Dewan Rakyat · 7 November 2013
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 574 turns · 39,981 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan pelan tindakan kementerian untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar bagi memastikan misi negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai.
Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan nombor satu ini, kementerian amat komited dalam membangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asasnya melalui peruntukan yang besar yang pada tahun 2011, tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2014 iaitu sebanyak RM23.9 bilion untuk menambah liputan bekalan air, bekalan elektrik, jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa. Langkah ini bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakatnya serta menyediakan keperluan asas bagi merangsang aktiviti ekonomi. Di samping itu, kementerian juga giat melaksanakan program pembangunan modal insan, pembangunan usahawan dan pembangunan ekonomi melalui aktiviti-aktiviti di bawah NKRA, RISDA, FELCRA dan agensi pembangunan wilayah seperti KEJORA, KEDA, KETENGAH dan KESEDAR bertujuan mewujudkan generasi luar bandar yang dapat memacu pembangunan di kawasan masing-masing. Selain daripada itu, usaha membangunkan luar bandar juga direalisasikan melalui pelaksanaan beberapa inisiatif baru seperti Program Desa Lestari bertujuan membangun dan memajukan kampung-kampung melalui gerakan koperasi untuk menceburi peluang- peluang pekerjaan baru dalam mana-mana sektor bersesuaian seperti pertanian, perladangan, pelancongan, serta industri kecil sederhana. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga berusaha menggerakkan belia di luar bandar dengan melaksanakan program Rural Business Challenge iaitu program bagi mencari dan memberi peluang kepada golongan belia untuk merealisasikan idea-idea bernas dan menterjemahkannya kepada suatu perniagaan yang berdaya maju. Usaha- usaha yang sedang dan akan dijalankan oleh belia-belia terpilih ini diharapkan dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan belia-belia bagi merancakkan kegiatan ekonomi setempat dan membuka mata pihak swasta untuk melabur di kawasan luar bandar. Seterusnya, kementerian juga telah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) berserta dengan mini RTC bagi menyediakan kemudahan daripada aspek kemudahan pembiayaan kewangan, ruang niaga dan bantuan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan. Selain daripada itu, RTC ini juga akan berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat di luar bandar
mendapat pelbagai perkhidmatan seperti mana yang dinikmati oleh masyarakat di bandar. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan soalan tambahan. Pada masa ini, kita dapati jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar masih lagi amat ketara sebenarnya. Kalau kita dapati bekalan air bersih atau bekalan elektrik masih terdapat di beberapa kampung yang masih tidak dapat menikmati apa yang saya nyatakan sebentar tadi. Ini salah satu punca kenapa penghijrahan anak-anak muda ke bandar kerana untuk mencari sumber ekonomi. Itu salah satu punca yang mana kampung-kampung yang masih ketinggalan daripada segi infrastruktur jalan raya, jalan-jalan ke kebun-kebun umpamanya. Dalam Bajet 2014 kita baru-baru ini, program untuk membaik pulih dan menaik taraf jalan sebanyak RM980 juta, sebanyak RM450 juta adalah air luar bandar dan elektrik pula adalah sebanyak RM865 juta. Saya mendapati mungkin masih kekurangan kalau dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang masih belum dinikmati. Jadi soalan saya, apakah setakat ini keberkesanan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi Majlis Pembangunan Luar Bandar yang diperkenalkan pada tahun lepas? Ini mungkin dapat membantu kita menaikkan taraf yang masih lagi nampak jauh ketinggalan sebenarnya. Kalau air bersih yang sangat diperlukan masih kita tidak dapat bekalkan dengan baik, sudah pastilah perkara-perkara ini menyebabkan anak muda sendiri akan berhijrah ke bandar. Maksud saya, selain daripada itu, apakah pembangunan-pembangunan ekonomi di kampung-kampung yang terpencil khususnya yang tidak berapa ada pendapatan? Seperti kalau baru-baru ini Dato’ Sri Mohd. Najib lancarkan Projek Rimbunan Kasih. Di situ ditempatkan peserta dan di situ juga mereka akan boleh mendapat sumber bagi ekonomi mereka sendiri.
Ya Tuan Yang di-Pertua saya menjawab daripada soalan yang belakang dahulu ya. Untuk kita memperhebatkan lagi ataupun menarik minat supaya kawasan di luar bandar dapat kita bangunkan dengan lebih lagi daripada tahap yang ada sekarang. KKLW ini memang mempunyai banyak program, pelbagai program. Seperti telah saya sebutkan tadi, Rural Transformation Centre (RTC) itu adalah satu-satunya daripada yang ada KKLW program ini. Biar saya menjawab untuk yang lebih detail lagi kepada Yang Berhormat. Akan tetapi pada RTC ini ia terdapat lapan inisiatif di bawah RTC ini. Jadi kita memberi peluang latihan kemahiran supaya mereka lebih mahir. Jadi ada juga ditubuhkan Kiosk Informasi 1Malaysia. Oleh sebab adalah begitu penting sekali untuk seseorang itu mendapat informasi ataupun maklumat. Jadi, apa-apa hendak diceburi mereka ataupun dibangunkan di kawasan luar bandar pastinya ada maklumat yang tepat. Kita juga mengharapkan kegiatan pertanian bernilai tinggi. Jadi pemprosesan produk agro makanan juga kita harapkan diadakan di luar bandar. Sebab itu kita ada satu program Karnival Usahawan Desa (KUD), di mana selepas beberapa yang telah terpilih untuk dibantu dan dibiaya dengan kewangan, mereka ini seperti mana telah kita saksikan selama sejak kita mulakan KUD ini tahun 2009, tahun 2010 dan tahun 2011 nampaknya agak peningkatan yang agak baik. Sebab mereka di luar bandar dapat mengemukakan produk-produk yang baru mulanya menjadi industri kecil juga. Jadi pengurusan rantaian bekalan hasil pendapatan marketing ini penting juga. Oleh sebab itu kita hendak fokus juga kepada pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, bekalan dan market dia. Jadi kita juga pelawa universiti untuk bekerjasama sebab kita nampak mereka di peringkat universiti ini boleh membantu golongan belia di universiti. Dengan adanya mereka yang sudah pandai dan juga ada idea-idea yang diharapkan untuk kita diserapkan dan diwujudkan di peringkat luar bandar. Begitu juga Perkhidmatan Kesihatan 1Malaysia sebab kesihatan ini begitu penting, adalah terlalu penting dan semua kita tahu. Kemudahan pembiayaan kewangan, ini juga kita adakan di RTC. RTC ini dia dekat dengan kawasan- kawasan yang terpencil di pedalaman. Ini adalah lapan inisiatif yang telah saya sebut tadi di
bawah RTC ini. Kalau RTC ini berjaya maka saya berpendapat bahawa kita sudah berjayalah dalam langkah-langkah kita hendak seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Lipis tadi. Kita hendak merapatkan jurang pembangunan di bandar dan di luar bandar. Untuk menjawab soalan yang pertama tadi. Lebih kepada saya mendengar pendapat Yang Berhormat itu tadi iaitu yang saya alu-alukan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat di dua-dua pihak di Dewan ini membantu KKLW. Supaya apa kita pohon dalam bajet ini kepada Kementerian Kewangan ataupun Economic Planning Unit biarlah kita diberikan peruntukan yang secukupnya. Oleh sebab jelas tadi kita merasai, kita melihat saya mewakili kawasan terpencil di luar bandar di pedalaman Sarawak. Kawasan saya sendiri pun saya merasakan agak belum lagi lengkap walaupun sudah ada banyak pembangunan, bukan tidak ada. Di mana-mana dalam naungan Kerajaan Barisan Nasional, semuanya sudah merasai pembangunan infrastruktur. Akan tetapi kita boleh setuju belum lengkap lagi. Jadi sekarang KKLW apa kita boleh buat dalam tahun 2014 ini, untuk kita lebih dapat memberi peluang untuk pembangunan infrastruktur kepada semua kawasan. Kita berharap sangatlah berapa peruntukan yang akan diagihkan ataupun diluluskan kepada KKLW daripada Menteri Kewangan nanti. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Antara perkara yang pada pengamatan saya menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020 nanti ialah soal berlakunya di peringkat bawah sana soal diskriminasi. Terutama sekali kerana perbezaan parti politik. Ini pengalaman saya sendiri, apabila ada daripada kalangan ketua kampung, mereka ini apabila ada daripada kalangan orang kampung pergi minta bantuan dan sebagainya dia kata,“Tolong pergi minta kepada Yang Berhormat PAS.” Sedangkan kita bukan sebagai parti kerajaan, itu satu. Persoalan saya adakah ini polisi kerajaan yang membuat satu polisi ialah berlakunya diskriminasi antara kerana mereka itu tidak menganggotai mana-mana parti ataupun menganggotai parti pembangkang mereka tidak mendapat projek. Kedua, saya hendak mengesahkan daripada pihak Menteri berkenaan satu laporan daripada satu portal 27 Oktober 2013. Ini yang disebut oleh bagaimana Ketua Pengarah CEO kepada pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Dia menyebut dan dia mengatakan bahawasanya TEKUN ini ditubuhkan untuk membantu ahli UMNO terutamanya, kerana ia adalah merupakan idea yang datang daripada UMNO. Kalau inilah benar laporan seperti yang dilaporkan oleh portal ini, pada saya amat, saya kesal. Ini kerana ianya akan mendatangkan satu hambatan untuk kita hendak mencapai sebuah negara maju pada tahun 2020. Penjelasan daripada pihak Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab yang pertama tadi, kerajaan tidak perlu dan tidak mendiskriminasikan di mana-mana tempat. Kalau ada prioritynya adalah mengikut keperluan diberi priority di mana-mana tempat. Jadi Barisan Nasional seperti telah saya sebut dalam ucapan awal tadi telah memberi pembangunan ke seluruh negara kita. Cuma ada di sesebuah tempat mungkin merasakan masih lagi ketinggalan ataupun belum lengkap lagi. Satu lagi tadi ialah di mana seseorang itu dikatakan dinasihatkan supaya berjumpa dengan Yang Berhormat PAS. Bagi saya itu tidak salah, sebab Yang Berhormat itu dia wakil rakyat. Wakil rakyat itu perlulah mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan rakyat ini cuma daripada...
Tidak, saya boleh bagi, saya boleh bagi akan tetapi masalahnya fasal kampung itu kampung UMNO.
Duduk dahulu saya jawab dahulu. Saya mahu jawab.
Kampung itu memang kampung UMNO.
Yang Berhormat saya jawab.
Memang saya bagi.
[Dewan riuh]
Saya jawablah. Jadi tidak salah.
Miskin ini banyak dekat UMNO masalahnya.
[Menyampuk]
Tidak salah, tidak salah seseorang wakil rakyat...
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tidak salah seseorang wakil rakyat itu mendengar apa sahaja rintihan daripada rakyat. Kalaulah wakil rakyat itu tidak perlu jadi anggota kerajaan ataupun dipilih sebagai wakil rakyat perlulah cuba membantu, tidak salah. Jadi Yang Berhormat tidak perlu saya jawab. Ini untuk Yang Berhormat sendiri, apakah Yang Berhormat mengatakan, “Oh! Wakil rakyat pembangkang tidak perlu hendak layan rakyatkah?” Tidak begitu.
[Menyampuk]
Okey, jadi yang ketiga itu dalam portal, saya tidak baca portal jadi saya tidak ada, tidak tahu apa dia dalam portal itu, saya tidak menjawab. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya panggil soalan kedua, saya suka mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan nanti cuma ada sepuluh minit jadi jangan membazirkan masa dengan cara- cara begini. Apabila hujah itu ada berbaur politik maka reaksi dia pun politik. Kamu semua sedar bukan, kalau sudah ada timbul politik tidak ada dia punya kesampaian dan kesimpulan.
Bercerita pasal jurang pembangunan, masuk pula segala apa benda.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Kuala Krai, elakkan politicking Yang Berhormat. Tumpukan kepada pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, ini tentang SPR ini, tentang election, mestilah politik Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor dua. [Ketawa]
Ya, tetapi jangan cakap soal politik. Sila Yang Berhormat Menteri.
2. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem ‘proportionate representation’ bagi menggantikan sistem ‘first-past-the-post’ dalam proses pilihan raya di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi dan mempunyai kesabaran yang tinggi.
[Dewan riuh]
Kenapa? Itu pun perlu digelakkah?
[Dewan riuh]
[Ketawa] Sekali-sekala mengasihi Tuan Yang di-Pertua, tidak apalah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ceria-ceria sedikit ya. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, sistem first-past-the-post adalah relevan dan amat sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia memandangkan Malaysia adalah negara yang berbilang kaum sejak merdeka dan tidak ada parti politik yang tidak mewakili mana-mana kaum. Walaupun Barisan Nasional tidak mendapat dua per tiga kerusi tetapi Barisan Nasional mewakili berbilang kaum. Sistem yang diamalkan di Malaysia juga membolehkan antara lain kaum minoriti Orang Asli, golongan profesional dan juga ahli perniagaan diwakili di Dewan
Negara. Antara negara lain yang mengamalkan sistem first-past-the-post ialah United Kingdom, India, Kanada dan juga lain-lain lagi. Sistem sedia ada mudah difahami, lebih fokus yang mana pengundi dan wakil rakyat mempunyai hubungan yang rapat. Keakraban ini membolehkan hubungan lain terjalin di antara rakyat dan pemimpin. Melalui sistem first-past-the-post ataupun simple majority ini, rakyat boleh tahu parti mana yang menang, siapa yang mewakili mereka di peringkat negeri dan persekutuan. Mereka boleh menggunakan khidmat wakil rakyat mereka walaupun bukan daripada parti yang memerintah, menjawab soalan tadi ya. Wakil rakyat adalah pegawai kebajikan nombor satu di negara ini dan kita tak perlu lagi mengadakan negara berkebajikan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan belum bersedia menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk melaksanakan sistem proportionate representation bagi menggantikan sistem first-past-the-post kerana sistem sedia ada masih relevan dan sesuai untuk diteruskan di Malaysia. Namun, SPR sedang mengkaji kesesuaian pelaksanaan sistem tersebut sebelum keputusan muktamad diumumkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sangat dikasihi. [Ketawa]
[Ketawa] Bermurah hati semua pada pagi ini.
[Dewan riuh]
Terima kasih, teruskan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang mengatakan bahawa sistem first-past-the-post ini masih relevan. Dalam beberapa siri pilihan raya sebelum yang terbaharu, kelihatannya pihak Barisan Nasional yang dulunya Perikatan memperoleh undi majoriti popular lebih 50%. Jadi, mungkin itu boleh dikaitkan dengan keadaan sistem yang sesuai iaitu first-past- the-post. Akan tetapi selepas Pilihan Raya Ke-13, kita dapati undi popular telah diperoleh oleh pihak pembangkang. Namun, di Dewan ini kita tidak mendapat kerusi yang mencukupi. Jadi, akan menjadi suatu ketika di mana undi pihak yang kalah dari segi undi popular boleh mencapai 40% dan yang popular 60% tetapi yang 60% masih belum boleh menjadi kerajaan. Jadi tentulah pengalaman ini menunjukkan bahawa sistem proportionate representation lebih sesuai dalam keadaan ini dan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dibentuk tahun 2011 yang lalu, ia terdiri daripada kedua-dua belah pihak dalam Dewan ini. Majoritinya daripada pihak BN, minoritinya kita dan kita telah bersetuju bersama-sama. Cantik dah itu dan kita telah laporkan dalam laporan. Akan tetapi sampai hari ini, tidak ada maklumat mengenai kajian ataupun penelitian yang dibuat oleh mana-mana pihak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Jun yang lalu ada Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan untuk memantau SPR. Sampai hari ini pun tidak ada lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kerajaan cuba mengelak daripada keputusan Parlimen ini sendiri daripada dilaksanakan? Kalau bukan kerajaan hendak melaksanakan apa yang dicadangkan oleh Parlimen, siapa lagi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita hendak buat apa pun, kita kena ada sistem. Kita bersetuju dengan sistem, selepas itu kita laksanakan. Sekarang ini kita buat sistem first-past-the-post ataupun majoriti mudah. Itu sistem yang kita pakai. Akan tetapi tidak boleh bila kita pergi pilihan raya, kita tengok kita seronok, selepas itu kita kata kita ubah ikut proportionate representation. Ia tidak boleh ubah macam itu, sistem itu kena ubah dahulu. Kalau kita ubah sistem, sekarang ini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang ditubuhkan telah mencadangkan 22 perkara. Kita sudah laksanakan lapan dan yang lain dalam kajian tentang kesesuaian pelaksanaan sistem tersebut. Jadi pada masa sekarang ini, ini sistem yang kita pakai. Dalam UMNO pun baru-baru ini, kalau hendak kira undi majoriti, Naib Presiden yang nombor empat itu undi dia majoriti. Akan tetapi oleh sebab sistem kita ialah sistem majoriti, siapa yang mendapat majoriti kerusi, maka dia menjadi naib presiden.
Jadi nombor tiga dengan nombor empat itu, undi majoriti nombor empat. Akan tetapi nombor tiga menjadi Naib Presiden sebab dia mempunyai kerusi yang lebih. Undi nombor 10 MT dan juga undi nombor lapan dan nombor sembilan, undi nombor 10 itu lebih banyak daripada lapan dan sembilan. Akan tetapi dia berada di nombor 10. Nombor 10 itu saya. [Ketawa] Jadi, saya menerima. Saya ialah nombor 10 dalam MT tetapi undi popular saya lebih daripada nombor lapan dan sembilan iaitu daripada Dato' Abd. Rahman Dahlan dan juga Dato' Hasan bin Malek. Okey, jadi sistem ini kita kena ubah baru kita boleh bercakap. Kita tidak boleh bercakap berdasarkan sistem yang berlainan daripada yang ada. Kalau sistem ini kita kata sistem dari gua batu mana-mana kita ambil kita buat, tidak apa. Ini sistem yang kita buat daripada merdeka sampai sekarang berdasarkan Malaysia penduduk berbilang kaum. Saya juga hendak bagi sedikit maklumat kepada pembangkang supaya faham. Kalau kita hendak buat sistem proportionate representation, semasa pilihan raya yang lepas, kalau kita pergi ke pilihan raya, BN ia ada satu parti. Akan tetapi parti-parti yang lain, ia tidak boleh kata ini gabungan. Ia bertanding di atas parti sendiri. PAS bendera sendiri, DAP bendera sendiri, PKR bendera sendiri.
[Dewan riuh]
Kalau dari segi percentage, dia tak boleh campur percentage. Dia kena ingat parti DAP yang mendapat 40 kerusi lain.
Kenapa tak bagi pendaftaran kelulusan?
[Dewan riuh]
Kita sudah mohon tiga tahun, tidak luluskan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, jangan guna alasan itu. Kita sudah mohon dah tiga tahun.
[Dewan riuh]
Daftarkan Pakatan Rakyat, kenapa Yang Berhormat Menteri sampai sekarang tak berani daftar Pakatan Rakyat?
[Dewan riuh]
Timbalan Presiden ini tak lama jadi Presiden PKR. Behave yourself. Bila bangun, bagi tahu peraturan berapa. Baru saya duduk...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Oleh sebab itu, kalau cara bercakap macam ini, ini tak ikut peraturan Parlimen.
Boleh saya mencelah tidak?
Soalan mana boleh mencelah, tak boleh!
Bangun mencelah, setelah saya jawab. Tak boleh, duduk. Duduk sayang.
Presiden duduk!
Duduk, awak bakal presiden, duduk. Tak, Nurul Izzah timbalan presiden. Okey?
Jangan sebut nama, peraturan pun tahu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, apa ini?
Dalam Parlimen, tidak boleh sebut nama.
Apa ini?
Yang Berhormat Gombak bakal presiden. Saya ubah dah.
Saya tidak boleh campur hal lagi.
Yang Berhormat Lembah Pantai, timbalan presiden.
Apa ini?
Oleh sebab pagi ini, semua mengasihi saya. Sila. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, dalam Jawab Lisan boleh mencelahkah?
Tuan Yang di-Pertua, sesiapa yang hendak mencelah, dia mesti mengikut peraturan mesyuarat berapa.
[Dewan riuh]
[Tepuk] Selepas dia mencelah, saya duduk, Tuan Yang di-Pertua bagi tahu, saya kata tak boleh, saya tak mahu layan. Okey? Sekarang ini, oleh kerana pencelahan itu dimasukkan, tidak ada peraturan mesyuarat. Maka saya tidak boleh layan. Akan tetapi saya hendak bagi tahu bahawa kalau kita bertanding, kita bertanding biar di atas parti. Itu saya hendak bagi contoh, yang mana kalau sekiranya didasarkan pilihan raya yang lepas, kalau parti ke parti, mereka tidak sampai ke tahap tersebut. Hendak campur tak boleh. PAS dengan DAP sudah bergaduh sekarang. Silap-silap PAS dia masuk sebelah UMNO.
[Dewan riuh]
Perkara tersebut, kalau sekiranya PAS masuk dengan UMNO, habislah dua pertiga majoriti. Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Kuala Krai original, selepas itu soalan tambahan. Tidak mengapa saya bagi kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Jangan lagi politik Yang Berhormat.
Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai dua sistem sebenarnya yang kita amalkan di dunia ini. PR sistem dan first-past-the-post, Yang Berhormat setuju atau tidak kalau kita kata kita mesti mengikut peribahasa Melayulah ‘lain padang, lain belalang, lain tempat, lain caranya’. Tadi saya dengar pihak pembangkang begitu megah kata mereka mendapat majoriti yang lebih. Akan tapi di United Kingdom Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok pilihan raya yang lepas Conservative dia dapat majoriti yang lebih iaitu 36.1% tapi dia dapat 305 kerusi sahaja. Tidak cukup untuk tubuh kerajaan di UK. Sebab itu dia kena buat coalition party, dia buat coalition government dengan LEP. Mengenai dengan proportionate representation ini memanglah satu parti mesti bertanding mengikut kerusi masing-masing. Akan tetapi tadi saya dengar Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Gombak, dia kata dia menyalahkan kerajaan. Kata tidak menerima pendaftaran parti Pakatan Rakyat. Akan tetapi Yang Berhormat setuju atau tidak bahawa mereka ini dalam pilihan raya yang lepas di mana parti, ada di tempat-tempat tertentu mereka bertanding sesama mereka. Jadi kalau mereka sendiri yang bertanding sesama mereka bagaimana mereka hendak mengamalkan sistem PR di Malaysia? Ertinya mereka bukan kata hendak daftar, dia hendak letak kerusi pun dia tidak boleh hendak kompromi sesama mereka. Bertanding ada DAP, ada PAS. Jadi dia dengan mereka tidak boleh hendak selesai, hendak salahkan kerajaan. Jadi kalau mereka pun tidak boleh memahami masalah proportionate representation ini bagaimana dia pula mahu mencadangkan kepada kerajaan. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang baik daripada
[Dewan riuh]
seorang peguam yang membuat paper yang terakhirnya berhubung dengan pilihan raya. Jadi saya ucap tahniah dan saya mahu ambil sebahagian daripada pertanyaan itu adalah sebahagian daripada jawapan saya.
[Dewan riuh]
Akan tetapi sebagai menambahnya, Yang Berhormat Gombak boleh bercakap nanti saya menjawab hari Isnin ini bertanyalah dengan sebaik-baiknya. Akan tetapi saya akan ikut peraturan mesyuarat sebab dulu saya terlampau baik, jadi mereka lapah saya. Sekarang ini saya ikut peraturan mesyuarat. Siapa mahu bangun, bangun ikut peraturan mesyuarat berapa, baru
saya boleh menjawab. Saya menghafal peraturan mesyuarat daripada tahun 1986 hingga sekarang. Okey, tajuk ini balik, perkataan yang paling tepat, mudah dan boleh diterima oleh semua pihak bahawa ‘lain padang, lain belalang’. Akan tetapi padang kita, padang Komanwel. Majoriti negara Commonwealth countries mengamalkan sistem first-past-the- post, simple majority. Jadi ‘lain padang, lain belalang’. Ini padang Malaysia, belalangnya ialah first-past-the-post. Sudah pasti Ketua Pembangkang setuju dengan saya bahawa ‘lain padang, lain belalang’.
[Dewan riuh]
Kemudian apa yang berlaku di negara-negara yang berkenaan kita lihat bahawa kalau sekiranya sistem tersebut itu didapati ada masalah, dia selesaikan masalah dalam sistem berkenaan. Tidak cukup kerusi, dia campur parti. Jadi dia ajak parti-parti lain untuk menyertai. Ini sistem yang ada sekarang yang saya rasa terbaik. Rakyat berbilang kaum, Cina, Melayu, India ini dia faham sistem ini. Kalau hendak ubah mungkin tahun 3,000 lagi kita boleh fikir tentang perubahan tersebut. Akan tetapi buat masa ini SPR- itu saya kata pandangan saya. Akan tetapi SPR telah membuat kajian dan kita akan mendengar kajian tersebut dan kalau sekiranya ada jawatankuasa yang baru ini dibentuk, kita akan boleh bentang kepada jawatankuasa yang berkenaan. Jadi pada masa sekarang sistem first-past-the-post adalah yang terbaik dan kehadiran PKR yang berkecamuk itu sepatutnya dikaji semula bagaimana pembangkang boleh lawan sama sendiri di dalam pilihan raya. Selepas itu hendak tuntut bermacam- macam perkara berhubung dengan penyatuan dan sebagainya. Cakap di belakang itu ialah tidak ikut peraturan mesyuarat. [Ketawa] Boleh bercakap sama kawan-kawan, boleh. Akan tetapi dengan saya tidak boleh sebab Yang Berhormat Gombak dia beritahu saya Menteri. Jadi tidak boleh cakap seperti itu. Dengar saya cakap sampai habis ya? Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, sistem first-past-the-post adalah sistem yang terbaik di Malaysia yang boleh menyatupadukan kaum dan kalau ada kaum yang tidak ada wakil di dalam Dewan Rakyat, kita lantik dalam Dewan Negara. Dewan Negara mewakili semua. Inilah sistem terbaik yang ada di dunia ini di mana semua kaum walaupun sekecil- kecil kaum minoriti ada wakil. Contohnya ialah wakil orang Siam. Orang Siam ialah yang paling kecil, ada wakil. Ada juga daripada kaum yang lebih kecil daripada orang Siam tetapi dia masuk parti DAP, dia juga mewakili seperti orang yang bernama Singh itu. Jadi mereka merupakan suku kaum yang kecil tapi juga ada wakil. Jadi perwakilan itulah demokrasi yang sebenarnya.
3. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rancangan Kementerian bagi menambahkan jumlah institusi kemahiran teknikal dan vokasional supaya lebih ramai lagi remaja lepasan SPM dapat melanjutkan pelajaran mereka dan menghasilkan tenaga kerja tempatan yang mahir.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kanowit. Saya hendak mengucapkan Tuan Yang di-Pertua selamat datang kepada pengunjung- pengunjung kita termasuk pemimpin dari kawasan saya Maran ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang cukup baik. Cuma saya hendak berikan maklumat tambahan Tuan Yang di-Pertua, awalnya calon SPM pada tahun 2012 ialah 472,541 orang. Bagi tahun ini yang baru menduduki peperiksaan semalam, kita ucapkan takziah kerana seorang meninggal dunia kepada keluarga mereka, jumlahnya ialah 470,395 orang, cukup besar bilangannya Tuan Yang di- Pertua. Mengenai dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kanowit, untuk maklumat Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia Kementerian Sumber Manusia merupakan satu daripada tujuh kementerian, agensi yang menyediakan latihan kemahiran di peringkat separa mahir dan mahir. Selain Kementerian Sumber Manusia terdapat enam kementerian, agensi yang turut menyediakan latihan kemahiran bagi
memenuhi keperluan tenaga mahir negara iaitu saya sebutkan Jabatan Kolej Komuniti, Jabatan Politeknik dan Pendidikan Vokasional, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui MARA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Detailnya Tuan Yang di-Pertua, saya boleh sebutkan walaupun tidak menyeluruh. |Bil| Kementerian |Institut Latihan| |--:|--------------------------|---------------:| | 1|Kementerian Sumber Manusia| 32| | 2|Kementerian Luar Bandar | 254| | 3|Kementerian Belia | 20| | 4|Kementerian Pendidikan | 116| | 5|Kementerian Pertanian | 12| | |Jumlah keseluruhan | 434|<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat 434 buah institut latihan kemahiran awam (ILKA) yang ditubuhkan di bawah beberapa kementerian agensi di seluruh negara. Jumlah tersebut adalah seperti mana yang telah pun saya sebutkan tadi. Institut latihan kementerian bawah kemahiran awam ini mempunyai kapasiti bagi melatih 199,575 orang pelatih. Selain daripada ILKA terdapat lebih daripada 745 institut latihan kemahiran swasta (ILKS) di seluruh negara bagi menampung keperluan melahirkan tenaga mahir negara. Para pelatih yang menamatkan latihan di ILKA akan mendapat penganugerahan mengikut peringkat latihan diikuti iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM). Jadi bagi soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman juga kepada Dewan ini, saya rasa ini baik boleh kita gunakan lepasan SPM yang memasuki bidang- bidang latihan ini, ini maklumat daripada EPU Tuan Yang di-Pertua, 20% lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan tanpa latihan kemahiran dan pendidikan yang tinggi yang mengehadkan prospek kerja mereka. Maknanya mereka masuk tanpa kemahiran. Seramai 10% lepasan SPM memasuki aliran teknikal dan vokasional. Kalau kita buat perbandingan Tuan Yang di-Pertua, di Australia pelajar-pelajar yang tahap setaraf dengan SPM ini mereka memasuki bidang teknikal dan juga vokasional ini sebanyak 62%. Di Korea 28%.
Maknanya kalau kita hanya 25%, dan 10% masuk dalam latihan teknikal- vokasional tadi, pada saya adalah masih rendah dan bagaimana hasrat kerajaan, Perdana Menteri untuk mencapai Wawasan 2020 supaya 50% pekerja mahir di negara ini dapat kita capai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tentang inti soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kanowit, terima kasih. Pada masa ini pihak kementerian tidak bercadang untuk menambah bilangan dan kapasiti ILKA, termasuk di bawah Kementerian Sumber Manusia. Walau bagaimanapun, kita juga melihat dan kita ingin memastikan supaya institut latihan yang telah pun ditubuhkan ini dapat benar-benar memainkan peranan mereka dan mengeluarkan hasil-hasil ataupun produk yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemahiran negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan secara terperinci oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada maklumat yang telah diberi, bermakna kerajaan telah pun mengadakan banyak agensi dan mengadakan pelbagai kursus untuk remaja kita di Malaysia ini tetapi
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi dengan kementerian bahawa di kawasan kita di Rajang Basin, yang saya ketahui mungkin belum ada agensi-agensi seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang telah ditubuhkan di kawasan tersebut untuk memberi peluang kepada remaja kita mengikuti kursus teknikal dan vokasional yang tertentu. Walaupun tadi disebutkan bahawa kementerian tidak bercadang untuk menambahkan lagi sekolah teknikal, tetapi saya masih menyeru sebab saya melihat di kawasan-kawasan luar bandar di rumah panjang, ramai remaja yang keluar dari sekolah, lepasan SPM tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka pada peringkat yang lebih tinggi. Jadi saya menyeru kepada kementerian untuk menyemak kembali untuk menubuhkan institusi tersebut di kawasan-kawasan yang masih belum ada. Kedua Tuan Yang di-Pertua, satu daripada kursus yang amat diminati oleh remaja kaum Iban adalah kursus safety yang telah dikendalikan oleh NIOSH, tetapi saya difahamkan bayaran untuk menghadiri kursus ini adalah sangat mahal, walaupun kursus itu pendek dalam RM5,000 ke RM6,000. Jadi saya menyeru kepada kementerian untuk memasukkan kursus tersebut supaya ramai remaja kaum Iban yang ingin bekerja di luar negara, di syarikat-syarikat oil and gas mendapat latihan, untuk mereka dapat kerja di luar negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit di atas keprihatinan. Sebenarnya jawapan saya - kita tidak berhasrat untuk menambah buat sementara ini. Walau bagaimanapun, ini tidak mutlak kerana kalau kita hendak mencapai matlamat 50% tenaga kerja mahir, sudah tentu kita akan melihat yang pertamanya ialah, sejauh mana institut latihan yang ada sekarang ini kita penuhkan kapasitinya, pengeluarannya. Keduanya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kanowit bahawa beberapa tempat di luar bandar khususnya, amat memerlukan institusi latihan seperti ini dan sudah tentulah, insya-Allah Yang Berhormat saya akan dapatkan maklumat dan kita akan bawa dalam kementerian. Setakat ini kita sudah ada banyak institusi Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya sebutkan tadi, macam di Sabah dan Sarawak ini kita sudah ada, seperti di Sabah kita ada Institut Latihan Perindustrian di Sandakan, Institut Latihan Perindustrian Labuan, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu di Sarawak, ada ADTEC Bintulu, ILP Kota Samarahan dan ILP Miri. Manakala institut latihan di Sarawak yang berdaftar dengan JPK, awam ada 17, swasta ada 24. Sabah kita ada 20 awam, swasta ada 31. Saya juga hendak maklum kepada Yang Berhormat Kanowit bahawa di Kanowit ini kita ada GIATMARA di bawah Kementerian Luar Bandar, sahabat saya Yang Berhormat Kapit. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah jawapan yang saya dapat saya beri. Saya kira kalau kita dapat memberikan sokongan kepada institut-institut latihan perindustrian ini, saya hendak Ahli Yang Berhormat semua memberikan kesedaran kepada anak-anak muda kita sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa, peratus minat ataupun pengaliran bekas-bekas pelajar ini kepada institut latihan vokasional dan teknikal ini masih rendah berbanding dengan negara lain. Saya percaya ini dapat kita capai untuk negara maju 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini diuji begitu cara. Apa-apa pun Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan tadi sebenarnya bukan sasaran untuk menyelesaikan masalah 50%. Yang Berhormat Timbalan Menteri, belum sampai sasarannya sebab 50% itu kemahiran yang diiktiraf. Bermaksud kalau pelajar itu keluar dengan jumlahnya 470,395 orang ini, hanya sasar 10% setakat ini, tujuh tahun lagi kepada tahun 2020 tidak akan tercapai ke tahap kemahiran yang kita harapkan. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya, sebab apa Yang Berhormat Timbalan Menteri, ILP pun tidak diiktiraf. Maknanya sijil yang mereka pegang ini sebenarnya tidak ke mana perginya. Saya ada bukti, anak saya sendiri. Ini menguatkan lagi. Oleh yang demikian, saya ingin menyoal Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian iaitu
untuk mencapai ke tahap kemahiran yang diiktiraf bertaraf profesional, apakah kementerian berkesudian mewujudkan universiti-universiti kemahiran yang setaraf, separa dengan universiti-universiti pendidikan yang kita ada pada hari ini, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan juga di peringkat negara. Ini dia Yang Berhormat Kuala Selangor, cara kita hendak bertanya soalan, bukan macam Yang Berhormat Tanjong Karang.
[Dewan ketawa]
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat ini sahabat saya. Dia memang pakar dari segi sumber manusia ini. Yang Berhormat tidak berpolitik ya? Saya pun tidak berpolitik. Saya hendak bagi ilmu, saya hendak berikan semangat kepada semua, supaya kita dapat bekerja. Ia banyak faktor Yang Berhormat Kuala Langat, sebenarnya kementerian memang kita sudah bersungguh-sungguh. Sebab itulah bagi tenaga pengajar yang mengajar di institusi latihan kita, memang kita pastikan mereka mempunyai qualification yang cukup baik. Maknanya degree, ijazah luar negara dan sebagainya, dalam bidang teknikal, teknologi dan juga kemahiran ini. Satu lagi bagaimana kita hendak memastikan supaya nilai produk yang kita keluarkan daripada institut latihan kita ini ialah berkualiti? Maka sebab itulah di bawah kerajaan sendiri, kita di dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri, dan di peringkat kementerian kita ada Jawatankuasa Tertinggi Latihan Kemahiran yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian saya. Jadi ini semua adalah pendekatan yang kita ambil untuk memastikan supaya produk yang dikeluarkan oleh institut latihan kita ini adalah baik. Satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengadakan pertandingan kemahiran (skill competitions) di peringkat Asia, dan juga antarabangsa di mana di peringkat Asia kita telah menunjukkan keupayaan kita di peringkat negara-negara Asia, di mana kita boleh melahirkan ahli-ahli, anak-anak kita yang berkemahiran tinggi. Di peringkat antarabangsa juga, pada bulan Julai yang lepas, kita telah menghantar 14 pelatih kita ke Leipzig, Germany di mana sembilan orang daripada 14 orang telah mendapat anugerah yang cukup membanggakan negara kita. Ini satu petanda yang baik. Saya tidak mahu, walaupun parti berbeza, tetapi jangan nilai yang baik pada kita dinafikan oleh pihak tertentu. Terima kasih Yang Berhormat.
4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan secara terperinci: (a) jumlah kekerapan dan kadar bilangan keganasan rumah tangga (domestic violence) sejak tahun 2000 hingga 2012; dan (b) apakah langkah-langkah untuk mengatasinya.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Lembah Pantai pada 7 November 2013 bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Pasir Gudang pada 13 November 2013, kerana pertanyaannya saling berkait.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan kes keganasan rumah tangga yang berlaku di negara ini. Sesungguhnya sebarang konflik dan cabaran rumah tangga perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah dan bijak tanpa melibatkan keganasan berbentuk fizikal, psikologi, emosi dan mental sama ada kepada suami, isteri, anak-anak ataupun keluarga.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes keganasan rumah tangga dari tahun 2000 hingga 2012 adalah sebanyak 42,449 kes. Jumlah kes keganasan rumah tangga mengikut tahun adalah seperti berikut: |Tahun |Bilangan Kes|Peratusan daripada Jumlah Kes Keseluruhan (%)| |------|-----------:|--------------------------------------------:| | | | | | 2000| 3498| 8.17| | 2001| 3107| 7.32| | 2002| 2755| 6.49| | 2003| 2555| 6.02| | 2004| 3101| 7.31| | 2005| 3093| 7.29| | 2006| 3294| 7.69| | 2007| 3756| 8.85| | 2008| 3769| 8.88| | 2009| 3643| 8.58| | 2010| 3173| 7.47| | 2011| 3277| 7.72| | 2012| 3488| 8.22| |JUMLAH| 43449| |<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, kementerian dan agensi-agensi di bawahnya ada melaksanakan program pencegahan dan pemulihan kepada mangsa dalam mengatasi masalah ini. Antara program pencegahan yang dilaksanakan dalam menangani isu berkaitan kes keganasan rumah tangga ialah: (i) membuat pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang telah pun berkuat kuasa pada tahun 20 Februari 2012; (ii) pindaan Kanun Keseksaan 2006 dengan memasukkan peruntukan baru seksyen 375A iaitu kesalahan keganasan seksual yang berlaku di antara suami dan isteri dalam perkahwinan yang sah; (iii) Kursus Pra Perkahwinan (SmartStart). Kementerian melaksanakan program ini bagi membantu pasangan menguruskan konflik dan tekanan. Dari tahun 2006 hingga Ogos 2013 sejumlah 504 program telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 17,886 orang peserta terdiri daripada pasangan yang akan berkahwin dan juga yang baru berkahwin; (iv) Program Smart Belanja@LPPKN. Kita menyedari bahawa kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu daripada punca perceraian dan masalah sosial. Maka program ini adalah bertujuan meningkatkan tahap pemahaman dan kemahiran dalam menguruskan kewangan keluarga secara yang bijak. Dari tahun 2008 hingga Ogos tahun ini, sebanyak 201 program telah dilaksanakan di mana 11,331 orang ahli keluarga telah mendapat manfaatnya;
(v) Program Keluarga@Kerja (Parenting@Work) dengan izin. Melalui program ini, ibu bapa diajar teknik keibubapaan serta kemahiran untuk mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya. Program ini dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan, pihak swasta serta juga NGO; (vi) Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN. Kursus ini juga bertujuan untuk mempromosikan pakej pendidikan keibubapaan mengikut kitaran hidup keluarga berdasarkan kepada kumpulan sasar yang sesuai; (vii) Seminar Literasi Undang-undang. Ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak mereka dari aspek perundangan sekiranya berlaku keganasan terhadap mereka. Sehingga kini seramai 6,731 orang peserta di seluruh negara telah pun menyertai program ini; (viii) Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita telah juga diadakan di seluruh negara yang telah melibatkan 51,775 orang peserta termasuklah juga peserta ini adalah kaum lelaki; (ix) Program Pengurusan Emosi. Program ini memberikan pendedahan mengenai kemahiran asas kaunseling, psikologi, pengurusan keluarga dan teknik pengurusan emosi yang berkesan; dan (x) program yang baru, Program Wanita Anti Jenayah (WAJA). Ini akan kita adakan pada bulan Disember 2013, bermula nanti di negeri Sarawak dan akan kita teruskan lagi. Di samping itu, kementerian juga menyediakan langkah-langkah pemulihan dalam menangani isu berkaitan kes-kes keganasan rumah tangga. Antaranya ialah: (i) menyediakan perkhidmatan kaunseling. Kementerian menerusi agensi di bawahnya seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa keganasan rumah tangga. 15 buah pusat keluarga di seluruh negara dan perkhidmatan dikendalikan oleh 17 orang kaunselor tetap dan 62 orang kaunselor panel. Jabatan Kebajikan juga menyediakan seramai 189 orang kaunselor di seluruh negara; (ii) menyediakan perkhidmatan Talian Nur – 15999. Kementerian memperkenalkan perkhidmatan ini bagi memudahkan orang awam dan mangsa keganasan rumah tangga untuk membuat aduan, mendapatkan khidmat nasihat dan juga kaunseling; dan (iii) menyediakan tempat selamat kepada mangsa keganasan rumah tangga. Sebagai langkah perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga, kementerian telah menyediakan sebanyak 41 buah tempat selamat yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya usaha untuk membanteras kes keganasan rumah tangga memerlukan kerjasama bersepadu daripada semua pihak iaitu agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, ahli akademik dan setiap anggota masyarakat termasuklah juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya rujuk kepada statistik yang walaupun melihatkan penurunan di peringkat awal sejak tahun 2000
hingga 2011. Akan tetapi bagi tahun ini sehingga Ogos, saya rujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri, kes itu bertambah daripada 800 masa yang sama tahun lepas kepada 1,300 lebih untuk wanita dan 930 kes sahaja untuk mangsa lelaki bagi tahun lepas. Jadi ramai yang melihat kementerian memang agak prihatin. Hanya kementerian juga menyatakan dalam isu keganasan rumah tangga masalah utama adalah masyarakat seakan-akan tidak alpa Tuan Yang di-Pertua, tidak begitu prihatin. Jadi masalah utama yang saya dapati adalah peringkat penguatkuasaan undang- undang. Saya rujuk kepada kenyataan Yang Berhormat tadi, jawapan bahawa kerjasama yang bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan kementerian yang lain tetapi untuk kes yang melibatkan kes pembunuhan kanak-kanak yang berumur tiga tahun misalan yang berlaku Oktober tahun ini. Pihak pendakwa raya telah mengurangkan atau menurunkan pendakwaan sehingga ibu kepada kanak-kanak tersebut bersama teman lelakinya bebas selepas menjalani hukuman hanya 10 tahun penjara daripada hukuman asal iaitu hukuman mati. Jadi persoalan saya, apakah perancangan kementerian untuk memastikan kementerian lain mengambil serius? Penguatkuasaan undang-undang ini menunjukkan kerajaan tidak toleransi kepada keganasan yang menyebabkan anak-anak, ibu dan ayah. Pada saya ini amat penting. Keduanya, apakah langkah-langkah yang kementerian sedang lakukan bukan sahaja untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang itu serius. Kedua, tentang media kerana sekarang dilihat dalam media sosial semua gambar anak dipukul wajahnya, namanya. Sedangkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, [Akta 611], media tidak boleh laporkan identiti mangsa. Jadi saya mohon jawapan Yang Berhormat Menteri untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai di atas soalan tambahan tadi. Pertamanya berkaitan dengan jabatan-jabatan yang lain, agensi yang lain dan kementerian yang lain. Kita dalam menangani masalah-masalah sosial seperti ini, tentulah kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Bukan sahaja daripada kementerian dan agensi yang terlibat tetapi pihak-pihak yang lain, ahli-ahli masyarakat untuk memberikan laporan dan juga supaya sama-sama kita dapat mengambil tindakan yang perlu dan sesuai untuk kita menangani masalah ini. Berkaitan dengan tindakan atau pun keputusan yang dibuat oleh jabatan yang lain seperti Jabatan Polis Diraja Malaysia atau pun mahkamah, bidang kuasa untuk memutuskan sesuatu keputusan, hukuman yang dijatuhkan itu adalah di bawah bidang kuasa hakim mahkamah. Jadi, kalau ada pihak yang tidak berpuas hati maka mereka bolehlah membuat rayuan terhadap keputusan yang dilakukan itu. Yang Berhormat, itu bukan lagi di bawah bidang kuasa kita. Itu sudah di dalam mahkamah sekiranya kes sudah dibawa ke mahkamah.
Ini pendakwa raya. Pendakwa raya yang mengurangkan hukuman. Jadi saya pohon berdasarkan kerjasama bersepadu. Maaf, untuk jelaskan terima kasih.
Okey. Pendakwa raya itu juga mempunyai kuasanya yang tersendiri untuk membuat keputusan di bawah undang-undang yang telah ditentukan. Walau macam mana pun, pandangan, cadangan Yang Berhormat tadi kita ambil kira dan mungkin pada masa-masa yang akan datang kita akan adakan perbincangan yang lebih rapat lagi, lebih akrab lagi dengan pihak-pihak yang berkenaan ini supaya kita dapat menyelesaikan permasalahan sosial kita ini dengan lebih baik lagi dan lebih berkesan lagi insya-Allah. Berkenaan dengan satu lagi pertanyaan Yang Berhormat itu berkenaan dengan masalah media sosial dan juga mana-mana media sahaja. Kita mengambil perhatian apa yang telah Yang Berhormat nyatakan itu tadi. Mungkin di sini kementerian kita dan agensi- agensi yang lain boleh bekerjasama dan mengadakan hubungan dan perbincangan dengan pihak-pihak media supaya mereka tidak mensensasikan kes-kes seperti ini. Kita pun semua tahu bahawa media ini dia melihat kepada kes-kes yang sensasi untuk dilaporkan
supaya dia mempunyai coverage yang luas dan dia berpaksikan kepada keuntungan banyak yang membaca akhbar-akhbar dia. Jadi, di sinilah mungkin kita akan mengadakan nanti perbincangan dengan mereka ini supaya kes-kes terutamanya yang melibatkan kanak-kanak ini mereka perlulah lebih prihatin dan lebih bertanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengucapkan tahniah atas inisiatif pihak kementerian atas program menangani keganasan terhadap wanita 2013 atas tema ‘Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera’. Pada hemat saya kes-kes keganasan rumah tangga terhadap wanita adalah di tahap yang membimbangkan. Ini kerana melalui pengamatan saya dari statistik PDRM jumlah kes-kes yang dilaporkan setiap tahun semakin meningkat. Soalan saya dimanakah mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapatkan perlindungan dan setakat ini adakah terdapat sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap kes-kes penderaan emosi? Saya juga ingin mendapatkan adakah wujud contoh kes-kes serius keganasan rumah tangga yang melibatkan kaum lelaki atau pun suami? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan dan juga pengiktirafan terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian khususnya dalam program yang bertemakan ‘Respek Wanita’. Memang kita sentiasa secara berterusan melihat permasalahan yang dihadapi oleh semua kumpulan sasar kita termasuklah kaum wanita. Itulah sebabnya kita telah juga membuat pindaan terhadap undang-undang ini. Melalui pindaan yang telah berkuat kuasa sejak tahun lalu lagi, penderaan emosi ataupun psikologi telah pun dimasukkan sebagai satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. Ini juga kepada sesiapa sahaja. Kaum suami kah atau isteri kah jika dia melakukan penderaan emosi terhadap pihak yang lain iaitu isteri atau suami atau pun anak-anak, maka mereka boleh diambil tindakan di bawah Domestic Violence Act di sini. Berkaitan di manakah mereka boleh dilindungi. Pertamanya siapa sahaja boleh membuat laporan kepada pihak yang berkenaan, pihak polis pada pihak kebajikan. Kita ada talian khusus pun untuk membuat aduan ini. Apabila aduan ini telah dibuat, maka pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil tindakan untuk melindungi mangsa itu tadi dan dikeluarkan dari rumah di mana terletaknya pelaku itu. Siasatan akan dibuat. Sementara siasatan itu dibuat oleh pihak polis, maka mahkamah akan diminta untuk mengeluarkan permohonan. Permohonan akan dibuat kepada mahkamah untuk mendapatkan interim protection order, dengan izin kepada mahkamah. Dalam masa itu siasatan akan dibuat, mangsa akan diletakkan di tempat- tempat yang selamat yang telah saya sebut dalam jawapan saya tadi ada tempat-tempat di seluruh negara kita ini terletak. Selepas siasatan selesai nanti sekiranya ada kes, maka polis akan membawa kes ke mahkamah dan mahkamah juga akan diminta untuk mengeluarkan protection order kepada pihak yang memohon dan dalam pada masa itu juga dalam perintah itu mahkamah boleh juga menambah perintah yang lain termasuk mengasingkan mangsa daripada pelakunya. Misalnya di bawah seksyen 6(1)A sekiranya ada keperluan, pelaku itu boleh dikeluarkan daripada rumah di mana tempat tinggal yang mereka bersama ini. Ini adalah satu yang cukup baik untuk mangsa. Jadi, tidak ada masalah. Jika Yang Berhormat mengetahui ada perbuatan yang boleh diadukan, silalah menggunakan talian 15999.
Yang Berhormat Kuantan. Saya nampak Yang Berhormat Kuantan berdiri tadi. Hal ini hal mustahak mengenai dengan pembangunan masyarakat, keluarga dan wanita. Saya benarkan satu lagi soalan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan lanjutan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan penguatkuasaan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang betul undang-undang memelihara atau pun melindungi wanita daripada penderaan fizikal, emosi dan juga psychological. Akan tetapi kita lihat apabila penguatkuasaan itu kita ada masalah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri apabila wanita si pengadu pergi ke polis, polis selalunya tidak mahu melibatkan diri mereka kerana mereka lihat ini sebagai masalah rumah tangga. Di dalam Domestic Violence Act, Akta Keganasan Rumah Tangga ada diberi peruntukan untuk kaunseling kepada pesalah atau pun pelaku. Itu juga tidak berlaku. Maksudnya apabila ada keadaan tersebut ianya tidak diwajibkan walaupun disebut di situ boleh pergi kaunseling tetapi akhirnya tidak berlaku apa yang kita inginkan. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bercakap sebagai seorang latar belakang psikologi, wanita ini dia sudah kena pukul, muka sudah lebam, rusuk sudah retak kadang- kadang Tuan Yang di-Pertua tetapi dia balik semula. Dilindungi, dapat perlindungan seminggu dua minggu. Dia dapat kaunseling tetapi suaminya tidak dapat kaunseling. Kemudian dia balik. Dia balik sebab dia sayang. Kemudian apa yang berlaku, bulan depan, bulan lagi satu berlaku lagi sekali, lebam lagi sekali, muka sebelah lagi pula. Jadi, penguatkuasaan saya pohon tidak cukup dari segi akta, kita hendak tengok penguatkuasaan dan kita hendak tengok komitmen daripada Kementerian Wanita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuantan yang amat prihatin terhadap wanita. Kita semua mestilah prihatin terhadap wanita. Kami di kementerian juga sentiasa prihatin, sentiasa menambah baik dan melihat kalau ada sekiranya kelemahan dalam apa juga pelaksanaan program- program kami khususnya yang ada kaitan dengan keganasan terhadap kaum wanita ini. Saya ingin memberitahu di sini bahawa dari segi penguatkuasaan, setakat inilah daripada tahun 2005 hingga 2012 kita telah ada 3,958 kes yang telah dibawa ke mahkamah untuk dituduh oleh pihak polis. Yang telah dijatuhkan hukuman setakat ini ialah 1,834 kes yang telah pun dijatuhkan hukuman.
Jadi memang penguatkuasaan itu ada dilaksanakan. Saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kaum wanita ini– saya selalu melihat bahawa kaum wanita ini walaupun dia telah didera macam mana pun sama ada emosi atau pun fizikal oleh orang lelaki khususnya suaminya, dia lembut. Dalam keras itu dia lembut. Dia macam kerak nasi. Saya tidak tahulah kalau ada Yang Berhormat dalam Dewan ini tidak tahu kerak nasi. Mungkin sudah tinggal di bandar, gunakan periuk nasi yang pakai elektrik itu tidak ada kerak tetapi kami yang daripada kampung ini biasa ada kerak nasi. Kerak nasi ini mula- mulanya keras tetapi apabila kita tuang dengan air, ia menjadi lembut. Jadi banyak kesnya yang berlaku – saya sendiri. Pengalaman saya sebagai seorang peguam dan pengalaman saya sebagai seorang yang banyak melaksanakan kes yang ada kaitan dengan keganasan wanita ini, mula-mulanya wanita akan mengadu. Datang pada kita, menangis berhabis-habisan minta dicerai dan minta diambil tindakan terhadap suaminya. Setelah kita buat segala-galanya, selepas itu seminggu kemudian dia datang balik kepada kita cakap, “Cukuplah puan, tidak payahlah puan. Kesian suami saya. Saya sayang dengan suami saya, anak-anak saya dan keluarga saya. Tidak perlulah ambil tindakan”, katanya. Jadi banyak kes seperti itu berlaku. Kadang-kadang kita pun marah juga. Kita pun tidak gembira juga. Mengapa begini? Kalau suami sudah jahat, pukul kita lebam-lebam dan sebagainya sehingga hampir mati, mengapa pula kita hendak kesian kepada dia? Akan tetapi begitulah keadaan seorang wanita. Bagaimana keras pun, bagaimana terseksa pun tetapi kadang-kadang demi maruah keluarganya, demi anak-anaknya dan juga kadang- kadang ada kaitan dengan ekonominya, maka dia tidak mahu mengambil tindakan. Walaupun sudah dilaporkan kepada polis, dia tarik balik. Itu sebab antara lain menyebabkan ada juga kes-kes ini tidak sampai ke muka pengadilan atau ke mahkamah. Berkaitan dengan kaunseling itu, memang kita sentiasa mengadakan kaunseling. Di bawah seksyen 11, kaunseling merupakan budi bicara mahkamah juga. Jika mahkamah memikirkan ia patut dilaksanakan, maka dia akan dilaksanakan. Akan tetapi dalam masa yang sama, di bawah kementerian kita, di bawah LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita, kita terbuka untuk memberikan kaunseling kepada mereka yang memerlukan termasuklah kaum lelaki. Ini kerana kita juga tahu bukan wanita
sahaja yang perlu diberikan kaunseling ataupun kasih sayang tetapi ada juga orang lelaki atau suami. Mungkin yang ini mempunyai penyakit tertentu. Penyakit emosi dan sebagainya. Maka, mereka juga memerlukan kaunseling. Saya mintalah kepada pihak Yang Berhormat, lelaki yang ada di Dewan yang mulia ini tolong sama-sama kita menasihati kepada kaum lelaki, kaum bapa dan para suami supaya sentiasa menyayangi dan juga menjadi pelindung kepada wanita dan isteri-isteri, kalau ada lebih daripada satu. Pujuklah mereka untuk datang mendapatkan kaunseling daripada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menangani dengan baik masalah keganasan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak saya sudah tunjukkan keprihatinan saya. Itu sebab saya jemput Yang Berhormat Kuantan. Jadi ambil ikhtiar daripada itu semua. Terima kasih.
Boleh minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua?
Nanti di luar Yang Berhormat. Pergi chambers saya, nanti saya beri penjelasan selanjutnya.
5. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [Sipitang] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah langkah yang diambil untuk mengenakan tindakan kepada guru-guru yang tidak menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diperkenalkan baru-baru ini.
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sipitang. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula pada tahun ini hingga pada tahun 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan usaha untuk menyebarluaskan maklumat PPPM supaya difahami dan dihayati oleh pelaksana khususnya kepada warga pendidik. Ini termasuklah mengadakan jerayawara yang dilaksanakan ke seluruh negara dan dengan usaha berkenaan adalah diharapkan agar semua warga pendidik yang merupakan ejen pelaksana dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan PPPM dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Melihat bajet yang dipersembahkan tempoh hari, peruntukan terbesar ialah kementerian di sektor pendidikan, 21% ataupun RM54.6 bilion dengan matlamat memastikan pencapaian objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dirancang atur dan melewati 15 tahun selepas Wawasan 2020 iaitu negara maju. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan penerimaan ataupun dengan izin, buy-in, secara menyeluruh oleh bukan sahaja tenaga pengajar tetapi juga kepada ibu bapa dan pelajar? Ini kerana kadang-kadang terdengar rungutan guru terasa tekanan dan bebanan kerja yang sangat berat. Walaupun ia sebagai tanggungjawab dan juga cabaran, sedangkan PPPM ini baru dilaksanakan dan sudah semestinya terlalu besar cabaran. Apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan sesi wacana, dialog dan seperti mana juga jerayawara yang disebutkan tadi untuk memberikan penjelasan secara menyeluruh bukan sekadar pada guru, ibu bapa, pelajar tetapi juga sokongan daripada NGOs’ supaya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini benar-benar berjaya? Ini kerana ia merupakan satu pelan pembangunan sebagai dasar yang amat serius untuk membangun sebuah generasi yang akan datang untuk bersedia menjadi generasi negara maju. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dengan untuk melakukan buy-in dari bukan hanya berlaku antara warga pendidik
tetapi dari ibu bapa dan komuniti atau NGO serta juga pelajar. Sememangnya Kementerian Pendidikan sudah ambil beberapa langkah dan khasnya apabila kita menyebut tentang buy- in dengan izin dari ibu bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kita ada satu anjakan di mana pengiktirafan diberikan kepada ibu bapa. Dahulu memang persatuan ibu bapa diwujudkan di sekolah tetapi pengiktirafan tidak diberikan seperti yang diberikan di dalam PPPM. Sekiranya kita merujuk kepada anjakan ke-9 di PPPM, adalah di mana kita sebut bahawa kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta akan dilaksanakan secara meluas. Ini akan melengkapkan ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak-anak mereka melalui saranan penglibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah. Kedua, adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kokurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Jadi ini merupakan satu langkah yang begitu penting kerana Kementerian Pendidikan Malaysia memberi fokus terhadap maklum balas daripada ibu bapa dan ibu bapa sudah sedar bahawa mereka ada satu peranan yang begitu penting untuk menjayakan bersama-sama dengan warga pendidik dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Selain daripada itu, kita juga engaged, dengan izin, NGO atau sektor swasta yang mana kita sudah mula untuk mengadakan satu modul Sekolah Amanah dan sudah melihat kejayaan, yang mana kita sudah wujudkan sebanyak 33 buah Sekolah Amanah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dijangkakan bahawa kita akan mewujudkan 500 buah Sekolah Amanah lagi dengan kolaborasi atau kerjasama daripada agensi NGO yang berpotensi atau untuk memainkan peranan sebagai penganjur. Berkaitan dengan pelajar ‘buy in’, dengan izin akan dilakukan di peringkat sekolah oleh pengetua atau guru besar dan guru-guru dan pada hujung minggu yang lalu, saya melawat sebuah sekolah di kawasan Kalabakan, SK Abaka sudah menunjukkan bahawa ‘buy in’ sudah dilakukan itu adalah sangat menggalakkan kerana apabila saya masuk sekolah itu, saya boleh melihat bahawa beberapa papan notis sudah memaparkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana aspirasi murid-murid sudah ditunjukkan sebagai satu peringatan kepada murid-murid peranan mereka dan apakah sepatutnya dicapai oleh mereka. Ini adalah berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika, kerohanian dan identiti nasional. Jadi, kita juga menggunakan satu modul pengurusan yang dicipta oleh John Kotter dan ia ada lapan langkah. Langkah yang pertama adalah berkaitan dengan izin, establishing the sense of urgency. Jadi, modul ini memang digunakan dengan kejayaan oleh pengetua, guru besar dan guru-guru yang sudah diberi pendedahan dalam pelaksanaan modal tersebut. Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan juga akan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk kesan keberkesanan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia pada pagi ini adalah delegasi daripada Parliament of Western Australia yang diketuai oleh Honourable Barry House, MLC, President of the Legislative Council Western Australia dan delegasi. [Tepuk] Kepada Yang Berhormat Barry House dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Welcome Mr. President from the Malaysian Houses of Parliament... [Tepuk] Thank you. Sila Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya nampak Yang Berhormat Lembah Pantai berdiri tadi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rujuk kembali kepada soalan asal yang mengatakan kononnya ada para guru yang tidak menyokong inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Akan tetapi seperti yang diakui oleh Yang Berhormat
Timbalan Menteri iaitu program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), itulah program yang paling membebankan para guru yang memberikan mereka merasa kerajaan tidak mendengar keluhan terdahulu semasa - saya fikir dua tahun lepas, kerajaan memperkenalkan Jawatankuasa Khas mengkaji beban guru. Akan tetapi Sistem PBS yang diperkenalkan di bawah pelan pembangunan ini sebenarnya menambah beban kerana para guru harus memasukkan keputusan pelajar dan sistem itu hang, ia tergendala di waktu-waktu sekolah. Mereka bangun jam 2 pagi atau 3 pagi untuk melakukan kerja-kerja ini, menjadi kerja tambahan. Jadi guru itu bukan menjadi pengajar, guru jadi kerani. Jadi saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, bantulah mencari penyelesaian serta-merta kerana kalau tidak, kita akan kehilangan bakat-bakat guru yang seharusnya mengajar anak-anak kita, bukannya menjadi kerani. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan beban guru dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan PBS, izinkan saya untuk jelaskan tentang faedah apabila Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebenarnya, PBS bukan suatu cara yang baru untuk menilai prestasi pelajar. PBS sudah lama dilaksanakan seperti di sekolah vokasional atau sekolah teknik, PBS memang sudah lama dijalankan untuk penilaian prestasi kerja amali. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, KPM menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam penilaian secara kumpulan dengan konsep PBS. Apabila kita mengadakan PBS ini, pelajar bukan hanya buat latihan untuk dapat markah tetapi di sini kita juga memupuk nilai-nilai seperti tanggungjawab secara kolektif, kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta disiplin juga apabila bekerja dalam kumpulan. Masalah-masalah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi yang berkaitan dengan beban kerja, memang kita sedar. Kementerian Pendidikan Malaysia memang sedar tentang isu-isu atau concerns, dengan izin yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memang sedang mencari atau resolve isu-isu yang sudah dikemukakan. Jadi, Bahagian Teknologi Pendidikan sedang berusaha mengkaji sejauh mana kita boleh meringankan beban guru-guru. Selain daripada itu, ada juga rancangan yang mana guru akan dibantu dengan pembantu. Jadi ini memang di dalam rancangan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meringankan beban kerja guru yang mana kita hendak rujuk balik kepada dengan konsep Teachers Teach. Thank you, dengan izin terima kasih.
6. Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan, peruntukan yang disediakan untuk kempen-kempen pencegahan penyakit berjangkit dan penyakit kronik yang tidak berjangkit dan adakah kementerian telah berjaya mengawal penyakit-penyakit ini.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. Soalan ini berkenaan dengan peruntukan kempen-kempen pencegahan penyakit berjangkit dan juga penyakit yang tidak berjangkit. Tuan Yang di-Pertua, permasalahan penyakit yang mengancam Malaysia pada hari ini terdiri daripada penyakit berjangkit dan juga penyakit yang tidak berjangkit dan langkah-langkah yang telah dijalankan: (i) pembangunan dan pelaksanaan pelan strategik kebangsaan untuk penyakit tidak berjangkit dan beberapa penyakit berjangkit; (ii) kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan orang ramai; dan (iii) pengukuhan program pendidikan kesihatan secara meluas termasuk kempen-kempen kesihatan untuk menanamkan pengetahuan sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat.
Peruntukan yang telah kerajaan sediakan setiap tahun sebanyak RM7.5 juta Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, kempen Nak Sihat ini telah pun bermula pada tahun 1991 dan 10 tahun kemudian, apabila kajian dibuat iaitu pada tahun 2010, didapati memang kesedaran ada dalam kalangan masyarakat kita tentang risiko dan kesan-kesan penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dan kesannya di tahap memuaskan. Akan tetapi masalahnya adalah masalah tingkah laku ataupun behavioural change belum memuaskan. Maknanya tidak ada berlaku banyak perubahan. Oleh itu, kita akan teruskan kempen- kempen untuk menyedarkan dan menukarkan tingkah laku masyarakat kita. Di antara
(i) penyediaan iklan-iklan untuk televisyen, panggung wayang, radio, akhbar, majalah dan papan iklan;
(ii) pemilihan waktu siaran di televisyen dan radio; (iii) pemilihan ruang akhbar dan majalah; (iv) pemasangan papan iklan dan ahli komuniti dari sekolah; (v) penyediaan perkhidmatan pameran interaktif bergerak; (vi) penyediaan bahan-bahan pendidikan kesihatan; (vii) iklan di badan bas dan teksi; (viii) iklan di panggung wayang; (ix) penubuhan pasukan COMBI di komuniti. Yang itu kumpulan yang disebut sebagai Communication for Behavioural Input; (x) kempen nafas baru bulan Ramadhan; (xi) kempen menzahirkan rumah ibadat bebas asap rokok; (xii) seminar pendidikan fatwa merokok haram; (xiii) karnival dan ekspo kesihatan; dan (xiv) kempen 10,000 langkah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut. [6 November 2013]
Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang saya menyambung ucapan saya semalam yang tidak sempat pun hendak mula. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan saya ini dengan memberikan gambaran ataupun peribahasa kepada pihak pembangkang ini. Daripada ucapan-ucapan pihak pembangkang ini kita lihat bahawa mereka ini seperti ayam jantan. Dia berkokok kuat, tapi ekornya berderai dengan tahi. Kuman seberang laut nampak Tuan Yang di-Pertua, gajah depan mata tidak nampak. Saya hendak bagi tiga contoh di mana ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti mereka ini. Sebagai contoh yang paling mudah pagi tadi. Apabila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab mengenai pilihan raya. Bila kita kata bahawa kalau hendak gunakan proportionate representation mesti diwakili oleh single party. Akan tetapi Yang Berhormat Gombak sebagai Timbalan Presiden, dia menyalahkan kerajaan kononnya pendaftaran PKR ini tidak diluluskan setelah tiga tahun memohon. Ini yang dia nampak salah kerajaan, tetapi sebenarnya mereka sendiri pun tidak bersedia untuk didaftarkan sebagai sebuah parti. Oleh kerana dalam pilihan raya yang lepas, kita juga lihat bahawa mereka bertanding antara parti PKR sesama mereka. Jadi kalau mereka pun tidak boleh hendak bersefahaman sesama mereka, janganlah hendak cari salah kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Begitu juga kita baca semalam statements yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor yang mengatakan bahawa pendaftaran parti politik dan juga pertubuhan yang berdasarkan kepada agama dan kaum tidak sesuai diamalkan. Saya hendak tanya kepada pihak PAS, apakah mereka bersetuju dengan kenyataan-kenyataan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor? Kalau bersetuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor bermakna PAS pun mesti dibatalkan pendaftaran, kerana PAS ditubuhkan berdasarkan kepada agama. Jadi pihak pembangkang ini yang peliknya, bila rakan-rakan mereka membuat kenyataan yang menusuk hati mereka, mereka diam seribu bahasa. Kerana apa? Mereka ini ibarat macam kerbau dicucuk hidung.
Ya!
Apa juga yang DAP cakap, mereka sanggup menggadaikan perjuangan mereka.
Berapa banyak mahu bajet?
Nanti dahulu. Jadi bermakna bahawa mereka ini lebih banyak berpolitik sehingga sanggup menggadai perjuangan mereka. Bila Yang Berhormat Bukit Gelugor kata, langkah mayat saya dahulu kalau hendak tubuhkan negara Islam, diam. Bukan sahaja tidak berani meneruskan perjuangan Islam, malah mereka sanggup tukar daripada menubuhkan negara Islam jadi negara kebajikan. Soalnya hari ini yang berkuasa di dalam pembangkang ialah DAP kerana politik PAS dan PKR tahu mereka menang bukan kerana kekuatan mereka. Mereka menang kerana mereka terpaksa bergantung kepada sokongan daripada penyokong-penyokong DAP.
Ya, hendak minta penjelasan sedikit ini.
Jadi kerana itu apa juga yang dibuat...
Yang Berhormat Tanjong Karang.
...Oleh pihak DAP maka mereka seperti kerbau dicucuk hidung, tunduk sahaja.
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bukit Mertajam bangun.
Sebelum Yang Berhormat menuduh...
Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Tanjong Karang belum bagi kebenaran lagi.
Saya hendak minta kebenaranlah ini.
Okey, mencelah ya?
Sila.
Minta laluan. Sebelum Yang Berhormat Tanjong Karang menuduh melulu ini, tadi ada kata baca bukan statement sebenarnya, laporan berita tentang kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Tanjong Karang baca tentang kenyataan oleh Yang Berhormat Gelang Patah menjelaskan bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor langsung tidak mempunyai kenyataan untuk menidakkan PAS ataupun mana-mana parti? Kenyataan tersebut adalah telah diputarbelitkan oleh media. Sebenarnya beliau berucap tentang masalah profesional peguam. Sebagai peguam mungkin saya rasa Yang Berhormat Tanjong Karang perlulah ambil tahu kesemua maklumat terlebih dahulu sebelum menuduh. Terima kasih.
Yalah, Yang Berhormat Bukit Gelugor ini peguam. Biarlah dia buat kenyataan. Ini masalah dengan pembangkang. Lain
orang yang cakap, lain orang yang menafikan. Mengapa orang lain? Sebab itu sekarang ini mereka pembangkang ini, dia macam main badminton. Smash kemudian dia suruhlah yang immature ini untuk menjadikan defend kepada dia. Saya hendak cabar Yang Berhormat Bukit Gelugor buatlah kenyataan yang betul, minta maaf kepada PAS. [Tepuk] Mengapa diam? Dan adakah kenyataan itu juga ditujukan kepada Persatuan Cina macam Dong Zong. Apakah Dong Zong juga mesti dibatalkan pendaftarannya? Jadi saya hendak bagi tahu bahawa pemimpin pembangkang dia bercakap tidak menggunakan akal. Dia mengikut emosi dan juga perasaan.
Laluan, laluan.
Yang Berhormat Kota Raja bangun.
Mencelah?
Minta ya? Boleh ya?
Boleh, boleh.
Tadi kata PAS tidak kata apa-apa...
Sebelum saya benarkan diingatkan 10 minit sahaja Yang Berhormat Tanjong Karang.
Sebab tadi Yang Berhormat Tanjong Karang membuat kenyataan yang tidak betul. Sebenarnya Ketua Penerangan kita telah pun membuat kenyataan akhbar membantah kenyataan yang dikeluarkan. Saya ingat itu sudah cukup untuk kita membuat satu pendirian. Sudah cukup. Hendak saya bacakan semuakah? Hendak saya bacakan semua? Itulah takut. Takut hendak dengar semua ini.
