Dewan Rakyat · 11 March 2014
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 362 turns · 34,442 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran-Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAddress / budget
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 10 Mac 2014, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Ucapan itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi. [Teks Titah Ucapan adalah seperti di LAMPIRAN]
Pemasyhuran-Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut: 1. Akta Perbekalan 2014; 2. Akta Kewangan 2014; dan 3. Akta Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013.
Pemasyhuran-Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen Penggal yang lalu. Sila Setiausaha baca. [Setiausaha membacakan Perutusan] “17 Disember 2013 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang berikut tanpa pindaan:
1. D.R. 21/2013 – Rang Undang-undang Perbekalan 2014; “19 Disember 2013 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang undang-undang berikut tanpa pindaan: 1. DR. 9/2013 – Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013; 2. DR. 22/2013 – Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2013; 3. DR. 11/2013 – Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(Pindaan) 2013; 4. DR. 14/2013 – Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013; 5. DR. 19/2013 – Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013; dan 6. DR. 20/2013 – Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013. Yang Ikhlas, t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Pemasyhuran-Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Insiden Pesawat MH370
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari Sabtu, 8 Mac 2014, negara kita telah dikejutkan dengan suatu insiden yang membabitkan pesawat MH370, Syarikat Penerbangan Malaysia yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Saya dan semua Ahli Dewan Rakyat amat bersedih dengan insiden tersebut dan dengan demikian menzahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada penumpang serta anak kapal pesawat MH370 dan juga keluarga mereka. Pada kesempatan ini, seluruh Dewan Rakyat yang mulia ini, mendoakan dan berharap agar semua usaha mengesan pesawat tersebut akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya juga berharap agar keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini. Terima kasih.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga selaku wakil rakyat mewakili BNBBC juga ingin memohon Dewan ini sebab kita tahu sebaik-baik ungkapan yang diangkat ke langit adalah doa. Jadi saya ingin mengajak rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat untuk kita sama- sama berdoa dengan apa kepercayaan sekalipun. Mudah-mudahan penerbangan MAS MH370 dapat ditemukan segera sebab ia merupakan satu misteri yang sehingga hari ini belum dapat kita selesaikan dan tidak ada lain tempat kita bergantung melainkan daripada Allah SWT. Jadi kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak rakan-rakan semua, berdiri kita untuk berdoa, bertafakur memohon ke hadrat Allah SWT sebagai tanda sokongan kita kepada penerbangan yang hilang ini, mudah-mudahan dapat kita temui dengan seberapa segera dengan membaca Al-Fatihah, Tuan Yang di-Pertua. [Semua Ahli Dewan Rakyat berdiri membaca Al-Fatihah dan bertafakur]
1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah konkrit ke arah meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin hari kian meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin nyatakan bagi pihak kerajaan bahawa saya menyokong sepenuhnya apa kenyataan yang Tuan Yang di-Pertua telah buat tadi berhubung dengan pesawat MH370 dan kerajaan beri jaminan bahawa segala usaha yang kita akan terus lakukan dengan kerjasama negara-negara lain, mudah-mudahan Allah akan mengizinkan usaha kita memperoleh hasil yang diharapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan enam soalan lain yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanah Merah pada hari ini, Yang Berhormat Ayer Hitam pada 18 Mac, Yang Berhormat Bentong pada 19 Mac, Yang Berhormat Alor Gajah pada 26 Mac, Yang Berhormat Libaran pada 27 Mac dan Yang Berhormat Tuaran pada 3 April kerana ia menyentuh isu dan perkara yang sama iaitu kenaikan harga barang serta kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, kadar inflasi negara pada tahun 2012 berada di tahap 1.6%, manakala pada tahun 2013 ia berada di tahap 2.1%. Namun sejak kebelakangan ini, soal kenaikan harga barang yang tidak selaras dengan kenaikan harga semasa telah menimbulkan keresahan dan kerisauan di kalangan rakyat. Justeru bagi membendung kenaikan harga barang, setiap tahun kerajaan telah menyediakan berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi bantuan dan insentif. Perlu diingat walaupun kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi dan menaikkan tarif elektrik bagi memperkukuhkan ketahanan ekonomi, namun kenaikan itu sepatutnya hanya memberikan impak minimum ke atas kenaikan harga barangan secara langsung. Beberapa punca yang telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang. Antaranya disebabkan oleh manipulasi harga, keadaan bekalan, kelemahan supply chain, ketidakcekapan logistik, kos operasi dan kebergantungan kepada barangan yang diimport. Selain itu, faktor cuaca seperti musim tengkujuh dan kemarau misalnya telah mempengaruhi jumlah pengeluaran terutamanya barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran dan menyebabkan penawaran bekalan berkurangan daripada permintaan yang mendorong peniaga untuk menaikkan harga. Oleh demikian, mekanisme penstabilan harga barangan ini perlu diperkemaskan bersesuaian dengan keadaan semasa. Jadi, kita sentiasa menyusun semula setiap bantuan atau program mengikut kesesuaian supaya rakyat serta semua golongan yang memerlukan atau yang disasar akan merasa faedahnya. Tuan Yang di-Pertua, di antara langkah-langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup adalah seperti berikut. Pertama melalui Bajet 2014, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM40 bilion untuk meliputi pelbagai subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM24 bilion telah diperuntukkan untuk subsidi barangan asas seperti produk petroleum, gas memasak, minyak masak, tepung gandum dan harga beras. Selain itu, sebanyak RM1.9 bilion pula diberikan sebagai subsidi harga dan insentif hasil padi serta bantuan nelayan. Kedua, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan seperti berikut: (i) keluarga atau isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah sebanyak RM700 termasuk caruman Takaful bernilai RM50; (ii) keluarga yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bernilai sebanyak RM500 termasuk caruman Takaful bernilai RM50; (iii) individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dengan nilai BR1M RM300; (iv) bantuan persekolahan berjumlah RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah bagi semua jenis sekolah; dan (v) bantuan Baucar Buku yang bernilai RM250 pada setiap pelajar prauniversiti dan institusi pengajian tinggi.
Ketiga, kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan 10 buah hypermarket yang telah mengambil bahagian dalam menawarkan diskaun dari 10% hingga 70% di atas 4,000 produk-produk tertentu. Kerajaan juga telah melancarkan kempen Anugerah Kedai Harga Patut di mana premis-premis tertentu yang menawarkan harga-harga dan perkhidmatan berpatutan akan mendapat sijil pengiktirafan daripada kerajaan bagi memberi maklumat yang lebih tepat pada para pengguna untuk membuat pilihan yang bijak. Keempat, penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat bagi memastikan segala usaha tersebut dijalankan secara lebih terselaras dan berkesan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jawatankuasa ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.57 juta bagi melancarkan pelan tindakan bagi kempen pemerkasaan pendidikan pengguna oleh badan-badan bukan kerajaan atau NGO pengguna. Selain daripada itu, Jawatankuasa Kabinet ini meluluskan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan jaminan bekalan dan pengedaran agro makanan negara untuk komoditi terpilih supaya menjadi lebih efisien. Kelima, sememangnya kerajaan amat serius dalam melindungi hak pengguna dan rakyat. Oleh itu, kerajaan sedang dan akan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan yang meliputi semua peringkat rantaian bekalan. Dalam hal ini, kerajaan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan melalui Ops Harga 2014. Sehingga 26 Februari pada tahun ini sahaja, sebanyak 245,128 pemeriksaan telah dilakukan dan 2,200 tindakan undang- undang telah diambil ke atas peniaga dengan nilai rampasan berjumlah RM348,328 serta kompaun sebanyak RM125,350. Berkaitan itu juga, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Gerakan Pematuhan Tanda Harga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan peniaga supaya mematuhi undang-undang berkaitan penandaan harga di samping memberi mesej kepada rakyat akan kesungguhan kerajaan melindungi kepentingan pengguna. Keenam, selanjutnya kerajaan juga telah memperkenalkan produk-produk lain bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup. Antara produk-produk tersebut ialah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sebagai alternatif kepada masyarakat berpendapatan rendah ataupun sederhana rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas kepada harga yang lebih rendah. Sehingga kini, terdapat 126 buah kedai telah beroperasi di seluruh negara. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang menjual pelbagai jenis pakaian dan tekstil pada harga 10% hingga 70% lebih murah daripada barangan yang sama kualiti dengannya. Sehingga kini, sebanyak 15 buah Kedai Kain 1Malaysia telah beroperasi di seluruh negara. Menu Rakyat 1Malaysia di premis-premis makanan seperti kantin, restoran, gerai dan kafeteria yang diperluaskan termasuklah di institusi pengajian tinggi dan hospital kerajaan.
Sehingga kini, sejumlah 4,367 premis telah menyertai Menu Rakyat 1Malaysia. Selain itu antara langkah terkini adalah dengan memperkenalkan kempen penurunan harga yang telah dilancarkan pada Januari lalu. Kempen ini melibatkan 957 buah pasar raya di seluruh negara yang menawarkan penjimatan antara 10% hingga 70% yang ditawarkan ke atas 4,000 jenis barang keperluan isi rumah. Ketujuh, kerajaan turut mewujudkan Pricewatch di dalam Portal 1Malaysia Pengguna Bijak sebagai access point kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga barangan sebelum membuat sebarang pembelian dan merancang perbelanjaan secara bijak atau informed decision. Kerajaan juga pada masa yang sama sekarang telah menyebarluaskan penggunaan Pricewatch melalui media massa seperti radio dan televisyen untuk meningkatkan kesedaran pengguna. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, segala bantuan dan program- program tersebut yang saya telah bentangkan tadi, telah membuahkan kesan yang diharapkan dan kerajaan akan terus membantu rakyat untuk menangani kos sara hidup mereka.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat, kesan kos sara hidup ini memang membebankan rakyat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah. Jelas kerajaan memang begitu berkomitmen ke arah membantu rakyat yang tertindas ini dengan mewujudkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Akan tetapi saya lihat MyCC ini tidak bertindak sebagai anti monopoli untuk mengekang kartel-kartel yang berleluasa menjadi orang tengah. Saya melihat juga bahawa penguatkuasaan kita cuma bergerak apabila dalam keadaan kritikal.
Jadi, apakah mekanisme yang lebih berkesan ke arah untuk memastikan bahawa rakyat berkeyakinan dengan komitmen tinggi kerajaan ini dengan RM40 bilion yang telah dibelanjakan oleh kerajaan bukanlah kecil jumlahnya, besar tetapi tidak ada boleh sesuatu pun yang boleh meyakinkan? Apakah mungkin kerajaan berhasrat untuk menggunakan Food Security Act untuk mendakwa mereka yang sengaja menaikkan harga barang yang tidak mengikut peraturannya? Mungkin dengan cara ini kita dapat mengekang aktiviti ataupun gejala-gejala negatif seumpama ini dan rakyat biasa boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa sebab dari segi logiknya, kita lihat kenaikan harga gula 30 sen tetapi roti canai yang dulu 80 sen, dia jual RM1.50. Naik 70 sen satu keping, itu rasa saya merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga tetapi sukar untuk kita mengawal harga barang itu sebab mungkin tepung itu dikawal. Akan tetapi apabila dijadikan roti, ia bukan lagi barang terkawal sebab ia bukan lagi tepung, ia sudah roti. Justeru itu, langkah-langkah yang boleh meyakinkan rakyat di bawah bahawa kerajaan tidak berhasrat pun untuk menindas mana-mana rakyat sebab lebih-lebih lagi pembangkang menggunakan isu ini di merata-merata penjuru untuk meyakinkan rakyat bahawa inilah kerja Barisan Nasional dan apakah kerajaan juga mungkin melihat bahawa penstrukturan subsidi ini...
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
...Perlu dikaji dengan begitu menyeluruh sebab contohnya subsidi minyak...
Yang Berhormat Kinabatangan, soalan Yang Berhormat.
Soalan ini Tuan Yang di- Pertua. Contohnya subsidi minyak ini...
Kita mahu dengar daripada Perdana Menteri.
...Dinikmati oleh semua orang? Bukan rakyat yang berpendapatan rendah sahaja. Pendatang asing pun boleh menikmatinya, orang kaya pun boleh membeli. Jadi, mungkin ada mekanisme yang dikaji oleh kerajaan termasuk kalau boleh saya mencadangkan subsidi minyak ini ditiadakan langsung dan kerajaan mencari strategi baru membantu mereka yang berpendapatan rendah ini secara menyeluruh dan bukan seperti BR1M yang hanya sekali mereka terima. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya terpaksa menterjemahkan apa soalan dalam ucapan ringkas Yang Berhormat Kinabatangan tadi.
[Ketawa]
Saya dapat kesimpulan bahawa ada dua soalan dalam ucapan ringkas beliau itu. [Ketawa] Pertama, soal monopolies ataupun tindakan yang patut diambil oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan. Saya bagi contoh yang mana baru-baru ini bila Persatuan Pengeluar Ais hendak menaikkan harga ice block sebanyak RM2.50 dan ice cube ataupun ice tube sebanyak 50 sen. Memang kenaikan ini tidak munasabah dan Monopolies Commission ini, MyCC telah ambil tindakan dari segi perundangan dan mereka tidak dibenarkan menaikkan harga ais, pengeluaran yang dikeluarkan oleh persatuan ini. Ini sebagai satu contoh yang mana tindakan anti monopoli ataupun kartel memang boleh memberi kesan yang diharapkan dan pihak commission ini sedang memerhati ada kes- kes lain sebenarnya dalam pertimbangan mereka pada masa ini. Kedua, ini fasal rasionalisasi subsidi. Kita hendak buat secara berperingkat- peringkat. Tidaklah secara mendadak dan kedua, hasil tambahan kerajaan itu kita hendak pulangkan kepada rakyat. Sebahagian mengurangkan beban fiskal dan hutang negara ataupun fiskal defisit negara tetapi sebahagian besar lagi kita pulangkan balik kepada rakyat melalui penambahan BR1M dan langkah-langkah yang lain.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita membelanjakan banyak peruntukan untuk subsidi. Akan tetapi di Pantai Timur untuk makluman Yang Amat Berhormat, Pantai Timur Negeri Sabah, semua barang yang bersubsidi ini bukan dimakan oleh rakyat kita. Ia hanya sampai dan terus pergi ke Indonesia. Jadi bererti di sini Yang Amat Berhormat, penguatkuasaan kita lemah. Jadi mungkin kita ada mekanisme lain untuk membanteras penyeludupan keluar barang-
barang bersubsidi ini. Satu contoh bahawa di Tanah Besar, satu tong gas RM26. Kalau di pulau, di pedalaman RM42. Sampai begitu tetapi masalahnya penguatkuasaan tidak ada. Jadi persoalannya kalau Yang Amat Berhormat boleh mungkin menubuhkan satu jawatankuasa untuk meneliti ini semua dan membuat laporan kepada kerajaan supaya kita dapat bertindak seperti apa yang dicadangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan sudah sedar bahawa kaedah subsidi ini membawa kepada banyak ketirisan. Hakikatnya, kalau kita tidak ikut pada price mechanism, harga pasaran, inilah yang akan berlaku. Di mana-mana negara pun ini akan berlaku dan banyak mana pun kita belanja dari segi penguatkuasaan, ia tidak boleh menutup sama sekali masalah ketirisan kerana keuntungannya besar dan orang akan gunakan akalnya untuk membolosi apa juga kaedah yang kita gunakan. Macam mana kita tambah bilangan pegawai penguatkuasaan pun, masih akan berlaku. Sebab itu kerajaan kata jangka panjang kita mesti beralih kepada subsidi bersasar daripada subsidi pukal sebab apabila kita pergi subsidi bersasar, kita boleh tentukan yang dapat faedah, rakyat Malaysia. Bukan warga asing, bukan penyeludup, bukan pelancong. [Tepuk] Jadi saya berharap bahawa bila langkah ini kita akan lakukan secara berterusan ataupun berperingkat-peringkat dan kaedah BR1M itu pun kita boleh perbaiki lagi.
Kita tahu ada kelemahan-kelemahan tertentu, tetapi ini baru permulaan. Kita akan melakukan penambahbaikan pada BR1M. Akhirnya saya percaya kita akan menyelamatkan berbilion-bilion ringgit, duit rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kita lihat bahawa dalam kita mengawal kos sara hidup ini, kita lihat tentang kenaikan harga yang dibuat oleh kartel yang mengawal harga-harga ini. Ini adalah kartel yang dibuat oleh swasta. Namun kita kerajaan kita wujudkan kartel juga. Adakah kerajaan bercadang supaya AP ataupun permit untuk mengimport barang-barang makanan ini dilonggarkan. Sebagai contohnya beras, beras ini adalah makanan hak asasi rakyat. Makanan ruji rakyat dan semua orang makan besar. Kita lihat kartel yang kita wujudkan ini menyusahkan rakyat di mana harga beras yang diimport dan yang dijual di negara ini cukup mahal, berbeza. Jadi kita lihat adakah kerajaan bercadang untuk buka AP untuk kita kurangkan orang tengah yang kita sering wujudkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun membuat ketetapan bahawa kita akan melonggarkan semua AP berhubung dengan barang makanan yang diimport. Malah sekarang ini sesiapa sahaja yang hendak import barang boleh memohon kepada Kementerian Pertanian dan kita tidak ada sekatan. Dalam soal beras, kita sedang memerhati perkara ini untuk memastikan bahawa ianya tidak merugikan rakyat. [Soalan No.2 - Y.B. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang) tidak hadir]
3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan: (a) bilakah jangkaan pembinaan Loji Air Langat 2 akan dilaksanakan dan apakah masalah yang dihadapi oleh kementerian bagi memulakan kerja-kerja ini; dan (b) apakah tindakan oleh kementerian bagi mengatasi kemerosotan paras air yang kritikal di empangan-empangan sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa yang mengemukakan soalan mengenai dengan pembinaan loji Air Langat 2. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan sembilan pertanyaan lain yang berkaitan dengan isu-isu perkhidmatan bekalan
air di Selangor iaitu daripada Yang Berhormat Simpang Renggam - 11 Mac 2014, Yang Berhormat Kelana Jaya - 11 Mac 2014, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara - 18 Mac 2014, Yang Berhormat Pulai dan Yang Berhormat Seputeh - 24 Mac, Yang Berhormat Klang - 3 April 2014, Yang Berhormat Shah Alam - 8 April 2014 dan Yang Berhormat Wangsa Maju - 10 April 2014. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa Loji Rawatan Air Langat 2 adalah merupakan salah satu daripada projek kerajaan untuk perbekalan air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang termasuk dalam komponen yang dikenali sebagai Skim Bekalan Air Pahang Selangor. Kajian yang dibuat pada 90-an oleh pakar-pakar mendapati bahawa bekalan air yang ada di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya perlu ditambah bekalan air mentahnya. Keputusan Kerajaan Persekutuan adalah untuk membuat satu skim yang dikenali sebagai Skim Bekalan Air Pahang Selangor. Ia mempunyai dua komponen. Komponen yang pertama ialah projek penyaluran air mentah Pahang - Selangor yang di dalamnya terdiri daripada komponen Empangan Kelau di Pahang, terowong penyaluran air mentah, muka sauk dan Stesen Pam Semantan dan juga saluran paip dan kerja-kerja berkaitan. Untuk komponen yang pertama ini kebanyakan kerja-kerja telah mencapai sekitar 99%. Komponen yang kedua ialah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan-agihannya. Untuk komponen ini Kerajaan Persekutuan telah memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor sekitar tahun 2008 dan Kerajaan Selangor telah mengambil beberapa langkah bagi tujuan pembinaan ataupun kebenaran merancang pembinaan loji ini tidak dapat dikeluarkan pada ketika itu. Namun begitu pada tahun ini hasil rundingan yang berterusan, dan juga atas semua pihak yang telah mengambil usahanya termasuklah di atas daya usaha, pandangan, buah fikiran yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akhirnya pada 26 Februari 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman untuk menyelesaikan isu air Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan enam kebenaran merancang ataupun development order yang membolehkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan ini dimulakan. Untuk itu Kerajaan Persekutuan pada waktu ini menunggu untuk menawarkan kepada kontraktor di mana tender terbuka ini telah dibuat kira-kira tiga tahun yang lalu. Sekarang ini kerja-kerja ini boleh dimulakan sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan tawaran kerja kepada kontraktor yang telah dipilih untuk memulakan Loji Rawatan Air Langat 2. Di samping itu, seperti mana dalam soalan dari Yang Berhormat Titiwangsa yang menyebut masalah yang dihadapi oleh kementerian. Sukalah saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa untuk Loji Rawatan Air Langat 2, kita telah menerima enam kebenaran merancang untuk tidak ada masalah. Yang keduanya nanti adalah pengagihan bekalan. Ini kita memerlukan lagi kelulusan kerajaan negeri kerana ada lagi tanah-tanah yang belum siap pengambilan balik tanah-tanah untuk tujuan pembinaan paip. Ketiganya kita memerlukan kelulusan kerajaan untuk menghantar tenaga oleh TNB ke Langat 2. Panjang transmission di Mahkota Cheras ini adalah 7.5 kilometer. Ini kita perlu juga kelulusan Kerajaan Negeri Selangor pada peringkat kedua. Saya yakin dengan persefahaman yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor akan memberi kelulusan-kelulusan apabila datang pada peringkat kedua. Soalan kedua daripada Yang Berhormat Titiwangsa, berhubung dengan mengatasi kemerosotan paras air. Sukalah saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini Empangan Sungai Selangor baki kandungan air mentahnya adalah 41.83%, Empangan Klang Gate, Selangor 52.14% dan juga Empangan Kelinci di Negeri Sembilan 54.5%.
Empangan Sungai Selangor dan Empangan Klang Gate adalah dua empangan yang memberi jumlah air mentah untuk dibekalkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan juga Putrajaya. Jadi oleh kerana musim kemarau dan musim kering pada waktu ini, maka Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari Empangan Selangor dan juga Empangan Klang Gate. Oleh kerana itu, maka pengagihan bekalan air berjadual telah dimulakan, dan 10 Mac iaitu kelmarin, pengagihan bekalan air berjadual peringkat 3 dimulakan. Pengagihan bekalan air berjadual maksudnya catuan air berdasarkan konsep
perbekalan dua hari tiada air dan dua hari ada air. Setakat ini, akaun yang telah termasuk dalam peringkat ketiga untuk pengagihan bekalan air ialah 719,000 akaun. Pada waktu yang sama juga, sebab air mentah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, pihak LUAS iaitu Lembaga Urus Air Selangor telah sekarang ini mengepam air dari tasik lombong di Bestari Jaya di Batang Berjuntai untuk dimasukkan dalam sungai sebelum intake iaitu 50mlb setiap hari. Itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperbanyakkan air mentah di dalam sungai. Jadi untuk keseluruhannya pada waktu ini kita sedang terlibat dalam pengagihan bekalan air berjadual iaitu catuan air seperti mana yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih di atas jawapan yang begitu panjang lebar daripada pihak Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah kalau kita lihat masalah air ini adalah satu masalah yang agak kritikal sekarang ini. Kalau dikaji semula sekiranya Projek Langat 2 ini dapat dibina pada masa yang telah ditetapkan iaitu sekitar tahun 2009, masalah ini tidak akan dihadapi oleh rakyat. Oleh kerana masalah ini berpanjangan, maka saya difahamkan baru-baru ini bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui lesen air mentah kepada pemegang-pemegang konsesi loji air yang ada sekarang ini. Adakah ini akan menyebabkan masalah distribution air kepada pelanggan-pelanggan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ini akan menjadi lebih kronik sekiranya perkara ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Saya juga ingin mengambil maklum bahawa dalam penerangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tidak menyebutkan berapa lamakah pembinaan Projek Langat 2 ini dapat disiapkan daripada mula kontrak diberi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan bekalan air mentah daripada negeri kepada syarikat- syarikat pemproses air ataupun konsesi air, saya kira bahawa pada peringkat awal sememangnya ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri berkaitan dengan pemberian ataupun pengagihan air mentah kepada konsesi air. Akan tetapi hasil daripada rundingan yang dibuat oleh KETTHA dan juga SPAN atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, perkara itu boleh diselesaikan kerana pada waktu ini Kerajaan Negeri Selangor sedang membuat rundingan dengan empat syarikat konsesi air untuk tujuan pengambilalihan ataupun menstrukturkan semula bekalan air di negeri Selangor. Dalam MOU itu salah satunya adalah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor dengan willing buyer willing seller. Jadi saya kira perkara itu boleh diselesaikan. Perkara kedua yang disebutkan mengenai dengan bila Projek Langat 2 ini akan siap. Seperti mana yang kita sedia maklum, sebenarnya pada tahun 2009 sepatutnya Projek Langat 2 telah dimulakan kerjanya dan sekarang ini sudah siap kerana jadual Projek Langat 2 ini siap adalah pada tahun 2014 tetapi oleh kerana kita tertangguh dan akibat daripada penangguhan itu pun setelah disedari sendiri oleh Kerajaan Negeri Selangor bahawa ia adalah merugikan kerana bukan sahaja masalah catuan yang kita hadapi tetapi mereka juga sedar bahawa sekarang ini lebih daripada 780 industri ataupun pembangunan yang sepatutnya dapat diluluskan tidak dapat diluluskan kerana tidak cukup bekalan air. Jadi ikut jadual yang diberi adalah bahawa yang terbaru ini adalah pada tahun 2017. Jadi dalam tempoh tahun 2014 ke tahun 2017 ini, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan projek-projek mitigasi bagi membantu bagaimana mempertahankan bekalan air yang ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga di negeri Selangor. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan memorandum persefahaman ke arah penyelesaian bekalan air di Selangor termasuk pembinaan loji di Langat 2, telah pun ada kedengaran pernyataan-pernyataan berbaur politik yang meragui tentang kandungan dan juga sejauh manakah kandungan dalam memorandum itu dapat dikekalkan tanpa sebarang perubahan di masa akan datang terutamanya sekiranya berlaku perubahan personaliti dalam kepimpinan di peringkat negeri berkenaan dan sebagainya. Apakah kerajaan yakin memorandum of understanding ini mempunyai kuat kuasa undang-undang yang tidak memungkinkan berlaku perubahan-perubahan di luar jangka yang mungkin akan menghalang matlamat menyempurnakan projek ini? Keduanya dari segi jangka panjangnya, tidakkah kerajaan melihat masalah bekalan air dalam negara yang melibatkan dua kuasa antara Kerajaan Pusat dengan
kerajaan negeri ini sebagai sesuatu perkara yang memerlukan kepada penelitian yang lebih mendalam memandangkan air adalah satu sumber yang sangat penting dan sangat kritikal. Di negara-negara yang mempunyai padang pasir pun dapat menyelesaikan masalah air tetapi bagi negara kita yang dilimpahi dengan air hujan yang banyak tetapi kita sering kedengaran tahun demi tahun masalah-masalah bekalan air yang kebanyakannya bukan berpunca daripada kekurangan air tetapi berpunca daripada kelemahan pengurusan sumber air. Tidakkah kerajaan memikirkan untuk masa akan datang perbadanan di peringkat nasional dan menjadikan soal bekalan air itu sebagai tanggungjawab Persekutuan dan bukan lagi tanggungjawab kerajaan- kerajaan negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya mengenai dengan Perjanjian Persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor mengenai bekalan air. Saya kira bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor telah membuat kenyataan bahawa perjanjian ini tidak boleh diubah atau dipinda di mana-mana kerana telah dipersetujui dan dimasukkan perkataan dengan izin, unrevokeable oleh kedua-dua belah pihak. Jadi kedua-dua belah pihak telah bersetuju supaya perjanjian ini dipakai bagi menentukan bahawa bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat diselesaikan secara holistik.
Keduanya, berkaitan dengan masalah pengurusan bekalan air di negeri-negeri. Dari segi latar belakangnya bahawa keseluruhan pengurusan air sama ada air mentah ataupun loji pembersihan air dan juga air bersih yang diagihkan kepada domestik ataupun perusahaan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Akan tetapi apabila Akta Air diwujudkan, WSIA diwujudkan, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah regulator yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memberi lesen kepada syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan negeri apabila dicorporatize. Jadi, semua negeri di Semenanjung Malaysia telah mewujudkan syarikat masing-masing untuk perbekalan air. Untuk tujuan itu, dilesenkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Bagi membolehkan syarikat-syarikat urus tadbir air di negeri-negeri ini mudah dari segi modalnya, maka sebuah lagi perbadanan diwujudkan yang dikenali sebagai Perbadanan Aset Air Berhad bagi melihat bagaimana aset-aset air yang ada di negeri itu boleh dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Sebagai balasannya, hutang kerajaan negeri, hutang bekalan air kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebelum 2001 dihapuskan. Ini yang berlaku di kebanyakan negeri dan dikenali sebagai - dalam istilah, air ini adalah migrate. Dia buat migrasi air kepada Kerajaan Persekutuan tetapi ada negeri yang belum lagi Iaitu negeri Kelantan, negeri Terengganu, Pahang dan Kedah belum lagi masuk dalam migrate ini, termasuklah Selangor. Jadi sekarang ini, dari segi pengurusannya, masih dibuat oleh kerajaan negeri tetapi dari segi licensing dan pengawalan itu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan melalui KeTTHA khususnya melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Dalam persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, saya kira air adalah sebahagian daripada milik negeri berserta dengan tanah dan juga hasil mahsul yang lain di negeri. Jadi sehingga hari ini, saya kira air itu masih lagi di bawah - air mentah, masih lagi di bawah pengawalan kerajaan-kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi soalan tambahan dalam masa kecederaan. Kebetulan saya terlibat sewaktu dulu-dulu Tuan Yang di-Pertua, menjadi Menteri pengiring sewaktu lawatan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi ke Malaysia tahun 2001. Ada perbincangan delegasi di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-4 dengan Perdana Menteri Jepun mengenai isu ini, tahun 2001. Bermakna Kerajaan Barisan Nasional telah fikir perkara tersebut lebih awal lagi untuk kepentingan rakyat. Ada nasihat orang-orang lama, kalau hendak selamat, kena dengar ulama. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Pakatan Rakyat ini memang degil, pekak badak dan tidak mahu dengar langsung nasihat ulama-ulama hari ini dengan menyelesaikan masalah ini sehingga menyusahkan. Walaupun dia tidak ada.
Bebal, bebal.
Ya, bebal. Tambahan. Sehingga menyusahkan rakyat. Kalau kita dengar ulama-ulama hari ini, benda ini sudah selesai dan kita tidak ada masalah air pun. Adakah ini benar?
