu diberi atau tidak, memang saya tahu insentif itu memang ada tapi kenapa kita ketinggalan berbanding pada negara-negara itu.

Yang Berhormat, memang saya tak sanggup jawab di sini tetapi itu pandangan Yang Berhormat. Yang telah saya jawab tadi, buat masa ini daripada segi sukuk kita memang semua orang tahu kita adalah terunggul di dunia dan mereka memang hendak belajar daripada kita daripada bon-bon dan sukuk ini. Baru-baru ini saya pun ada bincang dengan negara seperti negara China, mereka pun hendak datang belajar dengan perbankan Islam ini di Malaysia. Yang Berhormat ada bangkit cadangan menjadikan cukai lebih kompetitif contohnya ...

Menteri, mohon penjelasan sikit Menteri. Ini sukuk ini boleh jelaskan benda apa ya?

Sukuk-sukuk I pun tak pandai jawablah. You tanya Menteri yang lain. [Ketawa] Cukuplah ya. Betul, I tak pandai. Cadangan menjadikan cukai lebih kompetitif contohnya DTA potongan cukai dua kali. Kenapa buat secara terpilih, apakah bidang dalam DTA dengan Amerika Syarikat baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita buat DTA secara selektif dan lebih kurang 70 negara. Ini memandangkan kita mengambil peluang dengan negara yang berpotensi perdagangan. Perjanjian DTA dengan Amerika Syarikat adalah terhad kepada pengangkutan udara dan laut sahaja yang berkuat kuasa mulai tahun 1987, Malaysia telah mengesyorkan perjanjian DTA penuh pada tahun 2009 tetapi belum mendapat jawapan daripada Amerika Syarikat. Yang Berhormat Pokok Sena menyentuh pengurusan hasil yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, perbelanjaan hasil tidak cukup baik. Untuk makluman Yang Berhormat, kutipan hasil disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan dan operasi. Peruntukan perbelanjaan ini dibuat dengan terus melalui kelulusan oleh Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Pokok Sena juga ada sentuh mengenai isu pengecualian duti import untuk produk mewah menguntungkan orang yang kaya tetapi kerajaan ingin melaksanakan GST yang membebankan orang miskin. Duti import dimansuhkan untuk lebih 300 produk. Produk-produk ini terdiri daripada produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Di samping itu, duti import juga dimansuhkan ke atas produk kegunaan harian iaitu daily use goods. Ini lebih memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah. Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh duti hiburan, cukai judi, cukai minuman keras. Untuk makluman Yang Berhormat, industri-industri hiburan, judi dan minuman keras juga dikenakan cukai pendapatan. Mereka tidak boleh lari daripada pembayaran cukai pendapatan. Ini kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan audit dan siasatan ke atas syarikat-syarikat tersebut. Pindaan ini memang tidak meminda duti hiburan, cukai jalan dan cukai minuman keras. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, duti hiburan adalah salah satu sumber hasil untuk negeri-negeri. Duti hiburan adalah tinggi pada kadar 25%. Cukai judi telah dinaikkan daripada 6% kepada 8% pada Julai 2010. Kadar cukai ke atas minuman keras ialah sangat tinggi di dunia sehingga industri minuman keras sentiasa kompelin kepada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Kinabatangan tanya pekerja asing tidak wajar dikenakan bayaran insurans. Untuk makluman Yang Berhormat, ini bukan berkaitan dengan rang undang-undang ini tetapi saya akan bawa isu ini kepada agensi yang berkenaan. Yang Berhormat Kinabatangan juga sentuh jangan kenakan cukai jalan ke atas kenderaan jenazah. Untuk makluman Yang Berhormat, cukai jalan memang tidak dikenakan ke atas kenderaan jenazah. Yang Berhormat Kinabatangan juga tanya ganjaran untuk pegawai kastam perlu dinaikkan untuk mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk kaji secara mendalam. Yang Berhormat dari Petaling Jaya Selatan ada sentuh mengenai isu Bank Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, memang isu ini tidak berkaitan dengan rang undang-undang ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh tanya sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri? Boleh ya? Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga di sini saya hendak tanyalah kepada Timbalan Menteri kerana dilantik sebagai Senator dan juga Timbalan Senteri walaupun kalah di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan saya hendak tanya soalan tentang bangunan di Bank Negara Malaysia. Dia ada kaitan dengan tafsiran tax-tax itu. Saya rasa ada kaitan, so saya minta jawab soalan ini sebab wang-wang ini sebanyak RM145 juta itu telah dibazirkan kerana kontraktor yang dipilih itu tak dapat menyiapkan kerjanya. So saya hendak tahu sedikit maklumat, bagaimana dapat kecuaian itu. Kita pilih kerana kementerian atau Bank Negara pilih kontraktor yang tak boleh menyiapkan kerja dan para pembayar tax perlu bayar RM145 juta ini. Terima kasih.

Yang Berhormat, memang Yang Berhormat menang di Petaling Jaya Selatan tetapi Yang Berhormat jangan berlagak. Itu angin

kuat, bukanlah Yang Berhormat yang pandai. Untuk makluman Yang Berhormat, itu tidak ada dalam pindaan rang undang-undang ini. Saya tidak akan memberi jawapan.

Yang Berhormat Bandar Kuching ada sentuh beberapa perkara iaitu kurangkan duti import ke atas kenderaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kereta- kereta diimport dari negara ASEAN termasuk dari Thailand telah dikecualikan import duti iaitu 0% tetapi kereta-kereta ini dikenakan duti eksais dan cukai jalan bagi melindungi industri kereta nasional yang pada pandangan saya kita mesti tunggu Dasar Nasional Automotif dan saya harap Yang Berhormat boleh tunggu dan tanya kementerian yang berkenaan.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Walaupun saya boleh tunggu tetapi rakyat jelata tidak boleh tunggu. Kita sudah tunggu 20 tahun, 30 tahun untuk tunggu industri automobil negara kita untuk membangun. Kenapa selepas 20 hingga 30 tahun Proton masih perlu perlindungan dan semua kos perlindungan ini telah dibebankan kepada rakyat jelata 20 hingga 30 tahun sudah. Setiap kereta kita terpaksa bayar RM20,000 hingga RM30,000 lebih mahal. Ini saya anggap tidak wajar, tidak munasabah. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Itu memang adalah pandangan Yang Berhormat. Saya akan salurkan pandangan Yang Berhormat kepada kementerian yang berkenaan. Yang Berhormat bangkitkan cukai jualan ke atas botol plastik di Sarawak. Penetapan cukai jualan ke atas botol ada percanggahan. Rang undang-undang ini tidak ada kena-mengena dengan cukai jualan. Walau bagaimanapun, saya akan siasat perkara ini bahawa Yang Berhormat bangkit pengilang-pengilang di Semenanjung ini tidak payah bayar cukai jualan. Saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat juga membangkitkan fuel consumption tax. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya diberikan peruntukan untuk mengenakan cukai jualan petroleum sebanyak 50 sen untuk setiap liter minyak. Namun begitu, cukai ini sedang dikecualikan malah diberikan subsidi pula untuk petrol RON95 dan diesel. Itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membincangkan dalam perbahasan.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan. Fuel Consumption Tax Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Cukuplah. Rang Undang-undang Kewangan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Cheing JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak cukup. Terlalu mahal lagi 50 sen satu liter.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah habis Yang Berhormat? Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNFasal-fasal 1 hingga 9 – Tuan Pengerusi · Santubong

Ya Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada lima minit sahaja Yang Berhormat Fasal 1 hingga 9.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Pertamanya berkenaan fasal 4 iaitu untuk meminda seksyen 2 Akta 53 berhubung dengan takrif Foreign Tax. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, pihak menteri takrifan Foreign Tax selama hari ini banyak merujuk dan difahami sebagai kaedah remitance dan juga kaedah mengendalikan cukai dua kali termasuk dalam bidang yang dinyatakan sebentar tadi iaitu mengelak daripada kenaan atau kenaan berganda atau dua kali. Selalunya apabila ada perjanjian cukai yang untuk mengelakkan perjanjian dua kali, pembayar cukai boleh memilih sama ada untuk membayar di negara asal mereka ataupun membayar kepada ataupun bayar di dalam negara di mana operasi itu berlangsung. Dalam isu ini saya hendak tanya implikasi apabila langkah kerajaan mempersetujui mana-mana perjanjian cukai dua kali yang tertangguh. Saya sekali lagi hendak bangkitkan di mana pihak negara kita sedang meneliti sebahagian besar daripada kandungan ini telah pun kita luluskan dengan negara seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini dengan Argentina. Apakah implikasi dalam masa satu tahun kewangan sekurang-kurangnya tahun 2011 yang kita jangkakan sama ada kerugian ataupun keuntungan. Maksudnya penambahan atau pengurangan dari segi cukai yang boleh dihasilkan daripada foreign tax dalam seksyen 2 Akta 53 ini. Saya menjangkakan daripada beberapa laporan yang disiarkan dalam beberapa majalah yang sempat saya kutip kita menjangkakan bahawa banyak di antara negara dalam rakan-rakan niaga Asian sedang berlumba-lumba untuk mempersetujui langkah cukai dua kali ini kerana untuk tujuan menarik FDI tetapi membelakangkan soal cukai foreign ini atau foreign tax ini dengan izin. Maka pada pandangan saya langkah kerajaan kita pada pandangan saya tidak seharusnya mengikuti ataupun langkah yang diadakan oleh negara-negara jiran kita yang hanya dan setakat ini memang lebih berhasil membawa masuk FDI berbanding dengan mendapat keuntungan dari segi foreign tax. Sekiranya kita mengikut langkah yang sama, saya bimbang kita tidak dapat keuntungan dari kedua-dua aspek. Kita juga rugi dari segi keupayaan kita menarik FDI dan dalam masa yang sama kita juga kerugian dari segi foreign tax kerana kita membenarkan pihak partner kepada negara kita itu untuk memilih membayar cukai ke negara asal mereka sedangkan mereka beroperasi dalam negara kita. Jadi kita mengalami kerugian yang agak signifikan di situ. Saya hendak tanya lanjutan daripada itu berapa banyakkah setakat ini yang boleh kita klasifikasikan sebagai kehilangan hasil oleh kerana kita juga dalam masa kita mengadakan persetujuan untuk penggalakan cukai dua kali, dalam masa yang sama syarikat-syarikat itu juga telah mendapat manfaat dalam elaun-elaun yang kita tawarkan seperti elaun pelaburan semula, elaun industri, elaun bangunan industri, elaun loji perkilangan, elaun pelaburan khas dan banyak elaun-elaun yang memang kita tawarkan kepada pengusaha-pengusaha yang terutamanya bersifat usaha sama dengan syarikat dalam negara kita. Saya hendak tahu setakat ini saya tidak dapat maklumat dan saya rasa kementerian sahaja yang ada maklumat terkini yang boleh kita rasakan credible.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Berapakah agaknya setakat ini atau sekurang-kurangnya untuk lima tahun kebelakangan ini kerugian yang boleh kita istilahkan dari segi, lanjutan daripada kita tawarkan perkhidmatan atau elaun-elaun ini. Memang benar, kita dapat membawa masuk pelabur asing ke dalam negara dalam skala kecil ataupun sederhana. Tetapi

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

oleh kerana elaun ini kita tawarkan kepada mereka, mereka seolah-olah tidak perlu membayar cukai sama sekali, langsung tidak ada. Ada kes tertentu Tuan Pengerusi, di mana syarikat-syarikat ini sudahlah kata tidak membayar cukai mereka boleh carry forward, boleh menuntut elaun-elaun tertentu untuk satu jangka masa yang begitu panjang, Sebagai contoh, dulu kita benarkan tuntutan capital allowance (elaun modal) terhad untuk tempoh lima tahun, tetapi ada pada tahun lepas kita membenarkan elaun ini dibawa ke hadapan, memakan masa selama 10 tahun. Apakah maksudnya, bahawa cukai yang kita harapkan dapat kita kutip daripada pelabur asing yang datang dalam negara kita, sudahlah kita tidak dapat dan kita juga membenarkan mereka meraih pelbagai kemudahan, dari segi menjadikan mereka tidak perlu membayar cukai langsung kepada negara kita. Saya rasa perkara ini menjadi satu perkara yang perlu diteliti kerana harus mengelakkan kerugian dua kali. Kita hendak mengelakkan kenaan cukai dua kali, tetapi yang kena pada kita ialah rugi dua kali. Jadi saya minta penelitian, ataupun kalau boleh, kalau ada daftar, saya harap ada pegawai-pegawai kerajaan yang boleh memberikan angka tersebut. Fasal 5 di perkara 2 untuk memotong seksyen 6C Akta 53 iaitu berkenaan dengan rebat atau rebate fee yang dikeluarkan kepada pas-pas pengajian, pas lawatan dan pas kerja yang sebelum ini ditanggung oleh individu dan sekarang ini dipindahkan kepada majikan. Saya menyokong langkah ini, cuma saya hendak tanya apakah ada significant nya dalam masa terdekat, dalam masa kita meneliti, usaha bagaimana kita hendak mengurangkan penggantungan kita kepada pekerja-pekerja asing atau pekerja- pekerja yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan fizikal dalam negara kita, tetapi kedudukan fees atau rebate fees ini sekarang ini nampaknya telah pun dipindahkan kepada majikan dan sudah tentu majikan akan menggunakan kaedah tolakan kepada fees yang terpaksa dibayar untuk pas-pas kerja, dan pas-pas untuk tujuan lawatan dan sebagainya, menjadikan majikan sekali lagi mempunyai ruang untuk menggunakan kaedah manipulasi dari segi pelaburan dan juga melihat bagaimana kaedah fees ini dapat mengurangkan pendapatan mereka. Kita tahu dan kita sedar bahawa kebanyakan daripada pindaan fasal-fasal yang kita sebut sehingga fasal 9 ini adalah kebanyakannya untuk memberi peluang kepada pelanggan, untuk mendapat atau membayar cukai yang lebih rendah, bermakna ia adalah satu kehilangan hasil atau pengurangan cukai kepada pihak kerajaan. Adakah kita memang bertujuan untuk bersedia mendapat hasil yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya, dengan persetujuan ataupun mengemukakan pindaan ini, ataupun mungkin ada tujuan lain yang saya rasa pihak kerajaan lebih tahu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sentuh satu perkara iaitu fasal 6 di perkara 3 dan bersekali dengan fasal 9 perkara 6 iaitu bertujuan untuk meminda seksyen 16 Akta 53, untuk memperuntukkan bahawa mana-mana pencen ataupun pembayaran berkala yang lain diterima oleh duda pekerja yang mati disifatkan sebagai punca pendapatan duda ini. Saya tidaklah tahu sama ada ini juga ada peruntukan kepada suami yang mati, kemudian isteri dia yang menerima pencen ini. Yang saya kira bahawa sepatutnya harus kita berilah sedikit penghargaan kepada orang mati untuk tidak dilihat sebagai satu punca pendapatan. Kerana, mereka juga hendak terus membela anak begitu juga dengan isteri yang kematian suami dia terus hendak membela anak, membesar kehidupan mereka dan sebagainya. Tidaklah sewajarnya untuk dikira sebagai punca pendapatan untuk dicukainya. Itu satu. Yang keduanya pula, adakah pindaan ini mengambil kira soal, kalau khususnya untuk orang Islam, dia ada faraid, adakah punca pendapatan itu kalau isteri mati, maknanya hendak kena juga ada faraid jadi bagaimana? Apakah dia terus

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

mengirakan punca pendapatan suami keseluruhan ataupun juga akan dilihat pengagihan mengikut faraid dalam Islam itu sendiri. Akan tetapi saya lebih melihat bahawa, apa salahnya berilah suami pun dah tua, macam Yang Berhormat Pasir Salak, berapa hari lagi...

Yang Berhormat Pokok Sena..

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dahlah makan pencen bini, arwah bini...

