Dewan Rakyat · 11 November 2013
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,306 turns · 72,694 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Othman bin Aziz [Jerlun] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah hakisan pantai akibat dari kepupusan tumbuhan bakau dan pokok penahan hakisan di sepanjang pantai. Apakah kementerian akan meningkatkan program tanaman bakau di sepanjang pantai yang terlibat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sahabat saya daripada Jerlun, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ataupun JPS sentiasa memantau masalah hakisan di sepanjang persisiran pantai Malaysia. Sebanyak lapan kajian terperinci telah dilaksanakan bagi menilai kebolehupayaan sesebuah pantai yang terpilih bagi tujuan pembangunan yang tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar. Kajian tersebut membantu JPS dalam merancang dan melaksanakan projek-projek mengenai masalah hakisan pantai yang perlu dijalankan di kawasan seperti pembinaan tembok pemecah ombak, lapisan lindung batu dan groin. Pelaksanaan projek menangani hakisan pantai yang dicadangkan adalah bergantung kepada peruntukan yang diluluskan. Dengan adanya struktur-struktur kekal, maka kadar kepupusan tumbuhan selindung pantai dapat dikurangkan dan dalam masa yang sama mampu memberi perlindungan pembiakan tumbuhan pelindung. Agensi-agensi di bawah kementerian ini turut sama-sama berkongsi kepakaran dalam mengatasi masalah ini melalui jawatankuasa teknikal mengenai penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D, program penanaman pokok bakau dan spesies yang paling sesuai di persisiran pantai negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara telah dilaksanakan pada awal tahun 2005 berikutan kejadian tsunami pada 26 Disember 2004. Sehingga 31 Disember 2012, sebanyak 6,110,000 pokok yang meliputi kawasan seluas 2,393 hektar telah ditanam di seluruh negara. Program penanaman pokok ini akan diteruskan pada tahun 2013 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta yang melibatkan kawasan tanaman seluas 70 hektar di 20 lokasi tanaman yang dikenal pasti di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita sedar bahawa terdapat banyak masalah pemendapan sungai terutamanya sekali di pintu-pintu kuala yang kadang-kadang boleh menyebabkan masalah untuk bot-bot nelayan hendak keluar dan masuk di pintu kuala tersebut. Jadi, apakah program dan juga projek yang telah dijalankan oleh pihak kementerian bagi menangani masalah hakisan tanah dan juga pemendapan sungai terutama sekali di pintu-pintu kuala dan bagaimanakah peranan NAHRIM Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan yang ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja R&D dalam bidang ini. Terima kasih.
Terima kasih sekali lagi sahabat saya daripada Yang Berhormat Jerlun. Ada tiga persoalan di sini yang ditanya. Pertamanya adalah mendapan di kuala sungai. Memang sekiranya berlakunya mendapan di kuala sungai, ini disebabkan hakisan tanah di hulu sungai ataupun di tebing-tebing sungai di sebelah hulu. Itu mendapan berlaku. Walaupun ianya berlaku, ianya ada satu masalah iaitu susah untuk bot-bot nelayan keluar ke laut. Akan tetapi, daripada penambahan keluasan tanah kita di negara ini, itu adalah satu advantage dengan izin. Jadi, apabila mendapan itu berlaku di muara sungai, maka tanah baru akan timbul di situ. Selepas daripada itu spesies-spesies daripada ekosistem hutan bakau akan tumbuh di situ. Ianya juga akan membuat tanah kita lebih bertahan lagi daripada ombak supaya tidak berlaku hakisan.
Soalan yang kedua hakisan tanah, itu yang saya sudah sebut tadi. Ketiga NAHRIM. NAHRIM adalah sebuah agensi penyelidikan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sememangnya membuat kajian yang berkaitan dengan hidrologi laut, dan juga hidrologi di tepi pantai. Oleh itu NAHRIM sentiasa mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku termasuk kekuatan ombak sekarang, kekuatan breakers. Oleh sebab sekarang perubahan iklim dan juga kepanasan global, ini adalah fenomena antarabangsa, sudah berlaku, maka NAHRIM juga mengkaji paras kenaikan air laut. Apabila paras air laut sudah meningkat, ini bermakna ketinggian air pasang juga meningkat. Selain daripada itu, sebab perubahan iklim, ini menyebabkan intensity, dengan izin, air pasang akan lebih kuat lagi. Setakat ini kita dengar typhoon berlaku di Laut China Selatan dan sekarang melanda Filipina. Jadi inilah juga satu daripada kajian NAHRIM untuk melihat sama ada typhoon ini boleh juga melanda negara kita seperti typhoon Haiyan yang menyebabkan kematian lebih daripada ‘10,000’ orang di negara Filipina. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Zaman beralih, musim bertukar. Adakah selain peruntukan RM2 juta untuk pokok bakau ini, apakah peruntukan yang sebenarnya jumlah setiap tahun untuk mempertahankan pantai kita? Juga dengan usaha ini, adakah kadar pemusnahan lebih daripada kadar untuk mempertahankannya?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong atas pertanyaan dua soalan ini. Jumlah yang RM2 juta itu adalah untuk penanaman pokok di pesisiran pantai, di mana telah pun dinilai oleh Jabatan Perhutanan bahawa penanaman pokok ini perlu. Ini dibuat setiap tahun. Jabatan ini menilai juga setiap tahun di mana yang perlu ditanam. Jadi RM2 juta inilah yang diperlukan digunakan. Peruntukan setiap tahun untuk menangani hakisan pantai ini bergantung kepada projek-projek yang telah pun dicadangkan, di mana hakisan itu berlaku dengan teruk. Ini sememangnya bergantung kepada projek untuk membuat dinding batu, untuk membuat groin dan sebagainya di tebing laut. Akan tetapi yang perlu rakyat memahami ialah apa yang kita buat di tepi pantai, kalau kita buat dinding pantai, selepas itu arus ombak akan berpindah ke tempat yang lain. Saya telah buat kajian ini di Sarawak. Saya melihat arus ombak berpindah ke tempat yang lain. Apatah lagi di musim ataupun fenomena perubahan iklim ini. Arus ombak sentiasa bertukar di mana ianya akan mengakibatkan hakisan pantai, sentiasa bertukar. Oleh itu tanaman pokok bakaulah yang paling penting kerana ianya menahan arus ombak ini daripada lebih kuat lagi. Jadi program penanaman pokok bakau ini akan diteruskan di seluruh negara, di mana Jabatan Perhutanan mengenal pasti di mana tempat yang amat- amat diperlukan. Sekian, terima kasih.
2. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sama ada kementerian ada mewujudkan pangkalan data yang lengkap mengenai graduan yang menganggur di seluruh negara mengikut jantina, umur, etnisiti dan bidang pengajian mereka.
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
Nibong Tebal. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan selamat datang kepada pemimpin KRT Taman Sri Keramat, Maran, dan guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Bandar Raya Klang dalam Dewan ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pokok soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Nibong Tebal ialah pengangguran yang melibatkan graduan. Sedikit maklumat awal yang saya hendak beri Tuan Yang di-Pertua ialah- Alhamdulillah negara kita berada dalam tahap pengangguran yang cukup baik iaitu 3% dengan melibatkan 411,400 orang, berbanding dengan suku tahun pertama 3.1%. Ini gambaran yang cukup baik Tuan Yang di-Pertua tentang pengangguran negara kita. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai pangkalan data yang lengkap mengenai graduan yang menganggur di seluruh negara mengikut jantina, umur, etnik dan bidang pengajian mereka. Menyedari betapa pentingnya negara mempunyai satu maklumat pasaran buruh yang komprehensif, boleh percaya dan tepat, kerajaan telah menubuhkan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) di bawah Kementerian Sumber Manusia pada bulan Mei 2012. Baru lagi Tuan Yang di-Pertua, hampir setahun. Bagi menjadi satu organisasi perdana pusat rujukan utama maklumat pasaran buruh. Bagi merealisasikan peranan dan fungsi ILMIA ini, ILMIA sedang membangunkan satu sistem pangkalan data, data warehouse yang pada masa kini dikenali sebagai Labor Market Information Data Warehouse (LMIDW) yang berkaitan dengan buruh nasional secara terpusat dan berciri interaktif. Sistem LMIDW ini dibangunkan secara perkongsian pintar dengan lain-lain agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Keselamatan dan Pekerjaan (PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja iaitu JobsMalaysia. Sistem LMIDW yang sedang dibangunkan ini dijangka akan siap Disember 2013 ini ya Yang Berhormat Nibong Tebal. Menerusi data-data yang diintegrasikan dengan pangkalan data agensi-agensi yang dinyatakan di atas sistem LMIDW ini akan menyimpan dan mempersembahkan petunjuk-petunjuk utama pasaran buruh - Key Indicator of Labor Market (KILM) yang bersifat backward. Maknanya berasaskan pengalaman-pengalaman lepas yang ada tentang pasaran buruh juga backward looking dan forward looking. Kita fokus bagaimana pasaran buruh akan datang. Bagi peringkat pertama pembangunan berdasarkan data-data yang ada, sistem LMIDW ini menempatkan KILM seperti berikut. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kita ada Key Indicator of Labor Market ini sebanyak 18. Saya ingat saya bekalkan kemudian kepada Yang Berhormat sebab terlalu panjang. Kita mengambil beberapa sahaja key indicator ini dan kita sesuaikan dengan agensi-agensi yang terlibat dan kita dapat bangunkan satu data yang saya kira mungkin kita boleh gunakan untuk maklumat tentang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia mengumpul data berhubung dengan graduan menganggur di Malaysia melalui portal JobsMalaysia. Maknanya melalui kementerian kita, kita ada JobsMalaysia di mana JobsMalaysia ini berperanan mengumpulkan data-data berhubung dengan graduan menganggur ini.
Portal JobsMalaysia berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan. Setakat Jun 2013 seramai 210,263 atau pun 56% pencari kerja aktif adalah siswazah dan selebihnya adalah seramai 165,159 iaitu 44% adalah bukan siswazah. Maklumat lengkap adalah seperti berikut. Siswazah saya sudah sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua cuma dalam bentuk table sahaja yang boleh dilihat kemudian. Maklumat pasaran buruh mengenai pencari kerja di kalangan graduan yang dikumpulkan oleh JobsMalaysia dibahagikan kepada pendaftar aktif siswazah dan pendaftar baru bukan siswazah dan data mengenai purata aktif siswazah dan pendaftar baru siswazah yang aktif mencari kerja yang dikumpul oleh JobsMalaysia adalah seperti ‘di bawah’, Tuan Yang di-Pertua panjang saya hendak sebutkan. Saya ingat tidak perlu saya sebutlah.
Ya.
Terima kasih banyak.
Saya pun susah hendak faham seperti ‘di bawah’ Yang Berhormat. [Ketawa] Yang Berhormat Nibong Tebal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita rasa terkejut juga sebab tidak ada satu data, pangkalan data yang komprehensif mengenai satu isu yang cukup penting bagi negara kita terutama sekali apabila kita sasarkan yang negara akan menuju negara maju dalam tahun 2020. Salah satu teras bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah tentang ‘Pembangunan Insan’ dan kita cukup terkejut kerana kita tidak ada pangkalan data yang komprehensif terutama sekali apabila kita dapati tiap-tiap tahun, ini menjadi masalah besar tentang pengangguran siswazah dan bertambah tiap-tiap tahun. Kita dapati juga bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi, bukan sahaja bidang sastera tetapi bidang sains dan teknologi pun persepsi tentang masalah pengangguran ini cukup besar. Saya juga mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana menubuhkan ‘ILMIA’. Ini satu usaha yang baik untuk menunjukkan pangkalan data ini. Soalan di situ mungkin Ahli-ahli Parlimen juga mungkin boleh berkongsi atau pun dapat akses kepada data ini. Itu yang pertama. Keduanya, saya difahamkan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi atau menangani masalah siswazah menganggur ini, terutamanya dalam Kementerian Belia, Pembangunan Usahawan dan lain-lain Kementerian Pertanian, banyak usaha yang telah dilakukan, memang berbagai-bagai program. Soalannya di situ tidak ada satu sistem pemantauan keberkesanan program-program ini. Bolehkah kementerian melihat aspek ini dalam sistem pemantauan seperti juga dengan program-program atau pun rancangan yang digariskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal di atas keprihatinan terutama masa depan anak-anak kita, graduan-graduan ini. Sebenarnya Yang Berhormat dan Tuan Yang di- Pertua, saya juga bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat tadi dan saya kira Yang Berhormat lain juga bersetuju kerana kita ingin melihat supaya anak-anak kita ini akan memenuhi ruang-ruang pekerjaan yang dikosongkan oleh pekerja asing dan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020. Saya hendak bagi sedikit kalau mengikut yang ada pada kita ini Yang Berhormat, jumlah tenaga kerja siswazah, tenaga buruh siswazah di negara kita ialah 2.56 juta orang. Yang bekerja 2.49 juta orang dan menganggur adalah 72,800 orang, ini jumlah dalam rekod kita berkenaan dengan mahasiswa atau graduan yang menganggur. Jadi dengan adanya ILMIA, saya kira dan juga dari perkataan yang kita mahu ambil ini berbagai-bagai agensi akan memainkan peranan mereka dan bergabung sekali dan saya kira kita akan dapat melahirkan satu pendekatan atau pun approach atau pun cara yang boleh kita mengenal pasti supaya graduan-graduan yang menganggur di negara kita ini akan dapat kita kenal pasti dan menentukan hala tuju ke mana mereka mahu kita bawa. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada sistem. Sebab itu saya sebutkan tadi bagi Kementerian Sumber Manusia kita ada usaha yang telah kita lakukan termasuk ILMIA kita buat dan juga usaha-usaha lain yang kita lakukan bagi memastikan supaya graduan- graduan yang menganggur ini dapat kita tempatkan pekerjaan untuk mereka. Di antara program yang telah pernah saya sebutkan dalam jawapan-jawapan Dewan termasuklah Program Latihan 1Malaysia, JobsMalaysia dan tidak silap saya kita ada 12 lagi program lain yang juga melibatkan pekerja-pekerja lain dan juga mahasiswa atau graduan-graduan yang menganggur ini. Jadi saya kira dengan adanya pendekatan ini insya-Allah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu dapat kita atasi. Kita pastikan supaya graduan-graduan yang menganggur ini dapat kita carikan kerja untuk mereka. Alhamdulillah saya malas hendak sebutkan terlalu banyak strategi yang ada pada saya Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah saya akan berikan kepada Yang Berhormat tentang apa pencapaian yang telah kita buat melalui kementerian kita dengan kerjasama kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya mudah sahaja. Saya rasa selalu masalah kita adalah kita buat
gerakan fire fighting. Bila masalah timbul baru kita cuba untuk menyelesaikan. Bolehkah kementerian hari ini kita tahu bahawa setiap tahun kita ada hampir 400,000 tenaga pelajar SPM yang habis SPM yang kita tahu keciciran dia pun 100,000 dan 300,000 hampirnya ini akan melanjutkan pelajaran mereka. Kedua seperti Yang Berhormat Menteri katakan tadi kita ada 12 skim latihan yang sememangnya sedang berjalan. Bolehkah kementerian daripada awal gunakan skim latihan ini mungkin pelajar yang tahun ketiga di universiti diterapkan daripada awal latihan-latihan ini apabila mereka graduate sahaja mereka bersedia untuk bekerja atau pun memberi perkhidmatan daripada kita hanya tunggu apabila mereka graduate baru kita buatkan skim latihan. Ini kerana rasa-rasanya di bawah ini Yang Berhormat, bila setahun pertama dia tidak dapat kerja, dia punya semangat itu sudah turun dan dia rasa masa depan dia sudah gelap. Dengan semangat yang kurang itu mungkin akhirnya dia akan pilih jawatan- jawatan yang sememangnya sudah tidak sesuai kepada dia dan apa yang kita bimbang dia akan memberi gambaran terutamanya di luar bandar, dahulunya semua semangat hendak masuk universiti kerana apabila masuk universiti keluar insya-Allah dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Takutnya di luar bandar ini, insentif ini sudah tidak ada. Semangat ini sudah tidak ada, akhirnya yang di luar-luar bandar ini terutamanya ibu bapa akan lebih memikirkan bahawa lebih baik daripada awal ditanamkan latihan kepada anak- anak mereka ini untuk meneruskan pekerjaan yang sesuai di kawasan itu. Terima kasih.
Terima Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pandangan cukup baik, proaktifnya approach pendekatan yang ke depan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada program-program di bawah kementerian khususnya. Kita ada program lepas pelajar-pelajar lepasan SPM sahaja kita sudah ada. Cuma saya beritahu Yang Berhormat sebenarnya pengangguran graduan ini banyak faktornya. Bukan kerana mereka drop out atau pun keciciran. Akan tetapi banyak faktor ini. Saya mahu sebutkan sedikit di mana satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2011 yang melibatkan 236,453 responden dalam kajian ini. Sebab kenapa graduan menganggur ini antara sebab-sebab saya mahu sebutkan ini. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, berikan sedikit masa kepada saya Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah sebabnya meningkatkan kelayakan akademik. Maknanya mereka sepatut boleh bekerja tetapi oleh sebab mereka mempunyai semangat untuk terus belajar maka tidak bekerja. Kalau ini kita menganggap sebagai penganggur maka sudah tentulah di luar apa yang kita maksudkan. Kedua ialah minat mendalam dalam mencari ilmu. Lebih kurang yang sama. Prospek kerja yang lebih baik, sebenarnya mereka ada kelayakan tetapi mereka mencari kerja yang lebih baik. Mungkin kalau ini bekerja gunakan graduate degree dapat gaji RM1,000 tetapi dibayar gaji SPM umpamanya, dia akan rugi. Lebih baik dia tunggu satu dua bulan mungkin faedah yang lebih besar akan diperoleh oleh mereka. Ketiga pula ialah meningkatkan peluang kerjaya. Keempat pula iaitu dorongan keluarga. Ada juga sebenarnya alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua negara kita aman. Sebab itu sesetengah keluarga dia suka anak dia duduk di rumah. Ini satu faktor yang tidak boleh dinafikan. Suka bersama dengan ibu bapa atau sebagainya. Anak itu sendiri kadang- kadang memang suka bersama dengan keluarga, biar tidak kerja pun. Ini antara faktornya. Kemudian belum bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan, yang keenam. Manakala yang ketujuh pula ialah sukar mendapat kerja, 1% sahaja dan lain-lain termasuklah memilih kerja dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua.
Jadi sebenarnya ada program yang kita buat. Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat dan antara langkah kementerian yang kita buat ialah Program Penempatan Pekerjaan (3P), Program Skim Latihan 1Malaysia yang saya buatkan tadi dan banyak program lain yang telah pun saya tekankan. Banyak saya jawab dalam Parlimen. Saya ingat insya-Allah ini pendekatan yang kita buat. Saya yakin kita dapat menangani masalah pengangguran graduan ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
3. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah status Parlimen Belia dan apakah kesudahannya.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedang giat mempromosikan pendaftaran bagi pemilih atau pengundi Ahli Parlimen Belia Malaysia. Sejak penubuhan Skuad Pendaftaran Parlimen Belia dan Gerakan Bersepadu di peringkat negeri, KBS telah berjaya meningkatkan jumlah pemilih sebanyak 310% daripada 17,155 pada Mei 2013 kepada 70,181 pada 11 November 2013, hari ini. Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia dijangka akan dilaksanakan pada April 2014, manakala pemilihan pula dijangka pada Februari 2014. Kementerian juga sedang giat melaksanakan promosi intensif Parlimen Belia Malaysia melalui medium berikut iaitu portal Kementerian Belia dan Sukan di mana iklan dan crawler PBM dimasukkan ke portal www.kbs.gov.my di samping portal sedia ada di www.parlimenbelia.gov.my, promosi di media sosial Facebook, Twitter, Instagram diperbanyakkan lagi, video korporat Parlimen Belia Malaysia sedang dalam proses pembikinan, media elektronik melalui promosi di radio dan televisyen juga akan diperhebat lagi terutamanya di saluran yang mempunyai pendengar dan penonton muda yang ramai. Cadangan siaran televisyen dan radio adalah seperti Hot FM, Fly FM, One FM, RTM, TV9, TV3 dan Astro. Media cetak melalui pembelian ruang iklan dan hebahan PBM di media cetak melibatkan beberapa surat khabar dan tabloid yang digemari belia juga turut dilaksanakan. Surat khabar dan tabloid yang dicadangkan seperti Kosmo, The Star dan Borneo Post mewujudkan Skuad Parlimen Belia Malaysia di 15 Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan dianggotai seramai lima orang untuk mempromosikan pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia. Setiap Skuad PBM akan disediakan bahan promosi seperti risalah, banner, banting, flyers dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KBS akan memberi satu sesi taklimat khas kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen berhubung Parlimen Belia bermula hari ini kepada Ahli Majlis Kelab Penyokong Barisan Nasional dan juga kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang pada hari Rabu ini. Kedua-duanya kita buat semasa waktu rehat tengah hari bermula dengan makan tengah hari. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab dan juga gerak kerja promosi. Yang Berhormat Kota Tinggi harap Parlimen Belia ini dapat disegerakan. Cuma saya difahamkan pengundian ini akan dilakukan secara online dan serentak seluruh negara. Saya hendak tanya apakah langkah-langkah yang KBS buat untuk pastikan supaya pemilihan ini telus dan berintegriti supaya kita tidak hendak esok ada yang pertikaikan dan seperkara lagi saya minta Menteri pastikan tidak ada pengundi- pengundi Bangla disuruh ambil bahagian. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kota Tinggi. Untuk mengelakkan tuduhan sampai hari ini tidak dapat buktikan seperti 40,000 pengundi Bangla dikitar semula oleh pihak-pihak yang tertentu. Kementerian Belia dan Sukan akan pastikan sistem online yang diguna pakai itu berasaskan tiga penekanan utama iaitu kapasiti, integriti, dan reach ability. Melalui sistem ini saya berharap bahawa ia akan menampung keperluan pada hari pemilihan bagi mengelakkan kegagalan sistem akibat bebanan yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada waktu ini KBS sedang dalam proses melantik sebuah firma juru perunding IT melalui sebut harga terbuka bagi melaksanakan audit sistem pengurusan pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia dengan kerangka tugas meliputi pengenalpastian kapasiti yang diperlukan untuk proses pengundian serentak kerana kita jangkakan bahawa yang akan mengundi ini kalau ikut sasaran kita adalah dalam 200,000 yang akan mengundi secara online. Kita tidak mahu ada apa-apa pertikaian mahupun sistem online ini tiba-tiba crash pada hari pengundian tersebut. Saya berharap melalui sistem yang akan diaudit oleh juru perunding IT tersebut kita akan memberi keyakinan dan juru perunding IT akan memberikan seal web trust kepada portal pemilihan tersebut dan kita akan memastikan kebimbangan Ahli Yang
Berhormat iaitu sistem ini bukan sahaja telus, tetapi sistem yang tidak boleh dipertikaikan dari segi integritinya supaya tidak timbul lagi macam-macam tuduhan yang sampai hari ini tidak dapat dibuktikan dapat kita elakkan dan kita bagi keyakinan kepada orang muda bahawa yang mereka pilih sebagai Ahli Parlimen Belia ini adalah betul-betul sah mengikut suara orang muda itu sendiri, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan apa melontarkan soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya fikir dari segi apa yang telah dihuraikan tadi menjurus kepada dua aspek utama iaitu pertamanya meningkatkan partisipasi politik dan juga menggalakkan orang muda itu terlibat dalam Demokrasi Berparlimen. Sebab itulah kita kemukakan, saya percaya kerajaan kemukakan atau membentangkan perancangan Parlimen Belia ini. Cuma kebimbangan saya, selain daripada isu teknikal online dan sebagainya, kebimbangan saya ialah apakah dalam bab Demokrasi Berparlimen ini kita ingin kemukakan ada dua pihak dalam Parlimen. Pembangkang dan juga kerajaan. Kalau dengan undian online itu apakah natijah daripada undian ini akan melahirkan mereka yang pembangkang dan juga yang menjadi kerajaan. Saya fikir, saya tidak nampak kerajaan hendak menjadikan Parlimen Belia ini sebagai satu alat ataupun platform untuk menyokong kerajaan saya. Mestilah adalah kedua-dua pihak, kerajaan dan juga pembangkang. Kerana kalau tidak, ianya tidak baik untuk negara. Kalau semua suara betul saya, saya fikir ia bukan satu perkara yang baik dan positif untuk pembangunan negara. Sebab itu saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri tidak bercadang untuk memanggil dan membincang secara serius isu ini atau perkara ini yang membabitkan Ahli-ahli Parlimen muda, selain daripada taklimat yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya percaya ramai Ahli-ahli Parlimen muda di sini boleh memberikan sumbangan dari segi idea dan pelaksanaan agar Parlimen Belia ini biar seimbang nadanya nanti apabila dibentangkan, apabila dijalankan pada tahun 2014, terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Katil. Parlimen Belia ini strukturnya dan juga objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin- pemimpin muda yang mempunyai keterbukaan dari segi pemikiran mereka. Kita tidak berhajat untuk mengongkong dari segi topik, dari segi perbahasan dan juga dari segi kecenderungan politik mereka yang dipilih. Sebab itu cara pendaftaran bagi pemilih atau pengundi Parlimen Belia ini kita buat secara terbuka. Tidak ada mana-mana kuota yang dikhaskan untuk mana-mana parti politik baik daripada kerajaan ataupun dari pembangkang. Sekarang ini tinggal lagi siapa yang dapat daftar dan siapa yang diterima sebagai pendaftar apabila menepati syarat-syarat yang diletakkan iaitu syarat umur, syarat status kebankrapan dan sebagainya perkara-perkara biasa. Kita tidak screen mengikut mereka sokong siapa, ataupun mereka mengundi siapa ataupun mereka ahli parti mana. Ini adalah betul-betul Parlimen yang terbuka yang tidak ada partisan politik dalam Parlimen tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita dalam Parlimen Belia ini mencadangkan penubuhan sembilan jawatankuasa sebelum perbahasan dibuat di peringkat Majlis. Jawatankuasa tersebut adalah sosioekonomi, hubungan antarabangsa, keselamatan undang-undang dan integriti, pendidikan dan kerjaya, kebudayaan sukan patriotisme dan integrasi, prasarana pembangunan dan alam sekitar, pembangunan masyarakat dan kesihatan, teknologi inovasi dan modal insan. Kita tidak mencadangkan Parlimen Belia ini dia ada kerajaan, dia ada pembangkang. Dia kita akan lantik seorang Tuan Yang di-Pertua, seorang Speaker, tetapi kita akan pecahkan perbincangan awal mengikut jawatankuasa supaya Parlimen Belia ini tidaklah dilihat terlalu partisan. Sebab kita mahu supaya Ahli-ahli Parlimen Belia ini membincangkan isu dalam semangat keterbukaan tanpa terikat dengan mana-mana parti sama ada parti Barisan Nasional ataupun parti-parti daripada pakatan pembangkang.
Inilah cara yang terbaik untuk memastikan bahawa the best ideas ataupun idea yang terbaik dapat dibincangkan dan dapat dibentangkan dan dapat diusulkan dalam Parlimen Belia tanpa mereka terikat kepada pemikiran partisan daripada mana-mana pihak. Dalam hal ini juga saya amat mengalu-alukan sekiranya Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Katil akan bersama pada taklimat pada hari Rabu ini, di mana saya akan memberi
taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada ketiga-tiga parti pembangkang untuk kita berbincang dan memperhalusi kalau ada cadangan-cadangan yang baik untuk kita masukkan dalam Parlimen Belia, saya akan alu-alukan. Akan tetapi saya tekan lagi, kita bagi keterbukaan. Jangan daripada awal lagi, daripada mereka muda, daripada mereka baru hendak berkecimpung dalam politik, kita mengajar mereka bahawa inilah partisan line, the way you have to think, dengan izin. Kita bagi kebebasan kepada mereka untuk mengutarakan mungkin mereka lebih arif daripada kedua-dua belah pihak dalam Parlimen sebenar yang ada pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif berterusan pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetengahkan program Parlimen Belia ini untuk memastikan anak-anak muda di seluruh Malaysia dapat memahami sistem Parlimen dan di samping itu juga untuk menunjukkan trend belia kepada pentadbiran negara. Soalan saya ialah apakah manfaat serta kelebihan bagi setiap anak muda yang akan menyertai Ahli Parlimen Belia serta adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memastikan Ahli Parlimen Belia ini mendapat manfaat sepenuhnya secara berterusan walaupun selepas program Parlimen Belia ini berakhir? Sebagai contoh Program Felo Perdana yang menerapkan unsur mentor-mentee antara Ahli Parlimen dan belia. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Selangor. Satu cadangan yang baik. Kita hendak melihat ada kesinambungan daripada mereka yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia supaya mereka dapat terus dibangunkan dan dilatih sebagai pemimpin-pemimpin masa hadapan. Saya amat yakin bahawa mereka yang akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Belia dan mereka yang bakal dipilih sebagai Ahli Parlimen Belia akan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara kita dalam kerajaan ataupun di luar kerajaan. Dan oleh yang demikian kita meletakkan bahawa Ahli-ahli Parlimen Belia ini bukan hanya akan mewakili kawasan ataupun negeri masing-masing pada sidang Parlimen tetapi kita akan buat program-program sampingan sepanjang tahun supaya mereka turut bersama dengan kempen-kempen dan juga program-program kepimpinan yang dianjurkan oleh kementerian dan mereka akan diketengahkan sebagai jurucakap-jurucakap bagi generasi muda dalam media cetak, dalam media elektronik, dalam media online dan sebagainya supaya kita melihat Ahli Parlimen Belia ini sebagai suara the voice of the young generation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sebab kita tidak mahu mereka hanya datang ke sini dua hari setahun untuk bahas lepas itu mereka tidak ada peranan lagi. Jadi program-program sampingan untuk kita betul- betul memanfaatkan penglibatan mereka dalam Parlimen Belia sebagai suara generasi muda kepada kerajaan akan kita pastikan dapat diberi ruang yang luas. Terima kasih.
4. Dr. Ko Chung Sen [Kampar] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) jumlah wang yang dihantar keluar negara setiap tahun oleh pekerja-pekerja asing di Malaysia, secara sah dan juga ke negara yang mana; dan (b) apakah kesan ke atas ekonomi kita daripada kehilangan modal ke negara-negara lain serta langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kehilangan modal sebegini.
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah wang yang dihantar ke luar negara oleh pekerja asing melalui saluran kiriman wang yang sah untuk tahun 2010 ialah RM13,44.9 juta atau RM13.4149 bilion. Tahun 2011 ialah RM15,682.1 juta atau RM15.6821 bilion. Manakala pada tahun 2012 ialah RM19,754.5 juta atau RM19.7545 bilion. Lima negara penerima utama wang remittance pada tahun 2012 ialah Bangladesh, berjumlah RM3,032 juta, Indonesia RM2,9256.5 juta, Nepal RM1,990.98 juta, India RM625.1 juta dan Filipina RM561.3 juta.
Semenjak tahun 2009, jumlah kiriman wang keluar berganda daripada RM10 bilion kepada hampir RM20 bilion pada tahun 2012. Hasil daripada peningkatan dalam penawaran perkhidmatan pengiriman wang oleh pemberi perkhidmatan bukan bank yang sah. Walau bagaimanapun pada masa sekarang tiada statistik mengenai jumlah wang yang dihantar keluar oleh pekerja asing secara tidak sah. Sebagai sebuah negara yang mempunyai paras simpanan yang tinggi, Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada pembiayaan luar untuk menyokong fungsi ekonomi domestik. Walau bagaimanapun memandangkan perdagangan dan sistem kewangan yang sangat terbuka serta asas-asas yang kukuh termasuk prospek pertumbuhan yang menggalakkan dan pasaran modal yang mendalam, Malaysia terus menjadi penerima aliran masuk modal asing. Di samping itu aliran masuk ini juga didorong oleh pengembangan mudah tunai global. Pasaran kewangan yang mendalam dan pelbagai telah dapat menyerap aliran masuk ini dengan kesan minimum terhadap ekonomi sebenar. Memandangkan turun naik dalam pasaran kewangan global baru-baru ini, Malaysia telah mengalami aliran keluar modal secara sederhana. Mencerminkan pembalikan reversal sebahagian daripada aliran masuk sebelumnya. Namun adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kebalikan modal turut dialami oleh ke semua ekonomi pesat membangun termasuk negara-negara serantau dan bukan khusus pada Malaysia sahaja. Pembalikan dana ini mencerminkan jangkaan normalisasi dasar monetary dalam ekonomi maju terutamanya Amerika Syarikat. Setakat ini aliran keluar modal dari pasaran kewangan domestik telah berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi. Aliran masuk dan aliran keluar modal secara dua hala yang berterusan ini akan menjadi ciri kekal dalam ekonomi Malaysia. Oleh itu adalah penting untuk memastikan bahawa aliran modal tidak menyebabkan sebarang ketidakseimbangan yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan keadaan ekonomi dan kewangan negara. Sehubungan dengan ini, pengalaman lampau Malaysia dalam pengurusan aliran modal menunjukkan bahawa kedudukan luaran Malaysia yang baik dan sistem perbankan yang kukuh telah membolehkan negara menyerap ketidakstabilan aliran modal tanpa menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang datang menjawab. Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Julai tahun ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Maran telah menyatakan bahawa terdapat 2.8 juta orang pekerja asing sah dan tanpa izin di dalam negara kita. Dengan anggaran gaji minimum RM900 sebulan, jumlah gaji untuk pekerja asing setahun akan mencecah RM30.24 bilion. Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity pada tahun 2010 jumlah aliran keluar wang haram dari Malaysia daripada rasuah adalah sebanyak RM30.16 bilion. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk kehilangan modal dari negara ini. Adakah ianya pekerja-pekerja asing? Adakah ia rasuah yang berleluasa dan jerung-jerung besar seperti di Sarawak atau di sini? [Ketawa]
[Riuh]
Sini pun ada. [Ketawa] Ada berapa?
Soalan menyimpang.
Ya cukup Yang Berhormat. Sudah soal sudah.
Akhir sekali, apakah kejayaan Barisan Nasional dan SPRM dalam menangani masalah aliran keluar duit haram dari negara ini? Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskannya. Terima kasih.
Pertama, angka yang diberi oleh Yang Berhormat Kampar itu tidak betul.
[Menyampuk]
[Dewan riuh]
Beliau menyebut 2.8 juta pekerja asing. Yang Berhormat Maran baru sahaja sahkan beliau menyebut 2.1 juta. 2.8 juta berbanding 2.1 juta itu sudah angka yang tidak benar. Kedua, disebut oleh Yang Berhormat Kampar tadi mengenai iaitu Global Financial Integrity (GFI) yang menuduh duit keluar tidak direkod RM850 bilion dalam masa sepuluh tahun. Itu juga tidak betul. Itu juga tidak betul dan terlebih anggar. Apa yang berlaku ialah GFI mengira anggaran yang tidak betul sama sekali kerana terlibat dengan apa yang disebut sebagai trade mispricing. Dalam bahasa Malaysia, perdagangan penentuan harga yang menyimpang. Sebagai contoh, ada under invoice dan over invoice. Contohnya, eksport ke Malaysia ke negara China RM100 juta. Eksport Malaysia ke Singapura RM100 juta. Eksport daripada RM100 juta Malaysia ke Singapura itu, Singapura hantar ke negara China RM50 juta. Dalam rekod negara China, dalam rekod import mereka ialah sebanyak 150 juta kerana 50 juta lagi itu dianggap bukan datang dari negara Singapura tetapi datang dari negara Malaysia sedangkan sebenarnya eksport kita ke negara China cuma 100 juta, bukan 150 juta. Jadi, perbezaan trade mispricing 50 juta ini untuk satu negara sebagai contoh dan bertambah dalam masa sepuluh tahun. Ini yang disalah anggar oleh Global Financial Integrity (GFI) dan kita telah memberikan jawapan yang panjang lebar dalam Dewan ini sebelum ini. Jadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kampar itu, rasuah dan sebagainya tidak betul. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hampir dalam semua hal, ada baik dan buruknya tetapi kita berharap supaya lebih banyak yang baiknya ataupun net gain untuk negara kita. Kita dalam melihat daripada jawapan Menteri bahawa aliran keluar outflow of fund daripada sejak tahun 2010 terus bertambah daripada RM13 kepada RM19.9 bilion pada setiap tahun. Kerajaan dalam masa yang sama, menanggung kos yang tinggi. Pertamanya, terpaksa menanggung kos daripada keselamatan, bertambahnya jenayah-jenayah, bertambahnya penyakit-penyakit yang diimport. Dalam masa yang sama, kerajaan juga terpaksa menanggung kos daripada perkhidmatan kesihatan, kos daripada perkhidmatan persekolahan dan mereka juga pekerja-pekerja asing dapat menikmati semua barang yang disubsidi seperti petrol, gas, tepung dan juga lain-lain. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan yang pertamanya, akan mengenakan caj kepada semua perkhidmatan yang tertentu ataupun mengenakan juga bayaran kepada semua barang yang disubsidi kepada pekerja- pekerja asing supaya kita dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan? Seterusnya dalam masa yang sama, kita tidak boleh menafikan bahawa sumbangan daripada pekerja asing kepada ekonomi negara kita memang besar. Dalam masa yang sama, kita hendak tahu berapakah jumlah nilainya? Apakah impak sebenar kepada ekonomi negara kalau semua daripada mereka pulang ke negara asal? Adakah persediaan telah kita buat untuk menghadapi situasi seperti ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Pertama, saya ingin menyatakan bahawa pada tahun 2010, 13.4149 bilion meningkat kepada 19.7545 bilion pada tahun 2012. Antara sebabnya ialah dahulu remittance provider ataupun ejen pengiriman wang ini hanya terhad kepada contohnya Western Union, Merchantrade, IME, Max Money. Akan tetapi sekarang ini telah diperluaskan. Jika dahulu bank 43, non-bank 34, 77 boleh ada saluran melalui 1,596 cawangan untuk pekerja-pekerja asing menghantar wang. Sekarang ini kita membenarkan pula money changer boleh memberikan perkhidmatan pengiriman wang mulai tahun 2011 apabila kita telah mewujudkan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. Daripada 498 money changer yang kita berikan kebenaran itu, 196 ejen yang beroperasi sekarang, 75. Jadi, lebih mudah mereka menghantar wang. Pada ketika yang sama, apa yang kita lakukan ini ialah untuk memudahkan kita mendapatkan data-data dan supaya wang pengaliran secara haram itu dapat kita kawal apabila kita berikan lesen yang lebih kepada money changer boleh menjadi ejen pengiriman wang. Memang benar bahawa 2.1 juta pekerja asing ini, itu yang berdaftar dan ada lagi yang tidak berdaftar, mengambil subsidi, segala barang-barang yang subsidi RON 95, diesel, minyak masak, gas memasak, beras, tepung, itu subsidi yang kita ada, mereka juga membelinya. Begitu juga kesihatan yang RM1 seorang sahaja apabila masuk ke dalam
mana-mana klinik dan juga hospital kerajaan dan juga persekolahan, jenayah dan lain-lain ini. Kementerian Sumber Manusia tentunya sedang mengkaji apakah langkah-langkah yang terbaik dan saya pernah menghadiri sekali dalam Jawatankuasa Menangani Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Perkara-perkara ini kita sedang tangani, termasuk melalui Kementerian Dalam Negeri yang mana pekerja asing ini kita akan berikan apa yang disebut sebagai i-Kad, immigration card dan daripada situ kita boleh memantau. Apabila kita telah berikan i-Kad itu, kemungkinan melalui i-Kad itu, banyak lagi perkhidmatan tertentu yang kita boleh kawal sebagaimana cadangan daripada Yang Berhormat Jasin. Terima kasih.
5. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan dapat menyediakan dana untuk pembinaan sebuah surau atau masjid baru dan dana pembelian tanah di Kampung Bidadari, Maradong, Tanjong Manis memandangkan penduduk Kampung Bidadari dan penduduk daripada beberapa buah kampung yang berdekatan amat memerlukannya dan memandangkan keadaan surau sekarang terlalu sempit dan terletak di persimpangan yang agak merbahaya.
Tuan Yang di-Pertua, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri belum menerima apa-apa permohonan rasmi mengenai cadangan pembinaan masjid ataupun surau di Kampung Bidadari, Maradong, Tanjong Manis. Walau bagaimanapun, Pejabat Persekutuan Sarawak pada dua hari yang lepas telah pergi menyiasat di tempat ini dan kita telah mendapat maklumat awal. Sekarang ini, kita sudah check semua rekod, kita belum menerima apa-apa permohonan. Walau bagaimanapun, oleh kerana perkara ini telah ditimbulkan dalam Parlimen, kita ambil tindakan serta-merta.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan ini saya sudah kemukakan pada sesi yang lepas dan saya amatlah berterima kasih kalau kerajaan dapat memberi pertimbangan yang khas kepada soalan ini terutamanya sekarang keadaan surau itu amatlah uzur. Dalam sesi soalan yang lepas, saya juga telah memohon diberikan peruntukan untuk memperluaskan lagi tambahan tanah untuk tanah perkuburan di sebelah surau itu. Kita kalau hendak membuat bangunan atau jalan raya, dapat lagi ditunggu-tunggu tetapi daripada segi agama, daripada segi untuk bersolat dan untuk orang yang meninggal, memang tidak dapat tunggu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, surau ini kita anggarkan berharga RM4.5 juta. Kos ini merangkumi pembelian tanah, kerja tanah dan juga pembinaan. Akan tetapi, sebagaimana yang kita sedia maklum, Kerajaan Persekutuan hanya menanggung kos pembinaan sahaja, maka tapak projek adalah disediakan oleh kerajaan negeri. Sudah pasti Yang Berhormat boleh berusaha untuk mendapatkannya. Yang lain-lain saya ingat benda ini oleh kerana telah pun ditimbulkan, kita telah ambil tindakan serta-merta. Cuma untuk kemanisan kerja-kerja, apakah baik sekiranya Yang Berhormat menghantar permohonan rasmi di samping apa yang telah kita usahakan di peringkat sini.
6. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan telah membuat satu kajian khas pematuhan solat di kalangan anak muda.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri ataupun ringkasnya JAIN telah membuat kajian dan penilaian terhadap keberkesanan pendidikan Islam khususnya berkaitan solat setiap tahun kepada murid- murid kelas KAFA yang diukur melalui pencapaian keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ataupun UPKK.
Melalui ini sebagai contoh pencapaian UPKK bagi tahun 2012 dalam mata pelajaran Amali Solat telah mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93%. Seramai 181,632 calon yang menduduki ujian mata pelajaran tersebut. Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadah solat. Kejayaan ini adalah kesan daripada perancangan kanak-kanak Islam yang telah disusun daripada peringkat rendah hingga menengah. Pelaksanaannya melalui pelbagai program pendidikan Islam antaranya pelaksanaan kelas KAFA di sekolah-sekolah sejak tahun 1990 yang menekankan amali solat secara khusus. Manakala Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program j-QAF ataupun Jawi, Quran, Arab dan juga Fardu Ain bermula pada tahun 2005 sebagai usaha memberi penekanan kepada penguasaan asas fardu ain khususnya solat. Pihak sekolah telah melaksanakan Kem Bestari Solat (KBS) yang berbentuk amali kepada semua murid untuk memastikan semua murid boleh mengerjakan solat dengan sempurna. Di samping itu penilaian asas fardu ain PAFA juga telah dilaksanakan kepada semua peringkat murid sekolah rendah. Selain itu JAKIM bersama JAIN dan juga MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) terus aktif mengadakan pelbagai program menyedarkan umat Islam tentang kepentingan dan manfaat ibadah solat selainnya ianya merupakan satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Antara program yang dilaksanakan ialah Kem Ibadah Solat kepada kanak-kanak dan remaja, Seminar Sains Solat, Seminar Solat Menurut Perspektif Perubatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada jawapan yang diberikan usaha kerajaan yang saya tengok ada usaha untuk memastikan remaja Islam kita untuk melaksanakan ibadah solat sebagai satu tunjang kepada kehidupan mereka. Yang Berhormat Menteri, kita tahu bahawa solat ini adalah tiang agama dan besarnya solat ini digambarkan oleh Allah Taala dalam Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Besarnya peranan kerajaan untuk memastikan umat Islam solat 5 waktu apabila Allah Taala - disebut dalam Quran, “Orang-orang yang apabila kami berikan mereka kuasa mereka melaksanakan solat”, iaitu mereka akan berusaha memastikan rakyat mereka melaksanakan solat. Itu asas kepada pembangunan negara. Akan tetapi walaupun Yang Berhormat Menteri menyebut jawapan hasil nilaian melalui kelas KAFA tadi, kita tengok kepada kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kerajaan sendiri untuk melihat bagaimana remaja kita hari ini tidak solat. Sebagai contoh saya ambil dalam banyak kajian ringkasnya, penyelidik daripada UKM yang membuat survey pada tahun 2011. Di kalangan remaja Islam hanya 28% daripada jumlah responden menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam. Maknanya tidak sampai, tidak luluslah 28%. Ini kajian yang dibuat oleh UKM. Soalan saya, sebagaimana Kerajaan Kelantan pernah Kerajaan Negeri Kelantan lancarkan dahulu lebih 10 tahun lepas, Bulan Solat memperuntukkan sejumlah wang untuk kali pertamanya dalam bajet untuk menjayakan Program Bulan Solat tiap-tiap tahun dan masa itu pihak pembangkang daripada Kerajaan Barisan Nasional memperli Kerajaan Kelantan tetapi ini cerita lama. Akan tetapi, soalan saya adakah kerajaan mempunyai satu agenda yang besar untuk menjadikan mekanisme solat ini sebagai satu usaha terbaik untuk memastikan kejayaan membangunkan spiritual anak muda negara kita selain memastikan mereka diselamatkan daripada kebejatan gejala-gejala sosial yang berlaku pada hari ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dengan pandangan yang telah diberikan. Saya melihat bahawa dalam konteks ini kita begitu memahami bahawa soal sembahyang seperti mana ayat yang, Yang Berhormat bacakan tadi. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita melihat bahawa kewajipan untuk penekanan kepada tanggungjawab solat ini begitu penting maka sebab itu saya membawa daripada awal jawapan tadi di peringkat KAFA iaitu daripada umur lingkungan 6 tahun, 7 tahun sehingga sampai kepada 12 tahun. Kewajipan mereka untuk diberikan pendidikan dan daripada itu diadakan ujian amali ibadat solat. Daripada ujian itu saya sebutkan tadi bahawa ada 99.93% dalam pengertian bahawa mereka ini berjaya dan mereka memahami untuk bagaimana pelaksanaan ibadat. Akan tetapi satu tahap yang lain pula ialah kesedaran untuk melihat bahawa ibadat solat ini menjadi kewajipan yang harus dilaksanakan. Kita melihat bahawa di dalam Dewan yang
mulia ini, inilah merupakan usaha yang bukan satu pihak di kerajaan sahaja tetapi termasuk ibu bapa, termasuk semua peringkat. Mungkin barangkali boleh dapat saya tambahan Yang Berhormat Pasir Mas bahawa di Malaysia kita ada memiliki 22,000 buah masjid dan surau termasuk surau Jumaat. Ini maksudnya ialah betapa penjurusan untuk menekankan soal ibadat itu penting, belum dicampur surau-surau yang diwujudkan di premis-premis yang tertentu terutamanya kedai-kedai perniagaan tidak tercampur di R&R, tidak termasuk di dalam Dewan yang mulia ini dan di lain-lain tempat. Usaha yang seperti ini ditambah lagi, digarap, diperkukuhkan dengan pihak kerajaan membayar elaun kepada 14,000 orang imam-imam di seluruh Malaysia, 32,000 orang guru-guru KAFA seluruh Malaysia, dan 3,600 orang daripada guru-guru takmir seluruh Malaysia yang dibayar elaun secara bulanan. Ini dalam pengertian maksudnya ialah hendak memperlihatkan betapa penjurusan, betapa kesungguhan, ketekunan kerajaan dalam menjaga hal-ehwal yang berkaitan dengan Islam ini termasuklah dengan kewujudan JAKIM di peringkat persekutuan dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Kita melihat bahawa tanggungjawab untuk solat ini kita memahami bahawa usaha yang bersungguh-sungguh untuk melihat bahawa pokok utama pillar, dengan izin, ataupun dengan [Menyebut perkataan dalam bahasa Arab] ini, sembahyang menjadi tiang agama ini, kita perkemaskan sebaik mungkin untuk melahirkan generasi masyarakat yang bukan hanya bertanggungjawab kepada manusia tetapi juga menjaga hubungan Hablulminallah dalam konteks solat mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, berdasar pada jawapan tentang solat tadi kita menyedari di setiap sekolah ada diwujudkan Sekolah Agama Rakyat KAFA tetapi bukan semua pelajar-pelajar Islam pergi ke sekolah agama rakyat tersebut. Dalam masa yang sama kebelakangan ini sekolah KAFA ini tidak mendapat bantuan, tidak banyak bantuan daripada kerajaan. Kalau dahulu kita boleh tahu, kemudahan, kelengkapan dan pelbagai lagi. Persoalan saya ialah kita di sekolah kebangsaan, di sekolah rendah pun diajar agama juga, mata pelajaran agama. Sejauh mana keberkesanan seperti mana yang kita sudah tanyakan tadi dan bantuan yang diberikan kepada guru-guru yang ada dan kita bimbang kalau tidak dibuat betul-betul, macam kajian yang telah dibuat, ramai generasi muda yang tidak bersolat. Oleh sebab itu, minta kerajaan memastikan pelajar-pelajar kita mesti belajar di sekolah KAFA dan terutama di bandar kita rasakan sekolah KAFA ini mendapat sambutan yang kurang daripada masyarakat Islam. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik. Perlu saya memberikan sedikit penambahan dan penjelasan. Sejauh sekarang kita ada hampir satu juta pelajar-pelajar KAFA di seluruh Malaysia. Sebagaimana dalam tiga hari yang lepas saya memberikan kenyataan akhbar sewaktu merasmikan konvensyen ataupun ihtifal bagi sekolah-sekolah KAFA di seluruh Malaysia yang diadakan di UUM, Kedah. Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan kepada soal KAFA semata-mata sebab saya sebutkan tadi pada jawapan awal yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bachok di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sana ada juga yang dinamakan dengan j-QAF. j-QAF ini ialah pendidikan yang diberikan kepada semua pelajar yang datang daripada sekolah rendah daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6. Yang keduanya KAFA ia memang dibayar elaun. Elaun diberikan kepada semua guru KAFA tersebut yang telah pun dilantik tetapi ada sekolah-sekolah dan tempat-tempat yang masih lagi perbincangan tentang premis untuk pengajian sebab ada sekolah yang belajar pagi dan juga petang. Maka penempatan untuk anak-anak KAFA ini tidak dapat ditempatkan. Ia terpaksa menumpang di masjid-masjid. Itu pun bagi masjid yang mempunyai kemudahan dan juga tempat pembelajaran ataupun dewan orang ramai. Itu pun juga bergantung kepada tempat- tempat yang memiliki dewan dan juga kemudahan orang ramai. Jadi sejauh sekarang memang kita sedang melihat secara serius, soal elaun untuk guru KAFA ini tidak menjadi persoalan yang begitu menghambat tetapi ialah soal premis tempat pengajian tersebut yang menjadi persoalan pada hari ini dan insya-Allah kerajaan
sentiasa melihat daripada semasa ke semasa dan dalam masa yang sama juga bekerjasama dengan kementerian yang berkaitan untuk supaya sekolah-sekolah yang dapat mengizinkan peluang untuk anak-anak KAFA. Tetapi dalam masa yang sama juga soal j-QAF itu juga diperkemaskan kerana dalam konteks j-QAF juga ialah penyelesaian di antaranya ialah solat ataupun dipanggil dengan Ujian Solat Bestari yang diperkenalkan di peringkat j-QAF. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
[Soalan No. 7 – Y.B. Tuan Anuar bin Abd. Manap (Sekijang) tidak hadir]
8. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan setakat mana kejayaan negara dalam mewujudkan sumber tenaga hijau khususnya tenaga suria.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan yang telah dikemukakan kepada kementerian berhubung dengan green energy. Sukacita saya menerangkan di sini bahawa green energy ataupun green technology yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah apa-apa bentuk tenaga primary daripada sumber tempatan yang tidak akan lupus dan boleh diperbaharui seperti biomas, biogas, kuasa hidro, solar, sisa pepejal, angin, sisa pertanian dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai green energy. Dalam konteks Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan telah berjaya meningkatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui (TBB) negara melalui pelaksanaan mekanisme feed-in tariff yang dilancarkan pada 1 Disember 2011 selaras dengan penguatkuasaan Akta TBB 2011. Sehingga 30 September 2013 sejumlah 3,497 permohonan dengan kapasiti sebanyak 748.66 megawatt telah diterima oleh SEDA Malaysia. Daripada bilangan ini sejumlah 2,589 permohonan dengan kapasiti 520.48 megawatt telah diluluskan untuk kuota yang ditawarkan sehingga separuh tahun pertama 2015. Sejumlah 656 permohonan dengan kapasiti 118.19 megawatt telah mencapai FiT commencement date (FiTCD) sehingga 30 September 2013. Daripada 520.48 megawatt yang telah diluluskan, 208 megawatt atau 40% daripadanya kapasiti tersebut adalah daripada sumber solar PV. Sehubungan dengan itu adalah dapat disimpulkan permintaan bagi kuota solar PV menerima sambutan yang paling tinggi berbanding dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana memberikan jawapan. Saya ingin membuatkan sedikit komen dan bertanya dua soalan. Pertamanya ialah saya rasa walaupun sambutan itu agak baik tetapi masih kita punya kapasiti dan potensi yang lebih besar saya rasa untuk tenaga suria dan ini satu perkara yang perlu kita eksploit dengan izin sehabis mungkin kerana akan mengurangkan pergantungan kita terhadap tenaga diesel dan petrol. Jadi masalah yang saya difahamkan oleh masyarakat ialah penerangan yang jelas tentang pulangan daripada pelaburan tenaga suria tadi melalui SEDA kerana modal permulaannya dianggap agak tinggi. Kalau SEDA atau kerajaan dapat menerangkan dengan jelas berapa lama boleh dapat pulangan, berapa pulangannya dan itu dijelaskan di media massa misalnya saya rasa akan lebih ramai orang yang akan terlibat dan kita boleh luaskan lagi penggunaan tenaga suria. Keduanya ialah mengenai tenaga sustainable energy yang melibatkan ombak dan juga angin. Saya difahamkan tidak banyak tempat di Malaysia yang boleh kita dapat angin dan ombak yang cukup untuk menghasilkan tenaga dan beberapa tempat yang ada tadi saya difahamkan oleh sumber saya kekangannya ialah tanah.
Terus kepada soalan Yang Berhormat.
Jadi kekangan ini sangat besar kerana berpuluh tahun. 20 hingga 30 tahun baru dapat pulangan baik. Apakah tindakan aktif kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah atas soalan tambahan. Yang pertamanya mengenai program kesedaran kepada masyarakat berhubung dengan apa juga program yang melibatkan tenaga yang boleh diperbaharui. Sememangnya kita telah mengambil langkah yang tepat apabila kerajaan telah menguatkuasakan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui pada 1 Disember 2011 apabila akta ini telah diluluskan di Parlimen yang mulia ini dan apabila kita menguatkuasakan Akta TBB 2011 barulah bermula program secara komersial sama ada individu ataupun bukan individu, syarikat untuk mengkomersialkan tenaga yang boleh diperbaharui. Salah satu daripada tenaga yang boleh diperbaharui yang menjadi permintaan ataupun menjadi pertanyaan ramai ialah tenaga suria ataupun solar PV dan daripada situ barulah bermulanya program penerangan yang dibuat oleh kementerian melalui SEDA yang kita telah gunakan melalui media elektronik, media cetak dan juga pelancaran penerangan yang kita buat daripada satu bandar ke satu bandar yang telah dilaksanakan mulai tahun 2012 dan juga 2013. Insya-Allah pada tahun 2014 kita akan meneruskan usaha untuk memberi penerangan berhubung dengan tenaga yang boleh diperbaharui. Kita akui memang banyak lagi di luar sana masyarakat yang tidak memahami konsep apakah yang disebut sebagai tenaga yang boleh diperbaharui yang kita ambil daripada solar, yang kita ambil daripada biogas, biomas dan juga perkara-perkara yang lain.
Soalan yang kedua tadi disebut mengenai ombak dan juga angin. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan bahawa setakat ini daripada kajian yang dibuat untuk menjana tenaga berasaskan angin ini hanyalah ada dua tempat sahaja Tuan Yang di- Pertua. Yang pertama adalah di Langkawi dan satu lagi adalah di Kudat, Sabah. Ada dua tempat itu sahajalah yang setakat ini yang boleh dijana tenaga berasaskan kepada angin. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tenaga boleh diperbaharui sangatlah penting untuk negara untuk menghadapi keperluan tenaga di masa hadapan. Buat masa sekarang saya difahamkan bahawa kerajaan telah mengenakan potongan sebanyak 1% kepada tiap-tiap bil elektrik untuk sumbangan kepada pool yang dikawal oleh SEDA bagi membayar bekalan tenaga yang boleh diperbaharui. Saya juga difahamkan bahawa sumbangan sebanyak ini tidak mampu untuk menjana elektrik yang banyak. Soalan saya ialah apakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan peratus sumbangan ini kepada Program Tenaga Hijau, daripada 1% mungkin kepada 2% ataupun nilai yang lebih baik?
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi ialah tiap-tiap bil elektrik dikenakan 1% bayaran untuk tenaga yang boleh diperbaharui itu tidak tepat. Ini kerana bukan semua bil elektrik itu dibayar tenaga yang boleh diperbaharui. 200 kilowatt per hour ke bawah itu tidak kena 1% tenaga yang boleh diperbaharui. Kedua, berhubung dengan kutipan yang sekarang ini dibuat ialah sekitar RM300 juta untuk 1% daripada bill charge yang telah dikenakan. Daripada situ Tuan Yang di-Pertua, kita telah menggunakan wang itu untuk tujuan feed-in tariff tadilah kepada individu ataupun kepada syarikat-syarikat yang menawarkan tenaga yang boleh diperbaharui seperti mana yang telah ada dalam akta. Setakat ini, keputusan sama ada 1% yang ada sekarang kekal atau tidak, itu adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet Malaysia. Namun begitu boleh saya katakan di sini bahawa pada waktu ini banyak kajian sedang dibuat oleh kementerian dan juga agensi-agensi yang di bawah kementerian untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan juga sejauh mana boleh melihat sama ada perkara itu boleh kekal atau tidak pada kadar sekarang. Terima kasih.
9. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk membina kolej komuniti bagi kawasan Parlimen Kota Samarahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik ataupun kolej komuniti mengambil kira pelbagai aspek seperti keperluan guna tenaga negara, keperluan strategik pembangunan negara dan juga keupayaan pembiayaan kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat enam buah kolej komuniti di negeri Sarawak iaitu Kolej Komuniti Kuching yang mana saya difahamkan yang terdekat dengan Kota Samarahan iaitu lebih kurang 30 kilometer jauhnya, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Miri, Kolej Komuniti Betong, Kolej Komuniti Santubong dan Kolej Komuniti Sarikei. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia berpandangan kolej komuniti sedia ada yang berhampiran seperti Kolej Komuniti Kuching dan Kolej Komuniti Santubong masih mampu menampung permintaan daripada lepasan sekolah menengah di Parlimen Kota Samarahan dan persekitarannya. Namun begitu, Kementerian Pendidikan mengambil maklum dan memberi perhatian terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat serta akan berusaha untuk melihat keperluan berkenaan termasuk keupayaan kewangan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Kota Samarahan amat berterima kasih atas jawapan berkenaan. Sekurang- kurangnya kajian dapat dibuat untuk melaksanakan kolej komuniti di kawasan Kota Samarahan. Soalan tambahan saya, bagaimanakah usaha yang disediakan oleh kementerian dalam membantu graduan daripada kolej komuniti ataupun kolej kemahiran untuk bersaing dengan graduan IPT terutamanya dalam peluang mencari peluang pekerjaan. Sejauh manakah kolej komuniti ini mendapat sambutan daripada golongan belia khasnya golongan belia kawasan luar bandar setakat ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian akan sentiasa membuat kajian untuk melihat keperluan yang diperlukan untuk mewujudkan kolej komuniti ini. Ini dasar. Kita juga akan mengambil kira keperluan rakyat. Maklumlah namanya kolej komuniti. Apabila diberi nama komuniti, maksudnya keperluan komuniti akan kita ambil guna dan memastikan ia akan dibina memandangkan dasar-dasar sedia ada dan keperluan juga. Ini juga sehaluan dengan dasar kita dengan izin, ‘Life Long Learning’. Di kolej komuniti ini bukan sahaja sekadar remaja tetapi daripada umur belasan tahun sehingga mereka yang sudah berusia akan menggunakan saluran kolej komuniti ini untuk menambah ilmu mereka. Malah usaha untuk graduan kolej komuniti bersaing di antara pelajar-pelajar IPTA merupakan satu benda yang kita megahkan. Sebagai contoh baru-baru ini kita ada seorang pelajar kolej komuniti daripada Langkawi yang telah pergi ke satu pertandingan antarabangsa dan mendapat tempat 10 terbaik dunia. Ini pencapaian kita. Kerajaan akan terus memberi dan memperkasakan kolej komuniti supaya mereka dapat bukan sahaja bersaing tetapi menunjukkan kemahiran, kepakaran, kebolehan dan kewibawaan mereka untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik. Kita tidak mahu satu bandingan bahawa hanya kolej komuniti mereka-mereka yang tidak berjaya dalam segi akademik. Tidak sama sekali. Pencapaian pelajar itu tidak kira di mana juga asalkan mereka boleh menambah baik mutu ilmu mereka. Kita akan terus menambah baik dan memberi bantuan. Sejauh mana kita akan membantu mereka, akan kita rangkum dan Yang Berhormat jangan khuatir. Memang hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan kepada rakyat Malaysia di mana juga mereka berada dan dalam apa jua kaedahnya. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
10. Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan terdapat kes di mana kehilangan beberapa buah kapal terbang berlaku semasa wujudnya “Malaysia Flying Club” yang berpangkalan di pangkalan Sungai Besi. Apakah terjadi kepada kes-kes tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak berlaku kes kehilangan kapal terbang seperti yang disebut dalam pertanyaan Yang Berhormat. Saya ingin jelaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan Program Pembangunan Rekreasi Udara Rakan Muda yang diluluskan oleh Kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Januari 1996. Program Pembangunan Rekreasi Udara Rakan Muda adalah program bertujuan untuk menggalakkan minat, mengembangkan kemahiran dan pengetahuan serta menanam budaya penerbangan di kalangan anak-anak muda. Berikutan dengan keputusan Kabinet ini, enam orang anak muda daripada ‘Persatuan Pesawat Terbang Eksperimen Malaysia' telah dihantar ke Oshkosh, Wisconsin, Amerika Syarikat selama sebulan untuk mempelajari dan mendapatkan kemahiran membina pesawat terbang eksperimen. Kementerian Belia dan Sukan seterusnya di bawah Program Pembangunan Rekreasi Udara Rakan Muda telah mengeluarkan geran bantuan kepada ‘Persatuan Pesawat Terbang Eksperimen Malaysia' sebagai projek perintis untuk membeli bahan komponen membuat kapal terbang eksperimen dan peralatan yang berkaitan berjumlah RM120,000 manakala RM140,000 geran bantuan juga dikeluarkan kepada persatuan ini untuk memperbaiki hanger Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi bagi tujuan tempat latihan membuat kapal terbang.
