Dewan Rakyat · 2 July 2013

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,499 turns · 59,446 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah benar bahawa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu oleh pengganas dari Sulu yang merupakan pengikut kepada Sultan Kiram III turut melibatkan rakyat Malaysia. Jika ya, apakah tindakan susulan diambil mengenai perkara tersebut.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam bahagia, selamat pagi dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengambil tindakan pendakwaan ke atas 30 individu yang terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 iaitu SOSMA 2012 kerana terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Daripada jumlah tersebut, seramai empat orang adalah warganegara Malaysia dan seorang adalah pemastautin tetap. Manakala selebihnya iaitu seramai 25 orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes mereka ini telah pun mula disebut secara berperingkat-peringkat di Mahkamah Tinggi Tawau pada 24 Mei 2013. Seorang lagi Tuan Yang di-Pertua masih di hospital. Maka kesnya juga akan didengarkan kali pertama pada 15 Julai 2013, kalau tidak ada aral melintang. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini saya tidak bercadang untuk mendedahkan maklumat selanjutnya yang lebih terperinci mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Ini kerana pihak polis masih lagi menjalankan siasatan rapi berhubung insiden ini termasuklah individu-individu yang disyaki terlibat dengannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, soalan tambahan. Pelbagai persepsi dan tanggapan daripada masyarakat terutama sekali rakyat Malaysia yang berada di Sabah. Ini kerana kita melihat bahawa pencerobohan ke atas Lahad Datu ini, merupakan satu perkara yang terlalu berat. Soalan tambahan saya, kenapa begitu lama penyiasatan diambil berhubung dengan kes pencerobohan ini dan adakah pihak ketiga terlibat dalam pencerobohan ini serta kenapa tindakan kerajaan untuk menghalang pencerobohan ini begitu lambat? Kenapa perlu ada negotiation? Kenapa perlu ada perundingan, sedangkan mereka adalah kumpulan pengganas yang ternyata ingin merampas negeri Sabah daripada jajahan Malaysia? Kenapa pihak kerajaan terlalu lambat mengambil tindakan?

Terima kasih Yang Berhormat. Kesalahan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah melibatkan warganegara asing Yang Berhormat. Jadi persoalan pertama Yang Berhormat tanya ialah kenapa memakan masa begitu lama untuk kita mengenal pasti apakah tujuan sebenar apabila mereka masuk ke Malaysia ataupun ke Lahad Datu, Sabah. Pada ketika itu kita tidak mengetahui sebenarnya Yang Berhormat. Hanya selepas penyelidikan yang pertama barulah kita mengetahui bahawa mereka bersenjata dan apa tujuan-tujuan mereka.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau begini Yang Berhormat polis tidak cekaplah buat kerja. Tidak tahu apa-apa.

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Negara sudah hendak hancur mereka tidak tahu pun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat tidak boleh begitu Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak boleh, tetapi jawapan tidak begitu memuaskan saya. [Ketawa]

Saya faham Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Akan tetapi peraturan Dewan kena diikut juga Yang Berhormat. [Disampuk] Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat, dengar jawapan saya dahulu. Selepas itu polis memulakan penyiasatan. Apabila polis diserang barulah kita mengetahui bahawa kelompok ini bertujuan untuk menceroboh dan mengganas di negara kita. Oleh kerana sedemikian, kita juga melihat perhubungan kita dengan pihak Philippine Yang Berhormat. Dalam semangat ASEAN dan semangat serantau, kita mesti melibatkan pihak Philippine. Itulah kenapa penyiasatan yang kita buat memakan masa yang lama. Oleh kerana kita tidak mengetahui siapa mereka yang berada di dalam hutan, di tepian pantai yang menyerang kita. Kita menyiasat kena kerjasama bersama di antara Malaysia dan Philippine. Jadi itulah kenapa bukan mudah untuk membuat penyiasatan Yang Berhormat. Saya mempunyai pengalaman peribadi mengenai persoalan penyiasatan ini Yang Berhormat. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita berjaga-jaga dan berhati-hati Yang Berhormat. Selepas polis mengetahui niat dan tujuan mereka ini, barulah kita menggerakkan tentera kita dan memulakan gerak tindakan kemilitarian yang kita buat di Lahad Datu selepas itu. Akhirnya ia menamatkan pencerobohan yang mereka buat di Lahad Datu Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum kes pencerobohan di Lahad Datu, kita telah melihat dalam negara kita banyak kes pendatang tanpa izin yang mana berlakunya penyeludupan barang-barangan ke Malaysia dan juga pihak asing masuk ke dalam negara kita. Malah kerajaan juga dikatakan banyak sebelum ini melancarkan operasi-operasi keselamatan di sempadan perairan negara kita. Antaranya ialah Operasi Pasir pada tahun 2000 berikutan dengan kes penculikan rakyat Malaysia di Pulau Sipadan dan lain-lain operasi. Kita juga akui bagaimana keluasan laut dalam negara kita dan juga kepulauannya yang cukup besar. Namun, itu tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan mutlak untuk berlakunya kelonggaran dan juga pengabaian kerana terdapat sebelum ini alasannya ialah kerana terdapatnya ratusan laluan-laluan sunyi ataupun lorong-lorong tikus...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, ringkaskan Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

...Yang boleh dimasuki oleh pihak pendatang tanpa izin.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Soalan, soalan.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Soalnya ialah, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan untuk menjelaskan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bagi orang Sabah tanya, lagi baguslah.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Ya, untuk menjelaskan agensi-agensi kerajaan yang mengawasi sempadan pengairan negara. Sejauh manakah kawalan yang melibatkan imigresen, yang melibatkan polis gerakan marin, TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga lokasi-lokasi pendaratan yang lain sehingga ianya memudahkan penceroboh masuk dalam negara kita sekali gus mengancam keselamatan dan kedaulatan negara?

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, ya. Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kepada kepekaan Yang Berhormat bertanya soalan sedemikian. Kawasan yang sekarang kita isytiharkan sebagai kawasan ESSCOM Yang Berhormat, mempunyai sepanjang 1,400 kilometer dan terkini kita sambungkan sedikit menjadi 1,700 kilometer, Yang Berhormat. Jadi, dalam keadaan yang begitu panjang dan kawasan Malaysia di Lahad Datu dengan selatan Filipina hanya 30 minit sudah sampai Yang Berhormat. Jadi, dalam keadaan yang begitu rupa, adalah amat sukar untuk kita mengetahui. Kalau kita lihat di negara-negara lain umpamanya perbatasan Mexico dan Amerika Yang Berhormat, juga begitu rupa. Kenapa dengan kecanggihan teknologi dan pelbagai masih boleh diceroboh dengan benteng-benteng yang dibuat oleh Amerika? Jadi, janganlah kita mengatakan bahawa kita tidak mengambil tindakan Yang Berhormat. Akan tetapi, apa yang berlaku telah membuat apa dikatakan wake up call kepada kita untuk memperketat. Inilah kenapa kita tubuhkan ESSCOM – untuk memperketat keselamatan dan penjagaan pesisiran Sabah di masa kini Yang Berhormat. Insya-Allah, saya cukup yakin pihak kerajaan iaitu polis, tentera, maritim akan berupaya menangani masalah-masalah tersebut walaupun dalam masa yang sama perdagangan di antara Sabah dan selatan Filipina masih jua kerap berlaku Yang Berhormat. Dalam keadaan yang sedemikian memang kita menerima hakikat bahawa begitu rumit perhubungan kita dengan selatan Filipina Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah sedia maklum sebab saya ada pernah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa dari Tawau, Kalabakan hingga ke Lahad Datu, kita panjang pantai 1,000 lebih kilometer. Daripada dahulu lagi sudah disuarakan tetapi tidak ada tindakan untuk mengawal.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baru sedar.

Jadi persoalan saya sekarang, seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, kerajaan mengambil masa dua minggu baru tahu ini pencerobohan. Walhal, mereka sudah masuk dengan senjata. Kalau orang masuk rumah saya dengan senjata, apa saya buat? Boleh lagi saya negotiate? Runding? Tentu tidak boleh. Tentu tidak boleh. Saya ambil shotgun, saya terus tembak. Ini pencerobohan. Bererti, satu kita lalai. Kedua, kita biarkan ini penceroboh mahu negotiate. Negotiate apa? Mereka mahu tuntut Sabah...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, soalan.

Soalannya, kenapa kerajaan mengambil masa begitu lama? [Tepuk] Kita tidak boleh dengar suara- suara yang menyenangkan sahaja bahawa di Pantai Timur kita semua tidak boleh tidur malam. Ini kerana kita punya lautan begini besar. Jadi, dengan adanya jawatankuasa untuk keselamatan negara ini di Pantai Timur – itu pun kita belum merasa selamat kerana kita

tahu pantai begitu besar. Kalau setakat hantar dua batalion, tiga batalion atau marine police yang mungkin tidak tahu arah ke mana, kita merasa tidak selamat. Jadi persoalannya, bilakah rakyat di Pantai Timur ini berasa selamat apabila mereka ini terancam? Kita minta bila keselamatan ini dapat dikawal kerana dari dahulu saya sudah katakan kita mempunyai pantai yang besar dan kita mahu kerajaan bertindak supaya kita nampak dengan mata kepala kita ada marin, ada kapal perang, ada macam-macam untuk kawal pantai kita. Bila?

Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat memahami apa Yang Berhormat sebut. Saya mengetahui juga tindakan-tindakan kerajaan dan penyelidikan dibuat serta prosedur-prosedur tertentu dibuat Yang Berhormat. Jadi, kalau kita lihat darurat di Tanah Melayu dahulu dari tahun 1948–1960, sepuluh tahun. Darurat di Sarawak dari tahun 1962-1974, 12 tahun. Jadi, ini kita tangani masalah ini dalam masa tiga bulan sahaja Yang Berhormat kita sudah tamatkan. [Tepuk] Jadi, kita kena berterima kasih dengan tentera, polis dan sebagainya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ia kumpulan yang kecil. Bukan tentera yang beribu-ribu.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu pun mengambil masa sampai tiga bulan.

Yang Berhormat.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Tidak boleh begini Yang Berhormat Shah Alam. Sila, terima kasih.

Setahu saya Tuan Yang di-Pertua, masa saya bercakap itu, orang lain tidak boleh bercakap dahulu.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Betul, betul.

Selain daripada Tuan Yang di- Pertua sendiri.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Betul. Sudah habis Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih. Saya memahami perasaan kita semua. Saya sendiri pun memikirkan sedemikian juga. Akan tetapi, sekarang kita sudah in place semua mekanisme kita dan perbincangan kita dengan pihak Filipina, kerjasama kita dengan pihak Filipina. Kita rasa terjamin sekarang Yang Berhormat. Saya ingin Yang Berhormat rasa juga terjamin supaya keselamatan di negeri Sabah dan di Pulau Borneo khususnya keseluruhannya juga terasa terjamin Yang Berhormat dengan tindakan- tindakan yang kita buat.

Tuan Yang di- Pertua, kita tidak rasa terjamin.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Terima kasih. Ini Yang Berhormat Kalabakan...

Kita tidak mahu Timbalan Menteri mengatakan kita rasa terjamin.

Yang Berhormat, saya bagi peluang Yang Berhormat cakap ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi soalan tambahan. Minta satu lagi. Saya hendak dapat penjelasan.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Menteri sudah ya? Cukup ya?

Tuan Yang di-Pertua, suruh dia duduk dahulu Yang Berhormat.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Tidak apa, tidak apa.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Terima kasih.

Terima kasih sebab kita kena hormat Yang Berhormat. Satu, Peraturan Dewan.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Tidak apa, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, terima kasih.

Jadi, jawapan saya sudah habis Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Satu lagi soalan Tuan Yang di- Pertua. Satu lagi soalan. Penting ini. Persoalan penting ini.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ini Yang Berhormat Shah Alam peraturan. Yang Berhormat Shah Alam, Peraturan Mesyuarat 24 Yang Berhormat Shah Alam. Okey, sila jemput.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kelewatan proses Mahkamah Perusahaan dan kebanyakan kes tertangguh dan sepatutnya ia perlu diselesaikan dalam sekitar dua tahun sahaja dan berapakah jumlah kes yang tertangguh dari Jun 2008 sehingga Jun 2013.

Datuk Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat kerana telah mengemukakan soalan yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap nasib para pekerja kita yang berjumlah 12.4 juta. Inilah yang kita sama-sama hendak. Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan jumlah kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia bagi tempoh 1 Jun 2008 hingga 31 Mei 2013 adalah sebanyak 14,559 kes. Pendaftaran atau penerimaan kes-kes bagi tempoh 1 Jun hingga 31 Mei 2013 adalah 6,581. Jumlah keseluruhan kes-kes yang melebihi dua tahun seperti pada 31 Mei 2013 adalah hanya 552 kes.

Datuk Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Tuan Yang di-Pertua, telah menjadi hasrat Mahkamah Perusahaan agar setiap kes pertikaian yang dirujuk dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa penangguhan supaya keadilan dapat diberikan kepada semua pihak yang bertikai sama ada pekerja atau majikan tanpa berlengah. Ini adalah satu faktor supaya keadilan dapat diberikan kepada kedua-dua pihak. Tuan Yang di-Pertua, antara sebab-sebab kelewatan menyelesaikan kes-kes adalah seperti berikut: (i) kes tertangguh kerana terdapat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan dan akhir sekali ke Mahkamah Persekutuan. Sementara menunggu keputusan, kes tidak dapat diteruskan. Apabila keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan kes perlu diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan, barulah kes

Datuk Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

tersebut dihantar semula ke kes perusahaan dan diteruskan untuk disambung bicara; (ii) terdapat permohonan sampingan yang lain ke Mahkamah Tinggi dalam masa yang sama seperti permohonan penggantungan, permohonan untuk membuat rayuan yang mana prosesnya memakan masa yang lama dan kes di Mahkamah Perusahaan ditangguhkan sementara sehingga permohonan di Mahkamah Tinggi selesai; (iii) kebanyakan kes yang tertangguh adalah kes-kes yang rumit atau complicated cases dan melibatkan ramai pihak menuntut atau perayu dan saksi. Saksi-saksi perlu diperiksa oleh kedua- dua pihak mengikut peringkat seperti pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Ada di antaranya juga melibatkan saksi dari luar negara; (iv) terdapat juga kes-kes di mana walaupun tarikh bicara telah ditetapkan, pihak-pihak bertikai memohon untuk meminda pliding atau penggabungan beberapa kes dalam satu kes ataupun percantuman pihak lain ke dalam kes tersebut. Permohonan tersebut akan didengar terlebih dahulu dan sekiranya terdapat bantahan di pihak yang satu lagi, ia akan mengambil masa yang lebih panjang; dan (v) peguam pihak-pihak bertikai memohon untuk penangguhan tarikh bicara yang telah ditetapkan atas pelbagai alasan dan ini menyebabkan tarikh bicara terpaksa dijadualkan semula mengikut kelapangan kesemua pihak. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan yang diajukan oleh Kuala Langat. Isunya ialah umum kebanyakannya tidak tahu hak mereka sebagai perayu bila mereka dibuang kerja. Mengikut seksyen 20, 60 hari sasaran wajib melebihi tarikh kadar tempoh itu, maka tidak boleh ianya dibawa ke Mahkamah Perusahaan. Menjadi isu ialah bilamana umum tidak tahu tentang hak mereka dan mahkamah terhad. Daripada apa yang telah dijawab oleh Menteri, lima perkara yang disebut sebagai kelewatan. Saya ingin mencadangkan atau memohon Menteri supaya menimbang apakah perlu untuk kita disebabkan pada hemat saya dua perkara yang melewatkan kes di mahkamah. Satu ialah di Jabatan Perusahaan yang mengambil masa yang terlalu panjang. Kedua, mahkamah itu sendiri. Pengalaman saya di negara-negara luar, melihat bahawa Jabatan Perusahaan diberi kuasa. Saya ingin mencadangkan, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah Menteri berkesudian untuk mengkaji semula, diberi kuasa penuh kepada Jabatan Perusahaan, ketua pengarah untuk terus ke mahkamah dan diberi tempoh 30 hari ataupun 90 hari Jabatan Perusahaan untuk menyelesaikan masalah sementara menunggu kuasa Menteri yang 20.3 Akta Perusahaan 1967 itu dilunaskan? Sebabnya ialah Menteri tidak berupaya hendak mengendalikan 2,000 kes setahun untuk menyegerakan dibawa ke mahkamah. Daripada itu Yang Berhormat Kuala Langat ingin mencadangkan supaya Jabatan Perusahaan itu diberikan kuasa untuk dibawa kes itu terus ke Mahkamah Perusahaan dan tempoh yang dibenarkan di bawah seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 itu, dua tahun dapat dipendekkan dan disegerakan. Mohon Menteri bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Itu bukan pertanyaan, minta mencadangkan. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.

Walaupun itu merupakan cadangan Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri Sumber Manusia, saya perlu menjelaskan di sini bahawa apa juga tindakan yang kita ambil, kita juga harus mengikut akta. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sebenarnya di bawah Mahkamah Perusahaan Malaysia, kita mempunyai 19

buah Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur dan ianya dipengerusikan oleh seorang pengerusi. Di Pulau Pinang kita mempunyai dua cawangan, di Perak kita mempunyai satu pengerusi, di Johor kita mempunyai dua pengerusi, di Sabah kita mempunyai satu pengerusi iaitu satu cawangan dan juga di Sarawak satu pengerusi, satu cawangan. Maka oleh yang demikian, cadangan seperti mana yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dari Kuala Langat itu kita akan lihat. Kalau ia boleh kita lakukan mengikut akta, kita akan ambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak kerajaan, kita mengetahui pelbagai akta diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk melindungi pekerja-pekerja di seluruh negara. Akan tetapi kita dapati pekerja-pekerja rasa tidak dapat menggunakan akta yang ada bagi melindungi pekerja-pekerja yang teraniaya. Berdasarkan soalan di sini, proses Mahkamah Persekutuan agak lewat. Mohon penjelasan pihak kerajaan tentang inisiatif yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, Kementerian Sumber Manusia sebenarnya kita mempunyai piagam pelanggan. Piagam pelanggan adalah terdiri daripada tiga aras: (i) mengeluarkan keputusan award dalam tempoh tiga bulan dari tarikh hujahan bertulis terakhir difailkan; (ii) membicarakan dan memutuskan setiap kes yang dirujuk dalam 16 bulan bagi kes pembuangan kerja dan 12 bulan bagi lain-lain kes; dan (iii) memberi pengiktirafan kepada perjanjian bersama yang diamanahkan dalam tempoh enam minggu. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang mungkin semua sedia maklum, sebenarnya bukan sahaja dalam perkara ini, bahkan dalam perkara minimum wage, gaji minimum yang RM800 untuk negeri Sarawak dan Sabah dan RM900 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya kita mempunyai apa yang kita panggil sebagai tripartite system yang mana para pekerja yang juga dalam perkara ini di Mahkamah Perusahaan, kita mempunyai wakil dari majikan dan juga wakil dari pekerja selain dari wakil dari kementerian. Sekian, terima kasih.

Chua Tee YongMCA · BNLabis · question

3. Datuk Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bilakah kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta-kereta yang diimport supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji-janji yang diberikan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Labis adalah berkaitan dengan isu-isu penurunan harga kereta, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan tujuh soalan-soalan lisan lain yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Hari ini Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Pandan selain Yang Berhormat Labis - 2 Julai. Satu soalan Yang Berhormat Kulai - 4 Julai, Yang Berhormat Bayan Baru - 8 Julai, Yang Berhormat Tenom - 10 Julai, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan - 16 Julai, Yang Berhormat Sekijang - 17 Julai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar akan keperluan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan generasi muda yang berkehendakkan harga kereta yang lebih kompetitif dan mampu milik. Ini adalah kerana kereta adalah salah satu keperluan utama bagi rakyat Malaysia sekarang ini. Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi model-model berkapasiti enjin 1.3 liter di Malaysia adalah paling rendah di rantau ASEAN dibandingkan dengan negara Thailand dan Indonesia. Sebagai contoh, model Perodua MyVi dan Proton Saga masing-masing dijual pada harga RM45 ribu dan RM33,088 berbanding dengan model Honda Brio di Indonesia dan Thailand dengan harga RM47 ribu.

Penurunan harga kereta adalah merupakan salah satu matlamat penting yang ingin dicapai dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi membolehkan rakyat mendapat faedah melalui tawaran harga kereta yang mampu milik. Kajian semula NAP tersebut juga mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuk pengguna, pengeluar kereta, wakil pengedar kereta, institusi kewangan dan juga pembekal alat ganti. Tujuan utama kajian semula ini adalah bagi mewujudkan satu industri automotif tempatan yang lebih efisien dan kompetitif. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Labis mengenai penurunan harga duti, ingin saya menjelaskan bahawa kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengurangkan duti sebagai mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Ini adalah kerana penghapusan duti tidak menjamin penurunan harga kereta. Sebagai makluman, harga kereta ditentukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan berdasarkan faktor pasaran harga komponen completely knockdown (CKD) yang diimport dan diperolehi dari pasaran tempatan. Kadar tukaran mata wang asing, kos pengangkutan, insurance dan kadar faedah pinjaman. Penghapusan duti juga terutamanya duti eksais akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM7 bilion setahun. Kekurangan hasil cukai ini akan membataskan keupayaan kerajaan untuk menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Mengenai pendekatan ataupun mekanisme penurunan harga kereta yang dibangkitkan Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, realitinya ialah penurunan harga kereta tidak wajar dilakukan secara mendadak. Oleh yang demikian kerajaan telah menggariskan beberapa langkah penting yang akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai mana yang telah digariskan dalam kajian semula oleh NAP supaya ia tidak memberi impak yang ketara ke atas pembangunan industri automotif tempatan atau pun dalam bahasa mudahnya ialah, dengan izin, soft landing. Melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan menerusi perbincangan dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta tempatan, beberapa syarikat telah pun mula menurunkan harga kereta melalui strategi pemasaran masing-masing. Pertamanya, penurunan harga semasa pengenalan model atau pun varian baru. Kedua, penukaran operasi daripada CBU kepada CKD atau pun pemasangan tempatan. Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang memperkenalkan program promosi dan rebat di antara RM2,000 hingga RM8,000 yang bersifat sementara. Antara program yang ditawarkan termasuklah pemberian insurance dan pembayaran cukai jalan, baucar petrol, pemberian servis lima tahun percuma dan warranty. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang pula membangkitkan mengenai kesan penurunan harga kereta terhadap jualan kereta nasional. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penurunan harga kereta akan memberi saingan kepada kereta nasional. Walau bagaimanapun, persaingan ini akan menggalakkan syarikat pengeluar kereta nasional untuk terus meningkat lagi daya saing mereka dengan mengeluarkan kereta yang berkualiti dengan harga yang lebih kompetitif untuk kekal sebagai kereta pilihan rakyat Malaysia. Dalam hal ini kereta nasional sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan ia tidak ketinggalan. Kerajaan juga akan terus menyokong pembangunan kereta nasional supaya kekal kompetitif di pasaran tempatan, serantau dan pasaran global. Dalam masa yang sama, dengan izin, book value ataupun nilai buku bagi kereta yang mempunyai tempoh pembayaran yang panjang akan turut terjejas, terutamanya bagi kereta yang mempunyai tempoh pembayaran selama sembilan tahun. Oleh demikian impak penurunan harga jualan kenderaan perlu ditangani dengan wajar dan berlandaskan keperluan pasaran berbanding hanya berdasarkan dasar kerajaan. Kerajaan sedar bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?

Sedikit lagi. Kerajaan sedar bahawa industri automotif tempatan perlu dimajukan lagi supaya ia menjadi industri yang berdaya saing dan seterusnya dapat memberi faedah kepada rakyat terutama dalam menawarkan kereta dengan harga yang berpatutan.

Akhir sekali, mengenai Yang Berhormat Sekijang berkaitan isu lambakan kereta- kereta terpakai terutamanya yang sudah melebihi had usia 10-15 tahun. Ingin saya maklumkan bahawa kerajaan telah mula mengambil langkah tersebut pada 2009 iaitu pendekatan ‘End of Life’ tetapi telah ditarik balik. Walau bagaimanapun kerajaan tetap akan berusaha untuk mengkaji semula tetapi secara sukarela pemilik kereta terpakai. Sekian, terima kasih.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Menteri yang panjang lebar. Akan tetapi sehingga sekarang saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri, bagaimana kerajaan boleh memastikan dan menepati janji untuk mengurangkan harga kereta. Bukan sahaja harga kereta buatan tempatan tetapi untuk semua jenis sebanyak 20% yang telah tertera di dalam manifesto. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Labis. Pertamanya, saya hendak jelaskan di sini bahawa kerajaan tetap komited untuk menepati janji iaitu penurunan harga kereta antara 20%-30% dalam tempoh lima tahun. Jadi, ada beberapa pendekatan lima tahun. Saya hendak memberitahu di sini iaitu...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Time pilihan rayalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bagi peluang Yang Berhormat Menteri menjawab dulu.

Kereta mempunyai beberapa komponen harga. Oleh yang demikian, kerajaan menggalakkan beberapa kaedah seperti memberikan lesen pengeluaran kereta dan menggalakkan supaya penggunaan bahan-bahan tempatan. Sekali gus, sudah tentu akan menurunkan eksais duti. Ini kerana eksais duti yang berkadar antara 65% sehingga 110% akan berkurangan dengan dua komponen. Dengan izin, value added dan penggunaan nilai-nilai tempatan. Sekali gus akan menurunkan harga kereta yang telah pun ditolak dengan penurunan harga, penurunan eksais duti yang jelas. Jadi, dalam masa yang sama juga kerajaan sentiasa mengkaji supaya dalam tempoh yang panjang, penurunan duti eksais kereta boleh dipertimbangkan secara perlahan-lahan berdasarkan kepada keadaan negara dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang di-Pertua. Kaedah yang dinyatakan oleh Menteri tadi adalah tidak menyeluruh kerana ia bergantung pada syarikat-syarikat yang dipujuk untuk menurunkan harga. Ini tidak akan menghasilkan satu kuasa pasaran yang boleh menyebabkan seluruh industri kereta menurunkan harga. Sebab itu kita cadangkan supaya duti eksais itu yang dipotong walaupun secara berperingkat seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ini kerana dengan kita memotong duti eksais, tidak ada alasan oleh mana-mana syarikat untuk tidak menurunkan harga.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah kenapakah kerajaan tidak mahu melaksanakan pemotongan cukai eksais sedangkan pemotongan 5% hanya menelan belanja sebanyak RM350 juta setahun yang akan membawa kesan yang besar kepada keseluruhan rakyat, sedangkan jumlah itu adalah kecil berbanding dengan peruntukan, contohnya RM250 juta yang diberikan kepada keluarga Menteri untuk memelihara lembu? [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pandan. Seperti yang saya sebutkan tadi, penghapusan eksais duti tidak menjamin penurunan harga kereta secara keseluruhan dalam tempoh yang singkat. Pendekatan kita adalah seperti yang saya sebutkan tadi ialah soft landing. Ini pendekatan kita yang sangat jelas. Jadi tidak timbul soal tentang perkara-perkara lain yang hendak disampingkan dan sebagainya. Akan tetapi, percayalah bahawa kerajaan amat serius menangani soal harga kereta ini kerana ini yang telah pun dijanjikan oleh pihak kerajaan. Saya hendak ulang sekali lagi, pendekatan kerajaan ialah dalam masa lima tahun antara 20% hingga 30%. Itu yang kerajaan dengan izin, commit tidak timbul soal-soal lain. Jadi Yang Berhormat Pandan

tidak wajarlah mengaitkan perkara-perkara lain kerana ianya boleh mengelirukan rakyat. Sekian, terima kasih.

Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah · question

4. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa ramai pesakit buah pinggang yang menerima rawatan dialisis di seluruh negara. Secara purata berapakah kos rawatan seorang pesakit yang menerima rawatan hemodialisis dalam setahun.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Pada penghujung tahun 2012, terdapat 28,725 orang pesakit hemodialisis yang menjalani hemodialisis. Di antara 28 jumlah itu, 26,404 orang menjalani hemodialisis rawatan hemodialisis. Manakala yang lain yang selebihnya 2,321 orang menjalani peritoneal-peritoneal dialysis adalah dua yang berbeza. Kosnya Tuan Yang di-Pertua, kalau dia menjalani hemodialisis di hospital kerajaan dia hanya dikenakan RM13 ataupun tidak bayar langsung, RM13 sahaja. Akan tetapi, kalau dia melalui pusat dialisis NGO kos bayaran adalah antara RM110 hingga RM130 sekali hemodialisis. Jumlah purata setahun antara RM17,000 hingga RM20,000. Bagi hospital swasta, kos adalah antara RM180 hingga RM200 sekali hemodialisis dan jumlah purata tiap-tiap pesakit setahun RM28,000 hingga RM31,000 Tuan Yang di- Pertua.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya difahamkan bahawa punca utama kerosakan buah pinggang yang memerlukan hemodialisis di negara kita ialah kerana kencing manis dan kalau dikirakan kadar kerosakan buah pinggang akibat kencing manis kita adalah antara tertinggi di dunia dan juga kadar kencing manis di negara kita paling tinggi di rantau ini. Kadar metabolik sindrom, kita adalah antara yang tertinggi di dunia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Soalannya ialah nyata bahawa approach, pendekatan kita dalam menangani epidemik atau wabak kencing manis ini telah gagal. Jadi, apakah rancangan Kementerian Kesihatan untuk menangani wabak ini dengan cara yang lebih berjaya di masa depan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan lain tetapi tidak mengapalah saya akan cuba jawab juga. Soalan lain daripada soalan asal tetapi yang penting sekarang ini Tuan Yang di-Pertua memanglah kalau penyakit yang berjangkit memang mudah kita beri kesan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini buah pinggang kepada kencing manis ini.

Ya, tetapi yang kencing manis ini adalah kategorinya non-communicable disease (NCD). Ini berkaitan dengan obesiti yang meningkat hampir dua kali ganda sepuluh tahun dahulu dan bila obesiti dia akan sampai menjadi kencing manis, macam-macamlah. Akhirnya dia akan menjadi dia akan mendapat - Buah pinggang dia gagal. Jadi dalam usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini memang pelbagai kempen kita buatlah untuk kempen tentang obesiti awareness kempen Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Tentang yang berjalan 10,000 langkah yang juga ditanya berbagai-bagai cara untuk kita menyedarkan seluruh rakyat Malaysia supaya mereka berhati-hati tentang apa mereka makan contohnya dan sebagainyalah exercise. Ini semua adalah kempen yang telah kita buat. Manakala juga kita ada satu program di bawah MySihat satu badan yang telah ditubuhkan oleh kerajaan MySihat. Ini pun tujuannya berkempen menyedarkan rakyat tentang cara hidup yang sihat Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menambah pusat hemodialisis di hospital-hospital daerah terutama yang berada di bandar-bandar kecil seperti di Jerantut misalnya yang hanya mempunyai

keupayaan 50 pesakit sahaja mendapat rawatan sehari, sedangkan bilangan mereka yang menunggu masih lagi ramai? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, semua hospital kerajaan mempunyai pusat hemodialisis cuma tiga sahaja yang belum dapat lagi iaitu di Hospital Kuala Penyu, Hospital Kunak, dan Hospital Pitas. Manakala yang lain semua ada dan memang kerajaan berusaha untuk menambahkan lagi pusat-pusat hemodialisis ini. Untuk tahun ini kita telah pun meluluskan 150 buah lagi mesin yang akan ditambah-tambah kepada yang sedia ada Tuan Yang di-Pertua.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

5. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang telah diluluskan kerajaan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak lima tahun kebelakangan ini terutamanya bagi Bintulu, Sarawak; dan (b) berapa banyak kes yang masih tertunggak dan apakah sebab kelewatan sedangkan kebanyakan permohonan ini terdiri daripada anak-anak kelahiran tempatan termasuk Sabah dan Sarawak tetapi kedua-dua ibu bapa kandung tidak mempunyai dokumen kelahiran.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat dari Bintulu atas soalan Yang Berhormat tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan bagi negeri Sarawak dari tahun 2008 hingga 2012 adalah sebanyak 1,507 permohonan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 81 permohonan adalah daripada Daerah Bintulu yang mana sebanyak 27 permohonan telah diluluskan oleh kerajaan bagi daerah tersebut. Untuk perkara 2, soalan nombor 2(b), masa kini tidak ada permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang dikategorikan sebagai tertunggak. Dalam hal ini sebanyak 6,150 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan diproses pada tahun 2013. Sehubung dengan itu, dalam pertimbangan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon. Selain daripada itu, haruslah difahamkan bahawa setiap kanak-kanak yang lahir di Malaysia tidak semestinya mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebaliknya, penentuan taraf kewarganegaraan seorang kanak-kanak yang lahir di Malaysia adalah tergantung kepada status kewarganegaraan ibu bapa itu pertama Yang Berhormat. Kedua, status perkahwinan ibu bapa itu sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi jawab memang tiada kes sudah ditangguh memang saya tidak setuju. Kenapa saya tidak setuju untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri? Di kawasan saya Bintulu lebih kurang 15 permohonan lagi yang mendapat sokongan daripada saya untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A. Ini saya difahamkan daripada ibu pejabat JPN Putrajaya telah mendapat maklumat bahawa perkara tersebut telah dihantar ke pejabat Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan kelulusan berhubung perkara ini telah sudah lima tahun yang lalu, belum ada lagi apa-apa jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Soalan.

Ini soalan. Ada satu lagi kerana ada (a) dan (b). Ini (a).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu sahaja soalan.

Tidak boleh. Ini (a) dan (b) lain hal. Itu lain punya hal.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Saya mahu tanya 15 orang ini bilakah baru boleh dapat jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri. Ini soalan (b). Soalan ini saya pun tak setuju atas jawapan ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun daripada Sarawak. Kita tahu Sarawak saya rasa Sabah pun sama juga, banyak kewarganegaraan kaum Iban sampai hari ini tak selesai lagi. Satu generasi ke generasi kita tak boleh selesai sampai hari ini. Saya mahu tanya kementerian. Adakah kementerian sedar atau tidak? Ada murid-murid pergi belajar sampai SPM. Walaupun dia punya result straight A’s tetapi dia tidak boleh pergi universiti. Terus berhenti dari sana. Rakyat marah. Sampai hari ini kita – kita daripada Ahli-ahli Parlimen Sarawak minta banyak kali kepada JPN jalankan sekali gus sampai selesai masalah ini. Di sini saya mahu tanya soalan ini. Bilakah ataupun adakah satu rancangan untuk menyelesaikan isu-isu tersebut? Ini kerana kalau perkara ini tak selesai, kaum Iban itu hidup pun susah, mati pun susah. Pergi bawah pun tak ada orang terima. Sekian, terima kasih.

Saya pun rasa susah jugalah dengar soalan Yang Berhormat. Akan tetapi Yang Berhormat, percayalah Yang Berhormat. Pada 10 dan 11 Jun Yang Berhormat, saya telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak dan Sabah. Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan untuk menyelesaikan masalah Yang Berhormat sebut tadi. [Tepuk] Saya berbincang secara panjang lebar dengan Ketua Menteri Sarawak berhubung dengan perkara-perkara tersebut. Saya juga telah membangkitkan satu kuasa diberi oleh undang-undang negeri yang tidak ada mungkin di tempat lain mengatakan bahawa ketua kampung, ketua kaum, kapitan Cina boleh membantu pejabat pendaftaran untuk membantu kita untuk pengesahan soalan status perkahwinan ibu bapa dan juga kewarganegaraan ibu bapa supaya kita boleh memikirkan untuk memberi anak-anak ini status yang tertentu kepada mereka. Ini telah kita selesai dan setuju di antara kementerian kita dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah. Untuk Negeri Sabah Yang Berhormat, kita bersetuju, saya meminta supaya digantung dahulu hingga selesainya penyelidikan Royal Commission of Inquiry di Sabah, baru kita boleh menyelesaikan perkara-perkara tersebut. Akan tetapi untuk Sarawak, kita tidak ada halangan. Sekarang kita telah membuat outreach kita untuk pergi ke pedalaman dan kita insya-Allah akan menghubungkan tiap-tiap wakil rakyat yang mempunyai masalah sedemikian ini supaya membantu kita, supaya kita tidak mahu anak-anak yang tidak didaftar sekarang, tidak mempunyai status sekarang, tidak dapat pendidikan, tidak dapat nikmat daripada pemberian-pemberian kerajaan, tidak dapat bantuan kerajaan, tidak dapat pra-persekolahan dan sebagainya dapat bersekolah pada masa hadapan. Saya beritahu dengan Menteri, saya beritahu dengan Ketua Menteri bahawa kita tidak mahu masyarakat yang tidak berstatus ini menjadi masyarakat yang terbuang dan tersisih di masa hadapan. Kita nak selesai dengan seberapa cepat yang boleh Yang Berhormat. 15 orang Yang Berhormat sebut itu tolong beri senarai pada saya. Insya-Allah saya akan jawab pada Yang Berhormat pada masa yang akan datang.

Tambah sedikit bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bintulu cukuplah. Lepas ini beri senarai kepada Timbalan Menteri.

Itu Ahli Parlimen tak mahu tolong Ahli Parlimen, Ahli Parlimen sudah banyak tolong tetapi persepsi pegawai yang kadang-kadang turun padang semua negatif. Ini menjadi satu masalah.

Baik Yang Berhormat. Saya bagi peluang dengan bekas presiden backbencher ini. Saya hormati dengan dia. Semangat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebenarnya Yang Berhormat Menteri. Saya tak bagi peluang dari tadi. Jadi tak payah Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya minta Yang Berhormat Bintulu serahkan senarai tersebut dan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri. Sila Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin ucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri. Soalan saya, kita kerajaan sering kata nak menyelesaikan masalah kewarganegaraan negara kita tetapi saya berasa aneh kerana daripada satu jawapan yang saya terima tahun lalu Jun 2010. Pemegang kad pengenalan merah di Sarawak jumlahnya 693 orang. Akan tetapi kali ini saya terima satu lagi jawapan tahun ini. Pemegang kad pengenalan merah di Sarawak berjumlah 2,762. Nampaknya semakin hari semakin bertambah kad pengenalan merah. Untuk IC hijau, tahun lalu – 83 orang, tahun ini seribu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bandar Kuching, soalan, soalan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, soalan. Soalan saya. Apa sebabnya boleh timbul hal ini semakin hari semakin bertambahnya pemegang kad pengenalan merah, pemegang kad pengenalan hijau. IC hijau, IC merah. Ini soalan (a). Soalan (b). Ada seorang budak berumur 12 tahun. Semasa dia dilahirkan, dia diberi kewarganegaraan. Kali ini, bulan ini dia nak pergi buat IC, dia diluputkan kewarganegaraannya. Pegawai dari JPN keluarkan satu sijil kelahirannya dan tertulis di atas sijil kelahiran baru itu tak ada kewarganegaraan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya ingat yang (b) itu Yang Berhormat Bandar Kuching bagi terus kepada Yang Berhormat Menteri kerana itu adalah kes spesifik.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bukan. Ini Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, soalan terus.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Soalan kedua saya, soalan (b) saya. Ini telah berlaku dan ada beberapa kes telah berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Soalan, soalan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya. Apa sebabnya kewarganegaraan budak itu boleh diluputkan semasa dia...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Bandar Kuching ya. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu sebut nama dia supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh dengar. Nama dia Lim Wang Chung. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengambil berat perkara tersebut.

Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang sedikit menjawab Yang Berhormat ya. Terima kasih. Saya akan akur Tuan Yang di-Pertua bagi arahan. Yang Berhormat Bandar Kuching, semenjak tahun 2010 kita telah menggerakkan program outreach kita di seluruh negeri Sarawak. Oleh kerana program outreach inilah menambahkan jumlah pemegang kad merah dan pemegang kad hijau. Oleh kerana kita tidak mahu penduduk di negara ini, orang yang diam di negara ini tidak ada status, tidak boleh dikenali siapa mereka. Jadi maknanya kalau penambahan ada dilihat dalam soalan kad-kad merah ataupun kad hijau, ini menunjukkan bahawa Jabatan Pendaftaran menjalankan tugas Yang Berhormat. Menjalankan tugas mereka dan memberi status-status yang tertentu kepada mereka. Itu yang pertama.

Kedua Yang Berhormat, soalan very specific Yang Berhormat ya. Minta tolong beri pada saya butiran-butiran khusus kepada anak ini insya-Allah saya akan kajikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya terima kasih Yang Berhormat.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

6. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tentang pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu sebagaimana yang termaktub dalam tujuh janji BN untuk rakyat negeri Kelantan. Bilakah semua janji-janji akan ditepati.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, jalan Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan merupakan sebahagian daripada jajaran Jalan Central Spine dari Simpang Pelangai di Pahang ke Kota Bharu di Kelantan, sepanjang 463.5 kilometer. Berdasarkan pelan induk mengenai rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia atau Highway Network Development Plan (HNDP). Fasa 1 Jalan Central Spine ini telah dikenal pasti dan termasuk dalam perancangan kerajaan untuk dinaikkan taraf mulai tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Skop projek ini melibatkan cadangan membina jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada dari laluan dua lorong, dua hala ataupun single carriageway dengan izin, kepada laluan empat lorong dua hala. Dengan izin, dual carriageway dengan reka bentuk piawaian JKR R5. Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah sebanyak RM8 bilion. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6 bilion diperlukan untuk membina dan menaik taraf Jalan Central Spine daripada Simpang Pelangai Pahang ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 390 kilometer. Anggaran sebanyak RM2 bilion lagi ialah untuk menaik taraf jajaran melibatkan jalan Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73.5 kilometer. Memandangkan projek ini melibatkan kos yang tinggi kerajaan telah memutuskan pelaksanaan projek ini dibuat secara berfasa atau berperingkat dalam setiap rancangan lima tahun bermula daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Dewan, mulai tahun 2010 lalu kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek membina dan menaik taraf Jalan Central Spine melibatkan sebahagian daripada jajaran Simpang Pelangai-Kuala Krai. Fasa pembinaan untuk projek ini telah dibahagikan kepada enam pakej. Setakat ini kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM440 juta bagi tujuan melaksanakan keseluruhan kerja-kerja reka bentuk, kos pengambilan tanah dan pelaksanaan fizikal untuk sebahagian segmen dalam pakej ketiga iaitu daripada Gua Musang ke Kampung Relong dan sebahagian daripada pakej lima daripada Raub ke Bentong. Manakala pakej lain akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat sebenarnya tidak pernah mengabaikan cadangan untuk menaik taraf Jalan Central Spine melibatkan laluan antara Kota Bharu dan Kuala Krai Kelantan. Sehubungan itu Jabatan Kerja Raya telah melantik pihak juru perunding untuk melaksanakan kajian reka bentuk untuk jajaran berkenaan. Kajian reka bentuk cadangan menaik taraf Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai ini telah dibahagikan kepada tiga pakej seperti berikut: (i) Pakej Pertama - Wakaf Siku ke Kadok; (ii) Pakej Kedua - Kadok ke Bukit Tiu; dan (iii) Pakej Ketiga - Bukit Tiu ke Dusun Damar. Dalam rolling plan ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu 2013 ke 2014, keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan pakej satu iaitu dari Wakaf Siku ke Pasir Hor dengan anggaran kos sebanyak RM375 juta. Pakej ini kemudian telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pakej 1A dari Wakaf Siku ke Pasir Hor dan Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh kilometer telah ditender pada awal bulan Mei 2013. Berdasarkan

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

perancangan JKR projek ini dijangka akan dimulakan pada bulan Oktober 2013 dan tempoh siap pula ialah selama 36 bulan. Manakala pelaksanaan pakej-pakej lain, Kota Bharu- Kuala Krai masih lagi dalam peringkat perundingan dengan agensi pusat. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan Menteri yang telah memberi penjelasan tentang pembinaan lebuh raya yang tertangguh begitu lama. Sejak Rancangan Malaysia Kelima lagi janji untuk melaksanakan lebuh raya. Persoalan saya di sini ialah apabila dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang lalu, sebelum pilihan raya kerajaan menyatakan hasrat untuk membina kembali setelah Kerajaan Negeri Kelantan berusaha untuk membina dengan duit rakyat di mana tanggungjawab lebuh raya ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Soalan saya di sini, setelah masuk penggal yang ketiga belas satu-satunya negeri yang tidak ada penghubung lebuh raya antara ibu negeri dan ibu negara adalah negeri Kelantan iaitu antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Kenapa sekian lama Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pembinaan keperluan asas rakyat kepada negeri Kelantan?

[Dewan riuh]

Sedangkan rakyat Kelantan juga adalah pembayar cukai dan juga penyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri. Minta penjelasan.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Inilah kalau kiranya kita tidak bersyukur. Sikap tidak bersyukur inilah kadang-kadang kita lupa bahawa di peringkat Kerajaan Pusat untuk di bawah JKR sahaja Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh RM942 juta telah diperuntukkan untuk Kelantan. [Tepuk] Sebanyak RM87 juta untuk tahun ini. Kalau dikatakan tiada penghubung di antara Kota Bharu dan ibu kota, ini satu yang tidak tepat. Kota Bharu sudah pun dihubungkan tetapi bayangkan di Sabah dan Sarawak yang memberi sumbangan yang begitu besar kepada pendapatan negara masih banyak lagi yang belum kita laksanakan. Jadi, sepatutnya ucaplah terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah memperuntukkan yang besar kepada Kelantan, tidak pernah dianaktirikan. Oleh sebab itu saya katakan tadi perancangan untuk membuat jalan bukannya mudah. Sebanyak RM8 bilion untuk dibelanjakan jalan ini sahaja, kalau RM8 bilion diberikan kepada Sabah Sarawak banyak kawasan belum dihubungi dapat kita laksanakan. Akan tetapi sebab Kerajaan Barisan Nasional kerajaan yang adil Tuan Yang di-Pertua, maka kita masih berikan juga walaupun Kelantan memberi sumbangan yang agak kecil kepada pendapatan negara kita. Akan tetapi kita tidak pernah ketepikan sebab kita tahu rakyat diutamakan janji ditepati. Oleh sebab itu kata bulan Oktober ini insya-Allah, sebahagian daripada jalan lebuh raya Kuala Krai ke Kelantan itu akan dapat kita laksanakan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa pakej yang hendak dimulakan sekarang, daripada sebelah Kota Bharu ke Kuala Krai iaitu termasuk Pakej 1B, Pasir Hor ke Kadok. Adalah merupakan sebahagian daripada jalan yang tidak menyelesaikan apa-apa masalah memandangkan kesesakan yang sedang memuncak sekarang ini adalah antara Kota Bharu sampai ke kawasan Kok Lanas. Terutamanya yang melalui pekan-pekan kecil seperti Pekan Ketereh dan Pekan Kok Lanas sendiri kerana jajaran lama melibatkan kawasan tepu penduduk dan pelebaran jalan ke arah dual carriageway itu tidak dapat dilaksanakan. Maka adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawasanya jajaran baru itu merupakan suatu benda yang paling kritikal sekali. Apakah kerajaan bercadang supaya Pakej 1B itu tidak terhenti di Kadok yang akan menyebabkan bottle-neck yang lebih berat lagi tetapi sebaliknya meneruskan daripada Pasir Hor, sekurang-kurangnya melepasi kawasan Pekan Ketereh dan Pekan Kok Lanas. Seterusnya, adakah Yang Berhormat Menteri bercadang memandangkan Kerajaan Negeri Kelantan juga telah pun melaksanakan kononnya jalan lebuh raya rakyat di Kuala Krai. Adakah Kerajaan Pusat bercadang untuk memberikan kerjasama kepada mereka supaya kerajaan negeri buat daripada Kuala Krai ke Machang, yang kebetulannya Kuala Krai di bawah Parlimen PAS. Manakala Kerajaan Pusat melaksanakan daripada Kota Bharu, Ketereh, Machang yang kebetulannya bawah Barisan Nasional. Tanda kerjasama dan jangan dihalang supaya kerajaan negeri buat lebuh raya rakyat yang mereka rancangkan. [Tepuk]

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya dimaklumkan bahawa pihak JKR memang ada berhubung dengan kerajaan negeri untuk mendapat maklum apakah perancangan mereka untuk jajaran yang akan dilaksanakan di bawah lebuh raya rakyat yang dirancangkan oleh kerajaan negeri. Akan tetapi setakat ini kita belum dapat maklumat di manakah mereka akan laksanakan. Adakah mengikut jajaran yang telah dibuat oleh kita, yang kajiannya telah dilaksanakan oleh juru perunding yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu yang saya katakan tadi iaitu ada tiga pakej yang dilaksanakan. Memang pakej pertama ini kita beri tumpuan.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Pertamanya disebabkan satu untuk tujuan keselamatan di mana banyak kejadian kemalangan maut di suatu tempat tersebut. Oleh sebab itu jajaran tersebut diberi keutamaan terlebih dahulu. 1A sehingga daripada Wakaf Siku ke Kadok dan keutamaan keduanya ialah daripada Kadok ke Bukit Tiu yang juga menghubungkan melalui kawasan Ketereh dan seterusnya pakej ketiga tersebut ialah daripada Bukit Tiu ke Kuala Krai. Insya- Allah diharapkan kita akan dapat menyiapkan dan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui EPU nanti di dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Itu adalah keutamaan yang kita berikan, itu komitmen Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Kelantan khususnya. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kuala Krai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya benarkan satu lagi Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua oleh kerana isu ini melibatkan kawasan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ringkas sahaja ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya harap Tuan Yang di-Pertua, isu pembinaan jalan ini tidak dikaitkan dengan kawasan mana diwakili oleh parti mana, Kuala Krai oleh PAS atau PR, Ketereh, Machang. Jadi kita khuatir kalau tidak siap lebuh raya itu, tiba-tiba bertukar pula Ahli Parlimennya, terhenti pula kalau ada isu parti. Jadi kita buat jalan ini di atas kepentingan rakyat. Saya hendak tanya kepada Menteri, pakej yang sedang dibuat ini hanya beberapa kilometer sahaja, 7 kilometer lebih mungkin dan akan mengambil masa 36 bulan. Jajaran sampai Kuala Krai ini Tuan Yang di-Pertua 70 kilometer, berapa tahun hendak selesainya? Kita juga tahu andaian mengatakan sumbangan Kelantan kepada Kerajaan Pusat itu sedikit sehingga apa yang diberi ini macam ihsan, lebih daripada yang lain adalah tidak benar. Wang royalti tidak diberikan. [Tepuk] Ini bernilai puluhan juta, puluhan bilion sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua untuk makluman. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Saya pun tidak tahu itu merupakan soalan atau pun rintihan. Jadi saya tidak ingin hendak menjawab kalau itu bukan soalan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Berapa lama boleh siap? Itu soalan saya tadi, tak kan tidak dengar?

Datuk Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Kalau kata berapa lama akan siap, sudah dijawab tadi. Mungkin Yang Berhormat tidak mendengar jawapan saya mengatakan akan dimulakan Oktober 2013 dan 36 bulan. Itu yang dikatakan dan yang lain-lain jawapannya tadi ialah bergantung dengan peruntukan sebab ianya melibatkan perbelanjaan RM8 bilion dan RM8 bilion itu kita memerlukan peruntukan. Jadi itulah jawapannya tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Menteri.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Malangnya Yang Berhormat Kuala Krai kita sudah kata Kerajaan Barisan Nasional komited untuk memberi yang terbaik dan menepati janji kita kepada rakyat. Itu yang kita janjikan. [Tepuk]

Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNKepala Batas · question

7. Dato’ Seri Reezal Merican [Kepala Batas] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan peratusan import gandum dari Amerika Syarikat sepanjang dua tahun yang lalu. Apakah kementerian maklum bahawa ada negara (seperti Jepun) yang menghentikan sama sekali mengimport gandum Amerika kaitan dengan skandal “genetically modified organisms” (GMO) secara terbuka.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, peratusan import gandum daripada jumlah keseluruhan keperluan gandum negara daripada Amerika Syarikat 2008 hingga 2012 seperti berikut; |Tahun|Jumlah (%)| |----:|---------:| | 2008| 5.45| | 2009| 6.14| | 2010| 0.44| | 2011| 10.46| | 2012| 1.68|<END_TABLE_MARKER> Kita maklum tentang GMO tersebut atau genetically modified organisms seperti mana di mana Jepun sedang menghentikan langsung import gandum daripada Amerika Syarikat.