Yang Berhormat Pokok Sena menarik perhatian saya. Dan mohon kalau boleh sebab di Parlimen Balik Pulau rata-rata, balu-balu dan terutama orang Islam kita, Melayu punya harta pusaka yang banyak dan banyak tidak diurus, kebanyakannya, dan saya rasa kalau kerajaan, memberi pengecualian cukai terutama sekali dalam hal ehwal faraid ini, saya rasa itu pertama sekali menguntungkan rakyat Malaysia apatah lagi ada kaitan dengan pembangunan KDNK negara.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya setuju dan jadikan sebahagian daripada soalan saya yang perlu dijawab. Sebab saya katakan bahawa apa salahnya, macam saya kata tadilah – orang pun dah tua dah, hendak bela, hendak hidup – hendak tumpang arwah bini macam Yang Berhormat Pasir Salak tu kan. [Dewan riuh] Jadi itulah sedikit habuan. Jadi saya kata perkara yang serius, yang perlu dilihat saya takut pula ada peruntukan di mana bahawa kalau kematian suami, isteri dapat pencen dia juga dikira sumber pendapatan isteri sepenuhnya, janda itu, balunya, jadi hendak dicukai pula ke atas balu ini, saya kira bahawa satu bebanan apatahlah lagi kalau mereka tidak ada pendapatan yang lebih mereka bergantung padanya. Sekian.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat Jawatankuasa. Yang Berhormat Indera Mahkota menyentuh mengenai beberapa isu iaitu double taxation juga fasal-fasal 4 dan 5. Untuk makluman Yang Berhormat, memang saya pun setujulah dengan apa Yang Berhormat kata ada asas, iaitu kita pun hendak supaya kita ada kuasa bertukar maklumat dengan negara-negara lain. Oleh itu kita pinda rang undang-undang ini supaya kita memberi kuasa kepada kerajaan bertukar maklumat dengan negara lain dari tax dan juga lain-lain isu. Ini adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat G20 dan juga mematuhi international standard yang ditetapkan oleh UNCD. Yang Berhormat bangkit isu seperti syarikat besar di negara maju yang datang ke sini dan mereka sebagai FDI. Memang kita galakkan mereka datang ke sini, tetapi kita pun tahu mereka tidak hendak bayar begitu banyak cukai, dan Yang Berhormat hendak tanya berapa jumlah kehilangan hasil. Memang saya tidak dapat hendak jawab di sini. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh bantu kerajaan juga dalam isu-isu ini.

Implikasi rebat cukai ke atas levi pekerja asing sukar untuk menentukan ke implikasi terhadap kutipan hasil setakat ini. Lembaga Hasil Dalam negeri perlu membuat simulasi kajian yang mendalam dalam melibatkan data-data ini. Yang Berhormat Pokok Sena ada membangkitkan isu-isu iaitu isteri yang mendapat sambung apabila suami meninggal. Pencen itu dikenakan cukai dan memang isu ini akan saya bangkitkan di kementerian supaya kita boleh membuat pertimbangan ke atas isu ini. Sekian. Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 10 – Pindaan:Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 10 dalam teks bahasa kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang ini dipinda dengan menggantikan proviso kepada perenggan 41(1)(c) berhubung dengan peluasan skop pelepasan cukai individu bagi perbelanjaan perubatan ibu bapa yang dicadangkan dengan proviso yang berikut:- “Provided that for the purpose of these paragraphs - (a) careless shall not include that individual, his wife or her husband or the child of the individual; (b) parents shall be individual residence in Malaysia; (c) medical treatment and care services are provided in Malaysia; and (d) medical practitioner is registered with the Malaysia Medical Council. Pindaan ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa untuk rakyat mendapat potongan cukai rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan mestilah disediakan di Malaysia bagi ibu bapa yang bermastautin di Malaysia dan bahawa rawatan perubatan itu mestilah diperakui oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat bercakap tetapi jangan lebih daripada lima minit seorang Yang Berhormat. Ada? Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak cadangkan di bawah fasal 10 oleh sebab dimasukkan jumlah maksimum RM5,000 yang boleh ditolak dari segi untuk perenggan 46(1)(c) akta ini, terhad kepada maksimum RM5,000 iaitu bayaran ataupun apa-apa kos yang dikeluarkan untuk menanggung perubatan bagi pihak ibu bapa. Saya mencadangkan sekiranya tolakan ataupun pelepasan RM5,000 ini boleh dibuat secara automatik untuk dengan hanya membuktikan satu hubungan di antara anak dengan ibu ataupun anak dengan ibu bapa yang sah, maka kita harus mempertimbangkan untuk tolakan ataupun pelepasan secara automatik. Pengalaman ataupun maklumat yang saya dapati oleh sebab kita masih lagi mensyaratkan bahawa perlunya satu pengemukaan dalam bentuk bil, surat akuan dan sebagainya. Perkara ini agak mendatangkan kerumitan dari segi menggalakkan anak-anak mengambil berat kepada keperluan perubatan ataupun kesihatan ibu bapa terutama di mana ibu bapa tinggal jauh daripada kedudukan anak-anak yang barangkali di bandar dan ibu bapa di kawasan luar bandar. Sudah tentu untuk setahun sekali menyimpan rekod dan sebagainya adalah menjadi halangan yang cukup besar. Saya mencadangkan supaya kita memberi pelepasan secara automatik kepada sesiapa ataupun kepada anak-anak yang membuat tuntutan kepada perbelanjaan perubatan ibu bapa. Saya yakin majoriti penuntut ini tidak akan memalsukan maklumat ini kerana ini adalah untuk tujuan perubatan ibu bapa. Saya rasa kewarasan untuk memberi maklumat yang tepat dan asli terhadap perubatan ibu bapa ini tidak dapat kita pertikaikan terlalu rigid. Saya mencadangkan pelepasan ini diberi secara automatik tanpa sebagaimana yang disyaratkan selama hari ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat dari Indera Mahkota. Tujuan kita mengadakan pindaan ini ialah untuk membantu supaya sesiapa yang membuat claim itu senang dan kita memang hendak bantu semua orang yang ada masalah seperti yang dibangkitkan iaitu membantu ibu bapa untuk rawatan perubatan dan lain-lain. Secara automatik itu memang tidak boleh diterima dan memang kita akan kajilah. Akan tetapi buat masa ini, mereka boleh isikan borang yang berkenaan dan pegawai lembaga hasil akan mempertimbangkan atas permohonannya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh saya tanya? Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kesan daripada kita memberi kelulusan ini jauh lebih besar daripada kesan kita menolak ataupun kesan kita memberi syarat kerana mengemukakan satu dokumen dan sebagainya. Ini sebab saya rasa sekiranya kita mempertimbangkan kedudukan ini, saya rasa bermula daripada tahun hadapan tahun kewangan 2011, saya rasa akan ada berlumba-lumba anak-anak yang tampil untuk membuat satu belanjawan baru untuk tahun 2011 khas untuk diperuntukkan kepada ibu bapa. Saya rasa ini kesan baik ini memang jauh lebih baik daripada kesan tidak baik. Soal kehilangan hasil ini sangat minimum kerana yang membiayai ibu bapa ini selalunya daripada sumber orang yang makan gaji Yang Berhormat. Bukan daripada sumber pendapatan perniagaan ataupun korporat. Itu memang sudah soal yang berlainan. Itu memang mereka ada cara masing-masing untuk membuat allocation jumlah ini. Ini terhad kepada yang makan gaji. Oleh sebab itu kita hendak galakkan. Kalau saya syorkan, jangan kita bimbanglah sebab jumlah yang kita hilang daripada memberi kebenaran ini sebenarnya tidak banyak. Akan tetapi kesan baiknya memang bagus. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya bersetujulah Yang Berhormat orang yang berhati baik. Akan tetapi kita pun mesti tahu memang ada orang yang salah gunakan apa yang kita cadangkan. Walau bagaimanapun, kita akan mempertimbangkan apa Yang Berhormat sentuh tadi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 10 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal-fasal 11 hingga 42 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PEMBERI PINJAM WANG (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebelum itu pada peraturan mesyuarat saya ingin mengingatkan Dewan bahawa pada hari Khamis, 9 Disember 2010 saya telah membawa satu usul 36(12) terhadap Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan pada hari itu Tuan Yang di-Pertua telah meminta Yang Berhormat Menteri menjawab pada hari Isnin. Akan tetapi hari ini sudah hari Selasa dan masih tidak ada apa-apa. Saya hendak tahu apa yang sedang berlaku berhubung dengan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Saya dimaklumkan bahawa Yang di- Pertua sudah tahu usul Yang Berhormat ini dan Yang di-Pertua sendiri akan menjawabnya – akan memaklumkan pada Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat ya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya teruskan dengan Rang Undang-undang Peminjam Wang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya hendak beri maklumat dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita telah bincang rang undang-undang ini dan sembilan orang telah berbahas termasuk Yang Berhormat dari Shah Alam yang baru berucap selama dua minit. Jadi saya beri Yang Berhormat lapan minit lagi untuk berucap. Sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa berhubung dengan rang undang-undang ini dari segi niat dan matlamatnya memang ianya diterima dengan baik kerana masalah peminjam wang iaitu dengan ah long dan kisah-kisah ganas yang dilakukan oleh wakil-wakil mereka terhadap peminjam-peminjam yang tidak membayar pinjaman, banyak kali kita dengar dan banyak kali dilaporkan di dalam akhbar dan sebagainya. Maka tujuan rang undang-undang ini untuk memperketat kawalannya untuk berikan kuasa yang lebih kepada pihak pendaftar dan untuk menghalang serta mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap peminjam-peminjam wang sama ada yang berdaftar ataupun tidak berdaftar adalah sangat dialu-alukan. Hanya masalahnya saya merasakan bahawa ianya tidak menyelesaikan atau pun tidak menangani persoalan yang lebih pokok iaitu mengapa rakyat Malaysia pergi kepada ah long walaupun mereka juga membaca berita-berita dan laporan-laporan yang begitu menggerunkan berhubung dengan mangsa-mangsa ah long dan sebagainya. Inilah persoalan yang sepatutnya kita juga fikirkan. Saya merujuk kepada laporan Bank Negara Malaysia yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini mempunyai jumlah atau pun kadar hutang isi rumah di antara yang tertinggi di Asia iaitu sekarang ini jumlah hutang isi rumah ialah sebanyak 55% daripada GDP. Ini adalah angka pada bulan Ogos 2010. Kalau kita bandingkan dengan keadaan pada tahun 1997 di mana hutang isi rumah hanya sebanyak 39% daripada GDP. Ini bererti bahawa masyarakat Malaysia kita hidup dengan hutang dan hutang-hutang di antara yang terbesar adalah hutang berhubung dengan pembelian rumah iaitu 55% daripada hutang isi rumah dan 23% adalah daripada pembelian kereta.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan keperluan-keperluan yang boleh dikatakan keperluan asasi. Masalah yang kita hadapi ialah satu keadaan di mana pendapatan rakyat tidak naik sehingga mereka terpaksa membuat pinjaman berpuluh tahun untuk membeli rumah. Juga pinjaman sekarang ini sampai ke sembilan tahun untuk memiliki sebuah kereta. Ini menyebabkan mereka ini sentiasa kekurangan wang kerana terpaksa membayar pinjaman-pinjaman dan sebagainya. Ini merupakan satu masalah yang sepatutnya kerajaan fikirkan iaitu bukan sekadar hendak halang atau sekat dan hendak kawal perniagaan ah long itu tetapi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di mana pendapatan yang mereka peroleh tidak mencukupi berbanding dengan perbelanjaan yang semestinya mereka keluarkan untuk perkara-perkara yang asas seperti rumah dan kereta. Masalah ini malangnya tidak diberikan perhatian yang serius. Baru saya petik dari laporan Malaysia Kini, untuk tahun ini sahaja 87,583 kes bankrap telah dilaporkan sehingga Oktober 2010 dan hanya lebih kurang 4,000 kes sahaja berhubung dengan kad kredit. Yang lainnya berhubung dengan pinjaman untuk kereta, rumah dan sebagainya. Maka kerajaan mesti mencari satu formula untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos kehidupan kerana selagi mana pendapatan rakyat tidak dapat ditingkatkan, usaha-usaha untuk mengurangkan kos kehidupan sepatutnya diberikan keutamaan. Malangnya apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Dalam persoalan kenaikan harga minyak yang baru-baru ini dinyatakan. Dalam soal keengganan pihak kerajaan untuk memansuhkan dan membatalkan saman ekor yang mana akhirnya orang yang hendak membayar road tax itu dia terpaksa hendak membayar saman ekor, ia tiada pilihan lain dan terpaksa meminjam dari ah long. Kalau ia hendak pinjam dari bank untuk membayar saman ekor, ianya merupakan satu masalah yang besar. Lebih- lebih lagi kalau seperti mana yang diceritakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Maka polisi-polisi kerajaan yang tidak menghiraukan kos yang meningkat bukan pendapatan yang meningkat walaupun dalam ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjanjikan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi tetapi apa yang kita dapat lihat selepas ucapan itu disampaikan bermacam-macam tindakan yang dilakukan yang bukan menambahkan pendapatan rakyat tetapi menambahkan kos kehidupan rakyat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya khuatir bahawa hanya dengan kawalan-kawalan yang seperti ini, seperti mana yang terkandung di dalam rang undang-undang ini yang bertujuan untuk memperketat pengawalseliaan perjalanan perniagaan pemberi pinjam wang untuk menambah baik kuasa pendaftar, untuk membanteras pemberi pinjam wang yang menyalahi undang-undang dan sebagainya. Ia tidak dapat menyekat kerana persoalan yang kita kena selesaikan ialah masalah berhubung dengan kos hidup itu sendiri, dan mengapa rakyat terpaksa pergi ke Along walaupun mereka tahu ia akan menghasilkan kesan yang buruk. Antaranya ialah soal hendak kena ambil tindakan-tindakan wajar untuk mengurangkan harga rumah. Untuk mengurangkan harga rumah, kita mesti mengambil kira masalah – apa yang digelar sebagai ‘the property bubble’ yang sedang dialami, yang kiranya tidak ditangani dengan baik maka ia akan menyebabkan satu keadaan di mana supply dan demand yang agak palsu di mana seorang dua boleh beli sampai lima atau enam buah rumah oleh kerana mereka mendapat akses kepada pinjaman dan ini akan menyebabkan harga properties sentiasa naik. Ini menyebabkan orang semakin berhutang walaupun harga rumah sudah naik sampai 37% berbanding dengan lima tahun daripada sebelum ini. Ia merupakan satu masalah, di mana pihak kerajaan mesti menangani persoalan kenaikan harga-harga rumah dengan menentukan dasar-dasar kewangan yang mantap seperti menentukan, bahawa pinjaman untuk pembelian rumah bagi rumah yang kedua tidak boleh melebihi sebagai contoh 50% daripada nilai rumah itu sendiri. Maka dengan itu ia akan menghalang golongan pembeli spekulatif, golongan-golongan spekulator yang hanya beli sebagai satu investment dengan harapan bahawa dia boleh buat killing pada masa yang akan datang. Ini mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat yang biasa kerana apa yang berlaku ialah dengan adanya pembelian-pembelian yang spekulatif yang seperti ini, maka harga itu akan semakin naik.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Begitu juga dengan persoalan harga kereta. Dalam soal harga kereta ini memang ia merupakan satu persoalan yang perlu diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan, di mana dasar-dasar berhubung dengan kereta nasional yang telah mengambil masa selama hampir 30 tahun telah membebankan rakyat sekian lama di mana kita di Malaysia ini kita kena menyedari bahawa kita ini di antara negara yang harga kereta termahal di dunia. Kerana apa? Kerana dasar kononnya hendak adakan sebuah kenderaan ataupun kereta nasional yang menyebabkan cukai yang begitu tinggi, yang melampau dikenakan kepada kereta-kereta eksport demi hendak jaga keuntungan yang dapat dipertahankan ataupun yang dapat diperoleh oleh Proton.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan satu masalah yang perlu ditangani secara serius. Saya ada lapan minit sahaja. Hendak sokong atau hendak gaduh?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Proton, Proton.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nak sokong?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Nak kawan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nak kawan? Ya, okey. Seminit saja.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, senang saja. Peraturannya senang saja. Kalau ada benda yang hendak ditanya, tanyalah. Akan tetapi jangan berucap, Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan Proton tadi, Tuan Yang di-Pertua. Setahu sayalah Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam mengatakan bahawa Proton ini merupakan penyebab harga kereta di negara kita ini tinggi dan kerajaan terlalu protect atau melindungi Proton. Setahu saya Tuan Yang di-Pertua, Proton sekarang ini berada dalam keadaan yang baik. Saya mendapat taklimat daripada mereka baru-baru ini, bahawa sebenarnya Proton tidak mendapat perlindungan secara langsung. Apa yang berlaku ialah kereta-kereta Proton...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dia kata hendak kawan tetapi nampak gayanya macam hendak lawan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no. Saya hendak minta penjelasan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekarang dia ambillah dia punya peluangnya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap, sekejap. Penjelasannya, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hakikatnya ini merupakan satu hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak boleh dilindungi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itulah sebabnya mengapa kereta...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ia diberi harga murah...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak beri laluan. Sila duduk.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itulah sebabnya. Ekonomi tidak betul.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah puncanya mengapa kereta Proton di United Kingdom kita boleh beli dengan harga RM20,000 tetapi di Malaysia kita terpaksa beli dengan harga RM40,000. Hakikatnya...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi itu tidak ada kena- mengena dengan perlindungan Proton. Itulah masalah Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak beritahu bahawa kerajaan tidak melindungi Proton.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat tunggu, tunggu.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu tidak ada kaitan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat pihak...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak ada kaitan dengan harga yang tinggi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat pihak Yang Berhormat Kota Belud berucap...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Proton berhak kerana content. Local content lebih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah-sudahlah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dia berucap dua minit lebih. Saya minta tambahlah. Dia pula bila dia berucap, potong dua minit. Ini adalah sebab kerana protectionism punya polisi oleh kerana hendak adakan satu kereta nasional sedangkan kita kena tentukan, bahawa Proton selepas 30 tahun mesti mampu untuk berdaya saing secara komersial dan inilah antara sebab mengapa rancangan untuk...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh lagi?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Adanya usaha sama di antara Proton dengan Volkswagen telah gagal kerana kita mempunyai satu dasar...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya tidak faham teori ekonomi Yang Berhormat Shah Alam ini.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ataupun satu national car policy. Kilang Proton ada di Shah Alamlah, Yang Berhormat Kota Belud. Sila duduklah.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya tidak faham teori Yang Berhormat Shah Alam. Saya tidak faham.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sila duduk. Kalau tidak faham, duduk dan dengarlah.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu yang saya tanya ini. Hendak minta penjelasan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak cakap ini. Duduklah dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Masa sudah habis, Yang Berhormat. Ya, saya...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ambil dua minit daripada Yang Berhormat Kota Belud. Ya, Yang Berhormat Kota Belud?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Itu pun sudah lebih, Yang Berhormat. Saya saja bagi dua minit tadi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, biar saya habiskan hujah saya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, ya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu saya rasa kerajaan yang bertanggungjawab mesti memikirkan dan tidak lagi membebankan rakyat dalam keadaan sudah terbukti, bahawa hutang isi rumah di negara Malaysia ini di antara yang tertinggi. Ringankan beban rakyat. Yang terakhir, sumber-sumber lain untuk mendapatkan pinjaman. Di negeri Kelantan kita telah memperkenalkan dasar Ar-Rahnu ataupun pajak gadai Islam dan

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

perkara ini seharusnya diberikan sokongan dan galakan yang lebih baik. Yang kedua, melalui program-program mikro kredit supaya bukan sekadar kawalan berhubung dengan Along ini dikenakan, tetapi alternatif-alternatif yang ada perlu diwujudkan di dalam masyarakat supaya rakyat akan ada pilihan dan yang terakhir soal zakat yang sekarang ini mungkin perlu dikaji. Sejauh mana keberkesanannya dan perlu dikemukakan satu perancangan, di mana duit zakat itu boleh digunakan untuk membantu rakyat khususnya rakyat orang Islam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya bagi Yang Berhormat Tenom. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Kita sudah spend satu hari, Yang Berhormat.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya juga untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 ini. Seperti mana yang telah dimaklumkan, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) telah diperluaskan pemakaian ke Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan menerusi perintah peluasan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2008. Peluasan pemakaian Akta 400 ini ke negeri-negeri Sabah dan juga Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan telah memasukkan Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sabah bab 81 dan juga Ordinan Pemberi Pinjam Wang Sarawak bab 114 bagi tujuan penyeragaman dan juga pemakaian Akta 400 ke negeri Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri hari ini datang sendiri untuk menjawab yang mana yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Akta 400 ini, iaitu apakah rasionalnya akta ini diletakkan di bawah Menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memantau pelaksanaan Akta 400 dan juga seterusnya yang akan dipinda menerusi Akta Pemberi Pinjam Wang 2010 yang sedang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah kerana seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, kita sering dikejutkan dengan gejala kejadian pemberi pinjam yang haram seperti kegiatan ah long yang mana telah mendatangkan kesusahan yang melampau kepada peminjam-peminjam menerusi kadar faedah yang terlalu tinggi dan juga keganasan yang telah dilakukan oleh pihak ah long terhadap mana-mana peminjam yang gagal untuk melunaskan bunga ataupun kadar faedah apatah lagi pinjaman pokok. Terdapat juga Tuan Yang di-Pertua, desas-desus yang mendakwa ada di kalangan pemberi pinjam wang ini juga terlibat dengan kegiatan penggubah wang haram dengan izin money laundering, Tuan Yang di-Pertua. Secara tidak langsung industri pemberi pinjam wang akan menjadi lapangan untuk kegiatan penggubah wang haram ataupun money laundering bertapak yang sekarang ini telah diperluaskan ke negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri juga, kenapakah pelaksanaan akta ini tidak diletakkan di bawah Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Dalam Negeri? Ini adalah kerana Kementerian Kewangan menerusi Bank Negara atau Kementerian Dalam Negeri menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan lebih berupaya untuk mengesan kegiatan-kegiatan pengubahsuaian wang secara haram ataupun dengan izin, money laundering. Dengan demikian, Bank Negara atau Kementerian Dalam Negeri akan lebih peka dalam membuat saringan bagi mengenal pasti mereka yang layak untuk dikeluarkan ataupun diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti memberi pinjam wang secara berhemah, bersih dan juga adil. Bank Negara ataupun KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga menerusi saluran-saluran risikannya akan lebih mampu mengenakan syarat-syarat yang lebih berkesan untuk mencegah kegiatan pengubahsuaian wang secara haram atau dengan izinnya Tuan Yang di-Pertua, money laundering dan mewujudkan senario industri

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

pemberian pinjaman wang yang lebih sihat dan melindungi kedua-dua belah pihak iaitu pemberi pinjam wang dan orang yang meminjam wang. Tambahan lagi, kita tidak jelas apakah bentuk saringan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan pemberi pinjam wang yang dilesenkan di bawah akta ini menjalankan aktiviti dengan menggunakan sumber-sumber yang bersih daripada hasil sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti pengubahsuaian wang secara haram atau dengan izinnya, money laundering dan juga aktiviti-aktiviti kongsi gelap. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, apakah bentuk saringan yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan pemberi pinjam wang yang dilesenkan di bawah akta ini akan dapat menjalankan aktiviti mereka dengan menggunakan sumber-sumber yang bersih daripada hasil sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti mana yang telah saya nyatakan tadi. Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, apakah jaminan yang dapat diberikan menerusi peluasan pemakaian Akta 400 ini dan seterusnya pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 ini akan dapat mengelakkan negeri-negeri seperti di Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan supaya bebas daripada kegiatan pemberi pinjam wang haram iaitu ah long daripada bertapak dan seterusnya bermaharajalela dan sekali gus menyusahkan rakyat yang meminjam wang dan terjerat dalam kegiatan mereka ini. Di bawah rang undang-undang yang dibentangkan ini, pihak berkuasa bererti pihak berkuasa tempatan dalam maksud Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengetahui Tuan Yang di-Pertua, apakah juga rasionalnya dan kelayakan yang dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan Akta 400 yang seterusnya akan dipinda menerusi Rang Undang-undang Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 ini? Saya ingin mengetahui, adakah sama ada rundingan dengan pihak berkuasa tempatan bagi negeri Sabah dan juga Sarawak ataupun di Wilayah Persekutuan Labuan telah dibuat bagi memastikan bahawa mereka benar-benar faham dan arif untuk melaksanakan kuasa-kuasa mereka di bawah Akta 400 dan pindaan di bawah Rang Undang-undang Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 yang sedang dibentangkan ini? Daripada maklumat yang saya peroleh Tuan Yang di-Pertua, tiada pihak di negeri Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan yang benar-benar faham dan mengetahui siapakah yang mempunyai kuasa dan apakah kuasa-kuasa yang mereka boleh laksanakan di bawah Akta 400 ini dan pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang yang dibentangkan ini. Dengan penjelasan ini Yang Berhormat Menteri, saya berharap pihak kementerian, pengamal industri pemberi wang dan juga rakyat khususnya akan lebih faham dan juga bertanggungjawab dan juga mengetahui hak-hak mereka bagi kita menegakkan seperti mana yang telah dinyatakan dalam slogan ’Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Wira Chor Chee HeungMCA · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Alor Star

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu the derail lah.

Apa dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Benda-benda yang tak relevan itu tak payah jawablah.

Oh, saya tahu. Baiklah. Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam

perbahasan mengenai Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 di peringkat dasar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan kes-kes pemberi pinjam wang haram ataupun ah long yang melakukan kacau ganggu terhadap masyarakat telah pun mendorong inisiatif pindaan rang undang-undang ini. Pindaan ini dibuat dengan hasrat agar kesejahteraan dan keamanan masyarakat dapat dipelihara. Secara keseluruhannya, pindaan ini akan memperkasakan lagi struktur pelesenan dan penguatkuasaan yang sedia ada bagi memastikan ia relevan dengan keperluan dan perkembangan sosioekonomi semasa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab tentang hujah-hujah oleh Yang Berhormat dari Shah Alam. Sebenarnya, bagi rakyat Malaysia, kita memang telah pun menyedari betapa bahayanya kalau kita mempunyai urusan dengan pihak-pihak ah long. Bagi mengadakan satu tabiat hidup yang berhemah, ini adalah banyak bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Walaupun kerajaan telah pun menyebarkan begitu banyak tentang cerita-cerita dan keburukan berurusan dengan ah long, masih terdapat lagi segelintir peratusan kecil rakyat kita yang masih berurusan dengan ah long walaupun mereka ini mengetahui betapa berbahayanya berurusan dengan ah long ini. Walaupun demikian, saya memang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Shah Alam. Mengikut laporan daripada kes-kes polis, kes-kes yang berurusan dengan ah long adalah bukan untuk tujuan membeli kereta ataupun membeli rumah. Sebab bagi pinjaman daripada ah long ataupun pinjaman daripada pemberi pinjam wang ini bermaksud bahawa pinjaman yang diminta adalah untuk masa jangka pendek, bukan untuk masa jangka panjang. Oleh yang demikian, saya rasa isu-isu harga rumah melambung, harga kereta melambung – ini bukan satu forumlah yang tepat untuk hari ini. Saya mintalah supaya Yang Berhormat Shah Alam membawa isu ini ke satu forum yang lain di mana kita boleh berbincang mengenai harga rumah dan harga kenderaan di negara ini. Akan tetapi saya ingin memberitahu bahawa pinjaman ah long ini adalah hanya kepada individu-individu yang amat terdesak seperti orang-orang yang masih berhutang dengan pihak-pihak ketiga ataupun ada juga individu-individu yang terhutang akibat perjudian. Mereka ini tidak ada alternatif lain, mereka ini tidak dapat pergi ke bank-bank ataupun institusi kewangan, maka mereka ini cari jalan yang mudah sekali iaitu mendapat pinjaman daripada ah long. Ini satu masalah yang harus ditangani oleh kerajaan bersama-sama dengan masyarakat. Ini saya setuju. Saya memahami masalah ini dan oleh kerana itulah kita mencari jalan untuk memperbaiki keadaan. Salah satu jalan ialah untuk membuat pindaan kepada Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang 1951. Memang daripada segi pajak gadai Ar-Rahnu ini, kita semua bersetuju dan kita menggalakkan dan kita sudah mengeluarkan begitu banyak lesen. Saya percaya, tidak kurang daripada lapan lesen yang telah pun dikeluarkan oleh kementerian saya kepada pemohon-pemohon menjalankan pajak gadai Ar-Rahnu ataupun secara Islam. Ini adalah salah satu cara mendapat pinjaman mikro kredit yang boleh dikatakan mengikut lunas-lunas undang-undang dan harus digalakkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, urus niaga pemberi pinjam wang merupakan antara jenis urus niaga kredit kepada pengguna yang tertua di dunia ini. Perniagaan ini telah pun wujud sejak aktiviti perdagangan manusia beralih daripada sistem barter kepada sistem mata wang. Aktiviti ini telah pun secara tradisinya ditadbir oleh pembesar- pembesar tempatan sebelum wujudnya sistem pentadbiran kerajaan tempatan ataupun kerajaan pusat yang sempurna.

Kerajaan tempatan atau Kerajaan Pusat selepas ini memang sudah menubuhkan institusi perbankan yang moden. Urus niaga sedemikian telah pun berevolusi dengan menyediakan kemudahan pinjaman kepada rakyat jelata yang memerlukan jumlah pinjaman yang kecil dan tidak economical untuk dikendalikan institusi perbankan. Peredaran sejarah ini menjelaskan pertanyaan Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian berkenaan dengan mengapa pengawalseliaan akta ini terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Pelaksanaan akta ini telah pun di bawah kementerian saya, tidak sama sekali mewujudkan pertindihan tugas kerana seksyen 2A Akta 400 ini jelas menyenaraikan aktiviti pemberi pinjam wang yang tidak dikawal selia di bawah akta ini. Dengan secara tidak langsung, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari Yang Berhormat Tenom iaitu sebab mengapa ia di bawah kawal seliaan KPKT. Kalau kita mengimbas kembali sedikit sejarah, pada permulaannya iaitu pada tahun 1940-an. Pada masa itu memang tidak ada undang-undang yang spesifik. Selepas penjajahan British di negara ini barulah kita mendapat melihat supaya kerajaan pada masa itu ingin mengawal keadaan dan telah pun menggubal undang-undang. Pada masa itu adalah di bawah pembesar tempatan ataupun kerajaan tempatan. Satu Ordinan Pemberi Wang Pinjaman 1951 telah diwartakan dan urusan melesenkan pemberi pinjam wang ini diuruskan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia selepas kerajaan tempatan. Maka kita telah pun masuk ke satu tahap di mana keadaan terkawal dikawal seliaan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia. Selepas itu Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa lebih baik ia di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini adalah kerana urusan mendapatkan pinjaman secara kecil-kecilan ini adalah di luar institusi perbankan. Oleh sebab itulah, sehingga ke hari ini kementerian saya memang mengawal selia segala urusan. Segala pengeluaran lesen ataupun hendak tarik balik lesen pun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selama ini saya rasa kementerian saya memang mampu mengawal selia tentang aktiviti-aktiviti pemberi pinjam wang. Setakat ini selain daripada isu ah long, maka tidak ada isu lain yang lebih serius telah pun terjadi. Maka kita rasa dengan inisiatif kementerian untuk membuat pindaan sedia ada, maka kita boleh dengan menjangka satu jarak lagi untuk mengawal aktiviti ah long. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Pasir Mas.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Yang Berhormat Menteri.

