Dewan Rakyat · 4 April 2012

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 743 turns · 43,224 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Ghapur bin SallehUMNO · BNKalabakan · question

1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan] minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) apakah benar sambutan rakyat di Sabah terhadap kemudahan pinjaman untuk Skim Rumah Pertamaku amat rendah; dan (b) jika benar, apakah penyebab utamanya dan apakah langkah kementerian untuk mengatasi masalah berkaitan.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan ll

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada bulan Mac 2011. Skim ini diperkenalkan bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah sendiri. Di bawah skim ini Cagamas akan memberi jaminan sebanyak 10% daripada jumlah pembiayaan kepada institusi kewangan yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Skim ini membolehkan mereka mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Sehingga 31 Januari 2012, sejumlah 1,623 permohonan yang bernilai RM238.9 juta telah diterima untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim ini. Daripada jumlah tersebut, 280 permohonan telah berjaya diberikan jaminan dengan nilai pinjaman RM41.1 juta. Jika dikategorikan mengikut negeri: | NEGERI |JUMLAH PERMOHONAN|NILAI PERMOHONAN (RM)| |------------|----------------:|---------------------| |Selangor | 96|14.4 juta | |Kuala Lumpur| 57|8.5 juta | |Johor | 32|4.8 juta | |Pulau Pinang| 21|2.9 juta | |Perak | 20|2.8 juta | |Melaka | 17|2.4 juta | |Sabah | 13|1.9 juta |<END_TABLE_MARKER>

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan ll

| NEGERI |JUMLAH PERMOHONAN|NILAI PERMOHONAN (RM)| |----------------------------------------------------------|----------------:|---------------------| |Kedah | 8|1.1 juta | |Negeri Sembilan | 7|916,500 | |Pulau Pinang | 6|966,900 | |Terengganu | 2|265,000 | |Sarawak | 1|192,000 | |Perlis, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya| 0|0 |<END_TABLE_MARKER> Sambutan rakyat di Sabah terhadap Skim Rumah Pertamaku adalah seperti yang telah dinyatakan tadi seramai 13 peminjam adalah dari negeri Sabah dengan jumlah pinjaman bernilai sehingga RM1.9 juta. Selain daripada skim ini, kerajaan juga menyediakan pelbagai inisiatif lain bagi membantu rakyat memiliki rumah yang selesa dan mampu milik termasuk program perumahan rakyat dan program Rumah Mesra Rakyat adalah diharapkan rakyat dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya bagi membaiki taraf hidup mereka. Sekian.

Tuan Yang di- Pertua, kita sudah dapat jawapan daripada Menteri. Disenaraikan daripada Selangor sampai ke Sabah. Daripada Perlis sampai ke Sabah. Tuan Yang di-Pertua, untuk mendapatkan rumah di Sabah, satu rumah teres, ia mungkin berharga RM300,000 Tuan Yang di-Pertua. Satu rumah teres RM300,000 ke atas. Jadi, skim ini saya fikir memang gagal kerana di Sabah, baru 13 permohonan sahaja sudah satu tahun. Bererti, orang-orang muda kita yang ada RM3,000 gaji dia itu Tuan Yang di-Pertua, dia ada kereta, mungkin dia ada keluarga. Jadi, bank-bank memang tidak sanggup untuk bagi pinjaman kalau begitu besar. Saya mahu tahu sama ada kerajaan ada kaedah yang lain untuk supaya kita kongsi bersama, mengambil kira semua ini. Saya mahu tahu adakah kaedah yang lain untuk menyenangkan rakyat keseluruhannya di negara kerana kalau tidak kita nampak pinjaman ini mungkin tidak dapat sambutan dan ia gagal. Jadi, kita minta kalau ada kaedah lain yang sepertimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri tadi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan yang membangkit isu-isu yang berada di Sabah seperti perumahan teres di Sabah mungkin harganya lebih dari RM300,000. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita telah kaji dan kita dapati bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu adalah benar.

Bukan sahaja di Sabah rumah teres lebih daripada RM300,000. Di sekeliling Klang Valley, di Pulau Pinang dan Johor Bahru iaitu dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah mengadakan kaedah yang baru iaitu kita menaikkan had maksimum harga rumah daripada RM220,000 kepada RM400,000. Pembelian rumah melalui pinjaman bersama suami isteri yang masing-masing berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh memberi rumah kediaman bernilai sehingga harga yang saya katakan tadi itu RM400,000. Walau bagaimanapun bagi individu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah had kelayakan nilai rumah dikekalkan. Kriteria-kriteria ini ditetapkan selaras dengan syarat pembayaran balik jumlah komitmen tidak boleh melebihi 55% daripada pendapatan kasar bulanan serta bagi mengelakkan pendedahan yang besar terhadap hutang. Itu kita harap dengan kaedah yang baru, kita boleh mendapat sambutan yang lebih baik dari skim ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri saya mencatat jawapan Yang Berhormat Menteri tadi dari 1,623 permohonan, cuma 280 permohonan sahaja yang berjaya. Manakala yang berjaya itu pula, kejayaan daripada negeri-negeri yang kuasa beli rakyatnya rendah seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak itu sangat ketara. Ini bermakna skim ini sejak dilancarkan lebih mudah dinikmati atau memberikan faedah kepada rakyat di negara kita daripada negeri-negeri yang mempunyai kuasa beli rakyat yang lebih baik. Ini akan mewujudkan jurang keupayaan dalam membeli rumah. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai kadar threshold hutang untuk pembiayaan bank 55% itu nyata membebankan. Tuan Yang di-Pertua, kalau RM3,000 pendapatan, 55% bayar hutang itu sudah RM1,000 lebih. Belum lagi bil utilities, petrol, tol, ansuran rumah, belanja perubatan dan belum hantar rumah ke kampung untuk ibu bapa. Jadi skim ini, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kalabakan, jalan ke depannya itu nampak malap. Kecuali kerjasama daripada institusi bank dan juga Bank Negara bersedia untuk melakukan ubah suaian kepada dasar yang mengehadkan peminjam yang mempunyai keupayaan membayar balik pada kadar tadi. Apakah tambahan kepada reaksi soalan saya ini?

Terima kasih Yang Berhormat dari Machang. Memang saya telah jawab tadi apakah kaedah yang kita akan ambil. Saya memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu negeri yang seperti di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang kurang dapat faedah dari skim ini. Kita memang akan bincang isu ini di dalam Kementerian Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, saya ingin memberi sedikit maklumat iaitu bank-bank yang memberi sokongan kuat kepada skim ini. Pertama iaitu Alliance Bank yang jumlahnya lulus 97 permohonan. Kedua, Public Bank yang telah lulus sebanyak 74 permohonan. Ketiga, Maybank lebih kurang 50 permohonan yang telah lulus. Bank-bank yang lain kita memang akan bincang bersama mereka apakah sebab dan kita harap boleh memberi maklumat kepada semua rakyat. Sekian.

Rashid bin DinPKR · PRMerbok · question

2. Dato’ Rashid Din [Merbok] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah rasional meluluskan lesen sekolah latihan penerbangan (aircraft pilot) yang berlebihan sehingga juruterbang-juruterbang yang terlatih bercambah di pasaran walhal keperluan syarikat penerbangan begitu terhad, sehingga lebih seribu juruterbang yang mempunyai lesen penerbangan sukar memperoleh pekerjaan sebagai juruterbang. Apakah tindakan kementerian untuk menangani maslah tersebut.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan Yang Berhormat Merbok sekali dengan soalan Yang Berhormat Batang Sadong pada 10 April 2012 memandangkan soalan kedua-dua tersebut menyentuh isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rasional meluluskan lesen sekolah latihan di Malaysia adalah bagi memenuhi keperluan juruterbang oleh syarikat penerbangan tempatan. Pada awal tahun 2000 Malaysia mengalami masalah kekurangan juruterbang di mana Malaysia Airlines memerlukan ramai juruterbang untuk memenuhi keperluan operasi penerbangan mereka. Masalah kekurangan juruterbang ini juga menjadi lebih kritikal apabila syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia telah ditubuhkan. Oleh yang demikian sejak tahun 2005 bilangan sekolah penerbangan telah ditambah iaitu daripada sebuah sekolah penerbangan kepada 8 buah sekolah penerbangan.

Bagi menangani masalah pengangguran di kalangan graduan juruterbang, para graduan disarankan supaya tidak memilih pekerjaan dan bersedia untuk berkhidmat dengan general aviation, syarikat penerbangan kecil atau menjadi jurulatih penerbangan. Sekian.

Dato’ Rashid DinPKR · PRMerbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan kadet pilot lepasan sekolah-sekolah ini mempunyai frozen ATPL dengan izin, Air Transport Pilot License dengan flying hours, 200 jam. Kebanyakan syarikat di luar negara atau dalam negara enggan mengambil juruterbang tahap ini. Untuk menjadikan mereka lebih marketable, mereka mestilah mempunyai aircraft vetting untuk pesawat tertentu ataupun sudah terbang selama 1,500 jam. Soalan saya, bolehkah pihak kerajaan membantu juruterbang-juruterbang ini mendapat pengalaman sewajarnya untuk membolehkan mereka menagih kerja di luar negara? Tuan Yang di-Pertua, juga sesetengah juruterbang telah mengambil pinjaman daripada pihak MARA ataupun bank untuk membiayai kursus-kursus mereka. Dapat kah kerajaan menghulur bantuan sewajar untuk mereka yang belum mendapat kerja untuk membantu mereka meringankan masalah pembayaran balik kepada MARA dan bank-bank yang tertentu itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok di atas soalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk membolehkan seseorang juruterbang itu untuk diambil bekerja di mana-mana syarikat penerbangan, beliau haruslah mempunyai sekurang-kurangnya CPL ataupun Commercial Pilot License dan ini memerlukan seseorang tersebut hanya mendapat flying hours lebih kurang 200 jam. Untuk mendapatkan ATPL, seseorang itu haruslah mempunyai flying hours lebih kurang 1,500 jam. Untuk itu, bagi mereka yang mendapat CPL itu, mereka bolehlah memohon kerja di mana-mana syarikat penerbangan untuk menjadi first officer. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, memang daripada 2,292 orang yang telah pun tamat, terdapat lebih kurang hampir 1,174 orang graduan juruterbang di Malaysia yang telah pun berkhidmat dengan syarikat penerbangan tempatan. Manakala 100 orang lagi telah pun berkhidmat dengan syarikat penerbangan asing. Jadi, dalam soal pembayaran balik pinjaman ini saya nyatakan di sini bahawa apabila mereka enrolled dalam flying academy ini mereka haruslah faham bahawa tidak ada jaminan bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab itu apabila mereka memasuki flying academy ini mereka haruslah faham bahawa setiap kursus yang diambil ada risiko-risiko tertentu. Akan tetapi Walau bagaimanapun sekiranya sektor penerbangan dalam negara ini dapat berkembang dengan begitu pesat dan bukan sahaja di negara ini tetapi dirantau ini khususnya di negara Indonesia dan China. Saya percaya mereka ini bukan sahaja boleh bekerja di dalam negara, tetapi juga bekerja di luar negara. Di Indonesia pun ramai juruterbang di Malaysia yang bekerja di sana untuk mendapat peluang pekerjaan, terima kasih.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Merbok tadi. Akan tetapi soalan lanjut saya di sini, saya hendak bertanya, apakah tanggung jawab secara social responsibility kerajaan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka yang menjadi graduan dalam akademi juruterbang ini. Ini kerana, kalau pada masa kini, kalau mereka yang hendak pergi belajar untuk mengambil jurusan ini, hendak mendapatkan pinjaman daripada agensi kerajaan, agensi kerajaan pun menyatakan buat masa kini, misalnya seperti Yayasan Sarawak di Sarawak, masa kini mereka tidak memberi pinjaman kerana ramai yang telah menghadiri kursus ini masih belum mendapat pekerjaan, itu satu masalah. Keduanya ialah dari segi Sekolah Latihan Juruterbang di Bintulu telah mencatat satu sejarah yang tidak begitu baik di kalangan pelajar-pelajarnya dahulu yang sehingga ada di kalangan pelajar mereka telah belajar separuh jalan dan masih lagi tertanya-tanya,

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

apakah tindakan kerajaan mengenai perkara ini. Saya hendak tahu juga, apakah yang kita hendak lakukan. Perkara ketiga minta izin Tuan Yang di-Pertua, mengenai pilot wanita yang menjadi graduan dalam latihan ini ialah ada di kalangan mereka tidak mendapat pekerjaan. Apakah pendirian syarikat-syarikat penerbangan terhadap pilot wanita ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong, seperti mana yang saya katakan tadi bahawa apabila seseorang pelajar itu memasuki institusi ataupun flying academy, tidak ada jaminan bahawa mereka akan diberikan pekerjaan kerana syarikat-syarikat penerbangan di dalam negara ini yang wujud, yang terbesar ialah Malaysia Airlines dan AirAsia, dan mereka juga ramai yang sponsor student mereka dan hantar mereka untuk menjalani penerbangan ini. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, mereka yang belajar di flying academy ini bolehlah memikirkan peluang-peluang di tempat yang lain. Misalnya ramai juga syarikat- syarikat penerbangan kecil di dalam negara ini dan juga ramai yang memiliki private jet dan mungkin peluang-peluang pekerjaan di luar negara juga ada. Oleh sebab itu, mereka haruslah berfikir sebelum mengambil keputusan dan demikian juga penaja-penaja. Berkaitan dengan Bintulu, Gulf Golden International Flying Academy, Bintulu, yang telah pun ditutup kerana tidak ada viability ataupun ditutup oleh syarikat tersebut. Memang ada masalah tentang pelajar-pelajar yang tidak dapat menghabiskan. Mengikut laporan kita di sini, lebih kurang 102 orang dan memang mereka yang terkandas ini, apa yang boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam ialah untuk mendapatkan tempat bagi pelajar-pelajar tersebut untuk menyambung latihan penerbangan di sekolah-sekolah penerbangan yang lain di Malaysia, tertakluk kepada kekosongan dan kapasiti serta kemudahan latihan yang dimiliki oleh sekolah penerbangan yang lain. Ini adalah sesuatu yang amat kita kesali dan sebab itu dalam rencana ini, kerajaan khususnya Jabatan Penerbangan Awam telah mengambil beberapa langkah pengawalseliaan terhadap institut penerbangan ini misalnya seperti meningkatkan pemantauan terhadap semua sekolah penerbangan termasuk yang tidak mempunyai masalah dalam menjalankan latihan penerbangan. Kedua, mengarahkan semua sekolah penerbangan yang bermasalah supaya tidak membuat pengambilan pelajar baru dan menjalankan latihan penerbangan. Ketiga, memaklumkan kepada semua sekolah penerbangan bahawa setiap pengambilan pelajar baru perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam terlebih dahulu. Keempat, memaklumkan kepada semua sekolah penerbangan bahawa DCA perlu dibenarkan meneliti kandungan perjanjian di antara sekolah penerbangan dan pelajar. Selanjutnya, mencadangkan semua sekolah penerbangan melaksanakan kaedah pembayaran yuran pengajian secara berperingkat dan kita juga dalam rencana membekukan kelulusan permohonan terhadap sekolah-sekolah baru yang ingin menubuhkannya. Sebarang pemberhentian operasi, haruslah dimaklumkan in advance kepada Jabatan Penerbangan Awam. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat tentang graduan wanita ini, mereka sebenarnya tidak dihalang dan tidak ada pun diskriminasi untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh sebab itu, ada juga sebahagian daripada graduan-graduan wanita, juruterbang wanita yang telah mendapat pekerjaan di beberapa syarikat penerbangan di dalam negara ini. Terima kasih.

Fong Chan OnnMCA · BNAlor Gajah · question

3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan bagaimanakah ‘Industry Adjustment Fund’ dan ‘Fallback Plan’ sektor minyak sawit akan membantu meningkatkan daya saing peladang- peladang dalam negara serta apakah rancangan kementerian terhadap tindakan Kerajaan Indonesia untuk merebut pasaran.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I · Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab bersekali dengan soalan bernombor 20, bertarikh 9 April 2012 oleh Yang Berhormat Matulidi Jusoh kerana soalan beliau adalah berkaitan dan menyentuh isu-isu yang sama dengan soalan.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan daya saing industri sawit negara dan bertanggungjawab untuk memastikan semua penggiat dalam industri ini dari sektor huluan hingga hiliran terus berdaya saing. Untuk tujuan ini, pekebun kecil dan peladang digalakkan untuk mengamalkan amalan pertanian baik atau good agriculture practices bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka. Bagi memastikan produktiviti sawit terus meningkat, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan R&D bagi menghasilkan bahan tanaman bermutu tinggi, melalui kaedah pembiakbakaan yang lebih baik. Ini bukan sahaja dapat menghasilkan benih sawit yang mempunyai penghasilan tinggi atau ‘high realty’ tetapi turut menghasilkan minyak sawit yang mempunyai kandungan atau faktor nutrien yang tinggi. Persaingan yang dihadapi oleh industri sawit negara akibat daripada penstrukturan semula duti eksport Indonesia, dijangka berbentuk sementara. Kerajaan terus berbincang dengan pihak Indonesia agar kedua-dua negara tidak bersaing sesama sendiri, sebaliknya menumpukan perhatian bagi meningkatkan keupayaan industri sawit masing-masing untuk bersaing dengan minyak sayuran lain seperti minyak kacang soya dan kanola. Langkah untuk bergabung tenaga di antara kedua- dua negara pengeluar utama ini, akan dapat menjamin kestabilan harga minyak sawit di pasaran dunia dan menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil. Cadangan untuk memperkenalkan industry adjustment fund yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah merupakan langkah jangka pendek yang perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan kesesuaian pelaksanaannya. Ini adalah kerana penyediaan pembiayaan dalam bentuk bantuan secara terus atau direct subsidi, bukan sahaja membebankan kewangan kerajaan, ia juga terdedah kepada penyelewengan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam memperkenalkan sesuatu langkah, kerajaan perlu mengkaji dengan teliti supaya ianya memberikan impak kepada seluruh rantaian pengeluaran sawit dari pekebun kecil di luar bandar, sehingga ke pengeluar produk berasaskan sawit, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan ini. Selain daripada menjaga hal-hal berkaitan dengan daya saing demi untuk mempertingkatkan produktiviti, saya rasa satu cara yang lain yang dgn sendirinya boleh mempertingkatkan produktiviti ialah untuk memberi latihan yang luas dan lengkap kepada para pekerja.

Soalan saya ialah bolehkah kementerian pastikan bahawa pekerja-pekerja di ladang kelapa sawit seperti harvester dan cari gali diberi latihan luas dan diberi gaji yang lebih tinggi dibandingkan dengan gaji sekarang? Dengan itu kita boleh galakkan lebih ramai rakyat Malaysia bekerja di ladang-ladang tersebut dan dengan itu kita akan – bukan sahaja naikkan produktiviti tetapi juga akan hadkan perpindahan teknologi kepakaran melalui pekerja-pekerja Indonesia ke ladang kelapa sawit di Indonesia? Sekian, terima kasih.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah. Ini adalah satu pandangan yang baik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ini adalah kaedah yang telah pun digunakan oleh kementerian sendiri. Kita telah menggalakkan dari semasa ke semasa untuk memberikan latihan kepada semua pekerja-pekerja ladang yang ada dalam negara terutama kepada anak-anak pekerja tempatan dan kita juga sedang melihat kaedah-kaedah di mana kursus-kursus yang kita berikan ini bukan hanya memberikan gaji yang tinggi kepada mereka yang telah pun melalui kursus kita tetapi juga kita dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat ladang yang besar untuk menentukan bahawa sesiapa sahaja yang mengambil kursus-kursus melalui kementerian ini akan dapat terus bekerja dengan ladang-ladang yang besar di seluruh negara. Oleh sebab itu, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah sesuatu yang sedang dan terus kita buat daripada semasa ke semasa. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan bahawa Industry Adjustment Fund ataupun Fallback Plan masih belum dilaksanakan dalam cadangan dan mungkin membebankan sumber kewangan kerajaan. Saya hendak tanya dalam belanjawan yang lalu di bawah Pembangunan Industri Berkelompok Minyak Sawit (POIC) ada peruntukan yang agak besar RM126 juta keseluruhannya yang kita sudah pakai lebih daripada RM18 juta. Adakah ini bermakna peruntukan ini langsung tidak mengambil kira rancangan untuk menambah pembangunan atau menambah daya saing dalam kelompok-kelompok yang menceburi dalam industri sawit berkelompok kecil ini yang dimaksudkan soalan asal dari Yang Berhormat Alor Gajah tadi. Saya juga merujuk kepada satu laporan akhbar dan siaran media mengatakan skim ini menjadi skim yang asas untuk membantu kepada para pekebun kecil terutamanya yang menceburi dalam bidang. Namun, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan yang belum dilaksanakan akan dipertimbangkan untuk pengesahan.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan sedikit kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Masalah yang kita timbulkan ini bukan masalah fallback plan untuk penanam-penanam. Ia adalah masalah di mana pengilang-pengilang atau refiners kita menghadapi masalah untuk menjualkan produk mereka kerana harga fixed stock yang mereka terima adalah sesuatu harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan Indonesia. Ini apabila Indonesia telah mengubah polisi mereka untuk tidak membenarkan eksport dengan menekan atau menaikkan eksport duti yang agak tinggi di Indonesia. Maka sebab itu kita terpaksa mencari fallback-fallback plan tadi atau rancangan yang baru untuk kita melihat bagaimana hendak menampung atau hendak membantu refiners yang ada di dalam negara kita supaya pasaran yang sedia ada di tangan kita Malaysia hari ini tidak diambil alih oleh refiners daripada Indonesia. Sebab itu dalam kajian yang kita buat banyak rancangan-rancangan atau pelan- pelan yang kita sedang menilai dengan teliti supaya apa yang kita akan buat nanti bukan hanya dapat memberi keuntungan kepada refiners atau memberi peluang kepada refiners untuk mempertahankan pasaran mereka yang ada tetapi juga supaya tidak ada masalah yang timbul di peringkat pengeluar F&B itu nanti. Ini kerana selalunya apabila polisi kita buat, kita tidak mahu ada di antara total value change itu yang merasakan mereka terkena daripada polisi yang tidak seimbang keseluruhannya. Maka sebab itu, kita terpaksa menilai supaya ianya dapat kita berikan. Bukan kena mengena dengan jumlah bajet yang telah kita bentangkan melalui tahun lepas RM126 juta. Itu untuk semata-mata untuk POIC yang kita buat di Sabah dan juga di kawasan-kawasan lain. Terima kasih.

Mujahid bin YusofAMANAH · PHParit Buntar · question

4. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa banyak agensi dan jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan pembangunan usahawan bumiputera dan senaraikan agensi dan jabatan terbabit berserta dengan peruntukan yang disediakan.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jawab cepat-cepat Yang Berhormat nanti Mujahid melompat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Kepada Yang Berhormat daripada Parit Buntar, atas soalan yang dikemukakan dalam Dewan ini. Untuk makluman Dewan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah salah sebuah kementerian yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan keusahawanan bumiputera. Berdasarkan maklumat yang diterima bagi tahun 2012, sebanyak 16 agensi di bawah 8 kementerian yang terlibat dalam melaksanakan program khusus bagi pembangunan keusahawanan bumiputera dan telah diberi peruntukan sebanyak RM1.35 bilion. Pecahan peruntukan mengikut kementerian dan agensi adalah seperti berikut:

(i) Jabatan Perdana Menteri melalui empat program ataupun dana Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebanyak RM700 juta; (ii) Program Keusahawanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM100 juta; (iii) Program Pembangunan Bumiputera dari pelbagai agensi sebanyak RM221.5 juta dan RM17 juta yang diperuntukkan untuk kegunaan TERAJU; (iv) Program Pembangunan Hartanah dan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang (PERDA) sebanyak RM82.5 juta; (v) Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM51.1 juta melalui agensinya iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA); (vi) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JHEOA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR); (vii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi Projek Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) sebanyak RM150 juta; (viii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PNS) bagi Program Pembangunan Francais sebanyak RM5 juta; (ix) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) RM42.2 juta iaitu Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera (BPU) RM3 juta, SME Corp. Malaysia RM30 juta, MATRADE RM9.2 juta; (x) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Program Klinik Bio Premiere, Teknologi Park (TPM), Biotech sebanyak RM40,000; (xi) Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bagi Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JEHWA) sebanyak RM1.1 juta; dan (xii) Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak bagi Program Pembangunan Keusahawanan Sektor terpilih sebanyak RM300,000.

Tuan Yang di-Pertua, antara program bidang sektor yang terlibat dalam Program Pembangunan Usahawan Bumiputera yang menerima peruntukan bagi tahun 2012 adalah seperti berikut: (i) Perolehan ekuiti; (ii) pembangunan hartanah; (iii) pembuatan; (iv) perkhidmatan; (v) pertanian; dan (vi) latihan. Sekian, terima kasih.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya punya soalan ini adalah sebagai lanjutan

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

daripada semua peruntukan yang disebut tadi, 18 agensi yang bernilai RM1.53 bilion, bagi memajukan agenda keusahawanan bumiputera. Saya ingin minta penjelasan, dalam rangka kerajaan telah memberi peruntukan yang agak besar tetapi kita masih mendengar rungutan-rungutan daripada usahawan bumiputera khususnya dalam konteks Economic Transformation Programme yang dilancarkan, masih lagi usahawan-usahawan bumiputera mengadu hal tentang bagaimana mereka telah disisihkan, bagaimana mereka tidak dapat bersaing sedangkan apa yang diperuntukkan itu terlalu besar. Saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri dan kementerian, apakah sebenarnya punca kepada rungutan- rungutan, sungutan-sungutan dan kegagalan-kegagalan ini? Kalau kita lihat kepada dasar yang mendasari keusahawanan bumiputera ini bermula dengan satu dasar besar yang dahulu kita ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), sekarang kita ada Model Ekonomi Baru. Akan tetapi dalam kita berpindah dari satu dasar kepada satu dasar, isu Melayu tetap dimain-mainkan dan dilaung-laungkan oleh pihak- pihak tertentu seolah-olah orang Melayu masih lagi ketinggalan. Jadi kita mahu melihat dan minta penjelasan, apakah perlu soal keusahawanan Melayu ini perlu keluar daripada kotak pemikiran perlindungan politik Melayu kepada satu premis persaingan yang sihat di mana kita boleh memberi contoh di Pulau Pinang, apabila kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuka tender secara terbuka, open tender, kita dapat melihat bagaimana usahawan Melayu antara yang paling banyak mendapat tender-tender tersebut. PDC, kita dapat hampir 70% orang Melayu, usahawan bumiputera. Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang, kita dapat 67% orang Melayu. Ini satu eksperimen yang menyatakan bahawa tanpa perlindungan politik, tanpa political patronage yang diamalkan selama ini, orang Melayu masih lagi mampu bersaing. Apakah perlu Timbalan Menteri membuat satu kajian bahawa kita perlu keluar daripada kepompong yang macam mana kawan-kawan kita ini, kita keluar daripada kepompong, pastikan orang Melayu maju, orang Melayu boleh bersaing tetapi secara competent dan secara sihat bukan di atas privilege.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Panjang sangat itu.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya minta penjelasan pandangan ini. Berikan sedikit saya pencerahan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat kerana mempunyai pandangan yang memajukan kumpulan usahawan bumiputera kita di negara ini. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, di mana saya sebutkan tadi, RM1.35 bilion itu ialah diguna untuk membangunkan keusahawanan bumiputera di negara kita ini. Seperti mana yang disebutkan tadi juga, ada terlibat 16 agensi dan lapan kementerian. Jadi, kerajaan kita Malaysia memang melihat supaya tidak ada seseorang pun yang boleh disisih atau pun yang ditinggalkan oleh dasar kerajaan kita yang disebutkan secara inclusive setakat ini. Jadi kita tidak mahu melihat bumiputera yang kalau kita lihat setakat ini masih lagi dalam satu keadaan yang boleh kita sebutkan belum memuaskan dari segi pencapaian mereka dalam perniagaan dan juga dalam pembangunan usahawan di negara kita ini. Jadi oleh sebab itulah kita lihat bahawa kita menjalankan beberapa program yang perlu dijalankan termasuk latihan yang diberi kepada mereka. Latihan dari segi ilmu pengetahuan, dari segi kemahiran mereka dalam beberapa bidang teknologi dan begitu juga dalam perniagaan, begitu juga memberi kemudahan kepada mereka supaya mereka ini tahu bagaimana hendak menjalankan perniagaan atau pembuatan dalam sektor pembuatan dan juga dalam sektor perkhidmatan yang kita jalankan. Begitu juga dari segi peruntukan yang diberi, bukan hanya dari pinjaman soft loan sahaja tetapi juga dari geran yang membantu mereka ini supaya mereka terus mempunyai modal untuk melaksanakan atau pun untuk menjalankan usahawan mereka. Begitu juga dari segi pasaran pula, memang banyak agensi yang membantu mereka. Jika mereka ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau pun dalam bidang pertanian, perikanan dan juga produk-produk sampingan, mereka akan dibantu supaya pemasaran mereka dibuat dan kualiti produk-produk mereka perlu dijual dengan branding yang cukup.

Begitu juga kita ada beri peluang kepada mereka untuk infrastruktur untuk memasarkan produk-produk mereka ini dari segi gerai-gerai, kedai-kedai dan juga market. Begitu juga kepada benda-benda yang lain dari segi untuk kita buat ekspo bukan hanya di negeri kita sahaja seperti MIHAS, INTRADE dan yang lain-lain untuk membantu mereka supaya mereka diberi peluang mempunyai hubungan dengan perniagaan-perniagaan dari luar negara untuk membantu mereka meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pasaran di arena global ini. Selain daripada itu, kita memberi pinjaman bank. Semua SME bank yang ada bagi mereka. MIDF jika perlu membuat projek dalam pembuatan atau pun manufacturing sector. Begitu juga dari banyak dana-dana yang disediakan oleh EPU seperti mana yang saya sebutkan tadi supaya semua lapisan bumiputera kita mulai dari belia, pelajar-pelajar kita di universiti termasuk juga wanita, ibu tunggal dan juga orang yang miskin, yang kurang miskin, orang yang kaya, orang yang kurang kaya dalam bumiputera ini perlu diberi semua bantuan dan dana supaya mereka ini dapat meningkatkan lagi prestasi mereka ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Jadi saya rasa apa yang disebutkan Yang Berhormat itu tadi, bumiputera kita ini masih lagi mempunyai perasaan yang tidak berpuas hati dan masih lagi dalam satu keadaan ketinggalan, jadi saya rasa inilah satu motivasi yang perlu kita ada supaya apabila kita mempunyai semangat yang kuat seperti ini, maka kita akan terus berjuang untuk membangunkan lagi usaha kita dalam perniagaan ini. Jadi inilah punca-puncanya. Apabila kita mempunyai satu motivasi yang kuat, semangat yang kuat, maka kita perlukan pembangunan yang lebih kuat lagi pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Bersemangat nampak Menteri menjawab. Yang Berhormat Sri Gading.

Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Dunia akhir zaman Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Parit Buntar, PAS memuji kerajaan DAP Pulau Pinang. Barisan Nasional menolong bangsa Melayu, bumiputera, sedikit tidak hendak dipujinya. RM1 bilion lebih peruntukan yang telah pun disediakan, tidak nampak. Itulah dunia akhir zaman. Cuma saya – terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kewujudan pelbagai jabatan dan agensi diperlukan bagi memenuhi kepelbagaian permintaan dan keperluan secara khusus dalam pembangunan keusahawanan bumiputera. Justeru, apakah langkah yang diambil khususnya oleh PEMANDU?

Banyak masalah yang dihadapi oleh usahawan bumiputera. Berbagai-bagai masalahlah, ada sebab musababnya. Jadi saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini kena cepat juga Yang Berhormat.

Ya. Itu saya hendak PEMANDU kalau hendak ringkaskan itulah sebab berbagai-bagai halangan yang terdapat kepada usahawan-usahawan bumiputera Melayu. Jadi dia memerlukan bantuan-bantuan bukan sahaja kewangan tetapi berbagai-bagai lagi dalam memenuhi segala perkara untuk mereka keluar menjadi usahawan berjaya. Peranan PEMANDU ini dia memantau kemajuan sepatutnya dan menyampaikan program NKRA sebagai contohlah bagi mencapai sasaran dan mencapai idea-idea dan penyelesaian untuk menghindarkan ini penting ini menghindarkan segala halangan yang timbul. Kadang-kadang kita pergi jumpa orang hendak tahu kita siapa, ini ada juga berlaku. Siapa kita, ini jadi masalah kepada setengah- setengah usahawan yang benar-benar ikhlas untuk memajukan usahawan mereka tetapi siapa mereka. Kalau itu masih ada, jadi itu peranan PEMANDU untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini. Minta sedikit penjelasan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya hendak tanya jugalah selepas dilaksanakan Dasar ekonomi baru iaitu affirmative action adakah research tertentu dibuat kerana di negara-negara lain juga melaksanakan perkara yang sama macam di Amerika, di India ada

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

melaksanakan affirmative action ini. Research disusul selepas itu dan didedahkan kepada orang ramai kejayaan affirmative action yang kita buat. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading yang mengemukakan soalan yang berkenaan dengan peranan PEMANDU. Jadi kementerian kita ini tidak terlalu terlibat dengan PEMANDU oleh kerana ini di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menjalankan semua aktiviti dan program yang dijalankan oleh PEMANDU. Akan tetapi apa yang kita sedar ialah di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, 2011 hingga 2015 ini, kerajaan kita memang sentiasa memperkasakan agenda bumiputera dengan menjalankan lima inisiatif yang disebutkan:- (i) meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian. Dalam konteks ini kerajaan telah menubuhkan Ekuinas sebagai institusi pelaburan ekuiti swasta bumiputera; (ii) untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera ataupun Pelaburan Harta Berhad telah menubuhkan tabung pelaburan amanah harta untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan juga industri; (iii) menambah baik program pembangunan, kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. Ini berkenaan latihan keusahawanan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan pemasaran seperti mana yang saya sentuhkan awal-awal tadi; (iv) membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih cekap dan menyeluruh; dan (v) menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan membantu pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Di bawah inisiatif ini Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah ditubuhkan. Jadi ini akan terus dijalankan. TERAJU telah merencana pendekatan yang dinamakan SME Bumiputera Berprestasi Tinggi yang akan diguna pakai bagi pembangunan usahawan bumiputera. Ini merupakan pendekatan dan disasarkan akan melahirkan usahawan bumiputera yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan pada masa akan datang. Objektif-objektif tertentu ini kita amat berharap sekali supaya penyertaan bumiputera secara terancang di mana sasaran sumbangan sebanyak 20% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar GDP akan tercapai pada tahun 2020 ini nanti. Kita juga diberitahu bahawa dalam masa terdekat lagi Pemandu juga ingin menubuhkan beberapa makmal untuk mengenal pasti projek-projek dalam sektor tertentu yang dapat dilaksanakan untuk manfaatkan oleh usahawan bumiputera. Walau bagaimana pun perkara ini masih lagi pada peringkat yang awal. Untuk menjawab soalan Tuan Yang di-Pertua tadi, kita sentiasa membuat kajian setiap program yang dijalankan dan apabila kita memperkenalkan projek-projek yang lemah yang tidak memberi manfaat yang tinggi kepada kumpulan sasar kita jadi kita akan terus memperkemaskan lagi program tersebut supaya ia dapat tercapai dalam masa terdekat dan membantu usahawan bumiputera kita pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Azalina binti Othman SaidUMNO · BNPengerang · question

5. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said [Pengerang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah segera yang diambil oleh kerajaan berkenaan isu bayaran pampasan kepada golongan nelayan bagi menasihati pihak syarikat yang terlibat dengan pembangunan loji simpanan minyak dan gas di kawasan Pengerang untuk menimbang semula atau mengkaji bayaran yang diberikan kepada nelayan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung serta golongan nelayan yang tinggal di kawasan dan kampung-kampung yang berhampiran.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menjalankan soal selidik pada bulan Februari 2012 bagi mendapatkan data terkini jumlah nelayan berlesen dan tidak berlesen di kawasan Pengerang. Data yang diperolehi meliputi beberapa kampung seperti Sungai Kapal, Sungai Buntu, Telok Empang dan lain-lain. Data tersebut akan digunakan oleh kerajaan sebagai asas untuk mempertimbangkan bayaran ex gratia kepada nelayan yang terjejas. Di samping itu Kerajaan Negeri Johor juga bercadang untuk menaik taraf kehidupan di kawasan berkenaan melalui latihan dan kemahiran semula. Nelayan-nelayan yang berpangkalan di Tanjung Kapal dan Tanjung Ayam, Kampung Sungai Buntu telah menerima bayaran daripada Syarikat Dialog Pengerang Sdn. Bhd. sebanyak RM30,000 seorang dan diberikan kepada 61 orang nelayan berlesen dan RM15,000 seorang kepada 51 orang nelayan tidak berlesen. Jumlah keseluruhan nelayan yang telah menerima ex gratia tersebut adalah seramai 112 orang. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui unit perancangan ekonomi negeri untuk menyediakan kertas cadangan bagi menempatkan semula nelayan-nelayan yang terlibat yang dijangka seramai 645 orang ke tapak baru yang telah dikenal pasti di Sungai Sulung. Kos projek tersebut dijangka RM80 juta. Di antara pembinaan yang akan dijalankan atau dilaksanakan ialah sebuah kompleks pendaratan ikan yang meliputi pembinaan jeti, ruang pemasaran, pemecah ombak, pusat pentadbiran kemudahan bilik sejuk dan stor. Persatuan nelayan kawasan Pengerang sedang berbincang dengan jabatan perikanan daerah bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di tapak baru yang akan dibina nanti. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ucap terima kasihlah sebab Yang Berhormat beritahu kepada Dewan ini tiga kampung telah dibayar. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat 10 kampung yang terlibat dalam projek yang besar ini. Jadi kalau kita tengoklah yang mana kerajaan hari ni kerajaan yang sentiasa menekankan kepada rakyat didahulukan, saya memohon dengan Yang Berhormat dengan saya ini ada satu memorandum daripada Jawatankuasa Badan Bertindak Nelayan Pengerang di mana 250 orang yang belum lagi mendapat bayaran pampasan daripada syarikat ataupun daripada kerajaan.

Jadi, soalan saya seterusnya kepada Yang Berhormat, terutama sekali boleh atau tidak Yang Berhormat menerima memorandum ini untuk membantu sementara dalam jangka masa pendek kepada nelayan-nelayan ini seramai 250 orang? Kedua, bilakah agaknya Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri hendak berkunjung ke kawasan Parlimen Pengerang untuk berjumpa dengan masyarakat nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar? Terima kasih.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pengerang yang begitu prihatin kepada semua penduduk di kawasan Yang Berhormat Dato’. Daripada segi masalah yang telah dibawa iaitu memorandum, kita bersedia menerima untuk melihat dan mengkaji memorandum yang telah disediakan oleh Majlis Tindakan Pengerang. Kalau saya tidak salah, sebenarnya semalam Yang Berhormat Menteri juga telah menerima surat daripada Yang Berhormat mengenai isu ini dan akan dikaji dan di bincang di dalam mesyuarat kita. Satu lawatan tentu akan diadakan untuk melihat dan meninjau masalah ini secara lebih teliti. Sekian, terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berhubung dengan nelayan-nelayan ini akan dipindahkan ke dua buah tempat baru. Seramai 200 orang nelayan dijangka dipindahkan ke Kampung Sungai Pungai di mana kawasan tersebut telah sedia ada 40 buah bot. Jika 200 orang nelayan ini dipindahkan, ia bakal menyebabkan kesesakan di kawasan tersebut dan persaingan yang mana boleh menjadikan hasil

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

tangkapan nelayan ini berkurangan. Apakah tindakan kementerian bagi mengelakkan situasi kekurangan hasil tangkapan atau mungkin lebih buruk, hilang mata pencarian ini daripada berlaku atau bantuan-bantuan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan nelayan-nelayan mampu mengekalkan jumlah tangkapan mereka seperti biasa.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih daripada soalan tambahan Yang Berhormat Bakri. Mengenai isu sama ada dipindah ke kawasan tertentu itu, pada masa ini pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang masih mengkaji dengan Unit Perancang Ekonomi daripada segi pindaan. Kita akan berhubung dengan jabatan perikanan daerah dan juga persatuan nelayan kawasan tertentu itu yang terlibat untuk memastikan kebajikan nelayan itu adalah terjaga. Sekian. Terima kasih.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

6. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim PERKESO atau Skim Kesihatan untuk pemandu teksi.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Yang di- Pertua, PERKESO adalah satu skim untuk memberikan perlindungan pada skim pencen pekerjaan dan skim pencen ilat yang dirangka untuk pekerja yang digaji oleh majikan. Bertujuan melindungi pekerja di tempat kerja dan juga terhadap keilatan. Caruman untuk skim bencana pekerjaan dibiayai oleh majikan, manakala untuk pencen ilat dibiayai oleh kedua-dua majikan dan pekerja. Akan tetapi pemandu teksi ialah satu bilangan kebanyakan mereka merupakan pekerjaan sendiri dan tidak mempunyai majikan dan juga waktu kerja yang tertentu. Pada keseluruhannya pada masa sekarang, PERKESO sedang mengkaji kemungkinan untuk mencari langkah-langkah untuk meluaskan perlindungan yang diberikan oleh PERKESO kepada kumpulan pekerja sendiri atau self-employed. Oleh yang demikian, pada masa sekarang, tentang pemandu-pemandu teksi, PERKESO sedang mengadakan satu kajian untuk menentukan apakah keperluan pihak pekerja pemandu- pemandu teksi. Bagaimana kita boleh memberikan perlindungan kepada mereka, mahu kah di dalam skim-skim yang tersedia ada atau skim khusus kena wujud supaya mereka yang bekerja sendiri boleh diberikan perlindungan melalui PERKESO. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Sebenarnya pada tahun lalu iaitu pada 31 Julai 2011, forum Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Selangor yang mewakili lebih kurang 20,000 sehingga 30,000 pemandu teksi telah usulkan supaya kerajaan mengkaji isu berkait dengan memperkenalkan SOCSO dan juga KWSP untuk mereka. Ini adalah sebab ada kajian daripada mereka sendiri yang mengatakan bahawa selepas 20 tahun dan sebagainya, tidak ada KWSP dan sebagainya. Akan tetapi isu yang saya hendak bangkitkan walaupun saya menerima pandangan Yang Berhormat Menteri, pihak kerajaan mengkaji isu ini tetapi bukankah masa sudah sampai untuk negara kita, especially we are looking at the higher income economy, untuk mengadakan satu sosial minimum untuk pekerja-pekerja bukan sahaja pekerja kilang tetapi juga pekerja swasta dan juga pekerja teksi yang sebenarnya bukan semua orang adalah self-employed. Ini kerana mereka adalah pekerja untuk syarikat-syarikat teksi yang besar. So, sebenarnya a lot of them bukan pekerja self-employed. There are pekerja untuk syarikat-syarikat yang besar: Cab companies. So, ada dua golongan, satu yang self- employed tetapi kebanyakan daripada mereka adalah pekerja yang bekerja untuk syarikat- syarikat ini. So, memandangkan kebanyakan ini bukankah kerajaan boleh dengan serta- merta mengimplementasikan untuk self-employed pekerja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya telah terangkan, daripada masa PERKESO sudah mula sampai sekarang, tumpuan diberikan kepada mereka yang menjadi pekerja iaitu di dalam sistem yang mana ada majikan dan pekerja. Dari tahun lalu, satu pindaan pemikiran supaya perkara ini diperluaskan kepada pihak yang mereka bekerja sendiri telah dibuat ke atas alasan yang

telah disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa mereka yang bekerja sendiri pun memerlukan perlindungan. Daripada segi itulah kita telah membuat kajian. Sekarang kita telah sampel lebih kurang 1,000 - 1,500 orang pemandu teksi di dalam Lembah Klang untuk menentukan cara kerja mereka, keperluan mereka yang mungkin berbeza daripada kumpulan-kumpulan yang lain dan untuk mengkaji adakah sistem-sistem perlindungan yang ada pada masa sekarang yang boleh diperluaskan atau kita perlu mewujudkan sistem yang baru. Ini kerana contohnya, perlindungan yang diberikan oleh PERKESO sekarang, ada caruman dibuat oleh majikan. So, kalau di dalam pemandu-pemandu teksi bekerja sendiri, caruman perlu dibuat oleh mereka sendiri. Jangka masa itu pun untuk pekerja-pekerja sudah ditetapkan satu masa yang tetap. Tidak ada pekerja-pekerja macam seperti teksi yang lain, masa bekerja ini boleh menjadi 24 jam. Oleh itu, perkara-perkara sedemikian, kita mesti memerlukan kajian untuk menentukan bahawa apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk meluaskan perlindungan ini boleh diteruskan dan sustainability of the programme dengan mengambil kira apakah caruman, jenis perlindungan yang diberikan. Tujuan kita mahu memberikan perlindungan. Cara, perlu ditetapkan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tunggu lama tetapi amat bermakna. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya hendak mengucapkan selamat datang kepada pemimpin Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia. [Tepuk] Diketuai oleh mahaguru kita dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Machang, Kelantan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebahagian pemandu teksi ini memanglah mereka menyewa daripada tuan punya teksi. Bahkan kos operasi, sara hidup dan keselamatan pemandu teksi ini amat tinggi dalam keadaan sekarang. Saya difahamkan kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua dan Menteri mungkin boleh betulkan saya, terdapat kurang lebih 7,200 orang pemandu warga asing. Pemandu teksi warga asing yang berada di dalam negara kita ini. Sebenarnya memanglah pekerja asing ini ramai di negara kita kerana negara kita ini diperintah oleh Barisan Nasional dan cukup aman. Tepuklah sedikit. [Tepuk] [Ketawa] Jadi, terbukti. Cukup. Inilah jasa kerajaan kita. Jadi, orang luar pun datang ke mari. Orang kita tidak ada di luar termasuk pembangkang tidak pergi ke sana.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ada pekerja, pemandu-pemandu asing ini apakah kerajaan turut mengambil kira faktor pemandu teksi warga asing ini dalam skim PERKESO. Apakah mereka juga akan dilibatkan dari skim PERKESO, yang bakal dikenakan serta apakah langkah-langkah yang diambil dalam menghadapi tuntutan yang mungkin dibuat oleh pemandu-pemandu asing, terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya dasar kita tidak membenarkan pekerja-pekerja asing menjadi pemandu teksi sendiri. Cuma di dalam keadaan-keadaan tertentu ada kes-kes di mana pemandu-pemandu bukan untuk teksi tetapi untuk kenderaan lain telah dibenarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Kebanyakan mereka bukan bekerja secara sah dan ini adalah satu isu pemantauan dan pelaksanaan dasar. Selain daripada itu daripada segi perlindungan PERKESO pada masa sekarang, skim perlindungan PERKESO ialah untuk warganegara Malaysia sahaja. Pekerja-pekerja asing di dalam mana-mana bidang pun perlindungan diberikan melalui Workmen’s Compensation Act, melalui sistem perlindungan yang khusus untuk pekerja-pekerja asing. Oleh itu pada masa sekarang walaupun ada cadangan-cadangan supaya skim PERKESO diperluaskan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja- pekerja asing tetapi pada masa sekarang kita masih mengamalkan sistem di mana pekerja asing diberikan perlindungan melalui Workmen’s Compensation Act dan pekerja-pekerja tempatan diberi perlindungan melalui PERKESO, terima kasih.

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

7. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah tapak pelupusan yang telah selamat ditutup oleh kementerian dan jumlah peruntukan yang telah digunakan. Secara lazimnya apakah jenis guna tanah yang akan dibangunkan bagi bekas tapak-tapak pelupusan tersebut.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan tempat pelupusan yang telah ditutup selamat sehingga kini adalah sebanyak 16 tapak dengan kos sebanyak RM483,067,120. Sehingga kini perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM230 juta. Setelah tapak pelupusan ini ditutup selamat, tiada pembangunan berat seperti perumahan dan sebagainya dibenarkan dalam tempoh 30 tahun. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan bagi pembangunan tanah ini bagi tujuan sukan dan rekreasi, sebagai tempat berjoging, padang golf dan tempat beriadah. Ini disebabkan proses pereputan sisa pepejal masih berlaku dan pembentukan gas-gas metana yang masih aktif menyebabkan struktur tanah masih tidak stabil bagi pembangunan yang berat, terima kasih.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Sampah sarap yang kita buang terutamanya sampah daripada plastik yang ada di bawah tapak pelupusan mengambil 400 tahun ataupun 500 dan ada yang mengambil sampai 1,000 tahun untuk biodegradasi. Jadi, semasa kita menunggu sampai 400 tahun ataupun kita jadikannya sebagai tapak rekreasi, apakah usaha-usaha daripada kementerian seperti kerjasama dengan MOSTI, bagaimanakah kita boleh menghidupkan semula tapak- tapak pelupusan ini yang telah pun ditutup selamat, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak, kementerian saya sentiasa mengalu-alukan, namun demikian oleh sebab dalam jawapan saya tadi bahawa pembangunan yang agak ringan seperti tempat berjoging, golf dan sebagainya masih boleh digunakan tanah yang berkenaan. Maknanya tidak dilarang sepenuhnya tetapi walau bagaimanapun untuk industri berat seperti membuat perumahan dan bangunan masih tidak boleh dilakukan disebabkan seperti dalam jawapan saya sebentar tadi, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah kajian telah dibuat seperti mana pengalaman beberapa buah negara maju yang mengubah kawasan tanah tapak pelupusan sampah ini untuk dijadikan tenaga alternatif, yang tadi telah disebutkan tentang sumber-sumber gas yang terdapat di dalam kawasan ini telah terbukti berjaya diubah di beberapa buah negara maju. Khasnya untuk dijadikan tenaga alternatif bagi membantu mempelbagaikan sumber tenaga khasnya dalam konteks negara kita yang sumber tenaga kita juga mungkin satu hari nanti pasti tidak akan sampai kepada tahap yang boleh kita bergantung hanya kepada satu sumber tenaga. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Bachok, sebenarnya bukan sahaja kajian, kita juga telah melaksanakan satu pilot projek di Negeri Sembilan, di mana tapak pelupusan sampah telah pun dijadikan untuk mengeluarkan tenaga dan telah pun beroperasi.

Amran bin Abdul GhaniPKR · PRTanah Merah · question

8. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:- (a) apakah status terkini projek bekalan air berjumlah RM609.9 juta yang dipinjamkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan dalam urusan penambahbaikan kemudahan air; dan (b) nyatakan nama-nama kontraktor dan sub-kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Sungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, RMKe-9 Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan pinjaman tambahan tanpa faedah berjumlah RM241.98 juta bagi pelaksanaan sembilan buah projek bekalan air di negeri Kelantan. Antara projek yang dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tersebut adalah program pembinaan loji dan meningkatkan sistem agihan, Program Menaiktarafkan Loji-loji Rawatan Air, Program Pengurangan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil, Program Geografi Informasi Sistem (GIS) dengan izin, dan Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) dan satu sistem telemetri. Daripada jumlah ini sebanyak tujuh projek telah siap dilaksanakan dan dua buah projek lagi disambung pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, RMKe- 10. Di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebanyak tiga buah projek bekalan air telah diluluskan pelaksanaannya dengan syiling peruntukan sebanyak RM67.6 juta. Daripada jumlah ini, dua buah projek merupakan projek sambungan daripada Rancangan Malaysia Sembilan dan sebuah lagi adalah projek baru. Pelaksanaan ketiga- tiga projek ini akan berlanjutan sehingga rolling plan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan tambahan syiling peruntukan sebanyak RM54.7 juta lagi. Tuan Yang di-Pertua, antara kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek bekalan air di Negeri Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah Syarikat Salcon Engineering Berhad, Syarikat Falah Technology Sdn. Bhd., Syarikat Ocean Electrical Company Sdn. Bhd., Syarikat Tenaga Tiub Sdn. Bhd, Syarikat Menang Intan Sdn. Bhd. dan Syarikat... Sdn. Bhd. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah memberikan peruntukan kepada semua negeri untuk meningkatkan infrastruktur perkhidmatan bekalan air supaya dapat dimanfaatkan oleh setiap rakyat di negara ini termasuklah di Kelantan. Seperti negeri-negeri lain, Kelantan tidak pernah dibezakan daripada negeri-negeri lain yang telah menerima kemudahan pinjaman mudah yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, terima kasih.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada penyataan Pengerusi UMNO Kelantan, yang juga merupakan Menteri Kabinet pada 4 Februari 2012 di dalam akhbar Mingguan Malaysia, dalam satu majlis di Tanah Merah yang menyatakan bahawa kesemua peruntukan RM600 juta yang diberikan secara percuma kepada Menteri Besar Kelantan dan saya juga ingin mengetahui pihak atau jabatan manakah yang akhirnya memilih dan melantik kontraktor dalam hal ini, sekian.

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah, saya mohon maaf Tuan Yang di-Pertua kerana saya tidak maklum tentang RM600 juta yang dikatakan akan diberikan terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Akan tetapi apa yang saya ada adalah kelulusan di bawah rolling plan 1, rolling plan 2 untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh yang disambung pelaksanaannya daripada Rancangan Malaysia Ke-9 dan itu telah diserahkan kepada operator air negeri Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila. Orang Sabah hendak tanya hal Kelantankah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Mana boleh! dia... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan yang paling saya tunggu- tunggu. Tahniah, rupa-rupanya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ini adil kepada seluruh negeri-negeri. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat, setelah lebih 20 tahun negeri Kelantan ini diperintah oleh kerajaan parti pembangkang, airnya masih kotor, kerajaan PAS – sedangkan dalam Islam air ini [Disampuk] adalah keperluan. Mahu mandi, untuk solat, untuk makan. Dengan bantuan berjuta-juta ringgit ini, apa masalah...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sabah, air pun tidak ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam memberikan...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Elektrik pun tiada, Sabah!

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tengoklah. Saya bertanya banyak yang...

Selangor pun akan habis air tidak ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Banyak macam monyet dalam hutan Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Saya hendak tanya apa punca kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan membekalkan air kepada rakyat? Janji berkhidmat untuk rakyat, memberi pembangunan, bangun bersama Islam. Cuba beri apa alasan- alasannya yang konkrit, yang boleh diterima oleh rakyat. Kalau rakyat Kelantan tidak boleh terima, pilihan raya, tukar sahaja kerajaan itu.

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, benar sangatlah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. [Disampuk] Oleh kerana rakyat telah diberi peluang menilai sendiri dan saya kira ini mungkin adalah masa terbaik untuk membuat keputusan menukar kerajaan. [Disampuk] Walau bagaimanapun rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan sebagaimana saya nyatakan tadi tidak pernah menganak tiri dan pinjaman mudah juga pinjaman tanpa faedah masih lagi diteruskan. Cuma mungkin terdapat banyak kelemahan- kelemahan lain dalam pentadbiran khasnya dalam industri air di Kelantan sendiri. Maka itu besar sangat harapan Kerajaan Persekutuan supaya kerajaan negeri dapat beralih ataupun dapat berpindah kepada rejim penstrukturan air Kelantan sebagaimana yang kita hasratkan di bawah Akta Industri Air 2006 supaya operator air di Kelantan dapat beroperasi secara aset light dan akhirnya akan memberi banyak manfaat kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Itu pilihan kedua. Pilihan pertama adalah menukar kerajaan negeri. [Disampuk] Terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, boleh soalan satu lagi. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua?

Bagilah.

Bagi, bagi, bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, empat orang berdiri pagi ini minta soalan tambahan yang ketiga. Saya tidak bagi Yang Berhormat. Jadi, tidak adalah. Minta maaflah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia spesies yang berlainan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat boleh bagi, boleh bagi. [Ketawa]

Linda Tsen Thau LinPBS · BNBatu Sapi · question

9. Datin Linda Tsen Thau Lin [Batu Sapi] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status perancangan dan pelaksanaan projek untuk menaik taraf Jalan Sibuga dari satu laluan (single carriageway) ke dua laluan (dual carriageway) dari Bandar Utama (IJM) ke Kompleks Sukan Sandakan di kawasan Sibuga.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Sapi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek menaik taraf Jalan Sibuga, Sandakan Sabah merupakan antara projek baru yang telah diluluskan kerajaan dalam rolling plan pertama, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Skop projek ini ialah menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang 2.75 kilometer dari Bulatan Sibuga ke Jalan Lintas

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Sibuga. Anggaran kos projek ialah sebanyak RM22 juta termasuk kos untuk pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti. Pada masa kini, proses reka bentuk projek berkenaan sedang giat dijalankan oleh pihak juru perunding yang dilantik oleh Jabatan Kerja. Projek ini dijangka akan di tender selewat-lewatnya pada bulan Mei 2012. Manakala pembinaan kerja-kerja fizikal pula akan dimulakan pada bulan Ogos 2012 melibatkan tempoh siap kerja selama 18 bulan. Sekian, terima kasih.

Mohsin Fadzli bin SamsuriPKR · PRBagan Serai · question

10. Tuan Mohsin Fadzli Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:- (a) berapakah jumlah penternak lembu, kerbau dan kambing mengikut negeri. Berapa ekor pula jumlah ternakannya; dan (b) apakah bentuk-bentuk insentif yang diberikan kepada penternak ruminan.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2010 jumlah penternak lembu, kerbau di negara ini adalah seramai 69,500 orang manakala penternak kambing berbiri pula adalah seramai 27,156 orang. Dari jumlah tersebut, negeri Kelantan dan negeri Pahang mempunyai bilangan penternak lembu dan kerbau terbanyak iaitu melebihi 20,000 orang. Bagi penternak kambing dan berbiri pula negeri Kelantan dan juga negeri Melaka mendahului negeri-negeri lain dengan melebihi 4,000 orang penternak. Jumlah penternak lembu, kerbau dan kambing berbiri berdasarkan bancian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DBS) 2010 mengikut negeri adalah seperti berikut:- Jumlah Penternak Lembu, Kerbau dan Kambing Berbiri Berdasarkan Bancian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DBS) 2010 | NEGERI |PENTERNAK LEMBU DAN KERBAU|PENTERNAK KAMBING DAN BERBIRI| |--------------------------|--------------------------|----------------------------:| |Perlis | 1311| 178| |Kedah | 635| 345| |Pulau Pinang | 871| 349| |Perak | 1524| 1049| |Selangor | 729| 726| |Negeri Sembilan | 1435| 1574| |Melaka | 3710| 4030| |Johor | 2876| 1656| |Pahang | 25683| 1452| |Terengganu | 6288| 1429| |Kelantan | 24457| 14338| |Wilayah Persekutuan |- | 2| |Wilayah Persekutuan Labuan| 5| 28|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Dari segi bilangan ternakan pula, jumlah keseluruhan ternakan lembu dan kerbau adalah anggaran 800,000 ekor manakala kambing dan berbiri adalah sebanyak 550,000 ekor. Jumlah ini adalah berdasarkan bancian ternakan tahunan 2010. Bagi membantu golongan penternak ruminan di negara ini, beberapa program peningkatan ekonomi dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DBS) seperti Skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan serta bantuan pembangunan komplot bagi menghasilkan makanan ternakan secara penanaman folder, bantuan peralatan dan promosi. Bantuan-bantuan ini diberikan bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengeluaran, meningkatkan kualiti hasilan, meningkatkan kesediaan sumber makanan kepada ternakan dan meluaskan pasaran. Selain daripada itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DBS) juga membuat kawalan penyakit yang berkepentingan ekonomi dan zoonosis.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Contohnya kawalan penyakit kuku dan mulut dan penyakit tuberculosis. Kawalan penyakit ini dilaksanakan secara percuma oleh jabatan. Usaha-usaha yang digerakkan oleh DBS dalam memperkasakan dan memodenkan kaedah penternakan ruminan di negara ini diharap berupaya melipatgandakan produktiviti pengeluaran komoditi ternakan dan seterusnya melonjakkan pendapatan penternak. Sekian terima kasih.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan bilangan lembu, kambing dan juga kerbau tadi. Nampaknya memang banyak kalau kita perhatikan iaitu merupakan 800 ribu ekor untuk lembu dan juga kerbau manakala 550 ribu ekor dengan kambing. Apa yang saya pastikan iaitu bahawa kita perhatikan, kita dapati bahawa bekalan daging masih tidak cukup lagi. Apakah langkah-langkah jika sekiranya kalau NFC boleh mengeluarkan dengan 300 ribu ataupun 400 ribu ekor begitu juga dengan oleh FELCRA di Bio Valley saya ingat di Parit, kita akan dapat banyak lagi bagi menambahkan bekalan daging. Jadi apa yang kita perhatikan bahawa untuk menjayakan projek iaitu bekalan daging tadi, di sana banyak di antara penternak-penternak kecil iaitu mereka ini kadang-kadang bela lima ekor, ada yang sepuluh, apa kata kalau kita berikan kepada mereka ini subsidi-subsidi. Ada tidak berikan subsidi seperti ubat ataupun vitamin? Sebab apa kalau kita perhatikan bagi petani, mereka dapat subsidi baja dan racun tetapi kalau kita perhatikan bagi sepanjang yang saya tahu, ubat dan vitamin ini tidak ada diberikan. Selain daripada itu juga, oleh kerana pertanian merupakan sebagai satu perniagaan, maka kita mestilah galakkan petani-petani tadi menceburi penternakan secara moden di mana kita boleh berikan bantuan subsidi dalam bentuk-bentuk jentera seperti traktor kecil, chopper, dan pam air. Apa yang kita perhatikan iaitu satu daripada aspek mesin iaitu menjana biogas kerana setiap ekor lembu sehari menghasilkan emas hitam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Tidak, sedikit.. sedikit sahaja. Okey saya tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat masa 32 minit sudah berlalu Yang Berhormat.

Tuan Mohsin Fadzli SamuriPKR · PRBagan Serai

Okey, okey. Ini soalannya ini. Emas hitam sebanyak 20 kilogram sehari. Kalau ada 50 ekor sudah pasti iaitu merupakan satu tan yang mampu mengeluarkan tenaga untuk api kegunaan sendiri. Jadi apakah ada bentuk macam ini dibagikan supaya bantuan kepada penternak-penternak ini? Sekian terima kasih.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bagan Serai. Mengenai insentif-insentif dan pertolongan-pertolongan yang diberi kepada penternak-penternak tadi saya telah senaraikan kepada Yang Berhormat. Tentu dari segi pihak kementerian kita inginkan beri lebih banyak tetapi ini tertakluklah kepada

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

keputusan dan juga penerimaan dan persetujuan daripada bajet dan sebagainya. Dari segi SSL daging lembu kerbau dan juga daging kambing biri-biri, semenjak 2008 sehingga 2011 terdapat peningkatan dari segi SSL dari 25% untuk daging lembu dan kerbau sehingga sekarang 2011 peningkatan sehingga 29%. Dari segi kambing dan biri-biri dari 2008 10% sehingga 11.28% pada tahun 2011. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk memberi vitamin dan sebagainya, pada masa ini dari segi kawalan penyakit kita telah memberi perkhidmatan secara percuma. Untuk vitamin dan sebagainya mungkin kita akan lihat sebagai cadangan untuk menolong penternak-penternak. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Menteri Kewangan menjawab ke atas perbahasan peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 April 2012”.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Saya sokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2012 Bacaan Kali Yang KeduaBill

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2011 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus kedua tahun 2011 ini dibentangkan menurut perkara 100 dan perkara 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan pada tahun dalam Bajet 2011 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 yang dibentangkan adalah berjumlah RM10,951.2 juta iaitu: (i) sebanyak RM660.9 juta adalah tambahan perbelanjaan tanggungan; dan (ii) sebanyak RM10,290.2 juta adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan. Tuan Yang di-Pertua, anggaran tambahan perbelanjaan bekalan yang dimohon untuk diluluskan di bawah fasal 2 Rang Undang-undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM10,290.2 juta yang boleh diringkaskan seperti berikut: Pertama, sebanyak RM6,082.3 juta adalah tambahan secara langsung untuk menampung lebihan perbelanjaan kementerian-kementerian yang mana sebahagian besarnya adalah untuk subsidi petroleum dan termasuk bonus dan bayaran bantuan khas kepada pesara; Kedua, sebanyak RM2,825.1 juta adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2011 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindaan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah maksud B.12 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 10 kandungan 1 Akta Prosedur Kewangan 1957 dan bukan satu perbelanjaan baru tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011 berjumlah RM44,917.4 juta. Bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman. Ketiga, sebanyak RM1,382.8 juta adalah bagi melengkapkan semula jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka untuk menampung Perbelanjaan Luar Jangka tahun 2011 seperti yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Pindaan 3 tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat di dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini adalah seperti berikut:- (i) Perkhidmatan Am Perbendaharaan sebanyak RM4,045 juta; (ii) Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak RM782.5 juta; (iii) Kementerian Kesihatan sebanyak RM621.9 juta;

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(iv) Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM545.6 juta; (v) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM353.8 juta; (vi) Kementerian Pelajaran sebanyak RM279.7 juta; (vii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebanyak RM275 juta; (viii) Perbendaharaan sebanyak RM204.5 juta; (ix) Kementerian Kerja Raya sebanyak RM152 juta; (x) Kementerian Pengangkutan sebanyak RM80.3 juta; (xi) Kementerian Pertahanan sebanyak RM54.3 juta; (xii) Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM48.8 juta; (xiii) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebanyak RM13.2 juta; (xiv) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak RM5 juta; (xv) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM2.2 juta; dan (xvi) Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM1.3 juta. Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 Tahun 2012 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentang sebagai Kertas Perintah 1A Tahun 2012. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 - Tuan Yang di-Pertua, sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 yang dipohon adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan dari simpanan luar jangka iaitu sebanyak RM1,999.4 juta. Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Tambahan diperlukan bagi membiayai projek- projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut:- (i) Sebanyak RM370.7 juta untuk Maksud P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; (ii) sebanyak RM368.7 juta untuk Maksud P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya; (iii) sebanyak RM289.5 juta untuk Maksud P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; (iv) sebanyak RM289.3 juta untuk Maksud P.10 di bawah Perbendaharaan; (v) sebanyak RM221.1 juta dipohon di bawah Maksud P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan; (vi) sebanyak RM209.4 juta untuk Maksud P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; (vii) sebanyak RM160 juta untuk Maksud P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; (viii) sebanyak RM44.4 juta untuk Maksud P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan;

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(ix) sebanyak RM24.8 juta dipohon di bawah Maksud P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; (x) sebanyak RM21.8 juta untuk Maksud P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda atau token sebanyak RM900 bagi 18 kementerian. Peruntukan tanda ini adalah bagi mewujudkan butiran baru untuk membolehkan pindaan peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2011 adalah seperti yang dinyatakan dalam penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2A Tahun 2012. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengemukakan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2011 selepas ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato' Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Pelancongan · Mambong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Usul — Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2011Motion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul yang dikemukakan atas nama Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” Diserahkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

Dato' Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Pelancongan · Mambong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011, dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dan masalah bahawa usul di

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang, kedua-dua masalah tersebut dibuka untuk dibahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa kita hanya memperuntukkan satu hari sahaja untuk perbahasan peringkat dasar Yang Berhormat ya dan menteri akan menjawab pada jam 5.00. Jadi saya ingat ini mengikut peraturan di bawah perbahasan kewangan tambahan ini, kita tertumpu pada apa yang dibangkit dalam kertas biru ini sahaja Yang Berhormat. Ada disebut di bawah sini B.4, B.6, B.7, B.10, B.11, B.12, B.22, B.23, B.25, B.27, B.28, B.41, B.42, B.46, B.48, B.60 dan B.62. Di sana sahaja kita bagi tahu untuk berbahas Yang Berhormat ya. Jadi dengan itu saya meminta persetujuan Yang Berhormat kita bagi sepuluh minit seoranglah berucap Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

20 minitlah Tuan Yang di-Pertua, 10 minit baru warming up.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Okey, kalau tumpukan kita punya itu...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ini dasar Tuan Yang di-Pertua, kita nak bahas dasar.

Jangan kacau Speakerlah, Speaker tahulah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. 20 minit, 20 minit Yang Berhormat. Okey, saya jemput Yang Berhormat Pokok Senalah.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan ataupun bajet tambahan ini. Saya nak pergi terus kepada poin berkaitan dengan soal pilihan raya walaupun semalam diluluskan Laporan PSC tetapi ada perkara-perkara yang menimbulkan keraguan. Soal minoriti repot yang dibawa yang sepatutnya diterima semalam itu tetapi nampaknya pihak kerajaan tidak bersedia untuk melihat kepada perkara pokok dan PSC sendiri pun tidak melihat kepada perkara pokok yang sebenarnya yang diperlukan daripada penubuhan PSC itu sendiri iaitu untuk nak reform pilihan raya dan nak pastikan pilihan raya bersih. Mana mungkin pilihan raya boleh menjadi bersih kalau daftar pemilihnya masih lagi dipersoalkan oleh banyak pihak. Oleh sebab itu ingin saya mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan tentang persoalan-persoalan yang sangat penting yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan khususnya yang berkaitan dengan penglibatan warga asing yang dibenarkan untuk menjadi pemilih selepas daripada mereka telah pun diberikan taraf kerakyatan yang sangat meragukan oleh banyak pihak di dalam negara kita ini. Ini bukan merupakan cakap- cakap kosong yang diperkatakan oleh ramai orang tetapi ini merupakan satu benda yang sangat serius kerana kita tidak mahu masa depan kita ini ditentukan oleh masyarakat asing. Bagi saya bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak ada masalah kita kalah dalam beberapa kali pilihan raya, tidak ada masalah kerana kita hendak bahawa kekalahan kita ialah biarlah masa depan negara kita ini ditentukan oleh rakyat di dalam negara kita bukan ditentukan oleh rakyat asing. Kita menerima kekalahan yang dibuat oleh keputusan rakyat sendiri bukannya dimanipulasikan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi oleh sebab itu saya sangat meragui apabila interim report yang telah pun dibuat oleh PSC sebelum ini yang mencadangkan kepada kerajaan supaya satu royal commission untuk hal yang berkaitan dengan soal kerakyatan di negeri Sabah umpamanya masih belum ditunaikan oleh pihak kerajaan. Walaupun dikatakan berkali-kali bahawa kerajaan bersedia untuk menubuhkan royal commission atau suruhanjaya diraja tetapi sehingga hari ini, walaupun interim report itu telah pun berlalu beberapa bulan yang lalu

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

tetapi sepatutnya bagi saya bahawa benda itu paling simple untuk kita mewujudkannya. Malah dalam perbahasan sewaktu interim report itu dibentangkan di sini, saya mencadangkan bahawa royal commission itu bukan hanya untuk Sabah tetapi untuk seluruh negara Malaysia sebab isu pemberian kerakyatan kepada warga asing ini bukan hanya berlaku di negeri Sabah tetapi juga di Semenanjung dan di seluruh negara Malaysia. Jadi sebab itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan tentang kewujudan satu task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang membawa kepada gerakan untuk memberikan taraf kerakyatan ini sehingga menjadikan ia seperti mana pasar borong kepada taraf kerakyatan di dalam negara kita ini. Satu task force yang diketuai oleh Datuk Othman Abd Razak yang saya difahamkan dia merupakan salah seorang Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri dan di dalam itu juga diduduki oleh Datuk Tajuddin Wahab iaitu Setiausaha Majlis Keselamatan Negara dan Datuk Wan Ahmad iaitu Timbalan Pengerusi SPR. Saya nak katakan bahawa ini dakwaan yang sampai kepada saya dan sebab itu saya katakan bahawa ini benda yang sangat serius untuk nak memastikan perkara ini perlu kepada satu royal commission untuk memanggil mereka-mereka ini untuk mendapat dan memberikan keterangan tentang penglibatan bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kerakyatan dalam negara kita. Sebab itu saya percaya bahawa jika kerajaan jujur, royal commission itu mesti ditubuhkan segera sebelum pilihan raya. Mesti ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk nak pastikan supaya pembersihan terhadap daftar pemilih, supaya tidak ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan mereka untuk membolehkan mereka membuang undi dan menentukan masa depan negara kita ini. Sebab itu saya minta bahawa satu royal commission mesti ditubuhkan dengan segera dan memanggil nama- nama mereka yang saya sebutkan tadi bersekali dengan nama beberapa orang pegawai di peringkat JPM yang berkaitan dan bertanggungjawab dalam urusan kewarganegaraan. Saya tidak menuduh, saya katakan bahawa ini memerlukan penyiasatan, memerlukan royal commission untuk memanggil pegawai-pegawai ini untuk memberikan keterangan iaitu di antara mereka ialah Dato’ Alwi iaitu Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Jariah iaitu Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Nik Nor Ashikin Nik Mansor iaitu Pegawai Warganegara di peringkat JPM, Encik Rashid Basiron iaitu Pegawai dalam Bahagian Warganegara di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara dan Encik Shahrul Anwar Ahmad Zahidi iaitu pegawai di peringkat JPN. Sebab itu saya katakan bahawa perlu kepada penyegeraan kepada pembentukan satu royal commission perlu diwujudkan bagi memastikan bahawa keselamatan masa depan negara kita ini terjamin. Keselamatan negara kita ini mestilah bermula daripada proses demokrasi dalam negara kita ini iaitu yang menentukan hala tuju masa depan negara kita ini ialah terdiri daripada rakyat di dalam negara kita bukan memberikan rakyat asing yang diberikan taraf kerakyatan. Saya menganggap bahawa ini mengulangi kepada, bukan saya nak mengungkit tetapi seolah-olah macam ada istilah ‘....... modern, maknanya satu benda yang baru. Maknanya kita sedang menjual negara kita ini kepada rakyat asing untuk semata-mata bagi kepentingan politik pihak Kerajaan Barisan Nasional. Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan,...

