Dewan Rakyat · 5 April 2012

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 1,376 turns · 40,789 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu · question

1. Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah yang telah menjadi ahli Briged Sukarelawan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan nyatakan sejauh manakah penubuhan pasukan Briged Sukarelawan ini dapat memantapkan Gagasan 1Malaysia.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Februari 2012 yang lalu. Setakat ini, seramai 33,519 orang telah mendaftar sebagai ahli briged dan jumlah tersebut dijangka akan terus bertambah dengan adanya kemudahan pendaftaran dalam talian atau online yang disediakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara. Berhubung peranan BSKN dalam memantapkan Gagasan 1Malaysia saya ingin memaklumkan bahawa penubuhan BSKN adalah untuk meluaskan pencapaian objektif pembangunan modal insan supaya tidak terbatas kepada remaja yang menjalani latihan PLKN sahaja. Sebaliknya, ia mencakupi bekas pelatih PLKN yang telah dewasa dan masih mahu menyumbang khidmat bakti kepada anggota masyarakat secara sukarela tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan adanya sifat dan sikap kesukarelaan dan saling membantu ia sudah tentu akan memantapkan lagi persefahaman dan perpaduan antara kaum.

Tuan Haji Mohd. Nor OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri menjawab soalan saya. Dulu masyarakat kita penuh dengan semangat kesukarelaan. Banyak perumpamaan dikemukakan umpamanya ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, ’ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’. Akan tetapi sayang Tuan Yang di-Pertua, sayang seribu kali sayang, semangat kesukarelaan dan bekerjasama ini hampir luntur dalam masyarakat kita akibat angkara setengah-setengah pihak yang berkepentingan menyebarkan budaya fitnah dan boleh membenci di antara satu sama lain. Tentulah kita amat berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pertahanan kerana berusaha menghidupkan kembali semangat kesukarelaan dan kerjasama ini. Hampir 140,000 orang pelatih PLKN telah dihasilkan yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM700 juta. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah yang dijangka manfaat atau faedah-faedah yang diperolehi dengan penubuhan briged yang kita tubuhkan ini. Apakah hala tujunya serta halangan cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam merealisasikan cita-cita suci murni ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, inilah soalan mantap daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu yang diharapkan oleh Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, saya ingin menyebutkan bahawa penyertaan pelatih-pelatih PLKN telah meningkat begitu ramai sebenarnya bukan sekadar 140,000 orang sebagai yang disebutkan tadi. Ia berjumlah 629,052 orang. Itu pun setakat 29 Februari yang lalu tetapi akan ada pengambilan kedua dan ketiga untuk tahun ini.

Perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM4.36 bilion ini satu jumlah yang besar. Tentunya kita semua rakyat Malaysia pemimpin parti apa pun yang mahukan negara ini sebagai negara yang maju menjelang tahun 2020, mengharapkan rasa kesukarelawanan ini terus diterjah ke persada masyarakat terutamanya di dalam Briged Kesukarelawan Khidmat Negara yang diharapkan supaya menyumbangkan minda kepada masyarakat dan juga guna tenaga secara tidak langsung bagi memangkinkan pembangunan rohaniah dan jasmaniah kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, pada hemat kerajaan khidmat kesukarelawanan ini akan dapat mewujudkan semangat kerjasama, bantu-membantu dan juga mewujudkan perpaduan di antara pelbagai kaum di kalangan generasi muda. Ia juga secara tidak langsung akan dapat mengikis sifat mementingkan diri di kalangan para remaja dan mewujudkan kesedaran terhadap kesusahan atau penderitaan orang lain apabila mereka turun ke akar umbi untuk membantu masyarakat pada keseluruhannya.

Dengan adanya briged ini juga kita harapkan ianya akan dapat membantu mempercepatkan pemulihan selepas sesuatu bencana yang berlaku. Ianya juga diharap dapat membentuk sahsiah ataupun keperibadian yang baik dan jati diri yang unggul pada mereka yang menyertai PLKN ini dan kemudian BSKN. Kita mengharapkan hala tuju yang telah digarapkan oleh kerajaan ialah di peringkat pertama, kita harap proses pendaftaran yang akan dijalankan sedang segera. Peringkat kedua, latihan-latihan cara intensif akan dapat disegerakan dan akhirnya di dalam perkara pelaksanaan walaupun jumlahnya agak sedikit setakat ini tetapi kita yakin pelaksanaannya telah dimulakan apabila banjir berlaku di Tenang tahun yang lalu dan di kawasan Ampang dan Hulu Langat baru-baru ini. Mereka terlibat bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan saya mengharapkan agar tidak berlaku lagi kebanjiran di kawasan berkenaan kalau Kerajaan Negeri Selangor ditukar nanti.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memohon, apakah kementerian Yang Berhormat boleh menangguhkan pelaksanaan PLKN untuk meneliti semula pelaksanaannya. Oleh sebab ada laporan menyatakan bahawa kematian telah dikenal pasti, kematian R. Vinoth pelatih Kem Terkok itu adalah berpunca daripada kencing tikus yang sebelum ini dinafikan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara. Sejak pelaksanaan ia telah menyebabkan 19 nyawa pelatih diragut atau mati dan ia menggunakan pakai – tadi Yang Berhormat kata RM4.3 bilion sejak pelaksanaan demi untuk keselamatan pelatih-pelatih ini dan juga mungkin boleh menjimatkan kos PLKN ini, modul-modulnya ini boleh diserapkan dalam sistem pendidikan. Memupuk nilai-nilai disiplin ini boleh diserapkan di alam sekolah, sukarelawan, tindakan negara. Ini saya percaya boleh dilaksanakan apabila anak-anak kita di bangku sekolah lagi. Jadi, apakah Yang Berhormat dan kementerian boleh mempertimbangkan untuk menangguhkan PLKN sementara, mengkaji semula pelaksanaannya atau keperluannya untuk meneruskan PLKN ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah telah melontarkan sesuatu yang amat luar biasa iaitu dengan hasrat untuk menangguhkan latihan PLKN. Pada saya itu merupakan satu langkah yang agak ke belakang. Kita harus menuju ke arah hadapan biarpun kita ketahui tiap-tiap sesuatu yang baru itu pasti adalah masalah termasuk soal kematian yang telah berlaku seramai 19 orang daripada 600,000 lebih yang telah menyertainya. Kita yakin pihak Jabatan Khidmat Negara telah mencuba sedaya upaya melaksanakan 100% SOP yang telah ditentukan. Kami di Kementerian Pertahanan memastikan supaya tidak ada sebarang masalah kesihatan berlaku disebabkan oleh kelemahan-kelemahan pentadbiran dan masalah kebersihan. Oleh yang demikian, kami tidak berkompromi sama ada dengan komandan, jurulatih ataupun pihak yang menjadi operator kepada kem berkenaan. Oleh yang demikian apa yang berlaku di Kem Sungai Siput baru-baru ini, lab to test telah dilakukan dan didapati bahawa tidak ada berlaku pencemaran di kawasan latihan air di kem berkenaan. Ini telah dilakukan bukan sahaja oleh kami tetapi oleh Jabatan Kesihatan dan mendapati bahawa kematian itu adalah disebabkan oleh faktor yang tidak kena-mengena masalah kencing tikus yang berkenaan. Kita amat bersimpati dengan

keluarga mendiang dan kita harap perkara ini diterima sebagai satu hakikat dan kita telah mencuba sedaya mungkin yang boleh bersama-sama dengan rumah sakit di Sungai Siput untuk mendiang dapat diselamatkan tetapi takdir telah menentukan beliau meninggalkan kita terlebih dahulu. Walau bagaimana pun Yang Berhormat, kita akan pastikan dan tidak ada kompromi untuk menentukan sebarang permasalahan kesihatan dilakukan. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan bukan sahaja menghentikan latihan- latihan perairan malah saya menentukan pada kali ini kem PLKN di Sungai Siput itu ditutup dan tidak mengambil peserta pada pengambilan kali ini. Ini keputusan muktamad yang telah saya lakukan. Terima kasih Yang Berhormat.

[Soalan No. 2 – Y.B. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) tidak hadir]

Lilah bin YasinUMNO · BNJempol · question

3. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) berapakah nilai rampasan dadah sepanjang tahun 2011; dan (b) jumlah tangkapan yang dibuat, jumlah didakwa dan berapakah yang telah disabit dengan kesalahan mengedar dadah.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Jempol bagi soalan (a). Sepanjang tahun 2011 pihak Polis Diraja Malaysia telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM243.32 juta. Bagi menjawab soalan (b) pula, dalam tempoh yang sama PDRM telah menangkap seramai 167,001 orang kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah narkotik. Hasil daripada tangkapan tersebut sebanyak 138,032 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 59,673 daripada kertas siasatan tersebut telah dituduh di mahkamah. Bagi jumlah yang telah disabitkan kesalahan berdasarkan kepada rekod pihak PDRM, sebanyak 349 kes telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman sepanjang tahun 2011. Terima kasih. Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan dengan langkah-langkah drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan isu ataupun langkah membanteras kegiatan pengedaran dadah di Malaysia supaya menghapuskan tanggapan negatif kononnya Malaysia adalah merupakan hub kepada pengedar dadah. Yang kedua, berkaitan dengan itu juga Malaysia kadangkala dianggap sebagai negara transit kepada sindiket penyeludupan dadah. Mereka-mereka yang ditangkap dan disumbatkan ke penjara seluruh dunia menjadi keldai dadah juga. Maklumat menunjukkan bahawa mereka itu semua dilatih di Malaysia. Apakah tidak ada usaha-usaha yang kukuh, mantap, lebih profesional supaya kita dapat membanteras isu pengedaran dadah supaya kita dapat mengurangkan penagih-penagih dadah sekali gus meringankan penderitaan anak-anak penagih dadah dan keluarga mereka.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jempol. Pertama, saya ingin menyentuh berkaitan dengan langkah-langkah membanteras dadah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa melalui PDRM, di mana langkah-langkahnya adalah seperti berikut: (i) meningkatkan pemeriksaan rapi di pintu-pintu masuk utama, sempadan negara dan lapangan terbang terhadap individu atau sindiket yang berpotensi dan dikenal pasti terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah;

(ii) menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi penguat kuasa negara-negara asing untuk bertukar maklumat risikan dan kemahiran dalam menangani masalah ini dan (iii) mendekatkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Unit Pencegah Penyeludupan untuk memperketat lagi kawalan di pintu-pintu masuk negara kita. (iv) memberikan taklimat kesedaran kepada petugas-petugas di pintu- pintu masuk sempadan negara serta pengurus lapangan terbang dan syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini mengenai modus operandi kemasukan dadah oleh pengedar-pengedar dadah serta sindiket dadah antarabangsa. (v) diwujudkan kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan profil penumpang pesawat yang disyaki sebagai courier dalam pengedaran dadah ini. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan negara kita yang dianggap sebagai negara transit dan juga sebagai hab dalam pengedaran dadah ini yang mana langkah- langkah tegas telah diambil untuk memastikan anggapan ini adalah anggapan yang tidak benar. Di mana tindakan-tindakan yang diambil ialah seperti berikut: (i) Menjalinkan hubungan kerjasama antarabangsa dengan pelbagai agensi penguat kuasa negara-negara asing untuk bertukar-tukar maklumat, risikan dan juga kemahiran dalam menangani masalah ini; (ii) mengambil tindakan pencegahan ke atas sindiket di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985; (iii) mengadakan program-program kesedaran kepada orang ramai terutamanya golongan belia melalui sebaran-sebaran am, media cetak, media elektronik supaya tidak mudah terpedaya dengan janji-janji yang dibuat oleh sindiket-sindiket; dan, (iv) memberikan kesedaran melalui ceramah-ceramah dan kempen kepada pihak-pihak yang terlibat dan seterusnya mendedahkan trend yang kita lihat daripada segi modus operandinya yang sering digunakan oleh sindiket supaya mereka yang terlibat dapat mengetahui untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam usaha kerajaan mencegah dan membanteras kegiatan dadah ini, saya ingin bertanya adakah menghisap gam ini sudah dimasukkan sebagai kegiatan dadah? Ini disebabkan ia semakin teruk dan ramai pemuda-pemudi disabitkan dengan menghisap gam. Ini saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sedia maklum. Adakah benar pada setakat ini tidak ada akta atau undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap mereka? Saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Berkaitan dengan hisap gam ini bahawa kerajaan memang sedar bahaya berkaitan dengan menghisap gam. Walau bagaimanapun, oleh kerana dalam masalah gam ini kerana gam ini digunakan dalam industri secara meluas, jadi oleh kerana itu kita perlu membuat kajian secara lebih terperinci supaya hanya – jika kita tidak ada perincian dalam mewujudkan akta ini, ia boleh memberi kesan pada ekonomi kita. Oleh kerana itu, pada hari ini belum ada lagi akta berkaitan dengan menghisap ataupun menghidu gam untuk sementara ini. Walau bagaimanapun, pihak agensi telah pun mengemukakan draf kepada pihak berkuasa untuk meneliti berkaitan dengan draf ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya soalan tambahan?

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Mohon soalan tambahan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Subang tadi tidak ada.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun dahulu tadi.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Khusus Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebab ada...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terus sahaja tentang isu kes kerana memang semalam delegasi ada Georgia.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya pun hendak bertanya juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dua-dua duduklah Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. Terus pada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kelmarin pun saya sebut macam ini juga Yang Berhormat. Kalau setiap seorang ada berdiri minta soalan tambahan ini, banyak soalan tambahan selepas ini. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Subang tidak hadir dalam Dewan.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Banyak masa Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi Yang Berhormat...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kalau begitu, saya pohon.

[Soalan No. 4 – Y.B. Tuan R. Sivarasa (Subang) tidak hadir]

Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang · question

5. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian dalam menggalakkan golongan penyelidik meningkatkan mutu R&D mereka supaya lebih mudah dikomersialkan dan apakah ganjaran yang diberikan kepada mereka yang berjaya.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan lebih banyak hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dikomersialkan bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara. Bagi tujuan ini, ekosistem R&D telah dan sedang dimantapkan agar galakan sewajarnya dapat diberikan kepada para penyelidik untuk meningkatkan mutu R&D mereka bagi memastikan R&D berorientasikan pasaran serta mempunyai impak yang tinggi. Dalam masa itu, langkah-langkah yang telah digunakan oleh pihak kerajaan adalah: (i) menyediakan dana-dana seperti TecnoFund, InnoFund, ScienceFund, Dana Pengkomersialan R&D ataupun CRDF, Dana Technology Application Programme (TAP@MOSTI) dan Dana Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). MOSTI

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

telah menetapkan mekanisme bagi memastikan penerima dana TecnoFund, InnoFund dan ScienceFund untuk menepati kriteria- kriteria tertentu dalam usaha untuk meningkatkan kualiti R&D yang dijalankan; (ii) menyediakan kemudahan seperti inkubator di Technology Park Malaysia (TPM), BiotechCorp., Multimedia Development Corporations (MDeC), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan SIRIM Berhad serta pusat pengujian dan SIRIM Berhad dan MIMOS Berhad; (iii) menjalankan sesi pemadanan perniagaan antara pihak penyelidik dan pihak industri dengan kerjasama agensi-agensi di bawah MOSTI seperti SIRIM, Technology Park Malaysia, MTDC, BiotechCorp., MIMOS dan Multimedia Development Corporations; (iv) menggalakkan kolaborasi antara MOSTI melalui agensi- agensinya seperti IPharm, MGI, ABI, SIRIM, BiotechCorp., MDeC dan TPM dengan penyelidik pihak universiti-universiti penyelidikan dan industri; (v) menjalankan khidmat nasihat dan bimbingan seperti yang dijalankan oleh TPM bagi pembangunan usahawan bioteknologi herba; (vi) melancarkan pangkalan data yang dikenali sebagai Knowledge Resources for Science and Technology Excellence Malaysia bagi membantu penyelidik mengenal pasti maklumat mengenai pakar dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh penyelidik tempatan. Top Research Scientist Malaysia, dengan izin atau TRSM pula dilancarkan bagi memberi pengiktirafan dan showcase pencapaian penyelidik tempatan sebagai role model, dengan izin kecemerlangan, mentor kepada generasi akan datang dan pemimpin untuk memacu agenda STI negara; dan (vii) penganjuran pameran-pameran produk ataupun teknologi R&D tahunan oleh institusi-institusi penyelidikan dan IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sempena Hari Harta Intelek dan Pertubuhan- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Malaysian Invention and Designs Society (MINDS) dan Persatuan Penyelidik dan Saintis Malaysia (MARS). Tuan Yang di-Pertua, sebagai ganjaran kepada penyelidik-penyelidik yang telah berjaya, kerajaan telah memperkenalkan insentif di bawah dasar pengkomersialan harta intelek bagi projek R&D yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, mereka layak dibayar RM500 bagi pendedahan ciptaan ataupun dengan izin, disclosure invention, RM5,000 bagi pemfailan paten dan RM10,000 apabila paten didaftarkan ataupun granted.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Selain itu penyelidik atau pencipta juga layak menerima perkongsian ganjaran atau kekayaan apabila ciptaan mereka dikomersialkan. Perkara ini juga dimuatkan dalam garis panduan permohonan dana TechnoFund, InnoFund dan ScienceFund yang telah dikemaskinikan pada 1 Januari 2012. Selain daripada itu anugerah juga diberikan kepada saintis seperti pertama National Innovational Award. Kedua, Anugerah Inovasi Penyelidikan Sektor Awam dan Sektor Swasta. Ketiga, MTSF Science and Technology Award. Keempat, Anugerah Sains Negara. Kelima, National Young Scientist Award. Keenam, Malaysian Nuclear Innovation Award. Ketujuh, Anugerah Juruteknologi Negara 2012 dan akhirnya Mahathir Science Award, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat hari ini kita cuba bertanya jangan buat komen, input berlebihan, kita hendak tengok berapa banyak yang kita boleh achieve dalam 71 soalan pada hari ini yang diutamakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya juga meminta Yang Berhormat Menteri menjawab, tidak perlu membaca panjang-panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah daripada banyak-banyak yang disebutkan tadi dengan penuh keyakinan, bagaimana hasil R&D itu boleh dekat dengan masyarakat di luar bandar iaitu masyarakat desa dan sekali gus dapat membantu mereka turut terlibat dalam pengilangan dan sebagainya dan sekali gus meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan serta dapat menjalankan atau merealisasikan satu pembangunan dan kemajuan yang holistik dan sekali gus dapat lebih meyakinkan semua perkara itu berjalan di seluruh negara dan rakyat dapat menerima dengan baik? Sekian terima kasih.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Untuk komuniti, beberapa perkara yang kita telah lakukan ialah pertama dari segi dana, untuk mereka membuat research, di bawah kementerian kita ada mewujudkan apa yang dikatakan Community Innovation Fund. Community Innovation Fund ini mereka boleh memohon sehingga ke RM500,000 untuk geran membuat research mereka dan ini layak untuk digunakan oleh sama ada enterprise, koperasi ataupun mana-mana badan yang diiktiraf ataupun diluluskan oleh kerajaan. Maka mereka boleh memohon di mana tujuannya ialah untuk mereka membangunkan sama ada equipment, membuat free clinical trial dan juga membuat pemfailan paten. Manakala untuk individu, mereka boleh memohon sehingga ke tahap RM50,000 itu adalah dari segi dana di peringkat komuniti ataupun di peringkat masyarakat dan apa yang kita lakukan juga ialah untuk memberikan khidmat nasihat seperti yang saya katakan tadi dan kita telah mewujudkan berapa inkubator. Contohnya, kalau di bawah MTDC kita mengadakan inkubator di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipanggil UKM-MTDC, kedua Universiti Putra Malaysia UPM-MTDC dan ketiga Universiti Teknologi Malaysia UTM- MTDC Inkubator. Di Teknologi Park yang dikhususkan untuk bidang bioteknologi ialah di Bukit Jalil dan juga di Raub Pahang untuk perusahaan kecil herba dan insya-Allah di Perlis nanti perusahaan kecil herba dan juga untuk produk pertanian. SIRIM kita ada di Shah Alam, di Salak Tinggi dan juga semua cawangan-cawangan SIRIM di Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu, Johor dan Melaka. Manakala National Institute Biotechnology Malaysia, kita ada inkubator dan juga makmal guna sama ataupun shared services di IPharm di Pulau Pinang, MGI di Bangi, ABI di Serdang. Sementara Multimedia Development Corporation mewujudkan Malaysia Technology Commercialization di Multimedia University di Cyberjaya dan kita telah mewujudkan juga innospace yang berada di Melaka, di Kota Kinabalu, di Sarawak dan juga di Labuan. Ini untuk mereka apabila mereka ada produk-produk yang hendak dibangunkan boleh mendapatkan technical advise bagaimana mereka boleh membuat ujian makmal, bagaimana mereka boleh membangunkan produk lagi dan bantuan dan sokongan daripada para saintis dan teknologi yang telah saya nyatakan di tempat-tempat yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

[Soalan No. 6 – Y.B. Dr. Hatta bin Md Ramli (Kuala Krai) tidak hadir]

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada mangsa banjir di Sarawak juga akan diberi bantuan wang ihsan banjir selepas banjir melanda negeri itu pada akhir tahun 2011.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, semua mangsa banjir bagi musim banjir pada bulan November tahun lalu sehingga bulan Februari tahun ini di semua negeri yang terlibat termasuk Negeri Sarawak telah diberikan bantuan wang ihsan tersebut. Majlis Agihan Wang Ihsan bagi Negeri Sarawak telah dan sedang diadakan bermula daripada 22 Februari tahun ini yang akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta, itu sahaja sekian terima kasih.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memang mengaku apabila soalan ini disediakan belum lagi diagihkan wang tersebut tetapi saya hendak bertanya mengenai cara persetujuan untuk mengagihkan wang ihsan banjir ini, sebab apa yang dilakukan ialah mereka yang berpindah ke tempat pemindahan banjir ini diberikan wang ihsan tetapi mereka yang tidak berpindah tidak diberikan, padahal mereka tidak digalakkan untuk berpindah. Jadi ramai yang merungut kerana mereka yang tidak berpindah disebabkan tempat perpindahan itu tidak mencukupi misalnya di kawasan saya salah satu daripada kawasan banjir iaitu di bawah Sadong Jaya, ada seramai 4,000 lebih yang affected dengan izin. Namun yang berpindah hanya berapa ribu kerana mereka tidak digalakkan untuk berpindah kalau ada tempat untuk saudara mereka yang mempunyai rumah yang bertingkat, mereka boleh menumpang ataupun kalau rumah mereka kalau dua tingkat boleh berpindah ke atas. Akan tetapi kerosakan dan kerumitan yang dialami adalah sama. Jadi saya hendak bertanya kalau boleh mereka juga diberikan penerima wang ihsan banjir ini, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Sadong di atas soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa pada masa banjir, pihak berkenaan akan menyediakan pusat pemindahan kepada mangsa banjir. Dalam keadaan yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi di Sadong Jaya yang melibatkan seramai 4,000 orang, biasanya susahlah bagi pihak berkenaan untuk menyediakan pusat pemindahan yang dapat menampung begitu ramai mangsa. Jadi ada yang digalakkan untuk tinggal bersama saudara mara ataupun kawan ataupun sekiranya keadaan tidak terlalu mencemaskan, mereka masih boleh tidak berpindah tetapi mereka yang tidak berpindah itu tetapi layak mendapatkan wang ihsan boleh memaklumkan kepada pihak JKKK dan juga pihak pejabat daerah dan daftarkan kepada mereka di atas nama mereka. Kemudian pihak JKKK akan mengesahkannya kepada pihak JKN dan wang Ihsan itu akan disalurkan apabila pengesahan telah pun dibuat di atas nama itu. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, banyak juga penipuan yang telah berlaku di mana terdapat nama bertindih dan kadangkala nama dan alamat bertindih ataupun kesemua ahli keluarga yang memohon untuk mendapatkan wang ihsan tetapi secara dasarnya pihak kerajaan hanya memberikan wang ihsan kepada ketua keluarga mangsa. Jadi disebabkan itulah kadang kala berlaku masalah sebegini, sekian terima kasih.

Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan · question

8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah jumlah bilangan guru sandaran di SJK(C) dan cara penyelesaian kekurangan guru-guru sandaran di SJK(C).

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa peka terhadap isu kekurangan guru di SKJ(C) negara ini dan sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun ini kekurangan guru terlatih di SKJ(C) adalah hanya seramai 1,874 orang.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Daripada jumlah ini, Kementerian Pelajaran telah melantik sejumlah 1,482 orang guru interim untuk mengisi kekosongan tersebut pada awal tahun. Selebihnya iaitu 392 orang akan dilantik segera oleh guru besar sekolah yang terlibat. Perkhidmatan guru interim ini akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah tersebut kelak. Sebagai kerajaan yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan telah dan sedang pun diambil untuk menangani masalah kekurangan guru di SJK(C). Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menangani isu kekurangan guru di SJK(C) sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri. Langkah ini adalah bukti kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan segera dan efektif.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Justeru, melalui jawatankuasa berkenaan juga, beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Di samping itu, pemantauan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat ditangani sepenuhnya. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kekurangan guru sandaran di SJK(C) berpunca daripada kegagalan kementerian untuk melatih guru-guru setiap tahun. Saya rasa apa yang telah dituntut oleh Dong Jiao Zong pada 25 Mac, di mana setiap tahun keadaan ini berulang, di mana selama ini Kementerian Pendidikan langsung tidak mengambil perhatian tentang keadaan yang serius ini. Setiap tahun kita dapat kompelin daripada Dong Jiao Zong. Bukan sahaja kekurangan guru akan tetapi guru-guru yang tidak tahu bahasa Cina yang dihantar ke SJK(C). Soalan saya, saya rasa selama ini jawatan yang dipegang oleh Parti MCA ini... [Disampuk] Untuk jawatan Timbalan Menteri Pelajaran, saya tidak nampak walaupun MCA selama ini mengatakan boleh membantu menyelesaikan keadaan kekurangan guru di SJK(C). Saya tidak nampak Parti MCA boleh membantu walaupun memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran. So, saya cadangkan supaya Timbalan Menteri ini letak jawatan seperti yang disarankan oleh Dong Jiao Zong. Begitu juga, saya rasa Yang Berhormat Bintulu lebih layak untuk jadi Menteri Pelajaran. Soalan tambahan saya, adakah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya minta tadi kalau – tidak payahlah ucapan politik Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Soalan tambahan saya, adakah kementerian akan mengadakan semula kursus dalam cuti untuk melatih guru-guru sandaran ini supaya mereka boleh jadi guru-guru yang layak di SJK(C)? Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi, nampaknya Yang Berhormat tidak berapa faham masalah GSTT ini. Saya akan huraikan satu persatu dakwaan Yang Berhormat terhadap kerajaan. Pertama, Yang Berhormat mengatakan masalah kekurangan guru. Ya, kita berdepan dengan masalah kekurangan guru. Bukan sahaja di SJK(C), SJK(T) dan malahan SMK juga kita menghadapi masalah. Okey, itu pertama saya hendak beritahu Yang Berhormat. Kedua, Yang Berhormat sentiasa membuat satu hujah politik. Nampaknya ini gagal, itu gagal. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Semasa saya masuk ke kementerian ini pada tahun 2009, seramai 4,991 orang yang kita kurang, kekosongannya ialah 4,991. Tahun berikutnya, 3,043 orang dan tahun lalu, 2,720 orang dan pada tahun ini 1,874 orang. Ini bukan sesuatu angka yang boleh dikurangkan seperti turun dari langit Yang Berhormat, kalau tidak ada usaha dijalankan. Itu yang pertama. Kenapa jawatankuasa khas ini ditubuhkan oleh Kabinet? Ini kerana kita memandang serius kita hendak selesaikan masalah ini. Yang Berhormat, dalam tempoh sepuluh tahun, kita mengakui bahawa dari segi perancangan, dari segi norma perjawatan itu juga merupakan satu parameter yang patut diambil. Oleh sebab itulah pada kali ini kita mengambil kira kesemua ini. Kalau kita lihat kenapa berlakunya satu keadaan kenapa mereka kata hampir selesai. Selepas kita mendapat pertambahan jawatan, apabila norma perjawatan dinaikkan kepada 0.2, bermakna secara serta merta kita akan naikkan. Saya beri satu contoh. Kalau sekolah 15 tahun yang lalu tidak ada guru kaunseling dan pemulihan, selepas kita buat satu pelantikan setiap sekolah ada satu, tiba-tiba jawatan ini adalah di luar norma iaitu seribu lebih, 1,294 tempat akan diwujudkan. Jadi, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, ini adalah satu isu yang patut kita lihat secara holistik. Oleh sebab itulah Yang Berhormat saya hendak maklumkan, Yang Berhormat mengatakan di Perhimpunan 325 – saya hadir bersama. Apa yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, sebelum itu pun pemimpin Dong Jiao Zong datang membuat meja bulat. Selepas Perhimpunan 325 pun datang balik ke kementerian. Saya minta Yang Berhormat baca, tidak tahu bahasa apa sekalipun semua surat khabar ada, apa kenyataan

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Sudah jelas dapat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat buat satu tuduhan yang serius, kerana kita menghantar guru yang tidak fasih bahasa Cina. Ini adalah sesuatu perkara yang mungkin orang luar tidak faham, dia boleh buat dakwaan itu. Akan tetapi saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, apabila kita memikirkan tentang latihan guru, seperti mana yang telah dipersetujui oleh semua stakeholders baru-baru ini – sebelum ini untuk bahasa Inggeris ramai yang kata kita tidak mahu hantar guru bahasa Inggeris yang tidak boleh fasih dalam dwi bahasa. Tiba-tiba apabila kita hantar TESL yang mereka ini graduate daripada universiti luar ataupun IPTA, inilah guru yang diperlukan. Di negara China sekalipun kalau mereka hendak belajar bahasa Inggeris, guru itu tidak diambil semata-mata daripada negara China sahaja. Mereka diambil daripada London, UK dan sebagainya. Jadi dalam konteks Malaysia, satu formula yang telah dipersetujui oleh kerajaan ialah Tahap Satu iaitu Tahun Satu, Dua dan Tiga, untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, ia diajar oleh guru yang mempunyai kemampuan dalam dwi bahasa kerana mungkin mereka tidak dapat menyesuaikan diri. Selepas itu kita tidak boleh bergantung sangat kalau belajar bahasa – ini dari sudut profesional. Tahap Dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam, mereka kena diajar oleh guru opsyen tidak kira Melayu, India dan Cina. Ini adalah satu hakikat di Malaysia. Adakah Pakatan Rakyat ataupun PKR secara khususnya mahu melihat tanpa seorang guru bukan Cina pun di SJK(C)? Saya rasa ini bukan hujah yang patut dikeluarkan. Jadi dalam konteks untuk kita menjaga keharmonian kaum di Malaysia, saya rasa formula yang dipersetujui ini patut dipraktikkan. Latihan guru ini akan menjurus kepada formula yang telah dipersetujui. Mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat kata hendak letak jawatan, tidak apalah. Yang Berhormat kalau berimpian untuk menjadi Timbalan Menteri apabila Pakatan Rakyat ditakdirkan, kalau ada peluanglah, Yang Berhormat boleh ambil jawatan ini. Tidak ada masalah. Akan tetapi apa yang penting, kita akan selesaikan masalah sekarang dan kenapa kursus dalam cuti itu tidak disyorkan, saya ingin maklumkan. Saya sudah tanya dengan stakeholders, kepada pensyarah di IPGM. Mereka mengatakan apabila kita mengambil secara KDC, contact hour dengan pensyarah tidak cukup. Mereka hanya balik ke IPGM masa cuti sahaja. Berbanding dengan latihan sepenuh masa kalau KPLI, sekarang satu tahun setengah setiap hari mereka kena mengikuti kursus. Kalaulah kita sudah buat secara KDC, berapa tahun tempoh yang dianggap munasabah? Jadi saya rasa ini dari sudut profesional Yang Berhormat tidak lihat. Jadi saya tidak salahkan Yang Berhormat kerana Yang Berhormat bukan profesional dalam bidang ini.

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Jadi saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kementerian akan melakukan kaedah latihan seperti mana direstui yang paling digemari oleh stakeholders ialah PISMP iaitu Kursus Perguruan Lepasan SPM ataupun SMU, UEC. Ini akan kita ambil kerana latihan lima setengah tahun, dan setiap tahun mereka ada praktikum. Jadi inilah yang diterima baik oleh semua stakeholders di sekolah. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh selesailah kekurangan guru ini. Di Sarawak 683 guru kurang dalam SMK, dalam sekolah kerajaan ini. Kawasan Santubong 24 orang, SMK Sematan lapan orang kurang. Jadi bukanlah kawasan sekolah-sekolah bantuan sahaja Yang Berhormat. Jadi, sila Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita sekarang ini kekurangan guru bukan sahaja di SJK(C), SK sama SMK. Jadi walaupun... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bintulu, jumlah Sarawak kurang 683 orang Yang Berhormat.

Saya faham. Saya faham. Saya kata ini perkara kementerian ada lihat atau tidak? Dalam perkara ini satu isu kita mesti kena ambil

perhatian dan tindakan yang disegerakan. Sekarang bila kita mengambil guru-guru bila mereka memohon, kita melalui sistem komputer mengambil guru-guru. Kita ikut dia punya automatic selection dalam komputer. Saya rasa kita sekarang masih kekurangan guru. Kita jangan guna sistem selection from the computer automatic, kadang-kadang contoh kalau guru dia expert dalam matematik sahaja, dia memohon matematik – mungkin lain punya subjek dia kurang sedikit, tetapi komputer kata mesti mahu sekian banyak markah baru boleh masuk tetapi kita kurang sedikit sudah kena out. Berapa kali kita sudah buat rayuan kepada kementerian. Jadi ini satu masalah. Satu masalah lagi mungkin Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan ini tidak ada masalah lain macam SJK(C). Dia punya fikiran mungkin tidak berapa sihat. Dia tidak faham. Masalah macam guru besar sekarang, kita mestilah melihat dalam elaun jadi guru besar beza daripada guru cuma RM120 sahaja. Siapa hendak jadi guru besar? So, kita ada lihat ini kementerian akan kaji balik semula kah tidak atas benefit- benefit kepada guru-guru ini kalau sesiapa hendak lantik jadi guru besar? Kalau tidak, saya difahamkan kebanyakan guru-guru katakan ada qualification dalam golongan kaum Cina, mereka tidak berminat sama guru besar. Jadi bila kita boleh selesai? Saya akan minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar seperti mana yang telah diutarakan oleh Speaker tadi. Masalah kekurangan guru bukan sahaja di SJK(C), SMK juga. Akan tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam tempoh terdekat, guru interim ini akan dilantik dan ini bergantung kepada laporan daripada SPP dan perjawatan yang ada. Saya yakin dalam tempoh terdekat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan membuat pengumuman dan kita akan serap masuk mereka yang bertugas sebagai guru interim supaya mereka dilantik secara tetap. Itu di konteks Sarawak dan seluruh negara untuk SMK. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan Yang Berhormat Bintulu, ingin saya mengatakan bahawa memang permohonan untuk memasuki IPGM ini dibuat secara online dan sistem yang digunakan oleh kementerian sekarang ialah berdasarkan kepada opsyen yang kita hendak pilih. Saya rasa untuk semua sekolah oleh kerana di peringkat sekolah menengah, kita perlukan guru opsyen kerana kita tidak boleh gunakan general list untuk mengajar subjek-subjek tertentu seperti fizik, biologi – kenalah orang yang mempunyai kepakaran. Akan tetapi dalam konteks sekolah rendah, ada satu idea yang diutarakan iaitu kita mungkin boleh memperkenalkan satu konsep di mana general list itu diperkenalkan. Jadi dalam konteks ini, ianya sedang dibincangkan dalam rundingan atau mesyuarat meja bulat ini dalam konteks SJK(C) kita akan memikirkan untuk medium subjek-subjek yang diajar dalam BC. Maka kita fikirkan satu kaedah bagaimana kita boleh mewujudkan konsep general list supaya mereka mengajar dan mereka boleh melakukan multi great teaching dengan izin. Jadi saya rasa itu telah diambil kira dan subjek terasnya ialah BC kerana mereka kena berkhidmat di SJK(C). Mengenai soalan yang kedua Yang Berhormat tanya tentang kebajikan guru. Saya ingin menyatakan kepada Dewan yang mulia ini, di negeri Sarawak kita berdepan dengan satu situasi di mana ada kekosongan jawatan guru besar dan guru penolong kanan tetapi ramai yang tidak mahu pergi. Kalau kita buat surat minta semua orang itu digerakkan ke sana, akhirnya dia akan berjumpa dengan wakil rakyat. Ini kerana apa yang menjadi masalah pada kami ialah mereka kerana berpindah daripada mungkin pusat bandar ke kawasan-kawasan pedalaman dan cuma pertambahan elaun seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu. Jadi saya rasa dalam konteks ini kita lihat secara menyeluruh, Kementerian Pelajaran sentiasa memperbaiki kebajikan guru besar JPK dan ianya tertakluk pada persetujuan daripada pihak JPA dan diangkat kepada Jemaah Menteri. Jadi saya rasa rungutan atau rintihan ini telah didengar dan sebab itulah dalam konteks Sarawak kita berdepan dengan satu situasi yang sebegini. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat untuk konteks untuk SJK(C) di Sarawak ini mungkin kita akan memikirkan satu kaedah dan tidak lama lagi saya akan ke sana untuk mendapatkan input. Sebab itulah kita tidak boleh kata kita pindah keluar guru besar dan kita selesaikan masalah, tidak. Kita kena meletak guru besar yang berkelayakan dan bagaimana kita mencari satu formula yang diterima oleh LPS juga. Jadi saya rasa tidak boleh kata tidak ada guru besar untuk tiga tahun kerana tidak ada calon. Jadi itulah yang dihadapi oleh kita dan kita sentiasa mencari kaedah untuk selesaikan masalah dalam konteks Sarawak. Terima kasih.

Boleh tambahkah? Saya boleh buat satu cadangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita ada satu jawatankuasa nanti Yang Berhormat boleh bincang sedikit. Jadi sekarang kita hendak soalan ini dahulu.

[Soalan No. 9 – Y.B. Datuk Billy Abit Joo (Hulu Rajang) tidak hadir]

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

10. Tuang Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pelancongan menyatakan bilangan ketibaan pelancong asing pelbagai negara sepanjang 2010 hingga kini, hasil pertukaran asing yang diperoleh dan bilangan yang singgah menginap di Kuala Lumpur sepanjang lawatan.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Pelancongan · Mambong

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2010 ialah seramai 24.6 juta orang manakala jumlah ketibaan pelancongan asing pada tahun 2011 ialah seramai 24.71 juta orang meningkat sebanyak 0.6%. Pada tahun 2010, jumlah pendapatan daripada pelancong asing adalah sebanyak RM56.5 bilion, manakala pada tahun 2011 jumlah pendapatan daripada pelancong asing adalah sebanyak RM58.3 bilion meningkat sebanyak 3.2%. Berdasarkan kajian penginapan di hotel yang dilaksanakan oleh Tourism Malaysia, jumlah pelancong asing yang menginap di Kuala Lumpur pada tahun 2011 adalah seramai 8.99 juta orang. Jumlah ini merupakan kenaikan sebanyak 0.98% berbanding seramai 8.90 juta pada tahun 2010. Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah rancangan untuk mewujudkan satu destinasi pelancongan baru di Kuala Lumpur sebagai tambahan destinasi yang ada? Tuan Yang di-Pertua, kawasan segi tiga Kuala Lumpur khususnya Bukit Bintang adalah destinasi yang digemari pelancong asing. Akan tetapi saya bimbang jika stesen MRT yang dicadangkan di Bukit Bintang Sentral akan menimbulkan masalah ialah para peniaga di kawasan ini terpaksa berhenti berniaga oleh kerana di Simpang 4, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang, bila projek dimulakan, akan ditutup. Ini mengakibatkan lalu lintas dan juga pelancong asing akan elakkan datang ke kawasan ini. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah pandangan dan cadangan untuk mengatasi masalah ini dan adakah kementerian Yang Berhormat mencadangkan bahawa pelan asal MRT itu dicadangkan di tapak panggung wayang Cathay ialah tapak kosong.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Jika projek dimulakan di sana, boleh mengelakkan aktiviti-aktiviti perniagaan di Bukit Bintang untuk mengatasi masalah ini. Adakah kementerian akan mencadangkan balik ke pelan yang asal untuk mengelakkan industri pelancongan akan terjejas jika ia di Bukit Bintang centre? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukti Bintang atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada Bukit Bintang, soalan yang pertama tadi tentang strategi baru untuk bawa pelancong ke destinasi-destinasi yang berlainan. Kementerian Pelancongan sentiasa membuat strategi baru untuk membawa pelancong ke destinasi-destinasi pelancongan yang lain sama ada di Kuala Lumpur ataupun di negeri Selangor dan juga di negeri-negeri yang lain. Untuk MRT pula, ini pelan untuk MRT dan juga untuk pembinaan MRT bukanlah di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan tetapi ia di bawah tanggungjawab kementerian yang lain. Walaupun demikian, Kementerian Pelancongan sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain. Sekiranya pelan asal itu

mengganggu ataupun memberhentikan perniagaan tadi, maka kita akan buat opsyen yang lain juga. Kita sentiasa berbincang opsyen yang lain kerana yang penting adalah perniagaan kerana pelancong datang ke negara kita untuk membeli-belah, mereka berbelanja 30% daripada semua wang yang mereka belanja di negara kita. Oleh itu, shopping adalah satu aktiviti oleh pelancong-pelancong asing juga. Selain daripada itu, accomodation ataupun tempat-tempat penginapan di mana pelancong-pelancong berbelanja 30.8% daripada jumlah perbelanjaan mereka. Oleh itu, mereka juga memerlukan transportation yang lebih berkesan lagi untuk pergi ke tempat mereka membeli-belah ataupun untuk balik ke tempat penginapan mereka. Saya rasa MRT nanti akan memberi keselesaan ini tetapi di tempat yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kementerian lainlah yang membuat pelan ini. Maka saya tidak tahu sama ada itu akan menurunkan kedatangan pelancong nanti. Ini kita belum buat tinjauan lagi. Terima kasih.

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam kita menggalakkan pelancong asing datang ke Malaysia, kita juga mahu melihat syarikat-syarikat pelancongan tempatan mampu mengurus lawatan atau pakej pelancongan ke luar negara. Saya dimaklumkan lesen outbound telah dibekukan sekian lama. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk menimbang dan meluluskan semua lesen-lesen outbound kepada syarikat-syarikat pelancongan tempatan supaya mereka boleh beroperasi secara sah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Nerus. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya selama ini kerajaan telah pun membekukan pakej-pakej outbound iaitu syarikat pelancongan dalam negara kita untuk membawa pelancong daripada negara kita pergi ke negara lain untuk melancong. Walaupun demikian, Kementerian Pelancongan boleh lagi menilai sama ada diberi ataupun tidak mengikut jumlah pelancong yang mereka boleh bawa keluar. Ini kerana kita mesti mengimbangkan juga pelancong daripada negara lain masuk ke negara kita dan pelancong negara kita pergi ke negara lain supaya kita sentiasa ada surplus iaitu lebih ramai lagi masuk. Walaupun demikian, satu penilaian yang kita lihat daripada membawa outbound tourism ataupun pelancong daripada negara kita ke negara luar ialah sebagai satu langkah promosi negara kita sebagai destinasi pelancongan. Oleh itu, kementerian boleh membuat penilaian sama ada diberi kepada syarikat pelancongan tempatan untuk buat outbound mengikut di mana mereka boleh bawa pelancong-pelancong daripada negara kita ke negara luar sebagai outbound tourist supaya mereka juga boleh membuat promosi. Sekian, terima kasih.

Yussof bin MahalUMNO · BNLabuan · question

11. Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, tindakan susulan kementerian dalam menyegerakan projek pengangkutan untuk membangunkan sektor Maritim di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan l · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Laut Malaysia telah menjalankan kajian hidraulik dan pemendapan bagi menganalisis keperluan pengerukan di pelabuhan dan muara sungai di Malaysia. Kajian ini merupakan sebahagian daripada projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2011 di mana Wilayah Persekutuan Labuan merupakan salah satu daripada lokasi kajian tersebut. Kajian yang dilaksanakan oleh pakar perunding Coastal and Offshore Engineering Institute daripada Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk menyediakan penyelesaian jangka panjang kepada masalah-masalah navigasi dan pemendapan di lokasi yang telah dikenal pasti. Kajian tersebut antara lain mencadangkan opsyen-opsyen yang boleh di cadang, yang boleh diambil kira bagi memendekkan laluan perkhidmatan feri di antara Labuan dan Menumbok, Sabah. Kementerian pengangkutan juga telah memohon peruntukan bagi maksud dredging channel tetapi sehingga kini ia masih lagi dalam pertimbangan Economic Planning Unit (EPU). Selain daripada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu kementerian yang bertanggungjawab dengan pembangunan keseluruhan Pulau

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan l · Kudat

Labuan juga telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci mengenai isu ini secara total dan beberapa mesyuarat telah pun diadakan dan Kementerian Pengangkutan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan rancangan ini. Terima kasih.

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang benar sepertimana yang kita lihat perancangan telah pun dilaksanakan tetapi kalau kita lihat dari segi kelulusan ataupun yang telah pun dia bagi endorsement oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu lawatan ke Labuan pada bulan Februari yang tahun lalu, sudah hampir lebih daripada setahun sekarang, seolah-olah perancangan untuk memendekkan laluan antara Labuan dan Menumbok daripada 1½ jam kepada satu jam, tidak diberikan prioriti. Saya..., orang Labuan agak kesal dalam hal ini kerana dengan kesan sistem pengangkutan yang ada sekarang sehinggakan menyebabkan harga-harga barang di Labuan terlalu mahal. Sehinggakan antara 15% ke 20% berbanding dengan Kota Kinabalu sedangkan jarak antara Labuan dan Kota Kinabalu lebih dekat berbanding dengan jarak Labuan ke Tawau di mana Tawau mungkin lebih murah daripada Labuan. Jadi, kita mengharapkan kepada kementerian kena fokus untuk mempercepatkan sistem laluan ini untuk membolehkan orang-orang Labuan yang cuma penduduknya 100,000 orang, menikmati apa yang ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini seolah- olah kita tidak menikmati apa-apa juga yang ada di Sabah dan Sarawak sehinggakan barang di Labuan terlalu mahal sehingga rakyat agak menderitalah disebabkan harga barang yang terlalu mahal.

Kedua, apakah tindakan kementerian terhadap operator yang ada sekarang, yang baru-baru ini menaikkan tambang feri untuk pengangkutan lori daripada RM1,080 per trip kepada RM1,800. Bayangkan, almost 100% kenaikan tambang feri daripada Labuan ke Menumbok sehinggakan menaikkan juga harga-harga barang di Labuan. Contohnya macam gas, kalau perbandingan antara Labuan dan Menumbok hampir RM3 ke RM4 perbezaan harga tersebut. Jadi, kita minta kementerian kena mempercepatkan apa yang ada sekarang ataupun yang diendorse oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan. Saya sebenarnya memang sedar tentang kebimbangan Yang Berhormat Labuan berkaitan dengan isu ini. Oleh sebab itu, memang kita sedar bahawa masalah pengangkutan sedikit sebanyak memberikan kesan khususnya kepada penduduk- penduduk di Pulau Labuan kerana banyak barang-barang keperluan terpaksa diangkut daripada Sabah ke Labuan dan sekiranya berlaku masalah dalam pengangkutan ini ia akan memberikan kesan kepada penduduk di situ. Oleh sebab itu sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Labuan, kita telah pun mengambil banyak tindakan-tindakan yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya ialah bagi tindakan jangka pendek, kita telah pun meluluskan sebenarnya lesen bagi dua lagi syarikat Ro-Ro feri di Labuan pada tahun 2010. Ianya bertujuan untuk memecahkan monopoli syarikat Labuan Ferry Corporation sedia ada. Akan tetapi sehingga hari ini syarikat yang diberikan tanggungjawab ini iaitu syarikat Juta Bonus dan syarikat Labuan Mainland Link (LML) Sdn. Bhd. belum lagi menyiapkan feri mereka untuk beroperasi. Ini sedikit sebanyak akan membantutkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian. Kedua, kita juga seperti mana yang telah saya nyatakan tadi bahawa kajian telah dibuat, hidraulik study telah pun dibuat dan kajian itu telah pun siap. Sebenarnya kita telah pun juga meminta peruntukan daripada EPU untuk dredging channel yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Labuan berkali-kali. Akan tetapi sehingga kini belum ada kelulusan. Selain daripada itu, kita juga mengharapkan Kementerian Wilayah yang merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam membangunkan Pulau Labuan akan dapat mengambil satu langkah yang lebih konkrit berkaitan dengan usaha-usaha Yang Berhormat cadangkan itu. Kemungkinan Yang Berhormat selaku Pengerusi Labuan Corporation atau Perbadanan Labuan akan dapat memberikan input-input yang berguna kepada Kementerian Wilayah untuk memastikan supaya satu penyelesaian yang menyeluruh dalam jangka panjang dapat dilakukan berkaitan dengan ini. Komitmen yang

diberikan oleh Perdana Menteri itu saya percaya ia merupakan satu light at the end of the tunnel. Saya percaya Perdana Menteri memang mahu menyelesaikan masalah ini. Berkaitan dengan tindakan soalan Yang Berhormat berkaitan dengan kebimbangan ataupun perkara yang telah ditimbulkan oleh operator Labuan Ferry Corporation baru-baru ini yang telah menaikkan tambang. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat saya nyatakan di sini bahawa kita telah pun, pihak Jabatan Pelabuhan dan Dermaga iaitu jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah telah pun menyediakan guideline berkaitan dengan kadar-kadar tambang ini. Kadar yang tertinggi sekali adalah bagi treler 26 tan dengan kadar RM1,080. Ada juga dakwaan-dakwaan yang mengatakan bahawa ada lori-lori ini yang sebenarnya cuma boleh mengangkut 9 tan tetapi telah membuat modification sehingga menyebabkan ia boleh mengangkut lebih daripada itu dan telah pun kenakan tambang oleh Labuan Ferry Corporation. Akan tetapi sebenarnya ini adalah merupakan satu perkara yang melibatkan kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Kita berharap sekiranya feri yang telah pun kita luluskan itu dapat beroperasi khususnya bagi syarikat Juta Bonus yang dikatakan telah pun siap 70% daripada pembinaan Ro-Ro feri itu kita berharap agar ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Begitu pun kita meminta cadangan Yang Berhormat tentang cara bagaimana untuk mengambil tindakan. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan ialah untuk menghalang beliau untuk... ke Labuan, atau mendarat di Labuan. Akan tetapi ia akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin kalau ada cadangan-cadangan yang lebih bernas kita boleh mengambil langkah-langkah perlu. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah lupa saya sebab soalan itu tadi, panjang sangat. Soalan panjang sangat jawapan.

Akan tetapi soalan..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya bermohon Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat. Ya, soalan.

Pasal Labuan ya. Sebelah sana tidak ada berdiri. Jadi ini fasal Labuan, dari Sabah mahu tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Satu soalan Yang Berhormat.

Ya, satu soalan. Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sekali- sekala kita kena ikut peraturan juga.

Ini ikut peraturan ini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya bersimpati dengan keluhan rakyat di Labuan mengenai apa yang dikatakan Yang Berhormat. Pengangkutan menyebabkan kesengsaraan rakyat di Labuan. Saya ingin bertanya, simple sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerajaan telah meluluskan RM430 juta untuk Bum Bum dan Semporna. Saya rasa Labuan ini lebih deserving untuk dipertimbangkan dengan pembinaan jambatan. Saya tidak tahu ini bukan kementerian yang bertanggungjawab. Adakah kementerian menyokong permohonan rakyat Labuan kepada kerajaan membina jambatan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya itu satu soalan yang saya rasa soalan yang bernas kerana pada pendapat saya sewajarnya rakyat Labuan ini berhak, secara peribadi pandangan saya, untuk mendapat satu jambatan. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa apabila kita membina jambatan ini, ia bukan digunakan untuk jangka masa pendek, tetapi ia merupakan satu penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan terhadap Labuan dan Sabah ini. Saya difahamkan peruntukan yang diperlukan untuk membina jambatan ini pada ketika ini hanyalah lebih kurang RM2 bilion. Satu ketika pada peringkat awal dahulu cuma melibatkan RM700 juta. Apabila kita menangguhkan ia, ia telah mencapai kepada RM2 bilion estimate pada ketika ini. Saya rasa ini bukanlah satu jumlah yang besar kerana kita

boleh membina SMART Tunnel dengan harga RM2 bilion, saya rasa ini satu cadangan yang baik. Terima kasih.

Taib Azamudden bin Md. TaibPAS · PRBaling · question

12. Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk mengelakkan negara daripada terus mengalami defisit pada masa akan datang.

Dato' Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di- Pertua, kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. Pada masa yang sama kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memacu negara kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan tinggi. Kepatuhan terhadap disiplin fizikal dan sasaran fizikal, langkah sederhana akan diberi perhatian bagi memastikan kemampuan, kemapanan, kedudukan, fiskal dan asas- asas mikroekonomi terus stabil. Dalam setengah usaha konsolidasi fiskal dan dengan amaran perbelanjaan yang berhemah defisit fiskal telah dikurangkan daripada 7% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2009 kepada 5.6% pada tahun 2010 dan 5% pada tahun 2011. Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka dapat dikurangkan lagi kepada 4.7% daripada KDNK pada tahun 2012. Sasaran defisit fiskal ini adalah munasabah memandangkan usaha perbelanjaan berhemah dan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat. Konsolidasi fiskal akan diteruskan dengan sasaran paras defisit fiskal kepada kurang daripada 3% daripada KDNK pada tahun 2015 seperti yang telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Dato' Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, usaha mengurangkan defisit kewangan Kerajaan Persekutuan, langkah-langkah bagi memastikan perbelanjaan yang cekap dan produktif di samping meningkatkan hasil telah dan akan diambil termasuk; (i) Mengkaji semula pembelian subsidi untuk memastikan dia menepati sasaran dasar kerajaan dan juga mengelakkan daripada berlakunya ketirisan; (ii) Memastikan nilai untuk wang atau value for money terus diberikan penekanan termasuk melalui usaha semakan dan tapisan perbelanjaan kerajaan dengan lebih teliti dan terperinci seperti mengurangkan perbelanjaan yang bukan kritikal; (iii) Mempertingkatkan amaran dan kaedah perolehan yang terus dan lebih cekap termasuk usaha meningkatkan penggunaan sistem elektronik dan perolehan juga meningkatkan tender terbuka; (iv) Melaksanakan Outcome-Based Budgeting (OBB) bagi membantu memastikan projek dan program menepati sasaran matlamat kerajaan dan mengelak perbelanjaan yang bertindih; (v) Perancangan ceiling perbelanjaan untuk sesuatu program dan projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dilaksanakan secara rolling setiap dua tahun sekali dan disemak setiap tahun akan memastikan komitmen perbelanjaan mengikut keutamaan semasa dan kemampuan kewangan terkini dengan mempunyai lebih flexibility untuk bertindak terhadap perubahan persekitaran ekonomi; (vi) Mengurangkan penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan meningkatkan pelaburan sektor swasta malah dalam Program Transformasi Ekonomi atau ETP sebahagian besar pelaburan adalah daripada sektor swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan atau GLC;

Dato' Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

(vii) Mengamalkan pengurusan nilai bagi projek pembangunan yang bernilai lebih daripada RM50 juta; (viii) Menggalakkan perkongsian aset dan kemudahan antara kementerian atau jabatan kerajaan bagi memberi penjimatan kepada kerajaan, (ix) Mengkaji semula keperluan jawatan di organisasi kerajaan dan memindahkan pegawai atau kakitangan sedia ada ke jawatan yang lebih kritikal; dan (x) Pelbagai usaha meningkatkan jumlah hasil antaranya termasuk usaha meningkatkan penggunaan e-filling dan kemudahan membayar cukai termasuk secara atas talian. Meningkatkan kecekapan pentadbiran pungutan cukai termasuk melalui penguatkuasaan dan pengauditan. Tuan Yang di-Pertua, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab. Kerajaan yakin dapat mengawal dan menguruskan kedudukan kewangan dengak baik di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dicapai untuk negara dan kesejahteraan rakyat. Sekian.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tunggu Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran Honorable Representative Eni F. H. Faleomavaega, Ahli Kongres Amerika dan delegasi. [Tepuk] Semoga kehadiran beliau akan mengeratkan lagi hubungan Parlimen Malaysia dan Kongres Amerika dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika. Terima kasih, sila Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pepatah Melayu mengatakan ukur baju di badan sendiri. Dalam Islam ada konsep zuhud iaitu antara yang mampu dan perlu. Di sinilah terletaknya wasatiyyah. Panjang jawapan Menteri dengan sepuluh langkah yang diambil oleh pihak kerajaan. Persoalan sekarang ialah negara mengalami defisit berturut- turut selama 13 tahun, sudah masuk 14 tahun. Hutang juga makin meningkat, rakyat rasa sudah terlalu senak menghadapi suasana begini. Oleh itu perbelanjaan berhemah amat dialu-alukan tetapi bagaimana langkah untuk yang lebih berkesan yang kita hendak dengar dalam Dewan ini yang boleh memberi impak terutama sekali kepada mereka yang berpendapatan rendah di kawasan-kawasan luar bandar. Untuk mengkaji semula subsidi, lazimnya untuk dikurangkan subsidi. Apakah langkah-langkah yang seumpama ini sebenarnya akan memberi input yang baik kepada masyarakat ataupun tidak lebih daripada satu retorik atas meja di pejabat sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Memang Yang Berhormat tidak berapa faham apa yang saya sebutkan tadi. Saya telah sebutkan sepuluh langkah yang kita akan ambil untuk kita turunkan defisit kita iaitu kita harap turun sampai 3% untuk tahun 2015. Oleh itu kita mesti tahu, kita hendak negara kita ada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kita mesti mentadbir negara kita dengan baik dan kita memang ada memberi bantuan kepada semua rakyat melalui subsidi dan seperti yang saya katakan tadi, kita akan kaji semula. Kita baru-baru ini memberi BR1M iaitu sebanyak RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan yang kurang dari RM3,000. Ini adalah langkah untuk kita bantu rakyat Malaysia dan saya memang telah bangkitkan langkah yang kita akan ambil dan kita haraplah dengan bantuan semua pihak, terutama sekali pihak sebelah sana kalau kita ada politik yang stabil, kita tidak ada kacau- kacau seperti sebelah sana. Memang kita ekonomi akan makin baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, terima kasihlah Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rompin.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Rompin apa masalah? The Ambassador speaks.

Orang mendengar ini, bagilah. Tak dengar.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini mana boleh beri Tuan Yang di- Pertua, jarang datang.

Yang Berhormat Shah Alam, tidak dengar. Boleh dengar? Saya hendak beritahu tadi Yang Berhormat Baling, bagilah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Awak banyak lama tidak datang Parlimen, banyak sudah lupa Tuan Yang di-Pertua di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya di sini hendak cakap Baling. Dia bercakap bagus, saya ingat layak ditimbang Yang Berhormat Baling menjadi calon tetapi PAS Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Tumpat tidak akan bersetuju. Ini saya bimbang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu fitnah, minta tarik balik Tuan Yang di- Pertua.

Betul. Saya sampai kawasan, orang kawasan ini hendak bertanding kata ibu pejabat PAS tidak bagi bertanding. Saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rompin. Soalan Yang Berhormat.

Betul, tetapi bahagian ulama PAS setuju dia jadi calon. Saya hendak tanya kepada menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan, soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Yang Berhormat Gombak pun sabar. Menteri besar jawatan itu kalau menang, belum tahu menang lagi. Belum gerenti, impian bolehlah.

Ini saya tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mana Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah hilang? Ha, ini. Saya nampak bahawa, hendak bertanya sedikit banyak perubahan telah dibuat dengan dasar pemerintahan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri banyak kesan telah dibawa untuk mengurangkan defisit. Saya nampak yang sana ini sindrom tidak mahu percaya. Betul tidak?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Rompin merupakan bekas Duta Besar di Amerika. Hari ini kita ada tetamu dari Amerika. [Ketawa] Beliau pun berlagak sedikitlah. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rompin adalah berasas. Beliau seorang yang pandai dan cerdik dalam ekonomi dan beliau ada pengalaman. Saya memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Rompin dan kita semua rakyat Malaysia bersama-sama kita bekerja kuat untuk membangunkan ekonomi negara kita.

Kita bagi aluan kepada kehadiran Ahli Kongres tersebut.

Okey, sudah. Tuan Yang di-Pertua sudah cakap. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan habis tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(2). Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat 18(2). Semalam saya telah membuat permohonan untuk bahas usul mengenai banjir di Klang dan pagi ini saya telah terima jawapan daripada pihak Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa ditolak dan alasan yang diberikan sebenarnya tidak boleh diterima dan juga sangat lemah sekali. Jawapan mengatakan bahawa, saya baca - “Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan mempunyai perancangan yang menyeluruh serta melaksanakan projek-projek tebatan banjir”. Kalau ini benar maka tidak akan berlaku. Kalau kerajaan telah allocate ataupun mengaturkan wang kepada kawasan-kawasan berkenaan seperti Klang, Ulu Klang, Hulu Langat dan sebagainya maka tidak ada banjir pada masa sekarang. Oleh kerana itu alasan yang diberikan tidak dapat diterima. Oleh itu, saya cadang kepada Tuan Yang di-Pertua mengkaji keputusan ini demi kepentingan rakyat sebab ini adalah penting. Sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa banjir tidak berlaku di kawasan mereka dan di kawasan Klang 5,000 rumah termasuk 18 sekolah dan juga 60% daripada kawasan daerah Klang dibawa air pada Jumaat minggu lalu. Oleh kerana itu ini harus disegerakan dan harus dibincangkan dan harus kita membawa isu ini dalam Dewan yang mulia ini. Semalam juga Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri Kewangan mengatakan bahawa kerajaan memang tidak ada wang untuk implement program-program seperti ini. Jadi, kerajaan tidak ada wang tapi alasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa kerajaan mengimplementasikan program. So, satu kerajaan tidak ada wang dan Tuan Yang di-Pertua kata yang berlainan. Ini tidak dapat diterima dan saya cadang kepada Dewan yang mulia ini dan juga Tuan Yang di-Pertua untuk mengkaji keputusan ini supaya kita bincang hal ini demi kepentingan rakyat bukan sahaja di Klang tetapi juga di seluruh Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Terima kasih. Yang pertama saya menjawab sahaja Yang Berhormat. Pertama, apabila Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan bagi saya tidak ada kuasa untuk membuat kajian semula. Itulah peraturan telah ditetapkan. Kalau tidak puas hati buat usul di bawah peraturan 43. Itu pertama.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat. Saya beri Yang Berhormat peluang bercakap jadi jangan ganggu saya bercakap.

Saya tidak ganggu Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

saya hanya beritahu awal-awal sahaja sebelum saya diganggu. Yang kedua, usul 18 prinsip yang mengasaskan peraturan 18(1) ialah kalau isu berbangkit tidak ada avenue untuk membincangkannya maka barulah peraturan 18 itu terpakai tetapi di sini kita ada on going process debate di bawah belanjawan tambahan ini. Boleh dibangkitkan semula. Bahkan pada hari semalam, saya juga mempengerusikan di sini dan ada perkara ini dibangkit walaupun jawapan tidak memihak ataupun memuaskan hati Yang Berhormat. Jadi maknanya dia ada juga avenue, masa dan ketika perkara ini dibangkit telah pun dibangkit dua kali dalam Dewan ini dalam masa seminggu ini. Itu asas yang kedua bahawa 18(1) itu tidak juga dapat diguna pakai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi yang ketiga itu Yang Berhormat ialah peraturan 18 ini ialah barang-barang yang tidak boleh mendatangkan satu resolusi dan menetapkan kepada kerajaan supaya mengambil tindakan yang khusus. Dia hanya perbahasan sahaja. Jadi maknanya sebanyak mungkin Ahli Yang Berhormat, semua sekali Ahli Yang Berhormat sama ada sini ataupun di sana yang terkena dengan persoalan yang dibangkit ini boleh membangkit dalam on going perbahasan dari hari ini dan tiga hari selepas itu masa jawatankuasa. Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta maaf.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2012 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2011 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2011 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama ] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM10,290,243,800 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 bagi Maksud-maksud B.4, B.6, B.7, B.10, B11, B.12, B.22, B.23, B.25, B.27, B.28, B.41, B.42, B.46, B.48, B.60 dan B.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang dikenakan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM1,999,407,002 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.21, P.22, P.23, P.24, P.27, P.28, P.29, P.30, P.32, P.42, P.45, P.46, P.47, P.48, P.60, dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam Penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1 tahun 2012 dan Kertas Perintah 2 Tahun 2012 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2011 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini adalah juga diberi dalam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 1A tahun 2012 bagi Anggaran Perbelanjaan mengurus Tambahan Kedua 2011 dan Kertas Perintah 2A tahun 2012 bagi Anggaran Perbelanjaan

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan

Pembangunan Tambahan Pertama 2011 iaitu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2012 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2011 Jawatankuasa — Maksud B.4, B.6, B.7 [Jadual] – Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2011] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.4, B.6. B.7 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, lazimnya perbahasan pada peringkat Jawatankuasa terhad kepada tidak lebih daripada sepuluh minit untuk seorang, Yang Berhormat.

Peraturan mesyuarat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, peraturan mesyuarat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Peraturan Mesyuarat 68. Saya telah membaca Peraturan Mesyuarat 68 semasa persidangan kita semalam dan Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan persidangan semalam memberi jaminan bahawa pada hari ini Menteri akan memberi jawapan dan juga Tuan Yang di- Pertua akan membuat ruling berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 68 ini. Saya minta supaya perkara ini dikemukakan dan diberi jawapan sebelum kita membahaskan di peringkat Jawatankuasa pada hari ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan

Tuan Pengerusi, untuk memberi jawapan kepada Yang Berhormat dari Indera Mahkota yang semalam saya janji akan memberi jawapan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu mengenai Peraturan Mesyuarat 68. Untuk makluman Yang Berhormat, isu-isu yang Yang Berhormat bangkit ialah mengenai Kumpulan Wang Luar Jangka iaitu Perbelanjaan Mengurus dan Simpanan Luar Jangka, Belanja Pembangunan. Pertama iaitu Kumpulan Wang Luar Jangka iaitu Belanja Mengurus, jumlah Kumpulan Wang Luar Jangka ialah RM1.5 bilion dan jumlah amaun yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka bagi tempoh 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 ialah RM1,382,802,890. Penyataan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Luar Jangka ialah seperti Kertas Perintah 3 Tahun 2012 yang telah diedarkan dalam Dewan yang mulia ini berdasarkan Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 11(3) Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Peraturan Mesyuarat 68. Yang kedua, Simpanan Luar Jangka iaitu Belanja Pembangunan. Jumlah Simpanan Luar Jangka ialah RM2 bilion. Jumlah amaun yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka bagi tempoh 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 ialah RM1,999,407,002. Penyata pengeluaran wang daripada Simpanan Luar Jangka ialah seperti Kertas Statut 5 Tahun 2012 yang telah diedarkan dalam Dewan yang mulia ini berdasarkan seksyen 6(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966. Maka isu bahawa pengeluaran telah melebihi siling adalah tidak timbul dan kita memang mengikut Peraturan Mesyuarat 68 yang sedia ada. Sekian.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat. Timbalan Menteri ada menyebut tadi jumlah yang diangkat, dipohon di dalam sesi ini untuk menggantikan Kumpulan Wang Luar Jangka, Timbalan Menteri sebut tadi mengikut muka

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

surat tiga, subseksyen enam, jumlahnya adalah RM1,382,802,890. Memang ada tercatat dalam permohonan ataupun anggaran belanjawan tambahan ini, kedua ini. Akan tetapi untuk maksud yang sama juga Tuan Pengerusi, di bawah B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, B.6 – Jabatan Perdana Menteri, B.7, B.10, B.23, B.25 sehinggalah B.48, kesemua perbelanjaan yang dipohon sekarang adalah RM3,138,203,590. Ini yang dipohon sekarang. Bukannya RM1.382 bilion sebagaimana yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi. Ini ada tercatat pada semua muka surat daripada muka surat tujuh, muka surat sembilan sehinggalah kepada B.62. Saya boleh bacakan setiap satu daripada perbelanjaan yang dipohon sekarang untuk menggantikan Kumpulan Wang Luar Jangka yang telah digunakan hadnya ialah RM1.5 bilion. Akan tetapi yang dipohon sekarang adalah RM3.138 bilion. Jadi persoalannya sekarang, yang telah dibelanjakan melebihi jauh had yang dibenarkan iaitu peruntukan RM1.5 bilion yang telah digunakan untuk tahun 2011 melalui permohonan menggantikan belanjawan ini adalah RM3.138 bilion. Butirannya memang ada tersedia dalam kertas statut ini daripada B.4 sehingga B.62. Itu yang saya minta supaya penerangan diberi sebelum kita mulakan di peringkat Jawatankuasa, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat dari Indera Mahkota. Sebahagian daripada peruntukan yang dipohon adalah daripada luar jangka dan sebahagian lagi melalui tambahan secara langsung. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita tengok Kertas Perintah 1 Tahun 2012 muka surat lapan iaitu Maksud T.6, T.7 dan T.14 adalah perbelanjaan tanggungan yang dicaj terus kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan mengikut Perkara 99 yang dibaca bersama dengan Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan. Itulah jawapannya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, yang dibaca oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tidak yang saya sebut. Itu saya telah pun asingkan dalam catatan ini. Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan memang tidak diambil kira. Kalau mengambil kira jumlah itu, jauh lebih tinggi daripada RM3 bilion yang telah dibelanjakan untuk tujuan diganti pada hari ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri telah jelaskan. Isunya sama ada melebihi RM1.5 bilion atau tidak dan telah diperjelaskan bahawa ia tidak melebihi, Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, tetapi jumlah yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk digantikan itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang telah dibelanjakan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya membuat keputusan bahawa perbahasan ini kita lanjutkan Yang Berhormat walaupun – dan saya yakin bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian Kewangan telah pun meneliti perkara ini dan telah memenuhi peraturan-peraturan mesyuarat dan perlembagaan yang dikehendaki dalam perkara ini, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, saya...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya khuatir...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Seorang demi seorang, Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota, cukuplah Yang Berhormat, saya rasa kita teruskan perbahasan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, Parlimen adalah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu. I know the issue, Yang Berhormat. Saya juga katakan bahawa Kementerian Kewangan pun tahu. They should know what they are doing.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dasar Parlimen pada setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Kementerian Kewangan, saya tidak perlu mengingatkan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Mereka sepatutnya tahu dan mereka meyakinkan Parlimen sekarang ini bahawa mereka tidak melanggar sebarang peraturan. Itu sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini yang kita pertikai kerana peruntukan itu adalah lebih daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

That is what you say tetapi Kementerian Kewangan telah memutuskan, telah memberitahu dan memaklumkan kepada Dewan ini bahawa mereka tidak melebihi syarat yang dikehendaki.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita telah membuat...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini jumlahnya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita tidak boleh argue. Sebab itu saya katakan kita teruskan perbahasan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Di sini RM3.138 bilion, Tuan Pengerusi.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita teruskan perbahasan, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini adalah tempatnya untuk kita berbahas.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar. Kalau dua orang bercakap susahlah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, sila.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita tidak boleh argue, you see. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan kata tidak melanggar peraturan and you are saying is lebih daripada jangka. Sebab itu saya katakan saya menerima penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan dan kita teruskan perbahasan ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak boleh.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita ada peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

I know the issue.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi, it is not a question, bukan soal langgar peraturankah apa...

Tuan Pengerusi, peraturan, peraturan, Tuan Pengerusi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Figuresnya tidak tally. The figure tidak tally.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kita hendak bincang yang mana?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pasal dalam senarai ini memang ditulis semua perbelanjaan..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat..

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pendahuluan Wang Kumpulan Luar Jangka. Disenaraikan warrant bill...

Tuan Pengerusi, hendak bangkitkan perkara ini Tuan Pengerusi, bangkitkan dalam perbahasan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oleh itu bila kita jumlahkan..

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jumlahkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu, saya tahu.

Ini unprecedented. Tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cuba Yang Berhormat Menteri jelaskan yang itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oleh sebab itu saya rasa Tuan Pengerusi, semalam...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Unprecedented Yang Berhormat Tangga Batu tak tahu. Yang Berhormat Tangga Batu baca pun tak tahu.

Ini helah mereka semalam untuk menampakkan bahawa tidak ada kewibawaan Parlimen. Tuan Pengerusi, perkara ini bahas dalam jawatankuasa.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Let me speak, let me speak please.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, seorang-seorang bercakap Yang Berhormat, seorang-seorang bercakap.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat kata kita buat-buat melengah-lengahkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, seorang-seorang bercakap. Sudah empat orang bangun di sini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Duduk dahulu, saya hendak cakap, duduk dahulu, duduk dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Biar saya cakap dahulu.

Ini apa ini? Ini apa cara ini? Peraturan apa ini berdiri? Yang Berhormat Menteri sudah beri jawapan, terima atau tak terima itu soal kedua.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada jawapan Yang Berhormat Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tak patuh Tuan Pengerusi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat!

Bahaslah!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Peringkat jawatankuasa pun hendak bangkit dalam perbahasan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Figurenya tak tally.

Bahaslah! Berdiri seorang, di dalam jawatankuasa hendak bangkit dalam perbahasan, berdiri seorang Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri hendak jawab.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan ditimbulkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu semua Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan ditimbulkan semalam.

Yang Berhormat Shah Alam berdiri atas apa? Hendak bahas, bahas!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri berjanji...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta duduk. Itu Yang Berhormat Menteri hendak jawab.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi jawapannya tidak menjawab kepada soalan.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Come on, Yang Berhormat Shah Alam duduk.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tangga Batu duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, duduk.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Persoalannya, angkanya tak tally.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat! Yang Berhormat patuh peraturan mesyuarat kerana memperjuangkan isu ini bukan? Ya, mesyuarat kata kalau Tuan Pengerusi bercakap, Yang Berhormat kena duduk. Saya meminta Yang Berhormat duduk dahulu kerana Yang Berhormat Menteri hendak jawab. Ada information baru.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi saya tidak diberi peluang untuk bercakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sebentar Yang Berhormat!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biar saya bercakap sekejap. Biar saya bercakap sekejap.

Yang Berhormat Tangga Batu ini Speaker mana ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apa Yang Berhormat. You see yang begini pun tidak ikut peraturan mesyuarat. Look at this. Yang Berhormat Menteri hendak jawab.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya minta satu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri hendak jawab. Yang Berhormat, isu Yang Berhormat itu, itulah isu yang dibawa oleh itu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Betul tapi..

Dia ini siaran ulangan. Bukan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia hendak jawab sekarang ini. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak terima, tak tally.

Jawapan mestilah diterima oleh...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau dalam buku ini dikatakan dua campur dua adalah lima, adakah kita boleh terima?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh duduk Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Okey. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, jelaskan yang pertikaian - figure.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang saya telah jawab tadi. Yang mustahak pada masa ini ialah tambahan ini kita merangkumi tambahan langsung yang terlebih belanja dan juga pengeluaran daripada luar jangka. Yang

Berhormat kalau hendak pergi angka-angka yang sebut melalui ucapan bukan senang. Saya pun orang korporat. Saya tahu angka-angka itu.

[Dewan riuh]

Oleh itu Yang Berhormat, jangan bising. Sebab kalau Yang Berhormat Indera mahkota kalau tidak berapa faham, pergi tanya Yang Berhormat Permatang Pauh, bekas Menteri Kewangan. Ini memang kita di sini hendak bincang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dia akan ajar untuk merompak sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Kita hendak bincang dengan...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak dengarkah tidak Yang Berhormat? Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey, terima kasih. Peraturan mesyuarat...

Tuan Pengerusi, saya ingat elok Tuan Pengerusi guna peraturan mesyuarat. Tidak pernah berlaku seperti ini. Biar dia bahas, bahas. Hendak bangkit isu, bahas dan Yang Berhormat Menteri akan jawab kemudian.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Ini pandangan saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah buat keputusan tadi. Saya kata perbahasan ini diteruskan, that’s it. Dan saya menerima.

Teruskanlah, tapi ikut peraturan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

...Penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa perbelanjaan tambahan ini tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan juga perlembagaan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya Peraturan Mesyuarat 68.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Pengerusi, saya cadangkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak, sudah buat keputusan Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Pengerusi...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peraturan Mesyuarat 68A, saya cadangkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya cadangkan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Indera Mahkota pergi jumpa dengan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak pertikaikan, you see.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Perkara 138, kami hitung semua Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

No need to shout Yang Berhormat. You listen, dengar apa yang saya jelaskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sudah dengar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Awak tak nak dengar.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sudah dengar saya kata.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Pertikaian, you raised the issue betul, you raised the issue. Yang Berhormat Menteri sudah jawab, okey? Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Saya buat keputusan sekarang bahawa saya menerima jawapan Yang Berhormat Menteri. I don’t have the figures. Saya menerima jawapan Yang Berhormat Menteri. And then, sekarang ini kita hendak pertikaikan jawapan Yang Berhormat Menteri tidak betul. Kalau jawapan Yang Berhormat Menteri tidak betul, ada peraturan mesyuarat yang membolehkan kita untuk mempertikaikan jawapan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekarang ini isu di hadapan saya ialah untuk perbahasan ini.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Pengerusi, saya cadangkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kerana saya buat keputusan. Kalau keputusan saya ini salah, buat usul, rujuk keputusan saya. That’s all. You see. Kalau Yang Berhormat betul-betul patuh kepada peraturan mesyuarat, itulah keputusan saya Yang Berhormat. Kita akan dapat tengok keputusan itu. Kalau Yang Berhormat Menteri salah, mengelirukan Dewan, ada avenue untuk rujuk keputusan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kalau saya salah buat keputusan, boleh rujuk melalui peraturan mesyuarat. Isu di hadapan kita, saya ingin perbahasan ini dilanjutkan. Diteruskan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih, saya mohon rujuk peraturan mesyuarat lain, 68A.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Sudahlah Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tak apalah, isu yang sama Yang Berhormat, isu yang sama.

Yang Berhormat Indera Mahkota, sudahlah.

Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

It is very clear. Kalau Menteri salah, Menteri boleh dirujuk.

Yang Berhormat Indera Mahkota, duduklah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

68A, (3)...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Isu yang sama, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mengenakan peraturan untuk keluarkan dia.

Yang Berhormat Indera Mahkota, cukuplah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, sebelum, sebelum, sebelum...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Enough is enough, cukup, cukup. You are so smart, sit down.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Itu yang tidak api-apikan mereka duduk diam sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya bersetuju kita teruskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang lain, tolong diam Yang Berhormat.

Don’t try to frustrate the Dewan.

Saya bersetuju kita teruskan di bawah butiran 01000 Tuan Pengerusi, saya ingin bercakap tentang...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Permatang Pauh, clear bukan?

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak perlu begini Yang Berhormat. Duduk, it doesn’t help me here. Duduk yang lain dahulu.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Permatang Pauh mohon belahlah, jangan campurlah budak-budak ini.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya setuju supaya kita teruskan tetapi saya cuma minta Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya akui memang ada kekeliruan dari segi fakta.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini keliru apa?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dengarlah sekejap.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bawa usullah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

You tidak faham apa-apa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ha, bawa usullah, apa? Bawa usullah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

You tidak faham apa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Itu hari tengok India, sudah naik stimkah? Yang Berhormat Sungai Petani?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tingkatan Tiga, Tingkatan Tiga pun tak habis lagi. Lain kali kita kena ada syarat, hendak jadi Ahli Parlimen ini dia kena lulus Tingkatan Enam sekurang-kurangnya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Banyak sudah ketawa. Sungai Petani stimkah Sungai Petani?

Yang Berhormat Padang Serai, bagi chance lah former boss mahu cakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat teruskan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, saya setuju.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bawa usullah apa mahu setuju, setuju?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai! Minta duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Padang serai, bagi chance former boss bercakap. [Ketawa]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Pengerusi, keputusan Tuan Pengerusi supaya minta diteruskan, itu satu hal. Cuma saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan kerana sebab pengalaman saya kalau disebut...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini yang baling batu dan duduk diam punya orang.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau disebut, perlu dirujuk..

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini baling punya orang ini, ini baling batu punya orang ini.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Now, I don’t stand it. Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai. Ya, teruskan.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai! Yang Berhormat, ada perkara serius kita bincang Yang Berhormat. Yang politik itu kita bawa pergi kantin nanti ya.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini semalam kecoh tetapi dalam parti dia belum selesai lagi.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ha, tengok ini!

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Peraturan Tuan Pengerusi. Mereka yang membawa peraturan ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Minta Yang Berhormat Padang Serai bertenanglah. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Ahli Yang Berhormat, saya rasa kita teruskan perbahasan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya cuma hendak jelaskan sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri rujuk tadi. Sepanjang kalau kita rujuk semua laporan, Kumpulan Wang Luar Jangka ini mesti tetap dan konsisten figuresnya. Itu sahaja saya hendak sebut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tidak mengapa Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota itu betul. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri check balik semua laporan yang saya ingat lapan tahun tidak pernah ada percanggahan begini. Cuma ia berlaku mulai tahun lalu. Jadi patut Kementerian Kewangan dinasihatkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Supaya memerhatikan perkara ini tidak berlaku. You cannot correct this except to say this need to be corrected. Because procedurally…

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya, you explain Anwar Ibrahim punya company in the US first.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Apa punya todi mabuk.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, oleh sebab itu saya kata kena siuman.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hei, kalau awak siuman tak keluar dalam videolah.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kemudian yang keduanya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ha, awak siumankah? Kalau siuman boleh keluar videokah? Ha?

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu sekolah...

Mabuklah!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini banglo RM73 juta hendak cerita sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai. Duduk Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, terima kasih.

Sebab itu jangan minum sebelum masuk Dewan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini saja yang saya minta supaya Timbalan Menteri jelaskan untuk meredakan. Ada yang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Machang pun sama- sama minumlah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, saya minta maaf Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat keluar sehingga selesai Dewan hari ini.

[Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya pun memang banyak urusan, tidak guna duduk dengan orang gila macam ini.

Keluar ambil duit, ambil payment, keluar!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dalam parti mereka tidak selesaikan, 160 pertuduhan tetapi semalam lawan macam orang gila.

Mabuk! Sebab mabuk macam mana hendak lawan? Mabuk. Keluar ambil duit.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hei, kalau mabuk, mari luar...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Keluarlah, keluarlah.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Machang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Keluar, keluar ambil duit.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Mabuk, get out, get out.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, saya balik kepada keputusan saya, perbahasan ini diteruskan dan minta Menteri Kewangan untuk menilai balik semua teguran-teguran yang diambil.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Pengerusi, recommend kepada Perdana Menteri datang kawasan sayalah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak kepastian, kita hendak bincang figure yang mana sekarang? Sebab Dewan diminta untuk meluluskan anggaran peruntukan tambahan. Pertama, untuk pembangunan. Kedua, untuk perbekalan. Jadi, kita perlu tahu figure atau jumlah mana kita hendak bincang, hendak luluskan pada Dewan sesi ini...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk] Ini jambu punya sudah bangun, itu jambu sudah mari.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nasib baik keluar PKR.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, keluar Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, Bentara.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Keluar, pergi ambil duit!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik dia keluar! Tarik dia!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Gilalah! Dah mabuklah, dah mabuk betul.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri, ianya tidak melebihi daripada anggaran yang dihadkan iaitu RM2 bilion. Kita berpandukan kepada penjelasan Menteri tadi Yang Berhormat, bahawa ianya tidak melebihi daripada jangkaan RM1.5 bilion yang dibenarkan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya tidak membantah kenyataan Timbalan Menteri, saya juga tidak membantah keputusan Tuan Pengerusi. Cuma saya hendak tahu, perbincangan di peringkat Jawatankuasa hari ini untuk meluluskan jumlah yang kita hendak pakai berapa banyak? Kita tidak boleh luluskan tanpa mengetahui jumlah yang sebenarnya kita perlukan untuk menggantikan yang telah digunakan terdahulu. Kita tidak boleh luluskan jumlah yang kita sendiri tidak tahu. Parlimen tidak boleh digunakan setakat untuk mengatakan lulus tetapi jumlah kita tidak tahu berapa yang kita perlu luluskan. Ini melanggari peraturan mesyuarat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey, cukup Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

...Dan juga peraturan yang bahawa Akta Tatacara Kewangan juga yang digariskan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tahu jumlah yang kita hendak luluskan berapa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat, dah tiga kali dah sebut. Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, terima kasih, duduk! Terima kasih banyak.

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Hendak tunjuk kelebihan kepada bos dia. Sama ada dapat jadi calon atau tidak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tuan Pengerusi, angka yang kita beri itu betul dan kita memang hendak beritahu kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, Peraturan 68A itu tidak berkaitan dengan perbekalan tambahan ini. Dokumen-dokumen yang dibentangkan adalah sama sahaja seperti amalan dan peraturan serta undang-undang berkaitan, sekian. Cukuplah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tahu jumlah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota, kita dah lama sangat Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat. Sekarang ini Yang Berhormat tidak menerima penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini bukan penjelasan Tuan Pengerusi, ini jumlah yang semua orang ada, semua Ahli Dewan ada di tangan benda ini. Sekarang ini yang hendak kita bentang, hendak diluluskan yang mana satu? Sebab Timbalan Menteri menyebut angka lain yang hendak dibentang dan diluluskan, tercatat dalam kertas statut ini, angka lain, itu sahaja. Saya hendak tahu angka yang hendak diluluskan ini, angka mana? Di kertas statut yang telah dipakai, jumlahnya RM3 bilion lebih, yang hendak diluluskan sekarang, yang hendak diangkat oleh Timbalan Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Saya sudah banyak kali cakap, kalau kita melanggar peraturan mesyuarat, kalau Menteri ini mengelirukan Dewan, ada avenue dalam peraturan mesyuarat Yang Berhormat, that is all.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak kata kenyataan itu mengelirukan Dewan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya berpandukan sekarang ini bahawa perbahasan ini tidak melanggar peraturan dan perlembagaan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya juga kata, perbahasan ini tidak melanggar...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tidak apa Yang Berhormat. That is how you see it Yang Berhormat. Tidak melanggar peraturan mesyuarat, stick to that, berpegang kepada itu. Kalau Yang Berhormat Menteri menyelewengkan Dewan, ada avenue lain, you can’t argue now. Saya pun tidak tahu di mana dia dapat figure macam itu tetapi kita berpandukan kepada penjelasan Menteri bahawa ianya tidak melanggar Akta Kewangan. Itu peraturan mesyuarat dan perlembagaan, stick to that.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, adakah kita perlu menjalankan perbahasan kepada perkara yang kita tidak pasti.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat, sebab itu kita ada peraturan mesyuarat mengatakan yang Speaker boleh membuat keputusan sedemikian. Kalau didapati salah, then ada avenue lain untuk merujuk perkara itu, that is it. Kita tidak boleh proceed, tugas saya adalah untuk melancarkan perbahasan. You raised the point, it’s been noted dan saya sudah buat keputusan bahawa jika melanggar peraturan ada avenue lain untuk mengaddress masalah itu, itu yang kena accept.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya tidak menolak penjelasan Tuan Pengerusi. Sekarang permintaan kita hendak tahu jumlah yang hendak dibahaskan ini, jumlah yang mana?

Tuan Pengerusi, jumlah itu semua ada di dalam Kertas Perintah 2 dan 1.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebab itu saya tanya ada perbezaan.

Tuan Pengerusi, dia tidak faham. Tidak ada perbezaanlah!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita teliti dalam dokumen kertas statut ini, cukup jelas yang digunakan, telah didahulukan, figurenya jauh lebih besar...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya dah buat keputusan. Saya tidak boleh kaji mana yang salah di dalam figure ini.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Kalau begitu, mohon saya baca satu-satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, that is how you see it. Menteri perjelaskan bahawa Yang Berhormat tidak faham tentang figure itu. Dia perjelaskan ianya tidak melebihi daripada had yang dibenarkan. It is a matter of confusion. Mungkin istilah yang Menteri Kewangan berbeza, pandangan Yang Berhormat berbeza. Untuk Mesyuarat in, tugas saya untuk melancarkan perjalanan Mesyuarat. I have told you many times bahawa kalau salah, kita ada avenue untuk address kesilapan itu. For the time being, kita teruskan perbahasan. Menteri convinced,...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sebentar. Dia berulang kali mengatakan bahawa tidak ada pelanggaran. Yang Berhormat mungkin silap membaca data-data yang di dalam itu. Saya tidak tahu tetapi dia memilih untuk begitu menerangkan kepada kita dalam bentuk yang sedemikian. Tugas saya adalah untuk melancarkan perbahasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya balik-balik, berulang kali cakap sekarang kalau kementerian melakukan kesilapan, ada avenue untuk address, your complaint has been noted. Kalau kita silap, selepas ini kita kaji, Yang Berhormat jumpa lagi dengan kementerian, kaji untuk kalau ada kesilapan ada avenue dalam peraturan mesyuarat, easy.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya, saya faham dan menerima teguran Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Permintaan yang cukup mudah, hendak tahu jumlah mana yang kita minta diluluskan, itu sahaja.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia kata, jumlah yang terkandung di dalam ini, dalam penyata itu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada dua, ada dua, Tuan Pengerusi. Dua jumlah yang berbeza.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Cukuplah.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, tidak, Tuan Pengerusi. Yang diperlukan hanya penjelasan satu keterangan pendek daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, faham Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ada dua. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita hendak guna RM31 bilion tidak RM1.5 bilion seperti yang disebut di dalam Kumpulan Wang Luar Jangka, jadi kita tahu. Walaupun kita tidak bersetuju sekurangnya kita tahu every works based on the figures sebab Kumpulan Wang Luar Jangka itu peruntukan perlembagaan yang telah tetap, you tidak boleh exceed melainkan you umumkan kepada Parlimen. [Tepuk] Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak apa, I am not going to argue sebab sudah jelaskan. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sabar, itu sahaja.

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, sekarang ini kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata pada pendapat saya dia perlu dijelaskan tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata boleh proceed dan Tuan Pengerusi kata boleh proceed saya terima cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri do justice to the House untuk menjelaskan bahawa you are referring specifically to RM3.18 billion regardless of the fact that dalam penyata Kumpulan Wang itu adalah RM1.5 bilion and kalau ikut fahaman saya tidak boleh lari lebih dari itu. Akan tetapi tidak apa, cuma Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut maknanya Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak kekalkan RM3.38 bilion as it stand. Okey, you jelaskanlah.

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Memang apa yang saya katakan tadi itu angka yang benar dan saya tidak berhasrat hendak menjelaskan apa lagi sebab semua yang saya bangkit memang ada di dalam kertas perintah yang kita edarkan kepada Dewan yang mulia ini. Itu sahaja cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, saya buka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis. Cukuplah Yang Berhormat Indera Mahkota.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk membahaskan Maksud B.6 – Jabatan Perdana Menteri, bilangan 2 iaitu sebanyak RM30 juta untuk menampung kos operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Jadi, saya mengucapkan tahniah kepada SPAD kerana banyak perkara yang telah dilakukannya dan sebagainya. Hanya satu sahaja perkara yang ingin penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan SPAD ini. SPAD sebenarnya telah menangguhkan jalan kereta api di antara Kluang sehingga ke Johor Bahru. Kesan daripada tanah runtuh dan dua kali kereta api terbalik di landasan tersebut. Daripada Kluang ke Johor Bahru saya rasa di Simpang Renggam atau di mana. Jadi, walaupun jalan itu telah dipulihkan tetapi nampaknya SPAD belum lagi memberi kebenaran untuk kereta api melalui jalan tersebut, hanya sekarang ini kereta api daripada Kuala Lumpur atau daripada utara, ia akan sampai ke Kluang sahaja. Begitu juga dengan kereta api daripada Timur, ia akan berhenti di Kluang dan berpatah balik. Sepatutnya perjalanannya adalah sampai kepada Johor Bahru. Daripada Johor Bahru penumpang-penumpang akan menaiki bas sampai ke – daripada Kluang sampai ke Johor Bahru akan menaiki bas begitu juga balik dan sebagainya. Jadi, apa yang saya hendak penjelasan ialah sampai bila agaknya jalan ini ditutup kerana di Stesen Kereta Api Kuala Lipis sendiri terdapat beberapa gerabak kereta api yang membawa tanah liat putih daripada Gua Musang yang telah terkandas sampai sekarang di Stesen Kereta api Kuala Lipis. Kalau jalan ini tidak dibuka kerana mereka hendak membawa gerabak-gerabak ini sampai ke Pelabuhan Pasir Gudang dan daripada Pasir Gudang akan dieksport ke luar negara. Jadi, kalau jalan kereta api daripada Kluang sampai ke Johor Bahru dan juga mungkin ke Pasir Gudang ini masih belum dibuka kesannya ialah banyak sumber ekonomi kita dan sebagainya tidak dapat dieksport dan begitu juga keuntungan kepada kereta api sendiri rasa saya. Ini kerana mereka tidak dapat membawalah segala barang-barang daripada Utara dan juga daripada Timur terus ke Singapura atau ke Pelabuhan Pasir Gudang. Jadi, saya mohon penjelasan sama ada agaknya jalan itu, di landasan tersebut boleh dibuka semula tetapi bagaimanapun keselamatan kepada penumpang dan juga pengguna jalan kereta api tersebut mesti diambil berat. Keduanya, saya hendak tanyalah mengenai dengan penstrukturan semula Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu Maksud B.7 di mana sekarang ini kalau kita lihat SBPA telah berbalik kepada SSM dan kalau dapat pihak kementerian memberi penjelasan, apakah yang terbaik untuk SSM ini. Terdapat juga rungutan daripada kawan-kawan saya yang di Gred 41 dan Gred 44 ini mengenai dengan elaun sewa rumah mereka. Dia kata elaun sewa rumah mereka memang agak murah dan sekarang ini kos kenaikan sewa rumah agak tinggi dan mereka dapat pertimbangkan perkara tersebut. Ini untuk Gred 41

dan gred 44. Gred yang 48 ke atas, mereka kata tidak ada masalah. Gred-gred yang di bawah ini. Jadi, kita minta selain daripada mengkaji semula SSM itu dengan memberi SSM II, struktur mengenai elaun sewa rumah itu dapat dipertingkatkan dan sebagainya. Sekian, saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, saya menumpu kepada B.4 mengenai perbelanjaan lebih RM48 juta untuk pilihan raya kecil di Tenang, Merlimau dan Kerdau dan juga untuk pilihan raya umum ke-10 di Sarawak dan juga persediaan awal pilihan raya umum ke-13 di sini. Walaupun pihak SPR telah menjalankan tugas dan semua ini termasuk tiga pilihan raya kecil dan satu pilihan raya umum di Sarawak sudah selesai, memang mereka berusaha tetapi ada kelemahan-kelemahan. Di sini walaupun saya mempunyai banyak perkara yang ingin disebutkan tetapi kerana laporan PSC itu diluluskan tanpa bahas kerana tersinggung perasaan di dalam Dewan. Memang tersinggung perasaan dan “laksana katak sedikit hujan banyak bermain” daripada pihak yang sana.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Laksana katak. Sedikit hujan banyak bermain.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Ketawa] Itulah dan wujud banyak masalah- masalah termasuklah saya dapat terima aduan misalnya di Sarawak. Aduan mengenai daftar pemilih yang tidak bersih, aduan mengenai bukan warganegara yang dapat itu peluang untuk mengundi. Ini semua aduan-aduan dan juga saya hendak mengetahui daripada pihak kementerian bagaimana dalam persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 ini untuk memastikan semua dijalankan dengan betul dengan adil dan saksama.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini kerana walaupun semua pihak Ahli-ahli Yang Berhormat sudah menegakkan demokrasi termasuklah pilihan raya yang adil dan saksama. Akan tetapi saya nampak pada zahirnya semua hendak demokrasi, semua hendak pilihan raya yang adil dan saksama. Akan tetapi pada batinnya, hakikatnya, tidak nampak sangat semangat dan kebatinan pilihan raya yang bersih itu tidak nampak. Itu memang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hujan, hujan sedikit banyak bermain ya.

Dato’ Seri Haji Azmi KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bila dia menang semua betul. Kalah semua tidak bersih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Belum tahu lagi. Kita tidak cakap. Kita tidak menang lagi. Walaupun laporan majoriti sekarang mungkin menjadi laporan minoriti kelak. Mungkin. Kita belum tahu lagi, kita belum cakap semua elok. Saya percaya walaupun kita menang, kita mesti lihat ada kelemahan-kelemahan. Misalnya saya hendak mengetahui dari Jabatan Perdana Menteri sama ada bilangan kakitangan SPR akan ditambah? Belum umum lagi kerana salah satu kelemahan di dalam pilihan raya di Sarawak dan juga pilihan raya-pilihan raya kecil itu kekurangan kakitangan SPR yang tidak boleh menjalankan tugas dengan betul. Oleh sebab itu setakat ini saya belum dapat tahu yang pihak Jabatan Perdana Menteri mengumumkan tambahan bilangan kakitangan SPR. Itu kita hendak tahu dan juga bukan sahaja tambahan. Tambahan sumber kewangan pun diperlukan untuk menjalankan tugas. Tambahan pula kita hendak melihat syor-syor yang terkandung di dalam laporan PSC itu dilaksanakan. Saya pun berharap ianya dilaksanakan termasuk syor-syor laporan minoriti itu diambil kira oleh SPR, saya berharaplah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Walau bagaimanapun ada banyak perkara di dalam syor-syor yang munasabah perlu dilaksanakan dan boleh dikuatkuasakan dalam tempoh yang singkat. Saya tidak tahu lagi sama ada SPR mempunyai semangat untuk menguatkuasakan dan melaksanakan semua syor ini. Ini kerana saya diberitahu bahawa pada awalnya SPR tidak begitu berminat untuk menerima syor-syor ini. Itu yang saya dengarlah, cerita sahaja. Sama ada benar atau tidak kita hendak tahu...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan dengar khabar angin.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu saya hendak tahu sama ada pihak Jabatan Perdana Menteri sudah membuat siasatan sama ada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas dapat membuat kenyataan kerana setakat ini saya nampak Yang Berhormat Padang Rengas laksana lembu dongkol tidak boleh ditanduk hanya disondol. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang. Kita hendak mengetahui sama ada Yang Berhormat Menteri dapat menjawab bahawa SPR itu benar-benar mempunyai semangat untuk melaksanakan dan menguatkuasakan syor-syor yang terkandung di dalam laporan PSC ini. Itu kita hendak tahu. Tambahan pula, ini kerana saya mengikut peraturan Tuan Pengerusi bahawa kalau kita hendak melaksanakan dan menguatkuasakan syor-syor tersebut, saya percaya kita perlu satu Jawatankuasa Pilihan Khas baru di dalam Dewan ini untuk memantau dan mengawal selia semua pelaksanaan. Kita perlu satu PSC baru, khas untuk memantau semua ini. Juga saya dengar Yang Berhormat Menteri sudah mengatakan pihak Jemaah Kabinet hendak membincangkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengawal selia pelaksanaan syor-syor tersebut. Sama ada dibincangkan ataupun tidak saya tidak tahu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri berkata itu memang motif dia hendak menyaksikan semua proses pilihan raya itu adil dan saksama kerana dia tidak mahu menang dengan fraud. Saya seronoklah apabila mendengar cerita dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dia hendak semuanya dijalankan dengan betul, bersih, adil dan saksama. Itu memang baik. Saya berharaplah. Dengan itu pihak Dewan ini boleh menubuhkan satu PSC yang baru untuk mengawal selia semua pelaksanaan dan penguatkuasaan syor-syor tersebut. Sekian, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pengerusinya kalau boleh Yang Berhormat Keponglah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh tentang Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya yang begitu panas sejak dua atau tiga hari ini. Tuan Pengerusi, saya mendengar dengan teliti tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kepong. Dewan ini sedih kerana tidak dapat membincangkan atau merujuk dan membahaskan kertas keputusan PSC electoral, dengan izin ini. Saya kira pihak pembangkang mungkin tidak begitu faham apa sebenarnya PSC ini. PSC atau jawatankuasa ini adalah satu jawatankuasa yang dibuat apabila sesuatu perkara itu harus diperbincangkan secara terperinci kerana Dewan ini mungkin tidak mempunyai masa yang cukup dan memerlukan input dari orang luar maka dalam bentuk jawatankuasa itu paling penting. Itu satu. Keduanya Tuan Pengerusi, kita juga faham bahawa di akhir mesyuarat-mesyuarat PSC ini perlu ada satu laporan dan laporan itu minority reportkah atau tiada minority reportkah, yang paling penting ialah, hujah-hujah mereka di pihak pembangkang dapat didengar. Kita telah mendengar dan membaca report tersebut. Kalau ada usul yang tidak dapat dipersetujui, compromise. Kalau tidak compromise, maka terpaksa berbelah bahagi. Masalahnya sekarang ini dalam Parlimen itulah. Kadang-kadang sakit. Democracy – that’s how it works. Sometimes, kalau kita tidak dapat membuat keputusan, kita terpaksa mengundi.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau Dewan Undangan Negeri Selangor, Barisan Nasional terpaksa menerima ini, di Pulau Pinang, di Kelantan, di Kedah, kenapa kita tidak boleh terima di Parlimen? Soalnya sekarang minority report Tuan Pengerusi sudah beritahu, there’s no precedent. Dahulu pun dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membawa penggantungan Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat lain-lain, mereka mahukan minority report, kita tolak.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Relate kepada SPR. The clause is SPR.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya. Ini SPRlah kerana dalam PSC ini Tuan Pengerusi.. [Ketawa] Tuan Pengerusi, PSC ini juga ada kena mengena dengan SPR. Sama juga dengan Yang Berhormat Kepong tadi, cuma saya tidak berpantun.

[Menyampuk]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi Yang Berhormat Kepong bercakap mengenai ini juga Tuan Pengerusi. Jadi saya mahu cerita sedikit sebab ini ada kaitan dengan PSC juga. Jadi, saya minta supaya kerajaan menilai semula tindak tanduk pembangkang ini dan kalau kita memerlukan PSC lagi dan kalau akhirnya terpaksa Parlimen melalui proses yang begitu pedih sekali, yang menjadikannya pasar seperti dua hari yang lepas, saya kira tidak ada guna kita buat PSC. Ini kerana pihak pembangkang tidak pernah menerima semangat demokrasi itu. Sekarang minority report Tuan Pengerusi. Yang penting perkataan dan hujah mereka itu dapat didengar. Malah kita diberikan CD, verbatim report apa Yang Berhormat Gombak cakap, apa yang rakan-rakan di dalam ini, cakap. Tidak ada masalah. Dalam perbahasan boleh dibawa. Malah kalau saya cadangkan minority report ini, Yang Berhormat Gombak terbitkan 28 juta. Edarkan kepada semua rakyat Malaysia. Tidak ada masalah.

Masuk Parlimen dahulu.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya. Kenapa masuk Parlimen? Kalaulah tujuannya untuk memberitahu kepada rakyat, ini hujah kami, tidak ada masalah. Saya kira tidak ada masalah. Sebanyak 28 juta diterbitkan dan bagi kepada setiap rakyat Malaysia ini, tidak pernah ditolak. Soalnya sekarang PSC itu perlukan satu keputusan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mesti diingat keputusan PSC itu adalah cadangan. Yang kita buat pada hari itu ialah untuk menerima cadangan itu. Kita tidak memutuskan lagi, pihak-pihak berkuasa, kerajaan yang menentukan mana-mana cadangan yang akan dikenakan dan sebagainya. Kita hanya menerima term dan rujukan PSC itu ialah untuk membawa kembali kepada majlis untuk menerima laporan tersebut. Itu sahaja. Soalnya sekarang, kalau kita masih lagi – kerajaan masih terbuka untuk diberi pendapat-pendapat yang lain. PSC just another avenue, one avenue, tetapi seolah-olah apa yang dikatakan oleh pembangkang kita tidak memberi ruang. Itu salah. Jadi, kalau di Selangor kita boleh terima, inilah cara Tuan Yang di-Pertua buat keputusan. Di Kelantan, di Kedah, di Penang saya kira rakan-rakan yang bijaksana daripada parti pembangkang di Parlimen ini, inilah caranya demokrasi dibuat. Kalau ada masalah kita belah bahagi, dan demokrasi itu bekerja begitu. Itu tugasannya. Jadi, janganlah memperlekehkan Parlimen ini. We have done so much damages to the integrity of Parliament. Maruah kita sekarang ini rakan-rakan sekalian, Ahli-ahli Parlimen, diperlekehkan. Di kampung kalau kita turun mereka kata kita monyet. Whose to blame?

Butiran Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ada prosedur.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Butiran Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, ya. Inilah Butiran B.24 itu. Sama macam Yang Berhormat Kepong tadi Tuan Yang di-Pertua. Butiran ...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

SPR.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kepong. Cuma saya tidak berpantun. Saya hendak gulung sudah, saya hendak gulung. Itu sebabnya saya katakan tadi ada ruang. You know kadang-kadang ada orang kata ini the brute majority. Kadang-kadang minority ini pun tyrannical, nakal yang minoriti ini. Bukan sahaja masalahnya tentang ... Apa itu Yang Berhormat Kepong?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi pantun pun tidak ada.

Butiran apa dia kata?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadilah. Jadi, kita mintalah, kita kenalah saya kira harus kembali kepada perkara asas. Parlimen ini tempat kita berbincang. Saya rasa rakyat sekarang ini begitu marah dengan kita. Begitu sedih dengan cara kita menjalankan kerja kita dalam Parlimen ini. Kalau boleh pihak pembangkang control sedikit emosi. Saya tahu ini sudah dekat pilihan raya, semua mahu jadi hero. Akan tetapi saya rasa kita harus faham, kita boleh berbeza pendapat. Saya pun kadang-kadang panas tetapi kalau Tuan Yang di- Pertua suruh saya duduk, saya duduk. Macam sekarang kalau Tuan Yang di-Pertua kata duduk...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan. Masa sudah habis Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, sekarang tengok. Tuan Yang di-Pertua kata duduk, saya duduk. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan kedua dan juga pertama 2011. Saya hendak fokuskan kepada Butiran B.6 Jabatan Perdana Menteri. Apa yang saya hendak bangkitkan ialah berkaitan dengan YADIM yang ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah dan membantu badan-badan ini supaya bergerak dan berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan keharmonian Islam. Jadi saya lihat apa yang berlaku dan saya kaji dan juga saya membaca visi dan juga misi YADIM ini telah cukup hebat sebagai sebuah agensi yang paling mantap, sebagai pemangkin utama untuk menghubung kaitkan aktiviti-aktiviti dakwah dalam negara kita dan juga merujukkan serta menyelaraskan program-program dakwah dalam negara kita dan juga di dalam luar negara. Jadi, apa yang saya lihat di akhir-akhir ini berlaku masalah terhadap YADIM ini terutamanya apabila kita lihat ada pengerusi atau pun Yang di-Pertua baru yang dilantik dalam YADIM itu mengetuai atau pun menjadi ketua dalam YADIM itu sendiri. Banyak duit yang dihabiskan saya lihat untuk program-program yang kita boleh pertikaikan. Lebih daripada 10 buah negara dilawati oleh YADIM iaitu di Mesir, Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Myanmar, Thai, Laos, Kemboja, Korea dan ada khabarnya sampai ke Ireland. Sudah tentulah setiap kali program-program ini dibuat, lawatan-lawatan ini dibuat ia akan mengambil cukup banyak duit-duit rakyat untuk digunakan. Puluhan ribu wang YADIM dihabiskan dan juga dibazirkan untuk program-program yang saya rasa tidak sampai kepada sasaran yang ditetapkan oleh YADIM itu sendiri. Saya juga lihat ada juga Yang di-Pertua YADIM ini telah melantik pengerusi- pengerusi di peringkat negeri seperti Perak, Kedah, dan Pulau Pinang dan lain-lain dengan

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

elaun yang cukup besar. Sepatutnya elaun ini, peruntukan ini diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri ini difokuskan kepada aktiviti-aktiviti dakwah. Bukannya untuk melahirkan atau pun untuk melantik pemimpin-pemimpin dengan menggunakan elaun yang cukup besar. Jadi, rasanya keperluan YADIM untuk melantik pengarah-pengarah ini sudah tentulah kurang sesuai dengan misi dan juga visi YADIM itu sendiri. Begitu juga kereta yang digunakan iaitu Toyota Camry yang merupakan kenderaan rasmi lebih mewah daripada menteri yang hanya menggunakan Perdana dan katanya akan mengambil duit rakyat untuk membeli Toyota Alphard. Jadi, ini tidak sesuai. Begitu juga saya mendapat makluman daripada kawan-kawan yang terlibat dengan aktiviti dakwah ini, Yang di-Pertua baru sahaja melantik CEO baru yang dipertikaikan integritinya dan kurang dihormati oleh staff. Sebelum ini daripada PTD yang cukup dihormati oleh kakitangan. Jadi, yang lama itu tidak apalah, yang sudah dilantik di tempat yang lain kita ucapkan tahniah kerana beliau cukup cekap dan juga cukup disenangi. Akan tetapi saya ingin bangkitkan dengan CEO yang baru dilantik ini perlu kepada penambahbaikan daripada sudut gerak kerjanya. Saya juga ingin membangkitkan tentang YADIM yang berkaitan tentang beberapa orang pengarah yang dilantik. Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik termasuklah Dr. Mohammad Fairus Khairuddin bekas TKM Pulau Pinang yang apabila dilantik, dia tidak pernah masuk. Kita dapat makluman dia tidak pernah melaporkan diri tetapi mendapat gaji lebih daripada 10 bulan sebagai Pengarah Sukarelawan Al-Fallah dengan Gred 48 tetapi tidak hadir mesyuarat, tidak bertugas. Adakah ini, YADIM ini menjadi suatu badan kepada pihak kerajaan atau pun parti kerajaan untuk menempatkan pemimpin-pemimpin parti di sana termasuklah juga Anuar Ashari. Sekarang merupakan pengarah sukarelawan Al-Fallah yang tidak ada tugas yang khusus, yang buat kerja lebih kepada tugas untuk politik. Kita tengok kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan adalah lebih kepada menghentam pihak pembangkang dan juga memberikan merit kepada kerajaan. Saya rasa tidak sesuai bagi sebuah badan dakwah seperti ini melantik pemimpin- pemimpin politik, pada masa yang sama tidak buat kerja, fokus kepada gerak kerja dakwah yang telah diletakkan oleh misi dan juga visi YADIM itu sendiri. Jadi, saya lihat ada juga pengarah yang dilantik, sebagai pengarah dakwah sejak daripada 2011 dahulu bulan Mei tetapi diarahkan untuk bertugas di Kuala Lumpur. Yang tidak hadir di Kuala Lumpur tetapi duduk di Labuan. Maksudnya tidak melaporkan diri di Kuala Lumpur. Jadi, saya harap perkara ini boleh dilihat dengan telus, dengan lapang dada oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sebenarnya di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ini yang peruntukkannya datang daripada duit rakyat. Akan tetapi diletakkan orang-orang politik yang bagi saya telah memesongkan dan juga menyelewengkan fungsi YADIM itu sendiri yang cukup mulia yang sepatutnya dimanfaatkan oleh negara kita, oleh umat Islam dalam negara kita. Jadi, saya harap apa yang...

[Menyampuk]

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Ini mungkin bela hantu raya macam Yang Berhormat Pokok Sena sebut. Jadi, tidak selesa duduk diam begitu, tugas tidak ada, kemudian apabila sudah keluar daripada parti diberikan tempat-tempat dengan gaji yang cukup besar gred 48, kemudian menghentam pembangkang. Bagi saya ia tidak baik untuk negara kita dan bagi saya ia membazirkan banyak sangat duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang telah digariskan oleh YADIM itu sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Jadi saya ingat itulah. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi memberi ruang kepada saya. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Berkenaan SPR dan penubuhan PSC. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya membaca kenyataan media oleh sahabat saya Ahli Parlimen Sepang yang menyebut bahawa ada satu agensi iaitu Konrad Adenauer Foundation berpangkalan di Jerman yang dikatakan

oleh Yang Berhormat Sepang sebagai satu pertubuhan antarabangsa yang mendukung perjuangan pembangkang di Malaysia khususnya PKR untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara menyalurkan bantuan-bantuan untuk membantu pembangkang dan menjatuhkan kerajaan di sini.

Apabila saya baca laporan PSC, saya dapati Pengerusi dan Jawatankuasa PSC ketika melawat ke Eropah dalam misi menyempurnakan laporan mereka turut melawat Konrad Adenauer Foundation ini. Jadi, kalau Yang Berhormat Sepang mengatakan Utusan Malaysia, RTM semua kata Konrad Adenauer Foundation ini satu pertubuhan Yahudi sedang tolong pembangkang di Malaysia menjatuhkan kerajaan, kita bagi mandat kepada Jawatankuasa Parlimen ini bukan pergi melawat agensi Yahudi macam ini. Jadi itulah.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya mohon penjelasan.

Dia sama ada MP Sepang yang tidak tepat, tidak berapa betul dari segi laporannya ataupun memang agensi ini tidak ada kena mengena apa pun dengan Yahudi. Sebab itu Jawatankuasa Parlimen kita pergi melawat. Saya tidak tahu. Sila.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya rasa sebagai Ahli PSC, saya berhak untuk menuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Machang kerana ianya memberikan imej seolah-olah macam kami ini melawat satu institusi yang hendak menjatuhkan kerajaan. Oleh kerana ianya dituduh sebagai menyokong pembangkang, saya hendak mendapat penjelasan sama ada Yang Berhormat Machang menganggap kami yang bertiga daripada pembangkang ini mencadangkan Konrad Adenauer kah sebagai salah satu itinerary di dalam lawatan kami? Sedangkan kami yang bertiga ini tidak pernah diberitahu bahawa kita akan melawat itu daripada awal. Cuma apabila sudah siap jadual itu, nampak ada lawatan ke Konrad Adenauer. Jadi kita menganggap apabila ia sudah diatur, tentulah ia melawat satu badan yang legitimate, yang ada urusan yang boleh kita manfaatkan. Jadi minta penjelasan supaya tidak timbul kekeliruan ini.

Tuan Pengerusi...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Isu yang sama Yang Berhormat Machang. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Machang, saya rasa selain daripada Yang Berhormat Sepang, ada seorang lagi Ahli Parlimen iaitu Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu juga menyebutkan perkara yang sama dan dengan membelasah dan pernah mengikuti program dianjurkan IKD. Akan tetapi apabila saya merujuk kepada pengurusan IKD, tidak pernah hadir pun. Dia berbohong dalam Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat....

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi ini satu lagi Ahli Parlimen yang sepatutnya diberikan penjelasan.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Kedah menuduh saya. Yang Berhormat Kuala Kedah ini pada saya parasit yang ada di dalam PKR ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kalau dia hendak jual diri dia, hendak lacurkan politik dia, itu dia punya fasal lah.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Oh, sama juga dengan parasit ya.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak ada masalah dengan itu, sebab dalam PKR ini ramai pelacur-pelacur politik.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya check, dia tidak pernah ikut program IKD.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya check, dia tidak pernah ikut.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Dia sebut dia pernah ikut pergi ke luar negara, buat demonstrasi...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak beritahu kepada...

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

...IKD mengajar buat demonstrasi, saya dengar dengan jelas. Tidak bercakap benar.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Kuala Kedah dia baru masuk PKR, dia tidak tahu.

Tuan Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tidak payah layanlah, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Pengerusi, peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, cukuplah Yang Berhormat.

Boleh bagi laluan?

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak bagi tahu peraturan mesyuarat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah samalah tadi itu.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Machang sendiri bersama dengan saya dalam beberapa program.

Baiklah, saya jawab.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak suka kalau pembohongan dibuat macam ini. Saya duduk di sini diam-diam, saya tidak mahu kacau sesiapa. Yang Berhormat Machang sendiri pernah terlibat dengan saya dan kita pun bersahabat, saya tidak ada masalah. Jadi hendak tuduh saya tidak pernah ikut program anjuran Konrad Adenauer, saya rasa itu pembohongan yang sangat jelas.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Cukup Yang Berhormat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kalau Tuan Pengerusi baca CNN hari ini, Egypt dan UAE mengharamkan Konrad Adenauer dan National Democratic Institute. Halau mereka keluar kerana cubaan terlibat dengan ‘regime change’ dan cubaan memasukkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, selepas ini boleh berucap yang itu Yang Berhormat.

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

....Agenda propaganda mereka. CNN hari ini, berita. Akan tetapi masalah dia orang, quran dia Harakah dan Suara Keadilan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, cukuplah Yang Berhormat.

Sebab itu kalau Mesir dan beberapa negara Arab tutup pejabat ini, kita hendak persoalkan kenapa Pengerusi PSC, Yang Berhormat Kota Marudu, membuat keputusan melawat yayasan Yahudi ini?

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Dia hanya hendak sahkan Yahudi kah tidaklah.

Sebab itu kena jawab. Konrad Adenauer ini dikatakan ada kaitan...

Dato' Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Dia pergi hendak tengok sama ada betul-betul Yahudi atau tidak. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Sebab itu saya minta supaya benda ini diberi penjelasan. Itu perkara pertama.

Yang Berhormat Machang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.

Sekejap, saya habiskan sekejap. Perkara kedua – saya alih sedikit ya. Perkara kedua ialah berkenaan dengan kemudahan hospital. Tuan Pengerusi, sejak tahun 2008 saya bangkitkan dan pada tahun 2009 juga saya bangkitkan. Ianya ialah isu Kuarters Hospital Kuala Lumpur di Apartmen Kenari, Setapak. Di sini ditempatkan doktor, doktor pakar, atendan hospital, kakitangan yang lain. Saiznya cuma 900 kaki persegi. Perabotnya sudah lebih 10 tahun. Potongan elaun ikut gred perkhidmatan. Doktor pakar elaun perumahan dia lebih mahal daripada elaun perumahan atendan hospital. Tetapi potongan ikut gred perkhidmatan. Maknanya doktor pakar lebih mahal potongannya, atendan hospital lebih murah potongan elaun rumahnya. Akan tetapi, saiz rumah yang didiami sama, 900 kaki persegi. Saya sudah bangkitkan dan ketika itu Yang Berhormat Menteri Kesihatan pernah beritahu hendak ambil tindakan dan sekarang sudah masuk tahun keempat saya bangkitkan sekali lagi kerana keadaan makin uzur, perabot, perabot lama, kemudahan parking yang tidak cukup. Kaitannya apa? Kaitannya ialah dia akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif untuk didiami oleh terutama kelompok doktor pakar. Saya kaitkan baru ini dengan kes-kes kecuaian di hospital yang dikaitkan dengan salah diagnose, salah bagi ubat, salah prescribe hatta pembedahan itu salah, sakit tempat lain bedah tempat lain. Itu dilaporkan oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian Kesihatan. Jadi kes yang saya minta untuk diperbetulkan ialah di Apartment Kenari...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Butiran mana Yang Berhormat?

Kementerian Kesihatan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak masuk Yang Berhormat, kita Jabatan Perdana Menteri.

Tidak masuk ya. Tidak apa, tidak masuk tidak apa. Itu tidak ada masalah. Macam Yang Berhormat Kota Belud tidak masuk, saya tarik baliklah. Akan tetapi saya percaya kementerian boleh juga tinjau ini. [Ketawa] Yang terakhir...

Yang Berhormat Machang, apa kena mengena Konrad Adenauer Foundation dengan PSC punya lawatan ini?

SPR, SPR.

Apa yang SPR punya itu?

SPR ada butiran lawatan.

Saya sebut KAD dan NDI membantu PKR dalam SOP untuk menghadapi pilihan raya dengan membuat pendekatan melahirkan kebencian yang melampau terhadap pucuk pimpinan negara.

Baik. Saya juga hendak sebut...

Dan bukan itu sahaja, menyerang institusi yang mempertahankan demokrasi. Institusi mana yang diserang? Salah satunya yang hendak anjurkan Bersih 3.0 inilah, despite you have all the chances in everything. Dan yang ketiga, untuk membangkitkan perasan antarabangsa dan juga antara keagamaan dalam negara kita. That is a very dangerous element. Macam mana masa depan negara kita ini? Everything’s wrong is UMNO bashing, come onlah. Janganlah, kita ada you punya detail SOP on operation.

Okey, boleh saya jawab?

So, jangan kaitkan dengan KAD, NDI dalam PSC. There is nothing to do.

Boleh saya jelaskan?

Macam apa yang Yang Berhormat Machang bangkitkan. Let’s be very factual about it. Okey.

Thanks. Okay, let’s be factual about it.

We can face political apa ini – itu kita boleh. Akan tetapi hendak membangkitkan perasaan kebencian yang melampau, menyerang institusi demokrasi, itu yang dilakukan.

Boleh saya jelaskan? Duduklah.

Tidak, apa relationship dengan KAF dengan NDI?

Okey, fine. Bagi saya jelaskan. Macam mana saya hendak jawab kalau Yang Berhormat tidak duduk?

Kita tahu semua yang ada...

Kita debate, biarlah saya jawab pula. Duduk dahulu.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri mengakui.

Tidak apalah, duduk.

Don’t you think he was not part of your parcel or your instrument?

Baik, sekarang saya jawab. Konrad Adenauer ini Tuan Pengerusi, turut melatih parti GERAKAN.

Come on lah Yang Berhormat Machang, jangan kaitkan KAD dalam lawatan PSC.

Parti GERAKAN turut dilatih oleh Konrad Adenauer.

[Dewan riuh]

Bukan saya yang cakap ini, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang cakap. Siapa Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu?

Ramai ahli-ahli politik ini, di sebelah sana atau sini, mengikuti program-program Konrad Adenauer.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mewakili PKR dalam pilihan raya yang dahulu. Dia bukan daripada PAS. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu cakap. Come on lah.

Sebab itu apabila saya sebutkan bahawa, bila Yang Berhormat Sepang kaitkan Konrad Adenauer ini dengan pertubuhan Yahudi, saya berjaya menunjukkan bahawa kalau itulah alasannya, berapa

ramai yang dipengaruhi oleh Yahudi di hadapan ini?

[Dewan riuh]

Sebab parti-parti ini juga hantar. Sebab itu saya kata tolak ke tepi bab itu.

Kita cakap Yahudi Zionis yang memberikan penekanan kepada rakyat Palestin.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia banyak kursus Yang Berhormat. Ada yang tidak. Yang Berhormat jangan begitu.

Ini bukan soal agama. Ini soal hak kemanusiaan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini soal pasal Yahudi.

Bercakap tentang Arab Spring, siapa yang menganjurkan Arab Spring?

Latihan tentang demonstrasi yang disebut sebagai membenci...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat...

Apa salahnya?

Siapa yang menganjurkan Arab Spring?

Dilatih untuk membenci rasuah. Apa salahnya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, yang ini tidak masuk butiran Yang Berhormat. Tidak masuk butiran Yang Berhormat, tidak masuk butiran. Sudah habis masa Yang Berhormat.

Jangan kelirukan Dewan, jangan salahkan fakta. Tolong sedikit!

Baik terakhir sekali.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Berkenaan MAS.

Kalau Yang Berhormat Shah Alam anytime saya boleh berjumpa dengan Yang Berhormat Shah Alam.

Berkenaan Malaysia Airlines.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak masuk Yang Berhormat, tidak masuk.

Malaysia Airlines ada. MAS, Kementerian Pengangkutan Malaysia Airlines.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sekarang kita JPM (Jabatan Perdana Menteri) B.4, B.6, B.7.

SPR boleh jugalah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masuk. Okey masuk.

Saya hendak jawab SPR dahulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis masa ya. Tidak masuk. Kepala B.4, B.6, B.7 dan P.6.

SPR di bawah JPM, SPR.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

SPR masuk.

Ya. Saya hendak habiskan..

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Akan tetapi masa sudah habis Yang Berhormat.

Saya hendak habiskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kena panggil seorang untuk seorang sebelum break ya.

Saya hendak habiskan SPR.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey satu minit.

Baik. SPR yang saya katakan tadi ialah berkaitan dengan hasil untuk menambah baik lagi reformasi pilihan raya. Saya bertanyakan tadi ialah berkaitan dengan lawatan Jawatankuasa Parlimen kepada satu agensi yang disebut oleh rakan saya dari Yang Berhormat Sepang. Ini yang dikaitkan sebagai satu pertubuhan luar yang ada kaitan dengan gerakan pembangkang untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Ini yang dikaitkan dengan membenci kerajaan dan sebagainya. Saya tegaskan satu tuduhan yang...

Pembangkang hendak tiru macam di Egypt itu, hendak tiru itulah itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Cara dia.

Saya tidak pernah ditangkap berjudi. Itu isunya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah sampai Yang Berhormat.

Saya tidak pernah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah kerana berjudi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Ini beza saya.

Liwat siapa boleh buat? Liwat main punggung siapa? Eh! Siapa main punggung?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Saya tidak pernah Tuan Pengerusi.

Siapa main punggung? Siapa liwat?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mana maruah? Mana maruah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Ini awak punya ketualah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dia boleh tuduh orang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan Riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat Machang, cukuplah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Siapa ...tangkap sendiri, apa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat masa sudah habis.

Sebab itu jangan berjudi.

Jangan bangkit soal inilah.

Jangan berjudi.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Duduklah Yang Berhormat Pasir Salak.

Siapa yang makan ...Siapa?

Siapa berjudi kena hukumlah itu cerita dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Siapa? Bos you!

Kalau sudah berjudi pun boleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat Machang masa sudah habis Yang Berhormat.

Dia akan tuduh orang lain apa sahaja.

Sudah tidak ada point hendak bercakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudahlah Yang Berhormat Machang.

Soal kahwin anak pun bangkit, soal itu bangkit. Apa ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup, cukup Yang Berhormat masa sudah habis Yang Berhormat.

Hendak ikut Arab Springkah? Inilah taktik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Kalah judi itu habislah.

Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang untuk ambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa. Saya terus kepada, saya ada masa yang singkat kerana saya menghormati masa Tuan Pengerusi. Berlainan dengan kawan-kawan kita tidak menghormati masa langsung. Saya pergi kepada perkara Maksud B.10 Perbendaharaan – 00400.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, B.10 tidak masuk Yang Berhormat, B.6.

Perbendaharaan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

B.4, B.6, B.7 dan P.6.

B.4, okey.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini masalah tadi Yang Berhormat Indera Mahkota bising jadi kita terkeliru sedikit.

Keliru sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apa Yang Berhormat.

Saya pergi B.11.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apa Yang Berhormat, sejak akhir-akhir ini Parlimen kita jadi macam ini. Isu kecil-kecil jadi besar jadi pertengkaran. Saya rasa ini kerana bahang pilihan raya. Jadi di luar sana dia orang tidak faham ada bahang pilihan raya. Apa yang dia orang faham Tuan Pengerusi tidak boleh kawal. So bantu Tuan Pengerusi Yang Berhormat. Tolong, terima kasih. Ya Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi sebab tadi. Sebab pagi tadi kita semua terkeliru kerana parti pembangkang mengelirukan kita, menuduh kononnya seolah-olah pembentangan bajet kita ini tidak selari. Bahkan semasa saya semak perlahan-lahan saya tengok semuanya betul. Dia hanya mereka yang tidak betul. Sehinggakan Ketua Pembangkang sendiri yang sepatutnya mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pembentangan bajet pun cakap bajet kita tidak betul, sebenarnya dia yang tidak betul.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kota Belud setuju, setuju dengan Yang Berhormat Jasin.

Betul. [Disampuk] Patutnya sebelum mereka membangkitkan apa-apa perkara patut buat semakan. Ini kerana kita disaksikan bukan sahaja anak-anak sekolah, orang-orang luar yang melihat kita seolah-olah satu gambaran bahawa Parlimen Malaysia ini sebenarnya membentangkan bajet ataupun membentangkan apa juga pembentangan kita yang tidak selari dengan kertas...

Minta laluan sedikit boleh?

Sila.

Tadi Yang Berhormat Machang bercakap wah bukan main hebat hendak tunjuk integriti dekat pembangkang. Ketua Pembangkang itu you tengok dahulu apa integriti ada? Tahu tidak?

Asal jangan berjudi sudah.

Apa integriti ada?

Kalau sudah kaki judi dihukum salah oleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sambung lagi balik Yang Berhormat, cukuplah.

Ketua Pembangkang apa integriti ada?

Oleh Mahkamah Syariah Bentong berjudi di Genting Highlands apa lagi?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Salak, cukuplah Yang Berhormat.

Kamu ada, apa integriti ada?

Apa dia?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Jasin sambung Yang Berhormat Jasin.

Bagi warning.

Mahkmah Syariah Bentong jatuhkan hukuman bersalah berjudi.

Yang Berhormat Machang.

Awak jangan buat tuduhan bukan-bukan ya.

Apa dia Yang Berhormat?

Tarik balik!

Apa dia?

Tarik balik!

Apa tarik?

Tarik balik!

Ada judi?

Tarik balik!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Jasin teruskan Yang Berhormat Jasin.

Apa dia?

Siapa...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu bergaduh macam ini Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Machang duduk Yang Berhormat.

Sudah gaharu cendana pula.

Sudahlah!

Sudah tahu bertanya pula.

Apa dia?

Mahkamah Syariah Bentong...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

Apa masalah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Jasin, silakan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Sudah tidak ada modal bangkit perkara yang tidak ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Jasin.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sudah tidak ada modal untuk berhujah cakap.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang duduk Yang Berhormat.

Alah sudahlah ini, kualiti ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak cukuplah Yang Berhormat Pasir Salak.

Apa kualiti?

Hendak jadi pemerintah?

Hendak cakap fasal judi?

Judi apa?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang.

Siapa? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

...Mahkamah Syariah Bentong. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Machang duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Machang hendak tunjuk hero.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak duduk Yang Berhormat.

Itu di sebelah itu siapa itu? Itu sebelah.

Saya tidak pernah dihukum berjudi oleh Mahkamah Syariah... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Salak saya minta Yang Berhormat berdua keluar sehingga selesai Dewan hari ini. Keluarlah Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Machang, Ahli Yang Berhormat Pasir Salak saya minta keluar Dewan hingga selesai Dewan hari ini. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Keluar, keluar.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya cari dia dekat luar.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Jasin.

Boleh saya teruskan? Ini satu gambaran bahawa sebenarnya parti pembangkang konon memberi satu gambaran bahawa seolah-olah kerajaan yang telah cukup berjaya ini telah melakukan satu kesilapan. Tentang pembentangan bajet yang mudah ini pun dia kononnya mahu menyalahkan kita

seolah-olah satu pembentangan yang betul-betul tidak selari dengan angka-angka yang telah diberi. Saya tadi tidak mahu campur fasal saya hendak semak betul-betul, betul tidak apa yang dia cakap. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah berikan penerangan dengan cukup jelas tadi tetapi masih lagi mereka tidak mahu menerima. Seolah-olah mahu menggagalkan pembentangan bajet tambahan kita. Jadi saya teruskan kepada B.11.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Belum lagi.

Ada?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Oh! B.4 minta maaf. [Disampuk]

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Dia tidak faham. Bagi kursus,

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dia tidak tahu prosedur.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah bising. Yang Berhormat Jasin sedang mencari butiran, tidak payah bising Yang Berhormat

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kononnya hendak jimat masa. [Ketawa]

Dato' Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Duduklah Yang Berhormat Sungai Petani duduklah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi ini Yang Berhormat Batu Gajah mahu ucap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Siapa yang tidak faham ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Ipoh Barat, Serdang juga mahu ucap minta Yang Berhormat Jasin duduklah.

Tidak apalah. Tuan Pengerusi apa pun saya hendak sebut di sini bahawa sebenarnya pembentangan bajet tambahan kita sebenarnya pada tadi yang mengandungi Bajet Mengurus sebanyak RM10.3 juta. [Disampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Juga Bajet Pembangunan adalah sebenarnya cukup jelas digambarkan dalam buku ini statut yang telah diberikan. Terima kasih Tuan Pengerusi saya menyokong.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi boleh bagi penerangan kepalanya sekarang ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis. Dijemput Yang Berhormat – saya menjemput Batu Gajah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Maksud B.4, B.11?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Maksud B4. Baik saya ulang balik Yang Berhormat, saya ulang balik.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Perbahasan sekarang ini peringkat Jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri kepala bekalan B.4, B.6 dan B.7 dan kepala pembangunan P.6 sahaja. Terima kasih. Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada beberapa bekalan dan saya akan mula dengan B.6, Jabatan Perdana Menteri berkenaan RM30 juta untuk menyambung kos operasi SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Awam Darat). Tuan Pengerusi, telah berulang kali saya bangkitkan dalam Dewan berkenaan perkhidmatan ETS. Di mana saya dan Yang Berhormat Ipoh Barat sering kali menggunakan perkhidmatannya tetapi kami menerima maklum balas bahawa kos tambang itu adalah terlalu tinggi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Di mana dia di bawah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sambung petang Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah, sambung.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tadi saya memulakan ucapan dengan merujuk kepada Butiran Bekalan B.6 – Jabatan Perdana Menteri. Saya rujuk kepada sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan untuk menampung kos operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Tuan Pengerusi, kemudahan ETS yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2010 telah membolehkan penduduk-penduduk di Ipoh menggunakan kemudahannya untuk pergi ke Kuala Lumpur. Ada juga laluan ke Seremban. Saya dan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi saya ada nyatakan bahawa kami sering kali menggunakan kemudahan ETS yang selesa dan bersih tetapi maklum balas daripada orang ramai adalah kos tambangnya adalah terlalu tinggi. Perkhidmatan ini terbahagi kepada tiga jenis tambang – platinum, gold dan silver. Platinum berjumlah RM45 sehala dari Ipoh ke KL Sentral. Gold berjumlah RM35 dan silver adalah RM25. Saya memohon agar SPAD meneliti semula tambang kos ini sebab saya rasa kalau kita hendak menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, ia bukan sahaja accessible tetapi perkhidmatan ini juga mestilah affordable. Kalau kita tengok, sering kali orang ramai terpaksa memilih jadual waktu sebab Tuan Pengerusi, jadual waktu berbeza mengenakan kos tambang yang berbeza terutamanya hari minggu. Kalau ambil perkhidmatan ETS jam dua petang, selalunya penuh sebab pukul dua petang adalah tambang yang paling murah iaitu RM25 dan perhentiannya adalah lebih banyak berbanding dengan tambang untuk kategori platinum dan gold. Akan tetapi untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam, saya haraplah boleh diselaraskan dan direndahkan kos tambang tersebut. Lebih-lebih lagi sekarang kita telah hentikan shuttle train. Sebelum ini ada shuttle train dari Ipoh ke Kuala Lumpur tetapi telah dihentikan dan sekarang orang ramai tak ada pilihan kecuali menggunakan ETS. Jadi, waktu-waktu yang disediakan untuk tambang yang murah iaitu RM25 dari Ipoh ke Kuala Lumpur sehari, contohnya hari Isnin hingga Khamis hanya dua kali laluan sahaja. Akan tetapi untuk gold di mana tambangnya RM35, adalah empat kali laluan. Jadi, saya haraplah pihak kementerian SPAD boleh meneliti semula tambang ini. Di mana saya menyambut baik perkhidmatan ETS akan tetapi kosnya agak tinggi. Mengapakah tambang untuk warga tua bukan diberi

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

diskaun 50% untuk orang yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka hanya diberikan diskaun sebanyak 30%. Jadi, saya pohon diambil perhatian perkara ini juga. Perhentian di Stesen Batu Gajah, saya sebelum ini ada bangkitkan pertanyaan dalam Dewan di mana ada penduduk yang meminta agar perhentian kereta api boleh menggunakan semula stesen lama Batu Gajah. Akan tetapi kementerian telah menjawab, tidak akan berbuat demikian dan tidak akan kaji semula. Jika sedemikian, apakah pihak kementerian akan menyediakan feeder bus yang percuma kepada penumpang-penumpang yang turun di stesen bas yang perlu pergi ke Bandar Batu Gajah tersebut. Ini kerana buat masa sekarang hanya ada teksi yang mana pengguna kena membayar tambang sebanyak RM8 hingga RM10. Saya rasa itu terlalu memberatkan dan membebankan. Tuan Pengerusi, saya seterusnya ingin merujuk kepada perkara berkenaan Puspakom. Mungkin pihak kementerian boleh menjelaskan sama ada Puspakom yang diberi kuasa eksklusif untuk memeriksa kenderaan ini boleh dipertimbangkan semula. Ini kerana monopoli pemeriksaan kenderaan ini telah dilanjutkan sehingga tahun 2024. Sebelum ini kata akan ditamatkan tetapi sekarang telah dilanjutkan. Baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sekarang buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kena buat appointment dulu, Tuan Pengerusi. Kononnya untuk mengurangkan masa menunggu tetapi hakikat sebenarnya adalah masalah tidak mampu Puspakom menyediakan kemudahan untuk orang ramai. Tidak mampu untuk menampung begitu banyak kenderaan yang perlu dihantar untuk pemeriksaan. Jadi, saya rasa adalah baik sudah tiba masanya mengkaji semula perjanjian konsesi itu. Kalau ada ruang, batalkan monopoli Puspakom ini sebab telah dilanjutkan hingga 2024. Ini telah membebankan orang ramai. Tuan Pengerusi, ada yang mengadu kepada saya di mana pemeriksaan di Gopeng yang telah dilaksanakan secara temu janji bulan Februari yang lalu, mereka telah buat temu janji, lepas itu pemeriksaan gagal, mereka kena buat temu janji lagi baru boleh bawa kereta masuk semula. Mereka kena balik kerana tak boleh pada hari yang sama sebab tarikh temu janji dah habis untuk hari tersebut. Ini amat menyulitkan dan membebankan dan ada yang mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui telah dilaksanakan pemeriksaan kenderaan dan melalui temu janji ini. Jadi, saya rasa pihak Puspakom memberi kenyataan bahawa ini untuk mengurangkan masa menunggu, baik untuk pemilik kenderaan, tidak perlu menggunakan orang tengah. Akan tetapi hakikat sebenarnya ialah Puspakom tidak dapat menampung kenderaan yang begitu banyak yang dihantar untuk pemeriksaan dalam jangka masa tersebut. Oleh itu saya rasa sudah tiba masa untuk membuka agar lebih banyak syarikat yang boleh menjalankan pemeriksaan kenderaan ini. Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Di mana ada satu butiran untuk persediaan awal pilihan raya umum ke-13. Tuan Pengerusi, persoalan sekarang adalah apakah SPR benar-benar mahu memastikan satu pilihan raya yang adil dan bersih dijalankan, Tuan Pengerusi. Ini kerana kita tengok laman web, misi SPR untuk menjadi institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat. Akan tetapi buat masa ini, orang ramai tidak percaya dengan SPR, Tuan Pengerusi. Telah hilang kepercayaan dan keyakinan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya yang bersih dan adil. Perkara yang sangat mudah Tuan Pengerusi, kalau kita tengok Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dibentangkan baru-baru ini, Tuan Pengerusi. Di mana ada menyatakan daripada 10 cadangan yang awal, syor oleh Jawatankuasa ini di dalam laporan yang dibentangkan pada sesi Mesyuarat yang lepas, enam daripadanya tidak dipersetujui oleh SPR.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, jadi ini telah menimbulkan persoalan, apakah SPR ini sebenarnya mahu memastikan satu pilihan raya yang bersih dan bebas atau hanya ingin menjaga kepentingan pihak kerajaan sahaja, untuk membantu pihak kerajaan mengekalkan kuasanya sahaja. Kerajaan yang saya maksudkan ialah Barisan Nasional, sebab saya rasa tidak ada negara lain yang mempunyai SPR yang begitu bercanggah pendapat dengan NGO dan parti politik pembangkang ini untuk mencapai satu pilihan raya atau mengadakan satu pilihan raya yang bersih, adil dan bebas. Tidak ada negara lain mempunyai SPR yang sedemikian kecuali SPR Malaysia ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, ini amat mengecewakan. Apakah yang akan dilakukan oleh SPR berkenaan penemuan-penemuan yang dilaporkan di dalam penyata minority oleh tiga orang Ahli Pakatan yang berada di dalam PSC ini, di mana daftar pemilih yang nampaknya masih kotor. Di mana ada pemilih-pemilih di kawasan yang telah dipindah ke kawasan pilihan raya yang lain tanpa dimaklumkan dan ini adalah melanggar Akta 72 dan 74 Akta Pilihan Raya. Apa yang akan dilakukan oleh SPR? Bagaimana pula dengan 42 orang pemilih yang dalam laporan minority ini menyatakan ia adalah pengundi yang ragu? Apa akan dilakukan oleh SPR sebelum pilihan raya dipanggil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Apakah yang akan dilakukan berkenaan pengundi yang melebihi 100 tahun tersebut? Kalau daftar pemilih yang begitu kotor, yang masih begitu kotor dan meragukan, bagaimanakah SPR boleh menyatakan visinya mahu menjadikan satu institusi yang cemerlang dan mempunyai kepercayaan rakyat terhadapnya untuk menjalankan tugas yang paling asas, memastikan satu pilihan raya yang adil dan bebas? Oleh itu, saya mohon penjelasan perkara ini dan saya rasa SPR harus membersihkan daftar pemilih ini dengan segera dan bekerjasama dengan semua pihak dengan Bersih, dengan parti politik semua, pakatan ini dan bukan bersikap begitu menentang terhadap Bersih. Sekarang telah diumumkan Bersih akan melancarkan perhimpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’. Jadi, saya rasa sedunia juga sedang melihat perkembangan politik dalam negara ini. Adalah baik kalau Yang Amat Berhormat benar- benar mahu menjadikan Malaysia best democracy in the world dengan izin. Yang paling asas ialah pelaksanaan satu pilihan raya yang bersih dan adil perlu dijamin. Tanpa keganasan dan daftar pemilih harus dibersihkan dan segala tuntutan orang ramai berkenaan kelemahan mekanisme, sistem pilihan raya harus diambil tindakan sebelum pilihan raya ketiga belas. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Johor Bahru.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya hendak...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Bila ia jadi Johor Bahru ini Yang Berhormat? Saya ingat Johor Lama dulu ni. [Ketawa]

Ia sebelum ada Johor Lama mesti ada Johor Bahru. Kalau tidak ada Johor Bahru, tidak ada Johor Lama. [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya hendak bercakap sedikit sahaja fasal tanggungjawab SPR dan kedudukan SPR. Saya rasa sebagai seorang yang ada pengalaman sendiri yang agak istimewa dengan SPR, apabila saya bertanding sebagai calon BEBAS dalam tahun 1988 berdepan dengan Barisan Nasional, calon UMNO, saya menghadapi keadaan itu tanpa ragu, tanpa bimbang, tanpa banyak nak berleter, hendak mencari salah, hendak mencari kelemahan kepada sama ada SPR, pihak polis, RTM, surat khabar, kerana ketika itu pun tiada media alternatif, tetapi saya letak kepercayaan kepada satu perkara iaitu kepada kebijaksanaan rakyat yang mengundi. [Tepuk] Ini kerana apa pun sistem kalau kita hendak pertikaikan secara retorik Tuan Pengerusi, saya rasa sampai bila-bila pun manusia tidak akan puas dan orang politik seperti saya jugalah, mudah kalau hendak cari yang SPR beginilah, SPR tidak adillah, kerajaan tidak adillah, media tidak adil, polis tidak adil. Saya pergi dengan kepercayaan kepada rakyat, kebijaksanaan rakyat. Jadi sebab itu, saya rasa kalau kita dah mengambil bahagian dalam pilihan raya, sistem proses pilihan raya itu, hari ini kita pula juga hendak sama-sama campurkan diri dan libatkan diri dalam menghentam SPR, kita dah dapat manfaat. Rakyat yang mengundi itu pilih kita, hendak sampai kita semua menang baru kita nak kata yang baru betul, saya rasa kita tidak boleh, itu maknanya kita tidak tahulah hati rakyat itu di mana. Jadi sebab itu Tuan Pengerusi, saya hendak letakkan sebagai dalam rekod perbahasan ini bahawa yang akhirnya yang menentukan nasib kita sebagai seorang wakil rakyat bila bertanding, kita bertawakallah, serah kepada Allah SWT atau Tuhan mana-mana yang menjadi kepercayaan kita. Serah jugalah kepada rakyat di atas kebijaksanaan mereka dan janganlah selalu sangat kita hendak mencari ‘boogeyman’ kita, hendak lanyak sini,

lanyak situ kerana akhirnya yang menentukan itu ialah hati manusia yang juga boleh melihat hati kita. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Wah! Saya pun terpegun dengan ucapan tadi. Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut menyentuh B.4, ketiga iaitu Persediaan Pilihan Raya Awal. Saya ingin menyatakan sokongan penuh saya kepada pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru. Satu hujah yang cukup simple, very academic dan ikhlas dan bukan retorik politik. Saya bersama-sama menyokong. Cuma tinggal lagi tambahan sedikit Tuan Pengerusi, oleh kerana usaha untuk mencemarkan nama baik SPR dan urusan pilihan raya umum di negara kita ini berterusan, maka saya berharap pihak kerajaan dalam membuat persediaan pilihan raya umum ke-13 ini wajar memberi dan membuat penerangan yang secukup-cukupnya dengan menggunakan media aliran perdana, melalui penerangan-penerangan di bawah Jabatan Penerangan sampai ke sasaran, pada rakyat dengan memberi gambaran bahawa tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang adalah tidak benar. Tuan Pengerusi, sememangnya seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru tadi, dalam mengendalikan pilihan raya terutamanya daftar pemilih yang kita dengar banyak semalam Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh, ianya satu perkara yang berterusan dan tidak mudah. Cuma pokoknya yang kita hendak tegaskan, apakah benar bahawa pihak SPR ada konspirasi dengan pihak kerajaan? Itu yang hendak diputuskan sebagaimana tuduhan pihak pembangkang. Apakah benar ada konspirasi ataupun kerajaan ataupun UMNO ataupun Barisan Nasional bersubahat dengan SPR? Itu yang dituduhnya begitu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Selagi mana mereka tidak menang, tidak mengambil alih kerajaan, maka tuduhan ini tidak akan terhenti. Seperti mana yang kita sedia maklum, berulang-ulang sudah disebut ini pilihan raya ke-12. Ulang-diulang balik, peringatkan balik bagaimana kita lihat keputusannya kerajaan hilang dua pertiga majoriti, hilang dua, tiga negeri dan yang duduk bercakap di dalam Dewan Rakyat ini yang tidak puas hati ini pun kalau pilihan raya ini tidak betul, tidak bersih, tidak adil, daftar tidak betul, daftar pemilih tidak betul, mereka pun tidak ada di sini. Jadi ini yang kadang-kadang cukup memeningkan kalau kita fikir bahawa apakah tuduhan itu benar atau tidak. Jadi Tuan Pengerusi, dalam menghadapi persiapan pilihan raya ke-13 ini pembangkang sudah awal-awal cuba mewujudkan seperti yang saya katakan semalam dalam perbahasan dasar untuk meletakkan persepsi pilihan raya tidak bersih pilihan raya ke-13 ini. Dengan mengambil kira PM bahawa mereka tidak akan menang maka awal-awal lagi mereka sudah one step ahead dengan mengatakan pilihan raya tidak bersih. Selagi mana daftar pemilih dan sebagainya tidak dibersihkan dengan cara 28 hari bulan ini ada perhimpunan Bersih protes secara duduk. Berapa lama mereka hendak duduk saya tidak tahu, cuma saya harap proses undang-undang nanti oleh pihak keselamatan mestilah tegas. Kerajaan saya tengok selama ini begitu bertolak ansur, bermurah hati, Bersih 2.0 ada yang kena tangkap dibawa masuk lokap. Saya pun diberitahu makanan pun enak-enak tidak tahulah berianikah, Kentucky Fried Chickenkah saya tidak tahulah ada pizzakah? Saya tidak tahu. Akan tetapi, tengok kepada apa yang di tayang dalam TV, tempat tinggal dan tempat duduk, cara soal siasat dibuat maka seolah-olah ianya bukan satu tindakan undang-undang. Tindakan yang berlatarbelakangkan kesalahan jenayah. Jadi selepas ini saya tidak tahu dengan protes 28 hari bulan ini apakah benar duduk ataupun lebih daripada itu pun kita tidak tahu. Apabila jumlahnya besarkah ataupun ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan maka tentulah memberi gambaran yang buruk. Ini sudah tentu akan dimanfaatkan oleh media-media asing yang anti kerajaan ataupun anti negara Malaysia. Maka ianya tentu diburuk-burukkan, akan dimomok-momokkan dan ini sudah tentulah yang saya katakan tadi akan menjejaskan banyak perkara yang berkaitan dengan berkepentingan kehidupan rakyat di negara kita ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Maka sebab itu ada dua perkara saya cadangkan tadi Tuan Pengerusi, minta diambil perhatian, penerangan dan penjelasan yang dibuat sehabis-habis sekarang ini. Kedua, tindakan tegas dan saya juga ingin mencadangkan kepada pihak pembangkang kalau tidak puas hatilah, tidak puas hati juga dengan persediaan pilihan raya ke-13. Tidak puas hati, tidak puas hati ini tidak usahlah bertanding. Bagilah orang lain bertanding. Tidak usahlah bertanding pilihan raya. Buat habis masa sahaja sebab tidak malukah maknanya [Ketawa] kita kompelin, kita tuduh itu tetapi tidak ambil bahagian. Very shamefullah maknanya tidak usah ambil bahagian. Tidak usah bertandinglah, duduk dekat rumahlah jaga anakkah, jaga cucukah eloklah. Bagi kepada orang yang percaya kepada sistem pilihan raya di negara kita bagi mereka yang bertanding, yang kompelin-kompelin ini tidak payah bertanding. Ini betul, ini simple, logik. Jadi...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Pengerusi, perkara seterusnya saya hendak sentuh B.6. Ini pelaksanaan projek touch point ini. Saya hendak minta detaillah daripada pihak-pihak kerajaan menghuraikan tentang pelaksanaan touch point ini dan sejauh manakah pencapaiannya. Seterusnya, TV Al-Hijrah ini RM30 juta B.36 ini baru ini. TV ini yang kita harap-harap tambahannya program-program berkaitan dengan Islam, perkara- perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan sebagainya. Saya sudah mengikuti program TV Al-Hijrah ini, saya dapati program-programnya masih lagi belum sampai ke tahap yang boleh mengagumkan. Banyak lagi inti pati program kalau boleh dimuat berita – program-program yang boleh menarik minat kanak-kanak terutamanya golongan remaja supaya pelbagai saluran TV ada tetapi sampai ke peringkat mereka lebih berminat kepada saluran TV Al-Hijrah. Ini kalau dapat kita lakukan tentu dapat membantu memupuk akhlak dan moral di kalangan anak-anak muda terutama di kalangan generasi Islam melalui TV Al-Hijrah. Di samping itu juga memberi peluang kepada penerbit- penerbit tempatan supaya menerbitkan lebih banyak lagi program bercorak keagamaan ini supaya dapat diguna pakai oleh TV Al-Hijrah. Tuan Pengerusi, B.7 belum lagi ya Tuan Pengerusi, B.7 belum lagi ya? Jadi setakat itu sahaja Tuan Pengerusi yang saya hendak sentuh dan sekali lagi saya ingin menyatakan di sini Tuan Pengerusi dengan penuh keyakinan insya-Allah pilihan raya ke-13 adalah pilihan raya yang saya yakin jujur, bersih dan mereka yang benar-benar menang pun akan ditentukan oleh keputusan rakyat yang bersih dan jujur. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana mengizinkan saya juga berbahas di peringkat Jawatankuasa yang menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri. Pertama saya hendak sentuh tentang juga SPR dan saya berminat tadi dengan apa yang dikomen oleh, disentuh oleh Yang Berhormat Johor Bahru tentang pengalaman beliau percaya dengan SPR pada waktu itu sebagai calon BEBAS dan juga akhirnya rakyatlah yang akan memberikan kepercayaan kepada kita. Atas ucapan itu saya rasa Yang Berhormat Johor Bahru punya pengalaman yang tersendiri dan cukup klasiklah pada waktu itu meninggalkan UMNO pada waktu itu bertanding BEBAS dan beliau menang. Itu pengalaman peribadi yang kita rasa pencapaian peribadi yang seharusnya sudah menjadi satu sejarah. Akan tetapi, atas hujah untuk melihat tentang ketulusan dan tentang kecemerlangan SPR dalam wajah ataupun dalam skop ataupun skala yang lebih besar, saya rasa pengalaman Yang Berhormat Johor Bahru itu satu pengalaman yang telah menjadi suatu mungkin kes rujukan. Akan tetapi peribahasa Inggeris ada mengatakan dengan izin, “One sparrow doesn’t make a summer”. Satu perkara itu belum tentu menyempurnakan satu perkara yang lain. Terdapat lagi asas-asas...

Boleh saya tanya sikit? Tidak, ini bukan mengenai Tuan Pengerusi, bukan mengenai satu swallow hendak jadikan satu summer. Banyak burung-burung ini. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Banyak burung punai yang akan tentukan summer. Itu betul, itu tidak.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Akan tetapi apa masalahnya adalah apabila kita melihat dalam skala yang lebih besar – sebab institusi seperti SPR, kehakiman, polis dan juga Jabatan Peguam Negara ini semua adalah institusi yang rakyat tidak ada pilihan. Rakyat akan participate, rakyat akan turut serta dengan sistem ini kerana ianya adalah satu-satunya sistem yang diizinkan dan kita turut serta. Kalau SPR, kalau Polis, kalau kehakiman, Jabatan Peguam Negara ini macam sektor perubatan ada hospital swasta, ada doktor pakar, rakyat akan pergi untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Akan tetapi untuk SPR, untuk hakim, mahkamah, kita tidak ada pilihan.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi oleh kerana kita tidak ada pilihan, jadi tanggungjawab adalah untuk memastikan institusi ini cemerlang dan dapat memberikan keadilan yang terbaik kepada rakyat. Itu yang kami maksudkan. Sekiranya kalau kita melihat pun kecemerlangan pada asasnya ataupun akhirnya rakyat akan memberikan suatu keputusan – apa yang berlaku dalam negara-negara maju di Barat sebagai contoh di Amerika, di United Kingdom, di negara-negara Scandinavia Tuan Pengerusi, yang juga saya rasa banyak membaca jurnal- jurnal, tentang artikel-artikel, tentang buku-buku yang telahpun direkodkan sebagai bahan sejarah dan rujukan, sebelum mereka cemerlang pada hari ini, ia adalah satu proses. Kalau kita baca dalam House of Commons sendiri ada banyak caucus, ada banyak Select Committee, ada banyak lagi jawatankuasa yang lebih khusus yang membincangkan tentang perkara-perkara yang melibatkan pilihan raya yang memang terdapat penyelewengan pada waktu itu. Kalau kita membaca laporan UNDP pun memberikan markah kepada negara- negara terbaik dunia yang hari ini semuanya dibolot oleh negara-negara Scandinavian. Akan tetapi ia bukan cemerlang – hari ini buat, esok terus jadi cemerlang. Hari ini kita baca aplikasikan satu sistem, lusa terus jadi cemerlang. Mesti ianya juga ada rekod, ada suatu perjalanan dan ada suatu usaha yang dibuat oleh pihak rakyat, civil society, NGO yang menggunakan seluruh ruang demokrasi untuk mendapat hak mereka. Asasnya di sini ialah kami di Malaysia ini yang berbetulan duduk di sebelah sini dan bersama civil society dan NGO pada hari ini menggunakan semua ruang yang diizinkan oleh demokrasi untuk memperjuangkan hak kami. Itu tidak pernah salah dan tidak pernah silap kalau kita mengaitkannya dari segi perundangan negara. Tidak ada silap. Jadi apa yang berlaku pada hari ini adalah tuntutan ke arah suatu pembaikan yang mesti kita laksanakan di atas apa yang dikatakan ataupun yang dikata sebagai law of cause an effect. mesti ada suatu jalan sebab-musabab yang berlaku. Sekiranya pada hari ini ada usul untuk melihat kecemerlangan SPR, ia mesti bertolak daripada suatu apa yang kita tuntut selama hari ini. Memorandum demi memorandum, dialog demi dialog, perbincangan demi perbincangan dan kita kemukakan dengan cara yang terbaik dan bukan dengan cara keganasan. Bukan dengan cara yang tidak menurut perundangan. Cuma masalahnya kadang-kadang kita melihat tidak ada suatu bentuk keseriusan sehinggalah ada suatu tindakan Bersih 2.0 yang dahulu kita melihat, lepas itu ada suatu tindakan yang diambil. Ini peranan dan kejayaan civil society rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan yang besar. Jadi saya rasa tidak timbul masalah kita hendak menyalahkan pihak-pihak tertentu tetapi ini saya rasa penting untuk kita lihat dalam konteks kita mahukan kepada suatu kecemerlangan yang suatu masa nanti kita akan melihat the equal playing field, iaitu padang yang sama rata itu akan dapat kita laksanakan. Saya hendak beri contoh Tuan Pengerusi dalam pengamalan demokrasi yang boleh kita ambil yang baik. Tidak semua dari Barat itu tidak baik, kita ambil yang baik. Sebagai contohnya mana ada demokrasi satu negara yang claim dia demokrasi terbaik tetapi semua media mainstreamnya tidak boleh digunakan oleh pembangkang. Ini tidak wujud. Ini lah yang kita hendak perjuangkan. Kalau SPR hari ini takut atau bimbang dengan pelbagai pandangan yang kita terlibat dalam banyak caucus, yang paling baru ialah penyertaan kita dalam PSC, kita dengar suara daripada SPR takut, bimbang pada hari penamaan calon nanti banyak sangat yang datang berarak. Kena buat banyak peraturan tentang ada pula kumpulan pemantau yang bimbang berlaku keganasan. Kita...

Yang Berhormat Kubang Kerian, sedikit.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekejap saya habiskan yang ini. Cuba kita beri pandangan kita contohnya 10 hari kempen pilihan raya umum. Pada waktu itu ada satu akta yang kita pinda dalam Parlimen ini yang media mengizinkan semua parti

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

politik boleh menggunakan saluran mainstream untuk berkempen. Jadi tidak timbullah masalah hendak banyak poster, hendak banyak orang pada hari penamaan calon, ada banyak ceramah di tempat-tempat dalam kawasan kita bertanding kerana apa? Oleh kerana media mainstream telah menyediakan ruang untuk semua parti politik boleh tampil dan boleh menyuarakan kempen secara adil dalam sebuah negara yang dikatakan memperjuang demokrasi. Kalau ini boleh lahir dalam negara kita. keamanan boleh kita capai. Wang rakyat boleh kita jimatkan dan kempen boleh berjalan dengan lebih baik. Itu yang kita perjuangkan. Kita tidak pernah minta bulan dan matahari. Bukan kita minta benda yang ada di langit, tidak! Kita minta perkara-perkara yang dijamin oleh Perlembagaan. Sila Yang Berhormat Balik Pulau.

Sedikit sahaja rakan mohon penjelasan sebab saya terjumpa satu kajian yang dibuat oleh – nama dia Professor Steven Levitsky, “The Rise of Comparative Authoritarianism”. Antara negeri-negeri yang termasuk dalam itu ialah Malaysia, Kenya, Ghana, Armania, Albania dan sebagainya. Di situ dikatakan comparative authoritarianism ini ialah orang yang menggunakan institusi demokrasi untuk kepentingan kerajaan tersebutlah. Antara kunci yang dilihat induktornya dan saya mohon penjelasan Yang Berhormat Kubang Kerian yang dikatakan, “Serious enough to create and uneven playing field between government and opposition.” Jadi saya rasa sebenarnya perkara ini wujud dalam suasana yang lain membentuk institusi demokrasi tanpa mempergunakan institusi demokrasi itu. Ini sebenarnya bukan suatu perkara yang baru, tetapi telah wujud juga di negeri-negeri yang lain. Saya rasa mohon penjelasan Yang Berhormat Kubang Kerian isu media. Tadi Yang Berhormat Kubang Kerian mengatakan kita tidak minta bulan dan bintang, saya katakan mungkin kerajaan boleh pertimbangkan, saya tak naklah..., Balik Pulaulah, tapi mungkin orang lain. Saya kata kalau 24 jam kerajaan ada TV station, dia ambillah 23 jam, bagi kita satu jam solid, pun okey. Selama 24 jam, saya minta sejam takkan tidak boleh... [Ketawa] Kalau tidak bagi, zalimlah. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Memang zalim pun.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kubang Kerian, kita berbahas atau mempersoalkan soalan bangkit dalam Jawatankuasa. Jadi ucapan itu macam dasar sangat. Yang Berhormat, saya minta bantuanlah, kalau kita beginilah, mungkin tidak habis kementerian ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Baik Tuan Pengerusi, saya cuba untuk masuk perbahasan dan terima kasih atas pandangan daripada Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Saya sangat berterima kasih di atas fakta itu kerana kalau kita melihat juga pada perkembangan terkini tentang buku-buku terbaru yang ditulis dalam Post Arab Spring juga tidak boleh lari mana-mana sarjana pun yang menulis dalam jurnal-jurnal terbaru adalah memberitahu kepada dunia bahawa itulah akibatnya sekiranya demokrasi dipersempit dalam negara-negara Arab. Jadi moral daripada cerita itu adalah lebarkan demokrasi, suburkan hak rakyat dan insya-Allah ini boleh berlaku dalam negara kita dalam suatu era yang kita akan berikan nafas baru pada anak-anak muda di luar sana. Tuan Pengerusi saya pun tidak panjang, yang akhir sekali saya hendak sebut sedikit tentang Parlimen ini. Walaupun menyentuh tentang elaun, pembayaran tetapi saya masih haraplah kerusi di atas sana itu harus diperkasakan, diberi nafas baru, lebih kuasa untuk kebaikan Parlimen. Bukan lebih kuasa untuk bertindak atau seumpamanya tetapi kita mahu Speaker, Timbalan Speaker yang ada dalam Parlimen ini, kita tidak kisah tentang elaun mereka, tetapi kita mahu ada suatu perubahan dalam memberikan ruang-ruang yang lebih baik,yang lebih bersifat proaktif untuk kita melihat Parlimen ini menjadi lebih maju pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat. Ini Kertas Perintah berhubung dengan apa yang kita bahas Yang Berhormat. Jadi dalam itu ada agenda Maksud B.4, B.6 dan B.7. Jadi seelok-eloknyalah kita berpandukan Kertas Perintah itu. Jadi...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

B.7.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak. Dia ada disebut kepala bekalan B...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sekarang dalam perbahasan B.4, B.6, B.7. Betul, ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi, dia ada disebut tentang – sudah disebut dari awal tadi. Jadi saya minta kita patut mengikut garis panduan itulah. Dari sini pergi ke sanalah Yang Berhormat. [Ketawa] Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk pada Maksud B.4 – SPR dan B.6 – Jabatan Perdana Menteri Butiran 010100 sekali gus. Di mana SPR tambahan RM800 dan juga Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 010100 sebanyak RM65 juta. Jadi apa-apa pun Tuan Pengerusi, wang ini hendaklah dibelanjakan dengan penuh berkesan. Walaupun tadi disebut RM800 sahaja untuk emolumen tetapi biarlah ia benar-benar berkesan kerana rakyat sedang menilai sejauh mana perbelanjaan ini berkesan. Contohnya Tuan Pengerusi, saya sentuh sedikit sahaja. Jangan sampai rakyat keliru. Itu hujah saya daripada asal. Apa-apa pun perbelanjaan, jangan sampai kita biarkan rakyat sentiasa keliru. Dalam soal SPR tadi, banyak disebut – saya mungkin terbabas sedikit, saya minta maaf, tetapi biarlah maksud saya tadi perbelanjaan ini benar-benar berkesan. Ini kerana jika ia tidak berkesan, rakyat keliru kerana ada usaha daripada satu pihak untuk sengaja mengelirukan rakyat. Saya berani mengatakan bahawa di pihak sebelah sana, kawan- kawan yang menyebut tentang SPR tadi, sudah menjangkakan mereka sukar untuk menang. Jadi, mereka sekadar membuat banyak provokasi termasuklah Bersih 3.0 dan sebagainya. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, saya minta supaya perbelanjaan ini benar-benar berkesan supaya rakyat mendapat faedahnya. Dalam contoh SPR misalnya, kalau rakyat sentiasa keliru dan SPR dengan dibantu oleh pihak kementerian berkaitan, misalnya Jabatan Perdana Menteri, tidak mampu untuk meyakinkan rakyat tentang perkara yang hak, perkara yang benar, tetapi rakyat lebih cenderung atau mudah percaya dengan perkara- perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang, ini sudah tentu akan mewujudkan suasana yang tidak stabil.

Penjelasan sedikit Yang Berhormat Ledang, boleh? Sedikit sahaja.

Minta maaf. Saya ini di peringkat Jawatankuasa saya minta maaf. Beri saya berhujah dahulu. Rakyat boleh memberontak sekiranya dari awal lagi rakyat tidak yakin dengan SPR. Bukan kerana SPR itu tidak elok, bukan kerana SPR tu tidak cekap tetapi kerana satu pihak mungkin berjaya membuat provokasi, mungkin berjaya membuat rakyat keliru seperti yang dibuat sekarang. Sebagai contoh, soal daftar pilihan raya. Kalau pun yang dipertikaikan itu angkanya adalah 100,000 orang, apalah 100,000 orang jika dibandingkan dengan jumlah pengundi lebih kurang 13 juta orang. Oleh sebab itu tadi saya suka mendengar hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Dalam keadaan pada masa itu tahun 1988, kononnya ada mengatakan bahawa kerajaan begitu kuat, SPR benar- benar di bawah genggaman kerajaan tetapi Yang Berhormat Johor Bahru masih menang. Yang Berhormat Johor Bahru masih menang. Jadi Tuan Pengerusi, biarlah perbelanjaan ini yang saya sebutkan tadi benar- benar berkesan dan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa rakyat mesti diberi kepercayaan atas nama kebenaran, atas nama hak bahawa SPR itu telah menjalankan tugas dengan sebenar-benarnya. Betul ada sedikit kecacatan, itu kita tidak nafikan tetapi bukan bermakna kecacatan yang sedikit itu...

Ada juga.

Boleh menafikan 99.99% kebenaran yang sudah dibuat dan akan dibuat oleh pihak SPR. Itu satu perkara.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cacat itu boleh jalan jadi...

Tadi disebut civil society.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jalan jadi tempang.

Minta maaf, minta maaf.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Cacat itulah walaupun sedikit.

Betul civil society membuat satu demonstrasi Bersih 2.0 dan sebagainya, tetapi kerana apa? Kerana mereka dihasut, Tuan Pengerusi. Ini kerana mereka dihasut. Saya mendapat banyak maklumat Tuan Pengerusi dan saya berani mengatakan ini.

Penjelasan boleh, penjelasan?

Mereka sebahagiannya juga dibayar untuk datang.

Yang Berhormat Ledang, penjelasan Yang Berhormat.

Apabila mereka datang ke mari kita bertanya, ramai juga yang mengaku bahawa mereka dibayar. Mereka tidak tahu untuk apa.

Yang Berhormat Ledang, penjelasan sedikit.

Jadi Tuan Pengerusi, biarlah. Biarlah perbelanjaan ini benar-benar berkesan dan rakyat yakin bahawa SPR menjalankan tugas dengan betul. Sekian, terima kasih.

Eh! Tidak ada penjelasan?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang. Hai Yang Berhormat Ledang! Awal sangat Yang Berhormat Ledang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap, berbahas bagi Maksud B.4 di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya yang mana tambahan sebanyak RM48.77 juta dikehendaki untuk menampung kos pengurusan termasuklah persediaan awal pilihan raya umum yang ke-13. Tuan Pengerusi, apabila disebut oleh Yang Berhormat Ledang tadi tentang perbelanjaan yang begitu besar, kita pun mengharapkan pada perubahan yang bukan sahaja berbentuk daripada kaca mata luar tetapi perubahan mendasar. Saya ingin membangkitkan di sini antara kekecewaan yang kami dapati, daripada permulaan ada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas untuk menambah baik sistem pilihan raya. Malangnya, jelas di sini banyak kekurangan khusus apabila berkait dengan kebersihan atau pembersihan daftar pemilih induk. Saya bangkitkan di sini banyak laporan telah diberikan kepada media termasuklah oleh Merdeka Centre dan NIEI untuk suku bagi tahun 2010 dan awal tahun 2011 yang menunjukkan sekurang-kurangnya 8% daripada kesemua jumlah pengundi kita ini tidak dapat dikenal pasti. Jumlah itu hampir satu juta rakyat Malaysia yang tidak diketahui asal-usulnya dan terkandung dalam daftar pemilih. Akan tetapi berbalik pada Jawatankuasa Pemilih ini kerana akan digunakan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya hendak cepat habiskan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Merdeka Center sahaja.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kemudian Yang Berhormat boleh tanya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya sudah jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak perlu Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Nantilah Yang Berhormat. Bukan hari inilah. Saya hendak habiskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Pendek sahaja. Saya...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Merdeka Centre itu tidak betul.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Pertamanya, antara permohonan Tuan Pengerusi, yang diminta kerana sudah ada beberapa kelemahan yang diakui. Maka saya sendiri menyaksikan janji daripada Timbalan Pengerusi SPR, ini sebelum Jawatankuasa Pilihan diwujudkan, untuk ataupun supaya sistem daftar pemilih itu diaudit. Kalau diaudit, sekurang-kurangnya dapatlah kita mengenal pasti kelemahan untuk diperbaiki bersama. Dalam Forum Sinar itu, beliau menjanjikan kesediaan. Malangnya, apa yang dilakukan oleh MIMOS adalah dilakukan dalam bidang kuasa yang sangat terhad. Saya nampak kalau kita hendak bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh negara luar, kita ambil contoh India, sistem pembersihan daftar pemilih dia merupakan sistem yang berterusan. Jadi kalau duit ini diguna pakai untuk membersihkan daftar pemilih secara berterusan termasuklah memeriksa di peringkat lapangan – cari alamat itu, cari pengundi. Ia bukan tanggungjawab parti politik sebenarnya untuk membuat kerja-kerja ini tetapi di negara India, dilengkapkan sebagai tanggungjawab SPR. Saya pohon kerajaan apabila melihat perbelanjaan perlu mengambil kira faktor yang terpenting ini. Saya ambil contoh keputusan berkait dengan daftar pemilih kerana ini begitu besar. Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Harris Mohd Saleh Tuan Pengerusi, versus Ismail bin Majin, Returning Officers, tahun 2001. Dengan izin, keputusan itu... [Membaca petikan] “The instances of non-citizens and phantom voters in the electoral roll as disclosed as this trial may well be the tip of the iceberg. It is common knowledge that the influx of illegal immigrants have plagued Sabah for some years. It is a well-known fact that it had appeared in the local dailies too frequently. The exposure of fraudulent practices such as massive registration of phantom voters is time consuming. However, it has to be done if we wish to defend and preserve meaningful practice of democracy in Malaysia. As custodians of free and fair elections, the SPR is bound to do it.”

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Bukannya kerja parti-parti politik Tuan Pengerusi. Saya fikir memang masalah ini semua dikenal pasti dengan ayat paling popular, Jawatankuasa Pilihan Khas, apa dia kata? “Jawatankuasa ini mengambil maklum...”, tetapi apabila kita hendak, apa yang kita mahukan adalah keputusan yang memastikan SPR melaksanakan kesemua tuntutan dan cadangan ini. Saya nampak daripada 10 rekomendasi yang dibuat oleh laporan awal PSC, enam ditolak oleh SPR. Enam ditolak dan daripada tiga daripada 22 rekomendasi yang terbaru, hanya tiga yang mempunyai had jangka masa untuk dilaksanakan di bawah item 1.5. Tiga bulan baru boleh dilaksanakan sedangkan pilihan raya umum akan berlangsung bila-bila masa lagi. Itu daripada terma-terma dan kenyataan Perdana Menteri tentunya. Kedua, item 6.2 di bawah code of conduct bagi kerajaan sementara. Juga mengambil masa tiga bulan dan terakhir, untuk item 13.4 bagi pendaftaran automatik. Sampai setahun baru dilaksanakan. Jadi, nampak sangat bila daripada rekomendasi awal yang telah dikeluarkan oleh PSC, dia kata wajib dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang. Sekarang hanya tiga daripada 22 yang diambil kira dengan had masa. Jadi, kerana ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk satu perkara sahaja iaitu sejarahnya. Sejarah dalam Dewan yang mulia ini pelbagai banyak pindaan yang telah diperkenalkan bagi mengawal selia, memastikan bidang kuasa SPR oleh Dewan Rakyat.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Pertama, dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 1960, Artikel 114(4), untuk memastikan pegawai SPR yang dikira tidak melakukan tugasan dalam bidang kuasa dapat dipecat daripada SPR, termasuk pindaan-pindaan lain. Di mana tahun 2002, Perdana Menteri Malaysia sampai mewujudkan Putrajaya sebagai satu kawasan Parlimen, diluluskan dalam Parlimen dalam satu usul. Jadi pertanyaan saya, bila masa perubahan pindaan dipersetujui oleh parti pemerintah dibuat, SPR kena ikut. Kita kena akur tetapi apabila masa ada satu laporan jawatankuasa pemilih diwakili oleh semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua parti diluluskan, SPR boleh menjawab, “Oh, tidak perlu untuk melaksanakan kesemuanya”. Jadi, ada kontradiksi yang besar di sini. Saya pinta, saya mendesak kerajaan, kementerian, kalau hendak menunjukkan sikap yang objektif dalam semua perbelanjaan yang dilunaskan ini, tidak boleh hanya untuk pindaan yang berpihak kepada kerajaan pemerintah, parti pemerintah sahaja terlaksana. Akan tetapi apabila di tahap ini selepas demonstrasi Bersih 2.0, saya hendak beritahu Yang Berhormat Ledang, kami pun kalau boleh...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

...Tidak perlulah hendak pergi berdemonstrasi. Memang tidak ada siapa yang hendak kena gas pemedih mata. Akan tetapi apabila terpaksa, nampak daripada laporan. Saya tengok sejarah berapa pindaan berkali-kali dibuat dan semuanya diluluskan kerajaan parti pemerintah yang menggariskan kuasa SPR. Akan tetapi di tahap ini, apabila ada komitmen disuarakan oleh Perdana Menteri...

[Bangun]

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

...Tidak, saya akan teruskan Yang Berhormat Balik Pulau ya. Lepas ini you boleh kacau masa Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi... terakhir, point saya. Sudah hendak habis, terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Banyak hendak tanya itu.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi, pada saya, saya minta pendirian daripada kerajaan di kala ini wajib memastikan SPR melaksanakan kesemua rekomendasi dengan had masa sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Pada saya, hari ini Timbalan Pengerusi SPR kata, “SPR tidak mungkin dapat laksana kerana banyak syor PSC di luar bidang kuasa.” Kerana itu dalam PSC kita menjemput pihak PDRM, Kementerian Dalam Negeri, JPN dan sebagainya untuk datang bersama, termasuk Pejabat Peguam Negara. Jadi, hari ini perlu ada jawapan yang menyatakan kesemua rekomendasi ini dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Kalau tidak, seperti apa pun yang dilakukan, memang memberikan sebab yang jelas untuk kita terpaksa menolak semua yang dibuat oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud T.7 Suruhanjaya Pilihan Raya. Alangkah baiknya kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang tidak menimbulkan huru-hara tempoh hari dan macam hari ini berbahas soal SPR, dapat dibahaskan secara terbuka... [Tepuk] secara tanpa berselindung, tidak ada masalah. Akan tetapi oleh sebab sikap prejudicial, hendak menghukum sebelum perkara itu dibahas...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Always ready.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Always ready? You all hounded the Speaker out, macam-macam, never ready, only at your convenience. Democracy at your convenience.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Atas sebab-sebab yang tertentu Yang Berhormat, ada sebab-sebab yang tertentu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Apa dia? Tidak dengar.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada sebab-sebab yang tertentu.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ada sebab-sebab...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You are here isn’t it?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Berapa lama kita hendak mendengar excuses itu semua? ”Sebab-sebab tertentulah, walk outlah”, democracy at your convenience only, not at anybody else’s convenience, itu masalah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Neither is it at your convenience?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Doesn’t even make sense. Anyway, Tuan Pengerusi...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Just because you are from Oxford, it makes sense? Others, it doesn’t make sense? Come on man, young man.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

I won’t even dignify that with a response. Okay, anyway Tuan Pengerusi...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh mencelah sedikit?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Belum lagilah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Oh, okey.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...tunggulah sekejap.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tuan Pengerusi, saya belum cakap dia hendak mencelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya mintalah dalam peringkat Jawatankuasa ini, penjelasan itu kurangkanlah sikit Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya, ya. Saya hendak merujuk kepada SPR, ini yang dibangkitkan sewaktu perbahasan dasar. Saya tidak bersetuju langsung dengan apa yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang yang mengatakan bahawa laporan jawatankuasa pilihan khas ini banyak merujuk kepada jawatankuasa mengambil maklum sahaja. Kalau kita tengok walaupun memang ia ada sedikit time period, ia ada sedikit tempoh masa untuk diberi supaya masalah itu diselesaikan, dikaji, disemak dan sebagainya tetapi kalau kita tengok kepada masalah fundamental, masalah asas. Contohnya, senarai pemilih dan sebagainya, Jawatankuasa telah mengemukakan beberapa syor yang konkrit, yang meminta supaya ada satu pemantauan by partisan, yang melibatkan semua pihak, bukan hanya Barisan Nasional tetapi juga pihak pembangkang, untuk memastikan bahawa senarai pemilih ini dibersihkan ataupun bersih bukan hanya hari ini tetapi sepanjang waktu dan masa. Saya ambil contoh, ”Bahawa Jawatankuasa 10.7 dalam laporan tersebut mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih yang dicadangkan di perenggan 10.6”. Di situ saya nampak bahawa satu usaha by partisan, satu cadangan yang melibatkan semua tetapi apa yang kita ada pada hari ini bukan untuk memberikan peluang kepada syor daripada Jawatankuasa ini dapat dilaksanakan tetapi satu bentuk ugutan politik daripada pihak pembangkang yang prejudicial, yang telah menghukum lebih awal daripada syor ini dapat dipertimbangkan, dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendesak secara demonstrasi dan sebagainya. Tekanan kepada kerajaan dan memberikan gambaran bahawa pilihan raya yang akan datang bukanlah pilihan raya yang adil dan bebas.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini satu perang saraf, yang mana saya sebutkan tadi perang saraf yang tidak begitu halus, yang sebenarnya begitu tersurat sekali, yang menunjukkan bahawa inilah desperation pihak pembangkang, yang tidak ingin bersetuju kepada Jawatankuasa yang by partisan. Saya setujulah kalau perkara ini dirujuk hanya kepada SPR, tidak ditubuhkan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Satu Parliamentary Select Committee yang kekal, permanent, untuk melihat dan monitor, memantau senarai pemilih. Akan tetapi hari ini kita sudah offer jawatankuasa khas terpilih...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Yang kekal ya. Sekejap, dia berdiri dahulu. [Menunjuk ke arah Yang Berhormat Kota Belud]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi tidak mendapat persetujuan. Sebelum apa, sudah ada prejudicial hukuman bahawa ini tidak boleh pakai dan apa sahaja yang SPR kata hendak buat, dia hendak pamerkan 42,000 nama, dia hendak pamerkan 70,000 nama yang alamatnya didaftarkan sama, itu pun ditolak semata-mata. Dalam Jawatankuasa ini ada laporan mengenai akses media, tadi disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian - Tuan Salahuddin Haji Ayub. Bahawa akses media tidak adil dan sebagainya. Akan tetapi disebutkan di dalam ini bahawa disyorkan kepada pihak-pihak tertentu bahawa bagi akses media yang adil, yang saksama kepada semua. Akan tetapi sebelum dapat diberikan ketetapan, sudah ada satu pendirian yang prejudicial, sama juga dengan funding.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, apa yang saya hendak cakapkan di sini Tuan Pengerusi, kepada pihak kementerian adalah sejauh mana keseriusan kerajaan, iltizam kerajaan, komitmen kerajaan bahawa syor ini dapat diterima. Barulah kita buat ketetapan...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi sebelum kita dengar daripada pihak kerajaan, sudah buat ketetapan, sudah buat pendirian. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini baru PEMUDA UMNO, yang puteri reformasi tidak beri jalan tadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya hendak beritahu juga Yang Berhormat, mengikut catatan yang dibuat pagi tadi, tiap-tiap seorang yang bercakap sepuluh minit sahaja. Tidak lebih daripada sepuluh minit.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Rembau, saya rasa RM49 juta ini tidak cukup untuk mengajar pembangkang apa ertinya PSC dan pembangkang ini. Saya rasa RM48 bilion diperlukan untuk memberitahu kepada mereka apa sebenarnya perjalanan SPR dan PSC. Saya hendak komen dan minta pandangan Yang Berhormat, tadi saya dengar sahabat saya daripada Kubang Kerian dengan suara yang lembut mengatakan bagaimana mereka itu seolah-olah ditekan, seolah-olah tidak ada hak. Akan tetapi tidak ada pula beliau menyebut tentang bagaimana sesebuah pembangkang itu menjalankan tugas mereka sebagai pembangkang. Apakah pembangkang di Malaysia ini sama tarafnya dengan pembangkang di negara-negara Barat yang maju demokrasinya. Itu juga harus dituntut. Jangan hanya menuntut kepada kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugasannya. Bagaimana pula dengan pihak pembangkang? Apakah mereka sudah menjadi satu institusi yang boleh dihormati, yang tahu tatasusila, membawa perubahan yang mantap, yang begitu. Ini tidak disebut langsung oleh sahabat saya daripada Kubang Kerian. Ini masalah kita. Dalam masa yang sama kita ditekan tetapi pada masa yang sama pembangkang gagal untuk menjalankan tugas sebagai pembangkang tahap satu kelas pertama dunia. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sebab itu mereka tidak setuju dengan mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Pilihan Khas yang kekal supaya dapat pantau senarai pilihan raya. Oleh sebab kepentingan, interest mereka, bukan untuk membantu supaya senarai pemilih itu dapat dibersihkan. Akan tetapi sentiasa menimbulkan keraguan bahawa ini adalah election yang tidak adil supaya apabila mereka kalah nanti mereka akan kata, ‘Ahh! kita kalah sebab gelanggang yang tidak sama rata’. Itu dia. Bukan interest mereka adalah untuk memastikan bahawa sama- sama kita dapat bersihkan senarai pemilih...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Laluan Yang Berhormat?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Akan tetapi untuk menimbulkan keraguan. Saya hendak jawab tadi Yang Berhormat Kota Belud kata tadi RM48 juta tidak cukup, mungkin kena bagi RM48 bilion. Akan tetapi masalahnya kalau mereka menang tidak ada RM48 bilion, kerana dia sudah cakap, ”Kalau saya menang, saya akan hapuskan semua hutang PTPTN RM48 bilion”. Hangus sahaja, tidak ada duit, sudah bankrap negara kita, muflis negara kita, jadi tidak ada duit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada korupsilah. No corruption, you can save money.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi, minta maaf. Mana dia.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Rembau?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jadi Tuan Pengerusi, saya...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Rembau, tidak boleh?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...ya lah, kalau ada masa saya bagi Tuan Pengerusi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit Tuan Pengerusi. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rembau.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, di Dewan ini...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

...Beri, tidak bagi pun, Yang Berhormat cakap juga.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Ketawa] Ini sungguh-sungguh minta Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kalau kita betul- betul boleh mengikutkan peraturan, memang macam itu Yang Berhormat. Tanya dengan saya dahulu, kalau saya kata, “Okey Yang Berhormat”...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu yang saya tanya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, boleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sepuluh minit Yang Berhormat saya ingatkan, ada dua minit lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh Tuan Pengerusi, ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Cepat Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya mengingatkan Yang Berhormat Rembau juga pada hari yang bersejarah itu bagaimana kami di sebelah sini yang mempertahankan wujudnya minority report. Dalam rujukan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua pada amalan New Zealand. Tidak apalah, itu kita tolak tepi, sekarang ini sudah jadi sejarah, it is all history now.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Persoalan yang lebih besar adalah betapa EC sendiri dalam membuat pernyataan bahawa mereka powerless untuk melaksanakan beberapa perkara yang telah kita tetapkan supaya ianya dilakukan. These are not reform for eye washing sahaja. Ini bukan satu reform yang kosmetik. Apa yang lebih penting adalah cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) itu dilakukan sebelum bubarnya Parlimen dan sebelum datang PRU13 akan datang. Ini apa yang dituntut oleh rakyat. Please answer to that. We want to seat together by partisan, as you said. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Masalahnya Yang Berhormat Kuala Selangor, kita tidak tahu lagi sama ada perkara ini akan dibuat ataupun tidak. Perdana Menteri sudah bagi komitmen bahawa transformasi akan dibuat dalam masa yang terdekat. But the problem is, masalahnya adalah bahawa you have made up you mind already. Sudah buat ketetapan pada hari ini, pendirian pada hari ini, we cannot accept anything. Itu masalahnya. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor, saya sudah baca minority report. This is minority report, one page… [Mnunjukkan ‘minority report’ yang dimaksudkan] Satu helai punya minority report. This is a minority report. Ini minority report. Semua saya hendak maklum kepada...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang, semua yang terkandung dalam minority report ini juga terdapat dalam appendix yang ada dalam laporan ini. Jadi, apa yang ditimbulkan pada dua hari lepas semata-mata satu ‘drama minggu ini’ untuk menimbulkan huru-hara...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

I thing we beg to differ. We beg to differ.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...Untuk cuba cari publisiti.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

We beg to differ.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Saya boleh pergi, satu persatu minority report. Semuanya terkandung dalam appendix, dalam rumusan yang kita kepilkan dalam laporan ini. Ini saya tidak tahu apa-apa...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini satu kejutan yang besar.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kejutan... [Ketawa] Yang besar. Jadi Tuan Pengerusi, saya pun tahu masa sudah singkat, saya mohon kepada Menteri supaya jawab soalan, sejauh mana kerajaan, tadi disebut bahawa SPR powerless. Ada sesetengah perkara bahawa di luar lingkup bidang kuasa SPR. Akan tetapi kita minta supaya kerajaan bagi jaminan dalam Dewan ini sewaktu menjawab nanti bahawa kerajaan akan melaksanakan transformasi dan syor SPR ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa bila Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan adalah kerana desakan-desakan masyarakat dan desakan-desakan rakyat terutamanya BERSIH 2.0. Ini di mana beberapa perkara yang telah dibangkitkan electoral fraud dan sebagainya. Maka, itulah sebab kita ada Jawatankuasa Pilihan Khas. Akan tetapi selepas pembentangan report tersebut, nampaknya ia tidak merangkumi hasrat dan cadangan yang dibuat oleh BERSIH 2.0. Itu adalah di antara perkara dan juga selepas itu kalau walaupun kita tengok dari apa yang dicadangkan oleh PSC tetapi dikatakan satu di antara perkara yang dikatakan oleh Election Commissions adalah mereka akan mengidentify apakah perkara-perkara yang boleh, can be implemented. Itulah yang menjadi perkara yang saya rasa yang dikhuatiri oleh semua perkara yang telah dicadangkan oleh PSC. Saya rasa itu adalah perkara yang pokok di mana kita rasa bila ada cadangan-cadangan yang dibuat oleh kerajaan, cadangan yang

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

dibuat oleh Parlimen tetapi an option is given to Election Commissions untuk mereka mengimplementasikannya. Adakah semua cadangan itu akan diimplementasikan atau tidak? Kalau kita tengok kepada report-report sebelum ini, Royal Commission mengenai kehakiman, serupa juga. Beberapa cadangan yang khusus yang pergi ke core subject matter tidak diimplementasikan. V.K. Lingam report, mengenai kehakiman kita tengok banyak perkara di sana pun tidak diimplementasikan. Ini adalah apa yang dikhuatiri oleh masyarakat di Malaysia ini bahawa cadangan- cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas kemungkinan besar banyak daripadanya tidak akan diimplementasikan. Jadi, maka itulah sebab kenapa sekarang kita ada BERSIH 3.0. Ini adalah satu desakan dan untuk menunjukkan kepada kerajaan dan kepada negara bahawa masa sudah sampai dan kita tidak bertoleransi kepada kemungkinan besar kelakuan fraud dalam pilihan raya yang akan datang. Ini ada kemungkinan yang besar. This is not just imagination. Akan tetapi ini adalah perkara yang kemungkinan besar, maka untuk mengelak perkara sedemikian, maka itulah sebab dan saya pohon agar kerajaan membenarkan, legalize, membenarkan Dataran Merdeka untuk digunakan oleh BERSIH 3.0 dan juga memanggil ramai rakyat Malaysia. Kalau boleh 26 juta semua datang pada 28 April 2012 ke Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka bukan sahaja perlu ikuti apa yang diluluskan oleh PSC tetapi in the heart and mind of the people yang perlu adalah bahawa satu free and fair election. Kurang daripada itu, nothing can be accepted. Tuan Pengerusi, di...

Itu Ipoh Barat, menang tidak ada fair lagikah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan secara, you... [Disampuk]

Jawab! Tidak ada fairkah? Kalau tidak, Yang Berhormat Ipoh Barat pun tidak boleh menang.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Jawab Yang Berhormat Ipoh Barat, jawab.

Sana itu Yang Berhormat Kuala Langat pun tidak boleh menang, itu Yang Berhormat Balik Pulau pun tidak boleh menang..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Siapa lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Ini Yang Berhormat Tumpat pun tidak boleh menang...

[Dewan riuh]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Jawab Yang Berhormat Ipoh Barat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.. Yang Berhormat...

Ha! Ha...

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jangan mabuk kuasalah.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Bukan mabuk kuasalah Yang Berhormat Ipoh Barat. Bukan mabuk kuasa. Betul.

Ini semata-mata... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Kuala Lipis sudah bankrap lah, bankrap dia punya fikiran lah. You mabuk kuasa lah, you do not know what you are talking about.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Ipoh Barat. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat mungkin Yang Berhormat boleh memperjelaskan kepada ahli-ahli Barisan Nasional. Jangan menganggap kerana ada...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sebentar Yang Berhormat. Okey, sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya harap Yang Berhormat Ipoh Barat maklumkan kepada ahli Barisan Nasional di sebelah sana bukan sebab sini ada wakil dalam pembangkang dalam Dewan ini, ini bermakna pilihan raya yang dijalankan sepanjang masa ini adalah adil dan bebas... [Disampuk]

Sebab itulah pilihan raya fair. Sebab itulah ada pembangkang.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita apa yang kita mahu dan NGO mahu Yang Berhormat Ipoh Barat adalah jelas apa.

[Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau yang kalah, kalah dengan puas hati...

Yang Berhormat Batu Gajah boleh duduk sini kerana pilihan raya itu adil dan bebas...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau yang kalah, kalah dengan puas hati, menang, menang dengan megah melalui satu pilihan raya yang bebas dan adil...

Itu sebab kena duduk sini, kalau tidak Yang Berhormat Batu Gajah pun tidak boleh duduk situ.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mesti menang dengan puas hati...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Siapa punya floor?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lipis. Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Duduk! Duduk, duduk!

Kalau tidak Yang Berhormat Batu Gajah pun tidak boleh duduk situ.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat...

Itu sebab jangan bohong. Selalu suka berbohong dalam Dewan ini, inilah reply dia.

[Dewan riuh]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil, bukan dengan kotor.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini sudah tidak siuman lah. Ini sudah tidak siuman ini. [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hendak cakap sedikitlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya cakap sedikit sahaja Yang Berhormat. Ini bukan kita main-mainlah dalam Dewan. Bukan sesuka hati, menyenangkan hati ataupun hendak diketawa oleh kawan dekat belakang ataupun dipuji media dan sebagainya. Kita membahaskan perkara-perkara yang amat penting. Dengarlah kawan bercakap. Sila Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, saya setuju sepenuhnya dengan pandangan Yang Berhormat Batu Gajah. Bukan setakat mengadakan pilihan raya, kalau sedemikian di Iraq, di negara-negara di Tunisia, di Libya, they have election every five years, apa sudah jadi? That does not make sense. We are talking about free and fair election. Kalau dia tidak faham just because you have won and I have won here, does not make democracy in the reality. Akan tetapi yang mustahak adalah inilah. Kalau kita tengok

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

on the overall, di mana pembangkang macam kita, kita tidak dapat peruntukan... [Disampuk]

Dia hanya fair kalau semua ini pembangkang menang, fair lah. Ha! Begitu.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan saya kata itu.

Itu cara dia.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat..

Bukan itu cara dia? Ha! Itulah dia. Cakap tidak serupa bikin.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, yang ini... yang ini. Yang Berhormat, Tuan Pengerusi, kalau saya hendak cakap dia tidak siuman...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat minta tolonglah, Yang Berhormat Lipis..

Okey, terima kasih.

Terima kasih sahaja?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lipis minta tolonglah. Ini bukan caranya Yang Berhormat. Peraturan ada dalam Dewan ini. Yang Berhormat Ipoh Barat cakap dengan saya, tuju kepada saya Yang Berhormat... [Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, ya Tuan Pengerusi. [Ketawa] Saya lebih baik, senang untuk berucap di sini di mana yang Tuan Pengerusi faham. Yang sebelah itu bukan dia tidak faham, dia tidak siuman. Jadi itu masalah dia. Akan tetapi tidak apa Tuan Pengerusi, saya ada dua perkara...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tidak siuman kau cakap Yang Berhormat Ipoh Barat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Satu adalah, satu..

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tidak siuman? Tarik balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tidak siuman, tarik balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa itu?

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tidak siuman. Perkataan tidak siuman itu tarik baliklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, jangan begitulah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau Yang Berhormat pun speak like that lah, Yang Berhormat pun tidak siuman lah.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Yang Berhormat Ipoh Barat tidak siuman?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, di kawasan Ipoh Barat, Ipoh Timur dan di Batu Gajah ini banyak-banyak kawasan. Saya hendak tahu berapa pemilih yang telah dipindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain, dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain kerana di Batu Gajah, di Ipoh Barat dan Ipoh Timur sangat ketara di mana kalau pada tahun 2007, di kawasan saya lebih dari 1,500 orang. It is first in the country di mana kita dapat tahu bahawa satu sekolah yang berpuluh-puluh tahun berada di kawasan saya tiba-tiba telah diubah ke tempat lain. Saya difahamkan baru-baru ini, saya dan Yang Berhormat Batu Gajah baru-baru ini seminggu dahulu telah berjumpa dengan pegawai-pegawai SPR di Ipoh dan mereka kata ada pemindahan pemilih-pemilih dari kawasan saya dan saya tidak ketahui. Sebelum itu, di mana perbincangan telah dibuat dengan Pengerusi SPR empat tahun dahulu, di mana Pengerusi SPR telah mengatakan dan bersetuju kepada cadangan kami bahawa jika ada mana-mana pemilih dipindah, apa sebab pun dari kawasan kita, dari perbuatan SPR ia

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

akan dimaklumkan kepada Ahli Parlimen dan ADUN di kawasan tersebut. Akan tetapi di kawasan saya sehingga hari ini walaupun ada pemilih-pemilih yang telah dipindah saya difahamkan, satu pun tidak dimaklumkan kepada kami, kepada saya dan sebagainya. Saya hendak tahu berapa dan kenapa ia telah dialihkan? Berkaitan dengan ini ialah Tuan Pengerusi, adalah caretaker government. Saya ada ucap panjang lebar semasa dalam policy stage tetapi di Jawatankuasa Pilihan Khas ada cadangan caretaker government. Saya rasa ini adalah perkara yang sangat relevan kepada masa sekarang, di mana-mana pilihan raya yang bebas kalau dikatakan diadakan, kita perlu ada satu caretaker government yang bebas seperti kalau saya tidak salah pada tahun 1969, di mana Tunku Abdul Rahman telah mengadakan konsep tersebut. Akan tetapi selepas itu dan sebelum itu tidak ada pernah dan saya harap ada undang-undang yang tertentu untuk mengawal kerajaan sementara di mana setelah Parlimen dibubarkan seperti di negara India di mana kerajaan, Menteri-menteri dan Perdana Menteri tidak dibenarkan mana-mana cara pun menggunakan harta benda kerajaan semasa selepas Parlimen dibubarkan. Pada tahun 1974, di mana Indira Gandhi telah menggunakan kapal terbang kerajaan untuk kempen, untuk satu kempen sahaja dan dia telah dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan saya harap ini boleh difikirkan oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya di implementasikan di negara ini. Kita tahu pada masa pilihan raya kerap kali Menteri, kerap kali Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Barisan Nasional menghulurkan banyak wang, menghulurkan, memberi... Di kawasan saya yang saya bertanding, lawan saya. Dia kerap kali memberi geran-geran tanah, memberi macam-macam pampasan, memberi macam-macam wang kepada pemilih-pemilih, kepada voters dalam kawasan-kawasan. Di seluruh Malaysia macam itu, membeli pemilih-pemilih di negara ini, pengundi-pengundi dan ini adalah satu cara yang tidak boleh diguna pakai dan saya harap tindakan di ambil.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya baru tiga minit. Tuan Pengerusi, ada kerajaan telah mencadangkan 1,000 tempat untuk kerusi matriculation untuk masyarakat India tetapi nampaknya tidak ada apa-apa dinyatakan di sini. Saya difahamkan bahawa semua keputusan untuk menetapkan pelajar-pelajar di matrikulasi untuk tahun ini telah pun – keputusannya telah muktamad telah dibuat pada bulan Oktober tahun dahulu dan macam mana Perdana Menteri boleh mengisytiharkan we will give one thousand seats to the Indian students of this country dan juga memberi scholarship kepada mereka tetapi ini semua tidak ada on reality, on the ground? Ini semua tidak akan diimplementasikan dan ini semua satu cara untuk memenangi hati masyarakat India kerana undi masyarakat India sangat mustahak pada pilihan raya kali ini. Kalau perlu cakap bohong pun tidak apa, cakap kepada mereka dan menang undi-undi sedemikian. Saya juga hendak tahu perbelanjaan sebanyak RM20 juta yang dikatakan telah dipakai untuk Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, saya hendak tahu e-filing ini, adakah di Ipoh dan di lain-lain tempat, bila ia akan diimplementasikan dan juga kenaikan gaji untuk jurubahasa-jurubahasa di merata-rata tempat di seluruh negara. Akhir sekali Tuan Pengerusi adalah pencen RM500 yang dibayar dua kali pada bulan Ogos dan Disember? Adakah bantuan khas ini, adakah ada dari keseluruhannya akan ada satu penyiasatan supaya mengambil tahu bahawa ada ramai dalam negara ini, di mana mereka yang mendapat pencen, pesara-pesara ada yang dapat RM150, RM200, RM500. Adakah ia akan di standardized kan sekurang-kurangnya mereka dibayar tidak kurang dari apa yang perlu di – basic minimum amount supaya mereka dapat hidup dalam keadaan yang ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dan akhir sekali ialah mengenai...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini kali yang ketiga akhir Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

SPAD iaitu RM30 juta itu ETS. Saya hendak tahu semua bidang kuasa Menteri Pengangkutan. Nampaknya Menteri Pengangkutan adalah dalam keadaan Menteri tetapi tidak ada apa-apa fungsi kerana all public transport

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

bus, taxi dan land transport semua diambil alih oleh SPAD iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Adakah Menteri Pengangkutan ini jobless? There’s no job for him to do kerana ia telah diambil oleh SPAD dan apakah fungsi yang dimainkan oleh SPAD setakat ini untuk to provide cheap, efficient and reliable public transport in this country. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Selepas itu Menteri menjawab.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya pendek sahaja Tuan Pengerusi. Kesian kawan-kawan lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Boleh, sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh celah-celah ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya teruskan dengan menyebutkan betapa...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat jemput mencelah itu 10 minit juga Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Ketawa] ...Betapa semangat saya agak sedikit luntur ketika saya membaca menjadi konvension cara kita membentangkan Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini Tuan Pengerusi kerana malangnya yang dipohon adalah jumlah yang telah pun dibelanjakan. Ini menjadikan perbahasan kita ini akademik. Ini yang menjadi malangnya kerana pertanggungjawaban ya kerajaan dari segi judiciary role dan ethicsnya itu berbelanja dahulu. And this government dengan izin as a penchant for overspending. Oleh kerana itu, Dewan yang mulia ini merakamkan betapa perlunya khususnya Menteri Kewangan dan seluruh Kerajaan Barisan Nasional ini memahami bahawa kita sudah ke tahap yang cemas dari sudut apa pun sama ada hutang Kerajaan Pusat, public debtnya dan segala yang lain termasuklah household debt dengan izin, hutang isi rumah. Tuan Pengerusi, saya memerhatikan dalam Maksud B.4 itu dalam Suruhanjaya Pilihan Raya seperti mana yang saya telah katakan tambahan sebanyak RM48 juta itu adalah kepada apa yang telah pun menampung pilihan raya sama ada perkara-perkara pilihan raya kecil di Kerlau, di Merlimau dan juga PRM Sarawak dalam April 2011 tahun lalu. Persoalannya, sedikit perbelanjaan yang dibuat dalam persediaan awal pilihan raya ketiga belas. Saya juga memerhatikan kalau boleh saya ulangi sedikit ya. Semua perbelanjaan ini apabila saya perhatikan adalah daripada peruntukan yang dibuat daripada Kumpulan Wang Luar Jangka dan inilah perkara yang kami bangkitkan lebih awal tadi. Perbahasan bersabit dengan perkara ini. Kalau kita jumlahkan daripada B.4 sampailah B.6, B.7 sampailah B.62 itu, perbelanjaan disebutkan sebagai perbelanjaan yang diambil daripada pendahuluan Kumpulan Wang Luar Jangka itu berjumlah RM3.138 bilion sementara Kumpulan Wang Luar Jangka itu hanyalah diperuntukkan RM1.5 bilion. Persoalannya mana datang, dari mana baki RM1.755 bilion itu? Itu yang dipertikaikan lebih awal tadi. Lalu dengan itu dalam persoalan perkara yang kami telah bangkitkan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, Perkara 103(1) dan (2). Jadi Tuan Pengerusi, kalau boleh saya teruskan. IItu memerlukan sedikit penjelasan daripada Menteri. Atas maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, saya juga bersama kawan-kawan menegaskan betapa perlunya di dalam hal memastikan bahawa negara ini pada akhirnya akan dapat terus kita dalam usaha penambahbaikan. Usaha penambahbaikan ini Tuan Pengerusi, bukan satu destinasi, ia satu perjalanan, ia adalah satu yang sifatnya berterusan. Oleh kerana itu, kawan-kawan sebelah

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

sana tidak berapa faham, apa yang kita maksudkan adalah proses continuous improvement. Bukan kita kata terlalu board rock seperti mana Yang Berhormat Rembau sebutkan mengambil contoh daripada American ataupun Europian electoral roll yang tidak bersih. Kalau tidak bersih satu, tetapi menyalahgunakannya apabila di sana wujudnya daftar pemilih yang tidak bersih, itu yang dipertikaikan sangat. Seperti mana kawan saya Yang Berhormat Pokok Sena hari ini telah membuat sidang akhbar, memohon dan menuntut supaya diwujudkan Suruhanjaya Diraja menyemak atas dakwaan wujudnya satu usaha untuk mendaftarkan warga asing yang akhirnya diberikan kerakyatan langsung mendapat hak untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. Ini pertikaian kami. Ini adalah perkara yang memerlukan penjelasan daripada Menteri.

Yang Berhormat Kuala Selangor, pendek sahaja. Saya sebagai Ahli Parlimen pertama kali orang muda, saya tengok kenapa kos demokrasi di Malaysia ini terlalu mahal. Seolah-olah menggambarkan untuk membentuk satu institusi yang berintegriti untuk berlaku baik, amat mahal. Berbilion- bilion kerana kalau – Saya mohon Yang Berhormat Kuala Selangor, mohon minta penjelasan daripada Menteri, kos yang melibatkan membersihkan pendaftar, itu menunjukkan proses, menunjukkan dengan izin, support system, sistem sokongan personnel tetapi untuk mewujudkan satu institusi yang berintegriti, to do goods, takkan mahal?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, inilah dia usaha kami sebagai federal oppositions MPs ya peranan kami selaku Ahli Parlimen pembangkang akan terus melaksanakan tugas kami. Our conditional rights and role as MPs. Sebagai Ahli Parlimen yang sentiasa akan menyemak dan mengimbangi apa jua salah laku dan urus tadbir yang pincang-timpang yang dilakukan di sebelah sana. Oleh kerana itu, saya mahukan ucapan Yang Berhormat Balik Pulau tadi masuk terus dalam ucapan saya juga, memohon Menteri menjawab. Tuan Pengerusi, akhirnya dalam urusan pilihan raya ini, adalah cukup mustahak untuk kita, untuk negara dan rakyat diberikan apa yang dikatakan sebagai satu sistem electoral yang benar-benar berfungsi, vibrant and functional. Ia berfungsi dan sifatnya itu adalah pada akhirnya kalau tidak pun apa yang dikatakan sebagai padang yang sama rata, kurang lebih sama rata, kurang lebih boleh diambil sebagai apa yang dianggap sebagai contestation dengan izin, persaingan yang boleh memberikan laluan dan memberikan ruang yang kalau tidak ikut pun tidak apa, equitable dengan izin. Ia munasabah untuk dijadikan persaingan yang dianggap tidaklah dalam golongan sains politik – profesor sains politik menyebut hal ini sebagai electoral authoritarianism dan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Kuala Selangor, celah sedikit. Berkenaan dengan SPR, saya ada dua contoh yang bagaimana SPR tidak melakukan, membersihkan senarai pengundi di kawasan saya di PJ Selatan, Petaling Jaya Selatan. Di daerah mengundi Kampung Medan terletak di DUN N33 Taman Medan wujud 755 pengundi yang tiada nombor rumah, tiada jalan. Hanya tempat Taman Medan dan juga daerah mengundi Taman Datuk Harun 1 terdapat 678 pengundi yang juga tiada nombor rumah, jalan. Hal ini sudah wujud sepuluh tahun. Mengapa SPR tiada langsung inisiatif untuk membersihkan?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ahli Yang Berhormat, hari itu SPR sudah pamerkan sudah. Sebagai Ahli Parlimen what did you do? What did you do? Hari itu SPR sudah pamerkan nama-nama ini...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Kita, kita sudah, kita sudah...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sudah, sudah, mereka sudah lakukan....

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...You didn’t do your work.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Salah your....

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

...Isi borang tetapi tidak ada jawapan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Mereka sudah lakukan...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ini masalah dia. SPR sudah pamerkan. Sudah cakap dalam jawatankuasa laporan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunkan pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Cool, cool.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Kita sudah buat. Tidak ada jawapan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

...You’re too lazy to do your work, then you blame down...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat cool. Cool down. Cool down.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Sudah, sudah, sudah. Sudah lama sudah, tiga tahun tetapi tidak jawab.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mana? Mana?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey Tuan Pengerusi. Saya boleh teruskan.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang isi borang tidak betul.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Cool Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih PJS.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Memang salah orang kena tanya Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Petaling Jaya Selatan, itu sahabat saya yang – Itulah rintihannya Tuan Pengerusi, yang benar-benar rakyat mahukan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat jangan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Supaya bersih, supaya dibersihkan daftar pemilih itu sebab kalaulah ada wujud di sana 42,000 pengundi yang namanya ada dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) tetapi tidak ada dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Bayangkan Tuan Pengerusi. Bayangkan. Apa maksudnya itu? Kalau tidaklah ada di sana...

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Itu pun Yang Berhormat, dipamerkan. Itu dipamerkan dan telah dipamerkan semula.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Pamerkan ini. Masih lagi, masih lagi, masih lagi kekotoran itu berlaku.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Akan tetapi masalahnya tidak ada kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak betul, ia dipamerkan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Bukan kita hendak sembunyi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, kalau saya boleh teruskan.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Kita pamerkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya punya berapa minit lagi?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jangan kata minit, berapa second Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Teratur Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Semua...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Rembau dengan Yang Berhormat Kota Belud.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akhirnya, akhirnya saya ingin sebutkan Tuan Pengerusi, yang paling utama, yang paling yang saya kira perkara yang menjadi tiang seri kepada amalan demokrasi, saya kira menjadi tiang seri kepada amalan demokrasi, a cardinal scene kalau dengan izin, dosa dalam jenayah proses pilihan raya kita ini adalah ketika mana apa yang dikaitkan sebagai media utama, media mainstream (MSM), mainstream media yang dibiayai oleh wang daripada taxpayers money hanya menjadi bolot, menjadi hanya monopoli parti-parti daripada Barisan Nasional dan tidak langsung diberikan kepada parti-parti pembangkang, Pakatan atau apa pun. Oleh kerana itu, inilah yang dimaksudkan oleh Profesor Sitzler dan ramai yang lain yang menyebutkan inilah contoh amalan demokrasi yang pada sifatnya adalah dengan izin, electoral authoritarianism. Oleh kerana itu Tuan pengerusi, kita sangat mengharapkan supaya akhirnya negara yang bertuah ini, negara yang kita sayangi ini akan akhirnya mendapat sebuah electoral system ataupun sistem pilihan raya yang benar-benar vibrant dan functional, yang benar-benar berfungsi dan sifatnya matang dan terus kita matangkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya terpaksa landing juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dato’ Seri Mohamamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Paling terakhir tadi walaupun saya tidak ada di sini, saya ada dekat atas mendengar segala perbahasan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor iaitu kumpulan sana memainkan peranan yang cukup baik sebagai oppositions di peringkat federal. Kita doakan teruslah untuk menjadi pembangkang.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Bagus untuk menjayakan negara kita. Pasal sebut tadi hendak jadi pemain peranan pembangkang yang baik. Jadi kita doa terus jadi pembangkang. Itu sahaja. Janganlah marah.

[Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita hendak tengok sebelah sana boleh main peranan opposition tidak.

Janganlah marah. Janganlah marah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dalam PRU13 kita hendak tengok sebelah sana boleh tidak mainkan peranan itu.

Cool, cool, cool. Tadi suruh orang cool. Kalau kita mengajak orang, menasihati orang, kita kena terima nasihat kita sendiri. Cool ya. Tuan pengerusi, Yang Berhormat Ipoh Timur berucap kah? Tidak ada apa? Okey. Tuan Pengerusi, saya ada beberapa jawapan di sini yang saya cuba untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Kepong, dia dalam perbahasan menyebut tentang maklum balas, respons SPR dan berhubung syor-syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. SPR sentiasa menyambut baik semua syor-syor yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa.

Namun begitu, SPR perlu diberikan ruang, masa yang mencukupi bagi menilai syor-syor tersebut sebelum sebarang maklum balas dapat diberikan. Jadi kalau ada apa- apa syor yang dibuat di dalam laporan PSC yang telah dibentangkan pada hari – tidak silap saya pada hari Selasa. Jadi ini baru dua hari. Jadi kita sabarlah. Kita tunggu kerana kita juga perlu ingat dalam kita cakap tentang betapa pentingnya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya mesti bebas, jangan bercakap tentang kebebasan dalam konteks bebas daripada eksekutif, kita juga perlu bercakap bebas daripada legislative. Oleh sebab itu, apa yang kita boleh buat, kita mencadangkan kepada mereka. Itu terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan di atas segala laporan yang telah dibentangkan. Itu baru betul bebas. Jangan pandai cakap bebas tapi legislative hendak control. Tidak boleh. Bebas bagi dia, kebebasan yang sebenar-benarnya untuk melaksanakan apa jua syor yang telah dibuat oleh laporan kita. Kemudian Yang Berhormat Kepong juga bangkit berkenaan dengan isu penambahan kakitangan SPR yang masih belum dijawab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas, adakah rekomendasi-rekomendasi tersebut akan diimplementasikan atau tidak sebelum pilihan raya? Itu yang nombor satu. Nombor dua, kita perlu faham Yang Berhormat Menteri, apa dikatakan persepsi di mana Election Commission menjadi satu agen kepada kerajaan bahawa mereka menjalankan tugas seperti kehendak oleh kerajaan ataupun membuat kerja-kerja seperti yang dikehendaki oleh kerajaan atau membuat apa-apa pun kerana itu adalah yang dikatakan diperlukan oleh kerajaan. Persepsi itu perlu diubah dengan mengadakan satu secara ia mengguna pakai semua rekomendasi yang dicadangkan dan juga diimplementasikan sebelum pilihan raya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh Yang Berhormat Menteri sambung sedikit? Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, kita mendengar banyak cadangan tentang Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Parlimen. Bolehkah, saya dua poin sahaja saya hendak bawa kepada perhatian Yang Berhormat. Satu soal tentang menggunakan kuasa eksekutif semasa pilihan raya. Saya masih ingat lagi Yang Berhormat Menteri berada di Hulu Selangor waktu pilihan raya kecil. Waktu Itu Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor memberi geran tanah, memberi bonus kepada ketua kampung dan juga quit rent.

Tidak betul.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Apa tidak betulnya? Saya ada. Saya boleh quote tarikh, masa dan tempat. Jadi saya maksudnya kata waktu itu, itu satu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu. Duduk Yang Berhormat Batu.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejaplah, ini pencelahan ini.

Tunjuk, tunjuk mana buktinya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ada-ada saya boleh tunjuk, hendak tunjuk?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Tunjuklah. Bacalah surat khabarkah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu. Duduk Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh, Boleh. Saya bagi nanti. Keduanya Yang Berhormat Menteri, oleh kerana terlampau banyak sangat PSC ini, bolehkah saya mencadangkan satu jawatankuasa khas parlimen berhubung dengan penambahbaikan parti pembangkang. Boleh tidak?

[Dewan riuh]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Oleh sebab saya kira ini

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

pun perlu dituntut dalam satu proses demokrasi di negara kita ini. Jangan minta kepada kerajaan sahaja, kepada SPR, kepada SPRM, polis, judiciary tetapi pembangkang perlu penambahbaikan. Saya kira kalau ada saya minta supaya Yang Berhormat Ipoh Barat menjadi pengerusinya. [Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Clean your house first.

Tuan Pengerusi, saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Barat. Jadi Yang Berhormat Ipoh Barat kata bolehkah apa yang telah dicadangkan oleh laporan PSC ini dilaksanakan sebelum pilihan raya? Pilihan raya mengikut tahun hadapan 2013. Saya pun tidak tahu bila pilihan raya akan dilakukan. Yang Berhormat pun belajar law, dalam sistem Westminster ini hak untuk memanggil pilihan raya itu adalah hak kepada parti majoriti kerajaan. Jadi janganlah hendak paksa satu-satu perkara yang dijadikan sebagai amalan ratusan tahun. Apabila kita buat, itu merupakan amalan kita. Kita pun tidak bising kalau Selangor kah, Kedah kah, Kelantan, Pulau Pinang hendak buat pilihan raya esok buatlah. Tidak ada kita sibuk. Dia sibuk dengan kita punya kuasa apa hal?

[Bangun]

Tidak pernah kita hendak pertikai. Jadi, kita gentleman Yang Berhormat. Jadi apa yang sudah menjadi amalan, yang ratusan tahun di Britain dan juga di Malaysia puluhan tahun, kita teruskan sahaja. Oleh sebab itu saya tidak boleh hendak bagi jaminan iaitu bahawa segala apa yang dicadangkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dalam laporan itu hendaklah dibuat sebelum adanya pilihan raya. Oleh sebab itu kuasa Perdana Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

So, it would not be free and fair election.

Apa dia?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It would not be free and fair election kalau sedemikian.

Tidak. Kita...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

That means it would not be implemented. Itu Yang Berhormat kata.

Ini bukan soal it would not be implemented…

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

It would not be implemented. It would be implemented atau tidak?

Tidak. Dia cuma..

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yes or no?

Cuma soalan dia tanya iaitu apakah kita boleh bagi jaminan iaitu bahawa semua ini akan dilaksanakan sebelum kita panggil pilihan raya. Jadi saya tidak boleh bagi jaminan itu sebab itu bukan kuasa saya. Itu hak kepada Perdana Menteri untuk memanggil pilihan raya mengikut pilihan dia sendiri. Ini amalan yang sudah lama, yang hendak pertikaikan ini kenapa? Jadi sebab itu – lagi pun you sibuk apa hal? You tidak setuju pun dengan laporan ini, tiba-tiba sekarang hendak sokong pula, apa ini?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

18 hal kita setuju, 18 issues kita setuju. Itu tidak menjadi hal. Would it be being implementing atau tidak? Itu soalan saya.

Masa bentang tidak sokong, sekarang sibuk. Maknanya sokonganlah, sandiwaralah banyak bukan? Ini sandiwaralah, tunjuk

sahaja kepada orang ramai tidak sokong tetapi sebenarnya percaya bahawa ini adalah syor-syor yang baik yang ada dibuat oleh Jawatankuasa PSC on Electoral Reform ini. Jadi Yang Berhormat jangan main sandiwara banyak sangatlah.

Menteri, boleh celah?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Kemudian soalan yang kedua iaitu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri bagi kah tidak? Kalau tidak bagi cakap tidak bagi, kita boleh duduk.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Apakah kerajaan ejen iaitu mengatakan bahawa SPR ini ...

Menteri...

Yang Berhormat Batu, hormatlah sedikit. Yang Berhormat Ipoh Barat tanya soalan, saya hendak jawab. You punya rakan juga. Saya hendak jawab, hormat sedikit.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, duduk dahulu Yang Berhormat.

Hormat sedikit, you tidak hormatkah? Ini senior ini. Sebelum you jadi wakil rakyat, dia sudah empat term sudah. Macam mana saya hendak hormat dia kalau rakan sendiri pun tidak hormat? Kalau tidak hormat macam mana? Macam mana you expect me to respect if you yourself did not respect your senior there? I want to – saya hendak jawab dia...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Saya hendak jawab dia. Nantilah dahulu. Your turn will come. I got no problem with you okay, your turn will come. Also kalau Yang Berhormat Lembah Pantai hendak tanya, I dahulukan Yang Berhormat Lembah Pantai sebab dia naib presiden. Anyway, Yang Berhormat Ipoh Barat ya...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, bersabit dengan perkara ini...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Hormatlah Yang Berhormat Kuala Selangor, baru sahaja cakap.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bukan isu hormat.

Tak, hormat sedikit. Saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya tidak habis lagi. Ada dua soalan, baru satu soalan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, ini bukan isu hormat ini.

Jadi sekarang ini ejen Suruhanjaya Pilihan Raya...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Isu perkara...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Yang Berhormat, gentlemen lah, bagi jawapan dia dahulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Isu hormat ini. Perkara itu menyinggung.

Tak, saya hormat dia. You tidak hormat dia tidak mengapa. Kalau PAS tidak hormat DAP tidak apa, saya hormat dia.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Don’t twist sentence lah Menteri, jangan twist sentence.

No, no, no. What is important is not talk...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Isunya bukan persoalan hormat. Isunya adalah perkara itu menyinggung perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bagilah Menteri menjawab dahulu Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan. Yang Berhormat ini tidak cool, nantikan dia mengamuk. I know you cannot tahan, duduk dahulu. Saya tahu Yang Berhormat tidak cool, duduk dahulu. I know you not a cool person, but you better sit down, rest, be calm, then you ask me okay.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

No, no, you are not cool, we all know. Kita semua tahu you tak cool. So tidak mengapa, you duduk.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

I’m okay, saya hendak jawab dia. You are not cool, please. Tengok dia Tuan Pengerusi, dia...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, dia tidak cool. Ini problem dia, dia tidak cool. Dia tidak tahan seloroh, dia tidak cool. Ini floor saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Barat. [Disampuk ] No, no, you are not cool. Never mind, tidak betul Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk Yang Berhormat.

Dia tidak boleh berdiri. Saya tidak bagi dia floor sebab dia tidak cool. You calm down first...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

No, you should allow that sebab isunya sama.

You calm down, duduk. Saya ingat dalam sejam bangun balik tanya, then you calm balik.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak mengapa, its okay. Let see how cool you are. You give me laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor...

No, I have to reply dia dahulu. Saya reply dahulu Yang Berhormat. I’ll give you, don’t worry.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak mengapa, don’t worry, I’ll give you, calm down.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Mengambil tempat duduk di dalam Dewan]

Ha! Ini dia, ini cool. [Ketawa] Sila duduk, duduklah. Okey, soalan kedua. Yang Berhormat kata iaitu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ini ejen, tidak betul Yang Berhormat. Bukan ejen, sebab dalam apa hal sekalipun, kita sebuah negara demokrasi. Apa juga perkara yang kita putuskan di dalam Dewan

merupakan keputusan Dewan Rakyat dan di mana yang SPR merasakan dia boleh terus laksana, dia akan terus laksana. Jadi this is democracy. Jadi eksekutif itu sebenarnya datang daripada Parlimen. Oleh kerana kita yang merupakan pemegang kerusi majoriti di dalam Dewan, maka apa juga diputuskan oleh eksekutif itu merupakan kehendak Dewan Rakyat. Oleh sebab itulah dia dengar. Jadi sebenarnya secara tidak langsung bukan dia sahaja dengar cakap eksekutif, dia dengar cakap legislatif juga. Jadi jangan silap di situ. Yang Berhormat nampak tidak berapa puas hati. Tidak mengapalah, esok kita buat press statement nanti. Jadi kalau SPR menjalankan apa keputusan eksekutif oleh kerana eksekutif itu menguasai legislatif, maka itu merupakan kehendak majoriti Parlimen. Jadi tidak betullah mengatakan dengar cakap telunjuk eksekutif. Kemudian Yang Berhormat Kota Belud. Saya pun bersetuju juga kita tidak pernah hendak complaint pun iaitu kalau sekiranya Menteri Besar Selangor bagi geran kah, bagi apa kah, bagilah sebab dia chief eksekutif, Menteri Besar, dan kalau dia mendapat liputan daripada surat khabar yang memihak kepada pembangkang, waktu pilihan raya dapat liputan yang meluas, kita pun tidak complaint sebab kita tidak melihat dia sebagai seorang pemimpin PKR mendapat liputan yang meluas dalam akbar pembangkang tetapi sebenarnya yang mendapat liputan meluas itu ialah Menteri Besar, kerajaan. Jadi dia beri bantuan, pertolongan sebagai Menteri Besar, tidak mengapalah. Jadi sebab itu Yang Berhormat Kuala Selangor complaint sebentar tadi dia kata mainstream media banyak menceritakan tentang kerja-kerja, tindakan daripada parti politik yang memerintah, itu tidak betul kerana liputan yang dibuat itu ialah liputan berkenaan kerja-kerja Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri. Itu laporannya. Jadi kalau seorang Perdana Menteri turun ke bawah, sudah tentu mainstream media akan buat liputan meluas sebab liputan itu ialah aktiviti Perdana Menteri. Memang betullah dia Presiden Barisan Nasional tetapi dia Perdana Menteri. Jadi janganlah kita hendak pertikaikan kalau sekiranya – dan dia ada news value. Akhbar mainstream itu merasakan tindakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri hendaklah dilaporkan kerana ada news value. Jadi tidak berbangkit soal kita monopoli atau apa kah. Ini di atas kehendak daripada surat khabar yang membuat liputan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri. Ini perkara biasa.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh, Menteri? Boleh?

Tak, nanti. Sekejap sahaja. Kemudian, Jawatankuasa Khas Pembangkang ya?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ipoh Barat pengerusi.

Saya ingat kena pergi ke sekolah Henry Gurney dahulu, bagi training baik-baik, baru boleh Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk, baru boleh memantau dia orang, tetapi kena training Henry Gurney School dahulu di Telok Mas, Melaka. Ya Naib Presiden, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hendak beritahu, Yang Berhormat Batu pun Naib Presiden Keadilan juga. Jadi kalau kedua-dua bangun, kena bagi kepada Yang Berhormat Batu jugalah. Yang Berhormat, saya ambil maklum kepada jawapan Yang Berhormat beri. Hanya saya hendak dapatkan kepastian kerana apa pun yang disebut, apabila kami minta semua rekomendasi ini dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13, bukannya kami minta saja-saja. Saya rujuk kepada kenyataan dalam laporan interim PSC yang pertama. Di situ tertulis, maksudnya dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga pembangkang, Pakatan Rakyat, wakil-wakil diluluskan dalam Dewan ini di mana kesemua kesepuluh-sepuluh rekomendasi ini wajib dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13. Tiba-tiba apabila dapat laporan penuh, sudah hilang.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Jadi, tentunya membawa kepada kebimbangan. Saya sendiri di Lembah Pantai, saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri, pendirian saya. Memang kita komited kerja dengan SPR, bekerjasama dengan semua agensi tetapi hendak keluarkan satu kawasan dipanggil Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil. Ia terletak tujuh kilometer jauh daripada

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

sempadan pilihan raya Lembah Pantai tetapi dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Akan tetapi buat macam mana pun tidak dibuang. Jadi, kerana itu kita tuntut agar hanya kerajaan yang ada boleh laksana dan saya fikir, saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat. Ini julung-julung kali ini, bila Yang Berhormat kata legislatif yang kemungkinan diwakili oleh Eksekutif, parti pemerintah yang majoriti, yang akan menentukan perubahan yang boleh membuat pilihan dan keputusan bila pilihan raya umum ini akan diadakan. Betul dan kerana itu saya sebut berkali-kali, banyak benar pindaan yang dilakukan kepada bidang kuasa SPR, tugasan SPR. Di kala bila Laporan PSC dikeluarkan, kenapakah tidak boleh kita laksanakan kesemua rancangan untuk mereformasi sistem pilihan raya. Itu saya tidak faham. Kita gunakan argument yang sama tapi untuk dua keadaan. Pertama, menjustifikasikan pindaan lalu, menjustifikasikan pembatalan penggunaan dakwat kekal dalam tahun 2008. Akan tetapi di sini menyatakan, ”Ya, memang SPR tidak ada kuasa sangat hendak buat ini, hendak buat itu”. Jadi, saya minta tadi dalam ucapan saya, mintalah Yang Berhormat, bila langkah-langkah ini akan dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang berkait. Saya sebut, banyak sangat kelemahan yang ada dalam daftar pemilih. Sudah diakui pun. Jadi, kalau kerajaan sedia, sebelum kritik pembangkang, Perdana Menteri, Menteri-menteri kena tunjukkan model yang baik. Kan Menteri kepada saya juga. Menteri pun Kabinet Malaysia. Jadi, janganlah kita tuding jari. Saya pinta di sini, ketetapan yang jelas kerana di mana-mana Dewan Rakyat di dunia ini, laporan minoriti dikepilkan. Hendak hina macam mana pun kualiti isunya, di Malaysia dikecualikan. Apa alasan kita? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tahu Yang Berhormat Batu pun naib presiden tetapi siapa nombor satu? Saya kena dahulukan yang nombor satu. Yang Berhormat Batukah nombor satu? Tidak, tidak saya tidak tahu. You first vice president? Tidak, tidak. Fasal bila dua berdiri, sudah tentu saya akan menghormati perempuan juga.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Divide and rule, divide and rule.

Akan tetapi soalan yang keduanya, siapa naib presiden? Satu. Kita kena dahulukan yang senior dahulu. Jadi, saya ingat saya tidak silap apabila saya mendahulukan Yang Berhormat Lembah Pantai, sebab saya merasakan dia presiden pertama. Tahniah.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tidak silap, tidak silap! Betul!

Tidak silap ya? Okey. Yang kedua Yang Berhormat, perkara ini pun, Laporan PSC ini disebut pun sebagai recommendation. Jadi, kalau sekiranya kita mengarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mempercepatkan, itu menampakkan bahawa kita menguasai dia. Kita boleh suruh dia. Please do before within one month, because we are having an election. Jadi, ini bukan lagi recommendation. Ini macam arahan dan tidaklah sebenarnya kalau kita boleh lakukan perkara ini, maka Suruhanjaya Pilihan Raya tidaklah bebas. Melainkan mengikut telunjuk daripada eksekutif. Kalau saya berdiri di sini, saya kata, ”Ya, mereka akan habis dalam masa sebulan”. Itu satu bukti yang cukup jelas bahawa eksekutif, saya sebagai Menteri, mempunyai kuasa untuk mengarah suruhanjaya untuk menghabiskan kerja mereka sebelum saya hendak adakan pilihan raya. Tidak bebaslah mereka itu. Jadi, biarlah kita...

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

[Bangun]

Sila, sila.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak tambah di sini, bila Yang Berhormat Menteri sebut campur aduk isu atau hal SPR. Dalam pindaan-pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan termasuk schedule ke-13. Bawah undang-undang Malaysia, semua kajian semula (review) yang dibuat oleh SPR itu dalam isu rural weightage. Sebagai contoh, dengan izin. ”All reviews are subjected to the Prime Minister’s amendment before being submitted to Parliament for a simple majority approval”. Satu.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Kedua, Laporan PSC itu dipersetujui oleh badan legislatif tertinggi di Malaysia. Jadi, saya tidak bersetuju bila Yang Berhormat Menteri menggunakan alasan itu sedangkan peruntukan undang-undang pun berkait dengan isu rural weightage dan juga kerusi-kerusi Parlimen, memang terpaksa dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, dalam isu ini Perdana Menteri yang kata transformasi. Jadi, kita memang meraikan bila dengar mula-mula itu. Jadi, sekarang ini hendak tunggu pelaksanaan transformasilah. Jadi, saya mohonlah Yang Berhormat Menteri, bantulah Perdana Menteri kita. Kita mahukan jawapan yang jelas dan penuh komitmen. Terima kasih.

Bantu BN menang, kita boleh bantu Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan kita untuk terus menjalankan apa yang diminta oleh Yang Berhormat. [Tepuk] Cuma Yang Berhormat, dalam perlembagaan apabila kita hendak memberikan sesuatu kuasa, maka ia mesti secara khusus. Disebut dalam perlembagaan bahawa kuasa itu ada kepada Perdana Menteri. Seperti weightage tadilah tetapi kita tidak boleh assume iaitu bahawa dalam hal-hal lain, Perdana Menteri juga boleh mengarah Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melakukan apa yang Perdana Menteri mahu. Akan tetapi itu khusus weightage sahaja. Weightage for luar bandar, boleh tetapi ia tidak sebut kata kalau sekiranya ada laporan daripada suruhanjaya, laporan daripada PSC, maka Perdana Menteri boleh mengarah supaya dipercepatkan. Itu tidak ada dalam Perlembagaan. Jadi, tidak ada hak kepada Perdana Menteri untuk mengarah suruhanjaya mempercepatkan melaksanakan apa yang dikatakan recommendation di dalam perlembagaan kerana di dalam perlembagaan, kalau ia hendak bagi kuasa, khusus untuk itu sahaja. Kita tidak boleh assume dengan adanya kuasa khusus diberi kepada Menteri, dia boleh buat perkara- perkara lain. Dia berkuasa. Tidak boleh macam itu ya. Sebab kuasa mesti dikhususkan. Yang Berhormat Kuala Selangor. Ya, thank you.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang baik hati. Kalau boleh saya sambung sedikit balik perkara yang...

Boleh, boleh.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Dibangkitkan sebentar tadi yang menyinggung persoalan perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Sebab itu saya hendak mencelah ketika itu. Apabila Yang Berhormat Menteri membuat komentar bahawa semua ala Westminster model democracy tidak menetapkan, fixed dates atau fixed Parliamentary term. Saya ingin mengingatkan juga Yang Berhormat Menteri bahawa mutakhir ini, termasuk United Kingdom, mereka sedang berbicara dan berbahas untuk fixed Parliamentary term dan juga meletakkan polling date itu sebagai satu yang tetap untuk bersama. Contohnya, Canadian pun sudah beralih dan meluruskan satu undang-undang dan akta untuk menetapkan tarikh itu sebagai satu yang fixed. Jadi, the global trend as best practice, dengan izin, Tuan Pengerusi, adalah towards fixing. Sebabnya? Sebabnya senang. Rasionalnya adalah kalau kita benar-benar mahukan persaingan itu fair and free, maka dengan kata lain, ianya perlu dibuat di mana kesemuanya diberitahu dari sudut persiapan dan sebagainya. Termasuklah yang saya sebutkan tadi dan Yang Berhormat Menteri agak tidak bersetuju, menyebutkan bahawa access to media. Pada saya, cardinal defining criteria sebagai sebuah demokrasi yang matang dan berfungsi adalah ketika keberanian pihak kerajaan memberikan akses capaian media secara adil dan secara credible. Kalau tidak sama pun, adil. Terima kasih. Itu dahulu untuk Yang Berhormat Menteri berikan jawapan. Terima kasih.

Betul tidak saya cakap. Bagi dia masa relax sedikit...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Cool ya Yang Berhormat Menteri?

Bila bagi dia masa sedikit, dia calm. Yang Berhormat, menyinggung soalan tidak apa, jangan menyinggung perasaan. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat sebut tadi ‘sedang’. Maknanya, sedang berbincang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Almost done!

Almost done, belum done lagi Yang Berhormat. Sedang berbincang. Yalah, sedang berbincang. Saya tidak ada masalah. Sebenarnya kalau saya sendiri secara peribadi bersetuju, kalau five years means five yearslah. Akan tetapi Yang Berhormat sebut tadi sedang berbincang dan belum lagi. Canadian tidak apalah. Jadi, trend itu ke situlah. Mungkin kita ke situ juga tetapi pada waktu sekarang ini, style lamalah. Style lama sebab belum putuskan lagi. Sekarang...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

You berani buat pembaharuan?

Tidak apa. Buat keputusan dulu dan baru kita ikut. Sekarang belum ada keputusan dan kita tidak bincang pun. Akan tetapi sebenar, seperti yang saya sebut secara peribadi, saya setuju. Five years means five years tetapi sekarang ini belum lagi. Kemudian akses kepada media. Baru recommendation, Yang Berhormat. Saya berani bercakap di sini. Saya juga secara peribadi, bila waktu dekat dengan pilihan raya, bagi masa kepada pembangkang. Kita boleh bincang. Bawa recommendation. Tidak ada masalah. Namun Yang Berhormat, kita kena perbetulkan dululah. Maknanya, kalau hendak bagi masa kepada parti politik untuk katalah manifestonya setiap parti dapat tiga puluh minit – cuma saya hendak tanyalah, di sebelah sana tiga parti atau satu parti ini?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak payahlah divide and rule.

Tidak, tidak. Bukan soal divide and rule. Soalnya nanti, bila kita bertanding, Barisan Nasional katalah manifesto sebagai sebuah parti selama tiga puluh minit, Yang Berhormat di sebelah sana tiga buah parti, 90 minit dapat. Jadi, kita bagi selesai dahulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita bagi pakatan. Pakatan sahaja, Yang Berhormat Menteri.

Satu sahaja? Okey, tidak apa, tidak apa. Benda ini recommendation. Sebenarnya kita...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Proposal for one Prime Minister only. Prime Minister.

Apa, Yang Berhormat Ipoh Barat ini? Apa dia?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yalah. Itu saya kata. Yang Berhormat, saya lebih berpengaruh untuk bercakap dengan Perdana Menteri daripada Yang Berhormat. Jadi, bila saya bercakap ini...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Setuju.

Tahu pun setuju. [Ketawa] Sudah banyak, sudah banyak. Memang sudah banyak, bukan? Maknanya, perkara-perkara masa lepas yang saya buat, Yang Berhormat tahu. Am I influential? No? [Ketawa] Jadi, akses Yang Berhormat...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ada lagi?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Banyak sangat ‘personally, personally’, macam breaking rank dengan... [Ketawa]

Sebab baru recommendation.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Caught you there, caught you there. ‘Personally, personally’, kenapa ini Yang Berhormat Menteri? Qualify sangat tu?

Tidak, tidak. You never catch me with my pants down. Don’t worry. You never catch me with my pants down. When I say ‘personally’, kerana keputusan belum dibuat. Keputusan belum dibuat, sebab saya ada personal pandangan saya. Keputusan belum dibuat, dalam proses berunding...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya respect, saya respect Yang Berhormat Menteri punya keputusan.

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Personally I respect yours - especially when you break rank with them.

It’s not breaking rank. It is just – because we have not made a decision. The process is still at the level of recommendation. Recommendation ini maknanya belum ada keputusan. Jadi, bila sebab saya bimbang. I have to say ‘personally’, because I am a Minister. Jadi, kalau saya berdiri di sini, saya bercakap, if I don’t say ‘personally’, saya bercakap, orang akan kata ini keputusan kerajaan. Boleh? Terima kasih. Baik. Jadi...

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan. Yang Berhormat Tawau.

Oh, Yang Berhormat Tawau. Boleh, boleh.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana saya sudah berdiri selama tiga hari dan tidak diberi peluang berbahas, jadi saya akan rujuk...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Jabatan Perdana Menteri baru start pagi ini, Yang Berhormat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Bukan, tentang SPR.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada tiga hari. Baru pagi ini start, ya.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Ada. Itu PSC itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

PSC tidak ada pun bincang.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Yalah. Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, baik, Yang Berhormat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Okey. Saya merujuk kepada satu jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri pada 20 Mac, atas pertambahan pengundi di setiap kawasan Parlimen di Sabah. Jawapan yang saya terima, saya sungguh terkejut kerana saya mendapati begitu ramai pertambahan pengundi berusia lanjut dalam lingkungan umur 80-an dan 90-an di kawasan Parlimen Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan, Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan.

Beluran itu.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Ya dan dari kalangan kawasan Parlimen yang tersebut, yang paling ramai sekali adalah Kalabakan. Di mana terdapat 1,632 orang berusia lanjut dari jumlah 5,957 orang pengundi. Ini adalah 27.4% dan di kawasan Tawau juga, pengundi berusia lanjut adalah seramai 860 orang dari jumlah 7,223 orang bermaksud 12%. Saya fikir ini pertambahan pengundi begitu ramai dalam lingkungan usia tersebut sudah luar biasa. Saya minta pihak SPR dan Yang Berhormat Menteri memberi satu jawapan yang jelas kenapa ini berlaku dan mengenai anomali itu. Di sini saya mencadangkan juga semua senarai pengundi baru dipamerkan sebelum mereka digazetkan. Adalah satu perkara penting juga ialah keganjilan yang melibatkan beberapa orang pengundi di Sabah yang mempunyai nombor MyKad yang sama dan bagaimana SPR akan menyelesaikan masalah ini.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Saya memberi satu contoh, kerana orang itu adalah dari Tawau. Nombor identity card ialah H0740273, bernama Asat bin Awi, bertugas sebagai seorang Penolong Kanan di SMK Balong dan waktu kita check…

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ini bukan mencelah lagi, Yang Berhormat. Ini sudah berucap, Yang Berhormat ya.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Okey, okey. Sedikit sahaja okey. Waktu check dengan SPR, daftar sini adalah A. Ramli @ Ramli bin Rasim daripada kawasan di Kota Belud. Kita ingin tahu apakah SPR akan bertindak untuk membersihkan data pemilih itu. Sedikit lagi, ini untuk Sabah. Saya mencadangkan SPR mengkaji semula cadangan menambah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian Malaysia Agreement bahawa kedua-dua Sabah dan Sarawak diberikan 30% daripada keseluruhannya dan juga kerana kita hanya diberikan 56 buah kerusi daripada jumlah 222 kerusi. Saya mendesak SPR untuk mempercepatkan dan memperbetulkan kekurangan 18 buah kerusi Parlimen untuk kedua-dua buah negeri. Sekian, terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri. Isu yang sama, penambahan pengundi. Boleh saya? I won’t take more than two minutes, dengan izin, Tuan Pengerusi.

Tidak apa. Lebih dua minit pun tidak apa. [Ketawa]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Thank you. Terima kasih. Kalau dipersetujui oleh Tuan Pengerusi. Okey.

Tidak, ini saya punya floor. Saya boleh.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Thank you, thank you. Isu ini adalah berkaitan dengan penambahan pengundi di kawasan Subang. Jumlah yang – semua angka ini daripada SPR. Angka rasmi. Pada tahun 2008, lebih kurang 80,000 orang. Akhir tahun 2010, sudah sampai kepada 97,000 orang. Pada tahun 2011, kalau kita jumlahkan suku satu, suku dua dan suku tiga, that means akhir September 2011, sepatunya – ini ikut jumlah, Tuan Pengerusi, daripada SPR. Jumlahnya sepatutnya sampai kepada lebih kurang 110,000 orang. Akan tetapi ini dia masalahnya. Apabila jumlah diwartakan oleh SPR untuk akhir September 2011, kita terperanjat apabila kita perhatikan jumlah itu sudah lebih daripada 113,000 orang. Bermaksud 3,360 orang lebih kurang. 3,360, dengan izin, pengundi sudah masuk ke dalam daftar pengundi, kononnyalah, tanpa mengikut proses undang-undang. Proses yang disebut dalam undang-undang. Jadi, ini satu isu yang memang – satu perkara yang pelik. Ini ikut angka-angka itu. Straight forward mathematical deduction.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Macam mana 3,360 nama ini sudah masuk? Memang kita tak tahu namanya. Kita dapat ini daripada jumlah yang diwartakan. So, akhir tahun 2010, 97,000 ikut suku satu, suku dua, suku tiga, patut sampai 110,000 tetapi 113,000 lebih telah diwartakan. Isu ini telah dibangkitkan dalam PSC saya difahamkan dan saya difahamkan SPR janji bagi jawapan tetapi setakat ini kita tidak ada. Jadi, kalau penjelasan tidak boleh diberi sekali hari ini tidak apa. Memang tidak boleh or mungkin tidak boleh tetapi saya haraplah kita dapat pertemuan ataupun satu peluang untuk jumpa dengan SPR atau untuk dapat penjelasan macam mana ini berlaku. Sebab ini menimbulkan persoalan yang besar tentang kesahihan daftar pengundi di kawasan Subang dan mungkin ini berlaku di tempat-tempat lain, kita sekarang tengah siasat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, sedikit perkara yang sama. Merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Subang, saya hendak berkongsi mengenai dengan pertambahan pengundi ini. Kita tahu sebelum ini, saya lupa 3.7 juta kah atau 2.7 juta yang layak patut daftar mengundi, tidak daftar. Maka kita gesa SPR supaya mendaftarkan, memberi kesedaran, kempen yang dibuat melalui TV, melalui akhbar, maka tiba-tiba ada kesedaran. Dahulu kalau umur 80 tahun dia tidak pernah daftar, baru-baru ini akibat daripada kempen SPR, umur 85 tahun pun dia pergi daftar. Jadi meningkatlah. Tidak payahlah kita hendak terkejut. Kawasan saya pun meningkat. Jadi sudah meningkat itu, jadi seolah-olah ini kerja tak bersih SPR. Ini

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

kerana kesedaran rakyat makin bertambah untuk jadi pengundi. Yang dahulu tak pernah mengundi, sekarang hendak mengundi. Simple logic, terima kasih. [Ketawa]

Hujah Yang Berhormat Pasir Mas jadi sebahagian daripada jawapan saya. [Ketawa] Memang betul ada iklan dan kesedaran bertambah. Akan tetapi tidak mengapa. Apabila perkara seperti ini berlaku, maka kita ada rasa pelik sedikitlah. Yang memerlukan kepada jawapan yang tepat daripada SPR. Jadi Yang Berhormat pun bagi saya ruang untuk melepaskan diri dengan mengatakan tidak mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beri jawapan. Memang betul, memang saya tidak boleh bagi jawapan. Untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau. Yang Berhormat Tawau dengar lah. Yang Berhormat Tawau ini bercakap dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu apa fasal? Saya tengah menggulung. [Disampuk] Hendak jawab, jadi... [Ketawa] Yang Berhormat Wangsa Maju di hadapan itu, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu di belakang itu. Jadi, untuk jawapan Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Tawau dan juga dibangkit pada waktu saya menggulung pada Khamis lepas. Jadi, saya telah menulis surat kepada SPR dan SPR telah pun bersetuju dan juga telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan iaitu soalan-soalan yang berbangkit dengan SPR yang secara mikro, bukan sahaja dasar tetapi yang mikro boleh dibawa. Kita akan berjumpa dengan SPR pada hari Isnin, 16 hari bulan, pukul 1 tengah hari. Bawalah segala perkara dan SPR yang akan hadir ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan juga Legal Advisor. Yang Berhormat daripada Bandar Tun Razak pun ada juga isu bukan? Saya ada tengok, ini di hadapan saya. Jadi, boleh perkara itu juga dibangkitkan. Yang Berhormat handsome, oh! Buka cermin mata. Okey. [Ketawa] Tidak, nampak handsome hari ini. [Disampuk] Stail, stail nampak kemas. Jadi Yang Berhormat hari Isnin, pukul 1. Semua Ahli Parlimen yang ada isu dengan SPR termasuk PJS tadi sila datang di Bilik Taklimat di old building, pukul 1. Makan tengah hari percuma, saya beri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Berapa lama untuk mesyuarat dengan..

Tak kisah, tak kisah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Berapa panjang pun boleh?

Berapa lama pun boleh.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Okey.

Asalkan kita hendak, kalau boleh dan lebih baik lagi kalau perkara itu diberikan kepada saya dan kita ada lebih daripada 10 hari. Kalau boleh beri kepada saya, saya akan sampaikan kepada mereka supaya hari Isnin itu dia boleh jawab terus dan memberi – kalau silap, kalau ada penjelasan, dia akan bagi pada hari Isnin. Terima kasih. Jadi saya ingat perkara-perkara yang dibangkitkan tentang Yang Berhormat Kepong. Isu penambahan kakitangan SPR yang masih belum dijawab. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKKPO) Bil. 1/2012 pada 30 Mac 2012 telah meluluskan satu – duduk betul-betullah sedikit, jangan tidur. Ini statistik. (i) meluluskan 422 jawatan kontrak OS29000 berkuat kuasa dari tarikh lantikan untuk PRU 13 ini; kemudian (ii) 35 PTD gred M41, M44 dan M48 secara sementara berkuat kuasa 1 Mei 2012 hingga 30 April 2013 khas untuk mengendali isu sementara di negeri dan di ibu pejabat. Status terkini, JPA telah memperakui dan mengemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan. Jadi ini isu penambahan SPR lah, Yang Berhormat tanya dalam perdebatan Yang Berhormat pada pagi tadi dan telah banyak mengata tentang saya. Walaupun saya tak hadir, saya tahu dalam Dewan. Saya dengar. Padang Rengas, Padang Rengas ada dengar. Akan tetapi tak mengapa, saya dengar. Jadi ini jawapan dia.

Yang Berhormat Batu Gajah, nama pengundi yang melebihi 100 tahun. So, relevan Yang Berhormat bangkitkan itu. Bagi maksud pembersihan daftar pemilih iaitu untuk memotong nama pemilih dari daftar pemilih. SPR tidak boleh memotong nama pemilih berdasarkan faktor umur semata-mata melainkan jika SPR dimaklumkan dan disahkan bahawa orang itu telah meninggal dunia atau dilucutkan taraf warganegara oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Jadi kalau kita kira umur dia, kita kira 100 tahun lebih, kita tidak boleh padamkan. We cannot assume that dia sudah mati melainkan kalau dimaklumkan. Jadi itu jawapan SPR. Akan tetapi kalau Yang Berhormat tak puas hati, hari Isnin boleh tanya mereka.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Boleh tanya Yang Berhormat Menteri sekarang?

Okey, boleh, boleh, tidak ada masalah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, bukan isu ini sahaja yang saya bangkitkan.

Nanti dahulu, nanti dahulu. Ada lagi Yang Berhormat Batu Gajah, ada lagi. [Ketawa] Pasal dia gajah, banyak, besar. Yang itu batu sahaja. Yang Berhormat Batu Gajah, isu SPR memindahkan pemilih dari satu bahagian pilihan raya ke bahagian pilihan raya lain. Berhubung isu pemindahan pemilih, SPR sebenarnya telah mengenal pasti terdapat kesilapan dalam menentukan kawasan pendaftaran pemilih. Sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya iaitu Pendaftaran Pemilih 2002 memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk membetulkan kawasan pendaftaran seseorang pemilih sekiranya mendapati terdapat kesilapan dalam penentuan kawasan pendaftaran pemilih. Itu jawapan untuk soalan itu. Kemudian, Yang Berhormat Batu Gajah..

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat, masih boleh mencelah sedikit tentang isu itu? Untuk mendapat penjelasan sedikit. Jawapan itu kita dengar...

Boleh saya habis Yang Berhormat Batu Gajah dahulu?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Just a same issue, otherwise kita lari daripada isu- isu lain, kita tenggelam...

Akan tetapi Yang Berhormat, kalau ada apa-apa perkara...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya.

Yang masih lagi merupakan keraguan boleh bangkit dengan SPR..

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yalah.

Sebab tak mungkin saya boleh jawab di sini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri pun boleh cuba.

Oh! Boleh? Okey, saya cuba. [Ketawa]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak boleh lepaskan semua kepada SPR... [Ketawa] Okey, SPR kata dia ada kuasa di bawah Peraturan 25, peraturan yang disebut tadi untuk betulkan. Akan tetapi isu macam kes Bandar Tun Razak juga termasuk dalam kes itu, macam mana pengundi itu diubah kawasannya tanpa pengetahuan mereka. Itu yang disyorkan juga, satu. Satu ialah kesahihan pemindahan itu sama ada kuasa itu betul-betul ada di bawah undang-undang, itu kita akan bahas dengan merekalah. Saya secara peribadi ambil pendirian bahawa tidak ada kuasa itu dan ini disahkan dalam garis panduan di laman SPR sendiri, di mana mereka kata pemindahan pengundi hanya boleh dibuat di kawasan DUN sahaja, tidak boleh melampaui sempadan DUN apatah lagi sempadan Parlimen yang berlaku dalam Bandar Tun Razak dan ramai pengundi termasuk dalam kawasan saya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya mendapati 200 lebih dipindahkan daripada Parlimen Kelana Jaya ke Subang. Ini melanggar undang-undang dan yang lebih serius lagi dipindahkan tanpa pengetahuan mereka. Jadi ini memang penyelewengan, ini yang kita hendak bangkitkan dan macam mana – dan kita dapati risik kita secara keseluruhan untuk negara kita 31,000 pengundi terlibat di dalam exercise macam ini, ini amat serius. Apakah kerajaan akan buat sebab akhirnya kerajaan pun bertanggungjawab untuk perjalanan SPR, apa yang kita kena buat tentang 31,000 pengundi yang dipindahkan dengan cara ini, melanggar undang-undang dan tanpa pengetahuan mereka. Sekian.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat...

Terima kasih

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri saya tahu hendak kacau saya, saya duduk di sini...

Dia perasan kita hendak kacau dia kenapa?... [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya duduk di sini, Yang Berhormat Menteri sebut Wangsa Maju..

Tidak ada sebut, langsung tidak ada sebut Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mana tidak sebut, esok check Hansard. Kenapa hendak bohong? Memang betul. Terima kasih Chief dan terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masing-masing ada style untuk mencelah Yang Berhormat, itu style dia.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Chief ataupun Menteri, jangan pula tuduh saya tidak beri penghormatan kepada beliau. Walau bagaimanapun, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sedar atau tidak bahawa yang kita dengar-dengar ini seperti national weightage dan sebagainya, dan penambahbaikan mengenai pilihan raya untuk negara kita, sama ada Yang Berhormat Menteri setuju ataupun sedar bahawa kita pun dapat banyak maklumat yang amat jelas dalam surat khabar, internet bahawa ada banyak parti tertentu, pilihan mereka pun ada masalah lagi teruk daripada SPR ini. Sama ada Yang Berhormat Menteri setuju untuk membentangkan satu undang-undang, untuk didebatkan di sini supaya kita boleh ada satu pilihan, bukannya pilihan raya yang baik dan juga pilihan parti election juga sama baik supaya kita boleh menambahbaikkan keadaan di dalam negara kita. Ini kerana kalaulah pilihan dalam parti tertentu tidak baik, kita akan menimbulkan bukan rule of weightage yang kita boleh terima, yang kita khuatirnya ialah dari dynasty weightage, itu yang kita khuatir dan juga akan menimbulkan banyak masalah di mana menggunakan pelbagai taktik untuk membakar hati rakyat dan membakar keadaan dalam negara. Setuju atau tidak, dan apakah kementerian atau JPM atau Yang Berhormat Menteri sendiri sebagai seorang Chief di Parlimen, apakah tindakan yang akan diambil? Terima kasih.

Tuan Pengerusi, hendak panggil Chief pun panggillah, tidak apa. Itu tidak menunjukkan kurang hormat, tetapi yang penting you must show love attraction, that is important… [Ketawa] Setuju?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

“Show attraction” itu apa? Jelaskan.

To the Minister.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

To the Minister?

Kadang-kadang Minister boleh ambil tindakan tahu?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No way. Only party the Chief.

Yang Berhormat kena buang sebab tidak tunjuk love attraction to the leadership bukan?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Betul, betul.

[Ketawa] Yang Berhormat, saya tidak boleh bagi pandangan tentang perkara parti, cuma saya hendak sebut pepatah ada kata iaitu, “gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang sungai itu nampak” itu sajalah. Yang Berhormat Subang, saya minta maaf. Walaupun Yang Berhormat cuba bertanya saya dengan penuh harapan bahawa saya boleh menjawab, saya minta maaf saya tidak boleh jawab perkara itu. Sila halakan soalan itu kepada SPR pada hari Isnin akan datang. Yang Berhormat Batu Gajah, isu 42,000 pemilih ragu dalam daftar pemilih SPR. SPR diperuntukkan kuasa di bawah Peraturan 10 dan Peraturan 25, Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftar Pemilih 2002 dalam menjagakan urusan pembersihan daftar pemilih. SPR telah mengenal pasti 42,051 pemilih ragu dan telah mengambil tindakan mempamerkan senarai tersebut untuk mendapatkan maklum balas daripada pemilih yang berkenaan. Walau bagaimanapun, peraturan sedia ada tidak memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk memotong nama pemilih kerana apa-apa sebab tanpa disahkan oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian, SPR memutuskan untuk mengekalkan nama-nama pemilih tersebut sehingga SPR mendapat pengesahan daripada JPN berhubung maklumat kematian atau pelucutan warganegara bagi mana-mana pemilih yang terlibat dalam senarai tersebut. Yang Berhormat Batu Gajah, isu SPR tidak melaksanakan semua syor Jawatankuasa yang dikemukakan dalam laporan interim iaitu DR1/2011. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah menjelaskan dengan terperinci berhubung syor-syor yang boleh dilaksanakan dan yang tidak dapat dilaksanakan berserta sebab-sebab ia tidak dapat dilaksanakan. SPR tidak menolak pembaharuan dan penambahbaikan. Namun begitu, semua syor perlu dikaji dengan teliti supaya pelaksanaannya pada Malaysia akan datang adalah teratur dan berkesan. Tuan Pengerusi, saya ada rakan saya Yang Berhormat Menteri hendak menjawab soal agama, saya minta jawapan yang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi sebelum itu, boleh minta satu soalan?

Boleh, boleh.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Syor- syor cadangan jawatankuasa ini juga meliputi keperluan pindaan Akta Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya yang di mana saya percaya pihak eksekutif boleh memberi kerjasama untuk memastikan syor-syor ini dapat diimplementasikan. Saya juga hendak ambil kesempatan, adakah pihak kabinet juga bersedia untuk meneliti penyata minoriti yang cuba dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, juga mendengar dan meneliti pandangan mengapakah tiga Ahli Jawatankuasa PSC ini tidak bersetuju dengan beberapa syor-syor dalam Laporan PSC yang ada ini? Adakah Kabinet bersedia meneliti? Jika ya, saya sudi menyediakan laporan ini, serahkan kepada Yang Berhormat Menteri, bangkitkan dalam Dewan dan mendengar pandangan sebelah sini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, kalau legislative telah mengadakan laporan dan dalam laporan itu memerlukan kerjasama daripada pihak kerajaan yang kerajaan juga eksekutif sebahagian daripada legislative, saya percaya, itu boleh kita berikan kerjasama dan Yang Berhormat punya laporan minoriti itu, beri kepada saya, esok kabinet saya bawa sekali.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, yang belum jawab itu akan diberi jawapan bertuliskah, atau enggan menjawab?

Yang Berhormat sakit telinga tidak dengarkah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak dengar... [Ketawa]

Saya sudah cakap saya akan bagi jawapan bertulis. You check your ears... [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya habiskan saya punya.

Tuan Pengerusi

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin BaharumUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Bismilaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Pasir Mas yang telah menyentuh isu hal- ehwal Islam khususnya Yang Berhormat Pasir Mas yang menyentuh hal-ehwal berkaitan TV Al-Hijrah. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan mengenai program TV Hijrah di mana TV Hijrah belum lagi sampai ke tahap mengagumkan. Saya mengakui bahawa dalam tempoh baru setahun lebih atau lebih tepat sekitar saya katakan baru setahun lima bulan TV Hijrah telah pun beroperasi. Pada peringkat awalnya, kita telah melaksanakan tempoh waktu siaran peringkat awal iaitu lebih kurang lapan jam, daripada pukul 3 petang hingga 12 malam. Peringkat yang kedua 12 tengah hari hingga 12 malam, dan peringkat yang ketiga ialah 6 pagi sehingga 12 malam. Ini adalah merupakan peringkat awal operasi dalam tempoh yang saya sebutkan iaitu setahun lima bulan dan bahkan suka saya tambahkan dalam penjelasan ini, itulah pada tempoh waktu tersebut kita hanya baru beroperasi dalam kawasan Lembah Klang, Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu dan juga Mersing. Ini untuk peringkat kerana dia punya spektrum, dengan izin, itulah untuk tujuan penyiaran ini tidak boleh dicapai pada negeri-negeri yang lain kerana kekurangan ruang. Bagaimanapun, usaha-usaha yang telah dijalankan buat masa sekarang, Astro stesen TV berbayar telah mengizinkan untuk kita menggunakan ruang yang ada pada mereka tetapi belum lagi menepati kehendak dan hasrat kewujudan TV Hijrah untuk tujuan siaran secara tidak berbayar. Jadi Astro adalah merupakan siaran TV yang memberikan ruang kepada kita untuk kita turut disiarkan di dalam salah satu daripada rangkaian mereka. Begitu juga dalam IPTV 1Malaysia iaitu Internet protokol dan TV melalui Telekom Malaysia HYPP TV dan web TV Hijrah. Dalam masa yang sama suka saya sebutkan juga ada usaha-usaha ke arah tahap perancangan yang sedang dilaksanakan untuk mempelbagaikan iaitulah seperti mana hari ini menjadi tontonan yang begitu mendapat tempat di dalam masyarakat seperti mana 30 minit Bersama Ustaz Don, Reflection, Bicara TV, Assalamualaikum dan banyak lagi program-program yang lain termasuklah TV Hijrah sentiasa memberikan fokus kepada golongan remaja dan kanak-kanak dan dalam semua siarannya. Selain daripada benda yang sama, kita sediakan juga slot-slot khas setiap hari dan usaha ke arah untuk menerbitkan program kanak-kanak tempatan dengan pembelian program asing yang bermutu. Dalam masa yang sama juga Tuan Pengerusi, TV Hijrah memang memberikan peluang kepada penerbit-penerbit tempatan bahkan lebih daripada 40% kos kandungan disumbangkan oleh penerbit tempatan. Tuan Pengerusi, saya rasa saya mohon untuk supaya soalan yang berkaitan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Padang Terap yang tidak berkaitan dengan pembekalan tambahan akan saya jawab iaitulah berkaitan...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Sedikit Yang Berhormat pasal TV Hijrah.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sedar bila Yang Berhormat maklumkan tentang kita baru sahaja bermula dan sudah tentu untuk membuat pengisian slot tayangan di seluruh negara tentu

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

mengambil masa yang begitu lama. Akan tetapi saya difahamkan ada di kalangan siri yang telah pun ditayangkan di siaran lain terutama yang mempunyai elemen-elemen yang berkaitan dengan agama telah pun dipaparkan di dalam siaran TV ini. Cuma saya mahu Yang Berhormat di masa hadapan, adakah perancangan pihak kerajaan supaya kita melihat beberapa siri-siri antarabangsa terutamanya melibatkan negara-negara Arab yang melibatkan siri-siri klasik dan juga kebangkitan nasionalisme ketika mereka mencapai kemerdekaan turut disiarkan sementara kita mempunyai siaran yang tersendiri? Ini kerana kita mempunyai melihat ini juga merupakan satu keperluan di masa akan datang untuk menyedarkan generasi muda. Saya faham kita sudah mempunyai tenaga yang cukup hebat dan dipimpin oleh CEO yang begitu berpengalaman dalam beberapa siaran TV di negara kita. Jadi sudah tentu pengisian ataupun content supaya kita sekurang-kurangnya untuk kita mencapai taraf antarabangsa seperti Al-Jazeera dan lain-lain mengambil masa. Akan tetapi kita boleh capai insya-Allah kalau dengan sokongan kewangan yang dibantu yang turut kita luluskan pada hari ini. Jadi pandangan Yang Berhormat Menteri program jangka panjang untuk pengisian ini adakah juga kita turut mempertimbangkan program- program berunsur sejarah yang sekurang-kurangnya menyedarkan generasi muda tentang negara bangsa mereka yang mereka perlu pertahankan di suatu masa nanti. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, sedikit Yang Berhormat Metneri atas barisan yang sama. Yang Berhormat Menteri, dua minggu lepas kita punya satu rancangan realiti TV yang membariskan anak-anak kita enam orang seluruh negara berumur kurang daripada 12 tahun yang bercakap dalam segenap aspek termasuk dari jasmaninya, emosi, rohani dan intelek mereka dan menampakkan bayangan masa hadapan yang cukup sempurna jika anak-anak ini digilap. TV1 iaitu Rancangan Perdana yang dihadiri oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong yang saya kira kalau dapat dibantu, digarapkan lagi akan dapat membentuk sokongan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam, saya kira ia boleh membantu untuk memberikan satu gambaran bahawa generasi kita pada hari ini tidak perlu runsing sangatlah kerana anak-anak kita ini nampaknya lebih berpengetahuan di dalam membentuk sebuah masyarakat yang seimbang, yang pertengahan di masa hadapan. Apa komen Yang Berhormat tentang perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya sebutkan kepada pandangan dan juga cadangan Yang Berhormat Arau sebentar tadi. Memang kita bersetuju amat Tuan Pengerusi bahawa untuk tujuan rancangan-rancangan TV terutamanya untuk daripada siaran-siaran di luar negara, bahkan kita telah menetapkan untuk TV Hijrah ini di mana 33% peratus kita telah tetapkan supaya ia merupakan terbitan ataupun produk daripada TV Hijrah dan selain daripada 33% itu 43% kita peruntukkan untuk rancangan-rancangan ataupun bahan-bahan daripada dalam negara dalam erti kata mereka yang merupakan production house ataupun dengan izin pihak-pihak yang mengeluarkan filem dan sebagainya adalah kalangan daripada tempatan. Selebihnya daripada itu kita telah memperuntukkan 24% ialah untuk kita mendapat daripada bahan- bahan luar terutamanya yang sebagaimana Yang Berhormat Arau sebutkan bahawa kita memerlukan untuk memandu dan memberikan kekuatan kepada masyarakat untuk melihat daripada sejarah-sejarah yang lalu, silam dan sebagainya termasuk juga bahawa pendekatan-pendekatan baru untuk lebih-lebih lagi kalangan remaja yang mungkin berbeza cita rasa dan berbeza untuk pendekatannya. Kita juga mengambil filem-filem daripada luar dan juga rencana serta bahan-bahan luar untuk kita siarkan di dalam TV Hijrah. Oleh sebab itu kita telah memperuntukkan awal bahawa peruntukannya ialah sebanyak 24% daripada lingkungan untuk mendapat rancangan-rancangan daripada luar. Berhubung dengan Yang Berhormat Tangga Batu, program yang Yang Berhormat Tangga Batu sebutkan itu ialah merupakan program realiti TV yang kita khususkan dengan rancangan Adik-adikku yang taglinenya, “Adik-adikku, insya-Allah boleh”. Selalu itu disebut dan menjadi satu hafalan dan momokkan yang diucapkan selalu, “insya-Allah boleh” itu. Jadi saya berterima kasih banyaklah kepada Yang Berhormat Tangga Batu yang juga dapat menonton rancangan yang telah kita sebutkan di mana pada program penutup akhir realiti TV yang baru-baru ini yang menyaksikan juga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong telah berangkat untuk menutup majlis tersebut.

Di mana program akhirnya ialah anak-anak, adik-adik ku ini telah pun memperlihatkan dalam pelbagai pendekatan sama ada dalam bidang keagamaan, dalam bidang kepetahan bercakap dan sebagainya, ilmu pengetahuan dan menjawab secara spontan soalan-soalan yang kita berikan kepada mereka dan bukan diatur tetapi mereka menjawab secara spontan dan bagaimana mampu menggarap suasana dalam begitu singkat dapat memahami dan memberikan jawapan yang pada kita di luar daripada lingkungan umur mereka tetapi mampu mencapai kepuasan untuk tontonan semua orang. Rancangan ini merupakan rancangan kali yang ketiga. Cuma kelainan kali ini, kita telah meluaskan rancangan ini sehingga ada penyertaan dari Brunei Darussalam, Singapura dan juga Indonesia. Pada akhir program itu kita tengok anak dari Brunei Darussalam turut serta mengambil bahagian pun juga memberikan satu persembahan yang memberikan cabaran yang kuat kepada program akhir ini. Insya-Allah kita akan terus memupuk, bahkan saya sebutkan ini bahawa anak-anak ini kita simpan siri yang pertama termasuk siri yang kedua, kita berterusan.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat.

Kita tidak tinggalkan mereka begitu sahaja sebab kita takut dia hilang di pertengahan jalan dan takut dicuri kreativiti dan kemampuan mereka itu. Oleh sebab itu kita berterusan berhubungan sehingga sampai sekarang. Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih. Pendek sahaja Yang Berhormat. Saya mohon Yang Berhormat mempertimbangkan sebab saya lihat sekarang potensi dalaman pelajar-pelajar di sekolah rendah ini cukup hebat seperti mana yang dibangkitkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Tangga Batu. Boleh atau tidak dipertimbangkan pengajaran tajwid dalam pembacaan Al-Quran? Saya lihat sekarang ini apabila kita melaksanakan KAFA atas semua sekolah, boleh dikatakan lebih daripada 15% kanak-kanak yang di bawah ini mereka sudah dapat menguasai tajwid dengan lancar. Jadi kalau dipaparkan siri ini dalam TV Hijrah, saya ingat itu di antara satu kaedah yang menolong memperkembangkan pengetahuan dalam pembacaan tajwid. Ini cukup mengagumkan Yang Berhormat Menteri. Jadi saya pohon. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Pengerusi, saya bersetuju amat. Sebab itu selain daripada rancangan 30 minit soal jawab Ustad Don itu, dia ada juga rancangan yang berhubungan dengan bacaan Al- Quran. Akan tetapi saya faham bahawa kita memerlukan lebih banyak ruang masa lagi khususnya untuk anak-anak kita ini untuk memahami tajwid. Cumanya, biasanya bukan hanya dalam televisyen bahkan dalam Al-Quran pun ada rancangan yang hampir sama. Biasanya yang ramai terlibat itu ialah perempuan. Pemanggil-pemanggil yang baca dalam radio itu biasanya dari kalangan perempuan. Memang biasanya yang lelaki itu semasa baca “Auzubillah...” itu nampak cantik, sedap macam Ismail Hashim, macam Abdul Ghani tetapi apabila masuk sahaja ayat, sudah nampak macam, kalau utara nampak tajwid utara dia, kalau Jawa nampak dia punya tajwid kejawaannya. Akan tetapi apa pun, usaha ini sedang kita pertingkatkan untuk tujuan memberikan lebih pendedahan kepada bacaan Al-Quran ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dijemput seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat?

Saya mohon untuk Yang Berhormat Padang Terap tadi Tuan Pengerusi, oleh kerana soalan pun tidak berkaitan dengan perbekalan tambahan bahkan Yang Berhormat Padang Terap pun tidak ada dalam Dewan, mohon untuk saya jawab bertulis.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jawapan bertulis ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi. Peraturan mesyuarat sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya berdiri atas Peraturan Mesyuarat 10(1) dan 10(2) berkenaan dengan Penyata Rasmi. Peraturan Mesyuarat 10(2) saya bacakan, “Buku ini hendaklah dikeluarkan

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

menurut apa-apa rupa cara yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan satu salinan buku ini hendaklah dihantar pada tiap-tiap hari dengan seberapa segeranya setelah tamat mesyuarat.” Ini berkenaan dengan Penyata Rasmi 3 April yang lepas iaitu apabila kita membahaskan Laporan PSC yang menjadi kecoh dan ditangguhkan pada pukul lebih kurang 3.30 petang. Saya melihat dalam senarai Penyata Rasmi dalam website Parlimen, 2 April sudah ada dan Penyata Rasmi untuk 4 April pun sudah dikeluarkan. Akan tetapi 3 April itu belum ada. Saya hendak tanya penjelasan dari pihak Tuan Pengerusi, mengapakah Penyata Rasmi ini di withhold? Apakah sebabnya? Ini kerana saya rasa ini unprecedented. Saya berharap satu penjelasan diberikan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih kerana membawa isu ini yang saya kira pihak Speaker dan kita di sini tidak maklum. Walau bagaimanapun, saya minta agar pihak pentadbiran untuk mengambil nota tentang teguran ini dan membuat tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Cameron Highlands

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang berbahas dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri mengenai Butiran B.6.1 mengenai pencapaian Touch Point. Objektif program Touch Point ini Tuan Pengerusi, adalah satu program khas untuk rakyat untuk melaksanakan program atau projek kecil yang diperlukan bagi meningkatkan taraf kualiti hidup serta bantuan yang diberi untuk membela nasib rakyat. Sehingga hari ini, keseluruhan peruntukan sebanyak RM266,760,000 telah habis dibelanjakan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM48,770,200 untuk Maksud B.4; RM353,760,000 untuk Maksud B.6; dan RM782,516,100 untuk Maksud B.7, di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM48,770,200 untuk Maksud B.4; RM353,760,000 untuk Maksud B.6; dan RM782,516,100 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM110 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2011 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM110 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2011]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) 2012 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2011 Jawatankuasa — Maksud B.10, B.11, B.12 [Jadual] – Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2011] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua perkara. Satu di bawah B.10, Perbendaharaan, Butiran 080000 – Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya hendak merujuk kepada satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang bertarikh 29 Mac tahun ini. Maknanya dalam jawapan tersebut menyatakan

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

bahawa di negara kita ada 99 syarikat yang merupakan pemegang AP iaitu import permit kenderaan tetapi di antaranya, dua syarikat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dalam butiran mana Yang Berhormat?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih. Butiran 080000. Di antara 99 syarikat tersebut, dua syarikat lagi belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan 41 syarikat tersebut mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM144 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Saya rasa kalau bagi orang biasa, bagi warga Malaysia yang biasa, ada orang atau penduduk yang jumpa saya kerana mereka hanya mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM200 tetapi mereka dihalang pergi ke luar negeri di bawah seksyen 104 di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Akan tetapi sekarang di negara kita, ada 41 syarikat pemegang AP ini dan cukai tunggakan mereka adalah sebanyak RM144 juta. Saya rasa itu adalah satu jumlah yang begitu besar dan kenapa hanya 12 syarikat sahaja yang dalam tindakan guaman sivil dan tiada tindakan yang lebih serius terhadap syarikat-syarikat yang lain? Saya rasa ini adalah satu layanan yang berbeza. Saya minta satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri nanti. Saya haraplah bahawa syarikat- syarikat sebegini kita perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Keduanya saya hendak sentuh Maksud B.11 iaitu tambahan sebanyak RM4 bilion untuk bayaran tuntutan subsidi bagi barangan petroleum pada tahun 2011. Saya juga hendak merujuk kepada jawapan daripada Menteri Kewangan yang bertarikh 13 Mac. Di sana tercatat bahawa perbelanjaan untuk tahun 2011 kita telah membelanjakan RM20.3 bilion untuk subsidi gas cecair, diesel dan juga petrol. Jadi, saya hendak bertanya sama ada RM4 bilion dalam Bajet Perbekalan Tambahan Kedua ini sudah termasuk dalam RM20 bilion tersebut? Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud B.10 – Perbendaharaan. Dalam nota Kertas Perintah 1A tahun 2012, tambahan sebanyak RM204,450,000 adalah dikehendaki untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi menampung kekurangan kos operasi serta membiayai kos pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dalam kepala ini, RM204 juta ini, maksudnya ada dua komponen dalam perbelanjaan ini iaitu yang pertamanya untuk menampung kekurangan kos operasi untuk LHDN dan keduanya untuk kos pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malysia. Saya hendak tahu jumlah untuk kedua-dua komponen ini. Apakah pecahan perbelanjaan kepada kedua-dua komponen ini iaitu berapa untuk LHDN, kos operasi dan berapa untuk kos pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Saya hendak mempersoalkan mengapakah kita memerlukan satu perbelanjaan yang begitu besar untuk melaksanakan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ini kerana Program BR1M ini adalah untuk tahun 2012 dan perbelanjaan ini telah dikeluarkan pada tahun 2011. Wang atau pun bantuan BR1M ini hanya dikeluarkan kepada rakyat Malaysia mulai bulan Februari 2012 tahun ini. Mengapakah pada tahun 2011 semasa kita hanya mengumumkan dasar ini dan juga mendaftarkan rakyat atau pemohon-pemohon yang layak, mengapakah satu kos perbelanjaan yang begitu besar diperlukan untuk menampung kos perbelanjaan untuk membiayai pelaksanaan BR1M ini? Apakah komponen perbelanjaan itu kita hendak tahu. Ini kerana bagi saya ini tidak boleh diterima. Pelaksanaan BR1M ini adalah tertakluk kepada LHDN. LHDN segala mekanisme sudah ada, segala jentera kerajaan sudah ada. Kita menggunakan pejabat LHDN, menggunakan pegawai-pegawai LHDN dan

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

tidak ada tambahan mekanisme untuk melaksanakan program bantuan BR1M ini. Mengapakan satu perbelanjaan yang begitu besar digunakan untuk pelaksanaan ini? Ini kerana ini bukannya wang untuk diagihkan kepada rakyat. Ini hanya melaksanakan dasar ini, melaksanakan program Bantuan BR1M ini dan saya persoalkan mengapa ada satu perbelanjaan dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah bentuk perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk pelaksanaan Program BR1M ini? Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Labuan, selepas itu Yang Berhormat Menteri.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, Tuan Pengerusi. Itu B.10 dan B.11. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang tidak duduk di tempatnya. Dia hendak jadi menteri sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Terengganu?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ledang. [Disampuk] Dia latih hendak jadi menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat. Kadang-kadang sebelah sini pun buat macam itu duduk dekat Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Akan tetapi di sini tidak kacau sangat. Di sana dia masuk daripada Ledang kepada Muar dan dia kacau pula. Tuan Pengerusi, mengenai RM204 juta yang dikehendaki untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi menampung kekurangan kos operasi serta membiayai kos pelaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ini wang rakyat. Saya tidak membantah menggunakan wang rakyat dengan betul tetapi adakah Tuan Pengerusi tahu apabila wang ini diberi kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sama ada betul atau pun tidak saya tidak tahu. Ini kerana saya terima aduan. Banyak aduan. Macam mana dengan berjuta-juta orang ini pihak Lembaga Hasil dapat menentukan orang-orang ini benar-benar layak. Itulah masalahnya. Ada orang yang beritahu saya keluarga itu berpendapatan memang lebih daripada RM3,000. Akan tetapi apabila dibuat daftar dia tidak sebut dan dapat juga. Isteri dia bekerja di rumah sahaja, dan dia daftar nama isteri dia. Dia memang tidak ada pendapatan dari segi...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa masalah?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ramailah, tidak payah lah Yang Berhormat Sekijang. Inilah masalah-masalah.

Yang Berhormat Kepong minta laluan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kita tidak dapat menentukan siapa yang layak dan siapa tidak.

Yang Berhormat Kepong.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Ya, sila Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong. Nampak Yang Berhormat Kepong petang-petang ini dia meragam sedikit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kepong ini sedikit. Tadi dia kata yang tidak layak. Adakah Yang Berhormat Kepong ada maklumat yang terperinci ini yang boleh kita kaji balik pemberian kita ini? Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Sekijang dia memang mempunyai sikap yang sambil lewa sahaja sebab itulah masalah timbul. Tidak begitu serius mengenai hal ini. Ini beratus juta ringgit dibelanjakan dengan maksud untuk menolong rakyat yang kurang berpendapatan dan kita mestilah sentiasa berhati-hati mengenai orang-orang yang tidak layak. Kerana bilangan yang berjuta-juta. Apakah kaedah untuk memastikan, untuk menapis semua orang yang dapat itu layak? Ini memang satu kelemahan. Bukan wang Yang Berhormat Sekijang, wang rakyat. Jangan hendak sebutkan kerana bukan wang Yang Berhormat Sekijang. Itulah masalahnya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa masalah lagi?

Yang Berhormat Kepong belum jawab lagi tadi. Ada senarai nama? Jangan cakap macam itu. Kita pun dari pihak kerajaan tidak mahu orang yang macam ini ada tetapi kita tidak boleh hendak detect, tidak boleh hendak dikesan. Jadi, kalau Yang Berhormat Kepong boleh bantu beri nama, jangan cakap sahaja meragam, saya ingat ini lebih bermanfaat lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, saya tidak melayan orang yang melanggar peraturan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, dia kena minta jalan. Betul.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang tidak melayan dia. Kalau Yang Berhormat Sekijang hendak jadi Ahli Parlimen yang betul-betul mematuhi peraturan, janganlah diri seperti ini rumah lembu sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah hendak habis masa Yang Berhormat. Tidak ada pantunkah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada pantun?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang ada, memang ada tetapi kerana saya diberi 10 minit, tidak dapat habis.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tambah pula saya hendak Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita apakah jumlah wang yang diperlukan untuk BR1M? Berapa ratus juta ringgit lagi yang diperlukan diluluskan sebagai perbekalan tambahan ini? Tambah pula dengan mengenai RM4 bilion bagi menampung bayaran tuntutan subsidi barangan petroleum, dijumlahkan kalau tidak silap saya bagi tahun lepas lebih RM30 bilion. Ini juga saya hendak memberi peringatan seperti Yang Berhormat Sekijang, ini wang rakyat dan tambahan pula telaga itu ada di Kelantan juga, di luar laut Kelantan itu. Akan tetapi royalti tidak ada. Royalti RM2 bilion diberi kepada negeri Terengganu tetapi kepada negeri Kelantan Darul Naim ini – Naim itu nyaman. Darul Naim itu nyaman dan Kelantan itu satu sen pun tidak ada. Baik jugalah kerana tidak ada pembaziran. Pemborosan dan pembaziran di Terengganu. Ini wang subsidi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Stadium di Terengganu cantik bukan main. Daripada luar kita nampak cantik tetapi sejurus selepas disiapkan, bumbung runtuh. Jentera-jentera generator yang berjuta-juta ringgit dicuri. Yang Berhormat Ledang sebagai jurutera memang faham. Generator itu bukan begitu kecil, besar. Macam mana boleh hilang? Subsidi. Saya tidak tahulah macam subsidi ini digunakan lebih RM30 bilion. Bukan RM4 bilion sahaja Tuan Pengerusi, lebih RM30 bilion. RM2 bilion diberi setiap tahun di negeri Terengganu tetapi kebanyakannya dibazirkan sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya berharaplah bukan sahaja BR1M, bahkan juga subsidi petroleum begitu banyak. Walaupun Tuan Pengerusi, kita ada banyak telaga minyak dan gas. Di Sabah, Sarawak, di Terengganu, di Kelantan, di luar laut Kelantan. Sampai bila kita boleh ambil sumber ini, saya tidak tahu. Akan tetapi janganlah kita bazir.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti mengambil perhatian, jangan bazirkan lagi. Sebab itu saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab dengan tepat, persis dan jitu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Cukuplah Yang Berhormat, lepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Menteri jawab minggu hadapan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Pengerusi, pohon rayu, dua perkara sahaja BR1M. Sedikit sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, minta sedikit sahaja hendak tanya. Dua, tiga minit sahaja hendak tanya mengenai...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, boleh mencelah ketika Yang Berhormat Labuan berucap Yang Berhormat. Yang Berhormat Labuan belum buka mulut lagi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. saya ingin turut bahas sedikit mengenai P.11 mengenai subsidi yang diberikan oleh kerajaan tentang tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion. Apa yang kita lihat terlalu banyak subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan tetapi saya juga memohon agar di Labuan juga dapat diperhatikan dengan kenaikan harga barang yang begitu melambung kerana kalau ada perancangan untuk memberikan apa jua cara yang terbaik untuk memberi subsidi dari segi yang dikatakan double handling oleh Yang Berhormat Menteri yang lalu, disebabkan kenaikan harga barang. Jadi, kadang-kadang cara kita untuk mengimbangi adalah secara tidak langsung dengan memberikan subsidi kepada apa juga kos-kos yang meningkat. Jadi, untuk mengimbangi barangan yang ada di Labuan yang berbanding dengan Kota Kinabalu yang begitu tinggi, di mana harga barang di Labuan antara 15% ke 20% lebih tinggi daripada Kota Kinabalu dan juga lebih daripada 35% lebih tinggi daripada Semenanjung. Jadi, saya rasa keadaan sedemikian tidak mengimbangi keadaan penduduk di Labuan yang mana dengan gaji yang sama tetapi kita membayar lebih. Apa jua barangan yang kita makan setiap hari kita membayar dengan harga yang lebih tinggi antara 35% dan 25% berbanding dengan Kota Kinabalu. Jadi, adakah ini kita rasakan sesuatu yang baik untuk rakyat Labuan atau harus kita perhatikan. Kalau kita lihat kita sanggup berbelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk subsidi. Apa salahnya, apa jua kos-kos yang naik di Labuan, kerajaan harus fikirkan untuk menampung dengan harga yang sama dengan Sabah, Sarawak dan Semenanjung supaya diberikan subsidi. Pengangkutan contohnya. Kalaulah nelayan kita berikan diesel yang begitu murah untuk mengimbangi nelayan agar ianya tidak menjual ikan dengan lebih mahal. Jadi, kalau kita lihat feri pengangkutan yang ada di Labuan seharusnya kita beri subsidi minyak yang lebih rendah berbanding dengan industrial punya price. Jadi, kita mengharapkan agar penduduk Labuan ini sama menikmati, tidur satu bantal, mimpi yang sama. Ini seolah-olah kita tidur satu bantal tetapi mimpi kita lain-lain. Apabila kita duduk dalam kerajaan, mimpi kita ngeri terus disebabkan oleh harga barangan yang begitu tinggi, yang begitu mahal disebabkan oleh sistem pengangkutan yang begitu mahal. Jadi, subsidi-subsidi sedemikian harus dipanjangkan sedikit kepada Labuan agar penduduk yang 100,000 ribu ini dapat menikmati. Kita bukan ramai pun. Kita cuma lebih kurang 100,000 sahaja penduduk tetapi kenapa tidak ada Kerajaan Pusat melihat keadaan ini dan mencari satu formula yang lebih baik mengurangi harga barang dengan memberikan subsidi-subsidi yang tertentu untuk mengimbangi keadaan yang ada di Labuan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Labuan, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Labuan dan saya minta penjelasan sedikit ataupun kalau boleh masukkan pertanyaan saya dalam ucapan Yang Berhormat kerana kesuntukan masa. Soal subsidi dan soal suntikan ekuiti seperti Butiran 09000 dan juga Projek Khas 00400. Sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak, kita sentiasa memasukkan soalan dalam Parlimen. Kita tanya ‘A’, Kementerian Kewangan khasnya, menjawab ‘B’ dan ‘C’. Tidak jawab ‘A’, seperti beberapa kali di Dewan yang mulia ini meminta jawapan daripada Menteri Kewangan bahawa, berapakah bayaran consultancy fees pada tahun 2003 kepada Bina Fikir Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Rasdan?... Ketika itu untuk Projek WAU, baik pulihkan MAS. Sampai hari ini dia tidak jawab. Dia jawab benda lain. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan satu jawapan yang tepat di sini, berapa? RM1 juta, RM2 juta, even RM50 juta pun tidak apa. Asalkan jawab sahaja di Dewan ini. Jangan pura-pura hendak jawab yang lain, ini satu. Yang kedua, Fuel Hedging Agreement. Baru-baru ini kelmarin, saya dapat jawapan. Kita minta senarai syarikat, dia jawab adalah 12 syarikat. Dia tidak menyenaraikan nama-nama syarikat untuk MAS. Bolehkah Yang Berhormat Menteri juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini nama 12 syarikat yang tertentu ini yang terlibat dalam Fuel Hedging Agreement untuk MAS yang kerugian RM3 bilion. Jangan pura-pura. Jawab di sini, habis pun tidak apa. Ikhlaslah, ini Dewan yang mulia, bukan kedai kopi untuk elak sini, elak sana. Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Kita serahkan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk memberi jawapan. Seterusnya, apa yang saya nyatakan tadi beberapa formula untuk cara kita memberikan subsidi atau pun satu membuat sesuatu yang lebih baik untuk Labuan. Ini kerana Labuan adalah kalau kita lihat adalah sebuah pulau yang telah dijadikan sebagai sebuah wilayah berbanding dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan sanggup membelanjakan berpuluh-puluh bilion untuk Putrajaya, beratus bilion atau dari awal sampai akhir untuk Kuala Lumpur. Akan tetapi untuk Labuan, kalau kita lihat sekarang kita telah pun menjadikan hab oil and gas, dengan izin. Kita juga mempunyai pusat kewangan pesisir antarabangsa dan juga banyak facilities yang ada di Labuan. Akan tetapi malangnya orang Labuan tidak menikmati keseimbangan harga barangan. Kita juga mengesyorkan seperti mana yang dicadangkan oleh penduduk Labuan agar jambatan itu masih- kita memohon, kita tidak putus asa kerana ini cuma one-off. Walaupun harganya berbilion tetapi dalam jangka panjang, pada masa yang akan, dengan adanya industri-industri yang cukup hebat di Labuan, saya rasa ini wajar kita pertimbangkan. Jadi, oleh itu kita lihat dengan adanya subsidi yang berbilion tadi, sedikit sebanyak salurkanlah untuk mengimbangi harga barangan di Labuan agar penduduk Labuan akan tidur nyenyak sama dengan mereka yang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menikmati kehidupan dan juga harga barang yang begitu seimbang. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri akan menjawab minggu hadapan. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 9 April 2012.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.40 petang]