Dewan Rakyat · 1 July 2013
15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,057 turns · 52,085 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan: (a) pelan pembangunan semula Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak berkeluasan 56 ekar dijadualkan pada September 2011, sehingga kini tiada tanda-tanda ia akan dilaksanakan. Apakah rancangan serta tindakan diambil oleh kementerian memandangkan kawasan ini semakin usang dan tidak terurus; dan (b) sekiranya masih tiada cadangan pembangunan, bolehkah tapak ini dimajukan sebagai kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) atau PR1MA bagi membantu masyarakat Kuala Lumpur mempunyai kediaman mampu milik.
Lama tidak tekan. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Pertama sekali saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa yang telah menanya soalan. Hanya saya hendak perbetulkan khususnya soalan yang pertama. Yang Berhormat telah sebut 56 ekar. Sebenarnya ia hanya 37 ekar, bukan 56 ekar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Titiwangsa, projek pembangunan semula Flat Pekeliling merupakan projek kerajaan di bawah pemantauan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Unit Kerjasama Awam dan Swasta, Jabatan Perdana Menteri. Agensi-agensi kerajaan berkaitan sedang mengenal pasti kaedah dan penyelesaian bagi membolehkan pembangunan semula kawasan tersebut dilaksanakan. Lokasi cadangan pembangunan semula Flat Pekeliling yang strategik dan nilai tanah yang tinggi adalah tidak sesuai dibangunkan perumahan mampu milik, sebaliknya ia adalah lebih sesuai dibangunkan sebagai pusat komersial yang boleh menjana ekonomi negara yang selaras dengan Pelan Bandaraya 2020.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, isu perumahan ini saya ada suarakan dalam perbahasan Titah Ucapan Tuanku Agong pada hari Khamis minggu lepas. Saya memahami hasrat kerajaan dan kementerian dalam soal keprihatinan perumahan dan keperluan rakyat yang berpendapatan rendah. Akan tetapi soalan saya bahawa tanah yang saya sebutkan yang telah terbengkalai hampir lebih 11 tahun adalah sebenarnya merupakan tapak perumahan awam yang menempatkan hampir 4,000 keluarga.
Persoalan saya, bolehkah Kementerian Wilayah Persekutuan melalui kerjasama dengan pihak DBKL, Syarikat Perumahan Negara Berhad, UDA Holdings untuk menerajui projek berskala besar seperti di kawasan PPR, di kawasan flat Jalan Tun Razak ini untuk membina kediaman mampu milik PPR dan perumahan awam tanpa mengubah status tanah tersebut kerana pada mulanya tanah itu adalah menempatkan rumah perumahan awam dan hampir 4,000 keluarga tinggal di kawasan tersebut. Kedua, di samping itu, bolehkah kerajaan secara proaktif turut membeli tanah- tanah milik swasta yang strategik serta berdekatan dengan prasarana pengangkutan awam untuk dibina rumah-rumah mampu milik di mana kos pembelian tanah-tanah ini hendaklah dibiayai oleh kerajaan sebagai geran untuk mengimbangi permintaan rumah-rumah mampu milik di Bandar raya Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Pertama sekali untuk makluman Yang Berhormat, kawasan ini telah dibangunkan di waktu negara baru sahaja mencapai kemerdekaan untuk rumah mampu milik. Ketika itu, orang hendak pergi ke Jalan Pekeliling pun boleh kata jauh dan merupakan kawasan persisiran bandar Kuala Lumpur. Di atas kepesatan pembangunan yang berlaku, maka tempat itu telah menjadi sebahagian daripada anggota kota bandar Kuala Lumpur. Justeru itu, pada pandangan kerajaan ia tidak sesuai untuk dibangunkan rumah mampu milik dalam kawasan tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, kita juga ada bangunkan rumah-rumah mampu milik yang ditempatkan orang- orang yang duduk di kawasan tersebut di Flat Seri Terengganu iaitu berdepan dengan projek tersebut. Projek ini saya sedar bahawa telah memakan masa begitu lama oleh kerana masalah-masalah yang sedang dihadapi, pertama oleh pemaju sendiri. Masalah kerajaan ialah bila orang bertemu dengan kerajaan untuk membangunkan satu-satu projek penswastaan, mereka akan menceritakan segala-galanya yang terbaik dan yang baik dan juga membawa konsultan-konsultan luar negara dan menunjukkan kepada kerajaan bahawa ini akan memberi pembangunan yang baik dan juga akan menjana ekonomi. Justeru itu, sekarang ini kita sedang berhati-hati terhadap perkara-perkara yang sedang berlaku. Insya-Allah untuk makluman Yang Berhormat, saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Saya juga sedar bahawa waktu Yang Berhormat bertanding di Titiwangsa, salah satu masalah yang telah dibangkitkan oleh lawan Yang Berhormat ialah masalah Flat Pekeliling ini.
Kedua, berkenaan dengan tanah-tanah untuk pembangunan rumah-rumah berskala besar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan, telah menjanjikan untuk membangun 50,000 unit rumah mampu milik untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit mampu milik untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 rumah mampu milik untuk Wilayah Persekutuan Labuan dalam jangka masa lima tahun. Insya-Allah kami berkeyakinan bahawa kami akan dapat mencapai sasaran ini. Seperti mana Yang Berhormat cadangkan, kami juga akan berurusan dengan pihak PR1MA, SPNB dan lain-lain agensi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah gagal menjawab soalan pokoknya. Apakah kesudahan kepada isu dan projek ini. Projek ini merupakan satu projek pembangunan semula pusat bandar Kuala Lumpur dan ianya satu projek pembaharuan Kuala Lumpur di sebelah Jalan Pekeliling dan Jalan Tun Razak itu. Sepatutnya ia satu projek yang membanggakan. Sekarang satu failed projek yang merugikan, memalukan ibu kota. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kawasan tapak itu telah menjadi satu kawasan syurga untuk penagih dadah, penjenayah, kutu rayau. Akan tetapi tidak nampak ada usaha yang serius daripada pihak kerajaan itu untuk memulihkan dan menghidupkan semula projek ini sekadar cepat. Saya difahamkan adakah benar pemaju projek ini, nampaknya tidak ada kemampuan financial untuk mengembalikan dan memulihkan projek ini kerana dia sedang menghadapi hutang bank...
Ya.
Sebanyak tidak kurang daripada RM500 juta. Apakah ini benar dan kerana kerajaan merupakan satu pihak usaha sama projek ini. Dia mesti tahu.
Yang Berhormat, cukuplah itu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini perkara serius kerana sekarang daripada jumlah... [Disampuk] sebelas blok Flat Pekeliling ini, walaupun enam sudah dirobohkan, masih ada lima tinggal dan menjolokkan mata, menjengkelkan. Ini adalah apa yang saya sebutkan, satu perkara yang memalukan. Nampaknya kerajaan tidak pernah mengambil iktibar...
Ya, sudah banyak soalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri pun sudah sedia untuk menjawab.
Daripada masalah projek Plaza Rakyat yang telah terbengkalai sejak 16 tahun yang lalu.
[Menyampuk]
Kedua-dua projek ini juga merupakan projek usaha sama kerajaan dengan pihak swasta. Apakah terjadi? Apakah usaha serius? Soalan satu lagi...
Yang Berhormat...
Memandangkan kekurangan...
Cukup Yang Berhormat.
Rumah mampu milik dan rumah pangsa di pusat bandar raya, apakah Yang Berhormat sedia menerima cadangan saya supaya lima blok flat yang masih belum dirobohkan itu diubah suai dijadikan rumah pangsa dan disewakan atau dijual kepada keluarga-keluarga miskin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheras. Ini kawan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Pertama sekali untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang telah saya sebut lebih awal tadi, kerajaan pun bukan berharapkan apa yang berlaku sekarang. Seperti saya sebut bila datang developer ataupun orang-orang peniaga yang bertemu dengan kami, bahawa dia akan menceritakan apa yang hendak dibangunkan. Seperti apa yang telah saya sebutkan oleh kerana syarikat ini juga menghadapi kekangan-kekangan. Satu kekangan ekonomi yang merudum, kedua harga hartanah juga yang merudum pada tahun-tahun yang lepas. Kita juga faham bahawa mereka ada mempunyai masalah dan kita juga sedang memantau. Saya berjanji kepada Yang Berhormat Cheras bahawa saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Begitu juga dengan Plaza Rakyat yang terbengkalai selama 16 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, bukan sahaja yang di Kuala Lumpur terbengkalai, banyak juga negeri-negeri yang pihak pembangkang mentadbir pun terbengkalai juga. Seperti di Kelantan selama 22 tahun telah mentadbir ada juga kawasan- kawasan yang dijanjikan oleh pemaju tetapi tidak dibangunkan. Ini adalah masalah. Jangan kita salahkan kerajaan kerana apabila mereka datang seperti saya sebutkan lebih awal tadi, mereka akan bawa konsultan mereka dengan arkitek mereka dari luar negara, ceritakan mereka mempunyai dana dan sebagainya. Jadi pihak kerajaan melihat bahawa ini adalah satu keadaan dan kaedah yang boleh diguna pakai, maka kita membuat perjanjian dengan mereka. Jadi itu yang saya janji kepada Yang Berhormat Cheras, insya-Allah God’s willing, dengan izin. Saya akan cuba menyelesaikan masalah Jalan Pekeliling ini dan juga Plaza Rakyat dengan secepat mungkin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan Yang Berhormat cadangkan unit lima blok yang belum lagi dibangunkan. Oleh kerana kita telah pun membuat perjanjian dengan pihak tersebut, maka kita tiada daya untuk mengambil alih semula untuk membangunkan rumah mampu milik dalam kawasan tersebut. Akan tetapi
untuk makluman Yang Berhormat, penduduk-penduduk tersebut telah pun dipindahkan, keseluruhannya di PPR Desa Rejang dan juga di PPR Sri Terengganu yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Walau bagaimanapun saya berjanji kepada Yang Berhormat bahawa kita juga akan bangunkan rumah-rumah mampu milik khususnya untuk rakyat seperti Aku Janji Barisan Nasional yang akan memastikan bahawa rakyat dijaga. Kita selalu melihat kepada kelestarian kehidupan rakyat, terima kasih.
2. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) bilakah kerajaan akan menunaikan janjinya untuk meningkatkan BR1M dari RM500 ke RM1,200; dan (b) berapa keluarga di Sarawak yang keseluruhan isi rumah hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan adakah golongan yang sedang menerima bantuan kebajikan akan diliputi BR1M yang akan datang dan mengapa.
Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu mengenai Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bersekali dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang pada 2 Julai, Yang Berhormat Setiawangsa 8 Julai, Yang Berhormat Rasah 9 Julai, Yang Berhormat Tanjong Manis 10 Julai, Yang Berhormat Segambut 10 Julai, Yang Berhormat Saratok 16 Julai dan Yang Berhormat Kalabakan 16 Julai.
Ya, silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meneruskan sekali lagi Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) pada tahun 2013 sebagai usaha untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutama keluarga yang berpendapatan rendah serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar ataupun targeted subsidy, dengan izin. Bantuan ini diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta diperluaskan kepada individu bujang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Pemberian BR1M 2.0 diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Pelaksanaan Program BR1M 2.0 berjalan lancar dan usaha murni kerajaan ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada rakyat. Bantuan tunai RM500 bagi setiap isi rumah dan RM250 bagi individu bujang yang layak ini telah dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban belanja harian mereka. Dalam masa yang sama, pemberian bantuan ini juga dapat merancakkan aktiviti ekonomi domestik. Terdapat tiga peringkat dalam pelaksanaan BR1M iaitu peringkat pengedaran borang BR1M dan pendaftaran, proses semakan serta yang ketiga peringkat pengagihan BR1M. Pengedaran borang serta pendaftaran BR1M telah bermula 1 November dan berakhir 15 Mei 2013. Proses semakan permohonan dilakukan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Proses dilaksanakan secara menyeluruh dengan semakan bersama data-data dari pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Keputusan berjaya atau tidak telah diedarkan melalui surat atau e-mel. Secara keseluruhan, penerima BR1M 2.0 adalah seramai 6.8 juta orang penerima ataupun 88.1% daripada jumlah permohonan dengan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion. Rakyat yang menerima merangkumi 4.8 juta penerima isi rumah dan 2 juta penerima bujang. Dari segi jumlah kelulusan pengagihan mengikut pecahan negeri, Selangor merupakan negeri penerima tertinggi BR1M diikuti dengan Johor dan juga Sarawak.
Kerajaan juga telah mengumumkan untuk meningkatkan jumlah pemberian BR1M secara berperingkat daripada RM500 ke RM1,200 kepada isi rumah dan RM250 ke RM600 kepada individu bujang dalam tempoh lima tahun. Kerajaan sedang meneliti secara terperinci jumlah yang bersesuaian bagi kenaikan pemberian BR1M setiap tahun dengan mengambil kira unjuran kedudukan kewangan semasa kerajaan dan juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstruktur subsidi ke arah subsidi terarah. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pemberian BR1M merupakan satu program yang cukup baik dan memberi impak besar kepada rakyat dalam negara ini dan ia merupakan satu daripada janji Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang ke-13 dan saya yakin ia akan ditunaikan oleh kerajaan. Cuma apakah antara perkara yang sedang menjadi pertimbangan kerajaan dalam usaha dan proses untuk menepati janji itu meningkatkan pemberian sebagaimana yang dijanjikan sehingga ke tahap RM1,200? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi keupayaan kerajaan itu tidak menjadi masalah sebenarnya sehingga RM1,200 itu janji kita ialah dalam masa lima tahun. Tahun 2014 bermula akan dibentangkan dalam Bajet 2014 dan kemudian tahun 2015 sehinggalah ke tahun 2018. Bantuan BR1M ini sebagaimana yang kita sebut tadi ia adalah bantuan yang membantu dari segi yang kita panggil sebagai targeted subsidy, dengan izin. Ia juga menambah kepada subsidi-subsidi yang lain yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Kita bagi banyak subsidi, ya. Beras hancur 15, tepung, gula, minyak masak, gas memasak, petrol dan diesel. Pesawah kita bagi subsidi benih padi, baja padi, harga padi, kesihatan, pendidikan, nelayan, tol pun kita bagi subsidi. Jadi, jumlah semua sekali subsidi itu RM33 bilion setahun. Punya baik Kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk]
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah kira-kira 80% daripada isi rumah di Malaysia iaitu 5.2 juta telah dibayar sebanyak RM2.6 bilion di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia 1.0. Menurut Yang Berhormat Menteri tadi, di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0, bayaran ini telah meningkat kepada RM2.9 bilion. Ini tidak konsisten dengan penubuhan penyiasatan pendapatan isi rumah tahun 2012 yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun daripada 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 2.4% pada tahun 2012. Di Sabah, penurunan itu telah lebih menakjubkan...
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
...Daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1%. Jadi, soalan saya ialah adakah pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang meningkat ini menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan yang dilaporkan secara rasmi? [Tepuk] Itulah soalan saya.
Fuh! Panjang lebar teks yang disediakan. [Ketawa] Beginilah ya, kita ingin membantu rakyat. Kaedah membantu rakyat ini ada dua kaedah. Kaedah yang pertama ialah membantu secara mereka tidak sedar. Saya sudah bacakan tadi secara subsidi dan sebagainya. Ini ialah bantuan yang kita beri terus kepada rakyat. Kebaikan BR1M ini jika dibanding dengan hasrat pembangkang, dia hendak mansuhkan BR1M. Pembangkang kata lebih baik kalau digunakan wang BR1M itu untuk menurunkan harga petrol.
Akan tetapi, satu perkara yang penting dari segi BR1M ini ialah ia menumbuhkan dan memesatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang penting. Ini kerana daripada Perlis sampai ke Sabah, kedai runcit laku. Segala jenis pasar laku. Pasar malam, pasar lambak, pasar tani, pasar apa lagi ada? Ya, semua sekali laku. Jadi, semua sekali itu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang amat penting. Ini kerana orang yang dapat BR1M RM500 dan RM250 ini dia tidak simpan duit itu dalam bank. Dia akan membelanjakan BR1M itu. Kalau tiba BR1M RM1,200, ini bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka. 10 bulan lagi mereka cari sendiri sebab RM600 sebulan cukup untuk membiayai kehidupan satu keluarga di kampung. Soalan tentang data statistik dan sebagainya itu kemudian lah.
[Dewan riuh]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sesungguhnya BR1M ini merupakan satu agenda bantuan kerajaan yang cukup baik dan bermakna kepada golongan pertengahan dan kurang berupaya di dalam negara. Kita juga bersyukur kerana Kerajaan Barisan Nasional berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M ini selagi Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini. Soalan saya ialah, apakah kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had pendapatan isi rumah dari RM3,000 kepada lebih dari RM3,000. Katakan RM5,000 supaya sumbangan ini dapat dirasai oleh lebih ramai daripada masyarakat yang ada di dalam negara kita kerana orang yang RM5,000 pun ada merungut mereka tidak dapat, yang dapat RM3,000 sahaja. Isteri dan suami, campur-campur dua dapat RM3,000. Orang lainnya tidak dapat. Jadi, soalan saya adakah pihak kerajaan berhasrat untuk meningkatkan limit ini daripada RM3,000 ke satu nilai yang lebih besar katakan RM5,000. Soalan yang kedua ialah bagaimana boleh berlaku di kawasan saya apabila pada BR1M 1.0, masyarakat makcik-makcik yang tua ini mendapat sumbangan BR1M, tetapi apabila mari kepada BR1M 2.0 surat datang kata tidak layak pula. Jadi, yang ini satu perkara yang cukup tidak baik kepada pandangan masyarakat terhadap kerajaan. Soalan saya apakah kerajaan boleh untuk memulangkan kembali kelayakan ini kepada mereka?
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Cadangan mengenai kenaikan pendapatan daripada RM3,000 dan ke bawah kepada RM4,000 ke bawah dan RM5000 ke bawah itu sedang diteliti oleh kementerian dan kita belum lagi membuat apa-apa keputusan tentangnya. Satu perkara lagi bukan hanya perkara itu yang kita sedang kaji, ada pandangan-pandangan semasa konsultasi bajet supaya BR1M ini dibahagi kepada yang lelaki dan juga wanita. Katalah kalau kita hendak beri BR1M RM600, kita letak dalam dua sampul. RM300 untuk lelaki, RM300 untuk wanita. Agak-agak setuju Yang Berhormat sekalian? Ini kerana yang RM600 itu ataupun RM500 kalau kita bagi kepada lelaki, yang wanita kata kadang-kadang kata tidak sampai ke rumah. Atas pelbagai sebab lah agaknya. Mungkin ada kes-kes yang terpencil, jadi ada cadangan supaya diberi dua sampul. Yang datang itu sama ada ketua isi rumah lelaki atau ketua isi rumah wanita. Masukkan dalam dua sampul, selepas itu kita amanahkan pada dia beri kepada suami atau beri kepada isteri. Itu pun kita sedang kaji selain daripada kajian untuk RM3,000, RM4,000 dan RM5,000. Mengenai kes-kes spesifik yang di maklum oleh Yang Berhormat Langkawi itu, sila beri kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan merayu juga kepada kita. Kita akan semak satu per satu. Oleh kerana ramai yang menerima, mungkin ada silap-silap di mana-mana tetapi perkara itu saya kira adalah perkara-perkara yang terpencil dan boleh lagi kita berikan pertimbangan.
3. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan kejayaan 4,300 usahawan-usahawan wanita di bawah program 1AZAM Niaga untuk mencapai pendapatan melebihi RM3,500 sebulan dan adakah usahawan-usahawan wanita yang gagal di bawah program ini boleh dipertimbangkan semula kerana kemungkinan faktor tersalah memilih jenis perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan prihatin terhadap aspek pengupayaan ekonomi dalam kalangan kaum wanita di negara ini. Justeru, dua inisiatif telah diperkenalkan di bawah bidang keberhasilan utama negara – meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah atau NKRA (LIH) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu golongan wanita terlibat dalam aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.
Inisiatif tersebut adalah program 1AZAM dan program membina usahawan wanita. Inisiatif pertama ialah program 1AZAM, bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012, program 1AZAM telah disertai oleh 106,967 orang peserta berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 97,393. Daripada jumlah tersebut 70,224 orang peserta ataupun 65.65% adalah terdiri daripada golongan wanita. Inisiatif kedua pula adalah program membina usahawan wanita, di mana sasaran yang ditetapkan ialah melatih dan melahirkan 4,000 orang usahawan wanita bagi tempoh tiga tahun iaitu 2010 hingga 2012. Inisiatif murni yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategi dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ataupun AIM membolehkan golongan wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan keluarga sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga dan mereka sendiri. Inisiatif ini berjaya menepati sasaran yang ditetapkan, di mana seramai 4,300 orang usahawan wanita terlatih berjaya dilahirkan di seluruh negara dengan pendapatan minimum RM3,500 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut. Kejayaan pencapaian ini adalah berdasarkan tiga faktor utama. Faktor pertama adalah pihak kerajaan komited dalam melaksanakan inisiatif ini melalui pemantauan pencapaian yang dilaporkan dalam Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Melalui platform ini, agensi pelaksana dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan memastikan inisiatif ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Faktor kedua kejayaan usahawan wanita di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah sistem SAHABAT yang diguna pakai dapat memupuk nilai-nilai murni yang menjamin kejayaan perniagaan. Melalui sistem yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, para peserta membuat pinjaman kewangan secara berkumpulan lima orang dan menghadiri perjumpaan dengan pihak agensi setiap minggu bagi tujuan pemantauan peningkatan pendapatan, mengenal pasti masalah dan pembayaran pinjaman secara berkumpulan. Sistem ini dapat memupuk sikap tanggungjawab, saling membantu dalam kumpulan dan perkongsian pengalaman. Peserta juga diberikan latihan berkaitan keusahawanan dan kewangan oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia. Faktor ketiga adalah sikap positif dan kerja keras yang ditonjolkan oleh wanita- wanita yang terlibat dalam golongan dalam program usahawan wanita ini. Pujian harus diberikan kepada usahawan-usahawan wanita ini yang mempamerkan kesungguhan mereka, komitmen dan iltizam yang padu dalam mendepani segala cabaran dan rintangan dalam perniagaan demi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Tuan Yang di-Pertua, bagi usahawan-usahawan wanita yang belum berjaya lagi meningkatkan pendapatan di bawah program ini, mereka tetap diberikan peluang dan pinjaman yang berterusan untuk memperbaiki projek ataupun perniagaan yang diusahakan. Peserta juga disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak agensi berkaitan, pemilihan jenis perniagaan, promosi, lokasi perniagaan dan tadbir urus kewangan. Bagi memastikan peserta berjaya meningkatkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga, seterusnya berjaya dalam bidang perniagaan mereka, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan panjang lebar. Jadinya, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan memang mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan ekonomi negara. Akan tetapi cabarannya adalah untuk mengekalkan kejayaan ini dan juga menambahkan bilangan usahawan yang berjaya. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah program khusus yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan kelestarian kejayaan ini. Nyatakan juga bidang yang paling tinggi telah diceburi oleh peserta-peserta berdasarkan kepada kejayaan yang terlakar. Apakah kementerian bercadang untuk meneruskan dan meluaskan bidang program ini termasuk perniagaan atas talian dan juga strategi pemasaran. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong di atas pertanyaan itu. Kerajaan kita sememangnya sentiasa prihatin terhadap wanita dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan wanita berjaya dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan. Sebagai menjawab soalan tentang apakah bidang-bidang yang telah berjaya diceburi oleh usahawan wanita ini, enam bidang yang begitu popular. Pertamanya, bidang perniagaan, perkhidmatan, pembuatan, pertanian, ternakan dan nelayan. Apa yang paling digemari ialah perniagaan iaitu seramai 3,103 orang usahawan wanita terlibat di dalam bidang ini. Kedua ialah perkhidmatan, 583 orang usahawan yang terlibat dan pertanian seramai 244 orang usahawan wanita. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sebenarnya usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini berjaya. Ini kerana setakat ini dalam pemantauan yang dilaksanakan oleh kementerian bersama-sama dengan AIM, di mana rata-rata wanita seramai 4,300 orang yang disebutkan tadi berjaya mengekalkan pendapatan mereka di tahap RM3,500 sehingga RM10,000. Hanya sembilan orang sahaja yang pada masa ini tidak dapat dikesan dan 797 orang kekal mendapat pendapatan RM3,500 sebulan. 925 orang pula memperoleh pendapatan RM3,500 hingga RM5,000 sebulan. 1,563 orang pula pendapatan mereka RM5,000 hingga RM10,000. Manakala 1,006 orang lagi mendapat pendapatan RM10,000 ke atas. Ini menunjukkan kejayaan dan insya-Allah kementerian ini akan bekerjasama secara strategik lagi dengan agensi-agensi yang lain termasuklah AIM untuk terus menambahkan bilangan wanita yang terlibat di dalam bidang usahawan. Bagi tahun 2013 ini, kita menyasarkan 1,000 orang lagi wanita yang akan terlibat dalam bidang usahawan ini di dalam Program Transformasi Kerajaan 2.0, insya-Allah terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Timbalan Speaker. Ini fasal masalah wanita ini.
Ya, lelaki pun boleh. Tidak salah.
Kita prihatin kepada wanita. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terlebih dahulu memuji kaum wanita yang terlibat di dalam perniagaan kerana rekod menunjukkan apabila wanita meminjam, dia akan bayar. Akan tetapi ada juga kes-kes yang tidak bayar. Akan tetapi kebanyakannya mereka adalah good paymaster. Cumanya kalau kita lihat di bawah pengembangan ataupun jumlah wanita yang berniaga, jika dibandingkan dengan lelaki di bawah, dia punya multiplying effect itu agak kurang. Ini disebabkan saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada pemantauan di peringkat bawah, di peringkat daerah khususnya. Sebab itu apakah cadangan kerajaan bagi memastikan bagi pinjaman satu tetapi pastikan mereka ini mendapat bimbingan yang lebih berkala, mendapat bimbingan yang lebih terancang agar mereka ini bukan sahaja diberikan pinjaman dan terus berada di level itu. Akan tetapi ditingkatkan supaya menjadi wanita-wanita yang berjaya, akhirnya membawa negara kita ke peringkat yang cemerlang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas pertanyaan Yang Berhormat daripada Sungai Petani. Sememangnya benar wanita ini jika
diberikan pinjaman, nombor satu tentang pembayaran semula. Rata-ratanya mengikut pemantauan kita, 90% sehingga 99% dibayar semula. Itulah kelebihan kaum wanita dan itulah sebabnya sekarang ini kita memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan kaum wanita dalam bidang perniagaan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini bahawa sememangnya pemantauan dilaksanakan. Melalui program AIM dan bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini, pemantauan dibuat adalah secara intensif. Sekurang-kurangnya tiga lawatan ke rumah atau lokasi perniagaan projek dibuat oleh pegawai agensi.
Pemantauan juga di buat meliputi aspek peningkatan penempatan, kemajuan perniagaan dan masalah yang mereka hadapi. Kalau pinjaman melalui AIM ini, mereka mengadakan pertemuan setiap minggu, begitu kerap sekali, setiap minggu. Dalam pertemuan itu mereka akan membincangkan, adakah mereka menghadapi masalah dan adakah mereka memerlukan latihan dan juga latihan diberikan daripada segi perniagaannya, daripada segi cara menjaga kewangan mereka. Ini semua diberikan bukan saja oleh AIM tetapi juga oleh agensi yang lain dan kementerian saya juga secara berterusan mengadakan banyak program untuk melatih kaum wanita kita supaya seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat dari Parit Sulong tadi, kita dapat lestarikan pembangunan wanita di dalam perniagaan ini, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
4. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan untuk menurunkan peratusan kadar pengangguran di Malaysia yang statik pada kadar 3% dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Terima kasih. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ini pertama kali saya berdiri di Dewan yang mulia ini, pertama kali menjawab soalan bagi pihak kerajaan, izinkan saya menyampaikan salam kepada semua ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Salam persahabatan untuk semua. [Tepuk] Izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Gombak dalam tiga bahagian. Pertama sekali berkenaan dengan takrifan ekonomi unemployment, dengan izin. Menurut takrifan ekonomi, mana-mana juga ekonomi ataupun negara yang mempunyai kadar pengangguran di bawah empat peratus merupakan kadar guna tenaga penuh ataupun full employment dengan izin. Malah kalau kita lihat bagi Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), dengan izin antara empat peratus hingga enam peratus kadar pengangguran juga yang dianggap penuh, itu yang pertama. Kedua dari segi kadar pengangguran di Malaysia ini, kita dapati bahawa kadar pengangguran semenjak dua puluh tahun yang lalu, memang di bawah kadar empat peratus. Ini berkenaan dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan yang telah dialami oleh negara kita sepanjang ini. Malah kalau kita lihat pada tahun 2011 dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1% kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 385 ribu dan pada tahun 2012 dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi 5.6%, kita dapat pertumbuhan tenaga pekerja lebih tinggi pada kadar 438,800 ribu. Ini bermakna kadar pengangguran telah menurun daripada 3.1% kepada 3% pada tahun 2012. Jadi merupakan satu kadar yang amat rendah. Ketiganya, walaupun kadar pengangguran ini rendah, ini tidak bermakna kita di pihak kerajaan begitu selesa atau complacent, dengan izin. Banyak program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Mungkin saya boleh bagi tiga contoh. Pertama sekali untuk memadankan pekerja dengan majikan. Kerajaan telah menubuhkan satu agensi JobsMalaysia untuk memberi ruang supaya para pekerja dapat memilih pekerjaan yang baik. Begitu juga banyak lagi program seperti Skim Latihan 1Malaysia yang banyak telah berjaya melatih graduan-graduan ataupun siswazah-siswazah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan untuk mempertingkatkan kebolehpasaran mereka. Satu lagi program kita ada Graduate Employability Management Scheme (GEMS), dengan izin di mana dengan kerjasama syarikat swasta, kerajaan telah memberi insentif supaya lebih daripada sepuluh
ribu para siswazah dapat dilatih dan dapat mempertingkatkan lagi kebolehpasaran ataupun marketability, dengan izin para-para siswazah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang berhormat Senator yang telah dilantik menjadi jemaah Menteri Kabinet. Jika kita teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi jauh bezanya jawapan daripada yang diberikan oleh Pontian. [Tepuk]
Soalan tidak sama Yang Berhormat.
Soalan tidak sama tetapi bila dilontarkan statistik Yang Berhormat Senator mampu menjawab dan mengupas dengan baik dan cukup competent. Ini soal kompetensi keupayaan, pimpinan untuk menjawab soalan. Soalan, yalah kalau tanya soalan pun tidak boleh jawab buat apa tanya soalan, tetapi saya yakin dengan Yang Berhormat Senator dapat jawab. Statistik yang saya kemukakan sebentar tadi dalam soalan berhubung kadar pengangguran 3% yang masih kekal di takuk yang sama dalam tempoh beberapa tahun yang lalu ini, terkandung dalam laporan World Economic Outlook on Malaysia Unemployment Rate. Yang Berhormat Senator telah menegaskan bahawa kerajaan masih tidak selesa atau tidak complacent dengan angka ini walaupun di tahap yang rendah. Beberapa langkah telah pun dilakukan termasuk di antaranya program JobsMalaysia untuk memadankan majikan dengan pekerja. Akan tetapi persoalan saya, adakah kerajaan telah menjalankan satu kajian bukan sekadar memadankan majikan dengan pekerja, tetapi juga apa yang berlaku mismatch di antara pasaran dan permintaan pasaran dengan kursus yang ditawarkan di IPT? Kalau perkara ini dapat ditangani, saya percaya graduan-graduan yang bakal dilahirkan daripada IPT dengan mudah diberikan tempat dalam pasaran pada hari ini. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Senator. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sememangnya kerajaan amat peka dengan perlunya job matching ini dengan izin. Oleh sebab itulah dengan program SL1M yang saya katakan tadi, terdapat banyak lagi program termasuklah structure apprenticeship and internship program, dengan izin, di mana kita ambil kursus yang dijalani oleh para siswazah ini dan kita sambungkan dengan aplikasi- aplikasi yang lain dan kursus-kursus teknikal yang boleh memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk mereka ini. Jadi saya memberi contoh macam structured internship program ini seramai lebih 39 ribu graduan ataupun pelajar yang telah pergi program ini. Jadi ini semua dengan hasrat dan niat mempertingkatkan lagi kebolehpasaran tenaga kerja kita. Insya-Allah apa juga kalau ada cadangan-cadangan lain yang telah diberikan oleh majikan-majikan sebab saya dulu semasa di private sector, dengan izin selalu memberi pandang balas terhadap kerajaan tentang apakah skill, dengan izin kemahiran yang diperlukan oleh para siswazah kita supaya mereka apabila mereka keluar dapat terus bekerja di sektor swasta dengan serta-merta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Menteri baru yang dapat mengawal subjek ini dengan berisi sekali. [Tepuk] Soalan saya ialah dari segi teorinya tidak mungkin kita mencapai pengangguran sifar atau guna tenaga penuh. Jadi memandangkan peratusan ini kurang daripada 3% adalah 1% sahaja agak susah juga kita hendak kurangkan, apakah pandangan Yang Berhormat mengenai senario di mana kita terpaksa mengimport pendatang asing untuk bekerja di sini pada waktu yang sama ada juga 2.8% atau 3% yang dianggap sebagai kadar pengangguran? Bagaimana kita dapat menilai perkara ini dari segi kualitatif dan secara kuantitatif? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Memang benar yang dikatakan bila kita ada kadar pengangguran 3% ini bukanlah bermakna tidak ada peluang pekerjaan. Sebaliknya pengangguran disebabkan oleh peluang pekerjaan yang sedia ada tidak sesuai dengan minat dan kelayakan yang diperoleh. Akan tetapi secara asasnya, bagi kita di pihak kerajaan adalah yang paling penting agar kita mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi kita. Jadi kalau ekonomi bertambah jadi peluang pekerjaan akan lebih bertambah. Jadi kalau saya ikut target kita
dengan izin sasaran kita untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh kita merangka dapat mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 1.5 juta berbanding dengan pertambahan guna tenaga sebanyak 1.3 jadi ini akan terus bertambah.
Berbalik kepada pengangguran itu, memang kalau kita lihat, kita banyak tenaga pekerja asing yang di dalam negara ini yang saya kira kalau tidak silap saya lebih daripada 2 juta. Jadi, kalau semua rakyat Malaysia tidak memilih kerja, memang ‘truly full employment’, dengan izin memang sudah pun tercapai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jawapan harus lebih realistik, tidak harus mengikut nada politik biasa. Umpamanya andaian pengangguran 3%, itu berdasarkan yang berdaftar dengan jabatan. Umum mengatakan bahawa semua kajian menunjukkan bahawa pengangguran itu jauh lebih tinggi. Kedua, pengangguran siswazah itu menjangkau 80,000 orang. Ketiga, kemapanan pertumbuhan ekonomi itu 7%. Untuk menganggap bahawa 5% cukup baik untuk menangani masalah pengangguran itu, tidak tepat. Keempat, yang menganggur itu berkaitan dengan apa yang disebut sebagai under employment - yang bekerja itu. Jadi, harus diambil kira bahawa 3% itu tidak mengambil kira jumlah yang bekerja tetapi masuk dalam kategori under employment. Sepatutnya Yang Berhormat Senator baru ini bagi gambaran yang objektif sedikit, tidak hanya baca kenyataan daripada pegawai-pegawai. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya bukan sahaja membaca jawapan yang telah disediakan. Malah saya juga menjawab daripada segi pengalaman-pengalaman saya di sektor swasta. [Tepuk] Jadi, kalau kita ikutkan balik pada kadar pengangguran itu, 3% ini merupakan satu tahap respectable, dengan izin dan kalau kita bandingkan dengan negara- negara maju yang lain kalau di United Kingdom lebih daripada 8%, di Amerika Syarikat 9% dan sebagainya. Ini memang apabila mereka datang ke sini melihat kedudukan kita memang bagi mereka satu kedudukan yang baik. Malah minggu lepas kita menerima kunjungan daripada Dr. Kaushik Basu iaitu Senior Vice President dan juga Ketua Pakar Ekonomi daripada World Bank, Tuan Yang di-Pertua. Beliau semasa melancarkan Malaysia Economic Monitor, dengan izin telah memberikan satu pengiktirafan yang baik kepada kerajaan kerana dapat menjayakan ekonomi kita dengan baik. Jika saya menyentuh tentang soalan berkenaan dengan pengangguran siswazah, kita sebenarnya membuat satu kajian susulan ataupun tracer study, dengan izin yang mana kita menyusul pekerjaan yang didapati oleh para siswazah. Kalau kita katakan dalam tahun 2008 hingga 2012, daripada kalangan mereka yang kita susuli, kira-kira 60% daripada siswazah dapat pekerjaan dalam masa enam bulan, 15% lagi melanjutkan pelajaran dan bakinya 25% mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mendapat pekerjaan. Jadi, berdasarkan kepada study, dengan izin yang kita buat pada tahun 2012, kita dapati hampir kesemua para siswazah telah mendapat pekerjaan dalam masa dua tahun selepas mendapat ijazah tersebut. Terima kasih. [Tepuk]
5. Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Kewangan menyatakan profil dana pelaburan secara terperinci yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan setakat mana dana pelaburan yang di dalam bentuk patuh syariah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat suku pertama tahun 2013, jumlah pelaburan KWSP adalah sebanyak RM536.7 bilion. Lebih kurang 60% daripada jumlah pelaburan adalah dikekalkan dalam instrumen berpendapatan tetap selaras dengan profil risiko rendah dan pulangan yang munasabah. Pecahan bentuk pelaburan adalah seperti berikut: (i) sekuriti Kerajaan Malaysia dan bon sama taraf, RM145.6 bilion iaitu 27.1%; (ii) pinjaman dan bon, RM151.5 bilion ataupun 28.2%; (iii) ekuiti, RM203 bilion ataupun 38%;
(iv) instrumen pasaran wang, RM20.7 bilion atau 3.9%; dan, (v) hartanah dan infrastruktur, RM15.1 bilion atau 2.8% yang menjadikan jumlah RM536.7 bilion. Pengagihan dividen tahunan juga adalah berdasarkan pendapatan kumulatif daripada instrumen pelaburan Islamik dan konvensional. KWSP mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang memenuhi mandat etika dengan izin, ethical mandate yang mana KWSP tidak membuat pelaburan di dalam sektor seperti perjudian dan arak, sektor pembuatan serta penjualan senjata untuk peperangan dan tiada apa-apa kaitan pelaburan dengan negara Israel. Perlu dimaklumkan juga bahawa ruang untuk pelaburan berlandaskan syariah adalah bergantung kepada penawaran aset yang ada di pasaran. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini, potensi pelaburan sebegini telah mula berkembang dengan penawaran lebih banyak produk pelaburan Islamik. KWSP sentiasa memperkembangkan pelaburannya dalam instrumen-instrumen berlandaskan syariah selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan asalkan mematuhi peraturan-peraturan termaktub di bawah Akta KWSP 1991. Sehingga bulan Mac 2013, 38% daripada jumlah kos pelaburan KWSP adalah di dalam pelaburan berlandaskan syariah. KWSP juga selain daripada mempunyai panel pelaburan telah mengadakan ahli jawatankuasa penasihat syariah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya, saya difahamkan lebih 180 buah syarikat yang dilaburkan di pasaran Bursa Saham Malaysia ini. Soalan saya ialah adakah mereka ini berlandaskan syariah? Kalau ianya berlandaskan syariah, ini bermakna ada kekangan terhadap pelaburan ini. Bagaimanakah langkah-langkah yang dijalankan oleh KWSP untuk mengoptimumkan investment KWSP ini? Terima kasih.
Selain daripada pelaburan KWSP dalam saham-saham patuh syariah yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia, sebagai contoh syarikat-syarikat TNB, Telekom, FGV, Petronas, Takaful, Sime Darby, Pos Malaysia, Malaysian Sugar (MSM), Bintulu Port dan lain-lain, ada dua lagi kaedah KWSP melabur dalam pelaburan patuh syariah. Pertama ialah pinjaman. Pinjaman seperti kepada SPPK (Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan), itu sahaja berjumlah RM5.5 bilion. KWSP juga memberikan pinjaman kepada FELDA, RM6.5 bilion yang mana RM3.8 bilion telah digunakan. Selain daripada itu, kita juga mengeluarkan Islamic bond ataupun sukuk. Sebagai contoh Islamic bond yang dikeluarkan, sukuk yang dikeluarkan untuk Janakuasa Tanjung Bin - RM2.7 bilion, Janakuasa Jimah Port Dickson - RM1.5 bilion, Highway Senai-Desaru - RM2.6 bilion, PLUS Highway - RM7.69 bilion. Selain daripada itu, kita juga ada pelaburan patuh syariah sukuk global misalnya, 0.3%, ekuiti global yang patuh syariah, lebih kurang 1%.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkait dengan isu KWSP, yang mana kita tahu ia adalah merupakan satu tabung caruman berjuta rakyat Malaysia.
Salah satu peranan daripada KWSP adalah untuk melakukan pelaburan bagi menjana kewangan KWSP di samping memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur dan pencarum. Mutakhir ini, kita juga melihat bahawa KWSP semakin aktif untuk melebarkan portfolio pelaburan termasuk hartanah di luar negara. Antara kebimbangan pencarum adalah risiko yang bakal berlaku atas pelaburan yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan umum. Persoalannya, adakah pihak kerajaan mempunyai satu mekanisme untuk memastikan accountability, panel pelaburan KWSP bagi mengelak berlakunya conflict of interest ataupun kebertanggungjawaban ini. Ini kerana, saya melihat panel anggota pelaburan dilantik oleh kerajaan dan juga sebahagiannya wakil-wakil korporat. Jadi, pernah sebelum ini pengerusi KWSP dalam masa yang sama KWSP membeli bon bernilai RM5.6 bilion daripada Malakoff Berhad. Jadi, pada waktu yang sama pengerusi KWSP itu adalah pengerusi kepada Malakoff Berhad.
Jadi, persoalannya adakah mekanisme yang sesuai dan baik untuk memastikan panel pelaburan lebih telus dan demokratik dengan melantik wakil kesatuan pekerja ataupun mendapat pandangan awam terlebih dahulu dalam urusan portfolio pelaburan KWSP? Bagaimana mekanisme untuk memantau panel pelaburan supaya lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang aktiviti pelaburan bagi pihak KWSP? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Dalam Lembaga KWSP, kita ada pengerusi, kita ada CEO. Kemudian, kita ada lima wakil kerajaan, lima wakil pekerja dan lima wakil majikan serta tiga orang profesional. Dalam panel pelaburan pula, kita ada pengerusi. Ada seorang daripada Bank Negara Malaysia, seorang daripada Kementerian Kewangan, CEO dan tiga wakil profesional. Itu sebagai contoh mengenai Lembaga KWSP. Selain daripada itu, kita juga telah menetapkan tidak boleh lebih daripada 23% daripada pelaburan KWSP untuk pelaburan luar negara. Sekarang ini, pelaburan luar negara baru 18% dan 82% lagi adalah pelaburan dalam negara. Kita akan menjaga dengan baik, 13 juta ahli KWSP ini. Itu adalah merupakan satu amanah yang mesti kita laksanakan. Kita juga memberikan dividen yang sentiasa meningkat sebagai bukti bahawa pelaburan itu menguntungkan. Sebagai contoh, 2009 – 5.65%, 2010 – 5.8%, 2011 – 6% dan 2012 sebanyak 6.15%.
6. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana kerajaan memantau dan menitikberatkan kualiti ubat-ubatan yang dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan dalam rangka memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Beliau seorang doktor bertanya berkenaan dengan bekalan ubat di hospital kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, bagi ubat-ubatan yang dipasarkan di seluruh Malaysia termasuk juga yang dibekalkan kepada hospital-hospital, yang datang mestilah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ataupun PBKD untuk memenuhi kriteria kualiti keberkesanan dan keselamatan. Dia ada dua jenis ubat. Satu yang original dan satu lagi yang generik. Yang generik mestilah melalui satu ujian bioequivalence ataupun (BE). Ini pun diuji kaji di Pusat Kajian BE di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Selepas dibekalkan ke pasaran dan juga di hospital, kita juga ada program pemantauan mutu produk berdaftar iaitu sampel diambil, random dan juga mengikut aduan. Kalau ada aduan melalui hospital ataupun melalui individu, kadang-kadang aduan ini tidak berkesan. Kedua, kualiti. Keadaan kualiti dia, colour bertukar ataupun pecah-pecah dan sebagainya. Ini aduan. Bila ini berlaku, sampel diambil dan diuji kaji. Kalau didapati memang tidak berkesan ataupun memang melanggar peraturan, maka ubat ini akan diarah supaya ditarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Sekarang ini kita tengok bilangan pesakit semakin bertambah. Kos ubat semakin meningkat dan saya difahamkan bahawa peruntukan kepada hospital-hospital tidak bertambah dan sesetengahnya berkurangan. Apakah dalam keadaan demikian, pihak kerajaan masih dapat memastikan bahawa kualiti ubat terjamin dan mencukupi? Soalan kedua saya, berapa peratus kah ubat original berbanding dengan ubat generik yang dibekalkan kepada seluruh hospital kerajaan? Ketiga, benarkah ubat generik...
Yang Berhormat, satu soalan tambahan tetapi bolehlah. Pandai-pandai sambungkan soalan-soalan itu Yang Berhormat.
Okey lah, saya kira satu soalan sahaja semua itu. Benarkah ubatan generik yang dibekalkan oleh satu-satunya syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan ini lebih mahal dari syarikat pengeluar perubatan dan juga kenapa pihak kerajaan tidak boleh melaksanakan tender terbuka untuk pembelian ubatan ini untuk mendapat harga yang lebih murah dan lebih baik kualitinya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, bekalan ubat ke seluruh hospital, ia sebenarnya 40% adalah daripada konsesi, 40% adalah central contract dan 20% lagi adalah local purchase Tuan Yang di-Pertua. Maknanya, yang lebih daripada 500,000 akan dibuat central contract dan yang kurang daripada 500,000 ia local purchase. Bekalan memang mencukupi saya kira. Satu lagi tentang generik ataupun berapa peratus yang generik dan yang original ada pada saya. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ubat generik yang dibekalkan ke hospital-hospital melalui kontrak pusat 93 berbanding dengan perubatan ataupun ubat yang original. Ubat original 167, ubat generik 93. Melalui konsesi, ubat original 64 dan ubat generik 287. Jadi, jumlah semua sekali kalau kita lihat, 231 ubat original dan 380 ubat generik. Okey, itu sahaja. Ada lagi?
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah memenangi anugerah antarabangsa iaitu Global Anti Counterfeiting Awards 2013 di Paris, hasil daripada usaha membanteras penggunaan ubat tiruan. Jadi, soalan saya apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan bahawa rakyat mendapat bekalan ubat-ubatan yang tulen dan juga yang berkualiti? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi memang selepas dibekalkan ke seluruh Malaysia, dipasarkan. Kita ada program pemantauan yang dibuat dan kita membuat sampling dan juga menerima aduan-aduan. Daripada aduan-aduan itu, kita mengambil sample dan test. Setakat ini, melalui hospital kita ada 376 aduan dan melalui public yang selebihnya. Sememangnya memang ada counterfeiting. Daripada 376 aduan yang telah dibuat melalui hospital, 1.6% telah pun dipanggil balik. Maksudnya memang ada berlaku counterfeiting di situ dan kita sudah ambil balik. Bermakna, bekalan ubat di hospital adalah terjamin ataupun bekalan ubat di pasaran adalah terjamin Tuan Yang di-Pertua.
7. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasakan Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) sebagai institusi latihan guru yang setanding dengan institusi pengajian tinggi awam yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan negara. Pembangunan modal insan yang mempunyai kaitan kukuh dengan peranan guru menjadi teras kepada perancangan dasar kerajaan yang juga turut terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun 2013 hingga 2025. Selari dengan status dan peranan IPGM dalam memenuhi tanggungjawab melahirkan guru berkualiti, pada tahun ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi tanggungjawab kepada IPGM untuk melaksanakan salah satu daripada 25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru. Inisiatif ini merupakan empat aktiviti di bawah NKRA menerusi inisiatif piagam guru baru atau new teachers charted, dengan izin. Aktiviti-aktiviti tersebut dengan peruntukan untuk tahun 2013 berjumlah RM3.3 juta adalah seperti berikut. Aktiviti 1. Kempen berprofil tinggi bagi menarik calon terbaik (high profile marketing) dengan izin, IPGM. Aktiviti ini menyasarkan kepada usaha menarik 30% pelajar cemerlang SPM bagi menyertai profesion perguruan khususnya di IPG. Antara strategi yang dilaksanakan adalah dengan mengadakan promosi di sekolah-sekolah berasrama penuh, menyertai karnival pendidikan seperti Jom Masuk U serta melancarkan iklan di media. Aktiviti kedua ada berkaitan dengan accountability institut perguruan melalui penarafan institusi pendidikan guru, rating dengan izin, IPGM dan aktiviti ini merupakan satu usaha ke arah memberi penarafan atau rating kepada semua 27 kampus IPG seluruh negara sebagaimana yang telah dilaksanakan kepada semua IPTA. Dijangkakan usaha penarafan ini akan selesai pada akhir tahun 2013.
Aktiviti yang ketiga ada berkaitan dengan pengukuhan latihan perguruan melalui latihan practicum, dengan izin, IPGM dan aktiviti ini dijalankan menerusi strategi dengan memberikan latihan bimbingan practicum kepada seramai 750 orang guru pembimbing di seluruh negara. Seramai 450 orang guru sekolah rendah dan seramai 300 orang guru sekolah menengah. Aktiviti keempat ada berkaitan dengan pembangunan profesionalisme dan pengurusan prestasi untuk pensyarah di IPG, dengan izin IPGM. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembangunan profesionalisme melalui Continuing Professional Development (CPD) dengan izin, penambahbaikan juga dilakukan melalui kursus pedagogi, subject method accede, dengan izin yang melibatkan seramai 550 orang pensyarah serta menjalankan perkongsian intelek untuk seramai 500 orang pensyarah IPGM. Di samping itu, hasil daripada proses akreditasi, sebanyak sebelas kursus major di Program Ijazah Muda Perguruan (PISMP) telah diluluskan untuk perakuan akreditasi oleh MQA pada 28 Disember dan empat lagi pada 24 Januari 2011. Bagi meningkatkan prestasi IPG setanding dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirancang bagi mencapai sasaran 33% pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang tahun 2020 manakala 100% pensyarah memiliki sarjana menjelang tahun 2018. Untuk makluman, pada tahun 2012...
Panjang lagikah Yang Berhormat Timbalan Menteri? Panjang lagi?
Tidak panjang lagi. Akan habis. Daripada seramai 3,947 orang pensyarah IPG, seramai 308 orang pensyarah adalah pemegang ijazah doktor falsafah dan seramai 3,057 sarjana. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Difahamkan ada 27 buah IPGM, manakala IPTA berjumlah 20 buah dalam negara kita . Akan tetapi difahamkan peruntukan yang diberikan kepada IPGM ini tidak sebanyak mana diterima IPTA yang berlimpah ruah. Bagaimana kementerian hendak menyelaraskan peruntukan ini bagi memperkasakan lagi IPGM. Dalam masa yang sama, institut perguruan guru melatih siswa melalui tawaran ini sama juga ditawarkan kepada IPTA. Akan tetapi kita melihat keperluan guru semakin kurang, maknanya tempat untuk diberikan kepada guru mungkin kurang. Apakah langkah kerajaan untuk menjamin mereka yang dilantik menjadi guru tadi sesuai pengambilannya pada masa akan datang? Pada masa yang sama, timbul rungutan di peringkat bawah bagaimana kementerian menempatkan guru-guru baru keluar dari IPGM, yang telah kahwin serta mengandung, ditempatkan sama ada dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, atau sebaliknya. Berdasarkan atas perikemanusiaan, apakah tindakan kementerian untuk mengatasinya?
Terima kasih atas soalan yang terdiri daripada tiga perkara. Biasanya peruntukan yang disalurkan kepada IPGM dan IPTA berdasarkan permohonan bajet yang disediakan oleh pihak institusi yang berkenaan. Sekiranya katalah IPTA dapat lebih daripada IPGM, ini bermakna bahawa peruntukan yang disalurkan adalah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing. Perkara yang kedua ada berkaitan dengan bilangan guru untuk sekolah-sekolah. Kerajaan juga rujuk kepada pihak EPRD kerana bilangan guru-guru yang sepatutnya dilatih oleh IPTA atau IPGM khasnya adalah berdasarkan bilangan-bilangan yang dirancang atau yang diunjurkan oleh pihak EPRD. Ketiga, yang berkaitan dengan pertukaran. Ini memang berdasarkan kemanusiaan, tidak sesuai ataupun tidak baik untuk isteri dan suami dipisahkan. Ini memang menjadi satu perkara di mana Kementerian Pendidikan Malaysia akan kaji balik tentang perkara ini.
Bagi saya sebagai seorang pendidik dengan pengalaman sebagai seorang pengetua, memang sekiranya katalah ada guru yang memohon tukar atas sebab kerana
mereka sudah kahwin dan memang saya memberi sokongan penuh kerana tidak sesuai dan tidak baik untuk suami isteri yang baru kahwin itu dipisahkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menanyakan soalan tambahan. Soalan saya simple sahaja dengan izin, adakah kapasiti di Kementerian Pendidikan terutamanya di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di IPG tidak mencukupi sehingga Menteri Pendidikan mahu memberi kontrak sejumlah RM27 juta kepada sebuah online universiti di Amerika Syarikat United States Sports Academy untuk melatih guru senaman dan memberikan mereka satu Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan yang diiktiraf oleh MQA bukan sebagai satu diploma, tetapi hanya dengan izin, certificate level Sijil Kemahiran tahap 3 sahaja. Adakah Menteri ada membuat persediaan untuk kapasiti dari segi IPG untuk melatih lebih ramai pendidik jasmani supaya kita tidak perlu memberi kontrak seperti ini kepada USSA, Sports Academy untuk memberi guru kita satu diploma yang sebenarnya bukan satu diploma seperti yang diiktiraf oleh MQA, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan yang berkaitan dengan kapasiti untuk bidang sukan pendidikan. Saya rasa ini merupakan satu kes di mana Kementerian Pendidikan Malaysia hendak mengadakan satu review atau satu kaji semula. Terima kasih.
8. Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan tentang kaedah mengawal serangga dan lain-lain ancaman dengan menggunakan pendekatan mesra alam dan tidak berbahaya.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada saudara Yang Berhormat Parit Buntar yang begitu bersopan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar kerana beliau begitu prihatin kepada masalah makhluk perosak dan juga ancaman kepada pertanian ini.
[Menyampuk]
Dia suruh bersopan, kita bersopanlah sedikit.
[Ketawa]
Kita ucap keprihatinan beliau kerana kita tahu masalah yang disebutkan ini dia memberi kesan yang besar kepada petani-petani.
[Menyampuk]
Minta maaflah, saya menjawab tidak membaca teks...
[Dewan riuh]
Kalau bersopan kena menghadap Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]
Kalau mengganggu, masa habis nanti tidak boleh jawab pula. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bahawa Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani khususnya Jabatan Pertanian amat prihatin dengan masalah makhluk perosak dan juga ancaman ini. Dengan sebab itu ianya memperkenalkan apa yang dipanggil Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices) untuk diamalkan petani-petani. Bagi tujuan menggunakan Good Agricultural Practices ataupun Amalan Pertanian Baik ini, didapati ianya dapat mengatasi masalah makhluk perosak, sama ada ke padi ataupun tanaman buah-buahan dan lain-lainnya itu. Maka perlulah diamalkan kaedah- kaedah yang mesra alam dan juga tidak berbahaya kepada petani dalam mengamalkan kaedah itu. Kaedah yang pertama ialah apa yang dipanggil Pengurusan Tanaman Bersepadu (Intergrated Crop Managemant) ini perlu diamalkan. Apa dia Intergrated Crop Managemant ini atau Pengurusan Tanaman Bersepadu ini? Kita telah huraikan dengan panjang lebar dengan bahan-bahan cetak yang kita edarkan kepada petani-petani, tetapi untuk makluman Yang Berhormat, saya cuma sebutkan dengan
ringkas sahaja iaitu langkah pertama penyediaan tanah yang sempurna, penanaman serentak, saliran dan perparitan yang baik dan menggunakan baja mengikut jadual. Ini kena diamalkan oleh petani-petani untuk mengatasi masalah musuh dan makhluk perosak. Selain daripada kaedah Intergrated Crop Managemant ini, ada satu lagi yang perlu diamalkan iaitu Integrated Pest Management ataupun dalam bahasa Melayu disebutkan pengurusan serangga ataupun perosak secara bersepadu. Apa yang dimaksudkan di sini iaitu ianya dapat mengatasi masalah makhluk perosak ini dengan mengamalkan beberapa cara secara fizikal, cultural, mekanikal, biologi dan kimia. Penggunaan kimia ini yang terakhir sekali. Tetapi yang digalakkan mengikut Integrated Pest Management atau Pengurusan Makhluk Perosak secara bersepadu ini iaitu secara fizikal. Apa yang dimaksudkan secara fizikal ialah bergotong royong untuk mengutip serangga-serangga ataupun musuh-musuh perosak seperti siput gondang emas dan lain- lain yang terdapat dalam kawasan pertanian. Apa yang dimaksudkan dengan cultural ialah tanaman yang menggunakan kaedah transplanter iaitu pertanian yang menggunakan saliran perparitan yang baik. Selain daripada itu juga, menangkap serangga-serangga dan makhluk perosak ini dengan menggunakan perangkap yang diberi nama feromon yang boleh mengawal serangga seperti kumbang dan sebagainya melalui perangkap ini. Secara biologinya pula, ini interesting ada kaedah menggunakan burung pungguk. Burung pungguk bukan untuk rindukan bulan tetapi untuk mengatasi masalah tikus di dalam kawasan pertanian. Baru-baru ini Yang Berhormat Suraya di Kedah ada mencadangkan gunakan burung hantu. Burung hantu pun boleh gunakan juga sebagai satu kaedah biologi bagi mengatasi masalah makhluk perosak di dalam kawasan pertanian padi. Begitu juga boleh digunakan itik untuk digunakan bagi mengatasi masalah siput gondang. Itik ini dia makan siput gondang. Jadi lepaskan itik banyak-banyak dalam sawah padi dia boleh makan siput gondang. It sounds not practical to some, but this is what the pakar dalam bidang pertanian telah membuat kajian dan mendapati ianya satu cara yang berkesan dalam mengatasi masalah siput gondang.
Lastly penggunaan kimia ini sebagaimana yang kita tahu sebelum adalah tidak begitu baik kerana ia tidak mesra alam. Keduanya, berbahaya kepada petani-petani. Guna kimia yang berlebihan kadang-kadang ia memberi kesan kepada badan petani, kulit petani jadi sakit dan sebagainya. Lebihan atau residue kimia yang banyak di sawah padi itu, ia membawa kesan kepada produk pertanian itu. Kalau sekiranya buah-buahan, buah- buahan, kalau sekiranya padi, beras. Apabila kita makan berasnya nanti dan buah-buahan yang terkesan oleh residue kimia yang berlebihan ia akan menyebabkan kita mendapat penyakit seperti kanser dan sebagainya.
Yang Berhormat, masa soal jawab sudah habis.
Jadi saya akhiri dengan menyebutkan bahawa penggunaan kimia memang kita tidak galakkan digunakan secara berlebihan dan digunakan mengikut paras yang perlu sahaja. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan pada pagi ini.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua dia terlalu sopan, senang sangat jawapan. Saya tidak boleh hendak tanya lagi. Yang Berhormat sudah bersopan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membacakan usul Peraturan Mesyuarat 12 (1).
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 2 Julai 2013.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas”. [27 Jun
Saya hendak mengingatkan bahawa masa telah pun dihadkan tidak melebihi tiga puluh minit. Jemput Yang Berhormat Marang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama, tahniah ke atas pemilihan Tuan Yang di-Pertua dan pembantunya meneruskan tugas mengendalikan Dewan ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Bagi meneruskan peluang saya untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan amalan, konsep Raja Berperlembagaan. Ini kerana kita diizinkan untuk membahas titah ucapan mengikut peraturan-peraturan Dewan. Oleh sebab itu dalam membahaskan titah ucapan tidak sepatutnya masih lagi menjadi pertikaian kerana mengikut peraturan Dewan, standing order ada perkara yang boleh dibahas, ada perkara yang tidak boleh dibahas. Ini menunjukkan bahawa dalam konsep amalan demokrasi selaras dengan Islam kita tidak boleh menjadikan kerajaan itu maha suci daripada segala segi sifat kekurangan kerana ada kelemahan-kelemahan, ada salah laku yang perlu diperbetulkan. Ini kerana sebarang kesilapan kerajaan kesannya bukan sahaja mengenai penyokong- penyokong kerajaan, termasuklah mereka yang tidak menyokong kerajaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dalam masa yang sama kita perlu memahami bahawa seluruh rakyat membayar cukai. Membayar bayaran yang diwajibkan. Ketika diambil cukai, saya tidak ditanya kamu menyokong kerajaan ataupun pembangkang. Oleh sebab itu apabila sudah selesai pilihan raya, maka amalan adil untuk semua hendaklah dilakukan tanpa mengira siapa yang menyokong siapa lagi. Kepada orang Islam, sifat adil adalah sifat wajib bagi Tuhan. Nama kepada Tuhan, Tuhan berlaku adil kepada semua hamba-hambanya termasuk terhadap hamba yang zalim, mengerjakan maksiat yang jahat yakni diadili juga tidak dinafikan rezekinya. Adapun hukumannya dikendalikan dengan adil. Pada orang Islam percaya pada catatan malaikat, saksi-saksi yang ada di keliling dan saksi pada jasadnya sendiri. Adapun hak rezeki, hak kehidupan, dilayan dengan adil. Kita baru sahaja selesai pilihan raya umum. Negara kita menghadapi suasana jerebu dan jerebu agak berkurangan. Pilihan raya juga ada jerebu, jerebu pilihan raya yang belum lagi berkurangan kerana amalan demokrasi yang banyak kekurangan, yang banyak kelemahan di seluruh dunia. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, dilakukan pembaharuan, reformasi dari semasa ke semasa sehingga menjadi semakin baik. Kita melihat di negara kita ini, pembaharuan dan islah terhadap demokrasi tidak berlaku dengan cara yang serius, yang sungguh-sungguh. Pula ada pihak yang tidak mahu menerima kekalahan, yang mahu menang selama-lamanya sampai kiamat. Itu satu sikap yang tidak betul. Di negara-negara dunia, parti-parti politik yang memerintah bergilir. Setelah lama dia memerintah, mesti mengalami kelemahan-kelemahan. Bila lemah, rakyat tolak dan dia berundur dan dia berehat dulu. Parti lain pula memerintah. Parti lain yang memerintah, bila lama ada kelemahan, ditolak oleh rakyat, dia berundur. Parti dulu balik pula memerintah. Ini terus menerus. Peraturan tidak diubah untuk menjamin supaya mendapat kemenangan selama-lamanya. Maka berlakulah salah laku dalam amalan demokrasi. Oleh sebab itu dalam perjalanan pilihan raya ini ada perkara yang kita iktiraf, ada perkara yang kita tidak iktiraf. Oleh kerana itulah kami datang angkat sumpah. Kami iktiraf kemenangan ini walaupun menghadapi banyak salah laku dan penipuan. Dalam pada masa yang sama ada perkara yang kita tidak iktiraf, maka berlakunya petisyen. Bukan sahaja pihak pembangkang, termasuk pihak kerajaan juga ada petisyen dia menunjukkan kemenangan yang tidak menyenangkan kerana masih ada lagi perkara- perkara yang tidak betul di dalam amalan demokrasi, mengikut konsep demokrasi yang sebenarnya. SPR yang telah terkongkong kerana Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pegawai- pegawainya masih boleh dikongkong, masih boleh diawasi, tidak bebas dengan sepenuh- penuhnya dan tidak dijamin pegawai ini boleh melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus. Oleh sebab itu kita perlukan Suruhanjaya Pilihan Raya yang betul-betul satu badan yang bebas. Bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ikutlah di bawah Raja-Raja, di bawah apa sahaja. Satu badan yang bebas supaya pegawai ini dapat mengendalikan pilihan raya dengan sebaik-baiknya. Kalau pada saya, saya tidak mahu hendak suruh orang salah laku ini supaya mereka letak jawatan kerana saya faham bila mereka letak jawatan, mereka pegawai kerajaan, dinafikan pencen, dinafikan macam-macam. Ini ikatan-ikatan
yang mengongkong yang menyebabkan jadi kesulitan kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan adil dan telus. Kita masih lagi mengalami sebagai contoh daftar pemilih.
Daftar pemilih yang masih banyak keraguan-keraguannya. Ada kawasan pengundi yang jumlah undinya mengatasi penduduk, mengatasi isi rumah yang sepatutnya. Ada warga-warga asing yang dapat IC, boleh mengundi, boleh menentukan keputusan pilihan raya di negara kita. Undi awal, undi pos dan sebagainya. Ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh memelihara pengundian itu berlaku. Ini tidak adil. Bahkan ada wakil rakyat yang menang bukan dengan undi rakyat tapi dengan undi pos. Jadi wakil pos lebih layak daripada jadi wakil rakyat. Undi awal, undi yang tipis menang dengan undi pos. Undi yang tidak boleh diawasi, yang tidak boleh dikawal, yang tak jamin ketelusan, tak jamin keadilannya. Kawasan pedalaman yang jauh seperti di Malaysia Timur yang memerlukan bawa peti undi dengan helikopter. Ini benda yang banyak boleh kita pertikaikan, bahkan dakwat kekal. Dikatakan dakwat kekal, celup air pun hilang, lumur sabun pun hilang. Kenyataan Pengerusi SPR sendiri disiarkan oleh media, antara perkara yang paling menyedihkan dalam sejarah hidupnya ialah dakwat kekal. Oleh kerana itu, perlu satu tindakan yang berani terhadap dakwat kekal ini. Biar SPRM masuk siasat siapa yang dapat tender yang boleh jadi begini dan celaru macam ini. Dalam amalan demokrasi, bukan sahaja kertas undi, bukan sahaja pengundi termasuk media. Media adalah saksi kepada kehakiman rakyat. Rakyat yang menjadi hakim perlu mendapat maklumat daripada semua pihak, bukan maklumat daripada satu pihak sahaja. Oleh sebab itu dalam negara yang mengamalkan demokrasi, media cetak dan elektronik diberi peluang kepada semua parti politik yang dibenarkan untuk bertanding pilihan raya. Bahkan dalam masa pilihan raya, TV kerajaan, TV swasta diberi peluang untuk debat, untuk dialog daripada semua pemimpin parti politik. Rakyat boleh melihat di seluruh negara, rakyat boleh menyoal. Kalangan ilmuan, kalangan masyarakat boleh menyoal calon-calon mereka, pemimpin-pemimpin mereka dan mereka dapat menilai. Sepatutnya kerajaan jangan takut dalam keizinan ini. Sepatutnya keizinan ini memberi ruang kepada kerajaan untuk mengetahui kelemahan-kelemahan dan kesilapannya. Kalau dia boleh jawab dengan betul, rakyat boleh sokong dia lagi. Kalau jawab tak betul, maka rakyat boleh hukum dia.
Penjelasan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Marang. Tuan Yang di-Pertua, saya nak merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Marang sebentar tadi bahawa di antara kelemahan-kelemahan yang dimaksudkan dalam urusan pilihan raya baru-baru ini ialah apabila ada rakyat ataupun warganegara asing boleh mengundi. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Marang menjelaskan kepada sidang Dewan kita pada hari ini, warganegara manakah yang dimaksudkan dan berapakah jumlahnya. Saya cuma ingin menjelaskan berdasarkan pembacaan saya, isu yang timbul tentang warganegara ini ialah warganegara Bangladesh yang disebutkan. Akan tetapi berdasarkan kepada fakta, hanya 113 orang sahaja warga Bangladesh yang mendapat kerakyatan dan daripada itu, 85 orang sahaja yang layak mengundi dan yang mendaftar mengundi 41 orang daripada 85 orang. Lagi selebihnya 28 orang tak layak mengundi. Jadi, di mana datangnya alasan- alasan mengatakan ada pengundi-pengundi daripada negara-negara luar yang diberikan kerakyatan dan boleh mengundi sedangkan jumlahnya tidak pun sampai sebagaimana didakwa oleh pihak pembangkang. Terima kasih.
Saya pohon Yang Berhormat Marang, tolong bagi sedikit laluan. Saya nak tanya, merujuk kepada persoalan yang sama. Apakah Yang Berhormat Marang sedar bahawa mengikut pegawai kerajaan yang bertanggungjawab di Sabah dan Sarawak mengenai IC atau kad pengenalan ini bahawa 130,459 kad-kad yang dipertikai diberikan di Sabah. Mereka ini didapati mengundi juga di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor. Apakah Yang Berhormat Marang sedar bahawa Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Aziz mengumumkan dalam kenyataan media bahawa beliau sendiri akui ada pertikaian dan persoalan kehadiran 60,673 orang yang ada kad
pengenalan yang dipertikai. Ini pengakuan daripada SPR sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat yang pertama tadi menyoal macam pembangkang, kita pula macam kerajaan. Tak apalah, kalau kita mendapat kemudahan daripada kementerian-kementerian untuk memberi maklumat dengan cara yang bersungguh-sungguh. Sudah tentu banyak pendedahan dapat dibuat. Dengan sebab itu di akhir ucapan ini oleh kerana ada soalan, saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu tribunal untuk post mortem Pilihan Raya Umum ke-13. Di sana banyak salah laku yang ketara yang dapat kami buktikan, bas yang dapat kami tahan. Di Terengganu sendiri, pengundi-pengundi di luar dari negeri Terengganu, pengundi-pengundi yang tak cukup umur, pengundi-pengundi warga asing. Malahannya warga Myanmar, pendatang yang pelarian, yang patut diberi perlindungan tapi mereka juga digunakan sebagai pengundi-pengundi. Sekiranya tribunal ini dapat diwujudkan, dilantik anggota daripada pihak-pihak yang betul-betul dipercayai oleh semua pihak, saya yakin akan ada satu pendedahan yang akan dapat kita dilakukan. Sebahagiannya dah dijawab oleh Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu Ketua Pembangkang. Itu satu bahagian kecil, banyak lagi benda yang besar yang boleh didedahkan sekiranya dapat diadakan tribunal ini. Dengan sebab itu kerajaan mesti berani dalam melakukan perubahan terhadap konsep demokrasi di negara kita ini.
Minta penjelasan.
Bahkan bukan sahaja dalam masalah daftar pemilih, nak tentu tarikh pilihan raya pun payah. Sepatutnya dalam amalan demokrasi, SPR boleh menentukan tarikh pilihan raya lebih awal, tahu. Ada negara yang lima tahun dah tahu, sepuluh tahun, empat tahun dah tahu. Ini seminggu lagi baru nak tahu. Tarikh pilihan raya teka teki. Seolah-olah dirancang lebih dahulu supaya dibuat strategi, parti yang memerintah itu betul-betul kukuh, betul-betul dapat melakukan persediaan yang lebih awal yang dia dah masuk segala ceruk akar umbi rakyat. Setelah jamin, baru diumumkan tarikh pilihan raya. Ini konsep demokrasi yang menjamin satu parti untuk menang selama-lamanya. Banyak lagi salah laku. Saya balik kepada persoalan media dalam negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenarnya. Kita melihat bagaimana diberi peluang kepada semua parti politik untuk menyatakan pandangan mereka dan rakyat boleh minta penjelasan.
Minta penjelasan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Marang. Saya tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Marang untuk tribunal dan saya juga tertarik dengan kata-kata bahawa adil itu adalah konsep yang penting dalam Islam. Jadi, apabila kita berkawan dengan saudara seperjuangan kita daripada PAS, kita belajar bahawa dalam Al-Quran ada disebut dalam Surah Al-Hud Ayat ke-85 bahawa “Jangan kurangkan kepada manusia apa yang menjadi hak-haknya”. Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Marang, adakah Yang Berhormat Marang setuju jika saya kata sistem pengundian juga patut diperbaharui kerana 51% pengundi telah mengundi Pakatan Rakyat iaitu majoritinya pengundi Malaysia mengundi untuk Pakatan Rakyat menjadi kerajaan tetapi malangnya kerana sistem pengundian kita yang berdasarkan sistem British, first past the post, maka hasrat majoriti ataupun hak majoriti rakyat Malaysia tidak dapat kecapaian. Terima kasih.
Ya, saya bersetuju. British juga membuat pembaharuan. Kita yang ikut British tak buat pembaharuan macam British. Bahkan British sendiri bila pilihan raya, kita melihat media dia bebas, calon-calon Perdana Menteri semua keluar TV dan rakyat boleh soal, pemberita boleh tanya, ini berlaku.
Penjelasan, penjelasan.
Yang Berhormat Marang, saya mahu mendapat penjelasan kenapa sekarang...
Tuan Yang di-Pertua boleh bagi peluang saya dua jam? Kalau bagi saya dua jam, saya boleh bagilah kepada semua penjelasan ini.
Kenapa? Boleh dapat laluan?
Sebab banyak perkara yang saya nak ucap ini, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab itu perlu kebebasan media. Media di negara lain contohnya dibenarkan parti-parti politik membeli channel sendiri dengan pengawasan kerajaan, pengawasan kalau ada salah laku. Akan tetapi ada channel dia sendiri, TV dia sendiri supaya boleh jawab. Ini kita tidak boleh jawab, tidak boleh jawab. Kita mendengar tuduhan tidak boleh jawab. Gambar kita keluar. Gambar ada, mulut bergerak, suara tidak ada. Macam mana rakyat hendak dengar dengan adil? Ini yang kita alami. Kadang-kadang dipotong-potong, tidak habis kita punya jawapan. Kemudian kerajaan yang menanggung tugas, caretaker government dalam masa pilihan raya. Sepatutnya dia menanggung tugas, tidak gunakan tugas dia untuk berkempen. Ini guna tugas untuk kempen. Semasa menanggung tugas ini guna jentera kerajaan, alat kerajaan, media kerajaan, rasmi projek, pecah tanah. Bukan ada yang pecahkan? Ada projek terbengkalai untuk pilihan raya tahun 1978. Contohnya Lebuhraya Simpang Pulai, antara pantai Perak dengan Pantai Timur. Lebuh raya ini kalau tidak silap saya lebih 30 tahun tidak selesai. Lebuhraya Jabor, pecah tanahnya pilihan raya tahun 1999, sampai sekarang tidak selesai lagi lebuh raya ini. Seolah-olah projek ini digunakan untuk poster pilihan raya. Bukan digunakan untuk menunaikan tanggungjawab dengan sepenuhnya. Kemudian politik wang masih berleluasa dalam pilihan raya. Kalau dalam pemilihan parti, mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir yang membuat kenyataan tidak senang dengan adanya politik wang dalam pemilihan parti. Dia sendiri tidak menyenangkan. Kita tidak jamin penyakit ini tidak dibawa masuk dalam pilihan raya. Sekiranya amalan ini dimasukkan dalam pilihan raya dengan politik wang, bagaimana kita hendak pilih satu kerajaan yang bersih, yang adil? Oleh kerana itu saya pindah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita telah mengubah nama daripada BPR kepada SPRM. Seboleh-bolehnya ubah nama bukan nama sahaja. Mesti ubah dia punya jentera, perjalanannya, amalannya, kuasanya mesti diubah supaya SPRM ini dapat menjalankan tugas dengan sungguh-sungguh. Perlu dibebaskan dari belenggu untuk bertindak dengan adil dan berkesan, tersendiri dalam bidang kuasanya, tidak ada gangguan, tidak lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Maka pegawai dan kakitangan perlu dipilih oleh dia sendiri. Bukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya bebas daripada - Bukan bebas daripada Peguam Negara. Ini tertakluk kepada Peguam Negara hendak bawa kes ataupun tidak supaya SPRM ini betul-betul bebas daripada campur tangan. Oleh kerana itu cukup dia punya pegawai, cukup dia punya kewangan. Jangan kewangan tidak cukup, dia pun buat kerja yang sama juga. Ini tidak boleh. Kewangan dia cukup, kakitangan dia cukup, bebas daripada campur tangan kerana rasuah adalah jenayah besar dalam syariah Islam. Mengikut syariah Islam rasuah ini adalah jenayah besar walaupun ia tidak masuk dalam jenayah qisas dan hudud yang dihadkan hukumannya tetapi jenayah besar sehingga disebut dalam al-Quran nul Karim. Firman Allah SWT... [Berucap dalam bahasa Arab] “Janganlah kamu makan harta-harta kalangan kamu secara batil dan jangan kamu sumbangkan harta kepada pihak-pihak yang memerintah mengendalikan hukuman supaya kamu mendapat keputusan menyebabkan kamu makan harta orang lain dengan cara yang berdosa dalam keadaan kamu mengetahuinya”. Sabda Nabi Muhammad SAW... [Berucap dalam bahasa Arab] “Allah SWT melaknat yang bagi rasuah, yang menerima rasuah. Semua yang terlibat dengan urusannya dilaknat oleh Allah SWT.” [Berucap dalam bahasa Arab] yang bagi rasuah, terima rasuah semua dalam neraka menunjukkan betapa besarnya kes rasuah ini dalam Islam. Islam, mempunyai aspek bukan sahaja undang-undang lahir termasuk aspek spiritual, perhitungan dosa dan pahala. Seorang yang rasuah walaupun dia lepas daripada tindakan undang-undang manusia tetapi tidak lepas daripada undang-undang Tuhan, tindakan Tuhan di hari Kiamat. Oleh sebab itu dia lebih mendidik daripada undang-undang
yang biasa. Oleh sebab itu alangkah baiknya sekiranya dia dimasukkan di dalam undang- undang syariah yang diberi kuasa yang lebih, tidak lagi di bawah Peraturan Jadual 9 yang terhad supaya hukuman yang bijaksana. Ini kerana rasuah ini berbeza-beza. Ada yang ikan jerung, ada yang ikan bilis. Oleh sebab itu ikan jerung itu hukumannya lebih berat. Ikan bilis hukumannya lebih ringan. Jangan boleh bertindak yang ikan bilis sahaja, ikan jerung dibiarkan. Ini tidak boleh. Oleh sebab itu kita mengharapkan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan untuk menjamin kita harap supaya Menteri-menteri terlebih dahulu isytihar harta. [Tepuk] Harta sebelum itu hal dia, hak dia. Selepas jadi Menteri isytihar harta dia. Menteri- menteri menjadi contoh. Perdana Menteri, timbalannya isytihar harta terlebih dahulu supaya dijamin dia punya pentadbiran, dapat mengurangkan rasuah ini. Kemudian kita dapat melaksanakan pembangunan insan dengan sebaik-baiknya kerana dalam pembangunan insan ini kita tidak cukup mendidik manusia dizahir sahaja. Perlu dididik rohaninya. Di sinilah peranan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri untuk membina roh insan dengan agenda-agendanya yang lebih luas. Kita masih lagi warisan British. Islam dijadikan agama yang tidak ada kuasa. Agama yang tidak ada keperkasaan. Oleh sebab itu perlu diberi keperkasaan kepada Islam dalam mengendalikan urusan negara. Amalan warisan penjajah ini patut kita hapuskan. Amalan yang meminggirkan Islam. Islam hanyalah untuk upacara-upacara rasmi tetapi bukan Islam satu agama yang ada kuasa untuk bertindak terhadap mereka yang memerintah, yang berkuasa kerana kepada Islam Allah SWT mengatasi pihak yang berkuasa.
[Bangun]
Oleh sebab itu peraturan Islam hendaklah diperkasakan lagi, ditinggikan lagi. Kita melihat kesan British ini bagaimana wujud contohnya ajaran Qadiani. Ajaran Qadiani ini jabatan agama tidak boleh bertindak terhadap Qadiani di Masjid Kampung Nakhoda.
Sedikit sahaja boleh?
Ya, sila.
Yang Berhormat Marang, pertama sekali saya teringat tadi ceramah tentang rasuah ini Yang Berhormat tujukan kepada Barisan Nasional atau semua orang? Ini kerana saya lihat rasuah ini pembangkang pun ada. Isytihar harta ini ketua menteri pembangkang pun ada, kerajaan pun ada, untuk semualah. Ada di pilihan raya dahulu, yang Perak itu rasuah bukan? Ada semua. Keduanya, saya minta penjelasan sedikit apabila PAS dalam pembangkang ini, adakah Islam diletakkan di tempat yang baik ataupun dia kena korban sedikitlah macam penggunaan Kristian, pegawai pakatan Islam boleh pakai, kebajikan kepada Islam pun ada petikan. Maknanya itu persoalannya. Terima kasih.
Terima kasih kerana bagi bola tanggung. Saya pernah membuat kenyataan dan pimpinan Pakatan Rakyat membuat kenyataan membuka pintu kepada SPRM untuk menyiasat Ketua Menteri, Menteri Besar, Exco. Sekiranya ada rasuah kita tidak ganggu. Sila siasat dan sila ambil tindakan kerana Pakatan Rakyat mahu satu kerajaan yang bersih, yang adil, yang tidak ada orang rasuah dan kita mengalu-alukan. Cumanya yang kita hairankan ada yang dia siasat sejak bertahun- tahun, bawa di mahkamah masa pilihan raya. Selepas itu tidak tahu ceritanya. Masuk dalam lipatan sejarah. PERWAJA sebagai contoh di masa Pilihan Raya Umum 2004, selepas itu habis. Orang yang berkenaan mati. Sampai mati orang itu lama sangat kesnya. Banyak lagi hal- hal yang lain. Memang kita buka ruang. Bahkan kejatuhan kerajaan kita di Perak kerana politik wang. Kita alu-alukan kerana mereka yang politik wang ini diambil oleh Barisan Nasional. Kita alu-alukan. Kita mahu supaya kerajaan kita bersih dalam mengendalikan urusan dan dipilih dengan cara yang bersih. Qadiani – berbalik kepada Qadiani tadi. Qadiani satu ajaran yang ditaja oleh British di atas nama Islam menonjolkan seorang yang bernama Mirza Ghulam Ahmad al- Qadiani daripada India, zaman British dahulu.
British bagi duit dekat dia, kewangan cukup, dia bawa ajaran, dia bawa ajaran Islam yang baru dan mengaku menjadi nabi yang baru dan mewajibkan orang Islam mentaati Ulil Amri yang ada di dalam Al-Quran memerintah. Ulil Amri masa itu Britishlah. Orang Islam menjadi hamba kepada British dan dibawa kumpulan ini ke negeri kita dan masih ada lagi. Ada masjidnya, sama dengan masjid orang Islam. Pejabat Agama Selangor tidak mampu hendak bertindak. Letak label sahaja tulis ini Masjid Qadiani, tidak boleh pergi. Itu sahaja hendak bertindak tidak boleh kerana apa, kerana peruntukan perlembagaan yang tidak mengizinkan pejabat agama bertindak terhadap Qadiani. Pernah berlaku Kedah, di Pejabat Agama Kedah mengambil tindakan terhadap seorang guru yang menyebarkan Qadiani di Kedah. Bila dibawa ke Mahkamah Sivil, mahkamah membuat keputusan pejabat agama tidak ada kuasa untuk menghukum terhadap Qadiani. Ini sebagai salah satu contoh di mana belenggu-belenggu seperti ini mesti dipecahkan supaya kedudukan agama Islam diperkasakan. Kemudian Tabung Haji sebagai contoh, ini peranan hendak tunjuk contoh Islam yang baik. Asalnya konsep Tabung Haji ini konsep khidmat akhirnya konsep korporat. Korporat mengatasi khidmat menyebabkan oleh kerana semangat korporat terlalu tinggi maka kita menghilangkan khidmat-khidmat yang bersungguh-sungguh kepada jemaah haji. Daripada orang Islam yang hendak menunaikan haji maka berlakulah berbagai-bagai perkara yang sangat mendukacitakan. Contohnya saya pernah mengalami ketika pergi haji beberapa tahun yang lalu. Oleh kerana saya tidak melalui Tabung Haji ada orang tunggu hendak pandu jalan, hendak keluar daripada airport. Daripada Tabung Haji, kalau tidak dia tidak layan pergi lain. Yang Tabung Haji sahaja yang dilayan. Padahal Tabung Haji ini di bawah Jabatan Perdana Menteri sepatutnya seluruh rakyat Malaysia dilayan begitu. Saya pernah mengalami orang sakit, ini sudah lama sudah, saya harap benda ini tidak berulang. Ada orang sakit, dia daripada swasta perlu dibawa dia tanya Tabung Haji ke tidak, bukan daripada Tabung Haji tidak dilayan. Terpaksa pergi ke rombongan perubatan Thailand. Ini memalukan kita kalau hal macam ini berlaku. Saya tidak mahulah ini tanggungjawab kerajaan untuk membetulkan keadaan-keadaan seperti ini.
Tiga minit lagi Yang Berhormat. Tiga minit lagi.
Tiga minit? Dalam masa tiga minit ini saya hendak sebut tentang konsep federalisme supaya konsep di Parlimen diamalkan dengan baik. Pantai Timur masih tidak dilayan dengan baik. Malaysia Timur masih tidak dilayan dengan baik. Apalagi kalau parti lain bukan parti Kerajaan Pusat yang memerintah. Kerajaan Pusat memerintah pun begitu juga Malaysia Timur. Konsep federalisme ini hendaklah diamalkan dengan baik, kita tidak mahu menjadi Pakistan kepada Bangladesh dan Pakistan macam itu. Ini kerana konsep federalisme yang tidak baik. Yang kedua masalah Palestin. Masalah Palestin saya harap kerajaan mengambil satu perhatian yang serius. Sekarang Masjid Aqsa sedang dalam ancaman. Israel hendak roboh Masjid Aqsa, kiblat yang pertama orang Islam. Kerajaan perlu ambil perhatian serius. Yang kedua tentang Myanmar, tentang kemanusiaan orang-orang Islam yang dibunuh di Myanmar. Ini juga perlu diambil tindakan melalui saluran-saluran antarabangsa, banyak pelarian diambil atas sifat kemanusiaan yang atas sifat hendak menang pilihan raya, jadi pengundi macam saya sebut tadi. Sifat kemanusiaan yang terdiri tentang Bangladesh di sana ada pemimpin- pemimpin Islam Bangladesh yang ditahan kerana balas dendam perpecahan Pakistan dahulu kerana ada kumpulan ini dia tidak sokong Pakistan berpecah, dia mahu Pakistan bersatu. Bila Pakistan berpecah jadi Bangladesh, orang yang tidak setuju ini ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh, padahal mereka ikut sama dalam aman dan demokrasi di Bangladesh dan kita harap Kerajaan Malaysia mengambil langkah kemanusiaan yang serius dalam perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Yang Berhormat Pengerang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya,
Azalina Othman Said dari Parlimen Pengerang memohon untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Parlimen yang ke-13. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita sebagai Ahli Yang Berhormat. Oleh yang demikian wajarlah kita sebagai Ahli Yang Berhormat untuk meletakkan rakyat melebihi politik, dengan izin, people above politics. Sepatutnya kita sebagai ahli wakil rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun kita ini daripada parti politik. Apabila kita telah mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat perlulah rakyat itu diutamakan dan bukan parti politik di dalam Dewan ini. Ada orang pernah berkata Tuan Yang di-Pertua, rakyat itu akar, perintah itu pohon. Tidak ada akar maka tiada pohon. Bererti kalau rakyat tidak menyokong kita tidaklah adanya kerajaan bagi kita. Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli wakil rakyat daripada pembangkang telah menekan tentang berkenaan dengan perkataan popular vote. Mereka menyatakan bahawa Pakatan Rakyat mendapat popular vote yang lebih besar daripada Barisan Nasional. Kononnya popular vote ini bererti rakyat mahukan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan bukan Barisan Nasional. Namun Tuan Yang di-Pertua kalau kita tengoklah, sepatutnya apabila mereka memasuki arena pilihan raya tidak pernah disebut oleh Pakatan Rakyat tentang perlunya proportional representation, dengan izin ataupun dikatakan popular vote mereka bertanding pada prinsip sistem berparlimen, bererti kerusi yang ditandingilah yang akan menentukan kerajaan yang akan memimpin. Itu sebabnya kalau kita tengok analogi Tuan Yang di-Pertua, seperti negara ASEAN ataupun United Nations, dengan izin, Bangsa-bangsa Bersatu. Kita tengoklah kalau kita hendak kira daripada negara yang besar mempunyai rakyat yang ramai, mempunyai undi yang banyak, agak susahlah Bangsa-bangsa Bersatu tersebut. Contohnya negara ASEAN dengan izin, Malaysia mempunyai 25 juta rakyat, Singapura 5.3 juta, Indonesia 245.9 juta, Filipina 92.3 juta, Thailand 64.6 juta, Vietnam 90.3 juta, Cambodia 14.9 juta. Cuba Tuan Yang di-Pertua dengan izin, kalau kita tengoklah pada konsep proportional representation bererti dalam negara ASEAN, Singapuralah paling tidak boleh dapat undi. Negara Indonesia lah yang perlu mendapat undi yang paling banyak, tetapi tidak berlaku. Itu sebabnya dalam isu ini saya ingin menyatakan bahawa apa yang telah ditekankan oleh mereka ini agak kata orang tidak memadailah dalam keadaan senario politik kita hari ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu keselamatan negara, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Pertahanan...
Minta laluan, Yang Berhormat Pengerang.
Silakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Pengerang Yang Berhormat memberi laluan. Saya tertarik kepada kenyataan awal Yang Berhormat di awal ucapan Yang Berhormat tadi yang mengatakan bahawa sebagai pemimpin, apa yang perlu dipentingkan oleh kita adalah rakyat bukan parti yang kita wakili dan sebagainya. Saya ucapkan tahniah di atas satu pendekatan yang cukup baik ini. Cuma persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Pengerang ini adakah Yang Berhormat Pengerang menujukan soalan ini kepada pihak kerajaan yang sekarang ini nampaknya tidak memberikan layanan yang sama antara rakyat di negeri-negeri yang sokong Barisan Nasional dengan rakyat yang memberikan sokongan dan menjadikan pembangkang sebagai kerajaan negeri. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sebenarnya Yang Berhormat Kota Bharu ini tidak begitu mendengari perbahasan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Ketereh yang mana Yang Berhormat Ketereh telah menyebut berbanding dengan negeri-negeri yang lain, negeri Kelantan itu boleh dilihat walaupun di bawah jajahan kerajaan pembangkang
mendapat bantuan yang paling tinggi dalam negeri-negeri yang diperintahkan oleh kerajaan. [Tepuk] Keduanya, kepada Yang Berhormat Kota Bharu saya hendak sebutlah duit BR1M itu yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina asalkan dia tidak mampu kerajaan bantu. Tidak pernah saya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional tanya penerima BR1M awak ini sokong UMNO kah sokong PAS, sokong UMNO kah sokong Keadilan, sokong UMNO kah sokong parti DAP. Tidak pernah bertanya soalan tersebut.
Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Yang Berhormat Kota Bharu, saya minta maaflah. Mungkin kefahaman Yang Berhormat Kota Bharu ini agak lambat setahun dengan izin. Keselamatan negara, saya hendak merujuk kepada isu ESSCOM dengan ESSZONE. Saya memang cukup banggalah dengan kewujudan di Lahad Datu, adanya keadaan khas keselamatan. Bukan sahaja boleh dilihat pada faktor keselamatan, boleh juga ditekankan kepada kemasukan pendatang asing. Saya hendak timbulkan di sini, teguran saya kepada Kementerian Dalam Negeri. Pertama sekali, bagi kawasan-kawasan yang bersempadan laut seperti di Pengerang, kami di Pengerang ini boleh dilihat banyak kemasukan pendatang asing (PATI), melalui laluan tikus. Setiap kali saya jadi wakil rakyat, saya bahas, selalu laluan tikus ini saya akan sentuh. Jadi, kemasukan laluan tikus ini, kematian berlaku disebabkan tidak mengikuti jalan yang dinyatakan lebih selamat. Kematian ini menyebabkan ramai PATI berhadapan dengan cabaran terutama sekali ribut, taufan dan juga hujan-hujan yang begitu lebat dalam kawasan pengairan. Jadi, saya hendak bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, kenapa Singapura yang bersebelahan dengan persekitaran sempadan di kawasan Parlimen Pengerang boleh mengurangkan kemasukan pendatang-pendatang asing? Apa yang hebat sangat Kerajaan Singapura ataupun Jabatan Laut Singapura, yang mana kemasukan pendatang asing itu lebih kurang daripada kemasukan pendatang asing yang masuk ke negara Malaysia? Jadi, saya hendak tanya kenapa? Apakah berbeza dalam aspek teknologi ataupun pegawai mereka yang lebih cekap ataupun kerana kemungkinan mereka tidak berminat dan memang begitu serius untuk menghalang kemasukan pendatang asing? Nama kawasan Parlimen Pengerang ini kalau kita tengok yang begitu dekat Pulau Batam, begitu dekat dengan Pulau Bintan, macam-macam kemasukan pendatang asing tanpa izin yang kadang-kadang menggadai nyawa mereka untuk mencari rezeki. Jadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa dalam perkara ini, saya berharap kementerian bolehlah melihat dalam bentuk yang seakan ESSCOM dengan ESSZONE supaya dapat diwujudkan dalam kawasan yang mana berhadapan dengan kemungkinan kemasukan pendatang asing yang begitu mudah. Seperti yang berlaku dalam pengairan laut di kawasan Parlimen Pengerang. Tuan Yang di-Pertua...
Mohon mencelah.
Izinkan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Pengerang memberi laluan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pengerang, saya juga melihat bahawa persekitaran perairan yang besar dari Kota Tinggi, Pulau Sibu terus ke Singapura, sampai ke Pulau Pisang, Pontian, terdedah kepada dengan izin, ferocity ini. Terdedah juga dengan kehadiran kapal-kapal yang diletak di perairan antarabangsa tetapi boleh menimbulkan security threat kepada kita sekiranya kapal-kapal itu dibiarkan terlampau lama tanpa pemantauan. Apa pandangan Yang Berhormat Pengerang memandangkan pembangunan di selatan Johor yang begitu besar akan menjurus kepada kehadiran begitu ramai pekerja- pekerja asing contohnya di Pengerang, sewaktu permintaan akan melibatkan hampir 100,000. Jadi, apakah langkah-langkah memastikan keselamatan ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Memang betul Yang Berhormat Kota Tinggi. Dengan adanya
projek Rapid yang begitu besar, antara cabaran yang akan dihadapi masyarakat setempat Tuan Yang di-Pertua ialah berkemungkinannya pendatang asing diberikan pekerjaan selain daripada orang tempatan. Ini disebabkan dengan kemasukan yang begitu mudah, pendatang-pendatang asing yang bekerja mungkin secara halal ataupun secara haram yang menyebabkan itu pun menjadi satu isu, yang mana rezeki orang tempatan diketepikan kerana syarikat yang menggaji pekerja asing mahukan keuntungan yang lebih besar. Dengan izin, saya sambung Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Atas kesimpulan yang saya sebut tadi berkenaan dengan isu keselamatan, ingin saya mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jalan kemerdekaan kita dalam negara Malaysia ini tanpa banyak nyawa terkorban. Berbanding dengan Indonesia, kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1945 dengan Filipina pada tahun 1946 selepas perang dunia kedua, dengan Cambodia melalui dua juta kematian antara tahun 1975 hingga 1979, akibat keganasan pejuang Khmer Rouge, maka kita tahu dan kita harus menerima hakikat bahawa negara Malaysia antara negara yang memang dalam proses keamanan yang begitu dicintai oleh rakyat. Itu sebabnya saya berharap dapat mengingatkan sahabat-sahabat, wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang bahawa semangat 1Malaysia yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini adalah sebenarnya semangat rakyat majmuk negara kita. Apabila kita bercakap tentang erti 1Malaysia, kita perlu kekalkan antara yang lebih penting bila bercakap tentang 1Malaysia, kita perlu kekalkan kefahaman kita kepada prinsip Rukun Negara. Di dalam prinsip Rukun Negara Tuan Yang di-Pertua, kedaulatan undang-undang. Jadi, saya berharaplah wakil-wakil rakyat daripada meja pembangkang, kalau pun hendak bantah, ikutlah undang-undang. Janganlah ajar anak- anak muda kita melanggar undang-undang kerana ini dalam masa terdekat akan menjahanamkan masa depan negara.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, transformasi FELDA pada hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah kewujudan pelan transformasi FELDA menjadi tunjang utama kepada hala tuju FELDA. Saya sebagai wakil rakyat dalam kawasan 70% pengundinya adalah peneroka- peneroka FELDA begitu bangga dengan pelan transformasi FELDA yang telah memantapkan program pendidikan dan latihan kepada generasi baru untuk lebih berkemahiran, berinovatif dan berkualiti. Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Jempol selaku Pengerusi FELDA kerana berjaya memimpin Yayasan FELDA sehingga diperakui oleh City & Guilds London apabila badan berpusat di United Kingdom itu membuat keputusan memuatkan logo Yayasan FELDA pada setiap sijil kemahiran lepasan pelajar yang dikeluarkan City & Guilds London. Inilah yang boleh kita lihat sebagai langkah transformasi. Daripada pelan transformasi FELDA ini, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyediakan generasi-generasi muda FELDA terutama sekali dalam kawasan Parlimen Pengerang supaya lebih bersedia berhadapan dengan tuntutan projek Rapid. Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor minyak dengan gas, ini boleh dilihat sebagai salah satu daripada 12 NKEA dengan izin, National Key Economic Areas di bawah ETP. Antara tahun 2010 hingga 2020, NKEA ini boleh dilihat akan mendapat RM131.4 bilion dengan izin, Gross National Income. Dalam sektor minyak dengan gas, 52,300 kerja-kerja akan ditawarkan. Walau bagaimanapun daripada kajian dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita negara Malaysia masih berkurangan dalam sektor-sektor tersebut terutama sekali dengan izin, kategori-kategori sedemikian. Pertama, petroleum engineers, chemical engineers, C&S engineers, electrical and instrumentation engineers, marine related engineers, material engineers, pipeline engineers, cost controls engineers, geologies, deck officers, offshore specialties, finance and asset management professional, facilities management professionals, health, safety and environment officers, supply chain management professional, dengan izin. Begitu banyak kerja kosong ini perlu diisi dan harapan saya Tuan Yang di-Pertua, pengisiannya adalah anak tempatan khasnya anak-anak peneroka FELDA. Kalau kita lihat Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengambil contoh daripada negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Beliau baik dengan saya. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Yang Berhormat Pengerang ini cukup berbangga dengan projek besar di Pengerang iaitu Rapid Pengerang ini. Walaupun projek ini telah mendapat tentangan yang begitu hebat daripada penduduk tempatan, penduduk Pengerang, NGO-NGO, pencinta- pencinta alam sekitar dan sebagainya atas beberapa isu. Antaranya isu alam sekitar, isu pemilikan tanah oleh penduduk tempatan, isu kehilangan kampung warisan dan yang saya dengar baru-baru ini pula isu tanah kubur juga dibangkitkan oleh penduduk tempatan ini. Angkara ini ataupun perkara ini telah mengakibatkan ada syarikat-syarikat besar yang mengadakan usaha sama dengan Petronas untuk projek Rapid Pengerang ini telah menarik diri disebabkan bersimpati dengan keluhan rakyat di Pengerang ini.
Antaranya sebuah syarikat daripada Germany yang bernama Badische Anilin Und Soda Farbrik (BASF) yang telah menandatangani satu perjanjian dengan Petronas pada 5 Mac 2012, projek bernilai RM4 bilion. Jadi syarikat-syarikat luar negara pun amat peka terhadap isu-isu yang dibangkitkan untuk pembangunan yang tidak terkawal yang menjejaskan kehidupan rakyat seumpama ini. Adakah Yang Berhormat Pengerang boleh memberikan penjelasan mengenai masalah yang berlaku ataupun yang dialami oleh rakyat jelata di Pengerang dan mendapat tentangan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerang, tambah sedikit boleh? Saya nampak ada percanggahan dari segi pendirian. Mengapakah PAS di negeri Johor boleh bersetuju dengan projek Rapid ini manakala Yang Berhormat rasa mahu membantah projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Tanya saya, you’re asking me, dengan izin? Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu kerana tanya saya soalan yang memang saya telah jawab tahun lepas. Yang Berhormat Kota Bharu ini baru, calon baru, kita ucap tahniah sebab dia tanya soalan yang kita dah jawab tetapi saya jawab sekali lagi sebab saya sayang pada dia, dia abang saya di Universiti Malaya, Fakulti Undang-undang. Abang, saya jawab. Abang-abang, tetapi masa universiti dia tidak ajak saya dating.
[Dewan riuh]
Ini adik yang jawab.
Ada apa-apakah ini?
Abang, saya jawab abang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Pengerang, wakil Barisan Nasional menang 87.3% undi. Calon Keadilan kalah, calon Bebas kalah, bererti rakyat Pengerang menyokong calon Barisan Nasional yang bawa projek Rapid melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Yang itu tidak kira undi popular pula.
Itu undi popular, Pengerang popular. Isu ini sebenarnya Yang Berhormat Kota Bharu, masalah tanah telah selesai. Orang Pengerang macam-macam duit, tambah cawangan isteri, tambah kereta, macam- macam kereta, berjuta-juta ringgit Tuan Yang di-Pertua, itu pertama.
Yang Berhormat Pengerang, boleh bagi sedikit?
Bolehlah saya jawab Yang Berhormat Kota Bharu dahulu abang. Satu-satu, satu-satu. Ya banyak abang sebab hendak bertanding ketua wanita kena panggil abang.
Sokong, sokong, sokong.
Maaf Tuan Yang di-Pertua ya, bergurau sebab sudah dekat pukul 12, orang tengah lapar. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Bharu, dalam isu ini berkenaan dengan alam sekitar kita sudah jawab. Isu alam sekitar sebenarnya isu yang dalam proses penyelesaian. Masalah baru-baru ini dalam isu alam sekitar, yang jadi kelam
kabut itu disebabkan oleh konsultan yang bawa projek daripada negara Taiwan itu, dia sebenarnya menjemput orang tertentu dalam perbincangan alam sekitar. Masalahnya, wakil rakyat parti pembangkang semua hijacked mesyuarat-mesyuarat yang diadakan alam sekitar, masalahnya konsultan, Ahli Parlimen Pengerang dia tidak jemput. Kalau Ahli Parlimen Pengerang dijemput, kita boleh bawa beribu-ribu penyokong daripada Barisan Nasional di dalam kawasan Pengerang yang akan menunjukkan sokongan kepada semua isu yang berlaku dalam projek Rapid termasuk isu alam sekitar. Tuduhan demi tuduhan kepada kematian dugong dan sebagainya, saya sudah jawab. Kawasan Parlimen Pengerang, pengairan daripada dahulu penuh dengan kapal- kapal dagang, sudah berpuluh tahun. Dugong memang tidak ada dalam pengairan itu, yang ada dekat belakang iaitu dalam kawasan pengairan Sungai Johor, itu ada dugong. Jadi isu alam sekitar yang dibawa ini telah dijawab dan kita telah terangkan. Kadang-kadang dengan izin saya terpaksa berkata, salah fakta yang dibawa oleh parti pembangkang dalam semua isu sengaja hendak mengapi-apikan rakyat tetapi Alhamdulillah pilihan raya, rakyat Pengerang yang dicucuk dengan macam-macam, memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Bererti rakyat...
PAS Johor tidak sokonglah, PAS Johor tidak sokong.
...Bererti rakyat menyokong projek Kerajaan Barisan Nasional.
Betul.
Ini bukan projek Lynas di Pengerang. Yang jadi masalahnya Yang Berhormat Kota Bharu, saya hendak sebut satu ini, Petronas. Saya setuju, saya boleh cakap hari ini. Petronas ini masalah Tuan Yang di- Pertua. Mana tidak masalah, dia buat projek, dia tidak kira isu orang tempatan. Yang hendak selesaikan Kerajaan Negeri Johor, yang hendak selesaikan UMNO, hendak selesaikan isu-isu tempatan Alhamdulillah telah diselesaikan. Jadi pemindahan ini dalam proses akan berlaku. Jadi apa yang berlaku dalam projek Rapid ini, sekarang ini isu yang baru timbul ini masalah isu air. Saya diberitahu bahawa Petronas akan berbincang dengan kerajaan negeri. Ini saya tidak campur sebagai Ahli Parlimen, dalam isu air dan sebagainya tetapi menyeluruhnya Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut tadi dalam perbahasan saya, projek Rapid ini yang berharga berbilion ringgit wajib meletakkan pemuda dan pemudi tempatan untuk merasa kesenangan daripada projek ini. Kalau kita lihat secara umum Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Pengerang, boleh beri laluan sedikit?
Izinkan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerang, sebenarnya mengatakan projek ini sudah selesai isu tidak betul sebab kes berkaitan dengan projek ini telah dibawa ke mahkamah. Mahkamah pun telah membenarkan leave application untuk para penduduk di sana mencabar projek tersebut. Saya tahu ini sebab saya juga terlibat sebagai peguam handle kes itu. Jadi untuk hendak mengatakan tidak ada isu lagi di Pengerang itu tidak betul. Keduanya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang sedar atau tidak bahawa kawasan di Pengerang itu, apabila kata dapat undi Pengerang itu, kawasan yang terlibat itu ialah kawasan di Pengerang iaitu di Sungai Kapal, Sungai Rengit itu tidak adanya peneroka FELDA. Jadi untuk mengatakan dapat sokongan rakyat Pengerang itu, kita kena faham di kawasan yang tempat Rapid itu tidak ada peneroka FELDA. Jadi Pengerang dapat undi daripada peneroka FELDA di kawasan luar daripada Pengerang itu. Di kawasan Sungai Rengit itu, yang ramai orang- orang Cina, orang-orang bukan Melayu. Saya rasa Yang Berhormat Pengerang setuju dengan saya, undi kepada Pengerang jauh merosot. Jadi maknanya bantahan di atas isu itu telah kuat. Saya juga ingin menyatakan di sini Yang Berhormat Pengerang bahawa sepatutnya Yang Berhormat bersama-sama dengan penduduk untuk mengekalkan kawasan Pengerang itu, kawasan dibuat Rapid itu sebagai kawasan yang sepatutnya
dikekalkan sebagai tapak warisan sebab di situ adalah kawasan yang cantik, pemandangannya, pantainya cantik, sepatutnya. Sejarahnya ada dikatakan, ada sejarah menunjukkan bahawa Marco Polo ada melalui kawasan tersebut. Jadi ini semua sepatutnya menjadi kebanggaan kita, sepatutnya dikekalkan sebagai kawasan warisan. Setuju atau tidak dengan saya? Terima kasih.
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat turun ke Pengerang berapa kali Yang Berhormat Sepang?
Tidak payah cakap!
Janganlah Yang Berhormat cakap banyak, ini bukan Sepang, ini Pengerang, biar saya terang. Yang Berhormat Sepang tanya saya soalan, saya jawab, duduklah!
Tidak payah cakaplah, saya orang situ. Hendak buat macam mana?
Biar saya jawab.
Saya adalah bersekolah di situ, tidak payah cakap fasal itulah.
Satu tempat warisan yang mana... Saya kasihan betullah pembangkang ini Tuan Yang di-Pertua. Masalah pembangkang ini dia tanya soalan, kita hendak jawab dia marah. Dia hendak semua dia sahaja betul, itu sebab dia suka membutakan rakyat dengan kebenaran.
Saya hendak katakan, saya tahu tentang kawasan itu.
Saya hendak jawab Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Pertama, berkenaan dengan tapak warisan manalah ada tapak warisan hoi.... yang Sungai Rengit, Sungai Kapar, Kampung Jawa yang dia cakap itu, sepanjang-panjang itu adalah tempat pelabuhan kapal-kapal dagang hendak masuk Singapura. Sebanyak 300, 400 kapal-kapal besar parking hendak masuk Singapura berpuluh tahun, pertama. Ini kerana Singapura ini kalau hendak masuk Yang Berhormat Sepang, kena basuh kapal dahulu. Dia basuhlah kapal dekat tepi pengairan Pengerang, penuh tumpahan minyak, yang jadi mangsa nelayan di kawasan Pengerang. Jadi dengan adanya projek Rapid, nelayan kawasan Pengerang ini boleh dinaikkan taraf menjadi mereka yang terlibat dalam perniagaan minyak dan gas dalam aspek yang bawah. Kita, Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu memiskinkan rakyat macam Kerajaan Pakatan. Masalahnya mereka suka miskinkan rakyat, kita tidak mahu, kita hendak kayakan rakyat. Kes mahkamah yang dia cakap ini, saya hendak jawab kes mahkamah, tidak boleh jawab. Macam-macam kes mahkamah buat sudah selesai, menang pula kes dalam budi bicara dalam bidang kuasa kerajaan. Kes nelayan, tumpahan minyak, masalah pampasan, semua dalam proses penyelesaian. Jadi bila Yang Berhormat Sepang cakap tentang tapak warisan, manalah di tepi laut kapal-kapal dagang itu hendak jadi tapak warisan.
[Bangun]
Yang tapak warisannya sebelah Johor lama, dekat dengan Kota Tinggi. Itu tapak warisan. Itulah sebenarnya yang cerita-cerita sejarah itu berlaku. Yang di sini, kawasan Parlimen Pengerang, kalau kita tengok secara menyeluruh, kawasan ini daripada dahulu adalah daerah pendidikan. Dua Dewan Undangan Negeri, DUN Penawar dan DUN Tanjung Surat. Pengundi bukan Melayu 10%, pengundi Melayu 90%, FELDA 70%, DUN Tanjung Surat, kawasan kampung tradisional yang menang calon DUN Barisan Nasional. Siapa kata Barisan Nasional kalah? Parlimen menang, DUN menang...
Yang Berhormat Pengerang, penjelasan.
Bererti rakyat Pengerang memang mengakui dan menyokong bahawa Kerajaan Barisan Nasional membawa kejayaan kepada rakyat.
Di dalam isu ini...
Mohon laluan.
Silakan.
Pengerang...
Wah! Rafizi. Saya lupa. Dia ini akan jadi manager kempen saya bertanding ketua wanita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya menawarkan diri untuk membantu Yang Berhormat Pengerang menjadi Ketua Wanita UMNO selepas ini, insya-Allah. Cuma sebelum itu mohon penjelasan Yang Berhormat Pengerang mengenai dua perkara Yang Berhormat Pengerang bawa. Satu ialah pampasan dan satu ialah tentang Petronas. Saya sedia maklum bahawa Petronas sering dan dalam pelaksanaan kes Rapid, Petronas mendahulukan wang kepada Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan soal pampasan. Terbaru ialah didahulukan sebanyak RM300 juta yang tak silap saya dipindahkan kepada Kerajaan Negeri Johor beberapa bulan sebelum pilihan raya umum yang lalu. Apa yang menjadi persoalan dan isu selama ini dalam mana-mana projek pun seperti ini adalah apabila pampasan yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri itu, kemudian kerajaan negeri tidak membayar sepenuhnya kepada penduduk. Jadi timbul ketidakpuasan kerana pampasan itu dikira murah. Itu berlaku di Kerteh, itu berlaku di Melaka dan tempat-tempat yang lain. Jadi saya mohon jaminan dan juga pendapat Yang Berhormat Pengerang, apakah setiap satu sen pampasan yang diberikan oleh Petronas, yang itu jugalah akan diberikan kepada penduduk Pengerang dan tidak ada satu sen pun yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor daripada rakyat yang mendapat pampasan itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Terima kasih kerana tawar menjadi campaign manager lawan ketua wanita. Terima kasih ya... [Ketawa] Jadi tak tahulah sama ada Yang Berhormat Pandan nak masuk UMNO, silalah masuk di UMNO Pengerang. Saya ketua bahagian. Dalam isu ini Yang Berhormat Pandan saya nak terang. Bila pampasan diberi oleh kerajaan negeri, kerajaan negeri memberi pampasan bukan sahaja di aspek tanah tetapi ayam, itik, reban, pokok, daun, kayu dan segala-galanya atas tanah dibayarnya pampasan. Hari ini pampasan yang diterima oleh orang-orang kampung dalam kawasan yang terlibat ini, boleh dikata dalam berjuta ringgit. Kalau nak persoal saya, RM300 juta daripada Petronas kepada kerajaan negeri, saya tak ada pengetahuan. Saya Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi yang saya tahu, pampasan telah dibayar dalam semua aspek tanah-tanah orang tempatan bukan sahaja tanah peribadi, tanah perniagaan termasuk juga bangunan kerajaan, balai polis, pejabat-pejabat agensi kerajaan semuanya dibayar pampasan. Jadi mungkin RM300 juta ini yang disebut oleh Pandan ini mungkin melingkungi semua aspek tersebut. Saya menyatakan dalam Dewan Parlimen, saya tak boleh menipu. Saya tak tahu macam mana yang dibayar tetapi yang saya tahu sebagai Ahli Parlimen, memang ramai yang puas hati sebab mendapat pampasan yang begitu banyak. Oleh sebab itu saya sebut awal-awal tadi kepada Yang Berhormat Pandan, tambah cawangan pun ramai, kereta baru, pergi umrah tiap-tiap tahun, macam-macam. Mereka mendapat kejayaan dan juga kekayaan daripada projek Rapid yang bayar pampasan.
Dua minit lagi Yang Berhormat. Dua minit.
Tuan Yang di-Pertua, kena tolak dia orang tanya saya soalan. Kalau saya tak jawab dia kata saya takut. Saya jawab. Tuan Yang di-Pertua tak boleh bagi saya dua minit dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu Rapid ini, saya nak tekankan tentang isu pendidikan vokasional. Saya nak bagi contoh di New Zealand. Negara New Zealand telah mendidik anak-anak tentang isu kemahiran vokasional daripada 15 tahun. Mereka akan belajar selama tujuh tahun. Daripada pendidikan vokasional ini dalam bidang katakan sebagai contoh dengan izin welding, engineering, electrical, mechanical, civil, chemical, construction, distribution, logistic katakan sebagai contoh daripada 15 tahun, mereka dididik dengan kemahiran
tersebut. Mereka buat tiap-tiap tahun kursus practical attachment dengan izin. Lepas tujuh tahun mereka akan menjadi graduan dalam kemahiran tersebut. Jadi soalan saya kepada Kementerian Pelajaran, dalam isu Rapid yang berlaku dalam kawasan Parlimen Pengerang, kenapa tidak boleh anak-anak di sekolah dalam kawasan FELDA sebagai contoh daripada Darjah Satu sampai ke Tingkatan Lima, kita didik mereka dalam industri petrokimia. Kita beritahu anak-anak kita untuk belajar dalam industri tersebut dan menjadi kepakaran dalam mana-mana tahap yang akan menjadi realisasinya anak-anak ini boleh diberikan untuk bekerja dalam bidang kemahiran yang dituntut dalam industri minyak dan gas. Jadi saya mencadangkan perkara ini. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita graduan universiti, keluar universiti, kerja tak dapat. Keluar universiti, bekerja bukan kepada kemahiran yang mereka buat semasa belajar universiti. Jadi kalau kita ada industri minyak dan gas yang memerlukan upstream dengan downstream punya aspek perniagaan, berilah peluang kepada anak-anak mereka khasnya anak-anak peneroka FELDA dalam Pelan Transformasi FELDA libatkan isu petrokimia mendidik anak-anak supaya pendidikan vokasional, kemahiran anak-anak ini boleh diikat pada tahap sarjana dan anak-anak inilah yang akan manfaat dan bekerja dalam kawasan petrokimia tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri saya nak sentuh tentang isu pembangunan luar bandar. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebut kerajaan nak kena tengok rakyat mempunyai rumah. Saya sebagai Ahli Parlimen pada hari ini nak tegur kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). KEJORA ini dipertanggungjawabkan dalam akta dia tahun 1972 untuk membangunkan sosial ekonomi luar bandar. Tuan Yang di-Pertua tahu tak hari ini bukan KEJORA tetapi anak syarikat dan juga koperasi pekerja-pekerja KEJORA mewujudkan usaha sama dengan syarikat-syarikat swasta yang menyebabkan harga perumahan dalam kawasan di Parlimen Pengerang melonjak beribu ringgit. Sebagai contohnya, kita mempunyai projek di Taman Desaru Utara, rumah double-storey link house dengan izin RM330,000. Semi-D dengan izin RM700,000. Banglo jangan sebutlah RM1.2 juta. Manalah orang kawasan Parlimen Pengerang ini, kawasan hulu sekali ini mampu membeli rumah dalam harga sedemikian. Saya nak tegur KEJORA, kalau ya pun nak meniaga, kalau ya pun nak wujudkan usaha sama, janganlah sampai rakyat tempatan ini disisihkan dalam proses pembelian hartanah. Jadi disebabkan perkara inilah saya melihat dengan adanya projek Rapid, ini belum lagi projek Rapid sudah naik RM700,000. Rumah kedai sudah naik RM560,000. Ada projek Rapid ini Tuan Yang di-Pertua, memang saya jamin kos kehidupan, kos hartanah akan melonjak dengan begitu tinggi. Jadi saya nak timbulkan isu ini kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam isu KEJORA iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apakah tanggungjawab kementerian untuk menjamin dalam pembangunan luar bandar tidak akan diletakkan harga pembangunan hartanah kepada harga bandar? Ini bukan Johor Bahru. Ini bukan Seremban. Ini bukan Pulau Pinang. Ini adalah kawasan luar bandar.
Mohon mencelah.
Dengan izin. Dua minit macam mana Tuan Yang di-Pertua?
Masa, masa Yang Berhormat. Masa sudah berlalu.
Dia jiran saya Tuan Yang di- Pertua. Dia pun setujulah harga rumah naik.
Tuan Yang di-Pertua, saya pendek sahaja. Dua perkara...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Saya kata masa sudah lebih. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menghabiskan segala poin, Ahli- ahli Yang Berhormat mempunyai hak untuk tidak memberi laluan. Bukan bermakna tidak memberi laluan itu kecut. Itu hak Ahli Yang Berhormat. Akan tetapi masalahnya, hujah sejam, memberi laluan kepada empat, lima orang memang tidak cukup masa. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kota Tinggi boleh tanya saya masa makan tengah hari nanti. Sebelum akhir Tuan Yang di-Pertua, saya tutup untuk menyokong, saya ingin menyebut tentang kuota wanita yang disebutkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 30% kerajaan janji dalam isu korporat nak diberi sebagai, kata Menteri persuasion. Dipujuk syarikat-syarikat mengambil wanita dalam bidang mempunyai kuasa pembuat keputusan. Saya nak tanya Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa tak boleh buatnya undang-undang yang disebut legal quota. Gender quota ikut undang-undang. Kalau kita tengok negara-negara contoh Tuan Yang di-Pertua, negara Eropah ada undang- undang supaya membantu wanita kerana wanita memerlukan bantuan. Hari ini GLC kerajaan dengan izin Government Linked Company tak ada seorang pun perempuan. Nak tunggu saya jadi pengerusi Petronas, saya rasa kiamat pun tak dapat... [Ketawa]
Masa Yang Berhormat.
Tan Sri Rafidah Aziz, AirAsia X swasta.
Gulung Yang Berhormat.
Kita ada Securities Commission perempuan. Lepas itu sudah tak ada. Lepas itu Gabenor Bank Negara seorang perempuan, tak tahu pun berapa lama. Jadi saya nak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Wanita.
Masa Yang Berhormat.
Kalau betul nak tolong Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk, tolonglah dengan ikhlas wujudkan gender quota, wujudkan undang-undang. Itu sahaja nak Tuan Yang di-Pertua. Saya rakyat Pengerang menyokong Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Parlimen yang Ketiga Belas. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih. Sebelum saya menjemput siapa-siapa, saya ingatkan kembali bahawa kalau banyak yang nak dihujah itu, berhak untuk jangan beri laluan. Kalau beri laluan juga ikut macam Yang Berhormat Marang tadi, masa sampai dia berhenti. Tolong Ahli Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kluang. Half an hour.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua beri peluang untuk saya menyertai perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Yang di- Pertuan Agong. Saya ingin merakamkan kesyukuran saya kepada pengundi Kluang yang telah memilih saya sebagai Ahli Parlimen dalam PRU yang lalu.
Saya ingin membincangkan empat tajuk dalam ucapan saya iaitu: (i) pendemokrasian sebagai asas national reconciliation; (ii) masalah-masalah yang dihadapi rakyat Kluang; (iii) pengangkutan awam; dan (iv) cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kita dengar hujah national reconciliation atau rekonsiliasi nasional yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri. Menurut Yang Amat Berhormat Pekan dalam sesi soal jawab minggu lepas, national reconciliation bermakna Pakatan Rakyat mesti terima keputusan PRU ke-13 tanpa pertikaian. Mengikut tafsiran Pekan, Pakatan Rakyat bukan sahaja dipaksa menerima keputusan PRU itu tetapi juga mesti terima apa sahaja yang dilakukan oleh SPR. Baik betul atau salah, baik menggunakan dakwat kekal atau tidak kekal, baik menggunakan kimia atau pewarna makanan mesti ikut sahaja apa SPR putuskan. Menurut Pekan juga Majlis Perundingan Perpaduan akan ditubuhkan untuk tujuan national reconciliation. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Parlimenlah medan perundingan di antara kerajaan dan pembangkang. Tidak perlu memanjangkan kepada institusi lain. Kalau Pekan ikhlas tentang perundingan jadikanlah Parlimen satu-satu institusi yang
demokratik. Kalau Pekan berniat melaksanakan national reconciliation dan bukan national retaliation, jadikan pendemokrasian atau democratizing sebagai asas rekonsiliasi nasional. Demokrasi tidak bererti yang minoriti tunduk kepada kuasa majoriti. Demokrasi bererti yang majoriti menghormati hak minoriti dan mengambil kira pandangan minoriti dalam proses penggubalan undang-undang dan dasar. Malah pada hari ini Barisan Nasional yang sebenarnya kerajaan minoriti dari segi undi popular. Hakikat ini memerlukan Barisan Nasional mentadbir dengan cara perundingan dan bukan seperti kuku besi seolah- olahnya masih mempunyai 91% kerusi seperti selepas PRU tahun 2004. Oleh kerana ramai YB telah dan akan sentuh tentang ketidakadilan proses dan sistem pilihan raya, saya ingin tumpukan perbincangan saya terhadap reformasi Parlimen, reformasi Jabatan Perdana Menteri yang semakin mendominasi kuasa politik negara dan isu desentralisasi. Untuk reformasi Parlimen, kita boleh mulakan dengan cadangan mengadakan pilihan raya ataupun pemilihan untuk Ahli-ahli Dewan Negara. Mereka boleh dipilih secara terus oleh rakyat. Untuk menjayakan usaha ini saya cadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengkaji cara-cara membaiki sistem pemilihan bagi Dewan Negara. Dewan Negara ada peranan penting sebagai House of Review untuk menyemak keputusan Dewan Rakyat dan juga sebagai House of State yang memelihara kepentingan negeri- negeri dalam Persekutuan kita. Cadangan kedua, untuk memberi lebih peluang untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam proses penggubalan undang-undang dasar dan juga memberi peluang supaya isu-isu kawasan dirakamkan di dalam Parlimen dengan tindakan susulan oleh kementerian adalah dicadangkan bahawa Parlimen kita memperkenalkan sistem jawatankuasa utama atau main committee yang diwujudkan ataupun dicipta oleh Parlimen Australia dan diikuti oleh Parlimen UK dengan Westminster Hall. Dalam dua-dua Parlimen ini, satu Dewan Kedua atau Second Chamber diwujudkan untuk Ahli-ahli Parlimen membawa isu kawasan dan isu-isu yang tidak memerlukan masa Dewan Utama ini. Isu-isu yang disuarakan dalam Second Chamber dikira setanding taraf dengan isu-isu yang disuarakan dalam Dewan Utama tetapi tidak memerlukan ruang Dewan Utama. Dengan cara ini Dewan Utama Parlimen jadi lebih efisien dan semua ahli dapat suarakan isu-isu yang mereka prihatin termasuk isu kawasan masing- masing tanpa memakan masa Dewan Utama. Saya minta kalau boleh Tuan Yang di-Pertua take up ataupun menjadikan cadangan ini cadangan yang boleh dilaksanakan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam penggal ini.
Minta laluan? Boleh?
Ya.
Tadi Yang Berhormat ada menyebut tentang mereformasi Parlimen. Baru-baru ini kita ada satu insiden di mana pelantikan lima orang Timbalan Menteri sebelum menjadi Senator mengambil sumpah sebagai Senator. Bukankah ini satu kesalahan yang cukup besar yang telah dilakukan dalam Parlimen Malaysia. Harap Yang Berhormat boleh beri penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kluang ini satu perkara mungkin yang Ahli-ahli Yang Berhormat kurang sedar. Adalah tidak elok bagi Dewan Rakyat memberi komen ataupun menegur apa-apa yang berlaku di rumah sebelah. Mana- mana Parlimen mengamalkan begitu. Jadi apa yang berlaku di situ biarlah berlaku di situ. Tidak payah jawab Yang Berhormat. Sila.
Masukkan dalam ucapan sayalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Cadangan ketiga untuk reformasi Parlimen, saya cadangkan bahawa – dan ini cadangan Pakatan Rakyat. Agar jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen yang khusus dan tetap bagi kementerian tertentu ditubuhkan. Ini memastikan perbahasan yang lebih mendalam dan teliti dalam sistem demokrasi berperlembagaan kita, Ahli Parlimen dikehendaki memberi input dan pengawasan atas badan eksekutif atau kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri.
Peranan Ahli Parlimen telah semakin lama semakin dikurangkan sebab kerajaan Barisan Nasional memfokuskan kuasa dalam tangan Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya. Jawatankuasa-jawatankuasa sepatutnya terdiri daripada Ahli Parlimen dua pihak, kerajaan dan pihak pembangkang dan diberikan peruntukan untuk mengadakan pegawai kajian. Pakatan Rakyat cadangkan tujuh atau lapan jawatankuasa dan Jawatankuasa Parlimen contohnya Jawatankuasa Parlimen, satu boleh merangkumi isu kebangsaan dan antarabangsa dan mengawasi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Cadangan ini juga saya harap Tuan Yang di- Pertua dan juga Ahli-ahli di sebelah sana menyokong supaya kita adakan jawatankuasa yang untuk meneliti keputusan kerajaan dan untuk scrutinize bajet dan belanjawan kerajaan. Saya juga cadang bahawa pejabat Ketua Pembangkang perlulah diberi status Menteri dengan pegawai-pegawai setaraf dan juga Ahli-ahli Parlimen diberikan pembantu dan pegawai-pegawai penyelidik untuk menjadikan Parlimen ini lebih berkesan dan lebih bermakna. Juga PAC, House Committee, Privilege Committee, Standing Order Committee diperlukan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Saya diberitahu dan saya dimaklumkan tetapi I stand corrected, House Committee sudah lama tidak bertemu, tidak bermesyuarat. Ini salah bagi tradisi kita. Sekurang- kurangnya jawatankuasa-jawatankuasa tetap ini perlu bertemu tiga kali setahun. Untuk reformasi Jabatan Perdana Menteri, saya ingin bangkitkan perkara di mana berlaku ketidakseimbangan di antara JPM dan Parlimen yang sangat ketara. Pada tahun 2013, Parlimen menjadi tonggak demokrasi hanya diperuntukkan RM82 juta sahaja sedangkan Jabatan Perdana Menteri yang hanya merupakan satu daripada kementerian diperuntukkan sejumlah RM14.6 bilion. Dengan kata lain peruntukan untuk JPM ialah 180 kali ganda daripada Parlimen. Adakah ini bermakna JPM lebih penting dan lebih besar daripada Parlimen. Saya juga ingin cadangkan supaya Kabinet ditadbir secara kolektif dan bertanggungjawab kepada Parlimen yang seharusnya memainkan peranan utama dalam pentadbiran. Kebanyakan agensi yang sedia ada sekarang berpusat di bawah JPM boleh dibahagikan kepada kementerian-kementerian yang lain yang berkaitan. Pertama, Jabatan Perdana Menteri tidak perlukan lapan Menteri penuh berserta dua Timbalan Menteri dan ramai lagi penasihat berpangkat Menteri. Menteri di JPM harus dihadkan tiga orang sahaja dan penasihat Perdana Menteri tidak harus berpangkat Menteri. Sesiapa yang berpangkat Menteri mesti dilantik dari kalangan Ahli Parlimen Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara dan mesti bertanggungjawab terhadap Parlimen. Duta-duta yang tidak lagi jadi Ahli Parlimen tidak harus bertaraf Menteri.
Kedua, Perdana Menteri dilarang ataupun tidak harus berkhidmat sebagai Menteri Kewangan kerana akan dan sebenarnya telah pun berlaku conflict of interest. Oleh itu, seorang Menteri Kewangan sepenuh masa harus dilantik. Ketiga, Jabatan Peguam Negara harus menjadi kementerian berasingan dengan Menteri penuh yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Keempat, Suruhanjaya Pilihan Raya secara langsung bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak akan lagi berada di bawah kawal selia Jabatan Perdana Menteri. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga seharusnya bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen dan tidak perlu di bawah kawal selia JPM. Parlimen harus ditadbir secara bebas melalui Pejabat Speaker dan juga pelbagai jawatankuasa terutamanya House Committee serta bebas dari pihak Eksekutif. Biro Perpaduan Awam harus dinaiktarafkan ke posisi ombudsman dengan peruntukan kewangan yang mencukupi serta dijadikan bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Fungsi-fungsi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dengan PEMANDU harus disatukan dan PEMANDU boleh ditutup selepas ini. PEMANDU sebenarnya tidak diperlukan. Peranan Unit Pelaksanaan dan Perancangan (ICU) serta Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) harus dikaji semula. Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) harus diserap ke dalam Kementerian Pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, ketidakseimbangan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri juga jauh melampau. Jumlah belanjawan semua negeri hanya 7.9% berbanding dengan belanjawan Persekutuan pada tahun 2013. Lebih kuasa dan sumber kewangan harus diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri, jika tidak status Malaysia sebagai persekutuan atau Kerajaan Federal akan diragui. Saya bimbang nanti ada orang ingat kata sudah menjadi Malayan Union yang baru. Dalam konteks national reconciliation atau rekonsiliasi nasional, sabotaj Kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat mesti dihentikan. Contohnya, Jawatankuasa Keselamatan Kampung sepatutnya bidang kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi, di negeri Pakatan Rakyat, sudah berlaku keadaan ‘one country two system’ di mana Kerajaan Pusat campur tangan dan mewujudkan JKKK Pusat untuk lawan JKKK negeri di mana kos untuk membiayai JKKK Pusat mencecah RM300 juta setahun. Sistem penyelaras Barisan Nasional di mana penyelaras-penyelaras Barisan Nasional di kawasan DUN dan Parlimen Pakatan Rakyat ataupun dimenangi oleh Pakatan Rakyat dibayar elaun dengan dana awam dan elaun mereka hampir setanding dengan wakil rakyat harus dihapuskan demi national reconciliation. Peruntukan pembangunan kawasan juga harus diagihkan secara adil kepada semua wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang. Sementara itu, semua Ahli Dewan sudah pasti sedar betapa beratnya tanggungjawab di kawasan masing-masing. Bukan sahaja Ahli Parlimen perlu berusaha gigih di peringkat pusat, kita juga perlu menjaga kepentingan rakyat di peringkat kawasan. Jadi, sudah tibanya masa untuk kita adakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). Jika ahli Majlis Kerajaan Tempatan dipilih oleh rakyat, mereka boleh selesaikan masalah tempatan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya diminta oleh rakyat Kluang dan Johor untuk menyuarakan isu-isu yang berikut.
Penjelasan? Penjelasan, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, setuju kah kalau dikatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang cukup adil apabila mewujudkan penyelaras-penyelaras bagi kawasan-kawasan yang tidak dimenangi kerana kita ada jawatankuasa penyelaras dan JKKK yang menyalurkan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada rakyat secara telus. Terima kasih.
Okey, terima kasih.
Saya hendak tanya, setuju kah tidak setuju?
Tidak setujulah. Tidak payah tanya.
Kalau...
Dengar ucapanlah, dengar ucapan saya.
Tidak berani ya?
Tidak setuju. Dengar ucapan saya. Tidak adil. Okey, isu jenayah di Johor dan kawasan Kluang, ramai telah membuat aduan tentang isu kedai mesin judi atau slot machine di seluruh Johor. Saya minta jawapan atau penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri tentang isu slot machine di Johor terutamanya di kawasan Kluang. Juga kadar jenayah di Kluang dan JB bukan sahaja persepsi, sebenarnya kadar jenayah di mana-mana tempat di seluruh negara satu realiti. Semalam kita sudah tengok ada Yang Berhormat Menteri kena, dan kawan-kawan di sebelah sini pun ramai kena. Saya khususnya diminta oleh keluarga Cik Tar Bee Lin yang meninggal dunia pada 26 Mei 2013 sebab kes ragut di Johor Bahru yang berlaku pada 23 Mei 2013 untuk menyuarakan rasa marah mereka dan meminta KDN untuk menjawab status yang berlaku. Wanita bernama Tar Bee Lin berasal dari Paloh, kawasan Sembrong. Beliau meninggal dunia, saya buat lawatan, saya rasa sedih dan saya hendak mengingatkan Dewan ini kes-
kes ragut yang melibatkan kematian berlaku tiap-tiap hari. Saya minta KDN seriuslah tentang isu ini. Isu kedua, jalan-jalan di kawasan Daerah Kluang yang merangkumi kawasan Parlimen Sembrong dan Simpang Renggam, banyak jalan di kawasan Daerah Kluang tidak ada lampu jalan dan divider di jalan Batu Pahat adalah amat diperlukan. Ketiga, projek memperluaskan jalan besar Kluang telah dijanji oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak lama. Saya minta Kementerian Kerja Raya berikan tarikh dan jadual kerja dan butiran projek tersebut. Juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri janji pada 26.3.2011 untuk menaiktarafkan Empangan Kahang tetapi sampai sekarang belum ada progress report. Saya juga diminta oleh guru-guru di Johor untuk meminta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengkaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ini bukan Parti Bersatu Sabah. Guru-guru kita diperlukan untuk to inspire new generation, untuk memberikan inspirasi dan bukan duduk di depan komputer untuk key in markah dan key in attendance, kehadiran murid-murid ini. Guru-guru kita ini bukan technician computer tetapi mereka sebagai guru harus dihargai. Saya minta Kementerian Pendidikan ataupun Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi mengambil tindakan dan mengkaji semula. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh isu pengangkutan awam. Saya mengalu- alukan pelantikan Yang Berhormat Sembrong sebagai Menteri Pengangkutan sebagai seorang menteri kanan yang berpengalaman dalam berurusan. Adalah diharapkan bahawa Yang Berhormat Sembrong boleh membaiki keadaan pengangkutan di seluruh negara, untuk mewujudkan penyelarasan dan penggubalan dasar pengangkutan yang konsisten. Saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD) dikeluarkan dari Jabatan Perdana Menteri untuk diletakkan di bawah kawal seliaan Kementerian Pengangkutan. Saya hendak ucap tahniah kepada Tan Sri Syed Hamid Albar kerana diberikan lanjutan tempoh sebagai Pengerusi SPAD untuk dua tahun. Kementerian Pengangkutan yang merangkumi bidang pengangkutan awam dan di bawah pimpinan seorang menteri kanan di saran berusaha untuk menggubal Dasar Pengangkutan Nasional atau National Transport Policy dengan pengangkutan awam sebagai strategi utama secepat mungkin. Malaysia telah menjadi bahan ketawa or laughing stock kerana kita ada dasar automotif tetapi tidak ada dasar pengangkutan yang menyeluruh. Kesan buruk kerana mengabaikan dasar pengangkutan yang menyeluruh ialah sistem pengangkutan kita adalah yang paling tidak efisien di rantau ini. Manakala kadar kematian jalan raya per kapita kematian per 100,000 population adalah yang paling tinggi di dunia sejak tahun 1996. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh isu limo airport atau limo KLIA. Saya cadangkan kepada Kementerian Kewangan dan SPAD supaya...
Ahli Yang Berhormat, panjang lagi?
Panjang lagi, panjang lagi. Lagi 10 minit. Tiga isu lagi.
Sambung sebelah tengah hari Yang Berhormat. 10 minit lagi. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Bismillahi Rahmaani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, diminta sambung sepuluh minit Yang Berhormat Kluang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya sebutkan tadi kadar kemalangan jalan raya per kapita Malaysia adalah paling tinggi di dunia sejak tahun 1996 kerana sistem pengangkutan awam tidak berkesan dan rakyat terpaksa menggunakan motosikal sebagai mod pengangkutan utama. Saya hendak masuk tajuk limo airport ataupun airport limo. Saya mencadangkan kepada Kementerian Kewangan dan SPAD supaya konsesi teksi limousin Lapangan Terbang KLIA, memiliki Syarikat Airport Limo (M) Malaysia Sdn Bhd ditamatkan kerana tidak relevan lagi selepas SPAD membenarkan teksi bandar mengambil pelanggan di KLIA. Untuk tujuan rekod, saya menyokong keputusan SPAD untuk membenarkan teksi bandar mengambil pelanggan di KLIA kerana ini lebih – Bagi sumber tenaga terutamanya dari segi petrol, penggunaan petrol dan sumber tenaga, ini memang keputusan yang betul kerana teksi tidak perlu pergi dua kali. Akan tetapi untuk menjamin keadilan pemandu teksi limo KLIA perlulah dibenarkan mengambil pelanggan di mana-mana sahaja dan bukan lagi dihadkan di KLIA. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa kadar bayaran harian teksi limo airport ialah RM153.69 sehari. Manakala teksi bandar biasanya dibayar di antara RM45 dan RM55 sehari. Pemandu limo airport terpaksa membuat lima kali perjalanan, trips sehari untuk menampung bayaran ini. Setiap perjalanan mengambil masa dua hingga tiga jam, jadi pemandu terpaksa memandu sepuluh jam sehari secara minimum hanya untuk membayar sewa harian dan expenditure yang lain, pembayaran yang lain. Ini bukan sahaja tidak menjamin pulangan kewangan pemandu, ia juga menjejaskan kesihatan pemandu dan boleh membahayakan nyawa penumpang serta keselamatan jalan raya secara amnya. Walaupun namanya limo, kereta yang diperuntukkan oleh Syarikat Airport Limo (M) Sdn Bhd ini biasanya adalah Proton Pesona 1.6 dan bukan kereta dengan enjin 2.0 dan ke atas. Dengan pembayaran harian RM153.69 sen sehari dalam lima tahun pemandu membayar syarikat konsesi sejumlah RM270,000 untuk Proton Pesona yang berharga RM40,000 jika tanpa cukai atau tanpa cukai eksais, eksais duti. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa pekerjaan pemandu teksi adalah moden slavery dan airport limo adalah satu contoh yang paling ketara. Saya memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk membatalkan konsesi pegangan Airport Limo (M) Malaysia Sdn Bhd untuk keadilan kepada pemandu- pemandu yang ditindas ini. Saya hendak masuk kepada tajuk KTM dan stesen sistem rel kita. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap pengurangan perkhidmatan kereta api oleh KTM dengan jadual baru yang berkuat kuasa hari ini. Stesen-stesen kecil di Johor dan seluruh negara yang paling tergugat. Di antara Julai 2011 dan Julai 2013, lapan perkhidmatan tren telah dibatalkan dan sejumlah sembilan stesen-stesen kecil di seluruh negara termasuk enam stesen-stesen kecil di Johor ditutup dalam tempoh dua tahun ini. Perkhidmatan kereta api adalah komponen yang tidak boleh diabaikan dalam sistem pengangkutan awam. Sebenarnya dengan pengurusan yang baik, perkhidmatan kereta api sepatutnya berkembang dan berkhidmat di lebih banyak stesen dan menawarkan lebih banyak kepelbagaian perkhidmatan tren, more variety perkhidmatan tren tidak sepatutnya dihadkan kepada perjalanan utara-selatan. Di kawasan seperti Kluang– Sembrong perkhidmatan tren boleh digunakan untuk membawa orang ramai ke stesen- stesen kecil di kawasan berhampiran. Sehubungan dengan itu, adalah dikesali bahawa menurut The Edge muka surat 12, 17 Jun 2013 Unit Kerjasama Swasta Awam di Jabatan Perdana Menteri dikatakan telah memberikan kelulusan kepada Malaysia Steel Works (KL) Bhd (Masteel) untuk membina Metropolitan Commuter Network di Iskandar Malaysia. Ini adalah satu lagi kesilapan yang menswastakan perjalanan yang boleh membawa keuntungan dan dengan itu merugikan KTM kerana berlaku cannibalization. Saya kesal apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membatalkan kelulusan kepada Masteel dan mengkaji sistem rel kita secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dilakukan secara tergesa-gesa. Seterusnya saya hendak menyentuh mengenai isu GST. Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi jawapan Yang Berhormat Tambun ini saya rasa tidak betul. Yang Berhormat Tambun memaklumkan Dewan Rakyat pada minggu lepas bahawa kerajaan
sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ia berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009 adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. Saya ingat ini mungkin kenyataan yang mengelirukan Parlimen, kerana dalam anggaran perbelanjaan didapati bahawa di atas nama Panel Kajian Semula Cukai sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2012, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013 iaitu jumlah RM51 juta dalam tempoh empat tahun digunakan dalam belanjawan-belanjawan sejak tahun 2010 untuk mengkaji pelaksanaan peluasan tax based termasuk GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk Perluasan Dasar Cukai yang bernilai RM50 juta juga disyaki ada kena mengena berkenaan dengan pelaksanaan GST.
- (i) mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak tahun 2009, kerana kami di Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak dan hasil kajian perlu diumumkan; (ii) mengumumkan pihak konsultan yang mana telah terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia; (iii) memberi penjelasan lanjut sama ada jawapan Parlimen Yang Berhormat Tambun hanya bertujuan menyembunyikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak; dan (iv) jika Kerajaan Barisan Nasional benar-benar mahu melaksanakan GST satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi Ahli- ahli Parlimen dari kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta KDN untuk memberitahu status ataupun keadaan tentang isu hukuman mati. Pada tahun lepas bulan Oktober 2012, Yang Berhormat Padang Rengas telah maklum Dewan dan juga media massa bahawa kerajaan bersedia untuk melaksanakan moratorium dan mengkaji semula penggunaan hukuman mati. Hasrat kami ialah bahawa discretion kuasa untuk memutuskan hukuman mati dikembalikan kepada hakim-hakim dan saya minta...
Yang Berhormat Kluang sila gulung ya.
Saya minta kerajaan melaksanakan moratorium supaya tidak ada banduan di gantung mati apabila kerajaan menjalankan pengkajian semula. Tentang isu hukuman sebat, diketahui bahawa sejumlah seramai 42,634 banduan telah dilaksanakan hukuman sebat dalam tiga tahun yang lalu. Di kalangan mereka ada 13,851 banduan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Saya minta kerajaan memikir balik adakah pelaksanaan hukuman sebat terhadap warga asing yang tidak mematuhi Akta Imigresen ini mematuhi human right principal dan adakah baik untuk negara kita dan people to people relationship, perhubungan kita dengan rakyat Indonesia dan rakyat di serantau. Saya minta kalau boleh kita janganlah melakukan, melaksanakan hukuman sebat ke atas rakyat warga asing yang datang ke negara kita. Kita mesti bersifat perikemanusiaan, sikap perikemanusiaan untuk membantu orang yang datang ke negara kita dan menghantar mereka keluar jika mereka salah, tetapi jangan melaksanakan hukuman sebat ke atas mereka. Dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila Bintulu.
Apa sebab, ini Seputeh sudah kurus sikitlah fasal tidak jadi Timbalan Menteri Besar.
Dia jadi Menteri sudah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada beberapa perkara demi kepentingan rakyat. Pertama sekali satu isu yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah masalah sistem penyampaian atau delivery system. Selalu kita dilihat tidak proaktif dalam menyelesaikan masalah rakyat. Contohnya isu PR kita, permanent resident dengan izin. Sepatutnya suami isteri harus diberi secara tulus atas jaminan daripada mana-mana pihak warga negara kita. Kalau suami isteri pun boleh memaklumkan sekiranya berlaku penceraian. Sekarang tempoh menunggu dengan red tape yang terlalu banyak tanpa memikirkan kesusahan rakyat yang terpaksa membuang masa begitu lama untuk tempoh menunggu kerana banyak perkara yang perlu dilaksanakan untuk menyambung visa dan sebagainya. Masalah ini hanya dapat diselesaikan sekira kita mempunyai rekod di seluruh negara supaya mengelakkan penyelewengan yang mungkin berlaku.
Yang Berhormat Bintulu, terima kasih.
Ya Simpang Renggam.
Kawasan saya juga ada banyak kes PR yang telah tertunggak lama, setelah bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan. Jadi saya ingin pandangan Yang Berhormat Bintulu, apakah sebenarnya yang menjadi halangan di kementerian ini sehingga masalah sebegini tidak dapat diselesaikan.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memanglah ini perkara yang serius saya memohon Kementerian Dalam Negeri mestilah serius mengatasi masalah ini, termasuklah kalau boleh menubuhkan satu bahagian khas untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kesempatan ini di ambil oleh pembangkang bahawa kerajaan hanya berlaku adil pada sesuatu kaum sahaja. Saya mahu perkara ini diatasi dengan segera untuk menangkis tuduhan-tuduhan pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, isu..
[Bangun]
Seputeh bangun. Hendak bagi laluan?
Tolong, mahu tolong.
Jangan panjang, pendek sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya sokong. Saya sokong Yang Berhormat Bintulu ini kerana pada beberapa tahun yang lepas apa yang kita lihat ialah setiap pilihan raya kecil, bekas Menteri Dalam Negeri dia akan hantar itu kad pengenalan baru kepada para nenek, makcik yang telah tunggu lama bertahun-tahun, berpuluh-puluh tahun itu dan gambar selalu keluar dalam surat khabar Cina, front page. Selepas itu kita lihat semua lakonan ini tidak dibuat lagi dalam satu tahun yang lepas. Jadi dalam pilihan raya kecil Besut ini saya berharaplah Menteri Dalam Negeri yang baru itu boleh lakukan yang sama. Dan kali ini lebih banyaklah supaya kita boleh tolong edarkan juga. Terima kasih. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua ini Seputeh hanya mahu keliru dalam Dewan sahaja. Isu pengambilan pembantu rumah juga sering menjadi masalah yang sangat pening kepala terutamanya suami isteri yang bekerja. Bimbang di tanggung majikan yang berpendapatan sederhana dan rendah, mereka sangat tidak berpuas hati kerana membayar kos perkhidmatan kepada agensi biro asing sangat tinggi iaitu lebih RM10 ribu bagi setiap orang pembantu rumah. Ini amat membimbangkan rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan ini termasuk kakitangan kerajaan atau keluarga yang bekerja. Pembantu rumah yang datang ke negara ini ada yang tidak mendapat gaji selama enam bulan. Inilah jadi satu masalah.
Kadang-kadang pembantu rumah ini buat huru-hara sama majikan. Lebih sedih lagi kalau pembantu rumah lari atau berkhidmat hanya setahun sahaja. Begitu juga dengan masalah pembaharuan permit memerlukan masa beberapa minggu atau bulan yang amat menyeksa rakyat. Satu lagi, sektor perkilangan juga terus menghadapi masalah. Hanya tiga kali pembaharuan visa pekerja yang dibenarkan. Kesulitan kepada majikan yang terus memberikan latihan kepada mereka akan terus meningkatkan kos apabila pekerja baru terpaksa dilatih semula. Semua ini adalah antara masalah yang tidak diselesaikan dengan baik. Bagaimana rakyat boleh yakin bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah rakyat. Janganlah sesuatu masalah hanya dibuat secara ad hoc kemudian gagal macam yang berlaku pada Program 6P yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan antara isu terpenting di negara kita dan menjadi isu paling panas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Setiap hari kita baca surat khabar kes pembunuhan, penculikan, rompak, ragut, rogol dan sebagainya. Kementerian haruslah memandang serius dan mengatasi masalah keselamatan negara dengan segera. Janganlah tunggu atau cakap akan ambil tindakan tetapi masih tidak nampak apa-apa tindakan. Rakyat pun menyoal bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan sekelilingnya serta kawasan di Sarawak sudah tidak selamat lagi untuk perjalanan pada waktu malam. Apa sudah terjadi dengan keselamatan di negara kita? Kita bukan hendak tuduh sesiapa atau pegawai yang terlibat tetapi persepsi rakyat sudah tidak yakin terhadap pihak polis mampu menyelesaikan masalah jenayah seperti kes-kes yang dinyatakan. Begitu juga kes kecurian kereta dan lain-lain. Persepsi orang ramai terhadap keadaan keselamatan adalah membimbangkan kalau kes jenayah berlaku secara berterusan. Contohnya makan mee di warung tepi jalan pun kena rompak. Rumah Menteri Belia dan Sukan pun kena rompak. Apa sudah jadi? FDI hendak melabur di negara kita, aspek pertama yang ditanya ialah aspek keselamatan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan bisinglah. Kamu dahulu pun sama juga. Tidak ada bantu pun. Di Selangor dalam isu keselamatan...
Yang Berhormat Putatan bangun.
Sila, sila.
Boleh tambah masa kah? Banyak orang hendak bangun ini.
Diingatkan 30 minit sahaja ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Bintulu. Saya memang segan kalau minta laluan dari Bintulu tetapi nasib baik hari ini dia beri laluan. Soal keselamatan ini, saya melihat dan mendengar ucapan Yang Berhormat Bintulu, soal kita tidak harus menuding jari sahaja kepada polis. Apakah cadangan Yang Berhormat sebenarnya sebab soal keselamatan ini melibatkan semua warganegara kita terutama sekali golongan NGO, golongan badan- badan beruniform bukan sahaja polis. Jadi, setujukah Yang Berhormat kalau kita mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa kawasan-kawasan yang panas ditubuhkan satu jawatankuasa yang menjaga keselamatan tempat-tempat yang tersebut terutama sekali penglibatan masyarakat setempat. Minta penjelasan, boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Memang saya setuju. Kita pun sudah ada Rukun Tetangga tetapi kita anggota polis mesti mahu menunjukkan kita yakin mengawal keselamatan di negara kita kepada pelabur- pelabur asing dan pelancong-pelancong ke Malaysia kita.
Yang Berhormat Seputeh bangun lagi.
Tidak ada. Tunggu, tunggu. Saya ada 24 muka surat. Nanti dahulu. Belakang kalau mahu.
Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Hendak beri laluan atau tidak beri laluan itu?
Kita pun mahu rakyat tidur lena tanpa bimbang akan keselamatan. Dia bukan mahu minta apa-apa. Mahu minta kacau sahaja. Di Sibu, dalam masa tiga hingga enam bulan kes pembunuhan berlaku...
Ipoh Timur minta laluan.
Yang Berhormat Ipoh Timur bangun, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Secara berterusan. Cuma sekarang ada beberapa bulan belum ada kes lagi. Akan tetapi sampai hari ini, rakyat amat sedih dan mempersoalkan kenapa satu kes pun tidak ada diselesaikan sehingga hari ini. Saya ingin mencadangkan tempoh perkhidmatan setiap OCPD dan Ketua CID Negeri dan IPD dihadkan kepada tidak lebih daripada tiga atau lima tahun. Jadi, persepsi samseng kata jikalau tidak terlibat apa-apa kes jenayah akan ambil masa sembilan atau sepuluh tahun bicara dalam mahkamah. Sekarang masa... kita sudah hapuskan EO ini. Inilah...
Yang Berhormat Kuantan bangun.
Daripada pembangkang dahulu minta semua dihapuskan termasuk EO. Sekarang jenayah jadi huru-hara, keselamatan jadi terjejas, dia kata lagi kita Barisan Nasional salah.
Yang Berhormat Seputeh bangun ini.
Setujukah Yang Berhormat Seputeh?
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat Bintulu dengan jumlah anggota keselamatan. Sebenarnya bilangan anggota keselamatan di negara kita mencukupi daripada segi kuota anggota berbanding dengan penduduk, ratio. Anggota, ratio kepada penduduk. Kalau ikut internasional, Interpol menyarankan bahawa satu anggota kepada 245 ataupun 249 penduduk. Malaysia tidak jauh daripada segi ratio tersebut. Jumlah di Malaysia dalam 300. Satu anggota 300 penduduk. Akan tetapi, masalah yang kita hadapi ialah deployment, yang mana kita punya anggota bukan berada di bahagian jenayah. Maka, apabila kita bercakap dengan membanteras jenayah dan combating crime, kita punya anggota kepada anggota keselamatan, ratio itu besar. Satu anggota keselamatan kepada penduduk itu lebih kurang 10,000 atau 5,000 macam Johor Bahru, PJ, dan sebagainya. So, soalan saya kepada Yang Berhormat Bintulu, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa masalah kita bukan kurangnya jumlah anggota untuk melawan jenayah tetapi masalah deployment dan seharusnya kita redeploy anggota-anggota kita kepada combating crime, bukan dalam Special Branch bukan dalam Special Forces. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Kuantan menyoal isu itu, saya minta maaf. Saya bukan Ketua Polis Negara. [Ketawa] Hendak minta nanti kementerian menjawab. Memanglah kadar ratio mencukupi, bilangan anggota itu divide sama rakyat memanglah belum lagi. Saya rasa masih jauh lagi. Itulah rakyat mengatakan bahawa bandar Sibu kini sudah menjadi cowboy town. Penjenayah berani buat apa-apa sahaja dan bermaharajalela. Walaupun kes jenayah yang serius di sekeliling Sibu tetapi rakyat amat hairan dalam masa naik pangkat, kenapa ramai pula anggota polis di kawasan tersebut yang dinaikkan pangkat. Rakyat minta saya persoalkan, adakah di bawah NKRA kita kalau mana-mana balai polis jenayah diselesaikan, anggota polis tidak dapat kenaikan pangkat.
Contohnya OCPD Sibu, ramai rakyat tahu dia selalu main mahjong bersama Sam Sik orang yang terlibat dengan DVD haram atau pun tauke mesin kuda dan beritahu juga rakyat bahawa sesiapa pun tidak dapat meminta dia dari IPD Sibu walaupun terdapat banyak aduan daripada rakyat kepada Bukit Aman atau Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, modul latihan polis sepatutnya yakni pusat latihan polis ini mestilah kita ambil perkara ini serius dan mustahak untuk kita anggota polis dalam masa proses atau pun training anggota-anggota polis dalam undang-undang dan perlembagaan. Kita sekarang difahamkan ada disiplin daripada anggota polis. Sesiapa yang kena disiplin, dia akan hantar pergi pusat latihan bagi jurulatih. Saya meminta kalau boleh kita buat sedikit perubahan. Sepatutnya komando, tenaga pengajar dan jurulatih di pusat latihan amatlah penting. Kita mahu modul latihan dipertingkatkan termasuk kalau perlu dibawa masuk tenaga pengajar dan jurulatih dari luar negara demi meningkatkan imej dan profesionalisme polis kita. Adakah Kementerian Dalam Negeri sedar bahawa dalam masa bekas Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi telah pun bersetuju untuk menaikkan taraf IPD Bintulu dan juga memperkasakan pegawai petugas di IPD. Akan tetapi, sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan. OCPD Bintulu hanya berpangkat superintenden. Akan tetapi yang hairannya assignment daripada anggota polis untuk ketua balai di kawasan perindustrian Samalaju pula berpangkat ACP. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Sudah tentu rakyat berasa sangat hairan dan akan menjadi tanda soal dan menjadi bahan ketawa rakyat. Seharusnya struktur pentadbiran polis dikemas kini mengikut keperluan kawasan tertentu. Tuan Yang di-Pertua, isu mesin kuda ini rakyat sudah banyak menjadi mangsa kerana terpaksa berhutang kepada operator mesin kuda. Polis membuat tangkapan pada waktu siang, malam terus beroperasi balik. Rakyat hairan, seolah-olah operator mesin kuda mendapat perlindungan pihak polis. Satu kes berlaku di Sibu yang mana seorang berhutang pada operator mesin kuda dipukul. Selepas itu, anggota polis menghantar beliau ke hospital untuk rawatan. Akan tetapi operator mesin kuda itu membawa geng-geng dalam 6 buah kereta sampai kawasan kecemasan hospital diketepikan oleh anggota polis dan di depan polis memukul. Apakah yang sudah berlaku ini? Saya dimaklumkan daripada rakyat bahawa penghutang itu mungkin sudah lumpuh dan orang ini adalah saudara kepada seorang anggota polis. Oleh sebab itulah banyak mesin kuda di Sibu telah ditutup pada masa sekarang. Akan tetapi di kawasan lain masih beroperasi di seluruh Sarawak. Adakah ini menunjukkan samseng lebih berkuasa daripada polis? Rakyat di Sarawak meminta...
Minta laluan Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Bagi saya habis dahulu. Saya banyak lagi.
Sedikit sahaja.
Ada lapan minit sahaja.
Tidak apa, nanti dahulu.
Jadi Yang Berhormat Bintulu ada lapan minit. Diingatkan ada lapan minit sahaja lagi.
Tadi mereka kacau, tidak tambahkah? Rakyat di Sarawak meminta saya menyoal apakah rancangan dan tindakan disegerakan dari KDN untuk menyelesaikan mesin kuda bersama agensi-agensi kerajaan di Sarawak. Rakyat semua risau dan sudah tidak yakin polis akan memberikan protection kepada mereka. Jadi, apakah langkah-langkah dan tindakan segera Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang baru dalam menyelesaikan masalah ini supaya rakyat dan pelabur asing kembali yakin terhadap keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, isu media sosial ini sebelum atau pun ketika PRU ke-13 dan sekarang juga kita dapat melihat blog-blog, Twitter, Facebook dan lain-lain terdapat banyak
cyber trooper yang memberikan maklumat yang tidak nampak dalam dan semasa isu. Mereka twist and turn isu sebenar telah misleading, dengan izin rakyat. Ini menyebabkan rakyat menjadi huru-hara dan melahirkan rasa benci terhadap kerajaan terutama Barisan Nasional. Sesiapa yang menjawab secara neutral atau tidak menyokong pandangan mereka tersebut akan dimaki hamun dan serang atau keluarga tersayang turut dimarahi. Siapalah cyber trooper dan siapalah yang sponsor mereka ini? Selepas PRU-13, kita mendapat maklumat daripada Special Political Task Force (SPOT) adalah menunjukkan maklumat dalaman daripada DAP sebanyak 2,500 cyber trooper telah digunakan seperti “kolok” cuba membuktikan segala kekuatan cerita, kalau hitam jadi putih.
Ya, Yang Berhormat Seputeh bangun lagi.
Yang Berhormat ditipu oleh blogger dan cyber trooper UMNO. Mana ada.
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bintulu belum bagi lagi berucap.
Inilah masalah Yang Berhormat Seputeh. Selalu sendiri buat, lain orang yang salah.
Saya tidak ada masa untuk buat, tetapi Yang Berhormat Sri Gading juga pernah.
Dia kasi bersih dalam mana-mana kelemahan menggunakan cyber trooper ini.
Sendiri buat, sendiri tuduh orang.
Boleh tanya? Yang Berhormat Bintulu...
Sila, sila.
Yang Berhormat Bintulu, sedarkah bahawa cyber trooper yang dimaksudkan ini mungkin dia digelar Laskar Kacang Merah atau pun Red Bean Army yang dibiayai oleh Yang Berhormat Seputeh? Yang Berhormat Seputeh perancang dia. Antara lain dia menggunakan cyber trooper ini...
Sibuti di Sarawaklah.
Untuk cuba menghancurkan kepercayaan orang ramai kepada Kerajaan Barisan Nasional. Setujukah Yang Berhormat Bintulu?
Saya memang bersetuju...
Peraturan mesyuarat.
Memang rancangan dia ini.
Peraturan mesyuarat.
Nanti. Yang Berhormat Bintulu.
Kenapa saya ada cerita...
Yang Berhormat Bintulu, peraturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat.
Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan yang dikeluarkan...
Apa punya peraturan ini?
Peraturan mesyuarat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi kalau kita merujuk kepada 36(9), “Tidak boleh apa-apa rujukan dibuat semasa berdebat mengenai conduct or character mana-mana Ahli Yang Berhormat.” Ahli Yang Berhormat Kinabatangan dengan jelas membuat serangan atas character Yang Berhormat Seputeh dan perlu tarik balik dahulu.
Saya bukan sebut nama, saya sebut Yang Berhormat Seputeh. You tidak tahu, you duduklah.
Perkara 36(9) jelas Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Seputeh tuduh UMNO boleh.
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Seputeh duduk sekejap. Sila duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, ini sekali lagi peraturan mesyuarat...
Duduk, sila duduk.
Tarik balik.
Sila duduk, sila duduk.
Ini “black bean army” rupanya.
Yang Berhormat Seputeh, bila Speaker bercakap, Yang Berhormat Seputeh duduk, Yang Berhormat Bintulu duduk sekejap. Okey, Peraturan Mesyuarat 36(9). Memang tidak boleh menyentuh mana-mana Ahli tetapi saya anggap ini bukan satu perkara yang serius. Saya minta Yang Berhormat Bintulu teruskan. Tinggal lagi tiga minit sahaja.
Macam itu habislah.
Selepas ini Yang Berhormat Padang Serai hendak berucap.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya persoal ini kenapa saya setuju. Yang Berhormat Kinabatangan, kerana ini siapa sponsor cyber trooper ini, daripada SPOT ini, maklumat di web kita boleh dapat cari. Dia kata ini bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Selangor semasa dia Timbalan Menteri Besar ataupun Menteri Besar Kanan di negeri Selangor itu. Kalau kita kiralah Tuan Yang di-Pertua, kalau kita kira 2,500 orang, seorang RM3,000. Sebulan pun RM7.5 juta... [Ketawa] Kalau kita kira average, dengan izin...
Ini hanya Yang Berhormat Bintulu mampu bayar.
Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh. Tidak boleh buat macam ini, Yang Berhormat Seputeh.
Kalau RM5,000, kalau sebulan pun mahu RM12.5 juta. Saya mahu bertanya kepada Dewan yang mulia ini.
Bukti ini dapat dari Utusan, kah? Bukti ini dari Utusan Malaysia?
Ini hari-hari kita kata, kita kata Barisan Nasional membuang rakyat punya wang. Saya mahu tanya di Dewan yang mulia ini, kalau ini betul-betul apa ditulis dalam web, ini wang dia sponsor kepada cyber trooper, ini wang daripada kedua-dua kerajaan ini...
Penjelasan, Yang Berhormat.
...Kerajaan Negeri Selangor ataupun Pulau Pinang.
Web yang disebut, apa nama dia, Yang Berhormat?
Itu wang rakyatkah?
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Bintulu sudah tidak ada masa. Sila gulung.
Bukti, bukti. Bukti Barisan Nasional menyeleweng ada pada Ketua Audit Negara.
Itu memang ada bukti kalau mahu. Apa pasal kita selalu cerita dia kata, kita semua tiada bukti.
Tunjuklah bukti di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat.
Tidak apa. Boleh! Nanti keluar Dewan saya tunjuk.
Bukti mana? Tunjuk sini!
[Menyampuk]
Mana bukti? Bukti dari Utusan Malaysia.
Yang Berhormat Bintulu kena tipulah.
Itu taskforce sana...
Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah, dan Yang Berhormat Seputeh, tidak bolehlah macam ini. Peraturan Mesyuarat 35(1).
Ini dia tidak faham ini. Inilah masalah daripada pembangkang. Selalu twist u-turn. Kalau dia buat salah, memang patah balik. Kata semua orang salah, cuma mereka tidak buat salah.
Masalah Barisan Nasional tidak buat homework.
Yang Berhormat Batu Kawan pun sama ya.
Sekarang saya punya floorkah Yang Berhormat Batu Kawan punya floor? Kalau tidak pandai, minta Yang Berhormat Bandar Kuching. Hari ini dia ada. Minta dia ajar sikit, baru bangun... [Ketawa]
Yang Berhormat Bintulu, sila gulung. Habis masa sudah. Sila gulung.
Sudah habis masa. Topik tidak boleh dapat masuk lagi...
[Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya ‘digulung’, last... [Ketawa] Last ini mengenai UEC ini. Ini sekolah menengah persendirian (UEC). Dong Zhong ini selalu lawan tidak ada apa-apa pengalaman ataupun tiada apa- apa idea untuk menyelesaikan isu UEC ini. Kalau boleh saya minta Dong Zhong kalau kita
sudah tiada idea, bolehlah bersara. Bagilah peluang lain-lain orang siapa berminat dalam sektor pendidikan untuk generasi akan datang. Dalam masa sekarang kita boleh nampak, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun menunjukkan sikap yang positif dan keterbukaan dalam dasar-dasar pendidikan. Akan tetapi masalah kita dalam Dong Zhong ambil itu platform untuk mempolitikkan. Dalam platform itu dia minta..., bukan hendak minta menambahbaikkan pendidikan tetapi hendak platform itu minta rakyat sokong pembangkang, undi pembangkang kalau boleh. Tuan Yang di-Pertua, saya minta ini kalilah...
Duduklah!
Ubahlah sikap Dong Zhong kita. Jangan ikut pembangkang.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai juga selama 30 minit.
Terima kasih. Terima kasih.
Mic!
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam negara Demokrasi Berparlimen, mana-mana sahaja, kita mempunyai hak untuk memuji Titah Diraja dan kita mempunyai hak untuk mengkritik dan menganalisis Titah Diraja. Pada permulaan sesi ini, banyak kontroversi yang timbul disebabkan hal ini dan saya ingin memberi penerangan supaya ini tidak ditimbulkan lagi pada sesi yang akan datang kerana ia percubaan untuk mengelirukan rakyat...
[Menyampuk]
Apa ni!
Soalnya Tuan Yang di- Pertua, siapakah yang bertanggungjawab untuk Titah Diraja, dan saya membaca daripada, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, An Introduction to the Constitution of Malaya (Malaysia) oleh Tun Mohamed Suffian bin Hashim iaitu bekas Lord President negara kita. Beliau menyatakan dengan begitu jelas berbunyi, “Yang di-Pertuan Agong on formal location such as the Opening of Parliament, addresses Parliament by reading the policies speech of the government of the day”. Ini Tun Suffian. Akan tetapi persepsi yang amat tidak baik, Tuan Yang di-Pertua telah diberikan oleh pemimpin Barisan Nasional dan juga wakil rakyat mereka bahawa dengan menyoal, mendebat dan menyatakan bahawa Titah Diraja itu adalah tanggungjawab Barisan Nasional, maka pembangkang itu tidak taat kepada Raja. Ini adalah salah satu tohmahan yang amat serius dan mengelirukan rakyat. Saya juga merujuk kepada Wade and Bradley fascicle classic text, dengan izin, Constitutional Law di mana dinyatakan seperti berikut, “The speech for which the Cabinet is responsible, announces in outline the government’s plan for the principle business of the session”, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi bermakna Tuan Yang di-Pertua, langsung tidak ada isu mengenai siapakah yang bertanggungjawab bagi Titah Diraja dan ini adalah cara di negara Demokrasi Berparlimen dan ini perlu difahami. Yang menakjubkan adalah, inilah sistem yang kita telah
amalkan sejak tahun 1959 lagi, sejak Parlimen pertama, sejak Yang di-Pertuan Agong yang pertama, memberi Titah Diraja yang pertama pada 12 September 1959. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai Titah Diraja yang telah dibacakan. Sepatutnya kandungan Titah Diraja adalah mengenai polisi, pelan dan rancangan kerajaan bagi sesi yang akan datang, bagi tahun yang akan datang dengan izin, legislative program. Akan tetapi apabila kita melihat Titah Diraja kali ini, ia mengandungi kebanyakannya kritikan tersirat terhadap pembangkang dan melaung-laungkan pencapaian Kerajaan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah tujuan...
Minta penjelasan.
Ini bukanlah tujuan.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Titah Diraja. Silakan.
Yang Berhormat Padang Serai, setujukah Yang Berhormat Padang Serai kalau saya katakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga membuat perkara yang sama iaitu mengarang teks untuk Tuan Yang Terutama Tun dan dibaca oleh Tuan Yang Terutama Tun.
Di mana teks itu juga menerangkan tentang segala yang telah dibuat oleh kerajaan DAP di sana dan juga memberikan kata-kata sinis kepada kerajaan pembangkang Barisan Nasional. Jadi Yang Berhormat Padang Serai setujukah bahawa apa Yang Berhormat Padang Serai sebutkan tadi juga perkara yang dilakukan sendiri oleh Pakatan Rakyat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, jawapannya mudah sahaja. Apa yang dikatakan tadi, saya percaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak meletakkan di dalam Titah Diraja isu-isu yang amat kontroversi di negara seperti keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di mana Kerajaan Barisan Nasional memasukkan itu juga di Titah Diraja dan menimbulkan isu itu dan meminta semua rakyat untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia tidak betul! Langsung tidak menuruti prosedur dan tradisi demokrasi berparlimen untuk memasukkan perkara yang kontroversi ke dalam Titah Diraja. Ini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua adalah basic, basic.
Apa itu?... Minta sedikit, boleh? Minta laluan.
Ya, sila Yang Berhormat Padang Besar.
Selepas ini.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Tidak diberi laluan.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Saya tidak beri laluan. Baca Peraturan Mesyuarat, saya tidak bagi laluan.
Tidak bagi laluan, sila duduk.
Sedikit, sedikit, sedikit.
Baca peraturan mesyuarat, saya tidak beri laluan.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Selepas ini, selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai kandungan Titah Diraja, saya sebelum dicelah tadi menyatakan mengenai kandungan iaitu, Program Legislatif dan sebagainya. Ia bukan apa yang dilakukan dan ini juga jelas. Sebentar tadi saya baca bahawa mesti ada Legislative Program bagi tahun yang akan datang. Kalau kita lihat Titah Diraja dan ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana ini adalah outline program untuk membolehkan kita di Dewan yang Mulia ini untuk mengkritik, menganalisis dan berdebat mengenai pelan kerajaan untuk tahun yang akan datang. Ini adalah basis demokrasi kita. Jika tidak ada fakta di dalam Titah Diraja, jika kerajaan tidak menyatakan apakah itu bil-bil dan sebagainya secara outline, dengan izin, secara outline yang akan dibawa, bagaimana kita hendak menjalankan satu perdebatan yang bermakna? Ini adalah sesuatu yang tidak baik untuk demokrasi kita. Saya juga ingin merujuk kepada Titah Diraja yang pertama oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, daripada Hansard 12 September 1959, sebab selepas Merdeka, Legislative Council, dengan izin, masih ada sehingga Jun 1959. Selepas itu Titah Diraja pertama pada 12 September 1959, dengan izin, saya baca daripada Hansard, ini yang dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong, “The formal statement of the future policies and objective of our government made by us as the Head of State in the presents of all members of legislative authority”. Jelas, apakah yang future? Jadi kalau kita banding dengan di Westminster’s Queen’ Speech, May 2013, hampir 30 item individu iaitu bil untuk ini, bil untuk perubahan ini, bil untuk membawa..., banyak yang telah disenaraikan. Itu yang perlu dibuat. Saya timbulkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua supaya ada perubahan, supaya perkara ini direkodkan di Hansard, supaya Menteri yang tidak ada pada petang ini, supaya Menteri Kabinet mengambil notis, supaya perkara ini tidak berulang, kerana seperti saya kata, ia adalah tanggungjawab Kabinet. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Diraja saya sentuh sekarang mengenai perkara penting yang tidak disebut di dalam Titah Diraja. Di dalam Titah Diraja kita sebenarnya mahu lihat, apakah tindakan yang akan diambil mengenai satu isu yang begitu merunsingkan dan telah mengecewakan rakyat negara ini. Itu adalah isu mati dalam tahanan polis atau mati di lokap. Saya lihat bahawa langsung tidak ada sebut menyebut mengenai perkara itu oleh pihak kerajaan, tidak ada jawapan. Kita semua mengharapkan bahawa IPCMC akan ditubuhkan. Sekali lagi tidak ada apa-apa yang dinyatakan di dalam Titah Diraja mengenai IPCMC.
Penjelasan, penjelasan, penjelasan. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai tahu atau tidak...
Ya, Yang Berhormat Tasik Gelugor. Sekejap, Yang Berhormat Tasik Gelugor sekejap.
Sebentar tadi sudah minta celah.
Duduk, duduk, duduk.
Okay, Tuan Yang di-Pertua minta laluan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Peraturan Mesyuarat 35, sekejap, Yang Berhormat Padang Serai hendak bagi laluankah Yang Berhormat Tasek Gelugor?
Tidak, tidak. Tidak beri lagi, sekali.
Oh!
Sila.
Okey, jadi Tuan Yang di- Pertua mengenai isu tahanan mati dalam tahanan di lokap, saya ingin dengan segera menyatakan kepentingan saya walaupun kes-kes ini saya ambil secara semberono,
bahawa saya adalah peguam di dalam kes Kugan. Itu adalah kepentingan saya dan saya menyatakannya.
[Dewan riuh]
Mahkamah punya hal mana boleh berbincang dalam Dewan!
Sudah keputusan, dengar dahulu
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jadi Tuan Yang di-Pertua, di dalam, ucapan tidak disebut tetapi beberapa hari yang lalu, keputusan yang jelas telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menyatakan bahawa Ketua Polis Negara terlibat di dalam menutup kes Kugan. Ini bukan saya kata, walaupun saya kata begitu sejak tahun 2009, akhirnya Hakim Mahkamah Tinggi pun menyatakannya selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi dan juga Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa Ketua Polis Negara dan anggota tinggi di PDRM terlibat di dalam dengan izin Tuan Yang di- Pertua, misfeasance in public office. Apa makna itu? Maknanya...
Point of order, point of order.
Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, Isu ini masih di mahkamah sebab kerajaan ada lagi usul untuk diambil. Sebagai seorang peguam, dia tidak boleh bawa usul ini sebab dia prejudis dan tidak boleh harus diberhentikan. Subjudis! Suruh dia berhenti, jangan beri dia berucap lagi!
Kes ini sudah selesaikah, atau masih dalam rayuan?
Sudah selesai semuanya.
Ya? Dua- dua..
Tuan Yang di-Pertua, isu ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah. Saya hanya menyentuh mengenai keputusan mahkamah, itu sahaja. Sudah diputuskan.
Kes dalam rayuanlah.
Sekejap, sekejap ya. Yang Berhormat Padang Serai kalau mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) ini memang jelas menyatakan bahawa tidak boleh membincangkan perkara-perkara yang masih lagi dalam pertimbangan mahkamah.
[Dewan riuh]
[Bangun]
Yang Berhormat Batu sekejap Yang Berhormat Batu, saya belum habis lagi Yang Berhormat Batu.
Ya.
Sekejap Yang Berhormat Batu. Peraturan Mesyuarat 35(1), tunggulah dahulu. Berilah saya jawab dahulu. Saya difahamkan kes ini telah dibuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi lagi. Saya nasihatkan kepada Yang Berhormat Padang Serai sila beralih kepada tajuk yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh dapat penjelasan bila kerajaan buat rayuan? Kalau mengikut bacaan berita, mereka hanya consider to review. Saya ingin tahu sama ada sudah buat rayuan atau sedang pertimbangkan untuk buat rayuan? Ini kerana saya ingin dapat penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Batu. Okey Yang Berhormat Batu. Sementara saya mendapat pengesahan saya
minta Yang Berhormat Padang Serai sila ubah kepada tajuk yang lain sehingga saya dapat ruling. Sila.
Tuan Yang di-Pertua saya hanya hendak tambah bahawa isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu tadi memang tidak ada apa-apa pengumuman bahawa rayuan telah dibuat. Walau bagaimanapun, isu bahawa rayuan telah dibuat ataupun bahawa perkara ini adalah subjudis tidak timbul. Disebabkan apa?
[Dewan riuh]
Nanti dulu, disebabkan...
Ini Yang Berhormat Padang Serai, saya sudah beritahu tadi, saya akan buat ruling setelah saya dapat pengesahan. Jadi sila beralih pada tajuk yang lain dahulu.
Ya.
Ya.
Dia mahu ajar itu sama Speaker, mana boleh!
Saya tahu Tuan Yang di- Pertua telah menyatakan hendak dapat pengesahan. Saya hanya hendak sebut bahawa selagi fakta kes tidak disebut, saya tidak masuk kepada fakta kes, hanya keputusan sahaja, ada berlainan. Bukan kita sedang berbincang kes yang sedang separuh bicara, bukan Tuan Yang di-Pertua...
Tidak boleh!
Tidak faham undang- undang. Selama 20 tahun saya mengamalkan sebagai peguam, saya tahu. Tidak faham undang-undang ini.
Di mahkamah you boleh buat, ini Dewan Rakyat, ini bukan mahkamah, tahu tak?
Tuan Yang di-Pertua, tentang isu subjudis ini Tuan Yang di-Pertua, hanya jika ada rayuan secara...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dengarlah dulu, you tak pernah pergi mahkamah, diamlah.
Yang Berhormat Sepang, saya dah putuskan tadi Yang Berhormat Sepang. Duduk dulu Yang Berhormat Sepang, duduk dulu. Saya dah putuskan tadi bahawa saya akan membuat ruling setelah saya mendapat pengesahan. Jadi, saya dah cadangkan kepada Yang Berhormat Padang Serai beralih kepada tajuk yang lain.
Okey.
Yang Berhormat Padang Serai, minta laluan sikit.
Yang Berhormat Padang Serai, Sepang sini. Apabila tidak ada ruling secara spesifik daripada Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya tidak dilarang oleh pihak...
Tuan Yang di-Pertua sudah ruling...
Diamlah.
Yang Berhormat Sepang, saya faham Yang Berhormat Sepang.
Saya boleh quote, saya boleh quote. Kes mahkamah iaitu kes SYABAS lawan dengan Ahmad Lutfi Othman, mahkamah
telah putuskan apa di mana sub-judice. Saya tahu di mana kes itu sebab saya mengendalikan kes itu. Mahkamah telah memberikan definisi sub-judice.
Tuan Yang di-Pertua tak bagi, berhentilah.
Dalam kes ini, apabila mahkamah telah buat keputusan Tuan Yang di-Pertua, dan tidak ada rayuan secara rasmi, dia bukan sub-judice, kes itu dah....
Tuan Yang di-Pertua tak bagi bercakap, cukuplah, berhentilah.
Saya rasa pihak Yang Berhormat Padang Serai boleh menyentuh tentang penghakiman itu. Ini adalah kaedah undang- undang. Orang yang tak belajar undang-undang jangan cakaplah, diamlah.
Okey Yang Berhormat Padang Serai, sila beralih ke tajuk yang lain.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai nak beralih ke tajuk yang lain. Nanti saya buat ruling.
Tak apa, saya pun nak masuk sikit sahajalah Tuan Yang di-Pertua.
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, saya faham.
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Saya faham. Tak payah campur Yang Berhormat Shah Alam. Sila teruskan Yang Berhormat Padang Serai.
Dia dah beri floor. Yang Berhormat Padang Serai beri saya floor, dia beri laluan kepada saya.
Isu yang sama?
Lebih kurang samalah.
Tak payalah Yang Berhormat Shah Alam, tak payah.
Dengarlah dulu.
Saya ingatkan Yang Berhormat Padang Serai ini ada lebih kurang lima belas minit lagi masa dia.
Dengarlah dulu Tuan Yang di- Pertua, dengarlah dulu. Dengarlah dulu Tuan Yang di-Pertua.
Isu yang sama tak payahlah Yang Berhormat Shah Alam.
Hampir sama. Baik, saya hanya nak sebut di sini bagi pihak Yang Berhormat Padang Serai lah. Kita lihat reaksi Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional nampak gaya mereka memang tidak boleh menerima hakikat bahawa satu kesalahan yang telah berlaku. Berdasarkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen-Ahli Parlimen yang tak tahu beza di antara prejudis dan sub-judice dan ‘jaundis’. [Ketawa] Maka ianya tidaklah satu perkara yang menghairankan. Saya rasa persoalan ini memang jelas, kesilapan telah dilakukan dan selagi mana isu ini tidak dibawa dan tidak lagi ada rayuan secara rasmi dibawa, ianya tetap boleh dibahas. Akan tetapi oleh kerana pihak Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tak sanggup nak dengar fakta-fakta dan kegagalan pihak Menteri Dalam Negari untuk menjamin keselamatan rakyat dan juga banduan dalam penjara, maka inilah respons mereka. Terima kasih.
Sudahlah Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah. Okey, sila Yang Berhormat Padang Serai. Saya ingatkan ada sepuluh minit lagi Yang Berhormat Padang Serai, beralih kepada tajuk yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu ini juga saya di hari ini meminta supaya Menteri Dalam Negeri tidak meneruskan dengan cadangan untuk merayu kes di dalam kes Kugan ini kerana... [Dewan riuh] Itu bukan sub-judice kerana keluarga telah melalui sengsara yang begitu besar dan kalau itu rancangan kerajaan, saya harap bahawa apabila Menteri menjawab pada minggu depan, keputusannya adalah untuk tidak merayu. Seperti kata Yang Berhormat Shah Alam tadi, mengaku apabila satu kesalahan telah dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, laluan.
Saya juga ingin menambah bahawa beberapa hari yang lalu, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan bahawa hanya dua kes, Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan, laluan. Yang Berhormat Padang Serai cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang akan datang.
Saya tak cakap lagi pasal itu. Saya dah beralih kepada perkara lain.
Yang Berhormat Padang Serai, sekejap ya. Saya dah bagi tahu tadi Yang Berhormat Padang Serai, saya nasihatkan supaya beralih isu yang lain. Saya akan buat ruling tapi tak payahlah panjang-panjangkan lagi isu yang berkaitan. Okey?
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Lagi sembilan minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lagi teruskan mengenai isu keputusan mahkamah tetapi secara general isu mati dalam tahanan. Atas isu yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri beberapa hari yang lalu bahawa hanya dua kes mati dalam tahanan disebabkan serangan oleh polis. Akan tetapi yang lain semua disebabkan kesihatan, disebabkan gantung diri. Begitu banyak gantung diri dan sebagainya. Saya nak ulas mengenai itu, berdebat mengenai itu iaitu apabila dinyatakan sebab kesihatan, apabila kes Dharmindran baru-baru ini terjadi, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan dengan segera menyatakan bahawa Dharmindran mati disebabkan breathing difficulties atau kesesakan bernafas tetapi kita tahu itu adalah satu kenyataan palsu. Selepas itu kita mendapat laporan post mortem yang jelas menyatakan bahawa Dharmindran bukan sahaja diseksa sampai mati tetapi kedua-dua telinganya distapler. Ini yang dilakukan tetapi reaksi pertama PDRM adalah untuk menafikan dan kata health reasons. Kes Kugan pun sama, tidak mengaku malah mengatakan beliau minum segelas air dan jatuh. Jadi, apa yang saya ingin nyatakan di sini, apabila Menteri Dalam Negeri menyatakan hanya dua kes yang disebabkan oleh salah laku polis dan yang lain semua health reasons, kita tidak boleh percaya statistik itu. Ini kerana reaksi pertama anggota tertinggi polis adalah untuk menutup kes. Itu jelas daripada kes Dharmindran, jelas daripada kes Kugan dan tergamak Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa semua kes lain adalah health issue. Ini tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya sekali lagi berharap bahawa kerajaan mengubah rancangan mereka untuk tidak menubuhkan IPCMC dan bergantung kepada EAIC dan sebagainya serta pada kadar segera menubuhkan IPCMC kerana ini melibatkan nyawa rakyat. Itu perlu diingati, nyawa rakyat dan hari ini saya nak beritahu juga Tuan Yang di-Pertua, bahawa kesengsaraan setiap keluarga orang yang mati dalam tahanan polis, mungkin kebanyakan Yang Berhormat di sini tidak tahu tetapi saya tahu. Ia adalah satu kesengsaraan dan kesakitan yang amat sangat. Lebih teruk daripada tahanan yang diseksa sampai mati seperti Kugan dan Dharmindran. Jadi, kita perlu mengambil serius perkara ini tak kira
daripada belah mana dan pastikan bahawa sesuatu yang efektif dilakukan untuk memberhentikan gejala pembunuhan di dalam tahanan polis oleh anggota polis. Saya meneruskan kepada isu yang lain Tuan Yang di-Pertua iaitu saya hendak menimbulkan satu lagi perkara yang kita harap akan dinyatakan di dalam Titah Diraja tetapi tidak dinyatakan iaitu proses pendemokrasian dan mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip atas mana negara kita telah dimulakan pada tahun 1957. Tidak ada apa-apa mengenai pendemokrasian dalam Titah Diraja. Visi negara yang bebas, yang mengamalkan rule of law, malangnya kita telah menyimpang daripada apa yang dijanjikan kepada rakyat negara ini dalam tahun 1957. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya meminta izin membaca sedikit sahaja daripada Titah Diraja yang pertama pada sesi Parlimen yang pertama negara kita, 12 September 1959 oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Saya baca sedikit, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan dokumen ini atau Titah Diraja pertama ini adalah begitu penting dan saya harap ia akan sekali lagi bergema di dalam Dewan yang mulia ini. “It is the product of many minds working with the common aim to evolve a basic charter for this new Malayan Nation of ours. A charter of our firm faith in the concepts and traditions of Parliamentary democracy and finally, and most important of all, a charter of our common believe that certain fundamental liberties are essential to the dignity and self respect of man”. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan Declaration of Independent of the United States, ini adalah Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang telah dilupakan di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk 55 tahun yang lalu. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, these fundamental liberties are written into our Constitution that includes the liberty and equality of persons under the law, the basic freedom of speech and the freedom of worship.
Ini penting Tuan Yang di-Pertua iaitu, “Therefore we wish all our subjects on this historic day to know and understand that the Constitution of the Federation of Malaya, our charter of rights and liberties is now finally and completely in operation”. Tuan Yang di-Pertua, ini perkataan yang dikeluarkan pada tarikh permulaan negara kita sebagai negara yang bebas iaitu tahun 1959. Apa yang telah jadi selepas itu? Freedom of speech dinyatakan di sini. Selepas itu pihak pembangkang dan sesiapa yang tidak sehaluan dengan kerajaan ini seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Marang pagi tadi tidak diberi apa-apa akses kepada media. Dari dahulu sampai sekarang tidak ada akses kepada media radio, tidak ada akses kepada media televisyen, tidak ada akses kepada media surat khabar yang bercetak sampai hari ini. Masalah ini bukan yang baru. Masalah ini telah mula tahun 1960 pun sama juga. Kita lihat pemimpin pembangkang membuat ucapan yang sama di Dewan Rakyat pada masa itu meminta untuk hak supaya pembangkang diberi peluang bercakap di dalam radio Malaya. Mengapa Kerajaan Barisan Nasional begitu takut sehingga hari ini suara kita, imej kita dilarang daripada media elektronik dan cetak negara kita? [Tepuk] Tiada jawapan apa- apa kepada soalan ini Tuan Yang di-Pertua kerana ia tidak boleh dijawab. Saya harap bahawa selepas ini kita kembali kepada visi negara ini yang diucap oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Dari segi itu pagi tadi Yang Berhormat Kluang telah menyentuh mengenai reform the Parliament. Ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Kita perlu kembali kepada tradisi Demokrasi Berparlimen – tradition of Parliamentary Democracy. Ia bermakna untuk membawa kembali the parliamentary spirit ataupun semangat Parlimen bermakna apa dia? Bermakna memberi kepada pembangkang hak untuk bersuara di dua tempat iaitu di Parlimen dan di negara. Dua-dua ini amat penting. Kalau kita lihat di Parlimen, banyak masalah di mana suara dan perdebatan yang efektif tidak boleh dilakukan. Soalan terpaksa diberi 14 hari sebelum sesi persidangan. Bermakna soalan itu menjadi tidak konklusif...
Penjelasan.
Keduanya, opposition..
Penjelasan boleh? Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tidak ada masa lagi. Maaf, tidak ada masa lagi.
Sedikit sahaja. Pendek sahaja.
Tidak ada masa lagi. Maaf. Kalau tidak saya benarkan. Tidak ada masa lagi.
Saya kurang faham. Hendak penjelasan sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, keduanya opposition is..
Minta kebebasan.
Di Westminster 20 hari pembangkang diberi ataupun 20 opposition days. Langsung tidak ada di sini.
Yang Berhormat Padang Serai, kebebasan hendak bersuara.
Seluruh program ditetapkan oleh kerajaan dan kita tidak diberi apa-apa insurans. Itu yang kedua.
Saya tidak dapat kebebasan bersuara ini [Ketawa]
Ketiganya, Jawatankuasa Pilihan atau Select Committee. Sistem ini perlu digunakan dengan cara yang betul. Di Westminster sejak tahun 1979 setiap government department ada satu Jawatankuasa Pilihan. Di sini tidak ada dan itulah caranya untuk kita menyelidik dan pastikan bahawa perbelanjaan dan polisi setiap kementerian dilakukan secara betul. Terima kasih. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, adalah saya kata bukan sahaja di Parlimen tetapi di negara juga. Di negara kebebasan bersuara saya sudah sentuh mengenai akses kepada media yang amat penting tetapi juga hak untuk berhimpun dan hak untuk bersuara amat penting...
Saya hendak minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Serai.
Satu minit, mana ada masa.
Ini Yang Berhormat Tasek Gelugor sekali lagi.
Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja.
Tidak diberi laluan. Sila duduk.
Hak untuk bersuara iaitu di bawah Akta Hasutan 1948, hak bersuara pembangkang termasuk Wakil Rakyat Pembangkang..
Pulau Pinang Utusan menggunakan..
..Disekat di negara dengan menggunakan Akta Hasutan sehingga kita ditangkap, dituduh. Yang Berhormat Batu dituduh dan beberapa orang lagi Wakil Rakyat Pembangkang dituduh semata-mata kerana menyuarakan..
Pulau Pinang ada Utusan tidak dapat masuk buat liputan. Jawab!
..Bagi rakyat di negara. Itu yang saya kata kita perlu kembali kepada parliamentary spirit seperti yang dinyatakan di dalam Titah Diraja yang pertama.
Hendak penjelasan sedikit.
Sila gulung.
Tuan Yang di-Pertua, ada kekeliruan sedikit. Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Apabila saya kata, parliamentary spirit..
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit. Yang Berhormat Padang Serai tolong bagi sedikit. Sedikit penjelasan.
No, baca peraturan mesyuarat. Saya ada satu minit. Baca peraturan mesyuarat.
Saya minta ini. Saya minta kebenaran.
Tidak boleh cakap. You baru atau lama, saya tidak tahu tetapi you baca peraturan mesyuarat.
Tidak boleh bercakap tidak ada kebebasan bersuara, cannot talk. Saya tidak boleh bercakap. Tidak ada kebebasanlah.
Kalau saya tidak bagi laluan you kena duduk. Terima kasih. Juga saya hendak nyatakan bahawa masalah yang kita..
Habiskan ayat.
Ya. Jadi Tuan Yang di- Pertua saya meminta supaya kembali kepada visi yang kita ada pada permulaan pada masa negara kita merdeka seperti yang dikatakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Saya rasa sesiapa pun tidak akan bantah kepada perkataan-perkataan tersebut dan saya harap bahawa kita boleh selepas itu menjadikan negara ini benar-benar demokrasi dan satu negara yang boleh kita semua banggakan kerana demokrasi kita.
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit. Saya hendak menyokong Yang Berhormat Padang Serai sahaja. Boleh ya?
Terima kasih. Habis. Speech saya habis.
Tuan Yang di-Pertua..
Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Padang Serai sudah habis ucapan perbahasan.
Minta dia adil kepada Utusan. Bagi Utusan boleh buat juga kebebasannya.
Suruh gulung.
Yang Berhormat Tasek Gelugor, sila duduk. Saya hendak bagi ruling tadi ya. Yang Berhormat Padang Serai sudah habis ucapan bukan? Sudah habis. Terima kasih. Kes Kugan ini telah diputuskan pada 26 Jun dan kita merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(1) dan 36(2) kerana hak untuk membuat rayuan adalah 30 hari daripada tarikh keputusan dan saya berpendapat kes Kugan adalah tidak boleh dibicarakan, tidak boleh dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(2), “Tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya sekira-kira pada timbangan
pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu”. Jadi terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.
Peraturan mesyuarat. Ruling itu tidak menyentuh sama ada kerajaan sudah buat rayuan atau tidak. Kita tidak boleh buat andaian Peraturan Mesyuarat 36(2) ruling itu tidak boleh menyentuh sesuatu yang belum lagi berlaku. Saya agak... Bukan saya hendak apa tetapi saya hanya ingin dapatkan penjelasan bahawa kerajaan sudah buat atau belum? Kalau belum ruling itu adalah tidak menyentuh sesuatu yang berlaku.
Okey Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sepang, saya sudah buat ruling tadi, sub-judice tidak boleh diperbahaskan atau disentuh di dalam perbahasan kita. Jadi sudahlah.
Minta penjelasan. Tuan Yang di- Pertua..
Yang Berhormat Sepang, saya harap Yang Berhormat Sepang patuh kepada keputusan saya. Keputusan pengerusi adalah muktamad ya. Sila Yang Berhormat Sipitang.
Minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua. Minta penjelasan tidak boleh kah?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mukadimah ungkapan perbahasan pada petang hari yang indah ini marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi nafas dan kesempatan untuk sekali lagi hadir di Dewan yang mulia ini pada penggal yang baru bersama-sama dengan muka-muka baru yang pastinya membawa bersama mereka harapan yang baru. Pertamanya saya merafakkan sembah dan menyanjung kasih Ke Bawah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Diraja ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas pada hari Selasa yang lepas bersamaan 25 Jun 2013. Sesungguhnya Titah Ucapan Diraja itu memberi pedoman yang menyentuhi memenuhi perjalanan kita, mengharungi dan mendepani cabaran dalam meniti perjalanan bangsa ke hadapan yang penuh tidak ketentuan. Seri Paduka yang bertitah menyeru rakyat supaya membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman dan mengeratkan perpaduan hendaknya menginsafkan sekalian rakyat dari segenap bangsa di seluruh tanah air kita dari Perlis hinggalah ke Sabah.
Saya yakin lagi percaya amanat Seri Paduka Baginda mendasari perjalanan hidup kita menggapai mercu kejayaan dengan kemudi bahtera pimpinan yang bijaksana dan beriman, insya-Allah. Semestinya kita mampu mencipta landasan baru dalam menyongsong masa depan negara yang lebih sejahtera dan maju.
Penjelasan.
Yang Berhormat Tuaran sudah bangun ini, baru mula sudah bangun ini.
Baru mukadimah tidak payahlah.
Pendek sahaja, pendek sahaja penjelasannya, pendek sahaja, pendek sahaja.
Saya teruskanlah. Alhamdulillah, pada saat ini pun negara kita sedang meluncur laju ke atas landasan stabil menuju status negara maju berpendapatan tinggi yang telah ditentukan garis sasarannya pada 2020 iaitu kurang tujuh tahun dari sekarang. Untuk itu marilah kita sama-sama menghayati jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ketika menjawab pertanyaan di Dewan yang mulia ini pada ketika persidangan yang secara berterus-terang menyatakan bahawa penerimaan
secara muktamad keputusan PRU-13 menjadi premis utama ke arah mencapai matlamat pendamaian nasional. Sesungguhnya usaha mencapai pendamaian nasional ini menuntut sikap keterbukaan antara kita dengan dada terbuka dan hati yang ikhlas untuk sedia bersatu, tidak mencipta persepsi negatif sehingga merobohkan asas yang telah dibangunkan. Memang mudah untuk merobek perpaduan yang sedia wujud hanya dengan ungkapan dan kata-kata nista tetapi untuk membina semula bukanlah suatu yang mudah. Ketua Pembangkang dan pimpinan sewaktu PRU-13 yang lepas menjelajah seluruh pelosok bumi Sabah, menjerit dan menyanyi di pentas terbuka, mengutuk dan mengkritik kerajaan dan seluruh pimpinan kononnya semua sudah dibuat oleh kerajaan tidak baik dan perbuatan itu telah menyemai benih-benih perpecahan dalam kemajmukan rakyat. Namun rakyat Sabah nyata tetap bersama Barisan Nasional dan Barisan Nasional tetap. tegap dan tidak mudah digoyang-goyang. Kalau Ketua Pembangkang bebas menyanyi lagu goyang-goyang saya pulangkan lagu itu kepadanya di Dewan yang mulia ini, tetapi dia tidak ada. “Tanya sama pokok kenapa pokok goyang, kita tetap jawab Sabah tetap tegap tidak goyang, kalau pokok goyang mesti ada musang, BN sudah menang pusing kepala pembangkang.”
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ketiga Belas ini memancarkan kilauan demokrasi segar dan bugar. Jajaran pohon-pohon demokrasi yang subur itu telah membentuk satu garisan yang cukup nyata membahagikan angka 222 kerusi Parlimen dengan 133 barisan kerajaan dan 89 di sebelah pembangkang. Itulah manifestasi dan realiti ketulusan sistem Pilihan Raya Umum Ketiga Belas yang baru sahaja dilepasi yang mengangkat bersama-sama parti kerajaan dan pembangkang ke dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru demikian tidak harus lagi ada rasa prejudis daripada agas-agas politik walau sedikit pun walau dengan apa alasan sedikit pun. Maka dengan itu, dengan kesempatan ruang dan masa yang terhad ini kita mahu menitipkan rasa harapan setulusnya agar jangan ada lagi juak-juak politik yang cuba memanipulasi apa-apa situasi yang cuba untuk mengubah persepsi dengan mengatur demonstrasi-demonstrasi sebaliknya marilah kita sama-sama menumpukan konsentrasi membina perpaduan untuk memupuk kesatuan bagi mencipta kejayaan bersama, kejayaan untuk kita dan generasi masa depan kita. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggalas tugas mereka dengan penuh kredibiliti lagi telus dan mengurus mengikut sistem perundangan yang lurus biarpun dicemuh dan dikritik dari kiri dan kanan. Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai sebuah entiti bebas sesungguhnya sudah membuktikan kebebasan itu secara mutlak tanpa berpihak atau berpartisan dalam menegakkan hak dan kehendak suara rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kami dari Sabah di seberang Laut China Selatan bersama- sama rakan dari Sarawak, Bumi Kenyalang menghargai dukungan dan keprihatinan Kerajaan Pusat dalam menggerakkan pembangunan negeri kami. [Tepuk] Sesungguhnya kami perlu mengatur langkah yang lebih cepat untuk mengejar kemajuan yang dicapai di negeri-negeri di Tanah Semenanjung.
[Bangun] Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sipitang.
Yang Berhormat Shah Alam bangun. Hendak bagi laluan?
Tidak bagilah.
Tidak bagi? Tidak apalah.
Tidak bagi.
Fasal ada banyak benda yang cakap tidak betul. Mana hendak bagi.
Dengan adanya hubungan antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, sudah tentu mudah bagi Barisan Nasional membawa misi besar, mentransformasi pembangunan bangsa agar bila tiba 2020 nanti seluruh tanah air kita khasnya di Sabah sama-sama dapat membangun ekonomi yang kuat dan berkeadilan demokrasi yang stabil, berkualiti serta peradaban bangsa yang maju dan unggul. Terpenting di persada politik kami rasa tersanjung dengan penghormatan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tidak mengabaikan suara orang Sabah dan Sarawak dalam PRU-13 yang lepas lalu memberikan amanah dan tanggungjawab kepada ramai wakil-wakil kami membarisi Kabinet memegang portfolio yang baik-baik dan yang hebat-hebat. Semua ini menjadi nyata dan bukan retorik lagi. Kerana adanya hubungan erat antara pimpinan yang sering mengerti dan memahami keperluan antara satu dengan yang lain tentang makna kebergantungan dan istilah menang-menang atau win-win situation, dengan izin. Dalam lima tahun ke depan ini tumpuan hendaknya perlu diberi lebih dinamik lagi bagi mewujudkan perdamaian, keadilan dan kemakmuran sejagat sebagaimana tercantum dalam perlembagaan negara untuk seluruh bangsa Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Alhamdulillah beberapa hal yang dibawa sebelum ini dalam persidangan Dewan yang mulia pada masa yang lalu telah mendapat perhatian dan tindakan yang terbesar dan cadangan menaik taraf ibu pejabat polis daerah di tempat wakil saya Sipitang sudah pun mendapat kelulusan dan kini sedang dalam proses pemilihan tender di peringkat akhir. Seterusnya Projek Bekalan Air Luar Bandar telah menjadi keutamaan rakyat Sipitang juga diluluskan dan sedang dalam pelaksanaan. Cuma satu perkara lagi yang ingin saya ketengahkan di sini ialah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan-Borneo yang memang menjadi satu impian rakyat Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Sabah Dan Sarawak merentasi kawasan Sipitang yang betul-betul terletak di garisan sepadan kedua-dua negeri ini. Mengikut perancangan, projek Pan-Borneo dikatakan hanya boleh menjadi realiti dalam tahun bermula 2011 hingga 2025 dengan anggaran kos lebih daripada RM20 bilion. Akan tetapi oleh kerana ia sudah termaktub dalam manifesto aku janji Barisan Nasional dari PRU-13 yang lepas kita menyarankan agar penyiapannya dipercepatkan lagi, disegerakan lagi untuk menggerakkan momentum pembangunan kedua-dua negeri ini teristimewa bagi Sipitang sebagai pintu masuk utama membangunkan secara holistik industri minyak dan gas bersama-sama jiran lain Kimanis khususnya dan pintu masuk dari Brunei, Kalimantan, Sarawak dan Sabah. Sebagai lokasi Projek Baja Urea Amonia Sabah atau SAMUR bernilai RM4.7 bilion, berdekatan Taman Perindustrian Minyak Gas Sipitang adalah satu-satunya taman perindustrian yang digazet oleh kerajaan negeri di Sipitang. Daerah ini bakal mencipta sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi Sabah bersama-sama Daerah Kimanis di mana Projek Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) bernilai RM3 bilion dilaksanakan di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah menyuarakan di Dewan yang mulia ini tentang keperluan membina lebuh raya empat lorong iaitu dua lorong sehala dari Sipitang ke Kota Kinabalu. Justeru Projek Pan-Borneo ini yang telah diutarakan oleh kerajaan akan menjadi jawapan dan penyelesaian terhadap keperluan itu. Saya ingin tegaskan lagi di sini bahawa Projek Pan-Borneo ini merupakan satu keperluan mendesak yang harus disegerakan mengikut ekonomi dan juga kepentingan negara secara menyeluruhnya. Ketika ini beberapa bahagian jalan sudah dibina lorong memotong khususnya di tempat-tempat yang dianggap strategik yang semakin meningkat aliran trafik ekoran perkembangan pembangunan sepanjang pesisiran pantai Sabah dari Kota Kinabalu merentasi Putatan, Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut, Beaufort dan seterusnya Sipitang dan terus kepada Lawas dan negeri Sarawak. Apa yang perlu diingat bahawa laluan Pan-Borneo ini turut menjadi penghubung kepada rangkaian laluan ke negara Brunei Darussalam, Kalimantan, Indonesia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo pastinya dapat membawa percikan ekonomi di sepanjang laluannya termasuk sektor ekonomi pelancongan selain lonjakan nilai pasaran hartanah yang pasti memanfaatkan warga tempatan. Kawasan Sipitang, Beaufort mempunyai beberapa destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya Weston, Garama, Padas Damit, Kuala Penyu dan beberapa kawasan lain dalam industri pelancongan yang terkenal juga di peringkat negeri Sabah. Unjuran pembangunan kawasan ini sudah dapat dirasakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Yang Berhormat Sipitang.
Dengan keyakinan institusi perbankan mengadakan operasi di mana sehingga sekurang-kurangnya terdapat lapan institusi kewangan diwujudkan di pejabat cawangannya di kawasan ini. Ya, boleh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sipitang. Oleh sebab Yang Berhormat menyentuh soal Pan Borneo yang melalui kawasan Putatan, yang mana Yang Berhormat juga bermastautin di situ. Baru-baru ini kita telah mengalami kemalangan sepanjang Pan Borneo ini, yang mana selalu dengan landasan kereta api. Bersetujukah Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa landasan kereta api yang selari dengan Pan Borneo ini juga dinaiktarafkan supaya kemalangan lalu lintas yang kena mengena dengan landasan kereta api juga dapat ditangani dengan masa yang terdekat. Bersetujukah Yang Berhormat jika kita mencadangkan kepada kerajaan supaya ditingkatkan landasan itu selain daripada menutupkan jalan-jalan yang masuk, crisscrossing kepada jalan raya dan landasan kereta api? Di situ kita selalu mendapat teguran daripada rakyat di persekitaran iaitu di Kinarut, di Putatan, di Papar juga yang menyatakan bahawa landasan kereta api ini haruslah dibuat tingkat ataupun mengelakkan daripada crisscrossing kepada jalan raya.
Okey, saya bersetuju. Boleh masukkan dalam ucapan. [Ketawa] Kerana laluan Putatan adalah satu pekan baru yang berkembang pesat dekat dengan lapangan terbang. Sudah semestinya landasan kereta api ini memerlukan satu pelan strategik untuk menguntungkan ekonomi dan pembangunan di negeri Sabah. Saya yakin Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Yang Berhormat Timbalannya juga, kedua-duanya datang daripada Sabah dan Sarawak. Sebagai orang asal Sarawak dan Sabah memahami hujah ini. Bukan bermaksud kita menagih kepentingan atau meminta keutamaan. Jauh sekali bersentimen kenegerian sempit. Namun saya percaya naluri kedua-dua mereka lebih mengerti keperluan topografi, keadaan geografi di bumi Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya merayu kepada kementerian yang berkaitan agar memberi keprihatinan terhadap keperluan menaik taraf Jalan Sipitang, Mendolong, Maligan dan Long Pasia iaitu satu jalan yang bersempadan dengan Kalimantan. Jalannya masih tanah merah, memanjat bukit yang jauh walaupun Long Pasia merupakan kawasan pelancongan tahan lasak yang jauh dan dikenali di Sabah tetapi memerlukan satu tindakan baru untuk memastikan Mendolong, Maligan dan Long Pasia ini mendapat nikmat hasil daripada pembangunan yang kita ada hari ini. Di atas nama kemerdekaan yang dicapai kita harus memberikan keupayaan mereka terus berlanjutan. Kerajaan tiada pilihan lain untuk memberikan keutamaan terhadap keperluan ini kerana jalan inilah merupakan satu jalan laluan yang menghubungkan orang kampung ke Pekan Sipitang dan seterusnya ke bandar-bandar lain di Kota Kinabalu.
Yang Berhormat Sipitang, mohon penjelasan. Dari Pandan, boleh? Penjelasan ya Yang Berhormat Sipitang.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Boleh ya? Baik punya soalan.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Yang Berhormat Sipitang, boleh ya. Yang Berhormat Sipitang ada menyebut...
Tak bagi Yang Berhormat, tak bagi.
Saya tak bagi.
Lepas ini boleh?
Saya habiskan dulu [Disampuk]
Kalau tak goyang, boleh bagilah.
Sipitang mengharap untuk diberi perhatian bukan sekadar kerana kita hebat sebagai kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu, kini dan insya-Allah selamanya tetapi juga kerana kawasan ini sentiasa hebat. Bayangkanlah kita mempunyai sekolah dan anak muridnya di Lubang Buaya. SK Lubang Buaya dan ada SK Padang Berampah. Ertinya murid bermain di Padang Berampah. Apa yang kami bimbang hanyalah di Sarawak iaitu SK Lubok Antu, itu sahaja yang kami boleh lawan. Begitu hebatnya orang Sabah bermain di Lubang Buaya dan juga di Lubok Antu ada sekolah. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu lebih besar, soal keselamatan dan kedaulatan negara kita. Kita menghargai tindakan tegas dan pantas Kerajaan Pusat menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu secara tuntas yang disusuli dengan penubuhan ESSCOM dan ESSZONE menganjur daripada Kudat Utara hingga ke Tawau, di Selatan Pantai Timur Sabah. Keberhasilan daripada kejayaan tersebut menyuntik keyakinan hati rakyat tentang keberuntungan di bawah lindungan pasukan keselamatan yang kental semangat juang sementara kita mengakui bukan mudah mengawal wilayah, territorial yang luas dengan pantai yang panjang. Namun dengan kemampuan aset pertahanan yang dimiliki, kita mampu mempertahankan kedaulatan negara dan tidak mungkin dirobek musuh durjana biarpun seinci. Kesinambungan daripada kejayaan tersebut, kita mengharapkan agar proses modenisasi pasukan pertahanan kita baik di darat, lautan mahupun di udara terus diperkasakan bagi meningkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan menghadapi ancaman terrorism, konflik perbatasan, kekerasan horizontal mahupun penyeludupan barang- barangan berterang-terangan ataupun pemerdagangan manusia. Saya percaya semua agensi keselamatan meliputi tentera, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mampu digerak secara bersepadu dan saling bahu membahu untuk mewujudkan sebuah horizon yang damai untuk seluruh kehidupan rakyat sejagat. Memetik pelajaran daripada pengalaman kejadian pencerobohan hari itu, barangkali sudah tiba masanya bagi kerajaan memikirkan pembinaan pangkalan logistik APMM di Sabah sebagai sokongan kepada pangkalan-pangkalan operasinya di negeri ini yang dilengkapi aset dan keperluan canggih seperti kapal ronda, helikopter bagi menjadikan Sabah pangkalan maritim yang disegani bukan sekadar di Malaysia tetapi di rantau ini. Tuan Yang di-Pertua, penghujung ucapan ini, saya mengimbau semula Titah Ucapan Diraja yang mengingatkan kita semua Ahli-ahli Parlimen supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menjurus kepada kemusnahan negara kerana membawa implikasi yang besar terhadap masa depan negara kita. Seri Paduka Baginda bertitah bahawa sebuah negara yang tersungkur akibat suatu masalah mungkin mengambil masa yang panjang untuk pulih. Justeru, saya mengajak sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama mentaati, menginsafi dan mengambil iktibar seterusnya untuk menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja demi masa hadapan sebuah tamadun bangsa yang disegani dan dihormati oleh dunia. Seperti lirik lagi Rumah Kita, N.D. Lala berpesan menerusi rangkap pertamanya dengan nada: “Mari kita cari titik persamaan, Jangan dibesarkan titik perbezaan, Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.” Akhirnya, bersesuaian dengan suasana di ambang Ramadhan ini, dalam beberapa hari lagi pada minggu hadapan, saya ingin menyampaikan ucapan selamat menunaikan ibadat puasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat semoga ibadat di bulan Ramadhan ini akan dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan dan seterusnya mendapat keredaan daripada Allah SWT. Jadikan bulan Ramadhan ini bulan perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan ini. Pertamanya, dengan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan-timbalan Tuan Yang di- Pertua yang telah dilantik. Saya mendengar dengan penuh minat saranan pihak Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu perubahan pada kali ini dalam persidangan Dewan yang mulia ini.
Saya mengharapkan janji-janji itu bukan sahaja janji yang dilafazkan oleh lisan, tetapi juga dapat diterjemahkan dalam satu penterjemahan yang sebenarnya di mana kita tahu bahawa Dewan yang mulia ini adalah Dewan yang paling penting kerana di sinilah kita menggubal undang-undang yang akan digunakan, yang akan dipakai dan dilaksanakan. Saya mengharapkan bagi membolehkan perubahan ini berlaku, saya ingin mencadangkan supaya boleh difikirkan masa untuk perbahasan ataupun masa persidangan ini mungkin dapat dilanjutkan lagi sebab saya rasa kita semua bersetuju bahawa Ahli-ahli Parlimen, forum yang sebenarnya adalah mereka harus ada di sini sebab di sinilah kita perlu menjalankan peranan kita yang sebenarnya. Di negara-negara yang maju seperti mana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai tadi bahawa menjadi satu kebiasaan mana-mana Ahli Parlimen boleh membawa rang undang-undang yang dinasabkan ke atas nama mereka. Jadi saya harap mungkin kita boleh membuat satu perubahan. Mungkin Ahli-ahli Parlimen dengan bantuan pakar-pakar penyelidik yang saya harap kerajaan serius dari segi menyediakan tenaga- tenaga sokongan kepada Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira BN ataupun pembangkang supaya kita dapat mengemukakan bil-bil persendirian yang kita rasa yang mungkin pihak kerajaan tidak sempat untuk memikirkannya. Jadi saya mengharapkan juga perubahan dari segi menerima usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18. Sebelum saya memasuki Dewan ini, saya sering membaca Hansard Parlimen dan saya mendapati banyak usul ditolak dengan alasan yang sama iaitu tidak perlu disegerakan walaupun pihak Tuan Yang di-Pertua mengakui bahawa usul-usul itu adalah usul-usul yang menjadi kepentingan ramai. Jadi saya rasa itu dapat diselesaikan apabila kita melanjutkan sikit masa untuk persidangan ini. Itu yang pertama. Keduanya, saya ingin menarik perhatian bahawa apabila kami pihak Pakatan Rakyat ini membangkitkan tentang isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Kami akui bahawa pilihan raya ini adalah menjadi satu pilihan raya yang adil dan bersih ini dengan izin, a sine qua non satu essential elements dalam proses demokrasi. Pilihan raya yang bersih ini bukan sahaja mesti bersih tetapi ia mesti dilihat bersih, dilihat adil. Kalau kita lihat kepada seksyen 2, Akta Kesalahan Pilihan Raya, apakah definisi “election”. Definisi “pilihan raya” dalam seksyen 2, Akta Pilihan Raya adalah, pilihan raya yang dikendalikan mengikut lunas undang-undang. If we go by that definition, dengan izin, kalau kita ikut kepada definisi tersebut, mana-mana pilihan raya yang tidak mengikut undang-undang, hakikatnya ia bukan pilihan raya. Ini bukan definisi saya, ini definisi undang-undang. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya akui bahawa bukanlah apabila kita kata pilihan raya ini tidak bersih, ia bukan dalam semua keadaan tetapi perkara-perkara yang menjadi teras.
Sebagai contoh, daftar pemilih. Daftar pemilih ini adalah subject matter dengan izin, yang paling penting dalam pilihan raya. Adalah penting untuk kerajaan, SPR memastikan hanya mereka yang layak dari segi perlembagaan yang berhak untuk mengundi. Ini bukan peranan pembangkang, ini adalah peranan kerajaan sebab kita mahu mana-mana Ahli-ahli Parlimen ini dipilih hasil daripada undi yang sebenarnya, bukan dengan hasil penipuan, bukan dengan hasil kita memasukkan mereka yang tidak layak mengundi untuk mengundi. Jadi sebab itu saya merasa hairan apabila dalam kes Likas, apabila Hakim Dato’ Mohammed Kamil Awang telah mencadangkan, telah memutuskan pilihan raya itu adalah tidak bersih. Ini kerana kalau kita perhatikan, baca keputusan itu, telah jelas bahawa memang ada orang Bangladesh yang mengundi dalam pilihan raya itu kerana mereka tidak layak mengundi. Malah mereka telah disabitkan bersalah dan disuruh dihantar deport tetapi masih lagi nama ada di dalam Daftar Pemilih. Ini bukan keputusan pembangkang, ini keputusan mahkamah di mana sebelum kes itu didengar, kita tahu ada arahan daripada Ketua Hakim meminta supaya kes itu tidak didengar. Sepatutnya mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab, yang mahukan pilihan raya yang bersih, sepatutnya bila ada keputusan sebegini, mereka respons dengan bertanggungjawab. Akan tetapi malangnya, apabila dibangkitkan tentang isu daftar pemilih yang tidak bersih, kita lihat kerajaan menggunakan kuasa dua pertiganya pada masa itu meminda undang-undang dengan memasukkan seksyen 9A. Seksyen 9A ini kita tahu bahawa ia telah menyebabkan mana-mana mahkamah tidak boleh mencabar daftar pemilih yang telah diwartakan. Tuan Yang di-Pertua, maknanya hasil dari pindaan ini kita sekali gus menafikan mana-mana pengundi yang tidak layak dikeluarkan dari daftar pemilih. Kalau sebelum pilihan raya Likas, daftar pemilih masih boleh dicabar di mahkamah, dengan ada seksyen 9A ini, kita telah memastikan pengundi hantu boleh duduk selesa, boleh beranak macam kutu dalam rambut kita. Mereka boleh, mereka dijaga, mereka dimanjakan oleh undang- undang. Maknanya kita tidak boleh sentuh pengundi hantu ini. Adakah ini satu seksyen yang selaras dengan proses demokrasi. Menutup pintu mahkamah sebagai satu badan yang dipertanggungjawab untuk mentafsirkan mana-mana peruntukan ataupun undang- undang. Jadi sebab itulah saya meminta, mencadangkan supaya kita kaji balik seksyen 9 ini. Biarlah, saya ulang lagi, biarlah mana-mana pilihan raya ini, mana-mana parti yang menang hasil daripada rakyat menyokong mereka, bukan hasil daripada keraguan, hasil daripada penipuan. Ini yang kita patut fikirkan. Tuan Yang di-Pertua, saya merasa hairan apabila Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR enggan mendedahkan nama pembekal dakwat. SPR perlu sedar bahawa mereka beroperasi di atas dana awam. Tanggungjawab mereka adalah tanggungjawab perlembagaan. Mereka perlu mendapat kepercayaan awam, mereka beroperasi, gaji mereka, segala elaun mereka dibayar atas dana awam. Oleh itu di atas kepentingan awam, sepatutnya SPR tidak boleh sama sekali enggan mendedahkan nama pembekal yang telah gagal menjalankan tanggungjawabnya. Kita kena faham apabila kita membayar wang kepada pembekal itu, kita menggunakan dana awam, bukan wang kocek Pengerusi SPR. Jadi sebab itulah saya meminta Parlimen ini kalau benar-benar di sana atau di sini, kita benar-benar merasakan Parlimen ini badan yang tertinggi, kita sepatutnya menubuhkan jawatankuasa memanggil Pengerusi SPR untuk dihadapkan di Parlimen, untuk mereka bertanggungjawab di atas kesalahan ini. Ini kerana saya percaya mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini. Amat malang mereka enggan mendedahkan nama atas faktor keselamatan. Ini bukan alasan yang kita boleh terima sama sekali. Saya rasa perlunya imej SPR ini diperbetulkan.
Ada Yang Berhormat bangun, hendak bagi jalan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sepang berkenaan kepincangan-kepincangan yang berlaku semasa kempen pilihan raya ini. Mengapakah SPR sehingga hari ini, pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli SPR sehingga hari ini tidak ingin bertanggungjawab dan sama ada mereka boleh berselindung di belakang Perlembagaan Persekutuan untuk tidak mengendahkan desakan awam untuk mereka letak jawatan.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Sebenarnya kalau sekiranya Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR mempunyai integriti, mereka tidak perlu menunggu saranan daripada mana-mana pihak untuk mereka meletakkan jawatan. Saya merasa amat lucu apabila mereka menggunakan hujah kami dilantik Yang di-Pertuan Agong, maka hanya Agong sahaja boleh memecat kami. Kalau kita gunakan logik yang sama, apabila kamu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, sepatutnya kamu mesti memastikan nama Yang di-Pertuan Agong itu dijaga betul-betul iaitu dengan kamu membuat pilihan raya yang bersih dan adil. Apabila kamu gagal memastikan dakwat kekal ini kekal, bermakna kamu telah mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong. Sepatutnya sebelum Agong suruh letak jawatan, kamu sendiri, lu fikirlah sendiri.
Orang kata sekarang ‘Lu fikirlah sendiri’. Sebab SPR ini adalah ‘custodian’ dengan izin of the election. Kalau sekiranya saya bagi contoh satu pepatah Arab mengatakan kita jaga kambing. Kita lantik seorang gembala kambing untuk jaga kambing daripada dimakan oleh serigala. Akan tetapi kalau serigala yang jaga kambing, macam mana kambing nak selamat? Kalau SPR ini yang kita harapkan menjaga proses pilihan raya tetapi kalau SPR sendiri merosakkan pilihan raya, macam mana kita nak dapatkan pilihan raya yang selamat? Sebab itulah saya mengharapkan pihak kerajaan atau pihak pembangkang dalam perkara ini, kita boleh bersama. Kita minta satu siasatan dibuat dan kita panggil Timbalan Pengerusi di Parlimen ini untuk kita minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua...
Ada yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gantang.
Ya, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak bertanya pandangan daripada Yang Berhormat Sepang. Terdapat satu peraturan iaitu apabila kita nak buat bantahan terhadap pengundi yang kita ragui terdapat di dalam daftar pemilih, maka di sana terpaksa dikenakan sebanyak RM10 setiap bantahan yang dikenakan. Setujukah Sepang ini merupakan salah satu daripada strategi untuk menyusahkan rakyat dan juga ke arah untuk nak memastikan supaya pilihan raya ini berjalan dengan secara tidak bersih tanpa ada bantahan kerana memerlukan wang yang banyak? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa selepas PRU, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebenarnya selepas pilihan raya 2004 banyak pindaan-pindaan dibuat bagi saya adalah pindaan-pindaan yang mempunyai niat yang tidak baik untuk menyusahkan proses untuk kita mengeluarkan mana-mana pengundi yang diragui sama ada mereka layak atau tidak layak mengundi. Tentang imej tadi, saya rasa bukan sahaja SPR patut memperbaiki imej mereka tetapi imej pihak polis juga harus diperbaiki. Apabila kita pakatan mencadangkan supaya IPCMC ditubuhkan, ia adalah hasil daripada saranan Suruhanjaya Diraja yang dipengerusikan oleh bekas atau mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dzaidin. Kita faham apabila kita menubuhkan Suruhanjaya Diraja, kita juga menggunakan dana awam. Apabila suruhanjaya itu telah pun membuat cadangan, rekomendasi yang munasabah, yang hasil rekomendasi itu timbul hasil daripada mereka mendapat feedback daripada persidangan suruhanjaya itu. Mengapakah kerajaan dalam masa yang sama menubuhkan Suruhanjaya Diraja tetapi enggan mengikut rekomendasi yang diberikan oleh suruhanjaya tersebut? IPCMC ini seharusnya ditubuhkan kerana kita bukan sahaja seperti mana rakan saya di Bagan Serai mengatakan kita bukan sahaja untuk menyelamatkan mereka yang ditahan. Sebab IPCMC ini dalam rangkanya yang lebih luas adalah untuk sebenarnya membantu pihak polis, untuk kita memulihkan imej polis. Sebab lebih baik kita mengadakan satu suruhanjaya yang memfokuskan tentang isu-isu kepolisan ini kerana banyak berlaku dan banyak tuduhan yang saya rasa polis perlu menjawab. Cara jawapan yang paling baik ialah kita menubuhkan satu badan yang khusus untuk kedua-dua pihak. Rakyat dan juga
polis boleh menjadikan IPCMC itu sebagai avenue untuk mereka sama ada mempertahankan ataupun untuk membela kalau mereka diserang. Sebab itu saya tak nampak kenapa kerajaan harus merasa takut untuk menubuhkan IPCMC. EEIC adalah tidak sesuai kerana dia memantau banyak agensi yang lain. Kita mahu IPCMC. Setelah British menubuhkan IPCC di England, kita lihat imej polis di England makin bertambah baik dan ini yang kita minta supaya kita nak jaga imej polis, nak baiki imej polis, maka kita mengharapkan kerajaan dengarlah saranan daripada Suruhanjaya Diraja untuk menubuhkan IPCMC. Walaupun kerajaan mengatakan “Oh, sebenarnya kematian di dalam tahanan polis ini bukan sahaja disebabkan oleh penderaan.” Kata juga kerana faktor kesihatan. Ini kerana dia kata disebabkan oleh ada yang gantung, ada yang sakit.
Mohon laluan.
Yang Berhormat Bukit Katil Yang Berhormat.
Ya silakan.
Yang Berhormat Sepang jelaskan tentang IPCMC dan ini adalah cadangan rentetan daripada pelbagai kematian yang berlaku di dalam lokap. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Sepang tentang reformasi lokap itu sendiri sebab sebagai seorang yang pernah ditahan di dalam lokap, saya lihat prinsip asal dalam undang-undang itu ialah a man is innocent until proven guilty. Maknanya seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Akan tetapi bila ditahan di dalam lokap ketika proses siasatan, dia seolah-olah telah dihukum sebelum daripada tuduhan dilakukan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Sebenarnya isu presumption of innocence ini prinsip universal. Malah dalam sistem perundangan Islam, ini juga diperakui. [Berucap dalam bahasa Arab] Inilah prinsip dalam perundangan Islam yang diterima pakai dalam sistem konvensional sekarang. Sebab itulah apabila kita menahan seseorang dengan kita meletakkan satu keadaan yang sungguh memeritkan bagi mereka, sekali gus secara tak langsung kita telah menjadikan prinsip presumption of innocence dengan izin sebagai prinsip yang tidak lagi relevan, tidak penting. Sebab itulah kita kena faham dalam sistem prinsip jenayah ini, hanya presumption of innocence. Ini sahaja yang boleh menyelamatkan individu daripada serangan pihak negara. Kita faham dalam kes jenayah negara yang mendakwa, kalau tidak ada prinsip presumption of innocence ini, maka kita dengan izin, liberty of individual dalam negara kita ini tidak akan dapat dilindungi. Sebab itu bukan sahaja faktor dalaman tahanan itu perlu sesuai, malahan pengenaan bail yang tinggi ke atas mana-mana tahanan juga bercanggah dengan presumption of innocence. Bagi saya imej polis ini mestilah diperbaiki. Kita menyokong apa sahaja tindakan yang boleh membaiki imej polis sebab itu bagi kita untuk memastikan imej polis boleh dapat dibaiki dengan lebih efektif, IPCMC adalah remedy yang paling baik. Kita minta supaya Menteri Dalam Negeri mengkaji semula penolakan IPCMC tersebut. Saya rasa bukan sahaja imej polis. Imej Perdana Menteri juga harus diperbaiki. Imej Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri ini daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional, kita tahu. Akan tetapi dia adalah Perdana Menteri rakyat Malaysia, maka imej dia juga patut dibaiki. Baru-baru ini satu delegasi daripada Mongolia minta jawapan tentang isu Altantuya ini. Saya telah bertanya soalan kepada Parlimen ini, mengapakah tidak diambil tindakan? Kita tahu bahawa ada satu pendedahan daripada Peguam Americk Sidhu pada 16 Mac 2013 dalam AGM di Bar Council. Dia mendedahkan bahawa peguam kepada peguam senior Cecil Abraham telah mengaku depan Americk Sidhu bahawa Perdana Menteri Ahli Parlimen Sepang... Ahli Parlimen Sepang pula. Minta maaf…
[Dewan riuh]
Slip of tongue, slip of tongue. Ala... Biasa. Rilekslah. Slip of tongue pun nak marahkah? Takkan nak buat bantahan standing order - slip of tongue? Ahli Parlimen Pekan. Ahli Parlimen Pekan dituduh telah mengarahkan Peguam Cecil Abraham untuk menyediakan Statutory Declaration (SD) yang palsu. Maka dari segi perundangan salah seorang daripada mereka sama ada Ahli Parlimen Pekan ataupun
Peguam Cecil Abraham atau Americk Sidhu, salah seorang mesti melakukan kesalahan. Kalau Americk melakukan kesalahan dengan memfitnah Peguam Cecil Abraham, memfitnah Perdana Menteri kita, maka seharusnya pihak kerajaan boleh mendakwa Americk Sidhu di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan seperti mana mereka boleh mendakwa Timbalan Presiden PAS kerana bercakap tentang sejarah. Tak pernah dalam sejarah dunia ini, kita tak kenal sejarah dibawa di mahkamah. Ini pertama kali di Malaysia apabila seorang mengatakan kita harus iktiraf seorang pejuang kemerdekaan dibawa ke mahkamah. Malu Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi mereka boleh dakwa. Tuan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS didakwa kerana memfitnah orang mati. Sekarang Americk Sidhu memfitnah orang hidup. Tak didakwa di mahkamah. Kalau sekiranya Americk Sidhu bercakap benar, maka Peguam Abraham, Pekan telah melakukan kesilapan, telah melakukan kesalahan.
Jadi salah seorang mesti melakukan kesalahan. Kenapakah tiada siasatan dibuat ke atas mana-mana tiga individu ini? Kenapa? Kalau kita hendak membersihkan imej negara kita, Perdana Menteri kita, kita minta siasatan dibuat supaya Perdana Menteri kita mencabar buat laporan polis, saman. Kalau polis tidak siasat, saman fitnah seperti mana Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang apabila dituduh sebagai pengganas nombor tiga Al- Qaeda oleh akhbar Daily Mirror di England. Kita PAS bawa kes ke mahkamah dan akhbar Daily Mirror minta maaf, bayar ganti rugi kepada Presiden PAS. Ini menunjukkan pemimpin yang ada integriti. Nama diburukkan dibawa ke mahkamah. [Tepuk] Perdana Menteri kita Ahli Parlimen Pekan difitnah oleh akhbar Perancis, tidak mahu saman. Kalau tidak ada duit kita boleh buat derma. Ahli Pakatan Rakyat bagi duit. Tidak ada peguam, saya, Surendran, Karpal Singh boleh jadi peguam kepada Perdana Menteri untuk saman. Tidak ada masalah. Saya tahu peguam UMNO takut. Kita akan tolong sebab dia Perdana Menteri kita. Walaupun kita mungkin berlainan parti. Sebab itulah kita minta supaya siasatan dibuat. Sebab isu Altantuya ini isu yang memalukan. Seorang gadis – Yang Berhormat Pengerang mengatakan kita datang pendatang tidak selamat. Ini orang datang dengan selamat, orang datang dengan cara yang sah pun tidak selamat. Sebab itulah kita minta supaya isu ini – saya mencadangkan supaya Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pekan untuk membuat laporan polis ataupun menyaman pihak-pihak itu supaya nama beliau dapat dibersihkan. Saya rasa Ahli Parlimen Barisan Nasional juga boleh menyokong saya dalam hal ini. Saya ingin juga bertanyakan dan juga ingin membawa tentang isu Akta Hasutan. Kita tahu pada 11 Julai 2002, Ahli Parlimen Pekan telah membuat satu ucapan dalam Majlis Jamuan Makan Malam Jabatan Peguam Negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Putrajaya. Beliau mencadangkan dan mengatakan kerajaan akan menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional. Dari segi perundangan apabila kita berjanji ini, kita create dengan izin, satu legitimate expectation. Maknanya, mana-mana individu sehinggalah akta ini digantikan tidak akan didakwa di bawah akta ini. Ini adalah dari segi perundangan. Akan tetapi malangnya dalam keadaan kerajaan mengatakan akan menghapuskan Akta Hasutan, kita lihat ramai rakyat yang tidak berdosa masih lagi dibawa ke mahkamah di bawah Akta Hasutan. Apa yang lebih malang lagi, mereka-mereka yang kritikal pada Barisan Nasional yang didakwa di mahkamah. Yang terbaru adalah Naib Presiden PAS. Sebab itulah saya ingin menyarankan, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara sila tarik balik pendakwaan kepada mana-mana individu di bawah Akta Hasutan, kalau kamu benar-benar berjanji ingin menghapuskan akta tersebut. Kalau tidak ini bukan ‘Janji Ditepati’ akan tetapi ini ‘Janji Dicapati’. Sebab itulah kalau kerajaan berjanji, rakyat mestilah percaya pada janji tersebut. Kalau kamu janji hendak hapuskan akta, mesti hapuskan semua. Jangan dakwa! Oleh sebab itulah saya mengharapkan kerajaan tarik balik terhadap dakwaan di bawah Akta Hasutan ini. Saya juga meminta supaya satu siasatan dibuat hasil pendedahan. Dalam pilihan raya lepas kita lihat telah didedahkan oleh Nielsen Media Research, satu analis ataupun satu consumer analysis yang mendedahkan selepas pilihan raya dibubarkan kita lihat Jabatan Perdana Menteri telah menghabiskan ataupun telah spend RM73 juta berkaitan dengan pengiklanan untuk Barisan Nasional. Sebab itu kita minta satu
siasatan dibuat, bagaimana RM73 juta dihabiskan untuk berkempen bagi Barisan Nasional sedangkan Nestle satu syarikat besar hanya spend RM25 juta sahaja untuk pengiklanan? Jadi ini adalah wang rakyat. Sebab itu kita ingin supaya satu siasatan dibuat oleh SPRM supaya menyiasat bagaimana wang sebanyak ini digunakan untuk kepentingan Barisan Nasional. Sedangkan RM73 juta kalau digunakan untuk membina rumah mampu milik berapa banyak rumah yang boleh kita tolong? Sebab itulah kita minta satu siasatan dibuat hasil daripada pendedahan Nielsen Media Research ini sebab kita tidak mahu wang sebanyak ini disalahgunakan semata-mata untuk memenangkan mana-mana parti yang bertanding. Saya juga ingin merujuk kepada ucapan Titah Diraja berkaitan dengan isu rumah mampu milik. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini bahawa ada satu isu yang berlaku di Sepang, Dengkil. Baru-baru ini rumah pangsa kos rendah di Taman Permata, Dengkil. Salah satu blok, dia ada empat blok, ada satu blok di situ yang telah retak. Mereka ini adalah penduduk-penduduk bekas pekerja ladang daripada Perang Besar, Ladang Sedeli, Ladang Goldway dan Ladang Modingly. Kesemua mereka dipindahkan hasil daripada pembangunan KLIA. Mereka diletakkan di rumah pangsa. Sedangkan kerajaan telah berjanji akan membina rumah teres untuk mereka. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, rumah mereka telah retak dan mereka terpaksa tinggal di khemah. Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada saya oleh penduduk, saya mendapati Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memperuntukkan tanah sebanyak 18 ekar untuk mereka ini dipindahkan. Akan tetapi malangnya pihak Kerajaan Barisan Nasional, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga kini gagal menyediakan rumah. Walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan tanah 18 ekar, kerajaan telah gagal menyediakan rumah. Sebab itu saya memohon supaya kerajaan khususnya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini dapat mengambil berat tentang isu ini. Ini kerana di sini ada lebih kurang 400 isi rumah yang perlu dipindahkan. Sebab janji yang telah diberikan mereka akan dipindahkan ke rumah teres. Sekarang mereka tinggal di rumah pangsa yang keadaannya daif dan yang lebih malang lagi mereka juga dalam keadaan ketakutan kerana rumah mereka dalam keadaan retak. Sebab itulah lagi sekali saya meminta supaya kerajaan mengambil berat tentang isu ini. Saya juga baru terima jawapan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Walaupun telah ada tapak dan telah diluluskan tapak bagi pembinaan Hospital Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi tetapi nampaknya kerajaan tidak mahu buat, dengan alasan kononnya sudah ada hospital di Serdang dan juga di Putrajaya. Saya hendak minta, ramai penduduk yang merungut apabila mereka pergi ke Putrajaya, sehinggakan mereka kena queue yang panjang sebab jumlah pesakit dengan jumlah kakitangan terlalu tidak match. Sebab itulah saya minta kerajaan kaji semula, Kementerian Kesihatan kaji semula. Tapak sudah ada, kenapa tidak mahu bina? Jangan takut, hospital ini semua boleh, UMNO pun boleh masuk. Semua orang boleh masuk, jangan takut. Ini bukan untuk – untuk rakyat semua. Sebab itulah saya minta supaya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dapat mengkaji semula keputusan tidak mahu membina hospital di Sepang itu sebab Sepang mengandungi tiga DUN yang mana kalau mereka daripada Tanjung Sepat hendak pergi ke Putrajaya ini agak menemui kesukaran di situ. Jadi saya harap kerajaan kaji semula tindakan ataupun keputusan untuk tidak mahu meneruskan pembinaan hospital di Sepang dan dengan alasan sudah adanya...
Boleh gulung, habiskan.
Boleh gulung, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga di sini ingin membuat beberapa cadangan. Kita tahu setiap kali pilihan raya isu-isu berkaitan dengan perkauman sering dimainkan. Kalau tidak silap filem Tanda Putera yang telah membuat satu fitnah ke atas Yang Berhormat Gelang Patah. Isu- isu 13 Mei sering dimainkan beberapa kali oleh pihak. Saya hendak mencadangkan supaya 13 Mei ini untuk kita mengelakkan ataupun hendak buang tragedi yang berdarah ini daripada minda kita semua supaya generasi muda tidak lagi dibawa dengan isu ini, saya ingin mencadangkan 13 Mei ini menjadi Hari Perpaduan Kaum Malaysia supaya kita boleh mewujudkan perpaduan kaum pada hari tersebut. [Tepuk] Kita lupakan sejarah lama,
sejarah berdarah, kita masuk fasa baru, kita menjadikan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan Kaum ataupun Hari Kemesraan Sesama Kaum. Itu cadangan saya. Saya juga mencadangkan bagi membolehkan dalam pilihan raya yang akan datang kita mendapat satu proses pemilihan ataupun pilihan raya yang lebih baik saya hendak mencadangkan, pertamanya parti-parti politik diberi kebebasan untuk operate ataupun sistem televisyen mereka sendiri. Supaya ada satu siaran khas, supaya tidak lagi kita berkempen macam sekarang ini pukul 12 malam. Kami pembangkang yang teruknya, terpaksa ceramah sampai pukul 12 malam. BN tak mengapa mereka boleh berceramah di TV dan sebagainya.
Kami terpaksa jumpa rakyat melalui kaedah konvensional. Oleh sebab itu, saya mencadangkan ada stesen-stesen, bagi lesen kepada kami. Kami akan tunjukkan Barisan Nasional macam mana hendak buat TV, macam mana kah cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah akses media ini. Saya juga hendak mencadangkan supaya ditakwimkan tarikh pilihan raya supaya kita tidak menjadi Pak Nujum. Setiap kali pilihan raya kita asyik meramalkan, bulan tiga, bulan empat, bulan 11. Tidak pernah betul. Oleh sebab itu, kita minta supaya ditakwimkan supaya parti-parti politik diberi ruang yang secukupnya untuk berkempen. Yang ketiganya, saya meminta setiap kali hendak pilihan raya, kita adakan satu perdebatan antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang dibuat secara live setiap kali hendak pilihan raya. Buat secara live, bukan sekali, dua tiga kali di universiti dan sebagainya.