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh bagi laluan kepada saya?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maaf, saya ada 20 minit sahaja. Yang Berhormat boleh berucap nanti. Maaf, kalau diberikan sampai setengah jam atau 40 minit saya boleh bagi. Saya bukan kedekut masa. Berkaitan dengan pembinaan bangunan untuk menyelaras atau mewujudkan bangunan ataupun pejabat pentadbiran hal ehwal agama ataupun agensi-agensi yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di satu tempat di Putrajaya. Saya telah pun dimaklumkan mengenai apa yang telah pun dibuat, kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 18 Mei 2011 yang lalu bahawa beliau mengatakan sebuah kompleks pentadbiran Islam yang bernilai RM500 juta bakal didirikan bagi menempatkan 13 agensi kerajaan hal ehwal Islam di bawah satu bumbung bagi memastikan kelancaran program dan perkhidmatan yang diperkenalkan.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kata Yang Berhormat Menteri ini bahawa projek kompleks yang terdiri daripada empat blok tersebut telah pun diluluskan oleh Kabinet dengan pembinaannya adalah daripada peruntukan Tabung Haji.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, saya hendak dapat penjelasan, projek ini ialah projek untuk bangunan kerajaan. Jadi, sepatutnya kerajaan yang menanggung, kenapa menggunakan peruntukan daripada Tabung Haji. Ini isu yang saya katakan kenapa menggunakan daripada Tabung Haji, apakah status bangunan tersebut? Apakah nanti status bangunan tersebut menjadikan bangunan yang dimiliki oleh Tabung Haji ataupun bangunan yang dimiliki oleh pihak kerajaan yang menggunakan peruntukan Tabung Haji? Jadi, sebab itu saya minta bahawa satu penjelasan yang jelas daripada pihak kerajaan bahawa ini adalah perkara yang sangat penting sebab adakah pihak Tabung Haji bersetuju dan lembaga pengarah dan lembaga yang bertanggungjawab dalam soal pelaburan dalam Tabung Haji sudah bersetuju untuk meluluskan satu peruntukan sebanyak RM500 juta bagi mendirikan bangunan ini. Ini kerana bagi saya bahawa mana mungkin seorang Menteri buat satu kenyataan mengatakan bahawa kerajaan, Kabinet sudah pun bersetuju dengan diperuntukkan, menggunakan peruntukan daripada Tabung Haji. Sepatutnya mesti mendapat kelulusan daripada pihak Tabung Haji. Oleh sebab itu bagi saya bahawa apa alasan untuk Tabung Haji hendak bina bangunan di Putrajaya sedangkan Tabung Haji sudah pun membina bangunan yang cukup banyak di dalam negara kita? Apa keperluan sebab bangunan itu ialah untuk agensi-agensi pentadbiran Islam di bawah JPM, sepatutnya bagi saya bahawa itu adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk membina bangunan di Putrajaya. Oleh sebab itu saya mohon penjelasan. Saya menyebut ini kerana timbul pertikaian-pertikaian bagaimana masalah urus tadbir dalam Tabung Haji yang menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah bagaimana kalau kita lihat dalam pelaburan Tabung Haji dalam Silver Bird umpamanya, menimbulkan masalah yang sangat besar sehingga menyebabkan berlaku kecurangan dan kerugian kepada Tabung Haji sendiri. Sedangkan ini merupakan persoalan bagaimana sehingga menyebabkan Silver Bird menghadapi suasana PN17. Kenapa berlaku songlap wang seperti ini dan apa wakil Tabung Haji buat dalam Board Silver Bird? Saya hendak beri faham bahawa Tabung Haji ada 25% syer. Sepatutnya ia sudah sampai kepada peringkat boleh ada bukan sekadar board biasa tetapi board yang bersifat eksekutif, maknanya untuk membuat persetujuan kelulusan cheque dan sebagainya. Jadi, saya hendak tahu bahawa siapa di peringkat executive board yang ada di dalam Silver Bird ini? Ini merupakan perkara yang sangat penting dilihat oleh pihak kerajaan bahawa ia merupakan suatu masalah pengurusan pelaburan yang perlu diteliti oleh semua. Ketiganya, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan yang juga berkaitan dengan masalah Tabung Haji. Saya serius sebab Tabung Haji ini ialah majoritinya ialah bumiputera, orang Melayu, orang Islam. Macam itu juga dalam FELDA umpamanya. Ini kepentingan pelaburan pendeposit, penyimpan daripada orang-orang Islam di dalam Tabung Haji. Jadi, saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kerajaan kerana saya dapati bahawa ada suatu yang sangat meragukan apabila helaian kertas ini sampai kepada saya. Arahan pindah wang pada 7 Disember 2011. Ini letter head daripada Tabung Haji yang ditandatangani oleh Ruzaida binti Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan bagi pihak Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji. Surat ini dialamatkan kepada Pengurus Bank Islam Berhad, Lantai 2, Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, U/P: Encik Mohamad Noran atau Encik Zaaba. Surat ini dengan hormatnya untuk meminta diuruskan dengan segera pindahan telegraf daripada akaun semasa Tabung Haji seperti berikut, daripada Bank Islam Malaysia Jalan Tun Abdul Razak, nombor akaun 14032010028192. Amaun atau jumlahnya ialah RM308,700. Ini daripada akuan Tabung Haji hendak dipindahkan kepada penerimanya

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Datuk Ismi Ismail iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Nombor akaun penerima 5640167500116. Saya sangat mempersoalkan, ini bukan satu jumlah yang kecil, boleh dibuat satu arahan pindahan, memindahkan daripada akaun Tabung Haji kepada akaun peribadi Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Oleh sebab itu saya katakan perlu kepada satu penyiasatan perlu dibuat sebab ini satu benda yang sangat serius yang diperkatakan sekarang ini bahawa ini merupakan perkara-perkara yang sangat membimbangkan kita kalau urusan Tabung Haji tidak diurus tadbir secara yang betul, yang baik bagi mencapai satu keuntungan yang lebih baik kepada penyimpan, pendeposit di dalam Tabung Haji, apa akan jadi kepada masa depan Tabung Haji itu sendiri. Jadi, sebab itu saya minta bahawa hal ini perlu diberikan penjelasan kerana saya tidak tahu, tiba-tiba ada orang menghantar surat ini kepada saya. Oleh sebab itu saya bangun untuk mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan dan kalau pihak kerajaan Tabung Haji mengatakan bahawa surat ini palsu, terpulanglah pada pihak kerajaan tetapi saya hendak katakan bahawa satu siasatan harus dibuat dan penjelasan perlu dibuat. Kalau tidak betul, kata tidak betul tetapi kalau kata betul okey, duit itu duit apa RM300,000 itu boleh dipindahkan ke dalam akaun Ketua Pegawai Eksekutif daripada akaun induk Tabung Haji. Jadi, benda ini serius Tuan Yang di-Pertua, bahawa ini adalah kepentingan orang Islam, kepentingan duit orang Islam, keselamatan apabila pelaburan wakil-wakil dalam Board Silver Bird sendiri pun gagal menunaikan tanggungjawab mereka sehingga diletakkan Silver Bird dalam PN17 dan menyebabkan masalah berlaku begitu besar, kerugian yang terpaksa ditanggung. Jadi, kita pun mempersoalkan apa board dalam Tabung Haji ini buat? Saya tidak tahu siapa dia di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang duduk dalam board Tabung Haji, apa depa buat, depa tidurkah? Macam itu juga dengan - ada apa?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit, sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk dahulu. Ada satu benda yang perlu saya perjelaskan. Kelmarin saya mengarahkan tiga Ahli Yang Berhormat untuk keluar iaitu Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kuala Selangor kelmarin. Jadi, saya nampak mereka pada hari ini, jadi saya takut nanti kalau kena tegur, kalau saya tidak check, apakah ruling saya kelmarin itu berapa lama kerana saya tidak sebut kelmarin berapa lama, kalau tidak bermakna automatik empat hari tetapi tidak mengapa. Saya tengok Yang Berhormat Subang sudah cool down, Yang Berhormat Kuala Selangor pun sudah, ini Yang Berhormat Gombak tidak ada.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua pun sudah cool down, itu yang penting.

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun sudah tidur semalam, jadi tidak apa. So, jangan timbulkan lagi, mereka ini bolehlah masuk balik. Sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang baik hati hari ini, cool Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya sekadar mahu bertanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Apakah Yang Berhormat Pokok Sena sedar akan penjualan 83,000 hektar tanah estet di Riau, Indonesia yang dibuat secara amat tergesa-gesa oleh Tabung Haji kepada satu tokoh korporat yang dikatakan Robert Kuok dalam keadaan di mana tidak ada penjelasan dari Tabung Haji dan juga Jabatan Perdana Menteri akan aset yang menghasilkan RM3 juta sehari by way of revenues pendapatan. Ini suatu yang cukup mencurigakan dan menimbulkan banyak persoalan, Yang Berhormat Pokok Sena tolong perjelaskan berhubungan dengan perkara yang disebutkan sebentar tadi.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang hari ini cool.

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga minit lagi walaupun sudah cool tetapi tiga minit.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, cool tidak mengapa tetapi terus cool, jangan tension nanti bahaya Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tengok muka Tuan Yang di-Pertua semalam sudah ini.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan sama itu, usia kah apa kah?

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Memang saya menyedari bahawa ini persoalan yang sangat penting yang perlu diberi penjelasan oleh pihak Tabung Haji. Sehingga sekarang apabila dakwaan itu telah dibuat dan dilaporkan oleh kebanyakan media, Tabung Haji tidak memberikan apa-apa penjelasan khususnya kepada pendeposit. Ini hak pendeposit sebagai penyimpan di dalam Tabung Haji ini. Mereka harus tahu tentang apa kepentingan masa depan wang mereka. Sebab itu saya hendak tanya bahawa ini masalahnya yang duduk dalam board Tabung Haji ini saya tidak tahu apa mereka buat. Sepatutnya masyarakat harus tahu bagaimana orang-orang yang duduk dalam board Tabung Haji tidak menunaikan tanggungjawab. Elaun dapat banyak. Elaun mesyuarat, hujung tahun dapat bonus semua, boleh berjalan pergi luar negara semua, dapat tetapi tanggungjawab untuk menjaga kepentingan penyimpan dalam Tabung Haji. Jadi, saya tidak mahu nanti apa yang berlaku kepada SBPA umpamanya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan bawa dalam Kabinet, Kabinet bersetuju. Tiba-tiba Kabinet bersetuju pertahan kata baik dan sebagainya tetapi akhirnya menjadi bercelaru sekarang. Kabinet buat apa? Tidak akan Kabinet tidur? Kalau Kabinet macam ini berlambak. Rumah saya pun ada kabinet. [Ketawa] Kabinet dapur tikus ada, lipas ada, buat semak sahaja. Jadi kena ganti. Sebab itu bila Kabinet ini dimakan anai-anai kita kena tukar Kabinet ini. Tidak boleh. [Tepuk] Kena tukar. Kabinet dimakan anai-anai. Ada pula orang yang kata jangan tukar pemandu di pertengahan jalan. Kalau pemandu itu mabuk dengan gila, tidak akan kena biar lagi. [Tepuk]

Kereta yang cabuk!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, bukan kereta. Kalau pemandu itu mabuk dengan gila kena tukarlah dia. Kalau tidak terjun gaunglah kita.

[Dewan riuh]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau naik bas, kalau naik bas...

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pemandu itu mabuk, kita picit loceng turun.

Tuan Gwo Burne LohPKR · PRKelana Jaya

Sudah tukar pemandukah tengah jalan sekarang?

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa, kita tukar pemandu lepas ini.

Pemandu yang hendak tukar lagi mabuk!

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab itu saya minta penjelasan, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua yang baik hati, SBPA ini walaupun saya mendapat jawapan daripada perbahasan titah saya tempoh hari daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri kononnya bahawa soal tentang Tan Sri Ismail Adam itu. Dia hanya dilantik sebagai pengerusi kepada pasukan petugas tetapi yang saya hendak tahu ialah bukan kerana di atas sifat dia sebagai konsultan tetapi apa yang saya hendak tahu ialah tentang – sebab SBPA ini telah pun bermula daripada tahun 2007 saya difahamkan. Bermula daripada tahun 2007 apabila kerajaan melantik satu konsultan Hay Goup. Pada waktu itu Tan Sri Ismail Adam sebagai Ketua Pengarah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini isunya. Kita hendak tahu berapa jumlah yang dibayar pada waktu itu kepada konsultan ini untuk hendak tengok kepada masalah SBPA sehingga timbul kecelaruan sehingga sekarang. Kemudian juga tidak dijawab kepada saya, hanya dijawab sepintas lalu mengatakan bahawa semua mereka ini yang menerima imbuhan daripada pencen iaitu 36

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

orang golongan primer ini telah pun membayar balik. Saya hendak tahu lebih jelas, mesti dikemukakan kepada Dewan ini berapa jumlah ganjaran yang mereka terima. Berapa jumlah setiap 36 orang itu, bagi setiap orang itu, berapa jumlah ganjaran yang mereka terima ganjaran daripada pencen mereka. Ini membuktikan kenyataan saya bahawa kita telah mempermainkan Yang di-Pertuan Agong. Jawapan Menteri mengatakan bahawa selepas ini kerajaan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk hendak terima balik mereka ini. Hari itu menghadap Yang di-Pertuan Agong suruh setuju untuk persaraan mereka. Jadi, kita mempermainkan Yang di-Pertuan Agong. Bagi saya, ini adalah ini satu benda yang sangat memalukan negara kita. Pentadbiran negara kita yang fail bagi saya, fail. Sehinggakan kerajaan tidak menjawab kenyataan saya bahawa ada di kalangan mereka sama ada di peringkat primer, JUSA dan juga sampai kepada peringkat IPT-IPT telah menerima gaji di bawah SBPA selama dua bulan. Ini pentadbiran yang sangat mencelarukan...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...negara kita dan merugikan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita banyak mesyuarat, buat begitu begini dan sebagainya, habis duit tiba-tiba keadaan jadi begini. Jadi, saya harap kerajaan perlu jawab secara telus apa masalah. Kalau mereka ada kelemahan, mengakulah kelemahan mereka, berundurlah dengan segera, insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, banyak pihak terkejut sebenarnya dengan pendedahan Yang Berhormat Dato' Noriah binti Kasnon Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini mendedahkan hutang bil IWK yang tidak dibayar pengguna mencecah kepada RM750 juta termasuklah hutang-hutang organisasi seperti Yayasan Selangor yang berhutang lebih daripada RM851,000 setakat ini malah CEO IWK juga mengakui bahawa IWK semakin bertambah hutangnya kerana kegagalan mengutip bil-bil tertunggak. Hairannya beliau masih menjadi CEO sehingga kini dan dengar khabar akan disambung kontrak setahun lagi. Ini adalah satu angka yang menggerunkan bagi saya. Lebih menggerunkan lagi kita juga telah difahamkan dalam Dewan yang mulia ini baru sejak tahun 2000 sehingga kini kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM1.2 bilion bagi menampung defisit operasi IWK. Setiap tahun Kerajaan Pusat terpaksa membantu IWK dengan dana tambahan sebanyak hampir RM300 juta untuk meneruskan operasinya yang semakin tenat dan tidak menampakkan sebarang tanda akan mampu berdikari tanpa subsidi kerajaan. Kegagalan IWK untuk berdikari ini adalah bercanggah dengan dasar kerajaan di mana semua GLC sepatutnya mampu berdikari. Tidak cukup dengan masalah kewangan yang sentiasa memerlukan subsidi kerajaan, pengurusan IWK yang lemah juga nampaknya dirundung pelbagai masalah dalam operasi seharian mereka. Kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan loji-loji kumbahan tidak dapat dijalankan secara berkala dan masalah semasa yang melibatkan limpahan najis di taman-taman perumahan, sektor industri dan jabatan-jabatan kerajaan terus berlaku dengan berleluasa. Kita juga sedia maklum IWK telah dikenakan denda oleh Jabatan Alam Sekitar kerana membuang sisa enap cemar dengan cara yang bercanggah dengan Akta Alam Sekitar di beberapa lokasi di seluruh negara. Ini mencerminkan kelemahan dan kepincangan serta kegagalan IWK untuk merubah keadaan. Bukan setakat itu sahaja malah IWK ghairah melakonkan kempen-kempen melalui media massa menyeru para pengguna membayar bil-bil IWK yang telah tertunggak. Saya perhatikan langkah ini telah berterusan sejak setahun yang lepas dan pengiklanan melalui media massa memakan kos yang tinggi.

Namun tidak nampak di manakah hasilnya dalam usaha memulihkan hutang-hutang syarikat tersebut. Saya yakin ramai Ahli Yang Berhormat akan bersetuju dengan saya bahawa kerajaan tidak wajar terus membenarkan budaya subsidi menguasai minda pengurusan IWK. Dari satu sudut kerajaan yang kaya pun boleh muflis kalau IWK terus dibiarkan mengamalkan penerimaan subsidi. IWK juga akan merasa senang hati atau berada di dalam comfort zone dengan izin, untuk terus beroperasi dengan budaya subsidi ini. Malah mereka boleh berpeluk tubuh dan tidak ada sebarang sebab untuk mereka mencari langkah-langkah konkrit untuk mengatasi masalah yang sekian lama berlaku kerana mereka tahu subsidi dari kerajaan akan tentu dapat bila mereka perlukan subsidi. Lebih- lebih lagi sebuah syarikat yang mempunyai masalah kewangan tetapi masih mampu memberi bonus kepada pekerjanya. Dikhuatiri akan menimbulkan perasaan syak wasangka rakyat terhadap GLC yang satu ini. Saya terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia pada 19 Januari 2012 yang lalu, muka surat 18 di mana Ketua Pegawai Eksekutif IWK mengeluarkan kenyataan IWK mungkin akan terima pasaran modal bagi menampung pembiayaan kos operasinya. Kenyataan ini dikeluarkan oleh CEO IWK kepada pemberita selepas beliau menandatangani MoU dengan sebuah syarikat Indonesia, di mana katanya IWK akan bertindak kepada mentor mereka iaitu syarikat Indonesia itu untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman serta membantu secara berkesan untuk mencapai peningkatan operasi air bersih di Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan IWK telah tersasar dari objektif penubuhannya. “Janganlah menyusukan kera di hutan sedangkan anak di rumah mati kelaparan.” IWK perlu berani menangani pelbagai isu operasi di Malaysia tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

Sebagai sebuah syarikat yang berintegriti dan mempunyai pengiktirafan antarabangsa sahaja yang layak melebarkan sayap mereka ke negara lain dan berkongsi kepakaran mereka. Dalam hal ini, saya tidak nampak kredibiliti IWK serta relevan langkah yang dibuat bersama syarikat dari Indonesia tersebut. Jadi bagi saya belum sampai masanya untuk IWK menjadi hero di negara orang kalau di kampung sendiri pun mereka tidak menang tangan. IWK telah menjadi GLC sejak tahun 2000. Kini ia sudah berumur 12 tahun. Sejak tahun 2000, IWK telah didukung oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk bantuan dan subsidi. Dengan dasar kerajaan yang berhasrat supaya GLC mampu berdikari melalui ‘divest’ dengan izin – pemilikan saham di dalam GLC, saya merasakan kini sudah sampai masanya untuk pengurusan IWK disusun semula. Kerajaan wajar menyusun semula pengurusan dan operasi IWK dengan satu kaedah yang konkrit dan jitu. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa pada penghujung tahun 2011 kerajaan telah memerlukan satu usaha yang diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini yang melibatkan penstrukturan semula industri pembetungan negara melalui penubuhan National Sewerage Company (NASSCO) bertujuan untuk memastikan perkhidmatan pembetungan di negara kita akan berdaya maju. Saya dimaklumkan bahawa NASSCO merupakan gabungan di antara IWK dan sebuah jabatan kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini. Saya difahamkan penubuhan NASSCO ini akan menyaksikan JPP dibubarkan. Belum pun NASSCO maju ke hadapan, kita telah dikejutkan dengan berita seramai 200 orang kakitangan JPP membantah cadangan penubuhan NASSCO itu kerana dikhuatiri akan masa depan mereka. Pada pertengahan tahun lalu, kita telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II bahawa kerajaan sedang menimbangkan satu cadangan yang telah diterima dari sebuah GLC iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bergerak amat aktif dalam pelbagai bidang yang amat strategik serta pembangunan hartanah di Sungai Besi untuk menyusun semula IWK.

Kita dimaklumkan bahawa 1MDB dan dengan izin strategic partner mereka iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd. sebuah konglomerat ulung dalam industri air negara telah mengemukakan cadangan untuk menyusun semula IWK. Baru-baru ini kita telah sedia maklum bahawa 1MDB telah mengambil alih loji tenaga elektrik milik Tan Sri Ananda Krishnan iaitu loji di Teluk Gong. Ini memberikan gambaran kepada kita bahawa 1MDB mempunyai kekuatan berdikari tersendiri dalam mengendalikan pelbagai perniagaan yang amat strategik dan penting kepada rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, lebih lama kita menunggu penyusunan semula IWK ini, alamat bertambah bertimbunlah hutang-hutang bil yang akan tertunggak dan ini amat tidak baik untuk ekonomi negara kita. Sehubungan itu, saya ingin meminta Kementerian Kewangan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menjelaskan apakah strategi yang dilaksanakan dalam menyusun semula IWK. Seterusnya adakah penubuhan NASSCO akan terus dilaksanakan? Jika ia akan diteruskan, apakah jaminan yang akan diberikan kepada semua kakitangan JPP untuk terus menikmati skim perkhidmatan yang sedia ada adalah terjamin. Berikutnya, adakah IWK akan disusun semula mengikut cadangan yang telah dikemukakan oleh 1MDB dan Puncak Niaga ini dan apakah implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh kerajaan dalam kedua-dua kaedah penyusunan semula IWK ini serta adakah penubuhan NASSCO boleh menambah baik kutipan atau boleh menyelesaikan kutipan bil-bil IWK melalui bil air seperti yang dibenarkan oleh WSIA? Jadi, saya mohon penjelasan nanti daripada pihak kementerian dan daripada kerajaan dan boleh juga jelaskan apakah perbezaan di antara NASSCO dengan PAAB. Jadi dengan itu saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang. Selepas Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jasin. Selepas Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Pasir Mas.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan untuk saya mengambil bahagian pada perbahasan belanjawan tambahan. Saya mulakan Tuan Yang di-Pertua dengan perkara yang berkaitan dengan isu sustainability atau penerusan atau kesinambungan institusi Petronas. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan harus mengurangkan pergantungan dari sudut sumber revenue negara daripada sumber oil and gas. Semalam Tuan Yang di- Pertua, dalam Business Times, CEO Petronas menyebut bahawa Petronas akan mengurangkan bayaran dividen kepada kerajaan kerana Petronas terpaksa menumpukan kepada pelaburan untuk mencari telaga minyak yang baru. Petronas adalah sebuah syarikat minyak di peringkat dunia yang kadar pelaburan semula untuk meneroka punca baru paling rendah. Pada tahun 2008, cuma 35% daripada perbelanjaan Petronas diperuntukkan untuk reinvestment ini. Pada tahun 2009, ia cuma 21% sahaja. Manakala kalau ini hendak dibandingkan dengan syarikat-syarikat minyak antarabangsa yang lain, Tuan Yang di-Pertua seperti Shell, BP, ExxonMobil, National Iranian Oil Company, Sinopec dan banyak lagi, angka pelaburan semula syarikat-syarikat gergasi dunia ini ialah di antara 52% hingga RM77% walhal kita cuma 21% sedangkan penyumbang utama kepada pendapatan negara ialah Petronas. Petronas ibarat angsa yang bertelur emas. Kalau ia melalui proses pelaburan semula meneroka hasil baru ini yang rendah, ertinya dia berada dalam keadaan under investment. Jadi keupayaannya untuk menemui blok-blok minyak baru akan terjejas dan ini berkait dengan soal penerusan operasi minyak. Angka yang paling munasabah kata Petronas ialah mereka mesti berbelanja sekitar 40% untuk tujuan pelaburan semula. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh Petronas lahir, sumbangan, bayaran langsung Petronas kepada akaun negara – Perbendaharaan ialah hampir RM431 bilion. Ini

tidak termasuk yang disebut subsidi atau istilahnya forgone profit dan segala macam yang direct paid atau bayaran langsung terus kepada kerajaan jumlahnya RM431 bilion sejak Petronas wujud. Daripada RM431 bilion ini Tuan Yang di-Pertua, untuk tempoh 2006 hingga 2009 itu tiga tahun sahaja, jumlahnya ialah RM236 bilion telah disumbangkan oleh Petronas kepada kerajaan. Waktu itu Yang Berhormat Kepala Batas jadi Perdana Menteri. Dalam tempoh Yang Berhormat Kepala Batas jadi Perdana Menteri, 55% daripada sumbangan Petronas dilakukan ketika Yang Berhormat Kepala Batas menjadi Perdana Menteri. Maknanya jumlah yang begitu besar tetapi dia tidak memberi langsung kesan kepada mengurangkan kebergantungan kepada hutang negara. Sumbangan Petronas yang begitu tinggi dalam tempoh ini memang sesuatu yang menarik untuk kita persoalkan. Cuma, apabila perkara ini saya bangkitkan ialah semalam, CEO Petronas dia sebut, sejak tiga tahun yang kebelakangan ini, pengeluaran minyak Petronas ini sudah pun merosot untuk tiga tahun berturut-turut. Setakat 31 Mac 2011 itu, sudah menjadi 1.61 juta tong berbanding pada tempoh yang sama tahun 2010 jumlahnya ialah 1.63 juta tong. Maknanya untuk tiga tahun berturut-turut, dia kata hasil sudah pun menjunam jatuh dan ini menyebabkan usaha untuk meningkatkan pencarian itu dilipatgandakan.

Sebab itu ia mencadangkan supaya sumbangan atau pemberian Petronas kepada kerajaan tidak boleh lagi ditetapkan pada RM30 bilion. Dia hendak cadangkan dia hendak potong RM2 bilion dia hendak bagi RM28 bilion sahaja. Itu cadangan Petronas. Saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan terhadap persoalan ini ketika Petronas harus membelanjakan pelaburan semula meneroka pencarian telaga minyak baru itu rendah, pada masa yang sama Petronas ditetapkan wajib menyumbang kepada kerajaan pada kadar RM30 bilion. Sekarang CEO Petronas mengemukakan pula masalahnya ialah hasil yang semakin berkurangan untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini ditambah pula dengan sumbangan yang ditetapkan pada kadar RM30 bilion dan dia hendak bagi sumbangan hingga RM28 bilion sahaja. Tuan Yang di-Pertua, hal Petronas ini berkait dengan polisi pelaburan. Sebelum itu Petronas di bawah Tan Sri Hassan mengutamakan pelaburan di luar negara. Di Sudan misalnya, pelaburan Petronas adalah satu per tiga daripada pelaburan luar negara. Kita ingin tahu apakah perkembangan terbaru terhadap perolehan dan keuntungan Petronas hasil daripada bertukar strategi pelaburan daripada luar negara kepada dalam negara? Di Iran Tuan Yang di-Pertua, kawasan yang disebut South Pass kerjasama Petronas dengan National Iran Oil Company juga kita ingin mendapatkan perkembangan terbaru terutama kerana kita telah pun menghentikan pembelian crude oil daripada Iran yang berjumlah antara 50,000 barrel hingga 60,000 barrel sehari ekoran daripada sanction yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Apakah Petronas boleh meneruskan mengusahakan hasil telaga minyak di Iran dengan kerjasama NIOC ini? Apakah sanction itu setakat kita patuh di peringkat membatalkan atau menghentikan pembelian minyak daripada Iran? Isu penerusan Petronas ini penting kerana minyak adalah hasil yang berkurangan. Seharusnya ia menjadi satu peninggalan kepada generasi akan datang jika sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijaksana. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor tadi ialah menyentuh tentang cadangan penjualan 83,879 hektar ladang Tabung Haji di Riau. Semalam Business Times memetik sumber daripada CEO Tabung Haji bahawa ladang yang mula beroperasi atau dimiliki oleh Tabung Haji semenjak tahun 1997 itu pada prinsipnya telah pun dipersetujui untuk dijual kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Indonesia dan yang hendak dijual itu ialah 95% daripada ladang seluas 83,879 hektar. Cuma yang menimbulkan perkara untuk kita bangkitkan ialah duit daripada penjualan itu kata CEO Tabung Haji ini dia akan gunakan untuk melabur dalam aset perladangan yang lain. Dia jual aset ladang ini, dia hendak melabur kepada aset perladangan yang lain. Sebab katanya aset perladangan itu memberikan pulangan yang lumayan dan aset perladangan yang dimiliki Tabung Haji mempunyai prospek keuntungan jangka panjang. Ia agak ada pertentangan.

Kalau betul ia berasaskan kepada pendapatan lumayan bersumberkan perladangan dan memberikan pulangan jangka panjang yang baik, kenapakah ladang yang dikatakan memberikan pulangan RM3 juta sehari ini mahu dijual kepada syarikat yang dikatakan berpangkalan di Indonesia? Yang disebut status sekarang dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah conditionally accepted, subject to transaction details. Bolehkah kepada Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat menteri yang bertanggungjawab memaklumkan apakah perincian terhadap cadangan urus niaga ini kerana kita mempunyai locus standi untuk membangkitkannya sebagai satu daripada pendeposit atau penyimpan dalam akaun tabung haji. Apakah aspek due diligence telah dilakukan? Siapakah pihak yang melakukannya dan apakah pertimbangan yang dibuat untuk melupuskan sehingga 95% penjualan ladang ini? Hal ini memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, isu air Kelantan beberapa kali dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya sempat melakukan sedikit penelitian. Apabila kerajaan bertukar tangan pada tahun 1990, pada waktu itu Projek Air Kelantan Utara telah pun menerima kelulusan sebanyak RM60 juta. Akan tetapi apabila kerajaan negeri bertukar tangan, bantuan itu disekat dan tidak sampai. Masalah pengurusan air ini dinyatakan dalam Jadual 9, Tanggungjawab negeri dan tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan negeri ialah menguruskan sumber air, pembiayaan sumber air, berbelanja untuk melengkapkan prasarana bekalan air itu jatuh di bawah tanggung jawab Kerajaan Pusat. Berbeza dengan negeri-negeri lain, Kerajaan Pusat memberikan geran kepada kerajaan negeri. Manakala Kerajaan Kelantan terpaksa berhutang atau meminjam. Statusnya ialah membayar balik pinjaman untuk melengkapkan kemudahan bekalan air di Kelantan. Isunya ialah menggantikan paip-paip air yang lama dan membina loji-loji rawatan air serta berusaha mengurangkan non revenue waters dengan izin. Tiga aspek ini adalah menjadi tumpuan kepada Syarikat Air Kelantan dengan segala macam keterbatasan dengan terpaksa berhutang dan meminjam daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itulah tanggungjawab ini jika dilaksanakan dengan sempurna mengikut bidang kuasa Kerajaan Pusat dan negeri, masalah bekalan air Kelantan akan dapat diatasi. Saya ingin menekankan bahawa nilai pinjaman setakat ini Tuan Yang di-Pertua sudah mencecah hampir RM800 juta. Apakah Kerajaan Pusat bersedia untuk menukar status pinjaman ini kepada geran seperti mana negeri-negeri yang lain mendapat status geran dan bukannya status pinjaman? Kalau itu dapat dilakukan, ia dapat meringankan beban dengan lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, kita berbahas tentang...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Machang mohon laluan. Yang Berhormat Arau minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, sejak lima tahun yang lalu apabila pindaan Perlembagaan Negara telah dibuat iaitu berkaitan dengan kuasa-kuasa air di peringkat negeri dan saya tidak nafikan sebahagian daripada pandangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang itu ada betulnya. Akan tetapi kalau kita mengikut pindaan Perlembagaan Negara yang dibuat lima tahun yang lalu yang menyebabkan tertubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, maka Kerajaan Negeri Kelantan perlu membuat penghijrahan kepada Kerajaan Pusat dan pada tempoh-tempoh yang tertentu berdasarkan terms and condition dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang dipatuhi bersama secara konsensus. Jadi negeri-negeri yang telah pada asasnya kalau menerusi Kementerian Air, tidak menerusi KKLW, semua pinjaman yang diberi pada asasnya ia akan diberikan kepada soft loan ataupun dalam bentuk pinjaman mudah. Kemudian negeri-negeri akan membuat rayuan, barulah ditukar kepada geran seperti mana Yang Berhormat Machang bangkitkan tadi seperti mana yang berlaku kepada Kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng iaitu Ketua Menteri telah membuat penghijrahan. Boleh dikatakan di antara yang pertama kepada Federal iaitu disebut ada setengah perkataan yang tidak berapa elok, rejim baru. Jadi di sini saya ingin penjelasan Yang Berhormat Machang. Saya faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang itu adalah benar apabila over treatment yang berlaku pada tiap-tiap air Kelantan yang menyebabkan content of water itu

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

sebenarnya terlalu teruk kalau kita bandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Jadi mungkin sekarang dalam peringkat perbincangan untuk proses ini tetapi saya rasakan ia tidak ada masalah kalau Kerajaan Kelantan bersedia untuk membuat penghijrahan dengan kadar yang segera. Saya ingat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang seperti non revenue water dan lain-lain ini insya-Allah dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Jadi saya mohon berkongsi dengan Yang Berhormat Machang berhubung dengan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya dari Arau. Saya sememangnya difahamkan bahawa perundingan di antara kerajaan negeri yang telah pun mencapai beberapa keputusan di peringkat Exco dengan pihak Kerajaan Pusat sedang berlangsung dalam soal yang menyentuh tentang penghijrahan ataupun menghijrahkan penguasaan atau pengurusan aset air. Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik kerana ia memberikan kesan ketara. Dalam modul Pulau Pinang misalnya, ini menurunkan hutang negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat. Sekarang cuma tinggal RM30 juta sahaja berbanding Kelantan sekarang RM1.1 bilion, Kedah RM2.4 bilion dan kebanyakan hutang ini disumbangkan daripada hutang dalam bentuk pinjaman menguruskan hasil air. Terima kasih kepada sahabat saya dari Arau. Tuan Yang di-Pertua..

Yang Berhormat Machang, sedikit sahaja, sebab saya tertarik dengan apabila Yang Berhormat Arau, rakan saya membangkitkan isu Perlembagaan. Seperti Yang Berhormat Arau jelaskan tadi tetapi saya mohon penjelasan lanjut ialah bayangkan kalau tujuan pindaan yang memberi kuasa asal negeri-negeri yang pada mulanya mempunyai kuasa mengurus tanah, air dan sebagainya itu, hasil bumi, di mana implikasinya sekarang menjadi satu perkara yang bagi saya membebankan negeri, saya rasa itu memberi satu ruang kepada kerajaan hari ini untuk mengkaji semula, kerana pada pandangan saya kalau federalisme yang dimaksudkan itu ialah seolah-olah membebankan negeri, bagi saya dengan izin, kalau manusia ada maruahnya, human dignity, saya rasa negeri-negeri juga punya maruahnya, state dignity. Bagi saya federalisme itu bukannya bermaksud yang pusat menekan ataupun dengan izin superior than the state. Bagi saya isunya isu maruah, sama. Pada pandangan saya Yang Berhormat Machang, di kala Kerajaan Kelantan hari ini pun tahu bahawa isu air ini ialah isu penting dan mereka cuba berusaha bertungkus- lumus dan kebetulan saya terlibat di satu firma guaman yang dulu terlibat secara langsung menyediakan khidmat nasihat guaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Yang saya mohon pandangan Yang Berhormat Machang seterusnya, saya tahu di bawah Pengerusi SPAN yang baru ini, dia tahu bahawa dengan izin, water is a new crisis, betul kalau sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Jadi atas dasar itu saya rasa kerajaan hari ini perlu mengeluarkan satu dasar yang baru yang lebih menguntungkan rakyat di negeri- negeri kerana hasil air, tanah dan sebagainya itu ialah hasil negeri dan bukan sebaliknya. Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pandangan rakan saya dari Balik Pulau. Saya sempat menyemak Jadual 9 para 6(c) dan para 11(b) yang memberikan penjelasan yang terang tentang kuasa negeri dan kuasa pusat dalam bab menguruskan air ini. Negeri menguruskan sumber air, pusat menyuburkan punca air, membiayai prasarana dan pembangunan air yang lain. Jadi sama ada institusi SPAN diwujudkan dalam konteks melaksanakan semangat Perlembagaan ini atau tidak, ianya haruslah memberikan situasi win-win. Negeri tidak dibebankan dengan perbelanjaan membiayai, mengadakan prasarana air, rakyat mendapat yang terbaik pada ketika Kerajaan Pusat dilihat melaksanakan tanggungjawabnya. Tuan Yang di-Pertua, semalam kita berbahas – semalam kita tidak sempat berbahas berkenaan dengan ...

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Yang Berhormat Machang, sebelum balik ke bab lain, saya hendak tanya bab air. Pagi tadi soalan saya nombor lapan dan

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

soalan ini telah dijawab oleh Menteri bahawa status bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri ialah statusnya pinjaman mudah. Akan tetapi apa yang saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Machang, pada 4 Februari 2012, satu kenyataan yang telah dipetik daripada akhbar Mingguan Malaysia iaitu telah dilafazkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan iaitu salah seorang Menteri Kabinet telah menyatakan bahawa RM600 juta diberi secara percuma kepada Menteri Besar Kelantan. Apa pandangan dan saya mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Machang. Terima kasih.