Setakat ini.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Penjelasan sedikit. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut jumlah pinjaman yang telah dilaksanakan dengan jumlah yang kecil. Sedar atau tidak Yang Berhormat Menteri pada hari ini, peminjam-peminjam ini sekarang ini telah meminjam wang begitu banyak sekali saya rasa. Daripada pengertian saya, penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tadi, jumlah yang kecil bererti RM5,000 ataupun RM10,000 atau RM3,000. Akan tetapi hari ini jumlah pemberi pinjam wang sekarang boleh mencecah sehingga RM100,000 atau RM50,000 dan boleh diluluskan dalam masa 24 jam. Bagaimanakah pihak kementerian melihat perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Memang saya memahami, walaupun dalam akta ini tidak ada peruntukan yang mengehadkan pinjaman yang boleh diberikan oleh pemberi pinjam wang. Akan tetapi ini tidak menjadi suatu masalah jika kedua-dua pihak ini memang mengetahui tentang undang-undang mengenai urusan pinjaman wang. Apa salahnya kalau sebuah syarikat pemberi pinjam wang meminjamkan sebanyak RM100,000? Tidak ada masalah jika dalam dokumentasi, dalam surat- menyurat semua ini adalah teratur, di mana pihak peminjam mengetahui tentang obligasi sendiri dan pihak pemberi pinjaman itu juga mengikut lunas undang-undang untuk bertindak. Ini tidak menjadi satu masalah. Cuma apabila satu pihak yang tidak mahu membayar selepas meminjam, telah pun menjadi satu komplikasi di mana pihak pemberi pinjaman harus bertindak cara yang kasar ataupun melalui cara-cara yang tidak tertib seperti mencari samseng-samseng untuk mengutip wang. Jika pihak pemberi pinjam wang itu berasa peminjam ini tidak membayar, maka syarikat pemberi pinjaman itu harus bertindak mengikut undang-undang iaitu membawa saman ke mahkamah, walaupun ini agak lambat sedikit.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah isu ah long ini, saya rasa dalam kawalan kementerian – walaupun mungkin ada kaitan apabila menyebutkan soal jenayah dengan Kementerian Dalam Negeri. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan tentang statistik kes yang telah dibawa laporan ataupun siasatan

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

isu ah long ini kepada pihak Kementerian Dalam Negeri? Ini supaya kita boleh tahu dan juga kalau Yang Berhormat in hand ada data berkaitan dengan jumlah amaun yang melibatkan Ah Long ini boleh disampaikan dalam Parlimen. Terima kasih.

Jawab sekali Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang kementerian setelah berlaku pindaan yang boleh mengawal masalah ah long sekarang ini. Jadi saya ingin bertanya, apakah aktiviti proaktif ataupun preemtif yang boleh dibuat oleh kementerian terhadap iklan-iklan yang dibuat di merata-rata tempat ataupun business card yang diedarkan berhubung dengan pinjaman yang boleh diberikan? Padahal mereka itu belum lagi memberi ataupun transaksi wang itu belum lagi berlaku. Apakah ini boleh dikawal oleh pihak kementerian dengan adanya pindaan ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menerangkan dan memberikan penjelasan di sini iaitu, tidak kira bagaimana kerajaan melalui pendidikan ataupun melalui penyebaran maklumat tentang isu ah long ini, kerajaan tidak dapat memberhentikan aktiviti ah long ini jika masih terdapat orang- orang yang degil dan masih hendak meminjam daripada ah long. Seperti yang kita semua maklum dari surat khabar-surat khabar, pemberitahuan oleh pihak polis, melalui sekolah di mana pendidikan diberikan dan penyebaran secara meluas tetapi masih terdapat ada orang. Akan tetapi kalau kita melihat secara teliti, menghalusi keadaan. Saya mendapati sejak kerajaan melalui pihak-pihak berkuasa seperti pihak polis, Bank Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kementerian saya sendiri mengadakan kempen tindakan bersepadu, dua, tiga bulan ataupun lima bulan kebelakangan ini, kita telah kurang mendengar masalah-masalah melibatkan ah long. Ini kerana pihak awam sudah tahu masalah jika berurusan dengan ah long. Pertanyaan mengenai iklan-iklan ini – dahulu sebelum pindaan ini dibuat, maka pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan terhadap orang yang menampal iklan-iklan tersebut di merata tempat. Betul atau tidak? Dengan nombor telefon semua – PBT hanya boleh mengambil tindakan mungkin di bawah peraturan vandalisme.

Sekarang dengan pindaan akta ini, memang sudah spesifik penguat kuasa boleh mengambil tindakan yang lebih serius terhadap orang-orang yang membuat iklan-iklan di merata tempat. Kementerian saya telah pun mengarah supaya semua PBT di seluruh negara untuk mengambil telefon nombor yang terkandung dalam iklan- iklan yang tidak mempunyai lesen itu yang ditempek di merata tempat. Setakat ini kita telah pun mengumpul sejak kita mula dengan exercise itu dengan izin, sudah melebihi 7,000 telefon-telefon yang kita dapat dan tindakan telah diambil bukan sahaja oleh kita. Kalau melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memang tidak mencukupi. Kita melalui Bank Negara dengan pihak polis. Dengan pindaan ini...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Penjelasan.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita dengan lebih serius akan mengambil tindakan terhadap iklan-iklan ini. Sebab selepas pindaan ini diluluskan mana-mana syarikat ataupun individu ataupun pemegang lesen pemberi pinjaman wang ini tidak boleh mengiklankan aktiviti ataupun perniagaan mereka kecuali mereka dapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, terima kasih...

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Daripada 7,000 nombor yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri tadi, berapa ramai sudah yang telah ditangkap? Itu yang agak penting untuk kita tahu. Terima kasih.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Setakat ini pihak polis masih berusaha sebab apa...

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Didapati masalah yang timbul ialah nombor yang dipamerkan ataupun tertera dalam iklan-iklan itu memang bukan telefon nombor

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

yang sah ataupun yang boleh kita senang menghubungi. So, kita terpaksa pergi dekat Telco untuk mendapat ini semua. Ini adalah di bawah pihak polis.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya? Kota Belud, Tuaran? Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak sedikit permasalahan dari segi pemahaman di situ. Kalau nombor itu tertera di tiang-tiang elektrik akan tetapi pihak kementerian mengatakan nombor itu susah dihubungi, mungkin – saya ingin cadangkan beginilah, mungkin kementerian mesti membuat serang hendap. Serang hendap mungkin itu lebih efektif lebih berkesan daripada memanggil dan mengatakan saya daripada kementerian pihak penguasaan dan sebagainya. Itu mungkin... tolong jelaskanlah.

Sekejap Yang Berhormat. Sekali lagi ini berkaitan dengan apa yang dikatakan tangkapan 7,000 tadi itu. Yang Berhormat, apa yang menjadi perhatian kepada umum ialah sejauh manakah tindakan itu? Maksud saya ini, is that action on the surface. Sebab apa yang difikirkan oleh rakyat ialah persoalan dia, sumber kewangan yang dipinjamkan. Sebab mungkin ada dua sumbernya. Ada yang berselindung dengan syarikat peminjam yang mempunyai lesen peminjam wang, akan tetapi wang ini dibawa jalan-jalan bukan peminjam datang ke pejabat. Kedua, ada juga pihak yang mempunyai wang, sangka wang ini adalah daripada individu. Ada mengatakan bahawa ada big tyco behind. Adakah kerajaan berhasrat, telah ataupun berhasrat untuk menyiasat sejauh mana sampai ke akar umbi sumber-sumber wang yang dipinjamkan ini? Ini yang menjadi perhatian kepada masyarakat umum. Terima kasih.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Tuaran. Saya setuju kalau kita hendak jalankan tindakan, serang hendap mungkin salah satu cara yang kita boleh buat. Akan tetapi masalahnya bukan mereka ini dia keluar pada siang. Kadang-kadang mereka keluar untuk tepekkan segala iklan-iklan itu susah kita hendak station 24 jam dekat seluruh negara ini. Keduanya, walaupun kita telah berusaha akan tetapi setakat tahun ini kita hanya dapati setakat hari inilah terdapat 18 orang pihak pemberi pinjam wang telah pun di saman ke mahkamah. Oleh kerana mereka ini telah pun melakukan pelbagai kesalahan. Bagi saya ini masih tidak mencukupi. Kita akan berusaha lagi. Kita harap dengan operasi bersepadu seperti saya katakan tadi, di mana Bank Negara sentiasa membuat pemeriksaan mengejut dan jika terdapat suspek-suspek mereka ini akan didakwa ke mahkamah di bawah Anti-Money Laundering Act dan sebagainya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya satu soalan sahaja Menteri. Apakah gejala ah long di negara kita ini tidak dapat dibendung kerana pengusaha ini ataupun operator ah long ini susah mendapat lesen daripada Bank Negara? Is that the one of main reason? Dengan izin. Terima kasih.

Dato' Wira Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Suka bagi saya menjelaskan sedikit dengan lebih terperinci. Bila kita sebut tentang ah long ini, ini tidak hanya bermaksud bahawa orang yang memberi pinjaman wang itu tidak berlesen. Memanglah ah long ini adalah golongan yang tidak berlesen dan golongan yang berlesen. Bila seorang pemberi pinjam wang yang berlesen ini tidak mengikuti akta dalam menjalankan aktiviti pemberi pinjam wang, maka kita boleh anggap orang itu sebagai ah long. Satu contoh yang paling senang ialah bagi pinjaman yang tidak mempunyai sekuriti, collateral. Pemberi pinjam wang yang berlesen berhak untuk mencajkan 18% setahun untuk pinjaman yang dikeluarkan. Akan tetapi kalau pemberi pinjam wang itu walaupun berlesen mencajkan mungkin 30% dia punya bunga, kadar bunga maka ini telah pun melanggar undang- undang yang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang ini. Orang inilah boleh dikenali sebagai ah long. Sebab dia mencajkan kadar yang begitu tinggi sekali dan tidak mengikuti undang-undang. Faham? You are made myself clear kan? Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya isu ah long pada pandangan saya dan

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

pandangan rakan-rakan saya tidak akan habis. Isu ah long, isu pemberi pinjam wang sama ada berlesen atau tidak dan sekarang kita tahu bahawa sebenarnya ada hubungan yang rapat di antara pengurup wang juga. Itu pengurup yang money changer dengan izin, money changer, money lender memang ada hubungan yang sangat rapat. Saya yakin pihak kementerian tahu perkara ini. Persoalan ini tidak akan habis penguatkuasaan dan sebagainya. Saya rasa bila undang-undang ini diletak bidang pentadbiran ini di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selagi itulah campur tangan daripada pihak lain akan dilihat agak dalam grey area, dengan izin.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya rasa ada satu pendekatan barangkali kita boleh fikirkan oleh kerana keperluan masyarakat untuk meminjam wang segera, mengelakkan daripada kerenah kolateral dan sebagainya yang mesti mereka lalui di peringkat melalui institusi perbankan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan. Keperluan untuk meminjam memang ada. Untuk mengelakkan daripada berlaku banyak perkara seperti ambush kita kata hendak buat serangan hendap dan sebagainya waktu malam penguatkuasaan dan sebagainya, kenapa tidak kita lesenkan pemberi pinjam wang ini diletakkan di bawah jabatan tertentu di bawah local council itu sendiri. Maksud sebagai contoh, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu department di bawah itu yang berfungsi sebagai pemberi pinjam wang ataupun pemegang lesen yang berlesen untuk memberi pinjam wang. Dalam masa yang sama, kita boleh regulate hasil dari segi pengurusan itu. Kedua kita boleh mengawasi dari segi cara mereka mengendalikan urusan memberi pinjam, mengutip dan sebagainya. Saya rasa semua kawasan ada local council, ada pentadbiran majlis daerah dan sebagainya. Tidak ada, tidak terlepas. Tidak ada satu kawasan pun yang terlepas daripada kawalan bidang kuasa majlis tempatan. Sekiranya kita wujudkan satu jabatan barangkali mungkin dalam kaedah perkongsian daripada siapa yang berminat untuk mendapatkan lesen itu wujudkan perkongsian daripada syarikat yang berminat, usaha sama dengan majlis tempatan atau kerajaan tempatan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi dari sudut itu kita melihat kejayaan yang pernah dibuat dalam sistem Ar- Rahnu, pajak gadai, yang selama ini dilihat orang kata martabatnya, standardnya agak rendah. Orang pergi secara sembunyi-sembunyi ke pajak gadai. Akan tetapi apabila wujudnya Ar-Rahnu, orang merasakan bangga untuk pergi dan yakin kepada sistem itu dan mendapat pembiayaan. Saya rasa perkara yang sama boleh kita apply juga dalam kes pemberi pinjam wang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan. Saya rasa kalau hendak banding di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan PBT yang kononnya lebih senang, lebih mudah supaya lesen ini dapat dikeluarkan. Saya ingin memberi tahu Yang Berhormat iaitu pada suatu ketika memang lesen yang dikeluarkan untuk memberi pinjam wang ini memang melalui kerajaan tempatan. Akan tetapi pada masa itu terdapat itu banyak masalah sebab seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat begitu banyak sekali di seluruh Malaysia terdapat 140 lebih PBT. Jika semua PBT berhak untuk mengeluarkan lesen, ini menjadi satu keadaan yang lebih celaru. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Yang Berhormat juga sebut tentang pajak gadai Ar-Rahnu. Pajak gadai Ar-Rahnu juga dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memang. Setakat ini dijalankan dengan begitu lancar dan kita harap dengan adanya pindaan kepada Akta Pemberi Pinjam Wang ini ianya akan mempunyai penuh keyakinan bahawa ianya akan dilaksanakan dengan lebih tertib, lebih bersepadu dan lebih senang untuk supaya isu-isu ah long ini boleh kian dikurangkan lagi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat. Maksud saya, pejabat PBT itu sendiri menjalankan perniagaan ini barangkali secara usaha sama dalam masa yang sama mereka boleh melihat siapakah ah long di kawasan mereka. ah long yang berlesen, yang tidak berlesen. Jadi sekurang-kurangnya ada satu data entry atau data collection yang munasabah untuk kita lihat dari segi penguatkuasaan. Saya rasa banyak PBT yang pada kedudukan hari ini mengalami keadaan defisit yang teruk. Mungkin dari segi efficiency nya yang sangat rendah dan sebagainya. Sekiranya kita benarkan PBT menjalankan atau terlibat dalam urusan ini sekurang-kurangnya kalau tidak untung pun, sekurang-kurangnya mereka mempunyai satu kemahiran untuk meneliti kaedah memberi pinjam wang ini dan mereka boleh mengawasi kerana pejabat itu diletakkan di pejabat PBT. Saya tidak tahulah barangkali boleh dibuat atau tidak serta-merta ini.

Tidaklah. Cadangan ini boleh kita meneliti dan diperhalusi lagi. Akan tetapi, pada pendapat saya agak sukarlah sedikit, setakat inilah. Tidak mengapalah.

Yang Berhormat, boleh minta satu lagi? Ini penting. Satu fenomena dalam soal ah long ini Yang Berhormat, ialah tidak banyak daripada mangsa-mangsa ah long ini yang datang, come forward and report. Kita dengar, kita wakil rakyat. Banyak mangsa ini diugut, diperas dan ada juga kes-kes di mana seorang peminjam itu terus meninggalkan keluarga dan disappear anywhere. So, apa yang menjadi pertanyaan bagi saya ialah apakah ruang untuk mereka dapat pembelaan daripada kerajaan sama ada polis atau kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.

Itulah isu dan masalah pokok yang di sentuh oleh Yang Berhormat. Oleh kerana individu-individu yang meminta pinjaman daripada ah long ini, mereka ini mengetahui bahawa kalau mereka ini membuat laporan kepada polis, memang polis hendak membantu mereka. Akan tetapi, mereka ini akan menghadapi banyak risiko. Oleh sebab itulah mereka ini masih degil dapat pinjaman dan kalau tidak dapat lari, tidak dapat bayar mereka ini akan disappear. Akan lari, cabutlah di tempat lain. Sembunyi dua, tiga tahun bila balik semua akan dilupai. Kemungkinan ini adalah fikiran mereka tetapi ini memanglah tidak tepat sekalilah. Kita minta supaya mana-mana mangsa ah long ini sebelum ianya menjadi satu masalah besar, yang di luar kawalan, maka kita minta mereka ini datang di kementerian saya atau terus pergi ke pihak polis. Commercial crime pun tidak mengapa, pihak polis di mana balai-balai polis pun tidak mengapa, untuk membuat satu laporan polis. Tindakan akan diambil terhadap laporan yang dibuat oleh mangsa-mangsa. Untuk menunjukkan betapa pentingnya pemberi pinjam wang yang betul-betul menjalankan perniagaan dengan baik, mengikut lunas-lunas undang-undang, kita dapat lihat 3,372 orang pemegang lesen. Nilai urus niaga pada tahun lepas ialah RM4.3 bilion. Daripada jumlah tersebut pinjaman yang dilakukan peminjam individu adalah berjumlah RM2.3 bilion iaitu sebanyak 53.5%, nilai pinjaman selebihnya dilakukan oleh peminjam syarikat. Ini terbukti bahawa peranan yang dimainkan oleh pemberi pinjam wang ini masih amat diperlukan oleh masyarakat kita. Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi kalau semua mengikut undang-undang mereka ini akan terus memainkan peranan yang baik dan jika prestasi mereka baik, mereka ini boleh berjaya menjadi sebuah syarikat seperti mikro kredit financial juga. Mengenai isu had pinjaman yang dibenarkan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang. Kerajaan tidak menetapkan had pinjaman yang boleh diberikan oleh satu-satu pemberi pinjam wang kerana jumlah pinjaman wang adalah bergantung kepada permintaan dan persetujuan antara peminjam dan pemberi pinjam wang. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk di bawah akta ini, di mana aspek- aspek seperti dokumen, perjanjian, kadar faedah, mesti mematuhi prosedur serta undang-undang yang ditetapkan. Dokumen yang ditetapkan sememangnya ringkas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Ini adalah untuk memastikan agar orang ramai ataupun the ‘lay’ person dengan izin berupaya mengendalikan tanpa melibatkan penambahan kos dokumen yang ditetapkan walaupun ringkas namun ia mengandungi semua aspek yang perlu ada dalam sesuatu proses perjanjian seperti jumlah, tarikh dan tempoh pinjaman. Proses pengakusaksian dan mematikan setem bagi dokumen tersebut juga mesti

dilakukan untuk menjaga kepentingan dua-dua pihak iaitu peminjam dan pemberi pinjam wang. Langkah ini akan dapat mempercepatkan lagi proses pinjaman dilakukan. Sebelum pindaan ini dulu kita tidak mempunyai peruntukkan spesifik di mana dokumen harus disain, akan ditaip ataupun ditulis dengan cukup terang dan jelas sekali. Sekarang tidak boleh sudah, sebelum pinjaman dikeluarkan semua pihak haruslah mengikut di bawah undang-undang, akan bertindak seperti kemahuan Undang-undang Pemberi Pinjam Wang. Dari segi kadar faedah yang ditetapkan, kerajaan di bawah Akta 400 ini pula untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Ledang, ia adalah termaktub di bawah seksyen 17A. Kadar faedah yang dibenarkan bagi pinjaman bercagar ataupun collector loan ialah 12% setahun manakala pinjaman tanpa cagaran ialah 18% setahun. Antara barangan aset yang dijadikan cagaran ialah telefon bimbit, komputer riba, barang kemas, geran-geran tanah dan rumah juga boleh diguna sebagai collateral dengan izin. Pematuhan para pemegang lesen pemberi pinjam wang terhadap peruntukan- peruntukan di bawah Akta 400 ini sentiasa dititik beratkan oleh kementerian saya. Usaha pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa daripada kementerian saya.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, seksyen penguatkuasaan mempunyai kekuatan seramai 32 orang diketuai oleh seorang timbalan setiausaha bahagian. Beliau juga dibantu oleh tiga orang superintenden polis, enam orang penolong setiausaha, empat orang assistant superintenden polis, dua chief inspector, empat orang inspektor polis dan lapan orang penolong pegawai tadbir. Selain daripada itu, pasukan ini juga dibantu oleh Polis Diraja Malaysia dari Bukit Aman dan juga dari Bank Negara. Pasukan penguat kuasa ini termasuk pegawai-pegawai dari Sarawak untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching dan mereka sentiasa diberikan latihan berterusan dan pendedahan yang mencukupi agar penguatkuasaan yang efektif dapat dilakukan. Kementerian saya juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menganjurkan pelbagai latihan, seminar, bengkel kepada pegawai-pegawai penguat kuasa bagi meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran pegawai-pegawai dalam menjalankan penguatkuasaan akta ini. Tindakan penguatkuasaan yang boleh dilakukan di bawah Akta 400 ini termasuk pengeluaran kompaun, menarik balik lesen dan tindakan mahkamah terhadap pemberi pinjam wang yang tidak mematuhi akta ataupun bertindak mengganggu ataupun harassment dengan izin, ataupun intimidasi peminjam. Pada tahun 2010, seperti yang saya katakan tadi, terdapat 18 kes di bawah Akta 400 telah pun dihadapkan ke mahkamah. Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pula, daripada jumlah kes tersebut, 14 buah kes telah pun dijatuhkan hukuman dan empat kes sedang dalam perbicaraan. Sebanyak 52 kompaun juga telah dikeluarkan dengan bayaran denda RM5,000 setiap satu kesalahan. Kementerian saya juga sememangnya akur dan sedar bahawa terdapat lagi ruang penambahbaikan akta ini. Sehubungan itu, pindaan ini antara lainnya akan mencadangkan peningkatan hukuman denda daripada tidak melebihi RM100,000 kepada RM250,000 ataupun penjara selama tempoh tidak melebihi 15 bulan atau kedua-duanya. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara untuk diambil tindakan seperti pemotongan bekalan air dan elektrik ke atas premis pemberi pinjam wang yang melakukan kesalahan. Kementerian saya akan meneliti practicality langkah ini memandangkan buat masa ini kementerian saya dan PBT tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sedemikian. Tindakan memotong bekalan air dan elektrik hanya boleh diambil oleh agensi bertanggungjawab iaitu Tenaga Nasional Berhad dan juga penyelia bekalan air – contohnya SYABAS bagi negeri Selangor. Namun, pelaksanaan perkara ini akan disusuli dengan sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, mengenai langkah-langkah untuk menangani isu iklan- iklan dan poster-poster pemberi pinjam wang yang ditampal di merata-rata tempat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Jasin, Yang

Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Ledang, saya tadi telah pun memberikan sedikit penjelasan. Cuma, saya hendak memberitahu bahawa selepas pindaan ini dibuat, langkah-langkah ini adalah lebih spesifik dan berkesan berbanding amalan sedia ada yang mana penguatkuasaan dilakukan pihak berkuasa tempatan melalui Undang-undang Kecil Iklan dan Undang-undang Kecil Vandalisme sahaja. Selepas pindaan, kita mempunyai peruntukan spesifik untuk kita mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang ditampal di merata-rata tempat. Namun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan adanya peruntukan mengenai pemaparan iklan haram ini, ia tidak bermaksud usaha PBT dalam mengendalikan iklan-iklan oleh pemberi pinjam wang diambil alih oleh KPKT. Ini kerana, apa-apa pengiklanan yang hendak dipaparkan di atas papan iklan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan masih tertakluk pada keperluan perlesenan di bawah Undang-undang Kecil Iklan PBT. Apa-apa iklan yang dipamerkan tanpa lesen adalah menyalahi peruntukan undang-undang kecil tersebut. Walau bagaimanapun, bagi pemberi pinjam wang yang berlesen jika mereka ingin mengiklankan, mereka terlebih dahulu harus mendapat kebenaran daripada kementerian saya. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Beruas...

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berhubung dengan iklan-iklan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, iklan-iklan yang tidak berlesen ini. Saya tertarik apabila Menteri mengatakan PBT hanya boleh mengambil tindakan terhadap masalah vandalisme. Maknanya apabila mereka telah mengiklankan iklan tersebut – misalnya ada satu nombor telefon, apakah tidak boleh pihak penguat kuasa kementerian ini menyamar sebagai seorang peminjam untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang menjadi pemilik nombor telefon tersebut? Tadi Menteri kata ada 7,000 tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang boleh dapat dikesan kerana nombor palsu. Kalau sekiranya mereka letak nombor di situ, maknanya sudah tentulah ada orang yang di belakang nombor tersebut yang boleh memberikan pinjaman. Apakah setakat PBT boleh hanya mengendalikan vandalisme – tetapi ini sudah tentu tidak menyelesaikan masalah ‘ah long’ yang berleluasa ini walaupun ada pindaan ini. Minta penjelasan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pendang. Memang benar kalau kita dapat begitu banyak nombor telefon, kita buat panggilan. Akan tetapi, dalam keadaan yang lebih banyak, peratusan yang tinggi, kita tidak dapat menghubungi orang di situ. Mereka ini tidak akan menjawab panggilan telefon dan selepas kita letak, mereka ini kemungkinan akan membuat checking dahulu dengan izin, dan selepas itu mereka ini akan menelefon semula. Ini telah menghampakan usaha-usaha untuk kita betul-betul hendak menangkap ah long ini. Itu satu masalah tetapi kita sudah serahkan ini kepada pihak polis dan mereka ini akan mengambil tindakan melalui cara mereka sekarang ini. Seperti yang saya katakan tadi, oleh kerana kita begitu kuat dengan operasi- operasi bersepadu, saya berpendapat ah long ini sekarang hendak mencari makan pun susah dah. Ini disebabkan dengan operasi yang hebat ini dan dengan kesedaran yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat kita, maka mereka ini pun takut. Kalau hendak pinjam, hendak dapat pinjaman balik, guna cara-cara keganasan – yang kacau ganggu ini, mereka ini sekarang tidak dapat bertindak seperti dahulu. Mengenai cadangan Yang Berhormat Beruas supaya seksyen 10OA ditarik balik, untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 10OA adalah peruntukan baru di bawah pindaan ini. Ia merupakan seksyen bagi memasukkan anggapan presumption bagi tujuan pendakwaan ke mahkamah. Anggapan ini boleh disangkal sekiranya pinjaman adalah berasaskan friendly loan ataupun dibuat secara suci hati tanpa tujuan perniagaan pemberi pinjam wang. Tiada pendakwaan akan dijalankan bagi pinjaman yang bersifat friendly loan ataupun secara suci hati melainkan ia melibatkan perniagaan pemberi pinjam wang. Seksyen 10OA bukan merupakan satu seksyen atau peruntukan kesalahan. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak memastikan satu pembetulan dibuat. Perkara ini tidak dibawa oleh saya kerana saya tidak membahaskan rang undang-undang-undang pindaan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Mungkin pegawai saya telah pun silap mencatat di sini. [Disampuk] Baiklah. Untuk memastikan aktiviti pemberi pinjam wang dalam negara sentiasa terurus dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu awam, penguatkuasaan akta ini sahaja adalah tidak memadai. Kesedaran masyarakat agar tidak berurusan dengan pemberi pinjam wang yang haram ataupun ah long, ceti haram perlu ada dan ia lebih efektif dalam mengekang pertumbuhan aktiviti pemberi pinjam wang yang haram ini. Oleh yang demikian, seperti yang saya sudah katakan tadi beberapa kali, prevention is better than cure, dengan izin. Kita harus menggembleng tenaga bukan sahaja dalam masyarakat kita tetapi sebagai wakil rakyat, kita harus juga sentiasa berwaspada. Jika terdapat sesiapa yang menjadi mangsa kepada ah long ini, kita haraplah Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen dapat berhubung dengan saya ataupun kementerian saya dengan secepat mungkin supaya kita dapat bertindak.

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita banyak berbincang tentang ah long dan memang kita kalau boleh, nak mengambil satu tindakan yang drastik supaya ah long ini dapat dihapuskan.

Akan tetapi, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa satu lagi institusi kewangan yang banyak meminjamkan wang kepada card holder itu, credit card terutamanya kepada orang muda-muda, banyak credit card yang menawarkan cek kosong sekarang dihantar kepada pemegang-pemegang credit card untuk supaya kita hidup – maknanya to live in credit. Adakah mereka tertakluk dengan akta ini? Terima kasih.

Tidak! Masalah akibat credit card spending ini, pinjaman melalui credit card ini di bawah akta yang lain, iaitu di bawah institusi perbankan, tidak di bawah akta ini juga. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya percaya saya sudah menjawab lebih kurang semua pertanyaan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNFasal-fasal 1 hingga 47 - Tuan Pengerusi · Beluran

Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa peruntukan fasal yang difikirkan tidak berapa jelas iaitu fasal 17, rang undang-undang bertujuan untuk menggantikan seksyen 10E Akta 400 untuk memberi kuasa kepada inspektor yang dilantik untuk menangkap tanpa waran mana- mana orang yang dengan munasabah dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta 400. Apakah logiknya waran penangkapan tidak diperlukan sedangkan seseorang inspektor mungkin terlibat dalam pinjaman untuk kegunaan peribadi, [Tepuk] boleh menggunakan kuasa fasal ini untuk menggertak kepada peminjam wang supaya hutangnya didesakkan? Bagaimanakah sesuatu mekanisme dibentuk supaya insiden penyalahan kuasa oleh inspektor berkenaan dapat dicegah? Fasal 20, rang undang-undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 10GA dan 10GB ke dalam Akta 440. Seksyen 10GA memberikan kuasa kepada inspektor atau pegawai kanan polis untuk memasuki premis peminjam wang untuk memeriksa premis itu dan mana-mana buku rekod atau dokumen lain. Adakah waran diperlukan dalam menjalankan seksyen 10GA ini? Kalau tidak, apabila peminjam wang enggan buka pintu dan inspektor berkenaan berkeras untuk pecah masuk. Adakah ini telah melanggar Akta Kanun Keseksaan? Bagaimanakah untuk menjamin harta benda peribadi peminjam wang tidak rosak selain dokumen dan rekod perniagaan? Bagaimanakah untuk memastikan mana-mana buku rekod atau dokumen lain berada dalam keadaan asal atau sempurna selepas sesuatu siasatan selesai? Fasal 44 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 29I yang dijalankan – peruntukan yang berhubungan dengan ganjaran bagi mana-mana pemberi maklumat yang maklumatnya membawa kepada suatu sabitan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta 400. Bagaimanakah jaminan kesalahan peribadi seseorang pemberi maklumat dalam peruntukan fasal ini? Pihak mana yang dipertanggungjawabkan dalam pemberian ganjaran berkenaan dan bilakah ganjaran itu akan ditunaikan? Apakah panduan ke arah ganjaran yang diberikan? Contohnya, berdasarkan kepada jumlah denda yang dikenakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri. Itulah, kalau kita hendak...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada satu lagi boleh? Boleh? Boleh Tuan Pengerusi?

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya fasal 3, rang undang-undang bertujuan untuk meminda subseksyen 1(2) Akta 400 dibacakan semua sekali terpakai di seluruh Malaysia diperluaskan ke Wilayah Persekutuan negeri-negeri Sabah dan Sarawak melalui perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Pengubahsuaian Akta Pemberi Pinjam Wang 1951) 2007. Kalau ikut fasal 3 ini, maksud yang saya fahami di sini ialah untuk memperluaskan sebagaimana dalam peruntukan termasuk Sabah dan Sarawak dan juga Akta Pemberi Pinjaman Wang dalam pengubahsuaian. Akan tetapi, saya hendak tanya di bawah perkara 47, dikatakan akta yang sama, Akta 400 yang diperluaskan kepada Wilayah Persekutuan Labuan ini dibatalkan. Kalau kita lihat perkara 47 – Pembatalan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Pengubahsuaian Akta Pemberi Pinjam Wang 1951) 2007, perintah di negeri-negeri Sabah dan Sabah. Yang ini dikata pembatalan, yang fasal 3 dikatakan memberi pindaan untuk memperluaskan. Jadi, yang mana satu Yang Berhormat Menteri?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Bakri dahulu. Masalah itu, kalau kita hendak mengadakan penguatkuasaan yang lebih hebat, yang lebih serius, yang lebih efektif, maka kita terpaksalah menggunakan cara yang lebih boleh memastikan bahawa agresifkah, pastikan bahawa orang yang melakukan kesalahan itu tidak dapat lari. Tangkapan tanpa waran ini adalah perlu untuk menjaga kepentingan awam. Memandangkan senario terkini isu pemberi wang, pinjam wang, dikehendaki tindakan tegas penguatkuasaan dan juga insiden ah long, maka ia akan lebih mempermudah proses siasatan dan mempercepatkan pendakwaan. Jika sesuatu kesalahan, contohnya menampal iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen berlaku sewaktu operasi dijalankan, maka wujudnya keperluan menangkap tanpa waran untuk mengelakkan suspek melarikan diri. Kedua, tangkapan tanpa waran yang boleh diambil jika suspek enggan memberikan kerjasama ataupun suspek sukar dikesan. Tindakan segera tidak diambil adalah kemungkinan bukti akan diubah, dirosakkan dan dimusnahkan. Kalau kita hendak tunggu, kita tahu sudah dalam premis itu ada kesalahan telah pun dilakukan dan dalam premis itu memang mempunyai bukti- bukti yang diperlukan di mahkamah, kalau hendak tunggu hingga mendapat waran ini susahlah, bila kita masuk sudah terlewat. Maksudnya tiga-tiga fasal ini adalah untuk memperkasakan lagi tindakan oleh pihak berkuasa tempatan...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang disebut oleh Yang Berhormat Bakri tadi soal tidak berlaku penganiayaan kepada mana-mana pihak yang mungkin dituduh mempunyai atau menyediakan premis untuk memberikan pinjaman secara haram.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi pihak polis boleh masuk tanpa waran jika perkara itu betul-betul berlaku, kita memang tidak ada masalah tetapi jika tidak ia penganiayaan. Jadi adakah undang- undang ini cover tolong membantu supaya orang-orang yang tidak terlibat itu tidak teraniaya sewenang-wenangnya menggunakan akta ini untuk masuk ke mana-mana premis atas alasan kerana ia ada menyediakan khidmat untuk memberikan pinjaman tanpa kebenaran pihak kerajaan. Itu sahaja yang dia minta. Terima kasih.