Saya dengar, saya tahu. Itu sebab saya kata bahawa PAS ini macam “kerbau cucuk hidung” sahaja, hanya buat kenyataan macam itu. Apa pendirian tegas? Kalau pendirian tegas bahawa kenalah ambil pendirian tegas jangan bersekongkol dengan PKR dengan DAP kalau sekadar untuk buat...
Kita pun cakap tidak betul juga. MCA, Gerakan...
...Penafian biasa sahaja. Saya hendak bagi contoh yang kedua.
[Bangun]
Duduk Yang Berhormat Shah Alam, saya hendak bagi contoh yang kedua.
Gerakan multiracial.
Saya hendak petik ucapan daripada Yang Berhormat Marang, Presiden PAS. Apa dia kata dalam ucapannya? Syabas kepada negara Brunei Darussalam yang mengisytiharkan pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam, Undang-undang Qisas dan Hudud walaupun mendapat bantahan daripada pertubuhan hak asasi di peringkat antarabangsa dan negara Barat yang tidak memahami hakikat undang-undang Islam yang mendidik bukan menghukum orang. Okey, statement nya bagus. Dia boleh nampak di Brunei. Itu yang saya kata “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata dia jadi buta”, kerana Tuan Yang di-Pertua saya hendak cabar. Saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam sebab Yang Berhormat Shah Alam bangun. Apa pendirian Yang Berhormat Shah Alam?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.
Adakah pendirian Yang Berhormat Shah Alam bersetuju dengan perjuangan yang dibawa oleh NGO’s hari ini. Yang hari ini membawa soal kebebasan seks, soal murtad dan soal keselamatan agama. Saya hendak tanya pendirian Yang Berhormat Shah Alam yang kata hebat sangat bercakap ini.
Yang Berhormat Shah Alam ini dikira apa? Kalimah Allah pun dia kata boleh digunakan juga oleh bukan Islam. Jadi orang macam ini, orang-orang liberal macam ini yang merosakkan sebenarnya. Saya hendak tanya pendirian...
Terima kasih, terima kasih.
...Yang Berhormat Shah Alam, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan perjuangan NGO yang memperjuangkan LGBT, memperjuangkan murtad dan memperjuangkan kebebasan agama. Itu sahaja saya hendak tanya. Setuju atau tidak setuju. Itu sahaja. Jawablah saya hendak tanya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. “Kuman di seberang laut nampak, gajah yang ada depan mata tidak nampak”. Brunei laksanakan undang-undang Islam, Malaysia ini bila lagi? Bukan Malaysia ini Barisan Nasional yang memerintah sudah 56 tahun dan hendak timbulkan masalah kata tentang Brunei. Malaysia ini bila? Apa alasan UMNO Barisan Nasional yang selama ini perlekehkan undang-undang Islam menyebabkan orang Melayu, orang Islam pun tidak faham apa itu Islam, apa itu undang-undang Islam, apa alasan untuk UMNO Barisan Nasional? Itu masalah dia.
Sudahlah, sudahlah. Ini hujahkah, mencelah ini?
Dah soal yang ditanya biar saya jawab, biar saya jawab.
Okey, saya tidak hendak bagi jalan. Kalau hendak bercakap, bercakap...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, kita ada... Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Shah Alam. Duduk sekejap. Sekejap, sekejap. Ini ikutlah peraturan. Kita ada tetamu daripada luar negara, daripada Australia tengok kita. Jadi, jagalah peraturan. Okey, sila teruskan Yang Berhormat Tanjong Karang. Ada satu minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Karang minta saya jawab. Pendirian PAS berhubung dengan LGBT, berhubung dengan murtad adalah jelas kita menolak. Ia bercanggah dengan Islam tetapi bagi NGO-NGO hendak sokong kita supaya kita tubuhkan sebuah kerajaan yang bebas daripada rasuah, adil, telus, bertanggungjawab dan amanah, itu hak dia. [Tepuk] Faham? Kita dengan DAP memang berbeza. Siapa kata DAP dengan PAS sama? Kalau sama tidakkanlah kita ada dua parti. Kita dengan PKR pun berbeza tetapi kita bekerjasama...
Tuan Yang di-Pertua, ini dia ambil masa saya.
Ini Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Shah Alam! Senang sahaja Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Masalahnya dia yang tidak faham. Mencelah dengan berhujah pun tidak tahu berbeza. Mencelah tanya, kalau bersetuju katalah bersetuju, buatlah kenyataan mengapa dia...
Semua yang saya jawab, yang saya sebut ada kena-mengena dengan apa yang disebut.
Duduklah. Apa, bersetuju?
Apa Yang Berhormat Tanjong Karang berucap saya tegur, bukan tidak ada kena-mengena. Menjelaskan.
Apa? Tegur yalah, soalannya saya tanya pendirian?
Ini Yang Berhormat Tanjong Karang dengan Yang Berhormat Shah Alam ada buku ini tak? Peraturan mesyuarat, ada? Tidak perlulah saya baca peraturan ini. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hafal yang itu. Dia yang kena belajar balik sebab dia baru.
Saya ingatkan dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua, dua minit lagi.
Dia yang mencelah, dia yang tidak faham. Dia main mencelah sahaja.
Ya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Saya juga hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang apa Yang Berhormat Shah Alam kata tadi. Yang Berhormat Shah Alam kata tadi ada dua parti yang berbeza. PAS dengan DAP ini tidak sama tetapi apakah Yang Berhormat Shah Alam sampai hari ini bersetuju bahawa manifesto pilihan raya dibuat atas satu nama iaitu Pakatan Rakyat di mana kenyataannya itu?
[Dewan riuh]
Betul, dia masalahnya ialah perjuangan. Betul, yang sahabat saya kata ini betul, ini perjuangan. Dahulu sebelum dia bergabung dengan DAP dia kata hendak menegakkan negara Islam tetapi apabila dia bergabung dengan DAP bawah PKR, apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor kata langkah mayat dia dahulu baru tubuh negara Islam corner 360 darjah, sudah tidak ada sebut negara Islam, sebut fasal negara berkebajikan. Itulah yang dikatakan lari daripada prinsip perjuangan kerana kepentingan politik. Begitu juga yang saya kata, kalau itu perjuangan PAS, ini bukan standard Yang Berhormat Shah Alam untuk berikan statement. Statement ini patut diberikan oleh Presiden PAS. Itu menunjukkan pendirian yang dibuat oleh PAS. Saya tengok ucapan Presiden PAS, tidak ada. Saya tengok tidak ada disebut sebaliknya hanya memuji.
Tadi tanya Shah Alam. Bukan tadi tanya Shah Alamkah Tuan Yang di-Pertua? Dia ini sudah mengingau, sasaukah, saya tidak tahulah. Tadi dia tanya Shah Alam. Betul tak Tuan Yang di-Pertua?
Betul.
Masa sudah habis Tuan Yang di- Pertua, masa sudah habis. Ramai lagi hendak bahas ini.
Ini sesi bajet atau sesi hentam pembangkang? Bajet tidak seberapa.
Tidak, saya tadi – itu sebab Yang Berhormat Shah Alam, dia ini pekak. Saya tadi baca statement, ucapan yang dibuat oleh Presiden PAS daripada Marang. Ucapan ini saya ada. Saya hanya kata tadi mengapa kalau betullah PAS ini memperjuangkan seperti mana Yang Berhormat Shah Alam kata, dia kena cakap. Ini peranan PAS tidak bersetuju dengan LGBT, tidak bersetuju dengan murtad, tidak bersetuju dengan kesaksamaan agama, cakaplah. Ini Yang Berhormat Shah Alam cakap, apa standard Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap? Bertanding pun tidak ada. Ini saya quote daripada ucapan. Bermakna statement daripada presiden parti itu penting pendiriannya. Sama juga saya kata tadi daripada ketua penerangan. Statement itu boleh kita terima sebagai ketua penerangan, adalah locus standi. Yang Berhormat Shah Alam mana ada locus standi? Tidak ada standard pun di dalam PAS, jadi presiden. Jadi, apa yang saya
hendak cakap ialah contoh bagaimana PAS hanya pandai bercakap tetapi apabila perkara ini menjadi ancaman cukup bahaya di masa hadapan, konflik agama ini, bukan main-main. Ini juga kalau kita baca kenyataan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru semasa Maal Hijrah. Baginda rasa begitu risau kerana sudah ada puak-puak yang sudah mula hendak mengubah cara dan budaya kita. Ini kalau kita tidak atasi dengan betul, ancaman keselamatan negara lebih bahaya, konflik agama mungkin akan berlaku dan ini kalau tidak kita bersama-sama bersatu dan PAS tidak menyatakan pendirian yang betul maka kita lihat bahawa macam PAS hanya memberikan sokongan kepada mereka.
[Bangun]
Yang Berhormat Tanjong Karang, guru Yang Berhormat Tanjong Karang bangun. Yang Berhormat Batu Pahat.
Siapa?
Dia saya tidak pasti anak murid saya atau tidak tetapi yang saya hendak sebut begini sahaja Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini mewakili suara UMNO/Barisan Nasional? Kalau ini suara UMNO Barisan Nasional, inilah cara kempen mereka di bawah, menimbulkan perpecahan antara parti dalam PR dalam kenyataan-kenyataan yang sebenarnya kalau kita katakan balik pepatah yang disebutkan tadi, itulah pepatah yang kena batang hidung mereka. Apa yang disebut oleh komponen dalam Barisan Nasional, dari MCA dia tidak jawab. Ini kata orang, ‘tepuk air di dulang, terpercik muka sendiri’. ‘Meludah ke langit’. Jadi, anak murid ini kena belajar habis daripada cikgu. [Ketawa] Jangan belajar tidak habis. [Tepuk]
Dia sebab apa? Kita ini, saya pun guru. Guru ini Tuan Yang di-Pertua, saya pun pernah jadi guru. Guru ini, kalau dia kenal murid ada dua sebab. Salah satu kerana murid itu nakal, dia ingat. Apabila murid nakal, guru ambil tindakan, guru ingat kerana murid itu nakal tetapi saya, guru ini dia mungkin dia tidak ingat saya sebab saya merupakan murid yang baik dan saya juga jemu mendengar ceramah dia. Oleh sebab itu saya tidak berminat cara dia bercakap dan mengajar saya. Saya tahu dia seorang guru yang tidak ada pendirian yang tegas. [Dewan riuh] Hari ini terbukti, cakap lain dan apabila ada kepentingan sudah lari parti, daripada perjuangan. Tuan Yang di-Pertua, ini kenyataan yang serius. Saya ingat kalau kita dengar kenyataan kata-kata pemimpin Barisan Nasional khususnya daripada UMNO dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun sudah buat kenyataan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun ada membuat kenyataan. Akan tetapi kalau tidak ada disambut oleh pemimpin- pemimpin daripada PAS yang kononnya perjuangkan Islam maka rakyat akan melihat bahawa seolah-olah perjuangan PAS ini menyokong perjuangan ini. Mengapa tidak dalam isu mempertahankan agama ini kita menerima kenyataan yang bersama untuk membetulkan akidah rakyat kita, membetulkan bahawa bab agama kita kena bersatu tanpa mengira kepentingan agama. Kedua, nanti masa saya tidak ada...
Punca masalah agama di negara Malaysia ini, umat Islam, puncanya UMNO.
[Dewan riuh]
Lalu, macam mana kita hendak bersatu?
Tidak mengapalah.
Yang Berhormat Tanjong Karang dengan Yang Berhormat Shah Alam, sebenarnya masa sudah cukup, sudah habis. Jadi, berlebih-lebih masa ini bukan salah saya tetapi salah semua Yang Berhormat mencelah. Saya minta lagi tiga minit. Nanti lagi tiga minit, saya tahu saya sepatutnya benarkan 10 minit, saya benarkan 20 minit. Jadi Yang Berhormat Bachok saya benarkan tambah lima minit menjadi 15 minit dan Yang Berhormat Kota Melaka selepas ini juga 15 minit. Jadi adil. Okey, alright.
Isu yang kedua saya hendak cakap mengenai ekonomi. Ini saya dengar timbalan presiden. Saya sentuh ucapan timbalan presiden daripada Yang Berhormat Gombak ini memuji-memuji Ketua Pembangkang waktu
Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan dapat mengurangkan pinjaman dan sebagainya. Itu cerita lama tetapi Yang Berhormat Gombak puji Ketua Pembangkang, dia tidak nampak kemajuan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kita merangkap Perdana Menteri. Baru-baru ini kita lihat bagaimana Malaysia menjadi antara negara yang paling mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia apabila kedudukannya dalam Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 telah melonjak ke tangga ke-6 berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu, sekarang nombor enam. Kita dalam dunia ini, yang membuat kajian ini Bank Dunia, bukannya bank tempatan dan juga ini menunjukkan bahawa transformasi yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi kesan. Akan tetapi hari ini apa yang dicakap oleh pihak pembangkang ialah GST. Saya dengar GST terlampau banyak diperbincangkan tetapi kejayaan yang dicapai oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak langsung diterima kenyataan ini.
Ini dibuat oleh Bank Dunia. Kalau kita hendak berjaya, kita hendak beritahu kepada pembangkang. Jangan lupa pembangkang juga mereka ada kerajaan. Di Selangor sebagai contoh. Kerajaan- kita tengok apa jadi di negeri Selangor. Ini negeri saya. Dulu negeri Selangor merupakan negeri yang hebat, pelaburan yang tinggi tetapi kalau kita tengok data kita yang dikeluarkan oleh MIDA, pelabur-pelabur. Pelaburan pada tahun 2012, Selangor mencatatkan RM11.7 bilion pelaburan. Tahun ini, sehingga Julai 2013, hanya RM2.5 bilion. Jauh beza. Dekat 80% beza. Sebab apa? Kalau betul PKR atau Pakatan Rakyat yang cakap berapi-api dalam Dewan ini termasuk Ketua Pembangkang merupakan penasihat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa? Mengapa pelabur-pelabur di negeri Selangor lari? Kurang sikit. Ini Yang Berhormat Shah Alam pun hendak kena tanya sebab apa?
Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Ini adalah kerana apa?
Ya, masa sudah cukup, Yang Berhormat.
Kerana kita lihat – kerana menunjukkan bahawa ketidakcekapan Kerajaan Pakatan Rakyat yang hari ini membuktikan bahawa mereka ini Tuan Yang di-Pertua, dia hanya tahu bercakap. Bila dia menjadi kerajaan, dia cakap tidak serupa bikin. Dia tidak boleh buat apa yang dicakap. Akan tetapi di dalam Dewan ini kalau kita dengar cakapnya berapi-api. Oleh kerana itu kita hendak cabar Kerajaan Pakatan Rakyat betulkan dulu negeri-negeri yang mereka perintah terutamanya negeri Selangor. Hari ini kita tahu bahawa dulu pendapatan yang cukup dibanggakan, dapat pendapatan simpanan lebih hampir RM2 bilion. Pendapatan RM2 bilion ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Selangor ini apa kerjanya? Kerjanya jual harta sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih ya.
Baru-baru ini sampai padang golf pun dia jual. Habis sudah?
Habis sudah. Cukup.
Saya hendak gulung bahawa pihak pembangkang ialah satu pakatan yang kerjanya hanya mencari salah tetapi apa yang kerajaan mereka buat, mereka tidak nampak. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Bachok. Selepas Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Masjid Tanah. Selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan bajet pada kali ini yang dibentangkan oleh sebuah kerajaan yang lahir daripada hasil penipuan pilihan raya.
[Dewan riuh]
[Tepuk] Terbentuknya kerajaan... Relax dulu.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tentunya jika pilihan raya lalu dibuat dengan penuh kebebasan dan keadilan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bachok, sekejap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, ya, ya. Yang Berhormat Pendang. Tadi kita dengar Yang Berhormat Tanjong Karang, sebelah sini tidak tahan telinga. Sekarang ini kita dengar sebelah sini, mintalah sebelah sini tahan pula telinga. [Disorak] Jadi... [Disampuk]
[Menyampuk]
Baca ayat al-Quran!
Ya, Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Kulim Bandar-Baharu, selepas ini Yang Berhormat Masjid Tanah jawablah pula. Sila.
Relax lah bro. Relax, relax, relax.
Sila, Yang Berhormat Bachok. Sila baca terus. Jangan layan. Sudah habis dua minit.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersama dengan 88 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adalah mewakili suara majoriti rakyat. [Tepuk] Walaupun melalui penipuan berleluasa, namun 52% pengundi atas jumlah lebih 5 juta pengundi telah mengundi kami untuk terus bersuara. Kamu adalah sebuah kerajaan minoriti dan tidak mewakili suara majoriti dan tentunya adalah satu kepelikan. Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat diberi peluang untuk membentangkan bajet apatah lagi untuk menguruskan bajet yang berjumlah RM264.2 bilion. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2014 menyebut tentang pembentukan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat salah laku penjawat awam namun menyembunyikan keperluan mendesak menyiasat salah laku dan penyelewengan SPR. SPR satu-satunya suruhanjaya dalam negara yang menghadapi demonstrasi jutaan rakyat. Tidak ada dalam sejarah seorang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dituntut oleh rakyat supaya meletak jawatan kecuali pengerusi SPR. Tidak ada dalam sejarah sebuah suruhanjaya kecuali SPR, rakyat memberi gelaran ‘suruhanjaya penipu rakyat’. Saya mencadangkan supaya semua anggota SPR diheret kepada tribunal sebagaimana disarankan oleh Presiden PAS agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat segala penipuan pilihan raya oleh SPR dan penglibatan mana-mana pemimpin Kerajaan Barisan Nasional sebelum daripada ini. Saya juga menggesa supaya tiada satu sen pun duit rakyat diberikan kepada anggota SPR sedia ada terutama bagi menjalankan kajian persempadanan pilihan raya kerana telah terbukti peruntukan dakwat kekal PRU-12 sebelum ini telah buang dan SPR menipu rakyat dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal pada PRU ke-13.
Penjelasan, penjelasan. Sedikit penjelasan. Tasek Gelugor. Sedikit sahaja.
Saya tidak ada masa.
Sedikit sahaja. Penjelasan sedikit sahaja.
Tidak dibenarkan. Yang Berhormat Tasek Gelugor, tidak dibenarkan.
Takut.
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri bercakap mahu mencapai objektif membawa Malaysia ke arah tahap kategori sepertiga teratas dalam kedudukan pendidikan terbaik dunia. Insya-Allah dalam tempoh 15 tahun lagi. Namun bukti menunjukkan sudah 18 tahun pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia menggunakan sistem pembelajaran buku Iqra’, cara cepat membaca Al-Quran yang mengandungi sebanyak 447 kesalahan dan kekeliruan yang ketara dan mengakibatkan pelajar-pelajar sekolah gagal membaca Al-Quran dengan bertajwid dengan baik. Pihak saya telah menemui dan membuat pengesahan kesalahan daripada pentafsir buku Iqra’ tersebut. Adakah pembelajaran Al-Quran dipandang ringan oleh kerajaan. Tadi pihak di sebelah sana menempelak kononnya kita tidak mementingkan dan tidak memperjuangkan Islam apabila ada serangan-serangan terhadap dasar-dasar dan keputusan parti kita. Saya hendak tanya adakah kerajaan memandang enteng kepada perkara ini sedangkan 447 kesalahan dan buku tersebut sudah diulang cetak sebanyak 18 kali. Maknanya sudah 18 tahun buku ini dipelajari oleh murid-murid di sekolah yang kesalahannya sampai hari ini belum diperbetulkan. Sejumlah 447 kesalahan sedangkan bila kita melihat kepada buku Interlok yang ada perkataan ‘budak hitam’ dan juga ‘paria’ ditarik balik dan dibekukan pembelajaran buku tersebut. Maka saya menyeru juga kepada pihak kementerian yang berkaitan supaya meneliti dengan sebaik mungkin tentang kesalahan yang ada dalam buku ini. Tuan Yang di-Pertua, Kelantan baru-baru ini menyambut sambutan tahunan Hari Hudud dengan menganjurkan Konvensyen Amar Makruf Nahi Mungkar. Perjuangan rakyat Kelantan bagi memperoleh hukuman yang berkesan dalam menangani jenayah yang berleluasa terus konsisten dan inilah dasar parti kita. Terus konsisten. Bukan macam sebelah sana. Apabila ada seorang ADUN di Johor, bekas ADUN dulu menyatakan supaya Kerajaan Pusat juga perlu melaksanakan undang-undang ini, maka ada seorang presiden dalam parti komponen UMNO mengatakan ini sudah gila. Di mana hunusan keris daripada pihak UMNO dan Barisan Nasional kalau kata membela juga hukum hudud ini. Pada masa yang sama menempelak kita pula. Tuan Yang di-Pertua, negara jiran kita, Brunei juga telah menyatakan hasrat melaksanakan hudud dan Selangor sebagai sebuah negeri Pakatan Rakyat juga telah mula melakukan inisiatif mengadakan seminar pelaksanaan syariah Islam di Malaysia. Saya percaya selain daripada usaha bersungguh sedia ada kerajaan dalam menangani jenayah, adalah wajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Menteri Dalam Negeri dan juga Peguam Negara dan JAKIM mengkaji kembali keberkesanan undang-undang jenayah yang sedia ada dan berusaha dalam melaksanakan hudud atau sekurang- kurangnya membenarkan negeri Kelantan menikmati undang-undang yang mendatangkan keberkatan ini.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga Mei 2013 bayaran tunai wang ihsan adalah berjumlah RM142.55 juta dan sebanyak RM100 juta lebih telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dengan membelakangkan peranan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat. Saya memohon penelitian dibuat terhadap tatacara pengagihan wang ihsan ini dan sekali lagi menyuarakan suara jutaan rakyat Kelantan yang mahukan pembayaran royalti bukannya wang ihsan. Puluhan ribu rakyat Kelantan keluar ke jalanan dalam himpunan kebangkitan rakyat bagi menuntut royalti. Adakah kerajaan pekak, tidak mendengar jutaan jeritan rakyat untuk menuntut royalti ini?
Tuan Yang di-Pertua, Bachok merupakan sebuah bandar yang disebut sebagai bandar pelancongan Islam tentunya akan membantu merancak industri pelancongan negara jika pakej-pakej pelancongan Islam diberi perhatian oleh kerajaan. Adalah dicadangkan dengan kerjasama kerajaan negeri dibangunkan pantai khas untuk golongan wanita yang belum ada lagi dalam negara kita. Jika di negara lain boleh menyediakan pantai khas untuk pelancong ingin berbogel, Pantai Irama Bachok boleh terkenal dengan pantai yang meraikan hak kaum wanita untuk berkelah dengan penuh kesopanan. Ini sebagai penerusan dasar Kelantan yang terus menerus membela wanita seperti kemudahan cuti bersalin 90 hari dan yang terbaru sebulan bagi wanita yang kematian suami pertama. Produk-produk pelancongan yang lain juga yang bercirikan dan berkonsepkan Islam perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani kegagalan Kerajaan BN menangani peningkatan jenayah sebelum ini, Bajet 2014 dirangka oleh kerajaan yang gagal sama melalui teras kelima, menyejahterakan kehidupan rakyat dengan peruntukan RM8.8 bilion kepada polis. Adalah malang bagi anggota polis di bawah Kerajaan BN yang terpaksa membahayakan nyawa mereka dalam menghadapi penjenayah kerana kegagalan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan BN dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebelum akhirnya saya nak menyentuh tentang beberapa akta perlu disemak oleh pihak kementerian sebagaimana prinsip yang diajar oleh Islam. Pernah satu ketika, ‘Kerajaan Mamalik’ (Mamluk) yang berdepan dengan serangan tentera Salib telah meminta para ulama mengeluarkan fatwa supaya membolehkan kerajaan mengutip cukai daripada rakyat sebagai persiapan menghadapi serangan yang besar. Ramai di kalangan ulama yang mengeluarkan fatwa tentang keadaan tersebut. Ada di kalangan ulama yang tak sempat minta keluar fatwa, sudah keluar fatwa. Itu biasalah yang kaki bodek tetapi ketegasan Al-Imam An-Nawawi Rahimullah mengatakan bahawa sebelum kerajaan mencekik rakyat dengan pelbagai tekanan cukai ini, maka hendaklah diselidiki harta kekayaan negara yang menjadi kemewahan kadang-kadang sesetengah kepimpinan pemimpin untuk dijual harta tersebut. Kalau tak cukup, barulah boleh untuk dikenakan cukai kepada rakyat. Ini sebahagian daripada keadilan yang ada dalam Islam. Saya nak merujuk kepada satu akta yang sudah lapuk dan lama yang sangat merugikan kita iaitu levi kenderaan barang-barang, Akta Levi Kenderaan 1983 yang diwujudkan pada zaman Yang Berhormat Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan. Ini anak Kelantan yang barangkali juga makan budu seperti kita. Akta ini sangat merugikan kita. Bayangkan daripada GST Kerajaan Singapura mendapat RM1 bilion keuntungan tetapi kita masih lagi ketinggalan untuk mendapat hasil daripada akta ini. Malangnya kita hanya mampu RM147.108 juta pada tahun 2008 dan kita mendapat hasil RM141.15 juta pada tahun 2009 melalui levi kenderaan barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan Malaysia. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan bertahun-tahun? Sepatutnya pihak kementerian membuat penelitian kepada akta-akta ini dan dijangka kalau sekiranya akta ini dipinda, kita akan mendapat hasil pertambahan sebanyak RM200 juta. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan masa terbatas ini saya juga hendak menyebut tentang peruntukan kepada penaiktarafan IPK, IPD dan balai polis bagi memperkasakan polis adalah sangat penting dan patut dipuji jika ianya dibuat sebagaimana keperluan sebenar sebanyak RM128 juta. Namun pemerhatian yang dibuat oleh pihak saya terhadap pembinaan Balai Polis Tawang di Bachok, terdapat banyak kelemahan yang sebenarnya tidak membantu usaha kerajaan mencegah jenayah...
Ya, sila gulung.
Balai polis nampak cantik tetapi sistem pencahayaan yang dibuat seakan-akan sebuah taman, bukan untuk betul-betul menjaga ciri-ciri keselamatan sebagaimana cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu belajar daripada tragedi yang pernah berlaku iaitu kehilangan rampasan dadah bernilai RM1 juta daripada bilik bahan bukti di IPK Johor pada tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memetik untuk menyebut tentang masalah penyeludupan senjata dan juga keluar masuk penjenayah di kawasan sempadan Kelantan.
Ingin saya beri perhatian Menteri Dalam Negeri ada mencadangkan zon keselamatan sepanjang sempadan Kelantan-Thailand. Sekali lagi Kerajaan BN cuba mengambil pendekatan berbelanja besar dan mencari peluang membuat duit. Cadangan yang lebih praktikal dalam kawalan sempadan mungkin boleh ditiru sebagaimana kaedah keselamatan Thailand yang menyediakan bangsal panas yang murah dengan sebuah meja dan beberapa kerusi. Mana-mana orang yang melintasi sempadan melalui laluan pangkalan haram diminta menunjukkan hanya kad pengenalan dan ini barangkali boleh menjimatkan kos dan duit rakyat. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya yang terakhir saya nak sebutkan Menteri Dalam Negeri mahu kerjasama kerajaan negeri dalam cadangan zon keselamatan. Dalam keadaan kerajaan pusat membuang Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, ini saya rasa perlu dipertimbangkan semula dan perlu dirasionalkan juga. Kerajaan Pusat mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam keadaan arahan dikeluarkan kepada setiap balai polis di Kelantan supaya diturunkan gambar Menteri Besar. Ini sebuah perkara dan...
Ya, Yang Berhormat Bachok.
...Saya rasa itu sahaja yang saya ingin sebut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Masjid Tanah, 10 minit ya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama membahaskan tentang Belanjawan 2014. Saya menyentuh empat isu, yang pertamanya berkenaan dengan isu golongan wanita. Selaras dengan Manifesto Barisan Nasional yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Barisan Nasional telah berjanji untuk menguatkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja dan menggalakkan kesaksamaan gender bagi memaksimumkan potensi wanita untuk menambah baik usaha kerajaan yang sedia ada menambah bilangan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor korporat. Saya berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil kira satu fakta asas iaitu majikan pada hari ini apabila diberi pilihan antara pekerja lelaki atau wanita, maka mereka akan memilih dalam lingkungan usia tertentu dan semestinya majikan akan memilih golongan lelaki. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi contoh. Apabila seorang wanita dalam lingkungan usia 20 tahun hingga 40 tahun datang untuk sesi temu duga, majikan boleh menjangkakan beberapa perkara. Mereka baru berusia di awal 20 tahun, akan berkahwin dan seterusnya majikan akan berfikiran bahawa mereka akan mengandung dan akan melahirkan anak. Ini bermakna mereka akan mengambil cuti bersalin selama dua bulan. Ini tidak termasuk lagi cuti-cuti yang akan diambil oleh mereka sepanjang tempoh kehamilan. Sebagai contoh, cuti bagi mendapatkan rawatan pre natal, post natal dan juga cuti kerana morning sickness. Kesimpulannya jumlah cuti yang akan diambil oleh golongan wanita amat panjang sepanjang tempoh kehamilan mereka. Ini bermakna bahawa jika majikan mengupah seorang lelaki, dia akan membayar 12 bulan gaji untuk nilai 12 bulan bekerja. Manakala sekiranya majikan tersebut mengupah seorang pekerja wanita di dalam lingkungan 20 tahun ke 40 tahun tadi, dia akan membayar 12 bulan gaji untuk hanya nilai 10 bulan bekerja, nilai 10 bulan itu setelah ditolak dengan pelbagai cuti sepanjang tempoh kehamilan seorang pekerja wanita. Pada situasi lain pula sebagai contoh, sekiranya sesebuah syarikat berhasrat untuk memberi bonus dua bulan gaji kepada pekerja-pekerja mereka, majikan tersebut tidak boleh mendiskriminasikan dan akan terpaksa membayar bonus tersebut kepada semua pekerja. Ini bermakna majikan itu akan terpaksa membayar pekerja wanitanya dengan nilai 14 bulan gaji tetapi hanya untuk 10 bulan tempoh bekerja. Sekira berfikiran waras, majikan
mana yang mahu membayar pekerja mereka dengan nilai 14 bulan gaji tetapi hanya untuk 10 bulan bekerja.
Jadi secara logiknya jika majikan mempunyai pilihan antara pekerja lelaki atau wanita sudah pasti secara logiknya mereka akan mengambil golongan lelaki. Bagi majikan ini bukanlah sebab mereka ingin mendiskriminasikan golongan wanita tetapi hanya mengambil langkah yang paling logik. Oleh itu pada pandangan saya apabila kerajaan mengenakan sistem kuota, cara ini akan menjadi salah satu penyelesaian bagi menyelesaikan masalah bilangan wanita yang bekerja di syarikat-syarikat tertentu tetapi tidak akan menyelesaikan masalah wanita di tempat kerja yang masih minoriti terutamanya dalam tingkat membuat keputusan. Potongan cukai dua kali telah diberikan kepada majikan yang telah mengambil bekerja bagi pekerja OKU. Ada juga majikan yang memberi biasiswa kepada pelajar yang mengikuti diploma atau ijazah sarjana muda. Saya suka mencadangkan supaya kerajaan menyediakan insentif cukai sama ada potongan dua kali atau apa-apa bentuk pelepasan cukai dan ini akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja majikan tetapi kepada pekerja juga. Masalah dengan meletakkan kuota atas majikan akan menjadi isu penguatkuasaan tetapi dengan insentif cukai yang diberikan, syarikat-syarikat akan digalakkan untuk mengupah pekerja wanita. Saya juga mencadangkan bahawa langkah yang sama dilakukan kepada majikan yang mengambil golongan wanita lingkungan 20 tahun kah 40 tahun untuk bekerja yang akan diberikan insentif cukai oleh kerajaan. Walaupun ini bukan kelihatan seperti satu langkah yang radikal tetapi tetap akan mengubah kehidupan seseorang. Semakin hari semakin ramai majikan akan mengambil golongan wanita untuk bekerja malah mereka akan mungkin secara sukarela dan mahu untuk mengambil golongan wanita untuk bekerja tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Keduanya berkenaan dengan isu pemuliharaan alam sekitar dan perusahaan sumber. Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menekankan isu tentang pemuliharaan alam sekitar khususnya penjimatan tenaga. Pemuliharaan alam sekitar adalah amat penting bagi menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi generasi masa kini dan juga akan datang. Salah satu langkah yang bijak diambil oleh kerajaan yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2014 adalah galakan elaun cukai pelaburan dan pengecualian cukai pendapatan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau. Ini bukan perkara baru tetapi telah dilaksanakan sejak tahun 2001 lagi dan merupakan satu idea yang bernas yang diperkenalkan oleh kerajaan. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kurangnya sekatan terhadap insentif ini. Antara faktor tersebut ialah prosedur yang kurang jelas, proses permohonan yang kurang mesra perniagaan dan kriteria penilaian yang kurang konsisten dan juga telus. Antara cadangan-cadangan saya kepada pihak kementerian adalah bagi menambah baik kekurangan tersebut ialah pertamanya, kementerian hendaklah membangunkan dan melaksanakan prosedur yang lebih mesra perniagaan, telus dan tidak mengambil tempoh masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan. Kementerian juga membangunkan mekanisme untuk memantau keberkesanan setiap projek yang diluluskan. Oleh itu saya berharap agar pihak kementerian akan dapat mempertimbangkan cadangan ini sekali gus dapat menambah baik kekurangan agar keberkesanan insentif yang dilaksanakan akan dapat dirasai oleh masyarakat. Selain daripada pelepasan cukai, kerajaan juga menubuhkan Yayasan Hijau dan sebanyak RM15 juta dana akan disalurkan. Yayasan Hijau Malaysia seperti yang diumumkan tahu akan berfungsi sebagai satu badan yang akan mempromosi, meningkatkan penyertaan badan- badan korporat, awam dan masyarakat terhadap teknologi hijau. Penubuhan yayasan tersebut merupakan langkah bijak dalam merealisasikan komitmen kerajaan dalam teknologi hijau. Namun begitu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki kerana kita telah mempunyai beberapa agensi yang hampir sama seperti
Malaysian Green Tech Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan SEDA Malaysia. Kerajaan saya rasa perlu fokus dalam memastikan agensi yang sedia ada dan dapat melaksanakan fungsi mempromosi serta membangkitkan kesedaran bagi membangunkan teknologi hijau. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, di manakah road map atau pun Pelan Induk Teknologi Hijau Nasional yang telah dimulakan kajian dan pembangunan sejak tahun 2010 oleh KeTTHA. Dalam memastikan agensi yang sedia ada ini berfungsi dengan lebih efisien, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan: (i) peruntukan RM15 juta yang dicadangkan agar diagihkan kepada organisasi-organisasi mengikut merit kepakaran; (ii) target group perlu dikenal pasti untuk program-program promosi dan juga pembangunan; dan (iii) agar kita menetapkan KPI. Seterusnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan pelaksanaan audit, tenaga dan pemasangan retrofit di bangunan-bangunan kementerian. Bagi memasang solar panel di bumbung-bumbung kementerian serta menggantikan lampu sedia ada dengan lampu LED pada pandangan saya merupakan langkah yang bagus dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga. Ini bermaksud mengurangkan pencemaran disebabkan pengurangan sumber yang digunakan seperti minyak dan arang batu bagi menjana kuasa elektrik dan ini bermaksud kurang karbon dioksida yang dilepaskan...
Yang Berhormat Masjid Tanah, boleh gulung.
Saya hendak beri pantun. Anak Cina makan tauge, Makan tauge dengan kurma, Kalau Yang Berhormat Tanjong Karang dapat lebih, Bagilah Masjid Tanah sama. Seperti contoh bagi audit tenaga, kos untuk mengaudit setiap bangunan adalah dalam lingkungan RM150,000 hingga habis RM300,000 bagi setiap bangunan. Manakala kos bagi setiap kerja retrofit untuk penjimatan tenaga agak tinggi bagi mencapai penjimatan yang maksimum. Jumlah kos ini adalah berdasarkan audit-audit tenaga yang dijalankan di bangunan kerajaan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang SPRM. Usaha kerajaan untuk menubuhkan Unit Pengurusan Integriti bagi memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri-ciri etika kerja yang profesional dalam membasmi rasuah dan pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi seharusnya dipuji dan digalakkan. Itu sebab saya melihat pendekatan baru ini sebagai langkah yang seimbang memerangi rasuah seluruh dan juga holistik. Saya mencadangkan agar semua agensi, jabatan dan kementerian melaksanakan penubuhan Unit Pengurusan Integriti secepat yang mungkin tidak kira kadar risiko yang membebani mereka sama ada kecil atau besar setiap agensi awam perlu mengadakan Unit Pengurusan Integriti ini. Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam perlu mengadakan satu jadual pelaksanaan penubuhan atau time line yang khusus bagi memantau penubuhan unit ini. Diharap Unit Integriti ini turut diwujudkan sektor swasta dalam memastikan pembentukan sebuah masyarakat yang kukuh. Ciri-ciri moral dan etika dengan para warga yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Sektor swasta juga perlu mengambil langkah ke arah ini. Dewan-dewan perniagaan, persatuan perniagaan, badan profesional yang mewakili swasta juga perlu bergandingan dengan kerajaan dan juga SPRM dalam hal ini. Tahun lepas kerajaan telah meluluskan peningkatan tahunan sebanyak 150 jawatan sehingga keanggotaan pegawai SPRM mencapai 5,000 orang. Saya berpendapat
langkah menambah pengambilan dan penempatan pegawai siasatan dan Timbalan Pendakwa Raya terlatih di SPRM perlu ditingkatkan. Saya mengesyorkan agar 150 jawatan ini dikaji semula dan dinaikkan kepada 200 jawatan setahun bagi memperkasakan SPRM dalam usaha memerangi rasuah. Peningkatan...
Ya, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Kejap, kejap Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Peningkatan dalam tempoh yang pendek sangat perlu memandangkan usaha melatih dan meningkatkan kemahiran modal insan atau warga kerja akan mengambil masa yang lama. Isu saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya perlu bawakan iaitu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menaikkan sebanyak 30% cukai terhadap perumahan yang dijual kurang daripada tiga tahun. Saya mempunyai sahabat yang ingin membeli hartanah di Alor Gajah tetapi apabila dia membeli katanya sudah habis dijual. Apabila diselidik terdapat seorang pembeli yang membeli lapan biji rumah di situ. Mungkin kerajaan boleh mengkaji selain daripada menaikkan cukai bagi tempoh tiga tahun melepaskan untuk dijual dalam 30%. Kerajaan juga boleh mengkaji mengenai pemaju-pemaju sama ada mereka boleh memilih untuk melaksanakan kuota bumi kepada fasa-fasa tertentu yang tentunya bukan fasa yang terbaik. Keduanya, mengkaji kebenaran untuk individu membeli unit yang begitu banyak yang tentunya untuk tujuan pelaburan dan memanipulasikan harga. Saya juga mencadangkan supaya pihak kementerian untuk mengadakan satu sistem database bagi pemilikan harta tanah di Malaysia agar dapat mengesan pembeli yang membeli lebih daripada satu. Cadangan saya yang keempat atau terakhir Tuan Yang di-Pertua agar diadakan dasar rumah tidak boleh dijual kali kedua semasa dalam pembinaan kerana terdapat apabila dipecahkan tanah, dijual dan apabila di dalam tempoh pembinaan rumah itu dijual buat kali kedua dan dengan harga yang melambung. Kita khuatir ramai orang muda yang tidak peka hal ini akan menjadi mangsa kepada manipulasi harga yang dimanipulasikan oleh orang-orang tertentu sahaja. Masjid Tanah mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2014. Tuan Yang di-Pertua, pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13 ini, Tuan Yang di-Pertua mulakan persidangan ini dengan perkataan, “Ubah, ini kalilah!” Saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain menyokong penuh demi harapan Parlimen Malaysia satu hari nanti akan menjadi tahap first world Parliament yang selalu dicakapkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, sehingga hari ini kita masih tidak nampak sebarang perubahan yang jelas, baik semasa persidangan ataupun atas kemudahan-kemudahan Parlimen kita yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya berpeluang bersama Ahli-ahli Yang Berhormat lain daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat melawat The National Assembly of Republic of Korea iaitu Parlimen Korea. Di dalam perbincangan dengan Ahli- ahli Yang Berhormat iaitu MP-MP mereka, saya dapati banyak perbezaan di antara sistem parlimen mereka dengan sistem kita. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini perbezaan yang utama dari sistem Parlimen Korea untuk rujukan dan pertimbangan Parlimen kita. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Korea mempunyai 300 orang Ahli Parlimen- 246 ahlinya dipilih mengikut kawasan masing-masing dan 54 ahli lagi dilantik melalui sistem
proportional representation yang pagi ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya masih ingin minta pertimbangan oleh pihak Parlimen mengenai sistem ini. Penggal jawatan mereka ialah empat tahun. Parlimen Korea mempunyai seorang Speaker dan dua orang Timbalan Speaker yang salah seorangnya mesti datang daripada pembangkang. Penggal mereka hanya dua tahun dan selepas itu Speaker baru perlu dipilih semula oleh Ahli Parlimen sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Korea mempunyai tiga peringkat persidangan - plenary, committee dan negotiation groups. Plenary persidangan itu ialah untuk semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dan mereka yang buat keputusan akhir. Mereka juga mempunyai 16 jawatankuasa untuk meneliti dan mengkaji bil-bil yang akan dibentang di plenary persidangan. Dua permanent special committee iaitu jawatankuasa yang khas. Satu untuk bajet dan akaun dan satu lagi untuk ethics. Negotiation group - mereka ini boleh ditubuhkan oleh parti yang mempunyai 20 orang Ahli Parlimen atau lebih. Tidak cukup ini parti yang tidak mempunyai Ahli Parlimen yang cukup iaitu 20 orang boleh bercampur dengan Ahli Parlimen yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan kemudahan, keistimewaan dan sokongan Parlimen Korea kepada Ahli Parlimen mereka. Bukan sahaja mereka mempunyai blok Pejabat Ahli Parlimen iaitu setiap Ahli Parlimen ada bilik sendiri dan juga ada tujuh pegawai atau penasihat yang ditanggung oleh kerajaan. Mereka juga mempunyai dua intern. Saya berasa segan untuk bertanya apakah elaun atau keistimewaan yang diberi kepada Ahli Parlimen mereka. Saya hanya dengar mereka katakan they are very well paid and taking care of- Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat sudah sampai masanya kerajaan perlu mengkaji semula sistem Parlimen kita. Yang baik kita perlu tambah baikkan, yang lemah atau yang outdated perlu kita betulkan. Kemudahan, keistimewaan dan sokongan kepada Ahli Parlimen kita perlu ditingkatkan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen menjalankan tugas masing-masing dengan lebih baik dan juga perbahasan dalam Dewan yang lebih berkualiti dan berhasil. Tuan Yang di-Pertua untuk menggerakkan industri penerbangan dengan harapan Malaysia akan menjadi hab penerbangan di rantau ini. Saya juga harap impian ini akan menjadi satu kenyataan. Akan tetapi, saya ingin tanya adakah pihak kementerian sudah menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap setiap lapangan terbang di seluruh negara? Saya berpendapat projek menaik taraf seluruh lapangan terbang yang sedia ada mesti mengambil kira tentang kos yang akan terlibat, pulangan dan kegunaan lapangan terbang tersebut. Kalau tidak berhati-hati, kemungkinan akan terjadi satu projek gajah putih dan satu pembaziran wang rakyat. Saya ingin bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Lapangan Terbang Batu Berendam di negeri Melaka. Amat jelas apa yang di janji oleh kerajaan negeri tidak dapat ditunaikan. Selepas membelanjakan RM234 juta untuk menaik taraf dan memanjangkan landasan, sedihnya pada masa kini hanya lima kali penerbangan satu minggu oleh satu airlines sahaja iaitu Lion Air. Apa telah terjadi terhadap janji bahawa AirAsia sudah setuju dan sudah tandatangani MoU untuk menggunakan Lapangan Terbang Batu Berendam dengan Airbus A320. Apa telah terjadi dengan Firefly yang akan mendarat dengan Boeing 737? Bagaimana dengan janji yang akan menjadikan Lapangan Terbang Batu Berendam ini satu hab untuk pekerja asing datang atau pulang dari negeri-negeri selatan? Kita masih tidak belajar dari kesilapan ini kah? Bukankah hanya tidak cuba mencari lebih airlines untuk menggunakan lapangan terbang yang sedia ada? Kerajaan Negeri Melaka beberapa minggu yang lepas menyatakan mereka hendak minta peruntukan dari pusat untuk memanjangkan landasan lagi bagi Airbus A380. Saya ingat kemudahan yang sedia ada cukuplah. Kita cukup canggih. Cukuplah jika kita dapat mewujudkan lebih destinasi tempatan di antara bandar-bandar di Malaysia, Sabah dan Sarawak - saya ingat cukup. Saya ingin tanya kementerian selepas Bandaraya Melaka dan Georgetown sudah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia, mengapa sampai hari ini kita masih tiada pakej pelancongan yang menggabungkan Bandaraya Melaka dengan Georgetown? Mengapa kita
masih tidak ada direct flight di antara Melaka dengan Pulau Pinang? Sampai hari ini apakah usaha oleh pihak kementerian dan kedua-dua kerajaan negeri untuk memulakan flight di antara kedua-dua bandar raya ini? Saya ingat ini akan dapat membawa hasil pendapatan kepada kedua-dua negeri terutamanya dalam sektor pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan telah menjana pendapatan yang lumayan dan berpotensi untuk dipertingkatkan lagi. Negeri Melaka salah satu negeri yang amat bergantung kepada sektor ini. Tanpa hasil dari sektor pelancongan, Melaka akan jadi sebuah negeri yang miskin.
Negeri Melaka kaya dengan tinggalan sejarah dan kebudayaan berbilang kaum. Inilah sebab dan keistimewaan bandar ini menjadi bandar raya warisan. Saya harap kementerian mesti mengawal dengan baik tentang sebarang pembangunan dan pembinaan di kawasan sejarah supaya ia tidak menjejas atau merosakkan nilai sejarah yang tidak dapat dikembalikan. Saya amat hairan bagaimana terdapat kelulusan membina bangunan- bangunan tinggi di kawasan Zon ‘A’. Adakah ia dapat kelulusan daripada UNESCO atau dari Muzium Negara atau dari Pusat? Siapakah kita akan salahkan jika kedudukan bandar raya warisan Melaka ini dibatalkan satu hari akan datang? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu bagaimana dengan kawal seliaan. Adakah sebarang teguran daripada UNESCO atau daripada badan-badan tertentu? Saya juga ingin tanya, apakah kerja pemulihan dan penyelenggaraan ke atas Gereja Saint ‘Laurent’ yang nampaknya sudah tertinggal? Gereja ini dibina pada tahun 1700 dan merupakan salah satu gereja yang paling tua di rantau ini. Harap kementerian akan ambil berat tentang perkara ini dan saya juga ada bawa satu soalan dan minta mungkin dapat satu jawapan yang lebih jelas. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir, Dewan yang mulia ini dimaklumkan 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh tiga tahun dengan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Saya ingin tanya tentang syarat-syarat mengenai pembinaan menara pemancar telekomunikasi iaitu tentang tapak pembinaannya, strukturnya, jarak dengan kawasan kediaman. Bolehkah ia dibina dalam kawasan sekolah atau di kawasan surau? Ini kerana di negeri Melaka kita terima aduan dan memang ada pembinaan menara ini di kawasan sekolah dan juga di kawasan surau. Saya juga hendak tanya, adakah kawasan balai raya, bilik bacaan ini boleh dibina menara ini? Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kota Melaka, gulung.
Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan sungguhpun kita hendak liputan internet ini untuk luar bandar tetapi tidak boleh kita mengabaikan kesihatan dan kepentingan warga di luar bandar juga. Ini kerana aduan yang saya terima iaitu pembinaan menara ini terutama di luar bandar ini ada banyak tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dengan itu, saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya. Yang Berhormat Kangar, 10 minit ya. Mike tekan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya menyertai perbahasan belanjawan tahun 2014 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 Oktober yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, bajet pada kali ini dengan slogan, “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji.” Sesungguhnya, saya menyokong Bajet 2014 yang matlamat keseluruhannya memakmurkan negara dan menyejahterakan rakyat. Lima teras utama digariskan iaitu yang pertama, “Merancak aktiviti ekonomi.” Saya berterima kasih dengan projek terbaru di Koridor Utara iaitu projek tanaman
ladang komersial dan sistem fertigasi yang akan dilaksanakan. Persoalannya, sejauh manakah Perlis terlibat dalam projek-projek tersebut di bawah Koridor Utara? Mohon pihak berkenaan menyenaraikan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan di negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, keperluan pembangunan untuk rakyat di kawasan utara, mohon diberi perhatian. Peluang pekerjaan di negeri Perlis amat terhad. Perlis mempunyai kemudahan kawasan-kawasan industri tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Ia amat merugikan sedangkan rakyat perlu kepada kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan. Saya ingin memohon penjelasan pihak Halal Industry Development Corporation atau HDC, apakah status Projek Halal Hab di Padang Besar, Perlis yang dahulunya hampir menjadi kenyataan tetapi senyap sehingga sekarang? Perlis juga berpotensi sebagai destinasi pelancongan di kawasan utara tetapi ia perlu dinaik taraf supaya menjadi tarikan pelancong ke negeri Perlis. Kuala Perlis dan bandar Kangar perlukan pengindahan dan keperluan parking bertingkat. Mohon kementerian memberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2014, kerajaan masih mengekalkan pelbagai subsidi untuk kesejahteraan rakyat. Akan tetapi yang sedihnya, subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia dialirkan secara haram ke negara jiran oleh kegiatan- kegiatan penyeludupan. Aktiviti penyeludupan diesel, petrol dan barangan bersubsidi masih berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand. Beberapa agensi penguat kuasa ada di mana- mana di sekitar sempadan tetapi aktiviti penyeludupan masih lagi berlaku. Siapa yang menjadi dalangnya? Siapa yang menutup mata? Siapa yang pekakkan telinga? Apakah langkah-langkah pihak yang berwajib bagi membanteras kegiatan penyeludupan di sempadan? Tuan Yang di-Pertua, projek pembangunan dan pertanian berjalan agak lancar di negeri Perlis. Akan tetapi, beberapa projek yang dilaksanakan kurang memberi keuntungan kepada rakyat negeri Perlis. Sebagai contoh, saya ambil satu projek iaitu projek pengairan oleh JPS di Mukim Wang Bintong, Kangar, tidak dapat sehingga sekarang membekalkan air kepada petani untuk tujuan mengerjakan sawah. Sebaliknya petani masih mengharapkan air hujan untuk mengerjakan sawah. Jadi, apa faedah yang petani dapat dengan projek pengairan dan sistem pam yang bernilai RM7 juta tersebut? Beberapa jalan lintasan pula menyebabkan aliran air tersekat semasa hujan lebat dan akan menyebabkan tanaman padi tenggelam. Harapan rakyat Perlis agar selepas ini setiap projek perlulah dikaji secara mendalam, secara teliti daripada segi reka bentuknya dan praktikalnya supaya akhirnya projek tersebut tidak mendatangkan masalah kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Perlis berterima kasih kepada Kerajaan Pusat di atas peruntukan Projek Tebatan Banjir Lencongan Timah Tasoh yang dalam pembinaan yang mana sungai sepanjang 22.8 kilometer dari Empangan Timah Tasoh ke Kuala Perlis. Di sepanjang laluan tersebut, terdapat 23 buah rumah yang terbabit dengan perpindahan dan tanah bendang juga terlibat dengan pengambilan. Mereka yang terlibat telah diberi pampasan tetapi bagi mereka yang terlibat dengan rumah kediaman, adakah pihak kerajaan menyediakan kawasan untuk penempatan semula? Jadi, mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan perancangan untuk pembangunan usahawan terutamanya yang berkaitan dengan memajukan perusahaan kecil dan sederhana. Di Perlis terdapat beberapa kawasan industri seperti kawasan industri Kuala Perlis, Jejawi, Chuping dan Padang Besar. Saya berharap agar kawasan industri ini dibangunkan kerana pada masa sekarang, industri di Perlis agak lembap dan tiada aktiviti. Pelabur pun tidak mahu melabur di Perlis menyebabkan banyak ruang industri dan IKS kosong tanpa sebarang aktiviti.
Saya amat berharap agar MITI, MIDA dan pihak-pihak yang berkenaan memberi perhatian untuk membangunkan industri dan IKS di negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan teras keempat iaitu mempergiat pembangunan di luar bandar. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengumumkan dalam Bajet 2014 untuk membangunkan sebuah UTC di negeri Perlis. Rakyat Perlis menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berharap agar pembinaan UTC di negeri Perlis menjadi kenyataan.
Terima kasih juga kepada kerajaan yang memperuntukkan sejumlah RM179 juta untuk membina dan membaik pulih sebanyak 20,000 unit rumah di seluruh Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Keperluan rakyat sememangnya di kawasan luar bandar adalah keperluan asas seperti perumahan, bekalan utiliti dan peluang-peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan teras yang kelima iaitu menyejahterakan kehidupan rakyat. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi membantu golongan-golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Saya mohon pihak kerajaan dan swasta memperbanyakkan lagi pembinaan rumah kos rendah dan sederhana. Di negeri Perlis, keperluan rumah bertambah dari semasa ke semasa terutamanya yang melibatkan rumah kos rendah dan sederhana. Rakyat Perlis perlukan lebih banyak pembinaan Rumah Mesra Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Mohon pihak berkenaan menyatakan berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat dan PPR yang dirancang untuk dibina untuk dua tahun yang akan datang. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian berkenaan dengan isu-isu GST. Hutang kerajaan yang berada pada kadar 53% daripada KDNK negara. Jadi pada dasarnya negara memerlukan suntikan pendapatan yang lebih baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Cadangan kerajaan untuk melaksanakan GST dengan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah usaha-usaha kerajaan untuk menghasilkan satu sistem kutipan cukai yang lebih efisien. Saya faham pelaksanaan GST ini bukan sesuatu yang popular. Akan tetapi sebagai kerajaan bertanggungjawab melihat keperluan dan kepentingan semua pihak, kerajaan harus meneruskan juga pelaksanaannya. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita mesti menterjemahkan rasa tanggungjawab tersebut dengan menyokong pelaksanaan GST ini. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Bajet 2014 adalah satu bajet yang berani dan berhemah bagi merealisasikan transformasi kerajaan secara keseluruhannya. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Padang Serai. Sorry, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya sanjung dan hormati. Selamat tengah hari, ‘vanakam’ dan salam reformasi. Saya mengambil bahagian untuk perbahasan Bajet 2014 bagi memartabatkan suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini. Bajet 2014 ini wajar dibahaskan dan tidak boleh ditimbang dengan mudah dan dilengah-lengahkan. Malaysia kini mempunyai asas ekonomi yang sedang lemah dan menekan rakyat. kekayaan yang disalurkan melalui Dasar Ekonomi Baru hanya diraih oleh Barisan Nasional dan sekutunya. Mereka inilah yang menolak reformasi. Apa maksud reformasi untuk Kerajaan Barisan Nasional? Reformasi untuk Kerajaan Barisan Nasional bererti memberhentikan rompakan mereka terhadap hasil kerajaan dan negara. Ketika inilah ketuanan Melayu menjadi laungan keramat dan talian hayat bagi memastikan mereka kekal. Namun, kerajaan menterjemahkan kelemahan ekonomi hasil rompakan ini ke dalam satu bentuk bajet yang kemudian dipaksa untuk diterima oleh rakyat. Mereka meminggirkan kos sara hidup yang menjadi asas langsung kehidupan. Malah kemudian menyalahkan pusingan ekonomi global bagi membebaskan diri mereka daripada dipersalahkan. Defisit fiskal yang disasarkan turun sebanyak 4% tahun ini seakan- akan sukar dicapai. Urus tadbir kerajaan lebih gemar mengurangkan subsidi untuk rakyat di sebalik memerangi rasuah serta ketirisan yang menjadi punca defisit fiskal yang mencecah 41 kali sejak tahun 1970. Ini yang menyebabkan kerajaan sentiasa menganjurkan bajet
tambahan. Apabila pendapatan tidak dapat menyamai perbelanjaan, sudah tentu defisit fiskal sentiasa berlaku. Perbelanjaan Mengurus sesuatu projek lebih tinggi dari anggaran awal. Sudah juga pasti terdapatnya pembaziran dan korupsi. Oleh yang demikian, saya yakin kerajaan tidak mampu mengurangkan defisit fiskal walaupun disasarkan/dikurangkan sehingga 4% berbanding 4.5% mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini boleh dikatakan tinggi apabila dibandingkan dengan beberapa buah negara lain seperti Indonesia - 1.2%; Singapura - 1.3%; Korea Selatan - 1.5%; Thailand - 1.5%; Taiwan - 2.3%; dan Vietnam - 2.6%. Ini melalui sumber Bank Dunia pada tahun 2011, so kita memang ketinggalan jauh. Ini boleh dikatakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini akan menyelaraskan kutipan cukai, namun akan membebankan golongan pertengahan dan miskin. Pelaksanaan GST memerlukan mekanisme yang terbaik bagi membolehkan golongan pertengahan dan miskin tidak dibebankan apabila dilaksanakan kelak. Jika kerajaan benar-benar ikhlas, benar-benar telus dalam usaha mereka untuk meningkatkan tahap ekonomi negara, mekanisme yang terbaik Tuan Yang di-Pertua ialah dengan mengawal ketirisan dan kebocoran pendapatan negara, bukan dengan mencekik, menderita dan menganiaya rakyat semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit tentang Kementerian Belia dan Sukan. Sejumlah RM200 juta diperuntukkan untuk menaik taraf dalam melaksanakan pendekatan dua shift di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Antara bidang latihan yang telah dikenal pasti merangkumi automotif, penyelenggaraan marin, kimpalan dan pendawaian elektrik yang manfaat lebih 15,000 pelatih IKBN di seluruh negara. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, tetapi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan IKBN pada tahun 2014 telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun 2013. Saya ingin penjelasan mengapa pengurangan ini telah berlaku? Kedua, bagi pembangunan sukan negara pula, sejumlah RM239 juta diperuntukkan untuk menguruskan kecemerlangan sukan. Dalam kata lain, menaik taraf kompleks sukan, program perintis pengenalpastian bakat dan menggilap kemahiran jurulatih. Tuan Yang di-Pertua, yang ini juga perbelanjaan pengurusan pembangunan sukan ini telah dikurangkan sebanyak RM8.4 juta iaitu daripada RM35.3 juta pada tahun 2013 menurun kepada RM26.9 juta pada tahun 2014 iaitu penurunan sebanyak 26%. Saya perlukan penjelasan mengapa pengurangan sebegini berlaku. Saya juga ingin penjelasan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, adakah Kerajaan Barisan Nasional ingin bermain politik dalam bidang sukan? Ini jelas apabila Belanjawan 2013 amat tinggi tetapi turun mendadak untuk tahun 2014. Adakah Belanjawan 2013 untuk sukan hanya semata-mata menarik undi golongan muda? Jika tidak, apakah rasional penurunan Bajet 2014 yang begitu ketara. Minta penjelasan. Saya juga ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua mengenai kenyataan akhbar dicetak dalam BERNAMA. Sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mengumumkan bajet pada 25 Oktober tempoh hari, ini saya petik daripada petikan yang ada di depan saya.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin, beliau berharap mendapat peruntukan menerusi Belanjawan 2014, mampu membiayai tiga aspek utama yang dititikberatkan oleh kementerian itu bagi meneruskan kesinambungan pembangunan belia dan sukan di negara ini. Yang Berhormat Khairy Jamaluddin berkata aspek berkenaan mencakupi: (i) bidang pendidikan vokasional yang melibatkan transformasi IKBN; (ii) tumpuan terhadap pembangunan belia; dan
(iii) menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara. Saya ingin bertanya soalan ini secara khusus kepada Menteri Kewangan. Adakah bajet yang diperuntukkan untuk Kementerian Belia dan Sukan mencakupi ketiga-tiga elemen yang telah diminta oleh Kementerian Belia dan Sukan? Itu soalan saya. Pada waktu yang sama, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang manifesto Pakatan Rakyat, belanjawan Pakatan Rakyat yang menitik beratkan Kementerian Belia dan Sukan. Komitmen Pakatan Rakyat adalah seperti: (i) menganjurkan program bimbingan kerjaya untuk belia dan kerjasama antara majikan; (ii) menggalakkan semua majikan sektor awam dan swasta untuk menyediakan latihan praktikal dan industri; (iii) menganjurkan program hari kerjaya peringkat kebangsaan dengan lebih kerap dengan bengkel keusahawanan; (iv) menubuhkan pusat pekerjaan di setiap daerah untuk memudahkan penempatan kerja jangka masa panjang; (v) memberi kredit mikro sebagai modal benih untuk belia memulakan usaha perniagaan yang berdaya maju; (vi) menawarkan insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk mendorong penyertaan pekerjaan belia; (vii) menekankan reformasi pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi untuk menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan negara dan graduan yang bersedia menghadapi realiti yang diperlukan oleh pasaran; (viii) RM50 juta diperuntukkan untuk melaksanakan langkah-langkah pekerjaan belia untuk mengurangkan kadar pengangguran belia; dan (ix) penglibatan kementerian belia dan sukan secara efisien dan efektif dalam mencegah penglibatan belia di dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap. Ini komitmen Pakatan Rakyat yang saya tidak nampak dalam ‘Bajet Barisan Nasional’. Saya menekankan seolah-olah bajet itu tidak memerangi secara menyeluruh. Saya ingin menyentuh Kementerian Kesihatan juga, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan mencadangkan pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit payudara. Bantuan ini seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meringankan kos membeli alatan tersebut yang bernilai hampir RM1,200. Ini dikatakan akan memanfaatkan lebih 8,000 pesakit kanser payudara dengan peruntukan hampir RM9 juta. Saya terima baik cadangan ini dan apa-apa cadangan untuk membantu pesakit kanser mahu pun sebarang penyakit-penyakit kronik di negara ini. So, saya membantah sekeras-kerasnya kalau ada segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional yang mengatakan kita tidak menyokong. Ada dasar yang kita menyokong, ada dasar yang kita menolak. Namun begitu, walaupun saya terima baik cadangan itu, saya tekankan peruntukan yang diberikan untuk penyakit kanser adalah tidak seimbang dengan bilangan pesakit kanser secara menyeluruh. Ini yang saya tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan Barisan Nasional dan juga Kementerian Kesihatan tidak prihatin dengan beban kos perubatan dan rawatan sedang ditanggung oleh masyarakat Malaysia yang miskin dan sederhana, yang membebankan mereka setiap hari. Saya telah mencadangkan pada sesi soalan saya pada 22 Oktober 2013, tiga hari sebelum pengumuman Bajet 2014 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan
tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menunjukkan minat dan prihatin beliau terhadap beban pesakit kanser. Itu yang kami sedang tekankan di sini. Itu yang sedang kami curahkan di sini. Saya telah mencadangkan bahawa...
Yang Berhormat Kapar, boleh gulung ya.
Okey, okey. Ada lagi dua isu yang penting Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Sila.
Okey, saya telah cadangkan...
Ringkaskan.
Satu tabung khas dan saya juga telah meminta supaya dana diperuntukkan untuk Majlis Kanser Negara (MAKNA) supaya dana dapat digunakan oleh mereka tanpa sebarang kekangan. Akan tetapi isu-isu sebegini tidak diselitkan dalam bajet. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, secara amnya Bajet 2014 untuk kementerian kesihatan tidak memadai dan ini menunjukkan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membantu rakyat. Oleh itu, teras bajet yang kelima “Menyejahterakan Kehidupan Rakyat” hanya semata-mata cetak di buku sahaja tetapi tidak direalisasikan. Ada lagi satu isu tentang isu di Parlimen Kapar, ini kena mengena dengan nelayan yang telah dianiayai, Melayu, India mahupun Cina. Janji nelayan, janji miskin, makin ditekan makan dicekik. Ini berkenaan dengan salah satu akta yang dikuatkuasakan Akta Perikanan. Saya hargai, kami di Pakatan Rakyat hargai sebarang undang-undang. Akan tetapi secara khusus di Parlimen Kapar terutamanya nelayan-nelayan di Pulau Ketam mengadu ada pendapatan mereka merosot hampir 60% berbanding dengan sebelum ini. Apa yang diminta oleh nelayan di Pulau Ketam ialah satu sesi dialog dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Akan tetapi beliau enggan berjumpa dengan nelayan di Pulau Ketam mahupun di kawasan-kawasan persekitaran untuk sesi dialog. Ini menunjukkan satu sikap angkuh dan sombong Kerajaan Barisan Nasional. Saya ingin memperingatkan Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bahawa pada 4 Jun 2013, beliau sendiri telah berkata pihak kementerian berazam memberi fokus yang lebih serius terhadap program meningkatkan pendapatan nelayan. Ini melalui sumber Utusan Online dan BorneoPost Online. Selaras dengan azam ini, saya meminta Menteri agar berjumpa dan berdialog dengan semua lapisan nelayan supaya isu ini dapat ditangani dengan cara yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, dalam penggulungan saya, saya melihat Bajet 2014 ini hanyalah satu kosmetik yang dihasilkan bagi menutup dan mengaburi mata serta minda rakyat tentang apa sebenarnya situasi sebenar ekonomi yang sedang berlaku. Saya gariskan beberapa perihal akibat pelaksanaan bajet yang tidak berhati-hati serta culas yang kemudian akan membawa kesan buruk kepada negara. Lingkungan pendapatan dan perbelanjaan ekonomi perlu dilestarikan supaya memperoleh keadaan yang seimbang antara ekonomi rakyat di negara ini. Begitu banyak dampak negatif yang ditimbulkan jika kita tidak memperhatikan keseimbangan ekonomi yang digunakan sebagai asas kehidupan. Maka pengurusan kewangan dan ekonomi yang cekap adalah dituntut seiring dengan nilai integriti. Menyelesaikan kemelut ekonomi tidak semudah menukar baju, menampung lompang ekonomi tetapi membuka jurang baru yang lebih ketara, contohnya menaikkan harga minyak, mengurangkan subsidi gula adalah satu langkah yang bukan perlu ketika ini. Kerajaan wajib memantau sebarang perbelanjaan tinggi projek-projek yang melampaui anggaran awal dan menangani ketirisan serta rasuah yang melibatkan pembelian aset oleh kerajaan. Ini adalah lebih baik daripada membebankan rakyat atas kegagalan urus tadbir ekonomi. Rakyat terlalu lama menjadi mangsa. Seharusnya satu
pelan ekonomi yang lebih baik dirangka dan berhati-hati bagi mengurangi kesan negatif ini atas kehidupan rakyat. Saya mengakhiri dengan memetik kata-kata Abraham Lincoln President US yang ke-16, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. “You can fool all the people some of the time, some of the people all the time but you cannot fool all the people, all the time”. Ini nasihat saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ‘sei sei, nandri, has’ salam reformasi. [Tepuk]
Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan dan kesempatan kepada saya untuk turut serta membahas Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi kali ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik dan menyampaikan kembali secebis ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerajaan amat sedar dan insaf di kala dunia berdepan dengan risiko ketidaktentuan politik, ekonomi global. Jika kita tidak berwaspada dan berjaga-jaga, tempiasnya boleh terpercik kepada kita. Maka kita amat bersyukur kerana negara kita tidak terjebak atau terseret dalam kancah politik dalaman yang boleh meranapkan negara dan bangsa. Petikan di atas jelas menujukan bahawa kerajaan kita amat mencintai keamanan, kedamaian dan juga perpaduan. Namun ia amat mendukacitakan kita apabila terdapat sesetengah pihak masih cuba meragut segala kedamaian yang ada di bumi Malaysia ini dengan memporak-perandakan sesetengah isu yang seolah-olah tiada penghujungnya. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga pada 11 Februari 2013, negara telah digemparkan dengan krisis pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Bagi tujuan ini kerajaan telah pun mengumumkan iaitu keselamatan wilayah perairan rakyat Sabah khususnya di bahagian Pantai Timur Negeri di Bawah Bayu ini iaitu mengumumkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ataupun ESSCOM. Dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu sebanyak RM75 juta telah diperuntukkan kepada ESSCOM. Manakala untuk keseluruhan peruntukan keselamatan negara kita telah diperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion.
Yang Berhormat Libaran, kita sambung pukul 2.30 petang ya. Mesyuarat ditangguhkan sehingga 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Yang Berhormat Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya. Soal keselamatan amat penting kepada negara kita. Sudah tentu apa yang kita nikmati hari ini tidak kita nikmati. Agak keterlaluan Yang Berhormat Kampar tadi. Yang Berhormat berkata setiap bajet kerajaan, bajet ini merupakan bajet rompakan. Tetapi sedar atau tidak sedar kita di Dewan ini bahawa negara kita tidak dikenali selama ini, tetapi hari ini bukan sahaja dalam negara kita yakin, tetapi pelabur-pelabur di luar sudah yakin, sudah
tentu Kerajaan Barisan Nasional dari dahulu, kini dan selamanya memperjuangkan hak rakyat di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih bahawa pewujudan ESSCOM ini ianya termasuk kawasan saya sendiri iaitu kawasan Libaran yang mana kawasan Libaran ini merupakan pesisir pantai yang begitu luas dan hampir dengan sempadan kawasan Filipina. Dalam pengalaman yang lalu di kawasan pesisir pantai, nelayan-nelayan tradisi banyak bot nelayan dirompak dan juga di kampung-kampung berkenaan sudah tentu - Tuan Yang di-Pertua mungkin masa tidak mengizinkan. Maka di sini saya ingin mencadangkan bahawa di Parlimen Libaran iaitu terdapat tiga pos kawalan yang kita kira pos-pos kawalan begitu daif dari segi prasarana dan juga anggotanya iaitu kawasan Pulau Silingan di mana Pulau Silingan ini adalah pintu masuk sempadan antara Filipina dengan negeri Sabah. Begitu juga di Pulau Libaran di mana Pulau Libaran ini merupakan pulau di mana Parlimen Libaran wujud, sudah tentu secara tradisinya banyak perkara yang harus kita pertahankan. Begitu juga di Kampung Kuala Gonggong yang agak daif. Jadi saya memohon kepada Jabatan Perdana Menteri ataupun ESSCOM sendiri, sudah sampai masanya kita melihat keperluan itu. Di samping itu kerana terlalu luas saya katakan dan panjang pantai ini, maka kita mempunyai beberapa sungai di kawasan Parlimen Libaran ini. Maka saya mencadangkan kalau boleh ditambah lagi post-post kawalan iaitu di Kuala Semawang yang berhampiran dengan sempadan Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga di Tanjung Pisau. Dengan penyusunan di perairan antarabangsa kita di mana kewujudan APMM ini rasanya menguatkan lagi pertahanan kita. Jadi saya ingin mencadangkan bahawa TLDM sudah tentu dia menjaga lautan lepas kita ataupun barisan hadapan manakala APMM ini di pertengahan atau perairan negara kita, di mana pasukan Polis Marin selama sebelum wujudnya APMM ini ia merupakan salah satu pasukan yang mengawal pesisir pantai. Selepas APMM ini nampaknya seolah-olah tidak wujud. Jadi saya mencadangkan supaya pasukan Polis Marin pesisir pantai ini mungkin dalam jarak tiga ataupun lima batu nautika. Kerana bukan sahaja mereka ini mempunyai pengalaman, tetapi rasanya banyak pulau, banyak juga tanjung dan juga pesisir pantai nelayan tradisi sama ada di Parlimen Libaran ini ataupun di seluruh negara termasuklah di kawasan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya memohon kepada kementerian...
Ya, masukkan Yang Berhormat. Masukkan kawasan saya.
Ya, betul.
Trusan, Sugut, Jambongan, Marlin, Kotabunan, Keniongan, post keselamatan perlu dinaikkan.
Betul. Masukkan. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya memohon supaya Kementerian Dalam Negeri yang pasukan Polis Marin ini, saya difahamkan masih wujud tetapi kehadiran APMM ini mereka mungkin hilang semangat dan sebagainya. Jadi saya memohon Kementerian Dalam Negeri mengambil iktibar kejadian-kejadian lalu kerana ini amat perlu bagi kita. Tuan Yang di-Pertua, saya amat kagum sekali dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 yang lalu yang sekali lagi disebut di dalam pembentangan Bajet 2014, ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya memberi penekanan untuk terus memperkasakan penyertaan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara. Kita sedia maklum, seperti yang disebut, kaum bumiputera merupakan komposisi kaum yang terbesar dari segi bilangannya lebih kurang 68% jumlah penduduk negara ini tanpa kita mengetepikan rakyat Malaysia yang lain. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, bagi perhatian khusus kerajaan terutamanya dalam soal pendidikan dan juga penyertaan ekonomi bumiputera haruslah diteruskan untuk singkatnya Tuan Yang di-Pertua, maka saya ingin mungkin mencadangkan kepada kementerian terutama Kementerian Luar Bandar ataupun kementerian-kementerian yang berkaitan, sudah sampai masanya kita mengadakan pembangunan secara bersepadu. Contohnya di kawasan saya, ada empat
kawasan yang telah kita kenal pasti menjadi kawasan pertumbuhan baru ekonomi di luar bandar. Contohnya di kawasan Tanjung Semawang ataupun di kawasan Sungai Tiram ini, dahulunya kampung-kampung berdekatan lebih kurang 10 dan kalau kita kira barangkali 5,000 hingga 6,000 penduduk di kawasan itu. Tetapi akhir-akhir ini kampung-kampung ini sudah dapat dilalui. Oleh hal demikian, saya memohon dan mencadangkan kepada kementerian- kementerian yang terlibat supaya merancang dan melaksanakan setiap projek yang menyasarkan golongan rakyat tempatan perlulah dilibatkan semua pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen yang berkenaan terutama sekali yang diwakili oleh Barisan Nasional. Keutamaannya. Bukan menindakkan kawasan-kawasan yang tidak diwakili, tetapi selesai kawasan barisan, maka kita terus ke kawasan yang lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus ke tajuk yang lain khusus permohonan saya iaitu oleh kerana kawasan Parlimen Libaran ini pada PRU Ke-13, bukan saja kita menang tetapi kita menang dengan begitu cemerlang sekali. Sebagai imbuhan ataupun mengingati pengundi-pengundi di Libaran, khasnya di daerah Sandakan termasuklah Parlimen Kinabatangan, Parlimen Beluran, Parlimen Sandakan, Parlimen Batu Sapi di daerah atau residency Sandakan ini yang mana jalan lintas Libaran yang beberapa tahun kita telah bangkitkan. Akan tetapi saya ingin tahu sekiranya sudah diluluskan, bila pelaksanaan oleh Kementerian Kerja Raya. Kalau belum, saya memohon supaya Kementerian Kerja Raya ini mengambil usaha yang diperlukan oleh penduduk di daerah Sandakan ini. Begitu juga mengenai saya katakan tadi kita telah menyusun pertumbuhan di luar bandar. Sudah tentu prasarananya dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Beberapa tahun yang lalu saya menyebut SMK Libaran, Pekan Muhibbah di Rancangan Sungai Manila. Begitu juga SMK Gum Gum 2 di Pekan Sungai Tiram kerana kedua-dua sekolah menengah ini perlu kita adakan. Ini kerana untuk kepentingan masyarakat di luar bandar di mana kedua-dua sekolah ini menepati sasaran kepada penduduk luar bandar terutama sekali para nelayan dan juga petani-petani. Akhirnya kita dapat membantu mereka ini supaya anak-anak mendapat pendidikan awal di sekolah menengah tanpa menggunakan kos yang besar menghantar anak-anak di pusat-pusat bandar. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat.
Ya, sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi permohonan yang diutarakan oleh rakyat di kawasan saya. Saya katakan tadi pesisir pantai yang begitu luas, pos kawalan saya mohon. Di samping itu, saya memohon supaya ada satu pangkalan Polis Marin ditempatkan di Kuala Gum Gum ini. Ini kerana dengan adanya pangkalan Polis Marin ini, sudah tentu pos-pos kawalan itu dapat signal yang lebih baik dan pengurusan dapat berkhidmat dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan maka saya sekali lagi sebagai mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membaca sedikit pantun untuk ini. Dengar ini Yang Berhormat Bintulu.
Berapa rangkap Yang Berhormat?
Kalau tidak pekerti dalam peribadi, Bahasa disulam penuh berseni, Segala cadangan sudah diberi, Agar kementerian berkenaan dapat menjiwai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Salam Sejahtera, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Kota Bharu untuk membahaskan Bajet 2014. Pertamanya apabila kita bercakap mengenai bajet, saya berpandangan bahawa mana-mana kerajaan pun yang membentangkan bajet mereka sama ada bajet persekutuan ataupun negeri menyenaraikan perkara-perkara yang cukup baik dan kelihatan baik di dalam bajet masing-masing. Akan tetapi apa yang penting kepada kita atau kepada rakyat ialah sejauh mana bajet yang telah dibentangkan itu dapat di translate into action plan ataupun menyeluruh menuju kepada sasaran rakyat dan sebagainya. Pada 25 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet Negara 2014. Akan tetapi apabila saya balik ke kawasan saya, seorang tua rakyat saya bertanya kepada saya, “Yang Berhormat, kenapa Perdana Menteri tidak membentangkan bajet Kerajaan Persekutuan?” Saya beritahu kepada dia tadi petang sudah bentang. Dia kata, “Cuba Yang Berhormat tengok, ini bajet Kerajaan Persekutuan atau kerajaan apa? Semak balik.” Saya pun semak balik Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Memanglah dalam bajet ini ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan menyentuh Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Barisan Nasional. Sebagai contohnya dalam perenggan 205, “Ternyata selama lima dekad Kerajaan Barisan Nasional telah menggalas amanah.” Perenggan 206, “Hakikatnya sejak dulu Kerajaan Barisan Nasional tidak semberono.” Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya Kerajaan Persekutuan membentangkan bajet Kerajaan Persekutuan kerana kalau mengikut undang-undang, hanya ada tiga kerajaan saja dalam negara kita ini. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Itulah kerajaan yang ada, bukan Kerajaan Barisan Nasional. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, ini ekspres sikit sebab masa terhad Yang Berhormat. Saya ingin menyentuh isu sukan ataupun aspek sukan yang telah disentuh oleh banyak Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah kita bersyukur negara kita cukup mengambil berat juga mengenai sukan dan ada pelbagai perancangan. Tahun 2014, RM239 juta diperuntukkan untuk meneruskan kecemerlangan sukan dan diperbincangkan dalam Dewan yang mulia ini banyak, bagaimana perkara-perkara ataupun aspek-aspek yang perlu ditekankan oleh kerajaan khususnya dan juga mereka yang terlibat dalam bidang sukan untuk mempertingkatkan tahap pencapaian ahli-ahli sukan kita. Dalam negara kita, sebagaimana kita maklum di bawah Kementerian Belia dan Sukan ada sekolah sukan, sekolah menengah sukan sehingga ke tingkatan lima. Akan tetapi apabila kita bercakap mengenai ahli sukan yang mempunyai intelektual yang tinggi, kita memerlukan ahli sukan kita ini mendapat pendidikan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya di peringkat diploma. Jadi saya hendak mencadangkan kepada kementerian supaya dalam waktu terdekat ini mengusahakan pewujudan satu institusi pengajian tinggi sukan sama ada kolej universiti sukan ataupun universiti sukan dalam negara kita ini di mana ahli sukan kita sekurang-kurangnya ada kelulusan diploma dan sebagainya. Ini barulah kita dapat menyaingi ahli-ahli sukan daripada negara-negara maju yang mana mereka mempunyai intelektual yang tinggi dan mereka bertindak dan juga mereka menjadikan sukan itu satu profesion yang memberikan makna yang amat besar kepada mereka. Saya mohon kementerian memberi penjelasan sama ada ini terdapat di dalam perancangan yang hendak dibuat. Kalau kerajaan tidak mampu ataupun tidak berhajat untuk melaksanakan perkara ini, saya mencadangkan supaya kerajaan memberikan insentif dan galakan kepada syarikat-syarikat swasta terutamanya syarikat GLC yang sebelum ini ada banyak dalam negara kita terlibat dalam penajaan sukan. Sebagai contohnya syarikat Proton bersama dengan partnernya di England iaitu Lotus. Proton-Lotus menjadi penaja kepada satu team, satu pasukan bola sepak di dalam English Premier League (EPL) iaitu Norwich City Football Club. Jadi apalah salahnya Proton digalakkan oleh kerajaan dengan insentif rebet cukai dan sebagainya, mereka menubuhkan universiti sukan dan mereka sudah mempunyai kaitan dengan pasukan-pasukan yang terkenal daripada luar negara, mereka boleh menjalankan twinning program untuk sukan ini.
Perkara ketiga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai aspek pendidikan. Aspek pendidikan sebagaimana- Menteri tidak ada. Dalam bajet ini negara kita telah memperuntukkan pada tahun ini sebanyak RM54.6 bilion iaitu 21% daripada bajet untuk peruntukan pendidikan. Pelbagai pecahan-pecahan, antaranya pra sekolah RM570 juta dan pemantapan profesion perguruan RM209 juta dan sebagainya termasuklah tabung khas pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah RM450 juta. Akan tetapi apa yang saya hendak tekankan, hendak bangkitkan di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana apabila kita bercakap mengenai pendidikan, satu aspek yang mungkin kadang-kadang kita terlepas pandang iaitu mengenai bebanan kerja guru-guru.
Bebanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru apabila mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Akibat daripada dasar-dasar kerajaan yang memperkenalkan pelbagai program dan program itu pula berubah-ubah mengikut Menteri Pendidikan daripada semasa ke semasa. Sebagai contohnya sekarang ini Program PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang jelas telah terbukti ia memberi tekanan yang amat sangat kepada guru-guru yang sepatutnya mereka menjadi tenaga pengajar. Mereka dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak sepatutnya dilaksanakan oleh guru seperti membuat penyelarasan data, membuat penilaian-penilaian tertentu yang menyebabkan masa untuk kerja tersebut telah mengambil masa mereka untuk buat persiapan untuk menyediakan pengajaran mereka. Atas dasar ini Tuan Yang di-Pertua, kajian telah menunjukkan bahawa satu kajian oleh seorang profesor iaitu Profesor Madya Dr. Azizi Yahaya daripada UTM Skudai mengenai faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru-guru sekolah menengah di Malaysia. Beliau mengambil sampel populasi kajian seramai 400 orang guru iaitu daripada Melaka – 76 orang; Johor – 114 orang; Negeri Sembilan – 93 orang; dan Selangor – 117 orang. Semuanya 400 orang - 124 lelaki; dan 276 orang perempuan. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tahap stres dari aspek lebihan kerja di kalangan 400 orang guru ini, tahap stres rendah seramai 35 orang iaitu 8.7%. Stres tahap sederhana didapati seramai 192 orang iaitu 48%. Manakala stres tahap tinggi seramai 173 orang iaitu 43.3%. Ini tahap stres yang telah melibatkan sebahagian besar juga guru-guru yang mengajar ini telah mengambil keputusan sehingga memohon untuk bersara awal. Jadi, saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kementerian, berapa ramaikah jumlah guru-guru yang telah terpaksa mengambil cuti atau mengambil tindakan untuk bersara awal disebabkan oleh alasan mereka menghadapi stres dan sebagainya? Kajian juga dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Pada tahun 2005, 9,328 orang kakitangan perguruan yang telah dibuat kajian didapati 69% daripada mereka menghadapi stres semasa mereka melaksanakan tanggungjawab. Atas sebab inilah Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan supaya apabila melaksanakan ataupun menurunkan peruntukan yang dibuat oleh perlembagaan ini benar-benar dapat sampai ke sasarannya. Bukan dipilih-pilih sebagai mana yang disebut oleh rakan saya tadi Yang Berhormat Libaran. “Selepas kawasan BN, baru pergi kawasan lain.” That is not a government. Inilah yang berlaku sekarang ini pembangunan secara terpilih. Tidak apalah. Saya hendak bagi satu contoh mungkin Yang Berhormat Libaran boleh teliti. Satu sekolah bernama Sekolah Kebangsaan Pulau Tigabu. Pernah dengar Yang Berhormat? Ini dekat Kudat. Ini saya dapat maklumat kerana seorang saudara saya daripada Parlimen Sik mengajar di situ. Tigabu ini pergi dengan bot, tidak ada jalan lain. Kereta tidak ada, motor tidak ada, basikal tidak ada, jalan pun tidak ada Yang Berhormat...
Tidak boleh pasal pulau Yang Berhormat.
Ya, ya.
Mesti pakai bot.
Pulau Langkawi ada kereta. Jadi yang ada di sini hanya jalan kaki. Hendak sampai ke pulau ini Tuan Yang di-Pertua memerlukan naik bot empat orang, dia punya tambang RM300, empat jam baru sampai.
Boleh?
Nanti, nanti dahulu.
Yang Berhormat Libaran tahu Tigabu di mana Yang Berhormat.
Bagi Menteri jawablah. Empat jam naik bot baru sampai, RM300. Kalau ada satu mesyuarat dipanggil di PPD Kudat, guru itu perlu pergi ke sana sehari sebelum itu dan perginya adalah sebelum pukul 4 pagi. Kalau selepas itu, ombak besar tidak boleh pergi. Kalau mesyuarat hari Selasa, hari Isnin sudah kena pergi. Hari Selasa mesyuarat, hari Rabu baru boleh balik ke Pulau Tigabu.
Yang Berhormat, wakil rakyat Sabah kebanyakan macam itulah Yang Berhormat.
Ya, ya. Jadi very unfortunate lah.
Beluran masuk ini.
Beluran pun masuk juga ya.
Pulau Jamunan sebelah Tigabu itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut RM540 bilion yang diperuntukkan ini berikanlah kepada kawasan-kawasan yang memerlukan kerana ini adalah rakyat kita sama ada yang menyokong Barisan Nasional ataupun tidak menyokong Barisan Nasional. Dari segi kemudahan saya rasa saya tidak payah sebut. Kita boleh bayangkan sahaja. Dia kata ada makmal komputer tetapi tidak ada komputer. Makmal itu dijadikan tempat main pingpong sahaja. Kalau tidak guna nanti rosak pula bangunan itu. Elektrik tidak ada, hanya ada tenaga solar sahaja. Sebagaimana Yang Berhormat Kinabatangan beritahu baru ini, guru terpaksa jadi foremen, terpaksa jadi mekanik dan sebagainya. Jadi saya sebagai ahli kepada Dewan ini tidak kira daripada Semenanjung ataupun Sabah Sarawak, kita menggesa supaya bajet ini benar-benar turun kepada rakyat. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong apa yang telah diperkatakan oleh rakan saya daripada Bayan Baru semalam iaitu satu peruntukan sebanyak RM63 juta telah diperuntukkan di bawah Bajet 2014 oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tujuannya untuk menubuhkan satu entiti yang bernama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk. Saya menyokong Yang Berhormat Bayan Baru bahawa ini adalah satu lagi percubaan pihak kerajaan untuk menyanggah peruntukan perlembagaan. Kerajaan Persekutuan sebagaimana di bawah Perlembagaan Persekutuan kita Jadual Kesembilan, local government adalah terletak di bawah kerajaan negeri. Pelantikan ahli majlis PBT adalah di bawah kerajaan negeri. Jadi, kenapa Kerajaan Pusat hendak membuang kewangan RM63 juta untuk melantik Jawatankuasa Perwakilan Penduduk yang fungsinya adalah sama, kecuali kalau tujuannya adalah tujuan politik. Saya berkata demikian kerana saya dari Kelantan. Kita mempunyai pengalaman. Apabila tahun 1990 Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada masa itu yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu entiti yang juga JPP iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan, yang menjadi government in the government. Pengarah JPP seolah-olah Setiausaha Kerajaan Negeri yang mana ahli-ahli mesyuaratnya adalah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang memberikan projek-projek kepada kroni-kroni dan sebagainya. Jadi, ini kita bimbang. Kalau di Kelantan sudah ada JPP, selepas ini KPKT akan menubuhkan pula JPP yang tugasnya bukan untuk service kepada rakyat tetapi untuk tujuan politik. Macam JKKlah. Apabila di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sudah ada JKK, ditubuhkan pula JKKP atau Jawatankuasa Kemajuan
Kampung Persekutuan. Apa perlunya semua ini? Sedangkan kerajaan negeri khususnya tiga negeri yang ada di Malaysia iaitu Selangor, Penang dan Kelantan adalah kerajaan yang sah mengikut perlembagaan yang diberi mandat oleh rakyat yang mendapat kemenangan hasil daripada pengundian yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu SPR kita. Jadi, oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya mengharapkan supaya signboard, rakan saya Kementerian Kerja Raya Yang Berhormat Petrajaya, ini sahabat saya, classmate. Apabila ada satu projek kerajaan kenapa perlu ditulis di situ, “Ini satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional”?
[Menyampuk]
Oh! Barisan Nasionalkah? Bukan Kerajaan Persekutuan? Dia ini ibarat seorang bapalah. Saya seorang bapa. Yang Berhormat Bintulu, saya seorang bapa. Anak saya, saya belikan kasut baru. Saya tulis di belakang baju dia ini kasut dibeli oleh bapa saya. [Ketawa] Ini satu yang memalukan. Orang tahu JKR di bawah Kerajaan Persekutuan. Tidak perlu masuk Kerajaan Barisan Nasional, letak pula logo di situ, very embarrassing. Orang faham ini Kerajaan Persekutuan punya, tidak payah bubuh...
Dia ada malu? Dia mana ada kemaluan.
Bolehlah habiskan Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi menyokong bajet ini untuk diturunkan seadilnya. Itu tertakluk subjek ia dilaksanakan dengan adil. Jika tidak dilaksanakan dengan adil, ia patut tidak diterima di peringkat ini. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Bintulu, tidak payahlah.
Yang Berhormat Bintululah, Yang Berhormat Bintulu.
[Dewan riuh]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana telah memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasaan Bajet 2014. Sebagai permulaan perbahasaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SPA yang telah melakukan banyak perubahan dalam mengambil kakitangan baru dari Sabah dan Sarawak. Melebihi 35.57% iaitu termasuk orang Cina, Iban, orang hulu dan India. Ini menggambarkan ketulusan kerajaan dalam memastikan sektor perkhidmatan awam mewakili komposisi yang mewakili keseluruhan penduduk Malaysia. Tahniah diucapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat sedih dan ingin membangkitkan soalan pengiktirafan yang dibuat oleh Lembaga Akreditasi terutama dari negara China dan Taiwan. Isu ini saya sudah bangkit di dalam beberapa hari yang lepas sesi soal jawab lisan. Jawapan yang saya terima daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri memang itu jawapan diberi saya tidak setuju. Jawapan itu memang syok sendiri. Kongkalikung punya...
[Ketawa]
Contohnya, masalah sekarang ialah MQA sudah terima 820 pemegang ijazah yang diiktiraf dan dari negara China hanya sembilan yang diambil oleh JPA. Begitu juga 620 yang diiktiraf daripada Taiwan, hanya 13 yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Dalam sistem pendidikan ini yang lebih terbuka dan berlaku perubahan yang begitu cepat bagi kemajuan sebagai negara, JPA wajar memberikan pertimbangan yang lebih adil bagi semua kaum dalam mengusung dasar guna tenaga yang lebih saksama.
Dalam isu ini, selalunya kita sudah berapa kali pangkah dan kita soalkan isu ini. Isu pengiktirafan tetapi sampai hari ini kita sudah berapa puluh tahun, isu ini tidak boleh diselesaikan. Itulah tadi saya kata, saya rasa amat sedih. Selalu kita tanya tetapi jawapan, cuma jawab untuk syok sendiri sampai hari ini, inilah kita selalu tanya kenapa kali ini Cina tidak sokong. Inilah satu masalah yang sudah lama Cina menunggu-nunggu selesaikan masalah ini. Kalau kita selesaikan awal, pembangkang ini daripada DAP tidak akan ada banyak kerusi dalam Dewan...
Ya.
[Dewan riuh]
Inilah saya harap Menteri dipertanggungjawab. Hari ini saya belum nampak dalam Dewan. Saya haraplah dia jawab kali ini jangan kongkalikung.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya mengikuti hujah Yang Berhormat dan saya agak terperanjat. Ini kerana saya difahamkan ada satu Jawatankuasa Khas yang dinamakan Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan yang bermesyuarat tiga kali setahun untuk mengemaskinikan senarai-senarai kelayakan pengiktirafan universiti-universiti luar negara. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat, sejauh manakah keberkesanan jawatankuasa ini dan peranannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memang kita punya sistem yang baik tetapi bila sampai pelaksanaan memang banyak teruk. Inilah nampak untuk mata rakyat, bukan saya sahaja. Pandangan rakyat jika dilihat jawatankuasa ini seolah-olah tidak berfungsi baik dan memainkan peranan. Inilah, harap Tuan Yang di-Pertua lihat perkara ini juga. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Seputeh bangun Yang Berhormat.
Tidak payah Yang Berhormat Seputeh. Itu kongkalikung juga.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, isu ini seharusnya JPA mestilah selari dengan pengiktirafan MQA. Janganlah kita beri mata rakyat atau telinga rakyat, nampaknya bila kita bila Yang Amat Berhormat sudah umum, MQA sudah lulus tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam tidak boleh lulus. Saya tengok berapa ratus tadi, satu negara kita umumlah. Contoh daripada negara China 820 orang, cuma hanya sembilan sahaja kita terima. Taiwan hanya 620 orang, kita hanya terima 13 orang. Jadi untuk generasi muda memang mereka tidak boleh terima. Jadi beberapa hari yang lepas saya terima jawapan, dia beritahu kita mesti tengok dahulu website Jabatan Perkhidmatan Awam di mana universiti kalau sudah lulus, baru kita pergi belajar. Akan tetapi untuk rakyat, dia sudah kelam kabut dan confuse. Sekarang negara kita hendak dengar siapa cakap? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pun Jabatan Perkhidmatan Awam? Jabatan Perdana Menteri sudah umum tetapi Jabatan Perkhidmatan Awam tidak terima. Rakyat bila pergi belajar, balik tidak boleh menjalankan tugas. Mereka tidak diterima. Inilah rakyat menampakkan kita punya sikap, ada triple standard. Inilah pegawai kerajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya harap Ketua Pengarah faham dan jangan tidur dalam pejabat apa Yang Amat Berhormat sudah umum. Apa yang dia buat memang untuk kebaikan rakyat tetapi dalam bila pelaksanaan banyak sangat teruk. Janganlah beri alasan macam-macam kepada rakyat. Kita mesti mahu ingat, bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah umum dia jalankan sama MQA, JPA atau pun termasuklah MSC. Janganlah agensi-agensi masing-masing sudah ada kuasa. Contoh macam doktor itu semua. Kita kekurangan banyak doktor. Ada doktor belajar balik daripada negara China sama farmasi daripada China ataupun Taiwan. Akan tetapi kita sudah pengiktirafan tetapi MMC tidak iktiraf. Dia kata MMC punya kuasa bukan MQA punya kuasa. Jadi kita ada berapa standard? Jadi rakyat macam mana tidak confused? Generasi muda macam mana dia balik daripada universiti, dia boleh sokong sama kita.
Haraplah sekali lagi saya umum ini, harap pegawai-pegawai termasuklah kita Kerajaan Barisan Nasional faham. Jangan selalu tanya apa Cina mahu. Cina mahu masalah-masalah sudah lama ini diselesaikan. Janganlah kita tunggu lama-lama. Janganlah sampai pilihan raya umum kita baru selesai. Sekaranglah masa kita mahu diselesaikan. Kalau tidak Tuan Yang di-Pertua, kita tidak lama kita dua-dua pun kena selesaikan.
Saya tidak mahu campur, Yang Berhormat.
Memang hari ini Tuan Yang di-Pertua duduk atas sana, tidak campur. Sampai pilihan raya kita pun sama juga.
Kawasan saya 200 orang Cina, Yang Berhormat.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, masalah ini sudah cukup lama. Saya berharap kali ini jawapan daripada Menteri menjaga Jabatan Perkhidmatan Awam, jawablah jawapan yang boleh diterima bukan wakil rakyat. Ia boleh diterima daripada rakyat Malaysia kita. Harap janganlah kita cuma entertain sahaja. Kita kena beri macam-macam alasan. Macam sekarang MMC tubuh satu agensi bila ada rakyat sudah belajar dan sudah dapat iktiraf mana-mana universiti. Balik, dia mahu bekerja ataupun berkhidmat di hospital kerajaan tetapi tidak dapat masuk.
Termasuk selalu kita kata kenapa banyak consultant pakar kita tidak mahu balik, balik dia masuk MMC macam-macam syarat ada. Macam-macam cerita panjang lebar proses juga. Kalau ini consultant balik, kita MMC saya difahamkan kebanyakan sana dalam committee bukanlah ada pakar, doktor biasa sahaja. Macam mana dia hendak nilai, ini consultant dia ke tidak. Ada qualify kah tidak ada qualify? Dia sendiri pun tidak qualify. Inilah satu isu ini saya rasa Yang Berhormat Menteri Kesihatan buat pemerhatian dan perubahan. Janganlah hari-hari kita ikut sama dengan birokrasi yang ada. Kita tidak boleh simplify. Kita hari-hari kata sistem tidak boleh buat perubahan. Kalau kita tidak mahu ubah, nanti lama-lama generasi muda kasi ubah sama kita. Janganlah...
Jangan temberang.
Ini kali memang ada temberang sedikit. [Ketawa] Saya berharap masalah kekurangan doktor dalam sektor kesihatan agar MMC jangan tidur juga. Bila dia pergi nilai - saya difahamkan tahun yang lepas itu kita persoalkan berapa universiti dalam ini perubatan. Bila kita sudah berapa kali kita bahas minta dalam MMC sudah lulus tetapi pegawai seperti tidak berapa berminat, macam mahu sabotaj. Kita cakap kasi lulus terus selama-lama, dia masuk kasi tiga bulan sahaja ataupun tiga tahun sahaja. Selepas itu, sekali lagi tunggu proses kata setengah tahun lagi. Dia pun boleh tipu. Jangan! Tuan Yang di-Pertua, saya faham ini rakyat punya masalah mustahak. Kalau kita tolong cepat-cepat lama-lama. Tadi saya sudah beritahu, dua-dua pun kita kena tolong...
Gulung Yang Berhormat.
Sedikit lagi, 5 minit selesai. Tuan Yang di- Pertua, saya mintalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan kali ini bolehlah memberi satu cadangan untuk menyelesaikan isu-isu di dalam MMC ini. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah isu masalah rakyat yang sudah banyak kali menelefon minta diselesaikan. Ini isu mesin kuda. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Hari dia menjalankan satu operasi khas untuk menghapuskan ini mesin kuda. Akan tetapi masalah Sarawak sekarang bermula apabila mesin kuda dibuka sekali lagi. Termasuklah paling teruk di Sibu. Sekelilingnya sudah dibuka. Sekarang tingkat bawah tidak dibuka, dia pergi buka di tingkat satu. Dia kata arahan daripada Ketua Polis Negara.
[Dewan riuh]
Eh bukan sorry, minta maaf Ketua Polis Daerah Sibu. Silap sedikit buat perubahan apa, mahu ketawa semua. Pembangkang tidak bising - Lanang senyap, Yang Berhormat Sibu pun senyap.
Inilah rakyat setengah mati pasal ini dia tidak berani sentuh, dia sentuh nanti rakyat tidak sokong. Kita soallah rakyat punya masalah ini. Rakyat kena aniaya. Kalau ketua polis daerah tidak betul, kita minta Ketua Polis Negara tolong selesaikan masalah ini, apa salahnya? Tidak ada salah.
[Dewan riuh]
Inilah masalahnya. Rakyat kata sekarang bila dia orang buka mesin kuda ini, masalahnya sekarang mula lagi banyak orang jadi pencuri. Ada lagi murid curi ibu bapa punya wang, ada lagi banyak hal, house breaking-in, macam-macam kes ada. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tolong bantu selesaikan. Rakyat meminta saya tolonglah beritahu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk memindahkan Ketua Polis Daerah Sibu. Janganlah tidak boleh nampaknya dia tidak boleh dipindahkan termasuk tadi saya soal Jabatan Perkhidmatan Awam. Kalau ketua pengarah tidak boleh selesaikan, kita minta dia letak jawatan. Janganlah kita hanya naikkan naik pangkat- tadi saya soal JPA jangan cuma kasi naik pangkat kroni sahaja. Sepatutnya mana-mana pegawai tanpa mengira mana-mana kaum sama ada kaum Iban, Melayu, Cina atau India kah, kalau dia layak naik pangkat kasi naik pangkatlah. Jangan naik kroni sahaja. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Habis sudah Yang Berhormat?
Sudah habislah, tadi sudah minta gulung.
Oh! Okeylah.
Saya mahu bahas lagi. [Ketawa]
Yang Berhormat Bakri.
Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua yang bijak dan pandai.
[Dewan riuh]
[Ketawa]
...Kerana memberikan saya peluang untuk...
[Ketawa] 10 minit sahaja Yang Berhormat.
Masa 10 minit sahaja, tidak ada lebih masa.
Kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2014. Pertama sekali saya ingin membawakan isu berhubung dengan Parlimen kita ini. Adalah lebih baik sekiranya setiap jawapan kementerian terhadap segala soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat turut dimuatkan di dalam laman sesawang Parlimen. Seterusnya, mengapakah tiada kerja penambahbaikan bagi kabel signal CCTV? Adakah ia merupakan sesuatu yang sukar untuk ditambah baik? Senaraikan juga kos penyediaan bahan-bahan untuk Bajet 2014 dan kos siaran langsung pembentangan bajet dan siaran langsung harian sesi Mesyuarat Dewan Rakyat. Seterusnya dalam isu RAPID di Pengerang. Dalam ucapan pembentangan Bajet 2014, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan bahawa Projek RAPID di Pengerang, Johor adalah merupakan projek pelaburan terbesar di Malaysia. Namun begitu, Petronas pernah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebutkan satu penilaian semula nilai pelaburan sama ada besar atau kecil akan diadakan pada bulan Mac 2014 nanti. Tambahan pula, Syarikat Kuokuang dan syarikat dari Jerman telah pun mengumumkan penarikan diri mereka daripada pelaburan di dalam projek RAPID ini.
Sehingga kini, berapakah jumlah pelabur dan nilai pelaburan luar yang telah masuk ke Pengerang? Adakah kini kerajaan mendesak Petronas untuk mengambil alih semua projek yang telah ditinggalkan oleh Kuokuang? Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan ekonomi hijau dan ini merupakan satu langkah yang baik dalam menjaga alam sekitar dan bumi kita. Namun begitu, sedar kah kerajaan bahawa dalam industri berasaskan minyak dan gas akan menyebabkan penambahan kadar pengeluaran karbon yang tidak baik untuk bumi kita? Mengapakah kedua-dua dasar ini bercanggah? Apakah sebenarnya dasar kerajaan? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu mengenai negeri Johor. Johor sekarang ini mempunyai dua projek pembangunan dan pelaburan yang besar iaitu RAPID di Pengerang dan Iskandar Malaysia. Selain daripada merupakan laluan keluar masuk dagangan dan juga orang ramai ke Singapura. Adakah terdapat perancangan PLUS untuk menaik taraf laluan lebuh raya ke Johor Bahru kepada tiga lorong ekoran peningkatan pengguna laluan lebuh raya tersebut ketika ini apatah lagi ketika waktu perayaan? Bilakah pembinaan landasan kereta api berkembar ke Johor Bahru akan dibina? Seterusnya, saya merasakan begitu banyak penubuhan agensi-agensi kerajaan sehinggakan ia mengalami pertindihan tugas dan tanggungjawab di antara satu sama lain dan juga banyak agensi-agensi kerajaan diletakkan di bawah JPM. Ketika ini, berapakah jumlah agensi-agensi yang di bawah Jabatan Perdana Menteri? Senaraikan agensi-agensi tersebut serta Menteri yang bertanggungjawab bagi setiap agensi. Seterusnya isu pendidikan. Saya mengambil maklum bahawa terdapat satu NGO iaitu Hope to Walk, yang sedang memperjuangkan hak pendidikan kepada anak-anak kecil yang menghadapi kelumpuhan otak. Adakah kerajaan bersedia untuk membina satu sekolah khas untuk anak-anak kelumpuhan otak di bina di negara ini. Dasar Pendidikan Negara adalah terbuka kepada semua. Tidak kira sama ada sekolah kebangsaan, sekolah agama, SJK(C) dan SJK(T) mestilah saksama. Namun begitu, saya ingin bertanya mengapakah peruntukan untuk SJK(C) merosot kepada RM5 juta? Mengapakah kementerian sering menawarkan peruntukan tambahan kepada sekolah- sekolah sewaktu kempen pilihan raya kecil sahaja sedangkan di masa-masa biasa peruntukan tidak pula ditawarkan. Saya ingin menarik perhatian Dewan berhubung isu eksport burut walet. Mengapa pihak kementerian kini merancang untuk mengeksport buah durian ke negara China sedangkan kini berlaku lambakan sarang burung walet yang masih tidak dapat dieksport keluar sehingga harganya jatuh dari RM40,000 kepada RM1,000.
Kerajaan seharusnya membantu pemain-pemain industri ini ekoran kerugian yang terpaksa dialami mereka termasuk ada yang sekarang ini terpaksa menghadapi tuntutan pinjaman bank yang perlu mereka lunaskan. Apakah sebabnya berlaku lambakan sarang burung walet ini? Mengapa kerajaan tidak berusaha untuk mengadakan perjanjian dengan negara China dan lain-lain bagi memasarkan produk ini? Isu seterusnya ialah sukan negara. Saya ingin menarik perhatian kementerian berhubung perkembangan sukan hoki tempatan. Kita telah pun melayakkan diri ke Hoki Piala Dunia tahun depan dan ketika ini berada di kedudukan ke-13 dunia dan keempat dalam Asia. Ini adalah satu kedudukan yang membanggakan kita. Jadi, adalah menjadi harapan agar sukan hoki ini diberikan tumpuan dan penekanan khusus daripada kementerian sama ada daripada segi peruntukan pembangunan pelapis serta promosi dan pembangunan fasiliti sukan hoki ini. Seterusnya, saya ingin meminta penjelasan, adakah Pejabat Peguam Negara membayar yuran perkhidmatan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagi khidmat beliau merayu bagi pihak kerajaan atau adakah beliau menawarkan khidmat sukarela? Berapakah jumlah yuran yang dibayar dan untuk apa? Senaraikan juga peguam- peguam yang secara sukarela membantu kerajaan dan berapakah yang mengenakan yuran berserta nama peguam atau syarikat serta bayaran yang dibayar kepada mereka?