Soalan tambahan saya ialah berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya bertanya ini kerana Jepun dan bukan sahaja Jepun malahan kebanyakan negara EU telah ban ataupun mengharamkan sama sekali pengimportan gandum yang berasaskan GMO ini. Dan ia kerana dikeluarkan oleh sebuah syarikat bioteknologi yang terkemuka di Amerika Syarikat yang bernama Musanto. Soalan saya adalah saya difahamkan bahawa Musanto ini ada pejabat yang beroperasi di Pasir Gudang. Jadi soalan saya, apakah pemantauan yang benar-benar teliti dilakukan oleh pihak kementerian bersama dengan kementerian-kementerian yang lain secara rentas across the board bagi memastikan perkara-perkara pengimportan makanan berasaskan GMF ataupun GMO ini yang mungkin membahayakan rakyat dapat dipantau dengan baik.

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gandum yang saya sebutkan tadi yang kita import dari Amerika adalah gandum yang bukan untuk makanan tetapi gandum untuk bukan makanan dan setakat ini tidak ada permohonan daripada mana-mana syarikat untuk mengimport gandum yang mempunyai kandungan GMO tadi. Kalau Yang Berhormat menyebut tentang kilang di Pasir Gudang, setakat ini kita tidak ada permohonan. Maknanya tidak ada gandum yang berkaitan dengan GMO yang diimport daripada mana-mana negara khususnya Amerika Syarikat. Sekian terima kasih.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Terima kasih. Saya difahamkan bahawa bahan-bahan makan GMO dan LMO ini boleh memberi kesan bahaya sebab ia mengandungi – ia telah pun diubahsuai dengan mempunyai boleh tahanlah racun-racun seperti herbicide yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kanser dan automatism. So, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan pengeluar-pengeluar bahan-bahan produk GMO ini dilabelkan sebelum produk-produk ini dikeluarkan kepada pemasaran awam. Satu lagi satu berkenaan Musanto. Saya difahamkan bahawa baru-baru ini ada bahan – minta maaf. Tunggu, tunggu. Baru-baru ini ada permohonan dibuat untuk memasukkan – sabar, dapatkan fakta dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat Alor Star. Satu soalan dan soalan yang kedua bincang dengan Yang Berhormat Menteri. Sila.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Ada di sini. Ini berkenaan dengan kacang soya transgenic (Glycine max) Event: BPS-CV127-9 yang ada permohonan untuk dimasukkan kacang soya untuk tujuan makanan haiwan dan untuk pemprosesan banyak bahan lagi dan saya difahamkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Sudah dua soalan saya benarkan.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Soalan pendek Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah. Sila Yang Berhormat Menteri jawab. Ini tadi daripada gandum kepada kacang soya. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri hendak jawab atau tidak.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ingat yang pertama itu saya hendak tekankan di sini bahawa MITI sentiasa bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai isu-isu perdagangan di peringkat serantau dan antarabangsa. Kedua saya hendak beritahu bahawa kita ada Akta Bio Keselamatan 2007 yang bertujuan untuk melindungi kesihatan manusia, tumbuhan dan juga haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi dan satu lagi saya hendak beritahu bahawa semua produk yang diimport perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Setakat ini tidak ada permohonan untuk membawa gandum ataupun bahan-bahan yang lain yang ada GMO tersebut. Sekian Terima kasih.

Shamsul Iskandar bin Mohd AkinPKR · PHHang Tuah Jaya · question

8. Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah masa yang perlu diambil bagi menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan kemudahan capaian internet tanpa wayar atau WiFi, dengan izin melibatkan tiga komponen utama yang berikut, komponen yang pertama adalah sambungan peningkatan jalur lebar atau BroadWave dengan izin, gerbang internet ke kampus.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

Komponen yang kedua berkaitan dengan sistem rangkaian setempat (LAN) dengan izin dan komponen yang ketiga berkaitan dengan penyediaan peralatan wireless access point, dengan izin di dalam kampus. Tempoh pelaksanaan peluasan WiFi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengambil masa sepuluh bulan. Ini melibatkan proses perolehan melalui tender bagi pembekal internet dan peralatan rangkaian dan pasangan ujian dan pentauliahan. Perolehan untuk sistem rangkaian setempat serta peralatan wireless akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan melalui permohonan peruntukan tahun 2014. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, umum mengetahui yang masalah WiFi di IPT ini merupakan masalah yang berpanjangan. Sehinggakan di Universiti Malaya kalau tidak silap saya, tahun 2011 masalah ini telah dibangkitkan mahasiswa sehingga menyebabkan berlaku demonstrasi disebabkan masalah WiFi ini. Justeru Yang Berhormat Menteri, dalam era revolusi maklumat ini, internet adalah satu kemestian, apatah lagi di universiti sebagai satu gedung ilmu. Apa yang paling penting ia perlu bersifat percuma dan bukan atas kadar yuran khas yang dikeluarkan oleh pentadbiran universiti. Soalan saya, apakah jaminan kerajaan, tempoh masa yang spesifik perkhidmatan WiFi percuma ini boleh disediakan secara menyeluruh di semua IPTA? Kedua, apakah jaminan kerajaan kepada sebarang charge atau yuran dikenakan ke atas mahasiswa untuk menikmati perkhidmatan ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang telah dikemukakan. Di sini saya rasa, apabila kita hendak pasang internet pada

semua IPTA, ini akan mengambil masa dan ini akan dilaksanakan peringkat demi peringkat memandangkan ini akan melibatkan peruntukan yang begitu besar. Rancangan strategik atau pelan strategik Kementerian Pengajian Tinggi sudah diusahakan dan sebenarnya ini merupakan satu aktiviti atau satu perancangan atau rancangan yang relevan dengan manifesto Barisan Nasional dan jaminan itu boleh diusahakan kerana Barisan Nasional setia memenuhi janji iaitu ‘Janji Ditepati’. Terima kasih.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita tahu bahawa WiFi percuma kepada pelajar-pelajar universiti ini akan enhance e-learning dalam kalangan mereka. Apakah saranan yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya. Kedua, kalau boleh saya mencadangkan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan pemasangan di semua IPTA dan sebagainya. Saya cadangkan bahawa kerja-kerja ini mudah saja kerana ia boleh dibahagi-bahagikan dalam kalangan kontraktor-kontraktor supaya ia cepat dilaksanakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu cadangan.

Cadangan ini akan diterima dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan juga memilih kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dengan prestasi kerja yang cemerlang.

Zainudin bin IsmailUMNO · BNJelebu · question

9. Tuan Haji Zainudin bin Ismail [Jelebu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan tahap kadar penembusan jalur lebar nasional dan juga pencapaian mengikut negeri-negeri. Bagaimanakah kaedah pengiraan kadar penembusan ini dilakukan.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada soalan oleh Yang Berhormat dari Jelebu. Kadar semasa bagi penembusan bagi jalur lebar nasional 66.7%. Kadar ini telah mencatatkan peningkatan yang ketara semenjak tahun 2008 iaitu daripada 21.1% kepada 31.7% pada tahun 2009. 55.6% pada tahun 2010, 62.3% pada tahun 2011 dan seterusnya 66% pada penghujung tahun 2012. Berdasarkan rekod semasa, kadar penembusan bagi Negeri Sembilan ialah 74.4% dan ia berada di top five, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, negeri-negeri di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan juga Selangor. Peningkatan kadar ini adalah hasil daripada kawal selia industri yang efektif serta pelaksanaan pelbagai program yang dilakukan oleh pihak kementerian dan juga pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga seperti mewujudkan Kampung Tanpa Wayar, Pusat Internet 1Malaysia, pembinaan menara telekomunikasi bagi peluasan liputan selular dan juga pengagihan netbook. Usaha-usaha juga sedang giat dijalankan untuk menambah bilangan serta penambahbaikan projek sedia ada bagi memastikan lebih ramai masyarakat yang mendapat manfaat. Ini secara tidak langsung akan membantu dalam meningkatkan lagi kadar penembusan jalur lebar negara. Pengiraan kadar penembusan jalur lebar adalah berdasarkan jumlah langganan isi rumah dibahagikan dengan jumlah isi rumah dan didarabkan dengan seratus. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah dan syabas kepada kementerian kerana berjaya dengan baik dengan penembusan yang lebih daripada 66% secara purata. Soalan saya ialah, dengan kadar penembusan yang begini tinggi bermakna capaian internet di kalangan rakyat begitu meluas. Capaian yang luas ini ada sesetengah daripada pihak tertentu ataupun rakyat kita telah menyalahgunakan internet ini untuk tujuan-tujuan yang kadang-kadang boleh memudaratkan negara hingga ada yang sampai menghina SPBA. Oleh kerana itu, saya bertanya, ingin tahu daripada kementerian atau Yang Berhormat Menteri, apakah pelan dan langkah-langkah tindakan daripada segi penguatkuasaan bagi mengawal kes-kes di mana penyalahgunaan internet yang boleh memudaratkan negara sehingga boleh meruntuhkan institusi raja pun dilakukan. Jadi, apakah tindakan dan penguatkuasaan berkaitan dengan kes-kes yang sedemikian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu. Ia ada dua perkara Yang Berhormat Jelebu. Pertamanya pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah melaksanakan satu program yang dinamakan program Klik Dengan Bijak iaitu program kesedaran kepada pihak masyarakat tentang kebaikan dan juga kelemahan internet. Ini kerana kita tahu dengan internet ia adalah satu elemen di mana dunia tanpa sempadan, itu adalah satu. Kedua, daripada segi peruntukan akta sendiri, pihak kementerian bersama juga pihak suruhanjaya dan pihak Peguam Negara sedang menilai dan mengkaji peruntukan sedia ada untuk penambahbaikan daripada segi peruntukan sedia ada. Sekian. Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Menteri tentang apakah definisi jalur lebar yang dinyatakan tadi kerana penembusan internet dan penembusan jalur lebar itu berbeza? Saya hendak tahu apa definisi jalur lebar mengikut Menteri, itu soalan pertama. Apakah penembusan di luar bandar sebab yang nyata sekarang bandar penembusan yang tinggi tetapi kita hendak bantu meningkatkan penembusan jalur lebar dan juga internet di kawasan-kawasan luar bandar. Itu yang paling memerlukan dan berapa kos per household yang kementerian perlu belanja untuk memasang internet jalur lebar di kawasan luar bandar, kos per household? Terima kasih.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih kepada soalan tersebut. Pertama daripada definisi jalur lebar, kalau kita lihat sekarang ini pakej mampu milik yang paling murah iaitu RM 18. Daripada segi kapasiti bandwidth dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah 300 megabeat dan soalan yang kedua daripada segi penembusan jalur lebar, saya telah maklumkan tadi iaitu untuk bandar-bandar, lebih kurang daripada peratusannya iaitu 67.6% dan yang paling rendah iaitu untuk negeri Kelantan misalannya ialah dalam lebih kurang dalam 43.4%.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Daripada segi kos, ianya bergantung kepada program yang dilaksanakan. Sekiranya kita melaksanakan program di bawah perkhidmatan sejagat, kadarnya adalah berbeza jika dibandingkan dengan program yang dilaksanakan di bawah perkhidmatan swasta. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, setakat ini sahajalah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita pada hari ini. Usul Yang Berhormat Menteri. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 3 Julai 2013.”

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okeylah, baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas”. [1Julai

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan, cuma saya hadkan masa hari ini 20 minit sahaja, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

20 minit tidak cukup Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pada saya, selaku rakyat Malaysia yang taat kepada negara, rakyat sebetulnya pada PRU ke-13 telah memilih yang tepat. Kerajaan yang tepat, pemerintahan yang tepat iaitu pilihan yang ketiga belas dan memilih saya juga orang yang tepat.

[Dewan riuh]

[Ketawa] Itu yang kurang tepat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini kerana kalau memilih mungkin...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kurang tepat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Pihak pembangkang, negara kita mungkin tidak ada jaminan keselamatannya. Tidak ada jaminan dari segi keseluruhannya. Rakyat berada dalam keadaan kebimbangan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan kata pilih semua tepat, macam mana boleh hilang undi popular?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baru mukadimah sudah berdiri, apa ini? Ini baru mukadimah. Yang Berhormat Shah Alam duduk dahulu.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau pembangkang menang, apa UMNO Barisan Nasional mahu memberontakkah? Tidak selamat? [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

20 minit mana cukup, saya biasa dua jam. Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Shah Alam saya ingat mahu kena Peraturan Mesyuarat 44. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Selepas pilihan raya Tuan Yang di-Pertua, walaupun rakyat begitu bijak memilih pemerintah tetapi bak kata pepatah Melayu, “rumah sudah siap, pahat dibunyikan lagi”. Pahat terus berbunyi Tuan Yang di-Pertua sehingga timbullah Blackout 505, Silent Walk lah, macam-macam tuduhan dan SPR menjadi mangsa, kasihan. Warga SPR menjalankan kewajipan dan tugas amanah. Saya puji sikap Yang Berhormat Gombak, Tuan Yang di- Pertua. Dia tidak pun ikut mana-mana jelajah untuk Blackout.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha, saya beri dia peluang.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Tidak betul itu. [Ketawa]

Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk dahulu Yang Berhormat Shah Alam. Ini Yang Berhormat Gombak, saya punya kawan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini kerana dia bersikap hebat, luar biasa. Seharusnya dia jadi Menteri Besar Selangor. [Ketawa] Akan tetapi pemimpin PKR deny dia punya hak. Tidak apa, bagi Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Walaupun Yang Berhormat Kinabatangan memberi laluan kepada saya, cuma saya ingin memberi penjelasan itu adalah sangkaan jahat. [Ketawa] Saya terlibat secara langsung dalam perhimpunan Blackout 505 kerana bagi saya, itu adalah fundamental liberties sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dan bermaruah, hak kita berhimpun secara aman. [Tepuk] Jadi, jangan putar belitkan. Soal saya tidak jadi Menteri Besar tidak apa tetapi Yang Berhormat Kinabatangan selayaknya menjadi Menteri mewakili negeri Sabah.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey Yang Berhormat Gombak. Sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai prasangka jahat tetapi realiti, saya nampak Yang Berhormat Gombak apabila ada demonstrasi di sana sini, dia menghilangkan diri. Tidak apa, itu urusan dia Tuan Yang di-Pertua. Tiba-tiba saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada DAP, DAP telah berjaya. Betul kata Yang Berhormat Gelang Patah yang dahulunya Yang Berhormat Ipoh Timur. Kalau ada pemimpin yang ‘raja lompat’, Yang Berhormat Gelang Patahlah ‘raja lompat’. Dari Kota Melaka dia lompat pergi Pulau Pinang, dia lompat pergi Ipoh Timur, dia balik pergi Gelang Patah. Sayang dia ada gelang tapi gelangnya patah. Tiba-tiba ada Silent Walk. Saya sedih sebab bendera Malaysia diterbalikkan oleh remaja-remaja Tionghoa, remaja Cina. Apa makna dia? Apa makna ada?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Mana ada.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa mana ada? Apa makna dia? Cetusan baru daripada DAP ini hampir-hampir melenyapkan pimpinan Barisan Nasional sebab DAP berjaya mengheret orang-orang Cina untuk mengundi DAP. Yang berjaya sebetulnya dalam pilihan raya ini bukan PKR, bukan PAS tetapi DAP. Akan tetapi niat jahat mereka Allah SWT masih berpihak kepada orang yang benar.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada penjelasan. [Ketawa] Saya ada 30 minit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

20 minit Yang Berhormat, saya difahamkan 20 minit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi tidak tahu, 20 minitkah 30 minitkah. Saya mungkin kurang jelas.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi kurang daripada itu, maka berbagai-bagai persepsi dan tanggapan daripada masyarakat. Maka orang Melayu pun bangkit melalui suara Melayu iaitu Utusan Melayu ataupun Utusan Malaysia sehingga tercetus Utusan Malaysia memberi headline “Apa lagi orang Cina mahu?”. Saya sedih. Dalam begitu keadaannya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Tiba-tiba ada pula seorang Melayu yang terlalu biadab.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Ipoh Barat bangkit Peraturan Mesyuarat. Sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan mesyuarat mana? Baca dahulu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sabar, duduk dahulu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kadang-kadang dia baca buku tetapi dia tidak ada peraturan, dia sengaja belasah kita.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Duduk, duduk dahulu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan mana?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Duduk dahulu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baca dahulu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Duduk dahulu. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 10(c) Tuan Yang di-Pertua di mana akan menjadi huru-hara dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan di mana mengatakan bahawa ada rakyat Cina membawa bendera terbalik dan sebagainya. Ini nombor satu, tidak benar. Nombor dua, untuk memberi peluang beliau berucap dan tidak ada teguran menunjukkan bahawa satu kesalahan mungkin berlaku. Saya harap perkataan sedemikian ditarik balik dan sekurang-kurangnya meminta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua , kalau tidak benar saya cabar Yang Berhormat Ipoh Barat saman Utusan Malaysia di mahkamah sebab dia ada keluar dalam internet dan sebagainya. Saya mahu sambung Tuan Yang di- Pertua,

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Kinabatangan, saya...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada gangguan. Walaupun Yang Berhormat Seputeh saya punya kawan rapat tetapi saya tidak beri sebab saya ada 35 minit lagi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, can I get a ruling on that Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan, duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Barat. Banyak lagi perkataan-perkataan yang pernah saya dengar sebelum ini. Ini lebih kurang dalam enam tahun saya duduk. Kadang-kadang kita lepaskan sahaja kalau tidak diiringi oleh niat yang jahat. Jadi saya tidak nampak bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan itu kalau sama ada ianya fakta atau tidak, Yang Berhormat Kinabatangan langsung bertanggungjawab. Sama ada bendera itu...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Seputeh, saya belum habis bercakap. Inilah tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau bangkitkan peraturan mesyuarat, ingat yang saya bercakap ini di bawah Peraturan Mesyuarat. Jadi lain kali jangan bangkitkan peraturan mesyuarat kalau tidak ikut peraturan mesyuarat. [Tepuk] Jangan! I will never allow it. Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat, berapa kali perlu diingat? Jadi saya tidak nampak apa yang disebut itu melanggar peraturan mesyuarat. Dia mengatakan bahawa bendera itu terbalik. Macam mana saya tahu? Jadi kalau saya kata, berhenti di situ, tidak elok bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua

Terpulang kepada Yang Berhormat mengatakan bahawa tidak. Sudah Yang Berhormat katakan tidak benar, masih juga Yang Berhormat Kinabatangan bercakap benar, terpulang kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tidak boleh menentukan. Saya tidak nampak pun apa yang dia nampak dan saya tidak nampak apa yang Yang Berhormat Ipoh Barat nampak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, dia kaitkan dengan parti DAP dan kaum Cina. Lagi apa yang perlu Tuan Yang di-Pertua? Juga mengatakan telah tertulis di Utusan Malaysia. Kalau itu satu fitnah, bolehkah ia digunakan di Dewan yang mulia ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sebetulnya Yang Berhormat perkataan-perkataan begitu kalau ianya tidak boleh, memang saya tidak setuju. Seperti Yang Berhormat sebut dua atau tiga hari yang lalu bahawa kerajaan menipu. Perkataan begitu...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Jangan dahulu Yang Berhormat berdiri. Saya belum habis Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, with respect Tuan Yang di-Pertua. Jangan bawa perkara yang dahulu Tuan Yang di-Pertua. Hari itu saya tidak habis.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya belum habis.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan Tuan Yang di-Pertua. Hari itu saya belum habis tetapi...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, tidak ada kena mengena Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

At this centre, ini perkara yang perlu diberi perhatian.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk! Yang Berhormat duduk! Inilah tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat. Seolah-olah semua apa sahaja Yang Berhormat cakap itu betul. Cakap saya yang duduk di sini tidak betul. Pada ketika Ahli Yang Berhormat mengatakan menipu, saya tidak halau. Saya tidak sebut kepada Yang Berhormat tarik balik. Tiada. Ini kerana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dia telah senyum dan menjawab. Dia kata kerajaan tidak menipu. Jadi, kalau begitu tidak mengapa. Let it go. Itukan sistem demokrasi. Akan tetapi apabila Yang Berhormat menekankan kepada sesuatu yang saya fikir tidak harus dia tarik seperti Yang Berhormat mengatakan menipu, saya tidak arah Yang Berhormat menarik, janganlah terlampau sensitif dan double standard. Jangan! Ini kerana setiap hari saya memerhati, mendengar. Sila Yang Berhormat Kinabatangan, confine to perbahasan yang elok didengar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Insya-Allah ia akan elok didengar oleh rakyat tetapi tidak elok bagi mereka Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya menyambung semula. Apabila Utusan Malaysia membuat reaksi, Utusan Melayu bermakna suara orang Melayu tetapi saya terpanggil apabila seorang anak Melayu namanya Azran Mohamad, CEO AirAsia X begitu biadab

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

terhadap orang Melayu. Maka, saya terpanggil Tuan Yang di-Pertua. Saya mengisytiharkan orang ini Melayu terlalu biadab! Saya cabar dia, Melayu seperti ini tidak layak berada dalam negara ini dan dia boleh nyah kepada negara lain yang dia suka!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, senyap dahulu. Yang Berhormat, ada juga tidak kadang-kadang kurang sopan apabila kita membuat tuduhan kepada orang-orang yang tidak berkesempatan untuk membela diri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya, betul!

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah ingatkan kepada Ahli Yang Berhormat daripada dahulu lagi apabila orang awam tidak berkesempatan membela diri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan tidak berkesempatan membela diri, selepas itu diasak dan diasak. Saya rasa kurang adil. Jangan gunakan keistimewaan sebagai wakil rakyat itu untuk bercakap dengan sewenang-wenang. Kita bagi contoh kepada rakyat. Sila Yang Berhormat Kinabatangan, saya persilakan. Confine kepada perkara- perkara yang elok didengar. Telinga saya pada pagi ini kurang sensitif.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, apabila CEO AirAsia X ini mengatakan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada laluan Yang Berhormat Shah Alam. Saya punya masa tinggal 40 minit.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Utusan Malaysia bukan suara Melayu. Suara UMNO. [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apabila dia mengugut untuk menarik semua iklan perniagaan daripada Utusan Malaysia, itu satu ancaman Tuan Yang di-Pertua. Dia lupa bahawa kehadiran dia di situ disebabkan kestabilan negara ini memberi peluang kepada mereka untuk berniaga. Ini Melayu biadab namanya. Lagi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak suka melihat negara kita kucar kacir dan huru-hara. Semasa kita mengangkat sumpah pada 24 Jun, kenapa Blackout 505 daripada Padang Merbok datang ke Dewan Rakyat bergolek, berbaring di jalan raya? Untuk apa? Akan tetapi sementara itu wakil-wakil rakyat yang mereka dokong, berkeselesaan pula mengangkat sumpah. Ini merupakan perbuatan double standard namanya. DAP telah berjaya menggunakan seluruh saluran media sosial. Saya kecewa. Saya bukan marah tetapi saya kecewa dengan SKMM sebab mereka gagal mengawal keadaan media sosial kita. Cyber trooper pembangkang dikenali dengan laskar kacang merah...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Laluan Yang Berhormat Kinabatangan, laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Dibiayai oleh DAP. Cendol pulut aneh oleh PKR, bubur asyura aneh oleh PAS tetapi SKMM membiarkan perkara ini berlarutan. Saya juga sebetulnya saya terpanggil untuk berbahas dengan SKMM ini – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Mereka seolah-olah macam harimau tidak bertaring. Satu ketika Tuan Yang di-Pertua, Twitter saya bukan sahaja digodam, nama saya, biodata saya dipakai oleh orang-orang yang saya tidak tahu. Dia twit seolah-olah diri saya yang buat Twitter. Dia cakap macam-macam memburukkan orang lain seolah-olah saya. Saya telah membuat laporan polis. Saya mahu tahu siapa orang yang menceroboh hak saya. Saya mahu SKMM beri jawapan kepada saya dalam satu minggu! Saya beri amaran. Saya tidak suka sebab ini sudah berleluasa.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bagi Yang Berhormat Bintulu dahulu.

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, bersetuju atau tidak, dalam ini Red Bean. Kata ini Red Bean tuduh daripada

DAP. Memang semalam ada orang kata saya tidak ada bukti. Hendak tengok bukti? Bukti ada di sini. Semua Red Bean punya Facebook, Twitter, semua maklumat ada di sini. Bukan saya dapat punya. Ini. Siapa mereka, kita pergi carilah nanti.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat, ini bukti cipta sendiri atau macam mana?

Ini special political task force punya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Boleh dipercayaikah?

Apa? Source ini? Kita carilah kalau tidak tahu.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

. Cuma kertas A4 yang ditunjuk oleh Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Bintulu.

Yang Berhormat Kinabatangan setuju atau tidak kita mahu minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mestilah mahu tubuh satu mahkamah khas untuk kes-kes cyber ini. Setuju atau tidak?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya amat bersetuju sebab sistem yang kita ada, akta yang kita ada begitu longgar sehingga mahkamah tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau ini dibiarkan berlarutan Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang semua pihak akan mengaut kesempatan. Ini kerana media sosial ini satu saluran yang baik tetapi disalah guna pakai oleh mereka yang ada tujuan untuk merosakkan kemakmuran dan keharmonian negara. Ya, Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Kita lihat bahawa berlaku kebebasan dan perkara-perkara yang ditonjolkan melalui internet ini kadang-kadang menyalahi peraturan undang-undang. Akan tetapi kerajaan memberi alasan, kita beri kebebasan kepada pengguna internet ini kerana kita terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta jaminan MSC Malaysia yang mana sewaktu kita wujudkan MSC ini kita memberi jaminan bahawa tidak ada tapisan dalam internet ini. Apakah kerajaan perlu kaji semula perkara-perkara ini bagi menyekat perkara- perkara yang disebutkan tadi?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Lenggong, saya syorkan kerajaan supaya kalau boleh melesenkan kepada semua media-media sosial berbentuk blog dan sebagainya. Kalau kita syorkan begini, orang kata kita kembali kepada zaman batu, menyekat tetapi di Singapura...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Di Amerika, di Britain, tidak juga balik kepada zaman batu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mereka telah berjaya menyekat penggemar media sosial sebab mereka kena bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan tetapi di negara kita bebas!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta laluan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada laluan Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam ada masa nanti sendiri. Lepas ini saya percaya Yang Berhormat Shah Alam akan berhujah. Saya banyak.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Bukan saya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oleh kerana itu Tuan Yang di- Pertua, saya meminta kerajaan mengkaji akta yang kita ada supaya Suruhanjaya Komunikasi mempunyai satu sistem ataupun pendekatan ataupun akta yang lebih tegas untuk menyekat ataupun melesenkan mana-mana pengamal media sosial dalam negara ini untuk menghalang supaya mungkin negara kita tidak terjebak. Ini kerana, apa yang berlaku di Mesir sekarang, apa yang berlaku? Hendakkan perubahan, hendak tukar, tukar apa? Sekarang Menteri dia ada letak jawatan lagi. Rakyat sudah ramai mati. Inikah yang Yang Berhormat Seputeh hendak?

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Laluan, laluan Yang Berhormat Kinabatangan laluan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ampun, siapa itu?

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya sini belakang, belakang Yang Berhormat Tasek Gelugor. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Setujukah Yang Berhormat Kinabatangan kalau kita minta supaya Yang Berhormat Permatang Pauh memberi penjelasan terhadap apa yang didakwa oleh Jusuf Kalla bahawa perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, PKR dibiayai oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat, Filipina, serta kemungkinan Thailand dan China. Pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar dari Filipina dan Turki.

[Dewan riuh]

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi setujukah Yang Berhormat Kinabatangan supaya Yang Berhormat Permatang Pauh memberikan jawapan kepada Dewan yang mulia ini sama ada kenyataan daripada Jusuf Kalla ini benar atau tidak? Terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini iluminasi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat sebagai ucapan saya. Jadi boleh, Yang Berhormat Permatang Pauh bolehlah lihat dan boleh jelaskan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengubah haluan sedikit. Saya ingin bertanya kepada kerajaan tentang negara maju. Apakah sebenarnya model yang kita guna pakai menuju negara maju? Bagaimana bentuk negara maju nanti, enam tahun daripada sekarang? Ini kerana di kawasan saya makcik-makcik saya ada yang nelayan, ada yang petani, ada yang penternak, ada orang susah tanggapan mereka begitu tinggi. Mereka tanya kepada saya Yang Berhormat kalau negara maju kami boleh senang sudahkah? Dapat pendapatan berapa tinggikah? Apakah kerajaan sudah mengkaji keseluruhan sudut ke arah negara maju? Bagaimana hendak memartabatkan nelayan kita? Bagaimanakah hendak memartabatkan petani, penternak kita? Apakah negara maju ini akan ada division yang begitu ketara? Orang kaya bertambah kaya, orang miskin jadi miskin.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Kinabatangan minta laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya minta maaf mahu habis sudah.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Sedikit sahaja, kawan, kawan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi oleh kerana itu saya ingin meminta penjelasan daripada kerajaan model macam mana, bentuk macam mana, apakah kajian, negara mana yang kita hendak tiru seperti negara maju? Adakah Amerika? Adakah United Kingdom? Adakah Eropah? Adakah Jepun? Adakah Korea? Ini kerana negara maju seumpama ini pun ekonomi mereka saya lihat tidak baik? Dari segi sosial mereka pun tidak baik.

Dato' Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oleh kerana itu kerajaan harus serius dan memberi penjelasan yang terperinci kepada saya iaitu ke arah mana?

Dato' Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Kinabatangan boleh mencelah sedikit?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada laluan minta maaf, masa saya sudah mahu habis. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya meminta kepada kerajaan supaya nilai sebenar-benarnya ke arah mana negara maju ini kita akan tuju nanti sebab saya tidak mahu ada orang yang terpinggir. Orang bandar maju, orang kampung bertambah mundur.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Diam, Yang Berhormat Shah Alam. Tunggulah Yang Berhormat Shah Alam memerintah tetapi insya-Allah tidak akan memerintah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali ke kawasan saya di mana rakyat telah memilih saya tetapi kita sebetulnya walaupun majoriti saya bertambah rakyat saya tidak kata kita ada undi popular Tuan Yang di-Pertua, tidak ada. Saya tidak tahu sebab dalam sistem pilihan raya kita ini tidak ada undi popular. Tidak ada, yang pada saya yang popular itu yang menang dia akan mendapat majoriti. Yang Berhormat Seputeh menang 51,000 undi tidak semestinya dia hebat. Tidak semestinya dia hebat. Ini kerana di kawasan dia pengundi ratus-ratus ribu. Jadi apa yang undi popular ini tidak ada apa-apa. Jadi rakyat bertanya apa itu Yang Berhormat dia orang cakap? Saya cakap mereka sedang bermimpi di siang hari termasuk Yang Berhormat Shah Alam senantiasa bermimpi Tuan Yang di-Pertua. Bermimpi hendak jadi Menteri Besar tetapi tidak layak, yang layak Yang Berhormat Gombak tetapi belum takdir dia.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak apa satu hari akan sampai juga. Saya ingin menyentuh manifesto Barisan Nasional iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, janji mesti ditepati, kata mesti di kota. Hari ini saya bangun menuntut janji. Saya mahu minta...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, janjinya 20 minit. Berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kacau banyak itu tidak kira, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, janji mesti ditepati. Katanya 20 minit Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Berapa minit lagi Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah Yang Berhormat Shah Alam. Saya baru tengok jam saya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Patut, patut tengok daripada mula Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat Kinabatangan.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli- ahli Yang Berhormat jangan fikir bahawa saya tidak memerhati. Apabila saya beri dia dua, tiga minit siapa yang bercakap selepas dia pun saya beri dua, tiga minit. Saya beri Yang Berhormat. Jadi apabila Yang Berhormat tegur begini saya respons ada dua, tiga minit hilang. Kamu yang tidak dapat bercakap bukan saya, terpulang.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hanya bertanya Tuan Yang di- Pertua, saya hanya bertanya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hanya bertanya Tuan Yang di- Pertua berapa minit lagi? Tidak perlu marah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam duduk, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hanya hendakkan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah, beginilah. Oleh kerana Yang Berhormat Shah Alam telah mengambil masa untuk duduk berdiri, duduk berdiri tanpa dijemput saya tidak akan jemput Yang Berhormat Shah Alam nanti untuk dalam perbahasan kalau saya duduk, kerana sudah pun bercakap. Sila Yang Berhormat Kinabatangan dua minit lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua beri tambah lagi dua puluh minit. Tuan Yang di-Pertua, masalah di kawasan janji ditepati. Masalah pokok saya mahu kementerian-kementerian terlibat ambil perhatian. Pertama, jalan-jalan luar bandar. Di kawasan Kinabatangan rumah-rumah rakyat yang tidak mampu, bekalan api elektrik, bekalan air bersih. Dalam lima tahun rakyat Kinabatangan minta semua daerah kampung-kampung di Kinabatangan mendapat kemudahan asas seumpama ini. Kalau tidak kebimbangan saya, kebimbangan saya rakyat tidak akan memihak kepada Barisan Nasional pula dan yang penting iaitu Lebuhraya Kota Kinabalu – Sandakan – Lahad Datu – Tawau, Sabah. Saya meminta Kementerian Kerja Raya supaya membuat kajian untuk memberikan orang Malaysia di Sabah lebuh raya yang baik seperti yang ada di Semenanjung. Orang Sabah sudah mulai marah. Dalam lima tahun ini Lebuhraya Kota Kinabalu – Sandakan – Tawau - Lahad Datu – Semporna harus dinaiktarafkan.

Tuan Yang di-Pertua

Gulunglah Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat Shah Alam berdiri lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua saya mahu gulung sudah ini dan juga saya ini untuk rakyat Tuan Yang di-Pertua. Bukan senang- senang kalau saya tahu saya berhujah seperti pembangkang awal hari. Saya mahu pihak Kementerian Pelajaran untuk melihat pembangunan Sekolah Menengah Sukau, Sekolah Menengah Paris dan juga kepincangan-kepincangan solar hybrid sekolah-sekolah di Kinabatangan sebab perkara ini memakan masa berlarutan. Saya tidak tahu Kementerian Pelajaran ini buat apa, sehingga hari ini banyak masalah di Sabah tidak dapat diselesaikan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini isu keselamatan. Saya mahu tanya kerajaan apakah Sabah sudah benar-benar selamat daripada ancaman negara seperti berlaku di Lahad Datu dan apakah dadah masih menjadi musuh utama negara? Kalau masih menjadi musuh utama negara kenapa di Sabah, di Sandakan, di Kota Kinabalu dadah jenis syabu ini boleh didapati seperti membeli pisang goreng? Di sana sini ada. Jadi perkara ini tidak seharusnya berlaku dan harus diberhentikan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang terakhir, saya ingin tanya pihak polis, kenapa mesin judi haram berleluasa di Sandakan, di Kota Kinabalu - dipanggil mesin judi kucing-kucing. Kenapa masih berleluasa dan yang sedihnya pihak operator apabila kita tanya, dia kata polis ada hubungan di sini. Saya tidak percaya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dan untuk kepercayaan kepada polis, saya mahu mesin judi haram di Sabah, di Kota Kinabalu, di Sandakan, ditutup serta- merta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Sebelum saya menjemput siapa-siapa, jam 1 nanti saya minta supaya Yang Berhormat Pokok Sena, yang satu whip daripada DAP, Rasah. Daripada PKR, siapa? Yang Berhormat Gombak? Jumpa saya nanti jam 1. Tiga orang ini jam 1. [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Ini giliran Yang Berhormat Parit Buntar. Akan tetapi apabila saya nampak tadi Yang Berhormat Gombak berdiri sama Yang Berhormat Ipoh Barat, because your frontbencher tetapi terpaksa ikut. Pasal tadi PKR sudah bercakap selepas itu BN then DAP dan Yang Berhormat Parit Buntar.

Yang Berhormat Kinabatangan bukan PKR.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Itu sebab, itu sebab, kenapa saya mahu berunding kepada ketua-ketua whip setiap parti ini supaya jangan ada nanti kecelaruan. Sila.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya memulakan ucapan bahas Titah Diraja dengan sedikit pantun sebagai adab orang Melayu bersopan dalam berbicara. Berdiri tinggi janganlah gayat, bahasa kasar jangan dipakai, bicara patik suara rakyat, kasih patik jangan dipertikai. Itu dimulakan dengan satu harapan bahawa janganlah dianggap segala ucapan yang dikatakan di sini mempunyai niat yang jahat ataupun tiada kesetiaan kepada negara dan Raja yang tercinta. Pun demikian Tuan Yang di-Pertua, institusi Raja di negara kita dikenali sebagai raja berperlembagaan (constitutional monarchy). Ia berbeza dengan absolute monarchy ataupun institusi Raja mutlak. Oleh sebab itu, kita harus faham bahawa tidak ada dalam dunia ini sesuatu yang mutlak dan apabila kita sebagai seorang Muslim merujuk kepada maksud kemutlakan itu, hanya ada kepada Allah dan rasulnya. Hatta dalam konteks pemerintahan, kita difahamkan dari surah An-Nisa’ ayat 59 yang terang dan jelas menafikan apa juga bentuk absolute atau mutlak dalam diri manusia biasa. Firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul dan mereka yang ada kuasa di atas kamu”. Di sini para ulama menyatakan bahawa taat kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak, no question. Akan tetapi taat kepada manusia selain daripada rasul adalah taat yang bersyarat kerana kalau kita tidak berbuat demikian akan lahirlah satu sifat yang ditentang oleh Islam dan juga oleh manusia iaitu sifat kuku besi yang tidak boleh menerima teguran ataupun kritikan. Di atas dasar itu dengan segala penuh rasa kasih kepada Titah Ucapan Bahas Yang di-Pertuan Agong, kita harus memahami konsep ini apa yang dinamakan sebagai ‘thoa’tun mutlaqah’ dengan ‘thoa’tun muqaiyyadah’. Kalau Yang Berhormat Kinabatangan hendak tahu boleh jumpa saya. Saya akan bagi penjelasan sebentar lagi di luar. Seterusnya yang saya hendak sentuh dalam institusi raja berperlembagaan ini juga ialah tidak semestinya semua kritikan yang diberi itu tidak baik kerana kadangkala apabila semua manusia memuji dan tidak ada yang mengkritik, maka sebenarnya kita telah membawa negara ini kepada kehancuran. Oleh itu setiap kritikan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai pengkhianatan tetapi kritikan itu mesti dianggap sebagai satu usaha untuk membina masa depan negara ini dengan lebih baik. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita juga mendengar perbahasan tentang majoriti, minoriti dari sudut undi popularnya. Walau apa juga persepsi kita terhadap itu semua, saya ingin menyeru kepada diri saya dan juga kepada pemimpin-pemimpin negara bahawa kalau pun Barisan Nasional menang dari sudut kerusinya, walaupun dari undi popularnya tidak ada dan kita sudah berbahas panjang tentang itu dan saya tidak mahu untuk hendak masuk lebih dalam. Akan tetapi apa yang lebih utama sebagai pemimpin, mungkin satu hari jika ditakdirkan oleh Allah, Pakatan Rakyat pula yang memerintah dan ini bukan sesuatu yang mustahil. Berpandukan kepada sunnatullah bahawa tidak semua yang duduk di atas akan kekal di atas dan tidak semua yang duduk di bawah akan kekal di bawah. Oleh sebab itu,

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

siapa sahaja yang jadi pemerintah tak kiralah BN kah, PR kah, ke depan ini entah ada apakah, kita kena ingat dengan sentuhan daripada pencipta alam ini yang antara lain mencipta langit dan bumi, Dia juga memberi kuasa. Siapa-siapa yang merasakan bahawa kuasa itu datang daripada dia, kekuatan dia, maka dengan sebab itu, hatta junjungan besar Nabi Muhammad SAW pernah ditegur oleh Allah kerana takut ada ciri-ciri pemimpin yang tidak mahu mendengar pandangan dan pendapat orang lain. Maka Allah SWT menyebut dalam surah Ali-Imran, [Membaca sepotong ayat al- Quran]. Mungkin kalau orang mendengar ayat ini, mereka menganggap seperti ayat yang biasa sahaja. Akan tetapi dalam konteks politik, ayat ini menggambarkan satu sikap yang perlu ada kepada pemimpin yang bersifat compassionate, yang bersifat rahmah. Maksudnya, “Bahawa dengan apakah rahmat Allah yang telah dikurniakan kepada kamu untuk kamu laksanakan? Dan kalau engkau kasar dan keras hati engkau, pasti mereka akan lari tidak mahu mendekati dengan engkau hai Muhammad. Oleh itu berlembutlah dengan mereka dan ampunlah segala kesalahan mereka” dan lebih penting ‘syawwir hum fi amri’. ‘Syawwir hum fi amri’ ini adalah menyatakan itulah demokrasi, syura. Malah Tariq Ramadhan menggabungkan syura dengan demokrasi dengan menyatakan syurakrasi. Akan tetapi yang penting di sini ialah apa? Berunding dengan rakyat. Kalau ada teguran, mungkin teguran itu betul. Maka berlapang dadalah.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan. Setujukah, boleh dapat laluan? Penjelasan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Tasek Gelugor, tetapi okeylah ini Yang Berhormat Tasik Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua

Itu terpulang kepada Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, saya beri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat banyak point, tak payah bagi peluang.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya tidak mahu nanti dikatakan saya ini tidak demokrasi. Sila.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey, tak apa, tak apa.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu, nanti dulu Yang Berhormat, nanti dulu Yang Berhormat. Technician, saya minta technician perbetulkan paparan nama Ahli Yang Berhormat. Saya tidak nampak, perbesarkan. Ini kerana ramai Ahli Yang Berhormat yang baru, saya tak tahu nama di mana kawasan. Technician tolong perbetulkan. Sila.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Parit Buntar, setujukah Yang Berhormat Parit Buntar kalau kita katakan bahawa dalam prinsip-prinsip syura itu tidak termasuk amalan demonstrasi seperti mana yang telah berlaku sebelum ini? Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ini bola tanggunglah Tuan Yang di-Pertua. Saya minta Yang Berhormat Tasek Gelugor baca buku terkini Dr. Yusuf Al- Qardhawi iaitu Taurah Syaar ataupun bermaksud Kebangkitan Rakyat yang dengan jelas menyatakan hukum berdemonstrasi apabila pemerintah itu satu pemerintah yang tidak melaksanakan tugasnya, tidak memberikan haknya, menyeleweng. Saya tidak kata Barisan Nasional, menyeleweng ataupun apa sahaja yang boleh menjejaskan kepentingan umat, maka berdemonstrasi pada ketika itu adalah harus dan ia boleh dilakukan dengan makna menegur pemerintah yang tidak betul. Jadi, di sini jangan pertikaikan soal, jangan campur adukkan perkara tersebut kerana berhimpun juga adalah merupakan satu hak yang bukan sekadar diberi izin oleh syarak tetapi juga...

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Nanti, bagi saya habiskan perkataan saya. Yang juga diberi izin oleh Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10 iaitu hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan. Seterusnya, saya masuk kepada isu yang sering kali diulang-ulang oleh sahabat- sahabat dan rakan-rakan kita iaitu tentang Arab Spring, adakah ala Malaysian Spring? Hari

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

ini kita tahu di Mesir berlaku pergolakan, lalu dikaitkan bahawa tengok bahawa perubahan dan kebangkitan itu menyebabkan negara huru-hara dan sebagainya. Saya ingin kembali kepada prinsip, prinsip yang menyatakan kalau pemimpin dan negara itu betul, ada ruang kebebasan, kejujuran dalam memerintah, keikhlasan dalam menentukan dasar-dasar negara, tidak ada kepentingan politik puak tertentu ataupun tidak ada kepentingan yang penting diri, maka saya kira rakyat tidak akan memberontak. Rakyat hanya memberontak apabila ada pemimpin-pemimpin yang rasuah. Rakyat hanya memberontak apabila ada pemimpin-pemimpin yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri dan kelompoknya. Jadi, jangan salahkan rakyat apabila mereka bangkit. Salahkan diri pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Itu seharusnya kita bersikap terbuka kepada kritikan-kritikan rakyat dan sebagainya. Disebut juga tentang kenapa kita datang angkat sumpah di Parlimen kalau kita tidak iktiraf pilihan raya. Itu pun kena betul, bukan soal tidak iktiraf pilihan raya, soalnya penipuan yang berlaku. Bukan soal tidak iktiraf tetapi soal penipuan. Untuk pengetahuan, dakwat kekal itu adalah cadangan daripada Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 sehingga terpaksa dibentuk jawatankuasa. Maknanya rakyat kena berterima kasih kepada perhimpunan aman itu sehingga kerajaan mahu mendengar pandangan dan pendapat rakyat. Akan tetapi malangnya, bila datang keputusan hendak guna, tiba-tiba dakwat tidak kekal. Saya hendak kata tipu kah itu, terpulanglah tetapi itu realitinya, itu keadaannya. Jadi, sebab itu saya mengatakan mengikut perlembagaan, kita jangan cakap ikut emosi. Kalau ikut emosi, memang sedap mulut berbicara. Nafsu amarah terus bergelora, Matilah sekalian dengan pedang sakti, Yang Berhormat sekali harapan negara, Jangan bicara sesuka hati. Kita kena tengok perlembagaan. Pertama, petisyen. Petisyen itu memberikan ruang untuk kita meminta dinilai semula keputusan-keputusan pilihan raya, itu dalam perlembagaan. Parlimen adalah juga satu ruang untuk kami menyatakan ketidakadilan ini. Ketiga ialah perhimpunan aman. Apa masalahnya? Dengan izin, what is the problem, melainkan hanya emosi untuk menggunakan satu politik murahan bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian. Saya masuk terus kepada isu keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, kita kadang-kadang keliru apa itu kepentingan kerajaan yang memerintah dan apa itu kepentingan negara. Ada dua perkara yang berbeza, kerajaan boleh datang dan pergi mengikut lunas-lunas pilihan raya secara demokrasi. Macam mana saya kata, hari ini BN, esok boleh jadi yang lain. Maknanya negara ini kalau siapa juga yang memerintah kerajaannya, negara tetap akan kekal. Malaysia itulah Malaysia yang kita tinggal. Perlembagaan Persekutuan itulah Perlembagaan Persekutuan yang kita junjung. Rakyat Malaysia itulah rakyatnya, cuma kerajaan bertukar, itu sahaja. Jadi apa masalahnya? Masalahnya hari ini kita kena keluar daripada kepompong indoktrinasi yang tidak betul, indoktrinasi yang silap. Apa dia? Mereka menyamakan kerajaan yang memerintah dengan negara, lalu mengambil pendekatan keselamatan. Lalu menyatakan kita dalam keadaan bahaya. Sebenarnya yang ‘kita’ itu bukan negara tetapi parti yang memerintah. Ini menyempitkan fahaman nasional sekuriti dan inilah fahaman mentaliti mereka yang ingin terus berkuasa, bercakap tentang keselamatan. Keselamatan siapa? Keselamatan apa? Perpaduan apa? Mereka bercakap tentang perpaduan Melayu. Kita bercakap tentang perpaduan nasional. Kita bercakap dengan perpaduan yang lebih luas. Ya, kalau perpaduan nasional itu tergugat, memang betul negara akan tergugat tetapi kalau perpaduan Melayu tergugat, atas kepentingan siapa? Jadi ini perlu diperbetulkan. Mana kepentingan kerajaan yang memerintah, mana kepentingan negara. Jangan heret negara dalam kepentingan- kepentingan sendiri. Fikirkan negara, nation first, negara dulu baru kita. Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang bercakap tentang satu akta yang mahu dicadangkan, yang dinamakan sebagai ‘Akta Derhaka kepada Raja’ dan sebagainya. Amat malang hari ini kita melihat setelah hampir 60 tahun kita merdeka, seharusnya kita sudah melampaui semua isu-isu ini. Malangnya juga ada beberapa pihak hingga hari ini kerana kepentingan politik, tidak kira siapa mereka, baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Nasional yang masih menggunakan isu 3R - race, religion and royalty sedangkan tidak ada isu pun di situ. Pertama, saya ingin jelaskan bahawa tidak timbul orang Cina, tidak timbul orang India, tidak timbul orang Melayu, tidak timbul Kadazan, tidak timbul Iban, Dayak, yang timbul ialah rakyat Malaysia. [Tepuk] Kenapa kita cam kan apabila ada penentangan, “Oh! Ini orang Cina yang menentang ini”. Tahun 1999, apabila orang Melayu menentang, kenapa tidak kata ini penentangan orang Melayu tetapi hari ini menyatakan ini penentangan, ini tsunami Cina. Saya menyatakan ia bukan tsunami Cina tetapi ia adalah satu rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang memerintah, tidak kira Cina, tidak kira India, tidak kira Melayu. Perasaan tidak puas hati ini bukan orang Cina sahaja, perasaan tidak puas hati bukan orang Melayu sahaja tetapi semua orang yang apabila hak mereka dicabuli sebagai manusia, mereka akan bangkit. Tugas kita sebagai pemerintah ialah memberikan hak itu tanpa mengira kaum, tanpa mengira batas. Tuan Yang di-Pertua sedang memerhati saya, apakah masa saya sudah hampir tamat?

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan, sila.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh itu, kalau kita hendak berbicara tentang Akta Hasutan, sudah ada Akta Hasutan yang memelihara institusi Raja. Apa lagi yang kita hendak, Akta Derhaka dan sebagainya. Akan tetapi apa yang lebih utama ialah akta yang lebih besar, Akta Perpaduan Nasional. Di mana akta ini akan menyatakan siapa yang bercakap atas percakapan yang bersifat racist, percakapan yang ada nuansa racist, maka orang ini perlu dihukum kerana ini akan menjejaskan perpaduan negara. Perlu difikir yang lebih luas, kenapa kita memikirkan yang paling sempit. Yang penting ialah perpaduan nasional di negara ini perlu dipelihara Yang Berhormat Pasir Salak, perpaduan nasional tidak kira kaum, agama, mesti dipelihara. Jangan guna agama untuk kepentingan diri seperti menyatakan kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian agama. Hari ini kita hidup dalam dunia yang penuh dengan dialog. Hari ini kita duduk dalam dunia yang boleh selesai melalui dialog, bukan oleh kenyataan- kenyataan keras yang sifatnya begitu racist dan sifatnya begitu antiagama sekali. Oleh kerana itu, kita mestilah menjadikan sikap kita ini dan keterbukaan kita ini untuk salah satu daripada program reform yang dicadangkan oleh Tuan Yang di-Pertua pada hari pertama ucapan sulung Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Seterusnya, saya juga ingin minta penjelasan di atas tangkapan ataupun dakwaan ke atas Naib Presiden saya iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Husam di mana beliau telah didakwa atas Akta Hasutan. Saya memahami daripada ucapan beliau ditangkap dan ditangkap pada hari yang sudah berapa lama selepas itu baru ditangkap. Itu pun satu persoalan juga. Sedangkan Husam menyatakan dengan jelas akan hadis Nabi SAW. [Membaca sepotong hadis] Husam berkata bahawa berpandukan kepada hadis Nabi Sallallahualaihiwasallam, penghulu para syuhada ialah Sayidina Hamzah dan “...siapa sahaja yang berdiri di hadapan pemerintah yang tidak betul, lalu ketika dia menegur pemerintah itu, pemerintah itu bunuh dia, maka matinya adalah mati syahid”. Saya hendak bertanya kepada Dewan yang mulia ini, adakah hadis ini juga merupakan hasutan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apakah hadis ini ...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Point of order.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Adakah hadis ini dianggap sebagai hasutan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah Yang Berhormat. Sila.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Peraturan Mesyuarat 36(2). 36(2) Tuan Yang di-Pertua. Kes yang sedang berada di dalam mahkamah, kita tidak patut

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

hendak huraikan dekat sini. Ya, 36(2) yang dia sedang didakwa sekarang.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, akan didakwa.

Belum lagi di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau ada pendakwaan, saya setuju dengan point of order itu.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, belum, belum lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau belum ada pendakwaan, sila. Boleh.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa Yang Berhormat Kuala Selangor, ... apa benda?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Tanjong Karang kena...