Terima kasih rakan saya dari Tanah Merah. Faktanya jelas, RM600 juta itu bukanlah sumbangan percuma, itu bertaraf pinjaman yang kerajaan negeri kena bayar mengikut jadual pembayarannya. Walaupun datang daripada Jemaah Menteri sekalipun tetapi fakta itu tidak boleh diubah. Tuan Yang di-Pertua, semalam ketika kita berdebat dan berhujah berkenaan dengan laporan PSC tentang reformasi pilihan raya, saya ingin ketengahkan satu perkara dalam laporan yang menyebut terhadap reaksi SPR mengenai kedapatan beberapa jumlah undi ragu dalam kategori pertama 42,000 nama dalam daftar pemilih wujud tetapi dalam daftar Jabatan Pendaftaran Negara tidak ada. Reaksi SPR kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen ini di muka surat 11 ialah bahawa, “SPR tidak ada kuasa untuk mengeluarkan nama-nama ini walaupun SPR sendiri mengangkat ini sebagai undi ragu”. Senarai 42,000 ini sumbernya SPR, SPR kata ini undi ragu, tidak ada dalam JPN, ada dalam daftar SPR. Bila ditanya oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk minta dikeluarkan, SPR kata dia tidak ada kuasa. Saya ingin mendapat penjelasan Menteri, saya merujuk kepada Peraturan- peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) dalam Perkara 2(g), yang menyebut dengan jelas bahawa “Tertakluk kepada sub peraturan 5, ketua pendaftar boleh pada bila-bila masa membuat apa-apa perubahan atau pertukaran kepada daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud...” Ia ada (a), (b), (c), saya baca (g), “Memotong nama mana-mana orang yang pada pendapat ketua pendaftar tidak berhak kerana apa-apa sebab”. Sebab di sini ialah mereka tidak ada nama dalam JPN, mereka ada nama dalam SPR. SPR ada kuasa untuk membersihkannya. Penjelasan SPR kepada Jawatankuasa Parlimen ini ialah mereka tidak ada kuasa. Disebutkan di sini Perkara 3, “Jika sesuatu kesilapan telah menyebabkan mana- mana orang didaftarkan sebagai seorang pemilih bagi suatu kawasan pendaftaran yang bukan kawasan pendaftaran yang berkenaan dengannya orang itu sepatutnya telah didaftarkan, Ketua Pendaftar boleh memasukkan nama orang itu ke dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan”. Kes ini merujuk dengan jelas kes Bandar Tun Razak. Alamatnya berdaftar di Petaling Jaya dalam kawasan Selangor, dipindahkan ke kawasan Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan yang tanpa pengetahuannya. Perkara 3 Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) menyebut jika sesuatu kesilapan telah menyebabkan mana-mana orang yang didaftarkan bukan di kawasan yang dipilihnya, SPR boleh melakukan pindaan. Akan tetapi terhadap perkara ini bila ditanya kepada SPR oleh Jawatankuasa Parlimen, SPR kata dia tidak ada kuasa itu. Perkara ini perlu penjelasan kerana ianya termaktub dengan jelas dalam Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) di dalam Bab V iaitu bab pelbagai. Kuasa ada, isunya ialah daftar pemilih yang bersih. Selain daripada yang saya sebutkan itu, saya percaya bahawa semangat untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan bersih ini harus bermula dengan daftar pemilih induk yang bersih.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Machang, seminit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Machang, dalam keadaan di mana adanya senarai nama-nama dan nombor IC yang terdapat di dalam SPR tetapi tidak dapat dalam JPN sedangkan JPN itu adalah sumber segala IC, tidakkah ini bermakna bahawa IC itu adalah IC-IC palsu, dan orang-orang ini sepatutnya ditangkap oleh pihak polis kerana hendak ditanya dari mana mereka boleh dapat IC palsu itu. Bukannya diberikan satu respons ataupun reaksi yang acuh tak acuh dan terus mempertahankan hak untuk mengundi dengan mengekalkan mereka dalam senarai SPR. Tidakkah ini merupakan

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

satu reaksi dan respons yang teramat pelik sedangkan ianya mengancam keselamatan negara. Ada IC palsu sebanyak 42,000 tetapi orang semua tidak ambil tahu. Apa pandangan Yang Berhormat Machang berhubung dengan itu?

Tuan Yang di-Pertua

Respons kepada itu Yang Berhormat, lepas itu gulung.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun bila dia hendak daftar dengan SPR, dia akan kena isi tiga salinan surat dan dokumen wajib ialah kad pengenalan atau MyKad, itu rukun dalam hendak mendaftar. Tanpa MyKad, mustahil namanya boleh didaftarkan. Kalau mustahil didaftarkan, mustahil nama ada dalam daftar pemilih. Keadaan di hadapan kita ialah bila SPR sendiri mengakui 42,000 ini adalah kategori pengundi ragu dan perkara ini disedari oleh Jawatankuasa PSC on Electoral Reform dan syor jawatankuasa itu pun juga terang, bolehkah SPR mengeluarkan nama. SPR memberikan reaksi yang non ‘committal’ dan ini menyebabkan keadaan yang kita sebut sebagai daftar pemilih ragu ini berterusan, masih tidak boleh keluar. Walaupun laporan itu menyebut bahawa tidak terdapat nama pemilih yang telah meninggal dunia dalam daftar pemilih, tetapi dikesan dalam jawatankuasa ini seorang perempuan yang lahir tahun 1853 Tuan Yang di-Pertua, mengundi di Parlimen Setiawangsa.

Namanya Wong Kuan May. Ini 1853 umur dia berapa sekarang? 159. Dalam laporan ini bahawa hasil verifikasi MIMOS terhadap daftar pemilih SPR sehingga 15 Februari, perkara kedua, tidak terdapat nama pemilih yang telah meninggal dunia dalam daftar pemilih kecualilah Wong Kuan May umur 159 tahun ini masih ada lagi. Mungkin ini kes terpencil tetapi rohnya yang kita hendak tegur, yang kita hendak bagi pandangan ialah soal komitmen untuk membersihkan daftar pemilih. Selain daripada yang ditukar, selain daripada 42,000, selain daripada satu alamat bukan kem askar tetapi lebih daripada 100 nama. Hal-hal ini memerlukan syor jawatankuasa ini diteliti dan SPR mesti menunjukkan komitmen untuk membetulkannya ketika kita meminta supaya proses undi pos ditukar kepada undi awal kepada anggota tentera dan polis terutama yang tidak bertugas di lokasi strategik negara pada hari pengundian. SPR pula selesa mencadangkan 240,000 nama petugas sukarelawan mereka mahu dianggap sebagai pengundi pos. Apa yang menghalang sukarelawan SPR mengundi dua hari lebih awal. Kalau indelible ink digunakan, gunakan sekali. Dua hari kemudiannya bertugaslah pada hari pengundian. Akan tetapi SPR masih bertegas hendak masuk 240,000 ini sebagai pengundi pos. Yang paling menjolok mata angka ini mengatasi jumlah keseluruhan pengundi pos askar dan polis dalam negara kita. Sebab utama kenapa kita hendak lakukan reformasi pilihan raya adalah hendak menukar undi pos kepada undi awam, tetapi ternyata SPR tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan itu. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih di atas ruang yang Tuan Yang di-Pertua berikan kepada saya untuk mengambil Bahagian. Saya percaya bahawa perdebatan seperti ini memerlukan jawapan yang juga bertanggungjawab daripada pihak Menteri untuk membantu kita mendapat jawapan dan penjelasan yang terbaik. Terima kasih, assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tinggal dalam lapan minit lagi sebelum makan tengah hari kerana Yang Berhormat Machang telah mengambil masa yang begitu lama, patut 20 minit, dia sudah bantai 30 minit. Saya terus Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat daripada bajet asal...

Tuan Yang di-Pertua

Dia menyindir kepada Speaker. Tidak apa, sindiran baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bajet asal tahun 2011 kita ada RM214 bilion. Daripada tersebut perbelanjaan mengurus sebanyak RM163 bilion 76%, sementara bajet pembangunan ialah RM51.1 bilion yang menyerupai sebanyak 24% dan anggaran defisit kita sebanyak 5.4% daripada GDP. Kalau kita lihat daripada bajet tambahan yang pertama sebanyak RM13.1 bilion, tambahan kedua sebanyak RM10.9 bilion. Ini berjumlah sebanyak RM24 bilion bajet tambahan kita untuk tahun 2011. Jadi daripada RM24 bilion kita mempunyai sebanyak RM3 bilion daripada lebihan semasa bajet asal. Jadi maknanya kita tinggal RM21 bilion. Kita tolakan dengan lebihan daripada hasil daripada Lembaga Hasil sebanyak RM13 bilion. Jadi makna kita ada RM8 bilion lagi kita berkurangan. Jadi saya hendak tanya pihak kerajaan daripada punca hasil manakah kita dapati untuk menampung tentang perbezaan sebanyak RM8 bilion. Seterusnya saya pergi kepada hanya lima kementerian sahaja. Saya tidak hendak panjang-panjang, yang ringkas sahaja. Yang pertama tentang Kementerian Kewangan sebanyak RM4.2 bilion. Kementerian Kewangan untuk menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum 2011 berikutan kenaikan harga purata, harga minyak mentah global. Ini adalah satu tindakan yang paling bijak sekali dari segi untuk meringankan beban sara hidup dan kos sara hidup rakyat, terutamanya kepada golongan 40% yang di bawah, dengan izin bottom 40%. Bantahan rakyat kita dapat saksikan di negara sahabat kita di mana rakyat turut membantah apabila kenaikan harga minyak. Saya ingin tahu daripada pihak pembangkang sama ada dia sokong tidak tindakan kerajaan untuk mengekalkan harga minyak pada ketika ini. Kerana apa yang kita lihat menerima hakikatnya pasal komoditi kita seperti minyak, tepung, gula...

Tuan Khalid Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dia tanya boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua?

Terima kasih, saya tidak benarkan.

Tuan Khalid Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tanya, saya jawab.

...Seperti gula, minyak, tepung dan susu...

Tuan Khalid Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tanya, dia kata tanya pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua

Pertanyaannya tidak memerlukan jawapan.

....Dan minyak masak yang meningkat dalam jangka masa yang sederhana ini dan ianya adalah di luar kemampuan kerajaan untuk mengawalnya. Jadi kerajaan untuk menyerap kenaikan harga barang ini dan menambahkan dana untuk subsidi bagi meringankan bebas kos sara hidup rakyat. Dalam pada itu kaedah ini tidak mampan untuk satu janka masa panjang. Oleh itu saya hendak tanya apakah sebenarnya usaha kerajaan untuk mengekalkan tahap fiskal kita yang berhemah, pada masa yang sama ianya tidak membebankan rakyat miskin. Seterusnya apakah sebenarnya senario ekonomi negara kita khususnya daripada segi pertumbuhan GDP, daripada segi kadar inflasi dan juga pendapatan rakyat. Jika harga minyak mentah dunia sekarang akan terus kekal pada tahap USD125 satu tong. Setakat manakah sebenarnya tanggungan kerajaan untuk mengekalkan dengan penambahan sebanyak 10 sen seliter, RON 95 pada ketika ini. Seterusnya saya pergi kepada sebahagian daripada RM204 juta adalah untuk menampung kos pelaksanaan BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah dapat memberikan manfaat kepada rakyat kita yang berpendapatan RM3,000 sebulan tanpa mengira kaum dan pendirian politik. Begitu adilnya kerajaan Barisan Nasional dalam menjaga kebajikan semua rakyat sekalipun kita dicemuh, kita difitnah oleh pihak pembangkang tetapi dia yang pertama datang ambil duit. Selepas itu saya pergi ke JPA, daripada hampir sebanyak RM0.8 bilion iaitu sebanyak RM612.5 juta adalah bagi menampung pembayaran bantuan khas kepada pesara kita sebanyak RM1,000 seorang. Saya yakin pihak pembangkang tidak suka dengan keputusan ini kerana kita akan mendapat sokongan daripada rakyat. Namun demi untuk menjaga kebajikan mereka ini sebanyak RM111 juta telah dibelanjakan untuk membiayai kos perubatan para pesara. RM11 juta juga telah dibelanjakan untuk mengurus

jenazah. Demi keselamatan dan kebajikan penuntut kita di Mesir juga, kerajaan telah berbelanja sebanyak RM5 juta untuk membawa mereka pulang. Dalam pada itu saya ingin tahu pecahan mengikut kaum penerima biasiswa bagi program dengan izin Academy Medical Center iaitu projek 5% pelajar cemerlang STPM dan program Universiti Terbuka. Saya pergi terus kepada Kementerian Kesihatan yang diberi sebanyak RM536.5 juta daripada RM621 juta yang digunakan untuk menampung kekurangan peruntukan emolumen. Jadi soalan saya berapakah kadar dengan izin rate of turnover daripada doktor dan juga jururawat dan adakah kajian yang kita buat untuk mengetahui apakah sebab- sebab mereka meletakkan jawatan dan langkah yang kita ambil untuk mengelak daripada berlakunya dengan izin brain drain. Terus saya pergi Kementerian Dalam Negeri. Sebahagian besar RM328.2 juta daripada RM545.6 juta digunakan untuk membayar emolumen dan bonus manakala RM167.4 juta digunakan untuk menampung kos operasi berkaitan dengan pilihan raya kecil negeri Sarawak serta menampung kos Ops Bersih dan Bersih 2.0. Oleh itu saya pun hendak tahu pihak pembangkang dan pihak penganjur Ops Bersih ini hendaklah mereka sedar dan insaf bahawa tindak tanduk mereka sebenarnya melibatkan satu kos yang tinggi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Saya ingin tahu juga tahap keberkesanan penggunaan sistem bio metrik warga asing dan sistem security national network. Saya hendak tahu kemampuan kita mengekang kegiatan jenayah merentasi sempadan yang melibatkan warga asing seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata dan juga keganasan. Berapakah jumlah lokasi di seluruh negara yang kita tempatkan sistem ini. Seterusnya saya pergi kepada...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat boleh sambung sebelah petang nanti.

Saya habiskan di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyokong terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Itu sahaja Yang Berhormat, atau Yang Berhormat hendak sambung tengah hari?

Saya cukup Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengambil masa. Saya hormati masa. Cukup di sini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Cukup di situ sahaja? Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tempohkan mesyuarat sehingga jam 2.30 sebelah petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ada masa tidak Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Apa Yang Berhormat?

Dia ada masa peruntukan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

20.

20 minit? Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya merujuk kepada rang undang-undang yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan dan usul. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada B.4, Suruhanjaya Pilihan Raya dan B.62, Kementerian Dalam Negeri dan insya- Allah kalau ada masa saya hendak menyentuh sedikit B.41 dan P.45. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya di mana sebagai mana yang kita sedia maklum semalam, kita sepatutnya membahas Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Kita semua tahu apa yang terjadi semalam dan memang laporan ini menjadi sia-sia oleh kerana tidak dapat dibahas oleh Dewan yang mulia ini. Walaupun memang kita sedar ada syor-syor yang sudah pun dikemukakan sebanyak 22 syor, 18 diterima manakala 4 lagi dibelah bahagi di peringkat Jawatankuasa PSC. Saya harap semua laporan ini dapat diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin. Oleh itu, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan, Kementerian Kewangan. Berapakah jumlah perbelanjaan kos yang melibatkan urusan Jawatankuasa PSC ini? Kos ini termasuklah saya hendak tahu kos khusus lawatan ke luar negara ke United Kingdom, ke Germany dan juga Denmark? Semua pergi ke luar negara dan mereka mengadakan pendengaran awam dan sebagainya. Akan tetapi akhirnya laporan ini semalam tidak dapat dibahas oleh kerana ada satu isu yang dikatakan bersabit dengan pembersihan daftar pemilih. Ini isu yang katanya hendak dimasukkan laporan minoriti. Maka, jadi kecoh sehingga Dewan terpaksa ditangguhkan. Saya ingin merakamkan rasa dukacita saya, rasa kecewa saya dan mengutuk perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk menghina Speaker Dewan Rakyat, yang tidak sopan, yang menjerit-jerit, meraung-raung seperti dalam kangaroo, seperti dalam zoo. Tidak ubah seperti zoo. Membuang masa dan saya cukup- cukup dukacita dengan apa yang berlaku ini. Tuan Yang di-Pertua, kenapa ini berlaku? Ini berlaku ialah kerana semalam apabila selepas kekecohan, saya ditanya oleh pihak Agenda Awani. Saya beri pandangan saya. Saya kata perkara ini dikecohkan, sengaja dikecohkan kerana mereka hendak menghalang tindakan Bersih 3.0 dan memang nyata hari ini saya difahamkan ada press conference, Rembau. Ada press conference hari ini untuk mengumumkan Bersih 3.0 pada 28 April. Jadi, kekecohan ini hanya hendak mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa urusan pilihan raya oleh SPR masih tidak bersih. Maka, perhimpunan Bersih 3.0 mesti diteruskan dengan mereka mengambil kira kaedah kononnya masalah daftar pemilih tidak bersih. Ketua Pembangkang pun sudah keluar negara, tinggallah mereka-mereka ini yang sedang merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan Bersih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tentu tindakan-tindakan ini memang mempunyai motif politik yang saya kira tidak gentleman, tidak bertanggungjawab, apatah lagi menjelang pilihan raya ke-13. Sekali lagi saya mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak bersih, elok pergi bersih sampah di Selangor ataupun bersih mana-mana pihaklah yang hendak menjadi pemimpin yang belum bersih, yang belum bersih. Tadi pun saya ada dengar, kalau hendak perlu tukar kepala kata Yang Berhormat Pokok Sena, kepala mana yang hendak ditukar ini? Setahu saya kepala yang ada sekarang baru mengambil alih tiga tahun masa sudah berjaya menjalankan transformasi. Pelabur asing datang begitu hebat sekali, hampir RM120 bilion dan kita tahu dari segi kutipan cukai, terbaik dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Kita tengok KDNK pun meningkat yang menyebabkan kerajaan boleh menjalankan macam-macam tanggungjawab kepada rakyat. Baik BR1M, baik rumah PR1MA, macam-macamlah. Tidak payah saya sebut. Baucar sekolah RM200, buku sekolah RM100, Kedai 1Malaysia, macam-macam dan ini menunjukkan kepala yang ada sekarang berjaya. Habis hendak ganti dengan siapa?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kepala baru? Kepala mana? Kepala yang penuh dengan taik kah? Saya hendak nyatakan dengan terus terang dan tidak berselindung demi kepentingan negara pada masa depan. Kita sudah berjaya dan saya ucap tahniah kepada Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun sudah berjaya menjalankan tanggungjawab waktu keadaan ekonomi yang tidak menentu, kemelut politik yang begitu gawat tetapi Alhamdulillah kita dapat lihat kedudukan negara kita kukuh dari segi ekonomi, kukuh dari segi keselamatan sehingga kita disenaraikan negara yang ke-19 terselamat kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia. Tuan Yang di-Pertua, jadi sehubungan itu saya hendak tanya. Apabila saya menyentuh SPR tadi, saya hendak rujuk kepada Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di- Pertua, di mana kenikmatan yang kita nikmati sekarang ini, tidak akan berterusan kalau tindakan-tindakan seperti Bersih 3.0 dan seumpamanya akan berlaku lagi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita tahu Akta ISA sudah pun dimansuhkan. Jadi, saya bimbang mekanisme mana yang akan digunakan oleh pihak keselamatan untuk menjaga keamanan negara. Saya bimbang apa yang kita nikmati sekarang ini akan hancur di tengah jalan. Oleh sebab itu saya merujuk kepada B.62 – Kementerian Dalam Negeri supaya pihak polis mesti lebih tegas dan tidak lagi apologetic dalam menangani kalau berlaku lagi Bersih 3.0 dan juga lain-lain tindakan, lain-lain angkara yang ditimbul oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Polis ada tanggungjawab. Oleh itu, saya ingin bertanya di bawah B.62 ini sebanyak RM167,409,500 perlu perbelanjaan tambahan ini sudah pun diselesaikan iaitu termasuklah Pilihan Raya Kecil Kerdau, Tenang, Merlimau serta Ops Bersih dan Ops Bersih 2.0. Saya hendak tahu daripada RM167 juta ini, berapa untuk Ops Bersih dan Ops Bersih 2.0? Ini khusus daripada RM167 juta. Cuba kita bayangkan wang begini banyak dibazirkan, terpaksa dibelanjakan untuk pihak keselamatan mengurus hal keselamatan negara kerana tindak-tanduk pihak Bersih yang tidak bertanggungjawab. Kenapa tidak wang ini digunakan untuk membantu pelajar- pelajar yang tidak dapat biasiswa, masih lagi ramai golongan miskin tegar yang perlu kepada bantuan, keluarga miskin? Banyak lagi belanja-belanja yang perlu digunakan untuk kebaikan rakyat negara kita daripada membazir wang untuk menangani kegiatan, tindakan yang bukan sahaja menghabiskan wang negara, menghabiskan wang rakyat, menggugat keamanan, mengganggu ketenteraman dan menyusahkan para peniaga-peniaga kita di ibu kota. Jadi, saya hendak tanya berapa belanja dan saya menyeru pihak polis kali ini tidak lagi apologetic dan mesti tegas bertindak mengambil tindakan kepada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk semalam. Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak waktu merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Kata Baginda, ‘Bara keagamaan jangan dihidupkan. Api keagamaan jangan dinyalakan. Kelak nanti terbakar diri. Kelak nanti terhangus negeri”. Jadi, ini cukup dalam maknanya. Baginda Tuanku Raja Perak dia tidak akan bertitah atas dasar garis sempadan Islam dilanggar kalau ianya tidak ada kebenaran. Sebelum ini kita tahu ada kenyataan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, kenyataan Sultan-Sultan Melayu dan ini yang terbaru. Perkara ini memang benar sebab bukan sahaja saya hendak maklum kepada Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja apa yang didedahkan oleh Yang Berhormat Datuk Hassan Ali bekas Exco Negeri Selangor semalam melalui video tentang usaha pihak tertentu cuba memurtadkan umat Islam dengan bukti yang nyata. Malah saya sendiri terima satu aduan, dulu sebuah pertubuhan NGO, Perkasa yang saya pimpin Tuan Yang di-Pertua. Dua, tiga tahun yang lalu saya ungkit perkara ini, pertahankan Islam, pertahankan asas perlembagaan negara. Kita dituduh racist, kita dituduh tidak bertanggungjawab, hendak menimbulkan kepentingan kaum, macam-macam. Akan tetapi hari ini dengan Titah Baginda kenyataan-kenyataan Sultan Melayu, nyata apa yang dibangkit, yang dipertahankan, yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah benar sama sekali. Saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua, ada sebuah syarikat bernama ACT Teleconferencing Sdn. Bhd. di Cyberjaya. Nama bosnya Tuan Yang di-Pertua Richard M. Thon, presidennya Mark Kelly berpangkalan di Kanada. Ada seorang pekerja, pegawai di

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

syarikat ini bernama Mohd Johar bin Marutu telah membuat aduan kepada JAIS sebab dia kata bos syarikat ini sentiasa mengajak pekerja-pekerja Melayu Islam pergi ke gereja. Bila JAIS menulis surat kepada syarikat ini atas aduan Encik Mohd Johar, Johar telah dipecat daripada kerja. Terpaksa mengadu kepada Jabatan Sumber Manusia. Dia buat repot polis di USJ 8/003416/12 tarikh 16 Mac 2012. Di mana beliau memaklumkan ada lagi tiga staf Melayu perempuan dan lelaki masih kekal ikut bosnya ke gereja. Oleh sebab kalau tidak ikut takut dipecat kerana gajinya lumayan. Salah seorang katanya memakai salib walaupun bertudung. Ini berlaku. Ada repot dan pegawai yang ditugas untuk menyiasatnya ialah pula seorang pegawai yang beragama Kristian, yang dituduhnya orang macam ini. Jadi, macam mana ini semua boleh berlaku? Saya harap pihak kerajaan mengambil kira tentang teguran yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Negeri Perak. Saya bukan hendak mengada-adakan sebab ini berdasarkan kepada laporan. Saya sebut nama, saya sebut nombor repot polis, segala-galanya detil. Tidak boleh dipertikaikan lagi. Masih banyak lagi kes-kes seumpama ini berlaku Tuan Yang di- Pertua. Maka sebab itulah saya harap pihak polis memang menghadapi banyak ancaman walaupun negara kita dalam keadaan selamat, berada di tangga ke-16 tetapi keghairahan politik yang wujud dalam suasana senario politik sekarang, apatah lagi menjelang pilihan raya ke-13, ada pihak yang memang tidak sabar-sabar hendak berkuasa kerana masalah peribadinya, maka tentu apa sahaja dilakukan untuk menghalalkan tindakannya. Saya percaya tindakan Bersih 3.0 ini nanti adalah juga bertujuan untuk mencapai matlamat tadi. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin buat cadangan oleh kerana banyak sangat kononnya tidak puas hati mengenai dengan SPR walaupun sudah ditubuhkan PSC dan ada pula tadi cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya pula. Hendak mengkaji soal daftar pemilih. Daftar pemilih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berkongsi sedikit dengan Tuan Yang di-Pertua. Boleh dikatakan semua pihak terlibat. Dulu saya sebut dalam Dewan Rakyat ini. Parti-parti politik ada juga turut terlibat hendak menang, mereka memindah pengundi-pengundi. Mereka meminjam nama-nama, alamat-alamat tertentu. Untuk hendak bersih daftar pemilih hari-hari kita tahu berapa ramai orang mati. Berapa ramai orang yang meninggal dunia. Ia tidak mudah. Akan tetapi dalam laporan PSC disebut komitmennya akan dilakukan, pembersihannya secara terus-menerus tanpa henti-henti. Memang ia memerlukan masa. Akan tetapi ini dijadikan isu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan termasuk SPR. Di mana kalau ada aduan-aduan seumpama ini, cemuhan-cemuhan seumpama ini yang boleh melibatkan integriti dan kewibawaan sesudah kita mengadakan pilihan raya, maka wajar SPR diberi kuasa ataupun melalui program negara mendakwa orang yang hendak membuat tuduhan ini. Katanya daftar tidak bersih. Suruh dia tunjuk bukti. Dia pergi dekat SPR, SPR kata tidak ada bukti. Akan tetapi dia bercakap dalam akhbar. Jadi, elok kalau boleh didakwa mereka di mahkamah, biar dia tentukan, biar dia buktikan bahawa dakwaan dia daftar pemilih ada nama-nama ini, warga asing wujud. Dia bukti dalam mahkamah. Kalau dia tidak dapat bukti dalam mahkamah, dia didapati bersalah, dia patut dihukum. Hukumannya biar setimpal, wajar. Orang seumpama ini tidak boleh dibenarkan menyertai pilihan raya untuk lima hingga sepuluh tahun ataupun parti politik berkenaan. Oleh sebab kalau mereka mempertikaikan senarai pemilih, mempertikaikan SPR tetapi mereka masuk juga pilihan raya. Kalau tidak percaya, tidak hormat, tidak yakin SPR buat apa masuk pilihan raya? Bagilah kepada orang lain. Tidak payah masuk bertanding. Kalau asyik kompelin banyak sangat tetapi terus bertanding. Jadi, nampak sangat double standard. Nampak sangat tidak jujur. Hanya semata-mata semua kerana kepentingan politik. Jadi, saya cadangkan cadangan ini supaya dapat dipertimbangkan. Oleh sebab saya amat bimbang Tuan Yang di-Pertua, bimbang segala nikmat dan pencapaian yang kita hadapi sekarang ini, yang kita nikmati sekarang ini akan berkecai. Manakala pihak keselamatan pula ditarik instrument yang berkesan untuk mereka bertindak menjamin

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

keamanan negara. Kita tidak tahu lagi bentuk ganti Akta ISA. Akan tetapi ISA yang ada dulu pun tidak digunakan dengan tegas. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit lagi saya gulung kerana masa sudah cukup. Satu lagi saya hendak menarik perhatian di bawah Kementerian Pelajaran. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Kementerian Pengajian Tinggi ini masalah biasiswa. Kita baru habis, baru dapat keputusan SPM. Ramai pelajar-pelajar dapat 9A, 10A, 11A. Paling membanggakan pelajar-pelajar di luar bandar. Ada lebih kurang 500 orang lebih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Cuma saya hendak cadangkan di sini meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan memberitahu kepada JPA, semua pelajar bumiputera yang dapat 9A ke atas, itu syarat minimum, 9A, 10A, ada 11A pun, automatik mereka ini mesti diberi biasiswa. Ini kerana biasiswa adalah hak istimewa orang-orang Melayu yang terkandung di dalam Perlembagaan 153, di bawah Perkara 3. Saya tidak menghalang lain-lain kaum dapat biasiswa, saya tidak halang, cuma saya hendak pastikan jangan ada pelajar bumiputera yang cemerlang yang dapat 9A ke atas tidak dapat, sebab kalau mereka tidak dapat, bukan sahaja tanggung jawab JPA tetapi juga pihak kerajaan dengan menidakkan asas Perlembagaan Negara yang dibentuk sebelum ini sebagai Perjanjian Jus Soli di antara semua kaum. Hari ini kerajaan telah memberi peluang kepada semua kaum dan oleh itu, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, hendak menyarankan di sini, saya baca dalam surat khabar selepas Timbalan Menteri Pelajaran kena tumbuk semalam, mereka menyerah memorandum Dong Jiau Zong dan katanya Presiden Dong Jiau Zong ini, doktoralnya doktoral tipu. Saya tidak tahu betul tidak betul, dua ijazah tipu dan dia katakan kerajaan sudah terima. Saya minta kerajaan teliti betul-betul, jangan gopoh sebab ini agenda politik, layan pun kumpulan parti politik yang saya maksudkan ini bukan MCA, buat apa pun, mereka tidak akan sokong kerajaan, layan pun tidak guna. Jangan sesekali menerima keputusan tuntutan yang bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, ini ingatan saya Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya turut bahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan. Pertamanya saya menyambung apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya juga amat kesal dengan apa yang telah berlaku dalam Dewan Rakyat ini semalam, seolah-olah Dewan Rakyat ini telah dengan izin, dibawa ke satu tahap disrepute oleh pihak pembangkang oleh kerana masalah procedural iaitu tidak dibenarkan untuk membentangkan laporan minority sedangkan pandangan dan pendapat daripada pihak pembangkang itu semua terkandung dalam appendix, terkandung dalam lampiran yang diberi, terkandung dalam prosiding Parliamentary Select Committee dan sebagainya. Saya terpaksa membuat rumusan seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas tadi bahawa ini adalah satu perang saraf yang halus sebenarnya tidak berapa halus untuk merujuk perkara ini kepada satu tindakan yang akan berlaku di luar Parlimen, sedangkan kerajaan telah menyediakan satu platform yang tersusun, yang tertib untuk selesaikan masalah transformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya, tetapi akhirnya pada 28 April ini, sebenarnya tujuan dan matlamat pihak pembangkang untuk bawa perkara ini kepada jalan raya dan sebagainya, terbukti sekali lagi. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan ataupun saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, cara kita kendalikan ataupun kita kawal sekiranya berlaku satu perhimpunan pada 28 April, perlulah satu cara yang agak berbeza daripada tahun yang lepas. Kali ini saya rasa tidak perlulah kita memberi terlalu banyak publisiti kepada mereka, terlalu banyak amaran diberi dan sebagainya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita ambil semangat yang kita telah luluskan satu Undang-undang Perhimpunan Aman yang baru dan kita pastikan bahawa yang penting kerajaan sampaikan kepada rakyat sebenarnya bahawa tujuan diadakan perhimpunan Bersih 3.0 ini sebenarnya tidak masuk akal langsung. Itu usaha yang patut dibuat oleh kerajaan, sebab bagi saya setelah saya meneliti lapan tuntutan daripada Bersih 2.0, yang pertamanya senarai pemilih yang bersih. Keduanya, untuk kita reform postal voting dengan izin. Ketiga penggunaan dakwat kekal. Keempat, kempen minimum 21 hari sekarang ini. Lima, akses yang bebas dan adil kepada media. Keenam, untuk memperkasa institusi SPR dan sebagainya. Ketujuh, menghentikan rasuah politik dan kelapan untuk menghentikan politik kotor. Bagi saya kalau kita teliti dengan ikhlas, laporan yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa semalam yang malangnya tidak dapat dibahas, tidak dapat sebenarnya kita bahas isu-isu substantif di sini, tujuh daripada lapan perkara itu, tuntutan Bersih itu pun telah ditangani dan telah dipenuhi Laporan Jawatankuasa tersebut. Kalau saya kira Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau diadakan Bersih 3.0 ini, bukan atas niat ikhlas untuk perjuangkan soal pilihan raya yang bebas dan adil, tetapi sekiranya kita tengok daripada lapan tuntutan asal Bersih 2.0 itu, yang hanya tidak dapat ditangani atau pun tidak dipersetujui oleh Laporan Jawatankuasa Pemilih Khas Penambahbaikan Pilihan Raya adalah minimum campaign period of 21 days dengan izin ataupun tempoh kempen minimum 21 hari, yang lain semua ditangani dan dijanjikan satu perubahan dan transformasi dalam masa yang terdekat. Inilah yang menunjukkan ketidakikhlasan pihak-pihak tertentu termasuk pihak pembangkang dan NGO-NGO yang bersubahat dengan pihak pembangkang untuk sengaja memutarkan laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak memenuhi tuntutan tersebut. Saya ingin jelaskan di sini bahawa pihak Barisan Nasional, kita setuju supaya sistem pilihan raya kita ditambah baik, kita tidak ada masalah sebab kita pegang kepada prinsip bahawa siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam pilihan raya, menang secara terhormat, kalah dengan cara yang ada dignity ataupun maruah, win with honor and loose with dignity. Kita tidak mahu menang dalam satu contest, dalam satu persaingan yang dianggap bahawa berat sebelah ataupun tidak adil, not fair, sebab itulah kita memberi tumpuan dan komitmen kepada usaha penambahbaikan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya tahu Yang Berhormat Rasah terlibat dalam ini, saya ada 20 minit sahaja, mungkin kalau ada masa, saya bagi ya? Sila duduk dahulu sahabat saya daripada Negeri Sembilan. Jadi saya hendak bagi beberapa contoh kepada Dewan yang mulia, kepada Tuan Yang di-Pertua. pertamanya soal clean electoral roll ataupun senarai pemilih yang bersih. Sampai hari ini diungkit bahawa senarai itu tidak bersih. Walaupun kita tengok atau lihat kepada komitmen SPR, ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu, dilihat bahawa bukan hanya satu usaha dibuat sekarang, tetapi satu cadangan dibuat supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas tetap diwujudkan, permanent Parliamentary Select Committee untuk memastikan, untuk pantau, untuk review, untuk semak, untuk kaji senarai pemilih ataupun electoral roll ini sepanjang waktu dan sepanjang masa. Ini komitmen kerajaan dan bila dibangkitkan beberapa contoh dan tadi ada pembahas daripada pihak pembangkang yang bangkitkan satu, dua contoh, seolah-olah satu, dua contoh ini adalah bukti the entire electoral roll, pendaftar pemilih secara keseluruhannya adalah tidak bersih dan sebagainya. Bagaimana kita dapat buat rumusan daripada satu, dua contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang tadi yang mengatakan ada pemilih yang umurnya 153 tahun dan sebagainya, itu negate atau menafikan kesahihan the entire electoral roll adalah satu perkara yang tidak masuk akal, yang tidak logik dan amat tidak adil kepada usaha yang dijalankan oleh SPR. Saya bagi contoh kepada Dewan yang mulia ini, dikatakan juga, macam mana Yang Berhormat Rembau boleh katakan satu, dua contoh, sedangkan ada 42 ribu lebih yang disahkan sendiri oleh SPR sebagai pengundi yang diragui, doubtful voters mengikut semakan yang dibuat dengan JPN. Tadi Yang Berhormat Machang kata, mereka

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

ini tidak terdapat dalam senarai JPN, saya tanya kepada JPN, kita buat semakan juga, kita tanya kepada JPN adakah benar mereka ini tidak ada dalam senarai JPN. Bukan semua 42 ribu itu adalah mereka yang tidak tersenarai dalam JPN, they categorized JPN dengan izin Tuan Yang di-Pertua, categorize ataupun mengkategorikan, mentakrifkan pengundi ini sebagai inactive citizens dalam JPN. Ada di antara mereka yang ada rekod dalam JPN, tetapi oleh kerana mungkin kerana tidak pernah tukar IC daripada IC lama sampai tukar kepada IC 12 digit ataupun tidak berurusan dengan JPN selama lima tahun, mereka dikategorikan sebagai inactive. Kalau betullah 42 ribu pengundi yang diragui ini adalah pengundi hantu seperti mana yang impression yang cuba diberi oleh pihak pembangkang, kenapa kita pamerkan mereka? Kenapa SPR telah guna inisiatif mereka untuk pamerkan nama-nama 42 ribu pengundi yang diragui ini dan telah menjanjikan supaya mereka dipamerkan mereka semula, nama-nama mereka dihantar kepada parti politik?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kalau kita ada sesuatu yang hendak sembunyi, we have something to hide dengan izin sudah pasti SPR tidak akan pamerkan nama 42,000 ini ataupun tidak akan mengakui bahawa 42,000 plus voters yang diragui. Ini masalah Tuan Yang di-Pertua, sebab kita kena terima hakikat bahawa bukan semua setiap citizen warganegara Malaysia berurusan dengan JPN update dia punya IC dengan JPN ataupun ambil IC baru dengan JPN. Ada sebahagian besar yang tidak akan berurusan langsung dengan JPN. Saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua kita ambillah 42,000 ini saya buat calculation sikit 42,000 ini kita campurlah dengan 70,000 pengundi yang juga diragui oleh kerana mereka daftar di alamat yang sama. Kita dapat jumlah besar lebih kurang dalam 112,000 orang pengundi yang diragui. 112,000 ini 0.3% dengan izin daripada total jumlah pengundi yang ada di Malaysia. 0.3% itu adalah error marginal of statistical error yang ada pada setiap senarai pengundi ya. Saya ambil contoh saya buat research sedikit saya hendak tengok sejauh mana kita punya pengundi yang diragui yang 0.3% ini daripada senarai pengundi yang dituduh oleh pembangkang sebagai senarai yang kotor, pengundi hantu, cara yang hendak menang dengan cara yang kotor dan sebagainya. Peratusnya 0.3% tetapi Tuan Yang di-Pertua, mengikut Pew Research Centre yang buat kajian terhadap senarai pemilih di Amerika Syarikat, 24 juta kesilapan pendaftaran ataupun pendaftaran yang salah di Amerika Syarikat. 2.75 juta yang daftar lebih daripada satu negeri di Amerika Syarikat. 12 juta yang ada alamat yang salah, incorrect address dengan izin. 1.8 juta yang meninggal tetapi masih lagi tersenarai dalam senarai pemilih Amerika Syarikat. Di Kanada Tuan Yang di-Pertua, 17% daripada senarai pemilih mereka maklumat itu berubah tiap-tiap tahun sama ada pemindahan alamat, kematian dan sebagainya. Di sini dibuktikan bahawa kalau kita tengok bilangan dan juga peratus di negara-negara lain demokrasi kononnya demokrasi yang matang dan maju, mereka punya margin of error ataupun mereka punya pengundi yang diragui jauh lebih besar daripada kita. Dengan itu juga kita masih kata bahawa senarai pemilih kita itu kotor, tidak betul, pengundi hantu dan sebagainya. Saya ada lagi satu perkara yang saya hendak kongsi dengan Dewan mengenai tuduhan daripada pihak pembangkang. Bagi saya sebenarnya mudah Tuan Yang di-Pertua. Even if we have a clean electoral list, kalau juga kita ada senarai pemilih yang bersih, disahkan dan tidak boleh diragui mereka masih akan kata bahawa ada masalah ataupun ada kepincangan dengan senarai tersebut. Satu lagi saya hendak bagi tahu ialah mengenai mereka yang daftar di satu alamat sebab disampaikan diberitahu oleh SPR bahawa ada 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih, 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Disebut sekali lagi bahawa ini adalah contoh bagaimana pengundi-pengundi didaftar di satu alamat untuk menentukan kemenangan Barisan Nasional. Kita sudah dengar penjelasan banyak kali dalam Dewan ini tetapi masih lagi tidak diterima, tidak didengar oleh pihak pembangkang bahawa ada kalanya alamat itu adalah alamat yang generic. Ada setengah tempat Tuan Yang di-Pertua, there don’t have house number. Dia tidak ada nombor rumah, dia ada generic address. Saya bagi contoh sebab saya hendak

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

tahu sama ada ini pemindahan pengundi secara tidak betul, secara tidak sah dan sebagainya. Saya ambil satu contoh di mana ada 242 orang pengundi berbilang kaum, berbilang bangsa di satu alamat iaitu Parlimen Petaling Jaya Selatan tidak ada, DUN Taman Medan locality Taman Dato’ Harun. Akan tetapi, dia tidak ada. Tidak ada nombor rumah disebabkan generic address dia semua longgok sebagai satu alamat iaitu Taman Dato’ Harun. Jadi bagaimana kita hendak meragui. Hari ini kita SPR telah buat ketetapan bahawa mereka akan pamerkan setiap daripada mereka yang daftar di satu alamat supaya mereka dapat didaftarkan semula ataupun dapat memperbetulkan alamat mereka supaya mereka ini tidak dibangkitkan lagi. Akan tetapi, inilah masalah kita dulu di mana generic address diguna sama ada kampung, sama ada setinggan dan sebagainya.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi itu disalahkan kononnya dikatakan bahawa pengundi hantu, strategi Barisan Nasional yang jijik dan lain-lain yang hendak menang dan sebagainya. Ini ada explanation yang logik yang masuk akal tetapi masih lagi tidak dapat diterima oleh mereka kerana apa? Kerana matlamat politik laporan ditolak dan perkara ini bawa ke jalan raya sekali lagi dalam versi tiga. Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Rembau, terima kasih. Saya hendak bertanya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Rembau. Apa Yang Berhormat Rembau nyatakan tadi, perkara seperti ini berkemungkinan besar juga banyak berlaku di negeri Sarawak atau di Sabah yang mempunyai rumah-rumah panjang ataupun kampung tradisi di mana tidak mempunyai pejabat pos. Di mana penghulunya digunakan sebagai satu pusat ataupun tempat untuk menghantar surat. Jadi adakah perkara seperti ini boleh mengakibatkan perkara seperti itu phantom voters dengan izin yang berlaku? Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya kesal Yang Berhormat Rembau cuba justify walaupun angka yang dikatakan 100,000 yang ada masalah. Mungkin 100,000 itu akan menyebabkan keputusan itu memberikan kesan yang besar kepada keputusan pilihan raya. Tadi kata kalau ada tempat yang tidak ada nombor alamat memang kita terima. Dalam PAC kita telah cakap. Kawasan kampung umpamanya kita terima ada banyak rumah-rumah di kampung tidak ada alamat tetapi di kawasan seperti Petaling Jaya Utara tidak ada alamat, tidak boleh terima. Benda ini tidak boleh terima. Apa yang kita persoalkan sekarang ialah komitmen SPR untuk membersihkan daftar pemilih itu. Sebanyak 42,000 nama itu telah dipamerkan tetapi mengapa tidak dibersihkan. Itu yang kita persoalkan. Bukannya mereka tidak ada kuasa, ada kuasa dalam peraturan pilihan raya. Kalau ada sebab-sebab yang meragukan bahawa seseorang pemilih itu ada meragui SPR boleh membersihkan nama mereka. Proses itu telah dijalankan tetapi tidak dibersihkan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kepada nama-nama yang dikatakan dipamerkan ada ramai pengundi yang didaftarkan dalam satu alamat itu hanya cadangan daripada PSC. SPR belum memberikan komitmen, mereka akan lakukan pembersihan sebab walaupun sudah pamer tidak tentunya mereka akan membersihkan. Itu yang kita persoalkan. Kita persoalkan selepas dipamerkan perlu ada pembersihan dan kita meminta komitmen daripada SPR yang gagal ditunjukkan oleh SPR selama ini. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong dan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah. Saya rasa soalan Yang Berhormat Rasah tadi dan masalah semua ini terjawab dalam soalan dia sendiri. Tadi disebutkan bahawa tidak dapat komitmen daripada SPR tetapi kenapa sekiranya itu yang menjadi masalah sedangkan salah satu daripada syor laporan jawatankuasa tersebut kita ambil contohlah. Kita ambil contoh 70,000 orang pengundi yang daftar di alamat yang sama. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dan dari

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat lebih 50 pengundi. Itu syor daripada jawatankuasa tetapi sekejap ya Yang Berhormat Rasah. Akan tetapi sebelum diberi jawapan oleh SPR, sebelum diangkat laporan ini kepada kerajaan untuk disampaikan kepada SPR, tindakan yang prejudicial dibuat oleh pihak pembangkang dan juga oleh NGO yang bersubahat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada pembangkang untuk menolak dan bawa perkara ini kepada jalan raya. Itulah yang saya bangkitkan bahawa tindakan yang tidak ikhlas daripada pihak pembangkang. Kalau sekiranya syor itu yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi cukup saya tidak ada masa ya. Tidak ada, tidak ada. Tidak mengapa saya belum habis jawab lagi. Sila. Sekiranya soal syor ini pun tidak dapat disampaikan kepada SPR dengan tindakan prejudicial, tidak bagi peluang kepada SPR untuk pamerkan tetapi telah tolak bulat-bulat daripada awal laporan ini. Sejauh mana kita hendak percaya kepada keikhlasan pihak pembangkang kepada proses penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada. In fact sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, they don’t want free and fair election. Mereka mahu election yang mereka boleh menang itu sahaja.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Itu yang free and fair election bukan gelanggang yang sama rata. Sebab itulah segala...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kita...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Cadangan yang dibuat sebelum dapat ditangani atau dikemukakan kepada SPR dan kerajaan sudah ditolak, awal-awal ditolak. Sebelum dapat dibahaskan dalam Parlimen ditimbulkan huru-hara dalam Parlimen sehingga laporan ini tidak dibahas. Sudah Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kita tidak pernah tolak laporan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada isu lain tidak banyak masa.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Speaker yang mengganti perbahasan itu. Kita tidak pernah tolak. Itu dalam rekod tidak betul. Tidak betul. Kita tidak pernah tolak laporan ini.

[Dewan]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya hendak pergi kepada isu lain.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah!

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Malah 18 daripada 22 kita setuju.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya. Mungkin, mungkin...

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah, duduk Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Mungkin Yang Berhormat boleh salahkan Speaker, tetapi apa yang hendak saya...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Kita tidak pernah tolak.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah!

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

That is a fact. Kita tidak pernah tolak.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Mungkin Yang Berhormat hendak salahkan Speaker, tetapi apa yang saya maksudkan di sini, kita tolak ke tepilah apa yang berlaku

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

semalam. Akan tetapi soal laporan ini, you yourself said that we do not know sama ada SPR akan laksanakan atau pun tidak. Akan tetapi hari ini sudah diumumkan...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sebab interim report...

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sudah disokong oleh pembangkang bahawa “Betullah, kita adakan Bersih 3.0...”

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sebab interim report punya cadangan, RCI belum buat. Daftar pemilih di Sabah belum bersihkan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

“It is gone case. It is not going to be implemented.” Itu adalah kenyataan prejudicial.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

RCI tidak buat. Ini hakikat. Bukannya kita prejudis kepada SPR, hakikatnya kita tidak buat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bagaimana kita dapat kerjasama dengan Yang Berhormat atas perkara transformasi sekiranya you have no keikhlasan?

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah! Yang Berhormat Rasah! Cukup Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tiada keikhlasan langsung untuk bawa perkara tersebut. Ini yang saya hendak bangkitkan dalam Dewan ini mengenai SPR supaya saya hendak minta sejauh mana komitmen, iltizam kerajaan untuk memastikan bahawa syor-syor yang dikemukakan dalam laporan ini termasuk – ini saya adil ya. Termasuk akses kepada media arus perdana media yang adil kepada semua dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Kalau sekiranya dapat dilaksanakan oleh SPR, disokong oleh kerajaan, maka oleh sebab itu apa yang akan dibantah atau pun didemontrasikan oleh Bersih adalah hanya satu perkara daripada lapan kerana tujuh daripada lapan telah pun terlaksana. Tuan Yang di-Pertua, ada masa lagi?

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habis Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sudah habis. Okey. Terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rakan-rakan saya, saya yakin akan membangkitkan soalan-soalan mengenai penambahan perbelanjaan yang kerap berlaku tanpa rancangan yang baik oleh pihak kerajaan dalam supplementary budget. Sudah menjadi satu konvensyen. Walaupun negara lain supplementary budget ini sepatutnya hanya secara exception tetapi di Malaysia sudah jadi secara konvensyen. Dua kali setiap tahun mesti ada punya. Sepatutnya supplementary budget perlu dibangkitkan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan negeri Selangor ada supplementary budget kah?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Supplementary budget, jika kita hendak, kita perlu ada untuk kes-kes exceptional. Di antara kes-kes exceptional yang saya ingin bawa mungkin jadi suatu contoh adalah seperti kes banjir di Bandar Klang. Saya rasa Bandar Klang ini memang perlu bajet tambahan untuk menyelesaikan isu banjir di Klang.

Mencelah Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Yang Berhormat, saya ingin mendapat pendapat dan juga cadangan Yang Berhormat mengenai

prioriti kerajaan dan dasar kerajaan berkait dengan rintihan 1.2 juta rakyat dari Klang yang telah ditenggelami air pada 30 Mac 2012 iaitu lima hari yang lalu. Untuk maklumat Yang Berhormat, 60% daripada Daerah Klang telah ditenggelami air dan ini melibatkan lebih kurang 5,000 buah rumah, 17 kawasan perumahan dan kampung, 15 sekolah, pejabat-pejabat, kilang-kilang, restoran-restoran dan sebagainya. Dianggarkan pada masa kini bahawa lebih kurang RM1 bilion telah hilang, lost of income – belum di faktor lagi. Tanggungjawab untuk memastikan sistem pengairan dan saliran yang efisien dan bekerja adalah tanggungjawab bersama Kementerian Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan majlis kerajaan tempatan. Akan tetapi apa yang jelas ialah ketiga-tiga tidak dapat kerja dan bekerja sepadu untuk merangka rancangan mitigasi banjir. Soalan saya Yang Berhormat dan meminta cadangan Yang Berhormat ialah semenjak tahun 2010, JKR Selangor, JPS Selangor termasuk Majlis Perbandaran Klang telah memohon peruntukan daripada kerajaan supaya dapat memulakan program mitigasi banjir termasuk pembinaan sistem saliran yang baru demi kepentingan rakyat Klang. Akan tetapi malangnya, sampai sekarang dana sebanyak RM1 bilion yang telah dijanjikan dalam konteks rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh belum diluluskan. Minta pendapat Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya rasa Menteri boleh mendapatkan jawapan daripada kementerian untuk bantu rakyat di kawasan Klang buat masa ini. Saya ingin teruskan. Saya rasa apa yang lebih menakutkan dalam cara kita buat bajet adalah banyak lagi perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan adalah tidak masuk dalam bajet langsung. Kini kita ada bajet tambahan, sekurang-kurangnya kita lihat apa yang ditambah tetapi banyak lagi perbelanjaan kerajaan tidak masuk dalam bajet. Contohnya yang paling utama, yang paling obvious adalah Syarikat 1Malaysia Development Berhad. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dan segala pinjaman yang diperoleh oleh 1MDB adalah dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Maksudnya, segala perbelanjaan sepatutnya tidak berbeza dengan perbelanjaan kerajaan secara langsung. Whatever they spent by 1MDB sepatutnya sama dengan apa yang dibelanjakan oleh kerajaan? Akan tetapi, 1MDB diberikan kuasa mutlak untuk membuat pelbagai perbelanjaan atau pelaburan tanpa pantauan secara langsung daripada Parlimen. Ketua Pembangkang pernah dua kali membangkitkan isu pelaburan 1MDB ke dalam sebuah syarikat usaha sama bersama PetroSaudi International Limited pada tahun lalu. Akan tetapi tiap kali beliau tidak mendapat jawapan yang menyeluruh atau yang memberikan penjelasan yang terperinci mengenai pelaburan tersebut. Saya ingin membangkitkan isu ini sekali lagi dengan maklumat-maklumat baru kerana ini isu besar dan serius dan memerlukan jawapan yang munasabah daripada kerajaan. Pelaburan ini merupakan pelaburan wang rakyat yang cukup besar, USD1 bilion pada September 2009. Pelaburan ini adalah sebagai modal untuk pegangan saham 40% dalam syarikat usaha sama 1MDB. Walaupun PetroSaudi sepatutnya menyuntik sebanyak USD1.5 bilion untuk memenuhi syarat ekuiti 60%, PetroSaudi dibenarkan menyuntik sebuah aset yang dikatakan medan minyak yang berpotensi ada minyak di Laut Caspian sebagai ekuiti mereka. Kita tidak tahu sama ada minyak sudah keluar atau tidak, tetapi digunakan sebagai aset untuk memenuhi syarat pegangan ekuiti 60%. Akan tetapi yang anehnya, selepas enam bulan, 1MDB memutuskan bahawa mereka bertukar fikiran. Mereka hendak ubah dari pegangan saham menjadi – tukar saham itu menjadi satu pinjaman kepada syarikat PetroSaudi. Ini pinjaman menjadi USD1.2 bilion pinjaman yang diberikan selama 11 tahun dengan kadar kupon atau pun faedah 8.67%. Adakah matlamat 1MDB ini untuk menjadi ah long yang terbesar di dunia, di antarabangsa? Adakah 1MDB ditubuhkan untuk memberikan pinjaman kepada syarikat antarabangsa negara luar? Kita pun tidak tahu sama ada syarikat ini dapat pulangkan wang itu kepada kita. Siapa syarikat PetroSaudi sebenarnya? Mengikut laman web PetroSaudi, ia merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2005. Akan tetapi empat tahun kemudian, pelaburan sebanyak

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

USD1 bilion telah dibuat oleh Malaysia kepada PetroSaudi. Siapa sebenarnya yang memiliki syarikat PetroSaudi ini? Mengikut laman web PetroSaudi, ia diasaskan oleh Tarek Essam Ahmad Obaid bersama beberapa pelabur persendirian yang tidak dinamakan. Siapakah ini Tarek Essam Ahmad Obaid? Apa yang peliknya jika kita membuat carian Google, Google banyak maklumat sekarang, namanya hanya muncul selepas perjanjian 1MDB dan PetroSaudi tersebut dibuat. Langsung tidak ada berita mengenai Syeikh Tarek Essam di mana-mana pun yang boleh memberikan latar belakang beliau dengan lebih jelas. Dewan ini juga ingin mengetahui apakah perkembangan eksplorasi minyak di medan minyak atas laut yang disuntik sebagai ekuiti dalam syarikat usaha sama tersebu? Ada dapat gali minyak atau pun kesemuanya masih air laut sahaja. Adakah syarikat PetroSaudi ini yang ditubuhkan di Kepulauan Seychelles benar-benar sebuah syarikat yang genuine? Sampai hari ini tiada siapa pun dari kerajaan atau pun syarikat 1MDB di media massa atau pun semasa dijemput oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberikan keterangan mengenai nilai syarikat PetroSaudi ini. Rakyat Malaysia tidak tahu sama ada 1MDB telah pinjam USD1.2 bilion kepada sebuah syarikat kosong atau pun sebuah syarikat yang benar-benar bernilai berbilion-bilion US Dolar. Perkara ini amat penting kerana rakyat perlu diberikan keyakinan bahawa yang dipinjam kepada PetroSaudi akan dilabur dengan beramanah dan tidak akan hilang disonglap oleh pihak-pihak tertentu. Kita percaya kalau 1MDB itu ada rekod laporan kewangan Syarikat PetroSaudi yang menyatakan aset, liabiliti dan juga untung rugi syarikat tersebut, kita minta supaya penyata tersebut dikongsi bersama Ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini. Apa yang membimbangkan ialah pinjaman tersebut tidak dibuat dengan sebarang rating oleh agensi penilaian tempatan atau antarabangsa. Pinjaman bon atau sukuk yang dibuat dalam negeri pun memerlukan sokongan laporan dari Rating Agency Malaysia atau pun MARC (Malaysian Rating Corporation).

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi pinjaman sebanyak USD1.2 bilion yang dibuat dengan wang yang dijamin oleh rakyat Malaysia langsung tidak memerlukan sebarang akreditasi daripada mana-mana pihak. Keengganan kerajaan dan 1MDB untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh membangkitkan rasa keraguan bahawa ini merupakan satu scam yang cukup besar dalam almari kerajaan Barisan Nasional. Apakah yang diselindungi? Kalau PetroSaudi benar-benar hebat bagi tahulah Dewan ini betapa hebat syarikat tersebut dengan angka-angka kunci kira-kira dan penyata kewangan. Akan tetapi jika diam membisu ini bermaksud ada yang tidak kena dan apa yang disyaki oleh pihak Pakatan Rakyat adalah berasas. Apa lagi? Apa yang lebih memeranjatkan adalah 1MDB bukan sahaja menukarkan ekuiti pinjaman kepada... pada 30 Mac 2010, 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan yang belum dimaklumkan sebelum ini sebanyak USD500 juta kepada PetroSaudi pada tahun 2010.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kesemua maklumat ini terkandung dalam penyata kewangan 1MDB yang saya terpaksa mendapatkan daripada SSM.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Baik. Minta maaf okey. Penyata ini dikemukakan kepada SSM pada bulan Oktober 2011 dan bila saya baca sampai hujung penyata saya terkejut sekali lagi dalam seksyen subsequent event bila dilaporkan bahawa 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan lagi sebanyak USD200 juta kepada anak syarikat PetroSaudi pada Mei 2011. Maksudnya walaupun anak syarikat PetroSaudi perlu membayar kadar kupon sebanyak USD105 juta setiap tahun kepada 1MDB, pinjaman tambahan yang dibuat oleh 1MDB kepada PetroSaudi setiap tahun melebihi coupon payment yang diperlukan daripada PetroSaudi. So we are paying them more than what they need to pay us. Ini sudah jadi macam Skim Ponzi antarabangsa. Adakah kita dapat pulangan yang mencukupi daripada pinjaman yang kita berikan kepada PetroSaudi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, masalahnya lubang kewangan 1MDB semakin lama menjadi semakin besar. Wang diperlukan untuk cover-up lubang tersebut daripada skandal PetroSaudi. Selain daripada pinjaman lima bilion yang dibuat pada Mei 2009, pinjaman yang perlukan oleh 1MDB, kita pinjam selepas itu kita pinjam wang itu kepada orang lain. 1MDB tahun lalu telah mengambil pinjaman tambahan sebanyak RM2.3 bilion. Ini pun untuk pinjam tambah bagi PetroSaudi. Kita pinjam dengan jaminan rakyat selepas itu pinjamkan kepada Syarikat PetroSaudi. Pinjaman tambahan ini merupakan pinjaman jangka masa singkat dan pembayaran balik perlu dibuat pada tahun depan. Nasib baik ada projek Bandar Malaysia 495 hektar iaitu tanah lapangan terbang Sungai Besi, Tentera Udara Diraja Malaysia. Dana tersebut dijual kepada 1MDB oleh Kerajaan Malaysia dengan harga yang cukup murah hanya RM74.20 setiap kaki persegi berjumlah RM1.6 bilion. Tanah ini merupakan tanah super prime, kerana lokasi dan infrastruktur yang sedia ada tiada bandingan. This is a prime land in the city centre. Untuk perbandingan tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang di mana 40% tanah tersebut merupakan tanah laut ataupun tanah paya yang perlu ditambak telah dijual kepada tender terbuka dengan harga RM240 kaki persegi, tiga kali ganda harganya. Secara logiknya tanah di Sungai Besi jauh lebih mahal daripada tanah Bayan Mutiara. Akan tetapi tanah Sungai Besi dijual kepada 1MDB dengan nilai 31% nilai tanah Bayan Mutiara. Cara suntikan dana kepada 1MDB ini adalah amat inovatif. Oleh kerana TUDM perlu dipindahkan dari kawasan Sungai Besi, 1MDB telah ditugaskan untuk menempatkan semula pangkalan udara Kuala Lumpur ke beberapa tempat baru termasuk Sendayan, Subang, Kuantan, Butterworth dan Gong Kadak. Apa yang shocking ialah kos penempatan semula adalah RM2.7 bilion. Ini bermakna kos penempatan semula adalah RM1.1 bilion lebih mahal daripada tanah super prime yang dijual kepada 1MDB. So, maksudnya transaksi ini langsung tidak mahal akal. 1MDB bukan sahaja tidak perlu bayar RM1.6 bilion untuk dapatkan tanah di Sungai Besi, kerajaan perlu bayar tambahan RM1.1 bilion kepada 1MDB untuk memindahkan TUDM. Ini tidak masuk akal sebab kalau memang tanah di Sendayan, di Subang itu lebih baik, lebih mahal, lebih baik kita buat pembangunan di sana. Kenapa hendak buat pembangunan di Sungai Besi. So atas sebab penilaian yang totally don’t make sense di atas, 1MDB tidak diperlukan untuk membayar satu sen pun daripada pengambilalihan tanah di Sungai Besi. Ini merupakan cara yang cukup licik untuk memberikan suntikan kepada 1MDB yang kini tidak mempunyai dana yang mencukupi. Okey. Tuan Yang di-Pertua, syarikat 1MDB melaporkan keuntungan bertambah berbanding dengan tahun sebelumnya dalam penyata kewangannya. 1MDB mencapai keuntungan sebanyak RM544 juta pada hujung Mac 2011, berbanding dengan RM424 juta pada tahun lalu. Kontroversi tahun lalu, RM424 juta adalah atas sebab ia merupakan paper gains yang berasal daripada penukaran pegangan saham kepada pinjaman kepada syarikat usaha sama dengan PetroSaudi International. Keuntungan ini langsung tidak bermakna jika pinjaman besar yang dibuat tidak dapat dipulangkan. Macam mana dengan keuntungan 2011 pula. Bila kita meneliti penyata kewangan 1MDB keuntungan adalah dicapai dengan penilaian semula hartanah 1MDB yang meningkat sebanyak RM827 juta. Maksudnya kalau kita tidak mengambil kira re-evaluation of property 1MDB, sebenarnya 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM283 juta bukan untung tetapi rugi. Lebih menarik lagi dalam balance sheet, nilai pelaburan hartanah adalah RM1.2 bilion. Maksudnya nilai hartanah 1MDB telah meningkat sebanyak 426% dalam jangka masa satu tahun sahaja. Satu tahun sahaja nilai tanah yang dimiliki oleh 1MDB telah meningkat 426%. Adakah aset ini merupakan tanah di Jalan Cochrane yang telah pun dijual kepada 1MDB dengan harga yang cukup murah, untuk pembinaan KLIFD (Kuala Lumpur International Financial District). Jika benar ini merupakan creative accounting of the highest order. Kerajaan jual tanah dengan harga yang paling murah kepada 1MDB, 1MDB terus revalue the net asset from RM194 million increase it to RM1.02 million, lock in profit of RM827 million. [Disorak] Ini saya pun boleh buat, kalau hendak buat keuntungan macam ini. Ini tipu rakyat.

Hebat-hebat BN.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebenarnya saya tidak berapa faham apakah matlamat penubuhan Syarikat 1MDB. Laman web 1MDB kata bahawa ia merupakan strategic enabler for new ideas and new sources of growth, 1MDB leads in market-driven initiatives to help transform Malaysia into thriving economy. Akan tetapi kita lihat 1MDB telah menjadi ah long kepada syarikat yang diragui berbahagi tanah kepada PUKL dan KLIFD yang tidak merupakan industri baru. Tambahan lagi 1MDB telah menandatangani perjanjian untuk membeli Tanjung Energy Holdings daripada Tan Sri Ananda Krishnan dengan harga RM8.5 bilion. Malaysia sekarang mempunyai lebih daripada 10 IPP (Penjana Kuasa Bebas). Adakah 1MDB yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam industri IPP akan menambah nilai kepada industri tersebut. Adakah industri IPP ini merupakan new idea ataupun new source of growth yang diheboh-hebohkan dalam visi 1MDB. Kalau tidak kenapa beli daripada Ananda Krishnan. Adakah pembangunan PUKL dengan KLIFD yang belum benar-benar bermula tidak mempunyai cabaran yang mencukupi dengan pihak pengurusan 1MDB.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Gulung. Akhir isu cepat sahaja satu minit. Okey. Saya hendak bangkit satu isu lagi pendek sahaja. Akhir sekali saya ingin pihak kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang sekarang macam tiada hadnya. Beliau telah menguasai pelbagai bidang industri, Padiberas, Tradewinds, sektor gula, Pos Malaysia, DRB-Hicom, Proton Malaysia, sekarang Port of Tanjung Pelepas, Johor Port dan katakan akan mengambil alih Penang Port dan juga North Port. Syarikat-syarikat beliau juga mendapat kontrak yang paling besar daripada projek-projek kerajaan termasuk perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 bilion. Projek double tracking bernilai lebih daripada RM10 bilion. Projek terowong Malaysia bernilai RM8.2 bilion. Hampir kesemua pengambilalihan melalui penswastaan dan projek di atas dibiayai pinjaman.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apakah jumlah pinjaman yang telah diambil oleh kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah bank yang paling terdedah pada pinjaman beliau? Adakah Bank Negara mengambil kira risiko systemic yang ada atas pinjaman berpuluh-puluh bilion pada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan satu orang sahaja. Krisis kewangan tahun 1990-an sepatutnya memberikan pengajaran yang baik kepada kita supaya tidak mengambil risiko yang terlampau tinggi kepada sesebuah kumpulan syarikat atau individu. Pada masa itu Renong yang menjadi dalang kepada Kerajaan Barisan Nasional lesap begitu sahaja dan menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat biasa melalui pelaburan di syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Saya harap Menteri dapat memberikan jumlah pinjaman dengan angka-angka terperinci supaya perkara ini tidak lagi membimbangkan rakyat dan industri. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk berbahas dan saya harap Menteri menjawab dan akan menjawab dengan bersungguh- sungguh walaupun ia hanya merupakan bajet tambahan dan mungkin akan menjadi sesi terakhir Parlimen ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, saya ingin meminta penjelasan daripada kementerian sebab saya mendapat satu mesej iaitu cara pihak bank mengendalikan urusan pada 6 Jun 2011 yang mana sebuah rumah lelong awam daripada Bank CIMB dengan harga RM254,000 telah dimiliki oleh seseorang dan walaupun telah menghantar deposit 10% kepada CIMB. Dalam

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

masa yang sama lelong awam ini juga ada pihak lain membuat caveat rumah ini dan pihak CIMB pula telah melupuskan 10%, RM25,000 itu kepada yang mendapat lelongan ini. Jadi, ini tidak adil. Ini benar-benar tidak adil. Seolah-olah bank telah menjadi ah long yang paling besar dalam negara kita ini. Jadi, saya minta kepada Kementerian Kewangan menyiasat perkara ini, selesaikan. Kalau pun rumah lelong awam itu ada masalah, duit orang yang mendapat rumah itu haruslah dipulangkan dengan segera dan tidak seharusnya dilupuskan sebab ini merupakan satu masalah. Kedua, saya terpanggil dengan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Mengapa spesifik meminta Tan Sri Syed Mokhtar disiasat? Mengapa tidak menyeluruh? Ramai lagi jutawan dalam Malaysia ini. Kalau kira orang Melayu, mungkin satu oranglah. Ramai orang bukan Melayu. Mengapa tidak ditanya di dalam Dewan ini? Dari mana kekayaan mereka. Robert Kuok kaya-raya. Sekarang berhijrah ke luar negara. Mengapa tidak ditanya? Ini merupakan pada saya satu persoalan yang racist, benar-benar racistlah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

I am not racist.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau kita hendak bertanya...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Semua penswastaan yang dibuat sekarang dibuat terus secara langsung kepada Tan Sri Syed Mokhtar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, tadi saya diam-diam Yang Berhormat cakap.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu saya persoalkan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, dipersilakan diam. Dengarlah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik racist statement itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi saya tidak kacau.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik. Saya minta tarik balik perkataan racist itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak. Ini Yang Berhormat memang racist.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya bangkitkan isu ini tanpa mengambil kira bangsa.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini racist. Mengapa tidak dinamakan...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebelum ini saya persoalkan Tan Sri Vincent Tan diberikan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Orang kaya-raya lain. Kenapa sebut nama?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Diberikan kontrak, Sports betting, sports judi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soal Renong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tan Sri Vincent Tan Melayukah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soal Renong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tan Sri Vincent Tan Melayukah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini mengacau. Point of order.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak mengacau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

I hendak you tarik balik kata saya racist!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order. I tidak hendak tarik balik. You racist.

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik kata saya racist. Saya tidak racist.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You pergi tarik, I tarik.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

You tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You beri balik, I tarik semua. I tarik hidung!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

You tarik balik, I beri you.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Beri tarik, I tarik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Kita bukan mesyuarat JKKK. Kalau hendak tarik balik, point of order. Then I can entertain you.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Minta maaf Speaker. Saya ingin membangkitkan point of order supaya Yang Berhormat Kinabatangan akan menarik balik...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapa.

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...36(12), 36(7), 36(6) supaya Yang Berhormat Kinabatangan akan menarik balik dakwaan bahawa saya racist dalam persoalan saya. Tidak langsung saya bangkitkan isu perkauman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Kinabatangan boleh ubah sedikitlah perkataan Yang Berhormat. Jangan merujuk seseorang sebagai racist. Tidak elok.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak cakap dia racist seorang.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini 36(12). 36(12) ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu campur.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak menipulah. 36 (12).

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu campur, tidak perlu campur Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam tidak perlu campur.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Ini Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

36(12) ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ini bukan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Yang Berhormat Kinabatangan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menipu sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya hairan, rakyat pengundi di Shah Alam tersilap orang mengundi dia ini.

Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik. Jangan buang masa.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan pun saya rasa silap oranglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu tegur orang racistlah, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Berapa orang Speaker ni? Yang Berhormat mahu jadi Speaker kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh tariklah Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik, selesai masalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Disampuk] . Tuan Yang di- Pertua,

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

saya menyatakan komen dia tadi mengatakan mengapa Tan Sri Syed Mokhtar seorang? Mengapa tidak sebut yang lain?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi you pakai perkataan racist kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Komen itu memang racist!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak merujuk kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, komen.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Komen dia. Komen dia racist. Very clear. Yang Berhormat Shah Alam setuju. Very clear.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

It was very clear dia refer kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan dia mendakwa Yang Berhormat Petaling Jaya Utara racist.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Cukuplah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam. Duduk.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau sekadar menimbulkan persoalan menimbulkan mengapa hanya Tan Sri Syed Mokhtar, okey. Mengapa dia hendak layan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat kalau...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau Yang Berhormat Kinabatangan ini, dia lajak dia tidak fikirlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Tidak perlulah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Macam Yang Berhormat Bakri hari itu dia kata FELDA/FELCRA, dalam Hansard, FELCRA. Apabila saya bertanya Yang Berhormat Bakri...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Komen dia racist.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Apabila saya bertanya Yang Berhormat Bakri, dia kata FELCRA. I accept that in good faith.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey. Sekarang saya tanya Yang Berhormat Kinabatangan, kalau dia merujuk kepada individu, kepada wakil rakyat, saya kata tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak. Saya merujuk kepada ucapan dia - racist.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita boleh terimalah Yang Berhormat. Tidak perlulah. No issue already.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ucapan dia racist.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Tidak mengapalah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Shah Alam ini, tidak tahulah akal dia mana dia guna pakai.

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat ini Tuan Yang di- Pertua, 36(6) juga. [Ketawa] Bagaimana dia boleh kata saya tidak pakai akal? Itu pun merujuk kepada diri saya. Bagaimana dia hendak pusing sekarang ini saya hendak dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak dengar bagaimana dia hendak pusing pula selepas ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jelas dia tidak merujuk. Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, okeylah. Saya tarik baliklah Yang Berhormat Shah Alam. [Ketawa]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, saya terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat racist.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...kalau dalam Hansard terbit dia tidak mengatakan saya racist.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu buat begitu Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri dalam Hansard - FELCRA, apabila saya tanya...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Oh! So kalau dia silap cakap, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

See, in good faith, tidak perlulah. No issue.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Niat saya menyatakan ucapan Yang Berhormat racist!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu macam ya?

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia kena pergi kursus. Kena pergi kursus.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Walaupun – Hah! Tengok. Tengok.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Supaya pandai cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Supaya apa yang dikatakan sama dengan niat dia. Kita hantar dia kursuslah Speaker. [Ketawa]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini jelas niat dia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tengok Yang Berhormat Shah Alam ini. Saya ingat pilihan raya akan datang akan kecundanglah.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Disampuk] Saya tahu. Saya sudah kempen dia punya kawasan. Dia tetap kalah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin – Kinabatangan, pergilah semua ramai-ramai.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minggu depan saya ke Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pergilah ramai-ramai. Kalau hendak bertanding di sana, saya beri lagi 3,000 undi advance. [Ketawa] Pergi, pergi. Kita bukan mendahului kuasa Tuhan. Kita kerja untuk rakyat. Jadi, jangan main-main. Saya dukacita sedikit dengan Dewan, kelmarin. Saya sehaluan dengan Yang Berhormat Rembau. Seluruh perwakilan ada, PKR ada, DAP ada, PAS ada, BEBAS ada, komponen Barisan Nasional ada, telah menyuarakan hasrat dalam dua laporan dikemukakan oleh Jawatankuasa. Akan tetapi memang benar, bukan soal daftar pemilih tidak bersih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rembau, di Amerika Syarikat total voters, doubtful voters, 45%. [Disampuk] Ya. Itulah. Cakap hendak Google, hendak baca. Yang Berhormat Shah Alam rupa-rupanya tidak tahu fakta. Di UK, bersih - 15%.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu satu kajian sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

15% undi diragui. Kita 0.3% out of 12 juta. Soalnya bagi pembangkang, dia tidak tahan sudah selera dia hendak memerintah negara tetapi dia tidak tahu dia membuat perancangan, Allah juga merancang sesuatu untuk menidakkan mereka memerintah.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Amin.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Alhamdulillah, dia sudah aminkan doa saya. Jadi alhamdulillah, syukur bermakna dia menerima realiti mereka pembangkang ini tidak akan memerintah negara ini.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Amin.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dan cetusan kelmarin, mereka apa hendak buat, sudah 28 April Bersih 3.0, apa ini?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa yang dibersih?

Bersihlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Parti mereka tidak bersih langsung, hendak bersihkan orang? Kasihan, nasib Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Padang Serai tidak ada, kalau ada habis ini kena belasah. [Ketawa]

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi apa, saya mahu meminta pembangkang hari ini nyatakan kepada saya negara mana di dunia ini senarai pengundinya bersih 100%, saya mahu namakan kepada saya. Kalau ada, saya cabar! Carilah, Google lah, carilah di angkasa lepas, mana satu negara yang daftar pemilihnya bersih 100%. Jangan temberang di dalam Dewan ini. Saya juga mengalu-alukan cadangan jawatankuasa di mana melihat Sabah dan Sarawak diberi...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tambahan...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya jawab? Dia tanya pembangkang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya jawab?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You buat ucapanlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kena minta izin daripada Yang Berhormat Kinabatangan....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lain kali jangan tanyalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak bagi jalan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau mahu tanya, saya jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau mahu minta jalan jumpa Kementerian Kerja Raya, minta jalan. [Ketawa] Dalam IJC...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Kinabatangan tidak cukup jalan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada, tidak ada jalan. Minta dengan Menteri Kerja Raya, kalau mahu laluan Menteri – telekomunikasi, minta di sana. Sini tidak ada laluan, tidak ada jalan “no way in, no way out, you are hopeless, I am going forward.” Penambahan kerusi Parlimen harus dilihat secara menyeluruh di mana kita harus berpandu dengan persetujuan, perwujudan Malaysia itu sendiri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura mendapat 34% tetapi Singapura sudah merdeka maka kita lihat Sabah dan Sarawak dalam mana-mana keadaan sekalipun walaupun terpaksa merubah perlembagaan mungkin, harus ditambah kerusi-kerusi pilihan raya. Demikian juga dengan cadangan iaitu di mana lebih kurang mungkin 400 hingga 500,000 pengundi di Sabah yang tinggal di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya dan rata-rata yang balik mengundi cuma 5%. Jadi oleh sebab itu, cadangan jawatankuasa ini untuk meminta suruhanjaya memikirkan iaitu membenarkan mereka mengundi di mana mereka berada di semenanjung ini tidak perlu pulang ke Sabah atau Sarawak sebab kos yang terlalu tinggi, satu orang kosnya sampai ke tempat pengundian lebih kurang RM1,200. Jadi, kalau 10 orang bayangkan kos yang tinggi, cuma yang penting mekanisme dia, mungkin sebab dia berselerak. Jadi, mungkin boleh menggunakan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, pejabat pos atau mana-manalah untuk maklumkan kepada pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak, mereka datang mengundi di situ. Undilah calon mereka dan untuk Kinabatangan 100% saya dapat undi daripada mereka, bukan macam Yang Berhormat Shah Alam, kalau 10 mungkin kosong dia dapat. [Ketawa] Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya telah banyak kali menyuarakan kepada polis supaya diberhentikan operasi lesen judi haram di Sandakan, di Beluran pun saya dengar sudah dibuka kecuali di Kinabatangan. Saya cakap dengan pegawai daerah saya, dengan ketua polis daerah, tidak ada satu pun lesen judi dibenarkan dan sekarang ini tidak tetapi di Beluran pun saya nampak sudah macam cendawan tumbuh. Mereka ini beroperasi secara haram, tidak ada tindakan polis, saya pun tidak tahu. Hari ini saya meminta

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

pegawai-pegawai polis sampaikan hujah saya kepada yang ada kuasa, saya mahu tengok dalam satu minggu ini apa yang terjadi, kalau tidak saya akan membuat surat khabar, saya akan buat PC bahawa polis tidak menjalankan kewajipan mereka.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Demonstrasi tidak main di sini, demonstrasi itu orang hilang akal, orang yang rasional, orang yang wajar, demokrasi itu bukanlah saluran yang baik untuk menyampaikan masalah. [Disampuk] Kalau dia buat, dia termasuk dalam kelompok orang yang hilang akal tetapi macam kita, kita tidak buat sebab kita percaya hujah kita ada kekuatannya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Penjelasan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha! Ini boleh.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat, boleh ulangi sekali lagi adakah Yang Berhormat kata semua yang mengambil tempat dalam demokrasi aman adalah hilang akal.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bersih demokrasi aman kah tidak?

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha! Jadi, kalau ia tidak aman bermakna memang hilang akallah dia. Dalam dunia ini tidak ada yang aman kecuali Musa Aman. [Ketawa] Saya mencadangkan supaya aktiviti, kegiatan sebegini diberhentikan sebab ia melibatkan pegawai-pegawai kerajaan, budak-budak sekolah terdedah dengan aktiviti yang tidak baik ini dan mereka telah alpa. Bukan lagi fokus kepada pelajaran tetapi mereka boleh masuk ke mana-mana outlet dengan RM1 pun mereka sudah boleh bermain sebab ia lebih kurang 1 sen atau 2 sen untuk satu mata, point. Jadi, ini pada saya sudah terlalu lama, saya meminta pihak polis daripada Bukit Aman turun ke Sabah, turun ke Sandakan untuk memberhentikan segala aktiviti negatif seumpama ini sebab ia boleh menghancurkan masa depan remaja-remaja dan negara kita. Saya juga melihat bahawa negara kita ini – dadah masih lagi merupakan satu ancaman yang terlalu besar, bagaimana banyak yang bijak pandai keluar daripada universiti boleh dikeldaikan oleh orang-orang gelap, oleh orang-orang Negro. Saya hairan kenapa rakyat di negara kita ini terpikat dengan orang gelap. Orang macam saya ini tidak banyak yang terpikat tetapi kalau orang gelap, Wow! Banyak yang tergadai, tersadai di luar negara, masuk penjara, ibu bapa menangis, merempat di sini, tidak ada yang boleh dibuat kerana mereka yang didapati...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa ini...

Yang Berhormat Kinabatangan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak boleh, ini tidak boleh...

Orang hitam itu tidak betul, kalau orang Afrika katalah orang Afrika, itu statement yang rasis.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa]

Bukan saya kata...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, okey.

Yang Berhormat Kinabatangan rasis tetapi tidak hipokrit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang Afrika, orang Afrika.

Tidak apa.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang daripada Afrika ini.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tengok potongan tidak ada tetapi menjadi tarikan wanita-wanita muda kita. Saya tidak tahu apa ilmu dia pakai. [Dewan riuh] Apa kepakaran yang dia pakai, dia boleh memperbodohkan yang bijak pandai ini. Peguam atau doktor, dia boleh perbodohkan, pergi ke luar negara bawa dadah, ini satu masalah. Jadi, kepada yang seharusnya, yang berwajib di universiti seharusnya, harus menyebarkan rakyat negara ini terutama sekali wanita-wanita kita, pelajar-pelajar sekolah ini jangan terpengaruh dengan orang luar. Percaya kepada orang kita sendiri, Yang Berhormat Shah Alam pun ada kuota lagi, dia pun macam orang Afrika juga, boleh lagi, boleh tambah lagi. [Ketawa] Jadi itulah, kalau tidak makin ramai, sekarang ini saya baca, saya tengok beratus rakyat negara ini tersadai di luar negara, ada yang dipenjarakan 20 tahun, 10 tahun, 15 tahun, cantik-cantik lagi pula.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Satu lagi yang terakhir, saya tujukan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, bagaimana membenarkan panggung-panggung wayang hari ini, produser-produser mengadu meminta saya menyampaikan masalah mereka yang hadapi. [Disampuk] [Ketawa] Ini tidak ada apa-apa. Kita membantu industri perfileman negara kita.

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat apa Yang Berhormat?

Peraturan mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berucap tentang tajuk yang beliau ada kepentingan peribadi. [Ketawa] Mesti mengisytiharkan kepentingan peribadinya. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu syarikat Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak ada kepentingan langsung [Ketawa] . Tidak ada kepentingan. Panggung wayang dulu sebelum mereka meluluskan boleh menyiarkan wayang tempatan dalam masa dua minggu. Akan tetapi mutakhir ini, cuma dibenarkan satu minggu. Cuba bayangkan satu minggu dengan kos RM1 juta hingga RM2 juta, saya tengok makin lama makin kuranglah produser-produser mengeluarkan wayang tempatan kita.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Pelakon juga. Pelakon tidak ada kerja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pelakon pun terjejas, sebab tidak ada pendapatan. Apabila tiada orang buat wayang, tidak ada pelakonlah. Jadi mintalah [Disampuk] kementerian jangan tunduk dan akur dengan pemilik panggung wayang, jangan kayakan mereka sahaja, tetapi kita harus lihat juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menggulung Tuan Yang di- Pertua. Kita harus lihat juga industri tempatan harus kita utamakan. Di mana kalau boleh kementerian campur tangan meminta kepada panggung-panggung wayang supaya kembali kepada jadual asal iaitu menayangkan filem-filem tempatan dalam masa dua minggu. Dengan ini kita dapat mempertingkatkan produk produser-produser kita di tempatan untuk mengeluarkan movie ataupun wayang yang baik kepada tontonan ramai di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat saya dimaklumkan perbahasan akan ditamatkan pada jam 5 petang.

Mana boleh, mana boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, selepas itu kita ada berbahas untuk Titah Ucapan Diraja. Ramai yang di belakang itu, dia berbahas dengan masa yang singkat. Tidak cukup masa berbahas. Kita beri yang di belakang Yang Berhormat. Saya beri Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Yang di-Pertua, belakang Jerai Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia orang hulu Yang Berhormat. Hulu lagi jauh.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Saya pernah membentangkan satu soalan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sektiar mengenai apakah langkah- langkah yang patut diambil dalam mengatasi masalah monsun yang diramalkan akan berlaku pada bulan Mac. Akan tetapi malangnya sebelum mendapat jawapan, pada 7 Mac 2012 berlaku satu banjir yang besar di Hulu Langat, yang menyebabkan anggaran kerugian lebih daripada RM30 juta. Alhamdulillah tidak ada kematian atau tidak ada nyawa yang terlibat. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana prihatin memberi sumbangan kepada rakyat Hulu Langat melalui 1MDB. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor kerana banyak memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada individu dan juga peruntukan untuk memperbaiki rumah-rumah yang rosak dan juga infrastruktur yang rosak seperti longkang, jalan dan sebagainya. Begitu juga kepada pihak Zakat Selangor yang memperuntukkan peruntukan yang besar untuk memberi bantuan kepada mereka. Walau bagaimanapun, bantuan-bantuan yang diberi tidak dapat membiayai kerosakan yang dihadapi oleh penduduk-penduduk. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran kerana perkara ini telah pun dibangkitkan beberapa kali mengenai langkah- langkah pencegahan iaitu tebatan banjir yang diminta terutama di Sungai Langat itu yang hanya dibuat sedikit sahaja iaitu di hadapan IKBN. Sekarang ini telah pun rosak. Saya meminta supaya tebatan banjir ini dapat dibuat terus. Saya minta maaf, saya hendak sebut juga iaitu saya bersimpati kepada penduduk Klang yang mengalami banjir yang serupa. Begitu juga dengan penduduk Jasin yang mengalami banjir yang serupa juga. Akan tetapi macam mana pun apa yang saya sebut, meminta agar JPS melihat bukan sahaja di Hulu Langat akan tetapi juga di Klang dan di tempat lain seperti Jasin dan sebagainya yang memerlukan tebatan banjir. Kedua, banyak mungkin...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat...

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

...Di antara langkah yang dicadangkan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Mencelah sedikit.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

PJ Selatan tidak banjir pun.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Hendak tanya soalan sedikit.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Okey.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Hulu Langat, setujukah Yang Berhormat banjir di Hulu Langat yang berlaku pada dua, tiga minggu yang lalu kerana kurangnya kawasan tadahan– Saya rasa banyak bangunan ataupun projek- projek telah dibangunkan tanpa kawal. Diluluskan pada tahun 2007. Di mana saya dapati banyak bukit tadahan air ini telah dibangunkan dengan tiada kawalan yang ketat sebelum tahun 2008. Setujukah Yang Berhormat?

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Ya, saya setuju. Kawasan tadahan air di Hulu Langat sudah pun kecil kerana banyak pembangunan. Kedua, banyak bukit kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Hulu Langat masuk sahaja MRR2 ataupun SILK maka melihat semua bukit telah pun digondolkan untuk mengambil batu untuk pembangunan jalan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya sekali lagi berharaplah JPS yang telah pun berjanji untuk menyediakan umpamanya retention pond ataupun kolam tadahan di beberapa tempat akan tetapi jawapan sehingga sekarang ini peringkat drawing dan sebagainya, saya minta selepas ini dapat diteruskan kepada pembinaan yang sebenarnya. Ini kerana dalam dua, tiga kali banjir lepas berlaku kenaikan air yang cepat disebabkan tidak ada langsung persiapan untuk mengatasi masalah banjir di masa akan datang. Berkaitan dengan itu juga, saya melihat JKR memperuntukkan RM50 juta untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak akibat banjir. Jadi berkait dengan itu saya berharap jugalah salah satu punca berlaku banjir banyak pembetung yang melintasi jalan JKR terlalu kecil dan mungkin tersumbat. Jadi saya juga berharap JKR juga dapat membantu untuk mengatasi masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, berkat dengan JKR saya juga berharap dan saya ingin meminta JKR dapat mengatasi masalah-masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku terutama di tempat saya di Hulu Langat, Dusun Tua, Semenyih yang saya kira terlalu kritikal. Walaupun JKR telah pun membesarkan jalan di kiri kanan jalan yang sedia ada akan tetapi tidak mencukupi. Jadi saya berharap, Lembaga Lebuh Raya dapat memikirkan kembali untuk membuka laluan keluar daripada LEKAS ke tempat-tempat umpamanya Bandar Rinching ataupun Bandar Tasik Kesuma supaya kita dapat menyuraikan sebahagian daripada trafik yang terlalu sesak atau jam itu.

Dr. Che Rosli Che MatPAS · PRHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Kementerian Kesihatan yang saya lihat diperuntukkan RM85.3 juta untuk menggantikan peralatan perubatan di Hospital Kuala Lumpur. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini juga meminta supaya kementerian juga memberi perhatian kepada klinik-klinik kesihatan yang ada di bandar-bandar kecil umpamanya tempat saya di Kajang di Batu 9, Dusun Tua supaya mereka juga mempunyai kemudahan-kemudahan peralatan perubatan, doktor dan juga ubat yang cukup untuk kegunaan rakyat awam. Kemudian, akhir sekali untuk Kementerian Dalam Negeri, saya ingin bertanya berapa banyak kah orang asing sama ada pelajar atau pekerja asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia ini kerana saya pernah bangkit perkara ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Bagi pelajar mereka mendapat visa setahun dan sekiranya mereka tidak mengikuti pengajian dengan baik atau tidak hadir ke kelas maka visa mereka tidak sambung tetapi apa yang berlaku saya melihat dan saya telah bangkit perkara ini umpamanya pelajar- pelajar Nigeria yang tinggal di Venice Hill yang rata-rata mungkin sampai lima tahun. Jadi apakah mereka ini mempunyai visa atau tidak? Pernah juga kita bangkitkan mereka terlibat dengan masalah dadah dan juga pelacuran satu masa dahulu dan dua tahun lepas mereka terlibat juga dengan pembunuhan seorang anak? Jadi baru-baru ini pada 31 Mac berlaku pergaduhan mengakibatkan seorang daripada bangsa Nigeria telah meninggal dunia kerana dipukul oleh RELA tetapi point yang saya hendak sebutkan kebimbangan penduduk di situ kerana terlalu banyak orang-orang luar yang berada di dalam negara kita. Jadi apakah tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri yang telah pun membelanjakan RM50 juta untuk dibayar kepada Syarikat Nexbis Sdn Bhd dalam membekalkan sistem biometrik untuk warga asing? Sejauh mana perkembangan yang dicapai? Bagi saya, kita berharap usaha-usaha untuk mengurangkan pekerja asing ini ini dalam negara perlu diambil tindakan segera. Sekian sahaja terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat di belakang Yang Berhormat Putatan itu. Bukan, Yang Berhormat Tanjong Piai kan?

Datuk Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya dalam membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi tahun 2011. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mengenai persetujuan kerajaan dalam memberikan potongan cukai sebanyak 10% kepada syarikat dan 7% kepada individu yang memberikan sumbangan tunai kepada institusi pendidikan rendah, menengah termasuk sekolah yang tidak berorientasikan keuntungan serta tempat ibadat yang berdaftar susulan pembentangan Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lalu. Ingin saya mendapat pengesahan terperinci daripada Yang Berhormat Menteri sama ada 60 buah sekolah menengah persendirian Cina termasuk dalam kategori sekolah yang menerima faedah potongan cukai berkenaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sekolah Swasta Menengah Persendirian Pei Chun Pontian merupakan satu institusi ilmu tidak berorientasikan keuntungan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Disebabkan jumlah penuntut yang semakin meningkat dan dengan bangunan yang sedia ada terhad ruangnya maka pihak Sekolah Swasta Menegah Persendirian Pei Chun telah mengemukakan permohonan kelulusan pelepasan cukai kepada penderma di bawah Artikel 6.2.1.2 subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 agar sebahagian kutipan dana dapat dikutip untuk pembinaan bangunan sekolah baru bagi memenuhi bilangan pelajar yang semakin meningkat. Akan tetapi sehingga hari ini, pihak sekolah masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan ke atas permohonan tersebut. Saya ingin tahu apakah status permohonan tersebut serta berapakah tempoh masa yang masih diperlukan lagi ke atas kelulusan pembangunan Sekolah Swasta Persendirian Pei Chun memandangkan pihak sekolah telah pun menghantar permohonan tersebut sejak 15 Mac 2011 lagi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu difahamkan bahawa jumlah penuntut di 60 buah sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia adalah lebih kurang 63,765 orang pelajar dan purata tanggungan pihak sekolah bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM1,000 setahun selepas mengambil kira jumlah bayaran yuran sekolah daripada pelajar setiap tahun. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kaedah peruntukan geran tahunan kepada 60 buah sekolah menengah persendirian Cina pada setiap tahun berdasarkan jumlah pelajar dengan satu kaedah yang berpatutan dalam usaha meringankan beban pembayaran perbelanjaan mengurus yang semakin tinggi dan berat ataupun kerajaan mempertimbangkan dan memperluaskan usaha pelepasan cukai sedia dengan memperkenalkan satu jenis pelepasan cukai baru kepada penderma yang melibatkan pelepasan cukai untuk tujuan pembiayaan perbelanjaan mengurus dan jumlah pelepasan cukai yang dibenarkan oleh setiap sekolah adalah berdasarkan bilangan pelajar di sekolah swasta menengah persendirian Cina masing-masing. Dengan ini pelepasan cukai tersebut seboleh-bolehnya diberikan secara berterusan setiap tahun tanpa melibatkan sebarang proses permohonan yang rumit. Sehubungan dengan itu saya dengan harapan besar sekali lagi mengusulkan Kerajaan Pusat membantu dalam memerhatikan isu-isu yang dibangkit tadi memandangkan kejayaan cadangan ini akan secara langsung menangani masalah kekurangan dana pembinaan dan kos perbelanjaan mengurus yang sentiasa dihadapi oleh sekolah persendirian Cina sejak kebelakangan ini. Jadi tambah lagi pendidikan yang dititikberatkan di bawah gagasan 1Malaysia akan dapat direalisasikan dengan melahirkan cendekiawan menerajui pembangunan negara. Itu sahaja, sekian saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa perkara yang hendak saya bawa. Yang pertamanya tentang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat oleh kerana masa kita tidak ada Yang Berhormat ya,

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

kalau tidak ada itu cari benda-benda yang penting-penting yang dekat di hati Yang Berhormat itu sebut, yang lain itu tidak apalah.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kurangkan sedikit politiknya banyakkan lagi argumen fasal apa benda Yang Berhormat hendak bawa. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama sekali tentang perkhidmatan awam. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan berapakah pegawai-pegawai tinggi khususnya dalam Kumpulan A yang ditempatkan di jawatan ‘pool’ di JPA dan daripada jumlah ini berapa orang kah yang super skill ataupun JUSA C ke atas dan dari manakah wang diambil untuk membayar gaji-gaji pegawai- pegawai tinggi ini yang ditempatkan di ‘pool’ JPA? Apakah sebab-sebabnya mereka berada di ‘pool’ dan berapa lama kah mereka telah berada di situ? Yang keduanya saya juga hendak tahu berapakah jumlah pegawai-pegawai kanan kerajaan Kumpulan A yang disambung kontrak mereka berada di jawatan-jawatan tinggi kerajaan? Bukankah dengan memberikan extension contract ini menyebabkan pegawai- pegawai bawah tersekat untuk naik ke atas. Ini nampaknya seolah-olah kita menutup peluang dan masa depan pegawai-pegawai di bawah. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang Kementerian Dalam Negeri. Saya lihat mutakhir ini banyak anggota-anggota RELA yang bersama-sama dengan anggota polis menjalankan tugas sama ada di road-blocks ataupun dalam beberapa operasi-operasi yang lain.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Soalan saya ialah adakah anggota-anggota RELA ini telah pun didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan undang-undang? Kedua, adakah mereka ini mendapat latihan yang cukup untuk mengendalikan sesuatu operation? Ini kerana kita takut-takut anggota-anggota RELA yang tidak cukup mahir dalam melaksanakan operation ini sekiranya terjadi apa-apa kepada mereka. Adakah mereka ini dicover dalam bentuk sama ada imbuhan ataupun lain-lain yang sekiranya berlaku kecederaan atau kematian terhadap mereka? Jadi soalan saya ialah sama ada mereka ini betul-betul mendapat latihan yang cukup? Apakah lain-lain kemudahan disediakan untuk mereka? Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga ialah tentang Kementerian Pertahanan. Saya ingin tahu mengenai seramai 80,000 orang bekas-bekas anggota tentera yang tidak mendapat pencen. Walaupun isu ini telah berkali-kali kita bangkitkan dan Menteri ataupun kementerian memberikan alasan yang berbagai-bagai untuk tidak memberikan perhatian ataupun imbuhan kepada kumpulan ini, tetapi saya hendak bangkitkan di sini ada kes-kes yang amat menyayat hati yang saya kira kementerian harus memberikan paling tidak pun sedikit perhatian kepada mereka. Sebagai contoh, ada bekas tentera yang tidak mendapat pencen kerana dia terpaksa berhenti disebabkan oleh teknikal. Contohnya perajurit Abdul Hamid Said, nombor tentera 153222 daripada Kor Polis Tentera. Dia bertugas selama 20 tahun sembilan sebulan Tuan Yang di-Pertua. Selama 20 tahun 9 bulan tidak cukup setahun dia terpaksa berhenti kerana pada waktu itu dia telah mencapai umur 45 tahun. Jadi dia telah sampai umur 45 tahun dia kena berhenti. Jadi dia service cuma 20 tahun sembilan bulan dan dia tidak dapat pencen. Ini isu teknikal. Saya rasa dia kekurangan tiga bulan untuk dapat pencen. Ini kerajaan tidak mahu bagi dia pencen kerana kononnya dia tidak service 21 tahun. Dia tidak service bukan kerana tidak mahu service tetapi kerana memang umur dia 45 tahun dia kena berhenti waktu itu. Kedua, perajurit TUDM 702000, saya ulang perajurit TUDM 702000, Osman Hasan yang 19 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera. Apabila dia berhenti, dia cuma sekadar mendapat ganjaran RM33,000. Dia berhenti kerana berkali-kali dan telah pun hampir melalui semua kursus-kursus tetapi bila datang untuk naik pangkat, CO kata kamu bukan orang negeri saya, bagi dekat orang lain. Ini menunjukkan bahawa CO sendiri memilih kasih untuk itu dan walaupun ditanya beberapa sebab, nampaknya pegawai tidak

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

memberikan perhatian kepada beliau dan akhirnya inilah di antara sebab-sebab mereka berhenti. Saya juga hendak usulkan di sini supaya kementerian melihat walaupun dalam jawapan di Dewan ini Menteri mengatakan bahawa ada mereka-mereka yang berhenti ini kadang kalanya tidak prihatin, tidak patriotik, mereka tidak mahu service pada kerajaan, tetapi kita lihat tentera bertugas 24 jam dalam sehari. Kita tidak boleh kata tentera hanya bertugas 12 jam ataupun 8 jam kalau hendak bandingkan dengan pegawai-pegawai awam. Sebenarnya tentera bertugas 24 jam sehari. So kalau dia berhenti pada masa 15 tahun dalam service, ini maknanya kalau kita kali dengan dua, dia sebenarnya telah pun berkhidmat dengan kerajaan selama 30 tahun. Jadi waktu itu atau masa yang empat tahun atau lima tahun yang dia tidak bertugas itu hendaklah dianggap sebagai dia bertugas. Ini kerana dia bertugas dalam masa 24 jam dalam satu hari. Jadi saya mencadangkan kalau pun kerajaan tidak hendak bagi pencen kepada mereka, apa salahnya kalau kerajaan fikirkan satu jenis ganjaran. Sebagai contohnya memberikan food coupon kepada mereka sekitar RM200 hingga RM500 setiap bulan kepada mereka yang tidak mendapat pencen in,i supaya paling tidak dengan food coupon ini, mereka dapat banyak menyelesaikan masalah-masalah kerana bagi mereka yang tidak berpencen ini kebanyakannya end up. Sama ada menjadi security guard yang gajinya tidak sampai pun RM700. Saya ada satu kes di mana dia berhenti tentera dapat gaji RM560, anak tujuh orang. Enam daripada anaknya terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu untuk menghantar mereka ke sekolah. Jadi saya mohon supaya kerajaan timbang balik supaya mereka tidak berpencen ini tetapi telah bekerja atau berkhidmat dengan kerajaan lebih daripada 12 tahun ataupun 13 tahun dalam angkatan tentera diberikan satu insentif ataupun paling tidak pun food coupon. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah tentang Kementerian Pelajaran. Saya amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa di bandar sahaja ada sekolah-sekolah yang 10% daripada pelajar-pelajar sekolah menengah yang tidak boleh membaca. Saya tidak tahu apa di mana salahnya tetapi ada pelajar-pelajar yang naik Tingkatan Empat yang tidak boleh membaca. Jadi saya dok fikir apa hendak jadi kepada mereka ini. Adakah kerajaan harus fikir balik supaya merombak balik sistem pendidikan kita? Tidak mungkin pelajar- pelajar yang akan melepasi Tingkatan Lima selepas ini dalam keadaan tidak boleh membaca. Bagaimanakah mereka akan masuk dalam pasaran? Apa yang akan jadi pada mereka? Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya latihan teknikal ataupun vocational school ini dimartabatkan balik. Pelajar-pelajar yang dalam kategori ini yang tidak boleh membaca ini mungkin di peringkat Tingkatan Tiga – kalau tengok Tingkatan Tiga pun dia nampak tidak boleh pergi sudah, lebih baik kita usulkan mereka masuk ke technical school ataupun sekolah-sekolah vokasional ini. Paling tidak pun apabila dia mencapai umur 18 tahun, 19 tahun, paling tidak pun walaupun dia tidak boleh membaca tetapi dia mempunyai skil yang boleh akhirnya menjamin masa depannya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kita belum dengar satu pun daripada Sarawak Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga tidak mempunyai banyak perkara, cuma ada beberapa perkara yang perlu dibawa ke sini. Ini kerana semalam kita tidak berpeluang untuk membincang dan membahaskan semasa PSC on Election Reform dengan izin. Jadi saya hendak ambil peluang ini untuk membawa satu perkara yang penting di sini mengenai cadangan mengenai penggunaan alamat selain dari alamat bermastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya. Di sini saya mengharapkan pihak SPR mencari peluang, cara yang terbaik untuk membenarkan warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana-

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalannya. Jadi kalau di Sarawak dan Sabah, sebahagian dari mereka berpindah di luar kawasan untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran. Jadi mereka terpaksa keluar dari kawasan. Jadi waktu mengundi, mereka balik ke kawasan mereka sendiri di kampung mereka. Perkara ini perlu kita ambil berat kerana misalnya kalau pemilih hanya dibenarkan untuk mengguna alamat seperti pada kad pengenalan, maka akan terjadi berkurangan bilangan pengundi di luar bandar disebabkan oleh penghijrahan ibu bapa mereka. Misal contoh, saya sendirilah tinggal di bandar. Sudah tentu apabila anak saya lahir didaftar mengikut alamat saya di bandar, maka mereka tidak dapat mengundi di kawasan di luar bandar di mana yang seharusnya asal usul dan di mana di situ juga tempat kita sering kali balik untuk mengundi. Jadi minta SPR mengambil perhatian dalam perkara ini. itu satu. Keduanya, kita telah mendengar selalu dikatakan pengundi wanita paling ramai di Malaysia ini dalam 50% lebih. Jadi kita hendak tahu berapa ramai sebenarnya pengundi- pengundi wanita ini? Ini supaya kita tidak hanya melihat kepada mengharapkan hati wanita ataupun golongan yang mengatakan wanita terdapat 50% lebih, 56% atau 51%. Jadi kita hendak tahu bilangan yang berdaftar yang ada. Kalau boleh pecahannya diberikan kepada kita. Seterusnya juga mengenai sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Ini ditujukan kepada Kementerian Pelajaran. Saya hendak tahu berapa banyakkah sekolah di kawasan saya sendirilah di Batang Sadong, dan kalau ada yang hendak mengambil peluang ini hendak bertanya bagi pihak Sarawak juga, hendak tahu berapa banyak sekolah di kawasan kita mendapat kelulusan untuk penambahbaikan.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau dapat disenaraikan sekolah-sekolah yang mendapat peruntukan untuk penambahbaikan. Selain daripada itu juga saya nak merayu di sini kalau boleh pihak kementerian melihat sendiri keperluan-keperluan di sekolah-sekolah ini. Saya ada juga masa bahas untuk Kementerian Pelajaran, saya juga menyentuh perkara yang sama. Saya merasa pihak-pihak sekolah juga perlu dibantu untuk diberi daripada segi kemudahan- kemudahan bagi membolehkan mereka menaikkan moral mereka untuk mengajar, begitu juga kepada pelajar-pelajar. Saya dengar dulu kita ada 1Sekolah 1Sukan tetapi ada di antara sekolah-sekolah di luar bandar ini tidak mempunyai padang sekolah langsung. Ini berlaku di kawasan Sengir Iban di kawasan saya sehingga saya minta mereka berkongsi dengan orang kampung kerana tidak mempunyai kemudahan tersebut. Ini salah satu daripada contoh. Akan tetapi ada juga yang mempunyai padang sukan tetapi tidak disempurnakan sebagai sebuah padang sukan. Jadi saya mengharapkan ini diambil perhatian oleh pihak kementerian. Seterusnya kepada Kementerian Pertanian, saya juga memohon agar pihak FAMA membantu untuk menyediakan pasar untuk dijadikan pusat untuk menjual tangkapan- tangkapan para nelayan di kawasan Sadong Jaya kerana sekarang ini mereka menggunakan tempat yang tidak begitu sesuai untuk mereka memasarkan hasil tangkapan mereka. Satu lagi ialah kepada Kementerian Belia dan Sukan iaitu di kawasan Sadong Jaya tidak mempunyai kompleks komuniti sukan sehingga hari ini. Kita sering kali menggunakan kompleks sukan komuniti di kawasan Parlimen Samarahan kalau memerlukan satu tempat yang besar untuk berhimpun. Jadi sudah berapa lama kami menunggu. Jadi saya mengharapkan ini juga diambil pertimbangan kerana saya juga telah menulis surat untuk memohon perkara ini untuk dipertimbangkan. Mudah-mudahan rezeki kami baik pada kali ini mendapat sebuah kompleks sukan komuniti. Kedua akhir, untuk Kementerian Dalam Negeri iaitu pondok polis untuk kawasan Gedung di bawah Parlimen Batang Sadong. Saya mengharapkan ianya mendapat penambahbaikan daripada segi pondok itu. Memang tanah itu masih dipinjam daripada orang lain, seorang individu. Jadi saya mengharapkan adalah penambahbaikan untuk tempat staf polis di sana. Satu lagi iaitu balai polis di kawasan Sadong Jaya. Memang langsung tidak ada tempat untuk kalau tidak balai yang besar, yang kecil pun tak mengapa.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk polis menjalankan tugas di sana kerana setakat ini mereka menggunakan government quarters dengan izin, yang lama yang usang dan sudah hendak roboh. Jadi saya mengharap ini juga diambil perhatian. Akhir sekali untuk perkhidmatan bomba di kawasan Sadong Jaya. Juga tidak mempunyai perkhidmatan bomba di sana. Kami hanya mengharapkan dari Simunjan yang terpaksa jauh perginya untuk kalau berlaku kebakaran di kawasan Sadong Jaya dan hanya ada perkhidmatan balai bomba mobil di mana ianya tidak sesuai ataupun tidak dapat membantu menangani masalah sekiranya berlaku kebakaran untuk kawasan yang melebihi dalam 6,000 pengundi di sana. Jadi saya mengharapkan perkara ini diambil perhatian oleh kementerian yang berkenaan. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara satu secara ringkas ialah dalam Kertas Perintah Satu, dikatakan bajet asalnya untuk 2011 ialah RM162.8 juta dan selepas itu ada tambahan pertama sebanyak RM13 juta dan selepas itu tambahan ini lebih kurang RM11 juta. Jadi tambahan semuanya ialah RM24 bilion. Adakah ini bermakna defisit dalam belanjawan negara yang dikatakan 5.4% pada masa itu dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010, adakah ini meningkat? Saya harap Menteri Kewangan akan beritahulah apakah bilangan defisit dan juga apakah percentage dia terhadap GDP selepas kedua-dua bajet tambahan ini. Perkara kedua, SPR diberi hampir RM60 juta dan saya mahu tahu ini dikatakan sebahagian daripada ini harap dipakai untuk membersihkan senarai pengundi. Satu perkara yang sudah jadi satu question mark atau tanda tanya antara rakyat kita ialah kenapa penambahan pengundi antara PRU-12 sampai sekarang yang amat berbeza daripada satu kawasan ke kawasan lain. Saya beri beberapa example atau contoh. Macam Gua Musang, daripada tahun 2008 sampai sekarang, penambahan dalam pengundi dia ialah 26% tetapi satu kawasan yang berdekatan dengan dia iaitu Jeli hanya 14%. Kita ambil Subang, penambahan dalam pemilih adalah 32.3% daripada dalam empat tahun ini tetapi PJ Selatan hanya 5.7%. So, kenapa satu perbezaan yang begitu ketara. Satu lagi Kota Raja, dia punya penambahan ialah 3.2% penambahan daripada Mac 2008 sampai sekarang manakala Klang hanya 14% tetapi ini dua-dua tempat yang bersebelahan. Ataupun kita ambil Pekan, 31.5% penambahan pemilih dia tetapi Kuantan hanya 10%. Jadi saya harap ini dapat dikendalikan oleh SPR untuk meyakinkan rakyat tiada berlaku sesuatu penipuan kerana saya pernah untuk isu ini, pernah berlaku di Sungai Siput bila saya bertanding kali pertama pada 1999, kita dapat banyak pengundi daripada luar yang datang. Saya pun pernah ambil kes petisyen pilihan raya terhadap Datuk Seri Samy Vellu pada masa itu, memang kes itu dibuanglah atas alasan teknikal tapi dalam kes itu, kita dapat tahu ada ramai orang MIC daripada kawasan lain di Perak yang dipindahkan ke senarai Sungai Siput untuk bagi dia handicap, lebih kurang 5,000 orang. Jadi adakah ini sedang berlaku di beberapa kawasan yang dipilih dan inilah soalan antara rakyat. Saya ingat ini begitu penting kita clear ini kerana kita mesti ada keyakinan rakyat bahawa pilihan raya yang kita jalankan ini adalah satu yang telus baru mereka akan terima keputusan pilihan raya itu. Syor saya kepada SPR adalah untuk adakan enquiry terbuka di mana mana-mana pihak yang rasa ada penipuan telah berlaku, mereka boleh datang ke enquiry ini dan bagi dia punya information dan ini dibuat secara terbuka. Isu ketiga ialah RM266 juta yang diminta untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) di bawah Kod 40000 dan ini dikatakan untuk projek- projek touch point. Ini dikatakan dalam Kertas 1. Jadi saya mahu tanya adakah ini berkaitan dengan perbelanjaan di kawasan-kawasan Parlimen. Adakah ini peruntukan khas untuk Parlimen, peruntukan tambahan itu.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Satu lagi isu saya nak bawa ialah Kementerian Kesihatan yang dapat RM60 juta kerana di situ kita ada surat pekeliling (circular letter) yang mengatakan semua pakar-pakar ortopedik kena beli alat-alat seperti screw, plate, nail daripada satu syarikat iaitu Syarikat OSA, satu syarikat tempatan. Kawan-kawan saya di hospital kerajaan mengatakan harga dekat OSA adalah dua kali sampai tiga kali lebih daripada harga daripada company lain tetapi mereka ini diwajibkan, mesti beli daripada syarikat OSA ini.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

So, ini saya mahu bertanya, adakah ini betul? Kenapa ia diwajibkan dan juga saya mahu tanya adakah OSA ini manufacture atau membuat bahan ini seperti skru dan plat semua ini di Malaysia? Jika dibuat di Malaysia, apakah pemeriksaan yang dijalankan oleh kementerian untuk memastikan ini selamat kerana plat dan skru semua akan ditinggalkan dalam badan kita, dipasang di dalam badan. Jika ada kimianya yang boleh keluar, beransur-ansur boleh keluar, ini mungkin boleh meracuni orang itu. Jadi, apakah quality control yang dikehendaki untuk syarikat tempatan ini. Satu lagi ialah adakah kaitan dengan OSA ini dengan sesiapa ahli Kabinet ataupun keluarga? Jadi, saya harap Menteri akan jawab kerana nama isteri kepada Perdana Menteri ada bersangkutan, ada orang yang cakap, sangkaan. Itu saya mahu check tetapi orang ramai di hospital, mereka kata macam itu. So, harap ini dapat diclear. Isu yang last sekali ialah isu Lynas yang saya minta Kementerian Kesihatan meneliti isu Lynas. Ini kerana seperti saya nyatakan dahulu, kadar leukemia di kawasan reaktor nuklear di Jerman adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada kadar yang ramalkan oleh IAEA iaitu pakar. Oleh itu ada question mark kenapa ini lebih tinggi daripada apa yang diramalkan oleh pakar-pakar yang datang ke sini mengatakan Lynas ini selamat. Antara satu konsep yang dibawa untuk explain ini ialah konsep internal emitter. Di mana debu radioaktif itu disedut masuk dan selepas itu apabila dikeluarkan sinarannya begitu rapat dengan tisu kita, kesannya jauh lebih tinggi daripada external radiation, daripada satu punca radioaktif yang di luar badan. Inilah yang dibawa oleh satu Jawatankuasa Parlimen di UK, Cherie Report yang menyatakan itu. Ini sangat penting kerana apabila kita tengok proses yang akan diguna pakai di Lynas ini, mereka akan bawa semua galian ke Malaysia, akan hancurkan itu dan ia akan mengeluarkan nadir bumi atau rare earth tetapi semua dalam satu kelompok. So, untuk mereka asingkan itu, mereka kena hancurkan batu itu sampai jadi halus supaya dapat diasingkan rare earth daripada thorium. So, apabila ianya dalam stage itu, dalam satu keadaan yang halus seperti itu, ia boleh keluar dalam wap, dalam asap. Jika ini disedut ataupun dimakan oleh ikan dan selepas itu kita pula makan ikan itu, ia boleh masuk dalam badan kita. Okey, memanglah torium itu dia punya half life 12 billion, ada kemungkinan besar ia akan memakan satu molecule thorium dan tidak akan pecah. You akan mati sebelum ia pecah tetapi jika ramai orang makan, beribu-ribu molekul thorium masuk, ada kemungkinan satu ke dua akan pecah. Akan tetapi jika ia pecah, ia pecah at point blank range dalam perut kita, dalam paru-paru kita. Ia mesti kena sel kita. So, itulah satu saya harap Kementerian Kesihatan kaji isu ini internal emitter dan jika ini dijadikan halus, diperhalusi, dihancurkan sampai halus. So, bolehkah ia keluar dalam air yang dipakai? Ini kita kena tengok dan saya harap satu konsep lagi ialah precautionary principle. Ertinya ialah jika ada kemungkinan ia boleh membawa satu kesan yang negatif, elakkan daripada itu. Jangan tunggu, jangan bagi burden of proof kepada orang di Kuantan, katakan you kena bagi bukti ianya berbahaya. Apabila kita tunggu sampai bukti itu keluar, ia sudah terlewat. Berapa orang akan mati dengan kanser, berapa orang akan dapat anak-anak yang cacat. Jadi, saya ingat isu ini precautionary principle. Jika ada kemungkinan ini akan berlaku, elakkan daripada itu. Saya ingat ini lebih baik dan last sekali saya harap kerajaan boleh kaji...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau dapat diringkaskan sedikit Yang Berhormat. Saya melihat orang yang bercakap ini, orang yang boleh bercakap pendek-pendek Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey, saya habiskan. Last point ialah mengapa harga untuk melakukan proses Lynas di Malaysia hanya 30% daripada kosnya di Australia walaupun di bawa 4,000 batu ke Malaysia? Jadi, ertinya adakah syarat- syarat di Australia untuk jaga keselamatan rakyat begitu mahal. So, itulah soalannya, why is it so cheap here? What are we missing out? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Semua Ahli yang berucap lima orang yang kemudian ke belakang itu, semua berucap kurang daripada 10 minit. Jadi, kalau dapat Yang Berhormat 10 minit itu panjang juga rasanya bercakap itu. Yang Berhormat Hulu Selangor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya berbahas dalam Rang Undang- undang Kementerian Kewangan. Hanya beberapa perkara. Terlebih dahulu saya dalam aspek B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Pilihan Raya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada SPR yang telah beri banyak kerjasama dan juga telah menunjukkan keikhlasan mereka untuk membuat penambahbaikan dalam proses pilihan raya kali ini. Saya juga harap cadangan-cadangan yang telah dikemukakan melalui laporan khas ini dapat mencari kejayaan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, SPRM, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebajikan dan juga MIMOS yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Jawatankuasa tersebut. Seterusnya dalam B.6, Jabatan Perdana Menteri. Dua isu. Pertama, satu kawasan yang telah dikenal pasti dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor di Bukit Sentosa telah pun diagihkan untuk dibinakan satu balai bomba. Apakah status pembinaan tersebut? Bilakah ia akan dilaksanakan, sekiranya akan dilaksanakan. Juga dalam pembentangan saya semasa Titah Ucapan Baginda, saya meminta Kementerian Kewangan agar mengeluarkan Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung daripada senarai hitam Kementerian Kewangan di Bank Negara kerana ada banyak permintaan untuk rakyat membeli rumah di kawasan tersebut tetapi permohonan pinjaman bank mereka digagalkan kerana kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung ini terletak dalam senarai hitam dan tidak dapat menerima bantuan ataupun pinjaman bank untuk membeli rumah tersebut. Saya ucapkan syabas juga kepada TV Al-Hijrah yang mendapat bantuan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan saya juga berharap bahawa kerajaan dapat membantu lebih lagi membiayai perlaksanaan projek- projek touch point di seluruh negara kerana ia benar-benar membantu dan mengatasi masalah-masalah rakyat melalui bantuan-bantuan seumpama ini. Bagi maksud B.7. Memang benar dan wajib kita beri bantuan kepada pesara- pesara kerajaan dan juga bantuan membiayai rawatan perubatan pesara dan juga bayaran- bayaran bantuan mengurus jenazah merupakan satu tindakan yang baik. Kita harus menghargai jasa-jasa dan perjuangan pesara-pesara kerajaan ini. Saya juga berharap bahawa kementerian dan jabatan dapat memberi pertimbangan untuk membantu mereka dalam kos-kos pengangkutan dalam bandar dan kawasan perumahan mereka. Contoh, dalam mengambil bas, tidak payahlah diskaun 50% kalau mereka lebih daripada 60 tahun. Berilah percuma kepada mereka untuk laluan kereta api, LRT dan sebagainya. Kita beri bantuan ini kepada mereka kerana mereka telah banyak memberi pengorbanan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan. Dari segi biasiswa seperti mana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas tadi, semua pelajar tanpa mengira latar belakang mereka yang mendapat 9A harus diberi tawaran biasiswa untuk mereka sambung pelajaran mereka. Sekiranya untuk IPTA dan sebagainya, saya harap kita dapat menggalakkan lebih lagi pelajar-pelajar STPM untuk melangkah ke STPM dan selepas itu pergi ke universiti. Sekiranya mereka mendapat CGPA

3.5% dan ke atas, mungkin kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberi pendidikan percuma kepada mereka sampai ke universiti.

Seterusnya dari aspek B.25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, saya ingin tahu secara terperinci semua subsidi yang kerajaan Barisan Nasional tanggung untuk rakyat Malaysia dalam belanjawan ini? Berapakah kos yang telah kita memberi subsidi-subsidi, saya juga ingin tahu jumlah stesen-stesen petrol setiap negeri dan berapa banyak subsidi yang telah diberi kepada setiap negeri mengikut jumlah stesen petrol ini? Untuk maksud B.27 – Kementerian Kerja Raya. Saya ucap terima kasih kepada kementerian kerana telah baru-baru ini meluluskan satu lagi jalan raya di kawasan Parlimen Hulu Selangor, kawasan SKC Kampung Timah, terima kasih kepada kementerian. Saya juga ingin meminta kementerian Kerja Raya memberi pertimbangan untuk melebarkan jalan raya FT001 daripada Rawang ke Tanjung Malim yang kian sesak khasnya kawasan jambatan Batang Kali. Saya harap kementerian dapat membantu kita mengatasi masalah ini. Maksud B.28 – Kementerian Pengangkutan, terdapat empat stesen kereta api di kawasan Parlimen Hulu Selangor tetapi malangnya tidak ada sambutan ataupun feeder bus untuk memudahkan orang ramai menggunakan stesen kereta api tersebut. Maksud B.41 – Kementerian Pelajaran. Saya harap kementerian dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk permohonan penambahan bilik darjah beberapa sekolah di kawasan Hulu Selangor yang telah pun saya utarakan baru-baru ini, khasnya sekolah menengah di kawasan FELDA Soeharto, Gedangsa dan juga sekolah Tamil di Batang Kali. Maksud B.42 – Kementerian Kesihatan. Apakah status pembinaan hospital di Bukit Sentosa Hulu Selangor yang juga telah pun disenaraikan dalam RMKe-10 ini. Saya diberi maksud bahawa mereka akan mula pembinaan ini dalam rolling plan kedua. Bilakah ini berlaku? Tahniah kepada kementerian kerana masih menjalankan program pergigian di kawasan luar bandar. Berapa banyak sekolah yang menerima bantuan-bantuan seumpama ini? B.46 – Kementerian Sumber Manusia. Status penyampaian bil gaji minimum, bilakah ia akan dilaksanakan. Bagi Maksud B.48 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini memberi bantuan lebih kurang RM100 sebulan untuk penerima-penerima. Saya dapati bantuan RM100 ini tidak cukup. Saya harap kementerian dapat mencari penyelesaian atau cara-cara lain bagaimana kita dapat memberi lebih lagi bantuan kepada mereka. B.60 – Kementerian Pertahanan. Saya berharap lebih banyak lagi bantuan dapat diberi kepada veteran-veteran. Saya juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, mereka harus diberi penjagaan yang baik kerana mereka juga telah banyak beri pengorbanan semasa mereka memberi perkhidmatan mereka. Ramai di antara mereka bersara dalam usia yang muda mempunyai pelbagai kepakaran profesional tetapi kita tidak menggunakan kepakaran-kepakaran ini. Kadang-kadang saya berasa amat sedih seorang profesional dalam Kementerian Pertahanan, apabila dia bersara akhirnya dia menjual pisang goreng dan nasi lemak. Bukan salah jual itu tetapi kepakarannya dalam bidang lain itu harus dipakai guna. Saya harap kementerian dapat mengadakan satu jabatan yang mana mereka dapat mengenal pasti semua pakar ini supaya mereka boleh menjadi penasihat kepada jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi kerajaan. Akhirnya dalam Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah dan saya juga berharap walaupun ada kebelakangan ini ada yang mencadangkan bahawa Ikatan Relawan Malaysia (RELA) dimansuhkan. Saya harap kita jangan sekali-kali berbuat sedemikian. Mungkin ada kelemahan tetapi kita harus mencari cara yang baik untuk mengatasi kelemahan mereka kerana mereka telah banyak berjasa dan tanpa pasukan RELA ini saya

rasa kita akan menghadapi pelbagai masalah. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya sokong rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Saya ringkas sahaja. Tiga minit sahaja. Saya tidak mahu bincang jawatankuasa. Hanya dasar dan dalam soal dasar ini saya hanya hendak menyatakan bahawa saya tidak begitu berpuasa hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri berhubung dengan persoalan CCF yang ditandatangani di antara Malaysia Airlines dan AirAsia. Di mana kita dapati bahawa ianya telah ditandatangani pada Ogos 2011 dan apabila selepas berlakunya share swap dan tandatangani CCF ini ataupun Comprehensive Collaboration Framework maka apa yang telah berlaku, kita melihat bagaimana pengurusan baru yang telah dimasukkan daripada AirAsia telah membatalkan begitu banyak flight seperti KL - Surabaya pada 8 Januari. Sejak 8 Januari KL - Dubai, KL - Karachi – Dubai, KL - Dubai, Dammam, Langkawi, Penang, Singapura, KL - Johannesburg, KL - Cape Town, Buenos Aires, KL - Rome dan sebagainya. Ini adalah hasil daripada satu business model yang berbeza iaitu bila AirAsia ianya merupakan sistem penerbangan yang mempunyai pendekatan komersial semata-mata maka dia menganggap bahawa semua route yang tidak mendatangkan keuntungan maka ianya perlu dibatalkan tanpa mengira impak yang akan terhasil kepada negara dari sudut pelancong, dari sudut business, dari sudut perancangan masa depan. Saya merasakan bahawa Malaysia Airlines System yang merupakan national flag carrier sebagai sistem ataupun syarikat penerbangan negara seharusnya bekerjasama rapat dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Pelancongan, seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan sebagainya kerana dengan kerjasama ini mengenal pasti destinasi-destinasi yang boleh dijadikan sebagai sasaran. Yang untuk masa depan boleh dimajukan dan boleh menghasilkan keuntungan walaupun bukan daripada flight itu ataupun daripada route yang berkenaan tetapi daripada pelaburan, daripada pelancongan yang ingin dibangunkan oleh kementerian-kementerian yang disebutkan tadi. Akan tetapi kalau AirAsia, kita ambil business model yang dibawa oleh AirAsia yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata maka mereka tidak akan sanggup dan tidak melihat kepada persoalan perancangan jangka masa panjang negara dan sebagainya. Oleh kerana itu ianya akan merupakan satu tindakan yang boleh merosakkan masa depan negara dan sebagainya. Pada masa yang sama saya telah mendapat maklumat daripada pihak kakitangan di MAS dan sebagainya bahawa kedudukan pengurusan AirAsia di dalam MAS ini telah banyak mendatangkan kerugian kepada pihak MAS. Sebagai contoh, apabila AirAsia X telah membatalkan penerbangan dari London dan sebagainya maka MAS terpaksa mengambil penumpang-penumpang AirAsia ini sedangkan duit untuk membeli tiket telah pun diserahkan kepada AirAsia. Akhirnya setelah membawa 30,000 penumpang AirAsia, AirAsia apabila didesak akhirnya membayar tetapi hanya membayar RM20 juta untuk 30,000 penumpang yang telah dibawa oleh MAS. Begitu juga dengan persoalan perpindahan kakitangan MAS yang sedang bekerja di Subang dalam bidang pengurusan tetapi hendak dibawa ke KLIA dan kemungkinan ada perancangan ini dilakukan supaya pejabat-pejabat MAS di Subang itu dikosongkan supaya boleh diambil alih untuk digunakan oleh AirASia. Begitu juga dengan persoalan perkhidmatan kejuruteraan yang dilakukan oleh MAS, di mana MAS mempunyai syarikat ataupun anak syarikat kejuruteraan yang begitu lengkap dan sempurna dimanfaatkan oleh AirAsia, di mana kapal terbang-kapal terbang AirAsia ini diberi keutamaan apabila tiba masa untuk penyelenggaraan dan sebagainya. Saya merasakan bahawa persoalan CCF ini, pihak kementerian perlu berikan tumpuan dan berikan jawapan yang lebih mendalam mengapa ianya dipaksakan ke Malaysia Airlines System. Kita inginkan negara kita memiliki satu sistem penerbangan

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

kebangsaan yang boleh kita banggakan dan tidak dijadikan sebagai satu sistem penerbangan bajet yang hanya mementingkan perniagaan tanpa mementingkan kualiti dan prestij, imej dan sebagainya, adalah satu perkara yang pasti akan berlaku sekiranya CCF ini berterusan. Saya minta Menteri Kementerian Kewangan untuk memberikan jawapan yang jelas dan nyata dalam persoalan ini. Mengapa CCF ini ingin diteruskan dan sama ada pihak kerajaan Barisan Nasional akan sanggup untuk menarik balik dan membatalkan CCF itu dan membenarkan MAS untuk dibangunkan dan dijayakan seperti asal, sebelum berlakunya campur tangan golongan eksekutif dalam pengurusan MAS itu sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Lima minit sahaja itu. Yang Berhormat Putatan, lima minit sahaja. Lima minit, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akur dengan peringatan Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Sungai Petani iaitu hanya menyentuh hati. Ini bagi pihak warga Parlimen Putatan, Tuan Yang di-Pertua. Sentuhan hati daripada warga Putatan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah seberapa banyak menyelesaikan masalah-masalah di kawasan Putatan terutama sekali satunya adalah pemberian bonus kepada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai awam kerajaan termasuklah polis, tentera dan lain-lain. Sambutan mereka amat baik sekali kerana ini adalah satu-satunya program transformasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sangat baik. Bukan itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua, program-program seperti membantu membaiki rumah-rumah yang perlu diperbaiki, rumah-rumah orang kampung, Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan- bantuan sekolah, bonus KEMAS dan membaiki rumah-rumah ibadat dan sebagainya. Ini satu program yang sangat baik dan sambutan daripada akar umbinya amat baik. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, banyak program ataupun projek-projek yang tengah dilaksanakan di kawasan Putatan yang telah memberi kesejahteraan kepada rakyat di Putatan terutama sekali pembaikan sekolah-sekolah yang telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada ketika lawatan beliau di kawasan saya pada bulan lalu dan juga pemulihan parit-parit yang mengakibatkan banjir kilat di kawasan telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya ingin menyentuh sikit daripada apa yang harus dibahaskan semalam soal SPR – Sesi penambah baik pilihan raya. Satu daripada cadangan itu yang mengakibatkan satu kawasan di kawasan Putatan di mana semua pengundi di satu kampung diletakkan di kawasan Penampang. Ini saya tidak salahkan SPR kerana ini kemungkinan pada ketika itu kawasan kampung itu di bawah daerah Penampang. Jadi Daerah Putatan ini telah pun diwujudkan beberapa tahun yang lalu. Jadi saya telah pun menulis dan merujuk perkara ini kepada SPR supaya penduduk-penduduk yang beralamat di Kampung Duvanson yang dulu kampungnya ada dua tetapi disatukan. Satu ialah Kampung Kotiduvan dan satu lagi Kampung Papar Anson yang disatukan kampung ini kepada Kampung Duvanson. Jadi apabila melihat daripada peta daerah itu mungkin tidak kelihatan kampung tersebut. Jadi ada juga kampung-kampung yang baru diwujudkan dan kebanyakan kompelin-kompelin yang saya terima bahawa yang mendaftar atas nama kampung yang alamat dalam kad pengenalan itu, Tuan Yang di-Pertua, diletakkan tempat pengundiannya jauh daripada kawasan Putatan. Jadi saya menyambut baik juga cadangan daripada Yang Berhormat Batang Sadong supaya SPR dapat memberi kelonggaran kepada penduduk-penduduk luar bandar yang berhijrah ke bandar terutama sekali kawasan saya. Ramai antaranya adalah penduduk di luar bandar tetapi bekerja di kawasan bandar yang menetap di kawasan saya. Jadi ini bukan sahaja mereka tinggal di kawasan saya tetapi masalah yang mereka hadapi ini yang ditangani oleh wakil-wakil rakyat di Putatan. Jadi ini saya harap dapat dilonggarkan

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

supaya penduduk-penduduk ini dapat ulang kembali ke kawasan masing-masing di kampung. Saya sokong dengan peruntukkan yang dicadangkan 34% itu diberi consideration untuk diwujudkan, ditambah jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana kalau kita tidak berbuat demikian, peruntukkan untuk setiap kawasan Parlimen itu akan diwujudkan kepada kawasan-kawasan luar bandar supaya penduduk-penduduk luar bandar ini dapat serpihan daripada bantuan daripada kerajaan dan mungkin pembangunan di kawasan-kawasan di luar bandar ini dapat diperkasa lagi dan penduduk-penduduk itu tidak mungkin berhijrah ke bandar supaya tanah-tanah mereka juga dapat dibangunkan. Jadi itu satu perkara yang saya ingin sentuh terutama sekali mengupdatekan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa, Yang Berhormat. Sudah habis.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tadi, Yang Berhormat Shah Alam lebih daripada lima minit saya tengok, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jam saya betul, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Bukan saya tidak menghormati keputusan Tuan Yang di-Pertua tetapi kalau boleh bagi saya seminit atau dua minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hendak seorang lagi selepas ini sebelum Yang Berhormat Menteri jawab pada pukul lima petang.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Okey, kalau begitu okeylah. Saya ingin juga sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Soal perparitan ini, ada juga parit-parit yang belum diselenggarakan lagi. Saya mohon kepada pihak-pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menambahkan lagi peruntukan untuk mengatasi masalah-masalah banjir dan juga yang disentuh oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, sahabat saya daripada Kuala Pilah supaya jalan-jalan yang sempit di kawasan Putatan itu dapat dilebarkan lagi. Oleh kerana kesuntukan masa, saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tiga minit sahaja, Yang Berhormat. Tidak apalah, saya bagi dengan Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat.

Eh, Barisan Nasional, Barisan Nasional.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tiga minit, Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tiga minit, hendak ucap apa?

Sabarlah. Tuan Yang di-Pertua berkuasa tidak apalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Nantilah kita. Yang lain itu yang tidak dapat berucap kita beri nantilah.

Ucapkan selamat datang kepada guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Bachang, Melaka. [Tepuk] Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana tidak jemu-jemu membantu rakyat di negara kita ini termasuklah pembangkang tumpang sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan syabas kepada kerajaan dan kepada kementerian walaupun terpaksa menambah peruntukan tambahan tetapi segala peruntukkan tambahan tetapi segala peruntukkan yang dikeluarkan adalah semata-mata untuk memberikan kemudahan dan keselesaan hidup kepada rakyat di negara kita ini dalam berbagai-bagai kementerian dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya beberapa perkara sahaja dan saya hendak mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana dalam tempoh tiga tahun menerajui negara dengan berkat sokongan dari kepimpinan negara dan rakyat seluruhnya kecuali mereka yang kurang bersimpati dengan kerajaan, kita telah membuktikan kejayaan kita membantu rakyat di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang saya hendak sebut ialah dari segi keselamatan. Kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan keselamatan di seluruh negara iaitu polis, tentera dan sebagainya yang selama ini terus memberikan sokongan, tanggungjawab dan berkorban untuk keselamatan negara. Saya hendak sebutkan satu, dua perkara dalam hal keselamatan ini terutamanya polis. Yang pertamanya ialah Balai Polis Maran, Tuan Yang di-Pertua. Balai polis ini baru dibuat. Disiapkan baru-baru ini saya buat lawatan dengan polis, dengan JKR dan sebagainya. Terdapat beberapa kemudahan yang belum sempurna dan saya harap peruntukkan tambahan diberikan kepada projek ini untuk dapat kita gunakan secepat mungkin kerana balai yang lama telah uzur dan perlu kita pindahkan ke bangunan baru. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah Pondok Polis Chenor Seberang. Chenor Seberang adalah kawasan perkampungan dan berhampiran dengan FELDA dan sebagainya. Kita telah memohon pondok ini tetapi setakat ini belum lagi mendapat kelulusan. Saya difahamkan telah pun dalam perhatian pihak Kementerian Dalam Negeri. Kedua ialah dari segi pendidikan. Terima kasih banyak. Untuk makluman para pelajar, kerajaan kita cukup prihatin.

Hari ini tidak ada benda yang tidak kurang diberikan oleh kerajaan kepada negara kita terutamanya kepada anak-anak para pelajar sekalian. Saya berharap anak-anak, para pelajar lihatlah, perhatikanlah dan berterima kasihlah kepada negara, kepada kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kita. [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, pembangkang ini tidak reti-reti. [Disampuk] Ya, terima kasih, yang itu baguslah. Tuan Yang di-Pertua, di Maran ini kita telah mohon sebuah sekolah asrama penuh iaitu untuk menaikkan taraf Sekolah Menengah Sri Jengka kepada sekolah berasrama penuh. Saya difahamkan kementerian telah membuat lawatan. Saya hendak tahu bilakah cadangan ini dapat dilaksanakan dan apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan supaya sekolah berasrama penuh di kawasan Maran ini dapat kita laksanakan? Keduanya ialah cadangan pembinaan asrama bagi Sekolah Menengah Maran II. Sekolah ini berjauhan dengan tempat-tempat pelajar tinggal dan mengakibatkan ramai pelajar kadang-kadang ponteng sekolah, lambat datang ke sekolah dan sebagainya. Jadi saya harap kerajaan memberikan pertimbangan yang sebaik mungkin supaya asrama baru dapat dibina di sekolah ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga cukup berbesar peranan, memainkan peranan yang besar kepada kita. Ini tidak boleh kita nafikan. Oleh sebab itulah pendidikan dan kesihatan merupakan dua elemen yang amat penting dalam hidup kita manusia. Seperti mana kawan-kawan yang lain juga mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan saya juga minta supaya Maran ini kita telah mencadangkan sebuah hospital baru. Saya difahamkan akan dilaksanakan. Saya hendak tahu bila hospital ini akan dilaksanakan dan berapakah kos yang akan terlibat? Saya harap sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Ke-10 ini, hospital ini dapat kita laksanakan. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah pembangunan luar bandar. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan wilayah kerana kementerian ini paling hampir dengan masyarakat luar bandar seperti mana saya adalah orang kampung, orang luar bandar. Walau pun dengan kesungguhan

Kerajaan Barisan Nasional dalam mengatasi apa juga masalah yang dihadapi oleh masyarakat, maka alhamdulillah peningkatan hidup masyarakat luar bandar dapat kita pertahankan dan dipertingkatkan. Satunya di Maran ini kita telah minta Tuan Yang di-Pertua ialah bangunan KEMAS yang baru. Hari ini bangunan KEMAS inilah bangunan lama, bangunan kayu. Saya mohon benarlah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama Kementerian Kewangan, berikanlah wang yang secukupnya bagi kita membina bangunan KEMAS yang baru kerana peranan ini amat besar kepada masyarakat di luar bandar kita. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah tanggungjawab sosial kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, masa Yang Berhormat.

Satu, sikit lagi, last. Ia kira hendak keluar itu, ialah tanggungjawab bersama. Saya perhatikan ini hari ini kempen-kempen kita mengatasi masalah sosial, masalah jenayah, masalah dadah dan sebagainya ia dilakukan oleh kerajaan dan kita pihak kerajaan ini. Saya minta benarlah kepada pihak sana, pembangkang umpamanya. Minta maaf, saya bukan hendak, ini ikhlas Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya tengok kadang-kadang bila pergi ke kampung saya berceramah, dia bukan hendak mengatasi masalah dadah, masalah jenayah, masalah sosial masyarakat, akan tetapi menimbulkan masalah-masalah yang boleh memburukkan lagi suasana. Saya minta fikirlah bersama. Jangan menghasut masyarakat. Saya di tempat saya, saya akan hentam habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Kedua (2011)2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 di Dewan yang mulia ini. Kerajaan sangat menghargai akan cadangan, pandangan dan teguran yang telah diberi terhadap beberapa perkara yang dibentangkan dalam rang undang-undang tersebut. Terdapat pelbagai isu yang menyentuh dasar kerajaan yang telah dibangkitkan. Saya akan menjawab dan memberi penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan yang menyentuh pembekalan tambahan yang dibentangkan ini. Bagi isu-isu khusus yang akan diberi perhatian oleh rakan-rakan saya semasa perbahasan di peringkat Jawatankuasa kelak dan mana-mana perkara yang tidak dapat dijawab, suka saya maklumkan perhatian dan pertimbangan sewajarnya akan diberi bagi menangani perkara tersebut. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini ialah Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat PJ Utara, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Putatan, mereka semua membangkitkan isu berkenaan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan isu membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Untuk jawapan Ahli Yang Berhormat, berkenaan isu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya, perkara-perkara ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa perbahasan di peringkat Jawatankuasa dan semasa pertemuan khas di antara Suruhanjaya Pilihan Raya dengan Ahli-ahli Parlimen yang berkenaan pada 16 April 2012 seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri semasa penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 29 Mac 2012. Yang Berhormat Pokok Sena, membangkitkan isu SBPA. Untuk maklumat Yang Berhormat, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan pada 1 Januari 2012. Namun pelaksanaannya telah mengundang keresahan di kalangan penjawat awam seperti mana yang disuarakan oleh wakil mereka CUEPACS mahupun kesatuan-kesatuan yang lain. Sebagai sebuah kerajaan yang didokong oleh rakyat, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa meletakkan kepentingan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat di atas segala- galanya. Kita sentiasa merasai denyut nadi dan mendengar keluh kesah rakyat. Justeru itu kerajaan pada 12 Januari 2012 telah memutuskan supaya struktur Saraan Baru yang diperkenalkan dikaji semula. Pada 8 Mac telah mengumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan skim saraan akan dikembalikan kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan tertentu. Yang Berhormat Pokok Sena ada sentuh isu mengenai arahan pindah wang dari Tabung Haji berjumlah..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit. Sikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, SBPA. Sudah pindah topik tak Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit ya?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kenapa tidak kasi? [Ketawa]

Sudah pindah. Hendak gulung lagi..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ia penting Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perkara ini telah dibangkitkan dan kita daripada pihak Pakatan Rakyat khususnya Yang Berhormat Pokok Sena kawan saya yang sudah pun balik atas sebab-sebab tertentu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh perjelaskan. Persoalan SBPA cukup penting. Dibincang, diberi perunding segala peruntukan untuk siapkan sebenarnya satu yang bersifat transformasi kerajaan dengan segala konsep yang baru, dengan penekanan tentang prestasi, exit strategies segala-galanya membawa satu nafas baru dalam perkhidmatan awam. Akan tetapi dengan satu pendekatan flip-flop, ia tiba-tiba kos SBPA pada asalnya RM2.6 bilion. Sekarang dengan skim baru kembali kepada SSM itu kosnya dikatakan RM6 bilion.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi peruntukan belanjawan untuk sebanyak RM3.4 bilion itu, mana datangnya? Itu satu hal. Berapa banyak kos telah dibuat sebelum keputusan untuk SBPA dilaksanakan, tiba-tiba Dewan yang mulia ini diberitahu bahawa kerajaan sedia untuk melakukan satu decision to backpedal ataupun kembali kepada sistem SSM. Ini yang sangat dipertikaikan kerana banyak perkara dalam SBPA adalah baik, cuma ada perkara yang dipertikaikan. Perkara itu sahaja yang memerlukan satu review dan satu correction tetapi kenapa keputusan begitu tidak bertanggungjawab dibuat dengan melibatkan RM3.4 bilion pada perbelanjaan Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, just sedikit sahaja. Kita yang berkali-kali sebut tentang topik ini yang ingin tahu apakah

proses perundingan yang berlaku sebelum SBPA ini dilaksanakan yang menjadikan flip flop ini? Sudah tentu kalau kita consult dengan CUEPACS, dengan Public Service Commission sebelum melaksanakan SBPA ini, sudah tentu kesilapan ini tidak akan berlaku. Kita ingin tahu apakah prosedur yang telah berlaku sebelum keputusan kerajaan untuk mengambil SBPA ini dan kenapa CUEPACS dan badan-badan yang berauthority ini tidak didapatkan maklum balas daripada mereka sebelum pengumuman dan dengan tergesa-gesa memaksa semua kakitangan kerajaan untuk tandatangani kontrak baru.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Batu. Mengenai isu SBPA, isu ini spesifik, saya akan memanjangkan isu ini kepada agensi yang berkenaan untuk menjawab kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena telah bertanya tentang isu arahan pindah wang daripada Tabung Haji berjumlah RM308,700 kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Satu penyiasatan perlu dijalankan dan penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, transaksi tersebut adalah sah mengikut terma dan syarat kontrak perkhidmatan yang telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Machang ada bertanya mengenai isu apakah perincian...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, saya dengar Yang Berhormat. Yang menteri berucap ini soalan Tabung Haji, kalau ada persoalan, Tabung Haji ini Yang Berhormat, bukan soalan lain.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak, ini Tabung Haji.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini Peraturan 37.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini Tabung Haji, saya hendak tanya. Saya bangkitkan ketika Yang Berhormat Pokok Sena ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tetapi dia belum habis lagi dengan Tabung Haji ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dia dah pindah tu.

Yang Berhormat Machang bertanya apakah perincian terhadap urus niaga penjualan ladang THT Riau kepada syarikat berpangkalan di Indonesia, apakah perincian terhadap urus niaga ini, apakah aspek due diligents dilaksanakan, siapakah pihak yang terlibat dalam perkara ini, dan apakah pertimbangan terhadap pelupusan ladang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, PT. TH Indo Plantation atau THIP, sebuah anak syarikat Lembaga Tabung Haji memiliki kira-kira 83,879 hektar ladang sawit di Indragiri, Hilir dan Kapar, Provinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Hasil pengeluaran ladang pada tahun 2011 adalah sebanyak 17.34 metrik tan per hektar. Urus niaga ini melibatkan cadangan penjualan keseluruhan 95% kepentingan ekuiti milik TH di dalam THIP berharga pelupusan minimum USD910 juta. Cadangan penjualan ini antara lain tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Indonesia. Proses due diligents akan dilaksanakan oleh pihak pembeli iaitu PT Borneo Pacific. Penjualan tersebut akan membolehkan TH merungkai nilai pelaburan di dalam THIP pada keuntungan yang sangat lumayan. Penjualan ini juga akan memberi peluang kepada TH untuk merealisasikan kenaikan nilai pelaburan dalam THIP. Cadangan transaksi ini akan memberi faedah dan manfaat kepada sekitar RM7 juta para pendeposit. Yang Berhormat Machang ada bangkit mengenai isu air Kelantan iaitu pengurusan air antara negeri dan federal. Isu RM60 juta tidak sampai selepas tukar kerajaan dan nilai pinjaman cecah RM800 juta. Kerajaan Pusat bersedia tukar status dari pinjaman kepada geran seperti mana negeri yang lain.

Untuk jawapannya, sehingga 31 Disember 2011, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pinjaman berjumlah RM687.35 juta bagi membiayai projek bekalan air di negeri Kelantan. Daripada jumlah tersebut, pengeluaran pinjaman adalah sebanyak RM597.8 juta sahaja iaitu berdasarkan kepada kemajuan fizikal projek. Manakala jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman bagi projek bekalan air adalah sebanyak RM70.8 juta. Setakat ini Kerajaan Persekutuan hanya bersetuju menghapus kira pinjaman untuk membiayai projek bekalan air luar bandar sahaja berikutan pembiayaan projek tersebut dibuat secara geran sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan menghapus kira semua pinjaman projek BALB di semua negeri termasuk Kelantan. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju melalui penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara untuk membaiki pinjaman bagi projek bekalan air di negeri-negeri akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad iaitu PAAB. Yang Berhormat Machang ada bangkitkan isu apakah pandangan kerajaan berkenaan pengurangan dividen Petronas yang sebelum ini sebanyak RM30 bilion yang menjadi sebanyak RM28 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan telah mengambil kira pengurangan bayaran dividen Petronas daripada RM30 bilion pada tahun 2011 menjadi RM28 bilion pada tahun 2012 dalam anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2012 untuk mengimbangkan keperluan Petronas untuk membuat pelaburan modal. Untuk tahun 2012, pengurangan dividen Petronas sebanyak RM2 bilion tersebut akan ditampung oleh peningkatan pendapatan Kerajaan Persekutuan yang lain iaitu peningkatan cukai pendapatan sebanyak RM5.4 bilion dan peningkatan dividen Khazanah Nasional sebanyak RM2.3 bilion. Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengembangkan ekonomi negara melalui Program Transformasi Ekonomi supaya setiap sektor ekonomi yang penting untuk negara akan memberikan pulangan tambahan kepada kerajaan dalam jangka masa panjang serta mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber Petroleum. Yang Berhormat Lipis ada membangkitkan isu mengenai subsidi kerajaan kepada IWK. Untuk makluman Yang Berhormat, pendapatan dari tarif perkhidmatan pembetungan yang rendah serta tidak diselaraskan sejak tahun 1997 tidak mencukupi untuk menanggung kos operasi IWK yang kian meningkat serta penggantungan kepada subsidi kerajaan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun, Yang Berhormat.

Kos untuk penyampaian perkhidmatan pembetungan adalah jauh lebih tinggi dari tarif yang dikenakan terutamanya kepada premise domestic cost rendah iaitu RM2 sebulan atau enam sen sehari.

Kos operasi IWK tanpa keuntungan adalah sebanyak RM18. Terdapat lebih 900,000 premis kos rendah yang diberi khidmat IWK. Sebenarnya subsidi yang diberikan adalah kepada rakyat dan ianya berbentuk pampasan kepada IWK. Jumlah subsidi sehingga tahun 2011 adalah sebanyak RM1.2 bilion dan subsidi bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM225 juta. Pada 25 November 2011, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan pembetungan negara. Penstrukturan ini akan dilaksanakan secara serentak iaitu penubuhan Syarikat Pembetungan Nasional atau NASSCO melalui penggabungan antara Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Indah Water Konsortium (IWK) dan sebuah syarikat subsidi diwujudkan untuk memegang lesen perkhidmatan yang beroperasi secara asset light dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN melalui kaedah pelesenan di bawah Akta 655. Penstrukturan ini nanti akan mengambil kita kebajikan kakitangan JPP dan IWK.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Hendak bagi Yang Berhormat Indera Mahkota Yang Berhormat?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasal subsidi ringkas sahaja. Saya hendak Timbalan Menteri beritahu Bantuan Rakyat 1Malaysia ini dia bagi bermula tahun 2012. Akan tetapi kenapa dalam Perbelanjaan Tambahan 2011 ini ada peruntukan untuk BR1M ini? B.10 ini, Perbendaharaan minta RM204 juta untuk BR1M. BR1M kan 2012. Kenapa untuk 2011 dimasukkan untuk BR1M?

Yang Berhormat tunggu besok, saya akan jawab. [Ketawa] Besok kita ada jawatankuasa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya ada satu peraturan mesyuarat. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Peraturan mesyuarat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat.

...Yang Berhormat Jasin ada membangkitkan isu minta penjelasan berkenaan sistem biometrik yang telah dilancarkan oleh kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri ada peraturan mesyuarat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Peraturan Mesyuarat 68, Kumpulan Wang Luar Jangka. Pada setiap kali mesyuarat, majlis hendaklah dikeluarkan oleh seorang Menteri suatu kenyataan menerangkan apa-apa bukti perbelanjaan segera dan tidak dapat diagakkan yang telah dikeluarkan daripada Wang Kumpulan Luar Jangka kerana menepati perbelanjaan itu menurut seksyen 3 subseksyen 13 dalam undang- undang peraturan kewangan 1957 bagi tempoh sebelum mesyuarat itu. Saya hendak bangkitkan sekarang berkenan Kumpulan Wang Luar Jangka seluruh perbelanjaan B daripada B.4 dan B.62 keseluruhan yang diambil daripada Kumpulan Luar Jangka berjumlah RM2.976 bilion. Yang dibenarkan oleh undang-undang hanya Rang Undang- undang RM1.5 bilion. Jadi bakinya ambil daripada mana sebenarnya? Ini menyalahi Peraturan Mesyuarat 68 di bawah Akta tatacara Kewangan. Bukan itu sahaja bawah simpanan luar jangka bawah perkara P.6 dengan P.62. Saya sudah kira semua perbelanjaan dia jumlah dia RM2.017 bilion. Yang dibenarkan oleh undang-undang hanya RM2 bilion. Jadi RM17 juta itu diambil daripada mana? Ada dua perkara yang menyalahi peraturan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, baiklah Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ini soalan peraturan. Kalau setiap kali Yang Berhormat Menteri ataupun pihak-pihak kerajaan dikehendaki untuk memberikan penjelasan atas satu-satu isu dia tidak menepati apa yang dipandang oleh Yang Berhormat menjadi satu kesalahan peraturan. Memang tidak boleh jalanlah kita Yang Berhormat. Jadi ini bukan kesalahan peraturanlah Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab sahaja Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, yang ini saya telah pun membuat beberapa rujukan. Memang peruntukan yang dibenarkan mengikut Akta Tatacara Kewangan cuma RM2 bilion untuk simpanan luar jangka dan RM1.5 bilion untuk kumpulan wang luar jangka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya sudah minta Yang Berhormat Menteri menjawab Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat saya akan jawab besok. [Ketawa] Saya akan jawab di peringkat jawatankuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kita kena terima hakikat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, malam ini tidak boleh lulus. Tuan Yang di-Pertua, dia tidak jawab, hendak lulus macam mana.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat kita kena terima hakikat. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dia tidak boleh terima sekarang, kita insist jawapan...

Isu-isu teknikal Yang Berhormat... cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya bukan hendak tanya...

Cukup Yang Berhormat, cukup.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

...Saya hendak tanya keputusan Speaker berkenaan dengan peraturan mesyuarat. Tidak apa, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab besok tidak apa. Saya hendak tanya berkenaan dengan keputusan Peraturan Mesyuarat 68. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya sudah bagi tahu jawapan tadi Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung. Yang Berhormat Jasin ada minta penjelasan berkenaan keberkesanan sistem biometrik yang telah dilancarkan oleh kerajaan dalam membanteras penyeludupan manusia serta jenayah rentas sempadan, penyeludupan dadah. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui sistem NERS, National Enforcement Registry System ini cap jari serta biodata setiap warga asing akan disimpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di negara ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua...

Profil tersebut akan dimuatkan di dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi selain...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya ada pertanyaan untuk lanjutan daripada Peraturan Mesyuarat 68 tadi. Boleh?

Jabatan Imigresen Malaysia...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Satu minit.

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Setengah minit. Saya bukan hendak tanya Timbalan Menteri, saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua. Boleh? Saya hendak kepastian Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Perlembagaan 103, Perkara 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang standing order berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 68 tadi yang menyebut bahawa berkenaan perbelanjaan itu mesti ada ganti dibuat penggantian dalam tempoh tiga daripada tempoh dia digunakan merujuk kepada Kumpulan Wang Luar Jangka dan juga Simpanan Luar Jangka. Walaupun penggantian ini dibuat lebih daripada setahun, tetapi saya hendak tahu sama ada aturan kita ini mengikut ataupun tidak daripada garis panduan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya hendak bangkitkan dalam perbahasan tadi, tetapi saya tidak sempat. Saya bukan berniat untuk bangkitkan di peringkat sekarang, tetapi saya tidak punya kesempatan semasa perbahasan tadi. Kalau boleh saya kemukakan tadi, boleh jawab sekarang atau boleh dapat panduan. Saya rasa persoalan ini bukan untuk melengahkan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, baiklah Yang Berhormat. Saya tidak dapat bagi jawapan Yang Berhormat. Kerana ini perkara berkaitan dengan Perlembagaan, hubung kait dengan peraturan. Saya kena buat jawapan kalau betul ada persoalan berbangkit, saya kena bagi yang betul dan tepat Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat kalau saya bercakap, Yang Berhormat duduk. Peraturan mesyuarat. Jadi yang di luar kebolehan saya menjawab. Kalau ada masalah yang didapati dalam apa yang dikeluarkan oleh Menteri, biar Yang Berhormat Menteri yang menjawab Yang Berhormat. Jangan tanya dengan saya. Ini tidak bersabit dengan peraturan Parlimen dan norm Parliament Practice Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya bersetuju dan saya ucapkan terima kasih. Sebab tu saya buat rayuan tadi perbahasaan hari ini sepatutnya tidak dihadkan hanya setengah hari. Kita bercerita mengenai perbelanjaan yang dibelanjakan oleh kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat itu pun saya boleh jawab. Sepatutnya dibangkitkan semasa saya duduk di sini menyebut. Ini tidak dibangkit juga. Saya kata 10 minit, orang kata minta 20 minit. Jadi, saya setuju 20 minit.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya sudah perhatikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi, perkara ini tidak dibangkit tadi. Jadi, saya...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada saya bangkitkan sebelum Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat. Sebelum ini saya ada bangkitkan kerana katanya dihadkan sehingga jam 5 petang sahaja. Saya ada bangkitkan permohonan untuk dilanjutkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, keputusan telah dibuat. Buat rayuan di bawah 43 Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Boleh saya tambahkah Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Boleh tambah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada sahabat saya tadi kalau kita tengok pada perkara 101, Perlembagaan Persekutuan, perkara (b) ada sebut bahawa apa-apa juga wang yang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diperuntukkan jika ada bagi maksud itu melalui Akta Perbekalan, maka satu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah yang dikehendaki atau yang dibelanjakan hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan. Saya ada sebut tadi, saya ada tanya Yang Berhormat Menteri tadi, sebenarnya kita ada minta dua perbelanjaan tambahan. Pertama, kita minta RM13.1 bilion. Kedua, kita minta RM10.9 bilion. Jadi, bermakna itu ada RM24 bilion. Kita ada lebihan semasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, yang baik pada saya Yang Berhormat, tidak dikehendaki memberi penjelasan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat punya penjelasan kurang tepat nanti, dipertanggungjawabkan kepada Yang Berhormat.

Itu sebab saya hendak minta kalau boleh perkara ini tidak payah kita hendak bincangkan kerana persoalan saya sudah buat tadi. Jadi, apa yang hendak sebut sini kita ada RM3 bilion lebihan semasa. Selepas itu kita ada sebanyak RM13 bilion daripada LHDN. Jadi, maknanya hanya kekurangan kita

sekarang RM8 bilion. RM8 bilion yang kita tanya sekarang, adakah RM8 bilion yang dapat ditampung daripada hasil-hasil yang lain. Misalnya hasil getah, misalnya hasil kelapa sawit ataupun hasil daripada minyak kita. Itu persoalan yang kita patut buat. Kalau kita bagikan satu gambaran yang mungkin mengelirukan Menteri, nanti susah dia hendak jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya tanya itu isu lain. Berkenaan kumpulan wang luar jangka dengan simpanan luar jangka, itu perkara yang berlainan kerana kelulusan yang diberi kepada Dewan ini memang angka dia 2 dan 1.5.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan sambung jawapan saya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Apa yang Yang Berhormat Jasin sebut itu perkara lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Teruskan Menteri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Ketawa]

...Melalui sistem National Enforcement Registration System (NERS) ini, cap jari serta biodata serta wang asing akan disimpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara ini. Profil tersebut akan dimuatkan di dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi selain Jabatan Imigresen Malaysia. Di mana rujukan sentiasa dapat dilakukan dengan pangkalan data agensi masing-masing bagi tujuan pelbagai. Data ini tidak boleh diubah dan maklumat identiti seorang warga asing itu akan disimpan kekal. Ini secara langsung akan dapat mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan identiti palsu. Memandangkan maklumat identiti warga asing yang terdiri daripada data biometrik dan biodata ini disimpan kekal. Ini secara langsung boleh mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan identiti palsu bagi tujuan kemasukan ke Malaysia atau sebagai transit untuk destinasi seterusnya. Pengambilan dan pengesahan biometrik seorang warga asing yang telah direkodkan sebelum ini boleh disemak dengan pangkalan data NERS yang seumpama yang berupaya mengesahkan identiti warga asing tersebut. Dengan ini sistem NERS berupaya mengurangkan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Selain itu, penggunaan sistem biometrik ini juga boleh memberikan kesan positif, di antaranya seperti berikut: (i) berupaya mengumpul data berhubung jumlah PATI yang berada di dalam negara kita; (ii) pengambilan data biometrik dalam proses pendaftaran dapat membantu memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing di mana sekali gus meningkatkan kawalan keselamatan negara; (iii) jumlah tangkapan bagi penyeludupan migran telah meningkat daripada 18 orang pada 2010, kepada 409 orang pada 2011; (iv) meningkatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan dengan adanya sistem NERS, maklumat warga asing yang memasuki negara dapat direkodkan secara biometrik dan tidak boleh dipalsukan; dan (v) maklumat tersebut dapat dikongsi secara holistik dan bersepadu bersama agensi-agensi lain dalam negara, ditambah dengan usaha perkongsian maklumat di peringkat antarabangsa seperti Interpol, Regional Movement Alert System dan lain-lain badan

perisikan dunia seterusnya dapat menjamin keselamatan negara. Setakat ini sistem NERS ini telah dipasang di 95 lokasi pintu masuk sama ada darat, laut atau udara yang telah diwartakan seluruh negara. Yang Berhormat Pasir Mas ada bangkit mengenai isu berapakah jumlah kos operasi polis bagi menangani perhimpunan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi menangani perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011 adalah sebanyak RM2.56 juta. Yang Berhormat Pasir Mas ada bangkit mengenai isu apakah mekanisme digunakan oleh kerajaan dalam menjaga keselamatan selepas pemansuhan Akta ISA. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam memenuhi agenda program transformasi politik kerajaan yang sedang berlangsung sekarang, kerajaan tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan menggantikan dengan undang-undang yang baru. Pada masa yang sama, undang-undang sedia ada turut dikuatkuasakan sebagai mekanisme di dalam menjaga keselamatan negara. Maka, tidak timbul isu apakah mekanisme yang bakal diguna oleh kerajaan seandainya AKDN 1960 dimansuhkan sedangkan negara kita akan kekurangan undang-undang untuk memelihara keselamatan negara. Yang Berhormat Jasin ada tanya mengenai usaha kerajaan jika harga minyak mentah kekal di peringkat USD125 setong. Untuk makluman Yang Berhormat, harga purata minyak mentah tapis berada di paras purata USD118 setong pada tahun 2011. Sekiranya harga minyak meningkat kepada USD125 setong, kerajaan yakin dapat menampung pembelian subsidi disebabkan kenaikan harga minyak adalah tidak ketara dan tambahan subsidi boleh ditampung oleh kenaikan hasil. Yang Berhormat ada tanya mengenai isu BR1M dan integrasi kewangan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, program BR1M merupakan julung kali diadakan oleh kerajaan yang memberi bantuan tunai RM500 kepada isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Pelaksanaan BR1M ini adalah menggunakan perbelanjaan mengurus kerajaan sehingga 25 Mac 2012, seramai 4,045,101 permohonan BR1M telah diluluskan dan dalam tempoh tersebut sebanyak 36,398 permohonan BR1M sedang dalam proses terutamanya permohonan rayuan. Sehingga kini sebanyak RM2.02 bilion diperuntukkan untuk membiayai bantuan tunai BR1M ini.

Yang Berhormat Jasin ada tanya berapakah kadar turnover pegawai perubatan dan apakah kajian pergi kita ambil untuk mengelakkan brain drain? Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang berhubung dengan turnover pegawai perubatan dan kajian untuk mengelakkan brain drain akan dijawab oleh Kementerian Kesihatan pada peringkat jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Sungai Siput ada tanya mengenai isu daripada punca hasil manakah yang diambil untuk menampung lebihan RM8 bilion bagi keseluruhan permohonan peruntukan tambahan tahun 2011. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2011 adalah RM229 bilion iaitu sebanyak RM182.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Manakala kutipan hasil bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM185.4 bilion dan penerimaan balik hutang sebanyak RM1.1 bilion. Perbezaan antara kutipan hasil dan perbelanjaan bagi tahun 2011 adalah sebanyak negatif RM42.5 bilion yang dibiayai melalui pinjaman, yang mana merupakan defisit 5% daripada GDP berbanding jangka asal. Defisit sebanyak 5.4%, pengurangan defisit yang lebih baik ini adalah disebabkan oleh kutipan hasil yang lebih tinggi daripada sasaran asal. Yang Berhormat Hulu Langat ada bangkit isu banjir di Hulu Langat yang merosakkan penduduk di kawasan tersebut. Beliau turut meminta pihak JPS untuk menyatakan langkah-langkah tebatan banjir di Hulu Langat kerana setakat ini hanya ada

beberapa kejadian kecil tebatan banjir di IKBM Hulu Langat. Beliau juga menyatakan isu banjir yang baru berlaku di Jasin dan Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?

Untuk Yang Berhormat...

Yang Berhormat Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk mengatasi masalah banjir. Sehubungan dengan itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sememangnya mempunyai perancangan program tebatan banjir bagi seluruh negara dan mengedarkan peruntukan bagi melaksanakan projek tebatan banjir. Walau bagaimanapun peruntukan ini adalah terhad setiap tahun. Kementerian telah pun mengemukakan permohonan untuk rancangan tebatan banjir seluruh negara dalam rolling pelan ketiga dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk pertimbangan agensi pusat termasuk untuk kawasan empangan Sungai Langat yang meliputi kawasan Parlimen Hulu Langat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dalam perbahasan saya mencelah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan saya telah bangkit isu berkait banjir besar-besaran ataupun banjir bersejarah di Klang. Selepas itu hujah daripada Hulu Langat pun sama seperti itu. Soal ialah daripada tahun 2010, JPS Selangor termasuk JKR Selangor termasuk dengan Majlis Perbandaran Klang telah meminta lebih kurang RM1 bilion untuk mengatasi isu banjir di Klang. Oleh sebab di Klang kita dapati bahawa lebih kurang 15 tahun yang lama, kita telah mengalami masalah banjir yang besar. This is a tragedy waiting to happen. So, saya tidak faham pandangan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa peruntukan adalah limited sebab ini merupakan satu isu yang penting, yang harus diatasi sebab kerosakan jumlah berbilion ringgit. Kalau kita ambil seluruh negara lebih besar lagi. So, saya ingat kalau Yang Berhormat Menteri boleh memberikan satu komitmen sekarang mengatakan bahawa Kementerian Kewangan akan meluluskan wang sekarang juga. Itu yang kita hendak. Bukan mengatakan bahawa wang itu tidak ada dan sebagainya. Bila Perdana Menteri memberikan wang ke semua tempat...

Kerajaan Negeri Selangor buat apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terima kasih Yang Berhormat.

Itu Exco Negeri Selangor ada.

Tuan Yang di-Pertua. Exco Selangor ada duit, dia ada RM1.9 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat Klang, memang isu ini isu besar. Kita akan bincang mendalam dalam isu ini bersama dengan Yang Berhormat. Okey.

Yang Berhormat Menteri. Jawapan tidak boleh diterima Yang Berhormat Menteri sebab kita dapati bahawa...

Sebanyak 5,000 rumah telah dibanjiri air.

Kerajaan Negeri Selangor buat apa dengan duit sebanyak itu? Gunakan untuk rakyat.

Termasuk kilang-kilang dan sebagainya. So, saya akan fikir...

Gunakan untuk rakyat. Kerajaan Negeri Selangor ada.

Yang Berhormat bila jadi Menteri.

Sekarang ini bila ada masalah, salahkan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat bila jadi Menteri?

Kerajaan Selangor sendiri buatlah kerja.

Yang Berhormat bila jadi Menteri? Bila Menteri saya boleh bercakap tetapi sekarang...

Ini Kerajaan Negeri Selangor tidak buat kerja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan bertengkar Yang Berhormat.

Sekarang duduk. Sekarang duduk.

[Dewan riuh]

Malas, menyusahkan orang.

Saya cakap dengan Menteri.

Menyusahkan rakyat. Termasuk – Exconya ada di situ. Duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri duduk, Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, duduk Menteri. Tidak apa, biar mereka bertengkar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri saya fikir cadangan baik ialah untuk membuat satu komitmen sekarang mengatakan bahawa pihak kerajaan akan memberikan wang itu. Itu adalah penting.

[Dewan riuh]

Wang itu kita mesti bincang. Kita akan bincang dengan...

Bukan bincang sampai tahun 2010. Tahun 2010, tahun 2011 sekarang tahun 2012.

Berapa lama lagi mahu bincang?

Bila Yang Berhormat bangkitkan isu ini?

Tahun 2010 sudah bangkit.

Dekat situ. Bagi itu prove.

JPS Selangor, JKR dan juga Majlis Perbandaran Klang minta wang tahun 2010.

Cukuplah Yang Berhormat, kita ambil perhatian dengan isu ini.

Macam mana hendak ambil perhatian kalau banjir besar, orang sudah cakap...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya pun hendak juga.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat jangan begitu Ahli Yang Berhormat.

Kalau boleh beri komitmen. Ini bukan perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua

Ini bukan berbahas kalau sudah begitu. It sounds memaksa. Adakah berbahas begitu? Tidak ada.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kerajaan Negeri Selangor sudah beri bantuan kepada setiap keluarga RM300 lebih daripada Kerajaan Pusat. Untuk penjagaan sungai dan saliran sebagainya semua adalah JPS di bawah Kerajaan Pusat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sebenarnya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Menteri sebagai Pengerusi MCA Selangor arahkan anak buah di Klang itu buat petition hendak salahkan ini, divert attention ini kepada Kerajaan Negeri? Sepatutnya mereka haruslah membuat petition kepada Kerajaan Pusat untuk membetulkan keadaan, untuk menangani masalah banjir supaya ia tidak berlaku lagi di kawasan Klang. Jadi yang petition itu saya rasa salah tuju.

Ini bala sudah turun ke Selangor. Jadi, Kerajaan Negeri Selangor selesaikanlah.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh kawan baik saya.

[Dewan riuh]

Akan tetapi dia sebagai Exco empat tahun. Ini adalah kali pertama dia bangkitkan kepada saya.

Yang Berhormat Menteri tolong jawab soalan. Memberi alasan.

Saya tujukan kepada dia, not your problem okey.

What? ...my problem?

[Dewan riuh]

Apa Menteri? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor ada minta harap kementerian memberi perhatian kepada permohonan tambah bilik darjah bagi sekolah menengah di Hulu Selangor dan SJK(T) Batang Kali. Kementerian Pelajaran akan memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun perkara tersebut perlu diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat termasuklah kemampuan kewangan semasa kerajaan. Yang Berhormat Pokok Sena ada bangkit dengan isu kenapa Tabung Haji melabur dalam saham syarikat Silver Bird. Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun 2008 Lembaga Tabung Haji (LTH) mengumumkan hasrat untuk menceburi pengeluaran produk makanan bagi memastikan sumber makanan yang halal untuk keperluan umat Islam di Malaysia. Oleh itu LTH telah membuat pelaburan dalam syarikat Silver Bird Group Bhd. untuk tujuan tersebut. Yang Berhormat Batang Sadong ada mohon supaya dapat dibina kompleks sukan komuniti di Batang Sadong. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan memang berhasrat menyediakan kemudahan sukan yang lengkap di setiap kawasan Parlimen bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalankan aktiviti sukan. Memandangkan kedudukan kewangan negara yang terhad, hasrat ini tidak dapat dilaksanakan.

Sebagai langkah permulaan, Kementerian Belia dan Sukan telah membina gelanggang futsal yang melibatkan kos pembinaan yang rendah berbanding kompleks

sukan komuniti. Untuk maklumat, pembinaan gelanggang futsal sekitar RM150 ribu sahaja, manakala bagi pembinaan kompleks sukan komuniti dianggarkan melebihi RM3 juta. Yang Berhormat Batang Sadong ada bertanya berapa banyak peruntukan untuk baik pulih yang diperuntukkan untuk Parlimen Batang Sadong dan juga melihat kemudahan kepada guru dan murid di kawasan pedalaman seperti di kawasan Sungai Iban. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian berdasarkan laporan audit fizikal yang telah dilaksanakan oleh kementerian berkaitan. Namun demikian, jika ada masih terdapat sekolah-sekolah yang tercicir dan masih memerlukan perhatian, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah memaklumkan terus kepada kementerian berkenaan termasuk senarai sekolah yang telah mendapat peruntukan. Yang Berhormat Sungai Petani bertanya mengenai isu keciciran murid peringkat sekolah dan langkah Kementerian Pelajaran menangani maslah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, antara langkah mengatasi masalah tersebut adalah memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran bagi membuka ruang kepada murid, menjadikan bidang kemahiran pilihan mereka. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di 15 buah sekolah menengah kebangsaan sebagai program rintis pada tahun 2012. Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran, bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif PAV secara umunya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti keciciran. Murid lemah sehingga hilang minat untuk belajar, murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosioekonomi dan sebagainya. Murid akan belajar bidang kemahiran seawal Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 dan dianugerahkan dengan sijil kemahiran SKM Tahap I dan Tahap II di akhir Tingkatan 3. Usaha ini akan dapat melahirkan tenaga kerja mahir negara pada usia yang lebih muda. PAV ditawarkan kepada murid-murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands on. Kurikulum PAV daripada empat komponen utama pengajian iaitu jati diri, teknologi vokasional, kemahiran vokasional dan kemahiran keusahawanan. Kurikulum ini diharap dapat menarik minat dan kecenderungan murid terutama yang lemah pencapaian akademik. KPM berkeyakinan dengan usaha yang dilaksanakan ini akan dapat mengoptimumkan potensi setiap murid dalam memiliki kebolehpasaran terutama aktiviti kemahiran, pekerjaan, employability skill dan kemahiran keusahawanan atau entrepreneurship dan jati diri atau self-esteem yang tinggi. Program ini juga akan menghasilkan hampir sembilan ribu orang murid dengan kemahiran Tahap II pada tahun 2015, seawal umur murid 15 tahun. KPM berharap dengan langkah ini akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara dan seterusnya mengatasi masalah murid yang tidak berminat dalam aliran akademik. Yang Berhormat Batang Sadong meminta untuk membina kuarters polis di Sadong Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, Pondok Polis Sadong Jaya adalah di bawah IPD Kota Samarahan, ketika ini tiada kuarters polis di pondok polis tersebut. Yang Berhormat Hulu Selangor bertanya mengenai isu status gaji minimum, Rang Undang- undang Gaji Minimum, untuk maklumat Yang Berhormat, seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat di PICC pada malam 30 Mac 2012, kadar ikut sektor tertentu telah disediakan dan kadarnya akan diberitahu oleh kementerian. Yang Berhormat Jasin ada bertanyakan berapakah bilangan pecahan mengikut kaum penerima biasiswa bagi Program Academic Medicine Center. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan penerima bagi program biasiswa perubatan universiti perdana mengikut kaum bagi tahun 2011 adalah 35 pelajar bumiputera dan 57 pelajar bukan bumiputera. Yang Berhormat Hulu Selangor ada membangkitkan mengenai isu kesesakan lalu lintas dari Rawang hingga ke Tanjung Malim dan langkah untuk mengatasinya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja untuk menaik taraf dari Taman Rimba Templer hingga ke sempadan negeri Perak iaitu sepanjang jalan persekutuan laluan satu telah dirancang untuk dipohon di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kerja-kerja menaik taraf ini termasuk jalan raya Rawang ke Tanjung Malim. Yang Berhormat Tanjung Piai

membangkitkan isu terdapat sebuah sekolah persendirian Cina yang telah mengemukakan permohonan pengecualian cukai ke atas sumbangan untuk pembinaan sekolah. Setakat ini, belum ada jawapan dikemukakan, minta status permohonan ini dimaklumkan. Untuk maklumat Yang Berhormat, jawapan bertulis akan dikemukakan kepada Yang Berhormat, berkenaan dengan kes sekolah spesifik yang dinyatakan tersebut. Yang Berhormat juga bertanya adakah sekolah persendirian Cina akan terlibat dalam pengecualian cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2012. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebelum Belanjawan 2012, pengecualian cukai diberikan hanya untuk sumbangan yang khusus untuk pembinaan rumah ibadat dan sekolah. Menerusi Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012 yang telah dibacakan kali pertama pagi tadi, pengecualian cukai juga akan dipanjangkan ke atas sumbangan yang akan digunakan untuk tujuan pengurusan sekolah dan juga rumah ibadat. Layanan-layanan cukai ini turut diberikan kepada sekolah persendirian Cina. Maklumat lanjut akan dimaklumkan semasa perbahasan rang undang-undang berkenaan. Yang Berhormat Batang Sadong membangkitkan supaya pasar ikan dibina di Sadong Jaya untuk memasarkan hasil tangkapan, memandangkan pada masa ini, kemudahan yang ada kurang sesuai. Pihak kementerian melalui LKIM ada membina pasar nelayan di kawasan nelayan misalnya di Bako dan Muara Tebas Sarawak. Berhubung dengan kawasan Sadong Jaya, pihak kementerian bersedia membina pasar nelayan sekiranya mempunyai tapak yang sesuai dan mendapat kelulusan tapak daripada kerajaan negeri Sarawak untuk digunakan.

Yang Berhormat Pasir Mas ada pandangan iaitu saranan supaya semua pelajar bumiputera mendapat 9A ke atas diberi biasiswa secara automatik. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini dasar penajaan JPA untuk tahun 2012 masih belum diputuskan oleh kerajaan. Untuk makluman mengenai dasar baru penajaan JPA akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Yang Berhormat Hulu Langat ada meminta JKR dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di Hulu Langat yang kritikal dan mencadangkan supaya tambahan lebuh raya bukan laluan daripada LIKAS terutamanya di Bandar Rinching dan Bandar Tasik Kesuma. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah pun memohon untuk meneruskan kerja-kerja pembesaran jalan dari Semenyih ke Beranang dalam rolling plan ketiga dan Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk mengatasi masalah kesesakan. Pakej ini masalah kesesakan di Bandar Rincing dan Bandar Tasik Kesuma telah diambil kira. Yang Berhormat Hulu Selangor ada bertanya isu bantuan RM100 tidak mencukupi. Untuk makluman Yang Berhormat, falsafah memberi bantuan kebajikan sehingga bukan untuk menampung sepenuhnya kos sara hidup seorang. Sebaliknya bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban buat sementara waktu sehingga penerima bantuan dapat keluar dari pada tahap kepompong kemiskinan dan mampu hidup berdikari sekali lagi. Yang Berhormat Shah Alam ada bangkit isu berkaitan dengan pembatalan penerbangan oleh MAS dan AirAsia. Untuk makluman Yang Berhormat, pembatalan penerbangan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat penerbangan MAS dan AirAsia seperti mana Yang Berhormat Shah Alam menyatakan tadi adalah merupakan commercial decision oleh kedua-dua syarikat penerbangan tersebut. Yang Berhormat Shah Alam ada juga bangkit mengenai isu mengapa CCF enjin diteruskan. Untuk makluman Yang Berhormat, antara prinsip utama rangka kerja kolaborasi komprehensif atau CCF adalah setiap syarikat penerbangan terlibat akan dapat faedah daripada perjanjian ini dan tiada pihak yang berada dalam kedudukan yang merugikan berbanding keadaan sebelumnya. Sekiranya sebelum menyertai bidang kolaborasi tertentu ada pihak mendapatinya merugikan kolaborasi dalam bidang tersebut tidak akan diteruskan. Setiap bidang kolaborasi adalah tertakluk kajian anti persaingan sebelum diteruskan. Pertukaran saham antara...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

...Perbadanan Nasional Berhad atau Khazanah Pembangunan Saham Utama, Malaysia Airlines (MAS), Tune Air Sdn. Bhd. pengembangan saham utama AirAsia Berhad pula adalah bagi memastikan kedua-dua pihak lebih komited terhadap pelaksanaan strategik di bawah CCF.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan sedikit...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Saya amat tertariklah dengan jawapan Yang Berhormat tadi mengenai dengan penukaran saham antara MAS dan AirAsia dan juga CCF ini. Akan tetapi, yang kita nampak setakat hari ini lapan bulan keadaan dalam MAS lebih teruk daripada dulu sebelum CCF ini ditandatangani pada 9 Ogos 2010. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan di dalam Dewan ini bagaimana CCF ini adalah yang satu CCF yang baik? Di mana ada online tiket ke London di mana MAS up lift itu penumpang daripada AirAsia X dengan zero fare, business class pun zero fare. Saya juga mendapati yang fare yang telah dibayar oleh AirAsia kepada AirAsia X kepada MAS adalah harga yang paling rendah daripada harga pasaran MAS ini. Jadi, apa yang MAS dapat keuntungan? Bagaimana CCF ini pegawai-pegawai yang dalam AirAsia semua masuk dalam MAS jadi cheif finance officernya, Rosman Omar, Azari Dahlan jadi ketua engineering department, Norzalida Ahmad bekasnya iaitu abangnya di dalam AirAsia juga. Akan tetapi, MAS tidak ada itu. Yang kita nampak ini lapan ke sembilan bulan ini semua tindakan yang diambil oleh MAS adalah untuk menyelamatkan AirAsia. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga jelaskan di Dewan yang mulia ini apakah CCF ini manfaatkan kepada MAS dan kenapakah kita perlu share swap untuk collaborate sedangkan dalam dunia ini kita ada dua kumpulan collaboration yang sangat besar. Star Airlines ada collaboration daripada 32 AIATA Airline. One world 20 lebih airline tetapi mereka tiada share swap. Share ‘SUAP’. Sila beri penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat ada asas dan beberapa maklumat yang telah diberi kepada Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Yang Berhormat, memang seperti yang saya kata tadi bahawa memang CCF ini adalah decision commercial dan isu-isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat tadi memang saya tidak dapat jawab pada masa ini. Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab secara bertulis ini kadang-kadang kita tidak dapat seperti minggu lepas Menteri daripada Wilayah Persekutuan...

Okey, saya janji ada. Janji...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kata begitu juga sampai hari ini tidak dapat tahu jawapan. Ini hendak cover up kah, hendak elakkan tanggungjawab?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Satu lagi saya minta penjelasan juga, di mana sama ada ini dan sebahagian daripada CCF di mana deputy group CEO of MAS boleh upgrade maidnya dengan babynya dalam first class. Sama ada ini dalam CCF kah tidak. Upgrade maidnya si Rashdan ini, upgradenya maidnya kepada first class dan babynya sedangkan adalah satu peraturan dalam MAS di mana no baby, no infant in the first class. Bolehkah maklum kepada Dewan yang mulia ini. Sekarang ini tidak ada tindakan yang diambil terhadap dia tetapi ada DI terhadap itu chief steward yang buat report ini. Inikah keadilannya, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sekali gus saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat ada minta supaya MOF diberi perhatian kepada klinik kesihatan supaya mempunyai peralatan, doktor atau ubat untuk rakyat di pekan-pekan kecil. Untuk makluman

Yang Berhormat, isu ini akan dijawab oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa perbahasan Jawatankuasa. Yang Berhormat Hulu Selangor ada membangkitkan isu iaitu cadangan untuk menubuhkan satu jabatan untuk membantu veteran ATM. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang sedia ada telah menarik perkara- perkara yang berkaitan dengan penempatan pekerjaan dan urusan yang berkaitan dengan kebajikan veteran ATM. PERHEBAT juga akan bekerjasama juga dengan JHEV bagi memastikan aspirasi kerajaan di dalam membantu bekas-bekas tentera akan tercapai.

Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Hulu Selangor ada bangkit mengenai isu cadangan pemberian ganjaran atau insentif melalui kupon berjumlah RM200 atau jumlah yang sesuai kepada anggota tentera yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun, tidak berpencen. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib veteran ATM terutamanya yang tidak berpencen iaitu berkhidmat kurang daripada 21 tahun bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka. Pihak kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah menyediakan pelbagai bantuan seperti Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan serta Skim Tuntutan Bayaran Balik Kemudahan Perubatan. Yang Berhormat Maran ada memohon sekolah berasrama penuh di kawasan Parlimen Maran. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini sekolah berasrama penuh yang sedia terdapat di negeri Pahang dan yang berhampiran masih boleh menampung keperluan tersebut. Di samping itu, sekolah-sekolah harian di kawasan berkenaan juga menawarkan kelas-kelas tawaran khas untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Namun demikian, Kementerian Pelajaran akan meneliti keperluan berkenaan dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Maran ada membangkitkan bilakah hospital akan dibina di Maran dan berapakah kos yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, Hospital Maran akan dibina secara PFI dan masih di dalam perbincangan. Yang Berhormat Sungai Petani ada membangkit adakah anggota RELA telah didedahkan dengan latihan. Untuk makluman Yang Berhormat, anggota-anggota RELA dilengkapkan dengan latihan dan kursus bagi anggota-anggota yang baru berdaftar sebagai anggota RELA. Mereka disediakan kepada kursus pengenalan RELA selama sehari. Selain itu, kursus-kursus lanjutan turut diberi kepada anggota RELA yang telah berkhidmat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan antaranya adalah seperti berikut: (i) Kursus Asas RELA; (ii) Kursus Ketua Platun RELA; (iii) Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim; (iv) Kursus Asas Jurulatih; (v) Kursus Kepimpinan Pengurusan RELA; (vi) Kursus Asas Strategik Keselamatan; (vii) Kursus Platun Bantuan Khas; (viii) Kursus Pemantapan Kawat; dan (ix) Kursus Pancaragam. Yang Berhormat Kinabatangan ada bertanya apa syarat tayangan di panggung wayang. Filem tempatan hanya satu minggu ditayangkan di pawagam. Mohon kementerian campur tangan dan membincang perkara ini dengan pihak pawagam. Untuk makluman Yang Berhormat, mulai 24 Mei 2012, Finas akan menguatkuasakan syarat baru di bawah Skim Wajib Tayang iaitu tayangan dua filem tempatan akan ditayangkan serentak pada hari yang sama pada setiap minggu. Ini bermakna dalam sebulan akan ada lapan filem tempatan baru yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Perkara ini tidak

dapat dielakkan kerana berlakunya pertambahan bilangan filem tempatan dan selari dengan perkembangan dalam industri perfileman tanah air sejak kebelakangan ini. Tempoh tayangan sesebuah filem selama 14 hari atau dua minggu masih dikekalkan. Antara syarat baru Skim Wajib Tayang untuk filem tempatan ialah pihak pawagam akan meneruskan tayangan sesebuah filem itu lebih dari tempoh yang ditetapkan sekiranya 30% panggung dipenuhi penonton. Akan tetapi, tayangan boleh dihentikan jika audience atau penonton yang memenuhi panggung kurang daripada 15% daripada kapasiti panggung tersebut dalam mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Finas. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah membangkitkan isu berkaitan 1MDB. Untuk makluman Yang Berhormat, didapati Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah tersalah fakta atau kurang faham dengan situasi sebenar. Transaksi tanah Sungai Besi adalah amat berlainan sekali dengan transaksi tanah di Bayan Mutiara. Tanah Sungai Besi dibeli oleh sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Tanah Bayan Mutiara yang kononnya open tender sebenarnya telah dibeli oleh syarikat persendirian. Walau bagaimanapun, biarlah saya menerangkan keadaan sebenar transaksi tanah Sungai Besi. Kita perlu melihat transaksi ini dengan menyeluruh, bukan hanya memfokus kepada pembelian dan penjualan tanah sahaja. Ini adalah kerana ianya adalah projek kerajaan yang didukung oleh syarikat milik penuh kerajaan. Bagi pengetahuan Yang Berhormat, transaksi tanah di Sungai Besi melibatkan bukan sahaja pembelian, penjualan tanah, tetapi ia melibatkan juga pemindahan, pembinaan kem-kem baru di sembilan lokasi dan penempatan semula Kem Sungai Besi di ke semua lokasi tersebut. Kos projek ini adalah sebanyak RM2.718 bilion. Kos ini dikongsi bersama di antara 1MDB dan kerajaan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara membangkitkan kos RM1.178 bilion yang dikatakan dibayar oleh kerajaan kepada 1MDB, ini adalah fakta yang salah dan tidak bertanggungjawab dari Yang Berhormat. RM1.17 bilion adalah bahagian kos yang dikongsi oleh kerajaan daripada jumlah keseluruhan RM2.718 bilion.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Harga RM74 kaki persegi seperti yang dituduh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengenai kos penjualan tapak tanah Sungai Besi adalah satu spekulasi sepertimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dalam perbahasan penggulungan Bajet 2012 peringkat jawatankuasa. 1MDB akan menanggung RM1.6 bilion daripada jumlah kos di lokasi Tentera Udara Diraja Malaysia dan pangkalan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia. Ini termasuk juga kos pembelian tapak-tapak baru. Pihak kerajaan pula akan menanggung RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan kos sebanyak RM2.718 bilion.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

So saya tidak kelirukan Dewan lah.

Berkenaan dengan keuntungan yang disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, 1MDB akan membuat keuntungan tersebut. Walau bagaimanapun, ia bukanlah seperti yang dituduh atau dinyatakan oleh Yang Berhormat. Keuntungan 1MDB diperoleh daripada keuntungan nota Murabahah dan penilaian semula hartanah. Keuntungan ini adalah nyata dan mengikut standard perakaunan antarabangsa atau international accounting standard yang memerlukan sesebuah syarikat itu melaporkan sebarang perubahan nilai di dalam hartanahnya. 1MDB is bound by the straight accounting standard to revalue the land since the land is now no more an army base but a commercial land. The evaluation was done by independent third party valuation, dengan izin. Itulah jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab semua perkara dan saya ucapkan...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Minta penjelasan.

Terima kasihlah kepada semua Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Boleh minta penjelasan. Tidak bagi penjelasan. Kata saya menyelewengkan Dewan, tapi tidak bagi penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kata saya menyeleweng tidak bagi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ada kemukakan berkenaan Peraturan Mesyuarat 68 yang saya sudah bacakan tadi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan itu hanya akan diberikan esok. Bermakna kita masih ditanggung satu penerangan tentang beberapa bentuk perbelanjaan yang kita tidak dapat putuskan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ini belum siap lagi Yang Berhormat kita ada lagi Jawatankuasa. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi di peringkat ini kita anggap peringkat ini telah diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau kita sudah kata setuju, bermakna setujulah apa lagi? [Ketawa]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi apa keputusan tentang Peraturan Mesyuarat 68 ini?

Tuan Yang di-Pertua

Cuba Yang Berhormat baca sebab bukan saya MC. Cuba 68. Sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

“Pada tiap-tiap kali mesyuarat Majlis hendaklah dikeluarkan oleh seorang Menteri suatu penyataan menerangkan apa-apa butir perbelanjaan segera yang tidak dapat diagakkan yang telah dikeluarkan wang dari Kumpulan Wang Luar Jangka kerana menepati perbelanjaan itu menurut seksyen kecil (3), seksyen 11 dalam Undang-undang Peraturan Kewangan, tahun 1957, bagi tempoh sebelum mesyuarat itu.” Jadi dokumen ataupun penerangan tentang butir-butir perbelanjaan tersebut memang ada dikemukakan kepada kita. Akan tetapi saya bangkitkan persoalan tentang jumlah yang diletakkan ini melebihi daripada yang tersedia. Jadi persoalannya dari mana baki yang terkurang itu diambil. Yang Berhormat Menteri kata hendak jawab esok.

Tuan Yang di-Pertua

Esoklah. Esoklah sebab Yang Berhormat kalau pun ada kepincangan apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu, tidak bermakna apa yang kita discuss hari ini akan menidakkan segala keputusan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Kan ada Peraturan Mesyuarat 99 kalau tidak silap saya. So it still proper.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Kalau begitu boleh saya katakan esok saya dapat menerima jawapan itu daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Kalau pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jaminan okey.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh ya? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya ulang balik, saya ulang balik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus sembilan puluh sembilan juta empat ratus tujuh ribu dan dua ringgit (RM1,999,407,002) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2011 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2011 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2012 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 5 April 2012. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.24 petang.