Tuan Yang di-Pertua, bab yang sebelah Pakatan Rakyat ini bukan sahaja air dia tidak dengar, semua sekali dia tidak dengar ulama. Itu yang jadi macam itu. Kalau dia dengar ulama, dia tidak jadilah sampai kes mahkamah semua ini. Jadi, saya kira bahawa itu soalan yang spesifik yang itu, saya jawab yang itu sahajalah.
[Soalan No. 4 – Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) tidak hadir]
5. Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah peruntukan setiap tahun (bagi lima tahun yang lalu) yang digunakan bagi membantu mangsa banjir dan kebakaran di Malaysia mengikut negeri.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga kerusi-kerusi yang kosong ini diisikan oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan wang ihsan yang disalurkan bagi bencana banjir dari tahun 2008 sehingga tahun 2013 adalah seperti berikut. Saya bagi angka secara kasar atau secara purata. |TAHUN |NILAI (RM juta)| |------|--------------:| | 2008| 26| | 2009| 59| | 2010| 32| | 2011| 47| | 2012| 11| | 2013| 19| |JUMLAH| 196093466|<END_TABLE_MARKER> Peruntukan bagi setiap tahun untuk membantu mangsa-mangsa banjir oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri adalah tidak sama kerana ianya bergantung kepada keadaan dan situasi banjir semasa ia berlaku. Penyaluran wang tunai RM500 kepada ketua isi rumah yang terlibat dengan bencana banjir adalah menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara. Bantuan yang diberikan ini bukanlah ganti rugi atau pampasan sebaliknya bantuan ihsan yang bersandarkan kepada kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi kebakaran pula, pada umumnya kejadian kebakaran tidak diklasifikasikan sebagai bencana alam yang melayakkannya menerima bantuan ihsan dari kerajaan menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah MKN. Namun, atas dasar keprihatinan Kerajaan Pusat, terdapat beberapa kejadian kebakaran yang berskala besar dan diisytiharkan sebagai bencana oleh jawatankuasa pengurusan daerah yang dipertimbangkan pemberian wang ihsan kepada ketua isi rumah menggunakan peruntukan KWABBN.
Terima kasih kepada jawapan Menteri. Banjir yang telah berlaku di beberapa negeri yang lalu terutamanya di Sarawak dan Sabah membawa banyak kerugian kepada mangsa. Kes kebakaran sering juga berlaku terutamanya di rumah-rumah panjang di Sarawak. Kerajaan juga cuba dari pelbagai agensi untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dalam perkara ini. Akan tetapi masalahnya adalah, ini yang menimbulkan masalah sebab bantuan yang telah disampaikan kepada mangsa ini adalah amat tidak ada asas. Soalan saya, apakah kerajaan ada standard guideline ataupun dasar untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan kebakaran ini seperti bantuan kewangan ataupun dari segi barang makanan, pakaian dan sebagainya.
Kedua, siapakah sebenarnya dari pihak kerajaan ataupun agensi kerajaan yang benar-benar terlibat dalam menentukan mangsa-mangsa yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut oleh sebab apa yang telah berlaku baru-baru ini terutamanya mangsa banjir, ada yang mendapat bantuan dan ada yang tidak dapat. Mereka yang mahu mengadu masalah ini pun tidak tahu ke mana mereka dapat mengadu untuk mendapatkan bantuan. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, bantuan yang diberi oleh MKN ialah wang tunai sebanyak RM500 dan ianya mesti disahkan oleh pejabat daerah setelah dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara. Tuan Yang di-Pertua, bantuan banjir besar yang berlaku baru-baru ini, kita masih belum lagi membuat pembayaran di beberapa buah tempat. Kita menunggu laporan daripada pejabat daerah. Pejabat daerah akan dapatkan maklumat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat yang mendaftar mangsa banjir di pusat perpindahan. Jadinya semua mangsa banjir yang didaftarkan di pusat perpindahan telah pun diberi bantuan kecuali ada beberapa tempat termasuklah Pahang, yang kita masih memperincikan senarai tambahan. Jadi kita lebih mudah mendaftarkan mangsa banjir di pusat banjir kerana kalau mereka berpindah ke tempat lain kita tidak ada bukti yang mereka berpindah waktu banjir walaupun mereka berada dalam kawasan banjir. Perkara ini dimaklumkan dari semasa ke semasa bahawa mereka mestilah mendaftar di pusat banjir. Di Kuantan baru-baru ini, pihak pembangkang banyak menimbulkan beberapa pertanyaan tentang mangsa banjir tetapi mereka tidak menolong kita untuk membawa mangsa banjir datang ke pusat perpindahan. Bantuan makanan diberi di pusat perpindahan dan juga makanan diberikan kepada mereka yang tidak boleh berpindah tetapi berada di kawasan banjir. Terdapat banyak agensi yang memberi bantuan. Tentang MKN kita beri RM500. MKN juga bagi bantuan logistik perpindahan dan sama menyelia tempat perpindahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana kawasan saya baru-baru ini kena banjir. Terima kasih atas lawatan Yang Berhormat Menteri ke kawasan saya bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri meninjau keadaan banjir di Tenom baru-baru ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kalau tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa bantuan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir sebanyak RM500. Dalam soalan tambahan saya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, melalui MKN adakah pihak MKN bersedia untuk memperkukuhkan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah sekiranya berlaku apa-apa kejadian terutama kalau banjirlah, seperti yang kita lihat bila mewujudkan pusat perpindahan, kelengkapan-kelengkapan seperti khemah dan yang lain-lain selain daripada bantuan supaya pihak jawatankuasa ini dapat bekerja bersama-sama dengan jabatan-jabatan yang lain untuk menggerakkan sama ada dalam soal menyelamat ataupun memberi bantuan? Ini kerana saya lihat Tuan Yang di-Pertua, pihak jawatankuasa serba kekurangan, kekurangan betul dari sudut kelengkapan. Kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri membantu pihak Jawatankuasa Bencana Alam ini dalam memperkemaskan gerak kerja jentera apabila berlakunya bencana di suatu kawasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Tenom kita belum sampaikan bantuan lagi Yang Berhormat. Kita masih menunggu senarai lengkap dari Tenom, Beaufort dan juga lain-lain lagi. Kita baru sampaikan di Kota Belud di Sabah. Berhubung dengan Jawatankuasa Bencana Alam Peringkat Daerah, jawatankuasa ini yang akan mengisytiharkan banjir. Mereka isytihar banjir dan mereka juga menentukan pusat-pusat perpindahan. Pusat perpindahan ini sebenarnya telah ditentukan lebih awal lagi oleh Jawatankuasa Banjir. Selepas itu kita ada Jawatankuasa Bencana Alam di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan dan di peringkat Kerajaan Pusat dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian yang keduanya, kita telah menyediakan barang bantuan di semua stor utama apabila kita mendapat makluman bahawa banjir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat dan sebagainya. Jadi, stor ini menyimpan barangan makanan, tikar dan juga lain-lain. Apa yang menimbulkan masalah sekarang ini ialah apabila banjir berlaku dan mereka meminta bantuan pada masa banjir itu berlaku. Sebagai contohnya, di satu tempat di Pekan, mereka mohon bantuan di tempat yang berkenaan tetapi kita tidak boleh sampai ke tempat tersebut dengan serta-merta kerana banjir besar dan cuaca yang tidak mengizinkan untuk kita hantar dengan helikopter.
Jadi, sama ada kita harus buat stor di kawasan yang berkenaan, maka Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah akan kenal pasti bahawa kawasan ini sering banjir. Sebagai contoh saya sebutkan tadi, ada satu tahun itu Sarawak menerima bantuan lebih daripada RM40 juta. Jadi mereka sudah kenal pasti tempat-tempat yang dijangkakan banjir. Akan tetapi kita sedia maklum bahawa banjir berlaku, ia seolah-olah dari satu negeri ke satu negeri. Jadi hampir semua negeri di Malaysia mengalami banjir. Ada negeri yang tidak ada banjir semasa negeri lain banjir dan sebagainya. Jadi memudahkan bicara, jawatankuasa ini akan kenal pasti lebih awal lagi untuk persediaan supaya stor barangan kita itu diletakkan di tempat yang berdekatan. Kita ada di peringkat negeri dan juga di tempat-tempat yang kita jangka memang kawasan yang boleh banjir.
[Soalan No. 6 – Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara) tidak hadir]
7. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah kes majikan yang gagal mematuhi pelaksanaan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Januari 2014 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Perintah Gaji Minimum 2012 telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggajikan enam orang pekerja dan lebih dan 1 Julai 2013 bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau kurang.
Berkenaan status semasa pelaksanaan gaji minimum, kerajaan telah menetapkan mulai 1 Januari 2014 ini, penguatkuasaan gaji minimum akan dijalankan sepenuhnya terhadap semua majikan. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira penundaan yang telah diberikan oleh kerajaan sepanjang tahun 2013 bagi 1,044 majikan individu dan majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga 31 Disember 2013. Oleh yang demikian, diharap melalui pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan, majikan seharusnya telah mampu melaksanakan gaji minimum pada tahun 2014. Tuan Yang di-Pertua, berhubung jumlah majikan yang gagal melaksanakan gaji minimum didapati 961 aduan berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum telah diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja sepanjang tahun 2013 di seluruh negara. Aduan sedang disiasat dan tindakan selanjutnya termasuk pendakwaan sedang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, bermula 1 Januari 2014, tiada majikan dikecualikan dari membayar gaji minimum kepada pekerja mengikut penetapan gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Akta 731. Mengikut statistik pemeriksaan berkanun yang dilakukan ke premis majikan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, pada Januari 2014, sebanyak 11 majikan atau 1.1% daripada 988 majikan yang telah diperiksa gagal mematuhi penetapan gaji minimum. Kesemua majikan ini telah diberi notis pematuhan dan diberi tempoh untuk membuat pembetulan dan seterusnya mematuhi penetapan gaji minimum ini. Kegagalan mematuhi perintah ini Tuan Yang di-Pertua, jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman seperti berikut: (i) penalti bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja; (ii) penalti bagi kesalahan berulang, denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan (iii) penalti bagi kesalahan berulang, denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia sedang meneliti tindakan pendakwaan terhadap 622 majikan yang gagal mematuhi penetapan gaji minimum pada tahun 2013. Majikan-majikan ini adalah majikan tidak mendapat kelonggaran penangguhan pelaksanaan gaji minimum tempoh hari. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kerajaan cukup prihatin yang terdiri daripada banyak aduan daripada pekerja-pekerja yang dianiaya oleh majikan yang masih berdegil untuk mematuhi Akta Majlis Perunding Gaji Negara 2011. Mengikut seksyen 43, Akta Majlis Perunding Gaji Negara 2011 memperuntukkan bahawa majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Jadi soalan tambahan saya, apakah kerajaan berjaya dan memastikan bahawa kebajikan pekerja- pekerja dalam negara ini diambil kira sekiranya akta ini tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana ia merupakan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara kita khususnya pekerja-pekerja di kalangan orang muda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana pelaksanaan sepenuhnya gaji minimum ini baru berkuat kuasa pada 1 Januari 2014, maka terlalu awal untuk mendapat impact sebenarnya. Akan tetapi izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberitahu bahawa iaitu mengenai kedudukan majikan yang didapati tidak mematuhi perintah gaji minimum bagi tahun 2014 dulu dan selepas itu balik kepada tahun 2013. Bagi tahun 2014, bilangan pemeriksaan yang telah dibuat oleh pegawai- pegawai di Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Malaysia adalah 3,218. Majikan yang didapati mematuhi perintah adalah 3,147, ini bererti 97.79% daripada majikan telah pun mematuhi perintah. Selepas itu pecahan majikan yang melanggar perintah, yang telah diberikan tindakan notis pematuhan seramai 54, tindakan pendakwaan ialah 17, berjumlah 71. Ini bermakna hanya 2.21% yang tidak atau yang melanggar perintah gaji minimum. Berbalik kepada tahun 2013 pula, jumlah majikan yang tidak mematuhi perintah gaji minimum ialah 622, yang telah diperiksa semula berjumlah 94, majikan yang mematuhi perintah berjumlah 41, dari segi peratusannya 43.62%. Selepas itu pecahan majikan yang melanggar perintah, majikan yang masih tidak patuh pada perintah ialah 19, tindakan pendakwaan ialah 34, jumlahnya 55%. Maka kalau kita melihat dari angka itu, majikan yang mematuhi perintah adalah 41, peratusannya 43.62%. Majikan yang melanggar Perintah 53, dari segi peratusannya 56.3%. Jadi itulah seperti mana yang saya sebutkan tadi, terlalu awal untuk kita melihat impaknya. Walau bagaimanapun, dengan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kementerian saya melalui Jabatan Tenaga Kerja, kita percaya perintah gaji minimum ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk pengetahuan kita bersama Tuan Yang di-Pertua, tindakan pendakwaan terhadap majikan-majikan yang gagal membayar gaji minimum hanya diambil sebagai jalan terakhir setelah semua langkah lain seperti amaran diendahkan oleh para majikan. Harus juga diingat bahawa semua kes pendakwaan di mahkamah hanya dilaksanakan setelah mendapat kebenaran atau consent daripada Timbalan Pendakwa Raya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada jumlah yang tadi dimaklumkan oleh Yang Berhormat mengenai majikan-majikan yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum ini walaupun tidak mendapat pelepasan. Jumlahnya tadi dimaklumkan, Yang Berhormat Menteri katakan jumlahnya adalah sedikit berbanding dengan majikan tersebut. Jadi soalan saya adalah, adakah pihak kementerian ada membuat satu kajian mengapakah majikan-majikan ini gagal ataupun tidak mematuhi perintah ini walaupun tidak mendapat pelepasannya? Sebagai contohnya, seperti satu kontraktor pembersihan di Parcel D, Putrajaya itu, di Kementerian Sumber Manusia itu sendiri yang masih lagi belum melaksanakan pembayaran gaji minimum. Jadi, apakah tindakan kementerian dalam hal ini? Apakah kementerian akan mengenakan atau impose any charges dengan izin, terhadap syarikat ini dan bilakah syarikat ini akan melaksanakan Perintah Gaji Minimum ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Soalan itu ada kena mengena dengan kementerian saya sendiri iaitu kementerian yang sepatutnya mendahului sektor-sektor yang lain. Kita memang faham bahawa kontraktor pembersihan, kalau diizinkan saya sebutkan namanya di sini untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini iaitu syarikat Stagno Tech Sdn. Bhd. Ya, memang benar bahawa syarikat ini telah gagal untuk membayar gaji minimum kepada sebilangan kecil para pekerja mereka. Harus diingatkan di sini bahawa sebenarnya syarikat ini telah menggaji pekerja seramai 182 orang.
Mengikut apa yang kita fahamkan, sebenarnya pegawai-pegawai kita telah pun berhubung dengan tuan punya syarikat ini iaitu syarikat Stagno Tech Sdn. Bhd. dan mereka telah memberi jaminan bahawa mereka akan mematuhi perintah gaji minimum ini dalam masa terdekat. Akan tetapi bilangannya yang terlibat tidaklah begitu banyak. Saya tegaskan di sini bahawa mereka telah memberi jaminan, pegawai-pegawai kita telah berunding dengan tuan punya syarikat dan mereka telah memberi jaminan bahawa gaji minimum ini akan diberikan kepada mereka dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.
[Soalan No.8 – Y.B. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli (Kuala Krai) tidak hadir]
9. Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum [Kubang Pasu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan mengenai Astro: (a) mengapakah Astro sentiasa mendapat hak eksklusif siaran langsung sukan terutamanya, yang mana ia telah menyekat peluang-peluang stesen televisyen yang lain untuk membuat siaran langsung; dan (b) jelaskan terhadap kenaikan harga langganan perkhidmatan Astro yang naik mendadak dan adakah ia setimpal dengan siaran atau rancangan yang sama ditayangkan berulang kali.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan yang dikemukakan. Dua soalan yang ditanya. Pertama sekali ialah tentang kenapa Astro mendapat hak eksklusif di dalam rancangan-rancangan terutamanya siaran langsung sukan dan menyekat stesen-stesen lain untuk menyiarkannya. Keduanya berkaitan dengan soal kenaikan harga. Kedua-dua soalan ini yang pertamanya ia dikaitkan dengan kita perlu memahami tentang konsep industri sukan sekarang ini sudah dilihat sebagai industri di mana mereka yang terlibat dalam sukan, pemain sukan, jurulatih sukan, pemodal dalam sukan dan sebagainya, mereka melihat sukan adalah merupakan satu industri yang boleh memberi keuntungan dan memberikan pendapatan yang besar kepada mereka yang terlibat di dalamnya. Modulnya ialah selain daripada menjual tiket ialah menjual hak siaran dan hak siaran inilah yang mahal di mana stesen-stesen dalam dunia terpaksa membuat bidaan untuk mendapatkan hak siaran tersebut. Dalam konteks negara kita bahawa Astro ialah sebuah stesen yang sentiasa pergi untuk membuat bidaan terutama sekali dalam sukan-sukan antarabangsa contohnya BPL dan sebagainya. Apabila mereka mendapat hak untuk membuat siaran, maka mereka diberikan peluang untuk membuat siaran yang berkenaan. Ini adalah sebab mengapa mereka mendapat hak yang berbuat demikian. Keduanya ialah tentang soal kenaikan harga langganan dan sebagainya. Kita kira harga langganan yang naik setakat ini ialah yang telah diumumkan pada akhir tahun lepas iaitu kenaikan sebanyak RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan yang kita kirakan masih lagi suatu jumlah yang munasabah kerana kita tahu bahawa kos content sukan adalah merupakan satu kos yang sangat tinggi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menarik perhatian iaitu berkenaan dengan semasa kita memperkenalkan Astro dahulu. Di dalam kempen ia telah dijanjikan supaya tidak ada iklan dan sebagainya tetapi akhir-akhir ini kita tengok iklan terlalu banyak di dalam Astro. Selain daripada itu, siarannya berulang-ulang. Juga selain daripada itu berkenaan dengan siaran yang sentiasa terganggu apabila berlaku hujan dan sebagainya. Apakah langkah kerajaan dan kementerian untuk mewujudkan lebih banyak lagi stesen berbayar bagi alternatif daripada Astro ini supaya ia dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan juga saingan di antara stesen-stesen selain daripada Astro yang kita beri eksklusif kepada mereka, yang kita tengok telah mengaut keuntungan yang begitu besar.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa menarik balik sebab saya ingin menjawab soalan tadi juga bersama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Raja pada 20 Mac dan Yang Berhormat Sepanggar pada 27 Mac 2014.
Soalan tambahan yang dikemukakan ada beberapa perkara yang perlu kita faham. Di negara kita, kita mengamalkan sistem televisyen berbayar dan televisyen free-to-air atau pun percuma. Akan tetapi dalam konteks negara kita berbayar dan percuma tidak dipisahkan separuhnya kerana kita menggunakan sistem hibrid di mana misalnya kebanyakan negara dalam dunia apabila stesen itu dipanggil platformnya berbayar, maka sepenuhnya berbayar. Akan tetapi dalam konteks negara kita, dalam Astro masih lagi menempatkan beberapa saluran yang dianggap saluran free-to-air seperti RTM, Media Prima dan sebagainya, masih menumpang kepada Astro. Jadi ertinya tidak sepenuhnya. Keduanya dari segi bayaran. Kalau kita lihat bahawa negara lain kalau dikatakan sistem televisyen berbayar, mula sahaja dia kena bayar. Ada negara yang mula bayar misalnya – saya sebutkan kebanyakannya lebih tinggi daripada Astro tetapi negara kita ada pakej percuma. Sebanyak 20 saluran yang pertama, 20 video dan 22 saluran audio yang pertama iaitu 42 yang dipanggil ‘Pakej NJOI Percuma’. Tidak ada negara dalam dunia yang memberikan suatu stesen berbayar di mana ia memberikan pakej awalannya percuma. Jadi ini adalah merupakan dianggap sebagai suatu kaedah hibrid di mana di dalam sistem berbayar itu masih lagi ada yang tidak berbayar.
Sebab itu unsur-unsur pengambil iklan dan sebagainya dibenarkan dalam soal ini tetapi jumlah iklan yang diberikannya adalah terhad. Kedua, kita kena faham di dalam sistem tidak berbayar atau percuma, sebenarnya dalam dunia, kita adalah antara yang benar-benar murah. Misalnya BBC, kalau di United Kingdom, BBC dianggap televisyen percuma, saluran percuma. Akan tetapi mereka kena license macam zaman kita dahulu orang terpaksa cepat-cepat pergi ke dapur hendak sembunyikan televisyen, radio mereka kerana bimbang pemeriksa-pemeriksa lesen datang. Di United Kingdom, license masih diperkenalkan sampai sekarang. Saya difahamkan bahawa sesiapa yang memiliki televisyen di United Kingdom, kena bayar 145 pounds setahun, besar. Kalau 145 pounds lebih kurang RM800 setahun. Kalau hitam putih, masih lagi kena separuh daripadanya lebih kurang 49 pounds kena masih bayar. Bahkan orang buta pun hendak memiliki televisyen, masih kena bayar separuh sebab dia kata, “You buta, tidak boleh tengok tetapi boleh dengar”. Di UK kena, kita semua sudah dipercumakan. Jadi kalau kita katakan konsep model yang kita katakan percuma, kita adalah antara yang terbaik di dalam dunia, benar-benar percuma dalam soal ini. Sebab itu kita benarkan Astro untuk beroperasi dan model yang digunakan oleh Astro sama dengan kebanyakan model-model stesen berbayar lain, ia dibenarkan berulang-ulang. Berulang-ulang kerana modelnya ialah ia mempunyai banyak saluran, orang ada pilihan, hendak tengok movie ada movie, hendak tengok sukan ada sukan, hendak tengok hiburan dan sebagainya ada sebagainya. Orang, masanya terbatas. Ada waktu dia tengok waktu malam tetapi dia ada dibenarkan waktu siang dan sebagainya. Sebab itu ia bergantung pada kenapa, bagaimana ia berulang, ia bergantung kepada rating yang dikenakan misalnya Maharaja Lawak, misalnya popular dibenarkan tiga, empat kali seminggu. Diari Kubur, satu siaran yang terkenal, sangat popular. Ia hampir tiap-tiap hari diulang. Begitu juga ada rancangan-rancangan dari luar misalnya HBO, itu adalah saluran yang tersendiri yang dikendalikan dari luar negara dan ia dipancarkan di sini mengikut scheduling ataupun mengikut jadual yang dibuat di sana. Bukannya di sini yang mengulang-ulangnya. Jadi ini antara - di sini hanya duduk di sini ada rasa saya difahamkan bahawa Astro menempatkan 380 orang hendak dengar takut-takut ada perkara yang berkaitan dengan soal melanggar undang-undang negara kita dari segi undang-undang penapisan filem dan sebagainya. 380 orang sentiasa mendengar termasuk rancangan-rancangan sukan, takut dikeluarkan dipanggil foul language, dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang mana Astro terpaksa menapisnya. Ada kes-kes yang mana Astro terlepas daripada tapisan, maka mereka didenda oleh pihak MCMC. Ini adalah antara model-model yang telah kita gunakan dalam konteks negara kita. Mengenai siaran hujan dan sebagainya, kita juga telah mengenakan gangguan-gangguan pada had yang ditentukan sahaja yang dibenarkan. Kalau tidak, Astro juga akan diambil tindakan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan berakhir.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Jalan-Jalan Masuk Ke ParlimenMotion
Tuan
“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Terima
- “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas”. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk melakukan suatu yang tidak biasa bagi saya iaitu untuk membawa usul bagi menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Diraja. Walaupun saya ini sudah pun masuk kepada Penggal Keenam selaku seorang Ahli Parlimen, tetapi telah tidak berpeluang untuk membawa usul seperti ini kerana biasanya, saya memberi
peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk melakukannya. Ini kerana dalam pengalaman saya sebagai seorang ahli politik yang bermula pada umur, usia yang agak muda kerana saya bertuah dan begitu mendapat kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Politik kepada dua Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga Allahyarham Tun Hussien Onn. Saya teringat juga kepada apa yang telah menjadi prinsip kepada Allahyarham Tun Hussien Onn dengan kata-kata yang dipamerkan secara terang di dalam pejabat Allahyarham iaitu seorang pemimpin itu harus mendahulukan anak-anak buahnya sebelum dia memikirkan diri sendiri. Saya rasa bahawa perkataan itu menggambarkan prinsip kepimpinan yang mana sebagai wakil-wakil rakyat, kita juga harus meletakkan kepentingan anak-anak buah kita, pengundi-pengundi kita, masyarakat dan negara sebelum daripada kepentingan politik diri sendiri, politik dan kepentingan sendiri. Seperti mana kadangkala kita melihat ia sudah pun ditunjukkan di dalam Dewan ini pada hari ini. Sebelum saya masuk kepada hujah untuk membawa kepada usul ini, saya agak sedih melihat bahawa kalau di front bench di sebelah kiri mungkin biasanya banyak juga yang tidak datang tetapi kali ini sunyi sepi. Kalau saya lihat di sebelah kanan saya dengan rakan-rakan saya yang tidak kesempatan untuk hadir bersama- sama kita. Dalam masa negara saya rasa berdepan dengan peristiwa-peristiwa yang penting dan juga ada yang menyayat hati.
[Bangun]
Saya kalaulah setakat...
Yang Berhormat Mersing bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kakanda Yang Berhormat Johor Bahru. Seingat sejak tertubuhnya Parlimen ini, adakah betul atau benar bahawa hari ini adalah hari yang bersejarah, kali pertama dalam sejarah Parlimen negara, seorang pembangkang pun tidak hadir, untuk memboikot. Saya hendak confirm dengan Yang Berhormat Johor baru, adakah perbuatan ini luar biasa atau luar tabii?
Tuan Yang di-Pertua, ia pernah berlaku di mana adanya masa pihak pembangkang ingin memulau atau boikot kepada persidangan kita. Akan tetapi, apa pun kelakuan yang dibawa pada hari ini, ianya berasas kepada sebab-sebab yang membawa saya terasa agak gusar. Kalaulah katakan kita memboikot sidang Parlimen kerana apa yang telah berlaku...
[Bangun]
[Bangun]
...Kerana protes kepada keputusan Tuan Yang di-Pertua ataupun di atas usul daripada kerajaan dan tindakan daripada kerajaan iaitu perkara yang membawa kita membantah ialah ada kaitannya dengan Parlimen atau dengan urusan Dewan Rakyat. Saya mudah saja menerimanya. Ini kerana itu boleh dikatakan sebagai satu tindakan dan keputusan politik. Akan tetapi, apabila kita asyik berhujah bahawa untuk menguatkan demokrasi negara ini, harus benar-benar ada pemisahan di antara judiciary, kehakiman, dipisahkan kuasa di antara kehakiman, eksekutif dan juga legislature dan dengan Dewan Rakyat. Kalau kita berhujah setiap masa dan kita juga di sebelah sini ingin juga melihat adanya pemisahan kuasa itu agar Parlimen di mana mandat rakyat diperoleh itu berada di dalam keadaan yang kukuh, dibenar membentuk kerajaan dan kerajaan yang dibentuk dalam Parlimen ini pergi ke Putrajaya tetapi mandat rakyat tetap di dalam Dewan Rakyat atau Parlimen.
Yang Berhormat Johor Bahru, boleh minta penjelasan?
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah empat penggal dalam Dewan Rakyat. Sesi kali ini nampaknya satu musibah bagi pembangkang dan saya ingin bertanya Yang Berhormat Johor Bahru, adakah Yang Berhormat Johor Bahru ingin mengemukakan pertanyaan kepada Tuan Yang di-Pertua sama ada wakil-wakil pembangkang ini ada menyatakan notis mereka tidak hadir, kenapa mereka tidak hadir ataupun mereka mengambil kesempatan tidak hadir untuk ramai-ramai datang ke penamaan calon di Kajang pada hari ini dan mengambil alasan untuk memboikot. Berapa lama mereka memboikot ini? Satu hari kah atau sepanjang sesi ini? Jadi, senang kita untuk mengemukakan hujah kita. Selaku backbench kita juga mungkin perlu memainkan peranan sebagai check and balance kepada front bench. Jangan pula front bench fikir mereka boleh duduk senang lenang sana. Oleh sebab kita pun mungkin boleh untuk jadi pressure kepada mereka dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Lenggong.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya cuma tidak setuju kalau Yang Berhormat Johor Bahru kata tadi rakan-rakan kita di sebelah sana tidak berkesempatan untuk hadir. Sebenarnya bukan tidak sempat. Sengaja dirancang untuk tidak hadir. Saya hendak memetik kata-kata Ketua Pembangkang waktu konvensyen yang mereka adakan baru-baru ini. Saya difahamkan di Shah Alam. Antara lain beliau berucap dan beliau menyebut bahawa; “Saya sendiri akan utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong”, bahawa majlis yang menjemput Ketua Pembangkang, santapan dengan Raja pada semalam. Dia sebut bahawa “Buat apa hendak suruh senyum?” Kononnya buat apa hendak suruh dia hadir dan senyum hipokrit dengan pihak-pihak tertentu. Ini menunjukkan bahawa memang sudah dirancang untuk mereka tidak hadir di sini kerana memprotes beberapa isu dan perkara. Cuma saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Johor Bahru, apakah ini gambaran betapa rendahnya standard pembangkang dalam negara kita? Kalau mereka selama ini bercakap hendak mengangkat kedudukan Parlimen, hendak mengangkat kedudukan standard politik matang dalam negara kita, apakah ini rupa bentuk kematangan yang ditunjukkan kepada rakyat? Saya hanya melihat ini sebagai tindakan kebudak-budakan. Macam anak-anak merajuk tidak mahu pergi makan apabila kita ajak. Itulah umpamanya. Jadi, ini sebagai tindakan ketidakmatangan mereka dan lambang kepada standard pembangkang yang langsung tidak mencerminkan tahap kematangan yang tinggi. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Johor Bahru.
Yang Berhormat Johor Bahru, boleh saya mencelah? Pengerang.
Ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Johor Bahru, saya hendak tanya Yang Berhormat Johor Bahru ya, kalau kita tengok sifat boikot yang dibuat oleh yang di sebelah kanan itu, sepatutnya bila dia menghadiri Parlimen, dia mewakili rakyat yang mengundi dia. Akan tetapi, kalau macam ini sifat dia suka tidak suka datang, tidak bertanggungjawab kepada Parlimen, tidak patut kah kita minta, kita yang ada di sini majoriti buat undang-undang kah, ataupun tindakan disiplinkan mereka kerana ini sifat yang memalukan kita sebagai wakil rakyat. Takkan lah wakil rakyat, marah nyamuk bakar kelambu. Fasal seorang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, rakyat menjadi mangsa kepada sifat peribadi mereka yang macam, betul-betul ya saya minta maaf Yang Berhormat Johor Bahru, ini bukan wakil rakyat mithali. Ini kita ini wakil rakyat mithali. Jadi, saya minta Yang Berhormat Johor Bahru kita buat tindakan kah ataupun kita biar mereka biadab dan tidak menghormati rakyat. Terima kasih.
Yang Berhormat Johor Bahru, minta laluan sedikit. Yang Berhormat Johor Bahru, satu lagi minta laluan sedikit? [Ketawa] Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah Yang Berhormat Johor Bahru kalau kita katakan pihak pembangkang ini adalah merupakan orang yang paling tidak amanah kepada rakyat kerana mereka tidak menunaikan tanggungjawab yang telah pun dispesifikasikan. Saya ingin merujuk kalau kita melihat dahulu Ahli Parlimen Bagan telah dikatakan sebagai seperti Khalifah Umar Abdul Aziz dan diuar-uarkan sampai seluruh dunia. Inilah pemimpin contoh Khalifah Umar Abdul Aziz, amanah dan sebagainya. Akan tetapi, hari ini nampaknya gelaran itu telah makan tuan. Di mana mereka tidak dapat menunaikan amanah tersebut. Walaupun gelaran itu diberi kepada Ahli Parlimen Bagan, tetapi yang menyokongnya keseluruhan Ahli Parlimen, keseluruhan wakil-wakil daripada parti-parti yang menyokong itu termasuk PAS. Kata inilah contoh pemimpin yang terbaik. Sampaikan kalau Khalifah Umar Abdul Aziz, hendak pakai pelita yang guna minyak negara, minyak duit rakyat pun tidak boleh kerana amanah. Sekarang ini kalau kita tengok, sebahagian daripada apa yang berlaku kepada mereka ini bukan setakat hendak guna minyak sahaja, amanah yang diberikan secara terus pun langsung diabaikan dan pergi membuat perkara-perkara lain yang tidak sewajarnya. Setujukah Ahli Parlimen daripada Johor Bahru? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dalam mukadimah saya sebenarnya sudah menyatakan bahawa selaku seorang yang telah melalui atau bernasib baik mendapat pengalaman dalam politik negara ini dan juga bertutur dengan pemimpin-pemimpin besar negara bahawa sepatutnyalah konsep amanah itu antaranya ialah untuk mendahulukan kepentingan anak buah dan rakyat yang bergantung kepada kita. Lebih awal daripada kepentingan diri kita sendiri.
Sama ada sebab kepentingan politik atau kepentingan diri kita sebagai seorang pemimpin, haruslah kita serahkan dulu tanggungjawab kita, menentukan tanggungjawab kita terhadap rakyat dan pengundi-pengundi kita dan negara yang telah diberikan kepada kita sebagai amanah itu, harus kita pertahankan. Jadi sebab itu apa yang telah disebutkan oleh rakan-rakan saya yang lain sememangnya tepat dan sebab itu saya telah menyatakan bahawa saya agak berasa begitu pelik bagaimana daripada satu sudut mereka sentiasa menyatakan soal bagaimana pentingnya diadakan pemisahan kuasa di antara perundangan iaitu di Parlimen dengan yang mentafsirkan undang-undang iaitu kehakiman dengan kerajaan yang melaksanakan dasar dan sebagainya yang mempunyai segala kuasa. Pemisahan kuasa merupakan satu konsep yang harus kita pertahankan. Akan tetapi sambil dikatakan, diucapkan sedemikian, mengapa kita harus tidak berterus terang jika hari ini dikatakan sebagai ahli-ahli parti pembangkang, kita hendak ramai-ramai menyokong hadir di penamaan calon Presiden PKR, satu komponen dalam Pakatan Rakyat, itu kita boleh terima, akan tetapi apabila dikatakan bahawa kita akan memboikot persidangan hari Selasa, mesyuarat hari Selasa kerana keputusan mahkamah, bukankah itu juga menimbulkan satu keadaan yang boleh ditanyakan kepada pihak pembangkang, mengapa membawakan soal dan melibatkan Parlimen kepada keputusan mahkamah? Kalaulah kita bercakap bahawa kita menghormati prinsip pemisahan kuasa iaitu Parlimen dengan hal Parlimennya, kehakiman dengan hal kehakimannya, eksekutif tidak boleh campur dengan mahkamah dan juga dengan Dewan Rakyat, bukankah itu memerlukan kita memisahkannya?
[Bangun]
Soal keputusan mahkamah dan tidak meletakkannya sebagai sebab mengapa kita memulau atau memboikot persidangan Parlimen.
Yang Berhormat Jerlun bangun Yang Berhormat.
Minta laluan Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih. Yang Berhormat Johor Bahru sebut dia sudah enam penggal di Parlimen, saya baru kali pertama. Cuma, saya pun tidak pernah tengok gelagat seperti yang berlaku hari ini. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Johor Bahru.
Semalam apabila sidang Dewan dibuka dengan rasminya oleh Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita diminta untuk memakai pakaian nombor satu, dress code number one dengan segala jenis butang dan juga penghormatan yang telah diberikan oleh setiap negeri dan juga persekutuan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun saya melihat semalam di sebelah kanan iaitu di sebelah pihak pembangkang, tidak ada seorang pun yang memakai pakaian tersebut, malahan semua telah memakai pakaian hitam. Jadi adakah ini juga tanda protes ataupun boikot yang juga sedikit sebanyak pada saya telah merendahkan mereka pada kaca mata rakyat kerana tidak menghormati keluhuran negara iaitu kita berpayung dengan Sultan dan juga Yang di-Pertuan Agong? Jadi mohon Yang Berhormat Johor Bahru memberikan komen.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mungkin mereka lebih selesa dengan pakaian Barat dalam majlis-majlis yang besar seperti ini. Saya tidak mengambil satu pandangan yang terlalu berat kepada perkara itu kerana mereka juga berhak memilih pakaian yang diperlukan. Akan tetapi harus saya mengambil peluang pada hari ini untuk menyatakan bahawa kalau dilihat kepada negara-negara yang telah merdeka, selepas Perang Dunia Kedua yang kebanyakannya telah menggulingkan atau menjatuhkan sistem beraja dan akhirnya menubuhkan sistem presiden atau sistem yang sekular kerana pada ketika itu aliran pemikiran ialah kepada sistem yang sekular berasaskan kepada sosialisme dan sebagainya, kalau kita lihat kepada negara kita yang agak telah tidaklah begitu revolusioner, hanya boleh dipanggil dalam bahasa yang begitu popular ketika itu bagaimana kita dikatakan sebagai sebuah negara yang reactionary, yang terlalu lambat, tidak mengikut zaman tetapi hari ini kalau kita lihat kepada sejarah dunia di mana negara-negara yang telah menggantikan sistem pemerintahan beraja dengan sistem presiden dan republik dengan sistem yang kononnya ketika itu revolusioner berbanding dengan negara kita, saya rasa Alhamdulillah hari ini bahawa apa yang kita ada pada negara kita boleh kita sanjungi kerana ia telah membawa kestabilan dan pembangunan kepada negara kita yang tercinta ini. Ini bukan soal sistem atau menunjukkan kita ini terlalu Barat, kita ini tidak menghormati tradisi yang ada di negara kita. Di mana lagilah hendak kita meletakkan taat setia kita kalau tidak kepada negara kita?... [Tepuk]
[Bangun]
Dan bagaimanalah kita hendak mendefinisikan negara kita kalau kita tidak mempunyai tradisi dan budaya kita di mana ia menjadi satu watak identiti pengenalan kepada negara kita dan barulah kita boleh dengan bangganya memanggil diri kita sebagai rakyat Malaysia dan berada di dalam Dewan ini dengan penuh bangga dan penuh perasaan insaf bahawa kita memikul amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita sebagai wakil-wakil rakyat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa banyak pengajaran...
Ya, ada lagi yang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya adalah penggal pertama di Parlimen ini dan sudah tentunya sebagai orang yang baru, saya terkeliru melihat semua di sebelah sana tidak ada pada hari ini. Pada sesi yang lepas, saya ada menghadiri dua buah program semasa persidangan Parlimen dan saya telah menghantar surat kepada SUDR kerana menghadiri Majlis Kehadiran Pemangku Raja Negeri Perak dan juga menghadiri seminar antarabangsa di luar negara. Jadi saya kira ini adalah... Apakah contoh yang telah diberikan kepada saya untuk masa-masa yang akan datang, melihatkan semua yang tidak hadir di sebelah sana? Saya percaya tentulah banyak surat yang dihantar kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi apakah komen Yang Berhormat Johor Bahru, adakah ini contoh yang terbaik untuk saya?
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau hendak mengikut contoh, kita ikutlah contoh-contoh yang ada hari ini ramai yang boleh memberikan contoh teladan yang baik dan saya sendiri merasakan bahawa ia bukanlah satu keadaan yang tidak boleh kita atasi. Maknanya, akhirnya kelihatan dan terbukti jugalah bagaimana mereka yang sudah dipilih sebagai wakil rakyat sepatutnya meletakkan kedudukan Dewan ini benar-benar sebagai Dewan yang mulia. Soalnya bukan semuanya kita boleh menang dalam
perbahasan ataupun dalam pengundian ataupun dalam usaha kita untuk membentangkan usul tetapi tidak bermakna pula kalau kita kalah di dalam Dewan Rakyat bahawa kita tidak boleh menang di luar.
[Bangun]
Akan tetapi apabila kita melakukan perbuatan seperti ini, dengan hanya mementingkan kedudukan kita kerana rasanya kita tergugat ataupun terasa marah kerana keputusan mahkamah, ia telah menyentuh satu prinsip yang penting.
Boleh Yang Berhormat Johor Bahru?
Ya.
Minta maaf Yang Berhormat Johor Bahru, mencelah sedikit. Saya sebetulnya apabila melihat keadaan hari ini, kebelakangan ini pembangkang mengatakan bahawa rakyat yang memilih mereka harus diutamakan. Akan tetapi rakyat yang telah memilih mereka tetapi mereka tidak ada hari ini. Jadi, saya hairan kenapa rakyat di bawah ini boleh dipermainkan oleh mereka dan masih taksub memilih mereka sebagai wakil mereka sedangkan mereka telah mengabaikan kuasa rakyat. Jadi, apakah Yang Berhormat Johor Bahru berpesan kepada rakyat yang di luar sana supaya membuka mata, minda dan pemikiran mereka seluas-luasnya bahawa mereka memilih wakil-wakil rakyat yang salah seperti pada hari ini, menggunakan demokrasi konon, keputusan kehakiman dicampuradukkan dengan Dewan Rakyat, seharusnya diasingkan. Ini yang penting. Akan tetapi mereka memilih jalan buntu, jalan yang tidak direstu oleh demokrasi itu sendiri.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Johor Bahru, Kota Tinggi.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya tertarik dan ingin menyarankan kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Apa pandangan Johor Bahru, tadi bercakap tentang integriti kita tahu demokrasi yang kita pegang dan kita junjung selama 56 tahun ini sebenarnya telah dinodai dengan begitu teruk sekali. Saya panggil pemerkosaan demokrasi. Oleh kerana apabila mereka bertanding mereka meminta rakyat memberi kepercayaan untuk memilih parti mereka, kalau menang tubuh kerajaan. Hari ini bila senang-senang sahaja letak jawatan, dia kata baik untuk parti mereka. Maknanya mereka minta rakyat beri mandat kepada mereka untuk parti mereka bukan untuk rakyat. Parti politik yang ditubuhkan adalah melalui proses pilihan raya untuk membina kerajaan. Akan tetapi pada hari ini dengan sewenang-wenang mereka telah memperkosa demokrasi ini. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Johor Bahru, mereka cakap fasal integriti tetapi kalau tidak ada amanah sudah tentu tidak ada integriti. Saya minta sebagai mereka memboikot sidang hari ini kita minta rakyat Kajang boikot mereka supaya kita ajar mereka bahawa jangan mereka sewenang-wenangnya memperkosa demokrasi yang kita junjung selama ini. Apa pandangan Yang Berhormat Johor Bahru?
Tuan Yang di-Pertua, itu pandangan yang agak tepat kerana antara sebab yang mereka berikan ialah mereka tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Itu sudah salah kerana apabila mahkamah memberikan keputusan yang memihak kepada mereka, mereka boleh pula mengatakan bahawa mahkamah itu betul. Jadi, kalaulah kita mesti sentiasa betul sahaja baru kita hendak mengatakan demokrasi itu sihat, ada dan wujud saya rasa itu memanglah satu sikap yang kurang sihat. Seperti mana yang dikatakan oleh rakan-rakan saya ada ianya seolah-olah
seperti kebudakan. Kalau tidak kena, tidak dapat, kita melolong, kita marah. Apabila dapat, kita suka. Ini bukan kematangan yang kita hendak lihat di dalam sistem demokrasi mereka.
Mohon laluan.
Yang Berhormat Masjid Tanah bangun Yang Berhormat.
Mohon laluan Yang Berhormat Johor Bahru.
Saya hendak rujuk juga kepada...
Ya.
Sebentar. Saya hendak rujuk juga kepada sebab mereka tidak ada di sini ini. Ahli Parlimen Pembangkang ada di sini kerana hendak hadir dalam penamaan calon Pilihanraya Kecil Kajang. Itu pun bukan sesiapa yang menyebabkannya, seperti mana Yang Berhormat Kota Tinggi cakap, yang menyebabkan adanya Pilihanraya Kecil Kajang bukan UMNO, Barisan Nasional, MCA tetapi seorang wakil rakyat yang sudah dipilih, sudah menang. Akan tetapi entah bagaimana dipujuk kah, telah meletakkan jawatan. Kita pun tahu Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor elaun mereka sudah dinaikkan kepada RM11,500 sebulan. Saya kira-kira wakil rakyat yang dulu di Kajang itu kehilangan pendapatan yang tidak bercukai hampir setengah juta ringgit. Tidak ada imbuhan kah? Tidak ada ganjaran yang lain kah? Ada cara lain? Jadi, ini semuanya lakonan pementasan yang menunjukkan sebenarnya tidak ada siapa pun yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang menyebabkan perkara ini berlaku itu bukan kerana Barisan Nasional, bukan kerana oleh kerajaan, bukan kerana mahkamah, bukan kerana Dewan Undangan Negeri itu sendiri tetapi disebabkan oleh perasaan rakus di peringkat Pakatan Rakyat. Di peringkat terutamanya parti PKR di mana Ketua Umumnya berhasrat untuk menjadi Menteri Besar. Akan tetapi alhamdulillah Menteri Besar Selangor hari ini tetap kekal dalam jawatannya. Tahniah kerana sudah bila Menteri Besar Tan Sri Dato’ Khalid, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kekal memegang jawatan Menteri Besar, dia akan juga insya-Allah, bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kita pun akan mengucapkan selamat maju jaya.
Yang Berhormat, sudah lenguh kaki berdiri.
Oleh kerana kita pun ada kawan-kawan, ada harapan yang baik bagi mereka. Semoga pemilihan di parti PKR itu akan dijalankan dengan cara yang terbaik bukan ikut cara dalam parti DAP ya?
Yang Berhormat.
Di mana mengira setakat bilangan kertas undi banyak ini pun boleh tersalah kira. Jadi, oleh sebab itu dalam pertandingan yang sihat ia menjadikan kebaikan kepada kita, melihat bagaimana parti-parti politik dalam negara ini berjalan dengan baik. Betul-betul memperjuangkan prinsip mereka ditubuhkan. Bagaimana ia memainkan peranan yang diamanahkan. Itu harapan kita semua. Itu harapan rakyat semua.
Ya. Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Akan tetapi apabila diletakkan jawatan ia menimbulkan soal adakah terlibatnya politik wang sehingga melibatkan peletakan jawatan? Adakah ia kerana sesiapa, kalau tidak kerana mereka, kerana nafsu yang hendak menjadi Menteri Besar atau kononnya Kajang move? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau hari ini mereka tidak hadir bukan kerana sistem negara, bukan kerana kita ini tak baik tetapi kerana mempunyai nafsu yang agak berlainan. Mungkin mereka boleh kata mereka menang, mereka tidak jadi kerajaan kerana dahulu ada 40,000 Bangladesh yang mengundi tetapi itu pun sudah terbukti tidak betul dan mereka menarik balik. Sekarang mereka menyatakan ini
Gerrymandering. Gerrymandering Tuan Yang di-Pertua, fahaman saya ialah di mana kawasan itu diubahsuai. Akan tetapi kali ini Gerrymandering yang dimaksudkan mereka ialah di mana satu-satu kawasan itu boleh bertambah penghuni-penghuni mereka kerana kita tahu bahawa belum lagi berlaku perubahan sempadan setiap kawasan. Saya melihat di Gelang Patah terutamanya, macam mana boleh kalah Barisan Nasional atau menang calon DAP kalau tidak bertambah pengundi sampai 23,000? Itu ialah Gerrymandering yang dilakukan oleh parti-parti seperti DAP dalam hendak menang kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi, ini banyak ceritanya Tuan Yang di- Pertua, itu sebabnya kadang-kadang saya malas hendak bercakap. Banyak cerita yang lain. Sila Yang Berhormat Masjid Tanah.
Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya cuma hendak minta Yang Berhormat Johor Bahru beri gambaran yang jelas sebab kita melihat hari ini, memanglah saya Ahli Parlimen, orang baru sahaja jadi kita melihat contoh daripada kalangan-kalangan pemimpin wakil rakyat yang berada di hadapan kita, yang berada di belakang, tepi, kiri dan kanan. Saya sendiri pun pagi tadi pun mengular juga, pergi ke PRK Kajang dan saya nampak Yang Berhormat Lenggong pun ada di sana. Saya nampak Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga ada di sana tetapi mereka boleh hadir di sini. Jadi, apabila saya masuk, saya punya terperanjat kerana kosong. Satu gambaran yang tidak sihat. Inikah yang hendak ditunjukkan kepada golongan orang muda di luar sana? Tidak menghormati perlembagaan, tidak menghormati Raja dan negara, Parlimen khususnya.
[Bangun]
Ini yang kita hendak tunjukkan kepada generasi orang muda di sana bahawa kalau perkara ini pun tidak boleh dilakukan, kalau perkara ini pun tidak menjadi kepentingan kepada mereka, bagaimana mereka hendak mentadbir negara?
Ini yang kita memperlihatkan bahawa cakap sahaja lebih yang mereka ini kalau gedegang-gedegung itu merekalah juaranya dan yang hendak memfitnah merekalah juaranya.
Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi tidak memberi contoh yang baik kepada golongan muda seperti saya. Saya masih muda. Makan pun tidak sempat lagi sebab itulah saya sudah kurus ini.
[Ketawa]
Untuk makluman ini. Jadi saya mohon Yang Berhormat Johor Bahru tolonglah perjelaskan, apakah semangat ataupun contoh sebegini yang perlu ada atau pun kita inilah - sebab saya melihat di Kajang tadi, saya tengok juga, tidak ada pun, tidak ramai pun yang mereka hendak pergi sana, tiada pun. Jadi mungkin mereka masih lagi berada di atas katil berselimutkan ini... Saya tidak tahulah, wallahualam. Terima kasih.
Yang Berhormat Johor Bahru, saya... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru kerana beri ruang. Saya dengar tadi Yang Berhormat Johor Bahru sebut tentang PRK Kajang. Saya lihat ini bukan kali pertama Yang Berhormat Permatang Pauh menyusun strategi meminta wakil rakyat Pakatan Rakyat meletak jawatan untuk membolehkan pilihan raya lain diadakan. Beliau sendiri sewaktu menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh penggal lalu juga membuat tindakan yang sama. Maknanya meletakkan jawatan atas kepentingan peribadi, atas kepentingan sendiri dan menyusahkan rakyat. Bukan free pilihan raya di Kajang dan bukan free pilihan raya di Permatang Pauh, wang rakyat dibelanjakan. Manakala di Penanti pun sama juga. Kalau kita dengar bukan main gah lagi bercakap kena jaga wang rakyat dan sebagainya. Itu kalau lihat dari segi pembaziran wang rakyat, pembaziran masa, kerajaan dan seluruh jentera hendak ditumpukan bagi menjayakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan.
Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Johor Bahru, apakah sudah tiba masanya di Dewan yang mulia ini, kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membawa rang undang-undang dalam Dewan ini untuk kita kaji supaya memberi hukuman berat atau tidak membenarkan mana-mana pihak secara sewenang- wenangnya meletak jawatan atas tujuan-tujuan yang tidak munasabah. Ini kerana ia menyusahkan rakyat. Oleh sebab itu saya fikir sudah sampai waktunya. Kalau Yang Berhormat Johor Bahru cadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya kita rangka undang-undang kerana memang bukan kuasa SPR tetapi Dewan ini untuk membuat undang-undang supaya jangan kita benarkan mana-mana pihak atau mana-mana parti untuk melakukan sebagaimana yang telah berlaku di Penanti di Permatang Pauh dan juga yang terbaru ini sedang berlaku di Kajang. Saya tanya pandangan.
Yang Berhormat Johor Bahru minta laluan, Yang Berhormat Jerantut. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Johor Bahru tentang dua perkara yang saya sebagai orang baru dalam Dewan ini memerhatikan gelagat pihak sebelah sana. Pada hari pertama semalam, seperti mana ada rakan saya memberitahu tadi, semuanya tidak pakai pakaian nombor satu. Saya bimbang gelagat ini cuba mengajak rakyat agar sedikit sebanyak kita tidak menghormati kedudukan Duli-duli, Raja-raja di seluruh negara kita. Apabila mereka tidak memakai gelaran-gelaran di majlis rasmi yang utama di Parlimen kita ini. Kedua, apabila berlaku pada hari ini. Kita lihat secara serentak tidak seorang pun Ahli Parlimen pembangkang hadir. Sebelum ini mereka membuat kenyataan hendak memboikot kehadiran dalam Parlimen tetapi sebenarnya mereka pergi ke tempat lain. Usaha begini adakah mereka ini kalau boleh kita gunakan, penipu paling besar dalam mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang mereka sengaja ciptakan seperti di Kajang. Jadi apakah Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju dengan saya bahawa hari ini merupakan kemuncak penipuan pembangkang kepada rakyat dan negara, cakap hendak boikot tetapi sebenarnya mereka beramai-ramai hendak pergi ke Kajang. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Yang di-Pertua kalau beramai-ramai, betul-betul pergi ke Kajang, saya rasa untuk menghadiri atau menyokong menunjukkan tanda sokongan kepada calon dari PKR yang bertanding hari ini. Kalau betul-betul mereka ada, saya rasa itu boleh kita terimalah, bukan? Sebagai – ya, mereka orang politik, ahli parti, pemimpin parti dan duduk dalam satu pakatan. Akan tetapi kalau kita dengar hujah daripada Yang Berhormat Masjid Tanah, ia jelas bahawa bukan semua yang hadir dari sini yang juga hadir di Kajang pada penamaan calon. Maknanya, mungkin mereka pergi ke tempat- tempat lain walaupun mereka kata sepatutnya mereka pergilah, hendak pergi ke Kajang. Akan tetapi sebenarnya mereka mengambil, membuat satu tindakan untuk memboikot Parlimen atas sebab keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Kalaulah katanya, takdirnya mereka menang dalam mahkamah, saya percaya perkara ini tidak akan berlaku. Tidak akan disebutkan soal boikot. Akan tetapi kalau kita tidak reda dan kita tidak mahu reda dengan apa pun yang telah dibawa kepada kita. Inilah yang akan timbulkan dan menyebabkan keadaan ini bahawa sebenarnya ia menunjukkan bahawa bukan sahaja kita tidak menghormati konsep yang kita perjuangkan iaitu pemisahan kuasa, demokrasi yang berasaskan kepada pemisahan kaum kuasa atau separation of powers. Sambil itu tidak juga reda dengan apa yang telah berlaku terhadap kita. Bukan semuanya boleh kita atasi dengan pemikiran, dengan intelektual kita, dengan kebolehan kita memikir dan berhujah, tidak semua. Ini kerana ada juga ketikanya yang kita kena terima hakikat. Ianya kita harus reda. Saya hendak menjawab sedikit kepada pandangan daripada Yang Berhormat Lenggong. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong ialah mencadangkan supaya tidak dibenarkan mana-mana Ahli Parlimen meletakkan jawatan. Saya pun serba salah hendak jawab kerana pernah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.
[Ketawa]
Akan tetapi saya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk memberi ruang beri Presiden parti saya bertanding. Akan tetapi saya meletakkan jawatan ketika itu kerana rakyat memilih saya sebagai calon UMNO Barisan Nasional. Apabila saya terkeluar daripada UMNO baru, saya pun tidak ada parti. Saya tidak diterima oleh UMNO baru. Jadi saya pun tidak ada parti. Takkanlah saya hendak menjadi calon Bebas.
Yang Berhormat Rompin bangun Yang Berhormat.
[Ketawa]
Tidak perasan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan agak terkeliru sedikit. Dia kata, “Saya tidak letak jawatan bukan saya hendak beri ketua parti saya”. Saya tidak faham, dia parti apakah itu?
[Ketawa]
Saya sejarah ini saya kurang sedikit. Mungkin boleh untuk renungan kita kembali bukan melihat dahulu sejarah-sejarah.
Soalan lagi mengelirukan. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan macam ahli, macam Presiden PKR umpamanya. Meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain iaitu suaminya untuk bertanding. Maksudnya, saya tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang, tidak sampai setahun letak jawatan dan tidak akan beritahu kepada rakyat Kajang mengapa dia letak jawatan. Ada atau tidak imbuhan? Apa sebabnya? Ini saya ingat satu-satu perkara yang harus difikirkan oleh pengundi Kajang bahawa esok nanti yang duduk sebagai ADUN Kajang yang sudah biasa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen akan juga meletakkan jawatan. Siapa hendak sangka Tuan Yang di-Pertua, fasal rekodnya sudah ada. Saya meletakkan jawatan ketika itu bukan atas sebab itu tetapi saya meletakkan jawatan untuk membolehkan saya bertanding sekali lagi. Ia bukan untuk parti saya atau presiden parti saya, fasal saya tidak ada parti ketika itu.
Oh! Tidak ada presidenlah?
Ya, saya tidak ada presiden. Sayalah presidennya agaknya, ya.
[Ketawa]
Jadi saya hendak komen dan memberi jawapan kepada Yang Berhormat Lenggong, bahawa kalaulah ada undang-undang seperti ini tidak membenarkan seseorang itu meletakkan jawatan, saya pun merasakan tentunya tidak adil, ya. Ini kerana ada sebab-sebab untuk kita meletakkan jawatan tetapi kita meletakkan jawatan itu atas sebab-sebab yang rasional, yang munasabah. Di mana pada tahun 1988, bila saya letakkan jawatan saya meletakkan jawatan kerana ketika itu saya tidak ada parti. Saya menjadi bebas. Saya tidak suka jadi bebas. Saya suka berada dalam parti dan sebab itu saya meletakkan jawatan dan bertanding semula sebagai calon Bebas berlambangkan kunci. Ia juga dengan tujuan untuk membawa keadaan yang lebih tersusun, lebih teratur kepada parti yang menjadi kesayangan saya. Di mana saya – tetapi saya juga mengambil keputusan untuk berehat dalam politik selama tiga penggal Tuan Yang di-Pertua, kerana saya sedar bahawa saya tidak boleh menggalakkan rakyat terus terkeliru. Bukan soal saya peribadi untuk menduduki jawatan itu, tetapi ia harus diselesaikan dengan cara yang terbaik. Alhamdulillah saya balik semula [Tepuk] sebagai calon UMNO dan calon Barisan Nasional duduk dalam Dewan Rakyat ini untuk tiga penggal semenjak tahun 2004. Jadi, alhamdulillah saya rasa contoh yang saya bawa bukan mengajak kepada satu keadaan yang mana kita mesti letak jawatan, kena letak. Saya pun tidak mengangkat sumpah, buat seketika saya tidak mengangkat sumpah sebagai Dewan Rakyat selepas menang pilihan raya kecil itu. Sebenarnya bila saya lihat Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pun kata tidak hendak angkat sumpah, saya kata saya hendak tengoklah, tengok selama mana berani mereka itu. Kalau saya menjadi mereka, saya tidak akan takut kalau Tuan Yang di-Pertua kata kalau tidak angkat sumpah nanti tidak boleh jadi, selama-lama tidak boleh angkat sumpah. Saya akan challenge Tuan Yang di-Pertua dalam mahkamah. Pasal itu sebenarnya hak rakyat, setelah memilih saya. Tetapi dua hari mereka balik semula untuk angkat sumpah. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kadang-kadang cakap ini action lebih ini. Jadi itu yang susahnya kita hendak
ikut, tetapi kalau kita perhatikan sejarah, balik kepada prinsip yang asas, insya-Allah kita boleh mainkan peranan kita, laksanakan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin. Jadi bagi Ahli-ahli Parlimen yang baru, saya rasa inilah yang harus kita fahami bahawa kita balik semula, pegang semula kepada asas-asas, prinsip asas-asas yang memang kita semua faham setelah kita dipilih. Selepas kita mendapat mandat, kita lakukan, melaksanakan mandat kita mengikut sumpah kita yang kita lakukan apabila kita mengambil tempat kita sebagai Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Tanjong Manis bangun Yang Berhormat.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Johor...
Johor Bahru.
Johor Bahru. Dengan adanya pilihan raya yang akan datang ini di Kajang dan kita dapat melihat daripada suami balik ke isteri. Dulu pun sama juga dia buat begitu untuk memainkan atau meraih perasaan rakyat kerana dia sangka mungkin rakyat senang atau sedih melihat tangisan seorang isteri apabila suaminya telah digoyang atau pun telah didapati bersalah. Maka, adakah Yang Berhormat Johor Bahru merasa Pakatan atau pun pembangkang merasa tiada lagi yang lebih kuat daripada tangisan Wan Azizah supaya rakyat-rakyat di seluruh kawasan Kajang akan terhiba dengan belas kasihan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Dengan adanya belas kasihan ini dapatlah mereka menang. Adakah rakyat kita terlampau buta hati dan tertipu dengan sandiwara belas kasihan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sebagai wanita Yang Berhormat Tanjong Manis pun fahamlah kesan dan impaknya daripada keadaan itu. Kita tidak boleh lari daripada soal manusia, emosi manusia dan sudah tentunya kalau pun kita katakan bahawa mereka kebudakan dengan memboikot sidang kita, ada yang akan tolak dakwaan itu. Ini kerana kepada mereka mungkin ia satu yang harus dibuat. Ini kerana tiada jalan lain untuk menyatakan bantahan mereka sedangkan saya rasa Dewan Rakyat tidak pernah menolak satu-satu ucapan kecuali ia menyalahi kepada peraturan mesyuarat. Kita ada peraturan kita. Kita ada tradisi kita. Kita ada amalan kita. Tambah lagi hari ini kita berdepan dalam satu keadaan bila kita bersidang, baru tiga hari kita mendengar, membaca, mengikuti tragedi yang telah menimpa penerbangan MAS, MH370. Kita sebentar tadi pun, rakan saya daripada Yang Berhormat Kinabatangan dengan spontan meminta kita untuk bertafakur memikirkan tentang bukan sahaja kepada penumpang-penumpang dan anak kapal MH370 itu, tetapi juga agar dapat dipermudahkan usaha dan gerak kerja untuk menyelesaikan masalah ini atau pun peristiwa ini. Ia satu misteri, seperti mana rakan saya daripada Yang Berhormat Kinabatangan menyatakan dan tentunya ia menimbulkan berbagai-bagai soal. Akan tetapi kalau kita lihat kepada diri kita lah, sebagai individu, sebagai yang berkeluarga, bagaimana kita masih mengamalkan semangat kekeluargaan itu. Bahawa kita berkumpul, kita bertaut kembali pada masa yang gembira pada hari-hari yang mustahak dan turut juga kita berkumpul, berhimpun, bertaut kembali sebagai keluarga, saudara-mara pada waktu-waktu kesedihan. Ini prinsip dan amalan budaya kita sebagai orang Melayu, orang Tionghoa, orang yang berketurunan India dan juga daripada golongan-golongan etnik yang lain. Ia menjadi amalan, budaya rakyat Malaysia bahawa dalam masa gembira, dalam masa sedih kita sebagai keluarga akan kembali bersatu dan berpadu.
Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.
Boleh Yang Berhormat Johor Bahru?
Ya Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju sangat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Inilah waktu dan ketikanya seluruh rakyat dalam negara ini tanpa kita kira latar belakang agama, budaya mesti mempunyai sikap untuk rasa simpati, rasa bertanggungjawab untuk melihat bahawa peristiwa kehilangan MH370 ini sesuatu yang boleh menyatukan kita. Apa salahnya kita sebagai rakyat Malaysia walaupun kita
berbeza untuk berdoa kepada Allah SWT atau kepada rakan-rakan yang beragama lain mengambil tindakan yang sama untuk kita pasti dan harapkan supaya keajaiban berlaku kepada kita. Cuba Yang Berhormat Johor Bahru, sebagai rakyat, saya juga bimbang apabila sebahagian daripada rakan-rakan kita ini yang pada ketika sebahagian daripada mangsa, keluarganya rasa hiba dengan peristiwa ini telah mengambil tindakan yang saya lihat sebenarnya boleh mengguris perasaan, boleh menyusahkan pelbagai pihak.
Hari ini kita lihat juga ada sebahagian daripada rakyat negara ini menyalahgunakan media. Media sosial dalam Facebook mengeluarkan kenyataan- kenyataan yang tidak sepatutnya, menyalahkan kerajaan. Mengatakan kerajaan lembap mengambil tindakan, kerajaan lembap mengeluarkan kenyataan dan sebagainya. Ini sebenarnya tidak benar. Marilah kita rakyat dalam negara ini untuk mempunyai rasa tanggungjawab. Kalau pun kita tidak boleh lakukan usaha sebagaimana yang sedang dilakukan oleh sebahagian daripada anggota keselamatan kita, kita kena mengucapkan terima kasih kepada mereka, tidak tidur malam. Hari ini berjuang di lautan dalam, nelayan kita bertanggungjawab, angkatan tentera kita, semua jentera kerajaan hari ini ditumpukan kepada usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Perdana Menteri kita yang sepatutnya hari ini ke luar negara untuk melakukan lawatan juga membatalkan lawatan tersebut sebagai tanda tanggungjawab. Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri kita melawat mangsa di hotel pun hari ini dihina, dituduh bermacam-macam sedangkan itu adalah sebagai satu usaha untuk menunjukkan bahawa lawatan ut sebagai satu usaha untuk menunjukkan rasa simpati kepada kita. Oleh sebab itu Yang Berhormat Johor Bahru, saya rasa rakyat negara ini mesti bertanggungjawab. Bagaimana sebahagian daripada rakan-rakan kita, rakyat negara ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau fitnah, menimbulkan suasana yang tidak baik dan terpaksa pula dinafikan oleh pihak berkuasa. Saya harap, saya minta pandangan Johor Bahru, bagaimana usaha yang patut kita lakukan? Ayuh rakyat dalam negara kita, jangan kita keluarkan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membuat penafian-penafian kerana banyak lagi perkara penting yang hendak dilakukan dalam saat yang begitu getir ini. Saya hendak tanya pandangan Johor Bahru.
Yang Berhormat Kepala Batas dan Yang Berhormat Sik bangun Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Saya amat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong. Saya begitu terkesan bila mana Yang Berhormat Johor Bahru menyentuh soal kejadian kehilangan pesawat MH370 ini. The nation are sadden with this disappearance of MH370. Akan tetapi malangnya ada juga yang menggunakan kesempatan ini untuk menjadikan ia modal politik. Saya paling terkesan dengan kenyataan bermula daripada mantan Menteri Besar Perak. Hanya tidak sampai 24 jam, keluar dalam Tweet kata kejadian itu seakan- akan, Bermuda Triangle detected in Vietnam waters well equipped and high sophisticated devices are of no use. Kenyataan yang dikeluarkan tanpa mengambil kira soal sensitiviti. Semalam ceramah di Kajang, wakil rakyat daripada Shah Alam yang juga merupakan adik kepada Yang Berhormat Johor Bharu, keluar pula kenyataan jadikan itu komoditi politik. Macam mana kehilangan tidak boleh dikesan? Bagaimana segala peralatan yang ada? Takkanlah dalam soal politik kita hendak guna - soal kesedihan nation ini kita hendak guna, jadikan sebagai bahan komoditi politik. Apa yang menyebabkan kehilangan pesawat adalah suatu tragedi. Ada kalanya tragedi ini merupakan satu ujian, ibtila’ bukan kepada seorang dua, bukan kepada keluarga tetapi kepada semua. Kalau dalam soal orang Islam, kita percaya ini adalah takdir yang berlaku. Sewaktu Tuan Yang di-Pertua, juga Johor Bahru dan rakan-rakan, saya hendak singkap, hendak nyatakan bahawa dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi, Allah SWT cerita kepada Nabi dan Nabi cerita dalam hadis itu. Nabi katakan... [Membaca sepotong hadis] “Makhluk yang Allah SWT cipta pertama yang Nabi sebut bukan manusia, bukan malaikat, bukan kawakib, bukan cakerawala tetapi al-kalam, pena... [Bercakap dalam bahasa Arab] Allah kata “Tulislah”. Maka pen bertanya... [Bercakap dalam bahasa Arab] “Apa yang aku hendak tulis?”... [Bercakap dalam
bahasa Arab] “Tulislah takdir perjalanan semua makhluk daripada yang telah lepas sehinggalah yang sedang berlaku dan yang akan berlaku”... [Bercakap dalam bahasa Arab] Maknanya kejadian tragedi juga merupakan dalam ruang lingkup penulisan takdir Allah SWT. Tidak bolehkah kita bersatu untuk memohon sekurangnya pertolongan daripada Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan... [Bercakap dalam bahasa Arab] . Saya hendak tanya Yang Berhormat Johor Bahru. Apakah Yang Berhormat Johor Bahru tidak menganggap perbuatan yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat yang menggunakan tragedi ini sebagai modal komoditi politik sebagai satu amalan yang amat tidak bermaruah dan tidak bermoral? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Dengan memboikot sesi Parlimen kali ini, pagi ini, hari ini oleh pembangkang, maka kita lihat pembangkang secara jelas hanya mementingkan kepentingan individu tertentu iaitu Wan Azizah ataupun Anwar Ibrahim, atau isteri kepada Anwar Ibrahim tanpa menghiraukan kepentingan rakyat. Akan tetapi kalau kita lihat usaha berterusan untuk mencari pesawat MH370 oleh kerajaan menunjukkan bahawa kerajaan, keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam usaha memastikan bahawa kebajikan rakyat diutamakan. Selain daripada itu, kita juga melihat tidak ada satu usaha dalam keadaan negara kita, seluruh rakyat kita menghadapi kegetiran dan ujian berkenaan dengan MH370 ini, tidak ada satu usaha oleh PR untuk bersama-sama berusaha memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan untuk menyelesaikan atau mencari punca tragedi ini. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Johor Bahru.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru. Saya ingin seiring dengan kehilangan misteri MH370 dan sampai kini tidak tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Bermacam- macam teori dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia dan juga khususnya Ahli Parlimen semua, saya rasa tentu seiring dengan semua orang merasa kesedihan dan merasa tertanya-tanya dan kerunsingan. Akan tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Inilah masanya yang saya rasa semua sepatutnya muhasabah diri dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mencari dengan penuh kesabaran, dengan teknologi yang canggih dan saya rasa kata-kata kita untuk berdoa, berdoa dengan sesungguhnya sehingga ada yang berdoa dengan menitiskan air mata. Ini jarang sekali dapat dilakukan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Meminta pertolongan daripada Allah SWT melalui sabar dan solat”. Jadi Yang Berhormat Johor Bahru, saya cadangkan apa kata kalau kita ahli wakil rakyat semua berkumpul untuk menunaikan solat hajat. Kita ada ustaz-ustaz kita, Yang Berhormat-Yang Berhormat ustaz kita di sini untuk lead dalam solat hajat kita dan kita bersama-sama bersungguh- sungguh menyatakan pendirian kita, menzahirkan diri kita... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah SWT menyatakan ini supaya kita bersungguh-sungguh berdoa dan Allah akan makbulkan doa kita. Terima kasih.
Ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Johor Bahru, kita tengok rata-rata kita menyentuh tentang yang berlaku dengan MH370. Cuma saya hendak alih sedikit. Kita tengok pihak lawan kita ini, bukan, ataupun pihak satu lagilah selalu memperlekehkan dan selalu dia divert attention, dengan izin. Contohnya apa yang berlaku dengan MH370. Bila berlakunya pada hari tersebut, kita tengok dalam Facebook, dia kata seolah-olah kerajaan ini pada peringkat awal dia kata seolah-olah benda itu hanya sekadar hendak mengalihkan pandangan rakyat. Ada pula cerita kata sudah landing di Nanning dan sebagainya. Dia seolah-olah cuba hendak mempengaruhi rakyat percaya kerajaan kita ini kerajaan yang dianggap tidak prihatin dan cuba hendak mengaburi rakyat.
Kita tengok macam di Lahad Datu, Tuan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, dia kata, sandiwara. Begitu juga macam MH370, dia kata sandiwara juga daripada peringkat awal dan yang berlaku kepada anggota polis kita yang ditembak mati di Pulau Pinang, wakil rakyat dia kata, pun dia memperlekehkan. Begitu juga Yang Berhormat Seputeh, Puan Teresa Kok, malang, bila kita tahu isu yang dibangkitkan beliau. Jadi apa saya cuba hendak katakan, kenapa pihak kerajaan kita harus lebih- apabila
laporan-laporan polis, beribu, beratus orang buat laporan polis tetapi malangnya tidak ada tindakan. Saya mengharap Yang Berhormat Johor Bahru supaya kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Menteri KDN supaya ambil tindakan tegas sebab laporan kalau tidak ada tindakan tegas, pihak satu lagi itu akan terus sentiasa apa-apa yang berlaku di negara kita tidak ada tindakan, mereka akan sentiasa berterusan membuat tindakan-tindakan yang menyentuh hati. Sebagai contoh, MH370 ini. Peringkat awal kalau kita tengok, semuanya kata, “Ini hanya sandiwara lagi”. Maka saya harap, apa pendapat Yang Berhormat Johor Bahru? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah menimbulkan berbagai-bagai pandangan. Saya rasa memang begitu penting dalam soal kita sebagai rakyat dan negara berhadapan dengan tragedi nasional. Mungkin ia tidak kena kepada kita, mungkin ia tidak melibatkan kita. Akan tetapi apabila ia berlaku kepada sebuah pesawat negara kita, syarikat penerbangan nasional negara kita dan berlaku dalam kawasan kita, anggar semasa dalam kawalan udara di bawah kita. Tentunya kita juga harus merasa sedih dan ada simpatinya. Walaupun dari segi bilangan rakyat Malaysia bukan yang majoriti tetapi Tuan Yang di-Pertua, bila ia dijadikan sebagai modal politik, bila ia dijadikan sebagai satu sebab untuk hendak mengata kepada kerajaan, hendak mengutuk kerajaan, hendak mempersendakan perkara ini dan meremehkannya, tentu ia menggambarkan perasaan hati mereka yang melakukan atau menyatakan sedemikian. Kita berdepan dengan keadaan yang kita jelas lihat hari ini. Kalau kita sudah kalah, tidak boleh bentuk kerajaan, tidak boleh sampai ke Putrajayalah ya. Takkanlah tidak boleh reda dengan apa yang telah berlaku? Ia termasuk juga dengan kesyukuran kita. Kalaulah kita tidak syukur dengan kejayaan kita, dengan peranan dan tanggungjawab yang Tuhan berikan, rakyat amanahkan, itu pun kita tidak bersyukur, selepas itu kita tidak reda, segala-galanya seolah-olah bergantung pada soal pemikiran manusia dan soal hati dan emosi manusia. Bencinya kepada keadaan, tidak boleh pergi duduk di kerusi yang empuk, tidak boleh menjadi Perdana Menteri, sampai sanggup paksa orang minta dikosongkan Kerusi DUN untuk dikatakan sebagai Gerakan Kajang, Kajang Move yang setahu saya kalaupun berlaku Kajang Move ini, trafik di Kajang tidak akan “move” juga kerana masalah trafik tidak akan dapat diselesaikan dengan keadaan yang mana ia jelas sebenarnya bukan untuk hendak menjadi wakil kepada rakyat tetapi hanya untuk mengisi nafsu, memenuhi nafsu orang politik [Tepuk] Nafsu itu betullah. Kalau passion, kalau dikatakan nafsu itu sebagai passion, kita mempunyai passion dari segi seorang wakil rakyat, kita hendak perjuangkan kepentingan rakyat, kita hendak wujudkan negara ini sebagai negara yang terbaik yang mana ia mempunyai institusi-institusi yang bagus dan mantap. Itu passion, itu bukan nafsu yang menyimpang kita untuk melakukan berbagai-bagai daripada Kajang Move, nanti jadi Kajang shuffle dan macam-macam. Jadi sebab ia semata-mata kerana hendak ke Putrajaya. Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat Kepala Batas menyatakan ia- kita tidak boleh lawan takdir. Memang sudah tersurat pun walaupun kita kadang-kadang depan mata kita ia berlaku, tetapi kita hendak tidak reda, ia akan menjadi masalah kepada kita. Akan tetapi masalahnya, kita bawa sekali anak-anak buah kita, penyokong-penyokong kita yang telah ditaksubkan untuk menyokong kita. Apa pun menjadi keputusan, apa pun jadi kesudahan, kita tidak boleh terima. Itu yang menjadi asas kepada masalah yang lebih besar, menjadi masalah bagi golongan mereka menjadi masalah negara. Saya, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pun ada seorang kawan yang mana isterinya, isteri tersayang dan anak-anak perempuannya dua orang yang merupakan sebagai penumpang kepada MH370. Saya hendak telefon pun rasa berat, tentunya sukar untuk kita hendak berkomunikasi. Akan tetapi saya menghantarkan pesanan melalui telefon. Saya yang terharunya jawapan daripada kawan saya ini, dia kata, “Terima kasih Bro” di atas pesanan saya itu. Dia kata, “It’s in God’s hand”. Ini orang biasa. Ini penentuan Ilahi. Ini orang biasa. Bukan duduk jawatan yang tinggi-tinggi yang ada dapat sokongan menjadi ketua umum, menjadi ketua pembangkang. Ini orang biasa dan orang yang kehilangan isteri dan anak-anaknya. Akan tetapi jawapannya begitu menusuk hati saya. Dia berkata, “It’s in God’s hand”. Dia berserah, berserah kepada penentuan Ilahi. Jadi kalau pihak begini yang memang terkena betul, memang terlibat direct, secara langsung terlibat dalam tragedi MH370 ini boleh bersikap begitu dan boleh reda menunggu penentuan Ilahi. Ini yang besar-besar ini, yang jaguh-jaguh membela kepentingan rakyat, cakap berapi-api. Jadi apalah harapan kita, harapan rakyat kalau
budaya seperti ini dipanjang-panjangkan? Dengan sikap, Oh! Ada yang memberi komen yang tidak payah kita layanlah. Sebaliknya pula kita lihat bagaimana peminat- peminat bola Pahang ya. Betul?... Pahang, Kuantan? Dengan spontan..
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Parit bangun.
Angkat “placard”.
Yang Berhormat Johor Bahru.
Angkat placard, ”Pray for MH370”. Ini budak bola ini. Hah! Banding dengan ini, budaya itu. [Disampuk] [Ketawa] Fahaman itu, perasaan keprihatinan itu, simpati itu. Sebagai manusia yang didorongkan oleh keagamaan kita, kepercayaan kita dan ini yang ustaz- ustaz yang bercakap ini apa benda? Takkanlah tidak boleh menyatakan sesuatu yang memang sudah menjadi asas agama kita sendiri, dan asas agama-agama lain bahawa adanya yang lebih besar daripada kita.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedarkah Yang Berhormat Johor Bahru bahawa dalam Pakatan mereka, ada tokoh-tokoh ilmuwan agama yang sepatutnya merupakan penasihat yang baik kepada tokoh-tokoh pembangkang?
Apakah mereka telah menjadi ilmuwan agama yang bisu yang tidak mampu dan berupaya untuk menasihatkan tokoh utama mereka. Sekian, terima kasih.
Saya setuju. Kita pun mestilah berkawan dengan yang baik barulah perangai kita jadi baik. Jadi kalaulah kita sudah pun naik ke mimbar mengimamkan solat, mengimamkan sembahyang Jumaat, memberi khutbah itu luaran yang dilihat. Apa sudah jadi? Tidak akan kita tidak redha dan tidak akan kita tidak mengajak kepada kebaikan yang memang sudah ada dalam agama kita, dalam kepercayaan agama- agama lain. Akan tetapi kalau sebaliknya kita kata ini peluang untuk kita hendak kutuk, ini peluang untuk kita hendak score political points, inilah yang menjadi masalah yang akan berterusan. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak menerima kepastian kuasa Ilahi dan kita tidak reda balasannya tetap akan berlaku. Namun kita bimbang hanya balasan itu mungkin terkena dan diterima oleh ramai daripada diri kita sendiri. Saya menyatakan pasal peminat bola sepak yang di Kuantan yang mengangkat pelekat, ‘Pray For MH370”. Ini budak-budak bola Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini pun selain daripada gerakan dan usaha mengadakan sembahyang hajat dan juga berbagai- bagai bentuk kumpulan yang menganjurkan ke arah supaya dipermudahkanlah kepada usaha yang hendak dibuat untuk mencari pesawat ini, untuk mempermudah mereka, saudara-masa, keluarga, sahabat handai kepada penumpang-penumpang yang ada yang terlibat dengan pesawat ini dan kalaulah asyik ada yang kata, “Apa lambat sangat?”, “Apa kerajaan tidak efisien”. Ingat ini apa- Ini macam program televisyen CSI dalam setengah jam semua boleh selesai? Ini bukan televisyen. Ini bukan Hollywood. Ini bukan Bollywood yang agak lama sedikit. Ini bukan pementasan. Ini tragedi yang melibatkan nyawa manusia, keluarga dan saudara, rakan, handai rakan karib mereka tetapi kalau hati kita sudah beku begitu, sudah kita tidak merasakannya seperti mana yang ditanggung oleh mereka yang terlibat secara langsung. Saya tidak tahu macam mana kita hendak memimpin. Apa kebaikan yang boleh kita bawa? Apa kebaikan yang boleh kita tunjukkan. Kalau hendak ceritakan soal mengapa sudah tiga hari tidak ada apa pun. Air France 447 kalau tidak silap saya. Air France telah lima hari daripada 1 hari bulan Jun tahun 2009, lima hari baru dapat dikesan serpihan dan kesan di mana kapal terbang Airbus itu telah terjunam di Lautan Atlantik. Lima hari. Ini tiga hari tetapi tidak adalah rakyat Perancis mengamuk mengatakan kerajaan tidak cekaplah, itulah semua, mengambil kesempatan pula untuk hendak menuding jari untuk dijadikan sebagai gelak ketawa dan sebagainya. Lima hari dan insya-Allah kalau kita sama-sama doa agar ia dipermudahkan usaha ini seperti mana yang dicadangkan insya-Allah mungkin dapat kita menyelesaikan misteri ini, dapat kita mengesan pesawat ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua bila kita berdepan tragedi nasional seperti ini ia sepatutnya perasaan yang spontan. Kalau satu- satu tragedi itu berlaku kita patutnya rasa spontan kita bersama-sama.
Saya teringat semasa saya tidak lagi dalam kerajaan, masa itu sudah pencen. Bila berlakunya masalah dan bencana Highland Tower, keruntuhan bangunan Highland Tower, saya lihat bagaimana ketika itu yang Perdana Menterinya, Timbalan Perdana Menterinya ketika itu macam kutuklah orang yang tidak suka kepada kondominium dan sebagainya, suruh pindah luar jauh-jauh. Akan tetapi apabila berlaku tragedi Highland Tower yang Timbalan Perdana Menteri ketika itu pun tidak tahu apa hendak buat. Tidak adalah pula buatkan Ops Room...
Siapa itu?
Kita fahamlah siapa yang sudah mempunyai kuasa bila ada kuasa dan tanggungjawab tidak reti dan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua walaupun demikian rakyat Malaysia hati mereka besar. Hati mereka memang prihatin dan simpati kepada kesusahan yang menimpa. Hanya kalau diracun atau dibekukan hari itu dengan gelagat-gelagat pemimpin atau pihak-pihak tertentu itulah yang menjadi kebimbangan bahawa akhirnya walaupun kita mempunyai segala media sosial, media yang canggih tapi kalau kita tidak matang, kita ambil kesempatan tidak kena pada tempatnya tetapi mengambil peluang dan kesempatan untuk menjolok dan memajukan agenda politik kita, perasaan benci kita dan inilah yang membimbangkan. Saya rasa yang harus membimbangkan Dewan Rakyat ini sendiri. Sebab itu yang saya kecewa mereka tidak hadir pada hari ini, sekurang- kurangnyalah kalau tidak dapat pergi ke Kajang pun datanglah ke sini. Tunjuklah supaya sekurang-kurangnya kita tahu dalam kesedihan mereka yang tertimpa dengan masalah musibah ini mereka juga boleh menzahirkan simpati kerana Dewan Rakyat boleh dan sudah pun dan peluang seperti itu terlepas begitu sahaja. Apa guna teori dan konsep dan prinsip dan kononnya perjuangan politik tetapi sebenarnya tidak ada inti pati kemanusiaan yang berlandaskan kepada kepercayaan kepada yang maha Esa. Inilah saya rasa pengajaran kita daripada apa yang sedang ditimpa negara. Peristiwa MH370 penting untuk pengajaran, penting untuk kesedaran dan keinsafan kita. Ia menimbulkan pertanyaan tentang soal umpamanya...
[Bangun]
Yang Berhormat Lenggong bangun.
...Kawalan keselamatan dan bagaimana soal dua Yang Berhormat Menteri boleh bercakap berlainan dan sebagainya. Jadi saya berharap jugalah bagi pihak rakan-rakan agar bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab dan kuasa kedudukan itu juga berhati-hatilah dalam keadaan seperti ini, pada masa hari ini janganlah membuat kenyataan yang boleh diputarbelitkan pula, boleh diketawakan, boleh diperlekehkan oleh pihak-pihak lain yang memerhati. Bukan semuanya kawan kita. Kita ada kawan- kawan yang setia dengan kita dan akan bersama dengan kita dalam masa hari ini semasa tragedi menimpa kita tetapi sambil itu harus kita agak peka dan berhati-hati dalam cara kita mengendalikan krisis ini. Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri Pertahanan merangkap Yang Berhormat Menteri Pengangkutan mengambil berat, hadir setiap masa [Tepuk] Dan memimpin dari segi memberi keterangan dan makluman. Akan tetapi dalam keadaan itu biarlah seorang anggota Kabinet itu yang bercakap dan kalau perkaranya di luar daripada soal untuk mencari pesawat MH370, kita cakaplah kita akan serah kepada pihak yang lain. Ini kerana kita kena terima bahawa bagi kita yang sudah agak kerap berjalan keluar negara bagaimana sistem kawalan itu juga harus menjadi satu yang utama.
Yang Berhormat, boleh sambung petang nanti Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Johor Bahru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meneruskan ucapan saya dengan merujuk kepada satu perkara yang sama penting iaitu mengenai soal perumahan mampu milik, yang mana sudah pun diisytiharkan dan dimaklumkan oleh pihak pemerintah sebagai satu program yang besar yang hendak dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya bagi golongan yang berpendapatan sederhana rendah dan rendah dengan pembinaan seberapa banyak mungkin rumah-rumah mampu milik dan juga rumah kos rendah. Ini memang tepat Tuan Yang di-Pertua kerana saya menganggapkan bahawa pemilikan rumah ini merupakan pemilikan harta dan apabila kita mempunyai satu negara di mana begitu ramai daripada anggota rakyat dan masyarakat mempunyai rumah kediaman, ia bermakna kita bergerak ke arah sebuah masyarakat yang memiliki harta hartanah yang menjadi satu aset yang boleh membantu individu dan keluarga mereka yang terlibat. Tambah lagi apabila kita lihat bahawa sebahagian besar daripada masyarakat kita berpendapatan sederhana rendah dan tentunya mereka perlu diberikan peluang untuk membeli rumah-rumah yang berharga yang mampu mereka menanggung pembayaran bulanan mereka dan tidaklah sampai terpaksa belanja begitu besar daripada pendapatan mereka untuk memiliki rumah ini. Di sini saya ingin memberikan sedikit pandangan. Daripada pengalaman saya, bahawa kalau kita hendak mengurangkan harga rumah itu, satu komponen yang penting ialah kos tanah itu sendiri. Kalau kita lihat kepada kos keseluruhan sebuah rumah, memang sebahagian besarnya ialah kepada bukan sahaja kos tanah tetapi kos kewangan itu sendiri, financial cost kepada pembinaan rumah yang berkenaan. Bermakna bahawa pertamanya, kerajaan dan pemerintah kalau betul-betul serius untuk membina rumah, kita harus ubah sedikit cara penswastaan, strategi penswastaan yang juga telah digubalkan oleh kerajaan beberapa tahun dahulu. Semasa saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dalam tahun 1984, saya boleh mengambil contoh bagaimana Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil pendekatan untuk membina rumah-rumah di kawasan-kawasan yang strategik. Kita tidaklah pula mengambil pandangan bahawa kalau tanah itu dalam bandar, ia tanah yang strategik dan ia harus mempunyai nilai komersial yang sepatutnya. Kalau kita mengambil pendirian dan pendekatan seperti itu, maka kita akan berdepan dengan satu keadaan bahawa kita tidak akan cukup pun tanah untuk digunakan bagi perumahan mampu milik. Saya, semasa itu Kementerian Wilayah Persekutuan, telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dibangunkan perumahan, khususnya bagi penduduk- penduduk setinggan yang memang pun menempatkan diri mereka, rumah mereka di kawasan yang berkenaan. Ia bermakna bahawa penduduk setinggan, masyarakat setinggan pun memang memilih kawasan yang strategik dan secara kebetulannya ia bermakna bahawa tempat atau tanah yang berkenaan kalau dibangunkan bagi masyarakat itu, bermakna kita boleh ubahkan atau transformasikan daripada satu masyarakat yang duduk di atas tanah bukan tanah milik mereka tetapi tanah kerajaan, mereka tidak ada nilai kepada rumah yang mereka bina sendiri tetapi bila dibangunkan kawasan itu, masyarakat setinggan yang tidak ada rumah diubahkan, ditransformkan kepada satu masyarakat yang memiliki harta, yang memiliki aset. Akan tetapi kerajaan kena bantu daripada mulanya dengan sikap bahawa kita kena kenal pasti bahawa tanah itu strategik tetapi janganlah katakan bahawa kerana tanah itu strategik, kita tidak boleh gunakan untuk perumahan masyarakat golongan berpendapatan rendah. Malahan kita hendakkan mendapatkan nilai yang tinggi. Kita hendak komersialkan dan sebagainya kerana kita mempunyai pula tujuan-tujuan yang
lain, matlamat-matlamat yang lain. Hendak mewujudkan syarikat-syarikat umpamanya dalam bidang hartanah dan sebagainya. Jadi bila saya kenal pasti umpamanya ketika itu, adanya kampung setinggan di Kampung Pandan iaitu sebuah gaung bekas lombong bijih timah. Mereka duduk, tinggal, buat rumah di tebing-tebing gaung itu. Akan tetapi bila diambil tindakan untuk menutup gaung itu dan memulihkan tanah semula dan rumah yang dibina untuk 1,000 keluarga telah dapat Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu jual pada harga RM25,000 bagi rumah yang tiga bilik. Yang walk-up flats, bukan yang tinggi, yang pencakar langit tetapi rumah yang dengan bangunan dengan saiz tanah, saiz rumah yang sempurna. Tiga bilik tidur, dua bilik air. Ini sebenarnya merupakan sebenarnya saiz unit yang minimum sebenarnya bagi masyarakat kita. Ini kerana kalau masyarakat kita sebagai yang sudah ada keluarga umpamanya, tentunya perlu rumah satu bilik untuk anak lelaki, satu bilik untuk anak perempuan dan juga satu bilik untuk pasangan suami isteri. Jadi dalam keadaan itu akan bermakna bahawa anak-anak mereka tidaklah mencari tempat untuk melepak kerana rumah begitu penuh sesak. Jadi kalau hendak tunggu semua sudah tidur, barulah anak lelaki tidur di ruang tamu umpamanya, jadi itu yang menggalakkan, membawakan kepada keadaan mereka melepak di pasar raya dan di mall dan sebagainya.
Jadi, kalau awal-awal kita merancang supaya sebuah unit kos rendah itu dijual dengan harga RM25,000 tetapi dengan subsidi yang ada sebanyak RM10,000 walaupun kos pembinaannya RM35,000. Akhirnya kita mencapai satu matlamat iaitu mereka dapat kembali balik semula kepada tapak kampung mereka dan kita dapat kekalkan juga masyarakat ataupun komuniti yang telah terbentuk sebagai sebuah kampung setinggan. Ketiga, kita dapat menjualkan rumah ini pada harga yang berpatutan dan kerajaan pemerintah harus memainkan peranan. Pertama, yang telah Kementerian Wilayah Persekutuan lakukan dalam tahun 1984 hingga 1985 ketika itu ialah dengan mengenakan premium kepada tanah itu pada kadar yang minimum. Maknanya, kalau kerajaan mengambil sikap bahawa tanah ini komersial, nilainya tinggi. Jadi, kita kenakan nilai yang tinggi, premium yang tinggi, akhirnya kita tidak akan dapat lihat rumah kos rendah dibina di kawasan-kawasan yang dalam bandar raya Kuala Lumpur. Apa yang telah- saya dapat lakukan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan ialah dengan mengenakan premium block title umpamanya dengan kadar RM1,000. Maknanya belanja permulaan pun boleh dikurangkan dan ini yang harus kerajaan buat kerana pemerintah akhirnya akan dapat memungut cukai pintu dan cukai tanah berpanjangan dan boleh dikenakan setiap tahun. Jadi bermakna, kerajaan tidak akan terputus aliran kewangannya melalui cukai tanah, melalui cukai pintu. Oleh sebab itu, setelah diberikan block title dengan kos RM1,000 satu ekar, selepas itu dikenakan premium hanya kepada kawasan di petak di mana dibinakan rumah kerana jalan dalaman atau internal roads akan perlu dibina oleh developer, tetapi akan diserahkan balik kepada kerajaan ataupun pihak berkuasa tempatan. Jadi bermakna bahawa jalan dalaman, kawasan lapang, kemudahan asas seperti surau dan sebagainya ini akan diserahkan balik kepada masyarakat ataupun kepada pihak berkuasa tempatan. Jadi, mengapa pula kita hendak kenakan juga premium kepada tanah-tanah yang digunakan untuk jalan dalaman? Dengan cara ini, apabila kita kenakan hanya premium kepada tanah yang digunakan semata-semata untuk bangunan kediaman. Ia bermakna bahawa kos yang akan ditanggung oleh pemaju yang dilantik akan dapat berdepan dengan satu kos yang rendah dan ini memudahkan lagi mereka untuk tumpu hanya kepada pembinaan dan memberi pembinaan yang berkualiti dan ini sebenarnya akhirnya memberi manfaat kepada pembeli-pembeli yang berkenaan. Sebagai contoh rumah di Desa Pandan iaitu projek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah konsep ini. Pada asalnya dibeli dengan harga RM25,000 satu unit. Hari ini nilainya pada harga pasaran ialah RM150,000 ke atas. Ini bermakna bahawa kita melihat sendiri bagaimana nilai aset seperti rumah walaupun ia rumah pangsa dalam keadaan pertumbuhan ekonomi kita, di dalam keadaan ekonomi negara begitu baik akhirnya nilai aset yang dipegang dan yang dimiliki oleh isi rumah yang berkenaan telah dapat ditingkatkan. Dan ini sebenarnya membawa dan menambah kepada kemewahan masyarakat itu sendiri, masyarakat negara kita sendiri dan inilah di antara cara-cara yang boleh kita lakukan sebagai pemerintah untuk kita menentukan berapa banyak lagi rumah mampu milik yang boleh
dibina oleh pemerintah, oleh kerajaan dalam masa ini, dengan tujuan untuk mengisi dan memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat golongan berpendapatan rendah. Jadi, kalau untuk memenuhi hasrat dan syarat itu, bermakna pemerintah sendiri melalui dasar yang sudah ditetapkan boleh mengambil tindakan-tindakan dan kaedah-kaedah di mana kos yang sebenar kepada pembeli dapat dikurangkan dan mampu dibayar oleh pembeli-pembeli.
Yang Berhormat Johor Bahru, minta saya mencelah.
[Bangun]
Ada dua Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Pulai.
Kita bagi...
Ladies first.
Ladies first, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya sebenarnya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Johor Bahru sebab kalau kita tengok bandar raya Johor Bahru itu sendiri telah membangun dengan begitu besar dan kalau kita tengok perumahan bagi masyarakat di Johor, Tuan Yang di-Pertua, saya dilahirkan di Johor Bahru walaupun Ahli Parlimen di Pengerang. Perumahan di Johor Bahru itu sama ada kos rendah atau kos tinggi, tidak ada saya tengok wakil rakyat yang memperjuangkan rumah seperti yang telah diperjuangkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru, enam penggal menjadi wakil rakyat. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Saya hendak tanya soalan berkenaan dengan kos yang mana Yang Berhormat Johor Bahru timbulkan. Kalau kita bincang pasal perumahan, kita dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun banyak kali bercakap tentang perumahan, macam-macam jenis rumah yang kita keluarkan. Sekarang ini isu dia ialah macam mana kita hendak kawal kos? Apa cara dia? Sebab kalau kita ini contohnya pemaju, mana pemaju yang tidak hendak untung? Semua pemaju hendak untung. Akan tetapi ada ataupun bolehkah kita wujudkan satu sistem penilaian? Maknanya kalau hendak maju pun, hendak buat keuntungan pun mestilah pada peratusan yang logik. Kalau tidak, sebagai contoh ialah yang ada di Pengerang, saya sudah sebut banyak kali dalam Parlimen, contohnya KEJORA. KEJORA ini ialah satu agensi yang bertanggungjawab untuk pembangunan luar bandar di Johor Tenggara. Dia ada koperasi. Koperasi buat rumah. Harga rumah di Pengerang, kawasan luar bandar, harga rumah dua tingkat semi-D lebih kurang dengan izin RM550,000 ke RM600,000. Ini harga Johor Bahru, harga Kuala Lumpur, bukan harga Johor, Pengerang yang begitu jauh dan lagi dalam dari Kota Tinggi. Tanah pula tanah kerajaan yang dia dapat pada kos harga yang rendah. Akan tetapi sebab hendakkan untung, Koperasi KEJORA ini pun boleh tergamak menjual pada harga yang begitu tinggi dan tidak adil bagi rakyat. Jadi, soalan saya pada Yang Berhormat Johor Bahru ialah apakah cara, macam mana tindakan ataupun ukuran kiraan yang boleh kita lakukan supaya apabila rakyat Malaysia membeli rumah, kos rendah atau kos tinggi kah, bandar kah, luar bandar, peratusan untung itu ditetapkan supaya rakyat tidak tertipu dengan gelojohnya pemaju-pemaju yang selalunya hendak mencari untung dengan begitu cepat, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Ya, Yang Berhormat Pulai.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Kita ini, Pulai dan Johor Bahru memang sebenarnya merupakan wakil rakyat untuk kawasan bandar raya Johor Bahru yang jelas mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan perumahan untuk mereka yang mempunyai income yang rendah. Masalah utama yang dihadapi saya rasa adalah masalah tanah. Tanah di bandar raya Johor Bahru dan juga di kawasan sekeliling Daerah Johor Bahru itu banyaknya dahulu tanah milik kerajaan dan banyak telah pun diswastakan. Itu dahulu. Akan tetapi sekarang ini apabila kerajaan hendak buat rumah baru dengan penyertaan daripada PR1MA, SPN dan sebagainya, masalah yang dihadapi adalah masalah tidak
ada tanah. Peruntukan kerajaan bagi, PR1MA dapat RM2 bilion, Jabatan Perumahan Negara dapat RM1 bilion. Akan tetapi tanah hendak dibina rumah untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar ini kalau RM2,000 sebulan, itu pun sebenarnya pendapatan orang yang tidak cukup. Soalan saya, adakah wajar untuk kerajaan buat masa ini menggunakan kuasanya untuk memaksa pemilik tanah yang ada sekarang ini, swasta untuk menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan untuk membuat perumahan untuk mereka, golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar? Itu satu. Kedua, adakah tanah yang agensi kerajaan ditugaskan untuk membina rumah untuk orang berpendapatan rendah ini akan dibenarkan sewajar-wajarnya hendak pilih tanah, cari tanah tetapi bukan di tempat yang sesuai. Maknanya asalkan ada tanah, kalau untuk orang Johor Bahru dia buat di kawasan Pontian. Dia beli tanah itu, dia kata buat rumah.
Akan tetapi rumah ini tidak sesuai untuk orang yang hendak bekerja dalam kawasan Daerah Johor Bahrulah katakan. Jadi adakah wajar juga kerajaan sewenang- wenangnya membeli tanah di mana-mana sahaja untuk mencapai matlamat membuat rumah mampu milik tanpa memikirkan kesesuaian lokasi dan juga komuniti yang akan dibentuk di kawasan perumahan yang dicadangkan itu? Terima kasih.
Yang Berhormat Johor Bahru.
Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru kerana memberi ruang kepada saya. Isu perumahan ini merupakan isu penting dan kita tahu bahawa memang rakyat perlukan rumah. Komitmen kerajaan tentang isu perumahan ini memang kita tidak boleh nafikan. Kalau kita lihat dari segi kesungguhan kerajaan, memang sama ada yang dilaksanakan sendiri oleh kerajaan ataupun swasta memang begitu tinggi sekali kerana kalau kita pergi dan lihat Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) misalnya, ia menunjukkan bahawa kita telah pun mewujudkan sama ada rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium dan sebagainya. Kalau kita tengok angkanya sudah pun melebihi 4.6 juta unit rumah. Memang maknanya begitu tinggi sekali. Jadi saya pun bersetuju dahulu harga rendah, pasaran sudah tinggi dan sebagainya. Soal yang kita lihat hari ini ialah soal isu tanah, isu harga dan sebagainya. Saya dengar bahawa kerajaan menyedari persoalan ini termasuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai dan juga Yang Berhormat Pengerang tadi. Akhirnya, kerajaan menubuhkan apa yang dipanggil Majlis Perumahan Negara yang berfungsi dan bertanggungjawab untuk merangka strategi, pelan bertindak bagaimana hendak menilai harga, menyediakan rumah yang baik dan sebagainya. Kita difahamkan pelbagai pihak menganggotai jawatankuasa ini. Satu jawatankuasa yang tinggi yang saya lihat dipengerusikan oleh pemimpin utama negara kita. Oleh kerana itu apakah saya boleh minta pandangan Yang Berhormat Johor Bahru barangkali untuk melihat isu-isu yang lebih detil ini, pelbagai pihak lagi mesti dibawa untuk menganggotai majlis ini supaya isu-isu yang kita sebutkan tadi dapat ditangani lagi. Hari ini juga kerajaan melaksanakan Program MyHome iaitu satu program yang cukup baik yang memberikan subsidi sebanyak RM30,000 kepada rakyat yang membeli rumah dan melalui pihak swasta misalnya. Maknanya Program MyHome ini saya difahamkan, saya tidak pasti betul atau tidak tetapi saya rasa betul. Ianya dilaksanakan oleh pihak swasta dan kerajaan membantu memberi subsidi sebanyak RM30,000. Ini kepada projek-projek swasta. Bolehkah atau bersetujukah Yang Berhormat Johor Bahru, kalaulah kita perluaskan Program MyHome ini kepada individu? Maknanya kalau ada orang di Kuala Krau, dia ada tanah individu, dia hendak bina rumah, kerajaan bantu kepada individu berkenaan dan tidaklah hanya kepada pihak swasta sahaja. Ini kerana kalau dibangunkan oleh pihak swasta permintaan terlalu tinggi tetapi kalau ada individu program ini diperluaskan kepada individu, tanah dia sendiri dia hendak buat, kerajaan beri subsidi, alangkah ianya baik kepada kita. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Johor Bahru, itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya juga boleh menggunakan atau menjawab kepada Yang Berhormat Pengerang. Elemen kos ini boleh disesuaikan kepada tanah. Tanah ini sebenarnya terpulang kepada pemerintah hendak meletak nilai apa. Kalau dikatakan hendak dijadikan tanah kubur, apa nilainya? Tentu saya masih ingat ketika saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan minta hendak dijadikan kubur di Bukit Kiara, ada orang komen, ini patut buat kondominium. Akan tetapi apa nilai tanah sebenarnya bergantung kepada penggunaannya. Jadi kalau kita kata semua nilai tanah itu mahal, tanah strategik, tanah mahal, komersial, bagus untuk dibuatkan kondominium dan sebagainya, kita akan menyimpang daripada perjuangan kita untuk memihak dan membantu rakyat dan sebab itu kalau apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bagi tanah di Desa Pandan dan seterusnya, beberapa rancangan yang lain termasuk di Jalan Klang Lama dan sebagainya, ia telah dikenakan sampai- bagi jenis rumah kos rendah, premium tanah yang dikutip ialah setakat 10 sen, satu kaki persegi. Maknanya kerajaan boleh rugi buat seketika kerana bukan subsidi. Ia rugi, rugi pendapatannya tetapi pendapatan kerajaan boleh diteruskan dengan pungutan cukai yang berterusan sehingga kiamat. Apabila sudah tidak ada dunia, tidak ada kerajaan, cukai pintu dan cukai tanah masih akan berjalan. Jadi kalau kita mengambil pandangan yang panjang dan lama ini atau long term view di mana kerajaan sebagai pemerintah akan kekal sehingga hari kiamat, jadi pembayaran keuntungan kepadanya adalah dalam bentuk cukai yang akan dibayar berterusan. Jadi bermakna terpulang kepada dasar dan strategi kerajaan menyedari bahawa janganlah fikir tanah itu strategi, jadi koperasi kena buat duit, agensi kena buat duit, kena bayar gaji chief executive dan sebagainya. Dahulu pun sudah dapat pelbagai kemudahan tetapi sampai masanya kita kena fikir kepentingan rakyat dan kepentingan orang ramai. Jangan fikir kepentingan organisasi atau kepentingan pihak-pihak tertentu. Oleh sebab itu kita kena ubah sikap kita yang radikal. Dalam kita membuat sesuatu dasar, kita hendak kata kita hendak buat rumah mampu milik. Kita kena sedar bahawa ia perlu kepada pengorbanan dan perubahan paradigma itu sendiri, cara pemikiran. Buat apa agensi kerajaan atau GLC kerajaan kena memiliki tanah? Mereka boleh buat kerja mereka dan menjalankan tanggungjawab mereka tanpa aset itu. Mereka boleh buat cara yang lain untuk mencari keuntungan dan mendapat pendapatan. Jadi sebab itu, sampai masanya dalam masa sekarang terutamanya apabila kita lihat bahawa golongan berpendapatan rendah terutamanya generasi kedua, mereka mengeluh. Mereka kata mereka tidak mampu beli rumah. Mereka kata generasi kita generasi yang sebelumnya. Inilah bapa-bapa kita semua yang telah mendapat faedah kesemuanya. Jadi apabila sampai kepada giliran mereka, sudah tidak ada tanah dan ada tanah pun harganya mahal. Jadi sebab itu pendekatan kita sama ada seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengerang, disebutkan oleh Yang Berhormat Pulai, terpaksa kita lihat balik kepada pegangan tanah oleh agensi-agensi kerajaan itu sendiri dan janganlah agensi kerajaan memikirkan empat tahun ini kalau tidak buat keuntungan nanti kita punya KPI. Yang menentukan KPI mereka ini ialah kerajaan juga kerana sebagai pemilik kepada GLC yang berkenaan. Apabila sudah timbul satu konsep umpamanya MyHome untuk diberikan subsidi kepada pembeli rumah sebanyak RM30,000 kita pun bertanya, adakah subsidi ini pergi kepada syarikat atau pergi kepada pembeli? Jadi ini pun harus disemak balik supaya apa yang dijadikan sebagai dasar, benar-benar dapat dilaksanakan dengan cara yang terperinci. Kalau Kementerian Wilayah Persekutuan pada ketika saya menjadi Menterinya tidak melihat kepada soal- soal yang terperinci Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan dapat selesaikan masalah setinggan di Kuala Lumpur dan cara penyelesaian yang berperikemanusiaan. Bukan kita pindahkan mereka 10 batu keluar Kuala Lumpur. Kita pindahkan di tempat di mana mereka menetap sekarang.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Ada pepatah Melayu kata, “Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”. Jadi soal tanah ini sebenarnya kita yang menentukan penggunaan tanah itu dan juga tentang nilainya. Jadi kita juga menentukan nilai bukan dalam bentuk nilai mata wang sahaja tetapi nilai kehidupan itu sendiri. Kita tentukan bahawa kalau ini untuk kawasan lapang, ini kawasan lapang. Kalau untuk kawasan hijau, kawasan hijau. Kalau kawasan untuk pembinaan perumahan mampu milik, buatkan sedemikian. Sebagai contohnya kalau kita bergantung kepada nilai pasaran ataupun nilai kewangan sahaja sudah tentu tidak adanya high park ataupun central park di London dan di New York. Maknanya kerana tanah itu nilai terlalu tinggi maknanya sudah tentu mereka akan menggunakan tanah itu untuk pembangunan kos perumahan berkos tinggi mutu antarabangsa. Akan tetapi oleh kerana ketentuan yang dibuat oleh pihak kerajaan pemerintah untuk mengadakan itu sebagai kawasan lapang, maka kita pun seharusnya menyatakan ketentuan untuk kawasan perumahan mampu milik dengan nilai ataupun kadar yang wajar untuk pembangunan supaya harga jualan rumah mampu milik itu dapat dibeli oleh rakyat dan orang ramai. Apa pandangan Yang Berhormat Johor Bahru?
Saya bersetuju, Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya begini. Bila kita buat satu dasar, kerajaan buat dasar, kalau kita hendak laksanakan, kita perlu terbalikkan. Maknanya jangan ikut cara dululah. Asyik kita hendak ikut cara dulu, ini caranya, ini cara biasa yang kita buat. Tidak. Pertama, kita kena lihat kepada semua aspek. Kalau kita hendak ikut cara dulu di mana kita katakan ini this is the way we do business. Tidak boleh, Tuan Yang di-Pertua. Kita kena terbalikkan keseluruhannya itu untuk mencapai matlamat. Jadi kalau betul kita sudah ada dasar, kita tentu ada matlamatnya dan tentu kita ada siapa yang patut menerima faedah daripada pencapaian matlamat itu. Saya bagi satu lagi contoh. Ini juga ada kena mengena sebenarnya dari segi perumahan. Saya sebagai wakil rakyat Johor Bahru, saya tidak banyak sangat tanah seperti Pulai. Kawasan bandar. Akan tetapi saya banyak bumbung dan bumbung ini, Tuan Yang di-Pertua, ada nilainya iaitu umpamanya kita lihat dasar kerajaan. Kuota FiT melalui solar panel. Kalau kita boleh wujudkan, dapat kuota FiT, kita boleh buatkan solar panel system, kita boleh jualkan electricity yang dijana melalui solar panel dan balik kepada TNB. Kalau kita pasangkan empat kilowatt punya sistem di sebuah rumah orang miskin, ya. Kadang-kadang orang bandar ini aset kuat, aset banyak tetapi pendapatan tidak ada. Empat kilowatt punya projek, Tuan Yang di-Pertua, boleh menghasilkan RM500 sebulan kepada tuan punya rumah untuk selama 21 tahun. Bukankah senang kerja kita? Kita bayar RM28,000, invest RM28,000, buatkan sistem untuk mereka, RM500 sebulan mereka dapat hasil berterusan selama 21 tahun. Jadi ini pun juga satu dasar di mana kita tidak boleh pakai cara lama yang mana kita kata first come first serve. First come first serve melalui online, siapa yang dapat? Ini orang yang pandai, orang yang cerdik, orang yang pintar, dialah yang dapat. Jadi sebab itu kalau kita buat apa-apa dasar, perumahan mampu milik, kuota FiT, solar panel dan sebagainya, kita mesti tentukan dasar itu juga ada membawa faedah kepada kumpulan-kumpulan yang sudah dikenal pasti sebagai golongan berpendapatan rendah. Kalau taruk solar panel 24 kilowatt punya sistem di atas rumah pangsa kos rendah, RM3,000 sebulan untuk membantu JMB yang dalam flat yang berkenaan untuk dapat menampung perbelanjaan penyelenggaraan. Jadi ini semua boleh sebenarnya, sudah dasar kerajaan. Hanya kita kena ubah cara pendekatan kerajaan. Jangan fikir asyik fikir ke atas. Dengar suara dan pandangan di bawah ini. Ini kerana kita boleh bawakan soal manfaat yang sebenar sepatutnya ialah rakyat yang menerima manfaat daripada dasar-dasar kerajaan yang baik-baik belaka. Jadi sebab itu, kita tidak boleh buat cara business as usual. Kita kena betul-betul kata kita hendak manfaatkan penduduk, kita manfaatkan rakyat yang berpendapatan rendah, kita hendak manfaatkan rakyat berpendapatan rendah di luar bandar, di dalam bandar, pendekatannya tentu berubah tetapi kita bermula daripada bawah. Bottom’s up. Jangan asyik fikir, semuanya atas fikirkan buat dasar, buat strategi, bawah tunggu sahaja. Tunggu, tunggu punya tunggu tidak turun juga. Jadi sebab itu apabila kita sudah beralih kepada bantuan yang bersasar seperti BR1M umpamanya. Kita sekarang sudah ada database. Kita sudah ada pangkalan data yang begitu luas, begitu lengkap. Jadi sekarang, kalaulah kita sudah ada database, pangkalan data yang begitu lengkap dengan pendapatan isi rumah
pendapatan bawah RM4,000, bawah RM3,000, yang bujang bawah RM2,000 dan sebagainya, macam mana kita hendak gunakan database ini? Inilah caranya di mana kita menguruskan agar satu-satu dasar yang dibentuk oleh kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidaklah bertujuan mengambil masa yang panjang dalam perbahasan ini.
[Menyampuk]
Kalau hendak sambung, Tuan Yang di-Pertua, saya kena minta izin berhenti sekejap.
Boleh minta penjelasan?
Ya.
Hendak pergi bilik air. [Ketawa]
Carikan air, carikan air.
Yang Berhormat Johor Bahru perlu...
Minta penjelasan dari saya.
Ya, saya.
Yang Berhormat Johor Bahru pergi ke bilik air, ya?
Ya.
Sementara mencelah itu bolehlah.
Cakap lama-lama sikit.
[Ketawa]
Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Johor Bahru, di bilik air pun boleh dengar juga. Jadi boleh.
Ya, ya. Ya.
Jadi saya sebetulnya Tuan Yang di-Pertua, sistem ataupun dasar yang kita ada ini sudah sedia ada. Memang sudah cantik. Apa juga dasar kerajaan yang terjemahkan memang sudah cantik. Cuma mungkin...
[Menyampuk]
[Ketawa] Cuma mungkin kita perlu delivery system kita kena diperbetulkan. Di sinilah masalah kita hadapi. Ini kerana dulu saya telah katakan bahawa kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai dasar yang perlu dilaksanakan tetapi sistem pelaksanaan kita mempunyai kebuntuan di mana kadang-kadang pelaksana di peringkat bawah ini dia tidak pun mengikuti arahan yang sebenarnya. Lain agensi, lain pelaksananya. Tukar ganti dan sistem dia berubah ikut kehendak pegawai yang bertugas itu. Jadi di sinilah kebuntuan berlaku dan rakyat sebetulnya marah dengan kerajaan dan bukan dengan pegawai itu. Dia kata Barisan Nasional punya masalah. Pembangkang pada hari ini pula mengambil kesempatan. Apa juga peluang yang ada, dia akan kaut untuk dilontarkan balik kepada kerajaan. Justeru, pada saya perlu ada penyusunan semula tentang sistem pelaksanaan. Ini kerana sistem pelaksanaan ini sudah kita bincangkan sejak sekian lama tetapi saya tidak nampak ada penstrukturan semula sehingga kalau boleh mana-mana agensi, mana-mana pelaksana akan ada penyelarasan yang seimbang. Lain pegawai daerah, lain dasarnya. Lain pengarah, lain dasarnya, padahal dasar itu sudah sedia ada di sana, tetapi sistem penyampaian itu tidak dapat direalisasikan sebab mengikut tuntutan dan kehendak pihak-pihak yang tertentu sahaja.
Justeru, saya melihat bahawa perlu ada perbincangan secara menyeluruh dan kerajaan kena tegas untuk memastikan bahawa dasar yang telah dibentuk itu dapat diterjemahkan secara bijaksana. Contohnya penguatkuasaan. Bertindih-tindih dan berbeza-beza. Mungkin kerana pegawai-pegawai yang ditempatkan di tempat dia bertugas itu bertukar dalam keadaan yang satu tahun bertukar. Jadi tidak sempat dia melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. Justeru, bertukar pegawai lain lagi. Sebab itu pada saya melihat bahawa sistem pelaksanaan itu harus dilihat oleh kerajaan sebagai satu perkara yang priority untuk dilaksanakan oleh semua pihak demi memastikan kelangsungan dasar kerajaan yang baik itu dapat diterima pakai oleh rakyat di peringkat bawah. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Ya, Yang Berhormat Pengerang bangun.
Boleh saya tanya Yang Berhormat Johor Bahru?
Ya.
Saya rasa pertama kali Ahli Parlimen boleh ke bilik air semasa bahas. Saya rasa lepas ini saya pun hendak ikut cara Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sebenarnya Yang Berhormat Johor Bahru, saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Johor Bahru kerana Yang Berhormat Johor Bahru bercakap tentang masa dulu Yang Berhormat Johor Bahru menjadi Menteri Wilayah yang mana perumahan hari ini adalah daripada dasar yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru sebagai Menteri iaitu melihat perlunya perumahan kos sederhana, kos rendah dalam kawasan bandar. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Johor Bahru, kenapa hari ini kalau kita mengambil kira ucapan Yang Berhormat Kinabatangan, kenapa hari ini, dasar yang dibuat dulu, yang baik yang memberi kekuatan kepada Kerajaan Barisan Nasional dan sebagainya, kenapa dasar itu boleh bertukar? Adakah kerana Menteri bertukar, ataupun kerana ada pegawai kerajaan bertukar. Sebagai contoh Ketua Setiausaha bertukar dan sebagainya. Ini kerana saya sebagai bekas Menteri pun boleh cakap.
Masa saya Menteri macam-macam buat, bila sudah tukar Menteri, tukar macam-macam buat. Jadi rakyat dengan izin, menjadi confuse. Itu sebabnya saya berharap seperti kata Yang Berhormat Kinabatangan, soalan saya pada Yang Berhormat Johor Bahru, kenapa boleh berubah? Kenapa boleh pendekatan yang baik, yang boleh memberi kepada kejayaan, pada maslahat umum ini ditukar? Adakah disebabkan kerana ketidakfahaman ataupun disebabkan oleh sifat yang mana tukar Menteri, tukar dasar? Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas sistem penyebaran ataupun penyampaian komunikasi yang ada, canggih di dalam Parlimen sampai ke bilik air dan juga di ruang- ruang jalan kaki boleh dengar. Akhirnya saya tidak miss pun apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kinabatangan. Akan tetapi pada sayalah, kalau apa yang dicakap oleh Yang Berhormat Kinabatangan, apa yang dicakap oleh Yang Berhormat daripada Pengerang, saya rasa bukan untuk kita, hendak tanya siapa salah. Saya rasa bukan saya hendak menuding jari kata ini salah, itu salah, apa ini pegawai kerajaan salah kah, politician salah kah, Menteri salah kah. Saya tidak hendak, tidak berminat. Ini kerana saya tahu hari ini kita sudah ada dasar-dasar yang baik. Terpulang kepada kita untuk hendak melaksanakannya cara yang terbaik. Cara yang terbaik ialah kita mesti kenal pasti, kita faham dan tahu satu-satu dasar itu siapa yang patut menerima manfaatnya. Kalau kita kata perumahan mampu milik, manfaatnya ialah generasi kedua yang mak bapa kita ini yang sudah tua-tua ini. Semua sudah mempunyai umpamanya, sudah pun merasai faedah dan manfaat daripada perkembangan ekonomi. Saya beli rumah semasa saya mungkin berusia 35 tahunlah. Hari ini daripada rumah yang RM400,000 yang saya beli, dia boleh melonjak sampai RM4 juta. Bermakna, generasi saya sudah merasai peningkatan nilai itu. Akan tetapi siapa yang boleh beli rumah RM4 juta itu? Anak saya pun tidak mampu hendak beli. Jadi bermakna, kita kena lihat kepada masalah generasi yang kedua. Kalau fokus kita kepada penerima manfaat itu ialah generasi kedua dengan membina rumah yang sesuai, yang sempurna dengan kemudahan asas yang sempurna. Janganlah pula
sempit-sempitkan rumah, longgokkan satu blok sampai satu ekar 80 unit atau kurangkan kawasan yang lapang dan kemudahan awam. Kita kena juga menambahkan supaya adanya keselesaan dari segi rumah mereka. Maksudnya, pendekatannya ialah dasar itu sudah baik.
Setujukah Yang Berhormat bahawa di situlah kebijaksanaan itu diperlukan?
Betul iaitu bergantung kepada kita. Kepada kita sebagai Ahli Parlimen kerana kita ini berada di bawah. Kita bukan cakap teori, kita bukan cakap fasal teori ini, financial theorylah, kutuk kerajaan ini, satu minta subsidi lebih lepas itu bantai kerajaan kerana apa, ada defisit. Dalam parti yang berlainan dalam satu pakatan yang sama, seorang minta subsidi lebih, seorang hentam fasal defisit tidak kurang. Jadi akhirnya buat macam mana pun tidak betul. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sebagai Ahli Parlimen biasa dan saya rasa juga menteri-menteri kita, timbalan menteri kita, pohon memahami keadaan di bawah. Kita kena berani nyatakan, kita hendak melihat dasar ini benar- benar memihak kepada rakyat yang memerlukan. Bukan untuk tujuan kita mewujudkan usahawan ataupun syarikat. Bila kita banyak sangat matlamat, kita hendak wujudkan juga syarikat-syarikat, kita hendak wujudkan juga usahawan-usahawan. Kita kelam kabut juga. Jadi kalau usahawan itu biarlah dalam bidang-bidang yang tertentu. Akan tetapi dari segi perumahan, khas dari segi bidang perumahan untuk masyarakat berpendapatan rendah dan generasi yang kedua, kita tumpukan ianya dilaksanakan bagi faedah dan kepentingan mereka. Barulah betul cara dasar yang kita sokong hari ini dapat dilaksanakan dengan baik. Macam mana? Saya bagi contoh tentang...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan bangun Yang Berhormat.
Bolehkah Yang Berhormat Johor Bahru? Saya terpanggil Yang Berhormat Johor Bahru, melihat Yang Berhormat Tenggara duduk selaku Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dahulu pun Yang Berhormat pernah jadi Backbencher, jadi mungkin Yang Berhormat Johor Bahru boleh menyalurkan maklumat bahawa kementerian perlu berubah mengikut perubahan masa dan tuntutan rakyat. Oleh sebab itu kalau kita tidak berani berubah menyelesaikan masalah di bawah, rakyat bangkit menuntut sesuatu yang kita tidak boleh tunaikan. Contohnya macam perumahan. Rumah dahulu 10 tahun, 15 tahun yang lalu pun rumah perumahan mampu milik kadang-kadang dua bilik, dapur tidak ada. Di mana kebijaksanaan itu? Justeru itu kementerian, ini saya contoh bukan spesifik untuk kementerian sahaja, kementerian Yang Berhormat Tenggara ini. Akan tetapi rata-rata, selaku penghuni rumah mereka juga mahu miliki rumah yang bukan mewah tetapi selesa untuk diduduki. Ini sebab dahulu dia bujang, dua tiga bulan dia berkahwin. Berkahwin dia ada anak, ada anak tiada bilik, masalah. Jadi situnya apabila tidak ada bilik, di situlah timbulnya unsur-unsur gejala negatif yang tidak diingini. Ini perlu diambil perhatian. Menteri-menteri harus berubah ikut keadaan, panggil KSU kah, ketua-ketua pengarah, kami mahu dasar kerajaan diubah begini. Jangan dengar cakap mereka sebab kita yang membentuk kerajaan ini. Minta Yang Berhormat Johor Bahru.
Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Johor Bahru? Saya hendak respons sedikit dua tiga perkara yang disebut tadi. Kita tentu tidak mahu jadi sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang. Kita tengok di Pulau Pinang hari ini, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk memiliki rumah, timbalan menteri kata. Akan tetapi juga berlaku golongan berpendapatan sederhana pun sukar kerana harga rumah di Pulau Pinang begitu tinggi sekali. Apa yang kita lihat, kenaikan harganya melampau-lampau. Tentu ada unsur-unsur lain yang ingin Yang Berhormat Kinabatangan boleh ulas di sini. Akan tetapi di peringkat kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional, kita ada Dasar Perumahan Negara. Tadi Yang Berhormat Pengerang sebut dan beberapa rakan sebut, tidak apalah pendekatan okey, berubah tidak apa. Cara hendak laksana berubah tidak apa tetapi dasar dan prinsipnya mesti sama kerana mesti berasas kepada dasar yang telah pun digariskan. Ini saya rasa dipertahankan oleh kerajaan. Isu-isu yang dibangkit kita boleh tangani dalam pelbagai forum yang disediakan oleh kerajaan. Saya sebut tadi
kita ada Majlis Perumahan Negara yang melihat isu-isu ini, isu harga, isu pemilikan tanah, isu bagaimana orang miskin hendak dapat rumah dan sebagainya. Apakah pada pandangan Yang Berhormat Johor Bahru dasar-dasar yang saya sebut tadi perlu diubah untuk sesuaikan dengan keadaan semasa? Apakah Majlis Perumahan Negara ini yang ada ini perlu melihat secara lebih mendalam supaya isu ini dapat kita tangani dan kita tidak berlaku sebagaimana di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang Yang Berhormat Johor Bahru, orang yang berpendapatan rendah, terutama sekali golongan-golongan berpendapatan rendah ya sekarang di Pulau Pinang tidak mampu. Hendak sewa rumah pun tidak mampu mahal, hendak beli lagi tidak mampu. Ini semua saya nampak seolah-olah satu strategi hendak mengeluarkan golongan berpendapatan rendah daripada Pulau Pinang itu. Terima kasih.
Tambah sedikit Yang Berhormat Johor Bahru. Di Pulau Pinang memang saya melihat, memang betul bahawa terdapat unsur-unsur pengusiran daripada Kerajaan DAP di Pulau Pinang kepada suku bangsa yang tidak mampu menduduki rumah di bandar. Ini sebab apabila rumah dibina berharga RM2 juta, RM3 juta, sudah tentu banyak orang-orang Melayu, bumiputera yang lain tidak mampu miliki rumah. Justeru itu, saya minta Yang Berhormat Johor Bahru mencadangkan kepada kerajaan supaya dipantau aktiviti sebegini. Jangan ada hakisan suku bangsa ataupun racist terlalu ketara di Pulau Pinang ini...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Labuan bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Memang pun dasar cantik seperti yang dikatakan tetapi saya rasa masih boleh lagi diperbaiki. Terutamanya banyak juga kawasan-kawasan yang kerajaan tidak mempunyai tanah yang cukup untuk tujuan perumahan mampu milik dan untuk kerajaan membeli, mungkin akan memerlukan kewangan yang begitu besar. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Johor Bahru kalau sekiranya kita mengadakan dasar yang mana perumahan-perumahan yang perlu dibuat, mesti sekali dengan perumahan mampu milik yang kelasnya untuk mampu milik kepada semua developers yang kena buat di bandar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kadang-kadang walaupun dasar di antara pelaksanaan dasar dan sebagainya, ada percanggahan, tidak begitu kemas dan tidak begitu tepat dari segi penyampaian ataupun pelaksanaannya. Akan tetapi, kurang-kurang tidaklah kita pula berdepan dengan satu keadaan yang mana kalau di satu-satu tempat seperti di Pulau Pinang itu, tanah yang patutnya buat rumah kos rendah, dijual kepada hospital. Jadi itu pun retoriknya, imejnya, ini imej kepimpinan yang patutnya memihak kepada orang miskin, memihak kepada orang berpendapatan rendah, sosialis, memberi kepentingan lebih kepada golongan berpendapatan rendah. Akan tetapi tidak pula buat untuk golongan berpendapatan rendah. Retoriknya satu tetapi perbuatannya lain. Hanya bagi kita, dalam keadaan kita masih merupakan pemerintah dengan dasar-dasar yang baik, maknanya, sekarang masanya untuk kita mencari semua jalan untuk membetulkan keadaan. Saya kalau ceritakan fasal rumah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerana bukan saya hendak mendabik dada tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan pada tahun 1986 mendahului semua negeri dan semua agensi dalam menyediakan rumah tiga bilik tidur. Orang tidak buat, orang lain tidak buat kerana ketika itu mungkin perasaannya mesti ada penswastaan, mesti mewujudkan kelas komersial, masyarakat komersial dan sebagainya. Akan tetapi sambil kita laksanakan juga dasar itu, bagi golongan berpendapatan rendah, dalam soal yang basic, soal yang asas iaitu perumahan, kita harus memberikan penekanan. Sehinggakan kalaulah ada GLC ataupun agensi kerajaan yang memiliki tanah, gunakan tanah itu dan janganlah pula kita katakan, agensi kerajaan kata, “Saya punya KPI kena buat untung RM2 juta sebulan atau RM2 juta setahun. Kalau tidak nanti habis saya punya KPI, saya kena pecat”. Kerajaan sendiri mesti mengambil tindakan dan sikap bahawa hari ini kita hendak menentukan generasi kedua, golongan berpendapatan rendah boleh beli rumah mampu milik dengan cara, bagaimana caranya, melalui subsidi kah, subsidi kepada kos tanah kah, subsidi dari segi membantu kepada agensi supaya tidak dikenakan tindakan, supaya mereka mengubah cara dan strategi mereka tetapi matlamatnya kita hendak melihat rumah mampu milik bagi generasi yang kedua terutama dalam
golongan berpendapatan rendah. Inilah saya rasa yang perlu kita lakukan kerana kita tidak boleh berdepan dengan keadaan yang mana kalau mereka menuduh generasi yang sebelum yang sudah pun mendapat segala manfaat daripada peningkatan nilai. Dia kata, “Ini generasi awaklah yang dulu yang telah mendapat faedah daripada peningkatan nilai, capital appreciation, dari segi property price dan sebagainya”. Ada juga yang sampai membeli lebih daripada satu, lebih kepada keperluan. Ini yang sebenarnya buat harga perumahan meningkat, melonjak. Jadi, itu sebab mereka mendakwa bahawa mereka harus juga mendapat faedah daripada sumber-sumber asli yang ada dalam negara ini. Mereka juga hendak merasakan tanpa memikirkan masa depan, masa depan rakyat yang akan datang, generasi yang ketiga atau generasi yang keempat. Jadi sebab itu, dalam pada masa hari ini, untuk kita menentukan supaya dasar kerajaan dan harapan kerajaan untuk membekalkan rumah-rumah mampu milik bagi dimiliki dan dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan generasi yang kedua, bahawa kita kena melaksanakan dasar itu secara yang terperinci. Dasar sudah betul, strateginya kena juga betul. Tidak boleh kita kata semuanya datang dari atas. Kita kena juga memberi maklum balas, feedback daripada golongan di akar umbi kerana di situlah keperluannya. Kalau kita dapat memenuhi keperluan itu, saya rasa kedudukan di kawasan-kawasan dalam bandar dan juga luar bandar lebih stabil dan rakyat yang ramai boleh merasai dan menikmati pula faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara kita ini. Saya percaya bahawa sebenarnya kita boleh dan boleh melakukan ini dengan sedikit perubahan, mengubah dari segi pendekatan kita, bukan dari atas ke bawah tetapi dari bawah ke atas. Kedua-duanya bila bersambung dan bermusyawarah, bertukar pendapat, menerima hakikat bahawa kerajaan bukan dalam fasa atau dalam keadaan yang kerajaan sahaja tahu, ‘we know best’, tidak boleh lagi. Ini ialah seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita menyatakan. Tentunya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kenalah dibantu oleh Menteri-menteri. Kalau adanya wakil daripada Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, kita rasa senang sedikit...
[Bangun]
Bahawa apa yang dibicarakan di sini akan dapat dilaksanakan, diambil kira dengan diberikan kuasa kepada kementerian ini. Kalau kuasa pun kadang-kadang tidak payah beri kuasa itu Yang Berhormat. Kalau kita hendak buat, daya hati kita itu, kita punya passion, nafsu itu, kita punya kehendak itu betul-betul hendak membantu rakyat, betul- betul hendak membantu melaksanakan Dasar Perumahan Negara, betul-betul hendak memberikan rumah yang secukupnya pada harga yang mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah. Insya-Allah saya rasa Kementerian Perumahan boleh memainkan peranan.
Ya, Yang Berhormat Titiwangsa bangun.
Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Johor Bahru. Mengenai isu rumah ini, saya nampak kadang-kadang kerajaan membuat dasar untuk memperbanyakkan rumah mampu milik. Kadang-kadang tanah di dalam bandar raya Kuala Lumpur ini contohnya adalah satu tanah yang agak sukar untuk kita peroleh. Saya bagi contoh seperti satu dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk memperbanyakkan rumah mampu milik tetapi tanah seperti contoh di Flat Pekeliling ini, 37 ekar tanah, rumah yang dulunya diduduki oleh hampir 11,000 keluarga yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Kita pindahkan mereka ini jauh ke hujung sana, luar bandar. Kemudian kita simpan tempat ini sampai 12 tahun, sampai hari ini flat itu roboh pun tidak. Bila kita check, ini semua diberi kepada pihak swasta yang akan membangunkan projek-projek mewah. Jadi saya nampak dasar ini tidak konsisten. Kadang-kadang kita wujudkan UDA, kita wujudkan SPNB, kita wujudkan PR1MA, mereka terpaksa mencari tanah dengan pihak swasta sedangkan kita di pihak kerajaan, banyak tanah yang kita ada ini kita tidak bagi first right refusal kepada agensi-agensi ini untuk memainkan peranan mereka. Apabila pencapaian untuk mewujudkan rumah- rumah mampu milik tidak berlaku, maka akhirnya agensi-agensi kerajaan ini jugalah yang akan dihentam kiri dan kanan tanpa melihat dari segi implementation dan dasar yang sangat berbeza sama sekali. Apa pandangan Yang Berhormat Johor Bahru?
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa... [Telefon bimbit berbunyi] Tuan Yang di-Pertua, saya sedar tentang apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Inilah sebabnya kalau kita tidak ubahkan pendekatan kita, kita lihat ini tanah kerajaan jadi kita hendak swastakan kerana kita hendak jadikan Kuala Lumpur ini sebagai bandar raya yang antarabangsa. Jadi apabila lihat kepada Flat Pekeliling atau Jalan Tun Razak kita kata ini, “alah flat ini sudah 40 tahun”. Padahal 40 tahun itu sebenarnya bukan masa yang terlalu panjang, asalkan boleh didiami. Sebab itu adanya dasar di mana flat itu telah dijual dan bila sudah dijual dan selepas itu sudah menjadi milik orang sudah terpaksalah diadakan nilai yang tinggi pula apabila ada pihak lain yang hendak membeli di kawasan itu. Jadi satu persatu kita melaksanakan dasar yang sebenarnya tidak memberikan faedah kepada rakyat, tidak memberikan faedah kepada kita, tidak memberi faedah kepada pembangunan yang mampan, seimbang. Di mana bandar raya Kuala Lumpur umpamanya ialah sebuah bandar raya di mana semuanya ada tempat. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang perkara ini berlaku kerana kita mengambil satu dasar tanpa kita menyedari bahawa pelaksanaannya kalau tidak dipantau dia boleh sebenarnya menikam kita balik. Golongan sasar yang kita hendak bantu ini sebenarnya tidak mendapat faedah. Jadi sebab itu dalam soal dasar ini dalam masa dua, tiga tahun ini saya berharap sangatlah supaya ada pemerhatian, ada pemantauan, adanya penglibatan kita dari segi pelaksanaannya, daripada akar umbi sampai kepada pihak Menteri dan pegawai-pegawai supaya fokusnya, pelaksanaannya betul-betul dapat dilaksanakan tetapi dengan syarat untuk ia berjaya ialah kita mampu keluar daripada pemikiran yang selesa. Tidak boleh kita kata, “Ah! Dulu kita buat macam ini, sekarang kita teruskan juga keadaan yang sama”. Seperti saya bagi contoh tadi Tuan Yang di-Pertua, bila kita ada dasar yang baik umpamanya kuota FiT. Dasar itu cukup baik, kalau kita sudah galakkan masyarakat untuk mempunyai sistem solar, mengguna sistem solar, di masjid mereka, di rumah-rumah kebajikan, di flat rumah kos rendah, di rumah-rumah orang miskin, bila hendak diumumkan kenaikan tarif elektrik. Orang ini semua tidakkan gusar, tidakkan terperanjat kerana mereka sudah mendapat faedah daripada satu dasar yang baik dan mereka sendiri merasakan. Namun sebaliknya kalau kita utamakan business hendak buatkan IPP dulu, 5 megawatt itu yang kita utamakan. Selepas itu kita hendak bagikan kepada first come, first serve. First come, first serve Tuan Yang di-Pertua semasa saya Menteri, first come and first serve jumpa saya sebagai Menteri siapa? Tentu yang reti hendak telefon Setiausaha Sulit saya, yang tahu saya, kan? Jadi first come, first serve ini siapa yang kenal lah. Jadi siapa yang kenal dialah yang dapat. Siapa cepat dia dapat. Jadi itu yang satu masalah yang harus kita elakkan di mana dalam cara online itu sendiri ia akan menimbulkan masalah kerana mereka yang pintar sahaja dengan IT yang akan dapat masuk kepada website memohon secara online. Namun ia boleh diatasi dengan secara begitu deliberate. Sengaja diletakkan sebagai dasar, sebagai strategi mesti kumpulan-kumpulan kebajikan yang buat pertolongan bantuan kebajikan dan badan-badan masyarakat ada kuota yang boleh mereka mohon. Akan tetapi kalau SEDA- kita kata SEDA dia profesional, dialah yang itu menentukan, dialah arm’s length, dia pakar. Dia tidak ada minat tentang macam mana hendak menyelesaikan masalah sosial, macam mana hendak menentukan umpamanya FiT itu boleh membantu golongan yang berpendapatan rendah. Sedangkan kita boleh buat dan kita mampu buat. Ada caranya untuk kita menjadikan dasar kerajaan itu boleh membawa faedah kepada orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah. Ini contoh yang boleh saya gunakan ini kerana satu contoh bagi dasar yang baru. Hanya bila kita mula- mula dengan SEDA, kuota FiT ini, solar power, solar panel kita mungkin tidak faham. Tetapi bila saya bawa buatkan penerangan kepada pengerusi dan jawatankuasa masjid dalam kawasan saya semuanya seronok. Semuanya pun hendak tahu dan sebenarnya penerangan kepada mereka akhirnya membuat mereka merasa bahawa mereka berharap-harapkan kepada pelaksanaan ini yang boleh mengambil kira sumbangan, peruntukan bagi badan-badan masyarakat. Masjid boleh dapat, surau pun boleh pakai, rumah pangsa kos rendah pun boleh pakai, badan kebajikan pun boleh pakai, gereja pun boleh pakai, jadi semua orang dapat. Akan tetapi kalau kita kata, “Oh! Ini kepada siapa yang datang dulu dia dapat. Ini siapa business besar dia dapat”. Jadi inilah yang bawakan kepada satu
keadaan dasar yang baik kita hanya melihat ia membawa faedah kepada orang yang tertentu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih kepada satu soal yang juga telah ditimbulkan di dalam Titah Diraja mengenai dengan GST. GST ini diuar-uarkan secara di mana kononnya ianya menyusahkan orang ramai. Sehinggakan ada banyak pihak yang tidak faham pun pasal GST hendak bercerita. Saya ambil satu contoh, contohnya ialah apabila adanya cerita mengenai dengan soal zero rated dan juga GST exempt. Ada sebuah badan bukan kerajaan dia keluarkan kenyataan akhbar dia marah dia cakap kenyataan akhbar dia kata, “Putrajaya confusing Malaysian about GST”, says NGO. Ini saya baca dalam bahasa Inggeris dan saya akan terjemah. “Second Finance Minister, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah recent explanation of the good & services tax (GST) is illogical and only confuses the Malaysians, a civil society groups said.” NGOnya bernama JERIT. JERIT pendek kata kepada Jaringan Rakyat Tertindas. Jadi dia kata ini Putrajaya hanya mengelirukan rakyat padahal sebenarnya dia kata tidak betul kerana Malaysia mempunyai hutang isi rumah 83% kepada GDP, itu sebabnya zero rated items would be exempted from tax and there’s no assurance but this zero rated items would be exempted from tax, katanya walaupun Putrajaya kata. Jadi dia bagi contoh, JERIT ini cakap dengan izin; “As an example, rice is zero rated item but the things used to produce rice and process it such as fertilizer, plastic and transport for distribution will all be charged with the GST”. Ini tidak betul, “The GST applied on other items used to process rice and transport services will cause an increase in the price of rice”. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, orang yang bercakap ini pun tidak faham bezanya zero rated dengan GST exempt. Sebagai pengguna kita harus ingin melihat lebih kepada yang zero rated. Maksud zero rated kalau katakan beras makanan itu, beras zero rated. Ia bermakna kalau zero rated segala input kos bahan-bahan yang diperlukan untuk tanam beras, baja selepas itu hendak buat packing beras dia punya plastik ataupun dia punya guni.
Kalau ada dikenakan GST, GST itu akan ditolak. Bermakna bila kita zero rated, GST tidak boleh dimasukkan di dalam harga yang terakhir di peringkat runcit. Itu maknanya zero rated. Kalau katakan exempt, ini mengecualikan pembeli daripada membayar GST di peringkat runcit tetapi cukai-cukai GST dalam proses sampai kepada peruncit masih lagi kena. Hanya pembeli/pengguna tidak membayar cukai GST bila membeli, tidak dikenakan atas produk itu. Jadi oleh sebab itu, dalam masa kita melihat bagaimana dasar kerajaan hendak membawa GST, hendak memperkenalkan GST pada tahun akan datang, dalam masa ini adalah orang-orang yang pandai, NGO- pandai bukan kerana dia faham, pandai untuk hendak mengelirukan. Sedangkan kita semua faham, bila diterangkan dalam Dewan Rakyat ini apa maknanya zero rated, apa maknanya exempt, dan berapa banyak bahan yang kalau dahulunya tidak kena bayar sales tax, hari ini tidak juga kena bayar GST, ada 204 barang. Kalau dahulu tidak kena bayar SST, hari ini exempt. Kalau dahulu 5% kepada sales tax, sekarang hanya 6%. Kalau dahulu 5%, hari ini 0%, tidak bayar juga GST. Dahulu 10%, sekarang turun kepada 6%. Dahulu 6%, kekal dengan 6%. Jadi semuanya sudah pun diterangkan kepada masyarakat peniaga dan juga diterangkan peringkat demi peringkat tetapi datangnyalah, tentu datangnya pihak NGO seperti JERIT, dia menjerit. Dia kata, ini rakyat tertindas. Jadi kerajaan- mesti tindas rakyat dan sebab itu dia cuba mengelirukan. Dia kata, mesti harga beras akan naik walaupun zero rated. Ia akan naik kerana harga atau cukai akan dikenakan kepada dia punya baja, bungkusan dan berbagai-bagai input yang lain. Ini tidak betul! Kalau zero rated, zero rated!
[Bangun]
Maknanya kita sebagai rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah yang bukan-bukan. Bukan semua NGO ini pandai. Pandai mengelirukan, ya, tetapi bukan bertujuan untuk kononnya memperjuangkan rakyat yang tersepit, rakyat yang tertindas. Jadi itu sebabnya kadang-kadang kita tengok NGO ini dia punya- wah! Nama sedap! JERIT atau ‘Jaringan Rakyat Tertindas’. Dialah yang memperjuangkan untuk rakyat yang tertindas tetapi hanya secara retorik. Dia bawa kawan-kawan dia, bawalah demonstrasi, masuk surat khabar, masuk televisyen, orang fikir, wah, agaknya ramailah
di belakang dia. Akan tetapi sebenarnya, maklumat dan fahaman mereka sebenarnya merosakkan apa kerja baik yang kerajaan sedang lakukan dan kita kena mengatasinya dengan memberikan penerangan yang lebih. Sekarang pula ada timbul kata kalau ikut Islam, GST itu haram. Eh! Kalau dulu sudah bayar sales tax tidak haram, kenapa sekarang bayar GST pula haram? Dulu sudah kena cukai. Apa yang saya sebutkan tadi umpamanya, sudah kena 10% sales tax dulu, ada 273 kategori barang. Sekarang kena GST 6%. Wah! Ini dia turunkan cukai, haram pula! Dulu 10% tidak haram? Mana punya alim ulama kita ini? Jadi sebab itulah kita ini cepat sangat. Jadi kalau kita hanya mendengar dan tidak mahu tengok sebenarnya, tidak mahu mencari kebenarannya. Kalau kita suka duduk dalam sosial media, pergi Google sahajalah. Masuk Google, search GST. Kita akan dapat di mana kenyataan-kenyataan, maklumat-maklumat untuk kita faham. Jangan kita sebagai masyarakat, rakyat, kita hendak kata kita ini sudah maju, kita sudah boleh pakai hand-phone, boleh pilih antara operating system, kita hendak operating system Android, smart phone, kita boleh pakai komputer, laptop, hi-tech, iPhone tetapi hanya alat sahaja yang canggih tetapi pemikiran kita masih ketinggalan oleh kerana kita tidak mahu siasat. Kita terima bulat-bulat apa kerajaan cakap. Kita siasat. Apa pihak bukan kerajaan cakap, kita pun siasat dan kita tengok mana yang benar, mana yang betul, baru kita terima. Itu bermakna bahawa kita sebagai golongan dalam masyarakat negara ini kita kena mencari kebenaran dan kerajaan tidak boleh hendak cover up, kerana kerajaan akan melaksanakan GST dan tidak mungkin kerajaan ini tidak berfikiran sampai hendak melaksanakan sesuatu yang tidak munasabah. Sekarang masih ada sales tax atau SST itu dan ada juga apa yang dipanggil sebagai government service tax yang dikenakan pada kadar 6%. Akan tetapi kalau bila sekarang ini ada GST, wah tengok pada resit ada GST- wah! ini kerajaan sudah- apa pasal syarikat ini sudah perkenalkan padahal belum lagi? Akan tetapi memang itu GST yang bermakna government service tax dan bukannya good and services tax. Jadi sebab itu kita kena memahami. Jangan kita hanya fikir apa orang cakap itu betul. Jadi kalau kita memahami sebenarnya, ini percukaian. Ini percukaian baru yang sebenarnya mengganti percukaian yang lama. Dahulu 10% turun kepada 6%. Jadi sebab itulah dalam kaedah kita melihat bagaimana negara ini hendak maju, memang kita perlu kepada rakyat yang ingin tahu, yang tidak mahu terima bulat-bulat. Baca sedikit di internet sudah percaya. Oleh sebab itu yang mustahaknya ialah...
Mencelah Yang Berhormat Johor Bahru.
Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. GST ini bukan benda baru. GST adalah penambahbaikan. Yang sudah lama itu SST tetapi banyak orang tidak tahu sebab dia terpendam. Apa yang kita lihat sekarang ini, yang ada di surat khabar, di dalam- all the alat-alat yang canggih ini mengatakan perkara-perkara yang negatif. Ada golongan tertentu, ada NGO tertentu yang melaungkan perkara ini, yang membesar- besarkan perkara ini. Benda baru memang susah hendak diterima. Benda yang baru disebut susah hendak diterima. Rakyat pada keseluruhannya, walaupun mempunyai alat-alat yang canggih, tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru menyatakan, pemikiran tidak canggih. Ini kerana mereka menerima apa yang orang ramai kata. Hari ini begitulah yang kita lihat. Saya pernah sampai ke satu tempat di kawasan saya, mereka kata ada hantu. Saya kata hantu apa? Semua orang kata ada hantu. Saya kata pernah tengok hantu? Dia kata tidak pernah tengok hantu. Sebab apa kamu percaya itu hantu? Sebab semua orang kata ada hantu. Jadi tidak ada ulama turun beri penerangan bab hantu. Jadi sama juga dengan GST. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Johor Bahru, patut atau tidak kerajaan turun all out? Turun all out ke peringkat paling bawah menggunakan pemimpin-pemimpin tempatan yang kecil daripada ketua kampung, penghulu, wakil rakyat, Ahli Parlimen sekali untuk turun menerangkan secara terperinci dan bagi Q&A dengan izin, peluang untuk bertanya dengan jelas. Kalau tidak, mereka akan terkeliru dan mereka rasa semua orang akan kena. Bukan semua orang akan kena!
Dengan implementasi GST, ada barang yang dahulunya kena tax, sekarang tidak kena. Ada barang yang dahulu tinggi taxnya sekarang makin rendah. Yang ini tidak dibesar-besarkan. Yang ini tidak diceritakan. Tujuan GST ini adalah untuk mengukuhkan ekonomi negara supaya negara ini boleh pergi ke tahap developed nation, dengan izin, dan juga negara dapat memperbaiki tahap ratingnya dan dapat menarik pelabur-pelabur dan pada akhirnya juga akan menambahkan peluang pekerjaan di negara kita. Jadi, apa yang saya hendak tanya sekali lagi pendapat Yang Berhormat Johor Bahru, perlu sekali tidak, kita kerajaan terus turun dan bergerak sehebat mungkin, berterusan sehingga dapat menangkis pemikiran dan tanggapan yang negatif tentang GST yang diuar-uarkan sekarang ini? Terima kasih.
Tambah sedikit.
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa bangun.
Tuan Yang di-Pertua...
Ada dua yang bangun. Mana satu Yang Berhormat Johor Bahru?
Sebelah kiri.
Sebelah kiri? Okey, terima kasih.
Sebelah kiri. Ya, sila Yang Berhormat Kanowit.
Saya juga ingin menambah sedikit apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi. Perkara begini juga yang saya selalu dengar di kawasan lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. Di Kanowit kah, di Sibukah, di mana pembangkang sekarang ini dia menggunakan isu ini sebab apa yang mereka selalu sebutkan di pekan-pekan kecil adalah kerajaan sekarang ini akan menggunakan cukai kepada rakyat di kawasan-kawasan pendalaman. Walaupun tidak directly tetapi mereka kata apabila GST ini dilaksanakan, maka harga barang akan naik. Akan tetapi, sebenarnya apa yang telah selama ini berlaku SST yang sudah lama berada di kebanyakan barang-barang yang ada cukai itu tidak disebut lagi. Mereka tidak mengatakan yang telah ada. Jadi, inilah masalah ini, apa yang telah dicakapkan tadi ialah perkara yang baru ini akan terus menjadi isu politik. Minta penjelasan Yang Berhormat Johor Bahru.
Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.
Yang Berhormat Johor Bahru, setuju kah Yang Berhormat Johor Bahru mengenai GST ini, yang sebenarnya keliru bukanlah kita tetapi pembangkang ini dan keinginan mereka untuk mengelirukan rakyat. Di dalam Parlimen yang sama ini, pada bulan Oktober yang lepas, kenyataan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Gombak mengatakan tidak sekali-kali GST ini buruk tetapi mereka mengatakan bahawa this GST is one of the most efficient way to collect tax. Akan tetapi, mereka qualify mengatakan bahawa disebabkan berlaku ketirisan dan sebagainya maka GST itu tidak boleh dilakukan sehingga ketirusan ditangani. Namun, kerajaan mengambil stand bahawa kita akan melaksanakan GST dan dalam masa yang sama kita mengelakkan ketirisan ini daripada berlaku. Saya ingin maklumkan seperti yang kita semua tahu bahawa 160 negara telah melaksanakan GST. Sekiranya GST ini membawa keburukan, ini bermakna ada negara-negara yang telah melaksanakan GST ini memberhentikannya. Akan tetapi, sehingga ini tidak ada satu negara pun yang telah melaksanakan GST ini keluar. Satu lagi contoh yang selalu diperkatakan ialah mengenai GST yang dilakukan di Singapore. Mereka mengatakan bahawa semasa GST dilakukan di Singapore, ianya hanya 3%. Bukan 6% tinggi seperti kita. Akan tetapi, yang mereka tidak beritahu ialah di Singapore tidak ada satu barang pun yang terkeluar dari senarai GST. Berbeza dengan kita. Malaysia pula mengeluarkan barang-barang yang mempunyai kepentingan asas rakyat
seperti beras, pengangkutan, education, legal dan sebagainya tidak dimasukkan dalam GST. Akhir kata, GST akan dilaksakan pada 1 April 2015. Kerajaan mestilah lebih agresif menggunakan segala medium yang ada, baik dalam surat khabar, Internet, sekolah dan sebagainya untuk memahamkan rakyat bahawa GST ini adalah salah satu cukai paling efisien yang kita harus lakukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, minta mencelah.
Ya, sila.
Tadi saya dengar Yang Berhormat Setiawangsa yang menyebut tentang GST, apabila dilaksanakan di Singapura, ia mula daripada 3%. Jadi, saya hendak tanya, saya difahamkan bahawa di Singapura, sebelum mereka melaksanakan GST 3% sebenarnya semua barang adalah sifar cukai. Jadi, daripada 0 ke 3% bermaksud semua barang akan naik harga serta-merta dengan 3%. Akan tetapi, bagi Malaysia kita sekarang ada barang yang sudah ada 5%, ada yang 10%, jadi yang naik cuma naik 1%. Yang turun itu 4%. Jadi, kalau kita ambil kira daripada sudut ini, sebenarnya kita jauh lebih munasabah daripada Singapura. Adakah Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tebrau kerana memang betul. Dahulu Singapura kan duty free. Ia memang sifar cukai ketika itu, bahawa ia menjadi entrepot pelabuhan, pelabuhan yang duty free, menggalakkan orang datang membeli dan sebagainya akan tetapi akhirnya diperkenalkan GST nya pada peringkat 3%, daripada 0 menjadi 3%. Akan tetapi, bagi Malaysia memang sudah ada sales tax yang dikenakan pada kadar 5%, ada yang dikenakan pada kadar 10% dan ada dikenakan kadar 6%, yang mana hari ini bermakna bahawa kalau ada yang macam saya bacakan tadi, ada barangan yang kena 5% naik 6%, 70 barangan naik 1%. Selepas itu ada 5%, dahulu kena 5% dijadikan kosong, zero rated. Jadi, harga itu akan turun. Ada yang dahulu kena 10% sales tax, dia turun kepada 6% GST, 273 barangan. Jadi, bermakna kita akan menggantikan satu cukai yang tinggi dengan cukai yang lebih rendah. Oleh sebab itu, yang hendak mengambil kesempatan sebenarnya hendak menakut-nakutkan orang. Tentulah jawapannya ialah soal penerangan. Saya hendak berikan sedikit pandangan tentang penerangan ini. Saya mengikuti juga penerangan yang telah dibuat di peringkat kawasan saya, diberikan kepada ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat. Yang masalahnya saya rasa bahawa penerangan yang diberikan kepada pemimpin masyarakat ialah penerangan yang sama yang diberikan kepada masyarakat perniagaan. Jadi bila penerangan itu, maklumat itu disampaikan dengan cara yang sama kepada mereka yang terlibat dalam soal perniagaan dan maklumat yang sama itu kita sampaikan kepada golongan pengguna dan golongan yang memimpin masyarakat, ia akan timbulkan salah faham dan cara penyampaiannya pun tidak begitu berkesan. Kita yang dengar pun tidak faham. Jadi, sebab itu dari segi pendekatan penerangan kenalah kita pantau supaya selepas ini umpamanya kita tanya bancian, adakah anda faham tentang soal GST setelah diberikan penerangan? Jadi kalau lepas diberikan penerangan masih tidak faham, dipanggil oleh pegawai daerah umpamanya ketua- ketua kampung yang sudah dengar penerangan ini, cuba terangkan tentang GST. Kita kena uji balik. Kita kena banci untuk menentukan agar bukan sahaja kita buat majlis penerangan, tetapi kita kena tentukan penerangan yang disampaikan itu difahami oleh pihak yang menjadi pendengar dan menerima pandangan itu. Barulah kita boleh tahu sama ada penerangan kita ini, communication policy kita ini, penjelasan kita ini begitu mudah. Memang betul juga Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebenarnya kalau kita dengar perbahasan daripada pihak pembangkang, dia kata GST ini tidak boleh diperkenalkan sekarang. Ini kerana pendapatan kita masih rendah. Akan tetapi, yang peliknya negara-negara yang mana pendapatan per kapita mereka lebih rendah daripada kita sudah pun ada GST. Namun begitu, saya rasa ini hanya satu helah. Asalkan apa sahaja yang Barisan Nasional hendak perkenalkan, memanglah tidak dipersetujui.
Jadi macam mana untuk kita hendak katakan mesti ada national reconciliation, macam mana kita hendak katakan kita mesti ada pendamaian, kita kena lihat kepada kepentingan negara dan kita hendak lihat kepada permuafakatan. Cakap pun cakap tetapi bila berpusingnya kita, dia hentamnya belakang.
Yang Berhormat Jasin bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Johor Bahru yang mempunyai ketahanan yang cukup hebat sekali kerana boleh berbahas sampai tiga jam hari ini. Kadang-kadang kalau tidak ada pembangkang di dalam Dewan ini pun bagus juga, kalau tidak ada langsung pun lagi baik Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut tentang GST tadi Yang Berhormat Johor Bahru yang mempunyai banyak pengalaman. GST ialah satu sistem percukaian yang lebih efektif dan juga lebih efisien yang dapat mengelak daripada ketirisan dan dapat mengelak kepada mereka yang lari daripada cukai. Ia boleh membuktikan bahawa dengan sistem GST, kita dapat meningkatkan lagi revenue kita. Pada tahun pertama sahaja, kita dapat meningkatkan kepada RM3 bilion. Dengan wang tambahan ini, kita boleh membelanjakannya kepada semua sekali pembangunan yang sangat didahagakan oleh semua rakyat kita. Saya hanya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Johor Bahru, apa sahaja yang kita buat seperti Yang Berhormat Johor Bahru sebut akan dipolitikkan oleh pihak pembangkang, seolah-olah mereka ini menjadi lidah penyambung dan dalang kepada peniaga-peniaga yang banyak pada ketika ini, mendapat keuntungan daripada sistem SST kerana banyak ketirisan berlaku. Kalau dengan GST nanti, dia tidak boleh lari lagi dan sistem percukaian kita akan lebih efektif dan juga lebih efisien. Saya hanya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Johor Bahru, pada ketika ini CPI kita mencatatkan angka sebanyak 3.2% dan angka inflasi ini pada bulan Januari 2014, kalau sekiranya GST ini akan diperkenalkan nanti pada bulan April 2015, CPI akan meningkat lagi 1.8%. Kalau kita campurkan dengan sekarang iaitu 1.8% ia menjadikan angka 5%. Kalaulah 5% ini berlaku, CPI atau pun inflasi ini berlaku, maka bukan sahaja kita akan menyebabkan kerisauan, kebimbangan kepada pengguna- pengguna bahkan negara kita tidak akan lebih kompetitif berbanding dengan negara lain. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan
Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya tertarik dengan hujah itu bahawa akan ada penambahan kepada CPI kita atau pun kepada indeks inflasi kita, indeks harga consumer kita, yang bagi tahun ini untuk tahun lepas 3.2%. Akan tetapi sebagaimana kita sedia maklum bahawa impak yang datangnya 3.2% itu datangnya daripada pengurangan subsidi kepada petrol yang telah meningkatkan dari segi kos pengangkutan itu sendiri tetapi CPI itu diukur berasaskan kepada paras harga yang sebelumnya. Bermakna bahawa kalau sudah naik kepada paras itu bahawa kenaikannya balik bukanlah 3.2% campur 1.8% menjadi 5% malahan ia 1.8% kepada apa yang dijangka ialah peningkatan kepada CPI itu, bukan maknanya kita tambahkan kepada kadar yang sebelumnya.
Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
Kita berharap perkara itu berlaku Yang Berhormat Johor Bahru. Kalau ia berdasarkan 1.8% daripada kenaikan pada ketika ini CPI, berdasarkan daripada dua faktor. Pertama faktor domestik, kenaikan dalaman atau market force tetapi apa yang kita bimbangkan sekarang ini dari segi daripada luaran kerana apa yang kita sangat takut, imported inflation, yang pertama daripada tukaran wang. Kedua daripada harga barang-barangan yang kita import dan yang ketiganya yang kita takut sekali adalah sekatan daripada negara- negara pengeluar. Justeru itu, apa yang kita harapkan supaya kerajaan dapat
mengambil tindakan daripada sekarang sebelum memastikan supaya bukan sahaja kita dapat mengurangkan import kita, bahkan kita mahu kalau boleh menanamkan sikap kepada pengguna-pengguna, rakyat kita dapat menggunakan barang-barangan buatan tempatan. Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana kalau tidak angka inflasi kita akan meningkat. Itu yang kita paling bimbang. Terima kasih.
Yang Berhormat Jasin membawa pandangan yang harus diambil perhatian kerana seperti mana kalau kita dengar jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi, beberapa perkara dan tindakan yang telah diambil bagi tujuan untuk mengurangkan kos hidup dan termasuklah bila ditimbulkan tentang soal Import Permit atau AP- Approved Permit yang mana menyekat kemasukan barangan tertentu sehingga menimbulkan masalah dari segi harga, manipulasi harga dan sebagainya. Jadi sebab itu kalau tidak silap saya jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa memang sedang dikaji beberapa barang-barangan yang perlu dilonggarkan atau diliberalizekan untuk membolehkan ia diimport oleh mana- mana pihak supaya tidak timbulnya bottle-neck ataupun sekatan-sekatan dan rintangan-rintangan dari segi jaringan pembekalan bekalan, supply chain sehingga menyebabkan kenaikan harga. Memang di antara fakta mengapa harga itu naik. Kalau kita lihat perbezaan harga di Semenanjung Malaysia dengan di Sabah dan Sarawak, satu aspek yang begitu penting yang harus kita lihat ialah soal pengangkutan. Apabila diseragamkan harga barang-barang kawalan umpamanya, sama ada petrol ataupun LPG, gas memasak, diesel dan seterusnya, fakta yang menentukan harga di peringkat peruncit ialah sebenarnya kos pengangkutan. Jadi di antara perkara yang harus kita lihat dengan teliti ialah pengangkutan, bagaimana harga itu, kos pengangkutan itu boleh membezakan harga daripada satu tempat ke satu tempat. Kalau umpamanya boleh kita kurangkan kos pengangkutan itu, saya ingat harga di kedai pun boleh turun. Oleh sebab itu kalau kita lihat kepada hypermarket Tesco, Giant, Econsave dan sebagainya, mereka sudah mula mempunyai logistik mereka sendiri di mana telah diletakkan barang-barang dari segi gudang mereka, dalam warehouse mereka dan digunakan kenderaan lori-lori sendiri untuk membawa bekalan ini kepada hypermarket, pasar raya mereka masing-masing dan tidak bergantung kepada sistem pengangkutan yang sedia ada yang mana pada hari ini juga berhadapan dengan masalah adanya sistem, lesennya orang lain, lorinya pun orang lain, yang mengusahakannya dan operatornya pun orang lain. Jadi bermakna akan ada tiga peringkat keuntungan dan sebab itu harus dilihat jugalah jangan hanya lihat kepada soal yang hendak kita kurangkan penggunaan AP dan sebagainya bagi barang makanan dan seterusnya itu harus dilakukan. Akan tetapi kalau kerajaan boleh juga memberi perhatian kepada soal sistem pengangkutan dalam negara kita dengan juga membolehkan siapa sahaja umpamanya di Sabah dan Sarawak untuk mempunyai lesen lori, tidak adalah dikawal atau dicontrol, dikuasai oleh kumpulan-kumpulan yang tertentu dan cara ini apabila kita membuka ruang bagi pengangkutan itu menjadi kompetitif, saya percaya bahawa kita juga dapat mengurangkan kos kepada pengguna dan sebab itu GST kepada saya selain daripada masalah yang akan timbul daripada bekalan daripada luar, imported inflation dan sebagainya yang mana ini saya rasa harus boleh dilihat dari segi pendekatan kerajaan dengan melesenkan pengimport dan sebagainya yang harus hanya kepada soal kesihatan semata-mata tetapi ia akan boleh membantu mengurangkan suasana kos barangan di negara kita...
[Bangun]
...Atau kos hidup di negara kita. Sambil itu GST itu boleh..
Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Sekijang.
Ya. ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya sedar kah Yang Berhormat Johor Bahru sebenarnya pengguna rata- ratanya sudah mula menilai GST ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada mereka. Apa yang memberikan kerisauan yang besar ialah pada ramai peniaga-
peniaga yang berada di luar sana. Mereka melihat GST ini seperti yang rakan-rakan yang mula menyebut tadi, ia sebenarnya memberikan beban tambahan kepada mereka setelah GST ini akan dilaksanakan oleh kerajaan. Saya kira kalau kita lihat kesan kepada pengguna kalau kita bagi contoh kalau banyaknya di Singapura ternyata setelah GST ini dilaksanakan kadar yang dikenakan berkaitan dengan cukai pendapatan semakin menurun. Jadi ini sebenarnya memberikan kesan yang baik kepada pengguna. Saya kira di peringkat penerangan pun di mana-mana majlis penerangan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkaitan dengan GST ini, mereka akan menyatakan bahawa kelebihan pelaksanaan GST ini oleh kerajaan ia akan memberikan kesan yang memang baik kepada pengguna. Sehinggakan barang-barang yang kita sebutkan barang-barang yang kita sebut dan nyatakan yang dikenakan GST dan sebagainya ini, kalau dulu mungkin melebihi daripada kadar 6%, 7%, 8% dan 9% ia akan berkurang sehingga kadar 6% sahaja. Mungkin kalaulah pelaksanaan berkaitan dengan GST dapat kita cuba ataupun kita laksanakan secara trial kepada rakyat dalam negara kita, saya amat yakin mungkin secara perlahan-lahan rakyat akan mula melihat bahawa GST ini adalah satu cara percukaian yang baik untuk rakyat dalam negara kita. Kalau kita lihat juga banyak fakta berkaitan dengan GST ini yang memberi kesan yang memang amat positif kepada rakyat di mana-mana negara yang telah melaksanakan sistem percukaian ini. Kalau melihat kesan secara tidak langsung ia juga menggalakkan rakyat untuk menyimpan dalam bentuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah kepada barang yang hanya mereka benar-benar perlu sahaja. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Johor Bahru kalaulah GST ini kita boleh laksanakan dalam negara kita pada tanggal April 2015 nanti, adakah rakyat akan dilihat lebih terkejut atau mereka melihat ini adalah salah satu proses yang baik sebenarnya kepada ekonomi negara untuk mereka dan juga kerajaan laksanakan secara bersama.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Kepada pertanyaan tadi...
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Johor Bahru saya minta mencelah sedikit. Saya fikir sekarang pihak pembangkang boleh memain-mainkan isu oleh kerana banyak barangan yang dikenakan cukai sekarang kita tidak sedar. Pengguna pun tidak sedar bahawa sudah ada cukai 5%, 6% dan 10%. Jadi apa yang kita bimbang juga pada tahun depan adakah peniaga itu dia tidak turunkan cukai yang dikenakan sekarang bahkan dia tambah 5%. Jadi saya ingin mencadangkan kalau boleh kita masih ada setahun. Di dalam setahun ini kalau kita boleh memaksa peniaga dia pisahkan cukai daripada harga barang itu. Jadi sekarang misalnya kalau barang itu harganya berapa, cukainya berapa, kalau begini sekurang-kurangnya pengguna sekarang tahu barang sudah ada cukai. Jadi tahun depan boleh elakkan mereka daripada tambah 5% kepada harga sekarang sekurang-kurangnya mereka sudah boleh kena tolak existing sekarang sebelum mereka tambah GST. Adakah Yang Berhormat Johor Bahru bersetuju?
Yang Berhormat Johor Bahru. Sedikit lagi, minta izin. Cuma saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Johor Bahru kita bagi penerangan yang bagus kepada pengguna tetapi adakah kita memberikan penerangan kepada peniaga-peniaga ini? Sekian Yang Berhormat Johor Bahru.
Ini yang masalah. Dia sebenarnya kalau saya lihat dari segi pengalaman saya Tuan Yang di-Pertua saya pun ada berniaga juga dahulu. Saya buatkan hamburger atau beef patty. Ikut fahaman saya ketika itu bahawa SST itu atau sales tax itu dikenakan kepada peringkat pembikinan ataupun manufacturing. Maknanya saya pun sudah masukkan cukai 10% atau 5% saya tidak berapa ingat kepada harga barang saya dan sayalah yang membayar kepada kastam. Jadi bila sampai kepada wholesalers ataupun pemborong dia pun tidak tahu cukai itu kerana resit saya tidak akan masuk tentang cukai itu. Dia hanya tahu harga itu sudah termasuk cukai dan keuntungan saya. Dia tambahkan keuntungan dia, margin dia kepada itu. Jadi untuk kita hendak bezakan atau pisahkan antara kos barang dengan cukai dalam sistem yang sekarang, memang tidak boleh hendak buat. Akan tetapi dengan sistem GST memang boleh kita buat terutamanya bagi pekedai-pekedai yang besar yang mempunyai sistem dan kemampuan untuk menguruskan sistem ini secara berkomputer dan sebagainya tentu mudah kerana dia boleh- oleh kerana dia hendak tuntut juga input tax dia. Maknanya kalau dia beli barang itu kepada orang yang
pembekalnya dia pun sudah tahu berapa banyak cukai yang diletakkan kepada barang yang mereka beli. Jadi bila dia hendak- dia boleh tuntut balik daripada kerajaan. Itu sistemnya. Lepas itu barulah dia tambahkan GST untuk dibayar oleh pengguna. Dari segi sistem GST akan lebih terbuka. Jadi maknanya memang betul, kalau tanyakan kepada pekedai dan pengusaha memanglah kalau boleh dia hendak ikut margin dia sahaja. Kalau boleh cukai itu dia pun boleh lari. Jadi kalau apabila datang hendak tengok kepada cukai pun ada banyak buku. Dua buku, satu buku untuk simpan dan satu buku untuk hendak kirakan berapa hendak bayar cukai dan sebagainya. Inilah sebabnya kita kena beralih kepada satu sistem di mana ianya lebih transparent, telus dan terbuka di mana setiap peringkat margin atau keuntungan dikenal pasti, diakui. Cukai yang dibayar kepada kerajaan juga diakui kerana pihak yang membeli barang itu daripada pembuatnya boleh tuntut balik daripada kerajaan. Tax kepada inputnya sebelum ditambahkan GST pada harga yang- kepada peruncit. Makna sistemnya memang boleh dilaksanakan. Dia bukan roket sains kerana kalau 160 buah negara sudah menggunakan sistem ini, makna sistem untuk GST di Malaysia boleh datang daripada 160 buah negara hanya hendak tengok mana satu yang lebih sesuai, stabil dan boleh diguna pakai dengan mudah dalam negara kita. Jadi sebenarnya tidak masalah untuk melaksanakan tetapi kadang-kadang kita rasa bahawa seolah-olah rakyat yang tidak mahu perubahan. Yang takut sangat perubahan ialah mereka yang ada kepentingan iaitu pekedai-pekedai tetapi juga golongan yang terlibat secara moden, Tuan Yang di- Pertua seperti hypermarket. Mereka sudah biasa dengan sistem dengan adanya GST. Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka. Yang adalah golongan yang tertentu mungkin kata ini akan timbullah keadaan di mana kerajaan akan tahu rahsia mereka, keuntungan dan macam mana mereka mengendalikan perniagaan. Itu biasalah. Kadang-kadang orang yang hendak terima BR1M ini pun dia takut hendak bagi akaun, takut kerajaan nanti check akaun dia. Akan tetapi dia tidak sedar bahawa kerajaan boleh check sama ada penerima BR1M itu ada sebuah kereta atau ada dua buah kereta. Kadang-kadang JPJ pun kerajaan juga. Oleh kerana sebab itu ada penerima BR1M sebagai contoh daripada yang dulu dapat RM500 kali ini mendapat RM450 tidak naik kepada RM650 kerana kerajaan ada database, ada pangkalan data yang boleh digunakan untuk membantu rakyat daripada segi perbelanjaan yang sepatutnya. Jadi kalau saya tengok kepada GST sebenarnya, memang akan ada resistancenya. Memang akan ada peningkatan harganya kerana yang menjadi masalah ialah barangan dalam inventori.
Maknanya sebelum April ada barang-barang lama stock. Jadi barang-barang ini tidak boleh ada tuntutan cukai yang telah dibayar. Jadi inventori itulah, inventori yang lama itu akan dijual pada harga yang lebih tinggi. Itu perkara yang biasa, tetapi akhirnya ia akan stabil balik dengan juga membawa kepada penurunan dari segi impak kepada CPI negara kita ini. Akan tetapi dalam keadaan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak timbulkan jugalah bahawa pertamanya, kita ada kedai-kedai dari segi perniagaannya dikecualikan daripada menggunakan GST. Akan tetapi kerajaan melalui KPDNKK kalau tidak silap saya ada sistem atau Program TUKAR, iaitu menambah baik, menaik taraf kedai-kedai runcit. Dalam program itu haruslah juga dimasukkan pengenalan sistem GST ini untuk membantu kepada pekedai yang berkenaan kerana cara inilah dapat kita naik taraf, menambah baik kepada pekedai-pekedai walaupun mereka di bawah trial show, atau jumlah perniagaan yang belum lagi perlu mereka berdaftar untuk GST. Saya rasa kalau semua kedai dapat didaftarkan sebagai GST dan semua pengilang dapat berdaftar sebagai GST, semua pengimport berdaftar sebagai GST, akhirnya sebenarnya kerisauan mereka dari segi kehilangan keuntungan itu dapat diatasi. Bukan kerajaan menentukan margin ataupun jumlah untung yang harus dikenakan, yang mustahak ialah sistem itu telus dan boleh dijalankan dengan baik dan memberi manfaat. Ada juga perkara-perkara yang harus kita harap kerajaan boleh menimbang untuk dimasukkan kepada rangkaian barang-barang yang zero rated. Kalau kita lihat kepada barang-barang yang zero rated ini ialah barang-barang makanan iaitu kita consume, kita makan dan selepas itu habis. Akan tetapi kalau macam barang pakaian umpamanya dia bukan barang yang kita consume, ia kita boleh pakai banyak kali sampai lima tahun umpamanya, enam
tahun bagi kita yang cermat. Akan tetapi ada juga konsep di mana yang kalau kita letakkan kepada consumable iaitu barang makanan umpamanya, the zero rated, mungkin boleh diperluaskan juga kepada pampers umpamanya iaitu yang dibuang, pakai sekali buang, yang itu boleh jadi. Ini boleh membantu kepada masyarakat kerana sudah memang rakyat sudah tidak pakai pun pampers, kain lampin yang dibasuh tiap- tiap kali itu. Akan tetapi sekarang sudah pakai yang dipakai sekali, campak sekali. Itu daripada yang kecil sampai terutamanya, akhirnya golongan saya jugalah bila sudah jadi tua. Ini akan membantu dari segi kos kepada rakyat terutama yang ada bayi dan juga yang menjaga orang tua-tua yang perlu kepada pampers ataupun kain lampin atau throw away lampin ini, yang dicampak setelah dipakai sekali. Saya pun terbaca satu cadangan daripada Yang Berhormat Ledang umpamanya, kalau kerajaan hendak menggalakkan kepada kos rumah di bawah RM400,000 sebagai rumah mampu milik bagi tujuan-tujuan menggalakkan pembelian di kalangan pembeli yang tertentu. Mungkin kerajaan juga boleh melihat kepada rumah RM400,000 diletakkan dalam golongan zero rated juga supaya apa yang digunakan dari segi pembinaan rumah itu yang boleh dibeli sekali dalam seumur hidup umpamanya, diletakkan sebagai kategori zero rated. Jadi kalau ada GSTnya kepada simen, ada GSTnya kepada batu-bata, ada GSTnya kepada tingkap, pintu, lantai dan sebagainya, mungkin ia boleh membantu kepada rakyat yang hendak membeli rumah yang selesa tetapi pada harga yang berpatutan. Ini cadangan daripada Yang Berhormat Ledang yang kita lihat bahawa mungkin satu pembelian aset, satu aset yang dibeli oleh rakyat yang belum ada rumah, tetapi mereka mampu membeli pada harga yang munasabah. Jadi ini pun saya harap boleh dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam soal hendak melaksanakan GST. Saya percaya bahawa rakan-rakan saya pun ada cadangan-cadangan yang lain dan bermakna bahawa jangan kita terlalu awal mengatakan inilah barang-barangnya sahaja, tidak boleh tambah lagi. Inilah sahaja caranya hendak laksanakan, tidak boleh kita ubah lagi. Akan tetapi dengan feedback, maklum balas daripada kami ini yang berada bersama-sama dengan rakyat dan pengundi, mungkin pandangan dan idea ini dapat kita betulkan dasar-dasar kerajaan. Bukan sudah tidak betul, tetapi membetulkan dari segi pelaksanaannya agar kumpulan sasar yang kita harapkan itu mendapat sebenarnya faedah dan manfaat yang difikirkan di sebalik penggubalan dasar itu sendiri. Jadi kalau bila kita terlalu jauh, sebagai pemerintah dengan rakyat, kita tidak nampak akan bagaimana hendak melaksanakannya dengan bijaksana. Akan tetapi apabila kita dapat melaksanakan dengan bijaksana, maka renggang jurang antara rakyat dengan pemerintah akan berkurangan. Kamilah di peringkat Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memainkan peranan ini untuk mengurangkan jurang di antara rakyat dengan pemerintah. Kalau kami diperkasakan memainkan peranan ini dengan baik dan berkesan, saya percaya bahawa dasar strategi kerajaan akan dapat dilaksanakan demi kebaikan dan kepentingan rakyat yang kita perjuangkan bersama. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas toleransi dan pertimbangan kepada saya dalam membuat ucapan yang agak panjang. Ia luar biasa bagi saya dan saya pun rasa selepas ini tidak akan diberikan peluang seperti ini lagi untuk saya berucap... [Menyampuk] Kalau tidak diboikot pun mungkin diganggu tetapi terus juga akan mengambil masa yang lama. Ada lagi? Jadi saya mengucapkan banyak terima kasih juga kepada rakan- rakan saya yang dengan taat dan sabar mendengar dan mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi perbahasan kita terhadap cadangan menjunjung kasih kepada Titah Diraja. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Manis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Membaca selawat] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Selamat petang, salam 1Malaysia.
Saya amatlah berterima kasih kerana kita mendapat satu perbahasan yang sungguh bernas daripada Yang Berhormat Johor Bahru, panjang lebar dan saya terpaksa potong beberapa keratan daripada perbahasan saya kerana banyak telah dicoverkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya kesempatan untuk membahas Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Segala puji-pujian kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan berkat-Nya, kita Ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat Malaysia dapat berkumpul di sini untuk merancang masa depan bagi semua lapisan rakyat negara Malaysia yang kita cintai.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, junjung kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah bermula dengan menzahirkan rasa simpati Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada insiden yang telah berlaku kepada pesawat MH370 penerbangan MAS ke Beijing pada hari Sabtu 8 Mac 2014. Saya amat bersyukur dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan saya amat percaya bahawa Kerajaan Malaysia memang memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mencari dan menyelamat semua penumpang dan anak-anak kapal terbang MH370 tersebut. Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk berdoa semoga kesemua penumpang dan anak-anak kapal terbang MH370 tersebut dapat dijumpai, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga telah meluahkan rasa bangga dengan peranan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mewakili suara rakyat melalui isu-isu yang telah dibawa dan dibahaskan secara berhemah di dalam Dewan yang mulia ini. Berkat kerjasama dan semangat perpaduan dalam kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai rang undang-undang dan usul yang dapat menyentuh kehidupan rakyat telah diluluskan dalam persidangan Parlimen pada penggal yang lalu. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, pada hari ini saya amat kecewa melihat Yang Berhormat dari pihak pembangkang telah mengadakan boikot bagi sidang Parlimen kali ini dan tidak tahulah berapa lama agaknya mereka hendak keluar dari Dewan ini. Tindak laku sebegini sememangnya tidak akan memberi sebarang manfaat kepada rakyat dari kawasan-kawasan yang telah memilih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memulakan dan menyertai boikot ini. Rakyat Malaysia pada hari ini bercita-cita tinggi agar keluarga mereka dapat menikmati keselesaan hidup, keluarga yang sihat, sebuah sistem kesihatan yang mereka mampu, cemerlang dalam pendidikan, suasana kehidupan yang selamat, jaminan pada hari tua, sebuah ekonomi negara yang kukuh bagi masa depan anak-anak dan cucu mereka. Maksud saya ialah bagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat dapat menjalankan tugas mereka malah memberi khidmat untuk mencapai cita- cita rakyat kalau mereka sendiri tidak menghadiri Dewan ini? Minta maaflah Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat dan tidak ingin hadir. Kalau kalian tidak ingin datang ke Dewan, tidak ada masalah sebab kerajaan Barisan Nasional dan Ahli- ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional akan terus menjalankan tugas untuk kebaikan rakyat demi rakyat... [Tepuk] Jangan lupa kita Ahli-ahli Yang Berhormat, yang terhormat mahupun daripada Barisan Nasional ataupun daripada pembangkang mempunyai satu kewajipan kepada setiap rakyat dari kawasan kita untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang mulia ini. Inilah dinamakan wakil rakyat. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, seperti mana ramai teman-teman saya di Dewan ini sedia maklum, saya adalah daripada sebuah keluarga yang berpolitik. Saya sering merujuk isu-isu politik kepada ayahanda saya, Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Rahman Ya’kub yang telah berpolitik sebagai seorang Ahli Parlimen pada tahun 1963 lagi. Apabila diberitahu mengenai boikot, ayahanda saya menggeleng kepala, amat hairan sebab beliau berkata setahu beliau, perkara sebegini tidak pernah berlaku semasa tahun 60-an, tahun 70-an, tahun 80-an, tahun 90-an, tahun 2000, tahun 2010 sehingga muncul tahun 2013.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, ayahanda saya juga telah menceritakan kepada saya bahawa walaupun hanya terdapat segelintir pembangkang sahaja pada masa dahulu, Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Lim Kit Siang, Yang Berhormat Karpal Singh, Allahyarham Tan Sri Datuk Mohd Asri bin Muda tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat dan telah menghadiri setiap persidangan Parlimen. Tidak pernah wujud perkataan ”boikot”, sebab setiap wakil rakyat memang waras dalam pemikiran mereka, dalam soal tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, saya masih ingat lagi, kalau tidak silap pada tahun 2013 apabila sebahagian daripada pihak pembangkang merancang untuk memboikot sidang Parlimen yang pertama dan juga Majlis Angkat Sumpah, ia tidak dipersetujui oleh PAS dan DAP. Malah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook telah memberi kenyataan bahawa, “DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen”. Manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar berkata, “Kita tidak perlu menghina Parlimen kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat”. Ini adalah pendapat dan kata-kata dua orang tokoh pembangkang. Kenapa hari ini keluar Dewan?. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah juga bertitah, “Dalam menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi, kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan”. Strategi pembangunan industri untuk menggantikan barang- barang import ataupun import substitution industry (ISI) dan perindustrian berorientasikan eksport ataupun export orientated industry sejak tahun 1970-an telah berjaya membawa proses perindustrian bagi negara Malaysia dan secara keseluruhannya menjadikan Malaysia sebuah negara berdagang di dunia di tangga ke- 24. Ukuran kejayaan pembangunan bagi negara Malaysia ialah apabila banyak negara di Afrika telah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh atau model kepada pembangunan negara mereka seperti negara Zambia, Nigeria, dan Kenya.
Malaysia juga menjadi sebuah model bagi negara Islam di mana pembangunan berasaskan syariah seperti Bank Islam, Tabung Haji bagi pengurusan jemaah, pembangunan zakat, universiti Islam dan pembangunan syariah Islam menjadi kajian dan model kepada pembangunan dan implementasi ekonomi Islam bagi kebanyakan negara Islam dan OIC. Prestasi Malaysia juga bertambah baik. Pelaburan di bawah pimpinan Ahli Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang keenam Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak apabila Malaysia mencatatkan rekod baru pelaburan pada tahun 2013 dengan jumlah pelaburan keseluruhan diluluskan berjumlah RM216.5 bilion mengatasi rekod tertinggi sebelum ini RM167.8 bilion yang tercatat pada 2012. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, pencapaian ini menunjukkan pelan transformasi negara iaitu NKRA dan NKEA semakin menampakkan hasil walaupun ekonomi dunia dihimpit dengan masalah krisis kepimpinan di Asia Barat dan negara jiran kita. Ekonomi Malaysia masih teguh walau terdapat kenaikan harga barangan. Secara amnya kenaikan ini masih dalam keadaan yang terkawal. Tahniah saya hendak ucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sentiasa membanteras dan memantau harga-harga barang di pasaran dan kesemua Jemaah-jemaah Menteri termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang amat prihatin dengan masalah rakyat. Cumanya ketirisan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan boleh diperbaiki dan dengan peningkatan integriti dan kawal selia yang tegas daripada SPRM. Selain daripada pembangunan industri, pembangunan pendidikan dan sosial juga telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kini adalah modal pembangunan seimbang yang dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional dari dulu sampai sekarang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pemberian BR1M yang berterusan selama tiga tahun walaupun hanya bermula sebagai one-off dengan izin, telah memberi bantuan kepada beribu-ribu rakyat yang memerlukan iaitu mereka yang terdiri daripada golongan yang tidak perlu membayar cukai pendapatan dan rata-rata berada di luar bandar dan terutamanya juga golongan tua. BR1M ini adalah salah satu bantuan yang
diberi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang memerlukan untuk meringankan beban sara hidup. Jadi kita amatlah berharap supaya tiadalah ketirisan berlaku apabila kita memilih rakyat yang patut menerima BR1M ini. Pelbagai bantuan lain juga telah diberikan oleh kerajaan untuk kebajikan masyarakat seperti bantuan elaun bulanan untuk nelayan, bantuan orang kurang upaya, bantuan baucar buku, bantuan persekolahan awal, bantuan buku persekolahan, elaun pelajar matrikulasi, elaun pelatih PLKN dan berbagai-bagai bantuan di bawah kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terutamanya. Sebenarnya Kerajaan Malaysia yang menjalankan konsep kerajaan berkebajikan sejak dari dulu lagi dan ditambah lagi bantuan pada masa sekarang. Syukur alhamdulillah. Saya ingin membawa keprihatinan kerajaan suatu masalah yang amat kritikal yang dihadapi oleh pesakit-pesakit buah pinggang di Malaysia. Dengan adanya cantasan air, yang amat memerlukan air adalah golongan pesakit-pesakit kronik buah pinggang. Terdapat seramai 30,000 rakyat menghidap penyakit kronik buah pinggang yang amat memerlukan air bersih untuk hemodialisis. Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa catuan air yang telah memberi kesan kepada pesakit-pesakit dialisis yang bergantung kepada air untuk rawatan dialisis amatlah menyusahkan mereka. Sepupu saya adalah sebagai contoh seorang pesakit kronik buah pinggang. Apabila catuan air berlaku, kebanyakan pusat-pusat hemodialisis baik di hospital kerajaan ataupun swasta atau klinik atau NGO-NGO tidak mempunyai air dan ini adalah yang paling utama yang amat diperlukan untuk hemodialisis. Jadi pada masa ketika saya melihat dalam surat khabar, kerajaan telah memberitahu bahawa air untuk hospital tetap akan berjalan tetapi di hospital swasta bagaimana? Di klinik-klinik swasta yang menjalankan hemodialisis bagaimana? Jadi saya merayulah kepada kerajaan untuk melihat masalah ini kerana kita haruslah menjawab kepada mereka serta keluarga mereka. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pembangunan di Kuala Lumpur yang masih dibelenggu masalah trafik juga sedang diatasi dengan pembangunan MRT yang sedang giat dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa penduduk-penduduk di bandar tidak dipinggir walaupun kurang sokongan kepada Barisan Nasional. Kita tidak membelakangkan mereka. Kerajaan Barisan Nasional benar-benar ikhlas untuk membantu mengatasi masalah rakyat walaupun kurang diberi pengiktirafan. Dividen EPF yang juga menunjukkan peningkatan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009 – 5.65%, 2010 – 5.80%, 2011 – 6%, 2012 – 6.15% dan pada tahun 2013 – 6.35%. Ini adalah satu kecemerlangan yang amat membahagiakan untuk penyimpan-penyimpan EPF. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, di negeri Sarawak juga ternampak pencapaian kemajuan. Dalam masa 44 tahun yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional dan kita tidak pernah kalah di Sarawak, ya. Negeri Sarawak telah mengalami pembangunan yang begitu pesat dan perancangan yang teratur dibantu dengan terdapatnya pelbagai sumber asli dan galian seperti minyak dan gas serta kelapa sawit dan sebagainya. Kunci utama kejayaan Barisan Nasional di negeri Sarawak sepanjang 44 tahun ialah Kerajaan Barisan Nasional membawa pembangunan secara teratur dan berperingkat-peringkat sepanjang 44 tahun tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang 44 tahun Sarawak diterajui oleh dua Ketua Menteri iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Rahman Ya'akub selama 11 tahun dan Tuan Yang Terutama Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selama 33 tahun, kedua-dua Ketua Menteri tersebut telah begitu banyak melaksanakan pembangunan dari segi fizikal secara seimbang di seluruh negeri Sarawak. Oleh yang demikian, saya juga ingin merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya melihat dan membantu Kerajaan Negeri Sarawak untuk pembangunan infrastruktur dan menurunkan dana yang amat diperlukan kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang sebesar Semenanjung Malaysia. Di antara 13 buah negeri di Malaysia, negeri Sarawak yang mempunyai ekonomi yang mampan dan satu-satunya negeri yang mempunyai pengiktirafan ‘A’ minus dari Standard Employ Rating Service, satu organisasi perbadanan internasional. Ini amat membanggakan kita sebagai rakyat Sarawak.
Ya, mencelah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut bersama Yang Berhormat Tanjong Manis untuk memberi penghargaan dan tahniah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional selama ini di negeri Sarawak yang telah membawa banyak pembangunan dan kemurnian. Kita juga berharap agar Ketua Menteri yang baru di Sarawak dapat meneruskan lagi kepimpinan dan pembangunan yang lebih pesat. Kita semua amat bersetuju dengan apa yang telah dirancang, dibangunkan atau yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak. Semua ini boleh berlaku oleh sebab kefahaman dan hubungan yang amat erat di antara pucuk pimpinan negeri Sarawak dan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat. Hubungan erat inilah yang kita masih harapkan dapat berterusan pada masa-masa yang akan datang. Dengan sebab itu juga dan oleh sebab negeri Sarawak adalah negeri yang amat luas, masih banyak ketinggalan dalam segala segi kemudahan dan pembangunan. Penduduknya yang tinggal di merata-rata tempat seperti golongan penduduk yang kecil di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman. Maka isu pembangunan dari segi ekonomi dan kemudahan asas ke kawasan-kawasan terpencil di pedalaman ini seperti jalan, bekalan air, elektrik, perkhidmatan kesihatan dan sekolah memang sudah menjadi masalah besar bagi Kerajaan Negeri Sarawak sebab terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membangunkan kesemua itu. Disebabkan ini juga, maka Kerajaan Negeri Sarawak perlu diberi lebih banyak lagi peruntukan untuk pembangunan setiap tahun untuk mempercepatkan pembangunan kemudahan asas yang saya telah sebut tadi. Ini kerana kalau sekarang ini kita tidak dapat melakukannya, maka pada masa hadapan, kos ini akan sentiasa meningkat. Maka akan menyulitkan lagi hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan negeri Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis dalam hal ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Kanowit di dalam perbahasan saya sekali. Memanglah Sarawak satu negeri yang amat luas, challengesnya amatlah banyak terutamanya kampung-kampungnya terpencil, banyaklah tempat yang kecil- kecil. Bila sesuatu infrastruktur yang hendak dibangunkan, Kerajaan Persekutuan akan melihat daripada segi economic calculation sebelum menyediakan sebuah jalan raya atau membuat sesuatu pembinaan, dan ini amat merugikan rakyat Sarawak kerana memang di setiap perkampungan kita tidaklah besar. Jadi, untuk memujuk orang kampung berpindah, untuk membuat satu regional growth area yang baru amat menyulitkan. Jadi saya harap Kerajaan Persekutuan memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak telah mengesyorkan berbagai-bagai rancangan, program serta projek-projek kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf hidup penduduk-penduduk di luar bandar di negeri Sarawak. Di antaranya adalah kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menaik taraf hidup penduduk- penduduk luar bandar melalui pembinaan jalan-jalan luar bandar, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan sebagainya. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sarawak juga telah mengesyorkan pembinaan rumah mesra rakyat, program bantuan rumah rakyat dan sebagainya. Pada tahun ini, saya amat sedih kerana kawasan saya di Tanjong Manis cuma mendapat enam buah rumah PBR yang telah diberikan untuk seluruh kawasan Tanjong Manis. Saya amat memohon kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk mengkaji semula demi kebaikan rakyat yang amat memerlukan perumahan ini. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, pendapatan per kapita Sarawak pada mula BN mentadbir pada tahun 1974, kita dapat melihat kenaikan yang melonjakkan sampai tahun 2014. Saya ambil contoh, tahun 1974, income per capita Sarawak RM9,500 dan pada tahun 2014 adalah RM42,000. Sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 1974 adalah sebanyak 786 buah dan pada tahun 2014 sebanyak 1,445 buah sekolah. Hospital kerajaan pada tahun 1974 adalah cuma tujuh buah dan pada tahun 2014 sebanyak 22 buah. Hospital swasta tiada pada tahun 1974 dan pada tahun 2014, sebanyak lapan buah. Institut pelajaran tinggi awam cuma ada dua buah pada tahun 1974 dan pada tahun 2014 sekarang ada tujuh buah. Institut pelajaran tinggi swasta pada tahun 1974 tiada dan pada tahun 2014, ada sebayak 28 buah. Masjid pada tahun 1974 cuma ada 120 buah dan sekarang ada
382 buah. Surau pada tahun 1974 ada sebayak 298 buah dan pada tahun 2014, ada sebanyak 968 buah. Kuil Hindu dan Sikh walaupun tak ramai Hindu dan Sikh di Sarawak, dahulu cuma ada dua buah dan sekarang ada enam buah. Kuil Buddha 12 buah dahulu dan sekarang 48 buah.
Yang Berhormat Tanjong Manis.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju supaya kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha- usaha untuk pembangunan di negeri Sarawak.
Mengambil kira bahawa Sarawak adalah satu negeri yang mempunyai keluasan yang cukup besar dan memerlukan penumpuan. Saya cukup yakin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan melalui segala kementerian dan jenteranya memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk meningkat, menambah baik dan menyelesaikan isu-isu masalah rakyat di negeri ini. Saya juga mendengar tadi apabila kita lihat perbandingan pembangunan baik dalam soal pendidikan, soal ekonomi, soal perumahan rakyat, isu-isu apa juga kalau kita bandingkan dahulu dengan sekarang tentu ada bezanya. Oleh sebab itu saya cuba hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis, apakah pada pandangan Yang Berhormat secara perbandingannya berbanding dahulu dengan sekarang dari segi pembangunan soal pendidikan dan perkara-perkara lain? Apakah ianya sudah sampai tahap baik ataupun apa jugalah pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis? Kemudian saya juga hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis, apakah pada pandangan Yang Berhormat isu-isu atau perkara-perkara yang perlu diberikan penekanan? Apakah soal kesihatan kah, pendidikan, pembangunan prasarana atau apa-apa perkara yang pada pandangan Yang Berhormat Tanjong Manis perlu diberi penekanan oleh kerajaan dalam soal membangunkan negeri Sarawak ini?
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Hari ini saya sengaja hendak tunjukkan perbezaan pembangunan daripada 1974 sampai 2014 kerana banyak pembangunan ini telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sendiri. Jadi, saya amatlah memohon juga kepada Kerajaan Persekutuan supaya melihat terutamanya baru-baru ini kita mempunyai kebakaran di Hospital Besar Kuching. Satu tumpuan di mana seluruh rakyat di negeri Sarawak pergi ke hospital itu dan hospital itu saya ingat masa saya kecil lagi macam itulah juga dia. Jadi, perkara ini bukan satu perkara yang baru. Kita amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang telah melonjakkan pembangunan di negeri Sarawak kebelakangan ini dengan sungguh pesat. Syukur alhamdulillah. Ini memang sungguh challenging terutama juga untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak kerana banyak tanah di Sarawak adalah tanah paya di mana tanah paya itu adalah Anderson 3, bermakna enam sampai 10 kaki ke dalam yang tanah itu tanah gambut. Baru-baru ini kita melihat satu usaha daripada sebuah syarikat untuk tidak membeli lagi kelapa sawit daripada negeri Sarawak, untuk memboikot setiap kelapa sawit yang telah diusahakan menggunakan tanah gambut. Kita negeri yang membangun. Memang tanah kita gambut. Hendak cari mana lagi tanah yang bukan tanah gambut. Hampir seluruh negeri Sarawak tanah gambut. Jadi, perkara sebegini kita memohon Menteri yang menjaga komoditi untuk melihat dan membawa isu ini di tahap internasional supaya kita tidak dipenalize kerana kita amat memerlukan untuk menjana ekonomi untuk rakyat di negeri Sarawak. Kita amat memerlukan banyak infrastruktur. Saya ambil contoh sebagai Pulau Bruit di kawasan Tanjong Manis yang sebesar negara Singapura. Satu pulau sahaja sebesar negara Singapura. Sudahlah pulau itu panjang, kampung-kampungnya jauh, ada 13 kampung, 12 kampung Melayu, satu perumahan Iban. Jalan rayanya tidak bersambung. Syukur alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin yang telah membina sebuah sekolah menengah yang pertama di pulau itu untuk kegunaan 13 kampung di Pulau Bruit di selatan pula, padahal kebanyakan kampung-kampung ini terletak di utara, tiada jalan. Jadi, bagaimana anak-anak kampung ini hendak turun ke bawah
selatan? Lebih kurang 30 kilometer melangkah seluruh pulau itu untuk sampai ke sekolah menengah setiap pagi. Jadi, kita memohon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melihat, menyambungkan jalan-jalan kampung di Pulau Bruit dan juga jalan utama daripada Kampung Penuai ke Sungai Nai yang amat mustahak untuk seluruh kampung kerana di situ ada 10,000 penduduk untuk pergi ke bandar Daro, ke hospital, ke pejabat kerajaan dan sebagainya untuk membeli-belah kerana tidak ada kedai. Jadi, kita juga memohon supaya Kedai Rakyat 1Malaysia diadakan, Klinik 1Malaysia diadakan. Pondok polis pun tidak ada tetapi ada 13 buah kampung. Ada masalah pun tidak ada orang tahu. Terperuk sendiri di pulau itu. Saya amat berterima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang prihatin masalah air di Pulau Bruit dengan meletakkan dua pelan desalination di Kampung Penipah dan di Kampung Bruit untuk minuman rakyat jelata sementara menunggu paip air untuk sampai ke Tanjong Manis, Pulau Bruit. Kerajaan Negeri Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM1 bilion untuk menyambung paip daripada Sibu sampai ke Bandar Tanjong Manis. Dari Bandar Tanjong Manis pula hendak naik ke pulau, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyediakan paip-paip untuk menyambung seluruh kampung yang menelan belanja mungkin dalam harga RM400 juta tetapi sambungannya antara pulau ke pulau, sungai ke sungai ada lima sambungan. Ada masanya paip itu terpecah kerana undercurrent di bawah sungai itu susah hendak dipredict telah berlaku berkali- kali dan kontraktor yang mendapat kontrak itu telah rugi. Jadi, challenges di negeri Sarawak untuk sesuatu pembangunan bukannya senang. Bukan seperti di Semenanjung ini. Baru-baru ini terdapat sebuah bot yang karam. Sungguh menyedihkan daripada kampung utara di Pulau Bruit, Kampung Tekajong di mana 26 orang terlibat dalam bot karam kerana tiada jalan di darat untuk mereka hendak pergi ke kampung di selatan untuk menghadiri majlis kahwin. Bila hendak balik, air sungai bertukar haluan dengan mengejutkan sampai bot itu karam dengan serta-merta. Seramai 11 orang terkorban. Imam satu, imam tiga, bilal dan yang lain-lain telah meninggal dunia. Syukur alhamdulillah APMM, polis, Search and Rescue telah datang membantu dengan segera. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana beliau telah menelefon dan bertanya khabar dan telah berusaha untuk membantu seperti menyediakan Nuri untuk membawa balik jenazah tetapi apakan daya cuacanya tidak mengizinkan kerana masa itu hujan sungguh lebat dan tidak membenarkan helikopter itu untuk berangkat.
Jadi challenges kita amatlah susah terutamanya di Tanjong Manis di mana di kawasan itu berpulau-pulau. Jadi saya cuba untuk membantu rakyat, untuk menenangkan rakyat supaya hari ini saya membawa masalah-masalah mereka dan berharap sangatlah kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mendengar rintihan rakyat di Pulau Bruit supaya menyediakan jalan kampung, menyambungkan semua jalan kampung sampailah ke sekolah menengah dan menyambungkan jalan utama yang akan digunakan oleh 13 buah kampung termasuk lori-lori yang berleluasa berjalan di jalan utama itu dari ladang kelapa sawit untuk mendapatkan satu jalan yang lebih elok daripada yang ada sekarang. Sumbangan Sarawak terhadap ekonomi Malaysia juga adalah amat penting. Sumbangan Sarawak terhadap ekonomi Malaysia misalnya dalam pelaburan industri di mana pembangunan koridor wilayah tenaga boleh diperbaharui di Sarawak. SCORE merupakan pelaburan yang tertinggi di antara koridor-koridor di Malaysia. SCORE yang mempunyai keluasan 70,000 kilometer persegi disasarkan menjana 100,000 peluang pekerjaan dan SCORE telah mencatatkan pelaburan yang tertinggi di Malaysia di bawah Rancangan Koridor dan pelaburan accumulative setakat ini sebanyak RM100 bilion. Syukur alhamdulillah pelaburan industri dalam negeri dari luar negara, FDI, berjaya untuk memacu ekonomi Sarawak dan memberi peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak terutamanya pekerjaan hinggalah pada graduan siswazah dan pengurusan kanan dan yang tertinggi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk pembangunan- pembangunan yang telah dijayakan di antara kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Pusat, kita juga harus memberi kepujian kerana pembangunan yang seimbang untuk rakyat dan negara amatlah penting. Tanpa pembangunan yang seimbang, tidaklah rakyat di negeri Sarawak merasa kemajuan.
Yang Berhormat Tanjong Manis.
Yang Berhormat Kota Tinggi bangun.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tanjong Manis tentang keluasan Sarawak tadi di mana seperti kita ketahui baru-baru ini ada beberapa syarikat yang besar khususnya dalam bidang perladangan telah pun membuat perjanjian di mana mereka bersama- sama syarikat besar dari luar negara untuk memboikot hasil perladangan dari Sarawak. Saya rasa amat simpati kepada Yang Berhormat Tanjong Manis dan seluruh warga Sarawak kerana sesungguhnya Sarawak ini kurniaan Allah SWT daripada tanah yang gambut sampai enam kaki. Kalau kita tengok perladangan yang mampu, yang baik untuk menjana pendapatan, memberi peluang keusahawanan dan pekerjaan dan sumber pendapatan rakyat Sarawak adalah hasil tanah dan pokok yang baik untuk ditanam ialah pokok kelapa sawit. Akan tetapi malangnya beberapa agensi dan syarikat besar mengambil keputusan untuk sama-sama boikot dan ini mengganggu gugat pendapatan, pekerjaan dan semua pendapatan rakyat Sarawak. Jadi saya bertanya kepada Yang Berhormat Tanjong Manis, wajarkah kerajaan mengambil langkah-langkah untuk membantu atau melihat semula pemboikotan ini agar sesuatu tindakan yang lebih sesuai diambil untuk menggalakkan syarikat-syarikat sebaliknya mengambil bahagian secara berterusan membangunkan kawasan-kawasan di Sarawak khusus dalam bidang perladangan di skala besar dan ini dapat membantu secara makro dan mikro rakyat Sarawak khusus dalam bidang perladangan. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Tinggi, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Tadi saya telah membawa isu yang sama. Mungkin Yang Berhormat tidak ada di sini tadi dan memanglah kita amat sedih kerana Sarawak dipenalize kerana mempunyai tanah gambut. Ini telah dibuat oleh orang-orang Malaysia sendiri di tahap antarabangsa yang tertinggi. Mengapakah kita dimarginalize, dipenalize? Padahal kita cuma hendak membangunkan negeri Sarawak untuk keutamaan rakyat. Apakah salah dan dosa kita? Saya amat berharap supaya satu tindakan dibuat terhadap syarikat itu dan supaya kita memboikot juga produk- produk ataupun pelaburan-pelaburan dari syarikat tersebut dan jangan sokong lagi kerana kalau boleh berlaku kepada Sarawak, boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja. Negeri-negeri yang mana sahaja boleh berlaku. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, saya hendak mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana telah melawat serta telah memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa bot yang karam tersebut di Kampung Tekajong dengan susah pada waktu itu air surut, Yang Berhormat Menteri terpaksa pindah dari speed boat ke sampan kecil dan jalan kaki lagi. Ini adalah satu pemimpin yang dihormati dan disegani. Terima kasih banyak. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga telah turun melihat mangsa-mangsa dan telah dengan segera menghulurkan bantuan kewangan kepada seluruh 26 orang yang terlibat dalam tragedi bot itu. Saya juga hendak merakam ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar,Timbalan Menteri Dalam Negeri..
Ahli Parlimen Santubong, Yang Berhormat.
Ahli Parlimen Santubong yang juga turun ke padang, tolong basuh pinggan pun bersama wanita- wanita di Kampung Chord. Dia pun tolong makan juga. [Ketawa]
Basuh pinggan sahaja?
Basuh pinggan dan tolong makan [Ketawa] dan melihat OPS ROOM dan mengkoordinasi masalah-masalah di OPS ROOM ya. Syukur alhamdulillah. Saya juga hendak mengucap terima kasih kepada political secretary ataupun Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Abu Seman Jahwie dan juga Yang Berhormat Abdullah bin Saidul, ADUN
Smpp, Adun saya yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Tiada kata yang dapat membalas budi dan bakti yang telah dicurahkan oleh semua penduduk kampung yang terlibat dalam membantu mangsa- mangsa tragedi. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, apabila tragedi itu berlaku, kita melihat silaturahim di antara semua rakyat, tidak kira bangsa, tidak kira agama datang untuk membantu mangsa-mangsa bot tragedi dari Kampung Kut, Kampung Tekajong, Kampung Saie, Daro, Hospital Daerah Daro dan pegawai-pegawai kerajaan seperti APMM, Polis Diraja Malaysia, RELA, pegawai-pegawai kerajaan termasuk pegawai pejabat daerah, pekerja-pekerja sukarelawan dan orang ramai bersatu untuk mengharungi bencana dan untuk bersama membantu mencari mangsa.
Tidak lengkaplah kalau saya tidak mengucapkan terima kasih dan penghargaan juga kepada Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga telah meluangkan masa untuk melawat Pulau Bruit dan mangsa bot karam pada bulan lepas dan juga melawat projek- projek yang tergendala dan mendengar kehendak rakyat mengenai projek-projek yang diperlukan di kampung mereka. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memberi dana kepada enam buah kampung yang telah Yang Berhormat Timbalan Menteri melawati untuk JKK Kampung. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat sekalian, semua ini menunjukkan semangat dan cara kerja Kerajaan Barisan Nasional yang patut diterapkan oleh semua tempat dan keadaan apabila kita berhadap[an dengan pelbagai cabaran dan tragedi. Rakyat Malaysia kini dapat hidup dengan aman dan selamat berbanding dengan beberapa negara jiran kita. Ini adalah sebab Kerajaan Malaysia telah mewujudkan tentera yang mahir, berkebolehan dan kelengkapan dengan senjata- senjata moden. Seperti mana kita semua tahun, baru-baru ini pada tahun lepas apabila pengganas-pengganas dari sebuah negara jiran telah menceroboh negeri Sabah. Anggota-anggota tentera kita dapat menyelesaikan masalah-masalah pencerobohan dengan pantas dan kini sebuah agensi keselamatan dan pertahanan iaitu ESSCOM telah ditubuhkan dengan segera untuk menjamin keselamatan rakyat Sabah. Syabas saya ucapkan kepada ESSCOM dan kepada semua yang terlibat dalam mengembalikan keamanan di negeri Sabah. Sebagai sebuah negara yang maju, negara Malaysia telah membawa masuk pekerja-pekerja asing untuk menampung pekerjaan industri-industri yang tertentu. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah diambil kesempatan oleh warga asing yang tidak mempunyai sebarang permit pekerjaan dan telah sering memberi kekecohan kepada rakyat dan ketenteraman negara. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, adalah saya amat gembira untuk mencatitkan bahawa segala pujian harus juga diberi kepada Menteri Dalam Negeri terutamanya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri dalam Negeri yang mengilhamkan Ops Cantas. Ops Cantas ini bukan sahaja meninjau dan menghapuskan masalah pendatang tanpa izin tetapi juga masalah sosial yang telah diwujudkan oleh gangsterism untuk memberikan ketenteraman kehidupan bagi rakyat Malaysia. Pada tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia. Saya amat berharap bahawa kita sebagai rakyat Malaysia tidak kira dari mana-mana pihak dapat bekerjasama untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia demi kebaikan rakyat jelata dan untuk menjanakan ekonomi daripada pelancongan. Saya juga berharap kementerian dapat memberi tumpuan kepada Sarawak untuk mempromosikan kebudayaan dan keindahan negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya amat percaya bahawa ketidakstabilan di kalangan rakyat akan menjadi punca ketidakstabilan sebuah kerajaan. Perselisihan faham haruslah hanya di antara kita di dalam negara sahaja. Saya percaya kita harus menyingkirkan diri daripada kepentingan diri di dalam penggubalan dasar dan penyampaiannya agar negara kita dapat bergerak maju ke hadapan. Orang luar mungkin tidak akan simpati dengan perbalahan kita dan akhirnya kemungkinan besar rakyat Malaysia akan menerima akibat kerana dana-dana asing mungkin tidak akan dilabur lagi di dalam negara kita. Marilah kita sama-sama membantu mengemudikan masa hadapan negara Malaysia. Marilah kita memastikan anak-anak kita dan cucu-
cucu kita akan mewarisi suatu Malaysia yang indah dan aman yang dikekalkan bersama-sama. Saya berdoa kepada Allah SWT supaya negara Malaysia sentiasa aman dan memperoleh kejayaan dan kemajuan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga ingin memperingatkan seorang Tokoh Negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 di mana pada hari ini adalah tarikh hari lahir beliau pada 11 Mac. Ayahanda saya telah menamakan anak sulung saya Abdul Razak kerana beliau amat bangga dengan kepimpinan beliau sebagai tokoh Negarawan, Bapa Pembangunan Buku Hijau Negara Malaysia. Jasa Allahyarham kepada negara tidak ternilai sumbangannya. Di antaranya mewujudkan Buku Hijau, FELDA yang kita amat bangga pada hari ini yang telah menerajui ke pasaran saham dan ke luar negara. Beratus ribu rakyat keluarga FELDA telah menikmati hasil daripada ilham Allahyarham Tun Abdul Razak. Marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Abdul Razak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kesejahteraan dan kebahagiaan di atasnya dan semoga Allahyarham Tun Abdul Razak sentiasa di dalam kebahagiaan dan keamanan. [Semua Ahli Dewan membacakan Al-Fatihah dan bertafakur] Dengan ini saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekian, terima kasih. Wassallam.
Yang Berhormat Tanah Merah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang. Saya ingin menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan pada 10 Mac ketika merasmikan Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Ucapan. Tuan Yang di-Pertua, dalam menyentuh soal isu kos sara hidup, tiada sesiapa boleh menafikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengatur pelbagai langkah dan tindakan bagi mengurangkan beban rakyat. Ketika pakatan pembangkang dilihat lebih selesa untuk mempraktikkan isu ini, apatah lagi menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac, kerajaan telah menggerakkan semua kementerian untuk terlibat untuk menangani masalah ini. Langkah kerajaan yang paling significant ialah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet menangani kos sara hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin pada 15 Januari yang lalu. Melalui jawatankuasa ini kita sudah melihat dengan jelas apabila para menteri dan pemimpin Barisan Nasional turun padang memantau sendiri harga barang termasuk secara mengejut di pasar besar, pasar basah dan pasar raya yang menjadi tumpuan rakyat. Ketika ada pihak cuba menggembar-gemburkan bahawa kadar tol...
Yang Berhormat..
Ya.
Selalunya kita tidak sebut nama ahli, kita sebut jawatan dan kawasan.
Oh, maaf.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat boleh sambung besok.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 12 Mac 2014.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]
DR.11.3.2014 I