Kapal terbang eksperimen ini telah siap sepenuhnya dibina oleh sekumpulan anak muda dalam tempoh tiga bulan dan telah mendapat kelulusan permit to fly daripada Jabatan Penerbangan Awam. Kapal terbang ini telah membuat pelancaran penerbangan pertama yang dirasmikan pada bulan Jun 1997 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kementerian Belia dan Sukan di bawah program yang sama telah meluluskan geran bantuan kepada persatuan untuk meneruskan program ini dengan kos RM150,000 pada tahun 1997 juga. Kapal terbang kedua ini telah siap dibina oleh ahli-ahli persatuan dalam tempoh empat bulan. Untuk makluman Yang Berhormat, kedua-dua kapal terbang ini dibina menggunakan geran bantuan kepada persatuan di mana kapal terbang ini dibina sendiri oleh ahli-ahli persatuan. Hak milik kapal terbang tersebut didaftarkan atas nama persatuan dan bukan atas nama kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas jawapan Yang Berhormat. Minta pengesahan daripada Menteri, pada 2001 terdapat kes lebih kurang tiga buah helikopter ataupun empat buah helikopter di bawah kementerian telah pun hilang di TUDM dan juga minta pengesahan daripada Yang Berhormat, selepas 2001 terdapat juga enam buah kapal terbang yang telah dibeli di bawah kementerian dan minta status kapal terbang tersebut. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan. Ahli Yang Berhormat, yang dimaksudkan itu bukan helikopter ataupun kapal terbang pesawat di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya tak pasti maklumat itu daripada mana. Mungkin kalau Ahli Yang Berhormat ada maklumat lain, setahu sayalah, saya tidak ada apa-apa helikopter ataupun pesawat dekat KBS setakat inilah. Okey, terima kasih.
Ya, setakat itulah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 12 November 2013”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2014 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2014Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut. [7 November 2013]
Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tujuh orang Menteri akan menjawab di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ya, sila.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2014 peringkat dasar yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU/JPM), SPR, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perumahan Rakyat 1Malaysia, ESSCOM, Parlimen Malaysia serta isu-isu am dan pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut: [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Alor Star, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Sungai Petani. Sesungguhnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Bapa Transformasi Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Semoga Allah SWT merahmati usaha yang dilaksanakan untuk pembangunan negara tercinta. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab tiap-tiap perkara yang telah ditimbulkan dan selepas itu kalau ada penjelasan, kita timbulkan selepas jawapan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lenggong, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU/JPM) bersetuju dengan pandangan dan saranan yang diutarakan terutama dalam memastikan kumpulan sasar yang layak dapat menerima bantuan yang sewajarnya. Sistem eKasih adalah sistem yang berteraskan kepada perubahan data dinamik dan proses penambahbaikan terhadapnya dilakukan secara berterusan daripada semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, dalam usaha menyelesaikan isu individu yang layak tetapi belum didaftarkan melalui eKasih, peranan jentera jawatankuasa focus group mengenai pembasmian kemiskinan di peringkat negeri dan daerah akan terus bergerak untuk mendaftarkan individu berkenaan semasa proses bancian selanjutnya selaras dengan mekanisme pendaftaran eKasih yang ditetapkan. Bagi mengelakkan pertindihan bantuan, agensi pemberi bantuan telah ditetapkan untuk mengemaskinikan maklumat bantuan yang disalurkan dalam e-Kasih secara konsisten, berkala, terutama bagi bantuan yang berorientasikan projek peningkatan pendapatan yang secara langsung memupuk elemen berdikari kepada kumpulan sasar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ke arah untuk menyediakan data yang komprehensif, ICU/JPM telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan Negara dengan menempatkan pegawai perangkaan terlatih bagi menyelia, merancang, melaksana dan menilai proses bancian yang dilakukan di peringkat lapangan. Selain itu, kerjasama antara agensi pemberi bantuan yang berkaitan juga diadakan dalam latihan proses bancian terhadap kumpulan sasar menggunakan metodologi yang ditetapkan. Penyelarasan bantuan antara agensi adalah mekanisme yang penting bagi memastikan kelangsungan program yang konsisten. Konsep kerjasama di antara agensi telah ditekankan terutama melalui jawatankuasa focus group mengenai pembasmian kemiskinan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan isu dan masalah pelaksanaan berbangkit dapat diselesaikan dengan berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawatankuasa focus group mengenai pembasmian kemiskinan di peringkat daerah yang telah dibentuk berperanan untuk menyelaras dan memantau program pembasmian kemiskinan di samping bagi memastikan
kumpulan sasar yang layak dikenal pasti dan mengesyorkan bantuan mengikut kelayakan yang ditetapkan. Melalui pendapatan terkini isu rumah kumpulan sasar, jawatankuasa ini boleh memainkan peranan terutamanya dalam mengesan, menentukan status kemiskinan kumpulan sasar berteraskan kepada PJK yang ditetapkan, seterusnya dikemaskinikan dalam sistem eKasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Pasir Gudang, ICU/JPM sentiasa mengadakan, dengan izin, engagement dengan pemimpin tempatan, mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh, kerajaan dalam konteks eKasih menjalankan bancian isi rumah miskin ke atas mereka yang telah dikenal pasti untuk menentukan status kemiskinan mereka. Agensi pemberi bantuan pula sentiasa melibatkan para pemimpin tempatan untuk sama-sama menyalurkan bantuan yang diberikan secara penyampaian tangan. Bagi bantuan yang disalurkan secara berkala dan berterusan, ianya disalurkan mengikut proses jabatan supaya tidak timbul masalah kelewatan penerima bantuan. Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Barat dan Batu Kawan, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen disediakan kepada semua kawasan Parlimen di seluruh negara. Peruntukan ini diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada kawasan Parlimen di negeri Perak diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak (PPN Perak – ICU/JPM). Peruntukan ini dibelanjakan untuk faedah penduduk di kawasan Parlimen yang berkenaan. Mulai 22 Mei 2013, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi setiap kawasan Parlimen. PPN Perak akan menimbang permohonan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Setiap kelulusan dilaksanakan berdasarkan kepada prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Batu Kawan juga, kerajaan berpandangan adalah wajar bagi Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana kepada Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Dana ini merupakan dengan izin, supplement and compliment kepada projek yang sedia ada di bawah peruntukan rancangan Malaysia lima tahun. Kaedah ini adalah digunakan untuk supplementary di Malaysia.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat Selayang..
Yang Berhormat Menteri.
Semua projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan rakyat. Penurapan jalan memberi faedah kepada penduduk setempat dan pengguna yang lain.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Rantau Panjang bangun.
ICU/JPN telah menyenarai isu tersebut dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Yang Berhormat Menteri.
Baca teks terus.
Bila Barisan Nasional buat jalan semua rakyat merasa nikmatnya.
Yang Berhormat minta penjelasan sebab lari daripada tajuk yang kami tanya.
Akan tetapi apabila pembangkang hamun kami di tepi jalan, semua kami yang terasa sedihnya. Saya sudah beri peraturan tadi bahawa...
Ya Yang Berhormat Menteri.
Saya akan habiskan itu baru tanya. Kalau tidak saya akan teruskan ya.
Ya Yang Berhormat Menteri. Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa...
Ini kerana saya telah disengsarakan oleh puak- puak ini dalam jawapan yang lepas. Sekarang saya tidak akan biarkan. Saya akan baca terus. Bila habis ICU, bangun. Itu sebab saya tidak pandang kepada sesiapa. Selepas itu bangun.
Kalau macam itu beri sahajalah Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat Menteri. Okey ya. Sudah habis? Boleh?
Sekarang bolehlah. Sudah habis.
Boleh tanya? Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat menyebut tentang peruntukan khas untuk Ahli Parlimen. Saya berada di Parlimen ini sudah masuk penggal yang kedua di Dewan Rakyat dan sebelum ini pun di Dewan Negara. Tidak pernah satu sen menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Begitu juga Ahli-ahli Parlimen yang lain daripada Pakatan Rakyat. Kalaulah betul-betul untuk memastikan RM1 juta yang diperuntukkan kepada semua kawasan Ahli Parlimen, apakah kami Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat diambil kira dalam menyusun, mengatur projek-projek yang akan dilaksanakan dalam kawasan kami sendiri? Ini sebab kita melihat apa-apa program yang dibuat dalam kawasan kami tidak memenuhi keperluan penduduk yang sebenar. Jadi sejauh mana pemantauan terhadap projek-projek peruntukan yang telah disalurkan melalui GTP? Apakah perkara-perkara ini benar-benar sampai kepada sasaran memenuhi keperluan rakyat? Minta penjelasan dan diharap kalau betul-betul rakyat didahulukan untuk keseterusan kalinya, untuk tahun akan datang, peruntukan ini diberi kepada Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat bukan melalui GTP yang ditandatangani oleh Ketua Bahagian UMNO. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, semua peruntukan ini dibelanjakan mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Kita tidak boleh memandai-mandai atau pun kita buat lebih kurang sehingga kita boleh mengatakan bahawa biar rakyat yang sebenarnya dapat. Apa yang dibelanjakan oleh Kerajaan Barisan Nasional semua rakyat dapat. Semasa kita buat jalan, semua orang dapat merasai jalan. PAS, PKR dan DAP boleh merasai jalan tetapi bila Yang Berhormat maki kami di tepi jalan, kami dapat kesedihan. Jadi tidak ada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak. Cumanya kita berdasarkan permohonan. Setakat ini kita belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak. Dengan itu amat sukar untuk kita katakan bahawa permohonan kita tidak dipertimbangkan atau pun Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan. Kami juga tidak mendapat peruntukan tetapi untuk tahun yang berkenaan kami memohon. Kami hantar senarai lebih awal dan akhirnya permohonan kami dipertimbangkan dalam bentuk yang telah saya sebutkan tadi.
Minta penjelasan sekali lagi Yang Berhormat. Tolonglah.
Okey, yang terakhir.
Ini sebab kes ini berlaku di mana apabila satu keperluan masalah jalan dalam kawasan saya sendiri dan saya telah meminta supaya perkara ini melalui Jabatan Pembangunan Daerah untuk membawa surat ini kepada JPP. Saya pernah berkunjung kepada Pengarah JPP. Apabila saya mendapat maklumat, Pengarah JPP kata kita sudah ada saluran kita sendiri. Saya bawa aduan ini kepada pihak pembangunan daerah supaya surat ini dibawa oleh pegawai kepada JPP. JPP kata kelulusan projek ini hanya boleh lulus sekiranya ada tandatangan Yang Berhormat UMNO. Yang Berhormat daripada PAS dalam kawasan Parlimen Rantau
Panjang, Ahli Parlimen dan semua tiga DUN adalah PAS. Tidak ada ADUN dan Ahli Parlimen UMNO. Jadi terpaksa guna tandatangan salah seorang daripada Ahli UMNO di Tumpat. Ini kes benar yang diakui oleh pegawai. Jadi kenapa berlaku sedemikian? Saya minta penjelasan.
Yang Berhormat, secara ikhlasnya Yang Berhormat, pegawai tidak boleh luluskan projek. Yang boleh meluluskan projek di sini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi wakil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Kelantan itu ada. Kita buat melalui saluran yang terbaik. Di Parlimen ini kita ada Menteri. Saya rasa Menteri daripada Kelantan ialah Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed. Jadi Yang Berhormat sama- sama Kelantan ini boleh berkecek dengan baik. Saya ingat tidak perlu ditimbulkan perkara ini. Kelantan walaupun negeri yang kalah daripada Barisan Nasional tetapi Kelantan mendapat peruntukan yang lebih banyak daripada negeri yang menang seperti Perlis untuk perkara Yang Berhormat. Jadi Rantau Panjang bukan sebuah negeri, hanya satu Parlimen. Saya ingat tidak ada masalah Yang Berhormat berjumpa tetapi kalau sekiranya kita buat jalan itu di atas dasar bahawa kita hendak pergi mengaku ini PAS kira atau siapa kira. Tidak. Sekarang ini kerajaan yang memerintah ialah Kerajaan Barisan Nasional. Apa pun yang kita laksanakan maka Kerajaan Barisan Nasional yang buat. Di negeri yang pembangkang memerintah, hak peruntukan negeri Yang Berhormat buat tetapi peruntukan Federal, kami buat. Kita kena asingkan benda itu supaya rakyat tidak keliru. Keduanya, audit juga tidak keliru sebab nanti kita takut jalan itu Kerajaan Barisan Nasional yang buat, Kerajaan Persekutuan, tiba-tiba ada orang lain mengaku. Jadi audit akan confuse sedikit tentang perkara tersebut. Itu sebab kita hendak pastikan supaya apa yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan, dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat boleh memohon terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau pun di Parlimen ini boleh juga Yang Berhormat memohon terus kepada saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada ICU. Jadi selesai masalah tersebut. Dengan itu saya percaya bila selesai masalah PAS boleh menyertai Barisan Nasional. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Libaran, ESSCOM bersama kesemua agensi penguat kuasa dan pertahanan sedang merancang pembangunan infra dan aset serta membincangkan ruang kerjasama dan perkongsian di antara agensi keselamatan, pertahanan, penguatkuasaan di kawasan zon. Bagi kawasan Beluran, pihak PDRM telah merancang untuk membina Kem Batalion 22 PGA iaitu di Kampung Kulapis dan juga Beluran. ESSCOM mengambil tindakan serta-merta cadangan untuk mewujudkan beberapa pos kawalan di beberapa sungai di Parlimen Libaran dan juga Parlimen Beluran dan akan mengkaji kesesuaian bersama-sama agensi-agensi keselamatan, pertahanan dan juga penguatkuasaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai tambahan saya hendak maklumkan bahawa sekarang ini terdapat 32 pos, PGA ada 50 pos di pulau dan daratan. Jadi semuanya berjumlah 82 buah. Ini termasuk dua pos gabungan di antara ATM dan juga PDRM. Jadi semua permohonan lain kita akan dasarkan kepada keperluan keselamatan dan juga penguatkuasaan. PR1MA Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pengerang, setakat ini kerajaan mengambil langkah dengan memfokuskan pembangunan PR1MA di kawasan bandar dan juga pinggiran bandar-bandar besar terlebih dahulu. Namun begitu PR1MA mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Pengerang supaya rancangan perumahan PR1MA diadakan di kawasan Pengerang. Untuk makluman salah satu tujuan PR1MA adalah untuk menggalakkan golongan muda untuk memiliki rumah. Pemilikan rumah di bawah program PR1MA adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM2,500 sehingga RM7,500 sebulan. Saranan Yang Berhormat Pengerang supaya membuka lebih peluang pemilikan kepada belia dan rakyat setempat yang berhak bawah 40 tahun adalah saranan yang baik dan akan dipertimbangkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perbadanan PR1MA Malaysia telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 yang telah dimandatkan untuk membina, menjual dan menyelenggara rumah-rumah PR1MA di kawasan bandar dan juga pinggiran bandar. Harga rumah PR1MA pula adalah sekurang-kurangnya 20% lebih rendah daripada harga pasaran bagi unit yang sama di kawasan sekitarnya. Selain daripada lokasi yang bersesuaian, pembangunan PR1MA turut menekankan konteks kawasan yang ingin dibangunkan seperti kemudahan sedia ada, utiliti yang sedia ada, potensi tapak, kawasan komersial yang berdekatan serta pembangunan sekeliling.
Selain memajukan pembangunnya sendiri, PR1MA turut bekerjasama dengan pemaju swasta yang mempunyai cadangan pembangunan di lokasi-lokasi yang strategik. Kerjasama ini dapat membantu PR1MA ke arah mencapai bilangan unit rumah yang disasarkan. Namun begitu, pembangunan-pembangunan tersebut masih tertakluk kepada Akta PR1MA 2012. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghantar permohonan perumahan PR1MA ini dari kawasan masing-masing terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau kepada PR1MA sendiri atau pun kepada saya selaku Menteri PR1MA. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, kerajaan setakat ini memfokuskan pembangunan PR1MA di kawasan bandar dan di pinggiran bandar-bandar besar. Di negeri Sarawak umpamanya bagi menjawab kepada Yang Berhormat Hulu Rajang, PR1MA akan dilaksanakan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Namun, PR1MA tidak ada halangan untuk membina rumah-rumah PR1MA di kawasan lain sekiranya terdapat permintaan yang tinggi di kawasan-kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM1 bilion dari Bajet 2014 hanyalah merupakan sebahagian kecil daripada kos pembangunan kasar bagi 80,000 unit rumah PR1MA. Ianya akan digunakan bagi menampung sebahagian daripada kos pembinaan 80,000 unit rumah PR1MA. Keperluan kos pembangunan selebihnya akan diterbitkan daripada pasaran modal. Pembinaan rumah-rumah PR1MA adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perumahan yang berkualiti, selesa serta mampu dimiliki. Pembangunan rumah-rumah PR1MA mengambil kira konteks kawasan yang ingin dibangunkan dari segi kemudahan sedia ada, utiliti sedia ada, potensi tapak, kawasan komersial yang berdekatan serta pembangunan sekeliling. Ini menjawab Yang Berhormat daripada Raub. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Sibuti, PR1MA telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan Kerajaan Negeri Sarawak melalui kementerian yang berkaitan ke arah mencapai kata sepakat dalam membangunkan perumahan PR1MA di negeri tersebut. Selain daripada itu, PR1MA juga turut bekerjasama dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) untuk mengenal pasti projek-projek yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama PR1MA. Kawasan bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sememangnya ada dalam perancangan PR1MA dan Yang Berhormat, bersabar. Sebarang perkembangan terkini mengenai pembangunan PR1MA di Sarawak akan diumumkan dari semasa ke semasa. Yang ini tidak payah...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tadi beliau beritahu di Bintulu pun ada PR1MA. Saya ucap terima kasih atas pertimbangan. Jadi bolehkah beritahu sedikit maklumat, berapa jumlah yang akan dibina di Bintulu? Jangan minta Bintulu tunggu terlampau lama. PR1MA ini membantu rakyat, ‘rakyat didahulukan’. Jangan minta tunggu lama, sabar. Sabar berapa? 10 tahun pun sabar juga. Minta penjelasan.
Yang Berhormat, soalan yang cukup baik, tetapi jawapannya biarlah bertulis. Ini kerana saya memberi jawapan secara umum tentang rumah-rumah yang akan dibina di bandar-bandar besar. Bintulu dianggap bandar besar. Walaupun Yang Berhormat telah timbulkan pelbagai perkara, saya akan beri jawapan bertulis tentang berapa unit rumah yang akan dibina di Bintulu. Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, berdasarkan projek Nusantara Prima di Nusajaya, Johor Bahru, sebanyak 90% daripada pemohon...
Menteri, boleh mencelahkah?
Telah berjaya untuk mendapat pembiayaan perumahan dari institusi kewangan pilihan sendiri. Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya mendapat pinjaman dari institusi kewangan, PR1MA kini sedang dalam proses menyediakan program berkaitan pemilikan rumah yang akan diumumkan tidak lama lagi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau wakilnya akan umumkan program tersebut tidak lama lagi. Ini adalah berita gembira kepada rakyat oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Ada sedikit yang saya mahu minta penjelasan. Mengenai e-Kasih, saya dapati bahawa di kawasan saya, di negeri Sarawak... [Disampuk] Tahu, tahu. Tidak mengapalah. Ini perkara penting, kami mesti tanya. Di Sarawak kami pun ada Jabatan Kebajikan Sarawak. Kami dapati bahawa kalau orang miskin di Sarawak mendaftarkan mereka di Jabatan Kebajikan Sarawak, mereka ini tidak akan automatically didaftar kepada eKasih. Jadi, Jabatan Kebajikan Sarawak dengan e- Kasih tidak selaras. Saya mahu minta penjelasan Menteri, adakah kementerian akan menyelaraskan kedua-dua jabatan ini? Satu lagi adalah tentang PR1MA. Saya sangat berterima kasih kerana Menteri cakap PR1MA akan ditubuhkan di Sibu. Akan tetapi, saya mahu tanya tempat dan bilangan juga kerana pada ketika dahulu saya ada menulis soalan kepada kementerian tentang PR1MA. Jawapan daripada kementerian kepada saya ialah setakat ini masih dalam perbincangan dengan developer di Sibu. Jadi, saya harap PR1MA boleh ditubuhkan dengan cepat. Jangan cakap sahaja, lima tahun kemudian pun tidak nampak PR1MA di Sibu.
Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit.
Okey. Last one.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata ada berlaku di Johor Bahru. Akan tetapi bagaimana di Klang Valley ini? Banyak mereka yang berpendapatan dari RM5,000 hingga RM8,000. Mereka susah mendapat pinjaman wang daripada institusi kewangan. So, saya hendak tahu bagaimana mekanismenya untuk mendorong golongan ini supaya mendapatkan rumah yang pertama untuk mereka? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali e-Kasih sebab Yang Berhormat agak telah tertinggal kereta api. Saya sudah cakap e-Kasih di peringkat awal tadi. eKasih ini didaftar oleh Pejabat Pembangunan Negeri bagi negeri- negeri dan juga Pejabat Pembangunan Persekutuan bagi Sabah dan Sarawak. Kita ada jawatankuasa yang saya telah sebutkan tadi, jawatankuasa untuk membanci itu. Jadi kita perlu buat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan. Sekiranya di peringkat daerah itu mereka telah kenal pasti jabatan mana yang terlibat untuk pendaftaran itu, kita pergi daftar. Ia cukup mudah kerana eKasih ini telah pun berjalan begitu lama dan ia tidak timbul masalah. Kita daftarkan mengikut apa yang telah...
Masalahnya ialah bila mereka pergi Jabatan Kebajikan Negeri, mereka tidak diberitahu supaya mereka ini mesti pergi DO office, district officer office untuk mendaftarkan diri dalam e-Kasih. Jadi kebanyakan orang tidak tahu ada eKasih di Sarawak.
Yang Berhormat, kalau kata di Sarawak semua orang tidak tahu eKasih, mengikut kawan-kawan daripada Barisan Nasional, semua orang tahu eKasih di Sarawak kecuali kawasan pembangkang mungkin. [Ketawa] Yang Berhormat tidak boleh pergi berjumpa jabatan yang tidak terlibat dengan eKasih. Jabatan Kebajikan Masyarakat...
Jangan ketawa kepada saya kerana jika kamu ketawakan saya, kamu pun ketawa penduduk-penduduk di Sibu. Ini tanggungjawab kamu, mesti beritahu orang Sibu apa itu eKasih, bagaimana mendaftarkan mereka ini? Bukan suruh saya beritahu mereka. Kamu kerajaan, bukan saya!
Yang Berhormat, itu kerja wakil rakyat. Itu wakil rakyat tidak buat kerja itu.
Ya, saya setuju. Yang Berhormat, di kawasan- kawasan pembangkang yang lain...
Yang Berhormat Menteri, kalau sebagai wakil rakyat baru, kalau tidak faham, belajar. Bukan dalam Dewan, kasi main wayang dalam Dewan, main kung fu dalam Dewan. Belajarlah. Sepatutnya dia tanya Yang Berhormat Bandar Kuching, Bandar Kuching pun sudah ada banyak. Dia patutlah ajar...
Kalau saya tidak tahu, semua orang penduduk di Sibu pun tidak tahu! Apa kamu buat ini? Apa kerajaan ini, sudah begitu lama penduduk Sibu tidak tahu apa itu eKasih?
Ini wakil rakyat tidak kerja ini Yang Berhormat.
Bukan saya sahaja tidak tahu.
Wakil rakyat tidak buat kerja. Ini wakil rakyat tidur, tidak buat kerja.
Jangan cakap banyak. Ini masalah kamu, bukan saya!
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Sibu! Ahli Yang Berhormat. Saya sengaja tidak campur tadi kerana Menteri kata dia sudah buat ruling awal-awal, selepas dia bercakap baru ada pencelahan. Mencelah seperti begini adalah melanggar peraturan mesyuarat. Bergilir-gilir. Itu sebab saya tidak campur. Faham?
Faham.
Yang Berhormat Sibu, I did not call you kecuali mahu rehat. Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi Yang Berhormat Sibu boleh pergi ke pejabat daerah untuk mendaftar e-Kasih. Cuma Yang Berhormat menyebut bahawa di Jabatan Kebajikan, mereka tidak maklum. Jabatan Kebajikan dia jalankan tugasnya, jadi Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) akan menjalankan tugasnya untuk pendaftaran eKasih. Jadi saya ingat Sibu tidak ada masalah. Saya pun terlibat secara terus dengan Sibu di sepanjang Sungai Rajang, Sarawak. Jadi dari Kapit sampai ke hujung sungai, sepanjang itu terdapat perkampungan di tepi sungai dan semua mereka ini tahu apa itu eKasih dan mereka ini adalah kawasan Parlimen Sibu. Dari Kapit ke Song, dari Song sampai Sibu, tetapi dari Sibu sampai ke hujung yang saya lupa namanya, itu semua tahu eKasih. Berpuluh kampung yang saya lawati mengetahui eKasih dalam pilihan raya yang lepas. Yang Berhormat, jadi oleh kerana pendaftaran ini tidak ada tarikh tutup, jadi Yang Berhormat jangan kecewa. Boleh pergi buat pendaftaran eKasih seperti yang telah disebutkan. Cuma di Parlimen ini Yang Berhormat kena belajar peraturan. Bila bangun mencelah, kalau saya tidak bagi, tidak boleh celah. Keduanya dia pi di atas peraturan, kalau bangun, saya akan duduk. Jadi saya ikut peraturan ini dan Tuan Yang di-Pertua yang arif dan bijaksana telah membuat ruling yang cukup baik ya. Kemudian, berhubung dengan mereka yang tidak dapat pinjaman. Biarlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan bagi mereka yang tidak dapat pinjaman, mereka itu akan dimaklumkan sesuatu program yang akan diumumkan nanti. Ini ialah yang cukup baik. Makna kata PR1MA ini bila mereka telah diluluskan rumah PR1MA, jadi mereka mesti mendapat kelulusan daripada institusi kewangan. Akan tetapi bagi mereka yang tidak dapat, kita akan umumkan program nanti dan mereka tidak perlu lagi bimbang sama ada rumah itu ditolak kerana mereka tidak dapat bantuan PR1MA. Hal ni biarlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan nanti supaya semua pihak boleh bergembira. Berhubung dengan Yang Berhormat Bintulu sebut dan termasuk Yang Berhormat Sibu tadi, sudah bertahun-tahun. Bertahun apa? PR1MA ini baru dimasukkan di bawah akta 2012, tahun ini baru kita laksana. Tidak bertahun-tahun lagi. Akan tetapi oleh kerana keperluan permintaan rakyat yang begitu tinggi kepada perumahan, maka PR1MA ini berjalan aktif pada tahun 2013 dan akan berjalan aktif secara terusnya. Jadi kita bergerak dengan laju dan perumahan PR1MA ini seperti yang telah disebut dalam Bajet 2014 bahawa ia akan dilaksanakan sebanyak 80,000 unit.
Kemudian, audit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 Siri 1 dan 2 sememangnya telah mendapat liputan yang luas daripada media tempatan baik media cetak ataupun elektronik. Laporan Ketua Audit Negara telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada rakyat malah sebahagian mereka menghubungi Jabatan Audit Negara untuk mendapatkan salinan buku laporan secara percuma. Laporan tersebut juga boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web Jabatan Audit Negara, www.audit.gov.my. Untuk makluman Yang Berhormat, saya menjawab ini daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 telah dibentangkan bersekali dengan Siri 2 pada 1 Oktober 2013 kerana pada mesyuarat pertama yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara dan juga Naib Pengerusi dan ahli-ahli PAC belum dilantik lagi. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 Siri 3 akan dibentangkan selepas Dewan Rakyat selesai membahaskan isu-isu bajet dalam sesinya. Ini menjawab Yang Berhormat Kulai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Jabatan Audit Negara sedang mengenal pasti kes-kes yang wajar dibincangkan di peringkat siasatan Putrajaya iaitu kes-kes yang mana tindakan belum dapat diselesaikan sehingga sekarang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ,setakat ini tiga inisiatif di bawah GTP 2.0 telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara iaitu pelaksanaan pembentangan tiga kali setahun untuk Laporan Ketua Audit Negara mengikut sesi Parlimen. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 Siri 1 dan Siri 2 telah dibentangkan di Parlimen. Siri 3 dijangka dibentang pada akhir bulan November 2013. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 Siri 1 dan Siri 2 telah dipaparkan dengan izin dalam AG dashboard dan Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara telah bersidang sebanyak tiga kali pada tahun 2013. Bagaimanapun dengan izin Putrajaya inquisition masih belum dapat dilaksanakan kerana tiada keperluan disebabkan isu-isu yang telah dibangkitkan telah dibawa ke peringkat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan agensi penguat kuasa, kementerian dan jabatan yang berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memandangkan syarikat InventQJaya Sdn. Bhd. ada dalam senarai perintah audit akaun syarikat 2013 yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 20 Oktober 2013, Jabatan Audit Negara merancang untuk mengaudit syarikat tersebut pada tahun 2014 dan juga 2015. Saya menjawab Yang Berhormat daripada Gopeng. Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung dengan bahagian istiadat. Cadangan pencalonan bagi...
Penjelasan berkenaan dengan Laporan Audit.
...Yang Berhormat Ipoh Barat.
Penjelasan sedikit berkaitan dengan Laporan Audit.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan dari segi penganalisa yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Sejauh mana prestasi ketirisan yang berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara yang mana apabila kita lihat setiap tahun adanya ketirisan yang begitu banyak melibatkan kementerian-kementerian dan syarikat- syarikat di bawah agensi kerajaan. Jadi setakat ini berapakah yang telah berjaya pihak dapat diselesaikan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kebocoran wang negara yang begitu banyak? Itu pertama yang berkaitan. Kedua, sejauh mana tindakan yang diambil dari sudut penyalahgunaan kewangan yang melibatkan tidak mengikut peraturan undang-undang yang banyak didedahkan? Begitu juga saya ingin penjelasan kenapa laporan syarikat Petronas tidak pernah dibawa audit dalam Parlimen sedangkan ia adalah sumber kewangan yang cukup besar, dana yang menjadi sumber pendapatan negara yang cukup besar? Minta penjelasan.
Yang Berhormat, kami ada lapan Menteri...
Boleh masuk lagi? Sekali? Minta. Sudah lama bangun, tidak bagi.
Tidak boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih tadi dia beri ingatan kepada saya. Memang kita baru lulus PR1MA, 2013 baru mula. Jadi tadi saya sudah soal minta berapa jumlah perumahan akan dibina di Bintulu? Cuma saya mahu beri ingatan kepada jabatan itu, Bintulu ini sedang membangun. Kita perlu banyak perumahan sederhana ke bawah untuk banyak rakyat yang tunggu dan meminta. Jadi saya harap Menteri jangan tidak faham, cuma kita hendak minta jawapan sahaja. Janganlah Bintulu selalu tunggu akhir baru nanti laksanakan projek. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ragu ataupun hairan bagaimana Menteri boleh menyenaraikan projek-projek pembangunan untuk diselesaikan dalam masa satu tahun oleh kerana kita sedang membincangkan peruntukan tahunan 2014. Saya boleh bayangkan 80,000 unit PR1MA, bolehkah ia disiapkan dalam masa satu tahun dan peruntukan tahun tersebut dibelanjakan? Begitu juga dengan Kem Batalion PGA. Bolehkah disiapkan dalam masa satu tahun untuk menghabiskan peruntukan pada tahun tersebut? Oleh yang demikian, saya ingin menasihatkan kepada kementerian supaya melihat balik senarai-senarai projek sekiranya ia tidak boleh disiapkan dalam masa satu tahun, masukkan projek-projek tersebut ke dalam projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.
Yang Berhormat, setakat ini prestasi Kerajaan Barisan Nasional, bila bentang bajet, dia akan laksanakan dengan terbaik. Kita kena ingat, PR1MA ini bukan satu orang yang buat PR1MA. Dia ada tiap-tiap negeri, tiap-tiap bandar kita telah kenal pasti. Jadi tidak ada masalah dari segi projek.
Sebenarnya 80,000 unit ini ia bukan berharga RM1 bilion. Ia sebahagian untuk menampung harga RM1 bilion. Di Bintulu sudah pasti Bintulu adalah bandar yang berkembang pesat dan sebagainya. Pertama sekali kita juga bersihkan Bintulu daripada smuggling minyak diesel dan lain-lain lagi. Ini penguat kuasa maritim akan laksanakan. Akan tetapi perkembangan Bintulu ini, sudah pasti ia menjadi keutamaan seperti yang telah disebutkan tadi, bandar-bandar yang menjadi yang menjadi keutamaan di Sarawak ini telah kita senaraikan. Ia termasuklah Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan seterusnya. Jadi berhubung dengan kebocoran dan penyalahgunaan, Yang Berhormat penyalahgunaan, kalau sekiranya berlaku maka ia akan melibatkan SPRM. Di pihak saya, kita akan memberi perhatian kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan kes-kes tersebut untuk tindakan tatatertib seperti amaran, buang kerja dan lain-lain lagi. Akan tetapi di bawah SPRM, SPRM akan semak sama ada kes itu ianya boleh dibawa untuk diambil tindakan. Akan tetapi yang lain-lain Yang Berhormat kena sedar, bahawa pembangkang juga terlibat secara terus dalam mengambil tindakan atas Laporan Audit terutamanya Public Account Committee (PAC). Jadi pembangkang ada di dalam itu. Jadi saya harap wakil pembangkang yang ada di dalam PAC, cerita balik kepada pembangkang yang lain, apa yang mereka telah laksanakan. Ia masalah besar ini, kadang- kadang pembangkang berada di dalam Jawatankuasa Dewan tetapi maklumat itu tidak sampai kepada pembangkang yang lain. Akhirnya kita hanya memberi penerangan ataupun ambil tindakan, yang mana pembangkang diwakili oleh empat orang. Sebagai contoh kami enam orang, yang empat orang itu sahaja yang tahu. Padahal kami Barisan Nasional, bila wakil kami berada di dalam Jawatankuasa Dewan dia cerita balik kepada kami. Contohnya Jawatankuasa Khas yang dibentuk untuk penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dibincangkan dakwat kekal. Pembangkang ada di dalam itu. Malah cadangan dakwat kekal itu cadangan pembangkang. Akan tetapi malangnya, yang timbulkan isu sekarang ini adalah pembangkang. Kami faham sebab wakil kami bagi tahu, ini keputusan yang telah dibuat dan ianya telah disyorkan kepada SPR dan SPR laksanakan seperti yang telah saya sebutkan dalam jawapan dari masa ke semasa.
Jadi Petronas, saya akan bagi jawapan bertulis dan saya percaya ianya akan melibatkan Yang Berhormat yang lain yang akan menjawabnya. Tentang penyalahgunaan dan sebagainya, ini teguran Audit. Semua ini kita ambil tindakan. Kadang-kadang teguran Audit ini kita kena ingat, contohnya macam sesuatu program yang berjumlah katakan RM80 juta. Audit menegur, katakanlah dalam peruntukan RM137,000 yang salah. Jadi kadang- kadang rakyat dipersepsi oleh pembangkang bahawa program itu tidak berguna kerana teguran yang RM137,000 itu tadi. Jadi itu sebab kita kena bagi adil kepada pegawai kerajaan dan juga kepada rakyat, kerana ia adalah tuntutan agama. Bila kita menjadi pemimpin, kita hendaklah berlaku adil. Kami pemimpin Barisan Nasional telah angkat sumpah untuk memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira parti, kaum dan juga agama. Jadi Yang Berhormat, keadilan sebagai Menteri di sini, saya juga menghayati konsep bahawa keadilan itu dituntut. Kalau saya tidak adil - saya tidak mahu pergi lain daripada syurga. Jadi saya kena berlaku adil. Tidak ada daripada kami yang hendak pergi ke neraka. Kami hendak pergi syurga. Jadi caranya adalah kita berlaku adil. Itu sebab kami jalankan semua program yang telah dibuat itu dengan begitu adil dan saksama...
[Bangun]
Kalau berlaku kebocoran dan ketirisan, tindakan diambil berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat oleh Audit.
Penjelasan. Mengenai PAC supaya apa yang berlaku dalam PAC akan diketahui, bukan sahaja kepada Ahli-ahli Parlimen tetapi kepada orang ramai. Baru-baru ini PAC ada buat satu pendirian untuk memohon bahawa prosiding PAC adalah dalam live telecast. Adakah Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan ini? Baru-baru ini - kita sudah lebih satu bulan, di mana ada satu jawatankuasa High Level Committee ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Apakah sudah terjadi mengenai laporan itu ataupun jawatankuasa itu? Dan ketiga, bukankah banyak perkara penyelewengan yang berlaku dan terdapat di dalam Laporan Ketua Audit Negara ialah criminal breach of trust sama ada pembelian laptop RM4,000 atau jam dinding yang begitu mahal. Kenapa tidak ada keputusan dibuat supaya mereka yang terlibat didakwa di mahkamah atas criminal breach of trust di bawah Penal Code.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali Kabinet telah pun dimaklumkan tentang cadangan supaya prosiding itu dibuat secara live. Menteri Komunikasi dan Multimedia pun telah memaklumkan bahawa dia tidak ada masalah sekiranya dibenarkan oleh Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua - akan menentukannya. Oleh sebab ini adalah urusan Parlimen. Parlimen mereka berkuasa penuh dan kita kerajaan akan memudahcarakan. Jadi peraturan ini kena bagi betul dahulu sebab peraturan sekarang...
Dan perkara ini straight sahaja. Ini bukan tugas Jawatankuasa Pemilihan, itu Selection Committee. Akan tetapi itulah tanggungjawab sama ada di bawah peraturan mesyuarat, kita boleh persetujui. Kalau itulah pendirian Kabinet bahawa tidak ada halangan, tidak ada objection mengenai live telecast untuk PAC, bolehkah kita ada satu pindaan yang segera dibuat oleh Dewan ini oleh kerana Pakatan Rakyat sini bersetuju, kalau Barisan Nasional persetujui, semua bersetuju, saya percaya Tuan Yang di-Pertua pun tidak ada halangan, dan kita boleh ada satu usul yang segera untuk meminda peraturan mesyuarat, di mana PAC bermula minggu depan boleh adakan live telecast. Bolehkah kita bersetuju?
Yang Berhormat Gelang Patah, saya sebutkan tadi bahawa Kabinet telah pun dimaklumkan. Kita tidak membuat persetujuan apa-apa. Akan tetapi perkara ini kita serah kepada Jawatankuasa Dewan untuk menentukannya kerana banyak perkara yang diputuskan dalam PAC itu ialah perbahasan. Ia bukan keputusan. Keputusan itu ialah yang terakhir itu. Kita juga bimbang kalau sekiranya perbahasan, semua orang boleh bercakap, dibawa kepada pengetahuan rakyat, tiba-tiba keputusannya lain. Sebab macam di mahkamah, kita prosiding di mahkamah macam- macam tetapi akhirnya keputusan hakim itu yang merupakan keputusan muktamad.
Akan tetapi kadang-kadang keputusan hakim itu orang tidak berapa nak bincang. Orang bincang prosiding mahkamah yang pelbagai. Contohnya macam kes yang besar yang melibatkan publisiti yang cukup meluas, tetapi hakim telah buat keputusan bahawa tidak bersalah, dengan mudah macam itu. Jadi padahal rakyat bincang lain. Rakyat bincang prosiding yang belum dibuat keputusan. Itu dibimbangi. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Dewan boleh mempertimbangkannya dan menyampaikan kepada kerajaan untuk kerajaan timbangkan semula. Kita Kabinet ini dimaklumkan dan kita tidak membuat apa-apa keputusan sebab kita serah kepada Jawatankuasa Dewan untuk menimbangkannya. Kemudian, pasal laporan yang disampaikan oleh KSN, ini akan disampaikan oleh...
Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat cuba...
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa majoriti dalam Parlimen di dunia, sudah ada reformasi di mana prosiding PAC sudah live telecast. Kita mahu reformasi, kita mahu perubahan di mana Tuan Yang di-Pertua ada sebut, boleh kita buat keputusan dalam perkara ini, dan jangan kita lengah-lengahkan perkara ini.
Perkataan “dunia” ini membimbangkan saya. Dua hari yang lepas saya balik makan di sebuah restoran, nama restoran “Dunia”. Akan tetapi bila saya makan cuma ada Western food. Saya kata mana dia Malay food, mana dia Indian food? Dia kata ini “dunia”, yang luar daripada Malaysia ialah dunia. Yang Berhormat namakan kepada Dewan ini, di manakah negeri-negeri Yang Berhormat sebutkan “dunia” itu. Kami hendak dengar juga, sebab biar kita puas hati. Walau bagaimanapun, wakil pembangkang ada dalam Jawatankuasa Dewan, mereka boleh membincangkan perkara ini. Berhubung dengan Laporan Ketua Setiausaha Negara mengenai Laporan Audit, ini akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di akhir penggulungan nanti. Saya berterima kasih di atas penyertaan semua pihak dalam Laporan Audit. Untuk makluman Yang Berhormat, ini untuk darjah kebesaran bagi Yang Berhormat Ipoh Barat.
Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan adalah berdasarkan kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada pertimbangan dan perakuan Jawatankuasa Tetap Pemilihan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan dan seterusnya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semua pencalonan Darjah Kebesaran Persekutuan boleh dibuat melalui borang pencalonan yang boleh dimuat turun daripada laman web www.istiadat.gov.my dan seterusnya mengemukakan borang yang telah diisi dengan lengkap untuk tindakan lanjut. Berhubung dengan cadangan semua Ahli Yang Berhormat supaya sesuatu gelaran diberi kepada seseorang, saya akan jawab dalam penggulungan di akhir jawapan sekejap lagi. Tuan Yang di-Pertua, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah Kompleks Seri Perdana, merupakan premis yang sentiasa digunakan untuk tujuan rasmi kerajaan bertujuan meraikan tetamu. Bukan sahaja masyarakat awam dalam negara, malah ketua- ketua negara, ketua-ketua kerajaan, pembesar-pembesar dan juga tetamu asing luar negara. Kompleks Seri Perdana juga sentiasa dibuka untuk lawatan orang ramai selama enam hari seminggu bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang yang mana pembukaan berkenaan melibatkan penggunaan tenaga elektrik dan bagi memastikan tetamu yang berkunjung di premis berkenaan berada dalam keadaan selesa sepanjang tempoh berada di sana. Kompleks Seri Perdana seperti yang telah disebutkan, kita belanja sebanyak RM2.2 juta untuk elektrik dan sebanyak RM311,174 dibelanjakan untuk bil air sepanjang tahun 2012. Dalam pada itu, kerajaan sentiasa mengamalkan langkah berjimat cermat dan memantau penggunaan dan juga utiliti di premis berkenaan. Langkahnya adalah seperti memastikan semua lampu bilik yang tidak diguna dimatikan, penggunaan sumber cahaya dari luar bagi mana-mana bilik yang bersesuaian, memastikan semua suis peralatan dan perkakasan elektrik termasuk monitor komputer dimatikan sepenuhnya jika ianya tidak
digunakan. Memastikan semua tingkap tertutup bagi memastikan sistem penyaman udara berjalan dengan baik, memastikan semua paip dan sumber air berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan dan juga kebocoran. Di samping itu, pemantauan penggunaan tenaga dan juga utiliti di premis-premis berkenaan merupakan di antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat berkala bulanan di antara pihak pengurusan kompleks, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya dan juga pihak penyelenggara premis. Saya menjawab Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Taiping.
[Bangun]
Adalah tidak tepat sekiranya Yang Berhormat menyebut bahawa Perdana Menteri membelanjakan elektrik yang sedemikian rupa hanya untuk dirinya. Oleh sebab ini saya sebut bahawa ini ialah kompleks bukan kediaman. Kalau kediaman saya sebut bahawa kalau Perdana Menteri berada dengan isterinya dalam bilik menggunakan elektrik sama juga dengan Yang Berhormat Gelang Patah dan isterinya dalam bilik di Gelang Patah, elektriknya harga sama, tidak ada lebih. Akan tetapi, kompleks ini macam Yang Berhormat Gelang Patah tidak ada kompleks. Kompleks ini dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga adalah salah seorang yang terlibat dalam perancangan pembinaan Kompleks Seri Perdana pada masa tersebut. Sekarang, Yang Berhormat sedia maklum bahawa dia yang di antara yang terlibat merancang semasa berada dalam kerajaan dahulu tetapi sekarang tiba-tiba kita mengeluarkan pelbagai pandangan. Saya percaya perbelanjaan Kompleks Perdana Menteri adalah di antara yang terendah di dunia.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Untuk makluman Yang Berhormat, perwujudan... Yang Berhormat? Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Menteri faham bahawa konsep kediaman White House ataupun Number 10 Downing Street sebenarnya mereka bukan sahaja kediaman tetapi juga pejabat Perdana Menteri. Akan tetapi, di Malaysia kita ada Bangunan Perdana Putra di mana Jabatan Perdana Menteri berada di sana. Kediaman sebenarnya kediaman untuk Perdana Menteri dan bukan untuk kompleks sebagai pejabat. Seri Perdana dan Seri Satria ini dua-dua kediaman ini memang lebih besar daripada White House, lebih besar daripada Number 10 Downing Street dan pembayaran penyelenggaraan ini memang mahal. Lebih mahal daripada semua kediaman di negeri lain. Terima kasih.
Okey.
Yang Berhormat Menteri boleh? Benda yang sama. Benda yang sama. Sedikit sahaja.
Boleh tidak saya sambung terus?
Sedikit sahaja. Sedikit.
Sedikit sahaja. Akan tetapi, Yang Berhormat Shah Alam selalu memungkiri janji.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bukan apa, saya hanya hendak minta Yang Berhormat Menteri mengotakan kata-katanya seperti mana yang diminta daripada Yang Berhormat Gelang Patah untuk bila disebut ‘world’ itu, negara mana? Maka apabila Yang Berhormat Menteri sebut juga bahawa di negara-negara lain, kompleks-kompleks Perdana Menteri dan sebagainya pun perbelanjaannya jauh lebih tinggi, saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri pun boleh memberikan contoh-contoh negara baik mana yang disebutkan dan berapa juga jumlah perbelanjaan api dan air yang dibelanjakan di negara-negara yang lain?
Hal ini kerana tadi Yang Berhormat Menteri sendiri sebut bahawa ini adalah di antara yang terendah di dunia. So, sebelum itu Yang Berhormat Menteri kata “Oh, sebut world ini kita risau”. Harap konsisten dengan kata-kata Yang Berhormat Menteri sendiri.
Yang Berhormat Menteri, Bukit Katil.
Konsisten. Saya...
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Yang Berhormat Bukit Katil, sat saya ingat biar saya...
Berkaitan...
Habiskan jawapan Jabatan Perdana Menteri dan selepas itu Yang Berhormat tanya soalan. Oleh sebab nanti kita hilang fokus ya? Kita hendak bagi perhatian...
Tidak, tidak. Berkaitan dengan kompleks.
Pertama, saya hendak jawab Yang Berhormat yang bertanya tadi yang membandingkan White House dengan juga Kompleks Perdana Menteri. Yang Berhormat kena beritahu pada saya berapa White House belanja untuk membolehkan saya hendak membandingkan dengan Kompleks Perdana Menteri? Yang Berhormat juga kena beritahu kepada saya seperti Yang Berhormat Shah Alam yang meminta supaya saya konsisten dalam jawapannya. Saya hendak beritahu bahawa saya melihat daripada segi perbelanjaan yang dibuat di Kompleks Perdana Menteri itu, ia di antara yang terendah berdasarkan pemerhatian. Saya belum dapat perbandingan secara khusus tetapi kalau Yang Berhormat hendak saya buat, dapatkan secara khusus, Yang Berhormat kena bagi masa sebab kita terpaksa buat perbandingan dan kita mesti mendapat maklumat daripada negara-negara yang berkenaan.
[Bangun]
Akan tetapi, pada pandangan saya ianya di antara yang terendah kerana sistem jimat cermat yang diperkenalkan di Kompleks Perdana Menteri adalah yang terbaik.
Yang Berhormat Menteri, Sekijang, Sekijang. Yang Berhormat Menteri, Sekijang.
Yang Berhormat Sekijang tidak mari soalan macam begini. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri tentang kompleks ini. Kalau kita lihat sebenarnya kompleks di kediaman Perdana Menteri ini selain daripada ia juga menjadi tempat pertemuan Perdana Menteri bersama dengan delegasi daripada luar dan sebagainya, adakah keperluan kompleks ini juga sebenarnya dapat memberikan imej yang baik kepada negara apabila ada kedatangan daripada pihak-pihak luar terutamanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri apabila sampai ke kompleks kediaman ini, ia akan memberikan imej yang baik terhadap negara dan ia merupakan satu keperluan sebenarnya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Sekijang. Ia bukan sahaja merupakan imej yang baik tetapi kita tidak perlu berbelanja lebih untuk buat di tempat lain. Contohnya, baru-baru ini lawatan pemimpin besar China. Kita buat di sana. Jadi, kita telah menyelamatkan kos kerajaan untuk- sebab itu kita adakan di Istana Negara. Jadi, Tuan Yang di-Pertua bolehkah saya jawab terus? Yang Berhormat Shah Alam ini pencelahan ini saya tunggu. Biar saya habis yang ini sebab banyak benda-benda yang menarik Yang Berhormat ingin tahu ya? Lagi satu kita kena ingat bahawa...
Hanya saya hendak tanya pejabat Perdana Menteri tidak ada tempatkah untuk jumpa?
Ya?
Pejabat Perdana Menteri ini memang kecil sahajalah? Kecil sahaja, tidak boleh jumpa orang ya? Pejabat dia. Hendak kena pergi ke rumah. Daripada rumah itu pula hendak kena buat kompleks? Menteri- menteri lain tidak ada pejabatkah? Tidak ada tempat hendak bertemukah? Kenapa kita kena maintain satu tempat yang begitu besar yang mana bukan merupakan tempat yang bertemu dengan orang tiap-tiap hari? Sedangkan pejabat Perdana Menteri sudah ada, kita sudah bina Putrajaya dengan belanja yang begitu tinggi, tiba-tiba tidak ada tempat hendak jumpa melainkan dekat rumah Perdana Menteri? Minta maaflah, saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri kurang memuaskan. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat daripada Shah Alam kalaupun agak sempit sedikit pandangannya, Yang Berhormat boleh tanya Ketua Pembangkang sebab, Ketua Pembangkang di antara orang terlibat dalam perancangan kompleks tersebut pada masa yang lepas.
Akan tetapi saya hendak bagi tahu Yang Berhormat ini bukan berjumpa di pejabat, ini ialah untuk meraikan tetamu-tetamu dan juga lain-lain lagi ya?
Yang Berhormat Menteri...
Jadi Pejabat Perdana Menteri tidak ada ruang untuk merai tetamu untuk jamuan makan malam dan sebagainya tetapi di kompleks ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan institusi-institusi baru...
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit.
Saya akan benarkan pencelahan ini di akhir ucapan ini.
Yang Berhormat Menteri...
Sekejap lagi ya. Untuk makluman Yang Berhormat...
Hanya hendak jawab isu Ketua Pembangkang sahaja.
Pewujudan institusi-institusi di Jabatan Perdana Menteri adalah berdasarkan kepada keperluan khusus berikutan perkembangan dan cabaran semasa dalam pentadbiran negara dengan mengambil kira kepentingan serta aspirasi rakyat yang disuarakan oleh rakyat kepada kerajaan. Sebagai contoh institusi- institusi berikut telah ditubuhkan dengan matlamat yang khusus. (i) PR1MA – Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia; (ii) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP); (iii) Talent Group; dan (iv) Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan juga lain-lain lagi. Dengan mewujudkan institusi-institusi khusus ini peruntukan kewangan dapat dibelanjakan dan dipantau dengan lebih berkesan mengikut matlamat penubuhan dan berdasarkan kepada sasaran serta dengan izin Key Performance Indicators (KPI) yang ditentukan. Di samping itu kepakaran dan fokus sumber manusia di organisasi berkenaan dapat dipertingkatkan berbanding jika diletakkan di kementerian yang telah mempunyai pelbagai fungsi sedia ada. Institusi-institusi baru ini ditubuhkan bersifat sementara dan akan diserapkan ke dalam kementerian berkenaan setelah tamat penubuhannya tercapai atau dimansuhkan apabila tidak diperlukan lagi. Ianya selaras dengan Dasar Transformasi Negara dalam mengkaji semula keperluan yang relevan bergantung kepada keperluan semasa demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Saya menjawab Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Serdang dan juga Yang Berhormat Gombak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya, sejumlah RM10.6 bilion yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi peruntukan pembangunan adalah dengan mengambil kira keseluruhan 80 jabatan agensi termasuk agensi-agensi pusat seperti JPA, Unit Perancang Ekonomi, Unit ICU dan lain-lain jabatan utama seperti ESSCOM, PR1MA dan juga JAKIM. Perancangan dan persediaan awal bagi permohonan program projek ini dinilai dan disaring melalui sesi semakan bajet yang telah bermula pada tahun 2012 dengan justifikasi yang lengkap. Peruntukan tersebut akan membiayai program projek pembangunan dalam pelaksanaan sedia ada dan projek baru di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar dan juga masyarakat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran gaji Ketua Eksekutif adalah menggunakan peruntukan mengurus mengikut kadar dan kelayakan yang munasabah berdasarkan kepada kepakaran mereka. Bagi tahun 2012, Bajet Mengurus Jabatan Perdana Menteri hanya mengalami kenaikan sebanyak 5% berbanding dengan tahun 2013. Peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan gaji tahunan penjawat awam, peningkatan kos penyelenggaraan, utiliti dan juga penubuhan agensi baru seperti ESSCOM. Ini saya menjawab Yang Berhormat daripada Parit Buntar dan juga Yang Berhormat Serdang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kluang, dana-dana yang disalurkan dengan inisiatif bagi menggalakkan pelaksanaan projek swasta berimpak tinggi dan strategik termasuk sebagai dana mudah cara perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Ianya juga digunakan bagi pengambilan tanah, pelaksanaan projek- projek infrastruktur lebuh raya dan lain-lain kemudahan infrastruktur bagi menggiatkan pembangunan ekonomi di serata tempat seperti penyediaan infrastruktur kawasan perindustrian yang baru dan kemudahan infrastruktur pelabuhan. Di bawah Program Pembangunan dan Penyusunan Semula Masyarakat, dana disediakan bagi program- program pemerkasaan pembangunan ekonomi negara dan pembinaan 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 - rumah idaman rakyat serta 800,000 - rumah mesra rakyat. Ini akan dijawab oleh Menteri yang berkenaan. Saya juga hendak maklumkan bahawa di kalangan rumah yang telah disebutkan berdasarkan harga, rumah mesra rakyat kerajaan memberi 1/3 subsidi daripada harga pembinaan rumah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah...
Mahu minta tanya. Yang Berhormat Menteri…
Ini saya menjawab Yang Berhormat daripada Kluang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah Ahli Parlimen termasuk Senator dan bekas Ahli Parlimen yang menyandang. Ini Yang Berhormat dengar ini dahulu ya?
Okey.
Jumlah Ahli Parlimen termasuk Senator dan bekas Ahli Parlimen yang menyandang pelbagai portfolio termasuk Penasihat Khas dan juga Duta Khas di Jabatan Perdana Menteri adalah seramai 12 orang. Ahli Parlimen – 6 orang, Senator – tiada, bekas Ahli Parlimen – 6 orang. Saya juga hendak maklumkan secara umumnya bahawa di antara Yang Berhormat yang sedang menyandang Ahli Parlimen yang menyandang yang memegang jawatan Penasihat Khas ialah; (i) Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis - Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan Duta Khas ke Amerika Syarikat; (ii) Yang Berhormat Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum - Penasihat Khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai Wilayah Koridor Utara; (iii) Yang Berhormat Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor; (iv) Yang Berhormat Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah - Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak, Ahli Parlimen Limbang;
(v) Tuan Haji Shabudin bin Haji Yahaya - Pengerusi Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA) Tasek Gelugor; dan (vi) Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohd. Isa Dato’ Haji Abdul Samad - Pengerusi FELDA Ahli Parlimen Jempol; Bekas Senator tidak ada, Bekas Ahli Parlimen ialah: (i) Yang Berhormat Tan Sri Dr. Rais Yatim - Penasihat Khas Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia; (ii) Yang Berhormat Dato’ Seri Samy Vellu - Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam Bahagian Infrastruktur; (iii) Yang Berhormat Datuk Seri Ong Ka Ting - Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat Cina, bekas Ahli Parlimen Kulai; (iv) Yang Berhormat Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin, Penasihat Agama; (v) Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas; (vi) Yang Berhormat Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar- Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Selepas ini akan ada seorang lagi Ahli Parlimen yang akan dilantik yang akan diumumkan kelak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat perbelanjaan mengurus bagi Jabatan Perdana Menteri adalah mencakupi perbelanjaan...
Mohon Yang Berhormat Menteri mencelah.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
80 jabatan, di bawah agensi Jabatan Perdana Menteri…
Yang Berhormat Menteri ini soalan saya boleh tanya?
Yang Berhormat Menteri.
Selain daripada itu penganjuran jamuan Hari Raya...
Yang Berhormat Menteri soalan berkenaan penasihat.
Ini jamuan Hari Raya.
Penasihat tadi, penasihat tadi.
Yang Berhormat Menteri, ini soalan saya yang tentang penasihat.
Sekejap ayat penghabis ini.
Penasihat, penasihat tadi.
Sabar, sedikit, sedikit sahaja hendak bagi habis ayat ya. Perbelanjaan Mengurus bagi Jabatan Perdana Menteri adalah mencakupi Perbelanjaan Mengurus sebanyak 80 jabatan dan agensi. Dalam pada itu penganjuran Jamuan Hari Raya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Ogos 2013 bermula pada 10 pagi sehingga 5 petang dan adalah terbuka kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Walaupun majlis dibuka sehingga 5 petang tetapi pengunjung masih berada di sana sehingga 6.30 petang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penyelenggaraan dan modifikasi pesawat eksekutif adalah penyelenggaraan rutin berjadual mengikut peraturan
dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Kos penyelenggaraan pesawat pada tahun 2012 adalah sebanyak RM160,039,541 manakala kos…
Yang Berhormat Menteri.
Bahan api sepanjang tahun yang sama pula adalah sebanyak RM15,199,577. Pengguna utama pesawat eksekutif kerajaan meliputi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Juga pesawat ini boleh diluluskan kegunaannya untuk Sultan-Sultan dan Yang di-Pertua Negeri, Yang Berhormat Menteri- Menteri, Timbalan Menteri dan juga lain-lain tetamu persekutuan dan juga negara asing. Ini menjawab daripada Yang Berhormat daripada Taiping. Ya, sila.
Yang Berhormat Kuantan ya Yang Berhormat Menteri. Soalan berkenaan dengan penasihat tadi. Saya teringat ada satu kenyataan daripada Perdana Menteri yang melantik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri berkenaan hal ehwal wanita. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak ada menyebut nama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tadi, saya pohon penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri soalan berkenaan. Yang Berhormat Menteri adakah 12 orang bekas penasihat-penasihat ini bertaraf Menteri atau bagaimana? Kalau 12 orang campur dengan Menteri yang sekarang dan Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, jadi maka totalnya berapa? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri berkenaan isu dana dalam Jabatan Perdana Menteri terutamanya dana fasilitasi yang berjumlah RM4 bilion daripada peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri. Saya hendak minta kalau boleh Menteri bagi senarai yang terperinci kerana dalam Anggaran Perbelanjaan langsung tidak ada penjelasan. Satu ayat pun tidak ada, hanya satu nama atau butiran dana fasilitasi yang berjumlah RM4 bilion. Saya minta senarai terperinci, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, satu lagi. Saya difahamkan juga tentang persoalan bekas MP Bayan Baru juga dikatakan juga akan – betul atau tidak bekas Yang Berhormat Bayan Baru dilantik jadi duta – Dubes Indonesia. Mohon penjelasan.
Berhubung dengan yang Berbahagia Datuk Seri Shahrizat dan kemudian bekas Yang Berhormat Bayan Baru akan dimaklumkan secara bertulis. Berhubung dengan siapakah yang bertaraf Menteri dan sebagainya. Ada yang bertaraf Menteri dan ada yang tidak bertaraf Menteri. Kemudian berhubung dengan dana, kita akan bagi jawapan secara bertulis ya.
Yang Berhormat Menteri kenapa bertulis?
Ya,
Kenapa perlu bertulis? Sebab tadi Yang Berhormat Menteri sebut 11 nama. Saya kira 11.
Bertulis sebab apa, ia belum lengkap lagi. Ia belum lengkap lagi perjawatan di pejabat yang berkenaan. Kalau sekiranya kita...
Sebab..
...Dia...
Sebab lantikan itu sudah lama.
Nanti sekejap. Bagi saya jawab boleh tidak? Boleh saya jawab ya. Sekiranya pelantikan itu bertaraf Menteri, dia layak seperti Menteri. Jadi Yang Berhormat Datuk Seri Shahrizat dia belum lagi mendapat sepenuhnya apa yang diperlukan sebab itu saya tidak umumkan tadi. Kemudian tentang Yang Berhormat Bayan Baru, kita akan maklumkan nanti. Saya bagi soalan yang terakhir.
Yang Berhormat Menteri tadi kita tahu bahawa Yang Berhormat Menteri di dalam Jabatan Menteri ada lapan orang termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Jadi Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri pula ada dua orang ditambah dengan 12 orang bekas Ahli Parlimen. Jadi totalnya adalah 21 orang dalam Jabatan Perdana Menteri. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Jawapannya tidak benar. Semua ini penasihat khas. Contohnya yang boleh saya beritahu jawatan serta-merta, penasihat khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan Koridor Utara. Dia bukan bertaraf Menteri, itu sudah confirm jadi 21 adalah tidak betul dan yang lain-lain lagi Yang Berhormat tidak boleh telahan sehingga saya bagi penjelasan secara bertulis. Yang Berhormat daripada Kubang Pasu, dia bukan bertaraf Menteri ya. Jadi sudah pasti jangan pergi campur-campur begitu sahaja nanti merugikan kepala memikirkannya. Untuk makluman Yang Berhormat, masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dasar dan program yang diatur oleh pihak kerajaan adalah berdasarkan kepada keperluan negara, atas dasar adil dan saksama kepada semua kaum. Dasar yang adil dan saksama yang dilaksanakan selama ini telah terbukti keberkesanannya apabila negara kita terus maju sejak merdeka dan dijadikan model di kalangan negara membangun di merata dunia. Kerajaan akan terus berusaha memastikan semua kaum menikmati hasil pembangunan negara, kebergantungan kepada satu kaum sahaja adalah tidak realistik kerana kerajaan memerlukan sokongan daripada semua kaum untuk menjayakan negara. Saya menjawab ini Yang Berhormat Ayer Hitam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan secara jelas telah menyaksikan di antara kuasa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Selain daripada itu sebarang keputusan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibentangkan terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan. Sehubungan dengan itu tidak wujud situasi di mana kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah terlalu besar. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Raja, pembentangan bajet tahun 2012 bermula sekitar jam 4 petang dan tamat pada jam 6 petang. Ahli-ahli Dewan Rakyat mempunyai masa yang mencukupi untuk menunaikan solat Asar selepas selesai pembentangan. Ahli Dewan Rakyat juga tidak dihalang untuk menunaikan solat Asar ketika pembentangan dilaksanakan. Contohnya semasa pembentangan dilaksanakan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang bangun keluar, saya tidak tahu ke mana tetapi itu menunjukkan bahawa dia boleh pergi bersolat atau pun bilik air dan sebagainya. JPA ya...