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Tanjong Karang kena baca sedikit lah. Belum ada dakwaan sebab itu saya minta penjelasan. Soalan saya ialah adakah hadis itu salah dibaca? Itu soalan saya. Hadis itu tidak betul kah? Yang ini kena jawablah. Menteri kena jawablah. Bukan Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya ialah saya ada satu lagi permintaan, my humble request, Tuan Yang di-Pertua dgn izin. My humble request is simple. Saya ada satu permohonan kepada Dewan ini dan ini penting untuk membuat satu rakaman terhadap tokoh-tokoh yang gemilang, tokoh-tokoh yang dilahirkan oleh negara ini sama ada yang telah pergi atau pun yang masih hidup. Tokoh yang saya maksudkan di sini ialah saya mohon kepada kerajaan merakamkan penghargaan. Malah kalau boleh diwujudkan institut pemikiran tokoh yang masih hidup ini. Dia telah menunjukkan satu bukti kepada sebuah pemerintah yang bersih, good governance, sebuah pemerintahan yang tidak ada rasuah, sebuah pemerintahan yang penuh dengan sifat rendah diri seorang pemimpin, sebuah pemerintahan yang tidak ada kepentingan diri dan sebuah pemerintahan yang hingga hari ini mampu mengekalkan kuasanya bukan dengan ketegasan atau pun bukan dengan menindas tetapi dengan sebab dasar-dasarnya. Maka, saya mencadangkan Datuk Seri Bentara Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan penghargaan oleh Kerajaan Malaysia. [Tepuk] It is a record that saya rasa di mana-mana luar negara yang saya pergi, seorang yang saya digelar ulama besar, berilmu yang tinggi mampu mentadbir. Dalam keadaan hari ini orang menganggap ulama sudah tidak relevan, ulama tidak mampu dan sebagainya tetapi tokoh ini telah membuktikan sebaliknya bahawa dengan ilmu yang ada... Yang Berhormat Kinabatangan mahu ke mana?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa] Lari, lari.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dengan ilmu yang ada dan juga dengan keterampilan akhlaknya dapat memerintah sebuah negeri di Pantai Timur yang mana saya rasa amat rugi jika kerajaan kita tidak merakamkan tokoh ini dalam satu bentuk penghargaan sama ada institut pemikirannya untuk dijadikan teladan kepada mereka yang datang kemudian. Sebagai membuktikan bahawa ada lagi ruang kepada pemimpin yang bermoral tinggi, ada lagi ruang kepada pemimpin yang merendah diri dengan rakyat. Ada lagi ruang kepada pemimpin yang tidak rasuah dan ini yang kita mahu berbicara sepanjang ucapan kita tentang kerajaan dan pemimpin yang rasuah dan sebagainya. Jadi, bagi saya amatlah rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk memberikan penghargaan. Saya mohon supaya dirakamkan ucapan ini untuk diambil perhatian dan janganlah menolak hanya semata-mata kerana Datuk Seri Bentara Tuan Guru ini adalah daripada pembangkang. Pembangkang di mana? Pembangkang di federal tetapi dia adalah kerajaan yang memerintah di Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Dan kerana itu saya mengharapkanlah bahawa apa yang dibicarakan di sini, apa juga pandangan yang berbeza

Dato' Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

sesama kita tidak dianggap sebagai satu petanda buruk kepada negara ini. Saya meminta jaminan, I ask for guarantee, dengan izin. Mana-mana kerajaan yang memerintah, sama ada sebelah sana atau sebelah sini bahawa saya mungkin tidak bersetuju dengan anda tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk tidak bersetuju dengan saya. [Tepuk] Ini lah konteks sebuah negara maju. Inilah konteks sebuah negara yang kita idam-idamkan dan kita harus menganggap bahawa inilah satu mercu tanda pemerintah yang bertamadun bahawa to defend your right, to disagree is my duly duty to protect them, dengan izin. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai gulungan saya terhadap SPR, saya tidak mahu berbicara panjang tentang SPR kerana sudah disebut. Sebagai anak Melayu yang bersopan dan beradab, saya ingin mengakhiri pantun untuk SPR, supaya diambil perhatian apa yang akan saya katakan ini. Duduk bersimpuh datang menghadap, Dari jauh datang berbincang, Anak Melayu penuh beradab, Tetapi kalau ditipu, dunia digoncang. [Tepuk] Sekian, saya ucapkan terima kasih dan Menjunjung Kasih Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, hendak beli pantun kah?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar hari ini telah set the benchmark, macam mana cara berbahas. Walaupun menghentam tajam, kadang-kadang tidak dirasa tetapi dia tidak merupakan provokasi. Sila Yang Berhormat Kalabakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain berdiri untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya tajuk yang pertama saya mahu bawa ialah mengenai FAM tetapi oleh kerana sebentar tadi soalan saya yang tidak dapat dijawab, kebetulan dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri. Soalan saya mengenai judi haram berleluasa di kawasan Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu. Saya mulanya tidak mahu bawa kerana saudara dari Kinabatangan telah bawa tadi. Akan tetapi kerana saya dapat jawapan yang tidak munasabah ini, saya mahu ia direkodkan kembali. Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang saya kata tidak munasabah ini dibagi dengan syarat-syarat kononnya ialah seperti berikut: (i) mengenal pasti individu dan sindiket-sindiket terlibat dalam kegiatan haram dan mendakwa mereka di bawah undang- undang yang berkaitan; (ii) mengambil tindakan ke atas pemain serta penganjur kegiatan perjudian haram di bawah Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Akta Peraturan 1953; (iii) mengadakan operasi berterusan ke atas tempat-tempat yang dikenal pasti; (iv) bekerjasama dengan lain-lain agensi termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Jadi, ini baik pencegah rasuah tetapi Tuan Yang di-Pertua saya tidak boleh terima ini kerana nampak kalau kita pergi di Tawau sana, kita nampak di tempat-tempat perumahan pun ada perjudian haram. Mungkin mereka ini takut untuk menggeledah atau mendakwa tauke-tauke ini, mereka ini orang-orang kenamaan.

Jadi kita mintalah jangan saya dapat jawapan seperti ini lagi. Saya mahu nampak tindakan, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tadi saya pada mulanya mahu mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana memenangi Piala FA baru-baru ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, di kawasan-kawasan negeri-negeri ini, mereka ini berjalan bersendirian. Saya mahu bertanya, mana perancangan FAM? Dalam dunia ini, Malaysia di tangga 163, Tuan Yang di-Pertua. Malu kita. FAM tidak mampu. Jadi kalau tidak mampu, serah jawatan kepada orang yang mampu. [Tepuk] Kita mahu orang yang mampu supaya kita ditingkatkan sekurang-kurangnya ke tangga ke-50 pun jadi macam Jepun. Jepun, Korea dan kita nampak even Iraq pun, negara yang berperang pun dapat juga nombor yang baik-baik dalam kedudukan dunia. Tuan Yang di-Pertua, cadangan saya, mungkin FAM kata tidak cukup kewangan. Cadangan saya supaya Petronas ambil alih supaya Petronas boleh berbelanja, beli kelab di London, anak-anak kita boleh dihantar ke London untuk akademi bola sepak. Jadi saya fikir itu lebih baik daripada yang kita ada sekarang. Saya takut-takut ia jatuh lagi dari tangga yang ada sekarang ke tangga yang lebih dahsyat lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya kalau bercerita, saya tidak mahu berbelah. Kalau sekiranya pembangkang salah, mereka tetap salah. Kalau sekiranya kerajaan salah, saya kata kerajaan salah kerana tugas saya di sini menegur yang salah. Menegur yang salah. Jadi kalau daripada tadi kita nampak orang mengatakan ini penipuan dalam pilihan raya, ini Tuan Yang di-Pertua, saya sudah cakap waktu dalam soal jawab. Dalam dunia kita ini, hukum alamnya yang atas dan bawah. Yang tinggi dan rendah. Yang kalah dan yang menang. Jadi kalau sekiranya di sebelah sana sudah kalah, jangan lagi ada kata penipuan. Kalau ada penipuan, Kelantan kita kalah. Bolehkah kita kata ini, di Kelantan kita pun kena tipu. Di Pulau Pinang kita kalah, di Selangor kita kalah. Jadi kita minta supaya kita mahu terima hukum alam ini. Jangan apabila kita kalah, tipu. Apabila kita menang, tidak tipu. Saya bersetuju bahawa mungkin giliran Barisan Nasional. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum dalam hukum alam ini, yang kalah dan yang menang, pada kali ini, kita dirahmati Allah. Barisan Nasional dirahmati Allah kerana mereka menang. Jadi kalau Barisan Nasional dirahmati Allah, apa pula pembangkang? Tuan Yang di-Pertua, itulah saya katakan tadi. Saya menegur SPR. Saya pun menegur SPR kerana dalam pilihan raya yang lalu, SPR pergi rumah saya dan mengatakan “Datuk Ghapur, kamu tidak boleh pasang poster di kawasan ini kerana ini bukan kawasan kamu”. Jadi saya jawab kepada mereka, “Kalau ini bukan kawasan saya, yang mana kawasan saya? Kenapa SPR tidak letak boundary?” Kalau saya punya adalah Parlimen 191, ke mana 191 dan kalau sekiranya 190, ke mana 190? Pasang boundary supaya kita boleh dapat tahu, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dahulu, saya ada menyuarakan tentang kereta api dari Kota Kinabalu ke Beaufort. Pada ketika itu, menteri yang sudah sekarang menjadi parti pembangkang menjawab, “Saya bukan orang Beaufort. Dia yang orang Beaufort. Dia yang tahu belanja berpuluh-puluh juta”. Saya kata berpuluh-puluh juta yang dibelanjakan itu saya tidak nampak di mana wang itu dibuang sebanyak RM40 juta. Akan tetapi dia kata “Datuk Ghapur bukan orang Beaufort. Saya yang tahu di mana dibelanjakan”. Dua minggu lalu, teguran saya benar di mana kita tidak ada sistem yang betul dalam menjalankan kereta api ini di mana ada accident. Kereta dan kereta api berlanggar dan ada kehilangan nyawa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu supaya Kementerian Pengangkutan selidik balik keadaan-keadaan yang membahayakan daripada Kota Kinabalu ke Beaufort di mana yang patut kereta lintas atau yang mana tidak patut kereta awam lintas. Tuan Yang di-Pertua, jalan raya di kawasan saya dari Kalabakan ke Sepulut. Pada mulanya jalan raya ini dibina daripada jalan tanah merah kepada gravel. Saya ada pernah suarakan di sini berapa banyak belanja yang sudah kita buat sebelum dia aspal. Sekarang, kerajaan sudah melantik kontraktor untuk mengaspal jalan raya yang 146 kilometer ini. Akan tetapi yang mempunyai masalah sekarang ialah jalan raya dibuat, lori balak juga menggunakan jalan raya tersebut.

Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya sama ada kita hentikan pembinaan jalan raya atau kita mahu menghentikan pembalakan lori-lori balak ini menggunakan jalan tersebut. Kalau mahu sekiranya keputusan kita, biar balak menggunakan jalan. Kerajaan tidak perlu belanja duit untuk memperbaiki jalan. Akan tetapi kalau sebaliknya, maka jalan raya ini tidak boleh digunakan oleh lori-lori balak. Tuan Yang di-Pertua, biasanya di Sabah ini memang apa juga yang kita mahu pembangunan memang banyak ketinggalan. Misalan, Kementerian Kesihatan mungkin saya tidak tahu adakah di sini Kementerian Kesihatan tetapi pegawai-pegawai boleh catat bahawa Kementerian Kesihatan banyak kelemahan. Tuan Yang di-Pertua, dari Beaufort, orang dihantar pergi ke Kota Kinabalu kerana di Beaufort tidak ada mesin ultrasound. Berapa mahal untuk sebuah mesin atau tidak ada kepakaran? Jadi mereka ini dihantar ke Kota Kinabalu. Bila sampai ke Kota Kinabalu, menunggu berjam-jam baru dapat appointment untuk diperiksa oleh doktor. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita ada banyak Klinik Kesihatan 1Malaysia. Banyak. Di Sabah pun ada. Di kawasan saya, di Tawau pun ada tetapi saya mahu tahu fungsi klinik kesihatan ini. Betul murah tetapi kalau setakat kasi Panadol, mungkin saya bukan doktor pun boleh kasi Panadol. Ini masalah kita, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita minta kerajaan kaji betul-betul Klinik Kesihatan 1Malaysia ini. Kalau kita pergi ke Tarakan, ke Indonesia, ia punya klinik ada kepakaran di sana. Kalau sekiranya tidak boleh dirawat di klinik, baru dihantar ke hospital besar. Jadi kenapa kita ada klinik, ada klinik, ada klinik, ada klinik tetapi Panadol jawapannya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita tidak mahu keadaan ini begini dan merugikan. Kita mahu supaya Klinik 1Malaysia ini kita kaji semula.

Kita mahu di dalam Klinik 1Malaysia itu sekurang-kurangnya ada seorang doktor yang boleh – bukan doktor pakar, seorang doktor yang boleh menasihati pesakit-pesakit ini kalau sekiranya tidak boleh dirawat di sana, hantar ke hospital yang berdekatan. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah saya sudah suarakan tadi. Tadi pun kita ada suarakan pasal penyeludupan. Kita punya pantai begitu besar 1,400 kilometer. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tadi. [Disampuk] Akan tetapi saya tidak puas hati dengan jawapan. Saya tidak puas hati dengan jawapan. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, apabila pencerobohan daripada Filipina masuk, kerajaan mengambil masa begitu lama tiga minggu, satu bulan. Kononnya mahu berunding. Apa yang mahu dirunding Tuan Yang di- Pertua? Ini orang menceroboh! Bawa senjata!

Yang Berhormat Kalabakan.

Tadi saya sudah katakan...

Belakang, orang belakang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kalabakan. Abang yang begitu prihatin dengan masalah-masalah keselamatan di negeri Sabah. Yang Berhormat Kalabakan, pernah saya menyoalkan, menimbulkan masalah keselamatan beberapa kali. Ia bukan sahaja saya tetapi semua wakil rakyat daripada negeri Sabah termasuk juga wakil-wakil rakyat daripada kawasan-kawasan yang lain. Persoalannya yang kita timbul yang belum ada jawapan yang mutlak, bahawa persempadanan antara Malaysia dengan negara-negara jiran kita itu belum diberi ketetapan. Hanya understanding ataupun persepakatan dengan diplomatik sahaja. Iaitu kita melihat tuntutan daripada negara Filipina terhadap kepulauan-kepulauan kita yang mana ramai warga asing yang tinggal tanpa kebenaran ataupun tanpa urusan dengan negara kita. Apa pendapat Yang Berhormat Kalabakan sekiranya kerajaan mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah persempadanan dengan permanentnya?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Minta – Yang Berhormat Shah Alam apa kacau ini? Ini soalan Yang Berhormat Putatan. Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berhubung dengan persoalan yang sama dan komen yang diberikan oleh Yang Berhormat Kalabakan terhadap jawapan yang telah diberi. Keadaan di mana pantai Sabah itu berukuran 1,400 kilometer panjangnya, bukan perkara baru. Ianya daripada asal. Tidakkah sepatutnya dari awal difikirkan oleh pihak kementerian satu sistem dari segi pembelian peralatan radarkah, kapal-kapal kawalankah, penempatan tenterakah untuk mengawal pantai yang 1,400 kilometer panjang ini? Cara disebut seolah-olah ianya wake up call dan baru sahaja sedar ianya 1,400 kilometer panjang. Apa pandangan Yang Berhormat Kalabakan terhadap persoalan ini?

Tuan Yang di- Pertua, yang sebenarnya memang saya mahu sebut berkenaan apa yang diluahkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. 1,400 kilometer ini begitu panjang. Jadi, kita tahu bahawa kita punya kapal perang radarnya boleh meninjau hingga 100 kilometer. Kalau ia nampak ada bot-bot kecil di pantai bergoyang pun dia sudah tahu. Akan tetapi saya sudah suarakan dahulu bahawa keselamatan di Pantai Timur ini tidak diendahkan daripada dahulu. Kita mahu ada kejadian. Jadi kita nampak sekarang kerajaan mahu berbelanja besar untuk jaga keselamatan Pantai Timur. Kita takut Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak takut. Dia kata, “sepatutnya kita semua tidak takut”. Mana boleh dia paksa berani atau takut kepada orang lain! Tentu sekali kalau kita cakap takut, kita takut. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya katakan tadi, Yang Berhormat Putatan tiada katakan pasal boundary. Di Pulau Sebatik itu Tuan Yang di-Pertua, 50% kepunyaan Indonesia, 50% kepunyaan kita. Ertinya 50-50. Jadi kalau orang mahu membuat jenayah Tuan Yang di- Pertua, dia datang malam, dia balik malam juga. Apa macam kita? Jadi kalau kita punya pantai tidak dikawal. Kita ada banyak marine police, navy dan banyak lagi penguatkuasaan di laut. Akan tetapi saya tidak tahu kenapa orang-orang penyeludup boleh masuk keluar. Saya mahu direkodkan dalam Dewan ini sebab saya sudah cakap berpuluh kali di sini... [Disampuk] Berpuluh kali Tuan Yang di-Pertua saya cakap bahawa semua barang- barang subsidi seperti gula, tepung, beras termasuklah tong gas Petronas sampai saya tidak boleh sebutlah panjangnya di mana rakyat kita tidak makan barang-barang subsidi ini. Rakyat di kawasan Pantai Timur tidak makan, tidak tahulah tempat lain. Semua dihantar pergi ke Indonesia. Mana pengawalan? Tidak ada pengawalan. Bila saya berdiri, orang kata “Eh! kenapa cakap begini?”. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya mahu government understanding juga sebab kalau saya tidak tegur, Yang Berhormat Shah Alam tegur atau pembangkang lain tegur, mileage kepada mereka. Bagus kita BN, tegur diri sendiri yang mana tidak baik. [Tepuk] Itu memang sistem kita Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang saya tahu saya dibagi masa yang terhad tetapi saya bersyukur...

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit lagi Yang Berhormat, ada tiga minit lagi.

Ya, saya bersyukur Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita minta...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kalabakan boleh minta sedikit laluan? Sedikit laluan. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin membawa satu soalan kepada Yang Berhormat Kalabakan berkenaan dengan pengganas yang terkorban di Sabah baru-baru ini dan kenapa mereka dikebumikan di tanah bumi Sabah? Bukankah patutnya kita hantar mayat-mayat pengganas ini balik ke negara asal mereka? Terima kasih.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Penampang. Saya setuju. Jadi soalan ini boleh masuk dalam ucapan saya. Saya setuju. [Tepuk] Mereka ini datang daripada luar, apabila mereka sudah bertempur dengan pegawai-pegawai keselamatan dan polis di negara kita sepatutnya mereka dihantar. Akan tetapi mungkin ini atas perikemanusiaan, atas perikemanusiaan mungkin kerajaan mempertimbangkan.

Kita tidak boleh salahkan kerajaan. Mungkin atas perikemanusiaan, maka mereka diterima untuk dikebumikan di Sabah. Ini atas perikemanusiaan. Akan tetapi rakyat memang ada yang tidak senang hati tetapi kita tidak boleh kata sebab ini atas perikemanusiaan Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu berucap panjang kerana ramai rakan-rakan lain. Saya mengakui keputusan yang dibuat 20 minit, maka saya ingin menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Majlis Parlimen Malaysia yang Ketiga Belas pada 25 Jun 2013 yang lalu.

Hari ini saya tampil untuk menyertai perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Saya menyahut dengan penuh taat setia agar Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti dan tadbir urus yang baik demi kepentingan rakyat. Saya juga mendukung Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan Ahli-ahli Dewan agar menghormati dan patuh kepada lunas-lunas demokrasi. Seorang pemikir yang banyak menulis persoalan demokrasi, Robert A. Dahl telah menyatakan bahawa satu sistem politik yang memberi peluang kepada rakyat untuk berpartisipasi dalam pembuatan keputusan dan pembentukan dasar. Justeru, partisipasi tersebut meliputi perihal undang-undang, hak asasi manusia serta proses pembentukan sesebuah kerajaan rakyat sebagaimana yang telah dirumuskan dan dirangkumkan oleh Abraham Lincoln. Apa yang harus kita sedar ialah perlembagaan dan negara hukum adalah teras kepada sesebuah kerajaan yang demokratik. Sebaliknya, kerajaan yang lemah atau istilah yang lebih tepat dengan suasana hari ini, kerajaan minoriti akan meneruskan kebergantungan kepada undang-undang rimba untuk menjamin kelangsungan kuasa politik mereka. Justeru, Keadilan dan Pakatan Rakyat yang terus mendapat mandat majoriti rakyat Malaysia akan terus mendukung dan mempertahankan perlembagaan dan memelihara kedaulatan negara yang tercinta ini. Baru-baru ini, usaha UMNO untuk menyuburkan politik ugut telah dipatahkan apabila 51% rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat. Hakikat yang nyata, yang tidak boleh dipatahkan ialah sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional merudum kepada 47% sahaja sehingga mendesak Barisan Nasional terpaksa membentuk sebuah kerajaan minoriti. Keadilan dan Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular. Di sebalik kecurangan dan penipuan proses pilihan raya umum yang lalu yang ditaja oleh SPR, Yang Berhormat Kalabakan boleh mencadangkan supaya kita terima hukum alam. Kita terima, reda apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Bagi pihak Keadilan dan Pakatan Rakyat, kita terima, reda kalau pilihan raya itu bersih dan adil. Akan tetapi kita akan lawan habis-habisan kalau pilihan raya itu kotor dan menjijikkan dan memualkan. Kita telah membuktikan bahawa isu dakwat kekal yang tidak kekal. Orang asing diberikan kerakyatan dan kelayakan untuk mengundi.

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Gombak menuduh yang bukan-bukan. Jadi, kita ada perundangan Tuan Yang di-Pertua. Kita ada undang-undang. Jika sekiranya ada penipuan, buat petisyen supaya kita dapat keadilan. Oleh sebab kalau kita ini berteriak di padang, di mana untuk minta keadilan atau minta bantuan dari luar, tidak boleh. Kita tidak boleh terima itu Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya hendak nyatakan fakta di sini. Petisyen telah pun kita buat. Pakatan Rakyat telah mengemukakan lebih 30 petisyen untuk membuktikan bahawa ada penipuan. Namun, Yang Berhormat Kalabakan juga kena faham, UMNO pun kemukakan petisyen terhadap pilihan raya yang lepas. Maknanya, UMNO juga mengakui ada penipuan dan kecurangan dalam proses pilihan raya yang lalu. Ini yang tidak boleh kita nafikan.

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Gombak.

Kita juga gunakan saluran-saluran yang lain selain daripada petisyen kerana kalau kita...

Bukan, bukan.

Nanti, nanti Yang Berhormat Kalabakan. Izinkan saya memberi penjelasan terlebih dahulu. Ini kerana kalau kita faham prosiding petisyen ini, perkara yang boleh dibangkitkan adalah perkara-perkara yang khusus. Namun, kita hendak bicara isu yang lebih besar. Soal media yang tidak bebas, soal sogokan wang tunai untuk membeli undi, soal penipuan dan kecurangan yang lain. Oleh sebab itu kita juga menggunakan saluran Dewan Rakyat, saluran Suruhanjaya Diraja yang kita telah cadangkan. Kita guna juga perhimpunan aman kerana itu juga yang dijamin oleh perlembagaan. Kita bukan buat sesuatu di luar batasan perlembagaan. Saya telah nyatakan tadi Keadilan dan Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin atas asas fundamental liberties, kita boleh berhimpun secara aman. Apakah itu satu kesalahan?

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menyatakan tadi. Petisyen kita terima. Mana pihak mahu buat petisyen, kita terima. Kita ada perundangan. Jangan di luar teriak sana, teriak sini. Kalau kita bilang tidak ada keadilan media dan lain-lain, banyak surat khabar juga tidak keadilan. Harakah, Keadilan, semua ini memihak kepada pembangkang juga. Jadi, jangan fikir bahawa mereka tidak dapat keadilan, kami dapat keadilan.

Yang Berhormat Kalabakan kena faham.

Yang Berhormat Gombak.

Harakah adalah akhbar milik parti politik. Roket milik parti politik. Suara Keadilan yang sudah bertahun-tahun tidak diberikan lesen adalah milik parti politik. Berbeza dengan Utusan Malaysia. Berbeza dengan televisyen, TV3, TV1 dan RTM. Itu adalah media perdana yang diasaskan atas pembayar cukai tetapi menjadi lidah parti politik UMNO dan Barisan Nasional.

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Jadi, Yang Berhormat Kalabakan kena bezakan kerana terlalu lama bergelumang dengan UMNO, Yang Berhormat Kalabakan gagal membezakan di antara lidah politik dengan media perdana. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Boleh Yang Berhormat Gombak?

Boleh dahulu?

Yang Berhormat Shah Alam pula. Tidak, tidak. Yang Berhormat Kalabakan sudah tiga kali, Yang Berhormat Shah Alam pula.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Shah Alam selepas itu Yang Berhormat Sepang pula boleh? [Ketawa] Baik, terima kasih Yang Berhormat Gombak. Saya rasa dalam persoalan pilihan raya yang adanya penipuan ini, ianya bukan perkara yang

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

baru. Apa yang telah berlaku di Sabah dengan terbentuknya RCI yang telah mendedahkan banyak penyelewengan sedangkan...

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah Ahli Yang Berhormat perkataan ‘penipuan’ itu, kadang-kadang apabila saya dengar saya...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ketidaktelusan?

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah diubah tindakan yang menimbulkan ketidakpuasan?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Okey, alright.

Tuan Yang di-Pertua

Bolehkah begitu? Biar dia panjang sedikit.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baiklah. Okey. Ketidaktelusan dan kepincangan yang telah berlaku di dalam proses pilihan raya di Malaysia bukan merupakan satu perkara yang baru. Ia pernah berlaku pada tahun 90-an di Sabah. Apabila dibentuknya RCI, ianya merupakan fakta yang terbukti. Hanya malangnya di negara Malaysia apabila ada kepincangan dan ketidaktelusan itu, ianya memakan masa sehingga 20 tahun barulah ianya dapat dibawa ke tempat mahkamah dan perbicaraan. Maka, inilah apa yang dilakukan di dalam Blackout 505. Rakyat mahu menzahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap persoalan ketidaktelusan dan kepincangan itu. Inilah saya rasa di antara aspek-aspek pilihan raya yang ingin kita pertikaikan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Gombak berhubung ini?

Yang Berhormat Gombak, bagi saya sekejap ya?

Yang Berhormat Gombak, sekali.

Ya, Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Yang Berhormat Gombak, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kalabakan telah menyatakan bahawa kalau tidak puas hati fail petisyen. Saya tidak pastilah sama ada dia tahu tentang undang-undang petisyen ini. Berdasarkan undang-undang petisyen ini, Yang Berhormat Kalabakan, untuk makluman lah, bahawa alasan untuk mencabar pilihan raya ini hanya terhad di bawah seksyen 32, (a) sampai (e). Berdasarkan undang-undang seksyen 32, antaranya (b) ini, kalaupun kita dapat membuktikan adanya perlanggaran undang-undang itu, selalunya petisyen ditolak kerana ia gagal menjejaskan keputusan. Malangnya, mahkamah di Malaysia hari ini masih lagi berpegang kepada keputusan yang tidak popular. Sedangkan keputusan-keputusan di mahkamah di Commonwealth countries ini kebanyakannya mengatakan bahawa apabila berlakunya perlanggaran undang-undang secara substantial, sama ada menjejas atau tidak menjejas keputusan, ia adalah mencemarkan proses pilihan raya. Maka, sepatutnya pilihan raya baru diadakan. Akan tetapi di Malaysia masih lagi keputusan kita mengikut keputusan-keputusan yang tidak popular dan tidak mengikut dengan negara yang bertamadun. Inilah kekangan yang kita tidak boleh hendak suarakan pelanggaran kepincangan pilihan raya melalui mahkamah. Jadi, kena faham itu Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Pandangan seorang peguam yang cukup baik dengan fakta yang jelas dan saya masukkan hujah Yang Berhormat Sepang tadi sebahagian daripada perbahasan saya pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Boleh sambung nanti sebelah tengah hari. You ada 10 minit lagi.

Akan tetapi, oleh kerana Tuan Yang di-Pertua minta guna istilah yang lebih panjang, elok masa pun dipanjangkan Tuan Yang di- Pertua. Ini kerana kalau tidak saya guna penipuan itu kurang daripada satu saat, tetapi kalau menimbulkan ketidakpuasan itu sudah lima saat.

Tuan Yang di-Pertua

10 minit nanti sebelah tengah hari dan ingat saya mahu Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Seremban jumpa saya selepas ini.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tangguhkan Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Gombak, saya ingin maklumkan Yang Berhormat telah berucap 10 minit dan tinggal 10 minit lagi.

Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Gombak, minta laluan. Minta laluan. Beri peluang kepada saya sekali.

Insya-Allah saya beri peluang. Beri saya lajak dahulu. Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan agenda martabat dan melaksanakan reformasi Parlimen ini, kita perlu meneliti semula beberapa peraturan Dewan yang agak lesu dan tidak progresif. Ini kerana kita tidak mahu tekad Tuan Yang di-Pertua untuk berubah, bukan sahaja dalam reka bentuk dan design jubah yang dipakai tetapi yang lebih penting ialah soal pengendalian Majlis Mesyuarat yang merupakan satu permulaan yang baik untuk membudayakan amalan demokrasi berparlimen yang menjamin prinsip keadilan dan hak bersuara. Oleh sebab itu saya menyeru supaya Tuan Yang di-Pertua, mari kita ubah. Kita mereformasi. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan Tuan Yang di-Pertua, siapa lagi? Ini kalilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sama-samalah.

Pertama, konsep undi bersurat yang digunakan semasa pemilihan Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini tidak menjamin elemen kerahsiaan undi dan terdedah kepada manipulasi dan tekanan politik. Saya sedia maklum ada beberapa teman Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sedia berubah. Akan tetapi apabila undi itu dibuat secara terbuka, tekanan politik datang dari atas, pastinya mereka tidak berani merubah. Maka kalau ada usaha untuk merubah sistem mengundi dalam Dewan ini, saya percaya kita dapat menyuburkan sistem demokrasi khususnya elemen ketelusan dan kerahsiaan dalam pengundian yang akan diadakan. Kedua, saya juga ingin mencadangkan Peraturan Mesyuarat 22(2) di mana setiap Ahli Yang Berhormat dikehendaki memberikan pemberitahuan bertulis dengan setiap pernyataan dan diserahkan kepada Setiausaha Dewan tidak lewat daripada 14 hari sebelum mesyuarat dimulakan. Ini saya minta dipinda kerana pertanyaan jawab lisan yang perlu dihantar begitu awal menyebabkan kita tidak dapat menggarap isu-isu semasa yang muncul sebelum Dewan mula bersidang. Sebagai contoh, Ahli-ahli Dewan Rakyat baru- baru ini tidak dapat mengemukakan soalan berhubung darurat jerebu. Malahan Kerajaan Persekutuan juga terlepas pandang untuk menasihati Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk memasukkan satu bab di dalam teks Titah Diraja berhubung keadaan darurat jerebu yang berlaku. Maka kelembapan dan kealpaan ini tidak boleh bertapak dalam sistem Parlimen kelas dunia khususnya apabila kita ada Menteri baru yang diberikan amanah untuk menjaga sidang Dewan.

Kalau kita melihat amalan-amalan negara maju seperti di New Zealand dan Australia, mereka memperuntukkan waktu kurang daripada tiga hari untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan lisan. Saya percaya apabila perkara ini dilakukan, ia dapat memastikan kepentingan rakyat dan juga negara agar kita dapat berbincang persoalan rakyat yang berlaku sebelum persidangan Dewan bermula. Ketiga, saya juga ingin mencadangkan supaya tempoh perbahasan untuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga harus kita teliti dan dipandang serius. Mungkin hari ini Yang Berhormat Permatang Pauh, mungkin selepas ini Yang Berhormat Baling. Kita tidak tahu selaku Ketua Pembangkang. Akan tetapi peranan Ketua Pembangkang itu cukup penting walaupun Peraturan Mesyuarat 35(7) membolehkan Tuan Yang di-Pertua mengehadkan masa perbahasan, tetapi kalau kita merujuk kepada House of Commons amalan di sana dan juga Erskine May, jelas perkara ini tidak terbatas kepada Ketua Pembangkang dan perkara ini saya harap dapat diteliti semula. Saya juga ingin membangkitkan soal tuntutan kenaikan elaun. Saya mencadangkan dalam usaha melaksanakan reformasi institusi Parlimen, kita tidak seharusnya terlalu banyak bergelut tentang tuntutan kenaikan elaun dan kemudahan Ahli Parlimen sahaja, tetapi kita juga perlu membahaskan pembaharuan berhubung faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat menerusi Ahli Dewan Rakyat. Sebagai contoh, saya mencadangkan supaya siapkan kemudahan penyelidikan yang lebih menyeluruh, ruang kerja yang lebih kondusif untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekarang ini Pakatan Rakyat mempunyai 89 Ahli Parlimen, tetapi kita hanya ada satu ruang pejabat di tingkat 14. Saya berharap perkara ini dapat diteliti semula selain daripada kemudahan pembantu peribadi yang dapat membantu Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk hadir di Dewan dengan persiapan yang rapi dan sekali gus ia dapat membawa amanah dan aspirasi rakyat dalam konteks perbahasan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, demokrasi sesebuah negara juga harus dilihat dalam konteks keupayaan kita untuk membicarakan soal hak asasi manusia yang terus dicabuli dan undang-undang draconian ini terus dilaksanakan. Tekad Keadilan dan Pakatan Rakyat tuntas untuk menyuburkan agenda reformasi bagi pengukuhan demokrasi di Malaysia. Justeru, saya menggesa kerajaan untuk meneliti semula beberapa undang-undang yang dianggap mengekang hak asasi serta kebebasan rakyat seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Akta Kesalahan Keselamatan. Sukacita saya mengingatkan kerajaan bahawa perihal hak asasi manusia bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat dunia tetapi juga dalam negara. Kalau kita melihat Human Rights Watch World Report 2013, mereka telah menyatakan kritik yang agak keras terhadap Akta Kesalahan Keselamatan 2012 kerana telah melanggar Universal Declaration of Human Rights 1948.

Undang-undang ini dianggap meneruskan budaya penindasan yang menjadi roh ISA 1960 yang dikuatkuasakan sebelum ini. Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita yang berperanan sebagai penggubal dasar untuk memastikan lunas-lunas demokrasi hak asasi dan kebebasan rakyat dapat diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering yang didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem Demokrasi Perwakilan sebagai contoh Parlimen Subang mempunyai jumlah pengundi 128,543 orang, sementara Parlimen Putrajaya hanya 15,000, jadi Putrajaya jangan tunjukkan jaguh sangat dalam Dewan Rakyat ini, 15,000 sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kawasan Beluran 24,000 pengundi tetapi keluasan hampir separuh daripada negeri Selangor. Itu pun tidak adil namanya.

Lebih mudah kalau wakil rakyat baik macam Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tidak ada masalah, dia boleh uruskan perkara itu. Gombak 123,000 sebab itu konsep undi popular ini jangan kita perlekehkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tanjong Karang bangun Yang Berhormat.

Dia sekarang kurang bekerja Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa saya bagi peluanglah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak beritahu Gombak betullah undinya banyak, tetapi berapa luas Gombak boleh beritahu dalam Dewan ini? Berapa kilometer persegi Gombak? Saya hendak beritahu, Tanjong Karang kita punya keluasan 763.53 kilometer persegi. Gombak berapa? Gombak punya keluasan kalau Yang Berhormat tidak tahu, 268 kilometer persegi sahaja. Setengah hari round dah habis dah.

Dalam sistem demokrasi, bila kita mengundi bukan ikut keluasan kawasan, kita mengikut sokongan rakyat, kalau rakyat itu tahu parti ini parti yang amanah, bertanggungjawab, dia sokong. Sebab itu konsep undi popular itu penting. Ia benar, Barisan Nasional mendapat 133 Kerusi tapi hakikat yang Tanjong Karang tidak boleh nafikan, sokongan rakyat merudum, merosot terhadap UMNO dan Barisan Nasional, tinggal 47%. Kalau saya, saya malu hendak jadi Perdana Menteri dalam keadaan - kerajaan aku kerajaan minoriti, parti aku parti minoriti. Saya mahu menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan majoriti yang mendapat sokongan rakyat yang terbanyak...

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Putatan Yang Berhormat?

Yang Berhormat Putatan ini banyak masalah tetapi tidak berani...

Nanti, nanti dengar dulu penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat Putatan.

Apa yang ingin saya hendak cadangkan peranan SPR itu sewajarnya...

Yang Berhormat Gombak seolah-olah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gombak tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Lain kali saya bagi. Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu pada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab mengemukakan syor persempadanan baru. Ini saya hendak cadangkan. Kalau tidak peranan SPR di Malaysia ini semua dirumuskan, dibebankan. SPR menguruskan pilihan raya, SPR mencadangkan sempadan pilihan raya, SPR menjemput orang Bangla menjadi pengundi...

Yang Berhormat Gombak, boleh Yang Berhormat? Saya hendak bantu ini.

SPR menggunakan dakwat yang tidak kekal. Jadi kalau ini berlaku, kita tidak ada sistem semak dan imbang bagi kepentingan demokrasi dalam negara. Baru-baru ini saya bersama PSC, wakil Kapit pun ada, kita...

Yang Berhormat Gombak, bagi la laluan, kita kawan. You selalu pergi Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi laluan Yang Berhormat.

Nanti la dulu. Baru-baru ini kita berkesempatan untuk berkunjung ke Eropah dengan Yang Berhormat Kapit, kita sempat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Bila itu Yang Berhormat?

Baru lagi, tahun lalu. Kali ini kita akan bawa Yang di-Pertua. Kita sempat berkunjung ke Boundary Commission for England. Masa

itu Rasah, sekarang Seremban, pun ikut, Kuala Krai pun ikut, tetapi kita pergi bekerja, kita bukan main golf, kita bukan shopping, kita kerja. Kita sempat mendapat taklimat daripada Boundary Commission for England, di mana amalan di sana, suruhanjayanya berperanan untuk menguruskan pilihan raya tetapi boundary commission bertanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor sempadan baru kepada Kerajaan Britain. Maka saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri yang baru diberikan tugas, supaya meneliti perkara ini, dan dapat membentuk satu suruhanjaya bagi meneliti sempadan-sempadan baru dalam pilihan raya yang akan datang...

Yang Berhormat Gombak, sebelum beralih kepada tajuk yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, 10 minit pun dah habis Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Gombak, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gombak ini orang yang baik, memang orang yang baik, dia selalu melawat Sabah, jumpa dengan kawan-kawan mereka di sana, tidak pernah jemput saya. Soal yang bahawa apabila Pakatan Rakyat memerintah, dia akan mengubah persempadanan pilihan raya yang mana, juga bersetuju cadangan bahawa Sabah dan Sarawak ini harus mendapat 1/3 Kerusi. Akan tetapi perbahasan Yang Berhormat seolah-olah lain, bercanggah dengan kenyataan yang dibuat terlebih dahulu. Kononnya ‘1vote, 1value’. [Yang Berhormat Gombak bangun] Belum habis Yang Berhormat, saya habiskan dahulu. Jadi kalau sekiranya cadangan Gombak, ‘1vote, 1value’ ini berapa agaknya Kerusi yang tinggal di Sabah, kalau mengikut perbahasan Yang Berhormat? Mungkin tiga-tiga Kerusi, Sarawak mungkin lima Kerusi, itu tujuan Yang Berhormat?

Sabah dan Sarawak apa yang telah kita muktamadkan dalam perjanjian pembentukan Malaysia itu, kita akan hormati. Sebab itu kita mahukan satu suruhanjaya yang baru, suruhanjaya persempadanan semula ataupun boundary commission. Di antara kriteria yang diguna pakai di Britain ialah pertimbangan electoral quota and five percent rule, geographical sciences, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituency and local ties, ini semua garis panduan yang telah ditetapkan. Jangan ikut peranan SPR hari ini, bincang dengan ketua UMNO bahagian, dia tengok mana kawasan hendak kalah, dia potong berbagai-bagai bentuk ada. Ada yang bentuk [Disampuk] Yang Berhormat Arau backbenchers atau Menteri?

Kalau Yang Berhormat berminat menjadi backbenchers, saya boleh mencadangkan kepada Dewan untuk...

Jawab dulu saya punya soalan sebab rakyat Sabah ini mendengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa dah habis Yang Berhormat.

Saya bagi Batu dulu.

Ya Yang Berhormat Gombak, saya ingin mendapat pandangan dari Gombak, bukankah Putatan dan juga parti-partinya UPKO dan PBS juga mangsa gerrymandering ini? Mereka sepatutnya mendapat majoriti sebab manipulasi UMNO ini, mereka sudah hilang majoriti?

Yang Berhormat Batu, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Gombak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

Ajukan perkara ini untuk mendapat keadilan untuk parti dia sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gombak, habiskan Yang Berhormat.

Ya insya-Allah. Saya bersetuju dengan Batu. Putatan ini bukan mangsa dalam konteks gerrymandering sahaja, dia mangsa dalam semua keadaan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara yang amat penting iaitu TPPA dan saya percaya rakyat Malaysia mengikuti perbahasan mengenai hasrat Kerajaan Pusat untuk menandatangani TPPA ini. Cuma ada beberapa perkara yang menjadi keprihatinan dalam perbahasan ini yang saya tumpukan kepada tiga perkara. Pertama soal ketelusan, yang kedua soal fabrikasi sosial dan ketiga soal federalism. TPPA ini yang kita sedia maklum adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas yang bersifat plurilateral atau multilateral dengan penyertaan 12 negara.

Matlamat utama TPPA adalah untuk menjana kerjasama strategik dan konstruktif antara negara-negara persisiran lautan Pasifik demi melestarikan kedudukan ekonomi negara masing-masing. Kebimbangan rakyat hari ini ialah TPPA ini berpotensi untuk mengancam kedaulatan negara atas nama kebebasan perdagangan dan pelaburan. Kita memahami aspek kerahsiaan dalam satu-satu rundingan antarabangsa yang bersifat plurilateral. Namun, adalah menjadi hak rakyat dan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengetahui butiran yang diperbincangkan serta dipersetujui oleh kerajaan. Hal ini penting untuk memastikan proses semak dan imbang serta perbincangan yang lebih konstruktif berlaku demi kepentingan rakyat. Soal ketelusan dan akauntabiliti adalah signifikan dalam isu perundingan ini. Isu ketelusan ini bukan sahaja melibatkan ketelusan di antara kerajaan dan rakyat tetapi juga ketelusan dan akauntabiliti di antara kumpulan-kumpulan perunding yang mewakili negara. Rundingan FTA dan TPPA ini melibatkan perkara-perkara khusus yang dirundingkan secara terperinci. Maka akhirnya, selain daripada mandat dan prinsip yang telah ditentukan oleh kerajaan, kejayaan proses perundingan ini bergantung pada kebolehan kumpulan-kumpulan perunding yang mewakili negara termasuk kebijaksanaan Menteri dan Timbalan Menterinya. Maka saya ingin mencadangkan supaya kerajaan bertanggungjawab untuk mendedahkan nama-nama kumpulan perunding yang sepatutnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran, kemahiran dan kompeten dalam bidang tersebut. Saya tidak mahu berulangnya peristiwa Pulau Batu Puteh kerana kelemahan kumpulan perunding yang mewakili negara menyebabkan kita hilang Pulau Batu Puteh. Mata kita putih, pulau terlepas, yang dapat batu. Yang kita dapat Middle Rock walaupun yang kita perjuangkan adalah Pulau Batu Puteh, akhirnya Pulau Batu Puteh menjadi milik negara Singapura, Malaysia mendapat batu sahaja. Itulah Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Maka saya berharap kumpulan perunding ini benar-benar mempunyai berkemahiran dan kepakaran. Dalam hal rundingan antarabangsa ini saya nyatakan saya lebih yakin dengan mantan Menteri MITI yang lalu Rafidah Aziz dalam konteks keupayaan beliau yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di meja rundingan. Walaupun saya mengiktiraf kemahiran dan kemampuan pegawai- pegawai di MITI tetapi maaf, saya tidak ada keyakinan terhadap Menteri dan Timbalan Menteri dalam urusan mempertahankan hak negara pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, MITI juga telah meminta UNDP mengadakan cost benefit analysis. Kerajaan telah menyatakan bahawa hasil daripada analisa ini menunjukkan ekonomi Malaysia akan dapat kelebihan jika memasuki TPPA. Namun, selain daripada cost benefit analysis, saya ingin bertanya, apakah kerajaan telah mengadakan regulatory audit bagi memastikan tiada percanggahan antara agensi kerajaan, kementerian dan juga negeri. Satu lagi persoalan ialah tentang apakah hasil perjanjian ini bakal mewujudkan income equality ataupun menambah jurang pendapatan. Kita bimbang sekiranya pusingan perniagaan dalam sektor perdagangan bebas ini akhirnya akan memberikan manfaat kepada syarikat-syarikat gergasi dan menutup peluang syarikat-syarikat kecil bumiputera untuk bersaing di peringkat antarabangsa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Saya ingin menyentuh sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua, minta izin tentang sektor IKS yang merupakan salah satu sektor ekonomi penting khususnya di kalangan bumiputera di Malaysia. Menurut TPPA ini, IKS akan mendapat kesan langsung. Namun, persoalan yang perlu dibahaskan adalah kesediaan syarikat-syarikat mikro tempatan untuk bersaing dengan SME dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Singapura. Malahan kesenjangan atau disparity of definition untuk SME di Malaysia dan negara maju akan menyebabkan syarikat mikro di Malaysia ini akan tewas dalam persaingan sebab definisi SME di Amerika Syarikat ialah 1,500 orang pekerja. Di Jerman 255 orang pekerja. Di Malaysia 150 orang pekerja. Maka, kalau definisi ini juga ada kesenjangan, bagaimana kerajaan dapat menjamin syarikat- syarikat IKS bumiputera dapat bersaing dengan pasaran terbuka...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya dimaklumkan bahawa rundingan sektor SME ini telah pun selesai dan tidak akan dirundingkan maka saya berharap kerajaan akan mendedahkan butiran rundingan yang melibatkan negara supaya kita dapat meneliti terma dan butiran rundingan sama ada benar-benar memberi manfaat kepada IKS tempatan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Ya, habiskan. Tentang isu federalism, sebab salah satu daripada 29 chapters yang terkandung dalam TPPA adalah berhubung dengan bab perkhidmatan ataupun service chapters. Di bawah tajuk ini, ada satu klausa yang bertajuk, “Domestic regulation discipline” dan klausa ini sebenarnya boleh menjejaskan pelaksanaan dasar kerajaan negeri. Maka persoalan saya ialah, apakah Kerajaan Persekutuan telah mengadakan rundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana sebaik sahaja TPPA ini ditandatangani ia akan memberikan kesan langsung kepada kerajaan negeri. Soal pengeluaran lesen di peringkat PBT, soal industri air yang dikuasai oleh kerajaan negeri. Semuanya ini akan memberikan kesan kerana alasan TPPA ialah menggunakan non trade discriminatory yang pastinya akan memberi kesan negatif kepada kerajaan negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya berdoa supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang diangkat dalam sesi kali ini dapat memikul amanah ini dengan lebih baik, demi kemajuan negara dan kemakmuran rakyat keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Lama tidak bercakap, 15 tahun tidak bercakap ini. Saya dengar dengan teliti ucapan rakan-rakan sebelah sana, cakap soal moraliti perlembagaan, cakap soal demokrasi tetapi segala apa yang dicakapkan saya tengok tidak ada pun dalam perlembagaan. Kita bercakap soal undi elektoral, dia bercakap soal undi popular kerana kita sedia maklum bahawa dalam dunia ini banyak negara mengamalkan sistem demokrasi. Bagaimana di dalam negara tersebut menjalankan proses demokrasi mengikut undang-undang dan perlembagaan negeri masing-masing. Kita lihat macam di Malaysia, daripada dulu kita mengamalkan sistem elektoral yang mana kita tahu mengikut kerusi yang banyak di Parlimen ataupun di Dewan Undangan Negeri, ada negara mengamalkan

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

demokrasi. Akan tetapi sistem pilihan raya, dia buat sistem propositionate representation seperti Indonesia, Perancis, mereka guna. Ada negara yang pakai dua sistem macam di Singapura. Singapura ini Tuan Yang di-Pertua, sebelum Jun 1988 dia hanya mengamalkan SMC, ia hanya mengamalkan Single Members Constituency. Akan tetapi pada hari ini, selepas tahun 1988 ia ubah sistem. Pada masa kini dua sistem ia pakai. Satu, Single Members Constituency ataupun SMC, ada 12 kawasan di sana. Satu lagi dipanggil Group Representation Constituencies (GRC) ada 15 kawasan, di mana di bawah GRC ini, the winners take all. Apa yang saya hendak bagi tahu dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita ada undang-undang kita. Bak kata pepatah Melayu, “Lain padang, lain belalang”, dan “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” Tadi Yang Berhormat Gombak hendak suruh ikut dengan Britain. Ikut apa? Kalau kata dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 116 sudah ada panduan yang telah diberi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Empat garis panduan diberi, Artikel 116 bagaimana untuk kita membahagikan kawasan-kawasan pilihan raya. Sebab apa kita nak ikut Britain? Kalau nak ikut Britain, kalau kita akui Britain itu betul, yang kita sekarang ini ikut sistem Britain tetapi mengapa di Britain, mereka boleh menerima dan mematuhi keputusan pilihan raya secara elektoral? Tidak ada popular. Sekarang saya nak ambil contoh. Mungkin Gombak, dia lupa tanya Britain, pilihan raya di Britain tahun 2010, parti Konservatif memperoleh hanya 36%. Menang 36% dia dapat undi popular dia. Undi dia lebih kurang 10,000,683 undi. Akan tetapi walaupun dia undi popular, Britain ini, 36% Tuan Yang di-Pertua, dia tak boleh tubuh kerajaan. Kalau nak ikut undi popular, parti Konservatif boleh tubuh kerajaan sebab dia mendapat undi popular 36%. Akan tetapi kerana Kerusi yang dia menang hanya 47% iaitu 305 Kerusi, tak cukup nak tubuh kerajaan di Britain, Konservatif tak cukup. Sebab itu kerana di Britain, di ada 650 Kerusi, dia perlukan 326 Kerusi. Sebab itu ia kena buat coalition dengan LDP. Kalau nak pakai undi popular, tak payah buat coalition dengan LDP ini. Akan tetapi kenapa Konservatif terpaksa membuat coalition? Kerana dia mematuhi undang-undang negara tersebut nak tubuhkan kerajaan, bukan berdasarkan undi popular tetapi berdasarkan kepada majoriti Kerusi di Dewan Parlimennya. Di Amerika, kita tengok apa berlaku di Amerika. Tahun 2000 di Amerika, waktu Al Gore mewakili parti Demokrat. Dia telah pun menang undi majoriti. Undi yang diperoleh oleh Al Gore ialah 50,999,897 lebih banyak daripada undi George W. Bush. George W. Bush hanya dapat 50,456,002, lebih dekat 500,000 undi...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Taiping bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Lebih daripada... Saya akan bagi. Jangan takut. Bagi saya habiskan point saya dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah dulu Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya akan bagi. Tengok. Kalau nak undi popular, tentulah patutnya Al Gore yang menang. Akan tetapi ia berbalik juga kepada sistemnya, iaitu bergantung juga kepada undi di negeri-negeri. Ini kerana kalau di Republikan mendapat 271 undi berbanding dengan Demokrat hanya 266 undi, maka akhirnya Mahkamah Persekutuannya memutuskan yang menjadi Presiden ialah George W. Bush bukannya Al Gore. [Tepuk] Ketua Pembangkang kena belajar dengan Al Gore. Ini sahabat baik dia ini. Takkan dia tak ajar, takkan dia tak cakap. Hormatilah undang-undang dan juga keputusan yang telah pun dibuat yang ada di dalam negara kita mengikut perlembagaan yang telah kita tetapkan...

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi itu Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku dalam negara kita ini...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh bagi laluan? Penjelasan sahaja.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya akan bagi, don’t worry. Saya akan bagi. Bagi saya habiskan point saya dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat duduk dulu, yang lain duduk dulu Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kadang-kadang apa Yang Berhormat nak tanya, saya belum habis cakap. Biar saya habis cakap dulu, lepas itu bagi Yang Berhormat tanya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kawan di belakang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya mesti bagi. Jangan takut, saya mesti bagi punya. Bagi saya habis cakap dulu. Apa yang berlaku Tuan Yang di- Pertua, pihak pembangkang cuba nak ubah sistem. Daripada sistem electoral, hendak dijadikan undi popular, tak boleh. Sebab ini yang kita amalkan dalam Perlembagaan kita. Setiap apa yang ada dalam negara kita, ada sistem. Kita ambil satu contoh untuk dibuat analogi. Sistem kehakiman dalam negara kita. Ini ramai lawyer di sebelah sana. Yang Berhormat Sepang pun lawyer. Menang pun nasib sajalah. Okey, dulu lawan Yang Berhormat Tanjong Karang. Okey Yang Berhormat Sepang, kita tengok sistem kehakiman. Apa sistem kehakiman kita? Kita mengamalkan sistem yang mana the highest court, mahkamah yang lebih tinggi boleh overrule keputusan mahkamah yang lebih rendah. Ini yang kita pegang. Ini yang kita amalkan. Kita tak pakai sistem majoriti hakim. Tak ada. Saya ambil contoh kes liwat yang telah dituduh kepada Ketua Pembangkang. Kita ingat ada berapa hakim mendengar kes dia, tujuh hakim. Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Ketua Pembangkang bersalah dalam liwat. Tak puas hati, rayu pada Mahkamah Rayuan. Tiga hakim di sana. Tiga-tiga hakim kata dia bersalah. Sudah empat orang hakim kata dia bersalah. Rayu lagi pada Mahkamah Persekutuan. Tiga hakim dengar. Daripada tiga hakim dengar, dua kata dia tak bersalah sebab teknikal walaupun hakim kata berlakulah seksual sebagainya tetapi teknikal, satu hakim kata masih lagi bersalah. Ertinya dalam kes liwat Ketua Pembangkang, daripada tujuh hakim dengar, lima kata dia bersalah. Dua kata dia tak bersalah. Akan tetapi kenapa dia boleh lepas? Sebab sistem kita menghormati sistem yang mana Mahkamah Tinggi boleh overrule keputusan mahkamah lebih rendah. Kalau kita nak pakai sistem majoriti hakim, kalau tujuh hakim dengar kes, lima kata bersalah, dua kata tak bersalah, tentu dia takkan lepas daripada penjara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya ingin mendapat penjelasan daripada Tanjong Karang bahawa Pakatan Rakyat hanya mencadangkan supaya persempadanan kawasan mencerminkan undi popular rakyat supaya ia lebih adil dan mencerminkan kehendak rakyat majoriti. Itu hasrat sistem demokrasi. Jadi Yang Berhormat Tanjong Karang setuju tak kalau ada kawasan di mana ada 150,000 undi dan ada kawasan hanya 18,000 undi, kita mesti memperbetulkan kepincangan ini kerana ia tidak mencerminkan kehendak yang lebih adil. Setuju atau tidak setuju? Itu sahaja.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya faham. Duduk dulu. Saya faham Yang Berhormat. Sebab itu Yang Berhormat bacalah Perlembagaan Persekutuan. Bacalah Artikel 116. Dalam kita nak membahagi kawasan pilihan raya ini, bukan bergantung kepada kepadatan penduduk sahaja, kawasan pilihan raya pun mesti diambil kira. Sebab itu kita lihat negara kita sedang membangun. Macam saya ambil di Selangor. Betul saya punya kawasan di Tanjong Karang, betul pengundinya tidak ramai, hanya 42,000. Akan tetapi kawasan saya kena jaga adalah 763 kilometer persegi. Hendak dibandingkan dengan kawasan Ampang ada 83,000 pengundi. Kawasan dia hanya 45 kilometer persegi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh kerana itu, dalam Parlimen, saya dengar ramai daripada pembangkang ataupun pihak Barisan Nasional, setiap kali kita bercakap, mesti dia bercakap soal kawasan kita. Sebab kita nak membangunkan kawasan kita. Oleh itu dalam kita nak menjaga pilihan raya kita, kita kena mengikut kawasan di samping kepadatan penduduk tetapi kawasan pilihan raya juga mesti diambil kira. Ini sistem yang telah kita gunakan dan kita sedia maklum, apabila nak buat kawasan pilihan raya, dia ada berbagai-bagai proses. Dia kena buat public hearing di mana rakyat boleh kompelin, wakil rakyat boleh kompelin. Kalau pengundi dalam kawasan itu nak kompelin, ada syarat. Mesti ada 100 undi berdaftar, baru boleh kompelin...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Setiu bangun di belakang sana.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Tak bersetuju. Jadi sebab itu pihak SPR kena bagi justifikasi.

Jelebu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Sebab apa? Dia mengikut kawasan-kawasan pilihan raya yang baru dan pihak yang kompelin boleh buat. Tak ada masalah. Masalahnya sekarang ini ialah, pihak pembangkang tak mahu terima kenyataan. Kata ada pengundi hantu. Kita ada daftar. Lepas kita sudah daftar, kita ada tempoh bantahan. Dua minggu tak silap saya, dua minggu. Bantahlah masa itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Jelebu bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Kenapa sekarang ini bila sudah diwartakan sebagai pengundi, oh baru nak timbul, ini pengundi hantu, ini pengundi hantu. Eh, 40,000 Bangladesh itu nak letak mana, ada masuk di dalam petisyen?

Tak ada.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak ada. Habis macam mana tuduh nak tipu rakyat. Kita tak boleh, nak memperdayakan rakyat. Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu simple majority dan undi popular daripada awal sidang dibangkitkan. Jadi saya fikir dan berpendapat bahawa pembangkang nak sangat jadi kerajaan. Hendak bentuk kerajaan mengikut peraturan dan kepercayaan mereka berasaskan undang-undang di tempat lain. Ini sudah dijelaskan banyak kali. Yang Berhormat Tanjong Karang setuju kah untuk menyelesaikan masalah ini, kita cadangkan kepada pembangkang yang nak pakai undi popular ini untuk menubuhkan kerajaan supaya mereka boleh tubuh kerajaan sendiri kerana mereka ada pengalaman menubuhkan kerajaan waima di bawah pokok sekali pun...

[Ketawa]

Jadi setujukah Yang Berhormat Tanjong Karang agar mereka boleh menubuhkan kerajaan di bawah pokok sebagaimana pengalaman mereka. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia masalah pembangkang ini, dia tidak mahu menerima kenyataan. Macam di Perak dahulu, sudah betullah tiga ADUN dia lompat, hah! Dia pergi juga buat kerajaan di bawah pokok. Jadi bila pembangkang tidak mahu menerima realiti apa yang berlaku, dan mereka hendak memperjuangkan hak mereka. Saya ambil kata kalau kita hendak kira undi popular ‘1man, 1vote’ ini, saya tengok di Selangor Yang Berhormat, Selangor kita menang lebih 30...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kita hendak masuk Dewan, Barisan Nasional yang menghalang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti dahulu. Di Selangor, kita menang 39% undi. Kalau hendak kira undi popular di Selangor, bermakna kita mesti ada

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebanyak 39% daripada 56 kerusi. Hampir 20 orang sepatutnya ADUN Selangor daripada Barisan Nasional tetapi hari ini kita hanya ada 12. Sama juga di Sabah tadi Yang Berhormat Putatan cakap, kita boleh terima tidak ada masalah. Walaupun kalau hendak kira, patut undi popular, kita dapat hampir 40% undi di negeri Selangor tetapi wakil kita di dalam Dewan Undangan Negeri kurang daripada 40% tetapi kita boleh terima. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, yang mengelirukan rakyat ini bukannya SPR. Yang memperdayakan rakyat bukannya SPR, tetapi pihak pembangkang...

Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ambil contoh dia memperdayakan rakyat sampai boleh buat berbagai-bagai program Blackout 505, macam- macam. Untuk apa, untuk apa? Untuk menipu rakyat! Kehebatan pembangkang ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja rakyat biasa dia boleh tipu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan pun dia boleh perdaya, macam mana seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan…? Tanya budak Darjah 1, kalau Barisan Nasional 133, dia pula ada 89, kalau undi tentulah banyak 133…

Point of order, point of order.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tanya budak Darjah 1 tetapi saya pun hairanlah, apa cara keyakinan ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, point of order. Sebentar Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nantilah. Saya belum habis bercakap ini. Bagilah. Saya tidak bagi floor.

Tadi, tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order berapa Yang Berhormat?

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Saya rujuk kepada ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, yang sama dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

What is the point of order?

Ruling yang sama, ruling yang sama. Sangkaan jahat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

No. You’re wasting time lah. Tidak payahlah.

Ini 36(6).

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa, apa itu, apa dia cakap? Point of order apa?

Sebab tadi Tuan Yang di-Pertua buat ruling.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Point of order berapa?

Orang yang tidak ada dalam Dewan bila you lemparkan tuduhan seperti itu, itu tidak fair.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini point of order apa ini?

Tadi semasa perbahasan oleh Yang Berhormat Kinabatangan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah. Tidak ada isu. Yang Berhormat boleh teruskan, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua telah keluarkan point of order. Dia telah buat ruling bahawa seseorang yang tidak ada di dalam Dewan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, cukuplah.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini apa ini, you cakap apa ini? You tidak tahu undang-undang kah? Duduklah, you duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada isu, Yang Berhormat. Ya, boleh teruskan Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dalam Parlimen ini, ada dua sebab, ada dua cara kalau Yang Berhormat hendak bangun. Pertama, bila minta laluan. Kalau saya bagi laluan Yang Berhormat boleh bangun, cakap. Dan yang kedua, point of order. Sebut betul-betullah, point of order yang macam mana. Jadi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat ini, tadi Yang Berhormat Gombak pun ada bangkit. Semua pembangkang bangun pertikaikan. Oh! Mengapa masa mengundi dahulu mesti tulis nama. Kita tidak tahu macam mana mungkin dia sudah yakin yang dia macam Yang Berhormat Gombak kata tadi dia kata ada Ahli Barisan Nasional yang hendak buat perubahan, yang mungkin konon meyakinkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. You do not worry even though we have 88, I can guarantee you. You can win sebab saya sudah beli, 30 Barisan Nasional akan memangkah. Ini yang berlaku tahun 2008. Sama juga 16 September, berlaku benda yang sama [Disampuk] Khayal! Hari ini dia hendak tipu siapa? Rakyat dia tipu, Hakim Mahkamah Persekutuan kena tipu, Ahli Parlimen dia pun kena tipu. Oleh sebab itulah bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu lari sebab dia pun kena tipu. Dia sudah pakai kot, sudah hendak jadi Menteri. Juga hari ini Tuan Yang di-Pertua, kawan baik dia Jusuf Kalla pun kena tipu juga…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun Yang Berhormat.

Minta laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi ini, mereka yang tipu rakyat. Mereka yang memperdayakan rakyat, memperdayakan semua orang. Bekas Naib Presiden Indonesia, kawan baik Ketua Pembangkang dedahkan. Eh! Selepas itu Yang Berhormat Bukit Gelugor pula hendak suruh minta maaf. Minta maaf buat apa?

Minta laluan Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita hendak beritahu kepada Jusuf Kalla, jangan minta maaf. Ini kenyataan yang dibuat.

Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.

Minta laluan Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang minta laluan ini boleh bangun sahaja tidak perlulah mendesak yang sedang berucap. Kerja Tuan Yang di-Pertua untuk memohon mengambil perhatian yang sedang berucap itu sama ada hendak minta laluankah tidak. Jadi hendak bagi yang mana satu Yang Berhormat. Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bintulu, dan Yang Berhormat Kapar.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya hendak minta pandangan sedikit dari Yang Berhormat

Tanjong Karang mengenai kawasan Bentong ini. Dia jadi huru hara dalam itu malam kita kira undi. Dia kata banyak, blackout semua, macam-macam, saya pun terlupa. Maki sama kita Barisan Nasional macam-macam. Akhir sekali daripada Pakatan Rakyat punya wakil rakyat DUN, dia beritahu, dia ada duduk dalam Dewan, langsung tidak ada blackout. Minta komen sedikit daripada Yang Berhormat apa cerita ini?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu kita hendak tunggu, hendak tunggu dalam petisyen mereka. Tadi yang kata – okey, kita tunggu petisyen. Ada atau tidak dalam petisyen itu nanti timbul soal blackout ini. Kita tahu kata Yang Berhormat Gelang Patah blackout, dia menang. Yang Berhormat Lembah Pantai dia kata blackout, dia menang. Bentong kita hendak tengok. Saya tidak tahu petisyen dia ada atau tidak disebut di dalam petisyen dia mengenai blackout. Kalau betul tolong sebut di dalam petisyen untuk mahkamah memberikan pertimbangan. Kalau betul ada pengundi hantu Bangla, bagi tahu. Ini aniaya Tuan Yang di-Pertua. Nasib baiklah Yang Berhormat Baling ini orang sudah kenal. Kalau tidak Yang Berhormat Baling, kalau orang tidak kenal pergi mengundi pun kena pukul juga. Yang Berhormat Sepang pun agaknya kalau pergi mengundi pun dipukul juga sekali. Ini Bangla nanti ini…

Ini sudah bagi banyak sangat Yang Berhormat, Sepang...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Jerantut bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak mengapalah. Saya sebut sahaja, duduklah. Yang Berhormat sudah kalah, duduklah. Tidak payah, tidak payah, tidak payah.

Apa yang kalah ini, kalah apa, apa yang kalah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dahulu tahun 2008 lawan saya, kan?

Allah, tahun 2008.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk. Okey Yang Berhormat, saya hendak beritahu…

Apa punya standard ini?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bahawa di dalam petisyen, kita hendak tengok, apa, kalau kita hendak tengok...

Kalau macam ini punya standardlah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang dahlah Yang Berhormat Sepang. Menang pun undi nasib. Undi nasib, kalau ikut undi popular, bekas UMNO, tidak bertanding dia pun kalah. Sudahlah, duduklah, menang nasib.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat Sepang.

Ingat takutkah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Menang nasib. Apa tanya soalan, okey tanya soalan? Okey sila tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Saya hendak beritahu, adakah Yang Berhormat Tanjong Karang ada membaca keputusan Likas. Baca atau tidak keputusan? Tanya dahulu. Baca atau tidak baca? Keputusan kes Likas, baca atau tidak, baca atau tidak? Baca atau tidak? Baca kah atau tidak?

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya kalau...

Jawab sahaja dahulu, bacakah atau tidak?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau macam ini soalan seorang peguam, tidak layak jadi peguamlah.

Allah, saya sudah 17 tahun jadi peguam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, tidak boleh berdialog macam ini.

Saya hendak tanya dahulu, kalau dia baca...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, sudahlah. Saya sambung, duduk. Saya sudah tahu dah. Buang masa saya. Bukan standard sayalah hendak lawan dia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau dia baca, senanglah hendak jawab.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduklah!

Kalau dia baca, senang saya hendak tanya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini Dewan, bukannya mahkamah.

Kalau tidak baca, sebab hendak kenalah, tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baiklah, sudahlah. Tidak payahlah. Buang masa saya sahaja. Kalau macam ini standard peguam dia, buang masa saya sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Jerantut?

Bagi saya peluang saya hendak tanya soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, cukuplah Yang Berhormat.

Dalam kes Likas itu diberitahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang.

...Bahawa ada bantahan terhadap daftar pemilih tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya ....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau Yang Berhormat jadi lawyer, bawalah kes Likas itu dalam mahkamah. Bukan dalam Dewan.

Kes Likas itu kes mahkamahlah. Itu pun tidak faham macam mana hendak jadi Menteri. Duduklah!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah! Duduklah! [Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini bukan mahkamah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan bodoh!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You ada kes Likaskah, you ada kes Pasir Putihkah, you ada apa-apa kes, dalam mahkamah, dalam mahkamah...?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan dekat sini.

Kes Likas pun tidak tahu, baik duduklah. Ini peguam apa ini, peguam apa ini?

Baca sejarah dahulu baru hendak bercakap. Jangan auta sudah. [Ketawa]

[Bangun]

Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, cukup Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kapar, minta duduk Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini lawyer buruklah. Tidak boleh pakai punya lawyer.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat. Tidak bagi jalan, tidak bagi jalan. Duduklah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak kata penipuan ini ataupun kalau tidak kata penipuan, memperdaya ini. Ini di dalam PKR ini kalau hendak kira popularlah, kalau hendak kira popular, siapa yang popular di antara ketiga-tiga parti?

[Bangun]

Awak yang tidak popular.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa yang popular?

Saya sudah jawab sudah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Parti yang popular ialah DAP.

Saya sudah jawab sudah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

DAP yang popular.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, minta duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak ada, saya tidak ada. Yang popular antara tiga parti ini ialah DAP.

Fitnah Tuan Yang di-Pertua! Fitnah!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab DAP dia...

Beri saya jawab!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Bertanding 51 Kerusi, menang 38 Kerusi.

PKR hendak jawab dia tidak berani.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

PKR bertanding 99 Kerusi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, tidak boleh mencelah macam itu Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Menang 33 Kerusi, 66 Kerusi kalah tetapi hairan macam mana Ketua Pembangkang datang dari PKR? Hendak kira undi popular Ketua Pembangkang waktu pilihan raya kecil, PKR dan Ketua Pembangkang hanya menang 15,000 undi...

Puan Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah

Yang Berhormat...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Selepas itu pilihan raya baru ini sudah kalah, turun tinggal 11,000 undi. Mana ada kata popularnya? Akan tetapi hairan macam mana boleh jadi Ketua Pembangkang? Popularnya Yang Berhormat Gombak, hebat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Masjid Tanah bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Popularnya Yang Berhormat Gombak, saya tahu dia popular. Yang Berhormat Gombak, cuba tengok, dia duduk jauh daripada Yang Berhormat Pokok Sena, hairan! Sepatutnya bagilah Yang Berhormat Gombak duduk lebih senior daripada Yang Berhormat Pokok Sena,

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

sebab Yang Berhormat Gombak Timbalan Presiden. Yang Berhormat Pokok Sena Naib Presiden.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Betul, betul, betul.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia tidak faham! Macam mana ini susunan Kerusi ini? [Ketawa] Sebab apa? Tuan Yang di-Pertua, kerana apa? Dua beza. DAP dia cerdik, dia hendakkan kuasa. PKR hendakkan jawatan. Dia penting jawatan, kuasa siapa? Kuasa DAP...

Betul, betul, betul.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Di negeri Selangor, PAS 15 Kerusi, DAP 15 Kerusi, PKR jadi Menteri Besar. Nasib baiklah Perlembagaan Negeri Selangor mengatakan hendak jadi Menteri Besar Selangor mesti Melayu beragama Islam. Kalau tidak, tentulah DAP mungkin jadi Menteri Besar tetapi DAP tidak percaya dengan PAS...

Eh! Kalau DAP jadi Menteri Besar... Laluan, laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Beri kepada PKR. Itu Yang Berhormat Gombak tidak puas hati itu [Ketawa]

Laluan, laluan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi akhirnya...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hah! Ini okey. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pokok Sena saya punya partner, okey. Hah! Barulah standard.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Ya, tidak karam di lautan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat, volume control Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, sudah bakal last....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, control volume Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi Yang Berhormat Tanjong Karang kata, rakan saya Yang Berhormat Sepang itu nasib baik menang. Memang saya bersetuju, dia nasib baik menang sebab Yang Berhormat Tanjong Karang taja calon bebas [Ketawa] Itu maknanya satu..., baguslah maknanya kita kerjasama politik untuk memenangkan, dan saya pun hormat, tabik walaupun Yang Berhormat turun daripada sebelah sana ke sebelah sini tetapi semangat berkobar-kobar, okeylah. Inilah dia Ahli Parlimen contoh yang perlu dicontohi oleh rakan-rakan yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tanjong Karang taja.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Pokok Sena, ini soalan saya ingat lebih teruk daripada Yang Berhormat Sepang. [Ketawa] Macam mana... [Ketawa] Yang Berhormat Sepang lawannya naib presidenlah nanti, time itu. Akan tetapi Naib Presiden sudah banyak kosong, satu orang sahaja yang menang. Lain ini sudah meroyan.

Laluan, laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Kalau DAP jadi Menteri Besar, apa masalah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudahlah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang tidak beri jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang duduk Yang Berhormat.

Apa yang masalah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, Tuan Yang di-Pertua...

Mereka bukan rakyat Malaysia kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tegaskan yang sebenarnya yang memperdayakan rakyat ialah pembangkang, bukannya SPR. [Tepuk] SPR telah mereka satu sejarah, 85% lebih keluar mengundi. Macam mana yang kata kita hendak tipu? Sistem kita satu pengundi bagi dua kertas undi. Bukannya apabila kita masuk undi, kertas Parlimen bagi lain, waktu lain kita mengundi kertas ADUN, undi lain. Kita bagi dua kertas undi. Kalau kata kita menipu, tentu kalau Parlimen kita menang semua tetapi kita

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

tengok ada Parlimen kita kalah, ada ADUN kita menang, ada ADUN kita kalah, ada Parlimen kita menang. [Tepuk] Tidak mahu terima kenyataan lagi?

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi oleh itu, kita ini, yang dakwat kekal ini. Dakwat kekal ini kita sudah ada sistem.

Sistem apa?

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa yang mengundi semua wakil-wakil parti ada jadi polling agent di dalam. Sebut nama, potong nama. Sebut nama, potong nama. Apa lagi yang hendak? Jadi sebab itu saya kata tadi bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, duduklah Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Tanjong Karang tidak beri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu bahawa tuntutan yang dibuat oleh Blackout 505 ini tidak betul. Ini pengarah strategi fitnah rakyat dan juga membohongi rakyat ini, Yang Berhormat Pandan ini pun sama juga itu. Dia punya strategi itu. Dia strategi membohongi rakyat Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya hendak beritahu bahawa, saya hendak minta bahawa SPR jangan letak jawatan. Malah kita kena ucap tahniah kepada SPR yang telah berjaya menjalankan pilihan raya dengan begitu adil. Isu yang kedua, ini tadi saya dengar Yang Berhormat Parit Buntar pun cakap soal perkauman. Yang Berhormat Gelang Patah pun bercakap soal perkauman. Saya hendak beritahu dalam Dewan yang mulia, kalau mana-mana pihak yang bercakap mempertahankan apa yang ada di dalam perlembagaan itu bukannya perkauman. Kalau saya sebagai anak Melayu bercakap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, itu bukan perkauman tetapi kalau ada mana-mana pihak yang cuba hendak mencadangkan UiTM mesti dibuka kepada bukan bumiputera, itu perkauman namanya. [Tepuk] Kalau saya sebagai orang Islam mempertahankan bahawa agama Islam mesti lebih tinggi daripada agama-agama lain, tidak boleh diletak sama taraf dengan agama- agama lain kerana itu dalam perkara 3 perlembagaan mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan. Agama-agama lain bolehlah diamalkan dengan aman dan ini ditambah lagi dengan Artikel 11(4). Baca Artikel 11(4) bahawa kebebasan beragama kata apa? Artikel 11(4) ialah kebebasan beragama. Dia cakap apa? Memang semua boleh mengamalkan kebebasan beragama tetapi tertakluk kepada Artikel 11(4). Apa Artikel 11(4) kata?

Apa dia kata?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bahawa kerajaan negeri boleh membuat undang-undang supaya agama-agama lain tidak boleh didakwahkan di kalangan orang Islam. Ini menunjukkan bahawa agama Islam agama yang paling tinggi. Agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan agama orang Islam. Ini dalam perlembagaan. Kalau saya bercakap sedemikian, saya bukan perkauman tetapi mana-mana pihak yang bercakap soal pluralism, soal hendak Interfaith Commision itu perkauman. [Tepuk] Kalau saya bercakap bahawa Askar Melayu hanya untuk orang Melayu. Itu tidak perkauman.

Laluan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Laluan, laluan. Penjelasan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti dahulu. Saya akan beri jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat? Tidak beri jalan, duduklah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You penyokong tidak standard, you duduklah!

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Penjelasan, laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, sila duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak beri jalan.

Perkauman dengan perbezaan agama pun tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Perkara 153 pun tidak baca dengan baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas.

Perkara ini mana ada kaitan dengan perkauman.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya hendak beritahu Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Penjelasan, penjelasan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau saya bercakap bahawa Askar Melayu hanya untuk orang Melayu, saya tidak perkauman tetapi kerana apa? Dalam artikel 8(5)(f) sebut, “Askar Melayu hanya untuk orang Melayu" Akan tetapi kalau ada mana- mana pihak yang cuba hendak mencadangkan Askar Melayu dibukakan kepada bukan Melayu, itu perkauman. Ini kerana bertentangan dengan perlembagaan. Salahkah kita mempertahankan hak kita yang ada di dalam perlembagaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas, duduklah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Salahkah, ya?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Perkara 153.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, apa you hendak cakap? Okey, peraturan? Okey, sila.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Hendak dapat penjelasan. Memang kita semua menerima Perkara 153, hak istimewa atau kedudukan istimewa untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Akan tetapi dalam peruntukan ini jelas peruntukan kuota yang hendak diadakan itu reasonable proportion. Itu tidak bermaksud kita boleh adakan mana-mana satu institusi untuk satu-satu bangsa sahaja. Harap baca baik-baik dan jangan memberi tafsiran yang tidak betul. Kita hendak satu sistem yang adil mengikut Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya faham. Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tahu sejarah MARA. MARA ini ditubuhkan zaman penjajah lagi waktu ditubuhkan RIDA. Sebab apa penjajah tubuhkan RIDA? Ini kerana penjajah tahu orang Melayu ini ketinggalan zaman, tertindas dan miskin. Oleh sebab itu British ada perasaan hendak tolong orang-orang luar bandar. Ada selepas RIDA ditubuhkan MARA. MARA ditubuhkan bawah artikel 153. Oleh sebab itu MARA jelas memang untuk golongan bumiputera. Fakta MARA ditubuhkan di bawah perkara 153, UiTM dahulunya ialah bawah MARA. Ini jangan hendak cakap banyaklah. Ada juga orang-orang Melayu yang dahulu Gred 3 SPM masuk MARA kerana apa? Hendak bagi peluang kepada orang Melayu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi sudah banyak institusi- institusi lain yang dibuka kepada semua bangsa. Mengapa UiTM jadi mangsa? Itu perkauman dan akhirnya saya hendak beritahu bahawa Tuan Yang di-Pertua saya hendak minta rakan-rakan....

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Beliau sudah habis masa Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tanjong Karang, 152 sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Eh! Ini lawyerkah? Lawyer mesti tahu peraturan. Baca dahulu peraturan mesyuarat. Tidak ada beri peluang, you duduklah!

Okey, saya minta laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak ada laluan, saya tidak nak beri. You are not my standard, you duduk!

Takutkah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak takut sebab you tidak ada standard.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak ada kelas saya hendak lawan. You duduk! Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, minta baca ucapan Tun Tan Cheng Lock. Bacalah ucapan Tun Sambanthan dalam Dewan yang mulia ini. Pemimpin-pemimpin yang perjuangkan kemerdekaan. Apa mereka cakap? Mereka memberi penghargaan kepada orang-orang Melayu, baca dalam Hansard ada. Baca. Ia menunjukkan bahawa kerana apa, kerana mereka tahu betapa susahnya hendak mencapai kemerdekaan. Saya hendak ulang lagi bahawa kita tahu bahawa memang UMNO ditubuhkan pada 1946. Kenapa UMNO ditubuhkan? Untuk melawan Malayan Union. Ini pengorbanan kita.

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini yang dikatakan social contract. Social contract you tahu, you are a lawyer, mesti ada consideration...

Yang Berhormat Tanjong Karang, bagi laluan lah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa consideration kita? Orang Melayu sanggup berkorban supaya bagi warganegara kepada bukan Melayu. Orang bukan Melayu juga berkorban, mereka juga sanggup meletakkan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dimaktubkan di dalam perlembagaan. Tujuh wasiat Raja-raja Melayu Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita pakai common law, tidak ada written constitution, they are considered as a common law dalam negara kita. Ini yang kita kena pegang, asas kita. Jangan lari daripada social contract, jangan menyelewengkan. Kalau ini kita pegang, kalau perlembagaan kita junjung seperti kita angkat sumpah, saya yakin kita boleh hidup dengan baik, demokrasi berjalan dengan baik, bukannya demokrasi jalanan. Terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Takut... [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekianlah amukan daripada Tanjong Karang [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu kerja Tuan Yang di- Pertua Yang Berhormat, tidak payah cakap itu. Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya rasa di antara DAP dan PKR, mana satu yang lebih popular, saya tidak ada komen. Akan tetapi saya rasa mestilah ini yang menyebabkan Yang Berhormat Tanjong Karang tidak begitu popular lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini yang popular!

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Sebab dia pindah dari sana ke backbencher.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau saya dekat sana, saya tidak cakap macam tadi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia di Parlimen pada hari Rabu yang lalu, penerimaan rakyat Malaysia terhadap konsep Gagasan 1Malaysia telah mencapai tahap 86.4% berdasarkan satu kaji selidik terhadap lebih kurang 30,000 responden yang meliputi masyarakat pelbagai kaum. Akan tetapi soalan saya, sekiranya rakyat jelata menerima Gagasan 1Malaysia ini yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, kenapa penerimaan rakyat jelata terhadap Barisan Nasional hanya mendapat 47% dalam PRU Ke-13. Pandangan saya adalah kerana Barisan Nasional sendiri pun telah mengkhianati konsep 1Malaysia ini...

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kulim - Bandar Baharu bangun Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Nanti, nanti, nanti. Biar saya habiskan point saya dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduk dahulu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya cadangkan Yang Berhormat bertanding di Filipina lah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Dengar saya ucaplah Yang Berhormat Kinabatangan. Menurut jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, asas kepada konsep 1Malaysia ini ialah bagaimana untuk meningkatkan kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat. Akan tetapi menurut jawapan Menteri Pendidikan kepada soalan saya bertarikh 27 Jun 2013. Di bawah RMKe-8, RMKe-9 dan RMKe-10, jumlahnya kita telah membina 523 buah sekolah rendah. Akan tetapi antara 523 buah sekolah rendah ini, 500 buah sekolah adalah sekolah kebangsaan iaitu 95%. Manakala pada masa yang sama, SJK(C) hanya telah dibina 19 buah, iaitu 3.6%. SJK(T) hanya empat buah sekolah, di antara 523 buah sekolah iaitu 0.8% sahaja. Ini menunjukkan bahawa, kalau kita cakap bahawa aspek utama Gagasan 1Malaysia ialah sikap saling hormat-menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, saya rasa hak pendidikan bahasa ibunda untuk kaum Cina, kaum India, kaum Kadazan, kaum Iban ini telah dipinggirkan. Isu kedua yang saya hendak sentuh pada hari ini adalah tentang krisis jerebu yang melanda negara kita. Krisis jerebu ini yang telah semakin serius ini telah mengakibatkan lebih daripada 1,500 buah sekolah di Johor...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jerebu sudah habis.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Melaka, Selangor, Kuala Lumpur. Siapa boleh bagi aku janji bahawa jerebu ini tidak akan ‘balik’? Masalah jerebu ini berlaku...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tanya Indonesia.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Semasa saya masih seorang budak dan sekarang saya pun sudah menjadi seorang ibu. Akan tetapi masalah jerebu ini sekarang masih mengganggu anak saya. Tuan Yang di-Pertua, saya amat risau. Saya takut kalaulah Barisan Nasional terus memenangi PRU ini melalui cara penipuan, saya takut cucu-cucu saya juga akan terus dihantui oleh masalah jerebu ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, bukankah itu yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ini kerana slogan UMNO ini adalah ‘Dulu, Kini, Selamanya’. Jadi, saya takutlah masalah jerebu ini mungkinlah juga akan berlangsung secara selama-lamanya sekiranya Barisan Nasional terus memerintah. Jadi, di sini saya hendak minta satu aku janji daripada Menteri kita, daripada Kerajaan Barisan Nasional, sampai bila masalah jerebu ini tidak akan berulang lagi? Adakah boleh kita semua di sini minta satu aku janji daripada Menteri bahawa pada tahun depan, masalah ini tidak akan berulang ataupun kita boleh dapatkan komitmen daripada Jemaah Menteri ini bahawa masalah ini akan diselesaikan dalam tempoh masa satu, tiga ataupun lima tahun? Saya rasa sudah sampai masa untuk Jemaah Menteri ini untuk memberi satu perjanjian sampai bila masalah ini boleh diselesaikan secara selama-lamanya. Pada masa yang sama rasa Kerajaan Barisan Nasional juga telah gagal untuk memastikan bahawa harga topeng muka tidak naik semasa krisis jerebu ini. Sebelum krisis ini bermula topeng muka N95 adalah dijual pada harga RM2.50 sekeping, ada orang yang jual dengan harga RM4 sekeping. Walau bagaimanapun di tangan saya, saya ada sekeping resit. Ini menunjukkan bahawa sebuah farmasi di Batu Pahat. Farmasi ini bernama Kinabalu Farmasi yang menjual face mask N95 ini dengan harga RM8 sekeping. Saya juga terima maklumat daripada orang ramai bahawa ada sebuah farmasi di Pulau Pinang yang menjual topeng muka ini pada harga RM13.50. Jadi, saya rasa sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak mampu untuk menyediakan topeng muka N95 yang mencukupi kepada golongan miskin, golongan yang kurang sihat, saya rasa sekurang-kurangnya pihak kerajaan perlulah memastikan bahawa tiada kenaikan harga masa yang kritikal ini. Hakikatnya, topeng muka telah diiktirafkan sebagai barang harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan juga barang kawalan di bawah Akta Kawalan 1961. Walau bagaimanapun harga maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah langsung tidak berpatutan. Sebagai contoh, harga maksimum topeng muka tiga lapis yang ditetapkan oleh kementerian adalah 80 sen seunit ataupun RM25 sekotak. Walau bagaimanapun, harga untuk topeng muka tiga lapis sebelum krisis jerebu hanyalah 40 sen sekeping ataupun RM10 untuk satu kotak. Sama juga bagi topeng muka N95. Harga maksimum yang ditetapkan oleh kementerian adalah RM6 sekeping atau pun RM100 sekotak yang mengandungi 20 keping. Walau bagaimanapun orang ramai bolehlah membeli topeng muka N95 pada harga RM3 sahaja sebelum krisis jerebu berlaku.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi adalah jelas bahawa harga maksimum yang ditetapkan oleh kementerian adalah terlalu tinggi dan membenarkan pencatutan. Oleh yang demikian, saya menyeru Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengkaji semula harga maksimum topeng muka yang ditetapkan segera dan mengelakkan peniaga-peniaga yang tidak beretika untuk mengambil kesempatan. Isu ketiga yang saya hendak sentuh pada hari ini adalah tentang Kuo Kuang Petrochemical Technology Company, dengan izin di Pengerang. Saya telah menghadiri sesi dialog yang dianjurkan oleh perunding Kuo Kuang di Pengerang pada 19 Mei 2013 dan saya mestilah menyatakan di sini bahawa cara sesi dialog tersebut dianjurkan adalah amat tidak memuaskan. Bukan sahaja sesi dialog tersebut gagal untuk menjelaskan keraguan rakyat terhadap projek tersebut tetapi ia menimbulkan lebih banyak isu yang baru. Pertama, walaupun dialog ini dipanggil dialog bersama penduduk, kajian penilaian impak alam sekitar terperinci terhadap cadangan pembangunan loji penapisan minyak dan petrokimia di Pengerang, Johor, pembentangan konsultan tersebut adalah kajian selidik ekonomik sosial. Konsultan Kuo Kuang langsung tidak sentuh penilaian impak projek tersebut terhadap alam sekitar. Jadi tajuk dialog tersebut adalah salah, sudah salah. Kedua, sekurang-kurangnya kita mempunyai 10,000 penduduk di kawasan tersebut yang akan dipengaruhi oleh projek Kuo Kuang di Pengerang. Akan tetapi kajian yang dibuat oleh konsultan Kuo Kuang tersebut hanyalah melibatkan 150 orang penduduk sahaja, 150 orang penduduk sahaja. Adakah kesimpulan-kesimpulan ataupun kajian-kajian yang dibentangkan oleh konsultan ini mampu untuk menggambarkan pandangan dan buah fikiran penduduk- penduduk Pengerang?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ketiga, kesimpulan kajian sosial ekonomik tersebut adalah 68% daripada responden menyokong projek ini. Akan tetapi pada masa itu Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar belum diterbitkan lagi. Dalam erti kata lain, penduduk-penduduk yang mengambil bahagian dalam kajian itu tiada apa-apa pengetahuan tentang kesan projek Kuo Kuang terhadap kawasan dan kehidupan mereka. Kita tidak dapat menafikan bahawa ada kemungkinan mereka akan tukar pandangan mereka terhadap projek ini selepas mengambil maklum tentang hasil penilaian impak alam sekitar. Oleh sebab itu, adalah terawal dan juga amat tidak bertanggungjawab untuk konsultan ini membuat kesimpulan bahawa 68% daripada responden menyokong projek itu. Kajian selidik ini menunjukkan bahawa memang ada beberapa kesan positif yang akan dibawa oleh projek ini seperti pembaikan kemudahan asas mereka, peningkatan nilai hartanah mereka, membawa peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, peningkatan peluang perniagaan dan juga peningkatan taraf hidup mereka. Akan tetapi, terdapat banyak kesan negatif yang juga akan dibawa oleh projek tersebut seperti kesemua responden memang takut mereka akan ditempatkan semula. Mereka takut tentang kehilangan hartanah mereka. Lebih daripada 90% responden berpendapat bahawa mereka akan menjadi penduduk terpinggir dan juga peningkatan pencemaran bunyi. Kesesakan lalu lintas, peningkatan pencemaran udara, peningkatan pencemaran air, bahaya kepada penduduk, ganggu ketenteraman, mengganggu kualiti udara, mengganggu kualiti air dan mengganggu ketenteraman kawasan. Adalah jelas sekali bahawa projek Kuo Kuang ini membawa lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Namun begitu, kajian ini menyimpulkan bahawa 73% responden mempunyai pandangan yang lebih positif tentang projek ini. Saya rasa kesimpulan-kesimpulan sedemikian langsung tidak masuk akal. Hadirin-hadirin sesi dialog pada hari itu tidak diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk membangkitkan soalan dan kebimbangan mereka. Pihak penganjur dialog menamatkan dialog tersebut pada pukul 12 tengah hari walaupun masih ada lebih daripada sepuluh orang hadirin yang masih beratur dan ingin mengemukakan soalan mereka. Jadi di sini, saya ingin minta kerajaan kita untuk mengadakan dialog sekali lagi selepas Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar di siap sedia dan juga menganjurkan lebih banyak dialog untuk mengurangkan kebimbangan dan menjelaskan keraguan penduduk-penduduk. Kita juga harus meningkatkan pendekatan dan kandungan kajian sosioekonomi yang sedia ada. Isu terakhir yang ingin saya sentuh adalah tentang isu wanita. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dan menyokong keputusan kerajaan kita untuk menarik balik rayuan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan dalam kes Chayed bin Basirun lawan Noorfadilla bt Ahmad Saikin. Oleh sebab dia hamil, kerajaan kita menolak permohonan beliau sebagai guru sandaran tidak terlatih dan membatalkan memo penempatannya. Mahkamah Tinggi telah pada tahun 2011 memutuskan bahawa hal ini telah menimbulkan diskriminasi jantina dan telah melanggar konvensyen penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita iaitu CEDAW dengan izin, dan Perkara 8(2), Perlembagaan Persekutuan. Saya quote dari keputusan Mahkamah Tinggi: “The word “gender” was incorporated into Article 8(2) of the Federal Constitution in order to comply with Malaysia’s obligation under the CEDAW. It is to reflect the view that women are not discriminated. …it provides that State Parties shall take appropriate measure to prohibit, subject to the imposition of sanctions, dismissal on the grounds inter alia, of pregnancy… CEDAW has the force of law and is binding on members states, including Malaysia.” Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa walaupun tindakan Kerajaan Malaysia untuk menarik balik rayuan dalam kes ini merupakan satu langkah ke arah yang betul, namun perjalanan masih panjang dan belum selesai. Masih banyak lagi wanita yang masih menunggu keadilan mereka. Mendiang Chee Gaik Yap merupakan seorang wanita yang hanya berumur 25 tahun semasa beliau dirogol dan dibunuh tujuh tahun dahulu. Selepas menunggu selama tujuh tahun, OKT iaitu orang kena tuduh dalam kes ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar minggu lalu walaupun air mani OKT ditemui pada mangsa. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa golongan wanita sentiasa menjadi mangsa dalam kes rogol, ragut, keganasan dan lain-lainnya. Satu nyawa dibunuh tujuh tahun dahulu. Sampai sekarang tiada seorang pun yang dijatuhkan hukuman

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

atas kematiannya. Ini menunjukkan bahawa sistem negara kita telah gagal untuk menuntut keadilan untuk mangsa-mangsa kes jenayah dan juga untuk keluarga mereka. Siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Chee Gaik Yap? Sekiranya kes sedemikian berlaku terhadap ahli keluarga kita, bolehkah kita terima keputusan Mahkamah Tinggi bahawa OKT dibebaskan selepas tunggu selama tujuh tahun? Saya rasa pihak PDRM yang bertanggungjawab untuk mengutip bukti dan Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk mendakwa suspek ke mahkamah dan mereka harus memastikan bahawa pembunuh mendiang Chee Gaik Yap ini didakwa dan dihukum secepat mungkin.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kalau tidak saya rasa lebih baiklah Peguam Negara dan juga Ketua Polis kita meletakkan jawatan dan biarlah orang yang lebih berkemampuan untuk menuntut keadilan untuk kes-kes jenayah ini. Saya rasa banyak lagi orang yang mampu buat kerja ini tetapi yang paling penting kita harap bahawa bukan sahaja Menteri sekarang yang menjadi mangsa kes pecah rumah tetapi banyak lagi rakyat jelata Malaysia. Ramai dari mereka adalah golongan wanita dan kita harap bahawa Chee Giap Yap, Teoh Beng Hock, Kugan dan lain-lain semuanya akan dapat menuntut keadilan dalam tempoh masa yang paling singkat. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana dilantik semula sebagai Speaker, yang amat mulia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Speaker-speaker yang lain kerana dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker. Saya tidak juga lupa untuk ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Gombak dan semua Ahli Yang Berhormat di sebelah sana dan di sini yang baru, yang lama kerana menang dalam Pilihan Raya Umum Ketiga Belas baru-baru ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya pun hendak ucapkan tahniah Yang Berhormat.

Tahniahlah kepada semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Termasuk Yang Berhormat.

Termasuk saya sendiri. [Ketawa] Jadi ini adalah sistem demokrasi kita. Terima kasih kerana saya dibenarkan turut berbahas Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya saya mengharapkan pihak kita semua bersyukur kerana kita telah pun mengadakan pilihan raya yang dipuji oleh mata masyarakat dunia. Mengikut apa yang saya tahu, 13 negara asing telah memberi kepujian kepada sistem pemilihan General Election kita baru-baru ini termasuklah Amerika, termasuklah Australia [Tepuk] yang hanya tidak berpuas hati hanya Yang Berhormat Gombak. Mana Yang Berhormat Gombak?...

Sudah balik.

Dan sebelah-sebelah sana kerana Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Batu, kerana Yang Berhormat Gombak tidak dipilih sebagai Menteri Besar. Itu sahaja kekecewaan. Juga kalau tidak salah Yang Berhormat Ipoh Barat mungkin kecewa juga kerana turun pangkat. Dahulu di sana, sekarang di sini. Dalam pilihan raya, kita harus menghormati keputusan rakyat sebagaimana yang di bahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdahulu. Patut kita bersyukur terutama sekali pihak pembangkang dapat menambah kerusi lebih daripada yang dulu, bersyukurlah. Ini kerana apabila kita menghapuskan draconian law kita, I see Emergency Ordinance

memberi kebebasan bersuara, memberi kebebasan ekspresi termasuk gigit telinga polis. Ini semuanya freedom of expression. Jadi kita mesti bersyukur. Oleh kerana itu, oleh kerana kebebasan ini pihak pembangkang dapat menang tambah Kerusi. Bersyukurlah. Jadi janganlah sampai sekarang masih tidak puas hati. Undi popularlah, undi itulah. Sebenarnya pihak pembangkang telah memperdayakan dan memesongkan sebilangan dan segelintir rakyat kita. Itulah sebab dia menambah Kerusi dia. Apa yang dibuat dalam internet, dalam Facebook, dalam blog dan satu institusi yang dinamakan Special Political Task Force oleh DAP, ini semua ejen-ejen, cyber trooper yang ditaja oleh pihak pembangkang untuk memesongkan segelintir rakyat dan berjaya untuk menambah Kerusi. Bersyukurlah. Jangan lagi persoalkan SPR. Kalau betul-betul tidak puas hati ada undang-undang yang kita ada, petisyen harus dibuat. Jadi ini saya haraplah macam Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Dia berhemah, berbahas dengan begitu bertamadun, dipuji oleh Tuan Yang di-Pertua. Bukan macam Yang Berhormat Gombak, macam Yang Berhormat Batu yang tidak ikut peraturan. Banyak...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Serdang.

Tunggu dahulu. Ini baru mukadimah. Nanti saya bagi. Saya bagus punya orang. Jadi banyak petanda yang mana memesongkan. Entahlah saya tidak dapat cari perkataan yang sesuai tetapi kecuali menipu, yang mana risalah-risalah yang diedarkan oleh pihak pembangkang semasa pilihan raya dulu. Saya minta maaflah saudara saya di Penampang, banyak risalah yang diedarkan kepada rumah-rumah yang kononnya isu-isu yang sensitif yang ditimbulkan, gambar-gambar Bible dipijak. Kononnya dikatakan di sana lembaran Bible itu dijadikan toilet paper. Jadi ini berjaya untuk memesongkan atau memperdayakan sebilangan pengundi di kawasan-kawasan di Sabah. Satu lagi oleh kerana kebebasan bersuara dan kebebasan ekspresi ini, gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dipijak. Gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melawat di Vatican City didoubted. Saya tidak tahu siapa yang buat. Gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa merasmikan Deepavali di Batu Caves didoubted, banyak lagi. Bendera kita diterbalikkan termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat yang menghina Kesultanan Johor kerana soal pembelian kereta. Ini satu penghinaan. Mana ada perlembagaan? Mana ada ikut undang-undang? Seorang bekas Menteri Besar yang sekejap sahajalah di Perak menghina. Ini semua perbuatan apa? Oleh kerana kita membenarkan ekspresi yang mempromote Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang membenarkan kita mendengar luahan, rintihan daripada rakyat, bukan disalahgunakan. Semasa pilihan raya teruk betullah pihak pembangkang ini. Semua digunakan untuk memesongkan rakyat. Jadi daripada...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Simpang Renggam bangun Yang Berhormat.

Siapa?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Boleh? Sini, sini.

Ha, Yang Berhormat Simpang Renggam okey walaupun – Ini kenapa dia...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Yang Berhormat Putatan, saya setuju tentang hak kebebasan freedom of speech tetapi ianya haruslah beretika. Akan tetapi kita lihat dalam internet macam-macam maklumat yang palsu disampaikan oleh pihak tertentu. Saya mahu tindakan haruslah diambil terhadap mereka tetapi saya lihat tempoh masa yang diambil dalam menjalankan siasatan sehinggalah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, masanya terlalu panjang dan kerosakannya pula telah dilakukan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya juga ada soalan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia soal bagaimana kita mengambil satu pemantauan dan sekiranya tindakan

perlu dibuat maka saya rasa Akta Jenayah Komputer ini harus diadakan. Ini supaya kita ada undang-undang yang boleh memantau, yang boleh kita gunakan untuk memantau penyalahgunaan atas internet ini, the abused. Saya teringat Tun Dr. Mahathir pernah bercakap yang bahawa beliau katakan “I might have made a mistake in forming the Malaysian Super Corridor kerana inilah hasil daripada pembangunan borderless world”. Kita tidak mahu ketinggalan. Kita mahu maju. Ini ada kebaikannya dan ada juga keburukannya.

Akan tetapi kebanyakan rakyat-rakyat kita yang kurang bertanggungjawab, saya kata tidak bertanggungjawab, kurang bertanggungjawab, terutama sekali ahli politik daripada pihak yang cuba-cuba ‘memperjahatkan’, menjatuhkan kerajaan yang ada bahawa semua yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Bintulu bangun Yang Berhormat.

Ya, Yang Berhormat Bintulu.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan, setuju atau tidak pihak pembangkang sudah salah guna kebebasan media di negara kita. Setuju atau tidak setuju?

Memang setuju 120%. Setuju dan saya mengharapkan kementerian yang menjaga multimedia ini harus memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau perlu wujudkan, gubal satu undang-undang yang mana kita dapat memantau pergerakan ataupun aktiviti-aktiviti blogger ataupun Facebook ataupun Twitters di negara kita ini, kita boleh ambil tindakan sepatutnya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Minta laluan Yang Berhormat Putatan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Di Vietnam, di Iran dan di Thailand...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Putatan minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Serdang bangun. Yang Berhormat Putatan, hendak beri laluan tidak Yang Berhormat Serdang?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tadi sudah beri dua orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Belum lagi, Yang Berhormat.

Sekejap, sekejap saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Sudah mengharamkan Facebook di negara masing-masing. Kita tidak mahu mengharamkan. Kita tidak mahu, saya pun tidak setuju kalau Facebook dan Twitters ini diharamkan. Kita tidak mahu ikut seperti apa yang saya katakan tadi. Akan tetapi apa yang kita harus buat, kita harus ada undang-undang yang spesifik untuk memantau aktiviti-aktiviti terutama sekali golongan-golongan muda yang diperalatkan oleh pihak pembangkang untuk memperlekehkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Siapa tadi? Yang Berhormat Serdang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Saya memang setuju bahawa ada banyak maklumat yang palsu disebarkan di internet tetapi saya harap bahawa tidak ada Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini juga yang ada menyebarkan qualification ijazah dari kilang-kilang ijazah. Akan tetapi saya juga hendak tanya sama ada Yang Berhormat Putatan sedar bahawa ada dua organisasi pemantau iaitu IDEAS dan juga CPPS yang telah diiktiraf sebagai pemantau oleh SPR, yang mana mereka telah mengeluarkan satu laporan yang ada conclusion seperti ini dengan izin, “Based on the above and having conducted an independence and impartial observation of the election, IDEAS and CPPS conclude that the GE13 was only partially free and not fair.” Adakah Yang Berhormat Putatan sedar bahawa ada dua organisasi ini yang telah diiktiraf oleh SPR sebagai pemantau yang telah membuat conclusion bahawa Pilihan Raya Ke-13 ini tidak bebas...

Okey, fahamlah itu.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Fahamkah? Okeylah, doktor, doktor.

Badan pemantau itu yang diwujudkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Temerloh bangun. Beri Yang Berhormat Putatan menjawab dahulu Yang Berhormat Temerloh.

Saya tidak nafikan bahawa bukan 100% perfect, bukan 100% perfect. Banyak juga kesilapan human error yang dilakukan. Kawasan saya pun ada tetapi akhirnya keputusan pilihan raya itu mesti kita terima sebab itulah keputusan rakyat. Salah itu mungkin ada juga, tidak saya katakan tidak ada, memang ada tetapi perkara-perkara yang remeh-temeh itu, sebenarnya yang penting undi rakyat itu sudah ketara bahawa BN diberi kuasa untuk memerintah negara ini, faham? [Tepuk]

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hendak bagi?

Beri.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi ada Yang Berhormat ada menyebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan duduklah.

Saya tunggu, sekejap sahaja. Saya tidak mahu panjang-panjang nanti habis masa saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak boleh dua-dua bangun Yang Berhormat Putatan.

Saya tunggu. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bagi rehat sekejap. Sila.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Sebentar tadi Yang Berhormat ada menyebut tentang bagaimana pihak Pakatan Rakyat kononnya dianggap telah memperbodoh dan memperlekeh rakyat. Setujukah bahawa Yang Berhormat dengan statement itu dengan kenyataan itu menganggap bahawa lebih separuh daripada pengundi yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dianggap bodoh sehingga mereka boleh diperdaya oleh Pakatan Rakyat.

Yang Berhormat, saya tidak pernah menyentuh, memperbodohkan rakyat, memperdayakan rakyat, ya. Yang Berhormat jaga perkataan nanti. [Tepuk] Saya tidak akan respons.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, teruskan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu juga ini negara kita ini saya rasa semua bersetuju untuk kita maju ke hadapan bersama-sama ya Yang Berhormat, untuk maju supaya negara kita tenteram, aman. Kita boleh hidup selesa, kita mahu confident daripada pelabur-pelabur asing ke negara ini, kita tiada demonstrasi haram, kita tidak mahu Blackout 505, kita tidak mahu Red Bean Army. Itu yang kita hendak supaya kita hidup mesra, kita senyum antara satu dengan lain. Yang Berhormat Ampang bercakap itu fasal apa.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Putatan minta laluan, Yang Berhormat Putatan minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Bukit Gantang bangun.

Yang Berhormat Bukit Gantang...

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Boleh sekali sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bagi atau tidak bagi?

Hebatlah, kenapa ganti dengan bekas, siapa ini? Ahli Parlimen Nizar dahulu. Dia tidak confident kah Nizar dahulu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan, sebelum itu Yang Berhormat Bukit Gantang, ada empat minit lagi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan dan juga ulasan daripada Yang Berhormat Putatan. Sabah ini di antara negeri yang miskin. Negerinya pula ada minyak. Bersetuju atau tidak, negeri Sabah ialah negeri yang ada minyak tetapi malangnya negeri yang termiskin di Malaysia?

[Dewan riuh]

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Hasilnya ialah...

Mana ada.

Yang Berhormat Bukit Gantang. Itu terlalu jauh daripada perbahasan saya.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tidak saya hendak minta...

Tunggulah sampai saya ke tajuk itu.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tidak, jawab dahulu. Ini kerana negeri Sabah ini kaya.

Fasal miskin, dia memang ada orang miskin. Seperti Perak juga, takkan Perak kaya, betul tidak, setuju?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Akan tetapi negeri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat Bukit Gantang, ini dialog.

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Banyak lagi ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Soal Yang Berhormat Gombak sentuh tadi fasal SPR review persempadanan. Kalau dia anggap kawasan di Klang Valley, di Selangor, di Gombak memanglah. Penduduknya ramai jika dibandingkan dengan Kinabatangan, Sabah, Hulu Rejang. Sekiranya kalau kita ikut pendapat Yang Berhormat Gombak, maka kalau kita kira popular vote itu Sabah akan rugi, rakyat akan marah dengan pembangkang. Lain kali bertanding di Sabah dapat kosong.

Saya rasa pembangkang janganlah teruskan cadangan itu sebab kalau kita kira popular vote maka kekuranganlah representation daripada Sabah dan Sarawak. Ini cadangan yang tidak masuk akal. Dia tengok Gombak sahaja, dia tengok Kapar sahaja. Kita tengok juga sebelah Pahang, ada juga kawasan yang besar. Kawasan Tuan Yang di- Pertua juga kawasan yang besar tetapi pengundi bukan banyak. Saya punya pengundi baru 40,000 kawasan saya kecil. Takkan saya bandingkan dengan kawasan Kinabatangan.

Kalau Ipoh Barat, dia punya kawasan serupa macam Swiss sahaja, bukan besar. Jadi itu dengan senarai-senarai pengundi itu yang dibantah, yang disoal oleh pihak pembangkang, yang banyak pengundi hantu, saya rasa itu tidak munasabah. Sebab apa Yang Berhormat Tanjong Karang katakan tadi, kita ada checklist.

Yang Berhormat Putatan, boleh minta laluan sekejap?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Penampang bangun.

Senarai-senarai itu ada ruang dan peluang untuk membantah kalau sekiranya tidak betul. Kalau ada pengundi hantu kita boleh check, kita ada wakil parti masing-masing. Ya Yang Berhormat Penampang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Bintulu dengan Yang Berhormat Penampang, yang mana satu?

Ini anak buah saya mesti bagi laluan.

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Putatan dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada baca usul Yang Berhormat Putatan berkenaan dengan creation, dengan izin. Creation of new constituency, dan saya sokong dengan cadangan beliau berkenaan dengan satu per tiga Sabah, Sarawak dan juga Peninsular. Terima kasih.

Ha, itulah baik. Macam ini baik anak buah ini. Didikan yang baik macam Yang Berhormat Parit Buntar juga, bukannya macam Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Ya, Yang Berhormat Sibu, eh Yang Berhormat Bintulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bintulu, sila.

Ini bukan Sibu, ini Bintulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya amat hairan, mahu dapat sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Putatan. Saya difahamkan tahun 2011, tahun 2012, kita selalu ada persoalkan ini electoral hantu ini semua. Akhir sekali SPR ada meminta semua pihak daripada Barisan Nasional, daripada pembangkang ataupun DAP, Pakatan Rakyat, PAS semua pergi pejabat SPR. Kita lihat dan soal mana-mana ada, terutamanya mana-mana ada elektro hantu kita kasi keluar tetapi akhir sekali saya dengar SPR kata semua orang sudah setuju. Sudah setuju itu electoral roll pada tahun 2012. Apa masalahnya dalaman? Kenapa sampai tahun 2013 ada lagi selepas pilihan raya soal ini semua electoral hantu. Kalau macam itu, Yang Berhormat Putatan ada setuju kah kalau ini macam pembangkang itu hari pergi meeting punya di SPR, kemungkinan pun semua hantu. Itulah jadi hantu, setuju tak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju!

Setuju Yang Berhormat. Masukkan sebagai sebahagian daripada teks ucapan saya dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung [Ketawa]

Aku baru mukadimah Tuan Yang di-Pertua! [Ketawa] Baru setengah daripada topik yang pertama, macam mana nak gulung? [Ketawa]

Semalam saya pun kacau!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Putatan..

Inilah, ini Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Putatan sekejap ya. Masa Yang Berhormat Putatan telah diberikan banyak kepada kawan-kawan yang lain mencelah [Ketawa] Kalau lima orang mencelah, sudah lima minit, tinggal 15 minit.

Kalau tidak bagi laluan, dia marah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa dua minit, dua minit, dua minit.

Kononnya saya takut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua minit sahaja, okey.

Berapa... 20 minit? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Dua minit, bukan 20 minit, dua minit.

Ha, itulah masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila terus, terus. Jangan bagi laluan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi 20 minit. Ini soal keselamatan dalam negara kita. Kita dengar perbahasan daripada sahabat-sahabat saya daripada Sabah. Soal pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Tahniah, terima kasihlah kepada Kerajaan Persekutuan terutama sekali kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan kita. Pertahanan, betul! Tertubuhnya ESSCOM, terima kasih. Lama sudah kami tunggu ini Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi apa yang berlaku yang kita tidak begitu ada keyakinan bahawa ESSCOM ini ditubuhkan di kawasan Pantai Timur sahaja. Bahkan tanah air kita merangkumi kepulauan juga di mana terdapat ramai warga asing yang duduk di pulau-pulau itu, bukan hanya rakyat negara kita. Jadi saya harap pihak kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat satu langkah supaya persempadanan kita ini di tanda secara permanent dengan persetujuan negara-negara jiran kita, kalau itu boleh dilaksanakan. Jangan setakat persefahaman antara satu negara dengan satu negara sahaja, itu tidak cukup. Jangan cakap itu ASEAN understanding, itu tidak cukup. Sebaliknya kita harus tandakan persempadanan kita dengan koordinat-koordinat yang tertentu yang dipersetujui dengan jiran-jiran kita. Jangan lagi terdapat pulau kita diclaim oleh negara jiran kita termasuk juga Ambalat. Jadi, saya harap ini harus kita ambil perhatian supaya jangan lagi Yang Berhormat Gombak sentuh pasal Batu Puteh dan Middle Rock...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Putatan.

JPN, selepas finding daripada finding daripada RCI ini kita telah pun mendapat ramai mungkin warga asing yang mendapat kewarganegaraan kita secara yang tidak betul. Saya tidak cakap kalam, yang tidak betul. Tidak mengikut prosedur-prosedur yang kita telah tetapkan. Jadi saya mengharapkan oleh sebab kita baru-baru juga ini telah pun menukarkan kad pengenalan kita yang tercanggih, yang baru dan saya harap sekiranya perlu kita harus mengambil balik kad-kad pengenalan yang kita sudah bagi dan dibagi kad pengenalan yang baru tetapi ada suatu tindakan supaya hanya warganegara kita yang diberikan kad pengenalan. Sekiranya terdapat individu yang mendapat kad pengenalan dengan cara

yang tidak baik, yang tidak betul, yang dikatakan haram, dibagi dengan kerakyatan sebagai permanent, rakyat permanent stay. Saya harap itu dapat dilaksanakan. Banyak lagi ini Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah. Ada masa lagi.

Ada masa lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Di lain hari.

Di lain hari? [Ketawa] Bila?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, terima kasih.

Penggal akan datang? Okey, sekian saya menyokong [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucap terima kasih banyak kepada kawan-kawan saya yang telah memberikan peluang kepada saya dengan duduk. Saya ingin membahaskan Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Sultan saya, negeri Kedah Darul Aman atas isu kesihatan. Ini adalah satu isu yang sangat dekat dengan hati saya yang saya rasa perlu dibawa ke Parlimen kerana kita sebenarnya walaupun sibuk dengan berbagai-bagai masalah negara yang besar, masalah pilihan raya, masalah demokrasi, masalah memperkasakan rakyat tetapi isu-isu kesihatan yang berlaku sekarang kalau tidak ditangani dengan betul sampai ke akar umbinya mempunyai potensi Tuan Yang di-Pertua untuk memusnahkan segala apa yang telah kita capai selama ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan tadi sebagai isu penyakit tidak berjangkit, non-communicable disease, dengan izin. Saya hendak mengesyorkan di sini bahawa langkah yang lebih agresif perlu diambil oleh Kerajaan Malaysia dan perlu melibatkan semua rakyat. Saya juga ingin mencadangkan bahawa apa yang dilakukan selama ini telah tersasar jauh daripada matlamat kita. Kita telah gagal dalam segala parameter menangani penyakit ini kerana kita bermula daripada premis yang salah. Sekarang kita mempunyai kadar obesiti yang sangat tinggi berbanding dengan kadar penambahan sangat tinggi. Dahulu kita ada obesiti pada tahun 1996, cuma 4.4%. Maknanya empat orang daripada 100 orang rakyat Malaysia obes. Pada tahun 2008, 19.5% bererti 20 orang telah obes. Diabetes, kencing manis, kita punya kadar yang paling tinggi di rantau Asia Tenggara. Kalau dikira kadar sindrom metabolik, satu keadaan yang berlaku sebelum keadaan kencing manis, obesiti dan darah tinggi, kita antara yang tertinggi di dunia.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Kalau dikirakan kadar kerosakan buah pinggang kerana kencing manis, kita juga antara yang tertinggi di dunia. Walaupun jawapan yang diberikan tadi, seorang pesakit yang perlu cuci buah pinggang dengan dialisis hanya membelanjakan beberapa puluh ribu setahun sampai RM31,200 setahun kalau di swasta tetapi hidden cost, dengan izin, kos yang terselindung jauh lebih banyak. Ada satu kajian yang menyebutkan seorang pesakit yang rosak buah pinggangnya perlu dialisis, negara dan masyarakat akan menanggung dalam RM200 ribu setahun kos pesakit tadi. Strok, juga serangan sakit jantung yang merupakan sebahagian daripada manifestasi penyakit tidak berjangkit ini menyebabkan banyak kematian, kecacatan, kecederaan, setiap hari beribu-ribu orang rakyat Malaysia. Bahaya ini jauh lebih teruk

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

daripada bahaya jerebu, bahaya penagihan dadah, bahaya AIDS dan mempunyai potensi untuk membankrapkan negara kita. Saya ingin mencadangkan di sini bahawa Kementerian Kesihatan walaupun saya punya rasa hormat yang tinggi kepada beberapa individu dalam Kementerian Kesihatan ini yang gigih untuk mengatasi masalah ini, saya ingin mencadangkan bahawa Kementerian Kesihatan telah gagal dalam membendung wabak diabetes. Diabetes telah menjadi satu malapetaka besar yang telah ditangani dengan cara yang tidak betul yang menyebabkan semua kita terdedah kepada risiko terkena komplikasi diabetes iaitu serangan sakit jantung, strok, rosak buah pinggang, buta, gangren, wabak potong kaki dan lain-lain lagi. Malahan hampir semua pilihan raya kecil yang berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penyakit diabetes yang disebut komplikasi diabetes yang disebut penyakit kardiovaskular. Serangan sakit jantung, strok, rosak buah pinggang dan juga gangren dan pelbagai komplikasi lain lagi yang berkait dengan masalah penyakit tidak berjangkit ini. Di manakah silap kita? Silap kita pada saya Tuan Yang di-Pertua ialah fokus kita hanya banyak kepada apa yang disebut sebagai lifestyle changes, perubahan gaya hidup. Perubahan gaya hidup merupakan salah satu daripada faktor penyakit kardiovaskular tetapi ia bukanlah faktor paling utama. Difahami bahawa penyakit kardiovaskular dan penyakit non-communicable diseases ini, penyakit tidak berjangkit tadi boleh disebabkan oleh stres, pemakanan, gaya hidup dan lain-lain lagi, rokok juga. Akan tetapi saya ingin mencadangkan di sini bahawa faktor terbesar daripada kajian berbagai-bagai pakar d seluruh dunia yang telah kita tidak manfaatkan dan kita ignore, kita tidak ambil peduli ialah faktor nutrisi atau pemakanan. Ini adalah satu faktor besar yang saya rasa tidak diberi fokus yang sepatutnya, pertama. Keduanya bila dibahaskan, telah dibahaskan dengan cara yang salah kerana kita berpandukan kepada garis panduan yang datang dari Amerika terutamanya yang dipengaruhi oleh dengan izin, food industry America, food and pharmaceutical industry America yang mana banyak kuasa politik di sebaliknya menyebabkan bahawa kita gagal dan kita mengikut acuan Amerika, sebulat-bulatnya mengikut acuan Amerika. Kita telah, pada saya dengan izin swallow hook, line and sinker segala apa yang diberikan oleh pihak Amerika tadi. Kita harus ingat bahawa kalau kita berterusan begini, kita akan jadi macam Amerika iaitu 5,000 pesakit sehari mati kerana penyakit kardiovaskular yang merupakan komplikasi obesiti, diabetes dan lain-lain lagi. Bahawa faktor nutrisi itu paling penting, bukan gaya hidup, bukan pergerakan macam disebut kelmarin oleh sahabat saya dari Bagan Serai boleh kita lihat daripada pelbagai kajian telah dilakukan. Orang di Kuala Kedah masih bergerak banyak, membanting tulang dari pagi sampai ke malam. Tidak ada isu sedentary lifestyle, dengan izin iaitu lifestyle, cara hidup tidak bergerak banyak, hanya duduk dalam bilik air-cond macam disebut oleh sahabat saya kelmarin. Itu tidak berlaku. Petani di Lana Bulu, Kedah, kawasan pedalaman di Bokbak, Baling, sekarang masalahnya bukan lagi jangkitan kuman, bukan lagi penyakit berjangkit tetapi gangren, potong kaki, buta mata kerana komplikasi diabetes, strok dan serangan sakit jantung. Mereka bekerja siang dan malam, tidak ada isu mereka kurang bekerja dan kurang bergerak. Begitu juga Orang Asli. Sepuluh tahun yang lepas, Orang Asli di Baling, dua puluh tahun dulu ketika saya di sana, tidak ada Orang Asli yang kena kencing manis atau darah tinggi. Tahun 1990 saya di sana, Orang Asli di Legong, saya ingat betul. Sekarang Orang Asli juga di merata-rata tempat di Malaysia mengalami masalah yang sama walaupun mereka bergerak banyak, naik bukit dan turun bukit. Jadi tidak ada isu kurang bergerak. Yang berlaku ialah nutrition atau pemakanan mereka telah berubah. Kita boleh lihat contoh Tun M, Tun Dr. Mahathir, orang kampung saya di Alor Setar, beliau sangat terkenal kerana menjaga makan dengan baik, sangat menjaga makan tetapi tidak exercise.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya akan jawab apa-apa soalan dalam masa tambahan nanti, Insya-Allah. Akan tetapi, walaupun beliau tidak exercise, di usia 88 tahun, masih gagah perkasa memimpin UMNO hingga saat ini. Jadi itu maksudnya nutrition itu lebih penting. Jadi apakah perbezaan nutrition dulu dengan sekarang? Semua perubahan ini bila dibuat kajian berlaku dalam 50 tahun terakhir. Apakah perbezaan nutrition makanan dulu, 50 tahun dulu dengan sekarang. Gaya hidup berubah, makan berubah, faktor makanan yang paling banyak berubah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Pertama ialah ketidakseimbangan lemak omega, itu ialah faktor paling penting. Saya akan jelaskan. Kedua, penggilapan bijirin, polishing of the grains, dengan izin dan ketiga, gula dan refined carbohydrates. Yang kita gunakan sekarang gula yang berbeza, beras yang kita makan sekarang juga berbeza. Seterusnya bahan kimia dalam makanan, hormon dan additive makanan. Ini saya rasa telah di ignore completely, telah diabaikan terus oleh Kementerian Kesihatan dalam segala garis panduannya. Kita ada Omega-3 dan Omega-6 Tuan Yang di-Pertua. Kedua-dua ini adalah zat lemak yang diperlukan oleh badan kita. Badan kita tidak boleh buat zat omega ini. Zat lemak Omega-3 dan Omega-6 ini perlu kita dapat daripada makanan. Yang perlu ialah keseimbangan. Kalau tidak seimbang, maka berlaku apa yang berlaku sekarang ialah lebih zat Omega-6 dalam tisu kita. Zat omega ini mempengaruhi metabolisme atau cara bekerja sel kita. Apa yang berlaku sekarang ialah Omega-6 terlebih. Omega-6 ialah lemak untuk pembiakan. Omega-3 ialah lemak untuk kehidupan. Omega-3 daripada daun hijau, rumpai air dan lain-lain lagi. Omega-6 daripada bijirin dan kekacang. Mengapakah Omega-6 lebih? Itu akan saya jelaskan tetapi terlebihnya Omega-6 membawa kepada sel yang tebal. Sel yang tebal dindingnya menyebabkan insulin sukar masuk, berkaitan dengan diabetes. Lebih Omega-6 juga menyebabkan sel dan tisu menjadi besar, berkait dengan obesiti. Lebih Omega-6 juga berkait dengan keradangan kronik. Proses keradangan akan membawa kepada penyakit yang disebut dengan izin inflammatory diseases, serangan sakit jantung, strok, kanser, arthritis dan itu dibawa oleh Omega-6. Satu-satunya prerequisite ataupun pra syarat untuk jadi kanser ialah keradangan yang kronik dan ini dengan Omega-6 berlaku. Bagaimanakah Omega-6 masuk dalam tisu kita dengan banyak? Ia masuk kerana pertamanya perubahan makanan haiwan. Dulu lembu, makanan yang paling sesuai yang ditakdirkan oleh Allah SWT ialah rumput tetapi di fidlot, National Feedlot tidak terkecuali, lembu diberi makan dedak. Dedak ialah bijirin Omega-6. Maka tisu lembu, daging lembu, susu lembu penuh dengan Omega-6. Jadi bila kita minum susu lembu, daging lembu kita ambil, kita dapat Omega-6 yang lebih. Ayam ialah omnivor, makan pelbagai tetapi dalam penternakan moden, dasar yang kita gunakan sekarang hampir di seluruh Malaysia, tidak lagi kita dapati ayam yang omnivor. Semua ayam makan dedak, semuanya Omega-6. Maka telur ayam dan daging ayam, Omega-6 belaka. Ini menyebabkan tisu kita jadi tebal, bawa kepada diabetes, obesiti, serangan sakit jantung, strok, darah likat dan lain-lain lagi. Khinzir, babi, omnivor makan pelbagai, dipaksa makan dedak dalam industri penternakan khinzir. Maka khinzir yang tadi lemah sistem imunitinya, terdedah kepada bahaya H1N1, bahaya jangkitan virus dan juga bila digunakan daging dan lemaknya, maka ia membawa kepada Omega-6 yang lebih berkait dengan penyakit-penyakit non- communicable disease tadi. Tidak ada satu ketika pun kita bahaskan ini di peringkat nasional atau sampai peringkat Parlimen atau sampai peringkat dasar.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Maka, industri pengeluaran makanan kita mengeluarkan makanan Omega-6 yang lebih. Kemudian kita ada minyak yang disebut minyak poli tidak tepu yang saya tanya baru- baru ini. Minyak poli tidak tepu bila minyak dibuat daripada bijirin. Minyak bunga matahari dan minyak jagung. Itu ialah bijirin yang penuh Omega-6. Maka, minyak yang begini menyebabkan tisu kita menebal, menyebabkan sel kita tebal, menyebabkan tisu kita mengalami keradangan kronik. Diketahui berlaku berkait dengan obesiti, kanser dan sakit jantung. Ini kajian-kajian saintifik yang cukup jelas tetapi malangnya tidak ada sekali pun sebarang conference yang telah saya hadiri yang kita sebut perkara ini. Ini berlaku di Amerika dan berlaku di berbagai tempat. Akan tetapi kita masih mengesyorkan doktor-doktor kita dan Kementerian Kesihatan, Institut Jantung Negara juga Unit Jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar tidak terkecuali bila pesakit ada sakit jantung disyorkan minyak jagung. Jagung boleh di makan tetapi inti sari patinya itu ialah omega-6 dan itu berkait dengan masalah-masalah keradangan kronik tadi. Maka, walaupun menurunkan kadar kolesterol, ia membawa kepada risiko serangan jantung, strok dan diabetes dan lain-lain lagi. Itu well documented, dengan izin. Begitu juga minyak bunga matahari. Ada yang disebut Israeli paradox. Israeli paradox ialah Yahudi Israel menggunakan minyak bunga matahari dengan banyak. Maka, kadar kolesterolnya paling rendah di dunia tetapi kadar serangan sakit jantung membawa maut paling tinggi di dunia. Artritis paling tinggi di dunia, obesiti paling tinggi di dunia dan

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

berbagai-bagai penyakit moden. Malangnya Tuan Yang di-Pertua, kita mengikut acuan ini dengan membuta tuli dan sekarang kita mengesyorkan kepada pesakit dan kita menggunakannya dengan cara meluas. Minyak masak yang terbaik sebenarnya kalau saya jelaskan di sini dengan sistem skor yang dibuat oleh ahli sains sekarang dengan pendapat- pendapat yang tertentu, dengan juga kajian-kajian sains yang cukup solid dan cukup mantap ialah minyak tepu yang telah digunakan oleh manusia sejak dahulu. Di kawasan kita ialah minyak kelapa dan seterusnya....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Raja bangun.

Laluan, Kota Raja. Sekejap.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya akan jawab...

Sekejap.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Dalam masa tambahan, insya-Allah.

Bukan. Kota Raja sekejap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hendak beri laluan atau tidak?

Sekejap sahaja.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, okey. Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Banyak maklumat yang diberi oleh Yang Berhormat Kuala Kedah pada petang ini. Cuma mungkin boleh saya hendak cadangkan, apa Yang Berhormat Kuala Kedah hendak cadangkan kepada kementerian lakukan di peringkat ini? Terima kasih.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya, itu yang saya hendak cadangkan supaya ia boleh dibawa ke kementerian. So, benda ini boleh dibahaskan, akan saya sebutkan lagi. Saya akan sampai ke situ. Itu ialah contohnya di mana kita silap. Seterusnya isu lemak trans. Lemak trans juga ialah yang kita gunakan secara extensive, secara meluas dalam industri kita, dalam pengeluaran makanan kita, dalam bakery, roti, biskut dan lain-lain lagi digunakan secara meluas. Saya bertanyakan kenapa lemak trans tidak diharamkan? Saya dapat jawapan bahawa ia adalah salah satu faktor. Terdapat banyak faktor lain, maka tidak perlu diharamkan. Pertama yang saya hendak buat dengan bercakap di sini ialah supaya timbulkan kesedaran. Seterusnya boleh kita ubah Dasar Pengeluaran Makanan dan boleh kita ubah misalannya kita boleh mengharamkan lemak trans. Lemak trans ialah minyak sayuran, sepatutnya dalam bentuk cecair tetapi dibuat proses yang disebut hydrogenation, dengan izin partial hydrogenation satu lagi. Maka, ia jadi pepejal. Ia digunakan dalam pengeluaran kek, biskut dan roti secara meluas. Biskut yang moden, roti moden dan hampir semua di Malaysia pakai lemak trans. Pengharaman lemak trans walaupun jawapan Kementerian Kesihatan tidak perlu tetapi pengalaman negara yang mengharamkan lemak trans, mereka berjaya mengurangkan kadar serangan sakit jantung dan strok. Belanda mengharamkan lemak trans, Switzerland mengharamkan lemak trans, California mengharamkan lemak trans. Denmark, Austria dan banyak negara mengharamkan lemak trans. Malahan mengikut satu kajian, pengharaman lemak trans di England 1% sahaja penurunan penggunaan lemak trans telah menyelamatkan 11,000 serangan sakit jantung dan menyelamat 7,000 nyawa di England sahaja. Itu antaranya kita perlu perbetulkan. Seterusnya saya hendak sebut bahawa faktor ketidakseimbangan lemak omega ini ialah faktor yang terbesar. Paling tidak seimbang di dunia ialah orang Amerika. Dalam tisunya 78% omega-6. Maka, Amerika punya kadar kematian kerana sakit jantung yang paling tinggi di dunia iaitu 200 per 100,000. Walaupun hospitalnya canggih, dan walaupun klinik-kliniknya canggih, doktor-doktor dan saintis-saintis yang hebat. Jepun paling baik di

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

dunia dalam keseimbangan lemak omega kerana makanan laut. Orang Jepun hanya 47% omega-6 dalam tisunya dan Jepun walaupun ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah, banyak contoh-contoh yang telah diberikan. Ada tiga minit lagi untuk memberikan cadangan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Okey. Ya, saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Jepun walaupun kuat merokok tetapi kematian kerana sakit jantung hanya 50 per 100,000 penduduk kerana keseimbangan Omeganya kerana makanan laut. Jadi, makanan laut adalah penting dan kerana itu adalah penting kita mengekalkan sumber omega-3 kita dengan kita berikan bantuan dan kita gunakan segala resources yang ada untuk memastikan bekalan omega-3 kita terus. Oleh kerana itu Kuala Kedah penting kerana Kuala Kedah ialah salah satu daripada pelabuhan ikan yang terpenting saya rasa di Semenanjung yang kita ada banyak sumber-sumber makanan laut yang baik. Itu juga kesilapan kita kerana para doktor melihat isu kolesterol. Maka, kita mengatakan makanan laut, udang, sotong, ketam, kerang dan semua itu tidak sihat. Sebenarnya ia sihat. Kalau kita mengambil iktibar dari negara Jepun dan lain-lain lagi, maka itu adalah benda yang sangat sihat. Ini adalah antara yang perlu kita ubah. Ada banyak lagi benda yang kita silap tentang makanan tetapi saya hendak sebut bahawa itu yang boleh kita ubah secara dasarnya. Dasar Pengeluaran Makanan Negara perlu diubah supaya kita keluarkan makanan yang seimbang. Telur ayam yang makan berbagai-bagai Omega-6 dan Omega-3nya seimbang 1:1. Daging lembu dan susu lembu yang makan berbagai-bagai nisbah Omeganya 1:1. Telur ayam industri yang ada sekarang di super market 20:1. 20 Omega-6 dan 1 Omega-3. Minyak jagung 46:1. 46 Omega-6, 1 Omega-3 . Minyak bunga matahari, mazola 200:1. Ini benda-benda yang perlu kita beri perhatian yang telah tidak diberi perhatian dan akhirnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Concluding, akhirnya segala faktor negatif ini terkumpul dalam makanan-makanan proses. Jadi, bahaya makanan proses harus di highlight kan, diperjelaskan kepada rakyat oleh Kementerian Kesihatan dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan. Makanan proses ialah punca terbesar kenapa kita ada sindrom metabolik. Kenapa Orang Asli kena kencing manis, diabetes dan darah tinggi, kenapa kita tidak dapat mengawal kerosakan buah pinggang, serangan sakit jantung dan strok. Bahaya makanan proses harus ditanamkan daripada awal. Dasar Pengeluaran Makanan harus diperbetulkan. Anak-anak kita yang minum susu lembu harus minum susu lembu yang seimbang Omeganya. Sekarang, susu lembu yang kita dapat daripada ladang- ladang yang menggunakan grains atau pun bijirin untuk diberi makan lembu. Insya-Allah, saya berharap satu hari nanti saya dapat bercakap lagi sekali tentang masalah ini sebab masalahnya besar. Cumanya saya berharap supaya kesan itu timbul. Saya ada sediakan banyak bahan. Saya berharap supaya satu hari, Dewan yang mulia ini akan dapat meluluskan undang-undang mengharamkan lemak trans sekurang-kurangnya dan seterusnya Kementerian Kesihatan dapat bertindak memberikan penerangan tentang pemakanan tadi dan mengatasi masalah yang merupakan malapetaka besar kalau terus berlaku yang akan boleh menyebabkan segala yang kita capai selama ini akan musnah kerana sakit jantung, strok dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua dan sahabat-sahabat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Parit. Juga 20 minit ya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan kesempatan untuk turut mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Titah Ucapan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu sudah. Pada kesempatan ini, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dapat bertemu di penggal ini, di penggal baru Parlimen ini. Bersama- samalah kita merafakkan sembah Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sesungguhnya pembukaan sidang Parlimen kali ini yang jatuh pada 24 Jun 2013 yang lalu, amat bermakna dan begitu istimewa sekali. Ia bersempena dengan hari Nisfu Syaaban yang penuh dengan berkat dan rahmat Allah SWT. Maka, bersama- samalah kita untuk meletakkan falsafah dan semangat pengertiannya yang penuh dengan ciri-ciri kemuliaan, keagungan, kebaikan, rasa kasih sayang dan penuh cahaya keimanan dengan memastikan perbahasan sepanjang sidang kali ini dilakukan demi kebaikan umat keseluruhannya.

Seperti rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, Parit sesungguhnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan istiqamah berasa sangat berbesar hati dan berlapang dada untuk bersama-sama memanfaatkan ruang perbahasan ini untuk memberikan sedikit pandangan dan juga mengetengahkan beberapa isu yang perlu diberikan pertimbangan demi rakyat, bangsa dan tanah air tercinta. Khususnya yang berkaitan dengan kemaslahatan rakyat Parit keseluruhannya yang telah pun memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin negara. Ringkasnya, Parit berasa teruja dan terkesima dengan Titah Diraja yang penuh dengan saranan dan gagasan terbaik yang cukup bersepadu, praktikal dan menyeluruh, menyentuh dan merentasi kepentingan segenap lapisan rakyat. Parit sentiasa mendukung Titah Tuanku agar patuh kepada undang-undang berperlembagaan serta menghormati kebebasan dan hak asasi rakyat serta menghormati pilihan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dengan meletakkan aspirasi tinggi untuk sentiasa prihatin terhadap mempertingkatkan program pembangunan negara Malaysia. Khususnya memperkukuhkan kestabilan politik, mentransformasikan program kesejahteraan rakyat dan memelihara perpaduan kaum. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana beberapa rakan Ahli Yang Berhormat yang lain telah pun mengupas panjang lebar Titah Diraja ini, maka dengan rasa besar hati dan penuh harapan, izinkan saya menyuarakan sedikit pandangan, berkongsi cadangan dan mengungkapkan cita suara hati orang Parit agar diberikan pertimbangan dan keutamaan dalam setiap keputusan dan perancangan jangka pendek dan panjang untuk perhatian pimpinan negara. Tuan Yang di-Pertua, negara kita baru sahaja melepasi suatu fasa penting dalam proses pendemokrasian negara dengan berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 yang secara tuntas menunjukkan pilihan rakyat yang jelas, dengan memilih Kerajaan Barisan Nasional untuk terus menerajui negara Malaysia tercinta ini. Untuk menjamin pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terbela, kita tidak perlukan politik fitnah-memfitnah, politik perkauman sempit dan politik kekerasan sebagai pendekatan berpolitik. Yang kita perlukan adalah tidak lain dan tidak bukan ialah kestabilan politik. Bertunjangkan kestabilan politiklah sesebuah negara dapat menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Sekarang adalah masa untuk seluruh rakyat Malaysia merapatkan barisan, bersama-sama menyokong dan memberikan kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerajui kepimpinan negara. Kita perlu bersaing secara sihat berasaskan hujah dan fakta. Bukannya menggunakan platform mengadu domba dan menghasut rakyat serta memanipulasi sentimen kewarasan rakyat untuk membenci kerajaan dan pemimpin. Perlu diingat bahawa dari segi teori, politik merupakan ilmu yang memiliki kepentingan dan martabat sendiri. Manakala dari segi praktikal, ia merupakan satu pekerjaan yang mulia dan bermanfaat kerana ia melibatkan urusan-urusan mentadbir masalah-masalah manusia dengan sebaik mungkin. Sehubungan dengan itu, jelas

bahawasanya dengan memastikan kestabilan politik terjamin yang mana pada masa yang sama, demi menjamin kestabilan ekonomi ke arah melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited untuk memastikan senario politik yang berhemah akan dimartabatkan. Ini kerana dengan kestabilan politik sahajalah, kestabilan ekonomi dapat diperkukuhkan. Maka secara langsung, kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan. Ini selari dengan pendapat Imam Abu Al-Wafa bin Aqil Al-Hambali yang menyebut “politik adalah perbuatan yang kedudukannya di tengah-tengah manusia. Boleh mendekatkan mereka kepada kemaslahatan dan menjauhkan mereka daripada kerosakan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang syariat.” Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, Parit menyeru supaya rakyat tidak terikut-ikut dengan sebarang kegiatan tidak baik dan menconteng arang di muka sekali gus mencabar kedaulatan undang-undang negara dengan menyertai sebarang perhimpunan haram anjuran pihak pembangkang yang kononnya tidak dapat menerima keputusan PRU ke-13 yang lalu. Yang terbaru, pada 22 Jun yang lalu, sekali lagi rakyat diajak untuk berhimpun dan berdemonstrasi untuk memprotes dan mendesak seluruh kepimpinan tertinggi SPR meletakkan jawatan atas alasan gagal menjalankan tugas dengan profesional dan adil. Bukankah mereka ini jugalah yang bertungkus-lumus menjalankan amanah rakyat untuk mengendalikan segala urusan pilihan raya secara saksama. Hasilnya Pembangkang sendiri menang besar di beberapa buah negara. Seyogia, tunggu sahajalah mahkamah untuk memutuskan keputusan petisyen-petisyen yang telah sama-sama dikemukakan oleh Barisan Nasional mahupun pihak pembangkang. Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat perlu sedar dan jangan terpedaya dengan mengikut rentak pemukah politik yang berpolitik sepanjang masa dengan memporak- perandakan keharmonian rakyat demi mencapai agenda politik sempit mereka. Kita akan sentiasa berfungsi sebagai ahli politik yang mentadbir dengan waras dan bersendikan ilmu pengetahuan. “Umpama alim yang kikir akan ilmunya, umpama senjata yang berkarat dalam sarungnya dan si jahil yang enggan belajar itu umpama si buta malu bertongkat”. Tuan Yang di-Pertua, dengan kestabilan politik yang menjamin kestabilan ekonomi, kerajaan sentiasa beriltizam untuk mempertingkatkan program pembangunan negara demi untuk menjamin survival rakyat keseluruhannya untuk menikmati nikmat dan kekayaan dari pembangunan di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri hari ini “bukanlah kerajaan yang berjiwa kosong tetapi kerajaan yang sentiasa prihatin, sensible dan mempunyai wisdom yang berhambakan tangan, bersaksikan mata dan berhakimkan hati”. Justeru, kita sentiasa berpegang kepada prinsip wasatiyyah atau moderation yakni kesederhanaan dengan memastikan rakyat benar-benar menikmatinya. Bukannya berlandaskan pada janji-janji kosong tinggi menggunung, luas melangit, yang bila tidak dapat dipenuhi, saling tuduh menuduh dan menuding jari terhadap orang lain “umpama bila sudah merah, kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit”. Tuan Yang di-Pertua, seperti dijelaskan sebelum ini, kestabilan politik perlu untuk menjayakan program pembangunan negeri dan negara dan program kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Namun untuk negara yang rakyatnya berbilang kaum, perpaduan kaum merupakan prasyarat untuk memenuhi dan menjayakan hasrat tersebut. Dalam buku A Nation of Peoples, bahkan dinyatakan bahawa kekuatan negara dibina melalui perpaduan rakyat yang jitu walaupun wujud berlainan kepercayaan, kaum dan etnik. Insan yang perlu dibentuk pada masa depan ialah insan yang inginkan perpaduan dan mempunyai wawasan untuk mewujudkan kehidupan sejagat yang sejahtera. Bukan merupakan Malaysia yang hidup di bawah tempurung dan selesa dalam kepompong masing-masing tanpa menitik beratkan kehidupan masyarakat dan keperluan persekitarannya. Selain dari itu, harus diingat bahawa Kerajaan Malaysia yang kukuh dan dihormati kerana penglibatan rakyat bersama-sama dalam membangun dan memajukan negara. Perancangan program yang teratur dan berkesan membolehkan rakyat menyumbang bagi membangunkan negara demi untuk keamanan dan kedamaian hidup. Begitulah situasi dan hakikatnya dalam konteks negara ini.

Namun, selagi ada elemen-elemen perosak dalam masyarakat yakni yang sentiasa menggunakan kayu pengukur perkauman, cenderung kepada elemen-elemen ekstremisme, melampau demi kepentingan politik sempit, berasaskan polisi kaum untuk mengadudombakan perpaduan yang terjalin selagi itulah akan timbul isu-isu sensitif yang

membakar sentimen yang boleh menggugatkan keharmonian rakyat yang mendukung konsep 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, harus diingat bahawa perpaduan kaum merupakan fenomena sejagat pada ketika ini. Sejak dahulu lagi sesebuah negara memanfaatkan keistimewaan sumber dan persekitaran masing-masing termasuklah perpaduan bagi mempertingkatkan kekuatan, kekuasaan, kekayaan ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, dalam konteks kewujudan negara yang menuju matlamat mencapai status negara maju menjelang 2020 iaitu sejak bermulanya era Kesultanan Melayu Melaka lagi hinggalah negara yang mencapai kemerdekaan. Perpaduan kaum telah tersemai dalam segala aktiviti sosial ekonomi mahupun politik berteraskan perjanjian harmoni bersandarkan perlembagaan negara dan Rukun Negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menjayakan usaha pemupukan perpaduan antara kaum sebagai alat memperkasakan lagi pembangunan ekonomi bagi konsep kompromi yang strategik. Seperkara yang penting yang harus dijadikan pedoman kita bersama adalah setiap rakyat dalam mana-mana kaum, etnik mahupun kaum sekalipun seharusnya menghormati Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dibentuk atas semangat cintakan negara Malaysia dan menjunjung tinggi serta komited ke atas menobatkan perjanjian harmoni antara kaum yang dibentuk sejak lebih 50 tahun yang lalu. Sesungguhnya negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera selama ini sentiasa menunjukkan bahawa kekayaan negara bukan sahaja diperoleh daripada aktiviti perniagaan dan ekonomi bahkan juga melalui pemasaran. Pelbagai program perpaduan rakyat yang secara kolektif menyumbang kepada kemajuan ekonomi. Itu makanya, usaha ini perlu disemarakkan dan perlu mendapat sokongan dan penglibatan setiap lapisan masyarakat walaupun masih wujud suara-suara sumbang yang tidak pernah jemu bertaut pada kepentingan politik sempit mereka dengan memberikan tafsiran perpaduan yang salah dan membahayakan ukhuwah...

Mencelah sikit?

Masyarakat keseluruhannya. Golongan ini umpama empat ganjil, lima genap...

Mencelah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Ampang ini? Tidak benarkan.

...‘Keluk berdenting-denting, gendang berjela-jela’...

Sudah, boring kalau tidak.

Buat golongan ini asyik berbicara tentang rumput di laman orang, di laman sendiri rumput menjalar sampai ke tangga.

Tidak boleh, ya?

Itu makanya bersihkan halaman sendiri...

Yang Berhormat Parit jauh lagikah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak beri, tidak beri.

...Baru bersihkan halaman orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ampang.

Tidak payah, tidak payah. Saya hendak...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Teruskan. Ada lima minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang terdapatnya golongan-golongan yang mempersendakan, yang menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagi saya ini suatu perbuatan yang secara halus dan tersusun rapi, yang bertentangan dengan semangat kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh orang Melayu, orang Cina dan orang India sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu. Teori kontrak sosial menurut sarjana terkenal Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu bersetuju dan komited terhadapnya. Kontrak ini bererti individu-individu adalah bebas untuk bersetuju menyerahkan haknya untuk mereka dan diri sendiri kalau suatu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Semangat perjanjian berdasarkan kepada kontrak sosial di sebalik pembentukan perlembagaan perkara 97, secara jelas diterangkan oleh Tun Mohamed Suffian Hashim dalam bukunya mengenai perlembagaan iaitu: “Sebagai balasan kerana mengenakan syarat, kerana memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi hendaklah ditulis dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu”. Inilah asas yang menjadi kontrak sosial dalam hubungan masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan memberikan pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebagai komuniti yang lain demi mencapai keseimbangan dan kesepakatan dalam masyarakat bernegara. Inilah fitur-fitur utama yang diwujudkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kesemua usul-usul kontrak sosial ini dipersetujui oleh semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya hendak bercakap sedikit tentang hal kawasan saya. Sesungguhnya melaksanakan perubahan demi rakyat adalah sesuatu kewajipan bagi pimpinan kerajaan. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat, memegang teguh prinsip pertanggungjawaban, kesamarataan, ketelusan, tata urus yang baik dan cekap, insya-Allah kita yakin dengan usaha-usaha menyejahterakan serta membela rakyat selama ini. Rakyat tanpa rasa ragu-ragu akan terus meletakkan kepercayaan untuk melanjutkan mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Kita bukan seperti pihak di sebelah sana yang sentiasa kemaruk kuasa, penuh dengan tingkah laku fonostilistik yang berselindung di balik pakatan yang masing-masing mempunyai muslihat dan kepentingan diri masing-masing. Laksana pecah menanti sebab, retak menanti belah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit tinggal dua minit lagi.

Akhirnya ia menjadi masalah rakyat juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebut mengenai kawasan.

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah di kawasan saya telah ada dua universiti iaitu UiTM dan UTP. Cuma, saya mohon kepada kerajaan untuk supaya dapat menimbangkan penubuhan Fakulti Perubatan di UiTM Seri Iskandar. Ini Tuan Yang di-Pertua untuk membolehkan rakyat di luar bandar diberi peluang untuk belajar dalam bidang perubatan. Pada masa yang sama, saya juga ingin memohon kepada kerajaan supaya dapat membina sebuah sekolah berasrama penuh yang masih tidak ada lagi di kawasan Parlimen Parit. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya menimbulkan soalan Dewan tetapi tidak sempat dijawab iaitu pembinaan hospital baru Seri Iskandar. Hospital kami yang ada di Changkat Melintang telah berumur lebih dari 40 tahun dan telah ketinggalan zaman. Jadi

kerana itu saya mohon kepada kerajaan untuk dapat membina dengan segera untuk membina hospital baru di Seri Iskandar. Pada masa-masa yang lalu telah pun diluluskan dua kali tetapi ditolak dua kali dan kali ini diharap tidak mengecewakan rakyat di kawasan Parlimen Parit. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap pembinaan jalan yang baru Parit Seputih yang telah sejak zaman selepas Merdeka hingga sekarang masih belum lagi ada pembaikan kepada jalan itu. Ada lebih dari 50 corner Tuan Yang di-Pertua yang membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan yang dihormati sekalian...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Itu sahaja?

Itu sahaja ucapan saya. Justeru itu, dengan meletakkan prinsip mempertahankan tradisi kepada rakyat, maka marilah kita bersama-sama mendoakan mudah-mudahan kerajaan yang ada pada hari ini akan dapat terus berkuasa bagi terus membina negara pada masa hadapan. Dengan demikian, Yang Berhormat Parit mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Kedah dan Parit kerana akur dengan masa yang ditetapkan.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus. Sila, juga 20 minit.

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Pertama sekali saya hendak minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk sama-sama kita bacakan Al-Fatihah kepada Almarhum Yang Berhormat Dr. A Rahman yang telah meninggal dunia pada minggu lepas. Al-Fatihah. [Ahli-ahli Yang Berhormat beragama Islam membacakan Al-Fatihah dan Ahli-ahli Yang Berhormat bukan Islam bertafakur seketika]

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya saya juga hendak mengucapkan takziah kepada para syuhada di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk negara kita yang tercinta. Saya yakin bahawa seperti mana mereka itu sayangkan negara mereka dan berkorban untuk negara, begitu jugalah kita kepada Dewan pada hari ini. Saya yakin semua Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada kalangan kerajaan backbencher dan juga pembangkang merupakan orang-orang yang sayang kepada negara mereka sendiri. Cuma barangkali kasih dan sayang itu kita lafazkan atau kita tunjukkan dengan cara-cara yang berbeza kerana kita berbeza pandangan dalam kita menilai sesuatu perkara. Dalam banyak perkara kita mungkin berbeza, tetapi saya yakin hasrat kita adalah satu kerana cintakan negara kita Malaysia yang tercinta, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis yang baru-baru ini mengeluarkan fatwa berkaitan isu shisha – mengharamkan shisha. Dijangka Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan mengikut fatwa yang sama kerana perkara ini melibatkan persoalan kemudaratan, melibatkan ummah. Seperti mana Allah Taala mengajar kita [Berucap dalam bahasa Arab] “Janganlah kamu lontarkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. Saya hendak menyeru kepada Ahli-ahli Parlimen sendiri, kalau boleh menjadikan satu hari dalam seminggu sepanjang sidang kita ini, satu hari bebas rokok sebagai mukadimah, kita juga menolak perkara-perkara kemudaratan yang seumpama ini. [Tepuk]

Apatah lagi bagi pihak Ahli Parlimen Islam, di sana ada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan – merokok dari pandangan Islam barangkali terutamanya Ahli-ahli Parlimen di pihak kerajaan kena melihat fatwa seumpama ini kerana melibatkan fatwa rasmi kerajaan.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Pokok Sena ini merokok tak?

Saya menyeru kepada semua orang, tidak kira Ahli Parlimen pembangkang ataupun kerajaan. [Tepuk] Hukum Islam tidak mengenal siapa, saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk melihat perkara ini secara serius, secara adil tanpa kita melihat sentimen politik dan perkara yang seumpama ini. Tuan Yang di-Pertua, bila kita bincang tentang perkara-perkara berkaitan dengan pembangkang, saya tertarik dengan apa yang dibicarakan oleh Perdana Menteri persoalan perdamaian nasional dan seumpamanya untuk mengajak kita melihat ke depan dan bukan melihat ke belakang. Saya bacakan ayat sebelum ini. [Berucap dalam bahasa Arab] “Setiap orang perlu melihat apa yang dia boleh kemukakan untuk esok hari”. Cerita ke belakang kita ketepikan sekejap, kita melihat apa yang kita boleh buat pada masa hadapan. Seperti mana kerajaan mengajar untuk kita menerima keputusan pilihan raya, maka keadaan yang sama juga kita mengajak agar kerajaan mengiktiraf sesuatu yang kita panggil sebagai keabsahan pembangkang. Pembangkang adalah sesuatu yang sah dalam konteks demokrasi kita pada hari ini. Maka sebarang ungkapan-ungkapan yang menggambarkan seolah-olahnya pembangkang ini sesuatu yang tidak betul, khianat dan sebagainya sepatutnya diketepikan kerana ia adalah dibenarkan oleh lunas perundangan kita dan dibenarkan oleh demokrasi berparlimen kita pada hari ini. Kalau tidak mahu wujud, maka jangan buat sistem pilihan raya. Tidak perlu ada mereka yang masuk pilihan raya dan akhirnya akan ada yang menang dan akan ada orang yang kalah. Bagi mereka yang menang walaupun di peringkat pembangkang, tidak menjadi kerajaan perlu kita iktiraf hak mereka sebagai seorang wakil rakyat, sebagai seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya mengajak untuk kita melihat dua tiga langkah yang mungkin kita boleh ditunjukkan oleh pihak kerajaan sebagai suatu pengiktirafan. Pertamanya, kerajaan memberikan hak-hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan perlembagaan negara terhadap negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor dan juga Penang tanpa sebarang diskriminasi. Begitu juga dengan persoalan royalti di peringkat negeri Kelantan harus dibincangkan dengan lebih adil kerana kita di sana ada sewaktu Titah Tuanku Kelantan yang mengajak untuk Kerajaan Pusat melihat hak negeri Kelantan dalam mendapatkan royalti milik mereka. Yang kedua, kerajaan bersikap lebih adil dengan memberikan hak-hak kerajaan negeri pembangkang untuk mendapatkan liputan media. Contohnya Kelantan mendapatkan media bukan sahaja di peringkat televisyen tetapi juga di peringkat radio negeri masing- masing. Sepatutnya diberikan hak Kelantan, Penang dan juga negeri Selangor. Yang ketiga, jangan bertindak membentuk kerajaan dalam kerajaan seperti apa yang berlaku di Kelantan yang dipanggil sebagai Jabatan Pembangunan Persekutuan. Ini menafikan keabsahan pembangkang atau hak Kerajaan Negeri Kelantan yang menang untuk peringkat negeri Kelantan. Yang keempat, memberikan peruntukan pembangunan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang untuk kita sama-sama membangunkan kawasan masing-masing dengan satu perhatian bahawa mewujudkan satu sistem audit yang ketat dalam perbelanjaan pembangunan. Yang saya bimbang ada dana yang diberikan kepada wakil rakyat di peringkat kerajaan yang digunakan untuk membangunkan masyarakat tetapi sistem auditnya perlu kita lihat kembali sejauh mana ketelusan. Bimbang ia akan diambil peluang oleh mereka-mereka yang tidak amanah, yang tidak takut kepada Allah SWT. Yang kelima, saya mencadangkan agar kerajaan menjemput wakil-wakil pembangkang untuk menjadi tenaga sumbang saran terhadap kementerian-kementerian sebagai satu bentuk shadow Cabinet, dengan izin. Tindakan ini akan memperkasakan lagi peranan pembangkang dalam kerajaan untuk generasi akan datang.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengajak kita melihat kepada salah satu perkara yang penting iaitu tonggak bagi negara kita iaitu Islam agama Persekutuan. Hakikat ini mesti kita perkasakan terutamanya bagi Ahli-ahli Parlimen Muslim memperkasakan hak Islam sebagai Agama Persekutuan. Saya melihat ada dua tiga perkara. Contohnya perkara yang melibatkan kuasa undang-undang pada fatwa yang dibuat di peringkat kerajaan negeri atau di peringkat Kerajaan Pusat atau kita panggil Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita melihat fatwa-fatwa ini tidak diendahkan oleh kerajaan. Sebagai contoh kita lihat, Majlis Fatwa Kebangsaan telah keluarkan fatwa yang berkaitan dengan hukum pembinaan monumen peringatan bagi angkatan tentera. Ini fatwa tahun 2009. Di peringkat negeri Pahang, ada fatwa meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan - kedua-dua ini tidak dibenarkan. Jadi, kita melihat sebagai contoh...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan.

...Bagaimana di peringkat pusat...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan. Penjelasan.

Sekejap. Di peringkat pusat...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit sahaja. Penjelasan.

Di peringkat Pusat ada...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Nanti isu lain pula.

...Ada istiadat kalungan bunga di Tugu Negara...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak diberi laluan, sila duduk.

...Pada 31 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak. Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri yang lalu meletakkan kalungan bunga. Perkara seumpamanya menunjukkan kepada kita bahawa kita kurang endah dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri yang dipanggil sebagai Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Minta penjelasan. Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Sila, sila.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih. Sedarkah Yang Berhormat Kuala Nerus bahawa sekarang ini kerajaan telah pun dalam usaha dan hampir siap untuk membina satu dataran pahlawan bagi menggantikan tugu yang diwujudkan sekian lama dan praktis untuk mengalungkan bunga telah pun tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Kuala Nerus patut mengikut perkembangan ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas makluman tersebut. Kita ambil sebagai peringatan kita bersama untuk umat kita akan datang, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Ketereh bangun. Mana satu hendak bagi?

Kita bagi Yang Berhormat Ketereh dahulu.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Ketereh, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat ada menyebutkan tadi antara perkara yang Yang Berhormat harap dapat dilakukan ataupun dielakkan daripada dilakukan ialah membentuk kerajaan dalam kerajaan. Yang Berhormat telah menyebutkan sebagai contoh

penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri Kelantan. Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat adakah Yang Berhormat sedar bahawasanya dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat peruntukan-peruntukan yang jelas bagi senarai- senarai yang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan tanggungjawab bersama. Adakah Yang Berhormat sedar bagi negeri Kelantan, bagi peruntukan yang diwajibkan diberi kepada kerajaan negeri telah pun diberikan kepada kerajaan negeri sementara Jabatan Pembangunan Persekutuan adalah menguruskan peruntukan-peruntukan yang dilaksanakan sendiri dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sahaja.

Dato' Haji Ismail bin Haji Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan kita tahu ia sentiasa dilengah-lengahkan. Ini bukan perkara baru. Berlaku sejak 23 tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil sedikit isu berkaitan dengan pengambilan tanah rakyat khusus melibatkan tempat saya, di Kuala Nerus. Kita tahu bahawa dalam perlembagaan ada akta yang berkaitan dengan pengambilan tanah tetapi persoalan kita adalah sejauh mana ia diambil perhatian untuk kita ikut segala peraturan yang ditetapkan. Dalam isu di tempat saya, dipanggil Kampung Banggol Donas yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus berlaku satu kes pengambilan tanah yang bagi saya tidak mengikut peraturan yang disediakan. Projek ini projek yang dibina secara runding terus menggunakan dana khas negeri Terengganu yang tempoh projeknya ialah tiga tahun bermula Disember 2009 sehingga Disember 2012. Projeknya ialah membina satu jalan raya yang panjangnya 7.6 kilometer termasuk 2 kilometer naik taraf jalan persekutuan yang kosnya adalah sebanyak RM226 juta. Kalau RM226 juta kita bahagi kepada 7.6 kilometer, maknanya RM40.3 juta per satu kilometer. Barangkali ini merekodkan sejarah projek jalan raya yang paling mahal dibina mungkin di Malaysia pada hari ini. Kemudian, projek ini pula hendak guna istilah mungkin dihadiahkan kepada M.Z Hakujaya Sdn. Bhd. yang salah seorang ketua pengarahnya adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu. Apa isu yang timbul? Isu yang timbul ialah pertamanya, kerajaan dalam mengambil tanah yang dimiliki oleh rakyat di kawasan tersebut tidak mengikut peraturan-peraturan yang sepatutnya diikuti. Pertama sekali, pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan diambil oleh kerajaan sedangkan seksyen 4(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan bahawa apabila pihak berkuasa negeri berpuas hati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3, maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta. Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh seksyen tersebut, ia tidak ada ketelusan. Menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada pengetahuan pemilik tanah dengan niat yang tidak baik. Penduduk juga dinafikan hak mereka untuk berhujah dan bantah. Satunya, untuk membantah bagaimana cara pembayaran pampasan dibuat kepada para penduduk. Ini kerana apa yang berlaku ialah pejabat tanah hanya mengeluarkan notis yang tertulis... 2, meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan sedangkan sepatutnya ada peraturan yang mesti diikuti terlebih dahulu iaitu dia telah melanggar seksyen 16 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah tersebut. Persoalannya di sini ialah siapa yang mengarahkan pengeluaran cek pampasan sebelum Borang H dikeluarkan kepada pemilik tanah. Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh penduduk setempat. Perkara ini sebenarnya telah diajukan kepada SUHAKAM dalam satu pertemuan dengan SUHAKAM pada 9 Oktober 2010, telah diadakan satu aduan kepada SUHAKAM dengan data yang sangat panjang, yang tidak boleh saya bacakan di sini. Akan tetapi sayangnya, tindakan lanjut daripada itu tidak berlaku dan rakyat di tempat saya masih lagi menanti apakah penyelesaian bagi persoalan tanah mereka. Saya suka merujuk tentang pengurusan tanah ini kepada apa yang berlaku pada zaman Sayidina Umar ibn Khattab di kala mana Umar ibn Khattab selaku khalifah Islam

ketika itu ingin mengambil tanah seorang sahabat Nabi SAW bernama Al-Abbas Ibn Abdul Muttalib dengan alasan membesarkan Masjid al-Haram di Makkah al-Mukarramah. Lalu diambil tanah itu tanpa izin daripada Al-Abbas. Lantas Al-Abbas membawa kes ini ke mahkamah dan dibicarakan panjang lebar di mahkamah pada zaman Umar Ibn Khattab yang akhir keputusan dibuat oleh kadi ketika itu yang bernama Ubai iaitu tindakan Umar adalah salah, mengambil tanah tanpa keizinan tuannya dan mesti diserahkan kembali kepada tuannya. Selesai kes itu, lalu Umar menyerahkan kembali tanah tersebut. Lalu Al-Abbas ibn Abdul Muttalib kemudian menyatakan, “Wahai Umar, sekarang ku berikan tanah ku ini untuk dijadikan wakaf membina atau memperluaskan Masjid al-Haram.” Lalu kata Umar, “Wahai sahabat, kenapa di kala mana aku mengambil tanah mu, kamu bawa kes ke mahkamah? Akan tetapi sekarang selepas kau menang dalam kes ini, kamu serahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tanah wakaf.” Kata sahabat Nabi, Al-Abbas ibn Abdul Muttalib, “Wahai Umar, kamu ambil sebelumnya kerana paksa, sekarang ku berikan secara rela.” Jadi rakyat tahu sebenarnya kerajaan tidak berhak mengambil tanah rakyat tanpa sebarang keizinan. Inilah fakta yang patut kita ambil perhatian bersama agar kita tidak menzalimi hak rakyat dalam pemilikan tanah, seperti yang ditetapkan oleh Islam dan juga ditetapkan oleh perlembagaan negara Malaysia kita. Tuan Yang di-Pertua, persoalan seterusnya yang hendak saya bangkitkan ialah persoalan isu di Universiti Malaya, yang mana sedang diusahakan satu penstrukturan semula fakulti-fakulti hingga menjadi lima fakulti sahaja. Apa yang menariknya ialah Fakulti Pengajian Islam atau dipanggil Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dijadikan hanya taraf school atau sekolah sahaja di bawah satu fakulti yang dinamakan Fakulti Kesenian, Kemanusiaan dan Sains Sosial. Bagi saya, tindakan seumpama ini memperkecilkan disiplin pengajian Islam sedangkan Islam adalah agama persekutuan, apatah lagi Universiti Malaya adalah antara universiti yang tertua di Malaysia, yang telah melahirkan ramai para alim ulama, pelbagai bidang. Ada yang menjadi pegawai kerajaan, menjadi pensyarah, menjadi kadi, menjadi hakim, menjadi mufti dan sebagainya. Maka adalah tidak layak untuk pengajian Islam di perkecilkan seumpama itu dan bimbang tindakan UM itu akan diikuti pula oleh universiti-universiti yang lain. Dalam Islam mengatakan bahawa [Berucap dalam bahasa Arab] . “Barang siapa yang Allah hendak berikan kebaikan kepadanya, Allah beri dia fakih dalam agama.” Ertinya, rakyat tidak akan jadi baik sekiranya mereka tidak diberikan ilmu dan kefahaman tentang agama Allah SWT dan tidak sepatutnya ia di perkecilkan seumpama itu.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Temerloh.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Berkait dengan isu ini untuk memastikan masyarakat tidak ketinggalan dalam menghayati amal Islami atau ilmu Islam ini. Sehari dua ini panas, isu yang berlaku di negeri Pahang apabila Exco Dakwah Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan satu statement bahawa Pahang tidak membenarkan tazkirah sewaktu solat tarawih. Jadi, saya bimbang perkara ini akan berlaku juga di tempat-tempat yang lain. Saya boleh bersetuju kalau sekiranya tazkirah itu dilarang pada waktu sembahyang kerana itu akan membatalkan solat tarawih. Akan tetapi jika larangan itu meliputi sebelum dan selepas solat tarawih, maka saya ingin bertanya. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa larangan ini adalah bertentangan dengan nas Islam dan ia turut merugikan umat Islam sedangkan aktiviti-aktiviti kemungkaran tidak dihalang dalam negara kita?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas jawab ini, gulung ya.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Tidak ada sebarang dalil untuk menghalang kita menyampaikan tazkirah pada malam-malam Ramadhan pada waktu-waktu selang solat qiamullail yang kita lakukan. Maka tindakan kerajaan menghalang itu adalah bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan al-Quran dan sunah Nabi SAW. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila gulung.

Untuk penggulungan ini, saya mengharapkan agar...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ketereh bangun.

Hendak gulung sudah, soal lagi? Silakan Yang Berhormat Ketereh.

Minta penjelasan sahaja. Tidak hendak soal. Minta penjelasan kerana Yang Berhormat ada sebut tadi dalam penstrukturan Universiti Malaya, ada beberapa cabang Universiti Malaya itu hanya dikatakan menggunakan istilah school. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar pengertian school itu bukan ertinya serupa dengan sekolah. Ini kerana di England misalnya, kalau ada London School of Economics (LSE), bukan bermakna ia sudah diturunkan taraf menjadi sekolah.

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Jangan memperbodohkan saya dengan soalan seumpama itu. Bukan school maknanya sekolah. Saya hendak gambarkan bahawa ia menjadi satu yang lebih kecil level yang ada pada hari ini, Akademi Pengajian Islam. Janganlah benda seumpama itu hendak diungkit, perkara kecil sangat bagi saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila gulung.

Baik Tuan Yang di- Pertua, saya hendak gulung begini perbahasan saya bahawa sebagai sebuah negara yang paksinya Islam agama persekutuan, maka tindak tanduk kerajaan mesti sentiasa merujuk kepada al-Quran dan juga sunah Nabi SAW. Mudah-mudahan dengan tindakan kita seumpama itu, negara kita akan diberkati dan kita semua akan diberkati Allah SWT. Kita berjaya memajukan negara kita bukan sahaja dari sudut fizikalnya, bahkan pada spiritualnya, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada saya sehari lagi pada hari ini.

Mudah-mudahan saya mendapat memanfaatkan kehidupan hari ini untuk agama, masyarakat dan negara. Keduanya tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua atas pelantikan sebagai Timbalan Speaker pada Parlimen yang ke-13. Terima kasih juga Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Persidangan Pertama Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-13. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya para pengundi PRU ke-13 kerana telah memilih Barisan Nasional sekali lagi untuk menerajui Kerajaan Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi Parlimen Jerantut yang telah menggunakan peluang dan hak mereka dengan membuat pilihan memilih saya sebagai wakil mereka. Sebagai ahli baru dalam Dewan ini, saya belajar dan melihat banyak perkara sama ada dari sudut penampilan ahli-ahli Dewan yang menyertai perbahasan serta iltizam dan kesungguhan

mereka untuk memanfaatkan peluang bagi mendaulatkan perlembagaan negara. Di samping membawa isu-isu nasional dan setempat masyarakat yang berkualiti hidup masyarakat yang lebih terjamin. Saya berdoa mudah-mudahan saya mampu menjadi ahli Dewan yang dapat memikul amanah dan tanggungjawab ini kepada semua dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah menyeru semua pihak agar menghormati keputusan majoriti kerusi Parlimen PRU ke-13 baru-baru ini. Satu pilihan raya yang mendasari lunas-lunas perlembagaan dan dilaksanakan secara penuh tanggungjawab. Titah Baginda yang mahukan ahli Dewan dan seluruh rakyat sesungguhnya bersama-sama melangkah berganding bahu bagi memacu negara melangkah terus ke hadapan untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Baginda sangat berpengalaman luas dalam mentadbir negara. Tiada siapa mampu menafikan pengalaman Baginda, bahkan ada di kalangan kita yang belum lahir di dunia ini sewaktu Baginda menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong buat pertama kali dahulu. Oleh sebab itu marilah kita bersama-sama tanpa mengira perbezaan fahaman politik melangkah bersama untuk merealisasikan harapan Baginda. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya menyampaikan serangkap pantun buat kita semua. Anak kampung mencari bidara, Mari dia ambil si anak nyonya, Izinkan dulu saya berbicara, Kemudian baru semua Yang Berhormat boleh bertanya. Kejayaan Barisan Nasional menerajui dan membangunkan negara serta rakyat telah terbukti dengan fakta yang jelas dan boleh diukur serta dinilai secara jujurnya dan rasional. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya meletakkan negara seiring dengan negara maju yang lain. Bahkan menjadi antara negara yang paling maju berdaya saing di kalangan negara-negara membangun. Harus diingat kejayaan bukanlah satu pelabuhan. Kejayaan merupakan satu pengembaraan yang sangat jauh yang memerlukan pengorbanan, kekuatan mental dan fizikal. Selain itu, kerjasama dan sokongan semua amat diperlukan bagi menambah baik ruang kejayaan yang dicapai. Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pendidikan kerajaan telah berjaya mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat kerajaan juga perlu melihat mengambil tindakan segera terhadap nisbah guru murid yang dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Situasi ini akan membebankan guru dan merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai perbandingan nisbah guru murid di negara lain antaranya ialah Denmark, satu guru sepuluh murid, Amerika Syarikat satu guru 14 murid, Belgium satu guru 15 murid, Singapura satu guru 17 murid, Thailand satu guru 30 murid, manakala Malaysia juga satu guru 30 murid. Dengan adanya nisbah guru yang rendah di sekolah tanpa mengambil jumlah guru yang berkhidmat di kementerian, Jabatan dan PPD. Saya yakin kualiti pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik dan sekali gus ia dapat mengurangkan beban kerja guru. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan telah mewujudkan sekolah cluster dalam perancangan pendidikannya tetapi masyarakat masih lagi melihat sekolah berasrama penuh mahupun SBP sebagai satu pilihan dan kejayaan. Apa yang berlaku pada hari ini adalah agihan yang tidak seimbang mengenai pembinaan sekolah berasrama penuh ini di antara kawasan-kawasan Parlimen atau di daerah di seluruh negara. Ini perlu dilihat secara serius dan perlu di atasi dengan kadar segera. Terdapat kawasan yang tidak memiliki walaupun sebuah sekolah berkenaan dan terdapat juga kawasan yang mempunyai lebih dari sebuah. Sekolah berkenaan meskipun sekolah tersebut menunjukkan peningkatan ketara dan konsisten dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Seperti dalam Parlimen Jerantut contohnya yang sentiasa berada di pihak nombor satu hingga kelima dalam negeri Pahang.

Sayangnya kualiti pencapaian ini tidak disokong oleh sebuah sekolah berasrama penuh pun atau sekolah dengan setaraf dengan SBP. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua saya merasakan sebuah sekolah berasrama penuh perlu didirikan di Jerantut. Penubuhan SBP ini sekali gus sebagai hadiah kepada rakyat Jerantut yang merupakan pendokong setia kerajaan dulu kini dan insya-Allah seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, perpaduan negara hendaklah dimulakan di peringkat awal perkembangan diri seseorang insan. Ia perlu dimulakan pada peringkat awal persekolahan, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebagai penyelesaian masa panjang dalam situasi menang-menang, sekolah wawasan adalah jalan terbaik dilaksanakan di seluruh negara tanpa kompromi. Ini kerana realitinya sekolah wawasan tidak mengecil, tidak memperkecil, tidak memperlekehkan mana-mana sekolah kerana mereka mempunyai hak masing-masing. Sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah kebangsaan terus mengamalkan apa yang telah mereka lalui sebelum ini, cuma mereka berada di satu kawasan. Dengan adanya sekolah wawasan, anak-anak kita akan terdedah kepada pergaulan yang lebih banyak di antara kaum. Tuan Yang di-Pertua, ketenteraman awam dan keselamatan negara menjadi antara agenda utama Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih diucapkan, terima kasih juga diucapkan kepada warga polis seluruh pelosok negara yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat dan negara. Walaupun ada segelintir yang kurang waras melihat seolah-olah polis langsung tiada jasa kepada rakyat. Polis dilabelkan sebagai anjing kerajaan. Malah lebih memilukan kematian anggota polis di sifatkan pula sebagai satu sandiwara. Tuan Yang di-Pertua, hari ini jiwa dan pemikiran anak muda di pesongkan dari melihat kebenaran, mereka di rasuk membantah dalam hampir semua perkara. Dahulu peristiwa baring di jalan raya hanya berlaku di negeri Perak, ketika Tuanku Sultan Perak berurusan dengan sidang DUN.

Pada 25 Jun 2013 yang lalu berlaku pula berbaring di jalan raya ketika Yang di- Pertuan Agong berangkat ke Parlimen. Kepada siapakah yang hendak dipersalahkan? Siapakah yang menjadi dalang sehingga mereka bertindak sedemikian. Pengalaman peristiwa di Lahad Datu begitu menggerunkan kita. Ianya mengingatkan kerajaan agar melihat semula tahap kesiapsiagaan, keselamatan khususnya di kawasan sempadan, pantai, kawasan pertambahan penduduk yang pesat serta kawasan tumpuan pelancong. Seperti contohnya, kawasan pelancongan di Parlimen di Jerantut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jerantut merupakan pintu masuk ke taman negara, mempunyai sebuah IPD yang dibina sejak tahun 1976 dan sehingga kini pertambahan bangunan baru tidak pernah dibuat. Fikirkanlah bagaimana para pegawai dan anggota polis kita bekerja dalam keadaan yang tidak kondusif. Sebagai penghargaan terhadap warga polis di Jerantut serta kepentingan keselamatan rakyat dan juga para pelancong adalah sangat wajar kerajaan membina sebuah IPD baru yang serba lengkap di Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, saya pasti kerajaan sangat berharap kedatangan pelancong dalam jumlah yang ramai ke negara ini. Keselesaan dan kemudahan rawatan kesihatan yang terbaik perlu disediakan sebagai satu sinergi untuk menggalakkan kehadiran mereka. Akan tetapi, keadaan ini tidak berlaku di Jerantut sedangkan Jerantut merupakan pintu masuk ke taman negara. Buat masa ini, Jerantut hanya mempunyai hospital yang terdiri daripada 28 katil untuk wad lelaki, 21 katil untuk wad perempuan, 12 katil untuk kanak-kanak, dan 16 katil untuk wad bersalin. Doktor pula hanya 6 orang daripada 12 orang. Dalam soalan lisan saya pada hari ini, telah pun dijawab secara bertulis. Kementerian Kesihatan melaporkan bilangan pegawai perubatan bukan pakar yang mencukupi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di facilities kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu, saya mohon Kementerian

Kesihatan melengkapkan, mencukupkan segera bilangan doktor yang sepatutnya ada 12 orang. Tiada perkhidmatan doktor pakar yang tetap. Seseorang pelancong di taman negara memerlukan tiga hingga ke empat jam untuk mendapatkan rawatan yang baik atau rawatan pakar di Temerloh. Ini sudah pasti memberikan imej yang kurang baik kepada negara daripada kaca mata pihak luar. Oleh itu, untuk kebaikan rakyat serta menjaga imej yang baik bagi kerajaan, maka wajar sangatlah sebuah hospital baru yang serba lengkap dibina di Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada kerajaan kerana sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat luar bandar. Semoga kerajaan akan terus membangunkan luar bandar dengan memberikan lebih peruntukan yang lebih banyak lagi di tahun-tahun yang akan datang bermula dengan tahun ini. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan setiap agenda pembangunan kerajaan khususnya di kawasan luar bandar, kerajaan perlu lebih teliti daripada segi pendekatan dan kaedah pelaksanaan satu-satu projek pembangunan. Sebagai contohnya, dalam pembinaan jalan raya terutamanya di kawasan pelancongan kerajaan perlu lebih peka pada masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Ini kerana aspek alam sekitar adalah antara aset penting yang menarik kehadiran pelancong. Kurangkanlah aktiviti yang merosakkan kehijauan hutan jika tidak benar-benar perlu. Tempoh siap sesuatu projek sangat perlu ditekankan agar harapan rakyat untuk menikmati projek yang disediakan oleh kerajaan itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana buat masa ini, ada juga projek-projek yang dijalankan di luar bandar tidak menepati tempoh masa yang ditetapkan. Rungutan rakyat sudah pasti berekoran kemudian. Ini juga akan membebankan rakyat kerana mereka menganggap kerajaan bersimpati dengan pihak yang melaksanakan projek-projek yang telah saya nyatakan. Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur berada di bumi bertuah Malaysia ini yang berbeza dengan negara lain. Kita juga bersyukur dikurniakan sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha untuk menyejahterakan rakyat dan negara. Kita juga perlu sentiasa berusaha untuk melihat yang terbaik dan memberikan yang terbaik untuk negara Malaysia yang tercinta. Ini kerana kita tidak punya tanah air yang lain melainkan negara Malaysia bumi bertuah ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca dua rangkap pantun sebagai penghujung ucapan saya: Blackout di Bentong satu khayalan, Angkara-angkara orang separuh gila, Marilah lawan dan kawan bersama kerajaan, Membina negara agar rakyat mendapat bahagia. [Tepuk] Pembangkang berasa umpama dewa, Kebaikan kerajaan buat tidak perasan, PRU ke-13 merana dan kecewa, Undi popular meroyan perasaan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa BN telah memperoleh majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Yang Berhormat Pekan mengumumkan pada sidang akhbar bahawa Kerajaan BN akan memulakan usaha perdamaian nasional, national reconciliation untuk menyatukan orang-orang yang seolah-olah berbahagi seperti yang ditunjukkan dalam

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

pengundi polarisasi trend dalam Dewan Rakyat. Beliau berkata langkah itu akan dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin BN sebagai satu cara ke hadapan untuk dasar yang lebih sederhana dan accommodative demi negara dan untuk menolak politik pelampau, perkauman dan ekstremisme agama. Walau bagaimanapun, apa yang rakyat telah menyaksikan selepas 5 Mei, keputusan pengundian adalah permukaan daripada perangkap bangsa kenyataan dan provocational perkauman ucapan yang berbau hasutan dan macam-macam. Mulut UMNO iaitu Utusan Malaysia menggunakan macam-macam isu seperti apakah Cina mahu dan macam-macam artikel selepas itu. Sehingga kini, tidak lagi apa-apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa itu satu kesalahan, itu adalah satu yang tidak patut dibuat oleh Utusan Malaysia. Baru-baru ini juga kita ada melihat perbuatan itu secara terang-terangan dan tindakan balas politik oleh kerajaan Melaka memutuskan untuk menjadikan 13 tahun Jonker Walk lama ke Jonker Drive. Hanya pemimpin-pemimpin politik dengan pemikiran primitif akan mahu menghukum pengundi kerana tidak menyokong mereka. Apa yang sedih dan paling mengecewakan adalah bahawa Perdana Menteri telah memilih untuk berdiam diri dan membiarkan perbuatan tersebut perangkap bangsa itu dan dendam politik adalah jelas bertentangan dengan seruan beliau untuk pendamaian nasional. Biar saya meminta kepada Perdana Menteri yang dakwa anda terikat dengan proses perdamaian kebangsaan atau tidak? Tuan Yang di-Pertua, pengalaman pentadbiran baru-baru ini Undang-undang Wilayah-wilayah Persekutuan iaitu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang telah dibawa ke Dewan ini, itu pun seksyen 107 terutama adalah bercanggah dengan usaha perdamaian. Di mana kita tahu bahawa bila menukar agama daripada bukan Islam ke Islam, daripada segi undang-undang yang sedia ada perlu kebenaran ibu dan bapa dengan sekali gus ada kenyataan di Rang Undang-undang 107 meminda kebenaran itu kepada satu di antara ibu atau bapa dan ini tidak akan membawa kedamaian langsung.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada satu kes di Ipoh, Indira Ghandi di mana kes sedang dijalankan menunjukkan bahawa penukaran agama jika dibuat oleh satu di antara bapa atau ibu akan menyusahkan dan memudaratkan lagi ibu bapa, keluarga dan sedemikian. Marilah kita belajar apa yang telah jadi di Singapore dan di Indonesia. Di Indonesia adalah satu negara di mana negara yang terbesar dengan masyarakat Muslim tetapi tidak ada masalah-masalah sedemikian. Kenapa Malaysia sangat luar biasa? Tuan Yang di-Pertua, hal isu matrikulasi. Setiap tahun lebih kurang 29,000 pelajar diterima untuk kursus matrikulasi. Dalam setahun hanya 506 kerusi telah diperuntukkan untuk masyarakat India. Tahun lepas pada bulan Februari, Perdana Menteri telah menambah 1,000 tempat tambahan bagi masyarakat India dan menjadikan ia sebanyak 1,508 kerusi. Walaupun dengan janji-janji ini, hanya 945 tempat yang sebenarnya ditawarkan dan diisi oleh masyarakat India. Oleh itu, lebih kurang 555 tempat-tempat yang dimaksudkan untuk masyarakat India telah dinafikan kepada mereka. Tidak ada alasan dan penjelasan yang memuaskan atau munasabah telah diberikan kepada masyarakat India untuk mengurangkan kerusi kepada masyarakat tersebut. Saya telah membangkit isu ini sebanyak tiga kali pada tahun 2012 di persidangan Parlimen. Walaupun saya telah mengingatkan dan membawa isu ini ke perhatian pihak berkuasa, tindakan susulan tidak diambil. Apabila saya membangkitkan isu itu lagi pada hari Khamis lepas semasa soal jawab, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa pada tahun lepas dan tahun ini pun pengambilan 1,500 tempat telah diisi. Manakala Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Yang Berhormat Hulu Selangor telah mengatakan kepada surat khabar bahawa pengambilan adalah berikut: (i) pengambilan pertama sebanyak 1,500 tempat telah ditawarkan dan 892 tempat telah diisi, diambil; dan (ii) pengambilan kedua pula sebanyak 350 tempat yang ditawarkan dan tiada maklumat yang terperinci yang diberikan. Berdasarkan statistik yang menunjukkan di sini, masyarakat India masih mempunyai keraguan jika kerajaan benar-benar telah menemui janjinya untuk meningkatkan bilangan tempat matrikulasi kepada masyarakat India atau sebaliknya. Jika

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

hanya 892 tempat yang telah diambil, diisi semasa pengambilan pertama, ini bermakna bahawa terdapat kira-kira 608 tempat yang dikhaskan untuk masyarakat India tetapi belum lagi diberi. Mengapakah ia adalah tempat untuk yang segera di mana ia ditawarkan kepada pelajar-pelajar lain India yang layak? Mengapa ada lagi tawaran daripada 350 tempat apabila walaupun 606 tempat tidak dipenuhi semasa pengambilan pertama? Adakah ini bukan satu percubaan untuk menggambarkan palsu awam bahawa sebanyak 1,850 tempat telah ditawarkan kepada masyarakat India? Untuk perkara lebih teruk lagi, Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa, dalam usaha untuk meningkatkan pengambilan pelajar India walaupun kelayakan kemasukan ke matrikulasi itu nampaknya telah dikurangkan daripada 92% ke 88 mata. Adakah ini benar? Apakah dia mengatakan bahawa, walaupun dengan langkah itu, ramai pelajar masih gagal untuk melayakkan diri ke matrikulasi. Hanya dua bulan yang lalu, Senator Waytha Moorthy, dari Hindraf telah menandatangani satu MoU dengan Perdana Menteri di mana beliau telah berkata bahawa bilangan tempat yang diperuntukkan untuk pelajar-pelajar India itu akan meningkat kepada 2,200. Sekarang kerajaan telah gagal untuk menepati janji 1,500 tempat apatah lagi kenyataan MoU. Adakah ia bernilai? Has it got any value on the paper as he stated on? Apa yang telah dilakukan oleh Senator Waytha Moorthy itu adalah satu peringatan kepada masyarakat India dengan pengambilan untuk matrikulasi supaya pertentangan dan mengelirukan siapakah kita boleh percaya? Mengapa pengambilan dengan ahli-ahli akademik dan masyarakat India untuk menyiarkan nama dan butir-butir semua pelajar yang berjaya tidak dibenarkan? Masyarakat India dan masyarakat akademia memohon agar satu list untuk semua nama-nama yang telah mendapat tempat disiarkan untuk semua pihak mengetahui kerana kami difahamkan sebenarnya kurang daripada 1,500 pelajar sahaja telah mendapat tempat dan harap tindakan yang susulan dapat diambil. Tuan Yang di-Pertua, dengan saya ada senarai sebanyak 322 pelajar. Nama, IC dan tempat di mana mereka belajar. Lagi satu, ada enam anak Cina juga yang berkualifikasi tidak mendapat tempat. Ini semua menunjukkan bahawa ada satu sistem yang tidak boleh diterima. Semua pelajar yang layak dan datang dari golongan miskin adalah dari kawasan pedalaman. Kenapa ia menafikan hak sah mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka? Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Chau Weng Ai yang berasal dari keluarga miskin yang mendapat 9A+, tidak boleh dapat lagi A Tuan Yang di-Pertua, dalam SPM tetapi beliau telah gagal untuk mendapatkan tempat di matrikulasi. Saya ada beberapa di sini 9A, 10A dan sebagainya iaitu Yoogeswaran a/l Chandrasegaran, Saravana a/p Ravi, ada banyak di sini. Ada lebih 300 orang yang saya boleh tunjuk di mana mereka semua mendapat 9A, 10A, dan 11A tetapi tidak mendapat tempat di matrikulasi. Isu pengambilan matrikulasi adalah satu masalah yang besar di mana Kerajaan BN dilihat sebagai mengambilkan dasar yang tidak adil. Perdana Menteri baru-baru ini berkata bahawa BN baru-baru ini hilang dalam perang persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Izinkan saya mengingatkan bahawa kerajaan yang tidak adil dalam amalan pengambilan matrikulasi seperti itu akan lagi merosot sokongan kepada kerajaan. Satu kajian menyeluruh dan pembetulan diperlukan untuk melihat mengapa pelajar yang layak tidak diambil kerana ini adalah jelas bahawa ada sesuatu yang tidak betul. Dasar yang tidak adil dan amalan yang membunuh masa hadapan yang cerah dan masa depan anak-anak kita mesti dihentikan. Kegagalan untuk menangani masalah itu juga akan menyebabkan isu perkauman. Perlaksanaan Pasukan Petugas Khas di masyarakat India Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 10 Jun 2010. Menteri Kesihatan sekarang adalah ketua pasukan tersebut dan telah berkata, “Ia adalah untuk memastikan bahawa kaum India Malaysia dapat mengakses perkhidmatan program-program dan projek-projek Kerajaan Persekutuan dengan cara yang adil dan saksama”. Akan tetapi isu matrikulasi tidak dapat membantu apabila ia yang paling dikehendaki, diingini oleh masyarakat India tidak dicapai. Saya cadangkan kerajaan untuk membina beberapa kolej matrikulasi yang baru untuk menangani dan memberi peluang kepada masyarakat yang telah hilang keupayaan untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran. Pada hari Khamis Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kegagalan Kerajaan Barisan Nasional, satu protes akan dijalankan di Putrajaya di mana satu duduk dan bantah akan dianjurkan oleh NGO-NGO di mana kami difahamkan beratus-ratus ibu bapa akan berada di

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

sana untuk mendapat perhatian daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah anak- anak mereka. Lagi satu adalah perkara mengenai Parlimen sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beritahu bahawa di Parlimen Kanada Tuan Yang di-Pertua di mana bila soalan dikemukakan atau soalan dijawab atau soalan ditanya semasa soal jawab, hanya diberi 35 saat sahaja. Kalau ia boleh bekerja dengan efisien di Kanada, saya harap itu boleh diguna pakai di sini. Kita ada beberapa lawatan yang telah dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua dengan Ahli-ahli Parlimen ke beberapa negara untuk melihat apakah sistem Parlimen mereka. Saya harap sistem itu boleh guna pakai di sini dan keadaan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Kita boleh start esokkah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh, boleh. Sekarang pun boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalan pendek, jawapan pendek.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

35 seconds you can go to the next then see Tuan Yang di-Pertua. Bila kita kata ubah, ubah mesti berlaku juga di Parlimen. Sebagai permulaan saya akan mencadangkan bahawa biar kita mengamalkan satu sistem di mana rang undang-undang boleh dikaji dan dibahaskan secara terperinci oleh jawatankuasa khas dan bukannya sistem yang ada sekarang di mana keseluruhannya bertindak sebagai jawatankuasa. We got the open committee.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau sedemikian, negara India Tuan Yang di-Pertua, perlu bersidang day and night for the 365 days. Akan tetapi bukan sedemikian, they got so many sub committees and committees. Kita perlukan di Dewan kita juga supaya menjimatkan masa, menjimatkan wang juga. Kita perlu melihat di dalam Parlimen negara-negara lain terutamanya di UK, Australia dan India. Di mana dalam ketiga-tiga sistem di negara tersebut terdapat banyak jawatankuasa-jawatankuasa yang berurusan dengan terperinci untuk berfungsi dan memainkan peranan kementerian yang tertentu. Tidak semua isu-isu yang akan datang sebelum Dewan kerana ia dilupuskan di peringkat jawatankuasa. Dengan cara ini persidangan Parlimen dipendekkan dan wang dan masa boleh dijimatkan. Hairan kami pada sekarang live telecast adalah satu setengah jam. Saya pohon ia akan menjadi lebih baik dan jika siaran langsung ini adalah dengan sepenuh pada setiap dari pagi sehingga sesi Parlimen habis. Dengan ini orang ramai juga boleh lebih baik menilai prestasi sebagai Ahli Parlimen mereka. Ini adalah kedudukan...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Ipoh Barat, 35 saat, tidak sampai, sedikit sahaja. Saya menyokong pandangan supaya liputan di Dewan ini dibuat lebih baik, lebih panjang. Saya menyaksikan hari ini ada dua kamera.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tiga Yang Berhormat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tiga kamera sedang berfungsi, adakah ini sedang ditayang secara langsung ataupun untuk rakaman semata-mata? Atau kena tanya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya kurang pasti Yang Berhormat, saya tidak tahu. Mungkin rakaman, mungkin langsung, kurang pasti tetapi sedang dirakam secara live sekarang.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kalau langsung saya hendak berdiri lama sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Oh! Saya dimaklumkan sedang langsung di website RTM. Ya, confirm.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mike, mike nanti tidak masuk TV Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mereka ikut bukan kerana mereka memilih sedemikian kerana banyak website yang lain macam Selangor TV, Ubah TV sudah mulakan, sudah lama sudah, jadi mereka terpaksalah. Have to follow suit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sesuatu yang bagus sedang berlaku Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bagus, saya katakan very good, good, good. saya terima tetapi lambatlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita mesti berterima kasih pada RTM Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Lambat. Tidak apa, tidak apa, ini adalah satu kemudahan untuk Ahli Parlimen yang tidak mencukupi. Salah satu kemudahan yang paling penting ialah bahawa Ahli Parlimen perlu diberikan pembantu penyelidikan profesional kerana ia akan membantu untuk meningkatkan kualiti perbahasan Parlimen. Kemudahan pemimpin pembangkang, sekarang Ketua Pembangkang perlu meningkatkan statusnya sebagai ministerial status seperti di negara-negara lain dan semua faedah-faedah yang perlu ditambah kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, lagi satu perkara adalah International Criminal Court di mana pada tahun 2002, 60 negara telah signed Rome Statute di mana International Criminal Court telah dimulakan iaitu telah ditubuhkan pada tahun 2002. Walaupun pada dua tahun dahulu satu mesyuarat 2nd PGA Asia-Pacific Parliamentary Consultation On The Universality on the Rome Statute of the International Criminal Court telah diadakan di Parlimen ini. Di mana Ahli Parlimen-Ahli Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen-Ahli Parlimen serantau telah datang. Dua minggu selepas itu Kabinet telah memaklumkan kepada negara bahawa kita akan menjadi anggota International Criminal Court (ICC). Dah lebih dua tahun, sehingga ini perjanjian itu belum lagi ditandatangani. Saya difahamkan tahun dahulu bulan Disember, Peguam Negara dengan menteri undang-undang masa itu Yang Berhormat Padang Rengas, dengan beberapa Ahli Parlimen telah pergi ke negara Eropah. Di mana dalam beberapa mesyuarat-mesyuarat yang tertentu cadangan telah dibuat dan Peguam Negara telah menerima dan telah memberi aku janji. Saya baca, dengan izin, ‘The Attorney General and the Malaysian Parliamentarians attended conferences in Europe last year. At the meeting, the ICC implementing legislation preconditioned from Malaysia’s ratification. The Attorney General promised to the President of the International Criminal Court at the end of November 2012 to have a draft law tabled in Parliament by June 2013. The draft law in based on the Commonwealth model adopted since 2011. The Malaysian draft law may accommodate certain positions of the AG on the immunities of the monarchy.’ Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan walaupun perkara ini dalam proses, saya harap satu jawapan menyeluruh mengenai perkara ini boleh diberi oleh kerajaan. Apakah terkini mengenai perkara ini? Satu lagi perkara adalah mengenai IPCMC di mana kawan-kawan kita, banyak kawan-kawan Yang Berhormat telah menyeru bahawa IPCMC patut disediakan. Saya sendiri telah membawa satu usul di Dewan ini kerana ini adalah satu masalah yang sangat rumit. Di mana ramai banduan atau orang-orang yang ditahan di lokap mati dan ini sedang berlarutan. Nasib baik pada masa Parlimen sekarang tidak ada satu pun yang mati di lokap yang kita tahu, yang dalaman kita tidak tahu. IPCMC perlu kerana ia menjadi kawal selia khas untuk pihak polis dan akan membawa satu pendirian yang bagus, satu yang bebas. Supaya rakyat dan orang-orang yang ditahan di lokap boleh mengambil tindakan terhadap pihak polis supaya pihak polis tidak sendiri menyiasat apa-apa report polis yang dibuat terhadap mereka. Ini menyusahkan semua pihak. Lagi satu adalah di mana kerajaan telah memberi aku janji pada tahun dahulu di mana tujuh buah sekolah Tamil baru akan dibina, sudah lebih satu setengah tahun. Mana sekolah-sekolah tersebut? Tempat itu telah diberitahu tetapi bilakah ia akan dibina? Adakah ia akan dibina? Adakah sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar di mana kekurangan murid-murid, adakah ia telah dikenal pasti untuk dipindahkan ke pekan-pekan. Juga untuk tourism di mana pelancong-pelancong, saya difahamkan di negeri Perak perlu diberi keutamaan. Ada gua-gua yang tertentu di mana memberi menjadi satu interesting place untuk orang ramai datang. Saya harap Menteri yang baru ini akan beri perhatian dan memberi macam-macam ganjaran untuk gua-gua yang dikendalikan banyaknya adalah swasta. Untuk mereka menarik pelawat-pelawat dari luar negara dan

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

juga homestay dan juga My Second Home. Apakah wang yang ditaruhkan sebagai fixed deposit itu akan dikurangkan? Adakah ia akan juga diberi laluan kepada supaya lebih ramai orang kepada luar negara dapat datang dan tinggal di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Baru-baru ini kita dapat tahu 450 pelajar yang telah mendapat pelajaran di universiti-universiti medical di luar negara di Ukraine, Romania. Saya difahamkan tidak ada lagi exam dibuat di negara ini. Tahun dahulu ada exam, peperiksaan dibuka untuk mereka tetapi tidak lagi. Itu nombor satu. Nombor dua, pada tahun 2004 saya telah membawa satu usul bila kerajaan telah dengan tiba-tiba tidak mengiktiraf Criminology Justice University pada masa itu MIC memberi sokongan kepada saya dan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang. Dengan mengatakan bahawa tidak mengiktirafkan Criminal Justice University adalah satu kesalahan dan kerana ia diiktiraf oleh European Union dan lain-lain negara. Sekarang Timbalan Presiden MIC adalah Menteri Kesihatan, apakah pendirian beliau? Adakah satu penyiasatan akan dibuat? Adakah universiti itu akan diiktiraf balik? Akhir sekali adalah mengenai klinik kita Tuan Yang di-Pertua. Saya baru pergi hari ini. Saya hairan bahawa di mana bila pemeriksaan sedang dibuat, see through Tuan Yang di-Pertua. Bila disuruh saya buka baju dan sebagainya, orang luar pun boleh tengok. Kalau saya, saya okey, kalau perempuan macam mana Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan, macam kandang lembu di tempat itu. Saya harap JKR boleh membuat usaha mendapat tempat yang baik lebih elok. Macam di klinik yang lama di sana di mana ada semua facility yang tertentu untuk Ahli Parlimen ini adalah mustahak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jangan kita lupa pada tahun 1964 di mana Speaker sedang duduk dan bercakap, tidak ada doktor. Selepas itu dia tidak bangun langsung kerana selepas itu tidak ada doktor untuk, dia jatuh sakit tiba-tiba heart patient dan meninggal dunia dan ini kita Ahli-ahli Parlimen, kita perlukan the best system. Kita ada doktor di sini tetapi sistem yang - the supporting system tidak ada. Saya harap tindakan diambil. Kalau boleh dia dibenarkan balik ke tempat yang lama supaya dapat usaha dan beri perkhidmatan yang baik untuk semua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya baru disahkan oleh rakan Twitter yang kerja dekat RTM. Memang benar pun RTM sekarang mengadakan siaran langsung secara di web RTM. Jadi perbahasan ini boleh diikuti melalui web RTM. Yang Berhormat Simpang Renggam.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Saya ada tanya, sorry, this is minta maaf. Saya tanya tahun dulu mengenai siaran langsung. Nombor satu adakah ia mengikut peraturan, nombor satu adakah ia dibenarkan the other House Committee itu perlu kebenaran mereka. Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk buat keputusan dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tuan Yang di-Pertua ada kuasa untuk buat keputusan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya saya setuju lebih baik kalau ia boleh diberitahu kepada kita semua. Nombor dua yang mustahak adalah kenapa web page why not live telecast on TV? Itu lebih mustahak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

You know something, itu sesuatu yang bagus sedang berlaku Yang Berhormat, tidak mengapalah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, I agree Tuan Yang di-Pertua. Saya kata mereka mengikut apa yang dibuat oleh Ubah TV, Selangor TV.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah. Good start.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, it’s a good start, but why not live telecast on TV? Seorang Ahli Pembangkang: Web sudah ada.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Web sudah ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Itu cuma maklumat tambahan daripada saya kepada soalan tadi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu jangan lupa Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua jangan lupa satu tahun dahulu kalau saya tidak silap apabila satu soalan ditanya berapakah kos saya kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sesi sebelum ini cuma setengah jam. Kemudian sekarang dilanjutkan kepada satu jam setengah, ada perubahan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

No, perubahan secara - Bukan ubah dengan betul-betul. Bukan dia kata kos RM500,000 dan sebagainya. All that is lie. Now we know the cost is only RM5…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Nothing to argue, tak mengapalah. Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya lebih baik kita buat dekat web sebab ramai yang bawa smart phone. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Titah Diraja dan saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh isu keselamatan negara. Beberapa peristiwa yang berlaku sejak tahun lepas sehinggalah ke Pilihan Raya Umum Ketiga Belas baru-baru ini telah jelas menunjukkan bahawa ada kuasa daripada luar negara yang cuba campur tangan dalam politik negara dan menggunakan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan. Peristiwa pertama ialah SUARAM, sebuah pertubuhan yang menjalankan segala aktivitinya melalui syarikat bernama Suara Inisiatif Sendirian Berhad telah disyaki menerima dana daripada NGO-NGO negara asing seperti Amerika Syarikat untuk menjalankan aktiviti seperti perhimpunan Bersih dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah hasil siasatan tersebut? Rakyat ingin tahu apakah yang sebenar? Ia benar seperti apa yang diuar-uarkan dalam internet bahawa dana yang cukup besar ini disalurkan kepada Suara Inisiatif Sendirian Berhad dan membolehkan mereka menganjurkan perhimpunan satu demi satu secara besar-besaran. Peristiwa kedua ialah mengenai maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks. Ia telah membongkarkan seorang bekas pemimpin negara yang masih kini duduk dalam Dewan yang mulia ini yang mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanannya mencecah USD66 juta dan SGD49 juta. Sebanyak 20 akaun bank masing- masing adalah dengan izin Tuan Yang di-Pertua saya baca satu-persatu. Citibank - USD10 million, UOB - SGD5.5 million, BBS - SGD8 million, Bank of China - USD3.5 million, Citibank - USD4 million yang hebat ini, Israel National Bank - USD6.5 million, American Express Bank - USD5 million, American Express Bank - USD5 million, Israel National Bank - USD10 million, Israel National Bank - USD5 million lagi Israel - National SGD5 million.

Ini Dr. Mahathir punyakah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada yang bangun Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Jangan kacau. Israel National Bank - SGD5 million. Israel National Bank - SGD3 million, Citibank - SGD6 million, Citibank - USD7 million, Citibank - USD6 million lagi Citibank - USD5 million, Israel Bank - SGD6 million. Ada banyak lagi Israel National Bank - USD5.5 million, dan juga Israel Bank - SGD8 million. Sebanyak 20 akaun bank ini memberikan jumlah simpanannya sebanyak USD66 juta dan juga SGD49 juta.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kaya, kaya, kaya.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Setiap akaun juga ada maklumat terperinci Tuan Yang di-Pertua termasuk nama si pemegang akaun, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan juga tarikh pematangan fixed deposit. Saya cuma ingin baca satu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan sedikit sebelum baca?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Okey.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat cuba mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mendedahkan siapa individu yang terlibat ini di Dewan ini dan apakah Yang Berhormat Ipoh Barat terlibat ataupun tidak?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Cakap di luar Parlimen. Tidak mengapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bukan menuduh, kalau dia terlibat pun kita dedahkan. Jadi saya percaya dia tidak terlibat, mungkin orang lain.

Cakap dekat luar.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak sangat akaun ini saya cuma baca satu sahaja dengan izin, name Mr. Anwar bin Ibrahim. [Tepuk] Deputy Prime Minister passport number D283767(M). Bank - City Bank. Type of account fix deposit foreign currency two years. Account number DD21417922549F US10 million. Date opening account 21st April 1997.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sepang bangun ada sahamkah itu?

Boleh celah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tidak bagi. Biar saya habiskan dahulu.

Selepas itu you akan bagi? Tidak bagi kita hendak...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Date of maturity 21st April 1999.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sepang tidak ada saham. Yang Berhormat Batu ada.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya baca semua akaun ini soalan pertama yang muncul dalam kepala saya ialah semua wang ini dimasukkan masing-masing pada masa yang sangat dekat antara satu sama lain. Wang ini datang dari mana?

Okey.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Seorang Deputy Minister, seorang Timbalan Perdana Menteri kita tahu gaji berapa, kita tahu elaun gajinya berapa. Macam mana boleh ada simpanan wang begitu besar dan dimasukkan ke dalam bank kepada masa yang hampir sama dekat.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tidak bagi.

Bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Hendak tanya soalan, takutkah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sepang tidak ada saham, jangan tanya.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tanya KDN, adakah siasatan telah dimulakan dan saya mahu tahu apa hasil siasatan?

Saya hendak bantu ini, hendak tolong ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Soalan kedua Tuan Yang di- Pertua ...

Saya hendak sokong pun ...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, ada sebanyak sembilan akaun daripada 20 akaun ini adalah berada di Israel National Bank.

[Dewan riuh]

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, kita semua warganegara, kita tahu warga Malaysia kita pegang pasport biarlah kita tengok muka surat kedua, pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel. Cukup jelas.

Berani, bagilah laluan.

Duduklah, dengar penjelasan dahulu.

Bagilah laluan. Tuduh sorang- sorang buat apa.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tetapi Tuan Yang di-Pertua sekiranya apa yang kita lakukan oleh WikiLeaks adalah benar, ini cukup bahaya, sangat bahaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Simpang Renggam tidak bagi jalan Yang Berhormat. Duduk. Yang Berhormat Batu, duduk.

Saya hendak gunakan Point of Order 36(6).

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam itu.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Simpang Renggam, kawan.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Cepat, cepat Yang Berhormat Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Batu.

Hendak bagi jalankah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan macam itu, tidak bagi jalan point of order. Mana ada Yang Berhormat salah guna point of order. Jangan sebut macam itu, salah gunalah nampaknya. Tapi sekarang dia bagi jalan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Maklumat-maklumat ini pertama sekali kalau sahih saya harap Yang Berhormat ini harus diulang di luar dan di submit kepada MACC supaya dia disiasat dengan betul. Sebab yang paling kita minat ialah anggota dalam Keadilan. Kita memang sudah susah payah berjuang 15 tahun, satu sen pun tidak dapat, kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita memang ingin tahu. Memang itulah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya rasa ada orang lain dapat.

Kesian.

Kedua ialah ini juga melibatkan isu lebih daripada anti rasuah tetapi bila sebut ada bank Israel ini, dia harus dikesalkan, kalau tidak ia merupakan sejenis tohmahan yang menggunakan, yang dianggap sebagai kita abuse of the privilege untuk merosakkan nama orang lain.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Okey Yang Berhormat Batu .

Kalau perkara ini tidak benar sebab itulah saya hendak gunakan point of order. Kalau ini tidak betul, dalam sesi yang akan datang saya harap Simpang Renggam akan tarik balik dan mohon maaf atas hujah yang tidak benar.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Duduk, duduk. Okey, okey.

Saya ulang sekali lagi. Saya sebut, saya sendiri pernah buat satu ucapan yang menuduh...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Cukuplah, cukuplah. Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

...Yang mendakwa seorang Timbalan Menteri memberi kontrak kepada kroni dia. Tuan Yang di-Pertua arahkan saya, sebab maklumat itu tidak betul...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup lah.

...Saya kembali ke Dewan ini untuk mohon maaf dan tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, cukup Yang Berhormat Batu. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Ambil maklum. Tuan Yang di- Pertua di hadapan kita sama-sama mengutuk kezaliman, kita mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Israel. Kita mengutuk serangan askar Israel terhadap Gaza yang telah meragut banyak nyawa, budak-budak, kanak-kanak, wanita. Yang Berhormat Permatang Pauh juga sanggup bersama dengan rakan-rakannya dengan PAS dan juga DAP mengutuk juga semasa Perdana Menteri kita membentangkan usul khas pada tahun lepas. Akan tetapi di belakang pula mempunyai akaun bank di negara itu. Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja telah menggadaikan nasib bangsa, agama bahkan akan menggadaikan nasib negara.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Point of order, point of order. Tuan Yang di- Pertua point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order berapa Yang Berhormat. Seorang ya seorang.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Point of Order 36. Tunggu dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Simpang Renggam duduk dahulu Yang Berhormat. Yang lain duduk, yang lain duduk. Bayan Baru .

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tolong duduk. Point of order ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bayan Baru, point of order yang mana.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Point of Order 36(6). “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa yang lain”. Sekarang saya minta Simpang Renggam tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ini kritikal. Saya mahu tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Point of order duduklah. Point of order tidak hendak duduk. Duduk. Yang Berhormat, ada point of order, saya buat keputusan of point of order first. 36(6) kita dengar tadi dia kata dia sebut butiran itu daripada WikiLeaks. Dia sendiri pun tidak tanya pada kerajaan. Semalam pun ada Ahli Parlimen berucap...

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya ingin berkata..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mahu dengar Tuan Yang di-Pertua lah ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dia kata hypocrite.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, you are on point of order. Berhenti Yang Berhormat, hormat peraturan mesyuarat. Saya tengah bercakap Yang Berhormat tidak hormat. What is the point?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Dia ada tuduh-tuduh, hypocrite Tuan Yang di- Pertua.

Kebebasan bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Boleh Ahli Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya beralih ke peristiwa ketiga...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Ipoh Barat. On the same issue? Point of order on the same issue?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Same issue, 36(9). “No reference shall be made in any debate to the conduct or character of any Member of Parliament…”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Ia menyebut apa yang berlaku, apa yang disiarkan oleh WikiLeaks Yang Berhormat. Akan tapi Yang Berhormat Simpang Renggam memang betul pun, 36(9) tidak boleh menyebut mana-mana ahli selain dari tugas rasmi. Jadi Yang Berhormat boleh alih ke tajuk yang lain.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya beralih ke peristiwa ketiga.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tapi tolong, tolong datang ke luar Dewan, berani. I challenge you.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Peristiwa ketiga...

Ipoh Barat tunggu sama orang kamu boleh, orang tunggu sama kamu tidak boleh. Tidak berdisiplin lah.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Peristiwa ketiga ialah wawancara Bapak Jusuf Kalla, seorang Mantan Naib Presiden Indonesia yang telah pun ditemu ramah oleh Ketua Editor Merdeka Online pada 1 Jun 2013. Ya, yang menarik perhatian saya ialah Permatang Pauh telah berjumpa sebanyak tiga kali dengan Bapak Jusuf Kalla dan mahu beliau menjadi pengantara kepada Perdana Menteri dan menyampaikan mesej bahawa Pilihan Raya Umum Ketiga Belas, kedua-dua pihak hendaklah menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima keputusan dan yang kalah juga hendaklah mengucap selamat berjaya kepada yang menang.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Akan tetapi akhirnya disebabkan oleh ego pembangkang kononnya - saya quote ya, bukan saya kata. Ego Yang Berhormat Permatang Pauh, beliau tidak mahu menerima keputusan. Jusuf Kalla serta rakan-rakannya termasuklah dua Ahli Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

...Indonesia iaitu Yusril Ihza Mahendra...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Simpang Renggam, Jelutong ada point of order.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

36(12). Terdapat beribu-ribu dedahan WikiLeaks. Beribu-ribu tetapi apabila...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Saman WikiLeaks.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of Order 36(12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Saya turut membangkitkan usul supaya Simpang Renggam dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana kesalahan itu. Kalau dia tidak...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini tidak masuklah. Sudahlah, ini temberang. Point of order. Ini ucap..

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Sumber WikiLeaks diterbitkan pada hari...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ikut peraturan. Cukup Yang Berhormat. Cukup, cukup, cukup.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya mendengar ucapan dari awal hingga akhir dan saya tidak bermaksud untuk merujuk Simpang Renggam melalui Peraturan Mesyuarat 36(12). Tidak ada perlanggaran Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua tetapi akhirnya disebabkan oleh ego Yang Berhormat Permatang Pauh kononnya, beliau tidak mahu menerima keputusan Jusuf Kalla serta rakan-rakannya termasuklah dua Ahli Parlimen, Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris, yang juga menjadi saksi pada waktu itu sangat marah dengan Permatang Pauh yang telah mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan Simpang Renggam. Sikit saja. Apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Permatang Pauh

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

memang cekap memainkan isu, dia manipulator. Dia manipulate segala keadaan, kawan dia pun dia boleh manipulate. Setujukah Yang Berhormat?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Dimasukkan sebagai sebahagian ucapan saya. Yang lebih menarik perhatian saya Tuan Yang di-Pertua, ialah apabila ditanya tentang perhimpunan Blackout, Jusuf Kalla berkata bahawa mengikut Permatang Pauh dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina dan mungkin juga di negara Thailand dan China.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Pemberi dana yang besar itu daripada sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Katanya, mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan business. Beliau terus berkata, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya memetik; “Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya, bertanyakan mengenai panggilan telefon daripada police Washington supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada kekangan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan awak kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna saya sangat yakin bahawa ada elemen Washington dalam urusan campur tangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini. “Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campur tangan daripada orang-orang tertentu di Filipina. Kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. Tujuan mereka hanyalah satu sahaja iaitu untuk melemahkan Kerajaan Malaysia, yang mana mereka telah menceroboh untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa Kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.” Tuan Yang di-Pertua, campur tangan daripada golongan Filipina dalam peristiwa Lahad Datu telah menyebabkan pengorbanan beberapa orang polis dan juga askar semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara. Mengapakah orang luar lebih faham daripada kita sebagai orang Malaysia? Jadi, urusan negara biarlah kita orang Malaysia menguruskannya dan tidak boleh membenarkan pihak-pihak mana untuk campur tangan dalam urusan politik di negara kita. Saya mohon kerajaan menyelidik dan juga menyiasat perkara-perkara tersebut demi keselamatan negara kita. [Tepuk] Jadi, mungkin masa tidak membenarkan Tuan Yang di-Pertua, jadi saya gulunglah.

Boleh dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya mengakhiri ucapan saya...

Dalam Point of Order 36(12), saya nak dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan Mesyuarat 36(12) saya dah buat keputusan tadi. Saya kata tidak ada perlanggaran.

Saya nak dapat penjelasan. Kalau apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam sebenarnya tidak terdapat dalam WikiLeaks, maka adakah ini kesalahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar.

Kalau betul dia rujuk WikiLeaks untuk bawa ke sini tetapi kalau WikiLeaks tidak pernah keluarkan maklumat ini dan ini hanya rekaan daripada sama ada Yang Berhormat Simpang Renggam atau blogger UMNO, adakah ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat.

Adakah ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya mendengar Yang Berhormat dan dia berucap itu berpandukan kepada sumber yang dia tahu dan dia minta kerajaan untuk menyiasat. Tak salah, Yang Berhormat.

Ya, betul tetapi beliau telah mengatakan WikiLeaks...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebab itu saya katakan tidak ada perlanggaran, tak apalah.

Akan tetapi kalau dibuktikan WikiLeaks...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jika tidak benar, kerajaan akan menjawab nanti.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, biar kerajaan siasat dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tak perlu menjawab. Sebentar Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Betul atau tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, semalam Yang Berhormat Bandar Kuching juga menyebut perkara yang sama tentang penyelewengan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, dia minta siasat.

[Dewan riuh]

Ya, betullah. Saya ingin dapat penjelasan sama ada tidak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak salah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siasat dulu. Mana tahu Yang Berhormat Batu pun terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Oleh sebab itu saya katakan tidak ada perlanggaran pada Perkara Mesyuarat 36(12).

Kalau tuduhan yang berat itu adalah tuduhan yang tidak berasas, sama ada ini adalah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Siasat dahulu baru cakap tak ada basis.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siasat dulu, mana tahu Yang Berhormat Batu pun terlibat. Mana tahu pura-pura sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak salah, habis.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi mana tahu Yang Berhormat Batu pun proksi juga, mana tahu.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Batu pun pandai berlakon juga. Dia gigit telinga orang dia kata dia rabun, mana boleh.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, sebab Yang Berhormat Simpang Renggam tidak pernah sebut daripada mana WikiLeaks yang dia dapat. Kabel yang nombor apa, tarikh dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, tak payahlah kita terlibat.

Kalau terbukti dalam WikiLeaks memang tidak ada maklumat ini, bermaksud dia telah sengaja untuk melemparkan tuduhan yang jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tapi Yang Berhormat Batu memang saya rasa... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudahlah Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan duduklah. Sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kecuali Yang Berhormat Batu tidak surf internet, saya tak boleh cakap apalah. Semua ini dalam internet Yang Berhormat.

You quote which date. Yang saya dapat dalam internet hanya daripada blogger UMNO tetapi saya ingin dapat tahu dan minta Yang Berhormat beritahu secara spesifik kabel nombor apa, what date that the WikiLeaks itu...

[Dewan riuh]

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya menggesa kerajaan menjalankan penyiasatan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti saya bagi tahu. Yang Berhormat Batu jumpa saya nanti di luar.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Yang Berhormat Batu tak fahamkah?

Orang yang berucap di sini untuk siasatan, baik pun pegawai kena ada inilah.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya menggesa pihak kerajaan supaya menyiasat dengan secara adil dan telus, apakah tuduhan yang ada dalam internet ini, adakah ia benar atau tidak. Jadi, dengan itu sekali lagi saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen yang Ke-13. Tuan Yang di- Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat di Rantau Panjang kerana sekali lagi memberi mandat kepada saya untuk mewakili parti PAS berada di Dewan yang mulia ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tahniah Yang Berhormat, tahniah.

Pilihan Raya Umum Yang Ke-13 menyaksikan bagaimana undi Pakatan Rakyat memperoleh 6,784,671 undi dan Barisan Nasional hanya mendapat undi 5,591,808 undi. Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional membentuk kerajaan di bawah suara minoriti rakyat bukan suara majoriti rakyat Malaysia.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat yang lain tak payah ganggu ya.

Bahaya besar ini.

Tuan Yang di- Pertua, kalau kita melihat mandat yang diberikan oleh rakyat adalah satu amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat. Jadi, saya mengingatkan kepada semua terutama kerajaan yang memerintah supaya bertanggungjawab di atas mandat yang diberi. Prinsip federalism haruslah dihormati. Hak-hak rakyat hendaklah dihormati. Kita tidak mahu kerajaan yang dipilih oleh suara rakyat tetapi dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan semata-mata kerana berlainan parti yang memerintah. Kita lihat yang terkini, bagaimana yang terbaru berkaitan dengan pengeluaran gas yang berlaku di medan PM301, PM302 dan PM325. Projek ini adalah projek pengeluaran baru gas yang bernilai lebih kurang RM16 bilion yang mana projek ini memakan jangka masa lima tahun bermula 2013. Kita mendapat makluman bahawa projek ini akan didaratkan di Kerteh, Terengganu sedangkan jarak antara tempat pengeluaran gas dengan pantai Kelantan hanya 150 kilometer. Apakah ini keadilan? Sedangkan Kelantan juga sebahagian daripada

Kerajaan Malaysia, di bawah Kerajaan Malaysia. Sepatutnya Kerajaan Negeri Kelantan diberi hak untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kelantan.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Minta laluan.

Begitu juga kerajaan telah memberi kerjasama untuk memberi ruang untuk tapak pembinaan gas tetapi Kerajaan Persekutuan telah menganaktirikan dengan meletakkan pendaratan gas di negeri lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Minta laluan, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Begitu juga sebelum ini. Saya belum habis, minta maaf Yang Berhormat. Masa amat terhad, banyak perlu saya bentangkan di sini.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Orang baru, Yang Berhormat.

Kita tengok sebelum ini bagaimana pendaratan gas di Songkhla. Begitu juga menganaktirikan kemudahan yang sepatutnya diberi dan diletakkan di negeri Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak bagi jalanlah Yang Berhormat, tak bagi jalan.

Ini membuktikan bagaimana Kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak menghormati suara rakyat sebagaimana yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya semua pihak menghormati keputusan pilihan raya. Kalau semua pihak menghormati keputusan pilihan raya, sepatutnya royalti untuk negeri Kelantan dikembalikan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ini kedekut waktulah. Waktu pun dia tak mahu korbankan sedikit dengan Yang Berhormat Jerlun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tak bagi jalanlah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.

Inilah juga yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dalam Majlis Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar ya Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Saya tak bagi jalan, banyak lagi. Saya tidak ganggu Yang Berhormat berucap, banyak perkara yang saya nak utarakan.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana banyak isu yang berlaku dalam negara kita yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan. Janji kerajaan untuk membina tebatan banjir di kawasan Rantau Panjang, sampai hari ini janji tinggal janji. Sedangkan perkara ini telah disarankan, telah dipersetujui oleh pihak kerajaan sebelum ini sejak Rancangan Malaysia Ketujuh lagi. Sampai hari ini janji tinggal janji. Di mana slogan yang dikatakan ‘Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan’. Jadi sebab itulah saya menyarankan supaya mandat yang telah diberi oleh rakyat ini tidak disalahgunakan. Kita melihat hari ini negara kita berdepan dengan pelbagai krisis. Kita berdepan dengan krisis ekonomi. Hutang negara yang semakin meningkat. Kita tengok kos hidup rakyat yang semakin tinggi. Harga barang yang semakin mahal. Kos hidup yang semakin meningkat selepas Pilihan Raya Umum Ketiga Belas. Kita tengok bagaimana masalah rasuah masih berleluasa, ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara yang sangat membimbangkan kita.

Krisis akhlak moral, masalah jenayah semakin meningkat dan yang terkini sebagaimana yang disentuh dalam ucapan Titah Baginda ialah yang paling membimbangkan kita ialah keruntuhan institusi keluarga. Ini cukup membimbangkan kita sebab kadar penceraian dalam negara kita semakin tinggi. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, setiap 15 minit berlaku satu kes penceraian di negara kita. Seharusnya kerajaan menangani semua isu-isu yang ada ini dengan serius. Kita tidak mahu negara kita bangga dengan pembangunan ekonomi tetapi rakyat kita runtuh dari segi moral. Moral yang runtuh, akhlak yang runtuh akan menghancurkan pembangunan negara. Kita lihat juga Tuan Yang di-Pertua bagaimana firman Allah SWT dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu, jagalah keluarga kamu daripada api neraka”. Ini suatu amaran, peringatan daripada Allah bukan sahaja kepada ibu bapa, kepada kerajaan yang menjadi pemimpin yang mana ahli rakyat di bawahnya hendaklah dijaga, dipelihara daripada kemurkaan Allah SWT. Kita melihat hari ini betapa masalah keruntuhan institusi keluarga ini menjadi satu fenomena yang sangat membimbangkan kita. Seharusnya kerajaan mengambil berat isu ini terutama di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru. Menteri yang baru seharusnya meneliti balik program-program yang telah dibuat sebelum ini untuk memastikan perancangan dan gerak kerja aktiviti dan program yang akan dilaksanakan menjurus ke arah membina keluarga yang sejahtera.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan. Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Seharusnya satu polisi dibentuk...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Saya rasa terhad. Banyak perkara.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Berilah sedikit ‘ambo kecek’ ini.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Agenda keluarga seharusnya dijadikan polisi dan aktiviti kerajaan dalam aktiviti program sama ada yang melibatkan program kerajaan dan ko-program kemasyarakatan. Kita melihat hari ini bagaimana masalah yang berkaitan dengan pendidikan keluarga. Hanya kebanyakan yang menghadiri kursus kekeluargaan terdiri daripada ibu-ibu tetapi di mana kaum bapa? Jadi oleh sebab itulah kita mengharapkan supaya semua pihak memainkan peranan untuk memastikan institusi keluarga kita tetap utuh kerana institusi keluarga ini menjadi unit asas yang cukup penting di dalam peruntukan sebuah negara. Dalam saranan Titah Tuanku juga menyebut bagaimana untuk mencapai 30% sasaran wanita di peringkat pembuat keputusan di dalam sektor korporat. Ini kita sambut baik di atas keprihatinan Tuanku untuk melihat kejayaan peranan yang telah dimainkan oleh wanita dalam membangunkan negara. Kita tengok dalam statistik pemantauan ekonomi Malaysia pada April 2012 menunjukkan bagaimana peranan wanita dalam sektor korporat di dalam negara kita. Setakat ini kita berada di tahap yang sangat rendah berbanding dengan negara-negara lain. Jadi sebab itulah kita mengharapkan supaya usaha dibuat oleh pihak kerajaan untuk memberi ruang dan peluang kepada kaum wanita memberi sumbangan yang sama kepada pembangunan negara. Contohnya pada 27 Julai 2011, mesyuarat Kabinet telah memutuskan untuk mencapai 30% kuota penglibatan wanita dari sektor korporat. Saya ingin penjelasan. Sejak ia dilancarkan sampai sekarang berapakah lantikan wanita yang telah berjaya dicapai. Apakah latihan-latihan, program-program yang telah dibuat dan sejauh mana kesedaran yang telah diberi kepada majikan sama ada di pihak agensi kerajaan ataupun swasta untuk

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

memberi kerjasama, memberi ruang kepada wanita untuk bersama-sama dalam membantu pembangunan negara. Kita bersetuju sekiranya kuota tertentu diberi kepada kaum wanita tetapi kita tidak mahu kuota semata-mata. Kita mahu lantikan wanita di peringkat menggubal dasar mestilah juga berdasarkan kualiti dan merit. Bukan semata-mata kuota sebab kita tidak mahu gambaran seolah-olah wanita dilantik hanya semata-mata memenuhi kuota tanpa menilai kualiti dan pencapaian. Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat dalam saranan Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya meletakkan sasaran mencapai 55% guna tenaga wanita dalam tempoh lima tahun akan datang. Jadi kita mengharapkan perkara ini akan menjadi satu realiti. Statistik yang kita dapati hari ini, negara kita hanya 47% sahaja penggunaan guna tenaga wanita dalam negara. Sebelum ini kita berada di tahap 46% sahaja dalam tempoh lebih kurang 30 tahun iaitu sejak tahun 1980 lagi. Jadi kita mengharapkan dengan kenyataan yang telah disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini supaya disambut oleh kerajaan dengan program-program yang tersusun untuk memastikan guna tenaga wanita mencapai tahap 55% sebagaimana yang menjadi sasaran. Kita lihat hari ini pencapaian wanita di IPTA dan IPTS dalam negara kita, hampir 70% di kalangan pelajar-pelajar universiti adalah di kalangan wanita. Jadi amat malang sekiranya ramai tenaga wanita yang lahir daripada institusi pengajian tinggi ini tidak dimanfaatkan untuk membangunkan negara. Kalau kita tengok dalam statistik penggunaan tenaga wanita di sektor pekerjaan di negara lain. Di Indonesia bagaimana pencapaian mereka 50.8% guna tenaga wanita, Thailand 70% guna tenaga wanita, Brunei 61.2%, Singapura 60.2% dan kita tengok di negara maju seperti Sweden 76.7%, Denmark 76.1%, Jerman 70.8%, Jepun 62.6%. Jadi pencapaian Malaysia sekarang ini yang hanya berada di tahap 47% adalah amat rendah berbanding dengan negara-negara di sekitar ASEAN dan di negara-negara maju. Jadi saya harap satu tindakan yang holistik dibuat oleh pihak kementerian khususnya yang berkaitan untuk memastikan matlamat ini dicapai. Kalau kita lihat dari segi kajian mengapa penglibatan wanita begitu berkurangan dalam tenaga kerja. Banyak sebab. Di antaranya didapati dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, 67.1% wanita tidak terlibat dalam sektor pekerjaan adalah kerana alasan keluarga. Jadi saya menyarankan kepada kerajaan supaya mewujudkan sistem sokongan untuk pekerja-pekerja wanita. Wujudkan tempat-tempat nurseri, taska yang sesuai di tempat-tempat kerja sama ada di jabatan-jabatan kerajaan begitu juga di sektor swasta. Kita lihat perkara ini masih belum dipraktikkan. Di Parlimen kita pun belum ada taska, belum ada nurseri. Walaupun sebahagian besar kakitangan di Parlimen ini adalah wanita. Jadi di mana kerajaan yang meletak keprihatinan terhadap wanita? Saya dapat makluman ada bilik penyusuan bayi dibuat tetapi dalam keadaan yang tidak sesuai sebagaimana klinik juga. Jadi sebab itulah saya mengharapkan supaya Parlimen ini menjadi contoh supaya kita mewujudkan nurseri dan taska untuk kakitangan wanita yang mempunyai anak-anak kecil supaya mereka ini boleh bekerja dan mereka boleh menyusukan bayi terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Kajian pernah dibuat oleh pihak kesihatan dan mendapati pekerja-pekerja wanita yang boleh memantau anaknya secara berkala daripada dekat, dengan nurseri yang berdekatan dengan tempat kerja mempunyai kualiti, produktiviti yang lebih berbanding dengan wanita yang terpaksa meninggalkan seharian anak di rumah kerana kekangan tugas dan pekerjaan.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Jadi sebab itu saya harap perkara ini dipertimbangkan dengan sebaik mungkin. Saya mencadangkan juga supaya diwujudkan sekolah vokasional aliran sains rumah tangga ataupun pengurusan rumah tangga. Ini disebabkan kita tidak mahu kebergantungan kita kepada pembantu rumah asing. Kita lihat di dada akhbar dalam media kita hari ini betapa mahalnya kos untuk kita mendapat pembantu rumah asing. Kalaulah nilai RM8,000 perlu dibayar, ini belum dicampur lagi dengan gaji. Bermakna, berapa ribu yang terpaksa ditanggung oleh majikan. Kalau mereka yang hanya berpendapatan RM1,500 sebulan, macam mana mereka hendak urus, hendak bayar amah ataupun pembantu rumah, di masa yang sama terpaksa menanggung kos, dengan tolnya, dengan anak-anak yang kalau belajar di universiti dengan PTPTN dan sebagainya. Beban hidup yang cukup tinggi.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Jadi sebab itulah kita mengharapkan satu agensi ataupun satu agensi pembantu rumah tempatan. Sepatutnya kerajaan wujudkan untuk memastikan, untuk mendidik ataupun melatih pembantu-pembantu rumah dalam kalangan rakyat tempatan. Mungkin diberi nama pengurus rumah tangga ataupun bahasa-bahasa yang lebih lunak dengan ada kemudahan KWSP, dengan ada kemudahan pencen dan sebagainya supaya mereka ini boleh merasakan tidak rasa terhina bekerja sebagai pembantu rumah. Jadi perkara ini boleh diselesaikan. Saya harap Kementerian Sumber Manusia dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh membincangkan perkara ini untuk menyelesaikan untuk kita mencapai sasaran 55% guna tenaga kerja wanita pada masa akan datang.

Mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat?

Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Masa sangat terhad. Minta maaf Yang Berhormat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang berkaitan dengan kebajikan para pekerja terutama guru-guru yang melibatkan sistem baru yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan hari ini iaitu PBS. Yang mana isu ini sangat menekan terutama guru-guru perempuan, guru wanita. Saya rasa sama juga dengan lelaki. Saya telah berjumpa dua kes guru yang meninggal kerana tension kerana terlalu tertekan dengan skim yang telah dibuat iaitu skim PBS. Ini satu realiti sebab kes ini berlaku apabila - bayangkan Ahli Yang Berhormat sekalian, apabila di kawasan sekolah itu berada di dalam kawasan pedalaman yang susah untuk mendapat line atau kemudahan internet. Tidak dapat hendak menyelesaikan key-in data dengan baik. Maka, mereka ditekan oleh pihak PPD, mereka ditekan oleh pihak atas. Satu kes berlaku ini saya berjumpa dengan keluarga dan guru kawan-kawan yang terlibat. Guru ini ada penyakit darah tinggi, terpaksa berjaga tiap malam sampai pukul 4 pagi, hendak selesaikan masalah PBS. Akhirnya, pergi ke sekolah esoknya, guru ditekan lagi. Akhirnya, dia pengsan, masuk hospital, mati. Hendak berapa orang lagi hendak mati dengan sistemnya. Jadi seharusnya sistem ini dikaji balik. Jadi sekarang ini, sudah hilang kemesraan. Ada yang terpaksa guru terpaksa membohongi data sebab bayangkan kalau anak-anak murid tidak sampai ke tahap yang dikehendaki, terpaksa ulang-ulang. Guru mana yang hendak kerja begitu teruk sedangkan di masa yang sama mereka terpaksa menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan. Jadi sebab itulah saya harapkan agar program ini dikaji balik sebab ia tidak memberi kebajikan kepada pekerja terutama kakitangan guru itu sendiri. Begitu juga kebajikan kepada guru-guru wanita ataupun guru lelaki yang suaminya berada di Sabah, Sarawak. Isterinya ada di Semenanjung. Ini adalah hendak diselesaikan dengan segera. Kita mendapat banyak aduan bagaimana mereka yang telah berkahwin, ada anak kecil, sudah berkahwin lima enam tahun tetapi berpuluh kali minta tidak dapat tukar. Saya harap Kementerian Pendidikan memastikan pasangan-pasangan yang berkahwin ini supaya mereka dapat menjaga keutuhan institusi keluarga. Maknanya kedudukan tempat kerja guru antara suami dan isteri ini hendaklah diambil kira. Begitu juga dalam jabatan-jabatan yang lain. Jadi saya harap perkara ini diselesaikan, jangan menjadi satu beban kepada rakyat yang ingin berkhidmat kepada kerajaan. Seterusnya, saya ingin menyentuh juga iaitu berkaitan dengan masalah umur persaraan. Banyak dalam kalangan kakitangan awam khususnya kakitangan wanita yang merungut yang mereka lebih suka umur persaraan setakat 55 tahun bukan diwajibkan 60 tahun. Jadi saya harap mungkin dalam sektor tertentu pentingnya umur persaraan 60 tahun untuk mereka terutama di bidang penyelidikan dan sebagainya. Akan tetapi, mungkin tidak sesuai mengikut jenis pekerjaan dalam kadar umur tertentu. Kalau seorang guru yang terpaksa bersara pada umur 60 tahun, dia terpaksa panjat tangga tiga tingkat di sekolah. Bayangkan kemampuannya. Jadi sebab itulah saya harap perkara ini dipertimbangkan

supaya memberi keadilan dan kebajikan kepada pekerja sebab ini penting untuk keutuhan keberkesanan, produktiviti dalam kalangan kakitangan kerajaan. Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan keselamatan di sempadan. Kawasan saya adalah kawasan yang bersempadan dengan Thailand. Akan tetapi apa yang kita sedih ialah bagaimana dengan kawalan yang begitu longgar terutama di waktu malam. Di pintu masuk ke Thailand memang ditutup melalui pintu yang sah pada pukul 10 malam. Akan tetapi di kawasan pangkalan-pangkalan perairan sungai tidak ada kawalan langsung. Pukul 3 pagi, pukul 4 pagi tidak ada kawalan langsung daripada pihak keselamatan negara kita. Jadi sebab itulah kita lihat penyeludupan terus berlaku. Sangat bahaya penyeludupan senjata api, penyeludupan dadah, macam-macam berlaku. Apa yang paling menyedihkan kita ialah belia-belia pergi ke negara jiran untuk pergi ke disko untuk minum arak dan sebagainya. Ini sangat membimbangkan kita dan saya harap perkara ini diambil perhatian. Saya sudah acap kali berucap dalam Parlimen supaya tindakan diambil sebab kita tidak mahu budaya negatif dari negara jiran masuk ke dalam negara kita penyeludupan perkara-perkara yang haram, dadah dan sebagainya terus menular dalam kalangan belia- belia kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung ya, Yang Berhormat.

Gulung ya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan supaya kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap apa yang saya bangkitkan termasuk juga tentang isu pencerobohan kereta- kereta daripada keadaan Islamfobia kepada negara kita yang telah menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi tempatan. Jadi saya harap, semua perkara ini diambil perhatian dan diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan. Sekian dahulu, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut sama-sama membahaskan usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mana telah pun menyampaikan titah ucapan kepada kita untuk kita fahami sekaliannya. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya menginsafi terhadap perilaku sebahagian daripada rakyat termasuk sebilangan pemimpin yang bertindak menghina Raja dan institusi diraja serta kepimpinan negara adalah satu fenomena yang amat malang sekali. Perkara penghinaan seperti ini dapat kita lihat termasuk di dalam media-media sosial malah di tempat-tempat awam melalui demonstrasi-demonstrasi dan juga di dalam Dewan yang mulia ini. Penghinaan ini berlaku dalam bentuk memperlekeh, memfitnah dan menderhaka seperti bersekongkol menyerang Lahad Datu adalah suatu yang amat keterlaluan dan merbahaya kepada negara kita. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana menyedari perkara ini dan mengambil inisiatif untuk sentiasa mengingatkan rakyat terhadap tanggungjawab untuk mentaati negara dan juga menjaga kedaulatan negara melalui media-media utama yang dimiliki oleh kerajaan.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penghinaan dan fitnah kepada pemimpin dan Raja yang disebar melalui media sosial dan ucapan-ucapan awam adalah suatu yang amat keji dan bertentangan dengan prinsip masyarakat beragama serta tiada bertanggungjawab. Saya ingin memetik apa yang disebut oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim menyebutkan bahawa menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka maka hukumnya adalah haram, termasuk dalam takrifan menderhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah seperti penganjuran demonstrasi

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

jalanan dan merosakkan kesejahteraan awam sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Minta laluan.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Cara pembangkang ini seperti tikus membaiki labu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Nerus bangun Yang Berhormat.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak ada masa jadi saya tidak benarkan lagi.

Persoalan terjemahan kepada Imam An-Nawawi. Itu persoalannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalanlah itu.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Mentaati pemerintah termasuk dalam fiqah siasah dan rukun dalam maslahah rakyat.

Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan duduklah Yang Berhormat.

Terjemahan konteks Imam An-Nawawi tidak betul. Itu penipuan terhadap teks.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak dapat diwujudkan satu kerajaan yang aman dan kuat bagi melaksanakan kemaslahatan rakyat tanpa wujud ketaatan dan kerjasama daripada rakyat. Jelas di dalam al-Quran Allah SWT juga telah memperingatkan kepada semua orang yang beriman supaya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan juga taat kepada Ulil Amri iaitu pemimpin-pemimpin yang dilantik di kalangan kita.

Laluan ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Mentaati Raja dan pemimpin yang adil adalah wajib. Di manakah ketidakadilan Raja dan pemerintah untuk diperlekeh?

Ini penipuan kepada Imam Nawawi benda yang besar ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baca al-Quran pun ada tidak betul terjemahannya. Tidak betul terjemahannya.

Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tasek Gelugor...

Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan agama salah ini. Ini berkenaan agama ini Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

Dia berkata sesuatu yang salah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat. Sekarang dia bagi jalan atau tidak bagi jalan. Dia tidak bagi jalan sudahlah.

Ini agama salah Tuan Yang di- Pertua.

Ini penipuan terhadap fakta. Mengenai Imam Nawawi.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tidak bagi jalan. Tuan Yang di-Pertua saya hendak menjelaskan di sini bahawa Raja tidak pernah melakukan perkara- perkara yang tidak adil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Menyeleweng Dewan mengenai agama ini salah ini.

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Rakyat telah dilayan dengan sama adil. Kita melihat program-program kebajikan, program-program pendidikan, kesejahteraan dan keselamatan, kemakmuran dan kekayaan telah dinikmati dan dirasai oleh sekalian rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua minta laluan point of order. Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tasek Gelugor sebentar Yang Berhormat.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order Yang Berhormat.

P.M. 36(12), mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan ini berkaitan dengan hukum hakam. Kalau kita bercakap tentang, [Berucap dalam bahasa Arab] . Kita kena syarah betul-betul sebab ketaatan pada Allah dan Rasul itu adalah mutlak. Jangan ketaatan kepada Ulil Amri adalah mukayyat ia adalah bersyarat. Jangan kita, [Berucap dalam bahasa Arab] Jangan main- main ini agama ini. Kalau tidak faham jangan cakaplah.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey, okey saya faham.

Tolong, kalau tidak faham jangan ini mengelirukan. Kalau tidak faham, tidak belajar...

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey saya faham. Ini floor saya duduk, duduk. Ini floor saya. Itu adalah tafsiran yang difahami oleh Yang Berhormat Sepang. Itu bukan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu bukan tafsiran memang ayat al- Quran itu dah jelas. Bukan tafsiran.

[Bangun]

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Shah Alam duduk ini floor saya. Taat kepada Ulil Amri. Ulil Amri adalah pemerintah, pemerintah yang sentiasa menyeru manusia supaya buat kebaikan. Tolong buktikan adakah Raja kita Sultan kita...

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

[Bangun]

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

P.M. 36(12) mana bukunya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

P.M.36(12) hendak rujuk itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekali lagi mengelirukan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ini berkenaan agama. Kalau tidak biasa dengar, ini mengelirukan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12).

P.M. 36(12)

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili suara-suara rakyat yang mengatakan bahawa mereka taat kepada pemerintah dan mereka benci kepada orang yang sentiasa memperlekehkan dan mendatangkan fitnah kepada Raja kita. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus, point of order lagi Yang Berhormat.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Pentafsiran yang salah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Tasek Gelugor sebentar.

Fahamkah tidak ayat al-Quran itu. Jangan main-main.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cuba point of order yang betul-betul Yang Berhormat.

Benda lain boleh main, ayat al- Quran jangan main-main. Ayat Quran jangan main-main. Tolong, please.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ramai bangun ini bukan point of order ini.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya sudah belajar dalam bidang syariah daripada Universiti Malaya.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Tasek Gelugor jangan tafsir sembarangan.

P.M. 36(12) tadi, mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order. Sebentar, sebentar Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor, sebentar. Sebentar Yang Berhormat Tasek Gelugor. Dia ada point of order.

[Dewan riuh]

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Okey, saya meneruskan ucapan saya ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor sebentar.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Saya seru siapa-siapa yang ada di dalam Dewan ini yang ada menderhaka kepada raja dan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Oi! Tengok peraturanlah. Peraturan pun tidak faham hendak cakap fasal tafsiran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat ada point of order untuk merujuk Yang Berhormat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini satu point of order yang serius. Saya tidak faham tentang perbalahan ini. Interpretasi agama yang menjadikan satu perbalahan tetapi kalau interpretasi itu berbeza. Tidak apalah itu sebahagian daripada ucapan tetapi kalau hendak rujuk Yang Berhormat Tasek Gelugor ke hak dan kebebasan saya rasa tidak sampai ke tahap itu pada peringkat ini.

Minta, minta tolong jangan sentuhlah kalau tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu sebahagian daripada ucapan dia Yang Berhormat.

Ini, ini agama ini perkara sensitif kalau dia cakap betul-betul tidak ada masalah.

Perkara yang sama, ini saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah buat keputusan cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan soal interpretasi kerana dalam ayat al-Quran itu sudah sebut taat pada Allah, taat pada Rasul dan Ulil Amri maka perkataan Ulil Amri itu iaitu pemerintah tidak ada perkataan taat disebut sebelumnya. So, it is not a question, dengan izin ya.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

It is not a question...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat Tasek Gelugor. On the same point of order, on the same issue. Sama isu yang sama..

Isu yang lain, isu yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlulah dua, tiga orang bangkit. Cukuplah seorang yang bangkit, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini lain isu, itu lain isu.

Saya hendak bangkitkan yang awal itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebab itulah saya katakan tadi, saya katakan tadi. Isu Yang Berhormat Sepang itu hendak rujuk dia pergi ke hak dan kebebasan saya kata tidaklah berbangkit tidak sampai ke tahap untuk merujuk dia. Saya katakan bahawa biar itu jadikan sebagai ucapan dia. Tidak apalah ucapan dia.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tetapi kalau cakap tentang sesuatu yang sudah jelas bercanggah tafsiran, bukan soal tafsiran. Ianya bukan soal tafsiran. Islam tidak ajar kita taat dan patuh kepada pemerintah tanpa syarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, dia jelaskanlah, tidak apalah. Tidak payahlah rujuk dia ke dalam Hak dan Kebebasan. Ya teruskanlah Yang Berhormat tidak apalah. Ya, teruskan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu ambil masa ini membahaskan lagi tentang syarah ayat-ayat yang berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Terus kepada point of order lagi ya.

Tuan Yang di-Pertua, rujuk balik kepada P.M.36(12) Yang Berhormat menterjemahkan teks Imam An-Nawawi secara salah. Tolong bacakan teks dalam bahasa Arab. Tidak disebut dalam bahasa Arab Syarah Sahih Muslim bermaksud berlakunya persoalan demonstrasi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Itu teks mana ambil? Reka sendiri.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya memberikan contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar Yang Berhormat sebab itu saya katakan...

Bukan, itu terjemahan yang salah. Itu hak saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Sila tarik balik kerana itu kenyataan yang mengelirukan kepada Imam Nawawi. Ini fakta ilmiah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini saya hendak mencadangkan kepada kerajaan supaya mata pelajaran Sejarah, Akhlak dan Sivik dengan penerapan roh cintakan negara, berkasih sayang, hormat-menghormati dilaksanakan di semua peringkat pendidikan termasuklah kepada guru-guru yang akan mengajar mata pelajaran-mata pelajaran yang berkenaan. Daripada peringkat sekolah rendah sampai ke universiti dan semua aliran pengajian dan pusat pengajian kerajaan ataupun swasta. Jadi mata pelajaran ini akan dapat membentuk nilai-nilai murni semula kepada rakyat Malaysia. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Program Integrasi Nasional perlu diperhebatkan khususnya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan programme national reconciliation perlu dilaksanakan berteraskan prinsip-prinsip wasatiyyah. Ketiga saya mencadangkan tindakan tegas kepada pihak yang ingkar tegar yang perlu diambil dengan segera termasuk mewujudkan peraturan-peraturan yang lebih berkesan bagi membantu kita menyelesaikan masalah-masalah yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang isu kesejahteraan dan kesihatan rakyat. Tadi banyak Ahli-ahli Yang Berhormat membincangkan tentang penyakit- penyakit kronik yang sedang dihadapi oleh rakyat di negara kita. Memang penyakit- penyakit kronik ini nampaknya begitu mengancam dan ancamannya begitu berat kepada perkembangan negara kita. Kalau kita melihat kos perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh kerajaan akan terus meningkat. Produktiviti rakyat akan menurun dan menggugat hasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kesejahteraan kualiti rakyat juga akan turun. Bilangan kematian pada usia muda akan meningkat dan bahaya untuk masa depan negara kita.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Kita sedar bahawa punca-punca ini adalah berlaku kerana gaya hidup rakyat kita. Makan tidak berjaga, tidur, kerja tidak terurus dan pengetahuan tentang diet yang terlalu kurang. Persoalannya, apakah program-program yang berkesan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu bertambahnya fenomena ini? Oleh itu saya cadangkan Kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan perlu mengawal dan mengkaji tentang gerai-gerai dan restoran-restoran di Malaysia ini yang dibuka sehingga waktu pagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Di Kuala Lumpur sahaja ada lebih kurang 3,000 buah gerai dan restoran yang dibuka sehingga ke pagi. Di bandar-bandar lain dalam negara kita juga begitu sedemikian keadaannya. Jadi, dalam hal ini kalau kita melihat budaya makan pada waktu tengah

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

malam sampai ke pagi perlu dikikis dan juga rakyat perlu diberikan pendidikan dan kesedaran tentang bahaya diet yang tidak terurus. Oleh yang demikian juga, pendidikan kesihatan dan penjagaan diet mesti dibudayakan. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan agar mewujudkan iklan-iklan di billboard yang memberikan ataupun menarik awareness dengan izin, satu kepedulian rakyat terhadap bahayanya penyakit diabetic, jantung dan sebagainya. Kalau di kotak-kotak rokok kita boleh iklankan gambar-gambar hati, jantung yang rosak, maka elok juga kalau kita buat billboard-billboard yang besar-besar dan kita tunjukkan tentang kesakitan dan juga keberbahayaan penyakit- penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Saya mencadangkan amalan bersenam perlu menjadi sebahagian daripada aktiviti tetap di tempat kerja dan diwajibkan sebelum memulakan sesi kerja dan dilengkapkan dengan peralatan-peralatan bersenam yang berpatutan. Untuk tujuan kesejahteraan rakyat juga, saya ingin membawa satu cadangan kepada kerajaan dan sebelum itu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kementerian-kementerian yang terlibat kerana begitu prihatin kepada rakyat yang miskin terutama sekali yang miskin tegar sehingga kita dapat memberikan bantuan sampai ke peringkat akar umbi. Namun begitu, kerajaan menggunakan satu mekanisme melalui senarai eKasih. Sebenarnya senarai eKasih yang sudah mungkin berusia lebih daripada lima tahun perlu disemak semula kerana ada ahli-ahli yang menerima bantuan daripada kerajaan melalui senarai eKasih ini sudah pun terkeluar daripada syarat-syarat eKasih di mana pendapatan mereka sudah melebihi RM750. Jadi kita tidak mahu penerima-penerima berulang dan seterusnya mereka merasakan seperti mereka terus menerus layak mendapat bantuan daripada eKasih. Seterusnya, penyelarasan dari segi kementerian dan juga jabatan-jabatan perlu dilaksanakan supaya tidak memberikan bantuan yang sama kepada penerima yang sama dan berulang beberapa kali. Sebagai contohnya, apabila kita memberikan bantuan untuk membaiki bumbung rumah, kita utamakan senarai penerima eKasih tetapi agensi yang memberikan bantuan tersebut pun banyak juga. Ada yang datang dari RISDA, ada yang datang dari KKLW, ada yang datang dari ICU dan macam-macam lagi tetapi diterima oleh seorang penerima yang sama daripada senarai eKasih. Namun begitu, usaha yang telah dilaksanakan ini amat dipuji, keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membelanjakan pendapatan negara bagi membantu rakyat yang miskin dan memerlukan ini amat dipuji sama sekali. Inilah konsep kebajikan yang telah diterap dan diamalkan dalam Kerajaan Barisan Nasional tetapi tidak dalam Kerajaan PAS yang hanya berslogan negara berkebajikan tetapi nampaknya tidak ada apa-apa yang dapat dibuat. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang ingin saya ingin tumpukan untuk maksud kesejahteraan rakyat ini ialah tentang fokus kerajaan kepada golongan pertengahan umur antara 25 sehingga 40 tahun kerana golongan pertengahan umur ini amat-amat memerlukan peluang pekerjaan yang baik, rumah mampu milik dan juga peluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan seperti pinjaman dan sebagainya. Sekarang ini kita melihat tumpuan yang kita berikan banyak kepada golongan-golongan miskin tegar, golongan-golongan pelajar tetapi kita terlupa kepada golongan pertengahan umur dan juga golongan berpendapatan di peringkat pertengahan. Kita tumpukan kepada warga emas tetapi kita terlupa kepada golongan-golongan ini sehingga mereka merasakan seperti kita tidak memberikan perhatian kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya ini berkenaan dengan isu-isu tempatan. Saya ingin menarik perhatian SPNB khususnya berkenaan dengan isu perumahan Taman Sejahtera di Teluk Air Tawar, Butterworth. Skim perumahan ini telah dimajukan pada sekitar 1994 oleh seorang pemaju yang dilantik. Namun pemaju ini telah lari dan syarikatnya telah pun di wind up. Projek tergendala sehingga tanah dan projek ini diletakkan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia sekarang. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan termasuk kita minta SPNB masuk campur tangan dan membantu. Alhamdulillah, terima kasih kerana pihak SPNB telah membantu dan membina semula rumah tersebut. Namun begitu masalahnya ialah rumah itu tidak dapat diserahkan kepada pembeli- pembeli asal kerana masalah pemilikan tanah dan juga beberapa hal yang berkait dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Pembeli-pembeli terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal dan mereka membayar dengan bayaran yang berganda. Jadi oleh yang demikian, kesulitan rakyat ini amat-amat dikesali dan kita mohon supaya kerajaan

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

khususnya agensi iaitu SPNB dan juga Jabatan Insolvensi Malaysia mengambil inisiatif drastik, segera untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dialami oleh pembeli- pembeli rumah di Taman Sejahtera, Teluk Air Tawar ini kerana mereka juga telah pun dikenakan potongan gaji oleh pihak-pihak bank di mana mereka membuat pinjaman tersebut. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu pengekalan Pangkalan TUDM, Butterworth. Dimaklumkan bahawa ada usaha-usaha untuk memindahkan pangkalan TUDM Butterworth ke kawasan lain. Pangkalan TUDM Butterworth berusia 72 tahun, daripada 1941 yang diasaskan oleh Kerajaan British sampailah sekarang ini pada tahun 2013, Pangkalan Tentera Udara TUDM Butterworth tetap berada megah dan segak di sana. Cadangan untuk memindahkan pangkalan TUDM ini jika dibenarkan maka akan menjejaskan kedudukan keselamatan dan agihan demografi penduduk yang tidak seimbang apabila tapak pangkalan yang ditinggalkan itu dibangunkan sebagai kawasan perumahan mewah dan berharga tinggi. Apatah lagi kedudukannya juga adalah berhampiran dengan kawasan cadangan untuk kerajaan negeri membina terowong daripada Bagan Ajam ke Tanjung Tokong. Pembangunan perumahan mewah di tapak berkenaan tidak akan menguntungkan rakyat tempatan. Sejumlah lebih kurang 3,000 orang anggota dan ahli keluarga akan berpindah ke kawasan lain. Sudah barang pasti ia akan memberikan impak pembangunan sosioekonomi yang merosot dan struktur demografi penduduk di kawasan berkenaan akan menjadi tidak stabil. Saya berpandangan bahawa TUDM perlu diperkasakan dan bukan dipindahkan ke tempat yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Ada satu sahaja akhir untuk saya gulungkan iaitu berkenaan dengan isu pencemaran najis khinzir di Sungai Kereh dalam Parlimen Tasek Gelugor. Kawasan ini kawasan yang terjejas dengan pencemaran najis khinzir lebih kurang 20 tahun yang lampau sehingga sekarang belum ada satu penyelesaian yang konkrit di mana kawasan-kawasan itu adalah kawasan-kawasan pertanian padi yang melibatkan Kampung Pokok Tampang, Pengkalan Batu, Air Melintas Kecil dan Air Melintas Besar, Permatang Berangan dan keluasan sawah terlibat 351 hektar dengan jumlah petani yang terlibat 227 orang.

Tuan Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Kesan yang berlaku ialah tanah yang sudah hilang kesuburan. Padi yang tidak ada isi, karah padi, bena perang dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah kesan kepada petani kebanyakannya adalah orang-orang Islam. Boleh dikatakan 100% orang- orang Islam mereka mengalami penyakit-penyakit kulit dan mereka sentiasa berada dalam keadaan keliru sama ada mereka berada dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak ataupun tidak. Saya juga ingin menyentuh bahawa Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pernah mengeluarkan satu keputusan bahawa air ataupun keadaan sawah mereka adalah tercemar dan tidak sah untuk orang-orang Islam menggunakan air dalam kawasan sawah itu apabila terkena kepada badan mereka. Oleh yang demikian, saya memohon kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air agar dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan yang drastik serta berkesan. Selesaikan masalah ini selama-lamanya dan dengan kerjasama kerajaan negeri termasuk memindahkan semua ladang dan kandang khinzir daripada Kampung Selamat ke tempat lain yang lebih sesuai. Semoga kita mengharapkan rakyat kita akan dapat merasai satu kesejahteraan kehidupan yang selesa dan mencari kehidupan yang baik dalam negara yang aman dan damai ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor dan saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tamanya izinkan saya Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Parlimen Ketiga Belas pada hari Selasa yang lepas. Saya berasa amat bersyukur kerana buat julung kali diberi peluang untuk mewakili rakyat Bukit Bendera di Dewan yang mulia ini. Pada masa yang sama saya juga amat berbangga kerana dapat meneruskan warisan perjuangan arwah ayahanda saya demi negara yang tercinta. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik Titah Tuanku yang dengan jelas memberi penekanan yang besar kepada isu yang amat penting iaitu soal pendidikan dan pembangunan modal insan di negara kita. Jelas kita perlu memberi keprihatinan yang wajar untuk memastikan peningkatan kualiti institusi-institusi pengajian tinggi di negara kita agar menjadi di antara negara ataupun mempunyai IPT-IPT yang antara terbaik di dunia. Menurut ETP ataupun Program Transformasi Ekonomi, menjelang tahun 2020 Malaysia akan menjadi hab pendidikan serantau dengan anggaran enrolmen pelajar asing di IPTA dan IPTS seramai 200,000 orang. Dianggarkan pula 50% rakyat Malaysia lulusan SPM dan SPMV yang berada dalam kalangan umur 17 tahun hingga 23 tahun akan menyertai peringkat pengajian tinggi. Sementara itu, 33% daripada tenaga kerja akan berkelayakan pendidikan tinggi khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Maka jelas sekali pengajian tinggi memainkan peranan kritikal dalam pembangunan negara. Malangnya dalam keghairahan Kementerian Pendidikan menggunakan istilah transformasi dan pengantarabangsaan, statistik prestasi IPTA dan IPTS negara kita kelihatan lebih indah khabar daripada rupa. Sebagai contoh, pada tahun 2008, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang sebagai perintis Accelerated Programme for Excellence (APEX) yang menyasarkan untuk menjadikan USM antara universiti terbaik di dunia. Pun begitu berdasarkan QS world university rankings semenjak tahun 2007, kedudukan USM terus merosot daripada 307 pada tahun 2007 kepada 326 pada tahun 2012. Malah USM dan semua universiti di Malaysia gagal tersenarai dalam 400 universiti terbaik di dunia berdasarkan penarafan Times Higher Education Tahun 2011/2012. Semakan QS university rankings Asia pula pada tahun 2012 telah menunjukkan Universiti Malaysia merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai dalam 50 buah universiti terbaik di Asia. Adakah ini hasil program universiti APEX? Apakah Kementerian Pendidikan akan terus berselindung di sebalik alasan perbezaan antara sistem yang digunakan dalam negara kita dengan sistem penarafan dan kriteria penilaian universiti di peringkat antarabangsa? Saya kira yang jelas, sistem pengajian tinggi dan lingkungan akademia yang sedia ada tidak mampu untuk menghasilkan pensyarah dan mahasiswa bertaraf antarabangsa. Manakan bisa sedangkan golongan akademia dan mahasiswa kini ditindas dan dikongkong dengan ketat. Kita harus sedar bahawa yang menjadikan sebuah universiti itu hebat adalah modal insannya dan bukan sekadar nombor ISO nya. Kita sekarang dalam kemelut kerana universiti-universiti kita hanya berfungsi sebagai kilang ijazah yang saya kira dalam Dewan yang mulia ini ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang tahu serba sedikit tentang kilang ijazah serta menjadi agensi pelawat asing bertauliah yang membawa masuk warga asing yang kononnya datang belajar tetapi sebenarnya tidak. Malah ada di antara mereka yang menjadi dalang tipu helah yang memangsakan rakyat Malaysia. Dalam menggalakkan kemasukan pelajar antarabangsa, kita perlu menggalakkan brain gain dan bukan con game. Maka saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk memikirkan semula cadangan agar warga akademik termasuk mahasiswa diberikan suara yang lebih dominan dalam pemilihan jawatan naib canselor sebagaimana yang diamalkan oleh banyak universiti yang terkemuka di dunia. Tujuannya adalah untuk menangkis persepsi bahawa pelantikan naib canselor dibuat berdasarkan kecenderungan politik dan bukannya kemampuan pentadbiran, ketinggian kesarjanaan ataupun jaringan akademik antarabangsa si calon tersebut. Berkenaan isu IPTS pula, saya menyambut baik tindakan Kementerian Pendidikan ketika itu Kementerian Pengajian Tinggi untuk melaksanakan moratorium ataupun pembekuan terhadap permohonan baru IPTS pada awal tahun ini. Namun saya begitu

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

khuatir dengan kualiti serta pemantauan IPTS yang sedia ada. Berdasarkan statistik, sehingga 30 November 2012, terdapat 37 buah universiti swasta, 20 buah kolej universiti swasta, tujuh kampus cawangan universiti luar negara dan sebanyak 414 buah kolej swasta di negara kita. Menteri yang bertanggungjawab ketika itu Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin sendiri telah mengakui bahawa terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa jumlah graduan yang dikeluarkan oleh IPT adalah melebihi kehendak pasaran. Lambakan siswazah daripada kolej swasta ini berlaku kerana orientasi pengajian tinggi swasta yang berteraskan keuntungan dan mengabaikan kualiti. Hal ini terbukti apabila kementerian sendiri terpaksa menarik balik beberapa kelulusan kolej swasta yang meragukan. Sudah tentu fenomena lambakan siswazah daripada kolej swasta ini adalah kerana penyalahgunaan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Akibatnya ramai pelajar dengan keputusan paling minimum iaitu lulus SPM dengan satu kredit untuk kursus sijil dan lulus SPM dengan tiga kredit untuk kursus diploma diterima masuk sementara pinjaman PTPTN mereka diuruskan oleh pihak kolej. Jelas PTPTN digunakan untuk membolehkan pihak berkepentingan untuk menjadikan pengajian tinggi sebagai suatu perniagaan untuk mengaut keuntungan semata- mata. Apa tidaknya apabila semua program di kolej swasta yang mendapat akreditasi MQA terus layak mendapat PTPTN. Jadi, PTPTN ini sebenarnya membantu kolej swasta dan bukan mahasiswa daripada mempertingkatkan persaingan dan kecemerlangan, sistem ini menggalakkan kronisme dan mediocrity. Kenyataan ini disokong dengan statistik daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang menunjukkan bahawa bilangan staf akademik IPTS pada tahun 2010 yang berkelulusan PhD hanyalah 2,449 orang. Kebanyakan staf akademik IPTS terdiri daripada lulusan sarjana iaitu seramai 14,300 orang, sarjana muda 11,200 orang, diploma 1,200 orang dan lain-lain kelulusan. Saya yakin jika perangkaan ini diperincikan lagi untuk kolej swasta, bilangan lulusan sarjana dan PhD akan jauh berkurangan. Persoalannya apakah bilangan tenaga pengajar ini memadai untuk menjamin pendidikan tinggi berkualiti untuk 465,700 orang pelajar yang mendaftar dengan IPTS seluruh negara pada tahun yang sama? Saya benar- benar khuatir akan masa depan anak bangsa Malaysia yang terpaksa memikul bukan sahaja beban hutang PTPTN tetapi seumpama ditipu dengan janji manis iaitu ijazah yang sebenarnya tidak laku.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Bayangkan mimpi indah mahasiswa berkecai dan ditambah pula dengan hutang yang tidak mampu dibayar. Saya menggesa agar kerajaan mempertimbangkan cadangan menstrukturkan semula pembiayaan pengajian tinggi dengan menghapuskan skim PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma. Namun, tindakan ini mesti disusuli dengan usaha membaiki prestasi dan kualiti IPT agar hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berada dalam IPTA manakala mereka yang berkemampuan boleh memilih untuk ke IPTS yang dijamin kualitinya. Sehubungan dengan itu, antara langkah kritikal yang harus diambil oleh kerajaan adalah untuk mengembalikan autonomi sepenuhnya kepada IPTA dan IPTS serta memansuhkan AUKU seperti yang pernah dinikmati oleh universiti-universiti sehingga pada tahun 1971. Sebelum itu, pada zaman 60-an, demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan dan Menteri Pelajaran adalah lumrah kehidupan mahasiswa malah sering dipimpin oleh Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri. Namun, mahasiswa tidak dikenakan tindakan sehinggalah penggubalan undang-undang draconian oleh Menteri Pelajaran yang kemudiannya. Hari ini, kongkongan akademia dan pemangsaan mahasiswa masih lagi berterusan melalui AUKU dan undang-undang yang seangkatan dengannya. Oleh itu, alam pengajian tinggi harus dibebaskan dan dikembalikan ke suasana pra 1971 di mana para ilmuwan menikmati kebebasan akademia, siswa dan siswi diberi ruang untuk meluahkan buah fikiran mereka dan di mana kementerian diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang jauh lebih berwibawa berbanding yang ada sekarang. Tuan Yang di-Pertua, cabaran pendidikan di negara kita jelas bukan hanya di peringkat pengajian tinggi semata-mata malah akar permasalahannya bertunas daripada peringkat sekolah. Kini setelah sekian lama pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

kita masih lagi jauh daripada mencapai matlamat pertamanya iaitu untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Jurang kaum antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan semakin melebar. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (National Education Blue Print), jumlah pelajar Cina ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJK(C) telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Begitu juga dengan pelajar daripada etnik India kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil. Daripada 47% kepada 56% dan jika dibandingkan dengan tahun 1972 dahulu, kegagalan sekolah kebangsaan sebagai ejen pembinaan bangsa Malaysia lebih terserlah. Pada tahun tersebut, peratus pelajar Cina dalam SJK(C) tidak begitu tinggi malah hanya 75% sementara yang lain telah memilih sekolah kebangsaan. Hari ini, sekolah kebangsaan sudah seakan-akan menjadi sekolah monoetnik dengan pendaftaran hanya 6% bukan bumiputera berbanding 13% pelajar bukan Cina yang mendaftar dalam SJK(C). Bayangkan betapa teruknya keadaan sekolah kebangsaan apabila SJK(C) mempunyai demografi yang lebih pelbagai. Hal ini pasti kerana kebanyakan ibu bapa telah hilang keyakinan dengan kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan. Tambah mendukacitakan lagi adalah rekod pencapaian pelajar kita dalam program-program penilaian antarabangsa seperti Program for International Student Assessment (PISA) yang dianjurkan oleh OECD. Fokus kajian ini adalah untuk menguji kesediaan pelajar sekolah untuk memasuki alam dewasa dan melibatkan pelajar berumur 15 tahun dengan tiga domain utama iaitu Matematik, Sains dan bacaan. Keputusan PISA tahun 2009 sangat menghampakan di mana Malaysia berada pada kedudukan ke-57 daripada 75 buah negara untuk pencapaian matematik, ke-52 untuk Sains dan ke-55 untuk bacaan. Sebagai bandingan, Shanghai mencatatkan keputusan kedudukan pertama untuk ketiga-tiga domain manakala Singapura berada pada kedudukan ke-2 untuk matematik, ke-4 untuk sains dan ke-5 untuk bacaan. Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 membuktikan bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara tercorot bersama-sama dengan negara seperti Montenegro, Kazakhstan, Jordan dan Indonesia dan kedudukan Malaysia lebih rendah daripada Thailand dalam ketiga-tiga domain. Skor purata Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata negara OECD dan antarabangsa. Sehingga 60% pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk mengambil bahagian dalam kehidupan secara efektif dan produktif. Sementara itu, pelajar-pelajar yang sama iaitu pelajar dalam kohort 15 tahun telah mencatat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun yang sama. Bilangan calon PMR pada tahun itu telah meningkat daripada 26,000 pada tahun 2008 kepada 28,000 pada tahun 2009. Sekali lagi kita nampak ketidakselarian yang berlaku antara penilaian antarabangsa dengan penilaian dalaman. Saya kira masa sudah tiba untuk penstrukturan semula yang ketara dalam dasar dan sistem pendidikan negara kita. Walaupun begitu, perubahan tidak boleh sekadar infrastruktur dan tatacara pendidikan tetapi harus lebih mendalam dan meliputi latihan, insentif, skop tugas guru serta rombakan kurikulum agar menghasilkan pelajar yang berupaya untuk berfikir dan bukan hanya menjawab soalan peperiksaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam soal pembangunan modal insan, Titah Tuanku juga menyentuh tentang pembangunan belia termasuklah melalui usaha kerajaan mengarusperdanakan program kesukarelawanan yang diterajui 1Malaysia for Youth. Namun saya masih tidak faham dan tidak jelas mengenai 1Malaysia for Youth. Adakah ia semata-mata penjenamaan semula program Rakan Muda yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 yang kini tidak diketahui statusnya sama ada masih aktif ataupun telah berkubur tanpa nisan. Selain itu, saya juga berharap agar anak-anak muda benar-benar dilibatkan dalam pertubuhan belia ini termasuk di peringkat pentadbiran dan pengurusan dan tidak hanya dijadikan sebagai pemenuh majlis parti pemerintah dan tukang kibar sepanduk I Love PM yang diberi secara percuma. Kekhuatiran saya ini ada asasnya kerana kebanyakan pertubuhan belia daripada segi pengurusan dan pentadbirannya di monopoli oleh ahli politik. Ambil sebagai contoh, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang mendakwa memainkan peranan besar dalam perencanaan, pemantauan, pelaksanaan dan penilaian dalam menentukan hala tuju pembangunan anak muda negara. Berdasarkan Perlembagaan MPBN, komposisi anggota

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

majlis sangat di dominasi oleh Menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Sebagai contoh, kita ambil senarai keahlian MPBN penggal 26 iaitu untuk tahun 2007 hingga tahun 2008 di mana pengerusinya merupakan Menteri dan ahli-ahli majlis yang lain merupakan KSU, ketua pengarah, exco-exco kerajaan negeri, Menteri Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai kementerian yang telah dilantik oleh Menteri sendiri. Jadi jelas dalam struktur pentadbiran dan pengurusan, perwakilan belia yang tulen amat kurang dan penglibatan berlebihan ahli politik dikhuatiri akan membantutkan agenda pembinaan belia yang lebih mandiri dan sebaliknya menjadikan belia sebagai petugas politik murahan parti pemerintah semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan modal insan di negara kita adalah isu yang wajar...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak ada masa. Tidak beri laluan. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya hendak bagi penerangan tentang MPBN.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, tidak. Tidak diberi laluan, Yang Berhormat.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Saya hendak cepat. Pembangunan modal insan di negara kita adalah isu yang wajar diberi tumpuan nasional. Jika persaingan antarabangsa pada abad ke-20 adalah bertumpu kepada sumber asli, maka persaingan pada abad ke-21 akan bertumpu kepada sumber manusia. Dengan kata lain, kejayaan sesebuah negara akan bergantung kepada keupayaannya untuk membina, menarik dan mengekalkan modal insan yang berdaya saing. Malangnya, terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem penjanaan modal insan di negara kita bermula di peringkat sekolah sehingga ke pengajian tinggi. Anak-anak muda kita tidak digalakkan untuk berfikir dan sebaliknya dipupuk menjadi pak turut semata-mata. Dasar pendidikan negara kita pula dijadikan mainan politik seperti ketidaktentuan kerajaan dalam dasar PPSMI yang telah menjejaskan satu generasi pelajar.

[Bangun]

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Tambahan pula segala jenis kongkongan dan sekatan dikenakan demi menghalang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang bangun.

Satu minit sahaja. Satu minit. One minute.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Bertanya pasal Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk pantau guru-guru dan guru besar. Bukankah ini membantutkan freedom of expression dan sebagainya. Boleh komen sikit?

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju tadi dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

Ya, baik hendak gulung. Tambahan pula segala jenis kongkongan dan sekatan dikenakan demi menghalang ancaman kepada

Tuan Zairil Khir JohariDAP · PRBukit Bendera

pemerintah sementara daya saingan graduan-graduan kita semua digadai. Jelas sistem pendidikan kita perlu dibebaskan daripada cengkaman politik dan gagasan yang dangkal. Ini harus dicerminkan dalam perancangan yang akan datang termasuk dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sehingga kini belum dilancarkan lagi walaupun enam daripada 100 inisiatif sudah pun dilaksanakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengakhiri dengan memetik kata- kata Rendra dalam puisinya: “Seseorang berhak diberi ijazah doktor, Dianggap sebagai orang terpelajar, Tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan. Bila ada tirani bermaharajalela, Ia diam tidak berbicara, Kerjanya cuma menyuntik sahaja. Bagaimana? Apakah kita akan terus diam sahaja? Mahasiswa-mahasiswa ilmu hukum, Dianggap sebagai bendera-bendera upacara, Sementara hukum dikhianati berulang kali.” Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. [Tepuk] Terima kasih kerana bagi masa yang cukup. Sila Yang Berhormat Tuaran, juga 20 minit ya.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut bangun untuk membahas Usul Menjunjung Kasih yang dibawa oleh Yang Berhormat Lenggong ke atas Titah Ucapan Diraja. Saya menyokong Titah Ucapan Diraja ini iaitu kita harus melangkah ke hadapan untuk mencapai negara kita yang maju berpendapatan tinggi setelah kita melalui pilihan raya. Kita harus meninggalkan segala apa yang kita lalui dalam pilihan raya sebab kita sudah sekian lama berpolitik. Seharusnya kita memulakan kerja- kerja untuk mengatasi pelbagai cabaran pembangunan negara kita. Dalam masa yang singkat ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahas dalam empat perkara. Iaitu pertamanya, berhubung dengan cabaran masalah penjanaan bekalan elektrik di negeri Sabah. Berbanding dengan Semenanjung Malaysia, yang mana keadaan kedudukan bekalan elektrik agak stabil. Negeri Sabah ini sering kita mengalami masalah bekalan elektrik. Masalah ini timbul kerana kita menghadapi masalah penjanaan elektrik. Terutama sekali di Pantai Timur dan begitu juga di Pantai Barat. Keadaan ini berlaku kerana elektrik negeri Sabah masih lagi dijana dengan menggunakan diesel menggunakan genset dan sedikitnya daripada IPP. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan dan sebelum saya mencadangkan saya sebenarnya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal ini? Oleh sebab di negeri Sabah kita ada Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab tetapi dari segi ekuitinya Kerajaan Negeri Sabah memiliki 20% daripada syarikat ini selainnya daripada TNB. Pada ketika ini satu jana kuasa menggunakan gas di Kimanis dan saya difahamkan tidak lama lagi siap tetapi dari segi transmission daripada power station ini ke main grid belum lagi selesai. Saya difahamkan bahawa pegawai- pegawai berkenaan seolah-olah tidak mengindahkan kelewatan pembinaan transmission line tersebut. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan pada hari ini di mana Menteri yang berkenaan pun daripada Sabah, Menteri Tenaga kita yang baru. Saya mohon supaya perkara ini, pihak Menteri dan pihak Kerajaan Negeri Sabah harus mempunyai satu jaringan kerjasama yang erat, bukan sahaja dalam soal memastikan supaya transmission line ini

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

dapat dibina dengan cepat. Akan tetapi untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan tanah, berkaitan dengan value dan sebagainya. Keduanya dan yang paling penting, kerajaan untuk mengatasi bekalan elektrik di Sabah harus mengadakan satu dasar bahan bakar ataupun fuel policy. Suatu ketika dahulu apabila ada cadangan untuk membina fuel fire station di Lahad Datu dan setelah mendapat tentangan begitu hebat daripada pihak environmentalist akhirnya telah dipindah ke Sandakan. Sekali lagi mendapat tentangan dan sebagainya, pindah lagi ke Lahad Datu dan akhirnya pada kali ini diluluskan juga tetapi coal atau arang batu itu tidak digunakan lagi tetapi menggunakan gas. Pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, setelah pihak pakar mengkaji dan sebagainya gas ini boleh dilaksanakan di situ tetapi ia agak mahal. Barangkali memerlukan kerajaan memberi subsidi untuk membolehkan pihak SESB memberikan kepada pengguna. Oleh sebab itu kerajaan harus mengkaji sama ada gas ini dapat dilaksanakan ataupun dia ada kos efektif ataupun tidak. Jika sekiranya dengan keadaan logistik yang sedia ada, di mana kalau kita menggunakan LNG, LNG harus diangkut daripada Bintulu ataupun diangkut lori daripada Kimanis dan sebagainya. Oleh sebab itu, penggunaan coal barangkali perlu dikaji semula. Saya tidak mengatakan menggunakan gunakan coal, gunakan arang batu tetapi perlu dikaji semula ataupun barangkali cadangan yang dibuat lebih awal iaitu pembinaan paip daripada Kimanis dan dibawa ke Pantai Timur. Sama ada diletakkan di Lahad Datu ataupun di Tawau. Ini adalah amat penting untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah terutama sekali memastikan based... itu sentiasa ada. Kita tidak boleh bergantung dengan penjanaan elektrik yang menggunakan diesel fire station, fragmented yang ada pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk kita maju ke hadapan bagi negeri Sabah, bekalan elektrik ini hendaklah diselesaikan dengan segera. Jika sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil serius tentang perkara ini, saya tidak nampak bagaimana negeri Sabah ini boleh mempertingkatkan perindustrian bagi negeri Sabah. Sektor pembuatan di negeri Sabah tidak akan berganjak, tidak akan tumbuh jika sekiranya bekalan elektrik ini tidak dapat ditingkatkan dengan cepat. Saya ingin beralih berkenaan hal pembangunan luar bandar. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana hari ini bukan sahaja kita mempunyai pelan tindakan, Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar tetapi falsafah dari segi pembangunan luar bandar pun sudah disediakan. Begitu juga dalam hal pembangunan ekonomi luar bandar, semua pun sudah disediakan dari segi pelannya. Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya agak khuatir dari segi pelaksanaannya sebab apabila kita bercerita tentang pembangunan luar bandar, institusi di akar umbi itu adalah amat penting. Now, apabila saya mengatakan institusi di akar umbi, saya merujuk kepada JKKK. Saya lihat dalam pelaksanaan kementerian, saya nampak ada rekod tentang adanya peruntukan, adanya program dari segi latihan kepimpinan kepada pengerusi- pengerusi dan AJK-AJK. Akan tetapi apabila kita lihat di akar umbi, saya lihat negeri Sabah, saya lihat di kawasan saya sendiri, ada JKKK yang sehingga tiga tahun, dua tahun belum dilantik. Oleh sebab ini adalah kuasa-kuasa pemimpin dan kerajaan tempatan. Oleh kerana mereka tidak terbentuk, apa juga program-program yang disediakan oleh pihak kerajaan tidak akan sampai ke akar umbi. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian ini kerjasama dengan kerajaan negeri-kerajaan negeri untuk mewujudkan satu perundangan, satu peraturan, satu enakmen, urus tadbir, JKKK. Apakah JKKK ini kita lantik sahaja? Apakah JKK ini kita pilih? Bagaimana caranya? Apakah kriterianya? Dari segi latihannya dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah amat kritikal sebab apabila kita lihat pada hari ini, pembangunan di negeri Sabah dari segi prasarana. Kita ambil contoh dari segi prasarana sahaja. Kita ini ketinggalan begitu jauh sekali berbanding dengan di Semenanjung. Saya berterima kasih pada pihak kerajaan kerana peruntukan yang begitu besar iaitu RM4.5 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menangani lima teras kementerian. Di antara yang paling penting ialah meningkatkan liputan kualiti prasarana asas, utiliti dan amenity sosial.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Dalam hal ini, saya ingin menyatakan bahawa di kawasan saya sendiri di Tuaran. Saya telah bercuti lima tahun dan saya berharap adanya perubahan dari segi naik taraf jalan luar bandar dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya lihat kalau dahulu saya di Dewan yang mulia ini, panjangnya jalan luar bandar yang belum diturap, belum naik taraf adalah 200 kilometer tetapi pada hari ini masih lagi 200 kilometer. Jika kita ambil anggaran RM2 juta untuk satu kilometer ataupun kadang-kadang sampai RM3 juta. Di Tuaran sahaja kita perlu hampir RM500 juta dan peruntukan yang disediakan di sini lebih kurang RM3 bilion untuk seluruh negara tentu sekali tidak cukup. Saya mohon dan meminta pihak kerajaan supaya menambah peruntukan di dalam hal bekalan air bersih, bekalan air luar bandar, jalan luar bandar, jalan kampung dan bekalan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya inilah sebenarnya yang dinanti- nanti oleh rakyat dan sebab itulah mereka terus memberikan sokongan kepada kerajaan dengan harapan begitu tinggi agar semua masalah prasarana luar bandar ini dapat dipertingkatkan. Pada masa yang sama kesemua prasarana ini hendaklah digunakan untuk menjana ekonomi di luar bandar. Di dalam hal ini, apabila saya melihat dan mengkaji pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar, saya dapat melihat ada program-program yang dilaksanakan agensi-agensi yang terdapat dalam kementerian termasuklah agensi pembangunan luar bandar. Terdapat negeri-negeri tertentu khususnya negeri Sabah yang tidak ada Lembaga Kemajuan Pembangunan Wilayah. Jadi apabila kita bercerita tentang perwujudan pertumbuhan desa dan sebagainya, kita tidak boleh laksanakan dan apabila kita tidak boleh melaksanakannya bagaimanakah pihak kerajaan dapat melaksanakan program sedemikian rupa. Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya di mana-mana kerajaan negeri yang tidak mempunyai agensi sedemikian rupa, melaksanakan juga program-program seperti ini supaya kita dapat melaksanakan program- program yang sudah pun dibuat oleh pihak kementerian. Seterusnya saya beralih kepada pendidikan. Dalam hal pendidikan, saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan. Pertama, kerana hari ini sudah ada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang baru dan dua kementerian ini sudah digabungkan dan sebagainya. Di dalam hal ini, saya ingin melihat bagaimana pihak kementerian melaksanakan serta melihat sistem penyampaian dasar-dasar kementerian sama ada dari segi pembangunan dan sebagainya. Dalam hal di negeri Sabah, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan mengapa perkara-perkara seperti pelantikan pengusaha kantin, penjaga keselamatan sekolah, pengusaha ataupun menjaga kebersihan pihak sekolah, di mana semuanya dilantik dan ditentukan daripada Putrajaya, sekecil-kecil itu. Apakah perkara begini tidak boleh dipertimbangkan di pihak jabatan peringkat negeri? Apakah peranan PPD dalam hal ini? Oleh sebab itu pihak rakyat khususnya kakitangan di Jabatan Pendidikan termasuklah guru-guru mempersoalkan kenapa perolehan kerajaan termasuklah pembekalan buku, kertas dan sebagainya harus ditentukan dan tendernya dibuat di Putrajaya. Di kementerian lain dan tidak boleh ditentukan di negeri Sabah. Begitu juga dalam hal-hal pembaikan. Apabila berlaku banyak pembaikan. Baru- baru ini sebagai contoh di kawasan saya sebuah sekolah di mana atapnya diterbangkan oleh angin dan secara kebetulan saya berada di kawasan dan saya terpaksa membuat dan saya terpaksa membawa kepada pihak Timbalan Menteri. Memang daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah bertanya, kenapa tidak dihantar kepada mereka. Saya beritahu kepada mereka bahawa saya tahu jika saya bagi kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mereka tidak ada peruntukan. Peruntukkannya semua di sini, semuanya di Kuala Lumpur dan di Putrajaya. Oleh sebab itu, saya ingin melihat bagaimana sistem penyampaian kerajaan dalam hal ini supaya rakyat, guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai kementerian akan dapat melihat secara rasional mengapa perkara-perkara sekecil itu tidak boleh dibuat keputusan oleh pihak pegawai-pegawai di peringkat negeri. Pihak kementerian harus mengambil iktibar bahawa setelah berbelanja berjuta-juta ringgit dari segi pembinaan sekolah baru, makmal-makmal komputer dan sebagainya di negeri Sabah. Saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa banyak daripada projek-projek ini sehingga hari ini tidak boleh dikomersialkan kerana kualiti pembuatannya substandard. Saya tidak tahu kenapa tetapi ini harus dilihat dan barangkali ini di antara sebab kenapa mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah telah keluar dan masuk pembangkang dan bertanding dalam pilihan raya, sehingga begitu sekali. Pihak

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

kementerian dan kerajaan seharusnya melihat hal ini dan kita harus insaf serta memperbaiki apa sahaja kesilapan-kesilapan kita untuk mengorak langkah ke hadapan. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi dalam hal pendidikan ini ialah dalam hal pengajaran mata pelajaran Bahasa Kadazan-Dusun. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana pada hari ini guru-guru yang mengajar dalam Bahasa Kadazan-Dusun sudah pun mula dilatih di Universiti Sultan Idris Tanjong Malim dan beberapa IPG di negeri Sabah. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pengambilan guru-guru pelatih untuk mengajar Bahasa Kadazan-Dusun begitu sedikit. Saya difahamkan hanya 20 orang dalam setahun dan disebabkan itu apabila ada permintaan daripada Wilayah Persekutuan Labuan sebagai contoh, supaya bahasa Kadazan-Dusun ini mula diajar di sana tetapi diberitahu tidak ada guru-guru. Tidak ada guru kerana pengambilannya begitu sedikit dan di sekolah- sekolah yang ada di kawasan saya di peringkat sekolah rendah, saya ingat lebih daripada 20 buah sekolah kalau tidak silap saya yang mengajar, mereka ini tidak terlatih dan sebenarnya mereka mengajar secara sukarela. Oleh itu saya memohon supaya pihak kementerian memperbaiki keadaan ini sebab sebenarnya pembelajaran Bahasa Kadazan-Dusun ini bagi saya adalah melalui bahasa itulah terletaknya nilai-nilai murni yang kita mula pupuk. Jika kita kehilangan bahasa ibunda, kita akan kehilangan nilai-nilai murni. Ini kerana apa yang kita pelajari di sekolah sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya bagi saya itu adalah bahasa kedua. Itu bukan bahasa ibunda. Oleh sebab itu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab pihak kerajaan telah melihat perkara ini tetapi ia harus diperkasakan serta dipertingkatkan lagi agar diberikan peruntukan yang mencukupi untuk mengambil lebih banyak pelatih. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berbahas dalam hal kewarganegaraan dan kebebasan beragama. Saya telah bertanya soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menteri baru-baru ini tentang apa yang kita lihat yang dilaporkan di Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin negeri Sabah. Kewujudan apa yang dikatakan sebagai satu unit khas pengeluaran kad pengenalan di negeri Sabah yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara. Apakah ini betul, apakah ini benar dan adakah ketiga-tiga ini P1, P2, P3? Perkara ini bagi saya adalah amat penting kerana di dalam RCI yang sedang berjalan sekarang ini kita bercerita tentang standard operating procedure dalam pengeluaran kad-kad pengenalan dan jika sekiranya betul wujud, kewujudan unit seperti ini harus diperbaiki dan kad-kad pengenalan kalau ada yang dikeluarkan melalui unit-unit seperti ini hendaklah ditarik balik. Oleh sebab itu, cadangan kita untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan di negeri Sabah yang dikeluarkan selepas tahun 1979 hendaklah ditarik balik dan terpulanglah kepada mereka yang mendapat kad pengenalan ini untuk memohon balik dan membuktikan bahawa mereka ini adalah warganegara sebenar.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Ini adalah amat penting untuk membantu mengembalikan kewibawaan sistem dan standard operating procedure pengeluaran kad-kad pengenalan negeri Sabah. Dalam hal kebebasan beragama, saya menerima atau kita semua menerima hakikat apa-apa jua yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan agama rasmi dan sebagainya. Akan tetapi, saya tidak melangkaui perbahasan rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti iaitu Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan tetapi di dalam Artikel 107 yang mana keizinan daripada kedua-dua ibu bapa sekiranya ada anak yang berumur kurang daripada 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa. Perkara ini adalah amat penting sebab apa yang telah diperjuangkan selama ini bagi pihak yang bukan Islam, kita telah meminta supaya mana-mana perkahwinan yang telah berkahwin di mana-mana mahkamah dan apa-apa yang berlaku selepas itu harus dirujuk balik ke mahkamah asal. Kalau mereka telah bertukar agama dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Begitu juga dengan anak. Kalau jika sekiranya dia menukar agama dan sebagainya, ia harus mendapat kelulusan daripada kedua-dua ibu bapa. Ini adalah amat penting untuk mempertahan keutuhan keluarga yang kita memang pupuk. Biarlah hal-hal keluarga itu diselesaikan oleh keluarga dan libatkan masyarakat, jangan libatkan mahkamah untuk menyelesaikan hal-hal keluarga. Kita harus pertahankan keutuhan keluarga untuk menjamin keharmonian. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Kelana Jaya, juga 20 minit ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga Dewan ini kerana memberi peluang menyertai perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan ucapan pertama saya di Dewan ini. Ada tiga perkara yang saya ingin bahaskan. Perkara pertama adalah isu mengenai kenaikan kadar jenayah negara khususnya di kawasan Parlimen saya iaitu di Kelana Jaya. Isu kedua adalah mengenai GST dan isu ketiga mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement). Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan jenayah. Saya menyeru kepada Dewan ini untuk mengambil pendekatan yang didorong oleh data-data saintifik semasa membincangkan perkara-perkara mengenai jenayah. Walaupun biasanya jenayah dianggap sebagai acara sensasi dalam akhbar harian seperti kes baru-baru ini rompakan pecah masuk rumah menteri kita, kawan kita. Di Dewan, kita semua simpati dengan apa yang terjadi pada menteri tetapi yang lebih penting ialah untuk kita memahami dan menangani punca sebenar kenaikan kadar jenayah. Pengawasan yang berkesan oleh polis, penempatan polis yang lebih baik dan juga meningkatkan bilangan polis adalah antara cara-cara untuk melawan jenayah. Dalam kes Kelana Jaya, saya meminta Menteri Dalam Negeri dan juga pihak Polis Diraja Malaysia untuk membantu konstituensi saya dan bantuan yang saya perlukan bukanlah lebih banyak dana ataupun lebih banyak sumber daripada kementerian ataupun daripada pihak polis. Apa yang saya minta adalah hanya satu surat dan surat itu adalah surat kebenaran. Satu surat kebenaran daripada polis untuk membenarkan majlis-majlis perbandaran di bawah kawasan Kelana Jaya, terdapat tiga ya, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga Subang Jaya mendapat surat kebenaran daripada polis untuk mengupah polis bantuan supaya kita boleh meningkatkan keselamatan di kawasan Parlimen saya dan juga memastikan polis bantuan itu boleh bekerjasama dengan polis menjaga keselamatan penduduk. Majlis-majlis kawasan saya adalah sedia dan berupaya dengan dana yang mencukupi dan kami bercadang untuk mengupah lebih kurang 300 hingga ke 400 polis bantuan. Polis bantuan ini akan dibayar gaji oleh majlis-majlis perbandaran pihak polis tidak perlu menanggung apa-apa kos tambahan. Kelana Jaya hanya memerlukan surat ini dan persetujuan sokongan daripada kementerian. Permintaan ini bukanlah permintaan yang baru. Sebenarnya permintaan Majlis Perbandaran di Kelana Jaya adalah sejak tahun 2011 dan telah ditolak dengan tanpa alasan yang logik oleh pihak polis. Jadi memandangkan kita memulakan penggal yang baru, saya sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya meminta, merayu sekali lagi kepada kementerian dan juga polis untuk menolong kita mengeluarkan surat kebenaran ini. Baik. Kembali kepada isu tentang melawan jenayah dan puncanya. Saya meminta semua di Dewan ini untuk melihat perkara ini dari sudut sains terbaru iaitu behavioural economics, dengan izin. Kita mesti memikirkan semula isu peningkatan jenayah ini tidak semata-mata sebagai satu dasar yang reaktif ataupun dalam erti kata lain bukan sahaja secara bertindak balas. Apabila jenayah meningkat, reaksinya kebiasaannya kerajaan ialah menambah bilangan anggota polis. Ini adalah dasar reaktif yang salah. Semestinya kita mencari dasar baru yang lebih berjangka panjang, mencari dasar yang bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan jenayah dan puncanya. Puncanya adalah seperti berikut, pertama, jenayah dilakukan oleh orang yang terdesak dan oleh orang yang kurang empathy, dengan izin, crime is caused by desperate man and man that is lacking in empathy. Dasar-dasar berdasarkan behavioural economics

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

yang boleh memupuk empati masyarakat dan mengurangkan keadaan ekonomi yang terdesak adalah kunci sebenar untuk mengurangkan jenayah di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sekarang isu kedua iaitu GST. GST adalah satu dasar cukai regresif. Maknanya regresif ialah satu dasar cukai yang menindas orang-orang miskin. GST sering dibincangkan sebagai satu isu fiskal. Memang benar GST ialah tentang fiscal policy. Akan tetapi perbincangan fiskal tidak mengambil kira isu yang paling asas dan isu yang paling asas itu adalah 70% daripada rakyat Malaysia adalah terlalu miskin untuk membayar apa-apa cukai pun. Pakar-pakar GST, akauntan, juga sering cenderung melihat GST satu perkara cukai di mana berlakunya dengan izin, tax trade-off. Trade-off antara cukai GST dan cukai perkhidmatan dan jualan, trade-off antara cukai GST dan cukai pendapatan individu dan korporat. Pandangan ini terhadap GST sebagai satu pertukaran cukai tersasar daripada isu dasar. Pokoknya adalah golongan miskin sudah pasti akan mengalami peningkatan dalam bil-bil dan perbelanjaan harian secara keseluruhan. Kerajaan Barisan Nasional bercakap tentang pengecualian barang-barang asas dan Barisan Nasional juga membuat jaminan kepada orang-orang miskin bahawa kos sara hidup mereka tidak akan terjejas. Dewan ini perlu bertanya, bagaimanakah kami akan menentukan apa itu barang asas dan apa yang tidak boleh dikecualikan? Sebagai contoh, saya yakin bahawa kita semua boleh bersetuju bahawa beg tangan Hermes Birkin adalah barangan mewah. Beg Hermes Birkin adalah mudah sebab ia jelas barang yang mewah. Oleh itu daripada segi GST tiada pengecualian. Namun, mari kita lihat kes daripada rakyat biasa. Mari kita melihat kehidupan daripada perspektif 70% rakyat Malaysia, keluarga yang pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM3,000 sebulan. Adakah telefon bimbit barang mewah ataupun barang asas? Tidak begitu mudah kita hendak buat differentiation.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Adakah TV satelit barang mewah ataupun asas? Apa pula satu tiket untuk menonton bola sepak. Memang tidak mudah. Apakah asas dan apakah mewah. Apakah yang kena GST dan apa akan dikecualikan. Walau bagaimanapun, gambaran besar mengenai isu GST adalah tidak rumit, ianya sangat mudah dan jelas. Isu besar GST adalah Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh balance belanjawan dengan baik. Barisan Nasional gagal mengurangkan tekanan fiskal kerana ia tidak mempunyai komitmen menangani rasuah dengan serius. Sebalik daripada melakukan perkara yang betul iaitu mengurangkan rasuah, Barisan Nasional memilih untuk mencukai rakyat dengan GST. Ini adalah satu dasar ekonomi pada pendapat saya, yang buruk dan saya tidak akan menyokongnya. Saya pasti saudara-saudari saya daripada Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha ini. Sekarang isu ketiga dan terakhir saya, Trans-Pacific Partnership Agreement. Bersama-sama dengan Yang Berhormat Lembah Pantai dan juga Yang Berhormat Klang, saya telah dijemput untuk bertemu dengan MITI pada 14 Jun 2013, baru dua tiga minggu lalu. Dalam mesyuarat tersebut, MITI memaklumkan kepada kami bahawa pihak kerajaan telah membayar UNDP, dengan izin, United Nations Development Program sebagai konsultan untuk menyediakan satu laporan yang membuat analisa kos dan faedah, menandatangani TTPA, dengan izin, UNDP telah diminta untuk buat cost benefit study. Laporan UNDP ini adalah sangat komprehensif. Pihak UNDP telah membuat interviu dengan banyak syarikat SME, syarikat bumiputera, nelayan, petani dan lain-lain. Laporan ini sangat komprehensif dan ia telah siap dan dibentangkan kepada Kabinet. Laporan ini kekal sebagai analisis kos dan faedah muktamad dan paling berwibawa berhubung perkara TPPA. MITI berkata bahawa ia akan melepaskan sebahagian kertas UNDP ini kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membenarkan kita mengkajinya dengan lebih mendalam. Dalam pertemuan yang sama, saya meminta pegawai MITI untuk memberikan saya satu jawapan yang jelas sama ada Laporan UNDP tersebut mengesyorkan Malaysia untuk menandatangani TPPA atau tidak. Jawapan daripada MITI hanya samar-samar dan tidak berkomitmen. Mengikut pihak MITI, Laporan UNDP hanya mencadangkan beberapa senario dan bukan apa-apa yang pasti. Pada mesyuarat yang sama, saya menekan semula soalan itu iaitu adakah Laporan UNDP mengesyorkan Malaysia untuk menandatangani atau tidak menandatangani TPPA. Tiada jawapan terus.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kami sekarang di Pakatan Rakyat masih menunggu Laporan UNDP itu. MITI sepatutnya melepaskan laporan itu pada 28 Jun iaitu minggu lalu. 28 Jun datang dan pergi, Laporan UNDP itu tidak dilepaskan lagi. Mengapakah Laporan UNDP itu tidak dikeluarkan? Dalam Dewan ini minggu lepas, Menteri MITI, Datuk Mustapa Mohamed menyebut bahawa Laporan UNDP adalah rahsia negara dan sekiranya dilepaskan, ianya mengurangkan strategi dan kedudukan rundingan kementerian beliau. Ini bukan satu jawapan yang boleh diterima. Kami tidak meminta teks yang sensitif didedahkan, kami menanya soalan yang paling asas iaitu adakah menandatangani TPPA memberi manfaat kepada Malaysia daripada segi ekonomi. Saya selaku researcher untuk Pakatan Rakyat telah membuat kajian yang menyeluruh mengenai perkara ini dan telah juga berbincang dengan perunding perdagangan yang mahir dalam perkara ini. Ini termasuk perunding-perunding, pegawai-pegawai daripada kedua-dua Kesatuan Eropah, dengan izin, European Union dan juga dari Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat adalah satu-satunya parti untuk menandatangani TPPA. Apa yang saya dapat tahu daripada kedua-dua Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat ialah mereka dapat satu kata sepakat tentang Laporan UNDP ini. Pakar-pakar perdagangan tersebut telah memberi tahu saya bahawa Laporan UNDP sebenarnya mencadangkan bahawa Malaysia tidak menandatangani TPPA. Ini penting sebab kita tidak tahu apakah content Laporan UNDP tapi information yang saya terima daripada perunding-perunding dan pegawai-pegawai European Union dan juga Amerika Syarikat ialah UNDP tidak rekomen kita untuk menandatangani TPPA. Jika apa yang orang Eropah dan Amerika memberitahu saya adalah benar mengenai Laporan UNDP, maka mengapakah Kabinet kami masih ingin menandatangani TPPA ini? Oleh itu saya meminta Menteri MITI supaya lebih transparent dan jawab secara telus dan terus. Apakah sebenarnya rekomendasi daripada UNDP mengenai TPPA? Akhir sekali, terdapat isu asas yang dipertaruhkan. TPPA ini bukan sahaja satu perjanjian perdagangan, ia adalah satu perjanjian yang bakal menukar model ekonomi Malaysia kepada satu yang lebih mencerminkan sistem ekonomi Amerika Syarikat. Ia juga satu perjanjian yang akan mematuhi idea-idea ekonomi Amerika Syarikat yang memihak kepada Amerika Syarikat. Jika kita menerima pakai model ekonomi Amerika Syarikat secara membuta tanpa soalan, kita akan mendedahkan diri kita kepada perubahan ekonomi yang tersangat besar. Adakah ini yang kita mahu capai dalam satu perjanjian perdagangan? Satu perjanjian yang bakal melakukan penukaran lengkap dalam sistem ekonomi kita. Di Asia, modal ekonomi betul atau salah berfungsi dengan perusahaan yang didorong atau disokong penuh oleh kerajaan, dengan izin, Asia Practices State Sponsored Enterprise. Itu adalah bagaimana ekonomi Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura dibina dan ini adalah bagaimana China sedang cuba untuk membina ekonomi mereka. Amerika Syarikat bermula dengan jalan sejarah yang sama iaitu melalui satu kesatuan kerajaan dan syarikat bekerja rapat bersama-sama. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 30 tahun yang lepas ini, dengan pembatalan kawal selia dan penswastaan, dengan izin, deregulation and privatization, kerajaan Amerika kini di bawah pengaruh yang tidak wajar oleh syarikat- syarikat besar, syarikat-syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat internet yang baru. Dengan izin, the American government today is under the undue influence of giant corporations, multinationals and internet companies. Syarikat-syarikat gergasi ini melobi dan menulis dasar mengenai perkara seperti, dengan izin, too big to fail. Mereka memperjuangkan dasar quantitative easing. Syarikat-syarikat yang sama juga membayar taraf cukai yang rendah di Amerika dan tidak membayar cukai langsung pun banyak. Matlamat utama mereka ialah mencari keuntungan yang maksimum melalui proses globalisasi. TPPA adalah dasar syarikat-syarikat gergasi Amerika. TPPA, dengan izin, adalah vehicle mereka. Jika Laporan UNDP menasihati Malaysia untuk tidak menandatanganinya, mengapakah Kabinet Barisan Nasional masih begitu berminat untuk tandatangan? Saya mengakhiri ucapan ini dengan mengingatkan semua bahawa kita wakil- wakil rakyat Dewan ini diberi mandat untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak diberi mandat untuk berkhidmat kepada kroni tempatan dan kita pasti tidak di sini untuk berkhidmat kepada kroni asing ataupun syarikat-syarikat gergasi Amerika. Saya memang berpegang bahawa Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang sangat tergantung kepada eksport.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau terdapat perjanjian yang membawa manfaat ekonomi yang baik kita sebagai satu negara patut harus tandatangani perjanjian perdagangan itu. Akan tetapi di dalam kes ini belum terbukti bahawa TPPA akan membawa apa-apa manfaat baik. Sebaliknya, Laporan UNDP menolak TPPA. Oleh yang demikian kita harus menolak TPPA dan saya menyeru kepada pihak backbenchers cari satu perjanjian FTA dua hala yang berpegang kepada prinsip, dengan izin, free trade, fair trade dan safe trade. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jelebu. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Saya sebagai anggota baru di dalam Majlis Dewan yang mulia ini dan saya telah mengikuti sidang ini dengan begitu teliti dan teruja sekali. Sepanjang sidang empat hari yang lalu sempat juga saya cuba-cuba mengambil bahagian mencelah sekali dua dan alhamdulillah hari ini saya berpeluang menanyakan soalan nombor sembilan. Jadi, itulah pengalaman sebagai Ahli Dewan Rakyat buat pertama kalinya di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya meneruskan ucapan sulung membahaskan Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, maka di Dewan yang mulia ini saya ingin merakamkan beberapa penghargaan kepada beberapa pihak. Pertamanya, tentu sekalilah kepada Tuan Yang di- Pertua, Timbalan Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin dan laluan untuk saya berucap pada penghujung sidang pada malam ini. Cuma duduk di Dewan ini tidak tahu siang ataupun malam. [Ketawa] Sama sahaja. Jadi alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Keduanya, saya rakamkan penghargaan dan terima kasih saya tentulah kepada parti saya Barisan Nasional kerana memilih dan memberi saya peluang sehingga sampai saya ke Dewan yang mulia pada kali ini. Ketiganya, kepada seluruh pengundi kawasan Parlimen Jelebu sama ada ianya Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Jadi, kepada mereka saya rakamkan penghargaan dan terima kasih. Suara saudara semua insya-Allah akan saya sampaikan di sini.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dengan Ketua Bahagian tak nak terima kasih?

[Ketawa] Ketua Bahagian tentulah terima kasih tetapi simpan dalam hati. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Parit Sulong hendak mencelahkah?

Dia bergurau. Jadi, sudah malam ini – jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan banyak sangat mencelah kalau hendak balik cepat. [Ketawa] Kalau mencelah banyak saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua lanjutkan masa. Tuan Yang di-Pertua, pengalaman pertama menyertai Dewan dan mengikuti sidang ini saya juga ingin membuat beberapa rumusan awal. Jadi, oleh kerana ramai Ahli Yang Berhormat bercakap perkara-perkara yang begitu penting untuk kemajuan dan pembinaan bangsa dan negara, maka saya ingin melihat kepada suasana dan keadaan di dalam Dewan sebagai orang yang pertama kali berada di dalam sidang yang mulia ini. Jadi, pandangan saya dan rumusan saya mungkin tuan-tuan suka atau pun Ahli-ahli Yang Berhormat setuju dan suka dan mungkin juga Ahli-ahli Yang Berhormat tidak setuju dan tidak suka. Itu tidak mengapa, yang penting saya luahkan perasaan dan penemuan saya kepada sidang yang sudah berlangsung ini. Pertamanya, saya dapati ramai pemidato hebat dan berkebolehan ada di dalam di Dewan yang mulia ini iaitu Yang Berhormat semua. Jadi, memang hebat. Saya kagum dan

saya sangat meminati sebahagian daripada mereka. Keduanya, saya juga dapati tidak kurang juga yang lucu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang mana minat tu? Yang Berhormat Tenggara?

Yang Berhormat Tenggara? Kak Limah.

Minta penjelasan. [Ketawa]

Yang Berhormat Tenggara hendak minta penjelasan? [Ketawa] Jadi, saya dapati ada juga yang tidak kurang lucunya dan setengahnya ada yang macam anak-anak juga. Yang Berhormat Kuala Langat sudah balik? Sudah balik tidak mengapa. Kirim salamlah. Sampaikan salam kepada Yang Berhormat Kuala Langat. Jadi, kadang-kadang terhibur juga dalam keanak-anakan itu. Saya ingatkan di Dewan yang mulia ini tidaklah macam itu Tuan Yang di-Pertua tetapi rupanya sama sahaja. Ketiganya, saya amati ada juga yang degil dan nakal Tuan Yang di-Pertua. Sebelah sana ramai sedikit. Sebelah sini pun ada juga tetapi itu mempertahankan sebab mengikut rentak dan tari yang dimainkan pada ketika-ketika tertentu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, keempatnya saya dapati dan sangat tabik kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Tuan Yang di-Pertua kerana begitu sabar melayan kerenah Ahli- ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa tidak ditambah ya. [Ketawa]

Puji macam itu pun tidak ditambah ke Tuan Yang di-Pertua?

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Macam ayat bodek sahaja.

Ini bukan bodek. Ini satu kenyataan dan satu perkara menjadi yang harus kita beri recognition atau pengiktirafan. Dalam keadaan yang begitu letih sehari suntuk pun masih lagi boleh bercakap dengan lembut Yang Berhormat. Saya kata sabar betullah Tuan Yang di-Pertua ini. Jadi, orang Barisan Nasional memang macam itulah. Dia memang sabar dan tetap tenang dalam apa jua situasi. [Tepuk] Itu bezanya Barisan Nasional ini. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya how - bahasa Inggeris, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. How I wish to be like Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua? [Ketawa] How I wish to be tetapi saya memang tidak berkebolehan untuk menjalankan tugas itu. Itu yang tentunya. Jadi, pada masa-masa yang akan datang saya juga banyak belajar dan akan mahu mengikut jejak-jejak langkah senior yang hebat-hebat dalam Dewan ini. Yang Berhormat, membina negara bangsa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baru masuk tinggal sepuluh minit lagi.

Cukup. Dalam sepuluh minit itu boleh dirumuskan ...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan. Sudah sepuluh minit langsung tidak ada point lagi saya dengar.

[Bangun]

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Saya tidak beri izin, saya tidak beri laluan. Sudah malam-malam, pukul 8.30 ini, kita bertenang dan mengambil masa rehat.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Saya mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kapar dengan Yang Berhormat Temerloh ini...

Tidak ada laluan. Saya hendak sedikit sahaja. Masa saya sudah habis untuk memberi pengiktirafan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak beri laluan. Duduk, duduk.

Hendak tambah mukadimah itu.

Tidak payah, tidak payah. Laluan tidak dibenarkan. Tidak ada laluan yang hendak diberi. Jadi, membina satu negara bangsa sebagaimana yang kita semua terlibat ini, ia merupakan satu proses yang mengambil masa yang begitu panjang. Membina tamadun, kena sabar, kena perlahan. Macam mana Tuan Yang di-Pertua lakukan mengawal Dewan ini. Jadi, oleh kerana itu kerajaan sudah pasti dan saya percaya dia tidak melakukan sesuatu secara semberono sebagaimana yang dikehendaki oleh pembangkang. Jadi, kita baru merdeka 57 tahun, 56 tahun, saya tambah sedikit itu jadi 57 tahun yang merupakan satu umur yang masih muda kalau dibandingkan dengan pembinaan tamadun di negara- negara lain seperti Amerika. Jadi, Amerika tamadunnya sudah dicipta dan dibina lebih daripada 200 tahun. Jadi, oleh kerana itu kita yang menjadikan negara-negara seperti itu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta laluan. Kita pun hendak kena tunggu 200 tahunkah baru hendak buat cara bagi betul.

Saya tidak habis lagi, saya tidak habis lagi Yang Berhormat Shah Alam. Bagilah saya laluan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak payahlah. Boleh buat sekarang buat sekaranglah. Tak kan hendak tunggu 200 tahun. Alasan.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Duduklah.

Tengok Jepun. Jepun okey lagi.

Nantilah orang habis dahulu, beratlah Yang Berhormat Shah Alam ini.

Ini masalah yang ada dalam pembangkang, inilah dia. Kita tidak habis lagi dia sudah hendak bertekak.

Baru gomol ini, belum apa-apa lagi. Tengah gomol.

Jadi, sampai tengah-tengah kita laju dia sesat. Ini masalah dia. Dengar habis-habis dahulu baru komen. Jadi, kalau menyampuk tengah-tengah saya khuatir Yang Berhormat Shah Alam sesat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Janji ya? Janji ya lepas ini beri laluan?

Bagi laluan.

Terpulang pada Tuan Yang di- Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi waktu tambahan kita bagi laluan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terpulang pada Tuan Yang di- Pertua pula. [Ketawa]

Masa tinggal lapan minit.

Tuan Yang di-Pertua, dia kena bagi laluan.

Minta maaf Yang Berhormat Shah Alam. Jadi, Amerika ini membina tamadunnya lebih daripada 200 tahun, hanya pada tahun 2009 baru seorang kulit putih dapat jadi presidennya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Kulit hitam.

Kulit hitam, maaf. Selama 200 tahun baru sampai itu dan dia menjadikan kejutan kepada dunia. Ada orang percaya dan tidak percaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Pengerusi Tabung Haji ini tunggu berapa tahun? [Ketawa]

Dia exceptional case Tuan Yang di- Pertua kerana dia hitam manis. Jadi, ini...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Mersing bangun.

Yang Berhormat Mersing hendak mencelah? Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Saya yang mengatur Tuan Yang di- Pertua. Dia mesti bagi punya. Presiden Amerika ini, Obama ini presiden yang ke-43. Nombor satu sampai 42 semua George Washington sampai 42 semua Anglo Saxon. Kulit putih tetapi Anglo Saxon in origin dengan izin. Saya hendak tanya Yang Berhormat Jelebu adakah Yang Berhormat setuju bahawa Obama juga Anglo Saxon sebab ibu dia adalah berketurunan Irish. Cuma bapa dia itu Barack Hussein daripada Kenya. Setuju tidak? Maknanya, kalau tidak ada Anglo Saxon tidak boleh jadi Presiden Amerika.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau boleh beri kepada Yang Berhormat Mersing, takkan Shah Alam tidak boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tidak apa, saya tidak ada apa isu Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak habiskan masa yang singkat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, saya hendak tanya dekat Malaysia pun ada yang bukan Melayu sudah jadi Perdana Menteri. Ada.

Tinggal lima minit sahaja. Saya hendak teruskan dengan saya punya penyampaian ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam dia tidak bagi Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tidak bagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi, tidak bagi.

Sebab...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang yang Mahathir, anak lelaki...

Yang Berhormat Shah Alam...

Duduklah Yang Berhormat Shah Alam, tidak payahlah cakap. Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

[Dewan riuh]

Saya hendak teruskan dengan ucapan saya dan saya tidak pernah pun kacau Yang Berhormat Shah Alam ketika dia berucap. Yang Berhormat Shah Alam boleh buat perhimpunan dan berucap di perhimpunan Yang Berhormat Shah Alam buat itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan itu yang kita hendak tiru.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, ...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita hendak tiru peraturan di dalam Dewan 200 tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Duduk, duduk.

Kalau orang yang punya floor tidak beri cakap Yang Berhormat Shah Alam harus hormat. Ini peraturan Dewan Yang Berhormat Shah Alam orang senior.

Tidak ada adab itu.

Jangan bagi contoh pada junior contoh yang tidak baik. [Tepuk] Ini disiarkan secara langsung, orang semua tengok gelagat senior yang tidak ikut peraturan di dalam dan luar Dewan.

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Pasal itu tidak pernah menang.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi junior kena dengar juga kata senior.

Tuan Yang di-Pertua...

Abang dia tidak ada dalam Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kena sampaikan ...

Abang dia tidak ada dalam Dewan, dia beranilah.

Perasaan dan perkara penting orang kampung. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Mersing tadi itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, empat minit lagi.

Jadi, masukkan ucapan dia itu dalam ucapan saya. Ini belajar daripada senior. Jadi, jangan belajar daripada Yang Berhormat Shah Alam, itu tidak betul.

Anak buah Rais Yatim lain macamlah.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua di Malaysia ini ada pihak pembangkang seolah-olah memaksa tamadun ini dibina dalam sekelip mata. Ini menyebabkan kalau kereta itu belum bersedia untuk speed laju, kita paksa, maka kereta itu akan musnah. Jadi, membina negara bukan macam kita buat kuih agar-agar. Ini soal yang rumit. Apa lagi dalam negara kita ini komposisi kaum dan agama yang berbeza-beza.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau UMNO tidak mampu dan tidak boleh serah pada orang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, ini peraturan.

Yang Berhormat Shah Alam, saya tidak bagi laluan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita tidak payah tunggu 200 tahun. Kita sudah tahu dah cara hendak buat. Tengoklah Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Dato' Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Duduk.

Ini tidak boleh balik awal Tuan Yang di-Pertua. Banyak lagi ini, kena sambung lagi sedikit. Tinggal tiga minit lagi. [Ketawa] Jadi, inilah saya tidak hendak lanjutkan lagi perkara itu tetapi membina negara memang sesuatu yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jelebu, saya ingatkan hari sudah malam ini.

Jadi, sebab itu pembangkang kena beri kerjasama dan dukungan. Kalau mahu laju apa yang disusun oleh kerajaan yang sudah banyak membawa kebaikan dan kedudukan Yang Berhormat-Yang Berhormat semua di sini. Jadi, kemajuan dan pencapaian ini dibina oleh Barisan Nasional menerusi kesederhanaan yang dipilih, yang difikirkan oleh yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah konsep wasatiyah. Kita bersederhana. Itu sebabnya pembangkang jerit-jerit pun kita sabar. Sebab ini yang diajar oleh pemimpin kita dan agama kita. Jadi, Tuan Yang di-Pertua oleh kerana itu konsep kesederhanaan ini dicetuskan oleh Perdana Menteri di PBB pada September 2010 ekoran daripada keadaan Islamfobia sedang meningkat ketika itu. Jadi, hasil daripada itu Malaysia jadi role model dengan izin Tuan Yang di-Pertua sebagai negara yang mengambil pendekatan bersederhana dalam menguruskan perbezaan-perbezaan yang wujud dalam negara ini. Inilah hikmahnya dan tindakan itulah yang membawa kestabilan dan juga kemajuan dalam negara ini. Jadi, oleh kerana masa tidak ada, saya sebagai orang baru, seminit lagi kena patuh kepada arahan itu. Jadi, saya hendak sampaikan ini sahaja Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan dengan kawasan saya. Kawasan Jelebu ini menghadapi masalah pertumbuhan penduduk yang yang tidak bertambah. Jadi, oleh kerana itu saya mohon kerana orang Jelebu setiap kali berjumpa, berhimpun dia - Jerebu sudah habis. JELEBU. Pronunciation kena betul.

Jadi orang-orang Jelebu mohon supaya mencari jalan bagaimana boleh ditingkatkan penduduk supaya menambah permintaan dan menambah kuasa beli supaya pertumbuhan ekonomi di Jelebu itu boleh diteruskan.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung Yang Berhormat.

Jadi gulungannya mudah sahaja. Pertama, jalan daripada Pelangai, Pahang yang disebut sebelum ini dalam sidang ini disambungkan ke KLIA merentasi kawasan Jelebu supaya jalan ini membawa pembangunan dan impak ekonomi kepada kawasan di Jelebu. Kalau tak, jadi jelobak jelobulah. Jadi ini penting Kementerian Kerja Raya. Tolong tengokkan perancangan ini. Kalau dulu pernah dibuat kajian sudah jalan ini. Sudah lama dah tetapi tidak ada tindakan susulan. Yang kedua untuk meningkatkan permintaan di kawasan Jelebu, mohon penempatan-penempatan mana-mana IPTA di dalam kawasan Parlimen Jelebu. Ketiga bangunan lama IPD, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu dinaikkan taraf dan dibina bangunan baru. Begitu juga dengan Hospital Jelebu, hospital sebelum perang. Minta juga Kementerian Kesihatan menaikkan taraf hospital berkenaan. Akhir sekali, Kementerian Pendidikan minta dipisahkan pentadbiran PPD yang sekarang ini di bawah Jelebu dan Jempol. Tujuan dipisahkan pentadbiran PPD ini supaya Jelebu berdiri sendiri supaya orang Jelebu ada harga diri.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Dato’ Sri Rais tak buatkah?

Pasal dia tak jadi Menteri Pendidikan masa itu. [Ketawa] Jadi seterusnya hendak minta satu lagi, sekolah. Sekolah Rendah Seperi, Kampung Seperi yang sekarang ini mengalami kemerosotan kemasukan pelajar baru. Jadi oleh sebab kampung ini berdekatan dengan taman-taman di sekelilingnya, maka mohon Kementerian Pendidikan supaya memindahkan sekolah Seperi ini ke kawasan luar yang sudah pun dipersetujui oleh jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan. Dengan cara itu sekolah ini akan dapat menarik lebih ramai pelajar untuk terus hidup dan terus dihuni sekolah berkenaan. Kalau tidak, sekolah ini akan menghadapi masalah kekurangan murid. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah penyampaian saya buat yang pertama kali ini dan saya sangat menghargai Yang Berhormat-Yang Berhormat tak kacau saya banyak walaupun Yang Berhormat Shah Alam sahaja, tidak apa. Jadi saya merakamkan

penghargaan dan menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku di atas titah yang telah disampaikan dalam tempoh yang baru lalu. Mohon menyokong, terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 3 Julai 2013.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam]