Dewan Rakyat · 5 December 2013

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 518 turns · 25,546 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

[Soalan No. 1 – Y.B. Datuk Madius bin Tangau (Tuaran) tidak hadir]

Ng Wei AikDAP · PRTanjong · question

2. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil-hasil kejayaan Ops 6P bersepadu dalam mengurangkan pendatang-pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tempoh September hingga November 2013 mengikut bilangan PATI ditahan, didakwa dan dihantar balik serta statistik mengikut negara-negara asal mereka dan juga mengikut kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjawab soalan nombor dua. Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tanjong yang mengemukakan pertanyaan ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia melancarkan Ops 6P bersepadu secara berterusan bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan akhirnya mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Bagi tempoh sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat, 1 September 2013 hingga 4 Disember 2013. Walaupun Yang Berhormat bertanya daripada bulan September dan November, saya menjawab sehingga 4 Disember Yang Berhormat. Sebanyak 1,821 operasi telah dijalankan di pelbagai sasaran seperti rumah kongsi, premis perniagaan, restoran, rumah urut, pusat hiburan, tapak pembinaan, kilang, pasar dan lain-lain. Sejumlah 46,020 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa. Dari jumlah tersebut, seramai 13,959 orang telah ditangkap kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Seramai 179 majikan turut ditangkap kerana disyaki menggaji atau memberi perlindungan kepada PATI. Warga Indonesia mencatat bilangan tangkapan tertinggi PATI iaitu seramai 5,218 orang diikuti oleh warga Myanmar seramai 243 orang, warganegara Bangladesh seramai 1,555, warga Nepal seramai 977 orang dan warganegara negara Filipina seramai 898 orang. Daripada jumlah tangkapan seramai 13,959 orang PATI tersebut, juga 799 orang PATI telah didakwa di mahkamah pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan 101 orang PATI dikompaun. Seramai 2,873

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

orang PATI telah dihantar pulang ke negara asal. Seramai 2,280 orang PATI pula telah dibebaskan kerana memiliki pas yang sah dan dituntut oleh majikan masing-masing, manakala seramai 7,906 orang masih dalam siasatan. Warganegara Indonesia mencatatkan bilangan tertinggi PATI yang dikenakan tindakan iaitu 315 orang didakwa, 59 orang PATI dikompaun, 929 orang PATI telah diusir dan seramai 3,915 orang PATI masih dalam siasatan. Manakala 333 orang lagi telah dibebaskan kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Diikuti dengan warganegara Bangladesh di mana seramai 43 orang PATI telah didakwa, dua orang PATI dikenakan kompaun dan seorang PATI telah diusir. Seramai 379 orang PATI telah dibebaskan dan 560 orang PATI masih dalam siasatan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Warganegara Myanmar merupakan bilangan ketiga tertinggi iaitu seramai 146 orang PATI didakwa, 323 orang PATI telah diusir, 196 orang PATI telah dibebaskan dan 983 orang PATI masih dalam siasatan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri berkenaan satu kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum ini di mana mereka yang ditangkap di bawah operasi 6P ini akan disahkan semula di mana mereka akan didaftarkan sebagai pekerja atau pendatang asing yang sah untuk diserapkan masuk ke dalam sektor-sektor pekerjaan. Bolehkan Yang Berhormat Timbalan menteri memberikan perangkaan bagi mereka yang telah diserapkan masuk dan didaftarkan sebagai pendatang asing yang sah? Dalam keadaan apakah mereka dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pendatang asing yang sah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya begini Yang Berhormat. Apabila Operasi 6P dilaksanakan, salah satu daripada tindakan kita ialah untuk pemutihan. Oleh sebabnya pemutihan ini dijalankan ialah kerana pada ketika itu banyak kompelin yang diterima bahawa sebahagian daripada mereka ini telah ditipu oleh syarikat outsourcing company. Ada juga di kalangan mereka telah ditipu oleh majikan. Dalam sudut ketiga lagi, ada pula majikan yang ditipu oleh outsourcing company dan ditipu oleh pekerja ini pula. Jadi dalam kita membuat operasi ini, kita melihat kalau salah satu kumpulan ini telah tertipu kerana masuk ke negara ini dan tidak mendapat pekerjaan, itulah pemutihan kita buat Yang Berhormat kepada mereka yang telah tertipu oleh majikan dan ditipu oleh outsourcing company ini, kita memutihkan mereka kerana kita melihat daripada sudut kemanusiaannya mereka ini telah berbelanja besar untuk datang ke negara kita dengan harapan dan mendapat pekerjaan. Akan tetapi apabila sampai ke negara ini, mereka tidak ada pekerjaan bahkan telah ditipu. Jadi oleh sebab itulah pemutihan itu dilaksanakan. akan tetapi bagi mereka yang PATI sebenarnya, bukan dibawa oleh orang lain, dia sendiri masuk ke negara ini menerusi jalan-jalan tikus, menerusi jalan-jalan yang tidak betul, payah saya hendak sebut, jalan haram, tidak ada jalan haram sebenarnya, yang tidak mengikuti garis panduan undang- undang masuk ke negara ini, mereka ini yang diusir. Tidak diputihkan Yang Berhormat. Tidak diputihkan, mereka memang sebenarnya orang yang datang ke sini sebagai pendatang asing tanpa izin, illegal immigrant. Ini tidak diputihkan, yang diputihkan ini mereka yang kena tipu sahaja. Jadi dalam keadaan sedemikian, itulah kenapa ada yang kita selepas ditangkap itu dilepaskan semula oleh sebab fakta-fakta pemasukan khas dan sebagainya. Proses ini tidak lagi dilaksanakan selepas Ops 6P ini ditamatkan. Kita hanya mengambil tindakan di bawah 5P sahaja iaitu pemutihan tidak ada lagi. Kita hanya untuk mendokumentasi mereka dan mengusir mereka, mengecaj mereka, mendakwa mereka dan mengkompaun mereka. Jadi tidak ada lagi pemutihan pada masa sekarang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Sejauh manakah keberkesanan program khas pengurusan PATI yang telah dijalankan memberi manfaat kepada program ini secara keseluruhannya dan berapa lamakah tempoh mereka yang ditangkap ini berada di pusat tahanan kerana kita sedia maklum bahawa mereka ini kalau duduk dalam tahanan, secara tidak langsung ia mendatangkan kos kepada negara kita

juga. Jadi tempoh mereka berada di dalam tahanan, kita inginlah supaya dipercepatkan pengusiran mereka ke negara asal. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau dapat, hasrat Jabatan Imigresen dan KDN, kita hendak hantar semua yang datang ke negara ini tidak menerusi jalan garis panduan undang-undang ini ataupun PATI ini kita hendak balik keseluruhannya seberapa cepat yang boleh Yang Berhormat. Akan tetapi halangan dan rintangan kita ialah soal dokumentasi. Apabila mereka masuk ke negara ini tidak mempunyai dokumen yang tertentu, kita tidak boleh menghantar walaupun kita tahu daripada percakapan, daripada paras muka dan sebagainya mengetahui si anu daripada Indonesia, yang satu lagi daripada Filipina, yang satu lagi daripada Bangladesh, yang satu ini pula daripada Myanmar. Akan tetapi kalau tidak ada dokumen yang sah, kita tidak boleh menghantar mereka begitu sahaja kerana apabila dihantar nanti ke negara-negara yang saya sebutkan tadi, negara itu tidak akan menerima mereka masuk ke negara mereka kerana tidak mempunyai dokumen untuk memasuki negara tersebut. Akhirnya mereka akan dikembalikan daripada port of origin, atau daripada mana kita menghantar mereka dahulu. Kalau daripada KLIA, dia akan dikembalikan kepada KLIA. Ini mengenakan kos yang lebih tinggi daripada kita menyimpan mereka dalam tempat tahanan. Akan tetapi walau bagaimanapun, berhubung dengan persoalan dokumentasi ini Tuan Yang di-Pertua, kita bekerjasama dengan semua pihak. Bahkan saya sendiri berjumpa dengan duta-duta besar ini, Menteri-menteri daripada negara tersebut untuk menguruskan dokumentasi ini. Akan tetapi dalam masa yang sama, ada juga soalan kelambatan pengeluaran dokumen, ada juga pilih kasih di antara pengeluaran dokumen siapa didahulukan, siapa dikemudiankan. Bahkan KDN itu sendiri telah mewujudkan tiga sistem iaitu supaya keluarga mereka boleh membayar kos mengembalikan kalau dokumen itu sudah siap. Kalau mereka tidak mempunyai sumber kewangan. Kalau secara peribadi tidak mampu untuk membayar tiket penerbangan untuk kembali ataupun naik kapal untuk kembali ke negara asal mereka, jadi kita juga memohon kepada pihak kedutaan mereka, negara asal ini supaya menyediakan sumber kewangan. Apabila dokumennya siap, supaya dipercepatkan penghantaran balik dengan kos mereka sendiri. Terakhir, barulah kalau memang tidak mampu tindakan yang kedua dilaksanakan, barulah kita mengeluarkan sumber kewangan sebagaimana yang pernah saya jawabkan dalam Dewan ini bahawa sehingga masa sekarang ini, kita sudah membelanjakan RM2.9 juta Tuan Yang di-Pertua, kos untuk menghantar balik ini. Ada dokumen dan sebagainya tetapi secara peribadi tidak mampu, kedutaan lambat mengeluarkan sumber kewangan. Akhirnya kita terpaksa. Kita tidak mahu tempat-tempat pusat lindungan ini penuh dengan mereka ini. Kita berusaha Yang Berhormat, tetapi kelambatan-kelambatan, rintangan- rintangan berlaku oleh kerana dokumentasi tersebut. Terima kasih.

Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun NarrashidUMNO · BNKota Tinggi · question

3. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengkaji had maksimum umur pengawal-pengawal keselamatan yang diambil bekerja oleh syarikat keselamatan.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Bismillahi Rahmani Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Bagi Ahli UMNO, selamat bersidang. [Tepuk]

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Maran nampak lawa pagi inilah.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Ya, memang. Dari dahulu lawa. Sejak kecil lawa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sebenarnya saya tidak puji, Yang Berhormat Parit Sulong lagi cantik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kota Tinggi, Johor. Tuan Yang di-Pertua suka saya maklumkan kalau kita perlu melihat kepada dua keadaan had umur persaraan minimum ini. Pertamanya had persaraan minimum kepada pekerja swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753] yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2004. Ini sepenuhnya di bawah Kementerian Sumber Manusia Yang Berhormat Kota Tinggi. Pendekatan kedua kita lihat ialah umur persaraan yang melibatkan pegawai keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]. Ini sebenarnya di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri di mana timbalannya ada bersama saya dan ini mengikut pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4/2010. Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji had maksimum kerana pada prinsipnya umur persaraan minimum bagi sektor swasta yang melibatkan semua bidang pekerjaan ditetapkan pada 60 tahun sebagaimana Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753]. Akan tetapi dalam konteks soalan ini ialah lebih daripada pegawai keselamatan Tuan Yang di-Pertua. Ini di bawah Kementerian Dalam Negeri. Walau pun saya kira saya perlu memenuhkan sedikit ruang ini. Walau bagaimanapun, akta ini tidak menghalang majikan untuk menetapkan umur persaraan yang lebih tinggi daripada 60 tahun. Ini bawah Akta Kementerian Sumber Manusia. Pelaksanaan Akta Umur Persaraan Minimum ini adalah selaras dengan peningkatan jangka hayat penduduk Malaysia dan untuk memberi peluang kepada pekerja sektor swasta dalam menjana pendapatan dan meningkatkan jumlah simpanan bagi menampung kehidupan keluarga selepas persaraan. Pekerja boleh memilih untuk bersara lebih awal dari umur 60 tahun berdasarkan persetujuan bersama antara majikan dan pekerja. Tuan Yang di-Pertua, bagi pekerja pegawai keselamatan ini, sebab itu saya sebutkan tadi bawah Kementerian Dalam Negeri. Mengikut Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4/2010 Kementerian Dalam Negeri, syarat umur tidak kurang daripada 18 tahun dan maksimum 65 tahun mengikut pekeliling ini untuk pegawai keselamatan ini dan bagi pegawai keselamatan yang berumur 56 tahun hingga 65 tahun. Sebab itu kalau ikut pekeliling ini Tuan Yang di-Pertua, Pekeliling Kementerian Dalam Negeri ini, dia boleh sampai umur 65 tahun atas pekeliling ini. Hendaklah mendapat pengesahan perubatan. Baru diizinkan oleh kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu dapat jawapan yang boleh saya beri dan bagi kita untuk umur persaraan 60 tahun ini adalah pekerja-pekerja swasta yang tidak melibatkan pegawai keselamatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Kota Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian yang sungguh menyayat hati di mana berlaku seorang suami kehilangan isteri dan anak-anak kehilangan ibu bila pegawai AmBank telah menjadi mangsa kepada seorang pegawai keselamatan. Pemangsanya ialah pegawai keselamatan. Satu isu ketika lain, seorang datuk berumur 75 tahun, bekas tentera sebagai pegawai keselamatan telah ditembak sewaktu bertugas. Jadi satu perkara yang amat menyayat hati dan saya hendak bertanya kepada kementerian, apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan moral dan integriti dan nilai tambah dalam perkhidmatan pegawai keselamatan supaya persepsi negatif terhadap pegawai keselamatan dapat dikurangkan? Kita tahu bila berlaku ini - tahniah juga kepada PDRM yang telah menyelesaikan masalah kes itu. Akan tetapi kita hendak melihat bahawa pegawai keselamatan ini terdiri daripada mereka rata-rata bekas tentera diberi perhatian kerana mereka bukan saja terkesan, mereka juga tertekan atas insiden yang berlaku. Jadi sudah sampai masa kerajaan melihat kebajikan mereka dan juga meningkatkan integriti serta moral perkhidmatan keselamatan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya Tuan Yang di-Pertua, agak terikat sikit untuk menjawab ini kerana pegawai keselamatan ini bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat Kota Tinggi, sebenarnya masa yang isterinya ditembak itu, saya pergi ke rumah menyampaikan sumbangan daripada PERKESO, daripada kerajaan Malaysia kepada mangsa ini, suami dan keluarga. Sebab itulah saya kira mungkin saya tidak boleh menjawab secara khusus untuk pegawai keselamatan ini. Namun dalam usaha kita hendak memastikan - sebab kebetulan yang terlibat di AmBank ini ialah orang asing, orang luar, pekerja luar yang masuk dan sebagainya. Jadi bagi kementerian, dalam kita memastikan pekerja asing masuk ke negara kita, apatah lagi kes semalam, kita tidak izinkan sepatutnya mereka bekerja. Ini di bawah kementerian saya, fasal tidak jawab ini. Kita hendak pastikan supaya seboleh-bolehnya apa juga tawaran kerja yang dibuat oleh majikan di negara kita ini mestilah diutamakan kepada pekerja tempatan. Mereka akan di bawah pencarian kerja ini kita akan scan habis-habisan. Maknanya kita akan pastikan supaya mereka memenuhi syarat-syarat yang diperlukan oleh kerajaan kita termasuklah sebagaimana yang akhir ini kalau kita tahu di bawah Jawatankuasa Khas Tentang Pekerja Asing dan Pendatang Asing ini di bawah Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka memastikan bahawa supaya kemasukan pekerja- pekerja asing ini akan dapat ditapis, akan dapat ditentukan supaya mereka ini tidaklah terdiri orang yang terlibat dengan jenayah, yang membawa penyakit dan sebagainya. Jadi saya tidak hendak menjawab secara khusus tentang ini. Kita serahkan Yang Berhormat Kota Tinggi mungkin Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atau Timbalannya boleh jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah isu pengawal keselamatan adalah isu penting untuk menjaga keselamatan rakyat dan saya ingin tahu setakat ini apakah tindakan yang telah diambil kepada majikan-majikan yang telah mengambil pekerja-pekerja pengawal keselamatan secara haram? Kita lihat di mana lebih daripada 30 ribu orang pekerja pengawal keselamatan haram masih beroperasi terutama di Lembah Klang. Ini adalah isu besar yang perlu diberi perhatian dan sepatutnya tidak boleh mengelak. Antara kementerian-kementerian mesti ada kerjasama. Satu lagi saya ingin mendapatkan penjelasan, setakat ini berapakah dalam kajian pihak kementerian pegawai ataupun perkhidmatan awam yang bersara awal? Ini kerana ada setengah profesion yang mungkin persaraan tidak perlu sampai umur 60 tahun, mungkin lebih awal. Jadi setakat ini berapa orang yang telah memohon bersara awal dan adakah perkara ini tidak dipertimbangkan untuk memberi ruang kepada siswazah anak- anak muda, yang menunggu, yang menganggur di mana terdapat ratusan ribu yang tidak ada pekerjaan? Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebutkan tadi bahawa bidang pegawai keselamatan ini ialah bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Saya tidak nafikan bahawa kita ada Jawatankuasa Bersama seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa jawatankuasa - kalau pendatang asing, pekerja asing kita ini di bawah Jawatankuasa Khas di bawah Kabinet ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Kita ada blue ocean strategy yang kita lakukan di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan banyaklah dalam aktiviti-aktiviti yang kita lakukan. Jadi untuk makluman, mungkin sedikit tambahan yang kita dapat. Kita ada sebanyak - kalau mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri boleh betulkan saya sedikit, kalau dalam rekod yang kita ada ialah sebanyak 150,000 orang pegawai keselamatan berdaftar di bawah Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM). Dalam masa yang sama pada tahun 2012, sebanyak 600 buah agensi di bawah Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang bertanggungjawab kepada pengawal keselamatan ini. Cuma, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana prihatin tentang perkara ini dan memang kita tahu bahawa keselamatan inilah suatu yang amat

penting, segala-galanya. Kalau kita tidak selamat lagi, sama ada kita orang yang cerdik, orang kaya dan sebagainya tidak ada makna lagi dalam hidup kita kerana keselamatan kita tidak terjamin.

Berbalik kepada pekerja awam, Yang Berhormat kena faham tanggungjawab, bukanlah saya hendak menolak tanggungjawab saya ini tetapi tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia ialah bertanggungjawab kepada pekerja-pekerja swasta. Manakala pekerja awam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kita ada ini, cuma kita serahlah mungkin Jabatan Perdana Menteri boleh memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Hari ini hari Perhimpunan Agung UMNO Malaysia. Jadi terima kasih lah pembangkang pun ramai yang tidak datang pagi ini, mereka pergi ke dewan PWTC, terima kasih. [Ketawa] Saya harap bukan mengintai ya, pergi sana untuk mendengar amanat Presiden Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih. Hari ini saya...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pasai apa Yang Berhormat Baling tidak berapa minat hendak ke sana. Hah? Yang Berhormat Baling pun tidak berminat hendak dengar amanat ya?

Tidak, ini lebih penting. Ini hala tuju rakyat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oh, Yang Berhormat Baling macam mana...

Ini hala tuju rakyat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Baling tidak berminat hendak dengar.

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini memang condemn President kah apa ini?

Tidak berminat lah..

Yang Berhormat Pokok Sena, sudah lah kalah Naib Presiden, [Ketawa] saya bagi borang UMNO, isi borang UMNO mari jadi Ahli UMNO Baling. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila, sila.

Terima kasih, saya pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua, saya amat minat sebab saya tengok kedua-dua Timbalan Menteri ada, KDN pun ada, Kementerian Sumber Manusia pun ada. Oleh sebab itu saya daripada tadi tidak sabar hendak bangkit, hendak bertanyakan soalan kepada kedua-dua mereka ini seorang boleh jawab, seorang lagi boleh bagi jawapan bertulis. Ini berkaitan dengan keselamatan, pegawai keselamatan kita. Saya setujulah dengan Yang Berhormat Rantau Panjang tadi dengan kawan tadi, saya setuju. Oleh sebab baru-baru ini dalam konteks kematian Allahyarham iaitu pegawai AmBank, saya pun pergi ke hospital, saya pergi bagi sumbangan bagi pihak NGO. Saya pergi sendiri, Yang Berhormat Pokok Sena memang tidak pernah pergi, dia suka cakap saja. Akan tetapi saya pergi. Jadi saya hendak nyatakan di sini, saya hendak beritahu berkaitan dengan pegawai keselamatan. Ini serius. Ini bukan boleh kita buat lawak sebab saya memikirkan satu kaedah apakah perancangan kerajaan. Satu, gaji mereka, sebabkan gaji mereka itu tidak tinggi, RM800, RM750 atau pun RM1,000. Itu yang membuatkan rakyat kita sendiri tidak berminat. Khususnya anak-anak muda. Mereka tidak berminat untuk bekerja sebagai pegawai keselamatan.

Kedua, uniform mereka itu, pakaian mereka itu macam zaman tahun 60-an. Mungkin itu juga yang tidak mengundang untuk mendapat cita rasa orang muda contohnya Timbalan Tuan Yang di-Pertua untuk mereka minta kerja. Jadi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan apakah... [Disampuk] Sekejap lagi lah soalan saya.

[Dewan riuh]

Tengok Yang Berhormat Seputeh masuk-masuk saja. Sudah lah masuk lambat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Seputeh pakai baju merah lah hari ini, hendak pergi Persidangan UMNO.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sudah lah masuk lambat, kacau daun lagi.

Kacau daun lagi. Jadi saya hendak tanya kan soalan saya, apakah perancangan kerajaan, satu berkaitan dengan gaji. Keduanya berkaitan dengan uniform. Ketiganya saya hendak mencadangkan apa salah sekiranya kalau kita memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk bekerja pakai baju mereka macam polis bantuan. Sebelah malam seminggu, dua atau tiga kali beri mereka latihan dan menjadikan mereka sebagai polis sukarelawan (PVR) dengan izin. Jadi ini sedikit sebanyak akan memberi motivasi kepada generasi muda untuk menjadi pegawai keselamatan. Contohnya di bank-bank atau institusi-institusi di siang hari, sebelah petang seminggu dua atau tiga kali mereka boleh bekerja sebagai anggota polis sukarelawan PVR. Ini yang saya hendak bertanyakan kepada pihak kerajaan, dua-dua pihak kementerian ada, sudah semestinya soalan saya dapat dijawab oleh KDN dan juga Kementerian Sumber Manusia, boleh kita integrasikan, bincang lah betul-betul. Soalan saya pertama about the gaji, kedua

[Dewan riuh]

berkaitan dengan uniform mereka. Ini serius, ini this is not a joke. Ini adalah salah satu yang serius untuk keselamatan. Bila ada orang mati, pembangkang kecoh, riuh, orang sudah mati. Bila orang bagi pandangan yang bernas hendak kacau. Datang lambat hendak kacau, ini lah kerja pembangkang. Jadi saya minta...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini Tuan Yang di-Pertua, ini ceramah mana ini? Ini ceramah mana ini Tuan Yang di-Pertua?

Pemilihan UMNO sudah habis.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Patut tanya soalan sahaja. Bukan bagi ceramah. Kalau hendak ceramah keluar sahajalah. Malangnya orang buat ceramah, orang tak datang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ceramah di Shah Alam, Shah Alam.

Datang sudah lah pukul 10.30 lepas itu hendak bising. Orang masuk pukul 9.30, dia masuk pukul 10.30. Ini lah orang Yang Berhormat Shah Alam, tidak tahu nak beri undi orang macam ini, sokong orang macam ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya ini Yang Berhormat Menteri. Dia ada dua, satu soalan jawab lisan, satu soalan bertulis. Cuma soalan bertulis itu minta KDN jangan salah hantar kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah. Yang Berhormat Baling yang tanya ini.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Memang Yang Berhormat cukup hebat dalam membela pekerja-pekerja kita. [Ketawa] [Tepuk] Termasuk pasukan keselamatan Yang Berhormat. Terima kasih banyak. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan ini, sebenarnya kita Kementerian Sumber dan Kementerian Dalam Negeri ini cukup rapat. Oleh sebab itu lah banyak pendekatan baru telah dibuat dan perbincangan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Contoh satu saya ambil ialah G2G punya approach yang kita buat dalam pengambilan pekerja Bangladesh. Di mana tapisan yang dibuat, yang cukup rapi, yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri, kita telah memastikan, kita dapat mengesan ramai daripada mereka yang memohon ini, yang telah pun kita tolak permohonan mereka kerana terlibat dengan jenayah, terlibat dengan penyakit dan sebagainya.

Kalau Yang Berhormat baca sedikit Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 4 Tahun 2010, Kementerian Dalam Negeri ini adalah satu pendekatan yang dibuat oleh kementerian dalam meningkatkan prestasi pekerja termasuklah pegawai keselamatan tadi. Menyentuh tentang gaji ini sebenarnya Yang Berhormat Baling, kita di bawah Kementerian Sumber Manusia, kita telah melancarkan pelaksanaan gaji minimum. Bermula pada 1 Januari 2014, semua syarikat, semua agensi, semua majikan wajib melaksanakan gaji ini, RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak. Andai kata majikan melanggar ini, maka mereka akan dikenakan denda yang termaktub atau tertulis di dalam akta ini. Saya ucapkan terima kasih banyak dan tentang hasrat Yang Berhormat mencadangkan supaya ramai daripada anak-anak muda kita mengambil bahagian, saya setuju Yang Berhormat. Sebenarnya kita telah mengadakan 12 program, yang kita hendak tarik pekerja-pekerja anak-anak muda ini bekerja. Alhamdulillah, sambutan mereka cukup baik, cuma dalam bidang keselamatan ini boleh kita tengok. Saya bersetuju Yang Berhormat, mungkin dari segi uniform tadi Tuan Yang di-Pertua, mungkin Timbalan Menteri Dalam Negeri ada, mungkin kita lawakan sikit macam saya pakai ini, cantik lawa kan. Mungkin budak-budak muda berminat, kalau pakai selekeh siapa hendak, jadi kalau mereka belum kahwin lagi, bujang, orang perempuan tidak mahu dekat dia. Apatah lagi semangat. Oleh sebab itu kita tengok sekarang mereka yang pakai uniform yang cantik sudah tentulah menjadi tarikan kepada anak-anak muda untuk mengambil peluang menjawat pekerjaan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput · question

4. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa kerajaan belum mengubahsuai polisi supaya mengeluarkan permit kerja sementara secara "automatik" pada pekerja asing yang telah mendakwa majikannya di Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perhubungan Perindustrian supaya pekerja asing itu dapat teruskan kesnya sehingga mendapat keputusan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat daripada Sungai Siput bukan saja bertanya secara lisan di Parlimen tetapi juga telah berhubung dengan saya dengan satu perkara yang spesifik Yang Berhormat ya. Walau bagaimanapun mengubah suai polisi, Yang Berhormat biarlah saya huraikan halangan, masalah yang kita hadapi dalam soal apa Yang Berhormat bangkitkan di sini ya. Berhubung dengan supaya permit pekerja sementara di keluar bagi pekerja yang sedang menunggu kes di Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan selesai, kementerian ini perlu memperhalusi perkara tersebut lebih dahulu. Maknanya, Yang Berhormat kita tengah mengkaji keadaan ini kerana ia keadaan multiphase dengan izin. Ini kerana ianya turut melibatkan pihak Kementerian Sumber Manusia dan juga agensi-agensi kawal selia yang berkaitan. Istilah agensi kawal selia yang berkaitan yang di sebut di sini Yang Berhormat bermacam-macam agensi yang perlukan guna tenaga manusia daripada luar negara. Jadi maknanya daripada pertanian sampai ke perladangan, daripada - bermacam-macam-macam lah. Ia ada agensi-agensi kawal selia berasingan.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Jadi keputusan tidak boleh dibuat oleh pihak KDN semata-mata. Pada masa ini atas dasar kemanusiaan juga hubungan kesefahaman di antara negara sumber dengan kerajaan memberi special pass secara bulanan bertujuan memberi peluang kepada pekerja asing yang telah diberhentikan dan telah memfailkan kes buruh di Mahkamah Buruh atau pun Mahkamah Perusahaan Perindustrian untuk berada di negara ini sehingga kes mereka selesai dan bukannya untuk bekerja. Hanya persoalan di sini ialah soalan Yang Berhormat itu berhubung dengan bekerja. Dia boleh berada di negara ini sehingga kes selesai tetapi tidak untuk bekerja.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Saya faham apa yang akan ditanya selepas itu. Walau bagaimana pun pihak kementerian tidak ada halangan sekiranya pekerja asing tersebut ingin pulang semula ke negara asal sehingga kes selesai dan balik semula bekerja dengan majikan baru. Semasa pekerja pulang ke negara asal tuntutan daripada kes-kes buruh perusahaan belum selesai masih boleh disalurkan atau pun dikemaskinikan menerusi pihak kedutaan atau pun Pesuruhjaya Tinggi masing-masing. Selain daripada itu sekiranya permit kerja sementara dengan majikan baru diberikan kepada pekerja yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau mempunyai tuntutan, maka dikhuatiri akan mengundang implikasi seperti berikut: (i) berhubung pekerja dengan majikan yang asal berkemungkinan masih ada wujud perhubungan kerana keputusan mahkamah masih belum muktamad untuk memutuskan kedudukan sebenar pekerja asing tersebut; dan (ii) merugikan majikan baru yang mana pekerja tersebut diserap kerana tempoh masa penggajian adalah pendek iaitu sehingga kes-kes mereka selesai sebelum dihantar pulang. Halangan yang terbesar sekali ialah kontrak. Apabila seseorang pekerja bekerja dengan seseorang majikan ada kontrak wujud di antara pekerja dengan majikan tersebut. Jadi apabila kes ini belum selesai maknanya kontrak itu juga masih tergantung walau pun ia tidak terputus. Jadi kalau kita beri dia kemampuan untuk membolehkan dia bekerja di tempat lain maknanya dia ada mempunyai dua kontrak untuk bekerja dengan dua majikan. Jadi ini akan mendatangkan halangan implikasi undang-undang kepada pihak mereka, pihak majikan dan juga kepada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat isunya ialah hak asasi. Hak pembelaan yang pekerja kita ada. Bila pekerja tempatan ada masalah dengan majikan walau pun dia ada kontrak dengan majikan itu, dia boleh bawa kes itu ke Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan. Ini hak pekerja kita. Jadi isu kontrak itu sama juga. Bila kita ada pekerja asing pun dia pun sekarang berhak membawa kes tetapi oleh kerana dia tidak diberi hak bekerja macam mana dia hendak duduk, macam mana dia hendak bayar sewa bilik, macam mana dia hendak makan? Kita hanya beri ruang tetapi dia tidak boleh amalkan, dia tidak boleh nikmati hak itu. Perkara ini juga menjejaskan pekerja Malaysia. Bila majikan dia boleh kawal dan buli pekerja asing, dia lebih suka ambil pekerja asing kerana lebih senang dicontrol. Jika ada masalah buang kerja dan dia terpaksa balik. Susah untuk mereka lawan balik kerana mereka duduk di Malaysia dijadikan haram. So ini juga menjejaskan peluang pekerja tempatan dapat. Sekarang saya berterima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah panjang.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ya, soalan. Soalannya bolehkah gubal satu polisi di mana kuasa keluarkan permit kerja sementara diturunkan kepada Jabatan Buruh atau pun kepada Jabatan Perusahaan. Hanya sementara. Sementara kes itu berjalan. Jadi bagi mereka hak pembelaan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai dan memahami implikasi apa yang saya sebutkan tadi. Daripada sudut polisinya Yang Berhormat sebagaimana yang saya sebut awal tadi bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak boleh memutuskan perkara ini begitu sahaja secara kementerian kami sahaja memutuskan. Dia ada implikasi kepada semua pihak yang ada berkenaan dengan pekerja tersebut. Umpamanya kalau dia bekerja daripada ladang, jadi maknanya agensi kawal selia tadi ialah Kementerian Perladangan dan juga Kementerian Sumber Manusia. Jadi dalam keadaan sedemikian, tiga pihak ini mesti bersetuju tetapi implikasi yang terbesar itu tadi yang masa saya sebut iaitu kontrak dengan majikan asal. Kalau kontrak itu belum putus Yang Berhormat, tidak ditamatkan bahawa kalau kita hendak benarkan dia bekerja lagi, dia akan bekerja di tempat lain. Kita yang menggalakkan mereka buat another contract dalam negara kita Yang Berhormat. Satu orang boleh buat kontrak untuk bekerja dua tempat. Saya faham daripada sudut kemanusiaannya. Oleh kerana siapa yang

membela dia, siapa yang memberi makan dia, di mana tempat dia tinggal dan semua ini, semua kita lihat. Saya sudah banyak berbincang tetapi masih jalan buntu yang kita hadapi ialah masalah kontrak tadi. Akan tetapi kalau daripada sudut yang mana kontrak yang telah diputuskan, pertikaian di antara dia dengan majikan bukanlah soalan kontrak tetapi soalan perkara-perkara lain. Jadi ini masih kita belum putuskan Yang Berhormat. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dan melihat pandangan mereka daripada sudut apabila kontrak itu tidak wujud lagi di antara majikan dan pekerja bolehkah atau tidak kita memberi secara panjang kebenaran si penuntut atau pekerja ini bekerja menyara diri mereka di Malaysia pada masa sebelum kesnya ditamatkan. Tadi saya Yang Berhormat telah berbincang dengan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Perindustrian Kuala Lumpur yang so happen to be my classmate Yang Berhormat. Beliau mengatakan sekarang kita mempunyai 27 Industrial Court dan dia punya time frame untuk menyelesaikan satu-satu masalah ialah dua tahun. Saya tanya dengan pegawai saya, dua tahun kita bagi beberapa bulan sahaja tetapi jawapan diberi ialah sampai dua tahun pun kita akan beri dia cara bulanan untuk berada di Malaysia walau pun sampai dua tahun kita akan bagi juga. Akan tetapi syarat tadi tidak boleh bekerja. Itu sahaja. Jadi itu persoalan Yang Berhormat bangkitkan itu. Ada satu lagi kenapa kes ini jadi terlambat? Bukan masalah mahkamah sebenarnya. Mahkamah tidak ada masalah lagi. Masalahnya ialah peguam. Peguam kadang-kadang apabila dia ada satu kes di Industrial Court dan satu kes di Mahkamah Tinggi, dia akan adjourn the case di Industrial Court oleh kerana hendak hadir di Mahkamah Tinggi. Jadi ini kadang-kadang peguam banyak sangat kes sudah terima dan terima banyak habuan daripada klien dia, jadi akhirnya pekerja ini jadi teraniaya juga daripada sudut itu. Jadi saya akan berbincang dengan semua pihak berhubung dengan perkara ini kerana perkara ini memang wujud. Perkara ini memang penting. Yang Berhormat, kita peka dengan masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Selalunya bila kita bercakap soal kemasukan pekerja asing secara rasmi, mereka menggunakan agen. Pertama soalannya adakah agen ini diiktiraf oleh kementerian dan sejauh manakah peranan agen ini? Contohnya semasa mereka hendak rekrut pekerja-pekerja luar ini, mereka sudah tentulah menjanjikan sektor-sektor tertentu sama ada perladangan, industri dan sebagainya. Jadi apabila pekerja itu datang ke sini kadang-kadang mereka ini dibiarkan membawa diri dan apabila mereka menghadapi masalah agen ini sudah melepaskan tanggungjawab. Jadi sejauh manakah peranan agen ini dan sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang telah pun dimanipulasi oleh majikan, adakah agen ini juga turut bertanggungjawab? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun dia jauh sedikit daripada soalan asal tetapi soalan amat penting Yang Berhormat ya. Soalan penipuan oleh pihak agen. Sebenarnya kita sudah tamatkan outsourcing company ini. Tidak ada lagi Yang Berhormat. Sekarang kita tidak guna lagi.

Ada yang dilantik ataupun diterima bekerja secara direct. Permohonan datang daripada syarikat kepada pihak Kementerian Sumber Manusia ataupun Kementerian Dalam Negeri mengikut sektor yang tertentu. Apabila telah mendapat kelulusan, barulah mereka mencari pekerja ini ataupun mereka sudah tahu berapa banyak pekerja yang mohon ataupun meminta untuk datang ke Malaysia untuk bekerja. Jadi masalah outsourcing company ataupun agen ini tidak lagi wujud. Akan tetapi apa yang tinggal pada kita sekarang ini masih ada. Itulah kenapa kita adakan operasi 6P itu. Untuk memutihkan mereka yang telah ditipu oleh pihak-pihak yang tertentu. Sama ada ditipu oleh pihak outsourcing company, ditipu oleh majikan. Sebabnya begini, Yang Berhormat. Saya hendak jelaskan supaya jelas sejelas-jelasnya. Apabila outsourcing company ini membawa pekerja asing masuk ke negara ini dahulu dan pekerja asing ini diserah pula kepada pihak-pihak majikan. Apabila majikan mengambil pekerja asing ini dan majikan itu pula tidak membayar gaji dengan sepenuhnya, tidak memberi kemudahan- kemudahan yang patut ada padanya, dan tidak juga mencarum PERKESO, covering insurance, tidak mencarum KWSP dan bermacam-macam lagi termasuk medical facility juga tidak diberikan. Kalau perkara-perkara ini berlaku, apabila pekerja itu mempersoalkan perkara ini daripada soal gaji, insurans, PERKESO dan sebagainya. Jadi dia kata you bukan pekerja, saya bukan majikan. Majikan ialah outsourcing company.

Apabila dia jumpa dengan outsourcing company, outsourcing company pula kata kita sudah serah dengan dia. Maka dialah yang menjadi majikan dan bukan kami lagi. Jadi kita dalam kementerian dan kerajaan, tidak mengetahui siapa majikan sebenar dalam keadaan sedemikian. Itulah kenapa outsourcing company ini kita tamatkan. Ini kerana dia mendatangkan kekeliruan, masalah dan penipuan yang berlaku di kalangan pihak-pihak yang become the fliers in the field dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi bila ditamatkan, kita wujudkan operasi 6P untuk diputihkan mereka yang kena tipu sama ada majikan kena tipu ataupun pihak pekerja kena tipu. Kita memutihkan supaya mereka ini diberi pekerjaan kerana mereka sudah membuang duit datang ke sini untuk membayar tambang, membayar kos agen insurans dan bermacam-macam lagi yang dibayar sampai berpuluh ribu ringgit. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya, sistem outsourcing company tidak wujud lagi sekarang secara direct. Untuk Bangladesh, dalam sektor perladangan kalau tidak salah saya ialah direct kepada Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sapawi bin Amat WasaliUMNO · BNSipitang · question

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan yang diambil dalam persediaan seandainya ada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM di mana pelajar terbabit tidak memiliki sebarang sijil kelulusan akademik sejak darjah satu hingga tingkatan lima disebabkan tahun ini merupakan peperiksaan terakhir bagi peperiksaan PMR.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang atas soalan yang berkaitan dengan penilaian pelajar. Tuan Yang di-Pertua, Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan selama hari ini adalah untuk melihat pencapaian murid dalam bidang akademik pada peringkat umur tertentu iaitu pada umur 12 tahun dan 15 tahun sebelum mereka meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kedua-dua peperiksaan tersebut bukanlah peringkat persijilan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya mengeluarkan penyataan keputusan dan bukannya sijil kelulusan akademik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mesyuarat jemaah menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran tentang pembelajaran. Oleh itu, mulai tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan penambahbaikan terhadap PMR dan bukannya pemansuhan PMR. Arahan tersebut adalah berdasarkan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan 2/2011 iaitu Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2012. Penambahbaikan PMR membawa maksud bahawa penilaian di peringkat menengah rendah masih dilaksanakan tetapi bukan dalam bentuk peperiksaan pusat. Penilaian akan dilaksanakan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi empat komponen iaitu:- (i) pentaksiran sekolah; (ii) pentaksiran pusat; (iii) pentaksiran aktiviti, jasmani, sukan dan kokurikulum; dan (iv) pentaksiran psikometri. Perkara yang ditaksir adalah pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan murid. Laporan pentaksiran di peringkat menengah rendah adalah dalam bentuk penyataan keputusan yang memberi gambaran lebih menyeluruh dan holistik tentang potensi murid. Pelaksanaan PBS juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan penaksiran formatif dan summative yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru dalam pencapaian murid. Penjaminan kualiti yang merangkumi

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

aktiviti pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesahan dilaksanakan di semua peringkat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran. Sekian, terima kasih.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita menyokong penuh Transformasi Pendidikan Negara 2013-2025 yang membawa perubahan menyeluruh termasuklah kaedah dan sistem peperiksaan yang dilaksanakan berteraskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Bagaimanapun SPM terus dikekalkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri terutama sekali dalam peperiksaan ini yang berkaitan dengan wajib lulus khususnya Bahasa Inggeris. Apakah tindakan kementerian sekiranya peperiksaan khususnya SPM, Bahasa Inggeris ini wajib tetapi gagal. Ini kerana banyak kegagalan ini berasas kepada pelajar kita di luar bandar. Adakah pelaksanaan sistem Paper Julai untuk Bahasa Malaysia akan dilaksanakan kepada Bahasa Inggeris ini untuk memastikan peluang-peluang akan berterusan. Apakah perancangan kementerian terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris khususnya walaupun peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan di peringkat menengah – rendah dan UPSR tetapi untuk memastikan pelajar di luar bandar khususnya mendapat lulus yang baik dan cemerlang khusus dalam paper wajib Bahasa Inggeris ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang dan sikap positif terhadap transformasi pendidikan amat dipuji. Perkara yang pertama ada berkaitan dengan peperiksaan untuk SPM di mana pelajar adalah wajib untuk lulus SPM dan sekiranya pelajar khasnya dari sekolah luar bandar gagal dalam Bahasa Inggeris, mereka juga diberi peluang untuk mengambil satu peperiksaan di mana kita panggil SPM Ulangan dan mereka boleh ambil kertas Bahasa Inggeris pada tahun 2017 memandangkan kelulusan untuk Bahasa Inggeris akan bermula pada tahun 2016.

Berkaitan dengan rancangan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, memang dalam kita punya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mula pada tahun ini hingga tahun 2025, memang kita ada satu inisiatif di mana kita panggil Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris. Dalam inisiatif itu, memang ada banyak program. Selain daripada itu, peranan yang dimainkan oleh Panitia Bahasa Inggeris agak sangat penting di peringkat sekolah di mana sekolah mengadakan in house training untuk guru-guru. Selain daripada itu, pelajar-pelajar diberi aktiviti di mana pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dapat dijalankan dengan cara yang menyeronokkan melalui aktiviti seperti menggunakan lagu story telling dengan izin. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diberi pendedahan dengan cara untuk menjawab soalan dengan berkesan. Jadi kita boleh melihat bahawa memang banyak inisiatif sudah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar khasnya di luar bandar dapat peluang yang sama untuk lulus peperiksaan bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri atas langkah-langkah yang diambil termasuk transformasi pendidikan yang dibicarakan. Saya ingin merujuk Timbalan Menteri kerana dalam cohort tahun atau umur yang dibicarakan dalam PMR, cohort tahun 13 hingga 16 untuk Laporan PISA terbaru beberapa hari yang lalu yang inisiatif OECG dan kemudian menetapkan 40 negara yang paling berhasil. Malaysia malangnya tercorot di antara 15 yang paling bawah. Kalau dikatakan ini hanya inisiatif Eropah, saya ingin jelaskan ia juga menunjukkan kelemahan di Amerika Syarikat dan juga kejayaan China, Korea, Singapura dan untuk Eropah hanya Finland. Kalau kita kaji laporan ini secara objektif dan jangan hanya menolak sebagai satu usaha yang asing, kita akan dapati beberapa kelemahan pokok yang harus diatasi. Saya fikir wajar untuk Kementerian Pendidikan sebagai penggubal dasar meneliti kerana laporan ini cukup komprehensif dan memberi kekuatan terhadap dasar pembelajaran pedagogi dan kurikulum yang ditentukan oleh negara China terutama sekitar Shanghai. Bukan sahaja di bandar tetapi juga desa. Kemudahan desa di China sekarang telah mengatasi keupayaan Malaysia di bandar dan ini harus satu hal yang amat penting.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau tidak ada transformasi selain daripada slogan, kalau tidak dapat menyaksikan peningkatan kualiti atau mutu pendidikan. Jadi, saya nak minta penjelasan Timbalan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan tentang peningkatan pendidikan untuk Malaysia. Pada hari kelmarin kita sudah dapat berita yang baik yang berkaitan dengan peningkatan keputusan PISA untuk Matematik dan Sains. Nampaknya memang Malaysia sudah merekodkan satu peningkatan tetapi malangnya kita masih lemah dalam membaca atau reading dengan izin. Memang apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, segala aspek berkaitan pendidikan sudah diambil kira. Sebenarnya semua cadangan atau semua komen yang dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat sudah diambil kira. Oleh kerana itu kita ambil masa yang agak panjang kerana kita ada banyak inisiatif di mana kita akan melaksanakan dalam jangka masa 13 tahun untuk memastikan bahawa transformasi berlaku di Malaysia dalam senario pendidikan. Saya ada kepercayaan bahawa kita boleh melaksanakan pelan ini dengan berkesan kerana cara-cara yang kita laksanakan pelan pembangunan ini melibatkan bukan hanya warga daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi ibu bapa, komuniti, stakeholders dengan 13M dan mewujudkan kolaborasi yang begitu rapat dengan pihak luar negara juga. Baru-baru ini apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Yassin mengetuai Kementerian Pendidikan Malaysia membentangkan blueprint, kita rasa amat bangga bahawa Ketua Pengarah UNESCO dengan Puan Irina Bokova sudah memberi puji atau commended on the blueprint dengan izin. Jadi di sini saya minta jasa baiklah bahawa kita sebagai rakyat Malaysia memberi Kementerian Pendidikan Malaysia satu peluang untuk pastikan bekerjasama, collaborate with us dengan izin supaya kita boleh menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan jayanya. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya kementerian juga sedia maklum bahawa peratusan lepasan pelajar-pelajar SPM yang mendapat tempat di IPTA dan IPTS masih rendah. Laporan menyebut bahawa sekitar 25% hingga 30% lepasan SPM yang berjaya mendapat tempat di IPTA. Kita juga sedia maklum bahawa kegagalan mendapat tempat di IPTA ini disumbangkan bukan sahaja kerana prestasi akademik yang rendah, tetapi kecenderungan dan minat pelajar juga berbeza. Ada pelajar yang minatnya akademik, ada juga ramai pelajar yang minatnya berteraskan kepada vokasional dan juga mata pelajaran teknikal. Persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk mewujudkan peluang-peluang bagi pelajar-pelajar yang berkenaan untuk menggilap potensi mereka dalam bidang vokasional dan teknikal. Juga, apakah langkah kerajaan untuk mengiktiraf pencapaian mereka melalui pensijilan supaya mereka boleh mendapat jaminan pekerjaan di dalam pasaran dan juga industri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Menteri.

Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan pendidikan vokasional atau TVET dengan izin. Rujuk balik kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, memang satu usaha atau satu transformasi sudah berlaku untuk pendidikan teknik dan vokasional. Pada masa dahulu pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran teknik vokasional adalah di peringkat sekolah tetapi pada hari ini nampaknya bukan hanya sekolah menengah vokasional atau teknik diwujudkan di peringkat sekolah, tetapi sekolah-sekolah teknik dan vokasional juga dinaiktaraf untuk menjadi kolej vokasional di mana kita memberi latihan kepada pelajar- pelajar yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional. Kita juga mewujudkan kolaborasi dengan institusi di luar negara kita juga. Satu kursus di mana ada pelajar boleh ikut di kolej vokasional tetapi dapat pengiktirafan juga dari luar negeri adalah program ACCA. Jadi banyak usaha sudah diambil. Selain daripada itu, untuk pelajar yang bukan academically incline dengan izin, memang pembelajaran dan pengajaran dalam kemahiran diberi banyak tumpuan sekarang. Untuk pelajar yang dia tidak dapat keputusan yang begitu baik, mereka juga boleh masuk ke kolej komuniti.

Selain daripada itu, politeknik diwujudkan. Jadi, inilah peluang di mana ada pelajar yang lemah dari segi akademik. Akan tetapi mereka masih ada satu peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional. Sekian, terima kasih.

Kamarudin bin JaffarPKR · PHBandar Tun Razak · question

6. Dato' Kamarudin bin Jaafar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang menambahkan lagi jumlah hari bersidang Parlimen memandangkan banyak persoalan negara dan undang-undang yang perlu dibahas untuk diluluskan.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpendirian bahawa bilangan hari yang telah diperuntukkan bagi Dewan Rakyat bersidang adalah mencukupi bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat membangkitkan, membahaskan isu-isu berkaitan. Walau bagaimanapun, penambahan bilangan hari bersidang bergantung kepada keperluan semasa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa mesyuarat ketiga yang sedang berlangsung, Dewan Rakyat telah bersidang sehingga lewat malam beberapa kali. Rekod yang saya peroleh menunjukkan jumlah penambahan masa persidangan adalah sebanyak 81 jam yang bersamaan dengan 13 hari persidangan. Tambahan masa persidangan adalah bermaksud untuk persidangan yang dilanjutkan selepas jam 5.30 petang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri itulah yang menjadi alasan yang tersendiri bahawa perlunya ditambah hari-hari kita bersidang sebab hampir tiap-tiap hari sidang Dewan kita ini terpaksa dilanjutkan masanya sehingga ke lewat malam. Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai Dewan Rakyat dan Parlimen sebenarnya mengambil daripada tradisi Westminster di London apabila kita lihat dan bandingkan istilah- istilah seperti speaker, backbencher, whip, malah belah bahagi, division. Mana kita ada belah bahagi, kita mengundi sebenarnya. Akan tetapi oleh kerana kita meniru dan mengambil istilah-istilah Westminster, maka itulah yang kita pakai. Akan tetapi Westminster Tuan Yang di-Pertua dia bersidang 145 hari, 150 hari dalam setahun. Kita kalau tahun ini hanya 51 hari. Walaupun kita akui tahun ini berbanding tahun-tahun lain agak kecil jumlahnya kerana tahun pilihan raya kerana Barisan Nasional takut untuk mengumumkan pilihan raya yang memberi masa yang sesuai untuk kita bersiap sedia. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua saya fikir dan Dewan di Westminster mereka bersidang hanya di waktu petang. Kita daripada pagi hingga ke malam dan ini saya fikir menjejaskan prestasi perkhidmatan yang boleh kita buat. Jadi, seruan saya memandangkan Yang Berhormat Menteri sendiri menyebutkan bahawa terpaksa ditambah waktu hingga ke malam, walaupun bermula daripada pukul 10.00 pagi, maka ini adalah alasan yang jelas bahawa perlunya ditambah hari-hari supaya kita boleh berkhidmat dengan baik. Saya rujuk kepada website Parlimen Westminster Tuan Yang di-Pertua apabila hendak mengetahui bilangan hari yang mereka catitkan secara rasmi di website Westminster bukan hari-hari sidang tetapi hari-hari sidang bercuti. Cuti Krismas, cuti musim panas, cuti Easter, cuti may day dan sebagainya. Maknanya, hendak menunjukkan betapa hari bersidang itu lebih banyak daripada hari tidak bersidang dalam satu-satu tahun. Jadi, ini saya fikir pengajaran yang baik untuk kita. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya terbuka dalam hal ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita dalam Peraturan Mesyuarat 66(3), kita ada maksimum 13 hari. Dua hari untuk menjawab. Ini kita buat. Kemudian, 66(5) kita dibenarkan maksimum 20 hari. Sekarang kita buat 11 hari. Jadi, itu kedudukannya sekarang. Akan tetapi untuk membolehkan kita selesaikan masalah ini, maka kita tambah jadi 81 jam.

Walau bagaimanapun, pertambahan hari ini kita akan serah kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan dan juga setelah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini kita terbuka untuk kita lihat bagaimana apakah hari-hari yang ada sekarang mencukupi kerana kita tambah jam pun tengok Yang Berhormat masih kuat dan sebagainya. Kecuali semalam semua Ahli Pembangkang lari keluar untuk meninggalkan kuorum kepada kami untuk menentukannya. Jadi, kalau hari ini berterusan kita kena juga berhati-hati. Ini kerana apa perbuatan kalau panggil kuorum ini, duduk di situ dan kita bilang bersama. Jangan panggil kuorum, lari keluar dan hantar Yang Berhormat Kapar masuk jadi saksi kot kita bilang silap. Kita bilang tidak silap. Kuorum kita cukup dan lebih pada cukup. Hari ini juga kalau hendak buat apa- apa pun kami bersiap siaga, kami cukup. Kita tahu bahawa walaupun kita bertambah kerja, kerja kita lebih berat daripada Dewan Undangan Negeri, lebih berat daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tetapi Selangor telah menaikkan elaun lebih daripada Ahli Parlimen. Malah Menteri Besar Selangor sekarang ini, gajinya lebih besar daripada gaji Perdana Menteri. Jadi...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sarawak macam mana?

Itu saya menjawab. Walau bagaimanapun, kita akan ambil perhatian tentang perkara ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang, kita berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membolehkan sama ada kita perlu atau pun tidak untuk menambah hari kerana kita masih lagi dibenarkan di bawah 66(5). Kalau kita hendak tambah hari, kita tidak perlu pinda di sini, kita boleh berbincang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membangkitkan bahawa tadi meminta hari tambahan. Kita lihat bagaimana kualiti perbahasan pun juga sangat rendah dan Yang Berhormat Menteri didesak-desak untuk memendekkan jawapan dan buat secara bertulis. Jawapan bertulis pun dia tidak beri. Jadi, perlunya untuk kita menambahkan masa ini agar ada perbahasan yang berkualiti. Seperti semalam, we do respect to the Menteri Kesihatan bukan orang yang relevan untuk menjawab soalan, berbahasa dalam isu dadah semalam. Oleh sebab itu kita walk out because he’s not the right person to answer the issue dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua juga yang hadir dalam semalam punya kes. Jadi, kita mintalah Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen memastikan Menteri yang betul menjawab soalan dalam perbahasan.

Dato' Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Alasan itu.

Semalam sebab itu kita minta untuk dihentikan agar kita menggantikan Menteri yang lebih arif tentang undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Ampang.

Jadi, ini harus dipertimbangkan dan harus dikaji semula. Terima kasih.

Soalan, apa soalannya?

Soalannya, tidak ada kualiti, perbahasan tidak berkualiti kerana masa yang singkat dan sengaja disingkat-singkatkan. Kadang didesak-desak Yang Berhormat Menteri suruh berhenti dan suruh jawab bertulis. Bertulis pun tidak ada tulis. Jadi, ini kualiti apa? Kita minta tambahan ini agar ada kualiti perbahasan dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang boleh menilai kualiti perbahasan mereka dan dia telah isytiharkan bahawa kualiti perbahasan mereka rendah. Akan tetapi saya hendak beritahu bahawa Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional kualiti perbahasan kita tinggi. Inilah. Cara Yang Berhormat cakap ini Yang Berhormat boleh rujuk kepada perjanjian Bani Tahkim di antara kumpulan Sayidina Ali dan juga kumpulan Muawiyah. Jadi, Yang Berhormat sendiri yang mengisytiharkan perbahasan tidak berkualiti. Akan tetapi bagi sesetengah perkara yang ditimbulkan secara teknikal, kita jawab bertulis. Bertulis akan sampai juga akhirnya sebab kita sudah berjanji jawab bertulis, kita jawab bertulis. Sama ada Yang Berhormat boleh jawab atau tidak boleh jawab, itu hak

kerajaan untuk memastikan supaya kita bagi jawapan yang setepatnya. Kita maklum kita hendak jawab bertulis. Akan tetapi Yang Berhormat tidak boleh buat penilaian macam itu. Bukan kita seorang yang pandai. Siapa yang datang Dewan Rakyat ini, semua pandai. Itu satu. Nombor dua, Ahli Parlimen juga bertanggungjawab kepada tugas masing-masing. Sekarang kita tengok sebahagian besar Ahli Parlimen kita tidak berada di sini kerana mereka sedang bertungkus-lumus untuk menolong orang di kala banjir. Di London itu tidak banyak wakil rakyat yang pergi banjir tetapi di sini banjir boleh dikatakan tiap-tiap tahun dan kita dapati bahawa Ahli-ahli Parlimen dan juga wakil-wakil rakyat ini seumpama pegawai kebajikan. Mereka berjuang untuk membela rakyat dan ini adalah prinsip dan juga pendirian Barisan Nasional. Selepas hari ini kalau tidak ada perbincangan diharap-harapkan kita boleh ramai-ramai pergi ke Kuantan, pergi ke Kemaman, pergi ke Rompin, pergi ke Terengganu dan juga Kedah untuk sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

Ini tugas wakil rakyat dan juga Ahli Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mana Yang Berhormat Baling? Saya ingatkan pergi dengar ucapan Presiden, patah balik pula? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia patah balik. Saya ingatkan dia pergi dengar ucapan Presiden dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya beri peluang Yang Berhormat Pokok Sena untuk tanya soalan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, saya hendak tanya. Isu yang selalu kami bangkit di Parlimen ini ialah isu kepada soalan bertulis. Itu bagi saya bahawa soalan bertulis kita sudah beri awal bersama dengan soalan jawab lisan ini yang saya kira bahawa sepatutnya soalan itu kita masuk Parlimen itu kita boleh dapat. Saya ingat benda itu benda yang simple untuk setiap kementerian itu boleh menyediakan jawapan terus apabila mula start hari pertama sidang itu kita sudah boleh dapat jawapan bertulis untuk menjadi rujukan kepada perbahasan-perbahasan selanjutnya. Akan tetapi saya ingat sampai hari ini kita tidak dapat untuk sidang ini kepada soalan-soalan bertulis. Jadi ini yang saya hendak minta kepada Menteri yang jaga Parlimen khususnya dan juga pihak Parlimen Tuan Yang di-Pertua untuk berunding dengan pihak kementerian, pihak kerajaan dan pihak menteri ini supaya memastikan bahawa hari pertama sidang jawapan kepada soalan bertulis itu mesti letak atas meja siap. Itu yang sewajarnya. Kalau tidak, tidak ada makna kita bagi soalan bertulis tiba-tiba habis sidang baru kita dapat. Hendak buat apa? Ini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat.

Jawapannya insya-Allah dan pihak Parlimen sendiri telah mengenakan peraturan kepada kami pihak kerajaan supaya selepas soal jawab ini bagi yang tidak dapat dijawab secara lisan kita akan jawab secara bertulis. Parlimen setiap hari datang ke semua tempat Menteri minta benda itu. Benda itu berjalan dengan elok tetapi yang hak soalan bertulis itu kalau sekiranya saya minta sebab ini khusus. Kalau Yang Berhormat ada perkara yang tertinggal dan tidak mendapat soalan bertulis itu, saya tahu kira ini Yang Berhormat kata ini tidak perlu cakap. Ya, saya tahu, itu saya hendak jawab sekarang ini. Saya tidak perlu cakap dan kena pastikan soalan bertulis itu berada di atas meja. Jadi jawapannya insya-Allah.

Hasbullah bin OsmanUMNO · BNGerik · question

7. Dato’ Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan dalam usaha memberikan perkhidmatan bekalan air bersih di perkampungan Orang Asli apakah tindakan dan peruntukan yang telah disediakan. Sejauh mana kemudahan bekalan air bersih dinikmati masyarakat asli di seluruh negara.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merakamkan penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat Gerik di atas keprihatinan beliau terhadap isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) begitu komited untuk melaksanakan pembangunan kepada masyarakat Orang Asli bukan sahaja dari aspek fizikal seperti kemudahan infrastruktur dan prasarana di perkampungan, malah turut menitik beratkan kepada Pembangunan Modal Insan menerusi program pendidikan dan kursus kemahiran kepada masyarakat Orang Asli. Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, daripada sejumlah 852 buah perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, sebanyak 677 buah kampung iaitu 79.5% telah mempunyai kemudahan bekalan air terawat. Pada tahun 2013, sebanyak RM56.7 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan Projek Bekalan Air Terawat di perkampungan Orang Asli yang melibatkan sebanyak 60 kampung. Projek-projek tersebut sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan Mei 2014. Manakala sejumlah RM20 juta lagi akan disalurkan pada tahun 2014 bagi pelaksanaan projek tersebut secara berterusan. Sebagai langkah bagi memastikan kemudahan sistem bekalan air terawat yang telah dilaksanakan di kawasan penempatan Orang Asli diselenggarakan dengan sewajarnya, sejumlah RM6 juta telah diluluskan di bawah Perbelanjaan Mengurus pada tahun 2013 ini. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut meliputi penggantian penapis, menukar alat ganti, kerja-kerja penambahbaikan kecil, bekalan minyak petrol, bayaran bil elektrik dan sebagainya. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut dilaksanakan secara berkala oleh kontraktor-kontraktor bertauliah yang dilantik. Isu-isu berkaitan keperluan kemudahan infrastruktur termasuk kemudahan bekalan air bersih di perkampungan Orang Asli telah dibincangkan di dalam makmal Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 pada 23 April hingga 31 Mei 2012 yang telah dikelolakan oleh PEMANDU atau Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. Pelaksanaan projek-projek di bawah inisiatif GTP 2.0 ini bermula pada tahun 2013 hingga 2015. Untuk maklumat Yang Berhormat Gerik, pihak JAKOA juga telah membentangkan kertas cadangan bagi pelaksanaan Program Pembangunan Bersepadu di perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Ia melibatkan keperluan kemudahan infrastruktur, jalan, elektrik, air bersih dan rumah PBL di perkampungan Orang Asli dengan kos keseluruhan berjumlah RM760 juta. Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek-projek tersebut telah mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Penyaluran peruntukan menerusi pelbagai program dan projek ini membuktikan bahawa pihak kerajaan begitu serius untuk membangunkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara kita, di seluruh Semenanjung Malaysia. Pihak kementerian menerusi JAKOA perlu mengkaji dan meneliti keperluan projek atau pun program pembangunan masyarakat Orang Asli dari semasa ke semasa dan melaksanakannya mengikut keutamaan. Isu-isu yang melibatkan masyarakat Orang Asli ini bukan sahaja tertumpu kepada usaha-usaha pembangunan infrastruktur di kawasan penempatan mereka, namun begitu fokus juga perlu diberikan kepada Pembangunan Modal Insan termasuk pendidikan dan kemahiran serta pelaksanaan projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli. Menerusi usaha-usaha kerajaan yang berterusan ini akan dapat memastikan bahawa kumpulan minoriti ini dapat bergerak seiringan dengan masyarakat umum di dalam arus perdana. Pihak kementerian menyasarkan menjelang tahun 2017, masalah kemudahan asas di perkampungan Orang Asli akan dapat kita tangani sepenuhnya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak kerajaan yang menjawab. Daripada jawapan yang telah diberikan, sebenarnya saya melihat kerajaan tidak pernah membekalkan air bersih kepada masyarakat Orang Asli kecuali air dirawat. Bermakna kejayaan yang ada di kampung Orang Asli untuk kemudahan asas sama ada perumahan dan lain-lain setakat ini untuk air hanya air yang dinikmati oleh Orang Asli melalui bekalan air luar bandar yang paling berjaya dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Oleh sebab itu, saya nampak perancangan kerajaan tidak seberapa mana untuk membekalkan air bersih kepada Orang Asli. Apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan yang berlaku di tempat saya, tiga perkampungan Orang Asli, beratus ribu dibina pam-pam untuk menyedut air dibekalkan kepada Orang Asli tetapi akhirnya pam-pam tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga minggu. Apakah tidak ada perancangan yang terperinci daripada pihak JAKOA dan juga kementerian bagi memastikan Orang Asli juga dapat menikmati bekalan air bersih.

Oleh sebab itu, maka kita bila masuk ke kampung Orang Asli terpaksa makan ubat takut kena penyakit malaria dan pelbagai lagi. Akan tetapi, walau bagaimanapun kerajaan telah menyediakan kemudahan air cuma yang saya katakan tadi air bersih. Saya melihat kerajaan perlu berbincang dengan kerajaan negeri yang mempunyai syarikat bekalan air untuk memastikan air tadi dirawat dan dibagi klorin. Apa kaedah yang saya tidak pandailah benda itu. Itu yang pertama yang saya tanyakan bagaimana apa perancangan kerajaan untuk memastikan Orang Asli dapat bekalan air bersih? Kedua, yang saya hendak tanya ialah kerajaan membekalkan anak-anak getah terutama macam di tempat kawasan saya. Akan tetapi dalam masa yang sama kawasan Orang Asli ialah kawasan penempatan gajah. Mereka tanam pokok getah tetapi selepas seminggu gajah datang sapu pokok getah, jadi lagu mana? Lagu mana Orang Asli akan mendapat pendapatan seperti masyarakat lain? Kadang-kadang setengah daripada kita memandangkan masyarakat Asli ialah masyarakat kelas yang kedua. Sebenarnya mereka juga sama macam kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Gerik jangan panjang sangat 11.30 lebih sudah.

Minta maaf fasal ini fasal Orang Asli. Persoalan saya apakah Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga akan membantu memberi peruntukan kepada Orang Asli untuk getah yang dimusnahkan oleh gajah?

Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan yang diutarakan tadi, kalaulah sesuatu itu amat diperlukan seperti mana telah disarankan oleh Yang Berhormat, adakah kementerian ini akan membantu masyarakat Orang Asli untuk mereka ini menanam getah ataupun perkara yang berkaitan dengan getah? Ya, JAKOA saya boleh menjaminkan, kementerian boleh menjaminkan JAKOA akan melihat kepada itu dan akan membantu. Kami amat menerima baik apa yang telah disarankan, yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Gerik tadi. Itulah yang kami hendak maklum balas daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang begitu prihatin kepada masyarakat seperti mana yang ditunjukkan Yang Berhormat Gerik tadi. Pegawai-pegawai yang duduk di belakang tadi memang sudah mencatat pun apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Gerik. Untuk tambahan kepada apa yang telah diberitahu tadi dalam jawapan saya ingin menyebut di sini dalam statistiknya bekalan air terawat kita masih ada 175 kampung lagi yang belum dapat air terawat. Iaitu dalam puratanya 20.5% - kita mengakui. Mereka ini kita akan sasarkan untuk mereka mendapat air terawat nanti. Jadi, air bersih kita melalui apa yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, Program BAKAS hampir kesemuanya perkampungan Orang Asli sudah mendapat air bersih, alternatif tetapi bukan terawat seperti mana telah saya sebut di sini tadi. Kita mengakui masih ada baki-bakinya perkampungan yang belum dapat sistem air terawat ini. Jadi dengan jawapan sebegitu dahulu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul-usul Menteri Kewangan di nombor 1,2,3 dan 4 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan”.

Tuan P. Kamalananthan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983Motion

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi berkaitan ketetapan mengenai pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan. Mengikut keperluan seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM28,905 juta wang terimaan bersih daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan bagi tahun 2012 yang berada dalam Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk menampung keperluan perbelanjaan pembangunan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu Kumpulan Wang Amanah Kerajaan yang ditubuhkan mengikut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek-projek pembangunan. Salah satu sumber dana yang terdapat dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan adalah melalui pindahan dari Akaun Pinjaman Yang Disatukan. Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Sekuriti pinjaman berasaskan syariah ini telah diterbitkan oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan antara tujuan utama adalah bagi meningkatkan pembangunan pasaran kewangan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan sebanyak RM28,905 juta

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

daripada Akaun Pinjaman Yang Disatukan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembangunan untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada yang menyokong?

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ya, seperti mana biasa Yang Berhormat Kepong. Sampai petang Yang Berhormat Kepong?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak, tidak. Ini secara ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Untuk memudahkan Ahli-ahli UMNO menyertai ... [Tepuk] ...perhimpunan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sangatlah dihargai.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Banjirlah - tetapi saya ada ingat di PWTC tidak ada banjir. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahaskan usul ini kerana ini adalah terpenting. Sekarang ini wang itu lebih hampir RM29 bilion dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan untuk projek-projek pembangunan. Saya hendak tanya Yang Berhormat yang sedang hendak cepat pergi ke perhimpunan tetapi saya berharaplah dan baju itu cantik juga. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu Dewan yang mulia ini jumlah wang di dalam Kumpulan Wang Pembangunan sekarang. Ini adalah sebahagian sahaja. Ini pun daripada tahun 2012. Di sinilah saya berharap projek-projek pembangunan ini akan dijalankan dengan betul. Misalnya seperti mana yang disarankan oleh Menteri ketulusan yang mengatakan sekarang pihak kerajaan akan menggunakan sistem tender, tender terbuka untuk projek- projek. Inilah kita memang hendak tekankan bahawa dengan wang berbilion-bilion ini pihak kerajaan mestilah menggunakan sistem tender yang benar-benar terbuka.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya bagi satu contoh Yang Berhormat misalnya dalam usaha hendak menggalakkan pencipta dan pengusaha negara ini misalnya dengan sekarang topik yang saya sangat mengambil perhatian mengenai insinerator sisa pepejal itu. Insinerator ini dan pihak Yang Berhormat Tumpat pun boleh mengesahkannya. Insinerator ini dia menjadi rekaan UiTM atau UTM. Dia cuba diadakan kilang besi baja di Terengganu. Akan tetapi projek percubaan beberapa juta ini sudah gagal. Pilot projek gagal tetapi pihak kerajaan memberi empat projek, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Cameron Highland kepada satu syarikat yang belum lagi diuji sebagai menggunakan teknologi yang boleh dipakai tetapi diberi wang projek dengan begitu sahaja. Jadi saya pun tidak boleh terima. Itu salah satu contoh. Banyak contoh lagi. Saya berharaplah dengan kelulusan usul ini wang di dalam berbilion-bilion ini boleh digunakan dengan tepat, persis dan jitu dan mengikut sistem tender terbuka. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas. Perak tidak banjir Yang Berhormat? Ya? Sila Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih kerana prihatin kepada Perak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sedar, kalau banjir boleh balik awal.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Banjir sikit sana tetapi tidak sebegitu teruk seperti di Kuantan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan wang yang diterbitkan oleh kerajaan RM28.905 bilion ini bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik wang yang diterbitkan ini kita akan guna pakai. Kita takut ini ialah hutang negara sudah pun melebihi hampir RM500 bilion. Setiap tahun ansuran bayaran balik untuk hutang-hutang ini adalah sebanyak RM23.1 bilion. Walaupun kita membayar hutang yang ada ditambah dengan faedah ataupun bunga yang dikenakan mungkin mengambil 30 tahun. Kalau kita terus membayar, boleh habis bayar. Akan tetapi malangnya dalam bajet yang baru-baru yang dibentangkan kita dianggarkan defisit RM40 bilion. Ini bermaksud kerajaan akan terus meminjam. Kalau kita bayar ansuran RM23.1 bilion kita hutang lagi 40 bilion, bila hutang akan diselesaikan. Yang menakutkan ialah dengan penambahan hutang ini mungkin kita tidak mampu satu hari untuk membayar ansuran hinggakan negara menjadi muflis. Jadi ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan dan setiap kali kerajaan mendapat wang daripada pemiutang ini haruslah kerajaan berjaga-jaga dan memastikan ia boleh dan mampu bayar bukan dengan menghapuskan semua subsidi- subsidi yang rakyat sekarang nikmati hinggakan elektrik naik, gula naik, nanti beras pun naik. Macam-macam semua barang naik hinggakan juga GST hinggakan yang membebankan rakyat dengan begitu teruk sekali. Saya harap mendapat satu penjelasan bahawa wang yang kita terbitkan ini kita mampu bayar tanpa membebankan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja saya menyambut apa yang telah pun diutarakan oleh dua Yang Berhormat sebelum saya ini pertamanya saya ingin melihat kepada cara angka ‘RM28,905 juta’ itu ditulis dalam usul ini. Sekali baca kalau kita tidak teliti kita sangkakan hanya RM28,905 kerana ditulis begitu ‘RM28,905 juta’. Walhal kalau hendakkan ketepatan dan tidak timbul kekeliruan seharusnya ‘RM28,905,000,000’ baru jelas ataupun ‘RM28.905 bilion’ barulah gambaran jumlah yang sebesar itu dapat diperhatikan. Sudah tentu Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Beruas amat teliti dan menyedari bahawa yang kita bercakap ini is not in the million sebab in the billion dengan izin Yang Berhormat berdua tadi faham. Akan tetapi saya bimbang kalau-kalau angka- angka ini dibentuk sedemikian rupa supaya ia tidak menunjukkan betapa besarnya jumlah yang kita hendak luluskan hanya melalui satu usul yang dibentang dalam bentuk satu ayat sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya minta kementerian dan pegawai-pegawai menghormati bahawa kita ini berbicara tentang isu satu jumlah yang cukup besar sekali. Point kedua Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa apabila kita bercakap tentang wang untuk pembangunan, kita bercakap tentang projek. Projek ini kita bercakap tentang kontrak. Yang Berhormat Kepong tadi beri contoh kontrak yang kita telah dan mula bincang di peringkat PAC. Kebimbangan kita semua adalah bahawa kontrak-kontrak ini perbelanjaan daripada dana pembangunan ini melalui cara-cara perbelanjaan yang sewenang-wenang pergi tidak rapi, jumlah kos projek tidak dikira dengan perkiraan yang teliti. Inflated cost dengan izin, inflated prizes biasanya berlaku campur dengan penyelewengan, campur dengan kelewatan projek, kos meningkat kerana pakar-pakar yang kononnya consultant sama ada dalam JKR dalam kerajaan atau consultant yang dibayar

dengan jumlah kos bayaran yang begitu tinggi gagal memastikan projek berjalan mengikut waktu masa, mengikut kos yang telah dipersetujui daripada awal. Jadi saya harap bahawa pihak kerajaan memastikan oleh kerana pembangunan ini berkenaan dengan projek-projek, kos, cara menilai projek biarlah kos itu munasabah dan tidak sengaja diinflasikan, ditinggikan hanya untuk memberi keuntungan kepada orang- orang yang berkepentingan supaya ini berlaku supaya walaupun dana pembangunan tahun 2014 atas kertasnya kurang daripada dana pembangunan tahun 2013 ini. Akan tetapi walaupun jumlahnya kurang biarlah apa jumlah projek pergi dilakukan itu kalau tidak pun sama banyak, bertambah banyak berbanding dengan tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Tumpat atas pandangan-pandangan yang diberikan terutama ketiga-tiganya mengenai tender terhad, tender terbuka itu hendaklah tepat, persis dan jitu. Perkataan yang amat gembira saya mendengarnya tepat, precise dan jitu dan Yang Berhormat Tumpat RM28.905 bilion bersamaan dengan RM28,905,000,000 sama juga dengan angka dalam usul ini ‘RM28,905’ juta sama dengan RM28.905 bilion’, sama juga dengan ‘RM28,905,000,000’. Walaupun begitu kita amat berterima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat kerana kos yang munasabah tidak di inflate kos itu kita ambil perhatian. Kita dalam jawatankuasa tender di Kementerian Kewangan ia adalah telus dan mereka yang terlibat memutuskan tender itu menandatangani - sebelum memutuskan tender kami kena tandatangani bahawa tidak ada unsur-unsur yang tidak benar, tidak ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya bagi memutuskan tender-tender itu.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Pertanyaan daripada Yang Berhormat Beruas, hutang negara sehingga September 2013, RM529.2 bilion atau pun 53.6% daripada KDNK. Sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dengan teratur. Ini adalah hasil daripada pengurusan hutang yang berhemat, di mana pinjaman dibuat setelah mengambil kira kemampuan membayar balik. Pada tahun 2012, jumlah bayaran khidmat hutang adalah sebanyak RM19.5 bilion atau 95% perbelanjaan mengurus dan ini masih dalam keupayaan kita. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong yang menimbulkan incinerator sisa pepejal UiTM, Tioman, Langkawi, Pangkor, Cameron Highlands dan kita tuliskan segala nota-nota yang telah dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan disahkan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Eksais 1976Motion

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 6, subseksyen 2, Akta Eksais 1976 supaya diperintah Duti Eksais (Pindaan) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. ST. 51 bagi tahun 2012 disahkan.”

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Pertama, Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2013, PUA296, bertarikh 26 September 2013, kertas statut bilangan ST.61. Perintah ini bertujuan untuk menaikkan kadar duti eksais bagi beberapa produk rokok seperti berikut. Pertama Cigar, Cerut dan Cigarillos dinaikkan daripada RM220 sekilogram dan 20% Ad velorem kepada RM250 sekilogram dan 20% Ad velorem dan ada Cigar, Cerut, Cigarillos daripada 22 sen sebatang dengan peratusan 20% kepada 25 sen sebatang dengan peratusan 20%. Peningkatan kadar duti eksais atas produk rokok ini dibuat untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat. Langkah ini adalah dengan selaras syor World Health Organization (WHO) dengan izin, yang telah menetapkan bahawa kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah terpenting dan berkesan dalam mengawal ketagihan rokok terutamanya di kalangan remaja. Kenaikan kadar duti eksais ini telah berkuat kuasa mulai 27 September 2013. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Siapa menyokong?

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, · Ledang

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kastam hendak eksais ini kita kutip setiap tahun RM32 bilion. Kalau hendak cepat, hendak pergi ke PWTC, RM32 bilion tidak penting sudah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pergi sahaja lah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Pergi sahaja lah itu. [Menyampuk] Jadi ini memang satu Statut 61 mengenai cerut iaitu cigar cerut dan cigarillos. Memang bila kita dengar Yang Berhormat mengatakan ini memang satu langkah yang begitu baik dengan menaikkan harga cigar, cerut dan sebagainya dan kemudian bilangan penagih akan kurang. Akan tetapi saya tidak nampak, di dalam Dewan ini pun penghisap tidak kurang, ada tambah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang ada tambah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Termasuk yang bising sangat iaitu Yang Berhormat Kinabatangan. Hisap itu tidak kurang. [Ketawa]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak boleh, Yang Berhormat Kinabatangan. Dia tidak kurang dan kemudian dia pergi di luar itu hisap. Ada juga yang buang sebagai sampah, puntung.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Bandar Kuching pun hisap juga.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Betul juga, Yang Berhormat Bandar Kuching ini. Betul juga. [Ketawa] Bukan Yang Berhormat Kinabatangan sahaja, orang yang lain juga. Jadi Yang Berhormat, kalau kata kita kurangkan mengikut itu World Health Organization, kita kurangkan tetapi saya tidak nampak, di dalam Dewan tidak boleh kurang, di luar pun tidak payah lah, tidak akan kurang. Tambah pula bila kita adakan eksais kita naikkan kadar bayaran ini, kadar eksais ini, yang penyeludupan itu bertambah. Saya tidak tahu Yang Berhormat Kinabatangan hisap rokok atau pun cigar itu datangnya daripada mana.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Oleh kerana di Sabah itu, tidak payah lah dia.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya betul lah. Semua boleh masuk dengan cepat di Sabah. Itu lah bila kita adakan tindakan langkah seumpama ini penyeludupan akan meningkat daripada negara-negara jiran kita. Itu lah masalahnya Yang Berhormat. Saya tanya mengenai kadar sekarang ini yang dicadangkan ini, berapa tambahan kutipan eksais kita dapat? Sekian, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Belum, belum. Ada lagi Yang Berhormat?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh tambah sikit? Tambah sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin turut bertanya kepada kementerian, ekoran daripada menaikkan duti eksais kepada semua bentuk rokok, cigar dan sebagainya. Berapa kutipan kah yang dijangka dapat diperoleh. Sedar kah Yang Berhormat bahawa ekoran daripada kenaikan ini, maka rokok-rokok seludup makin berlambak di pasaran? Oleh sebab rokok seludup ini murah jika dibandingkan dengan rokok yang dikenakan duti. Ini boleh merugikan pendapatan negara. Kalau saya tidak melihat bahawa menaikkan kadar duti rokok ini boleh membendung penyeludupan sebab ia akan menambah meningkatkan lagi penyeludupan. Mengikut rekod yang kita terima, tidak merokok pun sakit jantung juga, kena kanser juga. Ini bermakna mungkin cuma andaian beberapa pakar mengatakan bahawa kematian banyak disebabkan rokok dan sebagainya. Akan tetapi sebetulnya kematian di jalan raya lagi banyak lah daripada kematian akibat merokok ini. Jadi perlu ada pengkajian betul-betul tepat, alasan yang kukuh kalau hendak menaikkan sesuatu jangan sebab kesihatan. Kalau hendak melihat kesihatan, bermakna tidak perlulah dibenarkan rokok masuk ka, cigar masuk ka atau pun rokok-rokok haram itu berlambak di tepi-tepi jalan, di gerai-gerai. Pokoknya semua gerai-gerai ada rokok haram. Ini bermakna kalau pun kerajaan menaikkan duti cigar dan sebagainya. Ini pada saya penguatkuasaan kena dipertingkatkan, sebab kalau tidak akhirnya matlamat kita itu tidak sampai kepada sasaran dia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini pada saya merupakan dua kerugian yang sama sebab pengedar lebih suka kalau rokok duti ini dinaikkan sebab mereka boleh mempertingkatkan juga jualan mereka dengan harga – kalau kerajaan tambah 5 sen, dia tambah 2 sen. Masih murah juga jika dibandingkan kalau satu kotak di luar RM10, dia jual RM7.50. Bermakna dia pun lagi untung sebab dia tidak bayar cukai. Jadi, penguatkuasaan daripada pihak Kastam juga harus dilihat sebagai satu faktor untuk membantu mengurangkan lambakan-lambakan rokok seludup ini khususnya di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir, baiklah kita berfikir berterus-terang Yang Berhormat Menteri bahawa tujuan sebenarnya menaikkan duti eksais terhadap cigar, curut dan cigarillos ini ialah untuk menambah pendapatan negara. Tidak perlulah sebutkan ini adalah kerana untuk kesihatan rakyat dan sebagainya. [Ketawa] . Oleh sebab itu bukti bukan suatu alasan yang ikhlas daripada kerajaan. Tinggal lagi kepura-puraan kita itu lebih terjelma Tuan Yang di-Pertua, apabila kedai cigarillos dan curut ini di KLIA daripada kecil bertambah besar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Orang asing itu Yang Berhormat. Orang asing datang ...

Itu bermakna kita tidak mengutamakan kesihatan manusia. Seolah-olah kita – biarlah asalkan dapat berniaga cigar dengan jaya,

biarlah rakyat di seluruh dunia ini kena kanser, sakit dan sebagainya. Jadi, itu saya rasa adalah suatu pendirian yang kerajaan ...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

...Bukanlah kita tidak bersetuju [Ketawa] .

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Tumpat tadi itu bahawa kepura-puraan kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan sebagainya. Akan tetapi walaupun disebutkan tadi bahawa penagih-penagih cigar ini, ia bukan sahaja memberikan kesan tidak baik kesihatan itu kepada mereka yang menghisap tetapi juga kepada orang ramai secara keseluruhannya. Jadi, saya lihat bahawa maknanya kerajaan betul-betul tidak melihat kepada soal kepentingan kesihatan yang sebenar secara keseluruhannya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Betul Yang Berhormat Pokok Sena.

Minta sekali.

Sebab kita cuma tahu masalah...

Silakan Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Kita naikkan cukai tetapi masalah seperti kata Yang Berhormat Kinabatangan tadi penguatkuasaan tiada. Macam di Pantai Timur Sabah, semakin harga rokok naik, semakin banyak penyeludupan rokok. Misalannya, Marlboro di pasaran yang membayar cukai RM12.50, tetapi dari Philippines RM5 sahaja. Jadi semakin naik, semakin kita mempunyai masalah sebab tidak ada penguatkuasaan. Ini kerana kalau sekiranya pemberontak dari Philippines boleh masuk, apa lagi rokok yang begitu kecil mereka tidak boleh masukkan. Ini minta pandangan daripada Yang Berhormat Tumpat.

Saya harap Yang Berhormat Menteri dan kerajaan mengambil berat akan apa yang berlaku itu. Ini kerana walaupun cukai tinggi, tetapi oleh kerana tidak ada penguatkuasaan, maka hasil yang diharapkan daripada cukai yang tinggi itu tidak diperoleh oleh kerajaan tetapi sebaliknya meningkatkan lagi kerja-kerja yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh penyeludup-penyeludup ini. Begitu juga Yang Berhormat Pokok Sena tadi berkaitan dengan second hand smoke, dengan izin iaitu asap perokok yang terkena kepada orang lain. Ini membuktikan bahawa rokok sebenarnya lebih berbahaya lagi daripada gula dari segi kesihatan. Gula tidak berjangkit penyakit kencing manis ini walaupun saya bukan doktor, saya tahu itu. Tidak berjangkit tetapi rokok second hand, berjangkit. Maka dengan itu, kerajaan mesti lebih tegas terhadap isu rokok ini dan tidak boleh menganggap ia seperti gula yang sudah dikenakan potongan subsidi 100% itu kerana dianggap sebagai ancaman kesihatan. Jadi, saya harap kerajaan serius tentang itu. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan pandangan dan perkiraan daripada Yang Berhormat Menteri, cukai eksais 220% telah naik kepada 250%. Itu cukai eksais. Kalau dikira GST pula lagi Yang Berhormat Menteri, campur GST 6%, berapa agaknya kiranya? Akhirnya, harga cigar dan cigarillos selepas dikira tambahan cukai eksais, selepas di campur pula GST. Saya tidak begitu pandai Matematik. Itu kiranya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Boleh saya sedikit sahaja? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin memberikan sedikit pandangan tentang pengawalan dan penguatkuasaan apa yang kita panggil bahan- bahan dosa ini, baik daripada arak, rokok dan sebagainya. Kita tahu daripada perbahasan- perbahasan kita bahawa masalah kita, undang-undang kita cantik tetapi masalahnya penguatkuasaan. Penguatkuasaan menjadi sukar apabila penjualan itu begitu meluas. Maknanya rokok boleh dijual di mana-mana kedai. Arak juga yang di bawah peratus tertentu, arak peraman ini juga boleh dijual di mana-mana kedai. Jadi bila hendak menguatkuasakan, kita hanya mengharapkan pihak-pihak PBT yang tidak mungkin, dengan tenaga yang ada pada mereka tidak mungkin. Saya mengajak kerajaan untuk berfikir di luar kotak sedikit. Maknanya kita mengadakan kedai-kedai yang berlesen khas untuk yang kita panggil sin goods Di mana kita collect sin tax dengan izin, cukai dosa yang kita sebutkan tadi. Jadi dengan ini, kedai- kedai biasa tidak boleh menjual rokok, kedai-kedai biasa tidak boleh menjual arak dan kedai biasa tidak boleh menjual bahan-bahan yang mendatangkan mudarat kepada rakyat. Kita ada satu kedai – saya tahu kita tidak boleh mengharamkan terus kerana sekiranya kita mengharamkan terus, maka berlaku penyeludupan, berlaku underground ataupun pasaran gelap yang menjual barang-barang, berlaku rasuah dan sebagainya. Jadi, kita wujudkan satu ini yang mana kita kata kita tidak menafikan hak kebebasan rakyat siapa yang hendak menghisap rokok, hendak bunuh diri, lantak dialah. Siapa hendak minum sampai dia ini ada tempatnya. Akan tetapi kita melindungi rakyat terbanyak apabila kita mengadakan atau membenarkan kedai-kedai tertentu yang kita panggil kedai-kedai yang boleh jual rokok, boleh jual arak. Jadi kerajaan senang mengutip cukai, kerajaan juga senang memantau. Mungkin dalam satu kawasan, kita ada satu ataupun dua mengikut kependudukan yang sedia ada. Dengan itu, pengawalan lebih senang dan rasuah senang kita kawal. Sekarang ini kita susah hendak kawal kerana penguatkuasaan kita lemah, undang-undang kita juga lemah, pendakwaan kita selalu boleh tercicir dan akhirnya kita berpusing dan berpusing, kita tidak akan menyelesaikan masalah, masalah ini tidak boleh dibendung. Satu perkara lagi, kita menaikkan harga rokok yang high range, yang bernilai tinggi, yang mungkin ditapis dan sebagainya. Akan tetapi terdapat banyak rokok yang mutunya rendah, yang tidak ada filter. Inilah yang menyebabkan mungkin barah paru-paru dan segala komplikasi akibat daripada racun di dalam rokok itu. Jadi, itu adalah cadangan saya kepada kerajaan. Saya tidak hanya mengkritik tetapi saya rasa kalau dikaji cadangan saya ini, it is insya-Allah implementable, insya-Allah juga ia boleh dipantau dengan lebih baik dan kerajaan dapat bukan sahaja mengutip cukai-cukai ini tetapi kerajaan juga boleh mengawal keadaan yang betul-betul sincere, ikhlas untuk menjaga keselamatan ataupun kesihatan rakyat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Kedah, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab. Ada seorang lagi.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Boleh sekejap? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menambah beberapa perkara daripada apa yang dibangkitkan tadi. Pertamanya tentang menaikkan harga rokok dan mengurangkan kes-kes penyakit yang berkaitan dengan rokok, itu terbukti memang ada banyak kajian. Seperti Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan tadi, saya rasa tidak perlu dipertikaikan lagi. Itu memang ada hasil baik positif daripada segi kesihatan. Cumanya kalau hendak disebut cara yang paling berkesan untuk mengurangkan penagihan rokok dan kesan buruknya kepada kesihatan, mengikut beberapa kajian dan pendapat pakar ialah menjual rokok dengan harga yang tinggi dan tidak ada sebarang label. Itu paling berkesan. Akan tetapi walaupun begitu, saya bersetuju dengan saudara-saudara saya yang lain, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, penguatkuasaan kita dan juga pencegahan penyeludupan rokok haram itu harus dipertingkatkan kerana itu memberi kesan buruk. Pengharaman kita naikkan harga tetapi masih ada kesan buruknya. Filter atau tidak berfilter itu tidak ada beza daripada segi pandangan kesihatan dan mengenakan kos yang lebih tinggi kepada orang yang menghisap rokok-rokok mewah cigar dan lagi itu, itu saya sokong 100%.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ini kerana golongan itu memang golongan yang biasanya banyak wang. Dia hendak sakit biar dia bayar harga yang lebih tinggi sedikit dan biar masyarakat untung. Cuma point last yang saya hendak sebut di sini ialah benda ini kita boleh capai kalau penguatkuasaan penjualan kepada orang muda, kanak-kanak dan remaja itu saya rasa saya tidak pernah lihat lagi dikuatkuasakan walaupun kita tulis di sana sini. Rokok di Malaysia masih murah. Saya jumpa pelancong Australia baru-baru ini dan tanya kenapa dia datang ke Malaysia kerana dia kata boleh hisap rokok. Dia ambil satu kotak rokok dari poketnya di Australia dia kata RM60 equivalent. Di sini cuma RM6.00. Jadi dia datang hisap rokok di sini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Saya bukan penghisap rokok. Jadi saya tanpa rasa keenakan ataupun tidak enak tentang perkara ini menyatakan apa yang benar bahawa kutipan kita kutipan hasil daripada duit eksais rokok ini apabila kita naikkan pada 27 September 2013, bulan Oktober kutipan RM274 juta tetapi bila kita naikkan harga-harga ini turun kutipan jadi RM233 juta pada bulan November. Ini ada sedikit bukti kutipan ini masih tidak stabil. Bererti impak awal ramai yang cuba berhenti merokok.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bukan berhenti Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia hisap rokok seludup. Tidak ada cukai punya.

Kita mengakui penyeludupan adalah 16.9% kadar penyeludupan rokok ini dan kita mengambil tindakan yang tegas. Nanti saya akan menyatakan apakah tindakan-tindakan kita. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kota Raja, celahan-celahan Yang Berhormat Pokok Sena dan juga Yang Berhormat Kalabakan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa antara bukti kita melaksanakan pencegahan pada bulan November misalnya jumlah kes untuk cawangan marin dua kes tetapi aktiviti penguatkuasaan yang lain bulan November 157 kes yang kita rampas daripada pelbagai pihak mengenai rokok ini. Jadi kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa aktiviti penyeludupan ini akan kita banteras.

Kali terakhir duit rokok ini dinaikkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kalabakan.

Penjelasan sedikit.

Sila.

Yang Berhormat mungkin salah faham kerana di Tawau penguatkuasaan ini tidak ada sama sekali. Mereka nampak berleluasa tidak ada tangkapan. Apa macam ini? Mereka nampak berkapal-kapal di bawa masuk tapi tidak ada tangkapan. Sama juga macam barang yang di seludup daripada Tawau yang barang-barang subsidi ini seludup pergi Indonesia. Bukan rakyat kita yang makan. Sama begitu juga. Nampak kita sudah bawa Menteri dia pun sudah nampak tapi belum ada tindakan apa-apa.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Antara perkara yang diambil oleh Kastam Diraja di bawah Kementerian Kewangan memerangi penyeludupan: i) mengadakan operasi pemutihan melalui rondaan darat dan laut pantai secara 24 jam. Selepas ini saya akan mengarahkan supaya pergi ke Tawau;

ii) melaksanakan konsep firewall dengan mengadakan kawasan- kawasan checkpoint di pesisiran laut diawasi 24 jam; iii) menubuhkan pasukan Gerak Cepat di setiap negeri yang bertujuan untuk memberi tindak balas segera ke atas aktiviti penyeludupan; iv) Kastam akan tingkatkan kerjasama dengan polis, imigresen, SPRM, polis marin, TLDM, Jabatan Laut dan Maritim; v) mempergiat operasi pencegahan seperti rondaan, sekatan jalan raya, pemeriksaan ke atas premis-premis yang disyaki; vi) menempatkan pegawai anggota nelayan negeri; vii) meningkatkan capacity building pada masa yang sama kempen kesedaran anti penyeludupan. Itu juga menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang menimbulkan perkara yang sama. Kementerian Kesihatan mengunjurkan, ini saya hendak kongsikan kos rawatan bagi tiga penyakit utama akibat merokok. Apakah tiga penyakit utamanya? Sakit jantung, kanser paru-paru dan penyakit pernafasan kronik. Berapa banyak kosnya? RM3.8 bilion pada tahun 2010. Besar itu ya kos akibat daripada perubatan untuk sakit sebab merokok. Kutipan hasil cukai atas rokok pada tahun 2010, 2011, 2012 ialah RM3.17 bilion, RM3.42 bilion, RM3.5 bilion. Dengan lain perkataan kutipan cukai daripada rokok itu tidak dapat untuk mengatasi kos yang kita gunakan bagi memastikan rawatan kepada penyakit akibat rokok. Jadi berhentilah merokok dengan lain perkataan itulah. Yang Berhormat Kuala Kedah tadi menyebut bahawa harga rokok di Malaysia ini rendah. Saya ingin mengesahkan tentang perkara itu kerana peratusan cukai rokok di negara-negara lain – Malaysia ini 45% tetapi New Zealand 30%...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tiada cadangankah kerajaan mengharamkan terus rokok itu jangan dijual lagi di negara kita?

[Ketawa] Kita lebih kepada kempen kesedaran Yang Berhormat Kinabatangan...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

...Sebagaimana Yang Berhormat Kota Raja tadi saya amat berminat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap lagi Yang Berhormat.

...Dengan cadangan Yang Berhormat Kota Raja supaya sins good untuk dapat sins tax ini dikumpulkan dalam kedai-kedai yang tertentu. Arak kita telah kumpulkan dan premis ini lesennya daripada pihak berkuasa tempatan iaitu di bawah kawalan kerajaan negeri...

Ya, tetapi arak walaupun kita ada tempat-tempat tertentu berlesen itu adalah untuk distilled alcohol which is very high percentage dengan izin. Arak seperti Carlsberg dan sebagainya below 15%, 8% dijual di semua kedai. Kalau kita tengok akta eksais Yang Berhormat Timbalan Menteri dia boleh jual sampai ke 70 tin Carlsberg ataupun beer ini tanpa memerlukan apa-apa lesen. Itu sebabnya boleh jual di 7-Eleven, dia jual di kedai-kedai 24 jam. Inilah yang menyebabkan aksesnya cepat. Saya tadi hendak bangun hendak cakap pasal rokok tadi tetapi sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut pasal arak. Saya hendak sebut bahawa penjualan alkohol berperam ini adalah berleluasa. There is no control. Akta eksais membenarkannya. Saya minta pindaan daripada pihak kerajaan supaya ini pun tidak boleh dijual di kedai-kedai yang mana untuk umum.

Lagi satu saya hendak sebut pasal rokok tadi. Kita bercakap mengenai carrot and stick. Sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mendedahkan bahawa kutipan cukai daripada rokok tidak boleh cover, tidak boleh membantu di dalam rawatan orang- orang yang dapat sakit barah paru-paru terutamanya. Rokok dikaitkan dengan tidak boleh dinafikan tentang barah paru-paru. Sesiapa yang merokok bertahun-tahun lamanya tidak dapat barah paru-paru itu nasib dialah tetapi kebanyakan ada sejarahnya. Saya hendak cadangkan satu perkara yang agak radikal. This is a stick action bahawa Kementerian Kesihatan perlu membuat polisi bahawa sesuatu penyakit yang berkaitan dengan penyalahgunaan apa-apa bahan, maka kerajaan tidak boleh untuk menampung kos perubatan itu sendiri. Ini adalah jangka masa panjang. I’m not talking about tomorrow. I’m talking about we make the policy now. Kita buat polisi ini sekarang, berkuat kuasa 10 tahun daripada sekarang. Sekiranya ada sejarah kita merokok you are active smoker, maka sekiranya kita dapat barah paru-paru, maka you maybe denied the free medication yang ditanggung oleh rakyat. Ini agak radikal tetapi we have to do it slowly. Saya harap kerajaan brainstorm and come out with something is more positive. Insya- Allah.

Terima kasih, terima kasih cadangan yang baik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya setuju Yang Berhormat sebab di Selangor banyak betul lambakan beer ini. Di semua kedai ada. Jadi harap boleh ditutup dahulu di Selangor ini.

Betul sebab minuman keras ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu di bawah kawalan kerajaan negeri dan ini menjadi satu isu besar di Selangor dan juga sesetengah negeri yang lain. Yang Berhormat Kota Raja, terima kasih atas pandangan yang baik dan kita amat menghargai pandangan Yang Berhormat Kota Raja itu dan saya tadi belum habis lagi sebut bahawa cukai rokok kita ini cuma 45%. Cuba kita lihat negara lain yang menjaga kesihatan rakyatnya. | Negara |Peratus| |-----------|------:| |New Zealand| 70.0| |Thailand | 70.0| |Singapura | 69.0| |Australia | 68.0| |Korea | 63.0| |Jepun | 63.0| |Indonesia | 52.4| |Filipina | 50.0| |Vietnam | 45.0|<END_TABLE_MARKER>

Jadi apa yang kita laksanakan ini adalah satu usaha yang sebenarnya tepat, lagi tinggi lagi bagus sebenarnya. Malaysia telah pun menjadi ahli WHO, World Health Organization On Framework Convention On Tobacco Control, dengan izin. Ini adalah langkah untuk mengenakan cukai bersesuaian dengan peruntukan Artikel 6, WHO ini dan kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) dengan izin, 2011 mendapati 70% rakyat Malaysia bersetuju kenaikan cukai untuk hasil tembakau. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 2 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.1 tahun 2013 disahkan, hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Kastam 1967 & Akta Duti Timbal Balas Dan Anti Lambakan 1993Motion

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Ini yang ketiga ya. Selepas ini yang keempat, lepas itu kita habis sebelum 1.00 mudah-mudahan lepas itu kita boleh melawat mangsa banjir di tempat masing-masing mulai pukul 1.01.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Johor banjir Yang Berhormat.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 25 Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 supaya Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Perdagangan Keutamaan di kalangan Negara-negara Anggota D-8) 2013 dan Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No.3) 2013 yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil.ST.100 dan ST.135 tahun 2013 disahkan.” Perintah duti kastam di bawah barang-barang di bawah perjanjian perdagangan keutamaan di kalangan Negara-negara anggota D-8, PUA 328 diwartakan pada 31 Oktober 2013, Kertas Statut bilangan S.T. 100. Kertas perintah ini diwartakan selaras dengan komitmen Malaysia di bawah perjanjian Development Eight Referential Trade Agreement dengan izin D-8 PTA yang telah ditandatangani pada 13 Mei 2006 oleh negara-negara Anggota D-8 iaitu Malaysia, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Nigeria, Pakistan, Turki dan Iran. Tarikh mula perjanjian berkuat kuasa adalah pada 1 November 2013. Perjanjian ini dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan intra trade di kalangan negara anggota melalui penurunan kadar tarif ke atas beberapa barangan sehingga tahun 2016. Perjanjian ini hanya melibatkan 8% penurunan kadar duti import daripada keseluruhan barisan tarif barangan yang mempunyai kadar duti import melebihi 10%. Bagi barangan yang mempunyai kadar duti melebihi 25%, duti akan diturunkan kepada 25%. Barangan yang tertakluk kepada duti pada kadar 15% hingga 25% akan diturunkan kepada 15%. Manakala bagi kadar duti antara 10% hingga 15% akan diturunkan kepada 10% menjelang tahun 2016. Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Nombor 3/2013 PUA 339 yang diwartakan pada 15 November 2013, Kertas Statut Bilangan S.T. 135. Perintah ini diwartakan bertujuan mengenakan Duti Anti Lambakan ke atas electrolytic tinplate yang diimport dari negara republik rakyat China pada kadar 0% hingga 9.7% dan Republik Korea, 3.46% hingga 9.78%. Pengenaan duti lambakan ini adalah bertujuan untuk melindungi industri tempatan yang terbukti telah menerima kemudaratan material akibat kemasukan electrolytic tinplate dari negara-negara terlibat. Duti Anti Lambakan ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah Anti Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan berkuat kuasa selama 5 tahun mulai 16 November 2013 hingga 15 November 2018. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada sesiapa menyokong?

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pertamanya ingin menanya ataupun tidak bersetuju cara usul ini dibentangkan sebab ianya dua usul dan dua statut yang berbeza. Satu berkaitan dengan penurunan duti di kalangan negara-negara D-8. Keduanya berkaitan dengan kenaikan duti kerana lambakan dan sebagainya. Jadi saya fikir semangat perbincangan dan perbahasan bertukar dalam satu usul kepada menurunkan duti kepada menaikkan duti. Jadi saya fikir Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai seharusnya mengasingkan dua statut ini dan menjadikannya dua usul dan bukannya satu usul. Saya walau bagaimanapun berminat kepada usul bahagian yang pertama itu iaitu kertas statut 100 berkaitan dengan penurunan cukai duti dan sebagainya di kalangan negara-negara D-8. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat Menteri jelaskan tadi secara ringkas D-8 ini adalah perjanjian kerjasama antara lapan negara iaitu Bangladesh, Indonesia, Iran, Malaysia, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Turki. Inisiatif D-8 ini dilakukan oleh Perdana Menteri Turki, Erbakan dalam tahun mungkin 90-an untuk memberi kepada negara-negara Islam ketika itu dan dipilih lapan termasuk kita untuk memulakan kerjasama ekonomi khususnya dalam bentuk perdagangan, perniagaan dan sebagainya. Ini suatu langkah yang baik dan ini langkah permulaan. Kita amat bersetuju jika perjanjian-perjanjian perdagangan dan kewangan seperti ini memberi kebaikan dan kebajikan kepada semua negeri dan sebagaimana yang saya fikir semangat D-8 ini dan semangat yang kita hendak luluskan permohonan untuk menurunkan duti ini dalam konteks tersebut. Ini berbeza Tuan Yang di-Pertua dengan apa yang diura-urakan sekarang. Yang dipanggil TPPA itu yang mana kebimbangan kita ialah TPPA akan tidak membawa keuntungan kepada negara kita sebaliknya membawa keuntungan kepada satu dua negara besar sahaja. Jadi ini adalah suatu contoh yang baik but Tuan Yang di-Pertua, kalau benda baik kita sokong dan kita setuju macam D-8 ini. Benda yang tidak baik seperti TPPA kita terpaksa tidak bersetuju kerana ianya tidak memanfaatkan negara. Jadi oleh sebab itulah kita harap kerajaan jangan di satu masa membentangkan usul seperti ini untuk kita sokong yang baik di masa yang sama menyeludupkan nanti unsur-unsur TPPA atau sebagainya untuk kita sokong dan luluskan yang sudah tentu akan menerima tentangan yang hebat saya fikir daripada semua Ahli-ahli Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itulah saya rasa kerajaan seharusnya memberikan keutamaan lebih lagi kepada proses kerjasama kewangan seperti D-8 ini. Saya agak bimbang sebab ibu pejabat D-8 ini di Angkara dianggotai oleh staf, kakitangan yang tidak ramai, Ketua Eksekutifnya daripada Indonesia dan saya bimbang bahawa Malaysia tidak memberikan sumbangan yang sepatutnya untuk menjayakan D-8, walhal D- 8 ini peluang untuk Malaysia membuktikan kita ada inisiatif perdagangan yang tersendiri. Kita tidak semestinya terikut-ikut dengan arahan, paksaan, ugutan dari negara besar seperti Amerika Syarikat sahaja sebaliknya kita mampu untuk memulakan suatu inisiatif perdagangan antarabangsa yang menguntungkan semua anggotanya dan tidak hanya menguntungkan satu anggota sahaja. Oleh sebab itulah, saya rasa usul ini perlu disokong, tinggal lagi apabila kita perhatikan yang diturunkan duti-dutinya tidak melibatkan bahan-bahan penting negara kita seperti kelapa sawit tidak termasuk dalam sini, seperti kereta atau mobil. Kita memerlukan Proton untuk memperoleh keuntungan dan oleh sebab itu perlu memberikan peluang untuk Proton itu dijual di negara-negara lain. Kenapakah kerajaan tidak menuntut dan berusaha supaya kereta Proton misalnya atau kereta dijadikan satu daripada item di mana cukai dutinya diturunkan Apa yang ada di sini bukan kereta tetapi tractor Tuan Yang di-Pertua. Apa yang ada di sini ialah tractors iaitu trailers and semi trailers. Mungkin bagus tetapi mungkin tidak merupakan bahan yang kita ingin untuk eksport, walhal kereta tidak ada parts and accessories of motor vehicle ada, tractors ada and other than tractor of heading itu ada.

Perkara yang menariknya juga ada di dalam senarai ini ialah Tuan Yang di-Pertua, nuclear reactors, chapter 84. Jadi ini saya fikir hebat D8 ini bekerjasama untuk menjual beli nuclear reactor dan ini keberanian yang dipamerkan oleh negara-negara kita, tidak bimbang

kepada Amerika Syarikat, ugutan dan sebagainya, sanggup berniaga dan memberikan kemudahan perniagaan termasuklah kepada nuclear reactor. Saya ingin bertanya pula berkaitan dengan chapter 49, printed books newspaper. Sebagaimana kita maklum, Malaysia entah apa sebabnya dan Indonesia mempunyai halangan-halangan perniagaan bebas, buku-buku kita tidak boleh dengan mudahnya dijual di Indonesia. Begitu juga saya dengar buku-buku Indonesia tidak boleh dengan semudahnya diimport oleh negara Malaysia kita ini. Jadi, adakah melalui chapter 49 ini, kerajaan akan bukan sahaja mengurangkan duti dan sebagainya tetapi memastikan bahawa pengaliran bahan-bahan bertulis buku, news papers, pictures, other product of the printing industry, manuscript, typescript and plan itu dapat mengalir dengan mudahnya daripada negara kita ke negara yang tujuh lain lagi dan negara yang tujuh lain lagi itu kepada negara kita. Ini supaya kita benar-benar mempunyai perniagaan perdagangan yang sihat, yang subur yang boleh memajukan ekonomi dan melalui bahan-bahan buku ini boleh meningkatkan ilmu rakyat kita dan rakyat negara yang tujuh lagi itu. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kereta, saya ingin bertanya kenapa bahan-bahan farmasi, ubat-ubat tidak termasuk dalam senarai bahan-bahan yang diberikan potongan cukai ini walhal ubat penting, walhal kita tahu bahawa seperti negara Bangladesh iaitu salah satu anggota D8 ini mereka mengeluarkan ubat-ubat yang dipanggil ubat generic medicine yang murah yang mana kalau kita setuju TPPA, maka tidak dapatlah kita lagi ubat-ubat yang murah itu. Ini kebimbangan kita mengingatkan kita pasal TPPA ini, apabila kita melihat kebaikan D8, kita amat bimbang tentang keburukan yang akan menimpa kita jika kita tunduk kepada Amerika Syarikat dan setuju terhadap TPPA. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, selepas itu Yang Berhormat Kepong, selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Menteri jawab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun sehaluan dengan rakan saya Yang Berhormat Tumpat. Seharusnya usul ini diasingkan iaitu satu usul menurunkan, satu usul menaikkan pula. Akan tetapi, tujuan dia pun lambakan juga. Jadi saya tertarik dengan menaikkan Akta Lambakan nombor tiga iaitu ini demi untuk melindungi usahawan-usahawan tempatan kita sebab kita melihat hari ini, bagaimana negara China khususnya telah melambakkan barang-barang mereka di negara kita tanpa rasa saya tanpa ada kawalan langsung. Saya tidak tahu bagaimana barang ini boleh terlepas begitu sahaja daripada kastam? Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, dia ada lelong murah. Semua barang elektrik daripada China, harga dia gila-gila. Kalau harga di kedai RM500, harga dia RM120. Siapa yang tak hendak beli walaupun ia tidak berkualiti? Jadi ini merupakan satu ancaman besar kepada peniaga-peniaga, usahawan-usahawan tempatan kita, pengilang-pengilang kita khususnya kita punya vendor-vendor. Perlu ada kawalan yang ketat dan di pihak kastam juga harus melihat iaitu mungkin dalam keadaan container yang berlambak-lambak masuk, jadi untuk hendak menyelongkar satu demi satu container itu memang bukan mudah dan pihak kastam cuma mungkin melalui melihat menilai dokumentasi yang dibawa oleh forwarding agent itu sahaja. Akan tetapi sebetulnya di dalam container itu berbeza pula dokumentasi dengan barang yang betul. Jadi ini mungkin perlu ada satu mesin scan yang boleh menembusi container itu boleh dilihat, apa benda yang dia bawa. Walaupun mungkin mahal, tetapi saya nampak dalam wayang James Bond, Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada mesin scan yang apa pun benda dia boleh tembusi. Kalau pun nampak orang, dia boleh nampak telus. Jadi mungkin kita boleh guna pakai mesin itu untuk mengimbas container-container yang lalu ini supaya betul-betul kita dapat melihat dia punya isi barang-barang dia. Jadi, tidaklah kita mudah ditipu dan barang-barang ini pula harga yang murah dan boleh dibeli oleh siapa-siapa sahaja tanpa ada kawalan. Jadi dengan adanya akta sebegini, pertamanya akta ini diwujudkan penguatkuasaan juga harus dipertingkatkan, diperhebat untuk

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

memastikan akta yang kita bentang ini mendapat impak yang besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini satu usul melibatkan benda-benda, perkara-perkara yang banyak. Cuba kita bayangkan di sini kita ada rulesnya di dalam perjanjian perdagangan keutamaan di kalangan negara-negara anggota D8 ini. Rules itu ada 20, artikel 15, chapter 96 dan 57 singkatan dan simbol. Kalau kita hendak bincangkan, sampai petang pun tidak boleh habis. Memang tidak boleh habis. Oleh sebab kita ada kasihan sedikit memberi peluang kepada Ahli-ahli UMNO untuk menyertai konvensyen di PWTC [Ketawa] di situ pun kalau ada banjir pun, banjir di atas langit itu susahlah itu. [Ketawa] [Disampuk] Buat apa itu? Akan tetapi bukan di atas langit. Tidak ada kandang lembu di atas langit, dan banjir di atas langit pula. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya, dengan kertas statue 100 ini, ini hendak turunkan duti dan benda-benda, bahan-bahan yang terlibat itu banyak, begitu banyak. Saya tidak akan sebutkan. Cuma hendak tahulah, dengan resolusi ini, apakah kerugian kita dari segi keturunan duti ini? Ini mengenai kertas statue 100 dan walaupun ini ditandatangani pada tahun 2006, tetapi sekarang itu tahun 2013 sudah. Sebab apa dia mengambil masa yang begitu panjang? Untuk melaksanakannya, apakah masalahnya? Hah? Hah? Baik. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, last sekali hah-hah sahaja, Yang Berhormat ya.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kepong. Kenapakah perkara ini disamakan dalam satu usul? Susunan usul anti lambakan dan D8 ini kedua-duanya adalah melibatkan duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 yang sama. Itu jawapan. Yang kedua, D8 mensyaratkan penurunan tarif ini dilaksanakan secara berkala dan dalam tempoh masa lapan tahun manakala empat tahun lagi bagi negara-negara anggota. Tujuannya jadual komitmen barangan Malaysia di dalam D8 ini telah melalui proses dan saya ingin memaklumkan di sini bahawa kita adakan proses konsultasi dengan semua industri yang terlibat. Yang manakah yang sudah bersedia untuk dikurangkan tarif. Itu sebab ada barangan yang kita tidak libatkan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Selama empat tahun ini kesannya boleh ditandatangani dan dipersetujui oleh pengeluar-pengeluar tempatan iaitu kenapa ada produk yang kita tidak masukkan. Satu lagi menjawab kepada Yang Berhormat Kepong iaitu dari segi kerugian dan sebagainya. Sebenarnya tidak rugi tapi kita boleh meningkatkan eksport produk-produk Malaysia ke negara itu dengan lebih. Sebagai bukti, tahun 2010 eksport kita ke negara D8 RM39.2 bilion meningkat pada tahun 2011 iaitu RM46.54 bilion meningkat lagi pada tahun 2012 iaitu RM48.39 bilion. Import tahun 2010 iaitu RM32.38 bilion, tahun 2011 iaitu RM39 bilion, tahun 2012 RM34.66 bilion. Trade balance kita positif. Tahun 2010 RM6.91 bilion, tahun 2011 positif iaitu RM7.53 bilion, ini perdagangan dalam D8 iaitu Nigeria, Turki, Egypt, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Malaysia. Trade balance kita terus meningkat positif RM13.73 bilion pada tahun 2012. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kinabatangan, barangan daripada Cina perlu ada kawalan, saya bersetuju dan juga mesin pengimbas kontena untuk kastam juga adalah satu cadangan yang baik, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 3 yang telah dibentangkan sebagai kertas statut bilangan AC100 dan AC135 tahun 2013 di sahkan hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Tatacara Kewangan 1957Motion

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa majlis ini membuat ketetapan mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] supaya Menteri Kewangan melabur secara pegangan ekuiti dalam AES Solution Sdn. Bhd., satu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta. Saya mohon mencadangkan Tuan Yang di-Pertua bahawa Dewan ini membuat ketetapan mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan yang saya telah sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua mengikut peruntukan di bawah seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957, [Akta 61] wang dalam kedudukan kredit persekutuan dengan mana-mana bank atau selainnya dipegang oleh persekutuan boleh dilaburkan oleh Menteri dengan resolusi Dewan Rakyat. Sehubungan ini persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan kerajaan melabur dalam syarikat AES Solution Sdn.Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta. Untuk makluman AES Solution Sdn.Bhd sebuah syarikat milik penuh kerajaan dan akan mengambil alih keseluruhan aset dan operasi AES. Kerajaan sentiasa komited dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Untuk itu kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaan Automated Enforcement System dengan izin AES di bawah kendalian syarikat kerajaan diteruskan sebagai langkah untuk menambah baik dan untuk memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan- kesalahan lalu lintas di negara ini khususnya bagi kesalahan yang melibatkan ketidakpatuhan lampu isyarat dan memandu yang melebihi had laju. Kedua-dua kesalahan berkenaan adalah kesalahan utama yang menyumbang kepada 30% kematian akibat kemalangan jalan raya. Oleh itu kamera AES akan diletakkan di 310 lokasi kawasan kerap kemalangan accident prone areas dengan izin yang dikenal pasti hasil kajian MIROS dan dilengkapi dengan papan tanda zon operasi kamera bagi memudahkan pengguna jalan raya. Kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari tahun 2008 sehingga tahun 2012 telah mengalami peningkatan yang ketara daripada 373,071 kes pada tahun 2008 sehingga 46,426 kes pada tahun 2012. Di mana purata peningkatan setiap tahun adalah sebanyak 22,338 kemalangan atau 5.5%. Selain itu bilangan kematian juga telah meningkat daripada 6,527 kematian pada tahun 2008 kepada 6,917 kematian pada tahun 2012 dengan purata peningkatan setiap tahun sebanyak 97 kematian atau 1.5%. Walau bagaimanapun, peningkatan berkenaan perlu mengambil kira jumlah pendaftaran kenderaan yang meningkat iaitu daripada 17,971,901 buah kenderaan pada tahun 2008 kepada 22,702,221 buah pada tahun 2012 dengan purata peningkatan setahun sebanyak 1,182,582 buah atau pun 6.03% setahun kenderaan bertambah. Berasaskan kepada peningkatan statistik kemalangan dan kematian di jalan raya dalam keadaan yang sangat membimbangkan, AES merupakan inisiatif dan usaha kerajaan yang penting dalam menangani isu kemalangan jalan raya akibat daripada kecuaian pengguna jalan raya. Sistem ini merupakan kaedah terbaik diputuskan oleh kerajaan berdasarkan kepada benchmarking system penguatkuasaan lalu lintas secara automatik di negara- negara seperti di Sweeden, Perancis, United Kingdom, dan China. Mengikut kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17% sehingga 71% ya. 17% sehingga 71% boleh mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40%. Sistem begini boleh mengurangkan kemalangan jalan raya sebanyak 40%. Selain itu kajian antarabangsa juga mendapati bilangan kenderaan memandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70% turun melalui pelaksanaan penguatkuasaan

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

secara elektronik. Ini kajian antarabangsa. Pelaksanaan AES di negara ini dijangka dapat meningkatkan apa yang dipanggil sebagai POBC iaitu Perception of Being Caught dengan izin ke tahap yang lebih tinggi. Peningkatan POBC kepada 75% adalah memadai untuk mengubah tingkah laku 80% pemandu. Oleh itu bagi memastikan AES dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan iaitu AES Solution Sdn.Bhd bagi mengoperasikan AES sepenuhnya. Penubuhan syarikat berkenaan bukanlah untuk mengaut keuntungan dari saman yang dikeluarkan, malahan ia lebih mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas supaya dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Siapa yang menyokong?

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang terbuka untuk dibahas.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri membentang usul ini untuk minta kelulusan sebanyak RM10 juta, kelulusan untuk dilaburkan dalam AES Solution. Akan tetapi apa yang saya kesal ialah kewujudan AES Solution ini dibuat tanpa - maknanya kewujudan AES Solution ini untuk mengambil alih operasi AES yang dikendalikan oleh dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd dan juga ATES Sdn. Bhd ini dibuat tanpa diberitahu kepada rakyat tentang apakah proses-proses pengambilalihan penilaian valuation terhadap pengambilan ke atas segala tanggungan hutang dan sebagainya apa-apa yang merupakan liabiliti ke atas dua syarikat tersebut. Bagi saya bahawa sepatutnya pihak kerajaan harus memberitahu kepada kami sebab sampai hari ini kita tidak tahu apa bentuk butiran perjanjian yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES sebelum ini iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd dan ATES Sdn. Bhd. Walaupun berkali-kali kita minta di Dewan yang mulia ini, kerajaan mengatakan bahawa itu di klasifikasi sebagai Akta Rahsia Rasmi. Seolah-olahnya ia menyentuh soal keselamatan negara sedangkan hanya kita hendak tahu bahawa itu perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat swasta. Jadi kita hendak tahu di manakah kebijaksanaan perjanjian yang telah pun dibuat dengan dua syarikat. Jadi sekarang kerajaan kata hendak ambil alih pengendalian AES ini daripada dua syarikat ini untuk dikendalikan oleh syarikat kerajaan sendiri yang baru ditubuhkan pada 3 September kalau tidak silap saya, pada 3 September yang lalu yang baru ditubuhkan untuk ambil alih pengendalian AES yang dikendalikan oleh dua syarikat ini. Sudah tentu bila hendak ambil alih pengendalian AES ini sekali gus dan akan mengambil alih segala tanggungan yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua syarikat ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sehingga hari ini kita tidak diberitahu apakah tanggungan-tanggungan yang terpaksa kita ambil alih. Berapa hutang kedua-dua syarikat tersebut yang terpaksa kita ambil alih. Ini kerana saya bimbang kerana sebelum ini jawapan kerajaan bahawa kedua- dua syarikat ini telah pun melabur sebanyak RM717 juta untuk operasi AES. Maknanya mereka telah melabur sebanyak RM717 juta. Jadi kita hendak tahu bahawa apakah selepas ini kita hendak kena bayar RM717 juta dan juga membayar jangkaan keuntungan sebab syarikat itu di dalam model kewangan yang telah pun dipersetujui sebelum ini oleh pihak kerajaan dengan kedua-dua syarikat ini telah mengunjurkan keuntungan-keuntungan yang bakal mereka peroleh. Jadi adakah bermakna selepas ini kerajaan juga akan membayar dengan unjuran keuntungan yang terpaksa mereka hilang. Mereka akan hilang unjuran keuntungan tersebut. Jadi adakah kerajaan akan membayar segala jangkaan keuntungan yang akan kehilangan oleh kedua-dua syarikat ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak balik kepada pelaburan yang telah dibuat oleh kedua-dua syarikat ini sebanyak RM717 juta. Saya agak hairan juga macam mana kerajaan beritahu bahawa pelaburan syarikat ini dibuat sebanyak RM717 juta sedangkan apa yang dilaporkan oleh Redflex Holdings Limited iaitu syarikat yang mengeluarkan teknologi ini. Yang menghasilkan teknologi ini dan membekalkan kamera kepada syarikat ini iaitu kontrak antara syarikat dengan Redflex Holdings Limited ini ialah sebanyak USD50 bilion. USD50 juta untuk 450 buah kamera Fixed speed camera dan 140 Mobile camera. USD50 juta. Kemudian satu lagi ialah daripada Jenoptik Robot. Jenoptik Robot ini kalau tidak silap saya daripada Jerman iaitu sebanyak USD53 juta. Dua syarikat. Bermakna bahawa kalau kita campur kedua-dua ini lebih kurang USD103 juta. Kalau kita darab dengan ringgit Malaysia ini, saya tidak nampak mencapai RM717 juta. Kalau USD103 juta, sekarang USD1 berapa? Masa itu RM3. Jadi berapa juta ringgit Malaysia? RM300 juta lebih. Tidak sampai RM717 juta. Jadi saya hairan macam mana kerajaan beritahu kepada Dewan yang mulia ini pada 15 Oktober 2012 (Isnin) kepada Ahli Parlimen Jerai pada waktu itu bahawa pelaburan kedua-dua syarikat ini sebanyak RM717 juta. Jadi adakah bermakna selepas ini kita akan bertitik tolak daripada pelaburan RM717 juta ini sedangkan kalau mengikut laporan rasmi daripada Redflex Holdings Limited daripada Australia dan juga Jenoptik Robot daripada Jerman, maknanya tidak sampai RM717 juta. Pelaburan itu tidak sampai RM717 juta. Jadi ini yang saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan kenapa kita awal-awal lagi sudah pun memberitahu kepada Dewan ini. Ya.

Sikit. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju bahawa AES ini apabila mendapat tentangan ramai dan ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah satu tindakan yang unconstitutional sebab dari segi undang- undang, mana boleh kita serahkan kepada pihak swasta untuk terlibat dalam operasi penguatkuasaan undang-undang jenayah ini. Jadi yang kita risau sekarang ini adalah apabila kerajaan bersedia mengambil alih AES ini, maknanya kerajaan sudah tentu akan memberi jaminan kepada pihak kedua-dua syarikat ini bahawa kepentingan mereka iaitu keuntungan mereka akan terjamin. Jadi kita berada dalam satu keadaan di mana daripada awal lagi benda itu tidak sah. Kemudian orang ini dibenarkan terus mengoperasi benda ini. Apabila diambil alih, mereka sudah dapat duit yang banyak. Maknanya tax payer punya duit telah digunakan untuk menguntungkan mereka. Sekarang ini kita terpaksa pula – kerajaan gunakan duit kita pula untuk ambil alih lagi. Jadi maknanya kita sebagai tax payer ini berkali-kali ganda mengalami kerugian. Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sepang bahawa ini satu penyelewengan bagi saya oleh pihak kerajaan. Sekarang ini kedua-dua syarikat ini apabila dibayar nanti segala ganti rugi dan pampasan dan sebagainya, maknanya akan dapat keuntungan tanpa mereka mengoperasi kamera AES. Mereka hanya beroperasi hanya untuk satu tempoh yang sangat singkat. Tiba-tiba mereka akan dapat keuntungan yang sangat lumayan bagi saya. Sebab itu saya hendak tanya pihak kerajaan apa pengiraan kerajaan ini? Penilaian apa yang kita kira. Adakah kita hendak kira atas asas RM717 juta yang sepatutnya jumlah kameranya 450 buah campur 140 buah kemudian campur 550 buah kamera sedangkan sampai sekarang AES belum memasang keseluruhan. Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. ini masih belum lagi memasang kamera itu secara menyeluruh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Adakah kita... Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh sudah, Yang Berhormat?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belum, panjang lagi. Ada banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Gulunglah. Kelentong sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Menyampuk] Kamera boleh.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri dia hendak pergi Perhimpunan Agung UMNO, no problem. Tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak, kita belum berhenti lagi tetapi sudah lebih sepuluh minit. Lain orang boleh pula, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa. Nanti sekejap. Isu ini isu penting yang saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri pun boleh tunggu. No problem.

Gulunglah. Kelentong sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak pergi Perhimpunan Agung UMNO, pergilah. Apa dok bising di sini. Ini macam mana ini. Jadi perwakilan duduk sini. Apalah.

Akan tetapi menang tidak pernah kalah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab itu saya tanya tadi bahawa Yang Berhormat kena ingat bahawa Beta Tegap Sdn. Bhd. dengan ATES Sdn. Bhd. ini belum memasang sepenuhnya kamera AES yang mereka katakan bahawa modal mereka, pelaburan mereka itu sebanyak RM717 juta. Jadi atas asas apa pengiraan yang kita buat untuk hendak bayar dan berapakah jumlah bayaran ganti rugi yang terpaksa kita bayar. Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena menghuraikan bagaimana syarikat baru ini, AES Solutions Sdn Bhd ini terpaksa membayar kos dan juga mungkin pampasan kepada dua syarikat yang mengoperasi AES sebelum ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Pokok Sena apabila AES Solutions Sdn Bhd ini beroperasi dan dia telah pun membayar sebegitu banyak kepada kedua-dua syarikat ini, dia sendiri terpaksa membuat untung yang lebih banyak dan dengan itu akan mengenakan charges yang lebih tinggi daripada kedua-dua syarikat sebelum ini. Apa pandangan?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Kota Bharu. Sudah tentu charges, saya percaya bahawa itu bergantung kepada model kewangan perjanjian antara pihak kerajaan dengan syarikat milik kerajaan ini. Itu bergantung. Saya pun tidak tahu apakah modul kewangan yang telah pun disepakati antara kerajaan dengan dua syarikat sebelum ini, itu juga yang akan digunakan dengan AES Solution Sdn Bhd ini. Saya tidak pasti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Asyik tengok jam, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Asyik tengok jam sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tengok Tuan Yang di- Pertua, saya tengoklah jam. Jadi mata saya itu sentiasa menghormati Tuan Yang di- Pertua. Jadi sebab itu saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan terhadap persoalan ini. Kedua yang saya hendak minta ialah...

Yang Berhormat Pokok Sena, sambung pukul dualah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Sambung pukul dua.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa dia?

Sambung pukul dua.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hampa hendak pi mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Pukul dua tidak ada orang, Yang Berhormat. Dua setengah. [Ketawa]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Lenggong pukul dua tidak ada orang di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat. Sambung petanglah ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung petang. Baik, terima kasih.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Lenggong, pukul dua kita dekat sinilah. Teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang tangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena. Panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah puas hati satu jam setengah bukan?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu jam setengah rehat. Sudah puas hati?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sudah. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua juga sebagai perwakilan, Ketua Bahagian pun tidak sabar-sabar hendak pergi. Yang Berhormat Gerik pun nampak pakai dengan baju Melayu hari ini. Dia pun hendak pergi. Yang Berhormat Jerlun pun hendak pergi. Saya pun kasihan dengan kawan-kawan. Setahun sekali hendak jumpa kawan-kawan. Saya pun simpati. Jadi terima kasih. Saya juga hendak melanjutkan sedikit lagi daripada apa yang saya sebutkan pagi tadi iaitu dari segi pembayaran pengambilalihan ini yang akan dibuat kepada dua syarikat yang mengendalikan AES sebelum ini iaitu Beta Tegap dan juga ATES Sdn. Bhd. Ini kerana saya tanyakan tadi bahawa apakah pengiraan itu akan diambil kira daripada RM717 juta. Oleh sebab RM717 juta yang telah pun disebut walau pun saya katakan bahawa sepatutnya tidak sampai RM717 juta. Akan tetapi RM717 juta itu akan mengambil kira 1,081 kamera yang sudah pun dipesan oleh kedua-dua syarikat ini daripada syarikat pembekalnya iaitu Reflex Holding dan juga daripada Jenoptik Robot, 1,081 kamera. Sedangkan yang baru dioperate iaitu dipasang ialah 10 untuk fix dan empat untuk mobile. Bermakna bahawa yang baru dipasang oleh kedua-dua syarikat ini ialah 14 kamera.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mengatakan bahawa syarikat baru ini bila dia ambil alih dia akan pasang 310 kamera. Maknanya kalau 310 kamera campur dengan 14 daripada 1,081 itu bermakna bahawa apa hendak jadi 757 kamera yang sudah pun dibeli oleh dua syarikat sebelum ini?

Oh, dashyat!

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bermakna kita ada baki 757. Apakah dengan 757 yang berbaki itu pun akan ditanggung oleh AES Solution ini yang kerajaan ambil alih dan kemudian akan bayar kepada syarikat ini sebagai ganti rugi kepada unjuran keuntungan yang bakal diambil dan juga daripada perbelanjaan yang telah pun dibelanjakan. Ini yang saya fikir bahawa perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan dalam pengambilalihan ini. Oleh sebab itu saya daripada awal bila disebut sebelum itu di dada akhbar dan sebagainya bahawa kerajaan akan ambil alih melalui penubuhan satu syarikat baru oleh kerajaan AES Solution dan sebagainya. Sepatutnya dia kena gantungkan AES Solution ini terlebih dahulu. Kena tangguh, kena hentikan operasi AES kemudian bagi tahu secara rasmi atau secara spesifik kepada Parlimen apa yang perlu dibayar atau diganti rugi kepada kedua-dua syarikat. Ini saya katakan bahawa- sebab itu saya kata bahawa Dewan tidak boleh meluluskan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri ini kerana kerajaan gagal untuk mengemukakan, pertama sekali perjanjian. Keduanya apa pengambilalihan ini, bagaimana pembayaran yang bakal dibuat. Ini memerlukan pembabitan kepada penggunaan wang rakyat yang besar. Jadi sebab itu bagi saya bahawa saya mohon pertimbangan dari pihak kerajaan sebab saya juga hendak tahun apa status AES sekarang ini? Ini sebab macam saya katakan tadi bahawa kalau kita hendak ambil alih, maknanya kalau syarikat baru hendak ambil alih perkiraannya maknanya kita kena gantung, kena hentikan semua operasi kamera AES yang telah pun dipasang. Ini kerana macam mana kita hendak kira hendak bayar kepada kedua-dua syarikat ini nanti. Oleh sebab saya katakan sudah tentu syarikat ini juga akan mengambil kira bahawa, kami sudah keluar saman ini masih lagi belum ada perasmian rasmi dari segi pengambilalihan ini, masih lagi dari segi bilik operasi mereka masih lagi dikendalikan oleh kedua-dua syarikat ini. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan diambil alih daripada JPJ kepada polis tetapi pengendalian secara teknikalnya masih lagi dikendalikan oleh kedua-dua syarikat awal sebelum ini. Jadi saya hendak minta apa status AES kamera yang telah pun dipasang dan juga saya hendak minta penjelasan berkaitan dengan statistik kemalangan 14 lokasi yang ada sekarang ini iaitu sebelum ada kamera berapa kemalangan di kawasan tersebut? Dan selepas pasang kamera berapa kemalangan? Ini masih belum dapat diberikan secara konkrit oleh pihak kerajaan. Kerajaan kata hanya sebelum ini diberikan jawapan kepada saya, kita telah berjaya mengurangkan sejak kita pasang iaitu mengurangkan saman. Dia bukan mengurangkan kemalangan. Dia kata bahawa kita telah berjaya mengurangkan saman. Jadi tidak ada satu statistik yang menunjukkan bahawa mengurangkan kemalangan. Oleh sebab itu saya hendak minta bahawa sebab kerajaan dahulu mengatakan bahawa bila di tempat-tempat yang mereka pasang ini ialah tempat yang dari segi kajian polis, MIROS dan sebagainya ini kawasan kerap berlaku kemalangan. Jadi kita hendak tahulah sebelum dipasang berapa kemalangan, selepas dipasang sekarang ini yang terakhir berapa kemalangan yang berlaku. Kita kena tunjuklah berapa turun naik dari segi kemalangan di kawasan tersebut. Jadi sebab itu saya minta statistik ini untuk dibekalkan kepada saya. Kemudian tentang keadaan status saman ini, macam saya sebutkan tadi bahawa sekali lagi saya hendak sebut tentang status saman ini. Apa jadi sekarang ini? Yang Berhormat Pemangku Menteri Pengangkutan sebelum ini menyebut bahawa mereka menubuhkan satu Jawatankuasa PEMANDU kalau tidak silap saya untuk melihat dan akan bawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk buat keputusan. Saya pun tidak tahulah apa perlu bawa sampai kepada MTEN untuk hendak ditentukan. Akan tetapi yang penting yang pastinya ialah AG iaitu Peguam Negara mengatakan bahawa, semua saman-saman yang telah dikeluarkan itu macam digantung, macam tergantung. Maknanya tidak boleh hendak dikuatkuasakan dari segi kes di mahkamah itu kerana ada persoalan- persoalan teknikal perundangan dan juga teknikal-teknikal yang lain. Jadi saya hendak tahu, apakah status keadaan saman tersebut.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ketiganya, saya hendak minta bahawa apabila disebut bahawa kerajaan bersenam. Jadi apabila bersenam, boleh saya hendak bilang satu dua tiga turun naik. Boleh? Ada gaya jadi...

Panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Panjang lagikah?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Panjang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila. Sehingga selesai.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya sehingga selesai. Kita bukan ada apa. Ini satu hendak kalut ke mana pun. Saya pun flight saya 7.40 petang, hendak balik kawasan. Baik. Kacau Timbalan Menteri, kita boleh hilang punca habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, kena turun naik, turun naik dapat balik idea.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Turun naik, turun naik, tidak boleh turun-turun. Baik, yang tidak- apa status saman yang telah pun disebut oleh AG, adakah selepas ini akan dikuatkuasakan?

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong bangun.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia bukan bangun. Dia tidak duduk lagi.

Biar, kita dengarlah penglipur lara.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam mana Majlis Tertinggi boleh duduk sini?

Bukan ada point pun.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minta maaf, kita pun Majlis Tertinggi juga.

Jangan kacaulah. Bagi dia habis cakap.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya baik. Kerajaan mengatakan bahawa dia minta rakyat ...

Sejak jadi Ketua Penerangan macam ini pula.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Orang yang disaman itu bayar segera iaitu kerajaan kata dia bagi diskaun RM150 kalau tidak silap saya, tidak silap ingatan saya. Saya hendak tanya bahawa macam mana orang yang sudah bayar RM300? Adakah kerajaan hendak bayar balik? Mereka itu yang dahulu sebelum diberikan tawaran untuk diskaun RM150, tetapi ada yang mereka sudah bayar RM300 kompaun itu. Maknanya yang sudah bayar RM300 itu. Adakah kerajaan hendak bayar balik balance RM150 kepada mereka? Ini kerana bagi saya bahawa sepatutnya itulah keadilan diberikan kepada semua orang termasuk kepada orang yang sudah bayar sebelum daripada tawaran RM150. Jadi, sebab yang bayar saman pun daripada 900,000 saman, hanya 100,000 saman sahaja yang bayar saman. Daripada 900,000 lebih saman yang dikeluarkan sampai 13 November baru- baru ini, tetapi saman yang dibayar hanya 100,000 sahaja atau 100,003 begitulah. Maknanya 800,000 saman lagi tidak bayar. Sebanyak 100,000 saman yang bayar itu termasuk mereka yang bayar sebelum daripada tawaran diskaun RM150. Jadi, adakah

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

kerajaan bersedia untuk hendak bayar balik baki lagi RM150 itu kepada mereka kerana mereka telah bayar lebih yang sepatutnya kerajaan sudah tawar sebelum daripada itu. Keempatnya, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan ialah tadi disebut kepada saya, disebut oleh Menteri bahawa kemalangan banyak dan sebagainya, kemalangan makin meningkat, saya bersetuju. Oleh sebab itu saya daripada awal isu ini berbangkit, saya katakan bahawa betul kemalangan meningkat. Kita kena lakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kadar kemalangan maut. Akan tetapi apakah dengan kamera, pasang kamera AES ini merupakan jalan penyelesaian untuk kita mengurangkan kadar kemalangan? Baik, saya hendak habis. Saya hendak jawab dengan jawapan kerajaan. Dengar betul-betul. Baik, saya hendak beri jawapan bertulis? Hebatlah kira saya pula kena beri jawapan bertulis kepada Menteri, kira okeylah. Selamat datang Yang Berhormat Tenggara. Kita simpati dengan dia, seorang yang sangat prihatin walaupun dalam keadaan ...

Sejak jadi Ketua Penerangan, banyak lagi merepek [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

... Mengalami sedikit kemalangan ini. Jadi Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Mersing bersemangat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Isu ini tidak ada kena-mengena dengan AES. Sengaja hendak melewatkan.

Yang Berhormat Lenggong tidak bersimpatilah dengan Yang Berhormat Tenggara.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Lenggong langsung tidak simpati. Sejak dia menang ini, dia act dengan Yang Berhormat Tenggara. Mana boleh lagu itu. Kita menang-menang MT, tetapi act dengan orang, salah. Mentanglah orang itu tidak ada jawatan apa, setakat pengerusi tetap cawangan sahaja, mana boleh buat act seperti itu. Jadi Yang Berhormat Lenggong, dia perasan lebih pula.

Tidak, hairan- sejak jadi Ketua Penerangan ini merepek lebih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya lah fasal tidak terang saya bagi terang. Baik, saya hendak beri jawapan kepada Yang Berhormat bahawa tentang isu kadar kemalangan ini. Tadi saya kata saya bersetuju tetapi isu penguatkuasaan menggunakan kaedah kamera. Ini sekarang ini kita menggunakan kaedah kamera AES, tetapi saya hendak katakan bahawa operasi ini telah dibuat oleh Polis Diraja Malaysia sejak daripada tahun 1995 iaitu polis telah dibekalkan secara berperingkat kamera-kamera perangkap laju. Isu perangkap laju, saman ekor, sembunyi sebelah tiang, di balik pokok dan sebagainya seperti disebut oleh Yang Berhormat Kalabakan sebelum ini. Ini sudah lama sejak 1995, sebelum daripada 1995 itu sudah pun beroperasi. Adakah kita hendak katakan bahawa kemalangan berjaya dikurangkan? Kemalangan terus meningkat walaupun polis telah menguatkuasakan penggunaan kamera. Kamera baru dibeli oleh pihak polis dalam tahun 2012 iaitu 124 unit di mana 85 unit model Laser Digicam yang bernilai RM173,000, sedangkan negeri lain beli lebih murah daripada harga yang dibeli oleh pihak polis. Kemudian 39 unit Laser Trucam yang bernilai RM223,000 satu unit sedangkan negeri lain beli harganya lebih murah, harga pasaran tidak sampai tetapi dijawab dengan saya kos latihan. Takkanlah kos latihan hendak angkat kamera begitu punya mahal. Akan tetapi saya hendak sebut bahawa sebelum daripada ada Laser Digicam, sebelum ada Laser Trucam ini ,sudah ada kamera-kamera lain yang dibuat oleh pihak polis tetapi saya katakan bahawa kemalangan tidak berkurangan. Apa jaminan kita katakan bahawa AES ini yang juga menggunakan sistem dari segi kamera menggunakan kaedah kamera, boleh mengurangkan kemalangan? Kemalangan terus meningkat. Maknanya sepatutnya, apabila sudah ada saman ekor, semua dan sebagainya, sepatutnya kemalangan boleh berkurangan. Apabila sudah ada kamera polis dan sebagainya, kemalangan boleh kurang. Sekarang kita ambil alih AES daripada JPJ diletakkan di bawah polis, sedangkan saya katakan bahawa polis sendiri pun gagal selama ini. Sebelum ni AES di bawah tanggungjawab JPJ, Kementerian Pengangkutan. Sekarang hendak dipindahkan kepada Kementerian Dalam Negeri, kepada pihak polis sedangkan polis sendiri sejak 1995 gagal

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

untuk mengurangkan kadar kemalangan dalam negara kita. Apa argument yang kita katakan bahawa- Yang Berhormat Parit sulung, baru nampak. Terpandang kiri hendak tengok Yang Berhormat Lenggong, tengok Yang Berhormat Parit Sulong tudung merah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena ...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak kalut ke mana? Persidangan Agung UMNO biarlah.

Kuat merepeklah Ketua Penerangan ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sila Yang Berhormat Arau, saya salute sebab dia kena pergi jaga banjir, saya setuju. Tidak apa, kita pun tidak kacau, kami tidak kacau. Jadi sebab itu saya minta bahawa kerajaan memperjelaskan kepada saya bahawa apa jaminan. Ini kerana kalau selama ini pihak polis sendiri pun fail, gagal untuk hendak mengurangkan kadar kemalangan sepanjang operasi depa dengan saman ekor, saman, macam-macam jenis saman trafik ini, dengan kamera baru beli harga patut murah, beli dengan harga mahal. Apa jaminan kita dengan AES ini, kita serah pula kepada polis, boleh mengurangkan kadar kemalangan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu saya minta kepada pihak kerajaan bahawa perlu memperjelaskan kepada saya bahawa berapa sebenarnya kadar kemalangan yang telah berjaya dikurangkan melalui sistem saman yang dibuat oleh pihak polis, yang juga menggunakan kaedah kamera ini sendiri. Jadi sebab itu, saya minta penjelasan hari ini diberikan oleh pihak kerajaan sebaiknya...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dapat memberikan satu kepastian kepada kami semua dan saya tidak bersetuju untuk Dewan hari ini meluluskan ini kerana tanpa memberikan kepada kami bahawa apa-apa perjanjian yang telah dibuat dahulu dan apa balasan ganti rugi yang akan dibayar menggunakan kaedah mana. Saya hendak minta juga pada hari ini iaitu apa pula...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tekan minyak balik semula nampak gayanya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa pula perjanjian baru yang dibuat antara kerajaan

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dengar lah dahulu, dengar lah dahulu. Tidak. Perjanjian kata perjanjian baru dalam proses, perjanjian lama pun haram tidak tunjuk di sini. Dia beritahu kata perjanjian baru dalam proses. Saya belum habis tanya lagi, dia kata dalam proses. Perjanjian lama pun entah ke mana, tidak tahu. Apa butirannya? Dalam proses juga perjanjian lama pun? Jadi, ini persoalannya apa penting perjanjian itu untuk operasi AES? Bukan soal persenjataan, pertahanan negara, Lahad Datu, dan apa semua. Itu mungkin kalau hendak dikategorikan sebagai Akta Rahsia Rasmi. Oleh sebab itu saya hendak minta bahawa apa kaedah perjanjian nanti yang akan digunakan. Maknanya walaupun dalam proses tetapi dari segi model kewangan, apakah hendak gunakan model kewangan tiga langkah seperti mana yang digunakan dahulunya oleh kerajaan dengan dua syarikat yang pengendali AES iaitu Beta Tegap dan juga Attach Sdn. Bhd. Jadi, ini sangat-sangat penting sebab bagi saya bahawa kalaulah mengikut yang dahulu, yang dahulunya- sebab itu saya tanya tadi bahawa berapa yang kita kena bayar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena, saya dengar daripada pukul 12 lebih tadi pusing ayat yang sama sahaja sebenarnya

[Dewan riuh]

Benda sama, benda sama, benda sama. Dia pusing, pusing, pusing, pusing!

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Sama sahaja.

Bukan ada point pun.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ini sengaja hendak melewatkan...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak beri angka baru.

Ucapan merepek Ketua Penerangan PAS.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Timbalan Menteri ini dia kata dalam proses, masih dalam keadaan dalam proses. Bermakna perjanjian lama pun haram tidak tunjuk dekat kita di Dewan ini. Baik, ini akhir saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua. Saya pun tahu Tuan Yang di-Pertua pun...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih, terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak hadir. Baik. Kawasan Tuan Yang di-Pertua banjir juga?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, banjir, banjir. Saya hendak balik, balik.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya doa mudah-mudahan selamat semuanya.

Dr. Mohd. Hatta bn Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Pokok Sena, hendak tanya sedikit.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Dr. Mohd. Hatta bn Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Yang di-Pertua,

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai, ya, sila.

Dr. Mohd. Hatta bn Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya hendak bertanya Yang Berhormat Pokok Sena ini. Dalam Dewan ini jarang kita dengar kerajaan hendak melabur dalam syarikat, bawa ke Dewan ini. Sebanyak RM10 juta ini, tiba-tiba kali ini beria-ia benar pula bawa ke Dewan untuk dibahaskan. Lain-lain pelaburan macam mana ya? Sila.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini satu soalan yang agak maknanya mengejutkan saya. Ini hendak minta daripada Dewan luluskan iaitu pelaburan RM10 juta. Kalau NFC berapa juta?

Jumlah RM250 juta.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jumlah RM250 juta tidak pernah daripada Dewan pun. Ada minta tidak, ada mintakah? Ada bawa usulkah untuk minta RM250 juta Yang Berhormat Tenggara? Yang Berhormat Tenggara tentu ingatkan? [Dewan riuh] Jadi, tiba-tiba untuk RM10 juta minta. RM250 juta tidak minta. Ya, baik Tuan Yang di- Pertua.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya lah pelaburanlah juga ini pun. Lain-lain pelaburan pun tidak pernah minta di sini pun.

[Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Oleh sebab itu model kewangan tadi itu model kewangan. Apakah model kewangan tiga langkah yang dahulunya dikira? Oleh sebab itu saya tanya tadi bahawa berapa pengiraan ganti rugi kepada kedua-dua syarikat ini sebab kedua-dua syarikat ini kalau mengikut model kewangan tiga langkah yang dahulu, syarikat akan menjana sekurang-kurangnya keuntungan pendapatan mereka RM769.6 juta setahun. Konsesi dia lima tahun. Konsesi dia, maknanya perjanjian itu dalam tempoh lima tahun. Maknanya kalau lima tahun, RM769.6 juta ini bermakna bahawa dia akan dapat lima tahun itu RM3.3848 juta. RM3 bilion lebih. Jadi, adakah kita hendak bayar RM717 juta sahaja iaitu modal pelaburan awal dia ataupun kita hendak bayar dengan keuntungan yang hilang. Dia tidak dapat. Dia dijangka lima tahun punya perjanjian, dia dijangka dapat

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

keuntungan RM3.8 bilion. Jadi, adakah kita hendak bayar juga kepada syarikat ini keuntungan yang sudah ada, yang dia hilang, dia tidak dapat. Sepatutnya dia dapat RM3.8 bilion untuk lima tahun tetapi bila kita terminate dia, kita gantikan dia dengan syarikat baru adakah kita bayar mengambil kira ini ataupun RM717 juta sahaja. Jadi, tidak tahulah mungkin kerajaan sudah bayar dah. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Namun, apa pun saya katakan saya tidak bersetuju usul ini untuk diluluskan di Dewan ini kerana kerajaan gagal membentangkan kepada kami perjanjian yang dahulu dan juga apa-apa pengiraan balas sepatutnya. Kerajaan kena tunggu spesifik dahulu perjanjian baru macam mana, siap tunjuk pada kepada Parlimen. Kemudian, macam mana pengiraan model kewangan. Kemudian macam mana pembayaran kepada kedua-dua syarikat ini. Barulah bawa ke sini, bentang, kemudian minta pelaburan. Maknanya dalam masa yang sama kita boleh tangguhkan dahulu, gantungkan dahulu pelaksanaan AES ini. Ini sepatutnya. Jadi, saya ucapkan terima kasihlah kepada Tuan Yang di-Pertua. Kawan saya pun Menteri Pertanian ini maknanya tidak sabar-sabar. Ada pula kita Ahli Parlimen hendak cepat, hendak cepat. Apa benda kita ini, sedikit-sedikit hendak cepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Relakslah, biar kita berbahas dalam keadaan tenang. Kita hendak cepat, hendak cepat, hendak balik. Hendak balik, balik lah. Siapa suruh datang? Kalau saya hendak balik, saya balik. Ini datang sini hendak suruh cepat-cepat. Kami hendak balik, cepat kami hendak balik. La, pergi balik, siapa suruh tunggu? Tiada masalah. Maknanya Parlimen bebas untuk keluar masuk. Hendak keluar masuk, hendak balik, hendak pergi buat persidangan, pergi persidangan. Hendak datang ke persidangan sini, duduklah di sini. Jangan cakap hendak balik, cepat, cepat, cepat. Jadi, ini yang menyebabkan kita berbahas secara yang tidak matang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Keputusan yang kita buat tidak masak. Kita luluskan begitu sahaja

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini Tuan Yang di-Pertua, inilah dia, ini, ini. Dia jenis macam mana UMNO dekat kampung. Tidak ada- setuju tidak setuju, angkat tangan dah setuju...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, mic sudah tidak ada dah, sudah tutup. Terima kasih banyak ya, terima kasih banyak. Okey.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bercadang untuk menolak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey Yang Berhormat Seputeh. Selepas Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kepong, lepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa kesal hari ini sidang kita hari yang terakhir kita bahaskan satu isu yang begitu penting. Sebenarnya isu seperti ini Yang Berhormat Menteri Pengangkutan harus ada tetapi nampaknya beliau kurang sihatlah. Kalau kurang sihat, kenapa memegang dua jawatan dalam Kabinet? Kita lihat Sabah sudah tidak selamat

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

AES ini belum diselesaikan, banyak isu lagi. Jadi, Yang Berhormat Menteri ini kurang sihat, tidak harus ambil dua jawatan. Mungkin satu bagi Yang Berhormat Ketereh atau Yang Berhormat Kinabatangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seputeh, tidak ada kaitan dengan usul. Sila.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, usul, usul.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya juga cadangkan lain kali Perhimpunan Agung UMNO jangan diadakan selari dengan sidang Parlimen kerana sidang Parlimen lebih penting. Tuan Yang di-Pertua, kita orang bandar, kita penduduk warga kota di Lembah Klang. Kita semua terpaksa beli kereta kerana pengangkutan awam kita ini tidak baik, tidak lengkap. Kita lihat sekarang harga petrol telah pun naik selepas Barisan Nasional menang besar dan harga tol juga akan naik lagi. Saya baru dapat satu maklumat bahawa kadar baru tol yang dicadangkan untuk tahun 2014 mungkin Yang Berhormat Menteri boleh beritahu kita sama ada ini benar atau tidak, iaitu:- - Lebuhraya Sungai Besi iaitu BESRAYA- RM1.30 kepada RM2; - Lebuhraya Baru Pantai atau NPE- RM1.60 kepada RM2; - Lebuhraya Damansara-Puchong atau LDP- RM1.60 kepada RMRM2.10;

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

- Lebuhraya Bertingkat Ampang iaitu AKLEH- RM1.50 hingga RM2.50; - Lebuhraya Kajang (SILK)- RM1 kepada RM1.30; - Lebuhraya KL-Putrajaya atau MEX- RM2.50 sehingga RM3.50 - Lebuhraya Kajang-Seremban iaitu LEKAS- 90 sen kepada RM2.30; - Lebuhraya Trafik KL Barat atau SPRINT- RM1.50 hingga RM2.50. Dan juga yang lain iaitu dari Kiara itu daripada RM2 hingga RM3

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya baca ini hanya....

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak apa, boleh tidak forward itu melalui SMS?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Seputeh, sebenarnya sudah jauh sangat terkeluar daripada usul kewangan ini

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Seputeh pun tak tahu apa usul hari ini, sebab itu dia kena buang Exco.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Pengerusi, saya bangkit di sini ialah kita sebagai warga kota terpaksa beli kereta, harga petrol naik, harga tol naik dan sekarang ada saman yang RM300 satu saman dilemparkan kepada pemandu kereta yang selalu menghadapi trafik jam dan kadang-kadang hendak memandu sedikit cepat, kita kena saman AES. Di sini saya sebenarnya hendak tanyalah, dalam keadaan sekarang, kita juga baca daripada jawapan diberi oleh Kementerian Pengangkutan kepada saya pada 20 Oktober tahun ini bahawa setakat 8 Oktober tahun ini, kementerian kata telah pun terima saman AES RM882,298 saman telah pun diterima dan maksudnya yang nilai saman ini adalah lebih daripada RM200 juta dan ini daripada 14 kamera sahaja dan daripada pelan asal AES ini sepatutnya ada 1,093 kamera yang diletakkan di seluruh negara. Tadi saya dengar ucapan Timbalan Menteri yang kata ia hanya akan dikurangkan kepada 310 buah kamera. Apakah ini benar? Ini kerana angka ini agak berbeza sedikit dan sekarang kita hendak tanya yang Menteri Pengangkutan kata saman yang selepas 18 September itu akan dikurangkan kepada RM150. Jadi macam mana sebelum itu yang ramai tidak bayar, saya pun tidak bayar lagi. Kami nak tunggu sama ada saman itu dibatalkan ataupun tidak?

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Lenggong setujukan? Yang Berhormat Lenggong setuju, Yang Berhormat Tanjong Karang juga setuju, saya percaya. Akan tetapi apa yang Menteri Pengangkutan kata, beliau masih tunggu keputusan daripada Jabatan Peguam Negara. Jadi kita hendak tahu maksudnya kita sebagai orang yang kena saman itu masih tunggulah sama ada ia akan dibatalkan ataupun

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

tidak. Saya rasa cadangan yang paling baik ialah dibatalkan kerana tidak akan ada orang yang bayar RM300 sebelum 18 September, ada yang bayar RM150. Jadi saya minta Timbalan Menteri itu mungkin boleh beri berita baik kepada kita semua. Kita lihat yang sekarang Menteri Dalam Negeri kata, PDRM akan ambil alih semua saman, apakah ini benar? Jadi maksudnya sekarang kita bayar saman di balai poliskah atau macam mana? Agak keliru sampai sekarang dan juga ramai yang berminat untuk tahu apakah yang berlaku pada saman yang lama? Saya rasa kerajaan sepatutnya memohon maaf daripada warga kota khususnya di Lembah Klang, di Selangor dan Kuala Lumpur ini kerana this is a big blunder yang adakan AES ini dan bagi kerajaan, mereka selalu ingat, oh! Kalau kita kenakan saman dengan harga yang sangat tinggi, jadi rakyat tidak akan mengulangi mistake atau kesilapan lagi tetapi kita dalam satu keadaan kalau kita terpaksa pergi dari satu tempat ke satu tempat dan yang kamera AES itu selalu diletakkan dalam tempat yang mana bukan tempat yang selalu berlakunya kemalangan jalan raya. Saya ambil satu contoh, ada satu kamera AES di kawasan saya di Jalan Klang Lama di hadapan Pearl Point Hotel itu. Kita cuba letaklah AES kamera di hadapan Parlimenlah, saya rasa mungkin ramai akan kena juga. Di hadapan traffic light selalu yang Jalan Klang Lama itu jammed sangat. Selalu jadi kalau kereta keluar sedikit bila sudah ada lampu merah, dia kena. Jadi itu memang bukan tempat yang sesuai. Kalau hendak letak di mana-mana tempat tertentu yang syarikat AES itu akan dapat banyak untung dan juga kami hendak tanya, dari Seremban yang PLUS Highway itu ke arah Kuala Lumpur juga ada satu kamera AES. Kenapa letak tempat itu? Kenapa mahu kita semua memperlahankan kereta bila hendak masuk ke Kuala Lumpur? Itu bukan kawasan atau lokasi yang bahaya.

Mestilah. Kalau tidak mahu kena jangan bawa laju.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kita lihat ada banyak tempat yang bahaya yang memang selalu berlakunya kemalangan jalan raya. Kenapa tempat-tempat yang bahaya selalu berlakunya kemalangan jalan raya itu tidak diletakkan AES?

Sudahlah, gulung, gulung.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi saya rasa yang sekarang Timbalan Menteri mahu Parlimen luluskan yang untuk RM10 juta untuk ambil alih dan beli AES Solution Sdn. Bhd ini, semua pertanyaan dan juga soalan yang ditanyakan oleh wakil rakyat dan juga rakyat ini haruslah Timbalan Menteri boleh beri satu jawapan kepada kita. Hati kamu semua ini bukan sahaja di Perhimpunan Agung UMNOlah tetapi di atas soal berkenaan dengan rakyat khususnya soal AES adalah begitu diperhatikan oleh semua wakil Malaysia ini kerana kerajaan kita masih ada RM200 juta saman AES yang masih belum diterima. Jadi semua soalan yang kita tanya itu perlulah juga dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kepong. Ya, sila-sila.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, biasanya sayalah berucap dan saya pun mengalu-alukan peserta-peserta yang lain. Ini merupakan satu penawar untuk mengubati penyakit semerawut penyakit kesemerawutan iaitu kekacauan, huru-hara di jalan lalu lintas. Satu penawar, AES dan saya hendak tahu macam mana dengan ada AES ini, kita boleh mewujudkan ketertiban para pengguna jalan, para pengendali jalan. Macam mana kita boleh dapat ketertiban? Ini memang kita hendak tahu. Apa yang pentingnya, Dewan ini perlu diberitahu wang untuk menyelamatkan kedua-dua syarikat swasta di sini dikatakan RM10 juta tetapi wang yang sebenarnya dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk menyelamatkan kedua-dua syarikat yang dilantik bukan mengikut tender terbuka. Memang satu perbuatan yang tidak baik untuk para pengguna jalan kerana dengan tiba-tiba adakan AES dan dengan itu memang menimbulkan kucar-kacir. Pihak rakyat memang bimbang walaupun Yang Berhormat Jempol tidak begitu mengambil perhatian, memang rakyat hendak tahu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan sahaja wang untuk menyelamatkan dwi syarikat itu, bahkan juga dengan pengendalian oleh syarikat AES Solution Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh kerajaan 100% ini, bagaimana kita dapat mewujudkan lalu lintas yang lebih selamat kerana penyakit semerawut ini memanglah- semerawut itu kekacauan, huru-hara di jalan raya.

Ingatkan penyakit kulit. Bukan penyakit kulit ya?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini pun penyakit semerawut juga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato' Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia buat kacau. Ini pun penyakit juga, buat kacau di Parlimen. Sepatutnya dia tolong orang banjir, tengok macam mana kawan dia itu di Baling sebelah itu. Dia SMS dekat saya dia sudah sampai Kuantan bawa bantuan 20 tan.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini [Disampuk] Semua ini hendak pergi ke ‘banjir’ PWTC [Ketawa] Banjir di PWTC...

... [Ketawa] Ikan kembung ikan kerapu, Yang Berhormat Kepong merapu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua saya hendak tahu daripada pihak kerajaan setakat ini bilangan saman dikeluarkan saman AES? Bagaimana kita dapat menyelesaikan saman-saman yang telah pun dikeluarkan? Macam mana saman yang baru akan dikeluarkan tanpa menjejaskan kepentingan orang ramai? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih sila Yang Berhormat Menteri.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong jumlah saman - 924,077 saman dibayar - RM108,835 saman belum selesai – 865,242 jumlah kutipan RM1,477,450. Yang Berhormat Kepong, sesiapa yang membayar saman selepas ini dalam masa dua minggu RM150 sahaja samannya. Lebih daripada dua minggu RM200, lebih daripada sebulan RM300. Itu tentang pengumuman yang baru diumumkan. Yang Berhormat Kepong penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17% sehingga 71%. Ini mengikut standard antarabangsa kajian daripada negara Sweden, Perancis, United Kingdom dan China. Selain daripada itu, kajian antarabangsa juga mendapati bilangan kenderaan memandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70% melalui pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik. Itu kajian antarabangsa. Kalau Yang Berhormat Kepong tidak setuju tidak apalah buat kajian lain. Yang Berhormat Seputeh, AES akan diambil alih oleh PDRM- bagaimana mahu bayar saman. Pada masa ini proses pengambilalihan sedang dijalankan, pengoperasian AES oleh PDRM dan mekanisme. Pembayaran hanya akan ditentukan setelah proses pengambilalihan selesai. Sementara itu urusan AES akan diteruskan oleh JPJ sehinggalah PDRM telah bersedia sepenuhnya. Yang Berhormat Seputeh yang dipasang kamera ini di kawasan kerap kemalangan 3K jumlahnya 14 buah kamera. Baru 14 buah, sepuluh kamera sintetik dan empat kamera mudah alih. Adalah nama-nama jalan-jalannya tidak perlu saya

sebutkan di sini. Satu lagi yang dimaklumkan kepada saya bahawa perjanjian konsesi yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kalabakan bangun.

Yang mana itu?

Yang Berhormat penjelasan.

Okey.

Ini sebab berapa hari lalu saya ada bangkitkan bahawa saman hendak dibayar tetapi masalahnya saman tidak sampai kepada yang kena saman. Kalau kena ada black and white sampailah. Kalau mengikut laman web Polis Diraja apa macam orang yang tidak tahu tengok laman web. Saya ada 19 saman saya, kena 19 saman tetapi tidak ada terima saman. Akan tetapi, apabila saya punya budak check laman web Polis Diraja ada saman 19. Jadi kalau macam saya boleh check tetapi macam orang biasa ini dia tidak tahu ini mana laman web ini. Apa macam caranya yang paling baik? Terima kasih.

Terima kasih. Saya harap PDRM menghantar surat saman tersebut kepada semua yang patut di saman hantar jangan tengok laman web. Saman itu perlu kita terima dengan tangan kita sendiri. Kalau kita tidak terima saman itu maka tidak perlu kita bayar dahulu. Mengapa pemasangan kamera AES diletakkan di kawasan Seputeh...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan boleh?

Kenapa pemasangan kamera AES diletakkan di kawasan Seputeh. Penentuan lokasi pemasangan kamera AES dibuat berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak MIROS menggunakan data kemalangan yang diperoleh dari PDRM. Data perangkaan yang diguna pakai adalah bagi tahun 2008 hingga tahun 2011. Kawasan yang dikenal pasti adalah melibatkan kawasan kerap kemalangan, kawasan kerap kemalangan, 3K yang memfokuskan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Dalam kes di Seputeh adalah kerana melanggar lampu isyarat Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh saya tanya? Mencelah.

Tidak boleh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau...

Kalau saya kata tidak boleh, boleh?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kalau kerajaan letak kamera AES di mana-mana traffic light junction, tentu ada orang langgar termasuk kereta rasmi Menteri juga. Ini tentu akan berlaku kerana memang traffic jammed berlaku sekiranya jalan-jalan yang sangat sibuk.

Yang Berhormat Seputeh mana boleh langgar lampu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tentulah. Jadi...

Lampu merah tidak boleh dilanggar Yang Berhormat Seputeh. Ini budak tadika pun tahu tidakkan Yang Berhormat Seputeh tidak tahu.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tidak kerana kamera AES sangat sensitif. Keluar sedikit pun motorbike pun kena ambil tangkap gambar. Jadi saya rasa ...

Jadi kena berdisiplinlah, kena berdisiplin.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi saya rasa kalau sekarang kerajaan hendak ambil alih kerajaan mesti buat satu kajian yang menyeluruh lagi. Jangan pergi letak kamera AES di tempat yang senang kutip saman tahu, yang susah ialah yang mereka memandu kereta dan pemilik kereta. Ini haruslah kerajaan yang prihatin kepada rakyat itu harus buat.

Kita mendengar kenyataan itu. Kerajaan sedang menimbang beberapa opsyen penyelesaian saman AES sebelum 18 September 2013. Langkah ini mengambil kira pandangan orang ramai. Kita ada beberapa opsyen apa yang berlaku pada saman-saman yang kita telah keluarkan sebelum ini. Tunggu keputusan belum dibuat, tunggu sabar ya. Yang Berhormat Pokok Sena sabar. Kemudian surat Yang Berhormat Pokok Sena semalam saya telah berikan untuk diambil tindakan. Bahagian yang menyediakan jawapan menyebut bahawa kita telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan berpandangan adalah tidak wajar perjanjian konsesi dibentangkan dalam Dewan Rakyat kerana terma dan syarat dokumen merupakan dokumen terperingkat dan rahsia. Oleh yang demikian selaras dengan Peraturan 23(1)(f) peraturan-peraturan majlis mesyuarat yang memperuntukkan bahawa suatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia. Kemudian ditanya kenapakah perkara RM10 juta ini....

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri.

Saya sudah beralih tempat lain.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak fasal perjanjian. Fasal perjanjian.

Mengapakah ...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan lari.

Jawapannya masih sama.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apalah saya hendak minta, saya hendak minta yang lain pula.

Jawapannya masih sama.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sabarlah.

Rahsia tidak boleh bincang.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak berdoa mudah- mudahan ada satu jawapan yang berlainan.

Ya, mudah-mudahan doa itu dimakbulkan oleh Allah Taala.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Duduk dahulu. Duduk dahulu sat. Amboi hormatlah! Hendak kalut ke mana? Hendak pi ‘sidang Parlimen’- ‘sidang Parlimen’ pula> Perhimpunan! Patut balik ini lebih daripada pergi tempat banjir- semacam...!

Yang Berhormat Pokok Sena ini akan mengulang balik apa yang dia sebut sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik. Tidak saya hendak minta. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Peguam Negara kata itu bawah Akta Rahsia Rasmi. Ini soalnya ialah dalam perundangan duduk pada kerajaan. Kalau kerajaan kata,”Oh! Kita keluarkan dia daripada klasifikasi sebagai Akta Rahsia Rasmi maka dia dijadikan public document.” Itu duduk pada kerajaan. Kerajaan boleh buat keputusan untuk kepentingan orang ramai. Apa masalah hendak bergantung? [Ketawa] Adakah kerajaan tidak fikir bahawa dia ada kuasa untuk hendak keluarkan daripada klasifikasi Akta Rahsia Rasmi. Ini hak kerajaan. Tanya Peguam Negara, Peguam Negara tidak bolehlah fasal Akta Rahsia Rasmi tetapi kerajaan ada kuasa, Perdana Menteri ada kuasa, Kabinet ada kuasa.

Terima kasih. Perkara seterusnya mengikut peraturan sub perenggan 83(a)(iv)...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidakkan tidak jawab kot maknanya. Tidak saya hendak minta maknanya Kabinet tidak ada kuasalah?

Jawapannya serupa. Rahsia tidak boleh bincang.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak saya tanya tadi Kabinet ada kuasa tidak ada kuasa, tidak ada?... Kabinet tidak ada kuasa?

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] satu resolusi perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat bagi suntikan modal ekuiti kerajaan dalam AES solution. Ini kerana ia libatkan pelaburan baru kerajaan. Contoh sebelum ini RM10 juta kita hendak tubuh MRT Corporation RM10 juta pun kita bentang di sini. Sebelum ini DanaInfra RM10 juta juga dibentang di sini. Ini AES Solution RM10 juta juga di bentang di sini. Itu untuk menjawab soalan seterusnya. Kemudian sehingga kini 14 lokasi kamera AES masih beroperasi seperti biasa hanya proses pendakwaan di mahkamah yang ditangguhkan. Pengeluaran saman AES adalah dibuat mengikut perundangan sedia ada. Berdasarkan analisis yang dibuat oleh MIROS di 14 lokasi kamera AES didapati ini Yang Berhormat Pokok Sena dengar betul- betul. Didapati kemalangan maut bagi tempoh lapan bulan lepas pemasangan AES, maka berkurangan sebanyak 36.8% kemalangan di tempat-tempat di pasang kamera AES.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya hendak tanya dulu sebelum itu berapa, sebelum itu berapa? Jangan beritahu bahawa 36% berkurangan selepas dipasang. Saya hendak tahu sebelum dipasang berapa peratus? Berapa jumlah kemalangan, angka dia.

Jumlah kemalangan...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak minta mereka ini maknanya...

Ada ini...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap, sekejap. Isu perjanjian tadi ialah soalnya kenapa Yang Berhormat tidak boleh jawab. Kabinet ada kuasa atau tidak ada kuasa...

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Gaduh dekat luar.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau Kabinet tidak ada kuasa lebih baik saya minta semua menteri letak jawatan. Duduk dekat rumah kalau tidak ada kuasa

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Untuk kepentingan rakyat. Tidak boleh guna kuasa untuk kepentingan rakyat. Sedangkan bercakap bahawa kuasa kita guna untuk kepentingan rakyat. Lebih baik letak jawatan.

Yang Berhormat Pokok Sena ini jawapan. Cuba duduk dulu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Lebih baik letak jawatan. Panggil balik penyelia KEMAS menjadi Menteri buat apa!

Saya ingin menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Sebelum ada kamera AES di kawasan itu, 19 kes kemalangan maut. Selepas diletakkan kamera AES cuma ada 12 kes kemalangan maut. Masih ada kemalangan maut tapi menurun daripada 19 kes kepada 12 kes.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak. Saya hendak minta bawa setiap satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pokok Sena. Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat Pokok Sena. Hendak minta mencelah, Yang Berhormat Menteri bagi baru kita mencelah bangun, saya mempersilakan, tertib. Ramai orang tengok kita. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya perasan bila ramai itu naik minyak balik. Saya tahu, saya faham.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Bila orang ramai tengok Menteri tidak boleh jawab, ada kuasa, tidak ada kuasa. Orang ramai tengok Menteri tidak ada kuasa, Kabinet tidak ada apa sekarang. Untuk kepentingan rakyat, Kabinet tidak ada kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, cukuplah. Sila.

[Ketawa] Saya ingin mengulang angka19 kes ini ada di 14 lokasi Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Setiap lokasi berapa?

Jumlah 19 kes ini adalah untuk 14 lokasi dan daripada 14 lokasi itu selepas di pasang, cuma 12 kes kemalangan. Dengan kata lain tujuh kes kemalangan maut dapat dikurangkan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Satu-satu tempatlah.

Satu-satu tempat kemudianlah. Tidak payah petang ini. Esok atau Ahad kah [Ketawa] Seterusnya, apakah bezanya dengan PDRM sebelum ini? Kamera AES beroperasi 24 jam berterusan. Kamera PDRM beroperasi secara terhad sahaja mengikut masa operasi hanya beberapa jam di waktu siang. Itu beza kamera AES dengan kamera PDRM. Seterusnya, nilai RM717 juta...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena bangun. Ya, sila.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tadi tidak minta apa bezanya. Yang saya minta bezanya ialah polis dahulu sudah buat lama sudah menggunakan kamera walaupun bukan 24 jam. Akan tetapi gagal untuk hendak mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut. Jadi kita pergi serah lagi satu beban tanggungjawab kepada polis untuk hendak tengok kamera yang fixed ini 24 jam kita pergi serah dekat mereka. Sedangkan yang mereka asyik buat pun sudah tidak larat sudah. Sudah tidak mampu, sudah tidak boleh selesai masalah kita pergi bagi lagi. Hendak buat apa? Itu yang saya minta penjelasan.

Okey, terpulang kepada saya hendak menjelaskan atau tidak. Nilai sebanyak RM717 juta

[Dewan riuh]

Dahsyat ini!

[Dewan riuh]

Bukan begitu. Terpulang sama ada kita hendak jawab ataupun tidak. Bukan begitu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Nilai sebanyak RM717 juta adalah merupakan anggaran kos pelaburan. Anggaran itu adalah berdasarkan kepada berapa banyak kamera yang dibeli tetapi sekarang ini kamera yang dipasang baru 14 dan kamera yang dibeli 300 kamera. Seterusnya, penubuhan AES Solution Sdn. Bhd. adalah syarikat milik penuh kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan malahan ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu

lintas untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berhubung dengan kadar saman AES yang dikenakan, kadar saman tersebut adalah ditetapkan oleh kerajaan dan bukan pihak syarikat. Kadar saman ini telah pun diselaraskan dengan PDRM. Seterusnya, kerajaan telah mengguna pakai pendekatan 5E untuk menangani isu kemalangan jalan raya, iaitu dengan izin education, enforcement, engineering, environment and evaluation. Antara program-program di bawah 5E program pendidikan keselamatan jalan raya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, audit keselamatan jalan raya penambahbaikan jalan, kempen keselamatan jalan raya, penguatkuasaan terhadap pematuhan teknikal kenderaan dan penilaian keberkesanan intervensi keselamatan jalan raya. Seterusnya, terdapat klausa confidentiality dalam perjanjian yang ditandatangani antara syarikat dan kerajaan yang memerlukan persetujuan bersama bagi mendedahkan maklumat dalam perjanjian. Saya ingin memaklumkan di sini bahawa di bawah Akta Kontrak 1950, mana-mana pihak yang terlibat dalam sesuatu perjanjian yang legally binding perlulah honour the contract dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam kontrak tersebut. Dalam isu AES, kerajaan juga tertakluk kepada perjanjian. Kerajaan sebenarnya bersetuju untuk mendedahkan perjanjian, namun syarikat tidak bersetuju untuk mendedahkan perjanjian. Itu jawapan. Kita sudah sain kontrak...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sila.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi isu perjanjian mungkin perjanjian keseluruhan tidak dapat dibentangkan kepada Ahli Parlimen tetapi isu mengenai pampasan. Tentu dalam perjanjian tersebut ada klausa pampasan cara kira dia dan juga apa yang perlu dibayar oleh pihak kerajaan. So, apakah terma mengenai pampasan yang ada dalam perjanjian tersebut.

Belum lagi Yang Berhormat masih tengah runding.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu bukan soalan saya. Soalan saya apa yang ditulis dalam kontrak. So, kita kena ikut kontrak. Jangan ada kontrak lepas itu merunding lagi supaya pihak konsesi dapat keuntungan tambahan. Kita kena ikut kontrak, apa yang ada di dalam kontrak.

Terima kasih di atas pandangan. Okey, Jawatankuasa Kewangan...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat sikit. Satu.

Ya, sila.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Duduk sekejap.

Sila, cool down.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nanti Tuan Yang di-Pertua kata Yang Berhormat tidak boleh...

Jangan buat tuduhan palsu macam semalam. Tuduhan abang saya orang PAS. Adik saya orang PAS. Dua-dua Ahli UMNO.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Insya-Allah saya tahu adik Yang Berhormat itu siapa dia. Saya tahu. Tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita lupa bab adik dulu.

Siapa dia?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa, tidak apa. Saya pergi ke markas PAS semua dia ada. Tidak usah malu. Kenapa hendak malunya. Okey, baik. Tadi Yang Berhormat kata bahawa tidak boleh sebab itu sudah ditandatangani kerana perjanjian di antara dua syarikat itu tidak boleh di kemukakan melainkan kena persetujuan

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

daripada kedua-dua belah pihak. Akan tetapi oleh kerana kerajaan setuju, pihak satu lagi tidak setuju. Macam mana buat perjanjian maknanya benda itu kena bergantung kepada syarikat. Kalau syarikat tidak bersetuju maka kita tidak boleh sedangkan kena melihat kepada sebarang perjanjian, kena melihat kepada kepentingan orang ramai. Kalau syarikat itu mengikat kita, kenapa kita pergi buat perjanjian yang mengikat kita kalau kita tidak boleh hendak buat kalau syarikat itu tidak bersetuju. Bagi saya bahawa lemah perjanjian yang seperti ini. Saya cukup agak kecewa bila perjanjian dibuat, kalau syarikat tidak bersetuju maka kerajaan tidak boleh dikemukakan. Untunglah syarikat boleh membuat apa sahaja akhirnya kerajaan setuju. Sepatutnya daripada awal kerajaan tidak boleh setuju dengan klausa tersebut.

Okey terima kasih Yang Berhormat. Adik saya tidak pernah datang walaupun sekali ceramah Yang Berhormat. [Ketawa] Jawatankuasa Kewangan dan pelaksanaan AES, MOF telah melantik juru perunding-juru perunding kewangan dan perundangan untuk menjalankan due diligence ke atas ATS dan Beta Tegap. Pelaksanaan due diligence telah dimulakan pada 7 Oktober 2013. Laporan juru perunding telah disiapkan dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan kini di dalam proses perundingan untuk mengambil alih keseluruhan saham ATS dan Beta Tegap oleh AES Solutions. Inti pati perundingan tidak boleh didedahkan buat masa ini. Jawatankuasa Kewangan AES di selaras oleh Kementerian Kewangan. Ahlinya EPU, Kementerian Pengangkutan (JPJ), PDRM, dan Jabatan Peguam Negara. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullah [Tepuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Untuk rakyat semua sendiri [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya adalah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 4 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tepuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Untuk rakyat semua sembunyi. Sembunyi untuk rakyat. Hendak kena rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Ketiga Belas telah berlangsung selama 27 hari mulai daripada 21 Oktober 2013 hingga 5 Disember 2013. Saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis mesyuarat dapat disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang. Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan tahun baru yang akan tiba. Selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya juga bagi pihak Barisan Nasional Backbenchers ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua rakan-rakan... [Tepuk]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini nak masuk TV sahaja Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan-timbalan Yang di-Pertua. Kepada rakan-rakan semua Ahli Yang Berhormat diucapkan Selamat Tahun Baru, Yang Berhormat Seputeh dan juga kepada rakan-rakan yang lain. Marilah bersama-sama kita bekerja untuk kebaikan rakyat dan negara ini. Terima kasih [Tepuk]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila-sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat bagi pihak rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua yang telah pun...

Gulung, gulung! Jangan panjang sangat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Ada pedas dia, ada pedih dia. Apa pun bagi saya bahawa ini satu perhubungan yang sangat baik...

Gulung, gulung, gulung! Jangan panjang sangat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kepada kita dan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, baik pegawai-pegawai daripada Parlimen, mahupun daripada agensi-agensi yang lain, yang telah pun memberi kerjasama. Saya harap Menteri jaga Parlimen, ingat janji! Soalan-soalan bertulis mesti mula sidang, letak atas meja.

Hai, dah ucap terima kasih, sambung lagi!

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini saya hendak tengok pada sidang yang akan datang. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Selamat Tahun Baru!

Gulung, gulung, gulung!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian terima kasih.

[Dewan ditempohkan pada pukul 3.32 petang]