Ya, Yang Berhormat Arau. Saya Yang Berhormat Parit Buntar. Tadi mengenai berbagai-bagai kaum ini, walaupun mungkin isu ini duduk di bawah Kementerian Pendidikan. Akan tetapi ada isu tentang yang kata sembelih lembu semasa Hari Raya Korban, apakah tindakan Jabatan Perdana Menteri dalam menentukan dasar yang sebenarnya dalam soal ini. Kalau di bawah ramai yang sedang bercakap tapi tidak tahu dari mana stand kerajaan yang rasmi. Mungkin Jabatan Perdana Menteri boleh bantu kita.
Saya juga mahu bertanya mengenai bajet Asar tadi. Betul daripada pukul 4 sehingga 6 itu Ahli Parlimen boleh keluar. Akan tetapi ini hari Jumaat, tengah harinya pengawal-pengawal dan polis pun ramai juga bertugas tidak dapat pergi solat Jumaat. Selepas sahaja bajet itu, ramai juga yang tidak pergi solat. Jadi tidakkah kerajaan memikirkan supaya kita memudahkan atau pun kita tidak bersubahat dengan mereka yang tidak pergi solat ini kerana kita membentang itu agak suntuk masanya.
Tuan Yang di-Pertua, masa yang telah diberi itu adalah yang terbaiklah. Sebab itu kita kena buat perbahasan. Kita solat habis, kami orang laki-laki tahu. Solat Jumaat sekarang ini ikut masa yang ada sekarang ini, solat Jumaat habis dalam 1.45 ataupun 1.50 petang. Jadi kita mula bentang pukul 4.00 petang, tidak ada masalah. Kecuali melainkan waktu berubah, solat ini mungkin selesai pukul 2.00 petang, kecuali orang yang baca khutbah itu tidak mengikut peraturan, dia baca khutbah sendiri sampai panjang-panjang. Maka tentulah solat Jumaat itu lambat. Akan tetapi kita
sudah mengambil kira semua ini, di mana waktu solat diberi keutamaan. Mengenai lembu seperti mana Yang Berhormat Parit Buntar sebut tadi saya akan jawab selepas ini ya.
Saya minta laluan sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
Cukup, ini pasal saya kena habiskan sebelum pukul satu petang, Sebab...
Sempat lagi satu minit sahaja.
Tidak. Saya ada JPA yang cukup menarik ya.
Saya minta sebab saya [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh saya cadangkan ada break masa sedikit untuk Solat Maghrib. Memberi ruang kepada wartawan, para petugas termasuk pegawai-pegawai kerajaan, termasuk Tuan Yang di-Pertua pernah mempengerusikan Parlimen sampai 8 jam. Itu adalah satu perkara yang saya rasa – jadi seharusnyalah satu ruang diberi penambahan masa, ada masa terutama waktu Maghrib yang singkat. Jadi kita harap perkara ini dipertimbangkan oleh pihak Parlimen.
Itu satu pandangan yang baik tetapi kita hendak beritahu Yang Berhormat, sebagai orang Islam kita tahu bahawa tentang kelonggaran. Di Parlimen ini sendiri pun kita bebas untuk keluar pada bila-bila masa untuk menunaikan solat. Tidak ada masalah, kita tidak ada rigid pukul 7.05 minit kita kata semua orang mesti berada dalam Dewan, tidak. kita lepas, bebas untuk pergi menunaikan solat dan sebagainya. Pihak pembangkang pun pada masa itu pernah meminta undi belah bahagi dan sebagainya. pembangkang pun hormat. Yang Berhormat Gombak di antaranya, yang hormat, dia tidak panggil ketika itu, dia panggil selepas kita solat baru dia panggil. Apa yang panggil belah bahagi ini bukan kami. Jadi saya ingat penghormatan yang ada itu sudah mencukupi. Akan tetapi kalau sekiranya ada lain-lain yang kita hendak cadangkan, kita boleh bincang dalam Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua yang arif lagi bijaksana. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan kenaikan gaji dalam perkhidmatan awam. Tumpuan ketika ini adalah langkah memperbetulkan struktur jadual gaji minimum dan maksimum yang hanya melibatkan penjawat awam gred gaji 1 hingga gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia. Sebarang pertimbangan untuk kenaikan gaji bagi perkhidmatan awam semestinya akan mengambil kira mengikut kemampuan kewangan kerajaan berdasarkan faktor-faktor seperti kedudukan ekonomi, kos sara hidup, produktiviti dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akademik Inovasi Wanita (WIN) ditubuhkan – tadi saya jawab Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Ini Yang Berhormat daripada Parit Sulong. Ditubuhkan kerana kerajaan percaya dan yakin bahawa pembinaan WIN akan membantu mendaya upaya bakat wanita dalam bidang keusahawanan, kepimpinan dan juga inovasi. WIN akan diletakkan di bawah INTAN. JPA bertujuan merangka program kepimpinan, keusahawanan dan inovasi untuk golongan wanita. WIN berupaya menyalurkan tenaga pakar dan berkongsi pengalaman ke arah menjadikan sebuah pusat kepimpinan dan keusahawanan wanita yang unggul di Malaysia. Kerajaan akan memastikan bahawa program kepimpinan keusahawanan dan inovasi yang dirancang dapat melahirkan golongan wanita yang mempunyai daya kepimpinan, keusahawanan dan inovasi setanding dengan negara maju. WIN juga akan memastikan program aktiviti bagi wanita dalam bidang tersebut dilaksanakan berdasarkan blueprint pelan strategi akan digubal sesuai dengan matlamat WIN ditubuhkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seumumnya urusan pentadbiran tanah dipusatkan di pejabat daerah. Pegawai daerah juga berperanan sebagai pentadbir tanah dan dibantu oleh ketua penolong pegawai daerah dalam melaksanakan segala urusan hal
tanah di peringkat daerah. Amalan sehingga kini menunjukkan bahawa pegawai daerah dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir tanah dengan baik berdasarkan struktur organisasi sedia ada yang dapat menampung keperluan urusan pentadbiran daerah dan juga pentadbiran tanah. Namun begitu, urusan pentadbiran tanah di beberapa negeri telah dilaksanakan secara berasingan mengikut keperluan negeri masing-masing. Sebagai contoh urusan pentadbiran tanah di Johor, Terengganu dan sebahagian negeri Kedah dilaksanakan oleh pejabat tanah daerah. Di Sarawak, urusan pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Tanah dan Survei, manakala Dewan Sabah urusan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Kedua-dua pendekatan tersebut berupaya menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkesan bagi urusan- urusan berkaitan dengan tanah. Untuk makluman, saya menjawab untuk Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan OKU dan terus memberi ruang serta peluang untuk mereka berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Sehingga 30 Jun, terdapat sejumlah 2,418 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Yang lain-lainnya akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri bila dia menjawab sebentar lagi. Saya menjawab soalan Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat Putatan, kerajaan mengambil kira keperluan semua golongan dalam pemberian biasiswa termasuk golongan Orang Asli. Seramai empat orang pelajar cemerlang dari kalangan Orang Asli ditawarkan penajaan biasiswa bagi mengikuti pengajian di dalam dan juga di luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Parit Sulong, beberapa unsur flexible working arrangement telah pun dilaksanakan dalam perkhidmatan awam contohnya pada tahun 2007, waktu bekerja berperingkat telah dilaksanakan di mana penjawat awam dibenarkan memilih untuk bekerja mengikut kesesuaian seperti berikut: (i) 7.30 pagi hingga 4.30 petang; (ii) 8.00 pagi hingga 5 petang; dan (iii) 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Di samping itu, pegawai yang mempunyai anak kurang upaya dibenarkan melaksanakan flexible working hours supaya mereka dapat menguruskan keperluan keluarga tersebut. Kerajaan juga menyediakan kemudahan tabika dan pusat penjagaan anak di pejabat serta kemudahan cuti menjaga anak dalam usaha untuk menarik wanita berkeluarga kembali bekerja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang menjalankan kajian mengenai pelaksanaan flexible working arrangements yang lain seperti bekerja dari rumah dengan izin, telecommunicating dan juga compressed work week. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, membandingkan perkhidmatan awam Malaysia dengan perkhidmatan awam negara lain sewajarnya dibuat dengan adil, teliti serta jelas untuk membolehkan kita melihat perbandingan apple to apple. Ini adalah kerana definisi perkhidmatan awam berbeza mengikut negara. Terdapat negara yang tidak memasukkan angkatan tentera dan pasukan polis sebahagian daripada penjawat awam. Sementara itu di Malaysia, perkhidmatan awam merujuk kepada perkhidmatan persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dan turut melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan juga keselamatan. Kerajaan memang menyedari keperluan untuk penjawat awam membuat anjakan paradigma bagi menyokong agenda transformasi negara untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan. Sehubungan dengan itu JPA telah merangka program transformasi yang komprehensif iaitu kerangka kerja transformasi perkhidmatan awam yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti tinggi, dinamik dan juga berjiwa rakyat. Kini, KTJPA dilaksanakan melalui lima teras strategik, iaitu membudaya upaya bakat, merekayasa organisasi, menyampaikan perkhidmatan yang citizen-centric, merangkumkan jaringan kerja dan kolaborasi strategik serta membudayakan nilai patriotisme, ETOS dan juga integriti. Sehubungan dengan ini, kerajaan menyarankan supaya semua kementerian dan agensi kerajaan mengambil inisiatif untuk memulakan
langkah-langkah transformasi masing-masing seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014 baru-baru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, e-Government memberi impak yang tinggi pada permintaan awam khususnya dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Ia bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada kerajaan supaya lebih pantas, berkesan, telus, bernilai untuk wang atau value for money dan melangkaui expectation rakyat dan juga komuniti perniagaan. Sasaran pelaksanaannya adalah melalui inisiatif atas talian, kerajaan tanpa kertas atau paperless government dan juga e-mel 1Malaysia. Penyediaan perkhidmatan menerusi pendekatan e-Government telah membantu usaha kerajaan dalam meningkatkan penyampaian sistem perkhidmatan yang dikehendaki rakyat. Di samping itu pertimbangan penjawat yang minimum diberikan dengan tumpuan terarah kepada sektor keselamatan, pendidikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan rakyat. Bagi sektor-sektor lain, perjawatan tambahan tidak akan ditimbangkan dan agensi kerajaan perlu menggunakan kaedah dengan izin, redeployment dan juga trade-off bagi memenuhi keperluan fungsi dan juga beban tugas agensi. Ini saya menjawab kepada Yang Berhormat Taiping. Saya juga hendak maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa nisbah penduduk dan perkhidmatan awam Malaysia ialah 1:20. Ini termasuk polis dan juga tentera, termasuk perkhidmatan perguruan. Perguruan ini kita ada angka dalam sekitar 420,000. Kemudian pegawai-pegawai PTD sebanyak 9,000. Ini semua dirangkumkan di bawah perkhidmatan awam, jadilah nisbah kita 1:20. Saya ada senarai untuk nisbah negara-negara lain di dunia dan didapati untuk pengetahuan Yang Berhormat Shah Alam, saya buat perbandingan untuk nisbah penduduk ini adalah untuk seluruh dunia. Saya percaya oleh kerana Yang Berhormat tiada dalam Dewan ini, Yang Berhormat tidak mampu untuk bertanya soalan itu lagi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pelantikan pegawai kontrak adalah untuk tempoh tertentu sahaja dan syarat-syarat perkhidmatan di setujui bersama dengan perjanjian kontrak yang ditandatangani. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai lantikan kontrak untuk memohon jawatan secara tetap dengan pihak berkuasa yang melantik yang berkenaan berdasarkan kelayakan akademik dan juga pengalaman. Pengalaman berkhidmat dengan kerajaan boleh dijadikan kelebihan berbanding dengan calon lain bagi dipertimbangkan untuk jawatan tetap. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memberikan peluang yang sama kepada pegawai yang cemerlang dan kompeten bagi memegang jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan awam tanpa mengira kaum dan negeri asal. Pandangan Ahli Yang Berhormat yang menyatakan semua jawatan tinggi di Sabah dan Sarawak disandang oleh pegawai yang berasal dari Semenanjung adalah tidak tepat, tidak benar dan juga menyimpang, itu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Penampang. Untuk makluman Yang Berhormat dan tulis ini elok-elok dalam buku peringatan. Sehingga 31 Oktober 2013, seramai 43 pegawai iaitu 44% yang menerajui Jabatan Persekutuan di Sabah berasal dari Sabah. Manakala 54 pegawai iaitu 53% yang menerajui Jabatan Agensi Persekutuan di Sarawak adalah berasal dari Sarawak. Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang berkelayakan sentiasa diberi pertimbangan untuk mengisi kekosongan jawatan di agensi Persekutuan di Sabah dan Sarawak dari semasa ke semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya program pengajian yang ditawarkan oleh 50 industri terbaik di dunia telah diberi pengiktirafan mengikut bidang pengajian yang diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan dan juga badan-badan profesional berkaitan termasuk Lembaga Jurutera Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia. Senarai pengiktirafan yang dikeluarkan oleh JPA adalah berdasarkan bidang pengajian dan bukan berdasarkan kepada institusi pengajian semata-mata. Penilaian dan pengiktirafan kelayakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan bahawa kelayakan dalam sesuatu bidang pengajian yang ditawarkan di IPT dalam atau luar negara adalah sesuai untuk tujuan pelantikan perkhidmatan awam. Ini saya menjawab untuk Yang Berhormat Sibu, saya harap Yang Berhormat berpuas hati. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Katil, pelantikan pegawai kontrak di agensi-agensi seperti KEMAS, JASA dan juga BTN yang dikatakan lantikan politik adalah tidak benar, tidak benar sama sekali. Pegawai-pegawai agensi ini telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tujuan melaksanakan fungsi bagi agensi yang
berkenaan seperti yang saya sebutkan iaitu KEMAS, JASA dan juga BTN. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melaksanakan penambahbaikan skim perkhidmatan. Dari semasa ke semasa...
Tuan Yang di-Pertua.
Dengan tujuan untuk menarik, mengekal dan membangun modal insan dalam perkhidmatan awam mengikut keperluan...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
...Persekitaran semasa. Penambahbaikan 81 skim perkhidmatan yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini...
Penjelasan.
...Adalah meliputi kenaikan taraf skim perkhidmatan mengikut kelayakan untuk...
Penjelasan.
Sekejap Yang Berhormat Gombak, saya faham, saya tahu. Sekejap sahaja. Saya hendak baca hingga habis supaya Yang Berhormat Gombak boleh tanya lagi banyak soalan. Kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan penetapan kelayakan masuk minimum kepada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dengan penambahbaikan tersebut skim-skim perkhidmatan di gred gaji 1 sehingga gred gaji 10 dinaikkan kepada gred gaji 11. Ini hebat sebab apa kelulusan Darjah 6 itu dimasukkan di bawah PMR. Inilah kehebatan Kerajaan Barisan Nasional. Penggabungan skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan pelbagai kepakaran kemahiran, menambahbaikkan peluang pekerjaan, kerjaya dan mobiliti pegawai. Dalam proses ini 19 skim perkhidmatan telah digabungkan kepada tujuh skim perkhidmatan. Pewujudan...
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sekarang dan kita bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] mempengerusikan mesyuarat]
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Sila Yang Berhormat Menteri menyambung. Berapa lama lagi?
30 minit.
Lagi 30 minit. Ya, sila.
Akan tetapi kalau sekiranya tidak ada gangguan, mungkin kita boleh habis awal. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung JPA. Penambahbaikan skim perkhidmatan ini tidak melibatkan elemen kos sara hidup ataupun kos pengangkutan kerana elemen tersebut telah diambil kira oleh kerajaan semasa pelarasan gaji 2012 iaitu sebanyak 7% sehingga 13%...
Menteri, minta penjelasan.
Untuk makluman Yang Berhormat agihan...
Dia baru mula.
Saya akan bagi. Boleh tidak, habis ini saya bagi. Saya menjawab Yang Berhormat Bintulu. Saya rasa Yang Berhormat hendak dengar itu. Untuk makluman Yang Berhormat, agihan biasiswa luar negara adalah berdasarkan empat kategori seperti berikut iaitu scholastic ability; komposisi kaum- kaum bumiputera Sabah dan Sarawak; dan golongan socially disadvantage. Pelajar berbangsa India layak untuk memohon di bawah kategori berasaskan komposisi kaum. Dalam aspek kenaikan pangkat Yang Berhormat Batu Gajah, kerajaan sentiasa memberi peluang yang sama rata termasuk kepada kaum India yang berkelayakan. Pada masa ini daripada 3,283 kumpulan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam, 227 atau 6.9% adalah pegawai daripada keturunan India. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya memberi keutamaan kepada anak negeri kelahiran Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat di negeri asal mereka. Bagi Jabatan Persekutuan di Sarawak, 86.64% diisi oleh pegawai yang berasal daripada Sarawak. Manakala Sabah pula 82.27% diisi oleh pegawai yang berasal daripada Sabah. Saya menjawab Yang Berhormat Bayan Baru. Sementara 78% jawatan guru di Sabah di isi oleh anak kelahiran Sabah dan di Sarawak sebanyak 77.1% diisi oleh anak kelahiran Sarawak...
[Bangun]
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan kenaikan pangkat dalam sektor awam adalah berasaskan merit dan tidak terikat untuk memenuhi sebarang kuota kaum. Ini bagi memastikan pegawai yang...
Saya minta penjelasan.
...Dinaikkan dalam perkhidmatan awam adalah terdiri daripada yang kompeten, berkelayakan, mengikut merit yang ditetapkan...
Ya, penjelasan.
...Berdasarkan repot, nisbah kenaikan pangkat pegawai bukan bumiputera dan bumiputera adalah hampir sama. Ini untuk makluman Yang Berhormat Bintulu. Untuk makluman. Ini saya hendak jawab Yang Berhormat Bintulu berhubung dengan JPA...
[Bangun]
Sila duduk dulu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, akreditasi oleh...
Yang Berhormat Bayan Baru, duduk dulu.
...Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA, merupakan satu bentuk pengesahan kualiti terhadap sesuatu program pengajian berdasarkan kepada standard akademik yang ditetapkan di bawah Malaysian Qualification Framework bagi bidang pengajian dalam negara. Manakala Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan ditubuhkan oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 1972 untuk mengiktiraf sesuatu kelayakan dari luar negara bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Berkaitan dengan isu JPA hanya mengiktiraf sembilan universiti dari China dan juga 18 universiti daripada Taiwan berbanding dengan jumlah universiti-universiti yang diakreditasi oleh MQA, graduan dari 27 universiti tersebut layak memohon jawatan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kesesuaian skim. Manakala hasrat pemeteraian perjanjian di antara Malaysia dengan Kerajaan China dan Taiwan adalah bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dan pertukaran pelajar di antara ketiga-tiga buah negara dan bukan untuk tujuan pengiktirafan bidang pengajian bagi maksud lantikan kepada perkhidmatan awam...
Ya, Yang Berhormat Ayer Itam. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Apa Yang Berhormat sebutkan tadi ada perjanjian antara Malaysia dengan China yang dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia dengan PRC. Persoalan saya ialah, sejak penubuhan MQA pada tahun 2007, yang mana saya juga sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya, saya hendak bertanya pada Yang Berhormat, sejak hari itu MQA telah dipertanggungjawabkan seperti peranan yang dimainkan oleh JPA di mana setiap kali hendak recognize sesuatu degree, dia akan bentukkan satu panel tapi kali ini tugas itu diserahkan kepada MQA. Saya hendak bertanya, adakah perjanjian yang dibuat oleh China dengan Malaysia bersifat reciprocal. Kalau ya, setahu saya China ini tidak benarkan recognition secara mengikut bidang. Dia kena buat- kalau buat satu-satu universiti akan dia iktiraf. Kalau saya masih ingat lagi pada tahun 2004, mantan Menteri Pengajian Tinggi hendak bincang dengan China, China tidak benarkan ikut bidang. Dia kena ikut universiti. Berbalik pada jawapan Yang Berhormat pada 12.58 tengah hari tadi, bermaksud hanya mengikut setiap kursus. Daripada 820 universiti di China yang disebutkan dalam senarai, berpuluh ribu yang akan diperakui, sepatutnya mengikut framework agreement itu. Saya hendak tanya...
Ya, Yang Berhormat Ayer Itam, jangan panjang-panjang.
Tidak, ini soalan kena cerita latar belakang kerana saya sudah sebut perkara ini pada 16 Julai tapi tidak dijawab. Apa yang penting ialah, kenapa MQA sudah ada, JPA tidak mengakui apa yang telah JPA buat. Begitu juga dengan Taiwan, 157 universiti sudah ada framework agreement dengan Higher Eduation Evaluation, Accreditation Council of Taiwan. Saya nak tanya, kenapa sebelum pilihan raya, perkara ini disebut degree recognition Malaysia and China? Sekarang kata tidak diperakui lagi. Saya hendak tahu mengapa macam itu?
Ya Menteri. Yang Berhormat Bintulu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sudah jawab. Sila.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, yang ini kita maksudkan ialah mereka yang boleh memohon pekerjaan daripada perkhidmatan awam dan JPA mengiktiraf sembilan universiti dari China dan 18 daripada Taiwan. Kemudian yang diakreditasi oleh MQA adalah daripada 27 universiti yang telah disebutkan. Berhubung dengan pertanyaan tentang masa yang lepas, Yang Berhormat berada dalam jawatankuasa yang berkenaan, jadi saya terpaksa jawab secara bertulis sebab saya tidak ada jawapan...
Menteri.
[Bangun]
...Dan pertanyaan Yang Berhormat itu sama ada ianya mengikut pengajian atau kita iktiraf satu universiti?...
Ada empat yang bangun Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi saya percaya, Yang Berhormat sedia maklum bahawa bukan semua yang diajar di universiti itu kita kena terima. Itu pada pandangan kita. Akan tetapi, kita memilih bidang-bidang tertentu- untuk Perkhidmatan Awam contohnya, engineering dan juga perubatan. Jadi, yang lain-lain itu saya ingat- kita tahu bahawa Perkhidmatan Awam akan mengambil kira...
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan tak?
[Bangun]
Kalau sekiranya...
Menteri, nak bagi yang mana satu?
Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu. Ya, sila. Yang lain duduk.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memberikan jawapan tadi panjang lebar- memang saya tidak bersetuju. Itu jawapan memang kongkalikung, syok sendiri sahaja. [Ketawa] Itu pegawai jawapan yang diberi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengambil perkara ini serius. Tidak mengambil berat perkara ini. Ini perkara sudah jadi isu lama. Kenapa kita tidak boleh menyelesaikannya? Macam negara China, ia kata, “Bila saya iktiraf, saya mengiktiraf terus”. Ia tidak ada double standard, triple standard. Kenapa negara kita ada double standard, triple standard? Kalau macam itu, siapa perintah sekarang? Perdana Menteri ruling the country atau Ketua Pengarah JPA ruling the country? [Disampuk] Kenapa masalah jadi macam ini. Ini bukan masalah tahun ini tetapi sudah beberapa puluh tahun tapi kita tidak boleh selesai? Ini saya memang tidak setuju jawapan itu.
[Bangun]
...Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Saya rasa, saya minta Jabatan Perkhidmatan Awam beri jawapan yang tepat. Don’t give me all kind of excuses. This is the time to resolve the issue.
Ya.
...Janganlah saya sudah beri - jangan nanti tanya, “Cina apa mahu?” Cina mahu ini perkara ini diselesaikan! Sudah lama ini isu tidak selesai! [Tepuk] Faham atau tidak? Jabatan Perkhidmatan Awam jangan tidur. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, sebelum pilihan raya, Perdana Menteri cakap mengisytiharkan...
Yang Berhormat Sibu.
Saya tidak membenarkan.
Yang Berhormat Sibu, siapa benarkan bangun? [Ketawa]
Yang Berhormat Bintulu, kita kena ingat kita ada peraturan, peraturan-peraturan yang harus kita ikuti. Kita tidak boleh menjadi bulldozer. Bulldozer tolak pokok pisang, dengan pokok-pokok lain semua ia tolak. Kita beri jawapan ini berdasarkan kepada yang telah diakreditasikan oleh MQA iaitu sembilan buah universiti China, 18 Taiwan. Bidang-bidang yang diambil daripada sana diiktiraf terutamanya untuk bekerja dalam perkhidmatan awam. Kalau Yang Berhormat hendak paksa, suruh menjawab lebih daripada itu, saya tidak dapat berbuat demikian...
Tidak.
...Kerana saya akan menyerahkan kepada MQA untuk perbincangan lanjut. Saya hendak beri contoh Yang Berhormat...
...Dulu ada 147, sekarang jadi belas sahaja.
Ini apa itu...
Tidak. Yang Berhormat Menteri.
Yang ini ialah untuk tujuan perkhidmatan awam.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah lagi sedikit atau tidak, Yang Berhormat Menteri?
Last one [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri...
Ya, sila.
Saya harap dia faham. Kita bukan minta bulldozer. Kalau kita belum selesai, kita jangan umum. Kita sudah umum, Perdana Menteri sudah umum kepada rakyat, macam mana ini perkara tidak boleh diterima. Kenapa ada MQA, ada JPA, ada MNC? Kenapa kita ada triple standard. Kenapa kita tidak boleh kumpulkan satu agensi? Ini Yang Berhormat Putrajaya, Menteri dia pun faham juga, berapa kali saya cakap sama dia. Ini isu mahu diselesaikan. Tidak selesai pun. [Disampuk] Ini perkara kita beritahu rakyat, kalau begini kita jawab, rakyat tidak akan terima. Kita mesti satu agensi yang mengiktiraf. Jangan ‘ramai-ramai’, semua orang mahu kuasa, tetapi kerja tidak mahu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat timbulkan benda ini ialah pada minggu lepas. Jadi, selepas itu Yang Berhormat minta supaya kita iktiraf berdasarkan kepada perkara yang lepas. Maklumat ini kita beritahu apa yang telah kita putuskan sekarang. Jadi yang tambahan dan lain-lain lagi, saya menjawab secara bertulis Yang Berhormat. Ini ialah untuk tujuan...
[Bangun]
...Perkhidmatan awam. JPA ia terlibat dalam pengambilan ...
[Bangun]
...Pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan ia mengiktiraf universiti-universiti yang telah saya sebutkan.
Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Berhubung dengan perjanjian pada masa yang lepas, saya akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, empat...
Yang Berhormat Sibu, saya ingat biar saya habiskan sebab saya sudah berjanji.
Saya rasa ini soalan yang penting. Mesti jawab sekarang.
Tidak apa. Akan tetapi saya tidak benarkan. Saya tidak benarkan. Penting itu boleh simpan. Boleh jumpa di luar nanti.
Bukit Katil, Bukit Katil.
Mengenai tadi, jawapan kepada Yang Berhormat Bintulu, tambahan itu saya akan berikan jawapan secara bertulis.
Yang lain duduk. Yang Berhormat Menteri tidak benarkan.
Akan tetapi tidak boleh - adalah salah dan tidak tepat sekali Yang Berhormat mengeluarkan perkataan ”kongkalikung” [Ketawa]
[Bangun]
...Kepada Menteri, kerana Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang telus, yang sentiasa memberikan keutamaan kepada semua pihak. Contohnya...
Yang Berhormat Menteri.
...Apabila kita membuat apa-apa pelantikan dan pengiktirafan nanti, kita akan berdasarkan kepada keadilan.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri.
Kalau sekiranya Yang Berhormat akan dilantik dalam apa-apa jawatan pun, itu bukan kongkalikung tapi itu betul punya cerita.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
So, terima kasih. Yang Berhormat, boleh atau tidak...
Yang Berhormat Menteri, ada lagi satu tidak jawab.
Ya.
Yang Berhormat Menteri, saya pun ada menyoalkan, dalam JPA, pegawai naik pangkat. Kenapa kroni sahaja naik pangkat? Kalau bukan kroni tidak naik pangkat terutama sekali bukan bumiputera, susah mahu naik pangkat. Sekarang nampak bumiputera pun susah mahu naik pangkat.
Ya, duduk dahulu Yang Berhormat Batu Gajah.
Inilah saya hendak minta penjelasan, kenapa boleh jadi begini? Ada bumiputera kata, dia sudah lama berkhidmat tetapi junior dah jadi dia punya tauke sekarang...
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi kalau go through background, latar belakang, dia lagi senior. Apa sudah jadi?
Yang Berhormat Menteri, minta mencelah berkaitan dengan kenaikan pangkat.
Saya jawab ya, saya jawab. Yang Berhormat..
Yang Berhormat Menteri, isu sama, isu sama.
Tidak ada konsep kroni dalam kenaikan pangkat. [Disampuk] Yang Berhormat kena ingat. Kita ada satu juta lebih perkhidmatan awam...
Ya, Yang Berhormat Batu Gajah duduk.
...Saya rasa, perhatian kita nampaknya kepada pegawai-pegawai tinggi. Kita lupa bahawa pegawai-pegawai dia ada pelbagai peringkat, ada perguruan dan sebagainya.
[Bangun]
Kenaikan pangkat, nisbah mengikut bumiputera dan bukan bumiputera sama. Lebih kurang hampir sama.
[Bangun]
Saya hendak beri angka ini agak panjang Tuan Yang di-Pertua. Nanti kita mengambil masa ramai Menteri yang lain. Nisbahnya sama. Contohnya macam bumiputera untuk kenaikan pangkat bagi gred tertentu, 1:8 pegawai daripada kalangan mereka naik pangkat. Akan tetapi kaum bumiputera, 1:5 macam itu. Jadi, nisbahnya hampir sama tetapi dalam keadaan tertentu...
Yang Berhormat Menteri
Ada bukan bumiputera, nisbah kenaikan pangkatnya adalah lebih.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Jadi sekarang ini, saya akan sentuh ...
Yang Berhormat Menteri.
SPR ya.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Yang Berhormat Menteri hendak berikan pencelahan atau tidak?
Saya tidak beri ini. Saya mengejar masa ya. Saya ada lapan Menteri di JPM, tujuh orang akan menjawab. Semua orang telah menunggu giliran untuk menjawab, dan cuba sedaya-upaya untuk memberi kepuasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan perkara ini. Jadi, pasal JPA, saya mungkin tertunggak sedikit jawapan saya untuk Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Ayer Hitam. Kita akan menjawab secara bertulis, sebab Yang Berhormat Ayer Hitam menceritakan pengalamannya pada masa yang lepas. SPR. Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu pendaftaran warga asing yang memilih untuk menjadi pengundi awal yang dikatakan wujudnya warga Bangladesh, Filipina, Indonesia, India dalam senarai daftar pemilih tentera dan polis. Adalah jelas bahawa dalam hal ini tidak timbul kerana Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan menyatakan hanya warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun serta menetap mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih untuk mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkannya mengundi dalam suatu pilihan raya negeri ataupun Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002 menyatakan bahawa hanya pengundi berdaftar berhak untuk mengundi dalam suatu pilihan raya Parlimen ataupun negeri. Tambahan pula, tidak ada, tidak ada, tidak ada warganegara asing yang didaftarkan sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya. ketika proses pendaftaran pemilih melalui sistem pendaftar pemilih sepanjang tahun yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubungkan terus dengan Agency Link-up System - ALIS sistem di Jabatan Pendataran Negara.
Sistem yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi pemohon yang menolak permohonan mereka yang bukan warganegara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR juga membuat semakan dari semasa ke semasa daftar pemilih untuk memastikan ia adalah betul dan tepat. Bagi daftar awal yang terdiri daripada anggota tentera dan polis semakan awal akan dibuat sebelum pelantikan setiap anggota untuk memastikan mereka dilantik adalah terdiri daripada warganegara. Saya hendak beritahu Ahli Yang Berhormat, sepanjang sepuluh tahun yang lepas orang yang telah menjadi warganegara Malaysia hanya orang Bangladesh yang menjadi warganegara Malaysia hanya 12 orang iaitu saya hendak sebut sebab apa benda ini akan
direkodkan supaya rakyat seluruh Malaysia tengok pembohongan yang dibuat oleh pihak Ahli Yang Berhormat yang menyebutkan 40,000. Seramai 12 orang yang jadi warganegara ini pun, kalau mereka daftar pemilih, mereka boleh memilih. Kalau tidak daftar pemilih mereka tidak boleh memilih. Mereka yang menjadi warganegara, saya hendak sebut secara detail supaya rakyat mengetahuinya: (i) Roshan Ara Aranu; (ii) Shireen Banu a/p Abdul Ghafar; (iii) Miser Sharmeen Alam; (iv) Mohamad Masum Billah Mawalana Nur Muhamad; (v) Abdul Malik bin Abdul Mazid; (vi) Hafiz Ahmad Patawari; (vii) Alam bin Julumiah; (viii) JM Sultana; (ix) Mohd Samsi Abdul Rahman a/l Mohd Aminudu Mondal; (x) Mohd Abdul Manan; (xi) NG Saumiullah bin Nazumiah; dan (xii) Prasantha Kumar Dass. Seramai 12 orang, sebut 40,000 hendak buat demonstrasi. Ini adalah satu pembohongan [Tepuk] Luar biasa - dibuat oleh pelbagai pihak kononnya warganegara Bangladesh jadi pengundi dalam pilihan raya yang lepas. Padahal 10 tahun yang lalu hanya 12 orang yang menjadi warganegara. Kalau Yang Berhormat mahu saya pun ada siapa, ada perempuan yang kahwin dengan Bangladesh dan juga ada lelaki yang kahwin dengan Bangladesh. Jadi ini terlampau detail. Kalau Yang Berhormat berminat saya boleh bagi. Jadi hari ini marilah kita tutup buku bahawa tuduhan warga Bangladesh mengundi adalah satu pembohongan kerana ianya melanggar peraturan pilihan raya. Jadi Yang Berhormat Bagan Serai pun kena fikir sebelum terlibat dengan mana-mana pihak untuk menuduh bahawa kita ada pengundi daripada Bangladesh dan juga lain-lain lagi. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Bachok supaya tribunal untuk menyiasat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan ahli SPR supaya berhenti kerana SPR merupakan satu suruhanjaya di Malaysia yang telah didesak melalui tunjuk perasaan dan kredibilitinya dipertikaikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan tersebut. Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya sudah wujud sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas dan berwibawa yang mana sejak penubuhannya pada tahun 1957 hingga kini SPR telah menyempurnakan 13 pilihan raya umum bagi Semenanjung dan juga Sabah. Manakala di Sarawak sebanyak 10 PRU DUN telah dilaksanakan. SPR merupakan suruhanjaya yang berkecuali yang mana keputusannya tidak dipengaruhi oleh sesiapapun bahkan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, SPR berlandaskan kepada kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang. Dengan itu kita tidak perlu membentuk tribunal bagi menyiasat ahli-ahli SPR kerana tidak relevan. Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Alor Star mendakwa bahawa kerajaan sedang memerintah ini adalah merupakan kerajaan minoriti kerana hanya disokong oleh 48% rakyat dan tidak seharusnya diberi peluang untuk membentangkan bajet. Bila saya jawab ini maka kita hendaklah tutup buku menuduh perkataan majoriti dan juga minoriti dan seolah-olahnya kerajaan ini kerajaan minoriti. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, setelah saya jawab ini, ini tidak perlu pergi ke sekolah yang tinggi, sekolah rendah pun boleh faham angka ini. Selepas itu Yang Berhormat bertaubat tidak akan menyebut lagi perkataan kerajaan minoriti.
[Dewan riuh]
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya secara majoriti mudah atau dengan izin, first-past-the-post di mana pemilihan wakil rakyat untuk Kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri adalah dipilih berdasarkan perwakilan mengikut kawasan dan calon yang menang dengan kelebihan majoriti undi yang diterima dianggap sebagai pemenang di dalam sesuatu pilihan raya yang dijalankan. Dalam PRU Ke-13 yang lalu Barisan Nasional telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat atau 59.91%, bukan minoriti 59.91% daripada 22. Justeru itu tidak timbul soal mempersoalkan hak ke atas pembentangan Bajet 2014 di Dewan yang mulia ini yang menggunakan asas undi popular kerana Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya secara perwakilan bersekadar ataupun proportionate system. Keputusan PRU Ke-13 yang lepas tersebut sebaliknya jelas menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional mendapat mandat rakyat untuk terus memerintah di mana Barisan Nasional telah mengatasi majoriti mudah iaitu 133 Kerusi ataupun 59.91% bagi membolehkan membentuk kerajaan. Sebaliknya kalau sekiranya kita lihat dari segi peratusan, DAP hanya memenangi 38 Kerusi ataupun 17.12%, PKR mendapat 30 Kerusi atau 13.51% dan PAS memenangi 21 Kerusi atau 9.45% dan saya sebut bahawa dalam sistem undi popular pun kita dapati bahawa Barisan Nasional mengatasi semua parti-parti lain kerana parti-parti lain mereka tidak boleh gabungkan mengikut kehendak hati mereka...
[Bangun]
Mereka mesti mengikut keputusan pilihan raya bahawa yang bertanding dalam pilihan raya lepas ialah DAP, PKR, PAS dan ada setengah tempat PAS lawan dengan PKR. Ada setengah tempat yang mereka bergaduh sesama mereka. Jadi ini menunjukkan bahawa mereka bertanding bukan atas tiket PKR tetapi atas tiket sendiri dan atas tiket sendiri mereka tidak boleh kata bahawa kami menang pilihan raya.
Yang Berhormat Menteri...
Kami siapa? Kalau Yang Berhormat Raub ialah PKR, PKR berapa persen, PKR 30 Kerusi bukan kami. Bukan ada Pakatan Rakyat yang bendera sama. Bendera PAS, bendera PKR ataupun bendera DAP disatukan dengan satu bendera.
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi penjelasan.
Saya percaya kalau PAS bersetuju, PAS akan ditolak di kampung kerana orang PAS tidak setuju lambang PAS dicampurkan dengan DAP ataupun PKR. Akan tetapi mereka tidak berani untuk berbuat demikian dan mereka tidak dapat menubuhkan shadow Cabinet sampai hari ini. Jadi bila mereka hendak bentangkan bajet mereka kena cerita, siapa dia bakal Perdana Menteri, siapa Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Tiba-tiba pergi bentang bajet selepas itu tidak atau apa ini shadow Cabinet mereka. Jadi ini menunjukkan bahawa ini ialah satu mainan kata-kata yang merugikan rakyat untuk mendengar...
Yang Berhormat Menteri, boleh beri penjelasan, Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Bachok juga mendesak agar tiada peruntukan disalurkan kepada SPR dalam proses kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya yang akan datang kerana kegagalan SPR untuk menguruskan penggunaan dakwat kekal dalam PRU Ke-13 yang lepas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat isu berkaitan dengan penggunaan dakwat kekal sudah dijelaskan dengan terperinci di dalam Dewan yang mulia ini dan saya tidak bercadang untuk menjelaskannya sekali lagi. Yang Berhormat Kuala Krai mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa semasa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya dalam PRK Sungai Limau bagi maksud memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh rasmi berkempen. Sebarang aduan yang berlaku semasa kempen pilihan raya diadakan seharusnya dikemukakan kepada pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya berkenaan bagi membolehkan tindakan susulan diambil. Kita tahu bahawa kalau kita
mengakui hakikat bahawa, saya ucap tahniah kepada PAS, Pokok Sena kerana menang. Barisan Nasional kalah. Akan tetapi dengar ini kenyataan ini ya? Semasa di Besut kami menang, undi Barisan Nasional meningkat. Undi PAS jatuh. Semasa di Sungai Limau, undi Barisan Nasional meningkat, undi PAS jatuh. Jadi kita boleh katalah BN kalah bergaya PAS kalah dengan hiba. Tuan Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
[Bangun]
Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.
Boleh tanya sedikit. Tidak?
Satu soalan.
Tidak boleh tanya tidak apa, tetapi saya hendak nyatakanlah banyak mana habis duit? [Tepuk]
Nakal mu tidak berhemah. Kalau nakal berhemah, saya boleh jawab. Saya percaya mungkin kalau berdasarkan kepada bendera- bendera yang dipasang, tidak mungkin pembangkang tidak membelanjakan duit. Di mana kamu ambil duit beli bendera?
[Dewan riuh]
Saya bersetuju mereka kata pembangkang tidak ada duit..
Yang Berhormat, Putrajaya sudah pun berpindah ke Sungai Limau pada masa itu?
Di mana? Tentulah ada duit yang datang, duit tidak boleh turun dengan daun getah, dia mesti datang daripada mana-mana, daripada penderma. Jadi soalan saya ialah bendera dan juga poster pembangkang cantik, molek. Di mana mereka dapat duit? Jadi kalau tanya soalan itu kepada saya, saya bertanya kepada pembangkang sila jawab soalan saya, di mana kita dapat duit?
Ya.
Akhir sekali, ini Parlimen ya. Bagi mewakili Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan dan pandangan yang berkaitan. Selepas habis Parlimen, kalau Yang Berhormat masih berminat, dan saya kalau ada masa dua atau tiga minit yang dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan. Yang Berhormat daripada Ipoh Barat dan Yang Berhormat Kota Melaka mencadangkan supaya Parlimen mengamalkan sistem jawatankuasa dengan memberikan beberapa contoh seperti yang diamalkan di Parlimen Korea, Parlimen negara Komanwel dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan satu jawatankuasa pilihan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak semasa. Ini memberikan peluang kepada Ahli Yang Berhormat membincang suatu isu yang dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dengan lebih teliti. Namun demikian, sebarang keputusan untuk menubuhkannya memerlukan perancangan yang teliti agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan berkesan... [Disampuk]
Yang Berhormat Seputeh, baru masuk sudah bising.
Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Sungai Petani mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kemudahan kepada Ahli Parlimen, contohnya ialah working room, tujuh orang researcher, lounge untuk kemudahan pemandu berehat, serta mengkaji semula elaun yang dinikmati oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil berat kemudahan-kemudahan Ahli-ahli Parlimen dan semua kemudahan yang telah Yang
Berhormat sebutkan bahawa akan dimasukkan dalam projek ubahsuai dan akan dinaiktarafkan bangunan Parlimen yang sedang dilaksanakan. Kemudahan-kemudahan seperti work station untuk Ahli Parlimen, bilik rehat untuk pemandu, tempat meletak kereta, gimnasium, tadika dan lain-lain akan disediakan kepada Ahli Yang Berhormat. Kita tahu bahawa elaun Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen yang terakhir telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan sampai sekarang tidak ada perubahan. Kita tahu bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat di Malaysia, mengikut sistem first-past- the-post ini ialah merupakan ‘Pegawai Kebajikan’ nombor satu. Ada Ahli Yang Berhormat yang berhenti, hutang masih tertunggak kerana melaksanakan tugas-tugas kebajikan. Saya rasa sekarang ini kebajikan yang dituntut oleh rakyat juga berubah. Pada tahun 2004 kita tahu rakyat Malaysia ialah berada di tahap 25.6 juta orang. Sekarang rakyat Malaysia telah meningkat kepada 28.3 juta orang. Kalau angka terkini, angka tersebut mungkin telah meningkat kepada 29.5 juta ataupun 30 juta orang tetapi elaun wakil-wakil rakyat demikian rupa. Sebagai manusia yang umpama lilin membakar diri demi kepentingan orang lain maka, perkara ini akan diberi pertimbangan dan Yang Berhormat Menteri, rakan saya akan menjawab untuk soalan berhubung dengan elaun. Sebab elaun ini, pada dasarnya kita tahu bahawa benda ini kita telah bentangkan dalam Bajet 2012 dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri - masa itu saya berada di belakang sana, tidak jadi Ahli Parlimen lagi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa dengan syarat elaun ini dipersetujui oleh semua pihak tetapi habis sahaja bajet macam-macam timbul suara-suara daripada pihak pembangkang. Akhirnya, perkara ini tidak dilaksanakan pada tahun 2012 sehinggalah 2013 tidak dibuat apa-apa. Akan tetapi saya telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan benda ini telah dibawa untuk makluman Kabinet bahawa perkara ini sedang diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dan saya percaya Yang Berhormat Menteri Kewangan akan menyebutkan sesuatu mengenai perkara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, kemudahan researcher. Sekarang ini kita ada 15 orang researcher. Saya rasa mencukupi dan kemudahan internet untuk Ahli-ahli Parlimen. Ahli- ahli Yang Berhormat akan melihat wajah baru dalam persidangan bulan Mac nanti. Jadi saya berharap, semua Ahli Yang Berhormat akan berpuas hati dan mengucapkan terima kasih...
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Satu minit sahaja.
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kira kita telah pun meluluskan peruntukan untuk upgrade kemudahan-kemudahan di Parlimen ini. Saya rasa sudah hampir dua tahun setengah. Persoalan saya ialah kita tidak nampak apa yang berlaku lagi. Saya bimbang Yang Berhormat Menteri, takut-takut sampai habis sesi ini perubahan tidak akan berlaku. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan jaminan bahawa kerja-kerja untuk ubahsuai harus berlaku bila dan bilakah kita akan dapat melihat wajah baru Parlimen kita ini? Ini kerana kita tengok kadang-kadang bila pelawat-pelawat datang, keadaan tidak selesa tetapi yang lebih penting sekali, Ahli Parlimen sendiri mempunyai pressure untuk buat kerja kerana ruang tidak cukup, keadaan tidak selesa. Walaupun Yang Berhormat Menteri kata kita ada peruntukan tetapi bila agak-agak kita akan melihat facilities yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, sama dengan ini tentang researcher.
Researcher kita ada 15 orang. Confirm, no problem.
Bukan, 15 orang untuk semua. Apa yang saya bangkit ialah researcher untuk Ahli Parlimen yang ditanggung oleh kerajaan.
Ya. Itu termasuk dalam senarai permohonan elaun-elaun yang telah dipersetujui oleh pihak pembangkang dan juga Barisan Nasional. Kita telah bersetuju. Sebenarnya kalau pun diumumkan pada hari ini pun tidak ada satu suara pun yang akan menolak usul tersebut tetapi oleh kerana benda ini masuk di bawah bidang tugas Menteri Kewangan, jadi Menteri Kewangan akan melihat perkara ini yang mana boleh dilaksanakan pada tahun ini, yang mana pada tahun hadapan dan seterusnya.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Jadi Yang Berhormat, berhubung dengan Parlimen, saya berharap Ahli Jawatankuasa Dewan yang telah dibentuk baru-baru ini yang terdiri daripada pembangkang dan juga Barisan Nasional memaklumkan kepada pembangkang, bilakah tarikh siapnya Dewan Parlimen yang telah diubahsuai dan yang dibuat baru. Yang Berhormat Seremban, kalau tidak silap saya ialah salah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan, beliau tahu maklumat bahawa kita ada perancangan di mana kita laksanakan dalam bulan Januari, Februari, Mac dan April. Saya minta supaya yang tahun depan semuanya bermula pada bulan Januari. Mana yang buat dua tahun ini ialah kita buat bumbung berceranggah itu. Bumbung itu telah pun siap sepenuhnya. Semasa kita buat bumbung itu, Parlimen tidak boleh membuat pindaan di peringkat bawah kerana ditakuti mendatangkan masalah dan sebagainya. Sekarang ini bila sudah siap bahagian tersebut, sekarang bahagian baru akan mengambil masa dua tahun, insya-Allah, kita sempat merasai Dewan baru, Parlimen baru sebelum tuan-tuan berhenti dalam tahun 2016. Kita harap pilihan raya dibuat selepas 2016.
Yang Berhormat Menteri, saya masuk sedikit.
Sukacita dimaklumkan bahawa cadangan sebulat suara menyokong agar Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia dikurniakan gelaran Tun atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan oleh beliau selaku Speaker Dewan Rakyat. Perkara ini sebenarnya adalah menjadi sokongan kita bersama dan seperti yang telah disebutkan semua gelaran ini adalah berdasarkan apa yang telah ditentukan dan saya mengambil beberapa tanggungjawab termasuklah apa yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Kita mendoakan ianya menjadi kenyataan dan diperkenankan oleh Allah SWT.
Yang Berhormat Menteri, Gombak.
Last ya, last.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan pembaikan Parlimen tadi tetapi depan ini saya lihat skrin kita ini tidak berfungsi. Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan untuk menukar kepada LED supaya senang kita guna.
Yang Berhormat Menteri, sekali.
Yang Berhormat, kita sudah panggil tender dan insya-Allah Parlimen berwajah baru dalam bulan Mac nanti. Jadi sekarang ini mereka sudah boleh buat kerja. Saya suruh buat hari Sabtu dan Ahad. Mereka takut sebab nanti sekerat jalan kita kena bersidang. Jadi kita tunggu...
Yang Berhormat Menteri.
...Persidangan kita habis pada 19 Disember, kita akan mulakan kerja. Bila Yang Berhormat datang dalam bulan Mac nanti...
Penjelasan.
...Kita boleh lenggang bergaya kerana semuanya ada lah...
[Ketawa]
Penjelasan. Yang Berhormat Menteri, penjelasan, satu lagi.
Yang Berhormat Menteri.
Saya beri. Yang Berhormat Gombak, confirm saya beri tetapi jaga bahasamu. [Ketawa]
Ya, sebelum Yang Berhormat Gombak. Saya fikir Yang Berhormat Menteri, selepas Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Menteri jawab. Sila gulung dan beri laluan kepada Yang Berhormat Menteri yang lain, ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, pelbagai bentuk kemudahan telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang usaha untuk menambah baik kemudahan-kemudahan di Parlimen. Kita juga sedia maklum antara langkah yang telah diambil sebelum ini ialah untuk mewujudkan pejabat bagi setiap Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di dalam Bangunan Parlimen. Saya masih ingat ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan supaya mesyuarat Kabinet ditukarkan daripada hari Rabu ke hari Jumaat ketika sesi persidangan dengan harapan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri berada di dalam Parlimen dalam sesi persidangan. Persoalan saya ialah dengan semua kemudahan yang telah diberikan, dengan kos yang begitu tinggi, di mana Menteri dan Timbalan Menteri hari ini?
Tidur.
...Ya, kalau kita lihat hari ini, hanya ada dua orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri. Kita lihat bilangan Ketua Jabatan lebih ramai daripada Menteri.
Officer lah itu.
Bolehkah saya cadangkan Ketua Jabatan duduk di depan, dan Menteri duduk di belakang?
[Ketawa] [Tepuk]
Itu...
Sebab ini sesi perbahasan belanjawan yang saya kira cukup penting bagi Menteri meneliti dan mendengar perbahasan dengan baik. Kalau tidak, akhirnya jadi Menteri, dia baca teks sahajalah yang disiapkan oleh Ketua Jabatan...
Ya, Yang Berhormat Gombak.
...Jadi, sebab saya minta supaya perkara ini dipandang serius. Menteri ada pejabat di sini. Kami, seramai 80 orang Ahli Parlimen tidak ada pejabat pun. Akan tetapi kita boleh memberi tumpuan kepada perbahasan sedangkan Menteri dan Timbalan Menteri...
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, bila saya bahas, Yang Berhormat Menteri kena duduk. Ini peraturan mesyuarat.
[Ketawa]
Akan tetapi saya benarkan mencelah sekerat sahaja sebab masa sudah tidak cukup.
Tidak apalah. Saya sedang bercakap, Yang Berhormat Menteri...
Sudah habis, sudah habis.
Yang Berhormat Menteri duduk dahulu.
Cukuplah, cukuplah.
Tidak, tidak. Kata tahu peraturan.
Bukan. Peraturannya bila saya bangun, saya tidak benarkan mencelah lagi. Celahannya sekejap tadi sahaja.
Ini kerana tadi sudah dibenarkan.
Saya benarkan sekerat.
Ya, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Gombak, sebenarnya Speaker yang ada kuasa. Sila Yang Berhormat Menteri jawab.
Yang Berhormat, saya faham bahawa Yang Berhormat maksudkan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri berada di sini, mereka akan berada di sini semasa menjawab dan bagi mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk bertugas, akan bertugas. Kalau tidak, kita tahu bahawa kerajaan terpaksa meneruskan kehidupan kerajaan. Dengan itu Menteri-menteri menyelesaikan tanggungjawab masing- masing. Di atas kesibukan tersebut, maka kita mengambil giliran untuk datang ke sini. Tentang berhubung seperti kata Yang Berhormat kata, pegawai datang depan, kita pergi belakang ini. Yang Berhormat, kita dalam Dewan ini pun kita ada 222 orang. Pegawai Tadbir dan Diplomatik kita ada lebih 9,000 orang. Kalau hendak datang ke depan seramai 9,000 orang, pening kepalalah ya. Jadi 222 orang yang Kabinet ini pun, blok ini sahaja yang berada. Jadi saya fikir...
Saya cadangkan Ketua Jabatan sahaja duduk depan. KSU...
Ketua Jabatan pun tidak lepas, sebab di JPM sahaja kita ada 80 buah agensi. Ini JPM ya, tidak termasuk kementerian yang lain. Jadi kalau hendak suruh mereka duduk di hadapan, sudah pasti kita tidak mampu. Akan tetapi itu Yang Berhormat perli. Yang Berhormat adalah seorang Ahli Parlimen yang kuat perli...
[Ketawa]
Kita ambil tanggungjawab. Kalau tidak kami pun akan persoalkan di mana Ketua Pembangkang sekarang, di mana dia? Jadi kami pun boleh soal sebab Ketua Pembangkang juga dapat elaun lebih daripada Ahli-ahli Parlimen yang lain. Jadi Ahli Parlimen yang ramai kerana mereka terpaksa berbahas dan Menteri menjawab tetapi negara harus diteruskan kehidupan dan Menteri-menteri memegang tanggungjawab. Saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis dan sebahagiannya telah dicatat untuk perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Saya hendak beritahu bahawa bila Menteri ini bercakap, kita pegang kepada satu kekuatan iaitu kita pegang kepada janji. Amanah. Sekejap lagi Yang Berhormat Menteri bahagian keagamaan bercakap. Dia juga pegang kepada amanah. Kerajaan Barisan Nasional ialah kerajaan yang beramanah walaupun pelbagai perkara berlaku...
[Ketawa]
...Contohnya macam Sungai Limau. Kita terima hakikat tetapi SPR sedang melihat bagaimana orang yang tidak bermastautin boleh mengundi di Sungai Limau...
Ya, Yang Berhormat Menteri.
...Jadi yang itu, disebut pengundi hantu...
Sudah kalah itu sudahlah.
Saya sebutkan di sini bahawa itu pengundi yang tidak bermastautin. Yang Berhormat Pokok Sena...
Yang Berhormat, sudah kalah itu tidak payahlah meroyan kat sini.
[Ketawa]
Hodoh, hodoh! Orang jantan meroyan tidak tahu punca.
Tadi saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Pokok Sena kerana mengepalai jentera, dan menang.
Ya, saya mengalahkan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Besar.
Ya, tetapi dia berada di luar sana. Bila dia masuk, dia tidak dengar ucapan saya. Jadi saya tarik balik ucapan tahniah itu kerana...
[Ketawa]
Yang Berhormat berkasar dengan saya.
Apa punya buruk siku Menteri ini. Buruk siku...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, cukuplah Yang Berhormat Menteri. Cukuplah. [Ketawa]
Sampai Speaker pun suruh sudah.
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, cukup, cukup.
Perjanjian saya dengan Speaker, saya berhenti setakat itu.
Ya, terima kasih.
Saya boleh teruskan kalau saya mahu. Akan tetapi saya hendak beritahu bahawa pengundi tidak bermastautin di Sungai Limau, kita akan berbincang mengenainya dalam jangka masa yang panjang...
Sudah! Perdana Menteri pun tidak bermastautin di Pekan. Dia duduk di Kuala Lumpur dia mengundi di Pekan. Apa ini?
Yang Berhormat, saya ingin menegur Yang Berhormat sebab sering kali bangun dengan tidak mengikut peraturan mesyuarat.
[Ketawa]
Semua Ahli Yang Berhormat ikut peraturan mesyuarat dan saya berterima kasih kerana seramai 43 orang Ahli Yang Berhormat telah menimbulkan di bawah portfolio yang telah saya sebutkan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sila. Sila Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terutamanya izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dalam Perbahasan Bajet 2014 di peringkat dasar. Saya telah meneliti dan insya-Allah akan menjawab semua isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai teguran, pandangan dan juga cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin memberikan penjelasan ke atas beberapa isu berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Bachok. Ahli Yang Berhormat membangkitkan mengapa tidak dikaji undang-undang jenayah sekarang yang tidak tepat dengan Islam seperti hukuman tali gantung dan sebatan. Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah yang positif bagi mengatasi masalah jenayah menerusi penguatkuasaan undang-undang termasuklah Kanun Keseksaan [Akta 574] disemak pada tahun 1997, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] disemak 1981, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] dan sebagainya. Undang-undang yang berkenaan diwujudkan bagi tujuan membantu kerajaan dalam menjamin keamanan negara. Dalam hal ini, pewujudan undang-undang tersebut adalah selaras dengan maqasid syariah yang antara lain menekankan kepentingan menjaga keselamatan nyawa, harta benda dan juga kesihatan akal. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, berdasarkan Fasal 2, Perkara 74, Butiran 1 Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri berkenaan dengan perwujudan dan penghukuman kesalahan terhadap perintah agama Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahaja dan setakat yang dibenarkan oleh Undang-undang Persekutuan. Dalam hal ini, seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah, bidang kuasa Jenayah 1965 [Akta 355] yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut hendaklah dipatuhi oleh semua negeri. Sekiranya hukuman yang lebih tinggi ingin dilaksanakan bagi kesalahan jenayah syariah, pindaan perlu dibuat terhadap Akta 355 ini terlebih dahulu. Menyedari kesesuaian syariat Islam untuk diguna pakai dalam semua zaman, tempat dan keadaan, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk membaiki undang-undang Islam yang sedia ada termasuklah hukuman terhadap pesalah undang-undang jenayah syariah dan mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid syariah dan bersifat patuh syariah ataupun syariah compliance, dengan izin. Oleh itu, kerajaan meminta semua pihak agar bersikap rasional dan juga terus menyokong agenda untuk membangunkan institusi perundangan syariah secara holistik. Komitmen kerajaan dalam hal ini adalah jelas dan ia memerlukan sokongan padu daripada semua pihak bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan. Bahkan, buat masa sekarang, kerajaan sedang di peringkat akhir berdasarkan persetujuan negeri-negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri yang telah bersetuju untuk Mahkamah Syariah ditingkatkan dari tiga tingkatan iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kepada lima tingkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. Di samping yang sama, kerajaan juga sedang berusaha mengkaji untuk menaikkan kadar hukuman di Mahkamah Syariah iaitu 653 ataupun disebut dengan enam kali sebatan, RM5,000 denda dan tiga tahun penjara kepada kadar hukuman yang lebih tinggi dan munasabah. Jika perkara ini dapat direalisasikan, ia bakal membawa rahmat kepada umat Islam dan mahkamah syariah menjadi lebih baik di masa hadapan. Sila.
Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya alu-alukan Yang Berhormat Menteri mengenai tingkatan di dalam mahkamah. Kalau sekarang ini amalannya Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan kepada lima tingkatan. Cuma saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, ketika Artikel 121(1A) itu dipinda dalam usaha ini memastikan agar Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil diasingkan dan diperkasa, saya percaya sudah sampai masanya agar hakim-hakim Mahkamah Syariah ini diletakkan di bawah satu suruhanjaya kehakiman syariah agar mereka bebas daripada sekadar menjadi kalau daripada segi struktur sekarang di bawah satu jabatan. Jadi kadang-kadang dia jadi macam mahkamah pentadbiran semata-mata. Oleh sebab itu saya fikir kalau kita bergerak ke arah pemerkasaan mahkamah, sewajarnya selain daripada tingkatan itu perlu juga diasingkan agar ada satu suruhanjaya yang khas untuk mengendalikan sistem kehakiman mahkamah syariah walaupun saya tahu dia terikat dengan keputusan negeri dan sebagainya tetapi saya fikir pasti ada ruang dengan semangat pindaan perlembagaan itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil yang memberikan pandangan tentang pemerkasaan mahkamah syariah. Suka saya sebutkan bahawa sebagaimana Yang Berhormat juga telah sebutkan sebentar tadi bahawa Mahkamah Syariah, ianya adalah merupakan satu mahkamah yang begitu terikat dengan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Negara iaitu lebih bersifat kepada hal-hal yang berkaitan dengan negeri dan secara langsung juga Tuanku negeri ataupun Sultan ataupun Raja pada setiap negeri adalah kesembilan-sembilan negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan serta Melaka yang tidak mempunyai Sultan, ianya adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong. Adapun bagi negeri-negeri yang mempunyai sultan dan raja, mereka adalah merupakan penaung kepada agama Islam pada setiap negeri dan juga menguasai tanggungjawab kepada agama Islam dan begitu juga yang telah disebutkan, memang dalam peningkatan Mahkamah Syariah daripada tiga tingkatan yang telah saya sebutkan sebentar tadi, ianya terangkum. Di antaranya mengambil kira penubuhan-penubuhan termasuk suruhanjaya yang bersesuaian yang juga harus mendapat persetujuan daripada Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam erti kata mudah ialah persetujuan daripada tuanku- tuanku negeri dan juga Raja-raja negeri. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang juga membangkitkan walaupun Islam agama Persekutuan tetapi masih ada sekatan di mana khutbah, ceramah hendaklah ia ada tauliah dan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah, perlu rujuk kepada had-had dalam peruntukan Jadual Kesembilan. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan secara menyeluruh dan tidak hanya dilihat dalam ruang lingkup Perkara 31 semata-mata. Ini adalah kerana peruntukan tersebut diperkukuhkan dengan kewujudan peruntukan-peruntukan lain yang menjamin kedudukan Islam. Antara lain seperti Perkara 11(4), Perkara 12(2), Perkara 121(1A) Butiran 1 Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dan ikrar Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan-peruntukan itu jelas bahawa pemakaian agama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak terhad kepada amalan-amalan yang berbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai kepada perkara-perkara yang melibatkan dasar dan undang-undang negara seperti pemerintahan, perundangan, kehakiman, ekonomi, kebebasan asasi, pendidikan moral dan juga kekeluargaan. Mengenai tauliah penceramah khutbah pula, ia adalah untuk memastikan penyebaran agama Islam sebenar bersandarkan kepada Ahli-Sunnah Wal-Jamaah di samping itu sebagai mekanisme kawalan yang berkesan untuk menyekat ajaran salah tersebar di kalangan masyarakat Islam serta mengekang aliran pemikiran yang mengelirukan di mana umat Islam mudah terdedah dalam suasana dunia tanpa sempadan sekarang ini.
Tauliah tidak harus dilihat sebagai kekangan dan halangan namun ianya sebagai satu kaedah atau mekanisme memastikan sebarang khutbah dan pengajaran, pengajian, penyampaian yang menyimpang boleh disekat lebih awal. Lebih-lebih lagi soal ajaran sesat menyeleweng dan bersalahan agama. Tuan Yang di-Pertua...
Sebelum itu, boleh saya celah? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar.