Ya, seperti kita semua maklum, memang terdapat banyak akta-akta itu mempunyai proviso ataupun peruntukan seumpama ini dan kita tidak boleh dengan semata-mata memberi satu presumption bahawa memang ada satu penganiayaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. Memang ada akta-akta yang mencukupi untuk memberi perlindungan kepada orang-orang yang ditangkap ataupun premis tuan punya seperti di bawah Akta Polis pun sebelum kita kena masuk serangan ada apa-apa dengan premis itu, mereka harus memberi satu rekod apa yang diambil dan disita oleh pihak berkuasa. Ini tidak menjadi satu masalah. Mengenai ganjaran yang diberikan – ini pun satu perkara yang lumrah di Akta Income Tax pun ada. Cuma ganjaran itu akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan consolidated fund. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Indera Mahkota ini fasal 3 dan fasal

27. Sebenarnya, perintah memperluaskan... [Disampuk]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Fasal 47. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya? Fasal 47 yang last itu. Perintah memperluaskan ini dibatalkan kerana ia telah dimasukkan ke dalam akta ibu. Oleh yang demikian, perintah perluasan hanya terbatas sekiranya rang undang-undang ini juga diluluskan. Dahulu kita pernah buat pindaan sudah. Pindaan itu telah pun diperluaskan dan sekarang kita buat lagi pindaan yang mungkin satu atau dua yang kita tidak mahu sudah. So dengan pindaan ini sama juga diperluaskan. Maksudnya this is the latest pindaan kita buat. Dahulu kita buat dimansuhkan automatik sebab ini telah pun mengambil alih kepada akta ini. Sekian.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kesannya apabila kawasan Wilayah Persekutuan Labuan – kita ada enam pindaan akta yang meletakkan Labuan sebagai berkedudukan pusat perdagangan luar pesisir di mana juga menggariskan sebahagian daripada aktiviti- aktiviti peminjaman wang yang tertakluk di bawah undang-undang ataupun di bawah kerajaan tempatan juga boleh diguna pakai di Labuan. Sejauh mana kedudukan Labuan sebagai perkhidmatan kewangan luar pesisir ini menjejaskan akta yang dipinda pada hari ini?

Seperti yang saya katakan tadi, memang terdapat perbezaan di antara urusan di bawah akta ini dan urusan di bawah akta-akta institusi perbankan. Kita ambil Labuan sebagai satu pusat kewangan luar pesisir. Ia memang mempunyai akta-akta yang spesifik dan tidak termasuk dengan urusan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang sebab Akta Pemberi Pinjam Wang ditadbir oleh PBT. PBT adalah agen kepada kerajaan dan dari segi penguatkuasaan dan kerja-kerja di bawah ini boleh diminta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namun, ini tidak bersangkut dengan urusan lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah akta perbankan. Ini memang perbezaannya kita memang amat diteliti.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya hendak kepastian sedikit sahaja sebab saya kurang jelas. Adakah ini bermaksud lesen-lesen yang dikeluarkan di kawasan ataupun di daerah selain daripada Labuan masih boleh menjalankan aktiviti mereka di kawasan spesifik di Labuan walaupun Labuan mempunyai satu status yang berlainan daripada kawasan yang lain dari segi layanan kedudukan sistem kewangan. Ini kerana memikirkan bahawa di kawasan-kawasan lain mereka mempunyai dan menubuhkan cawangan-cawangan dan menjalankan operasi di Labuan menggunakan lesen yang dikeluarkan bukan di Labuan. Sekiranya ini berlaku maka kita boleh andaikan syarikat kewangan berlesen memberikan peminjam wang berlesen boleh menggabungkan antara aktiviti mereka untuk mendapat kemudahan yang ditawarkan di kawasan Labuan itu secara eksklusifnya. Adakah kementerian mengambil kira kedudukan ini?

Pertama sekali ia tidak boleh membuka cawangan. Lesen ini amat spesifik kerana ia berurusan dan tidak boleh sewenang- wenangnya buka cawangan di merata tempat kecuali mendapat persetujuan dan kelulusan dari kementerian saya. Walaupun di wilayah Labuan ini merupakan Wilayah Persekutuan, maka urusan dengan pemberi pinjam wang ini adalah di antara individu dan pemegang lesen. Sedangkan di Labuan juga terdapat lesen-lesen yang dikeluarkan oleh institusi perbankan seperti Bank Negara, ini berlainan. Sama juga di sini, kita juga mempunyai komersial bank, investment bank dan ini berjalan serentak dan tidak ada masalah. I do not see any problem.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Ini yang terakhir. Saya bertanya perkara ini kerana saya menyemak antara perkara yang dibenarkan, perkara baru yang kita timbulkan semasa pembentangan belanjawan kerajaan mengiktiraf kedudukan agen-agen yang berperanan mewakili pihak-pihak yang mengendalikan urusan ini dengan kita mengiktiraf bayaran-bayaran atau berkenaan fi di bawah tajuk fi ataupun bayaran perkhidmatan khas untuk urusan-urusan sebegini. Jadi oleh sebab dalam pindaan enam akta yang berkenaan dengan kedudukan Labuan sebagai pusat perkhidmatan kewangan luar pesisir yang juga memasukkan elemen memberi kebenaran untuk mana-mana pihak meraih fi ataupun yuran berkenaan atas perkhidmatan yang spesifik itu, adakah perkhidmatan ini juga diiktiraf sekiranya pihak yang memegang lesen pemberi pinjam wang, bukan kawasan di Labuan tetapi menggunakan agen yang dibenarkan di Labuan itu menjalankan aktiviti secara bersama untuk mendapatkan kemudahan dan barangkali mengelakkan daripada apa-apa masalah yang sepatutnya dia kena tanggung. Adakah perkara itu berkemungkinan atau dibenarkan berlaku?

Ia tidak berkemungkinan dan tidak boleh berlaku juga sebab ini adalah separate dan pembentangan enam rang undang-undang ini oleh kewangan ini memang berlainan dengan kita sama sekali. Okey. Fasal 1 hingga 47 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1997 dibaca bagi kali kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333 ini telah berkuat kuasa semenjak tahun 1987. Semangat akta ini diwujudkan adalah bagi melindungi rakyat khususnya pengguna jalan raya dan membuat peruntukan mengenai pengawal seliaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan. Bagi mencapai maksud ini, beberapa peruntukan dalam Akta 333 perlu diubah atau dipinda sejajar dengan kehendak dan perkembangan semasa dan menyesuaikan dengan penyesuaian baru dasar kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini adalah bagi mencapai beberapa matlamat tertentu. Pertama, berdasarkan Program Transformasi Kerajaan antara lain adalah bermatlamat memberi penekanan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam khususnya pengangkutan awam darat. Sehubungan dengan itu, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah digubal dan kerajaan telah menubuhkan suatu suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Bagi maksud merancang, mengawal selia, dan menguatkuasakan sistem pengangkutan awam bagi melengkapkan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, terdapat keperluan kuasa- kuasa tertentu di bawah Akta 333 perlu diberikan kepada pegawai-pegawai SPAD. Oleh itu, beberapa peruntukan di bawah akta ini perlu dipinda. Kedua, seterusnya pindaan akta ini juga adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kerajaan elektronik bagi memperluas dan memperkukuhkan aspek penguatkuasaan kesalahan di jalan raya. Ini dapat dipertingkatkan dengan aplikasi teknologi dan automasi yang lebih sustainable, reliable, dan mengurangkan human contact bagi membanteras gejala rasuah. Penguatkuasaan secara elektronik juga telah dilaksanakan di hampir 90 negara di dunia dan terbukti dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Kaedah penguatkuasaan secara manual didapati tidak mencukupi untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya dengan cepat seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Untuk makluman Dewan Yang mulia ini, buat masa ini Jabatan Pengangkutan Jalan hanya memiliki pegawai penguatkuasaan lebih kurang 4,000 orang dan PDRM 5,200 orang bagi menguatkuasakan peraturan terhadap 19.8 juta kenderaan berdaftar dan 12.1 juta pemandu di seluruh negara. Dianggarkan hampir satu juta kenderaan bertambah setiap tahun. Ingin saya menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kadar kemalangan di dalam negara ini adalah amat membimbangkan. Menurut perangkaan PDRM dan MIROS pada tahun 2009 sahaja, jumlah kemalangan adalah sejumlah 397,194 kes dengan 6,745 kematian atau purata 18 kematian sehari atau 1 kematian bagi setiap 1 jam 20 minit. Manakala sejumlah 8,849 cedera parah

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

dan 15,823 mangsa cedera ringan akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan kos sosial yang dianggarkan sekitar RM9 bilion setahun. Kajian MIROS juga mendapati bahawa 67% daripada punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia. Antara kesalahan serius yang menyumbang kepada kadar kemalangan maut adalah melebihi had laju, memotong di garisan kembar, dan menukar lorong secara berbahaya. Kesalahan-kesalahan ini menyumbang sebanyak 62.6% daripada jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya. Di samping itu, perception of being caught adalah di antara di tahap 25% hingga 45% yang disifatkan amat rendah dan menyebabkan pemandu tidak menghormati undang- undang jalan raya. Oleh itu, kerajaan mencadangkan supaya kesalahan-kesalahan serius yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya dijadualkan di bawah akta ini. Menurut sumber WHO 2009, Global Status Report on Road Safety, Malaysia diletakkan di tempat ke-46 daripada 172 buah negara dari segi indeks fatality bagi 10,000 bagi kenderaan berdaftar. Kerajaan telah menyasarkan paling tinggi hanya dua kematian bagi 100,000 penduduk di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Akan tetapi hakikatnya pada tahun 2009 negara hanya mengurangkan pada kadar 23 kematian bagi setiap 100,000 penduduk. Selain daripada itu, pindaan ini juga adalah menyokong inisiatif green technology. Pindaan akta ini akan menyandarkan enabling provision bagi membolehkan pendaftaran kenderaan elektrik di mana kenderaan ini tidak terdapat enjin serial number sepertimana yang diperlukan dalam akta sedia ada. Pindaan ini merupakan langkah ke hadapan memandangkan perkembangan industri dan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin pesat dan meluas di dunia hari ini tidak kecuali Malaysia. Seterusnya, pindaan ini juga adalah dibuat bagi mencapai hasrat untuk melaksanakan inisiatif elektronik government di mana bukan sahaja untuk mewujudkan penguatkuasaan berasaskan teknologi tetapi memperkembangkan fungsi-fungsi perkhidmatan elektronik dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Transaksi-transaksi seperti pengendorsan dan permohonan lesen memandu serta permohonan pendaftaran kenderaan dapat dilaksanakan secara atas talian yang mana memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan pemodenan dalam pentadbiran kerajaan yang merupakan sebahagian daripada usaha mencapai matlamat transformasi kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mencadangkan secara ringkas butir-butir pindaan yang mengandungi 47 fasal yang melibatkan 50 pindaan pada Akta 333. Fasal 1 merupakan tajuk tingkas rang undang-undang dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh kuatkuasakan pindaan ini. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan beberapa takrifan baru iaitu: (i) Imej yang dirakam; (ii) kesalahan berjadual; (iii) kenderaan motor elektrik; (iv) kesalahan yang dirakam melalui kamera; (v) lesen vokasional; dan (vi) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Di samping itu, beberapa takrif sedia ada turut dipinda bagi perkara-perkara iaitu takrifan berkaitan. Pertama ‘jalan,’ kedua ‘kenderaan barangan,’ dan ketiga ‘kenderaan perkhidmatan awam.’ Fasal 3 memperuntukkan dan memasukkan dua seksyen baru iaitu seksyen 4A memperuntukkan kuasa pegawai penguasa, penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan PDRM menguatkuasakan kesalahan di bawah akta ini di mana-mana jalan. Sebelum ini penguatkuasaan JPJ dan PDRM hanya terhad kepada jalan-jalan yang diwartakan. Seksyen 4B memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menjalankan kuas pegawai penguat kuasa sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 333 yang berkaitan. Fasal 4, seksyen 5 membolehkan orang kelainan upaya memandu kenderaan yang mempunyai kapasiti berat tanpa muatan 3,000 kilogram menggantikan kapasiti

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

250 kilogram mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah yang berkaitan. Pindaan ini bermakna bagi orang kelainan upaya juga layak menggunakan kereta serta keistimewaan lain yang berkaitan iaitu contohnya kadar lesen kenderaan motor istimewa. Fasal 5, seksyen 7 iaitu mempertingkatkan penalti bagi kesalahan gagal mendaftar sesebuah kenderaan bermotor daripada tidak melebihi RM2,000 kepada penalti tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000. Ini bagi memastikan setiap kenderaan bermotor mempunyai pemilik yang sah. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak didaftarkan adalah kesalahan yang serius dan memberi implikasi negatif kepada pihak ketiga contohnya kenderaan ini tidak dilindungi insurans. Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada peniaga yang dibenarkan menggunakan trade plate secara sementara. Fasal 6, seksyen 10 bertujuan untuk membolehkan pendaftaran kereta elektrik tanpa nombor enjin. Buat masa ini identiti kenderaan adalah berasaskan nombor casis dan nombor enjin. Maka, pendaftaran kenderaan elektrik tidak dapat dilaksanakan. Apabila rang undang-undang ini diluluskan, pendaftaran elektrik dibolehkan dan yang menggunakan nombor casis sahaja. Ini adalah bagi mencapai matlamat Dasar Automotif Negara untuk menggalakkan kenderaan berteknologi hijau dapat dilaksanakan.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Fasal 7, seksyen 11 bertujuan untuk membolehkan nombor pendaftaran bagi kenderaan yang dilaporkan hilang, dicuri, binasa, diceraikan atau dihantar keluar Malaysia. Diuntukkan didaftar kepada kenderaan motor yang lain yang belum pernah didaftarkan ini. Kerajaan banyak menerima permohonan daripada pemilik kenderaan terbabit untuk menggunakan semula nombor pendaftaran tersebut khususnya nombor kenderaan yang bernilai tinggi. Fasal 8, seksyen 14 bertujuan untuk memastikan nombor pendaftaran diperagakan mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi akan menjadi kesalahan dan kadar denda ditetapkan tidak melebihi RM3,000. Ini juga bagi membanteras salah guna nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang lain dan menggunakan nombor fancy. Peruntukan ini penting untuk maksud pembuktian dan pendakwaan kesalahan terutama bagi kesalahan-kesalahan yang dirakamkan melalui kamera. Fasal 9, seksyen 17 bertujuan bagi membolehkan permohonan dan pendaftaran kenderaan motor dan permohonan lesen memandu dibuat secara elektronik. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan yang menggalakkan lebih banyak perkhidmatan atas talian bagi mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada orang ramai. Fasal 10, seksyen 21 bertujuan untuk mewajibkan pendaftaran ke atas setiap kenderaan motor negara asing yang dipandu memasuki negara ini pada kali pertama. Apabila pangkalan data berkaitan kenderaan motor asing ini wujud penguatkuasaan ke atas kenderaan tersebut boleh dilaksanakan dengan lebih efektif. Fasal 11, subseksyen 22(8) bertujuan untuk menetapkan penalti bagi kesalahan tidak memperagakan flat ataupun lesen perdagangan motor atau salah guna flat tersebut pada kenderaan-kenderaan yang belum didaftarkan untuk tujuan pameran, pemeriksaan dan pengujian. Denda akan dikenakan tidak kurang RM3,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Tujuan pindaan ini adalah untuk menghalang penyalahgunaan trade flat. Fasal 12, subseksyen 23(2) bertujuan untuk mempertingkatkan penalti bagi kesalahan menyalahgunakan lesen kenderaan motor. Denda dinaikkan daripada tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 kadar sedia ada melebihi RM2,000. Penalti kesalahan ini dinaikkan kerana penyalahgunaan road tax atau LKM adalah kesalahan serius melibatkan pengguna dan kenderaan persendirian tidak dilindungi insurans seperti kenderaan bagi tujuan pengangkutan awam atau kereta sapu. Fasal 13, seksyen 27A bertujuan untuk mewajibkan penyimpanan dan penyelenggaraan rekod pendaftaran lesen memandu dibuat di bawah akta. Prosedur menyimpan rekod sedia ada hanya diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah kenderaan lesen memandu. Pindaan ini akan membolehkan rekod pendaftaran lesen memandu menjadi sebahagian daripada akta ibu bagi maksud memperkemaskan atau

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

housekeeping dan mengandungi kepentingan awam iaitu tugas sebagai custodian of record. Fasal 14, subseksyen 34(2) bertujuan untuk membolehkan tindakan memasukkan butiran sabitan dan hilang kelayakan lesen memandu melalui perintah mahkamah dibuat secara elektronik. Peruntukan sedia ada adalah sebarang butiran sabitan dan hilang kelayakan lesen memandu hanya dibuat selepas penyerahan dan pengendosan lesen secara fizikal. Peruntukan ini bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan tindakan ke atas lesen memandu dengan segera. Fasal 15, seksyen 35 dan fasal 16, seksyen 35A adalah berkaitan dengan penambahbaikan sistem mata demerit KEJARA. Dengan pindaan-pindaan pada fasal ini mata demerit tidak dikenakan bagi kesalahan terjadual sekiranya pesalah menyelesaikan saman dalam tempoh tiga bulan. Ini bagi menggalakkan penyelesaian saman dengan cepat berbanding peruntukan sedia ada di mana pesalah membayar saman baru mata demerit akan dikenakan terhadap pesalah. Fasal 17, subseksyen 36(3) memberikan kuasa kepada Pegawai Pengangkutan Jalan untuk melakukan saringan urine dan menahan lesen memandu pemandu yang diuji positif dadah. Peruntukan sedia ada hanya terbatas kepada pegawai PDRM dan AADK sahaja. Penggunaan dadah dikhuatiri semakin berleluasa di kalangan pemandu di negara ini terutamanya pemandu kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam. Fasal 18 memotong subseksyen 37(3), 37(4) dan 37(5) bertujuan untuk memendekkan pelaksanaan hukuman demerit supaya sistem demerit ini lebih berkesan. Pindaan ini juga akan memendekkan proses penggantungan dan pembatalan lesen memandu kerana proses dibataskan hanya sekadar setakat bidang kuasa Ketua Pengarah sahaja. Fasal 19, seksyen 38 bertujuan membolehkan pengendosan secara elektronik. Tindakan penggantungan pembatalan dan hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu daripada pangkalan data. Di mana bidang kuasa sedia ada Ketua Pengarah termasuk tindakan ke atas pengumpulan data mata demerit. Ia bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan kerana tindakan lebih cepat ke atas pemegang lesen memandu dapat dibuat. Fasal 20, seksyen 48 bertujuan untuk menetapkan penalti kepada kenderaan yang ditinggalkan atau dibiarkan serta menyebabkan galangan hingga menimbulkan bahaya, halangan serta kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Hukuman yang dikenakan tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM5,000 ataupun penjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini juga memberi kuasa kepada pegawai JPJ, PDRM dan PBT mengapit, mengalih atau menyita kenderaan tersebut bagi membanteras pemilik kereta yang meninggalkan kereta sewenang- wenangnya yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Fasal 21, subseksyen 53(1)(1A) merupakan seksyen baru bertujuan untuk menetapkan kaedah penyempurnaan notis kepada pesalah trafik. Dengan peruntukan ini seseorang yang disampaikan sesuatu notis kesalahan sama ada secara kendiri atau substitute notice hendaklah dianggap telah disempurnakan atau dim serve pada tarikh penyampaian notis tersebut. Ini bagi mengelakkan penafian notis yang telah disampaikan oleh pihak berkuasa. Fasal 22, seksyen baru 53A, 53B dan 53C bertujuan untuk pengeluaran saman kepada pemilik kenderaan berdasarkan rakaman kamera. Peruntukan seksyen 53(A) menyatakan bahawa pengeluaran saman yang disampaikan adalah berdasarkan rakaman kamera. Peruntukan seksyen 53B mewajibkan pemilik kenderaan yang menerima saman hendaklah mengemukakan nama dan alamat orang yang memandu kenderaan pada waktu kesalahan dilakukan dalam tempoh 30 hari. Peruntukan seksyen 53C bertujuan untuk melindungi kerahsiaan atau confidentiality orang yang imejnya dirakamkan tidak didedahkan kepada pihak lain selain daripada tujuan pengeluaran saman melalui rakaman kamera. Ia adalah menjadi satu kesalahan jika gambar yang dirakamkan didedahkan untuk apa-apa tujuan selain penguatkuasaan dan penalti bagi kesalahan ini adalah tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 23, seksyen 56 memperuntukkan kuasa kepada pengarah untuk menggantung atau membatalkan lesen PSB dan GDL atas sebab mempunyai kes

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

kesalahan lalu lintas yang belum diselesaikan dengan JPJ dan PDRM. Buat masa ini kuasa menggantung atau membatalkan lesen PSB dan GDL lesen hanyalah tertakluk kepada tata kelakuan dan ketidakupayaan jasmani seperti mana peruntukan sedia ada. Fasal 24, seksyen baru 58 ini memperuntukkan kewajipan pemilik kenderaan atau pemegang lesen memandu untuk memaklumkan kepada pengarah sebarang pertukaran alamat dalam tempoh dua bulan. Kegagalan melaksanakan perkara ini adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000. Fasal 25, seksyen 60 memperuntukkan kuasa untuk menahan kenderaan atas tujuan siasatan berhubung ketidakpatuhan terhadap pembinaan kelengkapan dan kegunaan kenderaan tersebut boleh ditahan sehingga lima hari bekerja. Peruntukan sebelum ini adalah setakat 48 jam didapati tidak praktikal untuk menyiasat dalam waktu yang singkat yang melibatkan agensi seperti PDRM. Fasal 26, seksyen 62(1) memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Pengangkutan Jalan untuk memasuki premis bagi tujuan siasatan kenderaan yang menyalahi peraturan di bawah akta ini. Contohnya kenderaan-kenderaan asli yang dipalsukan pendaftaran dibawa masuk ke negara ini dan disimpan di dalam suatu premis. Sebelum ini kuasa hanya terbatas kepada PDRM sahaja. Fasal 27, subseksyen 63(1) memperuntukkan penetapan penalti kesalahan gagal melalui arahan menimbang kenderaan atau arah periksa teknik kenderaan. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 atau tidak melebihi RM10,000. Peruntukan ini bagi mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang tegar dan ingkar arahan untuk menimbang kenderaan atau arah periksa. Fasal 28, seksyen 64 memperuntukkan kuasa pelucutan hak milik kenderaan melalui perintah mahkamah setelah kenderaan yang disita tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Fasal 29, seksyen 65 memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Pengangkutan Jalan untuk mengalihkan kenderaan rosak yang ditinggalkan termasuk kenderaan terbiar daripada menjadi galangan di jalan-jalan.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Sebelum ini JPJ tidak ada kuasa kerana hanya terbatas kepada Perbadanan Putrajaya, LLM dan PDRM. Oleh itu, adalah wajar bagi JPJ diberi kuasa ini untuk menjalankan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang dibiarkan ini sebagaimana agensi penguat kuasa yang lain bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Fasal 30 mengeluarkan sub seksyen 66(1)(f) dan (m) bertujuan untuk menyelaraskan pemindahan bidang kuasa ke atas trak tunda dan kenderaan perdagangan kepada SPAD. Sub seksyen 66(1)(f), peruntukan ini adalah selaras dengan pemindahan hak dan kuasa kepada SPAD bagi melesenkan kenderaan trak tunda. Ini adalah kerana trak tunda merupakan kegiatan komersial dan perlu dikawal selia oleh SPAD. Sub seksyen 66(1)(m), peruntukan itu mengehadkan tempoh had masa kerja pemandu kenderaan perdagangan diletakkan di bawah bidang kuasa SPAD. Fasal 31 memasukkan bahagian baru iaitu bahagian IIB dalam seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang merangkumi pertambahan 66H, 66I, 66J dan 66K. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk mengawal selia pendaftaran dan penyimpanan rekod kenderaan asing yang memasuki negara ini serta menyekat kemasukan kenderaan asing yang melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pelesenan Kenderaan 1987, dan Pengangkutan Awam Darat 2010. Tindakan terhadap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan asing tersebut semasa berada di negara ini juga boleh diambil. Fasal 32 seksyen 69 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kerja Raya untuk menetapkan had laju lebih tinggi daripada had laju kebangsaan seperti di lebuh raya dengan persetujuan Menteri Pengangkutan. Fasal 33 memasukkan sub seksyen 71(3) baru yang memberi peruntukan kuasa kepada SPAD bagi mengehadkan kenderaan daripada memasuki sesuatu kawasan dan menetapkan kawasan skim penentuan harga atau road pricing scheme area dalam

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

mengawal kesesakan bagi tujuan menggalakkan penggunaan kenderaan perkhidmatan awam di bandar. Fasal 34 bagi memberikan kuasa kepada SPAD melalui provision lanjutan kepada sub seksyen 88(1) untuk membuat kaedah-kaedah di bawah jalan-jalan yang menyabitkan sub seksyen 88(1)(e)(g) dan (h). Ini adalah bagi SPAD membuat kaedah- kaedah yang berkaitan dengan kenderaan-kenderaan perdagangan dan waktu operasinya. Fasal 35 sub seksyen 108 menaikkan kadar penalti berhubung dengan penipuan, pemalsuan atau penyataan palsu terhadap satu dokumen atau kenderaan. Contohnya adalah AP palsu, pengisytiharan pembayaran cukai palsu, nombor casis yang telah diganggu, usik atau tampered Denda dinaikkan tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak kurang satu tahun atau tidak melebihi lima tahun berbanding dengan denda sedia ada yang tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 36 sub seksyen 109(5). Ini bertujuan untuk menyelaraskan dengan penubuhan SPAD yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan permit di Semenanjung Malaysia. Bagi pemegang permit di Semenanjung Malaysia adalah tertakluk di bawah kuasa pelesenan oleh SPAD. Manakala, Sabah dan Sarawak bidang kuasa pelesenan adalah masih di bawah akta LPKP. Fasal 37 mengeluarkan seksyen 110A berhubung kuasa bagi menangani isu touting yang melibatkan kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, penguatkuasaan ke atas touting akan dilaksanakan bersama PDRM, SPAD dan JPJ. Fasal 38, sub seksyen 112 memberi kuasa kepada pegawai pengangkutan jalan untuk menahan dan menangkap tanpa waran terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini. Sebelum ini, kuasa ini hanya terbatas kepada PDRM dan warden lalu lintas. Fasal 39 seksyen baru 115A adalah bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan maklumat terperinci orang yang memandu atau orang yang disyaki melakukan kesalahan di jalan raya dalam tempoh 14 hari. Sekiranya dalam tempoh 14 hari tersebut ia gagal, pemilik kenderaan tersebut disifatkan bertanggungjawab ke atas kesalahan tersebut. Fasal 40 sub seksyen baru 117(11) menetapkan penerimaan imej yang dirakam melalui kamera bagi kesalahan lalu lintas boleh diterima sebagai bukti sahih atau prima facie ketika perbicaraan di mahkamah. Fasal 41 seksyen 118 memperuntukkan kuasa kepada Menteri Pengangkutan bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian notis dan saman. Notis boleh dihantar secara kendiri, menampal tahanan notis di rumah atau tempat yang biasa diduduki atau dengan AR register di alamat terakhir yang terdapat dalam sistem pangkalan data JPJ yang dianggap di surf. Fasal 42 seksyen baru 119B memberi kuasa kepada Pengarah JPJ untuk menyekat sebarang transaksi terhadap kenderaan yang terbabit sekiranya masih mempunyai perkara-perkara yang belum diselesaikan atau mana-mana kesalahan yang ditetapkan sama ada dengan PDRM, JPJ dan PBT berhubung dengan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Fasal 43 sub seksyen 122(1) dan (2) bertujuan untuk mewajibkan pemberitahuan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan berhubung sebarang tindakan terhadap kenderaan pelancongan yang disabit kesalahan melalui mahkamah atau kesalahan jenayah. Dengan peruntukan ini, kenderaan pelancongan yang telah disabit kesalahan boleh diambil tindakan sebagai mana kenderaan barangan atau perkhidmatan awam yang lain. Fasal 44 seksyen 125 memberi kuasa kepada mana-mana orang yang menjalankan fungsi pengarah berkaitan pengutipan bayaran atau caj. Sebelum pindaan ini, urusan bayaran melalui pihak lain hanyalah untuk pembaharuan lesen LKM atau road tax dan lesen memandu sahaja. Melalui pindaan ini urusan pembayaran kepada kerajaan dipelbagaikan termasuk pembayaran saman yang boleh dibuat di mana-mana pusat bayaran setempat termasuk melalui bayaran elektronik selaras

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

dengan matlamat inisiatif e-government dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Fasal 45 sub seksyen 127A adalah bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk meminda mana-mana jadual di bawah Akta 333. Fasal 46 adalah jadual berkenaan kesalahan yang dinyatakan di dalam Akta 333. Fasal 47 adalah mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan- pindaan yang dicadangkan dalam Akta 333 dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi memastikan matlamat untuk menjadikan pengguna jalan raya kita dapat dilindungi keselamatan mereka selaras dengan slogan ‘Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Kemalangan Tidak Mengira Siapa’. Matlamat NKRA rasuah dan jenayah sedikit sebanyak dipercayai boleh dicapai dan NKRA menambah baik sistem pengangkutan awam dapat dilakukan demi kesejahteraan rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang atau anutan ideologi politik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada sesiapa yang menyokong.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Temerloh

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat, untuk perbahasan rang undang-undang ini dan perbahasan rang undang-undang seterusnya, saya ingin hadkan masa tidak melebihi 15 minit seorang. Yang Berhormat Ledang.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ia berkaitan dengan kepentingan orang ramai dan ia banyak perkara. Saya kira bahawa ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cuba tengok...

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak sewajarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Susun atur rang undang-undang untuk dua hari akan datang. Then, you know how to manage time.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, tetapi undang-undang ini satu undang-undang yang sangat penting yang menyentuh soal black list, menyentuh soal saman ekor dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Macam-macam.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada perkara-perkara lagi sehingga kesalahan hendak mendaftar, nombor plat pun hendak kena hukum penjara.

Banyak pindaan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan ambil mudah. Jangan terlalu mudah untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan sampai jadi begini Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya lah, saya minta...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

15 minit tidak mencukupi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya cuma bayangkan bagaimana berapa banyak rang undang-undang yang harus kita luluskan dalam masa dua hari di hadapan kita ini.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Memang tidak akan habis rang undang- undang. Kita terpaksa pinda ke mesyuarat yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang.

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah buang masa Yang Berhormat.

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah pun berjaya membentangkan rang undang-undang ini yang telah berlarutan lama Yang Berhormat Kota Melaka semata-mata kerana hendak menangani masalah utama dalam sistem pengangkutan kita terutamanya di jalan raya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut lebih kepada menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada angka yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah kematian disebabkan oleh kemalangan jalan raya pada kadar setiap 1 jam 20 minit, seorang mati kerana kemalangan jalan raya. Itu yang mati, yang cedera belum lagi ini. Kadar kematian satu kadar yang amat tinggi dan dalam konteks antarabangsa, nampak dia sebut tadi kita menjadi juara. Satu perkara Tuan Yang di-Pertua, pada saya, rang undang-undang ini penting kerana ia ada kaitan dengan – umpama kita bawa senjata. Memandu kenderaan seperti kita sedang memegang senjata. Kalau kita pegang senjata, salah guna senjata atau salah pegang kah, ia bukan sahaja boleh mencederakan, malah membunuh manusia. Belum binatang lagi. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya pada peringkat awal sangat menyokong rang undang-undang ini kerana ia lebih rapat dengan kematian manusia ataupun ia lebih rapat dengan salah guna senjata kerana bawa kenderaan atau bawa kereta, lori kah, bawa apa kah, ia seumpama kita sedang membawa senjata. Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini juga disebut salah satu daripada pendekatannya ialah untuk mengubah sikap manusia iaitu dengan hukuman atau penalti yang – saya pinjam perkataan MIROS – yang memeritkan. Maknanya, teori daripada pihak MIROS percaya – MIROS menasihatkan Menteri, kemudian dibentang dalam Dewan ini dalam bentuk rang undang-undang – mereka percaya bahawa dengan mengenakan hukuman yang memeritkan sahajalah pemandu- pemandu kenderaan akan dapat mengubah sikap mereka daripada menyalahgunakan senjata tersebut iaitu kenderaan kepada menggunakan dengan berhati-hati. Maknanya, akan dikenakan satu tindakan dalam bentuk hukuman yang memeritkan dan kaedah mengenakan hukuman yang memeritkan itu ialah bagaimana kita boleh ke arah mengenakan hukuman. Di sinilah salah satunya Tuan Yang di- Pertua, disebut dalam seksyen 2, “Memasukkan selepas takrif “hari yang ditetapkan” takrif yang berikut, iaitu “imej yang dirakamkan” ertinya mana-mana imej tampak (sama ada pegun atau bergerak) yang dirakamkan, diungkapkan, digambarkan dan sebagainya.” Maknanya, kita akan menggunakan sistem rakam atas kesalahan pengguna-pengguna kenderaan di jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, ini adalah salah satu faktor yang boleh kita himpunkan dalam kita mengendalikan masalah di jalan raya. Banyak faktor sama ada faktor jentera atau mesin, faktor kaedah, faktor bahan, faktor manusia, faktor kewangan, faktor pengurusan dan sebagainya. Ini adalah salah satu faktor iaitu faktor manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya selalu sebut di dalam Dewan yang mulia ini, sebelum kita pergi lebih jauh – yang insya-Allah kemudian nanti akan disambung oleh rakan-rakan lain – ialah bagaimana kita boleh mendidik pengguna jalan raya ini di mana selain daripada kita hendak mengenakan hukuman yang memeritkan, tetapi mereka telah kita didik daripada peringkat sekolah lagi Tuan Yang di-Pertua. Daripada peringkat sekolah lagi tidak menghormati jalan raya kerana nampaknya kita masih lagi belum ada satu pendekatan yang tegaslah ataupun bagaimana kita boleh memudah cara untuk menangani masalah pengguna jalan raya di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pengguna kenderaan atau pemandu kenderaan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Mereka yang bawah umur 16 tahun di seluruh negara Tuan Yang di-Pertua, sama ada bandar, pekan atau kampung – budak sekolah rendah pun naik motosikal pergi ke sekolah – menggunakan kenderaan, memandu kenderaan ke sekolah. Ini sekolah rendah, sekolah menengah apatah lagi. Bawah umur. Memang mereka belum layak pun menerima atau mendapat lesen kerana umur bawah 16 tahun tetapi mereka telah pun menggunakan kenderaan. Mereka memandu kenderaan umpama mereka memegang senjata dan tanpa lesen. Macam hendak pegang senapang tanpa lesen. Yang Berhormat Kuala Krau, betul kan? Memegang senapang tanpa lesen.

[Bangun]

Ya? 15 minit ini. Apa benda hendak cakap? Satu minit boleh? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk bab ini Tuan Yang di-Pertua, supaya – pertamanya, apakah pendekatan yang lebih tegas ke atas pelajar-pelajar sekolah bawah umur menggunakan atau memandu kenderaan? Tuan Yang di-Pertua, mereka ini sudah dilatih, sudah kita ajar, didik mereka tidak menghormati undang-undang jalan raya kerana kita biarkan mereka. Ibu bapa biarkan, guru-guru biarkan, polis biarkan, JPJ biarkan. Kalau berani, tangkaplah, bukan? Wakil rakyat pun biarkan. Malahan, banyak kejadian di mana-manalah, yang mana wakil rakyat membela. Apabila ada aduan, wakil rakyat membela supaya polis janganlah strict sangat dengan pelajar-pelajar yang menggunakan kenderaan kerana mereka hendak pergi ke sekolah tiada kenderaan. Alasannya tidak ada kenderaan, tetapi Tuan Yang di-Pertua, ini secara tidak langsung telah mendidik mereka tidak menghormati undang-undang jalan raya. Jadi saya ingin hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah penyelesaiannya ke atas perkara ini? Pertama, mungkin kalau boleh saya hendak cadangkan Tuan Yang di-Pertua, ada atau tidak kaedah supaya kita boleh mencadangkan lesen memandu kenderaan bagi kanak-kanak sekolah dalam tempoh sekolah sahaja ataupun kepada pelajar-pelajar sekolah? Maksudnya, dengan syarat- syarat yang ketat – pakai uniform, mungkin pakai baju kalis kemalangan. Maknanya, dengan syarat-syarat tertentu seperti mereka tidak boleh membonceng. Mungkin bagi pelajar-pelajar yang sekolah menengah sahaja kerana isunya tadi kita tak boleh hendak berhentikan mereka daripada menggunakan kenderaan menghala ke sekolah. Saya rasa ada pendekatannya ataupun mungkin kita galakan mereka menggunakan kenderaan tanpa enjin tetapi yang diimport. Basikal yang menggunakan bateri atau berenjin bateri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, nanti Kementerian Kerja Raya kena buat special lane untuk dia orang pula Yang Berhormat.

Maknanya ada, ataupun dengan izin, worst come to worst, kita terpaksa tegas, kerana saya hendak fokus kepada satu tempoh sekolah dalam tempoh antara lebih kurang lima tahun mereka telah dididik begitu rupa – tidak menghormati undang-undang jalan raya Tuan Yang di-Pertua. Ini satu penyelesaian yang sangat sukar. Kemudian, untuk menyelesaikan masalah pemandu ini yang degil di jalan raya ini, setelah mereka dididik dengan tidak menghormati undang-undang jalan raya, kemudian hendak dikenakan satu tindakan yang memeritkan. Memanglah Tuan Yang di-Pertua, saya setuju satu tindakan yang memeritkan tetapi sebelum itu mesti ada penyelesaian, satu kaedah supaya mereka awal-awal lagi dididik, sebab saya dengar ada kokurikulum undang-undang jalan raya di sekolah dan sebagainya tetapi nampaknya belum cukup Tuan Yang di-Pertua. Ini mesti ditangani. Tuan Yang di-Pertua, kita hendak kenakan satu tindakan yang memeritkan. Itu kita setujulah, tetapi perlu diingat Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mempunyai

pendekatan, peralatan dan segala peruntukan yang cukup, sebab ini melibatkan satu pendekatan hukuman yang memeritkan. Maknanya, kita mesti lengkapkan dengan segala perisian tentang maklumat-maklumat berkaitan dengan pemandu, berkaitan dengan pesalah-pesalah jalan raya. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, bagaimana dahulu dengan – bukan cadangan – dengan satu perkara yang pernah disebutkan iaitu data profiling system? Apakah kemajuan kepada data profiling system tersebut? Bagaimana pemakaian ataupun pengaplikasiannya? Bagaimana dengan kerjasama di antara semua kementerian yang berkaitan atau semua agensi atau jabatan yang berkaitan dengan data profiling system? Ini kerana kalau data ini tidak ada, walaupun kita ada sistem rakaman imej dan sebagainya tetapi kalau datanya tidak sempurna Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya yakin kita tidak sampai ke tahap itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini sangat penting. Kalau tidak salah saya kita ada tidak kurang daripada 10 jabatan, agensi yang berkaitan dengan pemandu ini. Bagaimana kita boleh selaraskan semua ini. Adakah dengan kaedah AES, dengan sistem rakaman di seluruh jalan raya yang hendak dikenakan ini akan dapat menjamin satu data yang lengkap? Mungkin yang ditangkap gambar itu bukan kenderaan yang dipunyai oleh orang yang sebenar. Maknanya apabila tidak ada data yang cukup kemungkinan kita boleh menghukum mereka yang tidak bersalah. Betul, mungkin kita boleh semak dan semak tetapi pendekatannya mungkin terpaksa berdepan dengan banyak kerenah Tuan Yang di-Pertua. Jadi kepada saya data ini, bermakna sistem yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Menteri perlu dikemas kini. Tuan Yang di-Pertua, ramai yang menyebut tentang saman ekor. Akta ini insya-Allah Tuan Yang di-Pertua akan sekurang-kurangnya menyukarkan pendekatan saman ekor. Tadi saya sebut dengan rang undang-undang ini akan dapat mengenakan tindakan yang memeritkan kepada pesalah-pesalah jalan raya. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua rang undang-undang ini akan diterima dengan hati yang ikhlas oleh semua pemandu jalan raya termasuk oleh pihak pembangkang. Yang Berhormat Pokok Sena sudah tentu setuju. Makna Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sangat kalau rang undang-undang ini diterima dengan ikhlas hati kerana ia terkandung dalam NKRA. Salah satu daripada perkara NKRA ialah sistem pengangkutan jalan raya. Kita hendak kurangkan dan kalau boleh sifar. Kalau tidak dapat pun kurangkanlah kemalangan jalan raya ini. Makna kita hendak bergerak, kita hendak masuk alam baru. Kita hendak rela hati terima segala saman yang akan dikenakan apabila rang undang-undang ini dikenakan Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua rang undang-undang ini boleh diterima oleh orang ramai dengan azam baru, dengan era baru tetapi kepada saya yang lepas itu lepaslah. Ini hendak masuk azam baru, hendak terima, hendak sokong bulat-bulat, hendak terima dengan hati yang suci dengan azam baru, tetapi kepada saya kita kena win-win situation Tuan Yang di-Pertua. Makna kerajaan turunkan rang undang-undang ini diterima baik oleh orang ramai tetapi apa yang orang ramai dapat dalam tempoh yang singkat ini. Kepada saya kita buka era baru, makna kita lupakan segala saman ekor lepas-lepas ini kerana yang lepas itu lepas. Kita masuk era baru, alam baru dan yang akan datang kita terima apa juga saman-saman yang akan dikenakan dengan rang undang-undang ini kita terima bulat-bulat kerana kita yakin rang undang-undang ini sempurna. Kalau ada cacat sedikit itu perkara biasa. Kemudian ada jadual tadi, ada peruntukan disebutkan akan ada penambahbaikan dan sebagainya. Maknanya akan datang kita percaya bahawa segala saman yang dikenakan itu berdasarkan kepada rang undang-undang baru yang lengkap, bukan lagi seperti rang undang-undang lama.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Ledang, minta penjelasan.

Sekejap, 15 minit. Minta maaf.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bagaimana hendak lupakan saman- saman ekor yang lama? Kerajaan sudah umum akan senarai hitamkan mereka. Ini

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

apa logik Yang Berhormat Ledang ucap ini? Bagaimana hendak lupakan kalau tidak minta kerajaan batalkan saman ekor yang tertunggak itu, yang mana Yang Berhormat kata rang undang-undang sekarang ini lagi sempurna.

Tanya Yang Berhormat Menteri. Sekejap.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Batu Gajah banyak saman ekor kot. Saya ingat Yang Berhormat Batu Gajah banyak saman ekor.

Saya tidak boleh beri jawapan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta penjelasan. Saya minta Yang Berhormat Ledang jelaskan apa maksud dia lupakan saman-saman yang lama itu.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Yang Berhormat Batu Gajah banyak saman ekor, sebab itu dia suruh batal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Buat masa ini belum bagi lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya tidak bagi jalan.

Sebab... belum benar lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh habiskan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal hendak jadi hero. Saya tahu ada pihak yang hendak jadi hero tetapi ini lebih kepada hendak mendapatkan kerjasama daripada orang ramai, seluruh rakyat Malaysia tidak kurang 10 juta yang memandu kereta kenderaan ini. Signal itu nampak Tuan Yang di- Pertua, hendak ulang banyak kali. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ulang sekali lagi kita hendak dapatkan kerjasama daripada orang ramai, daripada seluruh rakyat Malaysia. Kita sudah hendak masuk azam baru ialah dengan win-win situation. Maknanya rakyat terima ini dan kerajaan salurkan satu kemudahan di mana bukan 50%, tetapi saya mencadangkan supaya kita berilah sokongan bulat-bulat kepada cadangan ini supaya saman yang lepas-lepas ini kita lupakan sahajalah. Anggapkan itu sebagai satu pengajaran. Maknanya ada win-win situation. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini disuarakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Halalkanlah yang dahulu itu.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua sama ada di sebelah sini atau sebelah sana semuanya membawa hasrat. Tidak ada seorang pun wakil rakyat di sini kecuali yang tidak setuju dengan saman-saman ekor yang lepas ini diteruskan. Memang mereka setuju, mereka membawa suara rakyat maknanya apa lagi Tuan Yang di-Pertua medan yang kita ada kecuali di Dewan yang mulia ini supaya kita sama-sama menerima desakan daripada orang ramai supaya saman-saman ekor yang lepas ini...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh penjelasan?

Minta maaf.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit sahaja pasal saman ekor. Boleh?

Bagi signal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habis masa Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

15 saat sahaja kalau boleh?

Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja kerana yang lepas itu semuanya amat meragukan. Ada yang sahih dan ada yang tidak sahih dan saya yakin kalau itu pendekatan yang kita buat, insya-Allah Tuan Yang di- Pertua rang undang-undang ini akan diterima bulat-bulat, suci hati oleh rakyat Malaysia. Dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saya rasa amat kecewa dengan cara pihak kerajaan membawa pindaan akta di Parlimen ini. Kita tahu bahawa kita baru meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan mungkin kerana kritikan politik dibawa pula pindaan kemungkinan dengan kuasa Menteri Pengangkutan untuk melantik pegawai-pegawai kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini. Memang kita akan mempunyai masalah besar kalau kita luluskan pindaan seperti yang dicadangkan dalam Parlimen ini, seperti yang dibentangkan kerana kita tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kalaulah Menteri sekarang kerana kritikan bahawa kuasa Menteri Pengangkutan telah diambil daripada Menteri Pengangkutan dan diberikan kepada SPAD ini, maka di bawah pindaan secara piecemeal, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan ini dicadangkan untuk seksyen 4B ni semata-mata kerana politik. Kita tahu dahulu MCA mempunyai seorang Menteri Kewangan dan juga Menteri Perdagangan. Kuasa kementerian-kementerian berkenaan telah diambil alih oleh UMNO dan apabila nampaknya kuasa Menteri Pengangkutan pula diambil oleh UMNO lagi, kritikan telah dibuat dan tiba-tiba kita membuat pindaan kepada seksyen 4B untuk memulihkan kuasa.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini sebabnya masa kita untuk berbahas tidak cukup Yang Berhormat Pokok Sena beritahu Yang Berhormat Beruas itu. Itu sebabnya beritahu Yang Berhormat Beruas, kurang politik itu masalahnya.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Betul. Saya mahu jelaskan bahawa kita mesti menyelaraskan kuasa.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Sangkaan jahat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebab itu saya minta diselaraskan kuasa Menteri Pengangkutan ini kerana kalau Menteri Pengangkutan mempunyai kuasa untuk melantik pegawai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas, sambung esok.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih.

Dato' Shamsul Anuar NasarahUMNO · BNLenggong

Esok Yang Berhormat Beruas tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu 15 Disember 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 8 malam.