Saya ingin mengemukakan pertanyaan, bilakah tindakan akan diambil oleh kementerian bagi menjalankan kajian dan analisis, dan kemudiannya mungkin menggazet kawasan Kubu Bentayan, Muar, Johor sebagai kawasan sejarah yang mampu menarik pelancong. Menteri Besar Johor menyatakan tiada kepentingan untuk melaksanakan kajian terperinci pemuliharaan dan pemeliharaan sejarah Kubu Bentayan, Muar, Johor ini ekoran tiada unsur ekonomi yang bakal diperoleh. Adakah Menteri bersetuju dengan tafsiran dangkal yang menolak kisah sejarah ketamadunan bangsa negara merdeka ini? Adakah negara kita pernah menghantar perisik ke mana-mana negara lain dan berapakah jumlah perisik asing yang pernah ditahan dalam negara kita kerana melakukan aktiviti intipan? Senaraikan negara asal perisik dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka serta negara asal mereka. Akhir sekali, sedarkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa negara China mengiktiraf Chin Peng malahan pernah memberikan layanan VIP kepada Chin Peng? Tahukah kerajaan bahawa sejarah komunis Malaya masih ada di arkib perpustakaan negara China ekoran daripada asal usul komunis Malaya adalah berasal dari sana. Adakah kerajaan bersetuju dengan pandangan negara China mengenai komunis Malaya sehingga pujian melangit diberikan kepada Presiden China? Malahan, ada pula institusi pengajian tinggi tempatan iaitu HELP University yang memberikan Anugerah Kedoktoran Kehormat atau digelar Doktor Ekonomi kepada seorang lagi pemimpin negara komunis di Asia iaitu kepada Presiden Korea Utara. Apakah pandangan kerajaan dalam isu ini? Adakah kita sedang mengamalkan dasar terpilih? Satu negara komunis kita sokong kerana ada limpahan ekonomi. Satu lagi negara kita tidak benarkan malahan ada pula yang langsung tidak dibenarkan dibawa pulang abu mayatnya. Saya ingin akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun: Malaysia berhutang di bawah UMNO, Rakyat terbeban tiada subsidi gula, Abu Chin Peng ditakuti UMNO, Komunis negara China dipeluk pula. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin merakamkan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk turut membahaskan Bajet 2014. Yang Berhormat Jerlun ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun membentangkan bajet yang dianggap menyeluruh mengambil kira semua segmen masyarakat termasuk komuniti perniagaan, penjawat awam, orang kampung, belia, pelajar dan juga OKU tanpa mengira kaum dan keturunan. Atas kekangan masa, saya hanya sekadar ingin menyentuh beberapa perkara yang telah pun dibentangkan dalam bajet tersebut. Pertama sekali, berkaitan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kita telah pun diberikan peruntukan sebanyak RM6 bilion. Apa yang menarik sekali adalah terdapat sebanyak RM2.4 bilion subsidi diberikan dan yang lebih menarik adalah, lebih daripada RM2 bilion adalah untuk industri padi. Jadi, sebagai orang Kedah, sudah tentulah MADA akan mendapat imbuhan yang tinggi kerana ia adalah satu kawasan melibatkan 96,558 hektar padi di empat wilayah di negeri Kedah dan Perlis. Sebagai makluman, MADA dijangka akan membekalkan sebanyak 1.293 bilion tan padi iaitu hampir 40% bekalan beras negara. Jadi, MADA telah pun diberikan peruntukan mengurus sebanyak RM104 juta dan peruntukan pembangunan sekitar RM28 juta. Selain daripada itu juga, MADA telah pun diberikan peruntukan di bawah NKEA iaitu untuk meningkatkan prasarana, infrastruktur padi
iaitu pengairan dan saliran sebanyak RM634 juta dan ini akan diteruskan sehinggalah pada tahun 2020, yang akhir sekali menjadi jumlah RM2.2 bilion. Jadi di bawah subsidi tadi, sudah tentulah penanam padi mendapat subsidi harga padi berjumlah RM480 juta, subsidi baja padi berjumlah RM465 juta, insentif peningkatan hasil padi berjumlah RM80 juta, insentif pengeluaran padi berjumlah RM563 juta, subsidi benih padi sah berjumlah RM85 juta. Ini sahaja sudah menjadikannya berjumlah RM1.673 bilion manakala subsidi harga beras adalah berjumlah RM528 juta. Di dalam NKEA estet padi pula, petani-petani digalakkan menyertai program tanaman padi secara berkelompok, secara estet diberikan RM20 juta pada tahun akan datang. Jadi, kita sedar bahawa ketika ini, kita meminta kerajaan melihat semula dan menyelaras harga padi di antara negeri-negeri. Contohnya di Kedah RM1,050, di Selangor RM1,300 dan di Kelantan tidak sampai RM1,000. Jadi, sudah tentulah kita mahu supaya kerajaan kalau boleh hendak selaraskan semua harga padi ini di seluruh negara. Kita juga sedar bahawa sebelum kerajaan hendak selaraskan semua ini, ia memberi implikasi bukan hanya kepada petani, sudah tentulah petani merasa amat bersyukur tetapi ia juga melibatkan pengilang beras termasuk pengilang bumiputera. Kos input pertanian akan meningkat naik, kos membajak dan juga menuai, pengangkutan dan sebagainya juga akan turut naik dan mungkin juga harga beras akan turut naik. Jadi, sudah tentulah masyarakat petani terutama sekali di MADA Kedah mengharapkan kerajaan seberapa segera dapat menyelaraskan harga padi dalam masa yang terdekat. Yang Berhormat Jerlun juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah berjaya mewujudkan FAC ataupun Food and Agricultural Council for export. Jadi sudah tentulah dengan adanya majlis eksport ini, maka barangan pertanian akan dapat dieksportkan dengan lebih berkesan, dengan lebih sistematik dan juga ada piawaiannya. Maka kita harapkan banyaklah lagi barangan pertanian kita akan mendapat permintaan di luar negara sama ada di Singapura, di Hong Kong dan China sendiri juga termasuk Timur Tengah dan juga di Eropah. Selain daripada itu juga, saya ingin menyentuh sedikit tentang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah pun diberikan peruntukan yang begitu besar iaitu berjumlah RM9.8 bilion termasuk RM4.1 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Jadi di bawah peruntukan pembangunan terdapat RM979.6 juta hampir RM1 bilion untuk jalan luar bandar. Maka sudah tentulah kita sedar banyak antara nisbahnya yang dihantar ke Sabah dan Sarawak. Kita sedar di Semenanjung ini juga termasuk juga di Jerlun memerlukan peruntukan-peruntukan bagi menaik taraf jalan luar bandar dan juga jalan-jalan kampung. Selain daripada itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah pun diberikan peruntukan hampir RM47 juta bagi Belanja Mengurus dan Pembangunan. Namun dalam bajet keseluruhan kementerian juga diperuntukkan RM179 juta bagi membaik pulih 20,000 buah rumah-rumah seluruh negara. Namun bagi KEDA bagi tahun 2012 diberikan peruntukan membaik pulih 477 buah rumah. Pada tahun 2013, sebanyak 700 buah rumah. Namun pada tahun 2014 anggaran yang dibuat hanyalah 230 buah rumah. Jadi sudah tentulah saya kira peruntukan ini tidak mencukupi kerana banyak lagi kalangan penduduk di Kedah termasuk di Jerlun memerlukan bantuan bagi memperbaiki rumah mereka mahupun bagi rumah bina baru. Jadi kita juga menggesa supaya pihak kementerian mengkaji semula pendekatan yang dibuat terhadap pemilihan orang-orang yang layak untuk menerima bantuan baik pulih rumah dan juga bina baru. Selain daripada itu kita juga melihat bahawa di bawah pembangunan desa di bawah KEMAS terdapat 7,067 buah kampung yang berada di bawah Gerakan Daya Wawasan yang satu ketika dahulu menjadi satu ikon ataupun nama terkenal di bawah kementerian. Namun hari ini kita melihat bahawa Gerakan Daya Wawasan seakan-akan diganti pula dengan Kampung Abad 21. Jadi kita hendak supaya gerakan kampung- kampung yang terlibat dengan Gerakan Daya Wawasan ini diteruskan dan juga
diperkenalkan dengan kampung baru yang melibatkan lebih menyeluruh melibatkan pembangunan kampung itu sendiri, pembangunan ekonomi, orang muda dan sebagainya. Jadi berbalik kepada sedikit tentang komoditi dan perladangan. Kita melihat bahawa selama ini komoditi kelapa sawit, getah, koko dan sebagainya menyumbang kepada pendapatan yang amat penting bagi negara kita. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini kita melihat bahawa harga komoditi telah merudum jatuh. Jadi dalam laporan ekonomi untuk lapan bulan pertama tahun 2013, pendapatan komoditi utama telah menguncup ataupun mengurang sebanyak 8.6% kepada RM97.7 bilion daripada RM107 bilion bagi Januari hingga Ogos tahun 2012. Jadi kita sedar bahawa ini merupakan faktor utamanya kerana kejatuhan harga komoditi tersebut. Kalau kita tengok sektor sawit yang telah pun meningkat eskportnya kepada 11,645,000 tan iaitu peningkatan sebanyak 51% dari segi kuantiti, tetapi dari segi nilai telah menurun sebanyak 20.2% daripada RM35 bilion kepada RM28.4 bilion. Jadi sama juga dengan getah. Getah pun telah menurun dari segi nilainya daripada RM5.5 bilion kepada RM4.5 bilion ataupun hampir 17%. Harga purata pada tahun 2012, RM10.88 sekilo kepada RM8.61 sekilo. Jadi sama juga dengan koko. Kita lihat ada juga penurunan dari segi pendapatan negara jatuh daripada RM268 juta kepada RM201 juta pada tahun 2013 ataupun 25%. Jadi masalah yang di hadapan kita adalah inilah nasib kepada negara-negara pengeluar. Negara-negara pengeluar komoditi seperti Malaysia yang harganya ditentukan oleh permintaan dunia. Kita sedar bahawa memang kalau kita bercakap soal sawit ia adalah mendapat saingan hebat daripada minyak kacang soya ataupun juga minyak bunga matahari ataupun sunflower. Dapat juga kita dengar baru-baru ini di Perancis dan juga Eropah ada lobi-lobi daripada pihak tertentu yang memperkecilkan nilai ataupun kebaikan minyak sawit. Ini adalah mainan pihak pengimport dan sudah tentulah kita tidak mahu kita menjadi mangsa kepada mainan ini sehingga menyebabkan pendapatan negara terjejas dengan teruk seperti mana pernah berlaku satu ketika dahulu pada tahun-tahun 1980-an. Kita juga pernah mendengar kononnya satu mitos dahulu apabila harga minyak petroleum naik, sepatutnya harga getah natural rubber atau getah asli akan juga naik kerana apabila harga minyak naik, harga getah tiruan turut naik. Jadi permintaan kepada natural rubber akan naik. Akan tetapi hari ini berbeza walaupun harga minyak naik begitu tinggi sekali tetapi harga getah pula turun. Jadi inilah yang saya kira menjadi nasib yang sentiasa kita hadapi di mana negara pengeluar ditentukan oleh permintaan. Sudah tentulah kita mengharapkan kerajaan mengkaji semula untuk memperbanyak dan memperluaskan lagi pasaran kita. Selain daripada pasaran tradisi China, India dan sebagainya maka kita perlu memperluaskan lagi keadaan pemasaran barangan keluaran negara kita. Begitu juga dengan koko. Koko suatu ketika dahulu memang terkenal. Malaysia menjadi sebuah negara pengeksport ketiga terbesar di dunia selepas Ivory Coast dan juga Ghana. Akan tetapi hari ini tiba-tiba koko itu telah pun digantikan pula dengan kelapa sawit. Pernah satu ketika pada tahun 1980-an dan 1990-an, Sabah menjadi pengeluar koko terbesar tetapi hari ini semua telah pun diganti dengan sawit. Hari ini sawit di Malaysia mempunyai lebih kurang 5,000,700 hektar tanah yang ditanam dengan sawit. Maka kita longgokan komoditi kita dalam satu bakul dan nasib kita ditentukan pula oleh permintaan daripada negara luar. Jadi kita mengharapkan kerajaan mengkaji semula nisbah yang sesuai sama ada macam dahulu 40:40:20. Kini mungkin 80% ditanam dengan sawit, mungkin 15% dengan getah dan hanya 5% koko. Jadi kita hendak supaya nasib negara kita di masa depan tidak akan bergantung dengan permintaan oleh negara luar. Kementerian Pelancongan. Kita sedar Malaysia buat Visit Malaysia Year atau Tahun Melawat Malaysia 2014. Cuma kita minta supaya dalam program yang besar ini penduduk kampung luar bandar juga dapat merasai melalui kempen untuk turun atau turut tinggal di homestay di kampung-kampung. Jadi saya minta supaya Kementerian Pelancongan dapat membantu pengusaha homestay di luar bandar untuk turut serta dalam Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
Sukan, ramai orang bercakap pasal sukan. Saya dapat rumuskan bahawa sesungguhnya kita meletakkan benchmark yang amat rendah. Kita bangga apabila menang bola AFF. Kita amat bangga dapat pingat emas di Sukan SEA sahaja sedangkan kita jarang-jarang dan tidak pernah lagi dalam sejarah dapat pingat emas di Sukan Olimpik. Kemudian apa yang menjadi masalah kepada atlet kita yang terlalu dimanjakan. Thirst for hunger, hunger for success tidak ada. Mereka tidak ada keinginan untuk berjaya. Apabila mereka berjaya di peringkat regional diberikan imbuhan berlebihan, depa disambut macam hero dan sebagainya. Samalah seperti contoh menang Piala Malaysia diberi tanah oleh kerajaan negeri dan sebagainya. Ini menjadikan atlet kita manja, atlet kita tidak ada berdaya saing, atlet kita hanya bangga di kampung sendiri. Jadi sudah tentu kita meminta supaya Kementerian Belia dan Sukan mengkaji semula soal reward ini yang berlebihan. Kalau ada Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David itu yang kita hendak, itulah contoh benchmark yang kita ada, tetapi kalau setakat menang Piala Sukan SEA, pingat emas kita bangga sampai berlebih-lebih, ini tidak menjadi contoh yang baik bagi negara kita. Sudah tentulah overstaying officials, pegawai-pegawai yang terlalu lama dalam persatuan sukan pun duduk tunggu di situ tanpa mengira prestasi atlet-atlet. Apa yang mereka pentingkan adalah mereka pegang jawatan, dapat pergi rombongan sana sini dan sebagainya. Jadi ini sudah tentu kita sudah sampai masa untuk kita kaji semula. Akhir sekali untuk Kementerian Kesihatan. Kita sedar bahawa hari ini rakyat menghadapi pelbagai penyakit termasuk juga masalah buah pinggang.
Jadi, kita mempunyai dialysis centre di hospital-hospital kerajaan dan juga hospital swasta. Ada juga sesetengah NGO yang membuka pusat-pusat rawatan dialisis. Jadi, kita minta Kementerian Kesihatan supaya melihat bagaimana kita dapat membuka dengan lebih banyak pusat-pusat ini supaya rakyat di kampung-kampung yang tidak ada kemampuan untuk hendak bayar kos dialisis yang tinggi ini dapat treatment yang sesuai melalui bantuan sewajarnya kepada pusat-pusat dialisis di seluruh negara. Terima kasih. Yang Berhormat Jerlun menyokong bajet yang dibentangkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Alor Star. Selepas itu Yang Berhormat Lawas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang berbahas dalam perbahasan Bajet 2014. Saya terlebih dahulu ingin merujuk kepada ucapan Perdana Menteri dalam memberi ucapan Bajet 2014 di mana beliau telah pun bermula dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana menurut beliau, rakyat telah pun memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Saya lihat daripada ucapan Perdana Menteri. Nampaknya walaupun enam bulan telah pun berlalu sejak PRU ke-13, Perdana Menteri masih tidak dapat fakta dengan betul. Seperti yang diucapkan tadi oleh Yang Berhormat Bachok, Barisan Nasional hanya dapat 47% sahaja sokongan dari rakyat Malaysia dan bukan majoriti. Rakyat majoriti 52% sokong Pakatan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, jadi anehlah untuk kali ini Perdana Menteri membentangkan Bajet 2014. Saya juga lihat semasa Perdana Menteri berucap, beliau telah pun mengambil peluang untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat, pihak pembangkang. Akan tetapi yang aneh, saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang baru, dalam dua persidangan yang berlalu ini, sejak Jun, tidak pernah sekali pun saya melihat Perdana Menteri berdiri dalam Dewan yang mulia ini untuk berbahas. Untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Tidak seperti di United Kingdom. Di United Kingdom, Perdana Menteri United Kingdom pada setiap hari Rabu, beliau akan berdiri di depan Dewan dan beliau akan jawab segala soalan yang dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen tanpa mengetahui apakah soalan-soalan
yang akan ditanya. Setiap hari Rabu. Akan tetapi di Malaysia, Perdana Menteri kita nampaknya dia tidak berani untuk berbahas dan menjawab soalan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam bajet yang dibentangkan ini, RM264 bilion diminta diluluskan oleh Parlimen. Daripada RM264 bilion ini, RM46.5 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Daripada RM46.5 bilion ini, RM29 bilion disediakan untuk sektor ekonomi, RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Akan tetapi soalannya ialah proses bajet kita ini. Setiap tahun, sejak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri negara kita, bajet yang dirancang, yang ditetapkan, amaunnya tidak pernah dicapai. Setiap tahun, kerajaan akan berbelanja lebih daripada apa yang dirancang dan diluluskan oleh Parlimen. Sebelum ini juga, ada ramai pemerhati luar telah pun memberi cadangan supaya kita memperkakaskan lagi sistem bajet proses dalam negara kita ini dengan menubuhkan pejabat-pejabat independent budget office, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di negara-negara lain seperti di United Kingdom, mereka ada The Office for Budget Responsibility yang baru ditubuhkan iaitu tahun 2010. Di US, mereka ada The Congressional Budget Office (CBO). Peranan pejabat-pejabat bebas ini adalah untuk membantu Dewan dan Ahli-ahli Parlimen dalam memberi satu perbahasan yang lebih bermaksud atau a more meaningful debate sebab butir-butir sekarang ini yang dibekalkan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tidak cukup untuk Ahli-ahli Parlimen berbahas. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada muka surat 461. Ini adalah di bawah Kementerian Pendidikan. Dinyatakan di sana, “Program 2: Operasi Pendidikan. Objektifnya menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah”. Itu sahaja. Hanya dinyatakan apakah misi dan visi Menteri Pendidikan. Selepas itu dinyatakan prestasi aktiviti. Bilangan pengurusan mesyuarat yang diadakan, taklimat yang diadakan, bilangan kelas yang diberikan. Tidak ada apa-apa butiran lagi yang dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk mengadakan satu perbahasan yang bermakna. Dalam muka surat 447, Operasi Pendidikan. Di bawah title yang sama dengan izin. Pendidikan awal. Lebih daripada RM482,306 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal tanpa ada apa- apa butir. Bagaimanakah Ahli-ahli Parlimen boleh berbahas dalam title ini dengan meaningful, dengan izin. Oleh sebab itu dengan adanya satu independent budget office yang bebas, yang non partisan, tidak berpihak, yang merangkumi Ahli-ahli Parlimen dari dua pihak dan juga pakar-pakar ekonomi dan sebagainya. Mereka boleh membekalkan laporan-laporan forecast, ramalan ataupun analisis atas isu-isu bajet dan ekonomi untuk membolehkan kita berdebat dan berbahas dengan lebih sempurna, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, baru-baru ini juga dalam satu survey yang dibuat, Open Budget Survey dan ini dilaporkan oleh Centre for Public Policy Studies. Dalam tahun 2012, International Budget Partnership adalah satu organisasi yang membuat kajian atas bajet- bajet negara di seluruh negara dan setiap dua tahun mereka membuat kajian yang melibatkan bajet dari 77 daripada 100 negara di seluruh dunia. Malaysia mendapat markah yang cukup rendah. Sebanyak 39 sahaja. Daripada sini, apa yang dikritik di antaranya adalah tidak cukup kenyataan atau butir-butir bajet yang diberikan. Antara perkara yang dicadangkan ialah untuk membekalkan kenyataan pra bajet kepada orang awam untuk memberikan mereka satu expectation sebelum bajet dibentangkan. Apa yang akan termasuk dalam bajet tersebut. Ini adalah perkara-perkara yang boleh memperkasakan sistem Parliamentary Democracy di negara kita ini. Saya harap kerajaan dan Perdana Menteri akan mengambil berat tentang isu ini dan mencari bagaimana kita boleh adopt kan isu-isu ini sebab setiap tahun Tuan Yang di- Pertua, kita melihat Laporan Audit Negara.
Setiap tahun ada ketirisan, setiap tahun ada penyelewengan, every year. Tahun lepas pun kita tahu tentang kes pembelian the binoculars, teropong di mana kerajaan membeli dua teropong pada kosnya satu RM56,000 lebih. Itu adalah laporan yang sebelum ini di mana kerajaan telah pun membeli barang yang sepatutnya hanya berharga RM1,940 kepada membeli lebih 2,800 kali lebih ganda. Banyak lagi kes penyelewengan. Jadi walaupun kes ini selalunya berlaku, ketirisan dan penyelewengan, nampaknya tiada apa- apa dilakukan untuk memperbaiki situasi ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pokok Sena dalam memimpin kempen dalam Pilihan Raya Sungai Limau dan mengekalkan kemenangan penggal kelima untuk Sungai Limau. [Tepuk]
Yang Berhormat, belum tahniahkah sebelum ini?
Walaupun berjuta-juta ringgit digunakan dalam kempen dan sehinggalah satu sekolah Cina yang hanya mempunyai 15 student diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta, tetapi namun demikian kita tetap mengekalkan kemenangan di sana. Isu yang saya hendak bangkitkan di sini adalah semasa pilihan raya kecil berkempen, di antara satu isu yang dibangkitkan adalah isu subsidi beras di mana selama 20 lebih tahun subsidi beras tidak ditingkatkan. [Disampuk] Padi, minta maaf dan subsidi padi ini kekal pada 25 sen, yang sekarang ini permintaan daripada petani-petani di sana adalah untuk meningkatkan subsidi kepada 37 sen. Kenapakah subsidi padi ini tidak dipertimbangkan untuk ditingkatkan oleh kerajaan?
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Dengan cepatnya Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi isu, dalam by-election juga. Di antara satu isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Mukhriz adalah dia kata dia mengeluarkan satu kenyataan. Dia katakan bahawa pendapatan petani-petani ini, mereka susah sebab diakibatkan oleh middleman ataupun orang tengah. Beliau telah pun mencadangkan supaya peranan middleman ini dimansuhkan tetapi Mukhriz ini dia tidak jelaskan siapa yang dia tujukan kepada? Siapakah orang middleman ini? Adakah dia bermaksud rice millers kepunyaan pemilik peniaga- peniaga Cina yang sepatutnya sejak daripada 80-an, banyak daripada syarikat rice mill Cina telah pun tutup disebabkan oleh regulasi-regulasi yang dikemukakan, yang diperkenalkan oleh kerajaan ataupun Mukhriz...
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
...Ataupun Mukhriz merujuk sebenarnya kepada BERNAS. BERNAS ini adalah syarikat peribadi yang sebelum ini tugas mereka adalah untuk pemasaran. Mereka ditubuhkan dalam tahun 1996 mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara dan mereka telah diprivatizekan dan monopoli sekarang dipegang oleh BERNAS. Akan tetapi sampai hari ini rakyat khususnya petani-petani, peladang- peladang padi masih miskin. BERNAS hanya memegang monopoli dan hari ini juga saya membaca surat khabar Tuan Yang di-Pertua, bahawa sekarang BERNAS dalam usaha untuk buat delisting. Sebanyak 83% daripada saham BERNAS ini dimiliki oleh kita semua tahu, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Sebelum ini ramai juga daripada konco-konco, kawan- kawan Tun Mahathir dalam kerajaan sendiri yang mempunyai saham dalam BERNAS, yang dapat berjuta-juta ringgit dengan ‘connection’ mereka termasuk bekas Menteri Besar.
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Jadi ada banyak teguran ataupun bantahan yang dibuat oleh public untuk menghapuskan monopoli beras ini tetapi sekarang ini mereka nak buat delisting pula, menjadikan syarikat ini di luar pemantauan pihak-pihak berkuasa.
Yang Berhormat, pilihan raya kecil sudah selesai Yang Berhormat, boleh habiskanlah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu padi ini cukup penting. Saya harap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan penjelasan kenapa sehingga hari ini walaupun berjuta, berbilion-bilion ringgit daripada segi subsidi jentera, harga minimum, gerenti dan sebagainya diberikan tetapi sehingga hari ini petani- petani masih miskin. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Yang Berhormat Lawas. Selepas Yang Berhormat Lawas, kita bagi presiden parti, Yang Berhormat Saratok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan ucapan Bajet tahun 2014 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini pada 25 Oktober 2013. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana merangka satu bajet yang komprehensif meliputi hampir kesemua keperluan dan kehendak rakyat jelata. Selain memenuhi harapan rakyat, bajet tersebut menggambarkan keprihatinan kerajaan untuk membawa perubahan, peningkatan dan kesejahteraan hidup rakyat. Kita bersyukur dengan rahmat Tuhan Yang Maha Esa, negara Malaysia terus makmur dan rakyat berbilang kaum, agama dan latar belakang hidup aman damai dan sejahtera menikmati hasil kekayaan negara yang tercinta. Apa yang penting ialah kelangsungan keadaan baik dan tenteram ini agar generasi muda akan datang dapat menikmati kesejahteraan yang ada pada hari ini. Memang tidak dapat dinafikan masalah wujud di kalangan rakyat khusus daripada segi pendapat yang berbeza, tetapi janganlah itu dijadikan persengketaan sehingga menjejaskan ketenteraman rakyat Malaysia. Contoh masalah yang timbul akibat keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kegunaan kalimah Allah haruslah ditangani dengan baik. Mungkin ianya boleh diselesaikan dengan mengambil kira lipatan sejarah dan politik. Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya, GST yang diperkenalkan kerajaan sebagai sistem percukaian yang akan diguna pakai di Malaysia merupakan pembaharuan ke atas sistem lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan selaras dengan edaran masa. Banyak negara yang telah melaksanakan GST dan terbukti sistem percukaian ini baik dan berkesan. Jika tidak, takkan lebih 160 buah negara termasuk di rantau ini yang melaksanakan GST. Dengan terlaksananya GST yang ‘broad best’ dengan izin, dan berkesan maka dapat mengukuhkan lagi kewangan negara yang sedang menuju ke kemuncak negara maju menjelang tahun 2020. Oleh demikian, saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersetuju dan menyokong pelaksanaan GST di Malaysia pada tarikh yang ditetapkan iaitu 1 April 2015. Tuan Yang di-Pertua, selepas 50 tahun merdeka dalam Malaysia, Sarawak masih ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Banyak infrastruktur asas, jalan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain perlu dilaksanakan oleh kerajaan khusus di kawasan Parlimen Lawas seperti di Bario, Ba’kelalan dan Long Semadoh di mana penduduk-penduduk masih belum menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan tersebut. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah peruntukan di bawah Bajet 2014 yang disediakan khas untuk Sarawak bagi setiap kategori atau butiran yang tersebut di atas.
Saya berharap dan mohon agar melalui bajet tahun hadapan 2014 akan dapat ‘mengaddress’ dengan izin, beberapa keperluan asas di Sarawak termasuk pembinaan projek seperti berikut di bawah Parlimen Lawas: (i) bina baru jalan dari Kampung Ranau Baru ke Kampung Lintang sejauh tiga kilometer;
(ii) bina baru jalan dari Kampung Murut Suang ke Tang Lipi sejauh empat kilometer; (iii) naik taraf jalan Kampung Sungai Bangat; (iv) naik taraf jalan Kampung Long Sebulu; (v) naik taraf jalan Kampung Bukit Batu; dan (vi) naik taraf jalan Kampung Long Ibau. Ini merupakan sebahagian daripada projek yang diperlukan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kebajikan dan keselesaan para pegawai dan kakitangan Persekutuan di tempat bertugas perlu diberi perhatian. Di Lawas sebuah bangunan Wisma Persekutuan yang kecil dibina lebih 30 tahun dahulu tidak dapat menampung kesemua pegawai yang ditugaskan di sana. Bagi jabatan-jabatan yang mampu menyewa ruang pejabat mereka ditempatkan berselerak di bangunan kedai yang disewa dan ini tidak selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan one stop centre bagi memudahkan orang awam berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan. Selain itu kakitangan Jabatan Imigresen yang ditugaskan di check point sempadan Sarawak dengan Indonesia di Ba’kelalan terpaksa berkongsi tempat kediaman dan ruang pejabat dengan pihak tentera yang ditugaskan mengawal sempadan. Sehubungan itu saya merayu agar kerajaan membina sebuah bangunan Persekutuan yang baru di Lawas untuk menempatkan semua pegawai dan kakitangan persekutuan termasuk PDRM di samping mendirikan bangunan imigresen check point di Ba’kelalan. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin highlight dengan izin, masalah yang sama dihadapi oleh sebuah agensi kerajaan iaitu Lembaga Lada Malaysia yang beribu pejabat di Kuching disebabkan pihak Lembaga Lada sebenarnya tidak mempunyai bangunan sendiri. Apa yang ada pada mereka adalah sebuah bangunan kecil yang diserahkan oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam apabila Lembaga Lada Malaysia mengambil alih pengurusan daripada entiti lama itu pada 1 Januari 2007. Disebabkan masalah tersebut, pihak Lembaga Lada Malaysia terpaksa menyewa tiga buah bangunan swasta yang berasingan di Bandaraya Kuching untuk dijadikan pejabat. Selain tidak convenient bagi pihak pengurusan dan pegawai yang bertugas, kos sewaan bangunan amat tinggi iaitu sebanyak lebih setengah juta setahun. Oleh yang demikian, saya mohon bagi pihak Lembaga Lada Malaysia agar kerajaan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempertimbangkan serta meluluskan permohonan Lembaga Lada Malaysia untuk membina bangunan pejabat baru di atas tapak tanah yang tersedia yang dimiliki oleh lembaga sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Pengangkutan kerana mengambil langkah untuk menggantikan pesawat Twin Otter yang sudah lama dan uzur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkhidmatan melalui penerbangan Twin Otter ini amat diperlukan di kawasan Lawas di mana tempat- tempat seperti Bario, Ba’kelalan dan Lawas itu sendiri bergantung sangat dengan perkhidmatan yang dibekalkan. Tuan Yang di-Pertua, tragedi yang melibatkan sebuah Twin Otter lama terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat baru-baru ini melibatkan dua orang terkorban termasuk seorang pilot perlu menjadi pengajaran agar tidak berulang lagi. Oleh itu saya menyeru supaya MASwings dengan penglibatan pihak kementerian dan kerajaan, menggantikan kesemua pesawat Twin Otter yang lama dengan pesawat yang baru serta menambahkan bilangan pesawat yang diperlukan sehingga mencukupi bagi menampung keperluan pelanggan. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan ini...
Yang Berhormat Lawas, boleh gulung ya?
Saya ingin bertanyakan dengan kerajaan tentang permohonan dan rayuan-rayuan rakyat Lawas mengenai pembinaan sebuah
lapangan terbang baru yang amat diperlukan untuk menggantikan lapangan terbang sedia ada bagi menampung pendaratan pesawat jenis APR di Lawas. Tuan Yang di-Pertua, projek lapangan terbang baru ini sudah lama dinanti- nantikan oleh rakyat Lawas kerana sebagai sebuah daerah yang mempunyai penduduk sekitar 80,000 orang bergantung dengan perkhidmatan Twin Otter sebagai penghubung utama mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia jika projek tersebut direalisasikan, kegunaannya akan dikongsikan bersama dengan rakyat dari daerah jiran Sipitang negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, keselamatan dan kepentingan awam perlu terus dijaga dan terjamin. Seperti yg sering dilaporkan di pihak media berlaku rompakan, ragut, pencurian dan yang paling ngeri lagi pembunuhan menggunakan senjata api. Ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap negara selain merugikan dari segi pelaburan asing dan industri pelancongan terjejas. Di luar bandar juga tidak kurang berlakunya jenayah melibatkan golongan muda dengan dadah, judi haram dan lain-lain. Sebelum ini siber-siber kafe hanya beroperasi di bandar dan pekan tetapi sekarang ada yang beroperasi secara illegal di rumah-rumah peribadi di luar kawasan bandar. Oleh yang demikian, saya menyeru agar langkah dan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab supaya perkara sedemikian tidak merebak. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, keselamatan nyawa dan harta benda akibat kebakaran rumah perlu mendapat perhatian pihak bomba dan penyelamat. Baru-baru ini berlaku kebakaran di Awat-Awat, sebuah kampung nelayan melibatkan 15 buah rumah ranap terbakar, 47 keluarga dan hampir 200 orang menjadi mangsa. Semua barang-barang kepunyaan mereka lenyap dijilat api.
Ya, Yang Berhormat Lawas.
Jika persatuan bomba dan penyelamat tidak tiba di Kampung Awat-Awat untuk memadam api setengah jam selepas kebakaran bermula, maka seluruh Kampung Awat-Awat dengan bilangan rumah melebihi 200 buah habis terbakar. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar pihak bomba dan penyelamat membuka cawangan pejabat di daerah-daerah kecil seperti Sundar, Trusan dan Merapoh selain menubuhkan jawatankuasa bomba sukarela di setiap kampung yang berisiko tinggi untuk membantu memadamkan kebakaran.
Yang Berhormat Lawas.
Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Tadi dia sebut Saratok. Sila Yang Berhormat Saratok. Selepas Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Padang Serai.
Jarang nampak.
Jarang nampak itu yang kita bagi. Sepuluh minit. Yang Berhormat Seputeh jangan kacau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membentangkan satu belanjawan yang merangkumi semua aspek dan bidang serta mengambil kira keperluan setiap anggota masyarakat di Malaysia. Tanggal 25 Oktober 2013 menjadi satu hari bersejarah di mana satu belanjawan bertemakan ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana
Janji’ telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini.
Saya percaya dan amat yakin bahawa inti pati Bajet 2014 ini yang mengambil kira semua anggota masyarakat dengan menitikberatkan keperluan dan permintaan mereka masing-masing tanpa sebarang bentuk diskriminasi pastinya dapat merealisasikan agenda transformasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta sentiasa mengutamakan dan mendahulukan rakyat. Saya amat kagum dan bangga dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan dalam ucapan Bajet 2014 bahawa, “Sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India, Kadazan, Murut, Dusun, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Orang Asli, Sikh, Serani, orang Siam, Peranakan Baba Nyonya dan juga kaum Chetti serta lain-lainnya, kesemuanya orang Malaysia. Pendek kata setiap kaum atau suku tidak kira peratusannya adalah mustahak dan penting dalam perjalanan negara menuju kejayaan”. Ini merupakan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengutamakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan kaum selaras dengan konsep 1Malaysia. Lima teras yang menjadi tunjang dan pedoman Bajet 2014 iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta menyejahterakan kehidupan rakyat mengambil kira semua aspek pembangunan ekonomi, sekali gus memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat dan faedah yang sewajarnya. Bajet ini merupakan satu belanjawan sihat untuk terus membawa Malaysia ke arah kecemerlangan untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan negara-negara maju yang lain. Kerajaan tidak pernah merangka satu bajet yang akan membawa kepada kemudaratan dalam sebarang aspek, malah kerajaan amat teliti dan peka dengan mengambil kira semua aspek secara menyeluruh untuk memastikan bajet yang dirangka menyumbang kepada penubuhan ekonomi, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat secara umum. Lantas, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mengkritik belanjawan negara tanpa sebarang asas yang kukuh. Prestasi ekonomi 2013 dan 2014- walaupun di sebalik ketidaktentuan iklim politik dan ekonomi global, kerajaan mampu melaksanakan agenda pembangunan negara dengan cukup baik. Buktinya bagi keseluruhan tahun 2013, ekonomi negara dijangka berkembang pada kadar 4.5% hingga 5% manakala pada tahun 2014, ekonomi negara diunjurkan berkembang lebih kukuh pada kadar 5% hingga 5.5%. Pada masa yang sama, pendapatan per kapita tahun 2014 pula dijangka akan mencecah RM38,126 berbanding RM24,879 pada tahun 2009 di mana peningkatan sebanyak 37% dalam tempoh enam tahun. Lantas, kalau pendekatan dan trend sebegini diteruskan, maka seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia mampu menjadi negara maju lebih awal daripada tahun 2020. Lantas, ini adalah bukti tadbir urus perbelanjaan dan kewangan negara yang baik oleh kerajaan selama ini. Peruntukan Bajet 2014 sebanyak RM264.2 bilion di mana RM217.7 bilion dan RM46.5 bilion yang dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan masing-masing adalah satu calculation yang sangat realistik dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa untuk berhadapan dengan cabaran ekonomi global serta memastikan Malaysia terus mengorak langkah ke arah pembangunan yang mampan dan kecemerlangan yang menyeluruh. Lebuhraya Pan Borneo – seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi peruntukan sebanyak RM500 juta dalam Bajet 2014 bagi projek Lebuhraya Pan Borneo. Saya amat kagum dengan pihak kerajaan yang memberi keutamaan dan perhatian khusus terhadap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang akan menghubungkan Sarawak dan Sabah kerana memahami bahawa projek ini adalah antara yang dijangkakan dan diharapkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak daripada kerajaan. Jaringan lebuh raya sepanjang 2,300 kilometer ini akan mempermudah pengangkutan antara dua negeri selain meningkatkan pembangunan di kawasan terlibat.
Lantas, saya menegaskan bahawa projek ini yang juga akan menghubungkan kawasan pedalaman kepada satu nilai tambah di mana selain membawa pembangunan dan mempermudah pengangkutan antara dua negeri, secara tidak langsung juga dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan pendapatan negeri secara amnya.
Ya Yang Berhormat Saratok, gulung.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan, saya ingin menyentuh mengenai isu solidarity rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, perpaduan dan semangat bersama adalah asas dan tunjang kepada Malaysia. Perpaduan sesama rakyat berbilang kaum dan berlainan latar belakang telah membawa Malaysia ke tahap ini. Kerajaan mahupun rakyat sentiasa mengutamakan keamanan dan keharmonian. Sejak pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada Malaysia dan bersama-sama mengharungi suka dan duka bersama dengan mengutamakan perpaduan pada setiap detik dan masa. Sehubungan dengan itu, saya ingin memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2014 bahawa, “Pada 16 September 1963, termaktub peristiwa bersejarah perhubungan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Terbukti jelas kebersamaan dan kebersatuan ini telah membawa berjuta rahmat kepada Malaysia”. Walaupun kita mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi kita sentiasa bersama untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Walau bagaimanapun, kita juga harus sentiasa peka dan hormat kepada perbezaan antara kita dan tidak harus membuat generalisasi yang umum terhadap isu-isu yang berkaitan dengan norma, tradisi mahupun agama. Tidak dinafikan bahawa consolidation atau consolidate, dengan izin, boleh membawa kepada kebaikan tetapi jika tidak ditangani dengan betul, maka ia mampu membawa kepada kemusnahan.
Ya.
Have to conclude ya. Sekejap, sekejap, sekejap. One minute. One minute. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan penggulungan dan kesimpulan. Tuan Yang di-Pertua, pendek kata Bajet 2014 adalah satu bajet yang lengkap, inclusive dan komprehensif. Bajet yang memberi perhatian kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, sederhana mahupun tinggi adalah bukti kerajaan komited dalam meneruskan agenda transformasi negara yang menyeluruh dengan mengutamakan pencapaian serta mendahulukan rakyat. Setiap rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada bajet ini. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membentangkan Bajet 2014 yang cukup menarik ini. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ramai tidak lagi yang hendak berucap?
[Bangun]
Barisan Nasional satu, dua, tiga, empat, lima. Pakatan Rakyat dua, empat, lima, lapan. Ada lapan, campur dengan lima jadi 13. Kita ada lebih kurang satu jam sahaja lagi. Jadi...
[Menyampuk]
Itulah saya hendak minta kerjasama walaupun dihadkan masa 10 minit, kalau boleh tujuh minit habis kita berhenti jangan sambung-sambung. Terutama sekali kawan saya ini Yang Berhormat Padang Serai.
Saya lima minit sahaja. Saya lima minit.
Sila Yang Berhormat Padang Serai.
Lepas ini Yang Berhormat Kubang Pasu.
Ya. Yang Berhormat Padang Serai dahulu.
Lepas itu Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dalam membahaskan Anggaran Belanjawan 2014 ini, saya ingin pada mula sekali menyentuh kepada kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri semasa membentangkan belanjawan ini. Di mana kita berasa amat kecewa bahawa kenyataan seperti ini yang tidak menghormati kedudukan pembangkang di dalam Parliamentary Democracy telah dibuat. Saya mempunyai versi bahasa Inggeris di mana beliau menyatakan, “However, our noble efforts will always be criticized by our colleagues on the other side of the aisle. Be that as it may. The truth will always prevail”. Tuan Yang di-Pertua ini menjadi masalah kerana perlu difahami bahawa di dalam sistem demokrasi berparlimen kita pembangkang mempunyai satu, bukan sahaja satu tugas tetapi satu tanggungjawab yang amat jelas. Untuk memastikan bahawa isu-isu yang penting bagi negara dan bagi rakyat dibahas dengan sempurnanya. Attitude seperti ini yang mana pemimpin Kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri-Perdana Menterinya sejak bertahun-tahun hanya melihat pembangkang sebagai satu masalah, pengkritik dan sebagainya. Maknanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan yang sama menyatakan bahawa kita akan sampai ke tahap negara yang maju sebelum 2020 pun katanya. Akan tetapi bagaimana kita boleh mencapai ini apabila Kerajaan Barisan Nasional masih tidak mahu menerima kritikan di dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Bagaimana kita boleh menjadi satu demokrasi yang matang jika tugas dan tanggungjawab pembangkang tidak diterima. Bukan sahaja itu tetapi kegagalan Kerajaan Barisan Nasional untuk menerima konsep Demokrasi Berparlimen yang matang. Juga menyebabkan mereka menggunakan kuasa polis, menggunakan kuasa pendakwa untuk membawa tuduhan-tuduhan jenayah terhadap mereka yang ada di kerusi pembangkang, termasuk tuduhan-tuduhan di bawah Akta Hasutan, tuduhan-tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan sebagainya. Komen yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jelas menunjukkan mengapa keadaan seperti ini berlaku kerana tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen. Tuan Yang di-Pertua, apakah makna Parlimen? Parlimen adalah mengenai berbahas, Parlimen is about debate dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Di sini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyatakan, “Oh! The other side hanya suka criticize.” Selepas itu kita melihat apabila Ketua Pembangkang menjawab kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semua kosong barisan depan, seorang pun tidak ada Yang Berhormat Menteri kecuali dua tiga Yang Berhormat Menteri di belakang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada, semua Yang Berhormat Menteri kosong habis. Maknanya tidak ada satu pemahaman kepada pihak Barisan Nasional tentang apakah itu demokrasi berparlimen. Seterusnya saya terus kepada belanjawan ini. Apa masalah dalam belanjawan ini adalah selepas membaca dan mendengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan melihat kepada ucapan beliau. Kita tidak tahu apakah falsafah, apakah visi yang kita boleh
lihat daripada belanjawan ini, apakah maknanya? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa akan mencapai negara maju sebelum tahun 2020. Akan tetapi kita tidak lihat apakah inisiatif-inisiatif yang telah dibuat untuk membawa kita ke tahap negara maju. Isu pekerja asing tidak disebut pun di dalam ucapan belanjawan. Isu pekerja asing adalah amat penting kerana lebih 2.1 juta orang pekerja asing secara rasmi sahaja di negara ini. Jika industri dan majikan tidak diberi insentif untuk merasionalisasikan bidang-bidang industri mereka, maka kita tidak boleh sampai kepada tahap negara maju. Tahun 2060 pun tidak sampai. Saya lihat isu yang begitu penting seperti itu tidak disebut langsung oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya. Akan tetapi masalah yang lebih penting dalam belanjawan ini ialah rakyat Malaysia yang paling memerlukan pertolongan dan bantuan, yang paling memerlukan pertolongan. Saya sebut iaitu mengenai orang yang paling miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan sebagainya. Kalau kita lihat kepada belanjawan ini ataupun ucapan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan dengan begitu bangga, empat ayat sahaja diberikan kepada OKU. Empat ayat dan pada akhir empat ayat ini menyatakan bahawa, “Kerajaan akan memperuntukkan RM441 juta untuk kebaikan dan development of welfare of OKU.” Itu sahaja, empat ayat sahaja. Akan tetapi apabila kita lihat kepada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan kita lihat bahawa sebenarnya bantuan sosioekonomi kepada orang kurang upaya telah dipotong, bukan ditambah. Maknanya kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini seolah-olah ingin membantu orang kurang upaya tetapi akhirnya ada peruntukan yang dipotong. Kita tahu keadaan orang kurang upaya pada masa ini pun peruntukannya begitu kurang. RM150 sahaja jika tidak boleh bergerak dan terlantar di atas katil, hanya RM150 diberi oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimana orang seperti ini, OKU seperti ini hendak hidup? Bagaimana hendak cari makan? Tidak kira lagi bantuan-bantuan perubatan, peralatan perubatan, pampers dan sebagainya yang diperlukan. Jadi di merata- rata, di kawasan Parlimen kita termasuk Padang Serai kita lihat ramai sangat OKU yang terlantar di rumah, tidak dapat makanan, hidup sengsara, hidup susah. Apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah potong lagi bantuan. Ada di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
Ya gulung, gulung ya.
Selain daripada itu yang kita dapat lihat – dalam menggulung saya menyatakan bahawa mengambil contoh peruntukan bagi OKU dan juga peruntukan dalam muka surat selepas itu appreciating artist. Bagi artis ataupun pihak seni sebanyak RM6 juta sahaja daripada bajet RM264 bilion, RM6 juta diberi untuk persatuan-persatuan artis. Maknanya kerajaan langsung tidak serius mengenai isu memupuk golongan artis dan memastikan bahawa tahap kebudayaan kesusasteraan kita itu naik kepada tahap negara maju. Apa yang kita lihat daripada belanjawan ini ia seolah-olah bajet semberono maknanya sleep debt budget. Letak sedikit di sini, letak sedikit di sana, tidak ada falsafah, tidak ada objektif, tidak ada rancangan yang jelas tetapi bentang sahaja seperti itu.
Disebabkan itu, orang yang miskin, bantuan sosioekonomi untuk orang yang paling miskin juga dipotong. Saya ingin dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri apabila menjawab mengapa bantuan sosioekonomi kepada orang paling miskin di negara ini, bantuan sosioekonomi Tuan Yang di-Pertua kepada OKU, bantuan sosioekonomi kepada warga emas, semua dipotong. Akan tetapi, semasa membentang dan membuat ucapan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sebut pun mengenai itu tetapi menyatakan seolah-olah bangga bahawa sesuatu telah diberi kepada golongan-golongan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih.
Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya menghabiskan dengan menyatakan bahawa saya harap pihak kerajaan mengkaji semula bajet ini. Kita tidak boleh sokong bajet seperti ini yang melupakan masalah rakyat negara ini, rakyat biasa negara ini. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sembilan minit, Yang Berhormat Kuala Krai. Sorry, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Okey.
Selepas Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit pandangan dan juga mengenai Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Saya hendak terus kepada permasalahan yang saya ingin sentuh iaitu pertama sekali berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri ini ialah khas mengenai ancaman dadah. Saya lihat, perjuangan membanteras dadah musuh nombor satu negara bermula sejak tahun 1983 iaitu lebih kurang 30 tahun sudah perkara ini berlanjutan. Setakat ini kita nampak bahawa kesan kejayaannya tidak boleh kita banggakan kerana hasrat kita ialah untuk melihat negara kita ini bebas dadah pada tahun 2015. Saya nampak, kita akan pasti tidak akan mencapainya. Walau bagaimanapun, saya nampak usaha yang sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri amat memberangsangkan apabila Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini telah mengatakan bahawa semua agensi yang terlibat dengan urusan membanteras dadah seperti PDRM Bahagian Narkotik, Kastam Diraja Malaysia, AADK akan disatukan di sebuah satu bumbung supaya satu tindakan komprehensif dapat dilakukan oleh agensi-agensi yang sekarang ini saya rasa agak berkecamuk kerana tidak mempunyai hala tuju dan kadang-kadang mereka ini bersaing antara satu sama lain. Daripada apa yang saya lihat, kadang-kadang statistik yang diperoleh daripada agensi-agensi itu agak berbeza daripada satu sama lain. Ini adalah usaha yang amat baik. Selain daripada itu juga, saya selaku Yang di-Pertua PEMADAM Kebangsaan, baru-baru ini dalam Persidangan Agung PEMADAM Kebangsaan, kita telah mengesyorkan kepada kerajaan supaya ditambahkan atau ditetapkan satu geran tetap sebanyak RM10 juta setahun kepada PEMADAM dalam usaha untuk membantu kerajaan dalam aktiviti pencegahan dadah di peringkat negara kita ini yang mana kita meliputi 162 daerah. Selain daripada itu juga, saya berharap supaya KSN dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengaktifkan semua Majlis Tindakan Membanteras Dadah di semua peringkat daripada kebangsaan, negeri dan juga daerah. Ini kerana akhir- akhir ini, saya lihat bahawasanya ada majlis-majlis di peringkat negeri, tidak langsung mengadakan mesyuarat dan ini menyebabkan kerja-kerja untuk kita meneruskan usaha membanteras penagihan dadah agak terbantut. Selain daripada itu ialah berkenaan dengan akta-akta yang pernah diutarakan iaitu ‘Akta Hidu Gam dan Penyalahgunaan Daun Ketum’ hendaklah disegerakan dijadikan akta supaya tindakan diambil kepada mereka yang terlibat dengan usaha-usaha penyelewengan yang berlaku di dalam dua aktiviti tersebut. Selain daripada itu juga, selaku warga Malaysia yang prihatin berkenaan sumber alam kita, saya menyokong penuh usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah Jabatan Perikanan yang mana Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah mengumumkan pengharaman kepada penggunaan ‘pukat buaya’ ini. Saya amat mengalu- alukan kerana ketika saya menjadi Timbalan Menteri dahulu, kita telah membuat satu
demonstrasi yang mana semua wakil daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi yang ada di depan Parlimen itu terlibat, yang mana saya telah membawa mereka ke tengah laut dan lihat bagaimana kemusnahan yang telah dibawa oleh ‘pukat buaya’. Pada ketika itu, kita tangguhkan. Sepatutnya benda ini telah dikuatkuasakan pada bulan Julai tahun 2012 tetapi ditangguhkan. Saya menyokong penuh kepada tindakan kementerian di bawah kepimpinan Menteri kita yang baru, yang berani dan begitu tegas mengenai usaha ini. Jadi, ini menunjukkan bahawa kerajaan amat serius dalam usaha kita untuk memelihara sumber perikanan di perairan kita. Selain daripada itu juga, saya mengesyorkan supaya Jabatan Perikanan mengadakan syarat-syarat untuk penggunaan semua jenis pukat. Ini kerana pukat-pukat yang digunakan di Malaysia ini seperti pukat rawa sorong perlu diharamkan kerana ia juga boleh mengancam sumber di negara kita ini. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya ada dua atau tiga perkara yang saya ingin membangkitkan iaitu berhubung kait dengan Parlimen saya. Pertama sekali, Kubang Pasu ini adalah bersempadan dengan Thailand. Di Kubang Pasu, kita mempunyai sebuah ‘CICQ’ iaitu Immigration Quarantin Malaysian, [Disampuk] ‘CICQ’, imigresen, bukan ‘ICQ’, bukan ‘CIQ’. ‘CIQ’ itu kastam. Ini dia punya pelopor dimiliki oleh imigresen dipanggil ‘ICQ’. Jadi ‘ICQ’ mempunyai 15 agensi yang ada di sana tetapi tidak ada koordinasi antara satu sama lain. Jadi kita harap, KDN melihat perkara ini kerana kita mesti ada satu lead agency yang mengawasi setiap pergerakan agensi ini. Biasa berlaku, ada berlaku kejadian dua tahun lepas apabila penyeludup yang ditahan oleh pihak KPDNKK menyeludup minyak di sempadan. Apabila itu berlakulah pertengkaran, mereka telah masuk balik ke dalam Siam dan keluar balik ke Malaysia dan pukul kita punya pegawai yang bertugas pada masa itu. Akan tetapi tindakan tidak dibuat oleh mana-mana agensi yang lain. Polis tengok sahaja dan sebagainya. Jadi perkara ini berlaku kerana tidak ada koordinasi antara mereka. Selain daripada itu juga, di sempadan ini Bukit Kayu Hitam, kita mempunyai laluan yang agak sibuk. Lebih kurang 500 buah lori yang keluar masuk Bukit Kayu Hitam pada setiap hari. Jadi lori yang datang dari Thailand sudah pasti akan membawa bahan-bahan yang di seludup seperti mercun dan lain-lain senjata api mungkin. Ini kerana saya lihat, tidak mungkin pegawai-pegawai yang bertugas di Bukit Kayu Hitam itu dapat memeriksa semua lori yang keluar masuk melainkan kita mestilah menempatkan sebuah mesin scanner yang canggih supaya setiap lori yang keluar masuk dari Bukit Kayu Hitam sahaja dapat di scan dan kita dapat lihat apa juga jenis barangan yang dibawa masuk. Saya lihat bahawa perkara ini boleh dibuat kerana kalau kita lihat daripada kutipan pendapatan daripada Kastam Diraja Malaysia atau kutipan cukai untuk tahun 2012 iaitu kutipan tidak langsung bagi tahun 2012 ialah berjumlah RM34.7 bilion. Bagi tahun 2013 hingga bulan Oktober ini, RM29 bilion yang kita telah kutip. Saya rasa kerajaan patut melaburkan sedikit wang untuk menyediakan kelengkapan yang canggih di pintu masuk seperti CCTV, kita bina tembok dan sebagainya.
Ya, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Ya, selain daripada itu ialah berkenaan dengan kaji, saya minta MoT untuk mengkaji semula ICP iaitu International Circulation Permit yang dikeluarkan kepada kenderaan-kenderaan asing yang keluar masuk ke negara kita. Sekarang ini, tempohnya terlalu lama iaitu selama tiga bulan dan pendek kata, tidak ada monitoring yang dibuat. Oleh sebab itu, berlaku banyak penyelewengan dibuat oleh kereta-kereta terutama sekali van-van pelancong yang membawa pelancong- pelancong dari Thailand. Selain daripada itu juga, mereka membawa pelancong-pelancong dari Malaysia. Mereka kadang-kadang sebagai teksi sapu membawa pelanggan-pelanggan yang ada di negara kita ini yang menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha- pengusaha teksi tempatan.
Saya berharap juga JPJ mengenakan syarat yang ketat kepada semua kenderaan-kenderaan Thailand yang masuk ke negara ini, kerana saya dapati banyak
daripada kenderaan itu tidak memenuhi syaratnya. Umpamanya muatan lebih dan kadang- kadang cermin boleh katakan kebanyakan lori kenderaan cerminnya gelap. Yang seterusnya ialah berkenaan dengan MADA. MADA mendapat peruntukan yang besar. Saya menarik perhatian iaitu berkenaan dengan kawasan saya. Kita mempunyai masalah tanah jerlus. Tanah jerlus ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada petani-petani khasnya di negeri Kedah dan amnya di Kubang Pasu. Kita dapati bahawa di kawasan-kawasan ini, kiranya petani kehilangan satu hingga dua tan per hektar. Kerugian yang telah kita lihat dan buat pembancian boleh dikatakan RM100.38 juta setahun. Ini berdasarkan kepada purata hasil padi 6.1 tan per hektar. Jadi saya haraplah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus menangani masalah yang dihadapi ini.
Yang Berhormat Kubang Pasu, terima kasih.
Ya. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krai, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan yang panjang lebar ini dengan... [Ketawa]
Sila, sila.
...Membuat quotation daripada ucapan Menteri Kewangan kita. Sebagai contoh sehari sebelum pembentangan bajet ini, Indeks Bursa Malaysia mencatat paras dan nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu 1,818 mata dan akhirnya ia membuktikan keyakinan pelabur luar dan domestik semakin meningkat. Itu sehari sebelum bajet dibentang, hari ini sudah jatuh. Hari ini tinggal 1,806 begitu. Jadi adakah dengan pembentangan bajet ini menimbulkan rasa tidak yakin masyarakat pelabur kepada ekonomi Malaysia? Jadi Perdana Menteri/Menteri Kewangan menggunakan hujah pasaran saham indeks ini tidak kena. Beliau sepatutnya diberikan maklumat yang lebih detail. Contohnya hari ini diterbitkan satu hasil kajian mengenai Global Economic Condition Survey dan ACCA bersama IMA memberikan hasil kajian bahawa 6.5% daripada responden mengatakan bahawa ekonomi Malaysia ini stagnate ataupun membeku, tidak berkembang, naik daripada 55%. Manakala yang merasa yakin dengan ekonomi Malaysia tinggal 13% berbanding 28% kajian sebelumnya. Jadi ini yang merisaukan kita. Rakyat cuba dikelirukan dengan fakta-fakta yang membayangkan negara kita ini akan menempuh satu era yang hebat sehingga boleh mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.
Saya rasa ini...
Point kedua.
Ini harus diperbetulkan. Point yang kedua Tuan Yang di-Pertua, kita ikut Tuan Yang di-Pertua sahajalah kot-kot dapat masa tambahan ya? GST menjadi isu yang diperkatakan hangat. Saya juga mahu mengingatkan pemimpin Barisan Nasional, Menteri-menteri supaya tidak mengelirukan rakyat. Mereka berhujah mengatakan bahawa cukai yang lama, sistem Sales Services Tax (SST) mengenakan peratusan yang tinggi 15% berbanding dengan GST hanya 6%. Jadi ia lebih menguntungkan rakyat. Saya mahu mengingatkan bahawa kegagalan SST itu ialah kerana tidak ada efficiency dalam pengumpulan, pengutipan cukai. Bukan kerana diturunkan hendak memudahkan rakyat. Ini tidak efisien. Jadi kalau 15% SST itu, sebenarnya rakyat terpelihara dan tidak perlu membayar. Hanya golongan yang membeli dan berbelanja besar, makan di restoran-restoran besar dan belanja di pasar raya-pasar raya besar yang dikenakan cukai. Rakyat awam terlepas.
Akan tetapi dengan GST ini walaupun bunyinya 6% semua kena Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak mengapalah boleh handle 6% ini, tapi rakyat keseluruhannya akan menderita. Jadi saya rasa janganlah mengelirukan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang point ketiga ya.
Ya.
Apa yang saya mahu sebut adalah hendak menyambung apa Yang Berhormat Pokok Sena telah bawa mengenai salah guna kuasa semasa kempen pilihan raya. Saya minta sangat lah supaya pihak berkuasa seperti SPRM dan juga SPR mengambil perhatian mengenai kompelin kita yang melampaui batas. Lagi kita sebut, lagi dia hantar segala bentuk khidmat kementerian semasa pilihan raya kecil. Saya tidak pasti seluruh Putrajaya turun sama ada mesyuarat Kabinet dibuat di Putrajaya itu saya tidak pasti. Ini kerana hendak tumpu di sana. Sampaikan ada kes Tuan Yang di-Pertua, depan mata saya kes menyembur fogging untuk nyamuk Aedes dibuat pada waktu petang tepat masanya. Akan tetapi tidak ada kes denggi yang saya check dengan pegawai petugas kesihatan itu. Apa sebab dibuat semburan ini? Kami tengah makan laksa terpaksa bertempiaran lari kerana - yalah betullah prevention is better than cure tapi ikut prosedurnya. [Disampuk] Kalau ada kes denggi yang disahkan, Pejabat Kesihatan akan menghantar team untuk membuat semburan. Itu kita terima tapi kalau tidak ada kes, saya tanya “Kenapa ini?” Dia kata “Ada permintaan dari seorang yang saya tidak mahu sebut nama”. Sebab apa? Dia berkata “Esok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak datang takut kena gigit nyamuk”. Jadi saya rasa...
Isu yang keempat.
...Melampaui batas, baguslah kalau ada 20 point, 20 ya..
Ya.
Jadi seterusnya Tuan Yang di- Pertua.
Yang keempat.
Saya mahu sebut yang keempat mengenai hutang isi rumah, household debt yang banyak diperkatakan sampai 85% daripada KDNK yang... Kita boleh buat senang lenang, kata ini tidak ada masalah. Atau pun kita boleh beri keterangan yang sebenar bahawa ekonomi negara boleh terjejas, masa depan ekonomi, rakyat kita akan terjejas kerana hutang yang tinggi ini. Jadi saya hendak tanya kepada kerajaan, apakah langkah yang kita mahu lakukan supaya rakyat memahami bahawa dengan jumlah pendapatan sedemikian banyak ini yang kita boleh belanja, banyak ini kita boleh berhutang. Dengan mungkin mengawal personal loan, dengan mengawal perbelanjaan melalui kredit kad, menurunkan harga-harga barang yang memerlukan pinjaman dan pembelian seperti rumah dan kereta. Akan tetapi kalau kita tidak didik rakyat ini dan hanya dengan mengatakan bahawa masih lagi dalam batas yang tidak terlalu tinggi, akhirnya kita akan menderita. Jadi, saya hendak tanya apa langkah kerajaan? Bagaimana kita hendak mendidik rakyat kita supaya peka, bahawa masalah ini adalah masalah yang penting bagi rakyat.
Point yang terakhir.
Mudah. [Ketawa] Okey, itu yang keempat. Manakala yang kelima kalau...
Point yang terakhir.
...Kalau yang terakhir tadi, saya hendak menyebut mengenai pengutipan cukai juga. Ini satu sumber yang amat penting kepada kita. Saya mahu mengingatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab menjadi pelaksana seperti kastam. Saya dimaklumkan pegawai-pegawai kastam dalam ucapan- ucapan penjelasannya bahawa kita tolak lah konsep ‘Robin Hood’ ini Robin the rich, helping the poor, seolah-olah macam cukai sebelum GST ini semua diarah itu. Jadi GST ini lebih baik. Lalu kita hendak mengingatkan bahawa dalam Islam pun zakat ini mengambil daripada orang yang berada, yang kaya, betul Yang Berhormat Baling ya. Jadi kita bahagi kepada yang tidak berada. Jadi itu adalah satu konsep yang diterima dalam agama kita. Jadi kalau kata satu cukai yang tidak mengenakan kepada rakyat yang miskin, saya rasa itu bukannya suatu konsep yang berat sebelah, yang seolah-olah macam Robin Hood punya stail, tidak. Akan tetapi ini memang dituntut dalam agama kita.
Gulung.
Jadi saya minta kerajaan mempertimbangkan.
Gulung.
Gulung dua minit ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menegur satu lah, apabila anak-anak kita balik daripada Mesir kerana peristiwa yang berlaku di Mesir untuk berehat sebentar kemudian mahu menyambung balik, ada option diberikan untuk diberi pendidikan di dalam negara kita. Dalam perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan, dikatakan bahawa mereka boleh menyambung dengan turun setahun. Akan tetapi apabila anak-anak kita pergi saya bagi contoh dental student daripada Mesir hendak pergi ke UIA hendak melaporkan diri, dia diturunkan dua tahun. Sampai malam ibu bapa tidak dapat menyelesaikan dan terpaksa bawa balik dan berikhtiarlah untuk hantar balik ke Mesir. Jadi tidak ada satu penyelesaian antara pihak JPA misalnya atau pun pihak penaja misalnya dengan institusi pengajian tinggi sehingga menyusahkan anak-anak kita. Jadi saya harap anak-anak kita tidak menjadi mangsa daripada keadaan yang sedemikiannya. Akhirnya penggulungan kedua...
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Ya, Kementerian Pendidikan banyak dapat RM54 bilion kena sentuh sikit-sikit. Akan tetapi guru-guru kita sebenarnya amat seksa.
Saya diberikan senarai tugas guru, sampai 64 perkara dia kena buat tidak termasuk benda-benda yang tidak disenaraikan. Berbanding dengan saya sebagai doktor dahulu, satu tugas sahaja iaitu merawat pesakit.
Ya, terima kasih.
Jadi mintalah pertimbangan kerajaan supaya masalah guru ini diberikan pertimbangan yang sewajarnya supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan terbaik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Lipis, selepas Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Seputeh. Selepas itu Yang Berhormat Kepala Batas, selepas itu Yang Berhormat Shah Alam.
Segambut?
Yang Berhormat Segambut, kalau cukup masa saya berikan. Sila Yang Berhormat Lipis. Kalau bagi lima minit, ramai lagi kawan yang boleh bercakap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan...
Kalau setuju lima minit, saya sambung 15 minit.
...Ucapan Belanjawan 2014 yang bertemakan ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’, pertama. Kedua, bajet yang sangat bertanggungjawab. Saya terpaksalah macam Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Ketiga, tiga terus, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana dalam ucapan bajet, Hospital Lipis telah menerima peruntukan yang agak besar. Akan tetapi masih ada beberapa perkara yang masih diperlukan untuk Hospital Lipis seperti memerlukan tambahan kuarters sebanyak 32 unit berbanding yang ada sekarang hanya 62 kuarters. Seperkara lagi untuk klinik pesakit luar. Itu ketiga. Keempat, sekali lagi saya mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membina sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM di Lipis sebagaimana kerajaan negeri telah memperuntukkan 1,020 ekar tanah telah disediakan. Kelima, ada banyak tetapi untuk setengah jam terpaksa memberi peluang kepada kawan-kawan bercakap lima minit sahaja.
Banyak peluang di peringkat jawatankuasa Yang Berhormat.
Bagi Yang Berhormat Seputeh selepas ini. Saya juga mengalu-alukan projek perumahan sebagaimana yang diumumkan memandangkan kita di Parlimen Lipis juga memerlukan masih banyak projek perumahan memandangkan golongan susah masih ramai di sana dan ada di antaranya duduk serumah tiga keluarga. Itu yang memohon supaya projek perumahan ini juga jangan terlepas pandang untuk Lipis dan dengan pembinaan sebanyak 223 unit ini mungkin saya percaya Lipis juga tidak ketinggalan dari segi projek perumahan. Yang keenam, saya kira projek perumahan juga banyak yang terbengkalai sebenarnya di Lipis. Yang terbengkalainya datang dari SPNB yang menggunakan projek IBS. Saya berpendapat projek IBS ini harus dikaji semula. Dikaji semula memandangkan ada sesetengah kawasan di kawasan-kawasan kampung tidak sesuai SPNB untuk membina daripada konsep IBS ini kerana di kampung ini jalan kampung, barang-barang tersebut berat. Maka terbengkalainya terlalu banyak sebenarnya. Pengerusi SPNB sudah keluar sepatutnya mungkin dia boleh take note tetapi sudah keluar. Akan tetapi tidak apalah kita bercakap di sini. Jadi saya menyarankan supaya kajian harus sedalam- dalamnya projek IBS ini kerana IBS ini juga dimonopoli oleh seorang sahaja kerana dia hanya menggunakan kontraktor dia sahaja, tidak menggunakan kontraktor lain. Maka dalam konsep ini kita sudah pasti akan menjadi masalah yang besar apabila saya katakan tadi projek daripada SPNB ini banyak juga yang gagal. Tuan Yang di-Pertua, saya juga di kesempatan ini ingin menyarankan kepada Dewan yang mulia ini supaya projek-projek yang di bawah kelolaan konsultan supaya dikaji semula. Saya mencadangkan supaya projek-projek di bawah konsultan ini terus diberi kepada JKR tidak lagi kepada konsultan dan sekiranya konsultan ini memerlukan- untuk kita perlukan konsultan ini hanyalah untuk sebagai mereka bentuk sahaja, tidak untuk menyelia projek. Saya melihat banyak projek yang di bawah seliaan konsultan ini gagal dan lewat. Ini yang terjadi banyak khususnya kepada projek-projek dalam Kementerian Pelajaran Malaysia itu sendiri. Lewat, tidak sempurna, lambat kerana mungkin mereka kurang pengalaman. Kita ada JKR yang cukup pengalaman. Kita serahkan kepada JKR supaya JKR ini dapat melaksanakan projek-projek tersebut dengan yang kita lihat dari dahulu sampai sekarang kurang masalah, bukan tidak ada masalah tetapi kurang masalah.
Ya, Yang Berhormat Lipis. Gulung.
Dan juga saya mengharapkan supaya penggabungan juga di antara jabatan-jabatan yang saya kira kadang-kadang kita melihat berlapis-lapis. Kalau kita membina projek PPRT umpamanya. GIATMARA bina, RISDA bina, pejabat daerah bina, JKR bina. Jadi kalau kita hendak pastikan supaya benda ini selaras, kita pastikan supaya di bawah satu agensi sahaja melaksanakannya. Maknanya penggabungan. Kalau perlu diperkecilkan, diperkecilkan. Kalau perlu diperluaskan, diperluaskan. Ini masalah-masalah yang saya lihat mungkin boleh mendatangkan kebaikan kepada pihak kerajaan itu sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara lagi saya melihat dari segi peruntukan pertanian umpamanya. Sebanyak RM6 bilion disediakan untuk pesanan program pertanian. Jadi nilai tambahnya cukup tinggi sekali. Di Lipis, saya mencadangkan supaya dibuka seluas-luasnya ruang untuk pembinaan bagi projek pertanian memandangkan Lipis juga adalah sebuah tempat, tanah yang cukup baik, tanah yang subur, tanah yang boleh dibangunkan dari segi hasil pertanian.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis, yang cukup baik. Terima kasih Yang Berhormat Lipis.
Sudah terima kasih? Gulunglah ya? Satu sahaja untuk penggulungan. Saya hendak cadangkan dari segi pertanian tadi institut pertanian adalah institut yang pertama dibina di Lipis dalam negara. Jadi saya hendak cadangkan ia juga merupakan satu institut pertanian yang cukup besar. Saya hendak cadangkan supaya ia dinaiktarafkan ke Universiti Pertanian Malaysia. Saya menyokong.
Ya, terima kasih. Yang Berhormat Seputeh. Selepas Yang Berhormat Seputeh Yang Berhormat Kepala Batas. Tujuh minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan bajetnya telah menegaskan bahawa kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut pengajian tinggi awam dan swasta ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja. Di sini saya ingin tanya, apakah kriteria untuk melantik seseorang untuk menjadi pensyarah universiti tempatan dan apakah kelayakan bagi Riduan Tee Abdullah untuk dinaikkan pangkat menjadi profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia? Saya tidak pernah membaca apa-apa artikel akademik beliau, tetapi sebaliknya kebanyakan artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia ialah menghasut Melayu untuk membenci kaum lain. Apakah artikel-artikel yang penuh dengan hasutan dan penghinaan kaum juga dianggap sebagai kelayakan untuk masuk ke universiti tempatan dan menjadi profesor. Mengikut laporan akhbar pada 8 Mac 2013, pemuda MIC telah menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan dengan profesor Ridhuan Tee Abdullah yang dituduh plagiarism oleh Dr. Airil Yasreen Mohd Yassin seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia UTM. Dakwaan Dr. Airil ini juga pernah disiarkan dalam satu portal online. Akan tetapi kesannya walaupun MIC merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional, tuduhan pemuda MIC terhadap Profesor Ridhuan Tee ini tidak diambil perhatian oleh pihak kementerian. Di sini saya terima banyak aduan daripada pensyarah dan pelajar di UPNM berkenaan dengan kenyataan dan tulisan sesat Prof. Ridhuan Tee bahawa beliau bukan sahaja tidak mempunyai keupayaan intelek atau intellectual capability, malah beliau mengelirukan pelajar di UPNM.
Misalnya, dalam artikel beliau yang berjudul “Singapura Maju kerana Malaysia” yang disiarkan pada 16 Ogos 2013 di Utusan Malaysia. Beliau menulis, “Itu pun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak pasti tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ) dan penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang, malangnya kita sudah terlepas. Dunia telah
menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu...” dan sebagainya. Soalannya ialah apakah seorang pensyarah universiti menggalakkan peperangan? Pendiriannya dalam isu ini menunjukkan beliau mempunyai pemahaman yang cetek tentang etika military dan undang-undang antarabangsa. Seorang pensyarah UPNM berkata, pengajaran Ridhuan Tee yang salah dan menyeleweng dalam pengajaran subjek yang diajari oleh beliau kepada pelajar UPNM amat mengecewakan pensyarah lain di UPNM kerana mereka selalu terpaksa membetulkan semula konsep dan persepsi yang salah tentang isu pertahanan di kalangan pelajar yang pernah diajar oleh Ridhuan Tee. Selain itu, Ridhuan Tee seorang yang berfikiran perkauman ataupun racist malah dipertugaskan untuk mengajar kursus Hubungan Etnik di UPNM. Beliau menggalakkan pembersihan kaum ataupun ethnic cleansing di kalangan pakar tentera di universiti. Dalam satu artikel yang bertajuk “Kesabaran Umat Islam Ada Had” yang disiarkan dalam Sinar Harian pada 18 Februari 2013, beliau berkata “Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam. Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun. Seolah-olah tidak ada lagi warna lain di negara ini”. Dalam artikelnya yang bertarikh 13 Jun 2010, Ridhuan Tee memuji Hitler dan berkata Hitler tetap berjasa pada zamannya kerana beliau membunuh orang Yahudi. Jadi patutkah, seorang profesor merupakan copy-cat atas artikel orang lain dan mempunyai minda yang begitu bahaya, yang sesat dan boleh menimbulkan masalah diplomatik di Malaysia, dibenarkan terus mengajar di Universiti Pertahanan yang melatih pakar tentera di negara kita. Kesemua pandangan yang disiarkan dalam surat tersebut menunjukkan beliau memang tidak layak mengajar kursus Hubungan Etnik di universiti tempatan dan banyak pandangan ini telah dipantau oleh para Barisan Nasional khususnya MIC, beliau adalah lebih layak dilantik menjadi penasihat kepada UMNO ataupun PERKASA tetapi bukannya profesor di dalam satu universiti yang melatih pakar tentera bagi negara kita. Tuan Yang di-Pertua, yang sini ada satu lagi isu ialah berkenaan pasukan khas Anti-Money Laundering di bawah Jabatan Peguam Negara. Tuan Yang di-Pertua, cara pasukan khas Anti-Money Laundering (AMLA) ini mengambil tindakan terhadap syarikat dan peniaga yang disyaki tidak membayar cukai adalah amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Di mana pasukan khas ini mula dengan tindakan membekukan akaun syarikat ataupun akaun pengarah syarikat untuk memaksa syarikat ataupun pengarah syarikat berkenaan untuk menunduk kepada pasukan AMLA dan bayar cukai dalam tempoh yang singkat. Selalunya syarikat yang disiasat oleh pasukan khas AMLA ini tidak dapat memberi maklumat yang lengkap dalam tempoh yang begitu singkat di mana mereka menjalankan operasi mengejut kepada syarikat itu dan cara pasukan khas AMLA membeku akaun operasi syarikat mereka adalah amat tidak adil kepada mereka. Terdapat kes di mana pasukan khas tersebut melambat-lambatkan pencairan pembekuan akaun dan peniaga syarikat sehingga mereka terpaksa membayar rasuah kepada pegawai pasukan khas AMLA untuk mencairkan pembekuan akuan bank mereka. Saya ingin minta Menteri di JPM memberitahu Dewan yang mulia ini, berapa amaun yang telah dikutip daripada pasukan khas AMLA sejak ia ditubuhkan dan apa prosedur pasukan khas AMLA menjalankan tugas. Apakah pihak JPM akan menubuhkan biro khas untuk mendengar aduan tentang operasi dan juga penyelewengan kuasa yang dijalankan oleh pasukan khas AMLA? Sekian, terima kasih.
Ya terima kasih. Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera kepada semua. Saya
pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang. Saya hendak mulakan sebagaimana yang banyak disebut oleh rakan-rakan tentang petikan-petikan sama ada kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan mahupun Ketua Pembangkang di ucapan beliau. Saya tertarik pada preamble kedua-dua ucapan. Satu pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan yang lagi satu daripada Ketua Pembangkang Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh memulakan dengan petikan daripada ayat Al- Quran, daripada surah Al-Baqarah. Beliau menyatakan - [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Satu peringatan jangan makan makanan harta secara yang boleh membawa kepada kebatilan”. Manakala Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memulakan preamble beliau dengan ayat Al-Quran daripada surah Al-Qasas yang membawa kepada berita baik, taqshi ataupun glad tidings. [Membaca dua potong ayat Al-Quran] Dua ayat Al-Quran yang datang daripada dimensi yang berbeza. Satu peringatan manakala satu lagi pengajakan. Pengajakan dan juga berita-berita baik yang menjadi iradat keilmuan dalam menentukan hala tuju belanjawan untuk maslahah ummah. Saya sebutkan begini kerana apa, kerana ia ada timbal dan balas. Tidak benar dakwaan Yang Berhormat Padang Serai mengatakan bahawa Dewan Rakyat ini tidak demokratik. Saban hari kita dengar, semua benda dikritik. Kalau hendak kata Dewan yang tidak demokratik saya ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang paling tidak demokratik. Soal jawab lisan benda yang paling asas itu pun dinafikan oleh pihak kepimpinan DAP Pulau Pinang untuk wakil-wakil rakyat Barisan Nasional bertanya mewakili rakyat. Bukankah itu paling, paling undemocratic. Oleh sebab itulah, saya hendak menekankan dan hendak menegaskan apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam belanjawan ini sebagai seorang Menteri Kewangan I mengambil perkiraan semua. Beliau meletakkan gagasan-gagasan lima fokus utama dan saya yakin, saya yakin tidak ada masa yang terbaki ini. Saya sekadar hendak menyentuh satu dua perkara yang saya beri peneguhan kepadanya. Pertama, tentang soal merancakkan ekonomi. Saya setuju dalam kita hendak memacukan pendapatan untuk negara, kita kena merancakkan ekonomi. Mana mungkin ada distribution kalau tidak ada growth. Mana mungkin pengagihan kalau tidak ada pertumbuhan. Salah satu sektor yang boleh dianggap, boleh menjulang pertumbuhan negara adalah sektor oil and gas. Sektor yang hari ini boleh dianggapkan sebagai sektor bumi. Namun, sektor ini juga banyak meninggalkan perkara-perkara yang memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya bersetuju walaupun daripada pembangkang Yang Berhormat Bakri sebut tadi tentang soal RAPID. Yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang sebelum ini. RAPID adalah satu penjanaan. Projek yang mungkin merancakkan ekonomi selepas itu pengagihan boleh dibuat kepada rakyat. Akan tetapi malangnya RAPID ini berada dalam keadaan yang samar. Saya makin gusar bila mana ada kenyataan daripada Petronas sendiri yang mengatakan bahawa mereka hanya membuat keputusan akhir pada Mac 2014. Seakan- akan tidak ada ketentuan dan ini merupakan satu perkara yang saya fikir perlu diberi penjelasan secara terang oleh pihak kerajaan. Demikian juga dalam industri minyak dan gas dalam Petronas yang menjadi penjana, penyumbang utama kepada pendapatan negara. Saya bangkitkan ketika soal jawab baru-baru ini tentang satu syarikat yang dinamakan Bestigo di mana CEOnya dilantik daripada kalangan orang luar, daripada Britain. Sedangkan kita ada ramai talent-talent anak-anak tempatan. Kita ada ratusan general-general manager, senior-senior general manager. Malahan kalau kita hendak ambil perkiraan kemahiran Enhance Oil Recovery dengan izin, EOR bukanlah perkara baru dalam cari gali. Small marginal field dan I stand to be corrected. Malahan saya difahamkan pada satu saat dan ketika General Manager Small Field Development di Petronas pernah diterajui oleh wanita. Saya tidak nafikan tentang bakat-bakat yang lain tetapi saya hendak lihat di Asia Pasifik, 30% syarikat telah meletakkan 30% kakitangan pegawai untuk top ten leadership position.
Kalau di Hong Kong 60%, kalau di negara Asia sekitar 40%. Bukanlah hendak terlalu nasionalistik, tetapi sekadar melahirkan rasa sayang jika bakat anak tempatan tidak digunakan sepenuhnya. Seperkara lagi yang membimbangkan saya dan saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri bila mana menjawab nanti ialah tentang Petronas itu sendiri. Petronas, bakat-bakat Petronas, apakah mereka benar-benar dijulang dan saya dapat maklumat bahawa berlaku attrition rate yang agak tinggi. Sekali lagi saya hendak maklumkan I stand to be corrected. Saya difahamkan hampir ada 300 orang jurutera di dalam Jabatan Exploration dan Production yang telah menghantar surat peletakan jawatan. Ini amat-amat membimbangkan dan menggusarkan kerana Petronas adalah sebuah syarikat yang menjadi penjana, penyumbang pendapatan negara yang utama. Jadi, perkara-perkara inilah saya fikir antara yang patut dan mungkin hendak diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Perkara yang lainnya antaranya ialah tentang insentif-insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk pembangunan usahawan sebagaimana biasa, kepada harta, waima kepada pasar malam sendiri. Cuma saya hendak minta supaya dipanjangkan kalau boleh kepada mereka yang mengamalkan atau pun yang beroperasi di uptown dan juga pasar-pasar malam yang hari ini menjadi appealing kepada orang-orang muda. Demikian juga dalam soal mengungguli modal insan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang telah melaksanakan agenda pemerkasaan dan agenda pembangunan pendidikan reskilling dan apa yang telah dilaporkan oleh ECD di bawah tajuk Structural Policy Challenges for Southeast Asian Countries menyatakan bahawa 58 tenaga kerja berpendidikan menengah, 13% berpendidikan rendah, manakala 2.6% tidak mempunyai pendidikan. Oleh sebab itu saya bertanya dahulu keperluan untuk kita buat kajian apa yang dinamakan Not in Education, Employment and Training (NEET). Pelbagai lagi yang saya hendak perlu tekankan antara yang disebutkan tadi ialah tentang IKBN yang hendak diadakan dua sesi. Cuma satu perkara lagi saya hendak cadangkan ialah dahulu disebut tentang soal kolej komuniti. Saya yakin kalau kita boleh semak Hansard yang lama, terdapat satu tekad politik untuk mengadakan kolej komuniti di seluruh Parlimen. Akan tetapi saya difahamkan pada waktu dan saat ketika ini, hanya sekitar ada 80 sahaja. Apakah tekad politik itu sudah mati atau pun masih ada penerusan agenda untuk tujuan itu kerana ini penting untuk seluruh rakyat Malaysia?
Ya, Yang Berhormat Kepala Batas boleh gulung.
Akhir sekali saya hendak mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana meneruskan juga bantuan- bantuan yang diambil melalui rasionalisasi subsidi secara lebih terurus dan terarah iaitu bantuan BR1M. Kali ini saya hendak minta juga bantuan BR1M yang diberi, dikatakan 50% yang dicarum sebagai insurans ini adalah satu perkara yang baik. Maknanya Perdana Menteri bukan dengar satu lapis, dia tengok lapis kedua. Saya hendak dapat maklum balas daripada Perdana Menteri dan juga daripada Menteri, berapa ramai penerima-penerima BR1M daripada BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 yang telah pun meninggal dunia? Ini kerana inilah juga telah menimbulkan rasa perlunya diinsuranskan supaya mereka ada pembelaan. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kerana income range untuk social safety net ini telah dipanjangkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. Cuma kalaulah saya dapat cadangkan satu Tuan Yang di-Pertua, kepada mereka yang berpendapatan hingga RM5,000 hingga RM8,000. Kadang-kadang mereka ini terkeluar daripada ruang lingkup social safety net tetapi mereka ini tidak dapat pembelaan, mereka ini tinggal di bandar. Saya hendak bagi satu contoh yang sampai ke telinga saya. Kepada orang yang kerja di bank-bank, di Maybank, AmBank, mana-mana sahaja yang berpendapatan RM5,000 atau RM4,500 yang tidak terangkum di bawah social safety net BR1M ini. Mereka tidak ada pendapatan lain. Pendapatan mereka tiap-tiap hari hanya itulah. Clock in pukul 9, clock out pukul 5. Apa yang menyejahterakan hati mereka adalah satu perkara iaitu itulah pada hujung tahun di mana mereka mendapat bonus. Malangnya, dalam amalan kita bonus
merupakan taxable income. Saya difahamkan bahawa kalau orang itu dapat empat bulan, kalau dia ambil pay slip, satu bulan boleh dikatakan completely wipe out.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.
Jadi saya pohon kalau ada ruang, kalau kita hendak melebarkan ruang kutipan consumption tax melalui GST, barang mungkin kita boleh fikirkan untuk menyejahterakan rakyat di bandar untuk memberi tax relief kepada barang kali 1/3 atau pun satu bulan daripada bonus yang diterima. Sekian, Kepala Batas mohon menyokong.
Ya Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Alor Gajah ada? Selepas Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Alor Gajah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salah sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan ruang untuk saya terlibat di dalam perbahasan Bajet 2014.
Point yang pertama.
Bagi saya Kerajaan Barisan Nasional ini bagaikan pemandu yang tidur. Tidak sedar sehingga sudah masuk longkang. Kepala sudah benjol berkali-kali, baru hendak sedar. Selepas itu, menggelabah. Contoh jelas kes jenayah. Sudah berapa kali di dalam Dewan ini wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah menimbulkan persoalan masalah kadar jenayah dan dijawab oleh Menteri dan Timbalan Menteri serta wakil rakyat daripada Barisan Nasional, itu semua persepsi, semua persepsi dan dikemukakan data-data dan statistik yang kononnya menunjukkan kadar jenayah sebenarnya sudah turun. Tiba-tiba hadir di dalam sesi ini, diluluskan pula rang undang-undang seperti Prevention of Crime Act, SOSMA dan memberikan gambaran bahawa seolah-olah kita ini sudah dalam keadaan darurat sudah.
Ini bajetlah Yang Berhormat Shah Alam.
Ini daripada satu ekstrem kepada satu ekstrem. Inilah yang dikatakan pemandu yang tengah tidur, masuk dalam longkang, kepala sudah benjol baru hendak sedar.
[Dewan riuh]
Begitu jugalah dengan soal ekonomi. Bila kita sudah timbulkan, tiap-tiap tahun bahawa soal defisit ini satu masalah, hutang negara ini satu masalah, soal perbelanjaan pembangunan yang rendah dan pengurusan yang tinggi satu masalah. Dijawab oleh wakil rakyat-wakil rakyat Barisan Nasional dan juga Menteri dan Timbalan Menteri samalah macam isu jenayah ini. Biasa, tengoklah hutang negara Jepun banyak mana, tengoklah hutang negara-negara Amerika Syarikat banyak mana. Tiba-tiba masuk Bajet 2014, dipotongnya subsidi dan hendak diperkenalkan GST. Ini merupakan satu tiba-tiba tersedar, ekonomi kita ini dalam bahaya, perlu dicari satu penyelesaian untuk hendak tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan pengurusan. Akan tetapi malangnya, cara hendak dikurangkan perbelanjaan pengurusan ialah dengan cara membebankan rakyat.
Dahsyat.
Ini banyak sangat gangguan ini apa hal? [Ketawa] Dahulu tidak perlu GST sebagai sumber kewangan tambahan negara, sekarang sudah perlu. Dahulu tidak perlu hendak tarik subsidi, sekarang sudah perlu. Apa yang menjadi lucu, bila saya dengarlah perbahasan daripada wakil rakyat Barisan Nasional, ada yang mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana berjaya mengenal pasti sumber kewangan baru yang mampu menggantikan sumber dari oil and gas iaitu GST. Adakah macam itu?
Apa yang lagi lucu, tarik subsidi untuk gula dikatakan hendak jaga kesihatan rakyat. Bila orang kata maka harga tinggilah, dia kata tidak ada kesan. Harga itu naik sedikit sahaja. Sudah mana satu yang kamu hendak? Satu hujah kata hendak supaya harga gula jadi tinggi supaya rakyat tidak beli dan tidak makan banyak. Satu lagi hujah kata jumlah subsidi ini sedikit sahaja, tidak banyak, tidak ada kesan.
Please lah dengan izin, be consistent in your argument. Pick which argument you want.
[Dewan riuh]
Jangan dua-dua hendak dikemukakan.
Pakatan Rakyat... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Masalah sebenar Barisan Nasional ialah dia tidak mahu menyelesaikan masalah utama ekonomi negara. Apa dia masalah utama ekonomi negara? Satu, kos hidup yang tinggi sehingga hutang seisi rumah sudah mencapai 85% daripada KDNK. Kedua, rasuah, kebocoran, ketirisan dan pembaziran. Ini semua merupakan punca kenapa OPEX kita tinggi. This is the problem. Ketiga, ketiadaan sumber pendapatan tambahan dan yang baru, pendapatan kita stagnate. We are increasingly dependent on oil and gas. Keempat, jurang pendapatan yang semakin melebar, berlakunya ketidakadilan. Bila dia tidak mahu selesaikan masalah utama ekonomi negara, maka BN cari kaedah yang merumitkan lagi masalah dan penyelesaian masalah- masalah ini. Ditambahnya cukai ke atas rakyat dan dikurangkan subsidi. Kos hidup akan semakin mengekang. Rasuah, ketirisan, pembaziran terus dipertahankan. Sumber baru tidak diusahakan dan jurang pendapatan terus melebar. Tuan Yang di-Pertua, point saya yang ketiga, pertumbuhan ekonomi negara kita adalah hasil daripada sumber-sumber domestik. Economy growth is domestically driven, ya. Bila kita kata bahawa pertumbuhan itu adalah daripada sumber-sumber domestik, maka tidakkah dengan kaedah mengurangkan subsidi dan mengenakan cukai tambahan, maka sumber domestik ini akan turut terganggu dan bertambah terbantut. Ini pada satu ketika dahulu memang kita ini foreign driven tetapi sekarang ini domestically driven. Maka sepatutnya kita memikirkan cara untuk kurangkan kos kehidupan supaya rakyat ada duit yang lebih, boleh belanja.
Tuan Yang di-Pertua dekat depan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua faham, yang belakang tidak faham.
[Ketawa]
Ya, Yang Berhormat Shah Alam gulung.
Okey.
Ya.
Fasal mereka ini banyak ganggulah Tuan Yang di-Pertua. kalau dilihat dari Bajet 2014, defisit hampir RM40 bilion atau pun lebih sedikit RM40 bilion. Bajet pembangunan pun RM40 bilion. Maknanya, pembangunan ekonomi kita adalah dipacu pinjaman. Maka, our growth is debt driven dan ini merupakan satu masalah. Defisit dikurangkan dengan dikurangkan bajet pembangunan dan bukan melalui pengurusan kewangan yang lebih cekap dan berkesan. Ianya juga dicapai...
Ya, terima kasih.
Point terakhir ini. Ia juga dicapai dengan dikurangkan subsidi. Ini pendekatan yang mudah dan tidak bertanggungjawab. Loan servicing bagi negara kita. Ini point yang terakhir. Loan servicing hasil daripada budaya ketagih berhutang adalah lebih daripada RM20 bilion setahun. Hutang negara mencapai ke tahap lebih dari RM530 bilion, BN bangga bahawa pinjamannya adalah hampir kesemuanya pinjaman dalam negeri tetapi ini tidak menafikan pengurusan fiskal
yang lemah kerana hutang tetap hutang. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih dan saya menyeru supaya Dewan menolak bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Alor Gajah.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2014 pada hari ini. Sukacita saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah merangka satu bajet yang menjurus kepada penambahbaikan struktur ekonomi negara di samping menjaga kebajikan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Untuk maklumat Yang Berhormat Shah Alam, ini memang bukan satu masalah. Ini memang satu fakta yang betul. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh masalah dan beban hutang yang tinggi di kalangan belia dan isu kos kehidupan yang semakin meningkat. Menurut laporan kajian pada Julai lepas, 47% daripada belia di negara kita mempunyai beban hutang yang tinggi di mana 30% daripada yang disoal menyatakan bahawa hutang mereka melebihi pendapatan kasar mereka. Beban pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan beban bayar balik kad kredit merupakan antara tekanan kehidupan belia yang sedang bekerja. Tuan Yang di-Pertua, kemudahan kad kredit yang dibekalkan oleh pihak bank dengan had yang tinggi menyebabkan mereka tidak dapat membayar balik hutang sehingga diisytiharkan bankrap oleh pihak Jabatan Insolvensi. Saya mencadangkan bahawa pihak Bank Negara supaya mengetatkan pemberian kad kredit mengikut kemampuan bayar balik. Selain itu, pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu memberikan bantuan yang munasabah kepada remaja dan belia yang menjadi bankrap supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal dengan penstrukturan pembayaran hutang mereka seperti peluang untuk memiliki rumah dan kereta kerana ini adalah keperluan asas dalam melaksanakan kehidupan harian mereka. Bagi memastikan graduan dan belia yang mula bekerja mempunyai kemudahan pengangkutan kerana keperluan pekerjaan. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memberikan diskaun kepada pembeli kereta kali pertama. First time buyer, dengan izin yang membeli kereta tidak melebihi 1,800cc. Di samping itu, sebagai usaha dalam menghijaukan negara kita, kereta elektrik dan kereta hybrid juga perlu diberikan insentif dan diskaun tambahan supaya pergantungan bahan api dan subsidi juga dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pembangunan modal insan remaja. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan modal insan remaja adalah amat penting. Saya ingin mencadangkan pihak kerajaan memberi lebih tumpuan terhadap program memupuk semangat kesukarelaan bermula daripada bangku sekolah. Sebagai contohnya, IM4U yang menekankan semangat kesukarelaan di kalangan remaja ini akan menambahkan kesedaran sivik, cintakan negara dan bersedia dalam berkhidmat untuk negara. Selain itu, untuk memupuk pemikiran critical thinking, dengan izin antara remaja dan penyertaan mereka untuk memberi pandangan terhadap dasar negara. Pemberian biasiswa dalam bidang ini juga perlu ditambah dan program perdana fellowship juga perlu diteruskan. Para remaja yang diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam dasar negara akan yakin bahawa mereka telah diwakili dalam kerajaan dan merekalah yang menyumbangkan tenaga bersama-sama dalam memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar dan baik.
Ya, Yang Berhormat Alor Gajah gulung.
Tuan Yang di-Pertua, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan GST menggantikan cukai jualan dan sukai perkhidmatan yang sedia ada bermula pada tahun 2015 merupakan langkah bijak kerajaan dalam meningkatkan efisien negara dalam kutipan cukai.
Usaha kerajaan telah digariskan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengharungi pertukaran rejim cukai. Antaranya adalah pengurangan cukai pendapatan persendirian daripada 1% sehingga 3%. Pemberian bantuan BR1M dan Takaful 1Malaysia kepada keluarga yang berpendapatan sehingga tidak melebihi RM4,000. Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 untuk individu berpendapatan sehingga RM8,000 dan pembinaan lebih daripada 200,000 rumah mampu milik. Oleh yang demikian, saya berpendapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan kerajaan tidak menjaga golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah tidak betul sekali. Saya berharap bahawa forum penjelasan di seluruh negara perlu dilaksanakan dan maklumat berkaitan pelaksanaan GST perlu diagihkan dan dimaklumkan kepada rakyat jelata supaya mereka memahami kebaikan GST dan usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat mengharungi pelaksanaan ini.
Ya, terima kasih.
Akhir kata, saya dengan ini menyokong Bajet 2014 untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Ya, saya bagi dua lagi. Yang Berhormat Segambut dan juga Yang Berhormat Sungai Petani. Jadi Yang Berhormat Segambut ada 7 minit, Yang Berhormat Sungai Petani pun 7 minit.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak cukup, dia 15 minit sahaja ada kuasa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7 minit, 7 minit.
Isu pertama mengenai isu Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca. Keputusan ICJ atau International Court of Justice pada tahun 2008 telah memberi hak milik pulau ini kepada negara Singapura. Saya hendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab sama ada satu keping gambar yang dikatakan distorted doctor atau contorted dikemukakan sebagai bukti semasa perbicaraan ICJ kes ini. Jawapan ya atau tidak, itu sahaja. Kalau ianya betul-betul ada sekeping gambar yang dikatakan distorted doctor atau contorted yang dikemukakan sebagai satu bukti yang palsu semasa perbicaraan ICJ ini, saya hendak kerajaan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang kena tanggungjawab. Itu sahaja. Isu yang kedua. Baru-baru ini ada satu laporan eksklusif dalam The Star. Dia kata pili bomba dengan izin, fire hydrant di Kuala Lumpur separuh telah rosak iaitu lebih kurang 9,000 buah pili bomba. Sebanyak 9,000 fire hydrant di Kuala Lumpur tidak boleh digunakan dan apabila ditanya pihak siapa yang harus bertanggungjawab untuk memperbaiki pili bomba, tidak ada orang yang kata bertanggungjawab. Jabatan Bomba dan Penyelamat kata ini adalah tanggungjawab SYABAS tetapi bos SYABAS iaitu Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dan SYABAS kedua-dua menafikan. Dia kata ini bukan di bawah jagaan mereka. Seksyen 23(1) Fire Services Act and Regulations 1988, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, clearly stated that, “No person, other than a water authority and its agents, shall commence or carry out, or authorize or direct the commencement or carrying out of, any works that affect any fire hydrant or the flow of water to it…” The water authority di Selangor dan Kuala Lumpur, the water authority adalah non other than SYABAS tetapi SYABAS
dengan SPAN mereka menafikan ini kerja bomba bukan di bawah jagaan mereka. Jadi separuh pili bomba di Kuala Lumpur telah rosak tidak ada orang mahu ambil tindakan. Jadi saya hendak tanya, siapa yang harus memperbaiki pili bomba. Di bawah akta yang tadi saya sebutkan, very clear patut di bawah SYABAS di Kuala Lumpur. Jadi saya ada satu cadangan kepada sesiapa Menteri yang berkenaan mengambil tindakan terhadap top management of SYABAS ataupun SPAN. Saya cadangkan Pengerusi SPAN dan CEO SYABAS dipotong gaji selama setahun. Ini kerana pili bomba separuh telah rosak, 9,000 pili bomba. Ini satu isu yang serius. Bayangkan semasa berlaku kebakaran tetapi pili bomba tidak ada air, berlakunya mengakibatkan orang mati, siapa yang akan bertanggungjawab. Jadi sekali lagi saya cadangkan potong gaji selama setahun CEO SYABAS dan Pengerusi SPAN. Ini di Kuala Lumpur sahaja. Saya juga minta Menteri menjawab di seluruh negara berapa pili bomba yang telah rosak dan di negeri yang lain selain daripada Selangor dan Kuala Lumpur, pihak mana yang kena bertanggungjawab? Isu yang ketiga, manifesto Kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas, dia kata akan membina 50,000 rumah mampu milik di Kuala Lumpur sahaja, 50,000 affordable housing. Itu manifesto Barisan Nasional tetapi jawapan yang saya terima daripada Menteri Wilayah Persekutuan baru-baru ini, dia kata sehingga sekarang pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat tahu lokasi mana di Kuala Lumpur yang akan dibina 50,000 affordable housing ini. Jadi soalan saya kepada kerajaan, bila janji akan ditepati di Kuala Lumpur? Sebanyak 50,000 housing di Kuala Lumpur di mana? Ini adalah di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Ya, Yang Berhormat Segambut boleh gulung.
isu yang terakhir ini mengenai isu kawasan Parlimen Segambut. Kebelakangan ini kesesakan lalu lintas di Jalan Dutamas Raya juga Mont Kiara sungguh teruk. Salah satu punca utama adalah disebabkan oleh kenderaan yang membawa pelajar ke Sekolah Antarabangsa Perancis di Jalan Dutamas Raya dan juga ke Garden International School di Mont Kiara. Ini rakyat asing didahului tetapi rakyat kita diketepikan. Kesesakan lalu lintas yang teruk sekali tiap-tiap hari, Isnin sampai Jumaat. Jadi saya minta kerajaan menutup kedua- dua sekolah antarabangsa di kawasan Parlimen atau pindah mereka ke tempat yang jauh seperti Semenyih atau Nilai. Jangan letak mereka di ibu kota Kuala Lumpur.
Ya, terima kasih.
Ia mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Itu sahaja, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu pertama yang saya hendak bawa ialah mengikut data pada 30 Jun 2013, rakyat Malaysia akan berjumlah 29.7 juta dan dari jumlah itu, 11.1 juta adalah rakyat yang berumur daripada 15 tahun ke 20 tahun ataupun di sekitar 37.5%. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah setiap tahun kita belanja dari RM500 juta hingga RM650 juta untuk Program Latihan Khidmat Negara. Program Latihan Khidmat Negara ini walaupun telah pun mengeluarkan 752,000 orang, saya tidak nampak kesan positif yang telah pun kita dapati, malah kita tengok gundah-gulana yang dibangkitkan oleh hampir semua ibu bapa bagaimana masalah mat rempit. Mat rempit yang dimonopoli oleh Melayu. Ponteng sekolah laporan baru ini
dimonopoli oleh orang Melayu. Dadah dimonopoli oleh orang Melayu. Rekod menunjukkan bahawa kes ragut dimonopoli oleh orang Melayu. Jenayah-jenayah kecil di bandar-bandar dan di kampung-kampung juga dimonopoli oleh orang Melayu yang tidak dimonopoli oleh orang Melayu adalah gengster sahaja sekarang ini iaitu dimonopoli orang India. Cadangan saya, kita kena lihat bagaimana anak-anak muda ini khususnya remaja ini harus dilatih dalam sistem yang betul-betul saya cadangkan supaya National Service ataupun Kerahan Tenaga. Kalau kita hendak selesaikan masalah generasi muda, kalau kita sayang khususnya generasi akan datang, anak-anak muda, mereka harus melalui satu rejim. Ini baru boleh selesaikan masalah ini. Kalau tidak, kita akan belanja hampir RM6,000 juta, RM6 bilion. Saya not very sure. Tanyalah parents yang telah menghantar anak- anaknya ke PLKN dan akhirnya dia tidak tahu. Itu yang pertama. Saya minta kerajaan seriously melihat bagaimanakah program yang ada, yang telah pun kita belanjakan terlalu banyak, kita boleh terus ubahkan akta yang ada untuk memastikan bahawa mereka melalui sistem rejim seperti yang diamalkan oleh Korea ataupun Kerajaan Singapura ataupun negara-negara lain.
Akhirnya mereka melalui sistem disiplin dan memberikan kewibawaan dan juga kekuatan kepada anak-anak muda ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua tentang PEMANDU. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang in charge bahagian JPA ialah bekas pegawai kerajaan. Bagaimana kita lihat kerajaan telah membelanjakan untuk PEMANDU ini di samping kita mempunyai perkhidmatan awam yang cukup hebat yang telah pun diberikan pengiktirafan bukan sahaja di sekitar Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kita membelanjakan pada tahun 2011 sahaja RM119 juta. Itu tidak kita lagi tiap-tiap tahun kita belanja hampir RM40 juta. Isunya sekarang ini ialah kita mempunyai perkhidmatan awam yang hebat dan kita boleh namakan pemimpin-pemimpin dalam perkhidmatan awam yang telah pun membangunkan negara ini seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Hashim Aman, “politician come, politician go” Menteri datang dan pergi tetapi yang memandu negara ini, yang memacu negara ini ke tahap yang kita berada sekarang ialah pegawai-pegawai kerajaan. Kalau pegawai-pegawai kerajaan yang profesional ini ada, apa masalahnya kerajaan harus wujudkan satu kelompok kononnya kelompok profesional yang dinamakan PEMANDU yang kita bayar begitu banyak kepada mereka, yang kita pun tidak tahu sama ada mereka ini betul-betul berfungsi seperti yang dikehendaki oleh perkhidmatan awam. Ini keluh-kesah pegawai kerajaan dan saya sudah tentu merasai apa yang mereka rasai kerana saya juga bekas pegawai kerajaan yang telah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk negara ini. Ketiga Tuan Yang di-Pertua tentang kita semua Ahli Parlimen. Kalau kita pergi tengok negeri lain kadang-kadang kita malu. Kalau Menteri Besar, dia ada pejabat dia Tuan Yang di-Pertua. Turun Exco, dia ada pejabatnya, turun pegawai daerah dia ada pejabat dia, turun penghulu pun dia ada pejabatnya tetapi Ahli Parlimen kena cari rumah kedai Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan tidak memberikan khidmat sokongan kepada kita. Ahli Parlimen baik belah di sana kah, baik di sebelah sini kitalah yang tanggung. Researcher kita tidak ada. Kita sendirilah tulis. Meniarap atas tilam menulis. Kitalah juga yang mencari bahan. Kita hendak baca, kita hendak bahas. Sebab itu kadang-kadang lintang pukang kita bercakap kerana kita tidak cukup bukti. Kadang-kadang kita cut and paste sahaja. Kita cut and paste kerana kita terpaksa, nama kita naik hendak berucap. Apa salahnya seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Kita baru balik daripada Korea. Korea di samping setiap Ahli Parlimennya ada working room, ada bilik dia. Working room, satu bilik share dua orang. Dia ada pembantu tujuh orang, researcher, dua intern. Di samping itu dia ada lounge yang boleh berehat. Tuan Yang di- Pertua, cuba tengok driver kita. Driver tidur dalam kereta itu. Cuba tengok sekarang ini. Saya ingat tiga empat hari boleh mati banyak orang, drivers kita sebab karbon dioksida masuk dalam kereta. Kita sudah lulus sudah, berapa tahun sudah. Saya ingat ini tahun yang ketiga untuk perbaiki Dewan dan Parlimen kita. Saya tengok satu batang besi pun tidak naik lagi dan saya yakin sampai habis penggal ini tidak berlaku apa-apa kerana kita tahu lewat dan inilah kesengsaraan kita. Sudahlah parking pegawai-pegawai kerajaan
berebut dengan kita. Kita datang lewat sedikit kita kena parking dekat luar. Isunya ialah bagaimana kita boleh menjadi Ahli Parlimen yang baik kalau khidmat sokongan tidak ada.
Elaun?
Elaun jangan kiralah. Banding dengan guru besar kita pun malu. Kadang-kadang kita melawat sekolah pengetua tanya YB elaun banyak. Saya hendak sebut sebenarnya saya sama sahaja dengan pengetua gaji saya. Maknanya haruslah kerajaan tengok. Di samping kita cakap benda-benda lain tetapi in fact bahawa kalau ingin melihat bagaimana kita boleh berfungsi dengan baik, kita datang kita bercakap bawa isu rakyat tetapi isu kita sendiri siapa hendak bawa? Kita kena bawa.
Terima kasih.
Jadi malulah. Ini isu benar.
Terima kasih, terima kasih.
...Tidak ada researcher, tidak ada apa. Saya meminta dan memohon sangat supaya Tuan Yang di-Pertua sekali menyokong kita agar memberikan khidmat kepada kita sebagai wakil rakyat yang akhirnya sekali kita memberikan yang terbaik untuk rakyat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada minggu hadapan akan dimulakan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri ke atas perbahasan Belanjawan 2014 di peringkat dasar, mulai Isnin 11 November hingga Rabu 13 November 2013 iaitu tiga hari. Jadi, akan dimulakan oleh Jabatan Perdana Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 11 November 2013. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]