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam Titah dan perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda dan saya memang bersetujulah dengan perenggan ketiga iaitu Baginda menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang telah diadakan mengikut lunas sistem demokrasi. Seterusnya bekerjasama dan berganding bahu bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju, berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Saya menyambut baik kenyataan ini kerana saya rasa apabila rakyat telah membuat satu keputusan, patut kita menghormati. Sebab itulah saya berasa sedih pada mulanya ada ura-ura hendak boikot Parlimen, akhirnya kesampaian juga mereka mengangkat sumpah. Saya menganggap sepatutnya episod tidak menerima keputusan pilihan raya ini sepatutnya berakhir tetapi ada juga cerita-cerita di luar daripada itu. Saya rasa kita sepatutnya lupakan sahaja episod Pilihan Raya Ke-13 dan tumpukan kepada segala tenaga untuk kita memajukan negara kita. Tuan Yang di-Pertua...
Hendak tanya.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Baru mukadimah. Tidak apa, tidak apa. Baru mukadimah.
Boleh ya? Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat...
Belum, belum, belum. Sekejap, sekejap. Tidak payah, tidak payah.
Yang Berhormat Ayer Hitam tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.
Kalau Barisan Nasional menganggap pilihan raya ini, semua ini betul, tidak ada masalah...
Duduklah Yang Berhormat. Duduk.
Duduk, duduk, saya teruskan.
...Kenapakah Barisan Nasional masih kemukakan...
Tidak bagi jalan Yang Berhormat Seputeh.
...51 petition elections? Election petitions ke mahkamah?
Yang Berhormat...
Jadi, ini menunjukkan Barisan Nasional juga menganggap, ada yang perkara yang tidak betul.
Yang Berhormat Seputeh.
Saya belum lagi bagi sebab saya mula dengan mukadimah sahaja Yang Berhormat.
Mukadimah pun salah.
Apa salah? Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak tahu sistem Parlimen di sini, berdasarkan kepada kawasan yang dipertandingkan dan kerusi majoriti yang dimenangi oleh mana-mana parti, itu sistem yang kita laksanakan. [Tepuk] Bukan hari ini, sejak beberapa lama sudah.
Sistem tipu.
Ini lesson number one lah. Saya kena beritahu pada Yang Berhormat. Kedua Yang Berhormat. Tadi kita dengar rakan-rakan kita, Yang Berhormat mengatakan bahawa kita patut buat ini dan buat itu. Saya cuma hairan kenapa sebelum ini pembangkang kata ada 40,000 pengundi hantu daripada Bangladesh datang kononnya menjadi pengundi hantu. Memang disiarkan secara meluas dalam blog semua. Saya hendak tahu Yang Berhormat, kalau hendak turun ke KLIA dengan 40,000 kapasiti penumpang dengan jet besar, ianya ialah 100 jet. Kemudian kalau hendak angkut pengundi ini ke kawasan itu, perlukan 1,000 buah bas. Saya pada hari ini merasa hairan, antara kita ini selepas dia kutuk kerajaan ini tidak betul dan muka kalau macam Bangladesh ini macam sesuatu yang didiskriminasikan oleh sesetengah pihak. Akhirnya, terbukti itu adalah pembohongan. Mereka memohon maaf. Itu adalah perkara yang tidak benar. Kenapa pembohongan ini masih berterusan dan saya rasa perlu bagi justifikasi kalau kita menuduh kerajaan buat yang bukan-bukan. Jadi, saya rasa balik kepada soalan ini, kita kena terima keputusan ini dengan baik. Pada waktu yang sama, kita biarlah kalau ada petisyen tidak setuju, boleh melalui mahkamah. Akan tetapi saya tidak tahu kenapa pembangkang tidak buat satu petisyen kononnya ada 40,000 orang pengundi daripada Bangladesh yang mengundi?
[Dewan riuh]
Itu cuma untuk memancing undi sebelum pilihan raya. Saya rasa ini adalah taktik kotor yang digunakan oleh sesetengah pihak. Jadi, seterusnya Yang Berhormat, saya rasa kita terima dan...
Yang Berhormat Ketereh bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Ketereh.
Saya hendak tanya Yang Berhormat. Bersetuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan tabiat pembangkang jadi macam itu sebab ada satu istilah orang panggil sour grape ataupun satu lagi istilahnya buang tabiat?
Memang setuju 100%. Di sini juga dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan bahawa baik untuk Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, kita sama-sama menerima verdict yang telah disampaikan oleh rakyat. Pada waktu yang sama, kita juga mengimbas kembali dalam pilihan raya ini setiap kali sokongan sesuatu kaum kepada parti adalah berubah-ubah. Maka, saya rasa sudah sampai masanya kita menyelidiki kenapa kita tidak mendapat sokongan sesetengah pihak. Dalam konteks ini, di kawasan bandar kita juga kena mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi oleh orang pengundi-pengundi bandar. Saya rasa dalam konteks ini, saya menyeru supaya kerajaan, kita mengkaji secara mendalam. Kita tidak mahu ada orang selepas pilihan raya ini mengambil tindakan secara drastik kononnya tidak betul ini, kita tidak dapat sokongan daripada sesuatu kaum. Kalau kita masih meneruskan dengan cara ini, sudah pastinya dalam pilihan raya ke-14, kita akan hilang sokongan daripada mereka. Kalau kita mengambil tindakan yang efektif, saya yakin ada caranya kita dapat menawan balik pengundi-pengundi ini. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Bersetuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan dalam sepanjang sejarah pilihan raya dalam negara kita, bukan sahaja kaum Cina tetapi juga kaum-kaum lain mempunyai pola mengundi yang tidak sama daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya? Apabila sesuatu pola itu berlaku, setuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil lesson daripada situasi itu. Jikalau kita melakukan sesuatu dengan baik, sejarah menunjukkan orang-orang Cina terutamanya akan tetap kembali bersama dengan Barisan Nasional?
Terima kasih Yang Berhormat. Kita melihat pilihan raya kali ini, kita gagal mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. Akan tetapi berbanding dengan tahun 1999, sokongan yang agak padu daripada masyarakat Cina. Begitu juga pada tahun 2008, sokongan daripada pengundi India juga tidak begitu memberangsangkan. Akan tetapi, dengan adanya usaha, nampaknya ada peningkatan. Apa yang saya cuba hendak katakan di sini, kita tidak boleh menggunakan satu taktik, tidak mendapat undi daripada kaum ini, maka kita akan ambil tindakan. Jadi, kalau masih ada perasaan dendam ini, bukan sahaja pada peringkat kita, kita hendak pastikan di peringkat bawah juga tidak mendapat satu mesej yang salah. Sebagai contoh...
Tuan Yang di- Pertua, minta laluan.
Sekejap, sekejap. Habiskan ini. sebagai contoh, kalau asalkan bukan Cina, kalau itu yang diterap oleh satu falsafah yang diterap oleh mana-mana penjawat awam, itu akan membawa mudarat kepada kerajaan yang memerintah. Begitu juga kalau tahun 2008, asalkan bukan India. Kita tidak bagi tolong kepada India, maka kita tidak akan menang dalam pilihan raya. Jadi, saya rasa ini yang patut kita terapkan dalam sistem pentadbiran kita. Ya, Yang Berhormat Bukti Katil.
Ya, Yang Berhormat. Apa pendirian Yang Berhormat apabila tiada tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia yang memainkan politik perkauman apabila membuat liputan bertarikh 7 Mei? “Apa lagi yang Cina mahu’” secara khusus disebut dan dilapor dalam akhbar tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat, saya membicarakan perkara ini, saya tidak kata pada pembangkang sahaja, pada kerajaan juga. Kita perlu menggunakan satu pendekatan. Kita hendak menang balik. Menawan balik pengundi. Kalau kita asyik mencari di mana punca kesilapannya dan kita hendak balas dendam, maka saya memang tidak bersetuju dengan cara ini.
Kita boleh menyelidiki di mana punca kekalahan kita. Akan tetapi kalau kita mencipta sesuatu perkara yang tidak benar, maka terpulang pada mana media sekali pun, saya tidak setuju dengan cara ini. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat. Barangkali kalau kita melaungkan tentang demokrasi, ianya patut juga dimulakan di negeri- negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak setuju dengan laporan media ini tetapi kita tetap menjemput mereka. Tidak macam di Pulau Pinang. Jadi, itu sebagai contoh. Kalau kita hendak buat demokrasi secara terbuka, kita buat cara macam ini. Itu yang dikatakan jitu dan tulen. Pada waktu yang sama, saya ingin membawa satu perkara. Selepas pilihan raya, sudah wujud nya satu suasana yang agak tegang sesama kaum.
Apa yang saya dapat lihat kewujudan SJK(C) dan SJK(T) menjadi satu topik yang hangat diperbincangkan. Malahan mantan hakim mahkamah juga memberitahu telah mengusulkan supaya kita tidak mengadakan sistem persekolahan ini. Saya hendak mengatakan di sini, sebenarnya kita ada precedent di dalam Parlimen, di mana mantan Ahli Parlimen Mark Koding telah di saman di mahkamah kerana membuat kenyataan untuk menutup SJK(C) dan SJK(T). Ini sejarah. Maka, saya ingin mengatakan di sini bahawa kewujudan SJK(C) dan SJK(T) ini tidak merugikan negara kita kerana syllabusnya datang daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan kalau kita nyanyi lagu Negaraku, sama juga ertinya dan rasa ketaatan kita kepada negara juga sama walaupun di dalam bahasa yang berlainan. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini yang pertama. Kedua, saya rasa apabila wujudnya satu suasana di mana ada orang mula mempertikaikan keputusan Perdana Menteri tidak patut beri bantuan, ini juga akan memudaratkan kita. Jadi saya ingin mengesyorkan bahawa kita kena mengawal keadaan ini. Kita menyemak Manifesto Barisan Nasional mengenai pendidikan. Kita membantu SJK(C), SJK(T), SK dan sekolah mubaligh semua patut kita bantu kerana itu satu khazanah negara dan inilah satu perkara yang boleh meningkatkan daya saing negara. Jadi ini dari segi menghormati keputusan yang telah disampaikan oleh rakyat...
Yang Berhormat Taiping bangun Yang Berhormat.
Boleh minta pencelahan?
Sekejap, saya hendak terus...
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Sekejap, saya ada beberapa perkara, ada masa nanti saya beri kepada Yang Berhormat, ya.
Terima kasih.
Seterusnya tentang pembangunan pendidikan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada bulan Julai ini akan dilaksanakan sepenuhnya PPPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Saya ingin mengatakan bahawa di dalam PPPM ini mencakupi banyak bidang termasuk hasrat kita untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara kita. Pada waktu yang sama, saya ingin menyarankan bahawa perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum pilihan raya termasuk dengan pihak-pihak parti politik dan juga mana-mana pihak yang berkepentingan sepatutnya dimasukkan dan ianya tidak ada perubahan walaupun senario politik atau fenomena sudah berlainan dan saya berharap ianya dapat kita kekalkan seperti mana yang telah dimuktamadkan sebelum ini...
[Bangun]
Di dalam konteks ini, saya ingin mengatakan bahawa dalam PPPM juga telah menyebut tentang sistem pendidikan kita termasuk juga SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh, SMJ(K) dan sebagainya. Jadi saya rasa dalam konteks ini, kita sepatutnya menganggap ianya sebagai sebahagian sistem pendidikan kita dan bukan dengan cara yang sebaliknya. Jadi saya ingin mengatakan di sini sebelumnya pada 22 Februari 2012 telah ditubuhkan satu jawatankuasa khas menangani
masalah kekurangan guru di SJK(C). Saya berharap jawatankuasa ini boleh diteruskan dan memantau keadaan dan mencari penyelesaian yang paling baik untuk kita menyelesaikan masalah. Cuma satu perkara yang perlu dilakukan, kerana sepanjang setahun lebih jawatankuasa ini telah berfungsi, agak mendapat satu sambutan yang baik dan juga telah menyelesaikan banyak masalah dan pada hari ini saya rasa mungkin seramai 400 lebih sahaja kekurangan guru di SJK(C) dan saya habiskan ini dahulu...
Sedikit.
Di sini saya ingin merayu supaya jawatankuasa ini mengambil tindakan termasuk juga mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian di IPGM. Ini adalah penyerapan GSTT pada awal tahun 2012 dan pada hari ini mereka telah menghabiskan pengajian mereka. Saya berharap mereka yang telah dilatih untuk SJK(C) ini seramai 460 orang boleh terus diserap dan ini sebagai satu langkah untuk kita selesaikan masalah dan sekali gus ini kita dapat mencipta satu sejarah berpuluh tahun kita tidak dapat atasi dan kali ini kita dapat mengatasinya. Yang Berhormat Taiping.
Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya amat setuju dengan konteks perbahasan Yang Berhormat tadi. Kewujudan pelbagai aliran sekolah jenis kebangsaan di SJK(C), SJK(T), sekolah mubaligh dan sekolah kebangsaan sebenarnya bukan batu penghalang kepada integrasi dan perpaduan nasional. Sebaliknya adalah kelebihan, persaingan Malaysia di persada antarabangsa. Saya amat bersetuju, tetapi sejak kemerdekaan lebih daripada lima abad masih ada lagi pelbagai pihak yang cuba mengungkit-ungkit kewujudan SJK(T), SJK(C) selaku penghalang kepada perpaduan nasional. Adakah Yang Berhormat setuju akar umbi masalah yang ada sentimen perkauman adalah kerana wujudnya parti politik perkauman di tanah air kita? Adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita seharusnya belajar daripada Negara Jerman yang telah pun mengambil iktibar daripada Perang Dunia Kedua, mereka meminda perlembagaannya, menghalang wujudnya mana-mana parti berdasarkan kepada perkauman? Adakah Yang Berhormat bersetuju sebagai bekas Timbalan Menteri Pendidikan yang mungkin akan memegang jawatan semula hujung tahun ini. [Ketawa] Di mana Yang Berhormat setuju atau tidak, di mana MCA, MIC dan UMNO patut dibubarkan untuk menjadi satu parti pelbagai kaum yang betul-betul dapat mewakili semua anak Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Ini adalah penting kerana di sebelah sini...
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
... Pakatan Rakyat pun sama. Apakah pendapat, pendirian Yang Berhormat? Terima kasih.
Pertamanya Yang Berhormat Taiping, saya ingin mengatakan Yang Berhormat mempunyai satu persepsi tentang UMNO. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua ini dia bukan orang Islam tetapi dia adalah wakil daripada UMNO. Bukan bermula daripada DAP yang mempunyai wakil Melayu pada kali ini, ini satu fakta yang ramai tidak tahu, untuk Sabah sahaja.
Seramai 20% ahli UMNO Sabah adalah terdiri daripada bukan Islam.
Ini sebagai contoh, ya. Kedua, saya ingin hendak terangkan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya melihat negara kita mempunyai satu sejarah perjuangan kemerdekaan yang tersendiri. Kalau tidak kerana MIC, MCA dan juga UMNO mungkin Yang Berhormat tidak ada kewarganegaraan. [Tepuk] Kita tidak boleh duduk di sini. Ini hakikatnya dan kalau tidak kerana parti-parti yang ada ini kita mungkin tidak dapat mencapai kemerdekaan. Jadi pendek kata Yang Berhormat, MCA, MIC dan UMNO sudah wujud kerana faktor sejarahnya tetapi ini bukan satu parti perkauman walaupun mewakili kaum-kaum tertentu tetapi di bawah satu parti Barisan Nasional, itu sebagai gagasan parti merangkumi semua kaum.
[Tepuk] Sebab itu kita bertanding tidak macam DAP, kita pakai Barisan Nasional, yang hendak sokong itu Barisan Nasional, bukan pada parti.
Kita hendak daftar dari Pakatan Rakyat tetapi dia tidak berani hendak luluskan.
.Tidak apa, ini bukan fasa, saya akan teruskan. Yang Berhormat, keduanya saya ingin merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya melihat semula dari segi latihan guru yang dibuat. Saya meminta supaya selepas penggabungan Kementerian Pendidikan dan asalnya Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pengajian Tinggi, sepatutnya ada satu pelan strategik untuk kita merangka guna guru. Kalau dahulu Kementerian Pelajaran hanya melatih guru sekolah rendah, sekolah menengah kepada IPTA dan sebab itulah wujud ketidakserasian antara dua kementerian akhirnya ada yang menganggur, ada yang terpaksa, ada yang telah mendaftar diri sebagai guru. Jadi saya rasa ini perlu dilihat. Dari segi latihan guru kalau kita telah melatih untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sekiranya kita tidak ada satu perancangan yang rapi akhirnya akan wujud perkara yang sama seperti dahulu. Di sini juga saya ingin merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri juga di mana sebelum itu kita telah menjanjikan kepada 42 orang yang merupakan pioneer yang dilatih guru bahasa Cina di sekolah menengah kebangsaan. Sepatutnya kita meletakkan mereka di SMK. Kenapa begitu? Ini kerana ada permintaan di SMK dan terpaksa mereka gunakan guru sekolah rendah untuk mengajar waktu bahasa Cina di sekolah menengah kebangsaan. Sebab itu ada keperluan dan kalau 42 orang yang dilatih daripada Universiti Perguruan Sultan Idris, maka sepatutnya dihantar ke sekolah menengah dan saya rasa perkara ini sedang diusahakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri dan ianya satu perkara yang perlu dilakukan secara cepat.
Yang Berhormat Tuaran bangun Yang Berhormat.
Hah! Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Ayer Hitam, adakah Yang Berhormat bersetuju jika sekiranya pengambilan guru-guru pelatih di IPG ini di decentralize, maknanya pengambilan boleh diambil oleh IPGM yang berkenaan dan bukan daripada dicentralize di kementerian?
Terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi pokoknya oleh kerana mutu dikawal oleh MQA sepatutnya kita ada kelayakan tertentu untuk memasuki sama ada secara centralize atau wilayah, itu tidak menjadi masalah. Akan tetapi mutunya patut dikawal, dari segi kurikulumnya adalah tetap sama, ya.
Jadi saya ingin terus kepada satu perkara lagi saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya dapat mempercepatkan penyaluran peruntukan RM30 juta yang telah diputuskan pada tahun lalu pada 21 Oktober untuk disalurkan kepada Kementerian Pendidikan untuk membantu 79 buah SMJK. Sekolah menengah jenis kebangsaan ini merupakan conforming school dan mereka menjadi conforming school pada tahun 1961. Sepatutnya mengikut perjanjian, mereka sepatutnya diberi bantuan untuk maintenance membaik pulih bangunan. Jadi saya rasa dalam konteks ini oleh kerana ada 125,000 pelajar di SMJK yang mengikuti silibus kita 100%. Cuma waktu BC sahaja daripada tiga waktu di sekolah menengah kebangsaan biasa mereka lanjutkan daripada lima hingga ke tujuh. Jadi saya rasa inilah perbezaannya sahaja, tapi dari segi faktor sejarah sepatutnya kita membantu sekolah-sekolah ini. Pada waktu yang sama seperti juga sekolah mubaligh, pelantikan pengetua menjadi satu isu yang besar di mana kita telah berjanji dengan mereka ada konsultasi dengan pihak lembaga, ianya perlu kita lakukan juga. Pada waktu yang sama saya ingin merayu supaya kita melihat balik guna tenaga ataupun guru-guru yang kita latih untuk SMK dan SMJK. Kita hendak lihat setiap guru yang kita latih itu memang competent. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian bahawa apa yang dilakukan sebelum ini iaitu mengikut opsyen sepatutnya disemak semula iaitu pelabelan guru patut dilakukan. Saya ingin memberi contoh, kalau seorang pada 20 tahun
yang lalu menjadi guru di SJK(C), pada hari ini opsyennya masih lagi bahasa Cina walaupun 10 tahun yang lalu seseorang guru itu telah masuk ke universiti mengambil kursus ijazah dalam Geografi dan mengajar 10 tahun di sekolah sebagai guru Geografi. Akan tetapi opsyennya masih lagi opsyen asal memasuki kementerian. Saya rasa perkara ini perlu dilakukan secara massive iaitu pelabelan guru dan ini dapat menggambarkan bahawa bukan sahaja berpandukan kepada opsyen, pada waktu yang sama kelayakan ikhtisas juga diambil untuk kita menentukan guru yang competent mengajar. Pada waktu yang sama juga saya ingin mengutarakan dua perkara kepada kementerian juga. Yang pertama ialah tentang pentaksiran berasaskan sekolah, nampaknya baru-baru ini kementerian telah memberhentikan sistem PBS untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian kenapa Sistem Aplikasi Pentaksiran Sekolah, SAPS ini diberhentikan sehinggakan mereka yang Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2 mereka tidak lagi dapat mencetak keputusan. Jadi ini mungkin akan memudaratkan kelicinan KSSR seperti mana kita idam-idamkan secara PBS. Pada waktu yang sama juga saya ingin mengesyorkan bahawa kita menyemak semula sistem peperiksaan kita. Kalau dahulunya kita melihat seorang mendapat 10A adalah perkara yang agak susah tetapi pada hari ini kita nampak ramai dalam satu sekolah ini yang dapat 8A, 9A, 10A semuanya jumlah beratus kadangkala untuk sekolah-sekolah di bandar. Jadi saya ingin mengesyorkan bahawa memandangkan kita menggunakan sistem UK dahulunya graph fixing atau graph setting, kali ini kita memikirkan kalau dulu kita menggunakan graph setting iaitu berdasarkan kepada pencapaian tahun itu secara reference dengan tahun lalu. Akan tetapi kita sepatutnya gunakan secara fixing di mana kita tetapkan satu kadar macam 90% bagi A+, dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa kualiti itu tidak secara perbandingan sahaja. Ianya betul-betul ditetapkan pada satu tahap yang tinggi khususnya dalam bidang Sains dan Matematik, Yang Berhormat. Jadi pada waktu yang sama juga saya ingin membawa satu perkara yang menjadi rungutan guru iaitu Melindungi Masa Instruksional (MMI) seperti mana yang telah dibawa oleh NUTP. Saya menganggap perkara ini sangat serius. Rungutan guru ini patut kita dengar. Saya bagi contoh, kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri hendak bagi sukan dasar 1Murid, 1Sukan tapi dengan adanya MMI ini semua cikgu duduk di bilik darjah untuk mengajar sahaja. Sampai mereka hendak bawa pelajar ini keluar untuk menyertai aktiviti sukan tidak boleh, kerana ada sekatan dengan MMI. Jadi saya minta supaya kementerian lihat balik pengoperasian ini. Ini akan menggagalkan aktiviti kokurikulum dan juga sukan dalam soal ini.
Ayer Hitam, Ayer Hitam..minta laluan.
Ayer Hitam,
Biarkan saya habiskan yang ini dahulu.
Habis ini, sudah habis cakap.
Okey, terus.
Saya Tuan Yang di- Pertua, teruja dengan Ayer Hitam ini dengan iltizam yang begitu kukuh, mantap. Saya hendak bertanya semasa Timbalan Menteri itu tidak adakah Ayer Hitam cuba pastikan ianya berjalan lancar mengikut kerangka yang telah pun dibahaskan ini. Saya begitu terharu kerana saya melihat Ayer Hitam begitu bersemangat dengan visinya, tetapi dalam masa yang sama berbahas dalam isu yang telah ke belakang yang sepatutnya Ayer Hitam sudah awal lagi memperkasa dan memastikan ianya dilaksanakan dengan smooth, dengan izin dan mantap dengan penuh cirinya sendiri.
Terima kasih.
Dahsyat, dahsyat Ayer Hitam. Ya Tuan Yang di-Pertua boleh macam itu? Terima kasih Ayer Hitam kerana beri laluan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tunggu bola tanggung ini. Sebab apa yang saya sarankan ini sebagai contoh MMI sesuatu perkara yang baru di laksanakan. Sebelum itu macam mana saya hendak maklumkan hendak membuat prediction bahawa ia berlaku pada bulan Julai, itu yang pertama. Kedua, tentang graph setting, tentang SAPS ini adalah perkara yang baru sahaja dilakukan oleh kementerian. Jadi saya cuma cerita perkara yang baru, saya tidak ceritakan perkara yang lama. Jadi saya minta Yang Berhormat supaya semak balik dengan NUTP.
Tidak, tidak. Kerangka yang Ayer Hitam cakap itu...
Saya tidak berhajat untuk berbahas dengan Yang Berhormat, kita boleh jumpa di luar. Saya banyak lagi perkara yang saya hendak sebut ya.
Saya hendak memperbetulkan fakta Yang Berhormat Ayer Hitam dalam kerangka itu telah pun divisikan sebelum ini. Saya tidak nampak benda itu menjadi satu isu besar kalau Ayer Hitam di waktu itu sudah pun melaksanakan kerangka yang Ayer Hitam cakap.
Yang Berhormat.
Jadi maksud saya ialah visi itu baik tapi kenapa tidak dilaksanakan terlebih awal. Dengar dahulu saya punya statement baru buat hujah balas.
Oleh sebab saya tidak ada masa bukan saya tidak mahu dengar. Kalau di izinkan boleh juga saya dengar.
Dulu dia ini Timbalan Menteri Yang Berhormat. Boleh ada masa panjang, sekarang dia ada masa tiga minit sahaja lagi.
MMI ini satu perkara yang baru.
Tuan Yang di-Pertua minta maaf, saya terlupa tiga minit. Pastikan tiga minit berhenti. Terima kasih.
Ya sudah hendak habis dah masa itu.
Yang Berhormat, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan ialah nisbah guru dan bilik darjah. Oleh sebab satu keputusan yang telah lama dibuat, oleh sebab JPA tidak membenarkan kementerian menambah nisbah. Saya rasa sudah sampai masanya kita melihat kerana ini memang memberi kesan kepada posting guru-guru ini. Jadi saya ingin mengesyorkan di mana kementerian bincang balik dengan SPP, bincang balik dengan JPA supaya wujudkan jawatan yang lebih awal supaya kita boleh membuat perancangan posting kepada guru-guru yang baru sahaja menamatkan pengajian. Kalau biarkan mereka menunggu selama setahun ini akan memberi kesan. Baru-baru ini ada sekumpulan beribu orang yang baru sahaja menamatkan pengajian selepas penyerapan GSTT pada awal tahun lalu dan mereka sedang menunggu posting. Saya rasa kita tidak boleh buat secara piecemeal, kena buat secara menyeluruh. Dua perkara yang terakhir yang terakhir yang saya ingin sampaikan yang pertama ialah MQA. Saya difahamkan MQA telah dipertanggungjawabkan untuk kerja-kerja atau urusan pengiktirafan ijazah daripada 820 buah universiti di China dan 157 buah universiti di Taiwan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian setakat ini bagaimana status itu dan bolehkah saya mendapat satu gambaran yang jelas adakah apa yang dimeterai oleh pemimpin dua buah negara itu telah dapat dilaksanakan dengan cepat. Pada waktu yang sama juga saya ingin bertanya kalau kita melihat keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Perdana Menteri China, ia memberi kesan jangka panjang. Di mana kalau MQA ini telah memberi pengiktirafan kepada 820 buah universiti daripada China dan 157 buah daripada Taiwan, ini kebanyakannya adalah pelajar atau lepasan-lepasan UEC ke sana. Bermaksud kita telah mengiktiraf ijazah yang lebih tinggi. Saya rasa dengan sendiri kita patut menyemak apa yang dibincangkan sebelum pilihan raya oleh pihak berkepentingan dengan pihak Perdana Menteri patut kita membuat follow up di mana saya juga menyarankan bahawa perkara ini
patut dilihat kerana IPTS telah menerima UEC sebagai kelayakan untuk memasuki universiti.
IPGM telah menerima ia sebagai satu syarat kemasukan akademik. Sudah sampai masanya kita melihat 20 buah IPTA ini menerima kerana UEC ini diterima oleh 100 lebih buah negara dan termasuk juga apa pengiktirafan yang kita hendak buat kepada Taiwan dan juga China. Saya berharap ia dapat diterima dan ia dapat direalisasikan dalam tempoh yang terdekat. Akhir sekali saya ingin membawa satu perkara kepada Dewan yang mulia ini kepada JKR. Saya sejak tahun 2004 telah membawa satu isu yang mana pelebaran jalan dari Kluang, Ayer Hitam ke Batu Pahat, sepanjang 47 kilometer. Selepas diperjuangkan, mantan Menteri Kerja Raya beri RM32 juta untuk membuat pembahagi jalan tetapi sayangnya projek itu hanya dapat dibuat untuk kawasan Parlimen di Sri Gading dan juga di kawasan Batu Pahat. Untuk kawasan saya, satu pembahagi jalan pun tidak dibuat. Saya ingin memohon supaya ia dapat dibuat demi kita mempertingkatkan features atau ciri-ciri keselamatan jalan ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan empat isu dalam perbahasan saya...
Sekejap sahaja.
Yang Berhormat, kapasiti apa Yang Berhormat hendak mencelah?
Tuan Speaker, internet di dalam Dewan ini sangat perlahanlah. Sekarang tidak dapat masuk internet. Saya hendak minta Menteri yang menjaga Parlimen itu tolong...
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini.
Menambahbaikkan... kita. Terima kasih.
Tidak payahlah berucap pasal itu. Tidak ada ruang pun, kapasiti.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, ini boleh masuk dalam ucapan sayalah .
Okey. [Ketawa]
Hebat!
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan empat isu dalam perbincangan saya atau perbahasan saya. Isu pertama yang saya hendak bangkitkan ialah berkait dengan keperluan untuk memansuhkan seksyen 9A, Akta Pilihan Raya 1958. Ini adalah untuk menjamin senarai pengundi yang bersih dan tulen. Dalam perkataan lain, dengan pemansuhan seksyen 9A, Akta Pilihan Raya 1958, undi hantu atau undi ragu-ragu boleh dikurangkan dan dengan ini menjamin pilihan raya yang lebih bersih. Seksyen 9A ini telah dimasukkan ke dalam Akta Pilihan Raya 1958 oleh kerajaan selepas Pilihan Raya Kecil Likas pada tahun 1999. Ini adalah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang telah membatalkan keputusan pilihan raya tersebut. Keputusan Yang Arif Muhammad Kamil Awang dan saya bacakan dengan izin, “The instances of non-citizen and phantom voters in the electoral roll as disclosed at the trial may well be the tip of the iceberg. It could not be denied that the registration of voters in the Likas electoral roll was in contravention of the law. No one, including the government department is above the law”.
Keputusan Yang Arif Muhammad Kamil Awang juga mengatakan bahawa, “It is common knowledge that the influx of illegal immigrants has plagued Sabah for some years. The SPR ought to be aware of the set influx and when the objection was raised; the SPR should have held a public inquiry as prescribed by the election laws”. So, ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Tinggi mendapati senarai pengundi kawasan Likas mengandungi pengundi hantu dan pengundi bukan warganegara. Untuk menyekat judicial overside ataupun pemantauan judicial ke atas senarai pengundi, kerajaan telah incorporate seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya. Dengan pindaan ini Tuan Yang di- Pertua, senarai pengundi yang diwartakan oleh SPR tidak boleh disemak dan tidak boleh dipersoalkan atau dirayu terhadapnya atau dikaji semula, dibatalkan atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah. Jelas seksyen 9A menjadikan SPR sebuah badan yang berkuasa mutlak dan mempunyai imuniti daripada pengawasan mahkamah dan daripada segi senarai pengundi. Malah SPR boleh dikatakan sebagai sebuah kuasa supranational ekoran pindaan seksyen 9A. Tambahan pula seksyen tersebut melanggar doktrin pengasingan kuasa ataupun separation of powers di antara badan kehakiman, eksekutif dan legislator. Kuasa dan fungsi mahkamah sebagai penimbang tara keadilan ataupun arbiter of rights and justice telah disingkirkan oleh seksyen 9A. Tuan Yang di-Pertua, tujuan sebenar pindaan seksyen 9A adalah untuk memastikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional kekal berkuasa. Baru-baru ini, kes keraguan senarai pengundi telah dirujuk ke mahkamah untuk semakan kehakiman, judicial review. Saya adalah salah seorang orang itu, Charles Santiago lawan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan juga seorang warga Klang, Dinesh a/l Siva Kumar lawan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan juga wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul Izzah lawan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Ketiga-tiga kes ini telah dirujuk ke mahkamah ekoran keraguan terhadap kesahihan Daftar Pemilih. Akan tetapi, kesemua kes ini ditolak oleh mahkamah atas alasan tiada dalam bidang kuasa mahkamah oleh kerana seksyen 9A. Tuan Yang di-Pertua, jelas kerajaan memasukkan seksyen 9A supaya menyekat judicial overside ke atas pengundi hantu. Ini adalah sebab pengundi hantu adalah penting untuk UMNO dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberikan satu contoh bagaimana penipuan ini berlaku. Seorang warga Klang bernama Dinesh a/l Siva Kumar telah didaftarkan sebagai seorang pengundi tanpa pengetahuan beliau. Beliau menetap di United Kingdom selama 15 tahun dan tidak pernah mendaftarkan diri atau memberikan kuasa kepada orang lain untuk mendaftarkannya sebagai seorang pengundi. Akan tetapi nama beliau sekarang disenaraikan sebagai seorang pengundi di Klang. Beliau telah didaftarkan secara haram dan ini diakui sendiri oleh SPR Selangor. Dalam e-mel yang dihantar kepada bapa beliau, SPR memberitahu bahawa anaknya didaftarkan oleh seorang penolong pendaftar UMNO bernama Hishamuddin bin Kassim. Saya baca e-mel ini, dihantar pada 18 Mac kepada bapa Dinesh iaitu Siva Kumar yang mengatakan bahawa..., ini daripada e-mel yang dihantar oleh SPR Selangor kepada bapa berkenaan, “Merujuk kepada tuan bertarikh 17 Februari 2013 mengenai perkara di atas, untuk makluman pihak tuan, setelah semakan dibuat, pendaftaran anak tuan iaitu Dinesh a/l Siva Kumar telah didaftarkan oleh Penolong Pendaftar Parti UMNO iaitu Hishamuddin bin Kassim”. So, soal di sini ialah saya sebenarnya telah membawa bapa berkenaan pergi berjumpa dengan SPR Selangor telah bermesyuarat dengan Pengarah SPR Selangor dan di mesyuarat itu saya tanya dengan pengarah itu, “Berapa orangkah Hishamuddin bin Kassim ini telah daftar?” Dia senyap sedikit tetapi selepas berfikir dia kata, “Banyak orang”. Ini boleh confirm lah dengan dia sendiri. Tuan Yang di-Pertua, sehingga ke hari ini SPR tidak mengambil tindakan terhadap orang ini yang telah melanggar undang-undang negara. Kes ini amat serius dan boleh dikelaskan sebagai kesalahan jenayah kerana melibatkan pemalsuan identiti. Dalam kes Dinesh Siva Kumar, sudah pasti tandatangannya dan salinan kad pengenalan beliau dipalsukan kerana ia perlu disertakan dengan Borang Pendaftaran Pengundi. Oleh kerana kesan yang serius, saya cadangkan SPR membuat laporan terhadap orang yang berkenaan dan heret dia ke mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen saya sendiri di Klang, 11 warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di luar negara iaitu di New Zealand, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat telah melaporkan kepada saya bahawa mereka didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka. Malah, ada seorang wanita cacat berumur 25 tahun didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan dirinya atau pengetahuan ibu bapanya. Kes-kes pendaftaran palsu atau undi hantu berleluasa oleh kerana peranan mahkamah disekat dan dengan itu, mekanisme check and balance hilang dalam proses. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak panjangkan isu ini, soal yang ditanya ialah bagaimanakah mana-mana orang tahu ataupun dalam kes ini Penolong Pendaftar UMNO tahu bahawa seseorang itu tinggal dan bekerja di United Kingdom, di Australia ataupun di Amerika Syarikat? Hanya pihak imigresen yang tahu di mana, bila orang datang ke negara dan pergi ke luar negara. So, oleh kerana itu adakah kita dapati sesuatu keadaan yang mana pihak imigresen, pihak Jabatan Pendaftaran Negara, SPR dan UMNO bekerjasama untuk menyenaraikan undi hantu di senarai pemilih di Malaysia?
Maka, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan seksyen 9A dan kembalikan kuasa mutlak badan kehakiman sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam sesebuah sistem demokrasi yang berkesan. Pada masa ini Kerajaan Barisan Nasional mengalami..., are losing illegitimacy, dengan izin, oleh kerana orang ramai percaya bahawa kemenangan ini diperoleh oleh penipuan. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam jawapan beliau akan memberi jawapan yang positif yang mengatakan bahawa seksyen 9A akan digugurkan dan dimansuhkan. Isu yang kedua yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik). Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas jawapan beliau kepada soalan-soalan TPPA yang dibentangkan di Dewan yang mulia pada minggu lepas. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri adalah kurang memuaskan. Rundingan TPPA telah berlangsung lebih daripada dua tahun. Akan tetapi setiap kali isu ini dibangkitkan, Yang Berhormat Menteri dan kementerian sekadar membuat respons yang umum dan berbentuk reassurance kepada rakyat Malaysia, semua under control, the Malaysia Government will protect the formality of Malaysia. Sebagai contoh dalam isu kenaikan kos ubat-ubatan yang bakal disebabkan oleh TPPA, saya menyambut baik jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan akan mempertahankan ubat-ubatan mampu milik atau pun generic medicine dan tidak akan bersetuju dengan TPPA sekiranya ia meningkatkan kos ubatan. Akan tetapi jaminan sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa perjanjian perdagangan sebegini akan meningkatkan kos ubat-ubatan. Contohnya, negara Jordan telah mengalami kenaikan harga ubat-ubat asas atau generic medicine sebanyak 20% semenjak tahun 2001 akibat daripada perjanjian FTA iaitu Free Trade Agreement Jordan-United States of America. Tax perjanjian TPPA yang dibocorkan atau pun the leak document of the TPPA juga menunjukkan bahawa terdapat usul-usul untuk melanjutkan tempoh pattern kepada 25 tahun, better exclusivity dan yang menyekat compulsory licensing dan juga parallel
(i) wajar menjawab secara terus sama ada kerajaan akan menolak usul-usul tersebut atau pun menyokongnya; dan (ii) membentangkan laporan cost benefit analysis untuk membuktikan bahawa kos ubat-ubatan tidak akan meningkat dan bukan sahaja memberi jaminan umum tanpa berasas. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu yang lebih pokok atau pun lebih controversial iaitu yang berkaitan dengan Investor State Dispute Settlement (ISDS), Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjawab bahawa ianya adalah penting kerana memberi perlindungan kepada syarikat Malaysia bahawa Malaysia sudah pun tertakluk kepada sistem ini di bawah perjanjian perdagangan yang lain. Akan tetapi
TPPA akan meningkatkan, saya ingin remind the Minister, mengingatkan Menteri bahawa TPPA akan meningkatkan risiko Malaysia kepada syarikat-syarikat besar kerana TPPA melibatkan 11 negara termasuk Amerika Syarikat. Sudah terdapat kajian yang banyak sebenarnya yang menunjukkan bahawa terdapat ramai syarikat yang sedang secara aktif mencari peluang untuk menyaman sesebuah negara untuk mendapatkan keuntungan. ISDS bukan lagi sekadar sebuah mekanisme untuk melindungi hak pelabur, tetapi telah menjadi satu senjata untuk syarikat- syarikat mengaut keuntungan. Misalnya pada 5 Oktober 2012, Badan Timbang Tara Antarabangsa iaitu ICSID, headquarters di Washington memutuskan supaya Kerajaan Ecuador membayar ganti rugi sebanyak USD2.3 bilion kepada Occidental Petroleum Corporation, sebuah firma gergasi minyak. Selain itu, beberapa penyelidikan mengenai ISDS didapati bahawa kebanyakan syarikat yang summon sebuah kerajaan adalah syarikat-syarikat daripada Amerika Syarikat iaitu sebanyak 123 kes atau pun peningkatan 20% kepada timbang tara antarabangsa. Saya mengungkap kembali kes antara firma gergasi tembakau Philip Morris dan Kerajaan Australia di mana Philip Morris telah menyaman kerajaan Australia kerana memperkenalkan undang-undang yang mengawal packaging rokok. Mahkamah Tinggi Australia telah memutuskan bahawa kerajaan Australia mempunyai hak untuk memperkenalkan undang-undang demi kepentingan rakyat dan juga untuk mempertahankan kesihatan rakyat. Akan tetapi Syarikat Philip Morris masih meneruskan saman kerajaan Australia melalui ISDS pula membawa isu ini kepada ICSID dan meminta menuntut pampasan berjumlah berbilion-bilion dollar daripada kerajaan Australia. Melalui cara ini, sebuah tribunal yang terdiri daripada tiga ahli akan dibentuk dan mereka berkuasa untuk membuat keputusan tanpa perlunya mengambil kira langsung kedaulatan negara Australia atau pun dalam kes Malaysia dan badan kehakimannya atau pun dasar domestik atau pun policy making potential of the nation. Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir bahawa Kerajaan Malaysia akan mengalami masalah ini dan saya percaya bahawa pendapat atau pun advise yang telah diterima oleh Kerajaan Malaysia tidak begitu cekap. Oleh kerana itu saya minta supaya kerajaan mengulang kaji isu ini sebelum menandatangani perjanjian TPPT. Berkenaan isu laporan cost benefit analysis atau pun analisa kos faedah, sebenarnya pihak MITI telah berjanji akan memberikan kepada kami apabila saya bersama- sama Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Kelana Jaya bertemu dengan pemimpin MITI pada dua minggu yang lalu. Malangnya janji itu tidak ditepati. Walau bagaimanapun, saya tidak terkejut dengan pihak MITI yang sudah banyak kali menabur janji untuk memberi laporan cost benefit kepada pelbagai pihak sejak dua tahun yang lalu tetapi bayangannya tidak langsung kelihatan. Pembentangan laporan cost benefit analysis adalah penting dari segi transparency dan juga accountability. Saya memahami penjelasan Yang Berhormat Menteri bahawa perlunya kerahsiaan, confidentiality kerana cost benefit analysis berkait rapat dengan proses rundingan. Akan tetapi kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hak pihak-pihak berkepentingan iaitu stakeholders untuk mendapatkan maklumat tersebut dan terus dipelihara. Inilah salah satu sebab mengapa kami dari pihak Pakatan Rakyat mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas atau pun Parliament Select Committee membuat Perjanjian Trans-Pacific Partnership ini. Ahli-ahli Parliament Select Committee ini boleh menandatangani non disclosure agreement dan diberi akses kepada laporan cost benefit analysis dan teks rundingan. Tuan Yang di-Pertua, pembentukan Parliament Select Committee adalah penting kerana Perjanjian TPPA bukan hanya sebuah perjanjian perdagangan semata-mata. Ini turut diakui oleh Yang Berhormat Menteri. TPPA yang digelar sebagai 21st century trade agreement yang merangkumi banyak kesan terhadap isu-isu seperti hak pekerja, alam sekitar, perolehan kerajaan, kedaulatan negara, harga medicine dan sebagainya. Pembentukan Parliament Select Committee akan memastikan terdapat check and balances yang secukupnya terhadap isu yang besar ini. Di Amerika Syarikat contohnya terdapat jawatankuasa kongres yang memantau rundingan perdagangan dan pihak kerajaan perlu mendapatkan kelulusan kongres sebelum dibenarkan untuk menandatangani perjanjian.
Di Thailand, semua perjanjian perdagangan bebas mesti dikaji oleh satu Parliamentary Select Committee yang ditubuhkan di Parlimen. Akan tetapi di Parlimen Malaysia, kita tidak membuat cara itu oleh kerana Parlimen Malaysia tidak ada ‘tulang belakang’ dan juga tergantung kepada kerajaan terlalu banyak. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan perjanjian TPPT akan mengubah sama sekali masa depan negara. Kerajaan-kerajaan yang merunding sedang bertungkus-lumus untuk memeterai perjanjian ini dalam tahun ini juga. Oleh itu adalah sangat mustahak dan tidak boleh diremehkan lagi, saya menyeru kerajaan supaya pertama membentuk Parliamentary Select Committee buat perjanjian TPPA dengan segera dan membentangkan laporan cost benefit analysis kepada Ahli-ahli Parlimen untuk diselidiki. Isu yang ketiga yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah yang berkait dengan pembunuhan Puan Pua Bee Chun. Beliau telah ditembak mati oleh anggota polis pada 18 Januari di Taman Sentosa Klang. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Laporan berita tentang kejadian tersebut mengatakan bahawa sebanyak 25 das tembakan dilepaskan oleh pihak polis yang mengejar kereta Puan Bee Chun dan satu daripada peluru itu telah menyebabkan kematian beliau. Puan Pua Bee Chun adalah seorang isteri berumur 22 tahun dan mempunyai dua orang anak berumur dua tahun dan satu tahun. Sebagai Ahli Parlimen Klang, saya telah menulis kepada Ketua Polis Selangor supaya mendapat penjelasan dan meminta untuk mengadakan pertemuan dengan beliau. Jawapan yang saya terima menerusi surat pada 1 April 2013 ialah seperti berikut. “Isu tersebut berada dalam siasatan dan tidak perlu berjumpa dengan saya”. Ini Polis Diraja Malaysia ataupun ‘Polis Raja di Malaysia'. Pada 25 Mei, saya diberitahu bahawa pihak polis akan mengemukakan laporan siasatan kepada waris Puan Bee Chun tetapi sehingga hari ini, suami mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan masa selama lima bulan telah berlalu. Walaupun pihak polis telah mengatakan bahawa kes ini adalah apa yang dikategorikan sebagai ‘attempted murder’. Perkara yang mengelirukan adalah masa yang diambil oleh pihak polis untuk penyiasatan kes yang serius ini. Selain itu saya ingin menegaskan bahawa kejadian ini menjadi persamaan dengan tragedi pada 26 April 2010 iaitu melibatkan anak Malaysia – Aminurrashid Hamzah, remaja berumur 15 tahun yang telah ditembak oleh pihak polis. Kedua-dua kes ini memberi gambaran bahawa pihak polis menembak dengan sesuka hati ataupun trigger-happy. Oleh yang demikian, saya meminta jawapan daripada Menteri Dalam Negeri supaya penjelasan mengenai perkara demi kepentingan awam atau public interest. Isu yang akhir saya hendak bangkit Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan sistem matrikulasi. Menteri Pelajaran dalam jawapan beliau dalam Dewan yang mulia ini minggu lalu mengatakan bahawa kerajaan telah khaskan sejumlah 1,500 kerusi ataupun tempat matrikulasi untuk pelajar-pelajar India. Malah jumlah ini telah ditingkatkan kepada 1,800 dan kerajaan juga telah kurangkan atau longgarkan kelayakan atau requirement supaya dapat mengambil lebih pelajar India ke sistem matrikulasi. Beberapa pihak di kalangan India ragu-ragu ataupun very unsure adakah ini kenyataan benar ataupun salah sebab daripada penyelidikan mereka, ini tidak berlaku. So, saya minta kerajaan khususnya Menteri Pelajaran untuk memberi satu senarai di mana berapa orang telah diambil ataupun dimasukkan ke program matrikulasi di mana mereka ditempatkan, di sekolah mana mereka ditempatkan supaya masyarakat India dapat percaya apa yang telah dikatakan oleh pihak Menteri Pendidikan. Sekian, terima kasih.
Penjelasan.
Sudah habis ini.
No, mengenai hal matriculation.
Bolehlah. Bagi, bagi, bagi.
Bagi peluang? Bagi peluang?
Bagilah. Bagi, bagi bagi.
Bagi? Bagi peluang ya?
Boleh, boleh, boleh.
Sila, sila, sila.
Yang Berhormat Klang, adakah Yang Berhormat tahu? Saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan pun tidak tahu. Tidak ada akses kepada nama-nama yang telah mendapat untuk masuk ke matriculation. Saya difahamkan bila beliau menemui pegawai-pegawai, saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah difahamkan, telah diberitahu bahawa this is absolute secrecy. Ini selalu ditulis di surat khabar-surat khabar Tamil tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri enggan menjawab soalan tersebut. Soalan saya adalah kenapa keraguan sedemikian berlaku dan kenapa ada secrecy? What is that to be secret about who gets places in the matriculation? Apakah peranan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah dia seorang Timbalan Menteri ataupun dia seorang administrative officer ataupun “Kula” akan cakap adakah dia seorang office boy? Sekian, terima kasih.
Ketiga-tiga sekali... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat telah banyak dibincangkan dalam media Tamil, di mana wakil kerajaan ataupun Timbalan Menteri tidak dapat menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh NGO-NGO pendidikan dalam golongan orang India. Sebenarnya bimbang bahawa nombor-nombor ataupun jumlah yang dikatakan oleh menteri tidak betul dan mereka percaya nombor itu lebih kurang daripada yang dikatakan 1,500 ataupun 1,800. Saya mengambil isu ini secara serius sebab dalam kawasan saya ada seorang murid yang telah memohon untuk masuk ke matrikulasi dan telah ditolak. Kalau kita tengok dia punya kelayakan, kelayakan dia adalah 11 A’s. 11 A telah ditolak. Selepas saya, selaku Ahli Parlimen memohon lagi bagi pihak penuntut itu, maka dia telah diambil balik. Soal yang aneh ialah bagaimana seorang top performer boleh ditolak? 11 A ditolak. So, bila menteri mengatakan bahawa...
Minta laluan boleh?
Saya boleh habis? Belum habis. Bila menteri mengatakan bahawa kelayakan dilonggarkan, ini saya tidak faham. Longgarkan sebagai apa sebab penuntut ini mendapat 11 A dan telah diabaikan. Telah ditolak. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tadi Yang Berhormat Klang mengatakan bahawa ada seorang pelajar yang mendapat 11 A tetapi tidak ditawar ke matrikulasi. Akan tetapi jawapan yang diberikan oleh Menteri semalam, beliau mengatakan bahawa ada pelajar-pelajar India yang kelayakannya tidak sebegitu. Tidak layak tetapi telah diberi masuk ke program matrikulasi. Saya agak terkeliru dengan jawapan yang diberi oleh Menteri Pendidikan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Klang.
Sebenarnya penjelasan diberikan oleh menteri sendirilah bukan saya sebab menteri yang buat keputusan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya, Yang Berhormat Bagan Serai. Ada Yang Berhormat Bagan Serai? Ada? Sila.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah setelah sekian lama rakyat Malaysia berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang juga digelar sebagai mother of all elections dengan izin. Akhirnya Barisan Nasional masih diberikan mandat dan kepercayaan
daripada rakyat Malaysia untuk sekali lagi menerajui tampuk pemerintahan negara. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berjaya menerajui Barisan Nasional untuk kekal menjadi parti pemerintah. Barisan Nasional tidak pernah sesekali melupakan rakyat. Barisan Nasional tidak pernah sesekali tidak mengendahkan suara hati rakyat, Barisan Nasional juga tidak pernah melupakan tentang hal-hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehingga warga emas telah menerima manfaat daripada pelbagai insentif yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan Baucar Buku 1Malaysia, bantuan Persekolahan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan pelbagai inisiatif lain telah dilaksanakan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, gender dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.
Dahsyat!
[Menyampuk]
Teruja? Teruja?... [Ketawa]
Mencelah sikit.
Peribahasa indah ini amat bermakna kalau dihayati dan dipraktikkan di dalam negara kita, Malaysia tercinta.
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Ampang bangun.
Boleh?
Perpaduan kaum dapat diwujudkan...
Hendak bagi laluankah?
[Ketawa]
Melalui integrasi nasionalnya.
Yang Berhormat Bagan Serai, Speaker bertanya ini, Yang Berhormat Bagan Serai.
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Bolehkah atau tidak boleh? Hendak baca sahaja.
Hendak bagi laluankah tidak?
Saya baru bermula. Saya baru bermula.
Hendak beri penerangan.
Tidak bagi, tidak bagi laluan.
Topik sudah ubah.
Belum panas lagi.
Laluan tidak diberikan.
Perpaduan kaum dapat diwujudkan melalui integrasi nasional. Persoalannya, benarkah sukar untuk negara mencapai perpaduan atas alasan kewujudan kepelbagaian budaya dan agama di negara
kita? Sebenarnya kepelbagaian budaya dan pelbagai agama yang telah dianuti oleh masyarakat Malaysia adalah menjadi sumber kekuatan dan bukan dilihat dari sudut negatif sebagai penghalang dalam negara melakar kemajuan. Bukan perkara titik-bengik yang harus dipersoalkan demi kepentingan sesetengah pihak. Sebaliknya, harus dilihat dari aspek yang positif. Malah kepelbagaian ini harus dilihat secara positif sebagai satu aset yang besar kepada pembinaan tamadun Malaysia, malah kemajmukan ini harus pula dilihat sebagai warisan budaya yang mempunyai nilai dan keunikannya akan menjadi tarikan untuk para pelancong hayati. Sekiranya nilai-nilai ini dapat difahami dan dibudayakan secara sihat, kita yakin dapat membentuk satu masyarakat Malaysia yang lebih baik. Kesepaduan penerimaan dengan penghayatan yang hakiki ini sudah tentu akan membuahkan keberhasilan yang boleh membanggakan negara. Sebaliknya, sekiranya kita melihat secara negatif dan mempunyai nilai kepentingan tersendiri, seolah-olah kepelbagaian budaya dan agama ini menjadi batu penghalang kepada kesepakatan dan tiadanya amalan toleransi boleh membawa kepada kehancuran negara Malaysia yang tercinta. Oleh itu, kita semua harus menerima dengan penuh kebanggaan hakikat situasi indah kondusif serta istimewa di negara kita ini dengan berlapang dada, saling bekerja untuk memajukan negara dengan modal kata keramat perpaduan yang tidak perlu memerlukan kos pada hemat saya adalah amat berharga dan mesti diterima oleh semua pihak dan sekiranya perpaduan ini hancur musnah akibat tangan-tangan orang yang tidak cintakan perpaduan, sudah tentu kehancuranlah yang jadi natijahnya. Bermula dari zaman persekolahan lagi hingga ke pusat pengajian tinggi, warga pendidik telah memainkan peranan penting dalam menyemai nilai perpaduan dengan menanam nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Malangnya, di luar pintu pagar sekolah kita telah melihat satu yang ironisnya iaitu masyarakat kita sering menanam nilai-nilai negatif yang boleh mengundang perpecahan dan perpaduan kerana sikap berkepentingan peribadi. Justeru itu, saya menyeru Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita sama-sama bersepakat tanpa mengira fahaman ideologi kerana ungkapan perpaduan ini adalah kata-kata keramat yang boleh menjana pertumbuhan tamadun, bangsa dan negara...
Dahsyat!
Teruja? [Ketawa]
Minta laluan, minta laluan.
Atas nama perpaduan nasional, mari kita berjuang bersama-sama menegakkannya tanpa lagi menyoal...
Minta laluan.
...Perkara remeh temeh kerana kita semua mempunyai agenda besar...
Ini Yang Berhormat Kuala Langat minta laluan.
...Untuk bertanggungjawab menjaga kestabilan dan keharmonian negara.
Yang Berhormat Bagan Serai, minta laluan.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Minta laluan.
Yang Berhormat Bagan Serai, ini Yang Berhormat Kuala Langat minta laluan.
Hendak tanya, hendak tanya ya.
Berikah atau tidak beri?
Saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Hendak tanya sahaja, skrip ini Kementerian Penerangankah yang buat ini?
Tidak benarkan, tidak benarkan.
Terima kasih.
Sabar, sabar dahulu. [Ketawa]
Kawan sekolah lama itu, itu yang dia jadi macam itu.
Dari sekolah ya?
Hah! Dari sekolah lagi dia jadi macam itu, bawa sampai ke tua.
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Ya. Sama sahaja. Dia tidak ke mana, dia tidak ke mana.
Kita yakin langkah yang paling baik...
Tuan Yang di-Pertua, tidak elok ini. Skrip ini ketua pelajar sekolah menengah yang buat ini [Ketawa]
...Langkah yang paling baik mewujudkan perpaduan nasional ini melalui semangat bergotong royong, bersukan, melalui pendidikan dan dengan bantuan semua agensi-agensi kerajaan. Sudah sampai masanya perpaduan ini diterima oleh semua pihak selaginya ia mengikut lunas-lunas yang termaktub dalam perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin ketengahkan ialah tentang pendidikan di negara ini. Sistem pendidikan negara akan membawa Malaysia ke persada negara maju. Dunia pendidikan merangkumi seluruh sudut kehidupan manusia. Pendidikan yang bersifat holistik perlu difikirkan nilai tambah dari semasa ke semasa. Rakyat yang berpelajaran akan memudahkan pencapaian ke arah negara maju. Pendidikan ini perlu berteraskan kemahiran supaya asas kemahiran dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam alam pekerjaan. Kemahiran merupakan agenda utama dalam sektor perindustrian. Sebab itulah seharus peluang yang luas disediakan kepada generasi kini. Antaranya mengadakan pusat latihan kemahiran untuk lepasan persekolahan yang lebih khusus dan terancang di semua peringkat terutama di kawasan luar bandar. Ini bagi memastikan mereka tidak ke bandar dan kita dapat mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di luar bandar kerana lepasan sekolah berkemahiran tinggi boleh menyumbang kepada tenaga kerja yang boleh membangunkan negara. Pelan pendidikan Pembangunan Nasional dengan beberapa fasa gelombang akan menjuruskan generasi kita menjadi insan yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Kita tidak boleh lari dari transformasi dan transformasi amat perlu untuk beroleh kejayaan. Kita akan bersedia dengan cara dan kaedah pembelajaran yang terkini dan pembelajaran secara alam maya pasti menuntut pelbagai cabaran kepada kita dan generasi akan datang. Untuk maju kita mesti bersedia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara- negara lain selari dengan pembelajaran bertaraf dunia. Langkah awal yang adil harus juga difikirkan dengan memberikan penumpuan dari sudut taburan dan lokasi pusat-pusat pengajian tinggi. Adalah dicadangkan bahawa pusat-pusat pengajian seperti sekolah berasrama penuh, MARA, kampus universiti dan sebagainya harus diadakan di setiap Parlimen. Ini dapat dirasakan khususnya di tempat sayalah, di Bagan Serai. Pencapaian pelajaran yang bagus dan meningkat dari tahun ke setahun tetapi yang saya perhatikan dan menjadi
rungutan rakyat di Parlimen Bagan Serai ialah tidak ada IPT ataupun tidak ada MRSM ataupun SBP di kawasan ini. Sedangkan di daerah-daerah sekelilingnya ada setengah- setengah tempat yang mempunyai dua sekolah berasrama penuh dan juga MRSM. Jadi, saya berharaplah Kementerian Pendidikan dapat melihat hal ini supaya pencapaian yang tinggi dan pelajar-pelajar yang bijak di kawasan Parlimen Bagan Serai tidak keluar dan mereka dapat menyambung pelajaran di tempat mereka sendiri. Ini juga akan mengurangkan beban keluarga mereka dan juga masalah kerana perjalanan transport dan memerlukan banyak perbelanjaan di masa akan datang. Jadi usaha ini sudah tentu akan memajukan kawasan parlimen-parlimen dan menambah sumber pendapatan giliran. Akhirnya semua potensi modal insan dapat dijana demi kepentingan negara. Tahap kebolehgunaan capaian internet harus juga dibaiki bagi memberi seluas- luasnya kemudahan kepada pihak sekolah terutama sekolah di luar bandar yang masih menghadapi permasalahan capaian internet di sekolah-sekolah khususnya di luar bandar. Gelombang transformasi mestilah dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Pendidikan tidak lagi berorientasikan peperiksaan seperti dahulu. Pengenalan peperiksaan berasaskan sekolah PBS amat kena pada tempatnya. Segala kemudahan dan kelengkapan terkini harus disediakan. Pelaksanaannya berjalan lancar dan seluruh warga pendidik dapat menerima dan ibu bapa pula merasakan anak-anak mereka mendapat tahap pendidikan dunia. Aspek kemudahan pula mestilah dilihat penyamarataan terutamanya kemudahan infrastruktur. Bagi sekolah-sekolah bantuan modal, adalah menjadi harapan agar mereka dapat bersama-sama memberi kerjasama yang erat dengan semua pihak terutama dengan seluruh agensi kerajaan apabila diperlukan.
[Menyampuk]
Teruja? Kawan, kawan punya pasal. Seluruh keupayaan dan kebolehgunaan tenaga guru harus dilihat bukan di dalam sekolah tetapi sepatutnya berkebolehan dan keupayaan mereka boleh diguna pakai bagi membimbing masyarakat atau komuniti setempat. Peluang dan kebolehan mereka mesti diguna pakai dengan semaksimum dan keadaan ini akan meletakkan diri mereka dihargai dan disanjung tinggi. Dekati mereka sebagai aset dalam pembangunan negara kerana mereka merasakan seolah-olah kepakaran dan kebolehan mereka tidak diterima oleh masyarakat. Kepakaran mereka ini ada di setiap inci di seluruh negara dan kita amat menyanjung tinggi kebolehan mereka. Saya secara peribadi menjunjung tinggi prinsip knowledge is power, dengan izin. Segala masalah yang kompleks boleh diselesaikan sekiranya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Islam sendiri menjunjung tinggi nilai dan martabat ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sendiri mengajak segenap lapisan manusia untuk membaca, menuntut ilmu. Ironinya, pada wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan berkisar mengenai ibadat atau kepercayaan tetapi sebaliknya berbicara mengenai perihal ilmu pengetahuan. Ini membawa maksud betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia sejagat. Pertama, ia mengingatkan kita bahawa segala perkara yang berlaku di atas muka bumi ini bersandarkan ilmu pengetahuan, berkebolehan membaca, menulis dan berfikir. Justeru itu, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan untuk terus memperkasakan kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif pada setiap pelajar di Malaysia. Sistem pendidikan yang holistik dan seimbang perlu diberi penekanan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing di alam pekerjaan yang amat kompetitif. Ilmu pengetahuan ini adalah suatu proses berterusan. Justeru itu, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan juga perlu memberi lebih insentif kepada rakyat Malaysia yang berhasrat melanjutkan pelajaran kepada peringkat yang tertinggi. Justeru itu, kerajaan juga perlu untuk menambahkan dana penyelidikan kepada institusi pengajian tinggi untuk melahirkan penyelidikan-penyelidikan yang berkualiti setanding di peringkat antarabangsa.
Yang Berhormat Kapar. Boleh bagi laluan?
Boleh.
Boleh?
Sila, sila. Sila Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih. Pertama kali bagi peluang, saya hargai. Nak tumpang tanya. YB tekankan tadi tentang pendidikan. Adakah YB bersetuju untuk memberi peluang untuk pendidikan percuma sebab ini boleh menaikkan lagi taraf pendidikan di Malaysia. Terima kasih.
Dia kira semua dia nak free sahaja. Soalan pendidikan percuma ini kita serahkan kepada Menterilah untuk jawab.
Yang Berhormat.
Penyakit, gelak kuat ini penyakit.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Jerantut. Ha, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Cerita bab free ini saya harap Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju dengan saya. Semua orang nak free, tak cukup lagikah free di peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Ini pun sudah cukup banyak bagi saya. Apakah...
Yang Berhormat Jerantut, BR1M pun free.
Apakah yang kita nak free lagi? Apakah pengorbanan yang kita beri kepada negara kita.
Tayar pun free.
Yang Berhormat Kapar dan Batu, tak boleh macam itu Yang Berhormat.
Saya harap Yang Berhormat Bagan Serai mungkin boleh bersetuju dengan saya iaitu banyak sangat dah dalam bidang pendidikan ini yang kita dapat free. Terima kasih.
Saya nak menambah sikit.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Jerantut. Lepas ini makan free lah, semua free.
Mesyuarat makan free kan? Mesyuarat memang makan free.
Mesyuarat makan free kah? You memang semua suka free.
Tak boleh macam itu Yang Berhormat, tak boleh macam itu. Itu dialog, ini perbahasan.
Okey.
Nak berborak dekat luar lepas perbahasan ini. Sila, sila teruskan.
Ya. Tanpa disangkal lagi, Malaysia perlu bekerja keras untuk menambah baik kemampuan untuk mentransformasikan sistem pendidikan agar menjadikan ia lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, keringat pemuda ditagih, demonstrasi jalanan perlu disisih. Malaysia hanya tinggal tujuh tahun lagi sebelum menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Secara ekonominya, Malaysia berada di trek yang betul, dipacu hebat dengan Dasar Transformasi Negara baik daripada aspek Program Transformasi Kerajaan mahupun Program Transformasi Ekonomi. Kedua-duanya memberi kesan yang positif kepada iklim ekonomi Malaysia. Laporan Bank Dunia, Doing Business
2013, dengan izin, misalnya telah meletakkan Malaysia sebagai negara kedua belas paling mudah berurus niaga di dunia. Manakala Laporan World Competitiveness Year Book 2012, dengan izin, telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. Secara asasnya, indicator ekonomi ini memberikan harapan dan sinar kepada Malaysia untuk mencapai impiannya pada tahun 2020. Namun hal ini perlu selari dengan perkembangan sosiopolitik negara terutamanya di kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan harapan dan pelapis kepimpinan negara. Mereka juga ialah aset yang paling bernilai kepada negara. Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah lupa dan alpa tentang golongan ini. Pelbagai insentif dan inisiatif diberikan oleh kerajaan untuk memastikan generasi muda Malaysia bersifat kompetitif dengan belia di negara lain terutamanya di era globalisasi ini.
Mohon laluan Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Masjid Tanah bangun, boleh bagi laluan?
Boleh.
Ha, sila.
Apabila bercakap tentang orang muda, saya terpanggil. Kita melihat sekarang ini golongan belia terdedah kepada cabaran pembudayaan yang mana YB setuju ataupun tidak dengan cabaran pada masa kini. Usaha-usaha perlu ataupun tidak ke arah pembudayaan kebudayaan atau dalam bahasa Inggerisnya cultural planning, yang mana bukannya soal yang macam stereotaip. Maksudnya bukannya menari dan menyanyi tetapi lebih kepada cara hidup, cara hidup dan juga nilai-nilai murni kepada golongan belia. Perlu kerajaan tegaskan sebagaimana hari ini dalam meliputi nilai-nilai murni terhadap golongan belia. Ini kerana kita tengok pihak pembangkang pada hari ini memberi cabaran yang begitu hebat. Mereka akan buat pelbagai cara untuk menagih undi daripada golongan muda. Terima kasih.
Saya setuju Yang Berhormat Masjid Tanah. Tuan Yang di-Pertua, di era globalisasi ini, cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi muda amat hebat. Ledakan bidang teknologi maklumat, media sosial dan pelbagai method komunikasi yang lain menyebabkan generasi mudah terdedah dengan lambakan maklumat dan data yang tidak pasti kesahihannya. Dengan kuasa media sosial, ia telah menarik jutaan penduduk Mesir berdemonstrasi. Dengan kuasa yang sama juga, media sosial telah berjaya mencetuskan ketegangan agama apabila filem-filem seperti Innocent of Muslim disebarkan di seluruh dunia. Kita juga sedar bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh media sosial. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menghina Yang di-Pertuan Agong melalui laman media sosial.
Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan tidak seharusnya disalah guna. Kerajaan masih lagi menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Namun kebebasan itu...
Lima minit lagi ya. Lima minit lagi.
Namun kebebasan itu perlu hadir dengan sifat dan tanggungjawab.
Yang Berhormat Bagan Serai, boleh saya tanya?
Ini Yang Berhormat Shah Alam ini hendak mencelah.
Penjelasan.
Saya hendak sambung ucapan saya.
Hendak bagi benda yang boleh dipersetujui.
Tidak bagi laluan Yang Berhormat Shah Alam.
Saya hendak sambung ucapan saya. Keputusan kerajaan untuk tidak mewajibkan pengendali portal berita memiliki lesen untuk beroperasi seperti yang diperkenalkan oleh Singapura membuktikan sikap keterbukaan Kerajaan Barisan Nasional dalam menyahut semangat hak kebebasan media dan kebebasan bersuara rakyat di negara ini.
Laluan.
Di Pilihan Raya Ketiga Belas telah menyaksikan..
Yang Berhormat Bukit Gantang bangun.
...Bahawa berlaku peningkatan penglibatan generasi muda.
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bukit Gantang bangun.
Saya hendak habiskan ucapan saya dahulu.
Tidak beri laluan.
Dalam menzahirkan hak bersuara mereka di saluran yang betul iaitu melalui peti undi dan dibuktikan dengan jumlah peratusan keluar mengundi di peringkat nasional sebanyak 85% yang merupakan angka tertinggi dalam sejarah politik tanah air. Perkara inilah yang sepatutnya dilakukan oleh generasi muda untuk menyuarakan suara dan pendapat serta terlibat secara langsung dalam proses demokrasi yang matang. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kestabilan perpaduan dan kemakmuran menolak siri-siri demonstrasi jalanan sebaliknya mengangkat politik yang lebih bersifat matang menggunakan saluran yang betul. Saya menyeru kepada generasi muda agar menjulang nama negara di peringkat antarabangsa. Keterlibatan generasi muda yang menyahut cabaran untuk menakluki Everest tempoh hari perlu diberikan pujian. Generasi muda seharusnya memikirkan cara untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Parit Buntar, Yang Berhormat Bagan Serai sedikit sahaja.
Yang Berhormat Parit Buntar ini.
Jiran, jiran. Ini jiran betul-betul ini.
Jiran pun kena sabar jugalah. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan IM4U..
Tidak bagi laluan. Hentam sajalah labu.
...ang mempromosi acara kesukarelawan di kalangan belia perlu diberi pujian.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Kuala Langat ini sahabat tetapi mengacau.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyebut tentang isu pertanian yang merupakan sebahagian elemen pembangunan negara. Bagi nelayan dan petani pada masa kini amat terdedah dengan serangan penyakit dan mala petaka. Bencana yang tidak diduga ini pasti mengurangkan minat dan mengurangkan hasil pendapatan petani. Oleh itu kita mesti bersedia melakukan penyelidikan dan kajian bagi memastikan bencana dan serangan penyakit seperti ini ada penawarnya. Para pengkaji dan para penyelidik kita seharusnya berusaha gigih untuk mengatasi permasalahan petani ini. Hasil pendapatan mesti ditingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini harus diperkenalkan dengan cepat dan pantas dalam menggalakkan petani dan nelayan mencapai taraf hidup yang tinggi. Ramai di kalangan mereka masih dibelenggu dengan kemiskinan. Kerajaan juga harus memikirkan dan bercita-cita meletakkan dunia pertanian iaitu petani dan nelayan sebagai dunia kelas pertama setanding dengan dunia komersial yang lain yang akhirnya dapat melonjakkan pendapatan warga petani dan nelayan. Peluang dan dana-dana yang lebih komprehensif dengan kajian dan penyelidikan harus segera dibangunkan demi menjulang petani kelas pertama di negara kita. Pembangunan minda kelas pertama satu dalam kalangan petani harus disemai dan Kementerian Pertanian mesti segera menterjemahkannya ke arah petani yang mempunyai minda pertama ini. Tuan Yang di-Pertua, pencapaian Malaysia sebagai destinasi keempat membeli belah terbaik dunia adalah hasil dari kempen-kempen dan proses mempromosikan industri pelancongan yang wujud di negara ini. Mana mungkin akan diterima satu anugerah pencapaian yang begitu cemerlang di peringkat dunia jika tidak dilihat kepada jumlah pelancong asing yang datang. Kedatangan pelancong ke mari dek tarikan yang ada di Malaysia telah menjadikan pelancongan sebagai satu industri perkhidmatan yang berjaya sekali. Contohnya Program Inap Desa yang diadakan perlulah dikekalkan malah perlu dimajukan lagi ke mana-mana tempat di dalam negara ini yang dilihat mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai satu tarikan secara tidak langsung rata-rata berlaku di kawasan pedalaman dan luar bandar. Ini telah membawa satu bentuk pendapatan dan melahirkan banyak kerja terutama di sektor perkhidmatan. Pihak kerajaan juga mesti memberi tumpuan kepada potensi membangunkan pelancongan dengan memberi satu lagi peluang kepada pembangunan kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua..
Ya, sila gulung [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, kesihatan diutamakan, negara mencapai kemakmuran. Isu kesihatan adalah isu terakhir untuk saya sampaikan. Bijak pandai pernah berkata,“Health is wealth”, dengan izin. Selaku bekas pengamal perubatan saya amat bersetuju dengan kenyataan berikut. Dalam pemerhatian saya kebelakangan ini kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhannya amat membimbangkan. Rata-rata rakyat sudah mula menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Rakyat Malaysia ternyata agak malas bersenam dan beriadah. Hanya 25% rakyat di negara ini terbabit dalam aktiviti senaman. Rakyat kita terdedah kepada pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap. Daripada diabetes hingga ke hipertensi, kadar penyakit yang membabitkan sakit jantung juga meningkat. Demikian juga masalah obesiti. Tinjauan kesihatan dan mobiliti kebangsaan Kementerian Kesihatan bagi tahun 2011 mengatakan kadar penyakit diabetes meningkat kepada 15.2% daripada 11.6% pada tahun 2006. Sementara hipertensi dalam kalangan orang dewasa yang berumur lebih 30 tahun meningkat daripada 32.2% kepada 32.7%. Banyak orang yang menyalahkan kemewahan dan gaya hidup moden sebagai punca semua masalah...
[Bangun]
Bagi saya isunya ialah sikap kita sendiri terhadap kesihatan. Hakikatnya..
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Gombak bangun. Bagi laluan? Duduklah Yang Berhormat Gombak, tidak ada masa ini. Dia hendak gulung sudah itu.
Saya hendak habiskan sedikit lagi.
Selepas ayat ini duduk ya.
Bagi saya isunya ialah sikap kita sendiri terhadap kesihatan. Hakikatnya cara hidup kita berubah tetapi amalan pemakanan kita tidak berubah.
Lebih kurang Yang Berhormat Lenggong jugalah.
Mungkin nenek moyang kita makan makanan yang sama dengan apa yang kita makan hari ini tetapi mereka bekerja di ladang dan mengeluarkan peluh sedangkan kita masuk di pejabat berhawa dingin. Kemewahan boleh membunuh. Ironinya seorang daripada lima orang penduduk di dunia kelaparan. Pada waktu yang sama lebih dua bilion penduduk mengalami apa yang disebutkan chronic malnutrition. Akan tetapi di Malaysia kita mati kerana makan. Eat to die, dengan izin. Bukan kerana tidak cukup makan. Kadar penyakit moden seperti barah, sakit jantung, diabetes dan lain-lain meningkat apabila rakyat semakin mewah. Kita makan terlalu banyak. Makan makanan yang kurang berkhasiat di samping membazirkan makanan. Sekiranya perkara ini berterusan kerajaan terpaksa menampung kos kesihatan awam yang tinggi. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Justeru itu saya menyeru kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan bersama- sama Kementerian Belia dan Sukan untuk merancang program untuk memupuk budaya hidup yang lebih sihat di kalangan masyarakat Malaysia kerana saya percaya bahawa prevention is better than cure, dengan izin. Pelan strategik yang lebih bersifat holistik dan komprehensif perlu direncana untuk memastikan taraf kesihatan masyarakat Malaysia akan berada di kadar yang lebih baik...
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Akhir kata...
Sila.
Akhir kata saya menjunjung tinggi Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berhenti berpolitiking. Sekarang adalah masa untuk bekerja. Banyak perkara yang perlu kita lakukan demi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Saya percaya dengan iltizam tinggi Kerajaan Barisan Nasional dan komitmen berterusan daripada semua pastinya Malaysia mampu melakar episod gemilang untuk dikenang generasi masa depan. Semoga usaha baik ini dapat diberikan apresiasi atau penghormatan yang sewajarnya oleh semua pihak. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat diberi masa 30 minit. Yang Berhormat Bagan Serai dipersilakan mencelah. [Ketawa]
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua yang budiman lagi bijaksana memilih Yang Berhormat Kuala Langat untuk berbahas.
Bagi laluan, boleh?
Ini kawan lama ini, kawan lama.
Ini kawan lama.
Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pilihan yang tepat dan padat.
Yang Berhormat Kuala Langat bagi laluan boleh, Yang Berhormat Kuala Langat bagi laluan sedikit.
Ini Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong berdiri ini Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Lenggong berdiri.
Yang Berhormat Lenggong duduk, tidak bagi peluang. Yang Berhormat Parit Sulong boleh.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, melihat daripada Titah Tuanku menyentuh tentang pendapatan tinggi menjelang 2020. Tersentuh jiwa ini bila mengenangkan yang berlaku dalam kalangan bawah yang memerlukan beberapa isu perlu dibangkitkan, apa isunya? Pekerja asing.
Tangan letak dalam poket.
Pekerja asing menjadi satu igauan buruk kepada pekerja seluruh negara. Berapa jumlahnya? Kita tidak tahu statistik yang dibuat berbagai-bagai. Hari ini saya dilaporkan mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri beralamat...
Yang Berhormat Kuala Langat, ini ucapan disediakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat atau orang lain sediakan?
Bukan penerangan Tuan Yang di-Pertua. Ini disediakan oleh Abdullah Sani bin Abdul Hamid.
[Dewan riuh]
Sila.
Mengikut statistik yang dibuat, perkilangan mengambil tempat yang paling lumayan melebihi...
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua ini menyindir Yang Berhormat Bagan Serai kah?
...Melebihi 585,000; perladangan - 110,000; pembinaan - 222,000; pertanian - 142,000; perkhidmatan - 136,782 orang; manakala pembantu - 129,315 orang; dan ini memberi satu soalan, apakah P6 yang telah pun diwacanakan sebelum ini mendapat hasilnya? Jawapannya ada pada tanggal 27 Jun 2013. Daripada jawapan Yang Berhormat Kluang yang mengatakan bahawa sehingga 30 November 2012, seramai 619,661 PATI telah dibersihkan dan diputihkan dalam program P6 yang hanya meliputi 503,161. Sesi ini dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, persoalannya, belanja yang begitu berjuta-juta hasilnya sedikit sahaja. Apakah kita gagal? Menteri Dalam Negeri wajib menjawab soalan ini, dan dibentangkan dalam Dewan. Ikrarnya apa? Untuk memastikan pemutihan PATI itu dilaksanakan. Apakah Kementerian Dalam Negeri berjaya? Pada hemat saya, gagal 100%. Mengapa gagal? Ada sebabnya. Ini kerana apa, sistem kerangka itu tidak melalui apa sepatutnya. Amanah yang diberikan kepada pihak tertentu tidak digalas dengan maksimum dan mungkin diabaikan oleh Menteri Dalam Negeri...
Yang Berhormat Kuala Langat.
Menteri Dalam Negeri yang baru tidak ada. Saya sarankan supaya wakil-wakil mereka merujuk kepada keputusan yang telah di dapat hasilnya daripada P6 itu gagalnya ia perlu jawapan segera dengan pelantikan Menteri Dalam Negeri yang baru. Saya khuatir dan saya amat takut dengan kemasukan
PATI, pendatang asing ini yang begitu luar biasa, yang melebihi jutaan, yang mana pagi ini Yang Berhormat Gombak mengusulkan atas jawapan kepada soalan nombor 4, 3% penganggur menjadi satu igauan buruk. Sebanyak 3% Tuan Yang di-Pertua. Ia lebih kurang daripada 390,000 orang yang jumlah keseluruhannya 13 juta...
Yang Berhormat Kuala Langat, sekejap. Ini macam skrip Tan Sri P. Ramlee sahaja?
Tidak, saya ambil Rahim Razali, Rahim Razali Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Melihat daripada keputusan ataupun jawapan 80,000 siswazah penganggur dan dalam masa yang sama kita dimaklumkan cadangan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan di waktu itu yang mengatakan hendak mengambil pendidik daripada luar negara untuk mengajar Bahasa Inggeris. Apakah kita sudah kekurangan pelatih-pelatih atau guru- guru yang berkelayakan dalam negara malah kita dikejutkan lagi dengan pengambilan mereka-mereka daripada luar negara, doktor pakar. Apakah kita masih kecil kumpulan anak-anak kita yang mampu menjadi doktor pakar dan ini amat menggoreskan hati Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua note apa yang saya cakap itu bagus. Sekurang- kurangnya fakta itu jelas. Dalam perbankan hari ini kita dimaklumkan CIMB mengambil pekerja-pekerja asing ataupun tidak jauh mengapa kumpulan-kumpulan anak Melayu yang duduk sebagai pengurusan. Apakah tidak ada anak Melayu yang mampu menerajui pengurusan bank. Maybank yang juga mengambil pekerja-pekerja asing...
Yang Berhormat Kuala Langat tidak payah speaker lah, dah kuat suara itu.
Yang Berhormat Kuala Langat, minta laluan.
Yang Berhormat, Bukit Gantang minta laluan.
Sedikit, sedikit sahaja.
Sila, sila.
Terima kasih kepada...
Ini sahabat saya di UKM ini.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, setujukah Yang Berhormat Kuala Langat dengan kemasukan pekerja- pekerja asing ke negara kita salah satu daripadanya ialah mendapat keuntungan dari kalangan kroni-kroni terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk meniaga orang. Sebab itu bila P. Ramlee sebut, berniaga orang lebih senang. Setuju atau tidak?
Ini persoalan masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya. Ini persoalan yang mengingatkan saya kepada GLC-GLC kerajaan yang mengamalkan pekerja asing, pengambilan pekerja asing. Tabung Haji pun contohnya, perladangan ambil pengurusan pekerja luar negara. Apakah kita masih tidak dapat menampung kepakaran anak tempatan yang boleh menerajui perladangan. Begitu juga dengan syarikat-syarikat GLC yang lain...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Gombak bangun.
Bos, saya kena bagi.
Takut Timbalan Presiden [Ketawa]
Yang Berhormat Kuala Langat, apakah Yang Berhormat Kuala Langat sedar bahawa ada pelantikan baru di Tabung Haji.
Pengerusi Tabung Haji yang baru dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen, hebat. Apakah harapan Yang Berhormat Kuala Langat terhadap Pengerusi Tabung Haji yang baru ini? Apakah beliau mampu untuk memastikan pekerja-pekerja tempatan, pegawai-pegawai di kalangan rakyat Malaysia dapat diberikan tempat dan ruang untuk dilantik dalam institusi Tabung Haji.
Apa pun Yang Berhormat Gombak, saya setuju di atas jawapan Yang Berhormat Gombak itu mengharapkan anjakan paradigma yang berlaku di dalam Tabung Haji.
[Dewan riuh]
Tidak kira siapa pengerusinya yang penting, yang penting insani jiwa murni itu harus diterjemahkan dalam organisasi tersebut. Saya merayu dan menyeru kepada pengerusi baru Tabung Haji ini supaya melihat ruangan yang ada ini diberikan kepada pekerja-pekerja tempatan diambilkan dahulu. Begitu juga dengan Sime Darby yang mengambil pengurusan daripada luar negara. Saya mohon saya menyeru kepada kementerian dan kerajaan supaya GLC-GLC ini memberi peluang kepada anak tempatan untuk mereka menonjol kebolehan, mereka juga mampu Tuan Yang di-Pertua. Belajar tinggi-tinggi tetapi peluang tidak diberi. Saya menyeru kepada semua seluruh GLC di bawah kementerian masing-masing supaya mengambil peranan utama memberi peluang anak tempatan menerajui pengurusan dan jangan mengharapkan pekerja luar negara membawa hasil untung sedangkan kita ada anak-anak muda yang memerlukan pertolongan dan diberikan ruang yang jumlahnya Tuan Yang di-Pertua, 80,000 mereka menganggur. Apakah mereka tidak layak? Jawapannya Menteri harus memberi mereka peluang dan itu adalah salah satu inisiatif yang boleh kita laksanakan demi untuk mengangkat martabat dan darjat anak tempatan kita. Tuan Yang di-Pertua, belum habis lagi Yang Berhormat Lenggong, belum habis lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya tepat 6.40 petang saya berhenti Tuan Yang di-Pertua. GST yang direncanakan menjadi satu dasar baru yang akan dimatlamatkan untuk dilaksanakan. Saya tiada halangan untuk itu. Sebelum itu, perlu dikaji apakah ia seimbang dengan pendapatan hasil negara di pihak kumpulan pekerja. GST ini bila diperkenalkan kesan buruk kepada pekerja. Gaji naik 5%, GST ini akan melonjak hasil keperluan rakyat banyak rakyat pekerja. Gaji minimum RM900 tidak dapat dilaksanakan dengan keseluruhannya dengan kolektifnya kerana ada syarikat yang tidak mahu memberikan gaji minimum kepada rakyat pendapatan rendah. Mana mungkin dalam masa gaji minimum tidak dapat dilaksanakan GST hendak diperkenalkan. Rintihan, tangisan keluarga miskin perlu diambil kira. Jangan untuk mengaut hasil untung rakyat terbanyak ini akan merana dan sengsara. Ini harus diberikan penekanan.
Pastikan gaji minimum keseluruhan dilaksanakan. Pastikan rakyat kebanyakan tidak terkesan dengan goods and services tax yang akan membebankan hidup mereka. Pendekatan hidup ini akan berlaku dan masalah sosial akan timbul. Rakyat 13 juta ini akan didengar tangisan mereka dan perlu diberikan perhatian. Saya cukup sengsara bila masuk Ramadhan, bila timbul Syawal, maka harga barang akan melambung. [Ketawa]
Ulang sekali lagi, ulang sekali lagi.
Rakyat hidup sengsara di rumah.
Masuk apa..., ‘Syahwal’?
Kita bukan, kita... Apa pula syahwat? [Ketawa] Ini, kita serius. Rakyat kena serius! Yang Berhormat Lenggong, kita kena serius. Ini rintihan rakyat yang majoriti mengharap pembelaan kita. Ketawa riang boleh dilakukan Tuan Yang di-Pertua tetapi rakyat menangis bila mendengar cukai baru hendak diperkenalkan, harus kementerian mengkaji semula.
[Bangun]
Pastikan yang bawah itu kukuh dan mantap barulah pelaksanaan itu boleh dilaksanakan. [Tepuk] Itu cadangan Kuala Langat, merayu kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya merujuk, fikir semula
untuk GST ini. Dalam masa yang sama, segala bentuk apa sahaja penyelewengan ketidakstabilan, ketidakkukuhan dan akauntabiliti yang ada dalam pentadbiran harus dan wajib diketatkan dan diberikan supervision secara total, dengan izin. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Langat, sedarkah Yang Berhormat Kuala Langat di bandar-bandar besar termasuk di Kuala Lumpur sekarang ini, kalau kita keluar malam dan bertemu dengan ramai khususnya pemandu-pemandu teksi, kita akan terkejut mendengar bahawa ramai pegawai kerajaan yang terpaksa mencari kerja kedua, second job. Jadi bayangkan sebelah siang mereka bertugas sebagai pegawai kerajaan atau kakitangan kerajaan, sebelah malam mereka terpaksa melaksanakan second job sebagai taxi driver ataupun bekerja di hotel dan sebagainya. Ini mengakibatkan bapa-bapa amat mempunyai masa yang cukup sedikit dengan anak-anak dan sekali gus akan melahirkan masalah sosial yang lain. Sebabnya seperti Yang Berhormat Kuala Langat katakan tadi bahawa pendapatan tidak cukup dan rakyat Malaysia terpaksa mencari second job. Ini bersesuaian dengan apa Yang Berhormat Kuala Langat katakan tadi bahawa tidak berani kerajaan untuk meletakkan secara tegas gaji minimum tadi. Pandangan Yang Berhormat Kuala Langat. Sila, sila, sila.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Dengan demikian, kita memohon supaya Kementerian Sumber Manusia mengenal pasti, pastikan bahawa keseimbangan daripada perbelanjaan dan juga pendapatan itu harus dilihat daripada semua sudut. Maka yang demikian, saya merayu kepada kerajaan supaya memikirkan kembali GST ini, akan membebankan rakyat, yang akan memberikan kesan buruk kepada keluarga mereka. Ia juga tidak...
Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Ya, ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.
Ini Yang Berhormat Kuala Langat perlu air. Yang Berhormat Kuala Langat, perlu air kah?
Hendak minum?
Teh tarik satu? Teh tarik satu. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Langat tentang persoalan GST ini. Sebenarnya ia merupakan satu mekanisme untuk menambahkan pendapatan bagi pihak kerajaan. Ia bukan merupakan satu mekanisme untuk menambahkan keuntungan kepada syarikat- syarikat ataupun GLC. Ia merupakan sistem percukaian yang ingin mendapatkan pendapatan yang lebih bagi kerajaan. Sedangkan kita semua memahami bahawa masalah yang dihadapi sekarang ini ialah masalah ketirisan di mana berbilion-bilion ringgit telah dibazirkan. Berbilion-bilion ringgit yang telah berlakunya kebocoran, penyelewengan dan sebagainya. Tidakkah sepatutnya daripada hendak membebankan rakyat dengan sistem percukaian yang baru, ia adalah lebih penting untuk kita mempertingkatkan efficiency dan ketelusan pengurusan kewangan kerajaan itu sendiri. Tidakkah bagi pandangan Yang Berhormat Kuala Langat, persoalan hendak meningkatkan efficiency dan ketelusan pengurusan kewangan Kerajaan Barisan Nasional ini sentiasa diabaikan dan dibelakangkan. Apa yang selalu didahulukan dan dikedepankan ialah persoalan hendak cukai rakyat, hendak dapatkan duit daripada rakyat, hendak tambahkan beban kehidupan kepada rakyat. Akan tetapi dari segi ketelusan dan efficiency pengurusan itu sendiri tiada apa-apa usaha yang bersungguh-sungguh daripada Barisan Nasional untuk meningkatkannya. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Langat?
Saya setuju. Sebahagian daripada ucapan saya, masukkan, masukkan. Jadi, ini memang betul. Soalan isunya ialah kita mahukan bahawa perkara yang tidak konsisten dalam pentadbiran itu harus diperbetulkan dan penyelewengan itu harus dihukum. Keadaan kepincangan itu diperbetulkan. Maka berlakulah perseimbangan daripada bentuk dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam pembentukan kerangka masa depan. Tuan Yang di-Pertua, ini masa sudah kira pendek. Banyak lagi isu hendak bawa ini. Jadi, beberapa perkara yang saya bangkitkan sebelum ini seperti mana Akta Perusahaan, dari segi bentuk pengiktirafan di bawah seksyen 9. Berkali-kali saya kata bahawa kuasa Menteri itu wajib dilaksanakan dan ketegasan. Menteri tidak ‘kenampakan’ bersungguh-sungguh, ini bukan pendakwaan. Ini sebagai satu untuk mencari jalan perseimbangan antar rakyat pekerja dengan pengurusan yang menuntut hak mereka. Saya memohon kementerian yang baru daripada pimpinan yang ada, memastikan bahawa setiap akta yang ada dalam Kementerian Sumber Manusia atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu dilengkapkan dengan implementasinya, dilengkapkan dengan ketegasannya. Kalau pihak pegawai yang cuba menyeleweng dan tidak bekerja dengan baik harus dihukum, diturun pangkat atau dibuang kerja kalau mereka itu bersikap menyeleweng. Begitu juga dengan syarikat yang derhaka, yang khianat kepada akta undang- undang ini perlu diberikan hukuman dengan semaksimumnya supaya pengurusan lain takut untuk melakukan ketidakseimbangan kekuatan undang-undang itu sendiri. Saya percaya dan yakin dengan komitmen, dengan harapan yang tinggi oleh mereka-mereka yang dianggap sebagai pemimpin-pemimpin pekerja menghasilkan satu dasar baru, kekuatan yang konsisten dan memastikan bahawa pembelaan hak mereka itu dapat dibela. Sebagai contoh, esok..., saya nombor dua tetapi jawapan, hari ini saya ajukan soalannya yang lebih bersikap konsisten. Dua tahun kerangka hukuman itu dilakukan. Mengikut Falsafah Harun ‘J’, itu adalah satu melengkapkan pengurusan segera. Akan tetapi pada hari ini, dua tahun itu tuntutan pampasan di bawah seksyen 30 yang telah dipinda dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu tidak melengkapkan keputusan yang adil kepada pekerja. Kes berterusan, laku enam hingga tujuh tahun dan harapan pekerja yang dibuang itu memberikan kesan buruk kepada perayu dan majikan sewenang-wenangnya boleh melakukan diskriminasi pekerja dengan membuatkan pekerja itu disingkirkan apabila mereka menuntut hak. Sebagai contoh, untuk mewujudkan kesatuan sekerja. Ini berlaku di West Port Klang, bilamana mereka menuntut dari kesatuan dengan kesalahan menghisap rokok dipecat jawatan. Dengan tidak berada dalam kawasan dua minit, dipecat dari jawatan. Sengaja dicarikan alasan walaupun di bawah seksyen 4,5 dan (7), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang membekukan, yang menyekat hak diskriminasi dan abuse, dengan izin. Akan tetapi majikan terus-menerus melakukan penganiayaan dan akhirnya pekerja menjadi mangsa atas kekuatan undang-undang yang dilonggarkan atas tindakan yang tidak diambil. Saya mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia supaya mengkaji semula di bawah seksyen 8 yang memberikan kuasa semaksimum, tidak minimum, sebab menghukum tidak berada di dalam gelanggang Mahkamah Perusahaan yang mengehadkan kuasa mereka. Memastikan pengkhianat, petualang yang menyeksa rakyat dan pekerja ini wajib menerima padah di atas kecurangan dan kezaliman mereka. Ini rayuan saya, supaya dikaji hak atas undang-undang di bawah seksyen 59, Akta Perhubungan Perusahaan itu, yang membolehkan Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk merekomendasikan hukuman maksimum untuk pengusaha ataupun syarikat-syarikat yang berlaku pengkhianatan terhadap pekerja. Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Terima kasih memberi ruang. Teh tarik lepas ini saya minum. TTPA, saya hendak merayu kepada Menteri, kaji keberkesanan yang akan berlaku terhadap pekerja. Saya risau dengan laporan Cuba, laporan daripada negara Eropah dan Amerika Latin yang memberikan satu persoalan, membuka ruang kepada korporat-korporat besar yang akan terkesan dalam kelompok SME yang mengharap pembelaan kerajaan, yang akan dikhuatiri akan terkesan kepada pekerja yang mengharap pembelaan. Kalau kuasa lain yang menjenguk negara ini dan menyentuh akan memberikan kesan yang amat buruk kepada rakyat pekerja.
Saya melihat daripada sudut bilamana TPPA ini dilaksanakan akan memberikan kesan yang tidak konsisten dan akan memburukkan keadaan dari kelompok syarikat sederhana dan bawah. Saya khuatir dengan adanya implementasi dasar baru yang dibuat oleh TPPA, Tuan Yang di-Pertua...
Ya, sepuluh minit lagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana tekun mendengar perbahasan saya, diganti oleh Timbalan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih kerana beri saya 20 minit lagi. Apa pun, yang penting TPPA ini harus dilihat dari sudut positifnya dan jangan kita ghairah dengan menyambut pelawaan daripada negara-negara besar seperti Amerika tetapi dalam masa yang sama kita abaikan hak rakyat, pekerja yang jumlahnya 13 juta ini yang diberi kesan atas dasar kerangka yang kita tidak tahu apa akan berlaku. Dicontohi di negara Cuba sebagai contoh yang diambil dan menakutkan ialah kerana dalam TPPA ini memberi ruang dan menidakkan hak rakyat dalam negara itu sendiri. Saya merayu kepada kerajaan supaya mengkaji semula, berhati-hati dalam memastikan persetujuan yang akan diambil dan jangan terperangkap dalam permainan ekonomi yang terbuka tanpa batasan ini. Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya hendak bangun Tuan Yang di-Pertua tidak bagi. Hari ini saya hendak luahkan dalam segi KWSP tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebelum tahun 2002, KWSP telah memberi pampasan RM30,000 maksimum kepada pencarum-pencarum KWSP. Selepas itu berlaku satu dasar baru, kerajaan telah pun menarik pampasan kepada pencarum yang meninggal dunia iaitu daripada RM30,000 kepada RM2,500. Apa sebabnya RM30,000 yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak di waktu itu pada tahun 1973, hasilnya ialah ingin melihat rakyat yang kehilangan suami atau bapa mendapat ruang teduh sebuah rumah, meneruskan pendidikan dengan RM30,000 itu memberikan kesan baik. Maka berebut-rebutlah orang hendak meminang bekas balu yang ditinggalkan oleh suami dalam tugas kerana ada RM30,000. Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua, RM30,000 tidak di jelma lagi. Saya merayu Menteri Kewangan, berilah balik RM30,000 pampasan itu kepada balu-balu yang mengharap pembelaan, anak-anak kecil yang mengharapkan sumbangan dana untuk masa depan mereka, pendidikan memerlukan dana. Saya merayu kepada KWSP mengkaji kembali daripada pelaburan yang membankrapkan, daripada ketentuan hala tuju yang tidak menentu, bantulah, bantulah, bantulah mereka yang mengharapkan pembelaan yang telah pun diwartakan sebelum ini, memberikan mereka sedikit imbuhan untuk mereka rasai daripada titik peluh keluarga mereka yang telah pun meninggalkan mereka. Saya mengharapkan diberi ruang kembali dan RM30,000 pampasan maksimum ini dikaji semula untuk memastikan setiap mereka, pencarum yang meninggal dunia, pampasan itu akan ditegakkan kembali. Tuan Yang di-Pertua, daripada ruang yang ada pada hari ini, saya beberapa kali telah pun mengutamakan sub contractor labour kepada contractor labour. Baru-baru ini kita telah buat satu pindaan...
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena meminta laluan, saya rela hati memberi tetapi cuma dua minit Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap sahaja Tuan Yang di- Pertua, balik kepada isu KWSP. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa daripada jawapan Timbalan Menteri Kewangan pada pagi tadi bila menjawab soalan daripada Yang Berhormat Temerloh iaitu isu berkaitan dengan lembaga. KWSP memang ada wakil daripada kesatuan tetapi tidak disebut bahawa panel pelaburan. Panel pelaburan tidak ada wakil daripada kesatuan dan ini dibimbangi bahawa keputusan-keputusan yang dibuat itu nanti tidak mengambil kira soal-soal kepentingan kepada pencarum-pencarum. Jadi Yang
Berhormat setuju atau tidak bahawa, sepatutnya kerajaan mesti melantik wakil kesatuan di dalam panel pelaburan supaya memastikan bahawa setiap pelaburan yang hendak dibuat itu mengambil kira kepentingan pencarum-pencarum?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangun tadi satu daripadanya ialah mempersoalkan tentang Lembaga Pengarah KWSP itu memang lima daripada kesatuan sekerja. Saya pun dalam kategori pemimpin kesatuan sekerja juga dulu. Lima orang dalam lembaga pengarah tetapi pelaburan tidak ada dan kesannya ialah pelaburan itu mewakili 13 juta pencarum KWSP yang dipelopori secara maksimum oleh pekerja. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena bahawa ini dalam lembaga yang paling sensitif yang mengeluarkan jutaan bilion wang yang dilaburkan oleh pencarum. Saya menganggap bahawa ini bukan mesti tetapi wajib Yang Berhormat Pokok Sena bahawa ini mesti dituntut hadirnya mereka dalam memastikan wang itu tidak dilencongkan dan tidak diselewengkan. Tuan Yang di-Pertua, bersambung daripada sub kontraktor labor tadi. Saya sudah cakap berkali-kali, sub kontraktor labor ini akan memberi kesan buruk bilamana diberitahu 4.2 juta pekerja kontrak yang telah pun dimanipulasikan oleh majikan. Saya terkejut Parlimen pun ada kerja kontrak, pejabat-pejabat daerah ada kerja kontrak, kerajaan ada kerja kontrak, saya kata kontrak ini penganiayaan, tidak boleh ditukar, British haram di waktu 1955 sebelum merdeka, tidak boleh buat kontrak tetapi kita mengizinkan sub contractor labour ditukar kepada contractor labour di bawah Akta Kerja 1955. Terkesannya apa, terkesannya 4.2 juta telah pun bermaharajalela, dilelong, di cagar perhambaan oleh majikan-majikan termasuk di GLC-GLC mengguna pakai akta yang telah pun kita pinda ini. Akhirnya mangsanya ialah rakyat kita sendiri. Saya bagi contoh, anak kita belajar universiti, ini khusus untuk Barisan Nasional untuk menilai kembali. Yang Berhormat Lenggong mana, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pun tidak apa. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bayangkan anak kita belajar universiti, keluar memegang ijazah, kerja dengan Telekom dan Tenaga Nasional, mereka bukan bekerja dengan Tenaga Nasional, mereka bekerja dengan agensi, dibayar gaji melalui agensi dan mereka dipotong gaji kepada agensi. Akhirnya gaji mereka suku dipotong, dibawa pulang tiga suku. Akhirnya apa berlaku, kontrak dua tahun dua tahun. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, ini anak cucu kita. Saya melihat ini bukan watak, peranan, tanggungjawab kami semata-mata. Saya beritahu dengan Menteri, ada lagi dua minit.
Satu minit Yang Berhormat.
Dua minit.
Tidak apalah, satu minit, dua minit tidak kisahlah.
Jadi akhirnya saya menyeru, termasuk Tuan Yang di-Pertua, kawasan Tuan Yang di-Pertua pun ada pekerja kontrak. Anak cucu Tuan Yang di-Pertua pun akan terlibat secara langsung termasuk Setiausaha Parlimen. Ini tidak terkeluar daripada kelompok yang akan berdepan nanti. Tuan Yang di-Pertua saya merayu, saya merayu yang amat-amat, 4.2 juta ini.
Gaji sudah sentuh Yang Berhormat?
4.2 juta.
Gaji sudah sentuh?
Gaji sentuh nanti selepas ini Tuan Yang di-Pertua.
Gaji Ahli Parlimen?
Nanti saya sentuh, nanti saya bisik dengan Setiausaha, Datuk Roosme. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, apakah kita boleh mengizinkan perhambaan kepada anak cucu kita. Dengan Menteri Sumber Manusia yang baru, saya merayu supaya dikaji semula. Jangan dibenarkan anak cucu kita bersaing dengan orang asing. Saya
merayu supaya jangan izinkan anak cucu kita menjadi hamba kepada negaranya sendiri. Apakah kita boleh melihat anak cucu kita merana, Yang Berhormat Tenggara, jawapannya ada pada Yang Berhormat Tenggara. Apakah kita boleh izinkan anak cucu kita menjadi hamba di Tenggara, di Johor? Ini jawapan ada pada kita. Jangan anggap ini kecil, masa depan mereka terletak di dalam kuasa kudrat kita.
Dalam Dewan yang mulia ini, kita telah menghalalkan penjualan manusia. Apakah tidak boleh kita mengharamkannya? Boleh! Dengan meminda kembali contractor labour ditukar pada subcontractor labour. Tuan Yang di-Pertua, merumuskan seluruhnya, Dewan yang mulia ini gelanggang sebenar untuk menegakkan keadilan rakyat yang memerlukan pembelaan. Akhir bicara, terima kasih dengan tekun mendengar perbahasan saya... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Gerik.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong sempena perasmian sidang Parlimen, Penggal Ketiga Belas baru-baru ini. Berbagai-bagai perkara penting telah disentuh dalam Titah Ucapan tersebut. Segalanya tertumpu pada hasrat hendak melonjakkan negara, bangsa ke tahap yang lebih sempurna, aman, makmur serta sejahtera buat semua. Pada hemat saya, soal kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah perkara paling asas. Menyentuh soal kesetiaan, kita rasa terpanggil untuk mengetahui di tahap mana kesetiaan rakyat terhadap negara tercinta ini. Mengukur kesetiaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun, petunjuk-petunjuk yang terpampang di depan mata kita, di akhir-akhir ini menampakkan pola-pola yang tidak disenangi. Sebagai contoh, terdapat sebilangan rakyat negara ini memburuk-burukkan negara di kaca mata dunia. Ada yang mengutuk sistem pemerintahan. Ada yang memfitnah pemimpin negara, ada yang berdemonstrasi di negara asing. Yang terbalikkan jalur gemilang, yang memperlekehkan Institusi Raja Berperlembagaan dan pelbagai lagi, termasuk mencemuh sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Semua ini memberi signal bahawa elemen-elemen songsang kesetiaan kian menunjukkan tanda-tanda bahawa kalau tidak dibendung dengan segera. Soalnya dalam usaha kita hendak membendung elemen-elemen negatif yang boleh merosakkan kelestarian hidup yang harmoni, kita perlu terlebih dahulu mengetahui punca dan penyebab dan apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada kesetiaan. Para ilmuwan dan cendekiawan, para pengkaji dan penganalisis telah menampilkan pelbagai pendapat mengenai perkara ini. Saya sendiri berpendapat bahawa perkara ini bertitik tolak dari soal kemurnian jati diri dan keutuhan identiti. Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, soal jati diri di kalangan rakyat adalah ramuan paling asas dalam resipi kesetiaan. Dalam masa yang sama, kepelbagaian bahasa, agama, adat resam, budaya hidup termasuk budaya fikir di kalangan rakyat seolah-olah dibiarkan menjadi kekangan kepada usaha membentuk satu acuan jati diri yang unggul. Dalam soal bahasa, kita mempunyai pelbagai aliran sekolah yang mencerminkan liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan. Ini merupakan salah satu keunikan Malaysia. Dalam keunikan ini, kita mengharapkan satu bentuk dan ciri jati diri akan terbina di mana soal kedaulatan bahasa Kebangsaan tidak harus dikompromikan tetapi malangnya terdapat golongan yang cuba memperlekehkannya. Menyentuh soal agama, dalam Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Agama Islam adalah Agama Persekutuan. Manakala agama-agama lain turut dibenarkan untuk diamalkan oleh penganut-pengautnya. Sepatutnya, perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara dihormati dan dipatuhi tetapi ini juga dipersoalkan dan diperlekehkan oleh sesetengah golongan. Begitu juga soal sosial budaya dan aspek-aspek kehidupan yang lain.
Di akhir-akhir ini, satu aspek yang kian meruncingkan kita ialah soal budaya politik kebencian yang nampaknya kian menjadi-jadi telah melepasi persempadanan politik. Kebencian telah menular menembusi para meter kaum, kepartian, agama dan sebagainya. Sekali gus telah sampai ke tahap yang melabelkan apa jua institusi kerajaan harus dibenci. Fenomena ini amat berbahaya kerana ianya pasti akan menghakis soal kesetiaan kepada negara. Namun, fenomena ini jugalah yang telah dijadikan modal politik oleh pihak-pihak tertentu bagi meraih sokongan tanpa mengambil peduli terhadap masa depan rakyat dan negara. Kononnya, atas landasan dan amalan demokrasi apa juga dibolehkan bagi menegakkan kebebasan sejagat. Soalnya, apakah kita telah cukup bersedia untuk mengalami keruntuhan kesetiaan kepada negara semata-mata atas nama demokrasi dan kebebasan? Lantas, menggadaikan masa depan rakyat dan negara sebagai kolateral ataupun sandaran. Justeru, saya berpendapat soal kesetiaan ini jangan sama sekali dipandang remeh. Golongan rakyat yang tidak setia kepada negara harus dipandang sebagai musuh negara. Usaha ke arah ini harus merangkaikan dua pendekatan iaitu pencegahan dan penghukuman cegah sebelum parah dan hukumilah mereka yang menjadi petualang supaya menjadi pengajaran dan penghalang buat mereka yang berpotensi menjadi petualang. Kita tidak harus berkompromi dalam soal ini kerana kalau kita berkompromi bermakna mempromosikan masa depan rakyat dan negara.
Yang Berhormat Lenggong.
Saya bukan Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Gerik.
Ya Yang Berhormat Gerik.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Sama-sama petani tidak apa boleh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya daripada Yang Berhormat Gerik iaitu apakah rakyat hari ini menentang kerajaan ataupun menentang parti Barisan Nasional? Saya nampak macam ada confuse sedikit Yang Berhormat Gerik ini tentang kerajaan. Sama juga macam cikgu yang dikatakan lawan kerajaan ini ialah yang tidak hadir kelas. Itu baru kita kata lawan kerajaan. Itu ada beza sedikit.
Okey. Nampaknya Yang Berhormat Bukit Gantang tahu siapa yang memberi pandangan, persepsi yang tidak betul. Adakah pihak Barisan Nasional ataupun pihak pembangkang. Saya amat bimbang melihat soal kesetiaan ini yang nampaknya kian menular hingga melibatkan mereka yang bergelar pemimpin politik. Di Perak misalnya, telah muncul seorang politik dari Pakatan pembangkang yang juga Mantan Menteri Besar mengungkapkan kata-kata, “Patik mohon derhaka Tuanku”. Yang lebih malang ialah pemimpin tersebut adalah Melayu dan beragama Islam...
[Bangun]
Saya juga berasa amat berdukacita atas perbuatan golongan yang memperlekeh Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Soal siapa yang menyediakan ucapan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlekehkannya...
Yang Berhormat Gerik.
Yang lebih penting ialah bahawa itu adalah Titah Yang di-Pertuan Agong iaitu tonggak kepada sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. Turut menjadi tanda tanya saya ialah, sikap keberanian golongan tersebut berbuat demikian...
[Bangun]
Ada yang bangun, Yang Berhormat.
Ya, saya minta laluan.
...Apakah sudah hilang sama sekali rasa takut atau rasa tidak hormat terhadap institusi tonggak itu atau sengaja cuba hendak menguji setakat mana perbuatan sedemikian boleh memecahkan benteng kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan?
Yang Berhormat, Kuala Kedah bangun, Yang Berhormat.
Ya.
Ya, sila Yang Berhormat.
Saya cuba. Yang Berhormat Gerik, saya hendak membetulkan iaitu masalah bahasa. Ayat yang disebut oleh individu yang disebut tadi ialah, “Patik mohon sembah derhaka”. Itu bukan minta derhaka. Itu bahasa istana, Bahasa Melayu. Maksudnya, “Patik mohon berbeza pandangan.” Itu pembetulan. Itu perlu kepada rekod. Bukan derhaka. Itu tidak pernah dianggap sebagai derhaka.
Kuala Kedah tidak kata derhakalah tetapi rakyat Perak majoriti kata itu adalah derhaka.
Itu masalah IQ.
Ini bukan persoalan remeh tetapi satu perkara yang perlu dibanteras sehingga ke akar umbi. Elok bertindak sebelum cacing naik ke mata. Pesanan orang tua-tua, kalau onak duri menikam tapak kaki, kalau sekecil mana sekalipun, ia perlu dicabut keluar. Kalau tidak dicabut, ia boleh mengganggu perjalanan. Dalam konteks ini, perjalanan kita menuju puncak tamadun negara bangsa yang unggul masih jauh. Jangan sampai onak duri yang merintangi perjalanan dibiarkan mengganggu langkah-langkah kita ke hadapan. Ringkasnya, soal kesetiaan kepada negara adalah nadi kedaulatan negara bangsa. Ia tidak harus dicemari atau diperlekehkan oleh sesiapa jua. Tuan Yang di-Pertua, dari soal kesetiaan, saya ingin beralih kepada soal perpaduan...
[Bangun]
...Yang juga ditekankan dalam Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong...
Yang Berhormat, Kuala Nerus bangun, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada sedikit kekeliruan dalam kita menggariskan persoalan setia, persoalan suka dan juga persoalan benci. Kalau kita lihat pada pandangan Islam [Berucap dalam bahasa Arab] Suka kerana Allah, benci kerana Allah. Adakah Yang Berhormat Gerik setuju kalau saya katakan bahawa, mengkritik apa yang silap pada kerajaan merupakan tanda kesetiaan kepada negara dan mengkritik serta membetulkan apa yang salah yang dilakukan oleh kerajaan, adalah tanda sayang dan cinta kerana Allah SWT? Terima kasih.
Bagus. Kalau kritik membina, kita bersetuju. Ini yang berlaku hari ini. Sahaja cari salah. Benda umpama tidak mengiktiraf PRU Ke-13. Ini kritik membina kah macam ini? Saya berpendapat politik kepartian...
Penjelasan.
...Dan juga politik melampau adalah di antara punca dan penyebab kepada perpecahan di kalangan rakyat. Warga politik telah membentuk kompartmen masing-masing di mana rakyat juga dijurus ke dalam petak-petak politik mengikut parti yang mempengaruhi mereka pada tahap yang ekstrem. Terdapat fatwa ataupun hukum yang mengkafirkan golongan pihak lawan politik walaupun sama sebangsa dan seagama dalam kompartmen politik yang majoriti pengikutnya bukan bumiputera dan juga bukan Islam. Rakyat telah dipecahbelahkan mengikut aliran sokongan masing-masing serta ideologi rencah bagi mengisi keghairahan merebut kuasa. Natijahnya, politik kebencian dan politik belah bahagi telah menjerumuskan rakyat ke dalam arus yang tidak songsang perpaduan. Dalam masa yang sama, terdapat golongan pemimpin politik kepartian bersuara tentang peri pentingnya perpaduan.
Manakala di sebalik tabir, nada mereka lebih menjuruskan kepada soal bagaimana hendak memecahbelahkan rakyat supaya mudah dipengaruhi dalam erti kata divide and conquer atau pecah dan tawan. Golongan yang lidah bercabang dan berbahasa dua selera ini adalah hipokrit dan golongan ini juga yang menjadi penghalang kepada perpaduan. Bagi rakyat yang tahu nilai perpaduan, jauhilah golongan hipokrit dan petualang tersebut. Di pihak kerajaan pula, saya berpendapat perlu bertindak tegas terhadap golongan memecahbelahkan rakyat. Membudayakan semangat perpaduan perlu dimulakan daripada peringkat sekolah. Ibarat melentur buluh biar dari rebungnya. Banyak yang telah diperkatakan tentang peri pentingnya zaman persekolahan sebagai tapak semaian semangat perpaduan. Juga telah banyak diperkatakan tentang soal bahasa sebagai alat perpaduan di samping aspek sosiobudaya juga adalah ramuan penting. Selain dari itu, kita sering terlupa bahawa pemerkasaan semangat perpaduan perlu mengambil pendekatan bimbingan dan contoh teladan. Maka timbul pula persoalan siapa yang harus bimbing siapa dan siapa pula yang harus jadi teladan? Sepatutnya mereka yang bergelar pemimpin sama ada besar mahupun kecil menjadi pembimbing semangat perpaduan dan juga menunjukkan contoh teladan. Akan tetapi kalau golongan ini yang turut menjadi petualang, apakah rakyat yang harus dipersalahkan kerana tidak bersatu padu. Biasanya, golongan yang berkongsi hasrat lebih mudah untuk diajak bersatu. Dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh pucuk pimpinan kita, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak jelas mengajak rakyat berkongsi hasrat dan dengan perkongsian hasrat ini diharapkan boleh menjana dan menggarap semangat perpaduan. Bersabit dengan perkara ini, saya masih tertanya-tanya. Setakat mana tahap penerimaan kelompok-kelompok masyarakat berbilang kaum terhadap Gagasan 1Malaysia? Corak dan pola pengundian pada PRU Ke-13 baru-baru ini amat jelas memperlihatkan polarisasi kaum. Apakah ini merupakan satu petanda bahawa Gagasan 1Malaysia hanya mendapat sokongan dan dukungan dari kaum tertentu sahaja?...
[Bangun]
...Manakala yang lain menjarakkan diri sekali gus...
Minta laluan.
...Dimanifestasikan dalam undian pada PRU Ke-13.
Yang Berhormat Gerik, terima kasih. Bercakap tentang Gagasan 1Malaysia, boleh setujukah dengan saya bahawa mulai hari ini, apa-apa dokumen rasmi kerajaan tidak menggunakan perkataan “bangsa”. Tidak perlu wujudkan bangsa Melayu, bangsa India dan bangsa Cina. Hanya warganegara Malaysia sahaja. Terima kasih.
Dalam kad pengenalan, tidak ada pun dia tulis itu. Dia tulis “warganegara.” Sekali lagi saya nyatakan kebimbangan yang amat sangat...
Dokumen rasmi.
Tidak tahulah kalau..., ini daripada mana tadi..., Sungai Siputkah?
Paling besar di Malaysia. Kapar!
Kapar? Ya. Saya jawab tadi kad pengenalan. Tidak tahulah kalau saya... Setahu saya kad pengenalan pun dokumen rasmi.
Semua dokumen...
Mungkin Yang Berhormat Kapar tidak berapa tahu kad pengenalan agaknya?
Maksud saya semua dokumen rasmi.
Tidak apa, ini gelanggang saya. Jika corak kehidupan rakyat juga mengikut acuan polarisasi seperti yang telah berlaku pada PRU Ke- 13, soal perpaduan akan hanya tinggal sebagai sebutan ataupun igauan. Lambat laun kehancuran jua yang menanti kita. Oleh itu, perlu dicari satu resipi sejati yang mampu membentuk perpaduan di kalangan rakyat demi masa depan yang harmoni dan gilang- gemilang.
Tanpa usaha yang berkesan ke arah ini kita sebenarnya sebenarnya ibarat menyimpan satu time bomb yang bakal meletup pada bila-bila masa sahaja dan letupan akan memusnahkan apa yang telah kita bina selama ini. Pada masa itu seribu sesalan sudah tidak berguna lagi dan biasanya bermulalah kerja menuding jari di antara satu sama lain. PRU Ke-13 baru saja berlalu iaitu pada hari ini genap satu bulan dua puluh enam hari atau 56 hari. Yang jadi pelik tetapi benar ialah bahang PRU Ke-13 masih dinyalakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak rela menerima kekalahan. Dalam masa yang sama saya hendak minta pandangan daripada Arau kerana persoalan calit cat, yang bersetuju Parlimen. Jadi, macam mana pandangan Arau?
Boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua.
Tidak ada masalah.
Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung Penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan telah mencadangkan supaya diperkenalkan dakwat kekal yang dianggotai oleh Ahli-ahli Barisan dan juga Ahli Parlimen Pembangkang.
Nampak, persetujuan bersama tetapi bila kalah pilihan raya, mula kita mempertikaikan. Dalam masa yang sama, golongan yang sama telah berlapang dada membentuk kerajaan-kerajaan negeri di mana mereka meraih kemenangan. Pelbagai alasan dijadikan modal laungan kritikan yang menuduh berlaku ketidakadilan dalam proses pengundian. Dibentuk persepsi, dicari justifikasi untuk menghalalkan label bahawa demokrasi telah berkubur di negara ini. Demokrasi hanya hidup subur di negeri-negeri ataupun kawasan-kawasan yang mereka menangi. SPR hanya dipandang adil jika calon mereka menang. Maka, dipentaskan beberapa demonstrasi jalanan di mana rakyat disogokkan dengan kepercayaan bahawa jika tidak kerana ketidakadilan dalam proses pengundian, pihak pakatan mereka telah merampas Putrajaya dan si polan atau si polan telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pementasan drama pelik tetapi benar ini entahkan bila akan berakhir. Episod demi episod dipersembahkan untuk tontonan rakyat termasuk masyarakat antarabangsa. Pengarah drama ini amat bijak mencipta plot cerita supaya puak-puak yang mudah dicucuk hidung sanggup turun berdemonstrasi. Manakala dalam masa yang sama pengarah drama dan konco-konconya berduyun-duyun ke Parlimen untuk mengangkat sumpah bagi mensahihkan status mereka sebagai Yang Berhormat dan di negeri-negeri yang mereka menangi berebut-rebut pula hendak menjadi teraju kepimpinan dalam kerajaan negeri masing-masing. Sukar dicari di mana-mana jua negara di dunia ini watak-watak sedemikian rupa. Walau bagaimanapun saya percaya rakyat lambat laun muak menonton drama ini. Justeru, amat wajar diterima baik Titah seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan agar semua pihak menerima dengan akur serta menghormati keputusan PRU 13 supaya rakyat dan negara boleh meneruskan agenda menuju matlamat negara maju, berpendapatan tinggi sekali gus menyejahterakan kehidupan rakyat. Saya juga rasa terpanggil untuk menyentuh soal keselamatan negara. Peristiwa berdarah di Lahad Datu angkara pencerobohan seharusnya dari luar mengingatkan kita terhadap kebarangkalian peristiwa seumpama ini boleh berulang. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu pengajaran yang amat mahal harganya. Selain daripada kita kehilangan beberapa wira pejuang yang mempertahankan kedaulatan negara, rakyat dihantui perasaan cemas dan takut. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin menyuarakan kewaspadaan di sempadan Malaysia-Thailand. Kawasan saya Gerik, terletak di sempadan tersebut. Tidak mustahil gerombolan ala Lahad
Datu boleh berlaku di sempadan Malaysia-Thailand. Oleh itu, elok kiranya kita berikan pertimbangan wajar sama ada dari segi menambah anggota keselamatan serta logistik ketenteraan mahupun kerja-kerja perisikan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. Pesanan orang tua-tua, elok kita beringat sebelum kita kena dan berjimat-jimat sebelum habis. Turut ingin saya sentuh dalam perbahasan ini ialah soal kepatuhan kepada Perlembagaan Negara. Kebelakangan ini, terdapat unsur-unsur yang kelihatan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara dengan pelbagai cara dan dari pelbagai dimensi. Apa niat sebenar golongan yang cuba memperlekehkan Perlembagaan Negara, tidak sukar untuk kita teka. Saya mentakrifkan perbuatan seumpama itu sebagai satu percubaan untuk menerjah lebih jauh bagi memenuhi hasrat meruntuhkan sistem yang sedia ada supaya berkecai dan di atas kecaian itu dibina mahligai impian politik mereka. Amat malang buat rakyat Malaysia jika membiarkan Perlembagaan Negara dikecaikan kerana di atas landasan perlembagaan itulah telah kita sama-sama bina dan kecapi nikmat kehidupan selama ini. Apa yang lebih merunsingkan serta membimbangkan ialah kalau-kalau nodaan terhadap Perlembagaan Negara akan memberi peluang serta ruang kepada anasir-anasir yang ingin melihat kita hancur berkecai. Pada kesempatan ini saya ingin menyarankan agar dicari satu ikhtiar sama ada melalui pendekatan keras, hard approach, dengan izin, ataupun pendekatan lembut, soft approach, dengan izin, ataupun kedua-dua sekali bagi mendepani gejala ini. Seeloknya semangat keluhuran perlembagaan disuntik pada peringkat awal, semasa di persekolahan supaya mampu kita lahirkan golongan insan yang akur serta patuh kepada Perlembagaan Negara. Dari sudut hard approach pula tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang patuh terhadap mereka yang tidak patuh pada perlembagaan perlu diambil secara pantas dan tuntas tanpa memilih bulu. Dewan Parlimen ini adalah semulia-mulia tempat untuk menyuarakan perkara- perkara yang mulia demi kepentingan rakyat dan negara. Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Ahli-ahli Parlimen telah melalui proses pemilihan pada pilihan raya mengikut lunas-lunas demokrasi. Maknanya, rakyat telah membuat saringan, rakyat telah membuat pilihan dan rakyat telah memberi mandat serta restu untuk kita berada di Dewan Parlimen yang Mulia ini. Oleh yang demikian, memperjuangkan nasib rakyat adalah satu kemestian bukan satu pilihan di pinggiran. Dari pemerhatian saya sebelum ini, pihak pembangkang lebih gemar menjadikan sesi Dewan Parlimen sebagai gelanggang politik, terisi dengan agenda dan percaturan politik dan menuju matlamat politik semata-mata, lantas menjadikan apa jua perkara dipolitikkan. Hampir setiap perkara yang dibawa oleh pihak kerajaan dibangkang atau ditentang sekalipun ianya baik untuk rakyat dan negara. Kononnya populariti seseorang wakil pembangkang akan merudum jika tidak lantang membangkang.
Apakah andaian ini benar ataupun tidak adalah suatu yang perlu diuji namun saya percaya rakyat akan menjadi kian bijak untuk menilai. Proses membuat keputusan di Dewan yang mulia ini berlandaskan prinsip demokrasi iaitu mengikut majoriti dan ianya telah dibuat setelah dibahaskan. Apa yang merunsingkan saya ialah terdapat amalan di kalangan wakil-wakil pembangkang yang mengitar dan memutar persepsi di luar Dewan selepas keputusan dibuat di dalam Dewan. Ibarat pepatah Melayu, “Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”. Amalan seperti ini terutama bersabit isu-isu keselamatan dan perkara-perkara sensitif amat tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan di kalangan rakyat. Keresahan itu pula dengan pantas di manipulasi oleh golongan tertentu yang aktif di alam siber melalui kecanggihan IT sekali gus menyelinap ke minda rakyat dan meracuni pemikiran rakyat...
Ya, habiskan Yang Berhormat, 30 minit dah berakhir.
Terima kasih, saya pun akan terus gulung. Institusi raja berperlembagaan di negara ini adalah ibarat payung yang melindungi kepentingan rakyat dan negara. Ia telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan dan kewujudannya telah kita persetujukan bersama melalui penggubalan Perlembagaan Negara. Justeru, usah dipertikaikan. Daripada kandungan Titah Ucapan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian sidang Parlimen baru-baru ini jelas membuktikan setiap yang terkandung adalah terjurus kepada memelihara kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu, jangan harus ada golongan yang memperlekehkannya. Saya berharap dan berdoa semoga segala yang dititahkan mendapat keberkatan jua hendaknya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Tuanku.
Terima kasih Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih.
Ini giliran PAS, Tuan Yang di- Pertua. Tadi, DAP Yang Berhormat Charles dari Klang sudah berucap.
Ya, saya ada nota Yang Berhormat tapi DAP pun ....
Saya menunggu daripada petang tadi.
Ya, saya nak berlaku adillah ini. Ini kerana DAP mempunyai wakil yang lebih ramai, sepuluh orang lebih ramai Yang Berhormat. Tak apa, lepas ini bolehlah Yang Berhormat.
Sudah lewat pun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda. Saya ingin membangkitkan beberapa isu dalam perbahasan saya. Isu pertama yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai caj-caj dan interest faedah yang dikenakan oleh bank-bank atas peminjam-peminjam bank. Telah dilaporkan bahawa hutang isi rumah negara kita telah sampai tahap 80% GDP negara kita. Ini adalah satu angka yang begitu besar dan isu hutang isi rumah tangga ini kebanyakannya terdiri daripada hutang pinjaman untuk beli rumah dan beli kereta, kad-kad kredit. Kebelakangan ini saya telah terima beberapa aduan bahawa bank telah mengenakan interest atau faedah yang terlampau dengan senyap meningkatkan faedah yang dikenakan ke atas peminjam- peminjam mereka. Saya ada beberapa contoh kes yang saya ingin sebutkan dan ini menunjukkan bahawa ada satu trend di mana bank-bank di Malaysia, mereka ini ada satu amalan untuk meningkatkan faedah mereka tanpa peminjam-peminjam atau pelanggan-pelanggan mereka tahu. Ini kerana kebanyakan daripada kita itu walaupun kita ada pinjam daripada bank, kita tidak sentiasa tengok account statement. Satu kes di mana pelanggan CIMB Bank Berhad, Lai Tian Jun yang mana dia telah meminjam RM220,000 daripada CIMB Bank dan interest atau faedah yang tertakluk dalam letter of offer beliau adalah base lending rate (BLR) -1.85% per annum. Oleh kerana semasa beliau bayar, ada beberapa bulan beliau tidak bayar, default tetapi selepas itu beliau pun regularize, beliau pun bayar jumlah yang tertangguh tetapi tanpa beliau tahu, bank telah meningkatkan faedahnya daripada base lending rate (BLR) -1.85% ke base lending rate (BLR) +3.85%, base lending rate tambah +3.85% per annum. Dulu interest sebulan lebih kurang RM830, selepas peningkatan faedah itu, interest yang dikenakan sebulan adalah sebanyak RM1,770. Dia tak tahu dan tak sedar. Selepas beberapa tahun beliau bayar, dia tanya kenapa semakin beliau bayar semakin banyak hutang. Ini kes CIMB. Kes kedua yang saya ingin bangkitkan adalah Ambank Berhad. Peminjamnya Lee Chin Ching dan Albert Lee, amaun yang dipinjam sebanyak RM235,000. Faedah interest yang tertakluk dalam letter of offer, BLR (-0.55%) yang juga oleh kerana dua ke tiga bulan mereka tidak bayar dan selepas itu mereka bayar semula tetapi oleh kerana dua, tiga bulan mereka tak bayar, bank meningkatkan faedahnya daripada BLR-0.55% ke BLR+3.4% dan perbezaannya adalah dahulu faedah satu bulan sebanyak RM900, sekarang faedah yang dikenakan ialah lebih kurang RM1,500 sebulan. Mereka juga tidak tahu dan tidak sedar ada
peningkatan faedah ini. Selepas sepuluh tahun mereka taat membayar setiap bulan. Amaun yang mereka pinjam iaitu sebanyak RM235,000 namun selepas sepuluh tahun, mereka berhutang RM270,000, lebih daripada yang mereka pinjam. Ini kes mengenai Ambank dan bank ketiga iaitu OCBC Bank Malaysia Berhad. Peminjamnya Lai Ah Tung. Interest yang tertakluk dalam letter of offer, BLR (-1.25%) tetapi juga oleh kerana dua bulan beliau tidak membayar walaupun selepas itu beliau membayar balik tunggakan dua bulan dan terus membayar setiap bulan tetapi tanpa beliau sedar, faedahnya yang dikenakan telah dinaikkan oleh bank ke tahap BLR +2.5%. Oleh itu selepas beliau membayar beberapa tahun, beliau diberitahu bahawa apa yang beliau bayar tidak cukup lagi untuk membayar faedah. Ini nampaknya ada satu amalan di kalangan bank-bank di Malaysia untuk mengambil kesempatan sekiranya pelanggan mereka ada satu ke dua bulan tidak bayar, mereka akan meningkatkan faedah yang dikenakan.
Ini satu amalan yang amatlah tidak adil terhadap pelanggan-pelanggan bank dan ini merupakan satu penipuan kepada rakyat. Ketiga-tiga kes yang saya sebut itu saya telah tulis untuk mereka mengadu kepada Bank Negara tetapi nampaknya Bank Negara tidak berbuat apa-apa. Saya harap Bank Negara boleh ambil tindakan supaya kontrol bank-bank di Malaysia. Baiknya Bank Negara atau Kementerian Kewangan mengurus bank-bank di Malaysia supaya mengamalkan satu amalan yang lebih adil terhadap pelanggan- pelanggan. Janganlah rakyat kita dianiayai oleh bank-bank besar itu, syarikat-syarikat besar ini. Apatah lagi hutang isi rumah yang saya sebut telah sampai 80%. Tiap-tiap orang di sini pun ada hutang dan adakah kita tiap-tiap bulan pergi check interest yang dikenakan..., tidak. Oleh itu kita hanya boleh bergantung kepada Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan satu polisi di mana bank-bank di negara kita boleh dikawal dan tidak boleh sesuka hati meningkatkan faedah-faedah dan panggil kita peminjam- peminjamnya untuk bayar lebih. Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai Ketua Audit Negara. Tiap- tiap tahun kita ada membaca laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan atau diterbitkan yang menunjukkan banyak penyelewengan jabatan-jabatan kerajaan, kementerian dan ia telah menjadi satu-satunya institusi yang kita boleh percaya. Kita menumpahkan harapan kita atas Ketua Audit Negara untuk check dan mengawal kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan. Akan tetapi ada satu perkara yang saya ingin bangkitkan. Saya merasa sedikit kecewa atas apa yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, standard of audit yang diamalkan oleh mereka. Ini mengenai satu kumpulan wang amanah negeri Sarawak iaitu Government Contribution Towards Approved Agencies Trust Fund. Ini adalah satu trust fund yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membuat pelaburan pembangunan. Tiap- tiap tahun lebih daripada satu bilion duit dimasukkan ke dalam trust account ini atau wang amanah ini dan sudah beberapa tahun tidak ada. Mereka tidak bentang apa-apa penyata penerimaan dan bayaran atas pengurusan wang amanah ini. Oleh itu Ketua Audit Negara ada beri satu amaran supaya mereka mesti bentangkan penyata penerimaan dan bayaran di Dewan Undangan Negeri. Ini pun dibuat selepas amaran diberi. Apa yang saya ingin sebutkan hari ini adalah penyata penerimaan dan bayaran yang disediakan oleh trust fund manager ini hanya satu muka surat sahaja iaitu opening balance RM700 million, contributions from Sarawak State Government – RM900 million; interest income – RM19 million; grant for financing various approved projects – RM1.3 billion. Apa projek tidak disebut. Tidak ada detail. Satu penyata penerimaan dan bayaran yang melibatkan berbilion-bilion hanya satu muka surat. Apa yang Ketua Audit Negara kata? Dia kata; “Pada pendapat saya penyata penerimaan dan bayaran Kumpulan Wang Amanah, Government Contribution Towards Approved Agencies memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan akaun ini bagi tahun berkenaan”. Bagaimana kita boleh terima one page account untuk satu akaun yang melibatkan berbilion- bilion? Tidak ada langsung informasi terperinci apakah projek yang dibiayai, ke manakah wang itu dibayar. Tidak ada langsung. Tiap-tiap tahun lebih daripada RM1 bilion state money masuk ke dalam akaun itu dan nampaknya aneh. Kenapa Ketua Audit Negara kita boleh terima satu penyata penerimaan dan bayaran yang begitu singkat. Langsung tidak ada apa-apa information dan keluarkan satu certificate bahawa ia telah memberi gambaran yang benar dan saksama. Saya fikir ini adalah satu kecuaian dari pihak Ketua Audit Negara. Saya harap Ketua Audit
Negara boleh membuat penyelidikan yang lebih mendalam ke atas ke manakah wang yang dibayar itu kerana saya dimaklumkan bahawa wang-wang itu sebahagiannya telah digunakan untuk membayar off-shore loan yang dipinjam oleh kerajaan negeri untuk satu syarikat swasta. Isu ketiga adalah mengenai isu keselamatan. Kelmarin saya terbaca satu akhbar bahawa seorang Menteri, Yang Berhormat dari Rembau rumahnya kena pecah masuk. Minggu lalu saya pun sendiri kena. Cermin kereta saya dipecahkan dan laptop di dalam kereta diambil. Saya percaya Yang Berhormat Rasah pun kena dua tiga hari lalu. Keselamatan itu memang satu isu yang amat membimbangkan. Keselamatan negara kita, sosial masyarakat kita memang semakin hari semakin merosot. Apa sebabnya? Semasa kita membangkitkan isu ini, jawapan yang diberikan kepada kita, ini adalah persepsi. Mungkin ini persepsi yang diwujudkan oleh surat khabar atau media yang selalu melaporkan kes-kes jenayah. Akan tetapi kes-kes mengenai Yang Berhormat dari Rembau ini bukan persepsi, ini hakikat. Kes-kes yang mengenai Yang Berhormat Rasah ini bukan persepsi, ini adalah hakikat. Yang saya punya cermin kereta di pecah, laptop saya diambil, ini bukan persepsi, ini hakikatnya. Oleh itu saya menyeru adakah kadar jenayah yang dilaporkan itu adalah satu statistik yang telah dimanipulasikan untuk memberikan satu gambaran yang baik? Kenapa dalam satu minggu sahaja tiga orang Ahli Parlimen benda dicuri? Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Tiga tahun lepas saya pun pernah dirompak di rumah saya. Parang diletakkan di leher saya dan dirompak. Sudah tiga tahun. Saya juga pernah membangkitkan perkara ini kepada Menteri Dalam Negeri di dalam Dewan yang mulia ini tetapi sudah tiga tahun pihak polis pun tidak dapat menyelesaikan kes saya. Seorang pun suspek tidak dapat ditangkap. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat. Adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak berjaya memerangi jenayah dan ini menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kadar ataupun masalah jenayah di negara ini sebab sekarang bukan sahaja the fear of crime. Ketakutan kepada jenayah itu memang benar, memang betul dan memang rakyat hidup dalam satu ketakutan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Minta laluan.
Saya langsung setuju dengan apa yang dikatakan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Seremban.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Yang Berhormat Bayan Baru bangun Yang Berhormat, Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup setuju dengan Yang Berhormat Bandar Kuching kerana masalah keselamatan ini very real. Pengalaman saya, selama lima tahun saya jadi Yang Berhormat, dalam lima tahun itu rumah saya kena pecah masuk. Selepas itu service centre saya, masuk tiga kali, tiga kali service centre kena curi, diceroboh. Jadi, saya boleh dikatakan rekodlah dalam Dewan ini, saya rasa tidak ada orang boleh break saya punya record. Empat kali rumah dengan service centre.
Ramai lagi.
Ramai lagi? Boleh tolong tunjukkan siapa Ahli di sini yang boleh break record saya. Ini cukup serius, saya minta kalau boleh ambil tindakan.
Saya amat kasihan atas pengalaman Ahli Yang Berhormat.
Minta laluan.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Tidak apalah, saya tidak ada masa.
Yang Berhormat Bandar Kuching. Singkat, setujukah dengan saya? Rakyat Malaysia kini hidup dalam ketakutan kerana kadar jenayah semakin meningkat.
Saya memang setuju. Saya ingin sebutlah sebagaimana kerajaan atau PDRM memanipulasikan angka-angka jenayah. Kita ada satu Majlis Makan Malam di Daerah Bau, Sarawak. Lebih sepuluh cermin kereta kena pecah oleh motorcyclist. Kita buat laporan dan saya baru sedar laporan yang kita buat itu ada satu surat daripada PDRM yang mengklasifikasikan jenayah ini non-index crime dan non-index crime ini tidak akan dimasukkan sebagai kadar jenayah yang dilaporkan. Inilah cara Barisan Nasional memanipulasikan statistik, walaupun statistik pendapatan yang dilaporkan iaitu statistik orang miskin semakin hari semakin turun tetapi orang yang menerima BR1M semakin hari semakin bertambah. Orang yang menerima khidmat BR1M ini sepatutnya orang miskin. Kenapa statistik menunjukkan yang baik, yang cantik tetapi hakikatnya lebih ramai orang yang lebih miskin.
[Bangun]
Yang Berhormat Jerlun bangun Yang Berhormat.
Tidak apalah, saya tidak ada masa lagi boleh...
Tambah.
Tambah lagi masa kah?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan.
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya hendak pergi ke isu keempat. Terima kasihlah, lain kalilah. [Ketawa] Itu isu lain kalilah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Memang lain kalilah, ini kalilah, tidak dapat peluang kerajaan, lain kali kita akan terus berjuang. Isu keempatnya adalah mengenai apa yang diumumkan oleh Penolong MACC mengenai bahawa satu 10 man panel telah diwujudkan untuk menyiasat Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ini telah dilaporkan dan saya berasa anehlah kerana laporan mengenai rasuah Taib Mahmud itu telah dibuat beberapa tahun lalu, dalam tahun 2011, Jun.
[Bangun] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, maghriblah.
Maghrib. Kita habiskan sampai 7.45 malam.
Ada lima minit lagi, sepuluh minit lagi. Dalam Jun 2011, MACC telah umum bahawa mereka sudah buka fail untuk menyiasat Taib Mahmud. Kenapa tunggu dua tahun selepas buka fail baru tubuhkan itu 10 man panel untuk menyiasat? Apakah ini kecekapan MACC? Kalau dia hendak siasat itu, hendak tahu apa-apa tanah yang diberi kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Taib Mahmud. Ini, saya ada juga satu senarai walaupun tidak sempurna tetapi cukuplah to start off atau cukuplah untuk membuat satu charge, pendakwaan di mahkamah.
Bacalah, baca, baca.
Saya jemputlah pegawai-pegawai MACC kalau ada di sini, catatkanlah. Catatkan apa yang saya sebut sini. Lot 1208 Puyut land district, 10,000 hektar dibagi kepada Polar Red Sdn. Bhd. dan sebanyak 37% sahamnya dipegang oleh Mahmud Abu Bekir Taib, anaknya. Lot 1210 Puyut land district, 5,003 hektar dibagi kepada Magna Wide Sdn. Bhd. Pemegang syernya sebanyak 40%
Ibrahim bin Mahmud, lagi 45% Stephen Rundi anak Utom, itu Setiausaha Barisan Nasional Sarawak. Ada lagi, Isthmus lebih kurang 220 ekar, Lot 1319, Lot 2342, Lot 2839, Lot 2850, Lot 2852, Lot 2855 all of Block 7, Muara Tebas land district diberi kepada CMS. Tanah ini, yang diberi dan dijual kepada CMS lebih kurang 200,001 ekar. Selepas itu CMS jual 5 ekar daripada itu kepada Sarawak Energy Berhad dengan harga RM4 juta satu ekar. Kerajaan jual kepada dia RM200,000 satu ekar. Dia jual balik kepada syarikat kerajaan RM4 juta satu ekar, lima ekar. Selepas itu Sarawak Energy Berhad (SEB) diwajibkan melantik CMS sebagai kontraktor untuk bina HQ nya dan HQ itu harga kos pembinaannya RM212 juta. Mesti lantik CMS untuk bina dan selepas itu ada juga Lot 9192 Block 11, Muara Tebas land district, Lot 9193, Lot 9194, Block 11 Muara Tebas land district, jumlahnya sebanyak 109 ekar. Ini adalah prime land di Kuching. Harga pasaran lebih kurang RM400 juta. Kerajaan negeri jual tanah ini kepada Monarda Sdn. Bhd. dengan harga RM80 juta sahaja, 20% of the market price. Siapa itu pemegang sahamnya? Mahmud Abu Bekir Taib 52% share holding, Jamilah Hamidah Taib 2%, Hanifah Hajar Taib 2%, Anisa Hamidah Abdullah, Elisa Chan Wai Kuen. Siapa itu? Daughter in law, yang juga anak bekas Pengerusi SUPP, George Chan’s 2%. Ini semua mereka ambil. Ada beberapa lagi, saya jemputlah kalau pegawai MACC hendak mengambil fakta-fakta itu daripada saya, saya mengalu-alukan. Saya akan bagi, I will cooperate, I will not treat MACC as naughty and dishonest. I will fully cooperate with MACC. Oleh itu saya anggap kalau benar-benar ada satu political will untuk Kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan ke atas pengaduan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak. Memang ada banyak bukti, yang saya sebut ini hanya adalah tip of the iceberg sahaja. Itu Ketua Menteri, bekas Menteri Besar di Selangor, dia beli rumah dengan harga 50% diskaun daripada pemaju telah disabit, dihukum, dipenjara, dianggap sebagai rasuah. Tanah-tanah yang saya sebut tadi, kerajaan jual kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Taib Mahmud dengan kurang daripada 20% daripada harga pasaran. Apakah lagi bukti yang kita perlu? Yang saya sebut ini hanya segelintir sahaja, ada banyak lagi tanah yang telah dijualkan secara murah kepada syarikat-syarikat yang berkaitan. Oleh itu saya serulah kepada MACC, kalau benar-benar mahu siasat, siasatlah. Jangan buat wayang kulit sahaja. Hendak tubuh ini committee, tubuh itu committee.
Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.
Saya ada beberapa isu lagi, bolehkah dilanjutkan?
Oleh sebab itu saya panjangkan masa untuk habiskan masa Yang Berhormat.
Okeylah, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tidak ada BN bangun untuk esok? Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Selasa, 2 Julai 2013.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7.41 malam]