Sebelum-sebelum ini saya rasa ada beberapa isu yang dibawa dalam kedudukan penyelarasan undang-undang syariah kerana undang-undang syariah itu banyak duduk dalam kuasa kerajaan negeri, sebagaimana yang diperuntukkan dalam senarai kuasa agama. Soalan saya, tadi saya ada dengar Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang pelaksanaan syariat dalam konteks undang-undang jenayah syariah. Antara penghalang besar yang kita difahamkan ialah adanya akta mahkamah yang melarang mana-mana negeri buat mana-mana hukum, pelaksanaan undang-undang yang disebut 635 itu. Tidak boleh menjangkau 635 dan itu adalah antara alasan mengapa undang-undang hudud di negeri Kelantan ditolak daripada segi legal perspective. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jerai adakah usaha untuk 635 ini yang melarang, menyekat dalam konteks negeri tak boleh buat undang-undang lebih daripada ketetapan itu untuk diselaraskan supaya ruang untuk pelaksanaan undang- undang jenayah Islam itu lebih selesa dilakukan tanpa ada sekatan undang-undang. Saya rasa tidak ada orang Islam dalam Dewan ini yang menyatakan undang- undang hudud itu tidak diperlukan cuma isunya ialah tentang sekatan-sekatan perundangan yang ada. Minta pencerahan, 635 itu khususnya. Ada usaha tidak untuk nak menidakkan itu.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar. Sebenarnya sebelum Yang Berhormat Parit Buntar masuk tadi ini, saya dah menjawab bahawa sebenarnya dalam konteks undang-undang syariah pada hari ini dengan mengambil kira pengalaman penubuhan sejak daripada tahun 1998 dibandingkan dengan mahkamah sivil yang begitu panjang sejarah dan perjalanan penubuhannya dan dalam masa yang sama juga kita menggerakkan mahkamah syariah ini sehingga kita, saya sebutkan tadi bahawa daripada tiga tingkatan atau three tiers kepada lima tingkatan, iaitulah daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Kita melihat bahawa sekarang ini sudah sampai masanya untuk kerajaan menggerakkan perkembangan mahkamah syariah daripada tiga tingkatan kepada lima tingkat daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. So, kedudukannya Tuan Yang di-Pertua, akan mempunyai persamaan daripada sudut kekuatan mahkamah dan juga tingkatan mahkamah bersamaan dengan Mahkamah Persekutuan. Dalam masa yang sama juga, saya dah sebutkan tadi semasa Yang Berhormat belum sampai tadi, saya katakan bahawa kita sedang dalam usaha terakhir membuat kajian dan juga penelitian di mana mahkamah syariah, keterikatan kepada 653 iaitulah 6 kali sebatan dan juga RM5000 denda dan tiga tahun penjara itu sudah sampai masanya untuk kita memberikan ruang dan laluan yang lebih diharmonikan dengan undang-undang syariah yang sepatutnya berjalan. Jadi hal ini sedang dalam pengkajian yang insya-Allah kalau sekiranya dapat berjalan, kalau sekiranya memerlukan kepada pindaan kepada apa yang kita sebutkan kepada Akta 355 yang memberikan had kuasa kepada 653 mahkamah syariah itu dapat membantu untuk ianya dapat dirungkaikan, memberikan ruang yang lebih baik dan lebih cerah ruang kepada Mahkamah Syariah. Ini yang telah saya sebutkan sebentar tadi.
[Bangun]
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang dibangkitkan tentang tauliah tadi, saya rasa mungkin niat yang sangat baik untuk kita pastikan orang yang berhak ataupun berkelayakan untuk diberikan tauliah mengajar. Akan tetapi adakah mungkin berlaku di sana penyalahgunaan hingga mereka yang layak seperti pernah berlaku pada bekas mufti Perlis yang ditahan kerana tidak ada tauliah di Selangor, adakah kes-kes seumpama itu mungkin menjadi sebagai petanda berlaku salah guna pada tujuan asal tauliah itu diberikan, itu satu. Kedua, berkaitan dengan undang-undang Kanun Jenayah Syariah yang dah diwartakan ataupun pun diluluskan di dua Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu, sejauh manakah sikap terakhir Kerajaan Pusat terhadap status dua undang- undang tersebut dalam keadaan kita lihat Brunei Darussalam telah secara dengan bangganya berjaya mengkanunkan Undang-undang Jenayah Syariah termasuklah antaranya hudud. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat, saya kurang nampak.
Kuala Nerus.
Kuala Nerus. Pasal tidak sempat hendak pakai spec tadi hendak tengok. Pertamanya ialah berkenaan dengan kedudukan tauliah. Sebenarnya sebagaimana yang telah sedia dimaklumi dan difahami bahawa kuasa mengeluarkan tauliah ialah di bawah kuasa negeri masing-masing. Kebanyakan negeri, kuasa tauliah ini dipohon melalui Pejabat Mufti. Persoalan yang Yang Berhormat Kuala Nerus sebutkan sebentar tadi ialah persoalan bukan kerana mengenai dipersoalkan keilmuannya, bukan kerana ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya tetapi ialah hal yang berkaitan dengan kebenaran pada setiap negeri tersebut mestilah mendapat tauliah untuk mengajar atau pun tauliah untuk menyampaikan kuliah dan sebagainya. Jadi saya tidak dapat hendak memberikan pandangan yang begitu panjang kerana ini merupakan kuasa negeri yang ada kepada Selangor dalam membenarkan seseorang itu mestilah mempunyai tauliah untuk mengajar. Jadi mungkin tidak timbul di situ persoalan hal yang berkaitan dengan keilmuan tetapi ialah yang berkaitan dengan hal yang disebut dengan kuasa tauliah sebagai satu kuasa untuk mengajar di mana-mana negeri. Mungkin barangkali perlu saya perjelaskan kepada Dewan yang mulia petang ini iaitu pada setiap orang atau di mana tempat untuk dia mengajar dia harus mendapat tauliah daripada setiap negeri yang akan disampaikan. Dia tidak cukup untuk hanya satu tauliah tetapi dengan setiap negeri yang mereka ingin beramal, mengajar dan juga menyampaikan kuliah. Selain daripada itu juga Yang Berhormat Kuala Nerus menyebut tentang Kanun Jenayah Syariah dan sebagainya. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam masa yang sama juga bukan sekadar itu, usaha yang telah saya sebutkan sebentar tadi untuk saya tidak perlu mengulang banyak kali tetapi usaha ini kita lakukan secara serius dan kita bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama juga kita amat mengalu-alukan rakan negara jiran kita, Brunei Darussalam yang ingin melaksanakan jenayah syariah ini mengikut sebagaimana sewajar dan sepatutnya yang kita lakukan. Sememangnya negara kita Malaysia juga memperakui tentang peraturan dan undang-undang syariah yang telah ditetapkan. Apa yang ada ialah bagaimana mereka ini semua pelaksanaan itu yang kita lakukan secara bertahap. Kita mengambil contoh kita sudah pergi melawat ke Aceh baru-baru hari itu di mana bila kita tengok pelaksanaan Aceh. Aceh hanyalah keterikatan pelaksanaan walau pun mereka mengisytiharkan Mahkamah Syariah tetapi mereka sedang berusaha. Dalam keterikatan itu hanyalah yang berkaitan dengan soal tangkapan khalwat semata-mata. Jadi mereka juga apabila kita tanyakan taklimat tentang hal yang berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh, mereka sampaikan bahawa mereka juga mengambil daripada negara kita Malaysia undang-undang dan juga peruntukan yang kebanyakannya ditiru dan juga diambil daripada negara kita Malaysia. Akan tetapi apa pun bukan menjadi alasan untuk kita membandingkan dengan kita menyorot ke belakang tetapi kita ingin bergerak ke hadapan dan insya-Allah Mahkamah Syariah akan bergerak dari
semasa ke semasa dalam pelaksanaan dan memperkemaskan atau memperkasakan undang-undang yang ada dari Mahkamah Syariah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Julau menyarankan supaya penganut Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” untuk rujuk nama Tuhan mereka terutamanya di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini adalah jelas bahawa perkataan “Allah” adalah termasuk dalam kalimah yang hanya diperuntukkan kepada umat Islam. Malah penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “solat” dan “Kaabah” telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A)15/82 dan Pekeliling KKDN/S59/3/6/a bertarikh 5 Disember 1986. Apa pun berdasarkan suasana dan ‘uruf di Malaysia, penggunaan nama “Allah” adalah untuk umat Islam sahaja. Dalam ucapan kalimah tauhid lafaz mengiakan ketuhanan disertakan dalam masa yang sama mengisbatkan, yakni menyandarkan ketuhanan yang sebenar itu kepada Allah semata-mata. Kemaslahatan ummah atau kepentingan umum perlu dipelihara. Justeru pemerintah dengan kuasa yang ada padanya melalui kaedah saddu dzari’ah atau pun kaedah pencegahan boleh menyekat penggunaan kalimah “Allah” kepada yang bukan Islam agar masyarakat tidak berada di dalam keadaan saling mencurigai dan membenci. Kerajaan berpandangan soal ini telah dibawa ke pertimbangan mahkamah dan semua pihak mestilah menghormati segala keputusan mahkamah kerana di situ tempat pertimbangan setiap perkara yang menjadi pertikaian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain...
[Bangun]
Yang Berhormat Batu bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Sebagai seorang bukan Islam saya agak keliru dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri tadi sebab apa Yang Berhormat Menteri kata ialah kalimah ini eksklusif dan tegas kerajaan tidak membenarkan orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah ini. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri sebut ini adalah pendirian kerajaan tetapi daripada hujah-hujah yang saya dengar daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang menyatakan larangan untuk penggunaan ini hanya untuk publication Herald sahaja. Yang lain-lain tidak ada larangan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula menyatakan larangan ini hanya diaplikasikan di Semenanjung Malaysia tetapi di Sabah dan Sarawak mereka tetap bebas menggunakan kalimah ini. Jadi saya ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai tiga pendirian yang berbeza atau pendirian Yang Berhormat Menteri ini akan menjadi pendirian yang muktamad bukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Saya harap Yang Berhormat Batu tidak keliru dengan keputusan yang telah dibuat. Untuk Sabah dan Sarawak kita melihat ada perkara yang berkaitan dengan keputusan 10-point solutions yang telah pun dibuat di peringkat Perdana Menteri. Jadi ini keputusan yang dibuat. Ada pun yang telah diputuskan oleh mahkamah ialah berdasarkan tuntutan daripada majalah The Herald yang dikeluarkan oleh pihak yang dipohon oleh gereja Katolik yang beralamat di Petaling Jaya. Inilah yang dibawa ke peringkat mahkamah. Saya lihat bahawa sebagaimana yang saya sebutkan di hujung tadi bahawa kes ini telah pun dibawa ke peringkat mahkamah. Kalau sekiranya pihak kerajaan, maksud saya pihak Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam boleh mematuhi perintah daripada Mahkamah Tinggi yang bersidang pada waktu kes ini dibawa oleh majalah The Herald sebab ia berbeza di antara rumah ibadat dengan majalah tuntutan tersebut. Jadi mahkamah telah pun memutuskan di peringkat mahkamah pada peringkat penghakiman Mahkamah Tinggi yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan. Oleh kerana pihak kerajaan atau pun pihak majlis agama, jabatan agama dan juga institusi agama, NGO Islam berpandangan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut tetapi
tidak ada sesuatu yang bersifat provokasi, penentangan dan sebagainya. Akan tetapi kita mengikut saluran perundangan dan juga peruntukan undang-undang di mana perkara ini telah dibawa kepada Mahkamah Rayuan. Jadi daripada peringkat Mahkamah Rayuan ini saya melihat bahawa keputusan telah dibuat oleh pihak Mahkamah Rayuan. Akan tetapi apa pun Yang Berhormat Batu ada di sana lagi kalau bagi pihak-pihak yang tidak berpuas hati, yang tidak begitu jelas pada kedudukan ini maka boleh untuk membawa kepada mahkamah yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan...
[Bangun]
Boleh?
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham dan menghormati keputusan mahkamah. Cuma saya hendak minta penjelasan iaitu ketegasan pihak kerajaan apa yang disebut tadi dan juga pernah disebut lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu oleh seorang Menteri, kalau tidak silap saya kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri, Dato’ Sri Idris Jala yang mewakili keputusan Kabinet iaitu membenarkan orang Kristian di Sabah dan juga Sarawak menggunakan kalimah “Allah” ini termasuk dalam Bible dalam bahasa Melayu. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Menteri yang jaga agama ini memang itu betullah, maknanya bolehlah? Seperti juga disambut pula oleh Yang Berhormat Menteri daripada Padang Rengas kata, hanya untuk di Sabah dan Sarawak. Sampai di KLIA tidak boleh guna. Itu saya hendak minta. Maknanya betullah keputusan kerajaan orang Kristian boleh guna kalimah “Allah”? Itu saya hendak minta.
Saya ingin menjelaskan begini, Yang Berhormat Pokok Sena jangan beri tekanan- boleh atau tidak, dan sebagainya. Apa yang diputuskan saya sebutkan tadi bahawa 10-point solution yang telah dibuat di peringkat Sabah dan juga Sarawak so, itu antara yang diputuskan. Akan tetapi apa pun suka saya jelaskan bahawa di peringkat negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah menggazet kalimah-kalimah yang tidak dibenarkan. Maka selaku Menteri Agama, saya mempertahankan bahawa Majlis-majlis Agama Negeri yang telah pun menggazet bahawa kalimah-kalimah ini tidak dibenarkan. Jadi, sama ada pernyataan daripada pihak Islam dan bukan Islam yang ingin melihat bahawa kalimah ini boleh digunakan, ia sudah bertentangan dengan negeri-negeri yang telah pun menggazet dan ia dianggapkan sebagai fatwa negeri untuk kalimah “Allah” ini...
Baik Tuan Yang di-Pertua, Menteri. Maknanya betullah keputusan ini? Saya takut nanti ada misquoted daripada pihak media...
Tidak.
...Maknanya Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seorang Islam telah pun membenarkan kalimah “Allah” diguna pakai melalui 10-point solution tersebut, termasuk untuk orang Kristian yang ada di Kuala Lumpur ini, bila dia pergi ke Sabah dan Sarawak dia boleh guna, tetapi di sini dia tidak boleh guna?
Saya sudah sebutkan tadi jawapannya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
Saya tambah sedikit.
Menteri, boleh minta penjelasan?
Yang Berhormat Menteri.
Saya beri kepada Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada- kita semua di sini menghormati undang-undanglah. Maknanya kita terima keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan tadi Menteri pun sebut, ada satu lagi level, dia boleh pergi di peringkat Persekutuan. Itu kita tidak mahu bincanglah. Cuma saya sebagai ahli legislator di sini, kadang-kadang kita rasa isu ini dibawa dalam bentuknya yang langsung kita nampak, contohnya kalau isu yang telah digazet- tadi disebut, memang kita tahu ada negeri-negeri yang menggazet beberapa perkataan yang tidak boleh dipakai tetapi itu yang saya faham, kalau orang bukan Islam pakai itu untuk kita, tidak boleh. Sekarang ini isu Herald, ia ada circulation di kalangan penganut Kristian. Kalau diedarkan kepada orang Islam, ya salah. Itu kita terima sebab itu keputusan Mahkamah Tinggi awal dahulu. Akan tetapi saya lihat di sini seperti ada pressure untuk membawa isu ini, bukan sekadar isu yang bersifat legal, tetapi lebih kepada kepentingan orang tertentu untuk guna isu ini bagi mengeruhkan hubungan antara agama. The 10-point solution itu untuk pengetahuan Menteri, itu dibuat semasa Pilihan Raya Sarawak kerana isu masa itu Kitab Injil telah dibawa masuk ke Pelabuhan Klang dan Kuching, tetapi disekat kerana isu Herald ini. Untuk selesaikan masalah dan pada waktu itu pula Pilihan Raya Sarawak, maka pada itu dilahirkan 10-point solution. Maknanya saya punya pandangan Yang Berhormat, bukan tidak boleh selesai masalah, boleh. Akan tetapi mengapa diheret perkara ini sampai jadi isu besar dalam negara kita. Ada political will untuk selesai tanpa terpaksa heret kepada perkara-perkara yang boleh mengeruhkan hubungan antara agama.
Yang Berhormat Parit Buntar, bila disebutkan...
Menteri, boleh saya tanya sesuatu?
Tidak. Saya jawab yang ini dahulu.
Duduk dahulu Yang Berhormat Sibu.
The 10-point solution ini Tuan Yang di-Pertua, dibuat sejak daripada tahun 1963 iaitu pada masa pembentukan Malaysia, Sabah dan juga Sarawak dalam masa kemasukan...
[Dewan riuh]
The 10-point agreement.
Itu lain. Yang 10-point solution ini hanya dibuat semasa Pilihan Raya Sarawak.
Menteri, saya rasa kamu sudah keliru.
Itu 20 vision. Itu cerita lain. Itu 20 lain. Ini 10-points khas untuk bawa masuk al-Kitab itu.
Yang Berhormat Parit Buntar, saya sebutkan tadi bahawa ini yang diputuskan sama ada termasuk dalam pembentukan Malaysia dan juga termasuk 10-point solution yang telah dibuat. Ini hal yang telah diputuskan. Akan tetapi balik kepada soal Herald tadi ialah tuntutan yang telah pun dibuat di peringkat mahkamah. Kita melihat bahawa keputusan mahkamah telah pun keluar...
Minta penjelasan Menteri. Minta penjelasan, sedikit sahaja.
Saya tidak benarkan. Duduk dahulu.
Saya rasa kamu tadi, percakapan kamu ada salah sedikit. Bila kami...
Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu, Menteri belum beri peluang lagi. Sila duduk.
Saya sebutkan tadi bahawa mahkamah telah pun memutuskan keputusan dan kita ada ruang bagi pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membawa terus kepada mahkamah. Kita bagi Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan JAKIM bersedia untuk menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah. Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat, sedikit. Saya hendak minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, mencelah. Minta penjelasan.
[Bangun]
[Bangun]
Saya hendak minta penjelasan supaya Yang Berhormat clear bahawa memang betullah kenyataan saya tadi bahawa keputusan Kabinet iaitu 10-point solution yang dibuat Kabinet, yang Yang Berhormat juga merupakan anggota Kabinet bersetuju untuk orang Kristian guna kalimah “Allah” di Sabah dan Sarawak. Itu saya hendak minta. Yang Berhormat anggota Kabinet.
Tuan Yang di-Pertua, sila. Sudah habis?
Habis.
Saya sebutkan tadi ada 10-point solution yang telah pun dibuat, okey?
Jadi memang orang Kristian boleh gunalah kalimah “Allah” ini?
Yang Berhormat, kita sudah jawab ada 10-point solution. Maknanya Yang Berhormat...
Menteri, beri peluang sayalah.
Boleh atau tidak boleh?
10-point solution ialah membenarkan orang Kristian guna kalimah ”Allah”, betul?... Betul, bolehlah. Yang Berhormat sebagai anggota Kabinet, bersetujulah itu?... Okey terima kasih. Setuju!
Habis sudah?
Menteri, Menteri, sini.
Menteri, ini daripada Sarawak, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, daripada Sarawak.
Beri peluang orang Sarawaklah.
Beri Menteri jawab dahulu. Sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenom dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain telah membangkitkan isu tuntutan hak asasi manusia...
Tuan Yang di-Pertua.
...Khususnya yang berkaitan umat Islam oleh gabungan NGO Malaysia dalam proses...
Tuan Yang di-Pertua, tidak bolehlah tukar. Saya MP dari Sarawak. Minta penjelasan, boleh tidak?
Gabungan NGO...
Ini peraturan, bila Menteri berucap tidak beri laluan, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri, saya cadang supaya Menteri jawab soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Pokok Sena, sebab ini telah mengakibatkan banyak kekeliruan.
Saya tidak benarkan. Sila duduk. Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Klang, saya belum... [Disampuk] Yang Berhormat Klang.
...Penggunaan kalimah ”Allah” di Sabah dan Sarawak. Boleh atau tidak boleh? Itu soalnya.
Yang Berhormat Klang, sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Klang. Peraturan Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang, peraturan. Sila.
Yang Berhormat Tenom dan yang lain telah membangkitkan isu tuntutan hak asasi manusia khususnya berkaitan umat Islam oleh gabungan...
Menteri, minta nama “Allah” dulu.
Ini Yang Berhormat Menteri, sekejap. Sekejap Yang Berhormat. Sila rujuklah peraturan bila Yang Berhormat Menteri tidak benarkan, Yang Berhormat Menteri hendak teruskan ucapan menjawab, silalah duduk. Sila... [Disampuk] Tidak hendak jawab, atau tidak benarkan sama sahaja. Sila.
Beri jawapan yang salah. Beri jawapan yang salah.
Yang Berhormat Tenom dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain telah membangkitkan...
Yang Berhormat Sibu, sekali lagi bangun boleh berehat Yang Berhormat Sibu. Sila.
Isu tuntutan hak asasi manusia khususnya berkaitan umat Islam oleh gabungan NGO Malaysia dalam Proses Semakan Berkala Sejagat UPR COMANGO di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan izin, the collation of Malaysian NGOs in the UPR process. Ahli Yang Berhormat bertanya, setakat manakah kerajaan menangkis tohmahan- tohmahan dan tuntutan oleh COMANGO di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam mendepani tuntutan-tuntutan berhubung hak asasi manusia, kerajaan sentiasa dibantu oleh golongan ulama dan intelektual Islam supaya apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan sentiasa selaras dengan hukum syarak dan menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, tuntutan-tuntutan pihak COMANGO tersebut jelas merupakan satu bentuk pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang- undang Islam secara khususnya. Justeru, kerajaan secara konsisten berpendirian bahawa sekiranya terdapat mana-mana anasir yang cuba untuk menjejaskan keharmonian dan mencabar keluhuran perlembagaan di negara ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya menurut undang-undang yang berkuat kuasa. Oleh yang demikian, kerajaan telah menghantar wakil bagi menghadiri Mesyuarat Semakan Berkala Sejagat UPR Sesi Ke-17, oleh Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013. Delegasi Malaysia diketuai oleh
Kementerian Luar Negeri dan JAKIM, serta pelbagai agensi lain telah bekerjasama rapat dalam delegasi Malaysia ke Semakan Berkala Sejagat UPR ini. Sebanyak 15 negara termasuk Malaysia, Monaco, China, Arab Saudi dan juga Israel dijadualkan untuk disemak hak asasinya dalam sesi ini. Semua negara ini hadir untuk UPR mereka.
Semakan dibuat berdasarkan tiga sumber laporan iaitu dari dalam negara, PBB dan masyarakat Madani seperti COMANGO. Sebenarnya untuk maklumat pengetahuan Dewan yang mulia, COMANGO merupakan satu pertubuhan yang tidak berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tidak sah dari segi undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini. Antara tuntutan COMANGO ialah mengenai undang-undang syariah, kebebasan beragama termasuk murtad, syiah, pengiktirafan terhadap zina, LGBT dan konsep gender ala Barat. Semua isu tersebut diberikan perhatian serius dan maklum balas mengenainya telah dikemukakan. Hasilnya sebahagian besar tuntutan COMANGO tidak mendapat perhatian dunia antarabangsa dalam UPR Malaysia Ke-2, kali ini. Yang Berhormat Tenom juga meminta JAKIM menyiasat Sisters in Islam ataupun SIS berada dalam kelompok COMANGO. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan COMANGO untuk UPR Malaysia Ke-2 2013 mengesahkan bahawa Sisters in Islam Forum Malaysia Berhad ialah satu daripada 54 NGOs yang didakwa menyertai COMANGO dalam proses UPR tersebut. Badan ini turut menganggotai semasa UPR Malaysia pertama 2009 atas nama Sisters in Islam. Nama yang sama juga diklasifikasikan sebagai organisasi dan sekutu oleh International Gay and Lesbian Human Rights Commission, dengan izin. Berhubung dengan usaha-usaha kerajaan bagi menangani isu tersebut, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta agensi kerajaan yang lain sentiasa bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam dari berleluasa. Pemantauan yang berterusan daripada aktiviti-aktiviti oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran yang menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam juga dijalankan di samping mengadakan beberapa program bagi memantapkan lagi akidah umat Islam. Antara tindakan pencegahan yang diambil adalah seperti mengadakan program pemantapan akidah, memantau dan menjalankan kajian serta mengesan pendekatan berkesan bagi mengawal elemen yang memesongkan akidah umat Islam, memantapkan program pendidikan formal dan tidak formal ke arah umat Islam lebih cerdik agama, celik agama, melaksanakan tindakan undang-undang secara bersepadu antara pelbagai agensi kerajaan peringkat pusat dan negeri serta menerbitkan dan menyebarkan buku atau risalah berkaitan kefahaman akidah serta menyiarkannya melalui media massa dan elektronik. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya beralih kepada isu berkaitan surau dan masjid yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling mencadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti di surau, masjid serta memberi peluang kepada golongan anak muda mengimarahkan masjid. JAKIM selaku agensi pusat bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dalam menambah nilai dan meningkatkan aktiviti di surau dan masjid. Antaranya melalui program pengajian takmir di mana guru takmir diberi elaun bulanan. Bagi menarik golongan muda ke surau dan masjid, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri mengadakan beberapa program untuk menarik golongan ini ke masjid. Pihak masjid dan surau juga turut mengadakan pelbagai aktiviti remaja di masjid. Antara programnya seperti Kem Smart Solat, Kem Remaja Masjid, kelas tuisyen, kelas komputer, Kelab Tekwando, futsal remaja dan sebagainya. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, aktiviti pengimarahan yang dilaksanakan di surau dan masjid melibatkan penyertaan semua golongan lapisan masyarakat termasuk juga golongan muda. Antara program aktiviti kepada golongan ini seperti program imam muda qariah, kem remaja, seminar motivasi untuk menghadapi peperiksaan, kem rehlah remaja dan pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan mengikut keperluan. Yang Berhormat Baling dan juga Yang Berhormat Lenggong mencadangkan agar bil elektrik dan bil air surau masjid dibayar oleh kerajaan dan tarif bil tidak berdasarkan kadar komersial. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bil-bil elektrik dan air di surau dan masjid adalah diurus dan dibayar oleh jawatankuasa pengurusan masjid dan surau masing-masing. Bagi bil elektrik, jawatankuasa pengurusan masjid dan surau boleh
memohon diskaun ataupun potongan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di mana TNB ada memberikan diskaun kepada rumah-rumah ibadat. Misalnya di Wilayah Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberikan potongan sebanyak 10% tarif rumah ibadah terhadap bil elektrik bagi semua masjid di Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Sabak Bernam pula berharap Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberikan peruntukan bagi membantu menyelenggarakan masjid dan surau di seluruh negara termasuklah di Parlimen Sabak Bernam. Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai semua keperluan masjid dan surau di seluruh negara. Walau bagaimanapun semua urusan berkaitan pembinaan atau menaik taraf dan penyelenggaraan masjid dan surau adalah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan projek penyelenggaraan, pembinaan atau menaiktarafkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sahaja. Bagi permohonan daripada negeri-negeri lain, JAKIM bertindak sebagai penyelaras dan mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU/JPM) untuk pertimbangan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Tanah Merah meminta supaya peruntukan RM50 juta untuk sekolah agama rakyat hendaklah juga termasuk kepada sekolah pondok dan juga tahfiz. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap sekolah agama rakyat (SAR) dengan memberi sejumlah peruntukan diberi pada setiap tahun dengan jumlah tertentu berdasarkan kepada kelulusan bajet tahunan dan bajet 2014 telah diberikan peruntukan khas yang disalurkan mengenai e- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh yang demikian...
Sekejap Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat. Bukit Gantang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan bercadang untuk hendak memberikan balik per kapita kepada sekolah agama rakyat sebagaimana yang pernah diberikan dulu. Sekarang RM50 juta. Itu pada pemahaman saya hanya untuk pengurusan. Adakah pihak Menteri ataupun pihak kerajaan untuk mengembalikan balik bantuan per kapita kepada pelajar-pelajar sekolah agama rakyat yang ditarik oleh bekas mantan Perdana Menteri dulu? Terima kasih.
Terima kasih Bukit Gantang. Daripada maklumat yang telah pun dipohon melalui KPM ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia di mana pihak kementerian memasukkan bahawa dalam senarai permohonan untuk bantuan sekolah tersebut boleh dipohon melalui secara langsung kepada kementerian, KPM walaupun sebagaimana Bukit Gantang sebutkan terdahulu pernah ada apa yang disebut dengan bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama berdasarkan kepada termasuk SAR, sekolah agama rakyat yang termasuk di negeri-negeri yang pada waktu itu belum diperkenalkan apa yang dipanggil konsep SABK, sekolah agama bantuan kerajaan. Apabila konsep sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) ini diperkenalkan, banyak sekolah yang telah pun mengambil perhatian dan tindakan untuk mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan mendapat bantuan prasarana bangunan dan juga penggajian kepada guru-guru dan juga pendidik di sekolah tersebut. Akan tetapi apa pun berdasarkan maklumat yang telah diberikan kepada pihak bahagian saya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka boleh memohon terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi bantuan-bantuan keperluan sekolah- sekolah SAR ataupun sekolah agama rakyat ini...
Panjang lagi Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi penjelasan. Maksud saya ialah saya hendak supaya bantuan per kapita, yang tadi itu mungkin bantuan dari segi One-Off untuk pembinaan dan keperluan-keperluan maintenance yang lain. Benda itu yang saya hendak kembali balik kerana ini soal pendemokrasian dalam soal pendidikan kerana ada sekolah-sekolah agama rakyat yang masih lagi sikap dia tidak mahu serahkan kepada- untuk mendapatkan SABK tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Gantang, terima kasih. Dari pandangan tadi, sememangnya kita berhasrat yang demikian tetapi apa pun ini merupakan keputusan yang muktamad adalah daripada Kementerian Pendidikan kerana apa yang difahamkan ialah melalui sekolah-sekolah ini mungkin barangkali perlu diperjelaskan bahawa sekolah-sekolah yang belum daftar ini ada kebanyakan lembaga-lembaga tadbir mereka memahamkan bahawa sekolah ini diserahkan di bawah SABK kepada kerajaan. Sebenarnya bukan dimaksudkan dengan penyerahan kepada kerajaan tetapi ia mendaftar sekolah agama bantuan kerajaan untuk mendapat bantuan. Cumanya mungkin dalam syarat ataupun penyerahan itu ialah sekolah ini mestilah sekolah yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Jadi ada sekolah-sekolah yang masih ingin bertahan dari sudut konteks nama tanah dan termasuk juga dengan bangunan tersebut masih lagi di atas nama individu yang tertentu.
Jadi mungkin dalam konteks ini Kementerian Pendidikan melihat ada ruang yang di sana mungkin guru yang ada pada masa hari ini masih lagi memberikan kesukarelaan yang begitu tinggi. Akan tetapi apabila sampai kepada generasi anak-anak yang akan datang, bangunan tersebut kalau sekiranya tidak menjadi wakaf yang menjadi salah satu syarat utama pendaftaran di bawah SABK, maka kemudian bangunan itu boleh dihakmilikkan oleh keluarga dan juga waris daripada pihak yang berkenaan. Akan tetapi apa-apa pun keputusan yang final ataupun yang dengan izin, muktamad adalah daripada pihak Kementerian Pendidikan. Bagaimanapun, insya-Allah kita memang sentiasa berusaha untuk supaya ruang-ruang membantu sekolah ini termasuk dalam per kapita tadi dibantu oleh pihak kerajaan.
Ya, panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, saya ada lebih kurang 15 muka surat. Sekarang ini saya berada di muka surat yang kesebelas.
Sila-sila.
Yang Berhormat Rantau Panjang bertanya berapa jumlah Orang Asli yang telah masuk Islam dan apakah program bagi memastikan mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2013 sehingga bulan September, jumlah Orang Asli di negara ini yang memeluk Islam ialah seramai 534 orang. Perbelanjaan program pelaksanaan bagi pelbagai program dilaksanakan oleh JAKIM bagi meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka terhadap Islam. Antaranya Program Pemantapan Akidah Masyarakat Orang Islam, kelas Fardu Ain yang dikendalikan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM, Program Ihya’ Ramadhan di Perkampungan Orang Asli dan Kursus Pemantapan Asas Fardu Ain anak- anak Masyarakat Orang Asli. Di samping itu bagi mendekati dan bersama masyarakat Orang Asli, program berikut juga dilaksanakan iaitu ziarah ukhuwah, Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli, majlis sambutan hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ketiga meraikan perkahwinan beramai-ramai masyarakat Orang Asli Islam, yang keempat Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli dan kelima Simposium Kepimpinan Tok Batin dan Penghulu Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu zakat, Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya sejauh manakah kutipan zakat telah berjaya diagihkan secara berkesan kepada asnaf-asnaf bagi mencapai matlamat asalnya untuk membantu umat Islam termasuk saudara baru dan digunakan bagi kepentingan umat Islam di negara ini. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Butiran 1 Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bahawa urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kutipan dan agihan zakat dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Di Wilayah Persekutuan sebagai contoh, zakat yang dikutip di manfaatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi pelbagai
program agihan kepada umat Islam. Program agihan tersebut dilaksanakan dalam bentuk agihan secara langsung di mana asnaf yang layak akan menerima bantuan menerusi 28 skim bantuan yang merangkumi aspek keperluan asasi, pendidikan keusahawanan, kebajikan dan dakwah. Skim-skim bantuan ini telah membolehkan penerima menikmati kehidupan yang lebih baik dan antaranya berjaya dalam pendidikan dan perniagaan. Bantuan-bantuan tersebut turut meliputi bantuan kepada mualaf yang merupakan salah satu asnaf zakat. Sebaik sahaja mereka memeluk agama Islam, bantuan terus disalurkan kepada mereka disusuli dengan bantuan yang berkaitan agar mereka terus dibela. Selain agihan memberi skim-skim bantuan berkenaan, MAIWP juga telah memanfaatkan zakat yang dikutip dengan menubuhkan dan membangunkan infrastruktur dan prasarana yang boleh dimanfaatkan untuk jangka masa panjang. Antaranya dalam bidang pendidikan, MAIWP telah membangunkan Institut Kemahiran Baitulmal, Institut Profesional Baitulmal, Sekolah Agama dan Sekolah Menengah Agama MAIWP, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI. Dalam aspek perlindungan dan kebajikan, wang zakat telah digunakan untuk membangunkan beberapa kompleks seperti Darul Kifayah untuk anak-anak yatim termasuk untuk anak-anak fakir miskin dan juga asnaf dan juga Darul Sa’adah untuk wanita yang terjebak dalam gejala sosial. Dari golongan mualaf pula, MAIWP kini sedang membangunkan Kompleks Darul Hidayah yang akan dapat memberikan bimbingan secara intensif kepada golongan ini.
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri tentang zakat ini. Telah dihuraikan agak panjang lebar mengenai pengagihan zakat dan sebagainya. Cuma saya fikir antara realiti kehidupan hari ini adalah ramai dari segi peratusnya terlalu tinggi mereka yang berhutang. Apakah ada satu strategi khusus boleh dimanfaatkan wang zakat ini bagi meringankan beban hutang bagi mereka yang betul-betul berhutang untuk perkara-perkara kebaikan. So saya fikir ini juga boleh membantu melunaskan masalah hutang dan menurunkan kadar mereka yang berhutang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Kita amat bersetuju memang di dalam salah satu daripada cabang asnaf zakat itu ialah Al-Gharimin iaitu golongan-golongan yang berhutang. Jadi golongan berhutang ini kita sudah minta kepada Mufti dan juga di Wilayah dalam konteks Wilayah dan Muzakarah peringkat Wilayah Persekutuan dan juga kita minta kepada Muzakarah Kebangsaan supaya dapat memberikan satu pandangan yang lebih holistik dengan izin, ataupun dengan yang lebih menyeluruh untuk tujuan supaya maksud yang berhutang di sini. Sebab kadang-kadang kalau kita tengok mereka-mereka yang terlantar di Insolvensi ataupun mereka yang dimaksudkan bahawa mereka tertahan harta dan sebagainya kerana perbelanjaan hutang yang begitu banyak, maka pada masa sekarang kita sedang memohon kepada Majlis Fatwa dan juga termasuk fatwa di peringkat negeri memberikan pandangan. Namun apa sekali pun Yang Berhormat Bukit Katil dan Dewan yang mulia, buat masa sekarang hutang yang diguna pakai untuk membantu oleh Majlis Agama Islam Wilayah iaitu hutang yang berkaitan dengan pendidikan dan begitu juga dengan hutang orang yang dalam keadaan sakit. Jadi ini di antara hutang-hutang yang jadi pokok utama kepada hutang yang di bantu untuk dibayar balik. Oleh sebab kalau dimaksudkan hutang itu terlampau relatif maksudnya, terlampau besar tujuannya sebab kadang-kadang ada juga orang yang mampu membayar hutang kerana pinjaman terlalu besar daripada luar jangkaan. So kita menunggu dan menanti pandangan daripada Pejabat Mufti dan juga Pejabat Majlis Fatwa Kebangsaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit menyarankan pelunasan zakat korporat dan cadangan penubuhan Lembaga Zakat Negara menjadi tanggungjawab berkaitan zakat sepenuhnya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri, maka Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) adalah sebagai pemudah cara di peringkat nasional dalam membantu MAIN memperkasakan institusi zakat
negeri-negeri ke tahap yang lebih baik. Sebagai mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, individu yang membayar zakat diberikan rebat cukai pendapatan mengikut seksyen 6A(3), Akta Cukai Pendapatan 1967, manakala bagi syarikat yang membayar zakat pula potongan cukai tidak melebihi 2.5% daripada pendapatan agregat yang diberikan mengikut seksyen 44(11A), Akta Cukai Pendapatan 1967. Mengenai saranan supaya cukai rebat diberikan kepada zakat korporat dan perniagaan, dimaklumkan sejak tahun 2005 JAWHAR telah berunding dan bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mendapat pertimbangan pemberian rebat ataupun cukai pendapatan ke atas zakat perniagaan yang dibayar oleh syarikat, institusi dan lain-lain organisasi. Berhubung cadangan penubuhan Lembaga Zakat Negara untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada awal tahun 1990an terdapat cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi di peringkat nasional iaitu Lembaga Urusan Zakat Malaysia (LUZAM). Namun begitu cadangan ini tidak dilaksanakan disebabkan urusan zakat adalah merupakan pentadbiran agama yang terletak di bawah bidang kuasa raja-raja ataupun kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja perkara-perkara yang dibangkitkan...
Tuan Yang di- Pertua minta penjelasan sikit, Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan zakat. Saya ingin penjelasan sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh kerajaan terhadap sumber wang zakat ini telah diagihkan dengan baik kepada asnaf-asnaf yang selayaknya. Sebab kita tengok dalam buku Laporan Ketua Audit Negara menyebutkan bagaimana RM1juta wang zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang tidak diagihkan melalui Institut Profesional Baitulmal, RM1 juta tidak diagihkan kepada pelajar miskin.
Ya ringkaskan.
Akan tetapi tidak dikembalikan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Jadi macam manakah pemantauan dibuat, dan kenapa perkara ini berlaku? Minta penjelasan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang- kepada pemantauan-pemantauan. Saya sebutkan tadi bahawa dalam konteks Wilayah Persekutuan, ia adalah merupakan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan juga di bawah tanggungjawab kita untuk menyelia. Akan tetapi, untuk negeri-negeri ia adalah merupakan di bawah tanggungan negeri masing-masing untuk menyelia dan juga memantau. Akan tetapi, suka saya jelaskan bahawa dalam konteks zakat Malaysia hari ini, trend pembayarannya, ia ada beberapa masa tertentu yang ia mencapai kemuncak. Ambil contoh ialah di penghujung Ramadan. Biasanya di penghujung Ramadan adalah merupakan hari kemuncak pembayaran zakat ini dibuat. Satu lagi yang merupakan hari kemuncak paling tinggi pembayaran zakat dibuat ialah pada hari 31 Disember, tarikh terakhir daripada tahun-tahun berakhir. Maknanya untuk tahun 2013, kita faham bahawa pada bulan tersebut, kalau di Wilayah Persekutuan kita boleh jangkakan bahawa peruntukan pembayaran zakat Disember tahun 2013 ini, jangkaan kita ia akan menjangkau sehingga sampai RM100 juta. Kalau katakan dalam trend yang berlaku di Wilayah Persekutuan dan trend yang berlaku di Selangor, mengambil kira berapa tahun berturut-turut, pembayarannya akan meningkat pada bulan Disember dan Disember pula hari yang terakhir itulah hari yang paling besar pembayaran akan dibuat terutamanya di Wilayah Persekutuan dan juga di Selangor...
[Bangun]
Jadi, apa sekalipun berbalik kepada pembayaran tadi, mungkin barangkali wang tersebut ditangguhkan pembayaran dan sebagainya tetapi maklumat tentang pengembalian telah pun dibuat dan telah pun dijawab kepada bahagian audit dan pemantauan telah dibuat dalam MAIWP sendiri. Jadi, sejauh sekarang maknanya bukan soal penyelewengan dan juga wang tersebut tidak dibayar, tetapi wang tersebut telah pun dipulangkan kembali kepada Baitulmal oleh pihak yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanyakan- saya rasa dahulu, betulkan saya jika tidak betul tentang adakah Petronas perlu atau tidak membayar zakat ini. Kalau tidak silap saya ada isu itu timbul. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kedudukan tentang kewangan Petronas ini. Jika Petronas telah membayar zakat, berapa yang telah dibayar? Kalau belum, apakah justifikasi kenapa mereka tidak perlu membayar zakat? Itu yang pertama. Keduanya, saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri di bawah asnaf manakah seseorang peguam boleh dibayar menggunakan wang zakat dalam kes yang melibatkan perbicaraan qazaf melibatkan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.
Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang menimbulkan Petronas. Saya perlu mencari maklumat adakah Petronas bayar dan juga di mana serta berapa jumlah yang telah pun dibayar. Daripada yang sedemikian untuk saya akan berikan jawapan bertulis. Akan tetapi, saya suka untuk hendak menarik maklumat kepada pihak Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan pembayaran zakat, yang saya rasa elok juga Yang Berhormat Sepang timbulkan pada hari ini untuk tujuan saya lebih menjelaskan kedudukan kerana ruang ini tidak pernah diberikan untuk penjelasan dibuat oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat Sepang, pada ketika pembayaran apabila kes yang berkaitan dengan qazaf yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh yang sebagaimana Yang Berhormat Sepang sebutkan ialah dibawa atas sifat pada waktu itu Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga termasuk bahagian pegawai pendakwaan di Mahkamah Wilayah Persekutuan dan juga termasuk Pengerusi Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah didakwa dan juga dibawa ke mahkamah pada waktu tersebut. Sebenarnya untuk maklumat Yang Berhormat Sepang, pada tahun tersebut kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM15 juta peruntukan untuk pembayaran gaji dan juga pentadbiran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Daripada RM15 juta peruntukan bajet kerajaan yang telah diberikan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, RM700,000 telah pun diperuntukkan. Jumlah RM700,000- saya ulang, diperuntukkan untuk kes-kes mahkamah yang ada di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan termasuklah kes perebutan jenazah, kes kemasukan Islam dan sebagainya. Jadi, peruntukan tersebut telah pun disimpan di dalam akaun yang secara bersama di dalam akaun yang dipegang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Atas sifat yang demikian, mungkin kecelaruan kefahaman dan juga maklumat bahawa wang zakat telah pun digunakan dalam konteks tersebut. Jadi, sebenarnya peruntukan kerajaan telah pun sedia ada dan perkara itu saban tahun. Ia bukan bermula pada tahun ini dan tahun yang lalu atau dua tahun yang lepas tetapi aliran pembayaran kerajaan untuk tujuan bagi pembayaran kes-kes mahkamah telah pun dimasukkan oleh pihak kerajaan sejak daripada tahun 1994. Ini jadual-jadual pembayaran yang telah dibuat oleh kerajaan bagi kes-kes mahkamah di Wilayah Persekutuan. Akan tetapi, oleh kerana pada waktu tersebut akaun itu disatukan, maka akaun itu disebut sebagai akaun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Akan tetapi, pada hari ini, mulai daripada tahun yang lalu, kita telah pun mengarahkan supaya Majlis Agama Islam mengasingkan akaun sama ada akaun am, akaun umum yang termasuk akaun-akaun kerajaan dan juga daripada sewa beli dan sebagainya serta lagi satu akaun yang berkaitan
dengan zakat yang telah dikhususkan supaya tidak ada kecelaruan dalam kefahaman, dalam menjelaskan maklumat sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sepang. So, saya merasakan mungkin dengan ini dapat memberikan penjelasan bahawa tidak timbul soal wang zakat yang telah digunakan bahkan kalau digunakan sekalipun, berdasarkan daripada pandangan sebab sebelum penggunaan wang yang ada di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diguna pakai untuk apa-apa tujuan sekalipun termasuk dalam konteks pembinaan dan sebagainya, wang tersebut harus melalui satu jawatankuasa penapisan syarak terlebih dahulu yang diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam konteks ini, mufti berpandangan kalaupun sebagai contoh, walaupun tidak digunakan, dia menggunakan sumber daripada yang diperuntukkan oleh kerajaan, kalaupun tidak digunakan daripada sumber tersebut, maka pihak mufti berpandangan sebenarnya bukan persoalan digunakan oleh individu, tetapi ialah wang tersebut kalaupun digunakan daripada sumber zakat ialah untuk mempertahankan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah pun dibawa kesnya ke mahkamah. Jadi, orang yang berada dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada waktu tersebut oleh kerana saya sebagai pengerusinya, maka saya yang telah dibawa kepada mahkamah tersebut. Cuma, betullah...
Soalannya Yang Berhormat Menteri, kalau wang itu wang zakat, saya hendak tanya apa asnafnya? Bayar kepada peguam itu, peguam itu hendak kata asnaf apa?
Okey.
Ada masuk dalam lapan itu atau tidak?
Tidak. Okey.
Okey.
Terima kasih. Saya sebutkan tadi bahawa bukan wang zakat yang digunakan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Okey, bahkan mufti berpandangan - ini pandangan mufti, ini bukan daripada mana-mana pihak. Pandangan mufti berpandangan bahawa ianya adalah daripada asnaf untuk tujuan fisabillillah, mempertahankan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Patut fisabilillah, kita pergi lah juga dakwa orang yang menuduh orang qazaf. Itu fisabilillah juga. Orang yang dituduh dengan qazaf, kita bawa kes ke mahkamah atas kes qazaf. Itu juga fisabilillah.
Yang Berhormat Sepang, sebenarnya begini ya. Untuk tujuan mendakwa bukan dia Pengerusi Majlis Agama dan juga bukan daripada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pendakwaan adalah di bawah kuasa yang telah diberikan kepada bahagian pendakwaan, pegawai pendakwa mahkamah syariah. Pegawai pendakwa mahkamah syariah Yang Berhormat Sepang, untuk maklumat ianya dilantik di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam konteks Wilayah Persekutuan. Jadi, di sana ada pengasingan. Jadi, kalau sekiranya Yang Berhormat Sepang menyatakan bahawa kita perlu mendakwa, tetapi kita tidak ada kuasa untuk mengarahkan bahagian pendakwaan kerana bahagian pendakwaan ia adalah merupakan badan yang bebas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk sama ada dia hendak mendakwa ataupun tidak. Akan tetapi, kalau sekiranya dia tidak mengambil sikap untuk- di sana ada ruang untuk dia mendakwa, maka bagaimana Yang Berhormat Sepang ingin mengarahkan supaya kerajaan mendakwa sedangkan kuasa mendakwa adalah di bawah kuasa pendakwaan yang dipegang oleh badan yang bukan dikuasai oleh kerajaan tetapi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di Wilayah Persekutuan...
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah perkara-perkara...
Minta penjelasan sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Bab zakat lagi ya. Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah kenapa pusat pungutan zakat tidak disatukan sahaja? Ini kerana misalnya, kalau kita bayar zakat kepada Wilayah Persekutuan di PPZ, dia tidak tanya daripada negeri mana yang awak duduk. Akan tetapi ketika hendak agih pula, dia agih hanyalah berdasarkan kepada negeri wilayah sahaja. Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebagaimana yang telah diulang banyak kali dalam Dewan ini bahawa kuasa untuk mentadbir agama dalam konteks negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa ini adalah merupakan kuasa negeri. Negeri begitu amat sensitif ataupun negeri begitu amat mengambil perhatian tentang kutipan-kutipan zakat ini maka begitu juga soal pengagihan. Oleh sebab yang demikian, yang menjadi peraturan bahawa kita tidak boleh memusatkan kutipan. Ada negeri-negeri yang mungkin barangkali memang sebagai contoh beberapa negeri yang dapat kutipan yang agak kecil. Mereka juga amat mengharapkan kalau boleh diturunkan kutipan itu secara berpusat dan sebagainya. Akan tetapi bagi tujuan untuk negeri-negeri yang mempunyai kutipan yang agak besar, mereka tidak bersedia bahkan mereka berpegang kepada peruntukan perlembagaan bahawa kuasa agama termasuk kutipan zakat, sekolah agama dan sebagainya adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Itu antara sebabnya lah. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekadar itulah perkara-perkara yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih. Lagi siapa Menteri seterusnya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh sedikit sebanyak berhubung kait dengan perpaduan nasional dan juga integrasi nasional. Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Mas Gading menyarankan agar kerajaan mengambil langkah untuk mempererat dan memperkukuhkan perpaduan antara rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab persoalan ini dalam tiga bahagian secara ringkas sahaja. Saya akan menghuraikan program-program yang telah dijalankan pada masa dahulu dan kini, apakah kesannya. Seterusnya, program-program yang kami rancang, yang kami fikir untuk memantapkan lagi perpaduan di antara rakyat Semenanjung dan rakyat Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, program-program yang dirancang adalah bertujuan untuk menghayati semula sejarah pencapaian 50 tahun lalu dan bagaimana dapat memperkasakan hubungan antara etnik kekal stabil dan kukuh dalam proses merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang terutama rakyat Semenanjung yang terpisah jauh dari Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah melalui pelaksanaan program-program integrasi yang dijalankan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Pelaksanaan program integrasi telah membuktikan keberkesanannya dalam memupuk keharmonian dan memperkukuhkan
perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Antara program yang dijalankan untuk mengelakkan hubungan tersebut adalah seperti berikut: (i) lawatan integrasi pemimpin masyarakat. Ini melibatkan ketua kaum, ketua masyarakat, persatuan bukan kerajaan atau NGO, media, belia-belia, rukun tetangga dan badan JKK sempena perayaan-perayaan utama kaum, hari kebesaran negara dan Perasmian Pembukaan Parlimen. Setakat Oktober tahun ini sebanyak 50 program telah diadakan; (ii) Program Integrasi Komuniti ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang diadakan empat kali setahun. Contohnya, lawatan integrasi sempena Hari Kebangsaan, lawatan integrasi sempena Pesta Keamatan, lawatan integrasi sempena Hari Gawai dan lawatan integrasi sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; (iii) Program Titian Padu untuk memberi pendedahan tentang budaya dan adat resam masyarakat kepada para pelajar cemerlang dari Sabah, Sarawak dan sebaliknya; (iv) Program Titian Integrasi institut pengajian tinggi (IPT) yang melibatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong komuniti. Contohnya, baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, seramai 92 pelajar UiTM telah menjalankan kerja-kerja komuniti bersama keluarga angkat dari masyarakat India; (v) Program Orientasi Pegawai Persekutuan Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Semenanjung Sabah dan Sarawak sebanyak empat kali setahun. Berhubung kait dengan ini, ada satu kajian telah dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kajian menunjukkan bahawa 92% responden berpendapat program ini begitu berjaya dan berkesan dalam pengukuhan integrasi nasional; (vi) program yang lain ialah Kem Integrasi Belia. Ini melibatkan belia berbilang kaum dalam memahami budaya pelbagai kaum dan adat resam mereka. Berikutnya, program ini diadakan sekali dalam setahun. Pengalaman menyertai program yang merentasi sempadan etnik dan budaya dalam meningkatkan interaksi sosial memupuk semangat toleransi dan kekitaan, mengikis sikap prejudis mengurangkan tanggapan negatif, mengukuhkan kepercayaan serta hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum dan budaya. Oleh itu prinsip penerimaan di kalangan rakyat pelbagai kaum dapat diterapkan di mana rakyat akan lebih menerima perbezaan antara satu sama lain sebagai rakan setia dan menerima peruntukan-peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengamalkan Rukun Negara. Tuan Yang di-Pertua, selain dari program yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pelbagai agensi juga, pelbagai agensi kerajaan yang lain turut mengadakan program rasmi masing-masing seperti mesyuarat, persidangan, bengkel, program berkaitan dengan sukan, sambutan perayaan dan sebagainya. Secara tidak langsung, boleh meningkatkan interaksi dan mengeratkan perhubungan masyarakat kedua- dua wilayah ini. Selain daripada program-program integrasi yang dijalankan oleh JPNIN, peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pendidikan amat penting sekali dalam menerapkan nilai- nilai budaya masyarakat Sabah dan Sarawak. Melalui institut pengajian tinggi awam dan swasta yang ditempatkan di sana, pelajar-pelajar daripada Semenanjung yang belajar di institusi-institusi seperti UNIMAS, UMS, UiTM ataupun institut perguruan. Dapat menghayati nilai-nilai budaya etnik di Semenanjung untuk diamalkan dalam pergaulan mereka sebagai nilai budaya murni masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan guru-guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Mereka juga merupakan ejen perubahan ke arah proses penerimaan dan penghayatan budaya
masyarakat serta menjadi pemangkin ke arah memperkukuhkan proses integrasi nasional di kalangan generasi muda hari ini.
Pengorbanan kaum pendidik kita harus disanjung. Saya dengan ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih serta meminta kaum pendidik ini untuk terus berfungsi sebagai pemangkin utama perpaduan kaum di negara ini. Terutamanya apabila mereka bertugas di pendalaman Sabah dan Sarawak, kerana generasi mudalah yang dididik hari ini adalah pewaris negara pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, pihak swasta juga terus menerus menyokong usaha-usaha ini dengan memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan tambang murah bagi membolehkan penduduk...
Yang Berhormat Menteri.
...Kedua-dua wilayah berkunjung di antara satu sama lain. AirAsia, Malindo dan FireFly contohnya, menyediakan hubungan udara yang...
Yang Berhormat Menteri.
...Terbaik di antara Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah dengan kadar tambang murah.
Boleh mencelah sedikit?
Boleh saya habiskan sedikit lagi.
Okey, boleh, boleh, boleh.
Program integrasi 1Malaysia bersama AirAsia umpama sebuah jambatan yang menyatupadukan masyarakat Sabah dan Sarawak dengan masyarakat di Semenanjung. Lanjutan daripada program-program yang dijalankan oleh JPNIN dan lain-lain kementerian termasuk pihak swasta, maka ia telah mendorong penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak bekerja di pelbagai sektor industri di negeri-negeri Semenanjung dan sebaliknya. Masyarakat daripada Sabah dan Sarawak, terutamanya dari kawasan pendalaman kedua-dua negeri ini lebih cenderung untuk mencari pekerjaan di Semenanjung. Ya, Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang dibuat sebentar tadi. Isu perpaduan di kalangan rakyat ini merupakan isu besar. Apatah lagi hari ini kalau kita lihat pelbagai perkara yang timbul, yang berlaku. Kalau kita tidak tangani ia dengan baik kita bimbang ia boleh mencetus satu keadaan dan suasana yang boleh mengganggu gugat keharmonian rakyat dalam negara ini. Oleh sebab itu saya fikir tumpuan kerajaan mesti benar-benar diberi dalam isu ini. Saya dengar tadi soal program, pendekatan di buat oleh jabatan sendiri atau pun dengan kementerian-kementerian lain memang berlaku, memang buat. Cuma Yang Berhormat, kalau kita lihat realitinya di bawah misalnya. Kalau program-program yang dibuat oleh Pejabat Jabatan Perpaduan misalnya, dari segi kehadirannya masih lagi di kalangan yang berumur. Generasi baru, generasi muda yang perlu kita berikan tumpuan nampaknya makin kurang dan kadang-kadang tidak ada langsung. Oleh sebab itu, apakah yang kerajaan hendak buat dalam memberi tumpuan kepada generasi baru ini. Pada saya, dari segi program mesti berubah, mesti menepati cita rasa dan kehendak generasi muda ini. Jika tidak, program kita hanya sepuluh kali buat pun tetap kepada golongan dan kelompok yang sama tapi kumpulan sasaran ini tidak akan kita dapat dekati mereka, itu satu. Keduanya, saya tengok dari segi Jabatan Perpaduan ini, di daerah ini kena perbaiki lah Yang Berhormat, tambahlah keanggotaannya, tambahlah bajetnya, berilah keupayaan yang baik kepada mereka ini. Janganlah mahu buat program pun kena minta wakil rakyat dari Sibuti. Kalau mahu buat di Sibuti, betul kan Yang Berhormat ya? Dia minta daripada kita, “Duit tidak ada Yang Berhormat, hendak buat program.” Saya tahu lah, Yang Berhormat pun mesti tahu punya. Duit pun tidak cukup. Program penting tetapi wang tidak ada. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat yang jaga bahagian ini minta daripada
kerajaan, Menteri Kewangan bagi duit banyak. Saya sokong, saya rasa ramai sokong supaya perbanyakan aktiviti. Memang ada lawatan integrasi tapi berapa orang Yang Berhormat? Berapa orang yang boleh ikuti lawatan ini? Siapa kumpulan sasaran? Jadi, saya harap tumpuan mesti diberi untuk memperkasakan jabatan kita di daerah, di negeri, tambahkan keanggotaan dan sebagainya. Selain daripada itu saya cuma mahu tahu, apakah ada perubahan dari segi program dan pendekatan kita. Saya fikir mesti berubah, mesti ada pendekatan baru kerana rakyat sudah berubah, cita rasanya berubah, generasi mudanya sudah berbeza kehendak dan cita rasa. Kalau kita masih lagi stail lama, buat program integriti nasional, melawat datang ke Parlimen, pergi tengok itu, tengok ini Yang Berhormat, tidak berubah daripada dahulu Yang Berhormat. Kita nanti akan jadi hanya kelompok tertentu yang akan berminat. Akan tetapi orang muda terus jauh daripada kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya ingin mengatakan bahawa saya bersetuju sebenarnya kalau soal perpaduan tidak dapat diatasi, tidak dapat ditangani. Maka, ia akan menjadi masalah besar. Keduanya, berkaitan dengan peruntukkan itu. Sebenarnya sekarang ini kami telah menjalankan satu kajian untuk memperkasakan lagi Rukun Tetangga. Jadi, daripada situ kami akan memberi asas-asas tertentu. Asas kami untuk mendapat kewangan daripada kerajaan. Saya setuju selama ini mungkin perhatian yang sepenuhnya, yang betul-betul dirasai oleh akar umbi oleh anak-anak kita berkaitan dengan perpaduan. Sememangnya mungkin tidak diberi perhatian dengan sepenuhnya. Akan tetapi percayalah di atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini yang selalu perkatakan berkaitan dengan kepentingan perpaduan. Jadi, kita akan berikan tumpuan, mencari jalan apakah yang paling baik lagi bagi kita untuk membuat seperti mana yang dihuraikan oleh Yang Berhormat. Berkaitan dengan penglibatan generasi yang budak-budak lagi. Sebenarnya Yang Berhormat, bagi kita untuk memberi kesedaran kepada orang-orang muda ini, kanak-kanak ini, berkaitan dengan betapa pentingnya dengan perpaduan dan integrasi nasional. JPNIN telah menubuhkan beberapa sekolah tabika untuk mendidik kanak-kanak ini dengan memberi kesedaran kepada mereka berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional. Selain daripada itu, kerajaan adakan Rukun Negara sebanyak 5,811 di seluruh negara. Sekretariat negara merupakan 136 dan tadika perpaduan yang saya cakapkan tadi itu ialah 1,781 di seluruh negara. Ini akan bertambah dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Tabika di luar bandar yang kita tahu kebanyakannya menumpang di sekolah, menumpang di rumah. Kita hendak mencari apa yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, modal insan. Daripada JPNIN ini dapat kita dapat mengeluarkan modal insan yang baik. Sekiranya boleh kita minta juga guru-guru yang untuk melatih anak-anak ini diberi kursus, diberi seminar yang berpatutan supaya benar- benar melahirkan mereka ini sebagai modal insan untuk masa depan kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan dengan pembangunan modal insan sudah. Saya hanya berkata berkait dengan mengintegrasikan, memberi kesedaran kepada anak-anak kita tentang perpaduan dan integrasi. Jadi, saya berpendapat bahawa soalan ini haruslah dikemukakan kepada kementerian yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2013, amat signifikan dalam konteks persejarahan tanah air kerana genap 50 tahun penubuhan negara tanah air tercinta kita Malaysia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mahu turut serta dalam meraikan 50 tahun penubuhan Malaysia dengan berlatarkan kepada pencapaian cabaran dan dilema yang lahir apa yang sudah dirasai sehingga ke hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya di Dewan yang mulia ini, selepas 50 tahun pembentukan Malaysia, berapakah sebenarnya antara Ahli-ahli Yang Berhormat tahu mengenai Batu Sumpah Peringatan di Keningau iaitu tempat saya. Mungkin
hanya segelintir daripada kita mengetahui tentang perkara ini. Pada ketika itu saya masih kecil lagi, berumur 12 atau 13 tahun. Apabila peristiwa bersejarah ini berlaku dan tidak begitu faham mengenai kepentingan Batu Sumpah Peringatan ini. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Batu Sumpah Peringatan ini masih kekal berada di hadapan Pusat Pentadbiran Daerah di Keningau. Batu Sumpah Peringatan Keningau dengan izin, an old stone to acknowledge Sabahan acceptance to be part of what we call “Malaysia” today. Batu Sumpah Peringatan ini yang kini berusia 50 tahun, dengan beratnya lebih dua tan, merupakan satu simbolik yang mempamerkan syarat-syarat yang telah dipersetujui penduduk peribumi Sabah untuk menerima gagasan Malaysia. Tiga janji dengan izin, the guarantees given by the Government of Malaya at that time to Sabah in 1963 telah diukir di Batu Sumpah Peringatan tersebut iaitu: (i) agama bebas dalam Sabah; (ii) tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan Sabah; dan (iii) adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan. Sebaliknya penduduk di pedalaman Sabah menjanjikan kesetiaan mereka kepada Kerajaan Malaysia. Batu Sumpah Peringatan ini adalah satu peringatan kepada kita semua bahawasanya rakyat Sabah hanya bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia apabila dijamin oleh Kerajaan Persekutuan kesemua tiga perkara yang terpahat atas Batu Sumpah Peringatan Keningau akan dihormati termaktub dalam Perlembagaan. Janji dan jaminan ini harus kita sama-sama hormati dan pertahankan oleh semua pihak untuk selama-lamanya. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ini tentu sekali akan menjadi asas yang kukuh kepada proses pemantapan perpaduan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan ingin mengetahui kenapa dalam bajet...
Penjelasan.
Nanti ya. Yang Berhormat Bagan ingin mengetahui kenapa dalam Bajet 2014 tidak disebut sebarang usaha Dasar Rekonsiliasi Nasional oleh kerajaan. Saya habiskan ini dahulu. Inisiatif atau dasar yang berkaitan dengannya memang tidak disebut secara khusus di dalam Bajet 2014, tetapi ia telah terangkum inisiatif memelihara, mengukuh dan meningkatkan perpaduan integrasi nasional di bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk memastikan inisiatif penyatuan nasional ini diberi tumpuan dan lebih berstruktur, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan yang dikenali dengan nama Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional atau National Unity Consultative Council yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 hari bulan ini. Majlis ini dianggotai oleh wakil-wakil dari pelbagai pihak yang berbilang kaum seperti ahli-ahli akademik, pemimpin badan-badan bukan kerajaan, para belia, ahli korporat serta ahli-ahli politik termasuklah dari pihak pembangkang. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan. Yang Berhormat menyatakan tentang Batu Sumpah di Keningau iaitu salah satu syarat-syarat persetujuan rakyat Sabah untuk bersama-sama membentuk sebuah negara baru yang bernama Malaysia termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan beragama. Pertanyaan saya Yang Berhormat Menteri ialah pada pendapat Yang Berhormat sebagai Menteri yang bertanggungjawab tentang perpaduan di negara ini, adakah semua syarat-syarat itu masih dilaksanakan dengan baik. Ataupun adakah syarat-syarat ini dicemari, pada pendapat Yang Berhormat. Jika sekiranya ada syarat-syarat yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik, apakah langkah-langkah Yang Berhormat akan ambil selaku Menteri yang bertanggungjawab tentang hal-hal perpaduan dan keharmonian hubungan kaum di negara ini. Terima kasih.
Apa yang saya katakan sebentar tadi itu ialah hanya memberi peringatan kepada kita semua bahawa adanya Batu Sumpah Peringatan yang mungkin ramai orang tidak tahu. Ada batu sumpah yang dilakukan oleh rakyat pedalaman yang meminta supaya ketiga-ketiga yang saya katakan tadi itu dapat dijaga dan dipelihara. Saya percaya Ahli Yang Berhormat merupakan Wakil Rakyat yang telah menilai apa yang berlaku selama ini dan masa ini. Jadi saya percaya, pertanyaan Ahli Yang Berhormat sebentar tadi itu biarlah Yang Berhormat sendiri membicarakannya dan boleh menjawab sebegini. Itu saya punya jawapan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu perpaduan nasional dan mempersoalkan mengapa kerajaan menggunakan terma pemerkasaan orang Melayu, tetapi tidak menggunakan tema pemerkasaan rakyat yang memerlukan. Yang Berhormat menyatakan ianya seolah-olah melaga-lagakan rakyat kerana akan ada rakyat yang mungkin kecil hati. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Kota Raja, perkataan yang digunakan iaitu pemerkasaan masyarakat bumiputera dan bukannya Melayu sahaja. Apabila perkataan bumiputera digunakan, ia juga merangkumi masyarakat di Sabah dan Sarawak iaitu KadazanDusun, Murut, Iban, Melanau dan lain-lain lagi dari Sabah dan Sarawak. Tanggapan kebiasaan apabila perkataan bumiputera digunakan untuk merujuk hanya kepada kaum Melayu adalah kurang tepat. Pencapaian susur ekonomi masyarakat bumiputera terutamanya golongan bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak masih di tahap yang rendah berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Kerajaan akan terus memperkasakan kedudukan sosioekonomi mereka secara berterusan. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama pihak kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan terus melindungi kepentingan sosioekonomi kaum-kaum yang lain.
Oleh itu dasar pihak kerajaan ini tidak boleh dianggap sebagai dasar yang menggugat penyatuan nasional. Sebaliknya dasar ini boleh dianggap sebagai dasar yang dibuat berlandaskan prinsip keadilan sosioekonomi yang wajar dan rasional. Dengan izin, the bumiputra’s economic agenda will not benefit just one community it will repell out, throughout the wider economy. Di sini saya ingin membaca ungkapan daripada temu duga Perdana Menteri kita dengan CNN baru-baru ini dengan izin beliau berkata, “It is all about having a long term vision for the country, and we are committed to that, and if you want long term stability, you must make sure that majority of the people are not marginalized, having said that- we educate as well in a very inclusive manner, in a very inclusive way for the small minorities.” Selanjutnya beliau mengatakan bahawa, “We are not racist at all. My priority is to ensure peace and harmony in Malaysia. That is uppermost in my mind.” dengan izin. Tegasnya kerajaan komited membantu semua golongan masyarakat, persepsi yang melabelkan kerajaan sebagai racist dan mengamalkan dasar diskriminasi berasaskan kaum adalah tidak benar sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini, ini sebagai saya punya penggulungan. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Saratok yang telah menyentuh mengenai isu solidariti rakyat. Saya amat bersetuju dengan hujah beliau semasa perbahasan Bajet 2014 pada tempoh hari. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “I come from the state where it is acknowledge to veracities word- that acute tolerance in Sabah and Sarawak is high due to the factor of intensive interaction in daily lives which lead to openness in having relationship across religion and ethnicity.” Maka saya berpendapatan integrasi dan perpaduan- unity rakyat Sabah dan Sarawak harus sentiasa menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat di negara kita terutamanya dengan menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model aspirasi 1Malaysia. Penerimaan tahap keterangkuman berupaya mengekalkan keamanan dan keharmonian sosial tanpa mengira kaum, agama, budaya dan ideologi politik di kalangan rakyat terutamanya dari wilayah Sabah dan Sarawak bagi membina asas kepercayaan dan
kesepaduan. Kehidupan masyarakat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. Menerima dan menghormati kepelbagaian dalam masyarakatnya. Menjadi contoh terbaik pengukuhan perpaduan. Di kebanyakan kampung- kampung dan di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak masyarakat berbilang etnik dan agama hidup bersama. Malahan terdapat sesetengah tempat masjid dan gereja dibina bersebelahan. Saya dengan ikhlas meminta supaya kita di sebelah sini dan Semenanjung berhenti mengeksport elemen-elemen negatif ke Sabah ke Sarawak. Sebaliknya mengimport elemen-elemen positif seperti toleransi, keterbukaan dan nilai penerimaan yang tinggi dari Sabah dan Sarawak untuk terus memantapkan tahap perpaduan negara kita. Bagi melanjutkan serta memantapkan perpaduan sedia ada untuk tempoh 50 tahun yang akan datang, penghayatan Gagasan 1Malaysia berasaskan kepada merayakan kepelbagaian budaya dan adab resam di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan izin, unity in diversity haruslah menjadi tonggak utama dalam pembentukan identiti nasional di kalangan rakyat kita. Kepelbagaian budaya dan adat resam di kalangan masyarakat perlu difahami, dihormati dan dihargai oleh setiap individu tanpa mengira latar belakang agama dan sosiobudaya kaum masing-masing. Saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri, sebelah sini ataupun sebelah sana, kepada semua pihak supaya tidak memperlekehkan isu-isu keagamaan yang boleh menggugat perpaduan nasional yang telah terbina sekian lama. Semua pihak harus lebih sensitif dan dalam mengeluarkan atau membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan atau melukakan hati orang lain dalam hal-hal berkaitan dengan agama. Saya menyeru dan merayu dan memohon kepada semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang perkara-perkara yang sensitif, yang berkaitan dengan keagamaan dan boleh mengancam unity rakyat. Setiap kita sama ada di dalam mahupun di luar Dewan yang mulia ini harus bersama-sama mempertahankan kesatuan rakyat dan memastikan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan harmoni. Perpaduan nasional bukan hanya tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja sebaliknya perpaduan adalah tanggungjawab kita semua. Tanpa perpaduan, negara kita sukar membangun lebih-lebih lagi untuk mencapai status negara maju. Malaysia perlu bergerak maju ke hadapan dan perpaduan rakyat adalah landasan utama kepada kemajuan negara kita. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini Tuan Yang di-Pertua dalam penggulungan Bajet 2014, saya ingin berkongsi Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia dengan suatu ungkapan daripada ucapan. Kalau saya tidak silap mungkin dialah Menteri pertama yang menjaga Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada tanggal 10 Julai 1957 ketika pembentangan usul penggubalan perlembagaan di Majlis Perundangan Persekutuan dengan izin, we have got to be careful. We have got to remember that a ‘cry’ if it is a wrongly made, will be followed by counter cry. That suspicion begets suspicion and trust begets trust. This is a country with various communities brought together by political, social and economic reason- latest leave to get as brothers the tradition of Malaya at the higher tradition- the tradition of brotherhood of happy, peaceful living among others. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Yang Berhormat Menteri dari Selangau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, cuma tiga orang sahaja yang telah menyentuh agensi-agensi di bawah portfolio saya khususnya Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semasa perbahasan Belanjawan 2014 di peringkat dasar. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya amat menghargai pandangan-pandangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang berharap agar sistem penyampaian daripada penjawat-penjawat awam akan bertambah baik supaya dasar-dasar kerajaan yang ingin dilaksanakan dapat memanfaatkan rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan pendekatan Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di mana ia merupakan usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Melalui pendekatan ini, kerajaan telah berupaya memendekkan norma masa dan proses kerja, meringkaskan dan menyeragamkan proses serta prosedur-prosedur melalui inisiatif perekayasaan, perkataan baru ini re-engineering yang menekan kepada kreativiti dan inovasi. Sebagai contoh Jabatan Imigresen telah membolehkan pembaharuan pasport dilakukan dalam tempoh kurang daripada satu hari dengan meringkaskan proses kerja melalui penambahbaikan penyampaian perkhidmatan. Urusan temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga telah dipermudahkan dengan membolehkan calon menetapkan waktu yang sesuai untuk ditemu duga sama ada pagi, petang atau malam. Selain itu, makluman temu duga melalui SMS dan e-mel telah dilaksanakan untuk menjimatkan kos selaras dengan peredaran masa. Saya ingin bercerita sikit, bulan Oktober lepas SPP mengadakan temu duga untuk 520 orang dalam masa setengah hari dan surat tawaran diberi pada waktu petang pada hari yang sama. Begitulah cara kita menambahbaikkan prosedur-prosedur di dalam jabatan kerajaan dan sebagainya. Usaha pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan telah diteruskan dengan mempermudah orang ramai berhubung dengan kerajaan melalui pelbagai saluran sama ada dengan menyediakan perkhidmatan secara setempat ataupun melalui perkhidmatan atas talian. Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melibatkan perwujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC). Pusat-pusat ini merupakan pusat sehenti yang membolehkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan di bawah satu bumbung dan beroperasi di luar waktu perkhidmatan biasa. Selain dari itu, kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1Malaysia One Call Centre (1MOCC). 1MOCC memudahkan komunikasi rakyat dengan agensi kerajaan melalui penggunaan satu nombor perhubungan tunggal iaitu 03-8000-8000 bagi menyelesaikan pelbagai urusan. Melalui pembangunan Portal myGovernment pula pelbagai urusan seperti pembayaran fi dan lesen dapat dilakukan secara atas talian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan telah melaksanakan latihan secara berterusan kepada penjawat awam supaya sistem penyampaian yang berkesan dapat dicapai dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat. Sebagai contoh melalui Program Transformasi Minda yang dilaksanakan pada tahun 2012, pegawai lantikan baru dikehendaki mengikuti kursus yang menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar penjawat awam dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. Sistem penyampaian kepada rakyat oleh penjawat-penjawat awam diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam yang menekankan kepada mendaya upaya penjawat awam melalui peningkatan kompetensi, prestasi, produktiviti dan juga inovasi serta memupuk semangat patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan juga integriti. Yang Berhormat Hulu Rajang, berharap agar usaha pengambilan penduduk Sabah dan Sarawak untuk berkhidmat dalam sektor awam diteruskan serta mengambil langkah untuk lebih proaktif untuk menyegerakan proses pengambilan tersebut. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan telah menetapkan dasar bahawa kekosongan di negeri tersebut akan diisi oleh anak kelahiran negeri Sabah dan Sarawak. Selain itu, kerajaan turut menetapkan bahawa tempat latihan bagi separa perubatan di Kolej Perubatan Sabah Sarawak adalah dikhususkan kepada anak negeri berkenaan. Pada bulan Oktober 2013, kerajaan telah menyampaikan surat tawaran pelantikan guru kepada 533 orang dari kalangan anak negeri Sarawak dan 529 orang dari kalangan anak negeri Sabah dan untuk mengisi kekosongan yang wujud di negeri masing-masing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan melalui SPA akan membuat urusan pengambilan Jururawat Gred U29 dan pengambilan ini turut melibatkan calon jururawat lepasan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Pengambilan ini akan melibatkan
seramai 250 orang di Sarawak dan 450 orang di Sabah pada bulan ini. Manakala pada Januari 2014 yang akan datang, seramai 565 orang di Sarawak dan 535 orang di Sabah akan menjalani latihan separa perubatan bagi memenuhi kekosongan negeri berkenaan. Untuk meningkatkan lagi permohonan daripada calon negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan telah melaksanakan program-program penggalakan. (i) sehingga 15 Oktober tahun ini, Karnival Kerjaya telah dilaksanakan sebanyak 12 sesi dan taklimat kerjaya di sekolah sebanyak 10 sesi; (ii) makmal kajian penggunaan media sosial bagi menangani masalah persepsi terhadap SPA bersama NGO Melayu, Cina, India dan Dayak; dan (iii) Jawatankuasa Khas mengkaji penyertaan kaum Dayak dalam sektor awam bersama kaum Dayak. Hasil daripada program-program yang dilaksanakan ini sehingga 15 Oktober 2013, SPA telah menerima permohonan sebanyak 190,402 orang daripada calon negeri Sarawak dan 218,467 orang permohonan daripada calon negeri Sabah. Sebelum ini cuma kadang- kadang berbelasan ribu sahaja yang memohon satu-satu jawatan. Yang Berhormat Hulu Rajang juga menyentuh isu Pengerusi SPA pernah menjanjikan pengambilan 100,000 calon berbangsa Dayak untuk diserapkan ke dalam sektor awam. Pada pertemuan Pengerusi SPA dengan NGO-NGO Dayak, pada bulan November 2012 Pengerusi SPA telah menyarankan agar 100,000 kaum Dayak mengemukakan permohonan ke SPA untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Sehubungan itu, sehingga 31 Ogos 2013 seramai 80,637 orang Dayak telah mendaftar dengan SPA untuk dipertimbangkan lantikan ke perkhidmatan awam. Seramai 6,333 orang calon telah dipanggil temu duga dan daripada 4,551 orang calon yang hadir di temu duga seramai 1,188 calon telah berjaya menjawat jawatan dalam kerajaan. Pendek katanya, yang 100,000 itu bukan dijanjikan akan ditawarkan pekerjaan tapi diminta ditambahkan permohonan-permohonan dari suku kaum Dayak. Yang Berhormat Batu Gajah...
Yang Berhormat Menteri, daripada jawatan-jawatan yang disebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawatan-jawatan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi daripada beribu- ribu permohonan dan sekarang sudah mendapat lebih kurang 1,000 hingga 2,000 yang dapat dipilih dan dapat kerja, bolehkah kita tahu adakah kerja ini hanya di bidang kerajaan bawahan sahaja atau bidang perkeranian. Kita hendak melihat juga jawatan-jawatan yang diberi kepada anak Sarawak berbangsa Iban, berbangsa Dayak ini mesti ada jawatan tinggi juga. Bukan hanya untuk kerani sahaja yang dapat beribu itu. Kita sekurang-kurang pun sebagai Pegawai Daerah, Pegawai SAO, sebagai engineer, sebagai apa jua kita mesti beri peluang juga kepada anak-anak bangsa kita kaum Dayak, di negeri Sarawak. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Angka yang tadi pada mulanya iaitu guru, itu memanglah tawaran peringkat kemasukan, entry level job. Untuk jawatan yang lain itu bercampur-campur. Ada juga jawatan yang tinggi, ada juga jawatan entry point punya. Akan tetapi kita akan mengambil kira dari segi kenaikan pangkat dan sebagainya dari semua suku kaum akan dipertimbangkan.
Satu soalan Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Menteri adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengadakan civil service examination untuk mendapat pegawai-pegawai pentadbir yang terbaik. Contohnya ada beberapa negeri di negara lain mengadakan civil service examination setiap dua kali dalam setahun, contohnya. Kemudian candidate yang lulus dengan cemerlang disimpan dalam database dan bila ada kekosongan mereka inilah yang akan mendapat tawaran terlebih dahulu.
Jadi, ianya dibuka setiap tahun. Jadi untuk itu candidate tidak perlu berebut-rebut kerana SPA ataupun dalam kes ini kerajaan akan membuat examination setiap kali, setiap tahun, setahun dua kali. Jadi kita akan dapat the best dan the best ini disimpan dalam database. Jadi apa kaedah yang kita gunakan sekarang ini kadang-kadang kita buka jawatan dan semua berebut. Itu yang Yang Berhormat Menteri kata kadang-kadang kita ada 200,000 orang dan datang temu duga kerana mungkin kadang-kadang kita terlepas pandang dan mungkin yang kita ambil itu bukan the best kerana keadaan masa yang suntuk. Jadi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri akan cuba pertimbangkan supaya kembalikan civil service examination ini ke dalam perkhidmatan kita, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sudah melangkah ke arah yang sedemikian. Pertama, sesiapa yang memohon atas talian ini permohonan tersebut valid, sah sehingga 5 tahun, satu. Kedua, permohonan berkenaan dengan peperiksaan ini, ia cuma diadakan untuk jawatan-jawatan yang tertentu sebab bukan semua jawatan yang memerlukan penilaian dari segi kelulusan menulis ataupun ujian dan sebagainya. Banyak jawatan ini ada yang memerlukan ujian misalnya dari segi fizikal, physical test dan sebagainya. Ada yang memerlukan ujian bertulis dan apabila sudah diuji sekali kalau mereka tidak dipilih, keputusan mereka memang disimpan selama 5 tahun. Dahulu setahun, kemudian ditingkatkan kepada 2 tahun dan sekarang 5 tahun. Jadi memang ada, kita sudah ada jalankan cadangan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ialah kalau begitu jawapan Yang Berhormat menteri maknanya ada pegawai-pegawai yang tidak akan melalui peperiksaan walaupun dia ada qualification. Oleh kerana dia appear depan interview board, kadang-kadang 20 minit atau 25 minit, kita tidak boleh access orang ini dalam masa 20 minit. Pertama, constraint masa dan yang kedua mungkin juga kualiti soalan yang ditanya dan juga jawapannya meyakinkan waktu itu, kita employ dia. Akan tetapi bila dia masuk dalam servis dia ada problem. Jadi cadangan saya adalah supaya semua mesti melalui examination, peperiksaan ini jadi kita ambil the best itu kita simpan untuk kegunaan di sama depan. Kalau ini kita lakukan, maknanya semua akan melalui mungkin modul-modul tertentu dan memberikan masa untuk kerajaan pilih yang the best kerana untuk menjadi civil service ataupun untuk menjadi pegawai kerajaan dia telah pun melepasi satu exam yang saya kata agak munasabah untuk dia berkhidmat. Barulah kita tidak ada masalah delivery di bawah ini, kalau tidak ada masalah delivery yang akan berterusan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita tidak berniat untuk mengadakan peperiksaan untuk semua jawatan Cuma untuk jawatan-jawatan yang kita rasa memerlukan peperiksaan, satu. Kedua, di peringkat jabatan saya difahamkan untuk kenaikan pangkat misalnya ada jabatan yang mengadakan peperiksaan ujian yang tertentu, yang difikirkan perlu oleh jabatan tersebut. Jadi kita akan biarkan setakat ini dasar ini kekal macam itu dan saya rasa kalau semuanya diberikan ujian atau peperiksaan sama ada perlu ataupun tidak itu kemungkinan bukan meringankan beban tetapi kemungkinan akan lebih melambatkan waktu mereka diberi tawaran nanti sebab terlalu ramai orang. Kedua ada juga sistem Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di mana misalnya guru ada yang mempunyai keputusan cemerlang sama ada di peringkat SPM dan seterusnya di peringkat universiti. Mereka ini ada dibagi saluran macam di Kastam, Greenland. Mereka tidak perlu melalui temu duga. Apabila ada sokongan dari fakulti kah, universiti tersebut mengatakan yang orang ini betul-betul bukan sahaja keputusannya baik tetapi rekod yang lain pun sungguh cemerlang, jadi mereka akan terus diambil menjadi guru misalnya. Jadi macam-macam kaedah yang telah kita perkenalkan supaya proses temu duga, proses memberi tawaran ini betul-betul cepat. Menyambung penggulungan saya tadi, Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu tiada peningkatan pengambil kaum India dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kaum India yang dilantik oleh SPA ke perkhidmatan awam telah meningkat dari 2,316 orang pada tahun 2011 kepada 2,354 orang pada tahun ini. Satu lagi dari suku kaum India ini, permohonan agak rendah. Itulah sebabnya kita biarkan – saya teruskan jawapan ini yang akan menyentuh isu ini.
Bagi memastikan lebih ramai lagi kaum India di lantik dalam perkhidmatan awam, kerajaan telah mengadakan program-program sebenarnya SPA lah, program-program seperti program turun padang berjumpa dengan masyarakat India, pertemuan dengan India-India dan karnival kerjaya yang melibatkan kaum India. Kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menambah baik urusan pengambilan kaum India iaitu Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India Dalam Perkhidmatan Awam. Untuk makluman juga, sehingga 31 Oktober tahun ini daripada jumlah permohonan 1,641,172 orang calon kaum Melayu, hanya 22,960 orang calon sahaja yang berjaya dilantik iaitu merangkumi 1.4% sahaja. Manakala peratusan kaum India yang dilantik ialah 2.3% iaitu kalau dari segi absolute jumlahnya macam rendah tetapi dari segi orang yang memohon peratusan mereka lebih tinggi iaitu 2.3%. Bilangan kaum Cina yang dilantik pula adalah 2,296 orang calon daripada 41,808 orang permohonan dan merupakan yang tertinggi peratusannya iaitu 5.49%. Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak mencatat jumlah permohonan seramai 243,757 orang calon di mana seramai 4,166 orang telah berjaya dilantik merangkumi 1.71%. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga setakat tahun 2012, jumlah kaum India yang bekerja di sektor swasta ialah sebanyak – dari jumlah kaum India penduduk kaum India di Malaysia ini sebanyak 34.61% ada kerja berbanding dengan kaum Cina sebanyak 31.35% dan kaum Melayu sebanyak 21.34%. Kita selama ini kadang-kadang mempunyai persepsi yang agak terbalik.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali kerajaan menyeru masyarakat India agar terus memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam supaya lebih ramai lagi dapat dilantik. Kerajaan melalui SPA akan lebih proaktif dan terus melaksanakan pelbagai program bagi memastikan penyertaan kaum bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah Jabatan Perdana Menteri semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dari 28 Oktober hingga 7 November 2013 yang lalu. Sesungguhnya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Limbang. Saya harap beliau ada di sini. Yang Berhormat ada di sini. Yang Berhormat Limbang telah mencadangkan agar tiada sekatan ke atas pasport biru individu-individu yang telah diisytiharkan bankrap di Limbang, Sarawak kerana ia menyukarkan individu terbabit menjalani kehidupan seharian untuk melintasi ke Brunei. Untuk makluman Yang Berhormat, sekatan untuk bankrap keluar negara dilaksanakan melalui sistem MyIMMS yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sebaik sahaja seseorang individu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah, sistem tersebut akan dikemas kini dengan menyenaraihitamkan nama bankrap tersebut. Bankrap tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran daripada mahkamah atau Ketua Pengarah Insolvensi. Sementara itu, bagi individu bankrap yang tinggal di Limbang yang ingin ke Brunei untuk menjalani kehidupan seharian dengan menggunakan pasport biru, pertimbangan boleh dibuat untuk mereka diberikan kelulusan ke Brunei dalam jangka masa yang lebih panjang. Mereka hanya perlu hadir ke Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia untuk membolehkan proses sekatan imigresen ditarik balik.
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Pembetulan sedikit. Bukan hendak ke Brunei, hendak melintas Brunei hendak ke Miri ataupun hendak ke Lawas. Actually, not to go Brunei.
Terima kasih. Memang ada juga tadi saya menyentuh mengenai melintasi ke Brunei. Jadi sebenarnya pergi sahaja ke Jabatan Insolvensi kerana Ketua Pengarah Insolvensi ada peraturan-peraturan tertentu untuk memberi peluang untuk mereka dengan diberi kebenaran secara jangka masa panjang supaya tidak setiap kali mereka hendak melintasi perlu membuat permohonan. Jadi ada perkhidmatan tersebut untuk membantu. Setakat ini kalau kita lihat permohonan untuk keluar negara di bawah seksyen 38(1)(c) Akta Kebankrapan berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012, jumlah permohonan keluar negara yang diterima daripada bankrap ialah sebanyak 16,334 permohonan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 15,618 permohonan iaitu 95.61% telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi. Jadi, ianya tidaklah begitu menjadi masalah kepada si bankrap. Kedua ialah saya kena lihat kalau ada Yang Berhormat di sini, baru saya menjawab. Kalau tidak kita ‘limpas’ sahaja kerana ramai yang hendak menjawab. Tuan Yang di-Pertua, kedua ialah Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Penampang. Ada di sini ya? Tidak ada? Kalau tidak ada kita boleh bagi jawapan bertulis nanti. Ketiga ialah dari Yang Berhormat Penampang juga. Tidak ada di sini juga? Okey, saya teruskan kepada Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau ada di dalam ya? [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau mencadangkan agar diwujudkan perkhidmatan MRT dan LRT di Wilayah Iskandar. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa kini perancangan sedang dibuat untuk melaksanakan sistem dengan izin, Bus Rapid Transit ataupun lebih dikenali sebagai BRT di kawasan Wilayah Iskandar memandangkan permintaan sedia ada dan dalam jangka masa yang terdekat ini tidak memerlukan sistem yang lebih mahal seperti MRT ataupun LRT. Jadi perancangan dan pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menilai keperluan dan alternatif pengangkutan awam yang boleh dilaksanakan selaras dengan pertambahan penduduk dan permintaan pengguna. Seterusnya Yang Berhormat Sekijang. Tidak ada. Okey, kita teruskan. [Disampuk] ‘Limpas’. Yang Berhormat Bayan baru? Ada di sini? Tidak ada, ‘Limpas’. Yang Berhormat Ipoh Timur? [Disampuk] ‘Limpas’, laju saya. Yang Berhormat Seputeh ada? [Disampuk] Yang Berhormat Bakri? Okey, Yang Berhormat Bakri ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri telah bertanya, beliau ingin mengetahui bayaran yang telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Muhammad Shafee bin Md Abdullah atas khidmatnya mewakili kerajaan. Beliau juga ingin mengetahui sama ada terdapat peguam yang telah memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee bin Md Abdullah telah diambil berkhidmat oleh Kerajaan Malaysia berdasarkan pengalaman dan kepakarannya dalam mengendalikan kes-kes jenayah. Pengalaman beliau sebagai timbalan pendakwa raya pada suatu ketika dahulu dan kini sebagai peguam bela dilihat sebagai nilai tambah ataupun value added, dengan izin bagi mengendalikan rayuan oleh pendakwa raya terhadap Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Perkhidmatan yang diberikan oleh beliau adalah dengan bayaran yang nominal. Jumlah bayaran tersebut tidak boleh didedahkan bagi menghormati etika hubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan. Sebelum ini juga terdapat seorang lagi peguam bela yang dilantik oleh kerajaan untuk mewakili kerajaan bagi mengendalikan siasatan inkues Teoh Beng Hock iaitu Dato’ Tan Hock Chuan. Kerajaan juga membayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh peguam bela tersebut. Walau bagaimanapun, sekali lagi bagi menghormati etika hubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan, jumlah bayaran tersebut tidak boleh didedahkan. Selain daripada nama yang dinyatakan tadi, setakat ini tiada mana-mana peguam bela yang memberikan khidmat secara sukarela atau percuma atau diambil berkhidmat dengan bayaran bagi membantu kerajaan dalam mengendalikan kes-kes jenayah. Seterusnya dari Yang Berhormat Bandar Kuching. Ada?
Yang Berhormat Menteri, sebelum tukar ke Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah semasa lantik peguam ini ada satu tempoh masa? Adakah tempoh masa setahun atau berapa lama?
Ya, bergantung kepada berapa lama kes itu didengar. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Bandar Kuching. Ada? Tidak ada. Kalau tidak ada itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, jawapan dari saya. Terima kasih banyak.
Terima kasih. Yang Berhormat Senator. Sila.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2014. Izinkan saya menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh secara langsung bidang tugas Jabatan Perdana Menteri khususnya bidang tugas Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Swasta, Talent Corporation, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Terdapat 36 isu yang telah dibangkitkan dan saya bahagikan kepada lima bahagian iaitu pertamanya, bahagian ekonomi, pengagihan, modal insan, pembangunan wilayah dan infrastruktur dan juga tenaga. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu ekonomi. Yang Berhormat Batu Gajah ingin mengetahui sama ada kerajaan boleh mencapai Wawasan 2020. Insya-Allah kerajaan berkeyakinan bahawa kita mampu mencapai sasaran negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang dirancangkan berdasarkan kepada trend sebagaimana yang dinyatakan dalam Bajet 2014.
Walaupun berlaku penyederhanaan ekonomi dunia sejak kebelakangan ini, namun dasar dan strategi pragmatik yang dilaksanakan oleh kerajaan telah pun berjaya mengekalkan daya tahan ekonomi negara dengan kadar pertumbuhan melebihi 5% bagi tempoh 2011 hingga 2012. Pendapatan negara per kapita telah meningkat daripada USD8,372 pada tahun 2010 kepada USD9,990 pada tahun 2012. Jumlah ini dijangka meningkat kepada USD10,898 pada tahun 2014 berdasarkan kepada prospek ekonomi global yang dijangka lebih baik untuk tahun 2014 nanti. Bagi tempoh 2014 hingga 2020, ekonomi negara disasarkan berkembang melebihi 5% setahun selari dengan pemilihan pertumbuhan ekonomi dunia. Berdasarkan kepada anggaran tersebut, pendapatan per kapita negara kita dijangka akan melebihi USD15,000 menjelang tahun 2020. Apa yang perlu difokuskan oleh kita ialah kerjasama erat dan kerja keras oleh semua pihak termasuklah kerajaan, sektor swasta, NGO dan rakyat secara keseluruhannya untuk melaksanakan strategi dan program yang telah disasarkan. Mengenai isu Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang tela dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis, saya ingin menjelaskan bahawa Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (Malaysian Well-being Index), dengan izin, yang sedang dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi telah pun mengambil kira pelbagai komponen penting iaitu berdasarkan kepada 68 indicator dan dibahagikan kepada 14 komponen utama. Pemilihan indicator bagi indeks ini adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian rakyat iaitu dari segi kesejahteraan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Di bawah kesejahteraan ekonomi, terdapat lima komponen seperti berikut: (i) pendapatan dan pengagihan; (ii) pengangkutan; (iii) komunikasi; (iv) pendidikan; dan (v) persekitaran kerja. Di bawah kesejahteraan sosial pula, merangkumi sembilan komponen seperti berikut: (i) perumahan; (ii) keselamatan awam;
(iii) tadbir urus; (iv) penglibatan sosial; (v) kesihatan; (vi) alam sekitar; (vii) kehidupan keluarga; (viii) kebudayaan; dan (ix) hiburan (leisure), dengan izin. Hasil penemuan Indeks Kesejahteraan Malaysia ini telah pun dibentangkan di mesyuarat ekonomi pada 14 Oktober 2013. Antara lain mesyuarat ekonomi telah bersetuju agar laporan ini dibentangkan untuk makluman umum, insya-Allah pada awal bulan Disember nanti. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada bahagian kedua, berkaitan dengan isu-isu pengagihan. Terutamanya berkaitan dengan kedudukan ekonomi bumiputera. Isu ini mendapat perhatian seramai 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Nibong Tebal. Yang Berhormat Kuala Selangor telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan dana khas pelajar bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun menyediakan pelbagai bantuan dalam bentuk biasiswa, pinjaman pelajaran, pemberian dan bantuan kewangan bagi golongan ini meneruskan dan melanjutkan pengajian. Antara agensi-agensi yang menyediakan bantuan ini termasuklah Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Pelajaran MARA, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang menyediakan program biasiswa untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi dan terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan rendah dan daripada latar belakang yang mencabar, bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Jadi oleh yang demikian, kita berpendapat medium yang sedia ada wajar dimanfaatkan sepenuhnya memandangkan kesemuanya berdasarkan golongan bumiputera yang berpendapatan rendah. Jadi, tidak perlulah diwujudkan satu tabung yang baru. Yang Berhormat Batu Pahat telah pun membangkitkan isu berhubung dengan dasar pembangunan yang perlu mengambil kira keseimbangan pembangunan Melayu dan bukan Melayu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil kira faktor keseimbangan kaum dalam setiap pelan dasar pembangunan negara supaya tiada kumpulan etnik yang terpinggir daripada mendapat manfaat pelaksanaannya. Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan hinggalah ke Dasar Wawasan Negara, falsafah pertumbuhan dengan pengagihan sentiasa menjadi teras dalam setiap perancangan dasar negara. Ini dibuktikan di mana jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik telah berjaya dikurangkan dengan ketara seperti yang ditunjukkan oleh beberapa indicator. Ini termasuklah di mana kita telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kaum bumiputera daripada 5.3% pada tahun 2009 kepada 2.2% pada tahun 2012. Manakala, untuk bukan bumiputera telah berkurangan daripada 1.1% pada tahun 2009 kepada 0.6% pada tahun 2012. Manakala, dari segi purata pendapatan isi rumah pula telah meningkat. Untuk kaum bumiputera, daripada RM3,624 pada tahun 2009 kepada RM4,457 pada tahun 2012. Manakala, untuk keluarga bukan bumiputera telah meningkat daripada RM4,769 pada tahun 2009 kepada RM6,074 pada tahun 2012. Banyak lagi indicator seperti pemilikan ekuiti dalam sektor korporat yang telah pun meningkat untuk bumiputera di mana daripada 22.2% pada tahun 2009 telah pun meningkat kepada paras 23.5% sehingga tahun 2011. Jadi, bagi memastikan pembangunan di antara etnik dapat ditingkatkan serta keseimbangan dapat diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah pun memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inclusive. Matlamat pendekatan ini adalah untuk memastikan bahawa semua rakyat mendapat peluang yang saksama dalam
ekonomi tanpa ada kumpulan etnik yang terpinggir. Pelaksanaan pendekatan ini adalah berdasarkan kepada empat prinsip iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan ataupun mix biz, berasaskan merit dan juga ketulusan bagi menyokong matlamat pendekatan inclusive tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan isu ekuiti bumiputera di mana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai sekurang- kurangnya 30% pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat menjelang tahun 2020. Pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat ini telah meningkat daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 23.5% pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, ia masih belum mencapai sasaran meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah dan program bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi telah dan akan dilaksanakan secara berterusan dan efektif. Ini termasuk perkara seperti berikut: (i) memperkukuhkan lagi peranan agensi amanah dan institusi bumiputera sedia ada seperti MARA, PNB, Lembaga Tabung Haji, UDA dan juga Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera; (ii) memberikan penekanan kepada instrumen seperti pemilikan institusi bagi ekuiti korporat dan diperluaskan merangkumi hartanah yang membolehkan pengumpulan dan penggemblengan dana serta pengagihan keuntungan kepada kumpulan sasar yang lebih besar. Sebagai contoh, penubuhan IKUINAS; (iii) memperkenalkan program memiliki unit amanah saham di bawah PNB dan Amanah Hartanah Bumiputera di bawah Pelaburan Hartanah Berhad; dan (iv) menyediakan bentuk peluang perniagaan, pembiayaan, keusahawanan dan juga pembangunan modal insan untuk memartabatkan ekonomi bumiputera dan pegangan ekuiti melalui inisiatif dan program di bawah TERAJU. Yang Berhormat Permatang Pauh membangkitkan isu Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dan Geran Mudah Cara di bawah TERAJU. Untuk makluman Yang Berhormat, kedua-dua program pembiayaan ini menyasarkan kumpulan usahawan yang berbeza, dengan objektif yang berbeza. Maka itu, dengan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kedua-dua program tersebut, Yang Berhormat akan lebih maklum bahawa tidak timbul isu pertindihan antara kedua-dua pembiayaan tersebut.
Pertama sekali, Dana Mudahcara di bawah kelolaan TERAJU adalah untuk pelaksanaan projek sektor swasta oleh syarikat-syarikat bumiputera yang berkelayakan dengan saiz dana berjumlah RM2 bilion dan ini merupakan tipping point, dengan izin, sesuatu projek yang jumlah keseluruhan kosnya melebihi RM5 juta dan juga di mana geran sehingga 15% daripada kos projek ataupun RM30 juta yang mana lebih rendah diberikan kepada projek-projek yang layak. Sehingga kini, Dana Mudahcara Bumiputera yang diluluskan sebanyak RM404.5 juta telah memberi manfaat kepada 82 buah syarikat bumiputera yang melibatkan 87 projek bernilai RM3.7 bilion pelaburan secara keseluruhan. Ini termasuklah dalam bidang sektor minyak, gas dan tenaga diperbaharui, sektor pembinaan dan juga pembangunan hartanah, pemborongan dan peruncitan serta perkilangan. Manakala Skim Usahawan Permulaan Bumiputera ataupun SUPERB adalah program baru di bawah fokus pemerkasaan bumiputera yang keempat iaitu untuk memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera. SUPERB adalah untuk membina satu komuniti baru, usahawan bumiputera berdaya saing dan mempunyai ketahanan yang tinggi, berinovatif serta berani menceburi bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau. Dana yang diberikan untuk Program SUPERB ini adalah dalam bentuk geran yang tidak melebihi RM500,000 untuk membantu syarikat-syarikat permulaan ataupun start up dan bertindak sebagai pemangkin kepada syarikat-syarikat bumiputera yang baru dan dari segi saiz
SUPERB ini, ia telah menerima dana permulaan sebanyak RM30 juta. Jadi ada perbezaan antara facilitation fund, dengan izin dan juga SUPERB. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Terengganu mempersoalkan adakah benar kerajaan ingin membantu golongan Melayu dalam agenda pemerkasaan bumiputera? Ini menurut beliau terdapat sebuah syarikat milik bumiputera di Terengganu yang tidak disambung lesen sedangkan pasar raya Giant pula dibangunkan. Untuk maklumat Yang Berhormat, memang kita bersungguh-sungguh. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu itu adalah spesifik dan menurut pengamatan TERAJU setelah kajian dijalankan, kita telah pun menghubungi syarikat yang mungkin dimaksudkan oleh Yang Berhormat tersebut dan kita juga telah berurusan dengan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu untuk menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut ingin mengetahui apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera mendapatkan kontrak daripada syarikat GLC? Untuk ini ada banyak program yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, ada - pertamanya Program Pembangunan Vendor, keduanya dari segi procurement di mana ada beberapa GLC yang mengamalkan price preference policy untuk kontraktor bumiputera. Ketiganya, dari segi aktiviti penyumberan luar ataupun outsourcing, dengan izin, di mana aktiviti operasi yang dilaksanakan daripada semasa ke semasa yang kebanyakannya juga melibatkan usahawan bumiputera. So ini adalah antara contoh-contoh yang telah dilaksanakan oleh GLC dan sebagai langkah tambahan untuk memperkukuhkan peranan GLC ini, semasa pemerkasaan ekonomi bumiputera yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tambahannya adalah seperti contoh di mana semua kementerian dan GLC diarahkan mengukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputera. Dari segi jangka masa kontrak dan konsesi vendor, disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek vendor tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Ketiganya, melonjakkan lagi Program Pembangunan Vendor di beberapa syarikat GLC besar yang mewakili pelbagai sektor penting seperti sektor minyak dan gas, tenaga, komunikasi, pembinaan dan juga perladangan. Antara yang terbaru ialah di mana GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan bumiputera termasuk perolehan kepada vendor yang akan dimasukkan sebagai petunjuk prestasi utama ataupun KPI kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat GLC yang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah membangkitkan isu jurang pendapatan dengan menyatakan bahawa dalam sistem yang diamalkan di negara ini ia akan menyebabkan jurang pendapatan semakin melebar. Ini adalah tidak benar. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pekali Gini yang digunakan untuk mengukur ketaksamaan pendapatan isi rumah telah pun menunjukkan penambahbaikan iaitu penurunan daripada tahun 2009 kepada tahun 2012. Sebagai contoh, pada tahun 2009 pekali gini ialah 0.441 manakala pada tahun 2012 adalah 0.431. Nisbah ketaksamaan pendapatan antara isi rumah 40% terendah berbanding dengan isi rumah 20% teratas juga telah bertambah baik dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh, nisbah ketaksamaan pendapatan the bottom 40% compared to the top 20% dengan izin, pada tahun 2009 adalah pada kadar 1 kepada 6.94 dan untuk tahun 2012 telah bertambah baik kepada 1 kepada 6.58. Jadi ini menggambarkan bahawa agihan pendapatan dan hasil pembangunan negara adalah lebih saksama dan lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira lokasi dan juga kaum. Yang Berhormat Kuala Kangsar telah membangkitkan isu jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nisbah ketaksamaan pendapatan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera telah pun berkurangan daripada tahun 2004 kepada tahun 2009 dan 2012. Sebagai contoh, pada tahun 1999, nisbah ketaksamaan pendapatan ialah pada kadar 1 kepada 1.62 dan ini telah bertambah baik kepada kadar 1 kepada 1.36%. Maknanya, kalau dahulu pendapatan purata isi rumah kaum bumiputera dengan bukan bumiputera adalah di mana pendapatan isi rumah kaum bukan bumiputera adalah 62% lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah kaum bumiputera. Kini, perbezaan tersebut telah berkurangan kepada 36% untuk tahun 2012.
Yang Berhormat Sungai Petani bangun, Yang Berhormat.
Mahu beri jalan kepada Yang Berhormat Sungai Petani?
Ya, boleh.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, saya tanya dahulu ya.
DEB telah pun tamat dan kerajaan juga mengakui bahawa terdapat kegagalan dalam mencapai matlamat DEB. Kemudian kerajaan telah juga umumkan inisiatif-inisiatif yang akan diambil dalam Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini. Isunya sekarang yang saya hendak tanya Menteri, semenjak DEB sampai sekarang Perdana Menteri Melayu, Menteri-menteri juga Melayu, KSN Melayu, pegawai-pegawai kerajaan Melayu, majoriti GLC leaders Melayu. Apakah yang menyebabkan dasar yang begitu besar macam DEB gagal? Kedua, apakah jaminan yang inisiatif-inisiatif yang akan diambil dalam Majlis Tindakan Bumiputera ini juga akan berjaya? Ketiga, apakah sebab-sebab utama gagalnya kita mencapai matlamat dalam DEB dan adakah ini akan berulang kalaupun ratusan juta akan diberikan dalam inisiatif ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang kita dapati bahawa pencapaian DEB adalah kurang berkesan kerana ia belum lagi mencapai sasaran. Saya pernah menjawab beberapa soalan sebelum ini di dalam Dewan yang mulia ini, di mana menurut pengamatan saya dan berdasarkan kepada pengalaman saya di sektor swasta, saya melihat bahawa beban untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dan kemudiannya Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara hanya telah terletak ataupun diletakkan kepada sektor awam. Maknanya, cuma kerajaan ataupun syarikat GLC sahaja yang banyaknya cuba melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ini dan kurang dilaksanakan di sektor swasta.
Jadi dalam konteks kedudukan ekonomi negara kita di sini di mana sumbangan sektor awam dalam ekonomi pada kadar 42% berbanding swasta 58% dan di mana dalam konteks employment dengan izin, sektor awam termasuk Petronas memberi peluang pekerjaan kepada 1.5 juta orang kakitangan berbanding dengan lebih daripada 11 juta orang di sektor swasta. Sekiranya hanya kerajaan sahaja yang menjalankan dasar ini, memanglah lambat untuk kita mencapaikan sasaran. Jadi untuk masa hadapan, saya telah cadangkan dan merayu serta menyeru kepada sektor swasta supaya mereka memainkan peranan mereka untuk melaksanakan dasar ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau sektor swasta bersama-sama dengan kerajaan dan sektor awam menjalankan spirit, dengan izin, atau pun matlamat dasar ini, insya-Allah kita akan menyaksikan posisi atau dasar ini dengan lebih berkesan dan lebih berjaya. Terima kasih. Izinkan saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Marang telah membangkitkan isu kemiskinan di Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sabah telah pun berjaya mengurangkan insiden kemiskinan yang ketara daripada 40.7% pada tahun 1979 kepada 19.7% pada tahun 2009 dan ini telah terus menurun kepada 8.1% pada tahun 2012. Ini merupakan satu penurunan yang saya rasa agak mendadak dan yang baik. Walau pun begitu, kita sedar bahawa insiden kemiskinan di Sabah masih lagi tinggi iaitu pada kadar 8.1% berbanding dengan kadar kemiskinan nasional pada tahap 1.7% dan masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan. Jadi, memang ini akan mendapat perhatian kerajaan dan akan dilaksanakan bersama-sama dengan kerajaan di Sabah.
Penjelasan.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Tuaran bangun. Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat.
Silakan.
Ya, sila Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soal pembasmian kemiskinan di seluruh negara. Peranan Amanah Ikhtiar Malaysia sudah terbukti begitu berkesan dan dalam bajet ini sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk tujuan ini. Satu amaun yang tidak berapa besarlah. Oleh kerana Sabah telah difokuskan sebagai satu negeri yang masih mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah pihak kerajaan akan memperuntukkan dana yang lebih besar untuk Amanah Ikhtiar Malaysia khususnya di negeri Sabah sebagai salah satu langkah untuk mempertingkat dan memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang benar Amanah Ikhtiar Malaysia ini telah banyak berjaya dan kalau diikutkan jumlah permohonan pinjaman yang telah diluluskan setakat ini adalah berjumlah RM9.3 bilion. Ini merupakan satu jumlah yang besar dan telah memberikan manfaat kepada jumlah pinjaman sebanyak RM2.6 juta. Jadi ini semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1987. Nilai yang kita tambah itu sebanyak RM300 juta. Walaupun nampak sedikit tetapi sebenarnya adalah banyak kerana AIM merupakan pinjaman dan setiap bulan terdapat pembayaran balik. Jadi wang ini akan dirollkan, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Minta penjelasan.
Jadi, kita merasakan ini merupakan satu jumlah yang cukup dan kita mengambil kira pandangan daripada pengurusan AIM di mana kalau mereka merasakan mereka boleh menambahkan lagi program mereka dan kita bersedia memberikan peruntukan tambahan. Akan tetapi buat masa ini bagi mereka RM300 juta itu sudah mencukupi. Terima kasih.
Yang Berhormat. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kemiskinan di Sabah. Sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah mendakwa dalam satu ucapan di Lahad Datu mengatakan Kelantan adalah negeri paling miskin di Malaysia. Jadi terbukti jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuktikan bahawa Sabah di antara negeri yang paling miskin. Kita simpati dengan rakyat Sabah. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah punca rakyat Sabah berada di tahap paling miskin sedangkan Sabah kaya dengan hasil bumi, kaya dengan kayu balak, kaya dengan hasil sumber gas dan petroleum, hasil sumber alamnya dan pendapatan negerinya begitu banyak tetapi kenapa rakyat Sabah di tahap kemiskinan? Apakah puncanya? Minta penjelasan.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ikutkan dari segi base line di mana kita mempunyai satu kadar yang tinggi, the starting point, dengan izin. Jadi kalau kita ikutkan peningkatannya atau pun penambah baikkannya adalah amat mendadak. Jadi kalau kita lihatkan pada tahun 2009 seperti yang saya sebutkan tadi, ia pada kadar 19.7%. Dalam jangka masa tiga tahun, kita telah berjaya menurunkannya kepada 8.1%. Ini merupakan satu peningkatan yang mendadak dan saya yakin dengan pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, termasuklah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dengan peruntukan yang banyak yang diberikan kepada negeri Sabah termasuklah daripada hasil petroleum, saya rasa kadar 8.1% ini akan dapat diturunkan dengan lebih cepat lagi. Itu merupakan komitmen kita. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Sibu.
Saya rasa ini bukan...
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Silakan, ya.
Yang Berhormat.
Saya rasa...
Saya cuma hendak tegur, setiap kali mencelah, bangun dan minta izin dengan baik. Tidak perlu terus bercakap Yang Berhormat.
Okey, terima kasih. Saya mahu bertanya Yang Berhormat Menteri kerana kemiskinan ini bukan berlaku di Sabah sahaja. Saya rasa di Sarawak apabila saya mendapat jawapan dari kementerian tentang Sarawak mempunyai paling ramai orang miskin di seluruh Malaysia. Jadi saya haraplah usaha yang lebih kukuh dari kerajaan kerana dalam bajet yang baru-baru diperkenalkan ini, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak adalah tidak banyak. Sedikit sahaja berbanding dengan keseluruhan peruntukan untuk Malaysia. Jadi saya harap usaha yang lebih kukuh dari kerajaan supaya Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti daripada mana kenyataan Yang Berhormat Sibu itu datang tentang yang menyatakan bahawa Sarawak mempunyai paling ramai orang miskin. Akan tetapi bagi saya...
Saya... Sorry, sorry. Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelahkah?
Saya rasa saya banyak lagi items hendak cover Tuan Yang di-Pertua. Dia sudah sebut komen dia. Jadi izinkan saya menyentuh di sini bahawa kalau kita ikutkan progress atau pun perkembangan kita Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara daripada satu kadar kemiskinan sebanyak 49.8% pada tahun 1970 telah turun kepada 1.7% untuk tahun 2012. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik. Kita setuju dan kita perlu pastikan bahawa kadar ini adalah rendah di semua negeri di Malaysia. Itulah matlamat dan usaha kita untuk masa hadapan sama ada di Semenanjung Malaysia atau pun di Sabah dan Sarawak, usaha kita tetap kukuh dan tetap kuat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah telah pun membangkitkan dua isu pembangunan inclusive bagi kaum India iaitu mengenai agenda pemerkasaan India dan juga satu lagi mengenai ekuiti kaum India. Bagi kami kerajaan sentiasa komited dan berusaha untuk menyediakan pelbagai perancangan dan program kepada kaum India bagi memastikan tahap pembangunan sosioekonomi dan pemilikan ekuiti sebanyak 3% dapat dicapai menjelang tahun 2020. Antara program khusus yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah yang pertama sekali penawaran Unit Amanah Saham kepada kaum India oleh PNB iaitu Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Nasional 3, Amanah Saham Gemilang dan juga Amanah Saham 1Malaysia. Keduanya ialah menyediakan program pembangunan usahawan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Program Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN telah pun dilancarkan pada tahun 2008 dan ini bertujuan untuk membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat mikro ke peringkat sederhana dan kepada peringkat besar. Ketiganya adalah menyediakan program latihan kemahiran dan pembangunan sahsiah dan sosioekonomi India kepada golongan belia India.
Ya, dua orang bangun Yang Berhormat. Hendak beri jalan? Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan isu ekuiti untuk kaum
India ini, saya tidak tahu kita sudah merdeka lebih 50 tahun dan sampai sekarang masyarakat India negara kita hanya memiliki 1.6% sahaja ekuiti. Saya rasa satu kesilapan besar telah berlaku dalam tempoh 50 tahun ini. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Sudah 50 tahun, masih 1.6%. Kalau daripada 1.6% kita lihat, 1% itu mungkin daripada beberapa ahli perniagaan gergasi yang ada hubung kait dengan orang-orang politik, 1%. Jadi kalau kita lihat daripada populasi kaum India 7.2%, hanya memiliki lebih kurang 0.6% ekuiti. Di mana silapnya? Terima kasih.
Terima kasih.
KS...
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Izinkan saya menjawab yang ini dahulu, lepas itu saya beri laluan sebentar lagi. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat ia di dalam konteks di mana titik permulaan kita. Memang titik permulaan kita semasa kita merdeka di mana pemilikan ekuiti atau pun kekayaan kaum bumiputera dan kaum India adalah rendah. Maknanya bukan kaum India sahaja, tetapi kaum bumiputera juga adalah rendah. Dalam konteks ekuiti, kalau Yang Berhormat mengatakan 1.6% itu adalah rendah berbanding 7%, begitu juga dengan kaum bumiputera di mana pada satu ketika dahulu cuma pada kadar 2.4% berbanding dengan 67% golongan bumiputera yang ada dalam negara ini. Kalau kita ikutkan sasaran kita, untuk bumiputera kita hendak naikkan daripada 23.5% sekarang ini kepada 30% menjelang tahun 2020 di mana 67% rakyat Malaysia terdiri daripada kaum bumiputera dan kalau sasaran kita 3% untuk kaum India di mana kaum India mempunyai 7% penduduk, bagi saya ia merupakan satu sasaran yang munasabah dalam konteks itu. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bahawa ada laporan mengatakan sebanyak RM1.6 bilion wang TEKUN yang tidak dikembalikan hutangnya di kalangan anggota UMNO yang meminta pinjaman daripada Tabung TEKUN ini. Jadi saya hendak tanya bagaimana hendak mengatasi masalah ini dan mendapatkan wang ini balik. Bagaimana hendak mengendalikan dalam belanjawan yang macam- macamlah, MaGIClah, Tabung Usahawan Siswazahlah, SPUMI, Skim Usahawan Pasar Malamlah, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sebanyak RM1.3 bilion. Jadi kalau TEKUN itu RM1.6 bilion hutang sampai bertahun-tahun, bertapuk di kalangan anggota UMNO, bagaimana dana-dana atau geran-geran atau skim-skim ini yang kita dapat kepastian bahawa tidak akan terjadi, tidak ada penyelewengan wang rakyat dan pasti dipulangkan balik untuk kegunaan rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya tidak tahu daripada mana Yang Berhormat Ampang dapat maklumat ini sebab dalam borang itu kita tidak tanya sama ada ahli UMNO atau pun PAS atau pun ahli yang lain. Jadi, kita tidak memilih kasih sebenarnya. Jadi saya rasa itu merupakan satu kenyataan yang tidak betul. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan. Berkenaan dengan kaum India tadi, kerajaan akan terus menumpukan kepada pembangunan masyarakat India agar dapat bersama-sama dalam arus kemajuan negara. Sebagai langkah selanjutnya dalam Bajet 2014 yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran untuk kaum India. Di samping itu juga, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan bagi Skim Pembangunan Usahawan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kanowit telah pun menyarankan agar kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi aktiviti kaum bumiputera Dayak. Untuk itu, kerajaan amat komited meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi termasuk dalam kalangan bumiputera Dayak bagi mencapai sasaran pemilikan sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2020. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya memperkenalkan program memiliki Unit Amanah Saham di bawah PNB seperti
Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham 1Malaysia. Sebagai contohnya sehingga September 2013, bumiputera Sarawak mempunyai lebih 800,020 Akaun Skim ASB dengan pelaburan berjumlah 11.23 bilion unit. Kita juga ada banyak usaha-usaha lain seperti pemilikan hartanah dan penyertaan bumiputera dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan melalui pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera. Pada masa ini, Amanah Hartanah Bumiputera mempunyai lebih 50,000 pemegang unit individu bumiputera termasuklah daripada Sabah dan juga Sarawak.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kanowit bangun.
Yes. Silakan.
Ya. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan angka untuk ekuiti bumiputera di Sarawak. Akan tetapi, soalan saya adalah tertumpu pada kaum Dayak yang saya fikir kalau bumiputera ini termasuk kaum- kaum lain. Jadi kita melihat jelas dari segi pembangunan pun, kita melihat kebanyakan kawasan yang didiami oleh kaum Dayak adalah di kawasan-kawasan hulu atau pun di pedalaman. Jadi kalau diterjemahkan kepada ekuiti atau pelaburan di ASB atau saham- saham pun saya fikir mungkin jauh, kurang daripada kaum-kaum bumiputera lain di Sarawak. Kalau dapat diperincikan, kalau tidak dapat sekarang, mungkin dalam jawapan bertulis untuk angka-angka sebegitu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, ini merupakan satu perincian yang lebih banyak. Mungkin saya boleh berikan maklumat secara berasingan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Sibu bangun Yang Berhormat.
Saya pun memohon jawapan sedemikian kepada saya juga, secara bertulis.
Perkara yang mana?
Perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat Kanowit itu.
Okey, boleh. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan. Isu wakaf dan zakat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Nibong Tebal yang ingin mengetahui sama ada tanah wakaf dan Baitulmal adalah merupakan salah satu strategi dalam memperkasakan agenda bumiputera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan tanah wakaf dan Baitulmal merupakan salah satu strategi dalam agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera. Secara menyeluruh bermula dalam Rancangan Malaysia Kesembilan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM256 juta kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan fokus pembangunan adalah berdasarkan lima sub program iaitu perumahan, sosial, ekonomi, pendidikan dan juga kesihatan. Antara projek yang telah dijalankan dan dibangunkan oleh JAWHAR adalah banyak termasuk pelbagai program perumahan dan juga pembangunan ekonomi.
Bagi merancakkan pembangunan tanah wakaf dan baitulmal, kerajaan turut menjalankan bersama-sama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di mana sebagai contohnya penglibatan UDA dalam projek Pembangunan Wakaf Seetee Aisah di Pulau Pinang. Dalam Bajet 2010 juga kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Yayasan Wakaf Malaysia untuk membina 70 ruang niaga di masjid-masjid terpilih di seluruh negara. Strategi pembangunan tanah wakaf ini dijangka memberikan impak yang lebih besar apabila kerajaan pada 14 September 2013 memutuskan untuk memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia sebagai sebuah entiti wakaf korporat.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu ketiga berkenaan dengan pembangunan modal insan yang telah dibangkitkan...
Yang Berhormat Nibong Tebal bangun Yang Berhormat.
Okey, kalau ini mungkin saya izinkan sebab banyak lagi lepas ini yang akan saya kena cover.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih atas usaha-usaha yang hendak dilakukan untuk membangunkan tanah wakaf dan juga baitulmal di seluruh negara terutama sekali di negeri Pulau Pinang. Akan tetapi saya hairan juga yang soalan saya tentang TEKUN, Yang Berhormat Menteri belum jawab. Tentang you know, default rate yang tinggi. 45% daripada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak TEKUN untuk mendapat kembali pinjaman yang begitu banyak tertunggak, 45% di seluruh negara itu. Itu sahaja hendak tanya.
Yang Berhormat Menteri, sekejap pasal TEKUN sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya dengan – terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya adakah pihak Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya sepatutnya dalam borang permohonan TEKUN itu, yang bahagian H, sokongan pemimpin tempatan itu. Antara dalam borang itu menyatakan mestilah dapat daripada Ketua Bahagian UMNO. Dalam borang ini, boleh tengok dalam ini. Boleh tengok dalam internet, dalam website TEKUN. Borang permohonan ini, dia kata dapat sokongan Ketua Bahagian UMNO. Jadi menunjukkan teladan – CEO TEKUN juga mengatakan memang TEKUN ini untuk UMNO. Jadi saya mohon supaya dengan RM700 juta dana yang disuntik dalam pelancaran
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Jadi benda ini kita harap elemen-elemen yang boleh wujudnya satu elemen favoritism sedangkan TEKUN ini sepatutnya untuk rakyat tanpa mengira kaum, tanpa mengira ideologi politik. Jadi saya harap Menteri boleh nasihatkanlah, buanglah syarat tersebut. Memalukan, menjatuhkan nama UMNO sendiri. Nampak sangat UMNO ini sudah desperate sangat. Takkanlah Yang Berhormat Menteri bertaraf begini tidak boleh setuju dengan syarat begini. Hah! Yang Berhormat Menteri yang bertaraf economist sendiri boleh jadi begini, malulah.
Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya kurang pasti dengan apa yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Jadi izinkan saya menyemak semula dan I will revert dengan izin, separately. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung bahagian ketiga tentang pembangunan modal insan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Serdang telah membangkitkan isu pembayaran gaji bonus dan elaun kepada CEO Talent Corporation dan Agensi Inovasi Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp menerima gaji sebanyak RM420,000 setahun termasuk elaun. Bagi penerimaan bonus tahunan, penerimaan ini adalah berdasarkan kepada prestasi semasa tahun agensi dan juga tertakluk kepada kelulusan lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, beliau pula telah dilantik sebagai pegawai kontrak bagi badan berkanun tersebut untuk tempoh tiga tahun. Sebelum pelantikan tersebut, beliau merupakan ketua pegawai eksekutif di dalam kumpulan syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang objektif, di mana sekiranya kita mahukan bakat-bakat datang daripada sektor swasta untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan terutama di dalam agensi-agensi ini, kita perlu membayar imbuhan yang kompetitif untuk membolehkan mereka datang dan berkhidmat dengan kita. Jadi saya berharap ini akan membolehkan lagi lebih ramai mereka yang berbakat di luar sana, di sektor swasta membantu kerajaan dalam proses transformasi kita untuk masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Pasir Gudang telah membangkitkan isu berhubung flexible working arrangement di bawah Talent Corporation. Yang Berhormat Parit Sulong mencadangkan supaya promosi FWA ini diteruskan dan dipergiatkan. Manakala Yang Berhormat Pasir Gudang mencadangkan supaya ditubuhkan satu badan pemantau flexible working arrangement ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TalentCorp kini giat dan akan terus mempromosikan flexible working arrangement melalui beberapa pendekatan. Pertama sekali di mana kita mewujudkan sebuah portal, www.flexworklife.my sebuah portal yang dibangunkan oleh TalentCorp dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang memaparkan informasi seperti garis panduan pelaksanaan FWA, amalan terbaik dan modul contoh 17 majikan dan peluang pekerjaan melalui amalan FWA ini. Ini melibatkan penyertaan dan sokongan 36 majikan dan diharap akan bertambah dari masa ke semasa. Keduanya ialah pelantikan duta seramai sembilan orang pemimpin pengurusan sumber manusia sektor swasta negara yang berpengalaman telah pun dilantik sebagai duta flexworklife.my dan kini aktif mempromosikan FWA sebagai amalan kerja dan salah satu strategi pembangunan dan pengekalan modal insan yang berkesan. Ketiganya ialah aktiviti kolaborasi di mana ia melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan organisasi yang terlibat. Ini termasuklah penganjuran persidangan dan juga sidang kemuncak ataupun forum di mana sebanyak lima forum telah pun dijalankan pada tahun 2013. Kita juga mengadakan anugerah bagi menggalakkan penglibatan majikan dalam FWA ini. Sebanyak tiga anugerah telah pun disampaikan sepanjang tahun 2013. Liputan media yang luas di mana media cetak, wawancara radio sebanyak tujuh telah diadakan dan secara online. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebagai satu bentuk kawal selia bagi pelaksanaan FWA ini, insentif cukai hanya akan diberikan kepada majikan-majikan yang berdaftar dengan TalentCorp dan diberikan status FWA. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Terengganu membangkitkan usaha TalentCorp menarik rakyat Malaysia yang berada di luar negara pulang berkhidmat di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui penambahbaikan insentif program pemulangan pakar ataupun returning expert program di bawah TalentCorp ini bermula pada tahun 2011. Program ini telah pun berjaya memudah cara lebih ramai lagi pakar Malaysia di luar negara untuk kembali berkhidmat menyumbang kepada negara. Sejak diterajui oleh TalentCorp, seramai 2,316 orang tenaga pakar telah mendapat kelulusan melalui inisiatif ini. Ini termasuklah 713 orang yang telah diluluskan dalam masa 10 bulan pertama tahun ini sehingga Oktober 2013. Tuan Yang di-Pertua, bahagian keempat iaitu isu pembangunan wilayah telah menarik begitu ramai sekali Ahli Yang Berhormat termasuklah Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kangar dan juga Yang Berhormat Kuching. Oleh kerana isu yang dibangkitkan ini adalah sama atau serupa iaitu berhubung dengan kepentingan pembangunan seimbang antara negeri ataupun wilayah, maka saya akan rangkumkan kesemuanya dalam satu jawapan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan seimbang seterusnya merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah di negara ini. Termasuk di antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung dan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk menggalakkan pembangunan wilayah melalui lima koridor pertumbuhan iaitu Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak dan Koridor Pembangunan Sabah. Bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan di koridor ekonomi wilayah, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM5.35 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebanyak RM4.7 bilion telah pun diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan di koridor untuk tahun 2011 hingga tahun 2013.
Tuan Yang di-Pertua, sejak dari penubuhan wilayah-wilayah ekonomi sehingga suku tahun kedua 2013 ini, wilayah-wilayah berkenaan telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Banyak projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan dan ini melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM333 bilion dan telah mewujudkan 684,000 pekerjaan. Antaranya di Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah menarik masuk pelaburan terkumpul sebanyak RM49 bilion dan mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan. Di Iskandar Malaysia melalui IRDA telah menarik masuk pelaburan terkumpul sebanyak RM128.21 bilion dan mewujudkan 554,796 peluang pekerjaan. Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara melalui NCIA telah menarik masuk pelaburan terkumpul sebanyak RM35.48 bilion serta mewujudkan 53,392 peluang pekerjaan. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) melalui RECODA telah pun menarik masuk pelaburan terkumpul sebanyak RM24 bilion dan mewujudkan 13,994 peluang pekerjaan. Koridor Pembangunan Sabah melalui SEDIA telah menarik masuk pelaburan terkumpul sebanyak RM119 bilion dan mewujudkan 22,000 peluang pekerjaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa koridor mengambil kira semua aspek pembangunan sama ada pembangunan infrastruktur dan juga pembangunan modal insan. Oleh itu projek- projek yang dilaksanakan di wilayah ekonomi juga melibatkan golongan masyarakat bawahan secara langsung dan juga tidak langsung. Di antara Program Pembangunan Modal Insan yang dilaksanakan termasuklah Program Peningkatan Bakat Negara di Iskandar Malaysia, Northern Corridor, East Corridor dan juga di Sabah Development Corridor dengan izin. Smart Biz Kid di Iskandar Malaysia, Educational City Hostel dengan izin, di NCER dan banyak lagi program-program. Bagi Koridor Sabah dan Sarawak, projek-projek yang dilaksanakan memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada golongan sasar seperti Projek Agropolitan Tongod dan Pitas manakala di Koridor Sarawak pula ialah Projek Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu. Dari segi pembangunan modal insan, koridor Sabah dan Sarawak bekerjasama dengan pihak institusi pengajian awam, swasta dan juga agensi kerajaan lain dalam menyediakan dan memberi latihan mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Mengenai negeri Perlis yang mungkin menarik minat Yang Berhormat Kangar, NCIA iaitu pihak berkuasa pelaksanaan Koridor Utara sememangnya terlibat dalam membangunkan negeri Perlis. Di antara penglibatan NCIA dalam konteks ini ialah kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyediakan kajian pelan strategik pembangunan Perlis 2013 hingga 2030 yang menggariskan polisi dan program-program yang dapat membawa Perlis ke arah negara maju pada tahun 2030. Selain daripada itu, NCIA juga melaksanakan projek-projek di negeri Perlis. Di antaranya ialah Taman Industri Pauh, Program cITaKU Labs dan Edu Citi-Tel di negeri Perlis.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Penjelasan Yang Berhormat. Boleh saya minta penjelasan?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan keseimbangan pembangunan antara wilayah. Kita lihat di sini, masih wujud jurang yang ketara di antara pembangunan di sebelah Wilayah Timur dan Wilayah Barat. Kita tengok di sebelah Pantai Timur contohnya di Kelantan, kemudahan infrastruktur yang utama, yang menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi masih tidak setaraf dengan apa yang diberi di negeri-negeri lain. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah bagaimana Kerajaan Pusat berunding dengan Kerajaan Negeri Perlis untuk menjadikan Perlis negara maju 2030. Macam mana peranan kerajaan negeri diambil kira. Jadi, kenapa tidak diwujudkan perkara yang sama di negeri-negeri yang lain? Saya bagi contoh, apabila ada pembangunan lebuh raya yang tidak seimbang, bagaimana tidak diberi keutamaan. Kalau di Kelantan tidak ada langsung penghubung lebuh raya dengan Kuala Lumpur. Lama-lama kita lihat bagaimana untuk memajukan
sebuah industri dan sebagainya kalau kemudahannya, pelabuhannya jauh, contoh. Begitu juga berkaitan dengan kemudahan lapangan terbang yang tidak dinaik taraf. Jadi kemudahan-kemudahan ini sepatutnya dirunding sama oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri untuk sama-sama kita mengimbangkan, mempercepatkan lagi keseimbangan pertumbuhan ekonomi antara Timur dan Barat, termasuk juga ialah pembinaan tebatan banjir. Walaupun tidak – akan tetapi ini berkaitan sebab di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak diberikan keutamaan sedangkan ini adalah di sebelah sempadan Thailand contohnya, adalah tempat untuk kita memperkembangkan ekonomi terutama penduduk setempat. Lumpuh apabila setiap tahun berlaku dua hingga tiga kali berlaku banjir tetapi tidak disentuh, disebut dan dimasukkan langsung dalam bajet, peruntukan untuk tempat-tempat yang kritikal ini. Jadi macam mana perancangan ini dibuat, yang dikatakan untuk mewujudkan keseimbangan sedangkan kita nampak kepincangan di sana. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ikutkan peruntukan di wilayah-wilayah koridor ini untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak RM5.35 bilion, di mana daripada jumlah itu RM1.03 bilion telah pun diperuntukkan untuk Wilayah Pantai Timur. Jadi, kalau hendak dikatakan ia tidak seimbang adalah tidak benar kerana dalam konteks Rancangan Malaysia Kesembilan ini hampir 20% diperuntukkan kepada Wilayah Timur. Cuma apabila kita melihat Wilayah Pantai Timur ini kita, kemudian kena priorities yang mana projek-projek yang bakal memberi impak yang tinggi. Jadi untuk itu kita bagikan antara projek-projek di negeri Pahang, Terengganu dan juga di Kelantan. Untuk itu, kita ada banyak engagement dan perbincangan di peringkat Unit Perancang Ekonomi berserta dengan yang ECERDC dengan izin dan juga dengan kerajaan-kerajaan negeri. Insya-Allah untuk masa depan kita akan terus pastikan bahawa ia akan lebih seimbang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan mengenai kenyataan Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa peruntukan untuk membangunkan Sabah dan Sarawak telah di kurang supaya kadar pembangunan di Sabah dan Sarawak ini boleh dilambatkan agar penguasaan Barisan Nasional boleh dipanjangkan. Ini adalah satu tuduhan yang tidak betul. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agihan peruntukan adalah mengikut keperluan di negeri-negeri dan berdasarkan kepada tahap kemampuan kewangan kerajaan serta kemampuan pelaksanaan projek di negeri berkenaan. Di samping itu, kerajaan juga memberi tumpuan kepada kepentingan sesuatu projek yang memberi sumbangan terhadap pertumbuhan negara. Oleh yang demikian, pengurangan agihan peruntukan di terima oleh negeri Sabah dan Sarawak dari tahun 2011 hingga 2014 adalah selari dengan pengurangan peruntukan keseluruhan tahunan negara, yang mana peruntukan yang disediakan pada tahun 2011 adalah sebanyak RM49.2 bilion manakala untuk tahun 2014 telah berkurangan kepada RM44.5 bilion.
Namun begitu, peruntukan pembangunan bagi negeri Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh merupakan antara peruntukan terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain. Dalam tempoh 2011 hingga 2014, negeri Sabah dan Sarawak telah pun menerima peruntukan tahunan yang agak banyak di mana untuk tahun 2014 ini, sebanyak RM3.27 bilion diperuntukkan untuk negeri Sabah dan RM3.129 bilion diperuntukkan untuk negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan telah membangkitkan isu pengangkutan awam yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya tidak pasti tetapi mungkin Yang Berhormat mungkin merujuk kepada projek Light Monorail Transit untuk negeri Pulau Pinang ataupun Monorel Pulau Pinang yang pernah diumumkan pada awal tahun 2007 dan telah di tangguh pelaksanaannya memandangkan projek ini didapati tidak berdaya maju pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) telah pun melaksanakan kajian Pelan Induk Pengangkutan di Pulau Pinang. Kajian tersebut telah selesai dijalankan pada bulan Mac tahun ini dan hasil kajian tersebut tidak memberi penekanan kepada projek monorel dan memberi cadangan perkara berikut bagi menangani masalah pengangkutan awam di negeri Pulau Pinang.
(i) penstrukturan semula sistem bas dan laluan bas; (ii) menaik taraf laluan pejalan kaki; dan (iii) menyediakan kemudahan park and ride dan terminal bas. Bagi memperbaiki pengangkutan awam di seluruh negara termasuklah di Pulau Pinang, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ini telah meneliti semula perancangan pengangkutan awam darat di seluruh negara di mana penelitian juga dibuat ke atas kesesuaian mod pengangkutan darat di Pulau Pinang. Lanjutan daripada itu, SPAD...
Tuan Yang di-Pertua.
Bagi saya habiskan sentence ya, terima kasih. Lanjutan daripada itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad melalui anak syarikatnya Rapid Penang yang telah beroperasi sejak tahun 2007 telah menambah baik perkhidmatan mereka agar isu masalah kesesakan jalan raya dan kemudahan pengangkutan awam di Pulau Pinang dapat diselesaikan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan pengangkutan awam. Selalunya apabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol, maka atas alasannya ialah untuk memperbaiki perkhidmatan awam. Akan tetapi apa yang berlaku ialah keadaan perkhidmatan awam di negara kita memang dari semasa ke semasa cukup teruk. Saya adalah merupakan pengguna perkhidmatan awam yang tegarlah. Contohnya ialah macam kita katakan LRT. LRT baik untuk perkhidmatan awam dalam bandar. Masalah yang berlaku ialah tetap berlaku kesesakan juga kerana orang yang daripada taman hendak ke stesen LRT, public transport, dengan izin, amat mendukacitakan. Maka, dengan sebab itu soal public transport ini sepatutnya kerajaan kena mengambil satu tanggungjawab sosial supaya soal perkhidmatan awam ini dapat diberikan dengan baik untuk rakyat dapat untuk menggunakan dengan elok dari segi perkhidmatan awam tadi. Di tempat saya, saya mendapat maklumat 1.12.2013 ini, bas daripada Kuala Kangsar ke Taiping akan ditutup. Jadi, satu lagi mengalami masalah bagi orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam di antara Kuala Kangsar ke Taiping. Jadi, cadangan saya meminta supaya kerajaan dalam soal perkhidmatan awam ini biarlah jadikan sebagai satu tanggungjawab sosial, bukan sebagai satu yang diberikan kepada swasta, tiba-tiba swasta pun masih lagi perkhidmatannya agak lemah. Maka, menyebabkan ini membebankan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Mungkin saya membuat satu komen secara am. Sekiranya kita telah mengurangkan jumlah subsidi kita terhadap petroleum - petrol, diesel dan LPG terlebih awal, memang kita sudah semestinya dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam kita. Jadi, kita sebenarnya baru memulakan mengurangkan subsidi tersebut bermula pada 3 September ini di mana kita insya-Allah akan mendapat penjimatan sebanyak RM3.3 bilion setahun. Ini akan digunakan antara lainnya ialah untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam. Kita tahu antara yang ingin kita pertingkatkan ialah MRT yang kini sedang dalam pembinaan dan sedang dalam progress yang baik. Akan tetapi ini merupakan satu langkah jangka panjang. Sementara itu, untuk kedudukan sekarang ini banyak program-program yang bakal ditingkatkan dan kita ambil maklum tentang komen yang dibuat Yang Berhormat tadi berkenaan dengan feeder bus service, dengan izin, antara LRT station dengan kawasan-kawasan perumahan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya...
Yang Berhormat Dato’. Sedikit. Penjelasan sedikit.
Hendak dekat maghrib sudah ini.
Sambungan daripada yang tadi.
Saya hendak dekat maghrib sudah ini. Saya belum solat Asar lagi.
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat ya.
Nanti tertinggal Asar, susah saya. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan pula ingin mengetahui status pembinaan Lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) tentang kos dan syarikat yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sentiasa komited dan berusaha untuk menyediakan lebuh raya yang terbaik bagi kemudahan rakyat. Sehubungan dengan itu, kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan pembinaan Lebuh raya KIDEX ini melalui kaedah penswastaan. Projek lebuh raya ini melibatkan jajaran sejauh 12.5 kilometer yang bermula daripada Kinrara dan berakhir di Damansara. Pembinaannya akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Damansara. Di samping itu, Lebuh raya KIDEX ini akan menjadi laluan alternatif kepada lebuh raya sedia ada seperti Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP). Pada masa ini kita sedang memuktamadkan perjanjian konsesi dengan syarikat yang tersebut. Oleh itu adalah terlalu awal ataupun premature, dengan izin, untuk pihak kerajaan memberi maklum balas yang lebih details, dengan izin, berhubung dengan projek ini. Kita akan umumkan setelah perjanjian konsesi ini dimuktamadkan. Tuan Yang di-Pertua, isu...
Minta penjelasan sedikit.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
PJ Selatan.
Boleh tidak bagi Yang Berhormat. Kalau tidak bagi saya suruh duduk.
Saya minta maaf kalau boleh- sebab saya belum solat Asar lagi.
Tadi KIDEX, KIDEX.
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Okey, sedikit ya.
Sedikit. Saya hendak dapat penjelasan. Walaupun projek ini telah diluluskan di peringkat Pusat, saya hendak minta pengesahan. Adakah kelulusan ini daripada pihak negeri atau pihak PBT? Mengapa kementerian tidak mendapat kelulusan daripada pihak PBT - MPPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya tetapi telah dapat surat, telah dikeluarkan daripada Pejabat Tanah Wilayah yang dapat masuk ke tanah survey. So, saya hendak tahu berapakah buah rumah, tanah yang terlibat ini? Oleh sebab ia melibatkan banyak tanah, rumah yang terlibat. Saya difahamkan ada 3,600 buah rumah terlibat. Adakah ini betul atau tidak? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, dari segi proses pengambilalihan tanah itu akan dilaksanakan mengikut undang- undang. Seperti biasa dalam mana-mana projek juga yang akan ditandatangani akan terdapat conditions precedent, dengan izin, di mana akan terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi sebelum konsesi tersebut mengambil effect, dengan izin. Ini termasuklah apa juga kelulusan yang perlu didapatkan oleh syarikat konsesi tersebut sebelum pembinaan dapat dilaksanakan.
Ini termasuklah proses pengambilan tanah dan rumah sama ada akan dilaksanakan ataupun tidak. Jadi, itu akan diumumkan setelah perjanjian nanti dimuktamadkan. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, sedikit lagi...
Maaf saya telah banyak - ada 20 minit lagi saya perlukan...
Tentang kelulusan daripada pihak negeri. Adakah negeri setuju?
Maaf, Tuan Yang di-Pertua...
Tidak beri jalan Yang Berhormat, duduklah ya.
Jawab soalan ini.
Yang Berhormat.
Kelulusan akan dipohon pada masa yang diberi.
Mengapa tidak keputusan negeri tetapi projek ini diteruskan?
Ini saya sudah sebutkan tentang condition persediaan itu.
Sebagai wakil rakyat saya kena jawab. Kalau penduduk tanya saya, saya kena jawab.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Saya...
Boleh beri secara bertulis atau tidak?
Sudahlah, Menteri pergi jawab sendiri. Satu soalan sahaja.
Ya.
Beri responslah.
Sebab apa, tidak payah respondlah saya fikir. Okey Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya teruskan. Isu kelima dan terakhir yang saya ingin menggulung ialah berhubung dengan isu tenaga khususnya isu berkaitan dengan Petronas. Yang Berhormat Serdang telah pun membangkitkan isu ketelusan dalam perbelanjaan Petronas. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1995, Petronas menyediakan laporan kewangan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta diaudit oleh juruaudit bertauliah antarabangsa. Walaupun Petronas bukanlah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi mereka menerbitkan laporan tahunan yang lengkap dengan laporan kewangan dan laporan operasi pada setiap tahun. Laporan tersebut juga mengandungi jumlah bayaran kepada kerajaan dari segi dividen, hasil petroleum, cukai dan duti eksport dan diaudit mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan. Di samping itu, Petronas juga mengumumkan keputusan kewangan pada setiap suku tahun kepada pihak media dan pihak umum. Laporan-laporan ini disiarkan dalam laman web Petronas dan boleh dimuat turun oleh semua pihak umum. Jadi pendedahan dan ketelusan Petronas dalam melaporkan laporan prestasi dan aktiviti yang dijalankan telah pun dibuat secara menyeluruh dan terperinci serta sedia untuk dikaji dan teliti oleh semua pihak yang berminat. Jadi, untuk itu kita tidak perlu ragui tentang ketelusan Petronas. Malah untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 16 Oktober 2013 Transparency International iaitu sebuah badan pemerhati Global Corruption telah pun menerbitkan sebuah laporan bertajuk Transparency in Corporate Reporting Accessing Emerging Market Multinationals, dengan izin. Petronas antara 100 buah syarikat yang telah dikaji selidik telah menduduki tempat kelima daripada 100 buah syarikat multi nasional tersebut. Selain itu, Petronas juga telah memperoleh markah yang baik dalam pelbagai kategori termasuklah dalam indeks keseluruhan dengan skor sebanyak 6.3 daripada 10. Ini meletakkan Petronas di tangga kelima secara keseluruhannya.
Yang Berhormat Indera mahkota pula mencadangkan agar Petronas diletakkan di bawah Parlimen. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Petronas diperbadankan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 1965. Bagi kita di pihak kerajaan, kita berpendirian bahawa peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 tersebut adalah mencukupi bagi Petronas memainkan peranannya secara berkesan mengikut perkembangan dan tuntutan semasa. Sehubungan dengan itu, kerajaan tidak bercadang untuk meletakkan Petronas di bawah Parlimen. Yang Berhormat Kepala Batas telah membangkitkan isu penglibatan anak tempatan memegang jawatan tinggi di Petronas dan isu peletakan oleh 300 orang jurutera Petronas. Tuan Yang di-Pertua, Petronas sentiasa mengamalkan dasar meritokrasi di dalam pemilihan tenaga kerjanya. Untuk semua peringkat dan ia selaras dengan prinsip keterangkuman ataupun intensiveness.
[Bangun]
Dasar ini diguna pakai oleh kerana ia merupakan asas dalam usaha Petronas memupuk budaya kerja berprestasi tinggi di kalangan tenaga kerjanya.
Yang Berhormat Menteri, satu minit. Setengah minit punya soalan berkaitan.
Yang Berhormat Kota Bharu bangun Yang Berhormat.
Setengah minit sahaja Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini ada desas-desus mengatakan bahawa ura-ura ratusan orang jurutera di Petronas telah memohon untuk berhenti daripada Petronas. Salah satu puncanya adalah mereka mendapat better offer daripada syarikat-syarikat minyak terutamanya daripada Middle East. Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri boleh tidak jawab jika isu itu tidak dibangkitkan dalam perbahasan asal.
Okey. Ia telah pun dibangkitkan Tuan Yang di- Pertua.
Ya.
Jadi kalau hendak ikutkan dalam konteks competition, dengan izin, secara keseluruhannya, industri minyak dan gas di seluruh dunia mengalami kekurangan tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman. Jadi, bagi memenuhi keperluan tersebut, pengambilan tenaga kerja yang sedia ada dari syarikat minyak dan gas yang lain mengakibatkan perang bakat ataupun war for talent yang berlaku secara agresif. Fenomena ini dijangka akan berterusan sejajar dengan pertumbuhan industri yang pesat. Petronas memang tidak terkecuali tetapi kalau kita ikutkan jumlahnya, daripada Januari hingga September tahun ini, seramai 170 orang pegawai tetap dalam Bahagian Teknikal telah meletakkan jawatan. Dari segi peratusan, ia merupakan 2% dari keseluruhan pegawai tetap teknikal yang sedia ada. Jadi kalau kita analyzekan dia, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, turn overate Petronas dalam segi teknikal adalah pada sekitar 3%. Ini merupakan satu peratusan yang tidak begitu membimbangkan. Ia adalah normal, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Penampang dan juga Yang Berhormat Bayan Baru telah pun membangkitkan isu royalti Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan mengenai bagi bayaran hasil petroleum kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri adalah terkandung dalam Perjanjian Perkongsian Pengeluaran ataupun Production Sharing Contract yang telah ditandatangani antara Petronas dan rakan PSC seperti Shell, Exxon Mobil dan sebagainya. Sehubungan itu, sebarang tindakan untuk meminda kadar hasil petroleum perlu dirundingkan semula antara Petronas dan rakan PSC berkenaan.
Sungguhpun kadar hasil petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri berkaitan hanya 5%, Kerajaan Persekutuan telah pun menyediakan peruntukan permohonan yang besar kepada negeri-negeri tersebut yang jauh melebihi hasil yang diterima daripada bayaran hasil petroleum. Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, negeri Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri yang tertinggi menerima peruntukan pembangunan. Peruntukan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk negeri Sabah adalah di mana - untuk negeri Sabah sebagai contohnya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sejumlah RM20.3 bilion dan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk rolling plan pertama dan kedua iaitu untuk dua tahun ialah berjumlah sekitar RM18 bilion. Manakala untuk Sarawak, Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM15.3 bilion dan untuk rolling plan pertama dan kedua iaitu untuk dua tahun sebanyak RM18 bilion. Maaf, kira-kira RM16 bilion.
[Bangun]
Mahu beri jalan Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat?
Maaf, memang sudah lambat. Minta maaf, ya.
Tidak beri jalan, Yang Berhormat Tuaran duduk.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh izinkan saya teruskan. Yang Berhormat Bakri ingin tahu adakah Petronas akan mengambil alih Projek Rapid yang telah ditinggalkan oleh satu syarikat dari Jerman. Yang Berhormat juga ingin tahu jumlah pelabur untuk Projek Rapid dan jumlah pelaburannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penamatan kontrak his agreement antara Petronas dan BSF. Pada awal 2013 adalah khusus untuk usaha sama dalam bidang bahagian kimia khusus bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang Johor. Penamatan kontrak tersebut adalah keputusan yang dipersetujui bersama ataupun mutual agreement dan Petronas telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan sebarang impak yang dijangkakan kepada Projek Rapid. Projek ini merupakan satu projek permohonan hiliran minyak dan gas utama di Malaysia dan sebahagian daripada program transformasi ekonomi Malaysia. Jumlah pelaburan Petronas dijangka sebanyak RM60 bilion dan ini dijangka akan menarik minat banyak pelabur asing dalam bidang yang sesuai.
Petronas sekarang ini masih dalam fasa perbincangan dengan beberapa bakal rakan kongsi pada masa ini dan sebarang maklumat terbaru akan diumumkan apabila tiba masanya. Projek Rapid kini berjalan lancar mengikut perancangan dan berada di peringkat akhir berfokus kepada keputusan akhir pelaburan atau pun final investment decision, dengan izin yang telah ditetapkan pada bulan Mac tahun 2014. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian kerajaan semasa perbahasan belanjawan 2014 di Dewan yang mulia ini. Mana-mana isu yang telah dibangkitkan tetapi tidak boleh dirangkumi dan jawapan penerangan ini dan mana-mana perkara yang tidak sempat saya jawab, saya ingin maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa perkara tersebut telah pun dicatatkan dan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sebelum saya berundur, izinkan saya berkongsi pengalaman saya minggu lepas pada hari Isnin dan Selasa semasa menyertai Invest Malaysia USA di New York. Di mana kita telah bertemu dengan ramai pengurus dana di Amerika Syarikat dan telah mendapat satu sambutan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Bajet 2014 Malaysia, rata-rata mereka telah menyambut baik bajet kita dan merasakan ia adalah amat tepat di mana kita telah memastikan bahawa ekonomi kita akan kekal kukuh dan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5% untuk tahun 2014 kepada 3% pada tahun 2015 telah disambut baik oleh mereka. Malah, dalam perjumpaan saya dengan wakil daripada dana mata wang antarabangsa atau pun IMF, mereka telah menyifatkan bajet kita ini
merupakan satu breakthrough budget, dengan izin. Jadi untuk itu, bagi kita di pihak kerajaan setelah membentangkan bajet yang kita rasa komprehensif dan bertanggungjawab, tugas kita adalah memastikan kita melaksanakan apa juga perancangan yang terkandung dalam Bajet 2014 dengan baik. Untuk itu, saya menyeru kepada rakan-rakan di pihak pembangkang dan juga di pihak kerajaan untuk bersama- sama melaksanakan Bajet 2014 dengan jayanya. Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat Muar.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon untuk menyambung perkara-perkara serta memberi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh 22 orang Yang Berhormat di bawah agensi Jabatan Perdana Menteri termasuk PEMANDU, SPRM, Laporan Ketua Audit Negara, IIM dan FELDA. Pertama adalah isu pewujudan pemandu yang dikatakan tidak wajar dan tidak relevan kerana kerajaan terpaksa membayar sehingga RM120 juta emolumen kepada bukan kakitangan awam sedangkan telah terdapat ramai profesional dalam perkhidmatan awam dan juga isu berhubung dengan gaji CEO pemandu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Parit Buntar. Perlu saya nyatakan di sini bahawa bagi maksud Bajet 2014, jumlah emolumen PEMANDU bukanlah RM120 juta tetapi adalah sebanyak RM22 juta. Mungkin RM120 juta ini dirujuk kepada semenjak PEMANDU ditubuhkan pada tahun 2009. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RM22 juta ini adalah bagi menampung keseluruhan 25 bidang-bidang utama yang diketuai seramai 14 orang pengarah-pengarah yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dari pelbagai bidang masing-masing sama ada sektor awam, syarikat multi-nasional, syarikat berkaitan kerajaan, GLC, dan sektor swasta. Pengarah-pengarah seramai 14 orang ini disokong oleh seramai 87 orang pegawai dari kategori profesional yang terdiri daripada Timbalan Pengarah, Pengurus dan Penganalisis. Manakala 33 orang pegawai adalah dari kumpulan sokongan. Semua pegawai PEMANDU diupah secara kontrak jangka pendek selama dua atau tiga tahun sahaja. Kesemua mereka adalah dikehendaki untuk melihat prestasi pengurusan GTP yang terdiri daripada tujuh bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ETP daripada 12 bidang ekonomi utama negara NKEA termasuk inisiatif pembaharuan strategik (SRI) yang terdiri daripada enam bidang utama. Manakala emolumen yang diperuntukkan kepada CEO PEMANDU yang juga seorang Ahli Jemaah Menteri adalah sama seperti emolumen Menteri-menteri yang lain mengikut jadual sedia ada. Malahan, dalam kapasiti beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, beliau tidak diperuntukkan sebarang emolumen tambahan mahu pun bonus sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CEO PEMANDU sejak tahun 2009 lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PEMANDU telah berjaya setakat 24 September 2013 mengadakan jumlah projek permulaan atau pun entry point projects sebanyak 154 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak RM218.3 bilion menjelang tahun 2020. Daripada angka ini sebanyak RM29.6 bilion merupakan sasaran untuk tahun 2011 dan tahun 2012 di mana RM25.4 bilion iaitu 86% telah pun berjaya direalisasikan pada akhir tahun 2012. Dalam jumlah tersebut, sebanyak 434,268 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan. PNK per kapita telah berkembang dari USD8,372 pada tahun 2010 kepada USD9,990 pada akhir tahun 2012. Berdasarkan unjuran semasa dan jika tiada perkara luar jangkaan, Malaysia berpotensi mencapai PNK per kapita sebanyak USD15,000 lebih awal dari tahun 2020 seperti yang disasarkan.
Yang Berhormat Sungai Petani bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut selari dengan jawapan saya terima juga iaitu atas isu PEMANDU ya, bahawa 14 orang pengarah, 87
orang pegawai dari kategori profesional dan 33 orang pegawai adalah kumpulan sokongan. Itu dari segi pegawai. Kemudian disebut juga pada tahun 2010, sebanyak RM119.3 juta telah diperuntukkan untuk tujuan emolumen bekalan atau pun perkhidmatan aset dan juga pengendalian, enam makmal NKRA, saya setuju. Cumanya saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah 14 orang pengarah, 87 orang pegawai dari kategori profesional dan 33 orang pegawai dari kumpulan sokongan ini, terdiri daripada orang luar daripada sistem kerajaan atau mereka ini diambil daripada penjawat-penjawat awam? Contohnya dari universitikah atau PTDkah dan sebagainyalah atau pun adakah mereka ini fresh graduate? Ini kerana kalau mereka ini fresh graduate, outside the system, maknanya that is a duplication. Sedangkan Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, semua pegawai-pegawai kerajaan yang buat. They are a lot of professional, ada yang dari universiti dan sebagainya. Kenapa kalau mereka tidak diambil dari universiti- universiti system dan outside system, saya rasa ini duplication dan menambahkan kos yang bagi saya unnecessary, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sungai Petani, saya ingin menyatakan bahawa daripada jumlah yang saya nyatakan tadi, ada di kalangan para pegawai PEMANDU diambil daripada sektor swasta. Ada daripada GLC dan mereka ini diberikan kontrak tempoh masa yang saya sebutkan tadi dua atau tiga tahun. Oleh sebab itu, mereka atau pun kerajaan cuba untuk menyamakan jumlah pembiayaan yang mereka terima jika mereka terus di pihak swasta dan secondment juga berlaku daripada GLC yang mana dalam terma kontrak itu ada juga pegawai PEMANDU yang dipinjamkan. Maknanya, skim berbeza dengan yang lain. Sebab itu kalau kita tengok ada di kalangan mereka memperoleh gaji yang lebih sedikit. Adalah satu untuk menyamai jumlah, walaupun tidak sama sebab bonus kerajaan ini tidak banyak seperti swasta. Keduanya dia tidak dapat pencen, tidak dapat perkara-perkara seperti pekerja tetap kerajaan. Jadi jumlah tempoh kontrak atau pinjaman itu yang pendek menyebabkan satu bentuk terma perjanjian dari segi pekerjaan di antara pegawai PEMANDU sedikit berbeza.
Ada juga pegawai pemandu yang dipinjamkan daripada sektor perkhidmatan awam.
[Bangun]
[Bangun]
Dua Yang Berhormat bangun, yang mana satu?
Yang Berhormat Parit Buntar.
Sedikit sahaja persoalan kerana tadi disebut kita terpaksa ambil dari luar. Saya just hendak minta penjelasan, apakah pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang sedia ada tidak mampu hendak bawa PEMANDU punya hasrat dan sebagainya kerana bagi saya pada waktu yang sama kita melihat seolah-olah perkhidmatan awam ini tidak boleh bawa benda itu. Sedangkan Jabatan Perdana Menteri ini adalah kerajaan hendak memastikan dasar-dasar dan pembangunan terlaksana. Saya minta sedikit pencelahan. Adakah kerana perkhidmatan awam tidak layak atau bagaimana? Itu soalan yang dibawa oleh rakyat di bawah bukan saya sahaja.
Ya Yang Berhormat Bagan, sila.
Terima kasih, saya hendak membawa satu perkara yang teknikal kerana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa pakar- pakar dan juga konsultan yang dibawa juga akan memegang jawatan tertentu untuk melaksanakan projek-projek khusus atas kepakaran mereka. Tetapi dalam keadaan sedemikian adakah mereka juga menjadi seorang pegawai penguasa iaitu mereka mempunyai kuasa untuk membuat kelulusan khususnya dalam aspek projek dan juga menandatangani cek-cek dan sebagainya. Saya menimbulkan perkara ini Tuan Yang di- Pertua, kerana apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita menjemput atau kita melantik seorang pakar botani untuk menjadi kurator Taman Kebun Bunga Pulau Pinang yang
memang paling lama di Asia Tenggara, lebih lama dari Singapura, Penang Botanical Gardens kerana kita susah untuk cari seorang pakar sedemikian. Namanya Soo Hen Chi. Dia adalah seorang bekas assistant curator dari Q Garden. Kita berjaya membawa seorang assistant curator Q Garden yang sudah bersara datang dari London ke Pulau Pinang untuk menjadi kurator supaya dapat memulihkan Penang Botanical Garden. Tetapi apabila kiat hendak menyerap masuk, kita dimaklumkan bahawa dia tidak boleh menjadi seorang pegawai penguasa, tidak boleh buat sebarang kelulusan. Hanya boleh buat menumpang seorang pegawai bawahan dia. Saya rasa adakah keadaan ini juga berlaku di peringkat PEMANDU ataupun JPM. Kerana kalau ini berlaku, saya rasa susah untuk membuat keputusan kerana dari segi kebertanggungjawaban, accountability and of cause lines of authority, tidak terlaksana, terima kasih.
Pertama, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar suka dinyatakan bahawa tidak wujud perkataan tidak layak di kalangan kakitangan awam untuk melaksanakan perkara tersebut. Tetapi kita kena ingat penubuhan PEMANDU pada September 2009 itu adalah merupakan satu kerangka kerja budaya yang jauh berbeza yang cuba kita terapkan di kalangan kakitangan awam sebagai gandingan di antara sektor swasta, pengalaman dan juga awam. Di situ sudah kita lahirkan sehinggalah pembentangan public hearing dan juga beberapa KPI-KPI yang telah ditentukan dan benda itu berterusan sehingga hari ini dan kalau kita tengok kontrak ataupun kewujudan PEMANDU sebenarnya sehingga tahun 2015 untuk memastikan perkara- perkara yang dinyatakan dalam perbincangan itu dapat dilaksanakan. Jadi tidak timbul mereka tidak layak. Kerana kalau tidak dimulakan tahun 2009 oleh mereka yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza maka tidak pun terhasil ada yang sedang kita bincangkan hari ini. Cumanya dari segi pelaksanaan mereka ini digandingkan dalam satu jawatankuasa dengan seorang CEO. Kedua, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagan, saya nyatakan tadi bahawa keseluruhan tenaga kerja ini adalah untuk melihat NKRA, NKEA. Mereka mewujudkan entry points project. Itu saya sebut. Dia bukan jaga projek-projek khusus, dia tidak jaga projek, dia jaga bidang keberhasilan dari segi rasuah, dari segi infrastruktur luar bandar dan sebagainya. Entry point projects tidak dijaga oleh pegawai-pegawai PEMANDU. Sebab itu perkara yang dinyatakan untuk dicapai oleh negara pada tahun- tahun sehingga tahun 2020 sebagai sasaran di kawal selia oleh PEMANDU. Tetapi projek sebenarnya berada di bawah sama ada UKAS, EPU dan sebagainya termasuk koridor- koridor yang ada. Jadi tidak ada pegawai PEMANDU yang menjaga projek pembangunan. Dia hanya mewujudkan ataupun sebagai fasilitator menyelia apakah projek-projek yang boleh kita jadikan sebagai projek sasaran bagi kita mencapai negara maju berpendapatan tinggi. Jadi sebagai satu badan yang mengawal selia perjalanan pemantauan projek-projek ini iaitu diletakan di bawah pemandu. Mereka tidak ada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Jadi saya rasa tidak timbul masalah itu. Saya tidak tahu masalah Yang Berhormat di Pulau Pinang, tetapi tidak ada pegawai PEMANDU yang menyelia atau menjaga projek yang 153 yang saya nyatakan tadi. Itu di bawah EPU, UKAS, EKUINAS dan sebagainya termasuk koridor yang apabila sudah siap nanti pun dia akan bagi kepada stakeholders. Contoh kalau pembinaan itu mengenai IPP, selepas kita terima itu sebagai entry project, dia akan dikawal selia oleh Unit Perancang Ekonomi, dan apabila siap sahaja nanti ia akan diserahkan kepada Kementerian Tenaga sebagai dia panggil end user. Jadi maknanya peringkat-peringkat inilah yang membolehkan pemantauan kepada satu-satu projek itu sehingga mencapai sasaran yang dinyatakan dapat kita laksanakan. Sebab itu kalau boleh saya teruskan, kewujudan PEMANDU ini adalah satu yang sangat wajar di mana baru-baru ini Malaysia menerima pengiktirafan di mana Bank Dunia pada kali pertama telah meletakkan negara di kedudukan di 10 negara teratas dalam senarai negara paling mesra perniagaan di dunia. Malaysia juga melonjak naik ke tangga keenam berbanding tahun lalu sewaktu kita berada di tangga ke-12 setelah pelaksanaan prosedur yang memudahkan pendaftaran syarikat, permohonan permit pembinaan dan permohonan mendapatkan bekalan elektrik menurut bank dalam laporannya Doing Business tahun 2014. Jadi perkara-perkara yang dinyatakan tadi adalah merupakan satu justifikasi kenapa kita perlu meneruskan apa yang sedang dilakukan oleh PEMANDU sehingga menjelang tahun 2015.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang struktur pentadbiran bajet dan pengurusan integriti SPRM, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyarankan agar kerajaan menyediakan bajet yang mencukupi untuk SPRM. Kerajaan sentiasa memandang serius akan usaha membanteras rasuah di negara ini dengan peruntukan bajet tahunan SPRM telah meningkat pada tahun 2014 kepada RM297.5 juta jika dibandingkan dengan tahun lepas RM251 juta. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor supaya kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan di sama taraf dengan kedudukan hakim, peguam negara, dan juga penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM sendiri, kerajaan pada dasarnya bersetuju namun ia memerlukan kajian yang lebih terperinci dan mendalam kerana ia melibatkan kepada pindaan Perlembagaan yang juga memerlukan sokongan 2/3 daripada majoriti ahli Dewan. Berkaitan dengan isu Unit Pengurusan Integriti yang telah ditubuhkan oleh setiap agensi kerajaan dan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2014, ia merupakan satu inisiatif kerajaan yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja yang berkualiti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. Usaha ini telah pun dilaksanakan melalui arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nombor satu tahun 2009. Gerakan pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang melibatkan penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus di jabatan-jabatan kerajaan. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam dan menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti, kerajaan telah melaksanakan satu lagi inisiatif baru dengan menubuhkan Unit-unit Integriti di semua agensi awam, peringkat persekutuan dan negeri, tertakluk kepada penerimaannya seperti ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2013. Unit Integriti ini bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam termasuklah jabatan-jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.
Unit-unit integriti ini akan melaksanakan enam fungsi teras iaitu:- (i) tabir urus; (ii) pengukuhan integriti; (iii) pengesanan dan pengesahan; (iv) berkaitan aduan; (v) pematuhan; dan (vi) tatatertib. Unit-unit integriti ini akan diketuai oleh pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan sebagai pegawai integriti bertauliah, certified integrity officer atau lain-lain kelayakan seperti mana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti. Kursus CIO ini dibangunkan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. Keanggotaan pegawai di unit-unit integriti ini secara amnya adalah dianggotai oleh pegawai-pegawai jabatan berkenaan itu sendiri dan dibantu oleh pegawai-pegawai SPRM. Tugasan-tugasan yang dilaksanakan oleh unit ini adalah secara lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku-salah laku jenayah termasuk rasuah serta perlanggaran tata kelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. Sehingga 14 Oktober 2013...
Yang Berhormat Menteri, saya tertarik. So, saya bersetuju sangat dengan pendekatan tersebut sebagai membendung
secara proaktif dan juga membudayakan serta menginstitusikan tetapi pada waktu yang sama juga saya sudah beberapa tahun yang lalu dalam perbahasan kita sering kali ditimbulkan tentang laporan audit yang mana di situ sudah sendiri cukup untuk kita mengenal pasti perkara-perkara yang mencemar integriti. Soalan saya, saya menyeru kepada kerajaan hari ini yang memerintah. Kalau betul ada satu political will untuk membanteras perkara-perkara penyelewengan yang berlaku dan itu diperakui sendiri oleh Jabatan Audit, Laporan Audit. Saya minta supaya semua Laporan Audit khususnya tahun 2013 itu ditunjukkan satu sikap jelas oleh kerajaan, ambil tindakan pada mereka yang terlibat. Ini kerana integriti ini saya rasa lama sudah dengar sudah Yang Berhormat Menteri. Kita pun duduk sini sebelum jadi Menteri pun sudah sebut juga isu-isu integriti tetapi benda yang sama tetap berulang. Jadi kami minta supaya ambil yang tindakan tegas siapa yang terlibat dalam salah guna dan tata kelola kewangan negara dalam laporan yang sudah dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Terima kasih.
Saya mohon untuk menjawab perkara tersebut. Apabila saya memberi keterangan, penjelasan tentang Laporan Ketua Audit Negara dengan statistik yang pada saya bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh Ahli Yang Berhormat, saya juga dapat melihat perkara tersebut ketika mempersiapkan jawapan ini, lepas SPRM ini. Saya hendak beritahu sehingga 14 Oktober 2013 sebanyak tujuh jabatan telah mempunyai Unit Integriti iaitu Jabatan Imigresen, Majlis Amanah Rakyat, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kastam, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Dalam Negeri. Lain-lain jabatan sedang dalam proses menubuhkan unit ini yang memerlukan permohonan kepada JPA dan kelulusan waran perjawatan secara pindah butiran dari Kementerian Kewangan. Berkaitan siasatan yang dilaksanakan oleh SPRM, sukacita saya maklumkan di sini bahawa SPRM menerima maklumat dari pelbagai sumber termasuklah aduan dari pengadu, surat, e-mel, telefon dan maklumat dari pegawai SPRM sendiri. Seterusnya ia dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM yang menilai setiap maklumat sama ada berunsur kesalahan di bawah Akta SPRM ataupun bukan. Sekiranya ada unsur kesalahan, maka ia akan diambil oleh SPRM untuk dijalankan siasatan. Mengenai isu status siasatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah berkenaan isu padang merdeka di tengah bandar Tanah Merah, dakwaan penganugerahan tender pembangunan pelupusan tapak sisa pepejal di kampung Kertak Batu, Marang kepada Syarikat AJ Corp oleh Yang Berhormat Pokok Sena, gesaan siasatan mengenai penangguhan pembinaan jalan dari Nanga Entabai ke Rantau Limau dan dari jalan Nanga Entabai ke Enkamuk yang telah diumumkan dua tahun lepas tapi belum dibina oleh Yang Berhormat Julau. Ahli-ahli Yang Berhormat atau mana-mana yang mempunyai butiran dan bukti kesalahan di bawah SPRM, saya alu-alukan dan saya gesa untuk kita tampil dan memberi maklumat kepada SPRM agar siasatan yang sewajarnya dapat dijalankan.
Pohon mencelah.
Ya sila.
Sila Yang Berhormat Tanah Merah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya ada bangkitkan tentang isu yang saya bangkitkan ialah di mana padang majlis daerah. Saya percaya semua ini di tempat-tempat kita mesti ada padang daerah. Padang majlis daerah mestilah di tengah-tengah bandar. Jadi yang saya amat kesal ialah padang ini kini diceroboh, dibuat shop lot. Bayangkan lah Dataran Merdeka yang di Jalan Tunku Abdul Rahman itu tiba-tiba kerajaan pusat buat shopping complex, buat Mid Valley ke, ya. Jadi sudah tentu saya percaya semua orang akan menjerit. Jadi di tempat saya ini, inilah yang berlaku. Padang majlis daerah di tengah bandar, boleh dibuatnya, dimajukan dibuat shoplot. Diberikan kepada pemaju dan harga setiap shop lot ini bernilai lebih RM1 juta, di mana local people tidak mampu hendak membeli. Sebab itulah yang saya kesalkan
lagi cara kelulusan itu diberikan dalam keadaan tergesa-gesa, sebelum PRU. Seolah-olah, ini kerajaan Negeri Kelantan lah, kerajaan PAS lah ya. Jadi sebab itulah saya minta kepada pihak Menteri, macam Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan kita tolong buat laporan. Bagi saya, saya sudah maklumkan di dalam Parlimen ini, dalam sidang yang mulia ini. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tolonglah maklumkan kepada SPRM untuk menyiasat, bagaimana yang saya difahamkan kelulusan tidak dibuat pun boleh terus bina. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membantu saya, kerana warga Tanah Merah semua tidak setuju tapi dibuat juga, dibulldoze juga. Ini yang saya amat kesal. Kini satu-satunya kawasan hijau di tengah-tengah bandar dibuatkan shoplot. Tidak masuk akal. Terima kasih.
Panjang lagi Yang Berhormat Menteri.
Saya cuba pendek sebab yang audit ini ramai sentuh, saya rasa yang itu nanti kita bincang ya. Cumanya mengenai Yang Berhormat Tanah Merah, saya ingin catatkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat 11 November 2013, itu kita ambil sebagai laporan. Pegawai SPRM belakang ini tolong mulakan apa juga perkara perlu. Sebab saya difahamkan, kita juga memulakan siasatan atas surat layang dan juga perkara yang dibangkitkan dalam YouTube. Jadi bila Ahli Parlimen sudah bangkit ini, saya rasa ada keperluan untuk kita ambil aduan mengenai penggunaan padang awam di Tanah Merah oleh pihak yang berkaitan untuk kita mulakan siasatan.
Minta maaf. Minta tolong sikit saja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak setuju perkataan penggunaan. Ini bukan perkataan penggunaan, pencerobohan ayat yang betul. Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Pencerobohan. Kita pakai pencerobohan. Saya ada statistik yang sebenarnya disediakan jawapan cumanya perkara itu telah pun banyak kali kita ulangi termasuk pengiktirafan kepada SPRM yang saya rasa tidak perlulah kita sebut sentuh – hendak menunjukkan bahawa yang penting kita serius. Kalau maklumat macam ini pun kita ambil serius, jadi pada saya, SPRM bolehlah kita terima sebagai satu badan yang memang telah banyak melakukan kerja-kerja semenjak berubah daripada Badan Pencegahan Rasuah kepada suruhanjaya. Saya hendak beralih ke audit ini.
[Bangun]
Akhir ya SPRM. Okey.
Saya hendak tanya sekali lagi adakah kerajaan boleh berfikir untuk bagi kuasa kepada SPRM ini untuk buat prosecution. Sebab kebimbangan kita hari ini bila SPRM buat siasatan, dia bila press tanya, public tanya, dia kata dia sudah siapkan siasatan itu dan siasatan itu telah pun dihantar kepada pejabat Peguam Negara. Apa yang sedihnya kalaulah yang tidak bersalah ini. Apabila Peguam Negara buat keputusan, tidak ada kes, maka persepsi rakyat menyatakan bahawa konon-kononnya kes itu ditutup oleh Peguam Negara. Jadi yang tidak bersalah tadi sampailah seumur hidup ini dilihat bersalah. Jika mungkin kalau kita bagi kuasa kepada siasatan, kuasa prosecution kepada SPRM, dia tidak boleh lah hendak jawab lagi. Dia sudah buat siasatan, dia kata okey tunggulah. Kita hendak buat pendakwaan ataupun SPRM yang bagi tahu tidak ada kes ini. Bolehkah kerajaan memikirkan ke arah itu. Terima kasih.
Boleh dan sudah fikir dan sebenarnya kita sudah jawab pun. Pertama, tidak ada badan dalam negara kita yang ada kuasa menyiasat dan mendakwa. Kalau kita hendak buat, SPRM akan jadi satu-satunya badan pertama yang ada kuasa tersebut. Namun begitu, kita kena pinda Perlembagaan Persekutuan Perkara 145. Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk membuat pindaan tersebut dan kita masih menggunakan perlembagaan dengan memberikan kuasa mendakwa kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat pendakwaan. Namun begitu, di bawah SPRM, kita ada jawatankuasa khas yang boleh menilai. Mana-mana kes yang ditolak kemudiannya nanti akan dibawa kepada PPO, satu lagi unit
yang akan tanya kenapa Pejabat Peguam Negara tidak mendakwa. Ia bersidang tiga bulan sekali. Maknanya proses itu sangat tepat. Namun begitu, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang orang ini dihukum, ini budaya di Malaysia lah. Baru sahaja dimulakan siasatan, kita sudah menghukum dia sebagai bersalah sehingga kita menolak terhadap kedaulatan undang-undang. Ini perkara yang pada saya sukar untuk kita selesaikan kerana persepsi itu sering dibina atau terbina atau sengaja dibina seolah-olah orang ini corrupt, orang ini baik dan tidak ada justifikasi – kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Ada orang yang jelas bersalah masih lagi diberikan sokongan. Orang yang tidak bersalah dihukum seolah-olah dia telah melakukan kesalahan. Itu susah hendak menjawab dari segi undang-undang, Yang Berhormat. Mengenai perkara yang dibangkitkan tentang Laporan Ketua Audit Negara, ada 16 orang Ahli Yang Berhormat yang masing-masing bercerita perkara yang pada saya pun berkongsi maksud yang sama. Suka saya nyatakan bahawa kerajaan memandang serius terhadap Laporan Audit Negara yang dibentangkan Ketua Audit Negara pada tahun 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober yang lalu. Daripada situ, terdapat 319 teguran yang telah dibuat melibatkan 81 teguran bagi perkhidmatan awam persekutuan, 21 teguran bagi badan berkanun, 217 teguran bagi negeri. Sebanyak 225 teguran audit melibatkan penambahbaikan peraturan, prosedur dan proses kerja dan tindakan penambahbaikan ini sedang diambil oleh agensi terlibat. Maknanya, jangan kita kata semua itu ada kesalahan. Sebanyak 225 tentang penambahbaikan peraturan prosedur. Manakala 94 teguran, 29.5 peratus melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian pelaksanaan tugas. Bagi kes melibatkan salah laku dan kecuaian, satu Jawatankuasa Khas Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah dibentuk yang bertujuan untuk mempercepat dan memperkemaskan proses siasatan. Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah dibentuk, dan sehingga 28 Oktober, 13 jawatankuasa siasatan ditubuhkan bagi menyiasat 24 kes di 11 kementerian dan agensi. Jawatankuasa siasatan tersebut telah mengenal pasti 55 orang pegawai untuk tujuan siasatan dan jika didapati bersalah, tindakan tatatertib, surcaj atau tindakan sivil di mahkamah akan diambil mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. Bagi kes yang disyaki ada unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, sehingga kini, sebanyak 15 kertas siasatan yang melibatkan projek atau perolehan di tujuh agensi telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kesemua laporan siasatan oleh jawatankuasa siasatan ini telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing bagi membolehkan mereka membuat penelitian terhadap laporan berkenaan dan menimbangkan syor jawatankuasa siasatan, seterusnya mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap syor berkenaan termasuklah mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan kepada jawatankuasa siasatan ini dalam masa 21 hari. Keanggotaan Jawatankuasa Khas Pemantauan Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara adalah terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara, KSU Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet. Manakala keanggotaan bagi Pasukan Petugas Khas Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan ahlinya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ketua Audit Negara, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status tindakan ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2011. Daripada 354 teguran audit, tindakan susulan telah diambil oleh agensi kementerian dan dilaporkan kepada JPA adalah seperti berikut:
| Status |Bil. Kes|Peratusan| |---------------------------------------------------------|-------:|--------:| |Tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara pentadbiran| 235| 66| |Dikenakan tindakan tatatertib | 8| 35| |Siasatan dalaman | 30| 9| |Tiada kes | 77| | |Pendakwaan di mahkamah oleh SPRM | 4| |<END_TABLE_MARKER> Akhir sekali, izinkan saya memberi penjelasan isu berkaitan FELDA seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Ali Yang Berhormat, sebelum keputusan bagi pembelian hotel ini dilakukan, FELDA terlebih dahulu telah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan yang merangkumi aspek kewangan, perundangan, pemasaran dan penilaian tanah. Sebanyak lima siri mesyuarat telah dijalankan bermula daripada Januari 2013 bagi tujuan pembelian ini. Rekod prestasi kewangan hotel ini menunjukkan bahawa purata kadar penghunian, occupancy rate dengan izin bagi tahun 2010 hingga tahun 2013 adalah antara 90.8 peratus hingga 98.6 peratus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa keuntungan bersih hotel ini bagi bulan September 2013 adalah sebanyak £246,879 ataupun lebih kurang RM1.2 juta. Berdasarkan kepada laporan penilaian hartanah yang disediakan oleh pihak penjual pada April 2013 dan juga oleh pihak pembeli pada Julai 2013, didapati nilai tanah ini mempunyai nilai pasaran antara £98 juta sehingga £98.6 juta. Justeru, keputusan untuk membeli hotel ini pada harga £98 juta adalah keputusan yang tepat. Mengenai isu pinjaman FELDA daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan mengenai pinjaman ini telah pun kita jawab sebelum ini dan sukacitanya saya maklumkan di sini bahawa kesemua sebanyak RM4.9 bilion yang telah dipinjamkan kepada FELDA telah pun dilunaskan sepenuhnya pada tahun 2000 iaitu 20 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran kembali pinjaman. Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP pada tahun 2009 dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan FELDA dan FELDA Global Ventures Holding Sdn. Bhd (FGVH) pada masa itu. Sebanyak RM3,597.60 juta diperlukan oleh FELDA untuk membiayai tabung program tanaman semula peneroka dan ladang, gedung makanan negara dan juga projek perumahan warga FELDA. FELDA Global pula memerlukan sebanyak RM2,902.40 juta bagi membiayai pelbagai modal kerja termasuk pembelian syarikat dalam industri gula. Sehingga 31 Oktober, sebanyak RM5,150 juta pinjaman telah dikeluarkan daripada KWSP iaitu sebanyak 79.23 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM6,500 juta. Pada tahun 2013, bayaran kembali prinsipal sebanyak RM445.79 juta telah dilunaskan oleh FELDA kepada KWSP. Pembiayaan-pembiayaan yang diambil oleh FELDA adalah lebih tertumpu kepada program tanaman semula peneroka. Kos pembangunan program tanam semula melibatkan kawasan kebun peneroka seluas 92,840 hektar yang merangkumi 19,274 orang peneroka.
Yang Berhormat Menteri, pasal tanaman semula.
Ya, okey.
Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri berkenaan dengan tanam semula. Pengalaman saya mengendalikan kes yang melibatkan peneroka menuntut wang tanam semula ini yang berdasarkan perjanjian di antara peneroka dengan FELDA, memang wang tanam semula itu antara lain diambil daripada caruman yang wajib dibuat oleh para peneroka. Setiap peneroka memang dikehendaki membayar caruman untuk wang tanam semula. Saya merasa satu benda yang agak pelik apabila
wang yang telah dicarumkan oleh para peneroka tetapi – yang saya faham wang itu digunakan dan selepas itu untuk di invest dan benefit nya kembali kepada peneroka, tetapi kenapakah perlu ada pembiayaan daripada KWSP?
Persoalan saya, apa jadi dengan wang-wang yang telah dipotong dari peneroka untuk tanam semula itu? Apabila wang itu tidak cukup untuk penanaman semula, untuk mendapatkan bantuan daripada KWSP. Itu yang pertama. Yang keduanya, saya ingin minta supaya Yang Berhormat Menteri mengkaji semula, FELDA mengkaji semula tentang isu tanam semula yang dilaksanakan menerusi FELDA dan juga tanam semula yang dibuat oleh peneroka sendiri tanpa melalui FELDA. Saya dapati apabila timbulnya hendak memberi bonus, memberi sumbangan hari raya, dibuat satu diskriminasi. Orang yang tanam semula secara sendiri dapat separuh daripada yang tanam semula oleh FELDA. Saya rasa tidak wajar sedangkan FELDA sendiri memberikan kebebasan untuk mereka bertanam secara sendiri.
Ya.
Jadi, saya mengharapkan pihak Yang Berhormat Menteri dapat mengkaji perkara ini. Supaya kita hendak peneroka ini, tidak kiralah mereka tanam sendiri, sebab mereka ada rasional mengapa mereka tanam sendiri, sebab mereka merasakan mereka dapat lagi kos yang lebih rendah dan pulangan yang lebih tinggi. Jadi, mereka tidak mahu lagi masuk perjanjian dan mereka terpaksa kena bayar walaupun mereka dapat bantuan tetapi mereka kena bayar interest dan sebagainya. Jadi, mereka diberi kebebasan begitu. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak diikutkan ia tidak ada kena mengenalah. Saya cerita fasal hutang tetapi tidak apa. Saya jawab juga. Yang pertama, dia kata kenapa sudah ada caruman tetapi pinjam duit. Saya hendak beritahu, untuk tanam semula sahaja lebih kurang RM3.9 bilion. Duit caruman tidak cukup. Jadi, FELDA pinjam duit seperti kepada kawasan dan jumlah yang ramai itu tadi. Jadi, kita pinjam duit. Kenapa pinjam duit KWSP? Saya rasa itu model biasa. Orang yang ada duit pun pinjam. FELDA ada duit RM7.9 bilion yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat public listed, contohnya Maybank dan sebagainya. Bermakna, FELDA ada duit. Akan tetapi kalau setakat hendak cairkan pegangan untuk pembiayaan, saya rasa lebih baik ambil model, pinjam duit supaya KWSP pun boleh dapat untung perniagaan. Nanti kita bayar balik, pencarum pun dapat duit dan sebagainya. Ini benda biasa. Kita tidak bolehlah hendak cairkan duit kita hanya kerana kita ada duit, tidak perlu pinjam. Maknanya pertama, boleh pinjam. Itu satu business model yang baik. Kedua, duit pencarum tidak cukup. Ketiga, tidak ramai yang tidak setuju dengan sistem tanam semula tanam sendiri. Dia dapat duit tetapi separuh sebab itu kita sudah cakap awal. Akan tetapi kita sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita bagi juga tetapi tidak penuh. Oleh sebab kalau tidak ia memberi galakan dan akhirnya skim pinjaman akan terjejas. Ini kerana jumlah pilihan ini terlalu ramai tetapi bagi bila hendak beri bonus, semua hendak dalam jumlah yang sama. Jadi, kita sebenarnya hendak ucap terima kasih kepada yang menyokong inisiatif yang dibuat oleh FELDA dan rasa terima kasih juga kepada yang tidak sokong tetapi dia tidak dapat penuh. Namun begitu, pandangan itu bolehlah saya bawa nanti untuk difikirkan oleh Lembaga Pentadbiran FELDA sama ada boleh dipertimbangkan atau tidak.
[Bangun] .
Ya, Yang Berhormat Sekijang bangun.
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang kos yang berkaitan dengan tanam semula ini. Adakah FELDA bersetuju bahawa kos tanam semula ini meningkat oleh kerana faktor melibatkan
kos benih dan juga melibatkan kos untuk tenaga buruh dan sebagainya berbanding dengan kos dahulu. Jadi, oleh kerana itulah, maka kos untuk tanam semula melalui caruman tanam semula sebelum ini adalah tidak mencukupi dan FELDA terpaksa meminjam, itu yang pertama. Kemudian yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya berkaitan dengan Hotel FELDA tadi. Adakah FELDA dilihat hari ini sebagai sebuah institusi yang ingin melebarkan sayap perniagaan, tidak hanya tertumpu kepada urusan berkaitan dengan perladangan. Akan tetapi melihat prospek berkaitan dengan pelancongan dan perhotelan ini juga boleh memberikan pulangan tambahan pendapatan kepada FELDA. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu baru. Terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak menjawab. Kalau tidak, jawapan secara bertulislah.
Pertama, FELDA satu peringkat tidak perlu pun perbelanjaan tinggi sebab usia kelapa sawit itu matang, mengeluarkan hasil tetapi akan sampai satu peringkat kita akan buat tanaman semula. Sudah tentu pakej penanaman termasuk baja, benih, khidmat nasihat dan insentif yang diberikan tidak mencukupi dengan caruman yang dibuat atau dipotong oleh peneroka dalam tempoh tersebut. Ia dilakukan dalam secara berperingkat-peringkat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sekijang, yang memang mahir, anak peneroka yang tahu betapa banyak faedah yang telah cuba kita agihkan di bawah FELDA ini. Yang kedua, dari segi hotel. Saya hendak sebut satu sahaja. Bila dibangkitkan perkara tersebut, kita ada 7 hotel lain sebelum di London. Kita ada juga kulinari, kita ada hospitality, kita ada juga catering kita yang dapat kita kembangkan apabila kita memiliki hotel di luar negara seperti ini. Dalam masa yang sama telah pun saya jelaskan tadi, hotel ini merupakan satu keputusan yang tepat dalam perniagaan. Bukanlah satu pelaburan lebih daripada nilaian seperti yang kita dengar di luar. Jadi, kepada usaha pinjaman dan hotel ini, itulah jawapan saya. Ada juga tadi dibangkitkan tetapi Yang Berhormat daripada Wangsa Maju, tidak ada. Jadi, saya rasa cukup dahulu yang itu. Saya sekali lagi bagi pihak Jabatan Perdana Menteri mengucapkan kepada semua yang telah bangkit dan membahaskan peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri dan segala cadangan akan kita pertimbangkan untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Berapa panjang Yang Berhormat Menteri, satu jam?
Lebih kurang.
Lebih kurang. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Pembentangan Bajet 2014 dengan tema, “Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksana Janji”. Saya mewakili Kementerian Pendidikan ingin mengucapkan terima kasih kerana sektor pendidikan telah diperuntukkan RM54.6 bilion ataupun merupakan 21% daripada jumlah bajet keseluruhannya yang menggambarkan betapa pentingnya komitmen kerajaan untuk membangunkan modal insan di negara kita bermula daripada pra-sekolah sehingga ke peringkat tertiary. Saya juga berterima kasih kepada 48 orang Ahli Parlimen yang prihatin tentang pendidikan di negara kita, yang membahas isu-isu berkaitan Kementerian Pendidikan. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menjawab semua soalan-soalan dan pandangan- pandangan yang telah dikemukakan oleh semua Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya akan menggunakan 5 pendekatan, 5 kategori:
(i) transformasi pendidikan negara, (ii) pembangunan modal insan, (iii) teknologi maklumat, (iv) komunikasi, (v) pembangunan fizikal dan juga sektor pengajian tinggi negara. Jadi, mungkin soalan-soalan, pandangan-pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat itu akan dikategorikan dalam 5 kategori ini. Bersabarlah, mungkin saya jawab mengikut kategori dan bukan mengikut pandangan-pandangan setiap Ahli Yang Berhormat. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Marang, Merbok, Rantau Panjang, Tebrau, Kluang dan Ayer Hitam ada bertanya tentang penggabungan dua kementerian, Kementerian Pelajaran dahulu dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. Ini merupakan sebenarnya sekali lagi menggambarkan keprihatinan kerajaan yang melihat pendidikan sebagai peneraju utama membangun modal insan negara. Jadi, kesepaduan hubungan ini akan mewujudkan satu kesepaduan yang lebih, yang berpaksikan kepada falsafah pendidikan kebangsaan yang memastikan peningkatan keberkesanan, yang berpaksikan agar tidak wujudnya sempadan di antara sekolah dan universiti ataupun kita katakan wujudnya intergrasi tanpa sempadan. Kalau kita lihat penggabungan ini banyak universiti telah turun ke padang. Katakanlah dalam program melaksanakan program bahasa Inggeris. Universiti Malaysia Terengganu, UiTM, program-program kejuruteraan yang diadakan di sekolah-sekolah oleh UNIMAP, program-program brain science oleh USM, program-program keusahawanan di sekolah-sekolah dibantu oleh UMK. Ini menggambarkan bahawa penyatuan ini memberi banyak kebaikan kepada sekolah-sekolah dan juga bahagian tertiary keseluruhannya. Ada juga penggabungan bahagian-bahagian di dalam kementerian di mana Bahagian ICT, Bahagian Komunikasi dan banyak lagi bahagian lain dapat disepadukan yang akan mengurangkan penggunaan wang kerajaan.
Yang Berhormat daripada Ayer Hitam, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Bukit Bendera ada menyentuh tentang PPPM ataupun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebenarnya syukur Alhamdulillah, dua hari yang lalu di UNESCO di Paris semasa dalam Program Gallery Walk PPPM di ibu pejabat UNESCO, Ketua pengarah UNESCO, Dr. Irina Georgieva Bokova telah memuji Malaysia melaksanakan inisiatif PPPM menjadikan Malaysia sebagai contoh baik dan ia boleh diaplikasi dan berguna bagi negara anggota UNESCO yang lain. Ini dikatakan dua atau tiga hari yang lalu. Alhamdulillah, mengatakan bahawa PPPM ini insya-Allah akan membawa sistem pendidikan negara ke arah yang lebih sempurna yang lebih baik. Yang Berhormat tadi juga menyatakan bahawa tentang ujian PISA dan TIMSS. Kita faham dan kita mengakui bahawa ada kejatuhan keputusan peperiksaan PISA dan TIMSS beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi sebab itulah kerajaan telah mengambil pendekatan untuk memastikan bahawa penambahbaikan berlaku dalam bidang pedagogi pendidikan, dalam bidang pendidikan yang berorientasikan kemahiran aras tinggi ataupun Higher Order Thinking Skill (HOTS) dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, memberikan bahan- bahan yang lengkap untuk memastikan sistem pendidikan kita menjadi satu sistem pendidikan yang lebih baik. Yang Berhormat daripada Sipitang juga ada bertanya tentang untuk mewujudkan sekolah satu sesi seluruh negara. Insya-Allah, ini menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan sekolah satu sesi ini menjadi satu sekolah yang wujud di seluruh negara. Kalau kita lihat sekarang ini masih wujud 1,427 buah sekolah dua sesi ataupun merupakan 14% daripada jumlah sekolah-sekolah seluruh daripada. Akan tetapi ini merupakan angka yang lebih kecil jika dibandingkan dengan angka 1,577 buah sekolah pada tahun 2011. Bermakna telah lebih 100 buah sekolah dua sesi telah dijadikan satu sesi sejak tahun 2011 hingga kepada tahun 2013 masa kini. Yang Berhormat daripada Pengerang bertanya tentang sama ada sekolah sukan akan dibawa di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sebenarnya kita memahami kehendak Yang Berhormat Pengerang tetapi kita hendak pastikan agar pendidikan
berkualiti dan sempurna akan dapat dicapai oleh semua pelajar. Bukan hanya mereka perlu menjadi atletik yang jaguh dan yang cemerlang di peringkat dunia tetapi juga kita hendak pastikan mereka juga mendapat pendidikan yang berkualiti dan sempurna. Contohnya kita lihat pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong merupakan seorang pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Penerjun ini dan sekarang sedang mengikuti pendidikan sukan di UPM. Inilah contoh-contoh yang kita harap akan dapat dilahirkan pada masa-masa akan datang. Kementerian pendidikan akan terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan agar program-program sukan ini akan dapat dicemerlangkan melalui kerjasama kedua-dua buah kementerian tersebut. Kita lihat ada juga yang bertanya tentang pembangunan Modal Insan iaitu Yang Berhormat daripada Sandakan, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Marang. Sebenarnya saya hendak beritahu di sini bahawa banyak kejayaan telah dicapai melalui sekolah-sekolah asrama penuh dan sekolah-sekolah yang mana kemudian ini telah ada program-program sekolah yang berprestasi tinggi. Kita lihat, Kolej Tunku Kurshiah telah memenangi gold award acara keseluruhan pada tahun 2012 di The Force European Exhibition of Creativity and Innovation di Romania, Sekolah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan juga memenangi gold award. Saya bilang di sini semua yang menang gold sahaja. Pingat emas sahaja. Pingat gangsa kita tidak beritahu kerana banyak sangat. Sekolah (P) Methodist Kuantan memenangi Second, Eco Iconia Conference 2012 di Taichung City Taiwan, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis juga memenangi Gold Award 2012 International Youth Invention Exhibition di Tainan juga di Taiwan, Sekolah Menengah Sains Wilayah Persekutuan memenangi tiga pingat emas di International Biomedical Olympiad di Singapura, Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani memenangi anugerah emas 2013 dalam European Exhibition of creativity and Innovation di Romania, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memenangi anugerah Best International Team Award 2013 dalam pertandingan National First Formula One (F1) di UK dan banyak lagi kejayaan sekolah-sekolah sejak kita melaksanakan program PPPM dan juga sejak kita melaksanakan program-program untuk meningkatkan lagi kecemerlangan...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Okey, sila.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah kepada sekolah-sekolah yang telah mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Soalan saya ialah adakah paten intelektual yang ada dibuat kejayaan pelajar-pelajar kita ini dipelihara dan dipupuk untuk menjadi saintis negara pada masa akan datang? Ini kerana pengalaman kita bila kita lihat Zulkifli Harun, banyak inovasi yang dia sudah buat melalui alat-alat reka ciptanya sejak daripada tahun 1980-an tetapi malangnya, hasil-hasil yang dibuatkan itu seolah-olah macam tidak ada erti kepada negara. Persoalan saya, saya harapkan supaya segala bentuk penemuan, inovasi yang dibuat oleh anak-anak kita sehingga dapat anugerah di peringkat antarabangsa supaya pihak kerajaan dapat pelihara dan dapat menjadikan mereka sebagai aset kepada negara untuk pada masa akan datang. Terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebenarnya memang begitulah kehendak kita. Saudara Zulkifli Harun memang saya kenal beliau dan memang sentiasa kita hubungi dan dia sentiasa menyertai dalam program- program dan juga ekspo-ekspo yang dilaksanakan oleh kementerian. Insya-Allah, kita akan melihat bagaimana kita boleh memastikan Saudara Zulkifli Harun akan dapat dipupuk dan pastikan - seperti yang lain dan ramai lagi sebenarnya Yang Berhormat yang perlu kita pupuk dan yang mungkin tidak ada nama lagi sekarang ini yang kita laksanakan untuk pastikan mereka bukan hanya memenangi kemenangan-kemenangan dan kejohanan- kejohanan di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Itulah saya baca tadi sebahagian daripadanya untuk memastikan mereka terus berkembang, mereka terus maju
di peringkat-peringkat bukan hanya dalam negara kita tetapi juga dalam peringkat antarabangsa, keseluruhannya. Yang Berhormat dari Sandakan bertanya tentang mata pelajaran sejarah. Memang kita telah wajibkan pada tahun ini di peperiksaan SPM agar semua pelajar kita mengetahui mata pelajaran sejarah kerana mata pelajaran sejarah ini mustahak. Ini kerana kita tidak mahu ada di antara warganegara kita yang tidak tahu bentuk bendera pun tidak tahu, tunggang langgang sekali, bawah naik atas, atas naik bawah dan tidak tahu bila kemerdekaan. Jika ini berlaku akan wujud kepincangan dalam kita memahami kehebatan- kehebatan, kemenangan-kemenangan yang telah diperolehi dan apa juga kerjasama yang telah dibuat oleh nenek atau bapa kita yang terdahulu untuk memastikan kesejahteraan dan juga memastikan negara kita terus aman dan tenteram. Yang Berhormat daripada Marang ada mewujudkan tentang isu akhlak murid- murid. Ini sedang kita lihat dalam Program Pelan Pembangunan Pendidikan sendiri pun kita lihat, dalam aspirasi murid kita lihat adanya aspirasi etika dan kerohanian yang jelas dikatakan untuk memastikan agar pelajar-pelajar kita ini tidak akan ada yang tidak beretika, untuk memastikan mereka lebih memahami dan dengan program-program kerohanian.
Untuk sekolah-sekolah agama, kita mengadakan Program j-QAF, Program Kemahiran al-Quran, Program Asas Fardu Ain, Program Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Dakwah secara teori dan amali, tidak kurang juga mata pelajaran Moral untuk pelajar-pelajar yang lain untuk memastikan mereka lebih memahami dan lebih mempunyai rasa kasih sayang dan cinta kepada sesama sendiri. Begitu juga persoalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang mengatakan bahawa kita perlu menangani jenayah. Dalam itu ada program-program yang telah diadakan di sekolah dengan Program Jati Diri Murid, Program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kelab Pencegah Jenayah, diadakan Bilik Gerakan Disiplin, guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid apabila mereka datang ke sekolah, Program Mentor Mentee. Kajian ilmiah juga sedang dilaksanakan. Bagaimanakah kita boleh memastikan kita boleh menangani isu jenayah. Kalau lihat sendiri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga, kita lihat bahawa ibu bapa dan juga masyarakat dipohon untuk terus memastikan mereka bersama-sama di peringkat sekolah supaya program-program di sekolah ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih sempurna. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah Program Guru Penyayang yang harus dipertingkatkan di sekolah-sekolah di mana guru-guru digalakkan untuk mengambil seorang pelajar yang bermasalah. Katakanlah ada 20 orang hingga 40 orang pelajar dalam sesebuah sekolah, guru-guru itu menjadi bapa angkat ataupun ibu angkat kepada pelajar- pelajar tersebut. Menyemaikan semangat dan kasih sayang kepada pelajar-pelajar tersebut. Jika ia dapat disemaikan dengan baik, kita percaya bahawa masalah-masalah sosial dan jenayah ini akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Yang Berhormat Ipoh Barat ada bertanya tentang isu korban. Ini menjadi heboh, menjadi viral di internet. Bertanya tentang surat pekeliling dan sebagainya. Bagi saya isu ini bukan isu surat pekeliling. Isu ini ialah isu sama ada kita sensitif ataupun tidak dengan sesama kita, sesama bangsa. Kita orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dengan amalan-amalan agama masing-masing agar kita saling hormat-menghormati di antara satu dengan lain agar kita sentiasa ingin berhemah. Jika itu timbul, ia tidak timbul masalah sangat kerana bukan masalah isu pekeliling. Kalau kita hantar surat pekeliling atau tidak sekalipun, ia akan terus berlaku jika kita tidak menghormati antara satu sama lain. Tidak ada keprihatinan antara satu sama lain. Sebenarnya surat pekeliling Ikhtisas sudah dikeluarkan sejak tahun 1976 lagi yang mana program-program keagamaan ini boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah. Akan tetapi kita juga mengatakan bahawa isu-isu itu perlu ditangani dengan baik agar sensitiviti antara kaum dan saling hormat-menghormati itu akan dapat dilaksanakan dengan baik. Apa yang popular ditanya oleh ramai Ahli Yang Berhormat ialah tentang PBS ataupun Pentaksiran Berdasarkan Sekolah yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Tebrau, Yang Berhormat daripada Kota Bharu, Yang Berhormat daripada Kuala Krai, Yang Berhormat daripada Kinabatangan, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Batu Pahat dan juga sekali lagi Yang Berhormat Kota Bharu yang bercakap tentang beban guru, isu PBS. Kita faham sebenarnya di dalam proses untuk memantapkan lagi program-
program di sekolah untuk dalam proses untuk kita melihat sekolah-sekolah ditambah baik. Wujud keghairahan di kalangan pengarah-pengarah ataupun pendidik-pendidik untuk memastikan ada program-program baru. Ini menyebabkan ada 22 sistem semuanya yang sedang ada yang run interlard dengan izin di kementerian yang harus kita sepadukan. Sebab itulah insya-Allah, kita telah membuat satu percubaan untuk mengintegrasikan semua sistem yang ada di kementerian ini. Kita harap cikgu-cikgu tidak perlu lagi mempunyai masalah tentang kelambatan untuk memasukkan data-data sehingga tunggu tengah malam, sehingga ada suami marah sedikit malam-malam kerana masih lagi memasukkan data dalam komputer. Insya-Allah, kita memberi assurance, dengan izin bahawa sebelum masuk tahun 2014 nanti semua 22 modul itu akan dapat kita integrasikan agar dapat berjalan dengan baik. Bukan itu sahaja, kita sedang melaksanakan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) tambahan di setiap sekolah yang sehingga kini telah...
Ya, Yang Berhormat Pendang bangun. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri minggu lalu, dia mengatakan bahawa hendak menyelesaikan masalah ini akan ditempatkan dua orang pembantu. Soalnya bukan pembantu yang diperlukan tetapi seluruh sistem itu dikatakan tidak berkesan. Contohnya, apabila guru itu memasukkan data itu, dia terpaksa balik ke main menu. Kemudian masuk data dan balik semula. Kalau ada sepuluh pun, sepuluh orang hendak masuk, mungkin mengambil masa 20 minit. Jadi ini, sistem yang ada di kementerian itu yang harus diperbetulkan dan harus diperbaharui. Kalau ini boleh diberi jaminan oleh pihak kementerian, barulah beban guru ini akan berkurangan. Guru-guru tidak ada masalah hendak bekerja itu tetapi macam Yang Berhormat katakan tadi, bangun jam 2 pagi itu memang ada. Jam 2 pagi dia bangun untuk memasukkan data-data itu.
Ya, Yang Berhormat Gerik sekali.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya melihat PBS sebenarnya untuk kebaikan pelajar-pelajar di mana kalau kita tengok cikgu dahulu pun tetap ada peperiksaan setiap bulan. Kita cuma dahulu catat dalam record book. Saya rasa masalah yang paling besar ialah macam mana Kementerian Pendidikan kena berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Telekom untuk besarkan jalur lebarnya. Ini masalahnya start daripada pagi sampai ke malam tidak boleh masuk bila kita hendak isi rekod. Bermaksud, kita hendak buat benda yang baik tetapi dalam masa yang sama antara kementerian mesti ada pelarasan untuk memastikan yang kata sistem tadi, sebab akhirnya rakyat di luar seolah-olah mengharapkan PBS ini satu benda yang baru tetapi sebenarnya PBS inilah penilaian baru yang kita akan beri kepada pelajar-pelajar yang mana PMR dengan UPSR akan dimansuhkan. Maknanya tidak salah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Masalahnya ialah sistem itu sahaja. Jadi minta kementerian menerangkan kepada rakyat dan juga kepada guru-guru sebenarnya yang mereka complain payah hendak mengisi rekod. Terima kasih.
Sekali, Yang Berhormat Menteri. Boleh? Sedikit sahaja. Saya dimaklumkan juga... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga dimaklumkan oleh guru-guru bahawa sistem time-based yang sedang diamalkan untuk kenaikan pangkat ini mungkin akan di review balik. Kalau ini benar, kononnya akan digunakan KPI. Antara KPI yang akan ditinjau ialah bagaimana performance guru dalam melibatkan diri dalam PBS ini. Jadi yang menjadi kekhuatiran kita ialah disebabkan oleh sistem PBS yang tidak begitu berfungsi, akhirnya KPI guru akan menurun. Akibat KPI ini menurun juga guru-guru yang tidak bernasib baik ini tidak akan mendapat pangkat, tidak mendapat kenaikan dan performance mereka akan dilihat sebagai tidak cemerlang oleh disebabkan sistem. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya kita perlu melihat lebih awal lagi mengapa adanya PBS. Seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Gerik tadi, memang PBS ini diwujudkan kerana apabila kita menilai sistem pendidikan kita, banyak aduan yang mengatakan sistem kita terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Oleh itu, kita perlu berpindah kepada satu sistem yang bukan hanya menilai pelajar-pelajar kita dari segi pencapaian akademik mereka tetapi juga pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum, kemampuan mereka untuk berkomunikasi, kemampuan mereka dalam bahasa-bahasa yang tertentu terutamanya dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan lain-lain lagi. Sebab itulah kita mewujudkan satu sistem yang dikatakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengurangkan peperiksaan. Memang saya katakan daripada mula tadi bahawa ada kelemahan-kelemahan kerana dalam obsession kitalah dengan izin, untuk mewujudkan satu sistem yang baru ini, kita mewujudkan hingga 22 buah modul yang berasingan yang kita sedar tentang perkara tersebut.
Sebenarnya tak mahulah, kita pun kasihan juga kalau guru-guru sampai pagi pun tak boleh masuk kata Yang Berhormat Gerik tadi, jadi senyum dia pula. Memang tak dikatakan bahawa objektifnya tidak betul, objektifnya insya-Allah betul kerana inilah kehendak-kehendak yang wujud tapi cara pelaksanaannya. Sebab itulah kita nak pastikan bahawa saya katakan tadi insya-Allah sebelum awal tahun hadapan, akhir tahun ini, sistem- sistem ini akan diintegrasikan. Ini masalah besar sebenarnya, semua sistem komputer untuk diintegrasikan. Kita akan pastikan, kita akan memperluaskan akses, kita akan melebarkan gateway, kita akan meningkatkan jalur lebar sekolah-sekolah agar isu-isu ini akan tidak kedengaran lagi. Memang saya dengar dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang melihat bahawa ini isu dan perkara yang penting dan memang kita mengambil berat agar ianya dapat diatasi dengan cara yang cepat dan memang betullah pembantu tadbir tidak boleh menyelesaikan segala-galanya.
Ya, Yang Berhormat Sibuti bangun. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, apabila kita mengatakan sistem kita ini mesti diperluas dan diberi gateway lebar, saya kurang berkeyakinan apabila sekolah kita di luar bandar yang belum ada electricity, bagaimanakah mereka hendak melebar dan memperluaskan sistem komputer yang ada di kawasan kita yang menggunakan generator shelves. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan sampai ke jawapan untuk ICT lepas daripada ini. Itu jawapan, ini saya bercakap tentang PBS tadi agar kita lebih faham bahawa kita sedar dan kita terima kasihlah kerana bila saya balik dari Parlimen, saya beritahu pegawai-pegawai, beritahu kepada KSU bahawa Ahli-ahli Parlimen ini rasa concern dengan anak-anak buah di kampung-kampung, membawa pandangan mereka dan ini merupakan satu isu yang hangat dibentangkan bukan hanya di Parlimen tetapi apabila kita mengadakan mesyuarat di peringkat kementerian. Juga yang sentiasa diungkitkan ialah berhubung dengan jurang kualiti guru bandar dan luar bandar, adakah galakan diberi kepada guru-guru yang belajar di luar bandar ini diungkit oleh Yang Berhormat Sibuti. Sememangnya ada insentif kepada guru-guru di luar bandar mengikut kejauhan mereka daripada bandar. Ada yang mendapat elaun sehingga RM1,500, RM1,000 dan RM500 sebenarnya dan juga mereka juga diberi peluang untuk lebih mudah sambung belajar dan juga kita menggalakkan anak tempatan berkhidmat di tempat kelahiran mereka. Sebenarnya ingin saya mengatakan di sini bahawa kita ada masalah di kementerian kerana guru-guru yang memohon untuk bertukar. Ini juga satu perkara yang hebat, yang hari-hari saya mendapat surat pertukaran kerana kita lihat tidak ada perimbangan di antara perjawatan dan guru-guru daripada negeri-negeri. Saya nak beri contoh, katalah perimbangan yang paling teruk ialah di antara perjawatan dan guru-guru daripada negeri tersebut ialah di negeri Kelantan yang mana perjawatannya hanya ada 28,048 tetapi guru dari negeri Kelantan sebanyak 57,740 bermakna lebihan guru yang dilahirkan di Kelantan daripada perjawatan yang ada di negeri Kelantan ialah sebanyak 29,000. Ini yang paling hebat sekali sebab itulah negeri yang memang payah untuk dimasuki Yang Berhormat Gerik ya, ialah negeri Kelantan.
Juga untuk negeri Kedah katakanlah, perjawatan guru hanya 29,809. Ini untuk negeri Kedah tetapi orang Kedah yang menjadi guru ialah 40,298 iaitu kelebihan 10,000. Negeri saya sendiri, negeri Terengganu perjawatan 19,878. Guru yang daripada negeri Terengganu ialah 29,910 juga merupakan 10,000. Saya sendiri pun ada masalah kerana ramai orang nak balik Besut. Itu pun orang kata ini apa Ahli Parlimen ini tak boleh balik, jadi Ahli Parlimen Menteri pun tak boleh balik juga. Kerana inilah, isu besar dan ramai lagi masalah di Besut ialah ramai orang Kelantan. Tak boleh balik Kelantan, singgah di Besut. Lagi masalah timbul. Dan memang...
Mohon mencelah.
Ya, Yang Berhormat Tanah Merah bangun.
Ya, sila.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu guru jugalah, bila Yang Berhormat Menteri sentuh Kelantan yang paling lebihan guru yang terlampau, paling tinggi. Memanglah sebagai wakil rakyat ini kita pening kepalalah, orang datang, setiap kali kita balik kawasan tak pernah mesti ada permohonan minta tolong untuk tukar. Jadi, apakah saya mengharapkan pihak kementerian dapatlah mencari langkah atau jalan supaya isu-isu seperti suami isteri berpisah, ada yang duduk di Sarawak seorang duduk di Semenanjung supaya kita dapat menghindarkan isu- isu. Apabila duduk jauh ini kita fahamlah, boleh berlaku isu-isu penceraian, isu-isu kes-kes Mahkamah Syariah dan sebagainya. Jadi harapan saya, pihak kementerian dapat mencari jalan bukan sahaja di Kelantan juga di Terengganu, Kedah kerana kita tahu memang isu guru ini memang sukarlah nak mencari satu mekanisme yang boleh menyelesaikan tetapi mungkin ada jalan. Kalau yang dihantar ke Sabah dan Sarawak itu macam tadi bagi insentif. Mungkin insentif yang cukup menarik di mana kalau mereka yang di Semenanjung ditukar atau dihantar ke Sabah dan Sarawak mungkin boleh saya bagi cadangan bagi satu jumlah yang menyebabkan mereka tak mahu mengajar balik ke negeri sendiri, mereka nak terus mengajar di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tak habis lagi jawab tadi berhubung dengan guru-guru yang memang tinggal berasingan kerana satunya kerana terutamanya daripada negeri-negeri tadi yang ada masalah yang terlalu banyak guru daripada negeri-negeri tersebut tetapi juga kita lihat di sini ada lebih kurang 16,000 guru-guru yang masih tinggal berasingan. Saya, dahulu pun bila saya masuk di sini, di Parlimen saya memberikan komitmen inilah perkara yang saya hendak selesaikan tetapi sehingga kini saya masih melihat dengan keadaan-keadaan ini bukan satu perkara yang senang sebab bilangannya adalah lebih tidak seimbang. Sebab itulah kebelakangan ini kita nak pastikan agar guru-guru diambil daripada negeri-negeri yang kurang guru lagi supaya tak timbul isu-isu ini tapi takut orang Kelantan marah pula takut kurang ambil guru sebelah Kelantan. Ini pun satu hal juga sebenarnya tapi kita akan memberi pertimbangan dan juga opsyen-opsyen guru-guru pengajar mengajar bidang apa ianya akan dilengkapkan. Apakah kekurangan setiap negeri agar isu pertukaran ini akan dapat kita selesaikan dengan lebih baik. Ia akan memakan masa dan saya harap mendapat kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen, Yang Berhormat-Yang Berhormat agar cuba tenangkan sedikit isu ini. Saya pun bila balik, bukan hanya Yang Berhormat tapi saya pun bila balik kampung orang Machang, orang Tanah Merah semua datang jumpa saya juga tak habis-habis untuk pertukaran guru. Ada Yang Berhormat Bukit Bendera mengatakan tentang prestasi pendidikan yang merosot. Sebenarnya itulah, kita nak mengatakan bahawa kita sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan kita mentransformasikan IPG atau Institut Pendidikan Perguruan untuk memastikan ianya lebih baik. Sebab itulah saya pernah memberitahu dalam Parlimen dan dalam Dewan ini bahawa guru-guru sekarang ini minimumnya perlu mendapat 6A dan sekarang ini guru-guru yang kita terima memasuki IPTA dan IPG sekurang-kurangnya adalah 7A sebenarnya. Itu permohonan memasuki, itu bukan sekatan tetapi memang itulah permohonan- permohonan dan kita lihat cut of point kita dengan izin memang kita lihat bilangan guru yang lebih hebat yang insya-Allah akan memastikan pendidikan kita terus cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Memang dahulu...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang tertarik dengan kenyataan itu tadi. Dengan markah yang tinggi 6A, 7A kemudian diambil untuk masuk ke universiti. Adakah selain daripada markah, kriteria yang lain yang digunakan kerana bukan sahaja dengan markah yang tinggi seseorang itu boleh menjadi guru yang baik, yang komited, yang dedicated. Tidak, tidak dan apakah kriteria yang lain yang digunakan.
Kadang kala Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat sedar, apabila kita menghantar guru misalnya selepas latihan, guru bahasa. Bila dia hantar ke sekolah didapati memang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana kualiti yang kurang.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Ingatkan panjang lagi tadi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, yang Berhormat ini bagus juga kadang-kadang. Ini kerana memang bila kita memilih guru... [Disampuk] Kadang-kadanglah. Apabila kita memilih guru memang kelayakan akademik bukan segala-galanya. Kita juga membuat aptitude keguruan pemohon, melihat adakah dia betul-betul berminat untuk menjadi cikgu. Kita juga melihat kemampuan mereka dalam bidang-bidang yang lain. Minat nombor satu. Antaranya untuk memastikan yang menjadi guru itu bukan hanya untuk memenuhi keperluan kerja mereka tetapi mereka memang minat. Sebenarnya kalau kita pilih guru yang memang berminat untuk menjadi guru banyak masalah dapat diselesaikan. Kita juga melihat kemampuan-kemampuan mereka dalam bidang-bidang yang lain, kokurikulum mereka, aktiviti mereka, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kita mengatakan sasaran kita ialah 30% pelajar cemerlang daripada SPM. Memang itu pun jenuh pilihlah Yang Berhormat. Ramai sangat yang minta jadi cikgu ini. Jadi tidak timbul masalah mereka yang dipilih itu tidak ada kecenderungan. Kita pastikan mereka akan menjadi guru-guru yang baik tetapi asasnya begitulah. Asas-asas kita memilih mereka sekurang-kurangnya mereka merupakan sasaran 30% pelajar-pelajar cemerlang SPM. Di negara-negara lain ada yang 10%, ada yang 20% kerana kita hendak pastikan guru menjadi kerjaya pilihan masyarakat agar yang menjadi guru itu ialah mereka yang terbaik. Yang Berhormat setuju ya? Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.
Bangun lagi. Okey.
Dapat kepujian Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan lagi kerana bukan sahaja macam itu. Ini salah satu faktor. Yang lain itu termasuklah gaji dan elaun mestilah munasabah dan juga apabila dihantar ke kawasan pedalaman di situlah masalahnya timbul. Apakah kriteria yang digunakan bila kita menghantar seseorang itu sama ada mereka ada pengaruh memang tidak dihantar? Kalau hendak hantar ke pedalaman mestilah itu adil kepada semua pihak. Bukan sahaja kepada golongan yang mempunyai penaung atau penganjur yang tertentu. Misalnya di kawasan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat itu dapati orang itu kawan atau pun anak kawan dan sebagainya, tidak payah pergi ke kawasan pedalaman. Saya berharap hal ini dapat diadakan dengan adil dan saksama.
Ya. Tidak sempat lagi saya jawab satu soalan Yang Berhormat tadi berhubung dengan kualiti guru bahasa Inggeris. Itulah saya juga telah jawab di Dewan ini bahawa kita ada 40,000 orang guru-guru bahasa Inggeris untuk memastikan kualiti mereka dan kita telah pastikan mereka menduduki Cambridge Placement Test. Selepas peperiksaan tersebut mereka telah diberi latihan untuk memastikan semua guru bahasa Inggeris itu ialah guru yang berkualiti. Itu sedang dilaksanakan oleh kementerian. Oleh sebab itulah semua dalam pelan pembangunan pendidikan. Kalau Yang Berhormat baca semua ada di dalam itu sebenarnya Yang Berhormat. Mungkin Yang
Berhormat belum baca lagi yang ini. Kalau Yang Berhormat tidak sempat baca yang itu, baca yang ini. Baca yang lebih besar sedikit. Kalau Yang Berhormat, saya boleh beri satu salinan kepada Yang Berhormat agar Yang Berhormat boleh memberi pandangan- pandangan yang lebih baik di masa perjalanan Dewan yang akan datang. Ini kerana saya lihat banyak komen yang saya dapat daripada mereka yang tidak langsung cuba melihat apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Bukan kita hendak menafikan bahawa kita ada kelemahan-kelemahan tetapi kelemahan-kelemahan itu sedang dilaksanakan dengan baik. Oleh sebab itulah kita mendapat pengiktirafan dari UNESCO. Kita telah mengadakan Town Hall Meeting, dengan izin. Kita telah menghubungi ataupun engage, dengan izin, 55,000 orang rakyat Malaysia untuk memastikan agar pelan perancangan pembangunan pendidikan Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Berhubung dengan profesional perguruan juga, ada Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sipitang dan juga Sandakan mengatakan tentang penurunan kuasa yang perlu terutamanya kepada negeri Sabah dan Sarawak. Sebenarnya inilah proses penurunan kuasa yang sedang dilaksanakan oleh kementerian dan juga kita akan memastikan ianya dapat diperkuatkan lagi agar banyak lagi keputusan-keputusan terutama kewangan akan dapat dilaksanakan di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Baru-baru ini peruntukan-peruntukan telah diturunkan kepada negeri-negeri dan daerah-daerah untuk memastikan agar mereka dapat melaksanakan program kecil-kecilan di peringkat daerah kurang daripada RM500,000 agar dapat diselaraskan dengan lebih cepat lagi. Yang Berhormat daripada Ayer Hitam, Sipitang, Hulu Rajang, Batu Pahat dan Bukit Bendera ada bertanya tentang ICT. Tadi ada...
Ya, Yang Berhormat Sibuti. Yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti.
...Yang diungkit tadi kerana kita lihat memang bukan semua kita faham bahawa ada kawasan-kawasan di luar bandar yang masih tidak mendapat jalur lebar yang dikatakan tersebut. Oleh sebab itulah kementerian melalui program VSAT di luar bandar akan memastikan sedang melaksanakan 1,926 VSAT atau pun satellite disk ini di kawasan-kawasan luar bandar dan juga 1,250 kelengkapan ICT berteknologi VGI Thin Client juga sedang dilaksanakan. Memang di peringkat permulaan ini, saya juga turun ke padang. Bukan hanya di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini di Negeri Sembilan sendiri ada sekolah-sekolah yang menyatakan bahawa mereka tidak mendapat jalur lebar sebagaimana yang dikatakan oleh kementerian iaitu sekurang-kurangnya 2 megabyte atau 4 megabyte. Kita faham sebab itu di peringkat permulaan ini, kita akan pastikan agar ianya dipertingkatkan. Ada isu-isu teknikal yang perlu diperkemas kemudian ini untuk memastikan mereka mendapat jalur lebar sebagaimana yang dijanjikan oleh kementerian. Kita lihat di Hulu Rajang sendiri, 14 buah sekolah telah mendapat internet VCAT untuk memastikan agar tidak ada sekolah-sekolah yang ketinggalan. Saya ingin mengulangi bahawa kita akan pastikan dalam sistem ICT ini agar kita dapat memperluaskan akses, kita akan melebarkan gateway dan kita akan meningkatkan lagi jalur lebar. Yang Berhormat daripada Bukit Bendera ada bertanya tentang ‘1Murid 1Peranti’ atau pun 1S 1D. Ia sebenarnya dalam proses penelitian kaedah pelaksanaan oleh kementerian. Berhubung dengan pembangunan fizikal kita ada lebih ramai lagi Yang Berhormat mengambil bahagian, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Tanah Merah yang bertanya tentang program-program di kawasan mereka masing-masing. Sebenarnya kerajaan dari semasa ke semasa akan memastikan sebagaimana telah saya katakan tadi dalam memastikan bangunan sekolah, institut pendidikan guru, rumah guru, makmal komputer, dewan, padang sekolah dan sekolah baru akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa tertentu, mengikut kemampuan-kemampuan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan.
Juga ada isu yang diungkit berhubung di Sabah saya ingat ini. Berhubung dengan solar panel yang dikatakan sudah tidak berfungsi. Memang benar Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana sistem solar panel itu telah ditukar kepada sistem solar hibrid. Dahulunya solar panel ini hanya digunakan untuk SchoolNet semata-mata untuk sistem komputer ICT sahaja yang mana kapasitinya kurang daripada 500 watt kerana ia hanya digunakan untuk menggerakkan ICT. Akan tetapi solar hibrid sekarang ini ialah satu sistem yang lebih menyeluruh yang mana mempunyai kapasiti 10 kilowatt sehingga 60 kilowatt. Di mana solar panel itu dilaksanakan bersama dengan enjin-enjin yang ada. Jika didapati bahawa bateri sudah tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, enjin-enjin akan digunakan untuk memastikan sekolah-sekolah tersebut. Ini bukan hanya untuk program ICT sahaja tetapi untuk sekolah tersebut dilaksanakan...
[Bangun]
...Ini ada banyak kekeliruan kerana apabila Yang Berhormat bercakap tentang solar panel sebenarnya kita sudah tidak lagi menggunakan program tersebut kerana kapasitinya terlalu rendah dan kita hendak pastikan...
Pencelahan.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menambah untuk kawasan di Parlimen Bagan Serai tentang kehadiran kolej komuniti yang telah dimulakan sejak dua tahun dahulu. Bangunan sepuluh pintu telah dibeli, tiga tingkat, sehingga sekarang tidak ada waran perjawatan dan pengubahsuaian dan juga peralatan nampaknya macam tidak ada perkembangan. Jadi, rakyat di kawasan Bagan Serai memang ternanti-nanti tentang kehadiran kursus yang akan dijalankan di kolej komuniti ini. Kita bimbanglah sebab sudah hampir dua tahun, bangunan ini nampak macam ‘gajah putih’. Terima kasih.
Ya. Yang Berhormat Menteri, sudah 45 minit. Sila.
Yang Berhormat Bagan Serai, saya akan meneliti kolej komuniti di Bagan Serai dan kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Penjelasan sedikit.
Yang Berhormat Gombak dan juga Yang Berhormat Hulu Langat, yang mana satu? Yang Berhormat Gombak atau Yang Berhormat Hulu Langat?
Yang Berhormat Gombak dahulu, lepas itu Yang Berhormat Hulu Langat.
Ya. Sila Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak berkesempatan menyentuh bidang pendidikan dalam perbahasan di peringkat dasar. Namun, saya pernah bangkitkan seawal tahun 2010 berhubung pembinaan sekolah rendah dan juga sekolah menengah di Bukit Antarabangsa. Pada pertengahan tahun 2010, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah pun menulis surat secara rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di mana kerajaan negeri telah menawarkan empat bidang tanah yang cukup untuk membina sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Ini kerana alasan yang diberikan sebelum ini ialah kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama kepada kementerian untuk menyiapkan tapak-tapak yang bersesuaian bagi tujuan pembinaan tersebut. Maka pada pertengahan 2010, kerajaan negeri telah pun menawarkan empat tapak dan pada satu sesi, saya sempat berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri
dalam Dewan ini tentang perancangan kementerian untuk membina sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Antarabangsa. Memandangkan sekarang ini wujudnya lebih 50,000 rakyat yang tinggal dan menginap di Bukit Antarabangsa dan tidak ada satu sekolah rendah dan sekolah menengah. Anak-anak sekarang terpaksa menyeberangi MRR2 untuk ke sekolah Taman Melawati, sekolah di Ulu Klang dan juga di Dato Keramat. Ini sudah tentulah menyulitkan ibu bapa dan tidak membantu prasarana yang sesuai dan kondusif untuk anak-anak kita. Keduanya, masalah yang timbul ialah sekolah-sekolah di Taman Melewati, sama ada di Ulu Klang dan juga di Keramat telah sesak dengan jumlah pelajar melebihi 40 orang satu kelas. Maka keperluan untuk membina sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Antarabangsa itu cukup mendesak. Maka sekali lagi setelah tiga tahun berlalu, boleh saya mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kedudukan sebenarnya?
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, tentang kedudukan pembinaan sekolah rendah dan juga sekolah menengah di Bukit Antarabangsa. Ini kerana Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah berjanji pada tahun 2010 akan dibina sekolah rendah dan pada tahun berikutnya akan dibina sekolah menengah. Akan tetapi malangnya, sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa sekolah rendah dan sekolah menengah akan dibina di keempat-empat tapak yang telah ditawarkan oleh kerajaan negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada membangkitkan tiga sekolah di Daerah Hulu Langat yang sedang dibina iaitu Sekolah Menengah Sungai Ramal Luar, Sekolah Rendah Kebangsaan di Bandar Sunway Semenyih dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Long. Ketiga-tiga sekolah ini terlewat daripada jadual sebenarnya dan menjadi masalah umpamanya di Sekolah Menengah Sungai Ramal dahulu yang sekarang saya difahamkan baru keluar tender balik. Sekolah Sunway Semenyih dengan bilangan kakitangan yang kecil, bekerja sampai 12 malam dan mendapat aduan yang banyak daripada masyarakat kerana bising. Kemudian Sungai Long, saya tidak tahu kedudukannya. Oleh sebab itu saya minta penjelasan. Semuanya Yang Berhormat Menteri, kita difahamkan sama ada ia dibina melalui perunding ataupun lembaga, tidak melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, MPKj, JKR dan juga PPD. Kita bincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, PPD maklum umpamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Long, dia tidak tahu. Ini yang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila Menteri.
Yang Berhormat daripada Gombak, permohonan itu akan saya semak kerana Yang Berhormat baru bangkitkan, saya tidak membuat persiapan untuk menjawab soalan tersebut. Sebenarnya banyak lagi sekolah-sekolah yang dimohon sebelum daripada ini, sekolah di Sabah dan Sarawak yang memang agak terpencil, yang jauh, yang mana memerlukan perjalanan sehingga setengah hari yang perlu juga diberi perhatian. Walau bagaimanapun, kerajaan akan melihat bahawa keperluan-keperluan itu akan dilihat mengikut kepentingan setempat. Yang Berhormat daripada Hulu Langat mengatakan tentang Sekolah Menengah Sungai Ramal yang sudah di tender semula, jadi sudah tidak ada masalah. Sekolah Sunway Semenyih yang bising, insya-Allah kita akan pastikan dan kita akan pantau agar perkara ini akan dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya ada beberapa...
Yang Berhormat Menteri, boleh...
Nanti sekejap. Saya hendak habiskan...
Yang Berhormat Lanang. Boleh Menteri beri laluan?
Sekejap, saya hendak habiskan yang ini.
Sekejap ya Yang Berhormat Lanang.
Sekejap. Sekolah-sekolah yang juga Yang Berhormat Bukit Gantang tanya tentang Sekolah Agama Rakyat yang mendapat peruntukan baru-baru ini RM50 juta untuk memastikan sekolah-sekolah ini akan dapat terus dibela oleh kerajaan. Insya-Allah sekolah-sekolah ini akan dapat terus menjalankan program-program, projek- projek kecil mereka dengan baik dan juga membina infrastruktur yang sebaik-baiknya agar mereka terus dibela. Saya ingin pergi kepada sektor pengajian tinggi di mana...
Yang Berhormat Lanang.
Sila Yang Berhormat Lanang.
Sila Yang Berhormat Lanang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak meminta penjelasan tentang sama ada kementerian mempunyai satu tabung untuk kecemasan yang berlaku di sekolah-sekolah. Ini kerana di kawasan saya, Sekolah SK Sungai Salim, mereka meminta bantuan untuk membaiki atap sekolah. Jadi, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk memastikan semua kemudahan atau keperluan asas diberi kepada sekolah-sekolah terutama di sekolah luar bandar? Apakah tindakan yang akan diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan seperti atap bocor? Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, kalau perkara baru boleh jawapan bertulis.
Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi ini senang sahaja, bocor atap. Oleh sebab itu saya sudah katakan tadi bahawa peruntukan-peruntukan telah diturunkan kepada pengarah-pengarah negeri dan juga PPD agar - ini baru diturunkan sejak September yang lalu. Perkara-perkara kecil kecemasan ini boleh diselaraskan di peringkat PPD, Yang Berhormat. Saya ingin pergi...
Yang Berhormat Menteri.
Saya jawab ini, sektor pengajian tinggi sekejap. Banyak perkara baru, bagaimana ini.
Satu lagi soalan.
Yang Berhormat Batu Kawan.
Batu Kawan, boleh Menteri?
Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan dua soalan. Satu dalam ucapan saya pada minggu lepas berhubung dengan pembinaan sekolah menengah Tamil berstatus menengah pertama kali di Malaysia.
Pada 8 Oktober, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pendidikan untuk minta permohonan sama ada kementerian ada komitmen yang realistik untuk membina satu sekolah menengah Tamil satu-satunya di Malaysia dalam sejarah negara ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti dua kawasan untuk pembinaan sekolah tersebut. Jadi, sekarang kami mohon jasa baik kementerian untuk mempertimbangkan mengikut keperluan bilangan sekolah-sekolah Tamil berstatus sekolah rendah di Pulau Pinang, mungkin this would be a real act of good faith, dengan izin, kalau kementerian boleh bagi satu komitmen. So, we can take it back to the people of Penang and let them know.
Kedua, status pembinaan SJK(T) Batu Kawan. Mengikut signboard yang ada di sana, tempoh penamatan pembinaan sekolah tersebut sepatutnya awal tahun depan tetapi rasa-rasanya ground work baru bermula. Jadi, kami mohon, apakah statusnya walaupun stesen bomba di Batu Kawan mempunyai tarikh yang hampir sama dengan penamatan projek pembinaan sekolah tetapi nampak macam stesen bomba sudah hampir 95% atau 98% siap tetapi sekolah Tamil masih macam itu sahaja. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri memberi pencerahan kepada kawan-kawan kami di Pulau Pinang, terutama sekali di Batu Kawan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, soalan dari Bakri, adakah Menteri akan jawab kemudian? Pada perbahasan yang lalu...
Menteri belum...
Tidak habis jawab lagi. Relax, relax.
Belum jawab lagi.
Belum habis jawab lagi. Sebenarnya, untuk sekolah menengah kebangsaan Tamil ini, kerajaan telah membuat janji untuk membina enam buah sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini diungkit oleh Yang Berhormat daripada Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Ayer Hitam. Sebenarnya, kelulusan yang telah dibuat pada tahun 2012 telah mendapat kelulusan peruntukan yang itulah, pada akhir tahun 2012 dan sedang ditender. Mengikut istilah EPU, pada awal tahun 2014 akan ready. Makna boleh, akan dilaksanakan. Itulah yang saya dapat tentang sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil yang telah diluluskan oleh kerajaan pada masa kini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Minta penjelasan boleh? Batu Gajah, sini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Okey.
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Batu Kawan tadi. Dalam perbahasan saya juga ada menyentuh tentang sekolah menengah. Apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah berkaitan dengan sekolah rendah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya tidak tahulah sama ada Menteri sedar atau tidak tentang perkara ini sebab ada surat dihantar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup untuk memberi tanah seluas dua ekar di kawasan Seberang Prai kalau tidak silap saya, untuk membina sebuah sekolah menengah Tamil yang pertama. Maklumat yang saya ada, Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Ketua Menteri Pulau Pinang telah menghantar surat dua kali kepada Menteri Pendidikan dan tidak mendapat apa-apa maklum balas berkaitan dengan perkara itu. Itu yang dimaksudkan oleh Batu Kawan tadi. Ada tidak kerajaan mempunyai apa-apa cadangan ataupun rancangan untuk membina sebuah sekolah menengah Tamil di kawasan Pulau Pinang walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup memberikan tanah, bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan tersebut? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya katakan tadi bahawa keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan sehingga kini ialah hanya enam buah sekolah SJK(T). Itu yang saya kata tadi yang sepatutnya ready pada awal tahun 2014. Itulah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan yang akan dilaksanakan secepat mungkin.
Yang Berhormat Menteri.
Berhubung dengan pengajian tinggi...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri, maaf. Di sini Batu Kawan.
Yang Berhormat.
Ya.
Just mendapat satu...
Yang Berhormat.
...Clarification...
Untuk seterusnya ialah sektor pengajian tinggi.
Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri kata enam buah sekolah Tamil...
Saya jawab tadi. Saya katakan enam buah sekolah tadi telah diputuskan.
Menteri tidak bagi Yang Berhormat.
Yes tetapi berstatus menengah atau tidak, itu sahaja.
Sudah, sudah okey.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu berstatus menengah atau tidak? Itu sahaja.
Saya sudah katakan tadi bahawa enam buah sekolah itu telah diluluskan oleh kerajaan dan akan dilaksanakan.
Jadi, bukan menengahlah? Saya difahamkan kalau macam itu respons dari Yang Berhormat Menteri adalah sekolah rendah, bukan menengah.
Itulah dikatakan oleh - ya. Sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.
Jadi, bukan menengah?
Enam buah telah diluluskan oleh kerajaan. Saya jawab tadi. Okey.
Akan tetapi tidak tahu menengah atau rendah.
Rendahlah. Sekolah jenis kebangsaan Tamil, memang rendahlah.
Okey, maksudnya kerajaan tidak ada hasrat untuk membina menengah lagi?
Yang Berhormat.
Itulah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Nantilah. Ramai hendak buat sekolah antarabangsa, Bukit Antarabangsa, Sabah, Sarawak hendak sekolah semua sekali. Jadi, tidak bolehlah semua hendak...
Just hendak check terminologi sahaja. Terminologi, rendah atau menengah? Itu sahaja.
Sekolah jenis kebangsaan. Yang Berhormat, SJK(T), sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah rendah Yang Berhormat.
Okey, terima kasih.
Itu sahaja terminologi dia.
Jadi, menengah tidak ada apa- apa cadangan lagi ya? Okey, terima kasih.
Terima kasih. Sektor pengajian tinggi juga banyak yang mengatakan, ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Daripada Merbok, Sandakan, Bukit Katil, Bukit Bendera, Kuala Terengganu, Sabak Bernam, Bukit Mertajam dan juga Nibong Tebal. Sebenarnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa keadaan universiti kita telah banyak bertambah baik. Saya ingin memetik satu artikel jurnal yang dikemukakan oleh Michael Korr, 2013, Driving Research Excellence in the University: The Way Forward. Seminar on International Higher Education, University of Research Singapore, 9 April, yang mengatakan bahawa kedudukan pertambahan bilangan artikel jurnal antara 2007 hingga 2012 untuk enam tahun, untuk beberapa negara ASEAN. Peratus bilangan penerbitan pada tahun 2007 dan 2012 menggambarkan Malaysia mempunyai satu peningkatan sebanyak 310% daripada 3,711 artikel jurnal kepada 11,507 artikel jurnal yang mengatasi Vietnam, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Switzerland, Sweden, Sepanyol, Korea Selatan, Ireland, England, China, Kanada dan juga Australia. Ia mengatakan bahawa dari segi penambahan artikel jurnal, universiti- universiti kita telah mendahului banyak negara-negara lain. Ini merupakan satu penambahbaikan dalam sistem pendidikan kita sejak kita adakan sistem research university dan sebagainya.
[Bangun]
Begitu juga tentang penambahan pelajar asing di negara kita. Saya dalam baru ini dikunjungi oleh seorang duta sebuah negara yang mengatakan beliau sudah tidak lagi menghantar pelajar-pelajar mereka ke negara yang membangun, yang hebat walaupun dekat dengan negaranya dan kesemua pelajar-pelajar mereka dihantar ke negara kita. Sekarang ini kita Malaysia merupakan pilihan kesembilan dalam negara-negara seluruh dunia yang menjadi pilihan pelajar seluruh dunia untuk datang dan sehingga kini kita mempunyai 82,710. Ini angka sehingga 10 Oktober, pelajar- pelajar asing yang berada di negara kita. Jadi, janganlah kita terlalu mengherdik mengatakan sistem pendidikan negara kita ini tidak ada kualiti langsung. Ini kerana jika sistem pendidikan kita ini tidak ada kualiti langsung, sememangnya orang tidak akan datang ke negara kita.
Beberapa orang bangun Yang Berhormat. Kepong, Kapar dan Kuala Kedah. Kepong?
Yang Berhormat Kepong.
Secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang berharap penyelidikan dapat dipertingkatkan lagi. Walau bagaimanapun bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini ranking universiti di Malaysia ini di dunia? Dengan hasil penyelidikan yang baik dan sebagainya, bilakah kita boleh meningkatkan ranking kita itu? Mungkin satu hari kepada 100 universiti yang terbaik ataupun 50 universiti yang terbaik di dunia.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan tentang kualiti IPT. Berdasarkan jawapan tadi, Yang Berhormat Menteri menekankan tentang penerbitan jurnal sahaja. Untuk ranking universiti awam, saya rasa ia kena secara eksklusif. Kita tidak boleh pandang dari satu sudut.
Saya, pada 23 September tempoh hari telah menanyakan soalan tentang usaha kementerian untuk memperbaiki ranking universiti awam dalam negeri ke tahap yang lebih membanggakan setanding dan setaraf dengan universiti-universiti antarabangsa. Jawapan yang saya dapat dalam sehelai, dua helai muka surat ini adalah lebih kepada mekanisme jangka masa panjang. Bila baca jawapan dekat sini, saya tidak nampak sesuatu dalam jangka masa pendek hendak menaik taraf pendidikan yang sedang merosot sekarang. Isu bukan penerbitan jurnal, isu tentang kualiti. Isu bukan orang asing datang belajar dekat sini, isu adalah kita memartabatkan rakyat kita dengan kualiti pendidikan yang
bagus. Itu yang merosot, kualiti. So macam mana dalam jangka masa pendek, kita hendak naikkan taraf pendidikan IPT? Kalau ada mekanisme, saya perlukan penjelasan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Bolehkah saya mencelah?
Dalam kita ingin meningkatkan kualiti pendidikan tinggi ini bukan perkara yang boleh dilakukan dalam jangka masa yang pendek. Ini kerana kita untuk mewujudkan R&D atau penyelidikan, perlu ada lebih ramai penganut-penganut PhD. Jadi, soalan tersebut kita bukannya senang. Kita hendak memastikan yang kualitinya bagus, perlu ada PhD holders, dengan izin, yang boleh melaksanakan research and development dan commercialization ke arah itu. Jadi kita boleh lihat dalam jangka masa pendek publication ini, saya sudah tunjuk angka-angka tadi, bahawa dengan adanya publication tersebut, adanya jurnal-jurnal yang recited, mengatakan bahawa pengiktirafan kepada negara kita telah baik. Begitu juga jangan menafikan sebab kita kadang-kadang suka menafikan bahawa saya katakan tadi bahawa kedatangan pelajar-pelajar asing. Mereka tidak datang ke Malaysia ini kalau kita tidak ada kualiti langsung. Jadi saya minta Yang Berhormat, kita jangan hendak tengok yang buruk sahaja. Ini kerana ranking bukan segala-galanya sebab ada juga kelemahan-kelemahan ranking RS, QS dan sebagainya yang memang mendapat- baru-baru ini saya dikunjungi European University Union mengatakan bahawa ranking bukan segala-galanya. Bila saya bercakap tentang ranking, dia kata, “Yang Berhormat, please be careful”, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua bahawa ranking bukan segala-galanya. Itulah antara perkara-perkara yang sedang dilaksanakan oleh kementerian agar universiti terus memacu ke hadapan...
[Bangun]
...Untuk kita menambahkan golongan-golongan, katakanlah pensyarah-pensyarah PhD kita. Kita telah wujudkan RU kita yang- research university kita yang memastikan penyelidikan-penyelidikan kita akan jadi terus bertambah baik.
[Bangun]
Ada juga Yang Berhormat daripada Bukit Bendera, Merbok dan Nibong Tebal yang bertanya tentang pelantikan Naib Canselor-Naib Canselor. Sebenarnya, perkara 9, Jadual Pertama, AUKU 1971 (Pindaan) 2012 mengatakan bahawa pelantikan Naib Canselor dilantik Menteri atas nasihat jawatankuasa selepas berunding dengan Lembaga Pengarah Universiti. Begitu juga Jawatankuasa Tetap Carian Naib Canselor terdiri daripada Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Halim, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali, Tan Prof. Emeritus Tan Sri Dr Augustine Soon Hock Ong, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman dan juga untuk bukan research university Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yassin, Tan Sri Dato’ Dr. Lin See Yan, Tan Sri Datuk Haji Arshad Ayub, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan Datuk Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin. NC ini dipilih berasaskan kriteria dan mereka ditemu duga dan dipertimbangkan kepada Menteri untuk pelantikan. Maknanya, setiap pelantikan Naib Canselor ini bukan dilantik secara sewenang-wenangnya. Ada juga beberapa Yang Berhormat yang bercakap tentang infrastruktur yang ingin mewujudkan kolej komuniti dan juga kolej-kolej di peringkat mereka. Insya-Allah, kita akan pastikan permohonan-permohonan itu akan dilihat dengan sebaik-baiknya agar ianya dapat dipertimbangkan untuk kebaikan bersama.
Yang Berhormat Kuala Kedah berdiri, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah...
Mahu beri Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Menteri?
Tadi sudah jawab. Dia kata hendak jangka pendek? Saya sudah beritahu tadi bahawa pembangunan universiti tidak boleh dilihat dalam jangka masa pendek. Pembangunan universiti perlu dilihat dalam jangka masa panjang kerana kita belanjakan duit yang banyak untuk universiti.
Yang Berhormat Menteri, saya terima.
Jangka pendeknya ialah kita menggunakan publication yang telah recited. Saya juga katakan tadi bahawa ia memerlukan satu pelan perancangan jangka masa panjang. Kita tidak boleh pendek-pendek sangat nanti ia tidak jadi.
No, education tidak boleh jangka masa panjang sahaja Yang Berhormat Menteri. Dia kena ada dua-dua belah. Dia kena ada jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang...
[Menyampuk]
Sabarlah! Tuan Yang di-Pertua itu yang saya tekankan. Kalau mekanisme jangka masa pendek kerajaan tidak ada, itu maksudnya kegagalan. Tidak boleh menafikan tidak ada jangka masa pendek. Mesti ada mekanisme jangka masa pendek. Saya tidak menafikan penerbitan jurnal salah satu cara tetapi mesti ada cara lain juga. Dia kena ada beberapa cara jangka masa pendek untuk memperbaiki. Kita just memikir jangka masa panjang. Jangka masa panjang kalau ambil masa sepuluh tahun, what about the first five years? We have to go year-by-year basis. Itu yang saya minta. Mekanisme year-by-year. Kita boleh duduk bersama bincang benda ini. Mesti ada. Tidak boleh terus kata mekanisme jangka masa pendek tidak ada, yang ada hanyalah mekanisme jangka masa panjang. Akan tetapi kualiti sedang merosot. Saya tahu kementerian sedang cuba, kita pun sedang cuba.
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Minta perhatian. Ini sekadar teguran. Boleh diterima. Saya sedar dan saya percaya ada mekanisme jangka masa pendek yang boleh diperbaiki. Ini terpulang pada kementerian hendak dengar atau tidak. Kalau kita dua-dua dekat sini hendak memperbaiki kualiti, saya harap ambil yang jernih buang yang keruh. So, yang ini jernih. Saya ada mekanisme jangka masa pendek yang boleh baiki. Hendak duduk, hendak bincang terpulang pada kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar saya sedia untuk mendengar pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat. Akan tetapi saya katakan tadi publication adalah satu perkara yang tidak panjang sangat yang boleh kita laksanakan melahirkan PhD juga merupakan program yang tiga, empat tahun. Akan tetapi jika Ahli Yang Berhormat ada perkara-perkara yang lebih baik, saya sedia untuk berbincang dengan Yang Berhormat. Itulah saya katakan tadi, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan-pandangan mereka dalam saya menggulung pembentangan Bajet 2014 ini dan terima kasih. Jika saya ada silap, saya minta maaf. Jika ada perkara-perkara tambahan, saya sudi mendengar pandangan-pandangan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-
undang Perbekalan 2014 dan memberikan pandangan serta cadangan terhadap perkara- perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian sumber Asli dan Alam Sekitar. Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan isu tebatan banjir di Sungai Golok. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berdua ini, peruntukan Projek Tebatan Banjir bagi tahun 2014 adalah lebih tertumpu kepada projek-projek sedia ada iaitu projek-projek yang sudah dilaksanakan, yang sedang dilaksanakan dan telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Peruntukan tahun 2014 ini adalah untuk menyiapkan komponen kerja yang masih belum selesai di mana kerja-kerja dijangka disiapkan pada tahun 2014 dan 2015. Projek RTB di Sungai Golok Fasa 1 telah diletakkan di dalam senarai keutamaan tahun 2014 sebagai projek baru. Namun, memandangkan batas siling peruntukan adalah terhad, maka projek yang dianggarkan berjumlah RM345 juta ini dimasukkan ke dalam senarai projek tahun 2015 juga.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Projek Menstabil Tebing Sungai Golok ataupun KESBAN juga merupakan satu projek yang penting bagi mengelak sempadan negara berganjak masuk ke kawasan Malaysia berdasarkan prinsip thalweg yang menetapkan sempadan negara ada bahagian di bahagian terdalam di sepanjang Sungai Golok. Bukan sahaja di situ tetapi di sungai-sungai yang lain juga kerana persempadanan di dua buah negara semestinya mengikut prinsip thalweg...
[Bangun]
Pada Rancangan Malaysia Kesepuluh, untuk tahun 2011 hingga tahun 2012, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penstabilan tebing Sungai Golok sepanjang 14.15 kilometer dengan kos sebanyak RM20 juta. Selain itu, JPS juga telah menerima peruntukan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan Projek Menstabil Tebing Sungai Golok fasa 2, sepanjang 35 kilometer untuk tahun 2013 hingga tahun 2015. Antara jajahan yang terlibat dalam projek ini adalah Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Mahu beri Yang Berhormat? Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang projek tebatan banjir juga kerana di Kedah ada satu Projek Tebatan Banjir yang telah lama tidak selesai.
Yang Berhormat, isu baru Yang Berhormat.
Ya, tetapi prinsip. Saya kata prinsipnya kerana projek itu tidak selesai tetapi dalam bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri disebut mengenai projek baru di Kuala Muda, Kedah. Jadi, pada prinsipnya bagi projek yang sebegini, adakah ditinggalkan ataupun dihabiskan ataupun ditunggu peruntukan lain ataupun diteruskan kedua-dua projek sebab ada projek yang baru, itukah prinsipnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang projek di Kedah itu. Saya rasa ada Ahli Yang Berhormat yang lain yang bertanya tentang projek di Kedah. Nanti kalau tidak ada, projek kalau sudah dilaksanakan, kalau belum siap, ianya mesti diteruskan bukan ditinggalkan sebab kementerian memohon peruntukan daripada EPU supaya projek seperti ini diteruskan. Bukan ditinggalkan sebab masalah banjir adalah masalah universal di negara kita yang seharusnya ditangani. Akan tetapi, bukan dengan secepat mungkin. Akan tetapi kita mesti juga menangani masalah banjir yang melanda negara kita disebabkan sekarang perubahan iklim sudah memberi kekerapan hujan di negara kita. Okey, Yang Berhormat?
Yang Berhormat Bagan Serai bertanyakan tentang status terkini RTB Kerian dan jangkaan siap sepenuhnya. RTB Kerian melibatkan tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ia melibatkan 29 pakej iaitu 23 pakej di Perak, dua pakej di Pulau Pinang dan empat pakej di Kedah. Dengan kos keseluruhannya sebanyak RM490 juta dengan pecahan berikut: (i) projek telah melaksanakan sebanyak 25 pakej berjumlah RM250.8 juta; (ii) projek dalam proses tender sebanyak empat pakej berjumlah RM95.72 juta; dan (iii) peruntukan bagi pengambilan tanah, kajian dan lain-lain kos berjumlah RM143.48 juta. Secara keseluruhannya, 25 daripada 29 pakej kerja sedang dilaksanakan dalam tempoh satu tahun 10 bulan iaitu bermula daripada Januari tahun 2012 dengan perbelanjaan sebanyak RM92 juta sehingga Oktober 2013. RTB Kerian akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015. Yang Berhormat Sibu memohon mengalihkan peruntukan tebatan banjir di Sibu kepada projek mendalamkan Sungai Rajang kerana Empangan Bakun dan Empangan Murum sudah siap dibina. Yang Berhormat Sibu juga mendakwa bahawa projek tebatan banjir di Sungai Bidut sudah terbengkalai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sibu, Empangan Bakun dan Empangan Murum dibina untuk tujuan menjana kuasa elektrik dan juga berfungsi sebagai kolam takungan air banjir atau flood water retention basin. Dakwaan bahawa projek tebatan banjir di Sungai Bidut sudah terbengkalai adalah tidak benar kerana projek berkenaan sudah siap dilaksanakan pada tahun 2011. Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem saliran dan pembetungan, memasang pintu air, meninggikan dan menaikkan taraf jalan raya untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan. Pihak JPS, JKR dan Majlis Perbandaran Sibu melakukan penyelenggaraan untuk infrastruktur berkenaan dari semasa ke semasa. Kerja-kerja pengorekan Sungai Rajang yang dilaksanakan oleh JPS adalah satu daripada aktiviti projek tebatan banjir Sungai Rajang. Oleh itu, JPS juga telah melaksanakan kerja-kerja pengorekan Sungai Rajang berhadapan Pulau Kreto, Sibu yang telah bermula pada 20 Disember tahun 2011 dengan kos sebanyak RM10 juta. Projek ini telah siap pada 7 Jun tahun 2012. Walau bagaimanapun, pemendapan atau siltation berterusan menyebabkan keadaan di lokasi tersebut telah kembali seperti sebelum dikorek. Ini disebabkan pembangunan tanah di Hulu Sungai Rajang. Pihak JPS Sarawak hanya akan menjalankan kerja-kerja pengorekan secara berkala sekiranya peruntukan daripada kerajaan negeri diperoleh.
[Bangun]
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kementerian ini tidak memohon untuk sebarang projek mendalamkan Sungai Rajang bagi pelaksanaan tahun 2014 dan 2015 dalam RMKe-10.
Yang Berhormat Sibu bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sibu, okey.
Yang Berhormat Menteri, tentang Pulau Kreto itu, saya rasa mengapa kementerian tidak tahu kalau dikorek, deposition will come back again.
Satu lagi ialah tentang mitigation project di Sungai Biduk sana. Saya dapati bahawa dari Sibu mereka kekurangan peruntukan untuk menyelenggarakan projek
tersebut. Ini mengakibatkan pintu- gate, the mitigation gate to the river sudah sumbat, rosak. Jadi apakah penjelasan dari kementerian? Bagaimana memulihkan projek itu?
Terima kasih Yang Berhormat Sibu atas maklumat-maklumat itu. Memang kita perlukan maklumat seperti itu. Untuk Pulau Kreto, itu memanglah ianya sentiasa berlaku tetapi apabila dipohon peruntukan daripada kerajaan negeri untuk membantu melaksanakan pengorekan di situ. Jadi kementerian kita berilah peruntukan untuk kerja itu. Kita sememangnya tahu ataupun saya sendiri tahu di lembahan Sungai Rajang daripada hulu sampai ke muara apa yang berlaku di hulu pembukaan tanah, pembangunan tanah, siltation memang berlaku mendapan memang berlaku. Ini sebab lokasi Pulau Kreto di situ itu menahan pengaliran sediment iaitu tanah-tanah yang kecil yang terapung di air itu terus ke muara. Jadi ianya berhenti di situ dan mendap di situ juga di Pulau Kreto. Jadi ini memang kita tahu tetapi kalau kerajaan negeri perlu untuk mendalamkannya, jika kerajaan negeri tidak ada peruntukan sendiri maka memohon daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kita menyumbangkannya untuk menyelenggarakan. Ini adalah maintenance, dengan izin, ataupun penyelenggaraan. Untuk Sungai Bidut walaupun JPS Sarawak mengatakan kita ada peruntukan, JPS Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Kalau dia tidak ada peruntukan daripada kerajaan negeri, dia juga boleh memohon daripada Kerajaan Pusat. Ini adalah prosedur pentadbiran Yang Berhormat. Akan tetapi maklumat Yang Berhormat selalulah beri kepada kita supaya kita boleh pertimbangkan apa yang dipohon nanti oleh kerajaan negeri...
[Bangun]
Ya Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bandar Kuching bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat minta penjelasan.
Yang Berhormat Bandar Kuching mana, bukan dia dari Sibu, dia dari Kuching.
...Dari Sarawak juga. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata bahawa pembangunan tanah di hulu menyebabkan siltation itu. Salah satu aktiviti ekonomi yang mengakibatkan siltation Sungai Rajang itu adalah pembalakan yang melampau. Sebagai kementerian untuk menjaga alam sekitar apakah cadangan atau langkah-langkah atau polisi yang akan dilaksanakan supaya aktiviti pembalakan yang terlampau di Sarawak itu akan dikurangkan supaya alam sekitar kita tidak terus dirosakkan.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Aktiviti pembalakan, aktiviti pembangunan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Oleh itu pengurusan kesemuanya land used ataupun penggunaan tanah adalah di bawah kerajaan negeri. Jadi kalau ianya di bawah kerajaan negeri, kerajaan negerilah yang bertanggungjawab untuk aktiviti pembangunan penggunaan tanah ini. Akan tetapi kalaulah kualiti alam sekitar sudah pun terjejas dan memerlukan pemuliharaan ataupun dipulihkan mesti dipulihkan. Kalau kerajaan negeri tidak ada peruntukan, kerajaan negeri memohon daripada Kerajaan Pusat. Jadi tanggungjawab kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat adalah berasingan. Untuk alam sekitar penjagaan kualiti alam sekitar negeri Sarawak, kerajaan negeri ada agensi sendiri adalah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jadi agensi inilah yang bertanggungjawab ke atas kualiti alam sekitar yang berkaitan dengan tanah dan sungai di negeri Sarawak Yang Berhormat.
[Bangun]
Ini Seputah kan, bukan Sibu, bukan Sarawak?
Ya tidak apa tanya, kerana saya Sarawak.
Hendak tanya apa lagi?
Saya hendak tanya Yang Berhormat tentang yang Empangan Murum apa yang kita baca dalam surat khabar ialah kosnya RM3 bilion. Jadi siapa yang tanggungjawab kos pembinaan itu, ini satu. Nombor dua ialah kalau mengikut laporan The Star ia menyatakan maaf baca dalam bahasa Inggeris ya, ”Some nineteen species of mammal and 99 species of bird, many of them considered rare and endangered- who help their habitat destroyed because of the construction of the RM3 billion hydro electric dam in Belaga District in Central Sarawak.” Jadi Yang Berhormat adalah seorang environmentalist yang sepatutnya memelihara alam sekitar dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat ada spesies yang tidak jumpa di tempat lain tetapi akan hilang kerana pembinaan Empangan Murum itu, adakah pihak kerajaan akan mengkaji semula tentang pembinaan Empangan Murum?
Yang Berhormat pertanyaan itu adalah luar daripada, ini adalah topik baru yang diperkenalkan malam ini. Walaupun demikian Yang Berhormat untuk makluman Dewan ini di mana-mana pun ini Empangan Murum, bukan Empangan ‘Muru’, Empangan Murum. Jadi sememangnya banyak spesies di situ, spesies flora dan fauna. Akan tetapi oleh kerana Strategic Social and Environmental Impact Assessment telah pun dijalankan di situ. Semua langkah-langkah untuk rehabilitate flora dan fauna ini akan dilakukan ataupun sedang dilakukan dan akan dilakukan. Untuk memastikan bahawa endemik spesies, faham tidak endemik spesies? Supaya endemik spesies ini akan terpelihara. Ini akan diteruskan Yang Berhormat, akan diteruskan.
Orang-orang Penan sana membantah. So jadi macam mana kerajaan mengendalikan mereka? Tidak boleh paksa mereka keluar dari tempat itu begitu sahaja. Juga siapa bayar itu RM3 bilion empangan itu?
Mana-mana projek kalau orang hendak membantah, membantahlah tetapi ini tanggungan kerajaan negeri. Kerajaan negeri ada duit untuk membangunkan empangan ini. Sudah tentu ada duit untuk pampasan ini dibuat oleh kerajaan negeri Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kerajaan negerilah. Kenapa tidak faham? Ini bukan tanggungjawab Kerajaan Pusat, ini tanggungjawab kerajaan negeri. Ini untuk makluman bukan ada kaitan dengan soalan asal.
Jadi maksudnya mereka gunakan wang selepas tebang semua pokok itu, lepas itu baru buatlah.
Yang Berhormat ini tanggungjawab kerajaan negeri.
Jadi saya juga hendak tanya, kita sudah ada Empangan Bakun.
Saya sudah jawab.
Kita sudah ada Empangan Bakun dan kita ada electricity yang begitu banyak. Kenapa hendak buat empangan lagi di Sarawak?
Yang Berhormat Seputeh duduklah Yang Berhormat.
Yang Berhormat kenapa tidak bahas semasa ini sekarang lagi hendak sentuh perkara ini? Tanggungjawab kerajaan negeri biarlah kerajaan negeri yang buat ini.
Minta penjelasan, minta penjelasan. Sarawak ini Sarawak ini. Minta penjelasan.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Apa lagi Yang Berhormat Bandar Kuching?
Tidak mengenai empangan itu mengenai pemulihan alam sekitar.
Biarlah kita balik ke tajuk yang kita bincang tadi. Saya rasa walaupun aktiviti pembalakan, pembangunan tanah itu aktiviti di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi kerana Kerajaan Pusat pun turut terlibat dalam pemulihan alam sekitar yang dirosakkan dari segi pemberian peruntukkan. Oleh itu, saya rasa satu polisi mengenai bagaimana kita hendak memelihara alam sekitar kita haruslah diadakan, baik di peringkat kerajaan negeri juga di peringkat federal mengenai bagaimana kita hendak menjaga alam sekitar..
Yang Berhormat.
...Di negeri Sarawak juga, dan saya rasa tidak patutlah kita hanya pursuit to the state government sahaja. Minta penjelasan.
Yang Berhormat bukannya kita pursuit to the state government, kita menasihati kerajaan negeri. Kita menasihati juga kerajaan negeri apa yang perlu dibuat. Ini kerana kita sudah pun meneliti dan mengenal apa yang berlaku dan kita menasihati kerajaan negeri apa yang perlu dibuat. Jadi tindakan dan pelaksanaan adalah di bawah kerajaan negeri. Kalaulah peruntukkan kerajaan negeri tidak mencukupi dan tidak ada, maka kerajaan negeri boleh memohon daripada Kerajaan Persekutuan. Ini kita buat tanggungjawab bersama supaya kualiti...
Ya, apakah nasihat yang diberi dan sama ada kerajaan negeri ada...
Yang Berhormat...
Cukuplah Yang Berhormat.
...Mematuhi nasihat yang diberi oleh kerajaan ini...
Ha itu lah dia. Yang Berhormat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Sekarang saya...
...Yang Berhormat yang bertanggungjawab juga.
Jangan, jangan tunjuk macam ini. Kita, kita...
Ya
Jangan tunjuk-tunjuk macam ini...
Ya, dia Ahli Dewan Undangan Negeri juga bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Cukup Yang Berhormat.
...Semasa kita bahas, kita pandang kepada Tuan Yang di-Pertua..
Dia lah, dia bertanggungjawab Tuan Yang di- Pertua.
Cukuplah itu. Cukuplah Yang Berhormat.
...Ini dalam Dewan Undangan Negeri.
...Amat lah senang. Apakah nasihat yang telah diberi...
...Dia di sini masa itu.
...Kepada negeri Sarawak, kerajaan negeri...
Yang Berhormat
...Mematuhi...
Yang Berhormat.
...Mematuhi apa yang dinasihatkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau tidak beritahulah tahu saya, saya balik ke Dewan Undangan Negeri, saya ‘hentam’ mereka.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
...Okey, kalau Yang Berhormat menasihati anak Yang Berhormat untuk buat ini, dia tidak buat, apakah yang berlaku?
Kita pukul dia.
[Ketawa] Ini masyarakat...
Mesti ada satu tindakan, mesti ada satu tindakan kerana...
Yang Berhormat Menteri sebentar Yang Berhormat. Saya dalam keadaan serba salah Yang Berhormat Menteri katakan isu ini tidak di bangkitkan dalam perbahasan asal. Akan tetapi setelah melayan Yang Berhormat Seputeh, sekarang ia berlanjutan begini jauh Yang Berhormat.
Ini bukan berlanjutan daripada empangan isu.
Kalau boleh balik kepada isu yang asal Yang Berhormat.
...Ini bukan daripada berlanjutan daripada isu empangan...
Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Dia saja ini..
...Ini lanjutan daripada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu. Saya hendak tahu apakah nasihat yang diberi kepada kerajaan negeri atas pemeliharaan alam sekitar. Sama ada nasihat yang diberi itu telah dipatuhi oleh kerajaan negeri. Kalau tidak, apakah tindakan yang akan Kerajaan Persekutuan ambil di atas...
Okey lah Yang Berhormat, cukup-cukup.
...Mematuhi itu.
Yang Berhormat seorang lawyer dan tahu perundangan.
Minta penjelasan
Tengoklah di dalam Perlembagaan, Jadual Kesembilan itu, ikut itu sahaja. Okey Yang Berhormat
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan, kalau boleh dari Stampin.
Sebentar Yang Berhormat, sebentar. Bangun sebentar lagi Yang Berhormat.
Satu minit, satu minit boleh?
Yang Berhormat yang mana itu?
Yang Berhormat Stampin daripada Sarawak.
Yang Berhormat Stampin
Boleh? Minta pengesahan
Yang Berhormat Stampin.
Yang Berhormat Stampin, apa lagi Yang Berhormat Stampin?
Yang Berhormat kenapa tidak dengar Yang Berhormat? Boleh bangun kemudian, kita urus secara baik. Tidak perlu pujuk memujuk. Saya boleh beritahu dengan Yang Berhormat Menteri sama ada Yang Berhormat Menteri mahu bagi jalan atau tidak kepada Yang Berhormat.
Terima kasih. Faham.
Boleh bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Stampin, sudah cukup lah.
Duduk lah Yang Berhormat.
Tajuk lain.
Dari Yang Berhormat Sarawak dan dari Yang Berhormat Seputeh.
Kalau tajuk lain boleh?
Yang Berhormat Stampin...
Duduklah Yang Berhormat.
...Tidak ada berbahas dalam topik ini. Sekarang Yang Berhormat Penampang ingin tahu peruntukan bagi rancangan tebatan banjir untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2014. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat RM659 juta bagi rancangan tebatan banjir di Muar, Johor dan Pekan, Pahang serta beberapa tempat lain adalah untuk projek-projek sedia ada yang sedang dilaksanakan dan telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Peruntukan tahun 2014 ini adalah untuk menyiapkan komponen kerja yang masih belum selesai lagi. Di mana kerja-kerja dijangka akan disiapkan pada tahun 2014 dan tahun 2015. Bagi negeri Sarawak sebanyak RM12.2 juta telah diluluskan bagi RTB Sibu, Fasa 2, untuk tahun 2014. Ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Sibu, ada tambahan lagi. Pihak JPS juga sedang mempertimbangkan dan menentukan keutamaan projek- projek kecil di kawasan berikut di bawah skop RTB di Sarawak bagi tahun 2014 yang memerlukan peruntukan berjumlah RM10.5 juta- di Sungai Simunjan, Sungai Bedil Besar, Sungai Tuang, Sungai Senggi, Sungai Lupar, Sungai Layar, Sungai Mukah, Sungai Kemena, Sungai Limbang, Sungai Song, Sungai Kapit, Sungai Bidut, Sungai Lundu, Sungai Semantan, Sungai Bintangor dan Sungai Baram. Selain itu, JPS juga akan mempertimbangkan dan menentukan keutamaan bagi projek RTB Bandaraya Kuching, Fasa 3. Pembinaan sebuah jambatan baru melintasi jalan utama Matang-Kuching berjumlah RM30 juta. Di Sabah RTB Pekan Marudu, Dataran Bandau adalah projek baru bagi tahun 2014 yang memerlukan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membina lencongan banjir, penstabilan tebing sungai dan struktur via. JPS akan meletakan keutamaan dan jumlah peruntukkan yang bersesuaian bagi pelaksanaan projek ini bagi tahun hadapan, tertakluk kepada senarai projek yang diluluskan oleh pihak EPU pada tahun 2014. Yang Berhormat Kuala Kedah minta agar projek tebatan banjir di utara Kedah di kawasan Kota Setar dan Kuala Kedah yang memerlukan peruntukkan sebanyak RM400 juta dilaksanakan segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah RTB Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit yang telah
diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan kos projek sebanyak RM390 juta. Fasa 1 iaitu menaiktarafkan Sungai Kubang Rotan telah siap sepenuhnya pada tahun 2012. Fasa 2 iaitu membina lencongan sungai baru dan menaik taraf Sungai Anak Bukit telah ditawarkan dan diberi milik tapak kepada kontraktor pada 25 September 2013 dan dijangka siap pada hujung tahun 2015.
Fasa 3 iaitu menaik taraf Sungai Tanjung Pauh, menaiktarafkan terusan utama dan terusan Utara MADA dan menaik taraf sungai Anak Bukit kini dalam peringkat penyediaan dokumen tender. Bagi projek ini, dijangka dapat dikeluarkan pada hujung tahun 2013. Yang Berhormat Limbang memohon penjelasan bilakah projek RTB Sungai Limbang akan diluluskan dan dilaksanakan. Ahli Yang Berhormat Limbang, satu reka bentuk untuk kerja-kerja pengorekan ataupun dredging di muara Sungai Limbang sebenarnya pada akhir tahun 2010 oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia JPS. Kerja-kerja pengorekan di sungai Limbang ini dilaksanakan oleh JPS Sarawak dan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Laporan EIA bagi kerja-kerja pengorekan telah diluluskan pada 16 April tahun 2013 oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia hanya menerima sesalinan Laporan EIA yang telah diluluskan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ulasan kepentingan Jabatan telah diulas oleh JPS Sarawak. Keputusan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak adalah keputusan muktamad. Pihak JPS Sarawak telah memohon kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pengorekan Sungai Limbang tersebut yang akan dilaksanakan pada tahun 2015. Yang Berhormat Bukit Mertajam ingin tahu bilakah kerajaan akan melaksanakan RTB di Sungai Juru, Sungai Junjung dan Sungai Perai yang telah dijanjikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Junjung dan Sungai Juru telah siap. Anggaran kos fizikal yang diperlukan ialah sejumlah RM135 juta bagi pelaksanaan projek di Sungai Junjung dan RM200 juta bagi Sungai Juru. Kerajaan bercadang melaksanakan projek- projek ini secara berperingkat memandangkan kos yang terlibat adalah besar. Projek-projek RTB yang melibatkan Sungai Rambai, Sungai Juru, Sungai Junjung dan kawasan Permatang Rawa telah siap dilaksanakan pada pertengahan tahun 2011 dengan peruntukan berjumlah RM15.38 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Itu memang projek sudah siap. Namun masih terdapat beberapa komponen kerja untuk Sungai Junjung di Kampung Machang Bubuk, Kampung Kuala Tasik, Kampung Tasik dan Kampung Bukit Teh serta Sungai Juru dan Sungai Permatang Rawa, Sungai Ara, Sungai Pasir dan Sungai Kilang Ubi yang perlu dilaksanakan.
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Ada makluman, sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima dan membenarkan permohonan susunan giliran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di nombor empat dipinda ke nombor lima, menggantikan Kementerian Pertahanan seperti dalam jadual susun giliran menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2014 peringkat dasar. Selepas kementerian ini adalah Kementerian Pertahanan, selepas itu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Terima kasih, sila sambung Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak kementerian amat prihatin akan masalah banjir di seluruh negara terutamanya bagi projek- projek tebatan banjir yang kritikal. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek-projek ketika ini adalah tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan dan batas siling peruntukan yang terhad. Yang Berhormat Tebrau memohon kementerian meluluskan RM6 juta yang dipohon bagi projek pencegahan hakisan tebing sepanjang Sungai Tiram Tebrau. Pihak kementerian melalui JPS telah memohon peruntukan sebanyak RM33 juta di bawah Rolling Plan Keempat bagi tahun 2015 untuk melaksanakan projek rancangan tebatan banjir Sungai Tiram. Namun, ia adalah tertakluk peruntukan yang diluluskan kelak. JPS juga mengambil perhatian terhadap cadangan projek cegahan hakisan Sungai Tiram Tebrau
berjumlah RM6 juta seperti mana yang disyorkan oleh Yang Berhormat Tebrau. Cadangan ini akan diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya bagi perancangan projek pencegahan hakisan tebing pada masa yang akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPS Johor tidak menghantar surat kepada kementerian untuk memohon peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Surat yang dikemukakan kepada Yang Berhormat Tebrau pada 29 Mei 2013 dan 22 Julai 2013 oleh JPS Johor adalah maklumat keperluan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi kerja-kerja pembaikan hakisan tebing Sungai Tiram. Maklumat itu adalah untuk kegunaan rasmi Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kangar ingin tahu adakah bayaran pampasan, adakah kerajaan menyediakan kawasan yang sesuai untuk perpindahan penduduk-penduduk yang terlibat dalam Rancangan Projek Tebatan Banjir di Kangar. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Lencongan Banjir Barat dibahagikan kepada enam pakej dan lima pakej projek sedang dalam pelaksanaan dan pakej terakhir sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender. Kerajaan Negeri Perlis telah memutuskan untuk membayar pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat dalam jajaran Lencongan Banjir Barat dan tiada penempatan semula ataupun penempatan baru yang disediakan kepada pemilik tanah yang tersebut. Yang Berhormat Jerantut memaklumkan berlakunya pencemaran di Sungai Pahang disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan perlombongan.
Untuk makluman Ahli Yang berhormat, terdapat pelbagai aktiviti ekonomi di sepanjang Sungai Pahang. Seperti pembukaan tanah, selepas itu pertanian, pembalakan, penempatan, perindustrian, perlombongan dan lain-lain. Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar 2011, 2012 serta data pengawasan terkini bagi tahun 2013. Pengawasan kualiti air sungai yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Sungai Pahang dan lembangannya dikategorikan sebagai kelas dua iaitu kategori sungai bersih. Kementerian ini melalui jabatan yang berkaitan mengambil pendekatan pencegahan dan pengawalan mengikut bidang kuasa masing-masing. Bagi memastikan semua aktiviti ekonomi mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan agar tidak menjejaskan kualiti air Sungai Pahang. Yang Berhormat Kuala Kangsar mencadangkan supaya dibangunkan semula industri perlombongan di Malaysia dengan memberikan insentif program pembangunan modal insan dan melaksanakan kerjasama strategik antara agensi Pusat dan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa peka dan prihatin dalam mempergiatkan semula aktiviti perlombongan dan pengkuarian kerana yakin industri ini dapat menjadi push factor kepada perkembangan dan peningkatan ekonomi negara. Selaras dengan Dasar Mineral Negara II yang dilancarkan pada tahun 2009 yang menekankan iklim pelaburan dan perniagaan yang kondusif. Kementerian sedang mengkaji insentif-insentif menarik yang boleh ditawarkan kepada pelabur dalam industri perlombongan dan pengkuarian. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan turut merangkumi pelaksanaan perundangan mineral negeri yang seragam dan jelas. Tiada halangan ke atas penyertaan aktiviti asing. Bantuan akses kepada kemudahan modal dan kredit serta peruntukan jaminan pemilikannya. Dalam perkara ini, sesiapa pemunya tanah yang tahu bahawa ada mineral di bawah tanah beliau, boleh memohon lesen juga. Dia sendiri boleh memohon lesen untuk perlombongan. Memandangkan sumber mineral adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kementerian melalui e-forum seperti Majlis Tanah Negara sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menggalakkan pembangunan mineral sebagai guna tanah pertama. Membuka lebih banyak lagi kawasan berpotensi sumber mineral untuk dijalankan kerja eksplorasi selain mengeluarkan lebih banyak lesen cari gali dan pajakan perlombongan. Yang Berhormat Hulu Langat ingin tahu mengenai sumber dana, pengurusan dana dan perbezaan mengenai Tabung Amanah Konservasi Nasional dengan Kumpulan Wang Alam Sekeliling. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dana permulaan ataupun sink fund bagi tabung Amanah Konservasi Nasional berjumlah RM10 juta akan dipohon kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Seterusnya, punca dana tersebut akan diperoleh
daripada sumbangan organisasi-organisasi dari dalam dan luar negara termasuk pihak swasta, syarikat multi nasional dan orang persendirian yang berminat untuk menyumbang ke arah konservasi biodiversiti negara. Dana ini akan ditadbir oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berdasarkan prosedur kewangan yang dibenarkan. Selain digunakan untuk program yang dipersetujui, dana ini boleh dipohon oleh agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak lain seperti NGO yang terlibat secara langsung dalam aktiviti konservasi flora dan fauna. Tabung Amanah Konservasi Nasional adalah berbeza daripada Kumpulan Wang Alam Sekeliling (KWAS) yang ditubuhkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Di mana KWAS bertujuan untuk pencegahan dan pembersihan, pencemaran seperti tumpahan minyak, pelupusan bahan-bahan berbahaya dan buangan-buangan yang lain. Rasional penubuhan Tabung Amanah Konservasi Nasional merupakan pengukuhan pembiayaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti secara komprehensif dan berterusan. Oleh yang demikian, tabung ini akan meliputi skop yang lebih luas ke arah pemuliharaan biodiversiti dan mengarusperdanakan aktiviti-aktiviti konservasi di dalam setiap sektor pembangunan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan konservasi hutan semakin meningkat dengan adanya pelbagai peraturan perdagangan dan standard alam sekitar yang perlu dipatuhi. Justeru itu, penubuhan tabung ini adalah sumber kewangan tambahan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran di dalam mengurus dan melindungi warisan semula jadi negara melalui pembiayaan aktiviti- aktiviti yang dinyatakan. Pihak kementerian menyambut baik saranan Ahli Yang Berhormat berhubung cadangan pemberian insentif pelepasan cukai kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada Tabung Amanah Konservasi Nasional serta sumbangan wajib oleh syarikat-syarikat asing yang melabur di negara ini yang berisiko kepada alam sekeliling atau berasaskan kepada pembangunan sumber asli negara atau projek-projek memerlukan pelaksanaan Detail Environmental Impact Assessment. Kementerian akan meneliti cadangan tersebut dan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak yang berkenaan...
Ya, panjang lagi?
Tidak panjang lagi.
Ya.
Satu lagi Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Yang Berhormat Merbok mencadangkan penubuhan projek biodiversiti di Sungai Merbok. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini tidak mempunyai cadangan projek dan aktiviti berkaitan biodiversiti secara khusus di kawasan Parlimen Merbok untuk tahun 2014. Walau bagaimanapun, program dan aktiviti kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan seperti aktiviti penanaman pokok akan dilaksanakan...
[Bangun]
Secara berterusan melalui Jabatan Perhutanan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh minta penjelasan kah?
Penjelasan?
Ya. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya agak...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh?
Boleh, boleh.
Silakan.
Saya ada menghantar soalan kepada kementerian tentang berapakah hutan simpanan yang tidak pernah ditebang di Malaysia. Jawapan yang diberi ialah kami hanya- di Malaysia, 56.4% adalah hutan. Daripada 56.4% itu, 27.4% ialah hutan yang tidak pernah ditebang. Jadi keseluruhannya, di Malaysia, kami hanya tinggal 15.5% kawasan seluruh Malaysia daripada keseluruhan kawasan Malaysia ialah hutan yang tidak pernah ditebang. Jadi saya mahu tanya, berapa percentage hutan simpanan yang tidak pernah ditebang itu merupakan satu kadar yang sihat?
Satu keadaan yang sihat.
Keadaan yang sihat, 15.5% itu. Adakah kementerian akan memastikan hutan yang tidak pernah ditebang itu akan dikekalkan selama-lamanya untuk generasi yang akan datang, generasi muda kami, or our future generation?
Ya, generasi akan datang.
Ya, generasi yang akan datang. Terima kasih.
Ya, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan itu. 15.5% itu yang tidak pernah ditebang. Ianya akan dikekalkan kerana yang 15.5% ini adalah dirangkumkan di beberapa kategori yang digelarkan totally protected areas iaitu tidak boleh diganggu, tidak boleh ditebang.
[Bangun]
Ianya ialah Taman Negara, rizab hidupan liar dan nature reserve yang kategori yang tiga ini. Jadi, ianya tidak boleh ditebang mengikut legislations ataupun perundangan yang sedia ada, Yang Berhormat. Jadi ini akan dikekalkan untuk selama-lamanya. Ia memang tidak akan ditebang dan tidak boleh dicemarkan, Yang Berhormat.
Ya, cukuplah Yang Berhormat Sibu.
[Bangun]
Soalan tambahan, satu soalan tambahan sahaja.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya mendapati Kerajaan Sarawak mahu membina 12 buah empangan lagi. Adakah 12 buah empangan itu akan merosakkan hutan simpanan yang saya cakapkan tadi?
Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan. Yang Berhormat Sibu baiklah kerana memberikan maklumat terperinci kepada saya. Ada 12 buah empangan itu adalah usaha kerajaan negeri. Saya pun tidak tahu tentang itu. Akan tetapi yang saya telah sebutkan tadi, seperti di Sarawak, ada 22 buah taman negara iaitu national park semuanya dan ada lima wildlife sanctuaries, kesemuanya.
Ya, Yang Berhormat Stampin duduk dahulu.
Ada juga nature reserves. Sekurang-kurangnya tiga nature reserves di Sarawak. Maka ini, tidak di dalam kawasan empangan seperti yang
disebut oleh Yang Berhormat. Tidak di kawasan empangan sebab apabila saya membuat penyelidikan dalam ekologi hutan dahulu, saya mengenal pasti bahawa di dalam kawasan- kawasan ini yang telah pun diwartakan sebagai taman negara ataupun national park, ianya adalah jenis-jenis tumbuhan, hidupan air dan landskap yang paling unik di kawasan- kawasan tersebut.
[Bangun]
Maka, apabila kawasan tersebut telah pun diwartakan sebagai Taman Negara ataupun wildlife sanctuaries, maka ianya di bawah perundangan, ianya diwartakan di bawah perundangan dan tidak boleh ditebang. Itu sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Boleh minta mencelah atau tidak? Pengesahan, satu minit sahaja.
Cukuplah Yang Berhormat.
Boleh, boleh.
Satu minit, boleh? Terima kasih ya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lagi? Cukuplah.
Sekejap sahaja, satu minit. Terima kasih atas jawapan yang tepat tadi daripada Yang Berhormat. Saya pun bersetujulah. Di hutan Borneo ini, hutan kita di Borneo memang unik kalau dibandingkan dengan hutan di seluruh dunia. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, pernahkah kita buat environment impact study ke atas hutan di Sarawak di mana kalau kita boleh lihat even daripada Google Earth yang imej dibuat tahun yang lepas, banyak hutan telah pun ditebang? Jadi, daripada hutan simpanan yang reserve itu, berapa peratus hutan sebenarnya, virgin forest sebenarnya, tinggal di Sarawak? Jika ada environment impact study yang telah pun dibuat dengan izin, bolehkah kita minta rumusan daripada penyelidikan yang telah pun dibuat daripada kementerian ataupun daripada international body? Terima kasih Yang Berhormat.
Perkara baru Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, itu? ‘Saudara’ baru, ya? [Ketawa]
Perkara baru, isu baru yang ditimbulkan.
Ya. Akan tetapi isu yang ditimbulkan, itu memang isu yang baiklah. Hutan yang tertinggal ini yang 15.5% adalah Hutan Dara dan tidak boleh ditebang, tidak boleh ditebang sama sekali. Sebagai contoh, Bako National Park, memang sudah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1957.
[Bangun]
Apabila ianya diwartakan di bawah perundangan negeri iaitu...
Yang Berhormat Stampin, duduklah.
Saya minta pengesahan, ya.
National Park Ordinance, maka ianya tidak boleh ditebang lagi.
Yang Berhormat Stampin.
Jadi, ini adalah Hutan Dara. Begitu juga dengan Gunung Mulu National Park tidak boleh ditebang lagi.
[Bangun]
Jadi, inilah perkara yang perlu kita ketahui bahawa national park ataupun wildlife sanctuaries memang tidak boleh ditebang lagi.
Terima kasih. Jadi, dari segi keluasan, berapa peratus...
Ini Yang Berhormat Stampin.
Hutan itu...
Di Sarawak?
...Yang telah pun dirizabkan?
Di Sarawak?
Di Sarawak, ya.
Apa yang saya sebut tadi 22 buah national parks dan lima wildlife sanctuaries and nature reserve. Semuanya, keluasannya ialah 800,000 hektar di Sarawak...
[Bangun]
Ini memang Hutan Dara.
Maksudnya, lebih kurang 80% telah pun dicerobohilah?
[Dewan riuh]
Walau apa-apa pun, ini 800,000 hektar. Akan tetapi sekarang, mungkin ada penambahan lagi sebab banyak lagi cadangan untuk national park di Sarawak. Semasa itu, saya masih bertugas lagi dengan kerajaan negeri Sarawak.
Jadi yang tambahan ini, saya tidak tahu lagi. Nanti mungkin ada bertambah sebab masih banyak lagi hutan dara di Sarawak. Okey, biar saya teruskan dengan Yang Berhormat Merbok ini. Selain makluman Ahli Yang Berhormat daripada Merbok, kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia baru sahaja menganjurkan Ekspedisi Kepelbagaian Flora di Sungai Merbok pada 18 hingga 22 Ogos tahun ini, tahun 2013. Ekspedisi ini telah melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, institusi penyelidikan, universiti dan badan bukan kerajaan ataupun NGO. Hasil penemuan daripada ekspedisi ini akan dibentangkan dalam seminar yang akan diadakan pada tahun 2014. Selain itu, ianya juga akan didokumentasikan untuk rujukan di masa akan datang serta diedarkan kepada semua pihak berkepentingan sama ada di peringkat persekutuan dan negeri yang terlibat dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan negara. Tuan Yang di-Pertua, dengan jawapan-jawapan yang telah saya kemukakan tadi adalah diharapkan agar semua pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat telah terjawab...
Ya.
...Segala pandangan dan cadangan yang diberikan akan diberi perhatian dan disusuli sewajarnya oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Kementerian Pertahanan.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah terlibat di dalam perbahasan berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Yang Berhormat Silam ada membangkitkan isu berkaitan dengan radar di Pantai Timur Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Angkatan Tentera Malaysia memang mempunyai beberapa sistem pengawasan termasuk penggunaan sistem radar di Pantai Timur Sabah. Sistem pengawasan radar adalah dikenal pasti sebagai sistem yang berkesan bagi mengesan bot-bot kecil dan apa yang menjadi cabaran sebenarnya adalah
keluasan perairan dan pantai yang perlu diawasi iaitu sepanjang 1,400 kilometer daripada Kudat ke Tawau. Walau bagaimanapun, Angkatan Tentera Malaysia sedang mempertingkatkan sistem pengawasan di sepanjang Pantai Timur Sabah. Pada masa ini, lapan sistem radar 1206 yang sedia ada didapati masih tidak mencukupi bagi menentukan keberkesanan liputan. Sehubungan dengan itu, sistem mobile radar, dengan izin, bagi kawasan yang tidak diliputi dengan sistem radar sekarang perlu dipertimbangkan berserta pengawasan menggunakan pesawat ronda maritim dan rondaan bot. Namun, peningkatan keupayaan ini masih tertakluk kepada peruntukan kerajaan. Yang Berhormat Silam juga ada membangkitkan berkaitan dengan forward base yang perlu ditempatkan di sempadan Malaysia dan Filipina. Untuk makluman Yang Berhormat, mewujudkan forward base di antara sempadan Malaysia dan Filipina sememangnya pihak angkatan tentera telah pun mewujudkannya melalui Markas Angkatan Tugas Bersama atau Markas (ATB) 2 di Kem Gugusan Tawau dan Sabah sebagai forward operation base ataupun pangkalan operasi hadapan bagi Ops Pasir. Pangkalan operasi hadapan ini dikawal selia oleh markas angkatan bersama bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan dan kepulauan di kawasan pantai utara dan Timur Sabah daripada sebarang anasir pencerobohan. Pada ketika ini, operasi hadapan Markas (ATB) 2 telah pun mengatur gerak penempatan tentera di 24 buah pulau dan sembilan buah penempatan di kawasan pesisir pantai sepanjang 1,400 kilometer dari Kudat ke Tawau. Lokasi penempatan tentera ini adalah juga kedudukan forward base berdasarkan pertimbangan strategik agar berupaya memberi perlindungan keselamatan kepada masyarakat tempatan dan juga kawasan yang banyak pusat pelancongan bagi meningkatkan keyakinan keselamatan masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Buat masa ini, Markas (ATB) 2 telah berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan di Tawau adalah dikira memadai. Walau bagaimanapun, keperluan menambah pangkalan hadapan baru di sempadan Malaysia dan Filipina ini sedang dipertimbangkan berdasarkan perancangan komprehensif ESSCOM. Yang Berhormat Silam juga ada membangkitkan berkaitan dengan usaha untuk menambah kekuatan tentera laut...
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Saya habiskan yang ini dahulu. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Silam berkaitan dengan penempatan anggota tentera laut ini, saya ingin memaklumkan bahawa TLDM sememangnya telah menempatkan keanggotaan seramai 2,400 orang pegawai dan anggota di Sabah meliputi kekuatan di pangkalan dan kapal bagi penguasaan mengawal keselamatan terutama di kawasan strategik agar keselamatan Timur Sabah sentiasa terpelihara dari ancaman pencerobohan. Pada masa yang sama, pihak TLDM telah meningkatkan tahap pengawasan di perairan Timur Sabah dengan mengatur gerak aset-aset dengan melaksanakan pelbagai operasi melalui Ops Pasir dan Ops Daulat Benua. Pada masa ini terdapat 27 buah kapal bot yang beroperasi bagi melaksanakan pengawasan dan pemantauan secara berkala di perairan Timur Sabah. Dengan jumlah kekuatan anggota dan aset sedia ada, pihak TLDM yakin ianya adalah cukup untuk menjamin keselamatan Timur Sabah dipelihara daripada sebarang tindakan pencerobohan akan datang. Tambahan lagi, penubuhan ESSCOM ini turut memberi keanggotaan melibatkan keanggotaan TLDM dan sokongan dengan memberi bantuan sumber manusia berkekuatan seramai 150 orang pegawai dan anggota kepada ESSCOM adalah sebagai salah satu daripada usaha pihak TLDM untuk meningkatkan jaminan keselamatan perairan di Selatan Sabah.
Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Stampin.
Dengan adanya radar Yang Berhormat katakan tadi, adakah kita akan mengkontrakkan pengintipan UAV kepada CTRM yang berpangkalan di Sabah di mana spesifikasi ia contohnya, ALUDRA MK1 belum diketahui lagi? Saya harap Yang Berhormat juga boleh beri saya jawapan yang dijanjikan iaitu spesifikasi UAV yang digunakan. Adakah ianya boleh menjustifikasikan kontrak yang akan
ditawarkan ataupun telah ditawarkan kepada CTRM iaitu RM10 million setahun seperti Yang Berhormat maklumkan sebelum ini kepada saya? Terima kasih.
Yang Berhormat Stampin, saya ingin menyatakan di sini bahawa penggunaan UAV tersebut adalah bagi menyokong keperluan markas Angkatan Tentera Bersama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Ops Pasir. Salah satu daripada tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh UAV ini yang telah digunakan melalui outsource kepada syarikat pembekal iaitu CTRM ialah untuk memberikan surveillance terhadap kawasan-kawasan yang dianggap sebagai kawasan- kawasan yang berpotensi untuk mewujudkan bahaya. Sememangnya UAV ini adalah berkesan dalam memberikan bantuan walaupun tidak 100% kerana seperti mana saya nyatakan sebelum ini bahawa apa juga sistem yang kita laksanakan sudah tentulah mempunyai batasan-batasan. Ini kerana ianya tertakluk kepada keadaan cuaca dan operasi UAV itu sendiri hanya boleh melakukannya dalam tempoh empat hingga enam jam sahaja. Oleh sebab itu, saya nyatakan di sini bahawa dalam Ops Daulat baru-baru ini, apa yang telah berlaku di Lahad Datu sebenarnya penggunaan UAV itu telah pun memberikan bantuan yang cukup berkesan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu operasi menumpaskan musuh semasa Ops Daulat yang berlaku tersebut. Oleh sebab itu, kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa UAV ini tidak ada keperluannya, mungkin kerana Yang Berhormat bukan seorang anggota tentera dan tidak tahu tentang perancangan panglima-panglima tentera. Akan tetapi sistem UAV ini telah pun digunakan di seluruh dunia bagi anggota-anggota tentera. Sudah tentulah kalau ianya tidak berkesan, maka apakah keperluan untuk mengadakan UAV tersebut? Saya ingin nyatakan di sini bahawa...
Minta penjelasan Yang Berhormat. Sekejap sahaja.
...Ianya adalah merupakan sesuatu yang penting bagi pelaksanaan operasi di kawasan-kawasan keselamatan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekejap sahaja, ya. Soalan saya adakah UAV...
Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Stampin, ya.
Minta pengesahan, ya. Adakah UAV yang dibekalkan oleh CTRM itu, adakah ia kompeten untuk menjamin misi yang diperlukan? Itu pun kes di Sabah itu, CTRM sudah dekat situ since tahun 2008 tetapi apa yang berlaku di Sabah itu masih berlaku lagi. Maksudnya...
Okey, saya faham Yang Berhormat. Saya hendak menyatakan di sini bahawa saya telah nyatakan berkali-kali dalam perbahasan yang lalu pun saya telah nyatakan bahawa sistem UAV ini memang telah pun beroperasi...
Yang Berhormat Stampin duduk Yang Berhormat Stampin.
Di situ sejak tahun 2008.
Boleh minta spesifikasi UAV itu tidak?
Yang Berhormat Stampin.
Spesifikasi UAV yang telah dinyatakan.
Spesifikasi dia untuk surveillance. Itu saya nyatakan bahawa saya sudah nyatakan sebelum ini kerjanya ialah untuk mengadakan surveillance bagi kawasan-kawasan tertentu yang dianggap sebagai kawasan yang berpotensi untuk tidak selamat tetapi ianya merupakan bukanlah satu sistem yang boleh memberikan jaminan 100% bahawa ianya seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa di kawasan ESSCOM ini ianya adalah kawasan yang begitu luas dengan lebih kurang 1,400 kilometer dan perkhidmatan yang telah dibekalkan oleh UAV itu sedikit sebanyak telah
membantu operasi khususnya markas angkatan bersama di kawasan tersebut. Jadi saya fikir...
Yang Berhormat.
Saya telah menjawabnya berkali-kali...
Yang Berhormat, saya faham tapi ucapan saya belum dijawab lagi. Berapa lama kah UAV itu bergerak?
Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Stampin.
Minta pengesahan Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Stampin.
Boleh minta pengesahan tidak Yang Berhormat, boleh?... Saya minta...
Saya sudah katakan bahawa kontrak ini adalah berdasarkan kepada penggunaannya. Bererti kalau ianya berdasarkan kepada hour service dan pemberian itu adalah diberikan untuk memberikan perkhidmatan kepada markas angkatan bersama dan ini adalah merupakan salah satu daripada prosedur biasa bagi setiap operasi untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang serupa ini. Jadi Yang Berhormat saya fikir saya sudah menjawab soalan Yang Berhormat. Saya ingin meneruskan lagi dengan...
Minta pengesahan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut mengenai isu berkaitan kes dera yang telah dilaporkan oleh anggota Provos Pangkalan Udara Kuching. Adakah dimaklumkan pada tahun 2008 hingga tahun 2013 tiada terdapat sebarang laporan kejadian dera dan penganiayaan telah berlaku. Bagi kes yang dirujuk oleh Yang Berhormat adalah satu kes yang telah berlaku pada tahun 2005 yang melibatkan tujuh anggota Provos yang telah terlibat dalam satu kes penderaan di antara anggota yang melibatkan tiga mangsa. Untuk makluman Yang Berhormat semua kes anggota yang terlibat telah dibicarakan oleh Mahkamah Tentera di Kuching pada tahun 2007 dan kesemua mereka telah dikenakan hukuman masing-masing mengikut merit kesalahan masing-masing. Bagi pesalah utama telah dikenakan tindakan tahanan selama 120 hari dan telah diberhentikan daripada perkhidmatan di bawah para 48(A) pada 31 Julai 2008. Bagi isu pampasan yang telah dibangkitkan, pihak Mahkamah Tentera telah mengenakan denda 14 hari gaji dan tahanan gaji sebanyak RM700 untuk dibayar kepada pihak mangsa. Yang Berhormat Lumut juga ada membangkitkan berkaitan dengan elaun yang perlu diberikan kepada anggota tentera yang berkhidmat di Pulau Ubi, Pulau Jarak dan yang terlibat dalam anggota Ops Fajar. Pihak kementerian menyambut baik akan keprihatinan Yang Berhormat dan ini adalah merupakan hasrat pihak kementerian dalam menjaga kebajikan dan moral anggota. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, perkhidmatan ATM sememangnya telah direka bentuk untuk bertanggungjawab dan bersedia untuk ditugaskan dalam keadaan dan situasi berisiko dalam pelbagai ancaman demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Bersabit dengan penugasan anggota tentera yang bertugas di pulau-pulau berkenaan, setakat ini mereka dibayar bayaran insentif tugas stesen luar pantai pada kadar RM8 sehari. Manakala bagi anggota yang bertugas semasa Ops Fajar mereka dibayar elaun sebanyak RM24 sehari oleh syarikat-syarikat perkapalan MIC. Sebagai makluman, kajian terperinci elaun-elaun berkenaan sedang pun dilaksanakan oleh Bahagian Saraan JPA dan supaya satu kadar baru yang lebih munasabah dapat diberikan kepada anggota tentera yang terlibat. Yang Berhormat juga ada membangkitkan berkaitan dengan penguncupan bajet pembangunan ataupun development expenditure berbanding bajet mengurus Kementerian Pertahanan. Suka saya menjelaskan di sini bahawa peruntukan pembangunan adalah
berbeza dengan peruntukan mengurus di mana peruntukan pembangunan disediakan berdasarkan kepada perancangan lima tahun pelaksanaan satu projek yang diluluskan. Peruntukan tahunan development expenditure disediakan berdasarkan kepada keperluan dan kemajuan projek serta bilangan projek yang dilaksanakan pada tahun berkenaan. Oleh itu, tidak timbul isu penguncupan dalam bajet pembangunan bagi kementerian ini. Kementerian juga sentiasa mengawal selia pengurusan kewangan secara teliti dan berhemah. Justeru itu, tiada sebarang punca kewangan dari bajet mengurus yang telah digunakan untuk tujuan pembiayaan projek pembangunan. Yang Berhormat Lumut juga ada membangkitkan berkaitan isu tahap kesiapsiagaan Kementerian Pertahanan. Pihak kementerian ingin menjelaskan di sini bahawa tahap kesiapsiagaan ATM adalah tinggi dan amat penting dalam usaha untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan tanggungjawab demi menjaga keselamatan dan keamanan negara. Untuk menentukan kesiapsiagaan ini, ATM telah menetapkan tahap minimum kesiapsiagaan iaitu 70% sebagai panduan perancangan strategik. Perkiraan paras ini adalah berlandaskan kepada faktor-faktor sumber manusia, komunikasi, mobiliti, logistik dan kuasa tembakan. Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berusaha keras bagi mencapai tahap melebihi 70% bagi menentukan fungsi tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sukacita dimaklumkan bahawa tahap kesiapsiagaan ATM pada masa ini adalah memuaskan dan ianya tidak menjejaskan peranan serta fungsi tugas ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Usaha untuk merancang perolehan baru bagi meningkatkan keupayaan kesiapsiagaan merupakan satu proses perancangan yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan terus berhemah. Yang Berhormat Lumut juga ada membangkit berkaitan...
Mohon...
Satu lagi Yang Berhormat. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat juga. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Lumut berkaitan dengan pembelian enam buah OPV, empat buah pesawat kargo serta kereta perisai, ketiga-ketiga peralatan tersebut telah dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat yang memiliki kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan perolehan tersebut. Bagi perolehan enam buah OPV ataupun littoral combat ships yang telah pun dilaksanakan secara runding terus dengan syarikat Boustead Naval Shipyard iaitu syarikat limbungan tempatan. Kapal pertama di jadual akan diterima pada tahun 2018. Manakala bagi perolehan empat buah pesawat A400M dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat Airbus Military Socidiate Limited iaitu selaku pengeluar pesawat dan tiga unit pesawat akan diterima pada tahun 2015 dan selebihnya pada tahun 2016. Bagi perolehan 257 buah AV-8x8 juga dilaksanakan secara runding terus dengan syarikat Deftech setelah mendapat kelulusan pada 21 Februari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM7.55 bilion dan terdapat 12 varian dan 257 unit kenderaan tersebut akan dibekalkan oleh syarikat tersebut dalam tempoh tujuh tahun. Sila.
Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan berhubung dengan kesiapsiagaan ATM itu bukan kesiapsiagaan operasi tapi saya persoalkan strategi perbelanjaan yang dibentangkan di dalam perbelanjaan ini. Dikatakan di sini teras ialah 70% tahap kesiagaan. Maknanya menggunakan wang yang diperuntukkan untuk setakat menyiapkan 70% kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia. Dalam hal ini mungkin rakyat tertanya-tanya kita sepatutnya siap siaga 100% untuk mempertahankan negara. Dalam hal ini saya percaya mungkin perlu diubah. Saya faham dalam satu ketika, 30% aset di dalam Angkatan Tentera Malaysia dalam selenggaraan tapi kita hendak yang 70% beroperasi ini sepatutnya berada di dalam keadaan 90% ataupun 100% untuk mempertahankan negara. Memang kita tidak akan capai 100%. Semua aset kita tidak akan bersedia untuk operasi oleh kerana menjalani rutin selenggaraan. Ini kita faham. Sebab itu saya mohon diteliti balik strategi perbelanjaan OE ataupun peruntukan mengurus supaya diletakkan di situ 90% ke 100%.
Keduanya soalan tadi saya lupa hendak mencelah. Saya difahamkan radar yang dipasang di seluruh negara dimiliki oleh Sistem Awasan Laut (SWASLA) oleh APMM yang setahu saya Angkatan Tentera tidak memiliki Sistem Awasan Laut. Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat minta mencelah, pengesahan.
Terima kasih Yang Berhormat Lumut kerana telah mengemukakan pandangan...
Yang Berhormat Menteri...
...sebentar tadi dan saya ingin nyatakan di sini bahawa sememangnya menjadi hasrat kerajaan dan juga negara kita untuk mewujudkan satu tahap kesiapsiagaan yang tinggi kerana ini adalah merupakan satu penentu atau penanda aras terhadap kemampuan kita untuk menghadapi sebarang ancaman. Ini adalah merupakan satu matlamat yang ingin kita capai. Akan tetapi kita harus bersifat realistik. Mungkin Yang Berhormat sendiri faham bahawa banyak - seperti mana Yang Berhormat jelaskan tadi bahawa selain daripada kemampuan kita untuk memiliki aset-aset ini, memang terbatas kerana dibatasi dari segi peruntukan dan juga prioriti yang lain khususnya berkaitan dengan kepentingan rakyat. Akan tetapi kita juga harus memastikan- mungkin ada juga daripada aset-aset kita yang sudah pun usang dan tidak boleh diguna pakai. Oleh sebab itu apa yang penting di sini kita mempunyai tahap kesiapsiagaan yang manageable ataupun memang pun berkemampuan untuk menghadapi sebarang ancaman musuh.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lagi?
Sikit sahaja lagi. Ini yang terakhir.
Ya.
[Bangun]
Jadi oleh sebab itu kita mahu supaya Yang Berhormat kena memahami bahawa apabila kita memohon sesuatu peruntukan tambahan khususnya bagi pembelian aset, ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan kita sentiasa...
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat bangun.
...Sekiranya kalau berlaku apa-apa peperangan, maka kita mempunyai kemampuan untuk mengatasinya dengan berbagai-bagai pendekatan yang berbeza. Berkaitan dengan radar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, saya nyatakan di sini bahawa sebahagian daripada- apabila kita telah mewujudkan APMM, mereka juga membangunkan radar-radar. Walau bagaimanapun, penyelarasan akan dilakukan antara ATM dengan APMM berkaitan dengan pembangunan radar-radar ini supaya ia tidak mewujudkan duplikasi yang merugikan negara. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat bangun.
Penjelasan.
[Bangun]
Sudah siap. Sudah habis.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan susunan giliran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di nombor lima dipinda ke nombor enam menggantikan Kementerian Luar Negeri seperti di dalam jadual susunan giliran menteri-menteri menjawab ke atas Perbahasan Belanjawan 2014 peringkat dasar. Oleh itu saya jemput Kementerian Luar Negeri, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan yang mulia ini daripada 28 Oktober hingga 7 November 2013. Setelah meneliti isu- isu yang dibahaskan, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan tersebut. Pertama, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Batu Gajah dalam ucapan perbahasan mereka telah membangkitkan isu berhubung dengan CHOGM. Untuk makluman Dewan, Malaysia akan menghadiri CHOGM 2013 di Sri Lanka. Sehingga ini, hampir semua negara anggota pertubuhan Komanwel akan hadir kecuali Kanada dan India. Kehadiran ketua-ketua kerajaan Komanwel ke Sri Lanka termasuk Malaysia akan memberi peluang kepada masyarakat antarabangsa untuk melihat sendiri perkembangan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Sri Lanka dalam proses perdamaian setelah konflik yang melanda negara tersebut. Keputusan untuk menghadiri CHOGM 2013 ini juga akan meningkatkan pemahaman masyarakat antarabangsa terhadap situasi sebenar di Sri Lanka sehingga hari ini...
Minta laluan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Baru mula sahaja, Yang Berhormat Batu Gajah.
Boleh? Isu berkaitan dengan CHOGM.
...Maka Malaysia menghormati kedaulatan sesebuah negara dan berpegang kepada dasar prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Selari dengan ini, Malaysia berpendirian bahawa sebarang perkembangan di dalam sesebuah negara harus ditangani oleh negara berkenaan. Ini termasuk usaha Sri Lanka ke arah membaik pulih keadaan di negara tersebut susulan tamatnya konflik di negara itu pada tahun 2009. Yang Berhormat...
Boleh, boleh?... Berkaitan dengan CHOGM. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isunya sekarang bukan apa yang akan mereka lakukan selepas ini. Mereka telah melakukan keganasan, mereka telah membunuh ratusan ribu orang di Sri Lanka. Orang-orang awam, wanita, kanak-kanak dan sekarang mereka hendak ambil langkah tertentu. Kita harus boikot menghadiri CHOGM bukan kerana apa yang mereka akan lakukan selepas ini tetapi apa yang mereka telah lakukan...
Terima kasih.
...Untuk itu kita harus boikot dan memberitahu kepada seluruh dunia bahawa apa yang berlaku di Sri Lanka itu satu kekejaman dan kezaliman.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham tentang apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya hendak jelaskan di sini bahawa mesyuarat yang kita hadir ialah Mesyuarat CHOGM yang telah pun dipersetujui oleh semua ketua kerajaan daripada tahun 2009 sehinggalah sekarang. Maka sebab itu kehadiran kita adalah untuk bersama dengan Mesyuarat CHOGM dan tidak ada kena mengena dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. [Tepuk] Kedua adalah International Criminal Court (Rome Statute). Berkenaan penyertaan Malaysia ke Rome Statute pula, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia
sedang mengkaji beberapa perkara yang terkandung dalam statute ini secara terperinci. Ini harus dijalankan sebelum Malaysia menjadi negara pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court (ICC). Antara perkara-perkara yang sedang dikaji termasuklah kesan penyertaan Malaysia ke statute ini terhadap sistem perundangan tempatan dan kedaulatan negara. Figure tentang triti perdagangan senjata atau arms trade treaty (ATT). Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat dan Dewan yang mulia ini, triti perdagangan senjata atau arms trade treaty ini merupakan salah satu usaha masyarakat antarabangsa untuk membanteras jenayah dan aktiviti keganasan untuk mencegah pendedahan senjata konvensional secara haram ke tangan pihak-pihak yang tidak diingini. Malaysia telah menandatangani ATT semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu ke-68 di New York baru-baru ini. Penandatanganan triti tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa acara hari triti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 26 September 2013. Setakat ini, sebanyak 114 buah negara telah menandatangani dan lapan negara telah meratifikasikan triti tersebut. Keempat, tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang tentang penerimaan positif beliau terhadap keputusan rakyat Sabah untuk menyertai Malaysia. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa - sebagai penjelasan berkenaan perkara ini, saya ingin tegaskan bahawa rakyat Sabah sememangnya telah melaksanakan hak asasi mereka untuk menentukan sendiri right to self-determination status negeri mereka dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1962 menerusi Suruhanjaya Cobbold atau United Nations Malaysian Mission (UNMM). Berdasarkan Laporan Suruhanjaya Cobbold pada 1 Ogos 1962 yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih daripada dua per tiga rakyat Sabah menginginkan Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963. Hasil daripada pungutan suara warga Sabah oleh Suruhanjaya Cobbold telah dilaporkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 September 1963 pada perhimpunan badan dunia tersebut. Setiausaha Agung PBB mengesahkan bahawa rakyat Sabah menyokong penyertaan Sabah dalam Malaysia. Justeru, jelas sekali status Sabah dalam Persekutuan Malaysia telah diterima dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa semenjak 16 September 1963. Ini adalah fakta yang tidak boleh dan tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kerajaan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak sekalipun termasuk yang mendakwa mereka sebagai waris Kesultanan Sulu. Sebagai lumrah aliran proses kemerdekaan negara-negara yang dijajah sebelumnya, terdapat kelompok-kelompok masyarakat dan ahli-ahli keluarga yang terpisah oleh sempadan rasmi dan diiktiraf negara-negara ini, saya katakan lumrah kerana fenomena ini berlaku di serata dunia dan bukan sahaja di sempadan-sempadan negara kita. Baik di sebelah utara, selatan dan timur Malaysia. Kelima tentang coalition ataupun yang dirujuk oleh Yang Berhormat Tenom mengenai proses penilaian berkala sejagat atau dengan izin, proses Universal Periodic Review (UPR) Malaysia yang telah berlangsung baru-baru ini iaitu pada 24 Oktober yang lalu di Geneva, Switzerland. Saya kira Dewan yang mulia ini sudah pun maklum bahawa Malaysia telah menjalani proses UPR buat kali kedua pada 24 Oktober 2013 yang lalu. Justeru dan sekadar makluman, saya ingin jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa proses UPR ini adalah wajib ke atas semua negara ahli Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu setiap empat tahun setengah. UPR merupakan satu proses dialog yang konstruktif dan interaktif di antara Malaysia, selaku negara yang dinilai dengan negara- negara ahli PBB yang lain.
Semasa proses dialog tersebut, Malaysia berpeluang untuk berkongsi antara lainnya langkah-langkah yang telah diambil untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia, pencapaian dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha memartabatkan hak asasi manusia di dalam negara kita. Secara ringkasnya, proses UPR dijalankan berdasarkan kepada tiga dokumen iaitu: (i) laporan kebangsaan yang disediakan oleh pihak kerajaan; (ii) laporan kompilasi mekanisme hak asasi manusia yang disediakan oleh pihak Sekretariat PBB; dan
(iii) laporan stakeholder yang mengandungi input daripada masyarakat madani Malaysia termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam Malaysia, Malaysian Bar Council dan beberapa NGO lain. Ketiga-tiga laporan ini telah diedarkan untuk tatapan umum sejak awal Oktober 2013 iaitu sebelum proses UPR Malaysia lagi. Ingin saya tekankan bahawa kerajaan sudah sedia maklum isu-isu serta tuntutan-tuntutan masyarakat sivil seperti yang terkandung dalam laporan stakeholder tersebut. Kerajaan telah pun mengetengahkan pendiriannya terhadap perkara-perkara yang diutarakan oleh masyarakat sivil dan pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan lain dalam laporan stakeholder melalui laporan kebangsaan dalam kenyataan setiap intervensi pihak kerajaan semasa proses dialog UPR pada 24 Oktober yang lalu. Saya ingin tekankan bahawa kerajaan menghormati hak NGO selaku stakeholder dalam proses pembangunan negara untuk mengutarakan sebarang pandangan atau kritikan yang membina demi untuk manfaat bersama. Namun demikian, pihak kerajaan adalah bertanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keharmonian rakyat dan kestabilan negara dan sentiasa peka berhubung isu-isu hak asasi manusia yang ada kalanya menyentuh sensitiviti agama, hubungan antara kaum dan sebagainya seperti yang diutarakan oleh masyarakat sivil. Keenam, perbicaraan kes kedaulatan Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di ICJ. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Segambut membangkitkan kesahihan kewujudan gambar yang telah diubahsuai yang dikemukakan sebagai bukti semasa perbicaraan kes kedaulatan Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di ICJ. Sukacita saya maklumkan bahawa agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah menjalankan kajian yang mendalam melebihi tempoh 18 tahun. Ia melibatkan lebih 50 orang penyelidik yang telah melakukan penyelidikan di lebih 24 arkib dan perpustakaan di Malaysia dan 39 arkib dan perpustakaan di 10 negara-negara asing sebelum pertikaian berhubung Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibicarakan di ICJ. Sehubungan dengan itu, tidak wujud isu Malaysia menggunakan bukti-bukti palsu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut. Ketujuh, lawatan Presiden Republik Rakyat China dan isu tuntutan wilayah bertindih Laut China Selatan. Saya ingin jelaskan, mengambil kesempatan ini untuk menyentuh mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berhubung lawatan negara, Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia baru-baru ini. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden China telah mengadakan lawatan negara ke Malaysia daripada 3 hingga 5 Oktober 2013 di atas jemputan Kerajaan Malaysia. Selaras dengan ketentuan protokol dan garis panduan yang sedia ada, lawatan negara Presiden Xi telah disambut dengan upacara penuh istiadat setaraf dengan jawatan beliau sebagai Ketua Negara. Segala kemudahan dan acara-acara sambutan rasmi yang diatur sepanjang lawatan tersebut adalah amalan biasa yang diberikan kepada mana-mana Ketua Negara yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia. Manakala di dalam mesyuarat dua hala seperti juga mesyuarat dua hala di antara negara Malaysia dan China, ingin saya tekankan bahawa bukan semua perkara terperingkat khususnya kategori rahsia yang dibincangkan semasa pertemuan antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan China dapat diumumkan kepada orang ramai. Dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang melibatkan China dan beberapa buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Vietnam dan Filipina, saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian yang serius dalam menangani isu ini. Tuan Yang di-Pertua, tentang hubungan dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh pada 28 Oktober 2013 yang lalu. Saya merasakan Dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan kita yang keempat terbesar. Sehubungan dengan itu, Malaysia harus terus memupuk hubungan strategik dengan Amerika Syarikat memandangkan bahawa Amerika Syarikat adalah salah satu daripada rakan dagang terbesar Malaysia dan sumber pelaburan langsung asing. Selain itu, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menjalinkan banyak kerjasama dua hala yang secara tidak langsung telah
memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Usaha-usaha tersebut telah banyak mendatangkan keuntungan kepada Malaysia dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Dalam bidang ekonomi, kita dapat lihat peningkatan nilaian eksport dan import di mana perbezaan nilaian import dan eksport daripada tempoh Januari hingga Ogos tahun ini adalah RM5.145 bilion surplus kelebihan di pihak Malaysia. Sehubungan itu, pujian yang telah disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry adalah selaras dengan usaha-usaha Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara. Di samping itu, ia juga selari dengan usaha-usaha Malaysia dalam mengetengahkan konsep kesederhanaan melalui Gerakan Kesederhanaan Global. Usaha dalam menyemarakkan keusahawanan melalui penganjuran Fourth Global Entrepreneurship Summit dan banyak lagi.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, sejak kita merdeka, Malaysia mengamalkan Dasar Luar Negara yang amat jelas dan konsisten iaitu tidak mencampuri hal ehwal dalaman dan menghormati kedaulatan sesebuah negara lain adalah selari dengan prinsip Malaysia untuk menjalinkan hubungan erat dan baik dengan negara lain dalam komuniti negara. Sekiranya pendirian Malaysia terhadap negara-negara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah dilihat sama dengan pendirian Amerika Syarikat, ia adalah satu kebetulan, ianya adalah satu kebetulan sahaja bukan ayat ambivalen yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tempoh hari. Ambivalen itu maknanya love-hate relationship seperti Yang Berhormat Permatang Pauh dengan rakan-rakan seperti Yang Berhormat Gombak dan lain kalaupun ada. Itu mungkin yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan bukan ambivalen yang dibawa oleh Malaysia dan Amerika Syarikat buat ketika ini.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
Isu pengintipan Amerika Syarikat sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Untuk makluman, pada isu terakhir mungkin boleh kita habiskan dalam masa dua minit.
Sila, sila.
Yang Berhormat Paya Besar ada membangkitkan isu pengintipan Amerika Syarikat ini. Untuk makluman, pada 1 November 2013, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia dan telah mengemukakan nota bantahan kepada kedua-dua perwakilan tersebut. Semasa pertemuan tersebut, Kementerian Luar Negeri telah menyuarakan rasa kekecewaan Malaysia terhadap dakwaan aktiviti intipan yang selama ini dijalankan oleh kedua-dua perwakilan tersebut. Kedua-dua Kedutaan Besar Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur telah pun menerima dan mengemukakan nota bantahan tersebut ke ibu negara mereka masing-masing. Pihak Amerika Syarikat amat prihatin dengan dakwaan pengintipan dalam media massa dan telah mengambil langkah-langkah wajar untuk mengkaji semula program pengumpulan maklumat. Pihak Amerika Syarikat memfokuskan pengumpulan maklumat dalam usaha pembanterasan jenayah, keganasan dan senjata nuklear. Presiden Amerika Syarikat telah pun mengarahkan supaya agensi mereka menilai semula kaedah pengumpulan maklumat tersebut supaya kaedah ini tidak menjejaskan hak privasi individu. Seyogia diingatkan bahawa dalam usaha-usaha membanteras aktiviti anti keganasan dan ketidakcambahan senjata pemusnah besar-besaran, agensi penguat kuasa Amerika Syarikat dan Malaysia telah bekerjasama baik dalam menangani masalah tersebut. Berhubung dengan sama ada terdapat di kalangan Duta-duta Malaysia di luar negeri yang dijadikan mangsa dalam kes pengintipan ini, kementerian ini sentiasa memantau dan sehingga kini, masalah yang dibangkitkan tidak timbul. Walau bagaimanapun, pihak perwakilan sentiasa mengambil langkah-langkah berwaspada selaras dengan arahan pengendalian maklumat terperingkat atau Akta Rahsia Rasmi bagi memastikan tidak ada ketirisan di dalam pengendalian maklumat tersebut.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan saya ucapkan terima kasih banyak, assalamualaikum.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Mesyuarat kita ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam]