Dewan Rakyat · 15 December 2010
15th Parliament, session 3, meeting 3 · 2,057 turns · 78,682 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagaimana dan bila kementerian boleh menyelesaikan masalah waktu bekerja bagi kakitangan bomba kerana selama ini mereka bekerja melebihi 8 jam sehari.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Ledang yang telah pun mengemukakan soalan pada pagi ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, waktu bekerja melebihi lapan jam sehari yang diamalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada masa ini merupakan amalan biasa bagi kebanyakan pasukan bomba di seluruh dunia. Ini sesuai dengan nature of work dengan izin, pasukan ini yang mungkin berbeza dengan agensi-agensi yang lain. Daripada 253 buah balai bomba yang beroperasi di negara ini, terdapat 172 buah mengamalkan syif 12 jam dan 81 buah lagi mengamalkan syif 24 jam. Penentuan jenis syif yang diamalkan berasaskan risiko di sesuatu tempat dan kekerapan kecemasan yang dihadiri dalam setahun. Balai yang kerap menerima panggilan kecemasan akan dinaiktarafkan daripada syif 24 jam kepada 12 jam. Tujuan dua kategori syif diwujudkan adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, di mana balai-balai bomba 12 jam memerlukan perjawatan 29 orang anggota manakala balai 24 jam memerlukan 20 orang anggota. Anggota bomba yang bekerja syif dibayar bantuan insentif bomba pada kadar RM110 untuk syif 12 jam dan RM220 bagi syif 24 jam. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, walaupun persoalan kerja syif 24 jam ataupun 12 jam ini adalah satu nature of work di seluruh dunia, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan mereka standby itu mereka tetap akan sentiasa berhadapan dengan risiko atau bahaya yang tinggi semasa mereka di dalam operasi. Maknanya mereka akan berhadapan dengan bahaya yang tinggi apabila mereka dipanggil untuk beroperasi. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka berhadapan dengan kebakaran mereka berhadapan dengan api, kalau mereka berhadapan dengan kemalangan jalan raya kemungkinan kereta akan meletup, kalau mereka berhadapan dengan ular mungkin bisa dan sebagainya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, adakah berdasarkan kepada risiko tersebut walaupun nature ia begitu, kementerian akan mencadangkan atau mengambil satu inisiatif atas rungutan di peringkat pegawai-pegawai bomba? Bahawa mereka sedang menuntut satu elaun, iaitu elaun kritikal seperti mana elaun kritikal yang dibayar kepada anggota keselamatan dan polis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Ledang. Saya memang memahami apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat. Memang saya setuju sebab bagi seseorang anggota bomba yang mempunyai pangkat yang paling rendah sekali, gaji mereka hanya dalam lingkungan RM1,327. Ini termasuk semua jenis elaun yang diberikan kepada seorang anggota bomba. Walaupun saya setuju kadar insentif bomba untuk standby hanya dalam lingkungan RM110 hingga RM220 sebulan, ini tidak dianggap sebagai tinggi kalau hendak dibandingkan dengan pasukan-pasukan seragam yang lain. Oleh yang demikian saya setuju supaya cadangan ini boleh diambil kira dan kita akan meneliti dan memperhalus sekali lagi melalui cara apa kita dapat memperbaiki ataupun membuat pertambahan kepada elaun yang diberikan kepada seseorang anggota bomba. Ini memandangkan pasukan bomba di negara ini telah pun memainkan peranan yang cukup penting sekali untuk menyelamatkan bukan sahaja nyawa rakyat, malahan menyelamatkan harta benda rakyat di negara ini. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk bertanya soalan tambahan. Di samping isu kebajikan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Ledang tadi, kita menyokong dan kita ucapkan tahniah di atas kegigihan dan dedikasi anggota bomba kita. Soalan tambahan saya, dalam era yang semakin mencabar ini di samping elaun dan kebajikan, yang perlu kita perhatikan kepada anggota bomba ini khususnya di bandar-bandar besar dan di Lembah Klang ini bangunan-bangunan pencakar langit semakin banyak, kondominium tinggi.
Adakah kementerian Yang Berhormat menyedari perkara ini, tentang kebolehupayaan in terms of dengan izin competency, kecekapan anggota bomba kita. Bayangkan kalau menara yang tinggi di Jalan Duta itu, yang kondominiumnya begitu banyak – bukan kita mahu tetapi kalau berlaku kebakaran. Adakah dari segi peralatan kecekapan itu telah diupgrade dengan izin? Mereka telah diberikan latihan yang secukupnya memandangkan risiko yang mereka hadapi dan demikian juga kalau berlaku malapetaka yang tidak terduga seperti runtuhan tanah tinggi dan seumpamanya. Adakah anggota bomba kita diberikan latihan yang secukupnya untuk menghadapi semua cabaran ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang dari segi menjalankan tugas-tugas sebagai anggota bomba, anggota-anggota harus sentiasa diberikan latihan-latihan yang terkini khususnya kita dapat melihat di kota-kota besar di negara ini, terdapat begitu banyak wisma- wisma dan bangunan-bangunan pencakar langit seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.
Selain daripada latihan yang sentiasa diberikan kepada anggota bomba, kita juga sentiasa ‘mengupgradekan’ dengan izin, peralatan-peralatan yang digunakan untuk memadam api. Hendak memadam api jika berlaku kebakaran di bangunan yang berbelas-belas tingkat ini bukan satu perkara yang mudah. Walaupun kita mempunyai peralatan yang canggih seperti sky lift yang boleh naik hingga 15 tingkat, buat sementara ini kita masih boleh mengawal, masih boleh menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Walaupun demikian, kita akan sentiasa ‘mengupgradekan’ lagi peralatan- peralatan yang lebih canggih. Kita tidak mahu melihat peristiwa seperti di filem Towering Inferno berlaku di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara) tidak hadir]
3. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan status ‘Pengerang Battery’ sama ada terdapat usaha atau perancangan untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu warisan sejarah negara.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara telah menyenaraikan kawasan Pengerang Battery atau tapak pertahanan Perang Dunia Kedua British di dalam senarai inventori tapak warisan. Namun tapak berkenaan masih lagi dalam proses penilaian untuk diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Secara umumnya, berdasarkan kepada kajian awal, Pengerang Battery berkepentingan daripada segi sejarah kerana mempunyai kaitan dengan Perang Dunia Kedua. Kajian dan penyelidikan sedang dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil termasuk potensi untuk ditawarkan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pihak kerajaan percaya tindakan sewajarnya akan diambil setelah hasil kajian dan penyelidikan diperoleh.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti Yang Berhormat tahu, pada tahun 1936, Pengerang Battery ini telah dibina oleh Kerajaan British sebagai satu kubu pertahanan laut di mana mereka menggunakan kubu ini sebagai satu pendekatan untuk menentang kemasukan askar Jepun ke Tanah Malaya dan juga ke Singapura. Akan tetapi semua orang tahu, kalau kita masuk dalam website Pengerang Battery, semua orang tahu dari segi kajian sejarah bahawa Pengerang Battery ini menggambarkan kegagalan tentera British memahami strategi perang kerajaan ataupun askar Jepun yang dapat menakluki Tanah Malaya dan Singapura melalui jalan darat dan bukan jalan laut. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat yang mewakili kementerian, adakah kerajaan serius kerana melihat kalau kita memajukan sebagai contohnya satu muzium tentera katakan, contoh. Adakah secara tidak langsung kita akan menggerakkan pendekatan memalukan tentera ataupun Kerajaan British disebabkan oleh dengan izin ‘the stupidity of the Belanda of the British Government’ pada masa tersebut.
Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mewakili kementerian. Sejauh manakah seriusnya Kerajaan Malaysia yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam kajiannya sebagaimana. Adakah adanya time frame ataupun sejauh manakah akan dijadikan masa dan sebanyak manakah perbelanjaan yang akan ditekankan dan adakah wujudnya keikhlasan untuk menjadikan Pengerang Battery ini sebagai satu muzium tentera? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Memang Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serius dengan hendak wariskan. Pihak Jabatan Warisan Negara sedang menjalankan penilaian visual, oral dan sejarah tapak proses. Ini akan mengambil masa sedikit. Mungkin, kita telah pun menghantar kepada Menteri untuk mendapat kelulusan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita membawa isu Pulau Batu Putih ke ICJ...
Ada nasib ini Yang Berhormat Kubang Kerian. Terus dapat dua kali.
Saya bangun. Yang lain tidak bangun. Bukan salah ibu yang mengandung. [Ketawa] Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apabila Pulau Batu Putih dibawa ke ICJ, kita kalah dan keputusannya diberikan kepada kita Batuan Tengah (Middle Rock) dan Tubir Selatan (South Ledge), itu telah menjadi sejarah dan warisan negara. Apakah kementerian Yang Berhormat tidak bercadang untuk membina ataupun mewujudkan suatu tanda ataupun suatu simbol ataupun suatu bangunan untuk Batuan Tengah dan Tubir Selatan ini untuk dijadikan sebagai warisan sejarah. Walaupun semasa air pasang dia tenggelam, nampak pada air surut, tetapi ia sudah menjadi satu warisan. Jadi apa peranan ataupun cadangan yang Kementerian Yang Berhormat terhadap dua batu ini iaitu Batuan Tengah dan juga Tubir Selatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, soalan yang ditanya di luar soalan asal. Saya tidak mempunyai butir-butir. [Soalan No. 4 – Y.B. Tuan Amran bin Ab. Ghani (Tanah Merah) tidak hadir]
5. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Pelancongan menyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan aktiviti pelancongan di Pasir Salak, satu tempat yang bersejarah.
Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Pasir Salak kerana pertanyaan ini. Kerajaan menghargai perhatian Yang Berhormat Pasir Salak untuk memajukan Pasir Salak sebagai satu lokasi pelancongan bersejarah bukan sahaja di Perak, malah di seluruh negara. Ini dapat dilihat melalui usaha Yang Berhormat Pasir Salak, di mana beliau telah membawa perhatian kerajaan untuk memajukan
lagi Pasir Salak melalui usul yang telah dibawa olehnya dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas dan pertanyaan lisan yang dikemukakannya dalam sesi ini.
Kerajaan sememangnya memberi perhatian untuk memajukan aktiviti pelancongan di Pasir Salak yang merupakan satu lokasi yang bersejarah bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk menaik taraf Kompleks Sejarah Pasir Salak. Antara komponen projek di lokasi tersebut termasuklah menaik taraf landskap, papan tanda setiap bangunan atau monumen, tandas, pondok tiket, ruang pameran di terowong sejarah dan membaik pulih jam matahari. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan kedatangan pelancong ke Pasir Salak pada tahun 2009 adalah seramai 38,471 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.4% berbanding tahun 2008 yang mencatatkan bilangan kedatangan pelancong sebanyak 37,556 orang. Ini menunjukkan daya tarikan Pasir Salak sebagai satu lokasi sejarah yang mampu menarik pelancong-pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Perak. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah bolehkah pihak kementerian dan kerajaan khususnya menjadikan Pasir Salak ini benar-benar sebagai satu destinasi pelancongan yang hebat dan menjadi produk pelancongan yang hebat kerana sebagaimana yang kita tahu dan Yang Berhormat Menteri telah mengakuinya, Pasir Salak merupakan satu destinasi atau lokasi di mana ianya terkenal di seluruh dunia daripada segi sejarahnya. Tidak perlu lagi diperkenalkan nama Pasir Salak itu dan selain daripada itu Pasir Salak juga mempunyai kelebihan-kelebihan untuk dijadikan produk pelancongan bukan sahaja daripada segi sejarahnya tetapi juga daripada segi kebudayaan cara hidup kampung dan juga kawasan sawah padi, kawasan kelapa sawit, kebun getah dan semuanya ini merupakan kriteria-kriteria yang cukup untuk memajukan eco-tourism di Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin kalau boleh memberi cadangan kepada kementerian untuk mengambil langkah-langkah seperti membangunkan kawasan-kawasan tebing Sungai Perak di Pasir Salak untuk dijadikan kawasan yang boleh dibangunkan menjadi pusat rekreasi kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negeri. Keduanya, mengorek sungai yang sudah mendap dan menjadi pulau-pulau supaya sungai ini boleh digunakan sebagai tempat kita mengadakan water sport dengan izin, sukan air dan speed boat yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negara. Selain itu saya juga mencadangkan kepada kementerian khususnya Kementerian Pelancongan mengadakan pesta-pesta makan durian, pesta makan buah-buahan di Pasir Salak kerana kita punyai kebun buah-buahan di sana yang banyak dan akhir sekali saya mencadangkan oleh kerana ianya adalah daripada segi sejarah bukan sahaja pembunuhan Birch, kebangkitan semangat nasionalis Melayu bukan sahaja sekadar itu, di Pasir Salak merupakan pusat negeri Kerajaan Negeri Perak. Istana-istana kerajaan sultan-sultan dahulu semuanya bertempat di sana dan ini kalau boleh kita contohi Melaka. Kita bangunkan semula istana- istana ini bukan bermakna istana betul, istana replika yang boleh digunakan untuk menarik pelancongan. Saya sangat-sangat bermohon kepada kerajaan kerana dengan pembangunan sektor pelancongan ini akan memberi peluang kepada rakyat penduduk Pasir Salak yang sekarang ini hanya sangat bergantung kepada pertanian. Kita tidak ada perkilangan di Pasir Salak dan kita perlu industri
pelancongan sebagai satu strategi untuk membela nasib rakyat di kampung. Sekian, terima kasih.
Menteri, sebelum jawab. Ahli Yang Berhormat, saya tadi memikirkan saya akan beri tiga soalan tambahan. Memandangkan Yang Berhormat Pasir Salak telah berhujah begitu panjang, sekarang saya benarkan satu sahaja soalan tambahan dan kemarahan itu jangan tujukan kepada saya, kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tidak mampu Yang Berhormat jaga Ahli-ahli Yang Berhormat, biar Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang jaga di antara sama sendiri.
Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kalau sudah bercakap saya tidak tarik balik. Jadi hati-hati.
Tuan Yang di-Pertua, boleh dapat penjelasan?
Yang itu Yang Berhormat, cadangan-cadangan. Saya tidak ada nampak ada soalan.
Tak, ada. Saya mulakan dengan soalan. Soalan saya ada dalam itu Tuan Yang di-Pertua. Minta kalau boleh dijawab.
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Ini nampak peraturan berubah daripada semasa ke semasa ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan Ahli Parlimen menjaga Ahli Parlimen, saya membantu Yang Berhormat Pasir Salak agar jawapan dipertimbangkan untuk diperjelaskan. Mohon penjelasan.
Menteri, duduk dulu Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak bahawa berubah-ubah peraturan, yang ubah bukan saya, Ahli-ahli Yang Berhormat. Minggu lalu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kalabakan saya benarkan tiga soalan tambahan dengan persetujuan semua bahawa soalan tambahan precise to the point, dipersetujui semua. Sama ada Yang Berhormat Pasir Salak tahu atau tidak saya tidak tahu. Saya benarkan Yang Berhormat Pasir Salak untuk buat soalan tambahan tapi bukan membuat soalan tambahan, berhujah. Tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat tidak faham semua ini?
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Saya mengikuti persidangan Dewan ini dan ada masanya Tuan Yang di-Pertua membenarkan soalan disusuli dengan penerangan dan penjelasan. Kenapa bila tiba giliran saya maka saya tidak dibenarkan? Terima kasih.
Sila teruskan siapa tadi yang menjawab. Sila Menteri.
6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Kewangan menyatakan demi konsep 1Malaysia berikan butir-butir lengkap mengenai bilangan pembayar cukai pendapatan perseorangan yang berdaftar dan mencarumkan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut kaum, serta jumlah bayaran cukai mereka bagi tahun taksiran 2009 dan 2010.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, borang yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi maksud pendaftaran dan pembayaran cukai pendapatan oleh rakyat Malaysia tidak mempunyai butiran kaum. Ini memandangkan butiran kaum tidak diperlukan kerana penggunaan cukai pendapatan individu adalah sama rata bagi setiap individu tanpa mengambil kira perbezaan kaum, sebaliknya asas yang penting adalah individu yang berkenaan memperoleh pendapatan daripada Malaysia sama ada pendapatan perniagaan, penggajian atau lain-lain punca seperti pendapatan dividen, sewa dan sebagainya. Selain daripada itu, taraf sama ada individu bermastautin di Malaysia atau sebaliknya juga adalah penting untuk menentukan individu berkenaan layak menuntut pelepasan cukai individu yang dihadkan kepada pemastautin di Malaysia sahaja. Sehubungan itu, bilangan pembayar cukai pendapatan individu yang berdaftar serta mencarumkan cukai mengikut kaum tidak dapat dikemukakan. Secara keseluruhan, jumlah cukai pendapatan individu bagi tahun taksiran 2009 adalah sebanyak RM15.5 bilion dengan bilangan pembayar cukai seramai lebih kurang 2.2 juta orang manakala jumlah cukai pendapatan individu dan bilangan pembayar cukai bagi tahun taksiran 2010 tidak dapat dikemukakan pada masa ini kerana angka tersebut akan dimuktamadkan pada 31 Disember 2010.
Walau bagaimanapun, kerajaan anggaran awal jumlah cukai pendapatan individu bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM18.7 bilion. Sekian.
Yang Berhormat Jelutong. Ingat jangan panjang, precise to the point. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya senyum dan saya tersenyum pagi ini oleh kerana soalan saya tidak terjawab maka saya tiada soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kinabatangan, duduk dahulu. Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong kerana soalan tambahan cuma boleh ditanya apabila jawapan Menteri itu ada perkara yang timbul dan perlu diketahui tetapi kalau jawapan itu tidak menepati kepada soalan apabila ahli yang berkenaan Yang Berhormat Jelutong tadi tidak mengemukakan soalan tambahan, dia betul. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Ini saya mengemukakan soalan tambahan daripada rakyat iaitu mencadangkan apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji sistem pelepasan cukai terhadap mana-mana pekerja di Malaysia yang memperuntukkan sejumlah wang gaji kepada ibu bapa dan adik- adik sebab Tuan Yang di-Pertua ramai di kalangan pekerja di Malaysia yang
berpendapatan RM2,500 ke bawah. Justeru itu apakah kerajaan mempertingkatkan kepada RM4,000 gaji barulah dikenakan cukai sebab pekerja muda ini mereka kena menampung ibu bapa mereka, adik-adik mereka. Jadi saya harap soalan ini dapat dijawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang saya tahu Yang Berhormat begitu prihatin dengan rakyat- rakyat yang berpendapatan bukan tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini yang mesti membayar cukai iaitu untuk kategori yang berkahwin iaitu pasangan tiada punca pendapatan yang lain iaitu RM3,151. Yang Berhormat cadangkan supaya ditingkatkan kepada RM4,000. Kementerian akan timbangkan.
Soalan tambahan. Kita Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini memang betul sepatutnya tidak ditanya tetapi oleh kerana Tuan Yang di-Pertua benarkan saya kata kalau jawapan secara bertulis pun saya terima sebab saya hendakkan maklumat ini. Setakat ini walaupun tidak ada jumlah mengikut kaum, ada atau tidak angka atau statistik yang menunjukkan berapa banyak yang terkini cukai yang belum dipulangkan mengikut kategori kaum seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Jelutong tadi dan juga jumlah yang kita pegang atas dasar kerana cukai pegangan semata-mata. Maksudnya bukan cukai yang kita tahan sahaja daripada pembayar cukai mengikut kaum dan juga di antara yang bermastautin dalam negara dengan tidak bermastautin maksudnya orang luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Seperti Yang Berhormat kata, saya memerlukan masa untuk menjawab soalan ini.
7. Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan adakah kementerian ini mempunyai peruntukan untuk menggantikan paip-paip air gravity feed bagi rumah- rumah panjang dan kampung yang sudah uzur dan sering pecah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ada menyediakan peruntukan bekalan air luar bandar sistem alternatif yang terdiri daripada sistem gravity feed dan tube well. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM72.34 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek BALB Sistem Alternatif yang melibatkan 281 buah projek. Daripada jumlah tersebut, negeri Sarawak diperuntukkan sebanyak RM38.32 juta bagi pelaksanaan 86 buah projek. Peruntukan yang disediakan oleh kementerian bagi pelaksanaan projek BALB Sistem Alternatif merangkumi kerja- kerja menaik taraf dan juga bina baru. Kerja-kerja menaik taraf ini termasuklah mengganti paip-paip yang lama dan pecah. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada projek-projek baru bagi memastikan lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan bekalan air di samping dapat meningkatkan liputan bekalan air di kawasan luar bandar. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Hampir semua rumah panjang di luar bandar, hanya di hulu-hulu sungai mendapat gravity feed. Saya sering kali diminta oleh penduduk rumah-rumah panjang untuk mendapatkan bekalan peruntukan untuk menggantikan paip. Saya mohon supaya pihak
Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk mempertimbangkan supaya air gravity feed paip-paip yang telah wujud di semua rumah panjang ini perlu diganti dengan segera.
Itu permohonan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu cadangan tetapi jawapan saya tadi pun sudah menepati permohonan.
Permohonan tidak payah jawablah.
Jawapan asal saya tadi pun sudah menepati.
Kalau cadangan saya tidak boleh dijawab, cadangan orang lain pun tidak boleh jawablah. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli-ahli Yang Berhormat, itu yang saya katakan tadi tanggungjawab supaya persidangan supaya dapat berjalan dengan lancar ialah tanggungjawab itu bukan di atas bahu Tuan Yang di-Pertua sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang buat check and balance di House of Common seperti begitu. Kalau umpamanya seorang Ahli Yang Berhormat melanggar peraturan mesyuarat, semua berteriak order, order, bukan Tuan Yang di-Pertua. Jadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak saya setuju. Kalau umpamanya seperti begitu, kalau saya sudah kasi signal bahawa itu bukan soalan, itu cadangan. Sama ada terima cadangan itu ataupun permohonan itu bilang kerajaan ya tahun depan atau bila. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak menerangkan jawapan asal saya sudah menepati untuk menjawab apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Lubok Antu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Soalan saya minta atau pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimanakah senarai supaya tidak ada kampung- kampung atau rumah-rumah panjang yang memerlukan naik taraf ataupun yang untuk memperbaiki sistem gravity feed ini, supply water ini tidak ada ketinggalan sebab misalnya di kawasan saya pada tahun ini dan tahun akan datang senarai sudah keluar. Di kawasan saya ada dua DUN, Dewan Undangan Negeri. Di sebuah DUN masukkan 40 buah sudah dapat - terima kasih, akan tetapi di sebahagian dari kawasan saya hanya satu sahaja. Maka kita sudah mohon lebih daripada itu. Begitu juga dengan kawasan Hulu Rajang yang berhampiran sebab di sana kawan saya Hulu Rajang dia mengadu bahawa hanya dua di kampung dia. Maka 300 lebih buah rumah panjang di sana. Soalan saya bagaimanakah kaedah yang diambil ataupun sistem untuk menyenaraikan kesemua kampung ini dapat dalam program ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Tuan Yang di-Pertua, senarai yang kita terima dan tapis bergantung 100% kepada senarai yang dikemukakan kerajaan negeri yang sebelum itu menerima senarai-senarai itu daripada bahagian dan juga pejabat daerah. Sekiranya ada tercicir saya memohon agar semua Ahli Yang Berhormat yang melihat senarai mereka belum complete kemukakanlah secepat mungkin kerana kita menggunakan sistem rolling plan ini, maka jangan khuatir tentang keciciran ini
kerana kita masih menerima senarai-senarai yang dikemukakan walaupun sampai tahun depan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kuala Krai juga termasuk dalam kawasan luar bandar dan mempunyai kampung-kampung yang masih mendapatkan bekalan daripada gravity feed ini. Seperti juga sistem air paip yang lain, jika berlaku kerosakan paip yang pecah, antara masalahnya ialah pencemaran bekalan air tersebut. Jadi dalam kontak air gravity feed ini, bukan sekadar paip pecah tetapi sumbernya pun terdedah kepada berbagai-bagai ancaman pencemaran. Jadi saya ingin bertanya, bagaimana kementerian menjalankan usaha untuk memastikan kualiti air sama ada di tempat penampalan air, di kolam-kolam di atas selamat, dan juga air yang tiba ke rumah tidak dicemari oleh sebarang pencemaran dalam proses dia turun melalui paip-paip yang telah rosak ini. Apa kaedah memastikan keselamatan air ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai. Saya hendak terangkan dua perkara di sini, iaitu tentang keutamaan yang diberikan. Kalau paip itu pecah, maknanya bukan mengganti kerana ianya sudah lama, tetapi sudah pecah. Itu memerlukan tindakan segera. Jadi keutamaan memang akan diberi kalau paip-paip yang pecah. Mengenai pencemaran terpulanglah pada pihak yang tertentu, sama ada hendak gazet tempat kawasan tersebut sebagai water catchment area. Jikalau tidak dibuat seperti itu, tugas kementerian kita cuma mengenal pasti sama ada untuk mencari sumber yang lain seperti tube-well. Sekiranya itu tidak dapat juga, yang akhir sekali kita akan reserve dengan izin kepada air hujan, tangki. Kita akan bekalkan tangki. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:- (a) langkah-langkah kerajaan menghadapi kemungkinan akan berlaku krisis penjanaan tenaga sekiranya isu kekurangan lebih 4000 mw. tenaga kuasa di mana beberapa IPP generasi pertama akan tamat tempoh; dan (b) sekiranya kerajaan bercadang untuk melanjutkan perjanjian, apakah Salient Term 4th Generation Power Purchase Agreement bagi perlanjutan tempoh bagi IPP yang bakal tamat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Takrif (JPPET) adalah bertanggungjawab bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi dan terjamin, disediakan berdasarkan unjuran kadar pertumbuhan permintaan bekalan elektrik. Bidang kuasa jawatankuasa ini merangkumi perkara-perkara berkaitan bekalan elektrik di Semenanjung dan Sabah. Jawatankuasa ini turut membuat keputusan mengenai projek-projek bekalan elektrik pada masa depan berdasarkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi serta pertumbuhan permintaan elektrik jangka panjang.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kapasiti penjanaan bagi penjana bebas generasi pertama yang akan tamat di antara tahun 2015 dan 2017 adalah sebanyak 4,105 megawatt. Antara langkah yang telah dipertimbangkan oleh JPPET bagi menampung permintaan bekalan elektrik pada tahun-tahun akan datang, ialah dengan membina loji jana kuasa baru atau pun melanjutkan tempoh tugas IPP generasi pertama sedia ada. Sehubungan dengan itu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Project Management Office (PMO) dan Suruhanjaya Tenaga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak IPP generasi pertama untuk mewujudkan industri bekalan elektrik jangka panjang yang mampan. Sesi perbincangan ini telah turut menimbangkan kemungkinan melanjutkan tempoh operasi IPP-IPP tersebut, berdasarkan terma-terma yang lebih adil, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kerajaan juga telah menerima maklum balas yang positif daripada pihak IPP berkenaan yang menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan industri bekalan elektrik jangka panjang yang mampan. Terma-terma bagi perlanjutan tempoh konsesi IPP generasi pertama masih di peringkat perbincangan, dan belum di muktamadkan lagi. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya soalan. Sebagaimana yang disebut tadi jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat kementerian, termasuklah juga untuk berbincang sama ada akan berlaku perlanjutan kepada tugas IPP yang telah diberikan sebelum ini projek-projek bekalan tersebut. Adakah kerajaan akan mengadakan open tender ataupun mengadakan tender semula walaupun kerajaan berminat untuk melanjutkan kontrak kepada IPP yang sedia ada. Bagaimanakah prosesnya dan apakah sasaran kerajaan bagi tarif baru yang akan dikenakan kepada IPP yang akan diberikan tugas ini? Apakah sasaran tarif yang akan diberikan kepada pihak rakyat selaku pengguna? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai proses untuk mengadakan penjanaan elektrik yang mencukupi untuk masa depan ini, terutamanya mengenai IPP generasi pertama ini. Perbincangan sekarang adalah supaya aset-aset yang terkandung ini dalam generasi pertama IPP ini- Supaya aset yang masih ada value, dengan izin, masih mempunyai lifespan supaya kilang ini boleh dioperasikan dengan lebih cekap pada masa hadapan dengan tambah nilainya. Semua ini mengambil satu proses perbincangan dengan pihak IPP ini supaya kedua-dua belah pihak ini iaitu antara pihak TNB dengan kerajaan sebelah satu dan IPP sebelah sana. Terma-terma yang dirundingkan itu dan akhirnya dimuktamadkan itu baik, lebih adil, lebih efisien, kos yang munasabah dan semua ini akan dicerminkan dalam proses menentukan tarif dan sebagainya bagi masa depan. Akan tetapi kalau kita hendak lanjutkan proses ini, iaitu IPP generasi pertama ini, kita tidak dapat menggunakan tender terbuka sebab mereka ini adalah aset-aset yang saya sebut itu, yang masih value lifespannya. Ia masih boleh digunakan untuk menjana elektrik bagi masa depan. Oleh sebab itu kita tidak boleh tender secara tender terbuka kerana kalau tender terbuka kita kena ada syarat-syarat yang tertentu supaya lain-lain orang boleh ambil bahagian dalam tender ini.
Kalau mereka yang pakai mesin baru ini, yang hendak gunakan, membina kilang yang baru ini memang mereka tidak boleh compete atau bertanding dengan IPP yang sedia ada ini, generasi pertama itu kerana asetnya sudah dalam satu jangka yang diambil kira dalam PPA, di mana asetnya hampir semua harganya dibayar dalam proses tarif yang dibayar oleh TNB sejak dahulu sampai sekarang. So, tidak bolehlah, Yang Berhormat, kita menggunakan proses tender terbuka walaupun kita ingin cuba mengadakan proses ini untuk membina kilang-kilang baru.
Menteri, apa masalahnya kalau tarifnya lebih murah? Kalau yang dikemukakan, cadangannya lebih murah.
Cadangan Yang Berhormat ialah kita lanjutkan kilang ini dalam PPA yang baru, PPA yang sudah dirunding baru dengan syarat-syarat yang baru, lanjutan yang baru sebab hayatnya masih ada. Mesin itu masih ada lifespan yang baik lagi, economic yang baik lagi.
Mohon soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, perjanjian IPP ini merupakan satu perjanjian untuk terma lama dan saya cukup yakin bahawa dalam tempoh masa yang perjanjian ini berjalan, pihak IPP telah pun dapat mencapai bukan sekadar keuntungan tetapi sudah pasti mencapai dia punya pulangan atas investmentnya. Mengapa pada awal lagi, memandangkan ianya merupakan tempoh selama 30 tahun, kerajaan tidak menggunakan pendekatan BOT iaitu build, operate, transfer. Selepas 30 tahun, maka dengan sendirinya kilang-kilang ataupun jana kuasa ini adalah diserahkan kepada pihak kerajaan ataupun pihak-pihak TNB. Ini merupakan satu perancangan jangka masa panjang yang semestinya syarikat-syarikat itu telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dan their capital investment, dengan izin, has already been recovered. Sepatutnya daripada awal perjanjian itu mempunyai...
Shah Alam, sebelum Pasir Salak berdiri, menarik perhatian saya bahawa tidak adil...
Jadi soalannya, kenapa tidak dari awal...
Kemukakan soalan.
Dan kalau boleh dalam rundingan akan datang, kerajaan menuntut supaya terus diserahkan kepada kerajaan. Mereka sudah kaya, sudah untung berbilion-bilion. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena sedar bahawa 4,105 megawatt yang di dalam sistem yang dirangkumi dalam IPP generasi pertama ini, kalau katakanlah apabila tamatnya PPA, kita buat keputusan untuk tidak lagi melanjutkannya. Kalau kita tidak lanjutkannya, Tuan Yang di- Pertua, kita kena bina...
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak kata tidak lanjutkan.
Dengarlah.
Saya kata serah kepada hak milik itu.
Shah Alam.
Bukan saya kata tidak lanjutkan, Tuan Yang di-Pertua. Itu penyelewengan. Soalan saya lain.
Dengar. Apabila saya jawab, dengarlah. Jangan mencelah macam ini. Dengarlah. Ikut peraturan. [Ketawa]
Terima kasih Menteri. Sila, sila.
Saya minta maaf kalau keterlaluan sedikit. Itu bukan niat saya. Saya hendak jawab. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak lanjutkannya, kita kena bina kilang baru dan kilang baru, Tuan Yang di-Pertua, kosnya adalah lebih mahal. Itu memang tentu. Itu kita boleh secara common sense kita tahu. Kalau kita hendak bina baru ini memang mahal kosnya, tetapi kilang-kilang itu yang generasi pertama ini masih ada economic lifespan yang saya sebut. Kalau begitu, kita lanjutkannya, we can get a better tariff, dengan izin. Itulah sebabnya kita hendak lanjutkan. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua, kita sabar sedikitlah. Nanti selepas kita sudah runding terma-terma yang sesuai ini, pihak kerajaan akan umumkan. Ini bukan kita hendak secretive. Kita akan umumkan apa terma-terma yang kita capai. Sekian.
Pendek dan padat, soalan tambahan. Menteri, penjelasan. Saya tadi nampak Kepala Batas tekun dengar jawapan ini, menggambarkan satu kelemahan pimpinan dalam dasar. Mohon penjelasan sebab Menteri tahu saya punya pengalaman dalam IPP, punya pilihan BOO, punya pilihan BOT dan sebagainya, tetapi apa yang dijelaskan tadi menggambarkan kita pasrah terhadap orang Malaysia percaya YTL tidak dapat untung. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat, hari ini kita boleh pandang, kembali ke masa 20 tahun yang lalu. Kita kena ingat, masa itu negara kita ini tidak ada bekalan elektrik yang cukup. Kita kena secara cepatnya mewujudkan suasana di mana negara kita ini mempunyai tenaga elektrik yang mencukupi. Masa itulah kita gunakan cara ini. Akan tetapi sekarang kita duduk di dalam Dewan ini pada hari ini, kita boleh look back and say, “Oh, it is wrong.” Itu senang kita kritik tetapi masa itu yang kita tentukan itu, kita kena ada kaedah- kaedah di mana pihak banknya kena terima supaya...
Kalau YTL boleh buat, kenapa TNB tidak boleh buat?
Duduk, duduk.
TNB pun boleh buat sendiri.
Duduk, duduk, bukan masa untuk you. Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, kita kena gunakan kaedah-kaedah yang sesuai pada masa itu. Sekian.
9. Dato' Lilah bin Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah harta pusaka yang melibatkan lebih daripada RM40 bilion gagal diagihkan dan apakah perancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku kematian, harta-harta si mati tidak dibekukan oleh kerajaan. Harta-harta ini akan dituntut oleh waris-waris dengan cara waris-waris mengemukakan surat kuasa mentadbir atau perintah pembahagian atau arahan akuan kepada badan-badan yang menyimpan atau memegang wang atau harta si mati seperti bank, KWSP, Tabung Haji, ASNB, JPJ, pejabat tanah, BSKL, insurans dan Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara. Tiga agensi kerajaan yang diberi kuasa mengikut Akta Parlimen untuk menyelesaikan pentadbiran harta pusaka seperti berikut: (i) Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka alih dan tidak alih; (ii) Pejabat Pusaka Tanah di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang mempunyai bidang kuasa mengeluarkan perintah pembahagian bagi harta pusaka alih dan tidak alih yang bernilai sehingga RM2 juta; dan (iii) Amanah Raya Berhad mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan arahan akuan untuk harta pusaka alih sahaja yang bernilai tidak melebihi RM600,000. Menyentuh tentang harta pusaka yang melibatkan lebih daripada RM40 bilion yang dikatakan gagal diagihkan adalah kurang tepat. Itu jauh besar sangat, Yang Berhormat. Sebenarnya ketika ini pihak kerajaan tidak mempunyai statistik khusus tentang nilai harta pusaka yang masih belum diselesaikan kerana angkanya begitu dinamik sekali.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada dasarnya menggalakkan rakyat menyelesaikan pentadbiran harta pusaka dengan cepat melalui agensi-agensi yang disebutkan tadi. Sekian, terima kasih.
Oleh kerana sebahagian daripada nilai harta tidak agih ini letaknya di kawasan komersial dan mereka ini kadangkala dilanda masalah untuk mengurus dan mentadbir serta menuntut harta ini. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu badan amanah bagi membangunkan kawasan-kawasan komersial ini dan keuntungannya diberikan kepada pewaris- pewaris yang berhak untuk menerima agihan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan satu badan amanah tetapi cadangan itu akan dibawa atau dimajukan kepada pihak yang berkenaan tetapi kepada yang sedia ada ini diminta mereka yang terlibat mengadakan wasiat melalui peguam dan juga melalui Amanah Raya yang paling murah RM350 sahaja ataupun melalui agen- agen wasiat seperti Rockwill dan sebagainya. Itulah nasihat kami. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada soalan tambahan yang merujuk kepada harta wakaf zakat dan juga yang berkaitan dengannya yang pernah diletakkan dalam satu jabatan yang diletakkan khusus di bawah JPM. Saya hendak mengambil kira saranan Yang Berhormat Kepala Batas Mantan Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri yang pernah menyarankan nilai harta yang diletakkan dalam lingkungan ini bernilai lebih daripada RM61.3 bilion. Jauh sekali lebih tinggi daripada apa yang dicadangkan
oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi sekali dengan wakaf, zakat dan yang bersama dengannya diletak. Adakah kerajaan tidak pernah memikirkan cadangan untuk mewujudkan satu agensi yang jauh lebih tinggi martabatnya untuk menguruskan aset yang bernilai besar ini terutama yang meliputi aset-aset yang dimiliki di bawah harta wakaf dan zakat di kalangan orang-orang Islam di negara kita. Setakat ini saranan itu nampaknya tidak ada dibawakan ke tengah ataupun dicadangkan untuk menubuhkan satu agensi yang jauh lebih tinggi martabatnya itu. Saya hendak tanya pendirian Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Cadangan itu telah pun disarankan oleh Yang Berhormat daripada Jempol. Perkara ini akan dimajukan kepada Jabatan Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk melihat kerana ini ada kaitan dengan unsur-unsur dan nilai- nilai agama yang terlibat. Terima kasih. [Soalan No. 10 – Y.B. Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) tidak hadir]
11. Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan pelaksanaan jumlah projek Kampung WiFi yang dilaksana setakat ini dalam usaha menyediakan prasarana komunikasi dan maklumat di negara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Projek Kampung WiFi merupakan pelaksanaan yang amat berkesan untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman yang seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan kadar penembusan jalur lebar. Sehingga kini sebanyak sembilan Kampung WiFi telah dilaksanakan sebagai projek perintis oleh SKMM. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah selain daripada kampung-kampung WiFi yang telah dibangunkan oleh Denawar di bawah Skim Sarawak Rural Broadband Initiative di Sarawak dan begitu juga tempat-tempat yang ada liputan WiFi di Pulau Pinang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah kementerian ada perancangan terhadap kawasan pedalaman yang tiada elektrik dan apakah kualiti WiFi ini terjamin sekiranya ia dipasang jauh daripada pancaran utama kerana hasrat kementerian adalah untuk memastikan rakyat khususnya di luar bandar dapat menikmati khususnya dalam program kerajaan hari ini untuk memperkasa rakyat dari segi minda dan juga maklumat.
Terima kasih Yang Berhormat Sipitang atas pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini memang berhasrat untuk memberi liputan ke pedalaman walaupun tempat-tempat tersebut mungkin tiada elektrik yang disambung dari grid namun demikian kementerian ini akan menyediakan perkhidmatan tersebut mengikut teknologi- teknologi yang ada iaitu di mana kita tidak ada sambungan dari ibu sawat kita akan menggunakan satelit dan menggunakan V set dan begitu juga bagi elektrik
ataupun tenaga untuk kegunaan WiFi tersebut kita akan menggunakan generator dan kemungkinan juga dengan solar hibrid. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Usaha untuk membangunkan WiFi di kampung-kampung ini saya rasa satu langkah yang mesti disokong. Saya ingin bertanyakan soalan tambahan agak-agaklah berapa anggaran kos untuk membangunkan hotspot di kampung- kampung ini contohnya bagi seluruh sebuah negeri Selangor misalnya, agaknya berapa keperluan peruntukan tahunan supaya seluruh kampung itu mendapat perkhidmatan dan kalau tidak tinggi sangat saya rasa tidak perlulah lama sangat projek perintis untuk mengenal pasti kemungkinan program ini. Selanjutnya, apa perkembangan projek WiFi di Galas seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya kecil baru-baru ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih juga kerana bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bukan hanya di Galas yang kita hendak sediakan Kampung WiFi. Di seluruh negara kita cuba hendak menyediakan sebanyak 3,100 Kampung WiFi iaitu 400 kawasan telah pun dikenal pasti dan untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa kos penyediaan Kampung WiFi sekiranya akses point itu menggunakan public phone ataupun telefon awam yang sedia ada kosnya hanyalah melibatkan RM15,000 tetapi sekiranya ianya menggunakan satelit, ia akan disediakan dengan V set dan kosnya menjangkau RM25,000. Bukan hanya ini kos yang terlibat kerana nanti ada kos penyelenggaraan dan begitu juga kos langganan dan oleh yang demikian itu belum dapat kita pastikan. Saya percaya dalam pertengahan tahun akan datang kita akan menikmati perkhidmatan WiFi di kebanyakan kampung-kampung yang telah dikenal pasti. Terima kasih.
[Soalan No. 12 – Y.B. Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) tidak hadir] [Soalan No. 13 – Y.B. Dato' Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) tidak hadir] [Soalan No. 14 – Y.B. Tuan R. Sivarasa (Subang) tidak hadir] [Soalan No. 15 – Y.B. Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) tidak hadir] [Soalan No. 16 – Y.B. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin (Ampang) tidak hadir] [Soalan No. 17 – Y.B. Datuk Abd. Rahman Bakri (Sabak Bernam) tidak hadir] [Soalan No. 18 – Y.B. Dato’ Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) tidak hadir]
Soalan saya nombor 19. [Menteri tidak hadir]
Menteri tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua, nombor 17 boleh?
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana ya mesyuarat berjalan sedemikian Menteri tidak ada untuk jawab pertanyaan?
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Duduk Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, soalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah tujuan dia kenapa Menteri tidak hadir – ini penting. Akan tetapi kebiasaannya, kita sampai soalan nombor lapan sahaja. Itulah, Menteri kadang-kadang dia datang dan saya difahamkan dia di Dewan Negara. Tidak apa. Kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyoal itu juga tidak ada, tidakkan Menteri juga tidak boleh tidak ada? Untuk kali ini tidak apa. Jadi untuk pengetahuan Menteri-Menteri yang lain, don’t take it for granted. If you have the soalan, you must be here. Soalan nombor 20 Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail, Machang juga tidak ada.
Maaf Tuan Yang di-Pertua. Takkan Menteri tidak ada, soalan pun boleh skip macam itu. Mungkin collective responsibility, Menteri yang lain – dahulu precedent Menteri yang lain daripada kementerian boleh jawab.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Batu Gajah jangan hendak bertengkar dengan soal-soal yang remeh.
Maaf ya Tuan Yang di-Pertua, saya...
Jadi apa yang saya buat Yang Berhormat Batu Gajah? Kita tunggu sehingga Menteri yang berkenaan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Gelang Patah datang?
Tuan Yang di-Pertua.
Ataupun...
Kalau precedent yang lain...
Ataupun apa yang boleh saya... [Disampuk] Yang Berhormat Batu Gajah, duduk. Apa yang saya buat kalau umpamanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir tetapi Menteri itu sudah bersedia? Apa saya mahu denda juga Ahli Yang Berhormat tidak datang?
Practisenya Tuan Yang di-Pertua, kalau Menteri tidak ada, dia boleh arahkan Menteri lain untuk jawab atau jawapan bertulis.
Saya tahu Yang Berhormat, saya tahu. Bukan saya tidak faham tetapi pada kebiasaannya...
[Bangun]
Duduk Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk Yang Berhormat Ipoh Barat. Pada kebiasaannya, pada kelazimannya, Parlimen Malaysia ini dalam sesi soal jawab, paling banyak pun sembilan atau sepuluh soalan.
[Berjalan masuk ke dalam Dewan]
Ha! Ini baru datang.
[Menyampuk]
Potong gajilah.
Dia ada di sebelah.
Tuan Yang di-Pertua, itulah saya hendak cadangkan supaya mereka berada di dalam office nya.
Duduk dahulu Menteri. Saya bagi masa dahulu kepada Timbalan Menteri untuk bernafas-nafas kerana dia dari Dewan Negara. Lain kali kalau juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau juga kamu mahu saya pertanggungjawabkan kepada Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang tidak hadir itu saya akan pertanggungjawabkan.
Tuan Yang di-Pertua, itu tidak jadi isu selama ini Tuan Yang di-Pertua. Ahli Parlimen tidak hadir tidak jadi isu selama ini tetapi Menteri ini. Potong gaji.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi peraturan... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Barat, sudahlah.
Kita ada Menteri, kita ada Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri ada di Dewan Negara.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah. Dia di Dewan Negara tadi.
Bukan soalan itu Tuan Yang di- Pertua.
Tetapi dia ada dua orang.
Sekarang ini dua Dewan tengah bersidang.
Dari segi peraturan mesyuarat, ia mengatakan bahawa bila kita kemukakan soalan, kita juga ada pilihan untuk menarik balik soalan tersebut. Jadi soal kita tidak berada di sini tidak menjadi satu asasnya. Akan tetapi, Menteri mesti ada. Itu adalah asasnya dari peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Dari segi peraturan mesyuarat, semua serius, tetapi saya telah nyatakan bahawa pada lazimnya, kebiasaannya, Parlimen Malaysia sampai soalan nombor lapan dan nombor sembilan. Mungkin itu makanya Menteri take it for granted. Sudah juga saya kasi petua tadi – Menteri-menteri, don’t take it for granted. Sudahkan? Menteri ini pun baru juga dari Dewan Negara. Apa lagi Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Ipoh Barat mahu? Apa lagi? Parlimen ini sebagai gentleman club. Ada persefahaman di antara Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sedemikian, kita mesti membuat satu – there must be understanding with the Senate. They should not be sitting on Parliament when Dewan Rakyat is sitting. Itu satu di antara caranya supaya there is more accountability on the executive.
Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan pula bahawa mesti ada understanding di antara Dewan Negara sama Dewan Rakyat tidak boleh bertembung. Akan tetapi, sedarkah Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa itu adalah takwim kita? Hujung tahun ini juga ibu bapa semua mahu pergi cuti dengan anak-anak. Kita boleh control time Yang Berhormat, tetapi apabila Yang Berhormat sudah berpanjang lebar berhujah yang kamu sendiri syok dengar kamu punya ucapan, itu makanya. [Ketawa] You like to listen to your voices.
Tuan Yang di-Pertua, saya respect...
Tuan Yang di-Pertua, jangan marah.
Itu saya telah beberapa kali telah mengatakan we should not be sitting in the full committee.
Don’t argue with me Yang Berhormat Ipoh Barat. I know what is collective responsibility – don’t argue.
No, we should not be sitting in a full committee.
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri sudah ada sudah itu.
Itu masalah Parlimen ini. Saya telah cadangkan beberapa kali Tuan Yang di-Pertua. Saya telah melawat ke Parlimen- Parlimen lain, there is...
Alah! Orang lain pun lawat juga.
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah Yang Berhormat Ipoh Barat.
Sudahlah, sudah. Menteri sudah berehat Menteri? Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua...
Menteri sudah...
Tuan Yang di-Pertua, kita bukan hendak apa, kita hendak Dewan ini menjadi tempat yang...
Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya tahu. Duduklah.
Ya. Ini menunjukkan kita perlu ada satu informer.
Yang Berhormat, sudahlah.
Jangan hendak marah, jangan hendak marah.
Sudah, sudah, sudah.
Jangan marah.
Sudah.
Ahli Parlimen pembangkang ramai tidak...
Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi sudah saya tegur saya kata Menteri-menteri mulai pada hari ini don’t take it for granted. Saya pernah duduk Ahli Yang Berhormat sampai lima jam – tanggungjawab saya. Mahu ke tandas pun saya beritahu kepada anggota badan saya, “Jangan dahulu, tanggungjawab”. [Ketawa] Jadi, jalankan tanggungjawab masing-masing. Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit masalah di sini. Memandangkan kita telah... [Disampuk] No. Kita telah pergi ke soalan 20, macam mana kita boleh alih ke soalan 19 Tuan Yang di-Pertua? Mengikut praticenya Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Ipoh Barat, saya tengok keadaan. Keadaan di mana apabila Menteri tidak ada dan secara kebetulan daripada persidangan sebelah sahaja, saya sendiri terpaksa – okey tidak apa, dia mahu jawab. Kalau Yang Berhormat sendiri tidak mahu dengar, orang lain mahu dengar. Sila Menteri.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah, sudahlah. Sila Menteri.
19. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:- (a) adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk membina Kolej Komuniti di Parlimen Gelang Patah; dan (b) jumlah kelulusan permohonan PTPTN pada tahun 2010 dan jumlah hutang pinjaman PTPTN sejak tahun 2009.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Sekarang soalan nombor berapa?
Di bawah tempoh rolling plan pertama RMKe-10, tiada peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membina Kolej Komuniti baru di seluruh negara termasuk di Gelang Patah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada tahun 1997 sehingga 31 Ogos 2010, PTPTN telah meluluskan sebanyak RM1,664,661 pembiayaan kepada pelajar IPT yang layak dengan amaun pembiayaan yang diluluskan berjumlah RM36.54 bilion.
Manakala dari segi prestasi pembayaran balik pinjaman, jumlah sebenar pinjaman PTPTN yang sepatutnya dibayar balik oleh peminjam adalah sebanyak RM4 bilion yang melibatkan 810,029 orang peminjam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 bilion atau 48.1% telah dibayar balik melibatkan 613,627 orang peminjam. Ini menjadikan jumlah yang masih belum dibayar balik oleh peminjam
adalah sebanyak RM2.1 bilion yang melibatkan seramai 196,402 orang peminjam. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya cuma ada soalan tambahan, saya ingin hendak tahu apakah kriteria untuk mendapatkan kebenaran daripada kementerian membina kolej komuniti di kawasan masing-masing? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk membina sesebuah kolej komuniti kita selalunya melihat sama ada niche area adalah dikehendaki oleh penduduk setempat. Selain daripada itu, kita juga lihat dari segi penduduk. Akan tetapi, yang paling penting ialah kita juga mesti melihat dari segi peruntukan yang kita ada. Kalau semua masalah ini dapat diselesaikan, kita akan menubuhkan kolej komuniti di sesuatu tempat. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan PTPTN. Sedar atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pentadbiran pengurusan di PTPTN itu harus diperbaiki? Ada pelajar- pelajar yang selepas tamat pengajian ingin membayar balik pinjaman-pinjaman mereka. Akan tetapi, kadang-kadang selepas tiga minggu, empat minggu cuba dihubungi, minta full statement cukup susah dapat. Apakah masalah yang kita hadapi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita memang sedar bahawa ada masalah dalam pengurusan PTPTN. Akan tetapi, sekarang kita cuba menambahbaikkan perkhidmatan PTPTN dan kita telah menambah staf yang bekerja dekat di PTPTN. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 22 - berkaitan dengan soalan. Soalan saya tadi nombor 14 dipanggil dan pada masa itu saya di luar Dewan dan saya minta maaf tidak ada di dalam Dewan. Akan tetapi, saya minta soalan itu dipanggil semula atas dasar yang sama yang digunakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi untuk memanggil balik atau patah balik kepada soalan nombor 19 selepas pergi ke soalan nombor 20. Jadi itu adalah permintaan saya, untuk panggil semula soalan nombor 14 itu dan minta beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk menjawab soalan itu.
Ahli Yang Berhormat Subang merayu kepada saya begitu. Apa pun untuk kepentingan Dewan ini saya buat, tetapi awas kalau Ahli- ahli Yang Berhormat sendiri tidak patuh. Jangan timbulkan peraturan mesyuarat apabila peraturan mesyuarat itu menyebelahi kepada diri. Jangan! Jangan cabar kesabaran saya. Sudah cukup saya sabar. Menurut peraturan mesyuarat Yang Berhormat Subang, kita perlu habiskan dahulu, kita habiskan dahulu satu round. Habis dahulu semuanya baru soalan dipanggil. Tadi saya tunggu Yang Berhormat Gelang Patah oleh kerana saya difahamkan Yang Berhormat Menteri berkenaan sudah mahu habis di Dewan Negara. Tidakkah itu satu permintaan yang reasonable?
Ya.
Bagi saya! Jangan heretkan saya kepada agenda politik masing-masing. Saya pertahankan integriti Parlimen. Tidakkah itu reasonable? Saya belum siap lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kita go a stand itu Tuan Yang di-Pertua. Mana boleh go a stand.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya belum siap. Kerana apabila Yang Berhormat semua ingkar dengan apa yang saya sebut dan minta tarik balik – bukan kamu semua tahu Peraturan Mesyuarat 43 tidak boleh ditarik balik? Akan tetapi, dalam hal ini adalah tiada soalan. Sekarang pula Yang Berhormat Subang mahu minta sedangkan soalan ia mana? Ini sudah soalan nombor 19.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, awas! Mulai daripada sekarang ini saya akan ikut ketat kepada peraturan mesyuarat dan jangan salahkan saya!
[Menyampuk]
21. Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengangkat kefahaman rakyat terhadap visi 1Malaysia dan dari mana dana untuk aktivitinya diperolehi.
Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berkongsi nilai-nilai aspirasi 1Malaysia yang telah diterima pakai sebagai elemen kritikal bagi mewujudkan negara yang maju dan lebih berdaya saing. Bagi meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap visi 1Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang inklusif dan saksama, 1MDB melalui Yayasan 1MDB telah menjalankan pelbagai bentuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan izin. Buat masa ini, program CSR tersebut berasaskan pendidikan kerana ia merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih berdaya saing. 1MDB berusaha mencipta peluang melalui pendidikan yang merupakan elemen kritikal bagi meningkatkan pengetahuan, mengembangkan bakat dan merapatkan jurang bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam usaha membina Malaysia yang inklusif khususnya dalam pembinaan modal insan. Program-program CSR yang dijalankan oleh 1MDB merangkumi para pelajar di Malaysia tanpa mengira peringkat umur, kumpulan etnik, fahaman politik mahupun kedudukan geografi. Ia melibatkan pemberian bantuan persekolahan kepada para pelajar-pelajar miskin serta sumbangan kepada pembinaan 13 buah rumah arau di pedalaman Sarawak; pemberian biasiswa kepada 17 orang pelajar sekolah menengah agama negeri dan rakyat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir; serta pemberian geran pendidikan kepada 50 orang pelajar cemerlang di bawah naungan Pusat Sri Murugan dan 50 orang pelajar Chinese Independent High School untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dana permulaan sebanyak RM100 juta untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini menggunakan dana 1MDB sendiri dan bukan peruntukan daripada kerajaan. Bagi aktiviti-aktiviti perniagaan syarikat pula, dana 1MDB adalah daripada terbitan nota jangka sederhana Islam atau Islamic medium term notes (IMTN) bernilai RM5 bilion yang diperoleh pada awal penubuhannya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah selain daripada
1MDB ini yang boleh untuk memberikan bantuan-bantuan? Ini kerana saya dimaklumkan ramai juga yang tidak mengetahui 1MDB ini secara jelas. Jadi saya mohon supaya pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjelaskan situasi sebenar tentang niat dan hasrat kerajaan bagi menyalurkan bantuan-bantuan tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Parit. Pertamanya, setakat ini 1MDB telah menandatangani beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian kerjasama strategik, iaitu khususnya dengan Qatar Investment Authority yang pelaburannya bernilai USD5 bilion. Juga memateraikan perjanjian kerjasama strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company (Masdar) mengenai teknologi bersih dan pembangunan bandar bebas karbon pertama serantau yang ada jumlah pelaburan yang begitu tinggi sekali. Juga telah memateraikan perjanjian rangka kerjasama bersama State Grid Corporation of China (SGCC) untuk melaksanakan beberapa projek yang telah dikenal pasti di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dijangka akan menghasilkan nilai ekonomi sebanyak USD11 bilion.
Akhir sekali, penubuhan sebuah syarikat usaha sama dengan PetroSaudi International Limited (PSI) melibatkan modal berjumlah USD2.5 bilion untuk mendapatkan, meneroka dan mengambil bahagian dalam peluang ekonomi dan perniagaan yang boleh membawa pada peningkatan kemakmuran. Dengan adanya semua ini, dijangkakan bahawa CSR mereka akan semakin meningkat. Untuk makluman Yang Berhormat Parit, sekarang fokusnya adalah untuk pendidikan. Akan tetapi 1MDB mungkin akan memperluaskan lagi jaringan bantuan mereka pada perkara-perkara yang seiras dengan Model Baru Ekonomi Malaysia. Apakah elemen-elemen ini telah menjadi inti pati pada model ekonomi? Pertama, modal insan, proses inovasi iaitu R&D yang terlibat. Seterusnya adalah melahirkan golongan-golongan yang boleh berdaya saing di peringkat antarabangsa dan domestik. Juga untuk membantu golongan-golongan small and medium industries (SME) untuk maju sebagai golongan-golongan yang mempunyai teknologi yang tinggi dalam pengeluaran. Maka, selaras dengan itu, CSR itu akan dibentuk peringkat demi peringkat tetapi semuanya melibatkan satu perkara yang ‘inti’ iaitu modal insan. Itu sebabnya pendidikan menjadi wadah utama dalam bantuan yang telah disalurkan. Akan tetapi ia di peringkat permulaan. Apabila pelaburannya semakin laris, semakin hangat, semakin tinggi. Maka dengan adanya pendapatan yang semakin tinggi, maka saya rasa bahawa bantuan CSR ini akan dapat didalami. Mungkin kalau Yang Berhormat Parit ada cadangan, taburkan ataupun majukan untuk kita sama-sama berbincang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 18(1), dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, semalam pada pukul 9.20, saya telah sampaikan pada pejabat Tuan Yang di-Pertua, satu usul untuk menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya baru baca jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua yang menolak usul itu atas alasan kononnya, dengan izin saya baca perenggan yang berkaitan dalam surat Tuan Yang di- Pertua iaitu “Usul itu melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i)”. Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) itu, saya ingin baca dengan izin sebab saya dapati ada kemungkinan besar usul saya telah disalah faham dan tafsiran...
Yang Berhormat Subang, duduk dahulu.
Saya perlu...
Yang Berhormat Subang, duduk. Peraturan Mesyuarat 42, apabila Speaker menyampuk...
Baik.
Ahli Yang Berhormat diminta duduk. Kita sekarang bercerita pasal peraturan mesyuarat. So, let’s play with peraturan mesyuarat. Sebelum Yang Berhormat berhujah, saya tahu Yang Berhormat akan mengatakan kepada saya bahawa tafsiran saya salah. Akan tetapi Yang Berhormat, saya jemput kepada Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 99. Lihat Peraturan Mesyuarat 99, tafsiran. You read for me.
Terima kasih diberikan peluang untuk membacanya. Saya...
You read for me, Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 99. You read to me! [Dewan riuh] Baca peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan berbuat sebegitu selepas saya kata apa...
Yang Berhormat, saya Speaker.
Yes.
Saya menggunakan kuasa. Tadi saya kata apabila saya menyambuk, Yang Berhormat duduk. Sekarang saya jemput Yang Berhormat baca...
Ya, betul.
Peraturan Mesyuarat 99.
Ya.
Supaya semua dengar.
Saya akan baca Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya bukan...
Yang Berhormat Subang, baca Peraturan Mesyuarat 99.
I will.
Jangan ingkar! Baca!
Saya tidak akan ingkar.
Kerana Yang Berhormat bercerita pasal Peraturan Mesyuarat 18. Sebelum Yang Berhormat berhujah, saya suruh baca dahulu.
Ya.
Baca!
Dengan izin.
Silakan.
Saya baca versi dalam bahasa Inggeris dengan izin. [Dewan riuh] Tolong, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu diganggu oleh pihak yang tidak berkenaan. Dengan izin, dengan nada bahasa Inggeris Peraturan Mesyuarat 99. “The decision of Tuan Yang di-Pertua upon any point of interpretation of any of these standing orders, or upon any matter of practice, shall, subject to a substantive motion moved for that purpose, be final, and Tuan Yang di-Pertua may from time to time issue rulings thereon”. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan ini. Maksud saya...
Yang Berhormat Subang.
Tuan Yang di-Pertua.
Duduk Yang Berhormat Subang.
No, you have to...
Peraturan Mesyuarat 42, Apabila Tuan Yang di- Pertua menyampuk peraturan mesyuarat, duduk! Ini kerana Yang Berhormat sekarang ini membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18! So, let’s talk about peraturan mesyuarat.
Ya.
Sit down! Duduk!
I will sit down.
Duduk! Yang Berhormat Subang, duduk!
I do not want to quarrel. [Dewan riuh] I do not want to quarrel with you.
Duduk!
I will sit down.
Nanti dahulu, pasal saya sekarang...
I will sit down, but...
Yang Berhormat Subang...
I will sit down.
Saya sekarang ini mahu berhujah lagi.
Ya.
Selain daripada Peraturan Mesyuarat 99. Silakan duduk. Peraturan Mesyuarat 42.
I will sit down but I must be allowed to explain what I want to say. Atas assurance...
Yang Berhormat Subang, duduk dahulu.
Saya akan duduk.
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan Peraturan Mesyuarat 18(2), Ahli-ahli Yang Berhormat semua faham. [Disampuk] Cuma diberikan kebenaran oleh Tuan Yang di-Pertua kalau ada tiga syarat ditemui; ada khusus; kepentingan orang ramai; dan perlu disegerakan. Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa-kuasa untuk menolak sama ada dalam kamar ataupun dalam Majlis iaitu Ahli Yang Berhormat yang berkenaan boleh baca. Selepas itu, Tuan Yang di-Pertua, mengumumkan keputusan. Semua Yang Berhormat tahu hal ini. Apabila Yang Berhormat ditolak dalam kamar, Peraturan Mesyuarat 18(8) mengatakan tidak boleh lagi dibangkitkan dalam Dewan. Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 99 mengatakan keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Kalau itu mahu dipertikaikan, jangan berhujah dalam Majlis. Buat usul bersendirian. Jelas? Siapakah peguam-peguam dalam Majlis ini? Fahamkah ini? Ataupun sengaja tidak mahu faham kerana ada agenda tertentu? [Dewan riuh] Jangan mengheret saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat punya agenda politik. Jangan!
[Bangun]
Bermakna keputusan saya adalah muktamad dan itu dalam perkara 99. Ahli Yang Berhormat Subang bersetuju dengan ini. akan tetapi Ahli Yang Berhormat, kalau dia mempertikaikan sedangkan Peraturan Mesyuarat 8 mengatakan bahawa apabila keputusan dibuat di dalam kamar, tidak boleh dibangkitkan kembali. Ini semua difahami tetapi kadang-kadang oleh kerana saya hati baik, bersimpati, saya suruh bacalah kadang-kadang untuk memuaskan hati Ahli Yang Berhormat semua. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat mengasak saya. Sebelum buat usul, sudah buat press statement. Selepas itu apabila usul sudah dibaca, dibuang, dibuat press statement lagi. Siapakah yang jahat? Semua Speaker yang jahat. Tidak ada seorang Ahli Yang Berhormat pun yang tidak melanggar peraturan mesyuarat. Silakan Yang Berhormat Subang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham Peraturan Mesyuarat 18(8), yang mana usul itu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibaca. Itu bukan hasrat saya. Saya sekarang tidak minta membaca usul sepenuhnya. Apakah yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di- Pertua dengan hormat, alasan yang diberikan dalam surat adalah usul saya itu melanggar Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i).
Cuba baca dengan saya,Yang Berhormat.
Ini yang saya ingin katakan.
Baca sama saya Yang Berhormat.
Saya akan baca, dengan izin.
Silakan.
Terima kasih. Saya akan membacanya. Saya baca Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) yang mana ini berkaitan dengan soalan. Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan usul tergempar, soalan dan alasannya sekarang. “Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan-penerangan dalam surat-surat khabar atau penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh seseorang bagi dirinya sendiri
atau penerangan badan-badan kewangan”. So, jadi tidak boleh ditanya. Saya baca yang bahasa Inggerisnya, lebih senang untuk difahamkan sedikit.
Saya, Yang Berhormat, bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, semua saya faham...
“A question shall not be asked as to whether statements in the press or of private individuals or financial bodies are accurate”. Sebenarnya kalau Tuan Yang di-Pertua, satu usul tergempar ialah untuk merundingkan satu perkara bukan untuk dapat jawab untuk satu soalan.
Ya.
Kedua...
Nanti dahulu. Duduk dahulu.
Kedua...
Saya menyampuk sekarang. Duduk dahulu.
Okey, but at least...
Ya. Duduk dahulu. Saya menyampuk.
Dua ayat sahaja.
Peraturan Mesyuarat 42, apabila Speaker menyampuk, duduk. Semua setuju? Apabila Speaker menyampuk, Ahli Yang Berhormat berkenaan duduk kerana Peraturan Mesyuarat 42.
Yang Berhormat Subang telah mengeluarkan hujah bahawa apabila menggunakan Peraturan Mesyuarat 18 itu dengan tujuan-tujuan tertentu. Namun siapakah Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengeluarkan usul di bawah P.M. 18(1) yang tidak berkenaan mengenai dengan undi tidak percaya sedangkan undi tidak percaya menghendaki keputusan dan pengundian? Siapa Yang Berhormat? Bukan daripada pihak sebelah Yang Berhormat? Bukan? Saya sahaja yang mempertahankan integriti Parlimen ini Yang Berhormat. Kamu semua tahu tetapi masing-masing ada agenda dan jangan heret saya kepada agenda politik masing-masing. Sebelum Yang Berhormat bangkitkan usul ini, Yang Berhormat telah buat kenyataan akhbar kelmarin kerana Yang Berhormat anticipate that I will throw it. Tafsiran saya bagi P.M. 23(1)(i) saya tolak dalam kamar oleh sebab P.M.23 tidak semestinya ruang lingkup terhad kepada persoalan pertanyaan Menteri secara bertulis kerana apa Yang Berhormat mahu bincangkan ialah kenyataan-kenyataan Wikileaks yang tidak ada kesahihan pun sampai sekarang dan cuma keluar di akhbar-akhbar. Why should I allow a speculation of outsider there that I think it is not concrete? Now you tell me with my decision is wrong or not, why?
[Bangun]
If I allow that, I will allow anything under ruling.
Mohon beri sokongan kepada Yang Berhormat Subang.
Tidak ada mohon sokongan Yang Berhormat. Jikalau ada point of order saya selesaikan dahulu dengan Yang Berhormat
Subang sebab sekarang ini Yang Berhormat saya in the mood to cerita berkenaan point of order sebab saya ini dinampak kecil sangat Yang Berhormat oleh pengamal-pengamal guaman yang bertaraf international ini seperti Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Oleh sebab Speaker ini dari kampung Yang Berhormat, dipandang ringan.
Tidak Tuan Yang di-Pertua.
Jika tidak ada peraturan mesyuarat, Yang Berhormat jangan bercakap.
Ini disebabkan mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) itu mengenai soal penerangan khabar angin dalam surat khabar tetapi Menteri Luar Negeri telah membuat bantahan rasmi berkenaan usul tersebut. Jadi ini bukan khabar angin.
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebelum saya ambil tindakan di bawah P.M.18(1) dan (2) pertamanya saya buat minit kepada Setiausaha Dewan Rakyat, sila ambil maklum balas kepada kementerian- kementerian yang berwajib sebelum saya buat tindakan. Saya tahu Menteri Luar Negeri terpaksa panggil Duta Singapura datang untuk buat pengesahan. Jadi bagi saya Yang Berhormat tidak semestinya oleh sebab Menteri Luar Negeri panggil masih lagi speculation dalam paper, ekoran daripada itu belum ada pun reaksi daripada orang sebelah, terus saya benarkan untuk berbahas. Saya mahu tanya lagi Yang Berhormat Subang, I am not finished with you yet. Jikalau seandainya spekulasi dalam Wikileaks ada nama-nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak terlibat, will you bring it under P.M.81?
Tuan Yang di-Pertua sudah habis? Saya sambung.
That is why I am asking you the question.
Thank you. First saya balik kepada isu tadi. Tuan Yang di-Pertua bangkitkan perkara bahawa saya telah buat kenyataan akhbar semalam dan nampak itu sudah menjadi point of contention dengan Tuan Yang di-Pertua. Now saya perlu sebut ini bahawa tidak salah sama sekali dan saya retaining untuk benefit kepada parti semua untuk Dewan ini. Tidak salah dan dilarang sama sekali untuk mana-mana Ahli Dewan ini mengemukakan usul...
Terima kasih Yang Berhormat.
No I have to finish my point.
Saya sekarang menyampuk di bawah Peraturan Mesyuarat 42, maka Yang Berhormat duduk.
It is not wrong to buat kenyataan akhbar bahawa saya akan buat usul.
Yes. Peraturan Mesyuarat 42 Yang Berhormat duduk.
Tuan Yang di-Pertua, let him finish first.
Saya akan duduk dahulu.
Ya, saya akui cuma saya bercakap bahawa apabila Yang Berhormat Subang buat kenyataan akhbar di luar sebelum saya terima usul, saya tidak mengatakan dia salah. Saya cuma mengatakan nanti apabila satu pula anticipate maka saya salah lagi. Saya setuju dengan Yang Berhormat tetapi dalam menolak ini Yang Berhormat maka itulah saya suruh Yang Berhormat baca P.M.99 kerana kalaulah tafsiran saya salah pada P.M.23 (1)(i) itu salah, buatlah usul. Jangan dipertikaikan di sini kerana dengan mempertikaikan masa telah membazir. Jadi adakah kesalahan saya di bawah ini Yang Berhormat? Ini kerana P.M.99 telah mengatakan bahawa tafsiran Speaker adalah tafsiran yang perlu diikut dalam sesuatu persidangan kecuali sesiapa yang tidak bersetuju buat usul. Akan tetapi Yang Berhormat tidak membuat usul dan mahu pula bawa saya mahu refer, interpretation Yang Berhormat sedangkan peraturan mesyuarat sudah nyatakan.
[Bangun]
Sudah Yang Berhormat. Saya tidak mahu bertengkar lagi dengan soal hal P.M.18(1).
Tuan Yang di-Pertua tadi...
Yang Berhormat Subang sudah.
No, this is not fair.
Semua sudah dengar apa pendirian saya dalam soal ini. Yang Berhormat sudah kerana Yang Berhormat mengulang hujah-hujah lagi.
Saya tidak ulang.
Jikalau tidak saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44.
Tuan Yang di-Pertua. I did not repeat any point. I am just answering.
Yang Berhormat duduk. I have no time to quarrel.
I did not repeat any point. I am answering what you had asked me to answer dengan izin.
No need, your answer also the same dengan saya punya pendirian, sudah. You do not have to explain what is my decision. Sila.
Tuan Yang di-Pertua telah bangkitkan isu usul tidak percaya.
Yang Berhormat Subang sudah.
No, I have to answer that because you raised it.
Sudah Yang Berhormat Subang. Sudah!
You raised it and I have to answer.
Sudahlah. Duduk.
I listen when you raised it and I should have you to listen to me to this respond.
Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini saya menggunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44...
I am not going to back down. Tuan Yang di- Pertua...
Untuk merehatkan Yang Berhormat Subang sehingga hari esok. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua tadi...
Bentara jalankan tugas.
Kita dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah tolak ansur sedikit.
Tuan Yang di-Pertua, You make a sangkaan jahat tadi ke atas saya berkata tentang isu tidak percaya itu.
Yang Berhormat Subang.
Let me answer it. Be fair and let me answer it. Your example of the no confident motion is wrong, you know that. Now let me explain why at least. Let me say that...
Tuan Yang di-Pertua, apa salahnya ini semua?
Saya akan pergi. I just hendak beritahu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua beri kenyataan, tidak bolehkah Yang Berhormat jawab.
I take two minutes.
Yang Berhormat.
Saya dengar di luar.
Yang Berhormat Permatang Pauh duduk.
Saya boleh duduk Tuan Yang di-Pertua tetapi saya hendak tanya apa yang soalannya...
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain senyap.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Bintulu you can stand up.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain senyap.
Ya, jangan sombong.
Siapa yang sombong sekarang.
[Menyampuk]
Baik. You hendak menjawab Yang Berhormat Silamkah atau siapa, you boleh bangun. Tidak perlu sombong sebab saya cuma hendak cakap dengan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang ...[Disampuk]
[Menyampuk]
Diamlah!
Ya, jangan sombong. Do not be too arrogant.
[Menyampuk]
Diamlah, tidak payah tunjuk-tunjuk tangan.
UMNO mabuk kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, kalau di Dewan we are very patient. We ask with suspense. We thank, you are very patient. Thank you very much! Apa yang saya minta you tuduh Yang Berhormat Subang, beri dia jawab, itu sahaja. Bukan kita minta bantahan.
Sudah Yang Berhormat Permatang Pauh, duduk.
Yes! Beri peluang orang bercakap dan jangan bagi pilihan untuk serang kami dan biar jerit-jerit.
Sudah Yang Berhormat Permatang Pauh, duduk. Yang Berhormat Permatang Pauh. Apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa kalau mereka bising saya biarkan. Yang Berhormat seolah-olah tidak nampak saya di depan Yang Berhormat. Sejak bila juga apabila saya menjerit saya katakan sudahlah Yang Berhormat, sejak bila baru semua senyap?
Ya mana ada tindakan kepada BN. Dia makilah macam mana pun.
Jikalau BN takut. Tidak berani.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua di depan saya ini semua berani. Ini sahaja yang penakut. Yang Berhormat Gombak. Jikalau Yang Berhormat Gombak respond lagi.
Tidak, Tuan Yang di-Pertua jangan buat tuduhan begitu. Tengok ini ada usul baru pula [Merujuk kepada Aturan Urusan Mesyuarat] saya tidak pernah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, hendak bercakap pun tidak boleh.
Yang Berhormat, itu soal lain. Yang Berhormat Gombak itu soal lain.
Bagaimana hukuman boleh dijatuhkan tanpa perbicaraan. Ini sistem apa? Sistem apa ini?
Yang Berhormat Gombak, sudahlah.
Gunakanlah peraturan yang ada. Apa hendak guna kuasa apa?
Sudahlah Yang Berhormat Gombak, sudahlah.
Sudah apa? Sudah dihukum!
[Menyampuk]
Yang Berhormat Gombak juga keluar, Bentara!
Apa ini kurang ajar ini? [Dewan riuh]
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua. 27...
Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur perlu lagi sertakan peraturan mesyuarat?
Peraturan Mesyuarat 23. Oleh kerana kita baru melihat Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, di mana ada usul yang dinamakan 18 – mengenai atas nama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Yang Berhormat Tuan Karpal Singh – Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dengan Yang Berhormat Gombak untuk menggantungkan mereka selama enam bulan tetapi ini melanggar 27(1) dan khas mengenai 27(3) dengan izin yang berbunyi: “Except as provided in Standing Order 43 and in paragraph (5) of Standing Oder 86 and 26(1), not less than fourteen day’s notice of any motion shall be given unless it is in the name of a Minister, in which case seven day's notice or,…” Inilah yang penting. “…If Tuan Yang di-Pertua is satisfied upon representation to him by a Minister that the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible, one day's notice shall be sufficient.” Sangat jelas bahawa Tuan Yang di-Pertua adalah satisfied that the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible dan di sini Tuan Yang di-Pertua, ada the conflict of interest oleh kerana Tuan Yang di-Pertua adalah terlibat dalam isu-isu ini. Tentulah tidak boleh memberi apa-apa kebenaran mengenai perkara ini dan itu bukan sahaja melanggar Peraturan Mesyuarat 27(1) tetapi pun oleh kerana Tuan Yang di-Pertua must be fair and must be seen to be fair. Dalam perkara ini sangatlah jelas bahawa ini adalah melanggar peraturan mesyuarat dan kedua bahawa kalau amalan yang biasa ialah kalau adalah mahu ambil tindakan terhadap Ahli-ahli Parlimen, mereka perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan bukan satu kangaroo court, satu rush of justice oleh kerana ada majoriti. [Dewan riuh] Sungguhpun ada sumber majoriti boleh buat apa yang sesuka hati. Inilah akan menjatuhkan kepercayaan Ahli-ahli Parlimen kepada bukan sahaja Dewan yang mulia ini, kepada orang ramai pun – apa yang sedang berlaku sehingga usul-usul macam ini boleh dikemukakan melanggar segala peraturan mesyuarat, segala konvensyen-konvensyen. Apabila Tuan Yang di-Pertua menjadi - kita berharap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh fair and just. Akan tetapi nampaknya something as gone wrong, bolehkah ini boleh memberi satu penjelasan kenapa persetujuan diberi supaya perkara ini disegerakan. Melanggari dan kalau tidak, tidak patutlah – kalau perlu tujuh hari notis, usul ini tidak patut dalam Aturan Urusan Mesyuarat oleh kerana tidak cukup tujuh hari.
Terima kasih Ipoh Timur. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat selalu berhujah mengenai peraturan mesyuarat dan konvensyen. Konvensyen mengikut saya apa yang dibuat, standard saya yang saya tahu, yang saya cukup adil ialah mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa sebelum dibentang jangan dahulu diheboh, konvensyenkan Yang Berhormat Ipoh Timur? Akan tetapi
sebelum pun ada apa-apa, sudah keluar dalam semua Twitter, blog, YouTube. Konvensyen?
Tuan Yang di-Pertua sahajalah. Kenapa UMNO tidak pernah buat macam itu kah? Sama sahajalah.
Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh saya respons kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Ya.
Saya respons kepada Yang Berhormat Ipoh Timur Yang Berhormat.
Alright.
Malulah, malu.
Jadi Yang Berhormat Ipoh Timur yang bawa usul itu adalah Yang Berhormat Menteri, 27(3). Apabila Yang Berhormat Menteri buat sesuatu usul, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua menurut Peraturan Mesyuarat 15. Bukan saya buat peraturan mesyuarat Yang Berhormat dan saya apabila diberi penjelasan setuju bahawa yang juga nanti buat pendirian bukan saya Yang Berhormat Ipoh Timur. I can’t even vote kerana saya duduk di sini di bawah Artikel 57, sering kali Yang Berhormat Bukit Gelugor memalukan saya sebab saya bukan Ahli Parlimen tetapi secara konvensyennya pernahkah Ahli-ahli Yang Berhormat dengar bahawa Member of Parliament apa pun Tuan Yang di-Pertua itu bahawa mereka begitu menghina? Konvensyen? You are telling to me about convention.
I’m talking about manners.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya tidak bercakap dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Permatang Pauh, I’m sorry Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat Permatang Pauh saya bukan bercakap dengan kamu. Itu konvensyen. Jadi dalam hal ini itulah interpreting saya, 99 saya terima kasih kerana berhujah begitu kerana Yang Berhormat Menteri sendiri yang buat.
Akan tetapi tafsirlah secara adil Tuan Yang di-Pertua. Janganlah membuta-tuli tafsir peraturan yang jelas dalam peraturan ini. [Sambil memegang buku peraturan mesyuarat] Mesti ada notis tujuh hari. Ini notis tujuh hari apa? Tujuh hari notis tidak ada langsung.
Yang Berhormat Gombak sudah.
Jikalau hendak tafsir, tafsirlah secara adil.
Yang Berhormat Gombak sudah.
Inikah tafsiran?
Yang Berhormat Gombak sudahlah.
Lebih baik buang buku peraturan. [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara][Dewan riuh]
Duk bising-bising kenapa? Tuan Yang di-Pertua ini Yang Berhormat Lenggong bising kenapa?
Soalan bukan sama ada Tuan Yang di-Pertua...
Apa takut? Saya tidak takutlah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sudahlah Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur masih lagi dengan peraturan mesyuaratnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan bukan sama ada Tuan Yang di-Pertua ada hak untuk undi ada undi tidak undi.
Baca pun tidak faham.
Akan tetapi mengikut peraturan mesyuarat bahawa bukan konvensyen sahaja, peraturan mesyuarat yang tetap bahawa perlulah tujuh hari notis untuk apa-apa usul ada nama di bawah nama Yang Berhormat Menteri selain daripada boleh memuaskan Tuan Yang di-Pertua, in the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible dan ini in the public interest requires it should not be allowed. Oleh kerana inilah mengenai public confidence mengenai urusan dan perjalanan Dewan yang mulia ini. Public interests dictate bahawa tidak boleh dikecualikan, perlulah tujuh hari notis dan itulah kenapa. Bolehkah Tuan Yang di- Pertua memberi, memuaskan kita kenapa ini dikecualikan? Oleh kerana tidak ada rules of natural justice diikuti di mana tuduhan-tuduhan dibuat adalah mereka yang terlibat diberi peluang untuk membersihkan nama mereka dan perkara ini tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, public interest tunjuk bahawa kita cannot short circuit the whole process. Jikalau begitu kehakiman sudah jatuh kepercayaan orang ramai mengenai keutuhan kehakiman. Akankah ini kita mahu menjatuhkan kepercayaan terhadap sistem Parlimen khasnya jawatan Tuan Yang di-Pertua? Kita tahu Tuan Yang di- Pertua bukan senang ada jawatan a sandwich. Boleh kata sandwich tetapi we have to act fairly justly dan tidak boleh membenarkan peraturan ini untuk disalahgunakan. Bukan oleh Tuan Yang di-Pertua tetapi untuk Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.
Yang Berhormat Ipoh Timur, terima kasih. Kalau Yang Berhormat Ipoh Timur telah lama dalam politik, saya juga apa kurangnya. Saya biasalah berbahas seperti ini Yang Berhormat Ipoh Timur. Bagi kita orang- orang politik ini Yang Berhormat Ipoh Timur adalah persepsi, hujah yang cuma kita dengar, pendapat kita yang benar. Itu pendapat Yang Berhormat Ipoh Timur di mana Yang Berhormat Ipoh Timur akan pertahankan pendapat itu sehingga kiamat pun, kerana menurut Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat adalah mewakili semua rakyat Malaysia ini.
Jadi Speaker... [Menyampuk]
Saya Yang Berhormat Ipoh Timur, saya juga - Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tidak bercerita dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya Ahli Parlimen, saya dengar.
Saya tahu. Akan tetapi jangan menyampuk, bukan dalam soal-soal begitu kerana kita sekarang ini bercerita tentang peraturan mesyuarat. Biar saya habis bercakap. Bermakna bagi saya, apa pun tuduhan Ahli Yang Berhormat kepada saya, persepsi kepada saya sama ada saya dibeli atau apakah, itulah tafsiran saya demi untuk kepentingan rakyat. Menteri sudah buat sebagai seorang Menteri. Pengertian dan tafsiran saya di bawah Peraturan Mesyuarat 27 adalah itu dan secara kebetulan bukan saya yang buat. Peraturan Mesyuarat 99 mengatakan, “Jika tidak dipersetujui buat usul.” Apa problemnya?
Bila usul kami diterima, semuanya ditolak. Pernah diterima usul kami? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli Yang Berhormat...
[Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat, peraturan mesyuarat...
[Bangun]
...Mengatakan begitu, bukan saya yang lakukan.
Betullah tetapi ikut... [Menyampuk]
Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan kerajaan didahulukan, bukan saya Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 27.
Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan Mesyuarat 27.
Peraturan Mesyuarat 18(1) saya belum...
Tuan Yang di- Pertua, Balik Pulau mohon penjelasan sedikit.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Subang saya telah mengarahkan Yang Berhormat tadi, tetapi Yang Berhormat ingkar juga Yang Berhormat tidak mahu keluar.
Saya akan keluar Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak mahu dengar lagi Yang Berhormat kerana tindakan saya berhubung dengan usul Yang Berhormat telah saya buat. Sebetulnya Yang Berhormat menurut konvensyen, apabila Speaker menolak dalam kamar, tidak boleh disebut lagi dan tidak boleh diminta supaya diulang semula, itu peraturan mesyuarat.
Dengan hormat, itu bukan peraturan yang disebut di dalam peraturan, tidak disebut ia tidak boleh disebutkan lagi...
Ahli Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan...
...Tidak boleh dibahas.
...Bahawa Yang Berhormat sekarang ini mesti di luar, Ahli Yang Berhormat berhujah juga.
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak jumpa apa yang Tuan Yang di-Pertua cakap tadi dalam Erskine May ini. Saya kaji tetapi tidak jumpa, bantu saya Tuan Yang di-Pertua.
Tidak jumpa tidak payah cakap. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Oleh sebab rujukan selalu Erskine May, saya baca Erskine May tetapi tidak semua usul yang dibawa oleh Menteri, Tuan Yang di-Pertua perlu terima bulat-bulat, apatah lagi ada pelanggaran peraturan mesyuarat dengan jelas. Melainkan ada rujukan yang lain, saya tengok dalam Erskine May fotostat, saya pinjam dari bilik sumber, tidak jumpa hujah itu.
Yang Berhormat, buat layaran di web umpamanya persidangan New Zealand, persidangan Kanada, persidangan Australia...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Mongolia .. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 27.
Ahli-ahli Yang Berhormat, semua kita bertanggungjawab. Saya tidak akan lari daripada sini selagi Ahli-ahli Yang Berhormat juga berbuat begitu, biar semua negara lihat.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 27, izinkan saya.
Dan insya-Allah saya tidak akan tangguhkan.
Semalam Tuan Yang di- Pertua, tidak ada nama. Tidak ada nama Yang Berhormat Gombak, semalam tidak ada.
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Biar saya...
Duduk dahulu Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tahu Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tahu. Usul dibuat oleh Menteri dalam 24 jam boleh, baru dibawa kepada saya. Memang semalam tidak ada, itu terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Kita duduk di sini boleh, elok juga saya dengar pasal apa tidak ada bising, boleh. Saya cuma Speaker Yang Berhormat, saya bukan wakil rakyat. Saya menjalankan tugas sebagai Speaker.
Tuan Yang di-Pertua, isunya kenapa tidak dipanggil, itu national justice, itu sahaja yang kami harapkan. Kami tidak mempertikaikan peraturan mesyuarat, semalam ada tetapi hari ini ada dan enam bulan. Enam bulan Tuan Yang di-Pertua, bukan satu perkara yang mudah,
akan digantung enam bulan tanpa mereka dipanggil untuk membela diri, itu sahaja isunya. Apa pun pertuduhan Tuan Yang di-Pertua dalam mana-mana mahkamah dunia pun mesti dipanggil, itu sahaja rayuan kami. Apa yang kami mahu ialah suatu keadilan diberikan kepada kami, nama semalam tidak ada hari ini ada, diletakkan enam bulan jadi siapa kami ini Tuan Yang di-Pertua? Kelas berapa kami ini Tuan Yang di-Pertua? Wakil rakyat apa kami ini Tuan Yang di-Pertua? Parlimen mana kami ini Tuan Yang di-Pertua? dan Speaker mana lagi untuk kami pertaruhkan harapan? Saya menaruhkan harapan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Speaker yang kami hormati...
Terima kasih.
...Yang kami anggap paling bijaksana...
Terima kasih.
Di Dewan yang mulia ini.
Terima kasih.
Kalau apa pun usul Menteri, apa pun yang Menteri bawa di sini, inilah integriti yang kami perjuangkan. Speaker yang berintegriti, yang boleh menegur, memberikan keadilan kepada kami, kami tidak mengharap. Ini Parlimen Malaysia, ini bukan Parlimen Zimbabwe [Tepuk] Papua New Guinea. Ini Speaker Malaysia yang kami sangat muliakan Speakernya, Pandikar Amin bin Haji Mulia. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Malaysia boleh. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ada lagi yang mahu bercakap tentang soal ini kerana pendirian saya begitu juga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ada memberikan penjelasan dan mengambil ketetapan bahawa usul Menteri didahulukan jelas, tidak ada orang yang faham peraturan boleh dipertikai. Akan tetapi isu di hadapan kita ialah notis untuk menggantung tiga Ahli Parlimen. Sebagai Speaker, Tuan Yang di-Pertua tahu serious implications mana-mana keputusan, melainkan Tuan Yang di-Pertua yang menghukum dahulu. Akan tetapi kalau tidak, sekurang-kurangnya Tuan Yang di- Pertua boleh bertanya kepada Menteri, tidak bolehkah prosedur biasa diikuti, satu. Tidak bolehkah orang yang dituduh diberi peluang memberi penjelasan? Tidak bolehkah kita memastikan bahawa maklumat yang terdapat di laman web yang media di mana Tuan Yang di-Pertua seolah-olah mengesahkan tanpa bicara, tidak bolehkah disahkan dahulu? Ini yang minimum, tidak boleh dilakukan. Kita boleh menggunakan Parlimen, saya tahu sesetengah sahabat saya di sebelah sana setuju tetapi tidak bolehkah diberikan ruang tuduhan serius menggantung Ahli Parlimen enam bulan, serius. Saya tidak percaya soal saya, esok hendak gantung, gantunglah, lebih teruk daripada itu pun saya sudah lalui, tidak ada masalah. Soalnya kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang lain, dua orang bersabit dengan peranan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa, Tuan Yang di- Pertua ada. Di Dewan ini berjanji kepada saya, boleh cakap. Kemudian depan dalam mesyuarat jawatankuasa, “Oh yes, yes, yes. You boleh datang semula sama ada with ataupun ataupun without lawyers.” Saya kata okey. Tahu, tahu hukuman
dijatuhkan. Itu tidak apalah ketua pembangkang, kerana saya sentiasa menerima hukuman kepada saya ini memang khas. Akan tetapi yang lain. Speaker cakap, “Oh saya bebas, saya adil, saya bertanggungjawab kepada rakyat.” Rakyat mana yang boleh menerima...
Sudah, sudah Yang Berhormat Permatang Pauh.
...Penghukuman. Biar saya habiskan ayat dahulu.
I decided.
Hukuman, kemudian sebut Kanada, New Zealand. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, jangan anggap semua Ahli Parlimen tidak pernah pergi dan tengok bersidang dan tidak tahu. Saya faham Tuan Yang di-Pertua banyak berjalan dan tengok parlimen- parlimen ini tetapi insult to our intelligent, kalau dibayangkan perjalanan Parlimen Australia atau UK atau New Zealand kah...
Who is insulting an intelligent to any power?
No, I’m saying, it is an insult to our intelligences if any one without acceptation. Berikan indications seolah-olah perjalanan Parlimen kita sebebas mereka, full stop. Sekarang saya hendak bawakan ini Tuan Yang di-Pertua, semata-mata Menteri membawa usul, anything goes? Anything kerana peraturan itu you means Speaker tidak ada satu kuasa untuk menyoal look ini position of the Speaker, it has been compromise. Kalau sampai tidak ada soal itu, macam itu, saya hendak appeal. Ahli Yang Berhormat boleh marah, saya tidak mengapa. Akan tetapi saya hendak beritahu, okey giliran ini kami yang kena Yang Berhormat Kalabakan. Saya dan kawan-kawan saya yang kena, Yang Berhormat Arau.
Sudah tiga ayat, dua dan tiga ayat Yang Berhormat Permatang Pauh.
Ya, tidak mengapa. Jangan marah, jangan jerit. Jangan jerit Yang Berhormat Tangga Batu, no, no, no.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak mengapa.
Silalah tunggu. [Menyampuk]
Ahli Yang Berhormat sudahlah, Ahli Yang Berhormat habiskan ayat.
Tidak mengapa. Oleh sebab saudara boleh bosan kerana tidak apa. Sekarang Yang Berhormat Tangga Batu, you boleh bosan kerana you boleh maki sebanyak mana, you akan lepas...
Sebab itu saya sebut Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kalabakan kerana saya kenal mereka lebih baik daripada saya kenal awak. Itu bezanya, ya itu beza.
Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh sudah.
Baik, baik Tuan Yang di- Pertua, sebab itu yang kita bangkitkan begini, tidak boleh dipermainkan begitu.
One day notice. Ada lawyers ada Menteri ada semua di sini. Boleh buat macam ini. Ya, you ada kuasa, you ada majoriti, betul! Ya. Sebab itu dalam memahami konsep demokrasi, minoriti mesti hormat kuasa majoriti. Akan tetapi bukan tyranny of the majority.
Ya!
Not the tyranny of democracy. [Tepuk] And the position dan peranan Speaker ialah mengawal. Saya tahu Speaker diangkat oleh mereka. Ya! Akan tetapi saya selama ini bertapa pun bertanya dengan Ahli-ahli Yang Berhormat saya tetap...
Selepas Permatang Pauh bercakap ada yang mahu bercakap?
[Bangun]
Tidak apa, tidak apa. Saya duduk saja di sini, tidak apa.
[Bangun]
Tidak apa. Semua negara tengok kita. Bermakna sekarang ini yang dipertikaikan... Ahli-ahli Yang Berhormat! duduk dahulu. Permatang Pauh belum lagi siap. Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk.
Kita sambung lagi satu minggu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipertikaikan sini ini adalah kuasa Speaker. Selepas Permatang Pauh berhujah dengan itu, itu juga pendirian saya. Itu juga.
Belum dengar habis sudah ubah pendirian.
Tidak akan berubah daripada situ Yang Berhormat! Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri...
Belum dengar sudah ubah pendirian.
...Mahu juga integriti Parlimen...
Itulah seorang ..
... Ditingkatkan.
Ditingkatkan apa?
Tingkatkan, ayuh sama-sama tingkatkan. Tanya diri sendiri Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ya, tanya diri sendiri.
Terima kasih. Kita tanya semua Tuan Yang di-Pertua. Nasihat Tuan Yang di-Pertua dari segi itu saya terima. Kita semua harus perbaiki dan tingkatkan. Akan tetapi saya merujuk khusus pada soal ini dan meminta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua walaupun Tuan Yang di-Pertua kata cakaplah apa-apa pun saya sudah buat keputusan. Sepatutnya dengar dan kemudian...
Saya sudah mendengar Yang Berhormat. Saya cukup sabar mendengar kepada semua.
Terima kasih.
[Menyampuk]
Sebetulnya yang ini pun tidak payah saya melayan, akan tetapi saya dengar. Saya cukup hormat.
Terima kasih.
Akan tetapi kalau sudah sampai juga integriti saya dipersoalkan, Yang Berhormat Permatang Pauh you tahu saya, I tahu you.
Saya kenal sebab itu saya cakap baik.
Ya, itulah makanya saya juga sentiasa hormat.
Ya.
Gombak...
Akan tetapi bila...
...Dan ahli-ahli yang lain.
Akan tetapi apabila beberapa keputusan...
Ini bukan...
Ya.
Yang duduk di sini bukan boleh dipertakut-takutkan atau diugut ataupun dikasi besar mata.
Ya.
Bukan.
Tiada ini.
Jangan, jangan, jangan, jangan begitu. No.
Sila. You Ketua Pembangkang. You are suppose to inspiring the Prime Minister. You tell me! You show me the way!
Thank you very much.
You have been the Deputy of Prime Minister. You know all this.
Thank you very much.
You know how government works. No! You show me ! [Dewan riuh]
Thank you.
Show me.
Thank you. Very kind. Tuan Yang di-Pertua...
I have been one thing that.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Very balance and fair view.
Ya, you always phrase verse...
Cynical.
Cynical view all the time. Sarcastic remarks. [Dewan riuh]
This is power of language. [Dewan riuh]
Yes. You know the power of language.
Thank you Tuan Yang di- Pertua.
I know also what is the power of language. So let’s play with the power of language.
Are you arguing with me or are you listening to me? [Dewan riuh]
Let’s play because the nations now is watching. Let’s play. You are inspiring the Prime Minister not me!
Thank you very much. You are ….
I can be out anytime. Gombak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Power of the Chairs ya?
Sudah.
Tuan Yang di-Pertua...
Mengapa Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada saya Tuan Yang di-Pertua?
Sila teruskan, sila teruskan. Satu dua ayat?
Jangan sebut nama saya.
Permatang Pauh dan selepas itu you fikir. Saya tidak akan tangguhkan Dewan seperti yang dibuat biasa.
Akan tetapi jangan ...
Kalau Ahli Yang Berhormat mahu kita juga duduk, kita duduk.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya sambung Tuan Yang di-Pertua? Saya merujuk kepada usul. Tuan Yang di-Pertua tahu jadi kalau saya bangkitkan soal hubungan peribadi, saya bukan bermaksud untuk menyentuh itu. Tuan Yang di-Pertua tahu sebaik sahaja ada notis untuk panggil, saya segera bagi keutamaan menemui Tuan Yang di-Pertua. Tidak pernah saya tangguhkan. Jadi yang itu saya terima. Akan tetapi dalam kebelakangan ini beberapa keputusan dibuat saya anggap melanggar
semua peraturan konvensyen. Jadi sebab itu kita raised dengan agak tegas dan keras.
Permatang Pauh duduk, duduk, duduk sekejap.
Biar saya habiskan.
Duduk sekejap dahulu. Ada perkara yang saya mahu sebut dulu. Kita bercerita pasal peraturan mesyuarat, integriti Speaker, keadilan dan sedemikiannya. Saya terima dengan baik. Akan tetapi sebelum itu Subang saya nampak masih lagi duduk. Kerana telah saya buat keputusan. Kalau itu tidak diikut seolah-olah saya tiadalah.
[Menyampuk]
Sudah saya buat keputusan.
Saya pun setuju saya...
Gombak? Saya juga sudah sebut tadi. Akan tetapi tidak apa, kamu tidak tengok Speaker saya secara peribadi tidak apa. Akan tetapi kuasa itu, sekarang saya mendengar hujah oleh kerana saya hormat dengan Ketua Pembangkang. Gombak juga saya sebut keluar akan tetapi Gombak masih ada. Tidak apalah saya pun Speaker duduk sini nanti. Kalau Yang Berhormat juga jadi Prime Minister sana, serupa dia orang akan buat juga. Dan pada ketika itu mudah-mudahan saya juga Ahli Parlimen di sebelah.
Sebelah sini? [Dewan riuh]
Are you smile to me? I smile to yourself.. [Ketawa] What game do you want to play.
Tuan Yang di-Pertua kalau sebut begitu, you sudah prejudis.
No, no, no prejudice ...
Saya tidak pun kata...
...Because sekarang ini pertahankan saya punya integriti. Saya sudah sebut beberapa kali itu keputusan saya. Akan tetapi masih juga dipertikaikan. Okey. Lima minit.
Tuan Yang di-Pertua habiskan, saya cakap.
Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua.
Boleh?
Sila. Gombak dia tidak keluar kerana dia immune kepada peraturan mesyuarat dan arahan Speaker. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua [Dewan riuh] kenyataan-kenyataan macam inilah...
Gombak keluarlah Gombak.
Sinikal menyinggung yang menyebabkan kita hilang hormat.
Tidak apa, tidak apa.
Tadi saya bangun sebab saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua apa salah saya? Saya hendak tanya...
Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat! Gombak saya berterima kasih, Gombak yang bercakap. Dia kata perkataan-perkataan yang sinis dan menyinggung. Akan tetapi Yang Berhormat Gombak sendiri yang hentam saya, dia kata saya kena beli UMNO.
Ha, itulah! Inilah masalah Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh check Hansard. Saya tidak kata UMNO membeli Tuan Yang di-Pertua.
Sudah Gombak tidak apa, tidak apa.
Dengar betul-betul.
Gombak tidak keluar pun tidak apa. Dia tidak keluar tidak apa.
Kecuali Tuan Yang di-Pertua hendak percaya UMNO beli Tuan Yang di-Pertua.
Saya telah mengarahkan Gombak, saya telah mengarahkan Gombak keluar, Gombak tidak keluar tidak apa.
Tidak apa!
Tidak apa!
Saya hendak berhujah dahulu. Apa yang saya nyatakan saya tidak mahu Speaker dibeli oleh UMNO. [Dewan riuh] Berbeza, berbeza. [Dewan riuh] Ini masalah Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tuduh, saya tidak serang, saya tidak cerca Tuan Yang di-Pertua. Saya sayang Tuan Yang di-Pertua.
Ialah sudah. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...
Saya sayang Tuan Yang di- Pertua, saya hendak pertahankan Tuan Yang di-Pertua.
Ya, ya terima kasih, terima kasih. Terima kasih, terima kasih.
Saya hendak pertahankan institusi ini.
Ya, ya terima kasih, terima kasih. Itulah saya kata terima kasih sudah. Sudah.
Sebab hakim sudah dibeli.
Ya, ya sudah, sudahlah Yang Berhormat.
Doktor sudah dibeli. Saya tidak mahu Speaker dibeli! [Dewan riuh] Sebab saya hendak pertahankan institusi ini.
Sebetulnya Ahli Yang Berhormat Gombak ini pun tidak patut bercakap begitu pada saya sebab sudah saya rehatkan tadi. Tidak apa, tidak apa.
Sebab Tuan Yang di-Pertua singgung saya tadi.
Tidak apa.
[Menyampuk]
Tidak apa.
Tidak apa. Kalau hendak saya keluar saya keluar.
Daripada tadi sudah saya sebut, Ahli-ahli Yang Berhormat sama Ampang sudah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua hendak saya keluarlah?
Ya.
Apa salah saya? [Ketawa] Apa dosa saya? [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Bangun]
Itulah dalam peraturan mesyuarat dilarang supaya jangan berhujah, menyakitkan hati, menyindir, sinis. Itu adalah peraturan mesyuarat, tidak payah sebut dari mana.
Yalah.
Mana ada peraturan dalam Dewan Tuan Yang di-Pertua.
Kalau sebelah sana sinis tidak apa, okey.
Sana semua boleh.
Ya. [Dewan riuh] Itu yang dipertikai, Tuan Yang di-Pertua tahu. You ask, ask ourselves, you ask. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya sebut Tuan Yang di-Pertua... biarlah. Speaker arah sudahlah. Dia ikutlah. Tidak payah you jerit suruh dia keluar. [Dewan riuh]
Sampai bila? Sampai bila keluar... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
2.30 sahaja. [Dewan riuh]
Saya keluar sampai pukul berapa Tuan Yang di-Pertua?
2.30 petang.
2.30 petang. Saya jumpa balik 2.30 petang Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Sudah.
Tuan Yang di-Pertua... saya.. [Dewan riuh]
[Keluar Dewan] Reformasi!
Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Nasihatkanlah Ketua Pembangkang, biadab itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi...
PAS tidak buat reformasi kah? PAS tidak angkat tangan pun.
Sebelum Tuan Yang di- Pertua mencelah.
Ketua Pembangkang... Ahli-ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang sedang berhujah. Diam, kita hormat. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Speaker tidak hendak berehat dahulu?
Saya sebelum dicelah...
Tukar Speaker sekejapkah?
...Menyebut mengapa kita bangkitkan peraturan dan mengapa kita pula persoalkan beberapa keputusan. Saya sebut dan ini perlu Ahli-ahli Yang Berhormat juga tahu kerana mereka kebanyakannya hadir semasa Speaker bagi jaminan tegas...
Berapa lama Yang Berhormat mahu bercakap tentang ini?
Sekejap, sekejap. Dua atau tiga minit. Jaminan tegas bahawa hak saya untuk memberi penjelasan akan diberikan dan Tuan Yang di-Pertua berulang kali dalam Hansard menyebut dokumen yang akan dikemukakan. Akan tetapi entah bagaimana Tuan Yang di- Pertua jelaskan “Oh ini pertimbangan baru, saya telah mendengar dan ini keputusan Jawatankuasa yang ramai”. Maka hak saya dinafikan. Ini perlu tahu. Soal ini saya minta Ahli Yang Berhormat sama ada bersetuju dengan saya atau hendak keluarkan saya tidak mengapa tetapi mesti tahu. Sudah dijanjikan untuk memberikan keterangan tetapi dibatalkan. Maknanya hukuman dijatuhkan tanpa peluang saya mempertahankan diri atau menjelaskan kerana saya kata saya ada perjanjian APCO dengan Malaysia. Saya ada dokumen. Dokumen dan perjanjian itu tidak mahu dilihat oleh Jawatankuasa. Ini yang mencurigakan. Apakah sebab mereka tidak mahu hal ini direkodkan maka tidak mahu dipanggil. Saya kata saya bawa dokumen, saya bawa fail tentang APCO untuk mempertahankan hujah saya. Kemudian semalam kita dimaklumkan, saya dan Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana penghujahannya dalam sidang diambil untuk memberi teguran keras tanpa memberitahu notisnya terlebih dahulu dan membawa beliau ke dalam mesyuarat untuk menjelaskan. Saya anggap itu keputusan Tuan Yang di-Pertua yang luar biasa, keras. Hari ini ditambah lagi dengan tiga orang Ahli Parlimen yang
lain dengan tuduhan yang lain lagi. Maknanya setiap hari kita boleh berbeza buat hukuman-hukuman yang keras. Jawapan Tuan Yang di-Pertua, “Saya Tuan Yang di-Pertua, saya ikut peraturan. Yang Berhormat Menteri buat keputusan”. Jadi bagi kita ada masalahnya. Tuan Yang di-Pertua pada fahaman saya dahulu pegang jawatan dan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan walaupun memang mirip kita tahu ke mana tetapi sekurang-kurangnya beri semblance ada ‘.... justice’, due process. Ini Tuan Yang di-Pertua, dengan dukacita dan kesal saya sebut nampaknya tidak ada. Tuan Yang di-Pertua kata ini persepsi kerana saya hanya mendengar sebelah pihak. Tidak benar. Dokumen yang Parlimen edar semalam termasuk verbatim report, seluruh prosiding Jawatankuasa saya baca bersama dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor semalam. Saya baca verbatim report seluruh prosiding semasa mereka hadir dan setelah mereka keluar. Jadi hendak kata saya tidak dengar atau saya dengar sebelah pihak, itu kurang tepat. Akan tetapi yang saya hairan dan kesal semalam ialah bagaimana Tuan Yang di-Pertua boleh bawa Parlimen dalam rekodnya ke tahap ini menghukum Ahli-ahli Parlimen semata-mata dengan arahan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Yang Berhormat Machang.
Tuan Yang di-Pertua tadi sebut siapa lagi hendak berucap, saya cuma ambil tiga minit dua perkara.
Yang Berhormat Machang sudahlah.
Walaupun saya tidak mengubah pendirian.
Yang Berhormat Machang sudahlah. Saya respons sama. Di akhir ayat Yang Berhormat Permatang Pauh tadi ada dua atau tiga perkataan di situ yang terus hinggap di sebelah sini dada saya bahawa seolah- olah saya ikut telunjuk menteri dan saya ini membuat keputusan. Saya berkuasa? Saya ini yang tidak didengar pun, Yang Berhormat Subang saya suruh keluar tidak mahu dengar. Sebagai contoh - saya tahu sudah keluar. Di sini berkisar kepada siapa sebetulnya yang memutuskan. Yang memutuskan Parlimen Malaysia adalah Majlis, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Saya dan Timbalan-timbalan di-Pertua mempengerusikan Majlis dengan menggunakan peraturan mesyuarat yang juga bukan kami gubal. Parlimen Malaysia yang gubal dan saya rasa buku biru ini dimaklumi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh daripada Peraturan Mesyuarat 1 sampai 100. Apabila saya buat keputusan saya tidak memikirkan pasal jawatan saya Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak. Saya memikirkan kesemuanya adalah untuk Parlimen. Tidak perlu saya sebut apa yang saya sudah buat di Parlimen termasuk soalan-soalan yang saya beri bergilir-gilir. Belum pernah dibuat dalam history of Parliament of Malaysia. Never! Akan tetapi Yang Berhormat apabila Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri, Yang Berhormat Permatang Pauh simpan, longgokkan di depan saya satu tanggungjawab yang besar dan pada masa yang sama tidak ada kerjasama tidak ada kerjasama kepada kedua-dua belah pihak, terus menyuruhkan saya ke dalam satu situasi yang mana Yang Berhormat sendiri tahu. Apabila Yang Berhormat Menteri atas nama Menteri membuat usul bermakna Menteri itu dan kerajaan itu telah memikirkan kepentingan rakyat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya cuma menginterpretasikan
kepada peraturan mesyuarat. Rakyat Yang Berhormat dan rakyat mereka saya tidak pandang bahawa rakyat pembangkang dan rakyat kerajaan – tidak! Apa yang saya buat daripada mulanya duduk sahaja di sini Yang Berhormat. Saya letak jawatan daripada aktiviti politik. Yang Berhormat Permatang Pauh, you know that I am a political animal. First signal. Yang Berhormat Bukit Gelugor jangan sinis. When I say political animal means I am not asking everybody to use that word animal walaupun perkataan itu biasa di antara you dan Yang Berhormat Kinabatangan. [Ketawa] Maksud saya Yang Berhormat Permatang Pauh, saya sudah beri dari awal lagi indication. This is a speaker that wants to do his job properly. Saya letak jawatan. Jadi apa yang disebut tadi itu bermakna dilonggokkan lagi kepada saya bahawa saya yang tidak adil ini yang sedangkan saya cuma menerima usul. Berbahas adalah Ahli-ahli Yang Berhormat selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat juga yang mengundi. Bukankah saya sudah sebut beberapa kali, seorang penulis Parliamentary Procedure, Philip Laundy mengatakan “The opposition will have their say, the government will have their way. You will always have your say; you just had your say. They will always have their way”. Maksudnya dalam pengundian, kenapa seharusnya saya pula yang dipersalahkan dalam soal ini? Saya tidak ada aspirasi lain. Saya tidak ada aspirasi untuk pergi ke Putrajaya. So hati-hati bila bercakap. Hati-hati lempar tuduhan kepada orang lain. Particularly if you are also living in a glass house, if I can say that word. Jadi terpulang kepada Yang Berhormat sudah tidak ada lagi mengenai dengan soal isu ini. Kalau Yang Berhormat mahu juga berhujah tidak mengapa, the whole nation will watch us. It doesn’t matter.
Tuan Yang di-Pertua. Dua perkara Tuan Yang di-Pertua.
Ini kerana selepas ini..
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
.. Yang saya panggil adalah rang undang-undang untuk bacaan kali pertama.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tadi sebut tentang..
[Bangun]
Sebelum itu.. Tuan Yang di-Pertua, tadi sebenarnya apabila saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 27(3) bahawa selain daripada Tuan Yang di-Pertua adalah national interest demand bahawa peruntukan yang perlu tujuh hari notis daripada seorang Menteri dikecualikan dan membolehkan satu hari diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Apa itu national interest? Itu Barisan Nasional interest yang mahu usul ini..
Yang Berhormat Ipoh Timur berbalik lagi kepada persepsi dan pendapat!
Bukan, kita hendak tahu apa itu national interest. Sungguhpun ini akan diputuskan oleh Dewan yang mulia ini tetapi peraturan-peraturan perlu diikuti. Apa national interest? Bolehkah Tuan Yang di-Pertua oleh kerana ini adalah Barisan Nasional interest bukan national interest.
Sebenarnya parliament interest tidak dimajukan dengan apa yang berlaku dan kalau dengan simple majority BN boleh buat seperti ini – brute majority, simple majority sahaja yang menunjukkan kalau ada two thirds majority jahanamlah negara ini! Apa yang mustahak adalah what is national interest di mana Tuan Yang di-Pertua anggap ini mustahak supaya peraturan mesyuarat dikecualikan yang memerlukan tujuh hari notis.
Kita tunggu. Tentu ada sebab. Tidak boleh kata bahawa bila Menteri minta – cukup, itu national interest. Kalau begitu, tidak perlu Peraturan Mesyuarat 27(1) – national interest demand! What is the national interest? National interest is different from Barisan Nasional interest. Bolehkah kita tahu apakah itu national interest?
Dua perkara, Tuan Yang di- Pertua. Walaupun Tuan Yang di-Pertua berulang kali sebut bahawa Tuan Yang di- Pertua tidak akan ubah pendirian, tetapi izinkan saya menyebut secara ringkas dua perkara. Tuan Yang di-Pertua, undang-undang yang zalim kalau dilaksanakan oleh hakim yang adil, keputusannya adil. Undang-undang yang adil kalau dilaksanakan oleh hakim yang zalim, keputusannya zalim. Saya tidak mengatakan bahawa ini proses mahkamah. Akan tetapi, apa yang zalim itu ialah melakukan satu perkara tidak kena pada tempatnya. Benar, peraturan mesyuarat membenarkan Menteri membawa usul, tetapi kalau usul menggantung seseorang tanpa orang yang hendak digantung itu diberi peluang membela diri dan berhujah, itu namanya zalim. Kedua, yang tertera dalam buku peraturan adalah maksud tersurat. Akan tetapi sebagai orang nombor satu yang mengawal perjalanan mahkamah, Tuan Yang di-Pertua juga ada gerak hati – instinct intuition. Sebagai pemimpin yang menerajui institusi Parlimen, sudah tentulah sebagai manusia, Tuan Yang di- Pertua juga ada gerak hati bahawa yang dilakukan itu sebenarnya tidak kena. Di sinilah sebenarnya wisdom yang kita pohon. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih. Hujah-hujah yang mantap. Saya teruja. Baik. Menjunam dalam kalbu.
Satu lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Namun, pendirian saya begitu juga. Sila Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada dua benda yang ingin saya dapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya tentang apa yang telah disebutkan tadi – oposition have our say. Kemudian saya ingin bertanya juga kepada Tuan Yang di-Pertua tentang apa privilege kita sebagai Ahli Parlimen yang setahu kita dalam proses, dalam perjalanan mana-mana Ahli Parlimen, mana-mana Parlimen, Parliamentarian dia punya privilege untuk menyebut dan mendedahkan, mendatangkan sesuatu perkara yang mungkin tidak ada kemampuan, tidak boleh dan tidak dibenarkan kita untuk bercakap di luar. Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada menyebut kesediaan beliau untuk mendatangkan hujah, bukti, tetapi telah dinafikan hak tersebut untuk didatangkan bukti dalam Jawatankuasa yang telah bersidang, yang telah menjatuhkan hukuman.
Isu kedua yang saya ingin bangkitkan – ini bukan isu hendak pergi ke Putrajaya, Tuan Yang di-Pertua. Nothing to do berkaitan dengan perjalanan kami ke Putrajaya – no. Isunya adalah justice yang perlu kita tegakkan di dalam Dewan yang mulia ini, di Dewan yang kita rasa... [Disampuk]
Saya jarang-jarang tersenyum Yang Berhormat, tetapi saya tersenyum dengan ayat itu – bukan pasal soal pergi ke Putrajaya. Saya hairan kenapa saya tersenyum.
No, Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah justice dalam Dewan.
Ini sangka buruk, Tuan Yang di- Pertua. Sangka buruk.
Kita ingin tahu privilege kita sebagai Ahli Parlimen. Keperluan kita untuk mendedahkan, membawa isu-isu yang ada berkaitan dengan kepentingan rakyat. Ini ingin saya jelaskan. Nothing to do dengan Putrajaya. Kita ingin tahu dan ingin dapatkan penjelasan Tuan Yang di- Pertua, mana privilege kita? Sudah dinafikan hak kita untuk memberikan pandangan, memberikan penghujahan dan juga dengan bukti-bukti yang cukup jelas – dinafikan hak tersebut. Hari ini dengan penggantungan tiga orang Ahli Parlimen ini – tadi Ketua Pembangkang telah menyebut bahawa beliau bersedia dengan keadaan yang telah sedia maklum hukuman-hukuman yang bakal dikenakan kepada beliau. Namun, kami tidak boleh menerima Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor ini yang tidak diberikan peluang untuk mereka itu membela diri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kamu tahu Ahli Yang Berhormat apabila kamu berucap satu demi satu, begitu juga pendirian saya.
Tidak apa, tidak apa. Dengar...
Ini kerana, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh itu telah merangkumi semua. Itu juga disebut oleh Yang Berhormat Machang.
Kami tahu. Kami tahu pendirian Tuan Yang di-Pertua.
Itu juga disebut oleh Yang Berhormat Bachok. Itu juga yang akan disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudah pun disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Itu pandangan masing-masing, Tuan Yang di-Pertua.
Tiada.
Kita ada pandangan lain juga.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, pada pengetahuan saya Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah hari bersejarah – historic. Pada pengetahuan saya atau dalam Parlimen ini, lebih daripada satu jam...
What is the important historic in Malaysia? You tell me.
This is historic. Saya rasa ada satu...
Even the world tsunami also historic?
Tuan Yang di-Pertua, historic in shame. In shame Tuan Yang di-Pertua, kerana persepsi dan apa yang – we can be laughing stop of the nation.
Yes, but that laughing stop with due respect, not only me including.
Tuan Yang di-Pertua, there is something wrong. Something wrong in Denmark House…
Ya, tell you wrong.
Kalau kita circumvent semua rule and regulation Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang kita tidak boleh terima.
Yang Berhormat Ipoh Barat, you tell me mana satu spesifik peraturan mesyuarat?
Tuan Yang di-Pertua...
Dan Jawatankuasa yang saya pengerusikan – langgar.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Dan semua. Cuma, perbezaan ini adalah interpretasi.
No, Tuan Yang di-Pertua...
Nothing to do with peraturan mesyuarat.
Apa itu national interest...
Natural law of justice.
...Secretive matter Tuan Yang di- Pertua, that you cannot doubt us? What is public interest? It is something should be open. Bukan macam kita tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua. All political interest yang terlibat. Itu yang kita perlu alih, Tuan Yang di-Pertua.
You can say that again.
Political interest yang kita...
You can say that again and again. I like to hear it.
You like to hear that, Tuan Yang di- Pertua?
Including your interest – political interest.
I don’t like to repeat Tuan Yang di- Pertua. But, something are so obvious. Tuan Yang di-Pertua, with highest respect, so obvious. Something is wrong here, Tuan Yang di-Pertua. To go and suspend Yang Berhormat Subang…
Ya, ya. You are looking at me because Yang Berhormat Permatang Pauh kata saya punya tindakan. So, finish it.
Bukan, bukan Tuan Yang di-Pertua. Itu satu pandangan.
Pendirian saya begitu juga. Tafsiran saya P.M. 99.
Tuan Yang di-Pertua, sejak kita berhujah, hanya di bahagian sini sahaja. We felt something is very wrong, Tuan Yang di-Pertua. It is best Tuan Yang di-Pertua, kalau go back and think about it and realize bahawa satu tindakan yang saya boleh kata buas or very wrong that we cannot accept and Parliamentarian around the world will say, “What is happening to this Parliament?”. More than one hour debating ruthlessly trying to convey Tuan Yang di- Pertua and hoping Tuan Yang di-Pertua will go out of the Chair, so the next person will decide appropriately in fairness.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sikit? Saya mula sikit saja. Saya sikit. Saya sikit saja. Tuan Yang di- Pertua yang saya – Tuan Yang di-Pertua, ini pandangan orang muda. [Disampuk]
Ya, ya. Yang Berhormat Balik Pulau, kalau itu pandangan orang muda, saya rasa ada lagi yang lebih tua daripada saya. Saya cuma 56 tahun atau 55 tahun. Yang Berhormat Permatang Pauh berapa? 60 tahun lebih. Yang Berhormat Bukit Gelugor berapa umur?
Tuan Yang di-Pertua nampak muda.
Kalau itu adalah sebagai satu sindiran bahawa – tidak payah saya panjang lebarkanlah. Sila Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Yang di-Pertua, hak untuk seseorang insan di atas nama karamah insaniah kah, di atas nama right of man kah – Tuan Yang di-Pertua, saya cakap begini untuk tujuan rekod – boleh diurus dengan pelbagai cara. Dengan cara peraturan mesyuarat, dengan cara undang-undang tetapi akhirnya sekali yang akan untung dan rugi ialah kepercayaan rakyat – trust and confident. This Parliament Tuan Yang di-Pertua – yes, it is about this building, it is about peraturan mesyuarat, but the end of the day, it is about the trust and confident of the people of this country. Keputusan pagi ini – saya takut. Saya takut 50 tahun usaha Dewan ini – baru-baru ini bocor, tidak mahu keyakinan yang bocor itu terus robak. Robak bukan sebab apa, tetapi sebab kita yang duduk di dalam ini tidak mahu hendak mempertahankan. Itu yang saya takut. Saya rasa, Tuan Yang di-Pertua berada di tempat paling sesuai dan tidak ada – pada pandangan saya, kajilah ikut mana pun. Ikut hak asasi manusia, ikut Erskine May, ikut Westminster Law, saya rasa Tuan Yang di-Pertua have very rush to crap this mistake. Bring
back the confident. Itu sahaja yang saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tidak payah tengok saya. Kamu tengok-tengok sahajalah sama Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang dikasi dahulukan. Speaker mana ada kuasa.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang ini untuk sama-sama berbahas dalam Majlis yang tidak menentu ini. Walaupun Tuan Yang di-Pertua kata apa juga kita kata pun tidak akan merubah keputusan Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah kita bercakap bukan kepada orangnya tetapi kepada kerusi yang ada empat kaki itu. Kerusi ada empat kaki. [Disampuk] Yalah, kerusi itu memang keraslah. Tidak boleh buat apa-apa. Akan tetapi kita bercakap dengan seorang insan... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Salak, tidak apa.
Kalau tidak hormat Speaker, keluarlah!
Tidak apa, tidak apa.
Duduklah.
Buat apa duduk sini kalau tidak hormat Speaker?
Tidak mengapa, tidak mengapa. Ahli Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Keluarlah! Hormatlah sedikit.
Ahli Yang Berhormat. Tidak mengapa, tidak mengapa.
Hendak cakap, cakaplah tetapi hormat!
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Bercakap dengan hormat.
Yang Berhormat Sri Gading, duduk.
Tamatkanlah perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua.
Bangun pula seorang lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading, duduklah Ahli Yang Berhormat. Duduklah. Duduk Ahli Yang Berhormat. Kalau Ahli Yang Berhormat buat begini - kita tidak membantu, Ahli Yang Berhormat.
Saya hendak tanya sejak bila ahli-ahli pembangkang hendak percaya dengan apa yang diputuskan oleh pihak sebelah sini? Sudahlah! Sejak bila?
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pasir Salak. Seorang Ahli Pembangkang: Bila keputusan adil, kita akan percaya. okey.
Sejak bila?
Cakap nanti, habis giliran.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, sudah-sudahlah Yang Berhormat. Sudah. Sudah Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah-sudahlah Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, seandainya dalam peraturan mesyuarat ini...
Yang Berhormat Sri Gading. Sudahlah Yang Berhormat Sri Gading. Sudahlah.
Kebijaksanaan ia tidak pakai, ia pakai ikut peraturan sahaja.
Yang Berhormat Sri Gading. Yang Berhormat Gombak ada tunggu di luar, Yang Berhormat Sri Gading.
Kalau tidak hendak dengar, keluarlah.
Sudahlah Yang Berhormat Sri Gading. Sudahlah. Sudahlah, duduk.
Ya. Keluar, keluar sebelum dikeluarkan.
Sudah, sudah.
Ha! Keluar, keluar.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua itu diarahkan kepada saya. [Disampuk] Tidak mengapa Yang Berhormat. Awal tahun ini sudah juga saya pergi bypass. Doktor kata kalau jaga makanan dan exercise sedikit, guarantee 18 tahun. Tidak mengapa, saya boleh tanggung lagi. Sila. Tidak mengapa.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya anggap sidang hari ini macam exercise untuk Tuan Yang di-Pertua bagi kuat sedikit. [Dewan riuh] Apa masalahnya? Tuan Yang di-Pertua cakap exercise. [Dewan riuh]
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita tahu peraturan yang telah dibaca oleh Tuan Yang di-Pertua mengenai...
Lambang sahaja parti Islam, tetapi teruk!
Keputusan Speaker, tetapi kita bercakap mengenai suasana kemanusiaan. Jadi walaupun Tuan Yang di-Pertua kata semua hendak bercakap pun itu keputusan Tuan Yang di-Pertua, tidak mengapalah. Hendak buat macam mana? Akan tetapi kita akan menyatakan bahawa kalau inilah peraturannya, ada dua perkara. Pertamanya, Speaker kalau sudah buat keputusan takut hendak tarik balik, susah hendak tarik balik, tidak boleh hendak tarik balik, maka pertimbangkanlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Keduanya, kalau peraturan ini yang ada dalam buku peraturan kita ini mencengkam sesuatu keputusan yang tidak boleh diubah, maka kita harus melihat semula peraturan mesyuarat ini supaya dapat kita pertimbangkan suatu keputusan untuk memudahkan perbincangan kita dalam Dewan ini. Dalam hal yang kita bincangkan ini, ia berbalik kepada law of natural justice, mempertahankan diri dengan membela dengan diberi notis dan dengan membawa hujah. Jadi kalau itu tidak dapat diberikan kepada kita Ahli-ahli Parlimen, di mana lagi kita hendak mendapatkan keadilan tersebut? Sebab itu kita mengharapkan sesuatu keputusan yang lebih baik di dalam Dewan ini. Menggantung ini - keputusan menggantung Ahli-ahli Parlimen ini suatu perkara yang berat. Rakyat di sana menyokong kita, mengundi kita, memilih kita untuk meletakkan kita di Dewan ini. Semudah sahaja - walaupun kita kata, ‘we have our say, they have their way’ dengan izin. Akan tetapi ini tidak boleh dijadikan suatu precedent, suatu kata-kata hikmah, suatu nas untuk membolehkan the majority menggunakan ‘brute power’ ataupun Yang Berhormat Pokok Sena kata ‘power beruk’ - dengan bahasa ia. Jadi kita rasa perlu ada pertimbangan- pertimbangan nilai kemanusiaan. Sebab itu saya sebut di awal tadi, kita bercakap kepada Tuan Yang di-Pertua sebagai insan...
Tuan Yang di-Pertua, perlukah kita panjangkan perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua?
Perlu, perlu! [Dewan riuh]
Perkataan-perkataan seperti ini keluar, Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]
Perlu. Saya rasa sangat perlu.
Kalau tidak suka, keluarlah sebelum dikeluarkan.
Ya, saya rasa sebelum dikeluarkan, elok keluar dahulu. Jadi kita minta pertimbangan supaya perkara yang telah berlaku ini walaupun tidak irrevocable agaknya, tetapi dari segi kemanusiaannya kita harus mengambil satu pertimbangan yang lebih kemanusiaan. Kita bertenang dahulu, panggil berbincang dahulu. Yang Berhormat Menteri boleh berbincang dengan Ketua Pembangkang. Ada banyak perkara, sebab Ketua Pembangkang mewakili kita semua di sini.
Terima kasih, terima kasih.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pertimbangkanlah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh?
Nanti dahulu, nanti dahulu. Saya respons dahulu Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak saya duduk di atas ini dari bulan Mei tahun 2008. Hari ketiga kesabaran saya sudah dicuba oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Daripada mula lagi saya pegang jawatan. Malahan Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan kepada saya, “I am like a school teacher, all the time talking. This is a Speaker that talks a lot.” Antara lain apa yang saya sebut pada ketika itu ialah, “Kalau berhujah Ahli-ahli Yang Berhormat, jagalah hujah itu. Jangan melanggar peraturan mesyuarat.” Sekarang yang jadi pertikaian ini adalah daripada hujah yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat sendiri. Tidak mengapa, saya yang menanggung. Kalaulah ada di antara Ahli Yang Berhormat apabila sahaja berdiri terus hormat- menghormati di antara satu sama lain, saya tidak ada masalah ini - tetapi tidak ada. Mungkin itu nasib sayalah.
[Bangun]
Masih juga saya dengan pendirian saya. Peraturan Mesyuarat 99...
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Terpulang kepada Ketua Pembangkang. Kalau Parlimen ini - yang Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya percaya. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada dan Menteri-menteri yang berkenaan dan Ahli Yang Berhormat sini. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu juga daripada titik tolak satu, bahawa hormatilah di antara satu sama lain mulai daripada titik sejarah hari ini atau esok dan sedemikiannya, barangkali sayalah orang yang pertama berkenduri, kerana saya tidak ada masalah. Walaupun semua perkataan itu datang kepada saya - saya sudah cukup explain. Menteri buat usul, kamu berbahas, kamu berundi. Akan tetapi tidak juga - saya juga salah kerana saya yang membenarkan usul. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hujah perkataan yang menjadi masalah ini, saya tiada masalah. Kenapa? Tiada lagi lain perkataan-perkataan yang boleh dihujah selain daripada menimbulkan pergaduhan? Saya lagi salah? Pukul 12.47 tengah hari - pukul 1.00 petang bermakna lunch. Peraturan mesyuarat - tidak boleh saya tangguhkan Dewan, saya cuma tangguhkan sampai 2.30 petang. Sekarang ini peraturan mesyuarat - agenda tiga rang undang-undang untuk bacaan kali yang pertama. Ada lagi enam rang undang-undang. Rakyat tidak boleh menyalahkan kepada saya, kerana semua ini nanti akan dapat publisiti. Yang buat ini, yang berhujah untuk kepentingan rakyat ini Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya cuma mempengerusikan Majlis.
Kerana kita hendak Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen hadir dalam penghujahan rang undang- undang.
[Bangun]
[Bangun]
Ya, ya. Bercakap dahulu. Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang dekat sebelah sini pula, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Yang di-Pertua..
Perlu lagi saya tengok, Ahli-ahli Yang Berhormat? Perlu lagi saya pandang?
Ya, ya.
Baik, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebelah sini pula.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas kesabaran Tuan Yang di-Pertua menunggu di sini. Akan tetapi saya kira bahawa penyelesaian ini boleh dibuat, khususnya kepada tiga orang yang terkemudian dibentangkan di dalam kertas hijau ini. Tidak ada masalah untuk Tuan Yang di- Pertua...
Bukan daripada saya itu penyelesaian, Yang Berhormat. Sudah saya bagi keputusan. Itu makanya saya kata, sama ada Parlimen kecoh atau tidak terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ya, ya. Saya katakan bahawa ini bukan masalah Tuan Yang di-Pertua, tetapi masalahnya ini masalah Yang Berhormat Menteri yang akan menimbulkan kekecohan.
Okey, saya dengar.
Ini saya katakan merujuk kepada kes saya satu ketika dahulu, apabila Yang Berhormat Kuala Krai membawa usul dipersetujui, Speaker bersetuju pada ketika itu. Akhirnya perkara tersebut dibawa kepada perundingan di dalam bilik Tuan Yang di-Pertua, minum pagi bersama. Ya, saya hadir. Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Bachok dan juga Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya. Akhirnya Tuan Yang di- Pertua ada jalan penyelesaian pada waktu itu untuk membolehkan akhirnya saya tidak dibawa. [Tepuk] Bermakna bahawa Speaker mempunyai satu bidang kuasa yang sangat jelas - kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua itu sangat tinggi dan murni.
Terima kasih, terima kasih.
Jadi apa salah dalam hal ini kita tangguh, bawa dalam perbincangan, panggil Ketua Pembangkang, panggil pihak Menteri dan sebagainya bahawa kita tidak mahu ia menjadi satu keadaan yang boleh mencemarkan Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Negara kita sudah dicemari dengan laporan WikiLeaks yang mengheret Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantuya. [Dewan riuh] [Tepuk] Kita tidak mahu lagi bahawa negara kita diheret untuk dilihat bagaimana Parlimen Malaysia ini tidak dilihat mempunyai satu kebebasan, tidak memperlihatkan satu keadilan, wibawanya.
Jadi sebab itu saya percaya bahawa dengan jiwa murni yang ada kepada Tuan Yang di-Pertua seperti mana dalam membuat keputusan terhadap kes saya, walaupun kadang-kadang pada awal pagi itu saya mengingatkan Tuan Yang di- Pertua, saya masih enggan, Tuan Yang di-Pertua kata takkan hendak tunjuk hero. Akhirnya saya berlembut dengan Tuan Yang di-Pertua, saya kata tidak ada apa- apa masalah. Saya boleh bangun apabila Yang Berhormat Kuala Krau diminta dalam pertemuan, perbincangan itu untuk menarik balik pertuduhan terhadap saya dan saya kata okey, saya terima. Saya tidak bermaksud sedemikian rupa. Jadi ini boleh dibuat, untuk Tuan Yang di-Pertua mengelak hendak dilihat kononnya Tuan Yang di-Pertua macam menarik balik atau mengarah hendak membuang, menghina Menteri dan sebagai, tidak! Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua hendak menjaga kemuliaan Dewan ini jadi bawa kepada perundingan. Ini majlis perundingan. Apa masalah Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya kemuliaan yang ada pada Tuan Yang di-Pertua itu sangat tinggi. [Tepuk] Saya katakan bahawa tindakan Tuan Yang di-Pertua seperti mana dalam kes saya tempoh hari dan juga tindakan Tuan Yang di-Pertua dalam kes ini untuk memastikan supaya kertas ini ditarik balik, tidak akan mencemar nama baik Tuan Yang di-Pertua tetapi akan mengangkat nama baik Tuan Yang di-Pertua di mata dunia. [Tepuk] [Dewan riuh] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Minta pandang sebelah sini pula Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kena lihat sebelah sini juga Tuan Yang di-Pertua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Peraturan mesyuarat. Saya pandang tinggi terhadap pegangan Tuan Yang di-Pertua dengan peraturan mesyuarat. Saya pandang tinggi tetapi Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat ini tidak boleh jadi satu dokumen atau buku yang eksotik. Pada mana-mana keadaan pun, di Dewan ini atau di mahkamah pun undang-undang tidak boleh jadi eksotik Tuan Yang di-Pertua, there is a such things as natural justice. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua berpegang kuat kepada peraturan mesyuarat tetapi dengarlah seruan kita. Ada natural justice yang harus diberi kepada semua Ahli Parlimen. Let them be heard, walaupun di sini kata tujuh hari atau apabila Tuan Yang di-Pertua puas hati, kita tahu peraturan mesyuarat tetapi yang lebih dari ini adalah natural justice. I know you are trying to sit there and give a picture that you are not interested because you have already make up your mind but we still appeal to you that natural justice be allowed to take its flow. Thank you, please.
[Bangun]
[Bangun]
What if I appeal to you all also? Don’t utter a single word next time that will create like this. Why don’t I do a cross-appeal?
Tuan Yang di-Pertua.
Nanti dahulu Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Pokok Sena, saya ucap terima kasih. Setidak-tidak ada juga Ahli Yang Berhormat yang mendedahkan bahawa Tuan Yang di-Pertua yang duduk di
sini ini tidaklah seperti apa yang dinampak, terima kasih. Begitu, sekarang ini ada lagi berapa minit untuk saya tangguh kerana peraturan mesyuarat. Fasal Ahli-ahli Yang Berhormat bukan... Kalau itu Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya kata tangguh sampai 2.30, mahu juga di sini tidak mengapa.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena. Bagilah orang lain ruang pula. Tuan Yang di-Pertua...
Penyelesaian kepada masalah ini seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua membuat penyelesaian kepada apa yang berlaku kepada diri saya.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Itu yang sebijaknya dan sewajarnya dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua, bukan Tuan Yang di-Pertua...
Ada tujuh minit lagi tinggal Yang Berhormat. Kalau juga perlu saya cakap, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Kota Raja sama itu, kamu bahagi-bahagilah masa itu. You have six minutes.
Bukannya Tuan Yang di- Pertua terus buka... [Dewan riuh]
Duduklah.
Ya, masa itu kamu allocate. One o’clock, we have to stop.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun cukup memahami bahawa ucapan-ucapan kita ini sebenarnya kita hendak cuba mendapatkan keadaan yang terbaik di dalam Parlimen. Saya rasa agak kecewa apabila semua teguran, Tuan Yang di-Pertua melihat sebagai teguran yang ditujukan kepada peribadi Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kita tidak boleh lihat dari sudut itu. Apa yang telah disampaikan ialah bahawa walaupun peraturan mesyuarat adalah seperti itu tetapi the spirit of the law, dia punya ‘maqasid,’ matlamat di sebalik semua peraturan-peraturan ini ialah untuk menentukan bahawa Parlimen ini dapat berjalan dengan baik dan tidak ada akan berlakunya the dictatorship of tyranny of the majority. Kalau kita membenarkan satu usul yang seperti ini, apakah yang akan menghalang pada masa yang akan datang, datangnya satu usul daripada Menteri yang sewenang-wenangnya kata semua Ahli Parlimen Pembangkang digantung. Kalau kita hendak kata atas alasan peraturan mesyuarat usul daripada Menteri adalah usul daripada kerajaan dan semua usul daripada kerajaan adalah untuk kebaikan dan kepentingan masyarakat umum maka ianya diluluskan dan ianya
diundi sudah pasti ianya akan menimbulkan satu suasana di mana semua kita ini akan digantung.
Yang Berhormat...
Mesti ada satu proses yang menjamin apa yang dikatakan universal justice, hak-hak asasi itu terjamin. Di sinilah soal kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua amat diperlukan iaitu tidak bolehlah oleh kerana datang usul daripada Menteri, datang usul daripada kerajaan semestinya atas untuk kepentingan masyarakat dan diluluskan dan dibawa untuk diundi begitu sahaja.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua boleh saya respons?
Saya rasa the spirit behind all this procedure, kita kena pertahankan dan di sini seperti mana yang disebutkan tidak wajar tiga Ahli Parlimen. Ahli Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu jawatan yang mulia, tidak semulia jawatan Tuan Yang di-Pertua saya faham. Dari segi mengawal perjalanan perbahasan dalam Dewan ini tetapi ianya satu jawatan yang mulia yang ada kedudukan dan ada keistimewaannya. Tidak mungkin ianya boleh digantungkan ataupun dilucutkan dengan sewenang-wenangnya. Saya harap Tuan Yang di-Pertua mengambil kira walaupun disebut tadi tidak mahu dengar, sikap berat sebelah kerana saya harap ada keterbukaan di situ. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta Tuan Yang di- Pertua tentukan sebelah sini juga diberi peluang kerana kita telah mendengar banyak.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Bukit Gelugor!
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin memberi pandangan Tuan Yang di-Pertua, apabila saya mendengar hujah-hujah yang diberikan oleh pembangkang.
Yang Berhormat Bukit Gelugor. [Menunjuk ke arah Yang Berhormat Bukit Gelugor] [Dewan riuh]
Saya pun ada hak, bukan Yang Berhormat Bukit Gelugor sahaja ada hak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan di sini.
Masing-masing ada hak, bukan seorang sahaja ada hak. [Dewan riuh]
Kita telah mendengar hujah- hujah daripada pembangkang dan Yang Berhormat Pokok Sena telah menimbulkan... Masalahnya Tuan Yang di-Pertua begini. Kita mendengar bagaimana Yang Berhormat Shah Alam, semualah kawan-kawan kita di sebelah sana ...
Tuan Yang di-Pertua.
Membahaskan tentang keluhuran peraturan, meletakkan kemuliaan Dewan ini di atas yang paling tinggi.
Tuan Yang di-Pertua.
Boleh tak bagi saya peluang Yang Berhormat? Terima kasih. Apabila saya membaca ini Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu cadangan dan ini pun pernah kita buat sebelum ini di Dewan yang mulia ini, apabila usul ini dibawa oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua.
Jadi apabila begitu saya mendengar. Kalau kita melihat dari segi penghinaan Dewan Tuan Yang di-Pertua, saya juga membaca penyata rasmi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukan Yang Berhormat Permatang Pauh sahaja.
Tuan Yang di-Pertua!
Sudahlah Yang Berhormat Kota Belud, tidak payahlah. Duduklah!
Kami sebelah sini pun membaca bagaimana Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang membuat kenyataan-kenyataan yang menghina Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan Parlimen... satu. Maka saya katakan di sini bahawa ada perlanggaran peraturan...
Itu surat khabar, betulkah? Janganlah percaya 100%, berilah peluang untuk bela diri. [Dewan riuh]
Yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa. Jawatankuasa tidak boleh membincangkan hasil penyelesaian di luar...
Kenapa pembangkang mencelah lagi, Yang Berhormat Kota Belud cakap duduklah, ini kacau. Itu saya cakap Tuan Yang di-Pertua tangguh sahaja.
Hasil penyelesaian di luar, itu sahaja.
Dewan yang mulia ini tidak boleh dicemari oleh orang- orang yang...
Kalau apa yang kita bincangkan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibincangkan di luar, sebelum dibawa ke Majlis, itu adalah pelanggaran peraturan mesyuarat, as simple as that. Tidak ada politik, tidak ada emosi.
[Bangun]
Dewan ini bukan untuk menjadi tempat permainan. Dewan ini untuk Ahli-ahli Parlimen yang mulia, orang- orang untuk menyatakan kebenaran. Bukan untuk dipermainkan orang bukan untuk buang orang. Bukan seperti Yang Berhormat Kinabatangan pergi kahwin lagi satu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kinabatangan, pergi kahwin lagi satu!
Ini teruklah.
Sebenarnya kalau kita mahu untuk menaikkan martabat Dewan ini kita jangan melanggar aturan dan saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana selama ini begitu sabar. Peraturan ini membenarkan ia dibawa untuk berbincang, dibawa berbincang... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, sebelah sana bercakap kita dengar. Kita bercakap sana tidak hendak dengar... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari tidak akan ditangguhkan sehingga dilulus dan diputuskan: (i) (D.R.35/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010; (ii) (D.R.32/2010) Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010; (iii) (D.R.31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010; (iv) (D.R.24/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010; (v) (D.R.40/2010) Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010; (vi) (D.R.41/2010) Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010; dan (vii) (D.R.33/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 16 Disember 2010.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TENAGA BOLEH BAHARU 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan dan melaksanakan satu sistem tarif khas untuk memangkin penjanaan tenaga boleh baharu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG HAK CIPTA (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali
Saya difahamkan Yang Berhormat Beruas yang berucap pada hari itu. Ahli-ahli Yang Berhormat jangan bagi saya ingatkan, masa kita tidak panjang, berucap sepuluh minit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, semalam 15 minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menanya kerajaan, kenapakah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, di mana ada seorang Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri akan mengetuai ataupun mempunyai kuasa ke atas SPAD ini. Sebenarnya kalau apa- apa hal berkenaan dengan pengangkutan, haruslah di bawah Menteri Pengangkutan. Saya rasa pihak kerajaan Barisan Nasional masih tidak menukar cara mentadbir negara kita ini. Apabila nampaknya ada kontrak-kontrak besar, digubal untuk memastikan terutamanya parti UMNO akan mempunyai [Disampuk] nanti saya jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beruas, halakan hujah di atas perkara pokok, jangan hendak... [Disampuk] Ini hendak kait untuk cari pergaduhan antara parti-parti dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua.
Bukan, saya mahu tanya...
Kita tercabar Tuan Yang di-Pertua kalau disentuh UMNO sentuh kerajaan macam ini, kita pun ada maruah untuk mempertahankan kerajaan.
Saya mahu tanya kerajaan, kenapa? Adakah kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, terdapat peruntukan sebanyak ataupun projek sebanyak RM36 bilion untuk mass rapid transit system (MRT) dengan izin, yang akan merangkumi 156 kilometer, yang mempunyai 20 kilometer radius untuk kawasan Kuala Lumpur City Centre ini.
Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak baik sesuatu perkara ada dua kapten. Kali ini kita hendak meminta seksyen 4 memberikan kuasa kepada Menteri Pengangkutan untuk melantik pegawai-pegawai daripada spec ini untuk jadi pegawai pengangkutan jalan pula. Jadi, saya hendak tanya kenapa ini boleh berlaku dan saya haraplah kalau boleh spec ini di...
Tuan Yang di-Pertua.
Pindaan yang sebenarnya mesti berlaku ialah spec ini mesti di bawah Menteri Pengangkutan supaya tidak ada dua kapten dalam perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit. [Disampuk] No, no, no, no this is serious. Saya dari SUPP, Barisan Nasional juga. Kenyataan yang telah dibuat oleh Beruas tadi menyatakan bahawa semua projek telah diberi kepada Barisan Nasional, itu saya tidak setuju. Oleh kerana saya dalam Barisan Nasional, tetapi...
Tuan Yang di-Pertua.
Saya sendiri tidak dapat projek seperti mana yang telah Yang Berhormat sebutkan.
Tuan Yang di-Pertua, sama ada Timbalan Menteri...
Tian Chua - Batu.
Siapa makan cabai, dia rasa pedaslah.
Saya kata...
Betul, SUPP tidak dapat, yang lain dapat, UMNO dapat.
Mana boleh, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua cakap tadi, bahas itu ikut peraturan itu dengan berhemah. Usik-usik kita di sini, cari pasallah Beruas ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya teruskan dengan ucapan saya.
Akan tetapi Barisan Nasional punya orang pun selalu suka sebut pembangkang, pembangkang, pembangkang. Apa ini?
Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya tidak bagi jalan.
Kalau projek hendak buat MRT itu, bukan hak rakyat kah?
Sudah pun makan tengah hari, masih lagi panas belum sejuk? Sudahlah.
Sedikit-sedikit cakap tentang itu.
Hairan saya kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pernah letih? Beruas, Beruas, saya benarkan berucap, janganlah bawa political element. Bantai kerajaan sepuas-puasnya tetapi dengan mengikut peraturan mesyuarat. Saya akan dengar.
Tuan Yang di-Pertua, yang saya kemukakan ialah saya takutkan sebab kenapa SPAD ini di bawah Jabatan Perdana Menteri ialah kerana projek-projek berkenaan. Saya hendak Menteri memberi penjelasan, adakah betul atau tidak. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, dalam seksyen 2, Menteri telah ditakrifkan sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan. Jadi, dalam keadaan di sini kita ada dua Menteri. Satu Menteri, Menteri Pengangkutan Awam, satu Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang sekarang juga mempunyai kuasa berkenaan dengan pengangkutan awam. Jadi, manakah Menteri yang berkuasa dalam hal-hal yang dinyatakan dalam akta yang hendak kita pinda ini. Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menggunakan, dengan izin, automatic enforcement system. Saya difahamkan kerajaan akan membelanjakan lebih kurang RM200 juta untuk sistem ini. Saya hendak tanya kenapa tender terbuka tidak dibuat sungguhpun kita kata prosedur kewangan, apa-apa kontrak melebihi RM200 ribu mesti ada open tender. Saya difahamkan memang patent ini dari Germany dan Australia, tetapi rakyat Malaysia sendiri mempunyai keupayaan teknologi untuk membekalkan teknologi ini. Saya cadangkan agar rakyat Malaysia yang mempunyai teknologi ini diberikan kontrak untuk membuat ataupun menyiapkan sistem ini sungguhpun kita mesti membayar royalti kepada mereka yang ada patent dari Germany atau Australia. Saya juga difahamkan bahawa sistem ini telah diuji pada tahun 2006. Sekarang sudah 2010. Saya difahamkan ada sistem yang lebih canggih lagi. Kalau boleh kerajaan membuka projek ini untuk tender terbuka dan kita boleh dapat yang terbaik bagi rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat kesal bahawa pindaan yang dibawa ini tidak menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan pengangkutan awam di Malaysia ini. Setiap kali kita nampak ada penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kita nampak berpuluh-puluh lori akan berhenti di tepi-tepi jalan. Masalahnya ialah hinggakan saya pun kasihan kadang-kadang kepada pegawai-pegawai JPJ yang menangkap mereka yang melanggar undang- undang hinggakan setiap peronda, pegawai penguat kuasa yang dijalankan oleh JPJ ini dikuti oleh sebuah kereta tonto pula.
Saya difahamkan oleh tonto ini bahawa pegawai JPJ pun menggunakan plat-plat palsu. Maksudnya mereka bertukar-tukar nombor pendaftaran kereta mereka supaya tidak dikesan ataupun untuk mengelirukan tonto-tonto ini. Saya hendak dapat penjelasan dalam hal ini. Saya ada satu cadangan kepada pihak kerajaan. Memandangkan isu membawa beban yang melebihi berat yang dibenarkan kepada lori-lori ini, saya cadangkan untuk menyelesaikan masalah ini dengan sekali gus mintalah Kementerian Kewangan tidak mengenakan apa-apa cukai ke atas lori-lori dan tayar-tayar ataupun bahagian-bahagian kenderaan lori ini supaya mereka boleh membeli kenderaan lori ini dengan harga yang murah dan mereka boleh survive, dengan izin, tanpa membawa muatan yang terlalu berat. Kalau tidak, setiap kali pemandu-pemandu lori ataupun mereka yang mengendalikan lori-lori ini, sungguhpun satu kerjaya yang sah dan halal tetapi nampaknya mereka ini dianggap sebagai penyamun yang perlu setiap kali do hide and seek, dengan izin, dengan pihak penguat kuasa biarpun dari polis ataupun dari JPJ. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon agar sikap kita, pihak penguat kuasa menguatkuasakan undang-undang ini dibuat secara baik supaya rakyat akur kepada undang-undang. Kalau undang-undang dilaksanakan, dikuatkuasakan secara tidak adil, sengaja digunakan untuk menyalahkan rakyat, kalau rakyat tidak akur sungguhpun dia secara teknikal salah, dia tidak akan membayar saman yang dikeluarkan. Saya mendapat banyak aduan bahawa penguatkuasaan untuk menangkap speed trap ini, ia dibuat di sempadan masuk ke kawasan pekan. Maksudnya dari speed limit 90 kilometer sejam, masuk ke pekan, 60 kilometer sejam, di sempadan itulah kita kata perangkap itu difixkan untuk memastikan mereka tidak sempat mengurangkan kelajuan kereta mereka dan juga di kawasan highway yang dengan izin, descending road yang kereta dengan sendirinya akan lebih laju. Kalaulah itulah sikap pihak penguat kuasa supaya mencari jalan untuk mengenakan rakyat untuk mendapat lebih banyak saman, sikap ini tidak betul. Kita mestilah menangkap mereka di kawasan bandar ataupun di tempat di mana mereka tidak harus laju tetapi membawa kereta dengan laju, barulah mereka akur kepada penguatkuasaan yang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, kita pun sudah banyak berdebat tentang kenapa sistem mengambil kamera itu menyebabkan banyak masalah di mana ada ramai yang memandu kereta menggunakan plat palsu tetapi yang tidak bersalah dikenakan saman pula. Akan tetapi nampaknya pindaan yang dicadangkan ini tidak menyelesaikan masalah itu, tetapi hanya setiap kali, dengan izin, the burden to proof innocent is passed to the rakyat sekali lagi. Jadi, kalau dianggap saman dikeluarkan, kalau tiga bulan kita tidak membalas, dianggap seksyen 35, deemed guilty.
Kalau sudah dikeluarkan notis di bawah seksyen 119, tiga bulan kalau tidak membalas surat dianggap sudah bersalah ataupun kalau dalam dua bulan tidak memberi notis kepada JPJ bahawa alamat rumah sudah bertukar dianggap salah juga. Jadi kita tahu bahawa banyak kali di mana notis-notis tidak dihantar ataupun pemandu-pemandu atau tuan punya kenderaan tidak tahu mengenai kesalahan yang dilakukan dengan izin with this, deeming guiltiest seksyen ini di mana ia melanggar prinsip asas keadilan iaitu not guilty until proven so ataupun innocent until proven guilty.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dengan itu saya harap sikap pindaan ini yang rakyat akan bantah habis-habisan kalau kita teruskan dengan pindaan yang sedemikian rakyat tidak akan akur dan banyak lagi saman ekor ataupun saman sistem baru ini mereka tidak akur atau tidak ingin membayar kerana mereka rasa itu tidak adil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam bincangkan tentang Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan. Akta ini adalah satu akta yang cukup bertepatan sekali selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai inisiatif NKRA. Dengan penguatkuasaan akta ini kita berkeupayaan serta mencapai tujuan kita untuk mencapai tiga daripada enam NKRA inisiatif yang telah digariskan. Tiga daripadanya ialah seperti berikut: (i) mengurangkan jenayah; (ii) membanteras rasuah; dan (iii) mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan awam bandar. Pada ketika ini jumlah kemalangan jalan raya yang telah mengakibatkan maut terlalu tinggi. Setiap kali kita menyambut hari-hari perayaan walaupun dengan berbagai-bagai program dan juga kempen-kempen keselamatan jalan raya dijalankan tetapi kemalangan maut masih lagi mencatat angka yang cukup menakutkan. Malaysia pada ketika ini mencatatkan sebanyak 6.3 kali ganda lebih tinggi daripada UK berbanding Sweeden dan juga Belanda dan juga pada setiap satu jam 20 minit dicatatkan satu orang terbunuh. Kita tidak hanya boleh meletakkan kesalahan manusia sebagai satu daripada faktor yang menyumbang kepada kemalangan-kemalangan maut. Bahkan kita mesti melihat semula sebab- sebab utama. Selain daripada kesilapan manusia jalan raya juga boleh menyumbang kepada kemalangan. Jalan raya yang tidak selamat, jalan raya yang sentiasa ada mempunyai lopak di sana sini. Keduanya langkah-langkah keselamatan seharusnya diberikan penekanan terutamanya bukan sahaja kita menjalankan kempen keselamatan jalan raya, bahkan semua pengguna jalan raya mestilah didedahkan tentang apakah yang perlu mereka buat sebelum memandu selain daripada mereka memeriksa keselamatan kereta dan kenderaan mereka juga mestilah menentukan supaya pemandu-pemandu tersebut dalam keadaan yang benar-benar bersedia untuk memandu. Ketiganya, kita mahu kalau boleh mendidik masyarakat supaya berhati- hati dan pemeriksaan kenderaan secara berkala mesti diadakan. Seterusnya kita mahu melihat supaya kerajaan memastikan kereta-kereta potong seharusnya tidak diberikan kelulusan untuk berada di jalan raya kerana kereta ini akan mendatangkan banyak kesusahan kepada pengguna. Seterusnya saya pergi kepada sistem penguatkuasaan secara automatik. Ini sangat dialu-alukan supaya kita dapat mendidik pengguna jalan raya supaya lebih cermat. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kemalangan maut serta mendidik masyarakat lebih civic minded dengan izin dan mengelak pelanggaran lampu isyarat dan yang lebih penting sekali adalah tentang kelajuan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan apabila mahu mencadangkan tentang AES ini meletakkan tanda-tanda amaran di setiap simpang ataupun sebelum lampu isyarat lampu AES diletakkan supaya kita dapat memberikan amaran awal kepada pengguna-pengguna. Kita tidak mahu kalau boleh mereka nanti menghadapi banyak masalah selepas kita memperkenalkan sistem penguatkuasaan secara automatik ini. Seterusnya tentang pemberian kuasa kepada pegawai polis dan juga pegawai JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang tentang pesalah-pesalah jalan raya di mana-mana jalan. Soalan saya apakah bentuk penguatkuasaan yang akan dijalankan kepada jalan-jalan persendirian yang tidak diselia oleh pihak berkuasa melainkan apabila berlaku kemalangan. Seharusnya kerajaan dapat memastikan kerana kalau kita mahu menguatkuasakan akta ini di semua jalan termasuk jalan persendirian seharusnya jalan persendirian yang tidak diselia ini dimasukkan juga dalam jadual kita supaya kita dapat memastikan keselamatan ini kepada pengguna sekiranya ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Seterusnya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah bentuk pemeriksaan yang dijalankan kepada pemandu-pemandu yang di bawah pengaruh alkohol dan juga dadah terutama yang memandu kenderaan awam. Kita dapati pada ketika ini ramai daripada pemandu lori kita kerana mereka terpaksa memandu sepanjang hari maka mereka terpaksa mengambil dadah supaya mereka tidak mengantuk. Jadi apakah bentuk pemantauan yang dijalankan oleh pihak-pihak penguat kuasa. Adakah mereka dibekalkan dengan alat-alat ataupun gajet-gajet yang dapat mengukur setakat manakah mereka dipengaruhi alkohol ataupun dipengaruhi oleh dadah. Kita juga memberi kuasa kepada JPJ untuk menjalankan saringan ujian dadah supaya kita dapat mengesan sama ada mereka dipengaruhi dadah di mana kita hendak periksa dia. Tak akan kita hendak periksa mereka di tengah jalan? Melainkan setiap pemandu-pemandu kenderaan sama ada dia pemandu bas atau pemandu lori mungkin sebelum mereka memandu kita membuat pemeriksaan. Jadi kita buat pemeriksaan itu di mana? Apabila kita sebut di sini kita beri kuasa kepada pihak pegawai polis dan pegawai JPJ untuk membuat saringan ujian dadah jadi kita mahu kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan kepastian supaya akta benar-benar dapat bertepatan dengan hasrat kita. Seterusnya akta ini juga menggariskan supaya kita mewajibkan semua kenderaan bermotor didaftarkan supaya kita dapat memastikan terutama kenderaan yang dibawa masuk daripada luar negara dibuat secara sah. Ini boleh mengakibatkan kerugian kepada hasil kerajaan. Jadi soalan saya apakah bentuk pemantauan kepada kereta-kereta import yang dibawa masuk kerana sebelum ini banyak kes penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang diberi lesen AP permit yang bukan sahaja dapat diluluskan membawa masuk kereta daripada luar negara, bahkan dengan fotostat sahaja ataupun menggunakan teknik-teknik terkini bukan sahaja mereka membawa satu kereta bahkan beratus-ratus kereta dengan menggunakan satu AP permit tadi. Seterusnya...
[Bangun]
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Jasin. Tadi Yang Berhormat Jasin menyebut tentang kenderaan-kenderaan yang perlu didaftarkan apabila dibawa ke sini. Bagaimana dengan kenderaan yang hendak didaftarkan tetapi mengelirukan dari segi jenisnya. Misalnya Mercedes jadi Brabus, Toyota jadi Alphard. Mungkin
apabila nanti penguatkuasaan itu dibuat ada yang keliru ini Mercedes bukannya Brabus sedangkan dalam pendaftaran ditulis Brabus. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin? Sekian, terima kasih.
Ini satu lagi daripada cabang penipuan...
Yang Berhormat Jasin, seminit lagi ada.
Baik Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ledang sahabat saya. Sebenarnya memang ini yang banyak dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya kerana mereka dengan izin modified kereta mereka untuk mencantikkan kerana kereta itu model lain sudah jadi model lain. Seterusnya akta ini juga menggariskan tentang kuasa Menteri untuk melantik pegawai-pegawai SPAD sebagai pegawai penguat kuasa jalan dan diberikan kuasa penguatkuasaan. Hanya setakat kenderaan perdagangan dan juga pengangkutan awam.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah bentuk pemeriksaan yang kita jalankan kepada kenderaan-kenderaan? Setakat ini kita hanya menjalankan pemeriksaan atas kenderaan-kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam. Bagaimana dengan kenderaan-kenderaan tentera, kenderaan-kenderaan kerajaan yang juga banyak menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Ini kerana mereka ini bukan sahaja muda dan juga memang laju dan seharusnya pemeriksaan juga meliputi kepada kenderaan- kenderaan kepada jabatan-jabatan kerajaan. Terakhirnya saya menghormati masa Tuan Yang di-Pertua. Notis kesalahan yang dirakam melalui kamera. Jadi saya berharap semoga penggunaan kamera ini untuk merakamkan semua kesalahan seharusnya di atas niat yang baik. Kita mahu kalau boleh, kalau mahu kerajaan memastikan supaya kemalangan hendak dikurangkan, janganlah ada penyalahgunaan tentang kamera ini yang boleh menyebabkan pengguna-pengguna jalan raya nanti dibebankan dengan berbagai-bagai saman. Seharusnya kerajaan dapat memastikan satu mekanisme yang benar-benar berkesan supaya kita dapat memberikan satu keadilan kepada semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
[Bangun]
Terima kasih. Sebelum saya panggil Ahli-ahli Yang Berhormat yang seterusnya. Duduk dahulu Yang Berhormat duduk. Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 35(7) yang mengatakan, “Tuan Yang di-Pertua atau Tuan Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli yang berucap, jika perlu.” Satu lagi Peraturan Mesyuarat 37(2) yang berbunyi, “Tuan Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menyelesaikan urusannya.” Jadi tadi kita dengar bahawa Menteri buat usul. Kita tidak berhenti sehingga semua masalah diselesaikan dan kita ada tujuh rang undang-undang. Jadi saya tengok jam saya tadi. Kalau setiap rang undang-undang kita boleh siapkan dalam sejam bermakna jam 10.00 tepat kita habis. Kalau ramai ada di antara Yang Berhormat yang bercakap kepada satu rang undang-undang, saya
mahu tengok bilangan lepas itu kita hadkan masa. Sekarang yang ingin bercakap dengan rang undang-undang ini berapa orang cuba berdiri.
[Bangun]
Okey, kalau begitu oleh kerana ramai maka kita limitkan kepada lima minit seorang. Sila Yang Berhormat Pokok Sena, lima minit.
10 minitlah Tuan Yang di- Pertua. Sebab kita habis masa banyak pagi tadi itu kerana kekecohan itu bukan kerana Tuan Yang di-Pertua, tetapi kerana Menteri.
Kalau Yang Berhormat Pokok Sena berucap tadi sudah dua tiga lembar. Sila teruskan.
Kekecohan pagi tadi itu disebabkan oleh Menteri. Menteri sudah tinggal kertas ini dia lari.
Yang Berhormat Pendang bagi dekat Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua bagi peluang kepada saya. Saya melihat secara umumnya bahawa pindaan ini tidak banyak menyelesaikan masalah yang berbangkit. Umpamanya yang kita dok bangkit selalu kerana accident, kemalangan yang berat-berat ini, jadi tidak ada satu pindaan yang menyentuh soal penalti yang berat ataupun hukuman denda yang lebih berat kepada mereka. Akan tetapi sebaliknya ditingkatkan denda-denda ini sampai kepada hukum penjara kerana kesalahan nombor plat. Tidakkanlah kesalahan nombor plat ini hendak sampai kepada peringkat hendak kena penjara. Saya berhujah bahawa adakah perlu hukuman penjara bagi kesalahan ringan seperti kegagalan tidak memberikan maklumat di bawah seksyen 53B yang baru ini? Tidakkan kerana kegagalan memberikan maklumat itu hendak kena penjara. Sebab saya katakan perlu diambil perhatian bahawa kesalahan di bawah akta ini bukan kesalahan jenayah berat sehingga perlu dipenjarakan. Bukan pula hukuman kebanyakan dikenakan dalam pindaan baru ini hanya melibatkan persoalan-persoalan teknikal sahaja. Jadi tidakkan kita hendak kena sampai peringkat hukuman penjara, sedangkan saya lihat bahawa sepatutnya harus difikir di sini ialah bagaimana kita hendak memberatkan kepada kes-kes yang berkaitan dengan kemalangan-kemalangan yang membawa kematian ini sepatutnya itu yang harus diambil perhatian. Jadi saya lihat bahawa sepatutnya kementerian harus melihat persoalan ini. Keduanya ialah persoalan menyenarai hitam masih lagi belum diatasi. Tidak ada satu penyelesaian untuk dilihat di sini. Sebab itu saya meminta supaya pihak kerajaan harus mematuhi kepada keputusan mahkamah, iaitu keputusan mahkamah bahawa walaupun seksyen 71D itu memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JPJ untuk menyenarai hitam. Akan tetapi mereka harus mematuhi 17(2) bukan hanya berpegang pada 17(1)(d) tetapi harus berpegang kepada 17(2) iaitu dia kena melakukan siasatan, dia kena berpuas hati bahawa orang itu, pemilik itu melakukan kesalahan. Dia kena puas hati, dia kena siasat, dia kena panggil orang itu. Macam di Dewan ini kita ada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kena panggil orang itu untuk dapat keterangan. Panggil Yang Berhormat Permatang Pauh, panggil Yang Berhormat Gombak, panggil Yang Berhormat Subang, panggil Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Ini undang-undang yang inclusive, satu prinsip yang berkaitan keadilan maknanya pengarah kena panggil. Panggil dia itu sama ada dia mematuhi peraturan atau tidak. Kalau pengarah dipanggil, dia mengatakan bahawa dia tidak dapat surat saman daripada polis dia hanya mendapat notis ataupun dia kata, notis pun tidak dapat. Pengarah kena panggil polis, adakah kamu menghantar notis ini? Adakah kamu telah pun menghantar saman ini? Macam itu juga dalam Dewan Tuan Yang di-Pertua kena panggil. Pengerusi Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan juga kena panggil.
Sedikit-sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Kalau tidak perlu Yang Berhormat tidak juga dipanggil. Peraturan mesyuarat juga...
Akan tetapi ini...
Jangan bercerita sebelah Yang Berhormat. Menghabiskan masa Yang Berhormat.
Akan tetapi ini isu akta. Akta ini sudah jelas mahkamah mengatakan, bahawa mahkamah di Kuching mengatakan bahawa kes itu tidak boleh hanya dilihat kepada 17(1)(d), tetapi harus dibacakan bersekali dengan 17(2) jadi kena panggil. Persoalannya hari ini ialah tidak ada siapa. Kebanyakan ramai di kalangan mereka itu tidak dipanggil untuk mendapatkan kesahihan, kebenaran untuk memberikan kepuasan kepada Ketua Pengarah, Pengarah. Bahawa dia telah pun melanggar ataupun melakukan satu kesalahan dan tidak mematuhi kepada apa yang sepatutnya. Jadi saya katakan masih tidak menyelesai masalah ini dan saya harap bahawa JPJ tidak boleh bertentangan dengan keputusan mahkamah. Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri mengatakan bahawa sudah diappeal. Saya difahamkan sehingga sekarang masih belum diappeal dan kalau diappeal tidak boleh kita gunakan sehingga kita kena dengar selesai kepada appeal yang dibuat oleh pihak JPJ. Sebab saya katakan bahawa kes-kes yang berkaitan dengan saman ekor ini ada sejarahnya. Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri pun tidak setuju waktu dia jadi Ahli Parlimen biasa. Ada rekod saya ada rekod berkaitan dengan ucapan-ucapan dia di Dewan ini. Dia sendiri membangkitkan dalam tahun 1999 mengikut daripada angka dia kata, “Ini menimbulkan masalah kepada pemilik kereta kerana pemilik kereta telah diblacklist oleh JPJ.” Di mana mereka tidak dapat memperbaharui umpamanya ‘kesan’. Jadi akhirnya sehingga dia kata, “ Ini tidak adil”, tetapi hari ini dia juga mempertahankan saman ekor. Begitu juga dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu Yang Berhormat Padang Besar menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dia sendiri menjawab, bahawa bila kita persoal bagaimana menyenarai hitam - itu tugas JPJ, dia hendak check dengan JPJ. Dia tidak berpuas hati dengan JPJ apabila JPJ telah blacklist. Jadi sebab itu soalnya sekarang ini ialah hendak blacklist ataupun tidak mesti berasaskan kepada undang-undang. Mahkamah mengatakan bahawa blacklist, menyenarai hitam tanpa mengikut proses dan prosedur yang dibenarkan, yang dituntut oleh undang-undang adalah merupakan satu yang bertentangan dengan perlembagaan.
Terima kasih.
Akhir sekali, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua sebab Yang Berhormat Pendang telah bagi masa itu dekat saya insya-Allah. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua satu perkara lagi.
Lima minit kasi.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pendang sat ini boleh belanja malam ini. Kedua ialah penggunaan sistem AES ini. Ini timbul permasalahan ada kata tidak keluar tender lagi. Bekas Menteri Pengangkutan kata sudah keluar LOI. Cuma LOI itu untuk berikan, mengatakan bahawa sudah ada niat untuk hendak berikan kepada syarikat ini. Sebab tidak dikeluarkan, tidak diawardkan lagi pada waktu itu kerana belum ada pindaan akta ini, mana boleh bagi award dahulu akta tidak pinda lagi untuk menggunakan sistem tersebut. Jadi di sini sekarang ini sudah timbul pertelagahan. Katanya ada dua syarikat yang telah pun diberikan LOI, iaitu dua syarikat yang salah satu itu ialah termasuk Beta Tegap. Sedangkan ada persoalan-persoalan yang sedang berlegar dalam internet sekarang ini mengatakan, bahawa syarikat-syarikat ini adalah syarikat yang dipersoalkan. Dalam ujian mereka sendiri pun dipersoalkan dan juga dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harta intelek dan sebagainya juga sangat dipersoalkan. Terlalu panjang kalau saya hendak sebut perkara ini.
Jadi ini merupakan satu perkara yang harus dilihat kerana ia membabitkan sejumlah wang yang sangat besar antara RM700 juta ke RM1 bilion. Ini projek- projek EF ini yang membabitkan RM700 juta ke RM1 bilion. Kita tidak mahu nanti akhirnya kita tidak mendapat manfaat dan duit rakyat akan habis begitu sahaja. Kemudiannya pula ialah sistem ini nanti Tuan Yang di-Pertua dia akan sampai kepada peringkat keluar saman. Daripada sistem ini dia akan keluar saman maknanya kalau sebelum ini polis ataupun pegawai JPJ perlu minta perintah mahkamah untuk mengeluarkan saman. Maknanya mahkamah perlu berikan kepada pegawai-pegawai untuk mengeluarkan saman. ‘ Sekarang sebagai ganti dalam pindaan ini maknanya melalui sistem ini dia boleh keluarkan saman terus. Baik, persoalannya ialah sistem ini dia berada di centre. Saya tidak tahu adakah centre ini dia punya alat ini, centre ini berada di JPJ ataupun berada di polis ataupun berada mahkamah. Kalau centre itu di operate oleh syarikat ini syarikat yang mengoperasikan sistem ini yang menjaga centre ini saya lihat bahawa ada masalah kontrak dari sudut undang-undang. Mana boleh syarikat itu yang keluar satu saman tanpa mendapat satu pengesahan dan apa jaminan kita. Kalau dikatakan bahawa pegawai JPJ ataupun pegawai polis yang mengendalikan centre itu apakah pegawai-pegawai kita ini sudah terlatih untuk mengendalikan. Ini kerana banyak dalam laporan audit bahawa ada barang- barang yang kita beli tidak boleh dikendalikan. Akhirnya, syarikat yang mengendalikan ini yang akan mendapat keuntungan yang sangat lumayan. Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya mengharapkan bahawa harus disemak kembali khususnya berkaitan dengan soal penyenaraian hitam. Ini persoalan penting yang membabitkan rakyat ramai. Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri kata “15 juta saman”. 15 juta saman ekor itu saman yang di bawah polis tidak termasuk lagi saman-saman daripada JPJ dan juga daripada PBT khususnya DBKL. Jadi sebab itu biarlah keadilan ini harus ditegakkan. Jadi sebab itu bagi saya bahawa soal blacklist ini merupakan perkara yang sangat penting yang harus dilihat walaupun saya boleh bersetuju bahawa
dengan pindaan ini ada satu perkara iaitu tidak lagi menyenaraikan nama. Pindaan ini tidak lagi menyenaraikan nama. Kalau sebelum ini disenaraihitamkan nama. Kalau dia ada tiga kenderaan, kalau Tuan Yang di-Pertua mungkin ada sampai lima kenderaan kan? Kenderaan yang hebat-hebat ini. Jadi kalau Tuan Yang di-Pertua ada kesalahan satu semua kenderaan tidak boleh diperbaharui. Akan tetapi, dengan pindaan ini dia akan menjadikan hanya satu kenderaan dan juga satu jenis lesen. Kalau kelas B, kelas B sahaja yang akan disenaraikan hitam. Jadi kalau road tax ini cukai jalan ini...
Masa Yang Berhormat satu minit lagi.
Ya, hanya satu kenderaan. Itu saya boleh bersetuju itu saya boleh terima. Akan tetapi, walaupun hanya kepada satu kenderaan sahaja tetapi mesti ikut prosedur, mesti ikut peraturan, mesti berasaskan kepada 17(2). Mesti berasaskan kepada 17(2), itu keputusan mahkamah. Jadi saya mengharapkan bahawa perkara ini perkara yang sangat penting yang tidak boleh dilihat apatah lagi dengan kita hendak menggunakan saman sistem baru ini menggunakan sistem ES ini dia membabitkan wang. Sudahlah rakyat hendak kena bayar ini membabitkan perbelanjaan RM700 juta hingga RM1 bilion yang akan diberikan kepada dua syarikat. Saya minta supaya disebut di sini dua syarikat yang telah dikeluarkan LOI ini dan juga tujuh syarikat yang telah pun menjalankan ujian demonstrasi dan siapa yang mendapat mata yang tertinggi, point yang tertinggi dalam ujian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya pertahan bahawa harus balik kepada 17(2) dan juga Dewan ini juga harus balik kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua dalam negara kita ini sejak tahun kita menerima jumlah pendaftaran kereta baru atau kenderaan baru yang dianggarkan sebanyak 1 juta setahun. Manakala jumlah pemandu baru dianggarkan dalam 450,000 orang setahun. Jadi jumlah kenderaan terkumpul sehingga 2 Ogos 2010 adalah sebanyak 19.8 juta dan jumlah pemandu terkumpul dalam tempoh yang sama adalah 12.1 juta. Jadi bayangkanlah berapa ramainya rakyat yang berkemampuan dalam negara kita ini kerana itu menandakan satu petanda bahawa negara kita makmur. Jadi malah jumlah yang semakin meningkat ini saya percaya kerajaan boleh melihat betapa perlunya ada pindaan-pindaan tertentu yang boleh mesra rakyat dan atau pengguna. Jadi bila dibuat pindaan ini kita perlu pula melihat mengapa pindaan ini dibuat. Jadi saya lihat didapati bahawa sikap melanggar undang- undang di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia ini semakin berleluasa. Ada perangkaan tahun 2009 menunjukkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya adalah sebanyak 397,330 kes dan indeks kadar kematian pada setiap 10,000 kenderaan berdaftar adalah sebanyak 3.55 pada tahun 2009. Di peringkat antarabangsa pula Malaysia menduduki tempat ke-46 daripada 172 negara dari segi indeks kematian bagi setiap 10 kenderaan berdaftar. Jadi kalau kita lihat kebanyakan daripada kematian ini adalah berpunca daripada kelajuan 62.6% dan 8.5% pula berkaitan dengan pelanggaran lampu isyarat terdiri daripada jumlah 397,330 kes tersebut. 6,745 kes melibatkan kematian dengan purata 18 kematian sehari. Banyak itu Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kemalangan dan kemalangan jalan raya memberi impak kepada ekonomi negara kerana kerajaan kerugian dianggarkan sebanyak RM9 bilion setiap tahun atau 2% daripada Keluaran Negara Kasar. Jadi oleh itu pindaan-pindaan perlu dibuat bagi memastikan undang- undang lebih mantap, mematuhi kepada undang-undang dan peraturan jalan raya. Jadi bagi menangani isu-isu yang dihuraikan tadi saya ada melihat keperluan dan kesegeraan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1997. Umpamanya kesan daripada penubuhan SPAD seperti mana yang kita sedia maklum Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah diluluskan pada April 2010. Dengan wujudnya kedua-dua akta baru ini pindaan berbangkit perlu dibuat ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 di samping pindaan-pindaan utama seperti yang dinyatakan pada seksyen 4B, seksyen 71, seksyen 110A dan seksyen 122. Di samping itu sebagai sokongan terhadap bidang keberhasilan utama nasional atau NKRA pengangkutan awam bandar. Jadi maksud pelaksanaan NKRA, dua seksyen baru iaitu seksyen 4A dan seksyen 119B telah diwujudkan. Jadi ini penting kerana pengangkutan awam adalah isu yang amat besar terutama melibatkan bas antara bandar, LRT atau Monorel dan Komuter. Mungkin selepas ini akan ada pula MRT. Jadi pengangkutan awam di Malaysia ini perlu diperkemas. Sebenarnya kita sudah ada semua sistem ini tetapi malangnya tidak efisien jika dibandingkan dengan negara-negara jiran kita. Mengapa masih berlaku begitu lagi? Ini yang menghairankan saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Pelaksanaan sistem jajaran baru LRT terlalu lambat perlu disegerakan kerana penduduk Lembah Klang semakin padat dan Kuala Lumpur juga telah menjadi kawasan mega puncak rezeki bagi rakyat Malaysia. Atas faktor itu kerajaan perlu melihat secara telus, secara serius supaya permasalahan pengangkutan awam diberikan perhatian serius dan bukan setakat hendak memenuhi hasrat NKRA sahaja. Perlu ada satu pelan jangka panjang yang lebih efisien. Mengenai soal pemantapan penguatkuasaan terutamanya JPJ, PDRM, PBT, dan SPAD saya melihat cadangan pindaan-pindaan telah dibuat terhadap seksyen 29. Antara seksyen utama tersebut adalah berkaitan dengan perkara- perkara berikut: (i) hukuman penalti dinaikkan supaya selaras dengan perkembangan semasa;
(ii) kuasa JPJ untuk menahan lesen memandu mana-mana orang yang disyaki positif dadah; (iii) kuasa JPJ menangkap tanpa waran bagi orang-orang yang melakukan kesalahan berhubungan dengan pemanduan berbahaya dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah; (iv) penggunaan semula nombor kenderaan yang dilaporkan hilang, dicuri, binasa, dicuraikan atau dihantar keluar dari Malaysia untuk selama-lamanya; (v) pengemaskinian Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) dengan mengenakan Mata Demerit kepada pesalah trafik yang gagal menyelesaikan bayaran penalti dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis dikeluarkan.
Penyelesaian penalti dalam tempoh tiga bulan akan dikecualikan daripada dikenakan Mata Demerit; dan (vi) pengenalan sistem pengendorsan pada lesen memandu secara elektronik berhubung dengan pengangkutan dan pembatalan atau kehilangan kelayakan.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Oleh itu, saya cuma hendak bertanya satu sahajalah, sebelum saya menghabiskan ucapan saya. Satu isu yang masih panas iaitu saman. Kalau polis trafik hangat dengan saman ekornya, JPJ juga boleh saman, malahan di PBT pun bukan main samannya. Jadi, jika semua saman dan mengapakah saman tersebut – yalah, yang menjadi mangsa adalah pengguna. Jadi bagi saya, saya sangat tidak bersetuju dan rakyat Lipis yang ramai memberitahu saya tentang saman ekor ini, memang sangat tidak bersetuju. Bukan sahaja tidak bersetuju tetapi sangat-sangat tidak bersetuju. Saya mengharapkan pihak kementerian dan kerajaan mengkaji semula tentang saman ekor ini agar – jika tidak bersetuju itu, itu menjadi masalah lain pula nanti. Jadi saya berharap sekali lagi, kajilah betul-betul – jangan main sembarangan sahaja, agar kita tidak mendapat masalah, bala daripada saman ekor ini. Jadi dengan itu, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang kita sedang bincangkan ini ialah suatu pembaikan. Saya setuju, tetapi apa-apa pun juga pembaikan yang kita buat Tuan Yang di- Pertua, kalau tidak ada penguatkuasaan yang serius, isu di depan kita – kita ini di Malaysia, undang-undang ini boleh dikatakan kita ada belaka, tetapi yang selalu menjadi masalah kepada kita ialah penguatkuasaan. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berada di highway PLUS, saban hari kita akan lihat kereta-kereta dari Singapura – plat Singapore. Dia beri lampu, dia potong kita. Kita pandu 110 km/j, dia pandu 160 km/j. Saya tidak tahu kalau kamera tangkap imejnya, bagaimana hendak dibuat? Kita lihat orang-orang Singapore ini langsung tidak hairan. Dia beri lampu kepada kita lagi pasal kita slow – orang Malaysia slow. Kedua, banyak juga kereta dari Siam ini. Plat Siam pun kita tidak kenal. Jadi, saya tidak tahulah sama ada – saya rasa tentu ada peraturan, tetapi sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan? Plat Siam boleh masuk dari utara, dari negeri saya itu, sampai ke Johor mungkin. Saya yakin kalau polis atau JPJ tahan pun, nombor plat tu mungkin dia kenallah tetapi yang di depan itu dia tidak tahu. Ini kerana, kita membiarkan ini berlaku. Ketiga Tuan Yang di-Pertua – kita sudah bincang panjang tentang pemandu-pemandu kenderaan awam ini sama ada pemandu bas ekspreskah, bas pelancongkah, lorikah, teksikah. Ramai juga mengatakan bahawa sikap pemandu – di samping masalah kenderaan, sikap pemandu juga terlibat. Antara punca masalah ialah penggunaan dadah. Kita sudah sebut bagaimana pemandu- pemandu ini dia ‘ligan’ trip, gaji murah. Akhirnya, dia ambil dadah untuk pastikan dia segar. Akan tetapi, tidak bolehkah kita pastikan sebelum pemandu-pemandu
ini terus memandu saban tahun, dia perlu ambil lesen – chest plate dia itu. Dia wajib lalui ujian air kencing – paling tidak. Jadi, kita tahu sekurang-kurangnya – mungkin orang akan menjerit, seriau, tetapi soalnya, inilah yang akan menjamin keselamatan pemandu-pemandu – bukan sahaja dirinya terjamin tetapi juga orang yang dibawanya dalam kenderaan. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat saban tahun – sebuah keluarga mati melanggar lori yang berhenti di tepi highway. Saya rasa ini satu yang serius. Kita lihat lori-lori yang rosak, ia tidak ada hendak memasang hazard lightskah ataupun paling tidak pun meletakkan kon. Jadi, sebuah keluarga merempuh belakang lori. Tujuh orang atau lapan orang mati. Ini perkara-perkara yang saya rasa penting. Ini perkara-perkara yang kementerian harus lihat bagaimanakah penguatkuasaan dilakukan. Saban tahun juga setiap kali kita lihat kejadian-kejadian yang berlaku, macam-macam cadangan yang dikemukakan. Akan tetapi sekali lagi, penguatkuasaan kita amat lemah. Dahulu saya masih ingat lagi. Kalau kita menggunakan highway, lori yang laju lampu atas bumbungnya Tuan Yang di-Pertua, ia akan bergemerlapan – ‘lip, lip, lip’. Sekarang, tidak ada lampu pun. Saya pun tidak tahu sama ada sistem itu sudah tidak dipakai lagi atau apa. Jadi, bagaimana kita hendak tahu bas itu laju kah, lori itu lajukah? Paling tidak – kalau kita lihat dahulunya kalau lori itu lampunya ada menyala di atas menunjukkan ia speed limit, sekurang-kurangnya kita sebagai orang awam ini, bolehlah tunjuk sign – “Speed limit you itu sudah laju”. Jadi, sekurang-kurangnya dia boleh... Sekarang kita tidak tahu. Sekali lagi, kementerian harus melihat perkara ini ataupun ubah cara-cara bagaimana penguatkuasaan itu dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya hendak bertanya juga mengapakah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Sepatutnya, lesen yang dikeluarkan haruslah diletakkan oleh kementerian ini supaya paling tidak, penyelarasan akan berlaku. Ini ada dua atau tiga agensi yang terlibat dan akhirnya penyelarasan susah untuk dilaksanakan. Mungkin juga di antara sebab-sebab pemandu-pemandu, pengguna-pengguna jalan raya rasa gelisah ialah kerana terlalu banyak agensi yang terpaksa mereka lalui untuk mendapatkan urusan-urusan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sahaja.
[Bangun]
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ataupun Akta 333 ini. Perkara pertama yang saya hendak katakan ialah saya mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah dapat membentang dan membuat pindaan pada akta ini yang mana saya melihat bahawa pertamanya, kalau dahulu kita tidak boleh untuk mendaftarkan kenderaan elektrik ini, sama ada kereta ataupun motosikal, tetapi dengan akta ini kita boleh ataupun telah boleh untuk mendaftarkan kenderaan ini. Ini kerana, penggunaannya di peringkat dunia sekarang telah pun banyak. Saya percaya, ia adalah untuk kita pergi kepada satu kawasan hijau untuk negara kita. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya juga bahawa di dalam akta ini, dinyatakan bahawa kenderaan motor elektrik ini tidak termasuk basikal elektrik. Saya percaya, kalau kita tidak memasukkan basikal elektrik ini
Tuan Yang di-Pertua, suatu hari nanti basikal elektrik ini akan menjadi motor elektrik sebab kita pun susah hendak differentiate dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana basikal ini mungkin semakin lama semakin canggih dan mungkin ia lebih laju daripada kereta nanti dan ada pihak-pihak yang menggunakannya untuk berlumba, untuk merempit tetapi tidak termasuk dalam akta ini. Jadi, ini mungkin boleh menimbulkan permasalahan kita untuk menguatkuasakan perkara ini pada masa-masa yang akan datang. Ini kerana, teknologi yang ada pada hari ini akan bertambah baik pada setiap hari Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, mengapakah basikal ataupun motosikal elektrik ini tidak dimasukkan di dalam akta ini? Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua ialah tentang – kita tahu bahawa dalam kita untuk mendapatkan lesen memandu, kita diperlukan untuk belajar memandu.
Akan tetapi saya dapati dan banyak komen dari rakyat bawahan - rakyat kita keseluruhannya bahawa, pada ketika ini kita hanya membenarkan menggunakan kereta untuk diuji pandu itu adalah secara manual. Sedangkan di dalam negara kita, bagi kawasan bandar saya ingat orang sudah tidak banyak lagi menggunakan kereta secara manual ini. Namun kita, di peringkat ujian masih lagi hendak menggunakan secara manual dan tidak boleh menggunakan kereta automatik ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta kepada kementerian untuk memikirkan semula bahawa untuk gear automatik ini dibenarkan untuk memasuki ujian, kerana orang sudah tidak pakai kereta manual lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat dalam kawasan bandar 70% atau 80% pengguna sudah menggunakan gear automatik. Namun bila hendak pergi buat ujian, kita kena gunakan manual seperti kita balik ke belakang, Tuan Yang di-Pertua. Kita kena maju ke hadapan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga kepada kementerian, supaya kita juga boleh menggunakan gear automatik ini untuk uji pandu bagi mendapatkan lesen memandu di dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua. Perkara ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang cermin gelap. Memang kita tahu bahawa di negara maju misalnya, memang ada kenderaan mereka menggunakan cermin gelap tetapi kita tidak membenarkan di bawah undang- undang kita. Ini kerana ada kereta-kereta yang diimport memang telah siap sedia dipasang dengan cermin gelap. Namun apabila sampai ke negara ini hendak dibuka balik kerana hendak dihantar ke PUSPAKOM dan sebagainya. Ini mengeluarkan belanja dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi bagi saya kalau perkara ini baik untuk kesihatan misalnya, kerana cahaya matahari di negara kita yang tropika ini mungkin banyak yang kita terima. Jikalau ultraviolet (UV) cahayanya direct kepada kulit manusia mungkin boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan, penyakit dan sebagainya, tetapi kita pula tidak membenarkan penggunaan ini. Ini kerana saya rasa kalau tidak ada dan perlu kajian dibuat secara terperinci di negara-negara yang maju dan di negara yang telah lama menggunakan cermin gelap ini. Ini kerana kalau untuk keselamatan yang lain, saya rasa di dalam negara yang serba maju pada hari Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu lagi untuk kita mengatakan bahawa ini untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Ini kerana ada juga kenderaan-kenderaan
kita, terutama yang komersial yang tidak ada cermin langsung pun ada. Jadi perkara ini saya rasa kita perlu betulkan Tuan Yang di-Pertua. Perkara keempat Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak katakan di sini ialah kita banyak kali membincangkan tentang penguatkuasaan dan sebagainya. Akan tetapi saya difahamkan bahawa pengangkutan jalan ini adalah merupakan salah satu daripada sumber kewangan negara yang ketiga - kalau tidak silap saya terbesarnya, di sekitar RM2.5 bilion hingga RM2.8 bilion dipungut pada setiap tahun untuk hasil negara kita. Akan tetapi saya difahamkan bahawa di Jabatan Pengangkutan Jalan itu sendiri hanya diberikan peruntukan sebanyak RM300 juta sahaja untuk dibelanjakan. Jikalau untuk pegawai dan kakitangan saya rasa tidak cukup. Oleh sebab itu apabila hendak buat penguatkuasaan, peruntukan untuk mereka pergi ke luar ataupun outstation untuk lebih masa dan sebagainya dicatu - dibuat catuan. Jadi penguatkuasaan itu tidak dapat berjalan dengan licin dan baik, Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga dengan peralatan-peralatan penguatkuasaan seperti kereta dan sebagainya, yang perlu diberi kepada jabatan supaya kita boleh menjadikannya sebagai satu yang cukup efisien. Pada hari ini dan ketika ini, memang telah ada efisien pun. Jikalau kita tengok di kaunter-kaunter JPJ di mana- mana pun, kalau dahulu terpaksa membawa borang yang banyak. Akan tetapi hari ini kita hanya membawa satu atau dua borang sahaja sudah selesai untuk memperbaharui lesen atau cukai jalan, Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan ini membuka lebih banyak lagi cawangan-cawangannya. Kadang-kadang ada di daerah-daerah yang tidak ada kaunter ataupun pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan ini. Jadi kalau di daerah-daerah tidak mempunyai Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun kaunter-kaunter untuk memberi cukai dan sebagainya dan ia adalah untuk rakyat, jadi saya rasa ini satu yang cukup memalukan kita Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta kalau diberikan peruntukan, diberi juga untuk JPJ membuka pejabat atau kaunter-kaunter dengan lebih banyak lagi dalam negara kita ini. Ini kerana setiap bandar kecil atau besar memang banyak menggunakan kenderaan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya hendak bahaskan. Saya dengan ini menyokong usul untuk pindaan yang dibuat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang ini untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Tuan Yang di-Pertua, saya amat setuju bahawa penjelasan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyatakan rang undang-undang ini untuk mengurangkan kemalangan yang mengakibatkan maut yang amat tinggi. Namun kalau saya tengok kepada rang undang-undang ini, saya rasa rang undang-undang ini tidak akan berkesan untuk mengurangkan kemalangan yang mengakibatkan maut semasa di musim-musim perayaan yang kita sentiasa baca dalam surat khabar - beberapa orang mati dan sebagainya. Saya rasa lebih baik kita mesti ada satu pindaan di sini juga dan memberikan kuasa di mana kementerian dan JPJ ada hak untuk menarik balik
permit syarikat bas ini. Ini kerana kalau kita ada kuasa untuk saman kepada bus drivers ini tidak akan berkesan, sebab syarikat-syarikat ini tidak peduli. Mereka tidak akan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa bus drivers ini semua ada lesen dan dalam keadaan yang baik dan sihat sebelum mereka membawa bas. Ini kerana kita sudah tahu banyak kemalangan yang berlaku adalah kerana kesihatan dan mereka yang tidak ada lesen. Oleh sebab itu kementerian perlu mengambil tindakan yang tegas dan jika tidak ada kuasa, membuat recommendation dengan izin, kepada kementerian yang lain untuk menarik balik lesen-lesen bas ini supaya mereka tidak boleh meniaga lagi. Ini boleh dijadikan satu contoh untuk syarikat-syarikat yang lain untuk mengambil berat dalam perkara safety terhadap passengers ini. Kedua, nampaknya rang undang-undang ini lebih menumpukan kepada Automated Enforcement System (AES) yang akan diadakan selepas rang undang- undang ini diluluskan. Saya juga percaya bahawa dua syarikat telah diberikan kontrak. Pertama, Beta Tegap Sdn. Bhd. dan satu lagi Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. yang diberikan kontrak. Kenapa? Kedua-dua syarikat ini diberikan adalah melalui bukan open tender tetapi melalui request for tender? Apa ini? Kita mesti ada satu open tender. Kita ada NKRA - di mana open tender ini kita boleh dapat syarat-syarat yang lebih baik, kerana kita tidak melalui tender terbuka ini. Kita melantik Beta Tegap Sdn. Bhd. dan syarikat ini tidak mengemukakan perihal akaun mereka - annual return mereka kepada SSM, bukan sahaja dari tahun lepas malah tahun 2004 hingga sekarang. Jadi bagaimanakah kementerian atau kerajaan boleh tahu keadaan kewangan mereka, sama ada mereka ini adalah dalam keadaan kewangan yang sihat? Kita tidak mahu satu syarikat seperti Beta Tegap Sdn. Bhd. ini syarikat nominee untuk orang tertentu.
So, saya harap kementerian ambil beratlah dalam perkara ini. Saya rasa lebih baik kita membukakan tender semula, tender terbuka...
[Bangun]
Nanti hendak habiskan sebab masa terhad. Sorry, masa terhad. Sorry. Daripada 2004 ini, so ini adalah satu fakta yang amat jelas di mana Beta Tegap ini tidak hak memasukkan dalam – menjadikan satu syarikat untuk mengendalikan Automatic Enforcement Systems (AES) ini. Kedua, yang saya nampak AES sistem ini daripada rang undang- undang pindaan yang dahulu, di session Parlimen yang dahulu, denda yang dinaikkan kepada RM1,000, kepada satu. Oleh sebab itulah rang undang-undang itu kena ditarik balik. Sekarang ini saya tengok nampaknya tidak ada sudah, so kepada RM300. Memang saya faham kenapa hendak naikkan RM1,000, kerana pendapatan kedua-dua syarikat yang mengendali AES sistem ini adalah daripada profit sharing. Profit sharing ini dari mana? Daripada saman-saman yang dikeluarkan oleh mereka dan kita hendak tahu di sini bahawa kementerian mesti menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa berapakah peratus profit sharing ini, antara syarikat dengan kerajaan. Berapa? 5% daripada saman-saman yang dikeluarkan ataupun 10% atau berapa? Kita hendak tahu juga, itu yang kedua. Ketiga, yang amat penting dari segi prinsip-prinsip keadilan. Jikalaulah satu saman yang dikeluarkan oleh syarikat ini, rakyat kita perlu membayar dalam
tiga bulan, kalau tidak nama mereka akan di senaraikan hitam atau blacklisted. Ini amat serius kerana kalaulah mereka mempertikaikan... Tidak, tidak ada masa saudara, hendak habis.
Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua beri saya sedikit sahaja, hendak habis sudah.
Lima minit sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih, minta maaf.
Saya seronok tengok Yang Berhormat Wangsa Maju punya hujah ini kerana saya harap begini, jadi rakyat menanggung saman mengeluarkan duit, syarikat ini yang kaya. Ini aniaya punya kerja Tuan Yang di-Pertua. Apa Yang Berhormat Wangsa Maju kata ini saya memang menyokong. Jikalau kerajaan nanti peratus yang untung daripada saman ini sedikit sahaja syarikat ini, aniaya kepada rakyat Malaysia. Maknanya kita bayar saman untuk mengembungkan perut syarikat ini. Saya tidak boleh dibenarkan dalam negara ini. Rakyat jangan jadi alat kepada seseorang atau golongan bagi mengayakan diri dia. Teruskanlah Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Hah! Kali ini saya rasa yang bercakap itu statement yang amat bernas. Saya setuju 100% kepada Yang Berhormat Sri Gading. Itu memang tepat, yang saya hendak cakap itu yang blacklisting. Jikalaulah syarikat ini mengeluarkan saman, rakyat jelata mesti membayar saman dalam tiga bulan atau dua, tiga minggu. Jikalau tidak mereka akan di blacklisted dengan izin. Jikalau mereka diblacklisted, mereka tidak boleh membaharui road tax dan sebagainya. Walaupun mereka mempertikaikan saman yang dikeluarkan. Masa yang tiga bulan ini mereka masih belum pergi ke mahkamah. Akan tetapi mereka telah diblacklisted, mereka perlu bayar saman itu. Habis itu baru hendak pergi ke mahkamah, buat apa? Ini bukan satu keadilan. Prinsip keadilannya sesiapa yang mempertikaikan saman itu ada hak untuk pergi ke mahkamah dahulu. Selepas keputusan mahkamah bahawa beliau adalah salah, rakyat ini salah, barulah nama mereka boleh diblacklisted jika mereka tidak bayar.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Ini hanya jaga kepada syarikat sahaja, blacklisting dahulu barulah hendak pergi ke mahkamah. Ini amat tidak adil dari segi natural justice. Saya harap kementerian boleh buat satu pindaan untuk perkara ini dan memberikan yang penting, apakah peratusannya profit sharing ini? Kita hendak tahu di sini. Ini amat penting. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan selepas itu Yang Berhormat Kuala Krai dan saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab selepas itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai apa yang ingin saya sentuh, beberapa isu di sini, yang pertama adakah kita boleh buat pindaan juga kepada akta pengangkutan ini, di mana dalam kes- kes kereta curi yang dirampas oleh JPJ di bawah akta pengangkutan itu. Apakah
remedi untuk pengguna, pembeli atau empunya kereta yang keretanya dirampas sebab apa yang berlaku sekarang adalah selepas JPJ rampas kereta, kereta itu disimpan di bengkel atau gudang di JPJ sehingga tiada apa-apa tindakan selanjutnya diambil. Jadi apabila seorang itu kehilangan kereta yang disyaki dicuri tetapi orang yang beli kereta itu tidak tahu status kereta itu mereka dimangsakan sehingga JPJ tidak pulangkan kereta itu ataupun jual kereta itu seperti peruntukan di bawah akta JPJ itu. Saya rasa ini amat tidak adil sebab membiarkan sahaja mangsa yang tidak pada dahulunya tahu bahawa kereta itu adalah kereta curi sebab apabila kereta itu dibeli oleh mangsa itu satu semakan dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan yang memberi satu clearance bahawa kereta itu ada geran yang sah. Akan tetapi apabila kereta itu digunakan beberapa tahun, tiba-tiba kereta itu akan ada kemungkinan dirampas oleh JPJ atau pihak polis. Saya rasa ini perlu dikaji dan peruntukan-peruntukan harus diadakan untuk mengelakkan situasi seperti ini. Kedua, saya juga pohon jika kementerian boleh mengambil pandangan serius terhadap kemalangan jalan raya yang semakin hari semakin meningkat. Apa kata jika kita ikut polisi insurans no-fault liability, di mana kita lihat tiap-tiap kali satu kemalangan kecil berlaku di bandar raya Kuala Lumpur ia mengakibatkan sesakan jalan raya untuk beberapa kilometer. Jadi jika kita ada no-fault policy seperti yang diamalkan seperti di Sweden, di mana apabila satu kemalangan berlaku pihak-pihak yang terlibat dikenakan, diperlukan terus mengedarkan ataupun mengeluarkan kereta masing-masing dan terus membuat laporan police dan buat tuntutan terus kepada syarikat insurans. Di mana syarikat insurans tidak akan membuat penyiasatan untuk mendapat tahu siapa yang tanggung liabiliti atau tanggungan. Syarikat insurans harus membayar kepada orang yang mengalami kerugian akibat kemalangan itu. Di aspek ini kita dapat elakkan sesakan jalan raya yang tanpa kemalangan pun sudah teruk, tiap-tiap kali kita tengok di bandar raya kita. Jadi kita boleh kurangkan sesakan jalan raya dengan no-fault policy ini. Saya juga berpendapat sama dengan rakan-rakan saya di mana orang-orang yang tidak bayar saman diblacklist. Saya rasa kementerian boleh menetapkan satu tempoh masa di mana apabila seorang dikeluarkan saman dalam masa tiga bulan kalau saman itu tidak diselesaikan, mereka dihadapkan ke mahkamah untuk keputusan. Apa yang berlaku sekarang adalah selepas satu-satu tahun ataupun dekat satu tahun, satu tahun lebih tiba-tiba mereka ini disenaraihitamkan dan apabila mereka pergi untuk membaharui lesen road tax, cukai jalan, mereka dilarang untuk membaharuinya. Saya rasa ini tidak adil sekali sebab pihak JPJ atau polis tidak boleh memainkan peranan hakim atau mahkamah di sini. Untuk mendapati seseorang itu salah, hanya mahkamah boleh main peranan itu.
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa atau adakah Yang Berhormat telah terima aduan bahawa kadangkala kuasa untuk mengeluarkan saman telah digunakan oleh penguat kuasa sebagai satu alat untuk mendapat rasuah.
Saya ada menerima aduan bahawa oleh sebab pemandu lori tidak mahu membayar rasuah, mereka telah dikenakan saman dan ketiga-tiga pemandu lori dikenakan saman dan kesemua kes itu saya yang menolongnya untuk fight in court dan kesemua kes itu tidak ada prima facie kes. Bersetujukah Yang Berhormat semua kuasa itu untuk blacklistkan semua outstanding cases ini telah
disalahgunakan dan akan terus disalahgunakan jika polisi blacklistkan pemandu kereta itu diteruskan.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya saya bersetuju kerana ini adalah salah guna kuasa, memang kita tahu indeks rasuah oleh JPJ dan juga polis amat tinggi. Akan tetapi saya tidak berpendapat bahawa semua pegawai JPJ atau polis terlibat dalam rasuah, saya percaya ada ramai pegawai tidak terlibat dalam rasuah, tetapi ini ada ruang untuk penglibatan rasuah. Saya fikir, kalau seseorang itu didapati bersalah di jalan raya, pihak berkuasa iaitu pihak JPJ atau polis terus menyaman dia tanpa perlu pergi bicara dengan dia, lama-lama, go come to the point, sir you have created an offence, can I see your license and straight away saman him, tidak perlu bicara dengan izin. Jadi saya tidak bersetuju dengan cara blacklist ini, sebab itu adalah tugas mahkamah dan hakim di mahkamah tetapi apa yang sedih sekali sekarang melalui black list ini orang yang salah atau tidak bersalah didapati bersalah tanpa pembelaannya dipanggil di mahkamah dan baru-baru ini di Parlimen juga saya amat sedih kerana orang yang tertuduh didapati bersalah tanpa pembelaannya dipanggil. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih, where are we heading to dengan izin. Di mahkamah juga, a surf action of the powers of the court dibuat oleh pihak JPJ, di Parlimen pun kita tidak mendapat keadilan. Saya pun takut hendak berbahas kerana nanti dituduh, nanti dinafikan untuk membela diri sendiri.
Teruskan Yang Berhormat.
Jadi, oh! Saya rasa Tuan Yang di- Pertua tidak suka saya menyentuh sebagai sebab...
Yang Berhormat...
Parlimen ya.
Jangan ada salah sangka seperti itu, everybody was given five minutes. Akan tetapi Yang Berhormat enam minit tetapi saya biarkan Yang Berhormat. You don’t have to mempunyai sangka buruk terhadap saya Yang Berhormat.
Itu sahaja, apa yang saya pohon Tuan Yang di-Pertua keadilan itu mesti ditegakkan bukan sahaja di mahkamah ataupun oleh badan-badan berkuasa dan kementerian. Saya juga memohon keadilan itu ditegakkan di Parlimen juga. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin turut berbahas peringkat dasar ini mengenai rang undang- undang ini, yang mana seperti biasa kalau rang undang-undang ini menekankan kepada penguatkuasaan beberapa perkara untuk - akhirnya apa pun nanti tujuannya, akhirnya untuk menjadikan jalan raya kita selamat, kemalangan dikurangkan dan kesan-kesan ekonomi ke atas kemalangan ini juga dapat dikurangkan. Menambah akta-akta yang berakhir dengan saman dan sebagainya, mungkin satu cara untuk kita mendidik masyarakat.
Di negara-negara luar dan di negara-negara maju juga, penguatkuasaan ini ada tetapi kita lihat cara pemanduan di sesetengah negara, dalam keadaan undang-undang itu pun ada beberapa perkara yang termasuk dalam undang- undang berhemah di jalan raya, memberi laluan kepada orang yang hendak masuk ke jalan raya dan sebagainya, menjadikan jalan raya itu selamat. Undang- undang itu berkenaan tali pinggang keledar misalnya, had laju tetapi yang lebih memurnikan dan mengharmonikan jalan raya ialah sikap-sikap kemanusiaan yang ada di kalangan pemandu. Ini saya rasa tidak akan terbina melalui kata, ia boleh dibina melalui cara kita membina manusia melalui pendidikan, contoh-contoh teladan dan sebagainya. Jadi ini juga perlu disentuh oleh pihak berkuasa, kementerian atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab supaya jangan hanya komponen penguatkuasaan undang-undang ini sahaja diberikan penekanan tetapi kepada pembinaan manusia dan perasaan semasa mereka memandu. Ini saya rasa mesti cari jalan. Dalam pindaan kali ini kita lihat akan berlaku satu pemakaian sistem enforcement atau penguatkuasaan automatik yang baru yang akan dilaksanakan oleh pihak swasta, telah disebut oleh beberapa rakan tadi seperti Yang Berhormat Wangsa Maju sebutkan tadi dan juga Yang Berhormat Sri Gading mengatakan amat mengejutkan kita. Saya dimaklumkan bahawa sistem yang bakal diaplikasikan oleh dua syarikat yang dipilih ini adalah sistem yang mungkin telah disebut oleh rakan yang lain, telah diuji begitu lama dahulu, tahun 2006 dan sekarang telah empat tahun, sama ada sistem tersebut masih boleh diaplikasikan pada masa ini, itu memerlukan satu penilaian semula. Apakah salahnya seperti yang diminta oleh sahabat-sahabat yang lain tadi supaya suatu penilaian semula dibuat untuk memastikan sistem itu benar-benar berkesan dan untuk kos efektifnya, saya rasa pemanggilan tender terbuka kepada mana-mana syarikat yang mampu khususnya syarikat-syarikat yang memang tempatan bukannya syarikat yang ada di belakangnya, prinsipalnya daripada luar negara atau sebagai Ali Baba semata- mata. Ia akan memberi lonjakan kepada syarikat-syarikat tempatan dan ini saya rasa harus juga diberikan penekanan bukan hanya syarikat-syarikat yang telah mengemukakan ataupun dipilih melalui perbincangan atau tender yang dijemput seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi. Sedikit mengenai akta ini, keselamatan jalan raya pada hari ini terganggu apabila lebuh raya kita contohnya berlaku kemalangan yang besar kerana ada kenderaan-kenderaan yang berhenti di tepi lebuh raya dan dikendalikan dengan baik seperti meletakkan tanda-tanda isyarat dan sebagainya. Di dalam akta yang baru ini dilihat bahawa mana-mana kenderaan yang berhenti akan di clamp roda atau tayarnya, paling tidak untuk empat jam sementara memastikan tuan punya datang. Saya rasa menahan kereta itu di situ selama empat jam, inilah yang menjadi masalahnya nanti. Kalaulah terpaksa ditunda segera, ditunda ataupun diletakkan semua tanda yang boleh mengelakkan kemalangan. Jika buat masa ini tidak dapat dilaksanakan kerana mungkin kekurangan tenaga, kekurangan kakitangan, tidak dapat diletakkan kon-kon untuk memastikan pemandu yang lain menyedarinya, apakah jaminan kalau kita clamp empat jam ataupun kita melakukan clamping empat jam ini oleh pegawai mana agar kita menambah kakitangan untuk melaksanakan peruntukan baru ini. Kalau begitu lebih baik kita laksanakan sekarang untuk memastikan mana-mana kereta berhenti segera dikenal pasti untuk mengelakkan suatu kemalangan yang lebih bahaya. Jadi elemen penguatkuasaan ini, hendak minta
penjelasan Menteri, adakah ia akan menuntut kepada pertambahan kakitangan penguatkuasaan ataupun kakitangan yang sedia ada. Saya skeptikal, kalau kakitangan yang sedia ada kemungkinan ia tidak akan dapat dilaksanakan dengan efisien. Selain daripada itu, saya juga menyokong pandangan rakan-rakan kita mengenai kesan daripada tindakan undang-undang di atas senarai hitam yang dikenakan dan saya rasa tidak adil. Saya baru mendapat satu surat notis pelanggaran yang telah berlaku lama tetapi baru semalam menerimanya, lima, enam bulan yang lalu, itu pun kira baik kerana selalunya beberapa tahun yang sebelumnya. Jadi kita tidak tahu walaupun tanggungjawab kereta itu kita tetapi apakah benar kita ataupun siapa, mungkin tanggungjawab kita juga kerana memberikan kereta itu kepada orang lain tetapi yang sebenarnya kita tidak dapat memastikan kerana terlalu lama masanya. Apakah jaminan dengan pindaan yang baru ini kita akan dapat segera, diberikan maklumat supaya kita ingat dan kita boleh dapat menyelesaikan masalah senarai hitam ini dengan lebih baik, Tuan Yang di-Pertua terima kasih.
Ya, terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menyertai dalam perbahasan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang telah kita laksanakan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya nyatakan di sini bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini adalah dibuat dengan niat suci iaitu untuk melihat bahawa keselamatan di jalan raya adalah merupakan tanggungjawab bersama dan kemalangan tidak mengenal sesiapa. Atas niat suci inilah mengapa Kementerian Pengangkutan telah mengambil langkah-langkah dan juga telah mendapat feedback yang begitu banyak daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang keperluan untuk menegaskan satu undang-undang. Undang-undang yang lebih tegas dapat dilaksanakan di negara ini untuk memastikan supaya kemalangan di jalan raya dapat dikekang. Kalau kita melihat statistik-statistik yang telah dipaparkan ianya adalah membimbangkan. Kalau saya ingin nyatakan di sini bahawa kematian di jalan raya pada tahun 2009 sahaja sebanyak 6,745. Ini adalah merupakan satu jumlah yang begitu besar berbanding dengan penyakit yang paling serius di negara kita ini ialah penyakit jantung. Begitu pun pada tahun 2009 hanya 4,956 mengikut Kementerian Kesihatan yang mati akibat penyakit jantung. Ini adalah satu jumlah kematian di jalan raya ini adalah merupakan satu yang serius iaitu lebih kurang setiap satu jam 20 minit ada seorang mati di jalan raya dan setiap hari ada 18 orang mati di jalan raya. Oleh sebab itu Ahli-ahli Yang Berhormat kita harus mengambil juga makluman bahawa di dalam negara kita, industri dan juga penggunaan kereta sudah semakin meluas. Setiap tahun lebih kurang 1 juta kenderaan yang didaftarkan di dalam negara ini dan pada ketika ini telah ada 20 juta kenderaan yang berdaftar dengan 12.1 juta pemegang lesen. Dalam masa yang sama kita dapat melihat bahawa jalan-jalan raya kita juga semakin panjang dan penduduk
kita semakin bertambah. Pelancong-pelancong asing juga semakin meningkat ke dalam negara ini. Maka kalau sekiranya tidak ada undang-undang ataupun tidak ada peraturan-peraturan yang lebih baik dapat diwujudkan di dalam negara ini sudah pasti masalah-masalah seperti yang mana kita hadapi sekarang ini tidak akan dapat diselesaikan. Sebab itulah kerajaan telah menimbang perkara ini. Kalau kita melihat misalnya kajian yang telah dibuat oleh MIROS sebenarnya MIROS telah membuat kajian dan mengatakan bahawa 67% daripada masalah kemalangan di negara ini adalah berpunca daripada faktor manusia dan 28% akibat daripada keadaan jalan dan kenderaan 5% dan punca kemalangan yang sebenar yang paling tinggi sekali ialah speeding iaitu 62.5%, langgar belakang 10.9%, cuai lintas jalan 9.2%... [Gangguan bekalan elektrik]
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita mesyuarat dalam keadaan begini Tuan Yang di-Pertua?
Boleh! [Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya telah meminta pegawai untuk memanggil untuk membaiki keadaan ini. Akan tetapi sound sistem masih berjalan Yang Berhormat. Maknanya kita masih boleh menjalankan mesyuarat ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sikit boleh?
Sedikit boleh.
Sebab kajian yang telah pun dibuat tadi bahawa faktor kelajuan adalah merupakan faktor penyumbang utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Adakah pihak kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat untuk membuat satu kajian dan juga membuat satu peraturan tertentu bagi mengehadkan kadar kelajuan di lebuh raya dan juga jalan- jalan dalam negara kita.
Sememangnya Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin nyatakan di sini telah pun ada had laju kebangsaan yang telah ditetapkan di jalan-jalan raya sama ada jalan persekutuan ataupun jalan negeri. Akan tetapi seperti mana yang kita tahu bahawa memang ramai pengguna jalan raya yang tidak mematuhinya. Sebab itulah kerajaan mengambil beberapa langkah selain daripada menguatkuasakan menggunakan penguatkuasaan AES sebagai salah satu langkah yang akan dilaksanakan ini untuk mengekang kenderaan-kenderaan yang sentiasa memandu laju. Kita juga sebenarnya mengenakan beberapa peraturan-peraturan tertentu khususnya bagi kenderaan awam iaitu melalui pelaksanaan Kod Amalan SHE yang juga salah satu daripadanya adalah untuk memastikan supaya kenderaan-kenderaan ini memastikan bahawa pemandu-pemandu mereka tidak memandu dengan laju. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan di sini beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ledang ada membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan saman ekor. Apakah pendekatan Kementerian Pengangkutan terhadap pelajar-pelajar sekolah supaya mereka menghormati undang-undang?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya kerajaan sekarang telah pun dalam proses melaksanakan pendidikan daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 semenjak tahun 2007 iaitu mengadakan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah bagi murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Selain daripada itu, kita juga mengadakan kelab-kelab di sekolah. Ianya merupakan satu strategi jangka panjang dan selain daripada itu kita juga Yang Berhormat mengadakan kempen- kempen dan advokasi-advokasi untuk memastikan supaya warga negara kita khususnya orang-orang muda dapat menghormati keselamatan di jalan raya. Yang Berhormat Ledang ada membangkitkan tentang saman ekor juga beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Saya ingin menyatakan di sini saya telah pun menjawab...
Penjelasan sedikit.
Isu saman ekor ini.
Maaf saya. Saya tidak mahu mengambil masa, akan tetapi setengah minit. Tidak sampai pun. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Menteri, kokurikulum, kelab di sekolah- sekolah itu saya setuju. Itu dari segi teorilah yang kita sajikan kepada pelajar- pelajar. Akan tetapi dari segi praktikalnya mereka sedang menggunakan atau memandu kenderaan tanpa lesen. Itu maksud saya. Maksudnya mereka sedang dididik tidak menghormati undang-undang jalan raya apatah lagi undang-undang lain selepas itu terima kasih.
Sebab itu saya ingin nyatakan di sini Ahli- ahli Yang Berhormat, sebenarnya keselamatan jalan raya ini adalah tanggungjawab semua, bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi juga tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab guru dan juga pihak-pihak tertentu, pemimpin-pemimpin masyarakat juga harus mengambil tanggungjawab tentang soal ini. Sebab itu ibu bapa juga harus bertanggungjawab untuk memastikan apabila anak mereka pergi ke sekolah mereka haruslah menggunakan kenderaan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Misalnya menggunakan bas sekolah, ataupun mereka juga ramai di antara masyarakat luar bandar sekarang ini sebenarnya tinggal di asrama-asrama khususnya bagi mereka yang bersekolah dan tinggal di asrama dan juga asrama- asrama desa. Jadi ini adalah beberapa alternatif. Yang penting di sini ialah kita ingin memastikan bahawa bukan sahaja pihak kerajaan. Kita hanya membuat bermacam undang-undang akan tetapi yang penting ialah penyertaan daripada semua pihak. Yang Berhormat Ledang juga ada telah membangkitkan berkaitan dengan saman sekor. Seperti yang saya nyatakan di sini dalam beberapa perbahasan sebelum ini saya telah nyatakan bahawa saman ekor ini adalah merupakan saman yang dikeluarkan oleh pihak PDRM POL170A iaitu untuk membolehkan seseorang itu datang untuk menyelesaikan sesuatu perkara pada pihak JPJ. Dalam peruntukan seksyen 17 dan seksyen 29 itu...
[Bangun]
Ada peruntukan di situ tentang kuasa- kuasa yang telah diberikan untuk tidak memberikan renew road tax ataupun lesen memandu pada seseorang itu kalau sekiranya ada perkara yang belum diselesaikan. Sekiranya seseorang itu tidak berpuas hati beliau boleh melihat imej tersebut sama ada beliau bersetuju atau tidak kalau sekiranya beliau tidak bersetuju saman boleh dikeluarkan dan beliau boleh mencabar di mahkamah.
Jadi saya fikir yang penting di sini saya ingin nyatakan bahawa saman ekor ini adalah merupakan satu daripada mekanisme untuk kita meningkatkan perception of being caught di dalam negara ini. Kita sedar bahawa memang banyak rungutan yang telah dibuat. Akan tetapi ini menunjukkan bahawa sistem ini telah pun berkesan kerana kalau sekiranya tidak ada rungutan bererti ianya tidak berkesan. Kita mahu meningkatkan - kita tidak bertujuan untuk – bukanlah hasrat kerajaan untuk memungut hasil. Akan tetapi yang penting di sini adalah untuk meningkatkan kesedaran seperti mana ada pepatah no pain, no gain. Kerajaan harus melakukan perkara ini demi untuk rakyat. Rakyat harus memberikan kerjasama kerana kita tahu heavy dual offenders yang kita kenal pasti di dalam seluruh dunia pun hanya lebih kurang tidak sampai 10% yang heavy dual offenders ini. Kita harus melindungi orang yang majoriti orang yang sebenarnya mahu menggunakan jalan raya ini dengan cara yang baik, dengan cara yang berhemah dan berdisiplin dan bukan mereka yang menggunakan jalan raya ini untuk perkara-perkara lain yang boleh membahayakan bukan sahaja dirinya sendiri, keluarganya ataupun membahayakan orang lain seperti mana Yang Berhormat Ledang mengatakan kereta ini sebagai satu senjata.
Jadi saya fikir matlamat. Apa yang penting kita kena tahu spirit, the spirit of the law yang digunakan bagi saman ekor ini adalah untuk identify ataupun untuk memastikan supaya seseorang itu comply kepada undang-undang. Oleh sebab itu sekiranya dia tidak bersetuju ia boleh mencabar perkara itu di mahkamah.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, ramai yang bangun Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Putatan.
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat Wangsa Maju Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri beri Yang Berhormat Wangsa Maju atau Putatan? Putatan. Yang Berhormat Wangsa Maju duduklah.
Ya, ya.
Yang Berhormat kalau mengikut peraturan mesyuarat yang terpandang oleh Speaker tetapi tidak mengapalah Yang Berhormat.
Dia beri laluan.
Yang Berhormat Putatan duduk sebentar.
Okey. Terima kasih. Walau bagaimanapun terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua telah...
Tidak mengapalah Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju selepas itu Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih. Selepas saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Beliau mengatakan tadi kita kena menurut the spirit of the law. Memang kita menurut the spirit of the law. Kalaulah kita mempertikaikan gambar yang disediakan oleh kedua-dua syarikat ini Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. ini tetapi semasa pertikaian kita ini mereka telah diblacklist. Kita tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan sebagainya. Itu sudah menjadi satu hukuman. So apa spirit of the law? Sedangkan spirit of the law is everybody has the right to be heard. Dengan keadaan sedemikian mereka tidak ada hak. Keduanya, saya berharap juga Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyatakan di sini seperti apa yang saya tanya tadi kedua-dua syarikat ini Beta Tegap Sdn. Bhd. and Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. sama ada berapakah peratusan profit sharing mereka antara mereka dengan kerajaan? Sama ada 50%:50% atau 30%:70% atau apa? Jawab di sini dan jangan buat pura-pura terlupa. Terima kasih.
Walaupun Yang Berhormat Wangsa Maju ini diberi laluan terlebih dahulu, perkara yang sama saya ingin minta diberi penjelasan oleh pihak kementerian, syarikat yang mengendalikan pengambilan gambar-gambar saman ekor ini. Saya difahamkan sama ada betul ataupun tidak melalui mangsa-mangsa saman ekor ini Tuan Yang di-Pertua bahawa kebanyakan kes yang diambil gambar ini, tempat-tempat kemalangan selalu berlaku dan di tempat-tempat yang mungkin ada kekerapan ataupun kelajuan yang lebih banyak terutama sekali selepas tol. Di situlah tangkapan gambar bagi yang melebihi had laju yang ditetapkan. Saya ingin tahu siapa yang punya syarikat dan berapa peratusan keuntungan yang syarikat ini dapat daripada setiap saman yang dibayar oleh mangsa? Juga berapa peratusan kepada kerajaan? Siapa ahli lembaga syarikat- syarikat yang mengendalikan jurugambar ini? Saya minta penjelasan sedikit.
Sahabat. Terima kasih. Tadi soal semangat undang-undang. Saya kira bahawa rakan-rakan saya memberikan satu penghujahan yang sangat tepat. Kalau semangat undang-undang seperti yang saya katakan tadi baik polis mahupun JPJ harus kembali kepada peruntukan yang terdapat dalam undang-undang itu sendiri. Saya hendak membaca sekali lagi biar terang. Ahli Parlimen Alor Gajah sekarang ini Timbalan Menteri Dalam Negeri sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen biasa. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut daripada angka-angka saman yang tidak dapat diserah adalah disebabkan teknikal yang disebabkan jabatan ataupun pihak berkuasa dalam negeri dan juga JPJ. Ini telah menimbulkan masalah kepada pemilik kereta kerana pemilik-pemilik kereta ini telah diblacklistkan oleh JPJ di mana mereka tidak dapat memperbaharui umpamanya lesen kenderaan dan sebagainya dan ini kata Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga polis ini “dan ini adalah tidak adil kepada pemilik-pemilik kereta disebabkan kesilapan teknikal oleh pihak berkuasa.”
Persoalannya adakah pihak berkuasa akan mengeluarkan kes-kes saman tersebut daripada komputer polis dan JPJ supaya blacklisting itu tidak dapat dilakukan oleh JPJ? Apakah kuasa ataupun peruntukan undang-undang gedebuk, gedebak. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Padang Besar, “Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada JPJ, kepada Kementerian Pengangkutan tetapi izinkan saya memberikan jawapan setakat mana yang mampu”. Pertama, kata Yang Berhormat Timbalan Menteri yang pernah menjadi Menteri. Pertama, “Adalah tidak adil untuk diblacklistingkan kereta kerana kereta boleh dijual kepada pemilik baru dan tidak adil untuk dikenakan blacklisting.” Jadi saya katakan bahawa persoalannya sekarang ini ialah adakah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa kajian ataupun siasatan telah dibuat mengikut proses seperti yang saya katakan tadi iaitu menunjukkan bahawa polis mengikut cara yang betul. Notis disampaikan. Kalau notis tidak disampaikan kerana masalah teknikal, kerana pertukaran alamat. Sekarang baru kita hendak pinda mewajibkan mereka memberitahu JPJ tentang pertukaran alamat. Bermakna bahawa semua saman ekor yang lama dan tertunggak itu mesti dihapuskan kerana ini disebabkan oleh kesilapan teknikal. Kesilapan teknikal di pihak JPJ dan juga pihak polis yang tidak dapat mengesan masalah alamat. Itu pertama. Keduanya, seperti yang saya katakan tadi ialah persoalan adakah polis telah mengeluarkan notis itu sampai kepada pemilik? Keduanya kalau tidak disampaikan apakah saman itu akan disampaikan ataupun tidak? Kalau saman itu disampaikan ataupun tidak dan kalau masih dalam perbicaraan tidak ada hak bagi JPJ untuk blacklist. Dia kena tunggu sehingga mahkamah membuat keputusan. Akan tetapi sekarang notis tidak sampai, surat saman tidak sampai, mahkamah tidak pergi, tiba-tiba hendak blacklist. Ini saya katakan satu yang tidak adil seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan saya, bekas Menteri Kabinet sekarang ini masih menjadi seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena dahulu sebab beliau tidak faham. Saya sudah beritahu sebelum perbahasan ini dan Yang Berhormat Wangsa Maju ada mengatakan tentang kekeliruan beliau tentang POL 170A yang dikeluarkan oleh PDRM dengan sistem yang akan kita laksanakan. Saya nyatakan di sini mengenai penyampaian dan tandatangan notis seksyen 118. Mungkin Yang Berhormat..
[Bangun]
Yang Berhormat saya jawab dahulu. Seksyen 118 telah memperuntukkan bahawa di dalam seksyen ini bahawa sesuatu saman apabila notis-notis dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah akta ini melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan dihantar melalui pos berdaftar ke atas orang-orang yang terjejas olehnya. Jadi apabila notis ini disampaikan maka ianya dianggap sebagai deem surf berdasarkan kepada alamat terakhir yang terdapat di dalam pangkalan data JPJ. Ini peruntukan di dalam undang-undang Yang Berhormat. Oleh sebab itu dalam pindaan yang akan kita buat baru ini kita akan masukkan lagi satu cara, substitute notice iaitu bukan sahaja melalui A.R. Register kepada alamat terakhir tetapi juga kepada satu - kita mengadakan substitute notice. Substitute notice ini seperti bank jugalah. Kita hantar saman boleh dengan cara-cara yang lain. Kita boleh letak di depan pintu atau ditampal di tempat-tempat yang tertentu. Ini adalah
merupakan salah satu cara. Ini adalah satu amalan biasa di dalam mana-mana peraturan. Selepas daripada...
Tidak bolehkah?
Ketidakmampuan untuk...
Boleh, boleh?
Apabila itu..
Saya bangun. Sekejap.
Ya, okey.
Sekejap. Tuan Yang di- Pertua, saya dengar di luar tadi, saya dengar nama saya disebut. Ceritanya dalam tahun 1999. Zaman itu penggunaan komputer tidak begitu hebat macam sekarang. Maka saya kata tidak adil. Akan tetapi sekarang tekan sahaja dapat nombornya. Berapa banyak denda dan sebagainya. Kalau tanya saya pada hari ini, saya kata adil. Saya hendak maklumkan. Ya, saya baru dua hari tukar road tax. Saya periksa. Alhamdulillah kereta buruk pun ada, kereta baru pun ada. Tidak ada samannya. Kerana apa? Kerana saya pun berjalan jauh. Jauh lagi daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Dia balik ke Alor Setar saya balik ke Perlis. Saya beritahu kepada yang bawa, driver saya itu, “Kalau kena denda, awak bayar”. Maka kalau semua buat begitu, tidak adalah denda macam saya. Saya pun tidak kena denda. Jadi saya nasihatkan Yang Berhormat Pokok Sena bahawa yang saya kata pada tahun 1999 itu oleh kerana sistem pada masa itu tidak lengkap. Jadi saya menyokong apa yang disebutkan oleh kementerian.
Soalan yang sama dengan Yang Berhormat Padang Besar.
Saya sudah. Yang Berhormat, saya katakan tadi bahawa...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja yang sama. Soalan yang sama yang tadi mengenai dengan apa...
You sudah tanya. Saya jawab dulu. Let me answer first. Then you ask.
Okey, okey. Jawab dulu.
Yang Berhormat, saya hendak nyatakan di sini bahawa seperti mana yang telah terdapat di dalam akta ini, dalam seksyen 17 ini kita memang – seseorang pendaftar berlesen adalah tidak dikehendaki memberi satu lesen kenderaan bagi permohonan yang dibuat. Apabila dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis berhubung dengan apa- apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan akta ini atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1997, iaitu seorang pendaftar berlesen adalah tidak dikehendaki memberi satu lesen kenderaan motor bagi kenderaan. Ini seksyen 17. Seksyen 29 juga begitu. Jadi saya fikir ini adalah jelas. Peruntukan- peruntukan undang-undang ini kalau sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju
dengannya, mereka boleh mencabar. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini bahawa apabila seseorang diberikan notis dan beliau haruslah ke JPJ. Apabila dia kata tidak boleh, bererti ada perkara yang belum diselesaikan. Maka selesaikanlah dahulu. Selepas selesai itu barulah kita boleh renew road tax. Kalau you tidak setuju, kita akan bagi saman. Apabila you dapat saman, then you cabarlah di mahkamah.
Minta penjelasan. Itu peruntukan 17(1)(b). Ini mengenai outstanding matter. Adalah telah diputuskan dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang versus Director JPJ. Definisi itu haruslah districtly to strictly interpreted… Bagaimana mereka hendak selesaikan saman itu? Saman ini adalah satu tuduhan bahawa satu offence have been committed. But tuduhan ini remains a tuduhan sahaja. Ia bukan bukti bahawa satu offence telah dicommitted. Boleh saya bacakan itu apa yang dikatakan oleh hakim dalam kes itu? “The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit and less offence and pay the compound. The conclusion seem to have the support of the Federal Council and she called the court that, the purpose of section 17(1)(b) of the RTA is to ensure that the person issue if a traffic summon pays the summon. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an upfront to the basic principle of criminal law then a person is presumed innocent until proven guilty.” Fahamkah, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Ini adalah dari segi principle of law. It is wrong. You cannot force a person to admit guilty dan dengan memblacklistkan kereta-kereta mereka supaya mereka tidak boleh pandu kereta. Ini adalah satu paksaan atas pemilik kereta supaya bayar denda. Admit guilty. Admit that you are wrong and pay the fine.
[Bangun]
Kalau itu kes, bagaimana hendak mereka selesaikan? Kes itu kalau pihak JPJ tidak mahu buat tuduhan, tidak menjalankan kes dengan secepatnya, kes di mahkamah boleh dilanjutkan dua hingga tiga tahun dan kereta itu tidak boleh dipakai dua hingga tiga tahun. Adakah ini adil?
Ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Bolehkah? Belum didenda. Belum ditentukan oleh mahkamah bahawa mereka telah commit the offence...
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi sedikit saya laluan. Tidak ada satu pun...
Saya hendak jawab, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat ya.
Bagilah saya. Tidak ada seseorang pun dalam Dewan ini hendak melindungi orang yang salah. Itu pokoknya. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata bolehlah dicabar di mahkamah dan kita kena melindungi rakyat. Kalau sudah sampai mencabar ke mahkamah, ini bukan kerja rakyat. Rakyat yang ramai tidak faham pun tentang mahkamah ini.
Mereka harus dilindungi oleh kita yang membuat undang-undang. Banyak perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang boleh menyusahkan rakyat yang kita hendak luluskan ini. Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Jangan kata kita lulus undang-undang, rakyat tidak puas hati dan cabar mahkamah, ya. Bukan mudah. Orang yang di Hulu Tembeling tidak faham, orang yang di Hulu Kapit tidak faham. Kalau kita gunakan kuasa kita, Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan fikir kami tidak sayang rakyat. Bukan kami hendak membela orang yang salah tetapi dalam soal tanggungjawab kita, kita juga kena prihatin kepada masalah rakyat yang ilmunya, pengalamannya, pencapaiannya tidak macam orang lain. Kebanyakannya tidak faham. Jadi dengan sebab itu kita berhati-hati hendak meluluskan satu undang- undang supaya rakyatlah yang menjadi pokok persoalan patut kita lindung. Itu sebab saman ekor seperti mana yang Yang Berhormat Pokok Sena nyatakan dan ramai orang nyatakan. Masalah teknikal. Kita bukan kata hendak suruh orang langgar undang-undang – tidak, tetapi pelaksanaannya itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Bangun]
Yang Berhormat, saya rasa kita dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu, Yang Berhormat. Sudah banyak soalan.
Banyak soalan sudah tadi. Bagilah peluang saya jawab.
Tidak, tidak. Pasal Yang Berhormat jawab kita boleh surf dan tengok di mana-mana. Itu akta yang baru hendak dipinda. Kita boleh letak di mana-mana. Boleh surf mana-mana. Itu akta yang baru hendak dipinda. Bukan yang lama. Yang Berhormat Padang Besar ini dulu dia kata adil. La ni boleh bini baru, muda, cantik pula, elok sudah. [Disorak] Semua adillah. Ini yang jadi masalah, ini. Boleh dia. [Ketawa]
Yang Berhormat.
Jadi, jadi. Tidak, tidak. Itu tidak termasuk dalam penghujahan saya. Isunya sekarang ini ialah rakaman imej itu yang hendak dibuat. JPJ yang hendak blacklist. JPJ yang hendak blacklist. Sekarang ini rakaman imej itu hendak dibuat oleh JPJ. Jadi tidak akan JPJ hanya hendak blacklist bergantung kepada rakaman yang dibuat oleh pihak polis. Rakaman yang dibuat polis, dia kena panggil polis. You kena panggil polis. Kena panggil orang yang dikatakan bersalah. Mestilah adil.
Ya, ya. Cukup, Yang Berhormat.
Mesti ada siasatan. Siasatan yang harus dibuat. Tidak boleh hanya petik, tekan komputer dan tengok kata, “Oh, ada kes.” Lima, enam sama kemudian terus blacklist. Tidak panggil. Panggil orang itu menghadap kepada Pengarah JPJ. Kenapa kamu tidak bayar? Kamu dapat notis atau tidak dapat? Kalau kamu tidak dapat notis, kena panggil polis. Kenapa tidak beri notis.
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dulu Yang Berhormat ya.
Ini yang saya bangkitkan tadi. Jadi Yang Berhormat Padang Besar janganlah hendak kata, “Oh takut. Tidak ada apalah. Bukan ada apa pun.” Jadi saya minta satu keadilanlah untuk masyarakat dan rakyat Malaysia ini.
Ya, saya minta Ahli Yang Berhormat Pokok Sena baca seksyen 118 berkaitan dengan penyampaian dan tandatangan notis yang memang sudah pun ada dalam akta ini.
[Bangun]
Cuma apabila kita meminda akta baru, kita adalah mempelbagaikan lagi penyampaian saman tersebut. Saya ingin menyatakan berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching berkaitan kes Leonard Lim Yaw Chiang versus Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak. Saya ingin menyatakan di sini bahawa memang kita mengakui ada penghakiman tersebut, tetapi penghakiman tersebut adalah untuk kesalahan yang belum dilaku. Sebenarnya ada defective dalam saman itu sendiri. Jadi keputusan itu adalah berkaitan dengan perkara itu sahaja. Tidak membabitkan soal-soal yang lain kerana kalau saya lihat kesalahan dilakukan pada tahun 2006 yang telah dibuat oleh pegawai penguat kuasa pada ketika itu, tetapi tarikh yang diletakkan dalam saman tersebut pada tahun 2007 iaitu defective summon. Future offence.
Sudah tentulah keputusan itu dibuat sebegitu. Bagaimanapun kita berpendapat bahawa yang arif hakim dalam kes tersebut hanya terpakai kepada kes yang sebegitu dan tidak kepada kes-kes yang lain. Oleh sebab itu kita sebenarnya meneliti, kita memang meneliti. Sebab itu kita merujuk kepada dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang juga melibatkan Attorney General, Datuk Idris Harun misalnya, beliau juga telah pun memberikan pendapat tentang blacklisting ini. Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam soal undang-undang negara, yang menjadi penasihat kepada undang-undang negara, beliau mengetahui perkara ini dan beliau menasihatkan supaya perkara ini adalah sesuatu yang mengikut undang-undang. Sila.
Terima kasih. Kes ini menunjukkan bahawa sistem blacklist ini adalah amatlah berbahaya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kes ini Leonard Lim, dia jumpa saya. Saya tulis untuk dia, on his behalf kepada JPJ. JPJ kata tidak ada, tidak boleh runding. Awak admit guilty, bayar denda. Kalau tidak pergi mahkamahlah. Kecuali dua-dua cara itu dia tak akan membukakan blacklist ini dan tak akan renew road taxnya. Inilah masalah blacklist. Kes ini ketaranya ada defective pun mereka tidak mahu memperbetulkan kecuali melalui mahkamah, avenue of the court dan berapa orang mampu pergi court untuk fight itu kes. Saya juga terima banyak kes berkenaan dengan traffic offense dan di mana mereka kena blacklist tak dapat bayar saman dan kes ini kalau dia tak pergi court ambil tindakan judicial review, JPJ tak akan buat tuduhan terhadap dia dalam mahkamah. Di mana dia hendak cari jalan untuk menjelaskan, menclearkan, membersihkan blacklist itu, tak dapat. Selama-lamanya dia akan diblacklistkan.
Inilah menunjukkan bahawa there is a fun of the criminal principal. A person is presumed innocent until proven guilty banyak juga kes yang saya handle juga tak ada kes prima facie juga tetapi mereka diblacklistkan.
Yang Berhormat.
Berapa kes Yang Berhormat Timbalan Menteri nak orang ramai untuk bawa ke mahkamah? Oleh itu saya fikir sistem blacklist ini bukan sahaja terhadap saman ekor sahaja, terhadap apa-apa saman juga pun tak adil terhadap pemilik kenderaan.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingat saya beralih kepada perkara yang lain.
Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama.
Menteri, ini banyak kali dah.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Saya akan jawab Yang Berhormat Wangsa Maju sebab Yang Berhormat juga berbahas tadi.
Bukan, bukan. Mengenai soalan yang sama, soalan yang sama.
Giliran Yang Berhormat akan sampai.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Menteri, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Beruas ada membangkitkan tentang SPAD.
Ini Menteri, sekali sahaja, sekali.
Yang Berhormat, jangan macam itu Yang Berhormat. Menteri tak bagi jalan dulu Yang Berhormat.
SPAD adalah diletakkan di bawah JPM. Seperti mana yang saya ingin maklumkan di sini bahawa SPAD telah ditubuhkan bertujuan bagi menyatukan 13 agensi pengangkutan awam sebelum ini di bawah satu bumbung. SPAD diletakkan di bawah JPM menunjukkan bahawa keserasian kerajaan dalam memastikan matlamat meningkatkan pengangkutan awam dapat berjaya. Sebenarnya saya ingin nyatakan di sini bahawa SPAD ditubuhkan adalah bertujuan untuk merancang, mengawal selia dan juga menguatkuasakan pengangkutan awam seperti mana yang kita tahu yang sering menjadi rungutan khususnya di Dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan sistem pengangkutan awam kita yang begitu lemah di mana pada ketika ini di Lembah Klang lebih kurang hanya 12% dan kita berhasrat di dalam NKRA pengangkutan awam untuk meningkatkannya kepada 26%.
Atas sebab itu kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu pengangkutan awam yang dapat memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih cekap dan berkesan dan sebab itu suruhanjaya ini adalah ditubuhkan bagi maksud tersebut.
Yang Berhormat Menteri, laluan. Minta laluan.
Kalau saya nak nyatakan di sini bahawa LPKP pada sebelum ini sebenarnya adalah di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Ianya telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan fungsinya telah diperluaskan untuk memasukkan beberapa bidang-bidang atau kawal selia tertentu khususnya pengangkutan awam untuk membolehkan seluruh pengangkutan awam di negara kita ini menjadi pengangkutan awam yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini.
Yang Berhormat, nak bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Beruas juga...
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi jalan?
[Bangun]
Ada membangkitkan berkaitan dengan...
Speaker pun dia tak dengar sudah.
Menteri, soalan saya kenapa tidak...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Membenarkan pegawai pengangkutan jalan menggunakan plat palsu bagi penguatkuasaan. Di bawah seksyen 11(2) APJ 1997, Pengarah JPJ boleh memperuntukkan nombor pendaftaran kepada sebuah kenderaan bagi tujuan penyamaran untuk risikan dan siasatan kes-kes penguatkuasaan. Pengarah boleh memperuntukkan nombor pendaftaran khas bersekali dengan lesen kenderaan motor bagi kenderaan tersebut. Ini adalah tidak menyalahi undang-undang dan di bawah bidang kuasa pengarah JPJ. Saya ingin jelaskan di sini Yang Berhormat bahawa memang berlaku beberapa kes-kes di mana kegiatan tonto ini adalah merupakan satu kegiatan yang serius di dalam negara ini sehingga penguatkuasaan kita tidak begitu berkesan. Sebab itu pihak JPJ sendiri terpaksa menggunakan pelbagai kaedah untuk menjadikan supaya kita dapat mengatasi masalah ini. Yang Berhormat Jasin ada bangkitkan berkaitan dengan tanda-tanda...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tanda-tanda amaran..
Yang Berhormat Menteri..
Berkaitan dengan AES. Untuk makluman Yang Berhormat, papan tanda amaran AES ...
Yang Berhormat Menteri, Menteri.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Kepada pengguna jalan raya.
Menteri, boleh? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tadi tak jawab soalan saya.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, masalahnya ini saya minta bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada nak bagi jalan atau tidak tetapi Yang Berhormat Menteri sendiri pun tak nak dengar. Sebab itu kalau tidak beri jalan, bagi tahu tak bagi jalan supaya saya boleh buat ruling supaya tidak mengganggu Yang Berhormat.
Okey, saya bagi jalan kepada Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya dua perkara tadi tidak jawab soalan yang saya kemukakan. Soalan saya kenapa SPAD ini tidak di bawah Menteri Pengangkutan. Adakah dia tidak sesuai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini tak layak atau kenapa? Maksud saya ini pengangkutan. Soalan kedua, soalan saya bukan dengan tonto. Saya hendak kerajaan menyelesaikan masalah lori-lori yang dikatakan muatan lebih berat daripada yang dibenarkan. Jadi apakah cara untuk menyelesaikannya secara menyeluruh? Saya cadangkan supaya kementerian berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk tidak kenakan cukai ke atas lori dan alat-alat ganti. Sama ada setuju atau tidak dan apa cara lagi, bukan isu tonto itu. Isu masalah lori lebih membawa muatan terlalu berat itu.
Ya, berkaitan dengan isu Yang Berhormat bangkitkan tadi, tentang SPAD kenapa di bawah JPM, kenapa tidak di bawah Kementerian Pengangkutan. Ini sebenarnya seperti mana yang kita tahu saya jelaskan sebelum ini bahawa LPKP di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, sekarang dia di bawah JPM. Kita tidak tahu mungkin dalam masa akan datang - itu adalah keputusan kerajaan di masa akan datang. Yang kedua, saya ingin juga menjawab Yang Berhormat berkaitan dengan over loading, lori-lori yang over loading dan Yang Berhormat ada membangkitkan tentang keperluan untuk misalnya memberikan pengecualian cukai. Ini adalah merupakan satu cadangan yang kita boleh kemukakan kepada Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, saya khuatir ini hanyalah sebahagian daripada subsidi tapi ini saya serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkannya. Yang Berhormat Jasin ada membangkitkan berkaitan dengan jalan raya yang tidak selamat boleh menyebabkan kemalangan yang perlu diberi perhatian khusus. Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan dan memperjuangkan kegunaan garis panduan di bawah IRAP atau International Road Assessment Program sebagai asas bagi melaksanakan langkah pemulihan kejuruteraan di kawasan-kawasan berlaku kemalangan. Program IRAP tersebut kini dilaksanakan sebagai asas pemulihan jalan raya, kawasan-kawasan black spot yang kita kenal pasti. Yang Berhormat Pokok Sena ada membangkitkan berkaitan dengan...
Laluan.
Ya, Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada kamera tetap yang dipasang di tempat-tempat ataupun di lokasi yang dikenal pasti lokasi yang dianggap berbahaya, ada atau tidak tindakan yang dibuat oleh pihak penguat kuasa yang membolehkan kamera mudah alih untuk dipasang di kawasan- kawasan yang juga dianggap boleh berlaku kemalangan ataupun tindakan- tindakan untuk mereka yang terlibat dalam membawa laju.
Di sini, ada atau tidak signboard ataupun papan tanda yang dipasang bahawa kamera di hadapan untuk yang mudah alih – portable camera? Ini kerana, ini tindakan yang lebih adil sebab tadi untuk kamera tetap ada papan tanda yang dipasang tetapi yang untuk mudah alih ada atau tidak papan tanda yang dipasang mengatakan bahawa kamera berada di situ?
Memang ada. Memang dalam SOP nya memang ada diletakkan bagi kamera mudah alih. Itu memang kita telah ambil kira di dalam pelaksanaan sistem ini. Yang Berhormat...
Yang Berhormat, kamera yang dibuat oleh polis itu tidak ada tanda yang duduk sembunyi bawah tiang itu.
Yang Berhormat confuse sebenarnya berkaitan dengan AES yang akan dilaksanakan oleh JPJ dan yang ini berkaitan dengan polis.
AES memang diakui. Apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Arau tadi ialah yang mudah alih yang duduk sebelah tiang.
Apa yang saya cakap tadi ialah berkaitan dengan mudah alih yang akan dilaksanakan melalui sistem AES.
Tidak. Sekarang ini isunya ialah, yang diblacklist sekarang ini ialah yang mudah alih yang digunakan oleh polis yang tidak ada isyarat papan tanda mengatakan bahawa kamera ada di hadapan. Ia duduk sembunyi sebelah tiang. Ini isunya. Kalau yang akan datang ini – saya akui, memang ada papan tanda. Itu kita boleh terima, tetapi kalau yang dibuat ini – 15 juta saman ini mana ada? Dia duduk sebelah tiang, tengok-tengok dah ada dah. Jadi, ini yang perlu dilihat yang kita duk persoal selama ini. Ini yang Yang Berhormat Sri Gading setuju tadi ini yang perlu dipertimbangkan supaya tidak diblacklist, kerana tidak adillah. Baru hendak laksana, tidak ada papan tanda, tiba- tiba kita blacklist ke atas kelajuan yang dirakam kononnya, yang tidak diberikan papan tanda mengatakan bahawa ada kamera mudah alih di hadapan. Ini tidak adillah sebab undang-undang baru hendak dipinda.
Yang Berhormat Lipis ada membangkitkan tentang sistem pengangkutan awam di Lembah Klang yang telah diperluaskan dengan segera. Saya ingin menyatakan di sini, memang NKRA pengangkutan jalan yang ingin dilaksanakan ini bahawa kita memang berhasrat untuk memperluaskan sistem pengangkutan awam seperti mana yang saya jelaskan tadi. Beberapa inisiatif NKRA telah pun dibuat untuk meningkatkannya kepada 25% pada tahun 2011.
Di antara langkah-langkah yang diambil, misalnya untuk mewujudkan projek-projek sambungan LRT Ampang-Kelana Jaya dan juga bas ekspres transit yang sedang dilaksanakan dan juga beberapa inisiatif-inisiatif lain termasuk pembinaan ITT (Integrated Transport Terminal) di Bandar Tasik Selatan, terminal Gombak dan juga beberapa projek dikenal pasti seperti pelaksanaan MRT yang sedang pun ditimbangkan oleh pihak kerajaan sekarang ini.
[Bangun]
Sedikit Menteri.
Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan berkenaan...
Yang Berhormat, saya melihat Yang Berhormat bangun dan saya akan menunggu masa untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri.
Apakah bentuk pemantauan terhadap kereta import yang masuk dengan kemudahan AP photostat. Kementerian mencadangkan agar setiap kenderaan yang dibawa masuk hendaklah mematuhi peruntukan perundangan sebagaimana yang ditetapkan dan Akta Pengangkutan Jalan serta kaedah-kaedah dan peraturan di bawahnya dan dijadikan sebahagian daripada syarat dalam permit import yang dikeluarkan oleh MITI.
Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat Jasin juga ada membangkitkan mengenai kamera CCTV yang digunakan iaitu pengguna akan dibebankan dengan pelbagai kesalahan. Pelaksanaan AES melibatkan pemasangan kamera statik sebanyak 831 lokasi iaitu 566 untuk had laju dan 265 untuk lampu isyarat. Lokasi-lokasi ini dipilih berdasarkan kajian kemalangan dan kematian atau kawasan yang berlaku kemalangan.
Ini sudah over speeding ini.
Adalah tidak tepat pengguna jalan raya dibebankan kerana AES hanya mengesan dua kesalahan yang diletakkan dalam papan tanda yang awal sebelum sampai ke zon AES.
Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah menjawab mengenai AES. Soalan saya amat simple, senang sahaja. Apakah peratusan profit sharing antara kedua-dua syarikat ini – Beta Tegap dan Commercial Circle, dengan kementerian semasa saman yang dikeluarkan dan dibayar oleh rakyat? Very simple answers. Just give me the answer, berapakah ...
Nampaknya Yang Berhormat tidak sabar- sabar lagi. Memang saya akan menjawab sebab jawapan Yang Berhormat memang sudah ada di sini.
Sebab sudah overspending, amat laju. Saya ingat sudah hendak lepas nampaknya. Kalau ada kamera, sudah dapat tangkap dah.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa projek AES ini tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan. Kerajaan tidak keluar wang satu sen pun. Ianya adalah merupakan...
[Bangun]
Dengar dahulu. You do not listen to me.
Saya tahu Yang Berhormat, tidak ada satu sen pun.
Profit sharing guess... Saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa bagi simulasi pulangan hasil dengan formula ini ialah IRR untuk 6 juta saman, Beta Tegap – 18.7%, Commercial Circle – 18.6%, government share – 65.7%. Company share ialah 34.3%. Jadi ini – bagi 10 juta saman juga ada. Ia ada formula-formulanya di sini. Akan tetapi saya ingin mengatakan di sini bahawa, sebenarnya profit sharing ini adalah sebenarnya tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan kerajaan sebenarnya mendapat bahagian daripada...
Yang Berhormat Menteri, kami tahu kerajaan tidak perlu membayar apa-apa – kita tahu. Akan tetapi kemudahan yang mereka dapat itu – dilantik sebagai syarikat yang mengendalikan AES ini, itu sudah jadi award, satu kemudahan. Mereka tidak payah – tetapi mereka akan dapat dari saman-saman ini. Itu yang kita hendak tahu peratusan average. Kalau ada average, berikan satu average – berapa? 30% kah lebih kurang? 35% kah? Itu yang senang. Jangan bagi kita formula-formula hendak mengelirukan kita di sini.
Saya boleh berikan kepada Yang Berhormat formula ini, model kewangan melalui – yang kita sediakan ini.
No, kita hendak tahu berapa peratusan?
Saya hanya hendak nyatakan di sini Yang Berhormat, kita hendak melaksanakan AES – saya sudah katakan tadi, Beta Tegap 18.75% bagi 6 juta saman.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, janganlah emosi. Ini kita tengah bercakap tentang kepentingan rakyat, jangan emosilah. Apa Yang Berhormat Wangsa Maju nyatakan, saya pun ingin hendak bertanya. Janganlah kata kerajaan tidak bayar – betullah, tetapi rakyat bayar. Keuntungan yang luar biasa diberikan kepada syarikat ini dalam mengendalikan AES.
Mungkin Yang Berhormat salah faham.
Ini soalnya. Kita hendak melindungi rakyat. Betullah, tetapi rakyat yang akan diperah sebab syarikat ini esok akan makan darah rakyat. Ini masalahnya.
Ya, betul.
Ya.
Kita tidak mahu syarikat ini kembung perut, rakyat menderita. Kita kena bela. Saya wakil rakyat, saya akan bela rakyat. Saya peduli apa, rakyat yang perlu diutamakan.
Saya setuju.
Kita tidak mahu kita jadi arang dalam Parlimen ini.
Mana boleh bagi pada syarikat?
Kita luluskan rang undang-undang ini, ada orang kembung perut. Apa benda? Ini masalahnya. Saya reda, saya berkhidmat untuk rakyat.
Hidup Yang Berhormat Sri Gading.
Kita hendak membela rakyat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan berat sebelah. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada tekanan jugalah ini.
Saya tidak ada tekanan Yang Berhormat.
Jawablah.
You jangan nak.. Saya lama dalam ini. Saya membela rakyat dan rakyat membela saya. Saya datang ke mari dengan suara rakyat. Suara rakyatlah yang harus didengar, bukan suara syarikat ini. [Tepuk]
Betul.
Yang Berhormat.
[Bangun]
Terima kasih...
Yang Berhormat Menteri kena faham. Kita hendak peratusan itu jelaskan di sini, jangan putar-belit. Jangan hendak kelirukan Dewan yang mulia ini.
Seorang-seorang bercakap. Yang Berhormat Taiping duduk dahulu.
Berikan peratusan berapa? Lebih kurang 35% – dalam saman-saman yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Jangan katakan kerajaan tidak perlu bayar apa-apa. Kita sudah tahu kerajaan tidak akan bayar apa-apa, keluarkan wang. Kita hendak tahu berapakah profit sharing itu daripada saman-saman yang dikeluarkan? Sampaikan Yang Berhormat Sri Gading pun marah.
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin salah faham, saya tidak emosi sebabnya saya memikirkan had masa. Kita ada tujuh akta yang akan diselesaikan pada hari ini. Oleh sebab itu saya agak begitu cepat untuk menjawabnya dan mungkin Yang Berhormat salah faham. Saya tidak emosi sebab saya tidak ada kepentingan dalam syarikat ini – saya tidak ada kepentingan. Kepentingan saya adalah kepentingan negara.
Habis jawablah.
Kepentingan rakyat.
Habis jawablah kalau tidak ada kepentingan.
Saya sudah jawab saya kata financial model ini kita boleh bagi.
Kasi itu peratusan yang....
Peratusan saya sudah bagi tahu tadi.
Lebih kurang.
Saya sudah bagi tahu Yang Berhormat.
Peratusan 30%..25%.. jangan putar belitlah.
Saya bagi jawapan bertulislah. Kerana dia ada financial model, kalau saya baca semua, it takes a lot of time.
No, kasi kita satu peratusan. Lebih kurang.
Saya dah bagi tahu IRR...
Menteri ini ada kepentingankah takut hendak jawab.
...Kepentingan rakyat Yang Berhormat.
Jawab baik-baik, jangan buat pura-pura hendak putar belit di sini.
Saya tidak putar belit Yang berhormat. You tarik balik! Saya tidak ada kepentingan, kepentingan saya adalah rakyat.
Saya cuma tanya saja. Datuk Abdul Rahim bin Bakri Saya cuma berkata bahawa Beta Tegap, saya sudah kasi tahu tadi dalam dewan ini...
Saya tanya saja. Saya tidak buat apa-apa tuduhan. Saya tanya sama ada adakah tidak, kalau tidak, baiklah. Saya tanya ..
You shouldn’t say like that...
Saya setuju saya tanya, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri...
I’m doing my job as a Minister you know?
.. So jawablah... tell us!
Saya bagi secara bertulis, ada di sini semua, complete.
Yang Berhormat Pokok Sena, sebentar.
Kita pun belum tandatangan LOA lagi, jadi kalau Yang Berhormat ada perkara-perkara yang tidak setuju ini saya boleh bagi in detail..
In detail ya....
Jawatankuasa ini, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat keputusan untuk melaksanakan AES ini pada tahun 17 Ogos 2005 lagi.
Haaaa...
Dan kita telah membuat beberapa penilaian-penilaian ada banyak jawatankuasa yang ditubuhkan. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat, kita tidak buat semberono. Kita tidak buat ikut suka hati. Kerajaan ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab...
Bagus, bagus kenapa syarikat Beta Tegap Sdn. Bhd ...
Tahu undang-undang...
Kenapa syarikat Beta Tegap tidak mengemukakan apa-apa akaun dia ke SSM, boleh dilantik. Sedangkan kedudukan kewangan dia kita tidak tahu.
.. Tahu apa yang penting untuk rakyat, kita buat ini adalah untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan sesiapa. Itu soal.. Kalau Yang Berhormat ada maklumat berkaitan dengan syarikat itu, tentang penyalahgunaan kuasa, Yang Berhormat boleh lapor, bukan sahaja kepada kita tetapi kepada ...
Bentang dalam dewan apa lagi, hendak tulis surat lagi? Dewan ini tidak bermaknalah kita bentang kat sini.
Cukup Yang Berhormat Wangsa Maju. Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Tidak lagi, tidak lagi.
Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Padang Besar, sila duduk dulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab.
Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan berkaitan dengan beberapa isu ..
Haaa tidak jawab juga.
Iaitu isu pemandu bas yang mengejar trip. Memang kerajaan telah menjadikan, sebenarnya memang kita mengambil maklum tentang masalah ini. Saya telah menjawab sebelum ini Yang Berhormat, dia sahabat baik saya. Saya sudah bagi tahu sebelum ini memang kita sedang mencari langkah-langkah dan dengan penubuhan SPAD ini nanti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, saya percaya kita akan dapat mewujudkan satu kaedah kerana SPAD ini adalah merupakan satu agensi yang diwujudkan oleh kerajaan demi untuk menambah baik kepentingan, peningkatan dan kecekapan pengangkutan awam di negara ini dan sebab itu perbincangan akan dibuat dengan pihak...
Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak bagi jalan Yang Berhormat, kita ada 7 bill malam ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Isu lori yang tersadai di tepi jalan yang menjadi punca kemalangan...
[Menyampuk]
Yang Berhormat, Yang Berhormat .
Kita pun ada tanggungjawab kepada rakyat dan tanggungjawab kepada kepentingan semua, khususnya rakyat, kita tidak buat sesuatu keputusan semata-mata untuk menyusahkan rakyat.
Saya minta sistem ini mesti ditangguhkan dahulu sebab cara pembahagian kepada syarikat ini, akhirnya dia akan menekan rakyat.
Dia tidak menekan rakyat Yang Berhormat.
Saya ada carta bagaimana sistem ini berjalan.
Berbahas dengan tertib. Saya minta Yang Berhormat berbahas dengan tertib.
Sistem ini telah pun dilaksanakan di kebanyakan negara, telah pun dilaksanakan di 90 negara termasuk di Thailand, di Vietnam, Cambodia pun baru-baru ini pun telah melaksanakan. Ia bukan sesuatu yang baru dalam dunia ini ..
Cara pembahagian di sana berbeza.
Yang Berhormat....
Saya telah jelaskan tadi bahawa..
Sistem itu dilaksanakan oleh kerajaan di sana.
Yang Berhormat, yang lain duduk Yang Berhormat.
Saya telah jelaskan tadi, tentang kaedah pembahagian tersebut sepatutnya saya tidak perlu mengulang lagi bahawa..
[Menyampuk]
Pembahagian ada simulasi di sini...dengar!
Dah tunggu lama bentang SPAD ini.
Setiap syarikat Commercial Circle dan BT (Beta Tegap) layak mengambil RM16.00 daripada bilangan saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada had 5 juta sahaja.
Tadi Yang Berhormat kata belum award tadi, tapi dah setuju bagi kepada Beta Tegap tu. Yang mana Yang
Berhormat sebut tadi? Tadi kata tadi belum bagi LOA... sekarang kata dah diberi kepada Beta Tegap.
Yang Berhormat, saya cuma concern tentang tertib berbahas.
Maknanya dah setujulah tu beri kepada Beta Tegap.
Langkah kedua, syarikat mengambil 50% daripada baki hasil bayaran saman yang telah dijelaskan selepas ditolak jumlah yang dikeluarkan di bawah langkah satu tetapi terhad kepada ‘RM230’ juta setahun, kerajaan akan mengambil jumlah yang sama seperti mana setiap syarikat berkenaan. Langkah ketiga, setiap syarikat mengambil 7.5% daripada baki hasil bayaran saman yang telah dijelaskan selepas ditolak jumlah yang dikeluarkan di bawah langkah satu dan dua. Kerajaan akan mengambil baki jumlah kutipan tersebut.
Timbalan Menteri isu SPAD...
Yang Berhormat Pokok Sena, yang lain duduk. Ringkaskan Yang Berhormat.
Siapa yang operate center dia. Operator dia siapa .. sistem ini?
Operate center memang daripada syarikat tersebut tetapi kita juga memantau, kita terlibat dalam pelaksanaan saman ini. Kita tidak membiarkan sebegitu ...
Dia sebagai operator, dia yang kawal center. Sudah tentu bahawa dia hendakkan saman yang banyak, dia dapat persen yang banyak, mungkin syarikat ini Pasir Salak.
Yang Berhormat yang itu tidak boleh macam tu Yang Berhormat. Tidak boleh tuduh orang macam tu.
Saya kata mungkin.....
[Menyampuk]
Sebab itu saya minta mesti dikaji balik Yang Berhormat. Untuk memberikan kepastian, jaminan keadilan untuk rakyat.
Timbalan Menteri, atas isu SPAD saya akan bangkit lagi.
Yang lain duduk, Padang Besar, sila.
Terima kasih. Saya hendak minta penjelasan daripada kementerian sama ada bayaran kepada syarikat itu berpandu kepada jumlah saman yang dikeluar, yang mana bukan setiap saman akan dibayar mendapat pulangan ataupun daripada jumlah wang yang diterima daripada yang disaman setelah didakwa ataupun setelah dia membayar saman.
Yang Berhormat, saya telah jelaskan tadi bahawa financial model memang ada di sini dan financial model ini disediakan bukan melibatkan – kita dari pihak kerajaan, kita ada jawatankuasa bahagian kewangan, jawatankuasa penilaian kewangan, spesifikasi kewangan yang melibatkan – financial model ini Yang Berhormat, saya ingin jelaskan di sini ialah ditubuhkan dengan melibatkan anggota EPU, Kementerian Kewangan...
Yang Berhormat Menteri sebentar ya. Saya melihat kekecohan ini, Yang Berhormat balik-balik berulang kali financial model ada di sini, that privilege is dengan Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen tidak nampak pun. Ini masalahnya Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen tak dapat pun. Ini masalahnya Yang Berhormat.
Saya telah baca Yang Berhormat.
Tak faham, kita tidak faham.
Saya minta maaf kerana menegur perkara ini.
Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. Financial model inilah yang penting untuk Ahli Parlimen buat keputusan. Kalau diedarkan selepas diputuskan dan diluluskan, kalau diberi kepada kita pun, tidak ada tempat yang kita boleh bawa. Jadi, Yang Berhormat, saya minta maaf. Dalam PAC, kita lihat bermacam-macam model yang dibuat sebelum perkara diluluskan tetapi apabila akhirnya berlaku, bawa ke PAC, banyak benda yang tidak betul berlaku. Jadi, saya memberi nasihat sebagai anggota PAC agar financial model ini dilihat dengan lebih mendalam, agar Ahli-ahli Parlimen dapat melihat dengan lebih teliti. Terima kasih.
Saya minta pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya rang undang-undang ini mesti ditangguhkan, sehingga financial model itu mesti diedarkan kepada Ahli Parlimen untuk kita teliti supaya kita tahu ini satu kesilapan untuk rakyat kita.
Kita undi belah bahagi, hendak tengok pejuang-pejuang rakyat.
Ini sangat penting. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Besar tadi. Sebab itu saya minta teguran daripada Timbalan Speaker ini harus dihormati.
Tidak. Saya menegur daripada sudut kekecohan. Yang Berhormat, saya menegur dari sudut kekecohan. Yang Berhormat Menteri kata dia ada tetapi Yang Berhormat tidak dapat.
Tangguh, tangguh!
Tidak. Saya kata kena tangguh. Kita tidak boleh buat macam itu...
[Menyampuk]
Tidak boleh Yang Berhormat.
[Bangun]
Saya minta supaya di penghujung nanti...
Yang Berhormat, tidak ada peraturan mesyuarat macam ini, Yang Berhormat.
Yang Berhormat kena minta untuk ditangguhkan.
Main bangun- bangun, sokong menyokong.
[Menyampuk]
Kita desak Menteri untuk tangguhkan kelulusan ini. [Dewan riuh]
Tidak ada. Tidak ada keputusan macam ini.
Ada kecacatan...
Hendak bagi jalan lagi, Yang Berhormat?
Saya tidak beri jalan lagi.
Timbalan Menteri, persoalan SPAD, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat..
Yang Berhormat, sebentar, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri hendak menjawab. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya sudah lama menanti, sudah dua, tiga kali diucapkan oleh Timbalan Menteri, persoalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. Dewan yang mulia ini mahukan satu kepastian dan jaminan setelah dalam penswastaan round pertama, tertubuhnya PUTRA LRT, STAR LRT, monorel dan RapidKL yang akhirnya semua terlungkup dan sekarang semuanya telah dimiliki balik oleh kerajaan bailout dan Prasarana menanggung RM7.8 bilion. Hari ini kita mahu satu kepastian bahawa SPAD ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat akan benar-benar seperti mana yang dikatakan tadi, mengetuai, mengemudi dan mengawal selia seluruh. Akan tetapi hari ini, Tuan Yang di-Pertua, kita telah nampak dan saksikan bahawa ada lagi sebelum SPAD membuat pemantauan dan membuat keputusan, contohnya RM50 bilion atas MRT telah diberikan kepada satu usaha yang bersifat entrepreneurial model, bukan public interest punya model. Kita juga dengar baru- baru ini tentang the speed train dari KL ke Singapura. Hari ini SPAD bukan duduknya di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi duduk di bawah JPM.
Baiklah.
SPAD sangat-sangat diperlukan untuk benar-benar, jangan berulang dua kali. Public transportation ataupun pengangkutan awam kita masih di paras yang teruk...
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Walaupun kita telah berbelanja berbilion ringgit. Apakah jaminan kementerian benar-benar akan dapat membawa,
mengangkat public transport ini kepada tahap yang sepatutnya, sesuai dengan apa yang kita mahukan, negara maju. Kalau tidak, kita akan tentang habis- habisan.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya seperti mana yang saya telah dijelaskan sebelum ini bahawa SPAD adalah diwujudkan bagi menambah baik pengangkutan awam di dalam negara ini. Seperti mana yang kita tahu, ianya on declining rate sekarang, 11% dan kesesakan di jalan raya semakin bertambah. Setiap hari kenderaan di jalan raya bertambah dan setiap bulan lebih kurang 70,000 hingga 80,000 kenderaan didaftarkan di dalam negara ini. Jadi, ini adalah merupakan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan, sebab itu inisiatif ini dilakukan pelbagai. Ianya bukan satu inisiatif dan kita harus bersedia untuk melabur. Ianya satu pelaburan yang besar, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu bahawa kita di negara ini, kita memang di antara negara-negara jiran kita, khususnya di negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan beberapa negara yang lain, malah seperti di negeri China sekalipun, kita ketinggalan dalam sektor pengangkutan awam ini. Oleh sebab itu kita harus bersedia untuk melaksanakan pelaburan yang besar dan pelaburan itu datangnya daripada dua, satu daripada kerajaan dan keduanya adalah daripada pihak swasta. Kadang-kadang kalau perkara itu boleh dilakukan oleh pihak swasta, apa salahnya kita serahkan kepada swasta dan seperti mana kita laksanakan kepada sistem jalan raya kita pada sebelum ini, lebuh raya kita, kita serahkan kepada swasta. Alhamdulillah, walaupun ada kritikan-kritikan terhadapnya tetapi telah pun dapat memberikan hasil dan membuahkan hasil kepada pembangunan negara kita. Dalam pelaksanaan MRT ini juga, kalau sekiranya syarikat swasta mampu untuk melakukannya, kenapa tidak kita serahkan kerana boleh menjadi engine of growth.
Timbalan Menteri, bukan persoalan tidak boleh kita berikan kepada pihak swasta tetapi secara diulangi kesilapan lama dahulu. We cannot allow, kita tidak boleh mengizinkan sekali lagi. This is unsolicited proposal. Sepatutnya kita kena buka kepada tender yang lebih...
Baik.
Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik tetapi hari ini kita dapat lihat bahawa ini bukan persoalan tidak boleh diberikan kepada pihak swasta tetapi secara direct negotiation ataupun hanya satu pihak sahaja...
Itu isu yang lain, Yang Berhormat.
Okey. Itu perkara yang SPAD perlu atasi.
Ya.
Timbalan Menteri.
Kita akan maklumkan...
Dalam hal ini...
Cukup, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Gamuda- MMC mendahului SPAD. Ini persoalannya.
Ya. SPAD akan mengambil maklum perkara ini. Mereka adalah satu agensi yang telah ditubuhkan di bawah akta dan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Sekijang, cermin gelap tidak dibenarkan diimport setelah siap...
Timbalan Menteri, tadi saya hendak bercakap tetapi tidak dapat peluang kerana diberi kepada Padang Besar.
Biarlah. Kita ada tujuh bill lagi.
Sedikit sahaja, satu point sahaja. Saya rasa perbahasan tentang rang undang-undang tadi, kita telah hampir satu keputusan. Kita mencadangkan supaya rang undang-undang ini ditangguhkan sehingga semua wakil rakyat diberikan maklumat seperti mana yang ada pada Timbalan Menteri, barulah kita boleh buat keputusan yang wajar...
Saya sudah berikan, Yang Berhormat.
Yang berdasarkan kepada maklumat.
Ya.
Tidak ada beri apa-apa.
Kita tidak perlu...
Kita tidak dapat apa-apa. Yang economic model yang dibacakan itu tidak lengkap. Berikan segala maklumat kalau kita mahu Parlimen ini, wakil rakyat dan Ahli Parlimen ini semua membuat keputusan dengan cara yang bertanggungjawab berasaskan kepada maklumat, kita memohon...
Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat.
Supaya biarlah semua maklumat itu diserahkan kepada kita, barulah kita boleh buat satu keputusan. Kalau tidak, kita khuatir seperti mana yang disebutkan, soal saman ini menjadi satu perniagaan besar.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Dapat duit berdasarkan kepada saman...
Yang Berhormat.
Bukan berdasarkan kepada jumlah yang dibayar. Lalu, saya minta Timbalan Menteri, tolong tarik balik, tangguh, berikan semua maklumat kepada semua Ahli Parlimen, barulah kita buat keputusan. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya nyatakan di sini bahawa pindaan terhadap undang-undang ini adalah merupakan enabling provision untuk pelaksanaannya. Ianya adalah perkara lain. Soal pelantikan kontraktor itu, ianya adalah perkara lain. Untuk makluman Yang Berhormat,
sebenarnya sekarang kita belum memberikan letter of award terhadap syarikat ini tetapi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu mendapatkan maklumat berkaitan dengan financial model seperti mana yang saya nyatakan tadi, saya boleh bagi kemudian. Selepas ini pun saya boleh bagi. Itu tidak jadi masalah kerana kita transparent. Ini boleh dibaca oleh sesiapa. Kalau saya tidak bagi pun, satu hari nanti Yang Berhormat boleh dapat juga. Kita transparent tentang soal ini. Ianya dibuat keputusan bukan berdasarkan kepada sorok-sorok di belakang. Kita buat dengan secara yang profesional, yang melibatkan agensi- agensi kerajaan yang lain, melibatkan Kementerian Kewangan, melibatkan EPU dan melibatkan pakar-pakar. Ianya bukan dibuat dengan secara yang semberono. Jadi, Yang Berhormat, percayalah bahawa kerajaan membuat...
Kalau begitu jawapan Menteri...
Yang Berhormat.
Sesuatu perkara ini adalah untuk kepentingan rakyat, untuk kepentingan negara kita.
Cukuplah, Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat, sudahlah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan gunakan...
Yang Berhormat Sekijang ada membangkitkan tentang cermin gelap. Larangan kaca-kaca tertentu di bawah kaedah...
Kalau macam itu, tidak payah bentanglah.
Yang Berhormat Menteri, sebentar Yang Berhormat.
Kalau hendak guna hujah begitu Menteri...
Yang Berhormat Shah Alam. Saya gunakan kuasa untuk tidak membenarkan pencelahan. Kita kesuntukan masa. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Sekijang membangkitkan tentang cermin gelap. Larangan kaca-kaca tertentu di bawah Kaedah Pengangkutan Jalan 1991, kita membenarkan sebenarnya ketelusan sebanyak 50% cermin tingkap sisi kanan, depan dan belakang tetapi bagi cermin besar di hadapan, ketelusannya haruslah lebih 70%.
Bagi kenderaan import yang dibawa masuk, kementerian memang mencadangkan dimasukkan syarat mematuhi dalam akta dan kaedah-kaedah di bawahnya termasuk dalam had cermin gelap sebagai syarat dalam permit import kenderaan. Yang Berhormat Sekijang juga ada membangkitkan tentang kenderaan elektrik boleh didaftarkan. Kenapa basikal elektrik tidak boleh? Basikal elektrik
tidak dibenarkan didaftarkan kerana ianya melibatkan aspek keselamatan. Basikal elektrik tidak boleh memanjat 20 darjah ketinggian bukit dan basikal elektrik juga tidak boleh mencapai kelajuan daya pecutan 50 kilometer sejam. Oleh itu, adalah tidak selamat atas jalan raya terutamanya adanya mix traffic ataupun gabungan kenderaan-kenderaan besar dan kecil. Yang Berhormat Telok Intan ada membangkitkan berkaitan dengan kereta yang dirampas JPJ, kereta disimpan di bengkel atau dipulangkan. Di bawah seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan kenderaan yang disita untuk mengetahui identiti pemilik kenderaan dan menghalang kesalahan terus berlaku bagi kes kenderaan curi yang disita oleh JPJ akan disimpan di kandang sita oleh JPJ sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk meneruskan siasatan. Selain daripada itu bagi pembeli, JPJ telah mensyaratkan tukar hak milik perlu menjalani pemeriksaan khas di PUSPAKOM bagi mengenal pasti identiti kenderaan dengan kenderaan curi yang disenarai hitam oleh kerana tidak dapat ditukar milik. Cadangan Yang Berhormat Kuala Krai berkaitan dengan pendidikan tentang pelaksanaan keselamatan jalan raya ini saya memang ingin menyatakan di sini bahawa keselamatan jalan raya ini adalah memerlukan pendekatan yang holistik. Ia tidak hanya undang-undang yang disediakan hari ini dan juga pelaksanaan AES dan juga beberapa mekanisme dan kaedah-kaedah yang lain adalah memerlukan juga sokongan-sokongan daripada pelaksanaan ataupun intervensi-intervensi yang lain iaitu intervensi pendidikan, intervensi kejuruteraan dan juga intervensi penguatkuasaan dan juga environment seperti mana yang kita telah pun laksanakan sekarang ini. Oleh sebab itu kementerian memberi fokus kepada pendidikan seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6 pendidikan keselamatan jalan raya ini juga telah pun dilaksanakan untuk memastikan kita mempunyai generasi dan masyarakat Malaysia yang mempunyai disiplin dan juga berhemah di jalan raya bagi masa-masa akan datang. Demikian juga JKJR telah melaksanakan pelbagai program advokasi dan juga program- program kemasyarakatan untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan jalan raya. Saya fikir itu sahaja Yang Berhormat. Sekian, saya memohon supaya ianya disokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Yang Berhormat, saya minta belah bahagi.
Mohon belah bahagi.
Seorang-seorang Yang Berhormat. Saya minta jika ada 15 orang bangun. [Lebih dari 15 orang Ahli bangun]
Ya ada 15.
Ya, mana Yang Berhormat Sri Gading? Yang Berhormat Sri Gading tadi kata supaya rakyat tidak menderita. Mana Yang Berhormat Sri Gading? Mana Yang Berhormat Padang Besar? Semua dua-dua sudah lari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintah supaya satu belah bahagian dijalankan sekarang. [Loceng dibunyikan] [Dewan berbelah bahagi] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Saya telah menerima keputusan pengundian dan keputusan undi adalah seperti berikut: Ahli-ahli yang bersetuju 71 undi. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 40 undi. [Tepuk] [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Majlis sebagai Jawatankuasa]
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 1 hingga 47 -Bill
Saya berminat Tuan Pengerusi.
Sila.
Saya kesal rang undang-undang walaupun begitu banyak kelemahan telah diluluskan untuk bacaan kali kedua. Akan tetapi tidak apa isu ini kita akan bawa kepada rakyat, rakyat akan buat penghakiman berkenaan cara bagaimana Barisan Nasional telah menggunakan majoriti mereka untuk meluluskan rang undang-undang walaupun ia tidak adil dan tidak wajar untuk diluluskan. Tuan Pengerusi saya ingin rujuk kepada fasal 22 dan fasal 24. Fasal 22 memperuntukkan notis kesalahan yang dirakamkan melalui kamera. Kalau kita meneliti situasi yang berlaku kepada ke atas notis 170A yang dikeluarkan oleh PDRM. Kita telah mendapati bahawa terdapat banyak tunggakan notis yang tidak dapat diserahkan atau tidak diserahkan oleh pihak PDRM yang membawa kepada backlog of cases oleh PDRM. Akhirnya 1 Disember PDRM terpaksa mengumumkan memberi diskaun yang tujuannya adalah untuk mengurangkan backlog of cases. Jadi persoalan yang saya ingin timbulkan berkenaan fasal 22 ini adalah berkenaan tiada tempoh yang disertakan atau diperuntukkan untuk menyerahkan notis yang telah dirakamkan melalui kamera. Ini Tuan Pengerusi kita dapat maklum balas dari orang ramai yang telah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan saman ekor. Ramai yang tidak terima saman ekor atau notis 170A, POL170A atau menerimanya setahun yang lepas atau mereka langsung tidak menerima hanya selepas mereka disenarai hitam baru mereka tahu.
Jadi dalam kes ini fasal 22 mengapakah pihak kerajaan tidak mencatatkan tempoh. Tempoh di mana notis ini harus diserahkan kepada pemilik kenderaan jika telah dirakamkan dalam kamera. Kalau kita tengok peruntukan yang lain Tuan Pengerusi kita tengok peruntukan yang lain. Fasal 22 yang melibatkan seksyen 53B - Ada tempoh jika seseorang itu pemilik kenderaan itu pada masa kejadian atau rakaman kamera dia bukan pemandunya, dia diwajibkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian notis untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa. Ini perkara satu. Perkara kedua juga ada tempoh diletakkan dalam fasal 24 di mana dalam seksyen 58A - Jika seseorang itu telah menukar alamat ia diwajibkan dalam tempoh dua bulan dari pertukaran alamat itu memaklumkan secara notis kepada pengarah bahawa beliau telah pindah. Jika tidak Tuan Pengerusi ia menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. Kalau saya membaca dengan betul dalam akta ibu seksyen 119. Ini semua ada tempoh. Mengapakah pihak kementerian dalam fasal 22 seksyen 53A tidak menetapkan satu tempoh. Kalau pihak kementerian atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan notis ini gagal mengeluarkannya atau menyerahkan notis itu tanpa dalam tempoh tertentu. Ia harus dihapuskan. Jangan kirim atau diserahkan notis itu setahun lepas itu baru kirim atau menggunakan seksyen yang lain yang memperuntukkan. Walaupun tidak dapat serah lekat di pintu bahagian rumah atau tinggal bahagian motor yang lain melalui pos berdaftar. Saya rasa adalah tidak adil notis kalau gagal dilaksanakan atau diserahkan dalam tempoh tertentu ia harus dihapuskan. Baru ini adil.
Mengapa ke atas pemilik kenderaan mereka diwajibkan dalam tempoh 30 hari terima notis mesti maklumkan saya bukan pemandunya ketika kesalahan atau tukar alamat kena tempoh tertentu dalam seksyen 58A. Kena maklumkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh tukar alamat, kena maklumkan. Akan tetapi, dalam isu ini tiada tempoh yang ditetapkan. Saya rasa ini adalah tidak adil kalau pemilik kenderaan menerima notis itu setahun yang lepas itu dari tarikh yang dilanggarkan, melanggar peraturan atau kesalahan dirakamkan dalam kamera. Saya pohon penjelasan ini. Saya juga rasa adalah tidak wajar bahawa fasal 24 seksyen 58A, di mana perlu dikenakan hukuman sehingga boleh penjara jika tidak memaklumkan pertukaran alamat. Saya harap pihak kementerian boleh meneliti semula perkara ini, saya rasa tidak begitu berat dikenakan hukuman, diperuntukkan hukuman boleh dipenjarakan. Kalau saya baca dengan betul bahawa seksyen 119 Akta Ibu. Akhirnya, saya hendak tahu sama ada bawah rang undang-undang ini apakah ia akan dijalankan atau dikuatkuasakannya secara retrospektif atau tidak. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Yang Berhormat ada nyatakan niat suci untuk rang undang-undang ini, tanggungjawab bersama mencegah kemalangan tetapi yang asasnya kalau notis- notis besertakan gambar tidak diserahkan dalam tempoh tertentu atau dalam tempoh yang tersingkat, ia tidak mencapai tujuan atau niat objektifnya untuk mencegah kemalangan. Ini kerana Tuan Pengerusi berkenaan saman ekor ada pemilik kenderaan di balai trafik dia tanya dia kata, “Kerajaan kata ini saman ekor dikeluarkan untuk mencegah kemalangan”. Akan tetapi, kita tidak menerima notis. Kita terima notis satu tahun yang lepas itu.
Itu yang tidak capai tujuan atau niatnya. Jadi tadi saya bangkitkan fasal 22 patut diletakkan satu tempoh. Kalau pihak sana gagal, pihak berkuasa gagal menjalankan tanggungjawabnya notis itu harus dihapuskan dari sistem kamera, komputer atau pangkalan data. Saya pohon penjelasan.
Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Akta ini telah pun diluluskan. Rang undang-undang ini telah pun diluluskan sebentar tadi. Dalam melaksanakan kehendak-kehendak yang tertera dalam rang undang-undang ini, saya mohon perhatian soal pindaan seksyen 2, ‘jalan-jalan persendirian.’ Saya berharap budi bicara pihak penguat kuasa supaya tidaklah menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan seperti di bahu-bahu jalan, di tempat-tempat yang dilarang meletakkan kenderaan di waktu sembahyang Jumaat. Di masjid-masjid dan di rumah-rumah ibadat yang lain yang memang tidak menyediakan kemudahan meletak kereta. Jadi haraplah pihak penguat kuasa bertimbang rasalah. Katalah rumah saya kenduri kahwin, mengahwinkan anak, bukan saya yang kahwin, anak yang kahwin. [Ketawa] Tidak ada tempat hendak letak kereta yang sebenarnya maka terpaksalah tetamu-tetamu saya meletakkan kenderaan supaya janganlah dikenakan saman. Mudahkan rakyat, bertimbang rasalah kepada rakyat. Janganlah penguat kuasa menggunakan kuasa mereka. Jangan lupa rakyat diutamakan, bertimbang rasalah saya berharap, satu. Kedua, AES ini Tuan Pengerusi kamera AES ini janganlah kerana keuntungan peribadi, kerana keuntungan poket sendiri rakyat yang akan diperas. Sewenang-wenangnya saman, saman, saman, saman, saman, saman. Rakyat tiada pilihan kerana undang-undang telah pun kita luluskan.
Minta penjelasan Yang Berhormat Sri Gading. Saya hendak tahu tadi Yang Berhormat setuju atau tidak, setuju dengan rang undang tadi?
Tidak bersetuju.
Yang Berhormat tidak payah Yang Berhormat.
Saya ikut, jangan tanyalah.
Boleh saya tahu Yang Berhormat mesti consistentlah.
Saya pihak kerajaan akan menyokong kerajaan. Itu tidak perlu tanyalah.
Boleh tahu. Setuju atau tidak setuju?
Yang Berhormat Batu Gajah tiada hak hendak tanya saya. Kita ada peraturan, ada undang-undang, ada discrimination parti kita masing-masing. Soal saya bersetuju tidak bersetuju tetapi tiba ke satu matlamat Tuan Pengerusi, saya adalah orang yang setia kepada perjuangan parti saya, kerajaan saya. Akan tetapi, bukan pula bermakna saya tidak boleh mendatangkan buah-buah fikiran saya. Jadi inilah saya mengulang
balik supaya kerajaan penguat kuasa dan kamera AES ini esok jangan sewenang- wenang saman, saman, saman. Tuan Pengerusi, kerajaan Barisan Nasional boleh kalah dengan AES ini Tuan Pengerusi. Boleh kalah, rakyat marah dan pihak kerajaan juga harus agaknya menimbangkan apabila hendak melaksanakan ini nanti lulus itu memang lulus. Akan tetapi, pada waktu untuk melaksanakan mungkin agaknya kita minta campur tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat perkara ini. Kalau ini boleh merugikan Barisan Nasional, kerajaan yang ada pada hari ini dengan kemarahan rakyat. Ini yang saya harap jangan sewenang-wenang kerana hendak memenuhkan poket orang-orang tertentu menggunakan kamera AES menyaman rakyat, kerajaan akan hilang kuasa. Saya ingatkan. Saya ingatkan kepentingan dua, tiga kerat tidak penting kalau dibandingkan dengan kepentingan kerajaan yang ada pada hari ini mesti dipertahankan. Saya hendak ingatkan dan saya esok sebagai wakil rakyat tidak terkecuali Tuan Pengerusi. Rakyat di kawasan saya yang kena saman akan datang jumpa saya minta pertolongan untuk membayar saman mereka dan saya ingat semua rakan Ahli Parlimen di sini akan menghadapi suasana dan masalah seperti ini. Jadi waktu pelaksanaan saya pun agak meminta campur tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya melihat perkara ini. Kena lihat perkara ini kalau tidak kerajaan Barisan Nasional boleh kalah dan pihak pembangkang akan gunakan isu ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Ia akan gunakan. Ia akan gunakan, ‘tidak dapat tanduk, telinga dipulas.’ Inilah pepatah orang Melayu. Saya berharap dan saya hendak beri amaran kepada penguat kuasa ini, jangan sekali-kali kerana kepentingan poket rakyat diperah darahnya. Saya tidak reda. Ini...
[Menyampuk]
Ini janganlah! You ada alasan sendiri, saya ada alasan sendiri tetapi tidak menjadi salah dalam Barisan Nasional sebagai anggota Barisan Nasional menegur kerajaan untuk berhati-hati. Ini soal isu yang berbeza. Ini saya harapkan kalau tidak - kalau misalnya penguat kuasa sewenang-wenang menjalankan nafsunya dengan memeras rakyat saya tidak pelik kalau kerajaan bawa balik rang undang-undang ini dipinda dalam Parlimen yang akan datang hendak membantu.
Yang Berhormat Sri Gading.
Yang Berhormat.
Boleh bagi?
Yang Berhormat, lima minit sahaja Yang Berhormat.
Saya rasa tidak jadi salah kerajaan bawa balik undang-undang ini kepada Parlimen ini untuk dipinda. Kalau undang-undang yang diluluskan ini akan menyusahkan rakyat hanya semata-mata tiga, empat kerat manusia mendapat keuntungan. Saya memberi amaran ini! Shut uplah you! Buang masa, buang masa. Saya juga bercakap bagi pihak rakyat juga. Ini Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri harus ambil nota perhatian apa yang saya luahkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Masalah ahli politik kita kena selesaikan.
Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam seksyen 2 ini saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri atau kementerian iaitu berhubung dengan perkara 4 dengan memotong perkataan, ‘tetapi tidak termasuk mana-mana jalan persendirian’ ataupun ‘jalan yang dikategorikan oleh badan-badan persendirian.’
Mungkin di tempat-tempat lain tidak ada banyak jalan persendirian yang berturap tetapi di negeri Kedah khususnya di kawasan saya banyak jalan persendirian, jalan di ladang dan juga jalan ‘ban’ sungai – Kita sebut ‘ban’ sungailah. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah, apabila masuk jalan- jalan yang dijaga oleh badan-badan persendirian ini yang dipelihara oleh MADA ini juga termasuk di dalam kategori jalan-jalan yang dimaksudkan dalam Bahagian IV ini. Ini kerana kita bimbang jalan inilah yang menjadi banyak kegunaan petani- petani dan juga orang-orang kampung menggunakan jalan ini untuk pergerakan mereka. Seandainya mereka mungkin kalau penunggang motosikal tidak memakai topi keledar, hendak pergi ke sawah ataupun mereka menggunakan jalan ini ke kebun mereka, melakukan kesalahan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, meletakkan kenderaan di tepi yang dikategorikan di dalam rang undang-undang ini boleh mengganggu lalu lintas, apakah tindakan ini dikenakan terhadap petani-petani dan juga pekebun-pekebun tersebut? Jadi, saya harap pihak kementerian memberikan perhatian dengan sungguh-sungguh di dalam hal ini. Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading, memang kita akan menggunakan kelulusan ini di dalam ceramah-ceramah kita, kempen- kempen kita. Kedua, berhubung dengan AES ini juga. AES ini adalah satu gadget elektronik, mereka tidak mempunyai hati, tidak mempunyai perasaan. Apabila kamera ini menangkap gambar, sistemnya terus ke JPJ, balai polis, ke mahkamah dan saman akan dikeluarkan. Tidak ada timbang rasa, ihsan dan budi bicara daripada kamera dan juga daripada sistem komputer ini. Bagaimanakah kalau seorang suami membawa isterinya yang hendak bersalin? Terpaksa speed lebih daripada speed limit ataupun membawa orang sakit, kemalangan misalnya. Kamera tangkap terus masuk keluar saman, kalau polis menunggu ataupun dengan roadblocks misalnya, kita boleh berbicara dengan pihak polis tunjukkan pesakit ataupun isteri yang ingin bersalin, terpaksa memandu laju ke hospital. Ini ada budi bicaranya, tetapi AES ini memang tidak mempunyai hati, tidak mempunyai perasaan. Jadi, saya rasa ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Juga seksyen 58 – Pertukaran alamat perlu beritahu kepada Pengarah JPJ dalam masa tertentu sama ada kendiri dengan pos ataupun dengan faksimili. Saya juga bimbang perkara ini Tuan Pengerusi, apabila berlakunya penganiayaan ke atas seseorang, seseorang menghantar faks berhubung dengan alamat kita kepada JPJ dan JPJ mendapat alamat baru kemudian dia memasukkan rekod baru alamat kita. Apabila kita melakukan kesalahan, surat dihantar kepada alamat kita yang dianiayai oleh sahabat tadi, mungkin dan kita tidak akan mendapat notis seperti mana yang disebutkan oleh dalam perbincangan tadi. Maka kita tidak dapat mengetahui saman kita, tidak dapat menjelaskan. Maka, ini merupakan
salah satu daripada penganiayaan yang mungkin boleh berlaku terhadap kita semata-mata kerana pertukaran alamat yang dihantar melalui faks kepada Pengarah JPJ. Saya rasa kementerian perlu memberikan perhatian terhadap teguran-teguran yang saya katakan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Beruas. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Pengerusi, ingin saya nyatakan di sini pindaan yang dibuat ini akan mendatangkan banyak masalah. Pertama, seksyen 2 mentakrifkan Menteri sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan. Jadi, di dalam keadaan yang sedia ada ini, kita ada dua orang Menteri yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan. Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seorang lagi Menteri Pengangkutan yang ada. Jadi, harap seksyen 2 boleh ditafsirkan dengan lebih jelas. Hanya merujuk mungkin kepada Menteri Pengangkutan sahaja dan bukan Menteri - Tetapi saya tidak tahu bagaimana menyelesaikan isu ini, pentafsiran. Kedua, seksyen 4. Saya takut dalam bacaan saya berkenaan dengan seksyen 4A yang akan dipinda ini. Ia akan menidakkan semua kuasa yang diberikan kepada datuk bandar dan juga dengan izin, traffic warden dan juga Perbadanan Putrajaya. Mereka ini diberikan kuasa untuk mengeluarkan saman dan juga kuasa-kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 4. Akan tetapi dengan adanya seksyen 4A kalau saya diizinkan untuk membaca dalam bahasa Inggeris, “Notwithstanding anything contained in any written law, any police officer or road transport officer shall exercise the powers conferred by this Act in respect of offences committed under this Act on any road”, dengan izin Tuan Pengerusi, bahawa dengan perkataan yang dinyatakan di sini maksudnya hanya pegawai polis kerana the rules of interpretations yang spesifik itu akan menidakkan yang general. So, seksyen 4A ini mengatakan hanya pegawai polis dan juga pegawai pengangkutan jalan ini sahaja yang boleh menguatkuasakan kuasa-kuasa di bawah akta ini. Oleh yang sedemikian, saya berharap isu ini dapat diselesaikan sebelum kita luluskan seksyen 4A ini. Tuan Pengerusi, seksyen 4B pun menjadi satu masalah kerana tadi dikatakan Menteri boleh melantik pegawai-pegawai daripada SPAD untuk menjadi pegawai pengangkutan awam. Jadi ada dua orang Minister over the same officers from SPAD. Ini juga hendak diselesaikan kerana tidak boleh ada dua ketua atas kumpulan pegawai yang sama. Tuan Pengerusi, seksyen 35 mengatakan ‘deem guilty’ kalau dalam tiga bulan tidak membalas notis, saya rasa ini satu seksyen yang amat tidak saksama. Ini kerana kita semua kadang-kadang sibuk, tiba-tiba dikatakan sudah bersalah kalau tidak tahu tentang notis ini nanti kita boleh dihukum. Kalau kita membuat kesalahan tanpa mengetahuinya, kita pun Ahli-ahli Parlimen boleh dilucutkan kedudukan kita sebagai Ahli Parlimen kerana kalau dalam kes kesalahan kedua atau ketiga yang selebihnya, dendanya boleh melebihi RM2,000. Akhir sekali Tuan Pengerusi, seksyen 58A ini bagi saya ini satu peruntukan undang-undang yang tidak boleh dikuatkuasakan. Kalau kita adakan undang-undang yang tidak boleh dikuatkuasakan, ia menjadi bahan ketawa rakyat. Dikatakan kalau kita tidak memberitahu Jabatan Pengangkutan Awam tentang penukaran alamat kita ini, kita dalam dua bulan, ia menjadi satu kesalahan. Apakah maksud tukar alamat ini? Kita tahu semasa kita kecil, kita tinggal dengan
ibu bapa. Kemudian kita pergi ke universiti, kemudian bekerja di satu tempat tetapi semua alamat yang pernah kita tinggal itu, masih boleh menjadi alamat kita. Akan tetapi adakah ia salah kalau kita sudah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, sungguhpun alamat ibu bapa kita masih menjadi alamat yang boleh disampaikan apa-apa notis, adakah ia menjadi satu kesalahan? Kalau itu satu kesalahan, saya juga ingin menyatakan kita adakan satu undang-undang yang tidak adil. Kalau ia tidak menjadi satu kesalahan, apakah maksudnya penukaran alamat ini? Jadi, untuk rakyat menghormati undang-undang, kita hanya boleh luluskan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dan maksudnya jelas untuk rakyat tahu apakah peruntukan undang-undang itu. Diharapkan agar perkara-perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan supaya tidak ada keraguan apabila undang-undang ini dilaksanakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih di atas penglibatan dalam perbahasan ini. Saya ingin menyentuh tentang isu yang dibangkitkan Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Batu Gajah ada membangkitkan tentang notis dikeluarkan dalam tanpa tempoh sebulan lalu. Sememangnya agensi penguat kuasa akan memastikan notis saman yang dikeluarkan akan sampai ke alamat yang ada dalam depot pangkalan data dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pos- pos berdaftar ataupun dengan cara-cara penyampaian yang lain. Di bawah pindaan ini akan disediakan standard operating procedure kita akan tentukan pelaksanaan dari segi standard of procedurenya. Kementerian yakin dengan penyampaian notis ini ia akan boleh dipercepatkan. Memandangkan alamat terkini perlu dikemas kini oleh orang ramai. Jadi kita minta supaya orang ramai dapat mengemaskinikan alamat. Berkaitan dengan...
Minta penjelasan.
Ya.
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyatakan mengapa tidak boleh memperuntukkan dalam akta ini dan apakah akibatnya kalau notis-notis itu disampaikan atau diserahkan selepas 14 hari? Kita tidak ada maklumat ini. Ia harus lebih adil kalau mewajibkan, mensyaratkan dan menjadikannya ia satu undang-undang seksyen dalam akta ini untuk pemilik kenderaan memberikan maklumat. Pihak kerajaan juga dalam akta ini harus memperuntukkan tempoh untuk menyerahkan notis ini dan bukannya melalui standard operating procedure. Kita tidak tahu apa akibatnya kalau gagal diserahkan dalam masa 14 hari apakah akibatnya? Di sini ada kalau gagal maklumkan pertukaran alamat menjadi kesalahan. Akan tetapi kalau pihak kementerian, kerajaan atau pihak yang dipertanggungjawabkan gagal untuk menjalankannya dalam 14 hari, apakah akibatnya kerana tiada peruntukkan. Jadi selalunya rakyat yang ditekan walaupun pihak berkuasa yang leka dan tidak efisien atau tidak cekap menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi saya pohon penjelasan.
Yang Berhormat Batu Gajah memang di dalam akta ini tidak di spell out tetapi kita akan memastikan bahawa secara pentadbiran kita akan memastikan supaya pelaksanaannya dapat dilaksanakan mengikut seperti mana yang kita janjikan iaitu 14 hari.
Yang Berhormat Batu Gajah juga ada membangkitkan sama ada rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan secara retrospektif. Akta ini tidak akan dikuatkuasakan secara retrospektif iaitu fasal 47 telah memperuntukkan peruntukan-peruntukan kecualian dan peralihan. Yang Berhormat Sri Gading ada membangkitkan beberapa isu sebentar tadi berkaitan tentang beberapa cadangan-cadangan beliau untuk menambah baik. Memang tujuan kerajaan untuk menjalankan AES bukan untuk tujuan keuntungan dan jelas apabila lokasi AES sebenarnya hanya akan dilokasi di kawasan yang sering berlaku kemalangan dan diletakkan amaran black spot area. Saya hendak jelaskan di sini bahawa lokasi AES hanya akan diletakkan di black spot area di mana kawasan ini telah dikenal pasti oleh pihak MIROS, PDRM, JKJR dan agensi-agensi tertentu supaya kawasan-kawasan yang selalu berlaku kemalangan ini lah yang akan diletakkan AES. Untuk makluman Yang Berhormat selain daripada kawasan-kawasan black spot area, ia juga kita akan tentukan notis-notis sebelum ini. Jikalau kita pernah pergi Singapura mungkin kita boleh memahami sistem ini kerana sistem yang akan digunakan hampir kurang sama. Oleh sebab itu kalau kita lihat pemandu-pemandu di Singapura – baru-baru ini saya masuk ke Singapura dan memandu di sana dan saya lihat bahawa pemandu-pemandu di Singapura memandu begitu berdisiplin sekali. Mereka mematuhi peraturan-peraturan, tidak memandu laju kalau sekiranya peruntukan hanya 70 kilometer sejam mereka memandu 70 kilometer dan begitu juga kalau 80 kilometer sejam. Jadi kita nampak mereka berdisiplin kerana mereka ada kamera dan kamera ini akan dapat mendisiplinkan dan menjadikan mereka pemandu yang berhemah. Tujuan kita seperti mana yang saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa ia untuk melindungi orang lain dan melindungi diri sendiri supaya kita mahu eliminate pemandu-pemandu yang hardcore atau tegar ini. Mereka ini yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang, tidak ada kompetensi dalam pemanduan, mereka tidak mematuhi undang-undang dan memotong dengan cara yang berbahaya dan inilah orang-orang yang ingin kita hadapi. Oleh sebab itu sebenarnya tujuan undang-undang ini adalah untuk kita melindungi rakyat dan bukan bermaksud untuk mendapatkan keuntungan.
Yang Berhormat Menteri.
Itu bukan matlamatnya kerana saya telah katakan tadi bahawa undang-undang ini akan dapat sedikit sebanyak membantu untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud sekarang di mana kemalangan begitu tinggi dan meningkat dari semasa ke semasa. Amat menakutkan setelah menyatakan angka-angka itu tadi saya juga khuatir setiap tahun ada satu juta kenderaan dan apabila kenderaan bertambah maka kemalangan akan bertambah. Apakah cara kita? Kita tidak boleh bergantung hanya code red handed. Code red handed ini Yang Berhormat sebenarnya akan banyak menyebabkan gejala-gejala lain. masalah rasuah apabila kita menggunakan manual sistem, apa yang berlaku ialah ia tidak reliable. Ia akan ada gejala rasuah dan hanya boleh dibuat sekali skala sahaja. Apabila ada kesalahan baru kita boleh tangkap seseorang. Akan tetapi apabila kita ada cara enforcement system ini ia 24 jam boleh dilaksanakan. Ini bagi orang yang tidak melanggar kesalahan tidak ada masalah dan bagi orang yang tidak berhemah ini ada masalah. Kita mahu melindungi orang yang berhemah. Orang yang tidak berhemah ini memang ada masalah. Akan tetapi kita kena belajar dari semasa ke semasa di kawasan- kawasan tertentu kerana kalau berlaku kemalangan ini juga akan menyusahkan diri seseorang itu dan juga keluarganya.
Bayangkan persatuan PEYATIM menyatakan di negara ini ada 300,000 anak-anak yatim di negara ini terdiri daripada keluarga yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ini satu angka yang besar Yang Berhormat. Jadi kalau kita tidak mengadakan sistem ini saya percaya ia akan boleh tidak ada jalan. Penguat kuasa JPJ hanya ada lebih kurang 4,000 orang dan penguat kuasa PDRM 5,200 orang. Mana boleh jaga 20 juta kenderaan yang berdaftar. Mana boleh kita ada 12.1 juta pemandu dalam negara ini, itu mustahil. Negara-negara baru seperti Cambodia pun terpaksa melaksanakannya. Vietnam sudah melaksanakannya dan Thailand sudah melaksanakan. Sudah 90 negara melaksanakan sistem ini. ia adalah untuk kebaikan rakyat. Oleh sebab itu saya tidak ada cara untuk menjawabnya secara berhemah tadi kerana saya terlalu banyak gangguan dan saya perlu cepat. Saya jelaskan di sini ini adalah bukan bertujuan untuk keuntungan syarikat. Kita tidak mahu - kita ada dua pilihan sama ada kita mahu melabur kerajaan perlu buat sendiri dengan menggunakan peruntukan rakyat. Jikalau kita gunakan peruntukan kerajaan RM1 bilion contohnya untuk sistem ini, alangkah bagusnya kalau RM1 bilion ini diberi ke Sabah dan Sarawak sedangkan sistem ini boleh digunakan dengan cara profit sharing sebagaimana yang saya katakan tadi. Financial modalnya kita boleh beri. We are transparent dan keputusan untuk membuat financial model ini pun bukan dibuat sorok-sorok Yang Berhormat dan bukan mengikut kehendak syarikat sahaja. Oleh sebab itu kita buat CAP. RM5 juta ini dia punya, ia ada dia punya tear sahaja yang saya boleh beri secara menyeluruh nanti dan tidak ada masalah kerana LO kita belum beri lagi. Yang Berhormat boleh tengok dan lihat tentang dia punya - jadi selain daripada itu Yang Berhormat Pendang juga ada membangkitkan tentang takrif jalan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja. Minta penjelasan sedikit.
Saya pun ada bangkitkan tentang soal parking itu tadi.
Boleh Tuan Pengerusi? Saya hendak tanya ...
Yang Berhormat, di peringkat ini sebenarnya melainkan ada hubung kait dengan jawapan Menteri tentang apa yang dibahaskan.
AES ini sedikit sahaja.
Saya bercakap dengan Yang Berhormat.
Saya ingat tidak perlu.
Parking tadi, minta budi bicara.
Yang Berhormat ada menyatakan tentang parking tadi di masjid. Memang kita akan memastikan pelaksanaan ini dalam keadaan yang bijaksana dan mengambil kira masalah-masalah sebegitu. Saya sering memberitahu kepada pihak kementerian akan mengambil maklum dan kita memang memastikan bahawa tidak ada indiscriminate tindakan khususnya di kawasan-kawasan masjid, gereja atau topekong di mana ada berlaku kenduri kahwin dan sebagainya. Ini adalah budi bicara dan kita akan memastikan saya percaya pegawai-pegawai JPJ tidak akan mengambil tindakan sewenang-
wenangnya. Sekiranya diambil laporkan kepada saya. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pendang ada membangkitkan tentang jalan-jalan persendirian yang termasuk di bawah seksyen ini. Memanglah kita memperluaskan takrif jalan ini Yang Berhormat, tetapi apabila kita memperluaskan takrif jalan ini, tujuannya adalah untuk memastikan supaya – sekiranya berlaku kemalangan di dalam sesuatu jalan tersebut, maka kita boleh mengambil tindakan di jalan-jalan persendirian. Ia bukan untuk tujuan menyusahkan orang ramai, sebab pada peruntukan sedia ada, kita tidak ada peruntukan. Jikalau berlaku di kawasan jalan-jalan persendirian, kita tidak boleh mengambil tindakan apa-apa, hanya menggunakan Akta CPC misalnya. Akan tetapi kita mahu spell out bahawa kalau sekiranya berlaku perlanggaran, kemalangan di dalam satu-satu jalan persendirian itu, kita boleh mengambil tindakan ataupun mengambil tindakan terhadap masalah itu. Yang Berhormat Beruas ada membangkitkan berkaitan dengan isu takrif ‘Menteri’. Tidak perlu sebenarnya untuk ditakrifkan ‘Menteri’ kerana jika merujuk kepada SPAD ini – kerana peruntukan berhubung dengan kuasa SPAD terdapat di dalam Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Yang Berhormat Beruas juga ada membangkit tentang seksyen 4A yang akan menidakkan kuasa pegawai trafik warden termasuk pegawai Perbadanan Putrajaya. Seksyen 4A memberi kuasa kepada JPJ dan PDRM menjalankan penguatkuasaan di mana-mana jalan tertakluk kepada tafsiran jalan pada seksyen 2 yang membataskan pada kes-kes kemalangan di bawah seksyen 41 hingga seksyen 45 sahaja yang memerlukan siasatan. Adalah tidak wajar pegawai trafik warden diberi kuasa yang sama untuk membuat siasatan. Selain daripada itu, seksyen 58A – adalah wajar kerajaan melaksanakan pindaan ini memandangkan dan... seksyen 58A adalah meletakkan tanggungjawab mengenai pertukaran alamat kepada pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu. Jika mereka tidak mahu menukar alamat, maka penafian penerimaan notis di bawah seksyen 118 akan menjadi satu kesalahan. Saya ingin nyatakan di sini bahawa memang berlaku masalah. Apa yang sentiasa berbangkit ialah apabila kita menghantar satu-satu notis terhadap seseorang, mereka mengatakan mereka tidak dapat. Oleh sebab itu, kita mewajibkan mereka sentiasa membuat pembaharuan dalam alamat mereka di JPJ. Saya fikir ini bukan satu masalah yang besar kerana kita juga mempunyai kaedah-kaedah lain untuk melakukannya seperti melalui elektronik iaitu secara online. Mereka boleh melakukannya dan ini saya percaya tidak akan menimbulkan masalah. Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh dapat penjelasan? Seksyen 58 ini, yang kita hendak ini ialah jangan jadikan ia satu kesalahan. Mungkin boleh kata alamat yang terakhir itu kita hantar dianggap sudah mencukupi, tetapi dikatakan kalau tidak beritahu penukaran alamat pun, itu jadi satu kesalahan. Itu kekhuatiran kita. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab tidak? Ini kerana, tafsiran ‘Menteri’ itu – saya mahu tahu sahaja. Ikut tafsiran, Minister charged with responsibility for transport dengan izin. Maksud saya tadi, oleh kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun ada sekarang satu Menteri yang juga ada kuasa ke atas transport, saya hendak tahu untuk – so that, we will not had an argument in court. Maksudnya, satu orang Menteri atau sekarang tafsiran ini boleh melibatkan dua Menteri? Itu sahaja.
Bagi pengangkutan awam ialah Menteri yang bertanggungjawab tentang SPAD. Bagi pengangkutan, itu Menteri Pengangkutan.
Jadi maksudnya Road Transport Act ini mentafsirkan Menteri sebagai Menteri yang charge with transport? Sekarang kita ada dua Menteri yang ada tanggungjawab ke atas transport. Jadi, adakah apa-apa kuasa yang ditakrifkan dalam akta ini yang membolehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ada kuasa ke atas transport itu juga ada kuasa? Itu sahaja. Kita hendak luluskan undang-undang, kita jangan adakan apa-apa keraguan untuk peguam-peguam atau hakim-hakim. Kita penggubal undang- undang, kita mesti jelas – as clear as possible. So that, tidak ada keraguan. Undang-undang mesti jelas untuk rakyat. Itu sahaja. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beritahu, this ‘Minister’ here refer to two Minister or one? Jikalau tidak, mesti diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya.
Ya, habis Yang Berhormat ya?
Ia merujuk kepada Menteri Pengangkutan sahaja Yang Berhormat. Terima kasih. Fasal-fasal 1 hingga 47 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010Bill
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 untuk meminda Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974. Misi BSN adalah untuk menggalakkan tabungan pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka pada masa hadapan. Objektif utama BSN adalah untuk menggalakkan simpanan di kalangan pelanggannya terutama penyimpan-penyimpan kecil. Bagi mencapai objektif ini, BSN diberi kuasa di bawah akta penubuhan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
penerimaan deposit, pemberian pinjaman, penglibatan dalam hal-hal pelaburan dan menjalankan perniagaan am sesuatu bank simpanan. BSN telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti membuka beberapa cawangan baru, menawarkan produk perbankan Islam yang menarik dan kompetitif, mengawal selia kedudukan pembiayaan tidak berbayar serta meningkatkan pengurusan risiko melalui penilaian kredit dan usaha pungutan hutang berterusan bagi memastikan BSN terus wujud dan berdaya saing dengan institusi-institusi perbankan yang lain serta mempunyai nilai yang kukuh untuk masa hadapan. BSN juga berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada serta mempelbagaikan produk perbankan untuk kemudahan pelanggan- pelanggannya. Sebagai sebuah bank komuniti, BSN turut berusaha menyediakan akses kepada kemudahan perbankan dan kewangan. BSN juga menyediakan perkhidmatan unit bank bergerak bagi kawasan luar bandar untuk memudahkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan perkhidmatan perbankan. Kini, BSN mempunyai lebih 5,000 orang kakitangan di 384 cawangan di seluruh Malaysia. Selain itu, BSN turut menyediakan sebanyak 856 mesin teller automatik dan 124 mesin deposit tunai di seluruh negara. Sehingga hari ini, BSN mempunyai lebih 7.9 juta pelanggan di seluruh negara dengan simpanan bernilai RM10.9 bilion. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini BSN telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur operasi dan perniagaan, yang mana semua faktor ini telah menyumbang kepada pencapaian semasa BSN. Pada masa yang sama, BSN turut dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Selaras dengan keperluan pembangunan semasa, Akta Bank Simpanan Nasional 1974 [Akta 146] perlu dipinda dan ditambah baik sewajarnya. Pindaan ini adalah selaras dengan matlamat BSN untuk bukan sahaja menjadi institusi simpanan utama negara, malahan menjadi institusi kewangan yang berdaya maju dan mampu bersaing dengan institusi-institusi perbankan komersial tempatan selaras dengan kehendak dan keperluan semasa. Secara terperinci, pindaan terhadap rang undang-undang ini adalah seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 146 untuk membuat peruntukan mengenai perubahan gelaran jawatan Pengurus Besar kepada Ketua Eksekutif. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 5 Akta 146 bagi memberi Bank kuasa untuk mengadakan, mengendalikan dan menguruskan apa-apa produk atau perkhidmatan lain yang perlu bagi maksud mencapai tujuan Bank dan mengenakan caj bagi produk dan perkhidmatan itu. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 146. Pindaan itu bertujuan untuk menyingkirkan wakil bank Negara Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Pos daripada keanggotaan Lembaga. Pindaan itu juga bertujuan untuk menambah bilangan orang yang berkenamaan dan berpengalaman dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan perbankan, perniagaan atau industri dalam keanggotaan Lembaga Pengarah daripada tidak melebihi empat orang kepada tidak kurang daripada empat orang.
Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 11A ke dalam Akta 146 bagi mengadakan peruntukan mengenai penubuhan jawatankuasa untuk membantu Lembaga. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 14A, 14B, 14C dan 14D ke dalam Akta 146 untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara tatatertib yang berhubungan dengan pegawai dan pekerja Bank. Seksyen 14A yang dicadangkan memperuntukkan bahawa Bank hendaklah mempunyai kuasa dan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekerja dan diberikan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib. Penubuhan jawatankuasa tatatertib bagi kategori berlainan pegawai dan pekerja Bank diperkatakan dalam seksyen 14B sementara seksyen 14C memperuntukkan bagi penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib. Seksyen 14D yang dicadangkan membenarkan Bank untuk menggunakan surcaj ke atas mana-mana orang yang atau pernah menjadi pegawai atau pekerja Bank. Pindaan telah dibuat bagi fasal 9 untuk mengubah keanggotaan jawatankuasa tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib yang diperuntukkan dalam seksyen 14. Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan jawatankuasa tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah sekiranya pegawai yang perlu diambil tindakan tatatertib terhadapnya merupakan pegawai yang berpangkat tinggi. Pindaan Akta BSN adalah penting bagi membolehkan BSN menyelaras struktur operasi dan perniagaan mengikut keperluan pembangunan semasa. Rang undang-undang yang dibentangkan ini tidak menjejaskan kepentingan pelanggan mahupun kepentingan awam yang sentiasa diberi perhatian. BSN akan terus berusaha memperkukuhkan kedudukan kewangan sebagai sebuah bank yang berdaya saing dari segi pencapaian dan juga memperluaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Selain itu, kestabilan sistem kewangan akan terus dikekalkan supaya dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara dan mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian dalam pindaan Rang Undang-undang Akta Bank Simpanan Nasional ini kerana ini adalah kali pertama, kalau tidak silap saya rang undang-undang ini dibawa untuk dipinda terhadap beberapa perkara. Di peringkat dasar ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, bahawa di antara kekuatan sesuatu institusi ataupun organisasi itu
terletak kepada kemampuan dan kecemerlangan pekerja-pekerjanya. Sudah pasti kalau kita memberikan khidmat yang terbaik kepada organisasi dan cintakan organisasi, objektif dan matlamat organisasi itu akan tercapai. Oleh sebab itulah rang undang-undang ini dibawa kepada Dewan supaya dipinda dan menjadi satu tanggungjawab kepada pihak perundangan untuk memastikan bahawa pekerja di dalam organisasi, khususnya di dalam Bank Simpanan Nasional ini terbela. Yang Berhormat Menteri, saya ingin merujuk oleh kerana Bank Simpanan Nasional ini menjadi sebuah badan berkanun kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Kewangan. Sekiranya kita membandingkan, bolehkah Yang Berhormat Menteri membuat sedikit perbandingan dengan badan-badan berkanun yang lain, yang telah diberikan taraf berkanun seperti Tabung Haji, KWSP, PERKESO dan lembaga-lembaga yang lain? Didapati Bank Simpanan Nasional ini nampaknya duduk di tangga yang paling corot sekali berbanding dengan lembaga-lembaga yang lain. Oleh sebab itu saya ingin mengungkapkan di Dewan yang mulia ini bahawa soal kemampuan pekerja itu perlu diambil kira, supaya mereka ini mempunyai motivasi untuk bekerja dengan cara yang lebih baik. Kerana saya difahamkan selepas kakitangan Bank Simpanan Nasional setelah dijadikan sebuah badan berkanun, selepas pengambilalihan daripada Bank Simpanan Pejabat Pos melalui Akta 146. Mereka telah diberikan pilihan untuk menandatangani skim saraan baru Bank Simpanan Nasional yang agak berbeza dengan kakitangan kerajaan kerana mereka mendapat kenaikan gaji, tetapi mereka kehilangan pencen. Jadi ini adalah di antara beberapa persoalan dan begitu juga dengan gratuiti yang mereka sepatutnya peroleh selepas mereka menamatkan perkhidmatan. Akan tetapi nampak gayanya, mereka antara golongan yang paling ke belakang berbanding lembaga-lembaga yang lain. Begitu juga dengan soal elaun pekerja yang tidak sama dengan yang diberikan kepada perkhidmatan pekerjaan. Ini kerana perkhidmatan kerajaan di bawah JPA membuat penambahan dan penilaian daripada semasa ke semasa, tetapi bagi Bank Simpanan Nasional nampaknya dalam tempoh yang cukup panjang barulah ada kenaikan dan sebagainya. Ini adalah di antara beberapa isu yang kita harapkan supaya pindaan ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kakitangan Bank Simpanan Nasional. Yang Berhormat Menteri, kesimpulan daripada pindaan ini banyak merujuk kepada soal jawatankuasa tatatertib. Saya melihat tidak ada masalah untuk menyokong pindaan ini kerana sekiranya kakitangan itu mempunyai masalah, ia perlu didisiplinkan dengan suatu peraturan ataupun undang-undang. Akan tetapi yang kita persoalkan di dalam Dewan ini bermula dari pagi tadi ialah berkaitan dengan soal keadilan yang mesti diberikan kepada pekerja. Ini kerana mungkin berlaku eksploitasi dan sebagainya daripada pihak pengurusan atasan akibat daripada mungkin perkara-perkara yang bersifat soal peribadi. Akan tetapi akhirnya dibawa masuk sehingga sampai ke Jawatankuasa tatatertib dan akhirnya individu pekerja berkenaan tidak mendapat pembelaan dan keadilan. Jadi di antara perkara dan inti pati yang penting ialah soal memberikan keadilan kepada pekerja Bank Simpanan Nasional. Keadilan ini bukan sahaja kepada pekerja-pekerja bank, juga kepada kita semua yang berada di dalam Dewan dan juga di luar Dewan supaya dilihat sesuatu hukuman itu tidak boleh dilaksanakan dengan begitu rakus oleh sebuah jawatankuasa dan badan, melainkan ia perlu diberikan hak untuk membela. Walaupun akhirnya kita tahu keputusan di mana akhirnya kepada orang yang mempunyai kuasa, seperti mana yang berlaku di dalam Dewan ini pagi tadi.
Yang kita tuntut hanyalah soal kuasa kita ataupun peranan kita untuk diberi hak kita untuk membela, akhirnya yang kita tahu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada majoriti. Akan tetapi itu pun tidak nampak seperti mana yang kita berhujah pagi tadi. Ini di dalam...
Yang Berhormat, ini soal...
Konteks Bank Simpanan Nasional...
Kementerian Kewangan Yang Berhormat. Kalau tidak, saya pun...
Dalam konteks Bank Simpanan Nasional, keadilan...
Yang Berhormat...
Ya.
Saya memperingatkan Yang Berhormat.
Ya, dalam konteks Bank Simpanan Nasional, Jawatankuasa Tatatertib yang kita hendak wujudkan, yang kita minta supaya keadilan itu ditegakkan. Berilah peluang kepada kakitangan yang dituduh akibat daripada berlaku penyelewengan supaya dia membela diri kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan. Ini yang kita minta, ini bukan seperti mana yang saya sebutkan tadi, bukan kepada mana-mana organisasi, kepada seluruh rakyat Malaysia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Indera Mahkota selepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang untuk berbahas secara ringkas berkenaan dengan Akta Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 1974. Walaupun pindaan ini hanya membawa maksud meminda beberapa perkara yang pada saya, yang paling mustahak sekali untuk menukar martabat atau mengangkat martabat kakitangan ataupun pegawai- pegawai yang bertugas di Bank Simpanan Nasional selama ini untuk barangkali dinaikkan taraf atau status seperti pengurus besar hendak ditukarkan kepada ketua eksekutif dan sebagainya. Perkara pertama yang saya nampak di sini ialah satu transformasi yang hendak dirancang untuk menjenamakan semula bank. Saya tidak ada masalah dengan perkara itu, cuma selalunya diletakkan, dilihat implikasi kewangan kepada kerajaan nampaknya macam seolah-olah tidak ada, akan tetapi saya rasa pihak Timbalan Menteri Kewangan sudah tentu memahami perkara ini. Oleh kerana Bank Simpanan Nasional adalah satu institusi yang diperbadankan, sudah tentu penukaran status ini akan membawa maksud ada satu tambahan perbelanjaan yang terpaksa dirangka semula untuk tujuan-tujuan ini. Saya hendak tanya, saya berminat dengan cadangan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa akan ada wujud satu elemen surcaj ataupun elemen untuk
mengenakan denda atau tindakan kepada kakitangan Bank Simpanan Nasional. Saya hendak tahu juga, adakah perkara ini bertujuan untuk memberi gambaran bahawa BSN selama ini terlibat dengan elemen atau unsur-unsur yang menyalahi undang-undang, yang tidak praktikal untuk dikekalkan dalam urus tadbir Bank Simpanan Nasional. Terutama apabila barangkali ada isu-isu yang melibatkan penyelewengan dan rasuah, menyalah guna kuasa dalam BSN selama ini. Maka kerana itu terpaksa dibawakan isu untuk mengenakan surcaj. Saya memang amat menyokong sebab dalam isu surcaj ini, dikatakan boleh dikenakan kepada orang- orang kakitangan pegawai yang pernah maksudnya, yang belum ini pernah terlibat dengan Bank Simpanan Nasional. Saya hendak tanya adakah ini juga membawa maksud surcaj ini, tindakan ini boleh dikenakan kepada kedudukan yang paling tinggi dalam BSN? Kalau dia terhad kepada apa yang dikatakan sebagai pegawai operasi, ketua, pengurus besar sahaja dan sebagainya tidak ada makna. Ini pada saya, meminjam kata- kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, smoke screen dengan izin, penggunaan bahasa atau perkataan untuk tujuan smoke screen ini amat menghina sifatnya kerana seolah-olah ditunjukkan ada pembaharuan untuk membaiki keadaan. Akan tetapi sebenarnya, lagi mendatangkan keadaan yang lebih parah daripada yang sepatutnya. Saya minta penjelasan ini dibuat secara terperinci kerana bidang yang kita hendak pinda dalam rang undang-undang ini tidaklah banyak, terhad. Antara yang paling mustahak sekali pada pandangan saya ialah kedudukan ini. Saya berharap dia tidak terhad kepada kedudukan ini sahaja kerana kita tahu pada hari ini pun kedudukan Bank Simpanan Nasional daripada satu institusi yang benar-benar satu ketika dulu menggalakkan rakyat Malaysia meningkatkan, berminat dengan simpanan. Kita tahu rakyat Malaysia ini di antara penduduk atau warga negara yang tidak suka menyimpan. Ini disahkan oleh kerajaan sendiri kerana kempen untuk berjimat cermat, menyimpan, menabung dan sebagainya tidak mencapai sasaran yang seperti yang dikehendaki. Ini tidak dapat kita hendak nafikan terutama di kalangan penduduk-penduduk di luar bandar dan juga penduduk-penduduk yang kita klasifikasikan sebagai bukan anggota masyarakat kita yang terlibat dalam bidang perekonomian terutama orang Melayu dan bumiputera. Ini tidak dapat kita nafikan. Oleh sebab itulah suasana hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang kerana golongan ini menjadi golongan yang paling terdedah kepada risiko perangkap berpendapatan rendah dan sederhana. Memang tanpa simpanan tidak ada bekalan, tidak ada jaminan untuk masa hadapan dalam bentuk kewangan atau simpanan untuk menjamin masa hadapan. Sudah tentu masa depan sesuatu masyarakat serta keluarga, anggota keluarga, anggota masyarakat menjadi kabur. Tidak ada satu jaminan sama sekali pada masa ini, sebab itu kerajaan menggalakkan kempen menabung, kempen untuk mengurus urusan kewangan keluarga. Kita ada berbagai-bagai agensi baru yang ditubuhkan untuk menggalakkan masyarakat kita untuk berhati-hati dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan keluarga sekurang-kurangnya. Ini memang saya tidak dapat dan kita tidak dapat nafikan. Saya pernah satu masa dulu memandang tinggi kepada fungsi Bank Simpanan Nasional sebab waktu dulu sehingga menggalakkan kanak-kanak sekolah membuka akaun-akaun simpanan peribadi. Selepas itu kita tengok ada lanjutan-lanjutan daripada pakej-pakej untuk penggalakan ini sehinggakan tidak ada, amat sukar untuk kita mencari seorang warga negara Malaysia yang tidak tahu apa itu BSN.
Walaupun BSN dulu disebut Biro Siasatan Negara yang jadi SPRM sekarang. Akan tetapi masih lagi orang tahu itu Bank Simpanan Nasional. Saya memang memuji tindakan itu, pada suatu masa dulu. Sehingga ada yang tertarik dengan BSN kerana BSN menawarkan hadiah-hadiah seperti kereta Mercedes, cabutan-cabutan bertuah melalui Sijil Simpanan Premium dan sebagainya. Bermacam produk ataupun pakej diilhamkan oleh Bank Simpanan Nasional ini. Pada hari ini seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan, Bank Simpanan Nasional menguruskan dana sebesar RM10.2 bilion. Akan tetapi saya rasa dana Bank Simpanan Nasional atau urusan pengurusan dana Bank Simpanan Nasional ini jauh lebih besar daripada apa yang disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan tadi. Kalau kita semak dalam buku Anggaran Belanjawan kita, tercatat dana yang diuruskan, diletakkan di bawah Bank Simpanan Nasional adalah berjumlah RM16.990 bilion. Yang mana satu, yang betul? Sebab sepuluh dengan 16 itu jauh sangat bezanya. Kalau RM10.1 dengan RM10.3 saya boleh terima. Akan tetapi sepuluh dengan 16 itu satu angka yang terlalu jauh. Jadi adakah angka-angka ini membawa satu signifikan perkara lain. Itu saya bergantung kepada Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan kemudian. Akan tetapi saya hendak katakan kita ada beberapa personaliti yang mustahak untuk kita sebut di sini kerana mereka antara orang-orang, personaliti yang terlibat secara langsung, bertanggungjawab di dalam urusan pembangunan Bank Simpanan Nasional sehinggalah hari ini. Paling mudah dalam Dewan kita sendiri ini, Menteri Pertahanan itu sendiri pernah menganggotai, menduduki kerusi sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional. Adakah sekiranya pindaan akta ini diluluskan ataupun disebut tentang surcaj tadi. Adakah juga itu memberi maksud kedudukan bekas-bekas pengerusi yang sekarang ini kebetulannya menjadi Menteri Pertahanan juga akan diambil kira dalam kedudukan sekiranya berlaku apa-apa pada zaman itu, pada masa itu dengan peruntukan rang undang-undang ini maka tidak ada sebab untuk kita kenakan surcaj kepada beliau, sekiranya ada. Bukan itu sahaja kita ada beberapa orang lagi personaliti yang dikait rapat dengan parti UMNO...
Yang Berhormat, ada seminit lagi Yang Berhormat.
Dengan parti UMNO yang sekarang menjadi atau pernah menjadi Bendahari UMNO, yang juga menduduki kerusi sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional. Sekali lagi saya hendak tanya kepastian, adakah perkara itu ataupun kita peringkat ini kita asingkan? Ini tidak menjadi, orang kata ini dikecualikan. Yang kena yang ini sahaja.
Saya hendak tahu kepastian itu selepas itu kita bincanglah kemudian apa maksud atau tujuannya. Saya rasa dalam kedudukan ini tidak boleh dikecualikan bahawa BSN sepatutnya menjadi tarikan atau tempat utama kepada rakyat Malaysia berketurunan Melayu beragama Islam atau bumiputera yang secara berdikit-dikit membuat simpanan dan sebagainya sehinggalah kita mengumpul dana mereka berjumlah RM16.99 bilion. Saya berpendapat 90% daripada jumlah dana ini adalah datangnya daripada mereka dan setengah mereka memang benar-benar mengharapkan simpanan mereka itu untuk menjadi satu bidang yang boleh membantu ekonomi keluarga mereka. Ada setengah itu sampai menjual barang kemas untuk melabur di dalam Bank Simpanan Nasional. Ada yang pernah
saya dengar kerana hendak membeli Sijil Simpanan Premium dan mengharapkan mendapat kereta Mercedes yang ditawarkan itu mereka sanggup jual harta mereka sendiri kerana tarikan daripada tawaran-tawaran yang dibuat. Adakah Bank Simpanan Nasional ini nampak gayanya seperti hendak menghala kepada sistem menarik lebih ramai masyarakat yang tergolong daripada golongan yang miskin untuk berkelakuan begitu atau menyokong sistem-sistem ini? Sekiranya betul saya rasa patut Bank Simpanan Nasional ini melihat semula peranan mereka. Lebih baiklah menumpukan kepada banyak pakej kewangan Islam yang sedang dimainkan peranannya oleh bank-bank komersial yang lain. Tidak ada sebab Bank Simpanan Nasional tidak boleh memainkan peranan melalui subsidiari yang ada. Banyak subsidiari Bank Simpanan Nasional yang ada tetapi peranan ini tidak banyak dimainkan. Saya difahamkan melalui rujukan saya, pakej-pakej yang melibatkan kewangan Islam hanya sejumlah RM4.3 bilion sahaja daripada RM16 bilion atau RM17 bilion itu. Ini menunjukkan bahawa kesediaan ataupun kepekaan Bank Simpanan Nasional terhadap keperluan ini masih lagi rendah.
Yang Berhormat saya sudah sebut tadi Yang Berhormat.
Saya gulung setengah minit tidak sampai 30.
Yang Berhormat saya faham Yang Berhormat. Saya sebut satu minit Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat sudah lebih tiga minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang terakhir ialah berkenaan dengan bon BSN yang telah dikeluarkan pada tahun 1995. Saya hendak tahu berapakah kedudukannya sekarang kerana tercatat dengan kadar faedah yang diraih 7.50% setahun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Indera Mahkota kerana mengambil bahagian dan memberi pandangan yang agak bernas. Dari segi figure yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, saya hendak sebut awal-awal supaya tidak ada kekeliruan. Apabila disebut RM10 bilion itu ia merupakan simpanan individu. Kalau dicampurkan dengan korporat dapatlah RM16 bilion atau RM18 bilion sebab kita sebut tadi jumlah individu pelanggan 7.9 juta dan depositnya ialah sebanyak RM10.9 bilion yang disimpan oleh individu, yang kecil-kecil ini Yang Berhormat ya. Saya tidak sebut tadi yang korporat, korporat pun ada simpanannya. Jadi memang saya ada semua figure di sini kalau Yang Berhormat hendak. Satu buku ini tetapi saya tidak sebut semua mungkin satu atau dua angka yang saya boleh sebut. Dari segi total asset bank tahun 2009 ialah RM18.7 bilion, pinjaman RM9.8 bilion, pelaburan dalam Treasury RM8.5 bilion dan liabilities RM17 bilion. Liabilities ini simpanan, deposit. Ada yang daripada individu dan ada yang daripada korporat. Jadi tidaklah timbul apa-apa masalah. Bukan saya hendak mengelirukan Yang Berhormat cuma dalam konteks individu jumlahnya lain, dari konteks keseluruhannya jumlahnya lain.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Kedah menyentuh aspek yang begitu penting iaitu sumber manusia – kakitangan. Ini adalah aset yang paling penting dalam mana-mana organisasi. Ini memang sesuatu yang cuba diambil perhatian oleh BSN tetapi kita tahu BSN pun bukannya bank komersial terbesar yang mempunyai keupayaan yang jauh lebih besar dari BSN. Itu pun dari segi benefit yang diberikan kepada kakitangan, saya hendak sebut contoh EPF sekarang ini kalau sesiapa yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun dia mendapat 18% yang disumbangkan oleh majikan. Ini satu sumbangan yang besar. Biasanya 12% atau 13% tetapi EPF contribution oleh BSN kepada pekerjanya besar. Ia ada sumbangan atau pembayaran medical, bonus pun ada, EPF, elaun-elaun tertentu untuk kerani, elaun makanan dan sebagainya. Memang ada tetapi kita perlu ingat bahawa pertamanya BSN ini sebuah institusi kewangan. Jadi kita tidak boleh hendak bandingkan dengan institusi-institusi yang lain seperti Tabung Haji. Ia berlainan sedikit walaupun penubuhannya dahulu sama tetapi BSN sepatutnya bersaing dengan institusi kewangan. Jadi itulah amalan-amalan yang dibuat oleh institusi kewangan. Kadang kala terpaksa diikut dari segi kebajikan pekerja. Memang dahulu apabila kakitangan diberi pilihan sama ada hendak teruskan skim pencen ataupun hendak skim baru seperti EPF memang diberi pilihan dan tidak dipaksa. Bahkan ada sehingga hari ini pun ada seorang lagi kakitangan yang masih berada di dalam skim pencen dan yang mana berpindah ke skim baru dinaikkan gaji sehingga 30% pada masa itu. Jawatankuasa atau pindaan yang dibuat ini bukan sahaja disiplin semata- mata. Ada peruntukan bagi membolehkan Lembaga Pengarah membentuk Jawatankuasa, bukan disiplin. Disiplin itu lain, tatatertib lain. Jawatankuasa apa? Jawatankuasa untuk membolehkan Lembaga Pengarah menjalankan tugasnya dengan baik. Umpamanya remuneration committee hendak menentukan gaji-gaji, elaun yang bersesuaian. Sekarang tidak ada. Sekarang sudah ada remuneration committee umpamanya dengan wujudnya undang-undang atau pindaan ini. Umpamanya nomination committee. Jadi ini semua boleh digunakan untuk kebaikan kakitangan BSN. Lembaga Pengarah akan menjadi lebih martabat seperti mana yang sahabat kita Yang Berhormat Indera Mahkota lebih tinggi martabatnya. CEOnya sekarang bukannya CEO dari bank-bank lain tiba-tiba BSN hanya pengurus besar sebab pengurus besar daripada bank-bank lain ini begitu ramai. Pengurus besar kanan pun ada tetapi CEO BSN hanya dipanggil pengurus besar. Ini menaikkan martabatnya supaya ia rasa bangga dan rasa tidak kurang dari orang lain. Jadi ini semua adalah untuk kebaikan yang pastinya saya rasa apa kita buat ini membawa kebaikan. Surcaj Yang Berhormat Indera Mahkota kata adakah surcaj ini untuk kakitangan sahaja? CEOnya macam mana? Surcaj seperti mana yang termaktub di dalam undang-undang baru ini boleh dikena kepada sesiapa termasuk CEO, boleh dikenakan kepada sesiapa.
[Bangun]
Cuma saya hendak jelaskan sedikit sebelum Yang Berhormat bangun. Boleh? Boleh duduk? Boleh sabar sedikit? Saya hendak sebut kalaulah CEO dikenakan surcaj tidak mungkin Lembaga Pengarah hendak mengenakan surcaj pada CEO, baik dia buang. Ini kerana kalau CEO sudah melakukan kesalahan yang perlu dikenakan surcaj, lebih baik Lembaga Pengarah mengambil tindakan memberhentikan CEO. Buat apa simpan orang yang bermasalah tetapi kalau kakitangan, lain.
Kakitangan lain. Mungkin ia silap sedikit. Duit yang patut ia tidak bayar dibayarkan. Hendak buang kerja kakitangan lain. Jadi kita gunalah surcaj.
Walaupun dari segi teorinya, prinsipnya boleh. CEO boleh dikenakan surcaj. Akan tetapi CEO mana yang hendak duduk mengendalikan bank apabila telah dikenakan surcaj tiga bulan gaji? Bayangkan macam mana hendak berhadapan dengan kakitangan lain. Itu terserah kepada budi bicara lembaga pengarah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang saya bangkitkan tadi bukannya surcaj spesifik kepada CEO dan sebagainya. Persoalan saya tadi oleh kerana kita tambah fasal berkenaan dengan surcaj ini, saya bertanya adakah surcaj ini juga terbuka kepada mana-mana anggota yang terlibat dengan BSN seperti kedudukan pengerusi ataupun ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Maksudnya kita masukkan. Saya sokong sebab ada perkara yang istimewa di sini. Katakan yang pernah. Maksudnya bukan ke depan. Yang ke belakang pun. Sebab itu saya tanya. Adakah ini juga membawa maksud tujuan murni Yang Berhormat Timbalan Menteri membawa pindaan ini kerana hendak juga buka ruang ini sehingga kita tengok ke belakang yang mana pernah menduduki kerusi-kerusi sebagaimana yang tertinggi dalam BSN itu pengerusi. Yang mana saya sebutkan tadi ada dua personaliti dalam Dewan ini yang pernah menduduki sekurang-kurangnya seorang kerusi pengerusi tadi.
Terima kasih Yang Berhormat. Undang-undang ini hanya berkuat kuasa apabila digazet. Jadi dia tidak seperti mana Yang Berhormat Batu Gajah sebut tadilah. Tidak...
Retrospektif.
Retrospektif. Jadi soal yang lepas itu lepaslah. Bukan saya kata mereka bersalah. Akan tetapi kalau Yang Berhormat satu hari jadi Pengerusi BSN, jaga-jaga. Jaga-jaga, ya. Manalah tahu Yang Berhormat pun minat juga jadi Pengerusi BSN. Jadi saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada – dari segi sumbangan BSN, satu saja. Saya rasa perlu Ahli-ahli Yang Berhormat di sini perlu menzahirkan kegembiraan kita dan kesyukuran kita dan terima kasih kita kepada BSN kerana dari segi penubuhan cawangan, BSN cukup banyak. Tempat yang orang lain tidak mahu pergi pun kita paksa BSN pergi. Di Sabah, Sarawak sehingga ada satu dasar sekarang ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cawangan yang banyak BSN. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi sambil-sambil kita menyuarakan kebimbangan sana sini, kita kena cakap terima kasih supaya pegawai BSN yang begitu ramai di sini bersemangat. Bersemangat hendak pergi Sabah pula selepas ini. Hendak pergi Sarawak, hendak tengok manakah district-district, daerah-daerah yang belum ada ini dia hendak beri. Ini kerana kalaulah ada satu-satu institusi kewangan di Malaysia kita yang sanggup berbuat demikian demi untuk rakyat adalah BSN dan Agrobank. Bagi satu tepukan. Bagi satu tepukan. [Tepuk]
[Menyampuk]
Sarawak tidak apalah. Itu serah kepada merekalah hendak undi atau tidak undi. Kita tidak ada simbol - Yang Berhormat, jangan perkecilkan isu ini sampai kita hendak pinda sini pun hendak buat pilihan raya. Jangan, Yang Berhormat. Kecil hati orang Sarawak. Hendak buka bank pun, cawangan pun hendak kena pilihan raya. Tidak ada.
Kadang-kadang begitu. Bila dekat pilihan raya, cawangan ini, perasmian sana.
Tidak ada.
Itu. Jadi be rational. Buat semua. Keadilan.
Tidak ada, Yang Berhormat. Jangan cakap macam itu. Yang Berhormat, jangan cakap macam itu. Tidak elok. Kita orang Islam, bersongkok pula. Jangan cakap macam itu. Baru balik haji pula, jangan hilang haji mabrur itu. Jangan, jangan.
Tidak. Keadilan ini biar ditunjuk. Bermakna kalau hendak buat, biar buka secara adil kepada semua.
Sebab tidak buatlah. Kita tidak buat macam itu. Saya tidak buat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mintalah jangan buat interactive discussion, Yang Berhormat.
Okey, terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat, tujukan ucapan pada saya. Dia buat discussion macam ini, Yang Berhormat sebenarnya. Jadi yang lain itu minta duduklah melainkan ada diberi ruang dan peluang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.
Terima kasih. Tadi saya tanya pasal itu, pasal tahun 1995 itu BSN buat pelaburan dalam KLIAB tadi. Yang saya sebut tadi.
KLIA apa itu?
Ada bon pembawa tanpa jaminan cagaran.
Tidak apalah. Kita buat jawapan bertulis. Terima kasih.
Sudah habis, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 — Fasal 9 - Pindaan:Bill
Tuan Pengerusi, ada pandangan sedikit terhadap seksyen 6. Minta penjelasan. Sikit saja sebelum masuk ke...
Sebenarnya kita sudah tidak boleh lagi, Yang Berhormat. Lepas inilah Yang Berhormat tanya.
Sikit saja sebab benda ini bukan perkara dasar tetapi perkara yang terperinci.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini pindaan ini ada peringkat dasarnya. Yang Berhormat boleh tanyalah.
Ini peringkat Jawatankuasa.
Tidak. Yang Berhormat, saya tahu, Yang Berhormat. Ada peringkat dasar persoalan pindaan Menteri ini. Pindaan.
Pindaan. Kalau sudah pindaan Menteri, sudah lepas.
Ya, itulah saya beritahu Yang Berhormat.
Ya. Jadi sebelum - untuk sebelum masuk pindaan Menteri itu sebab kalau tidak.
Itu sudah habis, Yang Berhormat. Itu sudah habis sebab Yang Berhormat tadi terlambat berdiri.
Minta sebab saya tunggu sebab...
Itu saya tidak boleh bagi, Yang Berhormat. Minta maaf, Yang Berhormat. Kita...
Tuan Pengerusi tidak sebut pun terbuka untuk bahas. Sepatutnya Tuan Pengerusi sebut terbuka untuk dibahas. Saya tunggu ungkapan itu baru saya hendak bangun. Tiba-tiba Tuan Pengerusi tidak sebut. Jadi saya tidak bangun. Sebab biasanya, biasanya terbuka untuk dibahas. Jadi saya memang tunggu. Prepare, I’m prepared. Saya tunggu. Sikit saja, sikit saja. Tidak kurang daripada empat orang pengarah ini sebab kalau dengan pindaan ini sebelumnya ialah tidak lebih daripada empat orang. Untuk yang akan datang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak kurang daripada empat orang. Bermakna minimumnya empat orang tetapi maksimumnya berapa? Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Maksimum itu ditentukan oleh Menteri. Menteri yang boleh melantik. Tidak ada masalah. Cuma yang minimum itu penting. Janganlah ada dua orang sahaja jadi ahli pengarah, yang dahulunya empat tidak lebih. Jadi sekarang, dalam suasana sekarang, sumbangan ahli lembaga pengarah itu penting. Jadi tidak boleh lagi hendak main sama-sama sendiri dua tiga orang yang menentukan. Jadi sekarang kita buka supaya lebih daripada empat. Jumlah sebenarnya ditentukanlah.
Akan tetapi di bawah aplikasi kewangan ini, rang undang-undang ini tidak akan melibatkan apa-apa perbelanjaan awam tambahan akan tetapi kalau board of director itu sampai 20 orang, 15 orang dia melibatkan implikasi kewangan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Itu tidak ada masalah. Bukannya bayar gaji eksekutif pun, ya. Elaun meeting apa sahaja. Saya tidak ada masalah itu. Tidak ada masalah. Jangan. Saya menerima soalan Yang Berhormat tetapi ia tidak menimbulkan masalah. Terima kasih. Bahkan ini adalah pindaan yang lebih baik daripada dahulunya.
Baik, Yang Berhormat. Sudah disebut di fasal 9 (pindaan) oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi? Sudah? Sudah sebut?
Sudah, sudah.
Saya, saya.
Tunggu, tunggu Yang Berhormat. Saya hendak beri jawapan kepada Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Kuala Kedah. Duduk, Yang Berhormat. Saya tadi dengan ihsan saya memberi peluang Yang Berhormat menjawab. Jadi kalau duduk dalam Dewan, kena waspada sedikit, Yang Berhormat. Sebenarnya, kebiasaannya amalan Parlimen ini 20 tahun yang saya ketahui, Yang Berhormat. Apabila dibaca fasal-fasal ini, tidak ada menyebut untuk dibahas, Yang Berhormat.
[Bangun]
Yang Berhormat, tidak payah, Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak cari cara hendak argue. Tidak payahlah Yang Berhormat. Kalau tempat-tempat lain, memang dia - memang saya sudah duduk 20 tahun, Yang Berhormat. Saya tahu. Jadi kalau Yang Berhormat tidak setuju dengan pandangan saya ini, Yang Berhormat tidak payah ikutlah. Itu yang pasal Yang Berhormat. Akan tetapi saya beritahu amalan di Dewan ini memang macam itu.
Saya akan cari fakta untuk memberikan pandangan kepada Tuan Pengerusi selepas ini.
Satu fakta yang Yang Berhormat jawab itu belum menentukan apa yang kata saya itu tidak betul sebab saya kata 20 tahun. Carilah fakta dalam masa 20 tahun itu nanti. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon mencadangkan bahawa fasal 9 dipinda dengan menggubah keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib yang diperuntukkan dalam seksyen baru 14B.
Lembaga Rayuan Tatatertib yang diperuntukkan dalam seksyen baru 14C. Pindaan berkenaan dalam fasal 9 ialah, dalam seksyen baru 14B yang dimasukkan melalui fasal 9 menggantikan ‘subseksyen 2’ dengan ‘subseksyen baru’ yang berbunyi seperti berikut: “(2) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib: (a) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apabila bilangan ahli lembaga pengarah selain pengerusi atau bilangan pegawai atau apa-apa kombinasi ahli lembaga pengarah dan pegawai; dan (b) pegawai yang menjadi anggota Jawatankuasa Tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang ke atasnya Jawatankuasa Tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.” Dalam subseksyen baru 14C yang dimasukkan melalui fasal 9 gantian ‘subseksyen 1’ dengan subseksyen yang berikut. Subseksyen baru berbunyi: “(1) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Pengerusi yang hendaklah menjadi Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan (b) dua orang anggota lain yang boleh terdiri daripada ahli lembaga pengarah, pegawai atau apa-apa kombinasi ahli lembaga pengarah dan pegawai yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bagi maksud rayuan itu dengan syarat bahawa ahli lembaga pengarah ataupun pegawai itu bukan anggota Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya menjadi hal perkara rayuan itu dan pegawai itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang membuat rayuan itu.” Terima kasih.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Saya bagi lima minit seorang bercakap Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masih lagi hendak bertanya di bawah fasal 9 seksyen-seksyen baru seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sekejap tadi berkenaan dengan
kedudukan takrifan orang-orang atau pegawai atau pekerja bank yang mana-mana ataupun pernah menduduki kerusi ataupun terlibat dengan Bank Simpanan Nasional. Saya mohon di bawah perkara 8 fasal 9, saya hendak tahu sama ada kedudukan pengerusi itu termasuk atau tidak. Satu perkara yang agak tidak mudah tetapi saya rasa ini adalah satu keperluan untuk saya tahu sebagai wakil yang dipilih mewakili Indera Mahkota. Saya hendak tahu adakah kedudukan ini termasuk atau tidak dan sama juga dengan beberapa cadangan lain bawah B dan C yang juga ada menyebut bahawa antara tujuannya juga untuk mengehadkan wakil daripada Bank Negara Malaysia dalam kedudukan atau anggota yang dilantik di bawah Lembaga Rayuan Tatatertib ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang pengerusi bank akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib bahkan pengerusi tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Tatatertib. Dia hanya boleh menjadi pengerusi rayuan supaya ini kembali kepada konsep adil tadi. Kita hendak supaya jangan umpamanya seseorang yang menjadi Ahli Lembaga Tatatertib itu merupakan orang-orang yang di kalangan pegawai sahaja. Oleh sebab itu dibuka kepada lembaga pengarah. Akan tetapi kalau rayuan, kalau Lembaga Tatatertib itu juga diduduki oleh pengerusi maka hendak rayu kepada siapa? Jawatankuasa manakah lagi yang lebih tinggi dan boleh dipengerusikan oleh pengerusi. Jadi sebab itu pengerusi ini dikecualikan bahkan dalam peruntukan pertama dia tidak boleh jadi pun dalam Lembaga Tatatertib. Dia hanya berada dalam Lembaga Rayuan supaya tidak timbul keraguan lagi supaya ada prinsip-prinsip keadilan yang dibuat.
Adakah ini bermakna Timbalan Menteri sekiranya kedudukan pengerusi itu hendak dirujuk di bawah Jawatankuasa Lembaga Rayuan Tatatertib ini maksudnya kena ada satu penubuhan jawatankuasa lain yang selain diletakkan di bawah fasal 9, seksyen 14A, B dan C ini. Maka kena tubuhkan jawatankuasa lain. Adakah itu maksud Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sebenarnya pengerusi ini bukannya kakitangan. Jadi pengerusi ini hanya lembaga pengarah dilantik dengan kuasa- kuasa menteri. Jadi kalau kita hendak ambil tindakan kepada dia, tidak boleh bank yang mengambil tindakan kepada dia, kena orang lain. Menteri yang melantik dia boleh membuang dia, tidak ada masalah. Tidak perlu Lembaga Tatatertib pun. Menteri boleh ambil tindakan kalau betul-betul yang sudah diadu itu mempunyai asas, jadi buang sahajalah, tidak ada masalah. Jangan pula diletakkan pengerusi kena masuk Lembaga Tatatertib, bank. Tadi CEO saya kata tidak payah kena surcaj kalau sudah buat kesilapan buang sahajalah. Malu dia hendak kena surcaj. Begitu juga pengerusi. Pengerusi mana yang hendak pergi go through to the tatatertib, baik dia berhenti sahaja ataupun Menteri minta dia berhenti. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Fasal 9 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang-undang. Fasal-fasal 10 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang-undang.
Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya fasal-fasal selain daripada fasal 9, yang lain itu tidak ada langsung huraiannya. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu mencadangkan bahawa satu ralat tambahan hendak diedarkan pada Ahli-ahli Dewan sebab tidak ada huraian tentang fasal-fasal. Selain daripada fasal 1 sehingga 9 sahaja dalam kertas edaran rang undang-undang ini, kalau kita perhatikan di muka surat 9 yang ada huraian fasal 1 sehingga fasal 9 sahaja.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya boleh cuba beri jawapanlah. Biasanya huraian itu kalau perkaranya tidaklah begitu jelas. Fasal 10 ada sebut pindaan seksyen 35 fasal 10. Subseksyen 35.2 akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan ‘pengurus besar’ dengan perkataan ‘ketua eksekutif’. Takkan itu pun hendak dihuraikan.
Bukan, maksud saya inikan ada aturan kertas statute yang diedarkan dalam bentuk rang undang-undang. Biasanya ini adalah amalan Dewan yang kebiasaannya kalau pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ini adalah satu peraturan yang kementerian Yang Berhormat wujudkan untuk rang undang-undang ini kita terima. Akan tetapi pada pandangan saya kalau Yang Berhormat kata benda yang mudah adalah lebih mudah kalau masukan huraian itu dalam satu atau dua perkataan lagi baik. Itu melengkapkan adat kita dalam membentangkan rang undang-undang. Tidak begitu?
Baik Yang Berhormat.
Saya tidak hendak berdialog. Saya hendak tunggu bagi peluang.
Saya jelaskan sedikit Yang Berhormat.
Parlimen Malaysia ini mewarisi amalan daripada Westminster punya Parlimen iaitu Parlimen England. Sebelum 1688, Parlimen England tidak mempunyai perkara-perkara ini dan kalau ada pun dia boleh dirujuk di mana-mana. Apabila undang-undang bill of right diluluskan pada tahun 1688 dan ditandatangani oleh Raja England pada 1689, dihalangkan mana-mana butiran dalam rang undang-undang itu dirujuk di mana-mana termasuk mahkamah.
Jadi apabila satu kes, saya pendekkan cerita, 1993 - bernama Hart n Pepper, House of Lords membuat keputusan, bahawa butiran di belakang itu, speech menteri boleh dirujuk mencari intention, Parlimen meluluskan rang undang-undang. Jadi dalam itu ada ciri-ciri menunjukkan bahawa, butiran ini tidak perlu meliputi semua seksyen undang-undang, kerana kalau dia meliputi semua undang-undang, kalau undang-undang itu mempunyai 500 seksyen, 500 - tetapi
dia tidak sedemikian. Amalan dia Yang Berhormat. Jadi begitulah amalan yang kita buat di sini.
Terima kasih. Terima kasih.
Tidak pernah pun menjadi pertelingkahan ataupun persoalan, jadi ini jawapan dia Yang Berhormat ya.
Pun begitu Tuan Pengerusi, dengan hormatnya saya terima. Cuma saya hendak jelaskan, kalau Yang Berhormat baca huraian 9, apa-apa pindaan yang tidak disebut secara khusus dalam huraian ini adalah pindaan kecil atau berbangkit, consequential itu disebut pun. Cuma tidak disebut secara prinsip. Ada pula Huraian 9 yang menyebut bahawa ini adalah consequential. Jadi dengan apa yang dijelas oleh Tuan Pengerusi itu saya rasa, saya lebih daripada puas hati. Cantiklah, terima kasih.
Saya sudah baca fasal 10 dan 11 jadi sebahagian daripada rang undang-undang Yang Berhormat. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG FI (JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan Meteorologi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1973 sehingga 31 Disember 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, mohon untuk saya memberikan sedikit latar belakang berkaitan kewujudan Jabatan Meteorologi Malaysia. Pencerapan tekanan udara, suhu dan hujan telah mula dibuat pada tahun 1883 di Melaka dan Pulau Pinang oleh Jabatan Kesihatan. Di antara 1906 – 1926 Stesen Kaji Cuaca didirikan di hospital-hospital di dalam Persekutuan Tanah Melayu bertujuan untuk menjalankan penyerapan secara separuh rutin. Pada tahun 1924 Jabatan muzium telah mengambil alih fungsi pencerapan cuaca dan 1927 Jabatan Ukur pula yang menjalankan fungsi ini. Tuan Yang di-Pertua pada tahun 1946 Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaya telah ditubuhkan secara rasmi di Singapura. Pada tahun 1965 dengan terpisahnya Singapura dengan Malaysia Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Pada 1984 Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia telah
dipindahkan ke Kementerian Sains dan Teknologi Alam Sekitar yang kini dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Nama Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia telah ditukarkan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia atau singkatannya JMM pada tahun 2005, selaras dengan peranan luas yang dimainkan oleh Jabatan ini. Tuan Yang di-Pertua, Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia ataupun PKM, nama jabatan pada masa itu, mula mengutip fi perkhidmatan dan penerbitan mengikut warta Kerajaan Persekutuan No. 4623 yang diwartakan pada 21 Disember 1972 dan berkuat kuasa pada 1 Januari 1973. Pertukaran nama ke jabatan baru, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) terus mengutip fi perkhidmatan dan penerbitan tersebut mulai tahun 2005. Tuan Yang di-Pertua, kadar fi untuk perkhidmatan dan pembekalan penerbitan meteorologi telah disediakan berasaskan pemungutan semula kos perbelanjaan ataupun kos recovery, dengan izin yang termasuk peratusan gaji perkhidmatan dan perbelanjaan pentadbiran. Fi yang dikenakan dikaji dari semasa ke semasa dan kajian yang terakhir adalah dibuat pada tahun 1997. Pada tahun 2007, JMM memulakan satu lagi proses untuk mengkaji semula fi dan mewartakan jadual fi perkhidmatan dan penerbitan selaras dengan keperluan semasa. Pada masa yang sama JMM, sememangnya sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan meteorologi dan geofizik yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan meteorologi yang dikenakan caj adalah seperti berikut:- (i) Perkhidmatan Ramalan Cuaca – ramalan dan amaran cuaca untuk operasi komersial. Pelanggan yang terlibat termasuklah syarikat minyak, kilang, syarikat pembinaan, syarikat tenaga dan Sepang International Circuit; (ii) Perkhidmatan Meteorologi Marin - ramalan dan amaran cuaca buruk marin untuk operasi komersial di laut seperti perkapalan, perikanan dan cari gali. Pelanggan yang terlibat antaranya ialah Petronas, syarikat perkapalan dan nelayan; (iii) Perkhidmatan Data, Kaji Iklim, Meteorologi Alam Sekitar dan Seismologi, maklumat data cuaca termasuk cerapan radar dan satelit iklim dan seismologi untuk pelbagai aktiviti am, perancangan, analisa dan penyelidikan. Pelanggan yang terlibat adalah terdiri daripada syarikat- syarikat pembinaan, pertanian, juru runding, perundangan dan industri insurans; (iv) Penerbitan Meteorologi - penerbitan yang diterbitkan jabatan ialah seperti Ringkasan Tahunan Pemerhatian Meteorologi, Ringkasan Bulanan Pemerhatian Meteorologi, Ringkasan Bulanan Pencerapan Meteorologi Marin, Ringkasan Iklim Tahunan, Laporan Seismologi Tahunan dan Ringkasan Kualiti Udara Tahunan. Pelanggan yang terlibat adalah terdiri daripada syarikat dan perunding swasta, agensi kerajaan, perpustakaan dan pusat pengajian tinggi.
Kutipan hasil daripada pembekalan perkhidmatan ramalan cuaca, data dan penerbitan meteorologi untuk tahun 1999 – 2009 didapati meningkat selaras dengan peningkatan perkhidmatan yang diberikan, antaranya ialah perkhidmatan ramalan cuaca marin yang dibekalkan kepada syarikat cari gali petroleum mulai tahun 2005. Pada tahun 2009, jabatan telah memungut sejumlah RM924,000. Walaupun jabatan mengutip fi berasaskan warta Kerajaan Persekutuan yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1973, namun fi yang dikenakan dan dipungut tidak diwartakan di bawah Akta Fi 1951, melalui satu perintah fi yang sepatutnya dibuat dan dijadikan berkuat kuasa mulai 1 Januari 1973, maka kerajaan berhasrat dan membuat satu Akta Fi (Pengesahan) bagi mengesahkan segala kutipan fi yang telah dibuat dalam tempoh tersebut iaitu 1 Januari 1973 – 1 Disember 2009.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang telah diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: (i) Pembatalan warta Kerajaan Persekutuan No. 4623. Warta Kerajaan Persekutuan No. 4623 dibatalkan mulai 1 Januari 2010. Melalui warta Kerajaan Persekutuan P.W No. 26365/2009 yang diwartakan pada 31 Disember 2009; (ii) Perintah Fi (Perkhidmatan dan Penerbitan) Jabatan Meteorologi Malaysia 2010 di bawah Akta Fi 1951 (Akta 209) berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 melalui warta kerajaan, Seri Paduka Baginda [P.U. (A) 1/2010]) yang telah diwartakan pada 1 Januari 2010. Perintah fi ini juga telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 15 Mac 2010. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010 ini bertujuan untuk mengesahkan pungutan fi yang telah dikenakan dan dipungut berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi dalam tempoh mulai 1 Januari 1973 iaitu dari hari fi mula dipungut hingga 31 Disember 2009 iaitu hari sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Perintah Fi (Perkhidmatan dan Penerbitan) Jabatan Meteorologi Malaysia 2010, [P.U. (A) 1/2010]). Fi itu telah dibayar dan dipungut oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia mulai 1 Januari 1973 sehingga 12 April 2005 dan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia mulai 13 April 2005 sehingga 31 Disember 2009 seperti mana yang dikehendaki di bawah Akta Fi 1951. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengesahkan pungutan fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia selama tempoh 1 Januari 1973 hingga 31 Disember 2009 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas mukadimah berkaitan dengan Jabatan Meteorologi yang begitu baik sekali. Saya ingin merujuk sedikit kepada wawasan jabatan menjadikan pusat meteorologi bertaraf dunia yang membekalkan perkhidmatan cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa. Di dalam objektif Jabatan Meteorologi ini, di bawah perkara yang pertama iaitu membekalkan perkhidmatan meteorologi dan seismologi untuk keselamatan dan kecekapan operasi di udara, darat dan laut, ketenteraan, keselamatan dalam negara seperti pengurusan bencana alam, ancaman perubahan iklim, cuaca melampau, gempa bumi dan tsunami. Ini di antara perkara-perkara yang terkandung di dalam Jabatan Meteorologi tetapi saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Menteri tentang isu banjir yang berlaku di negeri Kedah ini. Pada saya, amat malang sekali kerana Jabatan Meteorologi gagal untuk memberikan maklumat-maklumat awal dalam kajian mereka. Mungkin disebut ini soal bencana atau musibah. Kita boleh sebutlah musibah ini datangnya daripada Allah SWT. Kalaulah Allah timpakan musibah, maka kita sebut... [Membaca potongan ayat Al-Quran] Boleh kita sebut tetapi peranan Jabatan Meteorologi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di awal mukadimah tentang pindaan akta ini memberikan impak kerana bencana alam ini, kesan kehilangan nyawa dan juga harta benda melibatkan jutaan ringgit. Kalaulah selepas berlaku peristiwa tsunami, berlaku satu anjakan kepada Jabatan Meteorologi ataupun di peringkat antarabangsa untuk mencipta alat-alat pengesanan awal tsunami dan ada sistem-sistem tetapi banjir ini Yang Berhormat Menteri, berlaku hampir setiap tahun di negara kita, di negeri Kelantan, di negeri Terengganu, di Pahang dan di negeri Kedah ini 100 tahun tidak berlaku banjir, tiba-tiba kali ini berlaku banjir yang begitu mengejutkan. Bandar raya Alor Setar tidak pernah dilimpahi banjir, tiba-tiba naik banjir dan sebagainya. Ini di antara perkara-perkara yang menunjukkan bahawa maklumat awal daripada Jabatan Meteorologi gagal untuk mengesan, sedangkan kita dapati terdapat banyak alat teknologi terkini yang dikatakan boleh memberikan indicator awal supaya kita boleh dapat mengelakkan kerosakan akibat daripada bencana ini. Ini adalah di antara perkara-perkaranya. Adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai sebab kerana apa yang disebut dalam wawasan tadi hubungan di peringkat antarabangsa sedangkan kita ketahui banjir yang berlaku sebahagiannya adalah limpahan air dari negara Thailand. Untuk air itu turun dari negara Thailand memakan masa sampai dua, tiga hari tetapi pihak Jabatan Meteorologi gagal untuk memberikan maklumat- maklumat awal supaya kita dapat mengelakkan bencana ini berlaku secara lebih mudah untuk kita atasi dengan itu. Jadi, sekadar itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya, Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil bahagian untuk membahaskan satu akta untuk mengesahkan tentang fi berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan dan penerbitan meteorologi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk tempoh dekat-dekat 30 tahun lebih, 36 tahun jangka masanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang untuk mengemukakan perbahasan ini bukan atas tajuk meteorologi tetapi atas fi sebab meteorologi ini saya tidak faham apa pun.
Memang pun, Yang Berhormat. Memang kita cerita fi sahaja di sini, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengingatkan saya. Jadi, oleh kerana itu saya hendak bermula dengan pandangan dan semakan saya, fi ini kita hendak pungut daripada mana-mana agensi atau orang perseorangan ataupun syarikat atau mana-mana badan yang telah mendapat manfaat atau menggunakan khidmat Jabatan Meteorologi Malaysia sepanjang tempoh 36 tahun ini untuk kita dapatkan semula. Adakah pertimbangan kita melihat ada suatu kerugian yang besar kepada kerajaan ataupun kepada kementerian selama hari ini terdapat satu bentuk hasil yang tertinggal atau tidak dapat dikembalikan atau dipulihkan peluangnya untuk pihak kerajaan atau pihak kementerian untuk kita raih? Sekiranya ada, saya hendak tahu apakah bentuk yang rasanya mendatangkan hasil kepada kita. Kalau setakat fi RM100 atau RM200, saya rasa tidak payahlah. Mungkin mustahaknya menghidupkan rang undang-undang ini kerana kita ada satu frasa masa atau satu tempoh masa yang sekiranya kita tidak pungut, kita mendapat kerugian yang amat besar dan sekiranya perkara ini berlaku, saya rasakan sudah tiba masanya kepada Kerajaan Malaysia melihat bukan sahaja dalam bidang-bidang meteorologi, fi ini juga banyak kepada bidang- bidang lain yang telah barangkali kita juga terlupa atau terlepas pandang, sepatutnya ia merupakan satu hasil kepada negara dan kita tidak berjaya dan kita cuba hidupkan. Saya harap ini akan jadi satu permulaan untuk kerajaan atau pemerintah untuk menghidupkan balik peluang-peluang kita untuk meraih semula revenue ataupun hasil yang tertinggal. Saya fikir dan saya bayangkan banyak aktiviti yang kita boleh raih dari sudut pengenaan bidang fi ini, terutama sudah tentulah dalam bidang meteorologi kerana bidang ini tidak ramai atau kepakarannya tidak banyak dikuasai oleh rakyat Malaysia dan saya rasa selepas daripada ini akan bertambah lagilah rakyat Malaysia dari segi syarikat ataupun perseorangan ataupun badan- badan yang munasabah untuk membina kekuatan dan pengetahuan dalam bidang ini kerana ada fi yang kita iktiraf.
Saya ingat dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, ada disebut tentang kerajaan mengiktiraf bayaran-bayaran fi yang dipungut dalam satu tempoh masa yang tertentu dan sudah tentu fi ini juga merupakan satu bayaran atau satu kenaan yang boleh kita ambil dan kita bayar. Maksudnya ada satu transaksi yang agak kita munasabah untuk kita lihat dalam bidang ini. Saya mengharapkan sepanjang tempoh 36 tahun ini, ada satu perkara atau banyak perkara yang signifikan yang cuba kita hendak pungut semula. Lanjutan daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sementara kita berbahas tentang rang undang-undang ini, adakah kementerian Yang Berhormat sedar ataupun meneliti – setahu ataupun seingat saya, ada satu peraturan untuk menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kewangan di bawah undang-undang kewangan kita – baik undang-undang cukai, undang- undang perintah am dalam peraturan aturan kewangan dan sebagainya, yang mensyaratkan setiap warganegara Malaysia sama ada agensi ataupun perniagaan
atau perbadanan hendaklah menyimpan rekod kewangan masing-masing untuk tahun kewangan sepanjang atau selama enam tahun sahaja. Jadi, adakah dengan kita mencadangkan satu tempoh asas yang begitu panjang ini – 36 tahun ini, adakah kekesanannya dilihat atau hanya nanti akan jadi perdebatan dari sudut aplikasi undang-undang atau kesahihan undang-undang sahaja kerana tuntutan yang disyaratkan dalam kedudukan kewangan adalah menyimpan rekod sepanjang enam tahun tempoh kewangan. Bermakna, sekiranya ada ataupun sekiranya gagal dilakukan simpanan atau menyimpan rekod selebih daripada enam tahun, ia tidak lagi menjadi kesalahan. Adalah menjadi satu kerugian dan satu perkara yang melucukan kerana kita cuba untuk meraih ataupun menghidupkan semula peluang kerajaan mendapat hasil dalam tempoh berkenaan – 26 tahun, sedangkan undang-undang pengurusan kewangan hanya mensyaratkan dan mengehadkan patuhnya seseorang itu atau perbadanan atau undang-undang perniagaan itu menyimpan rekod selama hanya enam tahun. Jadi kalau begitu, maksudnya adalah tidak perlu kita meletakkan satu jangka masa yang begitu panjang untuk mensyaratkan. Saya yakin, atas urusan itu, sudah tentu undang-undang ini harus diguna pakai kerana untuk mensyaratkan ataupun memastikan bahawa simpanan-simpanan rekod yang berkaitan dengan kedudukan kewangan dan sebagainya untuk disimpan – kerana itulah asas utama kepada pihak kementerian atau pihak kerajaan atau kementerian Yang Berhormat untuk meneliti tempoh di mana sahnya sesuatu fi itu hendak dipungut atau hendak dihidupkan peluang menghasilkan hasil kepada kerajaan. Ataupun sekiranya perkara itu tidak diteliti, maka barangkali kedudukan kita dalam menghidupkan rang undang-undang atau memastikan rang undang- undang ini diluluskan – tidak menyatakan apa-apa tentang implikasi kewangan. Jadi sekiranya tidak ada satu hasil atau satu manfaat dalam bentuk revenue atau kewangan kepada pihak kerajaan, apa kepentingannya kita mencadangkan rang undang-undang yang begitu besar atau begitu lama tempoh bidang yang hendak kita selamatkan hasil yang tertinggal itu? Jadi dari sudut itu, saya rasa akta fi ini buat pertama kalinya saya sebut awal-awal, saya juga menyokong kerana atas premis kita hendak mendapatkan hasil yang tertinggal dari pihak kerajaan yang terlupa dipungut. Bukan itu sahaja, saya harap dalam kedudukan ini, kita juga harus menghidupkan peluang untuk mengenakan denda atau mengenakan kenaan penalti terhadap mana-mana hasil yang telah terlupa kita pungut selama hari ini, apatah lagi kalau sekiranya betul hendak dipungut dalam masa 20 tahun ke belakang yang sudah tentu nilainya tidak sama tara dengan kedudukan semasa. Sebagai contohnya, ada satu fi untuk cerapan anak bulan yang tertinggal kita pungut daripada syarikat A pada 10 tahun yang lalu – sebagai contohnya. Nilai fi hendak dipungut itu hanya RM100 pada kadar tahun itu dan kalau hendak dipungut pada tahun 2011 akan datang atau tahun hadapan, sudah tentu nilai RM100 sama sekali tidak ada manfaatnya untuk dipungut melalui sistem ataupun kaedah ini selepas 10 tahun. Jadi, apakah kaedah itu diambil kira – mengambil kedudukan nilai semasa sesuatu khidmat itu ataupun fi yang hendak dipungut itu? Saya hendak tekankan, sekiranya kita menegaskan ada unsur-unsur itu, sudah tentu unsur pengenaan penalti dan unsur pengenaan caj-caj tertentu sebagaimana amalan biasa apabila kita hendak memungut hasil yang tidak dapat dipungut untuk jangka masa kos sejarah yang lepas dan elemen itulah menjadi kepentingan bagaimana kita hendak menghidupkan peluang untuk mendapatkan semula hasil yang tertinggal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebagai respons kepada Yang Berhormat Kuala Kedah, sebenarnya soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah ada satu persoalan ditimbulkan di Parlimen yang telah saya jawab. Saya kira mungkin dua tiga minggu yang lepas – sebelum berlakunya banjir di Kedah pun. Saya ingat waktu itu soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tangga Batu menanyakan berlakunya bencana di Filipina adakah akan menyebabkan berlakunya bencana yang serupa di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah juga, amaran awal mengenai hujan lebat ataupun lekukan tropika telah dikeluarkan untuk Kedah. Amaran tersebut telah dikeluarkan lima hari lebih awal daripada sebelum berlakunya kejadian tersebut. Maklumat masa juga telah dikemas kini sepanjang kejadian hujan lebat berlaku. Untuk makluman kita semua dan untuk peringatan Yang Berhormat Kuala Kedah juga, sebenarnya berkaitan amaran-amaran bencana di Malaysia bagi kejadian banjir dan kemarau, bidang kuasa untuk memberi amaran adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Berkaitan dengan jerebu, juga di bawah Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kalau melibatkan tanah runtuh, ia di bawah Jabatan Kerja Raya iaitu Kementerian Kerja Raya dan amaran-amaran akan dikeluarkan dan diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara. Jabatan Meteorologi bertanggungjawab mengeluarkan amaran awal berkaitan amaran hujan lebat, ribut petir, taufan dan angin kencang, laut bergelora, gempa bumi dan tsunami. Untuk itu, saya kira – saya ingin mengingatkan untuk kita semua bahawa diramalkan bagi sepanjang tahun ini, untuk cuaca sehingga Februari 2011, akan berlaku perubahan iklim kerana masih berlaku fenomena La Nina yang aktif di kawasan Pasifik tengah dan barat. Ini menyebabkan keadaan kita di Malaysia dan juga Indonesia yang kemungkinan akan berlaku cuaca yang tidak menentu dan banjir masih boleh berlaku sehingga first quarter dengan izin, tahun depan. Jadi kita masih berjaga-jaga dan saya ingin mengingatkan kita semua untuk bersiap sedia terutamanya di kawasan pantai barat, pantai timur, Sabah dan Sarawak kawasan yang kekerapan banjir – masih dijangkakan akan berlaku banjir di kawasan-kawasan ini. Bagi menjawab Yang Berhormat Indera Mahkota, sebenarnya rang undang-undang yang kita perkenalkan bukan bertujuan untuk kita mengutip tetapi lebih untuk mengesahkan apa yang telah kita kutip semenjak tahun 1973 dahulu. Disebabkan ada berlaku beberapa permasalahan – sebab kutipan ini mesti dilaksanakan di bawah perundangan. Dahulunya bila dilakukan, ia dilakukan di bawah warta tetapi bila didapati kekhilafan, maka diperkenalkan akta fi dan sepatutnya kita mesti diluluskan di Parlimen ini.
Akta Fi sudah diluluskan, tetapi kutipan awal adalah melalui warta. Sebab itu kita hendak mengesahkan segala kutipan yang telah dibuat semenjak tahun 1973 sehinggalah Akta Fi diperkenalkan sebab itu pengesahan ini dilakukan. Bukannya untuk kita kutip baru tetapi lebih kepada pengesahan ataupun validation kepada apa yang telah kita kutip selama ini yang dilakukan di bawah warta. Akan
tetapi disebabkan tiada diluluskan di bawah Parlimen ini, maka dibawa kembali untuk kita mendapat kelulusan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah seorang yang sangat jujur dan berterus terang. Saya menjangkakan Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi jawapan yang saya tidak tahu atau sukar untuk saya faham. Akan tetapi memang saya dapat maklumat dan kefahaman secara mudah dan berterus terang. Cuma pada pandangan saya sekiranya yang kita hendak jalankan sekarang untuk mengesahkan sahaja, mungkin akan ada pada pandangan Yang Berhormat timbulnya mungkin masalah dari segi perundangan. Ataupun mungkin pihak yang telah membayar fees dan sebagainya itu melihat ada unsur kekhilafan dari segi kita mengenakan kutipan fees pada mereka. Saya tidak bermaksud untuk memanjangkan perkara itu cuma untuk interest saya sendiri dengan izin, berapakah jumlah Yang Berhormat maksudkan itu? Terima kasih.
Sebenarnya keseluruhan fi yang telah kita kutip semenjak tahun 1997 sehingga tahun 2009 sahaja. Saya mengambil maklumat dari tahun 1997 sehingga tahun 2009. Jumlahnya ialah RM4,754,231 - jumlah yang kecil. Mengapa hanya tahun 1997 diambil kira disebabkan sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi juga. Di mana ada peraturan pekeliling dari Kementerian Kewangan mengatakan kita hanya menyimpan rekod, diwajibkan menyimpan rekod untuk tujuh tahun. Selepas tujuh tahun maka boleh dihapuskan. Jadi apabila dihapuskan, maka tiadalah rekod sebelum tahun 1997, yang kita ada hanyalah tahun 1997. Jadi kalau kita tidak sahkan, kita hendak kembalikan wang pun akan timbul masalah. Pertama, kita tiada rekod. Kedua, kalau ada rekod pun ada syarikat yang tidak wujud lagi. Sebab itu cara yang terbaik ialah kita bawa balik kepada Parlimen untuk mendapat pengesahan kepada Parlimen, apa-apa yang dikutip di bawah warta kerajaan yang telah diwartakan dahulu, yang dianggap pada waktu itu adalah prosedur yang betul dan sah maka dikutipkan hasil-hasil tersebut. Itu adalah kedudukan yang sebenarnya, Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak tanya dari segi ini sahaja. Adakah pihak yang terlibat itu melibatkan kedudukan di dalam negara kita ataupun ada yang melibatkan kepentingan asing, setakat tempoh tahun 1979 sehingga sekarang ini Yang Berhormat? Terima kasih.
Apa yang ada pada saya ini sebenarnya, saya katakan tadi lebih kepada tempatan. Saya tidak ada pula maklumat sama ada, adakah kita mempunyai kutipan dari luar. Akan tetapi apa yang kita lakukan, kalau kita sahkan akta ini maknanya apa-apa kita lakukan akan disahkan di bawah perundangan. Jadi ini yang kita perlukan Yang Berhormat Indera Mahkota. Bagi persoalan mengapa kita tidak lanjutkan untuk tempoh. Mengapa tujuh tahun. Ini ada berkaitan dengan akta - what you call... minta izin Tuan Yang di-Pertua, Limitation Act. Sebab kalau Akta Kontrak ini – services, saya kira di bawah Limitation Act tempoh hayatnya ialah enam tahun untuk kita tuntut. Selepas enam tahun - sebab itu dalam peraturan pun kita simpankan semua fail selama tujuh tahun. Selepas itu ia dikira limited ataupun barred di bawah undang-undang untuk mana-mana pihak. Jadi maklumat terkini saya dapat kutipan hanya dalam negeri, tiada di luar negara.
Terakhir, saya hendak tanya soalan yang pertama sekali saya tanya. Kalau begitu, kenapa ataupun apakah keperluan
akta ini dibawa - menyebut 1 Januari 1973 sehingga 31 Disember 2009? Kenapa perlu diletakkan tempoh masa? Maknanya selepas hari ini, adakah perkara ini tidak boleh diguna pakai lagi ataupun sebagainya?
Dalam pendahuluan apabila saya memperkenalkan tadi, saya mengatakan bahawa pada 1 Januari 2010 telah diperkenalkan Akta Fi. Apabila Akta Fi ini sudah diperkenalkan dan diluluskan dalam Dewan ini, maka mulai 1 Januari 2010 segala fi akan dikutip di bawah Akta Fi 2010 tersebut. Sebab itu kita hanya mengesahkan sehingga bulan Disember 2009. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG FI (JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 dan 2:Bill
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk sedikit kepada seksyen 2(2) - lanjutan daripada sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota tadi iaitu; “(2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta ini boleh dibuat.” Bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekiranya terlebih pungutan fi itu? Adakah pihak syarikat berkenaan boleh membawa perkara ini ke mahkamah? Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan di bawah seksyen 2(2), bermakna syarikat itu tidak akan mendapat pembelaan sama sekali. Begitu juga sebaliknya kalau pengurangan fi yang dipungut oleh pihak kerajaan, bermakna kalau bawa itu menguntungkan syarikat. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat, adakah tentang fi ini nampaknya macam jabatan ini terlalu kebal untuk didakwa di mahkamah? Sekiranya jumlah itu sedikit tidak mengapa, tetapi kalau jumlah itu melibatkan puluhan ribu jadi merugikan syarikat. Bagaimana kalau company itu atau individu itu yang dikenakan fi membawa tuntutan itu ke mahkamah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Itu bukanlah tujuan apa yang terkandung di dalam rang undang-undang
ini. Seksyen 2(2) bertujuan - sebab itu yang saya katakan tadi. Tujuan akta ini atau rang undang-undang ini ialah untuk pengesahan.
Maknanya bila kita sahkan, mesti ada dari segi teknikal perundangannya. Kita mesti ada peruntukan subseksyen 2 untuk menyatakan bahawa apa-apa berkaitan dengan fi yang telah dituntut sebelum ini, di bawah warta kerajaan yang digazet sebelum ini, dikira sah. Itu sahaja tujuannya. Kalau misalnya sebab fees, kadar fees yang telah ditetapkan ia ada jadual, ada fix rate. Kadar tetap yang telah dipublish dan mereka tahu beberapa setiap kali mereka memerlukan sesuatu khidmat nasihat daripada ‘meteorologist’ kadar yurannya ditetapkan. Maka tidak akan berlaku kelebihan daripada kadar yang apa dicajkan sebabnya ialah telah digazetkan. Dia tahu kalau dia hendak publication misalnya kalau dikenakan yuran RM100, RM100 lah dia bayar. Tidakkan boleh dibayar lebih daripada itu. Jadi tujuan subseksyen 2 ini ialah lebih untuk procedures dari segi technicalities perundangan. Itu sahaja untuk mengesahkan bahawa apa-apa yang dikutip di bawah warta dulu maka ianya tidak boleh dituntut kembali sebab sudah disahkan melalui undang-undang ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010Bill
Sila Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan peraturan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, pentadbiran sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans. Di bawah akta ini dan perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sejak berlakunya krisis kewangan global, barang- barang pengawal seliaan di seluruh dunia telah mengkaji semula sistem perundangan masing-masing untuk memastikan mereka mempunyai kuasa yang mencukupi dan dapat bertindak dengan pantas dalam menangani krisis kewangan serta memantapkan kestabilan sistem kewangan negara. Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005, Akta PIDM 2005 telah dikaji semula secara komprehensif agar sejajar dengan perkembangan antarabangsa.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah mengambil kira kedudukannya sebagai penginsurans deposit nasional untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan institusi anggota yang bermasalah. PIDM memainkan peranan penting dalam jaringan keselamatan kewangan demi melindungi kepentingan orang awam dan kestabilan sistem kewangan. Maka penekanan utama turut diberikan terhadap langkah-langkah yang dapat mengukuhkan perlindungan kepada consumer kewangan. Keyakinan orang ramai dalam industri perbankan dan insurans menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan negara. Pengukuhan perlindungan consumer kewangan merupakan strategi keluar daripada skim sementara Jaminan Deposit Kerajaan (JDK) yang akan berakhir pada 31 Disember 2010. Serentak dengan negara-negara serantau seperti Singapura dan Hong Kong yang juga akan menamatkan skim jaminan kerajaan masing-masing pada tarikh tersebut. Strategi baru yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 (RUU PIDM 2010) adalah antara lain melibatkan kenaikan had perlindungan insurans deposit yang sedia ada daripada RM60,000 kepada RM250,000. Mewujudkan suatu sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagi melindungi pemunya dan serta beneficiary sijil takaful dan polisi insurans di Malaysia. Dengan langkah ini, consumer kewangan akan terus dilindungi selepas tamat tempoh JDK. Justeru PIDM perlu menggantikan Akta PIDM 2005 dengan suatu rangka kerja perundangan yang lebih menyeluruh melalui RUU PIDM 2010. Rang undang-undang ini masih mengekalkan kuasa-kuasanya yang sedia ada di samping memasukkan beberapa peruntukan tambahan serta pindaan kepada perundangan asal sebagai penambahbaikan. Tuan Yang di-Pertua, ciri-ciri utama rang undang-undang ini adalah seperti berikut: (i) memantapkan lagi sistem insurans deposit yang telah ditubuhkan di bawah Akta PIDM 2005; (ii) penubuhan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans yang tidak ada sebelum ini; (iii) kuasa kementerian kewangan untuk menetapkan sesebuah institusi kewangan lain yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan penting dari segi sistematik sebagai institusi anggota PIDM; (iv) memperkukuhkan struktur mekanisme jaringan keselamatan kewangan khususnya melengkapkan PIDM dengan kuasa yang sewajarnya supaya dapat menangani institusi anggota yang bermasalah dengan segera dan lebih efektif dan pindaan lain yang perlu adalah mempertingkatkan keberkesanan mandat dan kecekapan operasi PIDM termasuk dalam aspek tadbir urus; dan (v) pengukuhan Sistem Insurans Deposit Nasional yang sedia ada bakal dicapai melalui peruntukan-peruntukan baru RUU PIDM 2010 yang membolehkan hak insurans deposit dinaikkan dan deposit mata wang asing diinsuranskan oleh PIDM, yang mana di bawah Akta PIDM 2005 hanya melindungi deposit ringgit serta memantapkan kuasa pemeriksaan terhadap operasi institusi anggota.
Tuan Yang di-Pertua, ketika ini sekiranya berlakunya kegagalan sesebuah syarikat insurans, pemunya serta beneficiary polisi akan kehilangan manfaat dan hak tuntutan insurans di bawah polisi mereka. Ini memudaratkan pemunya polisi yang telah membayar premium insurans sejak sekian lama. Selain itu, jentera perdagangan tersekat dan orang ramai melakukan aktiviti tanpa perlindungan insurans. Adalah jelas bahawa kegagalan syarikat insurans boleh mengakibatkan masalah sosial dan masalah ekonomi yang teruk. Justeru dengan penubuhan SPTI, segala tuntutan insurans dapat dibuat atau diteruskan walaupun syarikat insurans telah gagal tetapi tuntutan akan ditunaikan dan kesemua ini akan mengurangkan kehilangan kewangan pemunya serta beneficiary policy. Kebanyakan peruntukan perundangan ini berkenaan dengan sistem insurans deposit adalah dipanjangkan kepada SPTI misalnya keanggotaan, kuasa menaksir, premium serta kuasa menguruskan institusi anggota yang bermasalah. Bagi tujuan mengekalkan kestabilan sistem kewangan atau keyakinan orang ramai, RUU PIDM 2010 memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas syor PIDM dan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan sesebuah institusi yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia sebagai institusi anggota PIDM. Dengan cara ini Perlindungan Insurans Deposit atau SPTI boleh dipanjangkan kepada deposit atau manfaat takaful insurans di institusi tersebut dan PIDM dapat melindungi kepentingan pendeposit atau pemunya sijil takaful atau polisi insurans di institusi yang bermasalah. RUU PIDM 2010 memperlengkapkan kuasa resolusi PIDM yang sedia ada melalui peruntukan- peruntukan yang membolehkan pewujudan dan pelaksanaan suatu institusi perantaraan atau bridge institution dengan izin. Berlandaskan pengalaman penginsurans deposit antarabangsa seperti di Amerika Syarikat dan Korea. Bridge Bank Resolution Tool ini dengan izin sangat bermanfaat bagi memelihara nilai franchise sesebuah bank bermasalah atau dalam menangani bank yang berhadapan dengan masalah yang begitu kompleks.
Berikutan krisis kewangan global dua tahun lepas, badan-badan pengawalseliaan negara-negara seperti di United Kingdom dan Kanada telah pun mengemas kini perundangan masing-masing agar dapat menggunakan ‘bridge bank’ bagi tujuan menguruskan bank yang bermasalah. Melalui kuasa yang dicadangkan ini, PIDM boleh segera memindahkan aset dan liabiliti termasuklah deposit bank yang bermasalah kepada institusi perantaraan jika tiada pihak sektor swasta yang sanggup mengambil alih bank yang bermasalah tersebut. Institusi perantaraan dapat memberikan kesinambungan perkhidmatan perbankan yang essential dan pada masa yang sama berikhtiar untuk mendapatkan pembeli daripada sektor swasta. Setelah perniagaan institusi perantaraan distabilkan atau dipulihkan, ia akan dikembalikan kepada pasaran melalui pelupusan kepada pembeli daripada sektor swasta. Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 adalah perlu dan penting bagi memperkukuhkan lagi perlindungan consumer kewangan, melengkapkan PIDM dengan kuasa yang mencukupi untuk menghadapi krisis kewangan terutamanya menangani institusi anggota yang bermasalah, membolehkan PIDM memainkan peranannya dan memenuhi mandat dengan lebih cekap dan berkesan. Semua ini akan memelihara keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan dan insurans, melindungi kepentingan orang awam dan seterusnya mengekalkan kestabilan sistem kewangan di samping merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Malaysia.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Akhir kata, langkah-langkah yang dihasratkan melalui Rang Undang- undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 adalah sejajar dengan usaha murni kerajaan untuk mengutamakan kepentingan rakyat, menjaga kebajikan mereka dan seterusnya membangunkan negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Siapakah yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, pentadbiran sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah akta ini dan perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut mengambil peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010. Saya meneliti hasrat Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membawakan cadangan meminda Rang Undang-undang PIDM ini untuk tujuan memperkukuhkan lagi institusi perantara dalam beberapa agensi yang selama ini bidang yang agak kurang diberikan perhatian dan kurang diberikan penekanan baik pada pihak kerajaan mahupun juga di sektor swasta. Saya merasakan bahawa selama hari ini tidak ada satu kesedaran yang tinggi diberikan dan sudah tentu pihak kerajaan barangkali tidak melihat kepentingan ini pada satu masa terdahulu untuk menekankan adanya satu pengurusan risiko dalam bentuk insurans ataupun dalam bidang perbadanan insurans yang berbentuk deposit yang diamalkan di dalam negara kita. Pada kali ini kita lihat peranan institusi perantara ini adalah dilihat sebagai berperanan untuk mengurangkan pengambilan risiko ataupun berhadapan dengan risiko yang berkemungkinan dihadapi oleh rakyat Malaysia yang secara umumnya amat kurang pendedahannya, pengetahuannya dalam bidang ini. Saya bersetuju dengan mukadimah ataupun penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawa pengajaran atau iktibar yang harus diambil selepas kita mengalami zaman kemelesetan ekonomi, zaman di mana negara kita juga dilanda masalah yang agak rumit beberapa tempoh masa dan berulang kali perkara ini berlaku. Risiko-risiko ini menyebabkan kita mengalami dwi-kejatuhan yang tidak ada buffered dengan izin, tidak ada satu perancangan yang rapi untuk mengurangkan kelemahan atau risiko kerugian yang pernah dialami. Saya tidak angka yang tepat di sini kerana secara jujurnya saya tidak buat rujukan yang rapi tentang topik ini. Akan tetapi dalam aspek untuk kita sama-sama meningkatkan kesedaran masyarakat umum Malaysia tentang kepentingan adanya institusi perantara di antara bidang insurans biasa dengan insurans deposit ini. Maka, saya rasa adalah satu aspek yang munasabah untuk kita menyokong dan kita menghidupkan semula minat ataupun meningkatkan minat masyarakat umum apatah lagi apabila
kita lihat yang mana penguasaan dalam bidang insurans deposit ini sebahagian besarnya dimonopoli oleh syarikat-syarikat asing. Yang Berhormat sedar dan pihak berkuasa Bank Negara juga sedar bahawa bukan sahaja wujudnya elemen menjalankan perniagaan atau melihat aspek ini sebagai sumber pendapatan atau sumber keuntungan yang besar di kalangan pihak-pihak asing ataupun pihak yang terlibat menguruskan aktiviti ini begitu lama. Akan tetapi kita harus juga melihat bahawa mereka memandang atau memerhatikan kemungkinan atau peluang-peluang kepada mereka untuk meraih keuntungan daripada transaksi-transaksi domestik. Mereka mengharapkan bidang yang agak minimum atau yang agak rendah penglibatan warga-warga tempatan kita ini. Jadi, minat yang mendalam kepada mereka ini melihat itu adalah antara sumber yang mungkin boleh dimanipulasi atau dieksploitasi oleh mereka. Saya rasa antara pengajaran-pengajaran ini, kita juga patut melihat – kita menghadapi tekanan yang mana aspek-aspek mengatur di antara pihak yang memberi khidmat dan pihak yang menerima perkhidmatan...
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Gulungkan.
Ya. Kita masih terikat dengan lima minit. Gulung, Yang Berhormat.
Baru mahu panas. [Ketawa]
Kalau saya tegur, ia akan interrupt Yang Berhormat berucap. That is why saya gunakan sign language supaya tidak interrupt Yang Berhormat berucap.
Okey. Terima kasih. Sedikit lagi. Jadi, kita berharap dengan adanya Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010 ini kita dapat membuka ruang yang seluas-luasnya untuk yang mustahaknya untuk melindungi kepentingan pihak yang mewakili rakyat negara kita bukan hanya untuk melihat kepada kepentingan asing semata-mata. Kita ada banyak pindaan rang undang-undang yang melibatkan kedudukan pihak insurans di dalam negara kita ataupun kepentingan yang baik dipegang oleh pihak kerajaan atau pihak swasta mahupun pihak rakyat teramai. Akan tetapi kita harap sebagaimana apa-apa pindaan yang kita buat sebelum daripada ini, kita haruslah meletakkan kepentingan ramai itu sebagai prioriti. Saya lihat Yang Berhormat Sungai Petani bangun tadi. [Ketawa] Tidak mengapa. Terima kasih banyak. [Disampuk] Tidak perlu suruh saya berhenti, saya hendak berhenti sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menyentuh satu, dua perkara. Pertama sekali adakah kerajaan mempunyai sistem yang mana kerajaan melihat apakah bajet-bajet yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans khususnya syarikat-syarikat insurans dan Takaful milik tempatan?
Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ada syarikat-syarikat yang bajetnya lebih kepada advertising papan-papan iklan yang menggambarkan seolah-olah syarikat mereka yang terhebat dan terunggul. Akan tetapi bajet untuk memperkemaskan sistem pentadbiran amat kecil hinggakan kadang kala ada kes-kes di mana orang ramai yang membeli insurans dan coverage membayar tiap-tiap bulan tetapi sijilnya keluar lewat ataupun yang membayar premium tiap-tiap bulan tetapi sistemnya tidak rekod kemasukan duit. Akhirnya syarikat ini keluarkan notis katakan premium lap. Problem ini banyak. Saya berikan contoh ialah Takaful Nasional dulunya dan yang sekarang ini Etika. Banyak complaint. Saya hendak tahu di sini sama ada kerajaan ada pemantauan dan lihat dan kerajaan akan memanggil syarikat tengok berapa percent tahun ini bajet diperuntukkan untuk pentadbiran, advertising, hal-hal lain, promotion dan sebagainya. Jikalau tidak ada semua ini, syarikat akan galak untuk mengadakan bajet promotion yang besar. Akan tetapi hal-hal pentadbiran, back up dan sebagainya ini amat lemah dan ini membuatkan kadang-kadang pencarum atau mereka yang membeli premium itu tiba-tiba lihat setelah dia contribute tiga – empat tahun dia dapat surat daripada syarikat menyatakan lap. Saya dimaklumkan juga pada satu masa setahun atau dua tahun dahulu, syarikat Etika ini tidak dapat cari siapa pemilik duitnya yang terkumpul begitu besar mencecah lebih daripada RM10 juta yang tidak tahu siapa pemilik kerana dia tidak boleh carry concealed duit yang masuk siapa punya duit ini. Ini saya rasa bukan sahaja berlaku di syarikat Etika tetapi juga syarikat-syarikat yang lain. Oleh sebab itu saya rasa kalau kementerian mempunyai sistem untuk membuat check, spot check dan sebagainya supaya sistem ini lebih...
Minta penjelasan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Apakah Yang Berhormat Sungai Petani sebenarnya menyedari juga premium-premium yang dikenakan syarikat insurans khasnya premium untuk medical card semakin meningkat. Saya hendak tanya Yang Berhormat Sungai Petani sama ada Yang Berhormat hendak tanya pihak kerajaan bagaimana pihak kerajaan ada mengawal atau menentukan jumlah premium yang boleh dikenakan oleh syarikat insurans. Oleh sebab mereka kata tuntutan daripada pihak pembeli insurans untuk medical card ini semakin meningkat. Oleh itu premium dikenakan untuk tahun hadapannya juga telah meningkat saya dimaklumkan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya rasa itu suatu yang wajar dilihat oleh kementerian kerana kita tidak tahu premium yang dikenakan tahun ini mungkin tahun depan dinaikkan. Kadang- kadang tanpa memberikan alasan yang kukuh tetapi dinaikkan 30-40 atau mungkin lebih daripada 50% atas alasan kos pentadbiran dan kos yang dibayar kepada pihak hospital tinggi. Saya kira kementerian harus mempunyai guideline yang jelas supaya memastikan syarikat-syarikat ini tidak menaikkan premium mereka dengan sewenang-wenangnya, “tidak over charge” pemilik-pemilik kad seperti mana yang kita tahu. Jadi itu sahaja...
Yang Berhormat Sungai Petani. Jangan habis lagi, sambung lagi.
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Petani. Kami di bahagian perubatan sering menghadapi kerenah ini daripada syarikat-syarikat sama ada insurans ataupun takaful berhubung dengan mereka yang hendak membeli polisi. Kita tengok di antara satu syarikat dengan satu syarikat yang lain itu ia mempunyai banyak perbezaan. Sesetengah syarikat kata 27 penyakit ini di cover, setengah syarikat 20 penyakit cover. Maknanya masalah-masalah yang begini mungkin sebagai salah satu iklan daripada syarikat tersebut. Namun kepada mereka yang hendak membeli insurans mungkin mereka tidak sedar tentang penyakit-penyakit yang dicover kerana mungkin berlaku apabila sesuatu berlaku ke atas diri mereka semasa itulah mereka menyesal pun mereka sudah beli. Mungkin ada penyakit yang tidak dicover seperti bila hendak suruh orang beli polisi itu dia senyum sampai ke telinga. Bila hendak ambil balik dia punya wang itu bermacam-macam kerenah yang dikenakan dan ini terpaksa dihadapi oleh pembeli-pembeli polisi tersebut. Apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, memang kalau kita tengok berbagai-bagai syarikat insurans dan takaful di negara kita sama ada milik Malaysian ataupun foreigner yang akan berlumba-lumba memberikan pakej yang pelbagai. Namun kadang-kadang pakej yang ditawarkan itu tidak seperti yang dijelaskan oleh agen-agen. Ini masalahnya pakej yang diberikan dalam bentuk yang lain tetapi yang dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan lain dan akhirnya apabila pelanggan sign up membeli salah satu premium itu bila berlaku kemalangan ini yang terjadi. Jadi saya mencadangkan kepada kementerian supaya paling tidak pun standardize, basic package mesti standardize. Jikalau pun ada lain-lain premium itu boleh dimasukkan kemudian tetapi paling tidak pun mesti ada satu standard coverage yang paling tidak pun syarikat-syarikat ini bila tawarkan kepada mereka supaya pembeli-pembeli merasa tidak tertipu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bandar Kuching dan selepas itu Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri ini merupakan rang undang-undang yang penting tetapi saya meneliti tadi penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri amat ringkas dan tidak menerangkan fasal demi fasal seperti mana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan tadi memberi penerangan atas rang undang-undang yang kita luluskan tadi. Adakah kerana ia sudah lewat sangat oleh itu rang undang-undang dibentangkan dengan tergesa-gesa atau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada curi tulang? Namun demikian dengan sedikit penerangan yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengetahui selepas kelulusan rang undang-undang adakah syarikat-syarikat insurans akan diwajibkan membayar sesetengah premium atau caj-caj kepada Perbadanan Deposit Insurans Malaysia seperti mana diwajibkan kepada semua bank di Malaysia? Sekiranya ia diwajibkan untuk membayar premium atau caj-caj, bagaimana premium atau caj-caj itu akan dikira dan berapa peratusan daripada premium yang mereka kutip daripada pelanggan-pelanggan mereka. Kedua, sekiranya caj premium ini harus dibayar oleh syarikat-syarikat insurans, maka mereka tentu akan transfer atau memindahkan beban kewangan
bayaran ini ke atas pelanggan mereka. Menyentuh tentang caj-caj ke atas pelanggan mereka, saya ingin juga membangkitkan sekali lagi tentang isu-isu third party insurance yang sekarang amatlah menyusahkan pemilik-pemilik kenderaan khususnya pemilik-pemilik kenderaan lama. Isu ini telah berlaku dua tahun sudah dan pemilik-pemilik kenderaan masih dipaksa oleh syarikat-syarikat insurans untuk membayar premium third party insurance yang begitu tinggi. Dua tahun dahulu mereka bayar third party insurance atas kenderaan lama mereka RM80 - RM70.
Sekarang mereka dipaksa untuk bayar RM100 lebih atau RM200 lebih dan caj-caj walaupun kerajaan kata premium atas third party insurance tidak dinaikkan dan telah ditetapkan oleh kerajaan buat selama 20 atau 30 tahun, malah tidak pernah dinaikkan. Akan tetapi syarikat-syarikat insurans mereka mengenakan loading charges 100%, or 200%. Walaupun premium third party insurance tidak dinaikkan tetapi caj sampingan, additional cost seperti loading, administration cost semua akan ditambahkan ke atas premium. Pemilik-pemilik motosikal, pemilik- pemilik kenderaan lama terpaksa membayar premium untuk third party insurance polisi mereka yang begitu tinggi. Dengan kelulusan. Alasan yang diberi oleh syarikat-syarikat insurans untuk mengenakan loading charges ini adalah kerana mereka mengalami kerugian dalam sektor ini. Adakah kelulusan akta ini akan menambah lagi kerugian mereka dari aspek third party insurance dan selepas itu naik lagi. Oleh itu saya ingin kalau kerajaan benar-benar mementingkan kebajikan, kepentingan rakyat jelata, maka let’s solve the problem of third party insurance dulu dengan segeranya kerana ini hal masalah ini telah wujud dua tahun sudah. Dahulu saya boleh beritahu pengadu-pengadu saya akan tulis kepada Bank Negara, Kementerian Kewangan selepas itu saya beritahu mereka saya akan bangkitkan hal ini di Parlimen. Selepas itu walaupun saya telah tulis berpuluh-puluh surat kepada Bank Negara, kepada Kementerian Kewangan dan berkali-kali saya membangkitkan hal ini, jawapan yang diberi kepada saya adalah masih dalam pertimbangan, masih dalam pertimbangan. Berapa lama lagi hendak pertimbangkan? Hanya satu isu sahaja third party polisi insurans pun tidak dapat selesaikan. Oleh itu saya haraplah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh seriuslah sedikit, kementerian boleh seriuslah sedikit untuk menyelesaikan third party insurance ini dengan segeranya. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010. Pertamanya saya ingin jelaskan secara umum bahawa apa yang dilaporkan di sini dalam rang undang-undang ini lain sedikit. Dia bukannya mengenai premium, syarikat insurans, ini lain, billnya lain sedikit. Ini boleh dikatakan insurans ke atas insurans bukannya insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans kepada orang awam, itu biasalah. Insurans yang dikenakan hari ini ialah bagaimana satu badan boleh diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi jaminan supaya syarikat ini kalau pun mengalami masalah, hak kepada pengguna itu terjamin. Dia tidak ada soal premium, yang ini hendak naik kesihatan. Adalah hubung kait sedikit-sedikit tetapi jauh sedikitlah, big remote. So kita hendak fokus sedikit supaya kita jangan tersisih
macam third party insurance pula Yang Berhormat Bandar Kuching betullah itu penting, tetapi dia tidak kena-mengena dengan akta ini. Akta ini to provide apabila you sudah, seseorang itu sudah ambil insurans untuk jangka masa panjang untuk menjaga risiko sekiranya bank ataupun syarikat insurans gagal, siapa yang hendak tanggung? Itu dia. Jadi risikonya ada dan ini untuk menjamin juga sistem kewangan keseluruhan. Katalah umpamanya satu ‘Bank A’ didapati goyang sedikit oleh kerana sebab-sebab tertentu goyang, maka semua penyimpan di ‘Bank A’ ini akan bersusun-susun pergi hendak keluar duit dia ini sebelum bank ini tumbang. Apabila ini berlaku bukan sahaja di ‘Bank A’ orang awam kata, “Wah! Bank A sudah problem, Bank B pun akan problem.” Maka semua bersusun-susun, jadi semua berbaris-baris hendak ambil duit keluar. Ini dari segi masalah systemicnya, sistem tidak dapat menampung maka kerajaan perlu wujud satu skim untuk menjaga. Walaupun ‘Bank A’ itu bermasalah mungkin gagal tetapi yang menyimpan wang di ‘Bank A’ itu terjamin kerana ada badan lain yang menjamin. Ini yang hendak dibuatkan dalam rang undang-undang ini. Jadi benda ini perkara yang besar, perkara keselamatan sistem kewangan, bukannya benda mengenai polisi kesihatan. Itu betullah adalah masalah di polisi kesihatan.
Minta penjelasan.
Akan tetapi dia jangan kita lari daripada perkara pokok. Kita duduk main yang daun-daun di bawah perkara pokok ini Yang Berhormat Bandar Kuching.
Pokoknya...
Yang Berhormat.
Soalan pokok saya adalah berapakah premium atau caj yang akan dikenakan terhadap syarikat insurans supaya perbadanan ini akan memberi jaminan kepada pelanggan mereka soalan pokok saya.
Betul, betul.
Bagaimana kerajaan akan mengelakkan mereka daripada memindahkan kos itu kepada pelanggan mereka?
Okey. Betul, itu bagus tetapi jangan pergi third party insurance panjang lebarnya.
Ini ada kaitan.
Yang Berhormat.
Tidak boleh, jangan macam itu. Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan berdialog macam itu. Ini macam dalam kedai kopi pula, jangan la Yang Berhormat. [Ketawa] Kita kena ikut kaedah-kaedah Tuan Yang di-Pertua izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Bandar Kuching. Dahulu saya panggil dia Yang Berhormat Kuching dia marah, Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya ingat, saya ingat semua ini. Betul, setiap syarikat insurans setiap bank perlu membayar premium kerana premium inilah yang akan dikumpulkan untuk membayar balik nanti apabila ada ahli-ahli yang bermasalah. Sekarang ini dari segi bank mereka sudah pun bayar premium sebab sistem ini tidak baru. Macam Yang Berhormat kata tadi undang-undang ini tebal tetapi penjelasannya sedikit, memang ini undang-undang ini sudah dilaksanakan 2005 lagi cuma ini pembaharuan sahaja. Dewan yang mulia ini telah meluluskan
2005 dahulu. Jadi sekarang ini kita hanya membuat penambahbaikan, jadi jangan pula hendak kata curi tulanglah apa-apa. Siapa yang curi tulang siapa? Tidak ada minat pun saya hendak curi tulang Yang Berhormat itu. Tidak ada minat langsung pun. Jadi jangan cakap sewenang-wenang, tulang saya lebih besar lagi daripada tulang Yang Berhormat. Bukan sahaja tulang banyak lagi yang lebih besar. Jadi isi pun banyak semua ada. [Ketawa] Jadi cuma jawapan kepada Yang Berhormat secara puratanya ia lebih kurang 1%, lebih kuranglah 1% daripada keuntungan. Keuntungan bankkah, keuntungan insurans jadi tidak banyaklah 1% bukan 10%, 1% sahaja yang akan dikenakan. Akan tetapi dia pun kadarnya berbeza-beza. Jikalau bank umpamanya kita ada risiko yang berlainan tier one, tier two. Maknanya bank yang mempunyai risiko tinggi dia kena bayar tinggi sedikitlah. Risiko yang rendah dia bayar rendah, ini Yang Berhormat Indera Mahkota sebut mengenai risiko tadi. Jadi sepatutnya tidak ada bank ataupun syarikat insurans yang boleh dibenarkan untuk mengenakan caj ini, premium ini kepada pelanggan, kepada pengguna, tidak boleh. Jikalau dia buat macam itu kita marah dia, Bank Negara akan memantau. Jadi 1% sahaja Yang Berhormat, it’s reasonable dari segi mewujudkan satu sistem safety net untuk negara keseluruhan, untuk penyimpan keseluruhan. Jadi is a reasonable cost, memanglah kenalah bayar tetapi jumlahnya tidak besar. Dari segi third party insurance saya walaupun tidak berkenan sangat, saya hendak nyatakan kerana memang saya tahu perkara ini telah pun berada dalam perhatian negara sudah beberapa bulan. Sudah setahun lebih hampir dua tahun.
Tetapi Bank Negara telah membuat kenyataan akan membentangkan kepada kerajaan cadangannya sebelum akhir tahun ini, sudah hendak pergi Economic Council EC pun, jadi kita biarkan sebab benda ini benda rumit Yang Berhormat. Sekarang ini masalahnya industri insurans motor ini kerugian hampir RM1 bilion, siapa yang hendak tanggung? Jadi mereka sudah mahu melihat setengah-setengah itu sudah tidak hendak beri coverage yang mudah kerana ruginya besar, seluruh industri hampir RM1 bilion, jadi kalau kita hendak buat ini sedikit, ini sedikit...
[Bangun]
Nanti sekejap Yang Berhormat Padang Besar semuanya besar, kita perlu mendapatkan sokongan, persetujuan pelbagai pihak, Majlis Peguamnya macam-macam, mereka tidak setuju kalau hendak sekat liabilitinya mereka tidak bersetuju, kalau kita hendak ada arbitration ada pihak yang tidak bersetuju, jadi tidak perlu pergi ke semuanya, pergi mahkamah kerana benda ini rumit. Saya bersetuju bukannya Yang Berhormat kata mengapa mengambil masa yang lama, ambil masa lama rumit dan kita juga yang meminta supaya mereka ada inclusiveness, bincang dahulu dengan badan-badan tertentu dalam negara, masyarakat, post on the website, banyak komen. Jadi saya tidak mahu bercakap panjang tentang itu...
Yang Berhormat.
Dari segi...
Yang Berhormat Padang Besar bangun Yang Berhormat.
Boleh Yang Berhormat Padang Besar...
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham tentang kerugian general insurance dalam bidang motor ini, tetapi selain daripada kita mengenakan untuk third party insurance yang di kampung memang menjadi masalah. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, sama ada apa yang telah dibuat secara serius untuk membendung cartel ataupun satu pakatan yang hebat di kalangan repair workshop ini, merekalah yang mengaut keuntungan yang terlalu banyak, repairs yang kecil-kecil pun dicaj dengan jumlah yang besar, juga ada rangkaian antara tow truck ini, apabila berlaku satu kemalangan tow truck akan ada di situ bawa kepada satu workshop yang dia kenal dan kalaulah pelanggan ataupun pemilik kereta itu pada keesokannya pergi ke workshop, workshop akan minta RM2,000, walaupun tidak ada, kerana tow truck itu sudah belanjakan kononnya RM2,000, itu sahaja satu raket, jadi yang lain juga... [Disampuk] Saya tidak mahu kaitkan dengan perkara lain tetapi yang serius dan saya hendak dengar apakah tindakan kerajaan untuk membendung raket atau the flexing of the insurance industry by the repairers termasuk juga gabungan yang dikatakan excesses, banyak dikatakan di luar tetapi di sini saya tidak mahu menuduh tetapi itulah di antara punca kebocoran yang besar, apakah tindakan kerajaan dalam bidang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, memang banyak aspek yang menyulitkan lagi masalah atau penyelesaian kepada masalah insurans ini, memang banyak. Saya akui apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu adalah sebahagian daripada masalah, ada juga kes kecurian yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan kerugian yang besar, sindiket kecurian kereta dan itu belum lagi yang rosak dan dibawa ke workshop dan hilang macam itu sahaja, ini semua memang...
Minta penjelasan.
Cukuplah dahulu...
Tidak apa, ada fakta yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri saya anggap silap sedikit iaitu insurans untuk motor bukanlah mengalami kerugian yang besar, kerugian ini hanyalah sektor third party insurance, mereka masih untung. Oleh itu tidak boleh hanya compartmentalized satu sektor of the business dan membuat rakyat jelata membayar banyak dan secara keseluruhannya General Motor Insurance masih membuat hasil keuntungan yang beras. Inilah hakikatnya dan mereka hendak untung lebih lagi daripada sektor third party insurance, oleh itu mereka menyulitkan rakyat. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan perhatian yang...
Sewajarnya.
Saya sudah cakap Bank Negara Malaysia sedang mengkaji semua ini, saya tidak menafikan third party ini yang menyebabkan kerugian besar dan sebab itulah ada cross subsidization kalau tidak sudah lama syarikat-syarikat insurans ini tidak boleh meneruskannya. Tetapi soalnya berapa lama dan sampai bila perkara ini dapat berterusan, mesti ada satu skim yang boleh membawa kepada kebaikan, itu yang saya hendak sebut. Yang Berhormat Pendang...
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Boleh menyentuh sedikit, berikan sedikit tunjuk ajar berkenaan dengan premium insurans kesihatan, memandangkan kami masih di sini mendengar Yang Berhormat bentang tentang...
Boleh menyentuh sedikit berikan tunjuk ajar...
Sedikit, tidaklah...
Premium kesihatan yang semakin meningkat.
Tidaklah tunjuk ajar, saya pun tidak tahu sangat insurans ini Yang Berhormat, janganlah merendah diri begitu sekali. Saya cukup sedih kalau Yang Berhormat yang jarang merendah diri, tiba-tiba merendahkan diri begitu sekali, saya pun jadi kebingunganlah macam mana hendak...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, pandai pun mempermainkan kita ya. [Dewan riuh] Dahulu kalau tidak dia bertempik-tempik, ini pandailah Yang Berhormat. Jangan buat begitu banyak kali dengan saya, lemah saya dibuatnya. Jadi saya hendak sebut Yang Berhormat Pendang berhubung kait dengan premium kesihatan, betullah dan juga Yang Berhormat Sungai Petani juga ada sebut, mungkin perlu ada satu standard, coverage. Inilah merupakan satu persoalan. Kadang-kadang kita menggalakkan institusi untuk bersaing supaya ia menjadi lebih baik, kita kata persaingan itu membawa kepada situasi yang lebih efisien, murah kerana ada persaingan di antara syarikat. Jadi kalau kita cuba hendak standardize pula, ini akan membantutkan dari segi persaingan, kalau semua sudah standard, ini kembali kepada sistem lama, sekarang ini dibiarkan ada sedikit persaingan, kreativiti masing-masing, dia hendak membuat coverage macam ini berapa hendak bayar, dan pelanggan diberikan hak untuk menilai. Kalau sudah 27 jenis penyakit, di antara 27 dengan 20 saya rasa yang besar-besar itu sudah termasuk, tidakkanlah yang besar 20 pun tidak termasuk. Kalaulah di antara jumlah lima dengan tiga itu barangkali ada penyakit. Itu pelanggan perlu menilai, apa dia rasa, kemungkinan dia takut sakit apa. Kencing maniskah ataupun masuk hospital kerana accident kah. Jadi kadang-kadang susah kita hendak kata standardize, senang kita hendak bercakap tetapi perlaksanaannya, ini mungkin menyebabkan syarikat- syarikat insurans merasa ini terlalu rigid bagi dia, kalau standardize mungkin satu badan nasional sudah cukup barangkali, barangkalilah. Bermakna tidak perlu banyak-banyak syarikat insurans, jadi benda-benda ini kita kena teliti, bukan semestinya merupakan bentuk penyelesaian. Kalau insurans kesihatan memang saya terima hakikat yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah, mungkin premiumnya dinaikkan, kerana ia berdasarkan prinsip insurans ini terutama sekali yang tidak basic ini, yang mana terserah kepada pelanggan untuk membelinya dengan secara sukarela, ia bergantung kepada experience insurans itu, kalau dari segi experiencenya tahun ini dia untung, maka dia tidak perlu menaikkan tetapi kalau tahun ini dia rugi, dia tidak ada pilihan, dia mesti menaikkan coverage, premiumnya. Kalau tidak dia tidak boleh sustain dan berterusan. Jadi ini prinsip insuransnya mesti sustainable dan mengikut insurans experience, sebab itu dia ada actuaries, dia mahu menetapkan berapa kadar actuaries dia telah mengkaji
ini daripada segi pengalaman, kemungkinan, kematian pada umur berapa dan sebagainya. Jadi saya agak tidak dapat menerima kalaulah experience kesihatan, polisi kesihatan ini semua untung tiba-tiba dia hendak naik, apa tujuannya. Kalau sudah untung itu baguslah, kekalkan dan akan mendapat lebih ramai pelanggan, kalau hendak naik itu bermakna dia rugi. Saya tidak tahulah pengalaman syarikat mana Yang Berhormat sebutkan, mungkin ia berbeza-beza di antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Kalau Yang Berhormat beritahu saya syarikat mana, dasar polisi mana, mengapa dahulu premium sebanyak ini dan mengapa sekarang ini, saya boleh minta Bank Negara menyelidik apakah experience scheme ini merugikan, mengapa dia naik adakah sewajarnya kenaikan tersebut. Kalau ia tidak wajar Yang Berhormat, kita marah kepada dia, kita minta kerana terutama Yang Berhormat guna reverse psikologinya, saya akan marah mereka betul-betul, jadi itulah yang boleh saya katakan jadi terima kasih.
Habis sudah?
Terima kasih, sudah habis.
Habis Yang Berhormat.
Oh.
Sudah habis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Habis sudah?
Sudah habis.
Tadi saya tengok Yang Berhormat Menteri cakap macam ini. [Sambil menunjukkan tangan]
Yang Berhormat keluar tadi ketika Menteri menjawab. Yang Berhormat baru masuk.
Bukan baru, saya tunjuk dia kata macam ini. Okey?
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 hingga 212 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010Bill
Sila Yang Berhormat Menteri
Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan suatu rang undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menjadi anggota Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa, untuk memberi kuat kuasa kepada perjanjian yang menubuhkan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa untuk memberikan kuasa keistimewaan dan kekebalan tertentu kepada Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dan subsidiarinya dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya di bacakan kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa yang dinamakan perbadanan telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi supra nasional melalui perkara perjanjian yang telah ditangani pada 25 Oktober 2010 oleh 12 buah bank pusat atau pihak berkuasa monetary dari Indonesia, Iran, Kuwait, Luxemborg, Mauritius, Malaysia, Nigeria, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Turki dan Emiriah Arab Bersatu serta institusi-institusi pelbagai hala iaitu Islamic Development Bank dan Islamic Corporation for Development of the Private Sector. Perbadanan beribu pejabat di Malaysia dengan objektif utama untuk menerbitkan instrumen likuid, liquid instrument patuh syariah dalam mata wang rizab dollar dan Euro bagi mempermudah pengurusan likuiditi institusi-institusi kewangan Islam di seluruh dunia. Penubuhan perbadanan ini adalah hasil daripada perbincangan sebuah pasukan petugas tinggi di peringkat global yang ditugaskan untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah institusi-institusi kewangan Islam di peringkat global yang tidak mempunyai pasaran kewangan Islam antarabangsa dan dikekang oleh ketiadaan instrumen likuiditi. Pasukan petugas peringkat tinggi ini dipengerusikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia dan dianggotai oleh wakil-wakil tujuh bank pusat dari Arab Saudi, Brunei, Malaysia, Qatar, Singapura, Sudan dan Syria serta wakil dari IDB dan Asian Development Bank. Inisiatif penubuhan perbadanan telah dikelolakan oleh Islamic Financial Services Board (IFSB) iaitu sebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab membangunkan standard setting body dengan izin, bagi sistem kewangan Islam antarabangsa yang juga beribu pejabat di Kuala Lumpur. Rasional penubuhan perbadanan adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan kecekapan institusi kewangan Islam di seluruh dunia dengan pengurusan kedudukan likuiditi yang lebih efisien melalui terbitan instrumen mudah tunai yang mematuhi kehendak syariah oleh perbadanan. Instrumen ini boleh dilanggan dan diurus niaga oleh institusi-institusi kewangan Islam di seluruh dunia; (ii) menambah baik pengurusan likuiditi sistem kewangan Islam di peringkat global dengan menangani isu kekurangan bekalan instrumen mudah tunai yang mematuhi kehendak syariah dengan penerbitan instrumen mudah tunai patuh syariah bertaraf tinggi ‘highly rated’ dan berpotensi memberi pulangan yang baik; (iii) menyokong pembangunan infrastruktur pengurusan likuiditi yang cekap di peringkat global yang kini masih di peringkat asas. Pada masa ini Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai pasaran kecairan antara bank Islam yang aktif; (iv) menggalakkan pengantara dana rentas sempadan yang lebih cekap serta menggalakkan perkongsian pendapat dan kaedah oleh institusi-institusi kewangan Islam bagi meningkatkan lagi aktiviti pasaran kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Di samping itu perbadanan akan mempunyai kapasiti untuk memberikan khidmat nasihat dan teknikal dalam pembangunan dan pengurusan likuiditi kewangan Islam. Penyertaan sebagai pemegang saham perbadanan hanya terbuka kepada bank-bank pusat, pihak berkuasa monetary, pihak pengawalan kewangan, kementerian atau agensi bertanggungjawab dalam pengurusan kecairan atau organisasi pelbagai hala multilateral. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Malaysia sebagai hos bagi organisasi supra nasional seperti perbadanan ini dijangka mampu menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di samping menjana produk dan perkhidmatan nilai tambah tinggi serta faedah limpahan dalam sektor-sektor kewangan, perniagaan, perundangan dan ekonomi selaras dengan objektif model baru ekonomi. Di samping itu penubuhan perbadanan akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju antarabangsa untuk kewangan Islam. Fungsi yang akan dijalankan oleh perbadanan ini dijangka dapat mewujudkan persekitaran antarabangsa di Malaysia dan ini dapat menarik warga kerja antarabangsa untuk bermastautin di Malaysia. Tambahan lagi bagi warga Malaysia yang telah lama berkhidmat dalam industri kewangan luar negara, perbadanan mampu menarik mereka kembali ke negara ini. Perbadanan merupakan badan kewangan Islam antarabangsa kedua yang beribu pejabat di Malaysia di samping IFSB yang telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2002. Perbadanan dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2011. Rang undang-undang ini mengandungi 10 fasal dan enam jadual untuk memperuntukkan rangka kerja perundangan yang khusus untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menjadi anggota perbadanan bagi melaksanakan perjanjian penubuhan perbadanan dan bagi memberikan kuasa, keistimewaan dan kekebalan tertentu ke atasnya dan subsidiari serta penyediaan peruntukan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.
Secara terperinci fasal-fasal dan jadual-jadual yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta. Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan istilah yang digunakan dalam akta. Fasal 3 bertujuan untuk memberi taraf organisasi antarabangsa kepada perbadanan yang ditadbir oleh perkara perjanjiannya.
Fasal 4 bertujuan memberikan keperibadian juridical dan keupayaan di sisi undang-undang kepada Perbadanan untuk membolehkannya menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi mengikut perkara perjanjian. Fasal 5 mengandungi peruntukan yang memberi Bank Negara Malaysia kuasa untuk menjadi anggota Perbadanan dan menandatangani perkara perjanjian dan memberi Bank Negara Malaysia kuasa dan hak untuk melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dinyatakan dalam perkara perjanjian. Fasal 6 bertujuan memberi Menteri Luar Negeri kuasa untuk memberikan taraf organisasi antarabangsa dan keperibadian juridical ke atas subsidiari Perbadanan. Fasal 7 bertujuan memberi Menteri Luar Negeri kuasa untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada Perbadanan dan orang yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. Fasal 8 memperuntukkan keadaan di mana kekebalan tidak boleh diberikan. Fasal 9 bertujuan memberi kebenaran kepada Perbadanan untuk memegang tanah di persekutuan. Fasal 10 memperuntukkan kewajipan perbadanan untuk mengetepikan keistimewaan dan kekebalan yang diberikan dalam hal yang boleh menghalang pentadbiran keadilan. Jadual 1 hingga 6 menjelaskan keistimewaan dan kekebalan yang boleh diberikan kepada Perbadanan dan orang yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menjadi anggota Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa untuk memberi kuasa-kuasa kepada perjanjian yang menubuhkan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa untuk memberi kuasa keistimewaan dan kekebalan tertentu kepada Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dan subsidiarinya dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil peluang sama-sama memberi pandangan tentang cadangan Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010 atas dasar menyokong pembangunan atau bertambahnya atau meningkatnya usaha untuk mengangkat martabat kedudukan pengurusan kewangan yang berasaskan Islam, berasaskan syariah, berasaskan undang-undang yang boleh meningkatkan dan memartabatkan sistem kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini di antara topik yang hangat diperkatakan dewasa ini di mana telah beberapa kali Malaysia dinamakan atau diberikan taraf sebagai di antara negara yang terawal membawakan inisiatif untuk membangunkan pakej atau sistem kewangan berasaskan Islam dan syariah, termasuk juga dalam bentuk pengurusan likuiditi sebagaimana yang kita bincangkan. Mahupun aspek ini melibatkan khusus terhadap pengurusan likuiditi Islam di peringkat antarabangsa yang sejajar dengan cadangan kita untuk mewujudkan atau menubuhkan satu perbadanan untuk menguruskan likuiditi Islam ini, saya ingin bertanya beberapa perkara kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang potensi yang bakal berlaku atau bakal dirasai oleh negara kita dalam masa kita menghadapi beberapa pandangan yang agak negatif terutama ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang kebimbangan kita atas menurunnya kemasukan FDI yang agak teruk pada dua tahun kebelakangan ini. Perkara itu diulas beberapa kali terutama oleh Menteri dan Timbalan Menteri MITI yang mengeluarkan angka yang terkini dan sebagainya. Saya ingin bertanya atas dasar melihat pertumbuhan ataupun pembangunan pengurusan likuiditi Islam di peringkat antarabangsa ini dan sebahagiannya sudah tentu mempunyai kaitannya dengan bentuk-bentuk jaminan yang akan dikeluarkan dalam bentuk sekuriti dan sebagainya. Saya hendak membawa persoalan yang pagi tadi dibangkitkan semasa – secara kebetulan mantan Menteri Kewangan berada di dalam Dewan dan pada sesi yang lepas saya sempat bertanya kepada mantan yang memberi jawapan di dalam Dewan ini bahawa cadangan kerajaan untuk meningkatkan pengurusan sekuriti ataupun jaminan-jaminan yang berbentuk Islamik ini hendak dipertingkatkan. Asas ini diletak bahawa kita mempunyai satu aspek yang boleh dibandingkan dengan potensi ini apabila negara kita – walaupun terkemudian telah menyatakan hasrat untuk melakukan beberapa liberalisasi dalam sektor kewangan termasuk juga dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan kedudukan pengurusan kewangan Islam yang dilandaskan dengan kedudukan nilai hartanah terutama apabila yang diukur melalui sistem yang secara spesifik menjurus kepada sistem yang ada kena mengena dengan orang-orang Islam di negara kita. Sebagai contoh, institusi yang menguruskan tanah-tanah wakaf dan juga tanah-tanah yang diletakkan di bawah jaminan pengurusan yang berasaskan Islam yang mempunyai nilai sebanyak RM60.7 bilion setakat ini. Barangkali, ada kena mengena dengan – ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi penerangan, adakah juga galakan yang timbul daripada melihat potensi pengurusan ini kerana nilai yang tersedia berada di dalam negara kita yang boleh kita garapkan untuk memenuhi ataupun dieksploitasi berdasarkan kepada bentuk
sekuriti ataupun yang berasaskan pengurusan likuiditi Islam ini kerana perbandingan dengan nilai yang begitu besar. Sekiranya perkara ini mempunyai asas, saya juga rasa ada asas kepada saya untuk membangkitkan bahawa potensi itu sudah tentu menjadi besar, bernilai tinggi dan kita juga mempunyai satu risiko selepas potensi itu kita boleh bangunkan iaitu nilai aset atau nilai harta yang tinggi ini sekiranya boleh dibuat perbandingan kepada nilai sekuriti ataupun jaminan – akhirnya boleh kita pindahkan atau kita tara kan, sudah tentu menjadi tarikan utama. Saya tidak pasti – barangkali Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih mengetahui dan mempunyai penjelasan, atas dasar apakah Malaysia ini menjadi ibu pejabat atau dipilih dan diiktiraf daripada 12 bank pusat? Bagaimana ataupun atas kedudukan premis apakah Malaysia dipilih sebagai pusat kepada pengurusan likuiditi Islam antarabangsa ini? Kita bersama dengan beberapa negara Islam yang seperti disebutkan – saya tertarik apabila disebut negara Islam Iran, Nigeria, United Arab Emirates, Qatar dan Sudan juga mempunyai partisipasi yang begitu tinggi minatnya untuk menyertai kita dalam hal ini. Singapura ada juga disebut tadi yang sudah tentu pada saya telah menunjukkan satu kelebihan yang agak memalukan kita kerana kita tahu negara Singapura di antara negara yang berada di tangga kedua selepas United Kingdom dalam memonopoli ataupun menguasai dan mendahului transaksi yang berbentuk kewangan Islam. Saya rasa selaras dengan cadangan kita untuk membawa rang undang- undang ini, bagus juga atau ada baiknya kita melihat ketinggalannya kedudukan negara kita selepas negara China.
Saya difahamkan semalam, semakan saya menunjukkan masih lagi United Kingdom negara yang utama diikuti dengan Singapura, Hong Kong dan juga negara China sedang meningkat dalam penguasaannya dalam kaedah transaksi perbankan dan kewangan yang berasaskan Islam.
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Ya. Jadi negara kita agak tidak ada lagi, barangkali nombor lima atau nombor enam. Saya tidak mengatakan begitu tetapi dalam senarai lima teratas tidak tercatat negara kita Malaysia sebagai di antara negara yang sepatutnya menguasai ataupun mendahului. Saya hendak tanya adakah cadangan dalam rang undang-undang ini untuk meletakkan negara kita pada tahap ataupun yang sepatutnya ataupun saya bimbang juga dengan tidak adanya kaedah-kaedah tertentu, akhirnya satu cadangan yang kita bawa untuk menggabungkan ataupun meletakkan semua negara yang berminat dalam pengurusan liquidity Islam Antarabangsa ini. Akhirnya Malaysia pada satu masa akan datang atau pada tahun-tahun akan datang akan terjatuh pada kategori yang agak ketinggalan, yang tidak sepatutnya. Saya juga melihat bahawa tingkat naiknya peranan pusat pengendalian urusan kewangan Islam daripada Kuwait yang telah bertapak dalam negara kita. Hanya beberapa tahun yang lalu. Sekarang ini begitu meningkat dan begitu agresif dan saya berpendapat kemajuan yang ditunjuk agak luar biasa. Mungkin kita juga memberi galakan dan memberi bantuan teknikal kepada mereka sehingga mereka muncul antara salah satu daripada bank ataupun rumah kewangan yang berlandaskan Islamik dan syariah di antara yang terbaik di negara kita.
Saya sekali lagi meminta penjelasan yang seberapa ringkas yang mungkin kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang terakhirnya apabila urusan ataupun kedudukan menguruskan mata wang negara. Tidak kiralah. Mungkin akan dilandaskan kepada soal kewangan Islam atau tidak. Yang dikatakan sebagai kedudukan kita di bawah nilai, sekurang-kurangnya berbanding dengan negara jiran kita Singapura berdasarkan kepada perbandingan Dolar Singapura ataupun juga sekurang-kurangnya dengan negara jiran, Dolar Brunei. Saya hendak penjelasan daripada ini kerana mungkin ini ada kena- mengena dengan sistem penarafan kita di bawah regularity yang bersifat ini. Terima kasih banyak.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota yang sentiasa boleh diharapkan untuk memastikan ada perbahasan dalam rang undang-undang terutamanya rang undang-undang yang agak teknikal. Jadi baguslah. Saya bangga dengan adanya Yang Berhormat Indera Mahkota ini. Cuma saya agak terkilan apabila Yang Berhormat Indera Mahkota memberi fakta yang tidak betul, yang misleading. Kalau dikatakan dalam pasaran kewangan Islam antarabangsa, Malaysia nombor empat, nombor lima, nombor enam, tidak betul Yang Berhormat. Yang Berhormat jangan ikut orang cakap.
[Bangun]
Kita kena tahu dalam. Yang Berhormat duduk dulu. Yang Berhormat sudah cakap panjang. Tadi saya dengar. Elok Yang Berhormat dengar saya cakap dulu. Duduk, duduk dulu Yang Berhormat. Duduk. Selepas itu saya akan bagi peluang kerana antara kita berdua pun. Orang lain bukan hendak cakap pun. [Ketawa] Saya cukup terkilan bila Yang Berhormat mengatakan yang kita nombor lima. Dia tidak sebut pun apa dia. Dia kata Islamic finance. Islamic finance dalam konteks apa? Saya hendak tahu dalam konteks apa. Dari segi deposit, dari segi sukuk, dari segi jumlah institusi, dari segi the range of products, dari segi kewujudan badan-badan antarabangsa di Malaysia? Hari ini sudah ada IFSB. Ini yang keduanya. Di antara 14 atau 15 negara ini. Adakah 14 atau 15 negara ini hendak mengikut Malaysia, kalau Malaysia nombor lima? Jangan, Yang Berhormat. Kita sentiasa suka merendahkan kedudukan negara kita. Bukan kita hendak memartabatkan seperti mana yang hak. Kita hendak memperlekehkan. Nombor lima. Saya hendak tahu. Kalau sukuk. Kalau ukurannya sukuk.
[Bangun]
Sukuk kita paling besar di dunia ini. Paling besar.
Semalam. [Ketawa]
Tidak ada lagi.
Pagi tadi baru cerita pasal sukuk.
Kalau jumlah institusi kewangan, institusi kewangan, berapa insuransnya, takafulnya, perbankannya, macam- macam. Kita yang paling lebih. Kalau dari segi pasaran antara bank Islam yang saya sebut dalam ucapan saya tadi. Pasaran kita yang paling aktif. Tidak ada di negara lain. Jadi jangan. Kalau hendak sebut. Yang Berhormat kata yang paling besar. Apa dia? Adakah satu-satu pinjaman ataupun skim financing yang jumlahnya besar mungkin. Saya hendak tahu. Akan tetapi berapa jumlahnya? Adakah satu dua ini sudah melepasi Malaysia yang mempunyai pelbagai. Kita tidak boleh. Jangan dengar orang cakap. Saya tidak tahu Yang Berhormat bercakap dengan siapa. Baru pagi tadi kata sudah nombor lima.
Ya.
Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat jelaskan apa Yang Berhormat maksudkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak ulang sekali lagi perbahasan yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dalam Dewan ini, dalam sesi ini apabila persoalan mengenai perbankan Islam ataupun pakej-pakej kewangan atau produk-produk kewangan Islam dan perbankan Islam dipersoalkan atau diperbincangkan. Data atau maklumat yang lengkap ada dijawab, termasuk dalam jawapan- jawapan lisan. Saya kebetulan tidak ada jawapan lisan di tangan saya tetapi saya ingat tentang ranking kebimbangan yang disebut bahawa kerajaan negara United Kingdom dengan pesatnya dapat menguasai dan mengeksploitasi produk-produk yang berasaskan Islam ini. Perbankan-perbankan bersifat atau berlandaskan Islam ini menyebabkan negara United Kingdom muncul sebagai negara terutama di dunia menjadi peneraju dan terbanyak nilainya, menguruskan kewangannya berlandaskan Islam. Itu disebut. Diikuti oleh negara Singapura. Saya tidak kisah kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan maklumat itu salah. Maka Yang Berhormat Timbalan Menteri berilah kedudukan yang terkini sebab saya rasa angka ataupun kedudukan Yang Berhormat bagi yang terkini mengatakan negara kita yang teratas sekali, saya pun turut bangga. Saya pun memang berharap begitu. Di antara tujuan saya memberikan maklumat yang saya dapat pungut daripada jawapan-jawapan yang diberi dalam Dewan ini adalah bertujuan untuk kita sama- sama memperbaiki terutama Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang menjaga hal ehwal berkenaan dengan urusan-urusan perbankan ataupun kewangan ini. Sudah tentu menjadi tanggungjawab kementerian Yang Berhormat untuk berusaha menjadikan negara kita sebagai pengasas dulu yang mula membawakan inisiatif ini untuk muncul sebagai negara yang paling tinggi, paling terutama dalam pengendalian urusan yang bersifat kewangan syariah atau berlandaskan perbankan Islam ini. Memang itu tujuannya kita berbahas dan bertukar maklumat ini. Saya fikir itulah di antara mauduknya. Terima kasih.
Terima kasih. Pertamanya saya sudah jadi Timbalan Menteri Kewangan ini agak lama. Walaupun saya praktikal, sekejaplah. Itu tidak apalah. Saya sudah menjawab. Saya pernah banyak menjawab jawapan lisan. Tidak pernah dalam jawapan saya dan juga rakan-rakan saya yang saya dengar, yang mengatakan dari segi kedudukan kewangan Islam, kita tercorot. Kita nombor
lima. Tidak pernah saya dengar kita mengatakan England adalah yang paling besar, Singapura nombor dua. Tidak pernah. Senang kita hendak cakap. Saya memang – statistik. Saya sebut tadi statistik dari segi jumlah-jumlahnya. Saya hendak beritahu ini Yang Berhormat. Yang terakhir. Yang terakhir. MIFC iaitu Malaysian International Islamic Financial Center di Malaysia telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada komuniti kewangan antarabangsa. Sebagai contoh. Baru-baru ini MIFC telah diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Terbaik di Persidangan Sukuk London, 2010. Bukan Persidangan Sukuk Kuala Lumpur, bukan persidangan sukuk di tempat lain. Di London 2010. Memilih Malaysia, MIFC pusat kewangan Islam antarabangsa yang terbaik.
Malaysia juga turut menerima Anugerah Pusat Kewangan Islam tahun 2010 oleh The Asset magazine, Hong Kong. Pusat Islam yang terbaik dalam tahun 2010, macam pemain bola terbaiklah ini. Dia tak bagi yang nombor enam. Pengiktirafan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa di peringkat global dan satu lagi saya nak bagi contoh, ha! Ini kita sudah kata, lebih 60% sukuk di peringkat global adalah sukuk yang diterbitkan dari Malaysia, 60%. Daripada segi industri pengurusan dana Islam Yang Berhormat, laporan terbitan Ernst & Young, Yang Berhormat pernah kerja di sana ke? Islamic Fund and Investment Report 2006 membuktikan Malaysia mempunyai pilihan dana yang terbesar di dunia dan bagi jumlah yang diuruskan. Malaysia selain daripada yang terbesar di dunia, jumlah yang diuruskan daripada segi amaun, dia berada di tempat kedua selepas Saudi Arabia. Ini baru satu yang selepas Saudi Arabia, tak nampak pun England nya, tak nampak pun Singapuranya. Macam mana Yang Berhormat? Jangan kita, satu lagi ini...
Saya tidak limitkan, hadkan kepada sukuk semata-mata. Saya kata secara keseluruhan.
Tak betullah tu. Kalau jumlahnya tak ada, tak betul. Saya tak suka bila Yang Berhormat hendak marah-marah sini, Malaysia, Islam nombor enam. Yang lain-lain daripada segi demokrasi nombor 100.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Tak boleh, bagi fakta.
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, ya.
Saya nak meletakkan satu asas di sini, antara tujuan kita membangkitkan perkara ini dalam kedudukan mempertimbangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa adalah untuk meletakkan bahawa bermula daripada sini, kita cuba untuk meletakkan peranan negara kita kepada asas yang sepatutnya, sebagai negara yang di antara terawal membawa inisiatif ini. Itu kedudukan atau asas yang pertama. Soal tentang maklumat tadi, saya memang secara berkebetulan tidak ada di atas meja saya tentang maklumat itu, tetapi saya jamin saya akan cari dan saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk tujuan
mengesahkan. Yang itu kita jamin, tidak ada gunanya kita berbahas tentang perkara itu kerana Yang Berhormat pun tidak dapat memberi pengesahan, saya tidak dapat mengemukakan bukti dan itu juga tidak mendatangkan apa-apa faedah buat masa sekarang. Hanya nak mengesahkan maklumat sahaja tetapi asas saya katakan tadi antara tujuan kita membangkitkan perkara ini adalah untuk mengangkat martabat kedudukan kita, sama-sama sekiranya benar. Saya membawakan beberapa fenomena kebimbangan saya mewakili Pakatan Rakyat, mewakili pembangkang, kebimbangan kita, kebimbangan saya. Kita bimbang setelah Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa ini diwujudkan ataupun terwujud dengan 12 bank-bank pusat di negara-negara yang disebutkan tadi. Kita bimbang kedudukan kita sebagai peneraju ataupun pusat sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi akan hilang dalam satu masa yang akan datang kerana kecuaian ataupun kekhilafan kita sebagaimana yang pernah kita alami dalam beberapa aspek yang lain. Tidak semestinya kepada pengurusan perbankan Islam atau likuiditi Islam semata-mata. Itu sahaja kebimbangan kita dan adalah lebih baik kalau kita membawakan kaedah jangka masa panjang bagaimana nak memastikan kedudukan itu terjamin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Kebimbangan tak apalah, saya tak ada lagi dengar Yang Berhormat dan rakan-rakan Yang Berhormat yang menyuarakan keseronokan. Kebimbangan banyak, itu bimbang, ini bimbang. Memang banyak, tak apa, kita terima. Bukan Yang Berhormat, macam ini Yang Berhormat, saya bukan nak mengajar Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah minta saya mengajar, saya tak suka mengajar. Cuma saya nak kata macam ini, kalau saya dalam posisi Yang Berhormat, saya bangkit kata terima kasih, kita bersyukur negara kita nampaknya menunjukkan prestasi yang cukup baik. Mungkin mendahului negara-negara lain, banyak negara yang memilih kita sebagai pusat antarabangsa. Kita bersyukur dan berterima kasih sebagai rakyat Malaysia beragama Islam. Bangga yang tidak terhingga tetapi marilah kita sama-sama jaga supaya keunggulan kita ini, keutamaan kita ini, nombor satu kita ini tidak tercicir. Ha! Elok kan bunyi itu, elok sangat.
[Bangun]
Jadi tak payah lagi, saya dah tahu. Cukuplah, saya tak nak bagi lagi, sudah.
Yang Berhormat.
Saya dah tak nak bagi, cukuplah. Tak ada, tak ada. Saya tak nak, lepas ini kita ...
Saya ingat Timbalan Menteri tak payahlah bagi laluan lagi.
Ha! Tak payah.
Kita pun dah jelak, sudah jemu. Apa yang dah kita buat ini semua baiklah, lulus sahajalah.
Kalau jelak, tak payah duduk sini kalau jelak. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tak apa, saya sudah tak bagi, cukuplah. [Dewan riuh]
Bukan soal tidak payah duduk sini, akan tetapi hujah sudah dijawab oleh Timbalan Menteri, jelas...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak pernah guna perkataan jelak untuk... jelak itu pada saya, pada fahaman saya, perkataan itu jelak terlalu hina. [Dewan riuh] Saya tak pernah guna perkataan jelak kepada Yang Berhormat mana-mana satu pun. Yang Berhormat tak boleh ...
Yang Berhormat.
Saya bukan cakap kepada Yang Berhormat. Saya tak cakap Yang Berhormat, saya tidak cakap saya jelak Yang Berhormat. Saya bukan cakap jelak pada Yang Berhormat.
Yang Berhormat cakap jelak mendengarnya. Perkataan jelak kepada siapa?
Saya kata, dah jelaklah saya dengar apa ...
Jelak itu benci...
Yang bercakap saya sahaja.
Awak faham lain, dia faham lain. Sudahlah.
Menteri, panjang lagi Yang Berhormat?
Bukan, yang bercakap di sebelah sini, saya seorang sahaja.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Cukuplah Yang Berhormat.
Tidak, tidak! Yang bercakap di sebelah sini saya seorang sahaja dan bila perkataan kata jelak mendengarnya, kalau tidak kepada saya, kepada Timbalan Menteri. Kepada siapa maksudnya jelak itu?
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya jelaklah soal nak mempersalahkan kerajaan sahaja. Kerajaan semua tak betul, ini tak betul, itu tak betul.
Tidak. Yang Berhormat menyebut perkataan kata jelak mendengarnya. Saya seorang sahaja yang bercakap.
Dia tidak tujukan kepada siapa-siapa Yang Berhormat.
Kalau tak kepada Timbalan Menteri, kepada saya.
Cukuplah Yang Berhormat.
Tak apalah, tak apa.
Tidak, saya nak kepastian.
Saya sokong Yang Berhormat Sri Gading.
Yang Berhormat Sri Gading pun dah cakap Yang Berhormat.
Saya tak jelak dengan dialah.
Sebab saya tak pernah guna perkataan macam itu Tuan Yang di-Pertua.
Dia tidak tujukan kepada siapa-siapa Yang Berhormat. Memang benar pun Yang Berhormat tidak gunakan perkataan itu.
Tidak, ada dua orang sahaja yang bercakap. Saya dengan Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, non issue.
Kepada saya itu satu isu. Perkataan jelak dikatakan kepada saya.
Dia dah bagi penjelasan bahawa dia tidak tujukan kepada siapa-siapa. Saya terima itu.
Kalau ada dua orang yang bercakap...
Jangan perasan.
Memang saya perasan, saya perasan sebab itu saya bangkit.
Saya mengulas apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri kata alangkah moleknya... [Dewan riuh]
Cukuplah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi maknanya...
Yang bercakap sekarang ada dua sahaja, saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu sahaja.
Yang Berhormat, saya menerima. Cukuplah Yang Berhormat.
Dia nak tafsirkan lain, dia punya pasallah.
Ya.
Tak, bukan. Sekarang ini bukan soal...
Yang Berhormat Indera Mahkota, cukup Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat katakan Yang Berhormat tidak setuju perkataan itu ..
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sebentar. Seolah-olah ia ditujukan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading katakan dia tidak tujukan kepada siapa-siapa. Saya menerima penjelasan Yang Berhormat Sri Gading sebab itu saya katakan isu ini tiada isu.
Saya nak katakan, kepada saya perkataan jelak itu menujukan kepada yang sedang bercakap.
Dia tidak tujukan kepada siapa-siapa.
Sebab dia kata dia dengar.
Sudahlah Yang Berhormat. Tidak.
Dua orang sahaja yang bercakap sekarang.
Dia nak terasa, itu soal dia. Saya tak tahu, saya cuma mengulas Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ...
Sebab saya terasalah soalnya.
Cukuplah, Yang Berhormat.
Alangkah bahagianya kita, alangkah bangganya kita, alangkah bersyukurnya kita. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi kita berlaku pertikaian kerana masalah bahasa dan perkataan kita tujukan.
Yang Berhormat, saya address kepada isu di depan saya sekarang. Saya berpuas hati dengan penjelasan Yang Berhormat Sri Gading. Sebab itu saya katakan tidak ada isu.
Boleh saya buat penjelasan bagi pihak saya sebab saya yang terasa, sebab perkataan disebutkan kepada saya.
Dah jelas dah Yang Berhormat. Cukuplah, Yang Berhormat. Dah cukuplah Yang Berhormat, dia tidak tujukan kepada siapa-siapa Yang Berhormat. Tak ada orang yang sepatutnya terasa atas perkara ini.
Saya terasa.
Dia tidak tujukan kepada siapa-siapa.
Sebab perkataan, dia kata dia jelak dengar.
Cukup Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya minta teruskan Yang Berhormat.
Kalau terasa, bawalah usul.
Saya katakan kepada beliau, sepatutnya perkataan jelak tidak boleh digunakan sebab ditujukan kepada saya.
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Tak apalah, tak apa Yang Berhormat.
Anda tak patut menujukan kepada saya sebab saya tak ada hal, saya tak sentuh hal anda. Saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tadi Yang Berhormat Sri Gading yang mengeluarkan perkataan itu, bukan orang lain.
Saya tak peduli anda tafsir apa, saya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya tidak tafsirkan apa-apa. Saya cuma kata saya dengar perkataan itu. Saya tidak tafsirkan.
Cukup Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi perkataan mengatakan jelak kepada saya itu...
Cukup, Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya pun...
Menyebabkan saya kata saya nak beri ulasan... [Dewan riuh]
Cukuplah itu.
Kenapa saya bangkit mengatakan perkataan mengatakan jelak tidak harus disebut kepada saya di dalam Dewan ini.
Dia tidak tujukan kepada Yang Berhormat.
Dia tujukan kepada siapa? Dua orang sahaja yang bercakap.
Yang Berhormat Sri Gading dah jelaskan dia tidak tujukan kepada Yang Berhormat, tak apalah.
Yang bercakap dua orang sahaja.
Tak apalah Yang Berhormat. Cukuplah.
Tak apa, tak apa. Saya boleh terima.
Cukuplah. Ya, sila Timbalan Menteri.
Yang bercakap dua orang sahaja.
Cukuplah Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya minta maaflah, cukuplah.
Adakah bermaksud pihak kerajaan, pihak Barisan Nasional nanti merasakan...
[Menyampuk]
Tuan Yang di- Pertua sudah buat keputusan sudah...
Pihak Pengerusi...
Habis, habislah.
Cukup, cukup. Saya minta maaf Yang Berhormat.
Saya hendak tanya.
Tidak payahlah, Allah.
Saya hendak gulung. Saya ucap terima kasih banyak-banyak. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua.
Tiada isu Yang Berhormat.
Adakah kita tidak perlu membahaskan apa-apa rang undang-undang, kita harus luluskan sahaja tanpa perbahasan ataupun tidak menggalakkan sesiapa berbahas.
Yang Berhormat, Yang Berhormat telah diberi peluang untuk berbahas. Tiada masalah lagi.
Akan tetapi Yang Berhormat Sri Gading muak maksud dengar maksudnya sepatutnya tidak ada perbahasan langsung.
Kalau Ahli Parlimen BN bahawa segala...
Adakah itu yang hendak dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Tadi saya dengar perkataan muak disebut. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang senior, saya rasa tidak patut Yang Berhormat Sri Gading mengeluarkan perkataan macam itu.
Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional merasa kalau ia baik tidak memerlukan tidak perlu berbahas dan yang kita luluskan itu tidak perlu kita bahas. Kalau Ahli Yang Berhormat setuju, setuju sahajalah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Ya sila Yang Berhormat, lima minit.
Saya hendak tanya sebab saya dengar walaupun Tuan Pengerusi saya dengar semasa saya mula berdiri Yang Berhormat sebelah sana ada kata sudah muak dengar. Kalau sudah muak, maka tidak payahlah saya bercakap tetapi tidak patutlah. Saya rasa menjadi tanggungjawab seluruh Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat tidak kira apa keadaan sekalipun sepatutnya Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana yang senior, yang lebih daripada satu penggal, dua penggal, tiga penggal sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, memberikan galakan.
Yang Berhormat, fasal 1 hingga 10 Yang Berhormat.
Ini fasal 1 hingga 10.
Kita pun faham, kita pun sudah baca. Hendak cakap, cakaplah. Jangan buang masa, boleh tidak?
Ini satu lagi kata buang masa. Kalau awak tidak kacau saya, tidak adalah buang masa, sebab kata muak tadi. Saya hendak katakan sepatutnya kita tunjukkan teladan yang baik. Yang Berhormat Hulu Selangor pun sama juga status macam saya, baru sepenggal. Jadi tidak payahlah ganggu. Sepatutnya Yang Berhormat ramai-ramai menggalakkan kita. Yang Berhormat sebelah sana tidak hendak bangun, tidak hendak bahas, tidak hendak beri pandangan.
Yang Berhormat, fasal 1 hingga 10 Yang Berhormat.
Selepas itu apabila ada yang cuba untuk membantu atau mengambil peluang memberi pandangan, Yang Berhormat kata beri perkataan-perkataan yang tidak langsung memberi galakan. Saya rasa ini satu teladan yang tidak baik Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebut tetapi saya sudah hilang mood apabila dikatakan muak. Saya pun tidak hendak sehingga orang kata saya dengar muak perkataan saya. Terima kasih banyak. Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Agensi Inovasi Malaysia untuk merangsang dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibaca buat kali yang kedua sekarang.
Ya sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah berjaya mencatat kemajuan yang besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial semenjak mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun negara kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru dan perlu mengambil pendekatan yang berbeza untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana atau dengan izin middle income trap dan mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai status negara maju, kita mesti berupaya bersaing di peringkat serantau dan juga global dan ini memerlukan kita melipat gandakan usaha untuk menarik pelaburan memacu inovasi dan produktiviti. Pendekatan semasa tidak lagi memadai untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Negara perlu berani membuat perubahan ekonomi dan ekosistem secara radikal. Tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan tinggi di mana model ekonomi yang berasaskan tenaga buruh berkos rendah dan sektor pembuatan perlu beralih kepada satu modul berasaskan pengetahuan, kreativiti dan inovasi. RMKe-10 dan model ekonomi baru telah mengenal pasti inovasi sebagai pemangkin atau dengan izin, catalyst untuk merealisasikan transformasi ekonomi. Secara am, inovasi boleh ditakrifkan sebagai ideal baru, pengetahuan atau proses yang dapat memudahkan serta menyebabkan perubahan positif dalam bentuk produk-produk baru, perkhidmatan atau idea-idea yang bernas. Inovasi berperanan sebagai penjana ilmu pengetahuan, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Inovasi juga bersifat multidisiplin, multidimensi serta merentasi sains dan teknologi. Menyedari kepentingan inovasi sebagai faktor pelonjak dan pemapanan ekonomi banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Australia, Taiwan, India, Hong Kong, Sweden, Switzerland, Kanada dan Itali telah memperkasakan ekosistem inovasi masing-masing dengan memperkenalkan undang-undang berkaitan inovasi dan menubuhkan agensi khusus mengenai inovasi.
Sungguhpun, kesedaran masyarakat Malaysia mengenai inovasi semakin meningkat seperti melalui Program Malaysia Inovatif atau MI2010 yang dikendalikan oleh MOSTI dan 14 kementerian pusat dan kerajaan-kerajaan negeri serta rakan inovasi yang lain. Kerajaan sedar bahawa ekosistem inovasi negara perlu diperkasa ke arah tahap yang lebih kondusif untuk inovasi berkembang lebih cergas.
Cabaran-cabaran yang perlu diatasi berhubung inovasi termasuklah: (i) kewujudan model intelektual domestik tersembunyi di kalangan institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan tempatan; (ii) kesulitan yang dihadapi oleh pencipta, penyelidik dan institusi untuk membangun dan memasar produk-produk berinovatif termasuk di pasaran domestik; (iii) perkongsian maklumat dan jalinan kerjasama yang terhad antara institusi pengajian tinggi dan penyelidikan dengan sektor swasta; dan (iv) pulangan pelaburan yang masih rendah daripada projek- projek R&D pembiayaan ataupun yang dibiayai oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa agenda inovasi negara memerlukan lonjakan besar or big push dengan izin, kerajaan komited untuk mengambil tindakan berterusan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memperkukuh sistem inovasi Malaysia. Pendekatan ini adalah lebih efektif apabila diterajui oleh satu agensi khusus yang diberi mandat untuk memacu agenda inovasi negara. Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Agensi Inovasi Malaysia sebagai agensi peneraju ke arah memperkasakan ekosistem inovasi negara. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 yang dicadangkan ini terdiri daripada tujuh bahagian dan 46 fasal. Izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada bahagian-bahagian dan fasal- fasal yang penting bagi rang undang-undang. Bahagian I pada bahagian pendahuluan. Fasal 2 mengehadkan kuasa akta ini sehingga 31 Disember 2020 selaras dengan penubuhan Agensi Inovasi Malaysia iaitu untuk memacu agenda inovasi ke arah mencapai objektif Wawasan 2020. Fasal 46 mengatakan setelah akta yang dinyatakan luput, semua hak, kepentingan, kewajipan dan liabiliti yang timbul atau yang diperoleh akan diletakkan ke atas Menteri Kewangan. Kuasa untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa akta, walau bagaimanapun diberi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bahagian II mengenai Agensi Inovasi Malaysia. Fasal 4 rang undang- undang ini memperuntukkan penubuhan Agensi Inovasi Malaysia sebagai sebuah badan berkanun yang boleh menyaman atau di saman. Fasal 5 menyenaraikan fungsi dan mandat Agensi Inovasi Malaysia yang mana termasuklah: (i) menggubal polisi, strategi dan hala tuju berhubung inovasi;
(ii) menganjur, bekerjasama dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan sektor awam dan swasta untuk merangsang inovasi di Malaysia; (iii) menjalankan kaji selidik berhubung inovasi dan ekosistem inovasi negara; (iv) mempromosi dan memudahcarakan aktiviti-aktiviti pelaburan berhubung inovasi oleh sektor awam dan swasta; (v) mempromosi selanjutnya budaya inovasi di kalangan sektor awam, swasta dan pendidikan; (vi) menasihati kerajaan dalam perkara-perkara berhubung inovasi; dan (vii) mencadangkan komponen inovasi di dalam projek-projek strategik nasional ke arah mempertingkatkan nilai tambah dan kemampanan ataupun dengan izin, sustainability projek-projek tersebut. Fasal 6 menyatakan kuasa Agensi Inovasi Malaysia melaksanakan perkara-perkara yang perlu yang berkaitan dengan fungsi dan mandat yang diberikan. Ini termasuklah pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang bersifat komersial, mendapatkan maklumat dan mengenakan fi. Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 mengatakan Agensi Inovasi Malaysia ditadbir oleh Majlis Tadbir Urus atau dengan izin, Governance Council yang terdiri daripada: (i) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi; (ii) Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio sains, teknologi dan inovasi; (iii) Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan; (iv) Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio pendidikan tinggi; (v) Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio kewangan; (vi) Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio Unit Perancang Ekonomi; (vii) Ketua Pegawai Eksekutif; dan (viii) sepuluh ahli yang dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan atau berpengalaman dalam subjek inovasi, sains, teknologi, perniagaan, ekonomi atau polisi kerajaan. Bahagian III adalah berkaitan terus kepada ketua eksekutif, pegawai dan kakitangan agensi. Dalam fasal 19 memperuntukkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berdasarkan terma-terma yang ditentukan oleh beliau. Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab ke atas
perjalanan pentadbiran harian Agensi Inovasi Malaysia dan perkara-perkara berhubung polisi dan hala tuju strategik tidak boleh diputuskan melainkan dengan kebenaran Majlis Tadbir Urus. Bahagian IV berkaitan dengan kewangan. Fasal 22 dan fasal 23 menyentuh mengenai pewujudan dana operasi bagi tujuan pembayaran perbelanjaan operasi organisasi dan dana inovasi bagi membiayai projek-projek atau aktiviti-aktiviti berhubung inovasi. Fasal 27 mewajibkan kedua-dua penyata kewangan agensi dan penyataan aktiviti disahkan oleh Juruaudit Negara yang kemudiannya dikemukakan kepada Parlimen ini. Bahagian V, peruntukan berkaitan harta intelek. Fasal 28 menyatakan Agensi Inovasi Malaysia akan mewujudkan suatu khazanah pusat harta intelek negara atau dengan izin, national intellectual property central depository. Sistem depositori berpusat ini mengandungi data komprehensif ke atas semua jenis harta intelek yang terhasil dari semua aktiviti R&D pembiayaan kerajaan. Hak milik harta intelek tersebut, walau bagaimanapun masih dipunyai oleh pemilik asal. Maklumat di dalam sistem ini membolehkan agensi membuat penilaian untuk membangun atau mengkomersialkan harta-harta intelek yang strategik dan mempunyai potensi pasaran. Peranan Agensi Inovasi Malaysia dalam konteks ini tidak akan bertindih dengan peranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, tertakluk kepada perjanjian yang dimeterai oleh pihak-pihak yang terlibat, fasal 29 membenarkan Agensi Inovasi Malaysia untuk memperoleh hak-hak harta intelek hasil daripada pembiayaan kerajaan dan individu awam atau sektor swasta. Bagi harta intelek yang dimiliki sepenuhnya individu atau sektor swasta, agensi dibenarkan untuk memperoleh harta intelek tersebut tertakluk kepada perjanjian antara pihak-pihak yang terlibat. Fasal 30 memberi hak kepada Agensi Inovasi Malaysia untuk mempromosi, membangun atau memasarkan harta intelek yang didaftarkan di dalam sistem depositori dengan persetujuan Majlis Tadbir Urus dan pemilik harta intelek tersebut. Bahagian VI, kuasa-kuasa lain agensi. Fasal 31 memperuntukkan kuasa kepada Agensi Inovasi Nasional untuk melantik Duta Inovasi atau dengan izin, Innovation Ambassador bagi menasihati kementerian, institusi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan ataupun dengan izin, Federal Government-Linked Companies (GLCs) berhubung inovasi. Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, Agensi Inovasi Malaysia dibenarkan di bawah fasal 33 untuk menubuhkan syarikat memasuki perkongsian serta memegang ekuiti atau sekuriti dalam syarikat- syarikat yang terlibat dengan pengkomersialan inovasi. Manakala fasal 37 membolehkan Agensi Inovasi Malaysia memperaku produk dan perkhidmatan yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu sebagai produk atau perkhidmatan inovatif bagi tempoh maksimum dua tahun. Peruntukan ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada produk dan perkhidmatan tempatan yang berinovatif. Pengiktirafan ini walau bagaimanapun tidak mengikat kerajaan atau agensi kepada jaminan faedah perniagaan atau keistimewaan undang- undang ke atas produk atau perkhidmatan tersebut. Agensi berhak menarik balik pengiktirafan tanpa sebarang ikatan kepada kerajaan. Semua kementerian, institusi dan agensi kerajaan serta GLCs diwajibkan untuk memberi pertimbangan terhadap produk-produk tersebut dalam proses perolehan masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VII, pelbagai hal. Bahagian terakhir menyentuh tantang perkara-perkara am seperti kerahsiaan maklumat, kuasa Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang berkaitan serta kesalahan memberi maklumat palsu. Tuan Yang di-Pertua, kita hanya mempunyai tempoh sembilan tahun lagi sebelum menjelang tahun 2020. Penubuhan Agensi Inovasi Malaysia melalui Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 merupakan langkah pertama dan utama yang tentunya akan memberi lonjakan segera, jumpstart ke arah menambah baik ekosistem inovasi negara untuk membuat anjakan kepada sebuah ekonomi negara maju menjelang 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memperbadankan Agensi Inovasi Malaysia untuk merangsang dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Lima minit, Yang Berhormat ya.
Ya. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kerajaan kerana memperkenalkan Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Messyuarat] Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan memperkenalkan Rang Undang- undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 ini adalah selari dengan strategi dan matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi tempoh 2010-2015 yang berlandaskan kepada gagasan 1Malaysia bagi mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam hubungan ini kita tahu inovasi merupakan faktor utama untuk mempertingkatkan produktiviti, khususnya bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan inovasi juga akan menggalakkan eksploitasi idea baru dan tambah nilai dengan menggunakan asas modal dan sumber manusia. Saya beranggapan Agensi Inovasi Malaysia ini dijangka akan beroperasi pada tahun 2011. Walaupun pada fasal 1(2), akta ini tidak menyatakan tarikh
berkuat kuasanya secara khusus, bagaimanapun setelah meneliti Bajet 2011, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, tidak nampak ada menyatakan peruntukan khusus bagi agensi ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah agaknya kerajaan akan menjelaskan emolumen ketua pegawai eksekutif, pegawai dan juga pekerja- pekerja agensi sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal 19 dan juga fasal 20 tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 7 berhubung dengan anggota Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan sendirinya telah menunjukkan iltizam kerajaan untuk membangun dan menggalakkan inovasi negara. Selain daripada Majlis Tadbir Urus Agensi Inovasi Negara ini juga akan dianggotai oleh menteri-menteri seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Dalam hubungan ini, sebahagian besar inovasi dan ekonomi terhasil daripada usaha berterusan oleh syarikat, institusi, individu dan juga penambahbaikan produk, proses serta mengenal pasti untuk penerokaan pasaran harus dilakukan. Maka dengan itu, langkah kerajaan memilih anggota tadbir urus Agensi Inovasi Negara ini perlulah lebih teliti dan juga menjurus dalam bidang inovasi supaya wajar memandangkan kepada inovasi yang terhasil daripada penambahbaikan produk, proses dan juga struktur organisasi seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin menyentuh fasal 5 berhubung dengan fungsi agensi seperti merumuskan dasar strategi haluan negara berhubung dengan inovasi. Namun hakikatnya agenda inovasi negara ini masih lagi belum mencapai tahap kemajuan yang dihasratkan. Sebagai contohnya, kita dapat saksikan kemerosotan keupayaan organisasi untuk menjana pengetahuan yang menurun di mana bilangan penyelidik menurun daripada 21.3 setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2004 kepada 20.3 pada tahun 2008. Begitu juga dengan nisbah perbelanjaan kasar bagi R&D daripada KDNKK yang menurun daripada 0.069% pada 2004 kepada 0.021% pada 2008. Malaysia berhasrat meningkatkan kepada 1% menjelang 2015. Bagaimana pun negara jiran telah pun mencapai kepada 3%. Jadi, dalam hubungan ini saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kerajaan untuk mengambil tindakan berterusan bagi memperkukuhkan sistem inovasi negara, khususnya melalui empat dimensi utama iaitu membentuk persekitaran yang menyokong inovasi, mewujudkan peluang inovasi, menyediakan pemboleh inovasi dan juga membiayai inovasi. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada fasal 5 iaitu menggalakkan dan memudahkan aktiviti serta inisiatif pelaburan di sektor awam dan pihak swasta berhubung dengan inovasi. Dalam perkara ini saya hendak membangkitkan tentang peranan penting yang dimainkan oleh enterprise kecil sederhana (EKS) sebagai jentera pertumbuhan dan juga inovasi. EKS mewakili 99.2% daripada semua perniagaan yang ada di Malaysia dan menyumbang sebanyak 56.4% kepada jumlah guna tenaga di negara ini. Jadi oleh itu, EKS merupakan komponen penting bagi ekonomi Malaysia dan juga berpotensi sebagai jentera utama penggerak kepada pertumbuhan dan juga inovasi. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kerajaan bagi menggalakkan inovasi bagi EKS ini melalui Agensi Inovasi Negara, khususnya dalam inisiatif berikut:
(i) mengurangkan kos kawal selia yang ditanggung oleh EKS; (ii) membina keupayaan dan kebolehan EKS; (iii) mewujudkan budaya keusahawanan; (iv) mengukuhkan sistem sokongan kepada EKS; dan (v) meningkatkan akses EKS kepada pembiayaan. Jadi, akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 2(1) di mana akta ini akan terpakai bagi tempoh sehingga 31 Disember 2020 iaitu sembilan tahun sahaja lagi. Walaupun kerajaan memperuntukkan dalam akta ini bahawa tempoh akta boleh dipanjangkan dengan kehendak Perdana Menteri, tetapi seharusnyalah ia menjadi cabaran kepada Agensi Inovasi Malaysia untuk memperkukuhkan pelbagai aspek aktiviti Agensi Inovasi Negara menjelang 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya sedikit kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam rang undang-undang ini. Pertama sekali saya juga ingin mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membentangkan rang undang-undang ini kerana kita dapati kalau sebelum ini negara kita membawa masuk ramai antara pakar- pakar kita dalam program brain gain. Akan tetapi ramai di antara mereka yang telah kembali ke negara yang mereka berada sebelum itu dan Malaysia ataupun dalam bajet yang lepas Perdana Menteri telah pula mengadakan Talent Corporation yang juga fungsinya mungkin hampir sama untuk membawa pakar- pakar kita dari luar negara yang lebih kurang 700,000 itu untuk kembali ke negara kita untuk memajukan negara kita melalui inovasi yang mungkin berada dalam rang undang-undang yang dibentuk ini. Saya ingin mengatakan memang negara kita mempunyai ramai pakar yang sedang dan telah menghasilkan banyak inovasi terutama di peringkat pusat pengajian tinggi kita. Saya bagi contoh macam UTM misalnya, telah mengadakan satu jenis kenderaan yang menggunakan hydrogen gas daripada air yang boleh menjalankan kenderaan tersebut hanya menggunakan air yang dihydrolyze yang dijalankan oleh kajian mereka dan kita dapati ini merupakan salah satu daripada hasil yang boleh dipasarkan ataupun dikomersialkan, terutama dalam negara kita kalaupun kita tidak berpeluang untuk mengkomersialkan di negara luar. Akan tetapi apa yang menghairankan kita, kenapakah program-program ataupun perkara-perkara yang seperti ini tidak dimajukan dalam negara kita. Apakah kekangan yang menyebabkan ianya tidak dapat dimajukan di dalam negara kita untuk kegunaan rakyat kita sendiri? Yang keduanya, tentang patent dari segi barang-barang perubatan. Memang banyak kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kita. Saya hanya mendapati yang memasuki...
Pendang, minta laluan.
Sedikit sahaja ini.
Tambah itu.
Tambah? Okey.
Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Pendang soal brain gain. Sedar atau tidak Yang Berhormat bahawa brain gain, orang-orang yang berpengetahuan tinggi, yang berpengetahuan secara lebar soal inovasi, soal saintifik dan sebagainya, katakanlah dan ramai rakyat kita telah pun berhijrah ke negara-negara yang lain. Bagaimana agaknya cadangan Yang Berhormat supaya pihak kementerian dapat menarik balik? Adakah satu cara seperti pendapatannya ataupun gajinya yang lebih daripada apa yang dia dapat di luar negara? Jadi, apa cadangan Yang Berhormat kepada pihak kementerian supaya brain gain akan datang ke negara kita.
Terima kasih Putatan. Memang kita telah banyak kali bahas berhubung dengan brain gain dan brain drain ini dari segi suasana dalam negara kita, dari segi pendapatan yang mereka boleh dapati, dari segi kemudahan kepada anak isteri mereka yang mungkin tidak menyenangkan hati, dari segi suasana politik dalam negara kita dan saya rasa perkara ini banyak telah disentuh dalam perbahasan-perbahasan kita yang telah lalu.
Jadi saya rasa mungkin kementerian mempunyai pandangan-pandangan yang boleh ditambah nilai terhadap apa-apa yang telah kita bahaskan sebelum ini dan juga ditambah dengan adanya Talent Corporation ini mungkin mereka yang berada dalam Talent Corporation ini boleh memberi pandangan yang lebih lagi untuk membawa masuk balik dalam program brain drain kita yang telah gagal sebelum ini ataupun yang tidak mencapai banyak kemajuan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyebut tentang paten-paten ataupun hasil inovasi dalam negara kita, tadi saya sentuh tentang produk-produk kesihatan. Saya hendak mengambil satu contoh misalnya Profesor Asmah telah mengeluarkan typhoid kit yang boleh menjalankan penyiasatan berhubung penyakit tipoid yang telah diterima pakai di seluruh dunia sekarang ini. Baru-baru ini ada juga satu lagi paten yang mengkaji dan boleh mendiagnosis HIV dengan hanya cara sebagaimana yang dibuat pada typhoid kit tersebut. Apakah paten- paten yang sebegini kita tidak boleh pasarkan ke luar negara untuk memberikan jenama Malaysia dan ini sudah tentu akan memberikan pakar-pakar kita ruang yang lebih luas di dalam suasana global pada hari ini. Kemudian kita dapati ada di antara hasil-hasil di dalam negara kita yang kita buat di sini apabila kita keluarkan daripada negara kita, kita dapati harganya lebih murah berbanding dengan apa yang rakyat kita sendiri dapati. Saya ambil contoh di sini misalnya Proton Persona. Hasil dalam negara kita walaupun teknologi kita ambil daripada Jepun tapi kita buat di sini, dan apabila kita pasarkan di luar negara harga Persona 36,000 riyal dalam RM28,000 tapi dalam negara kita berapa harga. Itu kita boleh bandingkan. Itu salah satu contoh yang saya bawa. Maknanya apabila kita hendak membuat sesuatu perkara atau satu paten yang telah kita ada produk, yang kita buat dalam negara kita baiklah kita memberikan kepada rakyat kita dengan harga yang lebih murah kalau kita hendak bandingkan kita eksport ke negara luar, mereka boleh mendapat lebih murah daripada negara kita yang ada sekarang. Jadi saya harap pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sama-sama perlu memikirkan dengan Talent Corporation yang ada ini supaya apa yang rakyat dapat lebih baik daripada apa yang kita eksport ke negara luar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan rang undang- undang ini, malahan saya melihat fungsi rang undang-undang ini antara lain merumuskan dasar, strategi dan haluan negara berhubung dengan inovasi. Menggalak dan memudahkan aktiviti dan inisiatif pelaburan sama ada oleh sektor awam ataupun dalam sektor swasta. Jadi bagi saya inovasi bermaksud cetusan idea kreatif yang dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi boleh berupa produk perkhidmatan, proses sistem, prosedur kerja dan teknologi. Jadi pendekatan inovasi dan kreatif amat diperlukan untuk meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan terutamanya dalam konteks kerajaan sejajar dengan kehendak dan harapan rakyat. Jadi ia juga bertujuan untuk memberi perkhidmatan dan hasil yang cekap, cepat serta menepati keperluan dan kehendak rakyat dalam konteks perkhidmatan awam dan kalau dalam konteks swasta ia mestilah menepati kehendak pengguna. Jadi dengan cara itu sahajalah bila pengguna merasa puas hati dengan hasil cipta kita dan menggunakan idea kita barulah saya rasa produk itu dapat memberi kesan dan dapat menambat hati pengguna. Selain itu juga bagi saya ia mampu mempercepatkan dan berkesan sektor swasta bagi bertujuan mengurangkan kos perkhidmatan menjalankan perniagaan. Jadi pada masa yang sama...
Yang Berhormat Lipis, Parit Sulong. Boleh, sedikit sahaja.
Sila.
Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat katakan tadi mengenai antara objektif-objektif yang telah dimaklumkan. Jadinya mungkin saya hendak menumpang juga melalui Yang Berhormat hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebab kerajaan juga di bawah MOSTI ini dia ada menubuhkan satu yayasan. Nama yayasan ini adalah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada tahun 2008. Objektif utamanya adalah untuk menggalakkan dan mempromosikan budaya, kreativiti dan juga inovasi. Jadinya mungkin, tumpang tanya ini apakah perbezaan antara dua ini antara YIM dengan AIM ini sebab kedua-dua ini kita tengok objektif utama memang untuk mempromosikan kreativiti dan kalau ada apakah kerjasama yang akan dibuat antara duanya, bagaimana pengagihan tugas dan juga skop supaya tidak ada duplikasi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Jadi oleh kerana pertanyaan itu sebenarnya memang hendak ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri dan dia hanya tumpang dalam ucapan saya, saya jadikanlah apa yang diucap itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Jadi pada masa yang sama sebenarnya kalau kita lihat Tuan Yang di- Pertua inovasi ini juga sebenarnya untuk meningkatkan daya saing negara dan memastikan sistem dan prosedur kerja yang kemas selaras dan cekap bagi menghalang sekali gus menutup ruang dan peluang untuk berlakunya rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan sama ada kerajaan dan swasta, kerana ada yang mengatakan bahawa kereta Proton ini menjadi mahal kerana vendornya terpaksa membuat alatnya mahal sebab ada unsur-unsur yang tidak nampak dalam proses melantik vendor dan sebagainya. Itu satu andaian
saya pun tidak tahu. Mungkin Yang Berhormat Menteri lebih tahu mengenai perkara ini. Jadi kalau kita lihat, saya fokus kepada sektor awam kerana sektor awam ini bagi saya merupakan pemangkin kepada perkembangan sektor swasta untuk memastikan ekonomi negara berada pada landasan untuk memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia seperti yang kita kata dan hasrat agensi ini sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi dengan sasaran pendapatan per kapitanya pada USD15,000 atau pada USD20,000 pada tahun 2020, dan kalau kita lihat rang undang-undang ini pun ia mengehadkan agensi ini kepada sehingga tahun 2020. Justeru itu bagi saya sebelum sektor swasta itu cekap, sektor perkhidmatan awam ini juga perlu sangat menekankan kepada budaya berprestasi tinggi antaranya menerusi penciptaan kreativiti dan inovasi supaya proses kerja itu menjadi lebih tepat, mudah dan pantas.
[Bangun]
Boleh saya bagi peluang?
Bagi Yang Berhormat. Saya tidak bersalah sangat Yang Berhormat. Hanya Yang Berhormat ada 10 minit. Itu sahaja.
Okey, satu minit ya.
Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat soal sektor awam ini. Yang kita melihat bajet yang kita bahas baru- baru ini ialah Bajet 2011, yang mana kita melihat bahawa perbelanjaan kita dalam cara mengurus lebih banyak daripada perbelanjaan kita dalam pembangunan. Jadi adakah Yang Berhormat melihat bahawa pegawai-pegawai kita kalau saya dibenarkan menggunakan nama pegawai-pegawai pengurusan dalam perjawatan awam dan sebagainya, kita melihat tidak ada perubahan yang dikatakan they don’t think outside the box. Jadi dia setakat habis bulan tunggu gaji, habis bulan tunggu gaji. Langsung tiada kreativiti walaupun ada arahan, ada piagam kerja dan sebagainya tetapi prestasinya masih belum dapat ke peringkat yang boleh kita banggakan. Jadi apakah cara-cara dan langkah-langkah Yang Berhormat cadangkan kepada kementerian supaya ini juga dapat dilihat supaya prestasi penjawat awam kita ini dapat ditingkatkan.
Sebenarnya saya bersetuju dan kurang bersetuju dengan Yang Berhormat dari Putatan ini kerana bagi saya kalau kita lihat daripada sejak merdeka sampai sekarang prestasi pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai kerajaan kita memang meningkat. Ini jelas. Cuba kita tengok kaunter JPJ, Jabatan Pengangkutan Jalan dahulu.
Saya ingat masa saya mula-mula mengambil lesen pada umur 18 tahun. Pakai buku merah tampal sahaja. Akan tetapi dengan adanya inovasi, idea baru dan sebagainya kita sekarang dapat lesen yang kita dapat. Dulu saya ingat di Jalan Duta itu, Jabatan Perkhidmatan Awam bila saya hendak memperbaharui lesen, berbaris panjang dengan pejabat yang tidak ada kipas. Atapnya. Berbaris panjang. Saya ingat setengah hari hendak dapat memperbaharui lesen. Namun, sekarang kalau kita pergi, dengan inovasi daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam yang ada ini, kita pergi ke JPJ rasa saya lima minit, sepuluh minit, kita sudah dapat. Oleh kerana kepuasan manusia, memang tidak terhingga. Mereka
yang baru hendak tambah baik lagi. Semakin tambah baik dan kita sentiasa tidak berpuas hati. Itu adalah nalurinya. Namun kita perlu buatlah. Makna, saya setuju pula dengan Yang Berhormat Putatan tadi supaya penambahbaikan perlu ada supaya ia menjadi lebih baik lagi. Jadi saya mengucapkan syabas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan pegawai awam kerana kalaulah mereka ini tidak menjadi pemangkin kepada program inovasi dan sebagainya.
Ya, gulung, Yang Berhormat.
Menggalakkan inovasi dan sebagainya tadi, saya percaya kita tidak sampai ke tahap sini. Dalam Dewan di sini pun kalau kita tengok masa saya menjadi pegawai bertugas dahulu, saya tidak terfikir pun. Kerusi biru baris. Saya duduk belakang saja. Bilalah saya hendak duduk depan pula. Lama duduk pegawai bertugas. Jadi bila saya masuk pula ke Dewan ini saya tengok semua kerusi berubah dan sekarang, kalau dulu tidak ada komputer, kita ada komputer walaupun komputer ini kadang-kadang tidak berapa boleh digunakan. Akan tetapi ada inovasi dan sebagainya. Jadi bagi saya agensi ini merupakan sangat tepat pada masanya kerana kita mesti menggalakkan dan mempunyai satu program yang khusus terutamanya untuk menyimpan segala harta intelek ini dan memastikan bahawa segala harta intelek yang kita ada dalam negara ini dapat disimpan dengan baik. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.
Ya, inovasi untuk malam ini Yang Berhormat ringkas, resizekan ucapan Yang Berhormat. Kita ada satu bil lagi. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan merujuk kepada rang undang-undang sahaja. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri berapakah peruntukan untuk menubuhkan yang telah diberi permulaannya untuk menubuhkan agensi inovasinya. Apakah jumlah yang akan diperuntukkan kepada kumpulan wang inovasi, kumpulan wang operasi yang ada diperuntukkan di bawah rang undang-undang ini? Saya merasa agak keliru apabila saya membaca rang undang-undang ini. Di bawah agensi ini ada ditubuhkan Majlis Tadbir Urus tetapi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh terangkan. Apa sebenarnya tujuan Majlis Tadbir Urus ini? Yang jelas adalah fungsi agensi yang akan dilantik seorang ketua eksekutif untuk mengendalikan hal ehwal hariannya tetapi Majlis Tadbir Urus ini tidak diterangkan dalam rang undang-undang ini. Perkara yang seterusnya adalah mengapakah Majlis Tadbir Urus ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan bukannya Menteri. Saya ada tadi membaca satu akta bagi negara yang lain. Mereka dipengerusikan oleh Menterinya. Saya – mungkin pihak kementerian atau kerajaan berpendapat bahawa dengan mengadakan satu majlis di bawah akta ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, ia akan menunjukkan atau menonjolkan bahawa betapa pentingnya kerajaan memandang serius untuk membangunkan atau merangsang ekosistem inovasi di negara ini. Saya ada sedikit kerisauan memandangkan kesibukan Perdana Menteri kita. Rang undang-undang ini kalau kita membacanya. Ada satu seksyen memperuntukkan bahawa perlu ada mesyuarat sekurang-kurangnya – seksyen
11, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh pengerusi. Dalam kes ini, pengerusi adalah Perdana Menteri. Ia membenarkan mesyuarat dijalankan menggunakan video secara langsung. Saya rasa ini pertama kali saya membaca. Mungkin ini satu kemajuan. Penggunaan video secara langsung. Sambungan televisyen, kemudahan komunikasi yang lain. Kalau kita baca jumlah ahli dalam Majlis. Jumlahnya adalah sebanyak 17 orang. Kuorum yang diperlukan hanyalah 5 orang. Jadi saya juga ada risau di mana pihak Majlis dalam seksyen 15 ada memperuntukkan boleh meluluskan sesuatu ketetapan tanpa bermesyuarat. Apakah ini wajar, ini munasabah? Seksyen 15 menyatakan anggota majlis hanya perlu dimaklumkan berkenaan ketetapan yang dicadangkan. Selepas itu menandakan persetujuan terhadap ketetapan itu. Itu telah memadai untuk meluluskan sesuatu ketetapan tanpa mesyuarat. Ini saya nampak, pandangan sayalah adalah lebih baik majlis ini dipengerusikan oleh Menteri. Menteri yang dipertanggungjawabkan berkenaan hal ehwal atau bidang kuasa berkenaan inovasi. Yang Berhormat Menteri sebab Perdana Menteri juga adalah ahli majlis yang lain. Pengerusi majlis yang lain. Pengerusi kepada jawatan ke bidang yang lain. Jadi ini ada – saya minta penjelasan yang berkenaan aspek ini. Perkara yang seterusnya berkenaan – saya baca. Kumpulan wang operasi seksyen 22 dan kumpulan wang inovasi. Apa perbezaannya di antara kedua-dua kumpulan wangnya? Saya faham the aspek wang operasi di mana peruntukan untuk membelanjakan wang tetapi fungsi penggunaannya – penerimaan wangnya perlu dibezakan. Wang untuk kumpulan wang inovasi dan kumpulan wang operasinya. Perkara seterusnya adalah perbelanjaan. Seksyen 25. Perbelanjaan agensi di sini memperuntukkan seksyen 25 – perbelanjaan agensi, jumlah amaun yang boleh dibelanjakan adalah ditentukan oleh Perdana Menteri. Mengapakan bukan ditentukan oleh majlis memandangkan majlis telah disediakan, telah diperuntukkan, ditubuhkan di bawah rang undang-undang ini. Nampaknya banyak hal tidak dibawa. Rang undang-undang ini masih digenggam kuasa oleh Perdana Menteri. Tadi saya kata berapa jumlah wang amaun yang dibenarkan digunakan bagi satu tahun yang telah dibayar daripada kumpulan wang operasi dan kumpulan wang inovasi juga ditentukan oleh Perdana Menteri. Kalau agensi memerlukan berapa jumlah wang mereka kena kemukakan kepada Perdana Menteri yang menentukan sama ada wajar atau tidak wajar. Mengapa tidak majlis ini diperuntukkan bahawa seksyen 25(4)? Laporan seksyen 27. Agensi harus mengemukakan penyata akaun dan penyata aktiviti yang diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan satu salinan laporan Ketua Audit Negara kepada Perdana Menteri. Mengapa tidak kepada majlis. Biar majlis yang menyampaikan penyata akaun dan penyata aktiviti dan laporan Ketua Audit Negara untuk Dewan yang mulia ini. Kedua-dua Majlis Parlimen. Mengapa sampai kepada Perdana Menteri? Saya tahu Perdana Menteri adalah pengerusi tetapi biar peranan ini atau tanggungjawab ini atau perbincangan kalau ada berkenaan sebarang penggunaan kewangan dari wang kumpulan wang inovasi perbelanjaan agensi ditentukan oleh lebih anggota. Itu melalui majlis. Seterusnya ialah berkenaan seksyen 29. Pemerolehan harta intelek. Saya hendak tahu apakah kriteria-kriterianya yang telah ditetapkan atau dalam
rancangan akan ditetapkan untuk menentukan jenis-jenis harta intelek yang akan diperoleh oleh pihak agensi ini sama ada terma-terma perjanjian itu akan dijadikan satu public document agar kita tahu apakah kandungan terma-terma di antara pihak-pihak yang terlibat ini?
Seksyen 31 ialah di mana tiada penjelasan berkenaan mengapa perlu melantik duta inovasi untuk menasihati kementerian, institusi atau agensi kerajaan. Apakah pihak kementerian tidak boleh memainkan peranan ini untuk menjalankan bidang kuasa menasihati ini dan perlu melantik duta inovasi? Apakah pilihan orang atau kelayakan mereka tentang inovasi mereka ini? Ini kerana mereka akan dibayar saraan atau elaun oleh agensi selepas mereka dilantik menjadi duta inovasi. Apakah fungsi mereka? Apakah peranan mereka? Apakah tanggungjawab mereka? Apakah pegawai-pegawai di bawah kementerian tidak mempunyai kelayakan untuk menjalankan tanggungjawab atau peranan yang bakal dijalankan oleh duta inovasi ini?
Ya, gulung Yang Berhormat.
Saya akan habis.
Ya, saya tahu. Saya tahu.
Saya rujuk rang undang-undang, bukan perkara ini.
Rang undang-undang tebal lagi Yang Berhormat.
Maaf ya?
Masa saya pun tidak banyak Yang Berhormat.
Seksyen 32, agensi boleh ambil khidmat agen pakar perunding. Saya rasa yang akan dibayar apabila mengambil khidmat nasihat agen atau pakar perunding. Mengapa tidak mengambil mereka yang mempunyai kepakaran ini terus ke dalam Majlis? Jadi, ia boleh memainkan fungsi ini dengan lebih baik di bawah rang undang-undang ini. Akhirnya, seksyen 33 memperuntukkan kuasa agensi menubuhkan syarikat. Sini ada kata seksyen 33 sub 2 di mana kalau mahu menubuhkan syarikat, fungsinya perlu melalui kelulusan Perdana Menteri. Mengapa tidak Majlis? Akhirnya, di mana agensi perlu dengan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan – buat masa ini orang yang sama – untuk melepaskan kepentingan dalam syarikat. Mengapa tempoh tujuh tahun ini? Akhirnya, ini peruntukan yang memperuntukkan tempoh akta ini sehingga tahun 2020. Yang Berhormat ada kata tadi sembilan tahun. Selepas ini, apa akan terjadi kepada semua harta intelek yang telah diperolehi? Selepas itu – pinjaman. Kalau ada pinjaman-pinjaman yang masih belum dijelaskan oleh agensi yang terlibat. Membangunkan inovasi ini seharusnya berterusan. Mengapa meningkatkannya sehingga 10 tahun sahaja? Apakah rancangan seterusnya selepas rang undang-undang luput ini atau hanya sekadar membiarkan selepas ini Perdana Menteri untuk menentukan agar ia disambung atau tidak disambung?
Saya pohon penjelasan beberapa perkara di bawah rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di atas inisiatif yang mengambil dan terus menubuhkan Agensi Inovasi Malaysia. Sehubungan dengan itu, amatlah bijak jika rang undang-undang ini dapat kita terima bersama dan diluluskan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu memperkemaskan serta membangunkan ekosistem inovasi negara agar lebih banyak lagi reka cipta yang boleh dibawa ke persada antarabangsa. Kita lihat dalam Bajet 2011 baru- baru ini, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberi peruntukan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan yang berjumlah lebih kurang RM412 juta. Ini suatu tindakan yang selari dengan dasar rang undang-undang ini yang ditubuhkan bagi mewujudkan lagi satu mekanisme yang terbaik untuk menyediakan negara kita ini menjadi sebuah negara yang memenuhi kehendak tuntutan semasa untuk membolehkan kita dapat bersaing dengan masyarakat dunia. Saya berharap dengan tertubuhnya agensi ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti terutamanya, khususnya di kawasan luar bandar. Ini kerana kita melihat bagaimana kalau dari segi ratio penduduk di kawasan negara kita ini, memang kita lihat bagaimana kawasan luar bandar itu jumlahnya memang besar dan pendedahan kepada budaya kreativiti dan inovasi sangat diperlukan. Contohnya seperti di negara Jerman yang menekankan pada teknologi yang berasaskan kepada inovasi dan kreativiti ini yang disebut sebagai ‘methol management’. Mereka menekankan kepada budaya ini yang akhirnya lebih kurang 65% hingga 70% hasil daripada industri tempatan itu adalah diasaskan daripada budaya yang mengamalkan bidang kreativiti dan inovasi. Oleh itu, saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian. Apakah peranan kerajaan untuk memperbetulkan persepsi masyarakat bahawa inovasi dan kreativiti hanya dilakukan oleh pelajar, saintis dan para penyelidik sahaja? Apakah inisiatif kerajaan untuk membuka minda masyarakat umum bahawa mereka juga mampu menghasilkan produk yang inovatif dan dapat dimanfaatkan komuniti setempat? Tuan Yang di-Pertua, masyarakat perlu sedar bahawa reka cipta dan inovasi boleh dihasilkan oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur ataupun jawatan serta latar belakang. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian dalam kerangka untuk memperkemaskan lagi rang undang-undang ini supaya suatu mekanisme yang lebih terarah kepada – macam konsep kokurikulum ataupun perkara-perkara yang perlu menjadi keutamaan untuk menjadi penekanan kepada rang undang-undang ini untuk dapat difahami oleh semua rakyat di negara kita. Perlu juga ditekankan soal publisiti supaya kesedaran di kalangan masyarakat itu dapat mereka terima
dan memahami konsep ini dan dijadikan suatu budaya kepada negara kita yang menekankan kepada penekanan dan pembangunan inovasi dan kreativiti ini. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mentakrifkan harta intelek sebagai hak cipta, paten, cap dagangan, reka bentuk susun atur litar bersepadu, petunjuk geografi dan reka bentuk industri. Jadi saya ingin mencadangkan agar akta ini turut mengambil kira hasil kajian ilmiah yang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan mewartakannya sebagai harta intelek, terutamanya hasil kajian yang telah di bentang dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, tidak kira sama ada ianya telah dibukukan ataupun belum. Ini adalah kerana saya tidak mahu berlaku kejadian di mana hasil kajian penyelidik tempatan diplagiatkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab atau dipergunakan kembali oleh pelajar sebagai hasil tugasan mereka. Di sini saya mencadangkan agar hasil kajian bertulis ini turut diendors dan disiarkan di laman sesawang rasmi agensi-agensi yang terlibat dalam bidang inovasi dan kreativiti ini, sebab kita melihat bagaimana kita boleh menghargai hasil cipta mereka. Ini juga secara tidak langsung Tuan Yang di-Pertua, boleh menggalakkan rakyat kita untuk membuat sesuatu bidang-bidang atau perkara- perkara yang melibatkan inovasi dan kreativiti ini. Sudah tentu ini akan menjurus kepada membuka ruang minat kepada semua masyarakat supaya terlibat dalam perkara ini dan mungkin juga pada masa yang sama kementerian boleh memikirkan untuk memberikan insentif kepada para penyelidik ini supaya mereka dapat meneruskan dan komited dengan kerja yang sangat baik. Ini sekurang- kurangnya juga dapat memperkayakan lagi dari segi hasil penyelidikan yang disediakan ataupun yang ada di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik terma yang diperuntukkan dalam Bahagian VI fasal 37 terutamanya fasal 37(3) yang memberikan pengiktirafan kepada semua produk atau perkhidmatan inovatif yang diendors dan menyiarkan ia dalam laman sesawang agensi.
Cara ini saya kira akan mampu memberikan pendedahan meluas pada hasil kreatif dan inovatif tempatan terutamanya apabila laman-laman ini dapat diakses terutamanya oleh masyarakat antarabangsa. Secara tidak langsung juga Tuan Yang di-Pertua, ini akan membolehkan segala produk yang terdapat yang dihasilkan secara – mungkin daripada segi kualitinya sangat baik dan masyarakat antarabangsa boleh mengakses melalui laman sesawang dan membantu memasarkan dan dalam jangka masa yang panjang Tuan Yang di-Pertua, ia akan menarik lagi pelabur supaya mereka datang ke negara kita dengan melihat pada konsep dan pertumbuhan inovasi dan kreatif ini dapat diterapkan dan diamalkan oleh negara kita. Namun, pada masa yang sama juga saya ingin mempersoalkan sedikit mengenai fasal 37(2) dalam bahagian ini yang memerihalkan bahawa pengendorsan akan dibuat dalam masa tempoh dua tahun. Tempoh dua tahun untuk mengendors sesuatu produk ini adalah saya kira ia terlalu lama. Ini memungkinkan perkara-perkara yang menyebabkan daripada segi kualiti, ciptaan ataupun reka cipta itu akan menjadi obsolete dan ia tidak akan begitu bermanfaat kepada masyarakat ataupun negara kita sendiri. Saya berharap supaya kementerian dapat mempertimbangkan – kalau sekarang ini kita tetapkan pada dua tahun, mungkin ia boleh lebih awal daripada itu memandangkan saya rasa pihak kementerian juga telah mewujudkan satu
jawatankuasa yang akan terlibat bagi memastikan daripada segi kualiti, patennya, daripada segi yang diperlukan oleh kementerian – seperti yang saya nampak dalam program yang disiarkan di TV3 berhubung kait dengan inovasi yang mana kementerian ini terlibat secara langsung. Ini suatu perkara yang baik yang kita lihat bagaimana pereka cipta ataupun mereka yang terlibat dalam bidang inovasi dan kreativiti ini, mereka begitu yakin daripada segi hasil ciptaan mereka. Saya berharap supaya dalam untuk mengendors dalam masa dua tahun ini, dapat difikirkan jika ia perlu diwartakan ataupun diiktiraf dalam masa yang singkat. Mungkin boleh kementerian memikirkan untuk memberikan pertimbangan untuk melaksanakannya dengan segera. Ini disebabkan – daripada segi kita minat, rasa dan bangga terhadap pereka cipta yang semakin luntur. Malahan lagi yang lebih menggusarkan Tuan Yang di-Pertua, dalam hasil kreativiti dan inovasi tersebut, ada yang telah tidak ternilai lagi kerana sudah out-dated seperti yang saya sebutkan di peringkat awal tadi. Seterusnya jika kita perhatikan kandungan siaran yang dipaparkan di stesen televisyen di negara kita, kebanyakan rancangan yang diterbitkan adalah lebih bertujuan mempromosikan produk-produk yang melibatkan barangan dari luar negara.
Gulung Yang Berhormat.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil perhatian tentang idea-idea yang kreatif yang dicipta oleh rakyat kita ini untuk dapat diberikan kepada pihak-pihak yang lebih ada autoriti daripada segi media elektronik untuk mengubah daripada segi paradigma dan supaya rakyat pun memikirkan tentang kualiti reka cipta yang dibuat oleh rakyat dan penduduk negara ini adalah mempunyai kualiti yang sama setanding dengan negara luar. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, disebabkan budaya mengutamakan hiburan menyebabkan tidak ramai yang berminat dan menceburi dalam bidang R&D, kesannya budaya R&D ini tidak subur dalam masyarakat kita dan negara terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mengimport teknologi luar. Dalam perkara ini, saya ingin mengharapkan supaya kementerian juga mengambil perhatian yang berat dalam bidang kreativiti dan inovasi yang berhubung kait dengan media massa ini supaya mereka lebih proaktif dan mengutamakan produk- produk tempatan daripada segi promosi. Saya yakin perkara ini...
Yang Berhormat...
Pengakhirannya Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini, saya berharap supaya dapat diluaskan dan dikuatkuasakan dengan segera, sesuai dengan tuntutan semasa. Namun, pada masa yang sama juga di masa akan datang supaya kementerian dapat menyemak juga dari semasa ke semasa daripada segi keperluan negara kita tentang rang undang-undang ini. Sesungguhnya, rang undang-undang ini sangat baik untuk persiapan negara kita ke arah negara membangun yang memenuhi aspirasi citra antarabangsa. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Kepong dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan ini kerana ini satu rang undang-undang yang penting walaupun Yang Berhormat Putatan tidak menganggap sedemikian dan Yang Berhormat Ledang pun lemah-lemah untuk menyebutkannya. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, perlu bagi negara kita untuk berusaha mengadakan sistem yang boleh memelihara, menggalakkan inovasi di negara ini ‘Bagai air mencari jenisnya’. Kita mesti sentiasa... [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, ini melanggar peraturan. Ini bukan kedai kopi. Ini Dewan!
Ya. Betul.
Ini pun jam sudah 10.15 malam. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kepong, pencelahan.
Itu baik. Boleh mencelah.
Saya harap Yang Berhormat beli buku ini [Memegang sebuah buku] dan baca. Baru Yang Berhormat tahu peranan, tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen. Yang Berhormat Kepong berdiri buang masa buat apa? Baik kita benarkan Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat tegur Yang Berhormat Putatan, tegur Yang Berhormat Ledang semua buat apa? Saya suruh dia beli buku ini Tuan Yang di-Pertua, suruh dia baca buku ini. [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri mesti – saya percaya, beliau hendak mendengar apa yang saya cadangkan. Tidak seperti Yang Berhormat Tangga Batu. Tangga yang tidak batu tetapi tidak ada batu bagaimana? Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kepong, gulung.
Ini bukan kedai kopi tetapi Dewan yang mulia! Di sinilah saya hendak mengetahui – kita tidak ada satu perenggan pun untuk mencungkil bakat-bakat, pakar-pakar dan sebagainya. Ini kerana, inovasi ini melibatkan orang-orang yang pandai-pandai, yang cerdik pandai. Walaupun Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Sri Gading menganggap mereka pandai, Yang Berhormat Tangga Batu anggap dia terlebih pandai, tetapi saya percaya tidak termasuk di dalam inovasi ini. Saya hendak mengetahui bagaimana kita dapat mengumpulkan cerdik pandai ini untuk mewujudkan produk untuk mencipta dan sebagainya, kerana kita perlu. Perlunya ada Agensi Inovasi tidak mencukupi. Memang tidak cukup kerana Tuan Yang di-Pertua, di dalam pendidikan, pendidikan ini memang – kalau kita boleh menggunakan 10% daripada usaha kita untuk menyelidik pun, itu pun mujur sudah. Kadangkala tidak sampai 5%. Ini bermakna, kita mesti membelanjakan dengan banyak untuk mewujudkan para penyelidik bagi mendapat produk-produk, proses dan sebagainya untuk inovasi kita. Saya tahu – tidak panjang. Ada beberapa cadangan. Satu cadangan untuk bagaimana kita menggalakkan...
Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kepong minat P. Ramlee tidak? Apa dalam pandangan
dan penilaian Yang Berhormat Kepong tentang P. Ramlee. Dia mendahului zamannya dan inovasinya hebat. Ada tidak dalam perfileman dan lagu?
Inovasi ini pelbagai jenis dan P. Ramlee memang dia seorang yang berbudaya dan sumbangannya besar dalam bidang perfileman.
Dia mendahului zaman.
Akan tetapi bukan sahaja kita hendak ada P. Ramlee, kita hendak ada anak cucu dan sebagainya. Setakat ada seorang P. Ramlee tidak cukup. Kita hendak ada cucu cicit dan sebagainya.
Mengantuk Yang Berhormat Kepong.
Untuk inovasi dalam bidang perfileman. Seorang sahaja hendak mengenang baik-baik kepada sejarah dan hanya sejarah tidak cukup.
Sebagai contoh inovasi sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak pandang ke arah 2020 dan selepas 2020, bukan kembali ke 60-an.
Ya, sudah enam minit, tinggal empat minit lagi.
Empat minit? Jangan buang masa lagi. Saya hendak bagi sudah.
Satu poin pun belum ada lagi. Tidak ada poin dalam enam minit.
Macam mana hendak ada? Tuan Yang di- Pertua saya hendak tahu bagaimana kita menarik, seandainya...
Yang Berhormat Kepong.
Bukan sahaja di dalam negeri bahkan di seberang laut untuk datang ke Malaysia, sama-sama kita wujudkan satu suasana inovasi yang baik. Di sini saya nampak...
Yang Berhormat Kepong.
Di dalam majlisnya ada enam Menteri. Menteri itu sibuk.
Yang Berhormat Kepong.
Enam Menteri, jumlah 17 orang.
Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tangga Batu hendak mencelah.
Hanya ada 11 orang bukan Menteri. Macam mana kita adakan majlis macam itu? Seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi pun betul juga. Saya tengok macam mana Menteri semua sibuk.
Yang Berhormat Kepong.
Ada tiga minit sahaja Yang Berhormat Tangga Batu.
Yang Berhormat.
Beri saya peluang sedikit. Kita hendak wujudkan suasana inovasi. Setakat P. Ramlee tidak cukup. Saya berharap Yang Berhormat dapat beritahu kita macam mana kita dapat ada majlis yang boleh bermesyuarat dan sebagainya. Walaupun di dalam rang undang-undang disebutkan bahawa tidak ada melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Wang yang akan diperuntukkan oleh pihak kerajaan berapa? RM1 bilion untuk yang bukan tambahan, mesti ada. Saya setuju kita ada kaedah untuk mengumpulkan wang dan kita mesti ada dalam rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun kita mesti ada wang untuk penubuhan. Wang ini berapa bilion atau berapa juta yang akan diperuntukkan untuk ini? Di sini saya nampak kalau kita ada tempoh sembilan tahun kerana di dalam penyelidikan bidang inovasi ini kadangkala mengambil masa yang panjang.
Ya, masa Yang Berhormat cukup.
Masa cukup?
Saya beri Yang Berhormat satu minit.
Satu minit? Ya, saya akan gulung satu minit. Lain kali jangan kacau. Kita di dalam Dewan bukan di kedai kopi. Di sini saya hendak Yang Berhormat memberitahu dari segi bukan sahaja mesyuarat bahkan juga bagaimana kita dapat memastikan setelah tertubuhnya agensi inovasi ini semua pengurusan dapat dijalankan dengan baik. Ini kerana kita nampak dalam majlis itu lebih berat di atas dan di bawah ringan. Jikalau kepala berat di atas, dia jatuh dari semasa ke semasa.
Habis masa Yang Berhormat Kepong.
Habis masa. Memang macam ini, bagi kita itu satu imej bahawa ini satu majlis inovasi kita, berat di kepala dan mudah jatuh. Itu sahaja dan saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab semua ini. Sekian terima kasih.
Ya, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab, saya minta Menteri di mana hujah dan soalan debat yang tidak ada relevan dengan rang undang-undang dan inovasi itu sendiri, tidak perlu jawab. Saya ada menulis buku soalan kreativiti dan inovasi Yang Berhormat tetapi tidak seorang pun pernah baca di interpretasi apa erti inovasi. Jadi ‘a tangent’ semua jawapan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dan MOSTI sebagai penaja rang undang-undang ini, saya mengatakan
terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Agensi Inovasi Malaysia 2010. Sejumlah enam Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian serta dua orang Yang Berhormat yang tumpang dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa satu perkara yang saya ingin jelaskan pada awal ini kerana ia boleh menjawab pelbagai persoalan bahawa agensi ini yang dalam Dewan yang mulia ini ditaja oleh MOSTI tetapi akan diletakkan di Jabatan Perdana Menteri untuk perihal pelaksanaan tugas-tugasnya. Itulah sebabnya pengerusi adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan dalam governing council itu penekanan kepada kuasa-kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dialah Menteri yang bertanggungjawab kepada agensi ini. Jadi saya rasa persoalan itu boleh menjawab lebih kurang empat soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengatakan, mengapa fokus kepada Perdana Menteri. Saya rasa ini ada kelebihannya untuk penjelasan bahawa tujuan kita dengan izin ialah to jump, start. Memang Kementerian MOSTI akan terus berfungsi, antara fungsinya ialah dari hal perkara-perkara berkaitan inovasi. Dia pemegang dasar dan pengurus dana R&D, sains dan pengkomersialan dan ‘pre komersialan’ pada setakat ini. Seterusnya pada masa yang sama juga membuat awareness program ataupun kesedaran mengenai dengan inovasi. Apa yang ditujukan oleh akta ini adalah untuk melonjakkan perkembangan inovasi serta pengurusannya supaya menjadi satu langkah untuk melonjakkan ekonomi kita. Maka satu agensi yang perlu ditubuhkan diletakkan di Jabatan Perdana Menteri dan tugas-tugasnya seperti mana dalam rang undang-undang ini. Jikalau ada persoalan bagaimana ia akan nanti berlapis dengan fungsi MOSTI tidak akan wujud kerana kita akan dengan izin, delineate the function. MOSTI akan terus menjaga dari segi dasar agensi dan tidak akan... functionnya dengan izin, satu think-tanking, I mean mengeluarkan idea-idea baru untuk mengubah, mencadangkan semakan kepada penggubalan dasar dan program yang sedia ada. Selain itu tugas yang kedua ialah pengkomersialan, di mana amat sukar dilakukan di peringkat MOSTI kecuali melalui agensi-agensi yang lain dan difikirkan bahawa satu agensi yang boleh dikhususkan untuk tujuan tersebut dengan peruntukan-peruntukan seksyen tertentu boleh mencapainya. Ketiga adalah fungsi utama yang begitu manis iaitu ekosistem kerana satu badan penyelidikan dalam inovasi ini banyak dia punya ekosistem.
Sebahagian ekosistem ini, komponennya terletak dalam kementerian yang lain seperti MOSTI dia memelihara R&D dari segi pengurusan dana dan juga menentukan roadmap untuk sains dan teknologi di negara kita ini. Akan tetapi satu lagi komponen yang utama ialah perihal human capital, the researches, ini terletak tiga ataupun empat kementerian lain, MOHE – Higher Education main power, MOSTI dan juga Kementerian Kesihatan pun membuat program-program yang untuk latihan human capital dengan izin dan yang keempat lagi, ketiga lagi memang dalam peringkat awareness program. So sebelum itu kewangan di bawah Kementerian Kewangan...
[Bangun]
Perundangan untuk inovasi kita dalam Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya soal entrepreneurship di bawah MITI. Jadi difikirkan bahawa apabila kita letakkan ini di bawah Jabatan
Perdana Menteri untuk tahun-tahun pertama dijangka dua tahun dan selepas itu apabila dia sudah boleh dilepaskan dan seperti mana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri barulah dia akan dikembalikan kepada MOSTI seperti AMDEC dan agensi-agensi lain yang telah diletakkan di bawah MOSTI. So itu penjelasan yang boleh menjawab hampir 70% daripada soalan-soalan yang telah diajukan.
Penjelasan. Ada sedikit penjelasan.
I’m coming back to you one by one tetapi you want to come in.
Ringkas sahaja.
Dia belum jawab Yang Berhormat, dia baru bagi cerita dasar.
Sekejap, sekejap bukan dasar sahaja dia kata itu yang saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasanlah MOSTI ini kerana MOSTI salah satu kementerian sahaja yang mempunyai para penyelidik. Di sini disebutkan tadi oleh Yang Berhormat bahawa ada empat kementerian yang mengendalikan para penyelidik. Saya hendak tahu macam mana kita dapat mengawal semua ini, menyelaras semua ini dan bilangan para penyelidik dengan tertubuhnya akta ini.
Jawapan daripada Yang Berhormat Kepong, saya katakan ada empat badan kementerian MOSTI, Pengajian Tinggi, Pertanian, Plantation Industry dan Kesihatan, lima. Jadi akta ini akan menjurus kepada inovasi sahaja iaitu perihal sebahagian penggalakan pengurusan ekosistem dan pengkomersialan. Jadi R&D masih akan terus dikendalikan di bawah satu badan yang baru sahaja saya umumkan minggu lalu iaitu National Science and Research Council. Ini badan yang terbaru untuk menyelia lima kementerian tadi dari segi agenda penyelidikan. Mereka yang akan membuat roadmap dan juga agenda untuk lima tahun dan sepuluh tahun yang akan datang. Jadi dari segi R&D dia akan terus kekal diselaraskan di peringkat National Science and Research Council (NSRC) yang dipengerusi oleh penasihat sains kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan diletakkan di MOSTI. Pengkomersialan hasil daripada R&D ini akan di champion oleh pihak AIM tanpa menjejas usaha-usaha universiti dan pusat-pusat penyelidikan untuk mengkomersialkan mana yang mereka boleh komersialkan. Jadi begitulah penjelasan secara ringkas.
Minta penjelasan.
Minta penjelasan.
Yang mana satu Yang Berhormat?
Okeylah Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri cuba menjelaskannya berkenaan agensi ini. Saya hendak tahu kesimpulannya setakat ini dua tahun seperti dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum lepas tangan dari Jabatan Perdana Menteri. Jadi setakat ini, buat masa ini agensi ini answerable kepada MOSTI atau kepada Jabatan Perdana Menteri.
Answerable kepada Jabatan Perdana Menteri untuk dua tahun ini.
Ringkas.
Okey Yang Berhormat Indera Mahkota yang banyak cakap hari ini, beri pendeklah. Thank you.
Terima kasih.
Yang Berhormat kalau Yang Berhormat bercakap ringkas, cakap ringkas betullah ya.
Ya, ringkas. Saya cuma hendak beringat walaupun saya tidak menyertai perbahasan tadi. Saya berminat untuk tahu agak-agaklah berapakah kerugian yang kita alami kerana kita baru menyedari hendak bangunkan aspek inovasi Malaysia ini, kita adakan rang undang-undang ini kerana barangkali kita menyedari selama ini kita tidak membangunkan undang- undang Agensi Inovasi Malaysia. Agak-agak adakah kita sedar atau kita menyedari berapakah kerugian yang negara kehilangan atau alami selama ini baru kita sedar untuk membangunkan agensi serupa ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Indera Mahkota, soal kerugian itu tidak ada timbul sama sekali. Apa yang kita gariskan di situ ia perlu mempercepatkan proses tersebut dari segi penterjemahan daripada hasil R&D kepada well creation dengan izin kepada kekayaan dan di sini ialah yang kita fikir bahawa ruang masih banyak, luas untuk Agensi Inovasi Malaysia ini untuk to champion. Misalnya saya katakan di sini dana-dana bagi MOSTI sahaja belum termasuk dana-dana yang ditadbir oleh lima, empat kementerian yang lain. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan khususnya jumlah peruntukan yang telah kita terima adalah RM2.9 bilion, jumlah projek yang telah kita taja adalah 4,520 dan projek siap setakat ini 2,390. Saya ingin katakan di sini hasil daripada ini paten yang digeneratekan yang dikeluarkan adalah paten 550, hak cipta 421, trademark 223, reka bentuk 27 dan jumlahnya 1,219 tetapi yang lain belum siap lagi. Akan tetapi yang saya ingin katakan di sini jumlah yang dikomersialkan adalah 263. Jikalau dia berasas kepada paten sahaja 48% has gone to convert to has been commercialized berasas kepada semua jenis IP termasuk hak cipta, trademark dan seterusnya 22%. Soal rugi itu tidak timbul yang penting adalah kita sudah puas hati dengan pencapaian yang sedia ada dari segi pengkomersialan R&D dan banyak hasil akan di use to work dengan izin lockup in the research centre sebagai universiti. Dengan bantuan ini dengan peranan yang akan diambil oleh AIM di mana ada Pusat Depositori (Depository Centre) di mana semua hasil R&D yang ditaja oleh kerajaan dimasukkan di situ, mereka boleh meneliti mana yang sudah masuk paten, mana yang sudah dikomersialkan, mana yang belum dan kemungkinan di mana yang belum itu ada ruang untuk aim untuk membuat pelaburan secara sendiri untuk bawa kepada pasaran (market) ataupun bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mengkomersialkannya. So, begitu sebenarnya. Soal kerugian tidak timbul tetapi kita melihat ruang itu masih luas untuk dilaksanakan. Saya ingin teruskan setiap Ahli Yang Berhormat sampai nanti di situ tidak lama ini Yang Berhormat Tenggara ada sentuh mengenai – antara kawasan yang saya minat untuk memerhatikan. Dia telah meletakkan peruntukan untuk agensi, tidak ada dalam MOSTI, saya katakan bahawa diumumkan pada masa belanjawan, bajet yang baru selesai itu bahawa dia terletak di Jabatan Perdana
Menteri. Untuk soal operasi ini dibentangkan oleh ataupun dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Kepong yang sudah mahu lari dari Dewan. So I can finish early dengan izin, juga Yang Berhormat Batu Gajah. Kos operasi untuk permulaan adalah RM26 juta dan kos untuk ekosistem development bagi tahun hadapan adalah RM71 juta. So tidak ada bilion demi bilion, okey? Kos operasi ialah RM26 juta untuk tahun hadapan dan kos untuk menjalankan program-program dan penambahbaikan ekosistem adalah RM71 juta, semua di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri. Okey, jadi itu sudah pun terjawab. Mengenai dengan tadbir urus dan anggota tadbir, syarat-syarat telah pun diletakkan di situ bahawa mereka bukan sahaja adalah pakar-pakar dalam bidang tertentu tetapi akan mengambil – saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengambil perhatian kepada satu adalah variety, disiplin yang akan diwakilkan dan menyentuh perihal daripada negeri, perwakilan, zon saya rasa beliau akan menggunakan konsep 1Malaysia tanpa kompromi dari segi kepakaran setiap peribadi yang akan dijemput untuk menjadi wakil di situ. Mengenai dengan perihal RSE 10,000 penduduk setakat ini ia terletak sebenarnya.
Memang sasaran kita adalah 50 untuk setiap 10,000 rakyat, tetapi setakat ini ada sekadar 29, memang ini masih kurang dan inilah di antaranya juga di mana akta ini diperlukan untuk membantu dalam pembentukan ekosistem supaya modal insan yang terlatih untuk menyokong agenda inovasi itu dan R&D itu dapat diperbanyakkan. Ini ada kaitan juga dengan Ahli Yang Berhormat Pendang yang bercerita tentang brain gain bahawa kita sedia maklum dalam perkara ini satu agensi baru disebut sebagai Talent Corporation yang akan menyatukan program- program yang sedia ada di bawah MOSTI, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan...
[Bangun]
Dan sudah pun diumumkan tumpuan-tumpuan ataupun fokus-fokus dalam perkara membawa brain...
Brain drain.
Otak-otak pemikiran dan pakar-pakar daripada luar negara kembali ke sini dengan segera.
Laluan Yang Berhormat. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Arau tidak berucap tadi.
Saya tidak berucap, sedikit Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat membangkitkan soal apabila kita hendak menubuhkan...
Yang Berhormat, soal...
Sedikit, sedikit.
Kita sudah cukup 10.41. Kita ada satu bill lagi Yang Berhormat.
Ya sedikit, setengah minit Yang Berhormat. Seperti yang kita maksudkan, penyelidik, lecture kita terdapat di pusat pengajian tinggi dan pelbagai agensi yang lain. Tidak seperti yang dijalankan di sesetengah negara yang telah mencapai tahap tinggi di dalam inovasi ini, mereka hanya
meletakkan di bawah satu bumbung, satu agensi sahaja di mana saya melihat lebih fokus dan lebih jelas untuk mencapai matlamat. Adakah tindakan ini akan dibuat pada masa yang akan datang, pandangan Yang Berhormat Menteri?
Penjelasan Yang Berhormat Menteri, seterusnya saya sentuh perkara ini tadi. Soalan yang saya kemukakan tadi adalah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh para penyelidik- penyelidik kita, penyelidik kita mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa tetapi mengkomersialkan atau mengeksport hasil-hasil inovasi itu nampaknya tidak ada. Apakah kekangan yang menyebabkan tidak berlaku perkara ini, terima kasih.
[Bangun]
Saya...
Hendak sambung.
Saya telah jawab itu di dalam pembentangan saya dan saya empat perkara...
Boleh, sedikit...
Mengapa yang kita perlukan akta ini dan ia ada berkaitan dengan apa yang saya katakan tadi link dengan private sektor yang lemah, kekurangan dana untuk mengkomersialkan dan seterusnya. Ini di antara sebab-sebab mengapa kita masih belum di tahap yang memuaskan.
Minta izin sedikit hendak tanya.
Ramai dari Perlis.
Tuan Yang di-Pertua, kita membuat Talent Corporation ini, dengan mencungkil talent-talent dari luar negara, bagaimana pula dengan talent-talent yang ada di dalam negara. Jadi apakah itu yang mempunyai banyak seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang juga adalah orang-orang yang telah kembali ke negara kita setelah 10 tahun yang memang pakar dalam bidang perubatan umpamanya. Saya tahu ada gold medalist daripada year 1 sehingga PhD pun gold medalist tetapi di mana pun kita tidak tahu mereka. Adakah satu instrument ataupun kaedah untuk kerajaan mencungkil mereka ini.
Terima kasih di atas input ini, saya katakan tadi tentang Talent Corporation bercadang untuk memberi fokus kepada perkara-perkara seperti berikut itu juga, bukan sahaja membawa yang masih di luar negara tetapi juga memperkasakan dan menggunakan kemahiran mereka yang sudah ada di sini tetapi tidak mendapat sokongan yang menyeluruh untuk mereka excel dengan izin, dalam bidang-bidang tertentu. Saya sedia maklum idea-idea yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat di dalam perkara ini bahawa sering kali kita fokus kepada program daripada kita fokus kepada person dan saintis. Saya rasa perlu ada inovasi di dalam perihal penggubalan dasar dana- dana. Untuk makluman AIM nanti akan memfokuskan dari segi tumpuan mengkomersialkan ini dengan menggunakan dana pengkomersilan, dana sains dan teknologi akan terus kekal di MOSTI. Mungkin sampai kepada pre komersial, kita belum lagi ready untuk pengkomersilan tetapi pengkomersilan mereka telah dicadangkan bahawa nanti AIM yang mengurus dana tersebut bersama dengan
agensi-agensi pelanggan yang telah sedia ada kecuali fund untuk collective contempt yang akan diterajui oleh MOSTI dan KPKK. Seterusnya dikatakan tadi di mana hal paten saya telah sentuh tadi, tetapi dalam hal paten ini untuk makluman kita bahawa actually negara kita is not really, tidak begitu ketinggalan. Bagi tahun 2009, resident failing for paten adalah 1,234, non resident 4,503 dan paten granted daripada orang tempatan adalah 270 di mana ruangnya begitu besar dan bukan resident 3,198 di situ. Jadi kita boleh melihat bahawa jumlah yang difailkan itu sepatutnya begitu menggalakkan tetapi jumlah yang dikomersialkan dalam negara kita ataupun di luar negara memang belum lagi memuaskan. Dengan itu saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis dan juga Yang Berhormat Pendang di awal tadi bagaimana dengan paten-paten yang ada di negara kita ini dan juga daripada Yang Berhormat Silam yang begitu teoretikal dalam ucapan beliau. Ini memang perkara yang terkandung di dalam Akta AIM ini iaitu dengan memberi endorsement kepada inovasi-inovasi selama dua tahun misalnya, dengan izin actually this is recognition therefore untuk digunakan di dalam negara kita khususnya oleh GLC ataupun syarikat-syarikat milik kerajaan ataupun yang berkaitan dengan kerajaan. Di antara tujuannya seperti yang dikatakan tadi ada teknologi kita yang laku di luar negara tetapi agensi termasuk agensi kerajaan di dalam negara kita ini tidak menggunakannya. Jadi hendak menjual, market produk tersebut amat sukar dan inilah antara kekangan-kekangan yang dihadapi. Begitu juga dengan kos mengenai dengan perihal teknologi yang seharusnya mudah jika digunakan di sini daripada yang diimport, sebahagian program yang kita gunakan di MOSTI sebagai tap MOSTI itu sebenarnya di dalam bentuk itu iaitu apa teknologi yang ada cuba minta wakil rakyat champion dengan izin untuk tujuan tersebut. Terakhir yang saya mahu merujuk semula Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan sekali gus AIM tidak ada masalah untuk bertindih kerana Yayasan Inovasi Malaysia adalah ditumpukan untuk membentuk kesedaran inovasi serta memberi latihan kepada golongan akar umbi iaitu fokus kepada masyarakat- masyarakat di akar umbi, OKU, kumpulan wanita dan kumpulan belia, pelajar dan ini adalah tumpuan utama mereka. Walaupun setakat ini mereka juga terlibat di dalam peringkat program kesedaran di peringkat SME. Antaranya nanti yang ditumpukan oleh AIM ini adalah Agensi Inovasi Malaysia khususnya SME, SMI dan kesemuanya memang di dalam jentera kerajaan sendiri dan akhirnya kepada private sector keseluruhan. Mengenai dengan yang disentuh dan berkaitan dengan publisiti, ini akan berterusan nanti apabila rang undang-undang ini telah diluluskan dan bagaimana perkaitan dengan memperbanyakkan majlis untuk bermesyuarat dengan lima kuorum dan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana dengan penggunaan tadi. Kita hendak berinovasi, hendak menggunakan ICT dan teknologi yang ada dan kalau seseorang itu tidak dapat hadir tetapi dia boleh bermesyuarat dengan kita melalui video conferencing dan ini ada diperuntukkan di sini. Saya rasa tidak timbul masalah tidak cukup kuorum tetapi decision itu diteruskan, biasanya apabila Perdana Menteri mempengerusikan sesebuah mesyuarat, kebanyakan majlis dan ada kelebihannya dalam perkara ini. Jadi apa- apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah mengenai perkara tersebut adalah oleh kerana agensi ini diletakkan di Jabatan Perdana Menteri untuk sementara waktu sampailah ia boleh terbang. Kami di MOSTI sedia untuk menjaga dan memastikan tugas-tugas akan berterusan selepas diselesaikan di Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai dengan kenapa 10 tahun, sembilan tahun dan tidak berterusan, saya rasa untuk sasaran pertama dalam peranan ini kita tinjau nanti bersama apabila terjadi selesainya 2020 di mana we suppose to be - we are seharusnya menjadi negara sudah yang berpendapatan tinggi antara USD15,000 sampai USD18,000. Saya rasa itu sahaja saya perlu sentuh pada saat ini dan Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan sekali lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Fasal 4. Saya hendak bertanya kepada pihak Menteri oleh kerana di bawah 4(2) mengatakan agensi adalah kekal turun temurun dan mempunyai satu meterai perbadanan. Akan tetapi di bawah 4(4)(c) juga memberi kuasa pada agensi Inovasi Malaysia untuk, “Memindah, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan...” dan segala macam hak untuk memindahkan atau memberi kuasa pada pihak lain. Begitu juga di bawah perkara yang sekejap lagi kita akan bincang di bawah urusan kewangan. Perkara yang tidak lagi disebut oleh Tuan Pengerusi cuma hendak katakan ada kena-mengena di sini menunjukkan bahawa ada kuasa yang diberikan kepada Agensi Inovasi Malaysia untuk menubuhkan syarikat. Di mana hak-hak yang sepatutnya dikekalkan secara turun temurun boleh dipindahkan atau diletakkan di bawah hak ataupun kawalan syarikat yang ditubuhkan. Ada juga menyatakan bahawa ada kerjasama di bawah fungsi agensi fasal 5 Tuan Pengerusi yang mengatakan bahawa adanya pengurusan secara bekerjasama aktiviti sektor awam dan swasta. Bermakna adanya partnership ataupun gabungan di antara usaha kerajaan dan swasta. Pada pendapat saya ini memberi gambaran bahawa wujudnya konsep penswastaan dalam isu ini. Jadi saya hendak tanya, saya terdengar tadi Yang Berhormat menyebut bahawa setakat ini kerajaan telah melabur sebanyak RM2.9 bilion semasa Yang Berhormat menggulung tadi. Yang Berhormat ada menyebut untuk menggerakkan 4,520 kajian yang hanya setakat ini yang siap 2,390, RM2.9 bilion. Jadi setakat ini jumlah yang dilabur atau dibelanjakan itu adakah mengambil kira akan datang apabila wujudnya pemindahan hak-hak ini kepada
sektor yang digabungkan dengan sektor awam iaitu sektor swasta. Adakah ini menggambarkan satu konsep penswastaan yang dirancang atau dicadangkan oleh pihak kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.
Untuk fasal 1 hingga 11, untuk menjawab Yang Berhormat Indera Mahkota apabila saya sentuh RM2.9 bilion itu adalah sebenar dana kerajaan yang telah pun diserah kepada MOSTI untuk Rancangan Malaysia Kesembilan untuk diurus. Dana ini belum termasuk dana- dana yang diberi kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi dari segi itu apa yang disentuhkan di sini sebenarnya apabila dia mengatakan ekuiti dan pasaran harta kepada teknologi yang dilaburkan oleh pihak AIM. Bukan ertinya ini diperolehi daripada pemilik-pemilik dan dibawa kepada pasaran dan di melalui spinoff dengan izin, dengan syarikat yang ditubuhkan. Jadi itu yang dikatakan. Mengenai dengan turun menurun apa yang tersirat di situ adalah semangat berinovasi dan dia diberi 10 tahun supaya 2020 selepas itu terpulang kepada Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk meneruskan ataupun tidak. Akan tetapi saya yakin apabila sampai masa untuk mempertimbangkan meneruskan adalah dari segi fungsinya. Jika pada waktu itu kita sudah maju dan tidak payah lagi AIM hendak melabur dalam syarikat kerana swasta cukup kental untuk mengambil setiap hasil teknologi itu dan membawa kepada pasaran. Tidak payah lagi mereka untuk memainkan tugas untuk menubuhkan syarikat atau membeli ekuiti di tempat-tempat market ‘mehfilia’ dengan izin, does not it exit anymore. Akan tetapi dari segi spiritnya dari segi...
Boleh minta penjelasan?
Mempengerusikan.
Sebab Yang Berhormat Menteri pun sudah menjawab.
Dia sama sahaja Yang Berhormat.
Dia adalah turun temurun.
Duduk dulu dengar Yang Berhormat Menteri dulu.
Adalah untuk turun temurun. Okey Yang Berhormat.
Boleh, terima kasih. Oleh kerana saya berterima kasih kerana maklumat yang diberikan oleh kerana kita ada bidang yang terakhir yang disebut oleh Yang Berhormat pengkomersialan. Saya rasa ini yang paling mustahak sekali dalam Agensi Inovasi Malaysia. Pengkomersialan ini bermakna adanya nilai atau satu jangkaan nilai yang boleh kita hasilkan kepada negara kita. Daripada perbelanjaan ataupun dana yang diperuntukkan saya rasa sudah tentu melebihi angka RM5 bilion kalau dicampur dengan semua kementerian yang lain. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri memberi satu anggaran jangka masa lima tahun atau 10 tahun akan datang ataupun seperti yang dirancang sehingga tahun 2020, berapakah nilai pengkomersialan yang dihasilkan di bawah Agensi Inovasi Malaysia ini? Terima kasih.
Saya rasa amat sukarlah untuk memberi gambaran kepada itu. Apa yang akan terjadi ialah agensi ini ia akan ditetapkan untuk mempunyai KPI-KPI tertentu untuk apa yang dicapai setiap tahun dan setiap dua tahun. Kemudian nanti majlis yang akan dipengerusikan Perdana Menteri itu akan jadi pemandunya sekali gus juga dia akan melakukan laporannya pada Parlimen. Jadi saya yakin bahawa apabila setiapnya mile stone yang akan dibentuk dan juga KPI tertentu mereka akan berusaha sebagai satu institusi profesional untuk mencapaikan matlamat-matlamat. Berapa yang dijangka? Sukar untuk memberi gambaran. Akan tetapi my own view, pada pandangan saya sendiri daripada RM2.99 yang di MOSTI digunakan untuk lima tahun hasil daripada pengkomersialan yang saya sebutkan tadi pun sudah melintasi lebih daripada RM10 bilion dari segi RM2.9. Saya melihat gandaan yang seperti begitu tetapi tidak mengapalah kita gunakan mereka dalam menentukan KPI-KPI dan laporan- laporan tertentu boleh kita perolehi dari laporan Parlimen. Tadi saya katakan bahawa 4.2 ini hendaklah dibaca bersama dengan seksyen 2(1) saya katakan tadi yang sampai tahun 2020. Pada masa yang sama dia mempunyai semangat perjuangan yang turut menurun dan saya yakin bahawa tidak inovasi boleh ada keputusan. Tidak boleh ada kesudahan. Menerusi pemikiran yang kreatif dan maju we will always be creative dan dengan itu sentiasa boleh dipandu. Saya sekadar itu.
Terima kasih Yang Berhormat. Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang Undang-undang.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 12 – Pindaan:Bill
Pindaan dalam sub fasal 12(3) bertujuan untuk meminda, ‘Kuorum majlis daripada tujuh kepada lima’. Pindaan ini bertujuan membetulkan kesilapan typography. Sila.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas. Tidak ada Yang Berhormat? [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Fasal 12 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada fasal 19 yang memperuntukkan bahawa Perdana Menteri melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Fasal 25 yang memperuntukkan jumlah yang boleh dibelanjakan oleh agensi ditentukan oleh Perdana Menteri. Fasal 33 sama ada agensi itu boleh mengadakan usaha sama atau menjalankan aktiviti bersama juga ditentukan dengan kelulusan Perdana Menteri dan subseksyen yang satu lagi adalah untuk melepaskan agensi kepentingannya dalam satu syarikat yang ditubuhkan juga memerlukan kelulusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Fasal 35 kuasa untuk meminjam juga memerlukan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam kes ini orang yang sama. Jadi saya hendak tahu mengapakah hanya seorang sahaja yang diperuntukkan untuk fasal-fasal ini? Mengapa tidak melalui Majlis? Tadi saya tidak bangun berkenaan fasal 7 melantik 10 anggota yang lain juga pada pendapat Perdana Menteri seorang sahaja yang menentukan. Kelulusan mengenai isu-isu atau perkara-perkara yang begitu penting mengapa tidak melalui Majlis? Mengapa melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja? Dalam kes ini bukan Pengerusi tetapi Perdana Menteri. Terang-terang menyatakan Perdana Menteri sebab Perdana Menteri adalah sebagai Pengerusi. Ini perkara pertama. Fasal 31, maaf ya saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri tadi ada menjelaskan berkenaan kelayakan Duta Inovasi yang akan dilantik bagi menasihati kementerian, institusi atau agensi, kelayakan, peranan dan tujuannya. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh terangkan fasal 31. Akhirnya, saya agak kurang jelas apakah ini wajar dan mungkin Tuan Pengerusi boleh menerangkan tujuan atau bidang kuasa agensi ini yang akan diluluskan ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Bukankah sepatutnya atau sewajarnya rang undang-undang ini dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri sebelum ia dipinda pada bidang kuasa Yang Berhormat Menteri dari MOSTI? Saya pohon penjelasan. Kalau ini diluluskan ia akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bukankah rang undang-undang ini sewajarnya dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri dari Jabatan Perdana Menteri? Saya rasa itu sahaja. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Oh, Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh secara ringkas seksyen 37 dan seksyen 38. Ini ada kaitan Yang Berhormat. Pertamanya, saya ingin tahu dalam soal mengendors produk dan juga inisiatif berinovasi, adakah diperlukan bahawasanya satu pihak atau perseorangan itu tampil ke hadapan kepada kerajaan untuk memperkenalkan inovasi dari peringkat awal? Maksud saya apabila seseorang itu bermula ataupun apabila pemilik inovasi itu sudah pun menghasilkan produk. Saya ambil contoh Tuan Pengerusi. Saya tahu in the market, I mean di kalangan masyarakat ada pihak- pihak yang secara tersendiri telah membuat satu inovasi. Sebagai contoh saya
telah mengenali seorang yang telah menghasilkan biji sawit yang baru dan telah terbukti dalam plantation dan dengan fi repotnya bahawa ia sebenarnya menghasilkan antara 46 hingga 56 fi repot satu hektar berbanding dengan jenis biji sawit sekarang ini yang biasanya 24 tan sehektar. Beliau ini tidak tahu bagaimana untuk approach kerajaan. Sebenarnya saya telah bawa kepada pihak MPOB untuk mendapatkan lesen dan semua innovation details dan juga teknologi itu bersama beliau. Jadi pertanyaan saya ialah, adakah kementerian boleh mengendors hasil inovasi seperti ini ataupun dari mula? Keduanya Yang Berhormat, seksyen 38. Ini soal kerahsiaan (secrecy). Saya ingin nyatakan di sini bahawa ada pihak-pihak yang begitu takut to approach. Sekarang ini sebelum agensi ini ditubuhkan oleh Dewan pada hari ini pihak yang menerima penyampaian inovasi adalah SIRIM antara lain dan ada pihak-pihak yang kita kenal takut Tuan Pengerusi, takut untuk menyampaikan kajian ataupun inovasi mereka kepada SIRIM kerana ada kes-kes yang mereka mengatakan bahawa innovationnya dihijack. Mereka sampaikan kepada SIRIM tunggu begitu lama, tidak ada jawapan tetapi pada suatu ketika orang lain yang dapat. Ini saya sendiri Yang Berhormat terjumpa satu atau dua kes seperti ini. Sehingga hari ini mereka takut untuk tampil ke hadapan. Jadi saya harap dengan agensi ini satu jaminan. Ini bukanlah saya menuduh SIRIM pada keseluruhannya, tetapi dikatakan ada pihak tertentu secara individu dalam jabatan itu yang mengambil tindakan yang meragukan. Jadi adakah kementerian dapat melalui akta ini menjamin? Ini sebab kita mahu membantu. Terakhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri ada inovasi ini yang bermula di luar negara - very primitive stage dan pihak ini dibawa ke negara kita dan didapati bahawa dengan menggunakan bahan-bahan tempatan ini dibuktikan ianya dapat dihasilkan. Saya ambil contoh. Sekarang ini kita dapati bahawa ada teknologi penanaman padi yang baru yang menghasilkan dua kali ganda daripada apa yang kita – dengan menggunakan baja chemical dan sebagainya, mereka menggunakan hanya bahan-bahan tempatan dan terbukti bahawa mereka dapat menghasilkan dua kali ganda hasil padi. Jadi sama ada kementerian dapat menerima teknologi atau inovasi ini yang at the primitive stage outside the country brought to our country and then they develop. Saya berharap mendapat penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Tuaran atas perkara-perkara yang dibangkitkan.
[Bangun]
Saya sekadar untuk menyentuh tiga perkara. Dua perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Batu Gajah di mana disentuh di situ seperti mana yang saya katakan dalam pembentangan awal tadi. Eh berdiri? Yang Berhormat Kepong, you saja berdiri atau you hendak bertanya apa- apa penjelasan?
Bukan saya saja. Ada yang saya hendak tanya..
Saya sudah mahu menggulung.
Ya?
Saya sudah mahu menggulung seksyen ini. Tidak mengapalah. Cukuplah ya. I know you punya idea
itu bernas juga kadang-kadang. Jadi dianggap sebahagian daripada penggulungan saya. [Ketawa] Okey, Yang Berhormat Batu Gajah di mana disentuh dalam seksyen- seksyen tertentu, fasal-fasal tertentu perkataan “Perdana Menteri”, saya telah pun jelaskan bahawa ini dalam konteks beliau adalah seorang Menteri yang bertanggungjawab kepada AIM nanti dan pada masa yang sama beliau adalah Pengerusi Majlis. Saya ingin katakan di sini bahawa susulan daripada akta ini adalah regulations dan peraturan-peraturan. Jadi di sinilah akan menentukan bahawa mana yang perlu dirujuk kepada Majlis, mana yang perlu dirujuk kepada Perdana Menteri secara direct. Akan tetapi sebab dalam mana-mana board of directors biasanya apabila ditubuhkan satu Majlis seperti ini memanglah hal-hal seperti ini akan dimajukan di situ mungkin secara perundangan misalnya ataupun corporate procedures.
Jadi saya rasa tidak ada keraguan apabila Perdana Menteri punya nama disentuh dia bukan ertinya dia boleh terus direct kepada - dia tertakluk kepada perkara-perkara yang telah dimaktubkan dalam perundangan ini. Majlis saya yakin akan sentiasa menjadi satu majlis di mana keputusan-keputusan adalah dibuat melalui kuorum tertentu. Jadi regulation akan terbentuk nanti dan mana hal-hal yang kecil itu yang perlu diambil kira mana yang mesti melalui majlis sebelum Perdana Menteri menandatangani untuk meluluskan. Dia di situ sebagai Perdana Menteri sebagai Pengerusi majlis ini pada masa yang sama tetapi tidak akan mengabaikan peranan dan tanggungjawab majlis seperti mana yang termaktub dalam akta ini. Mengenai dengan kenapa bukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang membentangnya. Setakat ini dia ditaja oleh MOSTI apabila diluluskan oleh Parlimen dan Perdana Menteri atas kuasanya di bawah Perlembagaan dia boleh mengatur di mana dia terletak. Akan tetapi dari segi sekarang ini memang ditujukan untuk diletak di Jabatan Perdana Menteri untuk sementara waktu. Ketiga mengenai dengan ambassador saya sudah jawab tadi bahawa ini tujuan untuk menambah tenaga sedia ada dalam setiap kementerian yang sekarang ini mempunyai unit-unit inovasi dan semuanya mempunyai unit-unit inovasi. Dia akan dilakukan bukan secara paksaan tetapi secara perundingan bagi pihak kementerian tertentu. Sudah arah pun sama yang setiap kementerian di jabatan mempunyai unit inovasi untuk memacu semangat inovasi ini yang sekarang ini lebih senang kerana pegawai adalah dilantik oleh pihak AIM dan ditempatkan kepada tempat-tempat kementerian. Gajinya pun dibayar oleh pihak agensi kerana dahulu pun complain tidak cukup pegawai di dalam kementerian sedia ada untuk memantau dan untuk meneruskan penggalakkan mengenai dengan perihal inovasi. Terakhir kepada Yang Berhormat daripada Tuaran yang menyentuhkan tadi bagaimana nanti mendapat sesuatu teknologi itu atau inovasi itu diendorsekan ataupun diberi pengiktirafan. Memang sebelumnya dia mesti termasuk dalam depository dia hendaklah satu inovasi yang telah dijalankan secara saintifik dan layak untuk didaftarkan dimasukkan dalam depository. So either they have already been trademark or copyright or khas file for pattern ataupun yang belum tetapi mempunyai hasil sudah dan ada kemungkinan mempunyai nilai yang tinggi. Jadi dia akan pelawa daripada di situ tapis dan mereka akan beri suatu endorsement. Barangkali ada termasuk invite menjemput apabila mereka telah
memfailkan sesuatu inovasi tersebut. Mengenai dengan keraguan bahawa takut ini perihal SIIRM lah bahawa ada yang berpengalaman barangkali takut-takut nanti agensi ini mengambilkan idea tersebut dan melupakan yang pencadang. Ini tidak harus timbul kerana dalam mana-mana penyerahan sesuatu idea dan sesuatu teknologi walaupun ia separuh masak ataupun belum lagi matang sebetulnya. Ada peraturan supaya ada non disclosure agreement di antara pihak SIRIM itu dan pihak pencadang teknologi tersebut. Akan tetapi kalau ada anggapan seperti begitu nanti kita bincang dalam SIRIM supaya perkara itu boleh dikikiskan tetapi sesekali agensi kerajaan curi idea kerana daripada pihak awam yang mencadangkan tersebut. Ini kerana boleh ada sign perjanjian di antara pihak pencadang teknologi tersebut ataupun innovated tersebut dengan izin dan pihak SIRIM. Saya rasa itu sahaja yang perlu saya jawab. Fasal-fasal 13 hingga 46 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara untuk mengadakan peruntukan bagi pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Untuk memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959 untuk membubarkan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berbangkit dan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kewujudan akta ini adalah untuk memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959. Untuk membubarkan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berbangkit dan bersampingan. Sebelum ini Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Tampak Negara 2007 telah dibuat bacaan kali pertama di Parlimen pada 26 November 2007 bagi menggantikan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959 atau Akta 516. Ini yang merupakan akta tubuh semata-mata dan tiada terma berkaitan pembangunan seni itu sendiri. Manakala operasinya bersifat galeri dan hanya boleh beroperasi di Kuala Lumpur sahaja. Bagaimanapun terdapat keperluan untuk meneliti kembali beberapa aspek penting pada RUU tersebut menyebabkan ia ditarik balik. Sehubungan itu RUU
tersebut telah dipinda kepada Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 dengan penggunaan istilah tampak digantikan istilah visual. Di mana berkaitan yang lebih luas cakupannya serta bersifat kontemporari. Pembangunan Seni Visual Negara merupakan agenda yang sangat penting dalam membangunkan ekonomi, sosiobudaya dan ketamadunan negara bangsa ini. Sebagaimana negara maju yang lain industri seni visual ini juga merupakan penyumbang utama kepada sektor industri kreatif negara. Balai Seni juga akan dapat membantu pengkarya-pengkarya meningkatkan kualiti hasil seni dan bersaing di peringkat antarabangsa dan menjadi produk eksport untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Kewujudan perundangan ini akan melonjakkan status Malaysia menjadi: (i) hab seni visual utama di rantau Asia Tenggara khususnya dan Asia amnya; (ii) pusat repositori warisan visual negara utama yang menyediakan akses dan khidmat rujuk segera kepada rakyat; (iii) arkib seni pertama memajukan sistem repositori dan konservasi aset seni visual secara mesra khalayak; dan (iv) Institusi Seni Visual pertama menawarkan bantuan khidmat penyelarasan dan memajukan pengendali seni visual negara. Keutuhan perundangan seperti ini akan membolehkan Balai Seni melaksanakan misi nasional dan Gagasan 1Malaysia khususnya dalam perkara- perkara berikut: (i) peningkatan pendapatan negara menerusi kutipan fi dan caj minimum terhadap perkhidmatan Balai Seni; (ii) mewujudkan masyarakat golongan berpendapatan tinggi yang berdaya saing dalam merangsang ekonomi kreatif; (iii) memastikan pembinaan modal insan kreatif menerusi kewujudan skim latihan dan perkongsian pengetahuan ke arah pembinaan masyarakat berilmu (knowledge society); dan (iv) membolehkan best practices pengurusan seni ke arah pemupukan keadilan sosial dan akses kepada masyarakat luar bandar serta meningkatkan integrasi kaum. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai 45 fasal yang dibahagikan kepada tujuh bahagian. Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 yang dicadangkan ini bertujuan mengadakan peruntukan-peruntukan bagi pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia serta perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya, di mana menjadi harapan kerajaan agar Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara berfungsi sebagai sebuah badan kawal selia yang berkesan dalam memastikan pembangunan seni visual negara lebih mantap dan peranan Balai Seni Visual Negara terus unggul serta relevan kepada penggiat seni dan masyarakat, selaras dengan matlamat dasar yang digariskan dalam Rang Undang-undang Lembaga
Pembangunan Seni Visual Negara ini. Penubuhan cawangan akan membuka ruang tambah nilai dari sudut ekonomi kepada para penggiat seni. Fasal 30 hingga 33 mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai penubuhan dan fungsi Balai Seni Visual Negara dan cawangan-cawangannya di Malaysia oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, pengurusan dan penyelenggaraan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Rakyat Malaysia mendapat akses dan peluang sama rata melalui pembangunan Balai Seni Visual Negara ke negeri-negeri dengan penubuhan cawangan untuk manfaat persatuan, sekolah, komuniti, galeri, muzium dan institusi seni. Akta sedia ada hanya memperuntukkan aksesnya di Kuala Lumpur sahaja. Balai Seni Visual Negara merupakan sebuah badan yang merentas budaya, kaum, neutral dan tanpa bias. Ini memberi ruang dan peluang kepada semua penggiat seni untuk mengetengahkan bakat dan profil secara tempatan dan antarabangsa. Sejak tertubuhnya Balai Seni Lukis Negara 51 tahun yang lalu, ia telah menjadi pusat rujukan identiti seni visual sejarah moden dan kontemporari Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mempunyai keyakinan penuh bahawa dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara mampu memastikan pembangunan seni visual negara lebih mantap dan peranan Balai Seni Visual Negara terus unggul serta relevan kepada penggiat seni dan masyarakat selaras dengan matlamat dasar yang digariskan dalam rang undang-undang ini. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat, masa kita memang tidak ada lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Balai Seni Visual Negara, untuk mengadakan peruntukan bagi pemerolehan, pemeliharaan, pameran dan pemajuan karya seni visual di Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, untuk memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara 1959, untuk membubarkan Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berbangkit dan bersampingan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Dua minit.
Saya bagi lima minitlah Yang Berhormat seorang-seorang bercakap. Jadi saya minta dua orang sahajalah cukup. Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh sedikit sahaja berhubung dengan pemerolehan bahan-bahan seni visual negara ini. Berhubung dengan pemerolehan bahan-bahan seni visual ini, saya ingin bertanya apakah bahan- bahan bersejarah boleh dimasukkan juga dalam perkara ini? Ini kerana kita mempunyai satu bahan sejarah yang bagi kami di negeri Kedah iaitu bunga emas
yang dihantar sebagai ufti ke negara Siam. Insya-Allah, minggu depan saya akan melawat kawasan ini di Bangkok iaitu di Grand Palace di Bangkok. Apakah kerajaan ataupun pihak kementerian boleh berusaha untuk kita mendapat suatu yang original? Ini kerana yang ada di Muzium Negeri Kedah sekarang ini, kita pamerkan kepada masyarakat adalah satu bentuk replika, bukannya bahan-bahan yang original. Perkara yang kedua ialah tentang nilai sesuatu seni visual itu. Siapakah yang menentukan nilai? Ini kerana kita dapati ada sesetengah itu sampai berjuta harganya. Misalnya, dikatakan lukisan di dalam bilik Pengerusi MAS sampai berjuta harganya ataupun siapa-siapa yang mempunyai lukisan yang bernilai tinggi – siapakah sebenarnya yang menentukan penilaiannya tersebut? Itu saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara ini kerana memang sudah sampai masa dan ketikanya dan dengan lulusnya rang undang-undang ini, ia memansuhkan Akta Balai Seni Lukis Negara yang memang ketinggalan zaman – akta tahun 1959. Meneliti secara ringkas rang undang-undang ini, ia akan memberikan ruang dan peluang – sepertimana Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tadi, kepada penggiat- penggiat seni yang bertaburan di seluruh negara kerana apabila lulus ini, ia tidak tertumpu di Lembah Klang sahaja, malahan meliputi seluruh negara.
Jadi saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana membawa rang undang-undang ini dan saya rasa sudah kena pada masa dan ketikanya kita luluskan untuk memberi dan peluang yang lebih luas kepada rakyat negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong kalau dapat buat tiga minit. Saya tahu payah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, bagi rang undang- undang yang penting kalau tidak hendak menjadi negara yang membangun, berpendapatan tinggi maka rang undang-undang seumpama ini diperlukan dan saya merasa begitu kecewa kerana dengan rang undang-undang ini hanya diberikan peluang untuk mengambil dalam perbahasan dua minit, tiga minit, lima minit seorang seolah-olah seni visual negara itu tiga minit sahajalah.
Kalau setengah jam seorang sampai pukul 3 pagilah Yang Berhormat Kepong. Cepat Yang Berhormat Kepong.
Bukan, Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen yang bertanggungjawab. Jangan cakap macam itu.
Straight to the point Yang Berhormat Kepong, terus kepada ucapan. Merapu apa lagi itu.
Ini menjadi seni visual negara dua minit, tiga minit, macam mana kualiti dan standard dan Yang Berhormat Tangga Batu.
Yang Berhormat Kepong ada masa satu minit lagi Yang Berhormat Kepong, cepat.
Saya memberi nasihat kepada Yang Berhormat Tangga Batu, kalau kita hendak jadi negara yang maju kita mesti ada seni visual yang maju.
Ini tidak ada point Yang Berhormat Kepong.
Siapa kata saya tidak ada point.
Isteri sudah tunggu belakang, dekat kereta, jom balik.
Cepatlah Yang Berhormat Kepong, sudah tinggal setengah minit Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, ini Dewan, bukan pasar.
Ikan kembung, ikan kerapu.
Di dalam satu rang undang-undang yang begitu penting dianggap seperti pasar sahaja.
Yang Berhormat Kepong selalu merapu.
Janganlah kita bising. Saya hendak sentuh beberapa perkara. Pertama mengenai hab seni visual kita dan kedua mengenai pusat di bawah repository-repository dan Arkib Seni dengan institusi- institusi memberi bantuan kepada seni visual dan juga misi nasional yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Ini kalau dua tiga minit macam mana saya hendak sebutkan dan saya berharap hal seumpama ini jangan diulang lagi. Para pakar dalam penggiat seni akan merasa malu kerana Ahli-ahli Parlimen yang tidak begitu berminat termasuk Yang Berhormat Sri Gading dua tiga minit sekarang. Biasanya setengah jam pun tidak cukup.
Itu hendak menghina Tuan Yang di-Pertua, bagi peraturan.
Contoh ini begitu penting.
Betul tetapi kerana masa. Masa suntuk sangat. Saya memahami niat baik itu. Saya pun boleh cakap perkara ini setengah jam apa yang saya sediakan tetapi masa. Saya hormati Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang sudah diubah perhatian kepada Tuan Yang di-Peruta, salahkan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kepong tidak ada apa point sebenarnya, janganlah merapu. Gulung Yang Berhormat Kepong.
Apakah tahap kita di dalam seni visual ini di negara ini penting, hendak jadi hab dan setakat mana kalau kita dibandingkan dengan negara-negara yang lain di dalam industri.
Cepatlah Yang Berhormat Kepong hendak mencelah pun tidak tahu, tidak ada point.
Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kepong. Habiskan dua soalan lagi Yang Berhormat.
Ini Dewan. Ya berapa soalan sahaja lagi dan dengan itu kita hendak adakan pusat repository dan berapa pusat repository kita akan perlukan kerana ini bukan main-main. Rang undang-undang ini akan meningkatkan kerajaan dalam perbelanjaan.
Celah. Boleh?
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong pasal repository tadi dengan konservasi Yang Berhormat Kepong sebut tadi. Saya rasa pendapat, pandangan Yang Berhormat Kepong, kita sudah kehilangan banyak nilai visual yang mustahak, kita kehilangan, kita tidak dapat conserve dengan baik. Ada setengah itu sudah dibawa lari ke negara-negara asing sedangkan asalnya kita punya. Salah satu contoh saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong, visual atau gambaran ataupun gambar berkenaan dengan seniman agung kita Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa diminati oleh Yang Berhormat Sri Gading. Kita tidak ada satu konservasi yang munasabah. Baru-baru ini kita rasa malu Tuan Yang di-Pertua sebab di Astro dikeluarkan satu dokumentasi berkenaan dengan kehidupan dia yang sebenar, yang tulen dan memberi gambaran secara lukisan, secara visual samalah itu kehidupan dia sampai akhirnya satu kehidupan yang sangat hina sehingga tidak ada duit hendak beli beras di rumahnya. Itu ditunjukkan dalam gambaran yang dihasilkan secara filem dan juga barangkali akan datang secara visual, secara gambaran lukisan dan sebagainya. Ini sangat merugikan, satu menyebabkan kita merasa malu satu sebab ditayangkan dan saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong rasa macam mana dalam buku Anggaran Belanjawan kita itu ada tulis Kumpulan Wang Amanah P.Ramlee ada RM290,000 tidak bergerak-gerak tambah RM50,000 kurang RM50,000 daripada bila tetapi hendak dibandingkan dengan cara keluarga dia hidup sampai sekarang amat menyedihkan. Sepatutnya Yang Berhormat Sri Gading yang mengulas perkara ini sebagaimana dia sangat minat kepada isu ini. Terima kasih.
Sudahlah Yang Berhormat.
Pandangan Yang Berhormat Kepong kaburlah.
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil perhatian kerana saya tidak ada masa untuk mengulas tetapi Yang Berhormat Sri Gading sekarang dia angguk sahaja. Tadi dia ada sebut P. Ramlee sekarang dia tidak berminat hendak tanya.
Sudahlah Yang Berhormat Kepong. Gulung Yang Berhormat Kepong.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Indera Mahkota, itu saya bersetujulah. Yang Berhormat Indera Mahkota, saya bersetuju sebab itu saya angguk-angguk.
Ya kementerian mesti mengambil perhatian, kita siasat keadaan keluarganya macam mana kerana itulah.
Yang Berhormat Kepong sudahlah.
Sudah tidak ada masa.
Sudah lapan minit Yang Berhormat.
Bukan tidak boleh seni visual ini tidak boleh dibilang dengan lapan minit. Mesti tidak boleh. [Ketawa]
Yang Berhormat Kepong, duduklah.
You operalah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain minta tolonglah jangan jadi kita memperlekehkan Dewan.
Kita hendak minta pertolongan cuma sebelum saya mengakhiri ucapan saya hal seumpama ini tidak seharusnya berulang di dalam Dewan yang mulia ini kerana menunjukkan Ahli-ahli Parlimen tidak prihatin kepada seni visual di dalam negara kita. Saya tidak boleh setuju macam ini.
Yang Berhormat Kepong sudah lebih tiga minit.
Jangan cakap macam itu. Ini pun mencelah tidak...
Yang Berhormat Kepong, sudahlah Yang Berhormat.
Baca buku Timbalan Speaker lain kali yang baru dilancarkan lain kali.
Yang Berhormat.
Siapa ini? [Disampuk] Yakah, oh orang di kampung memang sedih kerana wakilnya begitu tidak berbudaya.
[Ketawa] Yang Berhormat Kepong cepat, Yang Berhormat Kepong banjir, hujan lebat.
Yang Berhormat, kalau macam ini saya akan berhenti Yang Berhormat.
Saya faham cuma saya hendak...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu tidak payahlah. Macam budak-budaklah kita.
Ini bukan. Yang Berhormat sebenarnya ini bukan satu benda yang penting. Saya - itu...
Saya bukan mengata Yang Berhormat Kepong tetapi Ahli Yang Berhormat yang belakang itu.
Saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.
Saya hendak habiskan cuma dengan inilah saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan bagaimana kita dapat capai satu hab seni visual di dalam rantau ini dan juga jangan kita ulang hal seumpama ini, begitu penting sebab ini menunjukkan orang-orang Malaysia terutamanya 220 orang Ahli Parlimen begitu berbudaya di dalam negara kita. Terima kasih.
Kita ada committee lagi Yang Berhormat. Sudahlah. Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Kepong kerana kesemuanya, ketiga-tiga Yang Berhormat adalah penyokong kepada rang undang- undang ini. Namun demikian, suka saya hendak menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan iaitu pertama, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang berkenaan dengan bunga emas iaitu pemerolehan bahan bersejarah seperti bunga emas. Ini adalah satu artifak yang di bawah pemeliharaan dan perolehan Muzium Negara. Oleh sebab Muzium Negara adalah di bawah kementerian ini, cadangkan Yang Berhormat Pendang diambil kira dan akan kita majukan kepada Muzium Negara. Yang Berhormat Pendang bertanya, siapakah yang menentukan nilai seni visual yang berjuta ringgit. Sebenarnya Yang Berhormat, penentu nilai seni visual negara adalah Jawatankuasa Penilai Perolehan Negara yang terdiri daripada ahli lembaga serta ahli yang berkemahiran akademik dan profesional serta berpengalaman dalam industri. Ia juga ditentukan oleh pasaran. Yang Berhormat Kepong bertanya pada tahap manakah pencapaian kita pada masa kini berkenaan dengan seni visual. Yang Berhormat, mengikut maklumat yang saya ada bahawa kita adalah di fasa pertama dan hanya 15% dipantau. Ini saya percaya akan boleh ditambahkan selepas kita ada rang undang- undang ini dijadikan satu akta dan sebagaimana Yang Berhormat bertanya, di tahap manakah kita berbanding dengan negara-negara lain? Pada masa sekarang
saya percaya Singapura yang sudah ada iaitu depository untuk seni visual dan dari segi itu Singapura telah mendahului kita. Namun demikian kita mesti ingat bahawa apa yang dikatakan dalam bahasa Inggeris, better late than never dan saya percaya dengan adanya rang undang-undang ini kita akan maju ke hadapan dan...
Penjelasan.
Saya sekali lagi...
Saya mahu minta penjelasan. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya mengajak Yang Berhormat Kepong supaya sentiasa sama-samalah menyumbang idea kepada balai...
Saya mahu minta penjelasan kepada...
Seni visual yang kita akan adakan selepas ini dan begitu juga saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat, sama- sama...
Sedikit sahaja, boleh?
Datang mengunjungi balai seni visual kita. Sekian, terima kasih.
Tadi Yang Berhormat kata ini penting, masa yang Berhormat tadi. Saya mahu minta penjelasan pun tidak beri. Jadi, tidak pentinglah. [Dewan riuh] Tadi kata penting.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Sila Ya, ringkas Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mahu tanya berkenaan dengan fasal 2 dan 3, di mana meletakan kuasa di bawah satu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Saya mahu tanya pada pihak Menteri, adakah kuasa yang diberikan ini juga tertakluk kepada usaha kita mahu
mendapatkan visual-visual mustahak negara yang telah terlepas di tangan pihak asing seperti yang disebutkan Menteri tadi di Singapura. Saya yakin banyak visual seperti gambar-gambar dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan bukti untuk perbicaraan-perbicaraan mustahak negara terutama yang menyentuh kepada bidang yang boleh meningkatkan kedaulatan negara kita. Sebagai contoh kita telah hilang satu visual artifak yang sangat mustahak iaitu surat kedudukan Pulau Batu Putih kita. Saya rasa semua orang bersetuju dalam kes ini walau pun perkara ini dilihat remeh. Akan tetapi visual itu sangat mustahak, yang asal itu. Ini kerana surat itu tidak ada di tangan kita. Sekurang-kurangnya ada visual atau gambar yang menunjukkan kandungan surat itu ataupun penyerahan dan sebagainya walaupun kejadian itu berlaku terlalu lama, mungkin masa itu belum ada kamera. Sekurang- kurang ada gambaran yang berbentuk visual untuk kita gunakan dan pengalaman yang kita lalui ini, yang menghina negara kita ini kerana...
Yang Berhormat, kita tidak ada masa sebenarnya Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Okey, saya pendekkan.
Yang Berhormat tidak tahu bercakap pendeklah sebenarnya.
Saya sekarang cuba pendek sangat, ayat yang last sekali.
Kalau orang guna perkataan yang kesat Yang Berhormat marah.
Saya tidak marah kali ini. Cuma saya mahu habiskan ayat ini. Kalau boleh disetujui saya... [Dewan riuh] Jadi...
Kita boleh melihat jam Yang Berhormat.
Jadi, saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat di bawah perkara seksyen 2, tafsiran 2 dan 3 ini untuk melihat sama ada atau tidak kuasa yang diberi kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang akan ditubuhkan ini untuk merintis jalan dan mendapatkan semula perkara ini. Kalau tidak dapat buat perkara itu rasanya tidak ada guna kita mahu tubuhkan lembaga ini kerana agak membazir sahaja kecuali ada satu tugas yang mustahak yang kita mahu usahakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab. Ya atau pun tidak Yang Berhormat, boleh dijawab begitu sahaja.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota kerana menyarankan supaya kita memperlihatkan bagaimana kita boleh bagaimana mengambil semula bahan-bahan bersejarah dan bahan visual yang terlepas dari pegangan kita. Itu adalah saranan sahaja dan berkenaan dengan rang undang-undang ini, kuasa- kuasa lembaga adalah di peruntukan dalam fasal 4 dan fungsinya, semua terkandung dalamnya. Untuk menghormati saranan Yang Berhormat, kita akan memperlihatkan bagaimana kita boleh menarik balik bahan-bahan visual yang sepatutnya dimiliki oleh negara kita tetapi sudah terlepas. Sekian, terima kasih.
Fasal-fasal 1 hingga 45 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan pada esok hari Khamis, 16 Disember 2010 akan dimulakan dengan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera di No. 17, diikuti dengan Usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang tertera di No. 18 dan Usul-usul Menteri Kewangan di No. 19 dan 20 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis, 16 Disember 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.52 malam.